Dewan Rakyat · 28 May 2008
15th Parliament, session 1, meeting 1 · 959 turns · 46,787 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2007) 2008 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.2) 2007 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2007) 2008 dan Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua 2007 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua ] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2007) 2008 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.2) 2007 Jawatankuasa — Maksud B.1, B.7 [Jadual] – Maksud P.6 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2007] –Bill
Kepala B.1, B.7 dan P.6 di bawah Jabatan Perdana Menteri. Saya minta Menteri untuk menyambung semula penggulungan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma ada sedikit saja lagi. Yang Berhormat daripada Rasah ada bangkitkan berkenaan dengan soal biasiswa yang telah pun diberikan oleh JPA. Jadi, ingin saya nyatakan di sini iaitu penawaran biasiswa JPA kepada pelajar- pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia, SPM 2007 untuk Program Ijazah Luar Negara (PILN) dibuat berdasarkan kepada kriteria berikut: (a) Kelulusan - 70%; (b) Kegiatan Kokurikulum - 10%; (c) Latar belakang keluarga - 10%; dan (d) Prestasi temu duga - 10%. Pelajar cemerlang termasuklah yang telah mendapat keputusan 11A1 atau 12A1 akan memperoleh hanya 70% daripada keseluruhan markah untuk melayakkan mereka mendapat biasiswa JPA. Selain pencapaian akademik, pelajar perlu mendapat Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2008
markah yang tinggi bagi kesemua kriteria yang ditetapkan untuk berjaya ditawarkan biasiswa tersebut. Ini bermakna pelajar perlu terlibat secara aktif dalam persatuan dan aktiviti ko-kurikulum termasuk memegang jawatan dalam persatuan di sekolah. Prestasi pelajar semasa sesi temu duga juga diambil kira selain latar belakang ekonomi keluarga di mana kedua-dua aspek ini diberikan peruntukkan 10% setiap satu. Pada tahun ini, seramai 15,220 pelajar lepasan SPM 2007 yang cemerlang telah memohon biasiswa di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan daripada jumlah tersebut, hanya 7,282 pelajar di panggil untuk temu duga. Berdasarkan kepada kemampuan kerajaan, hanya 2,000 biasiswa sahaja disediakan untuk PILN tahun ini. Oleh kerana bilangan biasiswa yang ditawarkan adalah terhad sedangkan bilangan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2007 adalah terlalu ramai, maka tidak semua pelajar cemerlang termasuk mereka yang memperoleh 11A1 atau 12A1 berjaya memperoleh biasiswa JPA. Biasiswa JPA sememangnya berdasarkan merit mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Pembahagian biasiswa mengikut kaum adalah adil dan pada tahun ini bilangan biasiswa untuk bumiputera adalah sebanyak 1,100 dan untuk bukan bumiputera adalah sebanyak 900 daripada 2,000 tadi. Jadi nampaklah nisbahnya itu ialah 55:45 begitulah. Untuk membantu pelajar-pelajar cemerlang...
Penjelasan.
[Bangun]
Penjelasan. Dia tak bagi Yang Berhormat.
Untuk membantu pelajar-pelajar cemerlang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, kerajaan telah membuat keputusan bahawa mulai tahun 2008 semua pelajar lepasan SPM 2007 yang memperoleh 9A dan ke atas akan ditaja oleh kerajaan melalui JPA ke tingkatan enam sekolah bantuan penuh kerajaan dan di pusat-pusat matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan termasuk pusat-pusat asasi di IPTA. Di samping itu kerajaan telah bersetuju supaya JPA memberikan tajaan kepada pelajar-pelajar yang mendapat tempat mulai tahun satu di universiti-universiti bertaraf Ivy League dan setara di luar negara. Pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendapat tawaran tahun satu untuk kursus-kursus yang diiktiraf di kampus cawangan Monash University, Nottingham University, Swinburne University dan Curtin University of Technology di Malaysia akan juga ditawarkan biasiswa untuk pengajian ijazah pertama.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri saya menyambut baiklah kerana bilangan atau nisbah bumiputera dan bukan bumiputera akan berubah kerana pada dulunya tawaran biasiswa JPA kepada pelajar-pelajar yang belajar di luar negara hanya 20% kepada bukan bumiputera. Untuk mereka yang dalam negeri hanya 10% kepada bukan bumiputera. Saya ingin mendapat perhatian daripada Yang Berhormat Menteri, dalam Sin Chew Jit Poh atau Sin Chew Daily hari ini, ada seorang bapa yang menulis artikel ini yang title nya, “Anak, bukan awak tak cinta negara”.
Anak perempuan dia mendapat 11A1. Dia pun merupakan...
Yang Berhormat, ini kes spesifik Yang Berhormat.
Ini berkenaan dengan biasiswa itu juga.
Yang Berhormat boleh menulis kepada menteri.
Dia ditawarkan biasiswa oleh Singapura, Economic Development Board of Singapore, ditawarkan biasiswa. Bapanya beritahu
dia, jangan pergi ke Singapura, pastinya awak akan dapat biasiswa dari JPA tetapi dia tidak dapat.
Baik.
Dia perlu diganti rugi lagi, bayar kepada Singapura kerana menolak biasiswa tetapi dia tidak mendapat juga. Dia adalah, kokurikulum semua bagus, mengapa dia tidak dapat?
Baik Yang Berhormat.
Memandangkan hanya lebih kurang 2,000 sahaja biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang ini.
Yang Berhormat, baik Yang Berhormat.
Bolehkah semua 2,000 ini disenaraikan di dalam satu website supaya mereka yang tidak dapat itu...
Tuan Pengerusi.
Cukuplah Yang Berhormat.
Mereka percaya bahawa mereka tidak dipilih bukan kerana faktor-faktor yang lain tetapi kerana mereka tidak mematuhi syarat- syarat.
Saya sudah faham.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi di peringkat awal saya menjawab tadi kita kata kita ada empat, A, B, C, D, 70% itu kepada keputusan. Jadi kalau macam 11A1, 12A1 memang cemerlang, tetapi mengikut sistem sekarang, dia dapat penuhlah 70% itu tetapi ada tiga lagi. Kalau Yang Berhormat kata dia punya ko-kurikulum bagus, okeylah ada dua lagi, temu duga dan juga latar belakang dia. Sebab itu cadangan yang baik daripada Yang Berhormat dari Gombak mencadangkan kepada kerajaan supaya bagi mereka yang betul; kita definisilah apa itu cemerlang. Mungkin kalau 11A1 pun, sudah ramai juga yang dapat 11A1 mungkin kita 12A1 cemerlang. Kalau 12A1 cemerlang tidak usah fikir lagi, bagi. Jadi sebab itu macam Gombak punya cadangan saya setuju. Saya akan bawakan perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab supaya cadangan Gombak semalam mengatakan iaitu kalau top achieves, kita define, takrifkan apa itu top achieves, 12A1, yang itu we cannot punish the student kalau sekiranya bapa dia kaya. Jadi kalau maknanya seolah-olah walaupun dia cerdik tetapi kerana bapa kaya itu merupakan satu hukuman yang saya kira juga tidak adil kepada pelajar itu yang telah mendapat keputusan yang baik...
Mohon mencelah, menteri.
Jadi Yang Berhormat dalam kes seperti ini saya sendiri pun tidak tahu, mungkin ditolak atas dua sebab yang lain tetapi walau bagaimanapun Yang Berhormat boleh menghubungi saya dan kita cuba perbetulkan apa yang mungkin. Saya pun tidak tahu detail dia, mungkin ada sebab- sebab yang lain ditolak. Walau bagaimanapun, kalau Yang Berhormat bawa kepada saya, saya boleh dapat detai nya mengapa dia tidak mendapat biasiswa daripada JPA.
PJ Utara.
PJ Utara.
Pontian daripada malam tadi mohon mencelah.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Sila duduk Pontian.
Sebenarnya bukankah masalah- masalah ini timbul kerana biasiswa-biasiswa sekarang ditawarkan pada peringkat SPM dan bukan pada peringkat STPM ataupun Matrikulasi sebab yang penting sekali bagi saya adalah kebolehan penuntut tersebut mendapat tempat di universiti-universiti yang terkenal seperti Ivy League dan yang lain supaya dia dapat biasiswa. Kalau tidak dapat tempat di sana, boleh jadi biasiswa tidak ditawarkanlah. Namun pada masa ini saya dapat banyak surat daripada penuntut-penuntut seperti satu orang dari Encik Lim Ze Pang, dia kata dia dapat tempat di Oxford, belajar matematik dan sains. Ada kawan dekat sebelah sana pun ada universiti-universiti itu juga tetapi tidak dapat JPA scholarship. Ada satu lagi diterbitkan dalam surat khabar The Star. Nama dia, Lee Jia Hui, dia masuk Harvard dia masuk Princeton, Dartmouth, Cornell semua dapat tetapi masih tidak dapat JPA scholarship. So bagi saya kriteria universiti yang dapat menerima penuntut-penuntut lebih penting daripada keputusan semasa SPM.
Tuan Pengerusi, saya tidak tahu masa saya jawab tadi Yang Berhormat baru masukkah? Sebab saya sudah kata di samping itu kerajaan telah bersetuju supaya JPA memberikan tajaan kepada pelajar- pelajar yang mendapat tempat mulai tahun satu di universiti-universiti bertaraf Ivy League dan setara di luar negara. Jadi saya kita Harvard itu Ivy League lah jadi saya sudah jawab, memang kita akan...
Dia sudah di rejected.
Tidak apalah, bila kita sudah setuju, merayulah sebab saya sudah sebut di sini, Yang Berhormat boleh quote saya dalam Dewan lah. Ada menteri sudah cakap siapa yang dapat tempat mulai tahun satu di universiti bertaraf Ivy League kita bersetuju untuk beri pinjaman ini, bersetuju supaya JPA memberikan tajaan. Jadi kalau ada kes-kes tertentu saya ingat Yang Berhormat rujuk balik kepada JPA. Tumpat.
Pontian, daripada malam tadi.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya senantiasa mengikuti...
Tidak adil ini.
Jawapan dan ulasan daripada Yang Berhormat Menteri dan menganggap adalah amat kadangkala memuaskan kita dan insya-Allah jika ada peralihan kerusi secara besar-besaran nanti, Yang Berhormat akan kekal di tempat duduk yang sama. Tuan Pengerusi, saya mengikuti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat dari Bukit Mertajam tadi tentang tawaran daripada negara-negara luar kepada anak-anak kita yang cemerlang. Saya fikir ini sesuatu yang perlu kita berikan perhatian, memandangkan hubungan antarabangsa kita, walaupun sesama jiran kadangkala agak tidak berapa lunak dan tegang. Oleh sebab itu, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya memikirkan bagaimana untuk mengurangkan seboleh-bolehnya anak-anak kita yang cemerlang ini seolah-olah dibeli oleh negara-negara asing. Oleh sebab itu jika ianya ditawar atas nama Asia mungkin boleh kita terima; tetapi atas nama negara-negara jiran mungkin ianya mempunyai kesan negatif yang strategik kepada masa depan negara kita. Jadi adakah kerajaan bercadang pertamanya untuk mencuba seboleh- bolehnya supaya tidak berlaku lagi keadaan ini dan keduanya mewujudkan suatu rekod, suatu daftar anak-anak kita yang menerima bantuan atau biasiswa daripada Singapura, Amerika atau United Kingdom, supaya kita mengetahui bahawa mereka ini adalah orang yang telah mendapat manfaat daripada negara asing.
Baik Yang Berhormat.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi, boleh saya mohon sambung?
Hendak bagi Pontian Yang Berhormat?
Yang Berhormat dapat gambar saya bagi tadi? Okey, tidak payah bayar. Sebab itu dia puji saya. Ya, saya setuju iaitu saya rasakan kita mesti mencemburui, Malaysia mesti mencemburui warga mereka yang cerdik dan kita jangan lepaskan mereka kepada negara-negara lain. Oleh sebab itu saya bersetuju supaya Yang Berhormat kalau boleh saya membantu dalam kes yang berkenaan itu kita akan cuba menyelesaikan masalah beliau. Pontian.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mohon mencelah sejak malam tadi akhirnya dapat. Tanda aras biasiswa saya telah sebut semalam dalam ucapan dan terima kasihlah kerana disokong oleh Gombak, Pasir Mas dan juga Rasah. Saya ini penerima biasiswa JPA sebenarnya dan saya rasa prinsip adil patut dikenakan iaitu memberikan sesuatu kepada yang berhak. Pada pandangan saya 10% weightage kepada latar belakang itu, itu adalah kecil. Sepatutnya weightage diberikan kepada keluarga mungkin 14% dan mungkin hanya 6% untuk temu duga. Itu satu perkara, kerana anak-anak yang miskin dan bijak, ramai lagi yang patut kita bantu. Kedua ialah jumlah hanya 2,000 biasiswa itu terlalu sedikit daripada jumlah yang memohon dan yang layak. Jadi pada pandangan kita eloklah kerajaan memikirkan untuk mungkin menjadi 5,000 atau lebih daripada itu. Terima kasih.
Pulau Pisang okey, sudah selesai?
Yang Berhormat, kena jawabkah?
Saya sudah sebut tadi dalam jawapan saya, berdasarkan kepada kerajaan hanya 2,000 biasiswa, kemampuanlah itu. Yang Berhormat kalau kita mampu, bukan setakat 2,000; 20,000 pun kita beri. Jadi masalah dia kemampuan kita. Sampai waktu masa kita rasa mampu kita akan beri lebih. Kemudian soal...
Takkan kerajaan BN mampu sedikit sangat?
Belajarlah, ada baca Dewan Rakyat punya ini? Baca dulu ya, jangan bangun-bangun macam itu. Jadi yang keduanya, Yang Berhormat kata yang berhak dapat. Pinjaman tajaan kerajaan bukan satu hak ia merupakan privilege. Jadi oleh sebab itu tidak siapa boleh katakan dia berhak untuk menerima.
Saya ingin menyatakan iaitu saya tidak bersetuju dengan Yang Berhormat Pontian yang mengatakan iaitu bahawa weightage kepada latar belakang 10% itu tidak mencukupi. Saya rasa untuk berlaku adil, kita tidak boleh hukum pelajar. Kalau dia cemerlang, datang daripada keluarga yang kaya, jangan kerana ibu bapa dia dihukumkan. Kita membuat kerja yang tidak cerdik kalau orang yang pandai kita hukumkan kerana ibu bapa dia kaya. Itu tidak boleh. Kalau kita mengejar kecemerlangan, Malaysia mengejar kecemerlangan, ini bukan soal sama ada dia datang dari keluarga miskin. Keluarga miskin tetap kita beri juga, tetapi jangan sekali- kali kita hukum pelajar semata-mata ibu bapa dia kaya.
[Bangun]
Ya, Pengkalan Chepa.
Terima kasih. Saya ingin tahu dahulu kerajaan mengambil tindakan kepada siswazah-siswazah kita yang menyambung pengajian di luar negara, khususnya di Britain. Yang lama bekerja di sana tidak balik diambil tindakan, tetapi selepas itu saya dapat tahu kerajaan membenarkan pelajar-pelajar itu buat kerja di sana sehingga satu masa. Jadi berapa ramai yang dibenarkan dan berapa ramai yang diambil tindakan?
Tuan Pengerusi, saya tidak ada jumlah seperti Yang Berhormat ingin, tetapi saya percaya pegawai saya ada di belakang. Dia akan berilah jawapannya. Namun di satu masa dahulu kita sebenarnya membenarkan juga untuk mereka bekerja di luar.
Pertama, sudah tentu disabitkan kerana mereka mendapat pekerjaan yang bayarannya lumayan. Jadi yang keduanya, sudah tentulah kita membenarkan mereka itu untuk mencari pengalaman. Insya-Allah selepas beberapa tahun dia bekerja, dia pulang ke Malaysia, maka kita akan dapat aset yang ada added value. Jadi saya rasa untuk membenarkan mereka bekerja buat beberapa ketika tidak mengapa, kerana sedikit sebanyak mengatasi juga masalah kita punya pengangguran. Dia sudah ada kerja, tetapi akhirnya saya percaya dengan pengalaman yang dia ada, dia pulang ke Malaysia, dia akan jadi satu aset yang mempunyai value added terhadap diri dia.
[Bangun]
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin menyatakan bahawa mesyuarat sekarang ini pada peringkat Jawatankuasa dan saya ingin ingatkan bahawa perkara-perkara dasar tidak sepatutnya dibawa dalam peringkat Jawatankuasa. Ya, Ipoh Barat.
Ya, dengan khusus. Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, boleh beritahu saya ada bangkitkan perkara ini dulu tetapi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa kajian akan dibuat. Perkara yang khusus adalah di mana biasiswa dibagi kepada murid-murid yang tidak menjalankan pelajaran non-critical courses. Kenapa ia diberi seperti mempelajari undang-undang di luar negara, kenapa dia dibiayai? Dan begitu juga kursus-kursus yang lain. Hanya saya berpendapat jika kursus-kursus itu ada di negara kita ini, kenapa mereka perlu dihantar ke luar negara? Kalau kita hantar untuk critical courses, saya faham. Itu nombor satu. Nombor dua berkaitan dengan Parlimen, Dato’ Menteri, ini mengenai gazet. Dua tahun yang lepas semua Ahli Parlimen tidak diberi Government Gazette, walaupun dari segi undang-undang, mereka perlu diberi. Apakah terjadi kepada Government Gazette ini?
Tuan Pengerusi, government gazette itu saya akan check. Saya akan beritahu kepada Yang Berhormat. Yang keduanya, kita tidak boleh walaupun ada menghantar wang ke luar negara, tidak boleh kita put in one basket, satu critical subject sahaja kita hantar. Kita juga, Yang Berhormat pun tahu kadang-kadang Yang Berhormat pun tidak puas hati dengan hakim. Kalau hakim itu merupakan kita langsung tidak peduli dan kita tidak hantar juga orang-orang kita untuk belajar law di luar negara, dia akhirnya akan merugikan kita. Tidak ada masalah, saya ingat kita boleh hantar belajar ke luar negara untuk critical subjects tetapi sedikit sebanyak kita hantar untuk law, katalah yang lain-lain. Saya ingat itu tidak menjadi satu perkara yang membebankan kita, sebab nanti kalau kita hanya memusatkan perhatian kepada doktor sahaja, kepada engineer sahaja, inilah satu hari nanti mungkin kita akan menghadapi masalah hakim yang tidak ada kualiti. Jadi sebab itu saya rasa kita kena imbang. Tidak banyak. Walaupun sedikit tetapi kita kena juga hantar mereka untuk subjek-subjek yang tidak dianggap sebagai kritikal....
[Bangun]
Yang Berhormat, saya sudah habis sebenarnya.
Ya. Boleh habiskan, Yang Berhormat.
Sudah tidak ada.
Tidak ada?
Saya mahu menerima jawapan sahaja. Jadi terima kasih banyak-banyaklah.
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,630,000 untuk Maksud B.1 dan
RM60,000,000 untuk Maksud B.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM1,630,000 untuk Maksud B.1 dan RM60,000,000 untuk Maksud B.7 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk Maksud P.6 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2007 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P.6 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2007.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2007) 2008 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.2) 2007 Jawatankuasa — Maksud B.12 [Jadual] – Maksud P.10 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2007] –Bill
Kepala Bekalan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahas. Ipoh Barat.
Tuan Pengerusi, sebelum saya masuk ke topik yang berkenaan, patut diberitahu bahawa walaupun kita membahas perkara- perkara yang berkaitan dengan Belanjawan tetapi semua ini telah dibelanjakan oleh kerajaan.
Tidak apa Yang Berhormat, itu proses..
Ini mustahak.
Itu proses Supplementary Budget, Yang Berhormat.
Ada berkaitan kerana wang ini telah pun digunakan. Academic exercise, kalau di mahkamah dia kata tidak perlu dibawa kes seperti itu. We are wasting our time.
Saya serahkan kepada Yang Berhormat sama ada ingin melibatkan diri dalam perbahasan ataupun tidak.
Ya, perbahasan saya akan nanti sekejap.
Baik, teruskan. Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh B.12, Kepala 110000 berkaitan dengan Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara. Berkaitan dengan CYC iaitu Piala Juara-juara Belia iaitu peruntukan yang diperuntukkan. Saya kira isu ini agak kontroversi. Sehingga sekarang saya tidak pasti sama ada Yang Berhormat Menteri telah pun menemui Menteri Belia dan Sukan kita, telah menemui satu penyelesaian tetapi apa pun saya lihat bahawa keputusan untuk kita menganjur kejohanan ini, satu perkara yang tidak dibuat secara teliti oleh kementerian, khususnya. Mungkin bukan di bawah Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan sekarang, tetapi mungkin keputusan-keputusan yang dibuat sebelum ini sehingga menimbulkan satu keadaan yang tidak begitu baik untuk kepentingan negara kita. Saya pun hairan bagaimana keputusan itu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan penglibatan FAM sebagai badan bola sepak di dalam negara kita. Sehingga akhirnya FAM sendiri telah pun menolak keputusan awal yang telah sedia ada. FAM sendiri telah menolak untuk kejohanan ini dan ini sudah membebankan kepada negara kita yang memungkinkan untuk kita membayar pampasan dengan satu jumlah yang saya kirakan satu jumlah yang agak besar.
Kita telah pun untuk kejohanan yang pertama pada tahun yang lalu telah membelanjakan RM17 juta. Jadi saya hendak persoalkan di sini bahawa kita menganjur satu kejohanan sukan itu, sepatutnya kita lebih melihat kepada program bagaimana manfaat untuk program pembangunan sukan, khususnya dalam konteks bola sepak ini. Bila kita menganjurkan CYC, sudah tentu kita hendak lihat apa proses progress pembangunan bola sepak yang boleh kita manfaatkan daripada kejohanan yang seperti ini. Saya melihat bahawa kita tidak nampak setelah sekali kita menganjurkan kejohanan tersebut dengan perbelanjaan sebanyak RM17 juta, saya tidak nampak dan saya tidak lihat bahawa kepentingan dan keuntungan kepada pembangunan bola sepak dalam negara kita.
Akhirnya ia menyebabkan kita telah membelanjakan wang dan sekali lagi kita akan membelanjakan wang kalau berlaku lagi pada tahun ini. Jadi...
Minta penjelasan.
Minta penjelasan?
Tuan Pengerusi, malam tadi kita mendengar kenyataan daripada jurulatih pasukan remaja kita yang dijangka menyertai CYC ini yang dalam keadaan limbo sekarang dengan izin, kerana tak sure sama ada akan proceed atau tidak. Apa kata jurulatih itu sebenarnya jalan atau tidak kejohanan ini tidak memberikan kesan kepada pengalaman pasukan dia. Ertinya ada pun tak apa, tak ada pun tak apa. Jadi nampaknya CYC ini bukan merupakan satu ruang untuk pasukan remaja kita menimba pengalaman yang baru dan ini memberikan keadaan bahawa CYC ini sia-sia saja diadakan. Bagaimana pandangan Yang Berhormat.
Memang saya bersetuju dengan pandangan jurulatih pasukan remaja kita bahawa penganjuran sukan satu perkara tetapi pembangunan sukan itu satu perkara. Penganjuran kejohanan bola sepak itu satu perkara, pembangunan sukan bola sepak itu satu perkara yang lain. Jadi saya tak nampak bahawa kalau atas hujah mengatakan bahawa penganjuran itu boleh membantu meningkatkan pengalaman yang boleh dipungut, saya rasa bahawa dengan kita membelanjakan RM17 juta terlalu besar. Adalah lebih baik untuk kita membawa pasukan kita untuk pergi ke luar negara, mungkin tak sampai pun RM17 juta, mungkin RM2 juta atau RM3 juta saja kita boleh habis seorang.
Penjelasan Yang Berhormat.
[Bangun]
Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat.
Ha kejap, kejap. Kita boleh pergi mengadakan pertandingan-pertandingan dengan kelab-kelab yang lebih hebat daripada kelab yang datang ke negara kita. Mungkin kita bukan sahaja berlawan dengan kelab- kelab yang sebaya dengan kita di kalangan remaja tapi mungkin kita boleh menimba pengalaman daripada kelab-kelab yang lebih senior iaitu pasukan yang lebih senior daripada pemain-pemain yang datang daripada kelab tersebut.
Yang Berhormat Kota Melaka.
Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat Arau dulu, Yang Berhormat Kota Melaka. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih sahabat dari Pokok Sena. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat dan insya-Allah akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri kerana mungkin pada satu masa kita selalu dilihat hebat dari segi penganjuran sukan, penganjuran apa-apa event pun kita dilihat terlalu hebat tetapi apabila CYC ini dibuat pada tahun yang lepas dengan kehadiran beberapa kelab ternama daripada Europe dan juga daripada Amerika Selatan, kita melihat di peringkat awalnya memang ada masalah terutamanya dari segi penyediaan venue ataupun tempat pertandingan dan sebagainya.
Saya ingin berkongsi dengan Yang Berhormat, boleh atau tidak sekiranya kita mengikut program seperti mana yang telah dibuat oleh negara China dan negara Jepun iaitu dengan menghantar pasukan di peringkat umur 12 tahun hingga 15 tahun ke negara-negara yang dianggap mempunyai kualiti bola sepak yang begitu tinggi seperti Brazil, Argentina dan sebagainya. Mereka ini hanya akan pulang di usia 20an, di awal 20an dan mereka menjadi pemain-pemain yang cukup hebat dengan peruntukan perbelanjaan yang ada itu. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini?
Tuan Pengerusi, saya tambah sikit. Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya ucap terima kasihlah dan juga Yang Berhormat Pokok Sena. Saya nak tanya atau saya minta pandangan dari Yang Berhormat iaitu kejadian ini saya ingat bukan kali pertama yang kita nampak kementerian tidak berunding dengan FAM lebih awal. Saya ingat tahun lepas, satu kejadian juga Kementerian Pelancongan semasa menganjurkan satu friendly match dengan izin, iaitu di antara Manchester United dan sampai saat akhir baru dapat attention dari FAM. Sebab itu, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa koordinasi di antara kementerian dengan FAM amat perlu dibaiki. Terima kasih.
Yang Berhormat Pokok Sena boleh gulung.
Tak dan habis lagi Datuk.
Yang Berhormat Pokok Sena.
...Mesyuarat Jawatankuasa tidak lebih daripada 10 minit Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pokok Sena, bagi laluan. Yang Berhormat Pokok Sena.
Kejap, kejap, saya nak jelas dulu. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka. Saya bersetuju bahawa memang timbul masalah koordinasi. Saya tak pastilah koordinasi ini tak begitu baik kerana kehadiran Yang Berhormat Rembaukah, wallahualam lah, sebab Timbalan Presiden. Saya harap tidaklah begitu tapi saya kata memang ada masalah. Koordinasi satu perkara tetapi saya kira bahawa koordinasi itu antara kementerian dengan FAM tetapi dari segi perencanaan dan perancangan itu boleh dilihat. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Arau bahawa macam saya katakan tadi lebih baik kita hantar pasukan kita pergi bermain di luar negara dengan kos yang tidak sampai kepada RM17 juta dan sebahagian daripada wang tersebut, RM17 juta itu kita peruntukkan untuk membangunkan sukan bola sepak khususnya dalam mencungkil bakat-bakat baru dalam negara kita tapi akhirnya kita lihat bahawa huraian yang dibuat oleh Pengerusi Gifted Group Limited, Jonathan Fines dia mengatakan bahawa walaupun pelaburan RM17 juta kerajaan tetapi kita dapat pulangan RM100 juta melalui pengiklanan iaitu melalui pelancongan sukan umpamanya dalam konteks itu. Jadi saya lihat bahawa soal ini bukan tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan untuk nak membuat satu pelancongan sukan. Akhirnya kalau kita lebih fokus kepada pelancongan sukan, lalu akhirnya kita mengabaikan, meminggirkan pembangunan bola sepak ataupun sukan itu sebenarnya. Jadi sebab itu ....
Yang Berhormat Jerai boleh berucap selepas ini.
...Nak berucap? Dia bagi tadi?
Selepas ini boleh Yang Berhormat Jerai ya.
Jadi sebab itu saya mohon penjelasan daripada kementerian, apa kesudahannya keadaan yang tak menentu ini. Jadi sebab itu saya juga nak mencadangkan supaya kementerian dapat bekerjasama secara yang lebih baik, serius dengan Kementerian Pelajaran untuk membangunkan sukan bola sepak ini iaitu untuk kita kenal pastikan sekolah-sekolah seperti dulu memang satu-satu sekolah itu memang dia akan berikan tumpuan kepada satu-satu jenis sukan ataupun kita buat pilihan sukan-sukan yang menjadi minat di kalangan masyarakat kita maka kita tumpukan umpamanya bola sepak, hoki kemudian sepak
takraw dan sebagainya. Ini antara sukan-sukan yang menjadi minat di kalangan masyarakat belia dan remaja kita ini. Jadi kita bangunkan daripada sekolah tetapi hari ini kita tengok memang satu- satu sekolah itu tidak begitu specialize lagi dengan satu-satu jenis sukan seperti mana sekolah-sekolah di satu ketika dulu. Peruntukan pembangunan sukan ini juga untuk menyediakan tempat-tempat bagi pembangunan sukan khususnya sukan bola sepak inilah bagi belia-belia kita. Memang masalah padang, hari ini lebih banyak kita tertumpu kepada pembangunan futsal semata-mata. Tidak lagi dalam arena bola sepak yang sebenarnya. Jadi saya lihat bahawa perlu dilihat ini lebih berkepentingan daripada menganjurkan sukan yang besar yang tak dapat pulangan keuntungan kepada kita. Sekian.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Tanjong.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bangkitkan dua perkara secara ringkas untuk mendapat penjelasan. Pertamanya di bawah Maksud B.12 - Pembubaran SUKOM Berhad iaitu berhubung dengan Sukan Komanwel yang diadakan pada tahun 1998, 10 tahun yang dahulu. Saya lihat bahawa di bawah butiran ini melibatkan pembubaran SUKOM Berhad. Pada masa-masa lepas, saya pernah bangkitkan perkara berhubung dengan bayaran kepada vendor-vendor yang memberi perkhidmatan kepada SUKOM Berhad semasa sukan Komanwel diadakan 10 tahun dahulu. Jadi sama ada dengan sebelum pembubaran syarikat ini, sama ada semua liabiliti-liabiliti yang ditanggung oleh SUKOM Berhad ini sudah pun dijelaskan. Dalam perkara ini dengan pembubaran SUKOM Berhad dibawa kepada Parlimen melalui Maksud B.12, apakah tanggungan kerajaan untuk membolehkan SUKOM Berhad ini dibubarkan? Perkara yang kedua yang saya mohon penjelasan adalah berhubung dengan di bawah Butiran B.12 ini sebanyak RM6.8 bilion dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan. Di sini kita tidak mendapat apa-apa maklumat berhubung dengan pindahan dari Akaun Hasil Disatukan dan dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan.
Saya rasa kesal sebab tidak ada maklumat untuk memberitahu kepada Dewan ini apakah perbelanjaan akan digunakan di bawah Kumpulan Wang Pembangunan yang dipindahkan RM6.8 bilion satu bahagian yang terbesar dalam Anggaran Tambahan bajet ini. Jadi saya mohon penjelasan daripada kementerian ke manakah Kumpulan Wang Pembangunan bagi maksud ini akan digunakan untuk melaksanakan apa-apa projek pembangunan pada masa yang dimaksudkan ini...
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat, Yang Berhormat Indera Mahkota, habis ya?
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Tanjong dah habis berucap.
Terima kasih Tuan Pengerusi, ...
Yang Berhormat hendak berucap?
Menyambung.
Dia dah habis berucap.
Okey, saya hendak berucap.
Merujuk kepada perkara yang sama Tuan Pengerusi, iaitu peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun, Kepala 70000 dan 110000 seperti yang diberitahu, dinyatakan oleh Yang Berhormat Tanjong tadi. Jumlah yang tidak dinyatakan dalam nota penjelasan Anggaran Tambahan 2007 sebagaimana yang telah dibuat kepada nota-nota terdahulu jumlah tersebut adalah RM16 bilion sebenarnya instead of RM6.8 bilion. Jumlah tersebut seperti yang dinyatakan dalam Lampiran C, Kertas Perintah 4(A) tahun 2008 ialah RM16.810 bilion dan nota ini memang tidak disertakan dalam Lampiran A. Walaupun masalah di sini ialah untuk tambahan sebanyak RM9 juta sahaja, saya mohon kepada Dewan untuk penjelasan kepada jumlah ini sebelum keputusan dibuat sama ada untuk diluluskan atau ditolak. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada B.12, insya-Allah saya tidak akan lari daripada tajuk. RM9 juta untuk menganjurkan sukan Le Tour De Langkawi, Kejohanan Bola Sepak CYC dan pembubaran SUKOM. Saya nak pusatkan kepada penganjuran Le Tour De Langkawi ini. Saya nak tanya daripada jumlah RM9 juta ini, berapa banyak diperuntukkan kepada Le Tour De Langkawi ini? Apakah syarikat ataupun penganjur Le Tour De Langkawi ini sebuah syarikat swasta? Setahu saya, Le Tour De Langkawi ini sudah lama dianjurkan dan juga menerima penajaan daripada banyak syarikat-syarikat gergasi terutamanya Telekom. Berapa jumlah yang disumbangkan oleh pihak Telekom? Kalau dah Le Tour De Langkawi ini mendapat sokongan daripada kerajaan melalui publisiti TV yang begitu banyak, dan juga sokongan daripada pihak swasta seperti Telekom, kenapa perlu lagi kerajaan mengeluarkan duit untuk membiayai Le Tour De Langkawi ini? Siapakah penganjurnya dan adakah mereka membuat keuntungan? Memang kalau mereka buat keuntungan, itu satu inisiatif tetapi apakah selama-lamanya kita akan terus membiayai program-program yang eksklusif seumpama ini?
Yang Berhormat Tumpat bangun Yang Berhormat.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pasir Mas. Saya pun ingin menyentuh hal ini juga dan oleh sebab itu hendak mengambil kesempatan untuk pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Pasir Mas tentang Le Tour De Langkawi ini. Yang mana ianya syarikat swasta bukan anak syarikat, bukan sebahagian daripada jabatan di bawah Kementerian Belia dan Sukan ini. Jadi bagaimana kita boleh, saya mohon pandangan Yang Berhormat Pasir Mas, tiba-tiba hanya memberikan peruntukan ini dalam suasana kita ditegur supaya tukar cara hidup, jangan makan beras banyak-banyak dan sebagainya kerana harga mahal. Tiba-tiba pada syarikat yang tidak ada kena-mengena dengan kerajaan, kita nak luluskan jumlah ini. Adakah Yang Berhormat Pasir Mas bercadang supaya akaun Le Tour De Langkawi ini, penganjurnya kita tengok dahulu supaya sebelum kita buat apa-apa keputusan tentangnya. Mohon penjelasan.
Isu yang sama.
Minta jalan Yang Berhormat Pasir Mas. Terima kasih. Saya juga nak membangkitkan perkara ini cuma satu masa dulu jawatankuasa ini, syarikat ini telah timbul kekecohan, tuduh-menuduh antara satu sama lain yang memalukan Le Tour De Langkawi ini sendiri. Walaupun sukan ini sukan yang sangat menarik. Jadi saya nak tahu adakah apa-apa langkah untuk menyelesaikan masalah itu sebelum, kalau tidak ada penyelesaian, kenapa kita mesti bagi mereka tambahan dan berapa jumlah tambahan ini?
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Pasir Mas. Nak bagi jalan Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu?
Ya terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya ingin tanya, sama ada Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, organizer bagi Le Tour De Langkawi ini sekarang menghadapi masalah di mahkamah dan ada loan yang belum selesai lagi. Satu perkara yang saya juga ingin sentuh di sini ialah sehingga hari ini kita tidak nampak ada penilaian, impak event ini dengan kehidupan masyarakat kita. Sungguhpun basikal ini merupakan satu sport yang agak popular dan boleh dipromosikan tetapi seolah-olah kita tidak ada connection dengan kehidupan rakyat Malaysia. Sama ada kita perlu nilai semula sebagaimana kita mempromosikannya atau kita buat keputusan sama ada kita continue bailout kepada syarikat yang tidak berfungsi ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Tumpat, Pengkalan Chepa dan Batu.
Boleh minta jalan?
Ada lagi?
Sedikit nak tanya. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat dari Pasir Mas. Saya ingin tahu, mungkin Yang Berhormat Pasir Mas boleh beritahu sedikit tentang bagaimana Le Tour De Langkawi ini telah dapat membangunkan sektor sukan berbasikal di negara kita? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Ada empat yang tanya yang saya bagi laluan mencelah Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Tumpat dan Pengkalan Chepa, itu saya setuju 101%, bukan sahaja 100% tetapi 101%. Yang saya harap juga dapat perhatian daripada Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan daripada Yang Berhormat Batu, juga saya setuju sebab adakah kajian impak telah dibuat hasil daripada penganjuran Le Tour De Langkawi ini yang dikatakan memberi banyak faedah melalui publisiti periklanan, melalui televisyen untuk memperkenalkan Malaysia sebagai pusat destinasi dan negara yang patut dilawati dan juga apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka tadi. Jadi Tuan Pengerusi, saya membangkitkan perkara ini sebab saya tengok tidak ada relevannya. Saya bersetuju apabila sesuatu program seperti Le Tour De Langkawi sewaktu awal-awal dilancarkan dahulu, patut ada launching grant, didukung oleh kerajaan tetapi sudah sampai satu peringkat ianya harus dibiarkan bergerak sendiri, secara berdikari tanpa lagi terus dibantu oleh pihak kerajaan. Kalau kita terus memberi sumbangan seumpama ini, mereka akan terus bergantung pada kerajaan. Samalah juga kalau dibandingkan dengan Monsun Cup, RM300 juta anjur kapal layar dan juga sumbangan diberi melalui Kementerian Belia dan Sukan, berapa banyak duit ini? Tadi kita dengar Ahli-ahli Yang Berhormat bercakap soal ketidakcukupan biasiswa, patutnya wang seumpama ini dipindahkan untuk kepentingan biasiswa... [ Tepuk] Ini yang saya bersetuju, untuk semua kaum bila saya bercakap soal kepentingan pelajar-pelajar Melayu, bukan bererti saya tidak menyokong kepentingan kaum-kaum lain. Yang 10A yang disebut tadi, rintihan dalam surat khabar, saya pun turut menangis, apa negara makmur macam ini budak nak dapat biasiswa pun tak boleh. Yang semua kaum yang cemerlang, bagi dan untuk mengimbangi orang Melayu, kita tambah untuk orang Melayu berdasarkan Perlembagaan, simple. Kalau saya jadi menteri, senang sahaja selesai ini... [Tepuk] Cukup senang. Ini berbalik kepada masalah Le Tour De Langkawi, betul saya cakap, berapa banyak, berapa lama lagi kita pampered? Kita kata kerajaan akan mengurangkan subsidi, diesel, macam-macam kerana petrol tetapi kita terus membiayai program- program yang tidak memberi manfaat, faedah walaupun sedikit sebanyak itu ada faedah, bukan kata tidak ada faedah, saya pun rasional tetapi kadang-kadang kita hilang pertimbangan. Sebab itu saya cadangkan supaya saya nak minta maklumat supaya diberi penjelasan hal Le Tour De Langkawi yang saya tahu program yang bagus tetapi sudah sampai masanya biarkan mereka menganjurkan atau diserahkan projek ini terus kepada pihak Telekom sebagai projek sosial pihak Telekom secara langsung. Yang tak payah lagi Yang Berhormat Menteri pergi masa rasminya, pakai topi, cari TV, tunjuk muka, potong ribbon dan jalan, selesai.
Begitu pun boleh, sebab kita hendak menyelamatkan wang rakyat Tuan Pengerusi. Okey, habis bab itu. Saya tidak mahu ambil masa yang panjang.
Yang kedua, B.12, peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun, saya pun sama tadi ada bangkit. Maklumat tidak ada di sini, jumlahnya RM16 bilion. Walaupun sudah dipecahkan melalui beberapa jabatan dan sebagainya, sepatutnya ada ringkasan dalam kertas statut ini yang diperjelaskan tentang penggunaan wang sebanyak RM16,810,108,100. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi, saya amat berterima kasih di atas peluang yang diberi ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Selayang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya lihat B.12 ini, wang sebanyak RM9 juta telah didahulukan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka. Mengikut Artikel 103, Perlembagaan Persekutuan pendahuluan hanya boleh dibuat kalau perbelanjaan itu segera dan luar jangka. Pandangan saya, tidak ada apa-apa keadaan yang segera untuk membayar anjuran oleh Le Tour de Langkawi ataupun Kejohanan Bola Sepak CYC dan juga perkara bola sepak CYC tidak ada sokongan FAM. Kalau tidak mengikut syarat-syarat mengapa wang telah dibayar oleh kementerian? Saya meminta penjelasan daripada menteri tentang hal ini, apakah yang begitu segera untuk pendahuluan dibuat dan tidak dijangkakan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Machang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa di bawah Maksud B.12, secara khusus kepada Le Tour de Langkawi. Saya ada pilihan tadi untuk sesekali mencelah Yang Berhormat Pasir Mas, tetapi rupa-rupanya apabila diteliti tentang Le Tour de Langkawi ini Tuan Pengerusi, masalah sebenarnya jauh lebih besar. Saya fikir hanya Parlimen ini boleh memberikan penjelasan. Tidak syak lagi 12 tahun usia Le Tour de Langkawi ini, dia banyak menyumbang kepada pelancongan negara. Pertamanya, dari segi sukan lumba basikal ini Tuan Pengerusi, ia memang boleh merentasi pelbagai batas kaum, bandar dan luar bandar. Saya pernah teringat waktu sembahyang Jumaat di Jeli, imam yang berkhutbah itu boleh buat pengumuman bahawa peserta Le Tour de Langkawi akan lalu pada petang ini, di laluan ini. Maknanya, impaknya cukup besar sampai masjid kita boleh digunakan sebagai medan untuk buat itu. Sementara kebaikannya banyak. Saya juga dapati bahawa dalam sejarah penganjuran ini, bermula dengan Almarhum ataupun Allahyarham Dato’ Wan Lokman pada masa itu, yang memulakan idea ini, kemudiannya diserahkan kepada first cartel, francaisnya itu. Bila syarikat ini gagal buat pembayaran hutang, termasuk pemenang-pemenang luar negara Yang Berhormat Menteri, hadiah diumumkan tetapi tidak dapat. Kumpulan daripada Amerika, daripada Jepun, daripada Iran, daripada South Africa menang tahun 2005, tahun 2007 tidak dapat hadiah lagi dan ini memalukan sebenarnya.
Pohon penjelasan.
Yang Berhormat Arau, bangun.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih sahabat saya daripada Machang. Saya inginkan penjelasan Yang Berhormat kalau sekiranya dapat berkongsi dengan saya tentang penganjuran ini. Saya merasakan kebanyakan peruntukan yang dibelanjakan untuk Le Tour ini yang bermula daripada first cartel, dikendalikan oleh persatuan lumba basikal itu sendiri, saya lihat banyak wang dibelanjakan untuk running cost, dengan izin Tuan Pengerusi. Iaitu kita banyak menyediakan bunga. Bunga ini maksudnya di peringkat jelajah stage I, dengan izin, stage II dan sebagainya ini, kos yang dibelanjakan sampai RM500 ribu, RM600 ribu hanya untuk beberapa minit sahaja sebelum peserta berlepas ataupun peserta menerima hadiah.
Jadi, saya merasakan kerana terlampau banyak wang dibelanjakan, dan kemungkinan-kemungkinan ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan ketika kita membuat persiapan tempat dan sebagainya. Saya rasa inilah yang patut dikurangkan dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa penganjuran kejohanan ini sebenarnya membawa banyak kebaikan daripada keburukan. Apa pandangan Yang Berhormat?
Terima kasih. Di satu sesi Tuan Pengerusi, secara jujur saya rasa ianya telah memberi sumbangan meletakkan Malaysia di kalendar pelancongan. Itu tidak ada masalah, tetapi isu yang kita tumpukan di sini ialah apabila ia melibatkan dana kerajaan dan bila melibatkan dana kerajaan, maka Parlimen ini harus memberikan tumpuan. Sesekali bila mengikuti siaran langsung, saya tengok di pentas pemberian hadiah itu, saya nampak logo Petronas, saya nampak logo Genting, saya nampak logo Proton, saya nampak logo Telekom. Saya kira ini antara penaja-penaja utamanya. Boleh jadi dia taja Raja Bukit, Raja Pecut, Pemenang Keseluruhan ataupun Penunggang Terbaik Asia, tetapi komponen perbelanjaan yang dibiayai oleh pihak swasta ini, syarikat-syarikat besar gergasi ini sebenarnya, apakah tidak memadai sehingga memerlukan pula Kementerian Belia dan Sukan ataupun boleh jadi Kementerian Pelancongan pun terlibat di sini, tourism board barangkali. Jadi komponen ini harus diperjelaskan dengan terperinci, sebab saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas itu tadi, bahawa sementara kita hendak melaksanakan tanggung jawab sosial, kita menuntut syarikat-syarikat besar ini terlibat dalam memajukan sektor sukan dan pelancongan, dan di satu sesi lain kita masih lagi banyak agenda yang belum selesai, pemberian biasiswa dan sebagainya. Saya secara peribadi memilih bahawa dalam kalendar pelancongan, saya fikir ini munasabah dikekalkan, melihat dari sudut sumbangan positifnya sama ada yang tangible ataupun intangible, tetapi yang kosmetik macam Yang Berhormat Arau bangkitkan tadi, kalau boleh dikurangkan. Aspek lain ialah maruah dan nama baik negara itu kena jaga. Tetamu luar, peserta-peserta luar dan team sokongan mereka datang. Kemudian kita janjikan hadiah-hadiah. Dua tahun sudah menang, hadiah tidak sampai. Saya fikir ini memalukan. Apakah Malaysia ini ‘la-eh’ begitu sekali dari sudut pengurusan sukan sampai tak mampu bayar?
Penjelasan.
Sengkek sangatkah ini? Itu persoalannya.
Kuala Krai.
Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat.
Sila. Le Tour de Langkawi sampai Kuala Krai?
Ini yang hendak bangkit ini sebab dia tidak tiba di Kuala Krai. Terima kasih Yang Berhormat Machang dan Tuan Pengerusi. Dengan kos yang begitu banyak dan cadangan Yang Berhormat Machang tadi supaya dia dimasukkan ke dalam jadual pelancongan. Kita ingat hendak masuk dalam jadual sukan. Jadi tidak mengapalah, asalkan baik untuk negara. Cuma kita berasa ada kekurangan Le Tour de Langkawi ini apabila tidak ada penyertaan pelumba-pelumba besar, yang hebat-hebat yang masuk seperti Tour de France ataupun apa lagi ya?... [Ketawa] Tours yang lainlah ya. Saya hendak bertanya, adakah Yang Berhormat Machang tahu ataupun tidak, sama ada Le Tour de Langkawi ini adalah tempat untuk orang mencari rating kehebatan? Ertinya kalau dia menang, dia dapat kedudukan naik taraf dia di kalangan pemandu-pemandu atau... [Disampuk] Ya, ranking bukan rating, ranking dia seperti macam squash, bila menang Kejohanan Malaysia itu dapat kedudukan. Adakah Le Tour de Langkawi ini memberikan ranking yang sama ataupun semata-mata pelancongan sahaja tadi itu? Minta penjelasan.
Terima kasih. Saya fikir Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
[Bangun]
Yang Berhormat Batu sekejap ya. Le Tour de Langkawi tidak sampai Batu saya ingat... [Ketawa] Tuan Pengerusi, saya fikir dari sudut pasukan penyertaan, setakat yang saya dok teliti, pasukan macam Barloworld, pasukan macam American Pro Continental Team, pasukan macam Wismilak, iatu tersohor. Kalau mereka sertai, dia boleh naikkan ranking kalaupun tidak sesohor Le Tour de France. Potensinya masih ada tetapi kita harus selesaikan ini.
Saya difahamkan Yang Berhormat Menteri bahawa hak mengurus dan menganjur itu sekarang diambil oleh Persekutuan Lumba Basikal Malaysia tetapi dari sudut rekod perbelanjaan dana kerajaan ini pernah tercatat bahawa Kementerian Belia dan Sukan pernah menyelamatkan syarikat asal First Cartel dengan lingkungan hampir RM3 juta gara-gara kegagalan dia membayar hak penyiaran TV dan sebagainya. Jadi, point saya dalam mengambil bahagian perbahasan kali ialah pertamanya memastikan pengurusan penganjuran sukan itu berada pada tahap yang terbaik. Kalau hendak pakai istilah cemerlang, gemilang dan terbilang pakailah tetapi kena terjemah dalam perkara yang semudah ini. Kedua, maruah reputasi dan nama baik negara sentiasa didahulukan. Contoh yang saya rujuk ialah kalau ada lagi hutang-hutang hadiah itu selesaikanlah. Ketiga ialah impak positif terhadap penganjuran program ini merentasi seluruh pelosok negara saya fikir kesannya positif. Saya nampak, saya boleh memberikan sokongan. Saya dapat tengok di Kota Bharu, menteri besar dengan serban dan baju Melayu itu boleh bagi hadiah. Itu hebat dan saya boleh tabiklah bab ini. Sukan ini boleh merentasi sentimen politik kepartian sekalipun. Mana yang lebih baik lagi contoh kalau kita hendak ambil di sini?
Sila gulung, Yang Berhormat.
[Bangun]
Yang Berhormat Batu.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada sahabat saya dari Machang. Sebenarnya saya pun terkejut sebab saya pernah terserempak dengan Le Tour de Langkawi di kawasan Kuala Lumpur. Saya fikir ia di Langkawi sahaja tetapi di Kuala Lumpur juga pun ada perlumbaannya. Adakah Yang Berhormat Machang bersetuju kalau kita selain dari penilaian yang secara subjektif ini lebih baik kita anjurkan satu penilaian secara objektif oleh kerajaan supaya kita menilai apakah keuntungan kita dari segi kewangan selepas penganjuran perlumbaan ini dan juga kita buat survey apakah impaknya di kalangan masyarakat kita, adakah ini untuk mempromosikan penggunaan basikal, menjimatkan tenaga atau lain-lain lagi. Adakah lebih baik kita membuat penilaian dulu baru kita teruskan program ini? Saya juga memohon pendirian Yang Berhormat Machang sama ada kita bersetuju untuk tidak meluluskan tambahan bill ini supaya kita memberi amaran kepada kerajaan dalam prudence of managering finances, dengan izin.
Yang Berhormat Machang boleh gulung.
Terima kasih. Point terakhir saya sebagai reaksi terhadap Yang Berhormat Batu ialah mengambil semangat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Adalah cantik sekiranya kementerian boleh memainkan peranan sebagai koordinator tanpa kalau boleh komitmen kewangan daripada pihak kerajaan. Penjelasannya ialah berapa banyak - berapa portion komitmen kewangan kerajaan setakat ini yang membawa kepada kita terpaksa berbincang topik ini pada peringkat jawatankuasa pada pagi ini sebanyak mana portionnya. Pada ketika saya sebutkan tadi bahawa penaja-penaja besar ini telah pun terlibat. Apakah boleh dengan fungsi koordinator itu kementerian cuma perlu untuk
berkempen bagi meminta penglibatan sektor swasta secara penuh. Lagipun dalam GLC transformation plan, road map itu memang ada green book, orange book, yellow book itu, yang menceritakan tentang tanggungjawab sosial termasuk pembangunan bidang sukan. Kalau Telekom boleh beri berbelas-belas juta untuk My Team apa sangatlah soal membereskan hutang yang tidak seberapa ini yang sampai terpaksa kita bincang dalam Parlimen masa ini. Kalau Yang Berhormat Batu timbulkan apakah wajarnya ini, duit ini kita sudah belanjakan, Yang Berhormat. Seperti yang Yang Berhormat Ipoh Barat bangkitkan tadi itu ia sudah dibelanjakan. Itu adalah antara beberapa cadangan yang saya mohon penjelasan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Ahli Yang Berhormat Kota Melaka, Jerai, dan kemudian Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya juga ingin hendak berbahas atas Maksud B.12. Tuan Pengerusi, saya ingin menambah sedikit tentang CYC iaitu Kejohanan Champion Youth Club. Saya ingin Dewan yang mulia ini diberitahu tentang asas pertimbangan semasa perjanjian itu ditandatangani oleh pihak kementerian dengan penganjur. Kedua iaitu apakah syarat-syarat tentang pembatalan penganjuran ini dan apakah ganti rugi yang terpaksa kita pikul. Saya juga ingin tahu tentang bagaimana kesefahaman pertubuhan sukan seperti FAM dan lain-lain ini, koordinasi dengan kementerian-kementerian yang terlibat. Tuan Pengerusi, saya juga ingin membahaskan tentang Maksud B.31 - Kementerian Pelancongan.
Maksud B berapa, Yang Berhormat?
B.31 belum lagi?
Tidak sampai lagi, Yang Berhormat.
Baik. Terima kasih.
Yang Berhormat Jerai.
Terima kasih, Tuan Pengerusi dan semua ahli mesyuarat. Saya tertarik dengan isu CYC - Maksud B.12 peruntukan kepada kumpulan berkanun ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini Kejohanan CYC 2007 tempoh perlawanannya hanya 70 minit sahaja dan jumlah pasukan yang menyertai hanya sebanyak 16 pasukan sahaja dan di had kepada umur 19 tahun ke bawah. Ini bermakna ia tidak memberi suatu sumbangan besar kepada pasukan negara bahkan kita melihat Persatuan Bola Sepak Malaysia juga turut mempertikai kehadiran CYC kerana tidak terlibat langsung dalam penganjuran ini. Keduanya amat kecewa kerana gagal memberi pendedahan yang diharapkan kepada pasukan kebangsaan. Ketiga, kita melihat dari segi kehadiran penonton juga agak kecil jumlahnya berbanding dengan kejohanan tempatan. Walaupun dari sudut nama-nama pasukan itu besar tetapi pemainnya bukanlah pemain yang dianggap terbaik untuk didedahkan kepada pemain tempatan dan rakyat Malaysia. Kita mesti melihat berkaitan dengan ranking pasukan negara pada hari ini kedudukannya di tempat 169 iaitu atas sedikit dari China Taipei sahaja. Kita melihat baru-baru ini yang disebut oleh jawatankuasa sementara Liga AFC melihat bahawasanya gred pasukan negara Malaysia dalam Liga M ini pada tahap D. Ini bukan membanggakan kita dan menyebabkan pasukan Malaysia tidak layak beraksi dalam Liga Juara Asia 2009. Jadi, lebih baik peruntukan yang begitu besar ini ditumpukan kepada kejohanan tempatan dan kita yakin dan percaya boleh menaikkan semangat dan prestasi bola sepak tempatan akan lebih baik. Jika kita teruskan juga
CYC ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada pasukan kebangsaan mahupun rakyat Malaysia. Terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menggulung.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Pertama, Yang Berhormat Pokok Sena inginkan butir mengenai dengan RM16.8 bilion yang telah kita bincang semalam di mana saya telah menyatakan bahawa kita telah meluluskan pada tahun 2007 perbekalan untuk tahun tersebut di manakah sumber untuk pembiayaan perbekalan tersebut. Sumbernya datang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan. Jadi, jumlah sebanyak RM16.8 bilion ini adalah untuk memindahkan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan untuk digunakan dalam perbelanjaan bagi Belanjawan 2007. Apa yang saya akan buat, saya memikirkan bahawa Belanjawan 2007 telah pun dibentangkan dan butir-butirnya ada di situ tetapi saya telah beritahu pegawai- pegawai oleh kerana sekarang ini terdapat Ahli-ahli Parlimen yang baru masuk dalam penggal ini yang tidak mempunyai butir-butir tersebut supaya butir-butir Belanjawan 2007 itu diedarkan kepada Dewan terutama kepada Ahli-ahli Parlimen yang baru. Jadi, perbelanjaannya adalah untuk membiayai perbekalan bagi tahun 2007. Yang Berhormat Pasir Mas membangkitkan tentang Le Tour de Langkawi. Untuk makluman Yang Berhormat daripada sebanyak RM9 juta ini sebanyak RM5 juta adalah untuk membiayai Le Tour de Langkawi dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Le Tour de Langkawi pada mulanya dianjurkan pada tahun 1996 oleh First Cartel sehingga tahun 2006.
Pada tahun 2007 yang mana kewangan ini melibatkan tahun 2007, kejohanan ini dianjurkan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan wang ini dimasukkan di dalam Kumpulan Wang Amanah untuk sukan. RM5 juta ini adalah untuk penganjuran yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia. Di samping itu, untuk penganjuran melibatkan wang yang banyak. Selain daripada kewangan daripada kementerian sendiri, ada penganjuran daripada luar.
[Bangun]
Sebab itu kita lihat adanya promotion untuk syarikat luar kerana ini sebagai salah satu daripada apa yang dikehendaki oleh syarikat-syarikat yang memberi penajaan.
Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingat bahagian Langkawi Le Tour ini dijawab oleh Menteri Belia dan Sukan tapi Timbalan Menteri Kewangan jawab. Jadi RM5 juta yang disebut itu banyak Yang Berhormat. Kita tidak tahu bagaimana duit ini diguna walaupun diberi sejak tahun 1996 untuk mencari peserta-peserta peringkat antarabangsa tentulah dihantar pegawai-pegawai keluar negeri. Berapa ramai pegawai persatuan ataupun penganjur ini pergi ke luar negeri. Untuk cari peserta-peserta. Duduk di hotel mana. Macam mana mereka berbelanja. Kita nak tahu sebab duit ini banyak. RM5 juta. Lepas itu diberi oleh penaja-penaja lagi. Berapa banyak mereka memperoleh kewangan ini. Kalau RM1 juta dah boleh dapat bagi biasiswa 10 orang. RM100,000 untuk 10 orang. Ini yang saya minta diperjelaskan lagi detail sebab kita nak tahu dari segi bagaimana mereka membelanjakan wang RM5 juta itu?.... [Tepuk] How they spent. Mereka makan di mana, mereka duduk hotel mana, kapal terbang mana mereka naik, negeri mana mereka melawat untuk cari penunggang-penunggang basikal ini.
Baik Yang Berhormat.
Esok-esok jemput saya sama naik basikal ini. Saya pun boleh jadi peserta Langkawi Le Tour ini... [Ketawa]
Yang Berhormat Menteri, minta sikit saja.
Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Pengerusi. Merujuk kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Semua dia nak tahu. Hotel mana, makan apa, begitu begini, masuk bilik airkah. Inikah urusan Parlimen? Sampai nak tahu tidur di mana, makan di mana...
Apabila kelulusan kita peruntukan. Yalah, pembangkang semua dia nak korek. Kaki korek. Kalau dah jadi pembangkang nak buat pembetulan boleh. Kita alu-alukan. Tapi jangan jadi tikus. Tahu tikus?
Tarik balik!
Perangai tikus. Tikus membaiki labu. Labu dah cantik-cantik dia cakar-cakar lama-lama labu itu pecah. Itulah sikap kebanyakan daripadanya. Tidak ada yang betul. Boleh bagi pandangan. Saya rasa tidak adil kalau kita mengatakan bahawa semuanya penyelewengan. Semuanya tidak betul. Apabila kita luluskan, kita serahlah kepada pihak yang berkenaan untuk berbelanja secara amanah. Kalau dia tidak amanah, buatlah laporan. Nanti keluar Dewan pergi buat laporan kepada polis. BPR ada. Apa yang kita gunakan kesempatan Parlimen ini untuk memburuk-burukkan pihak yang belum tentu lagi dia melakukan perkara yang tidak betul. Terima kasih.
Baik Yang Berhormat.
Minta sedikit masa fasal ada kena mengenai Yang Berhormat Menteri.
Nak bagi jalan Yang Berhormat?
Saya rasa Yang Berhormat Pasir Salak tidak faham. Ini peringkat jawatankuasa. Committee Stage. Committee Stage ini detail…
[Tepuk]
Kalau Yang Berhormat tidak faham nanti saya tolong coach tempat minum nanti. Saya nak minta Yang Berhormat, bila saya sebut detail-detail kah, tandas kah itu, ini, bukanlah saya nak detail-detail itu. Saya nak emphasize. Bila Yang Berhormat Menteri jawab sikit-sikit okeylah. Tidak akan sensitif sampai begitu sekali. Terima kasih... [Ketawa]
Yang Berhormat Pasir Salak duduk. Ya, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi, saya faham apa kehendak Yang Berhormat Pasir Mas dan juga Pasir Salak. Jadi sebagai tengahnya nanti saya akan dapatkan butir daripada kementeriannya, daripada menteri sendiri. Kita melihat Le Tour de Langkawi ini dalam konteks yang besar. Dari segi sukan, keinginan negara kita untuk meningkatkan kapasiti ahli-ahli sukan kita dalam bidang tersebut dan juga bidang-bidang lain. Dalam konteks tersebut, seperti mana kita maklum bahawa ahli-ahli sukan kita perlu didedahkan dengan persaingan daripada negara luar. Jadi dengan persaingan tersebut akan meningkatkan kapasiti peserta kita. Malah dari segi peserta kita yang telah pun berjaya untuk mendapat kelayakan di sukan Olimpik adalah seramai lima orang. Ini satu rekod bagi negara kita yang belum pernah kita peroleh selama ini. Di samping itu Le Tour de Langkawi ini, termasuk di dalam acara kalendar perlumbaan basikal dunia dan mengikut rating dunia, ia adalah setanding Tour de France, Tour de Italia dan juga Vuelta a Espana. Itu Sepanyol. Saya tidak tahu sebutannya. Itu kita lihat dalam konteks sukan. Kemudian kita lihat dari konteks pelancongan. Kita tahu tahun 2008 merupakan satu tahun Visit Malaysia Year dan usaha-usaha ke arah itu dilakukan. Dari segi kerajaan, ada tiga kementerian. Ada tiga sukan yang dinaikkan taraf untuk menarik pelancong ke negara kita. Satu Langkawi Le Tour. Lagi satu CYC yang juga ada kontroversi dan ketiganya dari segi Iron Man Langkawi.
Jadi apa yang berlaku dari segi Langkawi Le Tour ini, ia bukan saja menempatkan negara kita di kalangan 25 buah negara yang datang untuk mengenali negara kita dengan lebih jauh dari segi kehadiran mereka secara fizikal dalam negara kita ini tetapi dari segi bagaimana ia dapat menjadikan sebagai satu instrument untuk market negara kita. Ia ditonton oleh lebih kurang 400 juta orang di seluruh dunia mengikut rating yang diperoleh. Di samping itu pada waktu itu terdapat peningkatan dari segi pelancong yang datang ke negara kita. Maka Le Tour de Langkawi ini mempunyai kekuatannya untuk kepentingan negara kita dalam bentuk sukan dan juga dalam bentuk pelancongan yang akhirnya akan memberi peningkatan kepada ekonomi negara kita. Kita tahu bahawa dalam bentuk GDP negara kita, pelancongan merupakan salah satu sektor yang telah meningkatkan GDP dalam negara kita ini. Kemudian, Yang Berhormat daripada Selayang menyentuh tentang CYC. Jumlah wang yang diberi untuk penganjuran adalah sebanyak RM2 juta dan sukan bola sepak di bawah CYC ini melibatkan perbelanjaan satu-satu perlawanan sebanyak, satu-satu game itu hampir lebih kurang RM50 juta. Apa kaitannya dari segi pembangunan sukan negara kita. Kita tahu bahawa pembangunan sukan memerlukan kepada pendedahan dan latihan pemain-pemain sukan kita dalam satu jangka waktu. Itu sebabnya kita letak CYC ini melibatkan individu yang berumur 19 tahun ke bawah kerana inilah dia modal insan yang kita boleh latih untuk menjadi johan pada masa akan datang. Dan di sini, dari segi CYC ini ia mempunyai kaitan dengan kelab-kelab bola sepak terbesar di dunia. Di antaranya kelab-kelab seperti Manchester United. Kemudian di sebelah selatan Latin Amerika, Boca Juniors, Flamingo. Di England Chelsea, Arsenal, Manchester United. Kemudian kita ada AC Milan, Ajax, Barcelona dan tahun ini sepatutnya Real Madrid juga merupakan salah satu kelab sukan yang diambil untuk pertandingan...
Minta penjelasan sikit.
Sekejap, sekejap. Dan cuba bayangkan seorang yang berumur 16, 17 tahun tiba-tiba bersaing dengan pasukan datang daripada gergasi dunia.
Bagaimana level of confidence, ketahanannya, kemahirannya boleh dibentuk di situ. Di samping itu, melalui perjanjian kita boleh menghantar pemain-pemain sukan kita untuk berlatih di luar negara dan beberapa orang telah mendapat manfaat daripada pergi berlatih di Eropah dengan kelab-kelab terkemuka tersebut.
Saya minta penjelasan tentang CYC. Pasukan-pasukan yang disebut tadi ialah daripada kelab- kelab yang terkemuka tapi merupakan pasukan remaja. Jadi apa faedah yang besar kepada negara kita ini dan berapa anggaran pelancongan itu yang dapat melihat. Sebab saya tengok penonton itu sangat kurang, kosong. Sama ada penyokong tempatan tak begitu ramai. Jadi apa faedah yang sebenarnya.
Yang Berhormat, faedah buat masa ini kita boleh melihat dari segi tangible dan juga intangible. Intangible maksud saya bila kita memberi latihan kepada golongan muda ini di masa akan datang bukan sekarang. Kita bukan macam di Eropah ataupun Amerika Syarikat. Dia ada talent scout. Talent scout ini akan pergi menjelajah di districts. Dia nampak Ronaldo yang sudah retired bukan Ronaldo yang main dengan Manchester United itu, Ronaldo yang retired dari Brazil. Dia nampak daripada muda lagi Ronald mempunyai kebolehan dan diberi pendedahan dan akhirnya dia menjadi seorang pemain peringkat dunia. Dalam konteks negara kita intangible belum dapat kita lihat sehingga beberapa tahun kemudian apabila terjelma daripada situ pemain yang bertaraf antarabangsa barulah kita nampak bahawa CYC ini mempunyai manfaat kepada negara kita. Dari segi apa Yang Berhormat nyatakan tadi....
[Bangun]
Yang Berhormat.
Dari segi tangible manfaatnya, pertama Yang Berhormat menyatakan dari segi kehadiran. Itu kita sedar. Pada tahun pertama diadakan pada tahun 2007 kehadiran tidak begitu ramai. Ada 20%, ada 30% kapasiti stadium. Apa yang dibincangkan oleh penganjur dan pihak Kementerian Belia dan Sukan ialah pada tahun ini, oleh kerana sukan ini melibatkan empat stadium. Lepas itu satu final di Bukit Jalil ada lima stadium. Jadi di keempat-empat stadium ini tiket akan diserahkan kepada negeri, di samping kepada sektor akademik dan juga kepada FAM. Ianya supaya masing-masing terlibat dan adalah diyakini dengan penglibatan tersebut lebih ramai lagi akan hadir. Kemudian yang tangible lain dari segi sukan ini ia dipancarkan melalui TV dan di sinilah ramai orang terlibat menyaksikannya. Seperti mana yang saya nyatakan tadi ada tiga sukan untuk pelancongan. Dalam sebuah negara yang sedang membangun kita melihat kita boleh menggunakan tiga sukan itu untuk serampang dua mata tadi. Satu untuk sukan dan satu untuk pelancongan dan saya rasa dari segi tangible untuk pelancongan ia memberi satu kelebihan kepada kita terutama negara yang sedang membangun dan cuba Yang Berhormat bayangkan bukan sahaja dari segi sukan kejayaan kita tarik pelancongan. 10 tahun lalu kita tidak percaya negara kita akan menerima ramai pelancong. Kita berasa jealous apabila Thailand dan Indonesia ada 5 juta pelancong. Tiba sekarang negara-negara lain ini masih lagi 5, 6 juta. Kita tahun lalu telah tarik lebih 21 juta pelancong. Maknanya dia ada elemen untuk pembangunan negara.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya akui Yang Berhormat, ada sedikit kesan hasil daripada pelaburan yang kita buat ke atas pasukan ini. Namun kesannya kalau kita lihat kita pernah berada di persada kegemilangan bola sepak satu masa dahulu, tapi akhir- akhir ini kita lihat kita seolah-olah tidak dapat membangun, seolah-olah ada halangan. Walaupun beberapa program yang dibuat sama ada di peringkat bawahan lagi di peringkat persekolahan sampailah ke peringkat kita lihat ianya tidak disambung dan kegemilangan ini tidak dapat dicapai. Jadi saya pernah mencadangkan di Dewan negara pada tahun lepas supaya kita membuat dua tindakan kerana kita mempunyai pelaburan yang cukup besar. Kesan yang pertama kita membentuk pasukan ini dengan kita mengambil pemain-pemain di peringkat 14 atau 15 tahun daripada negara-negara yang mempunyai pemain-pemain yang berkaliber dan diberi taraf pemastautin tetap dan mereka mewakili negara. Itu seperti mana yang dibuat oleh Jepun, Korea dan sebagainya. Itu kesan yang awal. Kedua, kita melatih mereka di peringkat awal ini dengan menghantar satu pasukan seperti mana yang dibuat oleh pasukan China iaitu selama lima tahun mereka ini tidak dibenarkan pulang ke negara asal mereka dan mereka berlatih. Akhirnya China berada dalam kelas yang tersendiri sekarang dengan perbelanjaan yang kita ada. Jadi saya rasa inilah di antara sukan yang boleh menjadi sukan integriti, sukan penyatuan yang mana kerajaan harus menganggap ini sebagai sesuatu yang cukup serius dengan pelaburan besar yang telah kita buat ke dalam bidang ini. Apa pandangan Yang Berhormat?
Boleh saya tambah sedikit Yang Berhormat? Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya amat setuju dengan Yang Berhormat dari Arau iaitu kita tidak boleh hanya menitikberatkan pelancongan sahaja. Saya ingat menganjurkan kejohanan seperti CYC ini mesti yang paling penting ialah untuk pembangunan sektor sukan terutama bola sepak yang standard kita semakin turun. Saya ingin hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu tentang skuad Malaysia. Bagaimana dengan selection atau pilihan player kita? Adakah kita juga ada Kejohanan Kelab Belia di Malaysia ini dan di bawah 19 tahun dan adakah pemain- pemain itu dipilih dari skuad-skuad negeri atau skuad-skuad kejohanan belia. Terima kasih.
Timbalan Menteri, sedikit lagi. Sedikit lagi tambah.
Nanti dahulu, nantilah. Tuan Pengerusi, sebenarnya kita sudah pergi jauh sampai kelab. Struktur sukan negara
yang ini tidak ada dalam jangkauan maklumat saya. Saya ingat kita boleh bincang apabila masuk dalam Kementerian Belia dan Sukan. Yang saya cuba tekankan di sini saya tidak menyatakan bahawa sukan itu tidak penting. Saya kata pelancongan, bila kita tengok dari segi value for money, what is value for money? Itulah yang saya maksudkan, dari segi pelancongan tapi penekanan kepada sukan seperti mana yang disebut Yang Berhormat Arau tadi mesti mempunyai satu pendekatan yang sistematik. Maknanya apa Yang Berhormat Arau kata tadi betul. Kita mesti melatih daripada muda. Sebagai mana kita tahu yang pemain skuasy Nicol David dia menjadi champion dunia kerana pendedahan daripada kecil. Kita tahu yang main boling Shalin, Esther. Saya pun tak berapa tahu tapi nama- nama itu saya tahu didedah daripada kecil. Jadi di sinilah yang saya nampak relevannya CYC. Mengapa tidak di peringkat orang yang sudah dewasa...
[Bangun]
[Bangun]
Kita sudah tahu pasukan bola sepak Malaysia sudah tidak ada daya mampu untuk bersaing. Jadi kita pergi kepada peringkat yang lebih bawah lagi.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Jerai bangun.
Bagi Yang Berhormat Jerai dahulu.
Yang Berhormat Jerai.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Timbalan Menteri. Untuk pengetahuan semua, kita melihat pada persiapan CYC berkaitan dengan remaja. Kita sudah ada Liga Perdana pemainnya adalah satu pasukan harimau muda. Di situ kita boleh buat pendedahan kepada pemain-pemain muda ini. Kedua, kita melihat ada lagi Sekolah Sukan Bukit Jalil. Jadi kenapa kita perlu belanja begitu besar sedangkan kita sudah mempunyai prasarana untuk melatih. Kemudian kita melihat setiap pasukan negeri ataupun kelab memang ada liga simpanan. Di sini juga ada pemain-pemain yang di bawah umur yang perlu kita gilap dan kita perlu memperkemaskan mereka ini. Baru-baru ini kita ada dua sahaja pemain kita dibawa ke England iaitu daripada pemain Kedah dan juga pemain asal Kedah sekarang mewakili Myteam-UPB juga sekadar dua minggu sahaja hasil daripada CYC.
Apakah kita rasa bangga sedangkan kita memerlukan 25 pemain untuk menghantar sebuah pasukan? Minta penjelasan.
Saya ada perkara yang sama, sedikit sahaja. Tadi Yang Berhormat ada sebut mengenai dengan pembangunan sukan yang sambungan daripada Arau. Saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat supaya memaklumkan kepada Menteri Belia dan Sukan buat lawatan ke negara-negara Afrika. Di negara Afrika, saya lihat sendiri, sekarang ini pemain-pemain bola sepak yang masyhur. Premier league ataupun mana-mana league sekarang ini kita lihat datangnya daripada negara Afrika. Saya pernah pergi ke Cameron, Chad, even Somalia, Afrika Selatan, Zimbabwe, mereka yang dilatih bermain bola, baju bola pun tidak ada! Kasut pun tidak ada! Saya pernah tengok juga di Rio De Janeiro tahun 1992, waktu saya habis Sidang Submit Alam Sekitar. Saya duduk sana dekat dua bulan. Mereka main bola tidak ada padang, di tepi pantai, atas pasir. Sama juga di Afrika, baju tidak ada, tengah panas. Dia membentuk kekuatan stamina dahulu, kemudian barulah pergi kepada taktik. Ini stamina tidak ada, duduk syarah bab taktik tidak jadi. Terjelir lidah nanti! Lari sana, lari sini tidak sampai 10, 15 minit dah jem. Jadi, saya minta supaya setuju tidak saya cadangkan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan melawat Afrika, negeri-negeri yang saya sebut yang telah melahirkan jaguh-
jaguh bola sepak, tetapi jangan lupa bawa saya sama. Suruh saya jadi pemandu nanti. Okey, terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Yang Berhormat Pasir Mas, menteri ada sini. Menteri dah dengar dah. Jadi, saya tidak payah beritahu menteri. Mungkin saya kena beritahu menteri oleh kerana Yang Berhormat mempunyai pengalaman pergi ke Afrika, beberapa negara supaya dikaji kemungkinan lantik dalam Majlis Sukan Negara. Yang Berhormat Jerai tadi menyentuh tentang kita telah ada pasukan masuk dalam Liga Perdana dan kita juga mempunyai prasarana apa perlunya kita ada CYC. Ini telah saya jawab tadi. Yang kita buat tadi Liga Perdana itu persaingan sesama kita. Ini persaingan dengan luar. Persaingan dengan luar tentu memberi potensi yang berbeza. Cuba kita bayangkan kita dalam satu tempat, kita ada pasukan-pasukan daripada kelab-kelab dunia. Bagaimana dari segi pengalamannya yang akan kita peroleh, pengalaman berbeza. Kemudian dari segi yang telah mengikuti latihannya ada tiga orang, yang telah mula mendapat latihan dan ini permulaan. Kalau sudah ada permulaan ada ramai lagi yang boleh pergi. Jadi, permulaan itu sudah jadi satu permulaan yang baik. Orang ini pergi dan mendapat latihan. Kemudian Yang Berhormat daripada Machang...
Tuan Pengerusi, sebelum ini pun sudah ada dah pergi luar negara. Akhirnya habis begitu sahaja.
Kita tidak boleh putus asa dalam hidup ini Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat putus asa, Yang Berhormat tidak duduk situ. Sudah berapa lama try dah? Parti Yang Berhormat hari ini dapat. Kita tidak boleh putus asa. Mesti ada jalannya, apa dia kelemahan- kelemahannya, macam mana kita hendak over come kelemahan apabila kita hantar yang baru ini. Macam mana persediaan yang baru. Kalau dahulu mungkin persediaannya berbeza. Itu sebab kita lihat macam sebahagian daripada ahli sukan kita macam Nicol David dia duduk di luar. Dia dapat pendedahan di situ dan mental, fizikal dia cukup untuk bersaing dan daripada persediaan itulah dia dapat memiliki kemahiran dan juga mind set serta kekuatan psikologi untuk bertanding...
Yang Berhormat, penjelasan sedikit.
Tuan Pengerusi, berapa lama dia tu?
Sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk kepada Maksud B.12 ini membincangkan mengenai perbelanjaan menganjurkan. Mungkin tadi kita berbincang sedikit sudah masuk sampai teknikal yang berkaitan dengan permohonan sukan. Namun, saya kembali kepada asas ini mengenai penganjuran. Saya melihat pada suatu ketika seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Machang tadi. Dia seolah-olah terlihat suatu keadaan bail out berlaku di sini. Pada pandangan saya, peringkat awal seolah-olah kerajaan mengambil pendekatan “seolah- olah berlaku satu penswastaan” di mana satu contohnya; seperti SUKOM Bhd., Le Tour Langkawi di mana diwujudkan satu SPV dengan izin, special purpose vehicle tetapi telah berkembang ke satu tahap tetapi hari ini macam Le Tour de Langkawi ini diambil alih oleh kementerian. Jadi, seolah-olah kita bukan maju ke depan dari segi penganjuran aspek kewangannya, aspek pengurusannya kerana seperti yang saya tahu, apabila berlaku satu penganjuran syarikat-syarikat ini mendapat hak dari segi intelektual propertynya, menjual merchandise dan sebagainya di mana kewangan diperoleh seolah-olah macam kita panggil peribahasa mahu kata apa, profit privatizes but kita panggil kerugian itu di socialize. Di mana tanggungjawab sosial itu kembali kepada kita.
Jadi, saya mungkin dari segi dasarnya Kementerian Kewangan boleh memperjelaskan kepada Dewan ini, dasar dari segi aspek penganjuran ini bagaimana? Pendekatan kerajaan sebenarnya. Adakah yang dikatakan mantera hari ini, CSR itu Corporate, Social, Responsibility itu juga diketengahkan ialah aspek penganjuran yang mana dikatakan oleh Yang Berhormat Machang tadi banyak sponsor-sponsor daripada syarikat-syarikat hebat. Ke mana perginya? Saya dilihat di sini seolah-olah kembali tanggungjawab itu kepada kerajaan. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan direction itu dengan izin, arah penganjuran itu ke mana?
Yang Berhormat Timbalan Menteri minta singkatkan. Kita ada beberapa kementerian lagi dan ada rang undang-undang yang penting yang saya anggap penting juga diluluskan pada sesi ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, ini bukan diambil alih oleh kerajaan. Ini diambil oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia. Jadi, ini adalah entiti kita, bukannya entiti luar dan kerajaan memberi bantuan awal. Jadi, dari segi kos keseluruhannya lebih daripada itu yang perlukan kepada penganjuran tadi. Jadi, buat masa ini Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ini akan menganjurkan. Yang lain-lain Tuan Pengerusi menyentuh perkara sama yang telah saya sentuh...
Sedikit, sedikit berkaitan dengan penganjuran ini. Saya hendak minta penjelasan. Apa akhirnya kesudahan tentang kemelut CYC antara KBS dan FAM dan juga Gifted Group ini? Sebab, kalau ikut kenyataan Presiden FAM, mereka tidak restu untuk anjur CYC sebab dia kata tidak rugi apa-apa pun dan tidak ada manfaat. Jadi, adakah penghujahan yang disebutkan tadi seolah-olahnya mengatakan bahawa keputusan FAM itu tidak betul? Adakah hendak maksud bahawa Sultan Haji Ahmad Shah itu keputusannya tidak betul, maknanya keputusan Rembau pun tidak betul sebab Rembau sebagai Timbalan Presiden. Disebut di sini bahawa kita tidak rugi apa-apa malah kejohanan itu juga tidak memberikan sebarang manfaat kepada kita. Sebaliknya Malaysia juga ada banyak pertandingan-pertandingan. Cuma dia sedih kerana kita terpaksa habis sebanyak RM17 juta. Jadi saya minta penjelasan.
Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Melaka s udah berapa kali Yang Berhormat. Apa lagi Yang Berhormat. Ini sebenarnya Yang Berhormat Kementerian Kewangan. Jadi, jika hendak menanya persoalan yang terperinci berhubung dengan sukan sepatutnya tunggulah kita ke Kementerian Sukan. Jadi, kalau ada kesilapan nanti saya bimbang Yang Berhormat akan bangkit jawapan daripada menteri itu kurang tepat. Jadi, itulah kalau soalan terperinci, soalan sukan, mintalah tunggu ada isu sukan dibangkit. Minta maaf ya.
Tuan pengerusi ini masih dalam maksud yang sama. Tadi, saya masih tunggu yang saya bangkit tentang asas pertimbangan dan juga syarat-syarat jika kita batalkan penganjuran.
Tuan Pengerusi, apa yang berlaku sekarang ini ialah oleh sebab ada perselisihan dari segi Gifted mengiktiraf Asian Football Confederation dan dia terlupa dengan FAM. Jadi, tahun lalu FAM telah pun beri blessing dan tahun ini FAM kata tidak mahu beri blessing. Perkara ini akan dibincangkan oleh satu ad hoc committee melibatkan FAM, Attorney General dan juga pihak Kementerian Belia dan Sukan dan kemudian pihak panel penasihat kementerian sedang mengkaji dari segi perjanjian, apakah implikasinya. Pertama, dari segi penganjuran jalan atau tidak ini belum diputuskan. Kemudian, apakah dia implikasinya? Saya ingat itu sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM16,810,108,100 untuk Maksud B.12 di bawah Kementerian Kewangan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM16,810,108,100 untuk Maksud B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi, kita tidak kira mana tahu suara kuat dengan perlahan. Itu bezanya tadi, so kita minta kira.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita sudah mengamalkan cara ini Yang Berhormat. Suara itu kadang-kadang 10 orang pun boleh nyaring daripada yang 100 orang kalau tidak kuat bunyinya. Okey, terima kasih Yang Berhormat. Kita lain kali mintalah dia orang nyaring-nyaring sedikit. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM30 untuk Maksud P.10 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2007 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM30 untuk Maksud P.10 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2007.
Kita minta belah bahagian.
Tak payahlah Yang Berhormat Batu.
Yang berhormat Batu, tidak usah batu api. Jangan buang masa.
Kalau kita sampaikan satu perkara yang kritik, kita tanya selera kita Yang Berhormat, kalau betul- betul dalam jiwa kita mengatakan perkara itu tidak perlu diluluskan, barulah kita buat menunjukkan kita serius dengan apa yang kita buat ini.
Dengar belah bahagian, pakat masuk semua. [Ketawa]
Tuan Pengerusi, izinkan saya mohon penjelasan. Cadangan Tuan Pengerusi tadi saya setuju. Ini isu yang besar melibatkan RM16 bilion. Sudah tentulah ia satu perkara yang serius sudah kita bahaskan selama beberapa hari. Jadi jelas kalau ikut suara tadi, yang tidak bersetuju lebih kuat daripada yang bersetuju, jadi untuk menjustifikasikan suara mana yang lebih kuat, saya cadangkan kita buat belah bahagian kerana jumlahnya besar RM16 bilion, bukan kecil.
Saya tahu jumlahnya besar Yang Berhormat.
Ini satu perkara yang serius Tuan Pengerusi, jadi saya harap supaya kita dapat buat belah bahagian sebab saya tengok BN pun sudah kelam kabut masuk, menteri, timbalan menteri dan Ahli-ahli BN.
Tuan Pengerusi, kita juga secara prinsip ingin tahu sesiapa yang mengambil bahagian dalam Dewan ini dan setuju untuk membazirkan wang rakyat ini supaya.
Tidak payahlah.
Tahun depan kita cakap.
Tidak payah berucap lagi Yang Berhormat.
Tunjuk perasaan dekat luarlah.
Tuan Pengerusi, ini juga adalah satu lesson to be learnt supaya ramai-ramai menteri, timbalan-timbalan menteri yang tidak hadir dalam Dewan ini, tidak sudi hadir boleh ajar mereka supaya mereka lain kali akan hadir dalam Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Kuching, jangan ajar menteri. Menteri ada kerja kerajaan yang hendak dibawa.
Ini bukan ajar menteri. Tidak apa.
Kalau betul belah bahagi dia orang boleh datang dan undi dan akan tetap memihak kerajaan.
Kalau betul hendak belah bahagi Yang berhormat tunjuk kepada saya belah bahagi. Loceng, 15 orang sudah berdiri untuk belah bahagi. Duduk, sila duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab lebih daripada 15 orang bangun meminta belah bahagian maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(5), saya memintakan satu belah bahagian diadakan sekarang. [Loceng dibunyikan] [Pengundian dijalankan]
Yang Berhormat Pasir Mas mana? Yang Berhormat Pasir Mas mana?
Ada mengundi dua kali?
[Ketawa]
Sila Yang Berhormat.
[Bangun] [Dewan riuh] [Ketawa]
Point of order Tuan Pengerusi. Point of order. Saya ambil perhatian 47(5) yang berbunyi, “Seseorang Ahli tidak boleh mengundi dalam sebarang apa perkara yang ada dalamnya faedah kewangan tepat bagi dirinya....” Dan sama ada Ahli Parlimen ada faedah dalam perkara-perkara yang kita mengundi... [Dewan riuh] Saya tak tahu. Perlu isytiharkan sama ada orang yang, Ahli- ahli Parlimen...
Mana ada orang...
You lah yang...
Tuan Pengerusi....
[Ketawa]
Bukan meniaga. Bukan meniaga.
Itu mana punya belajar itu?
Baik, baik, baik. Diam Yang Berhormat.
You lah bukti. Tak tahu peraturankah? You lah tolong bukti dulu.
You lah tolong bukti.
Baik, baik.
You tunjuk bukti barulah you boleh dakwa.
Yang Berhormat diminta diam sekejap. Ada peraturan yang dibangkitkan. Kita kena tunjuk yang Dewan ini sebenarnya Dewan Parlimen Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat. Sila duduk.
Semua sekali. Semua sekali... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tunggu Yang Berhormat. Tunggu Yang Berhormat. Saya bagi ruling, pada point of order yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Ahli-ahli Yang Berhormat...
Nanti, nanti satu.
...Ipoh Timur membangkitkan...
Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Datuk Bung Mokhtar bin Radin lagi. Yang Berhormat Padang Besar.
...Ahli-ahli yang ada kepentingan... [Dewan riuh]
Yang ini datang. Yang ini...
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Diam Yang Berhormat. Diam Yang Berhormat.
Ini yang datang ini hendak kira.
Saya faham Yang Berhormat. Dia orang tahu Yang Berhormat. Masa perbahasan, tidak seorang pun bangkit soalan Ahli-ahli Parlimen yang ada kepentingan. Itu yang pertama. Yang kedua, kalau kita hendak selidik tiap-tiap seorang daripada Perdana Menteri sampai kepada Ketua Pembangkang, siapa yang ada kepentingan, tahun 2010 pun kita tak boleh selesaikan masalah perhitungan pada hari ini. Jadi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur itu adalah tidak dapat di terima dan ditolakkan. Terima kasih... [Tepuk]
Tuan Pengerusi, Ahli Parlimen boleh isytihar adakah mereka ada financial... [Dewan riuh]
Ada bukti?
Perdana Menteri...
Duduk, duduk, duduk.
[Menyampuk]
Dia tak ada... Prime Minister...
Yang Berhormat, Yang Berhormat semua ada kepentingan kewangan dalam sumber kewangan ini. Siapa terima gaji, siapa yang tak terima projek dan sebagainya, jalan raya, semuanya ada kepentingan. Jadi Yang Berhormat tolonglah jangan bangkit benda-benda yang remeh, benda-benda yang boleh membantutkan perjalanan Dewan.
Jalan raya semua orang lalu.
Yang Berhormat Pekan lagi satu. Campur. Pekan campur satu lagi Yang Berhormat Pekan... [Dewan riuh] Ya, campur satu.
This is out of time. Out of time.
Minta diam semua Yang Berhormat. Kita minta diam Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]
Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].
Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Batu Gajah diam. Yang Berhormat Batu Gajah diam, yang lain tolong diam.
Sudah salah.
Yang lain tolong diam. Yang Berhormat dekat hujung tak payah berdiri Yang Berhormat... [Dewan riuh] Sudah, sudah. Sekarang kita dah tutup Yang Berhormat. Sekarang sudah tutup. Bila Tuan Pengerusi kata tutup, baru tutup... [Dewan riuh]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].
Satu blok belum habis bilangan. Itu belum tutup. Yang masuk sudah tutup... [Dewan riuh]
Termasuk Timbalan Perdana Menteri.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kalabakan cepat sikit hitung.
Dia tak tahu kira.
Ini blok campur.
Yang Berhormat daripada dua pihak, blok ini ada campuran. Jadi Yang Berhormat Kalabakan pun ada terpaksa berhati-hati... [Dewan riuh]
Dulu tak campur, sekarang sudah campur, sudah ramai. [Ketawa]
Undi hantu, undi hantu.
Tolong kira takut ada undi hantu.
Tuan Pengerusi, boleh saya dapat, Tuan Pengerusi...
Dia Lubok Antu.
Tuan Pengerusi...
[Ketawa]
Tuan Pengerusi. Boleh saya dapat tahu berapa Ahli Parlimen yang tidak hadir?
Yang Berhormat Ipoh Barat, duduklah.
Berapa Ahli Parlimen yang hadir sekarang?... [Dewan riuh] Supaya kita dapat tahu undi itu betul-betul akan...
Yang Berhormat Ipoh Barat tunggu sudah hitung baru beritahu.
Yang Berhormat Ipoh Barat takut undi hantu ada.
Pembangkang buang masa.
Lain kali pihak kerajaan ramailah sikit masuk Dewan, kuat sikit suara tidak payah kira... [Ketawa]
Yang Berhormat Johor Bahru, tengok adik itu nakal sangat... [Ketawa]
Itu tidak boleh kira, baru masuk tidak boleh kira.
Tidak payah... [Dewan riuh]
Selalu lambat ini.
Tutup, Tuan Pengerusi.
Boleh, boleh.
Tutuplah, tutup.
Tadi sudah tutup, sudah tutup.
Saya mintalah Yang Berhormat mungkin kaca-kaca dekat itu kurang kuat. Kalau bising sangat dia pecah nanti. Nanti ada yang luka dan sakit, jadi saya harap Yang Berhormat bersabarlah jangan bising sangat.
Ahli-ahli yang bersetuju berjumlah 92 orang. [Tepuk] Ahli-ahli yang tidak bersetuju 60 orang. [Tepuk] Ahli-ahli yang tidak mengundi 1 orang. Lebih 2/3 undi majoriti yang bersetuju. [Tepuk]
Rang Undang-Undang — Yang BersetujuBill
1. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 2. Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak 3. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abd Aziz 4. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim 5. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop 6. Datuk Peter Chin Fah Kui 7. Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal 8. Dato’ Mustapa bin Mohamed 9. Datuk Douglas Uggah Embas 10. Dato’ Dr. Ng Yen Yen 11. Dato’ Haji Noh bin Haji Omar 12. Dato’ Shaziman bin Abu Mansor 13. Dato’ Liow Tiong Lai 14. Datuk Dr. S. Subramaniam 15. Dato’ Shahrir Abdul Samad 16. Dato’ Seri Ong Ka Chuan 17. Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob 18. Datuk Ronald Kiandee 19. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
20. Datuk Dr. Haji Abdul Latif bin Ahmad 21. Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah 22. Datuk Robert Lau Hoi Chew 23. Dato’ Joseph Salang anak Gandum 24. Tuan Joseph Entulu anak Belaun 25. Dato’ Mohd. Johari bin Baharum 26. Datuk Wira Abu Seman Yusop 27. Dato’ Yong Khoon Seng 28. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim 29. Dato’ Chor Chee Heung 30. Ir. Dr. Wee Ka Siong 31. Tuan Jelaing anak Mersat 32. Tuan Haji Fadillah bin Yusof 33. Dato’ Razali bin Ismail 34. Tuan Wee Jeck Seng 35. Dr. Huo Kok Chung 36. Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib 37. Dato’ Hamzah bin Zainudin 38. Dato Saifuddin bin Abdullah 39. Datuk Abdul Rahim bin Bakri 40. Dato’ Dr. Mohamad Shaharum Osman 41. Dato’ Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri 42. Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman 43. Dato’ Abdul Manan bin Ismail 44. Tuan Razali bin Haji Ibrahim 45. Datuk Chua Soon Bui 46. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi 47. Dato’ Abd. Rahman Dahlan 48. Tuan Henry Sum Agong 49. Tuan Alexander Nanta Linggi 50. Tuan Aaron Ago Dagang 51. Dato’ Haji Lilah Yasin 52. Tuan Raime Unggi 53. Datuk Dr. Tiki anak Lafe 54. Tuan Ding Kuong Hiing 55. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang 56. Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah 57. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal 58. Tuan Abd. Rahman Bakri 59. Dato’ Lee Chee Leong 60. Puan Tan Ah Eng
61. Tuan Masir Kujat 62. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad 63. Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria 64. Dato’ Seri Azmi bin Khalid 65. Datuk Haji Mohamed bin Haji Aziz 66. Dato’ Seri Tiong King Sing 67. Dato’ Sri Muhd. Leo M. Toyad 68. Dato’ Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad 69. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor 70. Ir. Haji Hamim bin Samuri 71. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed 72. Datuk Richard Riot anak Jaem 73. Dato’ Dr. James Dawos Mamit 74. Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said 75. Datuk Abdul Ghafur bin Salleh 76. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi 77. Dato’ Ismail Kasim 78. Tuan William Nyallau 79. Tuan Billy Abit Joo 80. Datuk Tiong Thai King 81. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique 82. Tuan Matulidi bin Jusoh 83. Datuk Wira Ahmad Hamzah 84. Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman 85. Dr. Hiew King Cheu 86. Tuan Lim Lip Eng 87. Tuan Er Teck Hwa 88. Tuan Muhammad bin Haji Husain 89. Tuan Haji Roslan bin Shaharum 90. Tuan Haji Mohd Nasir bin Zakaria 91. Tuan Mohd. Firdaus Jaafar 92. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik
Rang Undang-Undang — Yang Tidak BersetujuBill
1. Tuan Haji Ahmad Maslan 2. Datuk Dr. Marcus Makin Majingoh 3. Puan Hajah Norah binti Abd. Rahman 4. Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah 5. Dato’ Mohd. Jidin bin Shafee
6. Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed 7. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail 8. Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim 9. Tuan Mohamed Azmin bin Ali 10. Tuan R. Sivarasa 11. Tuan William Leong Jee Keen 12. Tuan Chua Tian Chang 13. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin 14. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail 15. Tuan Johari bin Abdul 16. Tuan N. Gobalakrishnan 17. Puan Hajah Fuziah binti Salleh 18. Tuan S. Manikavasagam 19. Dato’ Dr. Zainal Abidin bin Ahmad 20. Dato Zahrain bin Mohamed Hashim 21. Dato’ Kamarul Baharin bin Abbas 22. Tuan R. Karpal Singh 23. Puan Fong Po Kuan 24. Tuan Chong Chieng Jen 25. Tuan Lim Kit Siang 26. Dr. Tan Seng Giaw 27. Puan Chong Eng 28. Tuan M. Kulasegaran 29. Tuan Fong Kui Lun 30. Puan Teresa Kok Suh Sim 31. Puan Nurul Izzah binti Anwar 32. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid 33. Tuan Gwo-Burne Loh 34. Tuan Wee Choo Keong 35. Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir 36. Tuan Amran bin Ab. Ghani 37. Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri 38. Dato’ Kamarudin Jaafar 39. Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman 40. Tuan Haji Mahfuz bin Omar 41. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli 42. Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali 43. Dr. Siti Mariah binti Mahmud 44. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff 45. Tuan Hee Loy Sian 46. Tuan Haji Ahmad Kasim
47. Tuan Azan Ismail 48. Dr. M. Jeyakumar Devaraj 49. Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff 50. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad 51. Tuan Pua Kiam Wee 52. Tuan Ooi Chuan Aun 53. Tuan Charles Santiago 54. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib 55. Tuan M. Manogaran 56. Tuan Sim Tong Him 57. Tuan John Fernandez 58. Dr. Che Rosli bin Che Mat 59. Dr. Mujahid Yusof Rawa 60. Dato’ Ibrahim Ali
Rang Undang-Undang — Yang Tidak MengundiBill
1. Tuan Loke Siew Fook
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM16,810,108,100 untuk Maksud B.12 di bawah Kementerian Kewangan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM16,810,108,100 untuk Maksud B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM30 untuk Maksud P.10 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2007 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM30 untuk Maksud P.10 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2007.
Rang Undang-Undang — Yang Tidak Mengundi — Maksud B.13 [Jadual] – Maksud P.13 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2007 – Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: KepalaBill
Bekalan B.13 dan Kepala Pembangunan P.13 di bawah Kementerian Luar Negeri terbuka untuk dibahaskan.
[Bangun]
Sebelum membahaskan Yang Berhormat saya memperingatkan supaya kita hanya tertumpu kepada butiran-butiran yang tersebut Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Ipoh Timur.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada dua tiga perkara sahaja. Pertama ialah mengenai peruntukan RM27 juta untuk bayaran
kenaikan gaji kakitangan dan bayaran Elaun Perbezaan Sara hidup di 105 perwakilan Malaysia di luar negeri. Saya bangkit perkara penahanan Aung San Suu Kyi yang di mana penahanan beliau sudah dipanjangkan semalam oleh junta military. Sungguhpun sudah lebih daripada 13 tahun daripada 18 tahun dia berada di dalam tahanan. Saya ingat lagi bahawa dalam penahanan baru-baru ini yang bermula pada Mei 2003, selepas peristiwa ‘The Buyan’, di mana Aung San Suu Kyi adalah dikurung dan masa itu Kerajaan Malaysia ada ambil tindakan yang kuat supaya beliau dibebaskan. Bekas Perdana Menteri masa itu pun melahirkan, kalau junta militer Myanmar tidak mahu mendengar suara rakyat, suara ASEAN pun. Satu masa akan datang di mana Myammar akan digantung keanggotaannya daripada ASEAN ataupun disingkir daripada ASEAN, dan masa itu Menteri Luar Negeri Malaysia pun ada mendesak atau ambil tindakan terbuka bahawa Aung San Suu Kyi patut dibebaskan. Itulah Mei 2003 sudah enam tahun dan bukan sahaja tidak ada apa- apa berkesan, tetapi Aung San Suu Kyi terus ditahan. Dan baru-baru ini satu tempoh lagi untuk memanjangkan penahanan beliau, yang menunjukkan bahawa segala usaha kerajaan sama ada Malaysia atau anggota-anggota ASEAN supaya ada constructive engagement, satu sebab yang diberikan iaitu Malaysia menjadi negara yang utama untuk mempelawa memasukkan Myanmar dalam ASEAN dalam tahun 1997 sudah gagal. Di sini kita mahu tahu kenapa sampai sekarang bahawa tidak ada suara-suara daripada Kerajaan Malaysia atau Yang Berhormat Menteri Luar Negeri yang ada di sini untuk mengutuk ...
Ini apa kaitan dengan B.13 Yang Berhormat Ipoh Timur?
Apa itu?
Apa kaitan dengan B.13?
13? Tak faham.
Apa kaitan dengan perbahasan Jawatankuasa kita ini, Maksud B.13 ini?
Kita mahu tambah lagi gaji kakitangan- kakitangan dalam 150 perwakilan Malaysia di luar negeri. Apa guna tidak faham, lebih baiklah pergi kindergarten.
Nampak dibincang tentang orang lain.
Ya, mengenai tanggungjawab Wisma Putra, kakitangan di seluruh negara.
Akan tetapi isu yang dibangkitkan tidak ada kena-mengena dengan gaji.
Baik, Yang Berhormat.
Bayar gaji untuk apa?
Tidak apa, tidak apa. Yang Berhormat Ipoh Timur teruskan.
Bagi Yang Berhormat satu taklimatlah, satu briefing kindergarten sebelum datang di sini. Yang Berhormat Menteri pun tahu bahawa ini sangat 100% relevant dan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri satu masa dia pun prihatin dalam perkara ini, dia kerap kali menguji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam perkara ini, tetapi tidak ada apa-apa result. Itulah sekarang oleh sebab Aung San Suu Kyi lagi sekali dipanjangkan tempoh tahanannya, saya harap bukan sahaja Yang Berhormat Menteri Luar Negeri, tetapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta semua yang ada dalam Dewan yang mulia ini mengeluarkan suara Parlimen, suara Wisma Putra, suara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa mengutuk junta military Myanmar, oleh kerana meneruskan penahanan Aung San Suu Kyi.
Kita mahu Aung San Suu Kyi dibebaskan serta-merta tanpa syarat, itulah suara Parlimen Malaysia. Saya harap Yang Berhormat daripada Batu Pahat setuju.
Ini sudah keluar tajuk.
Tidak payah Yang Berhormat.
Mana ada keluar tajuk, kalau Yang Berhormat mahu use kuasa Yang Berhormat Pengerusi. Dia kata Tuan Pengerusi tidak berguna.
Tidak apa- apa Yang Berhormat.
Perdana Menteri pun setuju. Apa ini? Ini yang mustahak saya harap dalam perkara ini Yang Berhormat Menteri Luar Negeri ini bolehlah menunjuk tauladan untuk semua negara ASEAN dalam perkara ini. Kalau Yang Berhormat Menteri mahu mencelah saya boleh bagi jalan.
Saya mahu keluar.
Mahu keluar, okey... [Ketawa] Harap perkara ini kita ambil tindakan yang tegas. Lima, enam tahun selepas peristiwa ‘The Buyan’. Kedua bahawa Malaysia ambil tindakan untuk mengutuk referendum yang diadakan baru-baru ini oleh militer Junta, oleh kerana tidak demokratik dijalankan semasa berlakunya bencana siklon Nargis, sungguhpun militer Junta ada menuntut bahawa 92% adalah menyokong referendum itu. Bahawa ini tidak membayangkan hasrat demokrasi rakyat Burma. Ketiga, oleh kerana Yang Berhormat Menteri Luar Negeri ada di sini, satu perkara yang ada dibahas semalam ialah mengenai kekalahan kita di International Court of Justice. Sungguhpun Yang Berhormat Menteri Luar Negeri kata ini ialah win- win.
Sebelum beliau pergi dia kata ada keyakinan. Tentu win. Tentu win! Sekarang kalah dalam Pulau Batu Puteh, kata win-win. Bukankah ini tidak benar dan saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberikan sebab kenapa kita kalah dalam kes International Court of Justice dalam perkara ini dan kedua, oleh sebab kes ICJ ini ada menimbulkan kekhuatiran mengenai kedudukan kita, kedaulatan kita di Pulau Pisang sehingga dalam blog saya ada satu soalan dikemukakan. Mengapa kita yang telah 50 tahun merdeka masih memerlukan bantuan Singapura untuk mengawal selia rumah api, di Pulau Pisang? Adakah Jabatan Laut tidak berupaya mengawal selianya? Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberi jawapan dan jaminan bahawa keselamatan kita di Pulau Pisang tidak pun dicerobohi macam di Pulau Batu Puteh. Akhirnya saya mahu tanya kenapa sampai sekarang tuntutan Filipina kepada Sabah tidak digugurkan sehingga ini ada bersangkut paut dengan masalah pendatang haram di Sabah? Kalau tidak ada satu Suruhanjaya Diraja mengenai pendatang haram di Sabah, ini patut menjadi satu bidang untuk disiasat. Kenapa sampai sekarang tuntutan Filipina kepada Sabah tidak digugurkan? Apa usaha dibuat oleh Wisma Putra dalam arah ini? Saya tidak mahu sebut mengenai Royal Commission of Enquiry oleh sebab usul itu, dua hari yang lalu Tuan Yang di-Pertua ada membuat beberapa penjelasan. Saya masih tunggu Hansard sebelum saya buat satu respons mengenai beberapa penjelasan-penjelasan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua mengenai usul substantif saya, sungguhpun saya lihat bahawa usul saya ada dalam 40(2), dan nampaknya tidak ada peluang untuk timbul dan dibahaskan make a mockery of a substantif motion. Satu motion substantif yang kalau tidak dibahaskan, apa substantifnya, tapi itu hal yang lain. Hal-hal yang separate. Saya harap dalam perkara ini kita ada suatu jawapan, Royal Commission of Enquiry, sungguhpun saya gembira bahawa ada Ahli-ahli Parlimen dari Sabah atau ahli-ahli politik dari Sabah ada memberikan sokongan kepada cadangan
Royal Commission of Enquiry mengenai pendatang haram di Sabah. Sekian, terima kasih.
Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian pada maksud B.13 ini khususnya dalam perkara 4. ii. di mana permintaan untuk menampung kenaikan sewa Canseri, kediaman rasmi ketua perwakilan, kediaman Home Based-Staff di luar negara. Dalam pengalaman yang sikit sebagai bekas pegawai PTD yang berkhidmat di luar negara, saya melihat kementerian boleh membuat beberapa keputusan yang lebih baik khususnya dalam hal-hal berkenaan dengan sewaan. Pengalaman menunjukkan bahawa kadangkala di antara 104 mission yang kita ada di luar negara, keputusan untuk membeli bangunan adalah lebih baik daripada menyewa. Sebab itu saya menyarankan agar kementerian melihat, membeli property untuk diconvertkan menjadi mission untuk canseri ataupun kediaman ketua perwakilan lebih baik kerana yang pertama sekali sebagai investment. Yang kedua dari segi security. Kalau setiap kali kita menyewa rumah ataupun bangunan untuk ditukarkan menjadi canseri ini, setiap kali kita terpaksa engaged dengan izin, untuk dibuat security requirement. Di samping itu saya melihat juga di sini, ada permintaan untuk dilihat kediaman home-based staff di luar negara. Saya tidak nampak kenapa Home Based- Staff khususnya di Medan dan juga di London diberi perhatian sedangkan Home Based-Staff kita berada di semua mission. Kenapa Home Based-Staff di kedua-dua tempat ini diberikan keutamaan sedangkan saya kira untuk memohon menjadi Home Based-Staff sudah pasti mereka mempunyai maklumat bahawa ada keterbatasan semasa berkhidmat dengan kedutaan kita. Kalaupun mungkin kos ataupun gaji yang diberikan kepada Home Based-Staff ini tidak boleh menampung tempat kediaman mereka, saya mencadangkan daripada kita membina ataupun memberikan kediaman untuk mereka adalah elok kalau kita naikkan saja elaun atau wujudkan satu elaun khas untuk kediaman ini tetapi bukan saja di London, saya kira untuk tempat-tempat yang lain juga. Satu lagi Tuan Pengerusi ialah tentang pemilihan pegawai-pegawai yang akan berkhidmat dengan Wisma Putra. Pengalaman singkat juga mengajar saya untuk bersuara di sini. Saya lihat ada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Kementerian Luar Negeri kadang-kadang level pengetahuan dan sebagainya dibandingkan dengan pegawai-pegawai yang berkhidmat di luar negeri daripada kalangan negeri lain agak membimbangkan kita. Malah dalam satu statement yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menyebabkan beliau mengambil tindakan terburu-buru untuk menukar bahasa pengantar dalam pengajaran sains dan matematik, menyatakan bahawa dengan izin, Tuan Pengerusi, “A foreign officers do not have good English”. Ini menunjukkan bahawa bekas Perdana Menteri sendiri khuatir bahawa kemampuan pegawai-pegawai kita yang berkhidmat di Wisma Putra tidak begitu hebat dalam pengucapan bahasa Inggeris tetapi yang di sini bukan saya nak sebut tentang bahasa Inggeris. Saya mencadangkan INTAN khususnya dan juga JPA dalam membuat pemilihan bagi pegawai-pegawai yang akan berkhidmat di Wisma Putra. Saya mencadangkan lebih baik diambil dari kalangan mereka sebelum menjadi kadet PTD, yang mempunyai pengalaman sama ada mereka yang pernah berkhidmat di bank-bank ataupun big corporation ataupun di kalangan academician ataupun di kalangan legal practices sama ada menjadi solicitors ataupun lain-lain. Saya melihat kalau mereka ini mempunyai sedikit exposure dalam bidang- bidang ini sebab harus diingat Tuan Pengerusi, semasa kita di kadet kita cuma diajar setahun saja. Di kadet itu ada 10-15 modul daripada tanahnya hinggalah kepada benda-benda yang lain. Modul untuk foreign affairs ini terlalu sikit. Sudah tentu selepas menjadi kadet, dilantik menjadi pegawai PTD dan masuk Wisma Putra kadang-kadang bila dia assign ke Wisma Putra dia juga jaga desk. Sama ada desk Asian ataupun desk kaunselor dan lain-lain. Dua tiga tahun terus di hantar ke luar negara untuk berkhidmat di mission. Saya berpengalaman juga melihat pegawai-pegawai kita, kerana tidak ada background yang kuat, kadang-kadang bila kita duduk dan berbincang atau bertemu
dengan diplomat-diplomat lain, ada juga diplomat yang rasa takut, kecut kerana dia tak ada solid subject yang dia nak cakap. Sebab itu diplomat kita dia kerumun sesama dia. Kalau kita pergi function, dia kerumun sesama dia. Dia tak berani nak campur dengan orang lain, ada juga. Kerumun ini maknanya dia berkumpul sesama dia. Minta maaf Tuan Pengerusi. Kerumun ni bahasa Kedah. Ya, saya minta maaf. Dia berkumpul tapi kalau dia ada based contohnya dia seorang bekas pegawai yang bekerja di syarikat minyak, jadi dia punya mula cakap, ice breaking itu tetap minyak.
Jadi dia, budak sejarah, masuk kadet, keluar PTD hendak cakap sejarah, tidak kena kadang-kadang. Sebab itu benda-benda ini saya mencadangkan khususnya pihak menteri melihat bahawa pemilihan pegawai-pegawai sebelum mereka masuk ke Wisma Putra malah pemilihan semasa kadet itu amat penting. Di samping itu saya juga mencadangkan supaya umur pegawai-pegawai...
Minta laluan sedikit.
Machang, saya izinkan.
Terima kasih Sungai Petani. Tuan Pengerusi, celahan saya kepada point Sungai Petani tadi ialah ketika Yang Berhormat Menteri pun ada di sini, sekali lagi pengalaman peribadi menyertai ASEAN Integrity Dialog yang baru-baru ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang melibatkan penyertaan di peringkat negara-negara ASEAN dan Asia Timur. Bila di peringkat perbincangan meja bulat, turut terlibat adalah pegawai- pegawai dari Wisma Putra yang baru bertugas, pegawai-pegawai PTD yang baru bertugas. Tugas mereka ialah bertindak sebagai rapperteur’. Saya dapat melihat bagaimana sukarnya mereka untuk mengikuti perbincangan-perbincangan di peringkat antarabangsa, apa lagi untuk membuat catatan-catatan tentang inti pati perbincangan yang melibatkan wakil-wakil seperti kedutaan-kedutaan asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Waktu saya sempat berkenalan dengan mereka ada yang dua tahun, tiga tahun baru graduate, sudah pun mengikuti program PTD dan ditugaskan dalam seminar antarabangsa yang sebegitu.
Yang Berhormat berucapkah ini, panjang sangat, sudah habiskah Sungai Petani tadi?
Belum. Celahan. Antarabangsa, Tuan Pengerusi ya, points saya ialah, event antarabangsa...
Sila pendekkan pencelahan.
Penyertaan pegawai Wisma Putra, penguasaan bahasa Inggeris yang agak rendah...
Saya faham.
Menyukarkan bertugas sebagai repertoire dan ini berlaku. Itu saya fikir perkara pokok, penting. Mohon sedikit ulasan Sungai Petani. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, saya bersetuju khususnya pegawai-pegawai kita yang muda, bukan sahaja mereka ini takut, bukan kerana takut tetapi kerana kadang-kadang penguasaan subject matters itu tidak kesampaian. Jadi dia terpaksa memerlukan masa untuk faham tentang itu dan masa yang diambil itu kadang-kadang panjang. Sebab itu saya mencadangkan kepada kementerian khususnya untuk menteri yang ada di sini supaya mereka yang lebih bukan sahaja senior dari segi pengalaman. Sebab itu saya cadangkan ambil daripada mereka yang ada pengalaman sama ada legal service ataupun daripada profesional. Saya melihat ada negeri-negeri lain yang even, malah melantik jadi pegawai mereka daripada kalangan medical officers, military officers. Jadi dia kemas, dia rasa belakang dia itu kuat dengan pengalaman dia. So dia bercakap pun dia rasa dia bercakap dengan yakin sebab pengalaman itu memberikan dia kekuatan, the experience. Namun pun begitu saya rasa umur juga menjadi faktor. Saya setuju dengan Machang kalau bayangkanlah dia keluar daripada PTD masuk Wisma Putra
pada umur 26, 27, 28 sekarang ini untuk menghadiri international conference dan untuk menjadi repertoire pada umur itu kadang-kadang kelam kabut. Sebab itu kalau kita boleh dapat mereka yang agak senior, umur 30, 31 bukan sahaja nampak pun hebat, sarat dengan pengalaman tetapi ability, kekuatan untuk kawal suasana. Saya setuju dengan Machang bahawa kadang-kadang gabra Tuan Pengerusi. Gabra ini maksudnya ialah dalam keadaan kita attend international conference dan tiba-tiba pada umur yang begini dengan pengalaman cetek memang kelam kabut. Sebab itu saya mencadangkan supaya faktor umur juga diambil kira. Akhir sekali Tuan Pengerusi ialah tentang masalah antarabangsa bukanlah kadang-kadang kita bawa semua ke...
Minta penjelasan. Yang Berhormat Sungai Petani, saya tidak boleh tidak bangun. Saya tidak bersetuju berkenaan faktor umur bahawa mereka yang dihantar ke persidangan antarabangsa patutlah mereka melebihi 30 tahun faktor umur diambil kira. Saya percaya ada ramai di kalangan anggota pegawai kita yang berkemampuan. Mereka yang telah mencapai umur lebih tahap umur tertentu tidak semestinya lebih cerdik pandai daripada yang mereka yang umurnya yang lebih muda sebab ini era globalisasi, banyak maklumat yang sedia ada. Saya boleh percaya ramai di kalangan Ahli-ahli dalam Dewan ini yang masih tidak tahu menggunakan komputer iaitu IT. Jadi faktor umur tidak patut menjadi kayu pengukur ke atas kemampuan seseorang anggota untuk berhadapan atau menghadiri sidang antarabangsa. Setujukah Yang Berhormat Sungai Petani?
Ringkas Sungai Petani ya?
Saya menyebut tadi tentang mereka yang bertugas, mereka yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan persidangan- persidangan. Untuk hadir tidak ada masalah, kita umur 25, 26 pun boleh hadir tetapi kalau kita hendak manage persidangan-persidangan yang besar, sebab saya katakan tadi bahawa pengalaman mengajar kita untuk mentadbir sesuatu persidangan itu dengan lebih baik. Begitu juga dengan kes-kes yang kadang-kadang...
Tentang umur dan pengalaman ini adakah Yang Berhormat Sungai Petani juga ingin merujuk kepada kes tuntutan dan perbicaraan Pulau Batu Puteh itu yang nampaknya di pihak Singapura mempunyai tokoh-tokoh yang hebat, yang berpengalaman, yang berpendidikan tinggi, yang ada pendedahan yang luas, berbanding dengan pihak kita, seorang Peguam Negara yang rekod dalam negara pun cukup buruk, ingin mempertahankan negara di luar pula. Apa pandangan Yang Berhormat?
Saya setuju dengan Tumpat bahawa apabila kita mewakili negara, yang ini pengalaman, saya juga bercakap daripada segi pengalaman. Tuan Pengerusi, umur yang juga dibantu dengan pengalaman dan latar belakang, ini akan memberikan kita lebih gagah. Umur dibantu dengan pengalaman juga memberikan kita keyakinan sebab apabila kita berdepan dengan kes-kes besar seperti tuntutan yang disebut oleh Tumpat tadi, ini bukan cerita main-main. Sebab itu pengalaman dan kewibawaan juga mesti diambil kira, sebab orang akan melihat kita dengan first impression, Tuan Pengerusi. Kalau kita hantar bukan sahaja yang junior daripada segi pengalaman tetapi junior daripada segi umur, problem nya ialah first impression. Sebab itu pengalaman saya, apabila kita ada function-function besar di kedutaan, kita akan melihat bahawa yang senior daripada segi umur dan pengalaman akan duduk dengan senior, tetapi yang junior khususnya negara kita langsung tidak berani masuk yang senior sebab cakap tajuk dia ini tajuk apa besar sangat problem jadi. Sebab itu saya sekali lagi mencadangkan supaya bagi mereka yang hendak kendalikan program-program besar yang diorganized atau dilaksanakan oleh kementerian hendaklah mereka yang senior bukan sahaja daripada segi pengalaman tetapi juga daripada segi umur dan ini akan memberikan keyakinan kepada orang lain. Di samping itu juga memberikan ruang kepada pegawai-pegawai muda untuk melihat bagaimanakah ianya dilaksanakan tanpa mereka membuat silap. Saya percaya pegawai-pegawai kita, Tuan Pengerusi melaksanakan tugas dengan baik. Yang saya sebut ini ialah kalau boleh ditambahbaikkan lagi, dengan izin they have done excellent job, very good job. Cuma kalau kita dapat pertambahkan,
pertingkatkan hal-hal yang saya sebutkan tadi sudah tentu pegawai-pegawai kita di luar negara akan melaksanakan tugas dengan jayanya. Namun pun begitu sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa lihatlah tentang Home Based-Staff ini. Pengalaman saya juga mengajar bahawa Home Based-Staff kita memang kalau dibandingkan dengan negara- negara yang membangun sudah tentu kita bayar elaun atau gaji yang sedikit, tidak mewah seperti negara-negara lain. Namun pun begitu untuk single out London dan Medan untuk diberikan tumpuan khas saya rasa itu agak tidak adil, harus juga dilihat kepada negeri-negeri yang lain. Terima kasih.
Pontian.
Pontian.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama saya ingin membangkitkan perbelanjaan 4, perkara 3 sebanyak RM5,193,300 adalah untuk menampung sumbangan kepada pertubuhan antarabangsa. Saya hanya sekadar ingin tahu kepada pertubuhan antarabangsa manakah RM5.19 juta itu diberikan. Adakah ianya melibatkan Palestin, Iraq, Afghanistan ataupun pertubuhan-pertubuhan di negara- negara yang lain. Itu perkara yang pertama. Keduanya ialah Perkara 4.i - kenaikan gaji. Membayar untuk kenaikan gaji bererti ia apabila lulus ini naik gaji mereka dan saya rasa mereka pun sudah dibayar kenaikan gaji itu. Harap pegawai yang berkaitan di 105 perwakilan Malaysia di luar negeri itu akan menjalankan tugas dengan baik supaya peristiwa-peristiwa kita kehilangan kedaulatan, kalau ada di mana-mana ketidakcekapan pegawai, perkara itu akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik pada masa-masa akan datang. Saya ingin membangkitkan tentang satu isu yang berkaitan dengan Kementerian Luar Negeri ini iaitu tentang Pulau Pisang. Kebetulan ia berada dalam kawasan Pontian. Ada rumah api Singapura di Pulau Pisang itu. Itu perkara yang utama yang ingin saya sampaikan di sini. Ada juga jeti Singapura di Pulau Pisang sedangkan tidak ada pembangunan lain di kawasan itu dan saya amat berbesar hati memetik kata Menteri Luar Negeri semalam dalam akhbar bahawa, “Perlu Pulau Pisang dibangunkan sebelum ada pihak di kemudian hari mungkin akan mempertikai pemilikan kita terhadap Pulau Pisang”. Pulau Pisang ini 446 ekar, empat pulau, 5 kilometer dari bandar Pontian dan dari segi faktor sejarahnya ini yang perlu dikaji oleh pegawai-pegawai Wisma Putra. Dari segi faktor sejarahnya ada satu perjanjian iaitu perjanjian itu, “Selagi ada bulan dan bintang syaratnya...”, memanglah selagi ada bulan bintang, selagi kita tidak kiamat, adalah bulan dan bintang. Mana ada perjanjian seumpama ini, Tuan Pengerusi. Saya kira perjanjian seumpama itu perlu dikaji walaupun perkara-perkara itu ada melibatkan sejarah dengan sultan dan sebagainya. Satu lagi ialah dalam perjanjian itu, kalau tidak silap saya, disebut selagi rumah api digunakan. Sekarang ini rumah api saya rasa sudah tidak berapa sesuai untuk digunakan dalam urusan laut kerana kita menggunakan GPS, kapal-kapal menggunakan GPS, Global Positioning System. Satu lagi radar maritim, pelbagai jenis radar. Satu lagi ialah peralatan navigasi yang canggih-canggih. Rumah api untuk mengelakkan kapal terlanggar batu karang, kapal terlanggar pulau-pulau kecil, tetapi oleh kerana kita ada GPS, radar maritim, peralatan navigasi, rumah api sudah tidak diperlukan. Jadi kalau rumah api sudah tidak diperlukan lagi, saya harap Wisma Putra mengkaji tentang aspek ini bahawa rumah api itu bagi sahaja kepada Malaysia. Tidak perlu ada hak milik Singapura, beberapa ekar di kawasan Pulau Pisang itu yang menjadi menyusahkan kita dan menyakitkan mata kita dan menyebabkan kita sentiasa terfikir apabila melihat Pulau Pisang, jangan “pisang berbuah dua kali” dan jangan kita “putih mata” macam Batu Puteh, kata Kubang Kerian semalam. Jadi saya harap perkara-perkara ini perlu dikaji. Mengkaji supaya kalau boleh bagaimana Malaysia boleh ambil alih rumah api dan jeti di Pulau Pisang itu dan bagaimana kajian segera patut dijalankan. Jangan kajian itu terlalu lama sampai bertahun-tahun baru siap mengkaji. Sekarang ini kajian boleh dijalankan dalam masa
hanya sebulan, dua bulan dan kemudian kalau perlu kita membawa perkara itu ke mana-mana yang boleh dibincangkan secara diplomasi terlebih dahulu antara kedua- dua negara, saya kira eloklah perkara rumah api dan kawasan rumah api itu dikembalikan kepada Malaysia. Itulah, walaupun ringkas tetapi saya membawakan perkara yang cukup penting untuk bukan hanya rakyat Pontian tetapi rakyat Malaysia yang cintakan kedaulatan. Terima kasih.
Bukit Gelugor.
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Maksud B.13, Perenggan 4. i. Ini adalah mengenai bayaran kenaikan gaji kakitangan dan bayaran elaun perbezaan sara hidup di 105 perwakilan Malaysia di luar negeri. Saya ingin membangkit perkara kekalahan Pulau Batu Puteh kepada Singapura. Ada dikatakan ada satu surat yang penting, a crucial letter, dengan izin, yang tidak didapati sampai sekarang tetapi pencarian ada dibuat untuk mendapat dokumen itu dan ada dikatakan jika dokumen itu ada dikemukakan ke hadapan ICJ, kemungkinan besar Malaysia menang. Saya mahu dapat tahu apa isi kandungan surat penting itu. Adakah sesiapa lihat apa jadi dengan isi kandungan surat itu? Tuan Pengerusi, kekalahan Pulau Batu Puteh adalah satu perkara yang menjejas imej maruah Malaysia. Saya mahu dapat tahu siapa jadi lead council dalam rombongan yang mempertahankan Malaysia depan ICJ. Berapa bayaran ada digunakan ke atas the defense team dan saya mahu dapat tahu adakah kerajaan bercadang untuk, dengan izin, compensate nelayan-nelayan yang ada terlibat dalam apa yang terjadi baru-baru ini. Terima kasih.
Batu Pahat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh dahulu Maksud B.13 ini iaitu 4. i. ini tentang perbelanjaan sebanyak RM27,694,700 iaitu mengenai dengan pembayaran kenaikan gaji kakitangan dan bayaran elaun perbezaan sara hidup di 105 perwakilan Malaysia di luar negeri. Kita memang tahu bahawa kebanyakan pegawai-pegawai kita yang diplomat, attaché dan sebagainya apabila mereka ke luar negara, kadang-kadang mereka melihat ini sebagai peluang untuk bercuti dan juga untuk berehat sebenarnya walaupun mereka ada tugas. Sebab itulah tadi timbul tentang kualiti pegawai-pegawai diplomat dan attaché kita yang berada di luar negara. Tuan Pengerusi, saya memang melihat bahawa kehidupan mereka adalah cukup mewah seperti yang dibangkitkan tentang rumah kediaman mereka. Ada setengah daripada pegawai-pegawai diplomat kita ini duduk di rumah seperti castle, seperti di London itu sedangkan mereka duduk berdua suami isteri, anak pun tidak ada sebab anak pun sudah belajar di luar negara, tempat lain. Jadi kadang-kadang perkara seperti ini akan dilihat sebagai satu pembaziran sebenarnya. Dengan kemudahan-kemudahan entertainment mereka yang cukup tinggi, yang cukup besar. Jikalau kita melihat pun kalau kita ke luar negara, pergi ke rumah mereka ataupun mengikuti setiap aktiviti yang mereka sediakan, memang kita akan nampak seolah-olah pembaziran yang cukup besar. Saya harap ini perlu dikawal sebenarnya. Saya hendak menyentuh tentang Bukit Gelugor yang membangkitkan tentang team kita. Saya setuju dengan beliau sebab menjadi persoalan juga kepada saya iaitu tentang surat tersebut, iaitu kenapa kita tidak mampu mendapatkan surat tersebut. Saya difahamkan mungkin surat itu ada pada Singapura dan Singapura menyimpannya dan tidak mahu mengeluarkannya, sebab itulah bahan bukti yang penting. Namun, soalnya ialah apakah kita tidak ada satu cara lain untuk mendapatkan surat tersebut yang mana akhirnya surat dari SUK Negeri Johor itu menjadi asas sebagai penghakiman yang menyebabkan kita kehilangan Pulau Batu Puteh ini.
Jadi sebab itulah saya fikir sudah sampai masanya kriteria-kriteria untuk kita melantik pegawai diplomat kita ini dan juga attaché kita di luar negara ini mestilah ada satu standard yang tinggi. Sekurang-kurangnya mereka ini menguasai dan memahami dasar luar negara kita. Ini cukup penting. Jangan nanti keluar negara, berjumpa mereka, berbincang, dia sendiri tidak faham tentang dasar luar negara. Sedangkan kita tahu bahawa dasar Amerika ini, kekuatannya bergantung kepada dasar luarnya ataupun foreign policynya, dengan izin, baik dalam soal ekonomi, baik dalam soal politik dan sebagainya. Kadang-kadang kita dapati pegawai-pegawai kita sendiri tidak memahami dasar luar negara dan sebab itulah barangkali sudah sampai masanya dalam melantik dan memilih pegawai diplomat kita ini, dia mesti ada ciri-ciri intelligent kepada dirinya iaitu pegawai-pegawai diplomat ini.
Bukan setakat maksudnya dalam soal umur yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani sebab saya juga melihat pegawai-pegawai diplomat kita yang berkhidmat di United Nations itu, mereka ada kebolehan, ada kemampuan memahami dasar luar mungkin kerana environment mereka. Sebab mereka duduk di United Nations. Sekian lama terlibat dengan pelbagai perbahasan, seminar dan sebagainya di United Nation itu yang berjalan begitu lama tempoh Persidangan United Nations. Maka oleh sebab itulah mereka menguasai segala isu terutamanya isu-isu politik, ekonomi antarabangsa. Akan tetapi kalau sekiranya pegawai-pegawai diplomat kita di tempat lain ini tidak ada kemampuan, intelligent, tidak ada kemampuan menguasai isu luar negara, dasar luar dan sebagainya, maka inilah yang timbul tadi tentang ketidakmampuan mereka. Dan sebab itu saya harap perkara-perkara seperti ini harus diberi perhatian. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh juga tentang kakitangan-kakitangan kita yang bertugas di kedutaan-kedutaan di luar negara ini terutamanya kakitangan warganegara asing. Sebab biasanya kalau kedutaan itu katalah kedutaan di London, kita juga mengambil kakitangan dari kalangan warganegara England untuk bertugas di pejabat kedutaan kita yang kadang-kadang dia tidak memahami budaya kita. Dan ini menimbulkan banyak masalah kepada kita sebenarnya. Saya mengambil contoh Tuan Pengerusi, dua daripada anak saya dilahirkan di London melalui isteri saya yang pertama.
Bini berapa?
Isteri kedua belum ada jodoh lagi. Jangan salah faham, isteri pertama, memang saya ada satu isteri sahaja.
Tak payah panjang sangat dia punya contoh.
Ya?
Tak payah panjang sangat.
Tak maksud saya Tuan Pengerusi, akhirnya sampai saya balik ke Malaysia, saya tidak dapat Sijil Kelahiran untuk mendaftar dan mendapat Surat Beranak di Malaysia dan menimbulkan banyak masalah kepada saya dua, tiga tahun. Itu saya kata bahawa perkara-perkara seperti ini juga harus diberi perhatian oleh Kementerian Luar dalam memilih kakitangan yang bertugas di kedutaan kita terutamanya di kalangan bukan warganegara Malaysia. Jadi sebab itulah saya kata perkara-perkara yang seperti ini harus diberikan perhatian. Yang kedua ialah dalam soal pelantikan diplomat kita ini. Saya ingin tahu kuota yang disediakan untuk wanita. Apakah kita ada kuota yang menggambarkan bahawa keupayaan golongan wanita juga boleh menjadi diplomat. Saya rasa mereka lebih berwibawa sebenarnya untuk dilantik sebagai duta besar kita, High Commissioner dan sebagainya. Dan sebab itulah saya ingin tahu, apakah ada kuota tertentu untuk golongan wanita ini? Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh kepada...
Yang Berhormat, ingat perbahasan dalam peringkat Jawatankuasa. Kita jangan sentuh lagi soalan dasar Yang Berhormat, kebanyakannya soalan-soalan kita nak tanya mengkhususkan, berlandaskan apa yang dibutirkan dalam kertas kerajaan. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Kepala B.13 berhubung tambahan peruntukan sebanyak RM46 bilion. Saya merasakan bahawa jumlah ini satu jumlah yang cukup besar dan kebimbangan kita ialah pembaziran dan sikap tidak bertanggungjawab untuk menguruskan wang yang berkenaan. Sebagai contoh Tuan Pengerusi, perkara yang kedua, terdapat sebuah kediaman rasmi ketua perwakilan kita Charge d'Affaires di Ireland sebagai contoh; di mana Charge d'Affaires di Malaysia telah pun tamat tempohnya dan dihantar pulang balik ke tanah air. Namun pihak kerajaan dan Wisma Putra tidak membenarkan Setiausaha Pertama untuk menggunakan kediaman yang telah pun disewa di Ireland bagi tujuan Charge d'Affaires berkenaan. Dalam suasana di mana Euro sekarang semakin meningkat dan semakin kuat, sudah tentulah kerajaan terpaksa menanggung satu kos yang lebih tinggi di mana First Secretary terpaksa menyewa sebuah kediaman lain untuk mengambil tugas Charge d'Affaires di Ireland tersebut. Maka hari ini Wisma Putra terpaksa menyewa dua kediaman dengan membayar Euro yang cukup tinggi dan ini bagi saya satu pembaziran di pihak kerajaan. Yang kedua, dalam pengalaman singkat saya juga, saya melihat duta-duta besar Malaysia kita dan ketua-ketua perwakilan asing di negara-negara asing serta pegawai-pegawai mereka lebih banyak tumpuan mereka untuk menjaga ketibaan pembesar-pembesar negara daripada menjalankan tugas mereka untuk mempromosi negara di peringkat antarabangsa. Kalau ia merupakan tugas rasmi, saya sedia maklum duta ataupun ketua perwakilan mahupun pegawai akan berada di lapangan terbang untuk menyambut sama ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mahupun Menteri-menteri Kabinet. Akan tetapi aduan yang kita terima, ramai di antara pegawai- pegawai kita di kedutaan di luar negara diarah juga untuk menyambut orang-orang kenamaan ini dalam kapasiti mereka untuk percutian misalnya. Ataupun untuk menyambut isteri orang-orang kenamaan berkenaan. Dan yang lebih parah lagi ialah beberapa watak di kalangan isteri Menteri-menteri Kabinet ini berbelanja dengan cukup besar, shopping dengan cukup mewah dan mereka enggan membayar cukai sama ada di lapangan terbang mahupun kepada Sistem Penerbangan Malaysia (MAS). Dan ini membebankan kedutaan-kedutaan kita khususnya di London, New York, Los Angeles. Ini dalam kategori ‘A’ maka ini juga akan membebankan kos Wisma Putra untuk menampung perbelanjaan yang berkenaan, selain daripada pegawai-pegawai kita tidak dapat menumpukan tugas sebenar mereka dihantar dan ditempatkan di negara-negara yang berkenaan.
Penjelasan Tuan Pengerusi. Kalau boleh Yang Berhormat beritahu pihak kami, siapakah isteri-isteri berkenaan supaya dapat direkod.
Maklumat awal yang saya terima salah seorang yang paling banyak diadukan ialah isteri Timbalan Perdana Menteri sendiri, ketika lawatan ke Bandar Raya London kerana shopping yang begitu mewah, beg-beg pakaian bukan satu, bukan dua, berpuluh dan kos ini terpaksa ditanggung oleh kedutaan kita di London dan juga Syarikat Penerbangan MAS dan ini aduan yang kita terima secara rasmi ketika ini dan juga beberapa tahun yang lalu.
Ada bukti ke?
Saya sebut sini sebab ada bukti dari kedutaan kita di London. Yang ketiga Tuan Pengerusi, ialah perkara B.13 di mana sumbangan sebanyak yang disebutkan di sini RM5 juta kepada Pertubuhan Antarabangsa. Saya pohon kalau boleh Yang Berhormat Menteri mencerakinkan, apakah pertubuhan-
pertubuhan antarabangsa yang berkenaan? Apakah ianya salah satu penerima itu ialah American International Center yang merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang mempunyai hubung kait yang cukup rapat dengan pelobi ejen Yahudi yang bernama Jack Abramoff. Perkara ini saya berharap tidak akan dipadamkan dan tidak menjadi amalan Yang Berhormat Menteri yang baru kerana dalam amalan-amalan yang lalu perkara ini tidak pernah dibahaskan dalam Dewan Rakyat tetapi akhirnya terbongkar di mana Kedutaan Malaysia di Washington D.C. membayar sejumlah USD1.2 juta kepada Pertubuhan American International Center dengan izin, yang dikuasai oleh Jack Abramoff, seorang ejen pelobi Yahudi semata-mata untuk mengatur pertemuan Dr. Mahathir dengan Presiden Bush pada satu ketika dahulu.
Bukti yang saya ingin kemukakan dalam Dewan yang mulia ini ialah Kedutaan Malaysia telah mengeluarkan cek bertarikh 8 Mac 2002 kepada American International Centre berjumlah USD300,000 untuk dibayar kepada Jack Abramoff iaitu ejen pelobi Yahudi yang digunakan oleh Dr. Mahathir, Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional pada ketika itu semata-mata untuk mendapatkan pertemuan dengan Presiden Bush.
Yang Berhormat Gombak, penjelasan. Tuan Pengerusi, saya baru pulang dari Washington D.C kerana berita ini telah diuar-uarkan di banyak magazine dan juga di akhbar-akhbar di sana kerana Jack Abramoff telah didakwa pada mulanya di Senat dan beliau mengaku salah dan juga dikhabarkan dia juga mengaitkan dua mantan menteri. Mungkin Yang Berhormat Gombak juga mempunyai maklumat yang lebih terperinci boleh menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, saya bersetuju kita juga sedia maklum bahawa Jack Abramoff telah pun ditangkap, ditahan, didakwa dan dibicarakan dalam sistem perundangan di Amerika Syarikat dan banyak nama- nama pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai kanan Kedutaan Malaysia di Washington D.C yang disebut dalam perbicaraan berkenaan. Saya juga ingin mengetahui dan bersetuju dengan Yang Berhormat Balik Pulau, apakah tindakan Kerajaan Malaysia hari ini untuk memastikan pertama, perkara ini tidak berulang kerana saya juga dimaklumkan selepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil alih tampuk kepimpinan, amalan ini masih berterusan untuk menggunakan ejen-ejen pelobi Yahudi ini bagi mendapat pengaruh di Washington D.C. Yang kedua, saya juga pohon agar Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan apakah bentuk tindakan yang perlu diambil terhadap pegawai-pegawai kedutaan pada ketika itu yang telah menyalahgunakan kuasa mereka mengeluarkan cek sejumlah USD300,000 bertarikh 6 Mac 2002 untuk dibayar kepada Jack Abramoff? Atas alasan-alasan yang saya kemukakan Tuan Pengerusi, saya sekali lagi mengajak teman-teman Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat ini untuk sama-sama menolak rang undang-undang ini kerana ianya lebih menjurus kepada pembaziran dan sikap tidak bertanggungjawabnya kepimpinan dalam menggunakan dana rakyat atas perkara- perkara yang telah dibahaskan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Bachok.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ringkas saja yang ingin saya bangkitkan. Pertamanya ialah di bawah Maksud B.13 ini. Saya ingin bertanya berapakah nilai hartanah milik Malaysia yang berada di luar negara yang tidak dapat dibangunkan ataupun yang tidak didiami oleh pegawai-pegawai kita dan secara spesifiknya ingin saya bangkitkan tanah milik kita di tengah-tengah Pulau Singapura yang terdapat di dalamnya stesen kereta api kita. Bila saya ke sana baru- baru ini, masuk sahaja ke dalam kawasan tersebut, kita merasakan seolah-olah kita berada dalam alam Harry Porter. Ancient building, tak dibangunkan. Kalau kita keluar sahaja daripada bangunan tersebut, sudah kita masuk ke alam lain. Jadi, saya rasa imej kita sebagai sebuah negara yang maju tetapi bila duduk di tengah-tengah bandar
Singapura tersebut dengan keadaan tanah dan keadaan bangunan yang sedemikian, amat memalukan saya sebagai seorang rakyat Malaysia. Begitu juga saya ingin mendapat maklumat tentang bangunan kediaman milik kerajaan yang didiami oleh pegawai-pegawai. Tadi telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak bangunan yang didiami oleh ketua-ketua perwakilan, duta, pesuruhjaya yang berada dalam keadaan mewah tetapi kompelin juga kita terima. Aduan daripada pegawai-pegawai kerajaan yang duduk dalam bangunan-bangunan milik kerajaan yang keadaannya usang kerana tidak ada cukup bajet untuk dibuat maintenance, yang akibatnya terpaksa kemudian kita jual dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran. Yang ketiganya Tuan Pengerusi, adalah tentang annual budget kita yang Kementerian Luar Negeri dalam sekitar RM500 juta setelah dipotong oleh pihak Treasury yang sudah tentulah apabila kita tukarkan kepada mata wang asing, RM500 juta. Ini berapa saja tinggalnya dalam mata wang negara-negara luar yang kita berada dan letakkan perwakilan. Saya dimaklumkan bahawa terdapat banyak constrains yang dihadapi oleh perwakilan-perwakilan kita untuk menambah baik program-program khasnya yang melibatkan ketua-ketua perwakilan dan juga rapport kita bersama dengan negara-negara yang kita hantar wakil di tempat tersebut. Jadi ini tiga perkara yang ingin saya bangkit. Terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Bil.13 mengenai dengan peruntukan RM27,694,700 untuk menampung bayaran kakitangan dan bayaran elaun perbezaan cara hidup 105 orang perwakilan Malaysia. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri Luar, berapa jumlah negara dalam dunia sekarang ini selain daripada kita ada 105 orang perwakilan dan berapa duta-duta kita yang ditauliah kepada negara-negara lain, jiran-jiran? Saya bertanya demikian kerana saya nak tahu tumpuan dari segi peranan Wisma Putra terhadap negara-negara Afrika, negara Latin Amerika, negara Timur Tengah dari segi perbelanjaannya sebab di negara-negara ini, dia mempunyai banyak potensi dari segi hubungan dua hala. Saya percaya banyak belanja yang digunakan untuk negara-negara maju, kedutaan- kedutaan di negara-negara maju selain daripada negara-negara ini sebab saya hendak tanya dari segi kakitangan kita di kedutaan-kedutaan ini adakah kita mempunyai struktur yang lengkap? Adakah kedutaan kita punya duta, kita ada setiausaha, kita ada atase, kita ada tentera, kita ada bahagian ekonomi dan seumpamanya, perdagangan. Saya ada sedikit pengalaman melawat negara-negara Afrika termasuk Latin Amerika di Surinam, di Guyana seumpamanya. Banyak peluang perniagaan yang boleh diterokai oleh pelabur- pelabur daripada Malaysia tetapi mereka tidak mengetahui, rakyat Malaysia tidak mengetahui. Saya tengok beza dengan kedutaan-kedutaan lain terutamanya Indonesia begitu agresif dalam mewujudkan hubungan dua hala tetapi kita mentauliahkan setengah-setengah duta untuk menjaga negara-negara tertentu yang tidak meliputi seperti kita tidak ada kedutaan di Ethiopia, di Djibouti seumpamanya yang mana peluang-peluangnya begitu banyak. Sebab itu kalau kita lihat sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Gombak tadi, saya bersetuju banyak juga perbelanjaan- perbelanjaan yang habis oleh kerana mungkin kerja-kerja yang tidak ada hubung kait dengan peranan kedutaan. Menyambut menteri-menteri ataupun orang kenamaan waktu musim bukan bercuti seumpamanya ataupun ada juga kakitangan terpaksa mengiringi orang-orang kenamaan bukan sahaja shopping, ke pusat-pusat karaoke pun ada. Ke tempat-tempat hiburan pun ada manakala peranannya untuk dimainkan ialah bagaimana dari segi tugas dan urusan politik seperti mana peranan Kedutaan Amerika, mereka ada atase bahagian politik bertemu dengan wakil-wakil politik, parti-parti politik orang-orang tertentu siang dan malam mendapatkan maklumat. Kita kedutaan di luar apakah tugas dan peranan kedutaan-kedutaan kita dalam merealisasikan kedudukan negara kita dalam konteks globalisasi, dalam konteks dunia tanpa sempadan sekarang.
Yang kedua saya nak tanya Tuan Pengerusi, mengenai dengan dasar luar. Dasar luar sekarang ini agak berbeza dengan zaman Yang Amat Berhormat Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu. Kita tahu waktu zaman Yang Amat Berhormat Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu, Malaysia bersuara dalam isu-isu antarabangsa terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan pembelaan terhadap golongan Islam yang tertindas, negara-negara dunia ketiga yang tertindas, isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi yang tidak seimbang dan syarat-syarat yang ditentukan oleh negara-negara besar. Akhirnya Dr. Mahathir waktu itu dibenci oleh negara-negara Barat tetapi oleh kerana waktu itu kegigihan beliau untuk menjadi jurubicara kepada dunia ketiga, dunia Islam dan seumpamanya....
Yang Berhormat Pasir Mas.
Ya, saya dalam konteks peranan ini seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Gombak tadi, saya nak kait iaitu ....
Jam dah pukul satu Yang Berhormat, habiskan.
Terima kasih Tuan Pengerusi, belum habis lagi. Saya belum habis lagilah. Yang disebut bayaran kepada Jack Abramoff, saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, waktu itu amat sukar Dr. Mahathir nak bertemu dengan Presiden Amerika nak menyampaikan masalah isu Palestin, masalah-masalah umat Islam ditindas tetapi oleh kerana mereka melihat Dr. Mahathir ini anti Amerika, maka untuk hendak bertemu dengan Presiden Amerika terpaksalah mencari pelobi-pelobi yang dia tidak tahu latar belakangnya dan kerajaan terpaksa membayar membolehkan beliau menyampaikan hasrat pendirian Kerajaan Malaysia bersabit dengan peranan penindasan yang dilakukan oleh Kerajaan Amerika Syarikat. Itu Tuan Pengerusi.
Habis Yang Berhormat?
Belum!
Kalau belum habis, sambung petang nanti.
Terima kasih. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi bahas untuk sesi pagi ini telah tamat dan kita tangguhkan semula Dewan hingga pukul 2.30 petang nanti. Terima kasih. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.00 malam ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi pada hari Khamis, 29 Mei 2008.”
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Sebelum saya menjemput Yang Berhormat daripada Pasir Mas, saya amati bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat telah pun dapat menunjukkan kehebatan masing-masing dalam melanggar peraturan-peraturan tetap hampir setiap hari dan berucap panjang-panjang. Sekarang ini saya mahu tengok sama ada Ahli-ahli Yang Berhormat hebat juga berucap pendek-pendek. Masa yang diberi, kalau 10 minit itu mesti 10 minit dan dalam peringkat Jawatankuasa ini oleh sebab perbahasan adalah spesifik kepada kepala-kepala tertentu, maka kalau berbahas itu, saya mahu tengok kalau Ahli Yang Berhormat boleh mendisiplinkan diri bercakap, tidak sampai 6 – 7 minit. Saya difahamkan Yang Berhormat Bachok, dapat bercakap di bawah 5 minit, saya tidak boleh nampak bahawa ada Ahli Yang Berhormat tidak boleh bercakap dalam 5 minit dalam soal-soal spesifik. Sila Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Jawatankuasa dahulu.
Dalam Jawatankuasa. Yang Berhormat Pasir Mas, duduk sekejap dahulu.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak...
Yang Berhormat Pasir Mas, duduk sekejap, duduk. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Sekarang boleh, ini sudah turun.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sambung di bawah B.13, Kementerian Luar Negeri bersabit dengan peruntukan RM27,694,700 iaitu saya hendak memberi penekanan dan bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri Luar apakah rejim dan saluran negara kita sudah berubah? Daripada rejim dasar luar yang diamalkan oleh bekas Perdana Menteri, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir satu ketika dahulu yang mana kita mendapat penghormatan yang tinggi daripada negara-negara Islam, negara-negara berkecuali NAM, menyebabkan kita menjadi pengerusi. Bukan bererti kita hendak bersekongkol dengan mana-mana pihak atau hendak berhadapan dengan gergasi seperti Kerajaan Amerika Syarikat ataupun kuasa-kuasa besar, tetapi sikap berkecuali kita sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Di mana kita lihat, banyak dasar-dasar ini sudah berubah dan sudah mula menjadi mindset rakyat iaitu melihat seolah-olah Malaysia sekarang ini sudah bersekongkol dengan negara-negara barat yang tidak menampakkan lagi sikap berkecuali sehinggakan kita turut menjualkan kedaulatan kita, maruah kita. Umpamanya hubungan kita dengan Singapura sehingga menyebabkan kita membatalkan Jambatan Bengkok yang sepatutnya boleh kita buat kerana ia dalam perairan kita tanpa mengambil kira soal penjualan pasir ataupun laluan udara, tetapi oleh sebab dalam wilayah kita. Sepatutnya Jambatan Bengkok ini dibuat, tetapi tidak begitu. Ini yang tidak payah pergi kepada ICJ. Awal-awal lagi kita surrender, kita menjual kedaulatan negara. Jadi bagaimana dengan dasar luar kita mengenai dengan perkara ini? Dahulu kita menunjukkan sikap yang cukup baik dari segi pendirian kita dalam banyak perkara isu-isu yang membabitkan kepentingan negara. Kita sedar betapa sukarnya dan kita dilihat oleh negara besar seperti Amerika sebagai musuh walaupun kita kecil, tetapi suara kita dihormati dalam banyak perkara. Sehinggakan sukar hendak bertemu dengan Presiden Bush, terpaksa menggunakan pelobi-pelobi untuk menyampaikan hasrat dan pandangan Kerajaan Malaysia.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya hendak tanya juga mengenai dengan peranan kedutaan kita di Bangkok, iaitu Thailand dalam merealisasikan masalah wilayah, empat wilayah di Selatan Thailand yang masih lagi menjadi-jadi. Belum ada penyelesaian. Masih terdapat lagi peristiwa-peristiwa orang-orang Islam kita dibom, ada yang dibunuh, ada yang hilang, sampai sekarang. Saya tahu bahawa dasar kita tidak mencampuri urusan negara luar apatah lagi jiran negara Thailand, yang kita hendak mencari persefahaman untuk hidup secara aman dan damai. Namun demikian, pada masa yang sama saya ingin mencadangkan, apakah kerajaan atau Kementerian Luar melalui Kedutaan Bangkok berusaha untuk mengambil inisiatif mengadakan sidang kemuncak? Sidang kemuncak antara Thailand dan Malaysia mengenai dengan isu empat wilayah di Selatan Thailand di mana sidang kemuncak ini bukan sahaja melibatkan kedua-dua Perdana Menteri tetapi juga melibatkan rakyat di empat wilayah supaya mereka dapat turut serta mengambil bahagian membincangkan masalah yang berlaku di empat wilayah termasuklah pertubuhan-pertubuhan NGO, tokoh-tokoh agama, imam-imam masjid yang ada di empat wilayah yang menghadapi masalah yang saya sebutkan tadi. Saya percaya kalau dipujuk negara Thailand berbuat demikian untuk diadakan sidang kemuncak yang melibatkan semua pihak di mana Malaysia memainkan peranan sebagai tuan rumah sebagai negara jiran, saya percaya ia memberi banyak manfaat dan menyelesaikan masalah penderitaan yang dihadapi oleh umat Islam di empat wilayah. Jadi Tuan Pengerusi, buat akhirnya saya juga ingin bertanya, berapa ramai tokoh politik yang dilantik menjadi duta sekarang ini? Negara mana dan apakah Kementerian Luar akan terus mengamalkan dasar supaya juga memberi ruang kepada tokoh-tokoh politik yang bersara ataupun tokoh-tokoh yang bukan kerajaan dari kalangan sektor swasta yang kita tahu ramai juga yang berpengalaman, yang ada kedudukan, yang ada wibawa, mereka juga patut difikirkan untuk dilantik menjadi utusan negara kita untuk menjadi duta, bukan setakat kakitangan kerajaan daripada Wisma Putra.
Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Saya harap perkara-perkara yang saya bangkitkan tadi mendapat jawapan yang memuaskan daripada Kementerian Luar Negeri. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kubang Kerian. Bolehkah Yang Berhormat ambil masa dalam lima minit?
Boleh. Bismillahir rahmanir rahim. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya pendek sahaja di bawah Maksud B. 13, Butiran 030300 - Perhubungan Antarabangsa. Setelah saya menyemak tentang butiran itu yang diperlukan adalah untuk menampung bayaran kenaikan gaji kakitangan dan bayaran Elaun Perbezaan Sara Hidup seramai 105 perwakilan Malaysia di luar negeri. Tuan Pengerusi, saya tidak mempunyai masalah tentang pemberian ini. Cuma dalam membahaskan tentang butiran ini, saya ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Luar Negeri kita yang ada di hadapan ini untuk memberikan penerangan dalam Dewan yang mulia ini. Bagaimanakah peranan yang dimainkan oleh para diplomat kita di luar negara, khususnya apabila negara berhadapan dengan isu pertindihan wilayah dan pulau-pulau yang sebelum daripada hari ini, dan akan datang yang bakal mengheret sekali lagi Malaysia dan wilayahnya ke mahkamah antarabangsa. Di sini secara khusus ingin saya meminta penjelasan, adakah para diplomat kita telah bekerja cukup kuat khususnya di India, di mana kita sedia maklum bahawa pada zaman penjajahan British di Asia Timur Jauh pada waktu itu Kompeni Inggeris Timur Jauh yang berpangkalan di Goa. Saya difahamkan oleh pakar-pakar sejarah negara kita terlalu banyak dokumen negara pada waktu itu yang disimpan di Goa, di samping khazanah-khazanah yang berharga itu juga disimpan dengan begitu banyak di London. Jadi, saya ingin penjelasan daripada Menteri Luar Negeri, adakah kita telah mengadakan suatu usaha yang secukupnya. Saya difahamkan juga dan mendapat beberapa maklumat bahawa para diplomat Singapura bertahun-tahun menggaji dan mengupah pakar-pakar mereka untuk tinggal di Goa, menggali dan memastikan setiap
dokumen penting itu dapat mereka peroleh, dan dijadikan bukti sebagai contohnya dalam isu Pulau Batu Puteh. Kita juga berhadapan dengan isu kepulauan Spratly sebagai contohnya, yang semua ini memerlukan kepada suatu bentuk kumpulan kerja ataupun team yang kita seharusnya menjadi lebih proaktif, supaya apabila kita mengemukakan dokumen- dokumen penting dalam mana-mana persidangan ataupun mahkamah. Contohnya mengambil iktibar daripada kegagalan kita dalam perebutan Pulau Batu Puteh ini, adakah kita telah bersedia dengan secukupnya. Jadi, saya ingin penjelasan daripada Menteri Luar Negeri dalam aspek ini. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Pendek sahaja, ada dua perkara yang saya hendak dapatkan penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Pertama, kalau ada rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara atas perkara mungkin mereka telah overstay ataupun melanggar undang-undang di luar negara, saya hendak tahu dan mendapat penjelasan daripada pihak kementerian. Apakah pihak kementerian ada memberikan bantuan guaman kepada rakyat kita yang menghadapi tuduhan ataupun tahanan di luar negara ini? Kedua, saya pernah mendapat aduan-aduan daripada rakyat Malaysia yang mungkin mereka hendak melancong ke luar negara khasnya negara-negara seperti Australia, UK dan Amerika Syarikat. Kadang-kadang mereka sudah dapat visa hendak pergi melancong, tetapi apabila sampai ke airport luar negara mereka ditahan dan tidak dibenarkan masuk ke negara tersebut. Walau bagaimanapun saya faham bahawa ini merupakan bidang kuasa pihak imigresen negara tersebut, tetapi saya rasa pihak Kementerian Luar Negeri juga perlu memainkan peranan kerana ini mungkin memberikan persepsi yang negatif kepada negara kita, imej negara kita, kerana ada rakyat negara kita yang telah membeli tiket kapal terbang, ambil visa dan sebagainya yang pergi ke sana kerana hendak melancong, tetapi ditahan dan tidak dibenarkan masuk. Saya berharap pihak kementerian memberikan perhatian kepada perkara ini supaya pemegang pasport Malaysia ini diiktiraf dan tidak menghadapi perkara-perkara seperti ini apabila mereka melancong ke luar negara. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Machang.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Ringkas sahaja. Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa, Maksud B.13 - Kementerian Luar Negeri. Ada dua perkara. Dalam lampiran tertera di sini perbelanjaan-perbelanjaan yang berkaitan berupa gaji kakitangan, bayaran elaun, sewa pejabat, utiliti, bekalan pejabat, bahan mentah dan sebagainya. Penjelasan yang saya pohon dari pihak kerajaan ialah apabila kita ambil daripada Contingencies Fund. Saya merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 103, saya rasa harus saya berikan ini, sebelum saya kaitkan secara jelas tentang isu sebenarnya. Dalam Perkara 103 Perlembagaan Persekutuan, ia menceritakan di bawah tajuk Contingencies Fund, iaitu apabila menteri berpuas hati berlaku atau wujudnya keadaan yang urgent and unforeseen need untuk perbelanjaan. Dan kemudian di bawah Financial Procedure Act 1957, Perkara 11 berkenaan dengan Contingencies Fund juga yang menyebutkan tentang apabila menteri berpuas hati tentang wujudnya perkara yang urgent dan unforeseen. Namun apabila kita meneliti di peringkat Jawatankuasa ini butiran perbelanjaan ia semacam menghantar satu isyarat, bahawa yang kita belanjakan itu bukanlah satu yang unforeseen. Misalnya perkara yang menyentuh tentang utiliti dan perhubungan, penyelenggaraan kenderaan, sewa kediaman, yang ini bukanlah satu item yang unforeseen, tetapi kalau ia berkaitan dengan banjirnya misalnya, itu unforeseen. Kita diminta honestnya ialah di pihak kerajaan untuk satisfy and explain to Dewan, kenapa perbelanjaan di bawah butiran-butiran ini yang berupa item yang sebenarnya bukan di luar jangkaan, tetapi Dewan diminta untuk bersetuju dengan jumlah perbelanjaan sedangkan perbelanjaan Contingencies Fund ini adalah perkara
yang strict, tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan aturan-aturannya dan keadaan bagaimana yang membolehkan Parlimen membenarkan dan bersetuju dengan jumlah perbelanjaan. Itu perkara yang saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menarik perhatian di bawah Maksud B.13 ini, iaitu nombor ii. Sebanyak RM11,224,200 adalah untuk menampung kenaikan sewa Canseri, kediaman rasmi Ketua Perwakilan, dan kediaman Home Based-Staff di luar negeri. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Luar Negeri, apakah halangan yang membuatkan kita tidak boleh mengadakan hubungan dengan negara Kosovo. Kalau negara-negara Eropah - Barat telah mengiktiraf dan kuasa-kuasa besar Eropah seperti Perancis, German, Britain dan juga Amerika telah mengiktiraf. Cuma Rusia dan China yang tidak mengiktiraf. Apakah Malaysia ini hendak mengambil hati ataupun ada sesuatu yang menghalang daripada kebimbangan atau ketegangan di antara China dengan Malaysia ataupun Rusia dengan Malaysia. Sepatutnya kita sebagai sebuah negara yang boleh dikatakan leading dalam negara Islam ini, awal-awal iktiraf kerana Kosovo ini adalah sebuah negara yang penduduknya rata-rata beragama Islam. Cuma etnik Serb ini adalah satu etnik yang minoriti. Saya ingin mendapat penjelasan.
Tuan Pengerusi, saya ingin terlibat sedikit sahaja dalam perbahasan Maksud B.13 Kementerian Luar Negeri ini. Pertamanya perkara satu itu tentang elaun untuk perwakilan Malaysia di luar negeri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri tentang sama ada kita ada kedutaan untuk negara Palestin yang mana negara Palestin ini sebagaimana yang kita tahu telah dikuasai oleh Israel, disokong oleh negara-negara besar Barat dan selama 60 tahun lebih mereka sedang dilakukan sedemikian rupa. Negara kita sepatutnya merupakan salah satu negara yang di depan dalam memperjuangkan hak untuk negara Palestin ini mempunyai negara mereka sendiri. Akan tetapi kalau kita tidak ada kedutaan kita sama ada dalam bumi Palestin ataupun di Aman dan sebagainya yang dapat kita namakan sebagai rasmi kedutaan Malaysia ke Palestin, maknanya dasar kita itu tidak berapa sangat dipandang serius oleh dunia dan khususnya dunia Islam yang kita sekali menganggap diri kita sebagai sebuah negara yang terdepan dalam kalangan negara-negara Islam di dunia ini. Keduanya saya ingin bertanya tentang perkara dua tersebut iaitu canseri kediaman rasmi dan sebagainya. Saya seperti juga Ahli Yang Berhormat Batu Pahat tadi merasa agak terkejut khususnya, contoh yang saya tahu di London di mana kediaman dan kedudukan dan bangunan yang paling penting untuk kita dan untuk rakyat kita ialah bangunan Malaysian Hall ataupun Jabatan Penuntut Malaysia di London yang dahulunya di Bryanston Square. Yang itu kita lepaskan dan kita beli suatu bangunan yang jauh lebih kecil, tempat-tempat penginapan, tempat-tempat makan, tempat untuk solat adalah amat terhad sekali yang baru di Bayswater ini manakala rumah kediaman rasmi pesuruhjaya kita kekal hebat, mahal dan sebagainya. Kenapakah maknanya pilihan kita, dasar kita ialah begitu? Walaupun saya faham bahawa ada masalah teknikal tentang kedudukan bangunan kita di Bryanston Square itu tetapi usaha-usaha boleh dilakukan sebenarnya walau ketika itu pun kita benar-benar berhasrat untuk terus menguasai dan menjadi tuan punya kepada bangunan tersebut. Jadi saya harap pihak kementerian ini, yang menterinya berasal dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Malaysian Hall di Bryanston Square itu adalah warisan negara kita juga yang menunjukkan hebatnya kita dengan bangunan kedutaan kita di Belgrade Square juga hebat tetapi kenapa yang Malaysian Hall ini yang menampung rakyat Malaysia, yang menampung penuntut Malaysia yang menjadi tuan rumah kepada tetamu-tetamu pelajar-pelajar asing yang hendak bertemu dengan pelajar Malaysia di London dan UK itu, kita dengan begitu mudah melepaskannya manakala bangunan rumah untuk duta dan sebagainya kita kekalkan.
Seterusnya tentang wakil atau kedutaan kita di negara jiran kita yang terpenting iaitu Indonesia. Saya lihat di sini bahawa ada Malawakil Medan iaitu saya yakin ini adalah konsulat kita di sana. Saya ingin menanya kepada Yang Berhormat Menteri, sama ada kita rasa perlu untuk menambahkan lagi jumlah pegawai-pegawai kita dan menambahkan jumlah konsulat-konsulat kita di Jakarta dan di Indonesia kerana Indonesia adalah jiran kita yang amat penting. Kita ada masalah sudah tentunya tapi saya yakin bahawa jika masalah itu boleh diatasi dan perlu diatasi dan saya amat bimbang Tuan Pengerusi, bahawa kedutaan kita bangunan kedutaan kita di Jakarta bukan saja ada satu pagar, ditambah lagi pagar yang lebih besar, lebih tinggi untuk mengelakkan daripada diserang oleh rakyat Indonesia. Bermakna kita benar-benar ada masalah tetapi saya ingin supaya Yang Berhormat Menteri mengambil sikap yang jauh lebih positif jauh daripada yang biasanya dan menganggap Indonesia ini dengan izin, ‘potential highly’ kita, rakan kita dalam politik dunia ini dan dengan itu menambahkan jumlah anggota kita di kedutaan kita dan menambahkan konsulat-konsulat kita di Indonesia. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Jerlun.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin turut serta dalam perbahasan Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri dan ingin mengemukakan soalan kepada Yang Berhormat Menteri. Seperti yang kita sedia maklum, negara-negara barat khususnya Amerika Syarikat mempunyai hasrat- hasrat tertentu seperti yang telah tertera dalam New American Century dengan izin, yang telah mereka umumkan sebelum ini di mana menunjukkan bahawa mereka ada kecenderungan terhadap hegemony iaitu untuk menguasai seluruh dunia ini melalui ekonomi, melalui military dan sebagainya. Kita tahu juga mereka telah mengambil inisiatif ataupun keputusan untuk menyerang negara-negara Islam termasuk juga Afghanistan, Iraq dan sekarang ini kita dengar-dengar ada kemungkinan serangan ke atas Iran juga. Kita tahu juga bahawa sebenarnya alasan memerangi pengganas ini sebenarnya tidak benar tetapi apa yang benar ialah untuk menguasai punca ataupun pembekalan minyak. Kalau di Asia Barat mereka menggunakan kaedah military ataupun peperangan. Kita tahu bahawa di negara-negara lain termasuk juga negara Islam Malaysia ini juga, mereka akan menggunakan kaedah ataupun pendekatan lain mungkin melalui ekonomi, mungkin juga melalui politik. Jadi saya ingin tahu, adakah Kementerian Luar Negeri ada kerjasama dengan pihak Kementerian Dalam Negeri untuk mengenal pasti apa usaha-usaha yang telah dibuat oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya di rantau ini yang mana menggugat keselamatan negara kita melalui tindakan ekonomi dan lain-lain. Jadi, ini saya ingat perlu kita beri perhatian yang serius kerana kaedah peperangan itu mungkin tidak digunakan di seluruh dunia di mana yang perlu contohnya di Malaysia ini, mungkin boleh mereka gunakan kaedah-kaedah lain termasuk juga kaedah sekatan ekonomi ataupun kegunaan mata wang mereka sendiri. Jadi adakah kita tahu apa yang sedang berlaku. Adakah kita mengambil sebarang tindakan dan pendekatan untuk mempertahankan kedaulatan negara kita daripada serangan-serangan halus ini dan adakah kita juga bekerjasama dengan pihak-pihak ataupun kerajaan-kerajaan dari negara lain. Itu yang ingin saya sampaikan. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Titiwangsa.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh tentang sumbangan kepada pertubuhan antarabangsa yang berjumlah sebanyak RM5,193,300. Apa yang ingin saya tahu di sini apakah bentuk- bentuk sumbangan yang diberikan itu dan pertubuhan-pertubuhan yang bagaimanakah sumbangan ini diberi, sedangkan pada masa yang sama negara kita ataupun kerajaan kita sering kali memberikan pelbagai bantuan kepada negara-negara yang ditimpa bencana alam dan sebagainya. Jadi saya ingin tahulah adakah pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh sama ada kakitangan ataupun maksud saya pelajar-pelajar ataupun
rakyat kita yang berada di sana termasuk di dalam pertubuhan yang diberi sumbangan ataupun misalnya mungkin kelab-kelab yang berdasarkan kepada parti politik macam Kelab UMNO juga masuk dalam kategori yang diberi sumbangan. Saya ingin bertanya itu sajalah. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Batu Gajah.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dia lagi susah nampak sebelah kiri kalau saya fokus saja sana. Jadi saya rasa Batu Gajah. Sila.
Terima kasih banyak-banyak Tuan Pengerusi. Saya juga ingin tahu berkenaan peruntukan RM5 juta untuk menampung sumbangan kepada pertubuhan antarabangsa. Boleh berikan kepada kami maklumat- maklumat pertubuhan antarabangsa tersebut dan tujuannya. Satu perkara yang lain ialah berkenaan dengan bayaran kenaikan gaji kakitangan di luar negeri ini. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri bahawa baru-baru ini telah berlaku satu incident di mana seorang pegawai dari Kementerian Pelancongan, Senior Tourism Officer telah berkelakuan tidak senonoh. Gangguan seksual ke atas seorang wanita di shopping mall di Teipei, Taiwan.
Saya ingin tahu apakah kedudukan insiden ini sekarang? Apakah tindakan yang akan diambil dan kesan-kesan yang akan timbul atau berbangkit ekoran daripada kelakuan sedemikian oleh seorang kakitangan yang dihantar ke Taipei untuk tujuan mempromosikan Malaysia. Jadi saya pohon penjelasan kepada dua perkara ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Parit Buntar.
Ya Yang Berhormat Parit Buntar.
Lama sudah bangun ini. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin turut sama dalam perbincangan di atas Maksud B.13 dalam Kementerian Luar Negeri. Saya ingin membuat beberapa penjelasan dan juga beberapa pertanyaan kepada Yang Berhormat Menteri. Pertama ialah majlis-majlis yang diadakan di luar negara sebagai wakil Malaysia di luar negara sudah tentu banyak sekali majlis-majlis rasmi yang diadakan. Kita ingin tahu dari segi bagaimanakah perbelanjaan majlis-majlis rasmi ini khususnya kepada hidangan minuman keras. Saya tak tahu sekarang tapi pada tahun 70-an dahulu hidangan minuman keras di kedutaan-kedutaan sudah menjadi perkara yang lumrah kerana saya sendiri tahu sebab saya juga pernah mengikuti ayahanda saya di luar negara tapi adakah satu garis panduan khusus bagi pihak Kementerian Luar Negeri untuk menetapkan bahawa majlis-majlis rasmi yang bersifat official, dengan izin tidak dihidangkan dengan arak sebagai menghormati Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dihormati dan disegani. Yang kedua ialah saya ingin menyentuh tentang kenaikan gaji yang diberi kepada pegawai-pegawai, kakitangan di luar negara. Saya juga ingin melihat bahawa kenaikan gaji ini sesuai dengan tahap pegawai-pegawai yang bertugas itu termasuklah dari segi tahap keselamatan kerana saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jerlun yang menyatakan bahawa hari ini kekuasaan Amerika yang cuba untuk menguasai dunia hari ini, mereka antara tempat yang paling subur untuk mereka membina espionage dengan izin, ialah di kedutaan-kedutaan. Jadi sejauh manakah pegawai baik duta-duta dipantau supaya tidak menjadi satu tempat di mana rahsia-rahsia rasmi kerajaan dari segi senjata dan sebagainya itu atau keselamatan dalam negeri itu boleh diambil daripada kakitangan-kakitangan ini melalui kegiatan espionage yang mungkin salah satu daripada tempatnya ialah di kedutaan-kedutaan kita di luar negara. Akhirnya saya juga ingin menyentuh tentang perbelanjaan terhadap pertubuhan antarabangsa itu supaya dijelaskan apakah pertubuhan-pertubuhan
tersebut dan kalau boleh ditambah sedikit lagi tentang sikap seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Tumpat tentang Kerajaan Palestin yang sekarang ini dipimpin oleh Hamas, sejauh manakah sikap kerajaan kita dalam mengendalikan hubungan diplomatik dengan kerajaan tersebut. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Sik.
Sik ya? Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, rakan-rakan Yang Berhormat saya ada dua perkara sahaja. Yang pertama saya tujukan kepada Yang Berhormat Menteri. Dalam perbincangan sepanjang hari ini kita lihat bahawa apa yang telah ditunjukkan oleh Ahli Yang Berhormat ialah dari segi kurang excellent nya pegawai-pegawai diplomat kita. Jadi soalan saya ialah apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Luar Negeri untuk mengatasi masalah ini. Adakah satu institusi khas untuk melatih pegawai-pegawai ini akan kita tubuh selain daripada bergantung kepada pusat latihan bersama-sama dengan pegawai-pegawai kerajaan yang lain kerana saya merasakan bahawa kecemerlangan pegawai luar atau perkhidmatan luar negara ini amat perlu kerana kita bukan sahaja melaksanakan tugas-tugas biasa tetapi kita juga terpaksa bersaing dengan negara-negara lain di dalam semua bidang sama ada di bidang ekonomi atau bidang diplomatik. Mereka ini akan bersaing dengan pegawai- pegawai yang lain atau pegawai-pegawai dari negara lain yang dianggap cemerlang dan terbilang itu. Yang keduanya mengenai dasar luar kita memanglah sekali imbas kita nampak kita ini bebas tetapi dalam keadaan tertentu saya nampak dasar-dasar kita selalunya disesuaikan atau dilembutkan mengikut keadaan atau kehendak-kehendak negara besar. Saya mohon komen. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Wangsa Maju.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya bangun untuk membahas Maksud B.13 Kementerian Luar Negeri mengenai dengan menampung perbelanjaan seperti berikut sebanyak RM27 juta adalah untuk menampung bayaran kenaikan gaji kakitangan dan bayaran elaun perbezaan sara hidup di 105 perwakilan Malaysia di luar negeri. Pertamanya saya ingin menyatakan saya bersetujulah dengan Yang Berhormat daripada Gombak di mana beliau mengatakan bahawa perwakilan kita di luar negeri khasnya di London, mereka yang khasnya bekerja untuk waris-waris menteri, isteri-isteri menteri sahaja semasa menteri melawat London ataupun di negara Eropah mereka terus bekerja untuk mereka sedangkan lawatan oleh waris-waris atau isteri menteri ini adalah lawatan bukan rasmi. Kalau lawatan rasmi okey, kita boleh terima tetapi kalau lawatan bukan rasmi saya rasa perwakilan kita semua di duta negara tertentu tak payah layan mereka langsung masa bekerja oleh kerana masa bekerja itu untuk negara bukan untuk waris- waris atau isteri-isteri menteri khasnya yang tadi disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Gombak mengenai isteri Timbalan Perdana Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Menteri Luar Negeri boleh beritahu kami sama ada perkara ini akan diberhentikan ataupun masih dijalankan lagi selepas ini. Saya juga ingin bertanya Yang Berhormat Menteri mengenai dengan kes Pulau Batu Puteh ini sedangkan kita ada perwakilan kita di London, di Holland sama ada mereka ini ada beri bantuan kepada pasukan perundangan kita semasa perbicaraan di ICJ ini, memberi nasihat kepada Menteri Luar Negeri pada masa itu mengenai dengan gambar-gambar Pulau Batu Puteh yang digunakan ini ialah satu gambar palsu atau dengan izin, doctored. Gambar itu telah ditukar dan juga diambil daripada blog dan ini telah menjejaskan kredibiliti pasukan kita di ICJ dan saya rasa kerana itu kita tidak ada kredibiliti sudah. Kalau kita dalam satu perbicaraan di mahkamah pun kalau kredibiliti kita telah dipersoalkan memang kita tak akan menang oleh kerana hakim-hakim tak akan percayakan kita lagi. Bolehkah Yang Berhormat Menteri Luar Negeri yang mengatakan kita win-win itu, win dua biji batu sahaja boleh beritahu kami kenapakah kementerian pada masa itu memang pada masa itu bukan Yang Berhormat Menteri sekarang, yang
dahulu. Kita hanya hendak tahu kenapakah menggunakan satu gambar yang telah di doctored daripada satu blog yang baru wujud dalam satu bulan sahaja dan hit nya cuma berbelas kali sahaja dalam sebulan itu. Itulah yang sangat penting. Itu telah memalukan negara kita dan mana maruah kita. Yang kedua perbelanjaan sebanyak RM1,180,200 adalah untuk menampung kenaikan komisen bank, value added tax atau VAT, dan insurans kenderaan di pejabat- pejabat perwakilan Malaysia di luar negeri. Angka ini sangat banyak lebih daripada RM1 juta ini dan bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu Dewan ini berapa kenderaan dan apakah jenis kenderaan yang menampung kenaikan VAT dan insurans ini.
Ketiga, sebanyak RM867,300 adalah untuk menampung pembayaran utiliti dan perhubungan, bekalan pejabat, bahan mentah, penyelenggaraan kenderaan serta sewaan kediaman Home Based-Staff di Malawakil London dan Malawakil Medan. Saya rasa Malawakil Medan ini cuma untuk kelirukan kita sahaja sebab di Medan mungkin perbelanjaan itu tidak berapa banyak. Saya rasa kebanyakan perbelanjaan ini adalah di London. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu kami berapakah jumlah kediaman untuk Malawakil di London dan juga di Medan dan berikan kepada kami breakdown figure, berapa jumlah sewaan di London di mana alamatnya supaya kita boleh tahu sama ada kita perlukah perbelanjaan yang sebegitu banyak. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Yang Berhormat Baling.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengambil kesempatan untuk membahaskan Maksud B.13 - Kementerian Luar Negeri di peringkat Jawatankuasa ini untuk menyentuh perkara lima iaitu di mana wang sebanyak RM867,300 tersebut di dalam itu juga mengenai dengan untuk sewaan kediaman atau Home Based-Staff di Malawakil London dan juga Medan. Cuma ingin saya sentuh di sini ialah berkaitan dengan penempatan pegawai- pegawai di bawah Kementerian Luar Negeri di Kedutaan-kedutaan Malaysia di seluruh dunia ini di tempat yang telah pun ada kedutaan-kedutaan. Cuma pada satu ketika dahulu, saya ingin menyentuh bahawa di awal 80-an bersama dengan pegawai- pegawai Kedutaan Malaysia di luar negara ini juga terdapat penempatan khusus apa yang disebut sebagai Atase Agama. Contohnya di awal 80-an kita menempatkan atase agama daripada JAKIM di London, Jakarta dan di peringkat persetujuan yang belum dapat dilaksanakan ialah di Sydney, dan juga New York serta Tokyo. Jadi, baru kita bermula dengan Jakarta dan London tetapi London ditarik balik. Pada waktu itu Ketua Pengarah JAKIM sekarang sendiri yang duduk sebagai Atase Agama di London. Sekarang hanya tinggal di Jakarta. Saya rasa sampai masanya Kementerian Luar Negeri mengkaji balik, sebab persoalan yang timbul ialah di tempat- tempat terutama para pelajar kita ramai di luar negara, terutama di tempat-tempat yang saya sebutkan tadi termasuklah juga di New York, Sdyney dan juga mungkin bukan sahaja cukup di London tetapi juga di Ireland. Ini kerana studen kita ada perkara-perkara yang mereka menghadapi masalah-masalah yang berkaitan dengan rujukan terhadap masalah Islam sebagainya. Selain itu juga, staf kita yang berkaitan dengan perkara-perkara yang perlu bimbingan secara berterusan dari sudut Islam ini sendiri dalam masalah-masalah kekeluargaan dan sebagainya. Kedua, apabila kita ada Atase Agama. Maka, dengan sendirinya atase ini boleh bertindak bagi pihak Jabatan Perdana Menteri dalam hal ehwal Islam ini atau kemajuan Islam ini untuk lebih awal mengesani pengaruh-pengaruh yang tidak selari dengan negara kita ini, yang boleh jadi masuk melalui fahaman-fahaman yang lain. Ia mungkin kita katakan bercanggah dengan apa yang kita amalkan di Malaysia ini sendiri terutama dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Jadi dengan adanya atase ini, saya rasa tindakan-tindakan agak lebih berkesan daripada kita merasakan bahawa cukup untuk MSD ataupun seorang pegawai MSD yang mengambil tanggungjawab kesemua sekali dalam persoalan-persoalan yang berkaitan dengan studen dan juga persoalan-persoalan yang berkaitan pegawai dan kakitangan di kementerian.
Jadi, Tuan Pengerusi saya ingin sangat mendapat suatu perhatian dan kepekaan yang agak serius daripada pihak Yang Berhormat Menteri. Ini supaya perkara yang seumpama ini dikaji balik, ditinjau balik supaya kita tidak mahu pengaruh- pengaruh asing yang tidak begitu selari dengan kefahaman Islam dalam negara kita ini masuk menular begitu sahaja sehingga kita tidak mempunyai suatu kemungkinan nanti keupayaan untuk membendung. Oleh itu, dengan adanya atase yang kita katakan bertaraf sebagai mana pegawai-pegawai lain atau atase lain juga di kedutaan itu sendiri memberi satu kekuatan kepada kita untuk membantu persoalan-persoalan yang timbul daripada luar ke negara kita ini. Sekian terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih. Yang Berhormat Arau.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk terus berbahas dalam Maksud B.13 ini. Cuma, saya ingin menarik perhatian bahawa perbelanjaan yang kita buat ini untuk memberi sedikit keselesaan kepada kakitangan dan diplomat kita di luar negara. Ini adalah wajar kita buat kerana ini adalah tugas dan tanggungjawab dan amanah mereka kepada negara dapat mereka lakukan dengan lebih baik dan berkesan. Pada saya, kalau dimaklumkan lawatan ke luar negara kedutaan kita memang sentiasa mengalu-alukan terutamanya wakil-wakil rakyat, pemimpin-pemimpin walaupun dari negeri pembangkang sekalipun mereka akan dilayan kalau dimaklumkan. Bukan seperti mana setengah rakan-rakan kita tadi bangkitkan bahawa hanya melayan isteri-isteri menteri, isteri-isteri senator dan sebagainya. Malah ada di kalangan kita yang terpilih untuk menyertai forum dan juga mesyuarat di peringkat antarabangsa sentiasa mendapat layanan yang cukup baik dan sempurna. Cuma Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan hubungan kita dengan Indonesia. Setiap kali ada sedikit perkara yang berlaku di negara kita yang melibatkan rakyat negara berkenan seperti kes penderaan Nirmala dan sebagainya. Kita melihat sambutan yang diberikan NGO dan juga pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi di Indonesia adalah begitu teruk sekali tanggapan negatif yang diberikan kepada negara kita. Jadi, sebab itulah konsulat dan duta kita di Indonesia mesti peka kepada para- para ini apabila sikap menghentam negara kita dengan begitu teruk dan seolah-olah menganggap kita ini sebuah negara zalim. Sedangkan kalau ikut transaction duit kita yang mengalir keluar melalui satu bank sahaja di Indonesia, hampir 5 bilion sehari berlaku perkara ini. Jadi, kita telah beri mereka kesenangan tetapi ada sedikit isu yang melibatkan tangkapan dan apa-apa yang berlaku negara kita telah dikecam dengan begitu hebat. Jadi, untuk memperjelas dan memperbetulkan fakta ini sudah tentulah konsulat-konsulat ini harus diperbanyakkan bukan setakat apa yang sedia ada di negara berkenaan. Kedutaan dan konsulat kita ini harus dibekalkan dengan maklumat terkini dengan begitu cepat supaya membolehkan kita dapat counter dengan izin, semua isu-isu dan permasalahan ini bagi memastikan imej negara kita tidak tercalar. Terima kasih Tuan Pengerusi.
[Bangun]
Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud P.13 - Kementerian Luar Negeri, Butiran Projek 6000 - MalaysiaKitchen. Saya Cuma hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bagaimana progress projek MalaysiaKitchen ini dalam bentuk yang macam mana. Saya difahamkan ini menyentuh soal memperkenalkan menu ataupun masakan daripada Malaysia. Namun dalam bentuk yang bagaimana, sama ada kita buka restoran sendiri ataupun kita buat kempen promosi begitu sahaja. Ataupun kalau kita buka restoran adakah kerajaan, Kementerian Luar Negeri sendiri yang terlibat ataupun usaha sama dengan syarikat-syarikat daripada luar negara. Apakah penilaian yang kita buat untuk melihat pulangan, keuntungan yang munasabah yang akan kita peroleh dalam konteks industri sektor pelancongan itu sendiri.
Negara manakah yang menjadi fokus ataupun target awal kita untuk melaksanakan projek ini dan adakah kita hendak bawa itu sekali dengan tukang masak daripada Malaysia? Saya cadanglah Yang Berhormat Pasir Salak jadi tukang masak, cukup terkenal. Terima kasih... [Ketawa]
Boleh saya bercakap?
Terima kasih Tuan Pengerusi, tak ada jawab yang itu. Tuan Pengerusi, saya mengambil kesempatan di sini untuk membahaskan dan ingin menyokonglah peruntukan yang diperuntukkan ini untuk Kementerian Luar Negeri sebanyak RM46,087,700 untuk gaji-gaji kepada kakitangan pegawai kedutaan kita di luar negara. Kita mengharapkan dengan adanya peruntukan yang cukup ini akan memberikan keselesaan kepada kedutaan kita, khususnya mereka yang bertugas di luar negara itu supaya dapat bertugas dengan baik, menjaga kepentingan negara. Tuan Pengerusi, saya ingin menyeru dan juga meminta kepada Yang Berhormat Menteri untuk menyampaikan pesanan yang jelas dan tegas kepada kakitangan termasuk duta-duta kita supaya mengambil tindakan yang sepatutnya untuk membersihkan imej negara kitab kalau terdapat di mana-mana yang terjejas disebabkan oleh pelbagai unsur sama ada daripada dalam ataupun daripada luar. Apa yang kita lakukan dalam negara kita ini banyak diheret keluar dan banyak yang cuba untuk mendapatkan sokongan moral, malah material untuk menjayakan matlamat mereka di dalam negara kita ini. Kemudian dalam tempoh tahun 1990-an umpamanya, apabila kerajaan mengambil tindakan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, saya pergi ke Eropah. Rata-rata negara-negara di Eropah yang saya pergi, United Kingdom, di Ireland dan juga di Australia juga saya pergi, bercakap dengan anggapan yang negatif terhadap apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri. Seolah-olahnya mereka menyokong kuat kepada bekas Timbalan Perdana Menteri dan memberikan gambaran yang kurang baik kepada negara kita. Jadi, ini satu daripada contoh. Satu lagi ialah baru-baru ini umpamanya, pimpinan HINDRAF pergi ke India juga membawa perjuangan mereka ke India kerana untuk mendapat sokongan moral, political dan kita tidak tahu mungkin juga material dengan menaburkan fitnah yang bukan-bukan terhadap kerajaan kita ini. Tuduhan seperti umpamanya penindasan ke atas kaum India. Tuduhan umpamanya yang mengatakan bahawa kerajaan ataupun orang Melayu ingin melakukan apa yang dipanggil ethnic cleansing atau pembersihan etnik seolah-olah mereka hendak menyamakan apa yang berlaku di Bosnia, di mana orang- orang Serbia membunuh orang-orang Islam Bosnia, beratus-ratus ribu dan juta mungkin dalam satu usaha pihak Serbia untuk menghapuskan kaum Islam Bosnia. Buat begitu kenyataan seolah-olah kita di sini begitu kejam sekali terhadap kaum India, yang mana adalah tidak betul sama sekali. Saya sudah sebut tidak ada perkauman di dalam negara kita ini. Kita telah melihat bagaimana berbagai-bagai kaum sama ada orang Melayu, India, China telah mendapat pembelaan dari segi ekonomi, politik, sosial dan pelajaran. Anak-anak orang Melayu daripada yang miskin menjadi senang-lenang, menjadi Ahli-ahli Parlimen, menjadi doktor dan sebagainya daripada kampung. Begitu juga anak-anak orang India yang dahulunya duduk di estet-estet tetapi pada hari ini sudah menjadi doktor, menjadi jurutera, menjadi akauntan, banyak juga lawyers termasuk ‘lawyer-lawyer buruk’ ramai juga. Ada juga lawyer yang baik-baik dan tidak ketinggalan juga ‘lawyer-lawyer buruk’. Akan tetapi ramai juga yang berjaya, sedikit sahaja yang buruk itu. Kenapa Yang Berhormat Padang Serai tunjuk ini macam?... [Menunjukkan isyarat ‘bagus’] Jadi, umpamanya di estet, saya menyimpang sedikit. Di estet hari ini bukan orang India yang menjadi pekerja. Pekerja-pekerja estet sudah bertukar, orang India hanya tinggal sedikit. Siapa yang bekerja di estet pada hari ini adalah orang Melayu, termasuklah orang Melayu daripada Indonesia...
Ini Kementerian Luar Negeri, bukan cerita...
Tidak saya..., asal tadi soal memburukkan kerajaan di luar negara dengan menceritakan perkara-perkara yang tidak betul di dalam negara kita ini. Itu kaitannya. Jadi tohmahan-tohmahan ataupun kempen-kempen...
[Bangun] [Mengetuk pembesar suara]
Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Gombak sudah berdiri.
Siapa, Gombak?
Awal-awal tadi sudah saya beritahu, kalau berbahas, tumpukan kepada hal spesifik... [Tepuk] [Disorak]
Tidak dengar Tuan Pengerusi.
Jadi Yang Berhormat Gombak sudah berdiri minta penjelasan. Ini bukan lagi perbahasan spesifik peringkat Jawatankuasa. Ini seperti perbahasan dasar sudah.
Okey, saya berhentikan perbahasan.
Terima kasih. Yang Berhormat Gombak tidak payahlah.
Jadi inilah yang saya maksudkan bahawa...
Yang Berhormat Gombak tidak payahlah. Yang Berhormat Gombak duduklah.
Ini di peringkat Jawatankuasa Tuan Pengerusi...
Saya dah hendak berhenti perbahasan.
Kalau di peringkat Jawatankuasa, dia kena spesifik kepada kepala yang telah ditetapkan.
Saya pergi kepala ini. [Ketawa] [Dewan riuh] Kepala mana ni?...
Hah, kepala mana?
Kepala B.13. B.13, (1). Betul kepala tu?... [Ketawa] [Dewan riuh] Atau Kepala mana...
Ialah itu Yang Berhormat, tapi jangan kasi panjang kepala itu.
Saya tanya Yang Berhormat Gombak, dia hendak kepala yang mana? [Ketawa] [Dewan riuh] Kepala, banyak kepala, jangan main-main... [Ketawa]
Yang Berhormat Pasir Salak sudahlah.
Ya, okey. Jadi saya berbalik kepada soal gaji yang kita beri kepada kakitangan di luar negara ini sebagai satu insentif, galakan, keselesaan kepada mereka untuk bekerja dengan baik supaya imej Malaysia di luar negara ini biarlah betul-betul, sebagaimana yang ada wujud di negara kita ini, tidak dipesongkan oleh orang-orang tertentu atau kelompok-kelompok tertentu yang mempunyai kepentingan yang sempit. Bagaimana yang kita dapati berlaku selama ini. Itu sahaja permintaan saya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh. Saya ada tiga perkara sahaja yang saya hendak minta penjelasan. Berhubung dengan pegawai-pegawai kita di luar negara in Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Apabila kita pergi keluar negara, kita dapati pegawai-pegawai yang ada di sana kebiasaannya dan kebanyakannya, majoritinya tidak pandai berbahasa dengan bahasa di tempat tersebut. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Saya ke Kazakhstan, Uzbekistan dan juga tan, tan, tan yang lainlah yang memerlukan pegawai-pegawai ini memahami bahasa mereka kecuali Kelantan sahajalah. Kita terpaksa menyewa jurubahasa dengan perbelanjaan yang tinggi. Sekurang-kurangnya mereka ada yang boleh berbahasa dengan bahasa di negara tersebut, mungkin menyenangkan perhubungan kita di sana. Kemudian tentang atase agama seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Baling tadi. Saya amat bersetuju kerana kita memerlukan pegawai-pegawai sebegini supaya kes macam mana yang terjadi kepada pelajar pintar kita Sufiah Yusoff ini tidak berulang lagi kepada pelajar-pelajar kita yang menuntut di negara luar. Kita bukan hanya memerlukan pegawai-pegawai pendidikan yang berada di luar negara tapi pegawai di Kementerian Luar Negeri juga perlu memantau mereka ini supaya mereka ini tidak kena dengan kejutan budaya di negara-negara luar. Akhir sekali tentang kenderaan. Saya rasa kalau kita hendak mempromosikan negara kita, tidak salah kalau sekiranya kita menghantar sama kenderaan daripada negara kita. Misalnya kereta yang paling top misalnya Proton Perdana. Kalau yang kita boleh eksport driver sebelah kiri, kenapakah kita tidak boleh juga membekalkan kepada kedutaan kita dengan kereta yang kita gunakan di sini dan juga kita bawa untuk mempromosi dan juga digunakan oleh pegawai kita di luar negara. Sekian, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Balik Pulau.
Yang Berhormat Balik Pulau. Saya bagi Yang Berhormat Balik Pulau, kemudian menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya dalam membahaskan Maksud B.13 – Kementerian Luar Negeri ini, Yang Berhormat Menteri, sebagai seorang yang muda dan mempunyai pengalaman berada di luar negara dan kayu ukur saya terutama sekali tempat yang terbaik negara Malaysia patut melakukan kerja-kerja hubungan luar negara iaitu di Washington D.C. Saya melihat pecahan daripada tambahan perbelanjaan yang kita bahaskan pada pagi hingga tengah hari ini, masih lagi berada, apa yang saya istilahkan sebagai perbelanjaan paradigma lama, ya. Bagi saya, hubungan luar telah berkembang dengan secara agak sofistikated atau canggih. Kerana peranan kalau saya boleh quote isinya seperti yang dikatakan oleh Setiausaha Agung ASEAN yang baru, hubungan antarabangsa bukan lagi dengan izin, is monopoly of diplomats kerana hubungan antarabangsa ini telah terbukti berkesan juga oleh yang dikatakan dengan izin, the non state sector, sektor-sektor masyarakat madani ataupun civil society. Oleh kerana usaha ini juga telah dibuat oleh berbagai-bagai negara yang kita takutkan tadi itu. Negara Amerika yang dikatakan hegemoninya, agenda yang berbagai- bagai tetapi apabila kita lihat komunikasi hubungan luar yang pelbagai, ada yang berbentuk engagement dengan izin, melalui hubungan antarabangsa dan juga disediakan dana-dana ataupun geran. Contohnya EU, Scandinavian, Amerika, of course dengan izin, telah memperuntukkan jumlah wang kepada pihak-pihak terutama sekali masyarakat madani yang berminat untuk melakukan kerja-kerja hubungan luar. Jadi apabila saya melihat pecahan yang pertama iaitu RM27,694,700 lebih untuk menampung pembayaran kenaikan gaji kakitangan dan pembayaran. Kedua, RM11,224,200 juta menampung kenaikan sewa canseri. Di Washington D.C contohnya, saya tengok Pejabat MARA yang digunakan itu masih kosong di atas dan kedutaan yang baru dipindahkan juga dengan izin, under utilize. Saya rasa cabaran Kementerian Luar Negeri dan saya yakin dengan kepimpinan baru ini saya terpesona dengan
kemampuan Yang Berhormat Menteri. Kemampuan bahasanya itu, kerana saya rasa aspek kebudayaan yang diketengahkan di peringkat antarabangsa kita rasa sebenarnya kebudayaan Malaysia tetapi rata-rata yang di Amerika Syarikat itu bertutur bahasa Indonesia bukan bahasa Malaysia. Itu jelas. Jadi saya rasa, mungkin saya akan bersetuju sekiranya perbelanjaan tambahan ini yang cuba dimohon di Dewan yang mulia ini lebih menggambarkan, kita kata apa, hala tuju Menteri Luar Malaysia kerana cabaran hari ini bagi saya every point dengan izin, is essential. Kita tak perlukan perbelanjaan melibatkan struktur fizikal kerana cabaran hari ini saya tahu negara-negara besar, forum polisinya, hubungan luarnya dibuat hanya menggunakan satu laptop. Ini yang mungkin saya boleh bincang dengan Yang Berhormat Menteri. Saya bagi contoh di Washington D.C contohnya pihak PTD menghantar seorang pegawai yang membuat kerja-kerja yang bersifat kita panggil redundant dengan izin ataupun overlapping. Dengan kerja-kerja Pejabat MSD kerana dia lebih berminat membuat pemantauan berapa ramai pelajar yang mengambil bahagian di dalam program-program pembangkang yang dikatakan tetapi saya tidak pernah lihat mereka di dalam seminar-seminar yang penting melibatkan, yang dikatakan di lorong- lorong K Street, melibatkan think tank-think tank yang besar kerana saya tahu kebanyakannya tidak mampu. Pegawai-pegawai di sana lebih ghairah, minggu ini pegawai ini akan membuat keramaian di rumah beliau, minggu depan dia. Jadi yang dibincangkan ialah kereta apa yang hendak di bawa pulang selepas pulang ke Malaysia. Jadi saya menggesa sebenarnya Yang Berhormat Menteri memberi satu pemantauan yang khusus kerana ini melibatkan perbelanjaan yang agak besar sekali mengenai kemampuan yang sepatutnya dibelanjakan ke arah untuk mempertingkatkan kepakaran pegawai-pegawai kedutaan Malaysia. Saya juga selalu berulang-alik daripada Washington D.C ke New York ke tempat di mana kita panggil tempat yang agak hebat untuk melakukan kerja-kerja hubungan luar. Jadi saya hari ini melihat pecahan-pecahan yang ada ini, contohnya di dalam para yang terakhir itu membincangkan sebenarnya RM42,087,700 itu telah didahulukan. Sebenarnya mungkin RM46,087,700 yang dibincangkan di sini merupakan telah dibelanjakan. Hanya RM1 juta lebih sahaja yang kita bincangkan hari ini, irrelevancynya. Jadi, saya penuh yakin dengan Yang Berhormat Menteri yang baru ini berkedudukan di satu unit yang berlatarbelakangkan kebudayaan Malaysia yang kuat, undang-undang dan pengalaman politik di Malaysia yang kuat, saya rasa aspek-aspek istimewa Malaysia itu, contohnya selepas pasca post September 11 ini, orang lebih berminat kepada aspek-aspek Islam di Asia Tenggara. Aspek-aspek Islam di Timur Tengah itu agak bersifat kita panggil tainted dengan izin. Jadi saya rasa, keistimewaan Malaysia itu akan lebih terserlah sekiranya pegawai-pegawainya itu lebih terlatih. Semalam saya tidak mahu cakap dia siapa, ada di Kementerian Pertahanan, seorang yang mempunyai doctorate PhD, yang telah tulis buku dissertation nya, foreign policy di Malaysia tetapi beliau ditugaskan membuat kerja-kerja yang tidak menjurus ke arah kepakaran beliau. Ini orang yang dapat latihan dari diplomacy school. Saya beranggapan, potensi Malaysia itu sebenarnya boleh terserlah sekiranya perbelanjaan itu diketengahkan. Contohnya di Washington D.C, duta kita di situ bukan calang-calang. Doctorate di London School of Economics, International Relations tetapi tidak terserlah. Jadi saya rasa, sekiranya perbelanjaan itu hanya diberi tanpa satu pemantauan yang ketat, saya rasa pembaziran yang dikatakan itu akan berulang. Paradigma yang saya cuba ketengahkan pada hari ini dari aspek perbelanjaan ialah cuba Yang Berhormat Menteri menilai kemampuan the non state sector ini, civil society. Kerana saya tahu, usaha-usaha pihak masyarakat madani ini amat terserlah dan perkara yang sama telah dikatakan di peringkat regional dan dipantau oleh Setiausaha Agung ASEAN dan saya rasa perkara ini patut diketengahkan sekiranya kita mengambil pendekatan apa yang dikatakan regional approach in foreign policy dengan izin, terima kasih.
Baik. Saya jemput menteri untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyumbangkan pemikiran, persoalan dan juga pandangan. Sama ada yang membina ataupun sebaliknya ataupun teguran-teguran lain yang telah dikemukakan terhadap Kementerian Luar Negeri. Pertama, saya ingin menyatakan satu premis am. Iaitu Kementerian Luar Negeri ini kerjanya di alam, di seluruh dunia. Bukanlah sesuatu skop atau kawasan yang mudah kita kawal. Justeru tepat kalau saya katakan:
Kalau membilang dari satu, Bertanya khabar dengan salam, Kalau hendak menunggu sesuatu, Ia lebih khabar dari alam. Bermakna besar dan kebesaran itulah yang menyebabkan kadang kala ada perkara-perkara yang tidak dapat kita awasi dalam keadaan yang segera tetapi ada perkara-perkara yang boleh kita atasi dalam tempoh yang singkat. Setelah diteliti saya dapati 28 Ahli-ahli Yang Berhormat mengambil bahagian di dalam persidangan ini dan saya dapati juga bahawa Kementerian Luar ini dianggap oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai kementerian kita iaitu Kementerian Malaysia, kementerian yang sama-sama perlu kita bina untuk menjangkau jauh ke depan dan menyerlahkan imej negara kita. Jadi apabila imej negara disentuh tentulah ianya tidak menjurus semata-mata kepada pembangkang ataupun penyokong kerajaan. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempunyai butir-butir tertentu boleh mengemukakan kepada saya supaya kelemahan-kelemahan itu dapat kita atasi. Oleh kerana membilang dari satu dan luas seperti alam tadilah saya akan cuba menjawab perkara-perkara yang telah dibangkitkan secara pokok dan diharapkan juga tidak mengambil masa yang begitu lama. Tentang pandangan berkaitan dengan Aung San Suu Kyi iaitu Ketua Pembangkang di Myanmar dan juga berkaitan dengan kedudukan constructive engagement dengan izin, yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur, sesungguhnya Malaysialah dulu yang membawa Myanmar ke dalam medan ASEAN dan Malaysia jugalah memberi asuhan kepada Myanmar. Jadi dalam keadaan Junta yang telah bertembung pendapat politiknya dengan pihak-pihak Aung San Suu Kyi, kita menyatakan bahawa apa yang telah disumbang itu sebenarnya ikhlas. Tinggal lagi lantaran pihak Junta tidak bergerak tidak boleh dikatakan kita tidak berjaya. Malah saya sendiri telah berhubung dengan pihak Menteri Luar Myanmar. Keadaan di Myanmar walau apa pun berlaku perlu mengikut denyut perjuangan ASEAN. Oleh kerana ASEAN menjadi barometer perjuangan wilayah kita, Myanmar harus akur. Kita akan cuba di medan-medan dan forum akan datang mengemukakan lagi pandangan-pandangan membina. Ada dua pandangan, pertama berkeras dan kedua melentur. Saya lebih memihak kepada tindakan kedua oleh kerana kementerian ini walaupun seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas perlu tegas dan perlu menyerlahkan sesuatunya seperti yang dicerminkan menerusi pendirian bekas Perdana Menteri kita dahulu. Saya suka mengingatkan bahawa kalau tegang dan keras, perlu kendur, kalau kendur perlu berdenting-denting. Faktor ketiga ialah tuntutan Filipina yang masih tidak digugurkan.
Minta penjelasan sebelum Yang Berhormat alih kepada tajuk yang lain. Saya ada bangkit mengenai perkembangan yang terbaru di mana penahanan Aung San Suu Kyi barulah ada dipanjangkan semalam. Adakah Kerajaan Malaysia dan ASEAN bersedia untuk menunjuk, mengeluarkan pendirian bahawa ini tidak selaras dengan perjuangan ASEAN yang ada disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi khasnya Charter ASEAN yang memberi keutamaan kepada hak asasi dan untuk menyampaikan kepada militan Junta bahawa inilah bukan sahaja sudah dapat reaksi yang negatif seluruh dunia tapi di ASEAN pun.
ASEAN perlulah menunjukkan kedudukan, pendirian dalam perkara ini dan bukan di belakang international opinion.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya bereaksi begini, kita mempunyai hasil dalam sesuatu perbincangan oleh itu peluang yang keemasan bagi ASEAN supaya ASEAN Charter yang dapat dihasilkan beberapa langkah ke arah pentadbiran yang mirip dengan Rule of Law. Jadi dalam mesyuarat akan datang Malaysia memang bercadang untuk membawa beberapa pandangan mengenai Myanmar agar pandangan collective ASEAN dapat dihormati. Beberapa tanda kemajuan dalam pentadbiran serta dalam pengiktirafan negara itu terharap nilai murni kehidupan manusia dan juga beberapa amalan convention yang diamalkan di rantau ini khususnya diterima pakai di bawah piagam atau pun Charter ASEAN tersebut. Jadi saya ingin menyatakan kepada Dewan yang mulia ini khusus dari sudut nilainya tadi, kita telah memperoleh nilai positifnya dan akan terus cuba mengatasi perkara-perkara tersebut secara kolektif. Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi, minta penjelasan.
Berkaitan dengan...
Kejap Yang Berhormat.
Sebelum.
Tuan Pengerusi, berapa lama kita dibenarkan.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Tidak ada timeframe tapi kita kena habiskan. Hendak bagi Yang Berhormat?
Perkara terakhir mengenai Aung San Suu Kyi sudah ditahan lebih daripada 13 tahun dalam 18 tahun baru-baru ini. Adakah Kerajaan Malaysia give up mengenai perkara ini bahawa inilah tidak boleh ubah pendirian dan Military Junta supaya dalam perkara ini ia mestilah menghormati hak asasi dan untuk program ASEAN mengenai national reconciliation, pendemokrasian Myanmar atau Burma, langkah pertama ialah pembebasan Aung San Suu Kyi. Kalau tidak referendum yang baru-baru di adakan ada dilihat sebagai satu charm referendum sahaja dan tidak akan memberikan apa-apa sumbangan terhadap kestabilan ASEAN pun.
Tuan Pengerusi, hasil perbincangan yang bakal kita adakan seperti yang saya rujukan tersebut. Malaysia sesungguhnya tidak memandang ringan terhadap perkembangan yang berlaku itu walaupun ia merupakan satu daripada keadaan dalaman sesebuah negara. Saya hujahkan kembali iaitu mengenai tuntutan Filipina yang masih tidak gugur...
Sebelum pindah itu, minta penjelasan sikit.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Sehubungan dengan Yang Berhormat Ipoh Timur tadi keadaannya tidak banyak berubah di Myanmar. Juntanya nampak masih berkeras kepalanya. Saya hendak tanya adakah polisi dan gerak kerja, langkah yang diambil oleh ASEAN selari dengan ASEAN+3 seperti China yang begitu nampak mereka juga tidak demokratik. Nampaknya Myanmar itu lebih mirip dan pengaruh ASEAN+3 ini nampak boleh menghalang daripada pujukan-pujukan dan juga diplomasi yang dibuat oleh ASEAN nampaknya tidak banyak berubah.
Terima kasih Yang Berhormat. Reaksi yang dapat saya berikan setakat ini ialah bahawa ASEAN+3 itu adalah tambahan
kepada asas ASEAN. Oleh itu apabila bercakap pasal sentuhan ASEAN+3 maka kita tidak boleh meninggalkan apa yang asas kepada ASEAN. ASEAN+3 sebenarnya adalah satu lonjakkan kepada asas di mana kita ingin membawa China dan juga Korea misalnya atau pun Jepun untuk berbincang berkaitan dengan hal-hal tentang dagang, tentang bantuan teknikal dan sebagainya. Akan tetapi soal mengenai hak asasi ataupun kemanusiaan tadi harus dapat diputuskan sebaik- baiknya menerusi ASEAN terlebih dahulu tanpa menyentuh pihak-pihak lain. Insya- Allah kita akan kemukakan pandangan sejagat mengenai pendirian Malaysia oleh kerana Malaysia dahulu membawa, mencadangkan supaya Myanmar menyertai ASEAN.
Tuan Pengerusi, izinkan saya menyentuh secara ringkas, iaitu hal yang berkaitan dengan tuntutan Filipina yang masih dikatakan tidak digugurkan. Dalam lawatan saya baru-baru ini ke negara itu, perkara ini tidak dibangkitkan lagi, malah yang dibangkitkan hanyalah soal kenapa kumpulan pemerhati kita di Mindanao, dikeluarkan atau ditarik balik dalam keadaan yang sukar, yang memerlukan tinjauan semula. Tuntutan tersebut yang pada masa ini melibatkan seorang anak kepada bekas Presiden Marcos dahulu memang ada membangkitkan di kongresnya bagaimana hal ini hendak disusul. Ini didapati adalah semata-mata mainan politik dalaman Filipina. Pada masa ini saya rakamkan terima kasih kepada Mr. Alberto, Menteri Luarnya yang mengatakan bahawa ini tidak lagi merupakan satu isu yang dibincangkan pada ketika ini secara rasmi. Tuan Pengerusi, izinkan saya serlah kepada....
Penjelasan.
Sekejap saja. Mengenai kenapa Pulau Pisang masih ada rumah api, sekali saya rangkumkan dengan Yang Berhormat dari Pontian. Jawapan sebenar telah pun ada dalam beberapa artikel yang telah ditulis. Kementerian Luar Negeri sekarang sedang giat menjalankan kajian tentang pulau ini dan juga pulau-pulau yang dikatakan lebih seratus di tanah air kita termasuk di Sabah, Sarawak, Laut China Selatan, sekitar Selat Melaka dan kita pertamanya akan menggesa Jabatan Peta Malaysia untuk memastikan kedudukan setiap pulau dalam perairan Malaysia. Pertamanya sama ada ia dihuni. Kedua, sama ada ia digunakan secara pentadbiran dan undang-undang atau di bawah istilah perundangan antarabangsanya, effectivite. Setelah itu kita ingin menentukan pula sama ada pulau tersebut diberi perhatian secara pentadbiran oleh negeri berkenaan. Jadi harap bersabar. Pulau Pisang akan kami jalankan kaji selidiknya lebih-lebih lagi berkaitan dengan kemudahan- kemudahan pembangunan yang mungkin boleh diadakan dan rundingan dengan Kerajaan Negeri Johor harus kami laksanakan terlebih dahulu di samping mendapatkan pandangan pihak kesultanan di negeri Johor. Tuan Pengerusi, izinkan saya pergi kepada...
Penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri pernah mengatakan, “Dilipat sekecil kuku, dibentang seluas alam”. Jadi, dalam era ataupun dalam dimensi seluas alam itu, tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa tuntutan ke atas Filipina dan Mindanao itu masih berterusan. Saya ingin satu pemikiran yang kita lebih proaktif, lebih foresee dalam jangka masa yang lama. Dalam dimensi seluas alam itu, adakah dibuat satu kajian kemungkinan worst senarionya Filipina akan membawa isu tuntutan ini ke ICJ. Ini worst senario. Adakah kita bersedia ke arah itu dan ada atau tidak kemungkinan- kemungkinan itu akan berlaku sebagai persediaan kita, dan langkah proaktif kita untuk menghadapi kemungkinan itu. Minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Tuan Pengerusi, secara ringkas reaksi yang dapat saya kemukakan setakat ini ialah bahawa tuntutan Filipina itu sekarang ini dalam bentuk yang dipolitikkan oleh satu kumpulan kecil. Oleh yang demikian, Malaysia tak boleh menganggapnya sebagai satu international overture ataupun satu serlahan antarabangsa. Seperti juga dalam negara kita, macam-macamlah yang kita sebut tentang hubungan dua hala dengan negara-
negara lain, tetapi negara-negara tersebut tidak boleh menganggap bahawa itu adalah tindakan rasmi Kerajaan Negara Filipina. Jadi kami di Wisma Putra mempunyai pendirian sedemikian selagi pihak rasmi kerajaannya tidak mengemukakan apa-apa yang selaras dengan sebutan dibuat oleh anak mendiang Presiden Marcos, kita tak perlu buat apa-apa. Jika mereka mengemukakan Diplomatic Note atau Nota Diplomatik kepada kita, maka pada masa itu kita harus bertindak. Bagi menjawab aspek kedua unjuran tadi, kami memang bersedia sebab dokumen-dokumen yang telah mengesahkan Sabah diwujudkan di atas referendum rakyat di bawah the Cobbold Commission. Pengiktirafan antarabangsa menerusi resolusi-resolusi yang dikuatkuasakan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu keadaannya tak berubah. Lantaran itulah barangkali, Presiden Filipina Arroyo Macapagal baru-baru ini dengan cara yang sangat harmonis dengan Menteri Luarnya menyentuh perkara lain dan bukan perkara tuntutan terhadap Sabah. Walau bagaimanapun saya menerima cabaran yang disebutkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat supaya kami siap siaga dan berhati-hati, sebab kami telah kerap kali terkena dalam hal-hal kekurangan sesuatu untuk menyediakan perisai perjuangan antarabangsa kita. Tuan Pengerusi, dengan hormat saya pohon menyentuh perkara berkaitan dengan premis ataupun milikan kita di luar negara. Sebahagiannya disebut oleh Yang Berhormat Sungai Petani dan beberapa orang Ahli-ahli Yang Berhormat sebentar tadi. Secara amnya, izinkan saya menyatakan, bahawa pemilikan hartanah serta bangunan kita di luar negara memang sudah diterima dasar dan amalannya oleh kerajaan semenjak merdeka lagi. Tinggal lagi oleh sebab kekurangan dananya kita tak dapat membeli semua harta di seberang laut. Jadi, misalnya bersabit dengan pandangan daripada Yang Berhormat Pasir Mas, saya ingin menjawab bahawa sehingga Mei 2008, terdapat 104 pejabat perwakilan di bawah penyeliaan di bawah Kementerian Luar Negeri, yang beroperasi di luar negara dan pecahan 104 perwakilan ini adalah seperti berikut: | Kedutaan Besar |64 | |-----------------------------------------------------|--:| |Suruhanjaya Tinggi | 16| |Perutusan Tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | 2| |Konsulat General | 18| |Konsulat | 2| |Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei| 1| |Pejabat Perhubungan lain | 1|<END_TABLE_MARKER> Jadi semua ini memerlukan kedutaan kita menyediakan tempat tinggal dan maklumlah sesuatu rumah itu ada masanya kita terpaksa membuat pembaikan. Ada masanya kita terpaksa mengganti atapnya lantaran undang-undang tempatan di negara-negara ini amat ketat. Itulah yang menyebabkan banyak perbelanjaan terlibat dengan pemeliharaan, pembetulan dan juga pembaikan alat-alat dalaman serta menyesuaikan dengan tuntutan alam di negara-negara berkenaan. Bersabit pula dengan hal-hal kepegawaian yang dibangkitkan oleh sebahagian besar Ahli-ahli Yang Berhormat, mereka memang mempunyai beberapa kelemahan yang jelas, yang tidak dapat rasanya kita bandingkan dengan pihak-pihak lain. Sebenarnya saya telah menghadapi masalah ini bersama semenjak tahun 1986, semasa saya berada di kementerian ini. Soalan macam ini sudah pun bangkit. Pada masa ini, setelah masalah perhubungan menerusi pendidikan kita timbul, memang saya akui sebahagian daripada kepegawaian kita tidak lagi mempunyai kaedah dan cara termasuk lingual ability, dengan izin dalam hal-hal berkaitan dengan tugas-tugas mereka di seberang laut. Beberapa kelemahan juga ditemui semasa mereka menjalankan konsultasi ataupun rundingan, ataupun semasa membuat draf-draf tertentu.
Setelah menerima aduan-aduan tertentu beberapa lamanya, saya dapat menyatakan beberapa langkah yang harus kita atasi bersabit dengan perkhidmatan, bersabit dengan hasil perjuangan di luar negara, bersabit dengan pentingnya Kementerian Luar ini, berfikir di luar kotak misalnya ataupun dalam keadaan khusus seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau sebentar tadi. Pertama, meninggikan tahap komunikasi, interaksi lingual ataupun kebahasaan mereka. Kita telah menyatakan ini dalam mesyuarat di Cairo baru-baru ini dan juga di London semasa saya menghadiri Mesyuarat Komanwel, betapa pentingnya di kelas pegawai-pegawai luar kita khusus untuk berunding dan berhubung dengan pihak-pihak tertentu. Mempunyai expertie atau kepakaran tertentu dan dilatih mereka agar mereka kompetitif dalam soal hubungan dengan manusia. Ini memerlukan lonjakan kebolehan bahasa, lonjakan kebolehan komunikasi dan perlu dilatih. Mesti ada kumpulan wang dan dana kita untuk melatih, bukan sahaja orang yang baru tetapi duta- duta yang sedang berkhidmat pun perlu kita serlahkan kepada latihan tersebut. Saya setuju dengan Ahli Yang Berhormat yang mencadangkan, kalau dihantar seseorang itu ke negeri Arab, sekurang-kurang duta itu mesti berbahasa Arab. Kalau ke negeri China sekurang-kurangnya First Secretary atau Setiausaha Pertama harus boleh berbahasa Mandarin dan kita perlu mengajar supaya duta kita berkuasa hendaknya dalam diri mereka memperbaiki khidmat mereka. Kedua, mengelaskan semula para duta kita dan ketua-ketua misi kita. Bagaimana mereka boleh lebih berkesan. Misalnya tadi Yang Berhormat Balik Pulau menyatakan ada pihak yang mempunyai PhD tetapi PhDnya itu tidak dipakai dalam perkhidmatan. Insya-Allah kita akan cuba sesuaikan keadaan tersebut pada masa- masa depan. Ketiga, memastikan 23 JCM atau Joint Commission Malaysia beroperasi dan dapat melandaskan hubungan dua hala yang berhasil. Tuan Pengerusi, secara ringkas seterusnya yang keempat ialah suara Malaysia di Non Aligned Movement (NAM), OIC, ASEAN dan lain-lain forum perlu terus hebat. Ini akan hanya hebat jika kita berani dan mengemukakan beberapa cadangan supaya kehebatan itu disalurkan menerusi kebolehan dan juga menerusi ilmu.
Mohon penjelasan.
Kelima ialah membawa kepada latihan awalan semasa perkhidmatan. Kita akan melaksanakan Insya-Allah dengan Jabatan Perkhidmatan Awam beberapa langkah memperbaiki prestasi para pegawai pentadbiran dan diplomasi. Keenam, talent pool atau kumpulan bakat sebagai diplomat. Kita akan cuba mencari bahan serta talent ataupun bakat ini daripada para diplomat ataupun di kalangan pelajar-pelajar di universiti yang ada sekarang menerusi kumpulan-kumpulan yang terserlah atau menerusi cadangan-cadangan tertentu. Di samping itu, langkah ketujuh, kita perlu mewujudkan bahagian undang- undang antarabangsa yang hebat dan berkebolehan. Saya perlu mengaku kini bahawa bahagian ini kecil dan tidaklah begitu besar. Lantaran itu kita terpaksa mengambil kepakaran dari pelbagai pihak termasuklah pensyarah seperti Profesor Elihu Lauterpacht, Profesor James Crawford dan lain-lain dari Cambridge. Pada masa itu kita perlu mewujudkan orang-orang yang berkebolehan seperti ini di kalangan kita juga. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, nama-nama yang saya sebutkan tadi ialah bagi menjawab persoalan dari Yang Berhormat Bukit Gelugor, adalah di antara para pakar yang membantu kes Pulau Batu Puteh. Oleh yang demikian tidaklah tepat kalau hanya dikatakan tenaga sekutu tempatan sahaja. Malah tenaga ini sebenarnya sudah disertai oleh pelbagai pakar dan mereka telah menyumbang kepakaran itu dalam banyak hal. Walau bagaimanapun saya tidak menyentuh tentang keputusan itu di sini hanya menjurus kepada apa yang harus kita laksanakan.
Tuan Pengerusi, penjelasan.
Saya habiskan dahulu sampai langkah kesembilan. Yang kelapan ialah memperhebat peranan bahagian penerangan kementerian ini dan kita akan mengadakan program-program Public Diplomacy ataupun Rancangan
Diplomasi Masyarakat. Program ini melibatkan masyarakat kita yang wajar diberi maklumat tepat tentang dasar luar Malaysia. Dan akhirnya, membina imej bagi tanah air kita menerusi pelbagai sumbangan kepakaran dan kita tentukan latihan-latihan yang dapat kita laksanakan di samping membina satu kumpulan yang bertenaga...
Mohon penjelasan.
Yang Berhormat, Bukit Gelugor dan Wangsa Maju Yang Berhormat.
Dan Pontian.
Hendak bagi mana Yang Berhormat?
Pontian juga Tuan Pengerusi.
Bukit Gelugor, Wangsa Maju dan Pontian?
Terserah kepada Tuan Pengerusi.
Bukit Gelugor.
Tuan Pengerusi, terima kasih. Bolehkah saya dapat tahu sebelum kes mengenai Pulau Batu Puteh pergi ke ICJ, ada apa-apa legal opinion diperoleh untuk menentukan kita ada satu kes yang kuat untuk pergi ke ICJ?
Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat, usaha-usaha ini saya nyatakan seperti berikut iaitu pihak Jabatan peguam Negara yang juga merupakan jabatan induk yang membantu Wisma Putra dalam usaha-usaha ini telah menyediakan pelbagai kertas nasihat berkaitannya. Di samping itu juga pencarian ataupun research dilakukan oleh pakar-pakar archival kita. Di samping itu ada tidak kurang dari 55 pegawai pakar menyelidik tentang peta, tentang surat-menyurat yang lama serta hal-hal berkaitan dengan sejarah yang dikemukakan. Oleh yang demikian, kes tersebut yang Ahli Yang Berhormat mengambil minat yang saya fahami, mengambil masa 29 tahun lebih kurang semenjak tahun 1979 hingga ianya selesai pada 23 hari bulan yang baru ini. Di samping itu orang-orang berikut telah menyumbang tenaga mereka: (i) Profesor Sir Elihu Lauterpacht; (ii) Profesor James Crawford; (iii) Profesor Nicolaas Jan Schziner; (iv) Profesor Marcelo G.Kohen; (v) Ms Penelope Nevill; (vi) Profesor ‘Victor Prescot’; (vii) Profesor ‘Daniel Beflehen’; dan (viii) ‘Crestewel’. Semua ini menyumbangkan tenaga sekutu untuk memperhebatkan kontinjen undang-undang antarabangsa Malaysia. Walau bagaimanapun oleh sebab kes ini sudah disebut sedemikian dan umum telah mengetahui, saya menyatakan ia dalam kalah ada menang tetapi saya mengiktirafnya tentulah kita berasa di mana perkara ini tidak pernah menang. Sekarang kita mendapati apa yang disebut sebagai Batuan Tengah atau Middle Rocks. Singapura mendapat Pulau Batu Puteh. Middle Rocks itu diberi kepada kita di atas ignition title, diiktiraf oleh ICJ dan Middle Rocks itu diiktiraf di atas tiga kedudukan: (i) ialah bahawa menurut conduct of the parties, maka didapati Malaysia tidak menjalankan pemilikannya lebih daripada 100 tahun, mulai tahun 1844 sampailah kepada tahun 1953;
(ii) surat dari Setiausaha Kerajaan atau pemangkunya dari Johor Bahru yang dianggap oleh mahkamah itu sebagai muktamad dan kes ini adalah kes yang tidak menilik kepada sama ada surat itu berasas kepada ostensible authority ataupun authority de jure; dan (iii) berkaitan dengan soal peta yang dikeluarkan oleh Jabatan Peta Malaysia sendiri dan peta itu bagi tahun 1962, 1965, 1970, 1974 dan 1975.
Kesemua peta itu menunjukkan Horsburgh Lighthouse di Pulau Batu Puteh milik Singapura. Di atas ketiga-tiga itulah maka pulau itu dikatakan diserahkan kepada Singapura...
Penjelasan.
Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, penting saya sebut ini supaya kita semua faham bahawa semua kerja telah dilaksanakan dan kalau kita menyatakan kita langsung tidak berjaya, saya ingin mengemukakan pandangan seperti berikut pula di mana tidak pernah Malaysia dapat peluang semenjak 100 tahun dahulu untuk menapak di pulau tersebut. Sekarang di kedua-dua batuan itu Malaysia mempunyai haknya. ICJ juga menyatakan bahawa perairan wilayah Batu Puteh itu atau perairan wilayah dalam mana terletaknya South Ledge ataupun Tubir Selatan akan memilikilah Tubir Selatan itu. Dengan kata-kata demikian dari segi undang- undangnya, pada hari ini jawatankuasa teknikal kita telah pun pergi ke kawasan tersebut dengan makluman Singapura untuk menentukan apa yang harus diperbuat sebagai langkah pertama. Jadi langkah pertama ialah menentukan perairan wilayah kita. Apabila itu selesai, maka saya dengan sukacita nanti mengumumkan kembali kepada Dewan yang mulia ini.
[Bangun]
[Bangun]
Hendak bagi yang mana, Yang Berhormat?
Pontian.
Pontian ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih jawapan tentang Pulau Pisang. Pertama, saya hendak bertanya hal-hal tentang pegawai yang telah disebut oleh Datuk Menteri tadi. Bukankah pegawai-pegawai kedutaan sepatutnya hanya menyambut terlibat urusan-urusan rasmi atau menghantar pulang rombongan-rombongan rasmi dan tidak terlibat tentang hal-hal peribadi mana- mana menteri atau isteri mereka. Yang kedua, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang tuduhan Gombak yang pegawai-pegawai kedutaan disalahgunakan mengangkat beg dan bermacam-macam kepada isteri Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Apakah bukti tentang tuduhan itu? Yang ketiga, bukankah setakat ini kita tahu bahawa pegawai-pegawai pejabat Perdana Menteri, pejabat menteri, pejabat Timbalan Perdana Menteri yang menyertai rombongan-rombongan ke luar negara itu sudah mencukupi untuk menguruskan hal-hal peribadi seumpama itu. Jadi pertama saya pohon penjelasan, yang kedua saya mohon bukti terhadap tuduhan daripada Gombak itu.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Pontian. Saya baru menerima penjelasan daripada Pesuruhjaya Tinggi dari London dan ini menjurus kepada apa yang disebut oleh Gombak sebentar tadi, apabila beliau menyatakan isteri Timbalan Perdana Menteri terlibat dengan hujah-hujah yang sabit dengan perkara-perkara yang tidak diingini ataupun yang sabit dengan hujah beliau
menggunakan khidmat kedutaan ataupun melibatkan bayaran, kata beliau, berkaitan dengan tohmahan yang berkenaan. Jadi perlu saya nyatakan di sini bahawa Pejabat Suruhanjaya Tinggi hanya membantu sewaktu ketibaan dan bertolak. Pesuruhjaya Tinggi mengesahkan bahawa tidak ada membayar sebarang bayaran bagi isteri Timbalan Perdana Menteri. Jadi dengan penjelasan ini, maka terserahlah kepada Gombak untuk menerimanya sebagai sesuatu yang harus beliau sendiri membuat penjelasan kemudian. Ini tidak harus dipanjangkan dalam Dewan ini sebab kita ingin membincangkan hal yang lebih besar daripada apa yang telah dibangkitkan...
[Bangun]
Walau bagaimanapun, memang kita menentukan nanti bahawa sebarang pembesar kita, tidak kira dari mana datangnya, harus diberi bantuan apabila di negeri orang, tetapi jika dikatakan bahawa mereka menyalahgunakan kedudukan atau membuat apa-apa tuntutan yang tidak sejajar dengan tugas, tentulah kita mengambil berat. Dalam kes ini, Kementerian Luar Negeri menyatakan bahawa apa yang disebutkan itu tidaklah benar...
Ya, Wangsa Maju.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan ramai profesor terlibat dalam kes Pulau Batu Puteh ini. Saya ingin menanya Yang Berhormat Menteri bahawa berapakah perbelanjaan yang kita telah bayar kepada profesor- profesor dan juga seperti Profesor James Crawford ini untuk kes Pulau Batu Puteh ini. Yang kedua, sama ada kerajaan ataupun Menteri Luar Negeri memberitahu ataupun being attended, dengan izin, semasa ada satu mesyuarat untuk persediaan kes ini memberitahu mereka bahawa gambar yang digunakan untuk kes ini adalah diambil daripada blog. Gambar Pulau Puteh ini diambil daripada satu blog. Yang akhirnya, tadi Yang Berhormat kata tuduhan Yang Berhormat Gombak ini adalah tidak benar. Saya percaya bahawa Yang Berhormat dari Gombak mesti ada sumber-sumber tertentu. Apa yang penting, Yang Berhormat Menteri, bolehkah beri jaminan di dalam Dewan ini bahawa semua duta kita ataupun perwakilan duta-duta di luar negeri ini tidak akan layan isteri-isteri ataupun waris-waris pemimpin Barisan Nasional semasa mereka melawat negara tertentu atas lawatan yang tidak rasmi. Terima kasih.
Baik, Yang Berhormat.
Boleh jawab sekali?
Yang Berhormat Menteri, penjelasan berkaitan.
Boleh jawab sekali?
Penjelasan berkaitan.
Penjelasan berkaitan, pertama, Kementerian Luar Negeri akan terus membantu rakyat kita di luar negara. Ini tanggungjawab kita... [Tepuk] Saya faham Ahli Yang Berhormat mempunyai idealisme tinggi, tetapi jika seseorang menteri dari Malaysia ataupun mungkin Ketua Pembangkang dari Malaysia pergi ke sesebuah negara, pada saya, tanggungjawab kami di Kementerian Luar Negeri membantu rakyat yang berkedudukan sedemikian. Kalau orang yang meringkuk dalam penjara pun, kita boleh bantu, apatah lagi kalau pemimpin kita di luar negara... [Tepuk] Jadi jangan salah faham. Humanity, kemanusiaan pada kami bukan hanya kasih bertompok-tompok, benci bertentu-tentu, tidak. Kita sama melayannya. Jadi kalau Yang Berhormat satu hari nanti pergi ke London dalam kesusahan atau minta bantu, apa salahnya kita bantu?
[Bangun] [Menyampuk]
Itu pandangan kami. Ini saya hendak bacakan balik apa yang Ahli Yang Berhormat dari Gombak sebut. Saya bacakan apa yang beliau sebut pagi tadi, “Maklumat awal yang saya terima, salah seorang yang
paling banyak diadukan ialah isteri Timbalan Perdana Menteri. Ketika lawatan ke Bandaraya London, kerana shoppingnya yang begitu mewah, beg-beg pakaian bukan satu, bukan dua, berpuluh dan kos ini terpaksa ditanggung oleh kedutaan kita di London dan Syarikat Penerbangan Malaysia.” Jadi sekarang saya terpaksa meminta Dewan, meminta Ahli Yang Berhormat buktikan berapa kali diadukan. Kedua ialah, “...beg-beg pakaian, satu bukan dua, berpuluh-puluh dan kos ini ditanggung oleh kedutaan kita di London.” Tadi kedutaan memberitahu saya terus, tidak ada bayaran dibuat. Oleh yang demikian, tidak wajar kita menggunakan nama seseorang ataupun kedudukan seseorang bagi menghujahkan pandangan yang terus mengena kepada diri orang itu...
[Bangun]
Sakit mendengar telinga, sakit lagi orang yang mendengarnya pada dirinya sendiri... [Disampuk] [Tepuk]
Ya, Gombak bangun, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi...
[Bangun]
Saya fikir, Tuan Pengerusi, saya habiskan dulu.
Ya.
Ini terserah kepada Tuan Pengerusi, banyak mana hendak diteruskan ataupun hendak dihadkan dan saya...
Yang Berhormat masih panjang?
Selepas ini ingin memohon ruling daripada Tuan Pengerusi supaya komen ini diperjelas oleh beliau dan kemudiannya disusuli dengan kebenaran...
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Apa yang saya tegaskan pagi ini, saya bersetuju kalau pegawai-pegawai kedutaan, salah satu fungsi dan peranan mereka adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang berada dalam kesusahan di luar negara. Apa yang kita bantah ialah peranan-peranan pegawai-pegawai ini yang lebih tertumpu kepada isteri-isteri menteri dan pembesar-pembesar negara. Saya kira Yang Berhormat Menteri kena ikhlas dalam perkara ini. Tak benar mana-mana rakyat Malaysia yang pergi ke luar negara dapat sambutan daripada pegawai-pegawai kedutaan. Tidak pernah, tidak pernah. Jangan Yang Berhormat Menteri mengambil jalan mudah mengatakan semua rakyat Malaysia mendapat layanan yang sama daripada pegawai-pegawai kedutaan...
Penjelasan, Tuan Pengerusi.
Penjelasan daripada saya, bukan daripada menteri.
Saya tidak ada menyebut semua.
Tadi Yang Berhormat Menteri sebut semua rakyat Malaysia dapat layanan yang sama. Tak benar sama sekali.
Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat sebut tentang beg berpuluh-puluh. Itu yang menjadi isu.
Nantilah. Nanti, nanti.
Saya pernah ikut dalam rombongan Timbalan Perdana Menteri, tidak ada bukti pun. Janganlah buat tuduhan begitu!
Sabar, sabar. Ini laluan saya.
Yang Berhormat Batu Pahat duduk, Yang Berhormat Batu Pahat.
Yang Berhormat Batu Pahat tak apa, saya tahu, saya faham kedudukan dia.
Ini Tuan Pengerusi, budak-budak buat apa nak layan? Tak payah layanlah!
Saya minta Yang Berhormat Menteri supaya ...
Enam kotak beg kot.
Jangan ambil jalan mudah. Kami daripada Pakatan Rakyat, kalau kita buat lawatan rasmi pun, kita tidak dapat layanan daripada pegawai-pegawai kedutaan di mana-mana negara sekalipun. Malahan kedutaan-kedutaan digunakan untuk melarang anak-anak Malaysia, pelajar-pelajar Malaysia untuk mendengar taklimat-taklimat yang diberikan oleh Ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat. .. [Tepuk]
Yang Berhormat, itu isu lain Yang Berhormat.
Yang kedua, kalau Yang Berhormat Menteri menyatakan ada faks daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, saya faham dalam tempoh beberapa jam boleh jalankan siasatan begitu cepat dan pantas sekali. Saya ucapkan tahniah kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London.
England tengah malam ini, midnight.
Tak mungkin dalam masa yang begitu singkat, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia boleh jalankan siasatan.
Ha inilah pembangkang. Bila dah ada jawapan tapi tak nak terima juga.
Yang Berhormat tak boleh macam itu Yang Berhormat.
Dalam tempoh yang begitu singkat, dengan faks yang begitu mudah. Saya sebut Yang Berhormat Menteri juga sebut tadi, dalam laporan awal saya terbukti aduan ini kita terima tetapi saya minta supaya Yang Berhormat Menteri jalankan siasatan ini secara menyeluruh. Bukan dalam tempoh satu dua jam dapat faks nak menafikan kenyataan yang sebenar. Terima kasih.
[Bangun]
Tuan Pengerusi, walau bagaimanapun dalam Hansard ini kenyataannya sudah pun sedemikian. Jadi saya pohon Tuan Pengerusi membawa perkara ini ke tahap yang seharusnya dilaksanakan, tapi saya harus memberi maklum kepada Dewan, ini adalah sangkaan.
[Bangun]
Jika dikategorikan mana yang baik mana yang buruk, ini adalah sangkaan buruk. Apa kata kalau ini tidak terbukti, apa jadinya? Bukankah tak manis? Jadi saya hanya meletakkan di situ bukanlah nak mengatakan saya menafikan sesuatu hak untuk mempersoalkan perkara ini. Walau bagaimanapun saya tentulah melihat perkara ini dari dekat dan akan menjurus kepada apa-apa langkah yang harus ditentukan mendapatkan perkara sebenarnya tetapi jika tidak benar, Ahli Yang Berhormat terpaksalah bertanggungjawab kemudiannya. Tuan Pengerusi, izinkan saya teruskan.
Ya teruskan Yang Berhormat, teruskan Yang Berhormat.
Boleh saya minta laluan sikit Yang Berhormat Menteri?
Saya teruskan dulu Ahli Yang Berhormat. Berkaitan dengan Yang Berhormat Bachok, nilai-nilai hartanah yang telah dipergunakan oleh kementerian menerusi pegangan-pegangannya di luar. Harus ditekankan bahawa nilai-nilai hartanah itu terpaksa kita kumpulkan terlebih dahulu sebelum dapat kami menyatakan di sidang pada saat ini nilainya dan juga apa-apa keadaan berkaitan dengan harta-harta tersebut. Namun demikian, ada beberapa tempat di mana kita terpaksa membelinya seperti di Rusia, di Islamabad malah di Britain sekali. Soalan yang berkaitan dengan sama ada bijak atau tidak kita pindah daripada Brynston Square ke kawasan yang lain di London, ini terpaksa dirundingi oleh kementerian berkenaan khususnya Kementerian Pelajaran Tinggi atau Pendidikan Tinggi beberapa tahun yang lalu. Kemudian didapati bahawa kawasan yang dihuni di Bryanston Square itu tidak lagi sempurna bagi kita mendudukinya, lantaran kosnya begitu tinggi dan juga lease ataupun pajakannya sudah pun dipersoalkan oleh pihak yang memilikinya. Dalam keadaan yang sedemikian, kita akan melihat bagaimana hal-hal yang berkaitan dengan hartanah serta harta-harta kita di Washington, di mana kita juga memiliki tanahnya dan kita akan terus berjimat cermat dalam mengendalikan harta Malaysia di luar negara.
Yang Berhormat.
Izinkan saya menyatakan bahawa imej kedutaan kita di luar perlu sama-sama kita jaga. Oleh yang demikian, telah kita wujudkan satu dasar baru-baru ini, imej Malaysia menerusi kaca mata budaya harus kita adakan di pusar-pusat yang ada di bandar-bandar utama di seberang laut.
Duduk dulu Yang Berhormat.
Saya memahami bahawa ada rakan-rakan kita dalam ASEAN mempunyai pelbagai corak dalaman bangunannya yang mencerminkan budaya negara tersebut.
Yang Berhormat, minta laluan.
Jadi kita cuba untuk mewujudkan suasana yang sama bagi beberapa kedutaan kita yang ulung di seberang laut. Sebagai contohnya di London, di Singapura, di Jakarta, di Jepun, di China adalah di antara beberapa kedutaan yang telah diberi sedikit peruntukan beberapa bulan yang lalu untuk diperbaiki suasana dalaman kedutaan kita di kawasan-kawasan tersebut.
[Bangun]
Minta jalan Yang Berhormat Pasir Mas.
Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih. Tuan Pengerusi, oleh kerana dah terlanjur tadi, saya punya soalan ringkas sahaja. Apabila Yang Berhormat sebut orang dalam penjara pun Kementerian Luar mengambil berat. Saya nak tanya apakah usaha kementerian menangani masalah wanita-wanita kita yang ada ditipu oleh pihak-pihak tertentu sehingga melibatkan dengan pengedaran dadah dan ada yang telah pun menjalani hukuman bunuh seperti di negara China baru- baru ini. Apakah pihak kementerian betul-betul mengambil berat melantik peguam- peguam untuk membela mereka ini sebab mereka dianiayai. Apakah Yang Berhormat sedia mempertimbangkan juga peguam-peguam ini selain daripada profesor-profesor yang saya sebut nama tadi, yang disebut nama tadi menggunakan juga peguam-peguam tempatan seperti Ahli Parlimen Bukit Gelugor. Dah balik dah?
Cukup Yang Berhormat.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor ini peguam yang handal. Jadi boleh guna dan saya percaya kalau dia beri khidmat pun saya percaya percuma. Khidmatnya percuma untuk rakyat Malaysia. Jadi saya nak tanya adakah pihak Kementerian Luar Negeri boleh menimbang kes-kes seumpama ini diberi pula kepada rakyat Malaysia. Jangan kita taksub sangat profesor itu, profesor ini, bicara dan kalah. Ha, jadi kalau peguam Bukit Gelugor itu bawa nanti kalah, selesailah masalahnya. Habis cerita. Terima kasih.
Penjelasan.
Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya nak menyatakan, kita tak kalah dalam bicara kita. Jika tak dapat sepenuhnya, itu bolehlah dikatakan tapi mengatakan kalah, itu tembak itik kena ayam, mati yang lain, hidup yang lain. Terserah Ahli-ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Bukit Gelugor minta penjelasan Yang Berhormat.
Penjelasan.
Bagi saya, harus jawab dulu apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, terima kasih.
Tuan Pengerusi.
Dia nak jawab dulu Yang Berhormat.
Kami telah pun menjalankan beberapa langkah berkaitan dengan kes-kes di mana orang-orang muda kita, perawan kita dan mereka yang muda-muda di seberang laut terjerumus kepada angkara penipuan yang dibuat oleh sindiket-sindiket tertentu sabit dengan mengedarkan dadah. Ada 139 lebih kurang kes dalam pelbagai konteks dan juga kategorinya. Sebahagian besar daripada kes-kes ini memang melibatkan wanita. Tempoh hari saya mempunyai pandangan bersama-sama dengan pegawai- pegawai kita di Wisma Putra supaya beberapa langkah preventif dapat kita adakan.
Salah satu daripadanya supaya ibu bapa perlu memainkan peranan lebih cekal supaya menentukan ke mana anak-anak masing-masing pergi semasa bercuti ataupun kononnya mengambil langkah untuk berniaga. Sindiket tempatan memang wujud. Jadi mereka menunggu masa keemasan apa yang hendak dijanjikan kepada mereka, biasanya janji kerja, janji upah ataupun janji habuan. Di atas janji-janji ini mereka terperangkap. Kepada perkara ketiga, keadaan sudah pun rumit dan ramai anak-anak kita yang meringkuk di penjara Tokyo, di Venezuela, di Madrid dan lain-lain. Kita tidak dapat campur tangan menerusi perundangan mereka. Oleh yang demikian kita pula tidak ada kemudahan untuk membayar peguam-peguam semuanya bagi mereka yang terlibat sebab dasarnya tidak dapat kita wujudkan. Akan tetapi kita boleh menjalankan usaha supaya khidmat undang-undang tempatan di negara tersebut boleh kita gunakan. Jadi para duta kita telah melawat kes-kes ini dan sedang merumus apa yang harus kita lakukan supaya sedikit sebanyak bantuan sampai kepada pihak-pihak berkenaan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Namun demikian, seperti yang berlaku di Tokyo, kita sudah tidak dapat lagi bertindak membantu, Mahkamah Tertinggi sudah membuat keputusannya. Namun bagi kes-kes di negara-negara lain, kita masih ada ruang dan kami akan cuba memberi bantuan dalam pelbagai aspek. Cuma aspek menerusi guaman tidak dapat kami beri menerusi kementerian. Ini terpaksalah diolah oleh keluarga ataupun mereka yang sabit dengan persaudaraan atau tali persaudaraan dengan subjek-subjek berkenaan. Tuan Pengerusi, izinkan saya secara ringkas sebab hal-hal lainnya adalah hal- hal sampingan. Namun saya ingin...
Tuan Pengerusi, penjelasan.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Menteri. Tadi disebutkan...
Bukit Gelugor!
Menteri pandang Kuala Krai tadi. Bila dah bercakap terus bercakaplah. Menteri tadi telah memberikan penjelasan tentang keputusan mengenai Pualu Batu Puteh yang dikatakan masih kita ini menang- menang, masih dalam deny lagi dengan izin. Saya pun tak pasti sama ada kita berpuas hati atau tidak. Kita diberi penjelasan bahawa antara puncanya penghakiman itu menyebelahi Singapura ialah satunya, surat tahun 1953. Jadi nak salahkan kerajaan perikatan dulu, barisan pun tak boleh sebab belum ada kerajaan, belum merdeka pun. Jadi tak boleh nak salahkan tetapi hari ini kita diberitahu bahawa peta mencatatkan bahawa pulau itu bertanda ‘S’ bermaksud Singapura. Jadi ini sudah masuk dalam era kita memerintah. Jadi ini satu attack of..., bukan omission ni, commission ini. Kita melakukan satu kesilapan...
Yang Berhormat cuba ringkaskan.
Jadi boleh mohon Menteri memberikan penjelasan mengapa ini berlaku dan apakah tindakan kita kerana ia berlaku dalam era kita memerintah, bukan pra kemerdekaan? Terima kasih.
Menteri, pohon penjelasan, berkaitan.
Tuan Pengerusi, terima kasih di atas pandangan itu...
Cukuplah Yang Berhormat.
Jabatan Pemetaan telah dihubungi supaya seluruh pemilikan kepulauan Malaysia dipastikan dan juga kedudukannya berkaitan dengan status penggunaan serta faktor-faktor lain ditentukan. Sama ada soal menang atau kalah saya tidak perlu bangkitkan lagi tetapi pada saat ini Jawatankuasa Teknikal kita sedang berada di kawasan yang berkenaan khususnya di Batuan Tengah untuk menentukan pelbagai perkara. Jadi saya perlu mohon kefahaman dan penerimaan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa 100 tahun lebih kita tak pernah dapat peluang ini. Jadi sekarang perairan kita, kita tentukan semula susulan keputusan ini. Akan tetapi bagi saya selaku Menteri Luar yang bolehlah dikatakan berada di perenggan ekor kes ini, menganggap keputusan ICJ itu sebagai satu kejayaan bagi kita untuk meneruskan Piagam Perjuangan Antarabangsa dan memulakan satu era baru dari segi kewaspadaan kita dan hak kita berkaitan dengan pulau tersebut...
Penjelasan.
Penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, duduk dulu Yang Berhormat. Kita ada lagi sembilan kementerian Yang Berhormat, ada satu bill ataupun rang undang-undang yang amat penting sekali iaitu Rang Undang-undang Pencen. Ada 400 ribu penerima pencen tidak akan menerima pencen tambahan mereka kalau rang undang-undang tidak diluluskan pada sesi ini. Jadi saya cukup yakin Ahli-ahli Yang Berhormat memahami keperluan ini. Jadi kita dah banyak bincang soalan ini.
Sikit sahaja, Yang Berhormat Menteri dah bagi dah.
Jadi selepas Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Selayang, saya habiskan Yang Berhormat ya.
Terima kasih. Saya bangun ini pun sebab orang Johor tak berapa minat, Batu Pahat pun tak minat, sebab dia reda.
Tak apa Yang Berhormat, sila Yang Berhormat.
Johor faham.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Hah, dia nak perang tu. Ini lebih dahsyat lagi. Nampak dia lebih dahsyat. Tuan Pengerusi, pertama pasal peta yang disebut oleh rakan saya. Peta itu tahun 1963 telah di bracket dengan ‘S’, tanda ‘S’ itu. Jadi kalau peta itu antara sebagai satu penghujahan, jadi adakah Peguam Negara tidak dapat melihat persoalan ini dan tidak dapat memberikan nasihat yang baik kepada kerajaan sendiri dalam hendak menentukan tuntutan kita itu? Sebab peta itu peta dalam era selepas dari kemerdekaan di waktu UMNO, Perikatan memerintah negara kita. Yang kedua Yang Berhormat Menteri, walaupun Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa kita tidak kalah semuanya, win-win ini tetapi persoalannya adakah yang kita tuntut, yang kita bawa pergi ke ICJ itu kerana hendakkan Middle Rock dengan Batuan Selatan ini? Jadi adakah itu yang kita tuntut? Kalau itu yang kita tuntut buat apa kita pergi bawa lawyer, peguam yang daripada luar negara kita sampai berbelanja begitu besar hanya sekadar nak tuntut Middle Rock dan Batuan Selatan ini. Jadi saya fikir tak...
Baik Yang Berhormat, baik-baik.
... sebab yang kita tuntut selama ini ialah Pulau Batu Puteh, bukan Middle Rock...
Baik Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri boleh...
Jadi nampak kena perang sungguhlah, kata Batu Pahat.
Yang Berhormat, boleh kita bagi Yang Berhormat Selayang, kemudian Yang Berhormat gulung sekali.
Ingat Tuan Pengerusi nak cepat?
Ya lah, saya nak cepatlah ni. Sila Yang Berhormat Selayang, lepas itu Menteri akan menghabiskan.
Mohon penjelasan. Dengan keputusan ICJ untuk memberikan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, adakah implikasinya Singapura sekarang berhak untuk membuat tuntutan mengikut Law of the Sea kepada Exclusive Economy Zone 200 batu nautika dan juga continental shelf bermakna Singapura sekarang berhak untuk membuat tuntutan untuk petroleum di South China Sea. Sila berikan penjelasan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama, saya reaksi terhadap Yang Berhormat Pokok Sena. Peta itu adalah peta keluaran dari Jabatan Pemetaan Malaysia yang diterima sebagai bukti oleh ICJ. Ini merupakan satu penyerahan atau pengakuan bahawa Pulau Batu Puteh khususnya di samping Batuan Tengah dan juga Tubir Selatan itu adalah di dalam kawasan Singapura. Cuma Pulau Batu Puteh yang dijelaskan bagi Singapura. South Ledge tidak pula disebutkan, sebab itu mahkamah tersebut menganggap Batuan Tengah dan South Ledge adalah hak milik ancient title kepada Malaysia. Lantaran penyebutan dalam peta itulah maka dijadikan asas bagi mahkamah itu membuat keputusan sedemikian. Untuk saya menjawab bangkitan daripada Yang Berhormat Selayang tadi, United Nations Convention on Law of the Sea atau UNCLOS memang digunakan dalam kes ini, tetapi sama ada EEZ hendak dikuatkuasakan bergantung pada sama ada Pulau Batu Puteh itu sendiri mempunyai apa yang disebut sebagai hak EEZ ataupun hanya sekadar perairan wilayah atau territorial waters.
Nasihat daripada pakar-pakar kita sekarang ialah, EEZ tidak timbul sebab beberapa pihak adalah terlibat berkaitan dengan aliran kapal di Selat Johor itu yang
tidak boleh dipanjangkan tuntutan EEZnya, tetapi dari segi perairan wilayah ini memang dibenarkan setakat 12 batu dari pantai yang wujud di negara tersebut. Dalam keadaan itulah maka Batuan Tengah tadi mempunyai territorial waters ataupun perairan Wilayah yang disebutkan boleh membawa kepada kawasan South Ledge ataupun Tubir Selatan tersebut. Sama ada ini cepat dapat kita selesaikan atau tidak, bergantung pada nasihat yang kita terima nanti setelah selesai lawatan yang telah saya sebutkan tadi. Tuan Pengerusi, secara cepat sekarang, izinkan saya pergi kepada beberapa topik lain yang agaknya penting juga dijelaskan iaitu hanya dua orang tokoh bukan career dengan izin, yang bertugas. Seorang di Arab Saudi dan seorang lagi ialah di Mesir. Yang lain semuanya dikawal selia oleh duta-duta dari golongan perkhidmatan diplomatik. Cadangan supaya para duta kita ini juga terdiri daripada profesional lain atau yang latar belakang mereka dicampurkan dengan disiplin lain, cadangan itu amat baik tetapi sebagaimana dimaklumkan Tuan Yang di-Pertua, perkhidmatan diplomasi dan perkhidmatan awam ini diputuskan oleh suruhanjaya berkenaan perkhidmatan. Cuma pihak kami di kementerian dan sekiranya Kabinet kita bersetuju, mana-mana individu yang serlahan pemikiran dan juga performance baik, kita boleh cadangkan memikul tanggungjawab duta. Terserah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menerimanya dari semasa ke semasa. Namun demikian, hal ini boleh kita cambahkan dan jadikan realiti pada masa- masa akan datang. Tuan Pengerusi, izinkan saya pergi kepada perkara yang berkaitan dengan peranan diplomat yang bertindih. Ini kita akan atasi apabila latihan yang saya sebutkan tadi dapat kita landaskan kepada beberapa program tertentu. INTAN misalnya menjalankan asuhan dan latihan. Namun demikian, pada masa ini kita ada satu institusi bernama IDFR, Institusi Diplomasi dan Hubungan Luar yang melatih para diplomat kita. Pada penilaian saya sendiri, syllabusnya atau sukatan pelajarannya perlu kita tambah lagi supaya mereka lebih cekap dalam bidang-bidang yang sempat saya sebutkan tadi. Yang Berhormat Jerlun, bertanyakan sama ada kerjasama berkaitan dengan usaha-usaha kita menentang kemungkinan pengaruh Amerika dan pengaruh kuasa besar yang mengancam keselamatan kita. Kami bersama ISIS di Kuala Lumpur misalnya dan Polis Diraja Malaysia cawangan seberang lautnya dengan tentera Malaysia serta cawangan-cawangannya di seberang laut serta risikan yang ada pada negara kita sentiasa meninjau apa yang dilakukan oleh pihak-pihak besar ini menerusi kaca mata penyelidikan kita tersendiri. Kelemahan-kelemahan mungkin wujud manakala penilaian terhadap sesuatu peristiwa itu tidak dapat kita atasi lantaran terhadnya kemampuan kita menembusi beberapa perkara yang di saat ini tidak dapat kita sebut dalam keadaan yang meluas seperti ini. Di samping itu, pandangan Yang Berhormat Jerlun ini akan kami terus bawa agar kewaspadaan kita berkaitan dengan kuasa-kuasa besar itu dapat kita atasi menerusi kebolehan kita berperantaraan dengan negara-negara serta sahabat-sahabat yang sama pendirian dengan Malaysia. Yang Berhormat Titiwangsa yang memerlukan maklumat dari segi bantuan-bantuan yang disampaikan. Ingin saya memaklumkan secara ringkas Tuan Pengerusi, bahawa bantuan-bantuan yang diberikan ini adalah bagi tujuan-tujuan kerja antarabangsa dan ia tidaklah menempatkan kepada mana- mana pihak jauh sekali yang bersabit dengan badan-badan politik. Bantuan-bantuan kepada pertubuhan belia sedunia misalnya meliputi banyak pihak. Bantuan kepada ASEF, Asia Europe Foundation, bantuan kepada sekolah- sekolah kemanusiaan yang perlu dibantu di Montevideo, Uruguay, bantuan kepada World Youth Foundation Council, bantuan kepada mahkamah khas di Sierra Leone, bantuan kepada Lubnan berkaitan dengan High Relief Council dan lain-lain. Jadi, itulah yang telah kami lakukan setelah permohonan itu disalurkan menerusi hubungan khusus dengan negara-negara berkenaan. Selain itu, dipersoalkan juga misalnya oleh Yang Berhormat Rasah tentang mereka yang ditahan di luar negara, sabit kesalahan mereka yang mungkin dapat kita bantu. Ini telah pun dijawab semasa Yang Berhormat Pasir Mas mengemukakan persoalan sebentar tadi. Berkaitan dengan kesukaran yang dihadapi oleh para pegawai kita apabila bertukarnya nilai wang yang begitu mendadak, misalnya di Filipina. Soal rendahnya peso itu sekarang berbanding dengan nilainya kira-kira enam bulan dahulu.
Wisma Putra terpaksa mengambil ingatan dan juga tindakan agar mereka yang menerima gaji yang lebih rendah nilai sebenarnya dimantapkan dan diletakkan semula pada tahap yang sebenarnya. Kadangkala masalah ini berlarutan oleh sebab pihak-pihak yang berkuasa lama mengambil tindakan dan memerlukan masa. Namun demikian pada masa ini setelah kita lakukan koordinasi, kita telah dapat menyegerakan dan beberapa kesukaran yang dialami di Filipina, di negara- negara Eropah juga di negara-negara Arab telah dapat kita atasi bersama. Tentang pandangan Yang Berhormat Machang, sama ada contingency fund perlu kita gunakan atau tidak untuk kegunaan di luar daripada tanggapan urgent and unforeseen, dengan izin, bergantung pada keadaan. Ini sebenarnya terserah kepada Treasury ataupun Perbendaharaan kita yang menimbangkan sesuatu permohonan daripada kementerian. Jadi Kementerian Luar Negeri, apabila kami mengemukakan permohonan supaya membantu, maka terserahlah kepada Menteri Kewangan menimbangkan sama ada keperluan itu bersesuaian atau pun tidak. Tuan Pengerusi, izinkan saya pergi kepada soal Kosovo yang dibawa oleh Pengkalan Chepa. Sebenarnya kami sudah mula mengadakan proses pengiktirafan secara perlahan-lahan dan pada September tahun lalu telah diwujudkan pejabat perhubungan di negara tersebut dan insya-Allah proses yang berikutnya akan membawa kepada pengiktirafan setelah semua tajuk yang diperlukan menerusi saluran diplomasi dan pengiktirafan pentadbiran dapat kita laksanakan. Tuan Pengerusi, Ahli- ahli Yang Berhormat...
Akhirnya Yang Berhormat Menteri..
Masalah empat wilayah belum jawab, petani.
Tadi saya ada tanya berkaitan seorang kakitangannya...
Tidak dengar.
Tadi saya ada bangkitkan berkenaan seorang kakitangan yang bertugas di Taipei, Taiwan yang telah didapati molest dengan izin, seorang wanita. Jadi saya hendak tahu kedudukannya dan kesan-kesannya yang akan berbangkit ekoran kelakuan sedemikian dan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengelakkan insiden sedemikian berulang kerana ia akan menjejaskan imej Malaysia.
Baiklah. Kes ini sebenarnya masih dalam siasatan sebab itu saya tidak boleh umumkan pada masa ini. Bersekali dengan kes itu, ada satu kes lagi yang disabitkan dengan salah seorang kakitangan berhubung dengan transaksi kewangan. Jadi kedua-dua kes ini sedang dilaksanakan penyiasatannya yang rapi. Saya akan cuba memaklumkan kepada Yang Berhormat setelah selesai siasatan tersebut. Sebelum mengakhiri jawapan ini...
Yang Berhormat Menteri, masalah empat wilayah Patani belum dijawab.
Ya, Yang Berhormat.
Saya ada bangkitkan tadi masalah Selatan Thai iaitu masalah penting.
Yang Berhormat Pasir Mas yang berasa berat sekali tentang situasi di Selatan Thai. Saya ingin sebelum itu menjelaskan bahawa tuduhan berkaitan dengan pihak Abramoff di Amerika Syarikat yang dikatakan ada kaitannya dengan kedutaan di Washington dan juga sabit dengan penggunaan bayaran USD300,000 sebagai dana tertentu, saya perlu menjelaskan di sini bahawa rakan saya bekas Yang Berhormat Menteri Luar telah pun menjawab perkara ini pada 29 Mac 2006. Oleh itu saya tidak perlu menghuraikannya lagi. Sekadar menyatakan Abramoff sudah pun ditakluki oleh undang-undang negaranya sendiri dan beliau tidak ada perkaitan langsung dengan kedutaan kita di Washington. Berkaitan dengan perbelanjaan sebanyak USD300,000 itu ia telah pun digunakan bagi tujuan pembayaran consultancy yang dianggap penting ketika
mengadakan pelbagai urusan dua hala dan juga bersabit dengan perbelanjaan yang telah komited sebelum dan selepas lawatan bekas Perdana Menteri ke Amerika Syarikat itu. Jadi, hal ini perlu dilihat semula dan Hansard nya ialah pada 29 Mac 2006. Tentang query daripada Yang Berhormat Pasir Mas mengenai situasi di Selatan Thai, ia rumit. Kerumitan ini bukan sahaja dari segi sentimen kita di Semenanjung Malaysia atau di Malaysia amnya ia rumit dari segi hubungan dua hala. Lantaran cadangan yang dibuat itu sama ada kita boleh buat satu woksyop ataupun persidangan bergantung pada kesediaan negara Thai menerimanya. Saya akan cuba membawa beberapa cadangan ini dalam perjumpaan dengan Menteri Luarnya kemudian sama ada di perenggan mesyuarat ASEAN ataupun dalam perjumpaan dua hala. Namun perlu kita mengetahui bahawa setakat ini kita telah membelanjakan pelbagai peruntukan menerusi JCM iaitu joint commission yang telah kita wujudkan antara Malaysia dengan Thai. Latihan perguruan dan latihan bagi pelajar-pelajar masih berjalan pada masa ini. Beberapa kerjasama dari segi persempadanan, juga dilaksanakan oleh pihak-pihak berwajib. Tentang keadaan dalaman itu, inilah yang saya sebutkan tadi. Oleh kerana, kalau kita tampak memainkan peranan mengasuh dari luar ataupun tanpa kebenaran Kerajaan Thai, maka hubungan dua hala dengan kerajaan tersebut mungkin terjejas. Oleh yang demikian seolah-olah kita menarik rambut dari dalam tepung pada masa ini. Beberapa cadangan sudah dikemukakan khususnya dari segi latihan. Jadi kita akan susul perkara ini. Dari segi menentukan bantuan-bantuan kemanusiaan juga kita boleh kemukakan tetapi kesemuanya...
[Bangun]
[Bangun] Mintak penjelasan sikit saja.
Tidak payah lagi, Yang Berhormat.
Sikit lagi. Yang Berhormat Menteri bagi sebab ini masalah... sikit sahaja.
Biar Yang Berhormat Menteri habiskan, Yang Berhormat.
Sikit sahaja. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa kami, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan telah bertemu dengan Konsul Thai di Kota Bharu dan pernah menghantar memorandum kepada kedutaan dan termasuk salinannya ke Wisma Putra di mana sambutannya positif. Kalau boleh kita Malaysia memainkan peranan memujuk beberapa kumpulan di Selatan Thai membawa mereka ke meja perundingan, satu conference yang di anjur bersama dengan pihak Kerajaan Thai supaya ada pakatan daripada dalam Thailand sendiri untuk menyelesaikan masalah ini sebab ini adalah masalah nyawa yang tidak berhenti-henti berlaku di Selatan Thai.
Isi yang sama, minta sikit penjelasan. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dalam perkembangan yang terkini saya ingin penjelasan sejauh mana kawalan tentang keselamatan di kawasan sempadan Selatan Thai ini sebab kita lihat dalam dua minggu yang lalu berlaku satu kes pembunuhan di kawasan sempadan Rantau Panjang melibatkan senjata api. Ini cukup bahaya. Sejauh mana pemantauan di pintu-pintu masuk yang boleh menyebabkan berlakunya kes sedemikian yang boleh mengancam keselamatan awam.
Tuan Pengerusi, pertamanya, Yang Berhormat Rantau Panjang, kita tidak boleh dan tidak mampu mengesan kemungkinan jenayah berlaku dalaman negara Thai menerusi pintu sempadan sahaja kecuali mereka yang berada di dalam negara tersebut memberi maklumat ataupun sumbangan faktor- faktor tertentu kepada kita. Oleh yang demikian kita harus berhati-hati supaya tidak dituduh oleh mereka campur tangan dalam soal-soal dalaman mereka. Namun iintelligence kita ataupun research kita sentiasa berjalan. Pihak negara Thai pada masa ini terus percaya kepada urusan kerjasama kita.
Berbalik kepada Yang Berhormat Pasir Mas, saya tidak menafikan kemungkinan ini dapat kita laksanakan memandangkan kita pernah berbuat sedemikian di kawasan Mindanao dan juga usaha-usaha MNLF yang kemudiannya serpihan MILF. Oleh itu pandangan ini saya fikir konstruktif atau membina dan tidak ada salahnya bagi kita menganjurkan satu pandangan kepada mereka. Jika berjaya nanti saya akan cuba memaklumkan kemudian dan kalau yang baik itu tentulah ada manfaatnya. Tuan Pengerusi, saya sebenarnya ingin menjawab lagi tetapi oleh kerana constrain masa wajarlah saya hentikan.
MalaysiaKitchen.
MalaysiaKitchen sebenarnya bukan di bawah kementerian ini sebab itu saya tidak dapat menjawab. Ia di bawah Kementerian Pelancongan. Cuma kami membantu mengadakan pandangan. Misalnya kalau di London ada restoran yang bernama Restoran Mango, jadi Restoran Mango ini tempatnya dekat dengan Jalan Base water tetapi Kementerian Pelancongan menjalankan aktiviti dari segi sebenar. Walau bagaimanapun di Paris ataupun di Beijing kami ada pandangan tertentu di mana restoran-restoran Malaysia harus ditempatkan, setakat itu sahaja. Oleh sebab itu saya rasakan tidak harus saya ambil masa menerangkan apa yang disebutkan sebagai ‘dapur Malaysia’ tadi. Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang hampir 30 orang kesemuanya yang mengambil bahagian. Bagi pandangan-pandangan yang telah dikeluarkan begitu baik kami akan terima sebagai satu cabaran dan juga olahan baru. Oleh yang demikian pada masa akan datang sekiranya ada maklumat-maklumat lain haruslah disampaikan awal kepada saya supaya lebih segera diambil tindakan. Saya ulangi, kementerian ini kementerian kita - Kementerian Luar Negeri. Ini bukan satu pihak yang memilikinya. Buruknya berita yang keluar, buruklah Malaysia. Tinggal lagi apa-apa yang retak saya boleh cuba padankan balik. Apa-apa yang kurang saya cuba untuk memperbaiki, yang pendek dipanjangkan dan yang tidak berubah dapat kita temukan. Tuan Pengerusi, Tepung baulu amatlah pekat, Tak lama lagi dimakanlah ia, Sekian dulu Ahli Yang Berhormat, Lain kali disambung pula.
Saya tidak boleh jawab pantun, minta maaflah. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM46,087,700 untuk Maksud B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM46,087,700 untuk Maksud B.13 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.13 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2007 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.13 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2007.
Kepala Pembangunan P.20 di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, oleh kerana P.20 hanya token saja, maka ia tidak perlu dibahaskan. [Tidak dibahaskan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM30 untuk Maksud P.20 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2007 di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM30 untuk Maksud P.20 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2007.
Kepala Bekalan B.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Lipis. Lima minit Yang Berhormat.
Okey, saya akur. Terima kasih Tuan Pengerusi. Maksud B. 21 iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, saya mengucapkan tahniah kepada kementerian ini kerana telah dapat mengadakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ini. Bagi saya hari ini patut diraikan kerana kepada penternak, peladang dan nelayan ini patut kita rayakan dan raikan, kerana dengan cara ini kita dapat meningkatkan atau menarik perhatian mereka yang bercadang atau berjinak-jinak dalam bidang ini. Jadi bagi saya sekiranya ia diteruskan, dibuat setiap tahun, apa yang kita harapkan ialah penternak, peladang dan nelayan ini terus mendapat manfaat. Jadi di sini apa yang saya nak tanya ialah penternak-penternak jaya yang kita telah beri anugerah peladang-peladang dan nelayan ini, sejauh manakah mereka masih meneruskan kerjaya mereka sebagai penternak, peladang dan nelayan dan apakah insentif yang diberikan oleh kerajaan supaya mereka ini meneruskan usaha mereka. Mungkin dalam program yang saya panggil sebagai dengan izin, ‘grow a bit’. ‘Grow a bit’ maksudnya ada insentif dan ada tambahan, kerana apa yang membimbangkan saya ialah selepas mereka menjadi penternak jaya, peladang jaya dan nelayan jaya, mungkin ramai nelayan, penternak, peladang ataupun petani datang melawat ke tempat mereka, pasal pernah saya diberitahu oleh salah seorang yang pernah mendapat anugerah ini, sehingga mereka tidak dapat lagi menumpu perhatian kepada ladang atau kepada bidang yang mereka ceburi itu, kerana terpaksa melayan banyak tetamu ataupun mereka yang ingin belajar datang. Jadi apa yang saya harapkan di sini di samping memberi anugerah ini, apakah insentif-insentif yang boleh diberi untuk memastikan mereka terus berdaya maju dan terus yakin dan mungkin membesarkan perniagaan mereka, mungkin terus ke peringkat antarabangsa dan sebagainya. Di samping itu juga, saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan, adakah kajian ataupun penyelidikan dibuat sejauh mana Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ini telah dapat menarik minat orang ramai terutamanya kumpulan belia dan sebagainya menceburi bidang ini. Bagi saya pertanian sekarang ini telah menjadi satu bidang yang sangat penting terutama dalam keadaan kita sekarang ini kekurangan makanan dan sebagainya, dan ini menyebabkan lebih ramai orang sepatutnya menceburi bidang ini. Jadi, apakah tarikan-tarikan yang kita dapat kerana kita tidak nak Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ini hanya diraikan oleh kumpulan ini. Tidak ada kumpulan lain. Seperti saya tengok Hari Guru, hanya dirayakan oleh kaum guru. Bila dapat SMS Selamat Hari Guru pun sesama mereka. Tidak ada sambutan daripada masyarakat. Jadi saya berharap pihak kementerian membuat kajian ini dan bagaimana menyebarluaskan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ini supaya dapat menarik minat orang ramai untuk melihat program-program yang diadakan itu.
Jadi dengan itu saya mohon menyokong.
Baik.
Kuala Kedah.
Pokok Sena.
Yang Berhormat Rantau Panjang. Lima minit Yang Berhormat. Saya memperingatkan yang RM100,000 dikehendaki itu adalah untuk menampung kos sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Itu saja topik kita Yang Berhormat. Jangan terkeluar daripada itu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Maksud B 21. Saya merujuk kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagaimana yang telah mendapat tambahan sebanyak RM100,000. Saya ingin penjelasan adakah Program Sambutan Hari Peladang ini juga diadakan di peringkat daerah kerana ia lebih rapat kepada sasaran. Sekarang ini kita melihat bagaimana krisis makanan, bagaimana kenaikan harga barangan harian termasuk harga minyak yang terus menekan rakyat. Sejauh mana keberkesanan program yang dianjurkan dapat melahirkan petani, peladang dan nelayan yang produktif, yang mampu bersaing dengan peladang-peladang daripada di luar negara. Kita lihat bagaimana petani luar negara di antara golongan yang kaya, yang memiliki ladang-ladang besar, yang mampu menjana ekonomi pendapatan mereka bahkan menambahkan pendapatan ekonomi negara mereka. Dalam negara kita saya ingin penjelasan berapa ramaikah, berapa peratuskah daripada jumlah petani, peladang dan nelayan kita yang telah berjaya dan berapa ramaikah penternak dan nelayan kita yang telah melepasi paras tahap kemiskinan dalam negara. Sejauh manakah usaha kerajaan untuk menarik minat belia, beliawanis supaya minat dalam bidang ini untuk jangka masa panjang akan datang. Sekarang ini kita lihat bagaimana negara kita mengalami masalah krisis makanan, bagaimana 30% daripada beras kita masih lagi perlu diimport, sedangkan stok yang kita ada hanya mampu bertahan antara dua hingga tiga bulan sahaja. Kalau kita tanam padi hari ini pun, tidak sempat kita nak tuai padi, beras sudah habis. Makna tidak sempat lagi padi berbuah, dalam masa tiga bulan beras kita sudah kehabisan. Jadi kita masih banyak memerlukan import daripada luar negara termasuk juga buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya. Saya harap perhatian yang serius diberi oleh kerajaan. Tidak ada ertinya pembangunan sekiranya keperluan makanan rakyat tidak mencukupi. Negara maju seperti Amerika pun memberi perhatian utama dalam bidang pertanian. Pelbagai subsidi dan insentif yang telah disediakan kepada petani mereka supaya mampu mengeluarkan hasil pertanian yang boleh menampung keperluan negara mereka. Jadi sekarang ini walaupun kita menggalakkan pertanian, tetapi ubi pun kita import daripada luar negara. Contohnya daripada Thailand. Jadi saya ingin penjelasan berapakah peruntukan R&D dalam bidang pertanian dan untuk negara kita.
Ini nampak dah keluar Yang Berhormat.
Saya ingin penjelasan juga, apakah perancangan jangka panjang dari segi pertanian untuk 20 ataupun 30 tahun akan datang supaya kita tidak bergantung kepada import. Saya juga ingin penjelasan, mengapa peralatan pertanian yang hampir 15 tahun sudah tidak digunakan seperti pam air, parit air dan sebagainya, kenapa tidak ada usaha dipulihkan? Begitu juga sekarang, apakah dasar yang dibuat oleh kementerian terhadap tanah-tanah yang telah ditukar taraf kepada tanah untuk lot rumah dan bangunan, sedangkan tanah-tanah pertanian ini sepatutnya khas digunakan untuk pertanian.
Sekiranya dasar ini tidak ditentukan oleh kerajaan, kita akan menghadapi satu krisis yang berat di masa akan datang. Kita akan menghadapi kekurangan kawasan tanah untuk pertanian. Jadi saya harap pihak kerajaan mengambil berat tentang isu ini, sebab ia adalah isu yang sangat penting demi masa depan rakyat dan negara. Terima kasih.
Kuala Kedah.
Pokok Sena.
Yang belakang itu.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Jasin ya?
Ya Jasin.
Sila Yang Berhormat. Lima minit soalan ini sahaja Yang Berhormat.
Saya mengambil peluang untuk membahaskan tentang anggaran perbelanjaan mengurus B.21. Pertamanya peruntukan sebanyak RM100,00 bagi tujuan menampung kos sambutan hari peladang dan penternak serta nelayan ini adalah cukup bertepatan sekali sebagai satu pengiktirafan kepada golongan ini yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan makanan dalam negara kita. Pada ketika ini seluruh dunia sedang menghadapi krisis makanan. Beras adalah makanan asasi negara kita. Kita hanya berkeupayaan menyediakan sebanyak 70% dan selebihnya terpaksa kita import. Kawasan-kawasan tanaman padi yang ada di seluruh negara pada ketika ini seharusnya dizonkan kawasan tersebut supaya ianya tidak ditukar untuk tujuan-tujuan yang lain. Pada ketika ini seperti yang kita maklum, bahawa kebanyakan kawasan-kawasan sawah ini yang telah diusahakan begitu lama dengan izin, telah di convert untuk tujuan-tujuan pembangunan yang lain. Jadi seharusnya kawasan sedia ada kita zonkan kawasan tersebut dan tidak boleh ditukar syarat untuk tujuan-tujuan lain. Seterusnya...
Bawa balik ke Hari Peladang Yang Berhormat.
Ya. Saya berharap semoga pihak kementerian memberikan perhatian kepada golongan penternak, nelayan dan juga petani ini kerana kebanyakan daripada mereka selalunya terbiar dan kita berharap daripada kementerian supaya memberikan perhatian kepada kawasan-kawasan yang sedia ada supaya kita menambah baik daripada tujuan untuk kita membuka kawasan- kawasan baru seharusnya kawasan sedia terutamanya di negeri Melaka kita mempunyai sebuah kawasan yang dipanggil Teruk Rimba di mana kita menanam padi tetapi hasilnya lebih kurang satu tan setengah sahaja. Jadi kalau kita berikan perhatian dengan peruntukan yang mencukupi kita yakin kawasan ini berkeupayaan mengeluarkan 10 tan seperti yang diharapkan oleh kerajaan. Terima kasih.
[Bangun]
Kuala Kedah.
Pokok Sena.
Kuala Kedah.
Yang Berhormat Kuala Kedah.
Bismillahir rahmanir rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam perkara B.21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani khususnya berkaitan dengan tambahan sebanyak RM100,000 untuk sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Kalau dahulu saya salah seorang pegawai yang bertanggungjawab untuk menjayakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan kini saya mendapat peluang untuk membahaskan perkara dasar di dalam Dewan yang mulia ini. Tujuan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ini adalah untuk menghargai dan memberi anugerah kepada peladang, penternak dan nelayan...
Peringkat ini Yang Berhormat kena tanya sahaja Yang Berhormat.
Ya, ya.
Bukan bercakap.
Soalanlah itu. Tentang karier dan memberikan motivasi kepada mereka dan juga mendedahkan teknologi kepada peladang dan penternak. Soalan saya ialah sekiranya Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ini diwujudkan untuk memindahkan ilmu ataupun transfer knowledge berkaitan dengan hal ehwal peladang, penternak dan nelayan khususnya berkaitan dengan ilmu-ilmu pertanian di peringkat negara, adakah usaha-usaha yang dibuat oleh kementerian supaya transfer knowledge ini dengan izin, berlaku dari negara luar dalam program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Sebabnya ialah kerana semasa saya sama-sama terlibat dalam Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ini aspek-aspek ilmu pertanian ini hanya sekitar dalam konteks negara Malaysia sahaja. Oleh sebab itulah tidak berlaku pengembangan ilmu khususnya di kalangan peladang, penternak dan nelayan dalam konteks merayakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Contohnya ialah, sekiranya kita ambil teknologi dari Thailand dari Indonesia yang maju kita bawa untuk menunjuk teknologi mereka yang berjaya di dalam Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ini sudah barang pasti akan meningkatkan ilmu mereka semasa mereka hadiri program tersebut. Teknologi dari negara luar ini sudah barang pasti lebih maju daripada kita. Jadi saya minta penjelasan daripada pihak kementerian sebab sepanjang saya mengendalikan tidak ada usaha-usaha dibuat seolah-olah macam tidak mahu ilmu pertanian ini diambil dari negara luar. Sebab itulah kadang-kadang kita lihat negara Thailand lebih maju pertaniannya tetapi kita tidak mahu berusaha untuk mengambil contoh teladan yang baik daripada mereka dan kadang-kadang kita masih lagi menggunakan teknologi yang lama, setelah sekian lama kita berada dalam bidang pertanian. Teknologi baja masih lagi kita mengamalkan baja kimia sedangkan hari ini negara-negara maju sudah menggunakan teknologi baja organik, baja EM tetapi kita tidak pernah menyampaikan ilmu dan tidak ada forum-forum yang dibuat semasa Hari Peladang, Penternak dan Nelayan macam mana kita hendak menunjukkan baja EM efektif mikroorganisma yang dari negara-negara luar. Satu sumber baja yang cukup murah dan menguntungkan serta memberikan cukup kebaikan kepada negara, kepada petani dan peladang. Kita masih lagi menggunakan baja MPK Green 151515 ataupun MPK Blue Special 1212172 masih lagi sehingga hari ini. Oleh sebab itu saya minta usaha daripada pihak kementerian adakah ilmu dari negara luar ini kita bawa di dalam Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Yang akhir sekali Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan tambahan bajet RM100,000 ini, saya rasa sekiranya kita dapat mengurangkan kos pada hari sambutan dan juga majlis-majlis sebelah malamnya. Biasanya majlis-majlis sebelah malam ini kita bawa hiburan-hiburan dari luar semata-mata untuk hendak tarik crowd supaya orang hadir dan sebagainya sedangkan kalau kita boleh jimatkan kos hiburan-hiburan dan sebagainya bukan saya anti kepada hiburan tetapi majlis sebelah malam itu oleh kerana hendak memenuhi agenda anak muda dan sebagainya akhirnya kita bawa artis
yang tidak ada kena-mengena dengan unsur-unsur pertanian, penternak dan nelayan... [Tepuk] Banyak lagi perkara yang boleh kita manfaatkan dengan program-program pidato pertanian ataupun sajak berasaskan alam, forum pertanian dan berkongsi dengan peladang, penternak dan nelayan dalam forum-forum khas dan seumpamanya tetapi kita bawa artis-artis yang tidak ada kena-mengena dengan petani, penternak dan nelayan. Jadi saya rasa banyak kos boleh kita jimatkan sekiranya kita dapat melaksanakan program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan dengan lebih jayanya lagi. Jadi saya minta penjelasan daripada pihak kementerian. Terima kasih, Assalamualaikum.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Ada empat orang. Itu sahaja yang empat. Yang Berhormat Batu Pahat. Lepas itu saya bagi Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Pokok Sena, dan Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Tuan Pengerusi... [Menoleh ke belakang]
Tak payah pandang belakang Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, mengenai dengan Maksud B.21 Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Saya memang menyokong kita menyambut Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ini tapi saya lihat kebanyakan sambutan hari ini lebih banyak tertumpu kepada penternak dan peladang dan kurang diberikan perhatian kepada nelayan dan ini satu masalah yang besar yang dihadapi sekarang ini. Sebab itulah saya ingin bertanya kepada kementerian iaitu apakah tidak boleh diasingkan sahaja hari sambutan ini khusus untuk nelayan sebab kemiskinan nelayan ini seolah-olah terpinggir sebenarnya tidak diberikan perhatian terutama di tempat saya Orang Asli di dua tempat Minyak Beku dan juga di Senggarang. Ini satu isu yang besar yang tidak mendapat perhatian. Antaranya bagi saya, kalau kita tumpu kepada nelayan ini jadikan hari nelayan ini ialah hari bersama nelayan sebenarnya untuk memberi penjelasan tentang beberapa program yang mereka tidak faham dan tidak tahu untuk membantu golongan ini. Saya ambil contoh tentang projek transformasi nelayan yang disebut kononnya untuk menaikkan pendapatan nelayan kepada RM1,500 hingga RM2,000 sebulan dengan memberikan bantuan bot dan diganti bot-bot lama dan itu pun ada di antara mereka yang tidak tahu dan sepatutnya pada hari nelayan ini sekurang-kurangnya mereka tahu kemudahan ini dan itu pun juga ada teguran daripada nelayan ini bahawa mereka yang mengambil bantuan ini mereka perlu membayar ansuran yang tinggi untuk diganti bot- bot lama mereka dengan bot yang baru di bawah projek transformasi nelayan yang baru diperkenalkan oleh kementerian ini. Jadi apa pun saya ingin tahu sekurang- kurangnya kita ingin tahu apakah success story kepada projek lonjakan transformasi nelayan ini. Yang kedua ialah masalah yang ingin saya bangkitkan di sini ialah tentang nelayan ini juga.
Kita mengetahui bahawa baru-baru ini disebut tentang bantuan perumahan nelayan sebenarnya. Kebanyakan nelayan ini, rumah mereka adalah di kawasan tanah reserve sebenarnya. Tanah reserve yang mereka tumpang dan sebab itulah saya fikir kalau benar ada usaha untuk melaksanakan projek perumahan nelayan ini maka, inilah sepatutnya diberi perhatian dan kita melihat rata-rata golongan nelayan ini tidak kira apa kaum semuanya dalam keadaan yang miskin tidak ada beza sebenarnya kalau banding dalam bidang pertanian dan sebagainya.
Kadang-kadang pertanian satu kaum yang lain itu lebih baik daripada kaum yang lain sebab penggunaan teknologi dan cara dan kesungguhan dan sebagainya tetapi kalau nelayan ini kita tengok hampir sama rata nasib mereka. Jadi, sebab itulah saya fikir sambutan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan ini kalau boleh nelayan ini kita pisahkan. Buat yang berasingan untuk mereka supaya sekurang-kurangnya kita lebih fokus menumpu kepada golongan nelayan ini. Lebih susah sebab kalau berlaku musim tengkujuh, mereka tidak akan dapat turun ke laut. Lebih malang lagi ialah apabila kalau musim tengkujuh itu begitu lama dan ada kes kita melihat ada nelayan tempat saya ini Tuan Pengerusi yang dilanggar oleh kapal-kapal dagang dan sebagainya hilang begitu sahaja dan kita pun tidak boleh buat apa. Satu perkara lagi yang saya ingin bangkitkan di sini ialah bantuan kita kepada golongan nelayan ini dari segi pembinaan jeti-jeti baru. Saya juga fikir ini harus diberikan perhatian. Kebanyakan nelayan ini menggunakan jeti-jeti yang sudah usang dan mereka sukar dan kita sendiri sukar sebenarnya untuk mendapatkan peruntukan- peruntukan untuk mengganti jeti-jeti ini. Yang perlu diberi perhatian oleh kementerian sebenarnya sebab ini adalah antara faktor barangkali yang menyebabkan kenapa tidak banyak perubahan kepada sumber pendapatan golongan nelayan. Satu perkara juga yang ingin...
Baik Yang Berhormat, baik
...bertanya kepada... Ada seminit lagi Tuan Pengerusi saya tengok jam.
Mungkin jam kita berlainan la... [Ketawa]
Satu perkara lagi yang saya harap diberikan perhatian selain daripada jeti tadi ialah tentang masalah orang tengah. Peraih ini masih lagi wujud sebenarnya yang perlu diselesaikan. Sebenarnya perkara ini sudah lama dibangkitkan sejak dari zaman Ungku Aziz lagi tentang kemiskinan nelayan ini tetapi sampai sekarang perkara ini masih berlaku. Mereka menjual ikan kepada golongan tengah, peraih ini berbeza dengan kalau dijual dengan harga di pasar. Jadi, sebab itulah saya mengharap supaya sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ini mesti dipisahkan. Tidak boleh disekalikan dan kalau adapun saya tengok yang dipamerkan nanti ialah penternak dan peladang tetapi nelayan kita tidak nampak. Jadi, sebab itu perlu ada hari bersama nelayan ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
[Bangun]
Yang Berhormat Tumpat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebagaimana biasa, saya akan bercakap ringkas dan tepat kepada tajuknya iaitu permohonan tambahan sebanyak RM100,000 oleh Kementerian Pertanian untuk menampung kos Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan yang diadakan di Terengganu. Saya sudah tentunya menyokong program Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan ini. Saya sudah tentu tidak ada halangan daripada beberapa negeri berpindah ke negeri Terengganu. Namun, saya ingin menolak permohonan tambahan RM100,000. RM100,000 Tuan Pengerusi adalah jumlah wang yang amat kecil dalam konteks ratusan, ribu, juta yang kita belanja tiap-tiap tahun. Namun, negeri Terengganu Tuan Pengerusi menerima pendapatan yang cukup tinggi RM7,000 juta sekurang- kurangnya hasil daripada wang royalti Petronas yang disampaikan kepada negeri Terengganu.
Ini jauh sangat terkeluar Yang Berhormat.
Hendak banding RM100,000 itu saya hendak cadangkan bahawa oleh sebab RM100,000 yang negeri Terengganu mempunyai kewangan yang cukup banyak itu yang mampu mengadakan pertandingan Monsoon Cup yang bernilai beratus-ratus, berpuluh-puluh juta ringgit. Perbelanjaan seperti ini, saya fikir kalau saya wakil rakyat Barisan Nasional dalam Dewan ini saya akan pohon tarik balik peruntukan tajuk ini dalam kertas ini kerana ini memalukan. Kerajaan negeri Terengganu boleh mengadakan Monsoon Cup, boleh panggil artis-artis, tokoh-tokoh orang-orang luar, boleh berpegang-pegang, bergesel-gesel, dengan tengok orang ini. Dengan nelayan, peladang, penternak kita tidak bolehkah bergesel dan berpegang tangan dan sebagainya.
Yang Berhormat
Ini saya fikir...
Yang Berhormat, saya...
... amat-amat memalukan kita di Dewan yang mulia ini Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat saya tidak membenarkan cerita hal itu Yang Berhormat. Ada tempatnya.
Sebab ini soal bagaimana kita menggunakan wang pusat dengan begitu membazir selepas kita sudah berikan kepada negeri Terengganu. Berbilion-bilion ringgit Tuan Pengerusi. Jadi, atas prinsip itu, saya mohon supaya peruntukan ini kita tolak. Terima kasih.
Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan pengerusi. Saya hendak menyentuh Maksud B.21 ini, peruntukan RM100,000. Memang saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tumpat tadi bahawa sepatutnya ini boleh ditanggung oleh Kerajaan Negeri Terengganu sendiri. Namun, apa yang saya hendak bangkit di sini bahawa kita mengadakan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat kebangsaan, peringkat negeri dan sebagainya sebelum ini ialah untuk memberikan penganugerahan. Sangat wajar untuk kita berikan anugerah kepada mereka kerana tanpa mereka, petani pesawah padi, sudah tentulah bahawa kita akan lebih bermasalah dalam negara kita. Begitu juga dengan penternak dan nelayan. Yang kedua ialah untuk memberikan pendedahan kepada mereka tentang teknologi-teknologi moden dalam industri pertanian ini. Namun, persoalan yang hendak saya bangkitkan di sini bahawa sudah tentulah anugerah yang boleh kita berikan itu hanya kepada beberapa orang sahaja tidak kepada satu jumlah yang ramai dari segi penganugerahan yang akan diperolehi sebagai pemenang dan sebagainya. Apa yang penting untuk dilihat di sini ialah bukan sekadar anugerah tetapi pada mereka yang menerima anugerah itu. Saya hendak persoalkan ialah apakah bimbingan-bimbingan lanjutan yang berterusan yang diberikan kepada mereka. Itu yang penting. Tidak cukup sekadar mereka dapat anugerah tetapi kemudian kita biarkan mereka tanpa bimbingan dan lanjutan untuk mempertingkatkan mereka itu. Yang keduanya ialah bagaimana kita hendak mempertingkatkan dengan jumlah yang lebih ramai lagi di kalangan, peladang, penternak dan nelayan ini supaya mereka mendapat manfaat yang besar daripada sektor yang mereka terlibat itu. Saya lihat bahawa di sini ada satu masalah kepada untuk mempertingkatkan kerjaya mereka dan keupayaan mereka. Saya lihat walaupun berbagai-bagai insentif telah diberikan. Saya tunjuk contoh macam mana untuk mempertingkatkan. Bagi petani padi, baja, racun dan sebagainya tetapi kerajaan beri itu macam lepas tangan. Tidak buat satu kajian yang detail tentang kesesuaian tanah yang ada di negara kita ini supaya baja,
racun yang diberi itu sesuai dengan tanah itu sendiri. Contoh, macam pernah saya sebutkan sebelum ini dalam peringkat dasar tetapi tidak dijawab. Umpamanya baja yang diberikan khususnya kepada petani-petani saya sebutkan bahawa tidak sesuai. Sebab itu saya kata kalau Kementerian Pertanian boleh kumpul balik, kalau siapa boleh hantar balik baja itu, kita akan bayar duit kepada petani ini. Saya percaya bahawa petani akan hantar balik baja itu. Sebab saya tengok, di bawah rumah depa ini penuh dengan baja-baja yang tidak boleh digunakan. Begitu juga dengan racun. Duduk bawah tangga rumah sahaja. Jadi, maknanya ini satu pembaziran. Hanya semata-mata kerana saya katakan bahawa mungkin ada syarikat- syarikat yang berkepentingan yang sudah tidak dapat menjual baja ini lalu ditukar nama. Macam saya sebut bahawa umpamanya asal dahulunya nama lain kemudian apabila masuk ke dalam skim insentif ini ditukar dengan nama yang lain. Jadi, sebab itu saya lihat baja ‘robos’ dan vitagrow. Maknanya ini antara baja yang sudah tidak ada kesesuaian. Begitu juga dengan baja organik yang diberikan di Perlis ini juga baja organik yang tidak sesuai untuk kawasan tersebut bagi musim satu dan musim dua. Selepas ini baja organik itu akan ditukar pula ke kawasan-kawasan yang lain. Maka, sudah tentu ini akan memberikan kesan yang tidak baik kepada pertumbuhan yang kita harapkan. Yang ketiganya Tuan Pengerusi yang saya hendak sebutkan di sini ialah sudah tentu untuk membolehkan mereka ini mendapat bimbingan, pendedahan, sudah tentu mereka harus ada orang yang boleh memberikan bimbingan nasihat kepada mereka. Jadi, saya lihat di sini saya difahamkan bahawa tidak cukup pegawai-pegawai pertanian sama ada di peringkat MADA dan sebagainya dalam konteks untuk melaksanakan proses pengembangan petani ini. Supaya petani ini boleh terlibat dalam sektor yang lebih berteknologi moden dan sebagainya. Malah, kalau adapun pegawai, pegawai pula ada masalah dari sudut pengembangan pengetahuannya. Ini pun ada juga masalah pegawai. Pegawai sendiri tidak dapat hendak mengikuti proses pengembangan ini.
Sebab itu saya harap bahawa pegawai-pegawai ini mesti ditambah dan kemudian latihan kepada pegawai-pegawai ini supaya pegawai dapat memberikan bimbingan yang cukup untuk membolehkan supaya mereka boleh membimbing petani- petani kita ini supaya lebih ramai maknanya peladang, penternak, nelayan kita ini yang maju selepas daripada ini, insya-Allah. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dalam Kepala B.21, Butiran 010100 ini saya ingin menyentuh tentang pameran yang diadakan di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Biasanya petani atau peladang akan didedahkan dengan teknologi-teknologi baru di pameran ini tetapi apa yang saya kesal, ada seorang petani di kawasan saya yang telah pun submit satu jenis jentera kita panggil 5 dalam 1 kepada kementerian tetapi tidak diluluskan oleh JPJ kerana dia kata ini mempunyai dua enjin. Sebenarnya mesin ini boleh melakukan kerja membajak, meratakan tanah, menyembur racun dan juga membadai tanah sawah. Jadi ini merupakan suatu mesin yang cukup sofistikated dan ia memberi keuntungan yang terlalu besar kepada petani jika digunakan di dalam sawah padi. Jadi saya berharap kepada kementerian kalau hendak perkara yang detail, insya-Allah akan saya bawa esok kepada pihak kementerian. Keduanya, tentang pameran yang ditunjukkan biasanya diberikan pengetahuan kepada petani-petani berhubung dengan jenis-jenis padi yang ada dan juga jenis-jenis padi yang akan ataupun tahan berbagai-bagai-bagai jenis penyakit. Apa yang menjadi masalah kepada kita adalah, kalau dahulu kita mempunyai Lembaga Padi dan Beras Negara, kalau di pihak koko kita mempunyai Lembaga Koko, getah kita ada Lembaga Getah, sawit kita ada sawit untuk mengkaji ataupun untuk membuat R&D berhubung dengan komoditi pertanian ini.
Namun, kenapakah yang mempunyai nilai makanan yang tinggi kita tidak mempunyai lembaga padi ataupun institut padi untuk mengkaji seperti mana yang ada di Manila iaitu IRRI, International Rice Research Institute. Jadi saya harap pihak kementerian memberi perhatian terhadap institut padi ini supaya kita dapat melakukan kajian-kajian terhadap nilai bahan makanan dalam negara kita ini. Seterusnya tentang untuk meningkatkan pengetahuan kepada petani-petani berhubung dengan ternakan misalnya, saya rasa janganlah kita hanya mempamerkan di dalam pameran ini kambing-kambing yang tidak sesuai untuk kita gunakan di dalam kadang-kadang penternakan kita. Saya sudah sentuh dalam sesi yang lepas berhubung dengan kambing boer yang besar ini, kalau kita kahwinkan dengan kambing kita dia tidak mengancam sebab saiz kambing kita ini kecil. Jadi kita terpaksa menggunakan teknik-teknik insemination. Jadi saya harap teknik-teknik inilah perlu diperkenalkan kepada petani-petani supaya mereka dapat melakukan sendiri teknik-teknik agar kambing kita ini dapat membiak walaupun mereka tidak dapat bersatu secara semula jadi. Kemudian seterusnya berhubung dengan baja seperti mana yang disentuh oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi, di tempat saya iaitu di MADA Kokbah menjadi pusat pengumpulan jerami-jerami padi untuk dijadikan baja organik. Namun setakat manakah perkara ini diperkembangkan kepada petani-petani kerana kita lihat jerami- jerami setiap kali musim padi dikumpulkan tetapi dia hanya menjadi sampah sarap di situ tidak digunakan dengan sepenuhnya. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Akhir sekali tentang yang saya sentuh dalam perbahasan hari itu tidak mendapat jawapan tentang vitamin padi. Saya rasa vitamin padi ini lebih teruk daripada baja padi yang diberikan kepada petani. Ianya tidak memberikan hasil yang lumayan. Setelah diberikan, mereka hanya tempatkan di bawah-bawah rumah kerana ia tidak memberikan vitamin yang sebenarnya kepada padi tersebut. Sekian, Tuan Pengerusi.
Saya bagi Yang Berhormat Permatang Pauh, kemudian Yang Berhormat Pasir Mas, selepas itu menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sedikit sahaja dalam Maksud B.21, Butiran 010100 ini, saya membaca bahawa jumlah yang diberikan RM100,000 ini didahulukan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka. Apakah Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan ini tidak dijangka? Jadi kalau tidak, kenapakah Tuan Pengerusi gunakan peruntukannya begitu sedikit dan kalau sedikit pun masih lagi wang rakyat dan kalaulah Hari Peladang ini hari yang tiap-tiap tahun diraikan dan dirayakan, kenapa mesti digunakan duit daripada Kumpulan Wang Luar Jangka? Satu yang kita sebut ini sebarang penjimatan, apakah ada sebarang penjimatan yang dimaksudkan di sini saya ingin diberitahu. Terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Pengerusi. B.21, RM100,000 untuk menampung kos Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Saya ingin cadangkan supaya konsep penganjuran sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ini diubah sebab saya percaya tujuannya untuk memberi rangsangan dan juga untuk mendedahkan teknologi-teknologi baru kepada petani-petani dalam bidang pertanian. Namun begitu untuk menarik orang ramai, ada juga acara-acara hiburan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi, saya bersetuju. Kalaupun ada hiburan, lagu-lagu yang dinyanyikan Hari Peladang itu, janganlah pula lagu-lagu asli yang boleh lembu, kambing semua tidur, biarlah semangat sedikit. Itu dari segi rangsangannya. Jadi kalau tidak itik, ayam semua tidak bersemangat. Jadi Tuan Pengerusi, selain daripada itu saya nampak apabila ada Hari Peladang peringkat kebangsaan di negeri-negeri, yang diangkut oleh pihak kementerian untuk meramaikan majlis ini ialah mereka betul memegang jawatan ahli
jawatankuasa peladang, nelayan, penternak tetapi sebenarnya mereka ini ada cikgu- cikgu, guru-guru sekolah. Orang-orang yang tiada kena-mengena dengan bidang pertanian tanam cili padi pun tidak manakala petani-petani sebenar tidak diangkut ataupun tidak di bawa turut serta. Jadi saya hendak cadangkan apa kiranya oleh kerana peranan penternak, peladang, petani ini penting sekarang ini. Jadi saya hendak cadangkan supaya sambutan ini dibawa ke peringkat daerah Tuan Pengerusi. Kalau tidak di peringkat daerah, kawasan Parlimen yang ada kawasan yang membabitkan kawasan pertanian, kawasan bandar tidak payahlah macam di Kuala Lumpur semua ini tidak ada pertanian. Tinggal lagi di kawasan luar-luar bandar, jika ada hari-hari sambutan Peladang, Penternak dan Nelayan ini maka mereka boleh melibatkan diri secara langsung. Penduduk-penduduk tempatan yang melibatkan diri dalam pertanian, ada acara-acara pertandingan penternakan lembu cantik, kambing cantik, biri-biri cantik, arnab cantik, pertandingan belalang pun boleh. Kawasan saya ada pertandingan belalang, Tuan Pengerusi pernah tengok?
Tidak pernah.
Di waktu malam pukul 12.00, betul pukul 12.00 padam lampu semua kita tertiarap atas rumput, dengar belalang berkukur. Itu pertandingan belalang jadi ini pun ada nilai ekonomi, ada komersial valuenya. Sebab itu saya hendak cadangkan supaya sambutan ini dibawa ke daerah ataupun di peringkat kawasan Parlimen selain daripada di peringkat kebangsaan. Di peringkat kebangsaan, saya percaya kos kehadiran wakil-wakil ke perhimpunan ini adalah mereka yang datang daripada persatuan-persatuan yang berkenaan, ramai yang tidak terlibat dengan pertanian atau penternak dan sebagainya. Jadi Tuan Pengerusi, saya berharap pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil perhatian tentang pandangan saya ini sebab tidak ada gunanya kita membelanjakan wang yang banyak tetapi hasilnya tidak ada. Jadi konsep penganjuran ini kena ubah supaya apa-apa kita hendak buat ini biar bersemangat tinggi, yang saya sebut tadi kalau setakat lenggok-lenggok memang tidak akan jadi. Terima kasih.
Saya jemput menteri menjawab.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi, dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 10 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian untuk bersama-sama membincangkan mengenai Peruntukan RM100,000 yang telah dibelanjakan yang dikatakan di luar jangka untuk perayaan perbelanjaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan yang telah diadakan pada tahun lepas iaitu tahun 2007. Jadi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Lipis; Yang Berhormat Rantau Panjang; Yang Berhormat Jasin; Yang Berhormat Kuala Kedah; Yang Berhormat Batu Pahat; Yang Berhormat Tumpat; Yang Berhormat Pokok Sena; Yang Berhormat Pendang; Yang Berhormat Permatang Pauh; dan Yang Berhormat Pasir Mas, yang telah memberi teguran, cadangan dan bermacam-macam idea yang insya-Allah kami akan ambil perhatian dan kami akan gunakan untuk memperbaiki lagi perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Hari Peladang, Penternak dan Nelayan untuk makluman, memang telah dirayakan atas nama tersebut semenjak tahun 1987.
Dirayakan sehingga hari ini tetapi kalau diadakan MAHA iaitu satu lagi pameran exposition yang terbesar, jadi akan diselang-selikan dengan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Jadi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan merupakan penghargaan kerajaan terhadap para peladang, penternak dan nelayan yang diadakan sejak tahun 1987 dan kekal hingga ke hari ini.
Pada tahun 2007, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan telah diadakan di Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 27 Ogos 2007. Sehubungan dengan itu, siaran langsung sempena Majlis Perasmian tersebut seharusnya diadakan oleh pihak RTM. Namun demikian, pada masa yang sama, pihak RTM juga terlibat dengan raptai Siaran Langsung Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-50 di Dataran Merdeka dan persiapan mengenainya telah pun diadakan. Untuk mengatasi perkara tersebut, RTM terpaksa mendapatkan khidmat pihak swasta bagi menjayakan Siaran Langsung Hari Peladang, Penternak dan Nelayan bagi tahun 2007. Jadi sehubungan dengan itu, pihak pengurusan kementerian telah memutuskan bahawa pertambahan peruntukan diperlukan untuk membiayai kos Siaran Langsung Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan berkenaan. Jadi syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti beberapa perkara yang telah dibawa di dalam perbahasan tadi. Jadi objektif Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan seperti yang telah disebutkan tadi, sebab yang ini di peringkat kebangsaan. Bermakna sebelum kita hendak menghantarkan nama-nama mereka yang akan mengikuti di dalam pameran atau pertandingan, seharusnya diadakan juga perayaan ataupun pertandingan ini di peringkat daerah seperti yang disebutkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat tadi. Objektif-objektif utama sambutan adalah: (i) memupuk semangat dan memperbaharui azam para peladang, penternak dan nelayan untuk berusaha dengan lebih gigih dalam meningkatkan kualiti hasil-hasil pertanian, ternakan, ternak air, penangkapan ikan dan industri berasaskan pertanian untuk kebahagiaan dan kemakmuran negara; (ii) menggalakkan para peladang, penternak dan nelayan supaya bersatu dalam pergerakan Pertubuhan Peladang dan Persatuan Nelayan bagi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka dan membanteras kemiskinan; (iii) menilai dan mengukur pencapaian prestasi mereka melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan; (iv) mempamerkan dan mempromosikan teknologi dan hasil kajian atau research terbaru dalam jabatan agensi kerajaan dan sektor swasta yang bersesuaian untuk peladang, penternak dan nelayan ke arah pemodenan dan perindustrian sektor pertanian; (v) penyebaran maklumat kepada masyarakat umum terutamanya para peladang, penternak dan nelayan dan usahawan-usahawan tempatan, golongan muda dan antarabangsa. Mengenai peluang-peluang pelaburan dalam bidang perladangan dan industri berasaskan pertanian; dan (vi) menjadikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan sebagai salah satu platform para peladang, penternak dan nelayan bertukar pendapat, pandangan dan pengalaman serta memberi pendedahan dan peluang perniagaan kepada mereka yang berminat dalam kegiatan sektor-sektor pertanian. Jadi Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa satunya tadi nelayan janganlah dicampur sekali. Jadi untuk maklumat, kita hendak menggabungkan mereka dan tidak pernah Yang Berhormat kita meninggalkan mana-mana satu kumpulan sasaran. Di dalam majlis tersebut, memang semua diberi penekanan dan tadi saya memerhatikan bahawa ada dikatakan, apakah terjadi kepada peladang- peladang jaya? Jadi untuk makluman, ada beberapa pertandingan yang telah diadakan. Sebelum saya menjawab kepada itu, di mana kita mengiktiraf, kita mengiktiraf pelbagai kumpulan sasaran kami. Jadi di mana objektif pertandingan tersebut adalah untuk memberi penghargaan kepada mereka yang berjaya di dalam sektor pertanian menerusi kegiatan-kegiatan yang berkaitan, di samping dapat menonjolkan model-
model peladang, penternak dan nelayan secara individu atau organisasi yang berjaya untuk dijadikan contoh kepada mereka yang lain. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa ini di peringkat kebangsaan, tetapi tuan rumahnya kita gilir-gilirkan. Jadi tahun 2007 di Terengganu dan insya-Allah tahun-tahun yang lain kita pergi ke negeri-negeri lain, tetapi memandangkan...
[Bangun]
... tahun ini kita akan menganjurkan MAHA 2008, jadi kita akan tumpukan di tapak kekal MAHA iaitu di Serdang Selangor...
Yang Berhormat Titiwangsa Yang Berhormat.
Sikit. Ya, sedikit minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sebenarnya ada tadi memang saya ingin bercakap sedikit iaitu berkenaan dengan program ini memang baguslah kita meraikan golongan penternak, peladang dan sebagainya. Namun, ingin saya bertanya di sini, adakah dalam RM100,000 ini termasuk dengan baju-baju urus setia yang biasa sekarang jadi trend daripada urus setia sampailah ke bapa menteri, mak menteri semua pakai baju batik. Kalau t-shirt semua pakai t-shirt. Kalau pakai baju... whateverlah. Jadi sedangkan, bayangkan tiap- tiap kali majlis seorang menteri ikuti, satu bulan berapa? Ke mana perginya baju-baju ini? Adakah ini termasuk dalam RM100,000 ini? Ini saya hendak tahulah sikit. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. RM100,000 tidak termasuk. RM100,000 ini adalah untuk siaran langsung. Untuk masuk dalam televisyen, siaran langsung, jadi tidak termasuk. Yang Berhormat, tadi saya mendengar ramai daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat di sini mengatakan berilah peluang kepada petani, penternak dan nelayan. Sekali sekala, setahun sekali, salah ke Yang Berhormat kalau mereka dapat baju itu? Jadi berilah. Yang Berhormat, kadang-kadang kita belanja tempat lain lagi banyak Yang Berhormat. Jadi apalah salahnya dan kalau mereka ini pun tidak begitu ramai dan ini adalah penghargaan. Tidak seronok kah Yang Berhormat melihat mereka dengan berbaris megah, dengan t- shirt, dengan baju batik, cantik Yang Berhormat!... [Tepuk]
[Bangun]
Tadi kita telah mengatakan Yang Berhormat...
Mohon penjelasan.
...Tumpat mengatakan belanja banyak, tapi tidakkah kita bangga sekali sekala kita melihat mereka ini berbaris dengan begitu segak sekali. Pertubuhan-pertubuhan lain pun dapat uniform.
[Bangun]
Jadi Yang Berhormat, tidak apa Yang Berhormat. Kadang-kadang Yang Berhormat, ini kadang-kadang daripada setiap Pertubuhan-pertubuhan Peladang, Penternak dan Nelayan, mereka ada dana...
[Bangun]
... mereka menggunakan dana- dana ini sebab di dalam perbarisan pun ada pertandingan. Mereka hendak menonjol, siapakah yang terbaik. Yang Berhormat, pergi dialog pula Yang Berhormat...
Ya, hendak beri jalan Yang Berhormat?
Dialog pula ya... [Ketawa]
Hendak beri jalan Yang Berhormat?
... tak, sudah, sudah. Ya, Yang Berhormat Tumpat.
Yang Berhormat Tumpat ya.
Terima kasih. Hanya mohon penjelasan tentang jumlah keseluruhan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ini ialah RM6,430,000. Kena baca buku ini dan yang ditambah hanya RM100,000. Jadi saya fikir perbelanjaannya cukup besar kecualilah sebagai mana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut ada berlaku, perlu tambah bayaran kerana RTM tak boleh berikan siaran langsung dan terpaksa ditampung dengan kos yang lain. Jadi saya fikir kosnya amat besar sekali. Itu yang saya fikir RM100,000 ini patut Terengganu tanggung sahaja dan tak perlu datang ke Parlimen ini. Terima kasih.
Yang Berhormat, keseluruhan kosnya adalah RM600,000. Untuk Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Terengganu, Terengganu Yang Berhormat. Jadi untuk ini adalah tambahan sebanyak RM100,000. Jadi Yang Berhormat dapat figure itu daripada mana Yang Berhormat?
Daripada Kertas Perintah 4, Tahun 2008 Anggaran Perbelanjaan Mengurus di muka surat 12, 13, Butiran 01000 – Pengurusan. Kod Objek 40000 – Pemberian dan berkenaan Pembayaran Tetap, Anggaran 2007 yang diluluskan RM6,430,000. Tambahan kedua 2007 RM100 ribu. Jadi inilah yang saya adalah, mungkin tidak betul dalam buku ini.
Yang Berhormat saya ada di depan saya ini Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat kata saya salah yang itu mungkin termasuk semua sekali. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, di sini ada peruntukan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan tahun 2007 di Terengganu RM610, 800. Jadi Yang Berhormat yang RM100 ribu tadi di luar jangkaan sebab apa, oleh kerana pihak RTM tidak dapat mengadakan siaran langsung jadi pihak swasta pula kena masuk dan kena bayar RM100 ribu. Itulah terjadi di luar jangkaan. Jadi mana tadi, trend pemikiran saya dah hilang, yang mana?
Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat.
Oh, Yang Berhormat Permatang Pauh.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. Saya hendak tanya kerana pada 27 Ogos itu adakah tidak dekat sangat dengan 31 Ogos. Tidakkah boleh dirancang RTM membuat liputan kerana ini akan menjimatkan kita RM100 ribu. Ini yang saya rasa terlepas pandang kerana sepatutnya satu event tiap-tiap tahun meraikan segala peladang, nelayan dan penternak.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, kita sudah rancang sebegitu rupa Yang Berhormat dan memanglah setiap tahun seperti Yang Berhormat katakan tetapi sudah terjadi macam itu Yang Berhormat, kami pun tidak hendak katakan. Biarlah Yang Berhormat sebab apa kegunaan RM100 ribu ini pun untuk kebaikan untuk kita menonjolkan juga dari segi petani, penternak dan peladang yang kita adakan di negeri Terengganu. Memang Yang Berhormat katakan, kalau dapat diaturkan sebegitu rupa tapi Yang Berhormat kita telah merancang yang terbaik tetapi telah terjadi juga tetapi tidak apa. Namun kami merasakan demi untuk kita memastikan segala yang kita rancangkan setiap tahun itu juga mendapat liputan jadi sebab itulah kita merasakan berbelanja RM100 ribu itu berbaloi.
Tuan Pengerusi, saya hendak tanya, apakah tiap-tiap tahun diadakan siaran langsung? Adakah dibuat liputan siaran langsung tiap-tiap tahun ataupun kerana Terengganu kah, apakah? Sebab itu terlepas pandang.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya memang kita telah masukkan bajet di bawah Jawatankuasa Publisiti dan
Seranta tetapi memandangkan ini adalah sesuatu di luar jangkaan di mana pihak RTM tidak dapat membuatkan liputan sebab mereka pada masa itu semua berada di Kuala Lumpur untuk membuat persiapan bagi perayaan 50 tahun, jadi oleh demikian kita mesti mengambilkan pihak swasta. Yang Berhormat bukan kata kami ada bajet yang disediakan bagi setiap bagi setiap perayaan. Ini adalah tergelincir sedikit tetapi saya merasakan bahawa ini untuk kita memberi liputan yang seluasnya mengenai beberapa kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh pihak petani, peladang, dan nelayan. Yang Berhormat tidak puas hati ke? Macam tidak puas hati.. [Ketawa]
Sikit sahaja? Sebab soalan saya ialah apakah ini mendapat liputan secara siaran langsung tiap-tiap tahun? Dapat? Kalau dapat sepatutnya ia 27 Ogos, 31 Ogos dekat sangat, apakah tidak difikirkan itu? Ya, saya tahu ini jadi academic interest sahaja sebab benda dah berjalan, sudah digunakan pun duitnya tetapi untuk masa depan sebab ini adalah penternak dan nelayan.
Terima kasih Yang Berhormat di atas apa yang telah disarankan Yang Berhormat tadi. Jadi biarlah saya menyambung semula. Jadi semasa perayaan tersebut dan saya ingin menegaskan di sini, kita tidak ada konsert, kita tidak ada apa-apa persembahan yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi hiburan-hiburan tetapi kami adakan pameran, kami adakan showcase, kami adakan pertandingan-pertandingan. Sebenarnya Yang Berhormat termasuk juga pertandingan-pertandingan kepada haiwan-haiwan yang disebutkan tadi. Kami memang ada, kita ada lembu yang cantik, kita ada kambing yang comel. Kita ada pertandingan ikan hiasan yang cantik- cantik tetapi daripada cadangan-cadangan Yang Berhormat ini akan mengobar- ngobarkan lagi semangat kami untuk membuat yang terbaik bagi MAHA 2008 yang akan diadakan pada 11 hingga 23 Ogos dan saya membuat jemputan terbuka kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat supaya datang. Supaya memberi pandangan kepada kita, manalah tahu yang kita buat itu masih tidak juga memuaskan, tetapi inilah tujuannya. Jadi kita akan mengadakan dan termasuk pempamer, orang yang memberi pameran ini daripada luar negara ada 11 negara yang akan mengambil bahagian juga di aman kali ini guest nation kita dengan izin, adalah Australia. Jadi balik.
Minta laluan.
Saya habis dulu pertandingan, sekejap sahaja pertandingan sebab saya hendak memberitahu. Jadi mereka yang berjaya dalam pelbagai pertandingan kita berikan penganugerahan. Kita juga memberikan satu sebaran kepada semua yang ada bahawa inilah yang terbaik di dalam Malaysia iaitu bagi tahun 2007. Kita telah mengiktiraf Pertubuhan Peladang Jaya Kebangsaan dimenangi oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak. Kita beri RM30 ribu tapi bukan nilai duit sangat tapi RM30 ribu. Peladang Jaya Lelaki oleh dimenangi oleh Encik Sahidan Ismail dari Arau, Perlis dan kita beri hadiah RM10 ribu. Peladang Jaya Wanita dimenangi oleh Puan Hajah Mariam binti Bun dari Rengit, Johor dengan nilai juga RM10 ribu. Peladang Muda Jaya dimenangi oleh Encik Muhamad Zakiron bin Zahid dari Kota Bharu, Kelantan dengan nilai hadiah RM10 ribu. Unit Peladang Jaya dimenangi oleh Unit Peladang Kampung Tanjung Sepat bagi Pertubuhan Peladang Kawasan. Bahagian Batu Laut Selangor dengan nilai RM12 ribu. Persatuan Nelayan Jaya dimenangi oleh Persatuan Nelayan Kawasan Endau, Johor dengan nilai hadiah RM30 ribu. Nelayan Jaya dimenangi oleh Yang Mulia Tengku Adnan bin Tengku Husin dari Kuantan, Pahang dengan nilai hadiah RM10 ribu. Usahawan Jaya Ikan dimenangi oleh Encik Lee Kin Fah dari Kuching, Sarawak dengan nilai hadiah RM10 ribu. Usahawan Penternak Jaya dimenangi oleh Tuan Haji Marhazah bin Abdul Majid dari Kuala Lumpur dengan nilai hadiah RM10 ribu. Projek Kelompok Jaya dimenangi oleh Kelompok Batu Lima Kampung Johan Setia, Kelang Selangor dengan nilai RM12 ribu dan Kumpulan Wanita Jaya dimenangi oleh Kumpulan Pengembangan Wanita Kampung Parit Gantung dari Batu Pahat, Johor dengan nilai RM12 ribu. Yang Berhormat Machang...
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya cuma hendak tambah sikit saja. Saya alu-alukan usaha kementerian bersungguh-sungguh hendak raikan tiga kelompok penting dalam sektor pertanian cuma Yang Berhormat Menteri itu kelihatan terlalu obsess sangat dengan ceremonial ini. Tugas besar kementerian ini besar ya, Dasar Pertanian Negara, import makanan yang hampir 20 bilion. Kita sedang menghadapi krisis makanan, tanah yang terbiar yang begitu banyak. Ini perkara-perkara pokok ya, jadi sementara tengok baju-baju batik berbaris, baju percuma, pameran sana sini itu okey tetapi tempat dalam Parlimen ini ialah untuk kita mendengar jawapan-jawapan konkrit, kukuh, munasabah suatu yang implement enable, bahawa potensi pertanian ini sangat besar tetapi kita masih ada masalah itu sebab itu cadangan saya kalau boleh Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ini kita satukan saja sebagai satu sub program MAHA sebab memang tema dia pun pameran juga. Jadi tidak payah buat asing-asing, duit pun tidak habis banyak. Buat sekali sahaja, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, kita tidak melihat ini sebagai ceremonial. Kita melihat ini sebagai satu penganugerahan, satu pengiktirafan kepada satu golongan sasar Yang Berhormat juga harus jaga sama... [Tepuk] Kami merasakan di Kementerian Pertanian ini kita menjaga semua kumpulan- kumpulan ini dan apa salahnya Yang Berhormat setahun sekali kita memberi mereka seronok. Mereka telah letih Yang Berhormat, di sawah bendang bersama dengan lembu, bersama dengan kambing, bersama dengan ayam. Sekali sekala pakai baju batik, pakai t-shirt yang macam-macam color itu tidak seronok Yang Berhormat? Kita tumpang sama-sama seronok. Terima kasih Yang Berhormat Machang, saya katakan di mana tahunnya kita selang-seli kita memang disamakan dengan MAHA. Jadi terima kasih kali ini Hari Peladang, Penternak dan Nelayan memang disatukan dengan MAHA. Jadi insya-Allah tahun hadapan kita belum tahu lagi negeri-negeri mana yang kita akan jadikan tuan rumah. Jadi Yang Berhormat satu bukan semua petani, penternak dan nelayan kita dapat bawa sekali. Itu pun ada marah tadi kos besar dan sebagainya. Jadi sebab itu Yang Berhormat kita mengadakan gilir-gilir negeri untuk menjadi tuan rumah dan selain itu kita menarik pelancongan.
Boleh minta penjelasan sikit? Saya seronok mendengar jawapan, seronok, tetapi saya hairan. Katalah satu labu daripada Sarawak ini besar, jadi takkan boleh kembangkan supaya labu-labu yang negeri ini semuanya besar. Produk-produk ini dikembangkan, jadi kalau setahun demi setahun tidak berubah. Saya hendak tanya apa tindakan kementerian untuk tindakan selanjut mengembangkan soal produk yang telah mendapat prize ataupun ijazah ataupun anugerah yang besar ini. Jadi apa tindakan seterusnya?
Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, dengan teknologi dan menggunakan amalan pertanian yang baik, labu itu sudah besar-besar Yang Berhormat. Saya pernah melihat labu itu terlampau besar sangat ya Allah, Yang Berhormat. Sekarang ini tembikai Yang Berhormat kita boleh keluarkan tembikai yang segi empat, empat segi, boleh. Yang Berhormat inilah teknologi. Jadi Yang Berhormat ini katakan labu-labu macam mana? Yang Berhormat labu-labu, sebab saya seronok dengan labu.
Pengembangan, kementerian ini supaya mengembangkan supaya ini dilaksanakan oleh semua petani- petani, labu-labu yang besar ini tidak ada lagi labu-labu kecil. Kalau harganya tinggi itu sudah dapat.
Yang Berhormat, saya figure of speech kah, yang betul-betul labu ini? Sebab sekarang ini Yang Berhormat untuk makluman sekarang ini FAMA dok cari siapa yang hendak tanam labu ini banyak pasaran labu sekarang ini, besar kecil semua dia ambil. Jadi Yang Berhormat, inilah satunya bila kita adakan perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, kita menggunakan ini supaya bila sesiapa sahaja termasuk petani, penternak dan nelayan mereka pergi melihat kepada pameran, idea pun ada dan mereka memberikan satu
ilham juga ada. Jadi teknologi-teknologi terbaru pun dipamerkan oleh setiap agensi yang ada termasuk pihak swasta. Tadi mengenai baja-baja tadi ada juga saya dengar, jadi masa pameran itu macam-macam baja juga dipamerkan sekali jadi kita juga boleh melihat yang terkini, yang outdated dan sebagainya tetapi selalunya kami kalau dapat membuat pameran ini, yang terkinilah. Jadi kita sekarang ini macam-macam baja organik Yang Berhormat. Yang Berhormat daripada Pokok Sena, baja organik ini kita gunakan untuk menyihatkan tanah sebab tanah ini kalau selalu sangat digunakan dengan baja kimia, jadi dia tidak menjadi, kita gunakan. Sebab itulah kita ahli masukkan sekali di dalam skim padi kita baja organik untuk kita menyuburkan tanah supaya dia dapat lagi meresapkan baja-baja lain yang kita gunakan. Jadi Yang Berhormat, berbalik kepada Yang Berhormat Lipis tadi. Kita mengiktiraf, kita memberi anugerah dan kita memberi priority, keutamaan kepada mereka yang telah dinamakan peladang jaya, penternak jaya dan juga nelayan jaya. Jadi nama-nama mereka ini kita bukukan di dalam satu macam buku directory dan satu disebarkan, jadi kadang-kadang, selepas itu ada pertanyaan dan sebagainya. Jadi selama di situ juga digunakan untuk mengembangkan business mereka ini. Jadi kita gunakan, jadi biodata mereka dari segi keluaran mereka, contact point dan kebanyakan mereka ini bukan sahaja di dalam negara sudah, mereka masuk ke pasaran global, kebanyakan. Saya tidak ada data di sini, tetapi mereka inilah kita gunakan untuk memberi motivasi, contoh dan juga latihan kepada usahawan-usahawan tani, nelayan dan penternak yang lain untuk menggunakan real, yang sebenar, menggunakan teknologi- teknologi yang ada di ladang atau di perusahaan mereka. Jadi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang sebenarnya saya perhatikan yang mempunyai minat yang begitu tinggi terhadap bidang pertanian di mana ini adalah dengan izin, the third engine of growth dan insya-Allah berkat doa, cadangan, teguran Yang Berhormat tadi kita akan lebih lagi memperbaiki dan kita memastikan bahawa kumpulan sasar yang kita semua sayangi ini sentiasa mendapat kejayaan yang lebih baik sehingga ke pasaran global, insya-Allah. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM100,000 untuk Maksud B.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM100,000 untuk Maksud B.21 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Oleh sebab P.23 hanya token sahaja ia tidak perlu dibahas. [Tiada perbahasan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.23 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2007 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.23 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2007.
Kepala Bekalan B.25 di bawah kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terbuka untuk dibahas. Pasir Salak.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil bahagian dalam perkara ini di mana peruntukan sebanyak RM7 juta telah dikehendaki untuk menampung pembayaran perkhidmatan Nanotag marker ke atas diesel subsidi. Saya difahamkan bahawa Nanotag marker ini adalah satu kaedah di mana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menggunakan satu barangan untuk additive bagi mengesan diesel yang diseludupkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ataupun untuk mengelakkan berlakunya penyeludupan diesel-diesel yang diberi subsidi oleh kerajaan. Melalui kaedah ini saya difahamkan bahawa kerajaan sepatutnya dapat menyelamatkan wang subsidi yang diberikan oleh kerajaan ke atas barangan diesel ini.
Jadi dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk bertanya kepada menteri yang berkenaan, pertama sekali nama syarikat yang telah dilantik membekalkan perkhidmatan Nanotag marker ini, dan juga siapakah pengusaha- pengusahanya ataupun shareholders syarikat ini. Yang kedua, bila syarikat ini dilantik untuk memberi perkhidmatan ini. Dalam pelantikan itu, kalau boleh Yang Berhormat Menteri menjelaskan sedikit sebanyak, apakah skop perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat ini, yang menggunakan marker ini ataupun additive ini. Selain daripada itu saya juga ingin bertanya kepada menteri, sejak syarikat ini dilantik memberikan perkhidmatan ini, berapakah bayaran yang telah dibuat oleh pihak kerajaan, khususnya kementerian secara langsung ataupun melalui Kementerian Kewangan. Saya ada juga mendapat maklumat yang mengatakan, bahawa kerajaan membayar hampir RM100 juta setahun bagi perkhidmatan ini. Benar atau tidak, saya juga diberitahu bahawa syarikat ini mendapat keuntungan yang sangat besar. Pertama sekali ianya sebagai syarikat monopoli, monopolistic dari segi dalam maksud, bahawa ia satu-satunya syarikat yang dilantik oleh kerajaan, syarikat lain tidak boleh untuk membekalkan perkhidmatan ini. Walaupun ada juga syarikat-syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama menggunakan additive yang lebih baik, tetapi ditolak oleh kerajaan. Yang merunsingkan kononnya pihak-pihak yang mempunyai kedudukan yang tertentu, dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pihak yang berkuasa, yang tidak boleh disentuh dan juga dikuasai oleh orang yang mendabik dada ke sana, ke mari sebagai orang kuat Perdana Menteri. Selalu menggunakan nama Perdana Menteri dan sedikit sebanyak orang marah Perdana Menteri kerana dia. Inilah apa yang terjadi, Perdana Menteri kita seorang yang baik, seorang yang jujur, seorang yang ikhlas, seorang yang saya rasa memang mempunyai hasrat tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menjalankan ibadat sebagai insan untuk kemajuan negara dan bangsa kita, tetapi diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang tertentu, yang menggunakan kesempatan di atas...
Minta jalan.
Jalan? Sini mana ada jalan. Sila.
Walaupun bukan Kementerian Kerja Raya, tetapi kita minta jalan jugalah. Boleh ya?
Baik, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, saya ingat pagi tadi bila Yang Berhormat Gombak membuat tuduhan yang hampir-hampir sama, maka dia diminta untuk menamakan orang yang dimaksudkan berhubung dengan Kementerian Luar Negeri dengan beg-beg yang bukan satu, bukan dua tetapi berpuluh- puluh dan Yang Berhormat Gombak menamakannya. Lalu saya rasa untuk berlaku adillah, kalau Yang Berhormat Pasir Salak sanggup dan seharusnya dia sanggup setelah membuat tuduhan ataupun kenyataan yang seperti itu, kita minta namakan
sahajalah orang yang terlibat, yang dimaksudkan itu supaya tidak ada apa-apa salah sangka dan salah tafsiran terhadap kata-kata itu, kerana saya tidak hendak nanti dituduh Yang Berhormat Johor Bahru yang rapat dengan Perdana Menteri, kan... [Ketawa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Tuan Pengerusi, dalam sehari dua ini saya sudah ada banyak musuh. Jadi buat apa hendak cari musuh lagi? [Ketawa] I have already more than enough enemies.
Tidak apa, tambah kawan. You get more friends pula.
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya sebut tadi iaitu maklumat yang saya terima, bukan? Saya tidak mengesahkan ataupun menidakkan. Jadi itu bukan tuduhan. Itu menceritakan. Ada maklumat yang saya terima. Betul atau tidak betul, saya sampaikan kepada Yang Berhormat Menteri untuk beritahu kita ada atau tidak, betulkah tidak cerita itu. Kalau tidak, tidaklah. Kalau betul, betullah, kan? Jadi saya ingat itu jawapan yang terbaik yang saya boleh beri.
Yang Berhormat.
Ya, Tuan Pengerusi.
Ya, masa 5 minit.
Masa ya, okey. Baik, terima kasih. Jadi apa tadi? Dia ganggu pula, Shah Alam. Jadi saya tidak ada apa lagi yang saya hendak tambah. Saya harap sekali lagi saya mengambil kesempatan dan peluang di sini untuk mendapatkan penjelasan daripada menteri, supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita tidak lagi terus-terusan menjadi sasaran serangan daripada pihak-pihak yang sentiasa menunggu peluang. Terima kasih.
Baik. Yang Berhormat, ini perkara yang khusus sedikit sahaja, soal perkhidmatan Nanotag marker. Jadi kalau hendak tanya apa benda Nanotag itu, okeylah, tetapi lebih daripada itu, saya ingat tidak perlulah, Yang Berhormat. Silakan Jelutong.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas sedikit di bawah tajuk Maksud B.25, tambahan sebanyak RM7 juta adalah dikehendaki untuk menampung pembayaran perkhidmatan Nanotag marker di atas diesel subsidi. Soalan pokok saya ialah subsidi, muka surat depan di NST hari ini dan juga muka dalaman The Star hari ini juga banyak heboh dengan cerita subsidi, subsidi bahan api. Jadi Tuan Pengerusi, saya ingat hendak juga mengutip daripada muka depan Utusan Malaysia, 14 Mei, surat khabar yang kita cadang hendak boikot sebab kepunyaan UMNO. Mei 14 memaparkan di muka depannya bahawa, “Setiap suap nasi yang dimakan oleh rakyat Malaysia disubsidi oleh kerajaan dan nilai subsidi itu kini melonjak sehingga RM2.2 bilion dalam setahun...
Yang Berhormat, kalau cerita hal subsidi ini, ini Nanotag subsidi kah ini Yang Berhormat?
Ya. Maksud saya ialah mengenai subsidi bahan api.
Tak boleh Yang Berhormat. Mesti berhubung dengan Nanotag marker subsidy.
Ya, terima kasih Tuan Pengerusi.
Kawan daripada kiri kanan dah signal saya ada yang terkeluar.
Soalan saya begini Tuan Pengerusi, senang saja. Bahan subsidi itu harus kita rumuskan semula supaya ada konsep subsidi dan cross subsidy. Itu ialah pengurusan orang-orang moden sebab saya kira kerajaan kita, Jemaah Menteri kita harus bertungkus-lumus bekerjasama antara satu kementerian dan dengan yang lain. Takkanlah Kementerian Dalam Negeri itu beroperasi sebagai satu sailor dengan izin, dan tidak berpandu kepada apa-apa yang telah dirancang di kementerian yang lain. Oleh yang demikian, apabila bahan api electricity tariff, katakan telah dinaikkan, jadi benda ini akan juga membebankan rakyat dan ini juga akan merunsingkan rakyat apabila inflasi menjadi lebih menjajar. Oleh yang demikian Tuan Pengerusi, saya ingin kaitkan dengan subsidi bahan api. Sedangkan sesuap nasi yang diberikan kepada setiap rakyat, itu dikira sebagai subsidi kerajaan tetapi kita ini membuta tuli terhadap subsidi yang telah diberikan kepada pihak-pihak tertentu yang tidak berhak menerima subsidi sama sekali dan pihak-pihak yang tidak berhak menerima sebarang subsidi itu ialah kepada kelima-lima industri independent power producer. Mereka tak lain tak bukan YTL Power, Power Tech, PD Power..
Lari tajuk Tuan Pengerusi.
Iaitu apa yang saya nak rumuskan di sini Tuan Pengerusi ialah subsidi yang diberikan kepada kelima-lima gergasi ini telah menjangkau RM27.6 bilion sejak tahun 1997.
Baik, baik Yang Berhormat.
Subsidi yang diberikan begitu banyak sekali. Apa maksudnya kita nak mencadangkan tentang peruntukan RM7 million kalau berbanding dengan subsidi yang kita berikan kepada pihak yang tidak berhak menerima subsidi langsung!
Baik Yang Berhormat, baik Yang Berhormat.
Jadi kalaulah kelima-lima gergasi itu bukan kroni UMNO, haruslah kita tarik balik!
Ini sudah lari daripada ucapan! Tuan Pengerusi!
Yang Berhormat, jangan terkeluar sangat Yang Berhormat.
Jadi subsidi itu harus dikaji dari segi konsep cross subsidy. Tarik balik daripada kelima-lima gergasi itu, berikan subsidi semula kepada rakyat jelata.
Baik Yang Berhormat.
Itulah caranya kita mengurangkan beban inflasi Tuan Pengerusi. Oleh yang demikian, soalan saya yang terakhir ialah saya menyahut apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak iaitu kita juga ingin tahu sangat siapa yang beroperasi di belakang syarikat yang membekalkan Nanotag marker ini untuk mengawal subsidi diesel secara betul.
Baik Yang Berhormat.
Kita tahu itu ialah sesuatu yang telah diberikan secara close negotiation. Haruslah menteri yang berkenaan memberitahu kepada rakyat jelata dan dimasukkan dalam Hansard, siapakah yang di belakang syarikat itu yang membekalkan Nanotag marker. Itu soalan saya Tuan Pengerusi. Terima kasih banyak.
Itu satu saja yang relevan Yang Berhormat. Dah cukup pun.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Ini Yang Berhormat Labuan.
Yang Berhormat Kota Raja.
Itu apa?
Yang Berhormat Labuan.
Yang Berhormat Labuan, Datuk.
Yang Berhormat Labuan kah itu?
Ya, ya.
Ya, sila Yang Berhormat Labuan.
Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya saya menyokong dengan perbelanjaan tambahan RM7 juta itu walau untuk subsidi diesel dan petrol yang diedarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Apa yang kita lihat di kawasan Sabah dan Sarawak, subsidi diesel untuk operator-operator feri di sungai telah pun mendapat subsidi yang begitu bagus tetapi malangnya walau macam mana pun untuk operator yang beroperasi antara pulau contohnya dari Labuan ke Menumbuk, kita juga menggunakan diesel dan petrol tetapi untuk operasi antara Pulau dan Tanah Besar sampai saat ini belum ada subsidi yang diberikan oleh kerajaan. Jadi kalau kita kirakan semua rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan kapal dan juga bot adalah sama baik di sungai mahupun yang beroperasi di laut tetapi saya harapkan supaya diselaraskan supaya subsidi tersebut dapat dipanjangkan untuk operator-operator feri yang menggunakan jalan laut antara pulau. Itu sahaja, terima kasih.
Baik, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. berhubung dengan pembayaran nanotag marker ini, tujuannya ialah untuk menentukan bahawa diesel yang kita jual dengan harga yang rendah, ianya tidak dapat diseludup dan sekiranya ianya diseludup, maka dapat dikesan. Lalu saya nak tahu sejauh mana keberkesanan penggunaan Nanotag marker ini telah menjayakan usaha- usaha untuk menghalang penyeludupan, nombor satu. Nombor dua, berapa banyak kes yang telah dapat disekat dan sebagainya dan sama ada ianya masih digunakan lagi ataupun tidak. Adakah ianya untuk yang mantan menteri yang dulu, adakah menteri yang baru pun masih nak menggunakan teknologi ini dan adakah jumlah yang disebut sebanyak RM100 juta setahun untuk membeli Nanotag marker ini jumlah yang tepat.
Lain tanya. [Ketawa]
Lembut. Soalan.
Yang Berhormat Telok Intan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin tanya beberapa soalan mengenai Perbelanjaan Tambahan Kedua 2007 iaitu mengenai Nanotag marker ini. Saya percaya bahawa pada tahun 2006, sejumlah RM117 juta telah pun dibayar kepada sebuah syarikat, saya percaya yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak.
Syarikat ini mempunyai monopoli dan setakat ini syarikat ini telah dibayar hampir RM150 juta dari jumlah peruntukan untuk marker ini. Apakah sebabnya kementerian memberikan monopoli kepada syarikat ini dan mengapa tidak agensi- agensi lain seperti SIRIM yang saya percaya boleh mengendalikan teknologi ini tidak diberi peluang ataupun mengapakah kementerian sendiri dengan penguat kuasa- penguat kuasa mereka tidak boleh menubuhkan satu jabatan di mana diesel boleh ditandakan melalui Nanotag marker ini. Nanotag marker ini adalah satu teknologi yang sekarang tidak begitu baru. Kita ada kepakaran dalam bidang ini dan mengapa sebuah syarikat yang saya percaya tidak mempunyai kepakaran dalam bidang ini diberi kontrak ini hampir RM150 juta telah diberikan dan apa yang menyakitkan hati adalah syarikat ini tidak berjaya dalam mengatasi masalah diesel yang dijual di laut-laut dan juga dijual oleh syarikat-syarikat besar di Malaysia. Pendapatan kerugian yang dialami oleh kerajaan dan negara lebih jauh daripada apa yang dibelanjakan dan kejayaan syarikat ini saya syaklah syarikat ini tanpa apa-apa kepakaran telah mendapat kontrak ini oleh sebab syarikat ini ada hubungan dengan kementerian ataupun Perdana Menteri. Saya meminta penjelasan dengan terperinci. Terima kasih.
Yang Berhormat Kota Raja.
Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin bertanya dan meminta penjelasan di dalam tahun 2007 dikatakan bahawa dengan penggunaan Nanotag ini, kerajaan telah dapat menyelamatkan RM400 juta nilai diesel yang hendak diseludupkan.
Jadi sekarang ini persoalannya adakah teknologi ini akan juga digunakan untuk mengesan petrol dan diesel yang dijual kepada kenderaan-kenderaan asing yang telah dibuat pengumuman oleh Yang Berhormat Menteri yang pada 31 hari bulan ini tidak dibenarkan stesen-stesen minyak yang berhampiran dengan sempadan untuk menjual minyak dan diesel kepada kenderaan-kenderaan asing. Sekiranya teknologi ini akan digunakan, berapakah anggaran kali ini pula untuk kita bayar kepada syarikat yang mengendalikan Nanotag marker ini? Kedua ialah persoalannya hari ini dalam New Straits Times disebut bahawa pemilik-pemilik stesen minyak yang berada di persempadanan seperti di Rantau Panjang, Golok, Pengkalan Kubur dan sebagainya merasa bimbang dan takut kerana keengganan mereka untuk menjual minyak petrol dan diesel kepada kenderaan- kenderaan asing daripada Thailand boleh mengakibatkan nyawa mereka berada di dalam bahaya. Bagaimanakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bercadang untuk melaksanakan perkara ini di sempadan negara? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin memberikan sedikit sahaja tentang transshipment barangan import eksport daripada Thailand ke Singapura. Jadi adakah kenderaan yang membawa barangan daripada Thailand untuk eksport dan urusan import daripada Thailand ke Singapura ini menggunakan perkhidmatan subsidi diesel yang disediakan oleh pihak kerajaan? Itu sahaja Tuan Pengerusi.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada dua persoalan yang ingin saya mendapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Yang pertama tentang makluman mengatakan bahawasanya feri ke Langkawi ini mereka terpaksa membeli harga diesel pada harga industri, bukannya pada harga pengangkutan. Adakah kenyataan yang dikeluarkan oleh pengusaha- pengusaha feri ini benar? Dan yang keduanya tentang Nanotag ini yang dimasukkan ke dalam diesel untuk mengesan diesel subsidi ini. Adakah apabila ia bercampur dengan diesel biasa
yang tidak disubsidi, adakah ia juga dapat dikesan pada diesel-diesel biasa kerana kalau ini dapat dikesan maknanya merupakan satu penganiayaan kepada mereka yang membawa kenderaan yang jarak jauh. Kemudian, begitu juga mereka yang seperti disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi yang menggunakan antara Thailand dengan Singapura, ini merupakan satu penganiayaan kepada pemandu-pemandu atau pengusaha-pengusaha lori tersebut. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat, jangan ulang dua tiga kali cerita royalti minyak Terengganu, kita dah selalu sangat dengar. Saya boleh memberhentikan Yang Berhormat bercakap soalan itu, Peraturan ada menentukan Yang Berhormat. Dah cukup lima kali saya mendengar dah, sila Yang Berhormat, selepas Yang Berhormat Tumpat, Menteri jawab.
Tuan Pengerusi, terima kasih. Perkara pertama saya minta kerjasama dan peranan Tuan Pengerusi sendiri sebenarnya iaitu kalau boleh Kertas Perintah ini ditambah satu dua lagi perkataan supaya jelas misalnya Nanotag marker tadi, kalau tambah satu ayat lagi supaya kami yang tidak dalam perniagaan penyeludupan minyak diesel ini dapat faham apa dia Nanotag marker tadi. Jadi itu satu, permohonan. Seperti juga Maksud 21, Kementerian Pertanian tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam penggulungannya baru menjelaskan kos RM100 ribu itu ialah kerana untuk pembiayaan ulasan siaran langsung kerana RTM tidak dapat berkhidmat hari itu. Kalau ayat itu ada, agaknya banyak yang jelas dan taklah perlu saya mengaitkan dengan apa yang dipanggil royalti petroleum terhadap Kerajaan Negeri Terengganu itu Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan Nanotag marker itu, saya ingin menyeru kepada Yang Berhormat Menteri kerana Tumpat adalah kawasan sempadan dengan Thailand dan tidak dapat dinafikan mata pencarian rakyat sebahagian besar di Tumpat terutama di DUN Pengkalan Kubur, walaupun calon ADUNnya dan yang menang ialah Ketua UMNO Bahagiannya tetapi saya masih lagi mempertahankan rakyat DUN Pengkalan Kubur itu supaya Yang Berhormat Menteri dalam melaksanakan isu penjualan minyak kepada orang asing ini mengambil kira supaya tidak menghalang urusan kehidupan seharian dan komersial rakyat saya di Tumpat khususnya di Pengkalan Kubur itu. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Itu elok Yang Berhormat, terima kasih. Yang Berhormat Menteri tolong jawab apa yang relevan di bawah ini sahaja, lebih dari itu kita nak beritahu mesej supaya yang irrelevant itu tak payah dijawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya kagum dengan kebijaksanaan Tuan Pengerusi kerana ianya cara kita bekerja tertumpu pada soal di hadapan kita. Biarlah saya menjawab tentang soal Nanotag marker yang digunakan bagi diesel yang bersubsidi. Yang pertamanya, kontrak ataupun kontrak yang menggunakan marker, Nanotag ini telah dilaksanakan daripada bermulanya 1 April 2006 dan dijangka iaitu bagi ikut kontraknya ialah sehingga Mac 2011. Maknanya sekarang 2009, ada tempoh pelaksanaan selama lima tahun daripada tahun 2006. Pelaksananya ialah Syarikat Teras Kimia Sdn. Bhd. Jadi bagi mereka yang berminat lebih tentang syarikat ini sila buat rujukan kepada pemegang sahamnya siapa, pengarahnya kerana ...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya boleh ejakan, Teras Kimia Sdn. Bhd. Saya sebenarnya melihat perkara ini dari satu sudut yang praktikal. Saya memahami bahawa ini satu-satunya cara bagi meletakkan tanda kepada diesel yang bersubsidi supaya dapat dilaksanakan pemeriksaan dan dapat melihat kepada sama ada diesel yang bersubsidi itu.
[Bangun]
Baru setakat itu dah nak ada jawapan?
Teras Kimia Sdn. Bhd. Yang Berhormat Menteri dah sebut tempoh lima tahun, bermula sekian berakhir sekian. Berapa nilai kontraknya? Apakah ada competitive bidder pada masa pemilihan itu dibuat?
Tuan Pengerusi, saya tidak berapa tahu sangat tentang soal sama ada bagaimana ia diputuskan. Bagi saya yang penting ialah ia telah diputuskan, ia untuk selama lima tahun. Saya difahamkan, apa yang saya difahamkan bahawa ada berbagai-bagai cara yang telah diajukan bagi hendak membezakan di antara diesel yang bersubsidi dan diesel yang tidak bersubsidi. Di antara cara-caranya ialah Nanotag Semenjak saya jadi Menteri, berbagai-bagai pertemuan ataupun perjumpaan telah saya adakan dengan beberapa pihak yang menceritakan tentang cara-cara untuk dilaksanakan, subsidi ataupun untuk dilaksanakan cara untuk mengenal pasti tentang subsidi. Harga kontrak setahun adalah sebanyak RM117 juta setahun. Setakat hari ini, jumlah yang dibelanjakan daripada April 2006 sehingga Mac 2008 ialah RM234,909,749.54. Ianya dikenakan kepada jumlah diesel yang digunakan dalam negara kita bagi setahun ialah sebanyak tak silap saya sebanyak 10 bilion liter penggunaan diesel kita bagi negara kita setahun iaitu diletakkan Nanotag marker ini kepada seluruh diesel yang digunakan dalam negara kita iaitu sebanyak 10 bilion liter setahun.
Jadi diletakkan marker seperti ini Nanotag marker kepada 10 bilion liter diesel yang digunakan setahun dalam negara kita. 10 bilion liter, banyak bukan? Jadi setakat ini...
Minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri.
Sila Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi, Dato’ sebut bahawa marker ini dimasukkan ke dalam 10 bilion liter, tetapi daripada maklumat yang saya peroleh, saya hendak minta, mungkin saya salahlah. Dia buat at random sahaja. Dia tidak masuk kepada semua 10 bilion itu. Jadi yang mana betul agaknya?
Ini kena cari nanotechnologist ataupun nano-engineer hendak beri penjelasan kerana nano ini benda yang halus... [Ketawa] Ia boleh masuk mana-mana Yang Berhormat. Jadi saya pun tidak bolehlah. Saya belajar sedikit hal nano ini. Ada orang check saya punya pronunciation tadi. Sila Yang Berhormat.
Nano, nano, nano-teknologi.
Ya, nano teknologi ini.
Ia adalah skop dan bidang tugas kepada kontrak ini ialah untuk menandakan maksimumnya 10 bilion liter tetapi sudah tentunya syarikat ini perlu mengambil sampel setiap bulan. Sebanyak 1,500 sampel satu bulan dan tidak kurang daripada 36,000 sampel setahun. Jadi bila dikatakan sampel itu yang secara random nya itu. Jadi mungkin ini apa yang saya difahamkan, ini tugas atau bidang skop kontrak ini. Perbelanjaannya seperti mana saya katakan semenjak bulan April 2006 sehingga Mac 2008 ialah RM234 bilion lebih. Saya dimaklumkan bahawa anggaran penjimatan oleh kerajaan kerana membelanjakan wang sekian banyak ialah dalam tempoh yang sama yang kita sudah belanja RM234 bilion itu anggaran penjimatan kerajaan ialah sebanyak RM700 juta sehingga bulan Disember 2007 kerana menggunakan Nanotag ini. Kes-kes pendakwaan ataupun sitaan dan rampasan sehingga Januari 2008, ialah sebanyak 130 kes dengan sitaan melibatkan 3.3 juta liter yang dirampas yang bernilai sebanyak lebih sedikit dari RM3 juta. Jadi saya rasa bahawa ini yang menjadi
punca kerana kita mempunyai satu sistem subsidi kepada diesel dan juga kepada petrol. Bagi diesel, sehingga ia memerlukan satu kaedah untuk menggunakan tanda...
Minta penjelasan.
Ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Nampaknya dari angka-angka yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri, syarikat yang mengendalikan pengujian Nanotag ini telah gagal sebab pembayaran oleh kerajaan kepada syarikat ini lebih jauh lebih daripada apa yang dikatakan dengan izin, recovered. Tahukah Yang Berhormat Menteri bahawa syarikat ini tidak mempunyai kepakaran dan mereka telah cuba mendapat nasihat daripada kementerian dari segi pendakwaan. Mereka juga telah cuba melantik pakar-pakar pendakwaan atau peguam- peguam lain dari luar untuk mengadakan satu standard operating procedures supaya mereka tidak gagal dalam kerja-kerja penyiasatan mereka. Jadi saya fikir pelantikan syarikat ini adalah satu total loss dalam jangkauan lebih RM300 juta kerugian kepada kementerian dan negara. Adakah kementerian ingin menamatkan pelantikan ini pada bila-bila masa? Terima kasih.
Tuan Pengerusi, yang menjadi masalahnya kalau kita membelanjakan sekian banyak dalam mengawal sesuatu barang atau sesuatu keadaan. Umpamanya kita membelanjakan dari segi kawalan keselamatan sesuatu kawasan kerana adanya barang yang bernilai di dalam kawasan yang berkenaan ataupun tempat yang berkenaan.
Penjelasan.
Boleh tak izinkan saya, belum habis pun lagi.
Hari ini sudah baik kita punya mikrofon Yang Berhormat. Jangan diketuk, ya. Rosak lagi nanti.
Kalau boleh, sekejap ya. Selepas ini saya berikan penjelasan. Biasanya apabila kita mempunyai satu-satu barang yang bernilai, tentu ada perbelanjaan kawalan yang dikenakan kepada barang yang bernilai itu. Sudah tentulah ini bermakna bahawa adakah ia berbaloi atau tidak, selalunya ia tidak boleh dilihat hanya semata-mata sama ada segala apa yang telah kita dakwa dari segi kesnya sama nilai atau lebih dari apa yang telah dibelanjakan. Ini kerana adanya sistem petanda ini, Nanotag marker ini, maka ia boleh dimudahkan untuk mengetahui bahawa diesel yang telah diseludupkan atau yang disalahgunakan adalah diesel yang bersubsidi. Ini boleh juga merupakan satu cara untuk menghalang daripada diesel yang bersubsidi atau yang di seludup disalah gunakan. Jadi untuk kita mengatakan bahawa kerana kita belanja RM200 juta mesti juga kita tangkap RM200 juta, bagi ia berbaloi perbelanjaan sedemikian. Saya rasa sukar untuk saya menerima logik itu. Namun demikian saya memahami bahawa memang ia menjadi satu masalah kerana kita mengenakan subsidi kepada bahan api diesel dan juga bahan api petrol. Umpamanya kalau bahan api ini tidak bersubsidi, kita tidak perlu untuk meletakkan tanda ataupun Nanotag dan sebagainya. Kontrak ini kalau apabila kita membuat keputusan, akhirnya untuk tidak lagi memberi subsidi kepada bahan api diesel semasa ia berada di depot dan dijual di peringkat pam pada harga pasaran. Jadi kita tidak akan lagi perlu untuk menggunakan petanda, Nanotag marker.
Penjelasan.
Yang Berhormat Jasin dahulu.
Yang Berhormat Jasin.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut tadi, setakat ini kita telah berbelanja sebanyak RM234 juta perbelanjaan sebenar atau dengan izin actual, dan kita menjangka satu penjimatan sebanyak RM700 juta. Ini dengan izin, assumption. Satu angka kita yang assume sahaja.
Apa yang saya hendak sebut di sini, sejauh manakah keberkesanan Nanotag marker ini. Ini kerana saya mendapat satu laporan sebuah kilang besar yang sebenarnya melantik ejen-ejen pembekal minyak diesel, satu ketika kilang ini ditangkap dan dapat disahkan menggunakan minyak-minyak daripada subsidi. Mungkin mereka telah menggunakan dalam satu jangka masa yang panjang. Jadi baru sekarang ia ditangkap. Jadi kita hendak tahu sejauh manakah keberkesanannya? Kalaulah kilang besar ini boleh menggunakan diesel-diesel subsidi, maknanya telah banyak penyelewengan berlaku tentang diesel-diesel yang sepatutnya diberikan kepada mereka yang sebenar. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, memang saya mengakuilah bahawa sebenarnya apabila bahan api kita bersubsidi dan harganya lebih rendah daripada harga pasaran. Tambah lagi apabila ia lebih murah daripada harga bahan api itu dijual sama ada dengan negara-negara jiran, sudah tentu bukan sahaja jiran juga mengambil kesempatan tetapi ada orang kita juga yang mengambil kesempatan.
Sebenarnya bukan sahaja orang awam atau ahli perniagaan yang mengambil kesempatan tetapi ada juga pegawai-pegawai kementerian saya yang terlibat dalam penyeludupan ataupun penyalahgunaan kuasa mereka untuk mengambil kesempatan daripada diesel atau bahan api diesel yang disubsidi. Pada pandangan saya masalahnya ialah kerana kita berhadapan dengan bahan api yang bersubsidi. Bila ia rendah dan jauh berbeza harganya daripada harga pasaran, memang akan berlaku di mana pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan daripada keadaan ini. Oleh sebab itu pada pendapat kementerian dan kerajaan supaya disegerakan satu keadaan di mana subsidi itu disalurkan di peringkat penjualan, peruncitan atau penggunaan dan bukannya di peringkat depot ataupun di peringkat produk apabila ia dikeluarkan. Inilah angkaranya apabila kita mempunyai bahan api yang bersubsidi dan kita belanjakan wang yang begitu banyak untuk bersubsidi dan selepas itu harus pula kita meletakkan sistem-sistem kawalan pula seperti Nanotag marker yang diletakkan kepada bahan api diesel yang bersubsidi itu. Tuan Pengerusi, saya berpendapat dengan mendengar segala pertanyaan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa ia juga pertanyaan-pertanyaan yang saya sendiri dan saya rasa ramai daripada rakan-rakan saya dalam Barisan Nasional juga bertanya sama ada berbaloi atau tidak sambil kita memberikan subsidi kita pula perlu meletakkan satu sistem kawalan kepada bahan yang bersubsidi itu...
Penjelasan.
Ini bermakna bahawa lagi cepat kita boleh menghapuskan ataupun meletakkan bahan api kita pada satu keadaan yang tidak ada subsidi, harganya tidak jauh beza daripada harga pasaran, maka kita boleh batalkan penggunaan Nanotag.
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
[Bangun]
Ada tiga orang Yang Berhormat.
Sikit sahaja. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita sedang bincang soal RM7 juta di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk maksud khusus Nanotag ini. Setakat saya tekun mendengar penjelasan Yang Berhormat Menteri, saya semacam dapat merasakan bahawa Yang Berhormat Menteri sendiri pun sebenarnya antara bersetuju dengan tidak - kalau boleh dibaca. Ini kerana cara Yang Berhormat Menteri menepis bila kita bertanya bagaimana proses pelantikan syarikat berkenaan pada peringkat awal. Kemudian apa terjadi, katakanlah akhir sekali Yang Berhormat Menteri sedang mengusahakan untuk subsidi tidak lagi diberikan pada diesel ini? Katakanlah itu berlaku, apa yang akan terjadi kepada syarikat yang kontraknya lima tahun ini?
Kedua, faktor harga tadi yang mengundang penyelewengan. Antara sektor ini iaitu sektor manufacturing, plantation ataupun nelayan laut dalam ataupun construction, sektor yang mana sebenarnya yang terlalu banyak memakan penyelewengan ini? Yang Berhormat Menteri tadi sebenarnya sama ada sedar ataupun tidak telah membuat satu kenyataan bahawa berlaku juga penyelewengan di kalangan pegawai kementerian. Ada laporan polis dibuat? Ada tindakan? Kenapa berlaku?
Sikit sahaja.
Yang Berhormat Menteri hendak dengar dulu. Jadi, bagi Yang Berhormat Rantau Panjang.
Saya sikit sahaja. Saya ingin penjelasan, apakah kajian dibuat dan negara manakah yang telah berjaya mengadakan Program Nanotag Marker ini dan apakah pemantauan dibuat terhadap syarikat yang telah mendapat tender itu sebab kita tengok profilnya pun tidak ada dalam internet? Jadi, macam mana projek ini boleh diberikan kepada mereka?
Ya, baik. Yang Berhormat Jelutong.
Jelutong juga dekat dengan persisiran pantai, dekat dengan Pulau Jerjak, jadi ada kaitannya. Yang Berhormat Menteri, ingin saya tahu berapakah peratusan kawasan-kawasan yang dipantau itu sama ada kawasan industri ataupun tidak, dan berapa peratusan yang telah di tested positive, dengan izin, kerana tuan-tuan operator itu memegang diesel yang telah disubsidized? Itu yang pertama. Keduanya tentang pelaksanaan pemantauan. Siapa yang menanggung kos pemantauan sama ada kerajaan ataupun Teras Kimia Sdn. Bhd.? Ketiga ialah di manakah kawasan tertentu yang telah dikesan mempunyai subsidized diesel secara haram, berapa yang telah dihukum dan berapa hasil yang telah dipungut menerusi denda dan sebagainya? Sekiranya boleh, bolehkah Yang Berhormat Menteri tolong buat satu perancangan supaya ‘Tengku Kardes’ boleh memberi satu taklimat kepada Ahli-ahli Parlimen sama dengan briefing yang telah diberikan oleh Maybank? Kita sangsi tentang keberkesanan projek yang ini. Terima kasih.
[Bangun]
Ada adinda yang hendak bertanya... [Ketawa] Silakan, Yang Berhormat.
Saya rasa soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Machang tadi berhubung dengan cara kontrak itu diberikan kepada Teras Kimia Sdn. Bhd. Walaupun mungkin pada hari ini tidak dapat diberitahu, tetapi kita hendak tahulah sama ada ia diberi melalui satu proses tender ataupun satu proses negotiation. Kalau tidak dapat hari ini mungkin esok boleh diberi secara bertulis. Terima kasih.
Baik. Sebelum Yang Berhormat Menteri bangun menjawab, saya hendak bertanya bolehkah Yang Berhormat Menteri habis menggulung sebelum pukul 7.00 malam.
Saya, dua minit boleh, tetapi mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat tidak puas hati...
Akan tetapi kalau Yang Berhormat boleh bersetuju beri taklimat mereka akan puas hati.
Saya tidak hendak lagi buang masa sebab saya rasa saya banyak bersetuju dengan pertanyaan yang ditimbulkan. Boleh kalau saya habiskan?...
Sila, sila.
Tuan Pengerusi, saya ingin menjawab tentang pertanyaan daripada Yang Berhormat Machang tentang soal pegawai-pegawai kementerian yang terlibat. Tindakan sudah pun diambil oleh BPR dan memang ada yang sudah pun dikenakan penyiasatan dan di bawa ke mahkamah. Itu memang dilakukan.
Dari segi pertanyaan Yang Berhormat Shah Alam, biar saya nyatakan bahawa pelantikan syarikat ini dari segi penggunaan Nanotag maka ia telah dibuat secara rundingan terus. Saya percaya bahawa ia dilakukan secara rundingan terus kerana ia merupakan satu khidmat yang berasing-asing diberikan daripada pihak-pihak yang mencadangkan pelbagai kawalan perkara ini. Namun pada pokoknya, masalahnya ialah kerana kita mempunyai diesel yang bersubsidi. Secara yang terbaik sekali untuk kita menyelesaikan masalah dan tidak payah bawa lagi permintaan RM7 juta tiap-tiap kali ataupun perbelanjaan beratus juta ringgit dengan penggunaan Nanotag marker seperti ini, ialah dengan kita memutuskan tentang bagaimana hendak diselenggarakan sistem subsidi bagi bahan-bahan api kita. Apabila kita telah berjaya melakukannya tidak perlu lagi kita membincang ataupun membelanjakan wang yang begitu banyak. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, tadi Yang Berhormat Machang ada bertanya ada tak implikasi kalau sekiranya kita kata sudah tidak hendak pakai lagi Nanotag, sedangkan dia ada kontrak sampai tahun 2011.
Yang Berhormat Menteri hendak jawab?
Adakah apa-apa implikasi dalam bentuk satu pampasan atau apa-apa - bolehkah kita hentikan?
Tuan Pengerusi, saya bertanya khusus tadi, sektor manakah yang berlaku paling banyak penyelewengan? Yang itu pun Yang Berhormat Menteri tidak jawab.
Sektor yang paling banyak saya rasa ialah banyaknya kepada pembekalan-pembekalan diesel bersubsidi kepada sektor nelayan. Ada juga terlibat dalam sektor industri yang disalahgunakan diesel bersubsidi yang sepatutnya tidak boleh menerima subsidi ini. Dari segi implikasi kepada pembatalan kontrak ini tidak ada keperluan untuk membayar pampasan.
Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM7,000,000 untuk Maksud B.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM7,000,000 untuk Maksud B.25 diperintahkan jadi daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala P.26 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Oleh sebab P.26 hanya token sahaja ia tidak perlu dibahas. [Tiada perbahasan]
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.26 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2007 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.26 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2007.
Majlis mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan kita hari ini ditangguhkan dahulu sehingga pukul 10 pagi esok. Dewan ditangguhkan pada pukul 7.00 malam.