Dewan Rakyat · 14 May 2008

15th Parliament, session 1, meeting 1 · 1,612 turns · 62,992 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Marcus Mojigoh (Makin)UPKO · BNPutatan · question

1. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan] minta Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyatakan: (a) apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah anti-perpaduan, anti-Semenanjung dan sentimen kedaerahan yang dimainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab; dan (b) apakah sebab utama perkara ini berlaku.

Datuk Mohd. Shafie bin Haji ApdalWARISANMenteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan · Semporna

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum w.b.t. (a) Kerajaan sedar dan sentiasa menekankan kepada setiap warganegara betapa pentingnya perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat di negara ini. Penghayatan dan pemahaman mendalam tentang fakta- fakta yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dijadikan asas ke arah mengukuhkan perpaduan perhubungan kaum dan integrasi nasional. Walaupun demikian masih juga wujud anti- perpaduan, anti-Semenanjung dan juga sentimen kedaerahan yang ditimbulkan oleh golongan tertentu untuk tujuan-tujuan tertentu. (b) Perasaan ini timbul disebabkan oleh kurang kefahaman tentang sejarah penubuhan negara Malaysia, hak dan keistimewaan kaum bumiputera, isu-isu pembangunan yang tidak seimbang di antara wilayah, isu-isu ekonomi, pendidikan, isu pelantikan jawatan-jawatan utama pegawai Sabah dan Sarawak dalam perkhidmatan Persekutuan serta institusi pengajian tinggi awam, tiada seragam harga barang keperluan bahan binaan di kedua-dua wilayah, isu pendatang tanpa izin dan isu-isu berkaitan dengan petroleum dan syarikat berkaitan kerajaan. Bagi mengatasi isu-isu yang dibangkitkan ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa pendekatan bersepadu ataupun integrated approach dengan izin, ke arah memperkukuhkan perhubungan kaum dan integrasi nasional di kalangan penduduk di negara ini. Setiap warga perlu memahami sejarah bagaimana pembentukan Malaysia serta latar belakang kaum-kaum yang telah menjadi warga Malaysia. keharmonian dan kesejahteraan yang dinikmati sekarang adalah hasil muafakat pemimpin-pemimpin terdahulu yang berusaha keras membebaskan diri daripada penjajah.

Datuk Mohd. Shafie bin Haji ApdalWARISANMenteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan · Semporna

Oleh itu pemahaman dan penghayatan ke atas pernyataan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan serta memahami setiap prinsip yang dinyatakan dalam Rukun Negara adalah amat penting supaya perpaduan yang wujud ini akan kekal terpelihara. Selain daripada itu, projek-projek pembangunan infrastruktur, projek-projek ekonomi, pendidikan sosial telah banyak dilaksanakan. Semuanya adalah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan memberi peluang seluas-luasnya untuk meningkatkan pendapatan warganegara. Soalnya adakah setiap warganegara itu benar-benar berusaha merebut peluang yang disediakan untuk memajukan diri masing-masing. Penganjuran pelbagai program seperti pertukaran pegawai di antara kedua-dua wilayah, program bertukar- tukar lawatan integrasi komuniti, interaksi melalui Rukun Negara, rukun tetangga, majlis rumah terbuka Malaysia seperti Rumah Terbuka Tadau Kaamatan, Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak, Hari Krismas, Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri turut dianjurkan agar kaum- kaum yang ada boleh memahami budaya kaum-kaum lain dan dengan cara ini perasaan hormat-menghormati boleh diwujudkan. Sesungguhnya perasaan anti-perpaduan tidak sewajarnya ditimbulkan ataupun digembar-gemburkan kerana apa yang paling penting adalah langkah-langkah pengukuhan dan integrasi kaum dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Terima kasih kerana menyempurnakan jawapan yang cantik oleh Yang Berhormat Menteri. Ngam dan sesuai kerana Yang Berhormat Menteri juga Ahli Parlimen kawasan yang sempurna... [Ketawa] Inilah kewibawaan seorang menteri Barisan Nasional.... [Tepuk] Bukan macam pembangkang yang tidak bertanggungjawab. Soal sentimen kedaerahan yang diapi-apikan oleh pembangkang, hasut-menghasut sentimen-sentimen anti-perpaduan rakyat seperti...

Tuan Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat sebelum bising lagi.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Tuan Yang di-Pertua, point of order. Ini soalan tambahan, bukan masa untuk berbahas.

Tuan Yang di-Pertua

Saya tahu Yang Berhormat.

...Sensitif kaum, agama, kuil, Hindraf, demonstrasi dan sebagainya. Hampir-hampir rakyat di Sabah dan Sarawak terpedaya dengan hasutan-hasutan yang memesongkan, menipu helah rakyat. Jadi soalan...

Tuan Yang di-Pertua

Jangan terlampau panjang mukadimah Yang Berhormat. soalan.

Jadi soalannya...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasihlah kerana mahu kasi kuil Hindraf di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai.

...Adakah antara satu penyebab utama bahawa rakyat dari Sabah dan Sarawak melihat kita wakil rakyat dari Sabah, Sarawak yang begitu rajin, kuat bersuara dalam Dewan yang mulia ini tidak berkesan...

Tuan Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat.

...Dan mempercayai bahawa pentadbiran Kuala Lumpur tidak menghindari...

Tuan Yang di-Pertua

Ada soalan ataupun berucap Yang Berhormat?

Ini soalanlah ni. Adakah...

Tuan Yang di-Pertua

Belum lagi. Saya tidak dengar.

...Seperti a small puppy barking a mountain dengan izin. Kadang-kadang permintaan permohonan soalan wakil-wakil rakyat yang tidak diberi perhatian dengan serius. Ini bukan menyindir Yang Berhormat Pasir Salak yang menyalak dan memesongkan gunung ini. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat. Tidak payah jawab, kalau tidak ada soalan tidak payah jawab. Itu statement. Sila Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Tak payah jawab Menteri.

Dato’ Haji Ab. Halim Ab. RahmanPAS · PRPengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengikut penganalisis politik apa yang dibuat oleh kerajaan itu ada perkembangan yang baik untuk perpaduan ini tetapi tidak sampai ke mana-mana lagi. ■1010 Bahayanya sangat besar. Jadi mengikut penganalisis ini cara yang paling baik kerajaan memikirkan sebuah kerajaan perpaduan nasional. Apakah kerajaan memikirkan perkara ini?

Tuan Yang di-Pertua

Sila jawab soalan. Itu soalan. Sila jawab Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat dari Pengkalan Chepa, membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat di negara ini. Memang itu merupakan salah satu pendekatan daripada awal, dalam lahirnya gagasan UMNO itu ialah telah membuka mata rakyat di negara ini untuk melepaskan diri daripada belenggu penjajahan. Walaupun waktu itu negeri-negeri ini agak berpecah dengan budayanya yang begitu kental, dengan daerahnya yang tidak begitu kenal mengenal antara satu dengan yang lain. Namun, oleh kerana semangat dibangkitkan waktu itu untuk dilepaskan negara ini dari penjajahan, kita telah berupaya menyatukan satu gagasan sehingga kita berupaya melepaskan negara ini daripada belenggu penjajahan. Daripada titik itulah permulaannya kita melaksanakan dasar-dasar seperti yang sedang dilakukan pada saat ini. Apa yang membimbangkan saya, ialah pada saat ini kemungkinan generasi anak-anak muda kita yang tidak mengenal, yang tidak tahu. Bukan semuanya ada yang kenal, ada yang tahu tentang sejarah penubuhan dan pembentukan negara kita. Ini yang perlu kita terapkan nilai-nilai contoh-contoh yang baik. Jikalau kita memaparkan contoh yang tidak baik, contohnya tidak menghormati kaum lain dan juga agama yang lain dan pematuhan dari segi pemahaman Rukun Negara contohnya, kedaulatan Sultan, kedaulatan Raja-Raja yang ada, pemahaman tentang perlunya kita menghormati agama rasmi negara ini dan ini perlu diterapkan. Itu yang saya katakan, maka itu saya melihat pendekatan-pendekatan yang baru perlu dilakukan pada saat ini kerana keadaan kita lihat sudah berubah. Environment is changing dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, di mana generasi kita dilanda oleh pelbagai budaya yang datang, maklumat yang moulding their mind dengan izin. Sehingga tindakan mereka juga menjurus ke arah itu. Jikalau kita tidak memainkan peranan bukannya hanya pihak kerajaan, semua peringkat. Kita Ahli Dewan Rakyat kerana ini satu negara yang kita perlu pupuk dan pelihara dengan baik, dengan izin, “What are we going to leave to our young generation, we know are we going to die.”. Kita sebagai manusia tidak akan kekal di muka bumi ini tetapi kita akan tinggalkan sesuatu suasana kepada anak saya contohnya. Anak saya dua orang dilahirkan di Kedah, dua orang dilahirkan di Selangor, dua orang dilahirkan di Sabah, isteri saya datang dari Semenanjung, Kedah. Contohnya seumpama itu. How are we going to create the nation? Di mana suasana ini akan boleh melahirkan keadaan yang selesa. Kita mempunyai peranan bukan hanya kerajaan, pihak pembangkang juga perlu memainkan peranan. Kita hendak lahirkan suatu usaha untuk mempertingkatkan nasionalisme yang begitu kental di kalangan rakyat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuan Roslan bin Shaharum.

Baru satu soalan tambahan. Kalau boleh satu lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sila.

Saya lebih dulu berdiri Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri...

Tuan Yang di-Pertua

Ini pertama kali. Saya kasi dialah. Saya tadi terlalai oleh kerana Yang Berhormat Putatan itu bukan menyoal tapi buat statement namun tidak apalah. Dia buat statement bukan soalan, lain kali soal. Sila Yang Berhormat Sri Gading.

Terima kasih, jawapan Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tonggak negara ialah Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara berteraskan beberapa perkara yang menjamin keharmonian, kebahagiaan rakyat. Apakah tindakan yang boleh diambil kepada sesetengah pihak yang sengaja membangkitkan perkara-perkara yang telah diterima sejak dulu seperti kontrak sosial dan menjamin perkara-perkara yang diterima oleh rakyat. Jadi bagaimana tindakan yang sengaja melanggar, berucap dan berbagai- bagai perkara yang dibuat dengan tujuan membangkitkan kemarahan. Terima kasih.

Saya ingat dalam usaha kita untuk melahirkan satu negara yang selamat, aman, sejahtera, apatah lagi dalam keadaan negara ini terdapat kepelbagaian kaum, kita tidak harus menganggap bahawa langkah- langkah yang dilakukan oleh pihak-pihak yang boleh mengancam keselamatan negara itu langkah-langkah yang kecil. Kita harus mengambil tindakan yang tegas. Saya berpandangan bahawa kalau sekiranya termaktub dalam undang- undang yang sedia ada, meletakkan hukuman yang setimpal untuk menegah keadaan- keadaan ini berterusan berlaku demi untuk kepentingan ramai, demi kepentingan negara kita, kita harus bertindak dengan tegas. Jikalau tiada tindakan tegas, saya bimbang kerana seperti apa yang saya katakan walaupun usia Malaysia ini sudah 50 tahun tetapi tidak ada jaminan bahawa kesatuan dan perpaduan boleh kita kekalkan sepanjang masa. Ini kerana unsur-unsur dalaman, unsur-unsur luaran boleh menghakis penyatuan, kesatuan pemikiran rakyat di negara ini. Kalau kita tidak membendung, program semata-mata, aktiviti semata-mata, pemahaman semata-mata. Tidak ada jaminan untuk kita dapat mengekalkan penyatuan rakyat bukan hanya di Malaysia, seperti kita dapat lihat di dunia. Kita katakan di Rusia yang tamadunnya lebih lama, merdekanya India lebih lama lagi dari kita, merdekanya Pakistan daripada kita lebih lama, negara-negara jiran kita. Namun kita melihat bagaimana keadaan di negara-negara tersebut, itu satu pengajaran. Jikalau tidak ada tindakan yang tegas, yang diambil maka ianya akan boleh membakar pemikiran generasi anak-anak yang tidak begitu kukuh iman dan kental pemikirannya. Saya berpandangan bahawa kita perlu mengambil tindakan yang tegas untuk mana-mana pihak pun, tidak kira daripada mana datangnya sama ada daripada kerajaan mahupun daripada pihak pembangkang. Begitu juga agensi-agensi yang lain, individu kalau sekiranya ia mengganggu gugat tentang keselamatan dan keharmonian negara ini kita perlu ambil tindakan.

Roslan bin ShaharumPAS · PRBukit Gantang · question

2. Tuan Haji Roslan Shaharum [Bukit Gantang] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, berapa peratuskah pelajar luar bandar yang memasuki MRSM dari sejak penubuhannya sehingga kini dan jelaskan dasar pengambilannya.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

pengambilan ke Maktab Rendah Sains Mara tidak berdasarkan kepada kedudukan geografi. Namun demikian, MARA telah menetapkan dasar dan syarat-syarat pemilihan kemasukan MRSM seperti berikut: (i) warganegara Malaysia; (ii) memperoleh keputusan minimum 3A 2B, ‘A’ dalam Matematik, Sains dalam UPSR. Keutamaan akan diberi kepada calon yang mendapat 5A; (iii) bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, kokurikulum dan juga sukan; dan (iv) keutamaan juga diberi kepada pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah iaitu gaji RM600 ke bawah sebulan dan mempunyai bilangan tanggungan lima orang ke atas. Daripada kriteria penilaian tersebut seramai 64,341 orang pelajar MRSM merupakan pelajar yang ibu bapanya berpendapatan rendah dan miskin seperti petani, penjaja, nelayan dan juga peserta FELDA yang kebanyakannya berasal dari kawasan luar bandar. Jumlah ini meliputi 60% daripada jumlah pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian di MRSM iaitu 107,236 orang pelajar dari tahun 1972 hingga 2008. Semua pelajar-pelajar ini mendapat bantuan kewangan dari pihak MARA. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gantang.

Tuan Haji Roslan ShaharumPAS · PRBukit Gantang

Terima kasih Yang Berhormat. Apakah langkah-langkah kementerian untuk meningkatkan pengambilan pelajar di luar bandar? Adakah kerajaan sedar bahawa kualiti pendidikan dan guru di luar bandar adalah rendah? Seterusnya, adakah kerajaan bercadang untuk mempermudah syarat kemasukan pelajar luar bandar dengan kelulusan yang minimum? Terima kasih.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Sebentar tadi saya telah pun memberikan jawapan, bahawa daripada bilangan pelajar yang telah dilahirkan oleh MRSM, kita telah pun memilih pelajar-pelajar ini 60% daripada luar bandar. Juga tadi saya tegaskan bahawa walaupun keutamaan diberi kepada 5A tetapi jika pendapatan keluarganya di bawah RM600, walaupun pelajar ini dapat 3A 2B juga kita akan pilih. ■1020 Daripada pelajar yang kita pilih terutamanya pelajar yang mendapat kelulusan 3A, 2B ini daripada rekod kita, akhirnya boleh dikatakan 50% daripada pelajar-pelajar yang pendapatan rakyat keseluruhannya rendah, yang datang daripada luar bandar ini telah mendapat kejayaan cemerlang 8A di dalam peperiksaan PMR. Untuk pelajar- pelajar miskin, bukan sahaja kita memberikan kelonggaran malah kita memberikan bantuan di mana pelajar yang masuk sahaja ke MRSM, kalau mereka ini daripada orang miskin kita terus memberikan kelengkapan dan kecualikan yuran, di mana yuran dikenakan RM270 kepada pelajar biasa tetapi kalau pelajar miskin kita berikan pengecualian dan kelengkapan yang kita beri bernilai RM1,600. Jadi memang Maktab Rendah Sains Mara khasnya MARA kita memberikan perhatian dan kita terus memberikan pembelaan kepada pelajar-pelajar daripada luar bandar yang kurang berkemampuan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak malu mengaku, saya dibesarkan, dibiayai oleh MARA. Merupakan bekas pelajar MRSM Terendak, Melaka yang pada saya ditubuhkan yang akan menyambut ulang tahun ke-25 penubuhannya. MRSM Terendak ini merupakan satu MRSM yang ditubuhkan pada awalnya untuk meletakkan anak-anak perajurit. Hari ini kita tahu MRSM juga ada menyediakan tempat untuk anak-anak polis.

Saya ingin bertanyakan kepada kementerian, adakah kementerian berhasrat untuk melibatkan ataupun membesarkan lagi anak-anak tentera, perajurit, polis ini kerana bapa dan ibunya berada di perbatasan. Walaupun mereka tidak tergolong dalam golongan miskin, tetapi bantuan meletakkan pelajar-pelajar anak perajurit dan polis ini sebenarnya dapat membantu meringankan dari segi pemikiran ibu bapa bahawa anaknya tetap berada dalam keadaan yang baik walaupun mereka berada di perbatasan. Terima kasih.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat daripada Muar. Produk daripada MRSM, tahniah. Bukan sahaja berjaya menjadi peguam, berjaya menjadi Ahli Parlimen yang berwibawa.... [Tepuk] Ini jelas menunjukkan Tuan Yang di- Pertua, orang bumiputera ini kalau diberikan peluang, insya-Allah kita juga boleh sama hebat dengan kaum-kaum yang lain... [Tepuk] Mengenai cadangan Yang Berhormat, saya ingin jelaskan bahawa setakat ini kita tidak ada rancangan untuk menubuhkan lagi ataupun menambahkan untuk anak tentera ataupun polis. Walau bagaimanapun saya ingin memaklumkan bahawa hari ini kita ada 40 buah MRSM di seluruh negara dan yang sedang dibina sambungan daripada RMK-8, yang kita sedang bina ada tujuh buah. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, kita akan membina lagi sembilan buah. Ertinya kita akan tambah 16 buah lagi MRSM dan saya percaya dengan penambahan yang banyak ini, kita akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar daripada luar bandar, anak-anak tentera dan juga polis untuk memohon memasuki MRSM. Tuan Yang di-Pertua, saya lihat tadi Yang Berhormat Ipoh Barat ada bangun. Saya tahu soalan yang dia hendak tanya, berapakah banyak peluang yang diberikan kepada orang bukan bumiputera, mungkin?

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Betul, betul Yang Berhormat...

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya ingin memaklumkan Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menjelaskan bahawa selain daripada...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, dia tahu soalan yang saya hendak tanya. Terima kasih.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak mengapa. Saya tahu, gaya dia bangun pun saya sudah tahu. Sudah lama kenal dia ini. Dia punya kelibat pun saya sudah tahu... [Ketawa] Sebab itu saya sudah mahir dengan Yang Berhormat Ipoh Barat ini. Sudah lama dengan dia. Lebih tiga penggal.

Tuan Yang di-Pertua

Tanya sahaja Yang Berhormat...

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan bahawa, saya hendak jelaskan di sini supaya jangan salah faham. Bahawa MRSM juga selain daripada kita memberi peluang kepada pelajar-pelajar miskin di luar bandar, kita juga sebenarnya membuka ruang kepada pelajar-pelajar bukan bumiputera sebanyak 10%. Sebagai contoh, untuk pemilihan tingkatan satu pada tahun 2008, kita telah menerima permohonan daripada bukan bumiputera sebanyak 334 orang. Setelah kita tapis, hanya yang layak ialah seramai 172 orang. Ini bermakna pemilihan yang kita ambil walaupun kuotanya 10%, sepatutnya 225 orang, tetapi kerana yang layak hanya 172 orang, jadi bermakna daripada permohonan yang dipohon daripada bukan bumiputera, kita telah memberikan sebanyak 51%. Namun demikian, walaupun kita kata 10% diperuntukkan kepada bukan bumiputera, saya ingin jelaskan daripada keseluruhan pelajar-pelajar yang berada di MRSM pada ketika ini adalah seramai 26,291 orang. Ada seramai 3,094 orang bukan bumiputera. Ini bermakna kalau 3,094 orang daripada 26,291 orang walaupun kuota kita tetapkan 10%, bermakna pelajar bukan bumiputera berada di MRSM lebih daripada 10%. Ini jelas menunjukkan bahawa dasar yang kita buat kita tidak pernah meminggirkan ataupun kita tidak pernah mengasingkan kaum-kaum bukan bumiputera... [Tepuk] Asalkan mereka layak, kita akan pilih walaupun terlebih kuota seperti mana yang telah kita tetapkan. Terima kasih.

Halimah binti Mohamed SadiqueUMNO · BNKota Tinggi · question

3. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) adakah kementerian sedar di Johor, kos pengurusan sisa pepejal berjumlah RM200 juta setahun, di mana RM180 juta dibayar kepada syarikat konsesi manakala selebihnya dibayar kepada kontraktor lantikan pihak berkuasa tempatan; dan (b) bolehkah kos-kos berkaitan ditanggung Kerajaan Persekutuan kerana ketidakmampuan pihak berkuasa tempatan membayar kos tersebut kepada syarikat konsesi.

Datuk Robert Lau Hoi ChewSUPP · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Sibu

Terima kasih Yang Berhormat dari Tenggara dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, (a) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedar kos pengurusan sisa pepejal yang tinggi di negeri Johor. Malah KPKT juga sedia maklum keadaan yang serupa berlaku di pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri- negeri lain. (b) Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh KPKT, adalah dianggarkan keseluruhan kos yang terlibat dalam mengurus sisa pepejal di seluruh negara melebihi RM1,000 juta setahun. Sungguhpun Kerajaan Persekutuan sedar bahawa banyak PBT yang mempunyai bayaran tertunggak kepada syarikat konsesi, KPKT tidak berhasrat untuk menanggung kesemua kos yang tertunggak berkenaan. Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan telah membantu PBT yang berkenaan di mana penswastaan interim telah dilaksanakan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Sejak tahun 1998 sehingga tahun 2006, bantuan kewangan yang telah diberikan berdasarkan kriteria tersebut adalah sebanyak RM55 juta. KPKT juga telah menggariskan kriteria baru bagi membolehkan lebih banyak PBT dibantu di atas kadar yang lebih tinggi. Sekian.

Tenggara.

Tuan Yang di-Pertua

Bukit Bintang... [Disampuk]

Soalan tambahan untuk saya tidak ada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya soalan tambahan...

Tuan Yang di-Pertua

Nanti saya kasi selepas Yang Berhormat Bukit Bintang.... [Ketawa]

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi ada masa Yang Berhormat berfikir.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula semua konsesi yang menguruskan sampah di seluruh negara? Oleh sebab ada ramai rakyat dan juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pun ada buat aduan tentang syarikat konsesi yang melakukan kerja yang tidak memuaskan hati. Adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula semua perjanjian yang sedia ada dan adakah kalau tidak berhasrat untuk mengkaji semula, apakah sebabnya dan adakah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil berat tentang kerja yang dibuat oleh konsesi tidak puas hati? Minta penjelasan, terima kasih.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat dari Bukit Bintang. Memang ini tidak dinafikan prestasi syarikat-syarikat konsesi yang ada kelemahannya. Kementerian saya sedang mengkaji langkah-langkah yang diperlukan termasuk mengkaji semula kontrak-kontrak kepada semua syarikat konsesi termasuk kita akan tubuhkan satu KPI supaya prestasi mereka akan sentiasa di reviewed, dipantau supaya perkhidmatan kepada rakyat akan dipertingkatkan. Kalau mereka gagal, tindakan berat akan diambil. Sekian ■1030

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Boleh saya tahu kenapa menteri tidak datang untuk jawab soalan ini?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Ipoh Barat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka ingatkan apabila menteri sudah menjawab, kalau itulah jawapan dia, janganlah dipersoalkan kerana itu jawapan.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan, Tuan Yang di-Pertua. Apa yang saya tanyakan adalah kenapa menteri tidak datang untuk jawab soalan ini.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sudah bertanya, menteri kadang-kadang berhak untuk tidak jawab pun. Tenggara, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, bilakah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal akan berfungsi dengan sepenuhnya dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh KPKT untuk menentukan kualiti hidup rakyat tidak akan dijadikan sebagai cagaran dan rakyat tidak akan menanggung kos pelaksanaannya akibat ketidakmampuan pihak berkuasa tempatan? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat dari Tenggara. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian saya kerana ada kelemahan prestasi perkhidmatan diberikan oleh syarikat konsesi, ‘tabung pembangunan kewangan’ dari PBT masing-masing supaya satu akta yang baru yang bernama Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 atau Akta 672 telah diluluskan oleh Parlimen pada 19 Julai 2007 dan diwartakan pada 30 Ogos 2007. Akta tersebut dijangka akan dikuatkuasakan dalam tahun 2008 ini selepas peraturan-peraturan yang berkesan telah siap diubah. Tambah pula di kementerian saya, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara telah ditubuhkan untuk mengubah dasar, strategi dan perundangan berkenaan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah ditubuhkan untuk melaksanakan dasar, strategi dan undang-undang yang telah diubah. Saya yakin kalau ini semua dijalankan, itulah diharap perkhidmatan pelupusan sisa pepejal kepada rakyat akan ditingkatkan. Bagi soalan kedua iaitu memang kementerian saya, KPKT, kami telah memberikan banyak langkah dan tindakan untuk memastikan semua pekan, kota, perbandaran atau bandar raya di negara kita adalah sesuai untuk rakyat hidup. Kami telah menjalankan beberapa langkah termasuk konsep CCTV, landskap negara untuk keindahan bandar dan kempen kebersihan awam dan kempen kesedaran awam kepada rakyat supaya kita semua boleh hidup di satu negara yang aman, selesa dan harmoni. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua

Tuan Azlan bin Ismail.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya nama saya Azan Ismail. Saya mohon untuk membuat sedikit pembetulan kepada soalan asal di nombor 4. Soalan asal saya merujuk kepada pengauditan standard “Halal”. Ini adalah kerana berkenaan dengan kepentingan agama dan soalan asal saya juga ditujukan

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

kepada Perdana Menteri. Saya mohon diterangkan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Menteri yang berkenaan, sila.

Azan bin IsmailPKR · PRIndera Mahkota · question

4. Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, siapakah yang bertanggungjawab memastikan proses pengauditan standard dilaksanakan agar piawaian ini dapat menjamin status produk tersebut.

Datuk Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Kota Marudu

Tuan Yang di-Pertua, perubahan di peringkat terkini lari daripada soalan asal, namun saya akan sentuh apa yang dimaksudkan, tetapi untuk menjawab persoalan mengenai dengan standard halal, perlu kita jelaskan keseluruhannya sistem pengauditan yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah Akta Standard Malaysia 1996 (Akta 59) Jabatan Standard Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah diberi mandat sebagai Badan Akreditasi Kebangsaan bagi menjalankan aktiviti akreditasi ke atas badan-badan yang menjalan aktiviti pensijilan di Malaysia. Melalui program akreditasi, Jabatan Standard Malaysia akan menjalankan pengauditan ke atas badan-badan pensijilan bagi memastikan proses pengauditan atau pensijilan yang dijalankan oleh badan-badan pensijilan ini ke atas syarikat-syarikat pengeluar atau pengilang adalah credible dan competent agar status produk yang mendapat pensijilan adalah terjamin. Antara agensi yang bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti pensijilan bagi produk dan telah mendapat akreditasi Jabatan Standard Malaysia adalah SIRIM QAS International Sdn. Bhd., anak syarikat SIRIM Berhad. Melalui pensijilan produk, SIRIM QAS International Sdn. Bhd. akan memastikan setiap produk yang didaftar di bawah skim yang ditawarkannya memenuhi standard yang ditetapkan melalui proses pengauditan. Pengauditan yang dijalankan menerusi skim pensijilan produk SIRIM ini adalah berasas kepada standard yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia atau badan-badan antarabangsa lain seperti International Organization For Standardization (ISO) atau International Electrotechnical Commission (IEC). Penyertaan di bawah skim ini adalah sukarela tetapi dalam keadaan tertentu adalah mandatori kerana tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasakan oleh badan- badan penguat kuasa seperti Suruhanjaya Tenaga, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Pengilang atau syarikat-syarikat pengeluar boleh memohon kepada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. untuk mendapatkan pensijilan di bawah skim yang ditawar ini. Jadi itulah sebenarnya keseluruhan sistem pensijilan. Namun kepada soalan yang ditimbulkan tadi yang lebih khusus kepada perihal standard Halal, saya ingin maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa mengenai standard Halal, Jabatan Standard Malaysia kini telah berjaya membangunkan tiga standard Malaysia Halal iaitu MS 1500 2004 bertajuk “Makanan Halal ; Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan” dalam bahasa Inggeris dan kedua, MS 1500 2004 versi bahasa Malaysia dan MS 1900 2005 bertajuk “Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Prinsip- prinsip Islam”. Kini standard Halal MS 1500 tersebut digunakan oleh JAKIM untuk aktiviti pensijilan Halal mereka. Sementara standard Halal MS 1910 kini sedang digunakan secara sukarela oleh 10 syarikat yang ingin melaksanakan sistem pengurusan kualiti berasaskan Islam. SIRIM QAS International pula sedang menjalankan projek perintis, pioneer program bagi mempelajari pelaksanaan standard Halal ini oleh pihak industri dan kerajaan. Terima kasih.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana standard pensijilan halal ini adalah merupakan one-off certification, dengan izin dan persoalan berkenaan dengan pengauditan iaitu memastikan bahawa proses yang dilakukan dalam pensijilan ini atau standard ini dipatuhi dan perkara ini juga menjadi concern, dengan izin, ataupun berkepentingan awam yang menjurus kepada

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

seluruh umat Islam di negara kita dan seterusnya barangkali di seluruh dunia yang membincangkan tentang certification yang bersifat one-off tadi, dengan izin. ■1040 Jadi, adakah standard pengauditan ini akan dipertingkatkan ataupun sekurang- kurangnya dilakukan tidak secara one-off. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, seperti sijil-sijil yang dikeluarkan oleh agensi-agensi pensijilan, sememangnya Jabatan Standard Malaysia adalah sebagai badan pengauditan peringkat kebangsaan sentiasa menjalankan peranannya untuk mengaudit setiap sijil yang dikeluarkan oleh agensi- agensi tersebut. Dalam perihal standard halal ini sememangnya ini adalah sesuatu yang baru. Namun tatacara serta juga prosedur yang diamalkan oleh Jabatan Standard Malaysia akan terus dijalankan dan diperketat untuk tujuan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, seperti mana kita sedia maklum agensi pensijilan nanti bagi produk halal adalah Halal Industry Development Corporation dan menggunakan logo JAKIM. Dalam soal ini saya ingin tegaskan bahawa Jabatan Standard Malaysia akan terus menggunakan tatacara dan proses-proses yang sedia ada untuk memastikan sijil-sijil yang dikeluarkan oleh HIDC itu, dan seterusnya pengauditan dari masa ke semasa adalah seperti mana tatacara yang ditetapkan untuk membolehkan sesuatu sijil itu terus diperoleh oleh syarikat tersebut. Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, setakat ini berapakah sijil standard yang telah dikeluarkan, yang telah digantung dan yang telah ditarik balik. Jika ada mengapakah sebab-sebabnya ditarik balik. Terima kasih.

Saya hanya mempunyai data yang dikeluarkan oleh SIRIM QAS, namun ini adalah kira-kira 70% daripada semua sijil. Dari segi sistem pengurusannya keseluruhannya pada masa ini bagi SIRIM QAS sebanyak 5,400 sijil telah pun dikeluarkan, dan daripada ini sebanyak 4,340 adalah bagi Sijil ISO 9001 dan yang lain itu adalah kira-kira sembilan jenis sijil di bawah kepala-kepala tertentu. Untuk makluman bagi sijil-sijil yang dikeluarkan dan digantung saya hanya mempunyai data bagi tahun 2005, 2006 dan 2007. Sebagai gambaran saya ingin memaklumkan di sini, misalnya pada tahun 2005 jumlah sijil yang dikeluarkan sebanyak 285, yang digantung 105 dan yang ditarik balik 121. Bagi tahun 2006 yang dikeluarkan oleh SIRIM QAS sebanyak 250, yang digantung 176 dan ditarik balik 221. Bagi tahun lalu yang dikeluarkan sebanyak 248, yang digantung 85 dan yang ditarik balik 120. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, asas-asas kenapa ia digantung biasanya kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti misalnya tidak membekal sampel-sampel bagi produk untuk dikaji. Bagi yang ditarik balik biasanya kerana syarikat tidak lagi mengeluarkan produk tersebut dan sekali gus dia tidak ingin lagi meneruskan sijil tersebut ataupun syarikat tersebut telah berpindah pengeluarannya di luar negara, maka tidak relevan lagi sijil tersebut. Ada juga yang ditarik kerana salah guna terma seperti mana yang ditetapkan dalam sijil tersebut. Terima kasih.

Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam · question

5. Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, adakah kerajaan mempunyai sebarang rancangan untuk menerokai penggunaan sumber bio-diesel selain daripada kelapa sawit untuk menggantikan minyak petroleum dan diesel.

Datuk Peter Chin Fah KuiSUPP · BNMenteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi · Miri

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersamaan dengan satu soalan lagi dari Yang Berhormat Simpang Renggam, iaitu pada 20 Mei, serta juga soalan daripada Yang Berhormat Machang pada 21 Mei dan soalan daripada Yang Berhormat Jasin pada 22 Mei secara sekali gus, kerana keempat-empat soalan ini melibatkan isu yang sama iaitu berkaitan dengan pembangunan industri bio-diesel.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, bio- diesel berasaskan sawit berpotensi sebagai bio bahan api bagi menggantikan diesel daripada petroleum. Di antara sebab-sebabnya adalah bio-diesel merupakan bahan bakar yang mesra alam, mampan dan boleh diperbaharui. Bagi menggalakkan pertumbuhan industri ini di Malaysia, antara usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan adalah: (i) dasar bio bahan api negara iaitu National Biofuel Policy, dengan izin telah dilancarkan pada Mac 2006 bagi menetapkan hala tuju dan pembangunan industri bio-diesel; (ii) Akta Industri Bio Bahan Api Malaysia 2006 telah diluluskan oleh Parlimen. Akta ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan antara lain bagi pelaksanaan mandatori penggunaan bio bahan api, pelesenan dan penyimpanan bio bahan api; dan (iii) bio bahan api berasaskan sawit memenuhi piawaian bio bahan api antarabangsa seperti EN 14214 di Eropah dan ASTDM 6751 di Amerika Syarikat. Sehubungan ini bio bahan api yang berasaskan sawit boleh dieksport ke pasaran antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan status projek bio-diesel yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Machang, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lesen pengilangan bio bahan api telah mula dikeluarkan pada bulan Jun 2004. Sehingga kini sebanyak 91 projek bio-diesel atau lesen projek bio- diesel telah pun diluluskan dengan jumlah kapasiti pengeluaran sebanyak 10.2 juta tan setahun. Dari jumlah tersebut sebanyak 12 buah kilang bio-diesel telah siap didirikan dan beroperasi dengan jumlah kapasiti 1 juta tan setahun. Selain itu terdapat dua buah kilang bio-diesel yang telah siap dibina tetapi belum memulakan operasi dengan kapasiti 160,000 tan setahun. Berhubung dengan bekalan bahan mentah, daripada 91 projek yang diluluskan sebanyak 30 buah syarikat mempunyai sumber bahan mentah sendiri. Manakala baki 61 buah syarikat lagi memperoleh bahan mentah dari pasaran terbuka. Pengeluaran oleh kilang-kilang yang beroperasi adalah sebanyak 196,363 tan bagi bulan Ogos 2006 sehingga Mac tahun ini. Manakala eksport bio-diesel bagi tempoh tersebut adalah sebanyak 154,791 tan dengan nilai sebanyak RM411 juta, dan dipasarkan ke negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Singapura, Australia dan lain-lain lagi. Baki pengeluaran bio-diesel digunakan oleh industri tempatan. ■1050 Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Jasin, pengeluaran bio diesel daripada bahan buangan termasuk sawit, masih dalam peringkat awal fasa penyelidikan dan pembangunan. Hasil awal penyelidikan menunjukkan bahawa kos pengeluaran bio diesel daripada bahan buangan masih lagi terlalu tinggi dan belum lagi dapat di komersialkan. Bio diesel boleh dihasilkan daripada mana-mana minyak sayuran atau lelemak. Walau bagaimanapun, penggunaan minyak sawit serta lain-lain minyak sayuran telah menimbulkan isu percanggahan atau persaingan kegunaan minyak sayuran sebagai bahan bakar atau makanan. Sehubungan ini, usaha-usaha dunia sedang ditumpukan untuk menggunakan sumber bahan mentah bagi pengeluaran bio bahan api dari bahan mentah yang tidak boleh dimakan atau non-edible source seperti ‘jatrophra coccus’ ditanam di atas tanah yang tidak sesuai untuk tanaman makanan. Pada masa ini kerajaan juga sedang menerokai penggunaan minyak jarak atau jatropha a untuk digunakan bagi pengeluaran bio diesel. Walau bagaimanapun, ia masih di peringkat penyelidikan dan pembangunan, serta belum sampai ke tahap pengkomersialan secara besar-besaran di negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, pada amnya cabaran yang dihadapi oleh pengilang bio diesel pada masa kini ialah harga bahan mentah sawit yang semakin meningkat, yang menjurus kepada peningkatan kos pengeluaran. Sebagai contoh; purata harga minyak sawit mentah pada tahun 2006 ialah RM1,502 setan metrik telah meningkat kepada RM2,516 setan metrik pada tahun 2007.

Manakala bagi tempoh suku tahun pertama 2008, iaitu Januari sehingga Mac, purata harga minyak sawit mentah adalah RM3,433 setan metrik. Dari segi kos pada bulan Mac 2008, kos pengeluaran bio diesel berasaskan minyak sawit setan metrik adalah sebanyak RM4,330 setan metrik berbanding dengan harga pasaran bio diesel sekarang adalah dianggarkan RM3,632 setan metrik. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin sebut secara kesimpulan. Dinyatakan bahawa dunia sekarang dalam proses meningkatkan penggunaan bio diesel dari bahan-bahan api serta lain-lain bahan bakar yang boleh diperbaharui. Industri sawit negara boleh menyumbang dan melibatkan diri dalam perkembangan ini. Inilah ramalan bagi kita, bagi industri bio bahan api di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya ialah, meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, kalau sejak Jun 2004 daripada 91 lesen pengeluaran biodiesel dikeluarkan, cuma 12 beroperasi. Ini maknanya percentage yang amat rendah, cuma 13%. Kalau bekalan atau fixed stock nya cuma 30 syarikat sahaja yang mampu menemui fixed stock. Ini juga prestasi yang sangat mengecewakan, saya kira. Daripada sejumlah 91 lesen pengeluaran bio diesel yang dikeluarkan, soalan saya ialah, berapa syarikat yang betul-betul mempunyai loji pengeluaran sendiri? Oleh sebab, kalau penjelasan Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, berdasarkan dalam Rancangan Malaysia Ke-8, sasaran penghasilan tenaga yang bukan bersumberkan kepada punca konvensional seperti minyak, gas dan arang batu, sasarannya ialah 500 megawatt. Akan tetapi pencapaiannya kurang daripada 10%. Manakala semakan untuk Rancangan Malaysia Ke-9 pula ialah 350 megawatt. Apakah kerajaan betul-betul yakin, sasaran ini boleh dicapai? Kalau yakin, sila nyatakan kepada Dewan, apa sasaran untuk kerajaan mempunyai keyakinan tersebut? Apa strategi untuk kerajaan betul-betul mempunyai keyakinan tersebut? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Bagi menjawab pertanyaan tadi mengenai berapa kilang telah didirikan, jawapannya ialah 12 buah sudah didirikan. Akan tetapi pada masa ini harga fixed stock yang datang daripada minyak sawit ini adalah terlalu tinggi, maka sebab itu mereka tidak mengeluarkannya dalam jumlah yang banyak. Hanya sedikit dari segi jumlah kapasiti yang mereka keluarkan. Sebab itulah Yang Berhormat, pada masa sekarang industri ini mengikut pasaran. Iaitu pihak swasta yang mendirikan kilang-kilang tersebut, mereka mempunyai hak dan juga pilihan untuk meneruskan operasi atau menunggu ke suatu masa yang di mana mereka dapat fixed stock yang lebih murah untuk mengeluarkan bio diesel bahan api. Sebagai satu polisi atau dasar tenaga di masa akan datang, saya rasa di sektor pengangkutan ini adalah satu peluang bagi kegunaan untuk bahan api seperti biodiesel kerana sektor inilah yang menggunakan diesel yang banyak. Dan juga mereka sering kali menggunakan kenderaan di tempat-tempat di mana terdapat ramai pengundi atau ramai orang seperti di pasar-pasar besar atau di kota-kota yang di mana ramai penduduknya. Sebab itulah kita akan mengambil satu pendekatan di mana pada masa yang akan datang, kalau diesel ini digunakan secara mandatori, kerajaan boleh mengambil pertimbangan supaya kenderaan-kenderaan, transports atau pengangkutan ini seperti bas, lori dan lain-lain lagi yang menggunakan bahan api diesel buat masa sekarang, boleh bertukar kepada penggunaan bio bahan api – bio diesel. Maka itulah satu pendekatan yang kita akan ambil untuk masa depan, untuk jangka masa panjang. Akan tetapi inginlah saya sebutkan di sini bahawa, pada masa ini adalah tidak munasabah kalau kerajaan memaksa mereka menggunakan bio bahan api tanpa apa-apa pertolongan daripada pihak kerajaan, supaya mereka dapat menikmati satu ruang yang lebih baik. Inilah hakikat yang kita hadapi buat masa sekarang. ■ 1100

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat bagi Sepanggar.

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri. Pada saya, saya rasa kerajaan seolah-olah di dalam dilema di mana kita sedang dihadapi dengan saingan di antara makanan dan bahan api. Apakah sebenarnya polisi kita oleh kerana kita dapat lihat pada ketika ini kawasan yang boleh tanam padi pun terpaksa kita tanam kelapa sawit. Jadi inilah dilema sebenarnya saya rasa kita hadapi kalau semua kawasan yang boleh kita tanam padi ini kita tanam dengan kelapa sawit, apa akan terjadi. Pertanyaan di sini adalah apakah sebenarnya polisi kerajaan ini sama ada di antara makanan dan bahan api. Terima kasih.

Betul Yang Berhormat. Kita memang menghadapi masalah untuk memilih bahawa jumlah keluaran yang kita keluarkan minyak sawit ini untuk digunakan untuk bahan api atau kita hendak membuatkan satu keputusan berapa banyak kita perlu menggunakan untuk bahan api. Sebab itulah Yang Berhormat, kita dalam satu keputusan di mana Jawatankuasa Kabinet sudah menetapkan bahawa kita hanya maksimumnya menggunakan 6 juta tan yang dikeluarkan dalam negara kita ini untuk bahan api tetapi walaupun ada keputusan itu, tetapi kita kenalah serahkan kepada pihak swasta untuk memilih sama ada dia hendak jual minyak sawit itu di pasaran sebagai makanan atau dia hendak gunakannya sebagai raw material bagi biodiesel. Itulah saya sebut tadi mengikut pasaran, mengikut pilihan pihak yang memiliki kilang tersebut. Sebab itu untuk makluman Yang Berhormat, kita juga cuba mengadakan bahan-bahan atau sumber bahan yang lain seperti jatropha yang saya sebut tadi wheat straw atau rice husks. Ini adalah bahan-bahan yang boleh kita gunakan dan termasuk sagu juga boleh digunakan sebagai satu bahan api untuk mengeluarkan bio-etanol. Itulah cara-cara yang sedang kita ambil kira macam mana kita hendak hadapi masalah pada masa akan datang tentang kegunaan bio-bahan api di negara kita ini.

Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan · question

6. Tuan Nga Kor Ming [Taiping] minta Menteri Pelajaran menyatakan, jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk melaksanakan dasar mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sejak 2003 mengikut peringkat sekolah rendah dan menengah dan tahap pencapaian setakat ini.

Dato' Razali bin IsmailUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Kuala Terengganu

Tuan Yang di- Pertua, secara keseluruhan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan bagi melaksanakan pengajaran, pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sejak 2003 adalah seperti berikut. (i) pembekalan peralatan ICT mengikut fasa sebanyak RM2.21 bilion; (ii) pembekalan perisian ICT sebanyak RM2.4 juta; (iii) latihan pra perkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan untuk guru sebanyak RM317 juta; dan (iv) bayaran insentif subjek pendidikan BISP yakni kepada guru- guru yang terlibat mengajar Matematik dan Sains dan Bahasa Inggeris sebanyak RM638 juta. Persoalan yang kedua tentang tahap pencapaian setakat ini Kementerian Pelajaran Malaysia sedar serta menjangkakan pelbagai rintangan dan kelemahan yang bakal dihadapi terutamanya di peringkat awal pelaksanaan PPSMI ini. Dalam konteks ini kita sedar bahawa guru-guru perlu dilengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran dan kemahuan untuk berubah mengajar dalam bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan penilaian pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains secara menyeluruh melibatkan semua sekolah, semua guru di seluruh negara dan dalam penilaian ini kita dapati beberapa penemuan. Kajian PPSMI tahap satu yakni pada tahun tiga yang telah dibuat pada 2005 menunjukkan pencapaian 80.3% murid melepasi 40 markah ke atas dan dalam mata pelajaran Sains dan 53.1% murid-murid melepasi 40% markah ke atas dalam mata pelajaran Matematik. Walau bagaimanapun, Kementerian Pelajaran berpendapat

Dato' Razali bin IsmailUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Kuala Terengganu

penilaian tentang keberkesanan PPSMI adalah lebih tepat dibuat selepas satu pusingan kohort murid yang mengikuti dasar ini yang telah tamat pembelajaran selama enam tahun. Setakat ini pada tahun enam yakni pada penghujung tahun ini, satu laporan akan dikemukakan dan kohort Tahun 6 yang mengambil UPSR pada penghujung tahun ini adalah telah mengikuti PPSMI selama enam tahun yakni bermula Tahun 1, 2003 dan dapatan penilaian ini akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran membuat keputusan dasar berkaitan pelaksanaan PPSMI.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, menyedari bahasa jiwa bangsa dan kita tahu mengikut kajian UNESCO bahasa ibunda merupakan lingua franca penyampaian ilmu yang paling berkesan khususnya di tahap permulaan sekolah. Kita tahu bahasa Inggeris penting, we know the importance of English dengan izin, why don’t we learn English by teaching English. Bukannya mempelajari bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik. Anak kita bukannya dengan izin, white mouse untuk eksperimen Tuan Yang di-Pertua. Maka soalan saya adalah menyedari dasar ini khususnya di tahap permulaan adalah terpesong daripada falsafah pendidikan yang telah terbukti berkesan oleh UNESCO di mana Malaysia sekarang sendiri menjadi ahli jawatankuasa dalam UNESCO. Apakah kerajaan akan meninggalkan yang keruh dan ambil yang jernih. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memulihkan dasar mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda di samping memartabatkan bahasa ibunda dan apakah jaminan kerajaan apabila kerajaan tanpa kajian yang meneliti telah pun bertukar medium perantaraan bahasa khususnya di peringkat sekolah awam dan akan menggadaikan masa hadapan generasi muda kita. Saya harap kerajaan akan insaflah.

Dato' Razali bin IsmailUMNO · BNKuala Terengganu

Terima kasih di atas keprihatinan tentang generasi Malaysia akan datang. Kita juga tidak mahu melihat generasi kita tertinggal dalam era maklumat terutamanya dalam pengajaran pembelajaran Sains Matematik. Dasar PPSMI digubal berasaskan kesedaran bahawa Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang cukup dinamik. Sebahagian besar maklumat terdapat dalam bahasa Inggeris. Strategi ini adalah untuk membolehkan anak-anak kita akses dan dapat mengutip maklumat dalam Sains dan Matematik melalui bahasa Inggeris. Ledakan maklumat yang berlaku sekarang sarwajagat, seglobal memerlukan kita berganjak. Dasar PPSMI membolehkan murid mampu menguasai Sains dan Matematik supaya kita jadi lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa di samping juga dapat menggunakan bahasa Inggeris dengan sebaik-baiknya. Tadi telah disebut tentang kajian. Sebenarnya Kementerian Pelajaran telah melakukan pelbagai kajian melibatkan agensi-agensi luar daripada bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran institusi pengajian tinggi. ■1110 Kajian tentang pelaksanaan PPSMI ini berlangsung sejak tahun 2002, 2003 sehingga ke hari ini. Kajian tahap pencapaian murid, kajian kes penggunaan bahasa Inggeris dan penggunaan ICT, meta analisis, kajian PPSMI, pemantauan kolaboratif, analisis ujian diagnostik adalah merupakan kajian-kajian yang dijadikan sebagai tapak dan asas untuk kita bertolak pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris. Namun seperti mana yang telah saya sebutkan sebentar tadi bahawa kajian yang menyeluruh sedang dilakukan yakni pada kohort Tahun 6 yang merupakan pusingan terawal selesai belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Boleh benarkan saya memberikan penjelasan Timbalan Menteri. Adakah menteri sedar di negara Jepun, China mereka boleh hantar roket menggunakan bahasa ibunda?.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk dulu. Apabila sudah buat soalan tambahan sudah tidak boleh membuat penjelasan lagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 35(1) tolong senyap dahulu. Peraturan Mesyuarat 35(1), seseorang Ahli Yang Berhormat sedang bercakap, berdiri selepas itu kalau dipanggil baru boleh. Ini semua berdiri, mahu bercakap, saya tidak tahu. Sila Yang Berhormat Gombak.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, saya alhamdulillah dapat master

dalam Matematik... [Tepuk] Saya pernah mengajar di Maktab Rendah Sains MARA Terendak. Salah seorang anak murid saya ialah Ahli Parlimen Muar... [Tepuk] Selaku guru Matematik, saya tahu benar kalau matlamatnya untuk rakyat Malaysia untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik ianya tidak mungkin boleh dikuasai melalui pengajaran Matematik dan Sains sebab itu saya hendak tanya, apakah pendekatan yang dibawa oleh kerajaan pada ketika itu, benar-benar dapat menghasilkan satu generasi yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana pengalaman saya dalam Kementerian Pendidikan ketika Dato Seri Anwar menjadi Menteri Pendidikan... [Dewan riuh] Apabila kita hendak generasi kita menguasai bahasa Inggeris, bukan diajar dalam technical subject. Kita ajar additional subject dengan izin, seperti literature in English. Ini menunjukkan bahawa ketika itu, kita benar-benar mampu mengangkat martabat orang Melayu bukan di bawah kepimpinan UMNO pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan.

Yang kedua saya hendak tanya kepada kerajaan, siapakah yang diperuntukkan projek membekalkan peralatan ICT sehingga mencecah RM2.1 bilion, satu jumlah yang besar dan ini menjadi persoalan kerana dasar ini dibuat bukan untuk mendidik rakyat menguasai bahasa Inggeris tetapi mewujudkan kontrak untuk kroni-kroni pemimpin pada ketika itu.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila menteri.

Dato’ Razali bin IsmailUMNO · BNKuala Terengganu

Saya dapat kesan bahawa persoalan terakhir adalah merupakan persoalan yang agak politik sifatnya, yang memberi tuduhan-tuduhan yang agak melulu.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, jawab sahaja yang ada kaitan dengan tanggungjawab sebagai menteri. Yang politik itu tidak payah jawab.

Dato’ Razali bin IsmailUMNO · BNKuala Terengganu

Pokoknya sekarang... [Ketawa] Langkah mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris tidak bermakna bahasa ibunda, bahasa Melayu itu dan juga bahasa-bahasa ibunda yang lain diketepikan. Kita hanya semata-mata melihat ini sebagai satu strategi untuk mendepani masa depan kita untuk kita boleh mengharungi cabaran dunia global dengan penekanan sains teknologi yang hebat. Kita mahu bersaing dengan negara-negara lain agar kita tidak ketinggalan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Dia sudah jawab, tidak payahlah.

Tuan Yang di-Pertua, syarikat yang dapat pembekalan RM2.1 bilion, perkara ini tidak dijawab.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, jangan benarkanlah. Mana boleh.

Apakah ini persoalan politik?. Ini tax payers money, kita bayar cukai, kita hendak tahu siapa dapat kontrak tersebut.... [Dewan riuh]

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Berkaitan, berkaitan...

Tuan Yang di-Pertua

Tidak payahlah, menteri sudah jawab. Tidak payahlah.

Tidak mengapa, saya tunggu menteri datang, biar dia jawab.

Mohd Jidin bin ShafeeUMNO · BNSetiu · question

7. Dato’ Haji Mohd Jidin bin Shafee [Setiu] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, setakat manakah kemajuan pelaksanaan perancangan Program Lonjakan Mega Luar Bandar bagi Projek Agropolitan di daerah Setiu telah dilaksanakan sehingga kini.

Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad TaibMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Tuan Yang di-Pertua, Projek Agropolitan yang menggariskan matlamat untuk mengeluarkan 10,000 ketua isi rumah dengan melibatkan kawasan

Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad TaibMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

35,044 hektar bermatlamat untuk mengeluarkan masyarakat miskin tegar daripada garis kemiskinan dengan meningkatkan purata pendapatan daripada RM300 sebulan kepada RM1050 hingga ke RM1200 sebulan. Program Lonjakan Mega Luar Bandar termasuk Projek Agropolitan Setiu merupakan program bersepadu dan komprehensif yang mempunyai matlamat serampang dua mata yakni iaitu menghapuskan kemiskinan tegar luar bandar khususnya kawasan sekitar projek berkenaan. Kedua, menjana serta mempercepatkan pembangunan di kawasan mundur, terpencil dan terbiar. Bagi Projek Agropolitan daerah Setiu, ianya telah diluluskan pelaksanaannya oleh Jemaah Menteri pada 9 April 2008. Ia melibatkan kawasan seluas 2023 hektar dan melibatkan 700 peserta miskin tegar dan sedang dalam proses dimulakan. Pelaksanaan projek ini melibatkan kerjasama strategik di antara kerajaan, Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah dan Majlis Pembangunan Koridor Pantai Timur dan Kerajaan Negeri.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan. Saya difahamkan bahawa Projek Agropolitan Setiu akan dikendalikan ataupun agensi pelaksananya ialah RISDA tetapi akhir-akhir ini saya difahamkan akan berlaku perubahan dan pihak kerajaan akan memberi agensi pelaksananya kepada ECER. Memandangkan RISDA telah pun diperuntukkan sebanyak RM102 juta setakat ini, iaitu dengan keluasan yang sebenar kalau tidak salah yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri seluas 2467.28 hektar. Jadi saya berharap Yang Berhormat Menteri akan terus memberi agensi pelaksana ini kepada RISDA memandangkan RISDA telah pun memulakan kerja-kerja awal sejak tahun lepas lagi. Soalan yang seterusnya ialah siapakah yang akan menjadi peserta, golongan mana, bangsa mana yang saya difahamkan akan ditempatkan seramai 700 orang di kawasan ini...

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Yang di-Pertua. Program ini baru sahaja diluluskan dan dalam kajian dan peserta-peserta yang akan diambil ialah daripada kawasan sekitar dan seperti mana yang awal-awal tadi saya telah sebut bahawa Projek Agropolitan sama ada di Terengganu atau di mana juga ialah bertujuan untuk menghapuskan sama sekali kemiskinan tegar dan oleh itu peserta-peserta akan dipilih oleh Kerajaan Negeri dan akan ditentukan syarat-syarat bahawa peserta-peserta ini adalah berpendapatan rendah kurang daripada RM300 sebulan. Bagi pelaksana, pihak kementerian sedang berbincang antara majlis dengan pihak yang telah memulakan projek ini.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Sungai Petani. Sila. ■1120

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat Menteri, satu media telah pun melaporkan pada 11 Disember 2007 di Joint United Nations Development Program and Economic Planning Unit melaporkan kadar kemiskinan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun adalah seperti berikut:- | Negeri |Kadar Kemiskinan Kanak-Kanak Bawah Umur 15 tahun (%)| |----------|-----------------------------------------------------:| |Sabah | 41.6| |Terengganu| 25.9| |Kelantan | 18.5| |Sarawak | 14.9|<END_TABLE_MARKER>

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Melihat kepada data ini kanak-kanak di bawah umur 15 tahun sedang menghadapi masalah besar. Malangnya mereka kebanyakan berada di Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberikan pandangan di sini adakah kementerian akan memberikan tumpuan khas kepada negeri- negeri ini dan membantu mereka kerana ini umur 15 tahun ke bawah tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, kalau mahu jawab boleh. Kalau tidak saya rasa itu luar soalan. Pasal soalan asal spesifik daerah Setiu.

Saya mahu jawab, saya mahu jawab.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri mahu jawab.

Terima kasih sahabat saya masa di universiti dahulu. Memang benar Sabah dan Sarawak merupakan tempat yang tinggi kadar kemiskinan. Itu sebabnya pada 11 Ogos 2007 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun memulakan projek agropolitan di Agropolitan Pulau Banggi di Sabah dengan peruntukan kira-kira RM167 juta melibatkan 1,200 peserta dan keluasan 4,500 hektar. Bagi di Sarawak pula kerajaan akan berbelanja RM121.95 juta melibatkan kawasan seluas 4,132 dan peserta 500. Semua sekali melibatkan lebih kurang RM1.12 bilion di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak dan juga negeri-negeri lain melibatkan keluasan 25,558 hektar dan melibatkan 10,000 peserta. Bermakna apabila projek agropolitan ini dilaksanakan di Sabah, Sarawak, Kelantan, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain termasuk di Negeri Sembilan dan Melaka, kita akan dapat mengeluarkan 10,000 ketua isi rumah miskin tegar dengan melibatkan 25,558 hektar dan seperti saya sebutkan tadi melibatkan RM1.112 bilion. Dengan ini kita harap sebahagian besar keluarga miskin tegar ini akan dapat dihapuskan menjelang tahun 2010.

Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka · question

8. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, berapakah jumlah syarikat yang diberikan kuasa untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan di seluruh negara dan bagaimana kementerian dapat mengawal prestasinya.

Datuk Ong Tee KeatMCA · BNMenteri Pengangkutan · Pandan

Tuan Yang di-Pertua, pada masa kini kerajaan memberikan kuasa permit hanya kepada Puspakom untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan di seluruh negara. Kerajaan mengawal prestasi Puspakom melalui dua langkah utama seperti yang berikut: (i) Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ dan Puspakom mengadakan perbincangan secara tetap iaitu setiap dua bulan bagi membincangkan segala isu-isu yang berkaitan termasuk aduan-aduan yang diterima dari kalangan orang ramai; dan (ii) JPJ mengadakan pemeriksaan secara berjadual dan mengejut ataupun spot-check dengan izin, ke atas semua pusat pemeriksaan kenderaan Puspakom. Pemeriksaan yang dijalankan turut meliputi proses penentu ukuran ataupun calibration dengan izin, ke atas setiap peralatan dan kelengkapan pemeriksaan kenderaan. Sekian.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab. Saya percaya bahawa Yang Berhormat Menteri akan sependapat dengan saya bahawa ada persaingan sihat

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

adalah perubahan dan kebaikan. Sekarang sebab ada AirAsia, MAS pun ada promosi, ”Fly 5-star with everyday low fares”….

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Soalan, soalan.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Soalannya sabar, sabarlah. Soalan tambahan saya untuk mengelakkan monopoli adakah kerajaan bercadang memberikan konsesi baru kepada syarikat yang lain atau membenarkan woksyop-woksyop yang bertauliah menjalankan pemeriksaan kenderaan dengan keluarkan sijil yang boleh diterima JPJ, jika tidak berikan sebab-sebabnya.

Datuk Ong Tee KeatMCA · BNPandan

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka dan saya memang setuju dengan Yang Berhormat bahawa di dunia ini kalaulah terdapat persaingan yang sihat bukan yang tak sihat maka konsumer biasanya yang akan dapat mengecap kebaikannya tapi dalam perhubungan ini perlu juga kita ambil kira beberapa faktor. Umpamanya kalau sesuatu daya usaha itu khasnya seperti pemeriksaan kenderaan yang sebelum ini tiada sebelum tahun 1994 memang tiada pemeriksaan sebegini dan bila ianya julung-julung kali diperkenalkan dan dilaksanakan ianya melibatkan risiko yang perlu ditanggung oleh pihak yang mengusahakannya. Risiko dari segi beberapa aspek umpamanya kemungkinan tiada critical mess dengan izin, dan yang keduanya suka tak suka pihak pengusaha itu kenalah ambil kira juga social obligation dengan izin, dalam usaha menetapkan ataupun menentukan pusat-pusat pemeriksaannya termasuk juga di kawasan-kawasan pedalaman. Itu pun saya pernah jawab tempoh hari bila saya jawab soalan Yang Berhormat Bukit Mertajam. Apa Yang Berhormat soal tadi itu saya hendak maklumkan bahawa sesungguhnya setakat ini kerajaan masih lagi terikat kepada perjanjian konsesi yang telah pun ditandatangani pada 1 September 1994 dan ianya berkuat kuasa selama 15 tahun dan itulah serba sedikit yang saya boleh maklumkan Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini. Sekian.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat, saya telah menyuarakan masalah yang sama lima tahun yang lalu dan saya sehaluan dengan Yang Berhormat Kota Melaka. Inilah masalah kerajaan tidak mengkaji dahulu keadaan bagaimana sehingga terikat dengan perjanjian konsesi 15 tahun, 20 tahun.... [Tepuk] Saya masih menerima laporan daripada rakyat bahawa Puspakom tidak menjalankan tugas sebaik mungkin masih lagi mengeluarkan kelulusan pemeriksaan jarak jauh, PJJ. Kenderaan tak masuk pun boleh lulus. Jadi ini perlu dikaji. Kita memang terikat dengan konsesi tapi kalau dia melanggar peraturan maka kerajaan berhak merubah atau menarik balik kelulusan tersebut dan dibuka kepada mereka yang berminat. Apakah kerajaan akan membuat demikian ataupun tidak. Terima kasih.

Datuk Ong Tee KeatMCA · BNPandan

Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi bila saya cakap saya setuju ada sebabnya dan Yang Berhormat Kinabatangan sebenarnya bila beliau berhujah saya setuju juga 15 tahun itu mungkin pada zahir ianya adalah begitu panjang. Namun cuba kita bayangkan bahawa bila perjanjian konsesi itu ditandatangani pada tahun 1994 antara faktor-faktor yang diambil kira itu termasuk juga tempoh yang dikira wajar untuk membolehkan pemegang konsesi itu atau pengusaha konsesi itu supaya dapat memantapkan daya usaha ini. ■1130 Walaupun demikian, suka saya beralih kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan khasnya tentang kelemahan-kelemahan yang timbul dari semasa ke semasa. Khasnya apa yang Yang Berhormat sarankan itu tadi, saya rasa kita sama- sama rasa terpanggil untuk membawa kelemahan-kelemahan ini bukan sahaja kepada pihak PUSPAKOM tetapi juga kepada kerajaan. Saya selaku menteri yang berkenaan, saya memberi jaminan di sini bahawa saya bukan sekadar melayan apa yang dibawa atau apa yang dibangkitkan di dalam Dewan ataupun di luar Dewan ataupun melalui email dan sebaginya khasnya mengenai kelemahannya. Saya juga tidak teragak-agak untuk mengarahkan supaya tindakan yang tegas diambil untuk membanteras kelemahan-kelemahan khasnya rasuah yang timbul jika ada. Saya beri jaminan, menjurus ke arah ini. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab untuk pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan sudah selesai. Sila Setiausaha. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 18(1) — Tindakan Polis Terhadap Demonstrasi 11 Mei 2008Urgent matter

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya M. Kula Segaran Ahli Parlimen kawasan Ipoh Barat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dengan ini mencadangkan supaya ditangguhkan majlis mesyuarat dengan hendak merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan teks usul seperti berikut; tindakan kejam pihak polis terhadap demonstrasi pada 11 Mei 2008 yang meminta kerajaan memansuhkan undang-undang ISA atau International Security Act juga membebaskan semua tahanan ISA. Pada 11 Mei 2008, rakyat Malaysia telah mengadakan satu demonstrasi di seluruh negara untuk membantah kezaliman ISA dan juga meminta kerajaan untuk membebaskan semua tahanan ISA secara aman. Itu diganggu oleh pihak polis. Masyarakat menunjukkan rasa kecewa terhadap kezaliman ISA yang selalunya digunakan terhadap pengkritik dan pembangkang politik kerajaan Malaysia. Manakala, perhimpunan aman di Ipoh mula ditindas secara ganas di mana kesemua poster-poster dan sepanduknya telah dirampas oleh polis dan masyarakat mula dikasari dan mula diancam oleh pihak polis. Manakala, lebih dari empat orang yang terlibat dalam perhimpunan yang sama di Pulau Pinang ditahan oleh polis. Ia adalah hak Perlembagaan warganegara Malaysia untuk menggunakan kebebasan menyuarakan secara aman ketidakpuasan satu undang-undang zalim. Di Ipoh, saya sendiri menghadiri demonstrasi itu dan hairan dengan kedatangan pihak polis di mana pihak polis melebihi pembantah-pembantah. Disebabkan oleh bilangan itu, pihak polis mula menunjukkan sifat ketegasan terhadap pembantah-pembantah yang menghadiri demonstrasi aman itu. Ia lebih baik jika pihak polis menjalankan tugas untuk menyiasat dan menyelesaikan kes-kes jenayah daripada membuang masa untuk menyelia demonstrasi aman seperti itu. Penggunaan undang-undang ISA di negara ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai pentadbiran yang kejam dan boleh dikeji oleh negara lain. Gambaran ini akan memalukan Malaysia. Bukankah ianya baik seseorang itu dibicarakan di mahkamah daripada ditahan dan dianiayai di bawah undang-undang ISA. Sebagai negara demokrasi, peluang harus diberikan kepada semua rakyat untuk menyuarakan dan mengeluarkan perasaan mereka dan kerajaan tidak harus menindas tindakan mereka. Timbulnya satu persoalan terhadap P. Uthayakumar seorang tahanan yang ditahan di Kamunting, Taiping di mana beliau mengalami masalah jantungnya yang semakin teruk tidak diberi layanan perubatan yang sewajarnya. Beliau memerlukan penelitian perubatan yang sepatutnya dan ia hanya boleh dibantu oleh pihak IJN. Jikalau beliau tidak diberi rawatan yang sepenuhnya maka keadaan beliau akan bertambah teruk dan ianya akan menyebabkan kebolehpercayaan kerajaan akan menjadi satu tanda persoalan. Saya sendiri telah melawat beliau di Kem Kamunting, ISA. Maka dengan ini, kerajaan Malaysia harus mencari jalan penyelesaian untuk membebaskan kesemua tahanan ISA. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada ahli Yang Berhormat kawasan Ipoh Barat pada hari Isnin, 12 Mei tahun 2008. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Yang Berhormat itu sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini. Saya sebagai Tuan Yang di-Pertua, hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang

(i) bahawa perkara itu tertentu; (ii) bagi kepentingan orang ramai; dan (iii) ia berkehendak disegerakan. Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa syarat pertama tertentu, perkara ini adalah perkara yang tertentu. Syarat kedua kepentingan orang ramai, ianya adalah bagi kepentingan orang ramai. Syarat ketiga ia berkehendakkan untuk disegerakan. Pendapat saya perkara ini tidak perlu disegerakan. Pihak Polis Diraja Malaysia telah mengambil langkah-langkah mengikuti mengikut peruntukan perundangan dalam menangani perhimpunan tersebut. Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah peraturan mesyuarat 18(2).

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, point of order Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya dapat Point of Order 18(3)? Tuan Yang di-Pertua, perkara yang berkaitan dengan hal yang saya nyatakan.

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, duduk sekejap menteri. Saya mahu dengar, setiausaha duduk sekejap. Saya ingin dengar point of order daripada Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, teruskan

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

18(3) Tuan Yang di-Pertua, di mana satu usul ditolak dengan persetujuan 15 anggota yang ada di Dewan ini, ia boleh dihujahkan pada petang.

Tuan Yang di-Pertua

Boleh saya tarik perhatian Yang Berhormat kepada 43?

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, saya tahu.

Tuan Yang di-Pertua

Saya telah buat keputusan bahawa keputusan itu adalah saya tolak di bawah 18(2) kerana saya tidak berpuas hati.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Apabila Yang Berhormat Ipoh Barat tidak bersetuju, boleh buat usul di bawah 43.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, apakah makna 18(3) kalau sedemikian. Ia memberi satu.

Tuan Yang di-Pertua

Apa makna 43 kalau umpamanya segala keputusan Yang di-Pertua dipertikaikan.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan, itu selepas. No, the interpretation must be given, it is effect…

Tuan Yang di-Pertua

Interpretation saya adalah 18(1)(2)(3) itu apabila Tuan Yang di-Pertua berpuas hati. Saya tidak berpuas hati supaya ianya tidak disegerakan.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan, 18(3) boleh. Kalau 15.

Tuan Yang di-Pertua

Baiklah.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2007) 2008 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan bagi tahun 2007 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri

; dibacakan kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal

Pertama Parlimen Kedua Belas”. [13 Mei 2008] Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat PJ Selatan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Ucapan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Isu pertama yang saya ingin bangkitkan ialah pembangunan Bukit Gasing dan Alam Sekitar. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini berkaitan suara hati dan rintihan penduduk Bukit Gasing di kawasan saya, Petaling Jaya Selatan. Sebagaimana yang kita mungkin telah maklum, rancangan membangunkan projek perumahan Bukit Gasing oleh pemaju Gasing Meridian telah mendapatkan bantahan yang keras dari penduduk sekitar Bukit Gasing. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] ■1140 Bukit Gasing merupakan kawasan hijau dan dengan izin, green lung terakhir yang masih wujud di daerah sekitar Petaling Jaya.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Tuan Yang di-Pertua, dari segi kedudukan geografi, Bukit Gasing terletak di antara sempadan Wilayah Persekutuan dan Petaling Jaya. Dalam isu yang melibatkan bantahan penduduk di sini, bahagian yang paling konflik adalah tanah yang di bawah bidang kuasa DBKL. Dalam isu pembangunan Bukit Gasing ini, terdapat pertindihan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. DBKL dan agensi kerajaan gagal mematuhi garis panduan pembangunan di kawasan bukit GPPKB yang digubal oleh kerajaan sendiri. Dalam seksyen 3.1.4 GPPKB, telah dinyatakan dengan jelas sebarang projek pembangunan atau perumahan di kawasan bukit yang mempunyai kecerunan atau slope, dengan izin, 35 kaki atau lebih perlu mempunyai environment impact assessment atau EIA, dengan izin, sebelum ia diluluskan dan diberi kebenaran untuk meluluskan kerja-kerja pembinaan. Dalam kes Bukit Gasing, kecerunan kawasan yang mahu dibangunkan ini ternyata melebihi 35 kaki. Malangnya DBKL, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar gagal memenuhi tuntutan ini. Sebaliknya Jabatan Alam Sekitar hanya mengeluarkan satu laporan yang dikenali sebagai primary impact assessment yang tidak lengkap untuk menjustifikasikan, bahawa kesan kerosakan alam sekitar adalah minimum dan tidak memberi kesan langsung kepada penduduk sekitar Bukit Gasing. Kerajaan memberi alasan bahawa Jabatan Alam Sekitar atau Department of Environment (DOE), dengan izin, tidak wajib mengeluarkan laporan lengkap EIA, kerana terdapat panduan bahawa laporan lengkap EIA hanya wajib dibuat di kawasan pembangunan yang melibatkan 50 hektar tanah atau lebih, sedangkan Projek Gasing Meridian hanya melibatkan kawasan tanah seluas 15.52 hektar. Persoalan di sini, apakah perlunya kerajaan membuat garis panduan yang mengelirukan yang akhirnya memilih garis panduan yang jelas memihak kepada pemaju dan bukannya melindungi kepentingan masyarakat setempat dan alam sekitar. Tuan Yang di-Pertua, apa yang gagal difahami dan dihayati oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di dalam menguruskan projek perumahan mewah Gasing Meridian ini adalah rancangan pembangunan Projek Gasing Meridian ini hampir terlalu dengan kawasan simpanan air, water reservoir, dengan izin. Perkara yang perlu diberi perhatian serius sebelum menguruskan projek kerana ada isu keselamatan dan ‘sustainability’ dalam jangka masa panjang. Terdapat 23 juta liter air dengan paip pengaliran sebesar 6 kaki keluasan diameternya yang bersempadan cukup dekat dengan tapak rancangan Projek Gasing Meridian. Sebarang gangguan, gegaran dan kerosakan terhadap struktur paip dan kawasan simpanan air akan mengakibatkan bencana dan malapetaka yang amat besar kepada penduduk-penduduk sekitar Bukit Gasing. Kerajaan harus memikul tanggungjawab penuh sekiranya terjadi bencana alam yang dahsyat. Sebagaimana yang telah terjadi di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan juga tragedi Highland Towers yang kita tidak akan lupakan. Tuan Yang di-Pertua, Bukit Gasing berperanan sebagai kawasan hijau yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan riadah dan rekreasi kepada penduduk sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Amat mendukacitakan atas nama pembangunan semata-mata kita perlu memusnahkan hutan hijau yang terdapat di kawasan Bukit Gasing, hanya untuk memenuhi hasrat pemaju tanpa mengambil kira pandangan penduduk setempat yang membantah pelaksanaan projek ini. Projek Gasing Meridian juga bertentangan dan bertindih dengan dasar pembangunan bandar raya yang diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri pada tahun 2006. Mengikut garis panduan dasar pembangunan bandar raya, ia memperuntukkan 2 hektar tanah untuk digazetkan sebagai open space, dengan izin, bagi setiap 1,000 orang penduduk. Konsep open space ini bertujuan untuk menghalang sebarang rancangan pembangunan yang boleh menjejaskan kualiti hidup penduduk setempat yang mengakibatkan masalah kepadatan dan kesesakan yang berlebihan di ibu kota. Mengikut kajian yang dikeluarkan oleh Kuala Lumpur Structure Plan dengan izin, statistik terkini yang diperoleh, kita hanya ada 0.36 hektar kawasan yang berpotensi untuk dijadikan open space bagi 1,000 orang penduduk, berbanding dengan dasar 2 hektar bagi setiap 1,000 orang penduduk sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, pemusnahan tanah hutan yang terjadi di Bukit Gasing juga bermakna kita terpaksa membunuh segala hidupan dan habitat yang terdapat di

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

situ untuk membersihkan tapak yang ingin dibangunkan. Di harap kerajaan akan mempertimbangkan dan meneliti semula isu pembangunan di Bukit Gasing ini, agar warisan alam semula jadi yang wujud di Bukit Gasing dapat terus dikekalkan dan mewujudkan harmoni di antara manusia dan alam serta menjadi warisan alam sekitar kepada generasi yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin utarakan adalah isu tuntutan pembukaan semua sekolah rendah jenis kebangsaan (c) Damansara yang telah berlarutan tanpa apa-apa penyelesaian sejak sekolahnya ditutup lebih dari 7 tahun yang lalu. Penutupan SRJK(C) Damansara telah membebankan ibu bapa yang menetap di kawasan berhampiran sekolah tersebut. Kebanyakan pelajar di SRJK(C) Damansara adalah penduduk Petaling Jaya Selatan. Akibat dari penutupan sekolah ini, mereka terpaksa menuntut di kawasan yang terletak di kawasan yang lebih jauh. Pelbagai harapan kosong telah diberi oleh kerajaan tetapi sehingga kini tiada jalan penyelesaian yang jelas untuk menyelesaikan masalah ini. Harapan dan retorika kosong ini jelas dapat diikuti sekiranya kita peka dengan kenyataan pemimpin kerajaan termasuklah Perdana Menteri sendiri di dalam membicarakan isu ini. Sebagai contoh, pada 9 Februari 2008, sebagaimana yang telah dilaporkan oleh akhbar The Star, Perdana Menteri telah membuat kenyataan mengarahkan Menteri Pendidikan untuk berbincang dengan Presiden MCA dan juga pemangku Presiden GERAKAN terhadap permohonan agar SRJK(C) Damansara ini dipertimbangkan untuk dibuka semula. Akan tetapi baru-baru ini, pada 2 Mei 2008, sebagaimana yang telah dilakukan oleh akhbar, Timbalan Menteri Pendidikan telah melawat sekolah ini dan telah membuat kenyataan, bahawa keputusan untuk membuka sekolah ini bergantung sepenuhnya di bawah kuasa Menteri Pendidikan. Di sini timbul persoalan, sekiranya benar mengikut kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan bahawa keputusan untuk membuka sekolah ini bergantung sepenuhnya di bawah Menteri Pendidikan. Apa perlu halnya yang boleh disegerakan setelah tertangguh selama lebih dari 7 tahun - perundingan dengan Presiden MCA dan Pemangku Presiden GERAKAN sebagaimana yang telah diarah oleh Perdana Menteri. Apakah kegagalan penyelesaian isu ini akibat daripada tiadanya kata persetujuan dan kesediaan oleh Presiden MCA dan Pemangku Presiden GERAKAN untuk menyelesaikan isu ini. Berapa lama lagikah rundingan ini akan terus berlangsung? Bilakah kerajaan akan buka SRJK(C) Damansara semula sedangkan struktur bangunan sekolah ini masih kukuh? Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh isu kenaikan kadar jenayah yang semakin meruncing di kawasan Petaling Jaya Selatan. Kes rompak, pecah rumah, rogol, culik dan bunuh sering menjadi tajuk akhbar kebelakangan ini. Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah kenaikan kadar jenayah berkait langsung dengan bebanan kos sara hidup, penyelewengan dan rasuah di dalam institusi polis dan kelemahan sistem saraan gaji polis peringkat bawahan yang cukup rendah, yang mana mendedahkan mereka kepada amalan rasuah. Usaha-usaha berterusan untuk mengawal dan mengurangkan kadar jenayah perlu dipertingkatkan. Bukan hanya dengan mengetatkan undang-undang yang sedia ada, tetapi dengan mengambil langkah-langkah, segala reformasi, institusi polis agar institusi yang penting

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, masa telah habis.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Sikit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Duduk Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Sudah habis dah. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya Yang Berhormat, saya... Sila duduk. Sebab Yang Berhormat kalau kita lihat ada berapa orang. Saya nak sebutkan sikit. Kalau kita bilang sini, saya maklumkan ada 14 orang lagi nak bercakap. Jadi kita hanya ada tinggal 70 minit. Kalau tiap-tiap seorang 10 minit, bermakna hanya tujuh orang. Lebih banyak pun enam orang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jadi saya hendak, kalau semua Ahli Yang Berhormat nak bercakap, saya bagi lima minit seorang, tapi jangan itulah Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tidak nak bercakap, boleh tunggu sebab bekalan tambahan ada. Boleh bercakap lagi Yang Berhormat, perkara yang sama. Jadi saya minta setiap orang lima minit Yang Berhormat. Ya, sila duduk. Saya minta Yang Berhormat Hulu Selangor. Karang saya pergi dari sini sampai ke hujung sebelah sana. Cepat, lima minit Yang Berhormat Hulu Selangor.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli- ahli Yang Berhormat. Izinkan saya dalam ucapan balas ini memberikan perhatian tentang aspek modal insan dan aspek pendidikan yang berfokus kepada soal ko- kurikulum dan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Tuan Yang di-Pertua, semua kita sedar bahawa aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa yang diberikan agak singkat, saya terus kepada perkara yang kedua dan yang terakhir. Satu perkara sahaja yang saya akan sentuh, iaitu saya ingin menyentuh mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Jelas bahawa pakar-pakar Matematik dan penyelidik mengakui bahawa, murid yang kurang fasih dalam bahasa pengajaran lack of proficiency in the language of instruction dengan izin, akan menyebabkan murid tersebut kurang upaya memahami isi dan kandungan teks serta mentafsir istilah. Kajian secara komprehensif yang dibuat oleh pakar-pakar rujuk dan juga termasuk kajian yang dibuat oleh bank dunia terhadap penggunaan bahasa ibunda dan bahasa kedua dalam pendidikan mendapati antara lain: (i) kejayaan murid dalam sekolah kepada penguasaan mereka dalam bahasa akademik atau kognitif yang berbeza dari bahasa sosial pertuturan mereka di rumah; (ii) perkembangan bahasa akademik atau kognitif memerlukan masa empat hingga tujuh tahun dalam pengajaran formal; (iii) individu mudah memperkembangkan kemahiran literasi dalam bahasa yang selalu digunakan mereka. Maksudnya bahasa yang di rumah; (iv) individu-individu mudah memperkembangkan kemahiran kognitif dan menguasai isi kandungan yang diajar dalam bahasa pertuturan harian; dan (v) kemahiran bahasa akademik atau kognitif terutama konsep dan isi kandungan mata pelajaran, jika dikuasai pada peringkat awal dalam bahasa pertama, akan mudah murid memindahkan kemahiran tersebut dalam bahasa yang lain pada peringkat selanjutnya. Seterusnya penunjuk terbaik perkembangan kemahiran atau akademik atau kognitif dalam bahasa kedua, adalah tahap penguasaan perkembangan kemahiran akademik pada peringkat awalnya iaitu dalam bahasa pertama. Kanak-kanak mempelajari bahasa kedua dalam pelbagai cara bergantung kepada budaya dan personaliti mereka sendiri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Hulu Selangor, lima minit dah habis dah. Saya minta kerjasama dari Yang Berhormat. Kalau tidak, semua tidak dapat. Nanti hasrat kita nak memberi semua orang bercakap, tidak dapat.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya menyimpulkan bahawa pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris ini adalah satu kerugian khususnya kepada murid-murid atau anak-anak kita di luar bandar. Mereka ini merupakan mangsa kemiskinan. Jadi, kalau diajar dalam bahasa Inggeris mata pelajaran Sains dan Matematik ini, maknanya mereka jugalah yang menjadi mangsa. Jadi, dengan izin, kita tidak mahu the victim being victimized. Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

Tuan Haji Roslan ShaharumPAS · PRBukit Gantang

Bukit Gantang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Pendang. Saya dah pandang Yang Berhormat Pendang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya akan berterusan memandang orang Yang Berhormat. Ya, teruskan.

Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk sama-sama berbahas dalam perbahasan menjunjung kasih di atas perasmian Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Walaupun saya menyediakan teks sebanyak lima belas muka surat, tetapi oleh kerana lima minit, kerana saya nak baca tajuk sajalah. Yang pertamanya dalam para 37, Duli Yang Maha Mulia telah menyatakan tentang Traditional and Complimentary Medicine (TCM) yang telah dipraktikkan sekarang ini di dalam hospital-hospital awam. Jadi saya rasa perkara ini merupakan satu bentuk complimentary yang agak baik untuk kita praktiskan kerana disebut tiga buah hospital telah mengadakan pioneer dalam program ini iaitu di Kepala Batas, di Putrajaya dan juga Hospital Sultan Ismail di Johor Bharu. Ini cuma saya nak beri sedikit pandangan bahawasanya ada satu lagi bentuk traditional medicine dan juga complimentary ini yang perlu dimasukkan dalam tiga bentuk yang telah dibuat di tiga hospital ini iaitu homeopati. Ini merupakan salah satu daripada bentuk perubatan yang telah pun berada di negara maju seperti Jerman, England dan juga di India dan Pakistan yang telah mempraktikkan sehingga mereka mempunyai hospital-hospital yang agak canggih untuk merawat menggunakan Sistem Homeopati ini. Jadi saya rasa kementerian boleh memberi satu ruang ataupun peluang sama ada membentuk kolej-kolej homeopati ataupun hospital-hospital homeopati di dalam negara kita. Tajuk yang kedua adalah tentang pertanian. Kalau kita lihat daripada laporan akhbar semalam. Cuma dapat RM180 serelung untuk satu musim padi. Ini saya rasa sesuatu yang menyedihkan kepada petani kita. Keringat yang mereka curahkan hasilnya hanya RM180 saja serelung. Ini bermakna mereka terpaksa mengeluarkan kos ataupun belanja yang banyak untuk mengerjakan sawah mereka. Ini melibatkan kos- kos seperti berikut: | Perbelanjaan |Kos (RM)| |-----------------------|-------:| |Merumput | 40| |Membajak | 100| |Benih padi | 75| |Racun dan baja tambahan| 150| |Membaja | 65| |Tuai | 90| |Sewa | 300|<END_TABLE_MARKER>

Apa yang menjadi masalah sekarang Tuan Yang di-Pertua, adalah tentang bekalan-bekalan baja yang diberikan kepada petani. Kebanyakannya disebut oleh petani sebagai baja second grade ataupun baja low quality. Begitu juga dengan vitamin yang diberikan. Vitamin ini bukan vitamin orang Tuan Yang di-Pertua. Vitamin untuk padi tidak digunakan oleh petani kerana hasil yang didapati selepas mereka menggunakan vitamin ini, padi semakin mengecut, semakin tidak ada hasil. Jadi mereka tidak menggunakan vitamin yang diberikan oleh kementerian ataupun Jabatan Pertanian kerana pada anggapan mereka, vitamin ini, vitamin yang tidak memberi vitamin yang sebenar kepada padi. Oleh sebab itu, berlonggok-longgoklah vitamin yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian di rumah-rumah mereka. Tajuk yang ketiga adalah pampasan kepada mangsa-mangsa buruh paksa pembinaan landasan kereta api Thailand ke Burma tahun 1942 hingga 1946. Saya telah mendapat keluhan daripada rakyat di kawasan saya, yang telah menjadi buruh paksa yang mengatakan mereka ini akan dibayar pampasan oleh satu persatuan ataupun Kerajaan Jepun yang berjumlah RM1.6 juta untuk seorang buruh paksa ini. Akan tetapi sampai sekarang, saya tidak tahu ke manakah perkara ini perlu dirujuk. Mungkin Kementerian Dalam Negeri ataupun Kementerian Luar Negeri, saya pun tidak arif. Saya harap pada kementerian yang mempunyai maklumat berhubung dengan pampasan kepada buruh paksa Jepun yang membuat landasan kereta api tersebut, supaya memberi perhatian terhadap keluhan yang dikemukakan oleh rakyat ini. Khabarnya seramai 72,000 rakyat negara ini telah pun menjadi buruh paksa. 30,000 pulang semula ke tanah air, 42,000 hilang entah ke mana. Mungkin telah menjadi makanan harimau ataupun telah maut di Burma atau Myanmar. Dan akhir sekali... ■ 1200

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa, masa Yang Berhormat.

Akhir sekali. Akhir sekali, amaran oleh JPJ laporan akhbar pada hari ini, mengatakan akan mengadakan sekatan jalan raya dan mengenakan tindakan ke atas mereka yang menggunakan kenderaan cermin gelap. Jadi ini saya rasa merupakan satu masalah yang perlu dihadapi oleh Kementerian Pengangkutan bahawa mereka yang mengimport kereta ini memang diimport kereta cermin gelap, terpaksa ditukar cermin yang cerah. Belanja RM300, mendapat kelulusan daripada PUSPAKOM tetapi apabila diberikan kepada pengguna di cermin gelapkan balik kereta tersebut. Yang menjadi mangsa adalah pengguna. Jadi saya harap kalau hendak import itu biarlah daripada awal ia tidak gelap. Cerah daripada Jepun sampai ke sini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey Yang Berhormat, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Haji Roslan ShaharumPAS · PRBukit Gantang

Bukit Gantanglah.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa] Dengan rendah hati saya bangun memohon menyampaikan ucapan sulung ataupun maiden speech saya di Dewan yang mulia ini untuk membahas Usul Menjunjung Kasih Titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agung. Dalam tradisi ataupun amalan sistem berparlimen Westminster, maiden speech seseorang Ahli Baru sepatutnya tidak seharusnya dihadkan masa dan tidak seharusnya diganggu oleh permintaan penjelasan. Maiden speech seharusnya diteliti oleh ahli yang lain kerana ini adalah peluang ahli yang baru untuk membentangkan visi, misi dan falsafah politiknya. Saya ingin menyatakan kesyukuran saya kepada pengundi-pengundi kawasan Bukit Bendera kerana memberi amanat kepada saya untuk mewakili mereka di Dewan

Tuan Liew Chin TongDAP · PHBukit Bendera

yang mulia ini. Tiada siapa tahu berapa lama saya akan berada di Dewan ini tetapi saya akan memastikan setiap hari saya berada di sini, saya menyumbang sedaya upaya tenaga saya untuk membawa pembaharuan kepada negara yang tercinta ini. PRU Ke-12 pada 8 Mac, telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah matang dan tidak mudah ditipu lagi dengan propaganda seperti dahulu. Masa sudah sampai untuk Malaysia menuju ke arah menjadi sebuah demokrasi yang sihat dipandu oleh institusi- institusi yang berfungsi dengan baik. Untuk tujuan ini, reformasi ataupun pembaharuan institusi-institusi kehakiman, Parlimen, polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, birokrasi dan sebagainya harus diutamakan demi masa depan negara kita. Dasar-dasar yang diamalkan oleh kerajaan sejak merdeka juga memerlukan overhaul dengan izin, ataupun kajian semula. Tuan Yang di-Pertua, salah satu contoh kenapa dasar-dasar Kerajaan Barisan Nasional memerlukan kajian semula adalah masalah, harapkan pagar tetapi pagar makan pagi. Apabila dasar DEB digubalkan pada awal tahun 70-an niat dan hasrat mungkin adalah baik tapi dasar tersebut telah terbukti disalahgunakan untuk keuntungan peribadi kroni-kroni. Di kawasan saya yakni Bukit Bendera, Projek UDA di Tanjong Tokong gagal disempurnakan selepas 35 tahun. UDA adalah salah satu agensi DEB sebelum ia diswastakan. Kampung Tanjong Tokong adalah salah satu kampung tersusun Melayu yang terawal di negara ini tapi UDA masuk pada tahun 1973 dengan objektif membawa pembangunan dan urbanization dengan izin, untuk kebaikan orang kampung yang berketurunan Melayu. Namun hari ini orang kampung terhalau atau dihalau dari kampung mereka dan mungkin itu sebab mereka menyokong saya dalam PRU Ke-12 ini... [Ketawa]. Oleh kerana masa yang terhad Tuan Yang di-Pertua, saya akan menumpukan ucapan ini terhadap isu-isu pembaharuan institusi Parlimen. Parlimen kita adalah salah satu daripada tiga cabang yang penting dalam kerajaan. Namun pada waktu ini, ia seolah-olah kedai kopi. Di mana pendapat, pandangan diberikan tetapi pengaruhnya dalam proses pembentukannya dasar ada kekurangan. Pertalian di antara Parlimen dan pihak eksekutif diperlihatkan berat sebelah seperti yang dibuktikan dalam pembahagian sumber-sumber insan dan kewangan terhadap Parlimen dan terhadap Jabatan Perdana Menteri (JPM). Perangkaan tahun 2007 menunjukkan bahawa seramai 253 kakitangan di Parlimen, sementara jumlah kakitangan di JPM adalah 26,300. Nisbahnya setiap pekerja di Parlimen adanya 104 orang di JPM. Dalam hal-hal sumber kewangan, Parlimen kini menerima kurang daripada 1% daripada jumlah yang diperuntukkan kepada JPM...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah habis dah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Itu yang...

Tuan Haji Roslan ShaharumPAS · PRBukit Gantang

Bukit Gantang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Hulu Langat ya?

Tuan Haji Roslan ShaharumPAS · PRBukit Gantang

Bukit Gantang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Hulu Langat.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh. Saya menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong. Di antara perkara yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong ialah fenomena pemanasan global yang mengakibatkan kenaikan suhu persekitaran dan ketidakseimbangan ekosistem. Perkara ini telah pun dibincangkan oleh Yang Berhormat Mambong dan saya ingin meneruskan perbincangannya. Di antara kesan pemanasan global yang menyebabkan kenaikan suhu, mengakibatkan kenaikan taburan hujan yang membawa kepada cuaca buruk dan banjir.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Jadi, kita dapati banjir telah berlaku umpamanya pada tahun 2005 di Kelantan, di Perlis, di Kedah dan 2006 di Johor dan 2007 di Johor. Berlaku banjir kilat di merata tempat di Seremban, Kuala Lumpur, Shah Alam, Damansara dan Hulu Langat. Ini adalah akibat kawasan tadahan yang telah pun diwartakan tetapi terjejas dengan penebangan pokok-pokok atau balak menyebabkan ia tidak dapat menyekat aliran air hujan yang turun. Kemudian diikuti dengan saluran yang tersumbat dengan sampah sarap dan sungai yang cetek hasil dari aktiviti guna tanah yang tidak dikawal. Oleh itu, saya mencadangkan agar sistem urus tadbir alam sekitar lebih berkesan dan memastikan pelaksanaan strategi pembangunan mampan bagi menjaga supaya tidak berlaku perubahan cuaca dan melindungi sungai-sungai dari tercemar dan berlaku mendapan. Di samping itu, kita perlu memastikan keberkesanan penguatkuasaan undang- undang terutama Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1974, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 di peringkat negeri dan pusat. Masalah lain yang berkaitan dengan pemanasan global iaitu yang menyebabkan hujan tidak turun dan berlaku kekurangan bekalan air di banyak empangan-empangan. Sebagai contohnya dalam tahun 2005 iaitu di antara Mei dan Oktober, Empangan Terip di Seremban telah mengalami penyusutan air yang teruk. Jadi saya mencadangkan agar kita perlu menjaga bekalan air dengan sebaiknya dan mengelakkan daripada berlaku pencemaran. Tuan Yang di-Pertua, di daerah Hulu Langat ada dua batang sungai iaitu Sungai Langat dan Sungai Semenyih yang bermula daripada Empangan Pangsun dan Empangan Semenyih. Malangnya sungai-sungai ini tercemar berikutan daripada aktiviti perindustrian di sepanjang sungai tersebut termasuk kuari, pusat pemprosesan simen dan kilang papan. Ia juga diakibatkan daripada pelepasan air larut resap daripada bekas tapak pembuangan sampah, tumpahan minyak diesel, sisa kumbahan dan pembuangan sampah sarap. Jadi saya mencadangkan supaya kita perlu meletakkan masalah pencemaran sumber air ini sebagai agenda utama dan perlu ditangani dengan segera dan meningkatkan rawatan air di loji yang perlu, teknologi rawatan air perlu ditingkatkan dan perlu ada satu takungan air yang boleh menampung sekurang- kurangnya dua hari berhampiran dengan loji penapisan air. Saya ingin mencadangkan juga supaya pihak kerajaan dapat memperuntukkan dana bagi membina loji rawatan yang baru berhampiran dengan empangan, umpamanya di Pangsun dan di Semenyih. Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir, berdasarkan dasar kepelbagaian bahan api, ada lima bahan api di bawah dasar ini iaitu petroleum, gas asli, arang batu, kuasa hidro dan tenaga yang boleh diperbaharui. ■1210 Saya ingin mencadangkan di sini bahawa tenaga nuklear boleh dimasukkan sebagai sumber bahan api yang ke enam kerana tenaga nuklear mampu mempertingkatkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa Yang Berhormat sudah habis. Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

...Pencapaian objektif dasar tenaga Negara dan mempunyai kepakaran dan sebagainya. Dengan ini saya memohon menyokong. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Bukit Katil.

Datuk Md. Sirat AbuUMNO · BNBukit Katil

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya tidak mengambil masa yang panjang dan terus kepada point yang hendak saya sampaikan. Saya ingin menarik perhatian kepada masalah banjir yang berlaku pada tahun 2006 di selatan tanah air seperti negeri Johor dan negeri saya Melaka. Banyak kerugian yang telah ditanggung bukan sahaja oleh penduduk kawasan yang terbabit terutama di kawasan saya di Bukit Katil.

Datuk Md. Sirat AbuUMNO · BNBukit Katil

Malahan kerajaan juga terpaksa mengeluarkan peruntukan yang banyak untuk membantu meringankan beban mereka yang ditimpa bencana banjir ini. Namun begitu kerugian yang dialami oleh penduduk adalah besar dan bantuan yang diberi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian mereka. Di Melaka khususnya di kawasan saya beberapa usaha telah dijalankan oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah banjir ini daripada berulang. Ini termasuklah mendalamkan parit, menaik taraf saliran dan meningkatkan kebersihan salir air yang sewajarnya. Pada tahun 2007, satu Program Tebatan Banjir telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di tebing sungai Melaka. Projek membina tebatan banjir ini bertujuan untuk mengatasi masalah banjir daripada berulang. Bagaimanapun semenjak dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, projek yang bernilai lebih RM120 juta ini sehingga hari ini belum lagi dilaksanakan. Apa yang menghairankan projek ini telah dikenal pasti dan telah diberi kelulusan. Malahan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri dan kontraktornya juga telah dipilih dan dilantik tetapi malangnya sehingga hari ini masih belum dimulakan apa- apa kerja pun. Ada yang mengatakan harga kontrak belum dipersetujui oleh Kementerian Kewangan. Saya pun tidak faham sehingga ini mereka tidak boleh buat keputusan. Jadi saya hendak tanya kerajaan bilakah projek ini akan dimulakan. Adakah kita hendak tunggu sehingga besar sekali lagi berlaku barulah kita terkial-kial hendak buat projek ini? Baru-baru ini berlaku lagi banjir di kawasan Masjid Tanah dan saya ingin tahu apakah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga membawa kepada perkara yang berlaku di sebuah pusat pelupusan sampah di Terubong, Melaka. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, pusat seluas 22 hektar ini telah pun bertimbun sampahnya sehingga hari ini berjumlah 3.5 juta tan dan sudah tidak tertampung lagi. Mengikut maklumat yang ada, tarikh tamat tempoh penggunaan pusat ini tidak sampai enam bulan lagi. Hari ini Kerajaan Negeri Melaka menerima berbagai aduan daripada penduduk sekitar pusat ini bahawa mereka mengadu tidak tahan bau busuk sampah- sampah yang boleh menjangkau empat kilometer jaraknya. Bolehkah penduduk sekitar kawasan tersebut hidup dengan selesa dan mendapat udara bersih. Ini akan mempercepatkan pencemaran alam sekitar hingga menjadi kronik. Pada masa ini syarikat konsesi Southern Waste Sdn. Bhd. bertanggungjawab melupuskan sebanyak 900 tan sampah sehari atau pun 24 ribu tan sebulan. Saya ingin mendapat kepastian daripada kerajaan, bilakah cadangan pembinaan pusat pelupusan sampah dan sistem pepejal yang baru yang dicadangkan di Sungai Udang Melaka akan dimulakan pembinaannya. Kerajaan Negeri Melaka telah menyediakan tanah tapak untuk projek ini seluas 12 hektar dengan kos pengambilan tanah bernilai RM6.4 juta tapi pihak kementerian masih belum lagi membuat keputusan bagi melaksanakannya. Bilakah projek yang akan menggunakan teknologi incinerator atau pun teknologi plasma akan dilaksanakan. Jadi saya minta Kerajaan Persekutuan menyegerakan penggunaannya. Adakah kita perlu menunggu hingga sudah terbentuk sebuah gunung sampah baru kita hendak mula cari jalan penyelesaiannya? Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kuala Langat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, lama sangat tunggu benda ini. Terima kasih kerana membenarkan saya bersama-sama membahaskan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Ke bawah Duli Tuanku. Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, sumbangan kaum pekerja dalam negara ini tidak boleh dinafikan dalam memartabatkan ekonomi negara. Namun demikian kebanyakan rakyat dalam negara ini mempunyai pendapatan yang cukup tidak selesa dalam menikmati penghidupan yang dianggap mewah oleh setengah pihak. Rakyat kaum pekerja dalam sektor perladangan masih lagi mempunyai

pendapatan bawah paras RM400 sebulan. Di Kangar, Tekstil Kulai mengaji RM366 termasuk Kluang RM353. Ini memberikan satu kesan yang cukup tidak selesa kepada kaum pekerja. Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, COLA telah pun diilhamkan dalam tahun 1974 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak yang dipanggil elaun bantuan khas yang mana telah diberi dalam keadaan ekonomi yang kritikal. Hari ini dalam keadaan ekonomi semasa yang membimbangkan dan memberikan kesan tidak menentu kepada rakyat. Saya ingin mencadangkan supaya COLA diimplementasikan Dewan yang mulia ini sebagai satu rang undang-undang wajib yang mana kedua-duanya dikumpulkan meliputi RM1500 sebulan. Sepertimana yang telah dititahkan Baginda Tuanku iaitu pendapatan berkapital negara sebanyak RM23 ribu setahun dan ini memberikan anjakkan sebanyak RM1811.20 sebulan. Ini bermaksud semua rakyat dalam erti kata pekerja tidak akan melintasi kadar kemiskinan iaitu RM691. Tuan Yang di-Pertua, pada pertengahan Julai tahun 2007 satu pindaan Akta Perusahaan 1967 telah pun dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia dengan keadaan tergesa-gesa. Tidak tahu apa isinya apabila pindaan itu dibuat ia sebenarnya telah membunuh semua kaum pekerja terutama sekali dalam seksyen 30, Jadual 2, had-had dan pampasan 24 bulan dan juga boleh dikurangkan jika diberikan budi bicara pada hakim iaitu turun enam bulan. Bermaksud 18 bulan pada setiap perayu yang dikenakan di bawah seksyen 20, Akta Perusahaan 1967, diberi 14 hari untuk di counted atas application untuk recognition tetapi apabila kerajaan sendiri telah melalaikan tugas mereka hingga enam tujuh tahun recognition itu dapat dijadikan satu realiti. Ini menunjukkan satu dipanggil undang-undang berat sebelah Tuan Yang di- Pertua. Seterusnya pada kadar pengangguran diparas 3.3% jika kita menunjukkan pada dua juta kaum pekerja asing yang bekerja di negara ini dicampurkan dengan pekerja negara kita lapan juta bermaksud 10 juta. Kalau dibandingkan percentage nya sebanyak 16.7% masih ada lagi ruang-ruang kosong untuk pekerja-pekerja tempatan diberikan kemudahan untuk sektor pekerjaan ini. Dengan yang demikian jika sekiranya kalau hendak panggil banyak orang asing pastikan bahawa pekerja asing ini wajib dikawal keperluannya dan mengenal pasti sektor mana yang amat diperlukan kerana pastikan pekerja tanpa izin dan dengan sopan supaya rakyat mereka dihalau keluar dan juga jangan jadikan negara ini sebagai pedagang manusia. Ini yang hendak saya katakan. Keempat Tuan Yang di-Pertua, minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Keempat ialah untuk kaum ibu, saya memohon jasa Dewan yang mulia ini supaya menimbangkan kembali seksyen 37, Akta Pekerja 1955 supaya kaum-kaum ibu diberikan keselesaan apabila melahirkan anak untuk tiga bulan seluruh negara kerana ibu segala-galanya walaupun saya lelaki tapi saya menjiwai seorang ibu. Tuan Yang di-Pertua, saya tahu masa tidak mengizinkan saya namun demikian barang diingat bahawa 11 juta kaum pekerja negara ini di mana ada kilang, di mana ada pekerja kawasan itu adalah kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Ini satu signal kepada kerajaan supaya memikirkan kuasa keramat kaum pekerja dalam negara ini. Ada masa lagi Tuan Yang di-Pertua?... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada lagi.

Tuan Yang di-Pertua saya memohon Dewan yang mulia ini terutama semua manusia supaya memikirkan kembali Akta Pekerja 1955. Dalam pada itu baru-baru ini Perdana Menteri telah pun mengatakan usia persaraan dilanjutkan 58 tahun. Saya hendak maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa Akta Pekerja 1955 tidak pernah menggariskan usia persaraan. Saya ingin mencadangkan Menteri Sumber Manusia supaya memikirkan dengan sewaras-warasnya, bubuh dalam akta itu, gazet kan sebagai usia yang boleh dipandu oleh semua rakyat, private sector. Boleh kita jadikan satu panduan kerana bukan semua rakyat digolongkan sebagai mereka yang mempunyai collective agreement yakni perjanjian bersama. Tuan Yang di-Pertua saya memohon supaya diberikan ruang yang cukup banyak untuk memastikan bahawa recognition untuk pekerja ini diberikan. Saya dimaklumkan dan juga saya sendiri terlibat dengan secara langsung iaitu untuk memastikan usia dalam pekerjaan itu diberikan untuk memastikan mereka berdiri dalam satu kesatuan. Kesatuan yang ada, sudah habis ya Yang Berhormat?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Dah habis dah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya bimbang Yang Berhormat, saya akan pergi dari sini ke sana. Habis. Yang Berhormat Sungai Siput. Dah dekat Yang Berhormat.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya memohon menyokong Usul Menjunjung Kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Dalam 10 tahu yang lalu ini Tuan Yang di-Pertua, saya telah aktif dalam gabungan memansuhkan ISA. Saya memerhatikan pada pihak kerajaan ada dua hujah palsu yang sering dipakai oleh pihak kerajaan. Satu ialah ISA begitu penting untuk memelihara keselamatan negara ini seolah-olah tak ada undang-undang lain untuk jaga negara ini. Tuan Yang di-Pertua, jika kita tengok Akta 574, Akta Kanun Keseksaan ataupun Penal Code dengan izin, kesalahan terhadap ketenteraman awam ada 20 seksyen dalam bab 8. Untuk kesalahan berkaitan kesihatan awam, kesusilaan dan moral, bab 14, ada 26 seksyen dan bab 16 kesalahan berkenaan anggota manusia ada 179 seksyen. Jadi ada cukup seksyen untuk menjaga ketenteraman rakyat Malaysia. Selain daripada Penal Code ataupun Kanun Keseksaan ini ada Kanun Acara Jenayah, Akta Polis, Akta Pencegahan Jenayah, Akta Hasutan dan lain-lain akta. Jadi kita ada cukup undang-undang untuk menjaga keselamatan negara ini. Jadi saya pun tak faham adakah Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional keliru ataupun adakah mereka ingin kelirukan masyarakat kita dengan mengatakan “Tak ada ISA, Malaysia akan huru-hara, tak ada keselamatan”. Saya rasa ini satu hujah yang agak palsu dan tak harus diulangi oleh Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini. Satu lagi penipuan yang besar, penipuan yang kedua ialah mereka mengatakan selepas 1999 bila ada serangan terhadap twin towers di New York dengan izin, negara-negara lain pun meniru Malaysia memakai akta yang sama di negara- negara mereka. Jika kita tengok di USA di mana ada Patriot Act, act itu hanya untuk pengawasan. Mereka boleh buat pengawasan terhadap telefon, internet tapi tidak boleh tahan rakyat Amerika Syarikat, rakyat mereka sendiri tidak boleh ditahan. Preventive detention dengan izin, tidak dibenarkan dalam Patriot Act itu. Mereka hanya boleh tahan pendatang, orang-orang asing ke Amerika Syarikat dan itu juga untuk tujuan buang mereka. Itulah sebabnya Amerika ada Guantanamo Bay dekat Cuba. Mereka yang tangkap orang di Afghanistan ataupun Iraq tidak boleh simpan mereka di tanah Amerika kerana tak ada diberikan undang-undang untuk tahan orang tanpa dibicarakan. Sama juga dengan akta/undang-undang anti-terrorist, pengganas di Britain pada tahun 2000. Mereka baru mengadakan satu akta di mana dia boleh tahan seorang yang disyaki terrorist selama 14 hari Tuan Yang di-Pertua. Selepas itu mereka dihadapkan ke mahkamah untuk di charge. Jika tak ada bukti, dilepaskan. 14 hari. Di sini dua tahun kali berapa kali? Ada juga orang dalam akta sekarang Akta ISA ini untuk enam tahun. Akta ISA ini adalah satu akta yang blemish, ada satu kecacatan di muka Malaysia. Saya harap Dewan yang mulia ini akan bahas isu ini dan juga saya harap pihak Tuan Yang di-Pertua tak akan menghalang. Kita dah cuba bawa isu dibentangkan di Dewan yang mulia beberapa kali dalam dua minggu ini tapi ini telah dihalang. Saya harap kita dapat bincang isu ini kerana ini satu isu yang begitu penting dan saya ingat selepas 50 tahun kita merdeka ini kita tak lagi perlu meneruskan satu akta yang dibawa oleh penjajah untuk mematahkan perjuangan untuk kemerdekaan yang tulen. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Balik Pulau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sidang Parlimen yang saya muliakan. Dalam kesempatan yang singkat saya pertama sekali mengucapkan rasa penuh takzim dan kesyukuran di atas peluang yang diberikan oleh rakyat Balik Pulau untuk saya membawa aspirasi mereka yang selama ini keluh kesah di atas nasib yang tidak dibela, insya-Allah. Dalam masa yang singkat ini saya hanya ingin mengulas sedikit mengenai isu yang telah dibangkitkan oleh Duli Yang Maha Mulia ketika membaca titah beliau. Duli Yang Maha Mulia menyentuh isu maruah diri dan negara yang menjadi tanggungjawab kita semua Ahli-ahli Parlimen. Jadi saya secara ringkas melihat bahawa ini merupakan satu tanggungjawab yang amat berat kepada kita sebagai Ahli Parlimen kerana apa saja yang kita buat akan menggambarkan maruah negara. Apa yang kita buat akan menggambarkan maruah diri. Jadi saya rasa mungkin dengan kesempatan kita selepas PRU 12 ini mungkin Tuan Yang di-Pertua juga dapat melihat bagaimana cara-cara yang terbaik selain daripada aturan yang kita ada itu supaya kita semua di sini dapat menggambarkan satu maruah yang tinggi seperti yang dicita-citakan oleh Duli Yang Maha Mulia kerana apabila saya lihat perbahasan yang pertama apabila berlaku dalam Dewan ini saya sebagai orang muda saya tercari-cari satu contoh, satu rujukan supaya saya dapat belajar dan dalam masa yang sama membawa tanggungjawab. Jadi pada pendapat saya dan secara rasionalnya saya boleh faham apa yang cuba dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi ketika beliau membentangkan Pelan Integriti Nasional Negara. Secara rasional saya faham apa tujuannya itu tapi persoalannya di sini di manakah integriti tersebut? Selepas pelaksanaan Pelan Integriti Nasional Negara, tak salah saya pada tahun 2004 dan sekarang sudah 2008. Dalam pelan tersebut ada dikatakan TEKAD 2008 dan saya rasa adalah lebih baik dalam kesempatan ini kita melihat TEKAD 2008 ini sebenarnya apa yang akan dicapai. Setakat yang saya belajar dan saya fahami ada sarjana tersohor iaitu di Universiti Yale iaitu seorang pensyarah perlembagaan dan undang-undang dalam bukunya mengatakan integriti iaitu selaras dengan Pelan Integriti Negara mengatakan bahawa dengan izin, the opposite meaning of integrity is corruption. Jadi saya menilai bahawa apabila terdapatnya banyak kes-kes korupsi yang berlaku melibatkan pegawai- pegawai tinggi, mantan-mantan menteri mungkin ia memberi maksud the opposite meaning, dengan izin, iaitu corruption. Saya rasa di sini mungkin di dalam melakukan perubahan ataupun pembangunan dalam negara saya rasa aspek integriti ini mungkin perlu dikemaskan lagi oleh pemerintah pada hari ini kerana kita sudah ada pelbagai undang-undang. Kita juga membicarakan mengenai pembentukan suruhanjaya pelbagai tapi sekiranya orang atau yang saya istilahkan sebagai agen-agen integriti itu tidak mempunyai integriti, maka malanglah sekali apa saja cita-cita yang cuba dicapai oleh Duli Yang Maha Mulia kita. Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini menyatakan rasa kecewa saya ketika berada di luar negara. Kita dengar bagaimana negara dikaitkan dengan kes pelobi pelampau Jack Abramoff yang didakwa di Amerika. Ini kes-kes benar yang mungkin tidak dilaporkan di sini yang dikatakan melibatkan perbelanjaan wang USD1.2 juta membayar untuk mengaturkan pertemuan Perdana Menteri dengan Presiden. Jadi ketika saya di sana sebagai seorang anak watan negara membawa cerita negara ke persada dunia tapi kita juga dihantui dengan perkara-perkara yang sebenarnya memberi impak secara khusus kepada maruah negara. Jadi saya menggesa sebenarnya pemerintahan ini dan kalau perlu dengan kerjasama teman-teman Pakatan Rakyat kita tidak teragak-agak saya rasa, kita semua bersetuju insya-Allah akan bersama-sama kerajaan untuk membawa martabat negara ini ke tahap yang tinggi. Saya sudahkan saya punya maiden speech, ucapan sulung saya di sini dengan mengatakan bahawa kita perlu memahami dan menghargai bahawa integriti itu merupakan perkara yang tidak kita nampak dengan mata kasar tetapi sesuatu yang melibatkan pemahaman, persepsi dan pandangan. Bolehkah perkara seperti ini diwartakan? Kita patut bincangkan sepatutnya. Rangka itu sudah ada, jiwa itu perlu suara. Maka di sini gerak langkah agen dan pendukung integriti itu penting. Kita adalah agen, pendukung integriti. Saya rasa di sini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya Yang Berhormat. Dah habis Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sehingga berjumpa di sesi lain. Terima kasih. Assalamualaikum. ■1230

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Boleh tahan ramai lagi Ahli Yang Berhormat. Biar kita habiskan dekat sini dululah. Sila Yang Berhormat Batu Kawan.

Dr. P. RamasamyDAP · PRBatu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk meneruskan perbahasan mengenai Titah Yang di-Pertuan Agong, saya dalam masa yang singkat saya akan pilih tema peralihan politik di Malaysia ini. Tuan Yang di-Pertua, peralihan politik ini selepas pilihan raya Mac telah menunjukkan antara lain bahawa berlaku satu perubahan politik yang begitu dahsyat. Peralihan politik ini membawa kepada pembangkang memerintah lima negeri ini memeranjatkan pembangkang dan siapa juga Barisan Nasional. Ini merupakan bukan satu kemalangan atau dengan izin, accident. Ini merupakan satu kejadian politik yang berakar umbi dalam 50 tahun pemerintahan Barisan Nasional. Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama adalah politik governance selama 50 tahun. Sistem politik 50 tahun ini adalah bercorak etnik ataupun perkauman. Di sini timbul persoalan, sistem ini bolehkah kekal? Adakah sistem ini akan berfaedah rakyat di Malaysia yang berbilang kaum? Kenapa sistem ini berubah bukan sepenuhnya, boleh dikatakan separuhnya apabila selepas pilihan raya 8 Mac. Saya mengandaikan bahawa sistem politik yang berdasarkan kaum ini memang mempunyai masalah yang tersendiri seperti yang telah kita nampak di negara- negara lain. Oleh yang demikian, kita nampak bukan secara terang-terangnya bahawa perubahan politik di Malaysia ini, walaupun bukan sepenuhnya sekarang ini ia berdasarkan kepada sistem yang lebih bercorak multiracial pelbagai kaum. Saya tidak katakan bahawa pembangkang ini 100% multiracial, tidak! Namun, ini menunjukkan rakyat Malaysia memerlukan satu sistem sama ada sistem ini akan wujud di masa depan atau tidak, saya tidak pasti. Walau bagaimanapun, saya rasa bahawa sistem perkauman ini yang bermaharajalela selama 50 tahun ini nampak sudah hakis. Inilah perlu dipandang serius oleh semua pihak mahupun kerajaan, mahupun pihak pembangkang. Saya rasa politik governance ini yang menjadi masalah pada masa kini juga ada kaitan dengan sistem ekonomi. Sistem ekonomi ini yang kita labelkan sebagai sesuatu yang terbuka. Di mana kita mengalu-alukan kedatangan agensi-agensi luar, tidak memberi manfaat kepada rakyat-rakyat tempatan. Proses pengundian pada pilihan raya yang lepas ini menunjukkan bahawa rakyat di Malaysia, semua kaum ini telah mengalami satu masalah ekonomi, satu desakan ekonomi yang begitu luas. Saya rasa ini mungkin melibatkan politik negara ini berubah bukan sepenuhnya. Misalnya dalam sistem ekonomi, di mana kaum-kaum tidak mendapat hak yang sama dan kepentingan diberi kepada orang luar. Orang tempatan terutama orang miskin tidak diberi satu penghormatan, satu penyertaan dalam sistem ekonomi di mana mereka terus diabaikan. Sama juga dengan sistem sosial. Maka implikasi sistem politik, implikasi sistem ekonomi dan implikasi sistem sosial ini misalnya pendidikan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa sudah habis Yang Berhormat.

Dr. P. RamasamyDAP · PRBatu Kawan

Satu minit Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya bagi Yang Berhormat Kota Bharu selepas itu saya bagi..

Labuan, Tuan Yang di-Pertua.

Dr. P. RamasamyDAP · PRBatu Kawan

So, akhir sekali Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, tengok jam. Saya minta maaf.

Dr. P. RamasamyDAP · PRBatu Kawan

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih. Yang Berhormat Kota Bharu, sila.

Tuan Haji Roslan ShaharumPAS · PRBukit Gantang

Selepas Kota Bharu, Bukit Gantang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Ucapan Titah Diraja. Menyambung daripada apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat daripada Batu Kawan mengenai dengan pengendalian pilihan raya yang baru lalu, saya ingin melahirkan rasa dukacita di atas tidak adanya kuasa kepada pihak SPR di dalam menguruskan pengendalian pilihan raya. Banyak perkara yang dicadangkan oleh SPR tidak dapat dilaksanakan oleh kerana tidak mendapat persetujuan daripada pihak kerajaan. Seumpama penggunaan dakwat kekal. Pihak SPR telah maklumkan kepada semua parti-parti politik bahawa ianya akan dilaksanakan di dalam Pilihan Raya Umum 2008. Pesanan juga telah dibuat dan pada hari ini dakwat kekal lebih daripada RM2 juta nilainya masih ada di dalam simpanan SPR. Suatu pembaziran! Apabila SPR menyatakan hasrat untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau telah bersetuju dengan menyatakan persetujuannya. Oleh kerana itulah SPR memaklumkan kepada semua parti-parti politik termasuk parti pembangkang bahawa dakwat kekal akan digunakan seperti mana di India, Pakistan dan juga di Indonesia. Malangnya apabila SPR mengemukakan kertas untuk di bawa masuk ke Kabinet, pihak Kabinet yang menolak penggunaan dakwat kekal ini. Jadi di sini menampakkan bahawa ketidakwibawaan Perdana Menteri yang telah pun menyatakan persetujuan kepada SPR untuk menggunakan dakwat kekal tetapi Kabinet yang menolak. Jikalau saya jadi Perdana Menteri, pada hari itu juga saya akan letak jawatan... [Tepuk] Sebaliknya kalau Kabinet tidak boleh setuju dengan apa yang telah dipersetujukan oleh Perdana Menteri, sepatutnya Kabinet yang perlu letak jawatan... [Tepuk] Tidak boleh! Ini satu perlakuan, satu percanggahan yang tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia. Oleh kerana itulah saya mencadangkan supaya pihak kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa yang terdiri daripada berbagai-bagai pihak daripada parti politik kerajaan, parti pembangkang, NGO, wakil-wakil persatuan semua sekali untuk meneliti dan juga memikirkan; selepas 50 tahun apakah kita masih lagi nak menggunakan susunan kerangka yang sedia ada. Orang lain sudah bergerak lebih maju daripada kita, di Thailand, di Indonesia, kita bergerak ke belakang. Dulu adanya pilihan raya kerajaan tempatan sekarang tidak ada. Pihak di Indonesia, di Thailand sekarang ada pilihan raya untuk Senator, Dewan Negara kita tidak ada. Di Thailand dan Indonesia ada pilihan raya untuk wali kota, untuk perbandaran dan semua sekali. Orang lain semua bergerak maju ke depan

kita bergerak ke belakang... [Tepuk] Saya mencadangkan supaya jawatankuasa ini betul-betul ditubuhkan untuk meneliti, mengkaji dan juga membuat cadangan supaya SPR perlulah diberikan kuasa penuh untuk mengendalikan pilihan raya. Tuan Yang di-Pertua, contoh yang kedua. Apabila penamaan calon yang dijadualkan pada 24 Februari pada hari Ahad. Pada 21 Februari hari Khamis, pukul 4.10 petang, kami di Kelantan menerima panggilan telefon daripada Pegawai Pilihan Raya menyatakan bahawa statutory declaration dengan izin, akuan bersumpah dalam Borang 5 dan juga 5A ini perlu stamping perlu dibayar duti setem. Di Kelantan pukul 4.10 petang pejabat akan tutup 4.30 petang, esoknya hari Jumaat hari cuti, lusanya hari Sabtu juga hari cuti. Hari penamaan calon hari Ahad. ■1240 Jadi, seolah-olah suatu perangkap, suatu perancangan yang jahat oleh pihak- pihak berkenaan untuk tidak membolehkan kita menuntut...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, masa tamat Yang Berhormat. Kita tidak ada masa. Minta maaf Yang Berhormat.

Jadi oleh sebab itu saya mencadangkan supaya SPR diperkasakan dan kita menyatakan keyakinan kita, insya-Allah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, baik Yang Berhormat. PJ Utara.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2006, industri pembuatan berkembang sebanyak 7.3%. Akan tetapi tahun lalu ia hanya berkembang sebanyak 3.1%. Dalam Belanjawan Negara 2008, Perdana Menteri mengumumkan bahawa sektor pembuatan akan dijangka berkembang sebanyak 3.8% tahun ini. Akan tetapi Gabenor Bank Negara baru sahaja mengumumkan bahawa sektor yang amat penting ini hanya akan berkembang sebanyak 1.8%. Ini adalah perkembangan yang amat merisaukan kerana sektor pembuatan adalah sektor yang sangat penting bagi Malaysia. Bukan sahaja sektor pembuatan menyumbangkan sekurang-kurangnya 31% kepada GDP negara kita, ia merupakan sektor yang membawa pekerjaan kepada 30% pekerja Malaysia. Jikalau ia tidak berkembang, pandangan ekonomi masa hadapan kita akan kurang cerah. Berbanding dengan Malaysia walaupun Singapura kekurangan tanah dan sumber semula jadi, kos yang jauh lebih tinggi sektor pembuatan berkembang sebanyak 7.3% pada tahun lalu dan 13.2% pada penggal pertama tahun ini. Walaupun kedua-dua negara menimpa keadaan ekonomi global yang kurang memuaskan terutamanya disebabkan oleh dengan izin, liquidity crunch caused by the sub-prime loan crisis. Singapura terus maju dan lancar di mana Malaysia nampaknya ketinggalan. Oleh sebab itu, kerajaan mestilah memberi tumpuan yang sepenuhnya untuk memulihkan kembali industri pembuatan di Malaysia. Antara langkah-langkah yang diperlukan termasuklah memberikan insentif cukai yang lebih menarik kepada industri kecil dan sederhana, berbanding dengan negara-negara jiran seperti Hong Kong dan Singapura di mana cukai syarikat tidak melebihi 18%. Selain daripada itu kerajaan menumpukan perhatian kepada pelaksanaan koridor-koridor yang baru, yang sebenarnya merupakan projek hartanah. Kerajaan perlu menumpukan perhatian kepada aspek menarik pihak usahawan dari dalam dan dari luar negeri, yang dapat membawa kilang yang membuat produk-produk yang berteknologi tinggi yang kini tidak mencukupi di Malaysia. Jika Malaysia terus bergantung pada industri pembuatan di mana value add rendah, industri pembuatan kita tidak akan maju dan perkembangan akan terus merosot. Apa lagi kerajaan memberikan konsesi tol dan konsesi IPP kepada syarikat-syarikat kroni secara rundingan terus telah menyebabkan keuntungan yang sangat lumayan bagi syarikat konsesi. Yang dibimbangkan ialah pembayar hasil dan kepada kerajaan dan sekali lagi rakyat jelata di Malaysia. Apatah lagi baru-baru ini kita diberitahu bahawa konsesi yang ditawarkan kepada Syarikat KLIA Ekspres oleh kerajaan memberi kuasa untuk syarikat

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

tersebut mengutip cukai daripada setiap pelanggan penerbangan di KLIA, tidak kira sama ada pelanggan tersebut menggunakan perkhidmatan ekspres. Ini adalah perkembangan yang amat membimbangkan. Dahulu sekurang-kurangnya hanya pengguna tol yang dikenakan tax walaupun tax tersebut tidak saksama. Kini kita mendapati bahawa kerajaan memberikan kuasa kepada syarikat untuk tax rakyat yang langsung tidak menggunakan perkhidmatan. Adakah polis akan menyiasat kes ini sebagai kes rompakan, day light robbery. Saya berharap dengan sesungguhnya kerajaan akan mengambil kira beban yang ditanggung oleh rakyat kita, dan berunding semula kontrak-kontrak yang berat sebelah ini dan jikalau syarikat berkaitan kurang ikhlas dalam rundingan tersebut, kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan membeli konsesi tersebut mengikut kos pembinaan lebuh raya dan lain-lain. Pada masa awal pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berjanji di hadapan pihak peniaga, bahawa open tender ataupun tender terbuka akan menjadi sistem perolehan terutamanya dalam pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pada masa itu 2004, saya amat menyokong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Akan tetapi amat dikesali perutusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak dilaksanakan malah trend tender semakin tertutup dan rundingan terus menjadi sistem terutama. Misalnya Jambatan Pulau Pinang Kedua yang telah pun ditawarkan kepada syarikat UEM tanpa sebarang tender. Bukan sahaja kontrak membina jambatan diberikan secara terus, kontrak ditawarkan sebelum harga pembinaan ditentukan. Adakah seorang mak cik yang membeli sayur di pasar, membeli sayur tanpa tawar harga? Adakah Yang Berhormat semua akan membeli sebuah kereta jika kereta tersebut naik serta-merta selepas tempahan diberi?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sila, Yang Berhormat berhenti Yang Berhormat. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Labuan. Tunggu Yang Berhormat, saya hendak menghitung berapa orang lagi? Enam orang, tujuh orang. Yang Berhormat Labuan, sila empat minit... [Ketawa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Apa hal api itu tidak keluar Yang Berhormat?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kita peluang untuk berucap dan membahaskan pada hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya tahu Yang Berhormat sudah berdiri banyak kali.

Saya akan membawakan masalah sistem pengangkutan yang berlaku di antara Sabah, Sarawak dan Labuan. Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, kerana sistem pengangkutan yang begitu buruk sekali antara Pulau Labuan dan juga tanah besar Sabah. Pada hari ini, cuma satu feri kenderaan sahaja yang beroperasi antara Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah. Jadi apa yang kita lihat, sekiranya berlaku musim-musim keramaian, benda ini adalah menjadi satu masalah bagi penduduk Pulau Labuan. Jadi ini disebabkan oleh Kementerian Pengangkutan dan juga dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah telah pun memberikan satu konsesi kepada satu syarikat yang mana sistem monopoli telah pun diadakan. Jadi dengan adanya sistem monopoli tersebut, kalaulah servisnya bagus tidak mengapa. Apa yang kita lihat, sistem monopoli ini digunakan untuk menyusahkan rakyat, yang mana mereka sesuka hati sahaja untuk melaksanakan servis tersebut. Jadi apa yang kita harap, supaya Kementerian Pengangkutan dapat memberikan peluang kepada pengusaha lain dan hilangkan sistem monopoli tersebut supaya servis antara Pulau Labuan atau Wilayah Persekutuan Labuan dan Tanah Besar Negeri

Sabah dapat dipertingkatkan. Jadi inilah satu masalah kita di Labuan Tuan Yang di- Pertua. Yang kedua, sistem pengangkutan juga yang mana sistem penerbangan antara Labuan dan Kota Kinabalu yang pada saat ini tambangnya terlalu mahal. Sebelum CEO MAS yang ada sekarang, Idris Jala mengambil alih cuma antara tambang daripada Labuan ke Kota Kinabalu, satu kali jalan RM70.00. Sesudah beliau ambil alih, tambangnya meningkat sekali ganda iaitu RM140.00. Sekarang, sudah mencapai ke RM225.00 dan pulang-pergi antara Labuan dan Kota Kinabalu kita membelanjakan sebanyak hampir RM500.00. Ini adalah satu beban kepada penduduk Labuan, yang mana kita tidak ada pilihan kerana sistem pengangkutan jalan darat yang tidak bagus, feri servis yang kurang mantap dan juga penerbangan yang begitu mahal. Apalah ertinya Labuan sebagai Wilayah Persekutuan kalaulah sistem pengangkutan dan perhubungan buruk dan tidak menepati hasrat rakyat yang sebenarnya? Jadi apa yang kita harapkan, semoga Kementerian Pengangkutan dapat melihat dalam hal ini dan dapat mempertimbangkan supaya penduduk-penduduk di Labuan jangan disusahkan lagi. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat, Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Buat masa sekarang ini, penduduk di sekitar kawasan Indera Mahkota terutama yang berada di sekitar kawasan perindustrian berasaskan kimia sedang menghirup udara yang tercemar. Mereka yang majoritinya terdiri daripada kampung-kampung tradisi Melayu, setelah menghadapi dan mengharungi hidup sebegini lebih daripada 15 tahun. Tuan Yang di-Pertua, lebih memilukan lagi apabila mereka ini sebenarnya tidaklah mendapat manfaat secara langsung daripada sektor pembangunan, perkilangan yang berasaskan kimia di Kawasan Perindustrian Gebeng, yang telah diuar-uarkan oleh pihak kerajaan sebegitu lama sebagai kejayaan. Antara kejayaan besar kerajaan negeri. Mereka telah sepakat untuk mewujudkan program pemeriksaan kesihatan dan dibantu oleh NGO dan badan-badan bukan kerajaan yang lain, termasuk dalam dan luar negara untuk membuktikan kesan sisa pembuangan toksik yang berasaskan kimia ini telah mula meresap dan mendatangkan kesan negatif secara langsung terhadap kehidupan mereka. ■1250 Lebih memilukan lagi, mereka hanya melihat pegawai dan pedagang asing yang keluar masuk dan menikmati kemudahan-kemudahan yang tersedia di kawasan tersebut dengan baik. Ada di antara mereka menikmati kemudahan penggajian, dibayar elaun setinggi RM60 ribu sebulan, sedangkan pekerja-pekerja tempatan hanya terpaksa bergantung kepada agensi pekerjaan yang menyalurkan mereka mengikut gaji berkumpulan harian. Dan ada di antara mereka tidak langsung mendapat manfaat daripada kemudahan-kemudahan yang tersedia, kerana mereka adalah digaji atau di supply, dengan izin, oleh agensi-agensi pekerjaan swasta yang mengikat kontrak dengan kilang-kilang asing tersebut. Tuan Yang di-Pertua, semalam dan juga hari ini, ramai di antara kita yang menyebut untuk ,kita melihat kepada pemimpin di masa akan datang, kita lihatlah keadaan belia yang ada di dalam negara kita pada hari ini. Semua menyebut perkara yang sama dan ini adalah hakikat yang sedang kita hadapi. Kemungkinan berlaku di masa akan datang, sekiranya kita tidak memberi perhatian yang serius dan khusus terhadap kedudukan pergerakan dan pembangunan belia di dalam negara kita. Kita lihat pelbagai masalah seperti juvana, keruntuhan akhlak, vandalisme dan pra kongsi gelap telah pun berlaku di kalangan had umur belia sebagaimana yang kita takrifkan di dalam negara kita. Badan-badan bukan kerajaan seperti NGO juga dilihat tidaklah begitu berkesan pembangunannya, ditambah lagi wujudnya campur tangan di kalangan ahli-ahli politik yang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Habis dah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Habis, Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Klang. Tiga minit sahaja, Yang Berhormat Klang. Cepat-cepat sikit. Kena cepat.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta membahaskan Titah Baginda. Tuan Yang di-Pertua, sekolah menengah persendirian Cina telah wujud lama sebagai sekolah swasta, tetapi sijil UEC ataupun Unified Examination Certification masih tidak diakui oleh Kerajaan Malaysia. Jadi pelajar yang memegang sijil tidak layak memohon masuk ke universiti tempatan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, sijil ini telah diakui dan diterima sebagai syarat kemasukan beratus- ratus institusi tinggi di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Japan, Germany, New Zealand, Australia dan lain-lain. Jika kerajaan boleh terima sijil A Levels, mengapakah sijil UEC yang bertaraf tinggi ditolak? Hak pelajar yang memegang UEC dicabuli. Pemegang UEC sekolah persendirian terpaksa melanjutkan pelajaran di luar negara. Ini telah menyebabkan beribu-ribu graduan tidak pulang ke Malaysia, dan tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai citizen negara ini, dengan izin, dan juga menyumbang kepada pembangunan negara. Malah ini merupakan loss of human resources untuk negara kita. Satu lagi perkara yang saya ingin sampaikan ialah kegiatan perniagaan di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. Saya menerima beberapa aduan bahawa didapati pihak pengurusan sekolah menjual buku-buku latihan kepada murid-murid untuk mendapat kickback yang tinggi. Tindakan ini bukan sahaja boleh melibatkan salah guna kuasa pihak pengurusan, tetapi juga membebankan murid-murid dengan kerja latihan yang keterlaluan. Saya berharap Menteri Pelajaran boleh menyiasat kes ini. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, baru-baru ini NTV7 pada 3 Mei 2008 telah menyiarkan program yang bertema pelarian, refugee dengan izin, untuk dijual. Program ini memaklumkan pelarian Burma ataupun Myanmar yang ditangkap oleh pegawai imigresen Malaysia semasa dihantar ke sempadan Malaysia-Thailand. Pegawai imigresen negara kita menjual pelarian tersebut kepada trafficker dengan harga RM300. Trafficker seterusnya memaksa pelarian membayar lebih kurang RM1,900 supaya boleh pulang semula ke Malaysia. Kalau tidak dapat mengutip wang tersebut, mereka akan dipukul, dijual kepada rumah pelacuran atau nelayan ikan sebagai buruh. Pelarian Burma lari ke Malaysia kerana penindasan politik di negara asal.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Sik.

Assalamualaikum. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Bagi dua minit sahaja, Yang Berhormat... [Ketawa]

Ya, saya akan cuba.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada tiga orang yang berdiri, saya bagi dua minit, dua minit.

Okey, tidak apa, Tuan Yang di-Pertua. Yang pertama sekali saya hendak bercakap ialah mengenai dasar Sains dan Matematik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Apa sahaja yang dekat di hati Yang Berhormat, sila.

Yang pertamanya saya hendak jelaskan bahawa apa yang dijelaskan oleh timbalan menteri tadi ini, sebenarnya tidak buat kajian. Kajian yang kita buat, sebenarnya dasar itu pertama sekali bertentangan dengan Artikel 152. Yang keduanya, kajian yang dibuat menunjukkan setelah lima tahun dilaksanakan, kita dapati pelajar-pelajar tingkatan lima ini sebahagian besar daripada mereka masih belum pun faham bahasa Inggeris ini. Manakala dari segi struktur, dari segi kefahaman, semuanya apabila kita membuat kajian, rupanya pelajar-pelajar ini juga tidak faham, dan kalau diteruskan, ia akan merosakkan anak bangsa kita. Yang ketiganya ianya merosakkan matlamat 60:40 iaitu dasar Sains 60, Sastera 40. Bila dilaksanakan dalam bahasa Inggeris, semua dasar-dasar itu tidak dapat dilaksanakan dan kita lihat hari ini pelajar-pelajar kita makin kurang penguasaan dalam mata pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris. Yang keempatnya, saya hendak sentuh sedikit pelajar-pelajar sekolah agama rakyat. Setelah ditarik bantuan, kita lihat mereka ini cukup menderita. Satu perkara yang berlaku sejak dua tahun ini ialah dalam kempen senyap yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran, kita dapati pelajar-pelajar ini sukar sekali untuk memasuki sekolah-sekolah kerajaan. Jadi saya merayulah kepada pihak kerajaan, kerana yang terlibat ini ialah pelajar-pelajar Islam dan bumiputera. Cukuplah dosa setakat itu, tidak usah dok tambah banyak-banyaklah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih. Yang Berhormat Teluk Intan. Ada dua minit, Yang Berhormat. Boleh kita berkongsilah.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang untuk membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda. Saya meminta maaf kepada rakyat Teluk Intan sebab tidak diberi masa yang cukup… [Disampuk] Untuk berbahas di Dewan Rakyat di mana mereka hantar saya. Saya sebagai wakil rakyat pertama kali merasa kecewa dengan pentadbiran di Dewan yang mulia ini, di mana kita hendak bahaskan isu-isu yang penting tetapi tidak ada peluang. Tadi rakan saya dari Ipoh Barat telah mengusulkan untuk membahaskan satu usul mengenai ISA, tetapi nampaknya itu tidak begitu penting untuk Dewan yang mulia ini untuk dibahaskan. Semalam Yang Berhormat Batu Gajah telah mengusulkan mengenai Program Latihan Khidmat Negara, national service, dengan izin. Seorang telah mati minggu ini, tetapi itu pun tidak segera. Orang sudah mati pun tidak segera. Jadi apa yang penting, saya pun tidak tahu! Ini hendak bahas di Dewan yang mulia ini. Jadi saya memintalah kepada Tuan Yang di-Pertua, untuk menimbangkan hasrat kami. Macam pagi tadi, Standing Order 43 dan 18(3). Saya rasa 18(3) lebih penting, bukan 43. Budi bicara itu mesti budi bicara yang betul dan teratur, bukan budi bicara sewenang-wenangnya. Ini adalah pendapat saya. Seterusnya mengenai Bandar Teluk Intan. Saya berterima kasih kepada rakyat Teluk Intan memberi peluang kepada saya untuk datang ke Dewan Rakyat. Banyak masalah di Teluk Intan mengenai banjir. Saya telah memberi satu soalan mengenai perkhidmatan kereta api ke Teluk Intan, mengapa tergendala? Saya terima satu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat. Habis dah.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih. Pohon sokongan untuk perbahasan saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kemajuan di Sabah terakhir di Malaysia. Jadi saya pun terakhir berucap… [Ketawa] Sabah sekarang lebih dikenali sebagai tempat yang dilanda masalah yang berlimpah- limpah. Masalah di Sabah telah dikemukakan berkali-kali di Parlimen, namun tiada sebarang tindakan. Saya amat menyokong aduan yang dikemukakan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat dari Sabah. Semua itu betul dan mesti diambil perhatian bagi semua pihak. Dalam isu pendidikan, sekolah jenis kebangsaan rendah dan menengah sedang dalam usaha yang gigih untuk mendapat bantuan seperti derma dari swasta untuk pembinaan bangunan baru kerana tidak dapat bantuan daripada pihak Kerajaan Persekutuan. Masalah air dan elektrik juga salah satu masalah besar bagi penduduk Sabah. Bekalan air dan elektrik masih merupakan masalah yang utama. Saya juga ingin menjelaskan bahawa walaupun, Sabah dikenali sebagai pembekal minyak, oil producer, dengan izin, tetapi hingga kini Sabah masih dikategorikan sebagai negeri yang termiskin di Malaysia. Bagi pihak rakyat Sabah, kami ingin meminta Kerajaan Persekutuan supaya menaikkan royalty share, dengan izin, dalam minyak. Terima kasih.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya boleh bagilah Yang Berhormat. Saya ada sedikit peluang untuk memberi kepada Yang Berhormat. Dua minitlah cakap.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Barangkali saya akan berucap pada kali yang kemudian sebab susah saya hendak menjalankan kewajipan sebab saya sebagai seorang wakil rakyat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak apa, Yang Berhormat. Kalau bercakap banyak sangat, tidak habis juga. Sila Yang Berhormat.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Dua minit memang tidak cukup. Kalau dicincang-cincang pun tinggal satu muka surat sahaja.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya dua minit. Saya mahu dua minit.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sila, Yang Berhormat.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Itu sahaja, Yang Berhormat? Yang Berhormat, saya sudah bagi Yang Berhormat dua minit tadi, cakaplah. Tidak hendak cakap?

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Tidak sempat hendak habis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak sempat hendak habis?

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Tidak sempat hendak buat mukadimah pun, Tuan Speaker.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Bagilah Yang Berhormat Segambut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ha, bagilah Yang Berhormat Segambut. Cakap dua minit.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Terima kasih. Isu yang saya mahu sentuh ialah tindakan reman oleh pihak polis sekarang. Untuk pengetahuan semua Ahli-ahli Yang Berhormat, tindakan pihak polis apabila menahan seseorang suspek, dia boleh ditahan pada hari yang pertama. Selepas 24 jam, mereka boleh terus ditahan selama 14 hari. Sebab-sebab penahanan yang diguna pakai oleh pihak polis iaitu disyaki. Itu sahaja, yang saya rasa ini tidak adil. Dalam tempoh selama 15 hari seseorang di lokap, dia tidak boleh berjumpa lawyer, tidak boleh menggunakan telefon, malah keluarga pun tidak boleh dihubungi. Ini memang tidak adil. Ini lebih teruk daripada third world country dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya rasa Dewan Rakyat ini harus come up with something dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, untuk mengubah atau melihat kepada perkara ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi menyambung perbahasan untuk Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah selesai dan pada sesi sebelah petang, menteri akan memberi jawapan. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat kerana bekerjasama dengan saya pada pagi ini, dalam masa-masa yang begitu genting sekali, seminit, dua minit itu. Terima kasih Yang Berhormat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Sama-sama. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Kementerian Kewangan untuk menjawab.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNMenteri Kewangan II · Tasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian serta memberi cadangan dan pandangan terhadap beberapa perkara yang diutarakan dalam Titah Diraja. Beberapa isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan telah juga dibangkitkan dan ada di kalangan Ahli Yang Berhormat memberi pandangan yang baik dan cadangan yang membina untuk kepentingan rakyat dan negara. Bagi pihak Kementerian Kewangan saya akan menjawab soalan-soalan dan menjelaskan perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Mana-mana perkara yang tidak sempat dijawab sukacita saya memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan akan memberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya. Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh telah meminta penjelasan mengenai kedudukan pelaburan swasta termasuk pelaburan langsung asing (FDI) dengan izin, yang dikatakan semakin berkurangan. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya berdasarkan perangkaan terkini pelaburan swasta terus meningkat dengan mencatat kadar pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 19.1% kepada RM72.5 bilion pada tahun 2007 berbanding dengan RM60.8 bilion pada tahun 2006. Manakala kemasukan FDI juga

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNMenteri Kewangan II · Tasek Gelugor

meningkat ketara sebanyak 31.1% kepada RM29.1 bilion atau USD8.5 bilion pada tahun 2007 berbanding dengan RM22.0 bilion pada tahun 2006. Mengikut World Investment Report 2007 oleh UNCTAD aliran masuk FDI ke Malaysia pada tahun 2006 telah mencatat paras tertinggi semenjak krisis kewangan Asia. Dari segi FDI per kapita Malaysia mencatatkan pencapaian sebanyak USD232 berbanding dengan Vietnam sebanyak USD28 dan China USD103. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, aliran masuk FDI ke Malaysia semakin berintensif modal. Ini ditunjukkan oleh nisbah pelaburan modal bagi setiap pekerja dengan izin, Capital Investment Per Employee bagi projek-projek pelaburan yang diluluskan yang telah meningkat kepada RM613 ribu pada tahun 2007 berbanding dengan RM517 ribu pada tahun 2006. Ia selaras dengan dasar kerajaan dalam mempromosikan pelaburan yang berintensif modal serta mempunyai nilai tambah dan teknologi yang tinggi seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh juga telah membangkitkan isu mengenai penggunaan swasta, domestic consumption, dengan izin, yang dibiayai oleh pinjaman yang menyebabkan paras hutang isi rumah semakin meningkat. Jumlah penggunaan swasta terus meningkat pada kadar 14.7% pada tahun 2007 dan 10.5% pada tahun 2006. Ini disokong terutamanya oleh peningkatan teguh pendapatan boleh guna, disposable income dengan izin, ekoran daripada harga komoditi yang tinggi, pasaran pekerja yang stabil dan prestasi pasaran ekuiti yang kukuh serta penyelarasan gaji kakitangan awam. Tuan Yang di-Pertua, contohnya, purata pendapatan bulanan peneroka kelapa sawit dan pekebun kecil getah bagi tahun 2007 berbanding dengan kadar pendapatan sekarang amat jelas. Pada tahun 2001 pendapatan pekebun kecil getah hanya RM650 dan pendapatan purata bagi tempoh empat bulan 2008 ialah RM3,992. Begitu juga bagi peneroka kelapa sawit pada tahun 2001 pendapatan bulanan mereka ialah RM700 dan bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini pendapatan mereka ialah RM3,957. Tuan Yang di-Pertua, penggunaan swasta juga disokong oleh persekitaran kadar faedah yang rendah. Sungguhpun akses kepada kredit semakin mudah namun kedudukan hutang isi rumah masih terkawal. Ini digambarkan oleh nisbah hutang isi rumah berbanding dengan aset telah berkurang daripada 46% pada tahun 2007 berbanding dengan 49% pada tahun 2006. Manakala nisbah pinjaman tak berbayar atau non-performing loans dengan izin, isi rumah juga berkurangan kepada 5.3% berbanding 7.1% pada tahun 2006. Peningkatan jumlah pelaburan dan penggunaan swasta adalah penting untuk terus menyokong kadar pertumbuhan ekonomi terutamanya bagi menangani prestasi sektor luar negara yang tidak menggalakkan berikutan daripada kesan peningkatan harga minyak mentah dunia dan kekurangan bekalan makanan. Pada masa ini 87.4% pertumbuhan ekonomi dijana dari permintaan dalam negeri khususnya penggunaan dan pelaburan swasta. Kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi pertumbuhan pelaburan dan penggunaan untuk memastikan kestabilan pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa panjang. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Machang telah membangkitkan isu mengenai pemberian kontrak kepada Telekom Malaysia untuk melaksanakan projek jalur lebar yang bernilai RM15 bilion. Tuan Yang di-Pertua, industri komunikasi dan multimedia adalah begitu penting untuk membantu negara beralih kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Mas bangun, Yang Berhormat. ■1440

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan sebelum masuk jawapan bahagian kedua. Yang Berhormat ada menjelaskan tadi bahawa kemasukan pelaburan asing FDI terus meningkat berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya sehinggalah ke tahun 2007 yang disebutkan tadi. Kemudian pelaburan pengguna swasta juga meningkat. Pendapatan pihak peneroka juga meningkat tetapi yang saya tidak fahamnya walaupun semua ini bagus, kenapa rakyat tidak ada keyakinan pada

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

kerajaan sekarang. Kegelisahan di kalangan rakyat jelas melalui pilihan raya baru-baru ini. Selain daripada itu, dengan perkembangan-perkembangan yang disebutkan meningkat seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, kita lihat banyak juga kilang-kilang tutup, bukan sedikit rakyat menghadapi pengangguran dan kilang- kilang saya sebut tutup dan terus ke China, Vietnam ke India dan seumpamanya. Bolehkah Yang Berhormat memberi perspektif yang lebih jelas dan meyakinkan. Terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNMenteri Kewangan II · Tasek Gelugor

...Tutup dan beralih kepada negara lain terutamanya negara China. Itu biasa sebab pada satu masa dahulu kita memberi peluang kepada semua jenis pelaburan untuk masuk, untuk melabur di Malaysia dan pada satu masa dahulu juga, pelaburan dibuat dalam teknologi yang begitu simple, assembly plant, dengan izin. Namun keadaan telah berbeza. Tahap gaji yang dibayar Malaysia sudah naik dan mungkin ada assembly plant yang tidak lagi ingin untuk berpusat di Malaysia dan mereka berhijrah ke negara lain di mana tahap gaji masih rendah dan mungkin negara China, negara India dan juga negara Vietnam tetapi kita tidak memerlukan pelaburan seperti itu Tuan Yang di-Pertua. Yang kita perlukan sekarang ialah pelaburan yang berintensif teknologi, pelaburan yang mempunyai tahap teknologi yang tinggi. Oleh yang demikian, kita tidak begitu risau tentang penghijrahan factory, syarikat-syarikat China.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Janji-janji ada. Ada pelaburan masuk untuk mengganti factory-factory yang tutup ini dan memang dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini aliran masuk melebihi aliran keluar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor bangun, Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang telah pun saya sebutkan dalam ucapan titah baru-baru ini. Kalaupun dibentangkan, diberitahu kepada rakyat tentang angka-angka yang dianggap ajaib, tentang pertumbuhan sebanyak 6.2% tahun lalu dan juga dagangan yang melebihi satu trilion, foreign reserve yang boleh menampung 10...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat,...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

...Perkara tersebut telah pun Yang Berhormat bahaskan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya, saya ingin bertanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya pasti dalam...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya ingin bertanya kepada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

...Golongan Yang Berhormat Menteri akan menyentuh perkara yang dibahaskan itu. Yang Berhormat tak payah ulang dan bahas apa Yang Berhormat telah bahaskan dalam perbahasan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Penjelasan yang saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri adalah bagaimana seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Malaysian Institute of Economic Research contohnya, pertumbuhan yang sebanyak itu tidak menjana. Yang sepatutnya menjana 200,000 pekerjaan tidak dijana tahun lalu. Di mana silapnya? Apakah berlaku mismatch dalam pelaburan dan output? Apakah di sana berlaku apa yang dikatakan sebagai inefficiency dalam pelaburan ataupun dengan izin, apabila kita lihat kepada angka incremental capital output ratio, high core value nya berlaku ketirisan, kebocoran atau apa jua perkara yang telah disebutkan dalam Dewan ini. Satu perkara yang saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat, mengapa setinggi itu pertumbuhan tidak menjana pekerjaan dan hari ini kita kerap menyalahkan graduan yang tidak punya skil, tidak punya communication skill, tidak punya enterprising spirit dan sebagainya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Satu perkara yang saya ingin mendapat penjelasan dan yang keduanya begitu juga dalam hal ketika kita menggembar-gemburkan keupayaan dan kehebatan pengurusan kewangan kita, saya meminta Yang Berhormat Menteri menjelaskan dalam kita bandingkan emerging economy seperti yang lain, termasuk juga kebelakangan ini seperti bukan hanya Abu Dhabi, bukan hanya Qatar, bukan hanya Kuwait mempunyai sovereign wealth fund yang begitu besar...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik, baik Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Mengapa kita yang juga punya keupayaan seperti syarikat gergasi kita, Petronas yang juga dalam sovereign wealth fund seperti Khazanah, tidak melabur dalam krisis yang mengakibatkan kerugian besar kepada institusi-institusi kewangan seperti Citigroup, Merrill Lynch, Morgan Stanley, UBS, yang merupakan peluang untuk kita melabur dan menjadi melonjak kepada satu global player dalam hal-hal corporate finance seperti ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sebaliknya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tak payah berucap Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

...Dia kena labur dalam pelaburan. Jadi bagaimana Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri ada usul daripada Menteri.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, Khamis, 15 Mei 2008.”

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNMenteri Kewangan II · Tasek Gelugor

Menyokong, menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan kepada majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan. [Perbahasan disambung semula]

Datuk Haji Ab. Halim Ab. RahmanPAS · PRPengkalan Chepa

Tuan Yang di- Pertua, boleh jawab bersama sekali. Tadi, Yang Berhormat menjelaskan bahawa penjanaan pelaburan domestik lebih tapi saya hendak tahu, kerajaan juga menggalakkan GLC dan juga syarikat-syarikat lain yang di Malaysia ini untuk melabur di luar negara. Apakah bidang pelaburan itu tidak perlu lagi dalam negeri ini? Yang kedua, saya hendak minta penjelasan, FDI, dikatakan begitu hebat pertumbuhan. Cuba bandingkan dengan Singapore, FDI masuk Singapore, Thailand dan Indonesia, boleh? Terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya begitu sedih, sedih kerana kadang-kadang kita sendiri rakyat Malaysia, begitu ingin melihat aspek- aspek yang buruk sahaja tentang negara kita. Kita semacam tidak berminat untuk melihat faktor-faktor keadaan kelebihan negara kita berbanding dengan negara-negara yang lain. Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan yang begitu mencabar pada hari ini dengan harga minyak telah meningkat naik, harga komoditi telah naik, bekalan makanan tidak menentu dan negara-negara seperti negara Amerika mungkin menghadapi recession. Banyak negara yang pada masa dahulu telah mengeluarkan rakyat negara daripada kancah kemiskinan kini menghadapi kesusahan. ■1450 Hampir 100 juta penduduk di dunia yang sudah pun keluar dari kancah kemiskinan kini kembali jatuh balik ke dalam kancah kemiskinan. Dalam tahun-tahun yang akan datang Tuan Yang di-Pertua, yang akan membezakan sebuah negara yang akan dapat bertahan dan bukan sahaja dapat bertahan, dapat bertahan dan dapat maju dalam keadaan yang serba mencabar ini dan sebuah negara yang tidak akan maju, tidak akan dapat bertahan, akan mundur. Ada beberapa faktor yang akan menentukan keadaan ini. Antaranya ialah keadaan mikro ekonomi, keadaan infrastruktur, keadaan human capital dengan izin, modal insan tetapi yang penting sekali Tuan Yang di-Pertua ialah fleksibiliti. Sama ada sebuah negara mempunyai fleksibiliti untuk menjana ekonomi dalam keadaan yang mencabar. Saya bagi contoh, kita tahu dalam sejarah beberapa negara di Afrika misalnya telah dijajah oleh negara-negara Eropah dan ada di antara negara-negara ini yang hanya mengeluarkan buah-buahan sahaja untuk negara penjajah dan trend ini masih dilanjutkan selepas negara itu menjadi negara merdeka. Ada beberapa buah negara di Afrika yang selepas mencapai kemerdekaan dalam tahun 50-an, tahun 60-an. Tugas yang diberi oleh bekas penjajah kepada negara-negara Afrika yang pernah dijajah ialah hanya untuk mengeluarkan pisang, itu sahaja. Setiap hari penduduk negara itu mengeluarkan pisang. Pisang itu dijual ke negara Eropah, negara Perancis, negara- negara lain dengan harga-harga yang ditentukan. Jadi mereka tidak perlu khuatir sebab harga yang ditentukan dan pisang yang dikeluarkan akan dibeli oleh negara Perancis, negara-negara Eropah. Jadi rakyat negara-negara itu pun gembira kerana kerja senang mengeluarkan pisang dan pisang itu akan dibeli dengan harga yang telah ditetapkan....

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Akan tetapi tiba-tiba Tuan Yang di-Pertua negara-negara Eropah itu termasuk negara Perancis membuat keputusan tidak akan membeli pisang dengan harga yang ditetapkan...

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

Biar saya habiskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang ke berapa Yang Berhormat?

Tidak ada kena mengena dengan Malaysia ini.

Tiba-tiba negara Afrika itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu, itu jawapan daripada Menteri Yang Berhormat.

Tidak akan hendak pergi jual pisang di Perancis?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat tidak ada point of order. Sila duduk.

Itu jawapan you dengarlah, you fahamlah.

Dengar dahulu-dengar dahulu... [Dewan riuh] Namun keadaan memang sudah berubah, negara-negara lain juga sekarang, itu extreme example memang kita hendak mendapat satu rumusan dari contoh itu. Kini memang tidak dapat negara yang hanya mengeksport pisang. Akan tetapi kalau ada negara yang uruskan sedemikian rupa, supaya bergantung hanya kepada eksport untuk menjana ekonomi dalam keadaan yang mencabar hari ini, dalam keadaan persaingan yang sengit pada hari ini memang tidak dapat tahan, tidak dapat maju. Itulah hikmah bagi negara kita yang mungkin kita tidak sedar. Negara kita diurus dengan sedemikian rupa supaya 87%, ini statistik 87% dari penjanaan ekonomi kita datang dari sumber-sumber dalaman, bukan dari eksport. Sungguhpun kita merupakan negara pengeksport ke-19 dalam dunia dari segi perdagangan tetapi 87% datang dari sumber dalaman, dari sumber pelaburan modal, dari sumber penggunaan, penggunaan kerajaan, penggunaan swasta. Ini satu kelebihan, mungkin kita tidak nampak. Kita kadang-kadang lebih percaya kepada directory general MIER daripada statistik-statistik kerajaan. Statistik kerajaan adalah objektif. Tuan Yang di-Pertua, tentang isu...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat bagi Pasir Mas bangun Yang Berhormat.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat. Ini untuk mendapat penjelasan, purely dengan izin untuk kepentingan negara. Yang Berhormat sebut tadi 87% daripada dalaman. Kita semua tahu, memang kita bernasib baik, negara kita ada minyak, harga minyak pun naik, kelapa sawit pun naik, getah pun naik. Rakyat kita 27 juta jer. Kalau kita hendak banding, jangan kita banding dengan negara Afrika, Bangladesh...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik Yang Berhormat.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Kita banding dengan benda-benda yang munasabah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya rasa Yang Berhormat lari tadi itu. Cuba jawab betul-betul. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat.

Isu yang kedua yang disebutkan tadi ialah tentang pelaburan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, hendak bagi Yang Berhormat bagi Padang Serai Yang Berhormat?

Habiskan dahulu. Syarikat-syarikat Malaysia yang melabur di luar negara. Ada jawapan kemudian tentang pelaburan Maybank di Indonesia. Saya akan mengambil kesempatan untuk menjawab soalan Yang Berhormat nanti.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma hendak tahu penjelasan, sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa negara kita dalam aspek pertanian adalah sebuah negara yang sudah gagal dalam mengeksport hasil-hasil pertanian sebagai komoditi yang mendatangkan hasil. Kita sememangnya gagal mendapat pendapatan yang baik khususnya pisang yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik, cukup Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Pisang walaupun menjadi satu komoditi asal negara ini, tetapi negara-negara Amerika Selatan, Philippine, Thailand, Indonesia mendahului Malaysia dan Malaysia sebagai satu negara semula jadi, green

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

house yang kita tidak perlu membina green house, tetapi macam di Amerika dan negara-negara lain mereka perlu membelanjakan berjuta-juta ringgit hanya untuk membina green house satu ekar sahaja, tetapi kita tidak perlu. Akan tetapi kita telah gagal walaupun negara kita ini semula jadinya who’s a very gifted country dengan izin .

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Gifted country when its come to agriculture. Sedarkah Yang Berhormat kita gagal dalam aspek pertanian?

Saya tidak sedar. Memang saya tidak sedar kerana kita tidak gagal...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, banyak perkara yang telah dibahaskan ada baiknya jika tumpuan diberikan kepada perkara-perkara yang telah pun dibangkitkan dalam perbahasan selama tiga, empat hari yang lalu Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, ini kali pertama saya dengar hujah Malaysia dianggap sebagai gagal dalam eksport sebab kita tidak eksport pisang, ini kali pertama saya dengar hujah yang sebegini... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Machang telah membangkitkan isu tentang Telekom. Saya hendak beri penjelasan sedikit sebab saya fikir isu tentang Projek Jalur Lebar itu penting kerana itu satu perkara yang begitu penting dalam ekonomi kita, dalam aspek menjana ekonomi kita dalam tahun-tahun mendatang. Industri Komunikasi dan Multimedia adalah penting untuk membantu negara beralih kepada ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Pada masa ini kadar penembusan jalur lebar di Malaysia masih lagi rendah berbanding dengan negara- negara maju di Asia. Kadar penembusan mengikut isi rumah adalah pada kadar 14.3% berbanding Singapura pada kadar 69%, Hong Kong 73% dan Korea 89%. Memandangkan kadar penembusan jalur lebar masih belum memuaskan, kerajaan telah menetapkan sasaran 50% penembusan jalur lebar mengikut isi rumah pada tahun 2010. Oleh itu kerajaan memutuskan supaya projek peluasan jalur lebar dilaksanakan bagi mencapai matlamat berkenaan. Projek jalur lebar berkelajuan tinggi atau high speed broadband, HSBB tidak dilaksanakan secara rundingan terus. ■1500 Ia dilaksanakan secara public private partnership atau PPP dengan Telekom Malaysia ini kerana projek ini melibatkan peruntukan yang besar sebanyak RM15.2 bilion. Daripada jumlah tersebut hanya RM4.8 bilion diperuntukkan oleh kerajaan dan RM10.4 bilion oleh Telekom Malaysia. Ini pun kita beri peruntukan dalam dua peringkat. Fasa pertama hanya RM2.4 dan kemudian berasaskan kepada kemajuan kita memberi peruntukan RM2.4 kemudian. Tuan Yang di-Pertua, keadaan ini adalah selaras dengan supaya sektor swasta menjadi enjin penggerak kepada pembangunan ekonomi Malaysia. Untuk memperkenalkan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi merupakan satu insentif yang sangat penting untuk meningkatkan daya saing negara; terutamanya dalam mentransformasikan Malaysia kepada sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan, knowledge based economy dengan izin. Selaras dengan pengalaman di negara lain, seperti di Korea, Singapura perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi tidak berdaya maju jika hanya diusahakan oleh sektor swasta. Ini kerana ia memerlukan peruntukan yang begitu tinggi dan gestation period dengan izin, begitu lama. Justeru pendekatan PPP adalah bersesuaian sebagai satu kolaborasi strategik dengan perkongsian risiko untuk pelaburan di antara sektor swasta dan kerajaan. Untuk membolehkan HSBB dimajukan di Malaysia. Pemilihan Telekom Malaysia untuk melaksanakan projek HSBB secara PPP adalah berdasarkan faktor kos satu, serta faktor kaedah pelaksanaan yang lebih efektif. Telekom Malaysia kini memiliki sebanyak 95% daripada infrastruktur telekomunikasi tetap sedar ada. Justeru Telekom Malaysia merupakan pilihan terbaik, natural choice dengan izin, untuk menaik taraf infrastruktur sedia ada bagi HSBB.

Pemilihan syarikat lain akan melibatkan pembaziran disebabkan duplikasi infrastruktur. Pemilihan Telekom Malaysia juga dapat mempercepatkan pelaksanaan dan dengan itu HSBB dapat memanfaatkan ekonomi serta rakyat dalam tempoh terdekat. Di bawah perjanjian HSBB dengan Telekom, kerajaan telah membuat keputusan ini penting. Kerajaan telah membuat keputusan Telekom Malaysia akan disyaratkan membuat semua perolehan berkenaan dengan HSBB secara tender bukan rundingan terus. Dengan itu syarikat tempatan yang berkemampuan dapat mengambil bahagian bermanfaat melalui tender-tender daripada perolehan HSBB. Yang Berhormat Batu Pahat dan juga Yang Berhormat Gombak telah meminta penjelasan...

Laluan, penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Machang bangun Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya leka mendengar syarahan yang cukup menarik daripada Yang Berhormat Menteri, sebelum berubah tajuk. Ada sesuatu yang hilang dalam penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi. Apabila bercakap tentang tanggungjawab kerajaan dan swasta untuk menyediakan perkhidmatan high speed broadband dengan izin. Sudah tentu jawapan tadi saya mengharapkan dapat menjurus juga kepada persoalan mendekatkan digital divide antara rakyat dan antara tempat. Itu hilang dalam jawapan tadi. Saya mohon diberikan fokus terhadap perkara itu. Saya ambil contoh Machang; rumah saya di kilometer 5.3. Apabila saya pergi daftar di streamyx, dia kata, “Minta maaf Yang Berhormat, kita cuma sediakan perkhidmatan dalam lingkungan radius lima kilometer.” Hal ini berlaku empat tahun lepas, sampai sekarang pun belum dapat perkhidmatan itu. Itu Machang. Hal yang saya bangkitkan yang mendapat respons menteri terima kasih. Saiz projek yang begitu besar, tumpuannya kepada keluasan bandar-bandar utama Kuala Lumpur, Ipoh, dan Pulau Pinang. Kuala Lumpur pun saya baca dua tiga hari lepas, menteri Wilayah maklumkan ada lebih beratus-ratus hot spots untuk wireless maknanya yang ini untuk fix line, dananya besar, no competing proposals. Yang Berhormat Menteri mungkin punya pendapat bahawa TM punya segalanya, prasarana yang sudah sedia ada sebab itu tidak diberi peluang kepada syarikat telekomunikasi yang lain...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik Yang Berhormat.

Setakat mana sebenarnya kita boleh menerima penjelasan begitu, pada ketika trend kita berganjak kepada teknologi wireless itu. Kerajaan itu sendiri memberi lesen kepada tujuh syarikat telekomunikasi. Jadi isu digital divide, tumpuan kepada kawasan bandar dengan mengabaikan kawasan-kawasan pedalaman, saiz projek yang begitu besar dan pertimbangan sehala pemerintah dengan melihat kepada kelebihan Telekom Malaysia. Jangan salah tanggap bahawa kita tidak menolak teknologi kita memerlukan itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat.

Supaya kita lebih berdaya saing. Terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Memang kerajaan sedar tentang isu digital divide dan kerajaan tahu tentang pentingnya untuk memastikan bahawa kawasan-kawasan luar bandar juga dapat faedah, dapat menikmati keadaan ICT yang baik. Oleh sebab itulah kerajaan telah memastikan bahawa wujud satu dana di MCMC yang juga berbilion-bilion ringgit yang disumbangkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. Ini penting Yang Berhormat, dalam mewujudkan sistem dengan

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Telekom ini yang memerlukan satu perbelanjaan yang besar dalam RM15 bilion dana kerajaan memberi peruntukan hanya RM4 bilion. Kita tidak menggunakan jumlah dana yang ada di MCMC. Dari RM4 bilion yang kita sumbangkan, patut kita gunakan juga sebahagian dari tabung MCMC itu. Namun, kita tidak menggunakan dana itu dan sebab apa kita tidak menggunakan dana itu. Kita tidak menggunakan dana itu sebab dan itu khas untuk kawasan luar bandar. Kita juga telah minta menteri yang berkenaan untuk memastikan bahawa dana MCMC yang wujud itu, yang berbilion-bilion itu digunakan untuk meningkatkan digital divide dan khas digunakan untuk kawasan-kawasan luar bandar termasuk Machang. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sungai siput bangun.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sejurus tadi Yang Berhormat Menteri sebut Malaysia ini ada hadapi satu keadaan ekonomi antarabangsa yang mencabar dan kemungkinan kegawatan di Amerika Syarikat. Apa yang saya ingin tanya ialah, apakah kita cadangkan untuk melindung pembeli rumah di negara ini? Pada masa 1998, ketika ada kegawatan ada dana harta dan dana modal untuk korporat, untuk bank-bank besar tetapi ramai orang pekerja di Malaysia hilang kerja dia, juga rumah dia. Jadi adakah apa-apa cadangan kerajaan kita untuk bagi perlindungan macam covering loan semasa mereka.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik, terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, ada satu soalan kemudian; satu isu yang akan saya jawab kemudian. Berbalik kepada isu tentang Maybank membeli Bank Internasional Indonesia iaitu BII baru-baru ini dan juga isu tentang pelaburan di luar negara oleh GLC. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini seperti kita tahu bahawa trend globalisasi yang pesat adalah penting, adalah satu faktor yang kita harus hadapi. Adalah penting dalam senario ini untuk bank-bank di Malaysia berkembang menjadi bank serantau regional bank. Kita perlu memandang, kita juga perlu menandingi negara-negara lain seperti Singapura misalnya yang telah membangunkan bank serantau. Kita juga harus mengambil langkah untuk membangunkan bank serantau supaya dalam jangka masa panjang kita tidak ketinggalan dan dapat mencapai matlamat menjadi hak kewangan di rantau ini. ■1510 Kalau boleh hab kewangan perbankan Islam di dunia, sebab kita memang mempunyai kelebihan dalam bidang kewangan Islam. Oleh itu, kerajaan yakin pembelian ekuiti BII oleh Maybank adalah satu langkah penting ke arah menjadikan Maybank sebuah bank serantau yang terkemuka, sebuah bank yang kukuh dan berdaya saing. Selain memperluaskan Sistem Perbankan Konvensional, Maybank juga berpeluang memperluaskan perniagaan kewangan Islam ke negara Indonesia memandangkan negara tersebut mempunyai bilangan penduduk beragama Islam yang terbesar di dunia. Selain Maybank terdapat bank Malaysia yang lain yang telah mengorak langkah untuk menjadi bank serantau. Antaranya kumpulan CIMB yang telah menguasai GK Goh Securities, sebuah syarikat pembrokeran saham yang berpusat di Singapura pada Jun 2005 dengan pelaburan berjumlah RM555 juta. Hasil daripada pengambilalihan ini wujud unit operasi pelaburan antarabangsa CIMB GK. Bank-bank komersial lain yang menjalankan perniagaan konvensional di luar negara ialah AmBank, RHB Bank dan Public Bank. Kesemua bank ini telah menunjukkan prestasi yang baik. Tuan Yang di-Pertua, seperti institusi perbankan asing yang lain yang ingin menjalankan operasi di Indonesia Maybank juga tertakluk kepada undang-undang pelaburan asing dan dasar kehadiran tunggal di Indonesia...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Sebagai sebuah institusi korporat yang bertanggungjawab kumpulan Maybank sentiasa....

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Yang di-Pertua.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

...Akan menghormati segala undang-undang berkaitan perkara ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Batu Pahat bangun Yang Berhormat. Hendak bagi mana?

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak ada masalah untuk bank negara kita untuk menjadi bank serantau, dunia sekarang ini dunia globalisasi. Kita memang menyokong dan kita tahu syarat-syarat yang perlu kita patuhi, macam mana orang melabur di negara kita pun ada syarat. Yang saya hendak tahu mudah sahaja, spesifik. Jumlah bayaran apabila dibida bank Indonesia ini, sebab saya baca dalam website, saya baca dalam laporan Citibank mengemukakan bida untuk menguasai bank Indonesia dengan harga RM5.6 ataupun RM5.8 bilion untuk menguasai sebanyak 75% ke 80%. Manakala Maybank membida bank Indonesia ini dengan harga untuk 30% RM4.6 bilion dan Maybank ini pemegang sahamnya adalah PNB yang paling besar, duit rakyat. Kenapa ada perbezaan dari segi harga? Adakah kerana saham ini dipegang oleh anak syarikat Temasek Holdings dan apabila selesai pembelian ini kita dapati saham Malayan Banking jatuh ke RM8 daripada RM12. Berapa banyak capitalization yang sudah hilang antara RM12 dengan RM8? Ini persoalan yang kita hendak tahu. Soal lain-lain itu memang kita sokong, memang kita sokong tidak ada masalah. Cuma ini yang disebut selalu ketirisan ataupun ada orang ambil komisen, payment under counter. Ini yang kita hendak tahu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik, baik.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat. Dalam membeli bank BII ini, Maybank memang bersaing dengan Hongkong Bank, dengan Bank of China, dengan South Korea Kunming Bank dan kita syukur alhamdulillah sungguhpun dapat saingan yang begitu hebat dari bank-bank di negara-negara maju, kita dapat membeli bank di Indonesia. Maybank telah menandatangani perjanjian pada Mac 2008 untuk mengambil alih 5.57% BII dengan kos sebanyak USD1.5 bilion ataupun dalam RM4.8 bilion. Maybank perlu membuat tawaran bagi baki 44.3% menjadikan keseluruhan kos pengambilan BII secara 100% berjumlah RM8.6 bilion. Ini jumlah kos. Ada juga analis-analis yang percaya bahawa harga ini mungkin sedikit tinggi dan mereka mungkin jual Maybank di pasaran saham, tetapi sebagai sebuah negara kita harus menggalakkan Maybank mengambil satu tindakan dalam konteks jangka panjang. Kita tidak boleh mengambil satu keputusan hanya berasaskan kepada analis- analis yang berumur 23 tahun atau 24 tahun yang duduk di air-condition office di Singapura, di Hong Kong apa mereka akan kata. Bolehkah kita membuat keputusan? Sebelum kita buat keputusan kita tanya analis. Telefon Singapore, telefon Hong Kong, telefon New York, telefon London tanya apa you akan buat. You akan jual saham saya? Saya tak peduli. Tak boleh. Kita harus mengambil satu langkah yang berani dan negara kita Tuan Yang di- Pertua dalam tempoh 50 tahun sejak merdeka, kita selalu ambil pendekatan yang berani, langkah yang berani dan keputusan yang berani dan saya berpendapat sungguhpun ini satu keputusan bukan dibuat oleh kerajaan, ini keputusan dibuat oleh Maybank dan Maybank adalah satu syarikat yang ada board of director tetapi kerajaan sokong. Kerajaan sokong sebab kerajaan berpendapat kalau negara lain, negara Singapura boleh masuk Indonesia boleh beli bank, mengapa kita tidak boleh beli dan kalau harga sedikit kita kena bayar, kita kena bayar market price dan tidak ada bukti langsung mengenai ketirisan, yang dapat komisen, tidak ada.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Maybank diuruskan dengan begitu baik sekali dan dapat pujian dari segi corporate government dari merata tempat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Batu Pahat bangun Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak sedikit penjelasan sahaja iaitu rasional Maybank ini membeli bank BII ini dipersoalkan sebab kita sudah membeli dua bank di Indonesia. Apa keperluannya? Saya juga difahamkan Maybank juga akan membeli satu lagi bank di Pakistan, iaitu MCB bank akan membeli sebanyak 15% state yang ada di MCB daripada Nishat Group, sedangkan ada pandangan mengatakan pembelian ini juga tidak wajar sebenarnya sebab ia dianggap terlalu mahal sebab melibatkan sebanyak RM2.1 bilion dan yang menjadi masalahnya dia kata, bahawa keadaan yang ada di Pakistan itu tidak mewajarkan kita untuk membeli satu lagi bank dan dibeli oleh bank yang sama iaitu Maybank. Saya perlukan penjelasan ini.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Boleh saya tanya dan sekali jawab? Terima kasih Yang Berhormat. Memang bila disebut jangan kita kisah penganalis muda-muda yang duduk dalam air-cond, kerana mungkin mereka kurang pengalaman, but soalan saya Yang Berhormat very specific, very simple. Citibank menawarkan RM5.6 bilion untuk menguasai keseluruhan saham dalam bank Indonesia and dengan izin why we have to pay RM8.6 billion. Beza RM3 bilion ini besar Yang Berhormat. Kemudian betullah ini keputusan pihak bank, tetapi ia tertakluk juga kepada persetujuan Security Commission, Kementerian Kewangan. Saya hendak meyakinkan diri saya bukan saya tak terima penjelasan Yang Berhormat dan kita di sini untuk bertanya bagi pihak rakyat then I have to ask the question. Terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Saya hormati Yang Berhormat bertanyakan soalan. Soalan ini penting tapi memang ada pendapat bahawa kita tak patut membeli dengan harga yang agak tinggi di Indonesia dan juga di Pakistan, tetapi di Pakistan pula bukan senang hendak beli bank. Maybank telah bertahun-tahun cuba untuk membeli bank dan diberi peluang. Board Maybank dan board PNB harus membuat satu keputusan sama ada dari segi pulangan dan dari segi risiko. Keputusan harus dibuat untuk membeli bank di Indonesia dengan harga sedemikian dan di Pakistan bank yang kelima kalau tak salah dari segi aset dengan harga yang sedemikian. Maybank telah membuat keputusan, bahawa telah tiba masanya untuk Maybank menjadi satu bank serantau, untuk menjadi satu jaguh serantau, untuk menjadi national champion dan sama ada harga itu kena atau tidak atau ada orang yang membida dengan harga yang lebih rendah, dan tak berjaya dan kita mungkin bayar sedikit lebih atau harga itu berpatutan. ■1520 Saya tidak dapat jawab dengan tepat sebab ini keputusan yang dibuat oleh bank dan saya yakin, bahawa keputusan yang dibuat itu adalah keputusan yang baik. Kerajaan menyokong bank-bank Malaysia melabur dalam bank-bank serantau supaya bukan sahaja negara-negara Singapura, Korea, Thailand menjadi jaguh serantau...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

...Kita juga dan kita mempunyai keyakinan bahawa bank-bank kita mempunyai keupayaan untuk menjadi regional champion, dengan izin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, teruskan Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sedikit sahaja penjelasan lagi Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu apakah ada pihak ketiga yang menjadi konsultan, yang mendapat keuntungan, yang menentu dan menasihatkan pembelian ini dengan harga yang tinggi, sebab dia akan dapat untung sebagai konsultan. Saya ingin tahu yang itu, dan adakah wujud perkara tersebut?

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, tidak ada konsultan yang dapat komisen dalam dua-dua kes, sama ada di Indonesia dan juga di Pakistan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Rasanya isu-isu yang diberikan telah jelas Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya hendak bagi Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya boleh minta Yang Berhormat Menteri untuk jawab sekali gus perkara yang saya bangkitkan. Tentang pembelian ke dalam institusi-institusi kewangan khususnya di Amerika Syarikat dan di Barat, yang pada ketika itu berlakunya krisis, sub-prima. Gadai janji yang terdapat pembelian ekuiti ke dalam institusi-institusi kewangan ini dengan satu peluang yang akan melonjakkan kita sebagai global player, berbanding dengan pembelian-pembelian yang dibuat oleh Maybank ke atas Bank International Indonesia (BII) yang mana 4.5 kali di atas harga pasaran. Jadi Yang Berhormat Menteri tolong berikan rasionalnya? Mengapa kita tidak mengambil penempatan ataupun positioning dalam bank yang mempunyai wibawa globally bukan hanya regionally, tetapi sebaliknya kita membuat pelaburan yang agak besar dan diparas melebihi market price ataupun harga pasaran? Terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang kita sedia maklum, pada masa ini terdapat satu badan, satu institusi baru yang diberi nama sovereign wealth fund. Dulu pun wujud, Temasek, GIC di Singapura yang berperanan sebagai sovereign wealth fund. Akan tetapi kini, negara China menubuhkan sovereign wealth fund, negara-negara Arab, Abu Dhabi dan Dubai menubuhkan sovereign wealth fund. Tiba-tiba pula kita nampak satu kegelisahan oleh pihak Amerika, oleh pihak Eropah tentang peranan sovereign wealth fund. Kini sudah wujud semacam satu gesaan untuk memaksa sovereign wealth fund untuk menjadi lebih transparent dalam urusan, dan ini juga menunjukkan satu double standard sebab dahulu, apabila kita minta wealth fund menjadi transparent supaya dikawal selia oleh bank-bank pusat, mereka di Amerika, mereka di Eropah kata tidak boleh transparent, tidak boleh dikawal selia, mesti diberi kebebasan untuk melabur. Kini apabila sebelah sini...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Orang Arab, orang Islam menubuhkan sovereign wealth fund jadi double standard. Tidak boleh, wealth fund boleh tetapi sovereign wealth fund tidak boleh. Orang Arab punya wealth fund ada standard lain, tidak boleh kena di transparent. Ini menunjukkan tentang double standard di dunia, tetapi...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

...Berbalik...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat, last question.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

...Saya hendak jawab dahulu, tetapi berbalik kepada sovereign wealth fund. Di negara-negara Arab, mereka mempunyai begitu banyak dana, Singapura pun begitu banyak dana sebab dana dia tidak ada bank pusat dan semua dia punya foreign reserve diletakkan dalam Temasek, GIC, dan juga di negara-negara Arab. Negara China pun diambil USD300 bilion dari dia punya bank pusat, letak dalam sovereign wealth fund. Dia mempunyai begitu banyak sumber, begitu banyak dana untuk melabur. Kita tidak mempunyai dana begitu banyak, untuk berani pergi beli bank di Amerika atau bank di Eropah sebab harga dia mahal dan peruntukan yang kita perlukan memang banyak, dan kita memang tidak mampu...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

...Satu lagi, biar saya jawab satu lagi. Badan- badan seperti Khazanah selain dari melabur sedikit sebanyak di Indonesia, di Pakistan yang memerlukan dalam konteks secara realiti peruntukan yang tidak begitu banyak seperti yang kita perlukan kalau kita melabur di Amerika Syarikat. Kita hendak beli 1% pun dekat USD10 bilion, USD20 bilion. Memang kita tidak ada duit. Sungguhpun ada duit sebegitu banyak, kita lebih baik melabur di serantau kita, serumpun. Indonesia serumpun, Pakistan seagama dan kita bukanlah developed country. Kita bukan negara yang sudah jadi kaya, sudah jadi membangun, jadi badan- badan, syarikat-syarikat seperti Khazanah juga harus menggunakan sumber-sumber

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

yang ada untuk melabur dalam negeri. Sebab itu kita tidak begitu berminat untuk beli City Bank atau bank-bank besar oleh sebab keperluan begitu banyak.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Last question on Bank Indonesia...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sikit lagi kalau...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat, bila beli Bank Indonesia, untuk jadikan bank-bank ini bank serantaulah yang disebutkan tadi. Last question, adakah Yang Berhormat sedar bahawa di Indonesia banyak bank, there are a lots of bank, akan tetapi kenapa Bank Indonesia apabila didapati harganya begitu tinggi? Apakah secara kebetulan Bank Indonesia ini dikuasai sahamnya oleh anak Syarikat Temasek Holdings. Ini yang membuat saya sangsi. I just can’t convince dengan izin, Tuan Yang di-Pertua kerana ini kepentingan rakyat. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sekiranya dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sementara saya faham penghujahan Yang Berhormat Menteri, saya masih melihat, persoalannya kalau kita mengurus dana kekayaan khazanah negara kita ini dengan baik, yang mana satu masa dahulu kita sebaris dengan negara seperti Korea Selatan, Singapura, Jepun, ones upon a time, tetapi hari ini mereka meninggalkan kita jauh. Kita mencungap-cungap untuk bersama sekarang ini dengan Vietnam, dengan Indonesia dengan negara seperti Pakistan dan jauh ketinggalan oleh India. Persoalannya, andainya kita telah mengurus dana kita dengan baik, kita mampu membuat sekali lagi the morning raid seperti mana dilakukan anak watan negara ini juga di London ke atas Guthrie. Dengan kata lain, andainya kita tidak tiris dan bocor dengan hanya dengan izin, dengan maaf bail-out dengan cara kita mengurus dana kita yang hari ini pun kita degar bagaimana kebocoran itu berlaku. We would have been globally viable and able to compete, ini kekecewaan dengan izin. Ini ialah kekecewaan yang daripada perspektif-perspektif sama ada pelabur domestik ataupun di negara ini, dan kita seharusnya keluar daripada amalan-amalan yang memerangkap kita dengan hanya pengurusan seperti ini dan akhirnya siapa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik, baik.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

...Dia akan kata kita tidak sama dengan yang lain. Terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya minta jawab sekali Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah tiga orang minta jawab sekali. Ya, Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Hampir sama. Tuan Yang di- Pertua, oleh sebab Maybank ini adalah...

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

...Oleh sebab Maybank ini adalah GLC, milik kerajaan sebenarnya, maka kerajaan adalah accountable kepada apa yang dilakukan oleh Maybank. Oleh sebab itulah berbangkit perkara ini, terutamanya apabila kita enquire bank, dengan izin di negeri yang rejim ekonominya dengan peraturan-peraturan yang kadang-kadang kita tidak faham. Saya difahamkan timbul masalah dalam pembelian BII di Indonesia ini. (cid:1) 1530

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya ingin tahu apakah benar perkara ini berlaku yang cuba dirahsiakan dan saya masih ragu-ragu tadi tentang konsultan yang terlibat sehingga berlakunya pembelian ini yang dikatakan tidak wujud...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat PJ Utara, oh Yang Berhormat Jelutong, ya.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Tuan Yang di-Pertua, selain isu Maybank yang membeli bank di luar negeri di Indonesia dan Pakistan. Menurut laporan media juga yang berkata, Maybank sedang mencari peluang untuk melabur dalam pasaran tafakul di luar negeri. Jadi berapa besarnya dana pelaburan itu dan apa pula risikonya? Terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu, tidak dimaklumkan tentang masalah yang wujud. Dan sekiranya perlu, saya akan minta Maybank untuk membuat satu kenyataan untuk memberi butir-butir yang lebih lanjut tentang pembelian dua-dua bank. Tentang pelaburan Maybank di takaful, saya tidak ada maklumat tapi saya akan semak dan akan memberitahu. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Boleh minta Maybank buat taklimat tak? Boleh tak Yang Berhormat minta Maybank panggil Ahli-ahli Yang Berhormat bagi taklimat secara in person.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Saya akan minta Maybank.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Ketika saya mengemukakan persoalan ini dalam perbahasan saya, ianya lebih berasas kepada isu corporate governance, urus tadbir korporat yang rata-rata merasakan bahawa pengurusan atau urus niaga ini tidak memenuhi ciri-ciri tersebut kerana yang telah saya jelaskan ialah pembayaran yang dibuat kepada Temasek Holdings ini empat kali ganda daripada book value di mana amalan biasanya puratanya hanya lebih kurang 2.5 kali ganda. Ini persoalan besar kerana Temasek Holdings meraih keuntungan hampir RM3 bilion dalam tempoh sembilan tahun ketika mereka menguasai bank tersebut, tetapi perkara ini nampaknya tercicir daripada jawapan Yang Berhormat Menteri, bukan persoalan kita perlu menguasai bank serantau dan sebagainya, saya kira rata-rata kita terima hakikat tersebut tetapi soal corporate governance ini sering tidak dititikberatkan oleh pimpinan khususnya jemaah menteri dalam menguruskan satu urus niaga sebesar ini. Terima kasih.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya juga tanya soalan?

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, keputusan yang dibuat oleh lembaga pengarah telah mengambil kira tentang risiko.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat duduk dulu.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tentang risiko, tentang pulangan dan saya memang setuju bahawa pada biasanya price to book value yang merupakan lebih dari empat kali ganda adalah dianggap sebagai satu angka yang tinggi sebab biasanya price to book hanya dua atau tiga kali tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu di mana peluang seperti ini hanya muncul sekali dalam beberapa tahun, ada rasionalnya untuk membayar harga yang lebih tinggi sedikit. Walau bagaimanapun saya setuju bahawa mungkin perkara ini dapat diterangkan oleh Maybank kepada Ahli-ahli Parlimen sebab begitu banyak soalan dan soalan-soalan juga saya nampak valid, saya akan minta Maybank memberikan penjelasan...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Boleh saya tanya Tuan Yang di- Pertua?

Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih. Yang Berhormat, saya kagum, saya setuju dengan pendapat Yang Berhormat Pasir Mas. Dalam satu tangan Yang Berhormat kata bahawa kerajaan berpendapat bahawa pembelian Maybank, BII ini adalah satu keputusan yang bijak. Dan dalam kata seterusnya, Yang Berhormat kata bahawa Yang Berhormat memang tidak tahu sama ada terdapat masalah-masalah dan seterusnya kerana dapat tahu daripada Maybank. Persoalan yang saya ingin tanya sekarang adalah ini, adakah kerajaan mendapatkan apa-apa analisa tersendiri, is there any independent analysis or independent opinion yang diambil berkenaan dengan pembelian ini? Seterusnya kalau ada, oleh siapa dan apakah keputusannya? Itu soalan saya, terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat tidak dapat faham tentang konsep yang saya sebutkan tadi. Yang saya sebutkan dari segi prinsip, dari segi falsafah, kerajaan memang menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia termasuk bank-bank untuk melabur di negara-negara lain khasnya negara-negara di serantau untuk menjadi regional champion dengan izin, tetapi keputusan terperinci tidak boleh dibuat oleh kerajaan sebab kita selalu cakap tentang private sector engine of growth, corporate governance, kalau kerajaan pula membuat keputusan bagi pihak Maybank, bagi pihak CIMB, bagi pihak RHB, semua kerajaan membuat keputusan, orang akan kata, ‘apa ni kerajaan pula membuat keputusan?’. Apa peranan lembaga pengarah? Apa peranan shareholder?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Dengan izin, I think you misunderstood my question. Soalannya macam ini, saya setuju keputusan dibuat oleh Maybank tetapi oleh sebab ia melibatkan wang yang banyak sangat, wang yang dikatakan wang rakyat dan sebagainya, bukankah kerajaan tertarik, isn’t the government interested to find out for itself? Sama ada ...

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Kita tahu bahawa pelaburan itu dibuat secara baik, kita tahu. Seperti yang saya kata tadi, kita akan minta Maybank untuk memberi penjelasan tentang perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, minta laluan sikit lagi. Secara jujur Yang Berhormat Menteri, saya terperanjat dalam urus niaga yang berbilion nilainya, Yang Berhormat Menteri Kewangan kata tidak menahu tentang proses keputusan itu dibuat. Saya hendak sebutkan bahawa adanya polisi yang menghalang pemilikan lebih daripada satu bank daripada satu negara asing ke atas bank di Indonesia yang dipanggil single presence policy itu jelas. Apakah due proses tidak dibuat?

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Saya tidak tahu, kita memang tahu tapi keputusan itu ...

Sekarang ini Yang Berhormat Menteri, sekarang ini kelihatannya kita tergantung kepada ihsan pihak berkuasa Indonesia yang khabarnya berita di sana memaklumkan anggota ...

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Yang Berhormat, saya dah beritahu tadi, saya akan minta Maybank memberi penjelasan kepada semua soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Duduk dulu Yang Berhormat Machang.

...Nak bagi peluang Maybank memberi penjelasan kepada kita. Dia bagi floor Tuan Yang di-Pertua. Saya hargai peluang diberikan untuk perbahasan, penjelasannya jelas. Concern kita ialah kalau kita tengok dalam struktur organisasinya PNB, kemudian Skim Amanah Saham Bumiputera, kemudiannya Maybank, masalahnya di sini ialah Khazanah Nasional kemudian ada CIMB dan dia juga menguasai Bank Niaga dan Bank Lippo. Ini jelas, the very fact that why Temasek jual dengan izin, itu pun kerana sekatan ini kerana dia telah menguasai lebih daripada satu bank. Tiba-tiba kita pula pergi hulur duit kat dia, dia seronoklah. Kemudian kita tersangkut dalam urus niaga ini, ini persoalannya sebenarnya. Mohon, terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Soalan ini dan soalan-soalan lain akan dijawab oleh Maybank, tetapi saya tahu tentang perkara ini dan saya setuju dengan Maybank membuat keputusan. Seperti saya sebut tadi daripada jangka masa panjang kita tidak ada banyak peluang, tidak terdapat banyak peluang untuk memasuki untuk membeli bank di Indonesia dan ini satu peluang keemasan dan memang kita merebut peluang ini. Tentang harga, saya yakin Maybank akan memberi analisis kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat tentang cara analisis itu dibuat dan mengapa pembelian itu adalah satu perkara yang dalam jangka masa panjang memberi keuntungan, memberi faedah kepada negara.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya rasa sedikit kecewa, marah tidak tetapi saya rasa sedikit kecewa kerana perkara-perkara ini saya bangkitkan dalam perbahasan Titah Diraja. Mengikut prosedur Dewan yang mulia ini, hari ini adalah hari menteri untuk menjawab semua perkara yang kita bangkitkan tetapi nampaknya Yang Berhormat Menteri melepaskan bebanan ini kepada Maybank untuk menjawab beberapa perkara besar, perkara pokok soal yang dibangkitkan dalam ucapan saya, soal single presence policy, tidak mampu dijawab. Mengapa urus niaga ini melibatkan satu kos yang begitu besar? Tidak dapat dijawab. Saya kira kalau Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak mampu menggunakan Dewan yang mulia ini... ■1540

Tan Sri Nor Mohamed bin YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Saya tidak setuju. Saya tidak setuju sebab isu tentang kos yang dibangkitkan saya telah jawab. Saya telah beri secara terperinci tentang kos, RM1.5 bilion, saya telah memberi analisis tentang kalau beli 100%, ia melibatkan RM8.6 bilion.

Mengapa urus niaga ini melibatkan satu jumlah empat kali ganda lebih book value yang menjadi amalan biasa hanya dua kali ganda. Ini tidak mampu dijawab. Yang perlu kita beri perhatian antara tokoh yang terlibat dalam Maybank ini sekarang sudah menjadi Ahli Jemaah Menteri Kabinet. Ini juga membimbangkan kita kerana orang yang terlibat dalam transaksi sebegini besar, yang mencurigakan dan menimbulkan satu pertanyaan di kalangan masyarakat antarabangsa hari ini diangkat menjadi Menteri Kabinet, menjaga EPU.Ini membimbangkan kita. Kalau urusan seperti ini tidak dapat diuruskan dengan baik, mana mungkin watak seperti ini mampu menjaga ekonomi negara. Terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, itu satu pendapat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya memperingatkan Yang Berhormat Menteri ya. Kita ada 27 kementerian. Kita sudah satu jam lebih. Hanya tiga hari Yang Berhormat. Jadi kalau Yang Berhormat nak jawab, jawablah. Terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Dalam perkara ini sebelum kita beralih kepada perkara lain. Ini satu pendapat, satu pendapat bahawa Maybank telah membayar lebih. Itu satu pendapat dan kita berpendapat bahawa dalam keadaan- keadaan tertentu, terdapat scarcity value, terdapat faktor-faktor yang menjurus kepada kita membuat satu keputusan dalam jangka panjang yang kadang-kadang memerlukan kita membayar premium lebih sedikit. Dari segi jangka panjang, kita akan mendapat keuntungan bukan saja kepada syarikat Maybank tetapi juga kepada negara. Itu pendapat kita. Itu satu pendapat dan saya bagi tahu bahawa kalau ada banyak soalan-soalan tentang details, elok juga Maybank memberi taklimat. Itu satu keterbukaan kerajaan untuk memberi taklimat kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat. Itu tidak seharusnya dianggap sebagai satu perkara negatif. Itu satu perkara keterbukaan. Kalau perlu ada perkara-perkara yang mengkhuatirkan dan ada isu-isu yang sensitif dan kalau perlu, kita minta sebab kita tidak ada perkara untuk disembunyikan. Kita melakukannya untuk kepentingan negara. Saya yakin bahawa pengurusan Maybank dan juga Lembaga Pengarah Maybank melakukan perkara ini, membeli bank ini untuk bukan saja untuk dari segi kebaikan untuk Maybank tapi juga kebaikan untuk negara. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Rasah menyatakan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sepatutnya tidak membina rumah untuk menjadi

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

pemaju dan bersaing dengan pemaju-pemaju lain. Sepatutnya SPNB menyelamatkan projek-projek perumahan yang terbengkalai. Tuan Yang di-Pertua, matlamat penubuhan SPNB adalah untuk membina rumah mampu milik yang terdiri dari rumah kos rendah, sederhana rendah dan kos sederhana serta rumah di bawah Program Rumah Mesra Rakyat yang disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah. Memandangkan kos pembinaan kos rendah biasanya lebih tinggi Tuan Yang di-Pertua, lebih tinggi daripada harga jualan, kebanyakan pemaju swasta tidak begitu berminat membina rumah-rumah tersebut. Oleh itu, bagi menampung kekurangan bilangan rumah kos rendah, SPNB telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan rumah yang selesa, rumah yang selesa dan mampu milik terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah. Rumah- rumah berkenaan dibina oleh kontraktor yang dilantik oleh SPNB dan bukan SPNB sendiri. Sehingga bulan April 2008, sebanyak 5,563 Rumah Mesra Rakyat telah siap dibina dan 9,697 sedang dan akan dibina di seluruh negara. Bilangan paling banyak yang siap dibina adalah di Kelantan iaitu 945 buah diikuti dengan 877 buah di Terengganu, 658 di Perak, 648 di Kedah dan 582 di Johor...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

[Bangun]

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Bagi rumah mampu milik pula, sebanyak 3,898 telah di Selangor dan Melaka dan sebanyak 33,218 sedang dalam pembinaan. Daripada jumlah ini 14,878 sedang dibina di Sabah, 4,105 di Selangor dan 3,795 di Sarawak. Sebanyak 83,864 unit lagi dirancang untuk dibina. Sebanyak 454 unit rumah bantuan tsunami di Pulau Pinang dan Kedah telah dibaiki oleh SPNB. Selain itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Duduk Yang Berhormat.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

SPNB juga telah membina 245 penempatan sementara dan 824 penempatan tetap untuk mangsa tsunami. Selain daripada rumah yang dibina oleh SPNB, kerajaan juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM381 juta untuk Projek Perumahan Rakyat Di Sewa dan RM190 juta bagi PPR Bersepadu bagi tahun 2008. Kerajaan juga prihatin atas kesukaran golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti petani dan pengusaha kecil untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membiayai pembelian rumah kos rendah dan sederhana. Bagi membantu golongan ini, kerajaan telah menyediakan dana sebanyak RM50 juta sebagai jaminan kepada bank untuk memberi pinjaman rumah kepada mereka.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

[Bangun]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

[Bangun]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tan Sri Nor Mohamed bin YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Selain dari itu, kerajaan juga telah membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan baki dari akaun dua mereka setiap bulan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Tan Sri Nor Mohamed bin YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Untuk tujuan pembayaran ansuran pinjaman perumahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, ada tiga nak bangun. Yang mana satu nak bagi Yang Berhormat.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Pontian Yang Berhormat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Rasah, Rasah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada Pontian, Rasah dan Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Padang Serai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Siapa yang bagi?

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Pontian, Pontian.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Tadi kata Rasah.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, duduk dulu Yang Berhormat.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Yang Berhormat Menteri, Rumah Mesra Rakyat ini amat popular di kawasan saya dan juga di kawasan-kawasan lain kerana dia menolong masyarakat kita yang masih tidak berumah dan mempunyai pendapat yang rendah. Cuma masalahnya jika boleh Yang Berhormat Menteri minta mengarahkan SPNB ini supaya segera membuat keputusan. Jangan mereka menunggu bertahun- tahun baru diberikan jawapan dapat ataupun tidak dan kalau boleh bukan hanya rumah sebuah yang dibina, tetapi di kawasan-kawasan seperti Pontian itu, rumah yang berbentuk rumah flat. Jadi ramai boleh mendapat faedah daripada Rumah Mesra Rakyat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Dia minta sekali Yang Berhormat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Yang Berhormat, masalah pokoknya ada banyak projek-projek terbengkalai terutamanya projek-projek perumahan yang telah dibeli oleh pembeli tetapi selepas terbengkalai, mereka ini mungkin ada yang telah mengambil pinjaman bank dan terpaksa pula bayar bank. Ramai rakyat yang berpendapatan rendah mereka terpaksa membayar pinjaman bank tetapi rumah tidak dapat. Jadi apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyelamatkan projek-projek ini kerana SPNB sepatutnya ada tanggungjawab menyelamatkan projek-projek terbengkalai ini kerana bagi pihak swasta, pihak pemaju swasta ini tidak berapa yang minat sangat nak menyelamatkan projek ini sebab keuntungannya tidak berapa banyak. Jadi apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyelamatkan projek-projek terbengkalai ini dan jawapan yang telah diberikan dalam Dewan yang mulia ini ada tabung yang telah diberhentikan. Tabung untuk menyelamatkan projek-projek terbengkalai. Apakah kerajaan akan memulakan tabung ini semula supaya ada dana untuk pendahuluan dan untuk sekurang-kurangnya membantu serba sedikit untuk menyelamatkan projek ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey, baik Yang Berhormat. Menteri faham Yang Berhormat. Satu lagi, Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, rakan saya Yang Berhormat Menteri. Ramai yang menghadapi masalah dengan pinjaman bank masa kini di mana mereka mahu beli rumah tetapi bank merujuk kepada beberapa agensi-agensi seperti CTOS. CTOS adalah satu syarikat yang mana di dalam Dewan yang mulia ini telah dibongkar oleh seorang bekas timbalan menteri. Ramai rakyat dan peminjam-peminjam bank yang menghadapi masalah ini kerana syarikat ini satu syarikat yang bukan agensi kerajaan tetapi telah menjadi satu syarikat yang menjadi perantara di antara bank dengan memberikan maklumat-maklumat yang memang lapuk ▪1550 Maklumat-maklumat lama seperti beberapa tahun lalu mungkin sudah diselesaikan masalah-masalah bankrap dan juga apa-apa berkenaan dengan kewangan. Jadi, masih lagi selepas seorang bekas timbalan menteri telah membongkar dan kerajaan juga telah mengatakan bahawa tindakan-tindakan akan diambil tetapi masih lagi sehingga hari ini bank-bank merujuk kepada CTOS dan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, soalan ini SPNB Yang Berhormat, kenapa CTOS ini?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tak ini berkenaan dengan pinjaman perumahan dan bank-bank seperti yang disebut oleh menteri tadi.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi saya mahu tahu apakah Kementerian Kewangan membuat sesuatu yang boleh membantu rakyat daripada masalah yang mereka hadapi di antara bank dan CTOS ini. CTOS, memang setiap hari bank-bank, setiap bank-bank di negara ini dan beberapa hari lalu saya ke Citibank. Bank ini bila saya memohon untuk current account, bank ini kata bila tengok kad Ahli Parlimen saya, dia kata, “I’m very..., we are very sorry”, dengan izin. “We are very sorry. You are a prominent figure. You are a Member of Parliament. It might take at lease six month because we are very-very careful when it concern prominent figure in this country”... [Ketawa]. Jadi ini memang benar dan saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

...Mahu tahu apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Kewangan supaya kita, saya percaya ini adalah satu imej...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Imej negara...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, dah faham dah menteri Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya mahu Menteri Kewangan betul-betul faham soalan ini supaya dia boleh...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya ingat dia faham Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

...Supaya dia boleh faham.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kita faham, dia faham.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sebab setiap kali...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya faham Yang Berhormat. Jadi makna...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

...menteri pun faham juga.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Berpuluh tahun soalan-soalan seperti ini keluar dalam Dewan yang mulia ini. Saya percaya menteri-menteri berkenaan, mereka kurang arif, mereka kurang faham, mungkin mereka terlalu ini. Jadi saya mahu ini sampai. Jadi Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

..Menteri, apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Kewangan supaya imej dengan izin, a prominent figure in this country are return to a normal see, supaya mereka boleh masuk dalam bank, Citibank mohon dengan baik ataupun dengan cara yang jelas boleh terima satu current account ataupun saving account. Mungkinkah ini semua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah Yang Berhormat.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Mungkinkah ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai sudah, sudah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini Yang Berhormat Menteri, mungkinkah ini semua wujud kerana kesilapan Kerajaan Barisan Nasional puluhan tahun ini.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Eh, jangan berceramahlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Mana letaknya kalau Tuan Yang di-Pertua cakap pun tak nak berhenti Yang Berhormat? Kita, sila, sila menteri.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya sangat sedih petang ini. Sangat sedih. Satu, sebab Yang Berhormat Ahli Parlimen bank kena tunggu enam bulan untuk buka akaun. Itu satu saya sedih, tapi saya lebih sedih Tuan Yang di- Pertua, saya lebih sedih kerana dengan begitu banyak bank tempatan, Yang Berhormat pilih Citibank. Pilih bank Amerika... [Ketawa] Seperti tidak percaya kepada bank-bank tempatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai, masa Yang Berhormat bercakap, menteri duduk dengar. Yang Berhormat...

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

[Bangun]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya percaya Citibank, juga...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jangan berdialog.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

...Dalam kawalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jangan berdialog Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

...Dalam kawalan kewangan negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sila duduk Yang Berhormat... [Dewan riuh] Jangan berdialog.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Inilah, inilah menunjukkan bahawa selepas 50 tahun kita merdeka, kita mewujudkan bank-bank tempatan tapi ada rakyat, ada Ahli Parlimen sendiri tidak percaya kepada bank-bank tempatan. Sedih, sedih memang sedih.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Duduk dulu Yang Berhormat. Belum habis. Menteri banyak, tiga bercakap. Ingatkah apa persoalan tadi Yang Berhormat?

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih...

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Ingat, ingat.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Menteri dah duduk tu bolehlah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya rasa kalau kenyataan menteri mengenai...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Pendek sahaja soalan Yang Berhormat ya?

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ya, pendek sahaja. Kalau kenyataan menteri mengenai Citibank ini keluar daripada Dewan ini, masuk ke dalam media, apa maknanya kita memanggil pelabur-pelabur masuk dalam negara kita, hendak buat business? Saya yakin kalau kita siasat, ramai di antara Ahli-ahli Parlimen kita pun berurusan dengan bank-bank ini. Apa pandangan? Adakah ini tidak menjejaskan imej kita?

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tak, saya dah kata. Saya dah sebut tentang, saya tak minta Ahli-ahli Parlimen jangan bukakan akaun dalam Citibank. Saya hanya kata dengan ada, dengan terdapat 9 bank tempatan, Maybank, Commerce Bank,

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

macam-macam bank, kita masih juga pilih bank Amerika. Ini menunjukkan sikap kita. itu yang...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tak terjawab soalan saya Tuan Yang di-Pertua.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Saya balik. Saya tak bagi laluan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tak terjawab soalan saya.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Saya balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai, tunggu dulu. Sebenarnya Yang Berhormat Padang Serai punya soalan...

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tentang soalan kita...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri duduk dulu. Duduk dulu. Sebenarnya soalan Yang Berhormat tadi soalan nombor tiga. Ada dua Ahli Yang Berhormat bertanya dulu. Menteri perlu jawab juga. Janganlah yang didahului, dikemudiankan. Yang kemudian didahulukan. Sila menteri.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Soalan tadi Tuan Yang di-Pertua, tentang cara kita mengatasi masalah rumah-rumah terbengkalai. Isu rumah terbengkalai telah begitu lama wujud dan kita tahu, saya setuju 100% dengan pendapat Yang Berhormat- Yang Berhormat. Tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat. Ada juga banyak kakitangan kerajaan sendiri menghadapi masalah sebab sudah beli rumah, sudah dapat pinjaman dan selepas satu tempoh kena bayar balik pinjaman secara ansuran, lepas itu rumah tidak siap, rumah terbengkalai dan masih kena duduk di rumah sewa dan sewa harus dibayar juga. Ini menimbulkan banyak masalah kepada rakyat. Satu cara untuk mengatasi masalah ini Tuan Yang di-Pertua. Dalam satu jangka masa panjang Tuan Yang di-Pertua, ialah untuk mengubah sistem, untuk mengubah kaedah mekanisme kita membina dan menjual rumah. Ini kerana hanya di Malaysia dan mungkin di Singapura, kita jual rumah lepas itu bina rumah. Di tempat- tempat lain, di negara-negara lain, mereka membina rumah dulu, lepas itu menjual rumah. Inilah kaedah yang kerajaan ingin melaksanakan tetapi juga ada pendapat dari pemaju-pemaju bahawa mereka memerlukan sedikit masa untuk mengalih ke sistem membina dan menjual. Jikalau kita melaksanakan sistem membina lepas itu menjual, isu tentang rumah-rumah terbengkalai ini tidak akan wujud dan dapat diminimumkan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Yang Berhormat masalahnya konsep kalau BTS itu ialah untuk projek-projek baru. Ia tidak menyelesaikan masalah-masalah yang sedia ada, yang telah banyak, beratus projek terbengkalai di seluruh negara. Bagaimanakah kerajaan menyelesaikan ini? Perkara satu lagi ialah, adakah kerajaan bercadang untuk membuat satu cadangan untuk bank-bank yang memberikan pinjaman kepada pembeli-pembeli rumah yang terbengkalai ini? Adakah kerajaan bercadang menstrukturkan semula?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah Yang Berhormat. Saya ingat menteri sudah faham. Minta tolong jawab secara ringkas Yang Berhormat Menteri.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Dia tak jawab soalan saya. BTS itu untuk projek-projek baru. Dia tidak menyelesaikan masalah yang sedia ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Duduk Yang Berhormat.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Itu betul. Ini jawapan saya ialah untuk menyelesaikan masalah ini dari segi jangka masa panjang. Betul, ini tidak dapat menyelesaikan masalah yang sudah wujud. Rumah-rumah yang telah terbengkalai, projek-projek yang telah terbengkalai. SPNB diberi peranan pada masa ini untuk mengambil alih projek-projek yang terbengkalai dan untuk menjadi the white night dengan izin. Kerajaan akan memberi peruntukan yang lebih sekiranya perlu memberikan SPNB memainkan peranan ini dengan lebih efektif. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sebelum Yang Berhormat Menteri berpindah ke tempat lain, saya ingat jawab dulu Yang Berhormat Padang Serai punya soalan iaitu orang yang kenamaan tak boleh buka bank akaun.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tadi saya sudah sebut secara langsung tapi jawapan saya yang saya selit dalam jawapan ialah kalau susah buka akuan di Citibank, pergilah bank lain.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Bukan. Minta maaf Tuan Yang di- Pertua, boleh saya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sikit sahaja Yang Berhormat. Jangan berceramah, sikit sahaja.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya minta berkenaan dengan CTOS. Di mana selepas hampir dua tahun bekas timbalan menteri, kalau tak silap Datuk Kayveas membangkitkan masalah CTOS ini... ■1600

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Saya akan jawab. Tak apa saya jawab.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Seperkara lagi, imej. Saya percaya apa yang dihasratkan oleh Citibank adalah imej pemimpin-pemimpin dan corporate leaders of Malaysian dengan izin. Jadi apakah yang akan dilakukan oleh Kementerian Kewangan supaya kembalikan satu imej yang baik seperti yang terdapat puluhan tahun di belakang. Itu soalan saya, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat, sila.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dalam isu CTOS kerajaan telah memberi arahan kepada semua jabatan, semua agensi, semua kementerian kerajaan di bawah kawal selia kita, di bawah bidang kuasa kita untuk tidak menggunakan CTOS. Ini kita bagi tahu semua, dah bagi tahu dah semua jangan pakai CTOS itu satu. Kita juga telah memberitahu bank-bank supaya jangan menggunakan CTOS sebagai satu alasan untuk menolak sebarang pinjaman. Namun isu yang lebih penting ialah tentang sistem kawal selia CTOS. Pada masa ini tidak ada satu perundangan, tidak ada satu badan yang menjadi badan kawal selia bagi CTOS. Ia hanya di bawah syarikat di bawah Registrar of Companies dengan izin. Jadi kita telah mengambil tindakan bersama-sama dengan Bank Negara dan juga KTAK untuk mewujudkan satu rang undang-undang supaya badan-badan seperti CTOS dapat di kawal selia. Ada undang-undang, ada regulation dan kalau dia tidak ikut regulation kita tarik balik lesen. Pada masa ini kita tidak ada dan saya yakin bahawa undang-undang ini akan di bawa ke Parlimen dengan secepat mungkin, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua,

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Biar Menteri cakap dulu Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Penjelasan tentang yang tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat duduk dulu Yang Berhormat Wangsa Maju.

Saya ada soalan mengenai SPNB tadi

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Mengenai dengan CTOS itu, kes CTOS. Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak bahawa masalah CTOS ini masalah tunggalnya apa. Oleh kerana dalam negara kita tiada satu akta, Data Protection Act seperti di United Kingdom dia ada satu Data Protection Act, di mana setiap warganegara boleh menulis surat kepada bank-bank atau pun agensi kerajaan untuk meminta semua maklumat yang disimpan dalam komputernya, datanya mengenai dengan orang tertentu seperti saya. Kita boleh tulis surat dan bank-bank mesti memberikan semua maklumat yang disimpan oleh mereka.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kita boleh membetulkan apa-apa maklumat yang disimpan oleh bank yang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya fikir menteri dah faham Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

...Salah. Sama ada kerajaan ingin buat satu rang undang-undang bernama data protection act atau freedom of information.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sila duduk Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Titiwangsa...

Kota Raja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Dua sekali Yang Berhormat Menteri boleh jawablah.

Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri menjawab bahawa SPNB adalah sebagai white knight untuk menyelamatkan projek-projek rumah terbengkalai tetapi apakah tindakan kerajaan terhadap pemaju-pemaju yang sering kali terlepas apabila mereka ini diisytiharkan bankrap. Namun kita tahu bahawa pengarah-pengarah syarikat ini boleh membuka syarikat-syarikat yang baru dan tindakan tidak diambil ke atas mereka. Saya difahamkan undang-undang yang sedia ada sekarang Akta Pemaju Perumahan ini adalah tidak cukup kuat untuk diambil tindakan ke atas pemaju-pemaju yang kita kira tidak bertanggungjawab ini. Kalau mereka tidak dapat masuk dengan nama syarikat yang lama maka mereka membuka syarikat yang baru. Adakah kementerian mempunyai database mengenai individu pengarah-pengarah ini supaya mereka once and for all, dengan izin jangan diberi peluang lagi untuk membangunkan dan kemudian rakyat yang teraniaya. Sedangkan dana yang digunakan untuk menyelamatkan rumah-rumah terbengkalai adalah dana rakyat, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Soalan tentang SPNB lagi Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Duduk dulu Yang Berhormat, bagi menteri jawab dulu. Dengar menteri jawab dulu mungkin dah menjawab soalan yang mungkin Yang Berhormat akan bagi.

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Satu soalan yang ringkas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Duduk dulu Yang Berhormat. Baik Yang Berhormat Menteri, sila.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua isu tentang Data Protection Act itu akan dimasukkan dalam rang undang-undang yang akan dibawa ke Parlimen, itu tujuan kita. Tentang isu-isu berhubung dengan pemaju-pemaju yang sering kali gagal dalam menyiapkan rumah dan juga sungguhpun di senarai hitamkan tapi timbul kembali dalam syarikat baru. Saya banyak kali berbincang dengan Menteri Perumahan, Yang Berhormat dari Kulai pun ada di sini dan kita sering bincang dalam Kabinet, di luar Kabinet. Kerajaan melalui Kementerian Perumahan telah mengambil banyak tindakan untuk mengetatkan lagi syarat-syarat bagi pemaju-pemaju dan saya berjanji akan bincang dengan menteri yang berkenaan untuk kita mengelakkan perkara begini berlaku.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Namun saya berpendapat bahawa dalam jangka masa panjang, membina dan lepas itu jual memberi satu kaedah yang akan mengelakkan perkara ini. Dalam tempoh terdekat ini kita akan mengetatkan lagi tentang qualification untuk directors supaya pengarah-pengarah yang di senarai hitamkan tidak timbul dalam syarikat-syarikat baru untuk terus tipu rakyat. Kita tidak mahu, kerajaan tidak mahu rakyat di tipu memang itu hasrat kita.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Penjelasan Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

[Bangun]

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Saya ingin tanya Yang Berhormat sedikit dan sedikit cadangan berhubung dengan peranan SPNB iaitu status rumah mesra rakyat. Saya mohon pihak kerajaan supaya mempertimbangkan skim rumah mesra rakyat yang bernaung di bawah SPNB diperluaskan kepada kakitangan kerajaan peringkat sokongan, kerana masalah-masalah ini saya rasa dengan bayaran RM100 dan RM70 sebulan ini di jangka dapat mengurangkan sedikit bebanan bagi kakitangan di peringkat sokongan ini. Apa pandangan Yang Berhormat.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Bagi Yang Berhormat Parit Buntar

Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya ingin penjelasan secara ringkas Yang Berhormat Menteri iaitu tentang berapakah yang telah dikenal pasti rumah-rumah yang terbengkalai dari projek SPNB ini yang saya kira ada yang hampir tujuh tahun, sepuluh tahun. Saya mahu penegasan supaya semua rumah yang terbengkalai ini adakah satu langkah yang segera untuk diselesaikan supaya tidak ada lagi aduan-aduan khususnya di kawasan saya di Kuala Kurau projek penempatan semula kerana memberi laluan kepada jambatan Kuala Gula. Sehingga hari ini hampir berpuluh keluarga yang masih belum siap, tanah dah ada, tempat dah ada tapi mereka kata SPNB lantik kontraktor. Kontraktor cabut lari tujuh tahun mereka tunggu. Saya mohon saya dapat mendapat jawab balik kepada pengundi-pengundi saya di Parit Buntar dan Kuala Kurau khususnya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Bukit Bintang dulu lepas itu kita pindah ke tempat lain Yang Berhormat.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tentang projek terbengkalai, baru-baru ini berlaku di kawasan saya di Jalan Imbi satu projek yang membabitkan ramai pembeli unit-unit kondominium di Jalan Imbi ini. Ada seramai 400 orang pembeli dari luar negeri Indonesia, Australia dan Arab. Projek ini di ambil alih oleh bank Alliance Bank dulu Multi-Purpose Credit Sdn Bhd. ■1610 Masalahnya ialah projek ini pada masa 10 tahun yang lalu, harga tanah hanya RM200 kaki persegi, pada masa sekarang di kawasan ini RM1500 kaki persegi. Saya rasa bank akan ambil alih dan jual kepada pemaju yang ketiga. Ini isu akan timbul bahawa ramai yang telah bayar deposit sebanyak 10% dan mereka hanya ditawar di bayar balik 10% dari 10% itu. Ini akan mengakibatkan imej negara kita akan terjejas jika ramai membeli dari luar negeri khususnya dari Indonesia dan Australia. Adakah langkah yang diambil oleh Bank Negara atau khususnya Kementerian Kewangan untuk membetulkan apa yang sepatutnya dilaksanakan untuk melindung pembeli-pembeli unit-unit yang saya sebutkan tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat. Terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang rumah mesra rakyat, sama ada kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah boleh mengambil bahagian, boleh diberi rumah mesra rakyat. Mengikut syarat-syarat sekarang, yang layak ialah warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 65 tahun. Jadi kesemua kita mungkin layak. Jumlah pendapatan isi rumah tahunan tidak

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

melebihi RM800,000 dan kalau ada kakitangan kerajaan yang jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 800,000 setahun memang layak. Kalau nilai ini dianggap sebagai tinggi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri, masalahnya kontraktor tak boleh buat. Itu yang disoal oleh Bukit Bintang.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tak, sama ada siapa yang layak. Tidak melebihi RM800,000 setahun, bukan sebulan. Tentang rumah-rumah yang terbengkalai, ada banyak kategori rumah yang terbengkalai. Kalau projek rumah itu terbengkalai dan straight forward dengan izin pihak bank tidak masuk, senang untuk SPNB menjadi penyelamat. Namun, kadang-kadang dalam kes Yang Berhormat Bukit Bintang sebut tadi di mana bank telah masuk dan mengambil alih projek itu dan syarikat yang terlibat pula menjadi bankrap melalui seksyen 176, banyak isu-isu terlibat. Bukan begitu mudah untuk syarikat SPNB masuk. Jadi bukan semua projek yang terbengkalai dapat dipulihkan oleh SPNB sebab ada juga pihak-pihak lain yang ingin mendapat keuntungan. Mungkin dalam kes yang disebut oleh Yang Berhormat; bank masuk dan harga tanah naik dan bank mungkin dah jual kepada pihak lain, pemaju lain dengan harga yang begitu tinggi. Pada masa yang sama mereka yang telah membeli, telah membayar deposit pun akan mengalami satu kerugian. Dalam kes-kes spesifik kerajaan akan membantu dan dalam kes Yang Berhormat Bukit Bintang, saya akan cuba berbincang dengan bank untuk membolehkan mereka yang telah membeli rumah dapat unit dengan harga yang munasabah. Saya akan cuba.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Apa masalah Yang Berhormat?

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tentang kategori yang baru disebut oleh Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Apa dia?

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Projek terbengkalai. Kategorinya. Saya ingin membawa satu yang tidak berkaitan dengan yang baru di...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Satu saja Yang Berhormat. Pendek Yang Berhormat.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri tentang projek terbengkalai. Jika projek itu terbengkalai yang kerajaan perlu juga bertanggungjawab seperti sebelum tukar syarat kegunaan tanah dan tidak pecah sempadan sudah meluluskan pelan pembinaan dan projek itu terbengkalai. Adakah projek ini sepatutnya kerajaan mesti mengutamakan pemulihannya, sebab kerajaan pada awal sudah bertanggungjawab atas kegagalan ini. Projek itu masih tanah pertanian, masih belum pecah sempadan, lot belum dipecahkan tetapi kelulusan pembinaan sudah dibenarkan. Bukankah ini membawa risiko yang lebih tinggi kepada semua pembeli.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Saya tak boleh jawab soalan Tuan Yang di- Pertua sebab tak berkaitan secara langsung dengan SPNB.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya berpendapat Yang Berhormat kalau kontraktor atau developer nak buat rumah dulu sebelum kelulusan didapati, saya ingat Kementerian Kewangan tak boleh buat apa-apa Yang Berhormat.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Bukan di bawah bidang kuasa kita.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Bukan, saya ingat kalau SPNB ini kena pandang lebih berat tentang perkara ini sebab kegagalan memang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kena tanya Kementerian Perumahan Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri. Boleh kita pindah ke perkara lain.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Pindah ke topik Skim Kredit Mikro yang disebut, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lipis. Kerajaan memang prihatin di atas masalah rakyat terutamanya berhubung dengan isu kesukaran mendapatkan kemudahan pinjaman dari institusi-institusi kewangan. Oleh itu kerajaan sentiasa menggalakkan institusi perbankan mengeluarkan produk baru yang dapat memenuhi kehendak rakyat. Dalam hal ini Skim Kredit Mikro telah diperkenalkan. Semenjak tahun 2005, bank-bank pembangunan seperti bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional dan Agrobank telah memperkenalkan produk kredit mikro untuk memberi pinjaman sebagai modal pusingan atau pembelian aset. Jumlah saiz pinjaman amat fleksibel, saiz pinjaman pula berbeza dari RM1000 sehingga RM50000. Terma dan syarat pinjaman juga dilonggarkan dan mudah dipenuhi oleh peminjam. Terdapat produk yang tidak memerlukan jaminan dan tempoh bayaran balik yang berbeza ditawarkan. Insentif seperti diskaun amaun bayaran balik juga diberikan. Di samping itu, beberapa bank komersial seperti CIMB Bank, Public Bank juga menawarkan Skim Pinjaman Kredit Mikro. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, satu badan yang telah memainkan peranan yang begitu penting dalam micro financing ialah Amanah Ikhtiar Malaysia. Semenjak penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia pada tahun 1987, aktivitinya telah ditumpukan ke kawasan luar bandar, memandangkan kadar kemiskinan luar bandar pada masa itu adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan kadar kemiskinan bandar. Misalnya pada tahun 1985, jurang kadar kemiskinan antara luar bandar dan bandar begitu ketara iaitu sebanyak 27.3% bagi kemiskinan luar bandar dan kemiskinan bandar hanya sebanyak 8.5%. Kini Tuan Yang di-Pertua, kemiskinan di bandar perlu juga diatasi. Kemiskinan bandar, urban poverty dengan izin, sudah menjadi satu isu yang penting. Bukan saja untuk memastikan golongan ini mendapat manfaat dari segi peningkatan pendapatan tapi juga untuk mengurangkan gejala masalah sosial di kalangan anak-anak muda dari keluarga miskin di bandar. Oleh itu berasaskan kepada kejayaan AIM dalam memberikan bantuan pembiayaan di luar bandar, kerajaan memutuskan supaya program AIM juga diperluaskan kepada golongan miskin supaya keluarga miskin dapat dikeluarkan dari belenggu kemiskinan. Sehingga hari ini Tuan Yang di-Pertua, AIM iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia telah memberi pinjaman kepada 183901 peminjam. Jumlah pinjaman terkumpul RM2.5 bilion dan MPL begitu kurang. MPL hanya 2.2% tetapi satu perkara yang saya perlu sebut di sini bahawa 99.99% peminjam dari AIM yang begitu taat membayar balik adalah wanita... [Tepuk] Peminjam-peminjam lelaki tak sampai 1%. Mungkin sebab itu MPL begitu rendah. Mungkin sebab itu. Mungkin, saya pun tak tahu. ■1620 Tuan Yang di-Pertua, kita akan menggunakan AIM untuk juga memberi financing kepada penduduk-penduduk di bandar. Selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan bandar, Program Kewangan Mikro Bandar telah mula dilaksanakan secara pilot dengan peruntukan sebanyak RM10 juta. Program ini yang dilaksanakan oleh Amanah Rakyat Malaysia bertujuan menyediakan kemudahan kewangan bagi membantu golongan berpendapatan rendah di bandar untuk menjalankan aktiviti perniagaan kecilan. Jumlah RM10 juta ini akan ditambah menjadi RM100 juta. RM100 juta telah diperuntukkan khas kepada AIM untuk memberi sokongan, pinjaman dan bantuan kepada golongan-golongan berpendapatan rendah di bandar. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Bintulu mencadangkan supaya Agro Bank yang dahulu dikenali sebagai Bank Pertanian mengkaji semula prosedur pemberian pinjaman dengan memberi keutamaan kepada projek yang berdaya maju tanpa mengira keturunan, kaum dan sebagainya. Memang dalam menilai permohonan pembiayaan kredit dan pinjaman, Agro Bank menggunakan prosedur yang sama untuk semua kaum sama ada petani, penternak, nelayan ataupun usahawan tani. Individu dan bukan individu asalkan mereka warga negara Malaysia.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Pendekatan ini telah dilaksanakan semenjak penubuhan Bank Pertanian Malaysia pada tahun 1969 lagi sehingga kini dikenali sebagai Agro Bank. Pada tahun 2007 Agro Bank telah meluluskan pinjaman berjumlah RM1.76 bilion dan dari jumlah ini, sebanyak 31% telah diluluskan untuk bukan bumiputera. Bagi tempoh Januari hingga April 2008, Agro Bank telah meluluskan pinjaman berjumlah RM1.2 bilion untuk tempoh empat bulan. Dari jumlah ini, sebanyak 38%, hampir 40% diluluskan kepada individu ataupun syarikat bukan bumiputera. Jadi Agro Bank memang akan terus memberi pinjaman kepada semua tanpa mengira kaum. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Bintulu juga telah mencadangkan supaya semua kementerian menghantar pegawai-pegawai bertugas yang lebih senior dan berpengalaman bagi memastikan perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam Parlimen agar tidak terlepas pandang, dan boleh diambil tindakan segera oleh kerajaan. Kementerian Kewangan memberi jaminan bahawa akan sentiasa memastikan pegawai-pegawai yang berurusan di Parlimen ini adalah pegawai-pegawai yang kanan dan pegawai-pegawai yang berpengalaman. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Tuan Yang di-Pertua, ada satu, dua isu yang tidak dijawab. Tuan Yang di-Pertua, menteri tidak jawab ada beberapa isu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya cukup yakin bahawa banyak persoalan yang memang tidak dapat dijawab oleh menteri. Kalau menteri hendak jawab semua persoalan Yang Berhormat, tiga hari untuk menjawab bagi pihak menteri memang tidak ada ruang dan peluang langsung. Jadi, saya sekarang...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Soalan saya sekarang Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini soalan saya berkenaan dengan Citibank di mana, no prominent politician or leaders or corporate leaders in the country will be just considered like that. Mereka semua akan diberi untuk tunggu oleh Citibank at least six months. Ini masih lagi belum dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Saya percaya ini adalah satu masalah besar kepada imej negara kita dan mungkin kerana ini imej negara di serata dunia, mereka mungkin telah nampak bahawa kalau Malaysia, pimpinan ataupun corporate leaders ataupun corporate business man atau politicians, mereka these are all very corrupted people and that is the reason that we have to be transparent with whatever funds the Citibank deals. Jadi I just want you to answer this, Yang Berhormat dengan izin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, tadi kata sudah habis tetapi sekarang yang ini saya bagi Yang Berhormat. Sebab saya dengar soalan ini belum dijawab lagi. Saya minta Yang Berhormat jawabkan sedikit, soalan ahli korporat dan orang prominent. Orang ini tidak buka bank akaun. Saya dan Yang Berhormat tidak boleh buka, nanti susah, payah.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya menjawab soalan ini sungguhpun saya sudah menggulung tadi. Saya akan cakap, saya akan berbincang dengan Citibank dan memberitahu Citibank bahawa semua kita, Ahli-ahli Parlimen tidak kira di pembangkang atau kerajaan memang tidak mahu Citibank mengambil satu kaedah dan mengambil satu sikap yang tidak menghormati kita, Ahli-ahli Parlimen, pembangkang atau kerajaan. Saya akan pass the message kepada Citibank, dengan izin, in one certain terms. I will do that.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, macam itulah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ada seorang lagi hendak bertanya Yang Berhormat? Minta....

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Ada, ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, minta Rasah...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Boleh ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Rasah belum berpuas hati Yang Berhormat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Di dalam perbahasan saya, saya ada membangkitkan isu Indah Water Consortium. Sebab berpuluh-puluh ribu rakyat Malaysia sekarang telah terima saman dan sebagainya. Notis untuk mengutip tunggakan-tunggakan mereka dan IWK ini di bawah Ministry of Finance Incorporated. Saya harap Yang Berhormat boleh memberi penjelasan bagaimana menyelesaikan masalah ini? Tunggakan-tunggakan ini kerana ada yang membawa pergi ke mahkamah dan sebagainya dan adakah tunggakan ini diteruskan atau kita ada satu kaedah mencari pendekatan yang baru untuk menyelesaikan masalah ini? Saya memang ada bangkitkan di dalam perbahasan saya, memang ada insiden baru bahawa kerajaan ada pernah write off segala tunggakan yang sebelum itu seperti dalam kajian semula pada tahun 1996 - ada prosedur semacam itu. [Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan (Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak) masuk ke dalam Dewan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ada apa-apa Yang Berhormat Gombak?

Tuan Yang di-Pertua, cuma satu pemerhatian sayalah. Sebentar tadi Yang Berhormat Rasah ada meminta untuk penjelasan tetapi Tuan Yang di-Pertua membuat ruling bahawa menteri sudah jawab, no more additional question, tetapi saya nampak Tuan Yang di-Pertua cuma memberi ruang kerana Menteri Pertahanan tidak hadir waktu yang telah ditetapkan selepas Kementerian Kewangan. Jadi saya kira perkara ini tidak harus berlaku di dalam suasana seperti ini... [Tepuk] [Dewan riuh] Sebab telah pun ditutup dan Tuan Yang di-Pertua cuba memberi ruang kepada Menteri Pertahanan datang semula sehingga perkara ini bermula.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik, baik Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tidak berdiri, mungkin saya tidak bagi peluang. Saya tidak ada ruang langsung pun. Jadi oleh sebab ada yang berdiri, saya gunakan kebijaksanaan saya sebagai Tuan Yang di-Pertua... [Tepuk] Kebijaksanaan itu supaya Dewan kita..., Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri keluar sekejap oleh sebab berlarutan Yang Berhormat. Kerana itu pun atas kehendak Yang Berhormat sendiri juga. Kalau tidak ada yang intervene banyak sangat, mungkin Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tidak perlu pun pergi ke washroom dan toilet atau sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat. Walau bagaimanapun saya ucapkan terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, walaupun dia Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, saya percaya dia harus tunggu! Dia harus tunggu untuk Dewan yang mulia ini.

Jangan biadablah!

Keluar bilik air pun hendak jadi isu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudah Yang Berhormat... [Dewan riuh] Yang Berhormat Padang Serai, saya menghormati pandangan Yang Berhormat, tetapi saya juga sudah mengetahui apa yang telah berlaku di Parlimen. Kadang-kadang manusia ini Yang Berhormat, ada call of nature, dengan izin.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Jangan buang masa Parlimen.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Jadi, tidak mengapa Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai duduk. Sekarang saya hendak jemput, kalau hendak bercakap, cakaplah selepas ini. Saya jemput Menteri Pertahanan...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Beri laluan tadi sebentar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tidak, tidak... [Dewan riuh] Itu saya bagi Yang Berhormat Rasah tadi, tetapi menteri sudah jawab.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, tadi menteri janji hendak jawab, sampai hujung saya tunggu. Tidak terjawab-jawab tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, tidak ada berdiri pun. Saya nampak Yang Berhormat, minta maaf. Minta maaf Yang Berhormat. Saya ada lihat Yang Berhormat tidak berdiri pun. Yang Berhormat Rasah berdiri, Yang Berhormat Gombak berdiri, Yang Berhormat Padang Serai berdiri...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Awal lagi saya sudah berdiri, menteri pun hendak jawab ini. Saya nampak menteri senyum hendak jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tidak mengapa, tidak mengapa Yang Berhormat. Menteri kata tidak payah jawab lagi.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Boleh menteri, boleh menteri? Sebab perkara penting.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Menteri boleh mengatakan tidak payah jawab Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Dia hendak jawab ini, menteri hendak jawab. ■1630

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Menteri tidak jawab lagi dah. Sila Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Boleh, boleh, insya-Allah. Boleh ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak apa, Yang Berhormat. Duduk dulu, nanti tanya lagi. Ada lagi banyak ruang dan peluang, Yang Berhormat. Sila duduk. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih. Sila Menteri Pertahanan.

Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul RazakUMNO · BNMenteri Pertahanan · Pekan

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi penjelasan mengenai kelewatan saya sedikit dalam Dewan ini, kerana saya sudah lama menunggu sebenarnya. Saya terpaksa keluar sekejap. Tidak usahlah besarkan sangat perkara ini… [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucap terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan perkara-perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pertahanan semasa membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya akan menjelaskan perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Isu pertama yang saya ingin sentuh adalah berkaitan dakwaan rasuah dalam perolehan kapal selam Scorpene – dua buah dan pesawat pejuang Sukhoi – 18 buah. Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa tuduhan yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh ini, adalah tidak berasas sama sekali… [Tepuk] Di sini pihak Kementerian Pertahanan ingin memaklumkan bahawa pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia, dibuat mengikut tatacara pelaksanaan kontrak-kontrak perolehan peralatan pertahanan negara. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga. Setelah penilaian yang teliti dibuat, demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM. Selain itu rujukan juga

Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul RazakUMNO · BNMenteri Pertahanan · Pekan

dibuat kepada Jabatan Peguam Negara, bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa- klausa kontrak tersebut. Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan kontrak hanya akan ditandatangani selepas kelulusan Kementerian Kewangan. Saya ingin menegaskan di Dewan yang mulia ini, bahawa kaedah perolehan kelengkapan ATM yang dibangkitkan, telah dilaksanakan mengikut tatacara perolehan kerajaan. Sehubungan dengan dakwaan yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh bahawa Syarikat Perimekar Sdn. Bhd. menerima komisen Euro114.96 juta atau RM530 juta berkaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene. Kementerian Pertahanan menegaskan, bahawa kerajaan tidak ada dan tidak pernah membayar sebarang komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung, kepada syarikat berkenaan…

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

Perolehan kapal selam tersebut... Boleh saya habiskan? Kemudian saya bagi. Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan, dengan syarikat pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing. Kontrak perolehan kapal selam ini telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS Perancis dan Syarikat Navantia Sepanyol selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn. Bhd. sebagai project service provider, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Nilai kontrak ini ialah kesemuanya Euro1.084 bilion. Skop kontrak ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama, antara Kerajaan Malaysia dan Syarikat DCNS Perancis dan Navantia Sepanyol merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene pakej Integrated Logistic Support dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah Euro969.15 juta. Bahagian kedua, antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn. Bhd. merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada pasukan projek kapal selam TLDM di Cherboung, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis. Nilai bahagian ini ialah Euro114.96 juta. Kerajaan tidak membuat sebarang rundingan pembelian dengan Syarikat Perimekar Sdn. Bhd. Syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang didakwa terlibat dalam pembelian dan menerima komisen sebenarnya diberi kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan atau service provider dan koordinasi untuk tempoh enam tahun. Selain itu, segala perbelanjaan untuk projek kapal selam ini dapat dikawal dan dijadualkan, manakala perbelanjaan di luar jangka atau cost over-run dapat dielakkan memandangkan pelaksanaan projek perolehan kapal selam memakan tempoh masa yang panjang iaitu selama enam tahun, serta melibatkan bilangan seramai 213 anggota yang terdiri daripada pegawai dan pelatih. Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak Euro114.96 juta yang dibayar secara berperingkat mengikut kemajuan projek kapal selam. Sehingga kini sebanyak Euro95.54 juta atau 83.11% telah dibayar kepada syarikat tersebut. Untuk makluman, kapal selam pertama iaitu KD Tuanku Abdul Rahman telah siap dibina dan sedang menjalani ujian laut ataupun Supplier Sea Internal Trial, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Kapal selam pertama ini perlu menjalani beberapa lagi ujian sebelum ianya diserahkan kepada TLDM, dijangka pada 25 Januari 2009. Dari segi peratus pembinaan kapal selam ini telah mencapai 88.4%, manakala kapal selam kedua telah dipasang dengan semua peralatan dan sistem. Kini pembekal sedang giat membuat ujian ataupun harbour acceptance trial dan integrasi sistem. Dari segi peratus pembinaan, kapal selam ini telah mencapai 81%. Ianya akan diserahkan kepada TLDM pada 25 Oktober 2009. Syarikat Perimekar Sdn. Bhd. adalah dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera atau LTAT, Boustead Holdings Berhad dan KS Ombak Laut Sdn. Bhd. Perkhidmatan sokongan dan koordinasi yang disediakan adalah seperti berikut:

Skop kerja perkhidmatan sokongan: (i) menyediakan kemudahan kediaman berserta kelengkapan untuk tim projek bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun; (ii) menyediakan pejabat urusan dan kediaman berserta kelengkapan bagi krew kapal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggaraan pangkalan untuk tempoh empat tahun di Perancis dan Sepanyol; (iii) menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol; (iv) membayar elaun-elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak Euro50 sehari untuk tiga tahun pertama dan Euro60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua; (v) membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia bagi setiap empat bulan atau tiga kali setahun; dan (vi) lain-lain keperluan tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Bagi skop kerja perkhidmatan koordinasi pula bertanggungjawab: (i) memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi untuk menyertai program off-set; (ii) membantu kontraktor utama dalam memberi maklumat tentang prosedur kerajaan berhubung pelaksanaan kontrak; (iii) menyelaras latihan krew kapal selam antara kontraktor dengan kerajaan; dan (iv) menyediakan laporan koordinasi setiap bulan.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pertahanan. Nampak gayanya macam semuanya... , pembelian kapal selam Scorpene ini yang berharga begitu mahal boleh diberi jawapan seperti mana yang telah diberikan, tetapi saya ingin penjelasan daripada Yang Amat Berhormat mengenai pembelian tiga buah kapal selam ini kalau dibandingkan menurut sumber majalah pertahanan antarabangsa James Defence Weekly, Perancis telah menjual kapal ini kepada Chile, India dan Malaysia dengan harga yang berbeza. Chile pada kontrak tahun 1997 membeli dua buah dengan harga USD250 juta sebuah berbanding dengan India kontrak tahun 2005 membeli enam buah dengan harga USD540 juta sebuah. Malaysia kontrak pada tahun 2002 membeli dua buah kapal selam ini dengan harga RM580 juta sebuah. Mengenai penjualan Scorpene kepada India menurut satu rencana James Defence Weekly terbitan 17 Ogos 2007, harga USD540 juta ini ditawarkan kepada India termasuk penalty fee. Kemudiannya menurut James Navy International edisi 23 September 2007, Perancis bersetuju membatalkan penalty fee tersebut. Maka dengan itu harga sebuah kapal selam Scorpene yang dijual kepada India sebenarnya ialah hanya USD400 juta sebuah. Manakala menurut kontrak penjualan kapal selam tersebut dengan Malaysia... [Bercakap dengan nada perlahan] ...Gemilang dan terbilang. Perancis menjual dua buah kapal selam tersebut Scorpene dengan harga USD580 juta sebuah dengan pakej yang hanya menawarkan program latihan yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri dengan menggunakan kapal selam jenis Agosta 70 secara percuma kepada kelasi-kelasi TLDM. Apakah yang telah disebutkan tadi itu termasuk juga tetapi ini dikatakan percuma.

Amat nyata bahawa terdapat tawaran harga yang berbeza antara Malaysia, Chile dan India. Saya ingin penjelasan mengapakah kita harus membayar harga sebuah kapal selam Scorpene dengan kadar harga yang lebih tinggi. Apakah keistimewaannya? What we are paying for, apakah yang kita bayar? Ini duit rakyat. Berbanding Chile kita terpaksa membayar melebihi dua kali ganda iaitu melebihi UDS230 juta. Bagi dua buah kapal selam Scorpene kita membayar melebihi USD460 juta. Manakala berbanding dengan India yang menjalinkan kontrak tiga tahun kemudian, kalau dikatakan dulu Chile beli pada tahun 1997 dan kita beli pada tahun 2002, tetapi India yang beli pada tahun 2005, kita masih membayar melebihi USD180 juta bagi sebuah kapal selam Scorpene. Dengan demikian kita terpaksa membayar melebihi USD360 juta berbanding dengan India. Tidakkah ini petanda bahawa terdapat hanky panky, dengan izin dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene yang memerlukan penyiasatan rapi menerusi penubuhan satu suruhanjaya bebas? Saya hendak bertanya juga, tidak termasuk dalam apa Yang Amat Berhormat Menteri telah mengatakan mana-mana kapal selam adalah memerlukan maintenance. Apakah maintenance ini termasuk dalam package ataupun mesti ditawarkan kepada company, syarikat-syarikat lain untuk menjaga maintenance ini. Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya Ahli Yang Berhormat dari Permatang Pauh ini telah membuat researchnya. Namun sebenarnya apabila kita membuat perbandingan ini kita mesti bandingkan apple to apple, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang dalam kontrak sebenarnya sebab komponennya berbeza, Tuan Yang di-Pertua, ada komponen kapal selam, ada komponen integrated logistical support dan ada komponen latihan. Dalam kes Malaysia ini kita ada komponen kapal selam secondhand yang walaupun percuma tetapi kita terpaksa refurbish. Itu menelan kos walaupun kita dapat free. Saya tidak ragu bahawa harga yang kita beli ini memang kompetitif, lebih-lebih lagi kerana Syarikat Amaris ini ialah kepunyaan Kerajaan Perancis, ia bukan swasta. Jadi, walaupun kita beli melalui Syarikat Amaris hakikatnya kita beli melalui syarikat Kerajaan Perancis. Lagi pun kapal selam kita ada ciri-ciri yang berbeza dengan kapal selam yang ditempah oleh negara lain sebab ada kemampuan tertentu yang lebih canggih yang saya tidak perlu sebutkan di sini kerana ia merupakan unsur keselamatan. Namun yakinlah bahawa kita telah membayar harga yang munasabah. Cuma yang saya rasa ralat sekali sebab Euro telah menjadi terlalu kuat. Waktu kita beli nilai bagi satu Euro RM3.20 pada masa itu, sekarang ini sudah jadi RM5.60. Ini di luar dugaan kerajaan sama sekali tetapi dari segi kemampuan kapal selam konvensional Scorpene adalah yang terbaik di dunia. Banyak negara lain telah menempah dan banyak lagi negara lain yang berminat untuk membeli kapal selam Scorpene ini...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, minta laluan. Penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya percaya Yang Amat Berhormat menyedari bahawa tuduhan yang mengatakan ada pihak menerima rasuah ataupun berlaku hanky panky dalam pembelian dua kapal selam ini sudah hampir dua tahun yang lalu dan terlalu banyak yang disiarkan dalam akhbar-akhbar mingguan, dalam ceramah-ceramah parti pembangkang. Jadi, cara yang terbaik apakah Yang Amat Berhormat bercadang untuk mengambil paling tidak tindakan civil suit terhadap mereka yang membuat tuduhan ini. Kalau tidak mahu menubuhkan suruhanjaya bebas bagi membersihkan tuduhan ini buat once and for all sebab saya percaya kalau tidak ia akan berterusan dan ini yang paling baik. Ini kerana kaset-kaset atau tape, ucapan yang membuat tuduhan ini berselerak di masjid-masjid dan tempat-tempat awam yang boleh didapati untuk diambil tindakan sebagai tanda bukti. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, itu mainan politik. Bila saya berikan jawapan ini saya berharap jawapan ini akan dapat liputan yang meluas. Pokoknya yang dikatakan komisen sebanyak USD530 juta itu

ialah nilai kerja yang diberikan kepada..., atas kerja khidmat sokongan bukan komisen tetapi dipusingkan sebagai komisen. Ini dia yang saya katakan mainan politik. Tuan Yang di-Pertua...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Mohon penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum ada lagi yang minta penjelasan saya suka ingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kita ada 25 lagi kementerian yang menjawab dan kita cuma ada hari ini, esok dan Selasa. Jadi, kalau setiap kementerian itu mengambil masa satu jam bermakna kita ada 27 jam. Kalaulah apa yang ada di dalam dada masing-masing itu tidak betul meronta-ronta demi untuk kebaikan bersama, jangan keluarkan, lain kali kita boleh keluarkan. Satu lagi, saya tidak suka mengambil masa Ahli Yang Berhormat. Saya cukup kagum apabila Ketua Pembangkang bertanya dengan begitu berhemah dan dengan research yang dibuat, serta jawapan daripada Menteri Pertahanan pun cukup halus dan tidak payahlah kita berteriak-teriak lain kali. Jadi ambil itu sebagai iktibar, jangan kita menghabiskan masa. Sila Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin membangkitkan tentang latihan kepada pegawai-pegawai tentera kita. Saya ingin tahu dalam proses latihan tersebut adakah terdapat kes pegawai- pegawai ini yang gagal dan terpaksa dihantar pulang? Kedua, apakah ada latihan dari segi maintenance diberikan kepada pegawai- pegawai TLDM ini? Supaya mereka juga mendapat, dipindahkan teknologi dari segi maintenance kepada pegawai-pegawai ini. Satu lagi ialah apakah benar dakwaan yang dibawa oleh pembangkang bahawa kapal ini sebenarnya tidak sesuai dengan perairan di negara kita?

Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul RazakUMNO · BNTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan · Pekan

Tuan Yang di-Pertua, latihan yang dikenakan dari segi mutu latihannya, tahap kemampuan setiap pelatih ini, ia mesti mencecah tahap yang sangat tinggi bukan sahaja dari segi kemahiran tapi dari segi kemampuan fizikal, kemampuan psikologi dan sebagainya. Atas sebab itu ada juga, tapi bilangannya kecil yang tidak berjaya dalam latihan ini. Kita tidak kompromi sama sekali dari segi standard, Tuan Yang di-Pertua. Yang kedua, dari segi latihan, memang termasuk juga latihan first line maintenance tapi maintenance yang sebenarnya hanya boleh dibuat oleh sebuah shipyard yang bertauliah. Ini kita akan tentukan kemudian. Yang ketiga, dari segi apa yang disebutkan tentang kesesuaian kapal selam ini, kapal selam ini amat sesuai digunakan di perairan kita melainkan kalau air itu terlalu cetek, dia tidak boleh digunakan tapi kebanyakan kawasan yang kita anggap sebagai kawasan strategik kita seperti Laut China Selatan dan sebagainya memang amat sesuai digunakan kapal selam Scorpene.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Minta penjelasan, ya. Kita di sini tidak mahu main politik lah. Kita mahu tahu kebenaran sahaja, mahu dapat kebenaran sahaja. Bukan sahaja mengenai isu pembelian kapal selam dan isu harga berpatutan. Kedua mengenai integritinya dan khasnya penglibatan Syarikat Perimekar dan orang-orang kanan Yang Amat Berhormat dalam isu ini, Abdul Razak Baginda. Kita mahu tahu kenapa ini boleh berlaku? Dalam Parlimen yang lepas, soalan ini ada dikemukakan. Timbalan Menteri Pertahanan masa itu ada memberi jawapan bahawa pembayaran komisen RM530 juta bukan dalam pengetahuan kerajaan. Ini dibuat oleh syarikat-syarikat Perancis dan Sepanyol tetapi tadi nampaknya Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pertahanan sudah embrace pembayaran ini dan memberikan sebab-sebab pembayaran itu. Itu adalah satu percanggahan. Adakah ini dalam pengetahuan dengan persetujuan Kerajaan Malaysia atau tidak? Yang ketiga, oleh kerana tuduhan-tuduhan yang ada dibuat ada bersangkut paut dengan reputasi Yang Amat Berhormat Menteri Pertahanan mengenai deal ini, adakah Yang Amat Berhormat rela untuk memberi satu teladan yang baik dengan

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

mengadakan satu Suruhanjaya Diraja untuk membersihkan nama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri khasnya oleh kerana orang kanan yang terlibat, pun ada terlibat dalam satu perbicaraan yang kita tidak mahu bincang di sini. Perbicaraan itu mengenai pembunuhan Altantuya Shariibuu yang pun ada terikat dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Bukankah satu Suruhanjaya Diraja yang bebas boleh membersihkan nama baik Yang Amat Berhormat yang shall hold atau menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak...

Connection sekali.

...Saya hendak jelaskan bahawa jawapan saya ini ialah jawapan yang sebenarnya. Jawapan Timbalan Menteri itu, apa yang dimaksudkan ialah RM530 juta itu bukan komisen tapi bayaran kepada syarikat yang berkenaan atas kerjanya sebagai service provider. Jadi inilah dan syarikat ini is apa orang kata, going concern, Tuan Yang di-Pertua dan siapa pun boleh minta laporan syarikat ini. Syarikat ini diaudit oleh juruaudit dan sebagainya. Jadi tidak ada apa-apa yang harus dikhuatiri dalam soal ini. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pindah kepada...

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Mohon penjelasan.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Pontian mohon penjelasan.

Kalau ada apa-apa pun, kita ada agensi dan secukupnya buat siasatan. Tak payah lah setiap perkara hendak Royal Commission, Royal Commission dan sebagainya...

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Pontian mohon penjelasan.

Tuan Yang di- Pertua...

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Pontian mohon penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, dia punya floor..

Tuan Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat punya floor.

Hendak pindah kepada subjek lain. Nanti kemudian ya, kemudian. Saya hendak pindah lah, terlalu lama, panjang sangat.

Tuan Yang di-Pertua

Saudara cukuplah, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat yang tadi Ketua Pembangkang itu pun soalan dia bagi saya adalah sama iaitu perbezaan harga, lepas itu...

Yang ini lain, lain, Tuan Yang di- Pertua.

Saya rasa penjelasan sudah cukup jelas bagi kita ya. Ini... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Ini floor dia sama ada dia mahu kasi..

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan forum Rembau.

..Cukup jelas.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk.

Saya minta laluan daripada Timbalan Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, dia hendak bangkitkan benda yang sama.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, baru juga tadi saya kata bahawa kalaupun kita berbahas dengan cara baik semua mesej boleh disampaikan.

Dia tidak hendak bagi laluan kepada Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat Gombak?

Duduklah.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, semua duduk, semua duduk dulu. Semua duduk dulu Ahli-ahli Yang Berhormat. Semua duduk.

Saya hendak minta...

Tuan Yang di-Pertua

Semua duduk dulu.

Dia mesti duduk dulu., Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Semua duduk dulu.

Okey, terima kasih.

Duduk,duduk,duduk.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu, Rembau, semua duduk. Apabila dalam perbahasan begini, sesiapa saja yang sedang bercakap bermakna yang bercakap itu holding the floor. Kalau ada sesiapa Yang Berhormat yang mahu penjelasan, apabila yang holding the floor itu tidak mahu memberi laluan, itu hak dia. Jadi, janganlah umpamanya hak orang lain itu, Ahli-ahli Yang Berhormat ambil kerana Ahli-ahli Yang Berhormat juga tidak mahu hak kamu diambil. Jadi, terpaksa saya tegaskan bahawa oleh kerana menteri yang berkenaan mahu kepada tajuk lain, dia tidak kasi laluan kepada tajuk yang diminta itu maka itu hak dia. Hormatilah itu, apabila kita hormat semua, ini semua...

Tak faham-faham juga.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak, tolonglah. Jangan lagi ada celahan-celahan begini. Jangan ada celahan-celahan nanti Ahli-ahli Yang Berhormat juga nanti akan bangkitkan peraturan mesyuarat. Macam mana peraturan mesyuarat kamu berlindung kalau kamu tidak patuhi peraturan mesyuarat.

Minta maaf...

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

...Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, sila, sila.

Tuan Yang di- Pertua...

Tuan Yang di-Pertua, boleh tak minta laluan...

Tuan Yang di-Pertua

Dia tidak kasi jalan.

..Tentang perolehan pesawat pejuang Sukhoi pula...

..Please.

...Kementerian Pertahanan...

Tuan Yang di-Pertua

Tolonglah.

Menegaskan bahawa perolehan adalah dibuat secara rundingan yang terus dengan Kerajaan Rusia melalui Syarikat Rosoboronexport iaitu sebuah syarikat milik Kerajaan Rusia. Rundingan ini adalah selari dengan ketetapan Kerajaan Rusia yang mempunyai dasar bagi mengawasi penjualan peralatan ketenteraan keluaran syarikat negara tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Syarikat IMT Defence Sendirian Berhad adalah wakil tunggal Syarikat Rosoboronexport di Malaysia yang dilantik oleh pihak syarikat Rusia tersebut bukan oleh Kerajaan Malaysia. Kerajaan tidak mencampuri urusan perniagaan di antara kedua-dua syarikat tersebut. Justeru itu, saya menegaskan bahawa kerajaan tidak membayar sebarang komisen kepada Syarikat IMT Defence Sendirian Berhad seperti yang didakwa. Tuduhan yang dilemparkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kerajaan telah membayar komisen bagi belian kapal selam dan Sukhoi adalah tidak benar dan satu rekaan yang diatur secara berterusan ataupun concerted, dengan izin, demi kepentingan politik mereka untuk mengelirukan rakyat.

Isu komisen yang ada-adakan ini adalah sangat jelas, direka, dimanipulasikan dan sengaja disalah ertikan oleh pembangkang sehingga mereka tidak pernah menghiraukan kesan-kesan buruk terhadap imej ATM dan keselamatan negara. Ia dibuat semata-mata untuk membakar hati rakyat dan bukan untuk menegakkan kebenaran... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Permatang Pauh juga ada mendakwa ada unsur rasuah dan pembaziran di dalam kontrak perolehan 27 buah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia yang diberikan kepada syarikat PSC Naval Dockyard. Saya ingin memaklumkan bahawa syarikat PSC Naval Dockyard telah diberi kontrak penyelenggaraan kapal dan perkakasan untuk TLDM selama 15 tahun di samping mereka bentuk dan membina 27 buah kapal ronda generasi baru. Ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan industri maritim negara dengan menggunakan kemudahan-kemudahan infrastruktur yang ada dalam negara serta menjadi pemangkin kepada perkembangan teknologi dan industri berat. Ianya menyediakan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada vendor. Di bawah kontrak awal yang diberikan pada 11 Disember 1995 kepada PSC Naval Dockyard kerajaan membuat tempatan enam buah kapal peronda dengan nilai kontrak sebanyak RM5.35 bilion yang sepatutnya siap di antara September 2004 hingga April 2007. Namun begitu, PSC Naval Dockyard tidak dapat memenuhi syarat kontrak dan hanya dua buah kapal peronda sahaja yang hampir siap pada tahun 2006. Memandangkan kegagalan pengurusan PSC Naval Dockyard untuk menjayakan kontrak ini kerajaan terpaksa meneruskan projek berkenaan dengan pihak LTAT dengan mengambil alih syarikat PSC Naval Dockyard bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar termasuk usaha untuk membentuk industri maritim yang berdaya maju. Berikutan dengan pengambilan alih oleh kumpulan LTAT syarikat ini ditukar nama pada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. Tuan Yang di-Pertua, sejajar dgn keputusan ini kerajaan memberi kelulusan kenaikan nilai kontrak dari RM5.35 bilion kepada RM6.75 bilion iaitu peningkatan RM1.4 bilion. Ini bagi memastikan pembinaan kesemua enam buah kapal peronda berjalan dengan lancar bagi mengatasi segala keperluan teknikal kapal-kapal tersebut. Kenaikan nilai kontrak ini adalah juga disebabkan kenaikan kos termasuk kos bahan mentah dan peningkatan kadar mata wang Euro yang amat ketara di antara tahun 2000 hingga 2007. Saya juga ingin menegaskan bahawa bayaran yang dibuat oleh Kementerian Pertahanan adalah berasaskan kepada jadual siap kerja bagi keenam-enam kapal yang dibina serentak. Sehubungan dengan pengecualian penalti kerajaan bersetuju dengan rayuan yang dibuat oleh Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. Bahawa jika penalti dikenakan ianya tidak setimpal dengan usaha syarikat menyiapkan pembinaan keenam-enam kapal tersebut...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Permatang Pauh berdiri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Menteri Pertahanan. Saya hendak tanya kerana ini adalah laporan daripada Audit Negara, bukan di ambil atau direka mana-mana dan kalaulah syarikat yang telah diberikan amanah itu

tidak boleh dibuat tugas-tugas dan kenapakah ditukarnya nama dikatanya tidak boleh bayar penaltinya, kerajaan yang rugi. Apakah tidak dilihatkan semua ini dan apakah kriteria untuk memilih syarikat pada mula-mulanya? Kalau dikatakan bahawa syarikat itu tidak dapat membuatnya dan apa yang sudah siap dua kapal itu ada berapa banyak fault dalam kapal yang telah dibina itu. Ini dalam laporan audit, bukan saya reka cerita. Terima kasih.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Ada kaitan dengan Yang Berhormat Permatang Pauh...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pontian ada kaitan dengan Permatang Pauh? Soalan.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Tadi Yang Amat Berhormat menyatakan bahawa penswastaan PSC Naval Dockyard diluluskan pada 11 Disember tahun 1995. Kita tahu bahawa tidak ada satu penswastaan pun di Malaysia ini tanpa kelulusan daripada Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan. Saya ingin soalan pendek sahaja, siapakah Menteri Kewangan pada ketika itu?... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, Beberapa Ahli Barisan Nasional: Jawab...jawab...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong senyap.

Setahu saya Menteri Kewangan pada masa itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat... [Dewan Riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sudahlah. Kita mahu mendengar fakta yang sebenar.

Saya tidak mahu menyalahkannya, tetapi mungkin ada sesuatu yang luar dari jangkaannya. Maknanya janganlah salahkan semua orang. Kita juga sedikit sebanyak ada kelemahan juga.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua...

Minta laluan, minta laluan.

Saya hendak teruskan.

Sedikit sahaja laluan.

Tidak apa, saya sudah bagi.

Jawapan tadi politik itu, ini kita cakap yang sebenar.

Saya hendak teruskan.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua...

Minta laluan Yang Berhormat.

Sila menghormati floor, duduk.

Saya hendak teruskan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat bagi Machang, Yang Berhormat bagi Padang Serai...

Yang Berhormat bagi Padang Serai duduk, Yang Berhormat bagi Padang Serai duduk.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Perasan PM kah?...[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Bukankah semua Ahli-ahli Yang Berhormat di sini datang amanah rakyat. Kita dengar jawapan yang baik, soalan daripada sebelah pun saya hendak dengar yang baik. Bukan berteriak-teriak. Sudahlah yang ceramah itu sudahlah, pilihan raya baru juga selesai, kita akan adakan pilihan raya lagi yang akan datang. Ini bukan lagi ceramah politik, ini kita mahu dengar suara-suara amanah rakyat. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat bagi Bagan bertanya mengapa harga pembelian pesawat Sukhoi lebih mahal berbanding dengan pesawat Sukhoi yang dibeli oleh negara India. Secara prinsipnya harga pesawat Sukhoi yang ditawarkan oleh pihak Rusia kepada Malaysia tidak banyak berbeza seperti yang ditawarkan kepada pihak India. Kerajaan sebelum memuktamadkan harga dengan pihak Rusia berhubung perolehan tersebut telah membuat kajian termasuk membuat perbandingan harga dengan pihak tentera udara India. Perbezaan harga secara keseluruhannya hanyalah tertumpu kepada perkara- perkara berikut. Pertama, konfigurasi pesawat yang berbeza, negara India banyak menggunakan teknologi Israel bagi sistem avioniknya berbanding dengan Malaysia yang menggunakan teknologi Perancis. Ini bermakna kos integrasi tidak sama. Bilangan pesawat yang dibeli juga tidak sama di mana kuantiti yang dibeli oleh Malaysia adalah hanya 18 buah berbanding dengan 180 buah oleh pihak India dan daripada jumlah tersebut sebanyak 140 buah dibuat di India. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Batu membangkitkan soalan mengapakah Kementerian Pertahanan tidak membenarkan negara Iran meneruskan penyertaan pameran DSA pada 21 hingga 24 April tahun ini? Adakah tindakan ini menunjukkan negara kita sebuah negara yang berdaulat dan bebas dari pengaruh barat? Tuan Yang di-Pertua, tindakan Kementerian Pertahanan melarang Iran dari menyertai DSA 2008 sebenarnya tidak kena mengena dengan pengaruh negara Barat. Iran pada awalnya dibenarkan menyertai pameran dengan syarat mereka mempamerkan barangan yang tidak tersenarai dalam resolusi-resolusi majlis keselamatan PBB. Hanya selepas Iran bersetuju mematuhi syarat ini, mereka dibenarkan. Walau bagaimanapun Iran didapati melanggar syarat ini dan kementerian terpaksa menamatkan penyertaan mereka. Untuk makluman Dewan yang mulia ini resolusi-resolusi 1737, 1747 dan 1803 melarang Iran melakukan sebarang bentuk perdagangan senjata atau membawa senjata ke negara ketiga. Ahli Yang Berhormat bagi Batu juga bertanya sama ada kementerian Pertahanan akan mengkaji semula formula meningkatkan keselamatan pelatih-pelatih PLKN berdasarkan beberapa kes kematian, kecederaan, kemalangan sejak program ini dijalankan. Tuan Yang di-Pertua, sejak PLKN dilaksanakan pada tahun 2004, adalah tidak dinafikan beberapa kejadian yang tidak diingini berlaku melibatkan keselamatan pelatih. Setiap kali saya menerima berita kematian pelatih PLKN, hati saya amat tersentuh dan sedih atas kejadian yang tidak diingini.

Namun demikian, usaha murni kita untuk menjayakan matlamat asal program PLKN bagi membina jati diri pelatih melalui aktiviti di kem-kem harus dilihat secara positif dan membina. Bagi mencapai matlamat membina bangsa Malaysia yang kuat, bersatu padu, mengamalkan nila-nilai murni serta menghormati antara satu sama lain, saling bekerja sama ke arah membina negara Malaysia yang lebih cemerlang maka kita akan terus menjayakan Program Khidmat Negara ini....

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa setakat ini 16 pelatih PLKN atau 0.004% telah meninggal dunia dari jumlah keseluruhan pelatih semenjak tahun 2004 iaitu seramai 339,186 orang. Dari jumlah tersebut, 11 pelatih meninggal di kem latihan dan lima

pelatih meninggal di luar kem yakni waktu cuti. Pelatih yang meninggal dunia di dalam kem, tujuh darinya adalah disebabkan oleh penyakit dan empat akibat kemalangan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa penerimaan rakyat terhadap program ini amat menggalakkan walaupun terdapat kes-kes tersebut. Bukti keyakinan rakyat dapat dilihat....

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah bangun tadi.

Bukti keyakinan rakyat dapat dilihat dari jumlah permohonan secara sukarela telah meningkat dari 929 orang pada tahun 2007 kepada 1,137 orang pada tahun 2008. Namun begitu JLKN sentiasa berusaha untuk melaksanakan penambahbaikan bagi membendung kejadian- kejadian seperti ini. Formula keselamatan yang diberi fokus oleh JLKN adalah melalui pembangunan sumber manusia dengan memberi penekanan di atas aspek pemilihan jurulatih yang sesuai, pembangunan jurulatih melalui latihan persijilan, penerapan nilai- nilai murni dan etika program kejurulatihan yang bersistematik. Di samping itu, aspek keselamatan prasarana dan kemudahan latihan turut juga diberi perhatian melalui pemeriksaan berkala oleh pegawai Jabatan Kesihatan dan juru perunding yang bertauliah. Untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan di setiap kem, JLKN telah menempatkan seorang jurulatih dari PDRM. JLKN juga sentiasa memantau spesifikasi kontrak terhadap aspek-aspek keselamatan yang perlu dipatuhi oleh pengusaha kem. Di samping itu pengauditan keselamatan dan kemudahan latihan dilaksanakan oleh NIOSH dan tim inspektorat jabatan. Dalam aspek kesihatan dan kebajikan, seramai lima orang kakitangan Kementerian Kesihatan dan dibantu oleh dua orang Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia di tempatkan di setiap kem PLKN. Bekalan peralatan dan perubatan yang mencukupi bagi sepanjang tempoh latihan juga disediakan. Bagi melicinkan pergerakan pesakit ke hospital, sebuah ambulans ditempatkan di setiap kem. Untuk tujuan penyaluran maklumat dan pemantauan yang berkesan di antara ibu pejabat dan kem- kem di seluruh negara, bilik gerakan JLKN berfungsi 24 jam. Walaupun formula-formula di atas telah dilaksanakan, JLKN tetap berusaha meningkatkan lagi di mana kerajaan sedang mengkaji kemungkinan mewajibkan setiap pelatih menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui status kesihatan pelatih sebelum memasuki kem-kem PLKN. Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun kerajaan memberi jaminan bahawa usaha-usaha akan terus dilakukan bagi menambahbaikkan lagi aspek kesihatan dan keselamatan pelatih demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berulang lagi. Ahli Yang Berhormat Batu juga menyentuh mengenai pembelian senjata dan peralatan canggih yang menelan belanja yang besar dan tidak semestinya menjamin keselamatan negara.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Penjelasan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan PLKN sebelum alih kepada tajuk yang lain, adakah Yang Amat Berhormat sedar bahawa semenjak kematian pelatih PLKN yang terbaru Too Hui Min ada desakan yang bertambah dari orang ramai dan ibu bapa, bahawa program ini patut di suspend sehingga satu jaminan boleh dibuat agar kematian yang kerap kali berlaku boleh diatasi oleh kerana 16 orang yang meninggal dunia, one to many. Di sini adalah 16 orang yang meninggal dunia dalam program PLKN dan pun oleh kerana banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kem-kem PLKN bukan sahaja meninggal dunia adalah peristiwa-peristiwa jenayah, rogol dan pun pembunuhan. Bukankah ini menunjukkan bahawa perlu satu kajian yang menyeluruh sebelum program ini diteruskan untuk memberi jaminan kepada ibu bapa oleh sebab mereka tidak mahu lihat anak-anak mereka pergi ke kem-kem PLKN dan balik sebagai mayat.

Tuan Yang di- Pertua, setiap kali sesuatu kejadian berlaku yang melibatkan kematian seorang pelatih PLKN, kerajaan memang berasa amat sedih atas kejadian tersebut. Walau bagaimanapun, kerana kebaikan program ini begitu besar kepada kepentingan negara dan kerana sebahagian daripada kejadian itu Tuan Yang di-Pertua, kerana mereka

sudah mengidap penyakit dalam badan mereka sebelum mereka masuk ke kem tersebut. Bererti bahawa bukan semua kejadian itu berpunca daripada perkara yang dijangkiti dalam kem. Jadi kita terpaksalah melihat perkara ini daripada punca yang sebenarnya. Saya tidak hendak nafikan ada kelemahan-kelemahan Tuan Yang di-Pertua yang berlaku dan kalau ada jurulatih yang cuai dan sebagainya kita ambil tindakan tatatertib terhadap mereka. Perlu saya tegaskan di sini bahawa di negara-negara lain, negara Singapura pun di mana mereka ada national service lebih banyak, lebih ramai kejadian yang melibatkan warganegara mereka yang meninggal dunia tetapi rakyat Singapura mementingkan ketahanan nasional dan mereka mempertahankan program seperti ini... [Tepuk]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya rasa Yang Amat Berhormat boleh buat lebih dari merasa sedih apabila setiap kali ada kejadian pelatih meninggal. Jadi saya ada soalan. Berapakah nyawa pada pendapat Yang amat Berhormat yang telah diambil baru program ini akan dihentikan? Yang Amat Berhormat kata bahawa maklum balas adalah baik, ramai yang yakin kerana terbukti ramai yang mahu menyertai program ini dengan peningkatannya secara sukarela. Kalau sedemikian, jadikan program ini tidak wajib, jika begitu yakin dengannya. Pada pendapat saya, kalau memang benar objektif boleh dicapai dalam 90 hari, Yang Amat Berhormat kata ini objektif sangat penting tidak dinafikan tetapi apakah ia boleh dapat capai 90 hari apabila pada masa yang sama ada polisi-polisi yang tidak adil dalam pentadbiran Barisan Nasional... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Untuk memungut semangat objektif tersebut dan akhirnya sebelum ini tahun yang lalu Kabinet telah menolak mengatakan, memutuskan tidak boleh melalui satu pemeriksaan kesihatan mengenal pasti semua penyakit, telah menolak. Saya ada buat kajian sebelum ini, Kabinet tahun lalu mewajibkan pemeriksaan kesihatan. You cannot traces all the disease dengan mewajibkan pemeriksaan kesihatan. Jadi sini sekarang kata akan mewajibkannya kemungkinan tetapi sebelum ini telah menolak. Akhirnya saya pohonlah kalau kita berdua bukan pakar dalam bidang perubatan tetapi kita tahu, saya dapat maklum balas bahawa ada setengah penyakit apabila pelatih ini diletakkan dalam situasi dalam Program Khidmat Negara ini, situasi makanan dibekalkan, keadaannya, latihannya akan menyebabkan penyakit yang mereka ada yang tidak diketahuinya menjadi semakin teruk kerana diletak dalam keadaan sedemikian. Jadi saya pohonlah agar program ini dihentikan... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Nazir ada, nazir.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Apa yang lebih penting daripada nyawa anak-anak muda kita.

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Batu.

Isu yang sama supaya boleh jawab sekali.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Bukan kontrak-kontrak yang lebih penting. Jadi saya pohonlah Yang Amat Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua

Mesej sudah dapat.

Saya ingin tambah sedikit...

Tuan Yang di-Pertua

Mana? Yang Berhormat Batu?

Memandangkan perbelanjaan yang besar dalam program ini dan bukan perbelanjaan sahaja tetapi kos yang melibatkan kesedihan, kegelisahan dan kekhuatiran ibu bapa, adakah kementerian telah mengkaji sama ada cara lain untuk mengurangkan beban kepada ibu bapa dan anak muda kita? Iaitu cara lain untuk mencapai perpaduan masyarakat yang lebih berkesan tanpa bebanan ini. Ini kerana masalah ini memang sudah berlarutan dan menyebabkan kecurigaan dan komuniti kita juga berpecah-belah dalam isu ini. Saya ingin soalkan sama ada, ada cara lain atau tidak boleh kita fikir.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

Tuan Yang di- Pertua...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Cukuplah, cukup. Sila.

...Masyarakat kita sebenarnya bertambah yakin terhadap program ini sebab bilangan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka secara sukarela untuk menyertai program ini semakin meningkat. Itu satu pengukuran. Perlu saya jelaskan juga bahawa tak dapat kita elakkan Tuan Yang di-Pertua kalau mereka tak masuk dalam program ini pun mengikut pada statistik mesti ada juga bilangan yang akan meninggal dunia dalam kelompok yang besar ini, statistically speaking. Walau bagaimanapun, saya tidak katakan bahawa kita menafikan kalau ada kelemahan dalam program ini kita akan berusaha untuk mengatasi. Walau bagaimanapun, yang penting sekali ialah program ini penting. Penting dari segi ketahanan nasional, perpaduan nasional, jati diri kita...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Minta penjelasan.

...Dan kalau kita tak wajibkan, apa yang akan berlaku? Hanya barangkali satu kaum sahaja yang akan menyertai program bukan berbilang kaum. Kita hendak penyertaan berbilang kaum kerana kita hendak bentuk negara bangsa Malaysia yang dihasratkan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bangun]

[Bangun]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bangun]

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

[Bangun]

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Minta penjelasan.

Tuan Yang di- Pertua...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh?

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Batu Gajah.

Sudahlah Yang Berhormat Batu Gajah!

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Berapa nyawa diambil baru akan hentikan program ini?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya ada tanya dan saya tanya baik-baik tadi.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah duduk dahulu, duduk dahulu.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya tanya baik- baik tadi.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan duduk dahulu.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya tanya baik-baik tadi berapa nyawa diambil baru akan dihentikan program ini.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan duduk dahulu, Yang Berhormat Batu Gajah duduk dahulu. Tak payah menteri jawab itu. Berapa nyawa lagi akan terkorban cuma Tuhan sahaja yang tahu... [Dewan riuh]

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Arau pohon laluan.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau mahu tanya soalan Ahli Yang Berhormat yang logiklah sedikit. Saya bukan Menteri Pertahanan tapi saya boleh jawab. Biar saya tidak tengok statistik. Berapa lagikah nyawa, siapa tahu? Tuhan sahaja tahu. Mahu kasi laluankah kepada Yang Berhormat Kinabatangan?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya membaiki soalan saya. Mahu apa insiden yang lebih serius...

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Tuan Yang di-Pertua, Arau mohon laluan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

... Baru boleh hentikan program ini?

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat tolong duduk. Menteri yang berkenaan tidak mahu kasi laluan, dia mahu teruskan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tadi bagi saya.

Tuan Yang di-Pertua

Dia juga tidak mahu kasi laluan lagi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Oh, tarik balik?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan, tarik balik. Sila duduk. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Begitulah mesti ada tolak-ansur. Kadang-kadang kita tarik, kadang-kadang kita sorong. Terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana bijak menjawab tadi. Ahli Yang Berhormat Batu...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Dia tidak mahu bagi laluan lagi Yang Berhormat.

Tak ada, tak ada. Lain kali. Hendak pindah topik lain.

Tuan Yang di-Pertua

Hendak pindah topik lain.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sebelum pindah.

Sebab saya tak bagi. Bagi Yang Berhormat kena bagi semua. Lain kali, lain kali.

Tuan Yang di-Pertua

Lain kali, dia janji lain kali.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Lain kali lambatlah.

Lain kali. Ahli Yang Berhormat Batu juga menyentuh mengenai pembelian senjata dan peralatan yang canggih yang menelan perbelanjaan yang besar tidak semestinya menjamin

keselamatan negara. Beliau juga berkata perkara yang sepatutnya diberi penekanan adalah menjaga modal insan khususnya kebajikan tentera termasuk kehidupan setelah bersara seperti pencen, peluang pekerjaan dan perumahan. Tuan Yang di-Pertua, anggapan Yang Berhormat dari Batu bahawa perolehan peralatan ketenteraan tidak menjamin keselamatan negara adalah tidak benar. Untuk makluman, Malaysia telah mengguna pakai konsep defensive posture dengan izin, dan segala usaha yang dilaksanakan untuk membangunkan keupayaan ketenteraan adalah berasaskan kepada keupayaan atau capability based, dengan izin. Dalam konteks Malaysia capability based menjurus kepada pembangunan keupayaan kredibel yang diperlukan bagi mempertahankan kepentingan negara dari ancaman luar negara demi mempertahankan kedaulatan negara. Pada masa yang sama Malaysia perlu mempunyai keupayaan deterence untuk menjadikan lebih dihormati dan disegani. Kementerian Pertahanan sememangnya amat prihatin dan tidak lupa tentang kebajikan anggota tentera mahupun pesara-pesara tentera. Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan akan terus mengambil perhatian dan berusaha untuk menjaga kebajikan anggota tentera secara menyeluruh melibatkan tindakan penambahbaikan dari segi skim perkhidmatan gaji, elaun, insentif dan peluang kenaikan pangkat. Kewujudan 645 jawatan flexy post major dan leftenan kolonel telah diluluskan oleh kerajaan bagi jawatan-jawatan tertentu bagi menjaga kebajikan anggota tentera. Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi hasrat kementerian bahawa modal insan di kalangan anggota tentera terus dipertingkatkan. Pembangunan modal insan ini meliputi usaha-usaha bagi meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan, pengalaman nilai-nilai murni, pemupukan jiwa yang bercita-cita tinggi bersifat patriotik serta memiliki kekuatan fizikal dan spiritual di kalangan semua peringkat anggota ATM. Kemudahan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melalui biasiswa skim pengajian tinggi dan pinjaman tanpa faedah tabung pengajian tinggi angkatan tentera diperluaskan.

[Bangun]

Kerajaan sentiasa berusaha membuka jalan bagi anggota tentera yang telah bersara supaya dapat berdikari dan memperoleh pekerjaan untuk menampung kehidupan selepas mereka menamatkan perkhidmatan dengan ATM. Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Veteran ataupun JHEV mencerminkan keprihatinan dan usaha kerajaan ke arah peningkatan tahap kebajikan dan sosioekonomi para pesara tentera. JHEV sentiasa menggalakkan pesara tentera supaya bergiat aktif dalam bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan yang dilaksanakan dengan kerjasama dengan kementerian dan agensi yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Pontian membangkitkan soal mengapa terdapat kira-kira...

Laluan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bangun]

...54,977 keluarga yang miskin tegar di negara ini. Beliau juga mencadangkan agar fasa kedua FELDA dimulakan dengan segera iaitu empat ekar tanah diberikan pada sebuah keluarga di mana 1.5 untuk tapak rumah, tiga ekar untuk ditanam sawit dan 4.5 ekar lagi untuk usaha IKS untuk feedlot lembu daging, lembu tenusu atau kambing.

Tuan Yang di-Pertua

Ada dua Yang Berhormat berdiri. Yang Berhormat Kinabatangan dengan Yang Berhormat Machang.

Boleh. Atas perkara ini?

Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Sebelum mengenai FELDA tadi, disentuh tentang tentera. Saya bangun lama sudah cuma peluang baru dibagi. Soalan saya

ialah apakah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan sedar di satu kem latihan komando di negara kita dalam latihan asas komando, saya minggu lepas menerima kiriman video yang menyaksikan bagaimana latihan asas ini anggota awal komando diperlakukan dengan cukup dahsyat. Saya bersedia menyerahkan kepada Yang Amat Berhormat pada bila-bila masa untuk diteliti. Kebetulan satu ketika saya pernah berada di Kementerian Pertahanan dengan menteri Dalam Negeri sekarang pernah masuk beberapa kem melihat modul-modul latihan tentera. Keadaan ini saya anggap dari sudut kemanusiaannya, dari sudut rejim latihannya dari sudut modulnya perlakuan itu sangat meloyakan, menjijikkan, mengaibkan, menghina status manusia. Adakah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan sedar tentang wujudnya perbuatan ini yang buktinya ada dan dalam Dewan yang mulia ini saya bersedia melafazkan bahawa ia sesuatu perlu dilakukan, disiasat jika perlu diambil tindakan yang munasabah. Terima kasih. ■1730

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya Yang Berhormat dahulu bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan pada waktu itu. Apakah Yang Berhormat memperjuangkan perkara itu sewaktu menjadi Setiausaha Politik?... [Dewan riuh] [Tepuk]

Ini perbuatan terbaru, terbaru. Masa saya tidak berlaku, ini sekarang.... [Dewan riuh] [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat..

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...

Bekas menteri ada di sini.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat tolong diam... [Dewan riuh]

Tidak payahlah berlakon. Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita tidak bisa dengar perbahasan begini kalau bising, jadi kalau kita mahu dengar perbahasan begini yang elok, elakkan kebisingan itu. Redakan sedikit. Sila, sila.

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua saya hendak tahu bagaimana Yang Berhormat itu dapat memperoleh video latihan ketenteraan yang sepatutnya liputan seperti ini tidak boleh jatuh ke tangan orang lain. Itu yang kedua. Yang ketiga, saya hendak nyatakan bahawa ini adalah pendapat peribadi Yang Berhormat sendiri, bukan pendapat Angkatan Tentera Malaysia ataupun pendapat pihak-pihak yang lain, kerana modul kita tidak banyak berbeza dengan modul yang diguna pakai oleh negara-negara lain.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Kinabatangan.

Saya hendak teruskan ya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Pasal Tentera.

Pasal itu juga, okey Bung.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Amat Berhormat... [Ketawa] ATM ini merupakan satu, yang lebih mementingkan keselamatan negara. Jadi, apakah usaha kementerian dan kerajaan ke arah menggalakkan warganegara Malaysia bukan Melayu khususnya menyertai ATM, dan apakah kerajaan akan mengkaji dari segi kenaikan gaji ataupun allowance dan menjadikan ATM ini sebagai ATM yang knowledgeable, mereka elit dalam kumpulan seperti tentera

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Singapore contohnya. Mereka pilih bukan sahaja yang berpendidikan tinggi, tetapi sanggup mempertahankan negara mereka dengan apa cara sekalipun. Jadi adakah usaha seumpama ini akan dilaksanakan oleh ATM di negara kita?

Tuan Yang di-Pertua, Angkatan Tentera Malaysia kita ini adalah kemampuan dan amat disegani oleh negara lain. Buktinya ialah apabila kita menyertai mana-mana misi antarabangsa, kita selalu dapat pujian daripada negara lain. Mengenai bagaimana kita hendak menarik minat yang bukan Melayu menyertai ini satu masalah, dia bukan berpunca kepada gaji, allowance sahaja tetapi satu culture value, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan amat sukar sepertimana untuk masuk polis pun kita menghadapi kesukaran. Walau bagaimanapun, kita akan cubalah menggalakkan mereka untuk menyertai Pasukan Angkatan Tentera Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2006 kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk mengkaji semula dasar pengambilan peneroka tertakluk kepada persetujuan kerajaan negeri menawarkan tanah baru untuk tujuan pembangunan. Keputusan ini diambil sebagai salah satu usaha mengatasi isu kemiskinan yang masih terdapat di beberapa negeri. Pembukaan tanah baru ini perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri untuk dibangunkan oleh FELDA, sebagai mengatasi kos penempatan dan infrastruktur yang besar kerajaan bercadang beberapa modul pembangunan yang baru. Cadangan Yang Berhormat, pembangunan tanah baru berdasarkan pemilikan tanah yang lebih kecil dengan melaksanakan pelbagai aktiviti industri asas tani adalah baik. Terpulanglah kepada pihak kerajaan negeri untuk memberi pertimbangan menawarkan tanah baru pada Kerajaan Pusat selain mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri untuk membantu penduduk miskin dengan pelbagai aktiviti dalam bidang industri asas tani. Yang Berhormat dari Jempol mencadangkan agar Pusat Pelupusan Sampah diwujudkan di kawasan FELDA untuk mengelakkan bahan-bahan toksik mencemarkan sungai. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi meningkatkan keberkesanan dan mewujudkan sistem pelupusan yang teratur, FELDA telah menubuhkan Majlis Tempatan untuk melaksanakan aktiviti pelupusan dan pembuangan sampah. Mulai tahun 2008, FELDA memberi sumbangan atas kadar 2:1 iaitu RM10 disumbangkan oleh FELDA dan RM5 oleh peneroka bagi membiayai kos pelupusan sampah. Majlis Tempatan FELDA digerakkan di tanah rancangan bagi menguruskan hal ehwal berkaitan dengan program keceriaan termasuk landskap, penanaman pokok di sekitar jalan utama, pelupusan sampah dan lain-lain. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Silam dan Kimanis telah menyarankan agar kerajaan mengkaji semula peranan FELDA di Sabah agar objektif kerajaan membasmi kemiskinan tegar di Sabah tercapai. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Pusat mengambil maklum tentang saranan Ahli Yang Berhormat Silam akan peranan FELDA dalam usaha membasmi kemiskinan di kalangan penduduk tempatan di negeri Sabah. Dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan ini, sukacita dimaklumkan mulai tahun 2006 Kerajaan Pusat telah bersetuju memberi sumbangan kepada kerajaan negeri sebanyak 30% hasil keuntungan bersih ladang FELDA di negeri Sabah. Sehingga tahun 2008, kerajaan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM165.93 juta kepada kerajaan negeri. Peruntukan yang disalurkan ini adalah untuk membiayai projek yang sesuai yang berkaitan dengan usaha mengurangkan kadar kemiskinan. Tuan Yang di-Pertua, saya sedar bahawa ahli-ahli Dewan yang mulia ini amat prihatin terhadap kes perbicaraan berkaitan pembunuhan seorang wanita Mongolia. Saya juga tahu ada Ahli Dewan dengan sengaja cuba mengaitkan nama saya dalam kes ini. Namun demikian, alhamdulillahlah saya masih dapat bertahan dengan segala tohmahan dan fitnah yang cuba dilemparkan... [Tepuk] Dengan niat untuk mencemarkan nama saya. Tuan Yang di-Pertua....

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Minta penjelasan.

Memandangkan kes ini masih dalam perbicaraan...

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Gelugor Yang Berhormat... [Dewan riuh]

Tidak apa, tidak apa. Memandangkan kes ini masih berjalan dan demi menghormati institusi mahkamah yang menjalankan perbicaraan, adalah elok bagi saya untuk tidak membuat sebarang komen. Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab dan demi menegakkan keadilan dan kebenaran, maka saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa saya tidak pernah mengenali apatah lagi berjumpa dengan wanita yang dimaksudkan dalam kes ini... [Tepuk] Seperti mana yang telah saya perjelaskan beberapa kali. Tuan Yang di-Pertua, oleh itu biarlah mahkamah terus menjalankan peranan dan tanggungjawab menegakkan keadilan di negara ini tanpa apa-apa gangguan dari mana-mana pihak... [Tepuk] Dalam masa yang sama juga, saya berdoa semoga kes ini dapat diadili dengan sebaik-baiknya dan kebenaran akan terserlah demi kedaulatan undang-undang yang sama-sama kita junjung. Sekian, terima kasih.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua. Penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dah habis dah Yang Berhormat .

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Penakut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tiada Yang Berhormat, sudah habis Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

No, saya ada menanya tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kementerian Dalam Negeri.

Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja di Dewan yang mulia ini dari 30 hingga 14 Mei 2008. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan jawapan serta penjelasan kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidang tugas kementerian saya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh ingin mengetahui status terkini penahanan empat orang suspek atas kesalahan membawa masuk dakwat kekal untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-12. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebanyak tiga laporan polis telah diterima dan tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah seksyen 420 dan seksyen 511, Kanun Keseksaan. Hasil daripada siasatan polis, tiada sebarang tangkapan dibuat ke atas mana-mana orang berhubung laporan polis yang dibuat. Semua kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara yang memutuskan untuk menutup kes.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Permatang Pauh bangun Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri Dalam negeri. Saya ingin bertanya, bolehkah mengemukakan siapa yang membuat laporan polis yang menyebabkan SPR membatalkan satu kaedah yang begitu penting sekali pada hemat rakyat, dan bagaimana kita adakan kes itu dan further action yang diputuskan. Siapakah yang telah membuat laporan polis itu? Terima kasih. ■1740

Tuan Yang di-Pertua, saya ambil maklum apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dari Permatang Pauh, tetapi saya tidak mempunyai nama mereka yang membuat laporan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Kulai bertanya mengenai...

Soalan susulannya.

...Yang telah diambil oleh PDRM untuk mengurangkan kadar jenayah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu bangun.

Dalam undang-undang kita kalau ...

Yang Berhormat, biar saya habiskan dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk dulu Yang Berhormat, duduk dulu.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat daripada Kulai, PDRM telah mengambil langkah-langkah dua serampang iaitu membina upaya anggota dan mengisi jawatan kosong serta membeli aset-aset baru dalam menyumbang keupayaan untuk membolehkan ia bertindak. Ekoran daripadanya, polis telah meningkatkan rondaan jip, MPV dan motosikal, mewujudkan balai atau pondok polis baru dengan sewaan bangunan, kedai atau perumahan di kawasan yang mempunyai kekerapan berlakunya jenayah. Maklumat melalui Rakan Cop, Sistem Pesanan Ringkas dan Sistem Pesanan Multimedia serta menambah kehadiran polis di kawasan-kawasan yang dikenal pasti. Selain dari itu, PDRM juga mengadakan kerjasama yang erat dengan kerajaan tempatan dan lain-lain agensi kerajaan seperti JKKK daerah, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen bagi mengadakan kempen-kempen, ceramah dan pameran- pameran berkaitan senario jenayah. Menggunakan Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kawasan tertentu, mengadakan kerjasama dengan NGO dan MCPF iaitu Malaysian Crime Prevention Foundation dengan izin, dan mengenakan tindakan undang-undang termasuk undang-undang pencegahan terhadap penjenayah- penjenayah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Pahat telah bertanya berkenaan tuduhan imigresen India yang Malaysia adalah pusat pengedaran. Tuduhan daripada imigresen India berdasarkan semata-mata dua kes rampasan yang berlaku di lapangan terbang India baru-baru ini adalah tidak tepat dan tidak berasas. Kes ini adalah merupakan satu dengan izin, isolated case. Yang Berhormat Batu Pahat juga meminta polis membanteras sindiket yang mempergunakan wanita Malaysia sebagai pengedar dadah ke luar negara seperti kes Azura, Maizura Alias dan Dayang Sakinah Mad Lazim. Tuan Yang di-Pertua, polis akan sentiasa memantau kegiatan sindiket yang merekrut rakyat Malaysia terutamanya wanita untuk dijadikan courier membawa dadah di luar negara. Hasil siasatan menunjukkan kebanyakan wanita Malaysia yang ditahan telah terpedaya dengan tawaran untuk membawa gold dusk kerana terpengaruh dengan janji bayaran lumayan. Dalam kes Dayang Sakinah binti Mad Lazim dan Nur Faizura binti Alias, masing-masing telah ditangkap secara berasingan di Malta pada 4/3/2008 dan 17/3/2008. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Pahat telah bertanya berkenaan rampasan dadah jenis syabu bernilai RM19 juta melibatkan orang luar yang membuat syabu di Malaysia. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, rampasan dilakukan adalah hasil maklumat daripada orang ramai dan kecekapan polis menganalisis maklumat yang diberikan dengan menggunakan pendekatan bersepadu di dalam operasi yang dilancarkan. Penglibatan warga asing di dalam sindiket memproses syabu adalah kerana mereka mempunyai kepakaran dalam kegiatan berkenaan. Walau bagaimanapun, usaha akan terus dilaksanakan bagi mempertingkatkan kegiatan untuk membanteras kes-kes sedemikian rupa. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan mahukan penyeludupan dadah di pintu sempadan dibanteras. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, sempadan maritim dan darat Malaysia terbuka luas. Bagi menangani masalah ini, pasukan keselamatan telah mempertingkatkan usaha pencegahan di semua pintu masuk darat, laut dan udara yang diharap membawa kesan positif, mengenakan hukuman berat termasuk hukuman mati mandatori, merampas, menyita dan melucut hak harta pengedar dadah. Menambahbaikkan lagi usaha-usaha perisikan bagi

menyekat kegiatan penyeludupan jenayah dan meningkatkan keupayaan koperasi kakitangan agensi penguatkuasaan. Yang Berhormat daripada Kubang Kerian ingin tahu status siasatan ke atas 80 kes yang telah dilaporkan kepada PDRM berkenaan salah laku Ketua Menteri Sabah. Tuan Yang di-Pertua, semakan didapati sebanyak 80 tohmahan, dengan izin, allegation yang dikatakan melibatkan salah laku jenayah, salah laku, guna kuasa dan rasuah ke atas Ketua Menteri Sabah. Daripada 80, empat daripadanya adalah berkaitan dengan salah laku jenayah. Sebagaimana biasanya polis telah menjalankan siasatan ke atas keempat-empat tohmahan tersebut. Kertas siasatan telah pun dirujuk kepada Timbalan Pendakwa raya Sabah yang telah memutuskan tiada keterangan yang boleh mengaitkan Ketua Menteri Sabah dengan tohmahan tersebut. Manakala 76 tohmahan yang lain adalah tohmahan salah guna kuasa, rasuah yang telah diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah untuk disiasat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sibu mencadangkan rondaan polis menggunakan helikopter diperluaskan di kawasan Miri, Lambir, Bekenu dan Niah kerana kerap kali rompakan bersenjata berlaku. Terima kasih Yang Berhormat di atas saranan tersebut, hanya buat masa ini polis belum lagi dapat menggunakan helikopter untuk operasi pencegahan jenayah khususnya bagi daerah Miri, Lambir, Bekenu dan Niah. Namun begitu, dalam tempoh dari Januari hingga April 2008, pemantauan tidak berjadual telah dilaksanakan di daerah-daerah tersebut. Perlu dijelaskan semua bentuk operasi pencegahan jenayah adalah diaktifkan oleh pihak IPD berkenaan melalui Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak. Yang Berhormat Shah Alam telah meminta Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan. Adalah diakui kerana kadar jenayah yang terus meningkat. Tuan Yang di-Pertua, adalah diakui indeks kadar jenayah pada tahun 2007 telah meningkat berbanding dengan 2006. Namun demikian, peningkatan tersebut tidak signifikan iaitu hanya 1.9% sahaja berdasarkan nisbah penduduk di negara ini. Pada tahun 2007, jumlah penduduk di Malaysia ialah 27.3 juta dan indeks jenayah yang dilaporkan ialah menunjukkan bahawa tiap-tiap 100,000 penduduk adalah 767 berbanding tahun sebelumnya iaitu 753. Yang Berhormat Kuantan dan Petaling Jaya Selatan ingin mengetahui sama ada benar ataupun tidak ratio kes jenayah dilakukan oleh rakyat tempatan adalah sebanyak 80% dan rakyat asing sebanyak 20%. Berdasarkan statistik jenayah tahun 2004 hingga 2007 PDRM, jumlah kes jenayah yang melibatkan warga asing tidak melebihi 3% dan jumlah ini semakin menurun dari tahun ke tahun. Pada tahun 2004, sebanyak 3,500 kes ataupun 2.24% membabitkan warga asing. Tahun 2005, 1.7% membabitkan warga asing, tahun 2006 – 1.78% dan 2007 – 1.74%. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuantan dan Wangsa Maju ...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju bangun Yang Berhormat.

...Ingin menyatakan yang jumlah anggota polis adalah mencukupi, tetapi pengagihan tugas adalah salah memandangkan peratus anggota yang ditugaskan untuk pencegahan jenayah adalah sedikit...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

...Biar saya habiskan ini dulu Tuan Yang di-Pertua. Beliau telah memberikan contoh nisbah anggota polis berbanding penduduk di Subang Jaya adalah 1:10,000, Johor Central 1:9,254 dan Kuantan 1:8,000. Kenapakah pengagihan anggota polis tidak seimbang dalam mengatasi masalah jenayah? Untuk makluman Yang Berhormat dari Kuantan dan Wangsa Maju, PDRM mempunyai tujuh jabatan yang menjalankan tugas kepolisan. Jabatan-jabatan tersebut terdiri daripada Jabatan Pengurusan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan

Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. Ketujuh-tujuh jabatan ini mempunyai kekuatan anggota seramai 96,510 orang. Dan daripada jumlah ini, 75,857 atau 79% anggota terlibat secara langsung melaksanakan tugas-tugas kepolisan termasuk tugas pencegahan jenayah. Hanya 21% atau 20,653 sahaja yang terlibat dengan lain-lain tugas seperti pengurusan. Kerajaan dan PDRM sentiasa mengambil langkah untuk mempertingkatkan jumlah keanggotaan dan baru-baru ini sebanyak 60,000 perjawatan polis telah diluluskan. Bagi tujuan pengisian perjawatan tersebut, PDRM telah mewujudkan pusat-pusat latihan baru.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan warga asing terlibat dalam jenayah adalah 20% daripada jumlah jenayah dalam negara kita. (cid:1) 1750 Apakah tindakan ataupun Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak bahawa ada ramai pendatang haram dalam negara kita khasnya seperti di Jalan Petaling dan di seluruh negara. Di Wangsa Maju pun ada ramai. Juga terdapat satu open secret, mereka berniaga dengan secara terbuka dalam negara kita dan Jabatan Imigresen semua pun tidak tahukah ataupun tidak mahu tahu. Tidak mahu ambil tindakan langsung sedangkan di tengoklah di Jalan Petaling. Dia berniaga secara terbuka dan imigresen tidak tahu langsung. Memang dia ada pergi imigresen. Sebelum dia pergi ke sana nak raid, orang sudah lari. Peniaga asing itu semua lari. Kalau nak ambil tindakan, senang saja di Jalan Petaling. Sekatkan semua. Dia ada dua tempat sahaja boleh lari. Sebelah kiri dan sebelah kanan tapi mereka tidak buat begitu dan tidak ikhlas. Itu satu. Yang kedua soalan saya, Yang Berhormat Menteri juga sedar atau tidak di kawasan Wangsa Maju kita cuma ada 40 anggota polis sahaja untuk Wangsa Maju. Di mana kita ada population 58,000 orang pengundi di sana. Kalau kita tengok dari segi ratio, I think lebih kurang satu pegawai polis itu untuk 4,000 orang. Ini tidak sesuailah. Saya harap menteri boleh beri jaminan bahawa kita meningkatkan itu policing dengan izin, di kawasan Wangsa Maju oleh sebab di sana ada banyak...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik, cukup Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

...Crime rate, iaitu di sana seperti snatch thief dan robbery dengan izin. Terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang berkaitan dengan tajuk tadi. Saya minta menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Nak bagi Yang Berhormat? Subang, sila.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Dua perkara saja. Satu adalah tentang nisbah yang sesuai ataupun perlu untuk menjaga atau memastikan tugas anggota polis boleh dilaksanakan dengan sempurna. Saya difahamkan nisbah yang disyorkan di peringkat antarabangsa, peringkat Interpol dan sebagainya adalah lebih kurang satu anggota polis kepada 250 penduduk. Mengikut nisbah itu, kalau kita ambil jumlah keseluruhan lebih kurang 100,000 anggota polis di dalam negara ini dan bilangan penduduk nampaknya kita tidak jauh daripada nisbah ini. Jadi masalah yang kita ada dalam PDRM bukan jumlah keseluruhan sebab nisbahnya adalah tapi nampaknya deployment adalah isunya. So, kalau kita ada nisbah di tempat-tempat tertentu di mana satu anggota polis kepada 1,000 ke 2,000 memang itu dengan jelas menunjukkan mereka tidak akan berkesan. Itu satu yang saya minta penjelasan. Yang kedua adalah berkaitan dengan jumlah-jumlah yang ditugaskan untuk tugas-tugas mencegah jenayah ataupun siasat jenayah. Jumlah yang saya ada jauh nampak berbeza daripada yang dikemukakan tadi oleh Yang Berhormat Menteri dan saya minta kalau sama ada statistik yang saya ada ini adalah betul ataupun yang diberikan tadi. Saya difahamkan memang saya setuju ada tujuh jabatan itu. PDRM dibahagikan kepada tujuh jabatan itu. Jabatan Pengurusan saya ada statistik 33,000

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

lebih kurang dengan izin 33,036. Logistics Department satu yang lain saya ada jumlah 10,587 dan satu lagi jabatan yang besar yang ditugas dan dinamakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam. Apa maksud itu saya kurang jelas tapi itu adalah jumlah 33,214. Untuk siasatan jenayah hanya 6,600 anggota polis. Ini satu peratusan yang lebih kurang enam atau tujuh peratus sahaja. Kalau kita ikut anggota police force ataupun di tempat-tempat di negara- negara lain, kita melihat peratusan yang disyorkan untuk mencegah jenayah secara berkesan adalah dalam lingkungan dua puluh ataupun dua puluh lima peratus. Jadi di sini kita melihat deployment dengan izin, anggota polis dalam PDRM nampaknya ada bermasalah ataupun tidak mengikut keperluan fungsi utama mereka iaitu menjaga atau mencegah jenayah, siasat jenayah dengan berkesan dan memastikan kadar jenayah adalah di peringkat, di tahap yang kurang sekali. Jadi, itulah saya minta penjelasan itu. Sekian.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya nak tanya sikit soalan tentang pendatang tanpa izin itu sekali.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Nak bagi jalan Yang Berhormat? Titiwangsa.

Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, saya nanti akan sentuh berkenaan pendatang tanpa izin. Ini baru saya bercakap berkenaan polis. Yang Wangsa Maju dah bawa dia advance sikit. Dia dah tanya soalan yang seharusnya saya jawab kemudian tapi saya jawab juga berkenaan kepolisian. Saya pergi dari nisbah keseluruhan makro, kalau kita tengok nisbah makro. Kita punya kedudukan adalah tidak begitu buruk. Nisbah keseluruhan. Kalau 1:250 itu Interpol punya. International standard tetapi kita punya kedudukan dalam 1:540 ada masanya 1:700. Jadi dia masih boleh kita perbetulkan keadaan itu tetapi ini adalah bersangkut paut dengan kita punya kekurangan anggota. Jawatan-jawatan yang kosong, yang tidak dipenuhkan masih banyak lagi dan diambil kira apabila ada persaraan. Sebab itu baru-baru ini kita membuat keputusan untuk rekrut semula pegawai-pegawai yang bersara. Deployment ini saya bersetuju dengan Yang Berhormat. Yang Berhormat tadi bagikan micro figure. Pecahan-pecahan tiap tapi saya memberikan secara keseluruhan. Kalau kita ambil logistik. Logistik ini kita boleh mengatakan logistik adalah sebahagian daripada perkara yang membantu dan menyokong tindakan kerja kepolisan. Tanpa logistik, kita tidak dapat melaksanakan tugas kita dengan berkesan. Macam asetnya, perkara-perkara yang memerlukan kereta ronda, MPVnya. Ini semua keperluan-keperluan logistik. Oleh itu saya bersetuju. Kita akan melihat secara keseluruhannya apa Yang Berhormat mengatakan. Sama ada kita punya pengagihan itu sesuai atau dia mencukupi. Memang daripada kenyataan PDRM, bila ada sesuatu tugas dan tanggungjawab baru yang diberikan, maka dia tidak ada jawatan. Kita meletakkan orang-orang dan deploy polis yang ada untuk membuat kerja-kerja lain. Daripada kerana itu, polis berhadapan dengan banyak tekanan untuk menentukan kedudukan itu tidak seburuk yang mungkin.

[Bangun]

Oleh itu saya bersetuju bahawa kedudukan jenayah, the profile of jenayah, perkara-perkara yang melibatkan soal-soal yang membimbangkan orang ramai tetapi kita akan mengambil langkah- langkah untuk terus memperbaiki keupayaan polis untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam membanteras jenayah...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Saya belum jawab lagi. Sekejap apa tu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Titiwangsa. Nak bagi Machang. Terima kasih Titiwangsa.

Saya lega dengan penjelasan Yang Berhormat Menteri. Sementara Yang Berhormat Menteri bersetuju

persoalan deployment. Saya bagi contoh yang cukup klasik. Machang ada lebih hampir 88,000 penduduk. Sesekali saya ke Mahkamah Majistret Machang untuk mengikuti kes kesalahan jenayah dadah. Saya diberi maklum oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, ada empat anggota. Dua penguat kuasa, dua bahagian pendakwaan. 88,000 penduduk dan bahagian narkotiknya cuma empat. Bila OCPD ditanya tentangnya, saya diberi faham bahawa unit lain juga diberi tanggungjawab untuk handle dengan izin, kes dadah. Maknanya trafiknya, cawangan khasnya dan sebagainya. Yang Berhormat Menteri, apakah ini satu kaedah yang berkesan. Keseluruhannya Kelantan, 1 polis:436 penduduk berbanding Selangor 1 polis:200 tetapi dalam kes Machang tadi tu, narkotik, ketika dadah ini kita anggap musuh utama negara, nisbah dengan penduduk itu sangat menggerunkan sebenarnya. Mohon penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengakui segala angka-angka yang diberikan. Kita punya tujuan ialah supaya kita dapat tiba kepada keadaan yang sempurna di mana rakyat boleh berasa selamat dan selesa, tetapi saya juga mengakui bahawa kita kurang anggota. Dengan kekurangan anggota, kita melakukan yang terbaik dan kalau kita mengambil kira apa yang telah dilaksanakan oleh pihak polis dengan keseluruhan anggota-anggotanya, pelaksanaan tugas mereka telah dilaksanakan dengan baik dan sempurna tapi masih ada kelemahan-kelemahan, perkara-perkara yang perlu kita lakukan untuk terus menambahbaikkan fungsi dan aktiviti yang dilaksanakan oleh polis untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam. Jadi terima kasih di atas pandangan- pandangan yang membina... ■1800

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Minta penjelasan.

...Untuk kita melihat dan sebelum...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Pasir Mas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk dulu Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pasir Mas, saya jawab Yang Berhormat Wangsa Maju dulu fasal Yang Berhormat Wangsa Maju tadi membawa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Mas duduk dulu. Yang Berhormat duduk dulu.

Saya tak beri jalan lagi. Yang Berhormat Wangsa Maju tadi berkenaan dengan kehadiran pendatang tanpa izin di kawasan-kawasan bandar yang berniaga ini. Saya fikir salah satu perkara yang paling penting untuk mengatakan bahawa kita tidak mengambil tindakan adalah tidak benar. Tiap-tiap hari saya menerima laporan bahawa pasukan-pasukan pelaksana kita mengambil tindakan. Yang pentingnya ialah rakyat kita yang menjadi punca kepada segala masalah ini ialah rakyat kita menggunakan pendatang tanpa izin untuk menjalankan perniagaan. Kadang kala mereka menjadi majikan. Kadang kala mereka telah membenarkan pendatang tanpa izin mengambil alih perniagaan-perniagaan ini. Jadi mesti ada kerjasama bukan sahaja daripada pihak pasukan. Kelemahan kita, kita akan akui. Ada perkara-perkara yang kita tidak dapat lakukan tetapi penguasaan JIM, RELA dan pasukan polis, mereka sentiasa bekerjasama untuk mengambil tindakan ke atas kehadiran pendatang tanpa izin melakukan atau melaksanakan perniagaan-perniagaan yang tidak seharusnya di bawah penguasaan mereka...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju. Beberapa Ahli Yang Berhormat bangun Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri kata...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak beri Yang Berhormat Wangsa Maju?

Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Menteri kata sentiasa mengambil tindakan tetapi semakin hari semakin ramai pendatang asing, pendatang haram ini ada di dalam negara kita, seperti katalah di Jalan Petaling. Tiap-tiap hari kita boleh nampak. Bagaimanakah kerajaan tidak tahu? Pasukan polis tidak tahu? Imigresen tak tahu. Kalau mereka tahu kenapa tak boleh selesaikan perkara ini, walaupun peniaga- peniaga employee mereka boleh ambil tindakan.

Terima kasih.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat kalau saya jadi Yang Berhormat, saya boleh ambil tindakan dan semua masalah ini hilang, memang bagus. Disebabkan kita ambilkan tindakan yang berterusan maka keadaannya tidak jadi lebih buruk kerana kita mengambil tindakan berterusan tapi saya mengakui bahawa ada masalah oleh kerana rakyat Malaysia sendiri yang bekerjasama, yang melindungi, yang memberikan kedudukan kepada mereka. Kalau kita tidak membuka peluang dan ruang yang luas, dia akan membawa, kita akan dapat membanteras dan melaksanakan tugas ini dengan berjaya.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat, Pasir Mas.

Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya hendak bertanya Yang Berhormat. negara kita negara masyarakat berbagai kaum. Apakah tugas menjaga keselamatan, keamanan negara ini, tugas orang Melayu sahaja tidak tugas berbagai-bagai kaum? Yang kita tahu jumlahnya tidak mencukupi terutamanya dalam kerja-kerja dalam profesion uniform ini. Tadi pun saya dengar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Jadi apakah Yang Berhormat bersetuju kalau saya cadangkan mengambil pendekatan khidmat negara. Iaitu secara khidmat negara supaya melibatkan secara wajib...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Mas, isu ini isu baru Yang Berhormat. Jangan bawa isu baru ke dalam penggulungan. Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Masalah menjaga keselamatan.

Yang Berhormat Menteri...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang masalah polis tidak cukup tadi, saya...

Ia di dalam isu apabila saya memperkatakan sesuatu yang saya boleh respons kepada penjelasan terhadap perkara yang saya bawa di atas tajuk yang sama. Bila Yang Berhormat memperkenalkan satu perkara yang lain, itu saya tidak dapat jawab fasal saya ada masa yang lain yang perlu saya jawab. Jadi minta maaf Yang Berhormat Pasir Mas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi...

...Tapi saya memang menggagap bahawa tugas...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi...

Saya boleh, bagi peluang?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Titiwangsa.

Saya bagi wanita dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Titiwangsa.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan penjaja tanpa izin tadi ini. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri tentang sikap kita sendiri, orang kita sendiri yang sebenarnya yang telah menyebabkan bermaharajalelanya pendatang- pendatang tanpa izin sehingga mengambil alih. Di kawasan saya sendiri di Chow Kit, mengambil alih boleh dikatakan seluruh perniagaan di sana terutama perniagaan penjaja-penjaja tetapi apa yang ingin saya suarakan di sini kalau boleh kita rancangkan bersama atau bagaimana satu usaha bersepadu untuk benar-benar untuk mengatasi masalah ini. Orang kata once and for all. Mungkin ini bukanlah satu perkara yang kecil, yang mudah, memang sangat complicated, tetapi saya rasa kita sudah terlalu lama membiarkan penyakit ini menjadi penyakit kronik yang membarah. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat di atas pandangan. Saya fikir kalau kita dapat mengambil sikap bahawa ini adalah masalah kita bersama, bukan satu masalah yang boleh kita politikkan tetapi ia masalah complex. Ada banyak isu dan di antara pendatang yang dipanggil pendatang haram tanpa izin, ada yang mempunyai dokumen menjadi orang-orang yang dipanggil stateless dan orang-orang yang stateless ini kita tidak boleh mengusir mereka mengikut undang-undang antarabangsa. Jadi banyak masalah, tapi kalau Yang Berhormat fikir hendak menyumbangkan dan memberi pendapat kepada pihak kerajaan, kita terbuka untuk mendengar pendapat-pendapat bagaimana dapat kita menyelesaikan satu masalah ini secara bersama. Yang Berhormat lepas ini saya bagi Yang Berhormat Padang Serai. Lepas itu biar saya teruskan kalau tidak kita tidak mempunyai masa.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini berkenaan dengan pengurusanlah. Saya gembira dengan jawapan-jawapan yang diberi lebih profesional daripada Menteri Pertahanan tadi... [Ketawa] Jadi Yang Berhormat, ini berkenaan dengan pengurusan, pengurusan polis. Kebelakangan ini saya ke Kem Tahanan Kemunting dan saya cuba zirah rakan-rakan yang telah berjuang untuk masyarakat Malaysia yang dipersempadankan oleh kerajaan kita. Mereka hari ini terkurung. Jadi saya tidak dapat ziarah mereka. Walau bagaimanapun, saya telah cuba jalan keliling di persekitaran kem pertahanan itu. Saya melihat bahawa tidak sesuai, terlalu kotor, semak samun, longkang sudah tutup habis dan memang menjadi satu kawasan pembiakan nyamuk. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri pun sesekali itu bila pergi ke Kem Kemunting jangan terus masuk dalam sahaja. Kalau boleh jalan persekitaran jumpa dia punya pegawai-pegawai yang selalu kena gigit nyamuk sekalilah. Saya takut, saya khuatir...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, soalan Yang Berhormat. Isu yang hendak minta

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya khuatir...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

...Kita jelaskan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ada soalan dia. Mukadimah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tak perlu mukadimah. Kita bukan berbahas.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya takut menteri tidak tahu sebab tadi Menteri Pertahanan langsung tidak boleh jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tak payah komen macam itu.

Point of order. Tak boleh buat komen macam itu. Bersangka buruk kepada menteri yang hendak jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tak boleh Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Memang saya luahkan hati saya .

Yang Berhormat, saya memberikan peluang untuk Yang Berhormat membuat penjelasan, jangan Yang Berhormat ini...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Biar saya teruskan. Ya, terima kasih Yang Berhormat. Jadi saya mohon ataupun saya minta, bolehkah KDN membersihkan kawasan itu dan membuat satu kesesuaian untuk mereka yang menghuni di dalam itu? Seperkara lagi, mengenai lokap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat ini juga isu baru. Soal kebersihan penjara, ini isu baru Yang Berhormat. Bukan ada kena mengena dengan pengurusan. Yang Berhormat kena patuh kepada peraturan supaya mesyuarat dapat dijalankan dengan lancar. Isu kebersihan penjara ini, ini isu baru. Saya rasa Bukit Mertajam juga setuju. Ini isu baru ya. Tak payah buat isu baru Yang Berhormat, terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Okey, maybe, mungkin saya pergi ke soalan saya yang selanjutnya supaya ini. Soalan saya selanjutnya adalah mengenai tahanan dalam lokap. Di mana...

Saya hanya membincangkan berkenaan tahanan yang hendak bawa bawah tajuk yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Teruskan Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Bangun]

Buat masa ini saya bercakap berkenaan kes-kes yang ditanya soalan...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya, penjelasan.

...Khusus tajuk yang ditanya terhadap penjelasan...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tentang keselamatan. Keselamatan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tadi...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tentang cadangan tadi.

Keselamatan saya tak bawa..

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tadi ada...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tadi Yang Berhormat Menteri...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat. Kita biarkan menteri menjawab dulu.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

No, no, no.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sedikit sahaja. Saya hendak mencadangkan sahaja. Satu cadangan Yang Berhormat. Satu cadangan

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat saya masih berdiri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Untuk sokongan dan cadangan Yang Berhormat Menteri.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Ketawa]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Dengan izin when I...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kita kena minta izin.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya minta izin tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Soalnya menteri kata, menteri hendak teruskan. Kita biarkan menteri teruskan Yang Berhormat.

Saya hendak teruskan. Terima kasih.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya minta penjelasan sedikit sahaja.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kalau saya tidak habiskan ini, bermakna saya tidak lakukan tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Untuk mencadangkan bagaimana kita boleh juga...

Ada masanya hendak jalankan lagi empat tahun, dua tahun, tujuh tahun.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk dululah Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tak ada. Saya takut lagi empat tahun, tiga tahun lagi ramai yang sudah mati. Ini berkenaan dengan tahanan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya..

Yang Berhormat, ini soal mati ini bukan soal kita. Kita jalankan...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat ini berkenaan dengan tahanan-tahanan tanpa izin di dalam lokap.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Pendatang tanpa izin di dalam lokap. Berkenaan dengan mereka. Ini sebab sudah jadi topik tadi.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Macam mana. [Ketawa] ▪1810

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi di dalam...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Macam mana, macam mana? [Ketawa]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Di dalam pendatang... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai, cukuplah Yang Berhormat. Saya sudah bagi tahu Yang Berhormat bahawa soalan Yang Berhormat tidak termasuk dalam isu yang sedang diperjelaskan oleh Menteri. Itu sahaja Yang Berhormat, tidak fahamkah?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Peluang untuk bertanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat. Sila duduk.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Biar saya untuk bertanya.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Boleh bagi saya peluang lagikah? Boleh Yang Berhormat?

Dr. Mohd. Puad bin ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Padang Serai duduklah.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Nanti-nantilah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Okey... [Bercakap dalam Bahasa Tamil] Terima kasih.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih, tadi yang bagi floor saya belum dan dapat bagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sedikit saja, sedikit saja. Saya hendak cadangkan sedikit sahaja kerana isu keselamatan ini. Tadi Yang Berhormat kata adalah tanggungjawab semua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, dia tidak bagi Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya ingin mencadangkan supaya bagaimana kita....

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

How we can a, tadi dia sudah bagi saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Yang Berhormat tadi dia sudah bagi.

Saya tidak ada cakap pun bagi.

Dr. Mohd. Puad bin ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Duduk, duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya tidak ada peluang untuk bertanya, Yang Berhormat Padang Serai masih ambil, rampas floor itu. Jadi sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Akan tetapi tidak payah ikut Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat.

Untuk membuat pakatan dia orang tidak berpakat

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Okey, okey. Sekarang saya sedikit sahaja Yang Berhormat. Sedikit sahaja.

Minta maaf, saya minta maaf kerana Yang Berhormat Padang Serai dah mengambil masa orang lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya lah, sedikit sahaja Yang Berhormat supaya betul-betul tanggungjawab bersama. Sekarang saya hendak menyumbang tapi Yang Berhormat tidak bagi.

Tanggungjawab bersama boleh datang belah sini.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tadi kata yang pembangkang juga ada bertanggungjawab.

Dr. Mohd. Puad bin ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, jangan biarlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya hendak cadangkan hanya ialah ada menubuhkan satu jawatankuasa, Select Committee supaya kita boleh semua menganggotainya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Okey, cukup Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Kerana ini memang satu masalah yang rumit dan serius itu sahaja. Terima kasih.

Terima kasih. Dia tidak sepatutnya masuk dalam Hansard, bercakap sendiri tanpa izin. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasihlah pada Yang Berhormat Padang Serai. Saya fikir sebagai orang baru dalam Parlimen ini dia banyak mencuba benda-benda tapi kena baca peraturan banyak, Yang Berhormat. Jadi kita boleh respons dengan lebih berkesan dengan lebih bermakna lagi. Saya hendak cakap terima kasihlah kerana Yang Berhormat rajin tengok kawasan persekitaran Kamunting, Taiping itu dan saya berharap ia akan memberikan Yang Berhormat inspirasi untuk sama-sama kita membina negara bangsa bagi kita dapat melaksanakan tugas kita. Nanti saya panggil inilah untuk...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Menyampuk] [Ketawa]

Tengok apa Ipoh Timur? Tak usah bercakap... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua saya hendak beralih ini berkenaan yang ini tapi dia orangnya mungkin tidak ada iaitu Yang Berhormat Kuantan dan Yang Berhormat Taiping hendak tahu statistik kes rogol bagi tahun 2005, 2006, dan 2007 dan 2008. Juga bertanyakan sama ada betul atau tidak seramai lapan wanita dirogol setiap hari. Mengikut maklumat statistik PDRM kes rogol pada tahun 2005 adalah sebanyak 1,931 kes dan jumlah warga asing yang ditanya juga yang terbabit dalam kes-kes rogol ini adalah pada tahun 2005, 132 orang. Bagi tahun 2006 jumlah kes rogol adalah 2,431 dan warga asing seramai 143 orang. Sementara tahun 2007 pula, kes rogol adalah 3,098 kes dan jumlah warga asing yang terlibat adalah seramai 225 orang. Seterusnya bagi tempoh Januari hingga Mac 2008, jumlah kes rogol adalah sebanyak 725 kes dan jumlah warga asing yang terlibat adalah seramai 51 orang. Mengenai kenyataan yang mengatakan lapan kes rogol sehari secara purata ini adalah satu statistik yang benar. Ini tiap-tiap hari kalau ambil statistik purata. Ini adalah perkara yang benar. Walau bagaimanapun PDRM sedang merancang dan mengambil langkah- langkah bagi membendung masalah ini. Antara perkara yang kita telah mengambil ialah untuk mengadakan kempen pencegahan dan kesedaran kepada orang ramai dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan NGO bagi menggalakkan masyarakat terutamanya wanita untuk mempelajari seni mempertahankan diri, mengelakkan diri daripada berjalan sendirian di tempat-tempat sunyi, menggiatkan semula pengawasan setempat seperti Rukun Tetangga dan persatuan penduduk, mendapat kerjasama dan bantuan pihak berkuasa tempatan untuk memasang CCTV dan lampu-lampu jalan dan meningkatkan rondaan bit dan petrol bagi mencegah jenayah di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Lembah Pantai dan Yang Berhormat Sungai Siput meminta untuk dimansuhkan Akta ISA, AKDN, Akta Keselamatan Dalam Negeri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah merupakan salah satu akta yang telah digubal mengikut kuasa di bawah perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Penguatkuasaan di bawah AKDN 1960 adalah sejajar dengan preamble akta berkenaan yang digubal sebagai satu undang-undang pencegahan...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Setiap tangkapan tahanan dan juga sekatan di bawah akta ini bertujuan untuk mencegah seseorang daripada

melakukan sebarang perbuatan dengan apa-apa cara yang boleh memudaratkan. Satu, keselamatan Malaysia, penyenggaraan dalam Malaysia dan kehidupan ekonomi Malaysia...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Akta AKDN ini boleh digunakan untuk membendung, nanti dulu biar saya habis, nanti saya bagi Yang Berhormat. Untuk membendung ancaman-ancaman dan kegiatan keganasan militan, kegiatan pemalsuan dokumen perjalanan Malaysia, kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin, kegiatan perisikan agen asing yang beroperasi di Malaysia dan pelampau perkauman. Berdasarkan kepada ancaman yang telah dinyatakan ini undang-undang AKDN didapati masih berupaya dan mampu untuk membendung segala kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan Malaysia. Dengan perkembangan ancaman militan dan pengganas antarabangsa yang berlaku di seluruh dunia adalah dijangkakan pelbagai bentuk ancaman baru akan wujud di masa akan datang. Bagi Malaysia yang merupakan sebuah negara yang majmuk kaum, agama dan budaya adalah perlu undang-undang ini dikekalkan bagi membendung sebarang ancaman sebelum ianya berlaku. Justeru buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Penggunaan akta ini didapati masih diperlukan bagi tujuan tindakan pencegahan bagi membendung dan menangani kegiatan atau aktiviti yang boleh mengancam dan memudaratkan keselamatan negara. Sekali gus dapat mengekalkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua ini biar saya sentuh, nanti saya akan pergi pada soalan-soalan yang mungkin dikemukakan atau penjelasan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk dulu Yang Berhormat.

Untuk makluman Yang Berhormat, setiap tindakan yang dilaksanakan adalah berasaskan peruntukan akta. Selain itu tangkapan yang dibuat di bawah akta ini adalah bergantung kepada maklumat-maklumat keselamatan yang diperoleh daripada pelbagai sumber yang tidak dapat didedahkan di mahkamah atas kepentingan negara. Walaupun penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak melalui proses perbicaraan di mahkamah, orang-orang tahanan di bawah peruntukan seksyen 11(1) dan 11(2), AKDN masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan kepada sebuah badan bebas iaitu Lembaga Penasihat di mana anggotanya telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Seterusnya Lembaga Penasihat akan mengkaji rayuan yang dikemukakan oleh orang tahanan dan membuat syor mengenainya kepada Yang di- Pertuan Agong. Selain daripada itu Lembaga Penasihat juga di bawah peruntukan seksyen 13(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, turut memberikan kuasa untuk mengulang kaji penahanan mana-mana orang tahanan dalam setiap enam bulan sekali dan mengemukakan syor mengenainya kepada Menteri Dalam Negeri. Tuan Yang di-Pertua penahanan di bawah AKDN adalah lebih ke arah untuk memulihkan orang tahanan yang dipercayai tindak tanduknya boleh mendatangkan ancaman kepada negara daripada menghukumnya sebagai penjenayah-penjenayah yang dipenjarakan. Orang tahanan akan dinilai daripada pelbagai aspek dan perlu mematuhi saluran-saluran yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan sebelum boleh dibebaskan. Adalah menjadi harapan kerajaan agar setiap orang tahanan yang sedang ditahan dan menjalani proses tindakan sedar dan berubah supaya dapat dibebaskan bagi mengembalikan ke pangkuan masyarakat dan menjadi rakyat yang berguna kepada negara. Sekiranya seseorang tahanan itu didapati telah pulih dan tidak lagi mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara, tahanan tersebut akan

dibebaskan sama ada melalui pembebasan bersyarat, pergantungan perintah tahanan atau perintah tahanan dibiarkan tamat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas telah meminta...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan mengenai ISA, sangat dikesali bahawa kerajaan tidak mahu memansuhkan ISA. Namun sekurang-kurangnya, adakah kerajaan berhasrat untuk membatalkan pindaan-pindaan kepada dilakukan dalam 20 tahun ini yang membatalkan atau mengenai judiciary review. ■1820 Di mana kuasa mahkamah tidak ada hak untuk review kuasa yang ada dibuat oleh menteri yang berkenaan di bawah Akta Dalam Negeri supaya ada satu check terhadap penyalahgunaan kuasa oleh menteri-menteri untuk menggunakan AKDN untuk maksud politik. Sungguhpun Yang Berhormat Menteri ada berkata bahawa adalah Advisory Board yang independent. Bagaimana ia boleh menjadi independent apabila kita tahu bahawa perakuan-perakuan Advisory Board untuk membebaskan orang-orang tahanan tidak dihiraukan, tidak dipatuhi. Akhirnya, kenapa Yang Berhormat tidak sebut mengenai penahanan lima orang tokoh-tokoh Hindraf oleh sebab bukankah benar bahawa mereka ditangkap di bawah ISA oleh sebab mereka adalah bertanggungjawab untuk melahirkan kesedaran kaum India khasnya mengenai marginalization mereka dan mereka patutlah...

Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf ya.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

...Yang akhirnya...

Nanti Yang Berhormat Ipoh Timur...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Nanti, nanti...

Saya akan menjawab dengan Yang Berhormat, ada dalam saya punya. Jadi jangan pergi ke depan. Yang ini saya akan jawab.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, cakap akan jawab untuk mereka. Akan jawab mengenai IPCMC juga? Okey.

IPCMC pun ada di dalam. Jadi jangan buang masa....

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Apa ada di dalam? Jadi bawa itu judicial review. Adakah memulihkan peruntukan-peruntukan di mana boleh ada judicial review, mengenai kuasa-kuasa ISA?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat, ya.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya katakan, tiap-tiap peruntukan di dalam ISA,...

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

[Bangun]

...Yang kita lakukan ialah peruntukan ini diizinkan, dibenarkan di bawah Perlembagaan. Buat masa ini, kerajaan belum lagi bercadang untuk meminda atau membuat apa-apa pindaan. Jadi peruntukan-peruntukan yang ada sekarang, walaupun Yang Berhormat tidak bersetuju, kita beranggapan bahawa peruntukan dalam ISA yang ada sekarang akan dikekalkan. Sama ada di masa akan datang, setelah kami mendengar pandangan-pandangan daripada pelbagai faktor, kita akan melakukannya. Itu adalah soal lain. Buat masa ini, kedudukannya adalah Akta AKDN ini akan dikekalkan tanpa apa-apa pindaan.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Mohon kerjasama.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Penjelasan.

Teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk dahulu Yang Berhormat. Biar Yang Berhormat nanti teruskan dahulu. Duduk dahulu Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Nanti dia lari kepada tajuk lain. Tolonglah.

Nanti bila saya pergi kepada tajuk yang Ipoh Timur bawa nanti. Daripada segi undang-undang ini, saya tahu undang- undang ini adalah satu undang-undang yang kontroversi. Namun apabila kita fikirkan Yang Berhormat dari Permatang Pauh misalnya mencadangkan supaya undang- undang ini dimansuhkan dengan serta-merta, tetapi masa penasihat PKR menjadi Timbalan Perdana Menteri, menjadi menteri, undang-undang ini ada, tidak ada pun dia bawa apa-apa. Kita tidak ada menganiayai sesiapa. Kita tidak menzalimi sesiapa. Kita mengikut peruntukan yang ada dalam undang-undang... [Tepuk] Yang Berhormat Batu Pahat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab disebut..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Batu Pahat. Yang Berhormat, menteri bagi Yang Berhormat Batu Pahat Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat Padang Serai... [Dewan riuh]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pembangkang memang selalu bangkitkan soal ISA ini.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini bukan soal pembangkang atau ISA.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini fasal orang-orang yang terlibat. Saya sendiri terlibat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat sendiri kena belajar mengikut peraturan, Yang Berhormat. Tidak payahlah...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya sudah lama menunggu. Mungkin dia mengikut peraturan ke tidak ada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia mencelah Yang Berhormat. Ikut peraturan Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Dia bercakap memang hendak menghapuskan ISA. Saya cukup yakin bahawa, bila dia memerintah pun dia tidak akan hapuskan juga. Dia akan guna juga ISA ini. Cuma saya hendak bangkitkan, ada kah tidak, saya mohon penjelasan, ada kah tidak bahawa ISA ini yang ditahan di bawah ISA ini ditahan kerana faktor politik, kerana isu politik? Sedangkan apa yang dilakukan oleh Hindraf ini kalau saya tengok kepada salinan claimant yang mereka register di London ialah, antara tuduhannya ialah aktivis cleansing. Ini adalah tuduhan-tuduhan yang boleh membawa kepada kesan perkauman sebenarnya dan adalah wajar mereka ditahan di bawah ISA.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tidak boleh dibebaskan. Kalau tidak menimbulkan rusuhan kaum di negara kita kerana banyak tuduhan-tuduhan mereka tentang perkauman sebenarnya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik.

Saya juga pernah ditahan di bawah ISA. Adakah ini juga...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu sila duduk, Yang Berhormat kena minta izin.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Sekejap ya. Pasal saya hendak bercakap berkenaan apa Yang Berhormat dari Batu Pahat cakapkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, duduk Yang Berhormat Padang Serai.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Batu Pahat yang telah membawa isu, sama ada kita menangkap berasaskan politik. Politik kita tidak khuatir. Kita akan berhadapan dengan parti-parti pembangkang. Sama ada kita menang ataupun kita kalah, itu adalah proses demokrasi yang kita terima, tetapi kita mesti faham. Bahawa apabila kita melihat kepada sesuatu, kita melihatnya di dalam konteks yang sebenar. Kalau kita tengok dokumen-dokumen yang macam ini, saya ambil satu quote di sini dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “End 50th years of violations of the Malaysian Federal Constitution, end racism, end Islamic extremism and end Malay privileges”. You akan membangkitkan perasaan orang Melayu. Kita akan bertentang di antara orang Melayu dengan orang India. Lebih baik kita mempertahankan kedudukan ini untuk keamanan majoriti, not the kumpulan minoriti... [Tepuk] No, ini bukan soal ethnicity atau soal kita kaum atau tidak. Soalnya kepentingan ketenteraman awam, kepentingan keselamatan negara. Saya adalah salah seorang yang tidak suka untuk menahan sesiapa di bawah ISA, tetapi untuk kepentingan negara, kita mesti meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan yang lain...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat, Yang Berhormat minta jalan.

Jadi Yang Berhormat, saya mempunyai banyak dan menjemput kerajaan asing untuk masuk dalam kerajaan kita untuk mempengaruhi. Ini adalah satu tindakan yang tidak bijak. Selepas itu buat satu demonstrasi, macam-macam. Jadi saya fikir Yang Berhormat...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya ini menteri, menteri,...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat, hendak tanya Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan. Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, telah beri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tak bagi jalan Yang Berhormat. Padang Serai, dia tak bagi jalan Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

... Cuma satu haluan sahaja.

Saya tidak bagi Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan. Kita harus ikut peraturan. Yang Berhormat padang Serai...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

...Kita seharusnya Yang Berhormat Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

...Kita ada peraturan Yang Berhormat bagi . Dia tak bagi jalan hak di tangan Yang Berhormat Menteri.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Berlaku adillah, berlaku adil.

Saya bercakap dengan Yang Berhormat, dalam proses demokrasi, bila Yang Berhormat hendak minta laluan, tidak bermakna saya mesti bagi... [Ketawa] Baru ada demokrasi. Bila Yang Berhormat bercakap, ada demokrasi, saya bercakap, tidak ada demokrasi. Macam mana ini? Jangan kita ‘jaundice’ dalam hal ini Yang Berhormat, dengan izin... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat Padang Serai, sila duduk Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

...Keadilan kepada semua orang...

Kita akan bagi...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Berlaku adil.

You sudah ada Parti Keadilan Rakyat, sudah cukup.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Berlaku adillah Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai, duduklah Yang Berhormat Padang Serai. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

Nanti saya akan bawa ini balik. Nanti. Okey, tadi ada Yang Berhormat Permatang Pauh,sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Permatang Pauh.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak berkatalah, kalau hendak berkata-kata tentang Saudara Anwar itu, biarlah berhadapan. Janganlah sampai dia tidak dapat mempertahankan dirinya. Di dalam diri saya juga, samalah dengan Yang Berhormat sekarang di dalam Kabinet itu adalah tanggungjawab bersama. Saya hendak bertanya tentang ISA ini? Apa Yang Berhormat Menteri sudah mengatakan bahawa ada program pemulihan. Apakah tujuh tahun tidak cukup untuk buat program pemulihan? Tidakkah dapat mereka dapat dibebaskan dengan pengawasan dan mereka yang dikatakan membawa kepada incite dengan izin antara kaum itu, tidakkah ada akta-akta lain yang boleh dikenakan kepada mereka dan apabila mereka ditahan, apakah hak mereka mendapat rawatan dinafikan? Terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Menteri...

Eh, nanti dahululah. Yang Ketua Pembangkang sudah bercakap, saya minta maaf berkenaan dengan Yang Berhormat dari Permatang Pauh bercakap. Saya tidak patut sebut kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada dekat sini, tetapi biarlah saya bercakap. Bermakna, kita semua bertanggungjawab, kita bertanggungjawab kepada kedudukan kita. Bukan satu perkara yang baru kita timbulkan. Saya mengatakan bahawa akta ini ada satu masa satu kumpulan mengatakan elok. Ada satu masa, bila kita di sebelah lain, kita katakan tidak elok. Ini adalah perkara biasa. Saya tidak mempunyai masalah berkenaan orang menukar pendiriannya. Saya tidak ada masalah, itu tidak mengapa, tetapi itu adalah kebenaran...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Bukan soal kalau kita dalam kedudukan yang mempunyai kedudukan yang kukuh, yang kuat, bermakna kita boleh melakukan sesuatu. Kalau kita tidak melakukan, bila kita di pihak yang lain, selepas itu kita hendak, saya kata kita tidak bersetuju untuk meminda. Berkenaan Yang Berhormat mengatakan sama ada orang-orang ini yang ditahan ini diberikan rawatan atau tidak? Yang Berhormat pun tahu, masa siapa juga yang ada dalam tahanan. Saya tidak hendak bercakap lagi berkenaan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pasal itu soal lain. Saya hendak beri sekarang yang ada.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Saya bercakap yang sekarang. Nanti dahulu.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya minta jalan Yang Berhormat.

Nanti dahulu. Saya bagi ini dahulu ini berkenaan tadi last sekali Yang Berhormat bercakap sama ada kita beri rawatan, kita bagi untuk perkara-perkara hospital. Semua ini dilakukan. Misalnya kita ambil kes Uthayakumar. ■1830

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Pasir Mas, duduk dulu, Pasir Mas.

...Uthayakumar macam- macam kemudahan rawatan yang kita berikan. Pemulihan..., saya bersetuju kalau Yang Berhormat mengatakan bahawa kita sudah lama sangat kita tahan orang, itu akan saya semak. Dalam kes di mana mereka telah ditahan dengan lama, kita akan mengkaji semula untuk melihat bahawa perlu atau tidak mereka ditahan. Kalau kita sudah tidak dapat buat pemulihan, bagaimanakah keadaan yang akan menentukan orang ini yang dilepaskan tidak pula akan mengancam keselamatan negara. Ini adalah isu-isu yang akan saya perhatikan untuk tentukan kepentingan orang ramai tidak terjejas. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Maaf menteri. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, tentang Saudara Anwar, dia tidak pernah mengubah pendirian tetapi apabila di dalam Kabinet, dia adalah team players sebagaimana Yang Berhormat. Jadi dia tidak pernah mengubah. Dia pun juga adalah mangsa ISA. Itu saya hendak jelaskan di sini supaya ada dalam rekod. Terima kasih.

Sebenarnya Yang Berhormat tidak boleh cakap sebagai personal, peribadi ini. Tidak apalah, saya ambil maklum atas perkara yang dibawakan. Biar saya bawa ini, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Speaker.

Buat masa ini kerajaan tidak bercadang seperti saya katakan...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Speaker.

...Kerana telah ada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Pasir Mas, ya.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Bukit Gelugor.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat, saya dengar tadi Yang Berhormat hendak jawab apa yang saya bangkit. Saya ini duduk sudah banyak pihak – sebelah sana, sebelah sini tetapi saya serupa sahaja, tidak pernah berubah sikap dan pendirian saya. Walaupun pihak kerajaan mengatakan tidak akan ubah, saya terima baik walaupun saya dua kali kena ISA, saya tidak kisah sebab saya faham dengan masalah-masalah dalam negara kita. Namun, takkanlah kerajaan tidak boleh memikirkan bagi menambah baik akta ini dengan meminda beberapa perkara supaya hendak memastikan ianya tidak disalahgunakan kuasa bagi mereka yang menangguk di air yang keruh. Pada saya, Tuan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan supaya dipinda. Contohnya, discretionary power, kuasa itu sekarang ini di bawah Menteri Dalam Negeri. Kenapa tidak boleh dipindahkan kuasa ini kepada satu Jawatankuasa Majlis Keselamatan Dalam Negeri, just to be transparent dan tahanan ini boleh ditahan tanpa bicara dalam tempoh 14 hari kah, 30 hari kah, kemudian diproduce dalam mahkamah terbuka. I mean ada dalam cadangan saya itu dan saya minta dijawab dengan secara yang itu. Saya bukan hendak politicise, hendak ambil kesempatan waktu dalam

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

kerajaan sokong, waktu luar kerajaan menentang. Saya tidak macam itu. Saya bukan jenis itu. Saya jenis barang baik... [Ketawa] Terima kasih.

Kalau saya tengok Yang Berhormat punya cadangan, ada perkara-perkara dalam cadangan Yang Berhormat adalah cadangan-cadangan yang terperinci seolah-olah saya membahaskan akta, sedangkan saya bercakap berkenaan prinsip-prinsip tertentu. Sebab itu saya tidak jawab, tetapi Yang Berhormat bercakap berkenaan seksyen 8B, 8C, 8D - ISA sama ada ia patut tahanan 14 hari, sama ada patut ada badan lain, tetapi konsepnya, prinsipnya, budi bicaranya ialah untuk menentukan akta atau pencegahan, tindakan awalan boleh diambil walaupun dari masa-masa yang tertentu. Kalau seksyen-seksyen tertentu ada Lembaga Penasihat Rayuan. Yang Berhormat bagi Ipoh Timur mengatakan kita tidak pernah mendengar apa yang Lembaga Penasihat. Saya tidak tahu pun Lembaga Penasihat; kalau Lembaga Penasihat yang memberikan nasihat kepada kita atas sesuatu kedudukan, kita akan mengambil kira pandangannya dan akhirnya keputusan dibuat. Jadi ada check and balance pada pandangan kerajaan, tetapi saya juga mengatakan tadi, Yang Berhormat, buat masa ini kita tidak bertujuan untuk merombak atau meminda akta ini. Di masa yang akan datang, mengambil kira pandangan-pandangan, itu adalah sesuatu yang perlu difikirkan untuk masa depan. Jadi saya berharap perkara ini jangan..., saya cakap tidak politikkan kerana Lembaga Penasihat itu adalah pelantikan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan banyak kes Lembaga Penasihat yang mengikut, ini Yang Berhormat dari Ipoh Timur kadang-kadang dia bercakap dia hentam semberono sahaja, sedangkan dia tidak ambil fakta-fakta. Ada banyak kes di mana Lembaga Penasihat memberikan kita nasihat untuk membebaskan, kita bebaskan. Jadi tidak betul. Kalau kita cakap secara menyeluruh sahaja macam itu...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Bolehkah beri angka mengenai bilangan- bilangan? Ada ke?

Oh, itu angka nanti. Saya akan bagikan Yang Berhormat angka. Yang Berhormat patut ada soalan bertulis. Yang Berhormat baru sekarang hendak angka. Itu sebab you make a guess.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

You make a statement sebab itu perlu di support, disokong dengan kenyataan-kenyataan, butiran-butiran.

No, Yang Berhormat made a guess, general statement. So saya buat ini.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat buat satu statement untuk mengatakan tidak betul. Yang Berhormat Pasir Mas, terima kasih di atas cadangan-cadangan itu. Bukan saya tidak dengar, saya dengar, saya tulis tetapi soalnya buat masa ini kita tidak mempunyai tujuan yang sedemikian.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Bukit Gelugor.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat.

Nanti, you bagilah Bukit Gelugor.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya sudah lama ini.

Bagi Bukit Gelugor dululah. Dia senior.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Oh, sorry, sorry.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Yang Berhormat Menteri ada mengatakan mengenai rawatan bagi seorang tahanan. Bolehkah saya dapat tahu, adakah kerajaan bercadang untuk menghantar Encik Uthayakumar yang mengalami sakit jantung ke IJN? Itu soalan yang pertama. Soalan yang kedua, kini ada 68 tahanan di Kamunting. Di antara itu adalah seorang bernama B. H. A. Tahir. Saya

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

difahamkan B. H. A. Tahir ada ditempatkan di satu banglo di Bangsar. Adakah ini benar dan bukan ada di sana?

Pertamanya, bila saya dapat permohonan daripada pihak Penjara Kamunting yang mengatakan bahawa Encik Uthayakumar hendak pergi periksa jantung kerana sakit jantung, saya bersetuju dan pihak kerajaan bersetuju dan kita bersetuju untuk menghantar di ke Pulau Pinang, dia pun bersetuju untuk ditemu janji dengan seorang pakar cardiologist iaitu Dato’ Dr. Umar dari Unit Kardiologi. Selepas itu last minute, setelah saya sign untuk dia keluar pergi ke hospital, dia kata dia tidak hendak pergi. Selepas itu dia kata dia hendak pergi IJN. Ini pada 6 Mei 2008. Pada 7 hari bulan dia kata, dia hendak pergi IJN. So kita make arrangement for him to go to IJN, Kuala Lumpur untuk temu janji dengan juga pakar, dengan Dato’ Dr. Rosli bin Mohd. Ali. Kita buat ini. Selepas itu dia kata kalau hendak bawa dia dekat IJN and everyone is subject to law as you understand, dengan izin, dia kata kalau hendak dia pergi IJN, mesti benarkan keluarga dia bersama dengan dia tiap-tiap hari dua jam. Selepas itu dalam peraturan – ini peraturan, saya tidak boleh melanggar peraturan. Kalau tidak saya memberikan layanan istimewa kepada seseorang di bawah undang-undang yang mempunyai peraturan. Saya tidak boleh tukar peraturan. Selepas itu bila kita kata ini, dalam peraturan kita hanya satu jam dalam seminggu. Selepas itu dia kata dia hendak jumpa peguam-peguam dia, bila dia pergi ke IJN, dua jam. Tiap-tiap kali dia hendak jumpa dua jam dengan peguam-peguam. Selepas itu dia minta untuk ada TV dan surat khabar. Kita kata no problem if that is what, itu yang ditawarkan oleh IJN. Kalau semua orang dapat itu, surat khabar ada, TV ada dalam bilik, dia hendak special pasal dia special, bukan macam orang lain, tahanan lain, boleh. Terpulang kepada IJN, tetapi ini dia tidak hendak. Selepas itu dia kata dia tidak hendak. Jadi Yang Berhormat, macam juga ubat-ubat yang lain kita berikan, dia hendak bawa masuk. Mana ada dalam tempat tahanan di mana-mana dunia, you boleh bawa doktor you sendiri, boleh bawa ubat you sendiri. Kita kata tidak boleh but we will not deny you, dengan izin, your right to medical treatment. Even it is dekat luar daripada kawasan tahanan. Itu kita akan buat. Kita mempunyai perikemanusiaan. Salah seorang daripada yang ditahan, anak dia sakit, saya sign untuk dia pergi ke Pantai untuk dia melihat anak dia demam, tetapi bila saya buat benda-benda macam ini di atas soal keadilan, kesaksamaan dan fikiran kemanusiaan. Bukan bermakna kita tidak faham, kita faham, tetapi kalau saya boleh tidak menjadi ancaman kepada mana-mana pihak, saya dapat laporan tidak ada ancaman, semua mahu berjuang, ikut saluran undang-undang, tidak membangkitkan perasaan, semua orang boleh tidak ada ISA pun, tidak perlu kita gunakan. Namun, ISA digunakan di atas asas kita kasih dan sayang untuk majoriti rakyat supaya dia tidak jadi keadaan huru-hara. Itu sahaja, Yang Berhormat... [Tepuk] Jadi, Yang Berhormat, biar saya bagi Padang Serai kalau dia hendak cakap.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Bagi orang ini, B.H.A Tahir. Saya difahamkan dia ditempatkan dalam satu banglo di Bangsar, adakah itu benar?

Itu saya tidak tahu, yang satu tahu tidak ada seseorang yang di bawah tahanan ISA yang boleh diletakkan di tempat-tempat yang tidak digazet sebagai tempat tahanan. Itu saya tahu, di bawah undang-undang. Saya tidak fikir BSA Tahir duduk di banglo, dia mesti duduk di tempat yang ditetapkan sebagai tempat tahanan. Dia sudah ditahan termasuk tahun ini sudah empat tahun.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Penjelasan. Bolehkah saya dapat tahu di mana dia ditempatkan sekarang?

Saya fikir ada perkara yang saya lakukan, saya fikir Yang Berhormat tanya, saya susah, saya tidak tahu di mana tempatnya. Yang Berhormat boleh berikan secara bertulis dan saya tengok nanti di

mana dia, tetapi yang saya tahu ia tidak dilakukan di luar undang-undang dan peraturan yang ada. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Apakah tindakan yang diambil terhadap pegawai-pegawai yang pada tahun 2001, pada 10 April di mana saya ditahan di bawah Akta ISA. Pada 12 hari bulan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai mengumumkan dalam press conference bahawa saya ditahan kerana merancang untuk membeli roket, launcher dan sebagainya, padahal dalam siasatan apabila saya ditahan itu memang tidak ada apa- apa pun siasatan mengenai senjata, roket, laucher ataupun apa-apa. Cuma mereka mahu siasat saya tentang politik, politik, politik, sahaja. Apakah tindakan yang kerajaan akan ambil terhadap pegawai-pegawai itu yang telah salah guna dan salah laku, saya mahu tahu itu, Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat, kalau saya berbincang dengan Yang Berhormat nanti ia berhubung dengan kes-kes personal. Kalau ada perkara peribadi Yang Berhormat sebutkan kerana Yang Berhormat merasakan Yang Berhormat teraniaya dalam kes ini, Yang Berhormat boleh membawa complaint. Tan Sri Norian Mai sudah tidak ada jadi Ketua Polis Negara, pasal apa semasa dia menjadi Ketua Polis Negara Yang Berhormat tidak ambil tindakan, kalau Yang Berhormat fikir Yang Berhormat telah disalah letakan di bawah sesuatu yang tidak patut berlaku.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai, sila duduk dulu.

Jadi, saya fikir untuk bawa sejarah ini jadi akademik...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini bukan kes peribadi, Yang Berhormat. Ini adalah satu kes nasional, satu kes politik di mana saya ditahan bersama sepuluh orang yang lain. I’m not talking for myself, dengan izin...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Yang Berhormat...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya bercakap...

Okeylah, you sudah bawa itu, saya sudah jawab...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini melibatkan satu negara, satu press conference yang telah mengumumkan kepada dunia bahawa yang ...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan perdebatan.

Saya tidak bagi laluan. Cukuplah. Saya faham apa Yang Berhormat bawa. Saya mengatakan bahawa sesiapa yang merasakan dirinya teraniaya ambil tindakan undang-undang. There is nothing wrong with it. Saman kerajaan, saman ...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Mengapa tidak undang-undang yang sama digunakan supaya ISA tidak dilakukan. Mengapa tidak undang-undang yang sama itu digunakan terhadap fitnah-fitnah yang Yang Berhormat bawa tadi. Kenapa tidak undang-undang yang sama itu digunakan? Kenapa perlu ditahan di bawah Akta ISA?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai, duduk dulu.

Yang Berhormat Padang Serai ini pada suatu ketika dia bertamadun, lagi satu ketika, dia susah. You kena betul- betullah. Kalau hendak tanya soalan betul-betul nanti saya pun jawab. Saya sudah jawab itu cukuplah, Yang Berhormat... [Ketawa]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri, saya faham... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai, duduk dulu.

Saya fikir cukup, Tuan Yang di-Pertua, sudah 6.43 petang. Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf ...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sikit, Yang Berhormat, fasal ISA.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Menteri tidak bagi peluang Yang Berhormat.

Yang Berhormat Ipoh Timur telah meminta kita menghapuskan apa yang dikatanya undang-undang yang menindas, draconian, yang dia sebutkan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada kita, undang-undang ini bukanlah satu undang-undang yang zalim dan menindas mana-mana pihak. Walaupun penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 tidak melalui proses perbicaraan di mahkamah hak asasi mereka sentiasa dititikberatkan dan tidak dinafikan. Kita masih ambil hak asasi seperti berikut: (i) orang tahanan diberitahu alasan berhubung penangkapannya; (ii) orang tahanan mempunyai hak untuk berjumpa dan mendapat khidmat nasihat peguam yang dilantiknya; (iii) orang tahanan berhak berjumpa dengan keluarga sama ada semasa, dalam tempoh siasatan sebagai di bawah seksyen 73(1) atau di bawah Perintah Tahanan seksyen 8(1); (iv) orang tahanan mempunyai hak untuk mendapat kemudahan rawatan; (v) orang tahanan berhak memfailkan permohonan writ of habeas corpus; (vi) orang tahanan berhak menerima satu salinan Perintah Tahanan serta diberikan pernyataan bertulis; dan (vii) orang tahanan berhak membuat rayuan kepada Lembaga Penasihat. Keputusan yang kita ambil untuk menahan seseorang disandarkan kepada tujuan untuk menggagalkan dan mencegah kemungkinan berlakunya ancaman kepada keselamatan. Semenjak AKDN 1960 dikuatkuasakan kerajaan telah berjaya mematahkan kegiatan yang mengancam keselamatan negara. Kejayaan ini telah menghasilkan keamanan yang berkekalan di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan pembangunan yang membanggakan. Yang Berhormat Ipoh Timur juga telah membangkitkan isu pembebasan kelima-lima pemimpin daripada kumpulan yang memanggil diri mereka Hindraf dari Pusat Tahanan Kemunting, kerana mengikutnya ini adalah satu proses national healing demi mengakhiri masalah marginalization semua kaum di Malaysia. Dia pandai, dia tambah semua kaum di Malaysia. Dia cakap berkenaan dengan lima. Tuan Yang di-Pertua, 13 Disember 2005 pemimpin ini ditahan terdiri daripada warga Malaysia di bawah seksyen 8(1) sebagaimana kita semua sedia maklum. Untuk makluman Yang Berhormat, Hindraf adalah satu kumpulan yang tidak berdaftar. Kumpulan ini bergiat aktif, mereka telah meniupkan sentimen dan emosi kebencian orang-orang India terhadap kerajaan yang kononnya mendiskriminasikan, menindas kaum India di negara ini dari aspek ekonomi, pendidikan dan jawatan dalam kerajaan. Mereka telah terlibat menjalankan aktiviti yang meniup semangat dan emosi yang menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara melalui mengadakan perhimpunan haram, penyerahan memorandum dan menganjurkan forum-forum di mana aktiviti tersebut telah membakar sentimen perkauman dan kebencian serta perasaan untuk membenci kerajaan lebih-lebih lagi orang-orang Melayu, kerana UMNO itu adalah parti yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Melayu. Kalau bahasa

yang digunakan dan tiap-tiap perkara yang mereka sebutkan dalam tiap-tiap ucapan, dalam dokumen-dokumen mereka ia sememangnya akan menaikkan reaksi. Maklumat risikan yang kita ada dia telah menunjukkan bahawa orang Melayu merasa amat tersinggung dan merancang untuk bertindak balas sebagai respons kepada tindakan kumpulan ini. Sekiranya kerajaan tidak bertanggungjawab, kita biarkan perkara ini berlarutan dikhuatiri akan berlakunya insiden pergaduhan antara orang Melayu dan kaum India. Aktiviti dan kegiatan yang telah dijalankan oleh mereka adalah jelas berpotensi untuk mencetuskan perbalahan antara kaum, oleh itu menjejaskan keselamatan. Itu yang saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat. Itu pendirian kita dan saya berharap Dewan yang mulia ini, dan kerajaan tidak akan menghalang mana- mana kumpulan atau menyekat mana-mana pihak untuk memperjuangkan hak mana- mana kaum jika ia dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang negara...

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat, satu soalan, Yang Berhormat.

Penahanan lima orang pemimpin kumpulan ini adalah di atas kepekaan dan tanggungjawab kerajaan. Sebarang tindakan perseorangan atau kumpulan tertentu yang boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara boleh diambil tindakan awalan...

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Satu, Yang Berhormat.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, ada dua yang berdiri. Yang Berhormat Kulim dan Yang Berhormat Titiwangsa.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Satu, Yang Berhormat. Satu sahaja. Minta maaf Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak tanya satu soalan Yang Berhormat Menteri. Apabila dalam kes-kes tahanan ISA mahkamah buat keputusan, adakah tindakan susulan diambil oleh kementerian, contohnya macam dalam kes Abdul Malek Hussin lawan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara. Dalam kes ini mahkamah memutuskan dari segi fakta berlaku satu penganiayaan. Contohnya disebut dalam kes itu pegawai penyiasat terbukti telah memaksa Abdul Malek Hussin minum air kencing dia sendiri. Itu terbukti dalam mahkamah. Mahkamah telah memberikan pampasan sebanyak RM2 juta kepada Abdul Malek Hussin. Itu dari segi kes sivil. Cuma persoalan yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat sebagi menteri, adakah selepas kes-kes seperti ini kementerian akan ambil tindakan susulan. Adakah pegawai itu diambil tindakan disiplin dan sebagainya. Terima kasih, Yang Berhormat.

Terima kasih banyak Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Dalam prosedurnya kalau seseorang anggota pasukan keselamatan melakukan sesuatu kesalahan mengikut akta yang sedia ada, Akta Polis atau akta-akta yang lain kita akan mengambil tindakan susulan untuk menentukan mereka dibicarakan mengikut prosedur-prosedur yang ada dan selepas itu tindakan yang sewajarnya akan diambil bagi tujuan untuk menentukannya. Tidak ada sesiapa pun yang boleh melanggar atau tidak mematuhi undang-undang.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Cuma, Yang Berhormat...

Cukuplah, saya... ■1850 Dalam kes ini Yang Berhormat, adakah pegawai itu telah diambil tindakan. Saya bukan hendak jawapan hari ini, kalau boleh Yang Berhormat...

Saya akan semak.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

...Pegawai tersebut dalam kes Abdul Malek Hussein adakah tindakan telah diambil? Itu yang saya hendak tahu.

Saya akan semak, terima kasih.

[Bangun]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada dua Yang Berhormat bangun, Yang Berhormat bagi Ipoh Timur dan Yang Berhormat bagi Kota Raja.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan mengenai jawapan Yang Berhormat Menteri tadi mengenai penahanan lima orang tokoh Hindraf. Pertama, pada awalnya apabila mereka ditahan di bawah ISA, kerajaan khasnya melalui Peguam Negara ada berkata bahawa ialah oleh kerana mereka ada terlibat dengan pertubuhan- pertubuhan pengganas antarabangsa. Dan bekas menteri dan sekarang masih Presiden MIC, Dato' Seri S. Samy Vellu ada mengakui bahawa semasa dia berada di India didapati tidak ada asas sama sekali tuduhan-tuduhan semacam itu. Adakah kerajaan mengakui bahawa asas untuk menahan mereka atas penglibatan mereka dengan pertubuhan-pertubuhan pengganas ini tidak betul, tidak benar? Itu yang pertama. Yang kedua, Yang Berhormat ada membuat tuduhan bahawa kelima-lima orang, Hindraf ini, ada membuat kenyataan menghasut yang boleh menimbulkan kekacauan. Bukankah kalau begitu bahawa cara yang baik ialah dengan membawa mereka ke mahkamah dengan tuduhan-tuduhan, kerana ada Akta Hasutan supaya ada satu perbicaraan yang terbuka untuk membuktikan sama ada mereka bersalah dan bukan untuk menggunakan ISA, detention without trial. Oleh kerana inilah menimbulkan salah guna kuasa, sungguhpun ada yang dinafikan oleh Yang Berhormat Menteri, tetapi kita tahu ia adalah merupakan salah guna kuasa. Kita semua di sini pun pernah menjadi mangsa ISA.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Sekiranya diizinkan Tuan Yang di- Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tunggu Yang Berhormat.

Saya fikir cukuplah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Biar Yang Berhormat Menteri jawab dahulu.

Saya fikir perkara itu semua sama. Apa yang dibangkitkan semua sama. Apa pun penjelasan saya...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat duduk.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang berkaitan.

...Yang Berhormat mempunyai pendirian Yang Berhormat sendiri dalam perkara...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Biar Yang Berhormat Menteri jawab dahulu.

Saya hendak jawab ini Tuan Yang di-Pertua...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Soalan yang berkaitan tadi.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Berkenaan pengganas ini, soalnya itu adalah maklumat risikan yang kita dapat. Begitu juga di dalam kenyataan yang dibuat di akhbar antarabangsa oleh salah seorang pemimpin, mereka akan menggunakan taktik yang digunakan oleh Tamil Eelam. Mereka sendiri membuat

kenyataan itu dalam interview dia, dan akan jumpa dan mereka cuba memang untuk berjumpa. Kita ada maklumat. Kita kerajaan sama kerajaan, kita tidak boleh berkongsi maklumat risikan, kita buka dan mendedahkan, siapa yang akan percaya pada kita punya kedudukan kerajaan sama kerajaan. Yang Berhormat duduk! Saya tidak akan memberikan laluan ya.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Bukankah maklumat perisik boleh memfitnah? Tidak berasas dan memfitnah pula. Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar; Yang Berhormat, Yang Berhormat pun banyak membuat fitnah. Dalam pilihan raya pun penuh dengan fitnah macam-macam terhadap kerajaan… [Dewan riuh]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Bukan fitnah. Kita tidak... Tunjuk bukti!

Saya tahu banyak perkara Yang Berhormat buat, tidak betul, tidak ada asas, tidak ada...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tunjuk bukti! Tarik balik kalau ini... Yang Berhormat Menteri memfitnah di sini… [Dewan riuh] Tunjuk bukti apa fitnah itu? Bagaimana Yang Berhormat boleh membuat tuduhan yang liar semacam itu?

Yang Berhormat bercakap menjerit macam mana pun, saya tidak akan mengubah saya punya fikiran.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Yang Berhormat minta saya menjelaskan, saya memberi penjelasan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

You buat tuduhan liar, mana boleh?

Ini cara Parlimen. Tidak, ini bukan tuduhan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Duduk dahulu Yang Berhormat… [Dewan riuh]

Yang Berhormat tidak ada bukti, tetapi Yang Berhormat bercakap sedap. Itu maknanya dalam bahasa, fitnah kalau tahu kita tidak ada bukti. Yang Berhormat...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Menteri, dia fitnah sahajalah.

[Ketawa]

Yang Berhormat tidak ikut peraturan… [Ketawa] Tidak apalah saya bagi chance, pasal kawan lama… [Dewan riuh]

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat bagi Telok Intan bangun lagi Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, biar saya habiskan dia punya soalan dahulu. Yang kedua itu, saya tahu ada dua apa itu...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Muka surat, muka surat...

Nantilah, nanti dulu. Kalau Yang Berhormat hendak jawab sendiri, saya tidak payah. Saya duduk sahaja… [Ketawa]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Reminder sahaja.

Thank you, terima kasih. Bila Yang Berhormat membantu kerajaan ini?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Menyusahkan. [Ketawa] Saya hendak bercakap Yang Berhormat berkenaan ini, ada dua perkara. Satu,

memang kita boleh bawa tuduhan di bawah Akta Hasutan. Itu satu kesalahan yang mereka lakukan. Kesalahan yang lebih besar, yang kita lebih takut oleh kerana tindakan dari segi kelakuan mereka, perkara-perkara yang mereka sebut boleh membawa kepada terjejasnya keselamatan dalam negara dan ketenteraman awam. Ini Akta Pencegahan. Dalam Akta Pencegahan, Yang Berhormat pun tahu bahawa kita akan membuat andaian berasaskan kita berpuas hati bahawa sesuatu keadaan ada dan boleh berlaku. Jadi kita tentukan ini tidak berlaku. Ini yang telah diambil tindakan dari Akta Hasutan. Itu nanti saya tengok, tetapi di bawah ini tetap ada kesalahan dilakukan yang membolehkan kita mengambil tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Jadi biarlah saya beralih, dah banyak sangat kita bercakap tentang akta...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah panjang...

Saya ingin membincangkan berkenaan...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Saya, saya...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Saya tunggu. Tuan Yang di-Pertua, tadi kata akan diberi peluang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, sudah banyak kita bercerita hal ini Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tadi Tuan Yang di-Pertua kata akan diberikan peluang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat bagi Telok Intan, duduk Yang Berhormat. Menteri pun tidak hendak jawab. Sila duduk Yang Berhormat.

...Yang Berhormat bagi Bintulu telah membangkitkan berkenaan sama ada anggota FRU dan PGA boleh membantu Jabatan Imigresen dalam membanteras kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Unit FRU dan Pasukan Gerakan Am sememangnya membantu Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, PDRM serta Jabatan Imigresen Malaysia. Di antara operasi yang telah kita lakukan antaranya ialah Operasi FRU/PGA, Ops Tayang, Ops Wawasan, Ops Belantara untuk kita mengesan dan mengambil tindakan terhadap PATI. Manakala melalui JKDNKA, PDRM menjalankan operasi membanteras yang sama di bawah Ops Nyah I, Ops Nyah II, dan Ops Nyah III yang bertujuan untuk mengesan dan mengambil tindakan kepada PATI di dalam negara secara tidak sah serta Ops Mamba. Banyak tindakan-tindakan, termasuk oleh RELA. Jadi memang perkara itu adalah perkara yang biasa kita laksanakan. Yang Berhormat bagi Bintulu juga ingin tahu sama ada orang-orang yang dihantar ke PULAPOL iaitu Pusat Latihan Polis adalah terdiri daripada tenaga pengajar yang telah diambil tindakan tatatertib. Ini tidak berasas langsung, pandangan ini tidak berasas, pendapat sebegini tidak berasas. Sebenarnya pemilihan untuk mereka menjadi tenaga pengajar di Akademi Polis ialah berkelulusan akademik dan pengalaman dalam perkhidmatan. Selain itu faktor peribadi dan sahsiah tenaga pengajar diambil kira iaitu mempunyai tingkah laku dan perwatakan yang baik untuk dicontohi oleh pelatih. Keutamaan juga turut diberikan kepada mereka yang mempunyai minat untuk mengajar dan perlu ada dengan kemahiran itu. Jadi kita harap Yang Berhormat akan dapat membetulkan persepsi Yang Berhormat bahawa orang yang mempunyai tindakan

tatatertib kita hantar ke PULAPOL. Itu adalah satu perkara yang tidak wajar dan kita tidak lakukan. Yang Berhormat bagi Kubang Kerian ada membangkitkan berkenaan dengan apa yang dikatakan oleh bekas Ketua Polis Negara iaitu Tun Haniff Omar bahawa sesetengah pegawai kanan PDRM di Bukit Aman perlu disiasat kerana terlibat dengan salah laku jenayah atau rasuah. Untuk makluman Yang Berhormat, dakwaan yang dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar yang mengatakan sesetengah polis di Bukit Aman terlibat dengan salah laku jenayah dan rasuah, masalahnya pandangan beliau adalah terlalu umum dan tidak mempunyai fakta-fakta bagi membolehkan kita pihak PDRM memulakan siasatan. Tun Haniff Omar juga tidak pernah mengemukakan mana-mana bukti yang sahih atau mana-mana pegawai kanan yang terlibat seperti yang didakwanya. Kesemua ini menyukarkan untuk satu penyiasatan dilakukan atau dimulakan. Namun begitu sekiranya Tun Haniff memiliki bukti kukuh untuk menyokong dakwaannya, PDRM tidak akan teragak-agak untuk memulakan siasatan dan membawa mana-mana pegawai atau anggota PDRM yang terlibat dengan salah laku jenayah atau rasuah ke muka pengadilan. Pihak PDRM tidak pernah melindungi dan menghalang Badan Pencegah Rasuah untuk menyiasat dan mendakwa mana-mana pegawai dan anggota PDRM. Yang Berhormat bagi Kubang Kerian juga telah mencadangkan peningkatan tahap profesionalisme dalam PDRM. Ini kita tidak mempunyai masalah dan kita akan terus meningkatkan profesionalisme pasukan polis kita. Yang Berhormat bagi Sibuti mahu mengetahui sama ada...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat...

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat bagi Pasir Mas bangun lagi Yang Berhormat.

...Cadangan untuk membina balai polis di Sibuti.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Pasir Mas.

Sudah lambatlah Yang Berhormat.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sedikit-sedikit. Ada soalan tertinggal.

Saya ingat Yang Berhormat buat ucapan panjang, pendek sahajalah.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat, dalam soalan saya mengenai dengan Hindraf...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat bagi Kubang Kerian duduk dahulu.

Yang mana satu ini? Yang Berhormat bagi Kubang Kerian.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ah, saya ingat saya tadi… [Ketawa]

Yang Berhormat Kubang Kerian. Yang Berhormat Kubang Kerian dulu. (cid:1) 1900

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat ada menyebutkan tentang masalah polis. Saya tidak menyebut dalam ucapan saya tentang Dato’ Ramli Yusuff, bekas Ketua Jabatan Jenayah Komersial dalam press conference dua hari sebelum beliau didakwa di mahkamah. Masalah dalam mahkamah itu saya tidak campur itu kita tidak mahu interfere. Beliau mendakwa bahawa apabila beliau membuka kes-kes yang berkaitan dengan ‘Tengku’ Goh, isu surat-surat yang di antara KDN dengan pihak polis.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ramai pegawai tinggi jabatan beliau yang diambil tindakan disiplin ditukar sebelum pada masa ini tidak pernah berlaku dan adakah ini dalam makluman Yang Amat Berhormat Menteri supaya kes seperti ini tidak lagi berlaku di mana di atas satu kes yang disifatkan yang menjadi kerisauan rakyat bahawa persepsinya adalah polis melindungi satu kumpulan jenayah besar dalam negara kita. Adakah ini dalam makluman Yang Berhormat. Keduanya soalan saya adakah Yang Berhormat sendiri sebagai menteri yang ada pada hari ini akan mencadangkan IPMC ini dilaksanakan demi untuk kita memelihara imej Polis Diraja kita? Terima kasih.

Tuan Yang di- Pertua, maklumat Yang Berhormat berikan adalah membincangkan, ia akan menyentuh kredibiliti dan integriti seorang yang sedang di bawah tindakan. Walau macam mana Yang Berhormat mengatakan dia mempunyai kaitan dengan perkara yang sekarang ini tetapi kalau ada apa-apa bukti yang menunjukkan bahawa seseorang dianiayai kerana dia melakukan sesuatu yang benar itu juga kita akan mengambil tindakan. Lebih mudah kita membuat tuduhan ke atas polis daripada kita untuk membuktikannya. Kalau ada yang sahih senang. Biar mudahkan polis untuk melaksanakan tugas dan kerja mereka untuk menjaga dan mengawal negara ini bukan satu perkara yang mudah tetapi untuk kita menuduh mereka dengan secara rambang kadangkala dengan cara yang tidak mengetengahkan apa-apa bukti ia boleh menjejaskan keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap apa yang mereka laksanakan dengan baik. Akan tetapi kalau Yang Berhormat ada something yang spesifik, yang khusus Yang Berhormat fikir perlu kita ambil perhatian, Insya-Allah kita akan tengok kepada perkara-perkara yang sebegitu. Berkenaan dengan IPCMC, kerajaan telah membuat keputusan bahawa satu suruhanjaya badan khas ditubuhkan untuk pengaduan khas, ditubuhkan untuk tujuan bagi bukan sahaja salah laku oleh pihak polis tetapi kita melebarkan lagi salah laku semua badan-badan pelaksana, ianya tidak khusus kepada polis sahaja tetapi kepada semua badan-badan yang melibatkan pelaksanaan yang boleh ada salah laku atau membawa kepada kemudaratan kepada kita oleh itu perkara ini memang di dalam kajian dan kita akan membentangkan semula. Pihak Jabatan Perdana Menteri akan membentangkan semula. Saya tidak mahu bincangkan perkara itu fasal akta ini sedang dilihat kembali dan apabila dia dibentangkan Yang Berhormat berbincanglah...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat saya minta jalan sikit sahaja.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di- Pertua, oleh kerana kalau tidak saya punya ini masih banyak lagi yang sebenarnya.

Tuan Yang di-Pertua

Menteri hendak teruskan Yang Berhormat.

Pukul 7.03 minit, Tuan Yang di-Pertua, minta maaf.

Tuan Yang di-Pertua

Menteri hendak teruskan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Penjelasan sahaja.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Sedikit, sedikit sahaja. Saya mahu tanya apa Yang Berhormat sebut. Adakah ini bererti bahawa rang undang-undang mengenai special commission yang ada dikemukakan kepada Parlimen sebelum dibubarkan tidak akan ada apa-apa perubahan dan akan dikemukakan semula. Adakah ini ertinya dan apakah akan dikaji semula?.

Setiap rang undang-undang itu telah akan dikaji semula.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya sambung sedikit menteri.

Pihak saya tidak boleh menceritakan perkara itu akan dibawa semula kepada Kabinet oleh menteri yang bertanggungjawab kepada undang-undang apabila sudah dibentangkan semula mungkin ianya akan dapat digubal satu undang-undang yang akan dibentangkan untuk dibahaskan di Dewan yang mulia ini.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Penjelasan sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Apakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa Pengerusi Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Polis, Tan Sri Mohd Dzaidin dan juga antara anggotanya Tengku Yang Mulia Tengku Abdul Aziz menyebutkan bahawa cadangan asal mereka itu jauh daripada apa yang terkandung dalam Suruhanjaya Aduan Khas, memang jauh daripada apa yang mereka katakan sehinggakan mereka menggunakan istilah it is a mockery on our original proposal dengan izin.

Okey, kita menghormati pendapat dan pandangan akhirnya yang bertanggungjawab adalah kerajaan. Kita mengambil semua pandangan termasuk pandangan daripada suruhanjaya. Unit Pengaduan Khas ini juga adalah hasil ekoran rentetan daripada laporan itu untuk menambahbaikkan pasukan polis dan pasukan pelaksana yang lain. Pasukan pelaksana yang lain juga mempunyai pelbagai isu yang dikemukakan jadi elok untuk kita melahirkan satu persepsi yang positif. Jadi biar tengok dulu akta itu dan undang-undang itu apabila dibentangkan baru kita boleh bahaskan dengan secara terperinci. Saya hanya bercakap secara umum sahaja. Berkenaan dengan Sibuti, berkenaan dengan Balai Polis Niah itu Insya-Allah kita akan tengok berkenaan sama ada, ada keperluan buat masa ini kita telah adakan Balai Polis ‘Bekenu’, dan balai polis, Chief Inspektor dan juga seorang sarjan ada di dua tempat, Balai Polis Niah dan Balai Polis di ‘Bekenu’. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan ada mengatakan kenderaan polis di luar bandar. Perkara ini telah pun kita perbetulkan iaitu kenderaan polis akan mempunyai kenderaan pacuan empat roda pelbagai jenis yang akan digunakan untuk mengambil kira alam sekitar dan persekitaran di kawasan landskap di Sabah. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, kita hanya menggunakan hanya semata-mata kereta Proton Saga untuk tujuan itu. Kita memahami keadaan di situ dan kerajaan telah mengambil tindakan. Yang Berhormat daripada Pasir Mas minta diberikan ganjaran RM500 sehingga RM1,000 sebagai penghargaan untuk tanggungjawab menjaga keamanan setiap tahun. Ini perkara adalah perkara yang akan ditentukan oleh pihak JPA oleh itu kita akan bawa perkara ini kepada JPA dan telah pun dibawa dan kita akan menyusulnya untuk buat masa ini kerana adanya peraturan yang tertentu maka ianya tidak dapat diputuskan yang membolehkan kita untuk mendapat satu pasukan yang tersendiri iaitu kita akan membawa kes ini sekali lagi untuk dipertimbangkan. Yang Berhormat Ipoh Timur juga telah mahu mengetahui berkenaan dengan satu siasatan ke atas Nadeswaran dan Terence Fernandez

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas.

Cukuplah, nanti saya kalau ada apa-apa.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ada persoalan saya yang sudah terlepas. Saya tunggu takut ada jawapan, kalau saya tanya awal kata ada jawapan, tetapi sudah terlepas jauh pergi.

Tidak mengapalah. Nanti saya jawab kalau ada apa-apa yang saya tertinggal...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Okey, terima kasih.

...Yang Berhormat boleh.. saya akan beri jawapan kepada Yang Berhormat secara bertulis. Yang Berhormat ingatkan saya kerana kita catat semua. Tetapi hanya dengan masa yang dihadkan. Nadeswaran sebenarnya, sebagai mana Yang Berhormat tahu dia sebenarnya wartawan The Sun. Ini sebenarnya bukanlah satu fokus, satu tumpuan kepada wartawan kerana mereka menulis berkenaan kes Persatuan Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Selangor (BALKIS). Ia sebagaimana Yang Berhormat sendiri lebih mengetahui polis dalam menjalankan siasatan ia berdasarkan kepada laporan dalam siasatan dari pihak terkecuali kecuali jika ia dapat membantu siasatan polis. Keterangan saksi perlu diambil, oleh itu adalah tidak benar yang mengatakan siasatan polis menjadikan wartawan sebagai sasaran, tidak. Itu bukan tujuan kita kerana mereka menulis dan mereka mempunyai maklumat dan pengetahuan apabila kita hendak menyiasat terhadap perkara-perkara yang telah dikatakan berlaku, kita terpaksa bertanya kepada orang yang membuat anjuran yang sedemikian ataupun yang memberikan pendapat sedemikian tetapi bukan kerana dia wartawan. Wartawan juga tidak terkecuali daripada undang-undang sebagaimana orang- orang lain juga. Jadi saya mengucapkan terima kasih Yang Berhormat daripada Ipoh Timur yang bertanya mengenai itu dan Yang Berhormat Ipoh Timur juga telah bertanya mengenai telah ditahan Yang Berhormat Ahli Parlimen Kota Melaka, ADUN Kesidang dan ADUN Bacang. Ketiga wakil rakyat ini disebut oleh kerana memotong Yang Berhormat 10 batang skru besi yang terpacak di sebelah jalan satu projek kolaborasi yang terbengkalai di Bacang, Melaka yang didakwa mengancam keselamatan. Saya hanya ingin menjelaskan kita ada saluran, ada undang-undang. Jangan kita ambil undang-undang dalam tangan kita sedangkan kita adalah pembuat undang- undang dan kalau kita sendiri yang mengambil tindakan kerana kita tidak berpuas hati atau kita menganggap ada keselamatan, kita mengambil tindakan sendiri. Semua orang boleh ambil tindakan sendiri yang boleh menjejaskan kedudukan sebab tindakan mereka itulah maka kita telah mengambil tindakan.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka.

Ahli Parlimen Kota Melaka dan ADUN Kesidang mereka telah melakukan kesalahan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka duduk dahulu. Menteri jawab.

Di bawah seksyen 440, Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan khianat serta mengadakan perhimpunan haram, itu dia punya... Berkenaan dengan Yang Berhormat Ipoh Timur juga membangkitkan penyalahgunaan kuasa...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka lagi Yang Berhormat

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Boleh bagi penjelasan.

Bagilah Yang Berhormat. ■1910

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, tadi memang ada disebutkan saluran untuk membuat aduan dan kita sudah pergi ke saluran yang ditetapkan iaitu MICT, Yang Berhormat Menteri. Kita sudah pergi sana tanya tak ada satu pihak hendak mengaku projek yang terbengkalai itu siapa punya. Demi kepentingan orang ramai dan penduduk dan murid-murid semua selalu main di sana di sebelah jalan dan ia membahayakan. Atas sebab itu kita terpaksa di atas permintaan penduduk dan semua barang bukan kita yang bawa pergi sana. Kita hanya tolong penduduk di sana. So, apakah kesalahan ini?

Yang Berhormat sendiri tahu walaupun ada satu kesalahan yang ketara di muka kita tapi kita tak boleh membuat mengikut kehendak kita. Kalau satu pihak tak boleh menjalankan, kita patut lapor kepada tempat ini adalah mengancam keselamatan ataupun ada majlis tempatan ada, pihak polis ada tapi Yang Berhormat tak boleh bawa barang-barang potong benda itu kerana nanti tiap-tiap orang yang tidak bersetuju yang menganggap ancaman dia akan mengambil tindakan sendiri. Itu yang tak betulnya Yang Berhormat...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

[Bangun]

Biarlah Yang Berhormat, perkara ini sudah pun selesai. Yang Berhormat pun dapat membuat kenyataan- kenyataan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kota Melaka, menteri sudah jawab. Menteri sudah jawab Yang Berhormat.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Sedikit penjelasan. Yang Berhormat Menteri, saya boleh tunjukkan gambar ini. Di sini sebelah ada tokong, sebelah jalan.

Saya tak menafikan Yang Berhormat apa pun. Kalau di jalan raya besar ada satu besi atau batu diletakkan di situ dan saya tidak mempunyai kuasa untuk membuka jalan itu saya tak boleh buka walaupun itu adalah mendatangkan kesusahan kepada orang ramai. Bagi tahu kepada pihak yang patut melakukan. Itu sahaja Yang Berhormat. Saya minta maaf.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Boleh Yang Berhormat Menteri beritahu saya, mana pihak yang jaga ini?

Yang Berhormat adalah Ahli Parlimen Kota Melaka...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Boleh tolong beritahu kita. Kita sudah cuba tanya siapa yang bertanggungjawab...

Yang Berhormat buat laporan, nanti kita tengok macam mana.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kota Melaka duduk.

Akan tetapi Yang Berhormat sudah ambil tindakan mengikut undang-undang Yang Berhormat.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ya lah kita sudah tanya tak ada pihak yang mengaku hendak bertanggungjawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, jangan berdialog Yang Berhormat!

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Sebab itu kita mengambil...

Yang Berhormat, itu yang saya katakan macam hari ini yang sekarang saya dengan Yang Berhormat saya tak hendak bertelagah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Duduk, duduk! Yang Berhormat Kota Melaka duduk.

Yang Berhormat, bila saya bercakap kita ini bukan dalam perbahasan umum. Kita dalam Parlimen. Saya berdiri saya cakap. Tadi saya bagi laluan. Saya menjelaskan. Yang Berhormat tak puas hati

bagi tahu kita apa Yang Berhormat hendak kita tengok. Kita akan tengok siapa yang bertanggungjawab dan kita akan memberikan penjelasan yang seharusnya.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Kota Raja Yang Berhormat.

Soalan, soalan.

Ini sudah 7.12 malam ini.

Tak apa. Saya minta sedikit sahaja kerana Yang Berhormat Menteri menyebut mengenai perhimpunan haram. Saya rasa istilah perhimpunan haram ini perlulah dikaji semula kerana hak kita berhimpun dan untuk menyatakan tak puas hati dan sebagainya secara aman dijamin oleh Perlembagaan. Setiap kali kita meminta permit untuk berhimpun polis tetap tidak akan memberi jalan. Itulah alasan polis setiap kali. Jadi Yang Berhormat yang saya minta begini, kalau di London sejuta orang boleh berarak dengan aman dengan polis menjaga jalan....[Dewan riuh] Kenapa tidak kita di Malaysia, polis bertindak untuk menjaga keamanan dan kami biasa keluar pun tidak ada kacau apa. Cuma kita hendak express, kita hendak mengeluarkan apa yang ada dengan membawa sepanduk dan sebagainya....

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sudah Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Raja. Terima kasih. Sila menteri.

Kata sedikit, ini bukan sedikit. Atas prinsip saya hendak cakap walaupun kita kata tak boleh perhimpunan haram berapa banyak perhimpunan haram parti pembangkang buat. Kita tak ada halang. Macam-macam. Kata hendak buat perjumpaan di Sulaiman Club untuk 300 ahli sahaja untuk makan-makan menyambut. Sekali datang beribu. Kita tak ambil tindakan. Kita biar dahulu orang bercakap. Di Ipoh buat dengan menteri besar ramai- ramai kita bagi kelulusan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ya lah polis kasi permit boleh halal. Haram boleh halal.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai jangan buat macam itu Yang Berhormat.

Yang Berhormat Padang Serai behave yourself!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, sorry saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat jangan buat begitu.

Berkenaan Raja Petra punya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Kita kena tunjukkan kita boleh menurut undang-undang dan peraturan Parlimen Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan Raja Petra Yang Berhormat sendiri tentu faham dan tahu polis terpaksa mengambil tindakan bila ada laporan kesalahan berlaku. Untuk tujuan itu polis diberikan kuasa. Macam saya cakap tadi berikan kuasa untuk siasat kerana dia dituduh di bawah siasatan 41C Akta Hasutan pada 6 Mei 2008 di mahkamah. Walau bagaimanapun, beliau diberikan pilihan untuk mengikat wang jaminan tetapi beliau enggan berbuat demikian dan memilih untuk ditahan di Penjara Sungai Buloh. Apabila dia dalam Penjara Sungai Buloh dia naik takut pula, dia buat keputusan untuk bayar. Baguslah itu. Ikut cara undang-undang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Timur juga telah membangkitkan berkenaan penyalahgunaan kuasa pegawai polis dan Jabatan Agama Islam Negeri

Johor. Ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan tidak betul. Ada laporan. Pejabat tak ada kena-mengena dengan polis. Ini adalah tindakan melalui undang-undang agama di negeri Johor. Dia mengambil tindakan pasal ada perkataan-perkataan dalam tempat yang bukan Islam berkenaan agama Islam. Ada laporan. Kita pergi tengok bawa polis. Polis hanya membantu. Bila kita tengok tak ada kita lepaskan benda itu tapi Yang Berhormat bakarkan semangat leceh macam itu. Tuan Yang di-Pertua, kalau perkara yang mudah....

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan, penjelasan. Perbetulkan, perbetulkan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Bukan tak...

Yang Berhormat mengatakan kita salah gunakan kuasa. Polis tak terlibat dalam perkara itu.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, ada turunkan imej dan lepas itu oleh kerana ada protes seluruh negara barulah ketepikan.

Apa pun yang baik...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tidak boleh kata tidak berasas, ada berasas.

Tidak berasas Yang Berhormat pasal bila kita hendak suruh turunkan pun kita minta dia turunkan lepas itu kita check dan kita kata tak ada salah. Pasal orang-orang kita pun hendak menjaga sentimen orang-orang Islam. Jangan kita menjaga sentimen orang lain, orang Islam punya sentimen kita tak menjaga langsung. Kita hendak menjaga sentimen. Kita tengok tak ada apa kita pun menyerahkan balik dengan baik. Tidak ada berlaku apa-apa salah faham, menteri besar pun menyelesaikan masalahnya dengan baik. Ini saya fikir ada masanya kita menyelesaikan masalah Yang Berhormat kena terima bahawa menyelesaikan masalah itu dengan baik.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Inilah keputusan yang silap. Selepas dibetulkan kita mengalu-alukan tapi jangan mengulangi perkara yang sama.

Akan tetapi Yang Berhormat jangan cakap polis. Ini bukan berkaitan dengan polis.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Selepas itu ada polis pergi. Ada diiringi oleh pihak polis.

Ini pejabat agama di bawah enakmennya. Tak betul Yang Berhormat!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ada diiringi oleh pihak polis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, ini sudah jadi dialog Yang Berhormat.

Ikut peraturan woi!

Saya tak boleh terima apa yang tak betul Yang Berhormat cakap.

Ikut peraturan Dewan ya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas bertanya berkenaan dengan orang-orang yang terlibat dengan rusuhan di Terengganu. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini semua yang ditahan di bawah rusuhan itu seramai 24 orang semuanya telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah. Jadi tidak ada mereka yang di bawah tahanan. Yang Berhormat Serdang bertanya berkenaan dengan Pengarah Eksekutif Grand Saga ini. Tuan Yang di-Pertua, daripada semakan yang dibuat didapati tiada sebarang laporan polis yang telah diterima. Oleh yang demikian tiada sebarang siasatan dibuat berkenaan kenyataan Pengarah Eksekutif Grand Saga. Tak ada laporan. Kita bertindak mengikut laporan. Dia juga telah minta penjelasan kenapa kita menggunakan gas pemedih mata semasa demonstrasi di Bandar Mahkota Cheras. Perhimpunan ini merupakan haram dan mereka yang terlibat telah mengingkari arahan

polis dan mereka telah menggunakan kata-kata kesat terhadap polis dan perhimpunan liar apabila sebahagian daripada mereka merosakkan pembinaan yang didirikan. Demi menjaga keamanan supaya keadaan tidak mencetuskan huru-hara pihak FRU telah bertindak melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan perhimpunan itu.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua, saya ada banyak lagi perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Saya telah membuat catatan dan di mana saya tidak dapat menjawab secara khusus...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Satu sahaja Yang Berhormat, satu sahaja. Important question, dengan izin. Ada satu perkara yang saya cadang dalam perbahasan Titah Diraja. Saya bertanya sama ada kerajaan bercadang atau tidak untuk mengeluarkan Kertas Putih, white paper mengenai dengan Hindraf. Sebab saya sebagai rakyat Malaysia Tuan Yang di-Pertua tuduhan itu berat. Saya hendak tahu betul atau tidak tuduhan-tuduhan itu. Sebab kalau betul berapa tahun ISA pun saya sokong. Kalau tak betul saya minta diperbetulkan. Saya hendak tahu yang sebenarnya sama ada kerajaan bersetuju atau tidak mengeluarkan Kertas Putih.

Perkara ini kalau tidak dipolitikkan dan tidak dimainkan dengan meniup pelbagai perkara yang mengelirukan, ia tidak seharusnya menjadi perkara yang mengubah persepsi rakyat tetapi saya sedang mengumpul semua maklumat daripada semua sumber yang telah ada dengan kita. ▪1920 Ada kemungkinan, saya akan melihat ke atas kemungkinan yang disebutkan oleh Yang Berhormat dan saya tidak boleh membuat keputusan tanpa saya merujuk kembali kepada Kabinet. Saya fikir banyak isu-isu yang ditimbulkan oleh rakyat Tuan Yang di-Pertua. Di antaranya ialah berkenaan dengan kad pengenalan, kerakyatan, penduduk tetap. Ini adalah isu-isu yang memang menjadi masalah yang kompleks. Saya bertujuan untuk mengambil pelbagai tindakan untuk kita mencari jalan bagi menyelesaikan masalah- masalah ini. Namun kita kena ingat, bahawa berkenaan dengan kerakyatan, penduduk tetap ini. Ini adalah sesatu yang akan diberikan kepada mereka yang layak dan dianggap akan dapat menyumbangkan kebaikan kepada negara kita. Begitu juga dengan surat-surat beranak yang mereka yang tidak ada surat lahir. Ini juga satu masalah yang besar. Saya sekarang, setelah menjadi menteri dekat dua bulan ini, itu perkara yang saya memberikan tumpuan. Jadi, berikan kita masa untuk kita melihat bagaimana kita dapat mencari peluang untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dekat dengan hati rakyat yang menjadikan rakyat untuk mengetahui apakah kedudukan sebenarnya. Misalnya, ada kes yang amat susah sekali, kalau orang Islam lelaki pergi kahwin di Siam, misalnya. Mereka pergi kahwin di Siam, bila bawa balik tidak mendaftarkan perkahwinan mereka, anak mereka bila didaftarkan tidak mempunyai ‘bin’, tidak boleh diletakkan ‘bin’ kerana dia tidak sah mengikut enakmen tetapi pada saya, ini semua adalah berasaskan hukum syarak atau hukum-hukum manusia, tetapi apabila hukum syarak mengatakan bahawa dia telah memenuhi dia melanggar undang- undang negeri, dia kena berhadapan dengan negeri. Namun daripada segi hukum syarak, dia memenuhi hukum syarak, saya akan tengok untuk mendaftarkan mereka yang di dalam kedudukan yang sedemikian. Banyak lagi perkara-perkara yang berkenaan anak-anak yang di luar nikah, dan saya minta kefahaman daripada Yang Berhormat saya telah ambil catatan tetapi untuk menjawab setiap satu perkara-perkara ini adalah perkara yang detail yang memerlukan kepada perhatian. Insya-Allah saya akan cuba untuk memberikannya.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya tidak minta perkara ini. Satu isu besar Yang Berhormat telah tinggalkan dalam perbahasan ini khasnya semua Ahli-ahli Parlimen yang berminat ialah mengenai masalah kaum pendatang asing tanpa izin khasnya di Sabah yang mengubahkan masa depan di Sabah. Semua ada berucap dari Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional khasnya dari Sabah pun berucap tentang perkara ini.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ini mustahak! Ini di antara masalah-masalah yang kenapa saya ada sebut Sabah is on fire antara lain kenapa Yang Berhormat tidak memberi satu penjelasan yang memuaskan hati tentang perkara ini. Di mana ada kononnya bahawa penduduk- penduduk di Sabah pendatang asing lebih daripada anak-anak tempatan. The land below the wind, masalah yang dihadapi...

Yang Berhormat, jangan menggalakkan untuk perkara-perkara yang membakarkan negara.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya tidak benarkan ini. Dia dengar suara daripada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional

...Orang Yang Berhormat bercakap, orang Sabah pun dah berpaling.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kita sokong oleh kerana ini suara rakyat Sabah. Kita sokong.

Dengar, dengar ini Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ini betul.

Perkara ini memang perkara masalah besar di Sabah kerana sama ada rakyat ini anak jalanan. Satu lagi masalah besar, orang-orang yang tidak mempunyai dokumen. Di mana kalau orang-orang Filipina yang tidak mempunyai dokumen dan kalau kerajaan Filipina tidak menerima mereka dan mengaku mereka rakyat mereka, maka kita tidak dapat menghantar mereka keluar. Orang-orang Myanmar daripada Rohingya yang tidak mempunyai dokumen dan orang-orang kerajaan mereka tidak. Ini saya bercakap dia punya prinsip sama, prinsipnya sama, Yang Berhormat mengambil jalan mudah. Kita mesti menyelesaikan, kita hendak menyelesaikan kita hendak buang orang ini di mana. Jadi kita kena mengambil tindakan yang akan membolehkan rakyat merasa terpelihara dan mereka yang perlu kepada bantuan daripada kita hendak lihat siapa yang layak, siapa yang tidak layak. Ini telah diambil tindakan, mengambil masa yang agak lama. Saya tidak fikir dia dapat diselesaikan dengan saya menjawab di Parlimen, misalnya saya boleh menjawab secara umum. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Menyampuk]

Saya mengucapkan terima kasih di atas kesabaran Ahli-ahli Yang Berhormat dan terima kasih kepada Ipoh Timur yang sentiasa mengacau... [Ketawa] Dan saya...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Untuk kebaikan negara.

Yang Berhormat, kalau untuk kebaikan saya dengar, tetapi untuk mengacau saya tidak dengar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey, terima kasih Yang Berhormat.

Saya mengucapkan terima kasih kalau ada apa-apa yang sebagaimana Yang Berhormat cakap saya sudah catat dan insya-Allah kita akan cuba untuk mengambil tindakan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah, sudah Yang Berhormat Menteri sudah habis Yang Berhormat. Terima kasih

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak boleh.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ini isu Kuala Selangor.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kuala Selangor sudah habis Yang Berhormat. Saya minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjawab.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I · Sandakan

Tuan Yang di-Pertua terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu-isu berkaitan dengan bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semasa perbahasan Titah Diraja. Izinkan saya memberi jawapan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Permatang Pauh telah menyentuh isu tentang penurunan pelaburan langsung asing ke Malaysia berbanding dengan negara-negara lain. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua telah memberi penjelasan tadi dan saya tidak bercadang untuk mengulang jawapan yang sama lagi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Jerlun menyentuh isu tentang EKS iaitu Enterprise Kecil Sederhana yang sudah bertaraf dunia dan Industri yang boleh dijadikan contoh. Berdasarkan pangkalan data MATRADE, syarikat EKS Malaysia yang telah menembusi pasaran eksport adalah sebanyak 4,899 syarikat terdiri daripada 977 syarikat bumiputera dan 3,922 syarikat bukan bumiputera. Jenama-jenama Malaysia yang mampu bersaing di peringkat Antarabangsa ini termasuk Kuala Selangor Boh, Pensonic, Ekowood, Bonia, Brahim, MarryBrown, Top glove dan lain-lain lagi. Enterprise 50 dengan izin, E50, adalah program anugerah tahunan yang dianjurkan oleh MITI melalui Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana yang lebih dikenali sebagai SMIDEC dan Deloitte Kassim Chan bagi mengiktiraf pencapaian EKS tempatan yang mempunyai potensi bagi masa hadapan. Berdasarkan E50 pada tahun lalu Tuan Yang di-Pertua, empat syarikat yang mengaut peratusan keuntungan tertinggi hasil daripada aktiviti eksport adalah seperti berikut: iaitu Bintulu, Edible Oil Sdn. Bhd. yang mempunyai eksport 99%; JFong Technology Sdn. Bhd., 90%; dan ‘Staylight’ Gama Sdn, Bhd., 90%; dan Cap Technology Sdn. Bhd., 70%. Tuan Yang di-Pertua, antara EKS yang boleh dibanggakan kerana pencapaian untuk menemui standard dunia dalam sektor masing-masing ialah Ingress Auto Ventures; Kawan Food Manufacturing; Secret Recipe; Top Glove Sdn. Bhd.; dan Marry Brown. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat Malaysia untuk menerokai dan memperluaskan pasaran di luar negara serta membangunkan syarikat tempatan untuk menjadi global player ataupun yang bertaraf dunia. Antara teras strategi dan langkah-langkah yang dikenal pasti di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga termasuk menggalakkan institusi kewangan dan menyokong syarikat Malaysia yang berminat untuk menubuhkan operasi mereka di luar negara, menggalakkan gabungan dan peralihan merentasi sempadan oleh syarikat Malaysia, menggalakkan pembangunan taman perindustrian di luar negara bagi menggunakan pelaburan merentasi sempadan oleh syarikat Malaysia, menubuhkan pejabat di negara- negara yang disasarkan bagi membantu syarikat Malaysia yang berhasrat untuk melabur di negara berkenaan dan mengintegrasikan syarikat milik rakyat Malaysia ke rangkaian serantau dan global dengan menggunakan penggabungan, pengambilalihan, penyatuan dan perkongsian strategik di kalangan firma dan syarikat rakyat Malaysia serta MNC di dalam dan di luar negara. Itu sahaja soalan Tuan Yang di-Pertua, yang telah pun disentuh bidang kuasa.

[Bangun]

■1930

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada ahli yang bangun Yang Berhormat.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

...Sentuh bidang kuasa, bidang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, ada yang bangun.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

... Semasa perbahasan Titah Diraja, itu sahaja isu yang telah pun dibangkitkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Jasin bangun Yang Berhormat.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Dan isu serta cadangan dari Ahli-ahli Yang Berhormat diambil perhatian akan disusuli sewajarnya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih ya. Itu sahaja fasal tidak ada lagi soalan yang disentuh Tuan Yang di-Pertua pada masa perbahasan Titah Diraja.

Takkan tidak boleh berkait dengan jawapan ini Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Dia tak bagi Yang Berhormat, dia tak bagi.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kalau Yang Berhormat tanya pun, dia tak jawab.

Dia tak bersedia ke?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sila duduk Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Kuala Krai, duduk Yang Berhormat. Sila Kementerian Pelajaran.

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pelajaran · Sembrong

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Diraja kali ini khususnya dalam membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Segala pandangan, saranan bagi menambah baik sistem pendidikan negara sentiasa akan diberikan perhatian yang sewajarnya. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Kita perlu sedar Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab isu-isu yang berbangkit bahawa jumlah RM23.98 bilion yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sememangnya tidak mencukupi untuk memenuhi semua tuntutan yang diperlukan dalam melaksanakan kesemua projek pembangunan pendidikan di seluruh negara. Untuk makluman, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memohon sebanyak RM83 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini tetapi kita akur dengan kemampuan kewangan negara yang hanya memperuntukkan sebanyak jumlah yang saya sebutkan tadi iaitu RM23.98 bilion. Kerajaan melihat kepada aspek yang menyeluruh dalam pembangunan pendidikan negara untuk melahirkan modal insan berkualiti yang cemerlang dan kebolehpasaran. Ahli-ahli Yang Berhormat memahami sejarah, undang-undang, akta

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pelajaran · Sembrong

dan dasar sedia ada adalah perkara penting yang perlu diketahui dan difahami oleh semua masyarakat sebelum kita mempersoalkan sesuatu tentang sekolah-sekolah kita. Antara yang perlu kita fahami adalah status sekolah tersebut sama ada sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan ataupun swasta. Perbezaan status sekolah tersebut sudah pasti mewujudkan pelbagai perkara yang melibatkan perundangan, dasar dan perkara-perkara latar belakang dan sejarah yang diguna pakai oleh kerajaan. Dalam hal yang demikian, kerajaan akan melaksanakan dasar pembangunan sekolah mengikut ketetapan yang digariskan berdasarkan perundangan akta dan dasar-dasar yang sedia ada. Sehubungan dengan itu, kerajaan melihat kepada aspek yang menyeluruh dalam pembangunan pendidikan negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan cemerlang dan juga kebolehpasaran. Seperti saranan Yang Berhormat Bintulu dan juga Yang Berhormat Permatang Pauh, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kerajaan bukan sahaja perlu menumpukan perhatian kepada penyelesaian masalah-masalah asas yang tidak diselesaikan dalam Rancangan Malaysia yang sebelumnya tetapi dalam masa yang sama kerajaan juga perlu realistik dan juga pragmatik dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan pendidikan bersandarkan kepada peruntukan yang sedia ada termasuklah agenda-agenda yang lebih besar. Antaranya untuk merapatkan jurang pembangunan dan pencapaian antara bandar dan luar bandar, menyediakan guru yang cukup khususnya di sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak dan menyediakan akses dan pendidikan yang berkualiti. Pelaksanaan PIPP, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang bermula pada tahun 2006 sehingga 2010 merupakan perancangan yang teliti dari kementerian untuk melaksanakan agenda yang saya nyatakan tadi. Sehingga kini kita telah mengeluarkan dua kad laporan PIPP secara telus menyatakan hasil usaha yang dirancang melalui pelan induk tersebut. Kementerian juga menyediakan laman web kepada semua masyarakat untuk melihat secara terbuka apa yang telah kita laksanakan dalam masa yang telah pun ditetapkan. Berkaitan dengan pembangunan pendidikan di Sabah, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Tuaran, Yang Berhormat dari Sri Gading dan Yang Berhormat Kalabakan. Kementerian Pelajaran menyedari masih terdapat jurang terutama di luar bandar dalam pelbagai aspek termasuklah kemudahan asas. Oleh yang demikian, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 Kementerian Pelajaran, kita telah memberi tumpuan khas terhadap keperluan yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sabah merupakan negeri yang menerima peruntukan paling besar iaitu RM3.43 bilion atau 16.54% daripada jumlah keseluruhan peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan bagi Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan 3,904 projek. Sebanyak 3,793 projek dengan siling RM2.405 juta di bawah belanja pembangunan dan 111 projek dengan siling RM1.253 juta di bawah peruntukan inisiatif pembiayaan swasta. Bagi tempoh 2006 hingga 2008, Sabah juga telah menerima peruntukan berjumlah RM4.53 bilion iaitu sebanyak RM4.24 bilion di bawah belanja mengurus, RM26.69 juta di bawah peruntukan tambahan Kementerian Kewangan dan RM185.47 juta di bawah Tabung Amanah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, KWAMP. Peruntukan tambahan Kementerian Kewangan adalah untuk membiayai keperluan tambahan yang diluluskan dalam Bajet 2008, antaranya pakaian seragam dan yuran-yuran khas sekolah. Manakala peruntukan bantuan duit sejumlah RM948.2 juta diberikan kepada Sabah untuk bantuan kewangan kepada sekolah dan pelajar. Dalam meningkatkan pembangunan pendidikan di Sarawak pula, Kementerian Pelajaran juga telah memperuntukkan sebanyak RM3.151 juta atau 14.54% bagi melaksanakan 2,187 buah projek. Sebanyak 2,097 projek dengan siling RM1,940.8 juta di bawah belanja pembangunan dan 90 projek dengan siling RM1,074.3 juta adalah peruntukan inisiatif pembiayaan swasta PFI. Selain itu, dalam tempoh 2006 hingga 2008, Sarawak telah menerima peruntukan RM4.787 bilion iaitu sebanyak RM4.606 bilion untuk belanja mengurus, RM24.2 juta di bawah peruntukan tambahan Kementerian Kewangan, RM156.6 juta di bawah tabung amanah KWAMP. Sarawak juga telah menerima peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk bantuan kewangan kepada sekolah dan pelajar. Ini bermakna bahawa tuduhan, dakwaan dan juga teguran yang Sabah dan Sarawak dianaktirikan atau tidak diberikan keutamaan jelas daripada angka-angka

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pelajaran · Sembrong

yang saya sebutkan tadi, keutamaan yang teramat tinggi diberikan di atas kesedaran bahawa banyak lagi sekolah-sekolah kita, anak-anak kita yang memerlukan peluang dan akses pendidikan di kawasan-kawasan khususnya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Bagi ...

Minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin penjelasan, daripada peruntukan yang begitu banyak yang telah dicurahkan kepada negeri di Sabah dan Sarawak. Sejauh mana pasukan pemantauan daripada pihak kementerian memastikan bahawa supaya tidak ada sekolah yang tidak ada kemudahan asas. Sebagaimana maklumat yang kita terima, masih ribuan sekolah yang tidak ada kemudahan seperti elektrik, air dan termasuk bangku sekolah. Terima kasih.

Saya faham sangat Yang Berhormat dan sememangnya nak menyelesaikan semua masalah dengan jumlah yang diperuntukkan tidak dapat kita tunaikan dalam satu, dua, tiga tahun ini. Dari segi keluasan sahaja kalau kita tengok di Semenanjung, keluasan kita 131,998 kilometer persegi dan kalau nak dibandingkan dengan Sabah dan Sarawak. Sabah, 73,710 kilometer persegi dan di Sarawak, 125 ribu kilometer persegi. Dan jumlah sekolah pula 1,271 di Sabah, 1,439 di Sarawak. Sekolah-sekolah yang kurang murid iaitu emolumen yang kurang daripada 150. ■1940 Di Sabah sahaja 497 buah sekolah. Di Sarawak pula 788 buah sekolah. Bermakna bahawa dengan tumpuan yang kita berikan pun sememangnya ada sekolah- sekolah yang perlu kepada pembelaan tetapi peringkat demi peringkat dengan keutamaan yang kita berikan. Sesungguhnya kita cuba menyelesaikan sebanyak mungkin sekolah-sekolah yang ada dan mengikut keluasan yang begitu luas di Sabah dan di Sarawak. Saya setuju dengan Yang Berhormat dari segi pemantauannya, Yang Berhormat di sinilah Yang Berhormat juga boleh membantu Ahli-ahli Yang Berhormat membantu menjadi mata dan telinga bagi kita. Ini kerana pelaksanaannya kita secara telus telah menunjukkan kad laporan kita, report card kita mengenai pelaksanaan yang telah kita capai dan kecapi setakat ini. Maka kalau ada kekurangan-kekurangan sekolah-sekolah tertentu yang perlu kepada pembelaan, kita sentiasa terbuka untuk melihat dan mengkaji dan meneliti mengikut kemampuan yang ada kepada Kementerian Pelajaran. Bagi memastikan golongan di kawasan pedalaman ini benar-benar terbela, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapit, Yang Berhormat Lipis dan Yang Berhormat Sungai Petani, kerajaan telah menubuhkan Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (BBPN) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Badan ini telah menyusun strategi pelaksana, pemantauan dan penilaian yang efektif di kawasan luar bandar dan pedalaman yang turut dikenali sebagai projek-projek berimpak tinggi. Dengan izin high impact projects (HIPs). Projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun pertama dan terus dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Meliputi pelbagai aspek seperti infrastruktur, peralatan guru, kurikulum dan program bantuan serta khidmat sokongan. Melalui Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar yang telah pun dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Februari 2007, kita telah mengumumkan peruntukan tambahan. Peruntukan yang merupakan tambahan kepada siling Rancangan Malaysia Kesembilan untuk Kementerian Pelajaran berjumlah RM2.6 bilion bagi melaksanakan 9,335 projek di bawah program ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Kapit bangun Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terlebih dahulu saya sekali lagi ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang begitu prihatin kerana baru-baru ini telah terlaksana sebanyak RM200 juta untuk

membekalkan kesemua sekolah-sekolah di luar bandar khasnya di kawasan Kapit untuk mendapat bekalan elektrik dua puluh empat jam yang begitu jauhlah daripada keadaan yang sebelumnya. Terima kasih. Soalan saya, saya nak penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri adakah benar di Sarawak ada masalah kekurangan bilangan guru terlatih di pedalaman Sarawak, di kawasan-kawasan khususnya di daerah Kapit dan daerah Song juga. Saya pun difahamkan bahawa di sesetengah negeri di Semenanjung ini adanya keadaan di mana guru terlatih ini berlebihan. Mengapa timbul keadaan sebegini dan apakah langkah-langkah daripada kementerian untuk menyeimbangkan ataupun memberi peluang kepada murid-murid di luar bandar Sarawak untuk menikmati khidmat daripada guru terlatih ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Jumlah guru yang ada di Sarawak sekarang ini jumlah keseluruhannya bukan satu jumlah yang kecil iaitu 34,427. Bermakna dengan jumlah yang sebesar ini pun ada kekangan untuk kita nak meletakkan guru-guru kita khususnya di sekolah-sekolah di kawasan-kawasan pedalaman. Oleh sebab itu, saya telah pun melihat masalah ini sebagai satu keutamaan di bawah PIPP. Sekiranya Yang Berhormat telah dapat mengkaji dan meneliti pengumuman-pengumuman kita semasa pelancaran PIPP dan juga pelancaran HIPs tadi; kita memberikan tumpuan yang khusus bagaimana kita dapat memastikan bahawa guru-guru kita ini, yang mengajar di kawasan-kawasan pedalaman ini selesa dan sanggup bersungguh-sungguh dan komited untuk mengajar dan memberi pembelaan kepada anak-anak kita di sana. Saya tengok kesan daripada jumlah permohonan untuk pertukaran atau diminta untuk ditukar daripada kawasan-kawasan ini khususnya di Sarawak telah pun berkurangan. Bermakna bahawa penekanan yang diberikan kepada guru-guru pedalaman, guru-guru di luar bandar Sarawak ini nampak berkesan. Saya berharap bahawa lebih banyak lagi insentif dan juga keselesaan guru kita itu dapat ditambah supaya mereka kekal di kawasan-kawasan yang saya tahu bukan mudah untuk guru- guru kita mengajar dan memberi pendidikan di kawasan-kawasan tersebut. Ini akan diteruskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Bukit Mertajam bangun Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kekurangan guru-guru ini bukan saja di Sarawak ataupun kawasan pedalaman tapi juga di kawasan-kawasan bandar. Seperti pada waktu sekarang masih kekurangan guru bimbingan atau pemulihan yang berkelayakan Mandarin di sekolah-sekolah SRJK(C). Apakah sebabnya? Difahamkan ada kelebihan guru-guru bimbingan ataupun pemulihan yang berkelayakan Bahasa Melayu. Mengapa berlaku mismatch ini. Bilakah dia boleh diisikan semua kekosongan ini.

Tuan Yang di-Pertua, akan saya jawab kemudian kerana ini pun dah dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Kulai mengenai guru-guru kita di SJK(C) dan bila saya bangkit nanti, Yang Berhormat boleh membawa soalan-soalan tambahan. Daripada RM2.6 bilion yang saya sebutkan tadi, sebanyak RM500 juta adalah untuk negeri Sabah. Saya harap bahawa projek-projek yang sedang dibina, yang sekarang ini berada di pelbagai dapat ditunaikan dan dapat di selaraskan sebaik mungkin sebelum 2010. Kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan ini dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita untuk menyusun semula projek-projek yang mungkin tergendala disalurkan khusus kepada kawasan-kawasan luar bandar. Saya cukup yakin bahawa usaha kita untuk mengurangkan jurang ini akan terus dapat dilaksanakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, saya harap kajian itu akan termasuk ketiga-tiga buah sekolah menengah di kawasan Beluran Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua tidak dibenarkan mencelah. [Dewan riuh] [Ketawa] Jikalau diarahkan sebegitu rupa saya akan pastikan Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Putatan bangun Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tahu setakat manakah, apa peratusan projek-projek sekolah ini yang telah dilaksanakan dan yang sedang dilaksanakan terutama sekali di negeri Sabah. Minta penjelasan sikit.

Untuk negeri Sabah sehingga 12 Mei 2008, projek baru Rancangan Malaysia Kesembilan yang dah siap dan sedang dibina ialah 7,213 iaitu 42% daripada jumlah keseluruhan projek yang telah pun diperuntukkan. Bagi projek sambungan Rancangan Malaysia Kelapan, projek yang siap dan sedang dalam pembinaan ialah 454 iaitu 95% projek-projek yang dianggap sakit, yang kita beri keutamaan, sekarang ini telah pun siap dan pembangunan infrastruktur akan memberi manfaat kepada 2.2 juta murid dan 14,000 guru di kawasan- kawasan pedalaman. Ini telah pun kita masukkan dalam kad laporan kita. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Sungai Petani, sehingga Disember 2007, kesemua 300 projek bagi bekalan air bersih ke sekolah pedalaman dan luar bandar telah siap dan dapat dimanfaatkan oleh 120,000 orang murid. Manakala kesemua projek untuk menyediakan bekalan elektrik 24 jam kepada 432 sekolah di Sarawak telah pun siap. Maknanya kalau ada dakwaan projek- projek di Sarawak tidak berjalan, belum disiapkan; projek untuk bekalan elektrik 24 jam sahaja. Ini pun telah pun disiapkan dalam masa yang begitu singkat. ■1950 Sebanyak 12 sekolah di Sabah telah dibekalkan dengan sistem solar hibrid, manakala 244 buah sekolah lagi bakal menikmati bekalan sistem solar hibrid ini di Sabah yang sedang dilaksanakan. Bagi Semenanjung Malaysia pula, kesemua 40 projek bekalan elektrik 24 jam telah siap dilaksanakan. Bermakna selain daripada bangunan dan sekolah-sekolah baru, kemudahan dan keperluan asas seperti api dan air juga menjanjikan tumpuan kita. Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Tawau telah membangkitkan isu pembangunan ICT di sekolah. Sebenarnya pelaksanaan ICT di sekolah telah pun berlaku hampir di semua sekolah kita melalui pelbagai inisiatif ICT kita. Sebahagian besar sekolah kita telah pun dilengkapi dengan komputer meja iaitu lebih daripada 130,000. Notebook sahaja sekitar 140,000 dan lebih 2,000 judul perisian kursus softwarenya. Manakala sekitar 200,000 guru kita telah pernah dilatih menggunakan perkakasan dan perisian ini dan inisiatif ICT juga dapat dilihat melalui usaha kementerian mewujudkan pusat-pusat akses. Ini merupakan pusat-pusat di mana kita cuba melibatkan masyarakat setempat dalam aktiviti ICT yang ditempatkan di sekolah- sekolah kita, dan daripada 3,600 pusat akses yang dirancang, 3,025 telah pun siap dibina. Manakala sebanyak 300 buah makmal komputer telah siap dibina di sekolah luar bandar, dan 444 buah makmal komputer daripada jumlah 2,257 projek makmal sedang dibina. Ini pun telah kita laporkan dalam kad laporan kita...

[Bangun]

Dengan terlaksananya projek- projek ini, seramai 342,300 orang murid di kawasan luar bandar akan mendapat akses kepada penggunaan komputer dan internet. Bagi memastikan anak-anak di kawasan luar bandar mendapat pendedahan pendidikan sejak dari peringkat awal lagi, Kementerian Pelajaran juga berusaha memantapkan pelaksanaan kelas prasekolah di luar bandar dengan menyediakan 2,400 kelas yang lengkap dengan kemudahan komputer yang dapat memberi manfaat kepada hampir 61,000 kanak-kanak berumur lima sehingga enam tahun.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Sik bangun Yang Berhormat.

[Ketawa] Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya sikit sahaja. Dari segi infrastruktur memanglah kecanggihannya itu ada, tetapi yang saya hendak pastikan atau hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah kemudahan infrastruktur ini disertakan juga dengan kemampuan modal insan? Maksud saya, guru-guru yang mampu menggunakan teknologi moden yang kita bekalkan itu? Kalau tidak, dia akan menjadi gajah putihlah kerana peringkat awal dulu banyak berlaku demikian. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat Sik, seperti saya sebut tadi, 200,000 guru kita telah pun dilatih dan jumlah guru yang ada di sekolah kita melebihi 350,000. Bermakna ada lagi guru-guru yang perlu dilatih melalui kursus- kursus yang sedang dilaksanakan berperingkat-peringkat, tetapi yang lebih penting lagi ialah kesemua ini dalam inisiatif hendak mengurangkan jurang digital di antara bandar dan luar bandar. Kita kena pastikan semuanya dilengkapi sebagai satu pakej. Bukan sahaja menyediakan guru yang boleh menggunakan komputer yang dibekalkan, tetapi komputer juga boleh dibekalkan dengan elektrik api dan air. Api untuk 24 jam dan baru-baru ini kita dimaklumkan di Dewan yang mulia ini, menyediakan gen set sahaja pun tidak mencukupi kerana kita memerlukan, membekalkan gen set itu dengan diesel. Bekalan diesel sahaja di kawasan-kawasan pedalaman setiap tahun berjumlah RM1 bilion. Bermakna itulah sebabnya kita sekarang ini memikirkan solar hibrid, di mana kita gunakan bukan sahaja gen set yang boleh dikuasakan melalui diesel, tetapi juga dari segi solarnya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Machang Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri antara yang mengepalai kementerian dan secara terbuka mengamalkan konsep memberikan laporan kad kemajuan. Saya meneliti projek-projek fizikal Kementerian Pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Ianya tergolong di bawah dua kategori. Pertama ialah di bawah biaya kerajaan. Yang kedua, di bawah biaya PFI, dengan izin. Dari sudut pelaksanaannya, kejayaan pelaksanaannya dari segi delivery system nya itu. Pengalaman setakat ini berdasarkan kepada kad kemajuan yang dinyatakan, success ratenya itu, apakah di bawah peruntukan kerajaan ataupun di bawah biaya PFI, saya hendak maklumat itu dulu. Terima kasih.

Daripada tinjauan kita yang di bawah pengelolaan kita, di bawah kerajaan, di bawah kementerian dan juga bekerja sama dengan pihak JKR, inilah jumlah yang terbesar. Di bawah PFI ianya di bawah Unit Perancang Ekonomi (UPE) kita dan di situ projek-projek yang berimpak tinggi atau high impact project, dengan izin, merupakan satu inisiatif yang dilihat secara menyeluruh mengambil kira bukan sahaja untuk mengurangkan jurang di antara bandar dan luar bandar, membela mereka yang berada di luar, kemiskinan dan sebagainya dalam konteks pendidikan, tetapi ianya diambil kira oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE) dalam semua aspek penyediaan infrastruktur jalan, api kepada masyarakat dan sebagainya. Jadi keberkesanan usaha itu mesti dilihat dalam konteks perancangan EPU bukan Kementerian Pelajaran.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kanowit Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Di kawasan saya di Kanowit masih banyak lagi sekolah mubaligh dan SJK(C). Berkenaan dengan projek fiskal ini, apakah dasar kerajaan terhadap bantuan kewangan untuk membina beberapa blok ataupun classroom bagi murid-murid sekarang adakah kerajaan mempunyai dasar untuk memulakan prasekolah di sekolah-

sekolah ini. Apakah dasar kerajaan mengenai bantuan kewangan terhadap sekolah- sekolah ini? Terima kasih.

Minta maaf Tuan Yang di- Pertua, saya tak dengar tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya pun tak berapa dengar Yang Berhormat Kanowit...

[Ketawa]

Ini berkenaan dengan sekolah mubaligh atau missionary school, ataupun SJK(C) iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina). Di Kanowit masih banyak sekolah ini. Jadi sekarang ini mereka telah mohon kepada saya supaya menyampaikan permohonan ini kepada kementerian untuk bantuan ini sebab kerajaan sudah membuat dasar supaya sekolah-sekolah ini memulakan kelas prasekolah dan mereka memerlukan classroom ataupun blok-blok sekolah. Inilah yang menjadi masalah. Jadi saya ingin penjelasan daripada kementerian. Apakah dasar yang dibuat?

Ini berhubung kait. Terima kasih Yang Berhormat. Ini berhubung kait dengan sekolah-sekolah bantuan modal dan jawapan saya setakat ini ialah khusus kepada sekolah-sekolah di bawah kementerian yang dianggap sebagai sekolah bantuan penuh, dan saya akan jawab kepada isu-isu yang berhubung kait dengan bantuan modal sekejap lagi. Yang Berhormat Kulai telah menyentuh beberapa perkara mengenai sekolah bantuan kerajaan. Antaranya cadangan menjadikan sekolah-sekolah bantuan kerajaan kepada sekolah kerajaan. Perkara yang sama juga disentuh oleh Yang Berhormat Alor Gajah, Yang Berhormat daripada Padang Serai. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Akta Pendidikan 1996 dengan jelas menerangkan status sesebuah sekolah itu. Dalam hal ini kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tanah tapak sekolah yang bukan kepunyaan kerajaan, melainkan pemilik tanah tersebut secara suka rela menyerahkannya kepada kerajaan. Di samping itu banyak aspek lain perlu diberikan perhatian terhadap dasar mengambil alih sekolah berkenaan seperti persetujuan semua ibu bapa, lembaga pengelola dan juga PIBG dan proses pengambilan tanah, penyediaan tapak, pemilihan lokasi yang sesuai serta kos pembinaan infrastruktur, semuanya diambil kira dalam kita hendak memikirkan perkara yang disebutkan. Perkara yang lebih utama dalam hal ini adalah kemampuan kewangan kerajaan untuk melaksanakan semua perkara tersebut. Perlu dijelaskan bahawa masih banyak sekolah kerajaan khususnya di luar bandar seperti saya sebut panjang lebar tadi, dan sekolah-sekolah kerajaan di kawasan- kawasan pedalaman sangat memerlukan perhatian khususnya dari segi pembangunan dan kemudahan fizikal. Namun demikian, setakat mana yang kita mampu, kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap pembangunan sekolah-sekolah sama ada sekolah kerajaan ataupun bantuan kerajaan dan bantuan kerajaan ini merupakan empat kategori sekolah; (i) Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina); (ii) Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil); (iii) Sekolah Mubaligh; dan (iv) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). ■ 2000 Dalam hal ini kementerian memberi peruntukan kepada semua jenis aliran sekolah termasuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan seperti yang dihasratkan oleh Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Padang Serai dan juga SJKT termasuklah SJKT di ladang-ladang seperti yang diharapkan oleh Yang Berhormat daripada Labis. Kementerian Pelajaran sedia menyalurkan bantuan kewangan yang diperlukan dengan tertakluk kepada peruntukan kewangan yang diperuntukkan kepada kementerian kita. Untuk makluman bagi peruntukan belanja mengurus tahun 2008 sahaja, kerana banyak yang disebut berhubung kait dengan belanja pembangunan dan

pembangunan fizikal di mana jumlah di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu RM100 juta. Itu pun dua kali ganda dari jumlah yang telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan. Mereka tidak sebut pula belanja mengurus yang kita belanja untuk sekolah-sekolah bantuan modal ini. Kerajaan telah menyediakan perbelanjaan sebanyak RM1.4 bilion kepada SJKC dan RM552.9 juta kepada SJKT. Kerajaan dengan kerjasama syarikat swasta, itu pun tidak mencukupi...

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

[Bangun]

...Saya tahu dan usaha-usaha seperti usaha untuk berganding bahu dengan GLC, dengan syarikat-syarikat ‘Southern’ untuk mengusahakan dana khas khususnya untuk membantu anak-anak kita di ladang- ladang merupakan satu usaha yang sedang dijalankan sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Yang Berhormat Sungai Siput.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sungai Siput.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tanya, adakah sebarang sekatan dari segi polisi untuk membina sekolah baru SRJK Tamil atau pun Cina, kerana sekarang di negara ini ada satu demographic shift yang besar dengan izin, daripada estet ke bandar-bandar? Dan di bandar, sekolah yang sedia ada adalah terlalu sesak. Jadi ada di antara mereka yang perlu bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Tamil di bandar-bandar. Adakah sebarang sekatan dari segi polisi?

Sebenarnya polisi kita konsisten Yang Berhormat, tetapi dengan syarat mesti ada kemahuan politik daripada semua pihak. Sememangnya kita tahu di bandar-bandar mungkin ada kesesakan, tetapi dalam konteks sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini ada juga yang sekolah- sekolah yang kurang murid. Di mana kalau kita sebut Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sahaja, lapan buah sekolah di mana pelajarnya kurang daripada 10 murid. 58 sekolah pelajarnya kurang daripada 25 murid. 83 sekolah kurang daripada 50 murid. Apa jua pendekatan yang hendak mengambil kira perubahan landskap tadi saya harap bahawa ianya tidak dipolemikkan dan kita sedar dan kita akui bahawa ada beberapa sekolah, khususnya di ladang-ladang yang tidak boleh kita pertahankan kerana jumlah muridnya begitu kecil, dan sekiranya dapat digabungkan saya terbuka untuk menerima apa jua cadangan yang datang daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masalah ini memang kita pun semua sedar dan saya rasa ia tidak boleh diguna sebagai satu alasan untuk tidak membina sekolah baru di kawasan-kawasan yang memerlukannya. Saya ingin tanya, apa yang dikemukakan di dalam Dewan yang mulia ini oleh Yang Berhormat Kulai, adakah pernah dibincang di dalam Kabinet kerana memang beliau adalah menteri Kabinet sebelum penggal ini. Seorang lagi bekas menteri Kabinet dari Alor Gajah juga mengatakan bahawa keputusan pilihan raya baru-baru ini menunjukkan rakyat kita inginkan perubahan. Dan perubahan ini adalah termasuk perubahan dalam dasar pelajaran terhadap SJKC dan SJKT. Saya rasa Yang Berhormat sendiri faham, tahu apakah maksudnya keputusan pilihan raya di mana mereka kalah teruk iaitu MCA dan juga MIC. Itu membawa ada maksudnya, saya rasa sekiranya UMNO peka atau pun...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, biar dia habiskan Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...Saya rasa Yang Berhormat sendiri pun tahu. Jadi Yang Berhormat telah minta maaf mengenai isu keris. Jadi saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat tumpu kepada pelajaran.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya harap [Disampuk]... Apa haiya, haiya Yang Berhormat Sri Gading! Saya rasa adalah penting bahawa rakyat hendak dasar pendidikan diubah supaya betul-betul membina sekolah dan ikut keperluan dan bukan membina sekolah ini sebagai ‘gula’ apabila untuk memancing undi sahaja. Apakah kata Yang Berhormat Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik, duduk Yang Berhormat.

Kata Yang Berhormat Menteri, bahawa dalam 13 hari berkempen boleh mengaburi pemikiran dan mata rakyat. Kata Menteri kita berdiri di hadapan ini untuk memperjelaskan keadaan yang sebenar dan saya gunakan Dewan yang mulia ini untuk menyatakan hakikat, bahawa ada sekolah yang tidak boleh dipertahankan dan pembelaan kita pada semua sekolah mesti dilihat dalam konteks kedudukan sekolah-sekolah secara menyeluruh. Kalau kita tengok dalam konteks sekolah-sekolah kebangsaan sahaja, kalau hendak bandingkan dengan SJKC yang dilaung-laungkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam jumlahnya 1,290 tapi kata Menteri Pelajaran, kita dalam sekolah kebangsaan yang saya terpaksa bertanggungjawab dan memberi pembelaan jumlahnya 5,813. Inilah yang kita beri penjelasan dalam Dewan yang mulia ini bukan gunakan ianya sebagai polemik politik untuk mengapi-apikan dan menakut-nakutkan dan juga menimbulkan persepsi seolah-olah kita menganiayai sekolah-sekolah jenis tertentu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, Yang Berhormat Kota Melaka yang mana bagi?

Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya tentang sekolah yang dipindah dari luar bandar ke tempat yang dikatakan atas permintaan dan juga sesuai. Satu sekolah di Melaka dipindahkan dari Jasin, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chow Mau. Dipindahkan dari Jasin ke Taman Merdeka atau Taman Angkasa Nuri iaitu penduduk ramai di sana perlukan satu sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Semasa pembinaan yang telah di lulus tapak pembinaan sekolah itu di derma oleh pemaju, tetapi kos pembinaan sekolah baru itu semua ditanggung oleh masyarakat Cina dan juga berbilang kaum. Ada juga dari kaum India dan kaum Melayu menderma kepada pembinaan itu, tapi bukan dari kerajaan. Saya amat bimbang bagaimana sekolah ini boleh dikatakan bantuan penuh sebab semua pun serah kepada kerajaan, tetapi kos pembinaan masih lagi tanggung oleh masyarakat. Baru-baru ini sekolah tersebut terpaksa menolak dua kelas murid untuk tingkatan satu kerana tidak cukup bilik darjah dan program mereka untuk menambah bilik darjah ini tidak mampu sebab kutipan derma tidak cukup. Saya mintalah pihak kerajaan akan menanggung semua peruntukan pembinaan tambahan bilik-bilik ini. Terima kasih.

Okey, Yang Berhormat daripada Kota Melaka saya ambil maklum, perkara yang dibangkitkan agak spesifik Sekolah Jenis Kebangsaan Chow Mau. Kalau betul ianya merupakan bantuan penuh maka kita akan tengok dari segi peruntukan yang ada. Dan oleh kerana ianya berkisah kepada isu kesesakan, ada pelbagai pendekatan yang sedang diteliti oleh kementerian sekarang ini termasuk bilik-bilik darjah kabin, yang kosnya tidak begitu tinggi untuk kita dapat menampung keperluan yang mendesak itu. Akan tetapi oleh kerana ianya satu perkara yang spesifik saya perlu kembali kepada Yang Berhormat nanti.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang saya ingat kos extension atau plan extension telah diluluskan, hanya sebab kos untuk pembinaan tambahan bilik ini masih...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Menteri sudah jawab Yang Berhormat.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ya, untuk penjelasan sahaja. Terima kasih.

Saya ambil maklum. Seperti yang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam Yang Berhormat.

Sudahlah, cukup. Nanti tanya. I’m not going...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan, sikit sebelum pergi jauh...

Saya tidak akan pergi ke mana!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk dulu Yang Berhormat.

Biar saya habis dulu Yang Berhormat Bukit Mertajam. Tidak boleh tegur sikit. (cid:1) 2010 Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Kementerian Pelajaran telah menambah pembinaan SJK(C) baru seperti yang diluluskan pada Januari 2008 yang lepas. KPM secara prinsipnya telah meluluskan pembinaan enam buah SJK(C) baru dan pemindahan tiga belas buah SJK(C). Ini soalan Yang Berhormat Bukit Mertajam mungkin hendak tahu daripada segi kedudukan Yang Berhormat daripada Kulai. Sebenarnya permintaan yang diperhalusi itu datangnya daripada pihak Yang Berhormat daripada Kulai pun. Kita melihat kepada permohonan daripada Presiden parti MCA dan lembaga pengelola sekolah berkenaan dalam urusan tersebut dan saya tegaskan di sini bahawa kerajaan telah memenuhi tuntutan dan permintaan yang diberikan. Ini satu jumlah yang begitu besar. Ia bukan merupakan gula-gula seperti yang didakwa oleh Yang Berhormat daripada Bukit Mertajam kerana saya telah pun sebelum itu telah meluluskan beberapa sekolah yang dipindah dan cuma permohonan yang dibawa oleh Yang Berhormat daripada Kulai telah dipersetujui pada masa dan ketika itu.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Malangnya bukan saya yang mengatakan ia merupakan gula. Masyarakat Cina telah menggunakan undi itu mengatakan bahawa ini adalah gula. Satu alasan yang saya rasa tidak boleh diterima Tuan Yang di-Pertua, ialah mengatakan bahawa tidak mampu. Seolah-olahnya kita tidak mampu untuk membina semua jenis sekolah. Oleh yang demikian, ada sesetengah sekolah ataupun SJK(C) dan SJK(T) itu tidak boleh dihulur ataupun diberi bantuan yang sangat limited. Saya hendak bertanya, mengapa kerajaan boleh menggunakan special ‘law’ untuk mendapat dana untuk Formula One? Juga Petronas boleh membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mengadakan satu Orkestra Filharmonik? Mengapa duit ini tidak boleh digunakan untuk membina sekolah termasuk sekolah-sekolah di Sabah dan di Sarawak dan juga di Semenanjung?

Tuan Yang di-Pertua, boleh kita tumpukan kepada apa yang sepatutnya saya jawab dalam konteks pendidikan dan Kementerian Pelajaran.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Mertajam, cukuplah.

Yang tidak ada kena mengena dengan Petronas ataupun F1. Yang penting sekarang di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Peruntukan yang diberikan oleh kementerian ialah peruntukan jumlah yang lebih besar daripada kementerian-kementerian lain.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Belum, saya belum habis Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya belum habis.

Yang Berhormat daripada Bukit Mertajam hanya membangkitkan...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tadi Yang Berhormat Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Belum habis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat boleh bangun kemudian nanti.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Memang menteri tadi tidak tanya sama ada apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kulai itu pernah dibincangkan dalam Kabinet dahulu dan juga apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Alor Gajah itu pernah dibangkit dalam Kabinet dahulu.

Yang Berhormat Bukit Mertajam, duduk dulu.

Itu politik peringkat dasar.

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jawab tadi bahawa permohonan itu datangnya daripada Yang Berhormat Kulai. Dalam hal itu, saya rasa hendak mempolitikkan tiga belas hari masa pilihan raya sudah cukup dah. Hendak cuba mengaburi pemikiran orang di luar sana. Ya, memang keputusan telah dibuat di dalam pilihan raya. Sekarang kita hendak buat kerja. Apa yang kita ada di hadapan kita, jumlah yang agak terhad dan dalam keadaan ekonomi dunia pada hari ini lebih terhad. Jadi kalau masih Yang Berhormat daripada Bukit Mertajam ingin mempolitikkan sesuatu, akhirnya tidak ada sesiapa dapat pembelaan dan saya sendiri tidak dapat balik untuk memastikan kerja saya di kementerian kerana terpaksa berkampung di sini menjawab soalan-soalan politik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam... [Tepuk] Mengenai bantuan kepada sekolah mission...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Machang bangun Yang Berhormat.

Biar saya sentuh sekolah mubaligh ini dahulu ya. Mengenai bantuan kepada sekolah mission seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Alor Gajah melalui peruntukan belanja mengurus, kerajaan memberikan sumbangan kepada semua sekolah sama ada kepada sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan termasuk sekolah mubaligh atau sekolah mission. Peruntukan tersebut merangkumi emolumen dan juga elaun guru. Ini kadang- kadang tidak disebut. Bayaran utiliti, ini lagi tidak disebut. Kawalan keselamatan dan pembersihan kawasan, ini tidak disebut. Pemberian bantuan per kapita, tidak disebut dan peralatan pengajaran dan pembelajaran juga tidak disebut oleh pihak-pihak tertentu bila membincangkan kedudukan sekolah-sekolah jenis kebangsaan kita. Sumbangan ini diberikan berdasarkan bilangan murid, bilangan guru serta gred sekolah tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, khususnya Yang Berhormat daripada Bukit Mertajam, dari tahun 2001 hingga 2006, sebanyak RM3.14 bilion bagi disediakan bagi menampung pembelajaran mengurus sekolah-sekolah mubaligh di peringkat rendah dan menengah di seluruh negara. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan pula, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk disalurkan kepada semua sekolah bantuan. Memang tidak cukup, tetapi kalau kita bandingkan jumlah sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan, Yang Berhormat sendiri boleh kira yang mana yang lebih banyak dari segi jumlah murid dan yang mana lebih ramai dan tumpuan dengan peruntukan yang ada, kita berikan kepada mereka yang betul-betul memerlukannya, tanpa mempolemikkan sesuatu isu itu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sekejap, sekejap, sebentar Yang Berhormat. Duduk dahulu.

Biar saya selesaikan sekolah mubaligh dahulu ya. Walau bagaimanapun, pihak kementerian tidak menetapkan jumlah pecahan peruntukan mengikut aliran sekolah tertentu, tetapi berasaskan kepada keutamaan terutama bagi kes-kes yang melibatkan keselamatan dan keselesaan pengajaran dan pembelajaran. Sehingga 15 April 2008, Kementerian Pelajaran telah

memperuntukkan sebanyak RM21.2 juta kepada sekolah mubaligh bagi projek pembangunan sekolah. Sila siapa tadi?

Machang. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Secara jujur dan secara peribadi, saya boleh melihat komitmen dan kesungguhan kementerian dari segi komitmen kewangan, dari segi komitmen menyediakan prasarana, dari segi political will dan sebagainya. Saya cuma melihat isu pendidikan ini secara objektif. Kepada saya, pada bahu Yang Berhormat Menteri terpikul satu amanah yang cukup besar. Soal masa hadapan anak bangsa. Saya cuba melakukan semakan di sebalik komitmen political will, kewangan, prasarana dan segala macam yang disebut tadi. Saya agak terperanjat ketika meneliti maklumat daripada Asian Development Bank daripada bahagian Statistics and Data System bila memperkatakan bagaimana kaitannya isu demikian banyak pelaburan kerajaan terhadap pendidikan, tetapi rupa-rupanya isu keciciran murid di negara kita masih tinggi Yang Berhormat. Jadi, persoalan saya ini persoalan dasar, persoalan polisi. Kalau boleh saya berkongsi di sini, dinyatakan kemasukan dari sekolah rendah ke sekolah menengah jauh lebih rendah dari jumlah purata negara membangun dalam Asia. Ini persoalan besar. Persoalan masa hadapan anak bangsa yang amanahnya kepada Yang Berhormat Menteri, rakan lama saya dalam Pemuda. Saya hendak sebut misalnya, Taipei, China, 98%. Maknanya dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, kecicirannya sangat kecil. Filipina 77%, saya ambil contoh sahaja. kedudukan nombor lapan, Hong Kong. Kedudukan nombor sembilan, China. Kedudukan nombor sepuluh, Singapura 74%, kedudukan nombor empat belas, Samoa, 66%. Kedudukan nombor enam belas, Mongolia 60%. Kedudukan nombor tujuh belas, Malaysia 59%. Maknanya daripada setiap seratus pelajar yang mendaftar di sekolah rendah, yang hinggap di sekolah menengah nanti cuma tinggal 59 orang, 41 orang lagi cicir. Ini persoalan pokok. Saya tidak meragui kesungguhan politik, visi Yang Berhormat menteri, kesungguhan pemerintah, tidak ada. Soalnya ialah, sementara kita sedar isu di hadapan kita, secara jujur mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan, bagaimana jawapan dan strategi ke arah membantu menyelesaikan masalah yang lebih besar ini? Tolak politik ke tepi dahulu, fokus yang ini. Terima kasih.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Sambungan Yang Berhormat, sambungan Yang Berhormat Machang, boleh? Pontian mohon sambungan.

Biar saya jawab isu keciciran secara jujur dan secara peribadi saya pun bimbang. Jumlah yang ada, angka yang ada kepada kementerian ialah 83,000 yang melibatkan 11 tahun pelajar dan jumlah pelajar lima juta. Jadi dari segi kajian itu, saya tidak tahulah sama ada ia sama rata dengan negeri-negeri lain, tetapi 83,000 daripada 5 juta murid yang daripada angka kita, dianggap cicir. ■2020 Kebanyakan mungkin berada di sistem sekolah yang lain, sekolah-sekolah agama rakyat, berpindah ke peringkat di luar negeri tetapi ini sedang diperincikan. Atas sebab itu baru-baru ini satu Jawatankuasa Khas Kabinet yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri minta kita gubal dan melihat sendiri, dengan izin, second chance, pendidikan dalam konteks vokasional, teknikal dan kemahiran di mana empat kementerian yang terlibat yang secara jujur saya rasa boleh menjadi second netting kepada golongan pelajar-pelajar ini. Isu membuka semula SJK(C) Damansara telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulai dan semasa beliau berada di dalam Kabinet, sudah pun dibincangkan dengan saya panjang lebar dan beberapa cadangan daripada Ahli Yang Berhormat juga diambil kira di dalam perbahasan Titah Diraja melalui pertanyaan lisan, bertulis di sesi ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan memberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya kepada setiap aduan dan pandangan dan juga keluhan, khususnya dalam konteks pemindahan SJK(C) Damansara ini, tetapi janganlah dalam

kita hendak menyelesaikan dan menangani isu ini, kita lupa dari segi perkara-perkara sejarah dan asas-asas sekolah itu ditutup di peringkat awal dahulu. Antara kandungan surat pihak daripada PIBG sekolah dahulu, pada 24 September 1999, permohonan pemindahan berasaskan kepada faktor-faktor berikut: (i) faktor keselamatan – jalan menghala ke pintu masuk sempit dan curam, katanya, manakala tiada tempat yang sesuai untuk meletak kereta dan menurunkan murid- murid. Ibu bapa terpaksa meletakkan kereta di tepi lebuh raya; (ii) faktor kesihatan – pencemaran udara dan bunyi yang teruk yang dihadapi oleh guru dan murid akibat kenderaan melalui lebuh raya yang berhampiran; dan (iii) faktor keselesaan – kawasan yang sempit menyebabkan bilik darjah tidak mencukupi untuk menampung murid yang semakin meningkat dan tiada kawasan untuk aktiviti luar bilik darjah seperti sekolah-sekolah lain. Atas alasan tersebut dan gesaan daripada beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat pada ketika itu termasuklah dalam perbahasan di Dewan yang mulia ini, kementerian telah memberi pertimbangan untuk perpindahan, malah pihak kementerian juga telah membantu mencari tapak baru dan membina bangunan baru sekolah tersebut di Jalan Tropicana yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Pemindahan tersebut mendapat persetujuan penuh PIBG termasuklah memberi surat ucapan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia atas ketelusan pemindahan dan peruntukan yang diberikan. Perkembangan terbaru mengenai desakan membuka semula SJK(C) Damansara memaksa kementerian melihat kepada punca berlakunya desakan yang terdahulu. Secara lazimnya dalam memenuhi mana-mana tuntutan, kementerian sentiasa akan mengkaji implikasi jangka panjang yang dihadapi oleh pihak sekolah, murid-murid sekolah dan para ibu bapa. Oleh yang demikian, pada 2 Mei baru-baru ini saya telah pun minta Yang Berhormat Timbalan Menteri saya untuk meninjau keadaan sebenar dan satu laporan mengenai tinjauan tersebut telah pun diserahkan kepada saya. Sungguhpun terdapat desakan supaya kementerian menyediakan kemudahan pendidikan di kawasan tersebut, asas pertimbangan menyediakan sekolah baru diberi keutamaan kepada tiga aspek yang saya sebutkan tadi – memastikan tapak lokasi sekolah adalah sesuai, memastikan kemudahan tapak binaan mempunyai kemudahan asas seperti jalan masuk, bekalan air dan elektrik, pertimbangan-pertimbangan yang merupakan perkara yang dibincangkan semasa ianya ditutup dahulu dan kalau ada perubahan, inilah yang sedang kita teliti sekarang dan juga membuat perancangan yang teliti bagi memastikan pembinaan sekolah-sekolah mengimbangi keperluan penduduk setempat sebagai langkah mengelak daripada menghadapi masalah sekolah kurang murid. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai memenuhi komitmen yang telah diberikan oleh kementerian, kementerian bersedia menggunakan tapak asal SJK(C) Damansara yang telah berpindah ke Jalan Tropicana untuk pengoperasian sebuah sekolah SJK(C) kurang murid yang difikirkan perlu tetapi pada masa yang sama kita minta semua pihak yang berkepentingan, pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Lembaga Pengelola sekolah sendiri untuk bekerjasama rapat dengan kementerian dan mengambil kira faktor-faktor yang saya sebutkan tadi dalam menanganinya. Cuma kadangkalanya ianya dipolitikkan sehingga perkara ini tidak dapat diselesaikan dan yang jadi mangsa ialah beberapa orang pelajar yang mendapat pendidikan di treler dan satu bangunan sekarang ini dikosongkan, tidak boleh digunakan. Ini merupakan satu political will yang saya akan tangani sendiri tetapi dengan syarat kita ambil kira semua aspek dan sejarah isu ini pada peringkat awal dan komitmen saya tidak berbelah bagi.

Boleh jelas....

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat PJ Utara dan Yang Berhormat Bukit Mertajam. Yang Berhormat Batu.

Ya. Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Pelajaran sama ada SJK(C) Damansara akan dibuka atau tidak sebab tadi jawapan itu seolah-olah memberi latar belakang tetapi tidak memberi satu.. Apakah jawapan tentang komitmen?... [Disampuk] Komitmen itu terbuka atau tidak? Terima kasih.

Saya sudah sebut tadi yang jadi pertimbangan kita ialah sebuah bangunan yang kosong tidak boleh digunakan dan pelajar-pelajar yang sekarang ini belajar dalam keadaan yang tidak selesa. Komitmen saya untuk menanganinya tidak berbelah bahagi dan kita sedang memikirkan cara yang terbaik untuk kita menyelesaikan dan membuka sekolah itu dalam konteks apa yang telah berlaku pada satu ketika dahulu dan kalau kita buka dengan sewenang- wenangnya kerana sebab politik, hendak jadi popular, akhirnya apa yang terpaksa kita lalui dahulu akan berulang. Jadi maknanya komitmen saya untuk menyelesaikannya dan melihat sekolah ini secara totality, dengan izin, secara menyeluruh memang tidak berbelah bahagi dan saya sudah tunjukkan dengan kehadiran timbalan menteri saya sendiri dan saya sudah berjumpa dengan mendiang, seorang yang saya tengok...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Menyampuk]

Maksud menteri ialah...

Apa Yang Berhormat? Bukan saya yang bunuh dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tunggu dulu, Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Dia zalim sampai orang matilah.

Itu orang meninggal dunia pun hendak salahkan Barisan Nasional. .. [Ketawa]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Itu tekanan begitu besar.

Dia meninggal dunia itu tidak ada kena mengena dengan...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...Kerana pressure itu. Tunailah janji sebelum election.

Inilah masalah Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Mertajam, cukuplah.

Kalau semua disalahkan kepada kita, dalam 13 hari, dalam masa kita tidak boleh menjawab, memang boleh tetapi sekarang di dalam Dewan yang mulia ini, berdepan dengan angka, dengan fakta, dengan sejarah, kita beri penjelasan yang sejelas-jelasnya supaya orang ramai tahu apa sebenarnya tindakan yang kita hendak lakukan.

So maksud menteri ialah...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi jalan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Menyampuk]

Sudahlah. Tuan Yang di- Pertua, sudah sejam.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

[Menyampuk]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Bagilah Yang Berhormat PJ Utaralah kerana dia dalam kawasan itu, PJ Utara.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduklah, Yang Berhormat.

Menteri tidak usah layanlah, teruslah. Bagi habislah.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Sistem Penilaian Murid seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, sejajar dengan PIPP 2006-2010, Kementerian Pelajaran berhasrat untuk memperkenalkan sistem pentaksiran yang lebih bersifat holistik iaitu Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Sistem ini diyakini berupaya meningkatkan kualiti murid dari segi bina upaya insan, human capacity building, dengan izin, dalam era globalisasi dan juga melahirkan modal insan yang seimbang. Di bawah konsep SPPK, tumpuan bukan hanya diberikan kepada aspek kognitif, tetapi juga kekuatan dalaman yang boleh memastikan kebolehtidakan iaitu equability; dan kebolehlatihan iaitu trainability; kebolehjayaan atau employability; dan kebolehpasaran atau marketability, dengan izin. Sistem Pentaksiran holistik ini juga memberi tumpuan kepada pemupukan nilai yang menyeluruh, all-rounded values seperti nilai-nilai kreatif, inovatif, kritis, berdisiplin dan berakhlak mulia di kalangan murid-murid kita. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPPK yang dicadangkan ini akan mengurangkan peperiksaan secara berpusat, sebaliknya memperkukuhkan pentaksiran berasaskan sekolah. Dalam sistem pentaksiran baru ini, aktiviti jasmani dan kokurikulum akan ditaksir secara sistematik untuk memberi nilai tambah tentang nilai- nilai semangat berpasukan, bekerjasama dan kepimpinan. Ujian psikometri juga dicadangkan supaya dijalankan di pelbagai peringkat termasuk prasekolah bagi tujuan mendapat maklumat tentang kesediaan bakat, minat dan kecenderungan sahsiah, personaliti, perubahan tingkah laku dan juga kebolehan am murid berkenaan. ▪2030 Ujian rintis sedang dijalankan di sekolah-sekolah pada masa ini manakala projek rintis ujian psikometri pula akan dilaksanakan pada bulan Jun tahun ini dan akan dijalankan sepenuhnya pada tahun 2010. Dengan wujudnya pendekatan sebegini adalah merupakan harapan kita budaya tuisyen, terlalu menekankan kepada peperiksaan akan berkurangan di kalangan murid. Walau bagaimanapun peperiksaan berpusat tetap akan dikekalkan tetapi nisbah pemberatan antara peperiksaan dengan kerja khusus akan dikaji mengikut jenis peperiksaan...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan, Yang Berhormat.

Tidak habis lagi?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri kata akan menjawab soalan tentang kekurangan guru, tetapi saya tidak tahu sama ada sudah sampai atau belum. Kedua, saya hendak minta penjelasan, apakah yang perlu kita buat supaya Kerajaan Barisan Nasional boleh membuka semula SRJK(C) Damansara. Itu, orang sudah mati bolehkah kita...

Tuan Yang di-Pertua, ulang perkara yang sama yang berhubung kait dengan politik. Saya sudah sebut perkara yang berhubung kait dengan...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ini bukan politik, memang orang sudah mati.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat PJ Utara bangun, Yang Berhormat.

Sudah, sudah. Saya tidak mahu sebut yang berhubung kait... Kita sudah beralih kepada psikometri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sila duduk, Yang Berhormat.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Guru, guru.

Guru belum sampai lagi, Yang Berhormat. Sabar... [Ketawa]

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Mohon penjelasan. Pontian. Pontian boleh Yang Berhormat?

Pontian boleh.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Yang Berhormat Menteri, sistem taksiran baru dinyatakan tadi ada pandangan mengatakan bahawa sistem peperiksaan kita sekarang ini menyebabkan ketidakseimbangan kejayaan antara pelajar wanita dan pelajar lelaki kerana sistem pendidikan kita sekarang lebih mirip kepada ketekunan untuk menghafal sehinggakan akhirnya di universiti-universiti lebih ramai pelajar wanita daripada pelajar lelaki. Adakah dalam ketika kita hendak buat taksiran baru ini perkara yang khusus untuk lelaki ini diambil perhatian supaya berlaku keadilan antara lelaki dan wanita dan akhirnya di universiti dan IPTA dan IPTS lebih seimbang di antara wanita dan lelaki. Terima kasih.

Yang Berhormat Pontian, ini merupakan satu fenomena yang berlaku bukan sahaja di negara kita dan kajian-kajian yang dibuat di peringkat antarabangsa dan UNESCO pun menunjukkan bahawa ini merupakan satu fenomena yang juga wujud di negara-negara yang maju. Ia ada berhubung kait rapat. Kalau tadi kita tengok transformasi dan perubahan dalam konteks peperiksaan dan penaksiran, kita juga sedang melihat usaha kita dalam konteks pelan tindakan pendidikan teknikal dan vokasional sebagai satu usaha untuk menarik dan memberi peluang khususnya kepada anak-anak muda lelaki kita yang mungkin memerlukan hands-on trainning dan juga menyesuaikan sedikit sebanyak pengisian kurikulum melalui aliran vokasional tadi dan saya akan sentuh perkara ini sekarang, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kinabatangan yang membangkitkan perkara ini dan Yang Berhormat Pontian tadi melalui PIPP tadi kita akan memperkukuhkan Pelan Tindakan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTPTV). Kementerian telah merancang dan melaksana program pendidikan bagi memastikan murid mempunyai laluan kerjaya yang jelas terutama bagi murid berpencapaian rendah dengan menyalurkan mereka kepada pendidikan vokasional dan juga latihan kemahiran. Usaha ini bermatlamat agar generasi yang kita bekalkan ini mampu berdikari dan berpeluang memiliki pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka. Kemahiran yang ditetapkan meliputi program untuk murid berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah. Aliran teknikal fokus kepada murid yang cemerlang dalam konteks akademik tetapi mungkin tidak terlalu cemerlang dalam konteks kemahiran. Aliran vokasional fokus kepada murid yang sederhana pencapaian akademiknya tetapi didedahkan dengan teori dan kemahiran vokasional dan juga dalam aliran kemahiran murid-murid yang diberi latihan kemahiran bagi memenuhi keperluan guna tenaga negara sebagai pekerja mahir. Usaha ini sedang kita lihat bersama-sama dengan syarikat-syarikat swasta supaya mata pelajaran dan juga pendekatan yang kita gunakan ini sesuai dengan permintaan pasaran semasa. Mengenai PPSMI. Pelaksanaan PPSMI....

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan, sebelum itu.

Sudahlah, cukuplah Yang Berhormat Bukit Mertajam, kalau tidak you seorang sahaja...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sekolah-sekolah vokasional.

Sekolah vokasional, dia cakap, ya.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya rasa ini amatlah penting kerana kita selalu mementingkan kepada pelajar yang cemerlang sahaja. Pelajar yang kurang cemerlang tidak diberi perhatian. Oleh sebab itulah banyak berlaku keciciran.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jadi, saya sokong sepenuhnya untuk memperbanyakkan kelas-kelas ataupun sekolah-sekolah vokasional ini, tetapi ada sesuatu untuk menarik perhatian Yang Berhormat bahawa murid-murid yang kurang cemerlang ini dari segi akademik selalunya bahasa mereka kurang cemerlang. Itulah sebab utama mereka tidak cemerlang dalam akademik. Saya harap boleh mempertimbangkan bahasa penghantaran supaya menggunakan bahasa yang mereka fasih supaya tidak dihadkan kepada bahasa Inggeris sahaja ataupun bahasa Mandarin, bahasa Tamil atau bahasa Melayu sahaja, gunakan bahasa yang mereka pandai. Saya harap Yang Berhormat dapat mempertimbangkan.

Saya pertimbangkan. Pelaksanaan PPSMI seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Permatang Pauh, Kementerian Pelajaran juga sedar serta menjangkakan pelbagai rintangan dan kelemahan yang bakal dihadapi terutamanya pada peringkat awal pelaksanaannya. Ini adalah disebabkan pengajaran di bilik darjah memerlukan perubahan dari segi kemahiran dan amalan serta kemampuan guru-guru kita untuk mengajar menggunakan ICT dan teknologi yang tercanggih. Untuk makluman, pada masa ini pelaksanaan PPSMI baru memasuki tahun ke enam dan KPM pasti bahawa apabila guru yang terlibat telah semakin yakin dan cekap pelaksanaan di bilik darjah akan bertambah mantap. Atas dasar ini kementerian akan menilai semula dan saya sudah umumkan perkara ini dari awal lagi menilai semula kedudukan dasar kita bila cohort yang terakhir yang telah melalui dasar PPSMI hari ini selesai melalui ujian UPSRnya tahun 2008 ini. Saya sebutkan tadi kita baru memasuki tahun keenam dan ini merupakan cohort terakhir yang akan menduduki peperiksaan umum kita. Pada masa yang sama, KPM akan membuat penilaian dan pemantauan terhadap pelaksanaan PPSMI dan baru tadi saya sudah nyatakan selain daripada lima kajian yang dibuat boleh kementerian dan kita lihat tahap pelaksanaannya dua kali setahun dan mungkin Yang Berhormat Bukit Mertajam tidak percaya dengan kajian kita. Saya juga telah minta bahawa pihak-pihak berkepentingan seperti PIBG dan juga persatuan-persatuan guru supaya apabila hujung tahun ini, bila kita buat keputusan kita telah pun mengambil pandangan semua pihak dan keputusan itu bersandarkan kepada fakta dan angka yang jelas melalui peperiksaan UPSR untuk cohort yang terakhir menduduki peperiksaan melalui dasar PPSMI.

[Bangun]

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi siapa, Yang Berhormat sama ada Yang Berhormat Kota Raya atau Yang Berhormat Kulai?

Terserah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Raja.

Yang Berhormat Menteri Pelajaran, Terima kasih. Saya cuma ingin bertanya bila tadi Yang Berhormat menyebutkan bahawa kajian cohort yang terakhir iaitu cohort yang keenam. Bila kita membuat kajian mengenai cohort ini, saya ingat di dalam kajian biasanya kita mesti membandingkan cohort yang menggunakan PPSMI selama enam tahun ini dengan satu lagi kumpulan cohort yang tidak menggunakan PPSMI. Saya harap itulah kajian yang dilakukan, tetapi setahu saya semua sekolah sudah mengimplementasikan dan melaksanakan PPSMI. Jadi, cohort mana yang diambil untuk dibandingkan?

Oklah, sila. ■ 2040

Yang Berhormat Menteri, dalam pelaksanaan PPSMI ini bagi pelajar-pelajar cerdik ini tidak ada masalah, begitu juga dengan pelajar-pelajar Sains Tulen. Namun yang bermasalah ialah bagi pelajar-pelajar lemah.

Dalam satu kajian yang dibuat di kawasan luar bandar di negeri Kedah, didapati kelemahan pelajar adalah nyata. Kelemahan yang kita lihat 37% pelajar Tingkatan 5 tidak faham pun soalan dalam bahasa Inggeris, 43% tidak faham terminologi, 58% tidak dapat mengungkapkan idea. Tidak memahami kemahiran pula, 61.66%. Ini adalah bagi pelajar yang bukan aliran Sains, maksud saya pelajar aliran Sastera yang mengambil Sains dan Matematik. Jadi dalam keadaan begini, kita tidak dapat mencapai hasrat kita untuk tujuan kemajuan Sains dan Matematik tadi dalam bahasa Inggeris. Jadi saya minta kementerian benar-benar timbang benda ini kerana kita tidak mahu apa yang berlaku sebenarnya pengorbanan kepada anak-anak kita terutamanya mereka yang kurang berkemampuan sebagaimana yang saya sebutkan tadi, terima kasih.

Ada kaitan soalan tambahan tadi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pelajaran. Minta maaf kerana ada sesuatu tidak dapat elakkan, saya sudah lewat. Terima kasih kerana telah beri jawapan membenarkan bangunan SJK(C) Sekolah Damansara yang dahulu dibenarkan untuk digunakan semula sebagai sebuah sekolah SJK(C)... [Dewan Riuh] Apa penjelasan yang saya minta seperti yang baru sahaja ditimbulkan, PPSMI. Sedarkah tidak Yang Berhormat Menteri Pelajaran bahawa bagi SJK(C) dan SJK(T) dan juga saya setuju dengan Yang Berhormat yang berkata tadi ada pelajar- pelajar dari luar bandar, memang mereka ada masalah penguasaan bahasa Inggeris untuk memahami Sains dan Matematik daripada Darjah 1 ataupun pada tahap sekolah rendah. Ini kerana mereka telah pun begitu biasa dengan bahasa ibunda sendiri dan apabila mereka masuk sahaja ke sekolah, mereka terpaksa menggunakan satu bahasa yang lain untuk memahami Matematik dan Sains yang merupakan dua subjek yang agak abstrak. Akan tetapi dengan adanya bahasa dalam bahasa ibunda, maka dia mencapai keberkesanannya, itu satu. Yang keduanya tujuan asal bagi PPSMI ini adalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Akan tetapi kebanyakan ibu bapa bagi SJK(C) mereka berhasrat supaya bahasa Inggeris itu ditingkatkan satu subjek mata pelajaran sendiri. Bolehlah kita tambah masa untuk mengajar bahasa Inggeris itu sebagai satu subjek, pada masa yang sama untuk semua aliran SJK(C) SJK(T) dan sekolah kebangsaan, kembalikan kepada bahasa asal. Dengan itu ianya akan membolehkan semua pelajar menguasai Matematik, Sains dan juga bahasa Inggeris dengan baik. Saya rasa itu perlu diambil kira...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Sokong, sokong.

Ini ada tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat bagi Gombak, Yang Berhormat.

Kita kawan lama.

Sila, sila.

Tuan Yang di-Pertua, saya nampak sahabat saya dari Kulai bersetuju dengan beberapa cadangan yang saya kemukakan awal pagi tadi. Saya juga lihat seolah-olah Yang Berhormat bagi Kulai dan Yang Berhormat Menteri ini ada understanding. Dilambung satu soalan menteri jawab dan Yang Berhormat bagi Kulai masuk dalam Dewan, menteri sudah setuju untuk buka balik Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Damansara, terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kulai. Saya hendak bangkitkan soal Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris ini. Apabila dasar ini dilaksanakan pada tahun 2003, kita lihat keseluruhan Jemaah Menteri bersetuju termasuk dari Sembrong dan juga Kulai. Kesemuanya setuju bersungguh- sungguh mendukung dasar yang dibawa oleh rejim Tun. Dr. Mahathir pada ketika itu. Akan tetapi perkara yang hendak saya bangkitkan ialah apakah kita sedar bahawa pada ketika itu dasar yang hendak dilaksanakan ini dibuat secara tergesa- gesa. Walaupun matlamat asalnya ialah untuk anak-anak kita menguasai bahasa Inggeris. Pertama apakah itu pendekatan yang terbaik melalui Matematik dan Sains untuk mengajar bahasa Inggeris. Yang kedua, apakah persiapan dari segi guru latihan untuk menguasai bahasa Inggeris. Sebab kita dapat banyak maklumat pada ketika itu, bukan anak murid tidak

dapat menguasai bahasa Inggeris, tetapi guru ini yang hendak ajar Matematik dan Sains pun tidak boleh menguasai bahasa Inggeris. Yang ketiga, persiapan buku teks dan perkara-perkara yang berkaitannya juga tidak lengkap dan sempurna pada ketika itu. Oleh kerana ada arahan, maka keseluruhan Jemaah Menteri bersetuju. Itu yang pertama. Yang kedua saya hendak tanya apakah jumlah anak-anak kita yang tercicir yang menjadi mangsa akibat dasar yang dibuat secara tergesa-gesa ini sehingga menuntut Yang Berhormat Menteri dan pimpinan UMNO sekarang bersetuju dengan cadangan kita supaya Matematik dan Sains diajar semula dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik.

Saya hendak tanya Yang Berhormat menteri mengapa perkara ini dirombak apakah kerana keputusan pilihan raya umum yang lepas ataupun ada statistik yang lain yang menunjukkan lebih 200,000 anak Melayu tercicir akibat dasar yang dibuat pada tahun 2003.

Terima kasih Yang Berhormat guru Matematik yang saya juga dengar hujahnya pagi tadi. Berhubung dengan PPSMI, di mana kajian yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Kota Raja tadi dan kajian- kajian yang dibuat oleh kementerian pelbagai. Pandangan khususnya daripada ibu bapa di Lembah Klang ini mengharapkan majoritinya dasar ini dikekalkan. Jadi kita sukar untuk membuat satu keputusan sehingga kita dapat angka-angka, fakta yang keseluruhannya dapat membantu kita membuat satu keputusan yang tepat. Untuk pihak Yang Berhormat bagi Gombak untuk menyatakan selepas enam tahun selepas dasar ini digubal dan dilaksanakan mungkin memang mudah untuk mencari pasal dan mencari kelemahannya, tetapi Kerajaan Barisan Nasional berani untuk menerokai satu kaedah yang mempunyai political will. Memang saya setuju masa Jemaah Menteri membincangkannya saya juga pada ketika itu memegang jawatan Ketua Pemuda memikirkan kaedah baru menggunakan notebook melihatkan penjelasan-penjelasan yang diberikan dan melalui komitmen dan keyakinan itulah yang kita laksanakan. Seperti biasa di dalam pendidikan tidak ada satu formula yang boleh menyelesaikan semua masalah dan apa jua keadaan yang kita hendak tinjau, kita hendak teliti tidak kena mengena dengan pilihan raya . Saya sudah maklumkan kepada Perhimpunan Agung UMNO tahun lepas lagi bahawa ini akan diputuskan dibangkitkan bukan oleh Yang Berhormat bagi Gombak tetapi oleh Yang Berhormat bagi Batu Pahat semasa perbincangan kita dalam UMNO. Saya rasakan bahawa masa yang paling wajar ialah apabila cohort yang terakhir telah pun menduduki peperiksaan UPSR inilah kita dapat melihat kepada semua kajian. Sama ada kajian itu datang dari bandar, dari keluarga yang kaya, dari sekolah-sekolah di mana guru-guru sudah siap dan saya tidak yakin bahawa kalau benarlah Yang Berhormat bagi Gombak sebut tadi 200,000 tercicir. Namun apabila saya bangkitkan keseluruhannya daripada lima juta pelajar, kita bimbang tercicir 83,000. Jadi hendak lambung angka-angka dan sebagainya memang mudah tetapi apa jua keputusan kita buat bersandarkan kepada kajian-kajian penelitian dan ikut jangka masa yang sesuai dan juga wajar...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Bangun]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Bangun]

[Bangun]

Hendak minta satu penjelasan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Saya sudah nyatakan tadi..., saya belum habis lagi. Pandangan daripada Yang Berhormat bagi Kulai saya setuju sangat penguasaan bahasa Inggeris tidak ada lambung dan mengenai Sekolah Damansara tadi saya nyatakan komitmen untuk kita bekerjasama rapat dengan PIBG, komitmen untuk kita lihat keadaan sebenarnya. ■2050

Apabila kita buat keputusan itu, ia bersandarkan kepada kerjasama Yang Berhormat sendiri tahu telah pun kita bincangkan sebelum ini. Dalam hal bahasa Inggeris ini saya juga telah maklumkan dalam pertimbangan kita untuk dasar PPMSI ini suka tidak suka, penguasaan bahasa Inggeris dengan memperkukuhkan mata pelajaran bahasa Inggeris mesti dilakukan. Kita akan lakukan melalui mewujudkan satu institusi atau kita khususkan satu IPG institut dan guru khas untuk guru-guru bahasa Inggeris. Kita akan lihat kepada kurikulum bukan English literature tetapi literature in English, mengurangkan waktu mungkin daripada mata pelajaran-mata pelajaran yang sedia ada untuk mengambil kira penekanan kepada bahasa Inggeris ini. Kalau tidak cukup guru kita juga boleh buka untuk memikirkan guru-guru yang datang daripada luar untuk sementara waktu. Kita juga akan kaji alat-alat yang sedia ada untuk memastikan bahawa selepas enam tahun masanya sesuai kerana cohort telah pun melalui semua peperiksaan PMR sudah tiga cohort , SPM sudah mungkin dua cohort. Saya rasa dengan kajian yang sedia ada kita boleh membuat keputusan selepas mendapat pandangan-pandangan daripada semua pihak termasuk daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Mengenai guru Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat.

Tidaklah, tinggal 10 minit lagi ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Tadi dia janji hendak bagi.

Satu, cukuplah.

Ini tidak, sebab pagi tadi apabila timbalan menteri menjawab salah satu persoalan yang dibangkitkan berhubung dengan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris ialah tender peralatan yang diberikan kepada sebuah syariat yang mencecah angka RM2.21 bilion. Pagi ini wakil Kementerian Pelajaran gagal menjawab dan berjanji menteri akan jawab siapakah yang mendapat tender dan projek yang mencecah angka yang begitu besar.

Saya tidak ada satu syarikat dan kita akan umumkan apabila saya mendapat maklumat tepat. Setakat ini yang saya tahulah secara peribadi, ‘Time’ dan..., saya bimbang nanti apabila sudah sebut dalam Dewan ini tidak tentu. Nanti saya, esok saya akan berikan. Tiada benda yang hendak disembunyikan dalam syarikat yang mendapat projek, kontrak untuk PPSMI ini. Kekurangan guru sudah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rantau Panjang bangun Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua saya minta hendak gulung tinggal satu dua perkara. Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Minta.

Sudah satu jam setengah Yang Berhormat hendak lari apa lagi. Kementerian Pelajaran Malaysia akan sentiasa memastikan jawatan guru yang diperuntukkan setiap tahun memenuhi keperluan berdasarkan bilangan murid dan penambahbaikan saiz kelas. Kekurangan guru seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kulai wujud bukan sahaja di SJK(T) tetapi juga di sekolah-sekolah lain. Walau bagaimanapun ini bukan asalah sementara akibat kewujudan jawatan baru dalam Anggaran Belanja Mengurus ABM 2008 Kewujudan jawatan tambahan tersebut bertujuan meringankan tugas guru di samping meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan norma perjawatan baru yang diluluskan oleh Kabinet pada 12 Julai 2006 iaitu 1.7 guru per kelas.

Kementerian berkeyakinan masalah kekurangan guru ini akan dapat di atasi secara berperingkat-peringkat dan dijangka akan dapat diselesaikan sepenuhnya pada tahun 2012. Pelaksanaan norma perjawatan guru dibuat secara berperingkat-peringkat ini mengambil kira pelbagai faktor khususnya sumber bekalan guru terlatih mengikut opsyen keperluan guru di sesebuah negeri. Di samping itu bagi jawatan melibatkan tugas-tugas khas, formula berbeza di luar norma diguna pakai sebagai tambahan jawatan guru seperti pengetua, penolong kanan, guru media, guru pemulihan, kaunselor dan guru amali. Pada masa yang sama, kementerian sedang mengkaji keperluan untuk mengubah suai formula pembekalan guru untuk memastikan guru untuk memastikan perbekalan yang lebih komprehensif dapat diguna pakai. Antara cadangan yang dipertimbangkan adalah penggunaan formula pembekalan guru mengikut nisbah guru dan murid. Namun syor ini sedang diteliti secara terperinci untuk memastikan ia benar- benar dapat memberikan jumlah yang tepat; di samping bersesuaian dengan senario pendidikan negara seperti faktor kewujudan banyak sekolah kurang murid atau SKM. Mengenai guru sandaran yang tidak terlatih, Kementerian Pelajaran telah meluluskan pengambilan GSTT berdasarkan kekosongan semasa untuk mengatasi masalah kekurangan guru di SJK(C). Bagi tahun 2008 sahaja, sejumlah 3,095 GSTT telah diluluskan bagi mengisi kekosongan jawatan di sekolah-sekolah berkenaan. Keputusan ini dibuat bersandarkan jumlah kekosongan di setiap negeri sehingga 31 Januari 2008. Kementerian sentiasa mengambil pelbagai langkah dalam menangani masalah guru terlatih dalam pelbagai opsyen di seluruh negara termasuklah SJK(C) dan SJK(T) dan ini telah pun dijawab dengan panjang lebar pada 12 hari bulan ini juga oleh timbalan saya di Dewan yang mulia ini. Kementerian telah melatih guru-guru dengan pelbagai mod latihan perguruan KDPN, LPBS, KPLI, program-program ijazah pendidikan.

Minta laluan.

Biar saya selesaikan ini dahulu. Program ijazah sarjana muda, pelajar cemerlang atau PPC. Semua ini diambil kira dalam kita hendak memastikan bahawa keperluan guru akan dapat sentiasa dipenuhi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Raja.

[Bangun]

Rantau Panjang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Rantau Panjang. Minta maaf.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat menteri. Saya ingin tahu tentang formula penghantaran guru ke sekolah-sekolah agama rakyat. Oleh sebab kita dapati ada sekolah-sekolah yang menerima guru daripada kementerian tidak mengikut keperluan sekolah sebenarnya, maknanya tidak mengikut keperluan subjek pelajaran yang diperlukan di sekolah berkenaan. Jadi saya hendak tahu formula yang digunakan dan saya ingin tahu juga dasar kerajaan dari segi bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama yang sangat-sangat diperlukan sama seperti sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang lain. Minta penjelasan.

Sekolah agama ini boleh?.

Tambahan, tambahan.

Tambahan?, sama?.

Soalan tambahan ini sama. Dalam sekolah agama rakyat, guru-guru ada dikatakan guru-guru sekolah agama rakyat akan di integrasikan sebagai sebahagian daripada guru Menteri Pelajaran. Bilakah ini akan direalisasikan. Terima kasih.

Oleh kerana perkara ini tidak dibangkitkan dalam perbahasan Titah Diraja, angka-angkanya.

Bukan, saya bangkitkan dalam.

Tidak mengapa, saya akan jawab Yang Berhormat Batu. Angka-angka yang agak spesifik tidak ada bersama-sama dengan saya. Dalam konteks sekolah-sekolah agama rakyat yang merupakan sekolah- sekolah swasta yang dibezakan dengan sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan yang merupakan sekolah-sekolah bantuan modal sama juga dengan SJK(C), SJK(T) dan juga sekolah-sekolah Mubaligh Malaysian School. Guru-guru kita mendapat bantuan dan juga pulangan sama sahaja seperti guru-guru yang lain. Cuma sekolah-sekolah agama rakyat yang dikategorikan sebagai sekolah swasta statusnya dan keperluan yang diperlukan kita tengok dalam konteks tumpuan yang diberikan sekolah-sekolah yang dianggapkan sebagai guru-guru Menteri Pelajaran tadi. Di mana dengan apa yang ada tadi, kita perlu memberi keutamaan kalau tidak Yang Berhormat daripada Bukit Mertajam akan membangkitkan perkara yang sama yang diulang-ulang kali dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini di mana guru-guru tidak mencukupi. Akan tetapi saya setuju dari segi unjuran, dari segi keperluan, dari segi norma jawatan kita sudah pun mendapat keputusan-keputusan daripada Jemaah Menteri dan ianya mesti memenuhi dan dapat sampai kepada sasaran yang diperlukan di sekolah- sekolah berkenaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat satu minit sebelum kita tangguh Yang Berhormat.

Kerajaan juga memandang serius terhadap kebajikan para guru seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tawau. Pelbagai usaha dan tindakan telah dirancang dan dilaksanakan bagi memastikan guru berada dalam keadaan yang selesa. Kementerian Pelajaran terus berusaha memastikan kebajikan guru terus terbela. Oleh yang demikian dalam usaha memartabatkan profesion perguruan kerajaan telah menyediakan pelbagai strategi; antaranya termasuklah memberi pelbagai insentif, skim gaji, gred jawatan yang bersesuaian. Dari tahun 2005 hingga April 2007, seramai 40,006 orang guru telah berjaya dinaikkan pangkat. Di samping itu syarat untuk dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat supaya guru cemerlang dari DG41, 44, 29 ke 32 telah dipendekkan daripada tujuh tahun perkhidmatan kepada lima tahun. Ini akan membolehkan guru-guru yang kompeten dan berprestasi cemerlang berpeluang untuk dinaikkan pangkat dengan lebih cepat Pada tahun 2008 sebanyak 23,767 jawatan di naik taraf dan jawatan baru kenaikan pangkat telah diwujudkan untuk sekolah-sekolah menengah yang mempunyai tingkatan enam dan sekolah menengah yang mempunyai enrolmen murid 1,750 orang dan ke atas. Jawatan tersebut melibatkan jawatan pengetua, penolong kanan, penolong kanan petang, guru kanan, guru akademik. Jumlah tersebut meliputi 1,949 bagi jawatan gred DG52, 3739 gred DG48 di antara 18,079 gred DG44. Tuan Yang di-Pertua, saya ambil kira.

Ada satu.

Bahagian-bahagian lain yang dibangkitkan. Masa pun sudah tidak mencukupi, saya ucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang menjawab dalam perbahasan kita.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Macam mana.

Ada satu lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Masa tidak mencukupi.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sambung esok.

Sambung esok.

Insya-Allah banyak lagi ruang untuk kita bincangkan dalam.

Satu lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Cukuplah Yang Berhormat.

Konteks pendidikan negara sama ada keselesaan negara, apabila kita bincangkan separuh.

Soal pendidikan yang cukup besar dan penting bagi anak-anak bangsa.

Saya sudah bagi tahu Yang Berhormat daripada Gombak banyak lagi masa untuk dibangkitkan perkara-perkara yang perlu dibangkitkan.

Bukan senang untuk menteri dapat hadir.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sudah... [Ketawa]

Saya tidak akan ke mana dan perkara-perkara yang dibangkitkan dalam perbahasan Titah Diraja telah pun secara keseluruhannya saya menjawab, yang lain mungkin...

Ada.

Perkara-perkara spesifik.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Menjawab.

...Saya akan mengambil kira dan akan memastikan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Awal-awal lagi sudah kemukakan soalan.

Itu sahaja Tuan Yang di- Pertua.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Guru pemulihan sampai sekarang tidak cukup macam mana? Sekolah yang memerlukan ketika. Macam mana?.

Kita mengucapkan terima yang tidak terhingga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana masa pun sudah pukul 9. Sekian terima kasih.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jangan lari.

Sambung esok Yang Berhormat boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sila duduk Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Macam mana?.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 15 Mei 2008. Dewan ditangguhkan pada pukul 9.04 malam.