Dewan Rakyat · 8 May 2008
15th Parliament, session 1, meeting 1 · 819 turns · 36,879 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed [Pulai] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah perancangan kerajaan untuk mengenal pasti golongan kemiskinan bandar dan langkah-langkah untuk membasmi kemiskinan bandar di bandar raya utama seperti di Johor Bahru.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Pulai. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil alih fungsi pembasmian kemiskinan bandar mulai tahun 2004. Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) mula dilaksanakan pada tahun 2006 oleh Bahagian Kemiskinan Bandar, KPKT. Matlamat PPKB adalah untuk membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan bandar daripada 5.6% kepada 2.8% menjelang tahun 2010. Kumpulan sasar bagi kemiskinan bandar ialah golongan miskin dan miskin tegar dikenal pasti berasaskan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dari semasa ke semasa. Berdasarkan PGK tersebut, KPKT telah mengenal pasti golongan miskin bandar melalui bancian oleh Jabatan Perangkaan. Bancian pada tahun 2004 bagi dua bandar iaitu Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, bancian tahun 2005 bagi 58 bandar utama di seluruh Malaysia. Pendaftaran terbuka oleh KPKT. Mulai tahun 2006 sehingga kini, pendaftaran terbuka dilaksanakan melalui pihak berkuasa tempatan di seluruh Malaysia selaku agensi kerajaan untuk mengenal pasti kumpulan sasar di kawasan masing-masing, mengumpul pemohon berdasarkan borang yang diedarkan, mengemukakan maklumat pemohon kepada KPKT untuk mengagihkan peruntukan tersebut kepada pemohon yang layak menerima bantuan tersebut. Dalam usaha membasmi kemiskinan, KPKT sedang berusaha mengambil langkah membasmi kemiskinan bandar di bandar raya utama seperti Johor Bahru melalui Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB). PPKB mengandungi tujuh program seperti berikut:- (i) perumahan keluarga miskin; (ii) pengurangan beban tanggungan keluarga; (iii) pendidikan dan latihan; (iv) penjanaan pendapatan atau peluang pekerjaan; (v) bantuan ihsan penduduk miskin di bandar; (vi) pusat sejahtera atau pusat maklumat dan aktiviti; dan (vii) pangkalan data kemiskinan bandar.
Daripada tujuh program teras dinyatakan itu, sejumlah tujuh komponen program adalah merupakan bantuan-bantuan yang boleh dipohon oleh keluarga miskin dan miskin tegar iaitu: (i) bantuan sewa rumah; (ii) bantuan kos persiapan kemasukan ke sekolah atau institusi pengajian tinggi; (iii) bantuan kos jagaan kanak-kanak; (iv) bantuan kos pengangkutan ke sekolah atau tempat kerja; (v) bantuan kos rawatan dialisis; (vi) bantuan kos pendidikan dan latihan kemahiran; dan (vii) bantuan ihsan keluarga miskin di bandar. Di samping itu, pihak berkuasa tempatan telah menjalankan beberapa usaha seperti melantik pegawai pembasmian kemiskinan bagi mengemas kini data kemiskinan setiap tiga bulan, dan bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Unit Perancang Ekonomi bagi memastikan bantuan yang diberi sampai kepada golongan yang layak menerimanya. Bagi membantu menambah pendapatan golongan miskin pula, PBT juga menggalakkan golongan miskin menceburi bidang perniagaan melalui pemberian gerai- gerai seperti program pemberian gerai makanan kepada ibu tunggal, membantu mengembangkan perniagaan dari segi mempromosi produk mereka, dan meningkatkan keupayaan pendapatan golongan sasar untuk memberi peluang kepada mereka menceburi bidang keusahawanan. Dalam meluluskan pelan pembangunan, pihak berkuasa tempatan juga di atas inisiatif sendiri boleh mencadangkan keluarga yang miskin itu disenaraikan di bawah Program Perumahan Rakyat iaitu PPR, supaya dapat diagihkan rumah PPR untuk disewa kepada mereka sekiranya terdapat projek PPR dibina di kawasan pihak berkuasa tempatan yang berhampiran. Hingga masa sekarang, peruntukan sebanyak RM27,185,823.55 sen telah diagihkan kepada golongan miskin di kawasan bandar. Seramai 12,895 orang telah mendapat bantuan di bawah program-program yang tersebut di atas. Melalui program- program yang ada, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan percaya bahawa perancangan kerajaan untuk membasmi kemiskinan bandar akan dapat dilaksanakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kerajaan Pusat dan beberapa kerajaan negeri telah menjanjikan keadaan setinggan sifar menjelang tahun 2005, Akan tetapi pada hari ini masalah setinggan masih jelas ketara dan kemiskinan bandar banyak tertumpu kepada penghuni kawasan setinggan. Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah khusus kementerian untuk menyelesaikan masalah ini melalui Program Pembasmian Kemiskinan Bandar memandangkan keadaan harga barangan yang meningkat semakin hari? Terima kasih.
Di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, selain daripada kita memberi bantuan sewa rumah kepada golongan yang miskin, Program Perumahan Rakyat juga akan dirancang di tempat-tempat yang strategik, di mana rumah-rumah yang mampu dimiliki atau rumah akan disewa kepada golongan yang miskin akan dirancang di tempat-tempat yang sesuai.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri tentang rancangan-rancangan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Bolehkah berikan satu jumlah peruntukan atau wang bantuan yang telah diberikan setakat ini, kerana apa yang kita dengar ialah hanya cadangan- cadangan sahaja. Yang lebih berkesan ialah bantuan secara langsung dan terus yang diberikan kepada golongan miskin.
Dalam aspek ini, selain daripada bantuan wang yang diberikan, kita hendak tahu dari segi satu, isi keluarga. Apakah bantuan yang mereka perolehi dan khususnya dalam keadaan inflasi yang sekarang kita boleh cakap, memberikan igauan kepada golongan miskin? Adakah pihak kementerian bercadang untuk memberikan beras kepada golongan miskin? Oleh kerana mereka agak sukar, bukan sahaja dari segi bekalan, tetapi juga dari segi membeli beras, kerana kenaikan yang agak mendadak di mana ia naik 80 sen setiap kilogram. Kalau untuk satu peket 10 kilogram, ini bermakna lebih daripada RM8. So, adakah ini salah satu daripada yang dicadangkan untuk meringankan beban mereka. Dalam aspek bantuan sewa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, apakah bentuk bantuan yang telah diberikan? Oleh kerana saya lihat macam di Pulau Pinang, ia tidak sampai langsung. Bolehkah saya tahu macam mana mekanismenya kerana apabila yang dicadangkan tetapi dalam pelaksanaannya, ia jauh daripada apa yang dirancang? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, melalui kementerian ini sejumlah RM50 juta telah diagihkan untuk diberi bantuan kepada golongan-golongan yang miskin. Buat masa sekarang, kita tidak ada memberi bantuan berbentuk macam beras tetapi dari segi sewaan rumah. Setiap isi keluarga telah dikenal pasti akan dapat RM124 untuk membiayai sewa rumah. Bagi kanak-kanak yang masuk ke sekolah, mereka akan dapat RM200 bagi sekolah rendah dan RM250 untuk sekolah menengah. Sekiranya ditawarkan tempat di IPT, mereka akan dapat peruntukan RM1,000 sekali gus. Bagi bantuan kos jagaan kanak-kanak juga akan diberikan sebanyak RM200 sebulan dan juga kos dialisis, kalau sekiranya golongan yang miskin itu menghidap penyakit yang memerlukan rawatan dialisis sebanyak RM60 diberikan untuk setiap sesi dialisis dan RM30 diberi untuk tambang pergi balik ke pusat dialisis. Jadi sebenarnya untuk kementerian ini, Program Pembasmian Kemiskinan Bandar baru diambil alih sejak tahun 2004. Program ini sebenarnya dimulakan pada tahun 2006, jadi masih dalam perancangan. Bagi negeri Pulau Pinang ini, kita telah mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan dan program ini akan dilaksanakan dari peringkat ke peringkat.
2. Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta Perdana Menteri menyatakan bilangan pegawai dan nama jabatan masing-masing yang dikenakan tuduhan rasuah sepanjang tahun 2003 hingga 2007 dan nyatakan kategori rasuah yang dilakukan oleh mereka. Apakah strategi mutakhir bagi mencegah amalan rasuah di kalangan pegawai kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, dari tahun 2003 sehingga 2007, Badan Pencegah Rasuah telah membuat sebanyak 544 pendakwaan ke atas pegawai dan kakitangan kerajaan atas pelbagai kesalahan. Perincian perangkaan mengikut jabatan adalah seperti berikut: | Nama Agensi |Bilangan Pendakwaan| |----------------------------------------------------|------------------:| |Polis Diraja Malaysia | 217| |Jabatan Pelajaran | 59| |Pihak Berkuasa Tempatan | 28| |Jabatan Kebajikan Masyarakat | 19| |Jabatan dan Majlis Agama Islam | 14| |Jabatan Kerja Raya | 12| |Jabatan Pengangkutan Jalan | 13| |Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan| 12| |Pejabat Tanah Daerah | 11| |Jabatan Kastam Diraja Malaysia | 11| |Lain-lain Jabatan | 148| |Jumlah Besar | 544|<END_TABLE_MARKER>
Dari segi kategori rasuah yang dilakukan, ianya adalah seperti berikut: (i) di bawah seksyen 10(A) dan seksyen 11(A) Akta Pencegah Rasuah 1997 iaitu kesalahan menerima dan mendapat rasuah ini sebanyak 329 kes; (ii) di bawah seksyen 10(B) dan 11(B), Akta Pencegah Rasuah 1997 iaitu kesalahan memberi dan menawarkan rasuah seramai empat orang; (iii) di bawah seksyen 11(C) Akta Pencegah Rasuah 1997 iaitu kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu adalah sebanyak 103 kes; (iv) di bawah seksyen 15 akta yang sama, kesalahan menyalahgunakan kedudukan itu ada 40 kes; (v) di bawah Anti-Money Laundering Act ataupun AMLA, 1 kes; dan (vi) di bawah Kanun Keseksaan dan lain-lain perundangan, ada 67 kes dan jumlah besarnya ialah 544 kes. Bagi meningkatkan usaha pencegahan rasuah di sektor awam, BPR akan berusaha mengubah kaedah daripada penguatkuasaan dan tindakan punitif kepada menggalakkan jabatan atau agensi kerajaan supaya tampil bekerjasama dengan BPR dalam pelbagai aspek pelaksanaan Program Pencegahan Jenayah Rasuah, Penyelewengan dan Salah Guna Kuasa dengan penekanan kepada aspek kawalan dalaman atau internal control, dengan izin. Ini akan dilaksanakan melalui pembentukan Jawatankuasa Bersama Mencegah Rasuah ataupun singkatannya JBMR yang merupakan kesinambungan ke atas usaha-usaha yang dilaksanakan melalui mekanisme Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) sedia ada. Berbanding dengan JKP yang hubungannya secara langsung dengan kementerian dan kerajaan negeri, JBMR pula melibatkan hubungan secara langsung dengan agensi-agensi yang kritikal dan berisiko tinggi, dengan memberi fokus ke atas jabatan-jabatan yang kritikal. Ia akan memberi kesan yang lebih besar ke atas keberkesanan pencegahan rasuah dalam negara ini. BPR juga akan meningkatkan kerjasama dengan Jabatan Audit Negara dalam mengambil tindakan awal bagi menangani kepincangan dalam jabatan-jabatan kerajaan di mana unsur-unsur jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan boleh berlaku. Selain itu, BPR akan memberi tumpuan terhadap kes-kes bercorak intelligent based investigation, dengan izin, terutamanya yang melibatkan rasuah bersindiket. Ianya melibatkan penggunaan kaedah-kaedah perisikan dalam kes-kes rasuah, bagi melancar dan meningkatkan keupayaan siasatan terhadap jabatan-jabatan kerajaan.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan akan membentuk MCAC ataupun Malaysian Commission on Anti Corruption. Persoalan saya adakah dengan pembentukan MCAC ini kerajaan juga bercadang untuk menggubal undang-undang yang membebaskan maklumat iaitu Freedom Information Act dan juga undang-undang untuk melindungi whistle blowers, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, adalah betul sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja iaitu pada 15 April yang lepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun membuat pengumuman akan menubuhkan MCAC. Dalam hal ini kita tidak bercadang untuk meminda mana- mana akta yang dikatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi kerana dalam Akta OSA itu sebenarnya ia boleh menjadi rahsia tetapi Jemaah Menteri boleh bersidang dan membuat keputusan jika perlu sesuatu perkara itu hendak dilepaskan daripada OSA pada bila-bila masa kita boleh lakukan perkara itu.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Pertanyaan tambahan saya ialah selain daripada pendekatan, penyiasatan dan juga aduan yang dilakukan untuk melihat gejala rasuah di kalangan pegawai-pegawai ini, apakah BPR tidak mahu menggunakan pendekatan mereka sendiri melihat lifestyle
pegawai-pegawai ini terutama yang junior, duduk rumah banglo, kereta banyak dan sebagainya. Sepatutnya ini juga menjadi satu pendekatan untuk melihat sama ada dia melakukan rasuah ketika mendapat sumber sehingga mampu hidup dalam lifestyle yang sebegitu mewah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah Akta Pencegah Rasuah 1997, BPR diberi kuasa untuk menghantar surat bukan tunjuk sebab tetapi pertanyaan bagaimanakah kamu boleh hidup lebih daripada apa yang dianggap sebagai gaji dan pendapatan kita. Itu memang ada dalam Akta Pencegahan Rasuah. Saya percaya oleh kerana seksyen itu wujud bermakna bahawa BPR memang ada pemantauan terhadap mereka yang hidup mewah lebih daripada pendapatan mereka.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa strategi mutakhir untuk membanteras rasuah ialah bahawa kerajaan ada menunjukkan political will dan memberi keutamaan tertinggi untuk membanteras rasuah. Hari ini saya merasa terperanjat kenapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada di sini dan kita mengalu-alukan tidak menjawab soalan ini yang tidak memberi satu mesej dia ada memberi top priority dalam perkara ini.
Soalannya Yang Berhormat. Soalan.
Ya, itu satu. Itu political commitment dan adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa sampai sekarang kita tidak lihat political will dan top most commitment ini memandangkan bahawa 18 ekor ikan yu yang dikatakan patut ditangkap pada tahun 2004 masih bebas.
Soalannya.
Ikan bilis semua ditangkap tetapi ikan yu belum ditangkap. Kedua, sampai sekarang sungguhpun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada satu, dua kali apabila memerintah kerajaan ini ada menyebut mengenai zero tolerance for corruption tetapi sampai sekarang nampaknya sudah ditinggalkan. Adakah ini perlu kita menunjukkan top most priority dengan satu National Integrity Plan yang sudah gagal dalam lima tahun ini yang target sasarannya ialah bahawa dalam tahun 2008 Transparency International Corruption Perceptions Index sekurang-kurangnya...
Soalan, soalan.
Soalan, soalan, Yang Berhormat.
Ya, itu soalan. Sekurang-kurangnya di tempat ke-30 tetapi sekarang 43. Adakah ini akan diadakan satu target yang baru sekurang-kurangnya lebih kurang daripada 20 yang menunjukkan kita ada komitmen, kita ada top most priority.
Tuan Yang di-Pertua, budaya dalam Barisan Nasional ini, apabila Perdana Menteri melantik seorang menteri dia bukan hanya melakukan pelantikan tetapi dia juga memberi kepercayaan kepada menteri berkenaan untuk menjawab. [Tepuk] Saya rasa mungkin Yang Berhormat budaya DAP lain. Walaupun tidak lagi menjadi setiausaha, anak di sebelah tetapi mahu duduk di depan kerana tidak percaya. Tuan Yang di-Pertua, mencegah rasuah ini sebenarnya ia wujud dalam manifesto pilihan raya Barisan Nasional pada tahun 2004 lagi. Pada ketika itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengetuai Barisan Nasional dalam pilihan raya. Oleh kerana itu merupakan manifesto kita pada tahun 2004, maka sudah tentu dalam suatu perkara yang begitu besar untuk dilaksanakan bagi kita melawan rasuah tidak mungkin ia boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Namun kalau Yang Berhormat mengatakan tidak ada political will, saya takut, Yang Berhormat ini bercermin mata tebal takkan tidak nampak. Apa yang kita lakukan pada hari ini jelas menunjukkan bahawa inilah political will kita untuk memerangi rasuah. Saya harap Yang Berhormat ini walaupun sudah tidak menjadi Ketua Pembangkang - sekarang ini cuma jadi... tidak tahulah apa benda. Saya tidak tahu.
Harap akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk kita melawan dan membanteras rasuah ini. Dalam soal...
Kerjasama tentu ada tetapi mahu political will.
Ini, apa ini?
Tidak bolehlah macam itu Yang Berhormat Ipoh Timur.
Apa? Standing orderkah? Hanya standing order sahaja boleh bangun. Malu. Ramai Ahli Parlimen baru di sini. Jadi, belajar beramai-ramai. Kalau dari segi zero tolerance ini Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, kita memang akan melawan rasuah. Percayalah dan kita perlu sokongan daripada sebelah sana untuk bersama-sama kita memerangi rasuah di negara Malaysia yang kita cintai.
3. Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan apakah dasar pemulihan rumah bagi peserta-peserta Rancangan Tanah FELCRA.
Tuan Yang di-Pertua, penyediaan dan pembinaan rumah peserta yang dilaksanakan oleh FELCRA Bhd. adalah hanya kepada projek- projek yang mempunyai penempatan. Pelaksanaan projek perumahan ini dibiayai oleh kerajaan dalam bentuk pinjaman. Sehubungan dengan itu mana-mana unit rumah yang telah diserah dan diduduki oleh peserta, kos baikpulih adalah dibiayai sendiri oleh peserta. Peserta-peserta yang bercadang untuk mengubahsuai rumah mereka juga dibiayai sepenuhnya oleh peserta.
Tuan Yang di-Pertua, dasar pemulihan rumah FELDA adalah merupakan contoh yang terbaik kepada agensi-agensi kerajaan yang lain di mana peneroka-peneroka FELDA yang miskin diberikan bantuan RM10,000 untuk mengubahsuai rumah mereka dan bantuan ini dibuat secara terus. Mereka mampu dibenarkan untuk membuat pinjaman sehingga RM40,000 tanpa interest. Saya mencadangkan bolehkah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mereka satu sistem sebagaimana FELDA membantu peneroka-peneroka di rancangan tanah FELCRA.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya projek-projek ini memakan belanja yang besar. Apabila sahaja kita memberi kemudahan seperti ini kepada orang-orang yang ingin menyertai projek FELCRA, maka mereka ini diberikan pinjaman dalam bentuk tanpa interest. Di atas cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat sebentar tadi, kita akan mengkaji keadaan itu. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita semua faham bahawa tujuan asal penubuhan FELCRA adalah untuk membasmi kemiskinan dan juga miskin tegar di luar bandar, ada beberapa cara seperti mana bantuan rumah, pemberian saham dan juga memulihkan tanah hak milik bagi masyarakat di luar bandar. Di kawasan saya ada kawasan yang disebut projek perumahan bagi peserta FELCRA tetapi agak pelik kerana projek perumahan ada diberikan kepada peserta untuk menduduki rumah tersebut tetapi tidak dijemput atau tidak menjadi peserta- peserta FELCRA. Ini satu masalah.
Keduanya, masalah pemulihan tanah terbiar bagi tanah hak milik. Setahun hanya dapat RM400 dan ini tidak sampai RM50 sebulan. Bagaimanakah sasaran untuk kita membasmi kemiskinan dan kemiskinan tegar di luar bandar menjelang tahun 2010? Sasaran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sifar miskin tegar di dalam negara kita. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ahli Yang Berhormat dari kawasan apa itu? Minta maaf.
Yang Berhormat Kuala Krau.
Oh, Yang Berhormat Kuala Krau. Saya mengakui oleh kerana saya belum melawat kawasan ini, untuk melihat sama ada kawasan yang disentuh oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi itu kawasan yang diusahakan oleh FELCRA dan sama ada, peneroka-peneroka sudah atau dia belum diambil. Tetapi saya akan mengkaji dan kalau apa yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat didapati betul maka tindakan akan diambil.
Tuan Yang di-Pertua, pesertanya telah diambil tetapi bukan di kalangan yang diberikan projek perumahan.
Baik, baik.
Okey, itulah saya cakap sebentar tadi. Saya akan melihat kesemua ini dan kita akan memperbetulkannya kalau sekiranya ini benar. Perkara yang kedua ialah berkaitan dengan pendapatan. Saya difahamkan, kita sekarang sudah mempunyai lebih kurang 5,000 lebih peserta-peserta dalam pada empat skim FELCRA ini. Saya diberitahu bahawa pendapatan mereka ini adalah dalam purata ialah lebih kurang RM1,000 satu bulan. Selepas itu, apabila sahaja pinjaman telah ditolak dan sebagainya, mereka membawa pulang kewangan sebanyak lebih kurang RM500. Ini bererti bahawa kita sudah membawa banyak kebaikan kepada peneroka-peneroka ini. Sekian.
4. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada kementerian sedar terdapat banyak aduan terhadap perkhidmatan PUSPAKOM. Apakah sebabnya bayaran pemeriksaan kenderaan telah dinaikkan baru- baru ini? Nyatakan jumlah dan jenis aduan terhadap PUSPAKOM dan apakah tindakan kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menyedari terdapatnya aduan terhadap perkhidmatan PUSPAKOM. Berdasarkan kepada rekod Kementerian Pengangkutan antara tahun 2001 sehingga 2007, sebanyak 392 kes aduan telah diterima di kalangan orang ramai yang berkaitan dengan perkhidmatan PUSPAKOM. Antara tindakan-tindakan yang telah diambil berdasarkan aduan-aduan tersebut adalah seperti berikut: (i) Jabatan Pengangkutan Jalan ataupun JPJ dan PUSPAKOM mengadakan perbincangan secara tetap setiap dua bulan bagi membincangkan aduan-aduan yang diterima daripada orang ramai; (ii) JPJ mengadakan pemeriksaan secara berjadual dan mengejut ataupun spot check dengan mengejut ke atas pusat pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM. Pemeriksaan yang dijalankan turut meliputi proses calibration dengan izin ke atas setiap peralatan dan kelengkapan pemeriksaan kenderaan; (iii) PUSPAKOM meningkatkan kemudahan orang ramai untuk membuat aduan sama ada terus kepada ketua pegawai eksekutif dan ketua bahagian operasi melalui telefon bimbit yang dipaparkan di setiap pusat pemeriksaan PUSPAKOM ataupun melalui talian bebas tol dan melalui sistem e-Aduan; (iv) PUSPAKOM mengambil tindakan tegas seperti memberi amaran dan buang kerja ke atas mana-mana kakitangannya yang didapati terbukti bersalah berdasarkan aduan orang ramai;
(v) PUSPAKOM menambahkan pusat pemeriksaan kenderaan di seluruh negara dari 31 buah cawangan pada tahun 1994 kepada 64 buah cawangan pada masa kini; (vi) PUSPAKOM melanjutkan tempoh masa operasinya di tujuh pusat pemeriksaan kenderaan iaitu dari jam 7.00 pagi hingga jam 7.00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari pada hari Sabtu; dan (vii) PUSPAKOM memperkenalkan konsep pusat kecemerlangan ataupun COE di mana setiap perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang dibuat adalah berkualiti, berintegriti dan mengikut kehendak pelanggan. Tuan Yang di-Pertua, bayaran pemeriksaan kenderaan di pusat pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM telah pun dinaikkan baru-baru ini iaitu pada 1 Ogos 2007. Kenaikan kadar bayaran pemeriksaan kenderaan tersebut adalah berdasarkan faktor- faktor seperti berikut: (i) di bawah perjanjian konsesi di antara kerajaan dan PUSPAKOM, PUSPAKOM diberi hak dengan persetujuan kerajaan untuk menaikkan pembayaran pemeriksaan kenderaan selepas lima tahun beroperasi dan setiap tiga tahun bagi tahun-tahun berikutnya. Ini bermakna berdasarkan tarikh mula operasi PUSPAKOM iaitu pada 1 September 1994, PUSPAKOM mempunyai hak untuk menaikkan kadar pemeriksaan kenderaan pada tahun 1999, 2002 dan 2005. Walau bagaimanapun, berikutan kegawatan ekonomi pada tahun 1997, kerajaan telah menolak semua permohonan yang dimaksudkan PUSPAKOM; (ii) tindakan PUSPAKOM mengambil inisiatif untuk membuka 19 buah pusat pemeriksaan kenderaan tambahan di luar bandar dan pedalaman terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak walaupun lokasi tersebut tidak termasuk dalam perjanjian konsesi. PUSPAKOM yang bertindak berdasarkan tanggungjawab sosial ataupun social obligation dengan izin, telah menyediakan pusat-pusat pemeriksaan tersebut bagi memudahkan penduduk di kawasan pedalaman untuk melakukan pemeriksaan kenderaan. Pemeriksaan kenderaan di kawasan pedalaman ini sesungguhnya memberi pendapatan yang rendah kepada PUSPAKOM kerana purata kenderaan yang menjalani pemeriksaan adalah 36 buah kenderaan sehari berbanding dengan 100 hingga 500 buah kenderaan sehari di pusat-pusat pemeriksaan di kawasan yang lain. Ini mengakibatkan PUSPAKOM terpaksa menanggung kos operasi sebanyak RM1.886 juta setahun berbanding dengan kutipan hasil dalam setahun yang berjumlah RM1.59 juta; dan (iii) kadar pemeriksaan kenderaan di negara-negara yang turut mempunyai kelengkapan pemeriksaan yang hampir serupa seperti PUSPAKOM didapati lebih tinggi berbanding dengan kadar yang dikenakan oleh PUSPAKOM. Sekian.
[Bangun]
Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Saya tanya apakah jenis aduan yang tidak dijawab kerana kebanyakan rungutan terhadap PUSPAKOM ialah ramai tuan punya kenderaan mengatakan bahawa mereka perlu membayar duit kopi sekiranya pemeriksaan itu ingin dipercepatkan. Sekiranya tidak membayar, walaupun dalam keadaan yang baik tetapi dia selalu ada masalah, boleh pergi sampai tiga-empat kali barulah diluluskan, tetapi
sekiranya ada membayar duit kopi, walaupun keadaannya tidak berapa baik pun boleh lulus. Jadi adakah Yang Berhormat Menteri mendapat khabar angin atau aduan seperti ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi atas keprihatinan beliau. Walaupun demikian, saya tetap mengharapkan beliau bukan sahaja sekadar prihatin tetapi juga perlu membuat homework ataupun sekurang-kurangnya bantulah mereka yang terkilan untuk mengemukakan aduan. Untuk maklumat Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, sesungguhnya jenis aduan yang dimaksudkan dan biasanya ditangani oleh pihak PUSPAKOM dan ada kalanya dilaporkan kepada pihak kementerian. Banyaknya tak lain daripada rasuah. Rasuah ini bukanlah sekadar khabar angin seperti mana yang didakwa tadi oleh Yang Berhormat. Itu adalah kes sahih yang kita tangani. Yang keduanya ada juga di sesetengah tempat khasnya pusat di bandar- bandar besar biasanya terdapat long queue dengan izin ataupun ramai pelanggan yang kena berbaris ataupun menunggu gilirannya, itu pun membangkitkan perasaan kurang senang. Sebaliknya di kawasan-kawasan pedalaman terdapat juga aduan dari mereka yang kena tunggu sekian lama untuk menjalani proses pemeriksaan kenderaan komersialnya.
Jadi inilah serba sedikit yang boleh saya maklumkan Yang Berhormat dan sesungguhnya setiap kes aduan yang disampaikan dan dikemukakan secara bertulis ataupun melalui email termasuk juga kes yang dibawa pada saya tetap ditangani dan tetap akan diambil tindakan jika didapati sahih. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, sejauh manakah pelaksanaan semua kereta terpakai yang kini diwajibkan menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sebelum proses pindah milik kenderaan itu dibenarkan dan saya mengalu-alukan atas pengumuman Yang Berhormat Menteri tadi perwujudan 19 pusat PUSPAKOM terutama di kawasan pedalaman. Saya harap kami di kawasan pedalaman akan mendapat salah satu daripada 19 pusat PUSPAKOM tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya kenderaan terpakai yang dimaksudkan itu pun tak terkecuali dari hendaknya semua kenderaan komersial di periksa oleh pihak PUSPAKOM. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Tenom tadi, seperti mana yang pernah saya jawab sebentar tadi kawasan pedalaman tetap diberi keprihatinan yang sama bila kita nak berikan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan komersial sama seperti di bandar-bandar yang besar di Semenanjung dan negeri Sabah dan Sarawak. Sekian.
5. Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib (Langkawi) minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan: a) sejauh manakah kempen anti minyak kelapa sawit di negara barat mempengaruhi pasaran sawit negara; dan b) adakah keadaan harga komoditi tersebut akan stabil pada paras harga sekarang mengikut unjuran jangka pendek dan jangka panjang dan adakah kerajaan akan menggalakkan lagi penanaman kelapa sawit dan insentifnya kepada penanaman baru.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang benar terdapat kempen anti minyak sawit yang dilancarkan oleh pihak pertubuhan bukan kerajaan, non-governmental organisations atau NGO di negara-negara barat. Eksport minyak sawit dan produk sawit ke negara-negara barat terutamanya ke Kesatuan Eropah telah menurun sebanyak 14.2% kepada 4.21 juta tan berbanding
dengan 4.91 juta tan pada tahun 2006. Walau bagaimanapun dari segi nilai ia telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 24.5% ke RM7.38 bilion berbanding dengan RM5.93 bilion pada tahun 2006. Penurunan jumlah eksport antara lain disebabkan oleh pengurangan permintaan dari sektor bukan makanan terutamanya industri bio-bahan api berikutan kenaikan harga minyak sawit. Sementara itu eksport minyak sawit dan produk-produk sawit ke Amerika Syarikat telah meningkat sebanyak 15.5% kepada 1.33 juta tan dari 1.16 juta tan pada tahun 2006. Nilai eksport pada tahun 2007 adalah sebanyak RM3.47 bilion iaitu peningkatan sebanyak 57.7% berbanding dengan RM2.20 bilion pada tahun 2006. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah dan sedang mengambil pelbagai usaha bagi menangani kempen anti minyak sawit ini termasuk bekerjasama dengan Kerajaan Indonesia kerana negara itu bersama dengan Malaysia mengeluarkan 85% jumlah minyak sawit seluruh dunia. Tuan Yang di-Pertua, pada amnya harga komoditi bergantung pada penawaran dan permintaan di pasaran. Mengikut unjuran kementerian adalah dijangkakan harga minyak sawit akan kekal di paras harga sekarang iaitu antara RM3,500 sehingga RM3,600 setan dalam jangka masa pendek. Ini adalah berdasarkan kepada permintaan pasaran yang tinggi serta kekurangan bekalan minyak sayuran di pasaran dunia. Bagi jangka masa panjang adalah diunjurkan harga minyak sawit mungkin akan berada di paras melebihi RM3,600 setan bergantung pada kedudukan harga minyak petroleum. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan penanaman sawit dan insentifnya, kerajaan masih menggalakkan penanaman baru di tanah yang sesuai dan diusahakan secara mampan serta mengamalkan amalan pertanian yang baik, good agricultural practice. Bagi membantu pekebun kecil menanam semula atau menanam baru kerajaan ada menyediakan insentif dalam bentuk pemberian anak benih di bawah Skim Bantuan Anak Benih Sawit Berkualiti. Skim ini adalah terbuka kepada semua pekebun kecil yang memiliki keluasan tanah kurang lima hektar di Semenanjung dan kurang dari tujuh hektar di Sabah dan Sarawak tetapi di Sabah dan Sarawak walaupun keluasannya tujuh hektar, tetapi bantuan benih sawit dihadkan kepada lima hektar sahaja. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada pihak Yang Berhormat Menteri juga terima kasih kepada MPOB, MPOC dan MPOA dan kementerian dan juga players dalam industri kelapa sawit iaitu termasuklah FELDA, FELCRA, Sime Darby, IOI, Kuala Lumpur Kepong Bhd dan sebagainya. Memandangkan unjuran harga adalah sangat baik, saya percaya pihak kerajaan akan terus membantu. Apakah tindakan kementerian untuk menambahbaikkan produk dari kelapa sawit? By the way, adakah Yang Berhormat sedar bahawa Kumpulan Guthrie yang sekarang ini dimasukkan di bawah Sime Darby dahulunya dibeli oleh Kerajaan Malaysia dari The London Stock Exchange dalam tahun 80-an. Selepas itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sekarang ini menjadi CEOnya dalam management buyout telah mendapat keuntungan RM201 juta. Terima kasih.
Ya, memang dari segi dasarnya pihak kerajaan ingin terus membantu pihak-pihak yang terlibat dalam perusahaan atau penanaman kelapa sawit terutamanya kepada pihak golongan pekebun kecil kerana golongan ini walaupun dia berusaha sendiri tetapi jumlahnya adalah lingkungan 40% tanaman sawit di negara kita ini.
Oleh sebab itu, skim-skim atau usaha-usaha bantuan bagi menolong golongan-golongan ini adalah sangat penting. Kementerian sedang menjalankan berbagai-bagai skim untuk menolong mereka seperti yang saya sebutkan tadi skim benih berkualiti sawit termasuk juga skim untuk menggalakkan mereka mendapatkan pinjaman muda tanaman semula kelapa sawit dan juga skim bantuan tanaman sistem sawit dua baris berkembar. Ini pun ada insentif untuk kita membekalkan kepada mereka yang ingin melaksanakan skim ini atau melibatkan dalam skim ini.
Skim integrasi sawit dengan tanaman iaitu tanaman seperti tanaman padi, tanaman jagung, tanaman keladi dan lain-lain lagi juga digalakkan. Skim integrasi sawit dengan ternakan iaitu mereka boleh menternak lembu, kambing, ayam dan sebagainya. Ini juga digalakkan kepada mereka dan akhirnya kita mempunyai satu skim kelompok baja terselia, di mana kita gunakan skim ini untuk menggalakkan pekebun pihak pekebun kecil supaya mereka dapatlah baja dengan senang, dengan sistem kredit yang diamalkan oleh skim ini. Tuan Yang di-Pertua, saya memang faham bahawa kelapa sawit ini sudah membawa kepada banyak rakyat di negara kita termasuk juga syarikat, individu di mana mereka sudah mengaut keuntungan yang banyak pada hari ini. Inilah satu success, satu kejayaan yang sudah diamalkan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional dan saya rasa tentulah pihak-pihak yang terlibat dalam usaha tanaman sawit ini perlulah bersikap untuk berterima kasih kepada kerajaan. Sekian.
[Bangun]
Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat menyebut bahawa kedudukan harga minyak sawit ini berada dalam keadaan yang boleh dikatakan baik. Apa yang saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat ialah, adakah kedudukan harga ini dipengaruhi dengan kecenderungan dunia sekarang ini untuk berpindah daripada minyak diesel petrol ini kepada biodiesel. Kita lihat bahawa sekarang ini ada kecenderungan itu bukan sahaja menggunakan minyak sawit, tetapi jagung juga untuk menghasilkan biofuel untuk dijadikan bahan pembakar. Sekarang ini padi dan beras sedang dibuat satu kajian untuk menghasilkan biofuel dan saya bimbang kita akan berhadapan dengan krisis makanan dunia sekarang ini. Jikalau kerajaan tidak menyediakan satu pelan untuk menentukan berapakah jumlah yang harus digunakan untuk bio-diesel, berapakah jumlah peratusnya untuk digunakan bagi berkaitan dengan sumber pemakanan kita ini dari segi minyak sawit ini. Saya minta penjelasan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat kerana prihatin tentang isu ini. Sebelum saya jawab, saya hendak tunjuk kepada Ahli-ahli Yang Berhormat satu risalah yang kita terima daripada pihak NGO di Eropah. Di mana saya ingin baca sedikit “ever wonder how much palm oil cost?” ini risalahnya. Dalam kandungannya, awak boleh tengoklah gambar-gambar yang agak kita rasa sedih apabila kita tengok gambar ini. Ini kerana mereka gunakan isu ini atau gambar-gambar ini untuk mendapatkan simpati daripada pihak consumer di Eropah, tetapi saya hendak sebut perkara-perkara ini tidak ada berlaku di Malaysia. Ia tidak berlaku di Malaysia, di Malaysia kita tahulah di Semenanjung Malaysia mana ada orang utan. Orang utan hanya tertumpu di Sarawak dan Sabah.
Kinabatangan.
Ya, Kinabatangan. [Dewan riuh]
[Bangun]
Itu bukan Malaysia ke?
Semenanjung, ya. [Dewan riuh]
Yang Berhormat, ini...
Tidak, dia maksudkan Semenanjung Malaysia. [Dewan riuh]
Sila tarik balik, sila tarik balik.
Tarik balik, tarik balik. Ini macam mana dia boleh kata Sabah Sarawak bukan Malaysia. [Dewan riuh]
Jangan pisahkan kami.
Tiada niat jahat Yang Berhormat.
Sabah Sarawak sebahagian daripada Malaysia.
[Bangun][Dewan riuh]
Mesti tarik balik.
Duduk lah, duduk lah Yang Berhormat, duduk lah Yang Berhormat.
Pagi lagi.
Mesti hendak tarik balik Tuan Yang di-Pertua.
Duduklah Yang Berhormat.
Bukan, peraturan mesyuarat. Peraturan, Yang Berhormat, ini...
Ya, teruskan Yang Berhormat Menteri. [Dewan riuh]
Yang Berhormat , Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Duduklah Yang Berhormat.
Duduk lah. [Dewan riuh]
Yang Berhormat Ipoh Timur, Ahli-ahli Yang Berhormat, [Dewan riuh] Yang Berhormat Menteri tidak ada niat jahat tadi dia maksudkan Semenanjung Malaysia. [Dewan riuh] sila duduk Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri tidak ada niat untuk menghina sesiapa.
Sila duduk Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, berbalik balik perkara tersebut...
Sila duduk Yang Berhormat.
Adakah Tuan Yang di-Pertua akui bahawa Sabah Sarawak ada dalam Malaysia atau tidak dalam Malaysia.
Dia maksudkan Semenanjung Malaysia.
Dia maksudkan lainlah Yang Berhormat bagi Ipoh Barat. [Dewan riuh]
Dia tidak ada niat. Kita teruskan dengan Yang Berhormat Menteri. [Dewan riuh]
[Menyampuk]
Dia bawa risalah yang tidak ada tafsiran.
Sila duduk Yang Berhormat Padang Serai. Duduk lah Padang Serai. Ya, teruskan Yang Berhormat Menteri. [Dewan riuh]
Senang, senang Yang Berhormat. Senang, kalau hendak suruh saya jelaskan, saya jelaskanlah. Tidak payah sana teriak ya [Dewan riuh] okey, okey.
Sila diam, sila diam Yang Berhormat.
Pendek kata saya sebut ialah di Semenanjung Malaysia. Okey, di Semenanjung Malaysia.
Sekarang betulkanlah. [Dewan riuh] [Ketawa]
Sila diam Yang Berhormat.
Di Semenanjung Malaysia memang tidak ada orang utan. Kita tahu, walhal jumlah kebanyakan keluaran minyak sawit adalah dari Semenanjung Malaysia, so maksud saya ialah pendek kata kita punya keluaran minyak sawit dari Semenanjung Malaysia adalah sustainable. Kalaulah kita hendak sebutkan perkara ini, why is it dengan izin must NGO ini masih membantah kita walaupun dia tahu, sebab dia nak cheap publisiti.
[Menyampuk]
Itulah saya ...
Yang Berhormat, you have given the NGO enough publicity here.
Yang Berhormat Ipoh Barat, Ipoh Barat sila duduk Yang Berhormat Ipoh Barat.
By mentioning that, for your information...
I just want to show, dengan izin...
You are showing to the world, show to the whole world. [Dewan riuh]
Yang Berhormat Ipoh Barat, sila duduk. Sila duduk Ipoh Barat.
That should be some elements not true. That’s why you show it.
Yang Berhormat Ipoh Barat.
I just want to show what sort of fitnah ini.
Ya. [Dewan riuh][Tepuk]
Apa sahaja betul punya...
Sila duduk, sila duduk.
... dia cakap fitnahlah.
Sila duduk, sila duduk.
Ikut peraturan.
[Bangun]
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat. Ini memang satu soalan konstruktif. Saya akan jawab.
Panjang lagikah Yang Berhormat Menteri?
Tidak ada, sikit sahaja. Ini biodiesel ini kita sudah mengamalkannya sebab kita tahu bahawa minyak sawit ini kita boleh gunakan untuk makanan dan untuk biodiesel. So, dengan adanya pasaran biodiesel sekarang
pihak yang belinya untuk makanan merasa tertekan. Dia rasa tertekan, kalau dia hendak beli kita jualkan kepada orang yang buat biodiesel. Dengan itu, dengan cara ini harga minyak sawit sekarang sudah naik. Sudah naik, kalau dulu ingatkah kita belum amalkan penggunaan biodiesel ini, harga minyak sawit terendah. Dia ditekan dengan rendah oleh pihak pembeli. Now we have a choice dengan izin, kita boleh jual kepada orang buat makanan, kita boleh jual kepada orang buat biodiesel dan sebab itu dia orang tahu hari ini adalah competition untuk mendapatkan minyak sawit dari Malaysia. Oleh sebab itu berbagai-bagai cara, pelbagai kempen seperti ini dilakukan. Akhirnya saya hendak sebutlah kita hanya hendak asingkan RM6 juta daripada RM16 juta untuk industri biodiesel supaya mereka rasa adalah raw material bagi mereka. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Zulkifli bin Noordin.
6. Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu] minta Perdana Menteri menyatakan: a) nama-nama mereka yang dikenal pasti sebagai golongan wahabi dan di bawah akta atau undang-undang mana Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai golongan wahabi; dan b) alasan menyesatkan golongan wahabi dan pernahkah diadakan muzakarah atau perbincangan dengan mereka ini. Jika ya, bila.
Tuan Yang di-Pertua di antara nama-nama mereka yang telah dikenal pasti sebagai golongan wahabi mengikut siasatan JAKIM terdiri daripada beberapa orang pendakwah antaranya Dr. Abdullah Yassin, Ustaz Hussein Yee, Safuan Badri, Kiraman Abdul Muin dan beberapa orang yang lain. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam merupakan badan pengeluar fatwa di peringkat kebangsaan atas apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-raja. Penubuhan Majlis Fatwa diperuntukkan oleh perkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia atau MKI. Fahaman wahabi tidak pernah diputuskan sebagai ajaran sesat atau ‘dholalah’ sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat dalam soalan. Ianya merupakan ‘khilafiah’, ‘faqiyah’ ataupun pertikaian tentang soal ‘fiqih’ di mana timbul persoalan dari segi ta’wil ataupun memberikan tafsiran pada makna yang berbeza. Dalam hal ini Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia telah mengadakan beberapa kali muzakarah atau perbincangan berhubung dengan perkara ini. Daripada tahun 1985 hingga 1998 telah diadakan sekurang-kurangnya enam kali muzakarah yang membincangkan isu ini. Kalau Yang Berhormat bertanya tentang soal bilakah perbincangan yang mutakhir dengan pemuka-pemuka pegangan wahabi saya ingin menyebutkan bahawa ianya telah diadakan pada 30 Ogos 2007 di Hotel Putra Palace Kangar dengan Sahibul Samaah Dr. Mohd Azri Zainal Abidin, Mufti Perlis, terima kasih.
Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sahabat saya sebelah bilik tahanan ISA tahun 1998. Yang Berhormat Menteri ada beberapa soalan yang saya hendak kemukakan Tuan Yang di- Pertua, pertamanya bahawa ini hari saya mendengar daripada mulut sahabat saya Yang Berhormat Menteri pengesahan bahawa yang dikatakan sebagai golongan wahabi itu tidak pernah difatwakan sebagai sesat. Tetapi perkara yang saya perlu sebut Yang Berhormat Menteri sahabat saya walaupun mereka tidak pernah disabitkan sebagai sesat tetapi mereka dihalang, mereka ditegah, mereka dicegah, mereka ditangkap malahan mereka diheret ke mahkamah.
Nama-nama Yang Berhormat sahabat saya sebut tadi Dr. Abdullah Yasin, Ustaz Husein Yee dan lain-lain mereka ini adalah golongan yang dikenali sebagai ulama. Ulama Muhadisin contohnya Dr. Abdullah Yasin yang dihormati di peringkat dunia. Soalan saya Yang Berhormat Menteri sahabat saya atas alasan apa mereka ini ditegah, dicegah, ditangkap dan diheret ke mahkamah. Contohnya...
Baik, soalannya Yang Berhormat.
Contoh saya hendak bagi supaya Yang Berhormat Menteri...
Tidak payah bagi contoh, soalannya.
Yang Berhormat Menteri tahu atau tidak bahawa Sahibul Fadhilah Dr Abdullah Yasin pernah digari depan orang ramai dan diheret. Dia pernah menghadiri satu kenduri atas jemputan di rumah private, dikepung oleh pasukan Jabatan Agama Islam. Di pernah ditangkap sedang memberi kuliah.
Cukup Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.
Soalan Yang Berhormat Menteri, mereka ditangkap, alasan yang biasa diberi antaranya mereka ini konon tidak diberi tauliah dan alasan yang mereka tidak...
Yang Berhormat soalan Yang Berhormat, kita dalam sesi soal jawab.
Tuan Yang di-Pertua kalau Yang Berhormat tidak tahu background dia macam mana dia hendak jawab.
Tidak boleh, dalam sesi soal jawab. Yang Berhormat boleh bawa dalam perbahasan nanti, dalam sesi soal jawab kita hendak ringkas dan tepat untuk soalan.
Baik Tuan Yang di- Pertua. jadi sekarang ini mengikut surat daripada Jabatan Agama Islam ini menyatakan bahawa mereka ini tidak dibenarkan berceramah kerana fahaman wahabi dan sebab itu mereka ditangkap, ditahan.
Cukuplah Yang Berhormat.
Soalannya Yang Berhormat Menteri atas alasan apa mereka ini masih lagi ditegah, dicegah, ditangkap, diheret ke mahkamah dalam keadaan mereka tidak pernah disesatkan. Yang Berhormat Menteri saya hendak memperbetulkan fakta.
Cukuplah Yang Berhormat.
Saya difahamkan bahawa muzakarah yang diadakan tidak pernah dipanggil mereka ini. Ianya muzakarah sesama dengan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan contohnya Dr Abdullah Yassin, Ustaz Hussein Yee, mereka tidak pernah dipanggil. Jadi minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, soalan pokok saya itu kenapa mereka masih lagi dikenakan tindakan seperti itu terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua kemajmukan masyarakat di negara kita bukan suatu premis untuk mengizinkan intra-religion difficulties berlaku. Dewan yang mulia ini bukan forum yang sesuai kita membincangkan soal khilafiah yang begini, elok kalau dapat diperbincangkan dalam bentuk muzakarah yang lain. Walau bagaimanapun kalau dapat Yang Berhormat rujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke-40 tahun 1996 pada 9 Ogos menyebutkan bahawa mana- mana golongan yang mengisytiharkan dirinya tidak bermazhab dan menganggap
bahawa dialah orang lebih baik di samping mencerca dan menghina golongan yang bermazhab sedangkan mereka ini berada di dalam kelompok yang sama. Maka pendekatan dengan cara perbincangan adalah lebih baik supaya tidak timbul perpecahan di kalangan umat Islam. Ini adalah soal-soal bidaah, yang menjadi perkara yang ‘furuq’ iaitu soal-soal bidaah mahmudah dan mazmumah, yang menjadi polemik daripada sejak wujud soal kumpulan Al-Khawarij yang berlaku satu ketika dulu dalam sejarah Islam dan berlaku di kalangan golongan Mutazilah. Dan pada hemat saya perkara-perkara yang begini tidak patut dipolemikkan di dalam situasi di mana perpecahan umat Islam di negara ini sedang berlaku. Maka pendekatan yang harus dilakukan ialah bersatulah yang di sana dan di sini demi kepentingan agama bukan membincangkannya lagi.
Yang Berhormat Baling.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Menteri dan tahniah dapat jadi menteri jaga JAKIM. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berulang kali bermuzakarah tentang persoalan ini. Beberapa ketika dulu pun, persoalan timbul bukan masalah sesat atau tidak sesat cuma apa yang diputuskan ialah Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan Ahlu Sunah Wal Jamaah dalam Mazhab Shafie. Jadi masing-masing bertanggungjawab untuk mengelak apa juga bentuk pergeseran dan pertelingkahan yang boleh menimbulkan suasana yang tidak tenang di kalangan masyarakat terutama penganut Islam.
Keputusan ini telah lama dibuat, cuma mungkin persoalan saya pada pagi ini ialah, sejauh mana usaha-usaha untuk mempertingkatkan lagi penguatkuasaan ataupun enforcement bukan maksud untuk menangkap, tapi maksudnya supaya suasana ini reda. Dan pihak kerajaan negeri yang bertanggungjawab, nak ambil mufti pun, dia kena check juga latar belakang sama ada kedudukan ilmu dan sebagainya menepati dengan kehendak keputusan fatwa.
Sokong.
Itu bagaimana mufti, wallahualam. Saya tak tahulah sana ke sini, tak tahulah. Duduk pun tengah-tengah ni.
[Ketawa]
Kerusilah, kerusi.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa bersyukur kerana masih ada yang mengaku sahabat, Baling dan Kulim Bandar Baharu. Dalam perkara ‘dholalah’ seperti yang diperbincangkan itu, pendekatan yang terbaik ialah pendekatan yang menggunakan pendekatan yang tidak bertelagah. Walaupun ada perbezaan pendapat, dalam Tasawuf disebut ‘Addabul Ikhtilaf’ yang harus kita gunakan. Dalam keadaan ini saya rasa Yang Berhormat Baling telah berbeza sedikit pendapat dengan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, eloklah diadakan perbincangan di luar agar Dewan yang mulia ini tidak digunakan sebagai satu premis untuk kita perbincangkan perkara-perkara yang di luar...
Yang Berhormat Baling contoh yang terbaik.
...kesesuaian di sini kerana kita tahu, saya sebut tadi kemajmukan kita menyebabkan kita harus dihormati bukan dihina oleh pihak lain.
7. Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan:- (a) apakah kementerian sedar melalui media elektronik terdapat banyak program berbentuk program realiti mahupun berbentuk kuiz yang mempelawa penyertaan rakyat melalui kemudahan SMS; dan
(b) keuntungan kerajaan, stesen media elektronik yang diperolehi melalui program berbentuk demikian dan berapa dibelanjakan oleh rakyat yang menyertai program-program sedemikian.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kalabakan atas soalan yang dikemukakan. Kementerian sedar bahawa pada masa ini terdapat 29 program berbentuk Sistem Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS di stesen-stesen televisyen swasta di negara ini. Kerajaan tidak mengambil keuntungan secara langsung dari program-program berbentuk SMS. Sejak Januari 2008, sejumlah RM5,395,840 telah dibelanjakan oleh rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, tidak semua program berbentuk SMS tidak berfaedah kepada orang ramai. Program SMS dalam kategori maklumat atau info bertujuan menggalakkan hubungan interaktif antara penonton dengan program atau stesen televisyen meningkatkan strategi promosi atau pemasaran, memberi peluang kepada penonton bagi mendapatkan maklumat mengenai program dan selebriti. Stesen televisyen juga mengiklankan perkhidmatan kandungan premium seperti cuaca, tips, horoskop dan sebagainya. Program dalam kategori derma pula bertujuan untuk memungut derma atau sumbangan melalui SMS yang dihantar oleh orang ramai. Antara program dalam kategori ini adalah Program Bersamamu (TV3) dan Nation Care Charity (NTV7). Kementerian dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM sentiasa memantau program-program berbentuk SMS dan mengawal penyiarannya dengan mengenakan peraturan-peraturan tertentu. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kalabakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya sedar bahawa ada penghantar SMS ada memberi maklumat, tetapi apa yang saya maksudkan ialah program media seperti Program Akademi Fantasia, Program Gang Starz, program-program berbentuk kuiz, yang sebenarnya ini satu penipuan. Ini satu penipuan, kementerian harus meneliti semua program. Yang berfaedah, kita teruskan. Jadi saya mahu tahu, program-program penipuan ini merosakkan remaja kemudian mereka ini dijanji bermacam-macam, merosakkan remaja. Jadi saya mahu tahu sama ada kementerian boleh bagi kepada Dewan yang mulia ini, bagi tahu yang mana program yang berfaedah kita terus, yang menipu rakyat, bolehkah kementerian cegah daripada penipuan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Kalabakan atas soalan tambahan. Sebenarnya, pada takrifan kementerian, sekiranya sesuatu program didapati tidak memberi faedah atau menjatuhkan rohani rakyat Malaysia, kementerian tidak akan memberi kebenaran agar program ini dianjurkan oleh sesiapa. Dalam takrifan kementerian - bagi saya peluang untuk menerangkan iaitu bagi takrifan pertandingan yang berbentuk SMS. Pihak SKMM berpandangan bahawa program yang berbentuk SMS adalah takrifan sebagai program, di mana keseluruhan rancangan tersebut adalah bergantung sepenuhnya kepada penyertaan para peserta atau penonton melalui perkhidmatan SMS. Oleh itu, berdasarkan tafsiran di atas, hanya program berbentuk kuiz, permainan televisyen dan program perbualan atau chat show wajar dikategorikan sebagai program SMS. Penggunaan SMS dalam program- program lain seperti peraduan, derma, undian dan sebagainya adalah di tahap yang minima. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar program-program tersebut dikategorikan sebagai program berbentuk SMS. Justeru, bilangan program SMS yang terkini di stesen-stesen televisyen di bawah Media Prima Berhad dan Astro adalah seperti berikut: (i) Game show/permainan (ii) Chat/perbualan;
Kesemuanya adalah: (i) TV3 - 2; (ii) NTV7 - 0; (iii) 8TV - 3; (iv) TV9 - 1; dan (v) Astro - 6. Akademi Fantasia yang ditanyakan oleh Yang Berhormat, tidak dikategorikan sebagai program SMS di Astro, kerana ia tidak tergolong dalam takrifan program SMS yang disebut di atas tadi. Akademi Fantasia merupakan program realiti, pencarian bakat dan turut memaparkan proses pembelajaran peserta di samping konsert mingguan. Elemen SMS hanya digunakan untuk menentukan para pemenang. Terima kasih.
Yang Berhormat Bachok.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya membaca satu SMS. Soalan kita berkaitan dengan SMS yang dihantar kepada anak saya yang baru tingkatan tiga dan diforwardkan kepada saya pagi tadi.
Penghantarnya, nombor 22123000. Isi SMS nya adalah dengan izin “Wild youth collection. We have all funny clips and hot sexy mobile videos. Type ON YOU. Send to 33499 now. Free registration”. Bagaimana pihak kementerian nak respons kepada SMS yang sebegini dihantar kepada pelajar Tingkatan 3 dan ramai lagi saya rasa yang memperoleh SMS yang sebegini, dalam rangka untuk kita bertindak seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kalabakan sebentar tadi, yang memberikan kesan negatif kepada budaya, akhlak, khasnya remaja-remaja kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Bachok. Tuan Yang di-Pertua, pertanyaan atau soalan tambahan dari Yang Berhormat Bachok adalah terkeluar dari soalan pokok. Namun demikian saya mengharapkan...
Yang Berhormat, kalau terkeluar tidak payah jawab.
Yang Berhormat Bachok boleh menyampaikan pesanan SMS itu kepada...
Saya.
Eh, bukan kepada saya, nanti saya pula..
[Bangun]
[Bangun]
Ahli Yang Berhormat sila duduk, sila diam Yang Berhormat.
Ini masa depan negara kita.
Yang Berhormat Padang Serai duduk.
...Kepada syarikat telekomunikasi di mana anak Yang Berhormat menjadi pelanggan. Terima kasih.
8. Tuan Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) adakah penguatkuasaan dilakukan pada waktu malam bagi memastikan bas-bas ekspres mematuhi had laju yang telah ditetapkan; dan (b) adakah pemeriksaan dilakukan terhadap jumlah pemandu yang wajib ada dalam setiap perjalanan bas-bas ekspres.
Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Sungai Petani yang telah pun mengemukakan soalan ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini; (a) Polis Diraja Malaysia sentiasa mengadakan operasi-operasi untuk mengesan pelbagai kesalahan yang melibatkan semua kenderaan termasuk bas-bas ekspres. Tindakan penguatkuasaan bagi mengesan kesalahan memandu melebihi had laju di kalangan pemandu bas adalah dilakukan pada waktu siang dan juga waktu malam. Tuan Yang di-Pertua, (b) Di dalam operasi-operasi yang dijalankan, Polis Diraja Malaysia turut menjalankan pemeriksaan terhadap jumlah pemandu yang wajib berada di dalam bas. Operasi-operasi berjadual ini dilakukan secara bersepadu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Yang di-Pertua, saya adalah pengguna bas ekspres 10 tahun, sehingga sekarang. Jadi saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang beberapa perkara dan minta penjelasan. Pertama, sedarkah Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa terdapat dua kategori pemandu bas ekspres, pertama yang bergaji tetap, dan yang kedua mendapat habuan harian. Keduanya itu Yang Berhormat Timbalan Menteri, pemandu bas sepertilah pilot kapal terbang. Jika kapal terbang ada passenger yang melibatkan nyawa manusia, pemandu bas juga membawa bas yang juga melibatkan nyawa manusia. Namun di dalam masalah pilot, mereka di kawal oleh berbagai-bagai agensi untuk memastikan bahawa kualiti mereka baik khususnya dikawal oleh Jabatan Penerbangan Awam. Jadi saya nak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada kualiti pemandu-pemandu bas kita ini dikawal atau tidak. Khususnya yang mendapat habuan harian, yang mendapat komisen ikut trip. Kadang-kadang dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur, kita bawa kereta pun tidak boleh ‘lari’ sampai empat jam setengah tetapi pemandu-pemandu bas boleh ‘lari’ tiga jam setengah waktu malam. Nyawa 40 orang manusia dalam..., itu bukan satu bas. Percayalah kalau kita naik bas, cuba sekali sekala naik bas tengok, dia lari macam formula one. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Sungai Petani sekali lagi. Saya pun macam Yang Berhormat juga kadang-kadang saya naik bas ekspres dari Alor Star ke Kuala Lumpur, dari Kuala Lumpur balik ke Alor Star. Memanglah ada beberapa kali mendapati bahawa kelakuan ataupun perangai-perangai di kalangan pemandu adalah aneh sedikit. Walau bagaimanapun, oleh kerana keadaan seumpama ini, pihak PDRM, JPJ dan juga LPKP sentiasa mengadakan pemeriksaan. Kemungkinan ada trip-trip Yang Berhormat, pemandu bas itu tidak nampak ada penguatkuasaan. Ia bukan tiap-tiap malam itu ada penguatkuasaan tetapi kebanyakan perjalanan bas ini dikawal oleh pihak-pihak berkuasa.
Saya memang faham dan tahu bahawa ada dua jenis pemandu. Pemandu yang mempunyai gaji tetap dan juga pemandu yang mendapat upahan seharian. Tidak kira sama ada mereka ini adalah dari golongan yang mana asalkan mereka ini menepati syarat-syarat, mempunyai lesen-lesen yang berkenaan dibenarkan oleh LPKP dan JPJ, maka mereka ini layak untuk menjadi pemandu bas-bas ekspres. Selain daripada pemeriksaan-pemeriksaan yang diadakan di sepanjang jalan, pihak JPJ, polis juga sentiasa membuatkan pemeriksaan secara rambang di 33 terminal bas di seluruh negara. JPJ akan membuat pemeriksaan mengenai keselamatan bas-bas berkenaan iaitu tayar, keadaan brek, dan sama ada dua orang pemandu sekurang-kurangnya dalam bas. Pihak polis juga akan mengambil sampel air kencing sama ada mereka ini telah pun mengambil ataupun menyalahgunakan dadah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun ini sahaja, dari bulan Januari hingga Mac sebanyak 1,815 saman telah dikeluarkan kepada pemandu- pemandu yang telah pun melakukan kesalahan bersabit di bawah Akta Pengangkutan Jalan. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Nampaknya orang Kedah semua ni. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung dengan penguatkuasaan. Jika selepas kemalangan di Bukit Gantang tempoh hari kita dapati banyak penguat kuasa berada di Juru dan juga di tempat-tempat permulaan lebuh raya tetapi nampaknya sekarang ini sudah berkurangan ataupun tidak ada lagi. Begitu juga pernah ketua polis trafik mengatakan polis akan menyamar di atas bas-bas ekspres untuk memantau perjalanan bas supaya tidak menjadi formula one. Apakah ini hanya dikatakan sebagai ‘hangat-hangat tahi ayam’ ataupun akan di teruskan oleh kementerian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Pendang. Memang benar dari segi penyamaran anggota polis di bas-bas ekspres juga sedang berjalan. Namun kebanyakan ianya pada hari kebesaran macam Hari Raya Aidilfitri atau pun Tahun Baru Cina pada setiap tahun. Bila ada hari-hari kebesaran seumpama ini melalui ‘Ops Sikap’, pihak polis akan menyamar sama ada sebagai salah seorang penumpang ataupun beruniform duduk dalam bas-bas ekspres. Ini telah pun berjaya untuk mengurangkan kadar kemalangan di negara ini. Bagi hari-hari yang biasa, penyamaran ini juga dibuat tetapi tidak seperti macam pada hari-hari kebesaran. Sekian, terima kasih.
9. Datuk Haji Baharum bin Mohamed [Sekijang] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, apakah buah-buahan tempatan yang telah berjaya melepasi pasaran antarabangsa dan nyatakan nilainya dari tahun 2002 hingga 2007.
Tuan Yang di-Pertua, buah-buahan tempatan yang telah melepasi pasaran antarabangsa adalah belimbing besi, jambu batu, mangga, nenas, betik, tembikai, nangka madu, durian, manggis dan rambutan anak sekolah. Sepanjang tempoh 2002 hingga 2007, nilai eksport buah-buahan tempatan tersebut adalah sekitar RM250 juta sehingga RM371 juta.
Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan. Soalan tambahan saya ialah mengapakah hasil pertanian kita ini begitu sukar
untuk menembusi pasaran antarabangsa berbanding dengan negara jiran kita seperti Thailand yang mudah memasarkan pertanian mereka di peringkat antarabangsa. Saya melihat bahawa kita sebenarnya tidak ada keseragaman. Kalau kita lihat di Thailand sendiri, syarikat penerbangan mereka seperti Thai Airways menolong untuk memasarkan bahan-bahan pertaniannya ke seluruh dunia. Bahkan buah-buahan mereka dihantar ke negara Mediterranean sekalipun, dia hantar. Akan tetapi nampaknya dalam negara kita, keadaan ini tidak berlaku. Apakah ini masih lagi belum dirundingkan atau memang kita tidak ada inisiatif ke arah itu? Dan saya juga ingin bertanya. Tadi disebutkan tentang pasaran nanas kerana saya berasal daripada Johor. Jadi saya ingin tahu, sejauh mana pasaran nanas ini sebenarnya telah dapat menembusi pasaran antarabangsa, kerana kita mendapati bahawa ada di antara kilang-kilang yang didirikan di negeri Johor ini telah di tutup. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Sekijang. Yang Berhormat, mengenai masalah penerbangan. Sehingga kini Yang Berhormat, kita adalah sekompetitif seperti juga Thai Airlines sebab insya-Allah sekarang ini, Syarikat Penerbangan Malaysia atau MAS telah menawarkan charge cargo untuk publish rate dengan izin, kepada setiap lebih 1000 kg dan ke atas adalah sebanyak RM4.20 sekilogram, pada kadar asas bagi buah-buahan dan sayur- sayuran di bawah special cargo rate, SCR 007 untuk hantaran. Sebagai contoh Kuala Lumpur ke Amsterdam. Dan kalau kita banding pula dengan harga menggunakan Thai Airlines ke destinasi yang sama, kadar yang dikenakan adalah RM8.90 sekilogram atau di dalam nilai Bath, 89 bath. Bermakna Yang Berhormat, kini kita ingin menegaskan di sini bahawa sekarang ini dengan adanya perbincangan yang sihat dan yang selalu diadakan, kita telah mendapat satu kadar yang begitu memuaskan. Dari itu, kita juga berharap bahawa industri buah-buahan mengambil kesempatan ini untuk melipatgandakan lagi penghantaran buah-buahan tropika ke negara-negara yang telah saya katakan tadi. Mengenai nanas, terima kasih Yang Berhormat sebab Yang Berhormat adalah datang daripada kawasan nanas yang termasyhur. Jadi saya ingin memberitahu di sini bahawa semenjak tahun 2004, Lembaga Nanas telah dipulihkan semula iaitu telah beroperasi kembali. Dengan itu, telah memberi satu penambahan dari segi nanas yang kita jualkan ke negara-negara luar telah berlipat ganda. Jadi satu juga Yang Berhormat, saya rasa ada satu brainstorming dengan izin, telah diadakan di mana kita telah mendapat variety yang begitu baik. Yang telah diterima di pasaran antarabangsa iaitu dahulunya dinamakan Nanas Sarawak dengan Johor. Nama dahulu dipanggil Sarjo tapi bila dia ada satu brainstorming yang begitu baik, sekarang ini nama nanas itu, variety itu kita namakan Josephine. Jadi, nampaknya dia pergi lebih kepada pasaran global. Jadi, oleh yang demikian, kita telah mendapat lonjakan tempahan dan penjualan sehingga RM61 juta. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, selesailah sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawapan Lisan untuk pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 18(1) — Skandal KTMBUrgent matter
Saya M. Kula Segaran Ahli Parlimen kawasan Ipoh Barat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dengan ini mencadangkan supaya ditangguhkan majlis mesyuarat dengan hendak merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan teks usul-usul seperti berikut. Skandal KTMB yang penuh kezaliman harus diteliti. Ini membawa isu sistem pengangkutan kereta api ke Dewan yang mulia untuk membincangkan skandal yang penuh dengan kezaliman di mana yang masih dalam genggaman pihak KTMB yang
menceroboh sistem pengangkutan tradisional negara sehingga mencetus soal kepercayaan terhadapnya. Walaupun adanya perbelanjaan sebanyak RM4 bilion untuk membina Sistem Kuasa Elektrik Landasan Dua, double tracking yang tamat disiapkan dari Rawang ke Ipoh, ia masih menimbulkan soalan. Bilakah sistem pengangkutan ini akan dapat dinikmati oleh rakyatnya? Pada hari Isnin, Tuan Yang di-Pertua, akhbar tempatan Malay Mail mencetuskan di mana menunjukkan headline “Billion Ringgit Block” dan lagi satu pada hari kemudiannya real enquiry juga oleh Malay Mail menunjukkan perkara ini kalau kita baca dalam teliti, semua kita tahu isunya. Telah melaporkan tentang pemberian kontrak untuk fasa yang seterusnya dari Ipoh ke Padang Besar yang akan menelan belanja sebanyak RM12.5 bilion oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia. Di mana fasa Rawang ke Ipoh masih tidak dapat mengimplementasikan sistem kereta apinya yang sempurna. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan masih mengamalkan sistem buta tuli dalam pemberian kontrak projek kereta api untuk syarikat tempatan dan membuka ruangan untuk mengaut untung yang lebih besar dengan tidak mementingkan kemahuan masyarakat. Pada masa yang sama, kerajaan juga membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menaikkan taraf sistem landasan kereta api yang sedia reput tanpa mengira kos. Masalah yang serius ini harus diberi kepentingan dan kerajaan sepatutnya mengambil tindakan yang sewajar untuk mencegah kezaliman KTMB dan skandalnya. Dengan adanya faktor-faktor yang tertentu, maka rakyat sendiri dapat melihat di mana penyalahgunaan sumber kewangan negara tidak digunakan untuk saluran yang memberi faedah, dan ada berlaku pembaziran wang rakyat dan sewenang- wenangnya. Kekurangan kereta api adalah salah satu faktor utama yang membawa keadaan huru-hara, di mana setiap hari penumpang harus berdepan dengan kelewatan jadual masa perjalanan. Sistem Landasan Kuala Lumpur-Ipoh mengambil masa selama 13 tahun untuk dibina dan dilaksanakan, siap pada November 2007. Masih menjadi satu tanda soal pada keaktifan sistem pengangkutannya. Maka tibalah masa untuk Dewan yang mulia ini untuk membincangkan mengenai isu sistem kereta api demi kepentingan rakyat dan satu jalan penyelesaian harus dilahirkan sebelum rakyat hilang kepercayaan terhadap sistem pengangkutan dan kementeriannya sendiri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, setelah menerima satu Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), daripada Ahli Yang Berhormat kawasan Ipoh Barat pada hari Selasa, 6 Mei 2008. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua, hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang
(i) bahawa perkara itu tertentu; (ii) ia adalah bagi kepentingan orang ramai; dan (iii) ia berkehendak disegerakan. Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa tertentu, perkara ini adalah perkara yang tertentu. Kepentingan orang ramai, ia adalah kepentingan orang ramai. Berkehendak disegerakan, perkara ini tidak perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2).
Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Pertama Parlimen Keduabelas”. [7 Mei 2008]
Yang Berhormat Baling, sila sambung.
Bismillahirrahmannirahim, Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua menyambung sebagaimana yang telah saya petik daripada Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku meletakkan Malaysia berperanan untuk memartabatkan Islam di persada dunia dan Malaysia berperanan untuk membangunkan sosio-ekonomi umat Islam. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Sebagaimana yang telah kita tegaskan bahawa apa yang dikemukakan oleh Duli Tuanku memperlihatkan suatu tanggungjawab yang besar yang harus dipikul oleh semua lebih-lebih lagi bagi kita umat Islam di Malaysia. Tanggungjawab Islam adalah satu tanggungjawab yang tidak boleh dipandang kecil dan tidak boleh dipandang remeh. Ia adalah termasuk di dalam main screen pemerintahan dan kerajaan. Kalau diizinkan saya memetik, apa yang pernah diketengahkan oleh Lukman Hakim Rahmatullah. Pesanan Lukman Hakim, [Membaca sepotong ayat pesanan Lokman kepada anaknya].. “saya sudah ubah dan pikul batu yang besar, sudah menanggung besi yang berat tetapi saya tidak pernah bertemu beratnya tanggungjawab tentang Islam.” Dengan keadaan ini, maka kesempatan ini saya hendak membangkitkan beberapa perkara di mana kita lihat sekarang pengurusan dan pentadbiran Islam dalam negara kita ini masih belum mencapai kepada piawai yang sebenar selaras dengan kehendak dan tuntutan semasa. Sebab itu kita lihat banyak perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Islam. Ada sahaja perkara-perkara yang tidak lengkap, tidak sempurna dan banyak permasalahan yang timbul daripada ketidaksempurnaan pentadbiran dan pengurusan Islam. Kita lihat dan tidak dapat sesiapa nafikan bagaimana pentadbiran pengurusan kekeluargaan Islam, bagaimana kedudukan pentadbiran dan pengurusan ekonomi umat Islam. Bagaimana pentadbiran pengurusan pendidikan Islam, saudara-saudara baru kita yang baru menerima Islam. Kita tidak dapat urus dengan baik, kita tidak dapat membina dan membentuk mereka supaya mereka juga menjadi orang-orang yang betul-betul committed dalam Islam. Kita tidak dapat tangani selama ini masalah- masalah yang timbul mengenai dengan murtad. Seolah-olah murtad ini walaupun diperkatakan di setiap tempat di pelbagai audience dan floor yang mempersoalkan tetapi jalan penyelesaian kepada masalah murtad tidak dapat ditangani dengan begitu baik dan begitulah juga dalam masalah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan seluruh pembangunan Islam yang dituntut oleh Islam itu sendiri.
[Bangun]
Sila, bagi peluang, Yang Berhormat bagi Pendang.
Terima kasih Yang Berhormat bagi Baling, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan saudara- saudara baru ini, saya rasa kalau dahulu di zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan juga selepas itu, kita dapati PERKIM merupakan sebuah organisasi yang begitu berkaliber dan juga bertanggungjawab untuk memelihara sahabat-sahabat kita yang baru memeluk Islam. Apakah pandangan Yang Berhormat ataupun komen Yang Berhormat tentang peranan PERKIM yang ada pada hari ini yang kita dapati kurang menyerlah berbanding dengan suatu masa dahulu. Apakah perlu kita memberikan satu suntikan baru kepada PERKIM ini supaya penjagaan kepada sahabat baru kita ini lebih berkesan seperti mana yang sebelum ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat bagi Pendang. Itulah yang saya katakan tadi. Itu antaranya bagaimana kedudukan yang dimainkan macam PERKIM dan sebagainya, keadaan seolah-olah kita adakan dalam bentuk tempel-tempelan. Contohnya waktu memperkatakan penerapan nilai Islam, JAKIM hanya diizinkan untuk menubuhkan suatu unit penerapan nilai Islam. Satu unit hendak melaksanakan dan memberi pandangan nasihat untuk sebuah negara. mana mampu ‘cc’ nya kecil loadingnya besar. Begitulah juga kalau sekarang dengan Islam Hadhari. JAKIM diberi tubuhkan satu unit, ini maknanya kita tidak begitu serius, kita tidak memainkan satu peranan yang benar-benar bertanggungjawab untuk mencapai kepada suatu imej Islam di persada dunia yang dituntut atau sebagaimana yang diharapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Jadi, dalam kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua, tanpa hendak menafikan kedudukan yang termaktub dalam Perlembagaan di mana Duli-duli Tuanku sebagai Ketua Agama Islam, tetapi sebagai rakyat yang mendukung kedaulatan tersebut, maka saya menyarankan beberapa perkara pada kesempatan ini kepada kerajaan.
Mohon laluan.
Pertama sekali ialah penstrukturan semula pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam dalam negara ini hendaklah dikaji semula dan diperkasakan seberapa segera. Mungkin tidak sesuai hanya sebagai satu jabatan yang kita letak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Mungkin kita sudah sampai kepada peringkat keperluan untuk pergi kepada satu kementerian. Kita ada satu Kementerian Kemajuan Hal Ehwal Islam. Di sana dari sudut pentadbirannya dengan seorang ketua pentadbir, ketua setiausaha. Kita tidak perlu lagi hanya satu attach sebagai satu jabatan daripada Jabatan Perdana Menteri dan sebagainya. Ini memperlihatkan satu keadaan yang begitu kecil, kecil dalam suasana sekarang. Jadi penstrukturan semula ini perlu dilihat, bagi saya, saya berharapkan sangatlah sebagai salah seorang di antara yang pernah lama juga berkhidmat dalam bahagian ataupun Jabatan Kemajuan Islam ini. Saya cakap ini pun sebab saya sayang dengan perkhidmatan ini. Kedudukan yang ada hari ini ala kadar dan tidak keterlaluan kalau saya katakan...
Minta laluan.
...kedudukan pegawai- pegawai dan kakitangan...
Boleh minta laluan?
Boleh sedikit-sedikitlah. Kalau mencelah banyak sangat makmum, imam hendak takbir bila?
Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan Yang Berhormat Baling. Merujuk kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Baling, berkaitan dengan krisis ataupun permasalahan yang timbul berkaitan dengan agama, apakah Yang Berhormat bersetuju supaya diadakan Kementerian Agama, di semua sektor kerajaan dan swasta supaya wujudnya golongan-golongan ulama atau cendekiawan Islam supaya berada dalam BPR, polis, tentera sudah ada supaya prinsip dan juga dapat diketengahkan hal-hal yang berkaitan dengan agama larangan-larangan dan suruh-suruhan supaya semua kakitangan kerajaan merupakan
satu tanggungjawab yang besar. Kita melihat mencegah maksiat cukup popular di bawah Jabatan Agama Islam, tetapi bagaimana dengan sektor-sektor swasta atau kerajaan yang lain. apakah Yang Berhormat bersetuju diwujudkan begitu?
Sambung Arau, Yang Berhormat jawab sekali.
Saya peringatkan Yang Berhormat bagi Baling, masa berjalan dan ada lima minit.
Saya menghormati Yang Berhormat bagi Baling Tuan Yang di-Pertua, pendek sahaja. Saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat Baling. Terima kasih. Berhubung dengan ada satu kes pegawai JAKIM yang ditempatkan di penempatan Orang Asli di Pahang. Jadi pegawai berkenaan sepatutnya memperkukuh dan memberi tumpuan ataupun fokus dalam pengajaran agama Islam, terutamanya kepada saudara-saudara baru yang kita lihat keadaan mereka yang tidak teratur dan masih rapuh. Tetapi apa yang dilihat ada di antara pegawai-pegawai yang dibayar gaji. Saya tidak tahulah sama ada gaji itu bersesuaian dengan keadaan tempat tinggal dan sebagainya, menjalankan perniagaan kedai runcit. Tumpuan yang sepatutnya diberikan kepada urusan proses pengajaran agama Islam dikurangkan, tetapi ditumpu kepada aspek-aspek perniagaan. Apa pandangan Yang Berhormat bagi Baling berhubung perkara ini?
Ya, terima kasih Yang Berhormat Jerai dan Yang Berhormat Arau. Memang kalau kita lihat ini antara kelemahan-kelemahan dan keadaan-keadaan yang berlaku yang memperlihatkan bagaimana penstrukturan perkhidmatan hal ehwal Islam dan pengurusan pentadbiran hal ehwal Islam dalam negara ini perlu diperkasakan. Kalau pegawai sudah ditugaskan, boleh hantar, boleh sambil-sambil meniaga, kita boleh nampak begitulah juga apa yang disebutkan tadi pencegah maksiat. Kalau polis yang ada sekarang ini yang entah berapa puluh ribu dalam negara masih tidak cukup untuk menampung keadaan yang ada dalam negara membina keselamatan dan keamanan. Inilah juga harus dilihat dalam masalah pelaksanaan untuk penguatkuasaan Islam. Satu negeri ada 15 orang penguat kuasa, hendak buat Islam sungguh atau hendak main-main. Tidak mengapalah saya rasa saya hormat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mungkin hendak mencelah macam kata tadilah. Bukan kata tidak bagi tapi kalau asyik mencelah juga tidak sempat hendak angkat takbir bila hendak sembahyang. Kedudukan pegawai dan kakitangan misalnya tidak begitu sangat diberi perhatian berbanding dengan kedudukan pegawai-pegawai di jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian yang lain. Contoh, ada kadi atau pentadbir agama daerah sejak dari mula-mula masuk bertugas sampai dekat hendak pencen tidak pernah naik pangkat. Ini 15 tahun, kerja apa ini. Begitu juga kalau kita lihat sampai kepada sekarang ini pun. Imam Besar Masjid Negara jawatan diisi dengan kontrak. Ini maknanya bukan masalah kedudukan tidak boleh bagi khidmat tetapi keprihatinan, kesungguhan kita itu sendiri dalam mempertingkatkan Islam. Jadi Tuan Yang di-Pertua kita nampak betul pejabat-pejabat kadi daerah atau pentadbir agama daerah sesetengahnya sekarang ini bangunan cantik. Bangunan cantik, tenaga yang di dalam yang hendak menjalankan bangunan yang cantik terlalu kerdil. Seorang pegawai berijazah dan yang lain lima enam orang pegawai penolong.
[Bangun]
Yang Berhormat Baling ada bangun. Angkat tangan sekali.
Saya mohon sebagai jiran.
Bagi peluang tidak?
Ini nampaknya tidak sempat angkat takbir sungguh. Sedikit sahaja, ringkas.
Peringatan masa tinggal sedikit saja.
Terima kasih Yang Berhormat Baling, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada satu isu yang saya kira boleh dimasukkan dalam perhatian seluruh Yang Berhormat sekalian iaitu persoalan tentang Halal Development Corporation di mana kalau dulu dalam soal pensijilan halal ini JAKIM yang akan menjadi institusi yang akan mengeluarkan lesen dan sebagainya. Saya difahamkan hari ini bahawa Halal Development Corporation akan mengambil alih seluruh tugas JAKIM dari sudut pensijilan dan oleh itu saya minta supaya ini pun diambil kira supaya JAKIM terus diperkasakan tetapi bukan dipinggirkan sehingga hilang hak pelesenan hingga JAKIM sudah tidak ada kuasa lagi. Jadi saya mohon supaya dimasukkan sama isu ini. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar saya setuju. Ini antara perkara yang boleh kita lihat bersama. Oleh itu saya masih balik lagi kepada cerita bagaimana agaknya kesungguhan kerajaan kita terhadap Islam ini masih boleh dipersoalkan dan dipertikaikan dalam hal ini. Kalau kita tengok cara yang cukup simple, Bicara Mufti pukul 1.30 pagi. Siapa dengar pukul 1.30 pagi, tidak tahulah takut Yang Berhormat Rompin dengar. Pukul 1.30 pagi, orang sudah tidur berapa kali mimpi. Ini mainan, saya tidak tahu sampai sekarang dengan Menteri Penerangan yang baru, apakah dia boleh merubah keadaan ini. Yang tidak tentu arah kita bagi prime time., Yang boleh bagi input kepada masalah negara, masalah apa melalui Islam kita tengok. Ulangan khutbah Masjid Negara pukul satu, 12.30 pagi. Jadi nampak kita buat ini macam untuk melepaskan batuk di tangga. Saya tidak tahulah ini maksud Islam Hadhari, minta maaflah. Itu yang pertama, penstrukturan semula. Begitu juga Yang Berhormat timbulkan tadi, sahabat saya dalam Soal Jawab Lisan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu mengenai dengan perkara yang membabitkan fatwa. Sampai sekarang, kenapa kita tidak mewujudkan Darul Ifta’ atau pun sebagainya. Bertujuan supaya permasalahan fatwa dapat diurus secara lebih efektif. Tidak hanya sekadar untuk peringkat Jawatankuasa Fatwa iaitu pandangan mufti sebab itu pandangan seorang mufti yang berwibawa memberi pandangan tidak dibacking oleh satu kedudukan institusi macam Darul Ifta’ maka seorang mufti cakap, ada orang condemn, ramai orang provoke, mempersendakan. Ini pendapat peribadi itu inilah. Habis di mana kedudukan Islam?. Kalau mufti yang ditauliahkan oleh Duli-duli Tuanku boleh diperkatakan begitu sahaja di tepi-tepi jalan oleh sebarang orang. Mana letak imej Islam? Tiada orang tepuk pun. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan sebab itu Darul Ifta’ saya cadangkanlah supaya ini diberi perhatian supaya Islam tidak difatwakan sewenang-wenangnya atau pendapat hanya oleh seorang sahaja tetapi merupakan satu institusi yang berautoriti. Dengan itu dia dapat melahirkan tokoh-tokoh ulama’ wibawa yang mampu untuk mendukung fatwa dan begitu juga untuk menghadapi cabaran global sekarang ini.
Minta laluan Yang Berhormat Baling. Sekejap sahaja, fasal mufti tadi.
Saya rasa takut tidak sempat habis. Saya ada berapa lagi jam Tuan Yang di-Pertua?.
Ada enam minit sahaja lagi.
Satu sahaja, berkenaan dengan mufti.
sila duduk Yang Berhormat, Yang Berhormat Baling tidak bagi.
Saya minta laluan daripada Yang Berhormat Baling.
Yang Berhormat ini Dewan, Yang Berhormat
Saya rasa tidak mengapa, kita celah waktu lain. Saya pun ada lima enam point lagi. Yang kedua saya juga menyarankan supaya kerajaan mewujudkan Jabatan Wakaf. Ini dalam masalah ekonomi kalau tidak pun Kementerian Wakaf sebagaimana di kebanyakan negara-negara Arab Timur Tengah, Saudi Arabia, Mesir dan sebagainya. Mereka ada Kementerian Wakaf, tidak mengapalah kita bukan hendak salin, hendak tiru membuta tuli tetapi setidak-tidaknya kita harus prihatin banyak masalah pentadbiran harta wakaf dalam negara ini yang tidak begitu sempurna pengurusan. Ada yang wakaf tetapi tidak ada didokumenkan, tidak digazet, tiada siapa yang ambil hal. Apabila orang tua itu yang meninggal, yang wakaf itu meninggal maka anak boleh mempertikaikan begitu sahaja. Berbilion-bilion harta wakaf dalam negara yang tidak diuruskan dengan baik. Oleh itu Jabatan Wakaf perlu wujud dan maksud saya jabatan-jabatan inilah yang berada di bawah Kementerian Kemajuan Hal Ehwal Islam tadi tetapi kalau sudah jabatan sahaja kemajuan Islam masakan kita berfungsi dalam erti kata jabatan-jabatan dalam sektor organisasi yang macam ini. Jabatan Zakat juga Yang Berhormat walaupun ada di majlis-majlis agama dan jabatan-jabatan agama di negeri-negeri mengambil inisiatif untuk masalah zakat. Tidak bolehkah kita sudah sampai kepada peringkat ini? Kita wujudkan Jabatan Zakat kalau tidak serupa seratus peratus pun macam keupayaan dan kemampuan dari segi lembaga hasil, kita kutip cukai. Kita hendak agih dari segi income tax itu sendiri.
Jadi, biarlah Jabatan Zakat ini pun diuruskan secara yang lebih profesional. Membawa satu keyakinan yang begitu hebat kepada umat Islam khususnya. Bagaimana kita hendak kutip, bagaimana kita hendak agih, di antara itu pula boleh kita menjanakan hak-hak asnaf itu tadi. Supaya dia dapat pulangan ekonomi. Maknanya, janganlah kita hanya bagi ikan tetapi tidak boleh bagi kail. Ini perlu. Ini, orang-orang yang asnaf, tunggu dapat RM20, RM25. Itu pun, nasib baik hari raya. Itu belum lagi. Dahulu, zakat dikeluarkan mengikut bulu. Kalau bulu tidak kena, maka zakat yang sudah dikeluarkan ditarik balik. Ini benda-benda yang saya rasa imej Islam itu sendiri, lebih-lebih lagi apabila dilihat oleh saudara-saudara kita yang bukan Islam, yang hendak faham apa itu Islam, maka mereka hari-hari, makin hari, makin kabur. Begitu juga, saya rasa dan saya lihat di sini perlu apabila saya sebut Kementerian Kemajuan Islam. Maka perlu juga ada jabatan terutama sekali jabatan yang menumpukan sepenuh mengenai dengan haji. Haji sekarang memang tidak cukup dengan hanya diuruskan oleh Lembaga Haji. Itu mungkin pada satu ketika dahulu, tetapi dalam konteks perkembangan yang ada dalam negara. Dengan kehendak dan kemahuan masyarakat, kita perlu supaya ada satu jabatan haji supaya kedudukan kerja-kerja ini yang begitu terbeban. Bukan sahaja kita hendak ajak orang pergi Mekah buat haji, tetapi banyak lagi perkara-perkara lain yang kita boleh lakukan dalam jabatan haji itu sendiri supaya umat Islam benar-benar dalam negara ini dapat bermanfaat dalam erti kata perkhidmatan kita dalam kemajuan Islam sebagaimana yang dikatakan Duli Tuanku. Saya...
Yang Berhormat dari Baling, ada satu minit lagi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang kedua ini saya ingin hendak sentuh sedikit...
Minta laluan sedikit boleh tak? Sedikit sahaja.
Yang Berhormat Pasir Salak, tolonglah, seminit ini.
Ialah. Ini hendak seminit ini...
Memang tanya...
Memang tanya yang penting sahaja.
Okey Yang Berhormat, sila, sila.
Terima kasih Yang Berhormat dan juga terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini sudah sampai kepada penutup ucapan ini, jadi saya hendak minta penjelasan satu perkara penting. Pasal Yang Berhormat daripada parti PAS bukan? PAS, perjuangan PAS dalam Islam ini. Yang saya bacalah kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin PAS, ada ketikanya dia kata, kita memperjuangkan Islam, negara Islam. Selepas itu, ada ketika pula, di tempat yang lain dia kata, perjuangan menegakkan negara Islam ini bukan agenda utama. Jadi nampaknya ada macam gaya permainan politik di sini. Apabila audience yang lain, lain yang disebut. Audience yang lain, lain yang disebut. Bukankah satu penipuan yang dibuat oleh parti PAS kepada rakyat untuk memancing undi?
Tidak mengapa, tidak mengapa Yang Berhormat, saya faham Yang Berhormat itu. Dia benda negara Islam, benda di tempat lain bercakap. Itu dari sudut approach. Dasar memang yang samalah. Dasar-dasar kita sama. Apa juga yang duduk di dalam parti Islam PAS ini sendiri memperkatakan kedudukan PAS, maka Islam automatically bersama kerana dia dasar itu. Cuma pada ketika itu, yang kita sebut maknanya bahasa yang digunakan. Tidak mengapalah Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta satu minit ini. Oleh sebab saya rasa saya dari kawasan Baling, kawasan yang saya rasa tidak terkecuali dari masalah pertanian. Maka izin saya sedikit masa, kalau saya terlebih pun. Tadi pun pasal soalan usul itu.
Minta maaflah Yang Berhormat. Oleh sebab kita kesuntukan masa malam ini mungkin kita tak boleh sambung...
Pertanian, sedikit pertanian ini. Hendak minta supaya pihak Kementerian Pertanian...
Sila gulung Yang Berhormat, sila gulung. Lagi ada masa Yang Berhormat Menteri menjawab nanti, Yang Berhormat boleh bangkitkan perkara-perkara yang sama. Sila gulung.
Semalam Tuan Yang di- Pertua kata saya ada sejam lagi.
Sudah habis, bagi peluang tadi.
Walau macam mana pun saya menghormati...
Ini pun sudah lebih satu minit Yang Berhormat.
Ada lagi satu?
Tak ada, lebih sudah.
Tidak mengapa, ini walau macam mana pun, saya menghormati Tuan Yang di-Pertua jadi, dengan itu saya ucapkan terima kasih. Assalamualaikum w.b.t.
Waalaikumsalam Warrahmatullah.
[Bangun]
Yang hujung sekali itu. Okey, Yang Berhormat Ranaukah?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, melalui Dewan yang mulia ini saya mohon untuk menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan serta menjunjung kasih di atas titah ucapan perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Perasmian Pembukaan Sidang Parlimen kali yang kedua belas. Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu wajar dijadikan panduan untuk melaksanakan khidmat dan kewajipan terhadap negara, bangsa dan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili kawasan P179, Ranau dalam negeri Sabah, Malaysia. Dua penggal yang lalu, kawasan ini diwakili oleh Yang Berhormat Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tan Sri Bernard kerana telah menyediakan asas penting sebagai panduan kepada saya meneruskan usaha untuk membangunkan kawasan Ranau. Laporan mengenai Kajian Rancangan Pembangunan Ranau yang telah disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia akan dijadikan panduan utama. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat peta negeri Sabah, daerah Ranau terletak hampir-hampir berada di tengah-tengah negeri ini. Dengan keluasan 3,555.9km², iaitu hampir lima kali ganda lebih besar daripada negeri Perlis dan lebih dua kali ganda lebih besar daripada negeri Melaka, menjadikan kawasan Ranau lebih rumit dan perlahan dari segi pelaksanaan pembangunan. Lokasi daerah Ranau pula yang terletak di tengah-tengah negeri Sabah menyebabkan ia amat istimewa. Ada orang menyatakan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, Ranau is the heart of Sabah, the centre of tourist attraction. Kenyataan ini ada kebenarannya kerana Pekan Ranau bukan sahaja pusat persinggahan pelancong dari seluruh pelosok negeri Sabah, tetapi ia juga menjadi pertembungan rangkaian jalan raya Timur-Barat, Utara-Selatan. Pendek kata, Pekan Ranau adalah pusat pertembungan jalan-jalan raya Kota Kinabalu-Ranau, Keningau- Ranau, Kudat-Ranau, Tawau-Sandakan-Ranau. Di daerah Ranau jugalah tersergam gegar Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara. Martabat Gunung Kinabalu dan Taman Negara Kinabalu menjulang megah apabila diisytiharkan oleh UNESCO sebagai salah satu tapak warisan dunia di Malaysia. Untuk kegiatan sukan antarabangsa pula, setiap tahun diadakan acara Kinabalu International Climbathon yang menarik ramai penyertaan luar negara. Dengan nama yang gah dan tersohor ini bukan sahaja ia menjadi kebanggaan sebagai a natural monument kepada rakyat daerah Ranau tetapi juga untuk seluruh rakyat Malaysia.
Dengan penganugerahan Taman Negara Kinabalu yang meliputi kawasan 754 kilometer persegi sebagai tapak warisan dunia, sudah tentulah para pelancong menganggap bahawa terdapat kemudahan awam yang bertaraf dunia di kawasan ini. Namun dengan rasa terkilan bahawa apa yang berlaku sebenarnya jauh meleset daripada jangkaan. Sebab itu kerajaan perlu memberikan perhatian penuh ke atas tapak warisan dunia di Ranau ini agar dapat bersaing sebagai destinasi pelancong yang kompetitif di peringkat global. Tuan Yang di-Pertua, di samping keghairahan mendengar khabar indah daerah Ranau ini, sebenarnya terlalu banyak perkara tidak indah yang mesti kita tahu tentang Ranau. Pada namanya Ranau memang terkenal di seluruh Malaysia, tetapi di sebalik nama indah dan tersohor itu, wujud banyak kepincangan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat. Antaranya dan sekadar menyebut yang paling utama sahaja adalah seperti berikut:
(i) kemiskinan rakyat masih di tahap membimbangkan; (ii) jalan-jalan raya berdebu dan berlumpur; (iii) jambatan kayu yang usang; (iv) bekalan air bersih yang pada masa ini hanya mencukupi penduduk pekan Ranau dan kampung-kampung sekitarnya sahaja; (v) perkhidmatan bekalan tenaga elektrik hanya mencapai 40% yang sampai kepada rakyat luar bandar; (vi) penyediaan rumah-rumah kos rendah dan sederhana masih di tahap rendah; (vii) pengangguran yang terlalu tinggi; dan (viii) kebanjiran pendatang asing. Tuan Yang di-Pertua, isu-isu tersebut merupakan penyakit rakyat yang perlu diubati dan kita semua tahu bahawa preskripsi pengubatannya adalah di tangan kerajaan. Harapan terakhir rakyat ialah agar permasalahan ini dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.
[Bangun]
Yang Berhormat Ranau, ada yang berdiri.
Saya tidak beri jalan, Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]
Dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat.
Harapan ini pula diletakkan sepenuhnya kepada kesediaan kerajaan menangani usul-usul cadangan-cadangan komprehensif yang dikemukakan oleh pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh rakyat sebagai wakil mereka melalui proses demokrasi.
Boleh bagi?
Saya tidak beri laluan. Takut tidak cukup masa. Tuan Yang di-Pertua, dalam tahun 2004 Yang Berhormat Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Dewan Rakyat Kawasan Ranau telah mencadangkan kepada kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia mengenai kemungkinan menubuhkan mekanisme yang boleh diguna pakai bagi tujuan membangunkan wilayah Ranau. Mekanisme yang dicadangkan ialah satu konsep yang serupa digunakan di Semenanjung Malaysia dan terbukti berkesan iaitu Konsep Regional Development Authority ataupun RDA. Cadangan tersebut mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan. Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia telah menjalankan kajian terperinci. Setelah kajian selesai, kerajaan mendapati bahawa konsep Regional Development Authority atau RDA memang sesuai untuk dilaksanakan bagi membangunkan Ranau. Harus diingat bahawa penubuhan RDA di Ranau adalah berasaskan kepada Pelan Pembangunan 10 Tahun Ranau. Rancangan Pembangunan 10 Tahun Ranau lahir daripada hasil buah fikiran Jawatankuasa Pembangunan Daerah Ranau yang dianggotai oleh pemimpin-pemimpin tempatan, ketua-ketua jabatan Kerajaan Persekutuan dan negeri dan individu tertentu yang terpilih. Matlamat penubuhan RDA Ranau ialah mewujudkan kawasan desa yang: (i) berdaya maju; (ii) mempunyai asas ekonomi yang kukuh; (iii) mempunyai kemudahan infrastruktur yang sempurna; (iv) mempunyai sistem komunikasi yang cukup;
(v) mampu menangani masalah kemiskinan penduduk; (vi) mewujudkan peluang pendidikan yang sempurna; (vii) mempunyai perkhidmatan kesihatan bermutu; dan (viii) mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan RDA Ranau bermula dengan mengenal pasti economic engine atau enjin ekonomik di sesuatu kawasan. Sebagai contoh, Kundasang dan Bundu Tuhan adalah lokasi kegiatan pertanian utama yang sudah sedia ada. Kegiatan pertanian merupakan sumber ekonomi rakyat yang utama. Tanggungjawab RDA seterusnya ialah mengenal pasti pusat-pusat kegiatan ekonomi yang lain dan mampu dibangunkan. Pusat-pusat kegiatan ekonomi yang baru hendaklah wujud serentak dengan pembangunan infrastruktur yang lain. Antaranya ialah jalan raya yang baik. Jalan raya yang baik amat penting untuk membawa keluar hasil-hasil pertanian bagi tujuan pemasaran. Seterusnya pusat-pusat pemprosesan hasil-hasil pertanian juga hendaklah dibangunkan bagi menjamin pengeluaran produk akhir pertanian yang bermutu dan berdaya saing di pasaran. Pelaksanaan kesemua perkara di atas akan memberikan banyak kemudahan dan kelebihan kepada penduduk. Malangnya, Tuan Yang di- Pertua, Konsep Pembangunan RDA ini telah ditolak oleh Kabinet Negeri Sabah kerana salah faham dan takut kuasa-kuasa negeri...
[Bangun]
Penjelasan.
Saya belum memberi laluan. Terima kasih.
Hendak tolong.
Hendak bantu.
Ada banyak peminat juga Yang Berhormat ini.
Hendak bantu, hendak bantu.
Nanti kemudian, Tuan Yang di-Pertua.
Tolong sedikit sahaja. [Ketawa]
Saya mahu bantu.
Kemudian saya pertimbangkan. [Ketawa] Tuan Speaker, konsep RDA ini telah ditolak kerana salah faham dan takut kuasa-kuasa negeri, khusus institusi pejabat daerah dan kuasa-kuasa tempatan iaitu yang berhubung kait dengan pentadbiran tanah dan tanah akan terhakis. Kerisauan tentang perkara kehilangan kuasa sepatutnya tidak dijadikan alasan untuk menolak satu program kerajaan yang melibatkan jumlah kewangan yang besar untuk membangun daerah Ranau. Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan masih boleh berunding berkaitan dengan syarat-syarat yang patut diguna pakai.
Sesungguhnya penolakan Kabinet Negeri Sabah terhadap cadangan penubuhan RDA Ranau merupakan satu kerugian yang besar kepada penduduk Ranau secara khusus dan negeri Sabah secara umum, kerana implementasinya sepatut sudah bermula dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan berterusan ke Rancangan Malaysia Kesembilan. Tuan Yang di-Pertua, bagaimanapun idea RDA Ranau perlu dihidupkan. Usaha untuk membangunkan Daerah Ranau mesti berterusan. Tanpa RDA kita masih ada Ranau Development Corridor. Berpegang kepada wawasan ingin menjadikan Daerah Ranau sebuah daerah maju setanding dengan daerah-daerah maju yang terdapat di Malaysia menjelang tahun 2020 ataupun 12 tahun, dari sekarang misi untuk menerap nilai-nilai RDA kepada RDC perlu dibuat dan diperhebat.
Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan pelancaran Sabah Development Corridor oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini, Daerah Ranau dengan gigih dan bersungguh-sungguh mengambil iktibar ke atasnya. Hasrat Daerah Ranau ialah untuk menubuhkan Ranau Development Corridor (RDC) sebagai pengganti kepada RDA. Kita mohon kepada kerajaan agar RDC dijadikan sebagai subsidiari kepada Sabah Development Corridor (SDC). Sementara itu isi kandungan RDC hendaklah diselaras dan dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia dengan mengguna pakai konsep RDA. Tuan Yang di-Pertua, pelan pembangunan RDA Ranau menggariskan tiga strategi utama: (i) Mengenal pasti sektor-sektor yang mampu berkembang dan menguntungkan rakyat seperti pertanian, pelancongan dan alam sekitar. Kesemuanya disokong atau disertai dengan pembangunan infrastruktur, utiliti dan sumber manusia. (ii) Menentukan wilayah-wilayah atau zon-zon di antara sektor- sektor yang telah dikenal pasti dilaksanakan. (iii) Cadangan kewangan iaitu meliputi kos dan tempoh pelaksanaan agensi pelaksana dan keutamaan projek. Berdasarkan kepada tiga strategi yang telah digariskan sebanyak tujuh sektor pembangunan telah dikenal pasti: (i) guna tanah; (ii) asas ekonomi; (iii) pelancongan, landskap dan rekreasi; (iv) infrastruktur dan utiliti; (v) pengurusan alam sekitar; (vi) pembangunan sumber manusia; dan (vii) perancangan wilayah. Strategi perancangan bertujuan mengawal pembangunan daerah Ranau agar seimbang dan mesra alam. Pembangunan adalah menyeluruh dari bahagian Barat menghala ke Timur Laut dan Tenggara. Sementara di bahagian Utara menghala ke Timur dan Selatan Daerah Ranau akan dikekalkan sebagai Hutan Simpan Komersial. Dengan itu kawasan hijau dan hutan rizab akan terpelihara bagi tujuan jangka panjang. Tuan Yang di-Pertua, dari segi kos pembangunan juru perunding telah mencadangkan sebanyak RM760,131,820 untuk keseluruhan sektor bagi tempoh 10 tahun. Anggaran kos fizikalnya ini mengambil kira kos-kos tanah, penyediaan tapak dan bangunan. Sementara kos operasi dan kos penyelenggaraan belum dikira. Dalam pembentangan cadangan penubuhan RDA Ranau dalam Mesyuarat Kabinet Persekutuan pada 16 Februari 2005, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju pada dasarnya mengenai konsep pembangunan tersebut. Ringkasan jumlah kos pembangunan mengikut sektor adalah seperti berikut.
Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan sedikit.
[Bangun]
[Bangun]
Ada yang bangun, Yang Berhormat.
Ada sedikit sahaja.
Beri laluan.
Mahu bantu.
Hendak beri peluang Yang Berhormat?
Boleh? Sedikit sahaja.
Ya, saya beri laluan.
Apa Yang Berhormat? Beri peluang atau tidak?
Puchong.
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Tidak beri peluang.
Saya beri peluang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat duduklah, dia tidak bagi peluang.
Oh, tidak bagi.
Saya beri. Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih. Saya confuse.
Sila, Yang Berhormat.
Terima kasih, Yang Berhormat Ranau. Saya turut bersimpati terhadap apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, dan saya rasa keseluruhan kawasan lain juga di Sabah mengalami perkara yang sama. Saya hendak berkongsi pendapat dengan Yang Berhormat sama ada Yang Berhormat boleh bersetuju dengan saya. Peruntukan yang sepatutnya boleh disalurkan dengan segera di kawasan Ranau atau kebanyakan di Sabah, mungkin boleh dilaksanakan. Namun kita tengok pada tahun 2007 jumlah cukai yang telah terkutip hampir RM1 bilion, bagaimanapun telah dihapus kira sedangkan keputusan menghapus kira cukai secara legal, dengan izin boleh sepatutnya digunakan untuk membiayai jumlah RM760 juta yang diperlukan oleh Ranau untuk tempoh 10 tahun. Adakah Yang Berhormat Ranau bersetuju terhadap pandangan ini? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Indera Mahkota. Jumlah yang telah dicadangkan kos pembangunan daerah Ranau 10 tahun akan dilaksanakan berperingkat-peringkat. Peruntukan yang dipohon bukanlah sekali gus digunakan. Saya percaya jumlah yang sebegitu memadai dengan perancangan yang telah dibuat. Terima kasih.
Minta laluan, Tuan Yang di-Pertua. Puchong.
Yang Berhormat ada 4 minit lagi, ya? Kalau hendak bagi laluan...
[Bangun]
Hanya isu kecil sahaja, bukan ambil masa lama. Sedikit sahaja.
Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Puchong minta laluan.
Saya tidak beri laluan lagi. Biarkan saya habiskan dahulu.
Tidak bagi laluan, Yang Berhormat.
Tidak banyak lagi.
Tuan Yang di-Pertua, ini ada beberapa rakan istimewa daripada golongan OKU yang berada di perkarangan lobi, mereka ingin...
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak beri laluan.
Mereka ingin berjumpa dengan Yang Berhormat dari Pasir Mas dan juga Yang Berhormat Datuk Bung Moktar.
Saya tidak beri laluan, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, ini tidak ada kena-mengena dengan ucapan, Yang Berhormat. Sila duduk, Yang Berhormat.
Jadi, kita minta Dewan yang mulia ini supaya dibenarkan...
Yang Berhormat Padang Serai, tidak usah tunjuk herolah. Tidak usah tunjuk hero. Duduk.
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai, duduk.
Ini permintaan dari...
Saya tahu tetapi Yang Berhormat tidak usah campur dan duduk.
Yang Berhormat, tolong duduk saya tidak beri laluan.
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Pasir Mas, sila duduk.
Jangan marah-marah! [Memandang ke arah Yang Berhormat Pasir Mas]
Saya mintalah jangan gunakan Dewan sebagai interkom. Ada cara lain untuk meminta, Yang Berhormat, ya? Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Ranau.
Tuan Yang di-Pertua, jumlah kos pembangunan mengikut sektor adalah seperti berikut: (i) Guna tanah dan pengurusan alam sekitar adalah RM14,650,000. (ii) Asas Ekonomi Pelancongan, Landskap dan Rekreasi RM62,675,010; (iii) Asas Ekonomi RM31,835,810; (iv) Infrastruktur dan utiliti RM273,695,000; (v) Pengurusan Alam Sekitar RM2,900,000; (vi) Pembangunan Manusia RM315,600,00; (vii) Perancangan Wilayah RM58,776,000; dan Semuanya adalah RM760,131,820. Tuan Yang di-Pertua, melalui Dewan yang mulia ini pada hari ini, hari ini juga saya merayu dan memohon kepada Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, agar dapat menghidupkan semula, mengangkat dan menerima idea konsep Pembangunan RDC di Ranau untuk melaksanakan di bawah naungan konsep Sabah Development Corridor atau SDC dengan nama barunya Ranau Development Corridor atau RDC.
Banyak nama ya Yang Berhormat?
Ringkasannya sahaja yang separuh itu. RDC memberi peluang kepada rakyat di daerah Ranau untuk merasai nikmat pembangunan mega yang belum pernah dirasai oleh mana-mana rakyat di mana-mana daerah dalam negeri Sabah sebelum ini.
Sila gulung Yang Berhormat. Satu minit lagi.
Ini sudah penggulungan Tuan Yang di- Pertua. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, rakyat P179 Ranau, melihat semua perkara yang telah disebutkan di atas sebagai tanggungjawab kerajaan. Adalah menjadi kewajipan kerajaan untuk menunaikan hasrat, aspirasi dan keperluan rakyat. Mandat besar yang telah mereka berikan kepada semua calon Barisan Nasional di kawasan P179 Ranau melalui Pilihan Raya Ke-12 yang lalu adalah terjemahan kepada harapan yang tinggi agar kerajaan dapat menunaikan keperluan mereka. Adalah juga disedari bahawa kerjasama daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat DUN Kundasang, DUN Keranaan dan DUN Panginatan yang termasuk di kawasan P179 Ranau ini amat diperlukan. Segala input daripada semua kakitangan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri penting. Mereka adalah sebahagian daripada apa jua perancangan pembangunan di kawasan P179 Ranau. Perbincangan lanjut yang melibatkan semua pihak yang berkenaan, mengenai strategi pelaksanaan pembangunan daerah Ranau. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Yang Berhormat Gombak.
Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya tampil untuk mengambil tanggungjawab membahaskan Titah Diraja dengan mengajak Ahli- ahli Yang Berhormat untuk memberi tumpuan kepada kesan tsunami politik yang melanda Malaysia pada 8 Mac 2008. [Dewan riuh] Umumnya golongan usahawan dan budayawan, warga korporat dan teknokrat, golongan pekerja dan peniaga, pemandu teksi dan petani merasa lega kerana pemimpin Barisan Nasional yang angkuh dan sombong, sang perasuah dan pemeras, dihukum oleh tangan-tangan rakyat yang berkuasa. Maka muncullah semangat baru yang menjana tsunami politik Malaysia iaitu dengan izin, Makkal Sakti. Masyarakat antarabangsa menyaksikan keberanian rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama yang berani membawa perubahan demi masa depan Malaysia yang lebih terjamin di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Orang Afrika dan Timur Tengah, orang Amerika dan Eropah, orang Asia dan Australia tidak ketinggalan orang Mongolia, kesemuanya menyambut baik Makkal Sakti. Menyambut kenyataan Tun Dr. Mahathir semalam, “Pemimpin-pemimpin elit UMNO masih belum belajar dan gagal memahami isyarat yang diberikan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Justeru itu, saya yakin bahawa tsunami politik fasa kedua akan berlaku bila-bila masa”.
[Bangun]
Atas desakan teman-teman dan rakyat...
Penjelasan Yang Berhormat.
Baru mukadimah lagi. Bagi saya teruskan dahulu. Atas desakan teman-teman dan rakyat, dengan izin Allah s.w.t, Pakatan Rakyat akan membentuk Kerajaan Persekutuan dalam masa yang terdekat. [Tepuk]
Untuk sementara waktu ini, Barisan Nasional menubuhkan kerajaan dengan kehilangan 2/3 majoriti, kepimpinan negara yang lemah dibantu dengan skandal dan rasuah pemimpin UMNO, negara terus dilanda krisis politik dan kegawatan ekonomi. Negara sekarang mengalami krisis kekurangan bahan makanan yang serius akibat kegagalan kerajaan menghidu trend kenaikan harga komoditi yang mula menonjol sejak dua tahun yang lalu. Sepatutnya kerajaan telah mengambil langkah- langkah awal untuk mengelak daripada berlakunya kekangan daripada bahan makanan. Keadaan bertambah runcing apabila negara-negara pengeluar beras mengambil keputusan untuk tidak mengeksport beras ke Malaysia, walhal negara kita hanya mampu mengeluarkan 70% daripada keperluan rakyat Malaysia. Golongan petani terus tertekan dan terhimpit kerana tidak mempunyai kuasa untuk menentukan harga pasaran hasil tanaman mereka. Kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah bekalan beras yang semakin meruncing. Kita tidak boleh mempertaruhkan Rizab Negara untuk memasuki pasaran global, dan membina stockpile beras kerana ini akan hanya menyebabkan harga beras global terus melonjak. Negara juga tidak terlepas dengan risiko stockpile kerana kebarangkalian kita membeli beras pada masa yang salah. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan langkah-langkah berikut sebagai penyelesaian jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk mengatasi masalah kekurangan makanan utama negara kita, iaitu: (i) kerajaan tidak perlu membuang masa untuk mengkaji keberkesanan BERNAS; (ii) kerajaan perlu mengakui bahawa dasar monopolistik yang wujud di kalangan pengimport barang keperluan utama terdedah kepada kecenderungan penyalahgunaan AP untuk mengimport barang ini; dan (iii) kerajaan perlu membuka peluang pasaran kepada pihak lain untuk mendapatkan lesen mengimport supaya keadaan monopolistik dan kartel dapat dipecahkan dan free market forces dapat diwujudkan untuk menstabilkan bekalan beras negara ini. Kejatuhan harga pasaran saham atau dengan izin, the claiming of equity prices, menuntut kerajaan untuk mengkaji dan mengenal pasti syarikat-syarikat pengeluar dan pengeksport bahan makanan ini yang tersenarai di bursa negara-negara lain yang mungkin boleh dijadikan sebagai satu sasaran ‘don’t rate’, di mana agensi kerajaan seperti Khazanah Nasional dapat mengambil alih pegangan ekuiti syarikat-syarikat ini pada harga yang munasabah dan seterusnya mengawal pengeluaran dan pengeksportan bahan makanan.
Terdapat syarikat pengeluar beras di negara dengan izin non-consuming rice producing countries, sebagai contoh di Mississippi dan Florida, Amerika Syarikat sepatutnya kita menguasai syarikat-syarikat ini seperti mana syarikat Guthrie dan Sime Darby yang telah kita tawan dan kuasai. Jemaah Menteri perlu belajar dari sahabat seperjuangan saya Ahli Yang Berhormat Bandar Tun Razak yang telah mengepalai usaha berani ini. Ketiga, untuk meringankan beban golongan petani, modus operandi sistem perbankan sebagai contoh mekanisme pinjaman bank untuk sektor pertanian mesti dirombak untuk menjadi lebih fleksibel dan adil. Saya menyeru bank-bank tempatan untuk memberikan pinjaman kepada warga petani dan pesawah padi dengan skim...
Mohon laluan Yang Berhormat.
...pembayaran balik pinjaman hanya dilakukan pada waktu...
Mohon laluan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Arau bangun Yang Berhormat.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Gombak dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas laluan yang diberikan. Saya ingin tanya pandangan Yang Berhormat berhubung dengan pengeluaran beras di negara kita. Berdasarkan kepada keluasan tanah pertanian yang menghasilkan padi di negara kita, kalau ia di usahakan dengan lebih saintifik dan teliti, kita rasakan penggunaan atau pun pengeluaran yang dibuat di peringkat negara sudah mencukupi dan tak perlu lagi kita mengimport beras daripada luar negara. Cuma saya ingin tanya pandangan Yang Berhormat, kalau ianya diusahakan dengan cara kelompok ataupun mini estet, dapat kah produktiviti dan pengeluaran ini dapat menampung keperluan beras negara dan kita tidak bergantung pada import.
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya akan menyentuh soal produktiviti di kawasan-kawasan pertanian sawah padi sebentar lagi. Tuan Yang di-Pertua, modal besar untuk pembelian jentera pertanian bagi meningkatkan produktiviti tidak boleh dibebankan kepada golongan petani. Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan satu mekanisme diwujudkan di mana syarikat-syarikat milik kerajaan GLCs membeli jentera yang diperlukan dan memajakkannya kepada warga petani untuk mengurangkan beban kewangan dan tanggungan modal besar yang terpaksa mereka tanggung selama hari ini. Saya juga ingin menyarankan supaya sektor pertanian negara ini melakukan anjakan paradigma ke arah pertanian berskala besar seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Arau atau pun large scale farming di mana pengeluaran hasil pertanian mendapat manfaat daripada economies of scale. Perkongsian pintar dan penyelarasan operasi di mana jentera dan infrastruktur dapat dikongsi di antara beberapa orang petani individu adalah satu cara untuk mempraktikkan faedah daripada economies of scale. Peningkatan produktiviti aktiviti pertanian perlu menjadi agenda utama. MARDI mesti memainkan peranan yang lebih proaktif untuk menyediakan benih padi, baja dan kemahiran teknikal untuk mempertingkatkan lagi hasil pertanian yang sedia ada. Purata pengeluaran padi di Malaysia hanyalah 2.19 metrik tan sehektar melalui sumber buku Penerangan Pertanian 2007 berbanding dengan Amerika Syarikat pengeluaran padi mencecah sehingga 8.05 metrik tan sehektar. Kita tak memerlukan pengusahaan tanah yang luas tetapi seharusnya kita menumpukan kepada peningkatan produktiviti dalam tapak kawasan tanaman yang sedia ada. Tuan Yang di- Pertua, rasuah merupakan jenayah...
Laluan. Minta laluan Yang Berhormat.
Saya baru nak masuk topik rasuah yang mungkin Yang Berhormat Pasir Salak lebih arif.
Sebelum rasuah, topik yang tadi, yang belum...
Bagi saya, saya dah masuk rasuah dah.
Belum, baru nak masuk.
Baru nak masuk.
Saya nak tanya...
Tuan Yang di-Pertua, saya tak bagi laluan sebab saya tinggal 15 minit.
Dia tak bagi Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, topik rasuah saya benarkan Yang Berhormat Pasir Salak masuk.
Okey, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, rasuah merupakan jenayah keji dan berbahaya. Sepanjang sejarah masyarakat manusia dari
zaman Bahari hingga hari ini rasuah dikutuk oleh semua tamadun. Baginda Rasulullah SAW bersabda:- “Allah melaknat yang menerima rasuah, yang memberi rasuah dan yang menjadi perantara rasuah” Laporan Transparency International Corruption Perception Index pada tahun 2007, dari kalangan 179 negara, Malaysia menduduki tangga ke-43 manakala Singapura jauh lebih rendah apabila menduduki tangga yang keempat. Ini jelas menunjukkan pembudayaan amalan rasuah di negara kita semakin subur dalam pentadbiran Hadhari. Kita menyambut baik langkah-langkah awal Perdana Menteri memerangi rasuah dengan menubuhkan Suruhanjaya Anti Rasuah. Namun langkah ini tidak akan menjadikan Badan Pencegah Rasuah sebuah badan yang benar-benar bebas selagi kerajaan tidak meminda undang-undang yang sedia ada supaya BPR bertanggungjawab terus kepada Parlimen Malaysia dan bukannya Jabatan Perdana Menteri. Langkah ini akan memberikan sense of ownership dengan izin kepada rakyat dan keyakinan kepada ketelusan dan integriti Badan Pencegah Rasuah. Saya ingin menyeru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menggunakan kesempatan yang masih ada kepada beliau dalam beberapa bulan ini untuk menggubal undang- undang anti rasuah yang benar-benar efektif.
Penjelasan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Gombak, bakal Timbalan Perdana Menteri dalam mimpi. Saya sebenarnya memang menyokong pandangan Yang Berhormat Gombak iaitu bahawa apabila kita nak merombak BPR, kena pastikan dia mesti bebas dan memang satu pandangan yang baik jika sekiranya MCSC diletakkan di bawah Parlimen sebab ini soal integriti, soal kita nak menjadi satu bangsa yang sifar rasuah walaupun ia adalah satu perkara yang rumit tetapi Yang Berhormat Gombak saya ingin penjelasan. Yang Berhormat sering menyebut soal kroni dan sebagainya. Saya nak tanya kepada Yang Berhormat, apakah kroni ini boleh dihapuskan dan apa kaedah yang Yang Berhormat fikirkan bagaimana kroni ini boleh dihapuskan sebab semasa penasihat PKR menjadi Timbalan Perdana Menteri banyak orang kata dia pun ada kroni. Contohnya seperti Abrar Group, itu adalah kroni beliau semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Terima kasih.
Boleh jawab sekali tak?
Satu persatu.
Satu persatu. Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya bersetuju soal kronisme, nepotisme dan juga rasuah yang menjadi amalan rejim lama ini dan nampaknya dihayati oleh kepimpinan yang baru boleh ditangani kalau kita ada prinsip moral atau pun political courage dan morale courage untuk membanteras rasuah dalam negara kita Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung lanjutan daripada penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Batu Pahat. Usaha memerangi rasuah dengan lebih berkesan pernah dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun hanya pada ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Pada 28 Julai 1997, dengan berpegang kepada prinsip moral, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan di Dewan yang mulia ini Rang Undang-undang Pencegahan Rasuah 1997. Akta tersebut bertujuan untuk menyatukan dan menyelaraskan undang-undang pencegahan rasuah yang sedia ada, memasukkan peruntukan-peruntukan baru yang lebih kemas terutama bagi usaha pencegahan rasuah, memberi kuasa menyiasat dan peruntukan hukuman yang lebih berat ke atas pesalah jenayah rasuah supaya negara dapat menangani jenayah rasuah secara lebih tegas dan lebih berkesan. Keberanian beliau ini...
Ada yang bangun lagi Yang Berhormat Gombak.
Saya tak dapat bagi laluanlah.
Sekejap.
Keberanian beliau ini cukup tidak disenangi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan konco-konconya sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membayar harga yang mahal dengan meringkuk dalam konspirasi yang jahat dan kejam. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyarankan kepada kerajaan untuk menanam sifat benci rasuah ke dalam jiwa rakyat Malaysia bukan sekadar memakai lencana sahaja seperti yang dipakai Musa Hassan tetapi dengan memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa usaha membanteras rasuah adalah usaha yang murni dan menjadi kewajipan bersama. Setelah kesedaran mula timbul, kerajaan perlu menggalakkan rakyat untuk tampil ke hadapan untuk memberikan maklumat atau membuat pengakuan mengenai kes-kes rasuah yang telah berlaku. Kita wajar memberikan amnesti kepada mereka yang memberikan maklumat atau melakukan kesalahan dengan syarat mereka tidak mengulangi amalan keji ini. Amnesti bukanlah perkara baru. Pada tahun 1960-an gejala rasuah berleluasa di Hong Kong di mana anggota polis memberikan perlindungan kepada kumpulan kongsi gelap yang menjalankan aktiviti pelacuran, perjudian dan pengedaran dadah. Pada tahun 1974, Kerajaan Hong Kong menubuhkan Independent Commission Against Corruption. Kerajaan Hong Kong mengumumkan…
Mohon laluan Tuan Yang di-Pertua.
Tidak, tidak. Kerajaan Hong Kong mengumumkan bahawa tiada tindakan yang akan diambil oleh kes rasuah yang berlaku sebelum tahun 1977 di dalam usaha untuk membersihkan Royal Hong Kong Police Force. Mungkin ini satu pengajaran untuk Musa Hassan. Di dalam kes ini....
[Bangun]
Amnesti merupakan tindakan yang perlu untuk memenangi dan menangani peperangan membanteras rasuah...
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Kita juga perlu memberikan perlindungan...
Point of order di bawah mana Yang Berhormat?
Tuan Yang di-Pertua...
Berapa?
Perkara 36(5) seorang ahli tidak dibenarkan untuk menyebut nama. Sebenarnya adalah tidak manis kita sebagai Ahli Yang Berhormat dan seharusnya menghormati Dewan yang mulia ini menyebut nama bekas Perdana Menteri, nama Ketua Polis. Ini adalah tidak sehaluan...
Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat. Kalau saya beri ruling supaya diberhentikan bahasan macam ini Yang Berhormat, Dewan kita ini memang tidak ada orang cakap dah. Jadi, Yang Berhormat Gombak, teruskan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, ini sebenarnya peraturan Tuan Yang di-Pertua, kita menjunjung peraturan.
Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat. Saya sudah buat keputusan, kalau saya buat keputusan Yang Berhormat tidak dengar macam mana lagi hendak buat.
Tuan Yang di-Pertua, kita perlu memberi perlindungan kepada rakyat yang berani tampil untuk mendedahkan skandal
dan kes-kes rasuah. Amat malang sekali pada pagi ini kerajaan membuat keputusan untuk tidak menggubal mana-mana undang-undang berhubung perkara ini. Kerajaan perlu melindungi whistle blowers dengan izin, melalui akta seperti di United Kingdom, Public Interest Disclosure Act 1998 atau dalam bahasa Malaysia, Akta Perlindungan Kepentingan Rakyat atau singkatannya Akta PKR, mahupun seperti di Amerika, Sarbanes–Oxley Act yang mana dengan akta tersebut rakyat telah mendedahkan dengan terperinci skandal korporat terbesar iaitu Enron dan Wilcorp. Kelima...
Laluan Tuan Yang di-Pertua.
Minta laluan lagi?
Tidak, minta maaf. Saya menyarankan agar kerajaan menggubal, Rights to Information Act dengan izin, seperti yang dilakukan di India yang mana akta tersebut memberi hak kepada setiap rakyat untuk mendapatkan maklumat, rekod ataupun dokumen daripada kerajaan dan kerajaan bertanggungjawab untuk memberikan maklumat atau dokumen tersebut dalam masa 30 hari. Akta ini secara automatik memansuhkan Akta Rahsia Rasmi yang selama ini diguna pakai di negara India. Tuan Yang di-Pertua, Freedom of Information Act juga diperkenalkan di 55 buah negara...
[Bangun]
Yang Berhormat Rembau bangun Yang Berhormat.
...Termasuk Zimbabwe, dan yang masih ketinggalan ialah Malaysia
Sila Yang Berhormat Rembau.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Gombak. Saya tertarik dengan cadangan daripada Yang Berhormat daripada Gombak untuk menggubal satu akta, Freedom of Information Act. Saya difahamkan bahawa kerajaan negeri juga ada dokumen-dokumen yang tidak berhubung kait dengan Kerajaan Persekutuan seperti dokumen-dokumen mesyuarat kerajaan negeri dan sebagainya. Adakah apa-apa perancangan daripada kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat untuk menggubal satu dasar di mana dokumen-dokumen kerajaan negeri ini akan dapat declassified kan supaya rakyat dapat mendapatkan information daripada dokumen-dokumen tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Rembau, kalau saya mencadangkan di peringkat Pusat, pastinya di peringkat negeri akan kita laksanakan dan...
[Bangun] Laluan.
Saya ingin ingatkan Rembau, bila kita declassify dokumen di peringkat negeri...
[Bangun]
Ada Yang Berhormat Kuala Terengganu bangun lagi Yang Berhormat.
Saya tengah beri penjelasan. Saya ingin mengingatkan Rembau kalau kita declassify dokumen di peringkat negeri ini, khususnya Selangor, Perak Penang dan Kedah, banyak masalah yang akan menghantui pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional... [Tepuk] Tuan Yang di- Pertua...
Yang Berhormat, tadi janji hendak beri peluang. Janji tadi.
Belum habis. Kejap lagi.
Masa habis dah.
Ada, saya sampai petang saya boleh sambung lagi.
Inilah tadi cakap tidak betul.
Nampaknya Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak memang belum ada peluanglah itu.
Ya?
Belum ada rezeki.
Oh, ya.
Belum lagi. Kena beri peluanglah itu.... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit persoalan urus takbir korporat ataupun corporate governance, dengan izin. Untuk makluman Dewan yang mulia ini Maybank sedang dalam proses pembelian 100% kepentingan ekuiti Bank Internasional Indonesia. Bank keenam terbesar di Indonesia dengan harga RM 8.6 bilion. Proses pengambilalihan ini telah mengundang kritikan keras daripada masyarakat kewangan kerana ianya tidak menepati ciri-ciri corporate governance. Harga yang dibayar oleh Maybank ialah RM4.65 kali book value lantaran Maybank telah mencatatkan benchmark baru untuk bank di Indonesia. Transaksi ini adalah harga tertinggi yang pernah dibayar untuk menguasai bank di Indonesia yang secara puratanya hanyalah hanyalah 2.5 kali book value. Temasik Holdings iaitu agensi pelaburan Kerajaan Singapura yang menjual BII kepada Maybank, meraih keuntungan RM 3 bilion dari urus niaga ini. Singapura mengambil keputusan untuk melepaskan pegangannya di dalam BII untuk mengelakkan pelanggaran undang-undang pelaburan asing di Indonesia yang berkaitan single present policy dengan izin, memandangkan Temasik Holdings telah mempunyai kepentingan ekuiti di dalam Bank Danamon. Persoalannya, apakah Kerajaan Malaysia menyedari dengan pengambilalihan BII oleh Maybank, Kerajaan Malaysia melalui PNB telah mencabuli undang-undang pelaburan asing di Indonesia memandangkan Kerajaan Malaysia melalui Khazanah Nasional telah pun memiliki kepentingan di dalam Bank Lippo dan Bank Niaga melalui CIMB. Persoalan yang kedua, apakah pengambilalihan ini mempamerkan urus tadbir korporat yang bertanggungjawab kerana transaksi ini boleh dicabar kerana melanggar undang-undang pelaburan asing di Indonesia dan keadaan ini menyebabkan uncertainties dengan izin, di kalangan pemegang saham Maybank dan mengakibatkan harga saham Maybank jatuh merudum. Tuan Yang di-Pertua, saya masuk topik pengkhianatan semangat Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru merupakan satu program yang merupakan satu program sosioekonomi baru yang diperkenalkan pada tahun 1971 dan digubal dalam konteks sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan dalam pada tahun 1971 dan digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang- peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia, sekali lagi, untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum...
Yang Berhormat, masa sudah habis Yang Berhormat berucap...belum lagi?
Saya bermula Tuan Yang di- Pertua-12.36...
Jadi...
Saya nampak...saya hendak sambung petang.
Saya ada masa dalam rekod saya Yang Berhormat.
Okey, terima kasih Yang Berhormat.
Sambung pada petang. Sila duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi mesyuarat pagi telah tamat dan kita sambung lagi pada pukul 2.30 tengah hari. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula. Saya jemput Yang Berhormat bagi Gombak untuk menyambung ucapan dan ada enam minit lagi saya difahamkan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dasar Ekonomi Baru merupakan satu program ekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 dan digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk yang pertama mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Saya ingin mengulangi perkara ini Tuan Yang di- Pertua kerana pelbagai tafsiran yang telah diberikan oleh pemimpin-pemimpin elit UMNO. Jelas dalam konteks menggubal Dasar Ekonomi Baru ini di antara matlamat asalnya untuk menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat. Tidak ditulis di sini peluang untuk menantu atau pun isteri, tidak ada. Jelas menunjukkan bahawa peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum maknanya termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak mesti kita bela. Iban, Kadazan, Melayu, Cina dan India dan inilah pendirian yang jelas bagi Parti Keadilan Rakyat. Kedua Tuan Yang di-Pertua, matlamatnya adalah untuk mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Kita mengakui ada kebijaksanaan dan kebaikan khususnya dalam konteks social mobility dengan izin. Malangnya kepimpinan elit UMNO hari ini gagal melihat ketempangan dasar ini setelah dilaksanakan lebih 30 tahun dan lebih memilukan lagi ialah DEB pada hari ini menjadi lubuk rasuah pemimpin-pemimpin bangsawan UMNO. Tuan Yang di-Pertua...
Terima kasih Yang Berhormat Gombak dan juga Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Gombak mengatakan Dasar Ekonomi Baru ini bukannya untuk menantu. Saya hendak tanya pada Yang Berhormat Gombak sama ada menantunya itu ada di Dewan? Terima kasih.
Ahli Yang Berhormat, kalau boleh saya ingatkan. Saya rasa dalam peraturan tetap ada disebut bahawa sangkaan jahat, sindir menyindir tidak payah jawab yang itu. Sila teruskan saja.
Saya belum jawab Tuan Yang di- Pertua, tapi sebelum saya jawab saya tengok semua orang memandang pada satu sudut dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua, jadi jangan salahkan saya. Tuan Yang di-Pertua, RMK-9 melaporkan pendapatan min bumiputera pada tahun 2007 hanyalah RM3,156 berbanding kaum India sebanyak RM3,799 dan jauh sekali dengan kaum Cina iaitu RM4,853. Kadar kemiskinan kaum bumiputera telah meningkat daripada 4.1 peratus kepada 8.3 peratus dalam tempoh 10 tahun tetapi kadar kemiskinan kaum Cina menurun daripada 1.5 peratus kepada 0.6 peratus dalam tempoh yang sama begitu juga kaum India menurun dari 4.1 peratus kepada 2.9 peratus. Ini membuktikan bahawa UMNO telah gagal untuk mengangkat kuasa ekonomi bumiputera berbeza dengan apa yang dicadangkan di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua pemimpin elit UMNO kabur tentang DEB dan interpretasi mereka ialah peluang yang dikecapi menerusi Dasar Ekonomi Baru.
Penjelasan.
Saya dah beri laluan tadi. Saya hendak habiskan, saya ada dua minit saja. Terima kasih. Interpretasi mereka ialah
peluang yang dikecapi menerusi DEB ialah hak mereka dan apa juga tindakan untuk mengambil hak mereka ialah tindakan yang mencabuli ketuanan Melayu maka bermulalah sandiwara menghunus keris selama dua tahun. Tuan Yang di-Pertua DEB telah dirampas atau dihijack oleh...
Yang Berhormat Padang Serai berdiri Yang Berhormat. Ini pandangan saya kerana masa berbahas terhad dan gangguan itu kadang-kadang mesti diambil kira sebagai ucapan Ahli Yang Berhormat yang sedang berucap. Jadi kalau tidak semata-mata untuk mengusik, menyindir, saya mintalah tolong sabar sikitlah Yang Berhormat yang lain. Belum bercakap yang lain sudah pun bercakap panjang lebar. Semua kita harus bersabar. Saya duduk di sini pun terpaksa bersabar juga. Kadang-kadang peraturan tetap dilanggar saya senyum saja. Sila Yang Berhormat Gombak .
Saya hendak rumuskan Tuan Yang di-Pertua. DEB telah dirampas atau dihijack oleh golongan elit UMNO sebagai hak mutlak mereka sedangkan golongan bumiputera yang lainnya termasuk di Sabah dan Sarawak tidak mendapat manfaat daripada DEB. Perdebatan untuk mengkaji semula DEB yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat bersama-sama dengan Pas dan DAP mula mendapat perhatian dan sokongan termasuk yang terakhir daripada Dato’ Nazir Tun Razak (CIMB) yang menyarankan pengkajian semula implementasi DEB. Rakyat menuntut satu dasar ekonomi yang bersesuaian dengan cabaran semasa demi pembangunan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berinovasi dan mengamalkan nilai etika kerja yang positif serta berintegriti.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, pendirian Parti Keadilan Rakyat dalam konteks DEB ini ialah sementara kepentingan orang Melayu, kaum bumiputera, bumiputera Sabah dan Sarawak tidak dikhianati. Kita juga mesti berlaku adil kepada semua rakyat dan semua kaum dalam negara kita ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]
Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Mas, silakan.
Bismillaahirahmaanir Rahim, assalamualaikum w.b.t. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua oleh kerana masa tak panjang, saya nak bercakap style kung-fu iaitu saya tidak akan bagi laluan walaupun saya suka berdebat sebab masa tidak ada. Tuan Yang di-Pertua, dalam kita menjunjung Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan kalau pihak kerajaan sendiri juga turut akur kepada kedaulatan Raja, di mana Agong adalah Sultan Terengganu, kembalikanlah royalti minyak yang sekarang ini masih dalam dana Kerajaan Persekutuan. [Tepuk] Janganlah duit ini dikekalkan dalam dana dan dimanfaatkan oleh orang-orang tertentu seperti yang bernama Patrick Lim ataupun anak Perdana Menteri sendiri, ini semua orang tahu. [Tepuk] Inilah punca krisis pelantikan Menteri Besar di Terengganu baru-baru ini dan ini satu perkara yang terbuka. Kalau ianya diteruskan begini, nescaya Parti Pas akan mengambil alih kuasa Kerajaan Terengganu dalam pilihan raya akan datang. [Tepuk] Perkara nombor dua, Tuan Yang di-Pertua, negara kita tidak akan mendapat syafaat dan reda daripada Allah SWT kalau orang-orang seperti golongan orang kurang upaya, ibu tunggal, orang tua, orang miskin tidak diberi layanan yang baik. Walaupun ada kemudahan sekarang ini, tapi tidak seberapa. Saya kira satu perkara yang mandatori supaya terutamanya ibu-ibu tunggal yang anaknya dua ke atas, diberi RM500 sebulan, wajib. Begitu juga anak-anak yatim, mesti diberi bantuan bulanan secara wajib RM100 - RM200 sebulan. Orang kurang upaya, tak kira di mana, tak kira kaum, RM300 sebulan daripada kita membazir duit untuk keraian-keraian yang tidak berfaedah. Saya percaya kalau kita buat demikian, insya-Allah negara dan rakyat kita akan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga, saya ada 100 perkara Tuan Yang di-Pertua. Saya cuba cepatkan. Perkara yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, iaitu mengenai kerajaan sekarang. Kerajaan sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, kita kena akui sudah berlaku krisis kepimpinan. Sudah berlaku krisis kepimpinan, dalam akhbar, dalam TV, di mana yang melahirkan Perdana Menteri ialah UMNO dan dalam UMNO
sendiri minta ditukar Perdana Menteri. Penggantinya kalau ikut status quo, Timbalan Perdana Menteri iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib. Yang Berhormat Gua Musang pun ada isytihar untuk bersedia menjadi Perdana Menteri. Parti Keadilan juga menonjol Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya pula nak cadang kalau boleh rakyat sokong, Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Hadi Awang jadi Perdana Menteri. [Tepuk] Manalah tahu doa dan berkat orang-orang seperti Tok Guru yang bersih, yang dah lama berjuang, manalah tahu doa mereka ini boleh dimakbulkan oleh Allah SWT. Selain dari kita buat kerja, doa dengan Allah Taala juga kena ambil kira. Ataupun dalam masa dua tiga bulan ni, pinjam Yang Amat Berhormat Tok Guru Kelantan, bawa mari ke Putrajaya, letak dua bulan, suruh dia sembahyang hajat, bersihkan apa yang dikatakan penglibatan pihak kumpulan tingkat empat yang menjadi isu di seluruh negara sekarang ini.
Betul, betul, betul.
Itu cadangan saya yang ikhlas. Proaktif, saya bukan nak offended mana-mana pihak. Tapi apa pun, krisis kepimpinan sudah berlaku dan kalau nak ganti, carilah pengganti yang betul-betul bagus. Carilah kenderaan yang rakyat boleh tumpang, carilah kenderaan yang pemimpin ada wisdom, ada keupayaan, ada integriti, ada kewibawaan. Baru selesai masalah, carilah siapa pun...
Minta laluan
...yang ada...ini, Tuan Yang di-Pertua.
Minta laluan sikit.
Tak bagi, tak bagi. Saya tak ada masa.
[Ketawa] Kenapa?
Saya tak ada masa, saya tak ada masa. Minta maaf, jangan ganggu. Cari orang yang layak...
Kenapa Dato’ Seri Anwar tak boleh?
Tak payah saya jawab, saya kata semua boleh tapi cari yang bersih, cari yang saya kata cari yang berwibawa, tak kira siapa, mungkin saya sendiri pun boleh masuk dalam senarai juga. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, perkara yang keempat, saya nak fokus masalah Dasar Ekonomi Baru ini. Banyak benda dipertikaikan dan dijadikan bahan politik untuk mendapat sokongan undi. Yang saya nak fokus ialah matlamat yang digubal dalam Dasar Ekonomi Baru dahulu. Iaitu 30% untuk bumiputera, ini yang pentingnya. Soal apa jadi Dasar Ekonomi Baru itu, persetankan. Selagi matlamat ini tidak tercapai, selagi itu perpaduan kaum tidak akan wujud dengan kekal. Saya orang Melayu, Tuan Yang di-Pertua. Baru ni, persidangan GABEM, Gabungan Ekonomi Melayu, sebelum ini dua minggu lepas berlaku Mesyuarat Badan Bertindak Perpaduan Melayu. Kemudian, dua hari yang lepas, Kongres Permuafakatan Orang-orang Melayu, jelas. Saya nak baca angka Tuan Yang di-Pertua. Apa yang jadi sekarang ini. Selepas tahun 1990, ni dah tahun, 2008. Dah 18 tahun selepas Dasar Ekonomi Baru, ini kedudukan ini. Semua dengar termasuk kaum-kaum lain. Melayu Bukan Melayu Asing Pemilikan Ekuiti 18.9% 40.6% 40.5% Pemilikan Syarikat 20.3% 75.7% 4% Pemilikan Bangunan Komersial 11.7% 84.3% - Di Mid Valley, di Berjaya Times Square, berapa ribu lot ada, satu pun tak ada untuk orang Melayu. Ini isunya. Soal apa yang jadi dengan Dasar Ekonomi Baru, orang tu pulun, orang tu kaut, semua dah dapat manfaat, yang dalam kerajaan, yang di luar kerajaan sekarang
pun dulu pun dengan anak-beranak, kroni pun serupa saja semua sekali. Cakap saja banyak. Kita tengok dari segi isi rumah sekarang ini. Pendapatan isi rumah, bumiputera RM 2,711, orang Cina RM4,435, India RM3,456, macam mana kedudukan orang Melayu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, apa pun dasar, saya tak peduli. Yang penting, matlamat penyusunan semula masyarakat yang diputus selepas tragedi 13 Mei. Tragedi 13 Mei dah meletakkan matlamat, 30/30/40. Kalau ini tidak selesai, bererti kita menyimpan api dalam sekam. Cakap lah apa pun, tidak akan wujud perpaduan yang kekal di negara ini. Saya anak peribumi iaitu kita telah banyak bertolak ansur, saya pun banyak tak puas hati. Tapi kita bertolak ansur, kita hidup dalam negara berbagai kaum. Jadi sekarang ini oleh kerana ianya gagal, hak milik orang Melayu dalam semua bidang 3% sahaja. Kalau diambil kepentingan GLC, kata 18% dan kepentingan sebab orang Melayu hanya 3%. Dalam semua bidang walaupun dah banyak mencapai kemajuan, tapi itu saja. Oleh itu, saya mencadangkan tak apa lah tak nak Dasar Ekonomi Baru, saya nak minta kerajaan melaksanakan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Fasal 153 iaitu Hak Keistimewaan Orang-orang Melayu. Ia merupakan Perlembagaan. Mana-mana Perdana Menteri...
[Bangun]
...Mana-mana kerajaan yang tidak melaksanakan dengan telus, dengan tegas, ia melanggar undang-undang dan saya sifatkan sebagai satu jenayah...
Yang Berhormat Kinabatangan.
...Sebab this is a matter of Perlembagaan.
Boleh minta penjelasan.
Tak bagi, tak bagi. Minta maaf, please.
Kawan pun tak boleh.
Betul nak bagi, tapi masa tak ada. Banyak lagi ni.
Banyak masa, kalau...
Tak boleh, tak boleh, please, please. Tuan Yang di-Pertua, saya minta dilaksanakan hak istimewa Melayu ini untuk semua Melayu dan kaum bumiputera termasuk Sabah, Sarawak semua sekali. Just implement this, dan kita tak pernah ungkit soal kerakyatan. Kita hidup pelbagai kaum, 50 tahun dah kita merdeka...
Yang Berhormat, ini pasal apa...
Tuan Yang di-Pertua, saya nak beritahu selagi ini tidak selesai, inilah yang akan menjadi masalah and sebagai orang Melayu, over my dead body, Tuan Yang di-Pertua. Saya beri amaran, api dalam sekam.
[Masih lagi berdiri] Boleh Yang Berhormat?
Sementelah pula sekarang ini, dalam keadaan orang Melayu dipinggir begitu rupa, ada pula pihak menyentuh kedudukan orang-orang Melayu, sentimen orang Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu...
Yang Berhormat, sekejap.
Habis setakat itu, perkara keempat Tuan Yang di-Pertua...
Dia tidak kasi laluan.
...perkara keempat...
Yang Berhormat tidak bagi laluan, tadi dia sudah cakap.
...Saya nak rujuk kepada surat Hindraf ini, surat Hindraf Tuan Yang di-Pertua. Ini masalah besar ni yang menjadi isu, yang menggugat keamanan negara. Saya hendak quote, dengan izin, “100 over Indians were slashed and killed by the UMNO controlled Malaysian government in Kampung Medan mini genocide”. Kemudian, disebut pula, “Every week one person at average is killed in a shot to kill policy and every two weeks one person is killed in police custody. 60% victim adalah orang-orang India”. Kemudian, ada sebut di sini, in every three weeks satu temple Hindu dibuang, apa ini ditolak, dibuang. Saya nak tanya betul atau tidak ini. Kerajaan jangan sembunyi lagi isu ini.
Saya nak mencadangkan kerajaan mesti keluar kertas putih. Hanya cara kertas putih boleh menjawab segala tohmahan ini. Tanpa kertas putih ia akan menghantui rakyat Malaysia, keluar! Saya percaya ini tidak betul. Tidak munasabah setiap dua minggu dua mati dalam lokap, ini tidak munasabah. Kemudian, masalah rumah ibadat. Masjid, madrasah ada juga kena pindah kalau kena jalan raya. Jika ada court order itu memang boleh dibuang tapi jadi political issue atas dasar kebebasan agama.
[Bangun]
[Bangun]
Saya tidak bagi.
Penjelasan Yang Berhormat.
Saya tidak bagi. Please, jangan, jangan. Saya tidak ada masa ini. Tolonglah.
PKR sokong Hindraf.
Cukup yang saya bercakap ini, sebab I don’t think... Saya boleh buat presentation yang proper untuk didengar di dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, boleh tidak ada masalah. Ini semua jadi political issue! Hari ini pun angkut Orang Kurang Upaya sahaja hendak timbulkan isu. Bolehlah nak jadi isu tapi pilihlah be responsible. Saya dah beri tahu kepada diri saya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jadi world class Parliamentarian, itu niat saya. Namun kalau orang jual, saya beli! Saya tidak pukul orang dulu tapi orang pukul saya, saya pukul balik. Itu saya punya sifat. Tuan Yang di-Pertua, ini bab Hindraf kena keluar kertas putih sebab saya tidak percaya. Kerajaan pula dalam menangani isu-isu keselamatan jangan dok main ‘sorong tarik, sorong tarik’ act fast! Kalau benda itu betul bertindak! Apa yang hendak takut. Bawa pergi ke mahkamah, terbuka pun tidak ada masalah. Ini sekali tangkap, sekali bebas, sekali dakwa di mahkamah, sekali ampun. Tidak betul! Di Terengganu, Batu Burok ada dua orang sampai sekarang dok dalam, nak jamin pun tidak boleh. Ini yang rakyat dok bincang, orang Melayu fikir macam ni, orang Cina fikir macam ni. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kelima. Saya hendak bercakap mengenai dengan satu isu yang besar juga “oil for food”, ini buku [menunjukkan sebuah buku]. Ini juga menjejaskan kredibiliti Perdana Menteri, besar kes ini. Saya tidak ada masa nak hurai banyak-banyak. Di belakang buku ini saya baca, “Semasa saya menjadi Perdana Menteri saya tidak tahu perkara tersebut, hanya selepas saya melepas jawatan laporan dibuat. Apa yang penting bukan sama ada beliau merupakan penerima atau tidak tetapi sebagai Timbalan Perdana Menteri atau sesiapa yang memegang jawatan dalam kerajaan tidak wajar terlibat dalam mana-mana transaksi komersial. Nampaknya dia turut terlibat, sejauh mana dia turut terlibat? Saya tidak tahu. Tetapi saya fikir sepatutnya sesuatu siasatan perlu dilakukan oleh badan bebas bukan oleh mereka yang di bawah Perdana Menteri” Ini kata Tun Mahathir. Mengenai dengan usaha hendak menangani rasuah. Saya hendak tanya kerajaan, kenapa sampai sekarang belum lagi kerajaan rectify United Nations Convention Against Corruption. Telah terdapat 107 negara yang sudah rectify United
Nations punya convention, sampai hari ini tidak sign lagi, apa pasal? Bercakap hendak membasmi rasuah. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya kerajaan kalau betul hendak menangani rasuah simple sahaja, waktu hendak tubuh Suruhanjaya Diraja menangani rasuah make sure that ia benar-benar ada separation of power. Kuasa mendakwa duduk di bawah Suruhanjaya Diraja yang boleh mengarah Peguam Negara mendakwa seseorang yang salah didapati rasuah, itu caranya! Namun kalau sistem juga lama jawatankuasa itu jawatankuasa ini, ia pun banyak birokrasi dan tidak akan ke mana-mana juga, just do that! Begitu juga Suruhanjaya Kehakiman, dah nak bagi suruhanjaya lantik cadang hakim-hakim, bagi dia orang buat cadangan tidak payah lagi pergi ke Jabatan Perdana Menteri; straight to the Agong. Tidak payah campur tangan mana-mana, maknanya biar dia clear, straight forward separation of power dari segi ini. Begitu juga partly OSA kena pinda supaya hal-hal tender, itu bukan sulit. Orang hendak tahu kenapa dia tidak dapat tender. So, this document mesti dijadikan public document kecuali perkara-perkara rahsia yang membabitkan keselamatan negara, maka itu rahsia tidak boleh bocor. Bocor pada orang-orang politik nanti cari keuntungan dia guna, negara kita hancur, rakyat kita susah. Selepas itu ISA, saya dua kali dah masuk ISA. Saya sudah cukup ditarbiah, ketahanan saya sudah cukup. Bukan sekali tetapi dua kali. Saya habis dapat ijazah pun dalam tahanan. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak gembar-gembur macam orang lain. Jika ada ISA takut kepada ISA, kalau takut tidak usah berjuang. Orang di negara lain peluru dia sanggup lagi. ‘Intifada’ Palestin, dia tidak kisah meriam Israel ke, dia lawan. Ini kita hal ISA. Tuan Yang di-Pertua, kita kena ingat ISA ini digubal oleh Parlimen sendiri. Lain-lain undang-undang digubal oleh pihak eksekutif, ini kerana untuk preventif. Maknanya hendak menghukum orang yang ada niat. Kita negara pelbagai kaum, kumpulan ekstremis agama banyak. Jika salah kita handle huru-hara nanti. Bila huru- hara saya kena ISA pula nanti. Dulu saya kena tidak pasal-pasal, saya tidak ungkit. Alhamdulillah, kalau itulah kehendak Allah SWT, I never complaint. Saya terus lawan, saya terus berjuang. Kena gugur sebagai ketua UMNO bahagian pun saya terus lawan, orang ingat saya mati, kena air hujan hidup balik. Alhamdulillahlah, sebab yang maha kuasa itu Allah, di sisi Allah itu yang kita kena ingat kita orang Islam. Saya tidak setuju dihapus secara total tetapi saya hendak mencadangkan dengan ringkas. Saya ingin cadangkan diubah suai, ditambah baik, revamp. Pertama, Seksyen 8 diubah kuasa penentu power sekarang ini duduk di bawah Menteri Dalam Negeri dipindah kepada Majlis Keselamatan Dalam Negeri yang mengandungi wakil SUHAKAM, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan beberapa orang wakil. Dia orang yang menentukan. Kedua, pinda fasal 149 iaitu seseorang itu boleh ditangkap tanpa bicara tetapi tempohnya 14 hari, after 14 days dia orang ini mesti diproduce in court. Suka tidak suka, kita tidak boleh tahan lebih daripada itu berdosa sebab kita tidak tahu dia salah atau tidak. Tuan Yang di-Pertua, untuk preventive memanglah kena bertindak cepat jika tidak huru-hara negara ini. Saya tahu, saya berpengalaman memang huru-hara. Ini macam soal kesultanan Melayu hak Raja, saya boleh kumpul esok. 60,000 Melayu saya boleh kumpul. Saya pernah berhimpun di Chow Kit dulu, jangan main dengan saya tetapi saya diam. Saya boleh tetapi negara akan jadi huru-hara, kita tidak nak! Kita tidak mahu perkara ini berlaku demi kebaikan rakyat dan negara. Maka sebab itu hendak tangkap kena pergi ke mahkamah mesti ada proof, bukti tidak boleh prove. Tengok raja-raja dadah macam mana hendak tangkap tidak ada proof. So, cara mana hendak kita mengatasi perkara ini? 14 days bawa pergi ke mahkamah then barulah selesai. Isu dia jangan menyalahgunakan kuasa. Saya mencadangkan seksyen 8(b), 8(c), 8(d) ISA juga di hapuskan. Ini kerana kalau kita nak tangkap tanpa bukti terus ke mahkamah, kita kena akui polis-polis kita walaupun mereka bekerja keras, tidak cukup, pengalaman tidak ada. Seorang IO saya tahu berpuluh kes kena handle, esok berlaku rusuhan di Chow Kit road. Hari Jumaat mahkamah cuti, polis tahu ada intention untuk buat huru-hara, nak tangkap macam
mana? Nak kena pergi ke mahkamah, so what happen? Nak tengok darah mengalir dulu. Saya tidak setuju sebab kita kena tunggu tahap profesionalisme polis kita biar betul-betul cekap, baru boleh. Ini dia orang pun banyak kerja, belum lagi profesional. Jadi tentulah sukar, sebab itu banyak kes terlepas, banyak kes dibuang kes. Dalam mahkamah yang paling penting dikatakan beyond reasonable doubt. Nak bukti beyond reasonable doubt inilah masalah di mahkamah, sebab itulah dia orang ini suka pergi ke mahkamah. Hal jenayah, ini masalah besar. Saya mintalah dengan kawan-kawan Ahli Dewan yang mulia dan jangan tersinggung saya hendak sebut ni, saya bercakap untuk negara. Jenayah meningkat 47%. Budak Nurin hilang, itu hilang kena rogol macam- macam di sebut. Memang jenayah ini sukar hendak hapus sama juga dengan rasuah tetapi kita boleh kurangkan. Namun ia menjadi-jadi ini kerana kedatangan pekerja asing, yang berjuta-juta jumlah yang halal dan haram, orang Bangladesh masuk berapa juta? Kerajaan kata sudah dibeku tetapi ada pula diluluskan pula kelulusan khas, betul atau tidak dalam setahun, dua ini ada 450,000 lulus. Saya nak minta didedahkan dalam Dewan siapa yang dapat. Orang Bangladesh datang ke Malaysia bayar RM15,000, levi untuk kerajaan RM1,200 sahaja, lain-lain kos tambang masuk mungkin RM3000 hingga RM4000, agen Bangladesh RM5000, siapa lagi dapat? Dia kata calling visa, tak calling visa. Tidak berasa bersalah ke? Orang-orang ini buat duit banyak, buat bayar income tax ke, buat bayar cukai ke? Orang jual mee, jual sayur ada lebih sikit kita kejar untuk bayar cukai. Saya hendak minta perkara ini disiasat.
Tuan Yang di-Pertua, saya dengar ucapan Yang Berhormat Pulai yang bawa usul bersabit dengan kepentingan pendidikan. Saya setuju. I’m all out Tuan Yang di- Pertua for the excellent of the education. Semua kaum mesti diberi hak. Okey, sekarang ini semua universiti dah dapat. IPTS berlambak sekarang ini. Nak guna bahasa apa pun, guna. Walaupun orang surat khabar Yang Berhormat Menteri kata begitu begini, tapi the fact that, apa yang berlaku ikut suka hati dia orang. Saya ingat ada institusi pula digunakan untuk memberi visa kepada pihak-pihak tertentu untuk masuk ke Malaysia. Saya baca kenyataan Ketua Pengarah Imigresen. Beribu dah hilang. Kerja dekat karaoke. Lama-lama duduk sini. 10, 15 tahun duduk sini lepas tu minta kerakyatan. Parti politik sokong, lulus. Ini semua boleh berlaku. Jadi, masalah yang saya nak sebut ialah mengenai hak biasiswa ini atas kepentingan nak menyusun semula masyarakat . Bukan saya nak pro-Malay. Tapi saya orang Melayu. Saya nak imbang yang 30% tadi. Hak pendidikan dilulus 10A dapat biasiswa. Okeylah, 10A semua kaum boleh dapat biasiswa. Jumlahnya bukan Melayu. Alhamdulillah. Kita sokong. 100% kita sokong tapi kenapa 10A? Kalau ikut semangat Dasar Ekonomi Baru, kenapa tidak ditetapkan untuk orang Melayu 5A, 6A? Apa salahnya? Baru jumlah tu imbang. Dulu pun masuk universiti pun begitu juga. 5A anak Melayu semua dapat. Jangan kira dia kaya, dia miskin, anak orang upaya, orang cacat semua dapat. Kenapa kita nak diskriminasikan? Sebab itu dijamin dalam perlembagaan. Orang Sabah, orang Sarawak patut di bagi. 5A, 6A untuk golongan bumiputera. 10A bukan Melayu. Kalau 10A semua, berapa ramai orang Melayu nanti? Kalau orang Melayu diberi peluang pun, dia akan maju. Ini bab biasiswa. Tuan Yang di-Pertua, berapa minit lagi? [Dewan riuh] [Ketawa] Tuan Yang di- Pertua, saya nak tanya, berapa minit lagi ada? Kemudian Tuan Yang di-Pertua...
Sembilan minit lagi.
Alhamdulillah. Apa ni, masalah 10A yang saya katakan tadi. Kepentingan untuk pendidikan. Saya harap perkara ini ditimbang. Dan saya harap orang-orang kaum Tionghoa, orang Hindu, janganlah berkecil hati. Dahulu Dasar Ekonomi Baru pun mereka mendapat manfaat. Kita tahu kegagalan Dasar Ekonomi Baru Tuan Yang di-Pertua, sebab apa. Orang-orang Melayu sendiri pun turut bersalah. Pemimpin sementalahlah. Pemimpin semua bersalah. Bila balun, balun, lepas itu orang lain yang salah. Saya pun tahu. Kemudian orang Melayu sendiri pun yang diberi lesen, macam-macam lesen, macam-macam kontrak, juga diAli Baba. Beri teksi, teksi diAli Baba. Dapat kemudian bawa masuk pendatang asing, juga dijual kepada orang lain.
Tuan Yang di-Pertua, saya harap kaum-kaum lain jangan mudah tersentak. Jangan mudah kecil hati. Sebab saya nak ulang balik Tuan Yang di-Pertua, perpaduan orang-orang Melayu adalah teras perpaduan rakyat Malaysia. Janganlah kerana politik remeh-temeh, sekarang ini dah menjurus ke arah perkauman pula. Saya cukup-cukup bimbang. Sebab itu saya pertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri walaupun saya dah dua kali kena ISA. [Tepuk] Saya sedikit tidak takut dengan ISA. Kalau kita yakin dengan perjuangan kita, kita lawan... Orang tangkap, tangkaplah. Nak buat macam mana? Saya duduk di dalam bilik gelap tak tahu siang harikah, duduk bilik kecil saya tak heboh. Tidaklah kata tiga empat hari masuk, wah, saya adalah pejuang ditahan oleh ISA. Wah, wah cakap di kampung-kampung. Saya bukan macam tu. Saya tak sebut pun bab ini. Saya anggap sebagai challenge. Sebab itu saya ada ketahanan diri sekarang. Honestly. Kalau tak diuji tidak tahu. Cakap boleh. Ada orang masuk tahanan ISA, tiga hari menangis. [Dewan riuh][Ketawa] Empat hari menangis. Cakap dalam Dewan ini berdegar-degar. Saya malas ceritalah. Malas nanti bergaduh. [Dewan riuh] [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, jadi akhirnya, saya satu lagi...
Yang Berhormat menangiskah?
Saya tak menangis tapi keluar air mata fasal diabetes. [Dewan riuh] [ Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, satu lagi sebelum saya lupalah. Saya nak buat tribute di sini and please janganlah salah interpret. Saya manusia yang sentiasa mengenang budi kepada kerajaan, kepada sesiapa saja. Saya mengenang budi. Saya nak minta, kita kena ingat. Manusia memang ada kelemahan. Tidak ada siapa yang perfect Tuan Yang di-Pertua. Kita ingat jasa Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohammad yang menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, memang negara hari ini tidak akan menjadi seperti yang kita lihat tanpa Tun Dr. Mahathir bin Mohammad. Nak kata apa, katalah. Ada orang nak caci dia, cacilah. Saya tidak begitu. Kelemahan- kelemahan tetap ada. Saya juga kritik. Saya nak beritahu hal-hal kepentingan Melayu. Dr. Mahathir jugalah yang memulakan Dasar Meritokrasi ini. Saya lawan dalam Majlis Tertinggi. Sebab perimbangan kaum belum selesai. Ada juga saya tidak bersetuju tapi ada yang dia buat baik untuk negara. Hari ini seolah-olah dia ni betul-betul tak guna. Orang tu balun, orang ni balun. Semua balun ni balun cari makan. [Dewan riuh][Ketawa] Bukan ikhlas dari isi hati yang sebenarnya. Hormatlah orang tua macam kita hormat bapa. Dia bukan nak jadi Perdana Menteri lagi. Dia nasihat kerajaan. Terima nasihat dengan baik. Tak bolehkah? Jangan cepat melenting. Orang surat khabar cucuk kita melenting. Ada cara lain nak jadi popular. Ada cara lain nak bodek ni. Ini bila kita terus-menerus begini, kita akan hilang, kita akan hilang kita punya rahmat. Percayalah Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu jasa beliau kita lihat dulu negara kita dapat jadi Pengerusi OIC, Pengerusi Negara-negara NAM. Kalau tidak Tun Dr. Mahathir, siapa champion isu-isu dasar luar negara melawan kuasa besar super power, Amerika, Britain yang dulu dalam isu alam sekitar, isu ekonomi, WTO, Dr. Mahathirlah. Saya ikut. Dia lawan betul... Dia tak jadi perkakas. He always speak his mind, tidak ada siapa boleh nak cuba hasut dia. Tak ada. Dia detail. Dan kita tahu apa yang dia telah buat kepada negara ini. Saya sendiri pun kadang-kadang bila banyak sangat cemuhan-cemuhan, janganlah. Kalaupun ada masalah politik, selesai cara lainlah. Sebab kalau ada political will orang kata, banyak cara boleh selesai. Dan pemimpin-pemimpin yang dok kalut ni Tuan Yang di-Pertua, saya Alhamdulillah umur dah 57 Tuan Yang di-Pertua. Saya kenal semua ini. Semua saya kenal. Cuma saya nampak muda. [Dewan riuh][Ketawa] Betul, I’m only 57 years old, zaman Allahyarham Tun Razak, saya jadi student leader. Selepas itu saya terlibat dalam perjuangan, dalam politik. Saya kenal semua ini. Pelakonnya pelakon sama. Same, same people. Cuma sekarang ini berbeza parti. Berbeza kedudukan. Tapi kalau sebut beza kedudukan, yang hodoh itu Ibrahim Ali, yang katak itu Ibrahim Ali. Saya tukar banyak parti, Tuan Yang di-Pertua pun dulu banyak juga parti, di Sabah dahulu. [Dewan riuh][Ketawa]
Dalam lain-lain, dalam Keadilan, dalam PAS, jangan nak perli-perli ataupun akhbar pun janganlah tulis kalau katak Ibrahim Ali. Tulislah orang lain sama. Barulah syok saya baca nanti. [Dewan riuh][Ketawa] Bukan saya nak pertahankan diri, saya nak put the record straight. Kita bukan tukar agama Tuan Yang di-Pertua. Kita hanya tukar kapal. Yang dulu pun saya memang dibuang. Saya mengamalkan cara demokrasi. Saya tak kisah. Saya diam, sekarang saya lawanlah. Alhamdulillah, PAS bagi laluan. PAS untung, saya pun untung sikit. PASlah untung banyaknya. [Dewan riuh][Ketawa] Sekarang saya bebas dah. I don’t care. I will speak without fear or favor. Sama ada Barisan betulkah, PAS betulkah, Keadilan betulkah, tak betul memang sidang ini panjang lagi, 2-3 tahun. You’ll see how I speak in ... Tuan Yang di-Pertua.
Dua minit lagi.
Ya?
Dua minit.
Ya, insya-Allah. Saya haraplah macam PAS sendiri pun dah dapat dua kerajaan negeri, Kelantan dah lama. Kedah, tunjuk model tu betul-betul. Kita tidak boleh hidup selama-lamanya atas kelemahan orang. Ceramah- ceramah kita pada rakyat pun kita menimbulkan kelemahan orang. Selagi orang ada kelemahan, selagi itu kita hidup. Tapi kita juga kena proof bahawa kita boleh membentuk kerajaan yang disokong ataupun mendapat rahmat daripada Allah SWT. Rakyat suka bersih rasuah, good governance, transparensi. Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya nak ingatkan juga kawasan saya Pasir Mas, saya minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah supaya melawat Pasir Mas. Semua jalan, lopak-lopak itu saya nak tengok supaya dibaiki dengan segera. Saya bagi tempoh sampai hujung tahun ini. Belanjawan nanti. Ini arahan. [Dewan riuh] [Ketawa] Saya nak tengok Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - orang cacat, orang miskin, ibu tunggal di Pasir Mas banyak lagi tak dapat bantuan. RM80, RM70 nak makan apa? Biar sekurang-kurang dia boleh bayar sewa rumah. Semua nama ini nak saya boleh bagi. Kalau tidak saya akan Tuan Yang di-Pertua - bulan Disember ini lebih gagah lagi. Ini arahan ini. [Dewan riuh][Ketawa] Ini menteri-menteri ini. Lepas itu hab halal yang diisytiharkan dalam ECER itu, jangan jadi retorik. Jangan jadi manifesto pilihan raya sahaja. Saya nak tengok pelaksanaan dijalankan dengan secepat mungkin. Selepas itu di Kelantan, saya nak merayu ada satu lagi jambatan yang perlu dibina. Yang dulu telah diletak batu asas oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan daripada Kampung Laut ke Tambatan Diraja. Kosnya tidak banyak. RM300, RM400 juta sahaja. Yang boleh membantu Kelantan membangun. Belanja bunga api pun dua tiga minit berjuta.
Saya harap begitu juga di Sabah, semalam saya dengar wakil Sabah Yang Berhormat bagi Kimanis, dari Yang Berhormat bagi Kinabatangan, kita semua sokong tanpa mengira kaum. Akan tetapi kita orang Melayu lemah. So, apabila orang Melayu lemah lagi whatever apa masalah pun, please jangan pijak kepala.
Terima kasih Yang Berhormat bagi Pasir Mas.
Kita kena ingat, di mana bumi kita pijak, di situ langit kita junjung. Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua saya hendak cadangkan yang terakhir. Kita berterima kasih kepada polis dan tentera, mereka bekerja keras untuk menyelamatkan negara, menjaga keamanan. Saya hendak cadangkan supaya juga pihak polis dan tentera dalam apa jua keadaan, mesti diberi bonus setiap tahun. Mandatori, RM500 ke RM1,000 untuk setiap polis dan tentera. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih, saya menjunjung ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat bagi Pontian.
Bismillahirrahmannirahim, Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu izinkan saya menjunjung kasih setelusnya atas Titah Ucapan Kebawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang cukup bernas di Dewan yang mulia ini. Pucuk selasih di hutan asli; Indah cantik alam maya; Junjung kasih Kebawah Duli; Setia patik tiada taranya. Indah cantik alam maya; Jadi persada silat jejaka; Setia patik tiada taranya; Jangan ada yang derhaka. Tuan Yang di-Pertua, rakyat telah bersuara pada 8 Mac 2008, suara keramat rakyat dengan izin Allah meletakkan 140 Ahli Parlimen Barisan Nasional dan 81 pembangkang dan seorang bebas yang hebat di Dewan yang mulia ini. Namun, masih lantang terdengar di luar dan di sini yang kononnya kerajaan akan bertukar. Apakah mereka ini tidak faham dan tidak menjunjung amanah rakyat, yang telah meletakkan hasrat Kerajaan Pusat ini ditadbir oleh Barisan Nasional. [Tepuk] Mereka bangga dengan istilah Pakatan Rakyat, mereka sebut perjuangan rakyat, mereka junjung keadilan rakyat, namun mereka juga yang semacam cuba meracuni amanah rakyat. Sebanyak 140 Barisan Nasional, 81 pembangkang dan satu bebas itulah kehendak rakyat, itulah amanah rakyat. Sebenarnya mereka yang ingin memerintah ini terperangkap dalam suatu ilusi dan fantasi. Umpama melihat suatu fatamorgana di padang pasir, ingatkan ada tasik yang indah di hadapan, tetapi yang ada cuma debu, batu dan panas teramat yang membara. Tuan Yang di-Pertua, semua kita sebagai pemimpin di Dewan keramat ini tersemat perjuangan untuk membasmi kemiskinan tegar dan kemiskinan biasa tanpa mengira kaum. Perjuangan suci ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2010. Tinggal 19 bulan sahaja tempoh yang ditetapkan untuk mencapai target ini jika mengambil kira fajar 1 Januari 2010, sebagai tempoh sasaran sifar miskin tegar. Kita kesuntukan masa yang cukup berharga. Oleh itu janganlah terlalu diganggu ketika saya berucap ini. Tinggal 19 bulan lagi untuk memastikan 38,400 isi rumah miskin tegar ini dikeluarkan dari kancah kemiskinan. Seramai 209,000 isi rumah pula tergolong dengan takrif miskin biasa. Pendapatan garis kemiskinan (PGK) bagi seluruh isi rumah untuk kemiskinan biasa ialah RM657 sebulan untuk Semenanjung, RM520 untuk Sabah dan RM482 Sarawak. PGK miskin tegar pula adalah RM416 sebulan untuk Semenanjung, RM520 Sabah dan RM482 Sarawak. Terlalulah daif hidup mereka yang mesti dibela ini. Jumlah 38,400 isi rumah miskin tegar ini, secara puratanya adalah daripada 8,533 keluarga sementara 209,000 adalah daripada 46,444 keluarga kerana saiz isi rumah ialah purata 4.5 orang sekeluarga. Dengan lain-lain perkataan terdapat kira-kira 54,977 keluarga yang miskin dan miskin tegar di negara ini. Untuk menyelesaikan dua masalah ini dalam masa yang singkat, sukacita saya dengan ini mencadangkan agar fasa kedua FELDA dimulakan dengan segera. Saya lahir sebagai seorang anak penoreh getah yang miskin di luar bandar. Dan kebetulan selama tiga tahun sebelum berada di Dewan ini, diberi peluang untuk membantu membangunkan FELDA. Jadi saya biasa dengan hal-hal yang diperkatakan ini. Pada fasa pertama FELDA, sebanyak 112,635 keluarga telah mendapat manfaat dengan purata diberikan seluas 10 ekar tanah pertanian dan suku ekar tapak rumah. Mereka semuanya telah keluar daripada masalah kemiskinan. Satu kejayaan yang amat besar dalam abad ini. Suatu pembangunan tanah yang diiktiraf paling berjaya dalam seluruh dunia.
[Bangun][Mengetuk- getuk pembesar suara]
Sila, sahabat.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat bagi Pontian. Saya tertarik dengan hujah berkenaan dengan miskin tegar ini, dan saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat bagi Pontian. Setuju atau tidak bahawa dengan kekayaan yang dimiliki oleh negara ini, sepatutnya soal dengan masalah membantu orang miskin tidak timbul. Saya bagi contoh; tentang pembaziran yang dibuat oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional. Saya tanya Tuan Yang di-Pertua dengan izin...
Soalannya apa dia?
Saya tanya dua soalan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan kedudukan kewangan dan ini jawapan yang diberi. Saya terkejut mendapat jawapan ini Yang Berhormat bagi Pontian. Apabila diberitahu dalam jawapan ini, bahawa tiga orang penasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dikatakan penasihat, tetapi tanpa kerja gaji sepenuh mereka ketiga-tiga ini berjumlah RM1 juta setahun. Saya baca.
Okey, saya rasa cukuplah setakat ini.
Tun Mahathir... Bagi, jangan takut, ini hakikat, fakta. Tun Mahathir...
Saya tidak ada masa, saya sedang membincangkan satu perkara yang cukup penting.
...Tidak, saudara sedang bercakap tentang kemiskinan. Saya hendak baca, Tun Mahathir dibayar RM180 ribu setahun sebagai Penasihat Petronas. Penasihat Wanita dibayar RM404,726 setahun...
Terima kasih Yang Berhormat bagi Kulim.
Saya rasa Tuan Yang di-Pertua...
...Penasihat Agama dibayar sebanyak RM549,675...
Minta penjelasanlah.
...Bermakna tiga orang Penasihat Perdana Menteri yang tidak ada kerja, dibayar RM1.134 juta setahun, gaji tanpa buat kerja! [Tepuk]
Terima kasih...
Jadi, tidakkah saudara...
Okey.
Soalan saya, soalan saya, tidakkah Yang Berhormat bagi Pontian rasa, daripada bayar RM1.134 juta gaji buta kepada tiga penasihat, satu juta ini lebih baik duit itu diagihkan kepada rakyat miskin. [Tepuk] Untuk buat rumah, untuk buat apa juga yang mereka perlu, untuk mengatasi masalah kemiskinan, terima kasih.
Terima kasih.
Yang Berhormat bagi Pontian, sebelum memberi respons tadi. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai nasihat masa singkat, setengah jam. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat yang sedang berucap itu memberi laluan kepada Ahli Yang Berhormat yang lain, Ahli-ahli Yang Berhormat mengundang risiko, di mana kamu dapati tidak ada masa untuk bercakap. Jadi hak itu adalah di tangan Yang Berhormat. Kadang-kadang Ahli Yang Berhormat mahu mencelah itu pun, dia bertanya yang tidak relevan. Jadi untuk strategik berucap, ikutlah macam Yang Berhormat bagi Pasir Mas. Pandangan saya. Sila, Yang Berhormat bagi Pontian.
Tuan Yang di-Pertua, dia ini dahulu satu universiti dengan saya. Dahulu dia pengasas Kelab UMNO...
Kalau begitu, kamu berbahas di luar sahaja.
...dahulu pengasas Kelab UMNO, tetapi sekarang telah lari daripada UMNO.
Kalau begitu Yang Berhormat berbahas di luar sepanjang masa. Sila.
Betul. Selepas ini mungkin saya tidak akan memberi peluang kepada sesiapa pun.
Terima kasih.
Kecuali Barisan Nasional. Oleh kerana tanah semakin kurang diberikan, maka FELDA fasa kedua ini dicadangkan agar diberi empat ekar untuk sebuah keluarga, bukan sepuluh ekar. Di mana 1/5 untuk tapak rumah, tiga ekar ditanam sawit, ataupun tanaman lain seperti kenaf atau pokok jarak dan 4/5 ekar lagi untuk usaha IKS untuk feedlot lembu daging, lembu tenusu atau kambing. Jumlah tanah yang diperlukan untuk 54,977 keluarga miskin dan miskin tegar ini ialah seluas 219,908 atau 87,963 hektar iaitu 10.3% daripada 853,313 hektar keluasan yang FELDA miliki sekarang. Cadangan ini adalah seumpama serampang banyak mata. Pertama, sekali gus kita selesaikan masalah kemiskinan dan kemiskinan tegar tanpa mengira kaum dengan pantas sekali. Kedua, dapat menjimatkan masa, tenaga, peruntukan pelbagai agensi serta diserah amanah kepada FELDA yang telah terbukti kejayaannya.
Ketiga, dapat membantu menyelesaikan masalah kurangnya bekalan daging dan produk tenusu yang masih banyak diimport lagi. Dalam Rancangan Malaysia Yang Kesembilan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah memohon 3.5 bilion lagi daripada 11.031 bilion yang sudah dijanjikan bagi memastikan usaha membasmi kemiskinan tegar dapat dicapai menjelang 2010. Setakat ini kementerian telah membelanjakan RM4.2 bilion serahkan sahaja sebahagian peruntukan itu kepada FELDA tanpa melibatkan terlalu banyak agensi untuk mengendalikannya. Kajian teliti tentang jumlah pendapatan terkini perlu dibuat sekali lagi untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar layak dan miskin diterima oleh FELDA. Sementara itu, dicadangkan semua negeri yang terdapat jumlah tertentu penduduk miskin dan miskin tegar perlulah menyerahkan kadar empat ekar untuk sekeluarga mengikut nisbah jumlah keluarga miskin di negeri masing-masing termasuklah di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Jika tiada tanah lagi, semacam Wilayah Persekutuan maka wajarlah negeri yang tanahnya luas berkorban untuk memberikan tanah sebab ada kira-kira 5,000 isi rumah miskin atau 1,100 keluarga miskin di Wilayah Persekutuan. Sesungguhnya, pembasmian kemiskinan adalah merentasi pertimbangan kaum, fahaman politik dan semangat kenegerian. Sesungguhnya air mata, darah dan keringat keluarga-keluarga miskin ini akan sentiasa mendoakan agar negara ini terus berada dalam aman dan makmur. Sesungguhnya jika cadangan ini dapat dibincangkan oleh Kerajaan Pusat dan semua kerajaan negeri, ianya adalah suatu simbol yang tinggi, suatu usaha yang mulia untuk membela rakyat yang daif di negara ini. Sesungguhnya siapa tahu mungkin Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang tiada lagi rakyat miskin di dalam negara walaupun kita akui bahawa kemiskinan adalah sesuatu yang relatif sifatnya. Tuan Yang di-Pertua, kejayaan kerajaan mengurangkan keseluruhan kadar kemiskinan pada tahun 1970 daripada 49.3% kepada 3.5% tahun 2007 adalah dialu- alukan. Kemiskinan tegar pula tinggal 0.7%.
Dalam soalan saya di Dewan ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 6 Mei 2008 mengenai hal FELDA untuk tujuan membasmi kemiskinan dijawab dengan amat positif iaitu pada tahun 2006, kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk membuka semula FELDA sebagai usaha untuk membasmi kemiskinan tertakluk kepada persetujuan kerajaan negeri yang hendaklah menawarkan tanah untuk usaha pembangunan berkaitan. Telah dua tahun perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri tetapi mengapakah belum ada kerajaan negeri yang bersetuju untuk memberi tanah. Mungkin difikirkan tanah yang diperlukan terlalu luas tetapi sebagaimana yang saya nyatakan jika model baru empat ekar ini tanahnya hanya seluas 87,963 hektar. Cuba lihat kawasan tanah terbiar di Semenanjung. Data terkini tahun 2007 terbahagi kepada dua kategori, ini tidak termasuk kawasan hutan. Tanah berumput terbiar seluas 1 juta 729 ribu hektar. Semak samun terbiar seluas 8 juta 351 ribu hektar. Oleh itu jumlah tanah berumput semak yang terbiar seluas 10 juta 80 ribu hektar, ini belum lagi tanah terbiar di Sarawak. Keluasan Sarawak lebih besar daripada Semenanjung dan Sabah juga sungguh luas tanahnya. Sewajarnyalah cadangan FELDA fasa kedua yang mana FELDA fasa pertama telah berumur 52 tahun sejak 1956 diberi sokongan untuk meneruskan khidmat bakti perjuangan suci membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan fahaman politik asalkan miskin dan miskin tegar, maka terima mereka dalam FELDA fasa kedua ini Insya-Allah maka selesailah masalah kemiskinan di seluruh negara yang tercinta ini dan saya mohon sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Tuan Yang di-Pertua, cadangan yang kedua. Hala tuju baru patut ditiupkan untuk pembangunan luar bandar dan pinggir bandar di seluruh negara. Daripada Arau pergi ke Pasir Salak turun ke Pontian, Batu Pahat, limpas melalui Hulu Rajang hingga ke Putatan dan Ranau, Kinabatangan. Hembuskanlah rahmat.... “Baldatun Toyyibatun Warrabburn Ghafur”, iaitu “negara yang baik dan dilimpahi keampunan Tuhan” ke seluruh negara Malaysia. Kita telah membangunkan dengan agak baik namun mari kita ambil iktibar tentang konsep pengurusan yang disebut dengan izin, sebagai continuous improvement. Bahasa Jepun istilahnya kaizen. Bahasa kita penambahbaikan yang berterusan perlulah dilakukan oleh kerajaan. Yang perlu dibuat sekarang ialah melihat kembali pembangunan luar bandar dan pinggir bandar. Masalah bekalan air dan elektrik perlu diselesaikan, jalan-jalan dibaiki dan diluaskan, tanah merah diaspalkan, mengambil istilah kawan di Sabah. Di Sabah ada yang belum jalan dibina pun inikan pula hendak harapkan tanah merah. Tanah merah sebenarnya tidak layak lagi ada dijadikan jalan di bumi ini. Tanah merah hanya layak berada di planet Marikh. Untuk apa kita turap dan turap lagi jalan-jalan di bandar yang sudah berlapis- lapis sedangkan terdapat banyak jalan kampung yang nipis dan berlubang-lubang... [Tepuk] Saya ingin ulang, untuk apa kita turap dan turap lagi jalan-jalan di bandar- bandar sudah berlapis-lapis sedangkan terdapat banyak jalan kampung yang nipis dan berlubang-lubang. Semoga menteri yang berkaitan mendengar rintihan rakyat ini. Terima kasih kerana kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan kampung seluruh negara di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Namun kita hampir pasti peruntukan ini tidak cukup. Takrif jalan kampung ialah lapan kaki atau 14 kaki lebar. Umur hayatnya diselenggarakan ialah tiga tahun dan kenderaan yang boleh melaluinya tidak melebihi lima tan tetapi sekarang ini lori-lori yang masuk kampung penuh dengan kelapa sawit bertan-tan, berpuluh-puluh tan. Jalan rosak tetapi lambat dibaiki, baikilah sebelum rosak lagi, sebelum rakyat menjadi semakin marah. Mujurlah kita dianugerahkan dengan kelapa sawit yang mahal harganya. Getah dan kelapa yang juga mahal maka orang kampung senang hati, orang kampung yang mempunyai kebun senang hati. Syukur alhamdulillah tetapi jalan-jalan di kampung-kampung banyak masih rosak dan sempit, tidak dibaiki oleh tauke-tauke sawit.
Jika dianggap kita ini dalam sebuah banglo yang besar, rupanya ada beberapa bilik dalam banglo itu yang perlu dicat, cermin pecah, perlu kerusi meja. Untuk apa pindah ke rumah lain baiki sahaja yang kurang, baiki sahaja rumah kita jangan buang masa dan tenaga pindah ke rumah lain yang mungkin berhantu dan berbau. [Tepuk] Oleh itu segala yang melibatkan luar bandar dan pinggir bandar wajar dijadikan keutamaan nombor wahid dalam kajian Rancangan Malaysia Kesembilan yang sedang dilakukan sekarang mungkin perlu tinggalkan setahun dua pembangunan di bandar-bandar. Bangunkan pula pekan-pekan kecil yang keadaannya seperti pekan- pekan koboi di seluruh negara agar pembangunan itu merata sifatnya ke seluruh pelosok alam maya negara Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, cadangan yang ketiga. Panjang lagi Tuan Yang di-Petua masa?
Ucap sahaja Yang Berhormat, nanti saya tegur kalau sampai masa.
Okey, saya pun hairan tiada siapa yang ingin mencelah... [Ketawa]
Semua setuju Yang Berhormat.
Pembangunan usahawan dan IKS di luar bandar hendaklah dimantapkan. Kedai-kedai MARA yang tiga, empat, lima unit mestilah dibangunkan di seluruh simpang-simpang strategik di kawasan-kawasan kampung. Kita namakan kedai-kedai itu misalnya sebagai Kedai Desa Cemerlang atau Kedai Desa Wawasan agar usahawan-usahawan kecil yang berniaga itu di suatu masa nanti mempunyai keyakinan untuk meniti arus gelombang ekonomi yang hebat di bandar besar. Perlu diingat suatu falsafah yang menyebut bahawa dengan izin, in the final analysis, economic power is more important than political power pada analisa terakhir kuasa ekonomi adalah lebih penting daripada kuasa politik. Orang-orang kampung mesti dibangunkan untuk membina kuasa ekonomi, kuasa ekonomi desa agar suatu masa nanti desa menjadi pekan dan kemudian tiada lagi istilah luar bandar dan pinggir bandar. Yang ada nanti hanya bandar besar atau bandar kecil daripada Perlis, Pontian hinggalah ke Sabah. Setakat 31 Mac 2008, premis perniagaan MARA di seluruh negara ialah 375 buah dan ruang niaga 5,908 buah. Selepas MARA ditubuhkan berpuluh-puluh tahun hanya setakat 375 dan 5,908 buah yang didirikan pada saya ini adalah teramat kecil jumlahnya. Terperanjat kita melihat angka sekecil ini sepatutnya telah puluhan ribu premis perniagaan dan ratusan ribu ruang niaga yang dibina oleh MARA di seluruh negara ini. MARA...
Minta laluan Yang Berhormat.
Silakan... [Ketawa]
Terima kasih Yang Berhormat Pontian sahabat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya pendek sahaja. Adakah disebabkan penggunaan lokasi itu terletak di kawasan yang tidak strategik yang menyebabkan semua premis yang telah dibina pun tidak berjalan dengan lancar apatah lagi hendak dibina yang baru. Apa pandangan Yang Berhormat?.
Terima kasih sahabat daripada Arau. Ketika belajar pengurusan perniagaan, ada tiga perkara kalau kita ingin maju di dalam perniagaan. Yang pertama, strategic location, dengan izin. Yang kedua, strategic location dengan izin dan yang ketiga, strategic location dengan izin. Memang benar, jika strateginya ataupun lokasinya tidak strategik, maka
perkara itu tidak perlulah dibina. Namun cadangan saya ialah kawasan-kawasan strategik di kampung, kita perlu ada kedai-kedai kecil. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Oleh sebab itu, saya harap MARA mempertimbangkan perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, MARA ialah Majlis Amanah Rakyat. Jalankan amanah yang kudus dan suci itu untuk membangunkan usahawan-usahawan luar bandar di pekan-pekan kecil agar negara ini berjaya dengan seimbang antara usahawan-usahawan bumiputera dibandingkan kejayaan besar lagi hebat usahawan bukan bumiputera rakyat Malaysia kita juga. Selama ini kita berkongsi kuasa politik. Barisan Nasional dengan empat belas parti komponen dan Pakatan Rakyat dengan tiga partinya. Kita berkongsi kuasa politik dalam kerajaan dan mereka berkongsi politik, kuasa politik dalam pembangkang. Tibalah masanya untuk kestabilan masa hadapan, kita perlu berkongsi kuasa ekonomi. Contohnya, perlu ada kedai-kedai bumiputera yang lebih banyak dalam kawasan bandar. Setakat ini, cuma sekitar sebelas peratus daripada ruang niaga di Lembah Kelang dimiliki oleh bumiputera. Daripada seratus kedai, cuma sebelas kedai bumiputera. Ini melambangkan yang usahawan di negara kita masih banyak ruang yang amat luas kuasa ekonomi yang mesti dikongsi demi kestabilan politik dan negara pada masa akan datang. Marilah kita berkongsi kuasa ekonomi bermula pada hari ini dan konsep kongsi kuasa ekonomi wajar dijadikan satu prinsip utama dalam pembangunan di negara ini. Untuk rakan-rakan pembangkang, izinkan saya menutup dengan sebuah pantun. Orang dagang di tengah sawah Sambil berlagu membawa diri Semua orang dituduh salah Cermin dahulu diri sendiri Sebagai mengakhiri ucapan ini, pantun saya ialah, Kongsi kuasa politik Kongsi kuasa ekonomi Negara kita cantik Rakyat hidup harmoni Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Yang Berhormat Wangsa Maju.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul untuk mempersembahkan ucapan dalam Dewan yang mulia ini. Yang pertamanya merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan menjunjung kasih atas Titah Ucapan Tuanku pada pembukaan Penggal Pertama Parlimen Keduabelas ini. Izinkan saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di- Pertua kerana dipilih sebagai Timbalan Tuan Yang di-Pertua dan juga Tuan Yang di- Pertua seorang lagi dan juga seorang Timbalan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, ucapan syabas saya rakamkan kepada rakyat amnya dan secara khusus pengundi-pengundi di Wilayah Persekutuan khasnya di Wangsa Maju, Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor kerana mereka cukup berani membuat satu penegasan dalam pendirian politik mereka dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Ucapan tahniah kepada Pakatan Rakyat, iaitu Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP kerana bukan sahaja dapat mengekalkan kuasa di Kelantan bahkan menambahkan pemerintahannya di lima lagi negeri. Di samping itu, tahniah juga kepada rakyat di negeri lain yang berjaya mengurangkan penguasaan majoriti Barisan
Nasional yang boleh dijadikan sebagai asas mencapai kemenangan lebih besar dalam Pilihan Raya Umum Ketigabelas. Malahan, ia tidak akan lengkap kalau saya tidak mengucapkan terima kasih kepada menantu yang bersikap seperti Perdana Menteri yang telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai menantu sehingga menyebabkan kemarahan bukan sahaja kepada penyokong Barisan Nasional tetapi juga seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Isu-isu yang ingin saya bangkitkan ialah isu...
Yang Berhormat Rembau bangun Yang Berhormat.
Oh, saya tidak ada masa sebab...
Point of Order, 36(6). Bukan saya hendak mencelah dia, bukan saya hendak mengambil masa daripada Yang Berhormat Wangsa Maju. Itu adalah sangkaan jahat. Dia sebut menantu Perdana Menteri. Saya mohon dia tarik balik Tuan Yang di-Pertua.
Tarik balik...
Saya mahu dia tarik balik kerana berkali-kali dia berdiri, dia cakap benda yang sama. Saya sabar, selama ini saya sabar.
Duduk dahulu Yang Berhormat.
Apabila dia sudah mengulangi berkali-kali, saya terpaksa dan terpanggil untuk Point of Order 36(6)...
Okey, Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
...Menyatakan bahawa ini adalah sangkaan jahat daripada Yang Berhormat Wangsa Maju.
Ya, Yang Berhormat. Yang Berhormat Wangsa Maju, saya ingat itu sahajalah. Tidak payah repeat lagilah. Terima kasih. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ramai menantu dalam negara ini. [Ketawa]
Dia kata Perdana Menteri.
Siapa makan cili, dia rasa pedas. Perdana Menteri pun ada dua menantu juga... [Ketawa]
Baik Yang Berhormat Rembau, baik Yang Berhormat Rembau.
Tuan Yang di-Pertua, isu-isu yang saya ingin bangkitkan di sini ialah keselamatan. Yang pertama, soal keselamatan negara dan rakyat sentiasa menjadi tumpuan kita. Pembangunan dan kemakmuran tidak bermakna sekiranya rakyat Malaysia tidak berasa selamat untuk bergerak dalam kawasan kejiranan mereka sendiri. Oleh itu kerajaan sepatutnya menumpukan seluruh tenaga dan agensi penguatkuasaan undang-undang memerangi jenayah habis- habisan. Anggota polis perlu dilengkapkan dengan sumber latihan peralatan terbaik untuk menentang jenayah. Kadar jenayah yang semakin meningkat beberapa tahun kebelakangan ini menjadi petunjuk yang amat jelas bahawa Polis Diraja Malaysia telah gagal dalam menjalankan tugasnya. Tidak cukup dengan itu, pihak polis membenarkan diri mereka menjadi alat paksaan dan keganasan untuk mengekalkan kedudukan kerajaan berkuasa. Pihak polis mesti menukarkan fikiran dan sikap mereka jikalau mereka mahu mendapat penghormatan rakyat jelata. Pihak polis mesti menumpukan perhatian
kepada pencegahan jenayah demi untuk mengelakkan rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa jenayah. Contohnya, wanita yang tidak berdosa telah menjadi trauma setelah menjadi mangsa ragut, iaitu snatch thief. Sesetengah mangsa malahan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan yang teruk. Satu lagi contoh ialah adik Nurin yang berusia 8 tahun dan telah meninggal dunia turut menjadi mangsa penjenayah. Takkan kerajaan tidak faham, tidak sedar perkara ini? Soal keselamatan negara dan rakyat sentiasa menjadi tumpuan kita. Pembangunan dan kemakmuran tidak bermakna sekiranya rakyat Malaysia tidak berasa selamat untuk bergerak di dalam kawasan kejiranan mereka sendiri. Oleh itu kerajaan sepatutnya mengumpulkan seluruh tenaga dan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk memerangi jenayah habis-habisan. Tuan Yang di-Pertua, kadar jenayah yang semakin meningkat beberapa tahun kebelakangan ini amat jelas dan disebabkan demikian, hak rakyat dipijak-pijak. Sebuah badan polis yang profesional dan cekap memerangi jenayah menghormati hak asasi manusia. Tidak berpihak dari segi politik ketika menjalankan tugas dengan bebas hanya boleh diwujudkan dengan sebuah badan pemantau yang bebas yang mempunyai kuasa secukupnya. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sepatutnya menaikkan gaji...
Yang Berhormat Wangsa Maju.
Sorry, sorry, saya tidak ada masa.
Hendak mencelah.
Lain kalilah ya, sorry. Kerajaan sepatutnya menaikkan gaji, elaun dan peruntukan perumahan sekurang-kurangnya sebanyak 20% bersesuaian dengan tanggung jawab mereka yang sanggup menggadai nyawa demi memastikan keselamatan rakyat terjamin. Meningkatkan gaji, elaun dan peruntukan perumahan ini juga adalah penting untuk menjamin taraf kehidupan mereka lebih-lebih lagi kos hidup yang semakin hari semakin meningkat.
Selain itu menambahkan program latihan yang dilakukan pada kadar yang kerap mesti dibuat dan memastikan pasukan polis sentiasa diperkemas dengan teknik pencegahan jenayah terkini. Dalam masa yang sama pihak polis juga perlu dipertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Pelaksanaan kesemua 125 cadangan- cadangan yang dibuat Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) perlulah diimplementasikan dengan segera sebagaimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Pembaikan, Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada tahun 2004 untuk menjamin pembasmian sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di kalangan polis termasuk jenayah rasuah dan keganasan. Melaksanakan IPCMC dengan serta-merta adalah memastikan taraf profesional serta menjamin integriti tertinggi dalam pasukan polis. Saya amat hairan kenapakah kerajaan tidak menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis. Perdana Menteri sendiri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengimplementasikan cadangan-cadangan tersebut tetapi sehingga kini kerajaan tidak mengambil tindakan untuk menubuhkan IPCMC. Jikalau kerajaan serius untuk mengawal jenayah supaya negara kita mencapai kepada zero tolerant. Kerajaan seharusnya mengimplementasikan cadangan suruhanjaya tersebut dan menubuhkan IPCMC dengan segera. Tuan Yang di-Pertua, demi faedah semua pihak, kerajaan juga mesti memastikan sekurang-kurangnya 60% pihak polis ditugaskan sepenuhnya dengan tanggungjawab mencegah jenayah yang mempunyai kesan langsung dan pantas ke atas keselamatan rakyat dari setiap kawasan kejiranan. Dengan menggandakan bilangan anggota peronda polis yang ditugas untuk mengawal keselamatan di kawasan-kawasan kediaman adalah antara rancangan yang perlu dilakukan sekarang. Pihak polis perlu dibekalkan dengan peralatan yang lebih berkesan untuk memerangi jenayah. Peruntukan mesti disediakan tanpa sebarang pengecualian ke atas peralatan dan teknologi yang mampu menjamin keselamatan rakyat di semua peringkat.
Kebimbangan rakyat mengenai keselamatan mereka begitu serius sejak kebelakangan ini. Tindakan akan menjadi lebih berkesan dengan menetapkan lebih banyak balai polis, pondok polis dan juga check point polis di kawasan-kawasan perumahan. Membenarkan kawasan bersifat langsung dengan kehadiran polis untuk mengurangkan sebarang bentuk potensi jenayah di kawasan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, pendatang haram dan gejala jenayah. Kita menyambut baik orang asing datang ke Malaysia secara sah, kita juga menghargai sumbangan pekerja asing dalam membantu pembangunan ekonomi negara kita, khususnya di sektor harta tanah dan sektor lain. Walaupun kita mengalu-alukan kedatangan mereka, kita tidak seharusnya lupa bahawa kebanjiran pendatang haram di Indonesia, Bangladesh, negara China, Myanmar membawa bersama pelbagai gejala sosial yang tidak sihat. Apa yang paling kita bimbang sekali ialah penyakit sosial seperti merebaknya pelacuran, permusuhan sesama pendatang haram, rompakan, pecah rumah dan jenayah yang lain. Beberapa tahun lalu kegiatan pecah rumah berlaku hampir di seluruh negara dan kebanyakan adalah angkara pendatang haram ini. Tuan Yang di-Pertua, saya harap Jabatan Imigresen silalah jaga dengan tetap di pintu masuk di KLIA di mana ramai pendatang dari negara China seperti orang cacat dan seperti monk yang minta sedekah di kawasan negara kita. Sila pergi ke tempat seperti pasar, di Jalan Bukit Bintang dan seluruh negara, kita boleh nampak. Jangan kata tidak tahu, imigresen. Pendatang haram juga ada di Jalan Petaling. Tuan Yang di-Pertua, Jalan Petaling di Kuala Lumpur telah terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan di negara kita. Malangnya imej Jalan Petaling telah tercemar dengan kebanjiran pendatang haram yang telah mendominasi kawasan Jalan Petaling dan mereka boleh berniaga secara terbuka. Rakyat Malaysia telah jemu dengan pendatang haram yang menjadi ancaman sosial kepada negara. Oleh itu, tindakan tegas dan terancang perlu diambil untuk menghantar pulang pendatang haram ke negara asal mereka. Perkara di Jalan Petaling ini kita beberapa kali bawa ke DBKL dan juga Kementerian Wilayah Persekutuan tetapi mereka buat buta tuli, tidak tahu, tidak ambil tindakan dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ada pergi ke sana, di Jalan Petaling. Sebelum dia pergi, dia mengisytiharkan dia akan pergi. Bila dia sampai, dia kata apa, “Tidak ada. Pendatang haram tidak ada.” Memang tidak ada. Seperti polis kalau kita hendak serbu tempat yang ada jenayah, kita isytiharkan dalam surat khabar ke, dalam radio ke, kita beritahu orang ke, penjenayah mesti tidak ada di sana. Apalah Timbalan Wilayah Persekutuan ini. Kita tahu dia ini banyak aktiviti di Sentul dan juga ada kes-kes tertentu. Walau bagaimanapun, tugas membersihkan pendatang tanpa izin di Jalan Petaling adalah penting. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, polis dan Jabatan Imigresen harus segera mengambil tindakan bersama untuk menangkap dan menghantar pulang pendatang haram ini mulai dari Jalan Petaling dan di seluruh negara amnya, termasuk di Wangsa Maju juga, ramai pendatang haram. Tuan Yang di-Pertua, ada satu lagi, rakyat Singapura. Terdapat ramai rakyat Singapura yang hidup dan bekerja di Malaysia selama bertahun-tahun, malahan ada yang lebih daripada 10 tahun, 20 tahun, ada rakyat Singapura menggunakan Malaysia sebagai tempat kediaman mereka. Kategori rakyat Singapura yang menetap di Malaysia ini menggunakan pas sosial dan mereka akan meninggalkan Malaysia pada penghujung setiap bulan ke negara jiran seperti Thailand ataupun balik ke Singapura untuk memperbaharui pas sosial mereka. Perlu diambil perhatian bahawa kategori rakyat Singapura ini tinggal dan bekerja di Malaysia telah menyalahgunakan keprihatinan kita. Saya pasti jika cara ini digunakan di Singapura, pejabat Imigresen Singapura tidak akan ragu-ragu mengambil tindakan ke atas rakyat Malaysia. Bagaimanakah Jabatan Imigresen membenarkan rakyat Singapura seperti ini tinggal dan kembali ke Malaysia setiap bulan dan aktiviti seperti ini telah berjalan tanpa dikawal. Saya percaya rakyat Singapura seperti ini juga boleh diklasifikasikan sebagai pendatang asing yang menyalahgunakan kuasa pas sosial negara kita. Saya meminta kerajaan, terutama sekali Jabatan Imigresen mengetatkan penguatkuasaan dan tidak
membenarkan rakyat Singapura mengambil kesempatan ke atas peraturan-peraturan kita dan menggunakan tanah air kita sebagai satu playing field untuk Singaporean. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi, menghapuskan rasuah. Gejala rasuah menjadi berleluasa di dalam kerajaan dan tidak boleh dicabar di bawah perlindungan pemerintah yang berkuasa. Projek-projek mega diberikan kepada individu-individu dan syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan politik yang baik dengan mereka yang berkuasa. Ini mengakibatkan kos-kos projek melambung tinggi ke tahap yang melampau yang akan dibiayai dengan wang cukai daripada rakyat. Kos projek yang melonjak juga bermakna kos hidup yang semakin tinggi dan pembayar cukai terpaksa menanggung kedua-duanya akibat rasuah yang berleluasa. Badan Pencegah Rasuah seharusnya menjadi sebuah badan yang bebas daripada Jabatan Perdana Menteri dan hanya melapor kepada Parlimen sahaja.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas bahawa kerajaan sepatutnya menandatangani United Nations Convention Against Corruption, dengan izin. Usaha kerajaan untuk membendung gejala rasuah ini nampaknya tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ini terbukti apabila sebanyak 18 kes rasuah yang diumumkan oleh Perdana Menteri membabitkan individu berprofil tinggi termasuk menteri dan sampai ke hari ini 18 individu ini belum lagi dituduh di mahkamah. Rakyat masih tertunggu-tunggu dari tahun 2004 sehingga hari ini bilakah 18 individu yang berprofil tinggi akan dituduh mengenai dengan kes rasuah. Kita mesti menunjukkan sebuah badan kehakiman yang bebas. Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkembangan sejak kebelakangan ini jelas membuka ruang untuk ketelusan dan integriti institusi kehakiman negara dipertikaikan. Pendedahan lengkap oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan bukti bagaimanakah hakim dipengaruhi oleh pihak luar dalam membuat keputusan dalam kes melibatkan beliau. Saya bersetuju dengan Ahli Yang Berhormat dari Ipoh Timur bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Yang Berhormat Bagan, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan saya adalah mangsa ketidakadilan yang dikenakan oleh hakim tertentu. Implikasi pendedahan tersebut ialah negara berada dalam krisis. Institusi yang harus menjadi pelindung keadilan dan harapan rakyat kita hancur maruah dan kehormatannya. Negara yang rakyat tidak menghormati sistem perundangan serta kehakiman bakal berdepan dengan masalah yang lebih hebat. Di mata dunia juga Malaysia akan dipandang lebih teruk. Skandal Pita Lingam baru-baru ini telah mengukuhkan persepsi orang awam bahawa badan kehakiman di negara ini adalah korup dan berpihak kepada kerajaan berkuasa terutamanya selepas krisis kehakiman 1988 yang telah gagal mempertahankan hak rakyat dan memberikan keadilan kepada mereka yang menjadi mangsa kepada golongan kaya dan berkuasa. Dalam hearing, dengan izin, Suruhanjaya Diraja Mengenai Pita Lingam, seluruh negara telah tahu bahawa Lingam adalah sangat hebat sehingga beliau boleh menulis alasan kehakiman untuk seorang hakim. Bukankah ini hebat? Nama seorang hakim Mahkamah Rayuan pun ada timbul dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja pada masa itu tetapi hakim masih dispense justice dengan izin di Mahkamah Rayuan pada masa sekarang. Beliau ialah ‘Datuk Low Hock Beng’. Saya berharap Ketua hakim Negara mengambil tindakan dalam perkara ini dengan segera oleh kerana nama beliau telah timbul dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja ini. We can’t dispense justice when one integrity in question, dengan izin. Kita menyambut baik titah pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah pada Persidangan Hakim-hakim Malaysia pada bulan lalu bahawa badan kehakiman mesti sentiasa mempertahankan fungsi dan semangat Perlembagaan Persekutuan tanpa mengorbankan doktrin pengasingan kuasa Rukun Negara dan kebebasan badan kehakiman itu sendiri dalam menegakkan sistem keadilan. Cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman juga mendapat sokongan ramai dengan pelbagai pihak meminta sasaran itu segera dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan dalam sistem perundangan negara ini.
Kita juga mesti memansuhkan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dan juga Menteri Parlimen, Tuan Yang di-Pertua. Dalam pilihan raya umum baru-baru ini Pakatan Rakyat telah mencapai kejayaan yang cukup gemilang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Calon Pakatan Rakyat hanya kalah di satu kerusi sahaja iaitu di Setiawangsa. Menteri Wilayah Persekutuan adalah satu-satunya calon Barisan Nasional di Kuala Lumpur yang dipilih dalam pilihan raya umum pada 8 Mac lalu. Dengan kata lain beliau adalah ahli pembangkang dalam Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Namun yang kalah dengan teruk telah berkuasa di Wilayah Persekutuan. Ini adalah satu fakta yang tidak pernah berlaku dalam masyarakat berdemokrasi di seluruh dunia. Selebih dari itu Menteri Wilayah Persekutuan hanya bergantung pada undi pos untuk menyelamatkan kerusi Parlimen Setiawangsa. Begitulah sepatutnya beliau mesti diisytiharkan sebagai seorang “Menteri Undi Pos”, lebih tepat. Di bawah Akta Wilayah Persekutuan, Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah satu-satunya pihak yang mempunyai kuasa eksekutif dan bukan Menteri Wilayah Persekutuan. Oleh itu jawatan ini perlu dimansuhkan dengan segera. Padahalnya pada tahun 1995 sehingga 2004 Kementerian Wilayah Persekutuan telah dimansuhkan dan Kuala Lumpur ditadbir seperti biasa. Begitu juga dengan Menteri Parlimen yang juga redundant. Dia buat apa? Jaga Parlimen sahaja! Tugas dia saya rasa menjaga soalan, untuk menaikkan soalan tertentu untuk menjaga kepentingan Perdana Menteri ataupun Kerajaan Barisan Nasional sahaja. Saya dengan ini mendesak Perdana Menteri supaya tidak membazirkan wang rakyat dan memansuhkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan juga ‘Kementerian Parlimen’ yang tidak mempunyai kuasa dan juga redundant, dengan izin untuk melakukan apa-apa bagi kepentingan penduduk Kuala Lumpur dan juga Malaysia dan mewujudkan kedua-dua kementerian ini untuk memainkan peranan politik Barisan Nasional sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian bahawa secara pelantikan anggota Lembaga Penasihat DBKL oleh Datuk Bandar juga perlu digubal dan lain-lain Lembaga Penasihat tersebut adalah daripada BN dan konco-konconya. Demi mengimbangi keadaan ini saya menggesa semua Ahli Parlimen Kuala Lumpur dilantik secara automatik atau ex-officio sebagai anggota Lembaga Penasihat DBKL bagi membolehkan suara rakyat jelata diwakili dan pembentukan dasar serta penilaian pelaksanaan dasar DBKL. Tuan Yang di-Pertua, demi menyelesaikan masalah sosial seperti longkang tersumbat, sampah sarap tidak dikutip dan lain-lain di Kuala Lumpur, kita mesti meminda Federal Capital Act supaya membolehkan jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur dipilih oleh semua penduduk-penduduk Kuala Lumpur...
[Bangun]
Yang Berhormat Wangsa Maju.
Sila, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Adakah Yang Berhormat Wangsa Maju bersetuju dengan saya bahawa ada satu pilihan raya kerajaan tempatan seperti Datuk Bandar harus dipilih oleh rakyat di Kuala Lumpur ini? Ini adalah satu cara yang lebih baik untuk rakyat di Kuala Lumpur. Adakah Yang Berhormat bersetuju? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat daripada Bukit Bintang. Memang saya bersetuju. Saya pun hendak sampai ke tempat itu juga. Yang Berhormat telah hijack idea saya, tetapi terima kasihlah. Memang itu tepat. Dalam sebuah negara yang berdemokrasi kita mesti...
Lain kali jangan buka pintu, Yang Berhormat. Nanti kena hijack.
Ya, saya tidak mahu bagi dia, tetapi dia kawan kita, kita kena bagi juga. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dalam sebuah negara yang berdemokrasi jawatan tertinggi seperti Datuk Bandar mestilah dipilih oleh rakyat bukannya dilantik oleh Barisan Nasional. Mereka melantik seorang Datuk Bandar, memang Datuk Bandar itu menjaga kepentingan Barisan Nasional dan tidak menjaga kepentingan rakyat. Oleh sebab itulah di Wilayah Persekutuan mereka semua telah kalah. Cuma satu sahaja yang menang iaitu Setiawangsa. Menangnya oleh apa? Undi pos!
Tuan Yang di-Pertua, pembangunan di Wangsa Maju tidak teratur. Hari ini kawasan Parlimen Wangsa Maju telah rancak dibangunkan dengan rumah-rumah kediaman dan komersial. Ini memang tidak dinafikan sebagai satu perkembangan yang baik. Bagaimana pun terlalu banyak projek perumahan dan pembangunan perdagangan secara berlebihan dan tidak terkawal, juga mendatangkan kesan yang negatif terutamanya banyak projek perumahan yang hanya dilakukan oleh sebuah syarikat pemaju yang sama iaitu Platinum Victory Sdn. Bhd. Syarikat ini saya rasa Dewan Bandaraya - Jabatan Perancangan sangat fasihlah. Mereka dengan geng-geng sama juga. Banyak projek di bawah Platinum Victory Sdn. Bhd. ini telah diluluskan oleh DBKL untuk Wangsa Maju tanpa memikirkan kemudahan-kemudahan awam di kawasan tersebut. Sudah terdapat pembangunan berlebihan di Wangsa Maju dan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Genting Klang saban hari. DBKL harus siasat sama ada projek perumahan dan bangunan dagangan di Wangsa Maju oleh Platinum Victory Sdn. Bhd. dan pemaju lain. Adakah mereka mengikut polisi pembangunan DBKL dan peraturan-peraturan pembangunan yang sedia ada? Saya juga ingin bertanya kepada DBKL sama ada Platinum, kenapakah Platinum Victory Sdn. Bhd. ini telah diberikan layanan dan keistimewaan ataupun oleh kerana syarikat ini ada hubung kait rapat dengan bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju? Tuan Yang di-Pertua, pelantikan ahli pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Tuan Yang di-Pertua, tujuan utama menubuhkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ialah memeriksa dan memantau urusan kewangan negara dan memastikan ketelusan pengurusan dan pentadbiran kewangan negara ditadbir secara baik dan sempurna.
Yang Berhormat Wangsa Maju, ada satu minit lagi ya.
Ada injury timelah sebab banyak yang kacau saya tadi.
Tak apa. Sikit, seorang sahaja Yang Berhormat. Seorang sahaja, kawan. Itu pun kawan sendiri itu.
Ya, okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ringkaskan Akta Kebebasan Maklumat ataupun data Protection Act mestilah dikaji oleh kerajaan. Oleh kerana sekarang ini kita dalam zaman IT dan kita mesti ada satu data Protection Act untuk mengawal dan menjaga kepentingan rakyat jelata. Tuan Yang di-Pertua, AirAsia juga diberi layanan istimewa. Isu ini adalah menuju kepada Menteri Pengangkutan. Padahal isu ini perlu dijawab oleh Menteri Pengangkutan yang lepas.
Yang Berhormat, masa sudah habis Yang Berhormat.
Tak habis lagi. Ini...
Sudah habis Yang Berhormat.
Ini injury time. Just one...
Kita kena tunggu masa menteri menjawab Yang Berhormat.
One itu... Satu paragraph sahaja. Kenapakah kita memberikan keistimewaan kepada AirAsia?
Ini...
Sedangkan...
Ini bukan jual ikan bilis tawar-menawar Yang Berhormat.
No, no. Injury time. Saya hendak tanya kenapakah Syarikat Fajar Baru Builder Group Sdn. Bhd. diberikan projek LCCT tanpa tender terbuka? Saya juga hendak tanya Menteri Pengangkutan...
Baik Yang Berhormat.
Bukan sekaranglah. Sama ada Lee Peng Sheng ini jadi konco-konco dia, dan juga LCCT itu untuk RM20 juta sahaja. Saya tengok strukturnya semuanya besi tetapi kerajaan membayar RM108 juta. Itu...
Kalau Yang Berhormat ambil masa nanti kena turun 20 minit lagi. Orang lain tak sedap hati Yang Berhormat.
Sebab ini sangat serius. Begitu juga saya hendak tanya sebab rural air services. Kenapa juga di...
Tapi masa sudah habis Yang Berhormat. Masa dah habis.
Sama juga. Terima kasihlah.
Terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih.
Yang Berhormat Jasin.
Sudah 10 kali dah.
Sila Yang Berhormat.
Saya bangun untuk mengambil bahagian untuk membahaskan usul ucapan terima kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada 29 hari bulan lalu. Saya menjunjung kasih di atas ucapan yang cukup bernas, seharusnyalah Parlimen dan Dewan yang mulia ini dijadikan sebagai platform untuk kita menyampaikan saranan yang bernas, serta teguran yang membina untuk meneruskan kesinambungan kejayaan negara kita. Izinkan saya memetik Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertua Agong: (i) ekonomi negara pada tahun 2007 telah berkembang sebanyak 6.3%; (ii) pendapatan per kapita sebanyak RM23,000; (iii) inflasi kita kekal rendah pada 2% hingga pada Mac 2008 ia mencatatkan sebanyak 2.8%; (iv) angka pengangguran kepada 3.3%; dan (v) peningkatan kemasukan modal yang telah menyumbang kepada pertambahan rizab bersih antarabangsa kepada RM390 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, justeru itu saya ingin memperbetulkan sedikit ucapan yang tidak begitu tepat terutamanya daripada Yang Berhormat Permatang Pauh semasa membahaskan usul, iaitu mengatakan bahawa pelaburan langsung telah mencatatkan penurunan yang cukup teruk. Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita telah merekodkan kenaikan, iaitu pada tahun 2006 sebanyak RM20.2 bilion dan tahun 2007 sebanyak RM33.4 bilion yang mencatatkan angka tertinggi yang direkodkan dalam sektor pembuatan. Ini jelas menunjukkan keyakinan pelabur berdasarkan kepada kestabilan, keamanan negara kita yang telah berjaya untuk menarik pelaburan dan merekodkan angka yang paling tertinggi pada tahun 2007. Tuan Yang di-Pertua, kita juga berhadapan dengan pesaing-pesaing yang cukup sengit daripada negara jiran seperti Vietnam, China dan juga India yang sebenarnya memberikan insentif-insentif yang cukup lumayan. Jadi seharusnyalah pihak kerajaan memikirkan cara yang paling terbaik untuk kita terus menarik minat pelabur asing untuk terus menanam modal di dalam negara kita sekali gus. Bukan sahaja dapat memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan, bahkan sekali gus dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Dalam masa yang sama, kita juga berhadapan dengan orang-orang perseorangan, dengan kumpulan-kumpulan yang menaburkan fitnah seluruh dunia, seolah-olah negara ini tidak aman. Negara ini sebenarnya mencengkam kepada kaum-kaum minoriti, dan ini sebenarnya telah menjejaskan minat pelaburan pelabur-pelabur asing yang hendak menanam modal di negara kita. Keduanya saya juga ingin memperbetulkan ucapan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat yang membangkitkan tentang pengangguran. Angka sebenar pengangguran negara adalah 3.3%. Beliau telah menyebut dan mempertikaikan tentang takrif full employment. Untuk maklumam Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ILO dengan izin, International Labour Organization yang mentakrifkan, mana-mana negara yang mencatatkan angka bawah daripada 4% pengangguran adalah dianggap full employment. Tuan Yang di-Pertua, dalam suasana sekarang, misi kita yang amat penting dan juga relevan dalam menangani kesulitan hidup akibat tekanan inflasi atau kenaikan kos sara hidup dan seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia. Pada tahun 2006 – 2007 kita telah berjaya memerangi inflasi yang didorong oleh kenaikan harga barang bakar, kenaikan tarif elektrik dan diikuti oleh kenaikan gaji sektor awam. Kadar inflasi telah dapat diturunkan hampir 40% daripada 3.6% tahun 2006 kepada 2% pada tahun 2007. Namun, kerajaan amat peka bahawa serangan inflasi yang lebih hebat dengan izin, it’s on the horizon, petandanya amat jelas iaitu arah aliran kenaikan harga daripada bulan April 2007 sebanyak 1.4% hingga ke bulan Mac 2008 kepada 3.1%.
Justeru itu, mulai sekarang kita hendaklah bersedia dari segi mental, emosi dan juga komitmen untuk menangani serangan inflasi kali ini yang amat mengancam kehidupan dan keselamatan kita. Untuk menangani secara berkesan, kita perlulah faham dengan jelas sifat dan juga sebab inflasi pada kali ini. Pertamanya, inflasi sekarang lebih didorong oleh kenaikan harga barang makanan di pasaran dunia. Contohnya; harga beras putih 100% gred B Thailand, yang menjadi penanda aras harga beras dunia, telah meningkat kepada 79% daripada USD324 setan metrik pada Mei 2007, kepada USD580 setan metrik pada awal tahun ini. Dan terus meningkat sebanyak 70% lagi kepada USD1,000 bermakna RM3,150 setan metrik pada akhir April. Ia dijangka akan melonjak sebanyak 30% lagi kepada USD1,300 setan metrik iaitu sebanyak RM4,095 setan metrik pada tempoh yang terdekat. Tambah memeranjatkan lagi Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini terjadi taufan, siklon yang berlaku di Lembah Irawadi yang juga akan menyebabkan pengeluaran beras akan terjejas teruk. Keduanya, inflasi juga didorong oleh lonjakan kos bahan bakar. Harga minyak mentah kini mencecah USD122.73. Baru-baru tadi, ketika saya makan tengah hari, ada seorang kawan baru sahaja memaklumkan kepada saya, tengah hari ini sudah naik lagi sebanyak USD123.3 setong berbanding dengan USD69 setong pada tahun 2006.
Ini sebenarnya mencatatkan lonjakan sebanyak 71%. Kenaikan kos bahan bakar ini mempunyai implikasi yang cukup meluas ke atas ekonomi dan kehidupan penduduk dunia, termasuklah mendorong kenaikan harga barang makanan. Jadi, ini jelas menunjukkan bahawa apa juga hujah yang disampaikan oleh parti pembangkang semasa untuk mempengaruhi undi kepada pengundi-pengundi, kononnya kenaikan harga barang adalah sebenarnya kelemahan kerajaan. Sekarang kita sama-sama mendapat maklum bahawa sebenarnya kenaikan harga barang ini, adalah berlaku secara global. Ketiga, keadaan bertambah meruncing kerana bahan seperti beras, gandum, jagung dan juga kacang soya mengalami kejatuhan bekalan sedangkan permintaan terus meningkat, ekoran daripada pertambahan penduduk. Dua punca utama kejatuhan pengeluaran tersebut ialah faktor cuaca iaitu banjir dan juga kemarau dan penggunaan bahan makanan seperti jagung yang dijadikan sebagai biofuel. Untuk itu Tuan Yang di-Pertua, kenaikan harga beras ini memang kita jangka. Dan memandangkan defisit atau dengan izin, shortfall bekalan adalah lebih kurang 30 juta tan metrik. Masalah ini disebabkan yang pertamanya, keperluan kita semakin bertambah terutamanya negara India dan juga China. Untuk makluman kalau suatu ketika dulu ramai daripada kalangan mereka kemungkinan... saya nak sebut nanti ada yang marah. Ini daripada buku. Sebahagian daripada mereka makan hanya satu hari sekali, tetapi kerana kenaikan ekonomi mereka yang cukup mendadak, mereka bukan sahaja makan dua kali sehari, bahkan tiga kali sehari. Keduanya, kerana kemarau panjang yang berlaku di Australia yang merupakan pengeksport beras. Ketiganya, kerana dengan izin, conversion tanah sawah kepada urbanisasi di negara-negara pengeluar termasuk negara kita. Dalam keadaan yang mencabar ini, kita ingin mendapatkan kepastian daripada pihak kerajaan. Apakah langkah-langkah konkrit secara jangka pendek dan jangka panjang, dan memberikan kita jawapan dan sekali gus dapat meningkatkan produktiviti. Sebenarnya walaupun telah diberi, tetapi kita dapat melihat bahawa kita sedang menghadapi satu persoalan yang cukup berat dan membimbangkan, langkah- langkah sebenar dan spesifik yang akan diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan supaya bekalan beras untuk negara ini terus terjamin. Kementerian sebenarnya sebelum ini menguar-uarkan tentang sasaran sebanyak 10 tan metrik untuk satu hektar, tetapi Tuan Yang di-Pertua, harap maklumkan kepada kita, pencapaian sebenar terutama di kawasan jelapang padi. Yang seterusnya, saya rasa amat penting dalam usaha untuk kita meningkatkan hasil padi, adalah penggunaan variety padi yang terbaik. Variety yang popular sekarang adalah MR219, yang telah diisytiharkan pada tahun 2000 dulu. Jenis ini sebenarnya telah digunakan hampir 10 tahun yang lalu oleh petani-petani kita. Variety ini sebenarnya telah dianggap dengan izin, outdated, banyak terdapat variety ini juga telah mula menunjukkan tanda-tanda yang variety ini tidak tahan dengan penyakit karah. Inilah satu daripada sebab, kalau kita selidik hasil padi walaupun di kawasan jelapang sebenarnya tidak begitu memberangsangkan. Kita harap, kalau boleh pihak kementerian memikirkan satu variety baru, yang boleh kita perkenalkan kepada pesawah-pesawah sekali gus kita dapat meningkatkan produktiviti yang lebih, dan juga tahan untuk menghadapi penyakit. Langkah keempat, mengambil kira faktor pasaran harga barang makanan dan juga minyak mentah tadi, maka serangan inflasi kali ini adalah bersifat global, iaitu semua negara sedang dan akan mengalaminya. Di sesetengah negara, kenaikannya hingga menjangkau ke ratusan ribu peratus seperti Zimbabwe sebanyak 165,000%. Kenaikan di beberapa buah negara lain juga tinggi seperti di Venezuela sebanyak 29.1%, Mesir sebanyak 14.4%, Pakistan sebanyak 14.1% dan Rusia sebanyak 13.3%. Malaysia sebenarnya hanyalah 2% dicatatkan pada akhir 2007 dan terakhirnya pada Mac 2008 sebanyak 2.8%. Sebahagian besar sebenarnya adalah berpunca daripada dengan izin, imported inflations. Impact kenaikan harga barangan yang tinggi ini menyebabkan 100,000,000 penduduk miskin di dunia, tidak mampu membeli makanan dan kemungkinan akan menghadapi kebuluran, jika kita terlambat bantu akibat dicengkam kemiskinan serta bekalan yang tidak mencukupi. Maka kita dapat menyaksikan tunjuk perasaan dan rusuhan ganas yang berlaku di Indonesia, Mexico, Tahiti dan juga Senegal.
Walau bagaimanapun kita masih lagi bernasib baik, dan tak perlu panik kerana keadaan masih terkawal. Akan tetapi sebenarnya, bahangnya telah mula kita rasakan berdasarkan kepada daya pengeluaran kita hanya sebanyak 70% dan terpaksa bergantung sebanyak 30% daripada pembelian luar. Sebelum kita sampai ke tahap yang kritikal, semua pihak di negara ini; kerajaan termasuk parti-parti pembangkang, pengeluar, pemborong, pengedar, peruncit dan juga pengguna hendaklah berganding bahu supaya kita dapat sama-sama menangani masalah kenaikan kos sara hidup ini.
Tuan Yang di-Pertua, di pihak kerajaan sebenarnya telah menjalankan beberapa langkah konkrit untuk meringankan beban rakyat yang telah lama dilaksanakan. Antaranya ialah meneruskan subsidi dalam banyak bidang termasuk makanan, bahan bakar, pendidikan, kesihatan, pertanian dan juga pengangkutan yang mana telah menelan belanja sebanyak RM40 bilion pada tahun lalu. Pemberian subsidi ini sedang dikaji semula untuk memastikan ianya benar-benar sampai kepada golongan sasaran dan tidak disalah gunakan. Di samping itu, kawalan harga terus dipantau di bawah Akta Kawalan Harga 1964 dan kawalan bekalan pula dipantau di bawah Akta Kawalan 1961. Kita berharap kepada kementerian yang berkaitan mestilah memastikan supaya kita dapat melipat gandakan pemantauan dan pemeriksaan serta penguatkuasaan bagi memastikan supaya kawalan harga barang ini akan terus tidak membebankan kepada rakyat. Pada masa yang sama, beberapa langkah baru telah diperkenalkan pada 25 Januari 2008. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menubuhkan Majlis Harga Barang bagi mengawasi harga barangan kawalan seperti beras,tepung, gula dan minyak kalau boleh tidak dinaikkan sesuka hati. Majlis Harga Negara, dengan segera telah melaksanakan tiga inisiatif utama iaitu mewujudkan Stok Penimbal Kebangsaan, Pusat Panggilan Kebangsaan dan juga kumpulan pakar yang akan memberi nasihat berhubung segala isu berkaitan dengan harga dan bekalan kepada pengguna. Hanya harapan kami supaya ketiga-tiga jawatankuasa ini benar-benar berfungsi bagi memastikan supaya kawalan dan juga harga barangan serta stok penimbal yang sepatutnya boleh bertahan sebanyak tiga bulan benar-benar dapat dilaksanakan. Sehubungan itu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4 bilion bagi menyimpan stok barangan yang perlu seperti petrol, minyak masak, gula, tepung dan beras serta meningkatkan pengeluaran makanan ke tahap 90% untuk kita cukup hidup. Bekalan yang bertambah ini akan mampu menghakis tekanan inflasi dan mengurangkan kebergantungan kepada barangan makanan import yang bernilai sebanyak RM23.4 bilion pada tahun lepas sekali gus ia akan memastikan dasar jaminan bekalan makanan negara akan dapat dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab impaknya masih tidak meluas, maka adalah diharapkan supaya pihak kerajaan ataupun jabatan-jabatan yang land based dengan izin dan ber client kan kepada petani, pekebun kecil, penternak dan juga nelayan hendaklah segera kita berfikir di luar kotak dan menterjemahkan dengan izin, blue ocean strategy. Misi kita cukup fokus iaitu membantu kesemua mereka bagi menambahkan pendapatan. Strategi kita cukup jelas iaitu untuk memantapkan modal insan, menerapkan amalan pertanian terbaik seperti dengan izin, zero waste management seterusnya kita memberi insentif, selepas itu kita meningkatkan pengeluaran dan sekali gus kita dapat mengurangkan kos dan hendaknya kita dapat meluaskan akses pasaran dan membantu mendapatkan harga yang berpatutan. Dengan bertambahnya pendapatan, maka kenaikan kos sara hidup tidaklah begitu mencengkam hidup rakyat. Di samping itu, rakyat umum akan terus mendapat faedah daripada pertambahan pengeluaran. Pertamanya tekanan harga akan berkurangan, dan keduanya tahap dengan izin, food security akan terus bertambah kukuh. Tuan Yang di- Pertua, harus diakui bahawa peranan kerajaan seperti mengawal harga dan bekalan sebenarnya ada hadnya. Yang lebih berkesan lagi, ialah jika masyarakat peniaga dan rakyat sendiri dapat sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing seperti tidak menaikkan harga barang sesuka hati mereka, keduanya menyorokkan barang dan ketiga yang paling hina sekali iaitu menyeludup, melakukan penyeludupan.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai rakyat yang cintakan pada kesejahteraan negara dan sebagai pekerja dan juga sebagai pengguna kita juga sebenarnya mempunyai peranan dalam menangani masalah inflasi ini. Sebagai pekerja, kita boleh meningkatkan kualiti dan juga kuantiti kerja dan yang demikian produktiviti kita akan terus meningkat. Produktiviti yang meningkat akan mengurangkan kos pengeluaran seunit, impaknya ialah inflasi dapat sama-sama kita bendung. Sebagai pengguna pula, kita boleh memilih dan mengubah gaya hidup kita dan berbelanja secara lebih bijak dan berhemah. Kita juga boleh mengamalkan semangat Buku Hijau bagi memenuhi keperluan sendiri dan sesuai untuk sama-sama kita dapat nikmati. Secara kolektif, semua inisiatif yang saya sarankan itu boleh membantu mengurangkan impak inflasi, menambah bekalan dan menjamin kehidupan yang lebih selamat, aman dan juga makmur. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang dapat saya sampaikan dan secara keseluruhannya saya berharap semoga pihak kementerian dan kerajaan dapat sama-sama menangani masalah penting yang sedang kita hadapi dan sebagai rakyat kita juga mempunyai tanggungjawab yang amat besar supaya kita dapat sama-sama memberikan sumbangan di atas segala usaha kerajaan yang telah sama-sama menangani masalah inflasi yang sedang kita hadapi. Terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan mengambil masa yang panjang. Tuan Yang di-Pertua, hari ini adalah 8 Mei, tepat-tepat dua bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita berada di sini kerana amanah yang diberi oleh rakyat. Mari kita bersama-sama bekerja untuk rakyat. Saya ingin menarik perhatian kepada laporan New Straits Times yang bertarikh 17 April, ‘Country party or self, the people say get your priorities right and put nation first’ dengan izin. Keputusan telah dibuat oleh warga Malaysia pada 8 Mac bersama-sama dengan mesej dan suara hati seperti yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat dari Kulai, dan Alor Gajah bekas anggota Kabinet. Bolehkah kita bersama-sama tanpa mengira parti politik bersatu dengan mengambil hikmah daripada kenyataan ini put nation first dengan izin, memberi keutamaan kepentingan rakyat di negara menjadi agenda utama dan agenda bersama di kalangan Ahli-ahli dalam Dewan yang mulia ini. Saya rasa ada harapan jikalau kita memainkan peranan kita, kita ikhlas, benar-benar berobjektif mengutamakan kepentingan rakyat dan negara. Ada harapan sebab dalam Dewan ini kita boleh nampak banyak ahli-ahli yang muda.
Generasi muda sekarang di barisan hadapan memimpin Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Balik Pulau dan Yang Berhormat Rembau. Saya rasa Yang Berhormat, kita boleh bersama-sama generasi muda memimpin. Yang Berhormat Pasir Mas sudah hardcore tidak boleh dan tidak boleh diselamatkan lagi untuk menjadikan agenda bersama iaitu kepentingan rakyat dan negara agenda utama kita sebagai Ahli- ahli dalam Dewan yang mulia ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua sebelum ini saya mempunyai harapan, harapan ke atas Yang Berhormat Menteri Pelancongan yang sebelum ini ialah Menteri Belia dan Sukan. Penggal yang lalu saya mempunyai harapan ke atas beliau sebagai anggota Kabinet yang muda memimpin, mengubah arus politik perkauman politik berdasarkan parti politik tetapi beliau telah mengecewakan saya dan juga rakyat Malaysia saya percaya. Dengan tindakan Yang Berhormat Menteri Pelancongan baru-baru ini selepas keputusan pilihan raya beliau telah membuat kenyataan dengan tidak menyalurkan
peruntukan pelancongan kepada negeri yang di bawah pimpinan Pakatan Rakyat tetapi menubuhkan mengadakan akaun yang lain untuk menyalurkan peruntukan tersebut. Pembatalan memorandum persefahaman berkenaan program pelancongan itu amat mengecewakan saya dan saya rasa itu tidak patut. Selepas itu diikuti pula oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan juga enggan menyalurkan peruntukan kepada perbadanan kemajuan ekonomi di mana negeri di bawah Pakatan Rakyat disalurkan kepada MARA atas alasan apa yang diberi kerana pakatan negeri sekarang ini sebagai contohnya di negeri Perak mengutip sewa Pusat Giat Mara. Jadi tidak mahu bagi peruntukan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak alihkan kepada MARA. Kita baca lagi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memutuskan untuk menubuhkan entiti yang lain.
[Bangun]
Maaf ya, biar saya habiskan dulu. Menubuhkan entiti yang lain untuk melantik JKKK, sekarang dia tubuh JKKKP. Ini satu tindakan yang akan memecahbelahkan orang kampung dan memecahbelahkan perpaduan yang ada dengan mengadakan dua wakil kampung menubuhkan JKKKP di negeri di bawah Pakatan Rakyat. Saya beri timbalan menteri.
Timbalan menteri sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Isunya ialah isu kaedah dan cara untuk membangunkan negara. Pakatan Rakyat ada cara dia, Barisan Nasional ada cara dia. Yang penting ialah peruntukan itu disampaikan. Tidak mungkin Pakatan Rakyat menggunakan cara yang digunakan oleh Barisan Nasional dan tidak mungkin Barisan Nasional menggunakan cara Pakatan Rakyat. Setujukah Yang Berhormat bahawa persoalannya ialah peruntukan itu masih sampai kepada rakyat, itu paling penting terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri itulah alasan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Yang Berhormat Menteri Usahawan dan Koperasi. Apabila Yang Berhormat kata merupakan cara, mengapa sebelum ini tidak mengubah cara kalau memang cara yang sedia ada tidak boleh dipakai? Sebenarnya motif, niat mungkin Yang Berhormat tidak akan berani mengaku niat kerana enggan menerima realiti bahawa Barisan Nasional telah kalah di negeri-negeri ini tetapi Yang Berhormat jangan lupa Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri di Dewan yang mulia ini Yang Berhormat mestilah menjalankan amanah iaitu Yang Berhormat mesti menjadi menteri untuk semua rakyat Malaysia. Itu duit setiap pengundi bukan duit Barisan Nasional atau UMNO. Jadi mengubah cara atau kaedah pada saat di mana Barisan Nasional telah kalah di negeri-negeri ini apakah itu sejajar dengan prinsip Islam Hadhari yang mengatakan salah satu prinsip kerajaan yang adil dan beramanah. Kami di sepanjang masa ini dinafikan peruntukan pembangunan. Tengoklah balasannya kepada Barisan Nasional jadi pengubahan kaedah dan cara Yang Berhormat kata jangan risau duit itu akan sampai juga kepada rakyat. Kalau memang meletakkan kepentingan rakyat agenda utama kenapa hendak tukar cara, mengapa hendak tukar kaedah. Mungkin ada niat satu lagi kerana mahu jaga kroni-kroninya. Kalau tidak ada apa hendak sembunyi mengapa tukar cara kalau tidak ada niat jahat kenapa tidak benarkan pimpinan baru kerajaan negeri pakatan ini meneruskan projek-projek yang pada pendapat mereka untuk manfaat rakyat mengapa hendak mengalihkan cara penyaluran peruntukan tersebut.
Mohon penjelasan.
Maaf ya, saya tidak ada masa.
Dia tidak bagi Yang Berhormat.
Jangan takut, tadi...
Saya tidak takut, apa hendak takut dalam Dewan ini. Nantilah biar saya ke isu yang lain Yang Berhormat boleh bangkit. Kita membaca pula Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberi alasan bahawa timbulnya isu krisis makanan. Saya tidak nafikan itu isu yang penting tapi membawa kepada beliau mengumumkan projek bagi pihak berkuasa tempatan di
negeri Perak. Peruntukan daripada Persekutuan perlu dialihkan kepada untuk menangani isu krisis makanan. Projek-projek peruntukan tidak ada untuk pihak berkuasa tempatan negeri Perak. Program angkasawan hari itu Yang Berhormat Menteri kata hendak kutip pandangan patutkah tidak patut teruskan. Kalau awal-awal tidak bazirkan duit itu, ada lebihannya apabila melancarkan program angkasawan. Timbalan menteri, Perdana Menteri berkata jangan risau kita mempunyai duit mencukupi. Ingat tidak semua, tapi sekarang apabila menteri kata tidak ada peruntukan. Di sini kita ada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kata krisis makanan tidak cukup. Duit projek- projek pihak berkuasa tempatan negeri Perak tidak boleh diberi peruntukan, mengalihkan peruntukan itu. Yang Amat Berhormat, mengapakah tidak boleh meletakkan agenda kepentingan rakyat dan negara menjadi agenda utama?Musim berpolitik telah berlalu, pilihan raya kempen sudah berlalu. Sekarang masa untuk bekerja untuk rakyat. Letakkan agenda ini agenda utama kalau tidak negara kita akan ke belakang. Kita tengok Vietnam mereka mengejar ke hadapan sekarang. Kita tengok Thailand. Kalau saya bangkitkan Singapura mungkin Ahli Yang Berhormat sebelah sana akan kata hanya satu island saja. Itu biasa tapi tidak boleh dinafikan kalau terlalu berpolitik, menjadikan isu-isu rakyat kepentingan rakyat isu politik dan memainkan isu politik perkauman akhirnya siapa rugi bukannya Pakatan Rakyat rugi.
Yang Berhormat Putatan bangun Yang Berhormat.
Akhirnya negara kita yang rugi.
Sila Yang Berhormat Putatan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat tadi yang mana menggambarkan bahawa negara kita ini tidak baik. Kalaulah Yang Berhormat diberi pilihan antara Thailand, Singapura dan Malaysia mana Yang Berhormat pilih.
Yang Berhormat Putatan saya amat kecewa dengan pertanyaan Yang Berhormat Putatan. Apabila kita sini bangkitkan isu keselamatan, sebelum ini Yang Berhormat Papar kata, kalau rasa sini tidak selamat, apakah Yang Berhormat mahu berhijrah ke negara lain? Ini kita ada seorang lagi, Yang Berhormat Putatan. Bukankah kita ada tanggungjawab bersama, apabila ada kelemahan kita bangkitkan. Bukankah sebelum ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah menyatakan “tell me the truth”. Betulkan saya Yang Berhormat Ahli-ahli Pas, bukankah di dalam ucapan yang pertama, Sayidina Abu Bakar mengatakan kalau saya betul, ikut saya, kalau saya salah, perbetulkan saya... [Tepuk]
Ya, Yang Berhormat Rembau bangun, Yang Berhormat., Rembau.
Kalau saya silap, tolong perbetulkan saya.
Betul, betul.
Yang Berhormat Putatan, ini tanggungjawab saya untuk membangkitkan..
Yang Berhormat Rembau.
...Dan Yang Berhormat Putatan, juga mempunyai tanggungjawab bersama. Jangan apabila kita membangkitkan...
Yang Berhormat..
...Kelemahan...
Yang Berhormat.
...Kita dinampak seolah-olah tidak cintakan negara.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat, Rembau, Putatan.
Ini tanah air saya... [Tepuk]
Hendak bagi jalan Yang Berhormat.
Saya bagi Yang Berhormat Rembau. Dia masih ada peluang untuk mengubah.
Yang Berhormat Putatan, sila duduk. Yang Berhormat Rembau, ya.
Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada mana ni..., Batu Gajah. Terima kasih dan saya terima pandangan tadi dan kalaulah Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Yang Berhormat dari Batu Gajah ini, lebih baik, lebih adil, lebih telus daripada kita yang ada di Barisan Nasional ini, dan kalau betul-betul lah kita hendak sampaikan duit itu, wang kerajaan itu betul-betul sampai kepada rakyat, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat daripada Batu Gajah. Baru-baru ini kita dengar bahawa Menteri Besar Selangor telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 hanya untuk Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Rakyat sahaja. Maka atas semangat keadilan yang sama, saya tuntut agar mungkin negeri-negeri ini di bawah Pakatan Rakyat ini boleh memberi peruntukan yang sama kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri daripada Barisan Nasional atas semangat keadilan seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi.... [Tepuk]
Yang Berhormat Rembau, saya setuju, itu bukan wang mana-mana parti. Itu wang rakyat. Kalau hendak bagi peruntukan, bagi kepada semua Wakil Rakyat tetapi dalam kes negeri Selangor, setahu saya sebelum pilihan raya bulan Februari, peruntukan telah diberi hanya Barisan Nasional, sebelum pilihan raya. Kerajaan Negeri Selangor telah memberi kepada ADUN-ADUN Barisan Nasional dan mereka telah habiskan duit itu.
Ya, hendak bagi Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat.
Tapi...
Betulkan saya kalau saya silap.
Tapi untuk tahun depan...
Itu saya dimaklumkan.
...Untuk tahun depan...
Yang Berhormat nak bagi Rembau?
...itu saya dimaklumkan.
...Untuk tahun depan, adakah...
Yang Berhormat Rembau, dia tidak bagi lagi Yang Berhormat Rembau.
..Untuk tahun depan, adakah PKR bersedia untuk bagi yang sama...
Saya..
...Sama kepada Ahli Dewan Undangan...
Yang Berhormat Rembau.
...Negeri Barisan Nasional. Ini adalah point, perkara dasar yang kita perlu tahu sama ada Pakatan Rakyat tahun depan...
Yang Berhormat Rembau
...Bila sudah ada duit, akan bagi semua-semua Ahli Dewan Undangan Negeri tidak kira parti politik supaya dapat disampaikan kepada rakyat. Itu soalan saya.
Ya, Yang Berhormat Rembau. Kalau tidak ada cermin untuk tengok diri, pergi dapatkan satu tong air untuk cerminkan diri. Barisan Nasional pimpinan 50 tahun, peruntukan sesen untuk Parti Pembangkang, Wakil Rakyat Pembangkang pun tidak ada... [Tepuk].
Yang Berhormat, tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Saya menyokong dan saya juga menyeru..
Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat kena minta jalan.
...Negeri-negeri di bawah Pakatan..
Saya tanya apakah Pakatan Rakyat...
..Saya pohon Yang Berhormat Rembau.
...Di negeri yang diwakili, negeri yang dipimpin oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.
Ya, Yang Berhormat. Cukup, saya sudah faham soalan Yang Berhormat Rembau.
Ya, teruskan...
Saya setuju...
Jawab, jawab.
Saya setuju dan saya juga menyeru, menyeru Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional menjadi teladan bagi peruntukan kepada semua Ahli-ahli dalam Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat, nak bagi jalan Yang Berhormat.
Biar saya habiskan dulu
...Mahu tanya sendiri.
Pakatan Rakyat juga bertindak sedemikian.
Ya, hendak bagi siapa Yang Berhormat.
Maaf, masa saya. Saya ada satu isu lagi.
Yang Berhormat tak bagi jalan.
Maafkan saya Yang di-Pertua.
Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat, silakan duduk.
Maafkan saya menteri. Maaf, maaf. Saya ingin berubah ke tajuk yang lain. Tuan Yang di-Pertua, sudah dua bulan pilihan raya telah berlalu dan beberapa hari sebelum pilihan raya kita telah dikejutkan
dengan pengumuman oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa penggunaan dakwat pada kuku untuk pilihan raya...
Sila diam Yang Berhormat.
...Kenapa, sakit telinga mendengar kah? Kalau sedemikian, boleh keluar Dewan.
Teruskan, teruskan.
Jadi, dikejutkan bahawa penggunaan dakwat pada kuku untuk pilihan raya terpaksa dibatalkan. Kita semua diberitahu bahawa alasannya untuk ketenteraman dan perjalanan proses pilihan raya yang lancar. Kononnya bahawa wujud individu-individu tertentu yang telah membawa masuk dakwat-dakwat dari negara jiran untuk membuat kacau bilau, untuk menipu di dalam pilihan raya tersebut. Tuan Yang di-Pertua, jawapan yang dikemukakan kepada yang diberi kepada soalan yang saya kemukakan, bertanyakan apakah kedudukan hasil siasatan yang menyatakan bahawa ada pihak-pihak yang disyaki terlibat yang akan menimbulkan masalah keselamatan ketenteraman awam jika penggunaan tanda dakwat pada kuku semasa pilihan raya diteruskan. Apakah keburukan? Tuan Yang di-Pertua, jawapan yang diberi bahawa selepas beberapa individu membuat laporan polis, polis telah menyiasat dan didapati dengan izin saya membaca, “dan didapati setelah laporan tersebut diteliti dan pihak polis telah menemu bual pengadu serta saksi-saksi, didapati tiada sebarang bukti menunjukkan dakwat tersebut dibawa dari negara Thailand. Ini kerana tiada seorang saksi pun yang pernah melihat dakwat tersebut”.
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan bangun, Yang Berhormat.
Daripada keterangan saksi, tiada sebarang individu sindiket atau pihak tertentu yang dikenal pasti terlibat dengan kegiatan ini. Keterangan pengadu dan saksi adalah merupakan khabar angin dan tiada sebarang individu dicam.
Yang Berhormat, hendak bagi jalan kepada Kinabatangan.
Dan, kes ini telah...kertas siasatan...
Yang Berhormat, hendak bagi jalan Kinabatangan.
Biar saya habiskan, Yang Berhormat Kinabatangan. Kertas siasatan dirujuk ke Kamar Timbalan Pendakwa Raya pada 14 Mac dan dalam masa tujuh hari, 21 Mac kes diklasifikasikan sebagai no further action. Siapa telah menipu di sini? Yang Amat Berhormat sebelum ini diberitahu meminta kita semua akur kepada keputusan SPR. Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri kata “Oh...ini langkah yang terbaik, langkah yang tepat, perlu dibatalkan kerana kemungkinan ada satu cubaan, ada satu plot untuk menipu di dalam pilihan raya, jika penggunaan dakwat ini diteruskan”. Saya rasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perlu bertanggungjawab. Beritahu dalam Dewan ini, satu, siapakah individu yang membuat laporan polis tersebut? Menurut laporan akhbar sebelum ini, laporan polis dibuat 16 Februari dan 21 Februari. Dalam jangka masa lebih daripada dua minggu tak boleh tentukan sama ada itu khabar angin atau tidak. Kedua, apa tindakan diambil terhadap individu-individu ini? Ketiga, pada ketika laporan polis dibuat, saya harap dimaklumkan sekarang dalam Dewan, apakah petunjuk-petunjuk atau bukti-bukti kukuh yang menimbulkan atau membawa kesimpulan kepada polis bahawa ada satu plot untuk menipu dalam proses pilihan raya.
Yang Berhormat, Kinabatangan bangun, Yang Berhormat.
Ada satu lagi, biar saya habiskan.
Dia tidak bagi, Yang Berhormat.
Saya bagi nanti. Dan ketiga, apa terjadi dengan dakwat tersebut? RM2.4 million dengan izin, RM2.4 juta telah dibazirkan. Kita mengalami krisis makanan, RM2.4 million.
Kinabatangan jalan ada, sekolah tidak ada bekalan elektrik, tidak ada air. Di Sabah dan Sarawak RM2.4 milion, kalau dibazirkan sebegitu tidak ada khabar angin lagi berkenaan, tidak ada kenyataan dibuat lagi berkenaan dakwa ini. Ke mana pergi? Kita tahu bahawa dakwa ini ada tempoh hayatnya yang hanya enam bulan. Jadi Yang Berhormat perlu accountable dalam insiden ini. Anggota pentadbiran perlu bertanggungjawab ke atas isu ini. Sila Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, isu ini telah dibahas oleh kebayakan wakil-wakil rakyat dari pembangkang. Saya melihat mungkin kalau pelaksanaan SPR itu menggunakan dakwat itu dapat dilaksanakan, mungkin pembangkang akan kalah banyak. Jadi dengan tanpa menggunakan dakwat pembangkang telah menang banyak. Inilah pembangkang, menang banyak susah, kalah lagi susah. Saya tidak tahu apa dia mahu! Rakyat buat macam itu, apa lagi hendak kita bahas. Kalau guna dakwat mungkin Yang Berhormat pun kalah. Dulu Yang Berhormat cakap dalam newspaper tidak mahu bertanding ada diskriminasi dalam DAP, satu minggu bertanding. My decision, keputusan saya tamat tidak akan bertanding, apa jadi?
Itu sangat personal. Yang Berhormat Kinabatangan apakah Yang Berhormat takut saya kembali dalam Dewan yang mulia ini? [Dewan riuh]
Bukan takut, dialu-alukan.
Itu panggilan-panggilan rakyat, saya kembali ke dalam Dewan yang mulia ini untuk memastikan Barisan Nasional tidak membuat sewenang-wenangnya, untuk memastikan Yang Berhormat Kinabatangan. Saya ingat Yang Berhormat Kinabatangan tidak jadi balik sini. Saya jadi balik, saya juga ada tanggungjawab untuk memastikan Yang Berhormat Kinabatangan berucap menggunakan kata-kata yang parliamentarian. Tidak menghina wanita dan OKU.
Yang Berhormat Kinabatangan menang besar Yang Berhormat.
Tiada isu kaitan saiz badan dia.
Bukan saiz besar, tetapi menang besar.
Maaf ya, saya tersilap dengar. Baguslah, menang besar dengan undi majoriti banyak haraplah Yang Berhormat kuat kerja sedikit untuk rakyat. Tidakkah Yang Berhormat Kinabatangan hendak tahu ke manakah pergi RM2.4 bilion ini. Isu yang timbul saya bangkitkan bukan berkenaan isu, siapa boleh menang atau tidak mungkin menang. Isu ialah kita mesti adakan satu sistem pilihan raya yang telus dan adil, itu persoalannya. Jadi soalan Yang Berhormat kurang cerdiklah tadi.
Jika tidak telus negeri Perak tidak menanglah.
Tidak payah tekalah kita sudah tengok keputusan, tidak mahu teka-teki di sini. Kita mahu pastikan setiap caruman pembayar cukai digunakan dengan sebaik-baiknya untuk rakyat. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin bertanya dua bulan lahirnya pilihan raya apakah ada post-mortem diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Ini disebabkan baru-baru ini ada satu kenyataan menyatakan lebih kurang 72,000 undi pos yang tidak
dikembalikan. Jadi ke manakah undi-undi pos ini? Melibatkan kurang 41,000 undi pos Parlimen dan 30,000 lebih undi pos negeri. Jadi saya rasa untuk memastikan satu sistem pilihan raya yang lebih telus, yang lebih adil dan orang ramai yakin, mempunyai keyakinan ke atas sistem ini baik kita batalkan pengundian secara pos. Bertanding pada padang yang sama rata, same level playing field. Jadi saya mohon penjelasan ke atas isu-isu ini. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Baginda. Terlebih dahulu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pengundi-pengundi kawasan Rasah kerana telah memberikan sokongan yang padu kepada parti DAP dan memberikan mandat kepada saya untuk menjadi wakil kepada mereka di dalam Dewan yang mulia ini dan sokongan yang telah diberikan daripada pelbagai kaum, baik pengundi Melayu, Cina mahupun India. Setelah 18 tahun kawasan Rasah diwakili oleh BN melalui MCA. Memang 18 tahun ini suara Rasah tidak begitu kedengaran dalam Dewan yang mulia ini. Saya berjanji kepada pengundi-pengundi Rasah bahawa suara Rasah akan berkumandang dalam Dewan yang mulia ini dengan lebih hebat dalam penggal ini tidak seperti dahulu di bawah MCA. Mudah-mudahan Rasah akan dipertahankan oleh DAP kini dan selama-lamanya. 20% pengundi Rasah ialah daripada rakyat Malaysia berketurunan India iaitu kira-kira 15,000 pengundi. Adalah menjadi harapan dan permintaan mereka dengan ratusan ribu suara Makkal Sakti yang mahu melihatkan pembebasan kelima-lima pemimpin Hindraf daripada tahanan ISA. Kita menyeru kepada kerajaan supaya membebaskan kelima-lima pemimpin Hindraf ini daripada tahanan ISA dan semua tahanan ISA yang lain dengan serta merta tanpa apa–apa syarat. Selagi kelima-lima pemimpin Hindraf ini ditahan di bawah ISA selama itulah MIC akan berkubur dalam arena politik Malaysia. Itu baru mukadimah Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sambung sedikit berkenaan apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi mengenai peruntukan pembangunan. Saya telah menerima jawapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa peruntukan selepas Pilihan Raya Umum 12 tahun 2008. Peruntukan yang disalurkan untuk setiap kawasan Parlimen adalah RM500,000. Ini nampaknya telah berkurangan daripada sebelum pilihan raya. Sebelum pilihan raya saya difahamkan sebanyak RM2 juta untuk setiap kawasan, setiap tahun. Semua Ahli Yang Berhormat Parlimen boleh mencadangkan kepada pejabat pembangunan negeri projek-projek yang bersesuaian untuk dilaksanakan menggunakan peruntukan berkenaan. PPM akan mempertimbangkan akan cadangan tersebut berdasarkan garis panduan dan peraturan-peraturan yang sedia ada. Namun ini rasanya tidak ada apa- apa perubahan kerana inti patinya adalah cadangan. Kita sebagai wakil rakyat yang telah diberikan mandat oleh rakyat we have no say kepada peruntukan pembangunan ini. Saya berharap Barisan Nasional menerima realiti bahawa di 81 kawasan Parlimen rakyat telah memberikan kepercayaan dan mandat kepada Ahli-ahli Parlimen Pakatan dan kita telah diberikan kepercayaan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan mereka. Sesungguhnya peruntukan ini patut diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk menjaga dan memastikan bagaimana ia digunakan.
[Bangun]
Saya baru masuk Yang Berhormat Kinabatangan. Silalah.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Begitu bersemangat wakil rakyat baru ini, mudah-mudahan boleh buat kerja untuk rakyat. Yang Berhormat, mudah sahaja untuk mendapat peruntukan daripada kerajaan, Yang Berhormat kena masuk Barisan Nasional. [Dewan riuh]
Ini memang fikiran otak Barisan Nasional, sebab dalam Dewan Undangan Negeri jawapan yang sama diberikan. Saya mencadangkan supaya peruntukan ini diberikan kepada pembangkang untuk kebaikan Barisan Nasional. Tidak lama lagi Barisan Nasional jadi pembangkang tidak dapat pula peruntukan itu. Macam sekarang di Selangor, Yang Berhormat Rembau kena perjuangkan untuk pembangkang! Sebenarnya baik kalau peruntukan ini diberikan kepada semua nanti Yang Berhormat Kinabatangan kalau berada di pihak pembangkang dapat juga. Saya mencadangkan supaya peruntukan ini dapat diagihkan dan kita akan accountable. Sekiranya kita dapat memberikan peruntukan ini secara adil maka rakyat akan menghukum kita. Apa yang kita mahu ialah supaya wakil rakyat pembangkang diberikan kuasa, diberikan mandat untuk menjaga peruntukan ini.
Saya bersetuju bahawa wang ini perlu diletakkan di dalam Pejabat Pembangunan Negeri, tetapi wakil rakyat pembangkang perlu diberikan kuasa untuk menentukan bagaimana peruntukan itu diguna pakai, dan bukannya melalui Ketua Bahagian UMNO ataupun Ketua Bahagian Barisan Nasional untuk menentukan bagaimana wang ini dipakai di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Satu lagi saya ingin meminta tabung kebajikan untuk kecemasan. Dan ini bersangkut paut dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Raub, kerana saya tahu ada satu dana yang khas untuk Ahli-ahli Parlimen untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa kecemasan, semasa kecemasan berlaku seperti banjir dan kebakaran. Saya berharap tabung ini dapat juga disalurkan kepada Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat daripada pembangkang supaya kita dapat meluluskan peruntukan ini dengan secepat mungkin, sekiranya ada apa-apa kecemasan berlaku di kawasan kita. Baru-baru ini di Seremban dilanda banjir kilat. Banjir kilat yang paling dahsyat, paling serius dalam berpuluh-puluh tahun sejarah di Bandar Seremban. Kerajaan memberikan bantuan RM350. Nak tunggu satu bulan? Itu pun kira cepat. Kita mahukan supaya ada satu sistem, sekiranya apa-apa kecemasan berlaku, peruntukan ini dapat diberikan dengan secepat mungkin dan diluluskan dengan serta- merta. Dan Ahli-ahli Parlimen sepatutnya ada akauntabiliti dalam perkara ini dan kita dibenarkan untuk meluluskan sebarang peruntukan ini kepada mangsa-mangsa kecemasan. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen daripada golongan belia, saya ingin membicarakan sedikit berkenaan isu-isu belia. Dua hari lepas, Menteri Belia dan Sukan telah memberikan jawapan yang panjang lebar mengenai Program-program Rakan Muda. Rakan Muda ini telah bermula pada tahun 1994, iaitu semasa saya berada di Tingkatan 5, tetapi selama 15 tahun Rakan Muda ini dijalankan, sehingga ini tidak nampak apa-apa keberkesanannya, dan sudah tiba masanya program-program dan pengisian-pengisian ini, Rakan Muda ini perlu ditentukan melalui satu kaedah, melalui satu cara supaya golongan-golongan muda, golongan belia diberikan tempat untuk memberikan feedback mereka, bagaimana kita dapat mengguna pakai ataupun membaikkan Rakan Muda ini. Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya menubuhkan satu Majlis Perundingan Belia Kebangsaan dan dianggotai oleh semua golongan belia, baik yang prokerajaan ataupun tidak bersetuju dengan kerajaan. Ada golongan-golongan yang kritikal supaya mereka dapat menganggotai dalam Majlis Perundingan ini, supaya kita bersama-sama dapat mencari pendekatan yang lebih baik, yang lebih efektif untuk menjana satu dasar yang lebih baik untuk membina dan untuk memastikan belia-belia kita dapat maju dan dapat membangun, bebas daripada masalah-masalah yang membelenggu golongan belia pada masa kini. Dan saya rasa...
Yang Berhormat Rasah, minta laluan.
Yang Berhormat, Lenggong bangun.
Yang Berhormat Rasah, adakah Yang Berhormat tahu bahawa Majlis Perundingan Belia Negara sebenarnya telah pun ditubuhkan sejak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jadi Pengarah Belia lagi? Sudah lama.
Itu saya tahu. Ada satu Majlis Perundingan Belia, tetapi itu dianggotai oleh mereka yang tahu ampu sahaja. Yang tidak kritikal. [Dewan riuh][Ketawa] Yang kita mahu ialah kumpulan-kumpulan yang kritikal kepada kerajaan tetap diberikan peluang untuk menganggotai Majlis Perundingan ini supaya kita dapat memberikan feedback yang sebenarnya kepada kerajaan.
Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri bangun Yang Berhormat.
Tidak. Sorry Yang Berhormat. Sebab saya takut masa tak cukup nanti. Saya banyak...
Dia tak bagi Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya enam bab. Tak apalah. Duduk, duduk Yang Berhormat.
Dia tak bagi Yang Berhormat.
Takut dengan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia?
Yang Berhormat, dia tak bagi Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Saya tahulah.
Teruskan Rasah.
Saya tahu bagaimana Majlis Perundingan ini berlaku. Pada tahun 1998/1999, semasa itu termasuk Ketua Pemuda UMNO tak berani masuk kampus. Saya duduk, masa itu saya belajar di UKM. Saya tahu Yang Berhormat Pokok Sena masuk ke kampus UKM. Nak debat dengan Ketua Pemuda UMNO. Ketua Pemuda UMNO tak berani masuk. Masa itu dia membentuk satu Majlis Perundingan Belia yang terdiri daripada persatuan-persatuan belia yang pro UMNO, prokerajaan. Saya nak masuk kepada ialah...
[Bangun]
Nak bagi jalan Yang Berhormat? Yang Berhormat Timbalan Menteri bangun lagi.
Tak bagi, tak bagi.
Tak bolehlah. Rasah takut.
Saya nak masuk AUKU. Saya nak masuk Akta Universiti dan Kolej Universiti. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti. Bukan setakat untuk mengkaji semula seksyen 15 dan 16, tetapi memansuhkan keseluruhan Akta Universiti dan Kolej Universiti kerana AUKU ini memberikan satu psychological fear kepada mahasiswa- mahasiswi, dan saya sendiri pernah melalui zaman ketakutan dalam AUKU ini. Dan apa yang kita mahu ialah supaya AUKU ini dimansuhkan dan memberikan autonomi kepada universiti dan membentuk satu suasana kampus yang lebih critical dan lebih kritis supaya kita dapat membina satu modal insan yang lebih thinking. Hakikatnya kita mahu melihat negara kita mencapai sebuah masyarakat berfikir. Iaitu thinking society. Adalah aneh sekiranya UMNO membenarkan Kelab
UMNO ditubuhkan di seberang laut. Di overseas, di negara-negara lain apabila pelajar-pelajar Malaysia belajar di luar negara. Akan tetapi dalam negara kita, mahasiswa-mahasiswi kita tidak dibenarkan berpolitik. Adakah ini aneh? Adakah kerajaan mengatakan mahasiswa-mahasiswi kita ini tidak cukup matang? Hanya mereka yang belajar di Oxford dan di Cambridge saja yang matang. Apabila saya kata Oxford, saya tidak kata kepada Rembau. Sebab di belakang saya pun rakan saya Petaling Jaya Utara pun dia datang dari Oxford juga. Bukan saja UMNO ada Oxford. DAP pun ada Oxford. Adakah maksud bahawa mahasiswa-mahasiswi tempatan ini tidak cukup matang, kerana saya rasa apa yang kita mahu ialah bukannya semua mahasiswa-mahasiswi kita nak jadi ahli politik, tetapi yang lebih penting ialah membina mereka supaya mereka mempunyai pemikiran yang kritikal, yang dapat berfikir, yang dapat menganalisis keadaan supaya apabila mereka masuk ke dalam alam pekerjaan, mereka mempunyai satu thinking skill yang lebih hebat, yang lebih tinggi daripada sekarang. Saya mengulangi pendirian DAP bahawa kita mahu Akta Universiti Kolej dan Universiti ini dimansuhkan secara totalnya dan digantikan dengan satu akta lain untuk mentadbir universiti-universiti, tetapi memberikan autonomi yang lebih kepada pihak universiti dalam segala pentadbiran universiti dan perjalanan universiti. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin masuk kepada bab pelancongan dan pengangkutan. Saya rasa Kementerian Pelancongan dan Kementerian Pengangkutan perlu bekerjasama dengan lebih erat lagi. Perlu ada lebih banyak integrasi di antara kedua-dua kementerian ini, sekiranya kita mahu melihat ada strategi yang lebih baik untuk menarik pelancong-pelancong ke negara kita. Kita perlu ada satu strategi untuk menarik pelancong dan kita perlu mengakui bahawa KLIA, kalau kita nak jadikan KLIA sebagai hub aviation di rantau Asia Tenggara ini. Kita berada di tangga yang ketiga selepas Changi dan Bangkok, tetapi kita perlu ada satu strategi untuk menarik pelancong ataupun dengan izin, suck the dollars daripada Singapura. Satu faktor yang penting kalau kita ingin nak melihat lebih ramai pelancong masuk ke negara kita ialah faktor connectivity. Connectivity udara di antara hub-hub aviation ini dengan negara kita. Dan saya ingin menyeru kerajaan supaya mempercepatkan lagi liberalisasi sektor penerbangan negara, kerana sekarang ini kita lihat connectivity di antara bandar raya-bandar raya utama di Asian dengan beberapa destinasi dalam negara kita tidaklah begitu baik. Saya nak menegaskan di sini, saya bukan melobi untuk AirAsia dan saya membuat seruan ini atas dasar kepentingan negara, dan kita mahu melihat supaya sektor-sektor penerbangan utama dibuka terutamanya dalam penerbangan di antara Singapura dengan lapangan-lapangan terbang yang lain selain KLIA, seperti Singapura-Pulau Pinang, Singapura-Kota Kinabalu, Singapura-Kuching, dan termasuk kalau boleh kita naik tarafkan Lapangan Terbang Kuala Terengganu menjadi sebuah lapangan terbang antarabangsa supaya membuka laluan ini kepada penerbangan- penerbangan seperti Singapura-Kuala Terengganu. Kerana saya rasa kalau ini, sektor- sektor ini dibuka kepada low-cost carrier, seperti AirAsia dan lain-lain penerbangan, maka ini akan membawa lebih banyak pelancong ke negeri-negeri ini. Kalau di Pulau Pinang di Wilayah Utara. Kota Kinabalu untuk ke Sabah, Kuching, Sarawak dan Kuala Terengganu untuk Pantai Timur. Saya berharap Kementerian Pengangkutan akan mempercepatkan liberalisasi sektor penerbangan ini, supaya kita dapat bersama-sama untuk membuka lebih banyak laluan. Dalam akhbar dua hari yang lepas memang ada seruan-seruan untuk membuka liberalisasi sektor penerbangan termasuk di Kota Kinabalu. Ketua Menteri Sabah pun mengatakan bahawa beliau mengharapkan sekiranya sektor penerbangan daripada Kota Kinabalu ke Singapura itu dapat dibuka.
Ya, Wangsa Maju bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat bagi Rasah dan Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat bagi Rasah mengatakan beliau mahukan pertimbangan polisi yang liberalisasi. Sama ada Yang Berhormat bersetuju dengan saya, bahawa kita mesti ada satu open sky policy supaya semua syarikat penerbangan boleh menjalankan business mereka seperti MAS pun boleh masuk dalam perniagaan low cost carrier ini.
Kedua, sama ada Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa kita tidak perlu sebuah Kerajaan Barisan Nasional untuk memberi layanan yang amat istimewa, memberi subsidi terus kepada AirAsia. Walaupun mereka mengalami kerugian, kerajaan akan memberikan keistimewaan, dan juga membina satu lapangan terbang, Low Cost Carrier Terminal (LCCT) kepada mereka. Pada halnya LCCT ini mesti ditanggung oleh AirAsia, oleh kerana mereka menganggap LCCT itu seperti home kepada AirAsia. Terima kasih.
Saya memang bersetuju bahawa negara kita perlu ada satu open sky policy, kerana saya rasa kalau awan kita telah terbuka, open sky policy, lebih banyak players boleh masuk ke dalam Low Cost Carrier (LCC). Ini akan memberikan persaingan yang lebih hebat dalam sektor penerbangan kita. Akhirnya keuntungan akan diperolehi oleh rakyat, kerana rakyat akan menikmati perkhidmatan tiket penerbangan yang lebih murah berbanding sekarang. Termasuk pihak MAS, kalau mereka hendak masuk ke dalam sektor Low Cost Carrier, kita alu- alukan dan players yang lain, kalau boleh masuk juga supaya ada lebih banyak syarikat penerbangan menawarkan perkhidmatan yang lebih efektif, yang lebih ekonomik dan bersama-sama ini akan membawa kebaikan kepada negara dan kepada pengguna.
[Bangun]
Yang Berhormat bagi Jerlun bangun Yang Berhormat.
Okey.
Terima kasih Yang Berhormat bagi Rasah. Saya hendak minta penjelasan, Yang Berhormat sebut tadi bahawa digalakkan supaya penerbangan daripada Singapura ke destinasi-destinasi tempatan dalam negara kita dibuka. Jadi, adakah Yang Berhormat cadang supaya Changi dijadikan hab dan bukan KLIA? Minta penjelasan.
Bukan saya cadangkan Changi itu dijadikan hab, tetapi hakikatnya ia ialah hab KLIA, kita kalah kepada mereka. Bukannya mereka tidak mahu menjadikan KLIA sebagai hab, tetapi pada hakikatnya lebih banyak airlines international masuk ke Changi. Kita perlu ada strategik untuk menarik, lebih menarik daripada Changi. Kalau mereka sudah masuk, tetapi kita tidak boleh lawan, walaupun kita bukan hendak menjadikan Changi itu sebagai hab, tetapi begitulah hakikatnya. Kita perlulah ada strategik untuk menarik...
Jadi hendak bagi Singapore untunglah, bukan Malaysia untung?
Apa?
Hendak bagi Singapore untung, tapi Malaysia rugi, tidak apa?
Bukan, kita untung! Kita untung lebih banyak! Pada hakikatnya, kita sekarang kalah kepada mereka. Kalau kita ada strategik untuk menarik, saya rasa Malaysia akan untung! Ini nasional interest. Bukan saya pertahankan Singapura, tetapi hakikatnya mereka ialah hub aviation di rantau ini. Itu tidak boleh dipertikaikan. Sehinggalah KLIA betul-betul dapat bersaing dengan Changi, itu lain cerita. Akan tetapi hakikatnya sekarang ini, kita tidak mampu bersaing dengan Changi. Itu hakikatnya. Dan kita mahu satu strategi supaya kita dapat menarik pelancong-pelancong sana, pengguna-pengguna penerbangan di Changi itu masuk ke Malaysia dengan adanya open sky policy di antara Singapura dengan destinasi- destinasi yang lain di Malaysia ini.
[Bangun]
Yang Berhormat bagi Jerlun bangun lagi Yang Berhormat.
Cukuplah.
Bagilah laluan.
Tidak apalah. Saya tahu, Yang Berhormat bagi Jerlun ini hendak mempertahankan legasi bapa dia.
[Ketawa] Lagi saya hendak bangun.
Sebab KLIA ini trademark kepada Tun. Dr. Mahathir. Tidak apa, tidak apa.
Takut.
Pro Singapore.
Saya hendak masuk...
[Bangun] [Menyampuk]
Teruskan Yang Berhormat.
Tidak apalah itu...
Teruskan Yang Berhormat. Teruskan.
[Bangun] [Menyampuk]
Yang Berhormat bagi Rasah tidak pernah guna KLIAkah?
[Menyampuk]
Tidak apalah, saya tidak ada RM6 juta, tidak apa. Duduklah! Saya hendak masuk kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tuan Yang di-Pertua, yang paling penting saya rasa, saya menyeru kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya menjadikan pemulihan projek- projek terbengkalai sebagai agenda utama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana berpuluh-puluh ribu rakyat Malaysia menjadi mangsa kepada projek- projek terbengkalai. Saya rasa sehingga kini kerajaan tidak mengambil sebarang langkah untuk memulihkan projek-projek terbengkalai ini, tidak ada apa-apa dasar yang betul-betul dapat menyelamatkan projek-projek terbengkalai ini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini telah melancarkan konsep BTS, iaitu build and sell. Akan tetapi saya rasa langkah ini tidak dapat menyelamatkan projek-projek yang terbengkalai yang sedia ada, tidak dapat menyelesaikan masalah yang sedia ada. BTS ini hanya kepada projek-projek yang baru, itu pun tidak wajib. Akan tetapi kepada projek-projek yang telah terbengkalai, saya rasa pihak kementerian perlu ada satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh menteri sendiri, supaya kita lihat memang dalam Akta Perumahan ini, menteri ada kuasa untuk melantik pemaju-pemaju yang baru untuk menyelamatkan projek-projek terbengkalai ini. Saya mencadangkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya dapat membentuk satu jawatankuasa dan melihat bagaimana projek- projek yang terbengkalai ini dapat diserahkan. Kita perlu melibatkan private inisiatif, iaitu pemaju-pemaju swasta yang berminat untuk menyelamatkan sesuatu projek itu, dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai fasilitator untuk menyelamatkan projek-projek itu. Saya rasa kita tidak boleh berharap sangat kepada Syarikat Perumahan Negara Bhd. Kerana SPNB tidak dapat menampung semua projek-projek yang terbengkalai. Baru-baru ini saya ke satu function dan melihat SPNB sekarang seolah- olah menjadi pemaju. Pada hakikatnya SPNB ini patut dijadikan sebagai satu agensi untuk menyelamatkan projek-projek terbengkalai, bukannya pemaju untuk bersaing dengan syarikat swasta. Saya harap ini dapat dipertimbangkan kerana banyak, di setiap negeri, di mana-mana bandar, ada projek-projek terbengkalai ini dan saya harap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memberikan fokus yang utama untuk menyelamatkan projek-projek terbengkalai ini. Satu lagi saya ingin masuk kepada IWK, Indah Water Konsortium, sistem pembetungan negara. Saya minta supaya pihak kerajaan, apabila Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, di Penang, apabila kita membuat permohonan untuk menghapuskan saman-saman dan sebagainya, Barisan Nasional mengatakan kita ini mahu menjadi
popular, popularize approach. Memang sekarang ini Kerajaan Pakatan Rakyat ini popular. Saya mencadangkan kepada Barisan Nasional kalau hendak mempopularkan semula Barisan Nasional, ada satu langkah yang baik, memansuhkan segala tunggakan-tunggakan yang ada dalam IWK sekarang dan memang sudah ada precedent dahulu. Saya sudah melihat balik kepada charges pembetungan. Pernah ada tiga kajian semula dalam IWK. Pada 1996 keputusan semula kajian pertama pada 1996, kerajaan batal semua charges pembetungan dan tunggakan sebelum tarikh ini iaitu 1 Januari 1997. Kerana pada masa sekarang berpuluh ribu rakyat Malaysia menerima notis undang-undang bahawa hendak sue mereka kerana tidak membayar tunggakan-tunggakan IWK. Kalau semua kes ini dibawa ke mahkamah, saya rasa mahkamah pun tidak sempat untuk membicarakan kes-kes yang lain. Saya berharap kerajaan ada satu cara untuk menyelesaikan masalah ini, pertimbangkan supaya tunggakan-tunggakan yang ada kepada pengguna-pengguna sekarang dapat dihapuskan dan mencari satu formula bagaimana kerajaan dapat menampung sistem pembetungan ini. Saya rasa pada masa sekarang bayaran-bayaran kepada sistem pembetungan ini memang tidak dapat diterima oleh rakyat. Kebanyakan rakyat tidak mahu atau tidak rela membayar kepada IWK ini, kerana sistemnya yang tidak baik, yang kurang efektif dan tidak jelas, apakah ia memberi manfaat kepada pengguna- pengguna. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hendak masuk kepada isu keselamatan. Memang isu keselamatan telah menjadi isu dalam beberapa tahun ini dan beberapa Ahli Yang Berhormat telah membahaskan isu-isu keselamatan ini. Saya melihat isu keselamatan ini perlu diselesaikan dengan pelbagai strategi, perlu ada satu pelan yang lebih komprehensif untuk menyelesaikan masalah keselamatan ini. Penambahan balai polis, memang ini telah diumumkan oleh kerajaan, tetapi saya melihat jawapan kepada soalan Yang Berhormat bagi Cheras. Balai polis yang baru, Negeri Sembilan hanya dapat sebuah balai polis yang baru sahaja. Saya tidak tahu hendak letak di Rembau atau di Rasah. Baru satu balai polis. Saya pun tidak tahu macam mana? Kalau kita betul-betul hendak menyelesaikan isu keselamatan ini, yang pertamanya anggota polis itu dapat ditambahkan, dapat dirombak semula penggunaan anggota-anggota, kita tidak perlu ramai anggota polis dalam pentadbiran, dalam special branch dan sebagainya. Kita perlukan ramai anggota polis di atas jalan untuk menjaga keselamatan kita. Yang keduanya pihak kementerian perlu menghidupkan semula rukun tetangga. Memang sekarang ada rukun tetangga, tetapi saya rasa perlu ada lebih banyak peruntukan, lebih banyak fokus, garis panduan yang lebih jelas, untuk bagaimana masyarakat setempat boleh menubuhkan rukun tetangga mereka.
Dan juga KPKT perlu merancang kerana saya tahu banyak peruntukan disalurkan untuk membuat CCTV di bandar-bandar besar tetapi malangnya kalau ada CCTV pada sebelah malam lampu jalan tidak ada, gelap. Bagaimana CCTV itu dapat menunjukkan gambar itu kerana ini hakikatnya di banyak kawasan terutamanya kawasan-kawasan perumahan, lampu jalan paling asas tidak cukup dan di lorong- lorong belakang kebanyakannya pecah masuk. Kebanyakannya pencuri-pencuri yang masuk rumah dia bukan dari pintu depan, dia masuk dari pintu belakang tetapi dasar yang sedia ada di taman-taman perumahan tidak ada lampu jalan di lorong belakang dan saya menyeru kepada KPKT supaya membuat satu garis panduan yang baru, membuat dasar yang baru mewajibkan semua projek-projek perumahan yang baru perlu memasang lampu jalan di lorong belakang. Kalau boleh taman-taman perumahan yang sedia ada, yang lama berperingkat-peringkat menambahkan peruntukan untuk menambah lampu-lampu jalan di lorong belakang kerana untuk mencahayakan semua kawasan-kawasan perumahan yang gelap gelita itu. Saya rasa ini perlu dilakukan supaya untuk menjamin keselamatan penduduk dan mengurangkan kadar jenayah. Ada masa lagi Tuan Yang di-Pertua?
Ya, ada masa lagi.
Saya tertarik juga dengan... Yang Berhormat Kinabatangan sudah keluar. Semalam Yang Berhormat Kinabatangan ada mengatakan bahawa tol daripada Kuala Lumpur ke Seremban dihapuskan. Saya mengalu-alukan, saya menyokong 200% kalau boleh tol daripada Kuala Lumpur ke Seremban ini patut dihapuskan kerana ini merupakan lebuh raya yang paling pertama dibina pada 1970-an dan telah 30 tahun tol ini telah dikutip kalau boleh Kementerian Kerja Raya patut kalau hendak mempertimbangkan mana-mana kadar tol atau pun plaza tol dihapuskan, Kuala Lumpur-Seremban inilah yang pertama sekalinya yang perlu dihapuskan. Saya berharap ini Yang Berhormat Rembau boleh sokonglah. Sebab ini bukan sahaja untuk kebaikan orang-orang Seremban tetapi kebaikan untuk orang- orang Negeri Sembilan khususnya.
[Bangun]
Yang Berhormat Rembau bangun Yang Berhormat.
Rembau termasuk juga, pengundi-pengundi Rembau akan mendapat manfaat. Sokong.
Setuju atau pun tidak sebab tadi Yang Berhormat kata daripada Kuala Lumpur ke Seremban tetapi Rembau itu dia ada exist satu lagi. Boleh atau tidak Yang Berhormat setuju? Dia ada exist.
Tidak mengapalah, you bayar RM1 lebih tidak mengapa, you telah save RM7.70, bayar RM1 tidak mengapalah, Kuala Lumpur balik Rembau. Jadi saya menjangkakan Yang Berhormat Rembau akan sokonglah. Sokongkan?
Sokong.
Yang Berhormat, sila diam Yang Berhormat.
Jadi saya berharaplah Perdana Menteri dengar jugalah.
Jawapan bodoh.
Apa jawapan bodoh, ini yang RM6 juta. Ini orang yang tidak mahu ikut peraturan mesyuarat. Hari itu telah ditegur oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tidak belajar lagi.
Ya, sebab itu saya suruh mereka diam Yang Berhormat.
Ini patut diam. Jadi saya berharaplah, saya berharap tol ini dapat dihapuskan untuk kebaikan rakyat. Memang perkara-perkara ini seperti IWK, seperti tol dan sebagainya. Ini dapat meringankan, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban untuk rakyat yang telah banyak mengalami kesusahan, kesulitan dalam zaman inflasi ini, semuanya naik, semua harga-harga barang naik. Kalau ada dasar-dasar atau pun cara-cara untuk mengurangkan perbelanjaan mereka maka ini dapat sekurang-kurangnya mengurangkan sedikit beban mereka dan saya berharaplah seperti kata Yang Berhormat Batu Gajah tadi realiti politik sekarang telah berubah termasuk kepada peruntukan pembangunan dan sebagainya. Saya berharap paradigma pemikiran dalam Barisan Nasional itu perlu ditukar. Tidak lagi macam zaman dahulu terutamanya wakil-wakil MCA. Dia ingat peruntukan pembangunan ini sebagai mileage political kepada mereka sebagai modal politik kepada mereka. Pergi mana-mana function jadi guest of owner bagi cek, dia ingat lepas bagi cek orang akan undi tetapi semua function selama ini memang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional bagi cek memang mereka bagi tetapi itu tidak boleh dijadikan lagi political mileage. Mereka yang bagi cek itu kalah juga dalam pilihan raya. Jadi paradigma pemikiran itu perlu bertukar. Kita hendak mendapatkan peruntukan itu bukan untuk political mileage kita tetapi kita dapat menguruskan kita tahu bahawa di mana masalah-
masalah di kawasan kita. Kita mahu menguruskan dana itu supaya dana itu betul-betul diguna pakai untuk kebaikan rakyat, itu yang kita mahu. Saya berharap menjawab kepada pertanyaan Yang Berhormat Rembau tadi. Saya yakin kalau Kerajaan Persekutuan dapat mengubah dasar ini kepada kerajaan- kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak akan juga mengikuti. Saya rasa saya yakin mereka juga akan memberikan peruntukan pembangunan kepada kawasan-kawasan yang dimenangi oleh Barisan Nasional di Selangor, di Perak, di Pulau Pinang tetapi syaratnya Kerajaan Persekutuan perlulah berubah dahulu di peringkat Parlimen. Peruntukan pembangunan Parlimen bagi dahulu kepada wakil rakyat pembangkang baru kita pertimbangkan di peringkat kerajaan negeri.
Boleh gulung Yang Berhormat.
Saya rasa itulah hujah-hujah saya dan saya berharap kerajaan akan mengubah cara mereka, mengubah cara pemikiran mereka, mengubah cara pentadbiran dan saya berharap rakyat mahu melihat perubahan. Rakyat mahu melihat perubahan setelah 50 tahun dengan pola pengundian pada kali ini yang hampir-hampir 50% pengundi-pengundi Malaysia telah memberikan kepercayaan dan sokongan kepada Pakatan Rakyat dan saya harap ini akan menjadi pedoman kepada Barisan Nasional supaya mereka dapat berubah.
Yang Berhormat Kuala Selangor bangun Yang Berhormat. Penjelasan. Oh, bukan penjelasan, yang berucap belum lagi.
Hendak berucap.
Siapa yang hendak berucap? Saya belum habis.
Boleh gulung Yang Berhormat.
Tidak mengapalah, saya memang hendak gulung sekarang. Saya berharaplah ada perubahan dari segi cara pentadbiran, ada perubahan paradigma supaya tidak lagi kedengaran apabila kita ini menimbulkan isu- isu, menimbulkan masalah-masalah rakyat maka dipanggil kita untuk memilih negara mana satu yang suka.
Baik.
Ini negara kita, kita membangkitkan masalah, membangkitkan isu kerana kita nasionalis, kita cintakan negara kita. Kita mahu negara Malaysia lebih baik, jangan lagi ada suara-suara yang mempersoalkan ketaatan kita kepada negara kerana kita cintakan negara. Kita lahir di sini, kita hidup di sini, kita mati di sini, kita hendak mempertahankan negara kita.
[Bangun]
Jadi itu adalah pencinta negara. Jadi itu kita membangkitkan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Penjelasan Yang Berhormat Kota Belud.
Saya bagi dia sendiri.
Yang Berhormat Rasah, tadi saya mahu tahu saya terdengar tadi sosialis atau nasionalis? Sosialis? DAP sosialis? Tidak dengar, ulang balik. Nasionalis atau sosialis?
Dia pekak.
Saya cakap kita juga nasionalis. Kita pencinta negara.
Ingatkan sosialis, DAP sosialis. Okey.
DAP sosial democrat. Yang Berhormat Kota Belud ini dia hendak membangkitkan isu. Tadi saya sudah lupa dia. Saya nampak dia
punya interview dalam The Star. Dia kata sekarang rakyat hendak minta bukan sahaja pembangunan tetapi hendak tahu tender itu apabila ada pembangunan tender itu diberikan kepada siapa. Dia kata ini penyakit belum sampai ke Sabah. Yang Berhormat ini bukan penyakit, ini dipanggil ketelusan, ini dipanggil transparency, accountability. Yang Berhormat Kota Belud tidak faham lagi dia ingat ini penyakit. [Tepuk] Okey, apa lagi?
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya telah mendengar apa pandangan daripada Yang Berhormat Rasah tadi dan saya telah membuat interview di dalam surat khabar dan antara lain yang saya katakan ialah di kawasan saya di Kota Belud semua peruntukan-peruntukan Ahli Parlimen akan dibuka, akan telus dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja di kawasan saya untuk mengetahui jumlah dan orang yang menjalankan, yang dianugerahkan kerja tersebut. Jadi terbuka, terima kasih.
Boleh gulung Yang Berhormat.
Yang maksud kita, bukan sahaja hendak bagi tahu bagaimana wang itu digunakan, bukan sahaja dalam internet, dalam website Yang Berhormat tetapi cara.
Gulung Yang Berhormat.
Cara pemberian kontrak itu lebih terbuka.
Cukuplah Rasah, gulung.
Ada satu minit lagi, sampai lima setengah. Bagaimana kontrak itu dibuka perlu ada direct negotiation kalau betul-betul ada open tender. Bagilah kepada semua supaya mereka ada bersama-sama peluang untuk mendapatkan tender tersebut, bukannya yang dimaksudkan Yang Berhormat Kota Belud. Jadi saya berharaplah ada perubahan. Memang rakyat telah mengharapkan perubahan ini berlaku dalam 50 tahun ini, selama 50 tahun kita tidak ada peluang tetapi sekarang peluang telah terbuka supaya kita mahu melihat perubahan yang lebih positif lebih baik kepada Malaysia ini dan untuk kebaikan semua. Sekian terima kasih.
Ya Yang Berhormat Rembau.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat sambung hari Isnin Yang Berhormat.
Okey, hari Isnin. [Ketawa]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin 12 Mei 2008. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.32 petang.