Dewan Rakyat · 25 June 2008
15th Parliament, session 1, meeting 2 · 832 turns · 40,984 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah pelaburan asing, nama syarikat dan negara yang telah melabur di Iskandar Malaysia. Apakah kaedah yang digunakan oleh IRDA untuk mengawal agar tanah orang ramai tidak terjual dengan sewenang-wenangnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon menjawab soalan ini bersama lima lagi soalan mengenai perkara yang sama bagi Koridor Iskandar Malaysia iaitu: (i) soalan oleh Yang Berhormat Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] pada hari ini 25 Jun 2008; (ii) soalan oleh Yang Berhormat Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] pada 1 Julai 2008; (iii) soalan Yang Berhormat Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam] pada 3 Julai 2008; (iv) soalan oleh Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed [Pulai] pada 7 Julai 2008; dan (v) soalan oleh Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] pada 10 Julai 2008.
Sila.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman keenam- enam Ahli Yang Berhormat berkenaan dari segi jumlah pelaburan yang diterima setakat ini, kemasukan pelaburan secara keseluruhan yang berjaya diperolehi oleh pihak berkuasa Wilayah Iskandar ke Iskandar Malaysia sudah mencapai hampir RM33 bilion. Jumlah ini merupakan 70% daripada sasaran sebanyak RM47 bilion pelaburan yang diperlukan untuk pembangunan Iskandar Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Jumlah ini adalah daripada perjanjian kontrak dan bukan sekadar perjanjian persefahaman atau MoU, dengan izin, antara pihak IRDA dengan pihak pelabur-pelabur tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Pulai, kerajaan juga akan memastikan pelaburan yang dibuat ini bebas dari dikenakan syarat yang boleh mengikat kerajaan secara tidak adil. Semua pelaburan sama ada dari dalam mahupun dari luar negara akan dikehendaki mematuhi semua dasar dan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dari semasa ke semasa. Perkara ini juga akan dipantau secara terus oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa IRDA. Pelabur-pelabur asing yang telah bersetuju membuat pelaburan di Iskandar Malaysia adalah daripada beberapa negara Arab iaitu Kuwait Finance House, Alda Properties, Mubadala Development Company, Millennium Development Company, Damac dan Limitless Dubai dari Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Saudi Arabia dan Lebanon bagi melaksanakan beberapa projek dalam bidang kewangan, hartanah serta pelancongan dan
rekreasi. Manakala antara pelabur tempatan yang terlibat pula adalah seperti UEM, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, Tradewind dan Lido Boulevard. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, dari segi sumber kewangan yang diperlukan untuk membiayai pelaburan ini, hanya sebahagian sahaja iaitu khususnya untuk membangun infrastruktur akan disumbangkan oleh kerajaan, manakala selebihnya daripada pembiayaan pihak swasta dan syarikat- syarikat berkaitan kerajaan atau GLC. Sebagai contoh, daripada RM40 bilion yang diperlukan untuk membangun Iskandar Malaysia, pembiayaan daripada kerajaan hanyalah RM4.3 bilion sahaja. Untuk makluman Yang Berhormat dari Ledang, dari segi unjuran gandaan pelaburan, Pelan Induk Iskandar Malaysia menganggarkan bahawa pelaburan keseluruhan yang disasarkan bagi melaksanakan Iskandar Malaysia adalah sebanyak RM73 bilion bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh, RM170 bilion untuk Rancangan Malaysia Kesebelas dan RM150 bilion untuk Rancangan Malaysia Kedua belas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Batu Pahat, pembangunan semua koridor menjamin hak milik individu atau syarikat yang mempunyai tanah di kawasan koridor. Hak milik serta kepentingan mereka akan dilindungi dan tidak ada paksaan bagi mereka menjual tanah-tanah mereka. Walau bagaimanapun, terpulang kepada pemilik tanah itu sendiri sama ada hendak menjual tanah mereka atau tidak, berdasarkan konsep willing buyer willing seller, dengan izin. Seperti yang kita sedia maklum, semua urusan tanah termasuk urusan jual beli juga adalah tertakluk kepada undang-undang tanah semasa dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan negeri yang berkenaan. Di sinilah segala urusan jual beli akan dikawal berdasarkan kepada dasar yang ditetapkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa oleh kerajaan negeri berkenaan. Selain itu, sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan Iskandar Malaysia, IRDA akan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dan pihak-pihak berkuasa tempatan yang berkaitan bagi memantau dan mengawal agar tanah orang ramai tidak akan terjual dengan sewenang-wenangnya.
IRDA juga telah menubuhkan Jawatankuasa Kelulusan dan Perlaksanaan bagi mengkaji kesesuaian cadangan pembangunan yang dicadangkan untuk Iskandar Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dari Ledang juga dari segi kemajuan pembangunan yang dicapai di Iskandar Malaysia prestasinya sehingga ini amatlah menggalakkan. Sejak pelancaran, Iskandar Malaysia telah mencatatkan beberapa kemajuan yang boleh dibanggakan terutamanya pembangunan di kawasan Nusajaya. Fasa pertama pelaksanaannya termasuklah pembinaan infrastruktur utama seperti pusat pentadbiran kerajaan negeri yang baru, lagoon marina, walk commercial, kawasan kediaman dan rekreasi telah disiapkan. Fasa kedua yang meliputi pembinaan, hak pengangkutan dan terminal feri sedang berjalan. Selain dari itu, beberapa projek infrastruktur seperti jalan raya, untuk mempertingkatkan rangkaian hubungan pengangkutan di Iskandar Malaysia juga telah siap seperti persimpangan bertingkat di Skudai, persimpangan bertingkat Jalan Lingkaran Dalam Johor Bahru, persimpangan bertingkat Jalan Tebrau dan persimpangan bertingkat Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi - Pasir Gudang. Terdapat beberapa lagi projek infrastruktur yang sedang dalam pembinaan iaitu Persimpangan Bertingkat di Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi - Pasir Gudang serta di Perling, Jalan Yahaya Awal, Jalan Abu Bakar dan lebih ada lebuh raya pesisir pantai. Sekian
Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Batu Pahat untuk mengemukakan soalan, saya suka ingatkan kepada Yang Berhormat, kalau mengemukakan soalan-soalan tambahan itu, singkatkan kerana pada hari ini, kalau boleh saya boleh saya mohon kerjasama Yang Berhormat supaya setidak-tidaknya 12 soalan dapat dijawab oleh menteri. Sila Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan saranan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua tetapi dalam soal Iskandar ini, soal maruah negara dan mungkin ada yang menyoal ini memerlukan sedikit yang diperlukan oleh rakyat…
Yang Berhormat Sri Gading…
Jadi mungkin agaknya dalam hujah ini...
Yang Berhormat Sri Gading, yang ini point of order. Sekarang...
Setuju, setuju.
Jawapan bersekali lima orang.
Ini point of order kah ataupun apa?
Tidak Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya mohon budi bicara...
Cuma setakat Yang Berhormat ini mahu muka untuk ditengok di televisyen.
Bukan, bukan soal point of order tetapi ini saya mohon budi bicara yang...
Boleh, boleh telah saya kemukakan, telah saya kemukakan pendapat saya tadi. Sila. Ya. ya.
Dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan dengan kepentingan negara dan rakyat tapi...
Semua Yang Berhormat. Semua soalan ini adalah maruah negara. Kalau tidak, dia tidak akan disusun atur di sini, semua maruah negara. Jadi janganlah satu maruah negara dijawab. Maruah lain tidak dijawab.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Batu Pahat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan kepada jawapan menteri itu tadi, maka tidak benarlah tuduhan terutamanya pembangkang yang mengatakan Iskandar Malaysia hanya menguntungkan Singapura sebab tidak ada pun monopoli Singapura di Iskandar Malaysia ini berbanding dengan negeri Kelantan di mana 1200 hektar terdiri daripada syarikat Singapura...
Soalan Yang Berhormat, soalan.
Apa kena-mengena dengan Kelantan ni?
Oleh itu, apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah...
Yang Berhormat Pasir Mas, kalau nak bangkitkan sesuatu, berdiri Yang Berhormat Pasir Mas, Tidak elok begitu. Kemukakan soalan, bukan fakta lain yang dibawa kepada Dewan.
Ya, ya. Ini fakta Tuan Yang di- Pertua.
Akan tetapi susah dapat soalan.
Oleh itu, saya ingin bertanya iaitu bahawa Singapura sering mengatakan bandar raya Johor Bahru ini tidak selamat. Tujuannya untuk mensabotaj Iskandar Malaysia ini. Maka apakah yang telah dilakukan oleh
IRDA untuk menjadikan kawasan Iskandar Malaysia ini kawasan yang selamat untuk menarik minat pelabur asing datang ke kawasan tersebut. Terima kasih.
Menteri, kalau menjawab khususkan kepada soalan itu tadi, jangan bawa fakta–fakta yang tidak ditanya. Sila Yang Berhormat Menteri.
Kementerian Dalam Negeri telah diberi banyak peruntukan untuk menaiktarafkan lagi keselamatan dan terutamanya di Iskandar Johor, Iskandar Malaysia. Dari segi itu, kita dapat peruntukan untuk menambah polis dan cegah criminal di Iskandar. Kita juga ada perundingan dengan joint committee dengan Singapore untuk mendapat maklum balas dan juga dapat mempengaruhi Singapura tidak untuk menggambarkan IRDA ini atau Johor sebagai tempat yang tidak selamat.
Terima kasih.
Pasir Mas.
Soalan bersama ini Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Mas, Peraturan Mesyuarat 35, apabila Tuan Yang di-Pertua memanggil, baru boleh. Jangan jemput diri sendiri. [Ketawa] Sila Yang Berhormat Gopeng.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Anak Johor Tuan Yang di- Pertua.
Dalam Pembangunan IDR ini, setakat yang kita...
Anak Johor tak boleh diberi peluang yang lebih Tuan Yang di-Pertua?
Kita telah membuat keputusan di mana, apabila soalan itu daripada pihak kerajaan, maka kita beri peluang kepada pihak pembangkang. Rakyat semua mahu dengar wakil-wakil rakyatnya bercakap dalam masa setengah jam ini. Yang Berhormat Gopeng.
Setakat ini pembangunan di IDR ini nampaknya bertumpu kepada Infrastruktur dan pembangunan hartanah. Adakah pembangunan- pembangunan lain atau pun projek-projek yang lain yang ditarik, yang lebih value added? Dengan izin.
Kalau Yang Berhormat Menteri anggap itu sebagai soalan yang ada kaitan dengan soalan asal, jawab. Kalau tidak perlu jawab.
Saya akan menjawabnya. Ada tiga tumpuan pelaburan yang ditarik oleh IRDA. Manufacturing. Manufacturing kita dapat RM10 bilion. Dari segi logistik kita dapat dalam RM8 bilion. Selebihnya adalah hartanah dan yang lain- lain.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi...
Tuan Yang di-Pertua...
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...
Tuan Yang di-Pertua, kenapa garang sangat pagi ini? Saya naik takut Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
2. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan setelah Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dikuatkuasa pada Febuari 2008, apakah status terkini berhubung pendirian Kerajaan Persekutuan mengenai “Protocol to Prevent Suppress and Punish Trafficking in Persons, Especially Women and Children, Supplementing the United Nations Convention Against Transnational Organised Crime’’
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan izin saya mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia. Sememangnya kerajaan bercadang untuk menandatangani dan menyertai dengan izin Protocol to Prevent, Suppress and Punish Trafficking In Persons, Especially Women and Children, Supplementing the United Nations Convention Against Transnational Organized Crime ataupun Protokol untuk Mencegah, Menghapus, Menghukum Pemerdagangan Orang terutamanya Wanita dan Kanak-kanak tambahan kepada Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Jenayah Rentas Negara Terancang atau UNTOC. Untuk makluman Dewan yang mulia, sukacita saya memaklumkan bahawa, sejak ratifikasi dibuat pada 24 September 2004, Malaysia merupakan negara pihak kepada UNTOC dan sekarang ini sedang melakukan persiapan dan tindakan yang sewajarnya untuk membolehkan Malaysia menyertai protokol berkenaan yang juga dikenali sebagai TIP protocol, Trafficking in Person Protocol.
Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sangat mendukacitakan Malaysia terkenal bukan saja sebagai negara import, tetapi transit dan juga eksport pada sebilangan warga asing baik lelaki, perempuan malahan kanak-kanak yang diperdagangkan daripada Indonesia,Thailand, Filipina, Kampuchea, Vietnam, Burma. China, India, Nepal, Bangladesh dan Pakistan untuk tujuan pengeksploitasi buruh dan juga seks. Jadi saya nak tanya, walaupun Malaysia telah di bawah diturunkan senarai tier kedua dalam pemerhatian atau protokol yang memantau masalah ini. Langkah-langkah yang dibuat di bawah Akta Anti- Pemerdagangan...
Soalan Yang Berhormat.
Soalan, berapa orangkah yang telah didakwa, yang saya tahu seorang sahaja, tetapi terdapat juga kakitangan kerajaan yang terbabit dalam pemerdagangan orang ini kerana tiga tahun lepas pada Februari 2005, beberapa kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara ditahan kerana disyaki memalsukan kad-kad pengenalan penduduk tetap.
Soalan Yang Berhormat. Itu fakta.
Soalannya satu lagi, itu yang nak tanya. Berapa orang kakitangan yang telah didakwa dan satu lagi adalah kerana banyak pemerdagangan, yang anti pemerdagangan orang - Tuan Yang di-Pertua, saya pun dah tersasul-sasul kerana nak cepat ni, tetapi apa yang berlaku dan yang sepatutnya dilindungi.
[Menyampuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat, senyap sedikit.
Apakah langkah- langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyediakan perlindungan kepada mangsa pemerdagangan orang-orang di Malaysia ini mengikut standard yang diperakui antarabangsa. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, tolong singkatkan kepada apa yang disoal sahaja.
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan yang pertama adalah soalan yang terlalu spesifik iaitu berhubung
dengan pendakwaan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara yang didakwa berhubung dengan pemalsuan MyKad. Soalan itu terlalu spesifik dan saya memerlukan notis. Berhubung dengan selepas penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang, sukacita saya memaklumkan bahawa kerajaan di bawah akta tersebut telah menubuhkan dua tempat perlindungan iaitu untuk kanak-kanak dan satu lagi untuk wanita. Sekarang ini terdapat lima orang yang dilindungi sementara mereka dihantar balik ke negara masing- masing. Proses ini memakan masa kerana selepas seseorang itu ditangkap oleh pegawai penguatkuasaan maka dia akan dibawa ke hadapan seorang majistret yang akan memerintah supaya tempoh 14 hari orang-orang ini disoal siasat. Kalau dapat dibuktikan bahawa orang yang berkenaan adalah mangsa kepada pemerdagangan orang maka mereka akan dilindungi. Saya percaya apabila penguatkuasaan ini yang telah diwartakan pada 28 Februari yang lalu dan dengan penyertaan kita dalam protokol ini maka placement kita dalam tier akan meningkat. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Kalabakan.
Assalamualaikum, Tuan Yang di- Pertua.
Wa’alaikumussalam.
Pemerdagangan manusia atau orang ini kita ada aktanya tetapi kita nampak di Pantai Timur Sabah ia tidak dikuatkuasakan. Saya mahu tahu pertamanya, agensi kerajaan yang mana membuat penguatkuasaan kerana kita nampak setiap hari ramai gadis daripada Indonesia di bawa masuk. Jadi, saya mahu tahu agensi yang mana satu sama ada polis, marin atau ada agensi lain yang mengambil tindakan terhadap pemerdagangan orang ini. Kedua, saya mahu tahu di daerah Tawau ini berapa banyak agensi yang membawa masuk gadis-gadis ini yang sudah dibawa ke mahkamah dan berapa jumlah orang yang sudah didakwa.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Berhubung dengan agensi penguatkuasaan, di bawah Akta Antipemerdagangan Orang 2007, tertubuh satu majlis yang dinamakan sebagai Majlis Antipemerdagangan Orang (MAPO) yang berkuat kuasa untuk memantau. Namun soal penguatkuasaan hendaklah dijalankan oleh badan-badan penguatkuasaan yang lain seperti PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia dan jabatan-jabatan yang berhubung kait dengan penguatkuasaan yang lain. Berhubung dengan berapa orang yang telah didakwa, soalan ini juga adalah spesifik kerana pendakwaan tidak sahaja berlaku di bawah Akta Antipemerdagangan Orang tetapi di bawah Akta Imigresen dan akta-akta yang lain. Terima kasih.
3. Dato’ Seri Azmi bin Khalid [Padang Besar] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan setakat ini apakah peluang-peluang ekonomi telah diwujudkan kepada para petani di dalam penternakan rusa dan burung unta oleh Jabatan Haiwan memandangkan jabatan tersebut adalah sebuah agensi di bawah kementerian yang mempunyai ladang-ladang dan burung unta di beberapa tempat negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Veterinar yang dulunya dikenali sebagai Jabatan Haiwan mempunyai sebuah seksyen bernama Seksyen Aneka Haiwan yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan jenis-jenis haiwan yang sekarang ini kurang menggalakkan pemajuannya termasuklah rusa dan burung unta. Tuan Yang di-Pertua, jabatan mempunyai beberapa buah ladang rusa pada masa ini termasuklah di Sungai Siput dan Lenggong di Perak dan di Batu 20, di Perlis. Bilangan rusa yang terdapat di ladang-ladang ini ialah kira-kira 1,110 ekor di Sungai Siput, 1,200 ekor di Lenggong dan kira-kira 240 ekor di Batu 20, Perlis. Bagi ternakan burung unta cuma terdapat satu sahaja kawasan milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar iaitu di Sungai
Siput yang mempunyai kira-kira 200 ekor sahaja. Rusa ini diimport daripada Mauritius dan New Caledonia manakala burung unta daripada Afrika Selatan. Tuan Yang di-Pertua, sebahagian besar daripada penternakan rusa dan burung unta diusahakan oleh individu dan syarikat, tidak oleh kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Bilangan penternak rusa pada masa ini ialah 142 orang dengan jumlah rusa 16,000 ekor. Bagi penternak burung unta pula terdapat 21 orang penternak dan jumlah burung unta pula cuma 1,170 ekor sahaja. Jabatan memberikan beberapa bantuan dalam bentuk khidmat nasihat dan teknikal kepada penternak dan pihak Agro Bank sedia menimbangkan permohonan daripada penternak-penternak yang berminat. Bagi penternakan rusa antara syarikat yang ternama dalam bidang ini ialah Syarikat Hightech Deer Farm di Rawang yang mempunyai 800 ekor rusa tetapi bagi penternakan burung unta tidak ada sebuah syarikat pun yang menonjol. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan rusa dan burung unta mempunyai potensi yang besar iaitu pertama ialah kerana protein yang tinggi dan kolesterol yang rendah. Kedua, ada potensi hiliran dan ketiga, ada potensi agrotourism, maka kerajaan akan menggalakkan ternakan haiwan-haiwan ini. Pihak jabatan telah pun menerima beberapa cadangan untuk memajukan sektor ternakan rusa dan burung unta dan insya-Allah kita akan memberi pertimbangan yang serius kepada permohonan-permohonan tersebut. Terima kasih.
Yang Berhormat Padang Besar.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri yang datang sendiri untuk menjawab. Tuan Yang di-Pertua, saya bertanyakan soalan ini oleh kerana di kawasan saya sebuah kawasan yang dikhaskan sebagai kawasan padang ragut yang bertujuan untuk membantu lebih daripada 80 orang keluarga yang ditempatkan di kawasan berkenaan. Projek-projek ini sepatutnya menjana pertumbuhan ekonomi kepada penduduknya tetapi selama 20 tahun ia gagal membawa kesan ekonomi. Kawasan ini yang digunakan untuk ternakan burung unta dan rusa sebenarnya bersaing dengan keperluan masyarakat setempat untuk membela ternakan-ternakan, kenapa tidak digunakan...
Soalannya, Yang Berhormat.
Soalannya sekarang kenapa tidak digunakan untuk membela kambing kerana ternakan kambing pada hari ini sudah menunjukkan potensi dan kemampuan untuk memberi pendapatan yang terbaik kepada masyarakat setempat. Saya melihat juga Bank Pertanian yang sepatutnya memberikan pinjaman kepada petani-petani pada hari ini kalau dibandingkan dengan Thailand - Bank Thailand ia mempunyai satu badan khas di bawah bank berkenaan untuk membantu sebagai extension service membantu petani bukan sekadar memberi kewangan. Jadi, saya bertanya sama ada kementerian mampu melihat peranan Bank Pertanian yang sekarang ini diberi jenama baru akan mewujudkan satu sistem yang sama ataupun hampir sama dengan Thailand. Terima kasih.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini Agro Bank yang dulunya namanya Bank Pertanian memanglah tidak menyediakan perkhidmatan pengembangan ataupun dengan izin extension service yang meluas ada disediakan tetapi memanglah tidak mencukupi. Kementerian telah mengarahkan jabatan- jabatan yang terlibat termasuk Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga Jabatan Perikanan untuk lebih kerap turun padang, lebih-lebih lagi semasa kita menghadapi masalah bekalan makanan dan harga yang meningkat ini. Insya-Allah kita akan memastikan gerak kerja yang dijalankan oleh jabatan ini dilaksanakan secara bersepadu bersama-sama, termasuk Agro Bank. Soalan pertama yang berkaitan dengan Padang Besar, Yang Berhormat Padang Besar sudah pun memaklumkan perkara ini kepada saya dan Yang Berhormat telah menjemput saya melawat kawasan. Memang benar kawasan berkenaan kurang maju dan Yang Berhormat telah mencadangkan agar ternakan burung unta dan rusa juga yang sekarang ini mungkin kurang terserlah kemajuannya digantikan dengan ternakan kambing. Cadangan ini baru sahaja dimajukan kepada saya oleh Yang Berhormat Padang Besar.
Insya-Allah jabatan akan mengambil pertimbangan yang serius terhadap cadangan daripada Yang Berhormat Padang Besar.
Terima kasih. Yang Berhormat Rantau Panjang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya sejauh manakah permintaan pasaran terhadap daging rusa dan unta setakat ini dan apakah program promosi yang telah dibuat oleh pihak kementerian. Apakah kerajaan bercadang supaya program ternakan ini diluaskan di setiap negeri di Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Promosi setakat ini agak terhad. Syarikat-syarikat berkenaan menyertai beberapa pameran yang dianjurkan oleh kerajaan bukan sahaja oleh Kementerian Pertanian tetapi juga oleh pihak-pihak lain. Jadi dari segi promosinya terhad oleh sebab bilangan syarikat yang juga terlibat tidaklah begitu ramai. Namun begitu pasarannya untuk menjawab soalan pertama Yang Berhormat Rantau Panjang, potensinya cukup besar. Seperti yang saya maklumkan tadi, kedua-dua daging ini iaitu daging rusa dan juga burung unta mempunyai kandungan protein yang tinggi. Ia di antara tertinggi jika dibandingkan dengan binatang-binatang lain. Kandungan kolesterolnya antara paling rendah. Maka, masyarakat hari ini lebih dengan izin health conscious, memanglah berminat untuk makan daging-daging ini. Namun begitu, oleh sebab bekalan yang terhad, maka ini mengekang perkembangan pasaran. Harga pun agak tinggi. Kalau harga rusa sekitar RM40 ke RM50 satu kilo, begitulah juga harga daging burung unta pun tinggi juga. Selain daripada itu seperti yang saya sebut di dalam jawapan kepada soalan asal, kedua-dua jenis ternakan ini mempunyai beberapa potensi untuk dibangunkan industri hiliran termasuklah buat beg, velvet dan lain-lain. Terima kasih.
4. Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah pendaftaran semua pemilih akan dimulakan dan adakah kerajaan bersetuju pendaftaran wajib bagi semua rakyat yang cukup umur 21 tahun dan bilakah Akta Pilihan Raya akan dikaji semula.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengembalikanlah semula satu perkataan yang terjatuh di dalam soalan ini iaitu “semula”. Ia berbunyi menyatakan bilakah pendaftaran semula semua pemilih.
Sila Yang Berhormat Menteri. Ambil kira dengan satu perkataan tadi, “semula”. Pendaftaran semula semua pemilih. Bagi saya tidak ada apa- apa, tetapi bagi Yang Berhormat, significant. So, sila Yang Berhormat Menteri. [Disampuk] Jadi kalau ada perbezaan, jadi makna jawapan itu pun ada perbezaan. Itulah dia tekankan.
Jadi kalau begitu Yang Berhormat, saya cuma boleh jawab yang automatik itu sahaja. Sebab bila semua dan semula, maknanya saya terpaksa bagi tarikh bila kita hendak buat semula kalau dipersetujui. Akan tetapi jawapan yang diberi oleh SPR tidak menjawab sedemikian. Jadi kalau Yang Berhormat punya soalan itu, saya akan bagi tahu kepada mereka secara bertulis akan menjawab apa yang Yang Berhormat kehendaki. Cuma daripada segi menjadikan pendaftaran pemilih sebagai wajib, kerajaan tidak bercadang untuk berbuat demikian kerana kerajaan percaya sistem pendaftaran pemilih yang diamalkan sekarang agak selesa dan tidak menyusahkan orang ramai. Sekiranya pendaftaran pemilih dijadikan sebagai mandatori, ia akan melibatkan penguatkuasaan undang-undang yang boleh menyusahkan orang ramai. Tindakan mewajibkan pendaftaran pemilih akan bertentangan dengan Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan hak kebebasan diri dan juga bercanggah dengan sistem demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia. Kerajaan juga percaya bahawa peratusan mendaftar sebagai pemilih yang tinggi iaitu melebihi 73% daripada jumlah warganegara
yang layak mendaftar sebagai pemilih adalah satu petunjuk yang jelas bahawa masyarakat Malaysia sedar akan hak mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan.
Soalan tambahan. Sehingga akhir tahun sudah, terdapat lebih kurang 4 juta pengundi-pengundi muda yang belum mendaftar. 80% daripadanya ialah di kalangan belia Melayu. SPR telah pun mengadakan roadshow tetapi gagal untuk menarik minat untuk mendaftar di kalangan Melayu. Apakah langkah-langkah yang berkesan yang dicadangkan oleh kerajaan untuk menjadikan golongan belia ini terutama orang-orang Melayu berdaftar dan menjadi pemilih?
Tuan Yang di-Pertua, kita sedar tentang bahawa ada sejumlah 4 juta yang tidak mendaftar. Kerajaan sentiasa meminta kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya supaya seboleh-bolehnya pastikan mereka mendaftar. Sebab itulah diadakan roadshow yang perlu kita adakan selalu, pertamanya. Keduanya, memudahkan untuk mendaftar. Sebab itu, meja-meja pendaftaran diadakan di kompleks-kompleks membeli-belah di mana kita tahu ramai belia yang ada, tidak kiralah belia Melayu atau bukan Melayu, kita mahu mereka mendaftar. Jadi kita sentiasa mengadakan kemudahan dan kita mempermudahkan pendaftaran. Jadi sekali lagi saya hendak tegaskan iaitu bahawa kita tidak mahu memaksa kerana tidak mahu mendaftar itu juga merupakan satu pilihan yang diberikan kepada rakyat.
Terima kasih, Tamparuli.
Tuan Yang di-Pertua, Tuaran ya.
Tuaran, ya maaf.
Soalan saya Tuan Yang di-Pertua ialah saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah dasar ataupun tindakan untuk menyelesaikan masalah pemilih-pemilih yang sudah meninggal tetapi nama masih ada dalam pendaftaran? Kedua, apakah tindakan kerajaan untuk mengkaji semula nama- nama pemilih yang disyaki memiliki kad pengenalan yang diragui? Terima kasih.
Ada berkaitan Yang Berhormat, tetapi remote kalau Yang Berhormat mahu jawab pun boleh.
Ya?
Soalan itu kaitan dengan soalan asal, remote. Bermakna tidak, tetapi kalau Yang Berhormat jawab pun boleh.
Tidak mengapa, saya boleh jawab. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan iaitu kematian di dalam negara kita ini berlaku pada setiap minit. Kalau untuk kita hendak memastikan kita selalu boleh update dan on time, memastikan iaitu siapa yang mati itu dikeluarkan, ini beyond human capacitylah, tidak boleh buat. Sebab kematian berlaku pada setiap minit. Sudah tentu untuk membersihkan buku pendaftaran daripada mereka yang telah meninggal dunia, kita perlu mendapat laporan daripada pihak JPN ataupun pejabat polis untuk memaklumkan kepada kita. Jadi sudah tentu ia akan memakan masa sedikit. Namun begitu, pihak SPR sentiasa mengadakan pembersihan ini berkala. Jadi, bila berkala dan kita dapati bahawa orang itu sudah mati, kita keluarkan daripada pendaftaran. Namun begitu Yang Berhormat, tidak mungkin orang mati boleh mengundilah, jangan bimbang. Soalan yang kedua, berkenaan dengan apa tadi?
Nama pemilih yang disyaki kad pengenalan palsu.
Baik, seperti mana yang kita semua sedia maklum, SPR akan bertindak atas aduan yang dibuat oleh orang ramai. Jadi kita perlu kerjasama daripada orang ramai untuk memaklumkan kepada kita bahawa si anu, si anu itu mempunyai dua kad pengenalan atau apa. Setelah dimaklumkan kepada kita, saya beri jaminan iaitu bahawa sememangnya SPR akan membersihkan nama ini.
Terima kasih. Penjelasan sedikit, ini penting. Saya tidak faham, kerajaan dan SPR selalu meminta kepada orang ramai supaya melaporkan orang yang mati, tetapi the consciousness of orang kampung ini kurang. Jadi bolehkah kerajaan boleh mengadakan satu program untuk merayu kepada orang ramai supaya melaporkan orang yang sudah meninggal supaya nama itu tidak terus tinggal dalam pemilih. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya benarkan tadi Yang Berhormat Tuaran untuk kemukakan itu kerana soalan ini adalah soal pilihan raya. Penting daripada kedua-dua belah pihak. Soal pilihan raya, siapa menang, siapa kalah. Sila Yang Berhormat Menteri kalau mahu menjawab.
Ya, Tuan Yang di-Pertua. Kita ada pegawai yang berada di sini. Mereka akan mencatatkan apa yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat dan kita harap supaya SPR boleh mengambil maklum dan juga ambil tindakan, kalau boleh.
Ya, lain-lain Yang Berhormat itu janganlah buat ikutan macam apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tuaran tadi. [Ketawa]
5. Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit] minta Menteri Kewangan menyatakan sumbangan sektor perkhidmatan kepada pendapatan am negara dalam masa 5 tahun ini dan apakah tindakan kerajaan untuk mengurangkan pengaliran keluar wang kita terutamanya melalui dasar “Outsourcing”, di mana syarikat-syarikat asing mendapat peluang perniagaan dalam negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan kukuh ekonomi negara dipacu oleh perkembangan pelbagai sektor di dalam ekonomi. Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan sumbangannya terus meningkat setiap tahun. Pada tahun 2003, sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK adalah sebanyak 50.5%. Manakala pada tahun 2007 telah meningkat kepada 53.6%. Shared Services and Outsourcing dengan izin SSO merupakan komponen sektor perkhidmatan yang semakin berkembang serta dijangka menjadi salah satu penyumbang utama industri outsourcing telah berjaya menarik masuk pelaburan asing ke negara kita.
Industri ini juga mampu mewujudkan keseimbangan aktiviti perniagaan antara syarikat asing dan tempatan. Kemasukan syarikat asing ke negara ini akan mewujudkan pemindahan teknologi dan maklumat kepada warga tempatan yang bekerja di syarikat- syarikat asing dan secara tidak langsung akan melatih lebih ramai pekerja tempatan yang berkemahiran dan berpengetahuan. Kerajaan telah menetapkan kriteria bagi syarikat- syarikat SSO asing yang berada di negara ini agar menjana 70% pendapatan hasil dari eksport pada akhir tahun ketiga operasi dan pada tahun-tahun seterusnya. Kriteria ini menggalakkan syarikat-syarikat asing tersebut untuk memfokuskan sasaran pasaran melepasi kawasan pesisir Malaysia dan dengan ini akan mengurangkan pengaliran keluar mata wang negara. Tambahan pula, terdapat syarikat-syarikat tersebut yang berupaya menjana 100% jualan eksport. Melalui outsourcing Malaysia pula, cluster SSO membuat promosi secara agresif terhadap pelaburan langsung domestik sama ada di dalam mahupun di luar negara. Ini bagi memastikan penyertaan yang tinggi oleh syarikat-syarikat SSO tempatan. Pemerhatian yang berterusan dilaksanakan oleh jabatan SSO Multimedia Development Corporation, untuk memastikan segala aduan terhadap kriteria SSO dimasukkan ke dalam kajian impak tahunan yang dijalankan di peringkat MSC Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, syarikat-syarikat outsourcing ini bukan sahaja terhad kepada syarikat-syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Malaysia tetapi menggalakkan juga pengaliran wang masuk melalui penubuhan dan operasi syarikat-syarikat tempatan yang menawarkan perkhidmatan perkongsian kepada pasaran dunia. Dengan begitu, banyak
manfaat yang diperoleh oleh negara kita melalui industri ini maka kerajaan akan terus menggalakkan industri ini akan terus berkembang di masa hadapan. Terima kasih.
Terima kasih. Kapit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih timbalan menteri di atas jawapan itu. Sila nyatakan berapa dalam ringgit Malaysia akan mengalir keluar dari akaun sektor perkhidmatan Malaysia dalam balance appointment services account. Sekiranya cabotage polisi dimansuhkan, dalam pengetahuan saya jumlah ini agak besar. Adakah sudah dikaji sedalam-dalamnya impak kepada balance appointment in this services account Malaysia. Jika dibenarkan syarikat-syarikat perkapalan asing beroperasi dalam perniagaan tempatan. Pembayaran rate dari pengeksport Malaysia tidak akan menguntungkan Malaysia kerana ianya sudah pasti akan dibawa keluar dari Malaysia melalui penggunaan perkhidmatan syarikat-syarikat asing yang mempunyai kapal-kapal untuk perniagaan di dalam Malaysia ini. Ini sudah tentu akan memburukkan lagi defisit balance appointment in this service account bagi Malaysia akan sampai.
Yang Berhormat, soalan bukan membawa fakta pendapat Yang Berhormat.
Soalannya, apa penjelasan daripada kerajaan? Sekian, terima kasih. Puas hati.
Terima kasih, yang ditanya sahaja menteri jawab, yang tidak ditanya itu jangan jawab. Jangan bawa fakta-fakta yang tidak ditanya. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibawa oleh Yang Berhormat bagi Kapit menyentuh tentang industri perkapalan mengenai dengan Cabotage Policy, saya mohon maaf saya tidak mempunyai maklumat tersebut. Maklumat yang saya ada di sini mengenai dengan sektor perkhidmatan. Dari segi sektor perkhidmatan, perdagangan kita pada tahun 2007 berjumlah eksport RM96.8 bilion dan import RM95.4 bilion. Dari segi perkhidmatan profesional pula, pada tahun 2006 kita eksport RM4.5 bilion dan import RM6.4 bilion. Di bawah perkhidmatan profesional itu termasuk SSO seperti mana jawapan asal yang diminta oleh Yang Berhormat. Jadi mengenai dengan isu cabotage policy itu tidak dapat saya jawab.
Terima kasih. Suka saya ingatkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat lagi, soalan-soalan itu mesti merupakan soalan. Jangan import fakta Yang Berhormat-Yang Berhormat dapat dari luar, selepas itu kasi masuk itu fakta dan tanya soalan. Maksud tanya soalan tambahan ini adalah semata-mata tanya informasi yang ditimbulkan daripada soalan tadi. Jadi supaya semua jelas kepada kita banyak soalan yang dapat dijawab. Sila, Machang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jika Malaysia ingin menjadi sebuah pusat outsourcing, boleh menteri terangkan apa keistimewaan dari segi daya saing berbanding dengan pesaing lain. Apa visi dan matlamat yang digariskan untuk menjayakannya?
Terima kasih. Itu soalan, tidak payah mukadimah.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin memaklumkan mengenai dengan ranking SSO negara kita berbanding dengan pesaing kita. Pesaing kita India, mempunyai ranking pertama, China kedua dan kita ketiga, Singapura keempat. Kekuatan negara India dari segi kos yang murah serta skill workers. Dari segi China skill workers, Malaysia dari segi infrastruktur yang dipanggil sebagai world class facilities. Kemudian di samping itu kita mempunyai beberapa tarikan di bawah MSC kita menyediakan insentif. Antara insentif yang kita sediakan pioneer status, investment tax
allowance dan juga beberapa dana-dana yang kita sediakan untuk syarikat-syarikat tempatan. Untuk makluman dari segi syarikat tempatan kita dalam SSO telah meningkat pada tahun 2005 daripada 12 kepada 30 syarikat dan ini penting. Dari segi syarikat-syarikat kita yang telah termasuk di dalam, dengan izin global services 100 companies for 2008. Ada lima syarikat kita masuk dalam senarai tersebut, iaitu: (i) Com Pakar; (ii) Sci Com; (iii) EA Consulting; (iv) Teledirect; dan (v) Vantage Point. Ini penting kerana apa yang ingin saya nyatakan bahawa kapasiti syarikat tempatan sudah meningkat dan ini adalah salah satu daripada tarikan syarikat luar dari segi collaboration yang boleh kita wujud. Malah dari segi venture capital, syarikat kita tidak lagi bergantung pada venture capital daripada negara kita. Venture capital daripada negara luar pun sekarang ini telah masuk ke negara kita untuk membiayai syarikat-syarikat kita. Jadi ini antara perkara-perkara penting yang saya jangka kita boleh bersaing dengan pesaing- pesaing di tempat-tempat lain.
6. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak] minta Perdana Menteri menyatakan secara terperinci kos pembinaan dan pengurusan hospital lima bintang Prince Court Medical Centre milik Petronas dan apakah rasional Petronas menceburi bidang ini sedangkan hospital swasta telah banyak dibina di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penglibatan Petronas dalam bidang kesihatan khususnya dalam penubuhan Prince Court Medical Centre atau PCMC telah dibuat setelah mengambil kira pulangan komersial dari pelaburan ini. Usaha ini adalah juga sebahagian daripada inisiatif untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat atau CSR dan ianya selaras dengan misi korporatnya ke arah menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan negara. Penubuhan PCMC adalah juga bertujuan melengkapi usaha kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan selaras dengan program pelancongan kesihatan ataupun health tourism, dengan izin. Tujuan penubuhan PCMC adalah untuk memberikan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia kepada rakyat Malaysia. Di antara perkhidmatan perubatan yang disediakan PCMC adalah perkhidmatan-perkhidmatan pakar dalam bidang-bidang kritikal seperti berikut: (i) cancer; (ii) heart and lung; (iii) women and children; (iv) urology, Nephrology and men’s health; dan (v) plastic surgery. PCMC merupakan satu-satunya hospital swasta di Malaysia yang menyediakan peralatan hyperbaric chamber untuk rawatan mangsa kebakaran dan boleh membantu mempercepatkan pemulihan mangsa-mangsa berkenaan. PCMC juga menyediakan perkhidmatan onside anaesthetic specialist, dengan izin yang mana perkhidmatan ini adalah kritikal dan boleh memberi sokongan serta-merta terutamanya ketika kecemasan. PCMC juga menyediakan sistem teknologi maklumat bersepadu yang dapat menyimpan rekod-rekod pesakit secara komprehensif.
Tuan Yang di-Pertua, PCMC menyediakan perkhidmatannya secara kerjasama dengan Medical University of Vienna atau MUV. Dalam hubungan ini, kepakaran MUV dapat dipindahkan kepada PCMC, kerjasama dengan MUV juga membolehkan doktor- doktor di PCMC mendapatkan pandangan-pandangan pakar dalam beberapa bidang teknologi tinggi. Dengan perkongsian teknologi ini rakyat Malaysia akan mendapat manfaat kepakaran yang tidak ada di Malaysia dengan caj perkhidmatan yang munasabah. Sebahagian rawatan kepakaran yang ditawarkan dan tidak disediakan oleh hospital swasta lain akan membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan rawatan dalam negeri tanpa perlu ke luar negara.
Pembangunan PCMC juga dijangka dapat menarik lebih ramai pesakit dari luar negara untuk mendapatkan rawatan di Malaysia selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan medical tourism. Sehingga ini pembinaan PCMC telah melibatkan perbelanjaan sebanyak RM544 juta, manakala kos pengurusannya pula adalah sebanyak lebih kurang RM11.5 juta setahun. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada pihak menteri, adakah Petronas bercadang untuk menubuhkan satu tabung bagi membolehkan rakyat miskin yang tidak berkeupayaan untuk mendapat rawatan di PCMC ini yang sudah tentulah nanti harganya akan tidak sama seperti mana hospital biasa. Tabung ini akan dapat dimanfaatkan oleh rakyat bagi membolehkan mereka mendapat rawatan dalam kes-kes kritikal seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tiada cadangan untuk menubuhkan tabung ini tapi rakyat masih boleh lagi menggunakan PCMC untuk rawatan tertentu. Ini digunakan melalui referral from the government hospital. Terima kasih.
Soalan saya Tuan Yang di- Pertua...
Soalan!
Ya, soalan.
Jangan ganggulah.
Soalan saya kenapa kerajaan hendak belanja duit buat hospital, apa semua ini, kalau hendak kesejahteraan rakyat. Buatlah macam kata parti pembangkang bagi sahaja RM5,000, RM6,000...
Itu bukan soalan Yang Berhormat, yang di hujung itu.
Tak, tak, soalanlah ni. Saya hendak jawab. Sungguh, bagi sahaja duit.
Sila menteri.
Puas hati pembangkang. Tolong jawab!
Itu bukan soalan. Itu kenyataan. Jawab sahaja yang dipangkal itu.
Soalan saya, kenapa tidak Petronas bagi sahaja duit kepada rakyat supaya mereka sejahtera. Tak payah buat hospital. Puas hati pembangkang!
Tak payah jawab Yang Berhormat.
Soalan tambahan, soalan tambahan.
Boleh tambahan?
Soalan itu tak kira soalan.
Sudah dua soalan tambahan.
Itu bukan soalan Tuan Yang di- Pertua.
Itu bukan soalan.
Tidak, tidak. Sudah dua soalan tambahan tetapi dia tidak menyoal. Saya anggap itu sebagai soalan dan menteri tak payah jawab.
Tak ada soalan kedua Tuan Yang di-Pertua.
Tak ada soalan kedua?
7. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [Batang Sadong] minta Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyatakan adakah kementerian mengadakan program perkongsian pintar bersama Kementerian Pelajaran menerusi sekolah-sekolah untuk memastikan pencapaian tahap yang tinggi terhadap program pembacaan.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia melalui Perpustakaan Negara Malaysia sememangnya sudah lama mengadakan program perkongsian pintar bersama Kementerian Pelajaran dalam usaha menyemarakkan minat membaca kerana kementerian ini merasakan golongan sasaran utama bagi menanam budaya membaca adalah bermula dari peringkat sekolah. Oleh yang demikian kementerian telah merancang beberapa program jangka masa panjang dan jangka masa pendek bersama Kementerian Pelajaran bagi mencapai visi masyarakat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Program-program yang telah dilaksanakan dan akan terus dilaksanakan kepada semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar-pelajar sekolah adalah merangkumi kempen membaca dan semarak jawi. Antara pengisian aktiviti kempen membaca adalah pertandingan bercerita, cerita rakyat peringkat kebangsaan, program let’s read together, program buku kawan anda, program keharuman buku, program jejak maklumat, sesi bercerita dengarlah sayang, program literasi maklumat. Bagi semarak jawi pula pengisian aktivitinya adalah sisipan jawi. Secara keseluruhannya program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan menunjukkan kesedaran yang positif mengenai amalan membaca di kalangan murid-murid sekolah. Pelaksanaan program-program ini secara berterusan memberi keyakinan kepada kerajaan bahawa kerajaan tidak bersendirian dalam membudayakan amalan membaca dan menyemarakkan kempen membaca di kalangan semua rakyat Malaysia kerana ia turut mendapat sokongan padu dari semua pihak tanpa batasan agama, bangsa dan budaya khususnya di kalangan guru-guru, ibu bapa, pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan serta pihak swasta.
Yang Berhormat Kepong. Direct to the question. Lambat sangat Yang Berhormat Kepong bertanya. Kalau tak mahu bertanya saya kasi orang lain.
Tarik balik, tarik balik. Pendang, Pendang.
Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.
Tarik balik.
Masih lagi Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong, jangan tengok lagi kiri kanan Yang Berhormat Kepong. Terus soal.
Dia tak tahu soalan.
Titiwangsalah Tuan Yang di-Pertua.
Kacau sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya.
Yang Berhormat Kepong masih berdiri. Saya sudah bagi laluan kepada Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong mahu tanya atau tidak?
Bagi orang lainlah.
Penanya soalan asal Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai program perkongsian pintar, setakat ini berapa peruntukan yang diberi kepada program-program sedemikian dan bilangan yang menyertainya? Ini soalan yang pokok.
Terima kasih menteri. Kalau menyoal pun jangan hadap menteri. Hadap Tuan Yang di-Pertua. Menteri juga tahu itu.
Terima kasih Yang Berhormat dari Kepong. Pertama soalan tentang jumlah peruntukan. Daripada tahun 2005 kita mempunyai rangka jangka panjang iaitu dalam jangka masa lima tahun dan jangka masa pendek. Perbelanjaan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan daripada tahun 2005 hingga 2010 ialah sejumlah RM5 juta dan sebahagian besar daripada peruntukan ini sudah pun kita guna pakai untuk menjayakan beberapa program seperti yang saya sebutkan. Dari segi jumlah penyertaan anak-anak murid jumlah agak spesifik. Figure saya tidak ada tapi agak menyeluruh di semua sekolah termasuk bukan hanya sekolah menengah. Kalau saya sebut senarai sekolah-sekolah yang turut terbabit agak tebal Yang Berhormat Kepong. Daripada Sabah, Sarawak, daripada Semenanjung, Perlis, termasuk sekolah menengah, termasuk IPTA dan penglibatan masyarakat bukan hanya tertakluk kepada anjuran majlis kerajaan bahkan juga pihak-pihak swasta contohnya Maxis dan agensi-agensi yang lain. Terima kasih.
Yang Berhormat Batang Sadong Tuan Yang di-Pertua!
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada menteri, apakah kejayaan yang telah kita capai sejak program pembacaan ini? Oleh kerana kita dapati budaya membaca ini masih lagi sangat kurang. [Dewan riuh] Ada apa-apa masalahkah?
Tak ada apa-apa masalah.
Budaya membaca ini masih sangat kurang di kalangan masyarakat kita. Jadi saya ingin tahu, berapa peratus agaknya kalau jika ada peratusan atau statistik itu di kalangan masyarakat kita yang membeli buku atau memperuntukkan gajinya membeli buku berapa peratus daripada gajinya dan berapa peratus agaknya di kalangan masyarakat kita yang membaca ataupun membudayakan membaca itu dalam kehidupannya?
Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Titiwangsa. Kalau didasarkan dengan kajian yang mengikuti sumber Dewan Industri Buku Melayu Malaysia pada tahun 2007, perbelanjaan yang telah dilaksanakan oleh rakyat negara ini secara purata dalam lingkungan RM1 bilion dan anggaran pada kasarnya di mana purata sebuah keluarga berbelanja adalah sebanyak RM50 setahun. Walaupun jumlahnya agak kecil tapi kita dapat melihat daripada tahun 2006, 2005 dan sebelum itu sudah ada trend peningkatan pembelian buku. Apa yang penting kepada kita pertama ialah untuk memperbanyakkan landasan pembelian buku-buku yang bermutu tinggi. Di samping itu, harga buku berpatutan juga harus diwujudkan untuk menggalakkan agar lebih ramai lagi keluarga itu untuk berupaya membelanjakan peruntukan yang mereka perolehi ataupun bulanan pendapatan mereka dalam perbelanjaan untuk buku, bukan hanya untuk mereka, bahkan anak-anak mereka.
Saya juga merayu bukan hanya pihak kerajaan, tetapi juga pihak-pihak swasta dan juga pihak-pihak pimpinan bukan hanya Barisan Nasional, pembangkang juga kalau boleh galakkan masyarakat kita membaca, kerana bangsa yang membaca itu adalah merupakan bangsa yang berjaya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, saya membuat kesilapan tadi. Seharusnya saya menjemput Yang Berhormat Batang Sadong yang mengemukakan soalan asal.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Nanti dulu Yang Berhormat, belum lagi saya jemput. Saya perbetulkan kesilapan saya dan kalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang cuba pertikaikan keputusan saya, lain kali lihat Peraturan Mesyuarat 43 - bawa usul. Sila.
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tiada bumi yang jarang-jarang ditimpa hujan.
Ya, berhubung dengan soalan saya yang pertama tadi mengenai penggalakan kita untuk membaca, berapakah yang disasarkan pembinaan perpustakaan terutama sekali di negeri Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan? Terima kasih.
Sila menteri.
Tuan Yang di-Pertua, rancangan kita untuk membina perpustakaan di negara kita memang digalakkan, malahan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kita telah memperuntukkan satu jumlah yang agak besar untuk pembinaan perpustakaan bukan hanya di bandar bahkan juga perpustakaan di luar bandar, tetapi oleh kerana kewangan amat terbatas, agaknya terpaksa kita mengurangkannya. Persoalan dari segi jumlah dan berapa buah bilangannya saya akan lakukan secara bertulis kepada Yang Berhormat Batang Sadong.
8. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bilakah tapak pelupusan sampah untuk Daerah Kuala Langat yang terletak di Kuala Langat Selatan boleh beroperasi memandangkan kawasan pelupusan sampah yang sedia ada sangat tidak sesuai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, perancangan asal projek tapak pelupusan Kuala Langat ini telah dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menggantikan tapak pelupusan Sungai Sedu yang telah diarah tutup kerana telah penuh. Tapak pelupusan ini terletak di Tanjung 12, Kuala Langat bertujuan untuk menampung sisa pepejal dari Daerah Kuala Langat, Sepang, Cyberjaya dan Putrajaya yang kadar penjanaannya sebanyak 1000 tan sehari. Walau bagaimanapun, peruntukan undang- undang perlu dipatuhi sebelum ia boleh dibina dan dioperasikan mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, Akta 672. Dalam peruntukan tersebut, keperluan memohon kelulusan untuk membina dan lesen untuk mengoperasikannya hendaklah diperolehi daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Sehingga kini projek ini dalam peringkat akhir kajian dengan izin, Detailed Environmental Impact Assessment atau DEIA di mana laporan kajian tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar dan sedang dinilai.
Terima kasih. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Soalan saya ialah kerajaan telah mula menswastakan pengurusan sistem pepejal di bawah Rancangan Malaysia Kelapan sebagai langkah untuk memastikan sistem pengurusan sistem pepejal ini lebih cekap. Sebelum diadakan setiap projek itu, adakah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Alam Sekitar ataupun pakar-pakar yang terlibat dalam institut pengajian tinggi sebelum membenarkan projek dilaksanakan di setiap pelupusan sampah dibuat.
Terima kasih, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat. Benar seperti apa Yang Berhormat beritahu tadi, dimaklumkan bahawa apa yang kita hendak buat adalah untuk menambah baik kepada semua sistem yang ada dalam negara kita termasuklah mengikut akta yang telah pun kita luluskan. Oleh kerana lesen perlu diperolehi, maka sesiapa sahaja yang menghendakkan mana-mana facilities yang hendak dibangkitkan di mana-mana, mereka perlu mendapat izin daripada Perbadanan Sisa Pepejal dan inilah yang menyebabkan kadang-kadang kalau terlewat, oleh kerana kajian perlu dibuat apabila mereka mengemukakan sesuatu permohonan untuk mendapat lesen dan izin daripada perbadanan.
Terima kasih, ya sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin tahu sama ada kementerian sudah memutuskan teknologi pelupusan sisa pepejal sudah ditetapkan, sama ada siapakah yang akan menentukan teknologi iaitu perbadanan atau pun kementerian? Terima kasih.
Ini Yang Berhormat, soalan asal tapak pelupusan, cerita sekarang ini teknologi. Jadi bagi saya itu jauh sekali. Kalau Yang Berhormat mahu jawab, jawab. Kalau tidak, tak apa. Yang Berhormat Seputeh.
Tuan Yang di-Pertua, teknologi yang dimaksudkan adalah teknologi yang digunakan bagi sistem sisa pepejal dalam negara kita. Memang benar apa yang kita buat hari ini adalah untuk menentukan bahawa teknologi-teknologi yang digunakan adalah mengikut segala prosedur yang telah pun kita buat. Sesiapa sahaja yang ingin mengemukakan untuk mendapat lesen bagi mendirikan facilities untuk sisa pepejal ini, mereka boleh mengemukakan apa sahaja teknologi yang mereka ada, kemudian kerajaan melalui perbadanan akan mengkajinya dan seterusnya jabatan melalui kementerian akan memberikan kelulusan untuk mendapatkan lesen tersebut. Sekian, terima kasih.
9. Datuk Wilfred Mojilip Bumburing [Tuaran] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan apakah dasar dan program kementerian beliau untuk membangun kaum wanita miskin tegar di luar bandar, khasnya Sabah supaya mereka dapat berdikari dan sikap terlalu bergantung dapat dikurangkan.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membantu golongan miskin tegar luar bandar tanpa mengira jantina. Dalam usaha ini program-program yang dilaksanakan dikategorikan dalam tiga bidang utama yakni: (i) meningkatkan tahap ekonomi yang dilaksanakan melalui Program Peningkatan Pendapatan yang memberi bantuan pada kadar tidak melebihi RM10,000 seorang bagi menjalankan aktiviti ekonomi secara kecil-kecilan;
(ii) meningkatkan kualiti kehidupan yang dilaksanakan melalui Program Bantuan Rumah dan melalui Program Pembangunan Masyarakat Setempat; dan (iii) pembangunan modal insan melalui Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya, Program Kecemerlangan Pendidikan, Program Pembangunan Minda Insan, Taska dan Program Tambahan Makanan Seimbang. Semua program tersebut boleh melibatkan golongan wanita miskin tegar luar bandar, kerana dalam kriteria pemberian projek kepada peserta miskin tegar antara keutamaan yang menjurus kepada wanita adalah suri rumah daripada keluarga miskin tegar, ibu tunggal yang mempunyai ramai tanggungan, ahli isi rumah miskin tegar yang ditanggung oleh ibu tunggal dan suri rumah yang ditanggung oleh ketua isi rumah kurang upaya.
Sila, Tuaran.
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya agak spesifik iaitu kaum wanita miskin tegar di luar bandar. Kalau diizinkan saya terangkan sedikit sebelum saya menyoal soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Apa yang kita lihat khasnya di Sabah ini...
Ini Yang Berhormat Tuaran sudah buat macam tabiat, tadi saya kasi kelonggaran minta kelonggaran balik.
Ini khusus Tuan Yang di-Pertua...
Kalau saya kasi kelonggaran sama Yang Berhormat Tuaran, semua pun minta kelonggaran juga.
Tapi soalan tambahan saya hanya dengan penerangan sedikit Tuan Yang di-Pertua.
Berapa perkataan?
Sedikit sahaja. Untuk makluman menteri di Sabah ini...
Ini sudah kenyataan Yang Berhormat. Saya tidak boleh benarkan.
Okey, saya soal. Kalau dapat dibenarkan...
Soalan tambahan sila soal.
Saya ingin bertanya kepada menteri, apakah pendekatan khusus kepada kaum wanita miskin tegar di Sabah, di mana kita lihat mentaliti pergantungan ini agak tinggi. Apabila kita ke kawasan, selalunya wakil rakyat, jadi apakah program yang khusus nampaknya program yang ada sekarang ini yang disebut menteri itu kesannya agak kurang. Jadi apakah program yang khusus? Terima kasih.
Terima kasih, menteri.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Program-program yang dilakukan bagi pembasmian kemiskinan, Kementerian Luar Bandar di Sabah bagi tahun 2008 secara spesifiknya program-program seperti Program Peningkatan Pendapatan bagi tahun ini kita ada 1670 program.
Keduanya Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya ada 930, Program Kecemerlangan Pendidikan ada 5,528, Program Pembangunan Minda Insan ada 1,033 program, kemudian ada Program Bantuan Rumah. Seperti baru-baru ini saya pergi ke Pinangan, kita membina rumah-rumah yang terbakar sebanyak 35 buah di Pinangan sahaja melibatkan kos lebih kurang hampir RM1 juta.
Kemudian Program Pembangunan Masyarakat setempat 50 buah, taska ada lima buah yang melibatkan 150 bilangan pelajar setiap taska. Begitu juga Program Tambahan Makanan Seimbang ada 6,650 keluarga. Bagi negeri Sabah untuk tahun 2008, kerajaan berbelanja lebih kurang RM44,803,435.
Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri itu kurang tepat. Kerana soalan...
Nanti Yang Berhormat. Itu Yang Berhormat kenyataan fakta bercanggah menimbulkan perbahasan. Saya tidak mahu dengar lagi ada mukadimah- mukadimah. Soalan! Itu bermakna menimbulkan perbahasan. Soalan.
Tuan Yang di-Pertua, dengan segala hormatnya walaupun Tuan Yang di-Pertua ialah untuk mempengerusikan Dewan ini, tetapi saya rasa tidak perlulah untuk mengajar setiap Ahli Yang Berhormat untuk bagaimana menanyakan soalan tambahan. Ahli-ahli Pembangkang: [Tepuk]
Ini bukan sekolahlah!
Kalau begitu Yang Berhormat, kamu tidak perlu ada Tuan Yang di-Pertua duduk di sini. Itulah makanya, apabila saya benarkan begitu, soalan-soalan yang dibawa yang juga meronta-ronta untuk dijawab, tidak dapat dijawab. Jadi keadilan ini adalah untuk semua, bukan untuk satu, dua orang sahaja. Kemukakan soalan kerana itu konvensyen dalam mana-mana Parlimen di dunia. Sila kemukakan soalan.
Ya, konvensyen Parlimen di Malaysia ialah kita boleh buat komen.
Kemukakan soalan Yang Berhormat, kalau tidak saya bagi kepada orang lain.
Di sini yang ditanyakan ialah program- program untuk kaum wanita miskin di luar bandar. Apa yang dijawab ialah program-program untuk mengurangkan kemiskinan. Akan tetapi sasarannya bukan kaum wanita yang miskin di luar bandar. Sama ada soalan tambahannya ialah adakah sama ada kementerian ini adakan program yang sasarannya ialah kepada wanita yang miskin di luar bandar? Jikalau ada silakan memberikan jenis-jenis program.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat daripada menteri, jawapan-jawapan itu apabila ada soalan tumpukan kepada apa yang dibangkitkan. Jangan bawa fakta-fakta yang ditulis oleh pegawai-pegawai untuk menarik perhatian, seolah-olah Ahli-ahli Yang Berhormat Menteri semuanya pandai-pandai belaka. Jadi bermakna soalan yang ditanya tu yang dijawab.
[Menyampuk]
Diam, Ahli-ahli Yang Berhormat! Apabila Tuan Yang di- Pertua bercakap di bawah Peraturan Mesyuarat 42, semua diam. Sila menteri.
Tuan Yang di-Pertua, program- program khusus untuk wanita-wanita seperti mana yang telah saya sebutkan tadi sememangnya ada. Akan tetapi selain daripada apa yang khusus untuk wanita saya mengemukakan fakta-fakta mengenai program-program membasmi kemiskinan untuk semua sama ada untuk wanita atau lelaki di negeri Sabah. Namun untuk wanita semata- mata kita kena ambil sebahagian daripada program-program yang telah pun dibaca tadi.
Buat secara bertulis kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam bagi wanita-wanita. Kerana itu yang dikehendaki.
10. Tuan M. Manogaran [Telok Intan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah kementerian bercadang untuk melebarkan jalan raya dari Bidor ke Teluk Intan dan bila kerja-kerja pelebaran akan dimulakan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Fasa 1 projek pelebaran jalan raya dari Bidor ke Teluk Intan ini di Jalan Persekutuan 58 sepanjang 12.6 kilometer dari Lorong Tembikai hingga ke Simpang Langkap telah siap dibina pada Disember 2005. Projek cadangan pelebaran jalan tersebut dari simpang Langkap hingga ke Pekan Bidor telah disenaraikan di dalam cadangan projek untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, tetapi tidak terpilih sebagai projek yang diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian sedang melaksanakan jalan pintas Pekan Bidor yang akan memberi keselesaan untuk pengguna jalan raya dari Telok Intan untuk ke destinasi sepanjang laluan persekutuan 1 ke Kuala Lumpur dan sebaliknya. Projek ini adalah dalam peringkat awal pembinaan dan tarikh milik tapak projek adalah pada 3 Mac 2008 dan dijangka akan siap pada September 2009, sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, walaupun tidak ada peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk jalan raya dari Bidor ke Teluk Intan, memandangkan banyak kemalangan jalan raya berlaku di situ, adakah kementerian sudi mengkaji balik keperluan untuk melebarkan make it a dual carriage highway dengan izin.
Terima kasih Yang Berhormat dari Teluk Intan. Sebenarnya jalan di laluan persekutuan 58 adalah dengan piawaian R5. Apa yang kita buat sekarang ialah buat satu jalan pintas untuk mengurangkan kemalangan khususnya dekat Pekan Bidor. Jalan pintas ini adalah 4 kilometer panjang atau 3.95 kilometer panjang akan juga merangkumi satu jambatan dan lampu isyarat untuk lalu lintas. Dengan adanya jalan pintas Pekan Bidor, saya agak kemalangan akan dikurangkan. Kita haraplah.
Terima kasih tidak ada soalan tambahan, kerana soalan itu adalah soalan spesifik melebarkan jalan raya di Bidor.
11. Puan Hajah Norah binti Abd. Rahman [Tanjong Manis] minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) senarai bilangan sekolah yang dirancangkan dalam RMK-8 dan RMK-9 berbanding dengan bilangan sebenar yang selesai dibangunkan di dalam RMK-8 dan RMK-9 bagi negeri Sarawak; dan (b) berapakah peratusan kontraktor tempatan yang terlibat di dalam pembinaan sekolah-sekolah tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah meletakkan pembangunan pendidikan luar bandar sebagai fokus khusus supaya semua pelajar di luar bandar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Bagi menjawab soalan seksyen (a). Dalam konteks negeri Sarawak, sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyiapkan dua buah sekolah baru. Manakala dalam Rancangan Malaysia Kesembilan pula, satu peningkatan yang mendadak sebanyak 14 buah sekolah baru akan dibina iaitu 12 buah sekolah menengah dan dua buah sekolah rendah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah melaksanakan 3,538 projek gantian, tambahan dan ubah suai serta naik taraf sekolah di seluruh negeri Sarawak yang melibatkan kos sebanyak RM4.19 bilion dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan pula KPM akan melaksanakan 2187 projek di negeri Sarawak dengan kos sebanyak RM4.33 bilion.
Bagi menjawab seksyen (b). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua projek KPM di negeri Sarawak, sama ada dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan atau kesembilan ianya dilaksanakan oleh kontraktor tempatan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun]
Yang Berhormat, nanti saya panggil. Biar Yang Berhormat bagi Kubang Kerian dahulu. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya pendek sahaja. Adakah benar masih ada sekolah lagi di Sarawak ini yang masih tidak ada lagi kemudahan asas seperti elektrik dan air? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya kementerian telah mensasarkan menjelang 2010 kita akan mencapai target sifar iaitu kita akan menyelesaikan semua masalah bekalan air dan juga elektrik. Jadi setakat ini, sudah hampir lebih daripada 90% dalam peringkat pelaksanaan. Maka kita kena tunggu sehingga 2010 dengan semua rancangan yang dilaksanakan, ianya dapat diselesaikan. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Tanjong Manis.
Terima kasih kepada Kementerian Pelajaran menyiapkan projek elektrik untuk sekolah-sekolah di negeri Sarawak. Soalan saya, walaupun kontrak-kontrak telah diberi kepada kontraktor-kontraktor tempatan mengikut kepala Kementerian Kewangan, mengapakah sub kontraktor yang diberikan kontrak tidak dikenakan syarat-syarat yang sama seperti main contractor, dengan izin, kerana kita mendapati bahawa terdapat banyak masalah yang dibangkitkan seperti kualiti kerja tidak memuaskan dan projek lewat atau terbengkalai selain dari kos yang tinggi ditanggung oleh kerajaan untuk menyiapkan projek-projek ini. Terima kasih.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, apabila kementerian memeterai perjanjian dengan kontraktor utama iaitu main con, kita memastikan bahawa kontraktor yang mendapat itu berasal dari Sarawak. Akan tetapi apabila main con, kontraktor utama itu memberi kontrak kepada sub kontraktor yang lain maka ia adalah di antara main con dengan sub con. Ini adalah urus niaga di antara dua pihak. Maka kementerian untuk jangka masa yang lebih panjang, kita mungkin memikirkan satu cara untuk kita mengawal juga supaya ia memenuhi syarat apa yang diidam-idamkan oleh Yang Berhormat. Terima kasih.
12. Dato’ Haji Mohd. Jidin bin Shafee [Setiu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa ramaikah bilangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada masa kini mengikut gred jawatan/pangkat dan sejauh manakah hasrat kerajaan mencukupkan keanggotaan PDRM bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Setiu yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia, sehingga 31 Mei 2008 jumlah keanggotaan beruniform Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah seramai 96,378 orang. Daripada jumlah tersebut, pecahan mengikut kategori pangkat adalah seperti berikut:- (i) pegawai kanan iaitu inspektor sehingga IGP - 9,711 orang; (ii) pegawai pangkat rendah polis dan konstabel polis iaitu konstabel sehingga sub inspektor - 79,412 orang; dan
(iii) pegawai pangkat rendah sokongan dan konstabel polis tambahan - 7,255 orang; Yang menjadikan jumlah besarnya 96,378 orang. Dari segi penambahan Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan keanggotaan PDRM kerajaan telah bersetuju untuk menambah seramai 60,000 orang perjawatan baru kepada PDRM secara berperingkat daripada tahun 2007 sehingga 2011. Dengan adanya penambahan ini, jumlah keanggotaan PDRM akan meningkat kepada 150,000 menjelang 2012. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, adakah kerajaan ingin mengkaji semula tugas terutamanya OCPD daerah, kalau berbanding dengan pegawai daerah, OCPD grednya lagi lebih rendah berbanding dengan tugas yang begitu ramai. Jadi saya hendak tahu adakah kerajaan berhasrat untuk meminda balik kedudukan gred bagi OCPD ini?
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Setiu yang mengemukakan soalan tambahan. Sebenarnya bukan sahaja perjawatan itu yang dalam cadangan kerajaan untuk dipertingkatkan tetapi juga kelayakan untuk menganggotai PDRM. Sebagai contoh, untuk menjadi inspektor sekarang, seseorang itu hendaklah mempunyai ijazah pertama. Maknanya berhubung dengan peningkatan dan penambahbaikan modal insan dalam PDRM, kerajaan dari semasa ke semasa bukan sahaja dari segi perjawatan tetapi dari segi kelayakan untuk menganggotai PDRM. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Bersangkutan dengan jawapan yang diberikan, saya hendak tanya adakah kerajaan mempunyai sebarang dasar untuk memastikan bahawa bilangan anggota- anggota polis yang diambil untuk mencukupkan kekurangan keanggotaan sekarang. Adakah sebarang polisi untuk memastikan kesemua rakyat iaitu juga rakyat berbangsa Cina dan India dan juga bangsa Melayu yang dijadikan anggota-anggota polis dalam proses pemilihan ini?
Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat daripada Puchong yang bertanya. Berhubung dengan keanggotaan ini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan adalah colour blind. Kita tidak mengira sama ada seseorang itu Melayu, Cina atau India kerana sejarah membuktikan bahawa di dalam PDRM bukan sahaja orang-orang Melayu yang sanggup berkorban dan mati kerana negara tetapi juga adalah orang-orang atau kaum-kaum yang lain. Kita ada pegawai-pegawai polis yang mati kerana negara daripada kaum Cina dan India juga. Sebab itu berhubung dengan pengambilan rekrut baru ini, dasar kerajaan adalah color blind. Kita tidak kira apa juga bangsa selagi mereka berminat untuk menjadi anggota polis maka kelayakan mereka akan dipertimbangkan di atas merit dan bukan atas kaum. Terima kasih.
13. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan peratus murid lepasan tadika KEMAS yang boleh membaca apabila memulakan pengajian pada tahun satu sekolah rendah.
Tuan Yang di-Pertua, pada akhir Oktober tahun 2007, KEMAS telah menjalankan kajian mengenai tahap pencapaian kanak-kanak bagi kemahiran membaca dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang melibatkan sampel kanak-kanak seramai 70,286 orang daripada jumlah keseluruhan 191,631 orang yakni 37%. Hasil kajian bagi kemahiran membaca dalam bahasa Melayu menunjukkan sebanyak 32% yakni 22,426 orang kanak-kanak telah mencapai tahap cemerlang. Sebanyak 34% yakni 24,002 orang kanak-kanak mencapai tahap baik dan sebanyak 34% yakni 23,856 orang kanak-kanak di tahap sedang berkembang.
Manakala bagi kemahiran membaca dalam bahasa Inggeris, hasil kajian menunjukkan 21% ataupun 14,701 orang kanak-kanak telah mencapai tahap cemerlang. Sebanyak 34% ataupun 23,857 orang kanak-kanak membaca tahap baik dan 45% yakni 31,720 orang kanak-kanak di tahap sedang berkembang. Hasil kajian ini menunjukkan pencapaian kanak-kanak dalam kemahiran membaca bagi bahasa Melayu ialah sebanyak 66% telah mencapai tahap cemerlang dan baik serta 34% lagi mencapai tahap sedang berkembang. Manakala dalam kemahiran bacaan bahasa Inggeris, sebanyak 55% telah mencapai tahap cemerlang dan baik serta 45% di tahap sedang berkembang. KEMAS akan memastikan supaya kanak-kanak di tabika diberi pengukuhan dan penilaian yang berterusan untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas dan perkembangan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pada tahun lalu sebanyak 6,338 orang satu kajian dibuat di Terengganu dari sekolah rendah dan daripada pelajar yang tidak boleh membaca. 90% daripada pelajar berkenaan adalah pelajar dari prasekolah.
Soalan Yang Berhormat, tadi saya tegur Yang Berhormat Bukit Mertajam fasal hal begitu.
Dan 70% daripada yang tidak boleh membaca inilah lepasan tabika KEMAS. Soalan saya, pertama ialah adakah kerajaan bercadang supaya pada masa-masa akan datang nanti kerajaan menggunakan program prasekolah sepenuhnya di sekolah-sekolah. Soalan yang kedua ialah adakah kelemahan tabika KEMAS ini ialah ada kaitan dengan terlalu banyak program politik di sekolah berkenaan. Terima kasih.
Terima kasih, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, sebenarnya pihak KEMAS, kita melatih guru-guru yang secukupnya daripada maktab-maktab di Kementerian Pelajaran dan ramai daripada guru-guru yang sedang bertugas di kelas-kelas tabika KEMAS mendapatkan kursus-kursus di dalam cuti untuk mereka memperoleh diploma. Daripada tahun 2009, maknanya pada tahun pengambilan 2006 selama tiga tahun mereka berkursus mereka akan dapat diploma dalam bidang yang mereka ceburi. Jadi, maknanya mereka guru yang terlatih dan sepatutnya mereka boleh mengajar pelajar-pelajar dengan baik. Mengenai soalan sama ada mereka terlibat dalam bidang politik, saya rasa guru-guru ini tidak terlibat dalam bidang politik. Mereka mengajar di kelas-kelas tabika KEMAS daripada pagi hingga pukul 4.00 petang.
Terima kasih. Alhamdulillahlah, pada hari ini kita mencatat satu rekod. [Dewan riuh] [Tepuk]
[Bangun]
Sehingga 13 soalan dapat dijawab. Di Parlimen-parlimen lain di dunia sampai 30 soalan dapat dijawab dalam masa satu jam. Jadi, saya berpuas hati dengan kerjasama yang saya dapat dari Ahli Yang Berhormat. Sistem ini kita akan teruskan dari semasa ke semasa. Sekarang, sesi soal jawab telah selesai. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2008 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk menubuhkan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008; untuk membuat peruntukan yang lebih baik berkenaan dengan industri kenaf dan industri tembakau Malaysia untuk membubarkan Lembaga Tembakau Negara dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang bersampingan dan berkaitan dengannya dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan
; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG AHLI GEOLOGI 2008 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah; “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua
[Bangun]
Sila, Kubang Kerian.
Tuan Yang di-Pertua, minta maaf.
Minta maaf, Yang Berhormat Ledang belum siap ya. Sila Yang Berhormat Ledang sambung dahulu. Jangan ambil hak orang lain Yang Berhormat. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semalam saya menyebut tentang tanggungjawab bersama antara pengamal-pengamal profesional seperti jurutera, arkitek dan juru ukur tanah dengan ahli geologi. Maksud saya Tuan Yang di-Pertua adalah supaya tidak berlaku pertindihan antara satu sama lain. Umpamanya antara seorang ahli geologi dengan jurutera geoteknik. Sekarang ini pun Tuan Yang di-Pertua, ramai jurutera geoteknik yang juga membuat laporan atau pun analisa yang berkaitan dengan geologi. Mungkin kerana belum ada lagi akta inilah. Maksud saya Tuan Yang di-Pertua ialah yang penting mesti ada bidang tugas yang jelas antara kedua-duanya supaya tidak berlaku pertembungan antara satu sama lain dan kepada saya kedua-dua pihak antara seorang ahli geologi dan juga jurutera geoteknik boleh berkompromi. Ini kerana daripada akta yang saya baca saya dapat memahamkan bahawa seorang ahli geologi juga boleh melakukan kerja-kerja jurutera geoteknik. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya bidang-bidang yang berkaitan dengan geologi dan bidang-bidang lain yang ada kaitan dengan geologi boleh diperjelaskan, saya yakin tidak akan berlaku pertembungan antara kedua-duanya. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga suka mencadangkan supaya pembangunan pengetahuan dan kepakaran ahli-ahli geologi ini lebih ditekankan terutamanya di dalam menggunakan segala perkakasan atau pun peralatan yang
berasaskan kepada teknologi terkini termasuklah penggunaan satelit, komputer, sensoring, dan sebagainya. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Saya mengatakan demikian Tuan Yang di-Pertua kerana saya difahamkan Petronas terpaksa membelanjakan tidak kurang RM7 juta. Dahulu RM2 juta, sekarang RM7 juta untuk membuat kerja-kerja cari gali. Mungkin dengan kemudahan teknologi yang terkini, daripada seorang ahli geologi petroleum boleh dapat menjimatkan kos cari gali tersebut. Lebih-lebih lagi dalam usaha untuk mengelakkan daripada kebergantungan kepada pakar-pakar asing. Sedangkan Tuan Yang di-Pertua, semalam saya menyentuh tentang perkara ini apabila ditanya oleh Yang Berhormat dari Sekijang. Kita mempunyai ramai ahli geologi yang sedia ada dalam negara Malaysia tetapi yang penting mereka perlu ditingkatkan pengetahuan, kepakaran mereka. Ini supaya Tuan Yang di-Pertua, apabila kita bergantung sangat kepada pakar-pakar daripada asing, semestinya juga kita terpaksa membelanjakan wang yang lebih dan yang paling saya cemburu ialah mereka mungkin membuat tuntutan kos yang terlampau ataupun terlalu tinggi sehinggakan kita terpaksa berbelanja dengan lebih. Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan hanya empat ratus sahaja ahli geologi dalam negara Malaysia yang mendaftar dengan persatuan geologi daripada tidak kurang 2,000 ahli geologi. Ramai juga ahli-ahli geologi, yang sepatutnya ahli geologilah yang berkelulusan dalam bidang geologi tidak berdaftar, tidak beramal dengan kelulusannya. Ini kerana mungkin mereka terpaksa bersaing dengan pakar-pakar lain yang ada kaitan dengan geologi sedangkan mereka bukan pakar. Saya yakin, dengan adanya akta ini dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua saya juga menyarankan supaya akta ini apabila telah diluluskan nanti sama ada di Dewan Rakyat ataupun di Dewan Negara segera dilaksanakan. Ini supaya matlamat utama seperti yang disebutkan dapat mewujudkan suasana kehidupan yang lebih selamat, selesa, kos yang lebih wajar dan berdaya saing seperti yang saya sebutkan tadi dan tidaklah perlu kita terlalu bergantung ataupun mengimport tenaga asing dalam bidang geologi. Insya-Allah dapat mengurangkan kos yang kita tanggung dan insya-Allah dalam jangka masa panjang, segala nikmat itu dapat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya menyokong. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk bersama-sama membahaskan Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008 ini dan dengan membuat sedikit penelitian terhadap maksud kepada pembentangan rang undang-undang ini. Saya yakin dan percaya bahawa profesion sebagai seorang ahli geologi ini akan dapat dimartabatkan untuk mereka berperanan lebih efisien, bukan sekadar untuk meningkatkan profesionalisme, meningkatkan pendapatan, memartabatkan mereka di dalam Majlis yang diiktiraf selepas kelulusan rang undang-undang ini seperti mana para- para doktor dan juga peguam-peguam yang memiliki Majlis masing-masing.
Tetapi yang lebih penting bagi saya adalah peranan ahli-ahli geologi ini di dalam memastikan keselamatan negara, keselamatan manusia dapat dipertingkatkan dengan kemahiran dan kedudukan mereka yang diiktiraf sebagai geologist ataupun ahli geologi. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita percaya kepada hukum alam yang merupakan anugerah Allah S.W.T, kita percaya kepada apa yang dinamakan dengan izin, the law of cost and effect, terjadinya rupa bentuk muka bumi, kejadian alam ini ada sebab dan musababnya. Maka dalam bidang ini sudah tentulah ahli geologi sangat penting. Eksplorasi mereka, penemuan-penemuan mereka dan juga kepakaran mereka memastikan rakyat dan negara mendapat manfaat sama ada dari segi mereka membuat langkah-langkah proaktif mengesan pergerakan kerak bumi, arus lautan, kelajuan udara dan juga perubahan alam itu, sudah pasti kita memiliki dan mengiktiraf kepakaran mereka ini. Sebagai contoh, bila Allah SWT menjadikan perubahan alam dengan adanya Niagara falls, Victoria falls, air terjun yang terkemuka di dunia ini. Ini adalah merupakan bukan sekadar ianya terjadi begitu sahaja tetapi peranan yang dimainkan oleh ahli geologi untuk memelihara anugerah ini yang menjadikan kedua-dua destinasi ini bukan sekadar sesuatu bahan ataupun tempat yang memberikan manfaat kepada manusia bahkan boleh menambah pendapatan negara-negara tersebut. Begitu juga dengan kejadian-kejadian Sungai Balik Muda, terjadinya tasik-tasik yang besar dan juga lulu hawa-lulu hawa yang berlaku sama ada di peringkat lulu hawa mekanisme ataupun lulu hawa kimia yang sudah tentu mencorakkan bentuk rupa bumi ini dan peranan ahli geologilah yang akan menjadikan semua fenomena ini penting sebagai maklumat kepada sesebuah negara. Kita baru-baru ini, dalam dekat ini dikejutkan dengan fenomena tsunami di mana berlakunya perubahan kerak bumi, plak bumi berubah dan selepas daripada itu kita mendapati bahawa termasuklah negara kita ini yang walaupun mengikut kajian yang dibuat oleh ahli-ahli geologi, Malaysia tidak termasuk di dalam rangkaian gunung berapi, terselamat daripada lingkaran-lingkaran gempa bumi dan seumpamanya tetapi perubahan besar yang dilihat berlakunya gempa bumi dan berlakunya tsunami di Sumatera pada akhir tahun 2004 telah menyaksikan berlakunya gempa-gempa bumi kecil yang dirasakan di negara kita sendiri. Ini tidak pernah berlaku sebelum daripada ini walaupun hanya berukuran tiga ataupun empat pada skala richter tetapi ini telah menunjukkan suatu isyarat baru dan saya yakin dan percaya ini juga adalah merupakan satu peranan yang mesti dimainkan oleh ahli geologi kita. Kita memartabatkan mereka dengan rang undang-undang ini, memberikan kepada mereka kedudukan yang baik, namun begitu kita mengharapkan kepakaran mereka, kita mengharapkan peranan mereka di dalam mereka menelaah isyarat ini, adakah untuk pada masa yang akan datang sebab bidang ataupun fenomena geografi tidak kekal. Dulu, kita belajar di sekolah tentang geografi tapi geografi tidak kekal, rupa buminya akan berubah. Apabila avalanche berlaku daripada Pergunungan Alps sebagai contoh, ianya tidak kekal begitu sahaja untuk 100 tahun tetapi ia berubah. Danau Toba yang dulunya adalah merupakan sebuah gunung berapi tetapi apabila dipelihara menjadi tasik ataupun Danau Toba yang ada pada hari ini. Letupan Krakatau sebagai contoh yang memisahkan Sumatera, terjadinya Selat Sunda itu adalah merupakan fenomena yang tidak kekal. Maka sekarang pasti perangan ahli geologi sangat penting di dalam menelaah dan menekuni fenomena ini, kejadian ini supaya mereka dapat memberikan maklumat kepada negara dalam aspek keselamatan. Begitu juga saya ingin mendapat jawapan kepada Yang Berhormat Menteri, sama ada boleh memberitahu kepada Dewan yang mulia ini, adakah peranan ahli geologi kita di dalam membantu memberikan maklumat terhadap apa yang berlaku baru-baru ini terhadap perbicaraan di ICJ tentang pemilikan Pulau Batu Putih. Sejauh mana yang saya faham dan saya cuba mendapatkan maklumat bahawa apa juga rupa bumi yang keluasannya tidak sampai 1km, maka asas-asas kerak bumi ataupun plak bumi itu mesti diambil kira dan apabila kita memerhatikan tentang keadaan geografi Pulau Batu Putih ini dengan Middle Rock dan juga South Cliff (Tubir Selatan) ini, maka jaraknya sangat hampir. Maka adakah pandangan daripada ahli-ahli geologi ini diambil kira. Kalaulah maknanya faktor keluasan muka bumi di atas laut ataupun lautan yang tidak sampai 1km itu membuktikan bahawa Pulau Batu Putih, Middle Rock dan Tubir
Selatan itu adalah merupakan suatu kumpulan batu yang sepatutnya hak miliknya ataupun kedaulatannya mesti diambil kira dan kalau boleh Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab tentang hal ini boleh memberitahu Dewan yang mulia ini tentang keadaan ini dan adakah pandangan geologists diambil kira semasa perbicaraan tersebut. Kemudian yang kedua Tuan Yang di-Pertua, apabila kita menyebut tentang ahli geologi ini, saya ingin juga mendapat pandangan adakah para-para bakal graduan kita terutamanya di UTM yang mengambil bidang ini dan saya mendapat maklum dan berpengalaman sendiri bersama rakan-rakan dalam era awal 80-an, apabila diwujudkan satu kursus Diploma Kejuruteraan Petroleum dan juga Ijazah Kejuruteraan Petroleum di mana rakan-rakan yang pada waktu itu graduate pada tahun 1984 ataupun 1985, mereka tidak mendapat pekerjaan ataupun profesion mereka pada waktu itu tidak diperlukan walaupun negara pada waktu itu masuk dekad yang kedua dan penghasilan petroleum Petronas dikatakan tidak mengambil graduan-graduan UTM pada ketika itu kerana diberikan alasan bahawa mereka tidak ada tempat ataupun tidak menawarkan jawatan tersebut di Petronas dan terpaksalah mereka pada waktu itu bekerja sebagai salesman kepada mana-mana syarikat direct selling pada waktu itu. Maka apabila kita ingin memartabatkan bidang ini, saya ingin juga mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah satu jaminan masa depan terhadap profesion ini kepada bakal-bakal adik-adik kita ataupun anak-anak muda kita yang sekarang ini sedang mengambil kursus dalam bidang ini dan adakah kita memiliki cukup tempat untuk memasarkan mereka di persada ataupun pada market yang lebih kompetitif pada masa yang akan datang. Begitu juga apabila kita mendapati rungutan-rungutan ahli-ahli geologi kita yang berkhidmat dengan Petronas pada hari ini di mana kita mendapat maklum bahawa semakin ramai di kalangan mereka yang dipinang ataupun ditawarkan dengan gaji ataupun pendapatan yang lebih lumayan oleh syarikat-syarikat minyak asing yang bersedia untuk mengambil kepakaran-kepakaran mereka ini.
Dan adakah jaminan kita memiliki tenaga kerja sumber manusia yang cukup sekiranya proses in berlaku dan apakah langkah-langkah kerajaan khususnya kementerian yang berkaitan ini dan juga Petronas supaya modal-modal insan ini yang telah pun diberikan kepada mereka kemahiran dan pengalaman yang begitu berharga akhirnya mengambil tindakan untuk meninggalkan Petronas dan memilih syarikat-syarikat lain demi mereka melihat pendapatan yang jauh lebih lumayan dengan apa yang mereka dapati pada hari ini. Kemudian kalau boleh saya juga mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berapakah jumlah geologist yang kita ambil sebagai tenaga pakar mungkin dalam bidang cari gali ataupun untuk mereka dalam bidang konsultan daripada luar negara, kerana saya juga melihat dalam akta ini bahawa membolehkan ahli-ahli profesional dalam bidang ini untuk datang ke negara ini memberikan khidmat mereka dan juga memberikan kepakaran mereka dan adakah persaingan ini merupakan persaingan yang sihat ataupun ia akan menenggelamkan ataupun meminggirkan para graduan kita yang merupakan anak- anak tempatan yang sedang belajar ataupun yang sedang menceburi bidang ini di IPTA ataupun IPTS tempatan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang yang dibentangkan ini. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan bidang geologi ini amat luas dan ahli geologi masing- masing pakar dalam disiplin berlainan. Saya ingin tahu bagaimanakah pihak berkuasa dapat menjalankan penguatkuasaan dan juga membicarakan kesalahan. Adakah anggota- anggota penguatkuasaan betul-betul juga pakar dalam bidang-bidang ini. Adakah semua pihak sudah sedia dengan prosiding perbicaraan jika kesalahan tatatertib timbul.
Tuan Yang di-Pertua, jika ada confusion di antara satu disiplin dengan yang lain yang masing-masing terlibat dalam satu kerja, kerja tertentu ini, siapakah yang akan disalahkan. Memang ini saya khuatir. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu di negara kita ini adakah badan bertauliah atau pertubuhan yang bertauliah selain dari Persatuan Ahli Geologist yang baru disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Ledang. Saya ingin tahu adakah perbincangan atau rundingan di antara pertubuhan ini dengan kementerian sebelum rang undang-undang ini dibentangkan kerana saya berpendapat Tuan Yang di- Pertua bahawa bukan semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini pakar atau dapat faham dengan dalam mengenai bidang ilmu ini iaitu geologist dan jika ahli-ahli atau ahli persatuan atau pertubuhan yang tertentu itu, mungkin mereka lebih sesuai berbincang dan memberikan pandangan mereka sebelum rang undang-undang dibentangkan kerana ini melibatkan kepentingan mereka sendiri. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanya tentang fasal 22 rang undang-undang ini mengenai amalan oleh ahli geologi asing. Saya juga sependapat dengan Ahli Yang Berhormat Kubang Kerian bahawa pendaftaran ahli geologi asing ini jika tidak dikawal atau dengan syarat-syarat tertentu, kemungkinan besar ini akan menjejaskan ahli geologi tempatan yang setanding dengan kepakaran mereka dan ini juga tidak dapat menambahbaikkan atau memajukan ilmu pengetahuan dalam bidang geologi ini. Saya percaya satu fasal spesifik jika boleh dimasukkan dalam rang undang- undang ini seperti rang undang-undang yang lain iaitu ahli geologi jika mendapat menaiktarafkan atau memajukan ilmu pengetahuan ini, maka mereka dapat markah, dapat markah untuk dapatkan sijil tahunan. Jika ini dimasukkan, mungkin kita dapat menggalakkan ahli geologi ini dapat menambahbaikkan kedudukan mereka. Tuan Yang di-Pertua, jika ahli geologi asing dibenarkan mendaftar sebagai ahli, saya minta hanya disyaratkan iaitu dalam disiplin atau bidang yang kompleksiti atau uniqueness yang boleh kita terima dan bukan semua ahli geologi asing boleh didaftarkan. Jika boleh saya harap dapat jawapan dari menteri. Saya juga ingin tahu tentang jumlah ahli geologi yang sedang berkhidmat di negara kita dan di antara mereka berapa orang ahli geologi asing dan saya juga ingin tahu adakah semua universiti awam dan swasta ada fakulti atau bidang khusus geologist dan berapakah biasiswa yang telah ditawarkan oleh kerajaan untuk tahun ini dan jumlah intake atau pengambilan di universiti awam dan swasta pada tahun ini. Akhirnya saya nak tahu usaha-usaha yang lain yang diambil oleh kementerian untuk menggalakkan minat pembelajaran bidang khusus geologi ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pendek saja. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian dan juga kerajaan kerana telah dapat membentangkan Rang Undang-undang Geologi ini ke dalam Parlimen untuk diguna pakai di dalam negara kita ini. Sepatutnya saya rasa akta ini atau rang undang-undang ini telah lama ada di dalam negara kita kerana ia merupakan satu perkara yang mesti ada di dalam sesebuah negara kerana pada ketika ini dan pada masa yang lalu banyak hasil-hasil bumi yang berkaitan dengan hasil bumi ini kita keluarkan tapi sebenarnya kita tidak ada satu akta tentang satu rang undang-undang tentang geologi ini. Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin menyentuh beberapa perkara saja. Yang pertamanya pada tahun lalu kita mendapati bahawa banyak gegaran-gegaran yang berlaku di sekitar Genting Highlands, Bukit Tinggi, kawasan Janda Baik dan kawasan-kawasan di sekitarnya yang mana gegaran ini walaupun saya difahamkan kurang daripada 3 skala Richter yang mana mungkin tidak menyebabkan kemusnahan yang hebat, yang kuat kepada harta benda dan nyawa manusia, tetapi saya rasa ia telah mendatangkan ketakutan kepada penduduk dan juga kepada mereka yang datang melancong dan juga mereka yang lalu ataupun yang lalu lalang di kawasan-kawasan tersebut.
Yang Berhormat mencelah.
Sekejap.
Apatah lagi di kawasan tersebut terdapat sebuah terowong yang menghubungkan di antara pantai timur dan pantai barat yang mana kalau gegaran ini berlaku saya rasa kita pun takut hendak melalui kawasan-kawasan ini. Sejauh mana agaknya kekuatan batu batan di situ.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Boleh Tuan Yang di-Pertua.
Okey, sila Yang Berhormat Maran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sekijang sahabat saya. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua saya hendak mengucapkan selamat datang kepada penduduk di kawasan Taman Sri Keramat dan juga pelajar-pelajar kita dalam Dewan ini. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat sebab saya kebetulan di Pahang. Janda Baik, Bukit Tinggi ini tidak jauh daripada kawasan kita. Setakat ini sudah berpuluh gegaran berlaku. Walaupun pada kadar yang kecil dan rendah, tetapi apabila kita tanya kepada Jabatan Geologi ini, mereka mengatakan bahawa masyarakat tidak perlu risau kerana gegaran agak kecil. Saya bimbang. Saya minta pandangan Yang Berhormat kalau boleh apakah cadangan kepada kerajaan supaya kita minta kajian teliti dibuat. Kalau kita betul-betul mempunyai pakar geologi yang betul-betul berkemahiran supaya saya tidak mahu nanti apabila berlakunya gegaran yang cukup hebat sehingga berlaku seperti di China dan di tempat-tempat lain, akhirnya masyarakat kita tidak lagi percaya kepada kerajaan dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab membuat penilaian ataupun penentuan kadar gegaran ini. Minta pandangan Yang Berhormat, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya daripada Maran. Saya rasa yang boleh jawab ini Yang Berhormat Menterilah, Tuan Yang di-Pertua. Kalau saya jawab, jadi tidak adillah kerana Yang Berhormat Menteri yang ada kuasa yang ada mempunyai ahli geologi yang terletak di bawahnya. Apatah lagi rang undang-undang ini yang kita bentang pada hari ini, saya rasa penjelasan lanjut akan dibuat oleh Yang Berhormat Menteri di dalam jawapan yang akan dibagikan kepada kita. Saya ingat saya masukkan sebahagian daripadanya dalam ucapan saya. Saya sambung semula Tuan Yang di-Pertua. Saya juga sebenarnya sebagaimana Yang Berhormat Maran ingin tahu apakah sebabnya gegaran ini berlaku. Apakah apabila berlaku gempa bumi yang begitu dahsyat atau yang begitu kuat di Sumatera Utara pada 3 atau 4 tahun yang lalu, kalau tidak silap saya pada 26 Disember yang mengakibatkan berlakunya Tsunami di Aceh. Mengakibatkan tenggelamnya sebahagian daripada Aceh yang mana kesannya mungkin mengakibatkan berlakunya gegaran seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Maran tadi. Maka, saya ingin tahu juga apakah lingkaran ataupun jajaran yang dipanggil Api Pasifik iaitu satu jajaran akan lingkaran gunung berapi yang tidak melalui negara kita tetapi melalui Indonesia, Filipina, Jepun sampai kepada Pantai Pasifik di Amerika Syarikat sana telah mula agaknya bergerak ke arah negara kita. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sama ada keadaan ini berlaku. Ataupun keadaan ini tidak akan berlaku terutamanya di Semenanjung kita di sebelah Semenanjung Malaysia kerana batuan kita saya difahamkan bahawa batuan kita ini adalah daripada jenis batuan gunung lipat yang lebih stabil, yang lebih kukuh jika dibandingkan dengan batuan gunung lipat yang terdapat di sebelah negara jiran kita sana. Kalau ini yang berlaku, mungkin kita hanya mengalami gegaran yang kecil sahaja sebagaimana yang berlaku di Bukit Tinggi, Genting Highlands yang baru-baru ini yang tidak akan mengakibatkan gegaran yang begitu besar. Akan tetapi sejauh mana kekukuhan batu batan kita di Genting Highlands ini atau di kawasan yang sekitarnya.
Apabila berlaku gegaran ini, saya rasa batu batan kita atau tanah tanih kita di kawasan tersebut telah mula ada ruang-ruang yang boleh dimasuki oleh air dan sebagainya. Ini mungkin mengakibatkan hakisan, mengakibatkan pelbagai-bagai lagi keadaan yang mungkin ini akan lebih boleh meruntuh ataupun boleh menyebabkan cerun- cerun di kawasan tersebut runtuh. Akhirnya akan mengakibatkan kematian, kemusnahan dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu adakah kementerian telah menjalankan kajian yang terperinci di kawasan-kawasan ini yang mana saya kira ahli-ahli geologi kita memang telah pun bekerja sebelum daripada ini. Akan tetapi sama ada ianya telah dilakukan secara yang lebih terperinci ataupun ianya belum dikaji, hanya kita menunggu gegaran yang lebih hebat, kuat baru pada masa itu kita hendak membuat kajian. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana ini penting bagi keselamatan rakyat kita terutamanya kepada penduduk-penduduk di dalam kawasan tersebut. Seperkara lagi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga tahu tentang sejauh manakah kebenaran di perut bumi ataupun di bawah Bandar Raya Kuala Lumpur ini wujudnya blind river, dengan izin ataupun sungai bawah tanah yang dikatakan mengalir dengan begitu besar sekali di bandar raya Kuala Lumpur ini. Terutamanya terdapat di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman hingga ke Chow Kit masuk ke Kampung Baru dan juga meliputi kawasan- kawasan lain di sekitar Kuala Lumpur ini. Sekiranya benar keadaan ini berlaku, ada, maka sejauh mana kajian telah dibuat kepada keadaan ini. Saya juga ingin tahu sejauh mana pula kekuatan batu batan yang terdapat di dasar perut bumi Kuala Lumpur. Ini kerana saya difahamkan bahawa di Kuala Lumpur ini batu-batanya adalah terdiri daripada limestone ataupun batu kapur yang batu kapurnya juga adalah begitu muda sekali tidak sebagaimana yang terdapat di Gunung Mat Cincang ataupun di sekitar Langkawi sana yang mana batu batan limestonenya adalah begitu kukuh. Ia boleh kita potong menjadikan marble, perhiasan dan sebagainya. Jadi saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri dan kalau ini sebenarnya yang berlaku kepada Kuala Lumpur, saya rasa orang Kuala Lumpur memang rasa tidak selamat, memang rasa tidak boleh lagi duduk di Kuala Lumpur ini.
Mohon laluan.
Sebab apabila gegaran-gegaran ini berlaku akan menyebabkan Kuala Lumpur ini apabila batu-batanya tidak kukuh dan ada pula blind river di bawahnya, maka akan berlaku gegaran, akan mendap Kuala Lumpur ini. Mungkin akan jadi sebagaimana Laut Mati dan sebagainya di Timur Tengah dan sebagainya.
Yang Berhormat hendak bagi jalan Yang Berhormat Batu Pahat?
Ada hendak tanya Yang Berhormat Batu Pahat? Silakan Yang Berhormat Batu Pahat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya dan meminta penjelasan Yang Berhormat Sekijang iaitu bahawa memang Kuala Lumpur ini berada di kawasan lembah iaitu Lembah Klang, memang lembah. Sebab itu kalau kita kaji dari segi sejarah pernah berlaku banjir besar seratus tahun yang lalu. Sebab itulah dipanggil Kuala Lumpur sebab kawasan ini memang selalu berlumpur sebab banjir ini sering berlaku. Oleh sebab itu, saya rasa bahawa pandangan ahli-ahli geologi memang mengatakan sudah tidak sesuai kita terus membangunkan Kuala Lumpur dengan bangunan-bangunan tinggi sebab memang kawasan lembah sebab itu banjir berterusan. Ada cadangan pindahkan sahaja Kuala Lumpur ini ke tempat lain dan beri nama baru ibu kota tanpa lumpur dan bukan lagi Kuala Lumpur. Apa pandangan Yang Berhormat?
[Bangun]
Yang Berhormat Maran bangun, Yang Berhormat.
Lagi sekali Yang Berhormat.
Boleh, sikit.
Minta lagi sekali. Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menarik apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Batu Pahat tadi sahabat kita Yang Berhormat Batu Pahat. Yang Berhormat Sekijang menimbulkan masalah blind river di Kuala Lumpur sahaja. Saya bimbang Tuan Yang di-Pertua, mungkin di tempat-tempat lain, sebab di kawasan saya pun ada kawasan banjir. Hujan sikit banjir. Hujan sikit banjir.
Hendak pindah kawasan juga ke Yang Berhormat?
Kalau pindah kawasan mana kita hendak pergi? Sebab Malaysia ini negara kita yang kita sayangi, kecuali pembangkang mungkin tidak sayang. Tak tahulah. Tuan Yang di-Pertua, tadi saya hendak bertanya. Minta pandangan Yang Berhormat, kalau boleh biar kita minta kerajaan ataupun ahli-ahli geologi ini mengkaji betul. Ini kerana Kuala Lumpur ini orang sudah kaya belaka dah, orang dah senang, orang dah hidup mewah dan sebagainya. Yang di kampung ini miskin ini. Jadi katalah blind river tadi dengan izin, berada juga di kampung-kampung saya di tempat lain dan akhirnya kampung-kampung ini tenggelam. Apa yang kita hendak lakukan? Ini kerana ketika itu orang miskin di kampung-kampung ini tidak ada lagi tempat. Orang besar-besar atau orang-orang kaya mungkin banyak duit dalam bank tapi kita di kampung...
Tuan Yang di-Pertua...
Jadi saya minta supaya Yang Berhormat...
Saya rasa kita telah tersasar jauh daripada berbincang tentang rang undang-undang ini.
Ini geologi ini.
Tak apalah Yang Berhormat.
Saya ingat ini geologi. Saya ingat ini geologi. Nanti tenggelam kawasan Yang Berhormat marah ke saya.
Kasi dalam butirannya.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat kena faham pertanyaan saya. Yang Berhormat menjaga orang kampung. Jikalau Yang Berhormat tidak jaga, kalau banjir tempat Yang Berhormat tak apa saya biar sahajalah. Kawasan saya, saya juga. Saya minta pandangan Yang Berhormat Sekijang. Supaya perkara ini ditimbulkan kepada kerajaan dan ahli-ahli geologi ini buat kajian yang betul. Supaya juga kalau sekarang kita keluarkan duit cukup banyak untuk beri bantuan banjir dan sebagainya. Tiap-tiap tahun banjir. Kadang-kadang dua kali, tiga kali setahun. Minta pandangan Yang Berhormat macam mana?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Maran dan juga Yang Berhormat batu Pahat tadi. Di mana, yang pertama tadi daripada Yang Berhormat Batu Pahat bahawa untuk kita memindahkan Kuala Lumpur ini. Saya rasa kalau kita untuk memindahkan Kuala Lumpur ini, persediaan pun kita telah buat sebenarnya. Pusat Pentadbiran kita pun, kita telah pindahkan ke Putrajaya walaupun pihak pembangkang marah kita dan sebagainya tapi dia tidak faham sebenarnya. Apabila Putrajaya itu wujud pada hari ini, berkembang dengan baik, barulah mereka faham.
Kedua tadi, Yang Berhormat daripada Maran iaitu tentang tempat lain yang ada blind river. Akan tetapi saya tak tahulah kalau tempat-tempat lain ini, saya rasa bergantunglah kepada kajian yang dibuat oleh ahli-ahli geologi kita di pihak kerajaan untuk mengenal pasti tempat-tempat yang ada blind river ini, bukan semua blind river ini tidak mendatangkan manfaat. Ada juga blind river yang mendatangkan manfaat. Mungkin boleh mengeluarkan air mineral dan sebagainya, mungkin. Namun, sejauh mana besar atau kecilnya blind river atau sungai bawah tanah ini, berada di satu-satu tempat itu bergantunglah kepada kawasan-kawasan tersebut. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan tadi saya punya ucapan. Saya pun telah terlupa dekat mana saya berhenti. [Ketawa] Jadi, kalau berlakunya gegaran sebagaimana yang berlaku di Bukit Tinggi ataupun di Genting Highland ini, walaupun dalam gegarannya di bawah tiga skala reaktor. Maka mungkin batu batan yang saya katakan tadi lime stone yang baru ini ataupun lime stone yang muda ini mungkin akan mudah runtuh ataupun mudah patah akan menyebabkan berlakunya mendapan tanah di kawasan Kuala Lumpur ini. Pada ketika itu, saya rasa sudah tentu banyak nyawa yang akan terkorban dan pada ketika itu kerajaan akan dipersalahkan kerana kita tidak sebenarnya membuat kajian dengan terperinci di kawasan- kawasan tersebut. Walaupun ada berita ataupun pandangan yang menyatakan bahawa terdapatnya blind river yang cukup besar terletak di bawah Bandar Raya Kuala Lumpur itu sendiri. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Berikutnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu sejauh mana rizab ataupun galian emas kita yang ada di dalam negara kita ini. Sebab pada ketika ini saya rasa kita ada mendengar di Terengganu, di Kelantan dan juga di Johor sebahagiannya di Mersing, bahawa ada sungai-sungai atau kawasan-kawasan yang membawa, yang ada mengandungi emas ini. Akan tetapi kita tidak ambil peduli ataupun ambil tahu, mungkin agaknya. Namun, bagi geologi ini saya rasa ianya amat penting sekali. Ini kerana saya difahamkan dari segi kajian yang telah pun dibuat di dalam negara kita ini memang ada di semenanjung ini tidak termasuk Sabah. Emas memang terdapat di Kelantan, di Terengganu, di Pahang dan juga di sebahagian Johor yang mana, di Johor ini sama ada di dalam kawasan saya di Mersing dan juga yang tidak pernah disentuh ialah di kawasan Ledang yang sebahagiannya persempadanan dengan saya. Jadi saya ingin tahu sejauh mana rizab ataupun emas ini wujud di dalam kawasan-kawasan tersebut? Juga saya ingin tahu berapa banyak lesen pelombong ini telah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat ataupun individu-individu. Jikalau boleh nyatakan syarikat-syarikat ini. Apakah syarikat-syarikat ini mematuhi syarat-syarat yang kita tetapkan di dalam melombong emas ini? Di mana kalau kita tidak meletakkan syarat atau syarikat ini tidak mengikut peraturan-peraturan yang kita tetapkan mungkin pada suatu ketika nanti ianya akan menjejaskan kepada alam sekitar ataupun menjejaskan kepada pertumbuhan, perkembangan batu-batan di dalam sesuatu kawasan tersebut. Jadi saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri. Begitu juga dengan bijih timah. Di mana pada suatu ketika dulu kita begitu terkenal di dalam zaman penjajahan dulu bahawa bijih timah kita ini memang terkenal di seluruh dunia sebagai pengeluar bijih timah yang terbesar sekali. Namun apabila kita merdeka, bahawa bijih timah ini telah tidak ada lagi sebagai hasil daripada negara kita.
[Bangun]
Ada hendak tanya lagi?
Ada banyak sangat hendak tanya ini.
Sila.
Ya, Yang Berhormat Maran.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Saya bila Yang Berhormat Sekijang sebut Pahang, memang kita di Pahang kita ada timah, kita ada emas dan sebagainya. Cuma saya minta pandangan Yang Berhormat Sekijang, apabila menyebut tentang hasil emas,
sebenarnya penglibatan geologi ini ataupun ahli-ahli geologi, ahli kaji bumi ini dengan bumi bukan sekadar mereka membantu menjaga alam sekitar, bumi dan sebagainya. Akan tetapi sebenarnya mendapatkan peruntukan sama ada negara kita boleh kaya atau miskin. Sebab dalam perut bumi ini banyak hasil bumi seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sekijang tadi. Timahnya, emasnya, batu-batan dan sebagainya yang kalau kita hasilkan, keluarkan, boleh menjadi hasil kepada negara dan boleh membantu masyarakat luar bandar miskin dan sebagainya. Saya hendak minta kalau boleh Yang Berhormat izinkan saya bercakap. Saya tak nak bercakap panjang. Saya hendak menambah sahaja biar jelas saya mencelah. Asalkan ucapan saya masuk dalam ucapan Yang Berhormat.
Ya, jangan lari dari skop mencelah Yang Berhormat, ya.
Ya, tidak lari. Seperti Yang Berhormat tahu, bahawa kalau di darat kita ada tanah, kita ada balak dan sebagainya. Mereka yang rakus tentang mencari duit melalui pencerobohan kecurian ini cukup banyak. Curi tanah, curi balak dan sebagainya. Begitu juga dengan hasil bumi ini. Saya rasa ini ada bukti. Saya cuma tak dapat keluarkan statistik berapa pencerobohan yang dilakukan. Saya hendak minta Yang Berhormat supaya kita mencadangkan kepada kerajaan dan saya minta kalau boleh statistiknya, berapa? Berapakah pencerobohan yang telah dilakukan oleh penyangak-penyangak ini ataupun penceroboh-penceroboh ini yang mengorek, yang mengeluarkan emas secara haram, timah secara haram, batu batan, bijih besi dan sebagainya secara haram yang merugikan kerajaan! Berapakah sebenarnya kerugian yang telah dialami oleh kerajaan? Kerana saya kira kalau benda ini dikawal dengan baik, maka sudah tentulah kita boleh menambahkan hasil kepada negara.
Baik Yang Berhormat.
Satu lagi Yang Berhormat berkaitan dengan geologi ini. Sebab apabila benda ini berlaku, sudah tentulah melibatkan ahli-ahli geologi, ahli kaji bumi.
Saya tidak akan tahu di mana ada emas, saya tidak tahu di mana ada bijih timah kecuali adanya pakar geologi yang memberitahu saya, “Ha, di sini, Datuk, ada emas.” Kita gali, kita curi dan sebagainya. Jadi saya minta Yang Berhormat, kalau boleh, saya hendak tahu apakah penglibatan geologi yang telah melaksanakan atau membuat kerja-kerja seperti ini yang boleh merugikan kerajaan dan berapakah kerugian yang dihadapi oleh kerajaan seperti yang saya sebutkan tadi? Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Sila.
Saya rasa Yang Berhormat Maran tadi berucap tetapi tidak apalah, saya masukkan dalam saya punya ucapan. Saya tidak perlulah hendak jawab kepada pertanyaan daripada Maran tadi dan saya minta Yang Berhormat Menteri akan menjawab sebagaimana persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat dari Maran tadi. Saya berbalik kepada ucapan saya semula, Tuan Yang di-Pertua. Bijih timah tadi, saya ingin tahu berapa banyak lagi simpanan bijih timah kita ini, masih ada lagi di perut bumi yang begitu terkenal satu ketika itu, terutamanya di Lembah Klang dan Lembah Kinta yang pada hari ini kita kehabisan, saya rasa. Tidak ada lagi saya tengok kita boleh melombong bijih-bijih timah ini. Apakah kita tidak mempunyai satu peraturan atau prosedur untuk mengawal keadaan ini yang mungkin pada satu ketika nanti bahan ini lupus daripada negara kita, Tuan Yang di-Pertua. Satu perkara lagi, Tuan Yang di-Pertua, ialah tentang bauxite yang terdapat di dalam negara kita ini iaitu yang pada ketika ini dilombong di Pengerang, Johor dan juga saya difahamkan bauxite ini terdapat juga di sekitar Pahang dan juga di Terengganu. Jadi sejauh mana dan berapa banyak lesen yang dikeluarkan kepada pengusaha-pengusaha atau pelombong bauxite ini di dalam negara kita dan ke mana ianya dieksport dan berapa banyak cukai ataupun hasil yang diperolehi oleh kerajaan, Tuan Yang di-Pertua.
Saya juga ingin menyentuh tentang ahli-ahli geologi asing ini, Tuan Yang di- Pertua, sebagaimana sahabat-sahabat dan rakan-rakan saya yang lain tadi, kita merasa sungguh gusar juga kerana kalau kita memberikan peluang yang sama rata, yang sama taraf dengan geologi tempatan apabila kita daftarkan pada ketika ini, geologi tempatan mungkin boleh mencari makan, tetapi apabila kita mendaftarkan, maka geologi asing akan masuk dan akibatnya geologi tempatan tidak dapat pula mencari makan. Jadi yang ini saya rasa kementerian harus menekankan ataupun memberi perhatian kepada geologi-geologi asing ini kerana saya lihat di dalam negara kita memang telah ada satu trend di mana kita memang suka untuk mengambil, kononnya pakar-pakar dari luar. Kita ambil pakar-pakar dari luar macam MRR2 dulu, kita pun ambil pakar kononnya daripada luar. Akhirnya kadang-kadang kita tengok ianya disubkan balik kepada pakar-pakar tempatan yang mengendalikan ataupun menjalankan kerja-kerja tersebut dan kita mengalirkan wang kita ke luar. Ia seolah-olah memberi secara percuma kepada mereka kerana akibatnya kita tidak begitu percaya sebenarnya kepada pakar-pakar tempatan dan saya minta dalam geologi asing ini, kita membuat satu peraturan di mana saya rasa peluang yang seluas-luasnya harus diberikan kepada geologi tempatan supaya mereka dapat berkecimpung, dapat bekerja kerana kalau mengikut kepada kita dengar dalam negara kita, kalau di Petronas, geologi kita yang menjalankan explorer ataupun mencari gali di luar, membuat kajian dan sebagainya, memang geologi kita lebih berkemahiran daripada pakar-pakar dari luar. Jadi dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Pontian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan beberapa perkara spesifik dalam Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008. Yang pertama ialah muka surat 13, perenggan 10(1), disebut dalam rang undang-undang ini, “Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan mana-mana anggota lembaga tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.” Saya ingin mencadangkan frasa “tanpa memberikan apa-apa sebab” itu ditukar dengan “memberikan sebab-sebab tertentu” sebab semua perkara dalam dunia ini ada sebab. Dalam perenggan 11, ada 10 sebab tertentu dinyatakan dan ini juga adalah untuk melindungi maruah anggota lembaga daripada dilantik dan kemudian dihentikan sewenang- wenangnya tanpa sebab. Mengapa kita memberi kuasa yang begitu besar kepada menteri boleh melantik dan menghentikan tanpa sebab. Kemudian, seterusnya ialah muka surat 16, perenggan 14(5). Ini juga perkara yang serupa tetapi yang ini ialah, “Kuasa lembaga boleh membatalkan pelantikan mana- mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.” Saya ingin mencadangkan supaya diganti sebagai “dengan memberikan sebab-sebab tertentu.” Kita ini negara demokrasi, bukan negara kuku besi, melucutkan orang tanpa sebab.
Yang Berhormat, perbahasan seperti ini boleh dibawa dalam peringkat jawatankuasa rang undang-undang tetapi...
Jawatankuasa?
...tidak apalah, Yang Berhormat.
Boleh? Boleh ya?
Ya.
Seterusnya perkara 20, dinyatakan tentang tempoh 90 hari. Saya ingin mengatakan bahawa jika dalam perenggan 20 ini tempoh 90 hari itu, sekarang ini akta abad ke-21. Jika akta abad ke-20 bolehlah kita memberi masa selama 90 hari untuk suatu keputusan diterima. Sekarang ini kita semua mempunyai teknologi, biar Malaysia mendahului, biar ahli geologi mendahului kepantasan dibandingkan
lembaga profesional yang lain. Jadi dicadangkan ditukar kepada 60 hari. Begitu juga perenggan 21(5) juga dicadangkan 60 hari. Seterusnya perenggan 26 dinyatakan bahawa muka surat 24, “Seorang ahli geologi asing berdaftar dibenarkan secara bertulis oleh pengerusi.” Mengapa di sini dibenarkan secara bertulis oleh pengerusi. Mengapa tidak dibenarkan oleh lembaga. Jadi dicadangkan supaya bukan pengerusi yang membenarkan secara bertulis, tetapi ialah lembaga yang membenarkan kebenaran secara bertulis. Kemudian, ini mungkin spesifik sahaja. Muka surat 33, mungkin tersalah taip ke apa ke. Perenggan 39(c), “memalsukan, mengubah atau melancong apa-apa perakuan pendaftaran di bawah akta ini.” Saya kira itu bukan melancong, tetapi melencong. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah altered. Begitu juga (d), “diubah atau dilancong”, bukan dilancong, dilencongkan. Seterusnya dua cadangan spesifik ringkas, dicadangkan supaya agar pemetaan terkini sumber-sumber galian di seluruh negara perlu dibuat segera dengan kaedah-kaedah moden agar kekayaan baru negara ini diketahui dan dimanfaatkan. Akhirnya dalam ucapan ringkas ini saya ingin memohon ahli geologi di kementerian segera ke pulau kegemaran saya, Pulau Pisang, untuk mencarikan sumber- sumber air di gugusan empat pulau itu, ditandakan dan dipetakan kawasan punca mata air agar pembangunan seterusnya dapat dilaksanakan. Terima kasih.
Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan penubuhan Lembaga Ahli Geologi ini dan juga saya percaya, saya belajar dan saya tahu bahawa geologi ini merangkumi seluruh dunia. Apa sahaja yang kita sentuh tentang tanah, bumi ini, mineral atau air terdapat kesan-kesan geologinya di mana negara kita selepas 50 tahun lebih merdeka, kita masih belum lagi melibatkan sepenuhnya dengan geologi ini. Di London, persatuan geologi ditubuhkan pada tahun 1807.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa kini negara kita perlu satu perubahan yang drastik. Sabah, Sarawak dan juga beberapa kawasan pendalaman di Semenanjung memerlukan kepakaran-kepakaran geologi ini sebab pembangunan yang wujud di kawasan-kawasan pendalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak masih seperti yang wujud pada 1800 tahun dahulu semasa zaman cowboy. Itu yang saya nampak bila saya pergi ke Sabah dan Sarawak kebelakangan ini. Baru pada minggu lalu saya pergi ke Kapit. Mungkin rakan saya dari Kapit akan bersetuju dengan saya bahawa di Kapit belum ada jalan raya lagi daripada bandar Sibu - dijanjikan jalan raya-jalan raya mungkin kerana tidak ada kepakaran geologi. Ini berkaitan dengan geologi. Jadi kita perlu dan saya percaya pembangunan ini akan sampai ke Kapit juga. Dalam sedikit masa mungkin dalam beberapa tahun ini selepas kita ada seorang Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita boleh. [Disorak] Sudah sampai masanya kita...
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua.
Yang ke berapa, Yang Berhormat Menteri? Sila duduk, Yang Berhormat.
Peraturan Mesyuarat 38(1). Di sini dijelaskan bahawa: “Perbahasan atas apa-apa usul, selain daripada usul hendak menangguhkan Majlis Mesyuarat, dan perbahasan atas apa-apa Rang Undang-undang atau pindaan hendaklah berkaitan dengan usul atau rang undang-undang atau pindaan itu”.
Ya, saya bersetuju, Yang Berhormat Menteri.
Perkara-perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat tadi jauh melencong.
Ya, saya bersetuju, Yang Berhormat Menteri.
Jadi, saya harap Yang Berhormat ada peluang lain untuk menyuarakan apa Yang Berhormat nampak di Sabah ataupun Sarawak - tidaklah perlu membuang masa pada pagi ini.
Tuan Yang di-Pertua..
Saya minta Yang Berhormat untuk mendekatkan perbahasan dengan rang undang-undang yang sedang kita bahaskan.
Ini berkenaan dengan geologi.
Tidak payahlah bercakap berkenaan dengan jalan raya dan ahli geologi, Yang Berhormat. Itu sudah jauh, Yang Berhormat.
Oleh kerana kepakaran geologi tidak ada sehingga hari ini saya percaya tidak cukup mantap. Oleh sebab itu jalan lebuh raya Ipoh ke Lojing yang dibina dengan belanja beratus juta sehingga ke hari ini belum ada certificate of fitness selepas 15 tahun ataupun lebih. Jalan raya itu sehingga ke hari ini apabila setiap kali hujan mereka terpaksa menyiapkan bulldozer untuk mencuci jalan raya itu. Saya sering menggunakan jalan raya tersebut. Setiap minggu saya pergi. Walaupun sudah menjadi Ahli Parlimen saya terpaksa naik ke Cameron Highlands. Saya percaya Ahli Parlimen Cameron Highlands boleh bersetuju. Ini adalah kerana kepakaran geologinya.
[Bangun]
They did not do the rights feasibility or the environmental or the impact of the development, dengan izin Yang Arif. Jadi...
Yang Arif? Yang Arif itu bagi Hakim, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, sebab saya tengok bekas menteri ini hendak bercakap. Saya bagi peluang.
Ya, terima kasih. Saya hendak bertanya, certificate of fitness - sijil kelayakan selepas membina sesuatu adalah untuk bangunan yang dikeluarkan oleh majlis bandaran, tidak pernah pula kita dengar ada certificate of fitness untuk jalan raya. Itu yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat.
Oh, terima kasih. Kena belajar daripada menteri ini. Bekas menteri, bukan? Terima kasih. Jadi, bila berlaku sesuatu kemalangan jalan raya - di lebuh raya itu setiap hari ada kemalangan, setiap hari ada kehilangan nyawa dan oleh sebab itu saya hendak beritahu kalau buat lebuh raya ke Kapit janganlah buat seperti lebuh raya Ipoh ke Lojing itu. Ke Kapit...
Saya mencelah, Yang Berhormat.
Hendak beri kepada Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat?
Tidak apalah, nanti. Biar saya habiskan. Saya kekurangan masa.
Dia tidak bagi Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua...
Minta jalan. Ini Kapit berdiri.
Yang Berhormat Kapit bangun, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kapit, nanti saya bagi.
Sekarang, sekarang. Saya masuk sekarang.
Dia tidak bagi lagi, Yang Berhormat.
Jadi, dari pekan Kapit saya pergi ke Rumah Panjang Jugah merentasi dua bukit dan melalui Sungai Sut. Pada hari ini kalau ada jalan raya dengan nasihat kepakaran geologi yang baik, dari Kapit boleh sampai dalam masa 15 minit ke pekan Kapit.
Ini putar belit.
Yang Berhormat Padang Serai.
Akan tetapi selepas 50 tahun negara ini merdeka...
Saya hendak menyokong Yang Berhormat Padang Serai.
Dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Padang Serai, Kapit minta izin.
Selepas 50 tahun negara ini merdeka yang hanya beberapa puluh kilometer - mungkin 20 atau 15 kilometer tidak dapat...
Yang Berhormat Padang Serai, saya hendak menyokong ni.
Saya kena satu setengah jam duduk...
Yang Berhormat Padang Serai, saya minta Yang Berhormat balik kepada rang undang-undang.
Ini mengacau ni...
Dia minta jalan, Yang Berhormat. Dia tidak mengacau.
Dia kata Kapit tidak ada jalan, bagi saya jalan sekarang. Saya masuk sekarang.
Yang Berhormat hendak bagi jalan?
Biar saya habiskan ini, boleh?
Ya, selepas ini Yang Berhormat.
Biar saya habiskan. Jadi...
Yang Berhormat.
Jadi, kawasan saya... Nanti saya datang.
Yang Berhormat Padang Serai, saya hendak sokong Yang Berhormat.
Macam mana saya hendak berhujah!
Yang Berhormat hendak bagi jalan atau tidak?
Saya tidak bagi. Saya tidak bagi kepada sesiapa pun.
Yang Berhormat tidak bagi kepada sesiapa pun.
Sudah macam-macam kenyataan tidak mahu bagi jalan!
Jadi, Tuan Yang di-Pertua...
Baru sekali sampai ke Kapit sudah pandai pasal Kapit. Kami ini yang memperjuangkan pasal...
Saya beri Yang Berhormat Kapit bercakap.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Padang Serai melawat Kapit pada 15 hari bulan. Tidak sampai satu hari pun sampai ke Kapit - pergi ke rumah panjang, berceramah dan berjanji akan membuat jalan raya di Kapit. [Dewan riuh] [Ketawa]
Okey, cukup.
Beliau berjanji PKR akan buat kalau memang. Tidak akan menang! Berjanji senang. Kerajaan memerintah negara kita selama 50 tahun kita memang ada pembangunan tidak seperti yang diceritakan oleh Yang Berhormat Padang Serai. Kalau tidak ada jalan raya bagaimana dia boleh sampai ke Rumah Panjang Jugah? [Ketawa]
Ini floor saya.
Tunggu dulu. Baru sampai di sana, minum tuak dalam perayaan Gawai sudah pandai berjanji begitu.
Sudah mabuk! [Ketawa]
Yang Berhormat Padang Serai!
Air percuma tunaikan dulu! Selangor belum tunaikan lagi.
Dalam tradisi kami Orang Iban kalau sudah berjanji akan membina sesuatu, kalau tidak dibina akan kena... susahlah, saya cakap.
Om Namasivaya Subam Subam Guru Guru Sivaya Nama Om...
Janganlah memesongkan Dewan ini dan janganlah membuat janji kosong. Janganlah menuduh...
Tuan Yang di-Pertua, ini floor saya.
Baru satu hari, tidak sampai 24 jam pun ...
Baik, sudah cukuplah, Yang Berhormat.
...sudah pandai untuk membela rakyat di Kapit.
Tuan Yang di-Pertua, selepas ini saya tidak beri kepada sesiapa, saya kena jawab dia. Saya...
[Bangun]
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri hendak minta penjelasan.
Yang Berhormat Menteri, saya tidak bagi laluan. Duduk, duduk. duduk. [Dewan riuh] [Ketawa]
Point of order.
Point of order. Sila duduk, Yang Berhormat.
Duduk. You sudah ada 50 tahun. Cukup.
Teruskan, Yang Berhormat Padang Serai. Teruskan.
Yang Berhormat, point of order. Sila duduk.
Yang Berhormat tadi mengadu bahawa jalan raya di Kapit tidak dibuat dalam tempoh 50 tahun yang lepas. Bolehkah Yang Berhormat bertanya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila beliau menjadi Menteri Kewangan dulu, menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu mengapa tidak membuat jalan di Kapit. [Dewan riuh]
Yang Berhormat, pada bulan Julai tahun 19...
Yang Berhormat Menteri, saya tanya point of order nombor berapa?
Peraturan Mesyuarat 38(1).
Tuan Yang di-Pertua, itu bukan point of order.
Point of order nombor berapa? [Memegang Peraturan Mesyuarat]
Point of Order 38(1). Sekarang saya baca point of order.
[Menyemak Peraturan Mesyuarat] Tidak ada pun saya tengok nama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Awat suka sangat? Mari!
Peraturan Mesyuarat 38(1). Yang Berhormat bercakap tidak mengenai rang undang-undang ini. Ini jelas. Kalau Yang Berhormat hendak pergi sekolah, pergi sekolah terus belajar mengenai peraturan mesyuarat. Jangan membuang masa Dewan.
Terima kasih.
Yang Berhormat Padang Serai, saya sekali lagi minta kepada Yang Berhormat berucap berdasarkan kepada rang undang-undang yang sedang kita bahaskan.
Terima kasih.
Yang Berhormat Padang Serai, sekali lagi. Ini sebab saya sudah terpanggil.
Saya sudah tidak mahu bagi.
Yang Berhormat Kapit, dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat.
Saya terpanggil sebab nama kawasan saya disebut.
Ini kena ada disiplin.
Dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat.
Ini bukan soal disiplin. Saya hendak membuat satu penjelasan.
Nanti boleh minta. You boleh cakap nanti.
Bulan Julai tahun 1995...
Saya tidak bagi.
Yang Berhormat Kapit, dia tak bagi jalan, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Kapit, saya tak bagi.
Ya, saya sudah sampaikan Yang Berhormat. Sila teruskan Yang Berhormat Padang Serai, teruskan.
Rakyat Kapit memohon jalan itu dibina. Dia dahulu tidak ada pun, janji itu boleh ditunaikan oleh apabila bukan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.
Ini berkenaan geologi. Ini floor saya Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kapit. Terima kasih Yang Berhormat. Teruskan Yang Berhormat. Padang Serai, teruskan kepada rang undang-undang Yang Berhormat.
Okey. Oleh sebab ditimbulkan oleh Kapit, saya kena jawab dia.
Tidak. Tidak payah jawab yang itu Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat teruskan kepada rang undang- undang.
Kapit fitnah! Walaupun dia fitnah, saya sambung hujah saya.
Itu bukan fitnah.
Sambung, sambung.
Okey, okey. Saya memang ke Kapit. Saya memang dua malam duduk di Kapit. Saya pergi, jalan raya memang tidak ada, jalan kayu balak sahaja. Kalau ada jalan raya, 15 minit boleh sampai ke rumah Sut.
Naik basikal, boleh pergi Kapitkah? Naik basikalkah?
Tak payah cakap macam itu Yang Berhormat.
Ramai yang datang sini, ramai yang datang melihat.
Jangan bohonglah!
Kita kena hujah yang bernas. Saya tahu kamu semua boleh bersama saya, bantu saya, please. Ini untuk pembangunan negara. Tuan Yang di-Pertua, negara ini memang kaya dengan geologi. Kaya, kita kena pelihara geologi yang menjadi khazanah negara ini. [Dewan riuh][Ketawa]
Eh, kawan-kawan pembangkang pun ketawalah.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya juga...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai. Kaya sepatutnya sumber alam, takkan kaya geologi?
Geology is everything. Geologi, saya baru ambil dari Wikipedia.
Alamlah bukan geologi.
Dia tidak tahu. Rujukan daripada mana dia ambil itu?
Saya berharap, rakan-rakan saya di sebelah sana itu lebih matang. [Dewan riuh] Matang, tolong. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita juga sekarang, oleh sebab kepakaran geologi, kita perlu menambahkan cari gali telaga- telaga minyak. Pada suatu hari nanti, kita mungkin boleh menjual kepada rakyat kita, minyak...
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat dia tak faham itu geologi apa? [Ketawa] [Dewan riuh]
Kita boleh jual minyak at end cost. Ini bersangkut paut dengan geologi ini. Jadi macam inilah mereka boleh nampak sendiri, macam mana Barisan Nasional? Kenapa negara kita sehingga hari ini macam ini? [Dewan riuh] Negara kita, kalau pergi ke Kapit, hendak sampai ke rumah Sut, 15 kilometer, satu setengah jam, seluruh Sabah dan Sarawak kerana kita tidak ada satu kepakaran geologi yang mantap yang berkualiti. [Ketawa] Negara kita perlu membangun.
[Ketawa] Jurutera. Memang dia tidak faham geologi ini.
Itu jalan raya juruteralah.
Saya tak bagi siapa-siapa. Saya tak bagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Yang Berhormat Padang Serai ini, bagi malu parti PKR sahaja. [Ketawa]
Yang Berhormat, tidak mengapalah Yang Berhormat. Biar dia habiskan ucapan dia Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pernah pergi Genting Highlands, minum arak, saya tidak pernah judi. [Ketawa] Saya tidak pernah.
Siapa yang sebut Yang Berhormat pernah? Dia tidak sebut, Yang Berhormat.
Dia kata memalukan. Kalau buat perkara macam ini, memalukan parti. Saya tidak pernah belanja RM6 juta, saya tidak pernah. Untuk menang pemilihan parti, tidak pernah. Itu memalukan parti.
Teruskan perbahasan Yang Berhormat.
Minta laluan, minta laluan.
Saya bagi Yang Berhormat Kuala Krai.
Yang Berhormat Padang Serai mengatakan tadi, dia tidak pernah pergi ke Genting Highlands untuk minum. Adakah beliau merujuk Yang Berhormat Pasir Salak buat macam itukah?
Yang Berhormat Padang Serai, kita tidak boleh menyentuh peribadi seseorang Ahli Parlimen. Saya minta agar perbahasan ke arah itu diberhentikan Yang Berhormat.
Saya minta mereka berikan saya laluan untuk berbahas.
Ini apa ada berkaitan dengan rang undang-undang ini, geologi?
Kita pergi minum todi, lebih baik. [Ketawa]
Saya minta Pasir Salak tarik apa yang dia cakap. Saya minta Pasir Salak minta maaf kepada saya. [Dewan riuh] [Ketawa]
Pasal apa pula hendak minta maaf? Bukan saya cakap you. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, dia telah menggunakan satu perkataan...
Yang Berhormat, Yang Berhormat, dia tidak menyentuh kepada siapa-siapa, dia tidak menunjukkan kepada siapa- siapa, Yang Berhormat. Saya dengar.
Tuan Yang di-Pertua, 36(12) “Mana- mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan, adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”. Saya mahu Pasir Salak...
Yang mengelirukan Yang Berhormat Padang Serai. Itu geologi, pula dia pergi cerita Benggali minyak. Itu yang mengelirukan.
Ya, cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Salak, cukuplah ya.
Saya minta dia tarik balik dahulu, sebelum saya jawab.
Yang Berhormat, saya mendengar...
Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 36(12).
Yang Berhormat, baik. Sila duduk dahulu Yang Berhormat. 36(12) mengelirukan Dewan. Saya tidak nampak ada perkataan yang mengelirukan Dewan, okey. Namun begitu, saya bersetuju bahawa ada perkataan “baik minum todi”, tetapi ia bukan merujuk kepada seseorang dan saya tidak melihat itu ada niat jahat kepada Yang Berhormat. Mungkin secara umum, tetapi saya minta agar kita elakkan perbahasan yang menyentuh mana-mana peribadi kerana itu termaktub dalam peraturan mesyuarat untuk tidak menyentuh sifat-sifat dan peribadi seseorang. Teruskan Yang Berhormat Padang Serai.
Saya hendak katakan Tuan Yang di- Pertua, mungkin rakan-rakan kita, dia tidak faham geologi. [Ketawa] Setiap yang bersangkut paut dengan tanah, ini geologi.
Teruskan Yang Berhormat.
Saya pergi ke Kapit tidak ada jalan raya. Hanya ada jalan kayu balak.
Kuala Selangor bantulah.
Ini kalau saya tidak boleh bawa dalam Dewan ini, ini bersangkut paut dengan geologi. Kita perlu...
Itu midterm review boleh bawa.
...kepakaran yang mantap dalam aspek penubuhan Lembaga Ahli Geologi ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kepakaran itu dapat membantu kita mengkaji dan juga menggali telaga minyak baru. Sekarang kita mengeluarkan 700,000 barrel sehari. Saya juga difahamkan bahawa kos, end cost satu barrel adalah 18 dolar. Jadi ini bermakna end cost satu liter minyak adalah kurang daripada 50 sen. Minyak yang dieksport ke negara luar membawa keuntungan yang besar. Minyak yang sedikit diimport untuk kegunaan dalam negeri boleh dijual kalau kerajaan ini mahu memberi bantuan, boleh dijual dengan harga yang sedikit lebih daripada end cost.
Yang Berhormat, kita bincang tentang geologist you know, ahli geologi.
Ini tidak ada Lembaga Ahli Geologi, maka...
Bukan sumber minyak.
Ya, ya, ya. Minyak bersangkut paut dengan geologi. Kalau tidak ada kepakaran...
Rang undang-undang ini adalah untuk membentuk satu Lembaga Geologi. Ahli-ahli Geologi. Ahli, the human, manusia.
Geologi di bawah Lembaga itu. Bila Lembaga itu dapat menguatkuasakan dan dengan izin guide, memandu ahli-ahli geologi.
Kenapa sentuh harga minyak, Yang Berhormat? [Ketawa]
Harga minyak yang rendah membawa keuntungan kepada rakyat.
Kita tahu.
Hasil kita ada Lembaga Geologi yang bagus, bila kita ada Lembaga Ahli-ahli Geologi yang bagus, kita satu hari boleh mencapai harga minyak yang rendah untuk rakyat. Kalau ini tidak diterima, apa lagi saya mahu hujah? [Ketawa]
Ya, boleh gulung Yang Berhormat, boleh gulung Yang Berhormat.
Terima kasih. Jadi Tuan Yang di- Pertua, kita memang mahu negara ini maju. Mereka ini akan lebih maju dengan penubuhan satu Lembaga Ahli-ahli Geologi yang boleh membantu pembangunan negara ini.
Hari itu, sebelum merdeka kata rakan kita, kata Ahli Parlimen mana tadi, dia kata bijih timah banyak di negeri Perak. Mengapa tidak hasil mineral yang sama dengan satu Lembaga Geologi yang bagus, mungkin hasil yang sama juga boleh juga dijumpai di Sabah Sarawak, negara yang kaya dengan sumber alam. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, bila kita boleh dengan kepakaran ahli-ahli geologi, dengan dipandu oleh Lembaga Geologi yang mantap, bila mereka boleh jumpai mineral-mineral yang kaya seperti bauksit di Johor yang dikatakan. Kalau jumpa di kawasan Kapit, Kapit boleh membangun dengan sendiri, mengapa tidak? Jadi, Lembaga Geologi ini boleh memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara ini dan Lembaga Geologi ini juga dapat membantu pedalaman Pasir Salak itu. Pedalaman Pasir Salak ada tempat yang hanya boleh dilalui dengan bot. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bekas menteri, Putrajaya, tolong. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sokong penubuhan Lembaga Ahli-ahli Geologi ini. Hasrat saya menyokong adalah mahu melihat satu negara Malaysia yang lebih moden kerana tanpa Lembaga Geologi ini pun hari ini, negara Malaysia menjadi pengeluar utama kelapa sawit. Tuan Yang di-Pertua, mahu tanam kelapa sawit di tanah perlukan satu kajian geologi yang baik. Kalau ini bekas menteri tidak faham saya tidak tahulah.
Yang Berhormat Ipoh Barat tolonglah, Yang Berhormat bantulah Ipoh Barat, kawan itu Ipoh Barat.
Tuan Yang di-Pertua, tanpa Lembaga Ahli-ahli Geologi...
Jangan geleng kepala sahaja.
Jangan macam itu Yang Berhormat, siapa itu tidak nampak. Okey teruskan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, tanpa Lembaga Ahli-ahli Geologi yang mantap sebelum ini kita menjadi pengeluar kelapa sawit nombor satu dunia. Kelapa sawit kena tanam atas tanah. Kemudian kita juga menjadi pengeluar getah nombor satu dunia. Ini semua mendatangkan revenue yang baik dengan memperbetulkan Lembaga Ahli-ahli Geologi ini, kita boleh mengembangkan lagi seperti Kinabatangan. Dua minggu lalu saya ke Kinabatangan, saya melihat Kinabatangan perlu- kalau boleh tunjukkan sub seksyen Lembaga Ahli-ahli Geologi nya sendiri kerana memang Kinabatangan...
Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Parit Buntar bangun Yang Berhormat.
Ada makan ketamkah di sana?
Saya kasi laluan sama Yang Berhormat Parit Buntar.
Saya kira kita telah banyak melancong dan melencong ke Kapit sana, saya harap kita tumpukan. Saya ingat Tuan Yang di-Pertua boleh menentukan...
Sudah banyak kali saya beritahu Yang Berhormat.
... apa perbincangan yang harus kita utarakanlah.
I’m doing my job, you don’t worry.
Saya setuju semua itu penting. Saya setuju isu-isu penting tetapi saya kira pada kita hendak luluskan ini, ini lebih utamalah saya kira.
Tuan Yang di-Pertua, kita hendak luluskan Rang Undang-undang Lembaga Ahli Geologi...
Yang Berhormat Padang Serai saya minta dari Yang Berhormat, kalau sudah habis point boleh gulung sekarang Yang Berhormat.
Apa yang saya katakan, saya bandingkan Lembaga Ahli Geologi ini dengan pembangunan negara ini tetapi mereka tidak berminat. Mereka mahu ganggu. Saya minta lagi setengah jam kerana diganggu. Saya hanya mendengar Yang di-Pertua.
Teruskan, terus, terus.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, bumi kita yang kaya dengan emas, perak, besi, bauksit, bijih timah dan pelbagai lagi mineral akan dibantu dengan pengeluaran ini. Pengeluaran mineral-mineral ini daripada tanah akan membantu pembangunan yang pesat untuk negara ini dan juga di Padang Serai selepas 50 tahun negara ini merdeka. Di pesisiran Padang Serai, kerana tidak ada kepakaran dan nasihat yang baik, rakyat di situ masih lagi belum ada. Mungkin mereka tidak tahu jenis- jenis tanah itu belum ada kebun-kebun yang wujud di situ. Kalau mereka ada nasihat geologi yang baik mereka tahu tanah itu subur untuk penanaman apa. Macam rakan-rakan kita daripada Sabah Sarawak, macam Kinabatangan itu, saya nasihat mereka mendapatkan nasihat kepakaran ahli-ahli geologi itu dan memperkenalkan mungkin tanaman jatropha, kenaf ataupun pelbagai tanaman lain yang akan serasi dengan tanah kawasan mereka.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.
Sama-sama. Kalau ini boleh dilakukan, saya percaya Kinabatangan tidak akan masuk dan suka ketawa dalam Dewan ini. Perlu ada pembangunan, rakyat mengharapkan dan kita hari ini meluluskan rang undang-undang ini kerana kita mahu melalui rang undang-undang ini, membawa pembangunan kepada negeri-negeri kita tetapi mereka sedikit pun tidak merasai bahawa ini akan membawa manfaat kepada persekitaran yang kita hidup. Saya sedih bila rakan saya daripada Kapit sendiri boleh mengatakan bahawa saya yang menjadi anak angkat di rumah juga diberi nama Iban. Saya diberi nama Iban lagi. Mereka mengharapkan saya untuk berhujah dalam Dewan ini. Saya tidak mahu diganggu. Saya diminta oleh mereka supaya memberitahu di dalam Dewan yang mulia ini bahawa...
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat saya minta tetapi bukan dalam rang undang-undang ini Yang Berhormat.
Rang undang-undang ini membantu...
Mungkin dalam review. Ini ahli geologi punya rang undang-undang.
Ahli-ahli Geologi ini, saya selepas rang undang-undang ini...
Tuan Yang di-Pertua minta penjelasan.
Hendak bagi Yang Berhormat?
Boleh minta penjelasan?
Ini tidak bolehlah.
Saya hendak tanya basikal letak di mana?
Ini sejak hari pertama ganggu sahaja kerja dia. Jadi, Tuan Yang di-Pertua...
Boleh minat penjelasan?
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat.
Sekejap lagi.
Pergi Sabah ada makan ketam kah?
Ini tidak sangkut paut ini.
Ketam tidak masuk dalam geologi Yang Berhormat.
Terima kasih, tetapi ketam itu wujud akibat geologi yang baik. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kawasan rumah Kapit itu seperti yang disangkal oleh Ahli Parlimen Kapit tadi menyedihkan. Saya sendiri selepas rang undang- undang ini diterima dan saya menyokong penuh. Saya akan berurusan dengan Lembaga Ahli-ahli Geologi supaya saya dapat memberi nasihat dan kepakaran di Kapit itu. Saya akan membawa kepakaran itu dan seperti yang mereka minta supaya rumah mereka disambungkan dengan jalan raya yang hari ini hanya ada jalan raya balak sahaja. Kalau Yang Berhormat Kapit mahu ikut saya boleh bawa, bila tentukan masa sahaja saya akan ikut sama dan memang ada dalam laptop saya gambar-gambar jalan raya itu. Jadi lain kali datang Parlimen tidak perlu tipu. Jangan menyinggung jangan bawa yang salah dalam Parlimen. Ini tempat kita membawa hasrat pengundi-pengundi kita.
Pergi Kapit naik basikal.
Terima kasih Ahli Parlimen Pasir Salak, Pasir Mas. Pasir Mas itu kawan saya dia, dia cakap apa pun saya tidak marah. Saya tidak marah boleh cakap lebih pun.
Thank you, thank you.
Sebab Rembau panggil ‘katak’ pun dia tidak cakap apa-apa. Dia kata he will face it, that is a gentleman. Pasir Salak real gentleman, I salute you.
Pasir Mas.
Oh, kerana Pasir Salak rosak Pasir Mas.
Itu geologi lah, pasir.
Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat, panjang lagikah ucapan Yang Berhormat? Sambung petang ni Yang Berhormat.
Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat kita tangguhkan mesyuarat ini sehingga jam 2.30 petang ini. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Yang Berhormat Padang Serai sambung. Sebelum Yang Berhormat menyambung, saya mengikuti perbahasan Yang Berhormat pagi tadi. Saya nampak banyak yang terpesong ke lain. Jadi saya harap kita ikutlah peraturan. Tak banyak peraturan kita Yang Berhormat. Jadi tolong, kita Ahli Parlimen menggubal undang-undang kena akur kepada peraturan kita sendiri. Sila Yang Berhormat.
Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 94. Berhubung dengan tindakan backbencher mengambil tindakan sendiri untuk membatalkan sekatan media ke ruang legar Parlimen. Saya ingin tahu satu keputusan daripada Tuan Yang di-Pertua sebab media pun ingin tahu apakah keputusan muktamad berhubung dengan isu ini.
Baik Yang Berhormat. Terima kasih membangkitkan perkara yang sama. Kalau ada kita lihat rintangan yang dibuat, apabila rintangan itu tak ada lagi pengumuman tak perlu dibuat Yang Berhormat. [Tepuk] Jadi kita setuju tak setuju, perkara itu sudah dibuat. Jadi kalau sudah dibuat anggaplah itu tadi sebagai satu keadaan yang defacto, berlaku. Jadi tak payah dibangkitkan lagi Yang Berhormat. Tak payah lagi Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Padang Serai.
Maksudnya backbencher boleh buat sesuka hati mereka.
Bukan backbencher boleh...
Pihak pembangkang membawa isu melalui peraturan mesyuarat dengan...
Baik Yang Berhormat, baik Yang Berhormat.
...jujur untuk menangani masalah ini.
Baik, baik. Yang Berhormat Padang Serai duduk dahulu.
Tetapi mereka buat sesuka hati dan melanggari peraturan yang dibuat oleh pengerusi majlis...
Apa beza dengan Mahkota Cheras punya isu? Main pecah macam itu sahaja.
Baik Yang Berhormat, baik Yang Berhormat.
Kalau begitu pihak pembangkang boleh buat apa yang suka juga.
Baik Yang Berhormat. Duduk, duduk Yang Berhormat. Itu interpretasi Yang Berhormat. Sebenarnya apabila saya mengatakan saya akan berbincang dengan Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua. Jadi satu amalan di Dewan ini semenjak penggal ini kita mengadakan satu sesi perbincangan di antara Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di- Pertua tiap-tiap hari Rabu. Jadi pagi tadi apabila saya sampai, saya sampai ke Dewan sebelum pukul 8.45 dengan harapan hendak berbincang dengan Tuan Yang di-Pertua tapi pada ketika itu ada satu mesyuarat diadakan di bilik mesyuarat Tuan Yang di-Pertua bersama dengan ketua pembangkang dan bersama dengan Ahli Jawatankuasa Pemilih. Jadi pada ketika itu saya tak dapat berbincang. Jadi keadaannya sudah begitu rupa. Jadi keputusan tak dapat dibuat. Kita terima buat sementara. Saya tak ada kata buat keputusan Yang Berhormat. Saya tak ada kata buat keputusan. Saya kata kita tengok keadaan semasa, halangan tak ada lagi. Terima macam itu sahaja. Tunggu keputusan
kalau dibuat nanti kerana saya tak berpeluang untuk berbincang dengan Tuan Yang di- Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua. Itu yang saya kata Yang Berhormat. Jadi jangan diputar-belitkan cerita saya. Jadi kalau tak ada keputusan rasmi yang kita buat kita masih berbincang. Dalam keadaan yang mengelirukan ini kita terpaksa berilah sikit ruang dan peluang kepada kita. Sebab saya tak berpeluang pagi tadi. Pukul 9 tadi tak berpeluang oleh kerana mesyuarat ada. Saya tunggu di bilik Tuan Yang di-Pertua sampai pukul 9.30 belum habis lagi. Jadi dalam keadaan sedemikian berilah peluang kepada saya ya. Okey, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya sambung saya juga mahu memberitahu bahawa media adalah sistem sokongan yang paling penting untuk maklumat-maklumat Parlimen sampai kepada rakyat. Jadi mesti diberi pertimbangan. Kita mohon janganlah...
Baik, baik Yang Berhormat.
...sokongan yang dibawa oleh pembangkang ini diambil tindakan dan menyambung hujah saya...
Saya sudah berjanji dengan Yang Berhormat Ipoh Timur semalam...
Semalam pun janji, hari ini pun janji. Hari-hari janji.
Yang Berhormat, melihat peluang dan ruang untuk berbincang. Bukan janji tiap kali janji Yang Berhormat. Janji Yang Berhormat itu pun banyak juga yang belum dilaksanakan. Jadi Yang Berhormat jangan buat perbincangan di sini. Kalau Yang Berhormat hendak berucap, berucap. Kalau tak saya berhentikan Yang Berhormat...
Kita minta supaya dikotakan janji-janji.
...di bawah Peraturan 84 saya boleh berhentikan Yang Berhormat berucap.
Kita minta janji-janji dikotakan.
Saya akan kotakan janji saya.
Media amat penting sekali. Terima kasih.
Saya sudah bagi penjelasan tadi Yang Berhormat. Saya bercakap Yang Berhormat duduk dahulu.
Tak mahu boleh duduk.
Duduk. Saya sudah bagi penjelasan yang kita akan itu. Pagi tadi saya hendak berbincang tapi oleh kerana ada mesyuarat yang lebih penting daripada perbincangan saya dengan Tuan Yang di-Pertua jadi perbincangan saya dengan Tuan Yang di-Pertua itu tertangguh dahulu. Jadi tunggulah Yang Berhormat ya. Okey, sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam sokongan saya kepada rang undang-undang geologi ini saya juga ingin mengatakan bahawa pelantikan ahli-ahli lembaga dibuat oleh menteri dan pelantikan-pelantikan ini kerana dibuat oleh menteri juga sudah ada unsur-unsur di mana unsur-unsur rasuah melibatkan menteri-menteri di negara ini. Jadi kita perlulah ada satu sistem pengawasan
penguatkuasaan juga supaya bukan sahaja pelantikan ahli-ahli lembaga malah pelantikan inspektor-inspektor kawasan yang dilantik oleh menteri juga amat penting. Ini saya merujuk kepada apa yang berlaku kepada Highland Towers. Yang berlaku kepada Highland Towers itu jelas menunjukkan tidak ada satu sistem pengawasan yang profesional dan telah mengakibatkan satu tragedi di antara yang paling besar di negara ini dan sehingga hari ini tidak terjawab oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua dalam sokongan saya kepada usul rang undang-undang ini saya juga mahu mengatakan bahawa mereka yang dilantik sebagai inspektor-inspektor perlulah mereka yang berwibawa, mereka yang teruji dan bukannya mereka yang akan memberikan masalah kepada rakyat seperti apa yang berlaku dalam...
Minta jalan sikit.
Yang Berhormat, kalau persoalan inspektor saya tidak benarkan Yang Berhormat sebab itu tiada kena-mengena dengan undang-undang. Saya beri dia keluar sedikit kadang-kadang itu, memanglah saya tahu, saya 18 tahun duduk kat sana Yang Berhormat. Saya faham.
Saya hendak tanya pandangan dia tentang...
Kalau berhubung dengan undang-undang saya akan bagi.
Okey.
Tetapi saya tidak bagi Tuan Yang di- Pertua.
Jadi kalau soalan nanti tiada hubung kait saya tidak bagi.
Ada.
Yang Berhormat Padang Serai duduk dulu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Fasal 41 - Mana-mana orang yang melakukan satu-satu kesalahan di bawah akta ini yang baginya tiada penalti peruntukan secara nyata bolehlah disabitkan didenda tidak melebihi RM10,000. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Bagan Serai.
Padang Serai, Yang Berhormat.
Padang Serai.
Seperti Highland Towers runtuh, harga berjuta-juta dan ada yang mati. Adakah patut kalau kecuaian itu... maknanya kecuaian pengabaian itu didenda hanya RM10,000 sahaja. Patutkah tidak?
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya memang merasakan bahawa tragedi Highland Towers yang melibatkan bukan sahaja harta benda, tetapi banyak nyawa. Kalau katakan RM10,000 denda saya ingat tidak patut dan sehingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan yang diambil terhadap mereka-mereka yang bertanggungjawab. Jadi, kita melihat bahawa mungkin ini adalah sebab gejala rasuah yang berleluasa dalam sistem-sistem ini. Kita mestilah berhati-hati dan juga apabila kita luluskan, kita mesti ada satu sistem pengawasan, monitoring dengan izin. Monitor system yang boleh betul- betul berfungsi kerana kita melihat banyak agensi-agensi sekarang, walaupun kita nampak, rakyat nampak mereka berfungsi. Akan tetapi apabila berhadapan dengan mereka rakyat
takut. Mungkinkah mereka terpaksa sogok, mungkinkah mereka terpaksa beri rasuah. Kalau tidak beri pun akan diminta. Ini berlaku di negara ini. Jadi saya memang tidak bersetuju kalau mengikut fasal 41, dia punya denda itu tidak melebihi RM10,000. Harga ayam pun satu kilo sudah berapa ringgit ini. Harga ayam, harga minyak. Jadi itulah Tuan Yang di-Pertua, saya sokong, walaupun saya tahu bahawa kita perlu adakan satu sistem pengawasan yang lebih. Saya sokong rang undang-undang. Terima kasih.
Yang Berhormat Batang Sadong.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Ahli-ahli Geologi 2008. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, negara kita sedang giat membangun dengan mengambil kira, mengurus alam sekitar dan sumber asli yang memberi tumpuan kepada mengekalkan persekitaran hidup yang sihat dan bersih. Sebab itulah kepakaran ahli geologi diperlukan. Peranan ahli geologi sangat penting dalam memenuhi keperluan pembangunan ekonomi di samping menjaga kepentingan dan kebajikan orang awam. Saya percaya dengan sumbangan profesional ahli-ahli geologi terhadap penilaian impact environment ataupun environmental impact assessment dengan izin, misalnya alam sekitar kita terjamin dari segi pelbagai risiko. Ini adalah kerana proses perancangan pembangunan akan mengambil kira isu alam sekitar secara holistik dan bersepadu. Tuan Yang di-Pertua, usul ini tiba tepat pada masanya. Beberapa projek mega sudah dirancang oleh kerajaan di beberapa buah negeri. Dalam melaksanakan projek- projek ini, kerajaan perlu mengambil langkah bagi mengurangkan pencemaran dan memulihara sumber asli negara. Kita ambil contoh projek-projek mega yang dirancang oleh kerajaan di negeri Sarawak seperti SCORE, di negeri Johor; Wilayah Pembangunan Iskandar, di Sabah; Sabah Development Corridor dan lain-lain lagi. Proses pembangunan membuka peluang dan ruang yang luas kepada keperluan ahli geologi. Justeru itu, pembangunan modal insan juga perlu dirancang bagi meningkatkan lagi bilangan ahli geologi supaya kita tidak perlu menggunakan kepakaran dari luar negara. Semakin meningkat maju negara, semakin ramailah kepakaran dalam bidang geologi diperlukan. Tuan Yang di-Pertua, seiring dengan keperluan akademik seseorang ahli geologi, ilmu pengetahuan yang berbentuk penerapan nilai-nilai murni juga perlu bagi menghasilkan ahli geologi profesional yang berhemah tinggi. Pengisian seperti ini sangat diperlukan dan perlu ditekankan kepada ahli geologi kerana tugas dan tanggungjawab mereka amat berat terhadap keseluruhan lapisan masyarakat pada hari ini dan juga untuk generasi yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang dicadangkan menekankan kepada penguatkuasaan undang- undang apabila berlaku sebarang perlanggaran. Usul ini juga memberi penekanan terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab kepada penguatkuasaan rang undang-undang ini apabila ianya diluluskan. Jadi ahli geologi berdaftar perlu mematuhi kehendak-kehendak di bawah peraturan yang dibuat di bawah rang undang-undang ini. Kerajaan menghasilkan Rang Undang-undang Ahli Geologi ini kerana kesungguhan kerajaan untuk memulihara alam sekitar dan kepakaran ahli geologi amat diperlukan. Ilmu ahli geologi di dalam pengurusan sumber asli secara mampan akan membolehkan penggunaan sumber asli secara optimum. Kita berharap kesemua pihak yang terlibat dalam penguatkuasaan Rang Undang-undang Ahli Geologi akan mengguna sepenuhnya kuasa yang diberi kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya ini, ingin saya semua untuk mengingati sejarah penubuhan Petronas yang bermula di negeri Sarawak.
Jadi sehubungan dengan ini, perkara yang melibatkan sumber asli dan alam sekitar ini memang dekat di hati orang Sarawak. Saya ingin mencadangkan agar perwakilan dalam Lembaga Geologi merangkumi wakil dari setiap negeri terutama negeri Sarawak kerana dengan adanya SCORE, keperluan terhadap kepakaran geologi meningkat di negeri Sarawak. Selain dari itu juga, orang di tanah negeri sendiri lebih memahami keadaan alam sekitar sendiri. Dengan itu saya mohon menyokong. Terima kasih.
Yang Berhormat Silam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan Rang Undang- undang Ahli Geologi 2008. Apabila kita melihat zaman negara kita berada abad yang ke-21 ini yang sangat memerlukan kepada pembangunan modal insan. dan Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan yang mewujudkan Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008 yang sudah pastinya akan membolehkan memberi ruang dan peluang lagi kepada rakyat Malaysia untuk terus menceburkan diri dalam bidang geologi. Mungkin kita melihat di kaca-kaca TV seperti program National Geography, dengan izin, discovery bagaimana peranan ahli-ahli geologi ini yang telah menjadikan bidang ini sebagai suatu sumber punca pendapatan mereka sehingga ada di antara mereka yang telah diiktiraf sebagai yang sangat mencintai dan sayang kepada profesion geologi itu sendiri. Malaysia memang kita tahu sangat memerlukan dari segi rang undang-undang yang apabila kita lihat bagaimana bidang dalam geologi ini sangat luas termasuklah dari segi geofizik dan seterusnya sampai kepada sains geologi yang tidak tersenarai dalam rang undang-undang ini. Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan juga dari semasa ke semasa mengambil kira bidang geologi lain supaya pastinya akan dapat dirangkumkan dalam rang undang-undang ini supaya lebih teratur dan dapat mengambil kira di masa akan datang dari segi pembangunan geologi ini. Saya melihat dari segi pembentukan rang undang-undang ini, kalau kita melihat muka bumi Malaysia ini, terutamanya kalau di negeri Sabah yang dia hampir dengan negara Indonesia. Kajian beberapa ahli geologi telah membuktikan dalam beberapa bulan yang lepas apabila kita melihat terutamanya di kawasan negeri Sabah mengunjur dari kawasan Beluran sampai kawasan Parlimen Silam adalah mempunyai kawasan yang berisiko tinggi dari segi gempa bumi.
Baru-baru ini dalam bulan April yang lepas, bagaimana kejadian gempa bumi itu sendiri tidak kita ketahui. Jadi di sinilah peranan ahli geologi itu sangat kita perlukan sebab mereka inilah yang mempunyai kepakaran yang pelbagai ini akan dapat memberi bantuan kepada kerajaan dan kita semua untuk memastikan bagaimana keadaan struktur muka bumi itu. Ini kerana kita akan dapat mengetahui dari segi ancaman-ancaman yang kita boleh peroleh daripada penduduk terutamanya yang berada di kawasan dekat dengan kawasan-kawasan aktif gunung berapi. Kalau kita melihat sebagai contohnya Wildlife Tabin di kawasan Parlimen Silam yang sekarang ini pun masih kelihatan lagi dari segi lava gunung berapi itu wujud. Jikalau kita tidak mempunyai ahli geologi yang pakar dalam bidangnya, mahir dalam bidangnya mungkin kita tidak boleh mengecap apa kelebihan dan kebaikan yang kita peroleh daripada sumber asli yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Pihak kerajaan juga harus mengambil serius. Di sini saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, berapa ramaikah jumlah rakyat negeri Sabah yang telah menjadi ahli geologi ini dan adakah perancangan kementerian pada masa akan datang untuk mewujudkan supaya Jabatan Geologi dan Galian ini diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak? Sebab kita melihat kalau wujud jabatan ini di negeri-negeri tersebut sudah tentu kita akan dapat mengkaji dengan lebih baik lagi dari segi kita memastikan bawah
keupayaan dan apa juga kajian-kajian mineral yang terdapat di negeri-negeri tersebut akan dapat kita ketahui. Mungkin tidak ramai yang mengetahui bagaimana kelebihan yang kita peroleh dengan wujudnya rang undang-undang ini. Sebab di sini dia akan menjadi garis panduan kepada kerajaan untuk memastikan bagaimana dia boleh berperanan untuk kebaikan negara kita sendiri. Kalau kita lihat bagaimana minyak sekarang ini mungkin kita hanya peroleh di kawasan sebelah utara, negeri Sabah. Namun pada maklumat yang saya peroleh, di mana pada masa akan datang dari segi simpanan gas, rizab antara yang terbesar nanti akan diperoleh di negara kita ini berada di kawasan bumi Sabah terutamanya di kawasan Parlimen Silam. Jadi saya sangat menyokong agar Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008 ini dapat kita sokong bersama bagi memastikan ia akan memberi kebergantungan kita kepada pakar-pakar luar negara terutamanya dalam bidang geologi ini dapat kita kurangkan. Jikalau perancangan kementerian yang akan mensasarkan lebih kurang 700 orang untuk dilahirkan menjadi pakar geologi ini, saya mencadangkan di sini supaya dia tidak akan dihadkan dengan jumlah yang sedemikian...
[Bangun]
Yang Berhormat bagi Silam, ada yang bangun, Yang Berhormat bagi Putatan.
Sedikit sahaja.
Yang Berhormat bagi Putatan, sila.
Terima kasih Yang Berhormat saudara saya dari Silam, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik apabila mendengar cadangan yang cantik daripada Yang Berhormat bagi Batang Sadong. Bahawa Ahli Lembaga Pengarah Geologi Malaysia ini, walaupun terdiri daripada ahli-ahli profesional daripada pegawai-pegawai kerajaan, pegawai-pegawai dari syarikat berkanun dan pihak-pihak profesional yang mengendalikan kerja-kerja geologi. Persoalan yang telah saya timbulkan pada semalam soal keanggotaan ini mungkin tidak cukup kerana merangkumi 15 bidang aktiviti geologi. Saya juga sudah bercadang, bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Batang Sadong soal penyertaan ahli geologi daripada negeri Sabah tidak kira dia kerja dengan kerajaan atau private sector. Ini amat perlu kerana ini ada kena mengena dengan undang- undang negeri masing-masing. Adakah Yang Berhormat bersetuju dan memohon kepada pihak kementerian supaya ini dapat diberi perhatian atau kalau boleh dimasukkan, menambahkan perenggan yang spesifik kepada negeri Sabah dan Sarawak.
Terima kasih pandangan daripada Yang Berhormat bagi Putatan. Saya bersetuju sangat supaya Sabah dan Sarawak dari segi keahlian dan mencadangkan di sini supaya menjadi ahli tetap. Ini kerana kita melihat dari segi hasil mungkin kita sekarang ini kajian daripada pakar-pakar geologi kita belum lagi menyeluruh mungkin dari segi faktor kekurangan guna tenaga. Jadi di sini saya juga ingin mencadangkan kalau melihat dari segi peraturan muka surat 40, iaitu “Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat” Sebagai tambahan selain daripada kita mencadangkan agar ahli-ahli geologi dari Sabah dan Sarawak akan menjadi ahli tetap lembaga ini, kita mencadangkan juga supaya Ahli-ahli Dewan Rakyat daripada negeri-negeri tersebut ataupun negeri yang ada hasil kaji bumi ini boleh dicadangkan di sini untuk menjadi ahli. Sebab sekurang-kurangnya kita akan dapat mengetahui bagaimana peranan law makers, dengan izin ataupun penggubal undang- undang itu terlibat secara langsung kerana mereka lebih faham dan arif tentang pembangunan kawasan mereka.
Juga saya di sini ingin mencadangkan kepada kementerian supaya dapat bekerjasama dengan IPTA tempatan ataupun Kementerian Pengajian Tinggi. Bagi membolehkan agar ahli-ahli geologi ataupun pengambilan pelajar-pelajar yang akan menjadi ahli geologi ini diperluaskan dan ianya menjadi suatu dasar yang baru kepada kementerian bagi memastikan ianya akan berterusan di masa akan datang. Sebab kalau kita melihat negara yang lebih maju daripada kita telah mengambil berat tentang peranan ahli-ahli geologi ini. Tuan Yang di-Pertua, di samping kita ingin memperkasakan rang undang-undang ini kita berharap juga ianya akan mengambil kira dalam semua apa pun yang melibatkan perundangan ini. Jika terdapat kekurangan dan kelemahan, kita berharap supaya kementerian dan kerajaan akan merujuk pakar-pakar asing ataupun tempatan yang ada pengalaman supaya ia dapat dikemaskinikan lagi. Sebab ini akan dapat mengurangkan timbulnya masalah birokrasi ataupun timbulnya masalah persefahaman dari segi melaksanakan segala dasar yang akan dirangkum dalam Rang Undang-undang Ahli Geologi ini. Ini kerana kita melihat pembangunan negara kita ini yang bergantung kepada sumber pembangunan manusia sangat diharapkan supaya ia akan menjadi modal insan yang dapat bertanggungjawab, yang akan dapat memastikan bahawa pembangunan negara ini dapat diatur dengan baik. Kita juga akan berdiri bukan hanya sama tinggi tetapi lebih tinggi daripada bangsa lain berbanding dengan apa yang kita fikirkan sekarang. Kita tidak boleh memperlekehkan lagi bagaimana peranan bangsa Malaysia itu menjadi sebuah atau satu bangsa yang sebenarnya mereka mempunyai kehebatan dan kepakaran dan saya menyokong Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008 ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat bagi Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terima hakikatnya kita perlu satu rang undang-undang berkenaan dengan geologi. Akan tetapi apabila kita membuat undang-undang ini harus dia saksama dan satu undang- undang yang baik. Saya tidak begitu selesa dengan rang undang-undang ini kerana terlalu banyak kuasa diberikan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar serta ada kekurangan dalam check and balance. Umpamanya dalam seksyen 6 di mana keanggotaan lembaga dilantik terus oleh menteri, tidak dipilih oleh profesional geologist. Kita banding dengan medical act, di mana MMC ataupun Jemaah Perubatan Malaysia 40% daripada ahli lembaga itu dipilih oleh doktor sendiri. Di sini dalam rang undang-undang ini, Institute Geologist boleh menamakan ahli geologist, profesional geologist kepada menteri. Akan tetapi keputusan menteri adalah final. Begitu juga di dalam seksyen 10 dalam akta yang sama ini, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar tersebut boleh menurunkan atau boleh membatalkan ahli lembaga itu atau mengeluarkan dari senarai ahli lembaga tanpa memberikan sebarang sebab. Isu seperti ini terlalu banyak kuasa pada menteri untuk buat apa juga yang dia suka tanpa check and balance.
Satu lagi isu ialah dalam seksyen 33 di mana isu disiplin seorang geologist boleh dibatalkan pendaftarannya, pendengarannya adalah oleh lembaga. Dalam keadaan ini, lembaga menjadi pendakwa dan juga hakim. Lembaga itu mendakwa ahli geologist itu buat salah dan lembaga juga menentukan adakah pendakwaan itu betul-betul. Jadi tidak ada separation of powers. Dan seorang geologist yang pendaftarannya dibatalkan hanya boleh bawa isu ini kepada menteri dan keputusan menteri ikut seksyen 48 adalah muktamad, tidak boleh bawa ke mana-mana.
Jadi langsung tidak ada separation of powers, tiada check and balance dan terlalu banyak kuasa diberi kepada menteri. Jadi saya rasa, saya pohonlah kalau kita hendak buat satu undang-undang baru ini mesti buat secara yang baik, secara yang, even handed. Let’s do it right the first time. Jangan buat sesuatu yang terlalu tumpukan banyak kuasa di tangan menteri, dia top heavy. Dan bukan bererti saya tidak percaya menteri yang ada sekarang, saya tidak tahu dia, tetapi law ini membawa terlalu banyak kuasa di tangan dia. Jadi saya pohon rang undang-undang ini ditarik balik, diubahsuaikan sebelum di bawa ke Dewan ini. Jadi saya tidak boleh sokong rang undang-undang ini, pada bentuk ini sekarang. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat petang. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, yang telah memberikan saya kesempatan untuk sama-sama berbahas dalam Rang Undang-undang Ahli Geologi ini. Walaupun kita tahu Lembaga Geologi ini telah pun diuar-uarkan akan ditutup sudah 15 tahun, tetapi alhamdulillah sekarang sudah sampai masanya. Ia bertujuan untuk mengumpulkan pakar-pakar ataupun ahli-ahli dalam bidang geologi berada dalam satu badan seperti mana yang berada, yang dipunyai para doktor, jurutera dan juga arkitek serta peguam yang sudah mempunyai badan ataupun lembaga yang mengawal mereka. Tujuannya adalah untuk mengawal profesionalisme ahli geologi supaya tidak akan wujud seperti mana yang pernah wujud dalam bidang perubatan iaitu bogus doktor, harap tidak ada bogus geologist selepas ini, apabila adanya rang undang-undang ini. Kita harap kepada mereka-mereka yang berada di dalam badan ini benar-benar bertauliah dan boleh memberi nasihat kepada kementerian, kerajaan ataupun badan-badan yang memerlukan nasihat mereka. Akan tetapi walau macam mana pun, saya ada beberapa perkara yang ingin mendapat penjelasan daripada kementerian berhubung dengan pembentukan Lembaga Geologi ini. Pertama sekali berkenaan dengan geologi siswazah. Berapa lama dan di manakah tempat mereka ini akan ditempatkan sebelum mereka ini benar-benar dilantik sebagai ahli geologi profesional, kerana kalau bidang perubatan kita ada hospital, kita ada klinik-klinik dan juga tempat-tempat untuk melatih mereka. Jadi di manakah...
[Bangun]
Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya meminta pandangan Yang Berhormat, ahli-ahli geologi ini kalau pun dilahirkan cuma berdasarkan kelulusan sarjana, ijazah tetapi tidak berkepakaran. Apakah ini akan membuat keuntungan kepada negara? Contohnya, apabila ahli geologist salah melapur berhubung dengan mungkin bencana alam, tsunami dan sebagainya sebab mereka ini betul ada qualification ataupun kelulusan, tetapi kepakaran secara mendalam tidak ada. Apakah ini tidak merugikan negara dan akan mengucar-ngacirkan lagi keadaan. Jadi adakah Yang Berhormat ingin mencadangkan supaya kementerian dan kerajaan benar-benar serius melahirkan ahli-ahli geologi yang profesional, yang marketable dan benar-benar menjadi ahli yang boleh dipercayai?
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Dan saya rasa itulah antara maksud dalam perbahasan ini supaya mereka yang benar-benar bertauliah dan mempunyai pengetahuan yang cukup dimasukkan dalam badan profesional ini, supaya apabila mereka mengeluarkan sesuatu analisa, ia merupakan satu analisa yang valid dan memberi keuntungan kepada negara dan rakyat dalam negara ini. Sambung kepada geologist siswazah ini, saya rasa kita perlu mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, di manakah mereka ini akan menjalankan latihan, housemanship mereka kalau di bidang perubatan, makna di dalam geologi pun memang
ada latihan. Di manakah? Di tempat manakah mereka ini ditempatkan sebelum mereka ini layak untuk disebut sebagai ahli geologi profesional kerana profesional inilah yang akan meletakkan mereka ini dalam satu badan yang akan memberi nasihat seperti mana yang telah saya sentuh tadi. Dan juga kepada mereka ini yang berada dalam badan ini, apakah juga dikenakan pembaharuan setiap tahun disebut sebagai sijil amalan tahunan dan berapakah fi yang dikenakan kepada mereka ini? Kerana kalau kita lihat dalam rang undang-undang ini ada disebut lembaga ini berhak untuk mengeluarkan biasiswa. Jadi saya rasa kalau sebut berhubung biasiswa ini, ia merupakan satu perkara yang memerlukan dana ataupun sumber kewangan. Apakah ataupun dari manakah badan lembaga ini akan mendapat dana untuk mengeluarkan biasiswa untuk melatih ahli-ahli geologi di masa yang akan datang. Dalam pembentangan dua hari lepas, menteri menyebut dikenakan fi dan fi ini dikatakan tidak terlalu tinggi. Jadi daripada manakah kewangan untuk mengeluarkan biasiswa kepada mereka yang berminat dalam bidang geologi ini? Kemudian, berhubung dengan pelantikan anggota lembaga. Daripada senarai yang telah disebut dalam rang undang-undang ini terdapat 12 orang profesional geologist yang berada di situ dan dua orang yang layak dilantik oleh menteri. Jadi saya rasa kalau sekiranya kita membicarakan tentang undang-undang, tidak lengkap jika sekiranya kita tidak meletakkan peguam berada di situ dan juga jika sekiranya ia berhubung kait dengan kewangan, tidak lengkap jika sekiranya tidak diletakkan para akauntan di dalam lembaga pengarah itu. Saya rasa dua orang yang dilantik oleh menteri ini hendaklah terdiri daripada mereka dalam bidang guaman dan juga dalam bidang kewangan. Dan seterusnya, tentang kriteria-kriteria yang diambil kira oleh lembaga ini untuk memasukkan mereka dari luar negara ke dalam Lembaga Geologi ini. Apakah kriteria- kriteria ini sama seperti mana yang ada di dalam negara kita kerana pengajian mungkin ada perbezaan di antara universiti di luar negara dengan universiti di dalam negeri kita? Apakah mereka ini akan juga dikenakan peperiksaan yang sama dengan apa yang akan diambil oleh ahli-ahli geologi dalam negara kita? Seterusnya, dalam bidang misalnya profesionalisme geologi ini, apakah mereka ini juga dikenakan sekatan dalam bidang pengiklanan? Kalau di dalam bidang kedoktoran, kita ditegah untuk melakukan iklan service kita di dalam surat khabar pada suatu masa dulu dan adakah ini juga akan dikenakan kepada ahli-ahli geologi di mana mereka ini tidak boleh meletakkan iklan-iklan di media-media dan juga di akhbar-akhbar supaya bidang profesionalisme mereka ini berada di dalam satu tahap yang tersendiri? Yang akhir sekali ialah tentang perjumpaan emas. Kononnya ataupun dikatakan Malaysia mengeluarkan emas sehingga 4,000 kilogram pada masa ini. Saya hendak tau dari manakah sumber-sumber emas 4,000 kilogram ini didapati oleh ahli-ahli geologi dalam negara kita? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya amat menyokong rang undang-undang ini sebab seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Pendang tadi bahawa kita memang sudah lama menunggu rang undang-undang begini sebab dengan pelbagai isu yang kita hadapi seperti masalah pemanasan global, gempa bumi, tsunami dan juga isu untuk kita meningkatkan lagi sumber-sumber asli kita dan juga untuk mencari sumber-sumber baru daripada sumber asli kita. Oleh itu kita memang memerlukan apa yang disebut sebagai ahli geologi yang profesional. Maka dengan adanya rang undang-undang ini, maka kita sudah menyediakan satu kaedah iaitu untuk menentukan bahawa ahli-ahli geologi kita ini adalah ahli-ahli geologi yang profesional, berkualiti yang dapat membantu kita berhadapan dengan cabaran- cabaran yang semakin besar sekarang ini. Sebab itulah saya juga ingin membangkitkan yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Siput tadi iaitu mengenai dengan soal tindakan kita terhadap ahli-ahli geologi ini.
Beliau mempertikaikan soal kuasa menteri, tetapi mungkin kita perlukan satu kaedah yang lain. Satu kaedah bagaimana setelah sesuatu kes timbul, mungkin ada satu tribunal dan sebagainya untuk menentukan kedudukan seorang ahli geologi. Di samping itu juga Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan bahawa rang undang- undang ini juga dapat menentukan supaya jangan nanti kita memberikan keutamaan kepada ahli-ahli geologi luar negara, ataupun ahli-ahli geologi asing daripada ahli-ahli tempatan. Oleh sebab keperluan yang mendesak ini, saya berharap supaya ahli-ahli geologi kita ini benar-benar terlatih dengan kursus-kursus di universiti yang bersesuaian dengan apa yang berlaku dengan latihan yang sebenarnya, supaya kita ini Tuan Yang di-Pertua mempunyai ahli-ahli geologi yang benar-benar membantu kita dengan cabaran-cabaran yang disebutkan itu tadi. Kalau saya mengambil isu pemanasan global, mengenai dengan ribut taufan, hujan lebat, banjir, angin kencang dan sebagainya adalah suatu contoh ketidaktentuan yang sedang berlaku sekarang ini. Oleh itu dalam membahaskan rang undang-undang ini, saya juga bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Batang Sadong tadi, iaitu bahawa di dalam kita menentukan ahli-ahli geologi yang profesional ini, maka perlu juga ada ciri-ciri tambahan yang tertentu. Antaranya ialah berani. Berani maksudnya di sini ialah berani memberikan nasihat tentang apa yang sebenarnya berlaku mengenai dengan masalah yang kita hadapi sekarang ini. Jangan dia itu, maksudnya kerana pentingkan kedudukan dirinya dan sebagainya memberikan nasihat. Saya ambil contoh, apa yang berlaku sekarang ini kita berhadapan dengan dua pandangan yang berbeza daripada ahli geologi. Ada yang kata, gempa bumi sebanyak 21 kali sejak bulan November 2007 hinggalah yang terbaru baru-baru ini. Ada yang kata, itu perkara biasa. Ada ahli geologi daripada Universiti Malaya, dia kata kita perlu beri perhatian dan tengok balik projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan, kerana ini boleh menyebabkan gempa bumi itu daripada 3.1 skala Richter boleh meningkat lebih tinggi, jika sekiranya tidak ada kawalan. Jadi, di sini kita melihat ada dua pandangan yang berbeza di kalangan ahli geologi. Sebab itulah ahli geologi yang profesional ini, mestilah juga ada ciri- ciri tadi iaitu berani yang mana dia beramanah iaitu memberitahu apa yang sebenarnya dia faham, dan akhirnya dia komited dengan tugasnya sebagai ahli geologi ini. Tuan Yang di-Pertua, di dalam membahaskan rang undang-undang ini, saya cuba menumpu kepada satu aspek yang banyak juga disentuh oleh kawan-kawan tadi tentang isu gempa bumi, yang mana saya Tuan Yang di-Pertua pernah mempunyai satu pengalaman, iaitu pengalaman berhadapan dengan gempa bumi 7.6 skala Richter. Saya jatuh daripada katil Tuan Yang di-Pertua, kerana duduk di dalam hotel yang tinggi bila berlaku 7.6 skala Richter ini boleh jatuh daripada katil, bukan buat apa pun tengah tidur... [Ketawa] Ini jangan salah faham ya. Saya seorang sahaja Tuan Yang di-Pertua. Boleh percayakan? Kota Melaka pun percaya. Namun Tuan Yang di-Pertua, tidak ada pengalaman yang sehebat, yang mana saya rasa hotel itu macam hendak patah sampai air di dalam swimming pool itu pun, masa saya lari ikut tangga itu bila sampai di bawah, saya tengok ia tumpah keliling hotel itu. Itulah betapa hebatnya gempa bumi. Jadi, apabila timbul 21 gegaran sejak November 2007, maka ia meninggalkan tanda tanya kepada kita, walaupun 3.1 skala Richter, kerana Bukit Tinggi ini berada di kawasan zon sesar, dipanggil zon sesar iaitu lapisan bumi bergeser sesama sendiri. Maka sebab itulah, kita harus memberi perhatian sebagaimana saya ambil kenyataan Profesor Madya Dr. Mohd Ali Hassan yang mengatakan, bahawa perbuatan manusia turut menyumbang kepada gempa bumi ini, sebab itulah dia mengatakan tentang pembinaan empangan dan juga bangunan-bangunan boleh menyebabkan gempa bumi ini akan meningkat kekuatannya. Ini adalah cukup membahayakan kerana beliau memberi contoh apa yang berlaku di China. Empangan China yang terbesar di dunia telah menjadi faktor utama gempa di negeri China.
Oleh itu, saya ingin membangkitkan sebab Bukit Tinggi ini berada di kawasan Banjaran Titiwangsa. Banjaran Titiwangsa, saya sudah banyak kali sebut iaitu bahawa Banjaran Titiwangsa adalah pasak bumi Malaysia. Maksudnya, pasak bumi ini adalah kekuatan kita. Kalau lemah pasak bumi ini, maka lemahlah bumi Malaysia ini. Jadi, oleh kerana itu saya ingin membangkitkan soal pembinaan Empangan Kelau ini. Apakah ahli-ahli geologi kita ini benar-benar memberi pandangan dan nasihat yang sebenarnya kepada pihak kerajaan, kerana apabila kita ingin membina Empangan Kelau ini, ia akan menyebabkan kita terpaksa membina terowong di bawah Banjaran Titiwangsa ini. Ini akan melemahkan pasak bumi kita. Oleh kerana itulah maka, ini akan membimbangkan kita bahawa gempa bumi yang berlaku di Bukit Tinggi ini akan berterusan, dan semakin kuat skala Richter nya dan ini amatlah membahayakan. Oleh itu, ada beberapa rakan-rakan Yang Berhormat tadi ada menyebut tentang perkara ini, maka saya ingin mendesak juga supaya kerajaan panggil balik ahli-ahli geologi yang profesional, beri pandangan kedua ataupun buat EIA yang kedua untuk memastikan sama ada ini bahaya atau tidak. Kalau bahaya, lebih baik kita berhentikan projek ini, jangan teruskan kerana ini adalah pasak bumi kita. Oleh kerana itulah, saya berharap tentang adanya rang undang-undang ini akan memastikan bahawa kerajaan juga mestilah mencari kaedah bagaimanakah melalui undang-undang ini, lembaga ini supaya mereka ini memberikan nasihat yang betul. Bukan nasihat British kepada pihak kerajaan, supaya kita dapat memastikan perkara yang membimbangkan ini tidak berterusan. Jangan nanti, seperti dulu ada orang tidak pernah dengar perkataan “tsunami”. Namun, kerana adanya tsunami 9.8 skala Richter di Aceh itu akhirnya sampai juga di tempat kita. Oleh kerana itulah, saya berharap perkara ini diberikan perhatian khusus oleh ahli- ahli geologi kita, dan pihak kerajaan cuba dapatkan nasihat kedua daripada ahli-ahli geologi yang saya katakan profesional, sebab sudah ada dua pandangan yang berbeza ini. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya berharap ahli-ahli geologi ini diminta pandangan mereka tentang projek-projek pembangunan yang dilaksanakan sekarang ini. Kita kena ambil kira pandangan mereka sebab apa yang saya tahu, kebanyakan bangunan- bangunan di negara kita di Kuala Lumpur khususnya, iaitu bangunan yang tinggi ini bukanlah bangunan yang tahan gempa. Jadi, saya bimbang jika sekiranya pasak bumi kita itu disentuh, dikacau, diganggu, dirosakkan, maka kekuatan kita untuk berhadapan dengan gempa bumi, kesan daripada gempa bumi di Indonesia khususnya akan menyebabkan nanti bangunan-bangunan kita akan banyak yang retak ataupun mungkin runtuh, roboh seperti mana robohnya bangunan-bangunan di Aceh, kerana kekuatan 9.8 skala Richter itu sebelum datang air tsunami ini. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dengan perkara ini, kita juga minta ahli-ahli geologi memberikan pandangan mereka dan kerajaan betul-betul mencari ahli geologi yang profesional. Kita lihat sekarang ini, dengan masalah kekurangan batu kasaran, maka kita sekarang ini seolah-olah terpaksa membuka pusat-pusat kuari yang baru khususnya di kawasan hutan simpan yang cukup penting untuk kita menjaga, memelihara alam sekitar, flora dan fauna biodiversity kita ini. Jadi, oleh kerana itu, saya cukup bimbang jika sekiranya ahli-ahli geologi yang kita bangkitkan tadi, yang tidak amanah ini, yang kata tidak apa, boleh buka kuari baru walaupun di kawasan-kawasan tadahan. Ini amat membahayakan, sebab itulah saya harap lembaga ini, Lembaga Ahli Geologi ini supaya mereka ini apabila diberikan kuasa penguatkuasaan yang dibangkitkan tadi, maka mereka tahu apakah kaedah untuk penguatkuasaan ini. Kita ini Tuan Yang di-Pertua, adalah antara negara yang paling banyak buat rang undang-undang. Pinda akta dan sebagainya. Macam-macam kita dah ada tetapi jika dari segi penguatkuasaannya pun tidak baik, apa maknanya undang-undang yang banyak, yang kita buat ini. Sebab itulah, saya mengharapkan bahawa lembaga ini, apabila mempunyai kuasa penguatkuasaan, maka dia mesti melaksanakan penguatkuasaan itu dengan sebaiknya.
Ha, inilah masalah kita, banyak undang-undang tapi budaya penguatkuasaan adalah cukup lemah. Sebab itulah saya berharap Kerajaan Negeri Kedah sebagai contohnya yang kata nak membalak di kawasan tadahan air, yang ada tiga empangan terlibat termasuklah Pedu dan Muda ini. Sepatutnya dia ambil kira. Pulau Pinang pun membantah, Menteri Besar Kelantan pun membantah. Kenapa nak juga di balak kawasan ini? Kononnya nak guna helikopter pula. Ini satu pembaziran. Apakah tidak ada cara lain sedangkan ini membawa kesan juga kepada penanam-penanam padi yang ingin menambah padi di kawasan mereka yang juga menjadi masalah negara kita sebab ini akan membawa kesan yang tidak baik kepada empangan yang membekalkan air kepada penanam-penanam padi....
[Bangun]
Yang Berhormat Batu bangun Yang Berhormat.
Sekejap. Dalam isu pembalakan ini, saya setuju bahawa rizab hutan ini harus dipelihara, Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah sumber yang sangat penting bagi Kerajaan Kedah yang terpaksa mengambil satu tindakan untuk membalak. Ini adalah satu tindakan yang dikesalkan tetapi kalau kita memandang alam sekitar ini sebagai warisan bersama, kita tidak sepatutnya memandang ini adalah negeri Pembangkang atau negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional. Maksudnya, Kerajaan Pusat iaitu Kerajaan Persekutuan juga harus mengambil langkah-langkah untuk mencegah tindakan ini dan kita semua sedar bahawa punca ini ialah kekurangan atau keengganan Kerajaan Pusat untuk memberi peruntukan yang cukup kepada Kerajaan Negeri Kedah. Kalau kita sayangkan alam sekitar, adakah wajar Kerajaan Pusat terus mengambil langkah untuk boikot dan menyekat dana dan peruntukan kepada Kerajaan Negeri Kedah? Kalau kita memandangkan ini adalah satu warisan yang penting, seharusnya bukankah kita bersama-sama Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh Barisan Nasional dan juga Kerajaan Negeri dan Pakatan Rakyat harus mencari dana yang cukup supaya negeri tidak dipaksa untuk merosakkan alam sekitar supaya meneruskan survival kerajaan tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Ya, saya memang setuju iaitu bahawa dalam soal ini barangkali perlulah Kerajaan Pusat dan Kerajaan Kedah berbincang dulu bagaimana nak mengatasi soal dana itu tadi tapi itu tidak boleh menjadi alasan untuk kita terus juga nak membalak di kawasan tersebut kerana kita kena fikirkan masalah orang ramai. Soal dana itu saya fikir itu boleh bincanglah dengan Kerajaan Pusat dan saya tidak fikir kalau sekiranya dulu pun kerajaan negeri sanggup ikut arahan tersebut, iaitu tidak membalak di kawasan tersebut, apatah lagi kerajaan yang ada sekarang ini, kerajaan negeri yang ada sekarang ini dengan memikirkan kepentingan ramai, kepentingan global dan sebagainya, maka saya tidak fikir dia perlu mengikut emosi ataupun cuba mengugut untuk mendapatkan dana tersebut. Saya harap perkara ini menjadi perhatian kita bersama sebab saya cukup bimbang dengan masalah pemanasan global yang sedang kita hadapi sekarang ini dan oleh kerana itulah isu alam sekitar ini adalah isu yang kurang mendapat perhatian. Sebab itulah kita perlukan ahli-ahli geologi yang berani. Ahli-ahli geologi yang profesional yang boleh memberikan pandangan yang tidak bertolak ansur sebenarnya kepada apa yang sedang kita hadapi sekarang ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada sahabat dari Batu Pahat. Cuma saya ingin menarik satu perhatian dan pandangan daripada Yang Berhormat iaitu berhubung dengan akta yang kita buat ini sebenarnya sangat baik tapi kalau kita lihat dalam konteks negara kita ini pada hari ini, akta yang dibuat ini kebanyakannya menjurus kepada satu perkara tapi dia melibatkan banyak kementerian. Jadi, sudah barang tentu apabila ia melibatkan banyak kementerian, dia akan menyebabkan dari segi penguatkuasaan tidak dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.
Jadi kalau akta yang kita luluskan pada hari ini pun kalau kita ingin melihat yang membawa kebaikan seperti Yang Berhormat katakan tadi, keseriusan kita tentang global warming yang menimbulkan kebimbangan bukan saja di negara kita bahkan rakan-rakan kita yang berada di negara-negara kepulauan yang merasakan air laut semakin hari semakin naik dan mungkin dalam jangka masa tertentu, sudah tidak ada lagi negara kepulauan ini yang wujud hasil daripada kesilapan manusia yang rakus dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini?
Ya, ini soal penyelarasan ini memanglah sering berbangkit sebenarnya. Kadang-kadang dia melibatkan beberapa kementerian lain terutamanya sebenarnya penyelarasan ini biasanya juga membabitkan kerajaan negeri. Kita tahu bahawa isu tanah dan sebagainya, isu air adalah kuasa negeri. Oleh itu maka kita kadang-kadang berhadapan dari segi penyelarasan terutamanya dari segi tindakan dan kuat kuasa dan kita harap bahawa kita harus mencari mekanisme baru, satu. Yang kedua ialah yang penting bagi saya ialah bekerjasama memahami isu apa yang sedang kita hadapi sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua...
Minta penjelasan.
Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, kita melihat bahawa isu alam sekitar ini bukan sudah menjadi satu rahsia bahkan ianya telah menjadi satu isu global dan ini memerlukan keprihatinan sesebuah kerajaan dan masyarakat. Jadi kita lihat akta dalam negara kita ini memang cukup baik cuma bagaimana penyelarasan dan pelaksanaan di peringkat bawah itu sendiri. Adakah ianya mengikut akta yang telah digubal ini ataupun ada birokrasi di dalam pelaksanaan dia dan baru-baru ini kita mendengar Kerajaan Negeri Kedah yang baru, dia tidak peduli mana-mana arahan, dia berhasrat untuk menumbang kayu balak di kawasan tadahan air yang menjadi kepentingan awam. Jadi apakah ini merupakan satu fenomena yang terpaksa kita lakukan untuk mengaut kekayaan, maka kita korbankan keselamatan alam semula jadi.
Terima kasih Yang Berhormat ‘Kinabitangan’. Eh! Yang Berhormat Kinabatangan... [Ketawa] Sebab saya jarang diganggu oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Saya setuju dengan Yang Berhormat sebab itu dalam rang undang-undang ini ada dua perkara yang penting. Satu tentang ahli geologi yang profesional. Macam mana mereka nak mendaftar dan sebagainya. Sebab itu timbul soal seperti kita gunakan MMC dan yang kedua ialah isu penguatkuasaan. Jadi kalau sekiranya ahli geologi tidak berani memberi pandangan ataupun dia ubah daripada awal pandangan dia, dia kata boleh, ini menjadi satu masalah. Masalah yang kedua ialah penguatkuasaan. Jadi dalam kes pembalakan di Kedah ini, kita harap jangan jadikan alasan soal dana daripada Kerajaan Pusat itu sebagai punca dan sebab untuk kita nak terus membalak sebab pandangan sudah ditimbulkan oleh pelbagai pihak baik di Kerajaan Negeri Perlis ataupun di Pulau Pinang. Oleh itu saya berharap, keprihatinan kita kepada isu-isu yang membabitkan soal geologi ini harus kita jadikan sebagai satu agenda penting sebenarnya dengan cabaran- cabaran yang sedang kita hadapi sekarang. Saya mengambil satu contoh Tuan Yang di- Pertua...
[Bangun]
Yang Berhormat Pasir Mas di belakang.
Ya, sila.
Terima kasih.... [Gangguan sistem pembesar suara] Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Batu Pahat apabila dia sebut penguatkuasaan yang menjadi masalah. Saya tidak nafi
penguatkuasaan itu juga salah satu daripada masalah tetapi yang lebih besarnya ialah pihak yang memutuskan dasar, decision maker. Siapa?
Contohnya dalam soal pembalakan yang merosakkan alam sekitar. Siapa yang meluluskan pembalakan ini sampai berpuluh ribu ekar? Siapa? Apabila mereka mendapat kelulusan seumpama ini daripada pihak atasan, mereka ini adalah merupakan tauke-tauke ataupun tokoh-tokoh ataupun orang-orang yang mempunyai kabel yang kuat. Maka apabila dilakukan penguatkuasaan, dengan wang yang banyak mereka boleh menyogok sana sini sehinggakan pihak penguatkuasaan pun boleh terpengaruh. Jadi saya minta Yang Berhormat memberikan pandangan. Itu perkara yang pertama. Perkara yang kedua, apakah Yang Berhormat sedar Malaysia inilah satu-satunya negara pemberian Allah SWT yang terbaik dalam dunia ini. Kita cukup bernasib baik. Negara kita ada minyak. Di negara Arab ada minyak tidak ada kelapa sawit. Kita ada getah, kita ada bijih timah, kita ada emas. Negara kita pula rakyat hanya 27 juta. Bukan ramai. Kita ada bukit, kita ada sungai, kita ada paya. Kita ada cukup makanan-makanan pula. Macam-macam jenis makanan. Semua ada tetapi macam-macam masalah berlaku dalam negara kita ini. Lepas satu isu, satu isu. Bukankah ia berkaitan dengan persoalan kepimpinan yang harus diselesaikan sebab ibarat kata guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Terima kasih.
Terima kasih Pasir Mas. Sebenarnya saya setuju dengan Pasir Mas iaitu bahawa dalam isu ini kita tidak boleh bertolak ansur dan saya sebut tentang itu bukanlah maksudnya perkara-perkara ini tidak berlaku di negeri lain. Ini adalah standard tidak kira mana negeri sebab saya tahu pembalakan ini menjadi satu sumber pendapatan kepada kerajaan-kerajaan negeri. Sebab itulah saya tidak tahu apakah kita tidak ada satu cara iaitu kita mengehadkan pembalakan di negara kita ini. Menyelaraskannya. Ataupun kalau boleh tidak ada lagi sumber pendapatan daripada pembalakan kalau nak lagi mudah. Akan tetapi, sudah tentulah negeri-negeri yang tidak banyak bergantung kepada perindustrian dia tidak akan menerima cadangan ini. Jadi oleh kerana itu, bagi saya dengan adanya kita memiliki satu rang undang-undang seperti ini, maka perlu ada satu pengubahsuaian cara kita bekerja iaitu dengan pandangan ahli-ahli geologi ini. Iaitu apakah kesan-kesannya dan kerajaan negeri mestilah komited menerima pandangan-pandangan ini. Soal sogokan ini memang satu masalah yang besar yang sedang kita hadapi dan yang dibangkitkan oleh Pasir Mas soal kepimpinan. Ya, maksudnya inilah fenomena, fenomena yang kita katakan menyeluruh tidak kira di mana. Iaitu bahawa sebenarnya jika kita sendiri tidak tegas ataupun sudah menerima pandangan nasihat daripada ahli geologi, tapi kita nak terus juga buat kerja-kerja seperti itu, maka ini sudah tentulah menimbulkan masalah. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi sebab itulah saya berharap bahawa isu ini adalah isu di mana kepimpinan juga mesti mempunyai pandangan yang menyeluruh, komprehensif terhadap isu pembangunan yang lestari ini iaitu soal-soal alam sekitar. Soal-soal pemanasan global dan sebagainya ini harus diambil kira sama dalam kita menentukan dasar pembangunan di negara kita ini. Yang Berhormat Pasir Mas tadi menyebut soal paya. Saya nak menyentuh di sini tentang satu isu tentang kemusnahan hutan bakau ini. Kita melihat bahawa apa yang berlaku di Aceh itu, kadang-kadang dia kata bahawa jika sekiranya banyak hutan bakau ini boleh menyelamatkan lagi masalah yang sedang dihadapi di Aceh apabila berlakunya tsunami itu. Kita melihat bahawa di negara kita ini sendiri seolah-olah kita tidak memberikan perhatian kepada perkara ini. Sebab itulah ahli-ahli geologi kita ini juga harus memberikan satu pandangan yang menyeluruh dan barangkali perlu kita ada perlu ada satu pelan baru
pembangunan di negara kita ini melihat keseluruhannya termasuklah isu untuk kita membangunkan kembali hutan-hutan bakau di negara kita ini. Kalau berdasarkan kepada statistik ini, antara 1973 sehingga 2004 lebih kurang 54,520 ribu hektar hutan bakau telah pun dimusnahkan. Apa yang menjadi persoalan kepada kita ialah, kebanyakan ini berlaku kerana kita kena gunakan ini untuk pertanian, kita gunakan ini untuk industri udang dan ketam dan sebagainya. Maka ini yang menjadi punca. Oleh kerana itulah kita harus memikirkan balik soal penanaman kembali, menanam semula hutan-hutan bakau ini untuk kita berhadapan dengan masalah-masalah yang sedang kita hadapi ini. Saya ambil satu lagi contoh Tuan Yang di-Pertua tentang isu terumbu karang ini. Ini juga soal geologi. Sebab itu ahli-ahli geologi kita ini mestilah mahir dalam pelbagai perkara dan mestilah juga maksudnya saya kata tadi memberi nasihat yang menyeluruh kepada dasar pembangunan di negara kita ini. Saya ambil contoh masalah terumbu karang ini yang kini banyak terancam di beberapa taman laut kita ini. Kita bimbang bahawa terumbu karang kita ini akan pupus sebenarnya apabila ia tidak dipelihara dengan baik atas nama pembangunan. Berdasarkan data ini, hanya 40 daripada 882 pulau-pulau yang ada ini diwartakan sebagai taman laut. Ini satu contoh. Dari sebab itulah timbul soal pemetaan tadi. Pemetaan ini cukup penting sebenarnya untuk kita memastikan bahawa kita melihat isu terumbu karang ini dan saya harap dengan kita dapat walaupun hilang Pulau Batu Puteh tetapi kita mendapat Middle Rock. Maka jangan nanti Middle Rock ini pun kita musnahkan terumbu karang yang kita pergunakan untuk tujuan yang lain. Saya ingin mengambil kesempatan di sini Tuan Yang di-Pertua tentang Pulau Batu Puteh ini. Oleh kerana ada peruntukan mengatakan dalam tempoh lima belas tahun kita boleh membuat kajian semula kepada keputusan ICJ itu. Maka saya sependapat dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang mengatakan Pulau Batu Puteh tetap milik Johor dan dengan apa cara sekalipun kita mesti ambil balik Pulau Batu Puteh ini. Oleh itu saya harap perkara ini diberikan perhatian. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Yang Berhormat Kota Raja.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membahaskan Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008 ini. Pada dasarnya saya menyokong rang undang-undang kerana dasarnya semua badan-badan profesional ataupun semua kerjaya yang bertaraf profesional perlu mempunyai satu lembaga untuk menentukan ataupun untuk memberi panduan kepada piawaian atau standard profesion itu dan perlu dipantau dan perlu dikawal. Ini kerana tidak semua ahli-ahli yang kita panggil ahli profesional tidak semua yang mungkin mempunyai etika yang tinggi seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Batang Sadong tadi dan kita memang memerlukan ahli-ahli geologi yang bukan sahaja berkepakaran tinggi tetapi perlu mempunyai etika yang tinggi juga. Kalau di bidang perubatan, doktor-doktor perubatan kita ada satu sumpah yang dipanggil Hippocratic Oath, yang mendahulukan nyawa pesakit dan kesejahteraan pesakit di atas segala-galanya. Hatta kos juga tidak menjadi persoalan apabila kita membicarakan mengenai kesejahteraan dan nyawa pesakit. Begitu juga kita harap Lembaga Geologi ini dapat mengawal keprofesionalan ahli- ahli geologi ini dengan satu piawaian atau standard yang tinggi dan ahli-ahlinya juga beretika tinggi. Ini kerana kita tahu bahawa kepakaran mereka ini amat diperlukan di dalam pembangunan; dan apabila pembangunan disebut, maka pelabur-pelabur, pengusaha- pengusaha yang mempunyai kuasa beli yang tinggi akan mencari jalan bagaimana untuk mendapat certification dengan izin, ataupun untuk mereka mendapat kelulusan. Saya percaya pihak kerajaan yang menggubal rang undang-undang ini telah mendapat input dan konsultasi dengan Institut Geologi Malaysia dan sewajibnya begitu kerana mereka lebih mengetahui tentang profesion mereka.
Saya merasakan bahawa akauntabiliti seorang ahli profesional itu amat penting sekali. Saya tidak tahu di dalam geologi dan saya pun tidak dengar lagi dalam peristiwa Highlands Tower dulu, sama ada ahli geologinya ataupun sesiapa saja yang bertanggungjawab meluluskan pembinaan pembangunan di atas bukit itu ataupun tanah tinggi itu juga turut didakwa sebagai satu kesalahan. Mungkin tidak jenayah tetapi negligent seperti apa yang berlaku dalam dunia perubatan; sekiranya seorang doktor didapati negligent, dengan izin. Maka mereka boleh diberhentikan ataupun dipotong pendaftaran mereka daripada senarai-senarai doktor itu.
Saya hendak memberi satu contoh mengenai akauntabiliti, di dalam kawasan saya ini tidak melibatkan ahli geologi tetapi melibatkan satu lagi profesion iaitu para arkitek. Di satu kawasan pembangunan rumah pangsa bertingkat maka baru-baru ini apa yang berlakunya kami dapat tahu bahawa paip sewage atau paip najis itu dilalukan di atas tangki air. Maka pabila berlaku pembocoran atas apa sebab pun maka air najis itu menitis ke dalam tangki air. Jadi apabila dipersoalkan siapakah yang bertanggungjawab meluluskan pelan sebegitu. Adakah arkitek daripada PBT ataupun arkitek daripada pemaju ataupun lain-lain orang yang bertanggungjawab? Sehingga sekarang lapan blok daripada bangunan itu berstruktur begitu dan tidak ada satu tindakan yang diambil di atas pihak-pihak yang bertanggungjawab yang menjadi mangsanya adalah penduduk ataupun penghuni rumah- rumah pangsa itu tersebut. Jadi saya harap bahawa satu rang undang-undang ini perlu lebih tegas iaitu hukuman kepada ahli profesional ataupun ahli geologi yang meluluskan, yang menandatangani kelulusan bahawa kawasan itu boleh dibangunkan sama ada untuk pembangunan, sama ada untuk terowong, sama ada untuk apa sahaja jenis pembangunan mesti accountable terhadap apa yang dia luluskan. Barulah ada sikap rasa tanggungjawab kalau pun tidak ada rasa takut kepada Allah S.W.T. Tuan Yang di-Pertua, mengenai piawaian di dalam profesion perubatan. Kita sekarang melangkah ke arah untuk dalam jangka panjang untuk memastikan semua pakar- pakar perubatan mengikuti apa yang dikatakan pembelajaran perubatan berterusan atau continuing medical education, dengan izin maka perkara yang sama patut dikenakan dengan ahli geologi juga kerana kepakaran geologi ini kalau kita tengok di dalam rang undang-undang ini ada 16 sub kepakaran yang menunjukkan bidang ini semakin hari semakin berkembang. Sekiranya para ahli geologi yang didaftarkan tidak dipaksa ataupun tidak diperlukan untuk mereka menaikkan taraf keprofesionalan mereka melalui pembelajaran seumur hidup di dalam bidang geologi maka kita akan juga mengalami satu masa kelak mereka jadi outdated. Ahli geologi yang outdated serupa juga dengan doktor yang tidak praktis mereka juga akan jadi outdated. Jadi mereka akan keluar daripada golongan pengamal kepada golongan yang tidak mengamalkan bidang geologi itu. Saya harap perlesenan ini dapat dimasukkan. Bab perlesenan sebagai ahli geologi ini dapat ditambah di dalam rang undang-undang ini kerana kita melihat ke hadapan bidang ini akan berkembang dan sub kepakarannya juga akan bertambah. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengatakan mengenai keahlian anggota lembaga ini dan saya bersetuju dengan rakan-rakan saya tadi yang ia perlu diperkembangkan. Saya khuatir kerana bidang ini adalah bidang yang amat mempunyai banyak sub kepakarannya maka sepuluh orang yang dilantik oleh menteri ini dan kalau kita tengok di sini dengan detail bahawa lima anggota daripada perkhidmatan awam dan lima anggota pula daripada ahli geologi profesional yang berdaftar semuanya boleh dicadangkan kepada pihak menteri tetapi menteri tidak terikat untuk melantik anggota-anggota tersebut. Bagi saya pihak profesional Institut Geologi Malaysia dan juga ahli-ahli mereka lebih mengenali di antara satu sama lain siapa yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Saya juga merasakan bahawa ahli-ahli akademik patut ada di dalam lembaga ini kerana ahli-ahli akademik yang tidak menjadi pengamal ahli geologi maka mereka mungkin hanya membuat kajian tetapi pengamalan di dalam industri ini mereka kurang...
[Bangun]
Jadi mereka perlu berada bersama kerana ilmu inilah yang mereka bawa balik ke universiti untuk mendidik bakal-bakal ahli geologi kita.
Yang Berhormat Indera Mahkota bangun Yang Berhormat.
Belakang maaf.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi berkenan dengan anggota Lembaga Ahli Geologi tadi di bawah perkara fungsi dan kuasa lembaga, perkara 3 dinyatakan bahawa Lembaga Ahli Geologi ini mempunyai kuasa untuk memajak, membeli, menjalankan apa aktiviti-aktiviti berkait juga dengan harta ataupun aset yang mungkin akan datang punya kapasiti untuk memiliki dan menguasai sebahagian daripada mungkin tanah, bangunan dan sebagainya. Di Bahagian ‘B’ juga dinyatakan aktiviti dibenarkan termasuk overdraft meminjam kepada bank dan juga menjalankan aktiviti yang bersangkut dengan perkara ataupun perkara 2 di sebelahnya. Di sini saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat adakah perlu agaknya kita tentukan dengan jelas autonomi kewangan kepada lembaga yang bakal kita tubuhkan di bawah rang undang-undang ini supaya kuasa penggunaan kewangan ataupun kuasa selain daripada pengamalan profesional dalam ahli geologi ini tidak dialih kepada suatu autonomi lain iaitu dalam...
Baik Yang Berhormat.
... mengumpul ataupun you know menguasai sebahagian daripada aset-aset bentuk tanah dan bangunan tadi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Tuan Yang di-Pertua saya percaya sebuah lembaga perlu ada sedikit kuasa untuk membeli aset kerana mereka perlu tempat untuk menjalankan fungsi mereka tetapi saya rasa saya tidak bersetuju kalau sehinggakan kuasa autonomi ini sehinggakan mereka menjadi satu badan lain pula yang kemudiannya bersaing pula dengan institusi dengan pihak swasta dan sebagainya. Saya kurang meneliti tadi dengan fungsinya namun saya merasakan bahawa janganlah sampai lembaga ini pula menjadi satu lembaga untuk membuat duit dan sebagainya. Kalau kita lihat di sini, bila dia hendak memberi biasiswa dan kemudahan dan sebagainya ini adalah satu objektif yang murni tetapi saya rasa kewangannya perlu datang mungkin daripada melalui pihak kerajaan dan bukan melalui mencari duit sebab kalau mereka memikirkan mencari duit maka bilakah masanya mereka hendak memantau dan juga untuk mengawasi etika ahli geologi. Saya ingin menyambung kepada keahlian anggota lembaga tadi, saya minta supaya keahliannya dibuka luas sedikit kepada ahli akademik. Bila kita bercakap ahli geologi profesional berdaftar, adakah ini bermakna ahli geologi yang sedang mengamalkan dalam menjadi geologist in practice. Misalnya saya bagi contoh dalam bidang kedoktoran, memang doktor itu seorang profesional. Saya seorang doktor tetapi saya tidak mengamalkan perubatan sudah beberapa tahun. Jadi saya bukan seorang yang profesional kedoktoran lagi kerana itu bukan kerja utama saya. Jadi maksud saya di sini biarlah orang yang ada di dalam ahli geologi profesional adalah pengamal-pengamal kerana hanya pengamal-pengamal yang up-to-date, dengan izin, dengan apa yang berlaku di dalam dunia ahli geologi itu sendiri.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya bukanlah buruk sangka kepada menteri tetapi saya merasakan bila menteri melantik kadang-kadang tidak semestinya yang terbaik. Kita tahu bagaimana politik itu memainkan peranan dan sebagainya. Ada proksi dan sebagainya. Oleh itu, saya ingin mengatakan bahawa Seksyen 6, Bahagian 2 – Keanggotaan Lembaga ini diteliti sedikit kerana saya rasa menteri wajar endorse apa yang
dicadangkan oleh Institusi Geologi Malaysia atau IGM itu sendiri tetapi kita memberi hak kepada menteri untuk melantik mungkin beberapa orang. Dua, tiga orang atas kuasa menteri itu sendiri. Sebab di sini dia tidak mengikat menteri kepada saranan daripada IGM atau Institusi Geologi Malaysia itu sendiri...
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, mengenai...
Yang Berhormat, Pendang bangun Yang Berhormat.
Ya.
Yang Berhormat Pendang.
Yang Berhormat Pendang hendak tanya lagi?
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Tuan Yang di-Pertua, tentang pelantikan Ahli Lembaga Geologi ini saya rasa kalau kita lihat kepada profesional lain, dia ada satu pengundian ataupun calon-calon yang sendiri yang diundi oleh ahli-ahli yang ada di dalam badan induk itu. Apakah setuju Yang Berhormat Kota Raja sekiranya di dalam Lembaga Geologi ini juga patut diadakan satu bentuk pengundian mereka-mereka yang menjadi ahli melantik mereka yang ada di dalam Lembaga Geologi ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Sebenarnya ada dalam kepala saya tadi tapi saya terlupa. Mengenai, itulah sebab saya katakan tadi bahawa kita perlu cadangan yang diberikan oleh ahli geologi sendiri. Saya tidak mengatakan bahawa apa yang kami buat di dalam MMC atau Malaysian Medical Council itu adalah yang terbaik tetapi rasanya profesional kedoktoran itu agak lama di Malaysia dan MMC itu sudah lama. Maka ahli-ahli biasa juga boleh mencadangkan keanggotaan anggota-anggota daripada kalangan mereka untuk menjadi ahli lembaga. Jadi kita dapat satu cadangan yang luas dan kita harap bahawa menteri akan mengambil kira cadangan daripada ahli geologi itu sendiri seperti yang saya katakan, pepatah dalam bahasa Melayu, “Hanya jauhari yang mengenal manikam”. Makna orang dalam profesion dia sahaja yang mengenali siapa yang terbaik di antara mereka. Jangan kita melantik orang yang kita rasa dia dari segi publisitinya, dari segi popularitinya, dia cukup popular...
Minta laluan.
... dikenali ramai tetapi dari segi keprofesionalannya dia dicemuh oleh ahli-ahli kepakarannya sendiri. Silakan.
Ya, silakan Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin minta penjelasan Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat Padang Serai ada berucap tentang usul yang sama mengenai geologi ini. Dia kata, hendak pilih ahli lembaga ini, saya minta sama ada Yang Berhormat bersetuju dengan cadangan beliau itu, iaitu mesti terdiri daripada orang-orang yang pandai dalam hal-hal menanam kelapa sawit, buat jalan raya, apa lagi tadi,macam-macam. Adakah ini di antara kriteria yang disebut oleh Yang Berhormat Padang Serai itu, Yang Berhormat setuju tak?
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Soalan perangkap.... [Ketawa] Walaupun, Yang Berhormat Padang Serai ini kawan adinda saya, tetapi sub kepakaran di dalam geologi ini tidaklah termasuk buat jalan juga kelapa sawit tadi. Kita kena cari dalam hal itu.
Maknanya dia tak retilah hal ini ya? Jadi, terima kasih.
Tak apa, tak apa. Itu kita tahu soalan itu soalan politik sahaja. Jadi saya pun jawab secara berseloroh sahaja itu. Saya ingin kembali kepada lembaga tadi mengenai pergantungan dan pembatalan pendaftaran kepada mengenakan mana-mana sangsi menurut apa yang telah disenaraikan. Cuma seperti sahabat saya daripada Sungai Siput tadi yang mengatakan bahawa, lembaga ini juga yang mendakwa, lembaga ini juga yang menghakimkan. Saya merasakan bahawa kita perlu mewujudkan satu badan disiplin yang berasingan mengikut kes. Mengikut kes dan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan kerana seperti yang saya sebutkan tadi, sub kepakarannya itu banyak. Jadi kalaulah ahli lembaga yang kita lantik tadi beberapa belas orang ini tadi tidak mempunyai ahli-ahli lembaga yang mempunyai sub kepakaran yang ada disenaraikan ini, maka adalah tidak adil bagi yang dituduh untuk diadili oleh orang-orang yang tidak mempunyai ilmu dan mempunyai keahlian seperti yang dituduh itu. Jadi saya ingin mencadangkan di sini dan harap diambil perhatian supaya diasingkan satu badan disiplin ataupun disciplinary board ini dengan izin, daripada lembaga itu sendiri untuk memastikan bahawa keadilan itu ada diberikan kepada yang dituduh. Seterusnya saya ingin cuma menyentuh mengenai, sikit sahaja lagi. Mengenai rayuan, keputusan menteri tentang sesuatu rayuan di bawah sub-seksyen 1 adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah. Yang Berhormat sekalian, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini adalah undang-undang yang agak, peraturan yang begitu kuno, ya. Mana boleh di dalam sesuatu pengadilan, kita memberi satu keputusan yang muktamad kepada menteri. Kerana menteri adalah seorang individu. Padahal kita tidak memberi peluang kepadanya untuk membawanya ke Mahkamah Sivil. Jadi saya rasa ini adalah satu peraturan yang agak mencengkam dan mencekik. Kalaulah kita pun diletakkan di dalam keadaan ini, kita tidak suka. Secara etikanya, saya rasa Yang Berhormat sekalian dan seisi Dewan suka kalau kita buat satu undang-undang, kita buat satu peraturan, kalau kita duduk dibelah mana pun, kita rasa ianya adil. Maknanya kalau kita buat undang-undang, sekarang saya jadi yang dituduh dan kemudian saya jadi pula orang yang menuduh. Sekiranya saya duduk di dua-dua belah pihak undang-undang ini, saya merasakan bahawa undang-undang ini adil, maka undang-undang itu sebenarnya adil. Namun kalau kita tanya kepada sesiapa sahaja yang didakwa oleh lembaga ini dan kemudian lembaga membuat keputusan. Lembaga membuat keputusan, kemudian dia merayu kepada menteri. Sekiranya menteri, lembaga mengatakan bahawa ia bersalah, dijauhi tuhan, keputusan menteri pula mengatakan, “Okey, rayuan diterima”. Maka dia dilepaskan. Maka ini adalah satu, walaupun ini orang kata dari segi probabilitynya, kemungkinannya mungkin jauh tetapi kemungkinan itu boleh berlaku dalam negara yang serba boleh ini, manusia yang serba boleh ini, kita manusia. Jadi kita minta supaya peruntukan ini dikaji, supaya keadilan yang sewajarnya diberikan kepada ahli geologi. Menteri bukanlah satu kuasa yang muktamad tetapi boleh di bawa ke mahkamah. Sekiranya yang dituduh atau ahli geologi yang dituduh salah laku ini merasakan bahawa beliau tidak mendapat keadilan yang sepatutnya. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada Rang Undang-undang Lembaga Ahli Geologi. Di mana untuk mewujudkan Lembaga Ahli Geologi termasuklah pengawal seliaan amalan geologi dan perkara-perkara yang berhubung dengannya. Saya tidak bercadang untuk mengambil masa yang panjang Tuan Yang di-Pertua, cuma saya hendak menumpukan kepada beberapa perkara.
Pertama, sememangnya Lembaga Ahli Geologi ini sudah patut lama dah diwujudkan. Walaupun begitu, saya ingin bertanya dahulu kepada pihak menteri yang bertanggungjawab. Berapakah jumlah ahli geologi rakyat Malaysia yang ada kelulusan dalam bidang geologi? Kalau ada angka, kalau ada maklumat. Saya bertanya demikian kerana ada hubung kait dengan apa yang hendak saya beri pandangan dan apa yang saya hendak cadangkan. Saya juga hendak tahu, berapakah jumlah universiti dalam negara kita ini yang mewujudkan pengajian bidang geologi di peringkat Sarjana ataupun di peringkat kedoktoran dalam bidang geologi?
Tuan Yang di-Pertua, ahli geologi ini ialah boleh disifatkan sebagai doktor bumi. Macam untuk kita manusia ini, doktor perubatan. Kalau untuk binatang, dia dipanggil doktor binatang, veterinar, tetapi ini dikira doktor bumi. Sebab itulah apabila kita membahaskan perkara geologi ini, kita tidak boleh lari daripada menyentuh persoalan alam sekitar iaitu termasuklah tanah, bukit, sungai, paya dan seumpamanya. Kita tahu bahawa di negara kita sekarang ini hampir kesemua ini sudah rosak oleh kerana amalan-amalan yang tidak profesional yang saya kira tidak sedikit ada hubung kait dengan cara kepimpinan yang diamalkan dalam negara kita ini. Dalam negara kita ini, Tuan Yang di-Pertua, ahli-ahli perniagaan umpamanya, semuanya ada kecenderungan, mindset setengahnya, sebahagian besarlah kalau berniaga, hendak untung besar, hendak untung cepat macam mi Maggi. Kalau hendak jadi jutawan, besok hendak jadi jutawan. Mereka ini tahu mendapat konsesi balak secara sekelip mata mereka boleh jadi jutawan. Mereka mendapat konsesi kawasan pasir. Kalau di negeri Selangor ataupun sesetengah negerilah, mereka boleh menjadi jutawan sekelip mata ataupun mereka mendapat tanah untuk dijadikan kawasan pembangunan, projek-projek perumahan, rumah kedai seumpamanya. Maka, sebab itulah kita lihat tidak sedikit kawasan balak diluluskan yang saya kira, yang saya berpendapat tidak diambil kira langsung soal yang membabitkan alam sekitar. Walaupun sebelum ini sudah diadakan syarat, dikenakan EIA, mesti ada Environmental Impact Assessment, tetapi walaupun apa sahaja syarat yang dikenakan, ada sahaja kabel yang mereka cari untuk melepaskan diri mereka masing-masing untuk mencari kekayaan secara mi Maggi ini, secara cepat ini. Sebab inilah di antara bidang-bidang selain daripada mendapat saham. Satu ketika dahulu dapat AP, semua ini boleh menjadi kaya-raya dalam sekelip mata. Akan tetapi kalau kita lihat di awal-awal dahulu, sebelum negara kita maju, yang menjadi fokus utama ialah kawasan pembalakan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, negara Thailand tidak ada minyak. Di manakah sumber pendapatan mereka? Mereka ada kawasan hutan yang baik, kawasan tadahan air, kawasan balak yang cukup baik. Saya tahu sebab Thailand berjiran dengan Kelantan, berjiran dengan Pasir Mas, tetapi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, tahu ke tidak di Thailand memotong balak hukumannya mandatori hukuman bunuh. Sebab itu saya sering melihat bersusun-susun lori daripada negara Malaysia membawa papan lapis, kayu-kayu yang sudah digergaji. Ini disebabkan melalui konvensyen United Nations, kita tidak boleh eksport lagi lot balak ini. Kita hanya boleh eksport kayu-kayu yang sudah diproses, tetapi kayu-kayu ini dibawa masuk ke negara Thailand, negara Thailand membeli kayu-kayu dari negara kita. Thailand sendiri ada kayu, Thailand sendiri ada balak, mereka mengharamkan pembalakan ini. Kita di Malaysia ini, negara yang ada minyak dan lain-lain lagi sumber- sumber yang diberi oleh Allah Taala. Maka tidak perlu lagi kita mengusik kawasan-kawasan tadahan air, kawasan-kawasan balak ini. Kita lihat di negara-negara maju walaupun ada lagi diizinkan kawasan-kawasan tertentu menjalankan proses pembalakan, mereka sudah menggunakan kaedah baru. Kita di sini lulus kawasan balak, maka mereka yang mendapat konsesi balak meredah hutan. Kita lihat dalam TV baru-baru ini keluar masalah di Sarawak dan juga di negeri Semenanjung di beberapa negeri. Kalau hendak disebutkan sama ada di bawah Kerajaan Barisan Nasional ataupun di bawah Kerajaan Pembangkang, tidak kiralah. Ada kawasan-
kawasan yang kita lihat, ada jalan sudah rosak. Orang-Orang Asli sudah mula mengamuk. Mereka mengeluarkan kenyataan, saya tengok di kaca TV, tidakkah kita rasa malu, tidakkah kita rasa segan Orang Asli boleh menegur orang cerdik. Orang Asli yang tidak tahu sekolah pun tahu menjaga alam sekitar, tetapi di sesetengah negara Barat sekarang ini mereka melakukan lojing, penebangan balak ini melalui heli lodging, iaitu tidak diizinkan dipotong balak atau dibawa balak keluar dengan lori sebab kebanyakannya lori-lori hantu. Kenapa mereka hendak tebang balak dan hendak bawa keluar dengan lori? Sebab mereka hendak curi pula balak yang bukan kepunyaannya. Di tepi-tepi jalan itu, mereka boleh kebas kayu balak ini. Curi balak pun boleh di Malaysia ini. Balak ini berat, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Apatah perkara lain lagi. Syarikat-syarikat kerajaan yang hanya paper shuffling pun boleh curi dengan mudah, ini balak pun boleh curi. Hendak pikul balak itu pun berapa ratus orang, pun boleh curi, lepas. Saya hendak cadangkan di sini, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya harap perkara ini dapat dilaporkanlah. Saya minta sangat supaya sudah sampai masanya haram terus pembalakan di Malaysia ini. Haramkan terus, senang. Haram terus. Maknanya kita buat mandatori seperti di negara Thailand. Buat apa kita hendak potong balak ini? Sekarang ini hendak bina rumah boleh guna aluminium. Bangunan-bangunan pun sudah dibuat dengan aluminium. Besi, tidak payah lagi gunakan kayu. Jadi kita haramkan terus. Bila kita haramkan terus, selesai, mudah. Bererti pengampu-pengampu politik yang hendak kaya cepat ini, mana-mana tokoh, sesiapa sahajalah, tidak kira mana-mana pihak, senang, sudah diharamkan tidak boleh lagi buat permohonan. Habis cerita. Ataupun sesiapa sahajalah berpengaruh macam mana sekalipun, oleh kerana ianya sudah diharamkan, maka selesai masalah. Cari nafkah, cari perniagaan dengan cara lain. Sama jugalah dengan soal pasir. Pasir ini perlu untuk pembangunan. Ikut mana pun memang diperlukan pasir sedikit sebanyak, walaupun aluminium boleh digunakan. Itu pun kenalah berhati-hati sebab mengorek pasir ikut suka hati untuk mencari kekayaan cepat memang merosakkan alam sekitar. Ini pun satu perkara. Maka sebab itu juga, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya tanya tadi berapa ramai kita ada ahli geologi ini yang akan didaftarkan tidak lama lagi ini. Saya ingin mencadangkan Pengarah Tanah dan Galian Negeri, PTG, jika boleh mesti dilantik di kalangan mereka pengamal-pengamal ahli geologi. Kita di Malaysia ini pun satu masalah mengenai dengan pengisian jawatan-jawatan. Ianya mengikut lama berkhidmat, senioriti, tetapi mengikut bidang profesion. Hari ini dia jadi pegawai di kementerian ataupun di pejabat sumber manusia. Esok contohlah, dia jadi Pengarah MARDI ataupun Pengarah Veterinar, tidak ada kena mengena dengan bidang masing-masing. Sebab itu untuk jawatan-jawatan tertentu yang memerlukan profesionalisme, maka sepatutnya orang-orang yang dilantik Pengarah Tanah dan Galian Negeri mestilah di kalangan ahli geologi. Walaupun kalau dia muda ataupun belum lagi sampai ke tahap tertentu. Ini masalah peraturan JPA, tetapi ianya boleh dipinjam, dicari kaedah ataupun perlu diubah supaya kita melantik ahli-ahli profesional untuk melaksanakan apa yang saya cadangkan tadi. Kalau tidak, tidak ada makna. Selepas satu institusi, kita tubuh satu institusi, tetapi pi mai pi mai tang tu juga. Sebab itu campur tangan daripada pihak-pihak berkenaan, bila kita hendak wujud sebuah badan profesional seperti ahli geologi ini, seboleh-bolehnya jangan ada campur tangan daripada pihak pembuat dasar, daripada orang politik atau tokoh-tokoh politik. Let the professional, lembaga decide secara profesionalisme. Kita sudah hendak menempuh negara maju ini, 2020.
Kita bercakap tentang civil society, kita bercakap soal ketelusan, kita bercakap soal good governance, tetapi semua orang cakap, semua retorik, sehingga ke peringkat, kita lihat apa yang jadi sekarang ini. Rakyat menuduh orang politik. Kadang-kadang kakitangan kerajaan juga menuduh. Ini pun orang politik. Orang politik pun sama, kakitangan kerajaan pun mungkin setengah-setengah pun mungkin sama juga. Di peringkat ketua-ketua pengarah, KSU-KSU dan seumpamanya. Lepas itu kita nak marah kepada pihak penguat kuasa, dia kata orang atas pun sama juga. Ini yang menjadi persoalan. Maka
sebab itu, saya sebut tadi masalah balak, pasir dan juga mengenai dengan tanah kepunyaan kerajaan. Tapi tanah ini kalau saya sebut pun dah tak berapa banyak yang ada. Boleh kata sebahagian besar sudah difaraidkan sehingga ada tanah-tanah yang dulu Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahulah berapa banyak tanah rizab Melayu, Malay reserve land yang di acquire atas nama pembangunan, tetapi sampai satu peringkat pembangunan tidak dapat dijalankan, asalnya konon nak buat sekolah kena jalan, nak buat universitikah, nak buat apa-apa sahaja jabatan kerajaan. Tiba-tiba sampai satu peringkat tak jadi, tanah yang di acquire dulu dengan bayaran yang murah, premium yang rendah akhirnya ditukar dan diberi pula kepada pihak pemaju untuk melaksanakan projek pembangunan, termasuk tanah-tanah di lereng-lereng bukit. Tanah-tanah yang tidak patut disentuh langsung, tetapi kerana gila hendak jadi kaya cepat kerana tamak dan haloba. Orang-orang seumpama ini yang menggunakan macam-macam kabel, maka akhirnya kita lihat, tanah-tanah yang tidak patut didirikan rumah, didirikan rumah. Sebab itu, dulu ada runtuh. Betullah, sesuatu yang terjadi itu kerana kehendak Allah SWT tetapi ia juga datang daripada usaha dan tangan manusia. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Rang Undang-undang Ahli Geologi ini, tetapi biarlah mereka benar-benar berperanan, berfungsi. Apa pun yang saya katakan tadi kita buatlah undang-undang macam mana sekalipun, akhir sekali ianya bergantung kepada individu ataupun orang- orang yang berkenaan. Buatlah undang-undang macam mana sekalipun. Hendak rasuah pun, dia boleh rasuah juga. Manusia, hari ini kita lihat dia baik, rambut hitam, hati kita tidak tahu. Besok, orang yang kita anggap baik, tak jadi baik. Begitulah sebaliknya. Sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, orang kata tarbiah, program-program, kursus-kursus yang dibuat oleh kerajaan termasuklah orang-orang profesional, ahli-ahli geologi, arkitekkah, doktorkah, kursus-kursus yang dibuat oleh INTAN ini, oleh pihak kerajaan ini, terutamanya kursus-kursus pegawai-pegawai kerajaan ini kenalah juga ada elemen, tarbiah dari segi keislaman terlebih kuat sedikit, lebih banyak sedikit. Selain daripada ilmu-ilmu dunia, sainskah, teknologikah, pengurusan macam mana sekalipun, saya tengok, lagi cerdik manusia, lagi pintar manusia, lagi kuatlah menipunya. Jadi terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Rang Undang-undang Ahli Geologi ini.
Yang Berhormat Parit Buntar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Ahli Geologi, di mana saya ingin menumpukan perbahasan ini kepada dua persoalan. Pertamanya ialah sebahagiannya telah disebutkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat yang lain, saya ingin memperkukuhkan lagi dari segi pemartaban atau memartabatkan ahli geologi ini. Terutamanya apabila kita telah mengadakan Rang Undang- undang Ahli Geologi ini, kita perlu juga melihat dari sudut pengurusan sumber manusia yang akan memprojekkan. Berapakah bilangan ahli geologi yang negara perlukan dalam jangka masa pendek dan dalam jangka masa panjang, dengan itu maka adalah di sana satu strategi untuk kita memperkenalkan kursus-kursus yang kaitannya dengan geologi ini di universiti-universiti tempatan, supaya ada ruang bagi pelajar-pelajar atau pelapis-pelapis baru yang akan kita rekrutkan sebagai ahli geologi yang dapat memberi sumbangan kepada negara dari sudut keperluan guna tenaga manusia dalam bidang ini. Sebab saya khuatir jika kita telah memperkasakan rang undang-undang ini, tetapi di peringkat pengurusan sumber manusianya, kita tidak dapat melahirkan bilangan yang spesifik, yang kita rasakan munasabah dengan bilangan itu dapat menampung keperluan ilmu geologi ini, yang dengan ilmu ini memberikan satu pulangan yang besar kepada negara kita. Dengan itu saya juga ingin mencadangkan kepada menteri berkenaan supaya mempertingkatkan minat pelajar-pelajar bagi mengambil kursus ini dan seperti mana rakan
yang lain, saya ingin tahu juga, di universiti-universiti tempatan kita berapakah bilangan pelajar yang masuk untuk mendaftar sebagai pelajar di fakulti-fakulti yang ada kaitan dengan geologi ini. Yang Keduanya, saya juga ingin memetik keadaan yang sudah sedia hari ini khususnya di bidang cari gali. Menurut kajian Society of Petroleum Engineers, mereka telah membuat kajian tentang Petronas dari sudut ganjaran gaji ini. Mereka telah membuat penemuan bahawa gaji yang ditawarkan oleh Petronas kepada pakar-pakar tempatan khususnya di bidang geologi ini dan yang berkaitan dengannya, ialah jauh lebih rendah, iaitu 40% lebih rendah daripada purata yang diterima gaji di dalam industri minyak dan gas di Asia. Dengan apa yang kita ada sekarang pun, jika kita tidak ada satu dasar yang lebih sustainable kepada nak menyuburkan lagi bidang ini, di dalam sektor-sektor ini, maka yang berlaku hari ini, ialah kita mendapat complain bahawa, seolah-olah ada brain drain, yakni engineers kita yang sudah sedia ada, yang telah mengambil kursus geologi pencarigalian contohnya, mereka menerima tawaran yang lebih menarik daripada companies minyak dan gas di luar negara kita. Sudah tentu kita mahu supaya ada dasar yang lebih mantap supaya ahli geologi kita dalam bidang ini, khusus yang cari gali dan Petronas ini secara khusus supaya tidak berlaku mereka ini keluar untuk mencari ganjaran yang lebih baik daripada yang ditawarkan oleh syarikat nasional kita. Dengan itu Yang Berhormat sekalian, kita telah melihat di sana pengambilan graduan muda yang baru, dan kemudian orang asing yang diambil dengan gaji yang lebih berganda tidak pun memberi satu prestasi atau melonjakkan prestasi yang tinggi bagi pencarigalian atau penemuan-penemuan yang baru. Jadi dengan itu saya dalam membahaskan ini ingin mencadangkan dalam rangka kita memperkasakan Rang Undang- undang Ahli Geologi ini supaya kita mengadakan satu strategi sumber manusia yang lebih fokus supaya memantapkan apa yang ada. Pada waktu yang sama kita telah menyediakan ruang, pada masa yang akan datang banjiran ataupun mereka yang akan dapat, apa yang kita kata, bertugas di bidang ini dengan kualiti yang kita ada world class. Yang ketiga, saya juga ingin memetik di sini tentang apa yang telah disebut oleh sebahagian daripada rakan-rakan Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, tentang kita tidak mempunyai pakar, maka dengan itu kita terpaksa mengambil pakar yang luar atau pakar asing. Saya ingin mengambil satu contoh dari sedut penerokaan laut dalam, dalam konteks cari gali minyak ini. Malaysia mempunyai tempat cari gali minyak sama ada dishallow waters ataupun di laut yang dalam. Dishallow waters ini hampir kita telah meneroka kebanyakannya, dan yang ada sekarang ini untuk kita terokai ialah di deep waters exploration, dengan izin ataupun cari gali, dalam laut dalam ini.
Dalam masalah ini secara praktikalnya memang kita masih belum mempunyai pakar. Saya ingin membuat satu contoh, dalam pencarian galian di Gumusut-Kakap di Sabah yang merupakan satu cari gali deep water. Dalam 11 blok yang ada sekarang ini, Gumusut-Kakap adalah salah satu kategori daripada deep water exploration yang mengendalikan, the main operator ialah daripada Shell iaitu sebanyak 33%. Dua lagi syarikat daripada Amerika iaitu Conoco dan Murphy Oil, masing-masing 33% dan 13%. Petronas Carigali hanya ada 20% sahaja bahagian dalam menguruskan pelan pelantar cari gali di laut dalam ini. Sedangkan Gumusut-Kakap dianggarkan memberi 20% keluaran negara minyak untuk masa depan yang dijangkakan akan sempurna pada tahun 2013 ataupun 2014. Saya melihat bahawa ahli geologi ini perlu dilihat juga dalam perspektif national interest in the sense bahawa penemuan ini adalah baik untuk negara. Kalau kita biarkan syarikat asing di atas alasan tidak ada tenaga pakar, maka kita khuatir kekayaan negara ini boleh di manipulasi oleh syarikat asing dan kita tidak ada suara dan mungkin kita boleh dimanipulasikan dengan kehendak mereka. Oleh itu saya mencadangkan juga di dalam kita membahaskan Rang Undang- undang Ahli Geologi ini kita melihat juga dengan seberapa segera supaya yang akan diterokai dari laut dalam yang masih ada 11 blok yang belum lagi diterokai, mestilah kita
memperkemaskan tenaga dalaman. Supaya janganlah main operator bagi satu khazanah yang besar ini dikendalikan oleh syarikat luar dan bukan daripada Petronas Carigali yang saya kira yakin mempunyai pakar-pakar dan keupayaan. Cuma saya kira mindset yang banyak kali diulang oleh rakan-rakan saya, kadang-kadang kita merasakan yang di luar ini hebat, yang di luar ini ada kepakaran, maka kita bayarlah mereka gaji yang tinggi sedangkan tidak tentu pulangannya itu kita boleh dapat. Oleh itu saya mencadangkan supaya dalam kita membahaskan rang undang- undang ini kita juga hendaklah melihat bagaimana kita melahirkan kepakaran-kepakaran yang akhirnya kita boleh menguasai keseluruhan operasi cari gali di dalam ini yang merupakan bidang geologi yang kita sedang bincangkan ini. Saya dengan itu mohon menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tanjung.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi sedikit pandangan dalam membahaskan Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008. Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini ahli-ahli geologi dan kejuruteraan diharapkan untuk menyediakan solution yang sesuai dan mampan kepada kita untuk menghadapi masalah-masalah bencana alam seperti landslide, rock fall, land subsistence dan sebagainya sejajar dengan matlamat untuk menyediakan sustainable development dalam negara kita ini. Saya rasa cabaran yang utama adalah untuk menyediakan satu suasana di mana pembinaan atau pembangunan dapat disesuaikan dengan alam sekitar kita. Seperti mana harapan ke atas profesional-profesional yang lain, ahli-ahli geologi juga diharapkan untuk memberi solution kepada masalah yang kita hadapi. Melalui rang undang-undang ini peranan ahli-ahli geologi diberi pengiktirafan dan tanggungjawab yang lebih penting dalam pembangunan fizikal negara ini. Saya ingin tahu sejauh manakah ahli-ahli geologi diberi peranan dari segi perancangan pembangunan fizikal negara yang sememangnya melibatkan input-input daripada profesional lain dalam bidang jurutera, sosioekonomi, alam sekitar dan sebagainya. Apakah ahli-ahli geologi juga diberi peranan yang lebih penting memandangkan ia merupakan satu kepakaran yang amat penting demi mencapai matlamat pembangunan yang mampan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyoal sama ada kerajaan negeri dan pihak-pihak berkuasa tempatan dalam struktur organisasi mereka yang terbabit dalam meluluskan pembangunan di negeri dan di kawasan PBT ini, sama ada dalam projek-projek pembangunan, perumahan, perindustrian, pelancongan, projek-projek alam sekitar dan infrastruktur awam. Apakah mereka mempunyai kepakaran di kalangan kakitangan mereka dalam bidang geologi yang sememangnya dapat memberi satu perspektif yang berlainan kepada proses menimbangkan kelulusan perancangan dalam kerajaan ataupun dalam negeri dan juga dalam kawasan PBT-PBT yang berkenaan. Saya berharap ahli-ahli geologi juga dapat dilibatkan dalam proses perancangan, penyediaan pelan-pelan struktur dalam negeri ataupun pelan-pelan tempatan di pihak berkuasa tempatan dapatlah diberi tempat yang sesuai untuk mereka menyumbang ke arah penyediaan struktur pelan ataupun pelan-pelan tempatan yang mencapai matlamat yang saya katakan tadi. Dalam menyediakan garis panduan-garis panduan berhubung dengan pembangunan fizikal saya berharap juga dapat dirujukkan kepada ahli-ahli geologi supaya garis panduan yang berhubung kait dengan pembangunan atas tanah-tanah bukit dan sebagainya dapat menerima input daripada ahli-ahli geologi yang sememangnya akan memberi pandangan berhubung dengan kesan-kesan sesuatu pembangunan ke atas tapak-tapak tertentu.
Akhirnya saya juga berharap yang juga dalam tanggungjawab kementerian yang sama iaitu dalam keperluan untuk menyediakan kajian Environmental Impact Assessment atau EIA. Saya berharap juga dapatlah memasukkan input-input daripada ahli-ahli geologi semasa kajian-kajian EIA disyaratkan untuk sesuatu pembangunan. Saya tidak tahu sama syarat ini sudah pun dimasukkan ke dalam keperluan. Kalau tidak saya berharap Yang Berhormat Menteri juga dapat mempertimbangkan untuk memasukkan bab sumbangan ataupun input ahli-ahli geologi ke dalam keperluan penyediaan EIA report. Bagi perkara-perkara yang saya bangkitkan tadi dalam kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, saya juga berharap Yang Berhormat Menteri dapatlah membawa perkara ini ke arena yang sesuai untuk dipertimbangkan. Sekian.
Yang Berhormat Serdang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008. Dengan membuat sedikit penelitian terhadap rang undang-undang ini, saya ingin mencadangkan beberapa pindaan kepada rang undang-undang ini. Seksyen 20, 21 dan 22 menyatakan bahawa “Seseorang yang mahu supaya didaftar sebagai ahli geologi siswazah berdaftar atau ahli geologi profesional berdaftar, atau pengawal berdaftar, atau ahli geologi asing berdaftar boleh memohon kepada lembaga dan permohonan ini hendaklah disokong dengan bukti dokumen bahawa dia memiliki kelayakan yang dikehendaki di bawah seksyen berkenaan. Pengerusi hendaklah memberitahu pemohon tentang keputusan lembaga dalam tempoh 90 hari daripada tarikh permohonan diterima”. Saya bersetuju dengan Ahli Yang Berhormat Pontian bahawa tempoh 90 hari adalah agak panjang.
Abad ke 21 adalah satu zaman elektronik. Mengapa Lembaga Geologi memerlukan tempoh yang begitu panjang untuk mencapai satu keputusan terhadap permohonan pendaftaran. Memandangkan anggota-anggota Lembaga Ahli Geologi telah disifatkan sebagai pekhidmat awam, maka prosedur yang dipakai oleh lembaga mestilah mencerminkan keazaman kerajaan untuk menjadi sebuah kerajaan yang lebih cergas dan berkesan. Oleh yang demikian, saya cadangkan supaya tempoh ini dipendekkan dan dikurangkan kepada 45 hari. Seksyen 46 menyatakan telah memberi perlindungan mutlak sepenuhnya kepada Lembaga Ahli Geologi. Seksyen 46(1) menyatakan bahawa tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap lembaga, seseorang anggota lembaga pendaftar, seseorang inspektor atau mana- mana orang lain yang diberi kuasa untuk bertindak untuk atau bagi pihak lembaga untuk atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diarahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan akta ini. Perlindungan sebegini adalah tidak munasabah dan tidak saksama. No men is above the law, dengan izin. Lembaga Ahli Geologi ataupun anggota-anggota lembaga ataupun ejen-ejen mereka harus bertanggung jawab atas tindak laku mereka. Bagaimana kita boleh memastikan bahawa Lembaga ini tidak akan menyalahgunakan kuasa mereka sekiranya mereka tidak boleh dibawa kepada mahkamah? Oleh yang demikian, saya pohon supaya seksyen ini boleh dipinda sedikit dan juga seksyen 48. Seksyen 48 menyatakan bahawa mana-mana ahli geologi berdaftar atau pengamal pendaftar yang telah ditolak pendaftarannya, boleh merayu kepada menteri yang kemudiannya hendaklah membuat keputusan. Walau bagaimanapun, seksyen 46(3) menyatakan bahawa keputusan menteri tentang sesuatu rayuan adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua, subseksyen ini menyingkirkan kajian semula dalam mahkamah. Penggunaan kuasa penyingkiran boleh mengulas hak kepada keadilan dan hak perbicaraan yang adil. Kuasa penyingkiran ini adalah bertentang dengan konsep asas hak asasi manusia di mana pihak yang terkilan harus diberikan akses kepada mahkamah undang-undang untuk memutuskan permasalahan mereka. Kini kuasa ini telah digunakan secara meluas di dalam undang-undang yang berkaitan dengan perkara bukan keselamatan. Ini adalah satu penghinaan terhadap maruah manusia. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia iaitu SUHAKAM dalam Laporan Tahunan 2007, mereka mencadangkan supaya Kerajaan Malaysia dengan segera memansuhkan kuasa arbitrari tersebut. Saya ingin menegaskan di sini bahawa perkara- perkara pendaftaran ahli geologi harus tertakluk kepada kajian semula kepada ulasan penghakiman. Sekian sahaja, terima kasih.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu memberi sedikit ulasan mengenai rang undang-undang. Saya juga sokong beberapa perbahasan tadi tetapi fokus saya di sini kepada pendekatan iaitu Rang Undang-undang Ahli Geologi dan saya tidak mahu sentuh isu-isu empirik. Ini cuma apabila saya melihat dan baca rang undang-undang ini, satu ukuran sahaja, sama ada rang undang-undang ini memberi autonomi kebebasan kepada Lembaga Ahli Geologi, dan dari satu segi lagi saya menyokong sebab ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan profesionalisme di Malaysia khususnya di kalangan Lembaga Ahli Geologi. Di samping itu, saya juga sedih bahawa kandungan akta ini memberi kuasa yang mutlak kepada menteri. Menteri berhak mempunyai kuasa untuk melantik ahli-ahli lembaga, kemungkinan besar dari sektor swasta. Saya rasa ini mungkin menggagalkan inisiatif rang undang-undang ini ke arah profesionalisme. Oleh yang demikian, walaupun saya rasa dari segi bidang geologi, kita perlu menyentuh banyak perkara sebab memang seperti dikatakan tadi oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat, memang bidang itu sudah berkembang banyak. Namun begitu, masalahnya di sini sama ada rang undang-undang ini memberi kebebasan, memberi autonomi, supaya kita boleh meningkatkan bidang geologi di Malaysia. Kalau tidak ada, saya rasa kita akan gagal dalam inisiatif. Mungkin Lembaga Ahli Geologi ini akan menjadi lembaga seperti lembaga-lembaga lain, memang ada tujuan profesionalisme, tetapi kandungannya menggagalkan inisiatif ini. Itulah perbahasan saya yang ringkas sebab soalannya sama ada ukuran kita, sama ada rang undang-undang ini akan membawa kepada satu profesionalisme? Saya tidak nampak, itu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Yang Berhormat Kepong mahu cakap? Yang Berhormat Kepong tidak. Ada lagi?
[Bangun]
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nampak Tuan Yang di-Pertua dalam hal rang undang-undang akta untuk menubuhkan ahli geologi ini, cukup mewah memberi kami waktu. Sehingga bertanyakan siapakah lagi yang hendak berucap?
[Ketawa]
... saya kurang pasti sebenarnya, apakah di sebalik semua ini kalaulah banyak lagi rang undang-undang...
Tidak ada di sebaliknya Yang Berhormat. Tidak ada di sebaliknya.
[Ketawa]
... banyak lagi rang undang-undang yang lebih penting RMK-9 yang perlu kita bincangkan sehingga tidak ada geologist. Sampai saya...
Yang Berhormat Peraturan Mesyuarat 42. Bila saya bercakap, duduk dahulu. Duduk dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat, duduk! Janganlah berhujah begitu. Apabila saya bersikap, saya kata cut, ada juga yang tidak betul. Apabila kita kasi bercakap, ada juga cakap-cakap sinis. Yang Berhormat, apa pun yang kami buat di atas sini adalah untuk kepentingan. Kami tidak ada agenda lain. Saya, Yang Berhormat tidak ada agenda lain. Saya tinggalkan tugas saya dalam politik sebagai ketua bahagian. So I am walking my talk. Cuma yang saya mahu daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila berada dalam Dewan, tinggalkan interest politic di luar sana. So, sila bahas. Kalau mahu juga bahas dengan sinis, jangan sinis dengan saya.
Sama sekali tidak mahu sinis dengan Tuan Yang di-Pertua.
Memang sinis. Dengan Tuan Yang di-Pertua, memang sinis.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri seharusnya menggulung sekarang ini...
Kalau tidak ada Yang Berhormat bercakap, saya jemput menteri. Itu sahaja.
Ya. Tuan Yang di-Pertua...
Mahu bercakap atau tidak? Kalau tidak, saya suruh Yang Berhormat Menteri menggulung.
Mahu. Tentunya saya mahu bercakap...
Kalau Yang Berhormat Menteri tidak ada, saya akan marahkan menteri. You sudah nampak.
[Ketawa] Kalau tidak, kita jangan jadi menteri.
Mahu bahas atau tidak?
Mahu Tuan Yang di-Pertua. Cumanya, saya mahu teruskan.
Sila.
Tuan Yang di-Pertua, kita juga punya hak untuk bercakap apa pun...
Tidak boleh bercakap apa pun! Itu tidak boleh. Unparliamentary tidak boleh bercakap. Jadi jangan keluarkan perkara yang tidak boleh!
Dalam akta ini, dalam urusan Lembaga Ahli Geologi ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin untuk menambahkan sedikit dan kawan- kawan yang telah berulang-ulang menyebutkan penghujahan mereka yang sama, saya kira...
Kalau boleh, kalau sama, janganlah lagi ditambahkan. Kerana sama juga...
[Menyampuk]
Bagi peluanglah, kita pun hendak bercakap...
Yang Berhormat, kalau bercakap, hadap kepada Tuan Yang di-Pertua, kalau bercakap. Jangan layan Ahli-ahli Yang Berhormat di belakang sana.
Sebab itu saya pandang Tuan Yang di- Pertua...
Sekarang pandang saya, Yang Berhormat. Tidak mengapa. Kita berpandang-pandangan Yang Berhormat. Saya di sini Yang Berhormat. Saya duduk dengan baik. Saya pandang Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, dasar...
Point of order Tuan Yang di-Pertua, point of order Tuan Yang di-Pertua.
Sila duduk. Apabila seseorang bangkit point of order, maka terpaksa Yang Berhormat duduk. Sila.
36(12).
36(12)? Apa maksud 36(12)?
Memesongkan Dewan, Tuan Yang di-Pertua. Ini sengaja diungkit-ungkit untuk membawa masalah... [Dewan riuh]
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri. Tidak adalah memesongkan...
Ya, berniat jahat 36(6).
Tidak ada. Tadi sudah pun saya tegur dia. Jangan sinis dengan saya. Dengar apa saya cakap. Yang Berhormat tidak sewenang-wenangnya berdiri point of order kalau tidak ada kena-mengena...
Apa ini Cameron Highlands?
Duduklah Cameron Highlands, letak jawatan timbalan menteri.
Janganlah sampai begitu.
Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap atas semangat untuk memperkukuhkan...
Sila cakap, sila, sila, sila... geologi, geologi... [Ketawa]
Dengan izin, strengthening of Parliamentary practices.
Okey, sila teruskan.
Bertanggung jawab menggunakan masa dalam Dewan yang mulia ini.
Sila, sila teruskan.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi dasarnya, apa pun usaha untuk menubuhkan badan-badan profesional yang dalam rangka untuk kita menghadapi cabaran dan saingan global yang begitu knowledge intensif adalah cukup penting. Secara dasarnya tidak ada sesiapa pun yang boleh menyanggah dan menyangkal keperluan ini. Justeru dengan itu siapa yang waras pastinya mahu menyokong cadangan untuk menubuhkan Lembaga Ahli Geologi ini, yang dipertikaikan sebentar tadi oleh sahabat-sahabat saya daripada Pakatan Rakyat khususnya adalah apa yang dikatakan niat yang baik itu, apakah rang undang-undang ini mampu memberikannya.
Itu yang utama, yang perlu kita pertikaikan. Dari sudut empowerment, profesional bodies, memberikan pengkeupayaan kepada golongan profesional, golongan practitioners. Apabila kita menyaksikan dan meneliti satu demi satu klausa-klausa dan peruntukan yang diberikan, seumpama apa yang diberikan dalam big printnya, the small print takeaway, dengan izin. Dengan kata lain, kalaulah begini sifatnya...
Nanti dulu Yang Berhormat, nanti dulu. Ini juga praktis kita saya perhatikan. Apabila sebut dalam bahasa Inggeris, sudah sebut baru minta izin. Tidak mahu beri izin pun sudah sebut. Jadi lain kali kalau kita ubah minta izin dulu baru sebut. Jadi jangan ada praktis-praktis yang canggung itu kita bawa, tetapi oleh sebab sudah sebut tidak apa, sila.
Samalah Tuan Yang di-Pertua, samalah itu supplementary budget begitu juga, sudah guna baru diminta izin.
Sila, sila.
Tuan Yang di-Pertua, apabila kita membangkitkan isu ini ia bukan untuk sekadar matlamat sinis semata-mata. Ia adalah untuk melindungi, satu amalan dan lembaga badan profesional yang kalau segala-galanya tertumpu kuasanya kepada menteri, masakan dapat mereka membebaskan atau merealisasikan keupayaan dan expertise mereka. Justeru kerana itu yang kita lihat campur tangan eksekutif inilah sama ada di IPTA, sama profesional bodies yang akan menjejaskan prestasi-prestasi profesional kita. Sekali lagi dalam rang undang-undang ini kita menyaksikan perkara yang sama. Oleh sebab itu perlu kita berikan sokongan dengan syarat dengan izin, conditional support.
Ya, itu baik. Minta izin dulu, saya beri izin.
We are fast learner.
Terima kasih Kuala Selangor, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya memerhatikan apa yang dikatakan sebagai dengan izin, Geological Society of Malaysia, tertubuh 1967 sebenarnya ataupun Persatuan Geologi Malaysia itu sudah hampir 40 tahun, sudah agak dengan izin, long outstanding. Sudah terlalu lama golongan-golongan ini yang sudah hari ini beramal, yang mereka itu sudah ada juga kepakaran-kepakaran yang agak luar biasa bergandingan dengan peers mereka di taraf antarabangsa, tetapi masih tidak diiktiraf oleh kerajaan yang memerintah sejak selama 50 tahun ini. Tuan Yang di-Pertua, memang sudah sampai masanya mereka diberikan pengiktirafan itu. Seperti mana juga dalam masa-masa ke depan ini kita perlu mengembangkan lagi badan-badan profesional seperti ini. Hari ini kita bercakap dengan keperluan golongan bioteknologi. Bioteknologi contohnya sama ada seluruh sub pakar ataupun sub specialization of biotechnology, juga kita perlu memberikan dan juga bidang- bidang lain yang tidak perlu saya sebutkan termasuklah bidang saya, bidang toksikologi. Perlu juga kita lihat badan-badan profesional di negara Eropah dan di negara lain, mereka juga memberikan profesional status kepada profesion seperi ini. Justeru dengan itu memanglah seperti mana yang saya sebutkan tadi, tidak ada siapa yang dapat menyanggah keperluan ini. Sekali lagi kami Yang Berhormat-Yang Berhormat Pakatan Rakyat masih curiga andainya ia diikat, andainya ia dikekang dengan klausa dan peruntukan seperti ini, tangan kiri memberi, tangan kanan mengambilnya balik. Kita tidak akan dapat satu knowledge society, satu knowledge nation, satu profesional bodies yang benar-benar dapat dan mampu memberikan yang terbaik untuk negara dan rakyat di negara kita. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Kalau tidak ada sesiapa lagi bercakap saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menggulung dengan baik. Silakan Yang Berhormat Menteri. Bagi masa dengan Yang Berhormat Menteri, banyak perkara yang ditimbulkan. Saya tahu dia menulis nota-nota banyak tadi. Jangan begitu, mana ada menteri tidur.
Tarik balik. Siapa kata tidur tadi? Tuan Yang di-Pertua, yang pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 17 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008 ini. Seperti yang saya sebut dari awal tadi, apabila membentangkan rang undang-undang ini kelmarin, iaitu tujuan utama Akta Ahli Geologi 2008 adalah untuk menubuhkan Lembaga Ahli Geologi supaya lembaga ini nanti dapat mendaftar ahli-ahli geologi di negara kita ini. Ini juga satu lembaga yang akan mengawal selia profesion ahli-ahli geologi dan dengan itu kita berharap ianya dapat menjaga kepentingan awam. Seperti kita sedia maklum bahawa selama ini belum ada satu akta yang mengawal kegiatan-kegiatan dan aktiviti-aktiviti ahli geologi, tetapi kali ini kerajaan telah membuat keputusan bahawa masanya sudah tiba untuk satu-satu akta ini dibentangkan. Oleh yang demikian, maka kita telah pun membentangkannya dengan tujuan-tujuan yang murni, dengan menentukan bahawa ada satu rang undang-undang, ada satu akta yang dapat membolehkan kita menubuhkan Lembaga Ahli Geologi. Jadi kita telah pun dua hari ini mendengar beberapa pandangan dari Yang Berhormat-Yang Berhormat. Ada pandangan kebanyakannya adalah menyokong dengan memberi pendirian, isu-isu yang tertentu atau memberi cadangan-cadangan dan banyak juga perkara-perkara telah pun disentuh yang ada kaitan dan juga tidak ada kaitan dengan akta ini, tetapi satu isu yang dipersoalkan tadi adalah mengenai kuasa menteri. Ini memang kalau kita melihat dalam akta ini banyak kuasa adalah diberi kepada menteri. Bagi kita ini perlu kerana satu keputusan muktamad haruslah dibuat dalam masa yang tersingkat. Saya ingin memberi jaminan di sini bahawa menteri dalam membuat satu keputusan, dia akan berbincang dengan ahli-ahli lembaga dengan kepentingan-kepentingan yang tertentu. Dengan cara ini kita berharap keputusan menteri akan mengambil kira keseluruhan isu-isu yang berkaitan dengan perkara-perkara yang harus diambil keputusan dengan cepat dan pantas. Oleh itu...
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Minta penjelasan, sila.
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, isu kuasa menteri ini sebenarnya tidak boleh dijamin oleh Yang Berhormat Menteri, kerana menteri yang akan menguruskan ini tidak semestinya datang dari orang yang menjamin. Bila kita ubah satu undang-undang, kita harus pastikan tidak kira siapa yang memegang jawatan itu, dia ada jaminan supaya konsultasi yang akan berlaku dengan lembaga, tetapi kalau dalam undang-undang tidak tertulis sebagai syarat, jadi menteri yang jamin hari ini mungkin besok bukan lagi menteri dan kita tidak boleh dengan izin bergantung pada the rules of law.
Mungkin dia menteri juga tetapi reshuffle ke lain portfolio.
Jadi janji itu tidak boleh dipegang lagi. Itulah sebabnya kita mahukan dengan izin, the rules of law bukan the rules of man. Kalau janji ini hanya diberi dalam Parlimen, ia tidak akan terpakai dalam masa yang akan datang. Kita masih ingat bila kita luluskan Akta ISA ini jaminan ISA ini tidak akan digunakan oleh Perdana Menteri waktu itu...
Ini ISA pula.
...jaminan ISA tidak digunakan untuk...
Daripada geologi ISA lah pula.
...untuk pembangkang. Betul. Ini contohnya. Kalau hari ini menteri jawab ada jaminan ada konsultasi dengan lembaga tetapi pada masa akan datang...
Okey.
...sebab undang-undang ini tidak termaktubnya dengan syarat ini kita tidak boleh hendak dapat jaminan yang jelas.
Ya, jelas.
Terima kasih.
Ya, jelas. Memang saya tidak akan kekal jadi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, memang satu hakikatnya tetapi yang penting ialah jawatan dan jawatan ini kita memang ada satu mekanisme untuk menentukan bahawa ianya akan meneruskan semangat musyawarah ataupun berbincang dengan pihak-pihak yang berkepentingan. Seperti apa yang saya sebut tadi apa yang penting kadang-kadang keputusan yang pantas haruslah diambil kerana apabila sesuatu masalah timbul ia akan mengakibatkan banyak masalah. Jadi kalau perkara-perkara ini kita hendak lambatkan kerana sistem ataupun jentera dalam sistem kita terlalu banyak maka ia akan menyusahkan masalah-masalah yang akan timbul. Oleh itu, kita menentukan bahawa undang-undang ini akan menentukan ada kuasa kepada pihak-pihak tertentu. Oleh yang demikian maka inilah sebabnya kita membuat keputusan seperti ini. Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkara yang telah disentuh yang pertama Yang Berhormat dari Machang telah pun menanya mengenai keperluan menambah bilangan ahli geologi dan beberapa Yang Berhormat yang lain juga ada menyentuh perkara ini. Ingin saya memberi makluman di sini iaitu pada masa ini terdapat tiga buah IPT yang menawarkan kursus geologi di peringkat ijazah pertama. IPT berkenaan adalah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah. Sejak tiga kebelakangan ini jumlah graduan bagi ketiga-tiga IPT ini adalah 150 orang setahun. Selain itu terdapat juga sejumlah kecil graduan dari universiti luar negara. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pihak kerajaan menyedari akan keperluan terhadap perkhidmatan ahli-ahli geologi telah meningkatkan bilangan pengambilan mahasiswa bagi kursus ini di tiga IPT yang saya sebutkan tadi. Sebuah IPT yang baru adalah Universiti Teknologi Petronas yang akan mula mengambil pelajar pertama pada sesi 2009 dan bilangan pelajar seramai 40 orang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Machang dan Yang Berhormat Putatan juga telah pun menyentuh terhadap kekurangan dalam rang undang-undang tersebut iaitu perlunya ahli geologi mengamalkan sikap cintakan alam sekitar. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian bahawa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar adalah satu kementerian yang diberi tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dan menentukan ianya dilaksanakan dengan lestari. Maka di sini kita memang ada satu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Akta ini telah pun jelas untuk menggariskan pelbagai langkah dan pelbagai tindakan aktiviti-aktiviti yang memerlukan EIA. Jadi di sini apabila aktiviti-aktiviti itu disyaratkan memerlukan EIA maka EIA haruslah dijalankan. Oleh yang demikian apabila ahli-ahli geologi menjalankan kerja-kerja, menjalankan aktiviti-aktiviti mereka ataupun mengamalkan kegiatan-kegiatan geologi, mereka tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan sedia ada yang berkaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar. Sebagai contohnya Akta Pembangunan Mineral 1994 telah menetapkan bahawa semasa dan selepas aktiviti mengenal sumber mineral kajian pemuliharaan, rehabilitation dilaksanakan oleh pihak pelombong. Selain itu akta ini juga mempunyai peraturan yang khusus bagi penjagaan alam sekitar bagi semua jenis aktiviti melombong dan pembangunan sumber. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua saya pun telah melawat satu lombong di Penjom di mana saya telah melihat bagaimana usaha-usaha untuk memelihara kawasan-kawasan yang telah dilombong adalah satu usaha yang begitu berjaya sekali dan dengan cara ini kawasan-kawasan yang telah dilombong tadi telah pun dibangunkan semula ditanam dengan pokok dan ianya tidak merosakkan alam sekitar. Inilah satu contoh yang jelas yang nampak bahawa pelombong-pelombong diperlukan membuat satu aktiviti rehabilitation, dengan izin. Jadi dengan cara itulah kita menentukan bahawa walaupun aktiviti
perlombongan itu telah pun selesai maka kawasan-kawasan yang ditinggalkan akan terus dipulihkan sedia kala tidak ditinggalkan dengan menghadapi pelbagai masalah. Ini juga telah...
Minta laluan.
Can I finish? Selesaikan satu ayat. Ini juga telah pun diputuskan dalam majlis apabila kita melaksanakan dasar mineral negara yang kedua di mana cara ini akan kita tentukan akan dilaksanakan oleh pelombong-pelombong.
Sila Yang Berhormat Machang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya senang mendengar komitmen Yang Berhormat Menteri. Saya kira komitmen kerajaan untuk menghormati bidang kepakaran dan profesion ahli-ahli geologi dengan wujudnya undang-undang ini. Begitu pun, saya cuba timbulkan satu persoalan untuk mendapat reaksi Yang Berhormat Menteri berdasarkan kepada bidang kepakaran ahli-ahli geologi kemudiannya mereka memberikan pandangan kepada kerajaan. Yang Berhormat Menteri yang mengetuai satu kementerian yang mewakili kerajaan tidak mempunyai kepakaran dalam bidang geologi misal kata. Pandangan ahli geologi tentang pembangunan sesuatu projek, misal kata membangunkan lapangan terbang di Pulau Tioman. Laporan Ahli-ahli Geologi Marin, mengesahkan secara autoriti berdasarkan kepada kepakaran mereka bahawa kerosakan alam sekitarnya itu luar biasa. Sedimentasi yang merosakkan coral juga parah. Nasihat diberikan secara bertanggungjawab mengikut saluran. Di sana pihak kerajaan bercadang melaksanakan. Berdasarkan kepada kepakaran mereka, nasihat mereka yang arif bidang ini mereka kata tak patut diteruskan. Dalam suasana itu bagaimana kira-kira Yang Berhormat Menteri hendak memberikan reaksi. Antara menghormati nasihat profesional ini dengan meneruskan keputusan politik oleh kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Yang itu Yang Berhormat Menteri soalan high political. Dalam peraturan mesyuarat kita soalan high political...
Tidak perlu untuk dijawab.
...tidak perlu untuk dijawab tapi kalau mahu jawab boleh juga.
Ya, saya fikir Tuan Yang di-Pertua satu sudut yang saya hendak jawab ialah mengenai nasihat dari pakar-pakar misalnya geologies. Bagi saya sebagai menteri, kita memang sebelum sesuatu keputusan yang kita buat kita perlu nasihat dari pakar-pakar tertentu sama ada environmentalist, dengan izin, ataupun geologist ataupun engineers kerana pendapat mereka ini adalah penting sekali kerana saya sebagai orang dari jurusan ekonomi memang tidak mempunyai kepakaran mengenai bidang geologist. Jadi adalah penting bagi kita sebelum membuat satu keputusan untuk menentukan bahawa keputusan itu dibuat dengan mengambil kira pandangan-pandangan dari pakar-pakar. Jadi inilah memang satu panduan umum yang kita pegang dan kita akan menggunakannya bagi membuat satu keputusan dalam sesuatu kes. Kita akan melihat bagaimana senarionya tetapi yang penting kalau isu itu memang ada bukti-bukti tertentu kita akan menyampaikan penemuan-penemuan itu kepada pihak yang berkenaan kerana dalam kerajaan kita ada beberapa lapisan untuk membuat keputusan. Jadi bagi pihak kita Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kita akan menyampaikan apa-apa penemuan khususnya mengenai kesan kepada alam sekitar dalam sesuatu projek.
Saya tidak berhasrat untuk berbincang mengenai Lapangan Terbang Tioman kerana ianya terkeluar dari isu pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, perancangan awal bagi
kerja pembangunan di kawasan sensitif alam sekitar, environmentally sensitive area dengan izin menghendaki input geologi disediakan bersama-sama dengan input-input yang lain. Dengan ini, di sini pihak geologist, Jabatan Mineral dan Geosains akan sentiasa memberi nasihat bagaimana hendak menjalankan satu-satu aktiviti sama ada perlombongan dan sebagainya untuk menentukan bahawa alam sekitar sentiasa dipelihara dan kalau ada rosak akan dipulihara. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Putatan telah pun menyentuh mengenai seksyen 23(1)(a)(b) mengenai bukan satu kesalahan yang boleh dikenakan penalti di bawah seksyen 23(2). Untuk makluman Yang Berhormat Putatan seksyen 23(1) (a), (b), (c) telah pun menjelaskan dengan telah pun menjelaskan dengan terang bahawa mereka yang tidak mendaftar dengan lembaga yang telah cuba mengamalkan aktiviti-aktiviti yang diamalkan geologist berdaftar mereka itulah yang akan dikenakan hukuman dan denda seperti yang disebut dalam seksyen tersebut. Maka saya berharap Yang Berhormat meneliti perkara ini. Yang Berhormat Putatan juga telah pun mencadangkan bahawa supaya keanggotaan Lembaga Ahli-ahli Geologi mewakili semua bidang sebagaimana di Jadual II rang undang-undang berkenaan. Beliau juga mencadangkan supaya bilangan wakil Institut Geologi Malaysia ditambah menjadi dua orang. Tuan Yang di-Pertua, apa yang nampak dalam Jadual II, dalam rang undang- undang ini adalah syllabus bagi senarai-senarai bidang-bidang dalam geologi, ia bukan satu kelayakan, satu untuk ahli-ahli geologi. Ini kerana syllabus pengajian ijazah pertama geologi adalah merangkumi semua bidang yang disentuh dalam senarai tersebut. Apa yang membezakan seseorang ahli geologi adalah bidang pengkhususan beliau semasa pada tahun akhir pengajian serta pendedahan dan latihan diterima semasa bekerja. Oleh demikian, maka mengenai pelantikan ahli-ahli lembaga yang akan dipilih sedemikian rupa supaya ia merangkumi dan mewakili semua bidang. Ianya akan diambil kira untuk menentukan bidang-bidang yang berkaitan bersama dapat wakil dalam lembaga tersebut. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua juga, Institut Geologi Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan di bawah kawalan Pendaftar Pertubuhan. Institut ini telah tertubuh sejak tahun 1990. Peranan IGM adalah dalam konteks lembaga ahli geologi adalah untuk mengendali peperiksaan atau untuk melantik pemeriksa. IGM juga akan bertanggungjawab menyediakan latihan kompetensi bagi pihak lembaga. Kebiasaannya ahli lembaga adalah juga ahli IGM. Oleh itu, memadailah seorang ahli IGM berada dalam lembaga jika perlu kita akan meneliti cadangan Yang Berhormat itu tadi dan kerana ianya satu pusat latihan juga. Yang Berhormat Putatan juga...
Minta penjelasan.
...telah menyentuh perkara bolehkah seseorang yang tidak berdaftar dengan Lembaga Ahli-ahli Geologi menjadi rakan kongsi dan perkongsian yang mengamalkan amalan geologi. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mencadangkan sesiapa yang ingin mengamalkan profesion geologi hendaklah terlebih dahulu menjadi ahli geologi profesional berdaftar di bawah seksyen 23. Subseksyen tersebut terpakai kepada semua orang kecuali mereka yang dikecualikan di bawah seksyen 24, 25 dan 26. Sehubungan dengan itu, isu seorang yang tidak berdaftar menjadi rakan kongsi tidak timbul kerana pra syarat subseksyen 20(3) perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum menjalankan amalan urusan atau kerja sebagai ahli geologi. Bagaimanapun mereka ini boleh juga bekerja dengan ahli geologi yang berdaftar tetapi mereka ini tidak boleh jadi rakan kongsi syarikat tersebut dan mereka ini tidak boleh menandatangani apa-apa surat atau dokumen yang perlu ditandatangani.
Minta penjelasan.
Yang Berhormat Putatan berdiri minta penjelasan.
Minta penjelasan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada sentuh soal kerja sekiranya ada private practice dengan izin pihak yang mengamalkan soal private practice dalam profesion geologi ini. Ini soal geologi yang bersiswazah, kita ada piagam di sini membolehkan ahli geologi. Apa yang saya sentuh Yang Berhormat adalah ada kemungkinan termasuk juga ahli geologi yang pakar, yang berpengalaman tetapi tidak mempunyai ijazah yang melayakkan sebagai ahli geologi yang akan dibenarkan sekiranya di boleh dalam lembaga ini. Terutama sekali technicians dengan izin ataupun students membership yang boleh mungkin kita boleh kira sebagai yang boleh membuat sumbangan kepada pertubuhan lembaga ini, kepentingan yang mengamalkan geologi. Ini yang kita sedia sentuh soal mungkin yang akan bekerja semula dengan terutama sekali dengan syarikat swastalah Yang Berhormat.
Sila.
Tuan Yang di-Pertua, memang ada peruntukan untuk mengambil kira mereka misalnya mine engineer, dia bukan geologist tetapi dia telah pun mengamalkan ataupun menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut. Mereka boleh memohon untuk mendaftar ada satu syarat yang masuk dalam akta ini. Tuan Yang di-Pertua, perkara lain disebut adalah dikemukakan oleh Yang Berhormat Putatan adalah syllabus peperiksaan ahli geologi berdaftar hendaklah mengambil kira perbezaan terdapat di antara negeri-negeri. Memang kerajaan sedar bahawa enakmen-enakmen di antara negeri-negeri kita berlainan, tidak sama kerana isu- isu pelesenan, isu-isu pengurusan lombong-lombong dan sebagainya adalah dalam bidang kuasa negeri. Jadi, oleh demikian maka sesuatu negeri mempunyai enakmen-enakmen sendiri. Bagaimanapun peraturan bagi rang undang-undang ini menetapkan bahawa peperiksaan yang dijalankan adalah mengikut syllabus yang diluluskan oleh lembaga dan ianya adalah berkaitan dengan Code of Professional Conduct dengan izin dan pengalaman kerja yang diperolehi oleh ahli-ahli geologi. Oleh yang demikian, maka kita memikirkan bahawa tidak perlu satu syllabus khusus untuk menyesuaikan kelayakan ini kepada pertubuhan- pertubuhan, undang-undang atau enakmen-enakmen yang ada bagi sesuatu negeri. Ini kerana ianya juga akan diambil kira dalam kursus-kursus yang sedia ada. Yang Berhormat Putatan juga telah pun menyentuh mengenai usaha berterusan pemetaan sumber mineral negara. Untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya kita mempunyai maklumat-maklumat termasuk peta geologi, peta sumber mineral dengan ataupun ‘geodetic’ maps yang akan menggariskan ataupun akan memberi pengetahuan mengenai mineral-mineral yang ada di seluruh negara.
Jadi, kerja pemetaan geologi dan sumber mineral negara adalah satu tugas yang teras usaha dengan izin core business Jabatan Mineral, dan Geologi dan Sains. Ianya dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi pada waktu ini kita melihat bahawa harga-harga mineral, batu-batuan adalah begitu melonjak tinggi. Oleh yang demikian kementerian telah mengarahkan Jabatan Mineral, Geologi dan Sains dan memperhebatkan lagi usaha-usaha untuk mencari gali dan dengan izin prospecting mineral- mineral yang ada dan menjalankan pemetaan sumber mineral di seluruh negara. Oleh itu memang projek ini ada dalam rancangan lima tahun Malaysia termasuk pada Rancangan Malaysia Kesembilan ini ada peruntukan mengenainya. Untuk maklumat Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat bagi Putatan dan Yang Berhormat-Yang Berhormat lain berminat untuk mengetahui mana-mana tempat mineral negara yang ada di seluruh negara. Kita boleh memberi laporan dan peta bagi menghasilkan kerja dan boleh memohon kepada Jabatan Mineral, Geologi dan Sains untuk mendapatkan maklumat- maklumat ini. Ianya dapat disediakan kepada orang umum. Kemudian jabatan juga sentiasa mengambil ingatan proaktif...
Minta izin...
... untuk menentukan, mengemaskinikan semua mineral...
Yang Berhormat bagi Lipis minta laluan.
Saya mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana ada usaha untuk memetakan kedudukan mineral yang ada seperti emas, bijih, timah dan sebagainya di dalam negara ini. Di sini saya hendak mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah jika mineral ini termasuk ke dalam tanah-tanah yang telah ditetapkan pembangunan dari segi lain? Contohnya kadang-kadang mungkin mineral itu ada dalam tanah tetapi dia di atasnya ada bandar, mungkin ada sekolah dan sebagainya. Apakah langkah-langkah yang kita boleh ambil kerana mineral ini lebih berharga kalau kita tengok ataupun ladang sawit dan sebagainya. Apakah langkah- langkah yang kita boleh ambil atau pihak kerajaan untuk mengekstrak mineral yang terletak di dalam tanah ini. apakah dasar kementerian mengenai perkara tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, memang telah saya dapati bahawa mineral-mineral apabila mapping dibuat bahawa ianya wujud dalam kawasan hutan simpanan kekal dalam kawasan tadahan air, dalam kawasan-kawasan pembangunan, dalam pelbagai kawasan telah pun didapati ada mineral. Di sinilah ada percanggahan di antara keperluan untuk melombong mineral itu dan dengan mengorbankan apa yang ada atas tanah itu. Misalnya di hutan simpanan kita memang menentukan bahawa ianya tidak merosakkan hutan. Kita berharap kerana kuasa untuk memberi lesen ini adalah kepada kerajaan negeri. Jadi kita berharap kerajaan negeri mengambil perhatian apabila timbul konflik seperti ini bahawa kita harus juga mementingkan misalnya kalau hutan simpanan reserve telah pun digazet, kita berharap perkara ini menimbang sama ada hendak melombong atau tidak. Begitu juga kita mendapati beberapa negeri misalnya di Selangor, banyak tema tetapi harga tanah di negeri Selangor begitu tinggi, maka di sini juga percanggahan sama ada hendak melombong atau tidak ataupun misalnya di Perak banyak timah tetapi harga tanah di negeri Perak tidak tinggi seperti di Selangor. Maka kini kerajaan negeri mungkin membuat keputusan untuk melombong mineral-mineral tersebut. Inilah kementerian menyerahkan kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk membuat keputusan sama ada hendak memutuskan untuk melombong ataupun untuk mengorbankan apa yang ada atas tanah tadi. Tuan Yang di-Pertua, kita memang menyebarkan segala maklumat yang ada dalam mapping tadi dengan menjalankan road show dari semasa ke semasa kerana dasar kita seperti saya sebut tadi kita memang hendak menggalakkan perlombongan dipergiatkan lagi di seluruh negara kerana seperti yang kita semua sedia maklum, harga-harga mineral telah meningkat begitu mendadak sekarang.. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Sibu, Yang Berhormat bagi Sekijang, Yang Berhormat bagi Ledang, Yang Berhormat bagi Kota Melaka dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain telah mempersoalkan mengenai peranan geologi dari luar negara kerana mereka mengatakan ramai ahli geologi dari luar negara berkhidmat dalam industri petroleum di Malaysia dan kepakaran, maka keperluan untuk melatih anak-anak tempatan supaya mereka ini akan menggantikan geologi-geologi ini. Ramai juga ahli-ahli geologi tempatan telah bekerja di luar negara mungkin kerana gaji lebih lumayan dan sebagainya dan mereka memohon bahawa kerajaan perlu mengeluarkan lebih ramai lagi ahli geologi. Mengenai isu ini saya telah sebut tadi, IPTA kita dan IPTS telah berusaha untuk mengeluarkan ramai lagi ahli-ahli geologi. Mengenai cadangan tadi saya sangat bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat supaya lebih ramai lagi anak tempatan dilatih menjadi ahli geologi bagi menggantikan ahli geologi asing. Pada masa ini masih terdapat ahli geologi asing berkhidmat di Malaysia kerana bilangan ahli geologi tempatan tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, kita juga masih memerlukan kepakaran. Jadi dari segi ini kita tidak melihat ahli geologi asing ini sebagai mengambil peluang ahli geologi tempatan, tetapi kita melihat mereka membantu dan complementing
peranan-peranan ahli geologi tempatan. Mereka juga mempunyai kepakaran-kepakaran tertentu untuk membantu kita dalam usaha kita mencari galian dan menjelajah di seluruh negara apabila kadang-kadang ianya memerlukan kepakaran-kepakaran yang begitu tinggi dan lebih canggih lagi dan apa yang ada pada kita. Maka, kerajaan memang sentiasa hendak menambah bilangan ahli geologi tempatan seperti mana yang saya sebut awal tadi. Yang Berhormat bagi Ledang Tuan Yang di-Pertua telah pun menyentuh mengenai rang undang-undang ini bahawa ahli geologi akan lebih bertanggungjawab. Mereka tidak boleh lari daripada tanggungjawab kena terikat dengan undang- undang. Memang kita bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Ledang dan itu juga adalah satu matlamat kita luluskan rang undang-undang ini dan menubuhkan Lembaga Ahli Geologi kerana inilah kita akan gunakan untuk mengawal selia ahli-ahli geologi. Maka sebarang salah laku yang dilakukan oleh ahli geologi, lembaga ini telah wujud untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat telah tercapai. Yang Berhormat bagi Ledang juga menyentuh mengenai dengan adanya akta ini maka akan wujud lebih lagi syarikat juru perunding di negara kita, ramai lagi akan membentuk syarikat-syarikat dari semasa ke semasa dan dengan wujudnya banyak syarikat ini, beliau mengatakan mungkin akan menyebabkan bayaran perkhidmatan bagi ahli-ahli geologi akan dikurangkan dan sekiranya perkara ini berlaku perkhidmatan yang diberi mungkin tidak berkualiti dan menjejaskan laporan yang disediakan ataupun menjejaskan prestasi ahli geologi. Maka cadangan supaya bayaran perunding kemas dan teratur supaya ahli geologi memberi perkhidmatan yang baik. Tuan Yang di-Pertua, memang ini juga telah diambil kira dalam akta ini, maka bayaran atau scale fee yang akan dikenakan oleh ahli geologi profesional geologi berdaftar bagi perkhidmatan geologi yang diperlukan akan ditentukan oleh Lembaga Ahli Geologi.
Bagi pihak lembaga, sudah pasti akan menyediakan segala fee dengan teratur dan berpatutan sesuai dengan perkhidmatan yang diberikan. Memandangkan disiplin geologi yang pelbagai maka scale fee yang akan dikenakan adalah tidak seragam tetapi tidak akan membebankan pelanggan mereka. Scale fee akan digubal di bawah peraturan yang berkaitan dengan Akta Ahli Geologi ini. Yang Berhormat dari Ledang juga telah pun menyentuh mengenai masalah pertindihan ahli-ahli geologi. Beliau khuatir bahawa ada pertindihan di antara ahli geologi dengan jurutera, juruteknik kerana mereka pada pandangan beliau telah menjalankan tugas yang sama yang mungkin tidak berapa jelas dari segi perbezaan tugas-tugas ini. Untuk makluman Yang Berhormat, peranan ahli geologi dan jurutera dalam kerja kejuruteraan adalah jelas dan tidak bertindih. Dan kedua-dua profesion perlu bekerjasama di suatu peringkat dan bekerja secara berasingan di peringkat lain. Masing-masing profesion mempunyai tanggungjawab profesional tersendiri. Di negara kita telah pun diwujudkan dua jawatankuasa, satu jawatankuasa adalah jawatankuasa Institute of Engineers dan satu lagi jawatankuasa dengan izin, Institute of Geology. Matlamat jawatankuasa-jawatankuasa ini adalah untuk menyelaras kegiatan- kegiatan jurutera dan geologist supaya kegiatan-kegiatan mereka tidak bertindih. Jadi oleh dengan menggunakan kedua-dua badan ini, kita percaya masalah pertindihan dari segi tugas dan tanggungjawab dapat kita selesaikan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Ledang juga menyentuh mengenai peningkatan kepakaran ahli geologi tempatan dengan memperkasakan terkini supaya tidak banyak peluang diambil oleh ahli-ahli geologi asing kerana akan meningkatkan kos. Aspek ini memang diambil perhatian dan kita berharap agar pada masa-masa akan datang, ahli- ahli geologi tempatan akan mengambil alih tugas-tugas ahli geologi dari luar negara kerana mereka telah mendapat kepakaran, mendapat ilmu dan mendapat alat-alat yang terkini. Itulah satu dengan izin, transfer of technology dari geologi luar kepada geologi-geologi tempatan. Dan kita berharap seperti saya sebut awal tadi, kegiatan mereka ini complementing kegiatan ahli geologi tempatan. Maka berharap tidak ada bercanggah peranan mereka.
Yang Berhormat dari Kubang Kerian telah pun bertanya beberapa orang ahli geologi asing yang berkhidmat dengan negara kita. Mengikut pendaftaran di Persatuan Geologi Malaysia terdapat 60 orang ahli geologi asing yang berdaftar di negara kita ini. Beliau juga mempersoalkan sama ada kehadiran mereka tidak menjejaskan ahli tempatan, tadi saya telah jawab mereka ini tidak menjejas tetapi saling bantu-membantu. Yang Berhormat Kubang Kerian juga telah pun bertanya apakah jaminan masa depan siswazah dalam bidang ini, dalam bidang geologi. Kita pun ada dapat satu laporan yang mengatakan terkini peluang-peluang pekerjaan di bidang ini adalah cukup luas di dalam negara dan di luar negara. Sekarang banyak syarikat minyak, syarikat-syarikat cari gali, syarikat-syarikat dalam negara dan luar negara ini yang sekarang menjalankan perniagaan dan mereka ini memerlukan ramai geologists di syarikat masing-masing. Maka dalam pandangan kementerian memang peluang dalam bidang ini adalah luas sekali. Yang Berhormat Kubang Kerian juga membawa peranan geologi untuk memproses bumi dan memelihara anugerah tuhan. Untuk makluman Yang Berhormat, warisan geologi adalah salah satu sumbangan profesion geologi terhadap ecotourism, iaitu Jabatan Mineral dan Geosains telah pun mendapat beberapa penemuan di seluruh negara. Penemuan-penemuan ini adalah diwartakan sebagai warisan geologi. Inilah satu projek- projek yang dapat membantu ecotourism. Kawasan-kawasan ini didapati mempunyai potensi warisan yang telah juga dipetakan dan ini termasuk kepulauan di Langkawi telah pun disahkan sebagai Geopark Kedah, juga telah pun menerima pengiktirafan dari UNESCO sebagai global geoparks. Jadi usaha-usaha bagi Jabatan Mineral dan Geosains terus mencari kawasan-kawasan yang seperti ini sebagai satu kawasan warisan. Yang Berhormat dari Kota Melaka telah pun menyentuh mengenai sama ada terdapat pegawai yang mencukupi untuk melaksanakan rang undang-undang dan sama ada mereka mempunyai kepakaran mengenai prosiding mahkamah. Penguatkuasaan rang undang-undang terhadap kesalahan yang dilakukan akan dilaksanakan oleh mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 37. Buat permulaan, pegawai-pegawai daripada Jabatan Mineral dan Geosains akan dilantik sebagai inspektor penguat kuasa di bawah seksyen 37. Dan prosiding mahkamah akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara atau penasihat undang-undang... bagi maksud pendakwaan dan penyiasatan. Yang Berhormat dari Kota Melaka juga menyentuh sama ada perbincangan dengan badan bertauliah diadakan sebelum Rang Undang-undang Ahli Geologi ini dibentangkan di Parlimen. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bahawa memang sebelum kementerian membentangkan rang undang-undang ini memang ada perbincangan di antara pelbagai pihak. Itulah sebab mengapa masa diambil begitu panjang untuk menyiap sediakan rang undang-undang ini kerana bukan hanya kementerian akan berunding dengan badan-badan berkenaan seperti Institut Kejuruteraan Malaysia, Persatuan Juru Perunding Malaysia, Institut Kejuruteraan Galian Malaysia, Persatuan Geologi Malaysia, Institut Geologi Malaysia tetapi kita juga kena berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk menentukan mereka sama-sama bersetuju dengan akta ini. Selepas kita membuat perbincangan, persetujuan juga telah diberi. Maka itulah sebab kita mengemukakan rang undang-undang ini kepada Parlimen pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Sekijang telah pun menyentuh beberapa perkara. Beliau ingin bertanya mengenai rizab emas negara. Untuk makluman Yang Berhormat, rizab emas di negara kita dianggarkan dalam 106 tan, ini adalah satu anggaran. Ini didapati di negeri Pahang, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. Dan kita menilai ini pada harga RM3.2 bilion. Pada masa sekarang terdapat lapan lombong emas yang beroperasi di seluruh negara. Mengenai berapa banyak lesen lombong dikeluarkan, syarikat lombong mematuhi syarat ditetapkan. Jumlah lesen yang telah dikeluarkan adalah lapan. Tuan Yang di-Pertua, memang dalam pengeluaran satu lesen untuk melombong, satu syarat adalah syarikat tersebut perlu mematuhi syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Jadi untuk mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling. Jadi dengan
syarat-syarat tersebut, apabila mereka melombong, mereka mesti memenuhi atau melaksanakan pelbagai syarat yang telah dikenakan. Bukan hanya kita mengenakan syarat-syarat, kita mengawasi maka kita sentiasa memantau dari semasa ke semasa menentukan bahawa lombong-lombong tersebut mengamalkan dasar untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Mengenai simpanan bijih timah.
Lama lagi Yang Berhormat.
Ya, masih banyak.
Dalam lingkungan 15 minit boleh?
Tidak sempat kerana masih ramai yang bercakap dan belum dijawab. Boleh sambung?
Nanti dahulu. Duduk sekejap. Oleh sebab Yang Berhormat tidak dapat habiskan menggulung perbahasan dalam tempoh 15 minit, saya cuma mempunyai kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 12(4) iaitu saya boleh panjangkan sesi selepas 17.30, dalam masa 15 minit. Namun, dia tidak boleh siapkan dalam 15 minit. Oleh itu, sambungan perbahasan adalah seperti berikut. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan perbahasan ke atas Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008 akan disambung semula pada 14 Julai 2008. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Perdana Menteri akan membentangkan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan pada hari esok, Khamis 26 Jun 2008 selepas sesi pertanyaan-pertanyaan jawapan lisan. Perbahasan usul ini akan bermula pada hari Isnin, 30 Jun 2008. Maksudnya perbahasan untuk Rancangan Malaysia Kesembilan akan didahulukan daripada apa yang disambung nanti itu oleh menteri yang berkenaan.
Usul — MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 16(3) Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin AbdulMotion
Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3) mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ucapan-Ucapan Penangguhan — Peningkatan Suhu Dunia Menyebabkan Banjir KilatAdjournment
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ucapan tangguhan Parlimen bertajuk peningkatan suhu dunia menyebabkan banjir kilat khususnya di Batu Kawan. Fenomena peningkatan suhu dunia akibat pengeluaran industri bersama fenomena kemusnahan alam sekitar telah menyebabkan fenomena kenaikan paras laut di kebanyakan bahagian dunia. Dengan ini, timbul kebimbangan bahawa bencana banjir kilat akan tetap berlaku sehingga mengakibatkan kemusnahan tidak terhingga kepada manusia sekiranya fenomena peningkatan suhu dunia tidak dikawal.
Walaupun beberapa negara seperti Belanda sedang menggunakan kaedah saintifik untuk mengawal bencana banjir, kebanyakan bencana lain masih bergelut dengan peningkatan kadar bencana banjir. Di kawasan saya iaitu Batu Kawan di Pulau Pinang, isu bencana banjir adalah serius. Masalah ini telah lama wujud tanpa sebarang tindakan proaktif untuk mengatasinya. Kerajaan telah pun memperuntukkan dana di bawah Pelan Rancangan Malaysia Kesembilan untuk mengatasi bencana banjir terutama di kawasan perindustrian Perai. Akan tetapi saya difahamkan bahawa jumlah dana tersebut telah dikurangkan atas sebab- sebab tertentu. Kawasan Perai dan Batu Kawan merupakan kawasan yang sering berlaku banjir disebabkan gradient permukaan tanah kawasan ini. Paras bumi perindustrian ini berada pada paras yang sama dengan paras laut. Semasa hujan lebat dan air pasang, bencana banjir pasti berlaku. Sehubungan dengan itu, kilang-kilang dan pusat perniagaan yang lain di kawasan ini selalu mengalami kerugian bernilai juta-juta ringgit semasa bencana banjir. Kejadian sumbat dan kelodak yang tinggi di sungai dan sistem perparitan di kawasan ini juga memburukkan lagi bencana banjir kawasan ini. Sistem pam yang dipasang di kawasan berlakunya banjir juga tidak efisien. Semasa banjir kilat, didapati pam-pam tidak berfungsi kerana tidak diselenggarakan. Walaupun kerajaan telah meluluskan pembelian pam-pam baru dari negara Jerman, masih tidak jelas bahawa bagaimana kegunaan pam-pam ini dapat mengatasi masalah banjir. Masalah banjir kawasan saya adalah sangat serius. Maka, dengan itu terdapat desakan yang kuat terhadap kerajaan untuk mengambil cara penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi maslah banjir kilat dan melaksanakan langkah-langkah mengatasi masalah banjir dengan efektif. Kaedah-kaedah jangka pendek yang digunakan sekarang tidak berjaya untuk meringankan kesusahan penduduk kawasan ini. Dengan ini, saya meminta Kerajaan Persekutuan untuk memandang serius terhadap masalah banjir di kawasan saya Batu Kawan. Justeru itu, resolusi untuk mengatasi masalah banjir perlu melibatkan tindakan- tindakan seperti berikut:- (i) kementerian yang terlibat perlu memperuntukkan dana yang lebih tinggi; (ii) merancang langkah-langkah mengatasi bencana banjir secara jangka panjang dan bukan jangka pendek; (iii) memberi perhatian kepada penyelenggaraan dan menaik taraf sistem-sistem yang sedia ada untuk mengatasi bencana banjir; dan (iv) menumpukan usaha-usaha mengatasi bencana banjir ke arah membina infrastruktur - infrastruktur kekal yang dapat mengelakkan dan mengatasi bencana banjir untuk jangka panjang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, fenomena pemanasan dunia memang membawa banyak kesan alam sekitar termasuk perubahan iklim. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia, hujan lebat yang dikaitkan dengan fenomena perubahan iklim akan membawa kepada kemungkinan banjir di negara kita.
Antara langkah-langkah integrasi yang akan diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah ini termasuk:- (i) pengubahsuaian reka bentuk, struktur tebatan banjir; (ii) pengairan saliran bandar, empangan atau alur limpah, bekalan air domestik dan industri; dan (iii) pengubahsuaian prosedur operasi dan penyelenggaraan infrastruktur tersebut juga akan diperkemas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, masalah banjir di daerah Seberang Perai memang mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan sejak Rancangan Malaysia Kelapan dahulu. Sebanyak empat projek utama dilaksanakan iaitu Rancangan Tebatan Banjir Sungai Muda, Rancangan Tebatan Banjir Pertam, Kuala Batas, RTB Sungai Perai, dan RTB Junjung. Kesemua projek ini akan disiapkan sepenuhnya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kecuali RTB Sungai Muda yang akan disiapkan pada Rancangan Malaysia Kesepuluh. RTB Sungai Junjung yang melibatkan kos RM9.5 juta dijangka siap pada bulan Ogos 2008. Dengan melaksanakan fasa ini dan seterusnya RTB Sungai Junjung sepenuh nanti, masalah banjir yang sering berlaku di kawasan Batu Kawan harap dapat diatasi. Di samping itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Pulang Pinang melalui perunding yang dilantik sedang menjalankan kajian dan reka bentuk sistem tebatan banjir untuk kawasan Valdor dan Bukit Tambun. Bagi Pulau Batu Kawan pula, keseluruhan kawasan ini dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan PDC adalah bertanggungjawab untuk menyediakan infrastruktur termasuk sistem perparitan yang mencukupi bagi menyelesaikan masalah banjir di pulau tersebut. Berhubung banjir di kawasan Perindustrian Perai, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah difahamkan bahawa sistem saliran tempatan kawasan ini akan dibangunkan di bawah projek menaik taraf infrastruktur asas kawasan perusahaan Perai atau Zon Perindustrian Bebas Perai. Mekanisme pelaksanaan ini sedang dalam penelitian dan akan diumumkan pada suatu masa nanti. Sementara RTB Sungai Perai ataupun Rancangan tebatan Banjir Sungai Perai yang sedang dilaksanakan dalam tiga pakej oleh kementerian melalui JPS dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2010. Walau bagaimanapun, Majlis Perbandaran Seberang Perai perlu memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sistem perparitan dijalankan dengan sempurna.
Penguatkuasaan ke atas pengilang-pengilang supaya mematuhi undang-undang yang berkaitan terutama yang melibatkan pembuangan effluent industri dan sampah ke dalam sistem perlu dipertingkatkan. Sekiranya semua pihak melaksanakan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab termasuk Majlis Perbandaran Seberang Prai, masalah banjir di kawasan perindustrian Seberang Prai akan dapat diatasi dan kerugian yang ditanggung oleh kerajaan serta pengilang akan dapat dikurangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kecelaruan Dalam Pengajian Tinggi Negara
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Institusi Pendidikan Tinggi atau IPT mempunyai peranan yang amat penting dalam pembangunan negara dan penerusan kemandirian negara dalam era global yang serba mencabar kini. Walaupun bilangan IPT di negara ini masih belum mencapai angka nisbah universiti kepada rakyat yang setanding dengan negara maju, inisiatif yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menambah bilangan IPT adalah satu
langkah yang baik. Di waktu yang sama, penekanan kepada kualiti pendidikan serta aspek yang tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Beberapa senario negatif yang perlu diberi perhatian serius oleh Pihak Kementerian Pengajian Tinggi ialah menurunnya dengan izin employability para graduan yang dikaitkan dengan kemahiran insaniah yang rendah seperti kelemahan berkomunikasi, rendahnya keyakinan diri, gerun dalam menyampaikan pendapat dan budaya pemikiran yang sempit. Apa yang paling menakutkan ialah hasil kajian sebuah akhbar mendapati pelajar IPT menganggap rasuah sebagai satu perkara lumrah dan 60% mengatakan akan melakukan rasuah jika perlu. Fenomena ini sudah tentu berkait langsung dengan persekitaran pendidikan negara yang berbudaya jumud. Di IPT, AUKU dan Aku Janji mengikat keupayaan pelajar untuk lebih berani dalam meneroka ilmu dan menyampaikan idea dan perasaan mereka. Ketidakseimbangan perancangan pihak kerajaan dalam keghairahan memasyhurkan pendidikan tinggi negara. Pengisytiharan universiti penyelidikan adalah satu langkah yang boleh dipuji, tetapi perancangan dan pelaksanaannya kelihatan kurang cermat. Maklum balas yang diperolehi oleh ramai akademik universiti berkenaan seperti UM, UPM, UKM dan USM menunjukkan ketidakpuasaan hati serta kegelisahan di kalangan mereka. Mereka dikenakan dengan pelbagai bebanan baru dalam bentuk puluhan KPI yang mesti dicapai tanpa penyediaan prasarana sokongan yang mencukupi. Pensyarah memikul tanggungjawab penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan di samping penambahan beban pengajaran serta pentadbiran. Pada waktu yang sama, pengambilan pensyarah baru dan kakitangan sokongan masih lagi tertakluk pada dasar lama JPA yang menjadikan pengajaran sebagai asas utama pengambilan kakitangan. Dalam keadaan begini, pensyarah rata-ratanya memilih untuk memberi perhatian kepada penyelidikan yang lebih diberatkan dalam kriteria kenaikan pangkat. Pengajaran pula dilakukan secara ala kadar yang menyebabkan mutu pengajaran menjadi semakin rendah. Kegagalan pihak kerajaan dalam meningkatkan kadar pengkomersialan produk hasil penyelidikan tempatan. UPM mendahului dalam pengkomersialan dengan tujuh produk sahaja manakala UKM dan UM belum berjaya mengkomersialkan sebarang produk walaupun begitu banyak pingat yang dimenangi saban tahun oleh penyelidik kita. Di samping pelbagai skim geran yang dibangunkan kerajaan seperti CRDF, Techno Fund dan Skim Cradle dan produk yang diselidiki, kadar pengkomersialan masih di tahap yang rendah. Antara punca yang dikenal pasti ialah:- (i) masa yang sangat terhad dalam proses pengkomersialan produk oleh para penyelidik kerana bebanan kerja yang lain yang sangat berat; (ii) tiadanya keseriusan di pihak industri dalam meningkatkan lagi produk ke peringkat sedia pasar; (iii) tiadanya track record oleh produk berkenaan yang menimbulkan keraguan di pasaran terutamanya produk berteknologi baru; (iv) tiadanya komitmen termasuk di kalangan syarikat GLC dalam membantu mengaplikasikan produk berkenaan; dan (v) tiadanya polisi yang jelas yang dilaksanakan secara tegas oleh pihak kerajaan bagi memastikan produk dan teknologi tempatan diguna pakai. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pada senario di atas, maka saya mencadangkan agar KPT atau Kementerian Pengajian Tinggi:- (i) menyemak semula AUKU ke arah membentuk budaya pendidikan yang menghasilkan pelajar yang mempunyai lebih kebebasan berfikir, keberanian mengeluarkan pandangan secara beretika dan keyakinan diri yang tinggi yang dapat meningkatkan daya saing yang lebih kompetitif;
(ii) memastikan elemen kerohanian berlandaskan kepercayaan agama diintegrasikan di dalam kurikulum bukannya diasing- asingkan seperti sekarang bagi meningkatkan nilai dan kemahiran insaniah para pelajar; (iii) memberi autonomi pentadbiran dan pengurusan kepada universiti penyelidikan agar mereka dapat membangunkan prasarana yang seimbang dalam meningkatkan kualiti penyelidikan dan pengajaran. Antaranya ialah urusan pengambilan pensyarah dan kakitangan sokongan; (iv) membangunkan skim yang sesuai bagi membenarkan penyelidik yang berjaya dalam pembangunan produk agar tidak dibebankan dengan tugasan lain dalam tempoh tertentu bagi memastikan meningkatnya pengkomersialan produk tempatan; dan (v) membangunkan dasar yang jelas dan melaksanakan secara tegas bagi memastikan sekurang-kurangnya pihak GLC mengguna pakai hasil penyelidikan tempatan dan memberi track record kepada produk berkenaan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak kementerian, saya mengucapkan ribuan terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian di atas ucapan penangguhan yang telah disampaikan sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan Teras Kedua Misi Nasional, negara perlu melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama untuk menghadapi cabaran pembangunan ekonomi berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi. Bersesuaian dengan matlamat pembangunan modal insan yang dihasratkan, maka Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara atau dikenali dengan PSPTN digubal dengan visi untuk mentransformasikan pengajian tinggi dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi di peringkat antarabangsa. Transformasi ini merupakan peletakan asas ke arah kegemilangan dan kelestarian pengajian tinggi menjangkau tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, melalui perancangan strategik yang rapi, Kementerian Pengajian Tinggi berada pada landasan yang kena pada tempatnya untuk merealisasikan aspirasi negara dalam membangunkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing yang tinggi. Banyak penambahbaikan telah dibuat dalam mempertingkatkan institusi pengajian tinggi negara sejak Pelan Strategik ini dilancarkan pada Ogos tahun lepas. Justeru saya tidak bersetuju dengan ucapan Yang Berhormat tadi yang bertajuk “Kecelaruan Dalam Pengajian Tinggi Negara” kita. Tajuk tersebut mungkin kita boleh betulkan kepada ada lagi ruang untuk diperbaiki dalam Kementerian Pengajian Tinggi Negara. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha memperkemaskan jentera pentadbiran dan tadbir urus serta membangunkan modal insan yang berkualiti, kementerian telah menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji, meminda dan seterusnya membuat penambahbaikan di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU 1971. Jawatankuasa ini telah pun mengkaji dan menyemak peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam AUKU secara komprehensif dan mengemukakan cadangan pindaan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat, rang undang-undang pindaan AUKU ini telah pun diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk diteliti dan dijangka akan dikemukakan di Dewan yang mulia ini pada tahun ini juga, insya-Allah. Pindaan-pindaan
yang dibuat adalah untuk menambah baik dan mengambil kira apa yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, kementerian sememangnya peka dan sentiasa memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan yang berkualiti tinggi. Teras kedua PSTPTN telah menggariskan tentang menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai matlamat tersebut, selain menggubal kurikulum IPT berasaskan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, outcome base learning. Kementerian juga membentuk program piawaian pengajian dengan mengguna pakai amalan terbaik antarabangsa dengan izin, international best practices serta melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia ataupun Malaysian Qualification Framework (MQF) dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di IPTA supaya berada di tahap yang terbaik, IPTA sentiasa mengubahsuai dan mengkaji kurikulum dari semasa ke semasa mengikut kitaran atau bagi setiap tiga hingga lima tahun bergantung kepada keperluan kursus-kursus pengajian. Kajian kurikulum ini akan mengambil kira input daripada ahli-ahli akademik, pakar-pakar dari industri dan juga pihak swasta, pihak kerajaan dan badan- badan bukan kerajaan. Di samping itu, kajian hala tuju juga dilakukan untuk menambah baik struktur kurikulum sedia ada bagi memastikan graduan yang bakal dikeluarkan adalah berkualiti, marketable, boleh dipasarkan serta menepati keperluan dan kehendak industri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di antara langkah-langkah lain yang telah diambil oleh kementerian ialah pertama menyediakan modul pembangunan insaniah atau soft skill, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang direka khusus untuk memberi nilai tambah seperti kemahiran berkomunikasi, meningkatkan tahap penggunaan bahasa dan kemahiran menyelesaikan masalah supaya graduan dapat memenuhi keperluan pasaran kerja. Tuan Yang di-Pertua, yang kedua ialah menerapkan elemen keusahawanan dalam program pengajian dengan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang interpersonal skill, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, serta memantapkan budaya keusahawanan di kalangan graduan-graduan. Dan yang ketiga, mewujudkan jalinan kerjasama yang baik antara institusi pengajian tinggi awam dan pihak-pihak industri melalui program sangkutan, latihan industri dan program internship. Di antaranya ialah kerjasama dengan Bank Negara Malaysia, di mana 296 graduan dari IPT di dalam dan luar negara telah pun terpilih untuk mengikuti Financial Sector Thailand Enrichment Program ataupun FSTEP. Itu antaranya. Tuan Yang di-Pertua, dalam memperkasa lagi minda dan sahsiah di kalangan siswa, tumpuan tidak hanya diberikan dengan menambah baik di dalam sektor kurikulum tetapi juga dengan mengadakan program-program yang berunsur kerohanian dan spiritual. Ceramah-ceramah kesedaran dan motivasi dianjur di dalam majlis-majlis tertentu di peringkat kolej kediaman atau di peringkat universiti seperti ceramah-ceramah jati diri ketika minggu haluan siswa, ceramah-ceramah patriotik ketika menjelangnya sambutan Hari Kemerdekaan. Di samping itu, ceramah-ceramah spiritual, ceramah-ceramah agama juga dianjurkan semasa sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, transformasi Kementerian Pengajian Tinggi yang dilancarkan baru-baru ini pada 13 Jun 2008, menggariskan di antaranya peranan dan tanggungjawab KPT akan beralih daripada konsep kawal selia dan penguatkuasaan undang-undang kepada pemudahcaraan ataupun facilitating dan menjadi penggerak ke arah kecemerlangan sistem pengajian tinggi negara. Transformasi KPT dilaksanakan selaras dengan teras ketujuh PSPTN pelan strategik yang bertujuan untuk memperkukuhkan sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi. Beberapa penyesuaian akan dilakukan seperti empowerment, penghakupayaan, penurunan kuasa, memberi lebih autonomi kepada IPT dan memudahkan pelaksanaan perundangan dan peraturan melalui penyesuaian di dalam akta- akta berkaitan dengan pengajian tinggi. Tuan Yang di-Pertua, penyesuaian ini penting untuk memastikan sistem penyampaian akan bertambah baik, lebih cekap, lebih berkesan dapat diwujudkan. Pada
masa ini, IPTA sememangnya mempunyai kuasa untuk melantik pegawai-pegawai dan kakitangan berdasarkan kepada keperluan semasa mereka. Pemberian autonomi berkaitan pengambilan tenaga akademik dan bukan akademik memang telah lama dilaksanakan. Pengambilan pensyarah adalah diuruskan sendiri oleh pihak universiti selaku pihak berkuasa yang melantik. Universiti berhak menentukan gred dan gaji permulaan pensyarah berasaskan kepada kelayakan, kepakaran, pengalaman kerja atau pengalaman yang berkaitan. IPTA sememangnya diberi kuasa dalam pengambilan pensyarah termasuklah dalam perkara-perkara berikut:- (i) pelantikan secara kontrak pensyarah di kalangan pesara-pesara; (ii) pelantikan secara kontrak pensyarah bukan warganegara dan tersohor; (iii) pelantikan pensyarah gred khas Jawatan Utama Sektor Awam A, bagi pensyarah gred khas C dan ke atas yang tidak memegang jawatan pentadbiran. Mereka akan diberikan kemudahan yang setara dengan penjawat awam di gred yang sama; (iv) pelantikan pensyarah ke gred DS51; dan (v) penyelarasan gred DS45 ke gred DS51. Ini berita baik bagi pensyarah-pensyarah Tuan Yang di-Pertua. Teras ketiga PSPTN saya ringkaskan Tuan Yang di-Pertua, adalah merupakan langkah bagi memperteguh penyelidikan dan inovasi yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi, akan dapat mempertingkatkan kedudukan institusi pengajian tinggi. Kerajaan pada 11 Oktober 2006, telah mengiktiraf empat buah universiti yang disebut oleh Yang Berhormat seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya sebagai universiti penyelidikan. Dengan pengiktirafan tersebut, tambahan peruntukan telah disalurkan kepada setiap universiti penyelidikan iaitu sebanyak RM50 juta pada tahun 2007 dan RM62.5 juta pada tahun 2008. Kementerian Pengajian Tinggi memberi lebih kuasa juga kepada keempat-empat universiti penyelidikan dari segi pengurusan dan pentadbiran dana tersebut...
[Bangun]
...Tuan Yang di-Pertua, kementerian sememangnya memberikan penekanan yang serius terhadap mengkomersialkan, commercialization of the product, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, produk-produk penyelidikan dan pembangunan di institusi pengajian tinggi kita. Antara lain dengan menyediakan persekitaran yang menggalakkan bagi menjana lebih banyak aktiviti P dan P ataupun lebih dikenali dengan R&D dan menggalakkan usaha mengkomersialkan hasil R&D. Di antara usaha yang dijalankan bagi meningkatkan prasarana kemudahan dan peralatan R&D&C IPT ialah R&D&C, Research and Development and Commercialization di IPT ialah:- (i) mengujudkan jawatan Timbalan Naib Censolar Penyelidikan dan Inovasi yang berperanan untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti penyelidikan, pembangunan dan mengkomersialkannya di IPTA; (ii) mewujudkan pusat penyelidikan yang juga dikenali dengan nama RMC di IPTA di mana tugas dan peranannya ialah melaksana, menyelaras dan memantau R&D&C; (iii) menubuhkan unit hubungan industri di IPTA yang memainkan peranan menghubungkan IPTA dengan pihak industri bagi menggalakkan proses mengkomersialkan; (iv) membenarkan penyelidik menyertai pertandingan reka cipta R&D di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi
mempamerkan produk-produk R&D, di samping mempromosikan hasil reka cipta inovasi dan produk R&D di IPTA untuk meraih dana, modal dan pasaran luar bagi pembangunan dan mengkomersialkan produk-produk baru; dan (v) mengenal pasti pusat kecemerlangan di IPT yang layak dijadikan sebagai National Centre of Excellent. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Mac 2008 sebanyak 54 produk R&D&C telah berjaya dikomersialkan dengan jumlah jualan kasar RM44.3 juta.
Di antara produk yang telah dikomersialkan ialah ‘TYPHIRAPID, rapid 15 minutes IgM test for acute diagnosis of typhoid fever’ yang dibangunkan oleh namanya Profesor Asma Ismail dan kumpulan penyelidik Institut Penyelidikan Perubatan Molekul atau INFOAM, Universiti Sains Malaysia. Produk ini telah dikomersialkan di lebih 20 negara semenjak tahun 2005 dan telah mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Penghasilan kit ini merupakan lanjutan daripada penghasilan beberapa kit pengesanan segera sejak 11 tahun yang lalu seperti ‘Typhi.Dot’, ‘Typhi.Rapid’, ‘Thypi.M’ dan ‘Brugia Rapid’. Produk-produk lain yang telah dikomersialkan termasuklah ‘e-Faraid’. ‘WB Rapid’, ‘easy DNA’ oleh pihak USM, ‘ZEPAR, fast target’ dan ‘TURA machine’ oleh UPM dan juga ‘CT Slap’ oleh UTM. Pengkomersialan produk pendidikan dan pembangunan di IPT dilaksanakan sama ada melalui kaedah perlesenan spin off. Syarikat-syarikat usaha sama dan penubuhan entiti perniagaan oleh pihak universiti sendiri. Melalui kaedah tersebut para penyelidik telah pun mendapat faedah berbentuk sagu hati termasuk insentif atau pengiktirafan yang diberikan oleh IPT sendiri. Kementerian juga sentiasa mempertingkatkan jalinan kerjasama dengan pihak industri bagi menggalakkan lagi pengkomersialan termasuk GLC seperti Multimedia Development Cooperation, Bank Negara Malaysia dan Institusi-institusi Kewangan dan Perbankan dan Khazanah Nasional Berhad, melalui penganjuran Majlis Dialog KPT dan Industri. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali sistem pengajian tinggi di Malaysia dan di kebanyakan negara mengalami perubahan yang amat pesat terutama bagi memenuhi tuntutan globalisasi terhadap keluasan akses pendidikan tertiary, keperluan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran kepelbagaian penyampaian perkhidmatan. Perubahan dalam kaedah pembiayaan dan pelaburan dalam pengajian tinggi. Pelan strategik pengajian tinggi negara mengambil kira cabaran semasa dan akan datang sebagai landasan untuk memartabatkan sistem pengajian tinggi negara agar hasrat menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi antarabangsa akan tercapai. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan akan bersidang semula pada jam 10.00 pagi, hari Khamis 26 Jun, 2008. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.53 petang.