Dewan Rakyat · 30 June 2008
15th Parliament, session 1, meeting 2 · 692 turns · 41,022 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Pemasyhuran Tuan Yang Dipertua — Cuti Kepada Ahli - Kebenaran
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini, iaitu saya telah membenarkan cuti daripada menghadiri mesyuarat di bawah Perkara 52(2) Perlembagaan Persekutuan, kepada Yang Berhormat Dato Dr. James Dawos Mamit, Ahli Parlimen bagi kawasan Mambong dari 23 Jun 2008 sehingga selesai sidang Dewan Rakyat yang berjalan sekarang.
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan: (a) adakah kementerian sedar bahawa di Sabah terdapat terlalu ramai anak jalanan yang terbiar dan sudah terlibat dengan berbagai-bagai masalah dan jenayah walaupun masih dalam umur kanak-kanak dan remaja; dan (b) jika sedar, apakah langkah kementerian supaya masa hadapan mereka khususnya dalam konteks sosial dan keselamatan negara akan lebih terjamin.
Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedar bahawa terdapat ramai kanak-kanak jalanan di Sabah yang tidak mempunyai dokumen terbiar, tidak menghadiri sekolah serta terlibat dengan pelbagai masalah dan jenayah. Sehubungan itu, beberapa langkah telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri bagi menangani isu kanak-kanak jalanan tersebut yang ada dua kategori iaitu children on the street dan children of the street, dengan izin. Untuk makluman Yang Berhormat, Jemaah Menteri yang bersidang pada 11 April 2007 telah memutuskan supaya KPWKM menerajui sebuah jawatankuasa penyelaras bagi menangani masalah kanak-kanak jalanan terutamanya di negeri Sabah. Jawatankuasa ini turut dianggotai oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, dan Polis Diraja Malaysia. Berikutan keputusan tersebut, beberapa mesyuarat jawatankuasa telah diadakan bagi merangka tindakan-tindakan untuk membendung masalah ini serta menyelaras tindakan bersepadu antara agensi-agensi kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat juga, berdasarkan keputusan jawatankuasa tersebut; dua buah blok sedia ada di pusat tahanan sementara Menggatal dijadikan rumah perlindungan sementara bagi kanak-kanak jalanan warga negara asing dan kementerian telah menyalurkan sebanyak RM250 ribu kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah untuk menyediakan kemudahan mesra kanak-kanak. Peruntukan tersebut termasuklah bagi menyediakan peralatan tempat tinggal, membeli makanan tambahan dan bekalan susu serta kemudahan untuk aktiviti yang menyokong perkembangan kanak-kanak seperti bahan pelajaran dan juga alat-alat permainan. Aspek pendidikan turut diberi perhatian di mana Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah telah melantik enam orang guru sambilan kepada kanak-kanak jalanan yang berada di Pusat Perlindungan Ehsan tersebut. Perkhidmatan guru ini juga dipanjangkan kepada blok yang menempatkan wanita dengan anak-anak kecil, supaya masa lapang mereka diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan juga meningkatkan tindakan penguatkuasaan bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin dan kanak-kanak jalanan sedia ada. Dalam hal ini agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara mengadakan operasi berterusan bagi menahan serta menghantar pendatang asing tanpa izin dan kanak-kanak jalanan ini pulang ke negara asal masing-masing. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kalabakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kementerian. Saya tahu bahawa pusat tahanan yang ada di Menggatal sudah lebih 10 tahun. Menggatal, itu nama asalnya. Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa khas ini ditubuhkan, mungkin kita mengalu-alukannya tetapi kita ingin tahu daripada kementerian akan keberkesanan jawatankuasa ini. Pertamanya, di Sabah kita ada Kementerian Kebajikan Sabah. Sebenarnya kita ada dua kementerian iaitu Kementerian Kebajikan Sabah dan satu lagi ialah federal. Jadi, mana satu yang berkuasa ke atas anak-anak jalanan ini. Kedua, saya ingin tahu kerana jawatankuasa yang ada ini mungkin tidak begitu berkesan, adakah kementerian bercadang mungkin melantik satu agensi atau satu syarikat di mana agensi atau satu syarikat ini akan mengambil semua anak-anak di seluruh Sabah ini untuk dilatih seperti dalam bidang perladangan atau lain-lain bidang. Adakah cadangan kementerian seperti itu? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebagaimana yang saya nyatakan tadi, sebenarnya pihak kementerian di peringkat Persekutuan dan juga Jabatan Perkhidmatan Kebajikan negeri Sabah saling bekerjasama. Kita di peringkat Persekutuan telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM250 ribu dan untuk tahun 2008 ini sebanyak RM500 ribu daripada peruntukan sedia ada untuk kita salurkan bagi menjaga kebajikan kanak-kanak jalanan yang ditahan ataupun diletakkan di Rumah Perlindungan Ehsan, di pusat tahanan sementara Menggatal ini. Berkenaan dengan sama ada terdapat pihak-pihak lain yang mungkin boleh membantu dalam pengurusan dan kebajikan kanak-kanak jalanan ini, sememangnya kita bekerjasama khususnya untuk tujuan pendidikan. Terdapat tiga buah NGO yang pada masa ini menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak warganegara asing ataupun kanak- kanak jalanan yang tidak bersekolah ini iaitu HUMANA, di mana mereka telah mentadbir sebanyak 46 buah sekolah di sektor perladangan di Sabah khususnya bagi kanak-kanak jalanan yang berjumlah hampir 3,000 orang.
Korea Food for the Hungry International telah mengadakan – ‘Numbak’ Centre dipanggilnya – untuk kanak-kanak asing ataupun kanak-kanak jalanan yang kurang mampu sejak dari tahun 2004. Mereka ada guru besar, ada guru tempatan dan juga sukarelawan daripada Korea sendiri dan juga terdapat sebuah lagi iaitu All Saints Academy Church yang turut membantu untuk menyediakan program-program pendidikan. Sementara itu Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am di Sabah juga pada hari ini masih menunggu cadangan
program pembelajaran kepada kanak-kanak jalanan daripada NGO berikut iaitu Persatuan Perkhidmatan Kebajikan Taman Asuhan Kanak-kanak Sabah, Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Sabah, Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Negeri Sabah dan juga Seri Murni Crisis Centre. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat, saya tidak nampak ada keberkesanannya di antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Persekutuan dengan kebajikan di Sabah. Dua-dua nampaknya menunjuk siapa yang lebih berfungsi sebab Yang Berhormat tahukah budak-budak yang di jalanan ini membesar di jalan raya? Mereka berpotensi menjadi kumpulan gengster, menjadi perompak, menjadi penyamun, menjadi perogol, penagih dadah dan mereka tidak ada hala tuju. Ini saya lihat bercanggah dengan piagam Bangsa-bangsa Bersatu di mana kerajaan dalam sesebuah negara itu harus bertanggungjawab melihat kebajikan budak- budak jalanan ini walau dari mana mereka sekalipun, tetapi saya nampak kerajaan gagal melaksana tanggungjawab. Jadi apakah kementerian ini akan mampukah ke arah ini sebab kita tidak mahu 10 tahun akan datang, kumpulan ini membesar dan menjadi ancaman kepada keselamatan anak bangsa kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Sebenarnya antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri tidak ada saling bersaing, Yang Berhormat, tetapi kita saling bekerjasama. Negara Malaysia memang telah meratifikasi konvensyen dengan izin, Convention On The Rights Of Children sejak tahun 1995 lagi dan memang menjadi tanggungjawab negara untuk memberi perlindungan, pemeliharaan dan juga melihat kepada keselamatan dan kesejahteraan setiap kanak-kanak tanpa mengira sama ada mereka warganegara ataupun kanak-kanak jalanan yang tidak bernegara ini. Untuk satu tindakan yang lebih komprehensif, Yang Berhormat, sebab kita maklum bahawa setakat hari ini tidak ada satu data yang tepat untuk menggambarkan bilangan sebenar kanak-kanak jalanan yang terdapat di Sabah ini khususnya, maka dengan itu kementerian ataupun kerajaan telah meluluskan satu kajian kebajikan kanak-kanak jalanan, khususnya di Sabah yang akan dilaksanakan oleh pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan lengkap dengan satu sistem pengurusan maklumat iaitu penyimpanan profil setiap kanak-kanak bercirikan sistem biometrik seperti yang dilaksanakan kepada PATI , Tuan Yang di-Pertua dan kajikan kebajikan ini diharap akan dapat mengenal pasti bilangan kanak-kanak sebenar di jalanan di Sabah memperolehi bagi mewujudkan pangkalan data dan profil dan selepas itu kita dapat mengenal pasti masalah-masalah sosial yang timbul dalam menangani kanak-kanak jalanan, Tuan Yang di-Pertua. Ianya akan mengambil masa untuk tempoh selama dua tahun. Kajian bersepadu, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
2. Tuan Roslan bin Shaharum [Bukit Gantang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan: (a) adakah kajian telah dibuat tentang bilangan pengguna kereta api akan meningkat apabila siapnya landasan berkembar; dan (b) berapakah kos membeli gerabak dan lokomotif kereta api yang bakal digunakan oleh KTM Berhad.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2001, kerajaan telah menjalankan kajian keberkesanan projek landasan berkembar iaitu bagi sektor Seremban-Tanjung Pagar dan sektor Ipoh ke Padang Besar. Kajian dijalankan merangkumi aspek ekonomi, kejuruteraan, alam sekitar dan perkara berkaitan perkhidmatan rel. Berdasarkan kajian tersebut dalam tempoh 30 tahun akan datang, kadar peningkatan penumpang perkhidmatan antara bandar ataupun intercity, dengan izin, dijangka meningkat sebanyak 12.5% setahun, manakala bagi perkhidmatan barang dijangka meningkat sebanyak 5.6% setahun.
Projek landasan berkembar adalah tindakan strategik untuk meningkatkan kapasiti serta untuk menampung keperluan trafik yang sentiasa meningkat. Menurut unjuran yang terkandung dalam laporan yang dimaksudkan, buat jangka masa tahun 2008 hingga 2012, pengendalian penumpang yang dijangka dengan adanya projek landasan berkembar dijangka mencecah 28 juta orang berbanding dengan unjuran tanpa projek landasan berkembar iaitu 20.7 juta. Jadi peratusan perbezaannya adalah 35%. Sedangkan bagi pengendalian kargo, dengan izin, dengan adanya projek landasan berkembar, adalah dijangka ‘58 tan’ kargo akan dikendalikan berbanding dengan 37.09 tan tanpa projek landasan berkembar. Jadi perbezaannya adalah 56%. Tuan Yang di-Pertua, KTM Berhad bercadang untuk membeli train set dan gerabak penumpang yang dianggarkan sebanyak RM952 juta di mana pecahan kos pembelian tersebut adalah seperti berikut: (i) 13 set unit electric multiple unit ataupun EMU yang mengandungi empat koc setiap set. Kos projeknya adalah sebanyak RM260 juta; sedangkan 38 koc penumpang yang diusahakan itu akan memakan belanja sebanyak RM68 juta; dan (ii) 13 set electric train set ataupun ETS yang mempunyai enam koc setiap set dijangka memakan belanja RM624 juta. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Persoalannya sekarang, saya difahamkan bahawa kos landasan kereta api berkembar dari Lembah Klang ke Padang Besar bernilai RM12.485 bilion. Persoalannya sekarang, kita selalu dengar bahawa perkhidmatan kereta api selalu menimbulkan masalah seperti tidak ada kecekapan, tidak untung, lambat, tidak ada kepakaran untuk membaiki gerabak dan lokomotif dan bermacam-macam lagi. Jadi saya ingin bertanya kepada menteri, apakah berbaloi dengan projek yang berbilion-bilion ini dengan perkhidmatan yang diberikan pada masa yang akan datang. Kalau kita melihat contoh, misalnya, landasan kereta api dari Kuala Lumpur ke Ipoh, saya difahamkan telah siap tetapi kenapa pada tahun 2010 baru mula operasi. Ini sebagai salah satu contoh. Jadi minta komen dan penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya jawab soalan Yang Berhormat Bukit Gantang, sukalah saya hendak buat pembetulan sedikit kepada apa yang saya cakap tadi sebab tersasul tadi. Pengendalian kargo sebenarnya yang saya maksudkan tadi itu ialah 58 juta tan. Saya lupa sebut ‘juta’ – 58 juta tan dengan adanya landasan berkembar, sedangkan tanpa projek landasan berkembar, pengendaliannya adalah 37.09 juta tan. Minta maaf. Berbalik kepada soalan Yang Berhormat Bukit Gantang tadi, suka saya hendak betulkan pandangan ataupun persepsi Yang Berhormat bahawa kekurangan itu ada, bukan tidak ada – kekurangan ataupun kecacatan yang masih lagi wujud pada khidmat kereta api di negara kita masih perlu lagi dipertingkatkan.
Itu saya tak pernah nafi dan itu pun selepas saya mengambil alih jawatan ini, saya telah pun mengarahkan supaya beberapa inisiatif yang baru dapat diusahakan dan dapat disegerakan kalau boleh. Antara perkara yang berkaitan ataupun kekurangan yang dimaksudkan ia meliputi soal kualiti khidmat yang juga mencakupi ketepatan waktu. Khidmat mengikut jadual, ini satu. Yang keduanya, suka saya nak jelaskan bahawa apa yang saya jawab tadi itu, iaitu pembelian yang diusahakan itu pun satu-satunya usaha untuk menambah baik ataupun untuk mengatasi kelemahan yang sedia ada. Kalau tidak, tak akanlah kita hendak buat perancangan yang sebegini. Beralih kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat iaitu kononnya, bagi sektor Ipoh-Rawang, walaupun landasan itu dah siap sedia tetapi tiada perkhidmatan dan
sebagainya, itu pun saya rasa kurang tepat. Untuk makluman Yang Berhormat, apa yang sebenarnya berlaku adalah stok kereta ataupun rolling stock dengan izin, yang ditempah pada Januari tahun ini, itu ambil masa dua tahun. Itu benar. Ambil masa dua tahun untuk diserahkan kepada kita tetapi tak bermaksud bahawa landasan yang telah pun siap dibina itu disia-siakan. Untuk makluman Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, pada ketika ini, landasan yang sedia sesungguhnya sedang diguna pakai khasnya untuk mengendalikan kargo. Ini yang pertama. Yang keduanya untuk menampung keperluan penumpang. Ada juga khidmat yang telah pun disediakan iaitu shuttle service yang dijangka akan mula beroperasi dalam suku tahun yang ketiga tahun ini. Ianya dijangka akan melibatkan penggunaan lokomotif yang biasa. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Memandangkan perkhidmatan komuter antara Rawang dan Seremban menjadi perkhidmatan yang utama orang ramai dan sering berlaku kesesakan dalam coach yang mana orang ramai terpaksa berdiri sehingga menimbulkan masalah. Saya ingin tahu pakah usaha KTM Berhad untuk menyelesaikan kesesakan penumpang ini dan apakah langkah- langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk memantau bahawa KTM Berhad mengikut arahan kementerian untuk meningkatkan perkhidmatan kepada penggunanya. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bintang atas keprihatinan beliau terhadap khidmat kereta api untuk sektor yang dimaksudkan. Sesungguhnya, seperti mana yang saya sebutkan tadi, kita bukan sahaja prihatin tentang ketepatan waktu ataupun khidmat mengikut jadual itu tetap penting. Apa yang mencacatkan hasrat kita buat ketika ini adalah kekurangan stok kereta ataupun rolling stock seperti mana yang saya sebut tadi. Itu pun sebabnya yang mendesak kita agar membuat pembelian seperti mana yang dihuraikan. Selain daripada itu, shuttle service seperti yang saya sebutkan tadi bagi sektor Ipoh-Rawang misalnya. Ini pun salah satunya penyelesaian ataupun jalan keluar untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang. Selain daripada itu, suka juga saya maklumkan dewan yang mulia ini, Tuan Yang di-Pertua, bahawa dari kalangan perolehan 13 set EMU yang saya sebutkan tadi itu, ianya adalah perlu untuk menampung keperluan bagi laluan baru khasnya untuk warga Kuala Lumpur dengan Tanjung Malim dan antara Sentul dengan Batu Caves. Itu pun laluan baru yang saya suka hendak maklumkan Yang Berhormat, ianya turut terangkum dalam perancangan kita.
3. Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:- (a) jumlah keluasan tanah-tanah terbiar milik individu di setiap negeri dalam negara; dan (b) langkah-langkah konkrit kerajaan untuk memajukan tanah- tanah terbiar menjadi produktif dan menyumbang kepada ekonomi negara dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan tahniah kepada Ahli Yang Berhormat daripada Pasir Salak atas keprihatinan membangkitkan isu berkaitan tanah terbiar. Sesungguhnya ini tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan kita berhadapan dengan krisis makanan di seluruh dunia. Tuan Yang di-Pertua, fenomena tanah terbiar ini berlaku kerana kekurangan infrastruktur kerana bilangan pemilik terlalu ramai. Hal ini kerana pemilik yang tinggal di luar kawasan ada juga pemilik yang terlalu tua. Bagi menjawab bahagian (a), keluasan seluruh negara ialah 34,362 hektar. Daripada jumlah tersebut, Pahang merupakan negeri yang mempunyai paling banyak mempunyai tanah terbiar - 10,732 hektar; Perak - 4,384 hektar. Daripada jumlah tersebut
kira-kira 200 hektar adalah dalam kawasan Pasir Salak. Saya baru sahaja melawat Lenggong bersama Yang Berhormat Lenggong, hari Sabtu yang lalu, di Hulu Perak terdapat 1,600 hektar tanah yang terbiar. Negeri yang ketiga yang banyak tanah yang terbiar ialah Kelantan, 4,226 hektar. Tuan Yang di-Pertua, daripada 34,362 hektar tanah terbiar, cuma kira-kira 12,000 hektar sahaja yang sesuai untuk dibangunkan. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan (b), kerajaan amat prihatin terhadap isu ini. Bermula RMK-7 kerajaan telah mula memperuntukkan jumlah yang kecil RMK-8 ditambah tetapi jumlahnya kecil. Kerajaan lebih serius untuk mengatasi masalah ini dalam RMK-9 umpamanya pada awalnya diperuntukkan RM30 juta melibatkan 1,500 hektar untuk dibangunkan. Baru-baru ini di bawah dasar jaminan bekalan makanan, kerajaan menambah lagi peruntukan RM48 juta. Jadi bermula dengan RM30 juta, ditambah RM48 juta sekarang ini, RM78 juta diperuntukkan untuk membangunkan tanah terbiar. Kita menjangkakan dalam tempoh RMK-9, kira-kira 3,900 hektar akan dapat dibangunkan. Tanah ini akan dibangunkan dengan tanaman padi, nanas, sayur-sayuran, tembikai dan lain-lain. Tuan Yang di-Pertua, kos untuk membangunkan tanah terbiar ini tinggi, iaitu kira- kira RM20,000 satu hektar melibatkan perparitan, infrastruktur asas seperti jalan pertanian dan juga perataan tanah. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak maklumkan di sini bahawa setakat ini kerajaan telah memajukan kira-kira 2,600 hektar tanah yang terbiar ini. Antara contoh-contoh projek tanah terbiar yang telah berjaya ialah di Teloi Kiri, Mukim Kuala Muda, melibatkan 59 orang peserta. Mereka tanam nanas di sana. Satu lagi adalah Kampung Teluk Luncai, Pasir Puteh Kelantan yang menanam tembikai dan kita dapati bahawa hasil daripada usaha-usaha kerajaan ini, maka pendapatan petani sudah bertambah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pembangunan tanah terbiar ini bukan program baru, program lama dah. Saya ingat mungkin 10 hingga 15 tahun. Akan tetapi sehingga hari ini kita melihat, kejayaannya agak meleset. Apakah masalah dan cabaran yang besar dan menjadi penghalang kepada pencapaian matlamat ini yang mana kita tahu adalah amat penting bagi meningkatkan ekonomi, membasmi kemiskinan, memberi kesejahteraan rakyat, memberi keupayaan kepada rakyat untuk mendapat pendidikan yang lebih baik dan sebagainya. Kalau kerajaan boleh membelanjakan wang begitu besar untuk buat hospital, buat sekolah, buat jalan raya, menjayakan program angkasawan, membuat bangunan Twin Towers, Pernas Twin Towers di Kuala Lumpur, kenapa peruntukan untuk pembangunan luar bandar seperti ini tidak menjadi keutamaan. Adakah orang kampung ini tak begitu penting kepada kita, orang pekan sahaja lebih penting, orang bandar sahaja lebih penting, orang yang kaya sahaja yang lebih penting. Betul dari segi bandar pula dipentingkan, tetapi tidak menyokong pula. Masalah juga. Nak suruh potong besok, dia orang marah.
Soalan.
Soalan? Sabarlah. Ini orang kampung hendak tengok sekali, sekali. [Ketawa] Direct telecast ini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak dan saya minta kali ini, apakah jaminan pihak menteri ataupun kerajaan bahawa kali ini, musim ini, tidak ada lagi tangguh-tangguh. Kita hendak melihat kejayaan pembangunan tanah terbiar ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, benar kata Yang Berhormat Pasir Salak, program ini bukan program yang baru. Seperti yang saya sebutkan dalam jawapan, bermula dari RMK-7 lagi. Cumanya sebelum ini mungkin perhatian tidak mencukupi. Saya ingin memberi jaminan kepada Yang Berhormat Pasir Salak, bahawa luar bandar dan pertanian hari ini diberikan keutamaan. Itulah sebabnya mengapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan Kajian Separuh Penggal RMK-9 pada hari
Khamis yang lalu, antara peruntukan tambahan yang diumumkan ialah RM4 bilion untuk luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak dan RM3 bilion untuk Kementerian Pertanian Malaysia. Ini tambahan, jadi ini melambangkan betapa seriusnya kerajaan memberi perhatian kepada sektor pertanian dan juga di luar bandar. Seperti yang saya sebutkan tadi, untuk tanah terbiar, untuk pertanian banyak komponen, satu komponen sahaja. Kita ada tujuh komponen besar termasuklah menambahkan pengeluaran padi di Sungai Manik Kerian, umpamanya. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa apabila Yang Berhormat bangkitkan soalan ini, pada asalnya RM15 juta diperuntukkan hasil daripada keprihatinan kerajaan, maka peruntukan ini sudah ditambah kepada RM100 juta dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Ini semua melambangkan keprihatinan kerajaan dan kita yakin bahawa dengan langkah-langkah ini, kita akan dapat tingkatkan pendapatan penduduk luar bandar. Adapun berkaitan soalan pertama itu tadi, apakah masalah-masalah yang dihadapi untuk memajukan tanah terbiar ini, telah saya sebutkan tadi antaranya ialah terlalu ramai tuan punya tanah, pemiliknya sudah tua, mungkin tinggal di Kuala Lumpur, mungkin sudah kaya-raya, jadi Ahli Parlimen dan lain-lain. Ini adalah antara isu-isu dan masalah yang kita hadapi kerana mereka yang memiliki tanah itu tidak lagi mengusahakan tanah. Insya-Allah, dengan pendekatan yang kita ambil lebih bersepadu dan kerjasama pejabat daerah dengan JKKK dan seluruh jentera Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Luar Bandar, kita yakin bahawa kita akan dapat melaksanakan satu pendekatan baru. Ini supaya usaha-usaha kita untuk memantapkan lagi pendekatan sebelum ini dapat dijayakan. Terima kasih.
Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri, bahawa sejauh manakah pihak kementerian ada mendapatkan kerjasama dengan pihak kerajaan negeri? Saya lebih berminat dengan tanah-tanah yang terbiar milikan kerajaan. Ada ramai petani di mana mereka tidak berani mengerjakan tanah milikan kerajaan sebab mereka takut apabila mereka melaburkan ke atas tanah-tanah ini, mereka akan diambil kelak atau tanah-tanah itu akan diberi kepada syarikat-syarikat besar. Jadi sejauh manakah? Ini, dalam kes-kes sedemikian, ada juga petani yang mengerjakan tanah-tanah itu berpuluh-puluh tahun tetapi permohonan tanah, mereka tidak memperoleh kelulusannya. Jadi, kes-kes sedemikian tidak memerlukan berjuta-juta ringgit daripada pihak kementerian. Hanya yang mereka perlukan adalah kelulusan dan kebenaran menggunakan tanah kerajaan yang terbiar itu. Jadi, sejauh manakah kementerian ini dengan kerajaan negeri untuk mengatasi tanah-tanah terbiar milikan kerajaan?
Saya berharap semua kerajaan negeri termasuk Kerajaan Negeri Perak, Selangor semuanya mendengar rintihan Yang Berhormat Batu Gajah ini, Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang pernah saya maklumkan dalam Dewan pada awal tahun ini, iaitu sebelum pilihan raya umum yang lalu, dua buah kerajaan negeri iaitu negeri Perak dan negeri Selangor sudah pun mengeluarkan bukan hak milik tetapi suatu pajakan yang lebih dengan izin ‘certain’ kepada petani-petani dan ini membolehkan petani mengusahakan tanaman-tanaman tertentu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, tanah memang merupakan satu aspek terpenting dalam pertanian. Dua minggu lepas, saya telah berjumpa dan mengadakan perjumpaan mesyuarat dengan semua Exco pertanian di seluruh negara termasuklah negeri-negeri yang diwakili oleh pembangkang. Saya tekankan sekali betapa perlunya semua kerajaan negeri memberi perhatian yang serius kepada hak milik tanah. Ini kerana kalau tidak ada hak milik tanah yang terjamin maka sudah pasti pesawah-pesawah dan petani-petani tidak akan dapat mengusahakan tanaman-tanaman tertentu.
Jadi saya berharap kerajaan-kerajaan negeri di seluruh negara akan memberi perhatian serius kepada perkara ini supaya kita dapat memajukan tanah terbiar. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 2. Saya hendak mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah bersetuju memindahkan tempat duduk saya dan ini merupakan satu keputusan yang amat bijak. [Tepuk] Terima kasih dan tahniah. Kedua saya hendak merujuk juga Peraturan Mesyuarat 18. Saya hendak bertanya, selalunya soalan daripada nombor satu ke dua belas tetapi nombor satu ke tiga dan empat, waktu airtime ini, selalunya soalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini naik, bukannya menteri-menteri lain yang dibuat sama rata. Saya hendak tengok, adakah pakatan apa-apa? Sekian, terima kasih. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, macam kami ini, bolehkah minta juga ubah tempat duduk? [Ketawa]
Ubah mai sebelah sinikah?
Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau kamu perhatikan daripada tadi, saya tidak mencelah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat apabila mengeluarkan hujah walaupun melanggar peraturan mesyuarat. Ini adalah kerana saya dapat tahu bahawa ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang kurang senang kalau too much interference from the Chair. Jadi seboleh-bolehnya lack of interference from the Chair, tetapi dalam perbahasan silalah Yang Berhormat kontrol diri masing-masing, ikut peraturan mesyuarat. Point of order yang dibangkitkan tadi itu pun tidak ada kena-mengena dengan perjalanan mesyuarat. Itulah makanya, Chair selalu interfere. Pada hari Khamis, Yang Berhormat Bukit Mertajam tidak senang hati dengan too much interference. Jadi mulai daripada saat ini, lack of interference from my part. Namun begitu Ahli-ahli Yang Berhormat harus menjalankan tugas sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat, not like a school children. You want to be treated like school children, I will do that, tetapi berbahas dengan penuh hemat. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Lain kali jangan timbulkan peraturan mesyuarat yang tidak ada kena-mengena dengan mesyuarat kerana itu abusing peraturan mesyuarat.
4. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada kerajaan akan memansuhkan konsep jual dan bina (sell and build) dan mempromosikan konsep bina dan jual (build and sell) dan sekiranya tidak, apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan untuk menjamin bahawa projek tidak akan terbengkalai.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan konsep jual kemudian bina dengan izin sell and build kerana konsep ini masih praktikal untuk dilaksanakan. Bagi memenuhi permintaan perumahan di negara ini dan memastikan pembangunan sektor perumahan tidak terganggu jika konsep jual kemudian bina digantikan terus dengan bina kemudian jual. Oleh yang demikian, konsep bina kemudian jual ini akan terus dilaksanakan secara selari dengan konsep jual kemudian bina bagi tempoh interim selama dua tahun. Mulai 12 April 2007, kajian semula akan dibuat selepas tempoh ini bagi mengenal pasti konsep manakah yang paling sesuai dilaksanakan bagi sektor perumahan di Malaysia. Bagi mengelakkan projek-projek perumahan menjadi terbengkalai, tindakan-tindakan berikut telah diambil, iaitu: (i) memperketat prosedur dan syarat-syarat pengeluaran lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan; (ii) memperkukuhkan pemantauan ke atas projek-projek perumahan;
(iii) memantau kedudukan kewangan projek melalui semakan ke atas transaksi akaun pemajuan perumahan (HDA Account); dan (iv) laporan juru audit ke atas pengurusan akaun pemajuan perumahan oleh pemaju. Seterusnya bagi memperkukuhkan dan mempertingkatkan kawalan dan pemantauan ke atas pemajuan perumahan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Akta 118 telah juga dipinda dari semasa ke semasa dan kali terakhir adalah berkuat kuasa pada 12 April 2007.
Sila Yang Berhormat Puchong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat tadi memberi penjelasan mengatakan ada tindakan untuk memperketat syarat- syarat dan sebagainya untuk memastikan bahawa projek-projek perumahan tidak terbengkalai dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa terdapat beribu-ribu rumah yang dibina tetapi apabila hampir siap, over 90% built, ia terbengkalai begitu sahaja untuk bertahun-tahun.
Pihak rakyat yang terpaksa dibebankan dengan keadaan sedemikian tapi kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan. Tak ada sebarang langkah-langkah daripada kerajaan untuk memastikan bahawa projek-projek ini diteruskan. Ini juga berkenaan dengan isu yang lebih penting iaitu kepercayaan rakyat. The confidence of the people in the government security. Misalnya kita nampak Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang a person...
Woo!
Beliau juga terpaksa mengambil perlindungan di Embassy Turki meminta untuk mendapat jaminan supaya beliau selamat dalam investigate yang dijalankan.
Point of order. Tak ada kena- mengena Tuan Yang di-Pertua. Point of order.
You sit down! Soalan saya senang.
Yang Berhormat Puchong.
Soalan saya senang.
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Apakah tindakan yang diambil...
Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Puchong, sila duduk dahulu.
You had your floor. Keep quiet.
Yang Berhormat Pasir Salak...
Pasir Salak...
...menarik perhatian saya dengan Point of order.
... hendak tanya lagi.
Soalan yang saya hendak tanya apakah tindakan...
Boleh duduk? Kedua-dua Yang Berhormat, Yang Berhormat Puchong duduk dahulu. Yang Berhormat Puchong...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Puchong.
Sit down!
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Puchong...
Who’s that?
Yang Berhormat Puchong, duduk dahulu Yang Berhormat Puchong.
Tuan Yang di-Pertua, mereka tak hormat Tuan Yang di-Pertua.[Dewan riuh]
Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat sendiri tak hormat daripada tadi. Saya katakan duduk. Duduk dahulu.
[Menyampuk]
Duduk dahulu.
Siapa yang cakap macam itu?
Duduk dahulu. Yang Berhormat Puchong duduk.
Kalau berani berdirilah.
Duduk. Yang Berhormat Puchong, sila duduk dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, baru sekejap tadi saya nyatakan tadi bahawa Chair tidak akan interfere dalam perbahasan. Saya sedih kita terpaksa interfere kerana gelagat seperti ini. Mana Yang Berhormat mahu ini? Chair tidak interfere ataupun interfere ataupun begini punya gelagat? Saya telah ingatkan beberapa kali bahawa sewaktu sesi soal jawab cuma soalan-soalan yang singkat sahaja. Tidak boleh dimasukkan fakta-fakta yang tidak kena- mengena dengan jawapan. [Tepuk] Sama ada Ahli-ahli Yang Berhormat sengaja ini ataupun langsung tidak tahu ataupun apakah... saya tidak fahamlah.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan persoalan sia-sia.
Yang Berhormat Puchong. Apabila seseorang Ahli Yang Berhormat hendak bercakap di bawah Peraturan Mesyuarat 35, berdiri dahulu. Sebelum dijemput untuk bercakap jangan bercakap.
Saya hendak tahu Tuan Yang di-Pertua sudah habis atau belum?
Ahli-ahli Yang Berhormat senang sekali berdiri membangkitkan peraturan mesyuarat. Kalau membangkitkan peraturan mesyuarat sewenang-wenangnya berdiri tetapi apabila kamu dikenakan peraturan mesyuarat langsung tidak ada siapa pun yang benar. Yang Berhormat Puchong kemukakan soalan, lain kali kalau ada Ahli Yang Berhormat sedang berhujah semua yang lain harus senyap. Itu Peraturan Mesyuarat 41. Sila tanya.
Tuan Yang di-Pertua, semasa Yang Berhormat Puchong sedang berhujah tadi, yang menimbulkan masalah adalah Yang Berhormat Pasir Salak.
Ini Yang Berhormat Padang Serai yang berdiri ini atas point of order atau apa?
Ini saya hendak merujuk kepada point of order.
Yang Berhormat Puchong duduk dan yang lain duduk. Apa point of order?
36(6). Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli lain. Saya merasakan Yang Berhormat Pasir Salak membuat sedemikian apabila Yang Berhormat Puchong sedang berucap, dia ada sangkaan jahat terhadap Yang Berhormat Puchong.
Terima kasih, terima kasih.
Sebab itu dia mencelah tanpa ada persetujuan...
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
...daripada Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai duduk.
Minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Pasir Salak, duduk dahulu.
Boleh minta penjelasan?
Duduk dahulu. Nanti dahulu. Saya buat keputusan dahulu kepada point of order yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Padang Serai. Ahli-ahli Yang Berhormat, pada 5 Mei dalam persidangan kita yang lalu, saya telah buat pemasyhuran. Dalam pemasyhuran itu saya nyatakan bahawa sewaktu sesi soal jawab, kalau boleh seboleh-bolehnya kalau point of order itu tidak kena-mengena dengan mesyuarat, jangan bangkitkan sewaktu sesi soal jawab. Bangkitkan selepas sesi soal jawab iaitu selepas 11.30 kerana masa banyak dibazirkan. Sekarang ini masa sudah banyak dibazirkan. Chair terpaksa interfere. Bukan kerana tabiat saya yang selalu interfere tapi kerana Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri. Sila Yang Berhormat Puchong.. Yang Berhormat Padang Serai...
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua...
Point of order lagikah?
Bukan.
Apa lagi pula ini?
Tuan Yang di-Pertua, boleh cakap sedikit?
Tak boleh! Kenapa hendak cakap? Point of order… what do you want to say?
Yang Berhormat Puchong!
Point of order atau apa?
Yang Berhormat Puchong! Lain kali Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertabiat begini, saya tidak akan bagi peluang untuk bercakap.
Saya langsung tidak diberikan peluang untuk bercakap! Ini soalan saya!
Yang Berhormat Pasir Salak setengah jam membuat gangguan.
Yang Berhormat Pasir Salak duduk dahulu. Sila duduk dahulu.
Semua duduk, lagi baik balik.
Yang Berhormat Puchong.
Sekarang saya duduk.
Duduk. Okey, terima kasih. Yang Berhormat Puchong kemukakan soalan, selepas itu saya mahu menteri untuk menjawab. Yang Berhormat Padang Serai, lain kali jangan bangkitkan point of order kalau Yang Berhormat Padang Serai juga kadang-kadang bertabiat begitu. Ingat. Ingat, saya tidak akan lagi berkompromi kepada siapa-siapa yang menimbulkan bahasa-bahasa unparliamentarily. I think you have tested my patient. That’s fact. Sila Yang Berhormat Puchong.
Boleh tanya?
Sila.
Terima kasih. Soalan saya ini perkara yang amat penting. Dua bulan lalu kita ada satu mesyuarat di dewan kementerian. Di situ ramai penduduk daripada Puchong...
Yang Berhormat Puchong itu tidak kena-mengena dengan soalan asal.
Ini ada. Dengar, dengar soalan saya Tuan Yang di-Pertua. Dengar soalan saya lepas itu buat keputusan. Jangan interfere just like that. Dua bulan yang lalu...
Yang Berhormat Puchong.
Dua bulan yang...
Yang Berhormat Puchong.
Boleh saya habiskan soalan saya?
Yang Berhormat Puchong, can you refer to Peraturan Mesyuarat 43?
Can you listen to my question first, please? It’s a very short question Tuan Yang di-Pertua. Dua bulan yang lalu ada mesyuarat dan di situ ramai yang datang untuk...
Yang Berhormat Puchong...
Tuan Yang di-Pertua please.
Yang Berhormat Puchong sila duduk. Kalau tidak Yang Berhormat Puchong saya gunakan kuasa saya di bawah 43.
Gunakan! Saya Ahli Dewan Rakyat. Saya hendak bangkitkan isu. Go ahead! Go ahead! You want to throw me out for asking a question Tuan Yang di-Pertua?
Bentara.
Saya masih belum ask a question!
Bentara. Saya mahu Yang Berhormat Puchong keluar daripada Mesyuarat ini selama dua hari. [Tepuk] Sila bentara jalankan tugas.
Tak ada prosedur untuk mengeluarkan saya daripada Dewan!
Sila. Saya gunakan kuasa di bawah 44...
Saya tidak akan keluar daripada sini!
Sila bentara. Sila.
Keluar! Keluar!
Prosedur tidak dipakai! Saya tidak akan keluar daripada Dewan ini. Tuan Yang di-Pertua tidak benarkan saya tanya soalan!
Saya gunakan kuasa dan bentara sila jalankan tugas.
Tuan Yang di-Pertua, ini menjadi sikap Tuan Yang di-Pertua! Soalan tidak didengar! A question is a very simple question! [Dewan riuh]
Wakil rakyat sepatutnya tanya soalan! Jangan halau daripada Dewan! It’s a simple question! Saya hendak tanya soalan yang senang. There was a meeting. I want to go, saya hendak tahu apakah tindakan yang telah pun diambil. Itu sahaja. It’s just a simple question. Apa salah dengan soalan itu Tuan Yang di-Pertua? Ada meeting, mesyuarat.
Bentara, sila. Sila jalankan tugas sebelum saya teruskan Mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua, adakah prosedur dibuat untuk menghalau saya daripada Dewan. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua sendiri tidak ikut prosedur. Sepatutnya Tuan Yang di-Pertua juga keluar daripada Dewan.
Bentara, sila jalankan tugas. Saya sudah buat keputusan.
If this is the rule...[Menghempaskan buku Peraturan Mesyuarat ke meja][Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, tolonglah Ahli-ahli Yang Berhormat. Semua kamu dalam Dewan ini adalah Ahli Yang Berhormat. Maka dengan itu terpaksa all the time the Chair interferes supaya jangan terlalu emosi dan terlanjur. Beginilah akibatnya. Semua faham Yang Berhormat Puchong adalah seorang peguam terkemuka. Takkan tidak faham dengan soal-soal simple. Jadi kalau ada lagi Ahli Yang Berhormat yang mahu catat rekod dalam Parlimen keduabelas, minta juga berehat sekejap boleh. Akan tetapi kalau umpamanya Yang Berhormat behave, saya lebih senang diam- diam mendengar. Sila soalan tambahan kepada soalan nombor empat. Yang Berhormat Batu Pahat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai projek terbengkalai ini yang sudah begitu lama bertahun-tahun belum selesai. Saya ingin tahu adakah kerajaan akan memudahkan kaedah mengganti pemaju baru untuk meneruskan projek terbengkalai yang tidak dapat dilaksanakan oleh pemaju asal dan saya ingin tahu sebenarnya apakah peranan MBSB dalam menyelesaikan kes-kes rumah terbengkalai ini. Terima kasih.
Sila menteri.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya projek terbengkalai ini adalah satu perkara yang rumit difahami. Sebenarnya dalam industri perumahan di Malaysia ini adalah satu industri yang sihat dan berjaya. Saya ambil contoh kebelakangan ini, sejak daripada tahun 1990-an sehingga ke tahun 2007, setiap tahun kita dapat membina 100,000 unit rumah dan diserahkan kepada pembeli-pembeli. Hingga ke setakat ini kita telah serah 2,700,000 rumah manakala ada rumah-rumah terbengkalai di mana melibatkan lebih kurang 23,000 pembeli. Maka yang 2,700,000 ini selalu orang tidak bangkitkan tetapi yang terbengkalai dibangkit-bangkitkan. Akan tetapi saya berasa simpati kepada pembeli-pembeli yang terlibat dengan rumah terbengkalai ini. Kementerian ini memang berhasrat untuk memulihkannya di mana SPMP dan syarikat-syarikat yang lebih kukuh. Dalam keadaan yang tertentu kita minta mereka untuk datang menyelamatkan projek-projek yang terbengkalai ini.
Untuk tujuan, perketatkan akta. Di mana Akta 118 telah dipinda beberapa kali dan hukuman-hukuman yang lebih ketat juga dikenakan kepada pemaju. Selain daripada itu penghantaran laporan projek perlu dihantar kepada kementerian ini sebanyak dua tahun sekali iaitu setiap 21 Januari dan 21 Julai. Begitu juga untuk profesional seperti arkitek, jurutera, kalau mereka memberi perakuan yang tidak tepat, mereka juga akan dihukum dalam Akta 118 ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, memang kementerian ini amat prihatin dan kita akan sentiasa memantau kemajuan projek ini supaya semua projek perumahan ini dijalankan dengan lancar dan tidak akan terbengkalai.
5. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan sama ada kerajaan akan menawarkan pelajar cemerlang yang didapati tidak layak untuk mengikuti kursus pilihan pertama mereka yang telah dipohon melalui Unit Pusat Universiti (UPU) dengan pilihan kedua atau seterusnya, agar mereka masih berpeluang meneruskan pelajaran dalam bidang lain pula.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rembau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, fungsi-fungsi Unit Pusat Universiti sekarang ini telah dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di bawah Jabatan Pengajian Tinggi dikawal selia oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Yang Berhormat, kemasukan ke IPTA adalah sangat kompetitif dan pelajar tidak semestinya mendapat tempat di dalam jurusan pengajian yang dipilih. Ini adalah kerana laluan ke IPTA adalah terhad bagi menampung permintaan yang semakin meningkat. Tuan Yang di-Pertua, sistem yang diamalkan sekarang adalah berasaskan kepada prinsip meritokrasi. Sistem ini memberi layanan yang sama kepada setiap pelajar tanpa mengira gender, wilayah, perbezaan etnik dan keupayaan fizikal. Individu boleh mengikuti pendidikan tertiary pada setiap peringkat mengikut kelayakan dan minat masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat berdasarkan prinsip meritokrasi, kejayaan calon untuk mendapat tempat di IPTA adalah bergantung kepada susunan merit, pemilihan program pengajian dan IPTA yang dipohon. Sistem pemilihan berkomputer yang dilaksanakan oleh pihak kementerian membenarkan pemohon membuat lapan pilihan kursus. Melalui sistem ini, setiap permohonan akan diproses dengan memadankan nilai merit dengan kursus pilihan pertama sehinggalah kursus pilihan ke lapan. Jika nilai merit adalah sesuai dan terdapat kekosongan tempat bagi bidang yang dipohon maka tempat yang ditawarkan kepada calon berkenaan akan diperolehi. Sekiranya nilai merit calon tidak melayakkan beliau untuk ditawarkan di tempat bagi kursus pilihan pertama, maka secara automatik kursus pilihan kedua dan berikutnya akan diproses dan penawaran tempat adalah bergantung kepada nilai merit dan kekosongan tempat bagi sesuatu kursus. Tuan Yang di-Pertua, trend perkembangan pengajian tinggi global semasa menjurus kepada dengan izin massification ataupun sesuai dengan falsafah pendemokrasian pendidikan merupakan cabaran dalam perluasan akses pendidikan tertiary negara. Kementerian akan sentiasa memastikan akses pengajian tinggi kepada semua daripada pelbagai sumber, bakat dan kebolehan berdasarkan sistem meritokrasi agar semua pelajar yang layak tidak tercicir dari mendapat peluang mengikuti pengajian tinggi di negara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Rembau.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Lanjutan daripada jawapan daripada Timbalan Menteri tadi, saya hendak tanya sama ada pihak UPU ada membuat kerjasama ataupun usaha sama dalam bidang pemilihan dan penempatan pemohon dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Supaya pelajar-pelajar cemerlang yang memohon bawah JPA terutamanya ke luar negara
tetapi tidak mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi luar negara dapat disalurkan terus ke IPT tempatan berdasarkan kepada kedudukan pilihan asal mereka semasa memohon ke JPA. Ini kerana, sekarang ini ada banyak kes di mana mereka apply, memohon ke luar negara tetapi tidak mendapat tempat. Pada masa yang sama tidak buat permohonan melalui UPU dan tidak ada penyelarasan antara JPA dan UPU. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya dapat melihat Yang Berhormat Rembau memang arif tentang kerjasama di antara bahagian pengurusan kemasukan pelajar ke universiti atau dahulunya dikenali sebagai UPU dengan pihak JPA. Kita di kementerian memang dapat melihat bahawa kerjasama yang belum ada pada ketika ini. Setakat ini memang tidak ada kerjasama di antara JPA dan agensi-agensi kerajaan yang lain bersama UPU yang telah menimbulkan pelbagai ketidakselarasan di antara Kementerian Pengajian Tinggi dan juga agensi-agensi kerajaan yang menawarkan tajaan kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran sama ada di luar ataupun di dalam negeri. Oleh kerana cadangan pihak Yang Berhormat tadi memang telah diberikan perhatian oleh pihak kementerian. Saya yakin dan percaya jika terdapat penyelarasan ini, maka tanggungjawab untuk menjadi kolektif apabila pelajar-pelajar yang sepatutnya mendapat tawaran dan tempat di luar negara tidak memperolehi peluang tersebut, pihak kementerian akan menjadi monitor. Pihak yang mengawal selia ini boleh terus menempatkan pelajar-pelajar yang tidak berjaya tadi ke tempat-tempat di dalam negara mengikuti kursus pilihan mereka. Untuk makluman Yang Berhormat, kebiasaannya pelajar-pelajar cemerlang dia tiada masalah untuk mendapat tempat di luar negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kepong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat itu memberitahu kepada Dewan yang mulia ini panel yang menilai, mentafsirkan semua pemohon ini, kerana ramai yang membuat permohonan, berpuluh ribu. Bagaimana pihak panel dilantik dan juga mentafsirkan pemohon- pemohonnya. Begitu juga, kalau kerja kementerian itu tidak sempurna kitalah yang mengalami kesusahan sebab tiap-tiap tahun kita dengar rintihan, aduan yang banyak kerana dikatakan keputusan itu tidak adil. Setakat mana Yang Berhormat dapat memantau pemohon yang dapat pilihan dan yang gagal. Setakat mana di dalam tempoh misalnya tiga tahun, lima tahun mereka berjaya di tempat yang lain dan sebagainya.
Sila Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kepong. Soalan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Rembau dan Yang Berhormat Kepong ini memang kena pada masanya Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana pada ketika ini kita sedang mengendalikan pendaftaran sebanyak lebih kurang 65,000 pelajar-pelajar ke IPTA dan 100,000 pelajar-pelajar ke peringkat IPTS.
Yang Berhormat bagi Kepong, soalan Yang Berhormat tadi merujuk kepada panel. Saya telah sebutkan tadi bahawa sistem yang digunakan adalah berdasarkan kepada pencapaian merit kepada pelajar-pelajar. Jadi apa pun panel yang kita ada ia masih lagi berasaskan kepada pencapaian, prestasi akademik pelajar-pelajar di peringkat SPM, STPM dan juga Matrikulasi. Jadi penyediaan senarai murid ini adalah berdasarkan kepada 90% pencapaian akademik, dan 10% penglibatan pelajar-pelajar di bidang kokurikulum. Jadi sistem berkomputer Yang Berhormat, panelnya adalah sistem komputer akan bermula dengan calon merit yang pertama, dan seterusnya mengikut langkah demi langkah bergerak ke bawah sehinggalah calon yang terakhir di dalam susunan merit ataupun sehingga ke peringkat pelajar yang terakhir memenuhi syarat minimum yang ditetapkan kepada kemasukan ke sesebuah IPTA tersebut.
Jadi Yang Berhormat kalau Yang Berhormat lihat dari segi peratusannya, kita telah dapat satu keputusan yang agak merunsingkan, iaitu dari segi gender Yang Berhormat. Kemasukan pelajar-pelajar ke universiti sekarang ini yang perempuan telah out number, yang lelaki dalam kadar 60% ke 40%, ini satu yang merunsingkan. Saya telah sebutkan di dalam jawapan asal saya tadi ia tidak melibatkan kepentingan wilayah, perbezaan etnik dan keupayaan fizikal, ia berasaskan kepada meritokrasi dan yang merunsingkan kita adalah gender, dan semalam saya berada di USIM untuk makluman Yang Berhormat bagi Kepong, nisbah pelajar yang mendaftar, perempuan ke lelaki ialah 3:1. Maknanya satu lelaki tiga perempuan. Ini amat merunsingkan kita kaum lelaki. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan No.6 tidak dapat saya kemukakan memandangkan saya nampak Yang Berhormat Bachok tidak ada. [Soalan No.6 - Y.B. Tuan Nasharudin Mat. Isa (Bachok) tidak hadir]
7. Dato' Haji Lilah Yasin [Jempol] minta Perdana Menteri menyatakan:- (a) apakah perancangan Pembangunan Feldajaya Serting, Jempol; dan (b) sejauh manakah usaha ini dapat mengatasi keperluan perumahan di FELDA.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Jempol sahabat saya, Projek Feldajaya ini dilaksanakan bertujuan untuk mewujudkan Pusat Pertumbuhan Baru ataupun Bandar Moden di kawasan luar bandar, khususnya rancangan FELDA yang mempunyai kepadatan kependudukan yang tinggi. Mengikut perancangan FELDA bercadang mewujudkan Pusat Pertumbuhan Bandar Baru ini yang dikenali sebagai Feldajaya di kawasan berpotensi. Kawasan yang dikenal pasti itu ialah rancangan FELDA berbentuk gugusan dan di lokasi yang strategik untuk dibangunkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di Negeri Sembilan sebuah projek Feldajaya telah dibangunkan mulai tahun 2003 bulan Julai, yang dinamakan sebagai Feldajaya Raja Alias. Dahulunya dikenali sebagai Feldajaya Serting. Nama barunya Feldajaya Raja Alias. Pembangunan Feldajaya Raja Alias ini memakan kos lebih kurang RM73.9 juta yang meliputi keluasan tanah lebih kurang 207 ekar. Dalam projek ini ia mengandungi kediaman moden sebanyak 88 unit, sepuluh unit kedai, kompleks pentadbiran FELDA, Kolej Integrasi Ilmu yang disebut KINI, taman rekreasi, pusat perniagaan, kompleks sukan, stesen bas, pasar dan sebagainya. Dia merangkumi konsep bandar moden. Projek ini telah pun disiapkan pada bulan September 2006 dan pada masa ini pentadbiran FELDA telah pun ditempatkan di Feldajaya Raja Alias untuk mentadbir sebanyak 43 buah rancangan FELDA di Negeri Sembilan, sekarang ibu pejabatnya berpusat di bandar di Feldajaya yang saya sebutkan tadi. Unit rumah dan kedai yang siap dibina ini dijual kepada warga peneroka di seluruh Negeri Sembilan. Dengan siapnya Feldajaya ini, warga peneroka berpeluang tinggal di rumah kediaman moden dan menjalankan kegiatan ekonomi melalui pusat perniagaan yang disediakan. Mengikut soalan kedua, mengikut perancangan pembangunan Feldajaya fasa kedua ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun yang akan datang. Komponen fasa kedua ini nanti adalah meliputi projek perumahan generasi FELDA sebanyak 200 unit. Rumah-rumah ini nanti akan dijual dalam harga yang mampu milik, iaitu dalam kurang RM35,000 ke atas dan sebagainya. Projek ini apabila dilaksanakan bertujuan memenuhi permintaan dan keperluan perumahan generasi FELDA khususnya di Daerah Jempol, insya-Allah. Pembinaan ini akan dimulakan sebaik sahaja mendapat
kelulusan dari pihak berkuasa tempatan atau PBT. Adalah diharapkan melalui projek Feldajaya Raja Alias ini akan menjadi pemangkin dan pusat pertumbuhan baru serta menjadi bandar moden bagi perkampungan FELDA di Daerah Jempol. Insya-Allah boleh mengatasi Bandar Bahau yang ada berdekatan. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana keperluan perumahan begitu mendesak di kawasan FELDA dan mereka ini menjalankan kegiatan ekonomi di skim rancangan masing-masing. Bolehkah pihak kerajaan melaksanakan skim perumahan yang tidak berpusat di Feldajaya, tetapi membangunkan mengikut keperluan skim masing-masing. Yang kedua, pinjaman yang dibuat oleh FELDA RM40,000 yang diberikan kepada peneroka untuk membina rumah sekarang ini melibatkan kajian semula, kerana kos barang- barang untuk membina rumah begitu mahal, dan kalau boleh pihak kerajaan mengkaji semula dan begitu juga dengan had umur yang diberikan kepada peminjam, oleh kerana mereka ini akan mewariskan kepada generasi kedua, kalau boleh mansuhkan had umur tersebut. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat. Soal pembinaan kawasan-kawasan baru seperti mana yang telah dirancangkan tadi boleh kita pertimbangkan di pihak pengurusan FELDA, tetapi apa yang penting pada masa ini ialah kita sendiri kena memikirkan untuk membuat satu perancangan yang spesifik, yang kita rancang elok-elok setelah berunding dengan pihak berkusa tempatan. Jadi maknanya kompleks yang ada, Feldajaya yang ada ini seperti di Serting ini, di Feldajaya Raja Alias ini adalah merupakan satu perancangan yang begitu lengkap dan teliti, yang merangkumi semua projek dan kemudahan surau, kolej, rumah kedai, pasar, dewan dan sebagainya. Jadi ada cadangan untuk membuat itu, ada lagi satu program yang disebut perumahan warga FELDA yang saya sebutkan tadi, mungkin ini akan kita buat dalam bentuk perumahan-perumahan yang harga kos agak-agak kurang sedikit daripada harga banglo yang ada ini. Sebab bagi kita, kita hendak yang bahagian Feldajaya ini satu konsep baru ke arah bandar moden di kawasan luar bandar. Ini matlamat utamanya berbeza dengan cadangan Yang Berhormat bagi Jempol tadi, ada program ini, iaitu melalui Program Perumahan Warga FELDA, ini yang disebut, memang ada dijalankan di beberapa kawasan- kawasan FELDA yang lain. Berkenaan dengan had pinjaman tadi, saya mengakui bahawa kenaikan harga barang ini membuatkan RM40,000 ini difikirkan tidak mencukupi. Ini memanglah dalam kajian kita dan insya-Allah setelah keputusan yang dibuat dan ini juga terpulang kepada pihak peminjam. Kalau difikirkan RM40,000 tidak mencukupi, kita boleh timbangkan kerana kita tidaklah begitu strict atau begitu rigid dalam soal-soal begini. Yang pentingnya kebajikan peneroka itu kita ambil kira, dan kita hendak melihat pula rumah yang dibina melalui pinjaman ini besok merupakan rumah yang mereka boleh hidup cukup selesa. Berbanding dengan mula-mula mereka masuk dahulu dengan hanya sehelai sepinggang tidak ada apa-apa, diberi tanah 10 ekar dan hari ini, inilah yang kita hendak wujudkan satu suasana yang hendak kita sebutkan satu relevansi ke arah pembasmi kemiskinan.
Ini juga sekali gus, saya hendak maklumkan yang begitu relevannya FELDA ini dalam konteks untuk membasmi kemiskinan khususnya kepada masyarakat di luar bandar. Jadi, Yang Berhormat had umur ini pun sebenarnya boleh kita pertimbangkan. Kalau Yang Berhormat fikirkan, ada suara yang begitu dari Daerah Jempol berkehendakkan had umur ini dinaikkan dan sebagainya, kita boleh pertimbangkan. Bagaimana yang saya sebutkan tadi, kita tidaklah begitu rigid dan sebagainya. Kita hendak, kebajikan peneroka ini kita berikan keutamaan. Terima kasih Yang Berhormat.
Sila, Yang Berhormat Kubang Kerian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya pendek sahaja. Adakah FELDA bercadang untuk menerokai satu bidang baru iaitu membuka kawasan-kawasan untuk tanaman padi yang kita rasakan penting untuk diurus tadbir oleh FELDA memandangkan krisis makanan di peringkat global dan juga untuk mengatasi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport padi pada masa yang akan datang. Terima kasih.
Sila menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kubang Kerian. Sebenarnya, kita telah diberi tanggungjawab secara khusus untuk pembangunan tanah di peringkat asalnya dahulu dan ini dalam konteks FELDA kita telah berjaya. Oleh sebab kejayaan ini, kita cuba pula untuk memperkembangkan aktiviti kita di FELDA. Inilah seperti mana yang dicadangkan tadi, kita sedang memulakan projek-projek baru dalam bentuk untuk keluar negara mencari tanah-tanah baru dan ini kepakaran kita, iaitu pembangunan tanah. Berkenaan dengan cadangan dari Yang Berhormat Kubang Kerian, ini satu cadangan yang baik dan ini mungkin pernah timbul dalam mesyuarat-mesyuarat, perbincangan tetapi keadaan ini kita memikirkan kita tidak mahu duplicate dengan agensi- agensi yang lain. Jadi, penekanan kita hari ini, ialah pembangunan dalam bentuk pembangunan tanah untuk tanaman kelapa sawit, getah dan sebagainya. Namun, kalau misalnya ada desakan ataupun ada tuntutan baru hendakkan kita menerokai kepada hal padi ini, insya-Allah. Namun, bidang-bidang lain sudah ada, yang kejayaan yang ada hari ini bukan sahaja kita cuba kembangkan di dalam negeri tetapi juga di luar negara, begitulah. Saya ucapkan terima kasih pada pandangan Yang Berhormat Kubang Kerian dan insya-Allah, kalau ini hasrat dari Kubang Kerian, kita akan cuba bincang dan cuba laksanakan kerana ini adalah keadaan semasa pada hari ini. Terima kasih pandangan tadi Yang Berhormat.
8. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: minta Menteri Kewangan menyatakan, sejauh mana prestasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC’s) setakat ini setelah program transformasinya dijalankan semenjak 2004.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, sejak pelancarannya pada tahun 2004, program transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC’s) telah mencatatkan beberapa kejayaan ketara di antaranya termasuk, pendapatan agregat daripada 18 buah Syarikat GLC yang terlibat di bawah program transformasi GLC meningkat 91% pada RM19.1 bilion pada tahun 2007 daripada RM10 bilion pada tahun 2004. Hasil daripada peningkatan pendapatan agregat, agregat dividen bersih yang telah dibayar juga telah meningkat daripada RM4.9 bilion pada tahun 2004 kepada RM9.5 bilion pada tahun 2007. Pulangan atas ekuiti dengan izin, return on equity telah meningkat sebanyak 5.4% dalam tempoh empat tahun dari 11.5% pada tahun 2004 ke 16.9% pada tahun 2007. Permodalan pasaran dengan izin, market capitalization telah meningkat sebanyak 58% atau RM85 bilion dalam tempoh empat tahun dari tahun 2004 sehingga 30 Mei 2008, mengatasi indeks Komposit Kuala Lumpur sebanyak 0.7%. Syarikat-syarikat tersebut telah mencapai 76% daripada indeks prestasi utama yang disasarkan pada tahun kewangan 2007. GLC telah memberi manfaat sebenar kepada pemegang kepentingan dan kesemua rakyat Malaysia melalui penambahbaikan tahap kualiti, prospek pekerjaan lebih baik, pengenalan proses perolehan berasaskan merit, pembangunan kemampuan vendor, pembangunan masyarakat, perniagaan bumiputera dan juga penggalakan untuk menunaikan tanggungjawab sosial korporat oleh syarikat GLC.
Yang Berhormat Machang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cuba buat semakan tentang prestasi GLC berbanding dengan Non GLC. Empat syarikat, MAS beranding Air Asia. Maybank berbanding Publick Bank. TNB berbanding YTL Power. Telekom berbanding DiGi. Com. berasaskan tiga kriteria, profitability, output dan productivity. Hasilnya, didapati bahawa kesemua performance GLC lebih rendah berbanding dengan Non GLC. Soalannya ialah, jika sekiranya di peringkat tempatan pun Syarikat GLC gagal bersaing, apa jaminnya yang boleh kerajaan berikan untuk mengatakan GLC mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Lapan Syarikat GLC terbesar menyaksikan ada tiga warga asing sebagai Lembaga Pengarah, siapa mereka, negara mana, dan apa alasan pelantikan? Terima kasih.
Sila menteri.
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita maklum bahawa di bawah transformasi GLC, mempunyai satu time frame iaitu melalui empat fasa. Pada peringkat ini, GLC dalam proses untuk memperkukuhkan tahap operasi syarikat-syarikat tersebut. Mengikut daripada time framenya pada tahun 2010 hingga tahun 2015, barulah kita memperoleh manfaat yang sepenuhnya. Mengenai dengan apa Yang Berhormat bangkitkan tadi mengenai dengan pelaburan luar, apakah GLC kita mampu atau tidak untuk bersaing di luar negara. Pada peringkat ini, apa yang boleh saya nyatakan bahawa dari segi GLC kita yang terlibat di luar negara adalah melibatkan pelaburan sebanyak RM5.8 bilion. Apabila kita bercakap tentang soal mampu atau tidak, kita akan melihat salah satu indicatornya adalah prestasi pelaburan tersebut. Untuk maklumat Yang Berhormat, prestasi pelaburan dari segi pulangan dari tahun 2004 sehingga Jun 2007 adalah sebanyak RM2.2 bilion iaitu pulangan kepada pelaburan sebanyak 38%. Mengenai dengan soalan Yang Berhormat mengenai tiga orang yang dilantik, itu soalan spesifik. Saya perlu notis.
Terima kasih. Yang Berhormat Arau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya tentang, apakah tindakan memantau prestasi kemajuan GLC’s ini mencukupi ataupun cukup hanya untuk Menteri Kewangan sahaja kerana kita tidak mahu Lembaga Pengarah pengurusan yang terlibat dalam GLC ini bebas membuat keputusan tanpa merujuk kepada Menteri Kewangan ataupun kepada pihak-pihak tertentu kerana sebarang keputusan ini melibatkan duit dan wang rakyat.
Sila menteri.
Tuan Yang di-Pertua, apakah definisi GLC? GLC adalah syarikat-syarikat milik kerajaan secara langsung ataupun melalui GLC Investment Corporation dipanggil GLIC yang melibatkan badan-badan antara lain Khazanah, Lembaga Urusan Tabung Haji (LTAT) dan sebagainya. Dari segi keputusan untuk sama ada untuk memantau ataupun membuat keputusan, syarikat-syarikat di bawah GLIC ini, akan dipantau oleh GLIC sendiri. Maknanya, kalau syarikat di bawah Khazanah, akan dipantau oleh Khazanah. Apa yang berlaku sekarang, dalam struktur organisasi, saya ambil Khazanah umpamanya, ada dua department yang penting, satu department untuk membuat pelaburan. Ini akan melibatkan satu analisis yang lengkap, sama ada Khazanah akan melabur atau tidak terutamanya dalam suasana ekonomi sekarang ini yang tidak begitu kondusif berbanding dengan tahun-tahun sebelum.
Kedua, ada satu department kerjanya adalah untuk memantau prestasi syarikat- syarikat di bawah milik mereka. Di samping itu, seperti mana kita maklum, di bawah GLC transformasi ini, ada sepuluh inisiatif yang dilakukan antara lain yang melibatkan kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah untuk dipertingkatkan kapasiti mereka, menjalankan peranan mereka untuk memastikan bahawa anak-anak syarikat ini, syarikat-syarikat GLC ini mencapai kejayaan.
Di mana saya nyatakan tadi, kita telah melihat hasilnya perbandingan tahun 2004 dan 2007 kita dapati dari segi pulangan ke atas pelaburan dari segi pertambahan nilai-nilai pelaburan dan sebagainya telah meningkat begitu tinggi. Terima kasih.
9. Tuan Ahmad Maslan [Pontian] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah maksud konsep atau pendekatan pertahanan menyeluruh (total defence), kaedah untuk memastikan ia boleh dicapai dan perbandingan dengan negara lain serta pembaharuan yang akan dibuat dalam Angkatan Tentera Malaysia bagi memastikan ia berkesan dalam mempertahankan negara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pontian yang menanyakan berkaitan dengan soalan nombor sembilan ini. Tuan Yang di-Pertua, pemahaman konsep pertahanan menyeluruh ataupun HANRUH adalah berbeza di antara satu negara dengan negara lain. Walau bagaimanapun, asas kepada pemikiran konsep ini adalah pertahanan sesebuah negara tidak hanya terletak di bahu Angkatan Tentera Malaysia sahaja malah ia adalah merupakan tanggungjawab bersama setiap anggota masyarakat termasuk badan- badan kerajaan, swasta dan badan-badan bukan kerajaan. Ia merupakan salah satu strategi bagi memantapkan benteng pertahanan negara, di mana seluruh negara sanggup mengorbankan diri demi mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman luar. Terdapat lima komponen di dalam strategi pelaksanaan konsep pertahanan yang digariskan di bawah HANRUH iaitu kesiagaan keselamatan, ketahanan ekonomi, keutuhan psikologi, kesiagaan awam, penyatuan dan perpaduan masyarakat. Bagi kaedah pelaksanaannya pula, seharusnya ia dilakukan secara berperingkat-peringkat dan berasaskan kepada keutamaan dan juga keperluan untuk mengintegrasikan dengan dasar dan aktiviti yang sedia ada. Adalah tidak praktikal untuk semata-mata mengikuti pendekatan yang diguna pakai oleh negara lain. Ini kerana ia mengambil kira beberapa faktor seperti sejarah, kebudayaan, nilai-nilai masyakat, persepsi ancaman dan dasar-dasar keselamatan. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan pembaharuan tindakan yang melibatkan ATM di bawah konsep HANRUH, ATM telah mewujudkan markas angkatan bersama yang antara lain memfokuskan isu-isu operasi antara ketiga-tiga perkhidmatan dalam ATM. Walau bagaimanapun, ingin dinyatakan di sini bahawa ATM merupakan satu unsur dalam komponen kesiagaan keselamatan. Perancangan dan pelaksanaan konsep HANRUH hendaklah di buat di peringkat kebangsaan. Terima kasih.
Yang Berhormat Pontian.
Dulu ada Program Tentera Masuk Desa, Tuan Yang di-Pertua. Adakah Tentera Masuk Desa ini adalah contoh usaha konsep pertahanan menyeluruh? Adakah contoh-contoh lain? Apakah contoh agensi kerajaan dan badan- badan lain yang terlibat dalam melaksanakan HANRUH dan agensi mana yang menjadi penyelarasnya?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan Tentera Masuk Desa, memang merupakan salah satu tindakan yang dibuat oleh Angkatan Tentera Malaysia, di mana Angkatan Tentera Malaysia sentiasa merapatkan hubungan di antara ATM dengan masyarakat. Ini penting dalam usaha kita mendapatkan sokongan daripada masyarakat.
Berkaitan dengan kementerian-kementerian ataupun agensi-agensi lain yang bertanggungjawab berkaitan di bawah HANRUH ini, ianya mengikuti daripada segi komponen-komponen yang saya nyatakan tadi. Di bawah HANRUH, terdapat lima komponennya dan kementerian-kementerian ataupun badan-badan yang terlibat bukanlah di bawah Kementerian Pertahanan. Jadi saya rasa itu luar daripada jurisdiction Kementerian Pertahanan dan daripada segi jawatankuasa yang bertanggungjawab adalah MKN (Majlis Keselamatan Negara). Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Bayan Baru.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dengan pendekatan total defence, negara kita telah belanja berbilion-bilion ringgit untuk membeli alat dan perkakas peperangan seperti submarine, jet pejuang dan kapal perang. Saya hanya nak tanya siapakah yang kita anggap musuh kita ini dan apakah kita mampu dengan perbelanjaan berbilion-bilion ini mempertahankan negara kita dari musuh- musuh ini. Terima kasih.
Sila menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan pertahanan negara kita, selain daripada apa yang telah saya nyatakan tadi bahawa komponen yang melibatkan pihak tentera Malaysia ini adalah dalam mempertahankan tanah air kita daripada ancaman luar. Oleh kerana itu dalam keadaan masa sekarang, keadaannya begitu mencabar bahawa kita memerlukan untuk meningkatkan daripada peralatan tentera kita mengikut teknologi yang ada pada masa ini. Jadi kerana itulah, daripada apa yang ATM buat sekarang bahawa peralatan-peralatan termasuklah kapal selam, kapal udara perlu diperolehi oleh angkatan tentera ini di mana ianya boleh merupakan sebagai satu deterrent kepada musuh-musuh kita dalam mengancam negara kita. Terima kasih.
10. Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bercadang hendak memansuhkan atau mengurangkan kos perbelanjaan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di bawah Petronas.
Sila menteri.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) ditubuhkan selaras dengan hasrat dan pendekatan pembangunan secara holistik Petronas dengan menggabungkan pembangunan perniagaan bersama sains teknologi dan kesenian. Untuk hasrat itu, Petronas akan terus menaja Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO). Ia juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial Petronas iaitu dengan izin, corporate social responsibility untuk menyediakan aktiviti riadah bagi memenuhi pelbagai tuntutan masyarakat hari ini. Sebagai sebuah negara yang didiami oleh pelbagai kaum termasuk expatriate dengan izin, kemudahan ini akan memberi pilihan kepada mereka yang meminati persembahan secara langsung orkestra simfoni bertaraf antarabangsa untuk beriadah bersama keluarga dan golongan yang sealiran. Selain meningkatkan imej negara, kehalusan seni muzik klasik boleh memupuk disiplin juga di kalangan masyarakat. Di samping itu, pelbagai program bermanfaat juga telah dianjurkan oleh MPO seperti berikut; (i) Melatih kemahiran para pemuzik tempatan bermain alat-alat muzik orkestra melalui Instrumental Lessons Programme; (ii) mencungkil dan memupuk bakat-bakat baru di kalangan komposer-komposer tempatan melalui program MPO Forum for Malaysian Composers;
(iii) menggalakkan dan memupuk bakat pemuzik-pemuzik muda tempatan melalui program Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MPYO); (iv) meningkatkan pengetahuan pelajar-pelajar sekolah dalam bidang muzik melalui program MPO School Concerts; dan (v) mengadakan syarahan dan persembahan kepada institusi dan pertubuhan tertentu melalui Education and Community Outreach Programme. Tuan Yang di-Pertua, tidak banyak syarikat di Malaysia yang mempunyai kebolehan menaja aktiviti-aktiviti riadah dan kesenian seperti ini. Inisiatif Petronas ini sewajarnya dicontohi oleh syarikat-syarikat lain. Kepada peminat-peminat seni halus intrinsic value dengan izin, usaha ini amat berharga kerana tuntutan disiplin dan iltizam dalam pemerolehan kemahiran. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Pokok Sena.
Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri yang menjawab soalan tadi yang selalu bercakap soal pembelaan kepada masyarakat estet dan sebagainya. Hari ini mempertahankan satu program yang saya kira bahawa sudah tentulah masyarakat estet tak dapat manfaat daripada program-program yang seumpama ini. [Tepuk]
Soalannya ialah tadi disebut bahawa ini merupakan tanggungjawab sosial Petronas tetapi bagi saya dalam kita menghadapi krisis kenaikan harga minyak ini, saya kira bahawa program-program yang seumpama ini tidak menjadi keperluan kepada masyarakat dan rakyat. Kalau Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa, ini merupakan untuk memberi peluang kepada rakyat, memenuhi keperluan kehidupan rakyat, saya kira bahawa ini merupakan satu program yang tidak dapat memenuhi keperluan masyarakat terbanyak. Jadi saya kira bahawa apakah, ini merupakan satu pelaburan yang telah membawa keuntungan kepada Petronas dari segi income kewangannya yang boleh diberikan manfaat kepada kehidupan rakyat dalam menghadapi krisis kenaikan harga minyak sekarang ini.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya menerimalah pandangan itu dengan hati yang terbuka dan akan dikemukakan tetapi dalam konteks yang lain pula, kalau kita lihat daripada konteks pencapaian. Macam Instrumental Lessons Program yang dikatakan tadi, 1,000 orang pemuzik tempatan telah mendapat manfaat dan mereka juga menggunakan ini sebagai langkah, batu loncatan untuk mencari rezeki. Muzik hari ini merupakan satu cabang ekonomi yang penting. Selain daripada itu, forum untuk Malaysian Composers, 30 komposisi-komposisi muzik orkestra yang baru telah berjaya dihasilkan. Ini juga memberi value add kepada para pemuzik-pemuzik tempatan seterusnya MPYO iaitu Malaysian Philharmonic Youth Orchestra, seramai 110 orang pemuzik muda telah menerima latihan dan kini menjadi pemangkin kepada pemuzik- pemuzik bakal akan datang seperti ‘Allah’ P. Ramlee. Baik, seterusnya..
Allahyarham.
Allahyarham P. Ramlee ya. 4,000 orang pelajar juga telah mendapat manfaat dari program ini. Saya melihat program ini sebagai program untuk memberi keseimbangan antara rohani dengan minda. Kalau kita Yang Berhormat Pokok Sena, kita sekarang tidak begitu setuju dengan budaya hedonistik sekarang. Budaya keseronokan daripada muzik-muzik rock yang dilaung-laungkan oleh Yang Berhormat sendiri. Maka kita beri alternatif kepada pemuda-pemuda ini untuk meresapi muzik-muzik yang mempunyai kejiwaan tertentu... [Dewan riuh] [Ketawa]
Menjiwai, menjiwai.
Menjiwai ya. Kenapa harus...So, sepatutnya Yang Berhormat Pokok Sena bersama saya dalam perjuangan ini...[Dewan riuh]
[Bangun]
So, kaitan dengan estate itu, perjuangan itu berbeza dengan perjuangan ini. Salam bahagia.
Tuan Yang di-Pertua, tambahan satu Tuan Yang di-Pertua. Satu saja lagi.
Yang Berhormat, sudah 11.33 pagi.
[Bangun]
Pendek saja sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri bercakap soal pencapaian. Satu saja.
Yang Berhormat, sudah 11.33 pagi.
30 saat.
Okey, sila sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri bercakap soal pencapaian, saya ingin membuat perbandingan dengan Venezuela, di mana program yang sama ditaja daripada tahun 1975 dengan menggunakan kutipan hasil minyak. Namun Venezuela telah melatih lebih daripada 600 belia di kalangan anak-anak yang miskin dan sekarang terdapat 125 orkestra belia, 57 orkestra kanak-kanak dan 30 orkestra dewasa di mana 90% daripada ahli muziknya adalah daripada keluarga yang miskin...
Yang Berhormat, sudah lebih 30 second.
Apa soalannya Tuan Yang di-Pertua?
Jadi saya nak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau agendanya sebahagiannya adalah tanggungjawab sosial, mengapa keuntungan Petronas tidak dimanfaatkan oleh majoriti anak-anak miskin di Malaysia tetapi hanya berlegar di kalangan segelintir golongan elit dan bangsawan dalam negara ini.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, tidak payah jawab. Itulah makanya apabila saya berceloteh panjang untuk menegur Ahli Yang Berhormat, ramai di bawah sana, Ahli Yang Berhormat yang tidak setuju dengan saya tetapi soalan-soalan yang dikemukakan kadang-kadang terpaksa saya buka telinga dan bersabar. Langsung tidak kena mengena dengan soalan asal. Fakta-fakta luar dikasi masuk. Lepas itu timbullah bila berbahas dan bertunjuk-tunjukan sehingga ada Yang Berhormat yang berani mencabar kepada Chair. Kalau boleh gunakanlah kuasa. Sama-sama kita jalankan tanggungjawab. Sekarang sudah 11.35 pagi. Sesi soal jawab telah berakhir. Menteri tidak jawab, sila setiausaha jalankan Mesyuarat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
PENERANGAN OLEH TIMBALAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 14(1)(i) — Penjelasan Lanjut Terhadap Teras 3 Kajian Separuh Penggal RMK-9
Tuan Yang di-Pertua, pada 26 Jun 2008 yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-9 bagi menghuraikan hala tuju program pembangunan untuk tempoh separuh penggal kedua Rancangan Malaysia Ke-9. Saya telah menyokong usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kini memohon izin untuk memberi penjelasan lanjut khususnya mengenai strategi penyusunan semula masyarakat yang tercatat dalam bab Teras Ketiga - Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi Yang Berterusan Secara Membina dan Produktif. Penjelasan ini dibuat untuk mengelakkan daripada salah tafsiran mana-mana pihak. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan yang positif dan seimbang, agenda pembangunan di bawah kajian separuh penggal RMK-9 akan terus dilaksanakan...
Point of order Tuan Yang di-Pertua. Saya hairan. Adakah ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ambil bahagian dalam perbahasan atau satu kenyataan ministerial.
Ini kenyataan ministerial.
Kenapa ini dibuat? Adakah ini..., kerana ini luar biasa.
Yang Berhormat.
Ini... luar biasa oleh kerana patut dibuat masa itu.
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Timur tunggu dulu. Ini dibuat selaras dengan Peraturan Mesyuarat yang disebut tadi 14, dan ada kaitan dengan Peraturan Mesyuarat 25. Yakinlah Ipoh Timur bahawa Speaker tidak akan membuat apa-apa kalau tidak mengikut landasan peraturan dan ini cuma penjelasan tambahan kepada ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri. Jadi kalau umpamanya ucapan tadi itu dapat dibaca, maka Yang Berhormat boleh bahas selepas ini. Cuma penjelasan tambahan kepada fakta-fakta yang ditimbulkan oleh Perdana Menteri sewaktu membentangkan Rancangan Malaysia Ke-9, Kajian Separuh Penggal. Cuma itu.
Penjelasan Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Penjelasan atau point of order?
Point of order yang disebut tadi iaitu 14(1)(i) ini. Saya ingin mendapat penjelasan adakah bermakna bahawa penjelasan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ini perakui bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah tidak dapat memberikan penerangan yang cukup, yang jelas dalam sesi pembentangan yang lalu...[Dewan riuh]
Janganlah cari peluang pula.
Tidak. Sebab bagi saya sepatutnya penerangan itu sudah sepatutnya sudah dapat diperjelaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sepatutnya sudah ada satu persediaan yang cukup dari segi fakta dan sebagainya. Kenapa perlu ambil masa perbahasan yang diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk berbahas pada hari ini...
Jangan buruk sangkalah.
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena, tolong duduk dulu. Yang Berhormat Batu duduk. Soalnya sekarang ialah sama ada apa yang dibuat ini mengikut peraturan mesyuarat. Bukan untuk membahaskan sama ada Perdana Menteri sewaktu membentangkan tidak cukup bersedia ataupun apa. Persoalannya mengikut peraturan mesyuaratkah ini atau tidak, dan ini mengikut peraturan mesyuarat. Kalau umpamanya Ahli Yang Berhormat Pokok Sena tidak puas hati seperti yang Pokok Sena ucap tadi, timbulkan itu sewaktu perbahasan nanti. Sila Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Peraturan mesyuarat. Saya mahu timbulkan daripada segi peraturan mesyuarat, bukan dari segi ucapan. Sangat nyata, ini luar biasa dan keluar daripada peraturan mesyuarat. Apa yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mahu buat ialah oleh kerana dengan izin, miss your opportunity untuk memberi hujah-hujah kenapa beliau memberi sokongan kepada usul yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan sekarang mahu ganti rugi. Kalau mahu ganti rugi, compensate ialah, ambil bahagian dalam perbahasan. Dan bukan sekarang melalui satu Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) yang tentu kalau kita semak dengan Erskine May dan Parliamentary Practice, bukan untuk maksud ini. Ialah untuk memberi ruang untuk Ahli-ahli Parlimen atau menteri-menteri memberi penjelasan mengenai perkara yang mereka rasa perlu buat.
Bukan oleh kerana kenapa dia tidak memberi sebab-sebab menyokong usul yang dikemukakan YAB Perdana Menteri. Inilah missing the boat dan untuk mahu have a second bite of the cherry, ini tidak mengikut peraturan mesyuarat.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur kepada pandangan tersebut tetapi saya sudah membuat keputusan bahawa apa yang dibuat pada ketika ini adalah mengikut peraturan mesyuarat. Dan tafsiran saya itu mengikut Peraturan Mesyuarat 99. Sila Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 99; saya rasa kita tidak boleh menggunakan 99 untuk menjustifikasikan segala keputusan dibuat oleh kerusi. Ini betul, keputusan itu muktamad dan lain-lain tetapi tidak boleh apa- apa mengikut 99. Kalau begitu apa ertinya ada peraturan mesyuarat? Kita perlu mengikut tradisi, konvensi, amalan-amalan parliamentary practice, bukan 99.
Yang Berhormat Ipoh Timur, kalau tidak ada 99, apa pun yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua tidak diikut sedangkan ada 99 pun, Yang Berhormat Ipoh Timur masih membantah. Dan ada juga peraturan mesyuarat yang mengatakan 43, kalau tidak puas hati buat usul persendirian. Ini peraturan mesyuarat Yang Berhormat Ipoh Timur bukan saya yang buat, itu sahaja.
Akan tetapi Peraturan Mesyuarat substantive motion, 43; untuk kaji semula keputusan dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua khasnya menggunakan Peraturan Mesyuarat 99 tidak bererti kalau ini pun diberi satu interpretasi bahawa tidak boleh bangkit untuk dibahas dan diputuskan. Saya pernah memberi notis beberapa kali dalam Parlimen ini untuk kemukakan substantive motion di bawah Peraturan Mesyuarat 43 untuk kaji semula keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua dan tidak pernah diberi masa untuk diperuntukkan untuk diputuskan. Apa guna itu substantive motion? Sebab itu Peraturan 43 adalah meaningless, completely meaningless dan kalau itu meaningless perlulah ada batasan mengenai Peraturan 99. Selain daripada untuk Parlimen ini, apabila sesiapa kemukakan notis substantive motion untuk kaji semula keputusan Tuan Yang di-Pertua, dua hari yang dikehendaki mengikut peraturan mesyuarat. Tentulah masa akan ditetapkan selepas dua hari, bahas, putus dan selesai. Itu baru bererti.
Yang Berhormat Ipoh Timur, saya faham apa yang Yang Berhormat Ipoh Timur telah nyatakan tersebut tetapi Peraturan Mesyuarat 43 itu sudah di
situ bertahun-tahun lamanya. Yang Berhormat Ipoh Timur telah pun berkhidmat di dalam Dewan ini berpuluh-puluh tahun lamanya. Jadi saya ambil perhatian kalau ada umpamanya kebaikannya supaya Peraturan Mesyuarat 43 itu akan kita bincang di jawatankuasa- jawatankuasa yang telah pun ditubuhkan. Sila Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Peraturan mesyuarat, masalahnya sekarang ialah bagaimana kita boleh menggunakan Peraturan Mesyuarat 43. Sebagai contohnya tadi keputusan Tuan Yang di-Pertua untuk menggantung dua hari Yang Berhormat dari Puchong, kita rasa ini tidak adil, kita rasa ini salah oleh sebab ada Ahli-ahli Parlimen yang go all over the world tidak di…
Dia melawan Tuan Yang di-Pertua tadi.
Ya, tapi itu contoh bagaimana kita boleh menggunakan Peraturan 43 sekarang, bukan tunggu keputusan jawatankuasa- jawatankuasa. Sekarang happen, berlaku.
Yang Berhormat Ipoh Timur, kan sudah saya membuat keputusan. Keputusan saya ialah apa yang dibuat pada ketika ini adalah mengikut peraturan mesyuarat. Kalau tidak saya tidak akan masukkan kepada Peraturan Mesyuarat, jelas, itu jelas. Kalau umpamanya ada Ahli-ahli Yang Berhormat tidak puas hati dengan tafsiran dan keputusan saya, ada Peraturan Mesyuarat 43. Jadi kalau pun umpamanya apa yang kita buat sekarang ini mengikut tafsiran Yang Berhormat Ipoh Timur adalah salah, maka saya berbalik kepada 99A di mana apa pun umpama keputusan yang dibuat tidak juga mengakibatkan bahawa apa yang kita buat sekarang ini menjadi tidak sah.
Tuan Yang di-Pertua!
Itu peraturan mesyuarat yang telah dibuat sebelum saya pun, bukan saya yang buat cuma saya menginterpretasikan apa maksud peraturan mesyuarat. Saya tidak melayan lagi point of order kerana sudah saya dengar banyak point of order mengenai dengan soal ini. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tidak puas hati dengan keputusan saya, bawa di bawah Peraturan Mesyuarat 43, sila Yang Amat Berhormat.
Ya, Peraturan Mesyuarat 43 tetapi bolehkah kita bahaskan? Bolehkah jaminan diberi bahawa selepas dua hari satu substantive motion di bawah Peraturan 43 yang sekarang kita mahu kemukakan, tentu boleh dibahaskan atau ini empty sahaja, kosong sahaja.
Yang Berhormat Ipoh Timur, buat usul di bawah 43, selepas itu saya akan pertimbangkan, kita ada janji Yang Berhormat. Kerana sesuatu perkara yang datang di hadapan saya itu, saya akan timbang apa usul tersebut.
Kita akan buat peraturan mesyuarat, dua usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43 mengenai keputusan untuk gantung Yang Berhormat daripada Puchong.
Buat Yang Berhormat.
Dan pun membenarkan Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ...
Buat Yang Berhormat, dan kemukakan kepada saya.
... yang pun membenarkan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk ada buat satu kenyataan ministerial oleh sebab salah guna peraturan mesyuarat.
Yang Berhormat Puchong dia cabar Tuan Yang di-Pertua.
Ini bukan cabar Tuan Yang di-Pertua ...
Ahli-ahli Yang Berhormat duduk dulu, kalau Chair sedang bercakap tidak ada sesiapa pun boleh berdiri. Yang ini masing-masing menegakkan peraturan mesyuarat atas tafsiran masing-masing. Selepas itu mahu minta Tuan Yang di-
Pertua untuk memberi pertimbangan tetapi sendiri itu sebelum dijemput untuk bercakap sudah bercakap. Mana boleh saya timbang, mahu minta Peraturan Mesyuarat kalau sendiri yang meminta peraturan mesyuarat itu untuk ditetapkan tidak juga ikut peraturan mesyuarat. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua.
Sila Yang Amat Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan ucapan saya ini.
Point of order, point of order, Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Bagi memastikan Malaysia mengekalkan momentum...
Yang Amat Berhormat, duduk sekejap. Point of order yang sama ke ataupun berbeza?
99A, izinkan saya bercakap.
Point of order apa? Spesifik kan.
Ini saya bercakap, Tuan Yang di- Pertua.
Point of order apa? Spesifik.
99A yang spesifik, ini untuk menjaga kredibiliti dan integriti Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana. Sekiranya kita, Tuan Yang di- Pertua selalu menyebut tentang konvensyen dalam Dewan yang mulia ini. Ada ucapan Titah Diraja, ada ucapan Bajet, ada ucapan Kajian Separuh Penggal.
Nanti dulu Yang Berhormat Kubang Kerian. Adakah Yang Berhormat Kubang Kerian tidak bersetuju dengan keputusan saya? Kalau tidak, ikut sahaja nanti seperti yang saya sebutkan tadi buat usul kerana apa pun Yang Berhormat hujah, begitu juga keputusan saya.
Begini, isunya kalau Tuan Yang di- Pertua izinkan dengan penuh hormat Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri berucap pada hari ini, dia akan jadi satu precedent. Adakah esok ucapan Titah Diraja, itu adalah merupakan satu yang luar biasa, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ipoh Timur. Jangan kita buat satu konvensyen yang ...[Rakaman kurang jelas] dan ini akan jadi satu unparliamentarily dengan izin.
Yang Berhormat Kubang Kerian boleh duduk dulu? Saya cuma mahu bercakap sekali lagi. Barangkali sayalah manusia dalam Dewan ini yang manusia paling terakhir untuk menjejaskan imej kerusi Speaker. Sebelum pun saya membuat keputusan untuk menerima ministerial statement ini, saya telah menimbangkan dengan sebaik-baik kerana bagi saya tugas saya yang pertama ialah mempertahankan kerusi ini. Saya tidak tahulah dengan Ahli-ahli Yang Berhormat, sama ada apabila berdiri dengan point of order, tujuan itu adalah ikhlas ataupun tidak. Masing-masinglah kita berfikir. Saya tidak mahu kerusi ini dan kuasa ini menggunakan kuasa dengan sewenang- wenang selain daripada apa yang saya fikir betul. Tindakan saya daripada mula pun saya memegang jawatan ini jelas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi malangnya kekecohan timbul, perkara ini timbul kerana masing-masing dengan pendapatnya. Kalau masing- masing saya benarkan dengan pendapat masing-masing, kebanyakan yang ada dalam Dewan ini adalah peguam-peguam terkemuka. Terpaksa saya membuat keputusan, jadi kalau sesiapa yang tidak bersetuju dengan keputusan saya ini, yang berfikir bahawa ini adalah proper dan betul di bawah peraturan mesyuarat, buat usul di bawah 43. Soalnya
sama ada dibahas atau tidak, itu adalah soal kedua. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua. Point of order ...
Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan Malaysia mengekalkan momentum...
Dewan yang mulia ini hanya mahu satu sebab mengapa Tuan Yang di-Pertua membenarkan 14(1)(i) ini. Hanya satu sebab Tuan Yang di-Pertua.
Sebab sudah saya kemukakan tadi bahawa ia mengikut peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua!
[Bangun]
Saya tidak nampak pun...
Duduk dulu, Yang Berhormat Batu duduk dulu, Kuala Terengganu duduk dahulu. Tugas-tugas kita Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini adalah untuk berbahas. Apa yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah untuk kepentingan rakyat. Sesiapa yang tidak puas hati, bahas kerana itu tugas kita untuk membahaskan. Jadi kalaupun umpamanya...
Tuan Yang di-Pertua, kita belum tahu lagi...
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya siap untuk bercakap tidak boleh juga berdiri kerana peraturan mesyuarat cakap begitu. Kalau boleh saya hujah. Apa salahnya kalau Yang Amat Berhormat demi untuk kepentingan masyarakat dia baca. Bukan untuk kepentingan saya, bukan untuk kepentingan kita semua di sini. Jadi apa yang hendak di hujah itu kalau tidak betul, bantailah sehabis-habis waktu berbahas, itu sahaja.
Akan tetapi Perdana Menteri telah membuat laporan review kajian setengah penggal itu. Tuan Yang di-Pertua, telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...
Jadi waktu nanti Yang Berhormat bercakap di dalam perbahasan, bahaslah.
Maka Timbalan Perdana Menteri perlu berbahas sama seperti kami.
Cuma sekarang ini yang dipertikaikan adalah kuasa saya sebagai Tuan Yang di-Pertua, sudah pun saya buat keputusan. Jadi bermakna ini apabila ditentang, melengah-lengahkan lagi perbahasan kita nanti, kan ini yang ditunggu-tunggu oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semua, untuk berbahas, mengeluarkan hujah bernas, semua kepentingan rakyat. Kepentingan saya ialah supaya mesyuarat ini dapat berjalan dengan baik.
[Bangun]
Yang Berhormat Batu, adakah ini peraturan mesyuarat juga?
Ya, Tuan Yang di-Pertua, sebagai Tuan Yang di- Pertua...
Point of order di mana Yang Berhormat?
Dalam Point of Order 99. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Tuan Yang di-Pertua, kita berbahas dalam Parlimen ini mengikut peraturan
mesyuarat dan juga konvensyen. Kalau konvensyen tidak dipatuhi, sungguhpun kita mengikut peraturan mesyuarat kita perlu penjelasan mengapa konvensyen ini tidak diikuti? Kita perlu diyakini adakah ini untuk kebaikan rakyat?
Okey, ada lagi Yang Berhormat Batu?
So, kita tidak pasti sekarang...
Yang Berhormat Batu sudah saya dengar...
...Sama ada kalau kita tidak mengikut konvensyen ini adalah untuk kebaikan rakyat? Ini kita tidak tahu lagi. Kita belum dijelaskan dan diyakinkan. Itulah sebab kita bangkitkan isu ini supaya kita dapat penjelasan.
Ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat mahu jelaskan saya tentang erti peraturan mesyuarat? Saya dengar, sila jemput. Jangan kita bahas mengenai dengan Rancangan Malaysia Ke-9 ini sahaja ketika ini. Ada lagi? Sila.
Baik Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta penjelasan daripada 99 ini, keputusan Tuan Yang di-Pertua dikatakannya muktamad. Jadi saya hendak minta adakah muktamad itu bermakna bahawa Tuan Yang di-Pertua sudah memperakui bahawa penerangan, pembentangan yang dibuat oleh Perdana Menteri ada kelemahan sehingga terpaksa membenarkan Timbalan Perdana Menteri?
Ini Yang Berhormat Pokok Sena pula mahu melibatkan saya dalam perbahasan.
Ya, ya. Saya cakap bahawa...
Kalau saya jawab ini bermakna sewaktu kamu berhujah nanti saya juga berhak untuk berbahas.
...sebab Tuan Yang di-Pertua hendak membenarkan, sudah tentu kerana ada alasan, ada sebab. Sebabnya sudah tentu ada kelemahan kepada Perdana Menteri mungkin Perdana Menteri celupar.
Tuan Yang di-Pertua, ini memang nak lihat kelemahan. Teruskan sahajalah Tuan Yang di-Pertua.
Ataupun waktu pembentangan Perdana Menteri...
Yang Berhormat Batu Pahat, Pokok Sena duduk dulu. Di sinilah makanya, Peraturan Mesyuarat 99 itu diadakan kerana apabila dia tidak diwujudkan, maka timbullah interpretasi yang berbeza. Seperti juga dengan ulama-ulama, seperti juga dengan pengamal-pengamal guaman, masing-masing mempunyai pembezaan yang berbeza. Akan tetapi pada akhirnya yang memutuskan dalam pembicaraan mahkamah adalah hakim. Jadi dalam soal ini, saya adalah sebagai “hakim”, sudah pun saya putuskan. Jadi apa pun Ahli-ahli Yang Berhormat, beri kuliah kepada saya bahawa interpretasi saya itu adalah salah, masih juga saya dengan pendirian saya 99(A) berbalik kepada 43. Peraturan mesyuarat bukan saya buat itu adalah interpretasi saya.
Okey, saya terima keputusan Tuan Yang di-Pertua bahawa Perdana Menteri lemah.
Bukan tadi Tuan Yang di-Pertua kata mahu hujah-hujah yang meyakinkan. Tuan Yang di-Pertua, ini interpretasi di bawah Peraturan Mesyuarat 99 salah, itu sebenarnya salah oleh sebab Yang Amat Berhormat mahu second part of the chary. Ucapan itu patutlah menjadi ucapan penyokong, secondary speech. Bukan selepas miss the boat, sekarang mahu menggunakan Peraturan Mesyuarat 14(1). Itulah salah guna peraturan mesyuarat dan Tuan Yang di-Pertua tidak boleh condone penangguhan kuasa itu. Mana boleh!
Kita mahu bertanya satu sebab kenapa benarkan bukan 99 atau presiden ada tidak praktis di mana-mana Commonwealth Parliament yang membenarkan perkara itu berlaku? Itulah satu sebab.
Yang Berhormat Ipoh Timur, berapa kali sudah Yang Berhormat Ipoh Timur membangkitkan mengenai dengan konvensyen, Parliamentary Practice, First World Parliament. Semua ini idea daripada Ipoh Timur tetapi tahukah Yang Berhormat Ipoh Timur bahawa Yang Berhormat sendirilah satu daripada Yang Berhormat saya observe yang melanggar peraturan mesyuarat setia berdiri.
Adakah saya langgar peraturan mesyuarat apabila berdiri mengenai hujah-hujah ini?
Sudah dia masuk sekolahlah dan belajar lagi.
Sekarang ini pun Ipoh Timur melanggar peraturan mesyuarat.
Sekarang Tuan Yang di-Pertua hilang kebebasan.
Halau keluarlah!
Independent...
Yang Berhormat Ipoh Timur sekarang sudah buat tuduhan, sedang melanggar peraturan mesyuarat.
Kita ada rujuk kepada committee, bagaimana Tuan Yang di-Pertua buat tuduhan.
Bila Tuan Yang di-Pertua sudah buat keputusan...
Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk dahulu, duduk dahulu. Siapa yang tidak akan mendengar duduk dahulu. Sekarang yang dibincang ini adalah maksud peraturan mesyuarat. Apabila kita berbincang dengan maksud peraturan mesyuarat itu, maka Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan itu harus patuh dengan peraturan mesyuarat. Okey, Peraturan Mesyuarat 35(1). Apabila seseorang Ahli Yang Berhormat bercakap...
Cakap duduklah.
...berdiri di tempat masing-masing, apabila dijemput baru bercakap. Akan tetapi tidak ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang buat begitu. Bermakna daripada soal pokok pun sudah melanggar peraturan mesyuarat. Selepas itu pula diingatkan lagi Tuan Yang di-Pertua bahawa tindakan seperti itu adalah salah. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak mempunyai niat dan agenda lain, tidak ada. Yang Berhormat Batu Gajah, saya dengar itu. Itu makanya saya buat dalam erti peraturan mesyuarat. Jadi tafsiran saya dalam segala-gala ini adalah proper, saya tidak mahu Ahli-ahli Yang Berhormat diketawakan oleh orang luar. Saya tidak mahu dunia baca bahawa sewaktu saya jadi Tuan Yang di-Pertua saya buat sewenang-wenang, bukan macam orang- orang lain. Saya tidak ada agenda lain, I want to protect this Chair. Bantu saya untuk protect Chair ini. Apakah perbincangan yang terlampau diganggu-gugat ini mengenai dengan satu ministerial statements untuk kepentingan rakyat?
Tuan Yang di-Pertua.
Saya tidak nampak.
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya bertanya atas ministerial statements?
Point of order?
Point of order 14(1)(i).
Okey, saya akan dengar hujah daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Selepas itu saya akan buat keputusan dan saya harap jangan lagi ada Ahli- ahli Yang Berhormat yang cuba berdiri kerana ini peguam terkemuka. Sila Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tafsiran ministerial statements. Suatu ministerial statements boleh dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jika ada kesilapan dalam apa yang diucap oleh dia terlebih dulu. Saya baca apa yang ada dalam The House of Commons Practice, UK. Personal Statements. “Other statements are occasionally made, for example, by an MP who has resigned as a Minister or wishes to correct an error in a statement they have made to the House of Commons. These statements can only be made with permission of the Speaker.” So, di sini apa kesilapan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan dia? Dia sendiri boleh datang ke sini untuk membuat satu ministerial statements untuk beri penjelasan ke atas apa yang diucap oleh dia dan bukan seorang menteri lain, itu terus terang. Terima kasih.
Terima kasih. Setiap apa yang saya buat saya terpaksa baca Erskine May, Parliamentary Practice Australia, Parliamentary Practice in Canada, Parliamentary Practice in New Zealand dan saya British Columbia punya pun saya baca dalam satu state kecil di Kanada. Jangan saya buat silap. Apabila sudah saya baca ini termasuk nasihat daripada peguam terkemuka dan yang telah berkhidmat di Dewan ini begitu lama selama 26 tahun iaitu Bukit Gelugor, itu pendapat dia, tafsiran dia mengenai dengan soal apa yang perlu dibuat dalam Dewan. Akan tetapi malangnya perbezaan kami ialah saya duduk sebagai Tuan Yang di-Pertua.
Saya mesti mentafsir peraturan mesyuarat itu seperti mana yang saya fikir ianya proper dan menurut peraturan mesyuarat. Hakim pun boleh buat kesilapan, manusia mana yang tidak boleh buat kesilapan? Akan tetapi itu tafsiran saya bahawa apa yang sedang dibuat oleh Yang Berhormat Perdana Menteri ini adalah mengikut peraturan mesyuarat seperti yang disebut 14 tadi dan ada kaitan dengan Peraturan Mesyuarat 25. Jadi tolonglah Ahli-ahli Yang Berhormat. Bermakna kita jalankan mesyuarat ini kerana ini adalah untuk kepentingan rakyat. Saya pun tertunggu-tunggu mahu dengar hujah-hujah bernas daripada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan pembangkang mengenai dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan ini. I can’t hardly wait, bukan soal-soal teknikal point of order. Sila Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi memastikan Malaysia mengekalkan...
Tuan Speaker, point of order. Di sini, Tuan Speaker bolehkah saya dapat sedikit.
Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi sudah saya kata saya akan dengar hujah tadi itu dan saya kata selepas ini saya tidak mahu lagi diganggu mesyuarat ini.
Tuan Speaker, sedikit sahaja satu penjelasan. Sedikit sahaja, boleh?
Okey, selepas ini kita teruskan mesyuarat ya? Terima kasih.
Terima kasih. House of Commons practice Tuan Speaker. Saya baca apa yang ada di sini “At the end of the statement at ministries statement MP’s can response or question the government minister on his contents”.
Bolehkah kami dapat peluang ini selepas penjelasan diberi oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri?
Okey, Terima kasih. Apa yang di bawah saya ini adalah House of Commons Parliamentary practices. Bukan semua kita ikut. Dalam peraturan mesyuarat kita pun hendak jelas kalau dia House of Commons dia mempunyai dua.
[Menyampuk]
Nanti dulu ahli-ahli Yang Berhormat! Mungkin ada Ahli-ahli Yang Berhormat bercakap sahaja belum baca itu. Di House of Commons di England sewaktu sesi soal jawab ada dua, iaitu oral question tanpa notis dan return question yang dijawab oleh menteri-menteri dengan lisan. Kedua-dua ini ada perbezaan. Practice House of Commons, apabila soalan ada notis itu sama sekali tidak ada siapa Ahli Yang Berhormat dibenarkan untuk tanya soalan tambahan tetapi di Malaysia kita tidak ikut . Itu makanya kita ada peraturan mesyuarat yang membolehkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh dibenarkan soalan tambahan terhad kepada tiga. Itu pun masih juga parliamentary practice bahawa apabila tanya soal tambahan langsung saja kepada soalan jangan ada mukadimah. Jelas ada peraturan mesyuarat kita ikut ada yang tidak ikut dengan keadaan kita di Malaysia. Ini jelas dan pasti. Sudah pun saya dengar pendapat daripada Yang Berhormat Ipoh Timur, saya dengar pendapat Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain saya dengar juga daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sudah kasi peluang panjang lebar. Begitu juga keputusan saya bahawa peraturan mesyuarat kita pada hari adalah semua proper kerana saya berbalik kepada statement saya tadi bahawa sayalah orang yang paling penghabisan di Malaysia ini yang duduk sini saya akan jejaskan kuasa kerusi Speaker. Saya benar-benar mahu mewujudkan satu Parlimen world class, sebagai satu cabaran daripada Yang Berhormat Ipoh Timur. Jadi kalau kita wujudkan itu, dengarlah apa cakap Speaker. Jikalau di House of Commons berdiri saja Speaker semua senyap. Berdiri sahaja, belum bercakap. Mahukah nanti saya akan berdiri? Ini di mana juga Speaker juga bercakap di situ jugalah mengeluarkan hujah yang unparliamentarily. Namun pada masa yang sama Speaker diajar apa tafsiran kepada peraturan mesyuarat! Jikalau pula saya interject terlampau banyak saya ditegur “Why do you strict of like small children?” I don’t behave like small children. Do you see me behave like small children?
Yes, no.
I do my job to my at most. Tolonglah. Sila Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas keputusan Tuan Yang di-Pertua.
Ini melanggar peraturan mesyuarat dan kita proteslah...
Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan yang positif dan seimbang. Kerajaan pembangunan di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan akan terus dilaksanakan berdasarkan lima teras utama Misi Nasional. [Semua Ahli Pembangkang keluar meninggalkan Dewan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau hendak keluar daripada dewan ikut Peraturan Mesyuarat 41, dengan senyap dan tertib. Boleh keluar tetapi dengan senyap dan tertib.
Tapi ini sebagai proteslah. Mahu protes...[Dewan riuh]
Keluarlah.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk.
[Menyampuk]
Sila duduk.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Yang Berhormat Kinabatangan senyap. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Lebih mudah tidak ada pembangkang dalam Dewan. [Tepuk] Bagi memastikan Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan yang positif dan seimbang, agenda pembangunan di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan...
Hendak jadi Perdana Menteri ke?
...akan terus dilaksanakan berdasarkan lima teras utama Misi Nasional. Salah satu teras penting ialah teras ketiga iaitu menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan. Objektif utama teras ini adalah bagi menangani ketidaksamaan sosioekonomi dan mencapai objektif pengagihan secara membina dan produktif. Di bawah teras ini pendekatan yang diambil adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan dari segi kumpulan etnik kawasan bandar dan luar bandar dan wilayah. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Saya ingin menjelaskan bahawa pelaksanaan strategi-strategi di bawah teras ini tidak menafikan atau dengan izin exclude peluang-peluang golongan lain. Dalam menangani ketidakseimbangan tersebut tumpuan teras ketiga diberi kepada tiga golongan yang masih jauh ketinggalan dari segi pendapatan dan hak milik kekayaan iaitu: (i) golongan bumiputera, pemilikan dari segi ekuiti dalam sektor korporat 19.4%, hak milik premis 15% dan pendapatan purata RM3,156; (ii) golongan bumiputera Sabah dan Sarawak dari segi hak milik sektor korporat 3% dan pendapatan purata antara RM2,063 hingga RM 2,858; dan (iii) masyarakat India dari segi hak milik sektor korporat 1.1%, hak milik premis 3.8% dan pendapatan purata RM3,799. Berasaskan fakta tersebut strategi penyusunan semula hak milik telah menggariskan langkah penting untuk meningkat penyertaan berkesan dalam ekonomi bagi golongan yang masih jauh ketinggalan iaitu bumiputera, bumiputera Sabah dan Sarawak dan masyarakat kaum India. Walau bagaimanapun usaha ini tidak akan menjejas atau mendiskriminasikan golongan kaum Cina dan golongan lain selaras dengan falsafah pembangunan negara yang berteraskan pertumbuhan dengan pengagihan atau dengan izin growth with distribution yang kita telah amalkan semenjak tahun 1970 lagi. Sebenarnya masyarakat kaum Cina terus mencapai peningkatan dari segi hak milik sektor korporat iaitu 42.4%, hak milik premis sebanyak 76.1% dan pendapatan purata sebanyak RM4,853. Salah satu strategi yang tercatat dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan ialah graduan bumiputera berbakat yang mempunyai idea kreatif dan inovatif akan dibantu bagi mengkomersialkan idea mereka. Strategi ini menekan kepada pendekatan baru yang akan diberi keutamaan pada bumiputera yang berbakat iaitu berasakan merit dan keperluan.
Namun saya ingin menegaskan di sini pelaksanaan strategi ini tidak sekali-kali menghalang usahawan bukan bumiputera meraih peluang-peluang yang sama yang tetap terbuka kepada mereka. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan juga mencatatkan instrumen penyusunan semula sedia ada bagi meningkatkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi akan dikaji semula. Ini termasuk garis panduan jawatankuasa pelaburan asing, prosedur perolehan awam dan Akta Penyelarasan Pengindustrian 1975. Ingin saya memberi penjelasan bahawa kajian semula instrumen berkenaan tidak bermaksud untuk memperketatkan syarat-syarat penyusunan semula ekuiti yang boleh menjejaskan pelaburan dari dalam dan luar negeri. Malah Akta Penyelarasan Pengindustrian 1975 telah melonggarkan syarat penyertaan bumiputera dan membenarkan pemilikan asing sehingga 100% sejak tahun 1980-an lagi.
Sementara itu, sebagai langkah ke arah liberalisasi ekonomi secara berperingkat ataupun dengan izin, progressive liberalization untuk menjana lebih pertumbuhan garis panduan jawatankuasa pelaburan asing atau FSI dengan izin, sedang diteliti supaya garis panduan ini tidak dilihat sebagai penghalang kepada penglibatan sektor swasta dalam ekonomi. Peruntukan-peruntukan yang tidak sesuai lagi akan dimansuhkan supaya garis panduan ini lebih mesra, lebih serasi dengan tuntutan pasaran atau dengan izin, market friendly. Satu lagi strategi utama dalam menangani ketidaksamaan sosioekonomi ialah, penyusunan semula guna tenaga bertujuan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Ketidakseimbangan guna tenaga di kalangan kumpulan etnik akan dikurangkan dalam pelbagai sektor dan pekerjaan dengan meningkatkan penyertaan bumiputera dan bukan bumiputera dalam sektor yang masih kurang penyertaan mereka. Oleh itu, sektor swasta digalak mengambil lebih ramai bumiputera dan lebih ramai bukan bumiputera akan digalak untuk bekerja dengan sektor awam. Adalah penting strategi ini dipantau bagi tujuan pemantauan ini, syarikat yang tersenarai di Bursa Saham diminta bekerjasama melaporkan maklumat mengenai bilangan pekerja mengikut kumpulan etnik. Dengan ini, kedudukan komposisi guna tenaga mengikut kumpulan etnik di kedua-dua sektor awam dan swasta akan dapat dipantau. Kerajaan tidak berhasrat untuk memaksa mana-mana syarikat awam atau public listed company, dengan izin menambah bilangan guna tenaga bumiputera. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak dapat mengelak dari realiti bahawa terdapat jurang pencapaian yang masih ketara antara kaum negeri dan wilayah. Dasar dan strategi pembangunan di bawah Teras Ketiga, merupakan usaha bagi mengecilkan jurang tersebut yang mana faedah bukan sahaja akan dinikmati oleh kaum bumiputera, bahkan semua golongan masyarakat yang masih memerlukan bantuan daripada kerajaan. Selaras itu, usaha untuk menangani ketidaksamaan sosioekonomi akan diteruskan bagi menentukan pengagihan kekayaan yang lebih saksama, dan penyertaan semua kumpulan kaum yang akhirnya akan meningkatkan kualiti hidup rakyat dan menjamin perpaduan negara. Terima kasih.
Usul — Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia KesembilanMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 27(3) Dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut: “Bahawa Dewan ini, menyedari akan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan dan pencapaian matlamat sosioekonomi yang baik semasa awal pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan meskipun ekonomi Malaysia terus berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan terutamanya kenaikan harga minyak petroleum mentah dunia; merestui usaha kerajaan bagi melaksanakan Misi Nasional untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang bertujuan melaksanakan strategi dan program serta menyediakan peruntukan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang teguh dan bersatu padu seperti dibentang dalam Kertas Perintah CMD 8 Tahun 2008; Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha dengan keazaman yang teguh dan terus menyokong kerajaan untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur, progresif, adil, berdaya tahan dan berdaya saing.” [26
Ahli- ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Khamis 26 Jun 2008, sekarang terbuka untuk dibahas.
[Bangun]
Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya telah mendapat peluang untuk membahas Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana semua pembangkang telah keluar. [Ketawa] Saya kira, tindakan pembangkang ini amat tidak bijak. [Tepuk] Kerana ianya berpunca daripada perkara yang teknikal semata-mata. Kalau ianya mengenai dengan perkara yang substantif, perkara pokok, maka sudah barang tentu mereka boleh bertindak keluar sebagai menyatakan perasaan terhadap apa yang mereka tidak puas hati. Namun, sekarang Yang Berhormat daripada Permatang Pauh, Ketua Pembangkang telah masuk. Tuan Yang di-Pertua, apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, memang pada
awal-awal lagi saya terperanjat apabila perkara Teras Ketiga tidak dihuraikan dengan panjang lebar, kerana saya menyebut demikian Tuan Yang di-Pertua, di waktu saya membahas Ucapan Titah Diraja di Dewan Rakyat ini pada bulan lalu, saya telah memberi fokus yang khusus berkenaan dengan kedudukan penyusunan semula masyarakat antara kaum di negara kita, iaitu mengenai dengan agenda pembangunan untuk kaum bumiputera. Saya sendiri telah mengemukakan fakta-fakta, statistik-statistik yang terakhir, mengenai dengan pencapaian dan kedudukan kaum bumiputera dalam bidang-bidang tertentu. Hari ini ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Sewaktu membuat ucapan penerangan tadi dengan menyebut dari segi pemilikan ekuiti bumiputera 19.4%, premis 15%, pendapatan per kapita kaum bumiputera, iaitu orang Melayu khususnya RM3,596. Manakala di Sabah dan Sarawak, peribumi Sabah dan Sarawak sekitar 3% untuk ekuiti. Manakala pendapatan per kapita sekitar RM2,858 dan India sekitar 1.1% ekuiti, premis 3.8% dan dari segi pendapatan per kapita RM3,799. Tidak banyak perbezaan pendapatan per kapita di antara kaum Melayu dengan kaum India. Tuan Yang di-Pertua, persoalan pokoknya, apa pun pembangunan yang kita laksanakan di negara kita ini termasuklah kajian yang kita akan buat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan untuk kita melihat langkah ke hadapan. Mahu tidak mahu ianya mesti berasaskan kepada prinsip ke arah pencapaian, penyusunan semula masyarakat antara kaum yang diputuskan dalam waktu pelaksanaan agenda Dasar Ekonomi Baru dahulu, yang ada kaitan dengan peristiwa berdarah 13 Mei. Maka selagi matlamat ini tidak tercapai, maka selagi itulah saya hendak mendesak kerajaan, iaitu agenda hendak memastikan penyusunan semula masyarakat ini terlaksana dan matlamat dalam Dasar Ekonomi Baru, terutamanya penyusunan semula masyarakat sudah pun diputus dan dipersetujui oleh semua pihak pada tahun 1970, di waktu kita mengalami satu proses darurat. Kemudian Parlimen ataupun demokrasi dipulihkan semula dan agenda Dasar Ekonomi Baru telah dikemukakan bagi menentukan penyusunan semula masyarakat terlaksana, dan dengan penyusunan semula pembahagian kekayaan yang dimaksudkan tadi, kita percaya ianya menjadi teras perpaduan yang berkekalan di antara kaum-kaum di negara kita ini. Jadi selagi matlamat ini tidak tercapai, selagi itulah timbulnya keresahan di antara kaum. Apatah lagi, bagi orang-orang Melayu dan kaum peribumi. Kaum peribumi, orang- orang Melayu, dewasa ini kalau disebut sahaja hal orang-orang Melayu ataupun ketuanan Melayu, maka ada pihak merasa tidak senang hati dan terus melenting dengan tidak usul periksa, walaupun mereka sedar bahawa segala tindak tanduk dan kenyataan-kenyataan mereka boleh mengguris hati kaum Melayu dan juga kaum peribumi. Saya hendak merujuk Tuan Yang di-Pertua, bersabit dengan satu majlis yang diadakan oleh Bar Council, membincangkan perkara soal sosial kontrak. Ada empat ahli panel dan kebetulan saya berada dalam kawasan saya, kalau saya ada di Kuala Lumpur, tentu saya akan turut hadir di dalam Forum Sosial Kontrak anjuran pihak Majlis Peguam semalam. Pertama, saya hendak tanya apakah motif pihak Majlis Peguam mengadakan forum tersebut? Bar Council mengadakan Forum Sosial Kontrak dan kita melihat di antara ahli-ahli panelnya, pada awal lagi saya sudah syak wasangka. Apakah ini satu niat yang ikhlas ataupun bertujuan untuk provokasi dan hendak menguji mengenai dengan ketahanan dan jati diri orang-orang Melayu dan kaum bumiputera?
Saya membaca dalam laporan dan mendapat maklumat daripada mereka yang hadir. Saya percaya ucapan-ucapan yang dibuat oleh dua orang ahli panel, terutamanya Dr. Kua yang menulis buku “13 May Revisited”, yang menghuraikan berbagai-bagai perkara. Saya percaya kalau ia diadakan di tempat luar, ramai orang-orang Melayu yang hadir, sudah tentu berlaku pertumpahan darah pada waktu itu juga. Saya ingin hendak mengingatkan kepada mereka ini, apakah tujuan dan matlamat mereka ini? Tidakkah cukup lagi apa yang mereka dapat sekarang ini? Orang Melayu dan kaum bumiputera, kalau ikut pada hati saya inilah, Tuan Yang di-Pertua, tidak terfikir dari segi keselamatan dan kestabilan politik negara hari-hari saya tunjuk perasaan kerana
hendak menyatakan tidak kepuasan hati saya sesudah 50 tahun akan pencapaian dan kepentingan orang Melayu termasuk kaum peribumi di Sabah dan Sarawak. [Tepuk] Setiap hari saya boleh tunjuk perasaan. Terfikir juga ada waktu hendak melancarkan mogok lapar apabila mengenangkan bangsa Melayu, umat saya dan kaum bumiputera yang sesudah 50 tahun merdeka masih lagi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apatah lagi dalam suasana kita menghadapi kenaikan kos harga barang akibat daripada kenaikan harga petrol.
Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat.
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas. Saya hendak penjelasan daripada Yang Berhormat Pasir berkenaan Bar Council ini yang mengadakan forum sedemikian sebab mereka ini adalah peguam-peguam. Mungkin dengan cara itu iaitu apabila mengadakan forum yang cuba untuk mempertikaikan Perlembagaan di mana mereka berhujah bahawa social contract ini tidak disebut dalam Perlembagaan, sedangkan mereka lupa bahawa dengan social contract itulah lahirnya Perlembagaan kerana adanya perbincangan dan juga persetujuan terutamanya dalam soal kewarganegaraan. Namun dengan menggunakan hujah perkataan social contract tidak ada dalam Perlembagaan, maka mereka cuba memulakan satu usaha yang secara halus mempertikaikan Perlembagaan dan akan menjadi satu budaya supaya apa sahaja perkara yang ada dalam Perlembagaan yang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu dan sebagainya, dipersoalkan. Tidakkah ini dianggap sebagai satu tindakan yang bertujuan memulakan satu konspirasi untuk mempertikaikan Perlembagaan yang sedia ada oleh Bar Council? Apa pandangan Yang Berhormat sebenarnya?
Memang itulah yang saya hujahkan tadi. Persoalan yang dibangkitkan ialah untuk menentukan wujud atau tidak social contract. Ini bermula dengan satu kenyataan yang dibuat oleh Profesor Ungku Aziz yang mengatakan tidak wujud social contract. Sama ada benar ataupun tidak Profesor Ungku Aziz membuat kenyataan tersebut, saya tidak tahu. Kalaulah benar Profesor Ungku Aziz membuat kenyataan tersebut dan kenyataan beliau dicapitalized - dipergunakan oleh pihak yang anti orang-orang Melayu, anti dengan kemajuan Malaysia dan anti dengan semangat dan perpaduan yang ditunjukkan oleh kaum-kaum di Malaysia sekarang ini, mungkin saya boleh menyatakan bahawa...
Terima kasih, Yang Berhormat. Oleh kerana isu social contract dibangkitkan, kemungkinan Yang Berhormat bersetuju untuk meletakkan apa yang saya sebutkan ini sebagai sebahagian daripada ucapan Yang Berhormat Pasir Mas. Isu social contract berasalnya daripada apa yang disebutkan “jus soli”. Ini bermakna pada 31 Ogos 1957 kesemua warga yang ada dalam negara ini, pada masa itu Malaya, boleh mendaftarkan diri sebagai warganegara Malaysia. Sebelum 31 Ogos, warganegara Malaya pada masa itu, seramai lebih daripada 80% adalah orang Melayu dan peribumi, tetapi setelah selepas 31 Ogos pendaftarannya berlaku begitu berleluasa. Selepas 31 Ogos didapati warga Melayu dalam negara kita tidak sampai 50%. Itulah pemberian yang diberikan oleh orang Melayu sebagai satu daripada cara untuk membolehkan sokongan golongan suku kaum lain menyokong segala apa dasar yang diputuskan untuk dimaktubkan dalam Perlembagaan. Terima kasih.
Terima kasih. Memang tepat sekali apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Besar. Saya amat bersetuju. Social contract ini boleh diterjemahkan dalam pelbagai perspektif seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat dan sekarang oleh Yang Berhormat Padang Besar. Kalau kita merujuk kepada Artikel Fasal 152 - 153 yang dipersetujui di mana apabila kita membentuk negara Malaysia; Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedaulatan raja-raja Melayu, hak istimewa Melayu dan hak kerakyatan itu juga di antara perkara yang dicapai sebelum kita mencapai kemerdekaan.
Itu yang dikatakan sebahagian daripada apa yang dipersetujui di antara kaum dan juga dengan pihak penjajah sewaktu kita hendak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dahulu.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Sri Gading.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pasir Mas. Teras kepada kemajuan negara dan teras kepada pencapaian 50 tahun ini ialah perpaduan. Kita telah pun menerima semua yang telah dipersetujui secara bersama dalam mendiami negara ini. Orang Melayu telah pun memberikan segala tolak ansurnya dan dalam tolak ansur Melayu inilah kita hidup secara aman. Namun sejak akhir-akhir ini, terlampau banyak perkara yang telah dipersetujui. Kontrak sosial yang kita sebutkan tadi cuba dipertikaikan oleh banyak pihak. Orang Melayu seperti yang dilahirkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas sebenarnya sedang mendengar dan sedang melihat dengan penuh kesabaran satu persatu kehidupannya dicabar oleh rakan-rakan dalam negara ini. Apakah cabaran-cabaran ini memungkinkan perpaduan dapat dikekalkan? Negara ini asalnya negara Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan Melayu memerhatikan perkara ini dan mungkin menyentuh perasaan mereka. Jadi, saya haraplah hentikanlah perkara-perkara yang boleh memecahbelahkan perpaduan. Pada hari ini ada orang berani secara lantang - walaupun kita telah terima, nama jalan mesti ditulis dengan tiga bahasa! Soal-soal yang lain dibangkitkan. Soal bahasa Melayu diketepikan. Soal-soal yang menyentuh perasaan orang Melayu! Akhirnya kalau orang Melayu seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas itu tadi, kalau forum yang dibuat oleh Bar Council itu dibuat di tanah lapang pertumpahan darah mungkin berlaku. Saya cinta kepada negara ini. Kita cinta kepada perdamaian. Saya harap semua pihak hentikan perkara-perkara mencabar apa yang telah kita terima selama 50 tahun ini. Jangan sampai orang Melayu hilang kesabaran.
Baik, Yang Berhormat.
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gading. Sememangnya saya juga bersependapat dan itulah perasaan yang bergelora dalam tubuh saya sekarang ini. Tentulah, saya bukan sahaja merasa sedih tetapi kadang-kadang angin juga naik. Tuan Yang di-Pertua, tadi saya menyebut mengenai Profesor Ungku Aziz. Dalam Dewan yang mulia ini juga saya hendak buat kenyataan. Walaupun dia seorang profesor diraja, manusia tidak semestinya semua betul walau setinggi mana pun ilmunya.
Saya menolak sekeras-kerasnya pandangan Profesor Diraja Ungku Aziz yang hari ini sudah pun dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Mengenai dengan Forum Social Contract dan waktu saya membuat kenyataan di Kota Bharu, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mempersoalkan niat pihak Bar Council mengadakan forum ini. Saya baca semalam melalui SMS dalam malaysiakini.com, Agenda Daily, berpuluh-puluh menghentam saya dalam bahasa Inggeris, mentah-mentah mereka mengecam saya. Saya ini sudah sama dengan Presiden Robert Mugabe. [Ketawa] Itu dia labelkan saya sama dengan Presiden Robert Mugabe, macam-macamlah maki hamun. Itu saya tidak kisah. Saya tetap dengan pendirian saya bahawa forum tersebut tidak patut diadakan kerana ia boleh menyinggung perasaan pelbagai kaum. Saya hendak baca, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dalam laporan akhbar semalam, Sunday Star, muka surat 8, seorang ahli akademik, Dr. Mavis Puthucheary dan
political scientist, Dr. Kua Kia Soong ini – ini yang paling biadab – call Social Contract ini – a piece of fiction. Ini satu khayalan kononnya dan dialah waktu membentang kertas kerjanya sebagai ahli panel mengungkit sampai ke perkara, Tuan Yang di-Pertua, kenapa UiTM sekarang ini ada pelajar bumiputera 100 ribu orang. Ini merupakan satu kesalahan – menolong bumiputera, menolong Melayu sebagai satu kesalahan. Begitu juga ahli-ahli panel yang lain, termasuklah seorang ini, tidak tahulah Melayu ke tidak, Dr. Farish Noor ini dalam sedikit sebanyak mempertahankan ketuanan Melayu, dia mengaitkan dan menyalahkan UMNO. Ini pandangan dia, “It is UMNO that think that there is no UMNO, Malays will die.” Dia kata sebab UMNO selalu memikirkan tanpa UMNO, Melayu akan mati. Jadi saya pula hendak mengatakan di sinilah pemimpin kerajaan, tonggak kerajaan yang UMNO selama ini, 50 tahun memerintah kenalah betul. Dulu, waktu saya belum digugur sebagai ketua bahagian dan terkeluar daripada UMNO, inilah agenda yang saya perjuangkan dalam UMNO dulu. Baik dalam majlis tertinggi, dalam perhimpunan agung, dalam Dewan Rakyat dan hari ini siapa hendak kita salahkan. Saya hendak betulkan juga persepsi di kalangan rakyat, apabila kita mengungkit soal ketuanan Melayu, kedudukan bumiputera, ianya bukan semata-mata kerana UMNO, termasuklah semua pihak. Jadi kalau diungkit ketuanan Melayu, ini UMNO. Saya tidak melihat begitu. Saya melihat Melayu tetap Melayu. Menjadi tanggungjawab UMNO, menjadi tanggungjawab PAS, menjadi tanggungjawab mana-mana parti yang kalau dia rasa dia daging dan darah daripada bangsa tok nenek moyang dia, dia orang Melayu dan dia orang Islam.
[Bangun]
Saya menekankan perkara ini untuk kebaikan negara. Dahulu, Tuan Yang di-Pertua, persoalan pendidikan dibangkit, persoalan ekonomi dibangkit, malah orang-orang Melayu bumiputera walaupun terpinggir, memendam rasa demi perpaduan. Hari Ini kita lihat mereka sudah mula hendak menunjuk kekuatan dari segi politik. Kita bebas, kita merdeka, kita berdemokrasi, boleh, tetapi dari segi kebebasannya ada hadnya. Sebab itu saya mengatakan dahulu saya tidak menyokong ISA dimansuhkan tetapi ditambah nilai supaya ianya tidak disalahgunakan. Saya mencari jalan yang tengah kerana mengambil kira soal perpaduan kaum, kepentingan kaum-kaum lain. Saya menyokong! Saya hendak bagi satu contoh, apabila saya lihat ada di kalangan pelajar bumiputera, orang Cina keluar dalam surat khabar The Sun, merintih 10A tidak dapat biasiswa. Saya cukup terkilan, saya cukup tidak puas hati, tetapi pada saya...
Jerlun bangun, Yang Berhormat.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat Pasir Mas. Saya pun tertarik dengan apa yang Yang Berhormat sebut tadi mengenai kenyataan yang telah dikeluarkan oleh kedua ahli panel Forum Majlis Peguam baru-baru ini iaitu kelmarin, Dr. Kua dan Dr. Puthucheary. Di mana mereka mempertikaikan kewujudan Social Contract seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Tidakkah betul Yang Berhormat, bahawa walaupun Contract Social itu bukanlah satu perjanjian yang tertulis dan ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin kita pada waktu merdeka kita dulu. Namun, pada tahun 1990, kali pertama dan juga pada tahun 2000, kita telah adakan mesyuarat ataupun Majlis Perundingan Ekonomi Negara pada tahun 1990, kalau tidak silap saya telah pun dipengerusikan ataupun telah dikendalikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sekarang; di mana pemimpin-pemimpin parti-parti politik yang mewakili semua kaum menandatangani perjanjian MAPEN I dan II yang secara langsung mengiakan apa yang telah dipersetujui dalam Social Contract yang katanya oleh Dr. Kua dan Dr. Puthucheary tidak wujud. Itu yang pertama.
Yang keduanya, saya ingin tanya, adakah Yang Berhormat Pasir Mas setuju ataupun tidak, apa yang Dr. Kua sebut di dalam forumnya kelmarin bahawa kononnya dia mempertikaikan bahawa UMNO inilah yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan membangkitkan soal kekalahan yang banyak diterima oleh UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini. Namun kebelakangan ini kita lihat begitu banyak kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak, khususnya bukan Melayu yang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu selepas pilihan raya. Tidakkah itu membuktikan bahawa apabila UMNO kuat dahulu tidak ada orang yang berani, sekarang ini bila UMNO sudah mengalami kekalahan di banyak tempat, barulah orang berani. Sesudah itu membuktikan bahawa memang betullah UMNO yang memperjuangkan kepentingan Melayu sebelum ini. Terima kasih.
Terima kasih, saya setuju. Orang berani sekarang ini kerana UMNO lemah. Jadi sekarang ini bila UMNO lemah, UMNOlah kena kaji kenapa UMNO itu lemah supaya nanti dapat penghormatan daripada pihak kaum lain. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Pasu tadi. Cuma tinggal lagi...
Jerlun.
Jerlun, maaf. Kubang Pasu pula. [Ketawa] Oleh kerana saya sebut Kubang Pasu, Tuan Yang di-Pertua, ini masalah saya hendak sebut di sini juga supaya mendapat perhatian pihak-pihak tertentu. Saya percaya bila saya cakap seumpama ini, mereka akan mengatakan kita ini anti kaumlah, kita ini racistlah. Ini saya hendak quote daripada website www.chedet.com, Kubang Pasu dahululah, sekarang ini Jerlun. Dia kata, “Adalah agak menghairankan apabila orang seperti Param Cumaraswamy menuduh orang lain bersifat perkauman. Kata-kata mereka mendedahkan sifat perkauman mereka sendiri. Bagi mereka, soalan-soalan itu racist, bersifat perkauman, cuma apabila bercakap mengenai bangsa Melayu dan keperluan mereka untuk berusaha mengejar pencapaian bangsa lain, tetapi juga mereka bercakap mengenai dengan masalah kaum lain yang tidak berasas dan tidak benar seperti membuat kenyataan bahawa kaum India, Tamil di Malaysia menghadapi penghapusan etnik yang masyarakat tahu ianya tidak terjadi, ini tidak dianggap bersifat perkauman.” Jadi maknanya sekarang ini trend sesetengah kumpulan, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita bercakap bab Melayu, agenda Melayu, kita anti perkauman, kita racist dan macam-macam, tetapi mereka pula mengadakan pelbagai forum, pelbagai seminar yang tujuan mereka juga memperjuangkan juga matlamat bangsa mereka. Kita tidak mengatakan mereka racist, kita tidak mengatakan mereka perkauman dan tidak pernah kita mengadakan forum berbincang mengenai dengan pencapaian kaum-kaum lain, tidak pernah. Kalau kita bincang di kalangan orang-orang Melayu, kaum peribumi yang lain, kita bincang tentang kegagalan, ketidaksampaian matlamat yang telah digariskan dan melahirkan rasa kesal dan tidak puas hati kepada pihak kerajaan yang patut melaksanakan tanggungjawab yang diberikan ini.
Sekitar itu yang kita bincang dan tidak pernah kita mengungkit perasaan pihak kaum lain Akan tetapi, mereka terus bertindak menganjurkan program, aktiviti, bukan sahaja setakat hal-hal yang saya sebutkan tadi, malah kedudukan agama Islam pun sudah mula dicabar...
Yang Berhormat Pasir Salak, bangun. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Pasir Mas.
Yang Berhormat Pasir Mas dan saya sudah lama dalam perjuangan politik. Tiga puluh tahun lebih. Masalah yang dihadapi pada hari ini, bukan perkara baru. Sejak daripada tahun 80-an lagi, sudah ada usaha-usaha yang sebegini rupa sehinggakan kita dipersoalkan orang Melayu dan peribumi, dipersoalkan statusnya sebagai peribumi negara kita ini. Kita telah berkumpul di TPCA, UMNO! Jangan pertikai peranan UMNO dalam membela nasib orang Melayu. Kita yang bertempur di TPCA. Tidak ada kumpulan lain waktu itu yang membela status bumiputera sebagai peribumi di dalam negara kita ini. Jangan pertikai perjuangan UMNO terhadap orang Melayu. Mereka yang mempertikaikan itu merupakan opportunist, kebanyakan oportunis politik. Tadi Yang Berhormat Pasir Mas marah-marah kepada Bar Council. Bergelora perasaan. Saya juga bergelora tetapi soalnya sekarang ini, the culprit dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja Bar Council. Bar Council perlu dikutuk, membuat kenyataan- kenyataan ini dan saya sendiri sudah mengagak bahawa forum yang diadakan itu, sebelum diadakan, saya sudah tahu apa sebenarnya terselindung di sebalik niat mereka...
[Bangun]
Duduk sekejap Yang Berhormat Pasir Mas...
Jangan panjang sangat Yang Berhormat Pasir Salak.
Akan tetapi, saya hendak bertanya Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Pesir Mas saudara saya. Saya tak duduk di sini kalau bukan kerana Yang Berhormat Pasir Mas, orang baik. Dia jangan dipersoalkan UMNO. Dia yang meletakkan saya dalam UMNO. Apabila saya dibuang daripada UMNO, dia yang perjuangkan. Saya tahu dalam hati dia, dia juga bersama kita dalam UMNO... [Tepuk] Akan tetapi kerana peristiwa, jangan marahkan kelambu kerana nyamuk. Jangan membakar kelambu. Sekarang saya nak cabar Yang Berhormat Pasir Mas, kawan saya, mengapa Yang Berhormat tidak kutuk, tidak marah kepada orang-orang lain yang bersekongkol dengan kumpulan-kumpulan yang mempertikaikan orang Melayu ini. Yang duduk di seberang sana. Masuk PKR, tak setuju dengan Dasar Ekonomi Baru, tidak ada perbezaan antara Melayu, Cina dan yang lain-lain! Kita ini universal. Dia itu duduk di sana sekarang kerana perjuangan orang Melayu, perjuangan UMNO. Tidak ada doktor Melayu, tidak ada pensyarah Melayu, tidak ada jurutera Melayu, tidak ada menteri Melayu kalau tidak kerana UMNO. Di mana perjuangan PKR pada masa itu? Di mana perjuangan yang lain-lain pada masa itu, saya nak tanya. Perjuangan bangsa Melayu lahir puluhan tahun dahulu. Beberapa generasi dahulu. Jangan lupa daratan. Saya menyeru kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan orang Melayu, kembali bersatu demi untuk bangsa Melayu. Jangan rasa selamat kalau orang Melayu berpecah- belah. Jangan rasa selamat kerana bersekongkol dengan puak-puak yang mempertikaikan hak-hak orang Melayu. Tolong, ada ilmu dan pengetahuan, ada agama, percaya kepada Allah SWT. Fikir betul-betul. Yang Berhormat, kita sudah berjuang lama dalam hal ini. Saya menitiskan air mata kali ini sebab ini perkara bukan main-main. Saya pun nak tunjuk perasaan esok. Saya nak bawa ahli UMNO. PKR jangan cabar nak bawa ribu- ribu orang. Anwar Ibrahim bukan seorang yang pandai berdemonstrasi. Saya juga kaki demonstrasi. Berapa ribu hendak, lima puluh ribu, sepuluh ribu, seratus ribu, dua ratus ribu? Kita yang organize. Anwar Ibrahim hanya sebagai orang di hadapan sahaja, Yang buat kerja, kita, yang mengumpulkan orang, kita, yang bertitik peluh, kita. Akan tetapi, dia telah lari daripada perjuangan orang Melayu. Sebab itu saya tinggalkan Anwar Ibrahim, seorang yang telah lupa kepada bangsanya sendiri.
Baiklah Yang Berhormat Pasir Salak.
Baiklah, balun lagi... [Ketawa]
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Salak. Dia sudah pun melepaskan perasaan dan pandangannya, nostalgia lamanya. Saya cukup
menghargai tetapi politik bukan statik. Ianya berlaku, berkembang, bergolak tanpa kawalan dan ada waktunya, kita kena terima qada dan qadar daripada Allah SWT Apabila sesuatu yang terjadi kepada kita, mungkin itu ujian Allah SWT kita tak tahu. Hal ini kerana Allah hanya menguji para Rasul dan orang yang baik-baik sahaja. Jadi, Yang Berhormat Pasir Salak mengatakan ada pihak-pihak tertentu tidak memperjuangkan kepentingan Melayu, saya rasa itu tidak berapa tepat. Malah, pada tahun 1987, waktu Operasi Lalang, waktu itu kita sama-sama dalam Pemuda UMNO. Kita masih ingat ada juga di kalangan mereka yang turut ditangkap termasuk Ahli-ahli PAS di bawah ISA, yang tidak mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu atas nama pencegahan. That’s yang dikatakan ISA ini untuk pencegahan. Jadi bermaknanya kita turut menghargai. Maka sebab itu saya ingin mengatakan balik, bahawa ISA itu jangan disalahgunakan. Walaupun kita bersetuju ia kekal tetapi ditambah nilainya supaya saya cadangkan dahulu di mana diwujudkan satu Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri yang dipengerusikan oleh Ketua Polis Negara, melibatkan peguam negara, ahli-ahli SUHAKAM sebelum kita menangkap seseorang tanpa bicara, dan dalam penyiasatannya hanya dihadkan dalam tempoh 14 hari sahaja. Sesudah 14 hari, kemudian di produce di mahkamah terbuka. Kita tidak boleh tahan sesiapa sahaja tanpa diputuskan oleh mahkamah. Walaupun kita perlu ISA itu untuk pencegahan bagi keselamatan negara kita. Jadi ramai pihak yang berjuang. Kita lihat di luar Dewan Rakyat, macam-macam pertubuhan NGO sekarang ini sudah mula melahirkan suara tidak senang hati di atas apa yang telah dilakukan oleh pihak Bar Council ini. Semalam pun saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, saya ingat, saya nah rehat dah. Maknanya dengan umur saya ini, saya nak rehat dah. Akan tetapi, rasa terpanggil. Malah saya semalam pun mengadakan satu perjumpaan yang hadir lebih kurang 70 orang, di kalangan orang-orang yang mempunyai pelbagai latar belakang dan saya sudah pun menubuhkan satu pertubuhan yang dinamakan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia. Ringkasnya PERKASA yang akan kita hantarkan pendaftaran kepada pihak Pendaftar Pertubuhan yang saya harap dapat diluluskan dengan segera. Ianya ringkas bernama PERKASA, Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia dengan tujuan untuk sama-sama kita menggembleng tenaga bagi menggerakkan segala tenaga, fikiran, semua sekali ke arah matlamat pencapaian penyusunan semula masyarakat pelbagai kaum. Kita bersetuju, perkara ekonomi yang dahulu ditetapkan dalam Dasar Ekonomi Baru, untuk kaum Cina, 40%. Hari ini mereka telah mencapai peratus ini lebih daripada 40%, dan kita tidak ungkit. Yang kita hendak adalah pencapaian 30% untuk kaum bumiputera. Untuk itu, saya ingin mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini melalui perbahasan Mid Term Review RMK 9 di mana sepatutnya dahulu, sesudah tamat Dasar Ekonomi Baru tahun 1990, yang sudah berlalu 18 tahun sebelum kita melangkah kepada Dasar Pembangunan Kebangsaan sepatutnya diadakan Kongres Ekonomi Bumiputera yang keempat untuk menilai tentang pencapaian pada waktu itu dan segala hasil 18 tahun yang dahulu itu dijadikan input dalam kita merangka rancangan pembangunan yang seterusnya.
Oleh sebab masa itu sudah berlalu, maka saya ingin mencadangkan pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, supaya pihak kerajaan menganjurkan kongres peribumi Malaysia sebagai kesinambungan kepada kongres ekonomi bumiputera untuk menilai dan melihat kembali segala pencapaian berasaskan fakta dan statistik yang benar-benar betul supaya dirangka bagaimana usaha penyusunan semula masyarakat ini dalam konteks pembahagian kekayaan dalam negara ini dapat diadunkan dengan betul dalam rancangan pembangunan negara kita ini. Hari ini, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri membuat penerangan mengenai dengan apa yang dikatakan teras 3 dengan menghuraikan rancangan dan strategi kerajaan untuk meningkatkan kedudukan kaum peribumi yang ada kait-mengaitnya dengan Dasar Ekonomi Baru. Namun begitu, pada masa yang sama kita lihat Pembangunan Wilayah Iskandar (WPI) yang menjadi isu sekarang ini.
Dalam hal pembangunan ini, kepentingan kaum bumiputera tidak diambil kira sangat atas nama pembangunan, sehinggakan sesiapa yang hendak membeli tanah dalam kawasan WPI tidak perlu dirujuk kepada Foreign Investment Committee. Dibiarkan begitu sahaja, sesiapa sahaja boleh beli. Bagaimana dengan pelaksanaan projek-projek pembangunan? Berapa ramai kaum bumiputera mampu bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi? Maka ini diberi alasan untuk menarik pelabur-pelabur, hendak menghakiskan persepsi kononnya Dasar Ekonomi Baru ini memihak kepada kaum bumiputera, maka ia dihapuskan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Jadi saya tengok ada percanggahan. Ya...
Yang Pasir Mas.
Ya.
Yang Berhormat Jasin bangun, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sangat bersetuju tentang cadangan yang pertama daripada Yang Berhormat Pasir Mas tadi adalah berdasarkan daripada fakta-fakta yang sahih. Yang pertamanya, kadar kemiskinan di antara kaum, Melayu sebanyak 5.1%, Cina sebanyak 0.6%, India sebanyak 2.5%. Sementara pendapatan isi rumah, Melayu RM3,156.00, Cina sebanyak RM4,853.00, sementara India adalah sebanyak RM3,799.00. Nisbah pendapatan yang berakhir daripada tahun 2007, di antara bumiputera dengan orang-orang Cina adalah sebanyak seringgit kepada seringgit lima puluh empat sen. Di antara bumiputera dan juga orang-orang India, seringgit ke seringgit dua puluh sen. Jadi ini cukup jelas sekali bahawa sebenarnya tentang pemilikan penguasaan sebenarnya cukup ketara sekali. Adalah cukup bertepatan sekali cadangan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi supaya kerajaan pada ketika ini secara sistematik dan drastik mengambil tindakan perlu bagi memastikan supaya penyusunan semula masyarakat ini diteruskan. Terima kasih.
Terima kasih, saya bersetuju...
Yang Berhormat Pasir Mas, panjang lagikah?
Ada sedikit lagi.
Ya, baiklah.
Sedikit pun, empat, lima, enam perkara lagi. [Ketawa] Ini baru satu isu saya bercakap, Tuan Yang di-Pertua. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan apa yang disebutkan tadi. Oleh sebab itu, saya mencadangkan kongres ini diadakan ataupun menyarankan agar Dewan Perniagaan Melayu Malaysia termasuklah badan-badan NGO yang lain, (GABEM) Gabungan Ekonomi Orang-orang Melayu, bersatu tenaga dengan didokong oleh kerajaan mengadakan perbincangan dan merumuskan strategi mengenai dengan peningkatan pencapaian kaum bumiputera ini dan juga membawa sama pakar-pakar kaum-kaum lain, supaya berbincang dengan cara yang rasional, cara yang bertanggung jawab, bukan emosi. Bukan semata-mata hendak menegakkan kekuatan antara sesuatu kaum, tidak, tetapi supaya bila kita cari penyelesaian kerana dalam Dasar Ekonomi Baru dahulu, matlamat saya bercakap, hal matlamat. Kalau dicapai, maka pembahagian 30:30:40, boleh menjadi teras kepada perpaduan kaum di negara kita ini.
Cuma sekarang ini, ada orang menolak Dasar Ekonomi Baru dengan berbagai- bagai alasan. Kita tidak hendak Dasar Ekonomi Baru ini sebab ia mewujudkan kroni, mengayakan orang-orang tertentu dan sebagainya. Saya lihat, masalah penyelewengan ataupun kegagalan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, tidak ada kena-mengena dengan matlamat pencapaian dalam Dasar Ekonomi Baru. Pelaksanaan, kaedah, teknik, strategi boleh diubah jika berlaku kelemahan, tetapi matlamat penyusunan semula inilah yang mesti diberi keutamaan. Tuan Yang di-Pertua, maka sebab itu saya menggesa pihak kerajaan dalam tempoh yang terdekat, mengulangi gesaan saya ini supaya diadakan kongres, dahulunya dipanggil Kongres Bumiputera, sama ada Kongres Khas Bumiputera ataupun Kongres Khas Peribumi bagi membincangkan teras ketiga dalam Rancangan Pembangunan Malaysia Kesembilan dan seterusnya. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, hubung kait dengan ini sudah mula kita lihat bibit-bibit isu-isu perkauman ini. Dua hari yang lalu Tuan Yang di-Pertua, saya terima satu SMS. Saya terima dua dan saya tanya kawan-kawan yang lain, saya ada juga terima. Ini SMSnya berbunyi, “Enam puluh India belasah budak Melayu sampai mati di Pasar Borong Selayang, 26 Jun – Pak Darma”. SMS ini berlegar dan ini juga amat berbahaya di mana Ketua Polis Negara selama ini memberi ingatan supaya berhati-hati dengan SMS ini. Baru-baru ini keluar SMS mengenai dengan mungkin pihak petrol pump memboikot minyak yang juga boleh menimbulkan huru-hara. SMS ini juga dihantar beberapa hari yang lalu dan tidak sedikit orang yang terima SMS ini. Oleh itu, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri membuat kenyataan ataupun penjelasan dalam Dewan Rakyat ini, apakah kes sebenarnya? Sebenarnya berlaku kes yang didakwa mengikut SMS ini dan kalau tidak benar, apakah pihak kerajaan akan membuat siasatan dan mengambil tindakan segera kepada mereka yang menghantar SMS yang boleh mencetuskan huru-hara ini? Kalau benar, apakah sebab-sebabnya dan apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan supaya ia dapat kita hilangkan salah tanggapan kononnya ini sudah berlaku pergaduhan di antara orang-orang Melayu dengan orang-orang India? Ia cukup berbahaya. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merujuk kepada projek-projek dalam Rancangan Pembangunan Malaysia Kesembilan, termasuklah projek-projek yang ditangguhkan. Memang kita tahu bahawa dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, midterm review ini, pihak kerajaan telah pun mengkaji semula beberapa projek. Sebelum midterm review ini pun, ada projek-projek yang dibatalkan. Kita mengakui hakikat Tuan Yang di-Pertua, bila harga petrol naik harga barang-barang naik, maka kita kena berhemah, kerajaan kena berhemah dalam mengendalikan kewangan negara. Berhemah bererti supaya setiap sen yang dibelanjakan itu boleh dimanfaatkan kepada rakyat secara langsung. Yang pentingnya mengisi perut rakyat. Dahulunya, bila perut rakyat penuh, maka yang pentingnya ialah pembangunan prasarana negara. Perut kita sudah penuh, perut rakyat sudah penuh, maka kita hendak jalan raya yang elok, kita hendak pemandangan yang cantik. Kita hendak kemudahan- kemudahan lain, tetapi hari ini sudah terbalik. Akibat daripada kenaikan harga petrol, rakyat sudah tidak memikirkan lagi soal perkara-perkara seumpama ini tetapi mereka memikirkan soal perut sekarang ini. Pendapatan per kapita RM3,000.00 tidak mencukupi. Saya hendak berkongsi dalam Dewan yang mulia ini, satu kajian dibuat. Contohnya Tuan Yang di-Pertua, setiap keluarga di Malaysia sekarang ini kita katakan RM3,000.00 average pendapatan per kapita. Kita lihat kenyataan yang dibuat oleh satu keluarga diberi kepada saya. Dia datang ke rumah bagi kepada saya. Sebab itu saya kena sebut Tuan Yang di-Pertua. Dia datang ke rumah, saya ingatkan hendak minta apa? “Tolong dia kata Yang Berhormat, sebut dalam Dewan Rakyat. Dia bagi senarai di sini Tuan Yang di-Pertua” [Sambil menunjukkan kertas senarai berkaitan]
Yang Berhormat Pasir Mas, saya bertanggapan Yang Berhormat belum habislah itu.
Belum, belum.
Belum habis, sambung selepas ini Yang Berhormat ya.
Ya terima kasih. Nasib baik saya tidak tersalah cakap ini Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]
Ahli- ahli Yang Berhormat, Mesyuarat untuk sesi pagi ini ditangguhkan dahulu dan kita bermula semula pada pukul 2.30 petang nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi waktu saya membahas Mid Term Review Rancangan Malaysia Kesembilan, saya ada menyebut masalah biasiswa untuk pelajar-pelajar. Dahulu kerajaan telah menetapkan di mana pelajar- pelajar yang dapat 10A mendapat biasiswa tetapi masih banyak lagi rungutan di kalangan pelajar-pelajar termasuk pelajar-pelajar bukan Melayu yang mereka mendapat 10A tapi belum mendapat biasiswa dan kita harap perkara ini menjadi perkara utama yang memastikan supaya pelajar-pelajar yang mendapat 10A atas nama kepentingan excellent education yang digembar-gemburkan selama ini dapat dilaksanakan. Namun begitu merujuk kepada persoalan menyusun semula guna tenaga iaitu penyusunan semula dari segi kedudukan kaum bumi, saya mencadangkan supaya untuk pelajar-pelajar bumiputera, mana-mana pelajar bumiputera yang mendapat 7A juga secara automatik diberi biasiswa. Kalaulah amalan menggunakan dasar ini saya percaya kita dapat mengimbangi di antara perbezaan antara kaum yang makin melebar dari segi kedudukan pendidikan dan ini adalah hak keistimewaan orang Melayu fasal 152 dan 153. Tuan Yang di-Pertua, tadi saya ada menyebut masalah pendapatan isi rumah sebulan sebanyak lebih kurang RM3,000. Manakala kita dapati RM3,000 pun tidak mencukupi. Saya menyebut tadi Tuan Yang di-Pertua, ada pihak yang datang ke rumah saya menjelaskan bagaimana penderitaan mereka sekarang ini yang mengatakan, membuat catatan kepada saya membayar electricity dan water bill RM100. Tak ada aircond, tak ada theater, tak ada water heater. Bayar bil Telekom RM100, internet RM68 campur lain-lain RM25, RM93. Round up RM100. Meals, makan untuk satu keluarga empat orang RM775. Tiga meals satu hari RM25. Itu tak makan di restoran. Jauh sekali restoran Jepun ataupun di hotel-hotel besar. Bapa ataupun ibu bekerja makan RM5 sehari sudah RM155. RM5 itu hendak makan apa? Bayar kereta, car repayment RM400 Proton Saga aeroback itu tujuh tahun repayment. Tujuh tahun kena bayar RM400. Petrol sekarang ini sudah naik. Duduk dalam bandar traffic jam lagi, lagi banyak minyak RM300. Itu paling minimum. Dengan izin, bring son to school only can afford one car running, not yet consider petrol increased 40.8%. Insurans RM650 itu sudah dibatalkan. Kemudian house repayment RM750. Itu untuk rumah low cost housing repayment untuk 30 tahun. Retired, still have to pay. Tuisyen untuk anak paling murah RM80. Duit poket anak ke sekolah RM20. Itu kalau seorang. Tak sampai RM1 pun. Kemudian buku sekolah, paling minimum RM100. Untuk younger children, milk powder RM50. Lain-lain
syampu, beras dan toilet paper. Macam-macamlah. Itu pun RM100. Tak masuk lagi bayar Astro macam-macam lagilah. Maka disebut di sini total nya sudah RM2,960 sebulan...
Yang Berhormat, Yang Berhormat sudah masuk 61 minit berucap. Saya bagi 10 minit.
Tadi banyak gangguan. Saya akan cuba pendekkan. Saya hendak pendekkan ini.
10 minit lagi Yang Berhormat.
Insya-Allah saya janji. Kemudian EPF tak potong lagi. Income tax tak potong lagi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, juta lagi rakyat Malaysia. Walaupun pendapatan mencecah hampir RM3,000 kalau ada pun RM3,000 tapi tidak dapat menanggung kos hidup sekarang. Jadi bermaknanya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini dan seterusnya, apa jua pembangunan mesti menjurus ke arah masalah pengagihan pendapatan ini supaya jangan ada jarak yang terlalu jauh di antara mereka yang kaya dan yang tidak berkemampuan. Yang tidak berkemampuan ini jangan kata yang 900,000, RM3,000 pun tak mampu lagi dalam menghadapi kehidupan sekarang Tuan Yang di-Pertua. Yang seterusnya secara ringkas, walaupun saya mengatakan projek-projek mega yang tidak berfaedah patut dibatalkan termasuklah keraian-keraian yang saya sebutkan sebelum ini tetapi ada satu dua projek yang saya kira penting...
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Point of order berapa Yang Berhormat?
Point of Order 35(7). Minta maaf Yang Berhormat Pasir Mas. Tuan Yang di-Pertua atau Pengerusi boleh mengehadkan masa bagi Ahli-ahli berucap jika perlu.
Apa point nya Yang Berhormat?
Point nya ialah kalau boleh pihak Tuan Yang di-Pertua mengehadkan lebih awal supaya kita boleh melihat tempoh masa yang adil kepada semua. Walaupun saya bersyukur dengan...
Baik. Cukup, cukuplah dengan Yang Berhormat.
...Yang Berhormat Pasir Mas sebab dia ketua Parti Bebas...
Cukup Yang Berhormat.
...Yang Ahli-ahli.
Tak payah berucap Yang Berhormat.
Terima kasih saya memang suka berlaku adil.
Tak payah berucap Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya memang suka berlaku adil.
Saya sudah tegur tadi saya bagi 10 minit lagi.
Ya sebab tadi banyak gangguan. Saya berucap sebenarnya tak sampai pun 20 minit. Terlalu banyak gangguan tadi. Jadi saya memang suka berlaku adil dan saya akan cuba ringkas. Jadi saya tak bagi jalan lagi. Saya minta
supaya ada juga projek-projek yang saya kira walaupun projek mega tetapi secara tak langsung boleh membantu menumbuhkan ekonomi negara termasuklah kerajaan patut mengkaji semula pembatalan jambatan bengkok yang dicadangkan selama ini di Johor ke Singapura. Jambatan ini menjadi isu yang besar sehingga membabitkan maruah negara dan kerajaan sudah belanja hampir RM1 bilion membina rumah kastam dan seumpamanya. Jadi kalau saya hendak huraikan terlalu panjang. Saya hendak ringkaskan. Saya hendak mendesak dan meminta kerajaan mengkaji semula dan melaksanakan balik projek jambatan bengkok yang saya sebutkan tadi. Kedua saya hendak menarik perhatian projek flood mitigation di Kelantan. Projek untuk tebatan banjir yang saya tidak tahu sama ada dalam kajian semula ini projek ini akan ditangguhkan ataupun sebagainya dan saya harap projek ini boleh membantu Kelantan, negeri Pantai Timur yang terlalu banyak potensinya dari bahan-bahan hasil bumi, guna tenaga dan macam-macam lagi yang selama ini tidak dapat dilaksanakan oleh kerana gangguan banjir yang datang setiap tahun dan projek ini saya difahamkan dahulu, saya baca dalam akhbar sudah pun ditawarkan kepada satu syarikat dan saya harap projek ini tidak ditangguhkan kecuali ianya disusun semula dari segi pelaksanaan fasa ke fasa mengikut kemampuan kerajaan. Seterusnya saya hendak tanya kedudukan Jambatan Sultan Yahya II yang saya difahamkan dahulu diberi kepada Redland tetapi saya nampak pelaksanaan projeknya sudah tak ada lagi. Amat lambat. Apakah projek ini kontraktor sudah lari ataupun seumpamanya dan saya harap ianya dapat dipercepatkan dan seterusnya dan hendak menyebut di sini juga Tuan Yang di-Pertua bersabit dengan isu yang kita hadapi sekarang ini yang diperkatakan oleh rakyat. Ada dua isu yang melanda negara kita ini.
Satu isu yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana semalam heboh apabila ada satu orang berusia 23 tahun membuat aduan. Sebelum ini negara kita dikejutkan dengan surat akuan bersumpah Raja Petra Kamarudin terhadap tiga orang yang dinamakan yang kononnya terbabit dalam kes Altantuya. Dua isu ini sudah menjadi perbualan rakyat di mana-mana saja. Saya terpaksa menyebut di sini dan yang saya hendak sebut secara ringkas Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya percaya Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin berjiwa besar. Seorang pemimpin yang kita kenal yang baru-baru ini dalam pilihan raya menjadi tumpuan dan mendapat sokongan yang tidak sedikit. Ini dapat dibuktikan dengan kemenangan parti-parti pembangkang hasil daripada sokongan beliau. Yang saya hendak sebut di sini, apabila ada aduan seumpama ini saya hendak menyeru dan merayu kepada Datuk Seri Anwar supaya bersikap sebagai seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa besar. Kita tahu mengikut khabar-khabar angin beliau ada di Kedutaan Turki. Jadi saya percaya apabila ada laporan polis dan semalam saya dengar kenyataan daripada Ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa segala siasatan akan diadakan dengan adil, dengan saksama. Kalau dahulu di zaman Tun Dr. Mahathir ada pihak mengungkit bermacam- macam-macam perkara, ini zaman kerajaan lain, bukan zaman Tun Dr. Mahathir lagi. Jadi biarlah polis menjalankan siasatan dengan adil. Saya percaya oleh kerana pengalaman dahulu dah ada, tidak percaya ianya tidak akan berulang lagi. Sepatutnya seorang pemimpin menjadi contoh, kalau tidak esok akan menjadi Presiden, ada sesiapa yang diadu kepada polis dengan berbagai-bagai kes, rasuah kah, dan bermacam-macam, hal moral dan akhlak, nanti dikatakan ini konspirasi. Ini tidak betul. Maka akan menjadi perkara yang tidak sihat dan boleh mengganggu kedudukan keamanan negara kita...
[Bangun]
Jadi sebab itu saya berharap dan saya yakin Tuan Yang di-Pertua, seseorang apa pun yang diadu, macam mana dianiayai sekalipun kalau
ianya tidak salah, tidak melakukan perkara-perkara yang dituduh, insya-Allah dia akan muncul sebagai pemimpin besar satu hari nanti. Insya-Allah, tiada masa.
Tiada masa Yang Berhormat.
Maaf Yang Berhormat Shah Alam. Dia buat ruling 10 minit. Jadi Insya-Allah, tiada apa yang hendak takut kerana saya sebut tadi Allah SWT menguji para rasul dan orang-orang baik. Tidak perlu kita takut dan kalau perlu kepada jaminan saya sedia menawarkan dirilah waktu penyiasatan saya duduk, letak saya dalam lokap sekalipun boleh. Saya hendak tengok polis menyiasat macam mana. Kalau ada yang ganas-ganas saya pun tumpang bagi sekali tidak kira siapa pun. Itu saya hendak express betapa concern nya saya kepada negara sebab saya percaya, saya pegang kepada satu hakikat sahaja. Orang yang benar tetap benar, orang yang betul tetap betul. Allah Taala sudah janji dah satu hari nanti kebenaran akan menang. Begitu juga kes yang membabitkan declaration, akuan bersumpah yang dibuat Raja Petra. Ia membabitkan yang semua kita tahu dan kita semua harap ianya juga disiasat dengan penuh adil. Jadi melibatkan dua kes yang kita menuntut supaya segala siasatan dibuat dengan cara terbuka, secara telus, secara ikhlas dan saya percaya yang berbahagia Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya percaya beliau juga akan turut bertanggungjawab kepada negara. Saya tidak percaya dengan duduk di Kedutaan Turki dan cuba mendapat kononnya cerita suaka politik yang saya rasa ini bukan langkah seorang pemimpin yang berjiwa besar tetapi saya masih menganggap dia berjiwa besar kalau dia akur seperti apa yang saya kata sebentar tadi, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang saya hendak sebutkan di sini bersabit dengan isu mengenai dengan satu hakim, judge Ian Chin. Oleh kerana masa tidak ada Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyebut, hendak meminta pihak kerajaan supaya merujuk kepada press statement oleh Tun Dr. Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri posted pada Jun 27, 3.34 petang. Ia cukup serius yang didedahkan siapa judge ini dan sudah ada cadangan supaya ianya dihadapkan ke tribunal tetapi kerajaan kata tidak perlu hadap ke tribunal. Kita lihat apa yang dihujahkan oleh Dr. Mahathir dalam website nya ini cukup dan amat serius sekali. Saya dapati salah seorang peguam bernama Matthias Chan telah pun membuat aduan polis di Balai Polis Travers pada 25 hari bulan bersabit dengan hakim ini yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak patut sebagai seorang hakim yang secara kebetulan hakim ini juga adalah bekas ahli politik dahulu. Maka, sebab itu saya minta juga perkara ini diberi keutamaan oleh pihak kerajaan terutamanya bahagian kehakiman isu ini juga dapat ditangani dan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Ini kerana kalau digembar-gemburkan bahawa sekarang ini kerajaan sudah pun memulakan reformasi dalam bidang kehakiman, hendak memulihkan kedudukan kehakiman tetapi isu-isu seumpama ini malah saranan daripada bekas Perdana Menteri sendiri supaya kes ini dibawa ke tengah dan bekas Perdana Menteri sendiri bersedia untuk didakwa. Berulang- kali dia menyebut bahawa sedia diseret ke mahkamah, kenapa kerajaan terus membisu seribu bahasa. Jadi Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya mengenai kedudukan Universiti Malaysia Kelantan. Saya ada menyebut dalam perbahasan sebelum ini yang saya harap Universiti Malaysia Kelantan dijadikan satu universiti bukan sahaja dalam bidang yang telah pun ditetapkan tetapi memperbanyakkan juga bidang-bidang pengajian agama. Walaupun Kelantan sudah ada Akademi Islam dan seumpamanya tetapi belum mencukupi dan saya harap Universiti Malaysia Kelantan mengikut model Darul Ullum yang berada di Mekah, berada di Saudi Arabia. Pengajian seumpama ini penting kerana Kelantan adalah negeri yang dijolok sebagai negeri Serambi Mekah dan saya ingin mencadangkan supaya pihak Pengajian Tinggi supaya mewujudkan segera sebuah kerusi yang dinamakan sebagai Kerusi Tok Kenali dan melantik seorang tokoh dalam bidang pengajian Islam bagi mengendalikan Kerusi Tok Kenali ini yang boleh dikembangkan untuk pendidikan pada masa akan datang.
Antara calon-calon anak Kelantan yang berwibawa yang boleh dipertimbangkan ialah Profesor Datuk Dr. Mahmud Zuhdi yang dahulu pernah berkhidmat di Akademi Islam boleh menduduki Kerusi Tok Kenali ini. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya membuat rumusan Tuan Yang di-Pertua. Dalam pembentangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai dengan Kajian Separuh Penggal Kedua mengenai teras ketiga:-. (i) membasmi kemiskinan; (ii) menambah baik penagihan pendapatan; (iii) menyusun semula hak milik; (iv) menyusun semual guna tenaga; (v) mencapai keseimbangan wilayah; dan (vi) membangun masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera. Dengan perkataan lain kalau saya hendak rumus Tuan Yang di-Pertua yang pentingnya ialah bukan sahaja pengisian perut rakyat dengan kos yang meningkat sekarang ini tetapi juga penyusunan semula masyarakat berbagai-bagai kaum. Jadi apa pun yang dilaksanakan di bawah strategi teras ketiga ini, ianya mesti menjurus ke arah itu. Sekali lagi saya mengulangi, menggesa kerajaan supaya mengadakan segera Kongres Peribumi ataupun Kongres Ekonomi Peribumi sebagaimana Kongres Ketiga dulu untuk mendapat input daripada semua pihak termasuk NGO-NGO yang mewakili badan-badan Melayu supaya kita merumuskan dasar-dasar yang boleh digunakan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat yang saya sebutkan tadi. Tuan Yang di- Pertua, sekian terima kasih di atas masa dan kesempatan berucap nombor satu dahulu oleh kerana tadi pihak pembangkang keluar. Jadi, saya untung. Terima kasih.
Baik Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana menteri selaku Menteri Kewangan memang dinanti-nantikan oleh saya. Bukan sahaja saya bahkan seluruh rakyat Malaysia dan Kinabatangan khususnya iaitu dengan berbagai-bagai teras yang diberi penekanan iaitu: (i) membasmi kemiskinan dengan berlandaskan kemakmuran; (ii) progresif; (iii) adil; (iv) berdaya saing untuk menjadi wadah pembangunan negara selama lima tahun; (v) memberi penekanan bahawa jurang ekonomi termasuk mengurangkan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat; dan (vi) mewujudkan usahawan baru. Sebelum saya melangkah jauh, satu kes yang ingin saya bawa iaitu bagaimana kerajaan mewujudkan usahawan-usahawan baru di negara ini sedangkan usahawan yang sedia ada tidak terbela. Saya ingin membangkitkan satu kes iaitu di mana syarikat Lady Diana yang telah mewujudkan kilangnya, diberi lesen pengilang oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan. Akan tetapi setelah kilang itu siap dibina dan sebagainya, dengan pelaburan lebih kurang RM20 juta, lesen yang dibagi ditarik balik.
Ini merupakan satu penganiayaan. Saya meminta kerajaan mengembalikan lesen- lesen kilang, rokok, taxes pipe kepada syarikat Lady Diana ini sebab syarikat ini mengalami kerugian. Hari-hari diburu oleh pihak bank untuk dibayar pinjaman daripada bank sedangkan kilang sudah siap tetapi lesen ditarik balik. Yang Berhormat daripada Padang Besar juga selaku pengerusi PAC juga sempat melawat kilang tersebut dan beliau puas hati bahawa kilang ini memang wujud dan kes ini memang perlu dibela. Saya meminta kerajaan mengembalikan lesen kilang Lady Diana kerana ada tuduhan kononnya pemilik syarikat ini membuat penyeludupan tetapi katanya sukar dibuktikan. Cuma alasan ditarik sebab pemilik syarikat gagal untuk membuat laporan polis.
[Bangun]
Yang Berhormat Sekijang bangun, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Kinabatangan. Saya juga amat tertarik dengan apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat daripada Kinabatangan ini yang mana kerajaan kita menggalakkan pertumbuhan SME ini. Akan tetapi saya rasa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan ini, inilah salah satu daripada SME yang kita galakkan. Di mana Yang Berhormat daripada Kinabatangan tadi menyatakan bahawa lesen telah diberi pada tahun 2004 dan pada tahun 2006 dibatalkan balik. Apabila dah diberikan lesen dan dibatalkan balik, orang telah pun mengeluarkan modal, orang telah mengeluarkan wang ringgit, tenaga dan tiba-tiba dibatalkan. Jikalau ada pinjaman, pinjaman ini macam mana hendak dibayar? Apakah ini sebenarnya kita sebagai kerajaan yang hanya bercakap di bibir sahaja tetapi sebenarnya di hati kita tidak mahu menolong kepada mereka-mereka ini. Saya minta Yang Berhormat daripada Kinabatangan memberikan penjelasan ataupun minta kepada Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan. Ini kerana saya juga difahamkan bahawa lesen ini diberikan di bawah Kementerian Kewangan sebenarnya tetapi apabila mereka ini ingin berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri pun tidak mahu berjumpa. Apa dah jadi dengan negara kita ini?
Baik Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang sebab itu saya bangkit perkara ini sebab syarikat Lady Diana ini mengalami kerugian besar. Jikalau mengikut ucapan ataupun penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, menjadi tanggungjawab kerajaan membela untung nasib segolongan masyarakat bumiputera yang ingin berkecimpung dalam industri pembuatan, tetapi apa sudah terjadi? Ini merupakan satu penganiayaan. Saya mewakili wakil-wakil rakyat Barisan Nasional, kita memang prihatin, kita mahu kerajaan mengembalikan lesen yang ditarik balik ini dan dipulihkan keadaan sebab kita tidak mahu rakyat menderita sebab perbuatan segelintir pegawai yang tidak bertanggungjawab. Saya mahu pihak kastam juga bertanggungjawab dalam persoalan ini...
[Bangun]
Ya sila.
Saya hendak tanya Yang Berhormat, selain daripada mengembalikan lesen, adakah juga wajar pihak kerajaan menyiasat kenapa ini berlaku? Adakah ini perbuatan dalaman yang sememangnya berniat yang tidak baik. Ada sebab-sebab, ada udang di sebalik batunya mungkin. Jadi adakah Yang Berhormat mahu mencadangkan itu? Terima kasih.
Ya bersetuju. Saya memang ingin menggesa kerajaan supaya menyiasat latar belakang perkara ini boleh berlaku. Sebab ini mungkin bukan salah satu syarikat yang dianiaya, ini mungkin yang kita temui, yang kita tidak temui mungkin ramai lagi yang menjadi mangsa daripada perbuatan sebilangan pegawai-pegawai yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk mencari keuntungan ataupun mencari sesuatu yang tidak direstui oleh undang-undang. Jadi itulah antara lain Tuan Yang di-Pertua, saya minta kerajaan untuk mengembalikan lesen kepada syarikat Lady Diana ini dan mereka boleh beroperasi semula sebab kilang-kilang mereka telah diwujudkan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa perkara iaitu pembangunan ekonomi secara seimbang. Saya ingin ulang sekali lagi bagaimana ada pembangunan ekonomi, bagaimana kita bercerita soal-soal ICT sedangkan rakyat di kawasan Kinabatangan, 50 tahun merdeka masih belum merdeka khususnya Sabah dan Sarawak. Sebab itu ramai wakil-wakil rakyat membangkitkan persoalan ini. Kita bukan mahu keluar dari Barisan, kita mahu kesaksamaan, kita mahu keadilan. Peruntukan yang ada itu contohnya RM1 bilion diberi kepada Sabah dan Sarawak, untuk apa RM1 bilion itu? Sudahkah ada perancangan RM1 bilion itu dengan projek-projek yang ditentukan ataupun bagaimana? Kalau sudah saya mahu tahu apa yang dilaksanakan RM1 bilion untuk negeri Sabah. Jikalau ia memang benar untuk rakyat termiskin, satu batang jalan raya telah saya cadangkan lima tahun yang lalu. Saya mendapat jawapan tidak boleh dimasukkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan tetapi dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh pula iaitu Jalan Simpang Sogo-Sogo Kg. Pinangan, kenapa? RM1 bilion itu banyak, tidak boleh diagihkan sedikit ke untuk jalan yang saya bangkitkan ini sebab jalan ini diguna pakai oleh 70,000 orang kampung, orang susah. Saya juga ingin membangkitkan kepada ketelusan kerajaan, Kementerian Kesihatan khususnya. Saya telah mengemukakan lima tahun, empat tahun yang lalu, beberapa klinik kesihatan yang telah wujud yang satu-satunya diguna pakai oleh orang kampung, Klinik Kesihatan Sukau, Pinanga dan lain-lain, menteri silih berganti, tukar ganti menteri. Dia kata okey Yang Berhormat, akan dibina, tidak ada juga. Apa akses kesihatan? Berbilion-bilion dijanjikan oleh kerajaan, tidak juga terlaksana. Ini bohong kah?
Bohong!
Ini janji pancing rakyat kah? Janji betul?
Pancing rakyat.
Saya marah ini Yang Berhormat, saya marah Tuan Yang di-Pertua sebab kerajaan, menteri-menterinya main dengan kita... [Dewan riuh]
Jangan main-main dengan kita, kita pun ada rakyat yang sokong kita, kita menang sebab kepercayaan rakyat. Di luar bandar, sudah menang jadi menteri, jangan temberang, jangan janji kosong, saya tidak mahu. Apa janji-janji, janji tidak tunai?
[Menyampuk]
Yang Berhormat, diam Yang Berhormat.
Saya tidak perlu jawapan daripada pembangkang... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, mungkin ramai wakil rakyat tidak tahu di Kinabatangan ini masih ada murid sekolah yang bangun jam 3 pagi, dia jalan pergi balik 13 km, jalan kaki.
Kasihan.
Belum ada yang tahu, di tempat saya, di tempat Tuan Yang di-Pertua pun ada. Bukan kasihan tetapi kita cari jalan penyelesaian. Saya amat mengalu-alukan pengumuman kerajaan menambah RM13 bilion pembangunan pendidikan Sabah dan Sarawak khususnya. Kalau benarlah RM13 bilion ini ada dalam dua tahun setengah ini, saya minta Menteri Pelajaran binalah Sekolah Menengah Tongoh, binalah Sekolah Menengah Antilibon, binalah Sekolah Menengah Sukau, binalah Sekolah Menengah Kampung Paris. Tidak ada guna umum berbilion-bilion tetapi apabila kita minta sekolah menengah ini diwujudkan, masih tidak boleh diwujudkan. Apa ini? Perdana Menteri baik, dia umum berbilion-bilion, menteri tidak baik kah? Kementerian tidak bekerja kah, ataupun di mana silapnya? Saya mahu tanya, di mana silapnya sehingga berbilion-bilion ini tidak dapat dilaksanakan. Tidak masuk akal diumumkan oleh Perdana Menteri berbilion-bilion tetapi tidak juga ada pelaksanaannya. Apakah ada masalah pelaksanaan? Jikalau masalah pelaksanaan maka kita cari jalan penyelesaian. Jikalau orang yang dipertanggungjawab yang melaksanakan, tidak melaksanakan tanggungjawabnya, pecat dia, ganti dia... [Tepuk]
Kita tidak mahu macam itu sebab kita rugi. Berhubung dengan pendatang tanpa izin, kita memang mengalu-alukan seruan kerajaan, tetapi Tuan Yang di-Pertua, tahukah yang menjadi dalang pendatang tanpa izin adalah ladang-ladang ataupun estet-estet yang besar, yang Syarikat GLC, yang berada di kota besar ini. Contohnya, 15 hektar ladang bermakna satu orang labour ataupun buruh. Kalau dia ada 15,000 hektar bermakna dia mahu 1,500 pekerja. Kalau dia ada 30,000 hektar, dia perlu 3,000 pekerja. Dia buat deklarasi di imigresen daripada 3,000 dia buat deklarasi 500 orang. 2,500 orang dia deal under table, bermakna di sinilah ketelusan penguat kuasa kita. Kalau kita laksanakan ini dulu, buat pemeriksaan besar-besaran di ladang-ladang yang besar kemudian disaman pemilik ladangnya, taikun-taikun yang besar daripada Semenanjung ini. Dakwa mereka dulu...
Siapa mereka?
Banyak.
Pembangkang ada kah?
Ada. Buat pemeriksaan secara besar-besaran. Saya setuju dengan operasi pendatang tanpa izin ini, tetapi dengan satu syarat. Kerajaan jangan gagal memberi identiti kepada rakyat Malaysia di Sabah khususnya. Di Kinabatangan, saya anggarkan lebih kurang 10 hingga 15,000, masyarakat Kinabatangan yang tidak beridentiti, tidak ada surat beranak, tidak ada kad pengenalan. Hari-hari ada ditangkap. Bulan yang lalu ditangkap, dihantar ke Philippine, nasib dia tidak mahu turun. Apa sudah jadi? Kalau kerajaan masih gagal mewujudkan identiti kepada rakyat Malaysia yang tulen ini, bermakna mereka juga pelarian sedangkan mereka orang tempatan. Ini harus diambil kira. Pastikan semua masyarakat, rakyat Malaysia di Sabah, di Kinabatangan khususnya mendapat identiti dahulu barulah operasi ini dijalankan secara besar-besaran. Kalau tidak, orang kita, masyarakat kita di Kinabatangan yang menjadi mangsa. Oleh kerana kegagalan kerajaan mengadakan identiti kepada mereka, apabila tidak ada kad pengenalan, bermakna dia pendatang, sedangkan dia dari kampung. Minggu ini masih ada dua orang lagi ditahan. Saya telah meminta pada imigresen, ini orang Sungai, orang Kinabatangan, tetapi tidak beridentiti. Sampai bila persoalan ini boleh kita selesaikan? Tuan Yang di-Pertua, kembali kepada soal pokok. Kenapa Program Rancangan Malaysia Kesembilan ini dikaji, sebab apa? Rakyat bertanya kepada saya, langkah kerajaan pada hari ini memotong peruntukan-peruntukan yang ada di kementerian dengan syarat peruntukan yang dijimatkan itu boleh dilebarkan kepada masyarakat luar bandar.
Kalau ini benar-benar berlaku, saya memang setuju, tetapi kita harus lihat bahawa pembangunan sukan juga merupakan satu keperluan rakyat. Kalau semua program sukan untuk membina gelanggang, untuk membina mini stadium juga disekat, dipotong, bagaimana kita mahu melahirkan masyarakat kita yang ada kualiti, yang ada class dunia dalam industri sukan dunia. Kita tidak harus lupa, bahawa negara kita ini masa depannya bergantung kepada sejauh mana kualitinya belia yang kita miliki pada hari ini. Kalau peruntukan untuk program belia juga kita sekat, kita kurangkan, bagaimana kita meletakkan masa depan negara kita dalam satu landasan yang sempurna? Dalam satu landasan yang boleh meyakinkan masyarakat kita? Sudah tentu tidak boleh. Bermakna kerajaan harus melihat mana satu peruntukan, mana satu projek yang boleh dipotong, mana satu yang tidak boleh sebab kalau semua kita potong, semata-mata untuk menjaga ekonomi kita, saya rasa ini tidak relevan. Saya ingin menyentuh satu perkara iaitu di mana, kerajaan telah mengenakan ses jualan kelapa sawit. Setiap satu tan, RM50. Ini untuk estet-estet dan ladang-ladang yang besar tetapi kenyataan baru-baru ini, mulai 1 Julai bermakna mulai esok hari pekebun kecil sekalipun dikenakan ses RM50 satu tan. Ini merupakan satu cadangan yang tidak masuk akal. Saya minta kerajaan menarik balik cadangan mengenakan lebih ses kelapa sawit kepada pekebun-pekebun kecil. Di kawasan saya, ada yang tanam 3 hektar, 5 hektar, 2 hektar. Mereka kais pagi makan pagi, kadang-kadang kais pagi, petang pun tidak makan. Kalau dikenakan lagi RM50 satu tan, kalau pendapatannya 1 bulan, 3 tan, maka telah kurang pendapatannya RM150. Kerajaan banyak cara lagi hendak cari duit. Kerajaan banyak cara lagi untuk memperkayakan negara kita ini, jangan menganiayai pekebun-pekebun kecil. Isu banyak kita hadapi dengan kenaikan harga barang, harga minyak dan sebagainya. Oleh itu kementerian yang bertanggungjawab, guna akal fikiran yang waras, jangan guna akal fikiran yang emosi untuk mengenakan apa-apa caj kepada orang kampung, sebab ini tidak masuk akal. Kita akan kehilangan kerajaan apabila ini dilaksanakan kelak. Saya tidak setuju Tuan Yang di-Pertua supaya perkara ini dikaji dan tidak akan dilaksanakan, sebab ianya akan merugikan dan memusnahkan masa depan segelintir masyarakat yang bergantung sangat dengan pendapatan yang sedikit, kepada pendapatan harga kelapa sawit mereka...
Yang Berhormat Sekijang bangun lagi Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya dari Kinabatangan. Dia berucap dengan begitu bersemangat sekali. Saya begitu tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Kinabatangan ini, yang mana kerajaan akan mengenakan cukai levi ses ini sebanyak RM50. Jadi, kita telah pun menaikkan harga minyak baru-baru ini dan kita pula bayar RM625 kepada kenderaan 2000 cc. ke bawah, yang RM50 ini pun kita hendak pungut kah? Jadi, saya rasa nampak sangat kita tidak prihatin kepada rakyat kita. Jadi, apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat ini, saya rasa adalah satu perkara yang baik terutamanya kepada pekebun-pekebun kecil di dalam negara kita ini, yang mana saya rasa pendapatan mereka boleh dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi kalau RM50 ini pun hendak dikutip daripada mereka, saya rasa tidak sepatutnya kita lakukan ini. Saya hendak minta pendapat Yang Berhormat.
Boleh sekali jawab.
Ya, sila.
Ini masalah rakyat, masalah rakyat yang mesti dihapuskan serta-merta. Cukai RM50 kepada rakyat ini, rakyat kata, kita merompak harta dia. Saya hendak beritahu betapa seriusnya, orang kampung ini yang
mengeluarkan hasil kelapa sawit, kelapa sawit ini Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tidak beri baja, ia tidak beri buah. Baja sekarang dah naik, tiga kali ganda harganya. Racun dah naik daripada RM200 lebih 5 gelen, dah naik RM400 lebih. Baja, RM1,000 lebih satu tan dah naik dekat RM4,000. Kalau tidak baja, buah kelapa sawit tidak datang. Jadi orang kampung kata, kita merompak harta dia. Kalau harga minyak naik, kita boleh berhujah, ini global.
Namun pada hari ini pekebun-pekebun kecil kita kata, ini kerajaan punya kerja. Tak boleh nak buat alasan global punya perkara! Jadi kalau ini diteruskan, semua wakil rakyat Barisan Nasional tak payah kerjalah. You kerja berapa baik pun rakyat marah kepada kerajaan kita, kita tidak akan dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya akan datang. Lebih baik tidur saja di rumah. Salamlah, bagilah bantuan, rakyat marah kepada kita. Saya rasa Yang Berhormat Menteri yang berkenaan mungkin nak sabotaj Perdana Menteri supaya rakyat benci kepada Perdana Menteri. Perkara ini serius, perkara ini serius! Ini sokong membawa rebah. Jadi saya harap esok, 1 Julai ini, ini menteri dia mana menteri dia? Menteri dia mana? Esok ini, rakyat amat marah kepada kerajaan, amat marah kepada Perdana Menteri. Saya harap menteri kena buat pengumuman, petang ini juga buat pengumuman bahawa potongan RM50 dihapuskan dan rakyat akan balik menyokong Barisan Nasional. Bye, bye lah parti pembangkang. Sekian, terima kasih.
Ya, Tuan Yang di-Pertua, saya masukkan ucapan Yang Berhormat daripada Sekijang dan Sri Gading sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, untuk mengangkat darjat negara, maka sudah tentu ada satu asas dia. Asas dia iaitu pengajian tinggi. Hari ini kita melihat pengajian tinggi dalam negara kita lebih-lebih lagi IPTS berkembang tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan; tanpa ada kawalan, tanpa ada mungkin fokus daripada kementerian dan ianya lahir begitu sahaja. Maka lahirlah ramai graduan-graduan, tetapi malangnya graduan- graduan ini tidak berkualiti, graduan-graduan ini tidak berpasaran, tidak marketable sebab saya tidak tahu macam mana mereka lulus. Ada yang masuk satu tahun dapat ijazah, ada yang dua tahun dapat master, jadi ini harus dilihat oleh kerajaan sebagai satu kepincangan. Jangan kita cuma mungkin hendak melengkapkan kuota IPTS kita di negara ini, maka tanpa ada kawalan, tanpa ada mutu, tanpa ada kualiti. Lain-lain negara di Eropah, negara maju, mereka tidak begitu memfokuskan kepada akademik peperiksaan tetapi mana-mana pelajar yang cenderung ke arah satu bidang yang berteknologi ataupun berkepakaran, maka mereka akan dedahkan pelajar ini kepada institusi yang ada pelajar tersebut berminat. Contoh dia, kalau dia minat dalam bidang electrical, maka dia akan didedahkan daripada peringkat awal kepada budak ini dan dia akan menjadi pakar elektrik dalam jangka masa tujuh atau lapan tahun. Dengan demikian, maka dia akan menjadi seorang yang berkebolehan dan menjadi pakar, tetapi kita lihat bagaimana pengurusan pelajar-pelajar tercicir di negara kita khususnya yang gagal tingkatan lima, gagal tingkatan enam. Mereka ini seolah-olah tidak ada hala tuju. Kerajaan ada wujudkan kononnya Komuniti Kolej, Giat Mara, macam-macam lagi tetapi sekali kita semak berapa sebenarnya pelajar yang mereka boleh terima, ianya terlalu terhad. Yang tercicir 20,000, yang boleh dimuatkan dalam kolej-kolej ini lebih kurang empat ke lima ribu orang. Jadi bermakna lebih daripada 70% pelajar yang tercicir ini, mereka akan menjadi mat rempit, mereka akan menjadi penagih dadah, mereka akan menjadi perogol, mereka akan menjadi pencuri dan sebagainya. Jadi bagaimana pengisian negara dalam keadaan remaja, modal insan kita pada hari ini tidak terurus sedangkan mereka ini seharusnya masih menduduki di bangku sekolah dan tidak boleh dibiarkan sedemikian. Jadi apa usaha kerajaan untuk melihat bagaimana untuk menyelenggarakan pelajar-pelajar yang tercicir ini supaya mereka juga mempunyai masa depan yang sempurna seperti dikehendaki oleh kerajaan kita. Kalau tidak, maka akan berterusanlah gejala-gejala negatif yang berlaku seumpama ini bahkan mungkin akan meningkat tanpa ada penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh mana-mana penguatkuasaan.
[Bangun]
Dadah hari ini meningkat, kementerian jawab tidak tapi saya sendiri menyaksikan penagihan dadah di negara kita ini terlalu banyak. Lebih-lebih lagi dadah jenis syabu yang mudah..
Minta laluan.
Ya, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Kinabatangan tadi menyebutkan masalah dalam sistem pendidikan sehingga ke tahap universiti yang mana hasil keluaran daripada universiti-universiti, ramai pelajar-pelajar yang dikatakan tidak marketable. Dia tidak marketable dan menyebabkan ramai daripada mereka yang menganggur, tidak beroleh pekerjaan ataupun melakukan sesuatu yang boleh menyara hidup mereka. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kinabatangan, kalau itu yang menjadi satu persoalan iaitu sistem kita ini tidak begitu sesuai dengan keadaan pasaran. Bagaimana di zaman dahulu, di zaman Yang Berhormat, di zaman saya, di zaman kita-kita dahulu, sistem pendidikannya begitu dan tidak ada timbul masalah tidak ada marketable. Pelajar-pelajar yang keluar daripada IPTA boleh bekerja walaupun dia mengambil dalam bidang pertanian, dia boleh jadi usahawan. Walaupun dia mengambil bidang kejuruteraan, dia boleh jadi politician. Walaupun dia belajar keagamaan, syariah, wahyu dan sebagainya tapi dia boleh jadi seorang pentadbir yang baik. Tak ada timbul soal kata pengangguran pada masa itu. Pada masa sekarang ini yang dikatakan maka perlu dirombak, perlu diubahsuai, market driven, industry driven dan sebagainya. Betul kah ini yang menjadi masalah pokok kepada sistem pembelajaran kita ini ataupun ada masalah lain? Jati diri, kurangnya jati diri. Generasi muda pada hari ini tidak ada jati diri, tidak ada semangat untuk membina diri mereka. Jadi dengan sebab itu kalau itu menjadi persoalan, bersetujukah Yang Berhormat Kinabatangan umpamanya pihak kerajaan ataupun Kementerian Pelajaran mengadakan satu kursus atau program yang boleh membina jati diri di kalangan pelajar-pelajar daripada peringkat rendah, menengah dan hingga ke universiti, semangat keusahawanan. Ini penting Yang Berhormat. Kalau dia belajar tapi tak ada jati diri, tiada semangat, tiada daya usaha, dia tidak boleh berdikari, dia tidak boleh. Dia mengharapkan kepada orang lain. Tak mungkin kerajaan dapat mengadakan pekerjaan. Apabila tak ada pekerjaan, kerajaan salah, bila tak ada kerja, kerajaan salah. Bila tak ada kerja, kerajaan salah tetapi kalau pelajar-pelajar ada jati diri, ada semangat keusahawanan, dia tidak bergantung pada employment. Dia boleh self..., apa nama dipanggil?...
Self employed.
Self employed. Dia belajar kejuruteraan, dia boleh buka satu bengkel. Electrical workshop, motor workshop ataupun jadi usahawan tani ataupun menjadi macam-macam lagi. Takkan nak mengharapkan kerajaan, kerajaan, kerajaan. Hari ini dah bercakap macam mewakili pihak lain pula dah... [Ketawa]
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, hari ini keadaan dunia sudah berubah. Ekonomi berubah.
Yang Berhormat Bintulu bangun Yang Berhormat.
Tidak, tidak.
[Ketawa] Dunia berubah, ekonomi berubah, sistem-sistem perundangan yang lain pun cukup nampak berubah. Jadi apa yang kita lihat bahawa kalau kita kupas soal ini satu hari tidak boleh selesai. Memang keyakinan diri itu penting tetapi keyakinan diri sahaja tidak memadai untuk menjamin seseorang pelajar itu mendapat pekerjaan dan jawatan. Kerajaan seharusnya bertanggungjawab untuk melihat bagaimana ruang pekerjaan itu diwujudkan, sementara sistem pendidikan kita, saya telah banyak kali bangkitkan kenapa kita terus bersandar dengan exam oriented ataupun keputusan peperiksaan. Kenapa tidak dengan memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar ini dalam industri berteknologi seperti saya katakan tadi. Mekanik di situ dia ada, pembuatan dia ada, pengeksportan dia tetapi kita tiada tempat yang luas sebegini. Dan selepas dia keluar pun dia membuat peminjaman, peminjaman pun tidak mencukupi. Terhad juga. Jadi inilah antara lain-lain sekatan-sekatan yang kita lihat boleh membantut kemungkinan mereka tidak boleh menjadi tuan kepada diri mereka sendiri dan akhirnya mereka melibatkan dalam kumpulan-kumpulan yang negatif, yang subversif, seperti menjadi mat rempit, menjadi kumpulan-kumpulan samseng di kaki lima tanpa ada hala tuju. Jadi inilah antara lain kenapa kita meminta kerajaan supaya fokus dan melihat ke arah bagaimana membawa kumpulan-kumpulan remaja ini dalam satu situasi yang tidak memungkinkan mereka menjadi kumpulan-kumpulan yang tidak diingini. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi iaitu isu alam sekitar. Isu ini hangat diperbincangkan dan ia bukan lagi menjadi satu isu yang tidak diketahui oleh umum sebab kita juga melihat keadaan dunia pada hari ini, dianggarkan bukan musim hujan, hujan turun melimpah-limpah. Kita anggarkan musim tengkujuh, kemarau pula menjelma. Ini disebabkan oleh apa? Ini disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri. Pencemaran alam ini bukan saja dilakukan oleh mereka yang tidak memahami apa itu isu alam sekitar, tetapi pelaku-pelaku ini terdiri daripada mereka yang kaya-raya. Mereka yang mengaut keuntungan semata-mata. Contohnya, kawasan saya di Kinabatangan. Sungai Kinabatangan ini adalah sungai kedua terpanjang di negara kita di Malaysia. 570 kilometer. Sepanjang sungai ini, di sinilah estet-estet ataupun ladang-ladang besar menanam kelapa sawit mereka dan satu undang-undang telah diperkenalkan iaitu lima belas rantai daripada tebing sungai tidak boleh ditanam, tidak boleh diterokai tetapi sehingga hari ini tebing-tebing sungai di Kinabatangan diterokai dengan kelapa sawit. Pelbagai usaha telah saya lakukan tetapi masih juga tidak berjaya. Maka, sungai ini tercemar. Dulu boleh diminum sekarang sudah tidak boleh diminum. Dulu boleh kita mendapat ikan, udang yang banyak, hari ini sudah tidak ada. Yang banyak buaya sebab dia mungkin suka bahan-bahan kimia. Buaya ini tidak boleh mati dengan benda-benda baja dan sebagainya. Jadi dianggarkan 40 juta tan setahun kimia masuk ke air Sungai Kinabatangan. Bayangkan betapa banyaknya sisa-sisa toksik itu mengalir di sungai ini. Jadi apa langkah kerajaan? Langkah seterusnya mengawal bahawa sungai-sungai yang ada di negara kita ini dipelihara dan dijaga. Salah satu penyumbang ke arah pencemaran alam sekitar ialah beg-beg plastik tetapi sehingga hari ini kerajaan tidak juga mengambil langkah yang drastik mengharamkan pengilang-pengilang jangan lagi mengeluarkan beg-beg plastik. Keluarkan beg-beg yang mudah lupus, yang mesra alam.
Yang tidak plastik.
Yang tidak plastik punya. Plastik pun boleh yang cepat lupus punya tetapi tidak. Menteri dia dulu, timbalan menteri dia mempertahan...
[Menyampuk] Siapa itu?
Mempertahan kilang-kilang ini kononnya kalau ditutup mereka telah membuat investment yang banyak dan mereka akan lingkup. Berapa tahun dia sudah buka? Sudah untung. Apakah kita menggadai masa depan kesihatan rakyat kita semata-mata untuk menjaga keuntungan kilang-kilang mengeluarkan plastik ini. Saya mahu tahu daripada kerajaan. Jawab biar tepat. Kalau tidak saya akan target nanti semasa dia menggulung. Jangan beri jawapan yang tidak kukuh, yang tidak
relevan, yang tidak masuk akal sebab keadaan alam sekitar ini menjadi ancaman kepada kehidupan manusia, kehidupan binatang liar dan sebagainya. Kita boleh kaya tetapi kalau kita, kesihatan kita tidak sihat, kekayaan itu tidak ada gunanya sebab kekayaan itu dia tidak bawa mati. Dia bawa mati amalan dia sahaja, kebaikan dia. Keburukan dia akan dibangkit nanti. Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya sebagai menggulung, saya meminta kerajaan supaya benar-benar tegas melihat peruntukan yang diberikan khususnya kepada Sabah. Peruntukan itu jangan hanya menjadi sebutan di bibir tetapi realitinya tidak ada. Pertama, Pembangunan Koridor Negeri Sabah bila bermula? Sebab rakyat sudah bertanya. Kita sudah launch besar-besaran. Perdana Menteri telah lancar program besar- besaran. Tidak pun nampak ada koridor.... [Ketawa] Bila? Bila dia bermula? Koridor ini apa keuntungan dia untuk rakyat di Kinabatangan. Kalau ada tempias daripada RM15 bilion daripada projek koridor ini, di Kinabatangan apa yang ada? Saya mahu tahu. Daripada RM13 bilion, tambahan untuk pendidikan, apakah empat sekolah menengah ini terlibat untuk dua tahun setengah ini. Kalau tidak apa masalahnya? Kalau ya, bila dia dilaksanakan.
Ada tiga sekolah menengah dalam kawasan saya Yang Berhormat.
Ya, tiga sekolah menengah di kawasan Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mahu dimasukkan. Banyak ini. RM13 bilion ini. Tetapi kalau tidak dirancang, kita pun mahu tahu untuk apa itu RM13 bilion. Siapa yang dapat?
[Bangun]
Mana, mana orang dapat? Saya mahu tahu.
Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat Pasir Salak.
Lepas ini nampaknya pembangkang tidak payah cakap lagilah.... [Ketawa]
Ya, teruskan Yang Berhormat Kinabatangan.
[Ketawa] Ini mesej kita, kita ini Barisan Nasional tetapi peranan kita membereskan urusan-urusan kerajaan yang tidak beres. Itu pada saya. Sama peranan kita wakil-wakil rakyat. Saya tidak menganggap bahawa kita ini tidak menyokong kerajaan. Bukan itu pokoknya. Pokoknya kita mahu tahu RM1 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk Sabah, Sarawak pun RM1 bilion. Untuk apa itu RM1 bilion, siapa yang dapat? Projek apa RM1 bilion? Tidakkah satu batang jalan raya di Kinabatangan tidak boleh masuk? 47 kilometer saja. Berbilion-bilion diumum tidak boleh masukkah? Apa masalahnya, saya mahu tanya. Kenapa, di mana silapnya kerajaan? Di mana silapnya ICU, di mana silapnya EPU, mungkin matanya tertutup sebelahkah, ataupun pandangan dia kaburkah ataupun dia suka-suka cakap? Cakap tapi tidak serupa bikin...
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Rasah bangun Yang Berhormat.
Jadi saya mahu.
[Menyampuk]
Rasah ada luar bandarkah?
Ada, ada.
Ada.
Ada.
Bagi Rasah buat apa?
Ini bukan floor Rompin.
Yang Berhormat, teruskan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya amat tertarik dengan hujah-hujah bernas oleh Yang Berhormat Kinabatangan pada hari ini. Saya bersetuju sangat dengan hujah Yang Berhormat Kinabatangan tadi menyatakan bahawa kalau ada peruntukan, contohnya Kementerian Pendidikan RM13 million. Apakah projek-projek sekolah yang akan dijalankan? Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat bersetuju kalau kita sama- sama menyeru kepada kerajaan supaya menyenaraikan semua projek dalam Mid Term Review Rancangan Malaysia Kesembilan yang akan diteruskan supaya kita sama-sama tahu apa projek yang dilaksanakan. Sebab pada hari ini wakil rakyat sendiri tidak tahu apakah projek-projek yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Terima kasih. Inilah yang saya cakap ini. Dari tadi saya cakap. Saya mahu tahu.
Saya tanya setuju tidak semua projek?
Memang setuju. Semua projek, tempat pembangkang pun kita mahu tahu. Jadi pembangkang tidak boleh cakap tidak ada projek kerajaan bagi di kawasan dia... [Ketawa] Sebab ada lima negeri yang saya tahu, Kelantan pembangkang pun berbilion- bilion dia bagi. Kalau ikut hati saya tidak perlu bagi, sebab dia tidak sokong kerajaan, bagi tempat kita. Perak sudah ada kerajaan negeri, Kedah ada, Pulau Pinang sudah ada, Selangor sudah ada, Kelantan sudah ada, Wilayah sudah ada. Apa mahu bagi? Bagi di Kinabatangan, bagi dia maju.... [Ketawa][Tepuk] Baru ngam, baru adil.
Kesian...
Sebab ada pepatah Melayu, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Dia tidak bagi kita, apa mahu bagi?...
Duit cukai rakyat.
Akan tetapi saya hairan, ini kerajaan terlampau bagus. Orang tidak mengundi pun dia bagi juga. Pulau Pinang bukan kerajaan pun, bagi juga, Kedah pun bagi juga, Selangor pun lagi bagi, Wilayah lagi bagi. Saya sakit hati, Kinabatangan belum ada. Saya mahu tanya kerajaan kenapa jadi begini?
Minta, minta.
Ya, kenapa kera di hutan disusukan, kenapa anak di riba ditinggal-tinggalkan?... [Tepuk] Kenapa? Sedangkan kita tidak pernah membangkang...
Sebab Kinabatangan tidak ada pembangkang.
Dari dahulu tidak pernah pembangkang menang.
Titiwangsa bangun Yang Berhormat.
Kota Raja.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Kinabatangan. Tadi nampaknya Kinabatangan menyatakan bahawa negeri-negeri yang dimenangi oleh pembangkang, Pakatan Rakyat tidak perlulah diberi bantuan kepada rakyat negeri-negeri ini. Adakah Kinabatangan bersetuju sekiranya Kerajaan Pusat diambil oleh Pakatan Rakyat, maka wakil-wakil rakyat dari BN juga tidak perlu diberi bantuan dan sumbangan?... [Tepuk] Bukankah kita menganaktirikan rakyat kita sendiri walaupun mereka tidak memberi sokongan kepada BN, mereka tetap adalah pembayar cukai dan mereka mempunyai hak di atas harta kekayaan sumber alam dan sebagainya di dalam negara kita ini. Adakah Kinabatangan menyatakan ini adalah keadilan?
Ada pepatah orang Sabah, “Palis, palis!”, dia kata.... [Ketawa] Dia tidak nampak yang pembangkang boleh jadi kerajaan.
Apa makna, apa makna Yang Berhormat?
Sebab dia tahu...
Apa makna Yang Berhormat?
Palis ini bermakna jauhkan bala dia kata... [Ketawa] Sebab kalau pembangkang memerintah, alamat dia punya nama Keadilan sahaja, tetapi dia tidak akan adil. Ini sebab saya marah sama kerajaan, tetapi dia bagi juga, Dia bagi Kelantan, banyak lagi dia bagi Kelantan. Bagi pun banyak lagi kalah... [Ketawa] Saya pun hairan. Seharusnya rakyat dia sudah dengar, kerajaan sudah umum bilion-bilion, sokonglah... [Ketawa] Ini makin dia kasi kalah. Jadi mungkin kalau tidak diberi peruntukan, baru menang... [Ketawa] Namun, Kerajaan BN terlampau bagus, saya pun hairan. Itu saya kata, tempat saya teriak-teriak dia bagi sedikit. Pembangkang hantam hari- hari dia bagi banyak. Ada lagi menteri dalam Kabinet Barisan pun sokong pembangkang juga. Saya pun tidak tahu apa sudah jadi. Jadi akhirnya sebagai yang terakhir, saya meminta kerajaan supaya kembali kepada soal asas. Iaitu melihat pembangunan seimbang di antara wilayah, Sabah dan Sarawak harus menjadi keutamaan, harus diberi prioriti supaya dibangunkan dari segi - sebab Pak Lah cakap memberi akses ICT yang menyeluruh. Apa ICT, elektrik pun tidak ada. Jalan pun tidak ada, apa ICT? Mana boleh cetek ICT, elektrik pun tidak ada. Peruntukan saya RM500,000 tiga bulan habis sebab semua kampung minta gen set untuk dibekalkan kepada kampung- kampung, pembangkang tidak adalah. Ada negeri sendiri minta dengan negeri sendirilah. Adillah. Jadi inilah yang berlaku, ada wakil rakyat, peruntukan dia ada susah dia fikir hendak letak mana? Sebab semua kawasan dia sudah ada. Sebab itu saya cadangkan peruntukan ini berlandaskan kawasan Parlimen yang memerlukan, yang di bandar sudah ada, sudah ada DBKL melihat apa bagi peruntukan lagi? Bagi kepada Sabah dan Sarawak, tambah. Tidak rugi menambah sebab kita juga memperkukuhkan kerajaan yang sedia ada. Kita juga memenangkan parti kita, parti kerajaan. Rakyat Sabah dan Sarawak setia menunggu di belakang kerajaan yang memerintah hari ini tanpa ada ragu-ragu, tanpa berubah walaupun sedikitkah, banyakkah peruntukan dibagi, tetap undi juga Barisan...
[Bangun]
Masuk sedikit.
Sudah tunggu berpuluh tahun, hendak tunggu lagi ke? Itu sahaja... [Ketawa]
Sabar itu separuh daripada iman. Jadi kita bersabar, walaupun tidak ada jaminan, saya sentiasa melihat masih ada harapan di bawah Kerajaan Barisan Nasional ini sebab itu kita bertahan di sini, tetapi kita meminta, kita menegur dan kita terus merayu, seperti anak merayu kepada bapa dia. Sebab tidak ada jaminan. Kalau kita berpindah kapal, kapal itu tidak karam. Belum ada jaminan, kapal yang ada ini saya nampak masih stabil. Masih boleh belayar beratus-ratus tahun. Jadi kita belayar, berteduhlah di situ. Jangan panik, kalau ombak besar kita jangan panik. Kita bertenang, tidak bermakna kita akan karam. Tetapi kalau kita panik, maka akhirnya kita akan karam sendiri, begitu keadaan dia. Jadi akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya memohon kerajaan melihat semula rancangan pembangunan khususnya Sabah dan Sarawak supaya dapat dipercepatkan, kadar kemiskinan dikurangkan, orang kampung tidak ada rumah, dibagi rumah, projek- projek mega dipotong bagi kepada Sabah dan Sarawak. Bangunkan dahulu, seimbangkan dahulu wilayah ini, baru kita cerita soal keadilan, soal keseimbangan. Kalau belum seimbang, masih belum ada jalan raya, belum ada air bersih, belum ada api elektrik, belum ada sekolah baik, belum ada itu ini, macam mana soal cerita keadilan? Tidak boleh. Seimbangkan dahulu, selaras dengan logo Barisan Nasional - dacing, tegakkan keadilan dacing itu. Sama ratakan rakyat, wilayah, Sabah, Sarawak dengan Semenanjung, baru kita cerita soal-soal yang boleh membangunkan ekonomi secara sejagat. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Baik Yang Berhormat, terima kasih. Yang Berhormat bagi Permatang Pauh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan peluang saya mengambil bahagian membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan. Saya mendapati bahawa rancangan ini diberi kajian selepas dua tahun, paling awal diberi kajian atas rancangan-rancangan Malaysia yang ada dan juga satu perkara yang aneh kerana tadi pagi selepas pembentangan pada hari Khamis yang sudah, Perdana Menteri telah membentangkan dan mengambil masa yang cepat Dewan telah ditangguhkan sampai ke hari ini. Jadi apakah sebabnya Timbalan Perdana Menteri terpaksa memberi satu lagi penjelasan pada pagi ini? Sebab itulah kita mengatakan bahawa apakah satu persepsi yang telah diberikan, apakah cara Perdana Menteri memberi pembentangan pada hari Khamis yang sudah terpaksa di cover, terpaksa diperbaiki oleh Timbalan Perdana Menteri.
Satu persepsi yang tidak baik kerana kedua-duanya melibatkan pemimpin tertinggi negara kita. Ini menunjukkan bahawa apakah Timbalan Perdana Menteri kena mop up, kena berjaga-jaga apa yang Perdana Menteri buat. Ini satu persepsi yang tidak baik bukan sahaja untuk Kerajaan Barisan Nasional tetapi untuk negara kita dalam segi bagaimana pentadbiran negara dilakukan. Inilah sebabnya pihak kami merasakan tidak wajar pada pagi tadi diberikan kesempatan untuk Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri memberi penjelasan tadi. Sepatutnya dia telah ada ruang, peluang dan masa pada hari Khamis yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, objektif Rancangan Malaysia Ke-9 ini, pembentangan kajian semula Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-9 ini berlaku selepas Pilihan Raya Umum yang ke-12 yang lalu. Pilihan raya menyaksikan perubahan kerajaan di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta kehilangan 2/3 majoriti Barisan Nasional dalam Parlimen. Jumlah penduduk di negeri- negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat serta Wilayah Persekutuan melebihi jumlah penduduk di negeri-negeri yang dikuasai oleh BN. Maka, menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat memastikan keberkesanan bukan sahaja Kinabatangan yang saya nampak macam berapa lama bukan main loyal tetapi masih lagi menunggu. Walaupun sabar itu separuh daripada iman, tetapi kalau tanggungjawab mesti ditunaikan. Jadi kalau saya katakan bahawa rakyat penduduk- penduduk di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat serta Wilayah Persekutuan
melebihi penduduk di negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional, maka menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat untuk memastikan keberkesanan rancangan yang dibentangkan untuk mencerminkan kehendak seluruh rakyat termasuk di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Janganlah kajian semula rancangan ini digunakan untuk menghukum rakyat yang menunaikan tanggungjawab mereka mengundi parti pilihan mereka dalam pilihan raya yang lepas. Itulah namanya demokrasi. Saya bangkitkan isu ini kerana kedengaran selepas pilihan raya, arahan telah dikeluarkan untuk merombak seluruh peruntukan dalam rancangan pembangunan. Peruntukan-peruntukan yang telah diisi untuk negeri-negeri pertanian dan kurang maju seperti Kelantan, Kedah dan Perak akan dipindahkan. Dalam nada yang sama, peruntukan-peruntukan di negeri maju seperti Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan akan dikurangkan secara mendadak sebagai hadiah hasil keputusan pilihan raya baru-baru ini. Tujuannya menghukum rakyat di mana yang dilakukan terhadap rakyat negeri Kelantan dan Terengganu selepas jatuh ke tangan Barisan Alternatif pada 1999. Saya harap berita ini tidak benar kerana percaya rancangan pembangunan adalah sebuah rancangan untuk agenda nasional tanpa mengira perbezaan politik di antara parti-parti politik. Janganlah perubahan dibuat atas dasar keputusan pilihan raya dan meluahkan perasaan marah kepada rakyat yang membuat pilihan dalam pilihan raya yang ke-12. Dalam pengamatan kami setelah meneliti pembentangan oleh Perdana Menteri pada hari Khamis yang lepas 27 Jun, kajian semula Rancangan Malaysia Ke-9 menunjukkan struktur peruntukan dan kesannya kepada negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat telah diubah. Kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat menerima peruntukan yang berkurangan daripada yang ditetapkan dalam rancangan pembangunan asal. Oleh sebab itu, rancangan ini tidak lagi menepati sebuah rancangan nasional yang mencerminkan hasrat, tuntutan dan keperluan negara. Ini bukan lagi dokumen agenda nasional. Dalam membentang sebuah agenda ekonomi nasional yang begitu pentingnya, biasanya pihak pembangkang didahulukan lebih awal sesalinan rancangan pembangunan yang hendak dibahaskan. Kalau tidak pun sekurang-kurangnya disediakan ringkasan atau diberi taklimat dan penjelasan prinsip-prinsip dan strategi-strateginya. Ini untuk memberi peluang kepada semua Ahli-ahli Parlimen menyumbang kepada pembentukan rancangan itu sendiri. Walau bagaimanapun di Malaysia, Unit Perancangan Ekonomi membuat segala- galanya secara rahsia. Semua dokumen diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi. Hanya pada tarikh yang ditentukan kerajaan akan membentangkannya secara mengejut. Yang peliknya Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet telah membuat pelbagai pengumuman sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi mengenai penyusunan semula projek-projek, rancangan-rancangan dan peruntukan- peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 sejak 10 tahun lalu yang telah bermula di Sarawak. Sebelum dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Saya hanya menerima dokumen ini pada hari pertama sesi Parlimen, 23 Jun lebih kurang sama dengan orang awam mendapatnya. Kemudian kami perlu menelaah isi kandungan sebelum membahaskan dengan lebih bermakna. Saya tidak dapat berselindung daripada perasaan bahawa seluruh proses ini sengaja dirancang sebegitu rupa. Ini bagi membolehkan kerajaan ”meredah”, orang utara kata “meredah” atau bulldoze Dewan yang mulia ini tanpa pendebatan yang bermakna oleh pihak pembangkang. Tuan Yang di-Pertua, dalam kerangka ekonomi mikro, rekod kerajaan menunjukkan ekonomi tumbuh pada kadar 6.3% pada 2007 dan 5.9% pada tahun 2006. Akan tetapi pertumbuhan dijana oleh permintaan dalam negeri bagi mengimbangi pertumbuhan eksport barangan dan perkhidmatan yang lembap. Perbelanjaan swasta melonjak 11.7% dan sebahagian besarnya didorong oleh kenaikan gaji kakitangan kerajaan. Perbelanjaan kerajaan juga meningkat 6.4% berbanding 5% pada tahun sebelumnya. Sektor perkhidmatan pula tumbuh agak mampan pada 9.7% dan pertumbuhan sektor perlombongan dan pembinaan meningkat selepas mengalami pertumbuhan negatif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pertumbuhan eksport barangan pembuatan meningkat hanya 3% iaitu pertumbuhan yang paling rendah setakat ini. Manakala pertumbuhan sektor pertanian agak lembap, malah merosot kepada 2.2% sahaja. Pertumbuhan eksport juga lembap pada tahun 2007, merosot kepada 2.7% berbanding purata 12.1% antara 2002 hingga 2006. Eksport barangan elektronik dan electrical yang merangkumi 65% eksport pembuatan merosot 4.2%. Semua angka-angka ini, kemerosotan ini hanya diimbangi oleh kenaikan eksport komoditi pertanian dan petroleum yang tumbuh 14.5% kerana kenaikan harga komoditi pertanian kelapa sawit, getah dan petroleum di pasaran dunia. Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat dan eksport melalui Singapura yang merangkumi eksport barangan pembuatan dan perkhidmatan merosot dan hanya disokong oleh eksport minyak kelapa sawit dan petroleum ke China dan Jepun yang meningkat. Jumlah hutang luar negara berbanding KDNK berada pada tahap 31.3% dalam tahun 2007. Dalam konteks pertumbuhan eksport yang lembap dan merosot, kerajaan bergantung pada taktik dan strategi menggunakan perbelanjaan swasta dan kerajaan untuk merangsang dan menjana pertumbuhan ekonomi yang diperlukan yakni pertumbuhan berteraskan perbelanjaan berbanding dengan strategi yang betul iaitu pertumbuhan berteraskan pelaburan. Kerajaan tidak dapat melaksanakan strategi pertumbuhan berteraskan pelaburan kerana secara komparatif dan relatifnya trend pelaburan swasta dan kerajaan merosot sejak tahun 1998 setelah mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dipecat dari kerajaan dan rejim kawalan modal dilaksanakan. Ini adalah untuk menunjukkan bahawa strategi kita tidak betul. Tidakkah kerajaan sedar bahawa strategi yang dilaksanakan kerajaan sekarang dengan menjana pertumbuhan ekonomi berteraskan perbelanjaan mempunyai kesan buruk iaitu inflasi. Ditambah pula dengan kenaikan harga barang makanan global, inflasi menunjukkan tanda-tanda ia sedang menyemarak dan berkekalan.
Kerajaan menjangkakan Indeks Harga Pengguna atau IHP tumbuh pada kadar 4.2% dalam tahun 2008 dan akan terus meningkat sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Analisa oleh Pacific Economic Council berkenaan inflasi memberi penilaian pesimistik untuk negara-negara Asia Tenggara dengan kadar inflasi yang akan mencapai 6.2% berbanding dengan 4.2% tahun yang lepas. Kerajaan juga bertanggungjawab menambah tekanan inflasi apabila menarik semua bahan-bahan bekalan pembinaan daripada senarai harga kawalan. Itu yang disebutkan oleh Perdana Menteri dan Rancangan Malaysia Kesembilan ini akan ditambah lagi RM30 bilion. Ini kerana salah satu daripada sebabnya ialah bahan-bahan pembinaan akan naik harga sebab ditarik daripada senarai harga tawaran. Harga bahan-bahan ini akan ditentukan oleh pasaran. Selain itu kerajaan menaikkan juga harga runcit petrol dan diesel antara 40.6% hingga 63% dan takrif elektrik antara 20% hingga 26% berkuat kuasa Julai, tidak lama lagi 1 Julai ini. Walaupun terdapat rebat, ia tidak efektif untuk menampung kos yang meningkat dan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Saya juga hendak tanya, kenapakah rebat ini diberi melalui Pos Malaysia? Apakah kerajaan tidak memberi cara-cara pemberian rebat ini melalui agensi kerajaan yang tidak melibatkan kos. Saya hendak tanya kenapa mesti diberikan kepada Pos Malaysia yang kalau saya silap tolong betulkan. Apakah tiap-tiap rebat itu kos pengendaliannya pergi kepada Pos Malaysia dan siapa yang mendapat untung daripada pemberian rebat pada tiap-tiap telah diberikan rebat? Saya harap kerajaan mengkaji semula keputusan menaikkan tarif elektrik bagi mengurangkan tekanan ke atas inflasi dan bebanan kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Mohamad Salleh dalam satu wawancara baru-baru ini mengatakan bahawa Indeks Harga Pengguna Malaysia tidak menunjukkan kenaikan harga yang sebenar. Semakan rambang kepada suri rumah yang merupakan pembeli utama barangan pengguna menunjukkan kadar kenaikan harga barangan rumah adalah lebih dari 3% daripada apa yang dinyatakan kerajaan bagi
bulan April. Ini bermakna kadar inflasi sebenar ialah 7.2% untuk bulan April 2008 dan bukan 4.2% seperti yang dinyatakan oleh kerajaan. Menurut beliau lagi IHP Malaysia terlalu jauh berbeza dengan IHP di Thailand dan Singapura iaitu antara 5% hingga 7%. Ini ialah kerana barangan dan wajaran atau vintage barangan di dalam IHP Malaysia ketinggalan zaman. Contohnya, mungkin makanan adalah 50% dari belanja rumah tetapi wajaran yang diberikan dalam IHP Malaysia cuma 30%. Barangan yang termasuk dalam IHP Malaysia adalah barangan harga kawalan seperti beras hancur 15% atau tepung serba guna sedangkan beras, tepung selainnya itu dan barangan di luar kawalan naik mendadak. Mengambil kira kenaikan harga barangan yang begitu tinggi berkemungkinan besar kita sedang mengalami inflasi sebenar dalam lingkungan 10% dan terus meningkat setiap tahun sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Ekonomi yang mengalami inflasi yang tinggi lambat laun akan mengalami penguncupan dan dalam permintaan kerana terdapat jurang besar di antara pendapatan dan kenaikan harga barangan. Kewujudan jurang ini akan melembapkan pertumbuhan ekonomi. Kadar pertumbuhan ekonomi sekarang tidak mungkin dapat dikekalkan untuk masa hadapan jika inflasi tidak dibendung secara segera dengan berkesan. Tuan Yang di-Pertua, tambahan pula Ringgit Malaysia telah menurun berbanding mata wang serantau. Berdasarkan kesan kadar pertukaran sebenar atau dengan izin real effective exchange rate. Ini juga menyumbang kepada inflasi bagi barangan import dari negara serantau. Bagi menjana pertumbuhan ekonomi berteraskan perbelanjaan, kerajaan mengekalkan kadar faedah yang rendah. Oleh itu kerajaan tidak dapat lagi mengguna polisi monetary untuk mengurangkan inflasi import. Rumusan saya Kerajaan Barisan Nasional menyemarakkan lagi inflasi dalam ekonomi negara. Pasaran modal pula tidak bermaya. Pelabur kehilangan minat dalam pasaran saham negara. Selepas dibentangkan kajian semula ini, indeks pasaran saham tidak naik, dia level. Pelabur kehilangan minat dalam pasaran saham negara. Pada tahun ini sahaja nilai modal di Bursa Saham Kuala Lumpur susut antara 9.5% hingga 10.5%. Ia dijangka susut lagi selepas kekangan inflasi yang didorong oleh kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini. Selepas kenaikan harga petrol dan diesel, JP Morgan dan syarikat kewangan luar negara telah menurunkan penarafan daya tarikan pasaran saham Malaysia baru-baru ini. Kerajaan menjangkakan pertumbuhan KDNK negara akan mencapai 5.5% untuk tahun 2008 dan stabil pada tahap itu selebih tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Kami tidak berasa seoptimistik itu, kerana ekonomi kuasa-kuasa besar dunia sedang mengalami kemelesetan. Juga tanggapan kenaikan inflasi di Malaysia akan memberi kesan kepada permintaan menyebabkan pertumbuhan perbelanjaan domestik merosot selepas ini. Ini menjurus untuk kami percaya bahawa pertumbuhan KDNK akan lebih rendah daripada jangkaan kerajaan. Kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini menyimpang dari jangkaan menyebabkan seluruh struktur harga yang digunakan untuk membuat ramalan ekonomi selama ini terhapus. Tiada siapa lagi dapat memberi gambaran tepat bagaimana struktur harga baru akan mengukuh atau kesannya kepada pertumbuhan ekonomi. Ia akan mengambil masa untuk mendapat gambaran tepat dan membuat ramalan unjuran ekonomi baru yang bermakna. Di atas paper yang ditulis nombor-nombor ini tidak boleh dijadikan ukuran. Jadi unjuran pertumbuhan ekonomi yang disasarkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan untuk tahun-tahun seterusnya dijangka tidak dapat dicapai. Penjimatan RM13 bilion yang diuar-uarkan oleh kerajaan akibat kenaikan harga petrol tidak dibentangkan oleh kerajaan tentang penggunanya. Mana pergi duit itu? Adakah ia digunakan untuk meningkatkan sistem pengangkutan, bandar atau pendidikan. Ini masih Yang Berhormat Kinabatangan dok tanya lagi ini sekolah apa semua. Tuan Yang di-Pertua pun tanya lagi, di sana mana sekolahnya atau pertanian. Kita hendakkan food security, mana duit itu pergi? Atau dalam projek-projek yang membazir? Saya tidak menemui
sesuatu yang inovatif mahupun kreatif dalam cadangan strategi mikro ekonomi negara yang membolehkan Malaysia menuju ke arah negara yang progresif dan kompetitif.
Tuan Yang di-Pertua, jika dibandingkan pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2000, tahun permulaan Rancangan Malaysia Kelapan dengan tahun 2006. Tahun permulaan Rancangan Malaysia Kesembilan, kadar pertumbuhan merosot dari 8.9% ke hanya 5.9%. Manakala pertumbuhan pelaburan merosot dari 27.3% kepada 20.7%. Lebih ketara lagi, nisbah eksport berbanding KDNK pada tahun 2006 merosot kepada 117% daripada 124.4% pada tahun 2000. Kemerosotan eksport barangan pembuatan dan import barangan modal seperti mesin, jentera dan sebagainya untuk mentransformasikan ekonomi menyebabkan gross capital formation, dengan izin, atau pembentukan modal kasar merosot dari 27.3% pada tahun 2000 kepada 20.7% pada tahun 2006. Daripada petunjuk-petunjuk ini, apakah ekonomi negara dapat dipacu ke status negara maju? Adakah strategi pertumbuhan ekonomi yang berdasarkan perbelanjaan domestik swasta dan kerajaan untuk menjana pertumbuhan dapat memindah negara Malaysia untuk menjadi gemilang dari status membangun, kepada sebuah negara yang maju? Jadi negara kita sangat memerlukan rancangan menyeluruh dalam kerangka ekonomi mikro yang inovatif dan kreatif. Ini adalah untuk menjana pertumbuhan ekonomi masa depan dan memacu negara ke arah yang lebih progresif dan kompetitif. Dalam laporan Strategies For Sustained Growth and Inclusive Development, yang dikeluarkan oleh Commission on Growth and Development dan Bank Dunia, dinyatakan semua negara yang tumbuh dengan pesat dan berdaya tahan seperti 13 buah negara termasuk Singapura, yang kita telah hilang Pulau Batu Puteh. Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan lain-lain, berjaya memindah ekonomi mereka dari negara membangun kepada negara maju setelah mengalami kadar pertumbuhan purata 8% selama 25 tahun, dan
(i) mengeksploitasi ekonomi global sepenuhnya; (ii) mengekalkan kestabilan ekonomi mikro; (iii) mengumpul simpanan dan pelaburan pada kadar yang tinggi; (iv) membiarkan pasaran menentu penggunaan bahan-bahan; (v) mempunyai kepimpinan kerajaan yang komited, berkemampuan dan credible; (vi) melabur secara besar-besaran dalam meningkat mutu pendidikan dan kesihatan. Bukan mercu-mercu tanda sahaja tetapi pendidikan dan kesihatan, penting Tuan Yang di-Pertua. Sekarang, adakah strategi negara selari dengan keenam-enam prinsip ini untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berdaya tahan bagi mencapai status negara maju? Bandingkan keenam-enam prinsip ini dengan keadaan ekonomi negara kita yang tumbuh sederhana berasaskan perbelanjaan domestik, swasta dan kerajaan. Diliputi pula dengan kadar inflasi yang tinggi. Implikasinya akan ternyata dalam ekonomi negara untuk beberapa tahun yang akan datang. Adakah kita mengeksploitasi ekonomi global sepenuhnya dan memelihara kestabilan ekonomi mikro? Jawapannya tidak. Kerajaan melaksanakan rejim kawalan modal dan mengasingkan diri dari ekonomi global ketika menghadapi krisis kewangan Asia. Walaupun kerajaan telah memberi kelonggaran dan menarik balik beberapa peruntukan, tetapi masih terus mengekalkan sedikit sebanyak kawalan tersebut sehingga kini. Apabila kerajaan memilih untuk melaksanakan kawalan modal, walaupun untuk sementara waktu, ia telah mengubah ciri ekonomi mikro negara buat selama-lamanya. Akibatnya, ekonomi Malaysia tersisih dari ekonomi global. Masyarakat pelabur baik tempatan mahupun asing terutamanya yang mengalami kejutan ketika kawalan modal dilaksanakan mempunyai tanggapan baru terhadap kestabilan rangka ekonomi makro negara. Kini, kita menanggung kesan pelaksanaan polisi itu yang menyaksikan kemerosotan pengeluaran barangan pembuatan dan tidak lagi berdaya mengeksploitasi
ekonomi global sepenuhnya. Sepatutnya, syarikat tempatan dan multinasional membuat pelaburan baru, tetapi semakin banyak yang berpindah ke negara yang mereka anggap mempunyai kestabilan pengurusan ekonomi mikro. Apatah lagi, kemasukan pelaburan baru yang makin merosot sejak rejim kawalan modal dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua...
[Bangun]
...Pergantungan kepada pertumbuhan perbelanjaan swasta dan kerajaan menyebabkan kebergantungan kepada teknologi dan proses pembuatan sedia ada. Ini menafikan Malaysia daripada teknologi terkini dan tinggi yang amat diperlukan untuk menjana ekonomi yang berdaya kreatif dan inovatif.
Yang Berhormat Jerlun bangun Yang Berhormat.
Tak apalah saya ada banyak, saya ada panjang hendak cakap. Terima kasih.
Sikit sahaja.
Yang Berhormat Jerlun, beliau ada masanya. Biarlah saya habiskan.
Dia tidak beri laluan Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat.
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perbelanjaan swasta dan kerajaan bukanlah pengganti kepada sebuah ekonomi yang dipacu oleh pelaburan dan eksport bagi membangun sesebuah ekonomi maju. Kombinasi, ketidakstabilan ekonomi mikro dan pergantungan kepada perbelanjaan swasta dan kerajaan merupakan sebab utama syarikat-syarikat Malaysia tidak mempunyai daya kreatif dan inovatif yang tinggi. Penggunaan, penemuan dan hasil R&D dengan izin, research and development atau penyelidikan dan pembangunan serta rangkaian di antara institusi penyelidikan dan industri, hampir tiada. Ini menyebabkan negara gagal mengeksploitasi ekonomi global sepenuhnya. Kesemua negara yang berjaya berpindah dari sebuah negara membangun kepada sebuah negara maju mempunyai kadar simpanan dan pelaburan yang tinggi. Malaysia pernah mengalami suasana sebegini. Pelaburan dan simpanan yang tinggi semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan. Ini fakta. Ketika itu, rekod menunjukkan kadar simpanan rakyat Malaysia merupakan di antara yang tertinggi di dunia. Begitu juga dengan kemasukan pelabur langsung asing yang menjadikan Malaysia di antara negara yang paling menarik untuk pelaburan. Hari ini, keadaan sudah terbalik. Kemerosotan kemasukan pelabur langsung asing...
[Bangun]
...Dan eksport menyebabkan kerajaan terpaksa menggalakkan rakyat berbelanja dan malah meminjam untuk merangsang permintaan bagi menjana pertumbuhan ekonomi.
Yang Berhormat Jerlun bangun lagi Yang Berhormat.
Minta maaf. Saya ada panjang ini...
Eh, takkan takut pula.
Tuan Yang di- Pertua, minta maaf.
Janganlah takut.
Tak apa Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Pelaburan swasta perlu digalakkan manakala perbelanjaan membazir dielakkan. Ini digalakkan dengan polisi meninggalkan teknologi rendah dan tidak produktif kepada teknologi tinggi dan terkini bagi mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang lebih kreatif dan inovatif untuk pasaran global. Perbezaan senario antara Malaysia dengan negara-negara yang telah mencapai tahap maju amat ketara sekali. Adakah kerajaan menunjukkan kepimpinan yang komited, berkemampuan dan credible telah terbukti dengan polisi kerajaan yang berubah-ubah. Pada mulanya Perdana Menteri mahu mengamalkan dasar berhikmah dan mengurangkan perbelanjaan dan defisit negara. Tiba-tiba tahun lepas, beliau mengumumkan pelbagai koridor pembangunan yang menjangkau perbelanjaan lebih dari RM1.1 trilion.
Saya ulangi, lebih daripada RM1.1 trilion, bukan million, bukan bilion tetapi RM1.1 trilion. Berdasarkan pengumuman-pengumuman yang dibuat sebagai gimik pilihan raya, pembangunan Koridor Sabah berjumlah RM105 bilion. Kinabatangan, ini termasuklah kot. Ke mana pula hendak pergi duitnya ini? Pembangunan Koridor Wilayah Iskandar, Johor ya, Batu Pahat, Pontian, Pulau Batu Puteh, RM382 bilion. Pembangunan Koridor Sarawak, Tuan Yang di-Pertua, RM334 bilion. Banyak tu! Pembangunan Koridor Utara, RM178 bilion dan Pembangunan Koridor Pantai Timur RM112 bilion sahaja kalau dibandingkan dengan Sabah dan Sarawak. Jadi jumlah kesemua peruntukan untuk pembangunan koridor-koridor yang diumumkan setakat ini ialah RM1.1 trilion. Ini tidak termasuk pembangunan koridor-koridor lain yang belum diumumkan kalau ada lagilah. Kalau ada koridor sana, koridor sini, yang tidak masuk-masuk lagi ini. Betulkah kerajaan mempunyai sumber sebanyak ini untuk pembangunan koridor-koridor ini? Kalau betul ada, tidak payahlah naikkan harga minyak! Sila memperincikan perancangan sumber yang akan diperoleh oleh kerajaan untuk pembangunan koridor-koridor ini. Mana hendak datang duit ini? Rakyat perlu tahu sama ada ia datang dari pinjaman atau kemasukan langsung pelaburan asing. Dari mana kerajaan akan memperoleh sumber kewangan lebih daripada RM1.1 trilion ini? Hanya Perdana Menteri dan Tuhan sahaja yang mengetahui! Sebelum pilihan raya, Timbalan Perdana Menteri berjanji tidak akan menaikkan harga petrol selepas pilihan raya. Tengok, apa yang jadi? Tidak sampai tiga bulan selepas pilihan raya harga petrol dinaikkan. Ia bukan sedikit, 46% hingga 63%! Ini semuanya menunjukkan polisi ekonomi dan kepimpinan negara ini tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai. Dalam jangkaan saya, 10% hingga 20% projek pembangunan dibazirkan melalui projek-projek rundingan terus dan rasuah. Tengok sahaja komisen yang dibayar untuk pembelian kapal selam Scorpene dan jet pejuang Sukhoi yang saya huraikan dengan panjang lebar dalam ucapan saya yang lepas. Selain itu keutamaan peruntukan dan perbelanjaan kerajaan juga tidak bijak. Sebagai contoh, kerajaan bercadang membelanjakan sebanyak RM40 bilion untuk projek kereta api double tracking antara Johor Bahru hingga Padang Besar. Tidak ada Johor Bahru di sini, Padang Besar pun tidak ada!... [Memandang ke arah tempat duduk Ahli Yang Berhormat Johor Bahru dan Padang Besar] Tidakkah RM40 bilion ini lebih baik digunakan untuk membina rangkaian pengangkutan yang komprehensif di Lembah Klang dan bandar- bandar utama lain bagi mengatasi masalah pengangkutan bandar dan awam serta pergantungan kepada subsidi petrol? Kepimpinan kerajaan sekarang tidak mempunyai daya kreatif dan inovatif yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berdaya tahan, mahupun kepimpinan yang konsisten dan boleh dipercayai. Kerajaan ini juga tidak mempunyai polisi yang boleh
menjana inovasi dan penggunaan teknologi terkini bila mana eksport barangan pembuatan merudum dan kadar pelaburan merosot, manakala cerita-cerita tentang menteri meminta komisen dari syarikat-syarikat multinasional yang ingin membuat pelaburan masih selalu kedengaran. Sering kali kerajaan menjanjikan bahawa proses tender dan perolehan akan dibuat secara terbuka dan telus. Namun sering kali juga proses tender yang sedia ada diabaikan dan projek diberikan secara rundingan terus. Ini termasuk kontrak perolehan bekalan, kontrak kerja, kontrak perundingan dan kontrak penswastaan. Contoh terdekat ialah projek high speed broadband yang dibangkitkan dalam sesi Parlimen yang lepas oleh Yang Berhormat Machang dan pembelian saham Avenue Asset oleh ECM Libra yang menjadikan perbahasan hangat di kalangan masyarakat tetapi tidak boleh dibahaskan di sini sangat. Akhbar The Edge mendedahkan beberapa projek besar IT yang diberikan kepada syarikat baru, Precision Portal Sdn. Bhd, merumuskan bahawa perolehan projek IT kerajaan amat diragui ketelusannya oleh syarikat gergasi IT dunia yang beroperasi di Malaysia. Begitu juga dengan Syarikat ATOS Consulting yang mendapat banyak projek secara rundingan terus. Saya hendak tanya, kenapa syarikat-syarikat yang saya sebutkan ini mendapat layanan begitu istimewa berbanding dengan syarikat-syarikat lain? Mungkin Yang Berhormat Rembau dapat menjelaskannya tetapi saya mahu menteri berkenaan menjawabnya. Tuan Yang di-Pertua, proses perolehan dan pemberian kontrak yang telus dan terbuka boleh menjamin bahawa projek-projek kerajaan dilaksanakan dengan kos yang berpatutan kerana ia melibatkan persaingan. Penjimatan kos pada kadar 5% hingga 10% pun besar kesannya jika jumlah projek melebihi RM10 bilion setahun. Tuan Yang di-Pertua, saya akan masuk bab pendidikan. Sekarang saya mengalih perhatian kepada kedudukan sistem pendidikan dalam rangka ekonomi makro negara. Negara-negara yang berjaya mencapai status negara maju membuat pelaburan besar- besaran dalam usaha meningkat standard dan kualiti sistem pendidikan mereka. Anak- anak kita yang terdidik, mereka adalah aset negara - punyalah penting! Setelah 50 tahun kita merdeka kerajaan baru sedar betapa pentingnya keperluan meningkat standard dan kualiti sistem pendidikan negara. Kesedaran ini lahir lebih dari tekanan dan kritikan dari pihak pembangkang tentang layunya warga universiti akibat Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU, serta peningkatan graduan yang tidak dapat memenuhi standard dan kualiti pasaran semasa. Akibatnya, pengangguran di kalangan graduan meningkat begitu dengan amat ketara dan amat meruncing negara sekarang. Dalam laporan Bank Dunia bertajuk, “Malaysia and the Knowledge Economy: Building a World Class Higher Education System” dengan izin, atau “Malaysia dan Ekonomi Pengetahuan: Membina Sistem Pendidikan Tinggi Bertaraf Dunia” yang dikeluarkan pada tahun 2007 membuat kesimpulan yang mengejutkan. Dalam ringkasannya ia menyatakan, “Kelebihan persaingan ekonomi Malaysia tidak lagi terjamin. Malaysia perlu mentransformasikan...” Ini bukan transformers tetapi “Malaysia perlu mentransformasikan dirinya kepada ekonomi inovatif di mana persaingan tidak lagi berdasar kepada pengeluaran besar-besar efficiency berasaskan kos rendah dan tenaga buruh kasar yang murah dalam perancangan masa depan. Malaysia perlu mengintegrasikan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam proses pengeluaran di mana daya kreatif, daya imaginasi, dan daya reka cipta terjelma dan berintegrasi dalam budaya firma-firma dalam ekonomi negara.” Apa yang kita perlukan untuk meningkatkan kualiti dan standard universiti- universiti kita? Bagi membolehkan peralihan berlaku, kita perlu memperbaiki keberkesanan sistem universiti secara menyeluruh: (i) pendidikan tinggi perlu di kembang dan kualiti dipertingkatkan; (ii) kawalan ke atas pentadbiran dan kewangan perlu dikendurkan. Ini bagi memberi ruang kepada universiti
menekan kepada pembangunan ilmu serta menyerap dan mengambil ilmu baru dari seluruh pelosok dunia; (iii) mengeluarkan dan memperdagangkan ciptaan berinovasi; (iv) mengeluarkan tenaga mahir yang diperlukan dari sudut teknologi dan pengurusan oleh firma-firma; (v) kerajaan perlu menggalak penubuhan dan perkembangan institusi pendidikan swasta; (vi) membangun pusat kecemerlangan dan mengintegrasikan dengan pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan lain dengan kerjasama universiti-universiti; dan (vii) meletak tanda aras prestasi akademik baik fakulti mahupun pelajar bersandarkan prestasi universiti-universiti kelas dunia.
Dari laporan ini, kerajaan sedar bahawa sistem pendidikan tinggi negara sudah ketinggalan dan tidak lagi berdaya menggalak sistem ekonomi inovasi yang dicadangkan. Namun aspek ini kurang diberi penekanan dalam dokumen Kajian Semula Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan. Yang lebih malang lagi ialah kenyataan Menteri Pengajian Tinggi di Kota Kinabalu pada 8 Jun baru-baru ini bahawa kerajaan telah mengurangkan peruntukan untuk pengajian tinggi sebanyak RM800 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Dalam keadaan kita mengharap lebih banyak pelaburan dibuat untuk meningkat kualiti dan standard pendidikan, kerajaan memilih pendidikan sebagai mangsa dalam pemotongan peruntukan. Ini membuktikan kerajaan tidak memahami masalah asas yang dihadapi negara untuk memaju ke arah sebuah negara maju dan kompetitif. Sila nyatakan secara terperinci peruntukan-peruntukan yang telah dikurangkan atau dipotong oleh kerajaan untuk pendidikan tinggi. Ke mana peruntukan-peruntukan ini diagihkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan apa justifikasinya. Pada tahun 2004, universiti tertua dalam negara ini, Universiti Malaya telah menduduki tangga 89 dalam ranking Times Higher Education Supplement. Namun pada 2005, Universiti Malaya telah jatuh ke tangga 169 dan pada tahun 2006, jatuh lagi 23 tangga dan menduduki tangga ke-192. Akhirnya pada tahun 2007, Universiti Malaya terkeluar dari 200 buah universiti terbaik di dunia dan menduduki tangga ke-246. Kita semua tidaklah dapat pergi ke Oxford atau ke Cambridge. Jadi Universiti Malayalah kita harapkan tempat kita hendak belajar. Menurut Scopus Database yang lengkap dengan semua jurnal dan hasil penulisan ilmiah dalam dunia, jumlah kertas penyelidikan dihasilkan oleh Malaysia adalah sebanyak 1,226 pada tahun 2001 dan meningkat 175% kepada 3,372 pada tahun 2006. Di Singapura pula, kadar peningkatan kertas penyelidikan yang dihasilkan di dalam tempoh lima tahun adalah 83% iaitu daripada 5,274 kepada 9,630 dan di Australia, kadar peningkatan adalah 87% iaitu daripada 511 kepada 958. Walaupun Singapura dan Australia mempunyai jumlah kertas penyelidikan yang kurang daripada Malaysia tetapi masih banyak dalam tempoh lima tahun ini, namun beberapa buah universiti daripada kedua-dua negara tersebut berjaya menduduki tempat dalam 200 buah universiti terbaik di dunia. Angka-angka ini mendedahkan kelemahan serius yang sedang dialami oleh institusi pengajian tinggi awam dalam negara kita yang terlalu menitikberatkan kuantiti dan bukan kualiti. Akibatnya, negara kita terpaksa berhadapan dengan realiti bahawa sebanyak 70% daripada mahasiswa graduan universiti awam menganggur...
[Bangun]
Batu Pahat bangun lagi, Yang Berhormat.
Minta maaf. Kalau Jerlun saya tidak bagi, lagilah Batu Pahat. Iaitu lebih kurang 60 ribu...
Duduk, Yang Berhormat. Dia tidak bagi.
[Menyampuk]
...Graduan setahun.
[Menyampuk]
Tidak apa, Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat.
Minta maaf. Saya hendak stress point ini. Akibatnya negara kita terpaksa berhadapan dengan realiti bahawa sebanyak 70% daripada mahasiswa graduan universiti awam menganggur iaitu lebih kurang 60 ribu graduan setahun. Ini pada tahun 2006. Tuan Yang di-Pertua, menurut Menteri Sumber Manusia, dalam jawapan Parlimen pada April 2007, sejumlah RM240 juta telah dibelanjakan untuk melaksanakan Skim Latihan Graduan atau SLG sejak tahun 2001. Seramai 12 ribu orang graduan telah menyertai SLG dalam satu fasa dan daripada jumlah tersebut, kira-kira 70% yang telah menamatkan latihan di bawah SLG telah mendapat kerja. Ertinya daripada jumlah 60 ribu graduan yang menganggur, hanya 10% graduan sahaja yang menjalani SLG boleh mendapat kerja, manakala 90% yang lain masih menganggur. Bukankah ini jelas bahawa SLG sememangnya bukan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah pengangguran mahasiswa. Maka Pelan Strategi Pendidikan Tinggi yang terbentuk sewajarnya berfungsi untuk memperbaiki mutu pendidikan tinggi yang kian merosot. Namun nampaknya pelan tersebut telah meninggalkan beberapa aspek yang penting dalam usaha memperbaiki kualiti universiti awam tempatan. Antaranya Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak ada sangat disebut tentang autonomi akademik dalam pelan ini. Maka autonomi universiti masih terbatas oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU dan kemudiannya oleh Akujanji termasuk dalam pelantikan naib canselor yang masih terikat oleh pendirian atau simpati politik. Teras asas yang menjayakan universiti bertaraf dunia, world class ialah kebebasan universiti dari kawalan ketat kerajaan dan menggalakkan daya saing antara para akademik dan pelajar seperti mana yang dirumuskan oleh majalah The Economist pada 10 September 2005 yang membicarakan secara terperinci industri pendidikan tinggi global. Tuan Yang di-Pertua, saya masuk bab pertanian. Ini penting sebab kita menghadapi krisis makanan. Kata sekarang hendak buka di Sabah, Sarawak pun hendak tanam padi. Sekarang ini saya beralih perhatian kepada masalah mendesak masa ini. Dahulu tanam padi atas bumbung, baru saya teringat di Kedah tanam padi atas bumbung tetapi mahal, tidak tahan. Kenaikan harga barang makanan yang terlampau tinggi serta kesannya kepada rakyat, terutama kumpulan berpendapatan rendah. Sekiranya tidak diselesaikan, maka ia boleh merencatkan ekonomi makro negara. Berbeza dengan minyak dan gas di mana negara masih kekal sebagai pengeksport bersih. Bahan makanan pula merupakan import terpenting dan terbesar negara. Dalam tempoh setahun yang lepas sahaja, harga makanan utama seperti beras, bijirin, minyak masak dan gula meningkat lebih daripada 50%. Harga beras sahaja melambung sehingga 90% walaupun menurun sedikit sekarang. Saya akui kerajaan tidak boleh dipersalahkan semuanya kerana ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor luaran. Kesilapan kerajaan ialah kegagalan bertindak pantas sejak ia timbul. Ia dibiarkan berlarutan sehingga menimbulkan keresahan dan desakan dari rakyat miskin dan berpendapatan rendah di bandar dan di luar bandar untuk menyara kehidupan dan mengalas isi perut mereka. Kerajaan mesti menyediakan satu program subsidi yang wajar untuk makanan utama kepada rakyat berpendapatan rendah. Harga makanan akan terus meningkat untuk beberapa tahun yang akan datang. Berpendapatan rendah golongan rakyat tidak lagi dapat bertahan dengan kenaikan harga bahan makanan. Saya merayu agar kerajaan membentuk dan melaksanakan sistem subsidi untuk rakyat berpendapatan rendah dengan segera. Ia perlulah sepadan dengan taraf kehidupan tahap pembangunan ekonomi negara.
Kebanyakan negara termasuk Malaysia meninggalkan polisi ekonomi, menggalak mampu diri iaitu self-sufficiency dalam pengeluaran makanan dan barangan. Polisi penggantian import diolah untuk mendorong pembangunan asas eksport pertanian. Di Malaysia, polisi ini bermakna pembangunan industri kelapa sawit yang banyak memperuntukkan tanah terbaik negara. Yang peliknya agensi yang dibentuk kerajaan bertujuan memastikan bekalan mencukupi dan mengawal langganan harga, diswastakan. Contoh terbaik ialah BERNAS yang diswastakan kepada proksi pemimpin politik negara. Sekarang jelas dengan kenaikan harga barang makanan utama dan kritikal yang melampau dan bahaya pergantungan berlebihan kepada perdagangan antarabangsa untuk bekalan bahan makanan mesti diterbalikkan.
Ini kerana semakin banyak negara bertindak melindungi bekalan mereka untuk memberi keutamaan kepada rakyat mereka sendiri. Perubahan perlu dibuat dalam rangka ekonomi mikro. Kemerosotan dalam sektor pertanian mesti diterbalikkan bagi dibaik pulih dan disusun semula sekarang. Ini kerana kalau kita beli beras daripada Thailand, Thailand tidak cukup beras, dia tidak mahu jual kepada kita, rakyat kita kelaparan. Sekarang kita tidak mempunyai pilihan melainkan membangun dan melaksanakan program mampu diri iaitu self-sufficiency dengan izin, untuk semua bahan makanan utama negara dengan segera. Ia perlu dijadikan sebagai objektif utama dalam merangka ekonomi mikro negara. Insya-Allah kerajaan yang dikuasai Pakatan Rakyat akan menyediakan segala tanah yang diperlukan untuk pembangunan tanaman utama. Kerajaan Pusat perlu membantu program ini dengan menyediakan bantuan kewangan kepada petani, membeli benih, baja, racun serangga dan sebagainya. Menyediakan kemudahan pemprosesan dan penyimpanan serta bertindak sebagai pembeli jalan terakhir sekiranya hasil mereka tidak dapat dipasarkan. Perubahan ini amat diperlukan dan mesti dilaksanakan dengan segera dalam merangka ekonomi mikro. Saya sekali lagi merayu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memahami dan belas kasihan kepada kesusahan yang dialami rakyat berpendapatan rendah sekarang. Memberhentikan segala pembaziran dalam ekonomi, menangguhkan segala projek yang tidak penting. Turun ke padang dan membantu rakyat yang sedang sengsara untuk menyara kehidupan dan mengalas isi perut mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya masuk ke bab iklim pelaburan dan pelaburan langsung asing. Prasarana untuk menarik pelaburan berorientasikan ekonomi pengetahuan tidak tersedia. Sejak tiga dekad yang lalu, Malaysia bergantung pada pelaburan tempatan dan asing untuk menjana pertumbuhan diperlukan dalam transformasi ekonomi. Pada masa lalu, pelaburan langsung asing lebih tertumpu pada kegiatan pemprosesan besar-besaran, mass-production terutamanya dalam pengeluaran komponen elektrik dan elektronik. Sekarang pelaburan langsung asing lebih berorientasi asas ekonomi pengetahuan atau knowledge-based economy. Saya ingat lagi Tuan Yang di- Pertua bincang panjang lebar tentang K-based economy ini semasa Tuan Yang di-Pertua sebelah sana. Pelabur asing mencari pakar tempatan yang efisien, berkaliber tinggi dan tenaga kerja yang berkualiti bagi membantu mereka dalam pembangunan hasil dan khidmat untuk pasaran global. Perhubungan baru global muncul di kalangan syarikat-syarikat dalam rangka kerja seperti dengan izin flow software, open sourcing, outsourcing, offshoring, supply chaining, insourcing, informing, convergence dan sebagainya sebab ini telah mengubah jalinan hubungan persaingan antara syarikat tempatan dan asing dalam ekonomi global yang menarik. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Malaysia sepatutnya menyesuaikan dan bersedia menghadapi cabaran global ini. Mengambil kira permintaan dan keperluan baru ini, maka timbul persoalan sama ada iklim pelaburan dan asas ekonomi pengetahuan negara berada pada tahap yang berdaya menarik kemasukan pelaburan langsung asing. Sekiranya tidak ada, maka mereka yang beralih kepada negara lain seperti India, China, Taiwan, Singapura atau negara Arab Emirate yang lebih terserlah dalam asas ekonomi pengetahuan mereka.
Secara terus-terang, Malaysia setakat ini masih belum mempunyai iklim pelaburan atau asas ekonomi pengetahuan atau rangkaian inovasi yang diperlukan sebagai daya tarikan kepada jenis pelaburan langsung asing baru ini. Penilaian ini penting kerana kita perlu menginovasi rangka ekonomi mikro kita. Pada pertengahan tahun 90-an, Malaysia dilihat sebagai negara yang mempunyai first mover advantage dalam membina daya saing ekonomi pengetahuan. Walau bagaimanapun, setelah sepuluh tahun Multimedia Super Corridor (MSC) dilancarkan, hampir semua flagship application yang dirancang, gagal dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Hari ini, Malaysia tidak lagi dilihat sebagai negara yang ke hadapan dalam ekonomi pengetahuan, walaupun di benua Asia sendiri. Dalam satu kajian empirikal yang dibuat pada tahun 2005 Tuan Yang di-Pertua, mendapati kos menjalankan perniagaan untuk firma pengeluaran atau pengilangan di Malaysia lebih tinggi daripada kebanyakan negara yang mempunyai per kapita KDNK lebih kurang sama. Ini kerana polisi kawalan dan peraturan yang memberi kesan negatif kepada pelaburan asing. Polisi kawalan dan peraturan ini merugikan syarikat berprestasi tinggi atau dengan kata lain, polisi kawalan dan peraturan menghukum syarikat-syarikat terbaik. Saranan perniagaan sebegini tidak berwibawa. Saya minta kaji semula, polisi kawalan modal secara menyeluruh. Begitu juga dengan industri perkhidmatan di mana polisi kawalan menyebabkan sektor ini tidak efisien dan mundur berbanding dengan negara-negara lain. Tahap produktiviti begitu rendah dalam sektor ini. Kajian ini mengesyorkan kerajaan mengkaji secara mendalam bagi mengurang dan menghapuskan beberapa peruntukan dalam peraturan dan polisi kawalan yang tidak sesuai lagi. Kerajaan dari semasa ke semasa mencadangkan memperbaiki sistem penyerahan, tetapi setakat ini jauh daripada tahap yang dirancang. Selain daripada masalah ketidakcekapan dalaman kita juga berhadapan dengan masalah kekurangan tenaga mahir yang diperlukan oleh pelaburan asing baik dalam sektor pembuatan mahupun perkhidmatan. Ini menjurus kepada sistem universiti yang tidak dapat memenuhi keperluan saintis, ahli matematik, jurutera, teknokrat, pengurus dan sebagainya bagi keperluan operasi dan inovasi ke atas pelaburan yang dibuat dalam ekonomi, baik tempatan mahupun asing. Negara perlu meningkatkan keperluan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan tenaga yang dapat membangunkan proses pengeluaran yang makin inovatif dan menghasilkan reka bentuk barangan yang canggih. Kemudian, kita berhadapan dengan tahap penyelidikan dan pembangunan yang terlalu rendah. Ini terbukti dalam jumlah pendaftaran hak cipta dan proses teknologi sebagai ukuran dalam ekonomi kreatif dan inovatif. Program penyelidikan dan pembangunan tidak teratur tanpa integrasi yang logik dengan sektor swasta. Jaringan inovasi juga berada pada tahap yang rendah. Oleh sebab itu, Malaysia ditakrif sebagai negara pengguna teknologi dan bukan negara pencipta teknologi. Saya sudah biasa cakap tentang perkara ini dahulu. Mengambil kira kesemua kesimpulan ini, bukan lagi menjadi misteri kenapa pelaburan langsung asing merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Rangka ekonomi mikro tidak lagi dapat memenuhi kriteria baru untuk menarik pelaburan langsung asing. Akibatnya mereka berpindah ke destinasi yang lebih menarik daripada Malaysia. Tanpa pelaburan langsung asing, saya ragu-ragu kita akan berjaya mencapai status ekonomi negara maju dan kompetitif dalam tempoh 12 tahun menjelang 2020 ini. Masa untuk inovasi dan berdaya kreatif dalam merangka ekonomi mikro adalah hari ini dan bukannya esok ataupun kemudian hari. Tuan Yang di-Pertua, saya masuk bab pengangkutan yang penting kerana kita perlukan pengangkutan. Kerajaan tidak mempunyai perancangan dan pembangunan yang komprehensif tentang keperluan sistem pengangkutan bandar. Kalau adapun, hanya sedikit untuk KL. Dalam Belanjawan 2008, kerajaan memperuntukkan RM12 bilion untuk sektor pengangkutan. Bagus, tetapi money, duit ini tidak bermaksud pembangunan. Peruntukan, peruntukan, peruntukan. Kerajaan menyatakan negara perlu menambah lebih banyak sistem jalan raya terutamanya di kawasan bandar dan sedikit untuk yang lainnya. Apabila diamati, ia banyak berkait dengan jalan raya bertol. Sebab itu hendak buat jalan raya, hendak bubuh tol ini.
Jelas pendekatan kerajaan kepada keperluan sistem pengangkutan bandar hanyalah dengan membina lebih banyak jalan raya termasuk yang bertol dalam usaha melega masalah kesesakan dalam bandar. Saya berpendapat penyelesaian sedemikian tidak boleh lagi bertahan baik dari sudut ekonomi mahupun alam sekitar. Apatah lagi implikasi dan kesannya kepada taraf kehidupan penduduk. Daripada mengguna lebih banyak petrol dan diesel untuk sektor pengangkutan kita, kita perlu menggunakan kuasa pasaran menjurus kegunaannya kepada sektor ekonomi yang lebih produktif terutamanya sektor industri. Sekarang ini sektor pengangkutan menggunakan tenaga runcit paling tinggi lebih daripada 42% berbanding dengan sektor industri yang hanya menggunakan 38%. Ini petanda tidak sihat dari sudut rangka ekonomi makro. Tambahan pula harga bahan bakar dalam sektor pengangkutan menjadi isu hangat, bertanggungjawab kepada subsidi paling tinggi dari kerajaan. Cara penyelesaian sekarang Tuan Yang di-Pertua dengan memperbanyak kereta dan jalan raya akan menjurus kepada lebih banyak penggunaan petrol dan diesel dan lebih tinggi lagi kadar subsidi kerajaan. Penyelesaiannya memerlukan kepada pemikiran semula secara menyeluruh masalah pengangkutan bandar. Lengkap dengan inovasi dan komitmen untuk pelaburan secukupnya kepada penyelesaian inovatif ini. Saya faham benar bahawa sistem pengangkutan lengkap memerlukan penggunaan pelbagai jenis dan mod pengangkutan hubungan dan integrasinya di antara bandar, tengah bandar dan kawasan penduduk. Saya juga faham keperluan dan tuntutan di antara keperluan kewangan dan beban ekonomi dalam menyediakan sistem pengangkutan lengkap yang paling optimum dirantau ini tapi saya hendak tegur juga kalau Ahli-ahli Parlimen hendak naik basikal ke Parlimen apa salahnya. Ini satu mesej. Jangan diperendahkan kata macam budak-budak. Basikal kalau di Europe, kalau di Germany dia ada laluan special untuk basikal.
[Bangun]
Minta maaf, saya tak bagi.
Naik basikal berapa hari?
Dia ada laluan special.
Yang Berhormat, sebelum dijemput untuk bercakap jangan berdiri sewenang-wenang dan mencelah. Tolonglah. Tolonglah, sila duduk.
Saya tak bagi Tuan Yang di-Pertua. Ucapan saya panjang.
Yang Berhormat Permatang Pauh tadi mengatakan dengan soal basikal ini jangan diperendah-rendahkan. Jadi saya suka mencelah di sini yang merendah-rendahkan di antara satu sama lain adalah Ahli Yang Berhormat sendiri. Jangan merendah-rendahkan antara satu sama lain. Begitu juga dengan peraturan mesyuarat. Jangan selalu sinis kerana itu nanti menimbulkan kekecohan. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Naik basikal ini boleh memberi kesihatan yang lebih baik. Ramai kita ini yang kadang-kadang sakit darah tinggi, macam-macam itu kerana tak exercise. Sekarang ini kalau ada masalah kenaikan harga petrol, kalau naik dekat-dekat ini apa salahnya. Jangan diperendahkan satu mesej yang boleh digunakan sebagai satu mesej yang baik. Kesihatan, tak payah subsidi petrol dinaikkan sangat, tak payah gunakan petrol, gunakan tenaga. Itu sahaja saya hendak sebutkan. Di Europe memang ada laluan untuk basikal yang menjadi cara hidup di sana. Tuan Yang di-Pertua, pada pendapat saya tidak ada pengganti kepada sistem bas yang bersih dan efisien untuk tengah bandar dan perhubungannya dengan perantara pinggir bandar terutamanya di sekeliling radius 20 kilometer dari tengah bandar sebagai
penyelesaian paling optimum. Sementara kita mungkin mempunyai gagasan sendiri mengenai kereta api berat atau sistem kereta api ringan atau sistem monorel dan sebagainya tetapi kesimpulan sempena KL dan bandar-bandar barisan kedua amat memerlukan kepada sistem bas yang baik, bersih dan efisien diberi keutamaan daripada jenis pengangkutan lain. Pendekatan ini mungkin tidak popular dan tidak diterima kerana ia tidak menambah kepada perbelanjaan awam yang besar. Ia juga tidak termasuk dalam definisi pembangunan sebuah bandar raya yang moden dan menarik di mana pelbagai jenis gerabak raksasa bergerak di atas aras struktur tinggi sebagai mercu tanda. Dengan sistem yang bersih saya bermaksud dua perkara. Pertama kebersihan badan bas itu sendiri baik dalaman mahupun luaran. Kedua, sistem gerakan enjin di mana terdapat pelbagai teknologi yang boleh dimanfaatkan. Mengguna bahan bakar alternatif seperti gas yang lebih menjimatkan dan bersih untuk bandar-bandar kita. Dengan efisien saya maksudkan operasi bas yang tepat pada waktunya, pemandu yang berhemah dan sistem operasi dan penyelenggaraan pada tahap tertinggi di mana bas yang rosak digantikan dengan segera. Dengan efisien saya maksudkan juga dengan pembaikan dan pemikiran lengkap dalam merangka sistem kawalan bas bandar, kawasan penduduk dan antara bandar dengan pangkalan tunggal untuk dipertanggungjawabkan. Sektor ini mesti disusun semula dengan menyediakan insentif fiskal sama seperti ditawarkan kepada sektor industri. Tambang di subsidi sama ada oleh pihak bandar raya atau kerajaan bagi menggalakkan kegunaannya. Penjimatan dalam penggunaan tenaga digunakan untuk mengurangkan harga tambang. Saya agak terperanjat meskipun kerajaan mendedahkan pencapaian dalam pelbagai bidang canggih kejuruteraan automobil, menghantar angkasawan malahan menimbang membeli roket secondhand, perolehan jet pejuang dan kapal selam yang canggih dan sebagainya tetapi tidak mampu dan upaya dalam mengurus satu sistem bas yang baik, bersih dan efisien sebagai alternatif lebih lagi jalan raya bertol dalam penyelesaian pengangkutan bandar. Saya tertarik kepada pendedahan kepincangan dalam penyelenggaraan bas-bas awam yang tidak terurus oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Saya terkejut apabila mendapati yang terpaksa menjawab persoalan ini dalam media rupanya syarikat Scomi. Jadi saya minta Yang Berhormat Kinabatangan tanya menteri berkenaan kenapa syarikat Scomi tidak diambil tindakan. Ini membuktikan kepimpinan negara tidak berkemampuan dan lemah dalam pentadbiran ekonomi. Apatah lagi untuk menggalakkan pemikiran inovatif dan kreatif yang diperlukan dalam merangka pembangunan ekonomi baru untuk negara. Tuan Yang di-Pertua, saya masuk tentang peranan media. Dalam usaha membangun ekonomi berasaskan pengetahuan, peranan media dan penyaluran maklumat amat penting kepada masyarakat. Keputusan penting baik perniagaan, pelaburan, pendidikan, penyelidikan, keselamatan, mahupun politik memerlukan kepada maklumat tepat dan cepat. Masyarakat yang menguasai dan berupaya memperoleh maklumat dengan tepat dan cepat mendapat kelebihan dalam penguasaan ekonomi berasaskan pengetahuan. Media tidak sepatutnya digunakan oleh kerajaan sebagai alat propaganda, memutar belit berita dan memaparkan sebagai pendapat tepat bagi membentuk pendapat umum mengikut acuan dan ketentuan kerajaan. Era kerajaan menguasai media dan seterusnya menguasai pemikiran dan tindakan umum sudah berlalu. Hari ini internet menguasai dunia dan hampir setiap maklumat yang dikehendaki boleh didapati melalui pelbagai cara yang tidak lagi terfikir oleh kita sekarang. Melalui telefon bimbit sahaja pun kita boleh berkomunikasi dan mendapat pelbagai maklumat di mana sahaja kita berada. Hari ini Menteri Penerangan atau Menteri Keselamatan Dalam Negeri dapat membentuk pemikiran atau pendapat umum dan tentukan aksi dan reaksi rakyat melalui ucapan atau percetakan sudah berlalu. Pengongkongan ke atas kebebasan media adalah hasil daripada darurat daripada menentang komunis pada tahun 1948 hingga 1960 di zaman era Perdana Menteri pertama dahulu. Komunisme tidak lagi menjadi ancaman kepada isu ekonomi negara mahupun mahu pun global lagi. Kenapa pengongkongan di
zaman darurat masih wujud dan berfungsi pada hari ini? Adakah dengan pengongkongan ini kerajaan dapat mengawal rakyat agar segala keputusan dan tindakan mereka tidak perlu dipertanggungjawabkan. Kalau inilah perspektifnya saya ingin menyatakan bahawa sekarang ini kerajaan tidak berupaya lagi mengawal rakyat melalui manipulasi isi kandungan dan pengaliran maklumat dan pengetahuan dalam fungsi ekonomi. Malah sebarang manipulasi kepada sistem maklumat dan pengetahuan adalah counter produktif kepada pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan yang amat diperlukan oleh negara.
Berhadapan dengan kenyataan ini, kita tidak mempunyai pilihan melainkan merubah dan menerima hakikat kewujudan kebebasan media agar ia dapat memainkan peranan seperti mana yang dibayangkan dalam era ekonomi pengetahuan. Kebebasan media mesti diwujudkan untuk memberi kelebihan kepada masyarakat dalam menerokai pengetahuan, pasaran peluang perniagaan, perkhidmatan pekerjaan dan sebagainya. Media berperanan sebagai catalyst dalam menjana pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan, mengawal dan mengimbang atau check and balance dalam sistem politik demokrasi. Tuan Yang di-Pertua, 10 tahun lalu satu konspirasi jahat politik telah dirancang dan dilaksanakan untuk menjatuhkan seorang pemimpin ternama negara. Konspirasi ini menyaksikan salah guna kuasa jentera kerajaan seperti polis, pendakwa raya dan juga badan kehakiman untuk akhirnya menghukum pemimpin tersebut secara zalim. Dalam proses itu, kepercayaan dan persepsi rakyat serta banyak badan-badan asing terhadap profesionalisme dan kebebasan institusi polis, pendakwaan dan kehakiman negara terhakis. Ketidakpercayaan rakyat terhadap institusi demokrasi dan kehampaan mereka terhadap janji-janji untuk memulihkan institusi-institusi ini merupakan antara faktor utama rakyat menolak BN dalam Pilihan Raya Umum yang Ke-12 baru-baru ini. Kini, konspirasi yang sama untuk memburukkan pemimpin yang sama telah dimulakan kembali. Bekas Timbalan Perdana Menteri yang mana kepimpinannya semakin diterima rakyat mula digeruni oleh beberapa pemimpin tertinggi negara. Usaha beliau dan pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain untuk mengajak Ahli-ahli Parlimen BN dan pemimpin-pemimpin dari parti komponen BN bersama Pakatan Rakyat semakin mendapat sambutan. Beliau bercadang untuk membuat undi tidak percaya terhadap pimpinan BN sedia ada pada masa yang sesuai sebagai langkah memastikan perubahan politik berlaku mengikut proses dan peruntukan Perlembagaan dan undang-undang. Namun pemimpin- pemimpin tertentu kerajaan memilih konspirasi politik dan tuduhan jijik untuk mengaibkan beliau. Kita mempunyai maklumat bahawa yang menuduh beliau ada membuat pertemuan dengan pemimpin BN yang tertentu untuk membincangkan isu ini dan tindakan yang akan diambil. Episod mengulangi konspirasi jijik mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri adalah tindakan terdesak untuk mengalih pandangan rakyat dari kelemahan Kerajaan BN dalam menghadapi suasana rakyat marah dengan kenaikan harga minyak dan diesel serta kenaikan harga barang makanan, kemelut politik dan perebutan kuasa di dalam UMNO, kontroversi perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, usaha undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dan pelbagai isu negara yang lain. Tuan Yang di-Pertua, pada 18 Jun 2008 seorang blogger yang bernama Raja Petra Raja Kamarudin telah membuat satu akuan bersumpah di Kuala Lumpur yang mengatakan beliau mendapat maklumat yang kukuh bahawa jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi hari berikutnya, pada malam Altantuya Shaaribu dibunuh terdapat tiga orang yang terdapat di tempat kejadian jenayah;_ (i) Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak; (ii) Pemangku Kolonel Aziz Buyung; pakar C4; dan
(iii) isteri kepada Kolonel Pemangku Aziz Buyung, Norhayati iaitu salah seorang ADC Datin Seri Rosmah. Sumber pemberi maklumat beliau menyatakan Kolonel Aziz Buyung merupakan individu yang meletakkan C4 di sekeliling badan Altantuya sambil diperhatikan oleh Datin Seri Rosmah Mansor dan Norhayati. Beliau membuat akuan bersumpah ini disebabkan beliau telah mendapat maklumat yang boleh dipercayai tentang penglibatan ketiga-tiga individu ini yang tidak dikaitkan dengan kes-kes pembunuhan ini. Mereka juga tidak dipanggil sebagai saksi-saksi oleh pihak pendakwa dalam proses pendakwaan yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Saya juga membuat akuan bersumpah ini atas kesedaran bahawa adalah satu jenayah sekiranya maklumat yang saya peroleh tidak didedahkan bagi membantu pihak polis dalam menjalankan penyiasatan. Beliau seterusnya mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa Perdana Menteri walaupun telah dinafikan dan saya tidak akan baca bab ini. Beliau juga telah menerima maklumat kukuh di mana seorang Sultan telah dimaklumkan berkaitan perkara ini. Saya ingin bertanya apakah tindakan kerajaan mengenai akuan bersumpah Raja Petra yang mengaitkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, isteri Timbalan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Rembau yang juga menantu Perdana Menteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu atau Allahyarhamah Aminah binti Abdullah. Dalam kenyataan akhbar bekas Timbalan Perdana Menteri pada hari Sabtu 28 Jun, beliau memaklumkan memiliki dokumen yang membuktikan penglibatan kelompok Ketua Polis Negara dan Ketua Pendakwa Raya dalam mereka cipta maklumat dan bukti semasa perbicaraan mahkamah yang melibatkan beliau yang didapati bersalah pada tahun 1999. Bagaimana kita boleh mengharap akan adanya siasatan yang betul dalam episod tertuduh jika ketua institusi siasatan dan ketua institusi pendakwaan mungkin terlibat dalam kes menganiayai beliau pada tahun 1998, 1999.
Tuan Yang di-Pertua Peraturan Mesyuarat, Point of Order 36(2).
Sekejap Yang Berhormat Rembau. Point of order Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak mendapat ruling Tuan Yang di-Pertua. Once and for all. Perkara ini saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(2). Reference shall not be made to any matter which is sub judice in such a way as might in the opinion of the Chair prejudice the interests of parties thereto. Jadi, saya hendak tanya sama ada perkara ini adalah perkara yang sub judice kerana perkara yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang adalah satu perkara yang sedang dibincangkan dalam mahkamah. Jadi saya hendak tahu daripada Tuan Yang di- Pertua sama ada perkara ini adalah perkara yang boleh dikatakan sub judice kerana dalam pertimbangan mahkamah. Jadi kita hendak tahu sama ada ruling ini dapat dikeluarkan hari ini sama ada perkara yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang yang berhubung kait dengan perbicaraan dalam kes Altantuya tersebut boleh dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara-perkara seperti ini Ahli-ahli Yang Berhormat sudah sedia maklum. Perkara-perkara sub judice tidak boleh dibangkitkan. Namun telah menjadi lazim kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada sub judice atau tidak dikeluarkan juga. Jadi saya tadi mendengar apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya tanya diri saya sendiri sama ada yang disebut mengenai dengan soal-soal yang disebut tadi itu perlu. Oleh kerana nama-nama yang disebut itu tidak boleh mempertahankan diri kerana mereka bukan dalam Dewan dan dalam Peraturan Mesyuarat
36 sebetulnya ini semua tidak boleh disebut. Akan tetapi oleh kerana tidak ada Ahli-ahli Yang Berhormat berdiri untuk menegur, saya biarkan. Saya juga telah pun simpan dalam fikiran saya bahawa kalau bukan hari ini, esok akan ada orang nanti daripada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada sebelah kerajaan macam mana pun akan membangkitkan juga apa yang dibangkitkan Yang Berhormat Permatang Pauh mengenai dengan soal seorang pemimpin negara yang diaibkan oleh kerana laporan yang palsu itu. Bolehkah saya minta kerjasama semua Ahli-ahli Yang Berhormat bakal pemimpin negara, yang semua ini pun pemimpin-pemimpin negara, yang semua ini mempunyai pemikiran canggih-canggih dan intelek. Bolehkah perkara begini dihentikan dan mari kita berbahas dengan soal-soal yang benar-benar berkepentingan negara, bolehkah?
Boleh
Kalau boleh, mulai daripada hari ini sampai esok, sampai lusa, sampai habis kita bersidang pada sesi ini jangan lagi memperdengarkan kepada saya soal-soal seperti begini.
[Menyampuk]
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak kaitkan kerana isu keselamatan dalam negeri. Iklim pelaburan di mana kita membuat kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-9 ini berkaitan. Isu keselamatan yang saya kira negara kita mestilah mengambil kira, janganlah kita terkenal sebagai negara yang tidak mempunyai tempat selamat. Anak-anak kecil kita tidak boleh lagi pergi ke taman-taman mainan. Kalau kita terkenal sebagai satu destinasi pelancongan tetapi juga terkenal dengan satu jenayah di mana bom telah digunakan.
Jadi ini yang saya nak kaitkan juga dengan apa yang berlaku, apa yang kita mahu adalah jaminan pihak yang berkuasa. Siapa kami? Siapa di sebelah sana yang mempunyai kuasa? Diamanahkan? Kami tidak mempunyai kuasa. Saya tidak mempunyai kuasa tetapi mereka yang mempunyai teraju kerajaan mempunyai kuasa, ini yang hendak dibahaskan. Negara kita ini apa nak jadi? Apakah kita bangga kalau keselamatan diri kita, anak-anak kita, cucu kita dan lain-lain tidak terjamin. Sebab inilah saya keluarkan kenyataan ini. Perbahasan saya masukkan banyak yang lain itu dikaitkan dengan angka-angka tetapi apa maksud angka? Apa maksud pertumbuhan KDNK semua itu kalau diri sendiri, keselamatan negeri, negara kita yang kita cinta ini tidak boleh dijaga dengan baik, dan ditadbir dengan baik. Duit dikutip, tak apa biar belah sana Pakatan cari sendiri. Kita tak bayar cukai? Kita bayar cukai. 50 tahun BN memegang, baru 100 hari cari sendiri. Angkuh tidak angkuh, siapa yang pegang kuasa, belah sana. [Dewan tepuk]
Mohon penjelasan.
Tidak perlu penjelasan terutama dari Yang Berhormat Batu Pahat.
Yang Berhormat Permatang Pauh tidak benarkan Yang Berhormat, jadi saya tidak boleh paksa Yang Berhormat Permatang Pauh. Sila.
Terima kasih. Jadi kita hendakkan mereka yang bertanggungjawab mempunyai kuasa, ini yang hendak dikatakan. Saya ingin buat kesimpulan Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita bincangkan, apa yang kita buat perancangan kita yang dikaji semula ini. Janganlah membazir, dalam Al- Quran mengatakan pembaziran itu adalah [Membaca sepotong ayat Al-Quran] iaitu kawan- kawan kepada syaitan. Jadi duit rakyat yang dipegang amanah ini dalam mana-mana terutamanya dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan ini biarlah
dibelanjakan dengan baik kerana pada akhirnya kita akan menjawab di masa yang tempat lain. Terima kasih. [Tepuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya memanggil siapa yang hendak saya panggil untuk berbahas, saya suka menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat kepada Peraturan Mesyuarat 35(7) di mana Tuan Yang di-Pertua ataupun Pengerusi Majlis boleh mengehadkan masa untuk Ahli-ahli berucap. Jadi setakat ini kita sudah ada empat orang berucap dan Ketua Pembangkang tadi Yang Berhormat Permatang Pauh telah berucap lebih daripada sejam. Jadi sudah saya bagi kelonggaran, Yang Berhormat Pasir Mas pun sudah bagi kelonggaran dan Ketua Timbalan BBC juga diberi kelonggaran. Jadi kita juga telah diberitahu awal-awal bahawa kita berbahas selama lapan hari. Lima hari untuk berbahas, untuk Ahli-ahli yang bahas dan tiga hari untuk menteri-menteri menjawab. Jadi untuk perbahasan ini berjalan dengan lancar, suka saya cadangkan supaya Ahli-ahli Yang Berhormat berunding sama sendiri berucap 20 minit seorang supaya jangan lagi ada tuduhan bahawa Tuan Yang di-Pertua tidak adil, Tuan Yang di-Pertua buta tidak nampak penjuru sebelah kiri atau nun jauh di sana. Berunding sama sendiri di antara Ahli- ahli Yang Berhormat dan jangan repetitive points hendak dibuat itu. 20 minit adalah masa yang begitu lama kalau point itu digunakan dengan cara baik dan sedemikiannya. Sekarang Yang Berhormat Batu Pahat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Boleh ya, 20 minit Yang Berhormat?
Insya-Allah.
20 minit Yang Berhormat, saya hitung cuma 80 orang boleh bercakap.
Insya-Allah Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana mengizinkan saya untuk turut membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Berasaskan kepada suasana ekonomi yang ada sekarang ini, saya merasakan bahawa ini adalah masa yang terbaik sebenarnya untuk kita menilai semula dalam membuat segala perincian dengan penuh teliti tentang apa yang sudah kita rancangkan. Oleh itu di dalam kita mengkaji semula dalam Mid Term Review dengan izin, Rancangan Malaysia Kesembilan ini. Maka saya menyokong penuh sebarang usaha untuk melakukan penjimatan termasuklah menangguhkan mana-mana projek mega ataupun separuh mega yang tidak sesuai yang perlu ditangguhkan terlebih dahulu untuk kita memberikan keutamaan kepada projek yang menguntungkan secara menyeluruh kepada rakyat sebenarnya. Oleh itu di dalam beberapa kes seperti menangguhkan projek monorail di Pulau Pinang ataupun projek PORR iaitu Outer Ring Road di Pulau Pinang yang melibatkan kos yang tinggi. Maka saya fikir inilah kewajarannya, ada kewajarannya kerajaan menangguhkan projek ini. Saya tidak fikir ini adalah merupakan satu diskriminasi yang disebutkan oleh pelbagai pihak bahawa oleh kerana projek ini di Pulau Pinang, bila ditangguhkan ia sebagai satu diskriminasi. Yang Berhormat Permatang Pauh tadi ada menyebut tentang projek peruntukan sebanyak RM800 juta untuk IPT yang ditangguhkan. Ini satu bukti juga bahawa kerajaan menangguhkan beberapa projek termasuklah RM800 juta untuk IPT di bawah RMK-9 ini membuktikan bahawa kita terpaksa membuat satu perincian semula iaitu bahawa kerajaan menyebut RM800 juta tadi digunakan tadi untuk menampung subsidi yang mana untuk meringankan bebanan kepada rakyat.
Walau bagaimanapun saya ingin membangkitkan di sini satu perkara iaitu mengenai dengan IPT ini yang juga banyak disentuh oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Iaitu dalam usaha kita meningkatkan kecemerlangan universiti ini, saya merasa hairan sebenarnya kenapakah di dalam pengambilan pelajar-pelajar baru, baru-baru ini, kerajaan menaikkan kuota mengambil pelajar asing di universiti-universiti melebihi daripada 5%. 5% ini kalau dikira daripada 44,000 orang pelajar, sekurang-kurangnya kita mengambil 300 pelajar under graduate dengan izin Tuan Yang di-Pertua yang saya rasa tidak wajar. Apakah kerana kita mahu terikat dengan kriteria ataupun indeks kepada THES iaitu Times Higher Education Supplement untuk menilai ranking sesebuah universiti yang mesti ramai pelajar asing. Maka kita korbankan peluang anak-anak tempatan kita, pelajar- pelajar tempatan kita yang mahu masuk ke universiti hingga kita menaikkan dan ini berlaku di seluruh universiti melebihi 5%. Kita tidak menghalang kemasukan pelajar-pelajar luar negara untuk post graduate yang membuat Master ataupun Ph.D, tetapi kalau under graduate pun kita beri, terlalu banyak terutamanya pelajar daripada China. Maka ini tidak wajar sebab berdasarkan kepada maklumat yang diberikan, kebanyakan pelajar dari China ini pun masuk bukan dengan kelulusan yang baik, kelulusan asas yang baik sehingga ramai pelajar yang dapat 6A lebih baik daripada pelajar dari negara China ini tidak dapat masuk ke universiti. Oleh sebab itulah saya mengharapkan perkara ini diberikan perhatian. Jadi bila kita melakukan perincian semula terhadap RMK-9 ini dalam kajian separuh penggal ini, maka isu yang paling penting yang kita lihat ialah soal keutamaan. Apakah keutamaan kita? Saya fikir dengan suasana yang kita hadapi sekarang ini, sudah tentulah keutamaan kita ialah soal bekalan makanan, kekurangan barang makanan ini ataupun dengan kata lain kenaikan harga barang makanan yang berpunca daripada kenaikan harga minyak. Sebab itu, satu contoh yang cukup jelas ialah masalah kekurangan bekalan beras yang kita hadapi baru-baru ini, barulah kita memberikan tumpuan kepada isu ini. Di mana kita selama ini bergantung 30% bekalan beras kita daripada import, daripada luar negara. Oleh sebab itu, saya berharap dengan pengalaman ini maka kita harus memberikan tumpuan kepada usaha-usaha meningkatkan bekalan makanan di negara kita supaya kita tidak berhadapan dengan masalah seperti ini yang berterusan terutamanya kesan daripada kenaikan harga minyak ini. Oleh sebab itulah, dua perkara yang berbangkit dalam soal barang makan ini. Pertama ialah soal bagaimanakah kita meningkatkan teknologi, mencari teknologi-teknologi baru. Sebagai contohnya PCC bagi satu hektar tanah bendang ataupun muatan membawa populasi hanya boleh menampung keperluan beras untuk 20 orang sahaja. Maka kita harus mencari jalan bagaimana kita boleh meningkatkannya dua kali ganda iaitu untuk 48 orang. Oleh sebab itu, timbullah di sini persoalan iaitu teknologi, teknologi apakah yang boleh kita gunakan.
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa yang singkat, saya hanya ingin menyentuh tentang satu teknologi yang disebut teknologi GMO ini, iaitu Genetically Modified Organism yang cukup popular di Amerika, tetapi tidak digunakan banyak di negara Eropah yang boleh meningkatkan cop yield ini, yang mana ia teruji berjaya digunakan untuk makanan seperti soya, corn, cotton dan juga tomato. Jadi, oleh sebab itulah walaupun perkara ini tidak begitu popular sekarang ini kerana banyak pihak yang mempertikaikan, iaitu kesan keselamatan kepada bahan makanan yang dikeluarkan menggunakan teknologi GMO ini. Namun, ternyata bahawa ia berjaya meningkatkan pengeluaran di negara-negara seperti Amerika dan setakat ini tidak ada pun bukti yang mengatakan ia membawa kesan yang buruk kepada mereka yang makan makanan, yang menggunakan teknologi GMO ini. Yang penting ialah tentang pengurusan yang dipanggil sebagai risk management itu perlu ada.
Oleh kerana itulah, saya berharap dalam kita memberikan keutamaan kepada kekurangan bekalan bahan makanan sekarang ini, kerajaan selain daripada melihat, memberikan peruntukan yang besar dan sebagainya, tetapi tidak memikirkan soal teknologi, maka haruslah merujuk kepada keberkesanan teknologi GMO ini. Yang kedua ialah tentang isu tanah. Tanah adalah merupakan satu isu yang juga begitu besar dihadapi oleh negara kita dalam menumpukan pertanian kerana kita banyak menggunakan tanah untuk perkara lain khususnya iaitu kelapa sawit. Oleh kerana itu, saya rasa suatu ketika dahulu, kerajaan sudah pun mencadangkan untuk mewujudkan apa yang disebutkan sebagai bank tanah. Maka, kita harap kerajaan memberikan perhatian semula tentang bank tanah ini, supaya isu tanah yang sedang kita hadapi sekarang ini untuk tujuan pertanian dapat diatasi segera. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang Rancangan Malaysia Kesembilan ini, iaitu dalam Kajian Separuh Penggal ini, saya berharap agar kerajaan akan meneruskan dasar-dasar yang sedia ada, kerana dasar-dasar yang sedia ada ini adalah begitu baik sebenarnya terutamanya di dalam kita menjamin keseimbangan antara kaum selagi keadilan dapat diutamakan. Satu contoh yang cukup jelas yang disebut oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Kajian Separuh Penggal ialah isu yang disebut sebagai income disparity, dengan izin, iaitu kalau boleh bahawa setiap RM1 yang diperolehi pendapatan oleh bukan Melayu juga RM1 diperolehi oleh bumiputera. Maka income disparity ini adalah merupakan satu isu yang harus diberi perhatian dan oleh kerana itulah, pada pandangan saya, dasar yang sedia ada ini harus diteruskan terutamanya Dasar Ekonomi Baru. Ia bukan sepatutnya setakat semangat sahaja, NEP, New Economy Policy ataupun Neighbour Ending Policy ini perlulah diteruskan kerana dengan cara ini sahajalah, maka kita dapat memberikan keseimbangan antara kaum ini. Soal-soal penyalahgunaan kuasa, soal-soal penyelewengan dan sebagainya bukan menjadi sebab untuk kita memberhentikan dasar yang sebegini rupa yang sebegini baik, yang sudah terbukti dapat mewujudkan keseimbangan antara kaum. Ini bukan soal perkauman, dan kalau kita melihat pun dasar 30% ini, belum tercapai, hanya 18% sahaja yang dicapai. Ada 12% dan ini tidak timbul soal untuk merampas hak orang lain. Oleh kerana itulah, saya berharap dalam soal ini bahawa dasar ini akan dapat diteruskan. Kalau kita lihat sebagai contohnya, pemilikan tanah, hartanah di bandar di kalangan bumiputera hanya tidak sampai 10%. Oleh kerana itu saya ingin bertanya tentang Unit Amanah Hartanah yang diwujudkan ini. Sejauh manakah peranan mereka sebab itulah timbul soal pemilikan tanah di Iskandar Malaysia ini, iaitu apakah kerajaan akan mewujudkan apa yang disebut sebagai Social Safety Net ini, iaitu supaya orang ramai khususnya bumiputera tidak menjual tanah mereka dengan sewenang-wenangnya. Sebab itu saya cukup bimbang dengan jawapan daripada EPU, menteri yang bertanggungjawab terhadap EPU, bahawa ini adalah hak masing-masing hendak jual iaitu berasaskan kepada harga pasaran. Jadi, oleh kerana itulah, dengan harga tanah yang semakin mahal di kawasan Iskandar Malaysia ini, maka kerajaan perlu mewujudkan satu unit ataupun mewujudkan apa yang disebut sebagai Social Safety Net ini supaya rakyat tidak menjual tanah dengan sewenang-wenangnya. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana itu saya mengharapkan dasar DEB ini diteruskan asalkan ekonomi berkembang, ia perlu dipakej semula, ditambah peruntukan dan kaji semula di mana kelemahan-kelemahannya, supaya ia tidak dijadikan sebagai alasan untuk mana-mana pihak mengatakan DEB ini merupakan satu dasar yang tidak baik. Bagi saya, DEB perlu dikekalkan status quonya. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh sedikit tentang ekuiti.
Minta laluan.
Ekuiti bumiputera, minta maaf.
Ha!
Dia tiada masa Yang Berhormat.
20 minit, tidak boleh celah.
Minta maaf Yang Berhormat Pasir Salak. Ekuiti bumiputera ini yang disebut dalam Teras Ketiga Misi Nasional iaitu untuk mewujudkan ketidaksamaan sosioekonomi ini. Saya merasakan bahawa usahawan- usahawan muda Melayu tulen ini, perlu diberi peluang seluas-luasnya. Tadi ada dibangkitkan tentang satu syarikat yang disebut sebagai Lady Juta Sdn. Bhd., yang seolah- olah mereka ini tidak diberi peluang, cuba disekat dan sebagainya. Rayuan mereka tidak diberi perhatian, penuh dengan birokrasi dan ini sebenarnya boleh membunuh semangat usahawan kepada syarikat-syarikat Melayu tulen yang mahu terlibat di dalam soal ekuiti bumiputera ini. Oleh kerana itu, saya ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua supaya diwujudkan PNB 2, sebab bagi saya PNB 1 ini sudah sampai ke syiling dah, dengan izin yang dia tidak boleh pergi lebih jauh daripada itu, maka PNB 2 perlu diwujudkan untuk menggalakkan pemilikan ekuiti bumiputera ini. PNM 2 harus dilihat sebagai persaingan kepada PNB 1, di mana PNB 2 ini, tujuannya ialah mereka membeli mana-mana syarikat yang tersenarai di bursa saham untuk meningkatkan ekuiti bumiputera. Ini membantu, sebab kita sering melihat individu yang memiliki saham terhad pada orang yang mampu membuat pinjaman sahaja. Namun, yang tidak mampu membuat pinjaman, mereka tidak boleh memiliki saham ataupun dengan kata lain, kalau mereka ada saham, bila dapat harga yang tinggi mereka akan jual saham mereka, maka berlakulah ketirisan terhadap saham yang merupakan ekuiti bumiputera ini. Oleh kerana itulah, saya mencadangkan supaya perlu kita mewujudkan PNB 2 ini. Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun]
Ada rakan di belakang minta laluan, tetapi Yang Berhormat tiada masa lagi. Dua minit lagi.
Tuan Yang di-Pertua.
Mahu beri laluankah tidak?
Tidak.
Tidak.
Minta maaf Yang Berhormat Sekijang. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin. Oleh kerana itu apabila kita cuba mempertahankan status quo, memperbaiki apa yang ada, repackage balik DEB ini, bagi saya penting untuk saya menyentuh tentang sosial kontrak, kerana kita mahu sosial kontrak terus dihormati. Betul bahawa sosial kontrak tidak disebut dalam Perlembagaan, tetapi ia adalah real, ia adalah satu perkara yang wujud berasaskan kepada persefahaman dan juga perundingan. Maka, kerana itulah adanya Perlembagaan, Perlembagaan itulah yang sebenarnya lahir hasil daripada sosial kontrak itu. Sebab itu, sosial kontrak menyentuh empat perkara yang penting iaitu perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan. Dengan adanya sosial kontrak inilah, maka lahirlah sebuah negara yang berasaskan kepada dengan izin, Malay politely yang sebenarnya menterjemahkan bentuk sistem pemerintahan di negara kita. Tanpa adanya sosial kontrak ini, maka kita tidak akan ada semuanya ini. Maka, tidak ada lahirnya negara ini, sebab itu jangan ditimbulkan perkara-perkara seperti ini lagi sebab sosial kontrak membantu kita menterjemah sistem pemerintahan yang kita ada. Oleh sebab itu, saya merasa hairan jika ada pihak yang cuba mempertikaikan tentang sosial kontrak ini. Ini bukan setakat soal sejarah semata-mata, tetapi ini adalah soal survival sebuah negara. Tuan Yang di-Pertua, tidak sama dengan apa yang kita lakukan di Amerika. Di Amerika, negara Amerika lahir dari dua proses kezaliman. Satu mereka menyisihkan orang
Red Indian, yang kedua ialah mereka melakukan diskriminasi terhadap kulit hitam ataupun Afro American ini.
Kita tidak melakukan seperti apa yang dilakukan oleh Amerika. Sebab itu tidak boleh disamakan sebab apa yang kita lakukan ini berasaskan apa yang ada di dalam Perlembagaan kita. Maka sebab itulah, apa juga dasar yang kita lakukan, DEB dan sebagainya adalah tidak lari daripada Perlembagaan maka tidak ada siapa yang boleh mempertikaikan dengan apa juga dasar yang ada sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua, ada masa lagi Tuan Yang di-Pertua ya?
Satu minit.
Tuan Yang di-Pertua, satu isu yang saya rasa amat dukacita sikit tentang Rancangan Malaysia Kesembilan ini ialah soal untuk membangunkan ekonomi karbon neutral ini. Kebanyakan di negara-negara yang membangun, mereka menjadikan dasar membangun ekonomi karbon neutral ini sebagai satu dasar yang penting kepada negara mereka dan oleh kerana itulah dengan apa juga masalah yang kita hadapi, pemanasan global dan sebagainya, kita perlu menjadikan ini sebagai satu perkara yang serius supaya pembangunan kita ini adalah pembangunan karbon sifar iaitu karbon dioksida sifar yang tidak boleh menjejaskan kesihatan kita dengan adanya bahan-bahan gas rumah kaca ini yang membawa kesan buruk sebenarnya kepada pembangunan di negara kita kerana banyak aktiviti yang melahirkan karbon seperti dalam bentuk gas, pepejal atau cecair termasuk kita bernafas sebenarnya melahirkan karbon. Termasuklah pembakaran bahan api, fosil dalam enjin kenderaan dan juga pereputan tapak pelupusan sampah. Ini semuanya melahirkan karbon-karbon dioksida yang menyebabkan tidak baik kepada alam sekitar kita. Oleh kerana itulah, kita bergantung selama ini kepada hutan dan juga lautan sebagai carbon sink ataupun singki karbon yang menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen ini. Maka oleh kerana itulah, saya berharap kerajaan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini mengambil kesempatan dalam review kita ini, dengan izin, iaitu memastikan kawasan-kawasan hijau seperti mana yang ada di Central Park di New York ataupun High Park di London diperbanyakkan di negara kita. Jadi sebab itulah saya dari dulu lagi membantah sebarang cadangan untuk membina apa yang disebut sebagai pusara orang kenamaan yang hendak dibuat dekat Tugu Negara itu yang sebenarnya tidak ada faedah pun bukan sahaja dalam keadaan kita kekurangan tanah tetapi dalam keadaan kita hendak mewujudkan apa juga pembangunan ekonomi karbon neutral ini. Tuan Yang di-Pertua, walaupun perkara ini satu perkara yang baru di negara kita sebenarnya tetapi ia harus diterima pakai dalam kerangka pembangunan negara sebab dia banyak kelebihan. Antaranya ialah mengurangkan suhu bumi dan negara akan lebih bersih dan selamat dan juga dia mengurangkan kos terutamanya dari segi penjimatan tenaga. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sikit saja lagi Tuan Yang di-Pertua.
Mahu habis masa sudah Yang Berhormat, terima kasih.
Sikit lagi.
Sikit? Okey sila, sikit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai dengan masalah yang sedang kita hadapi sekarang ini, saya berharap bahawa sampai masanya kerajaan mempertimbangkan secara serius untuk mewujudkan Suruhanjaya Harga sebab dengan adanya Suruhanjaya Harga ini yang perlu diwujudkan dengan segera, maka kita boleh mengatasi masalah-masalah yang dihadapi apabila wujudnya kenaikan tarif air, elektrik, minyak dan juga pengangkutan awam. Maka dengan adanya commission ini, Suruhanjaya Harga ini yang boleh menjadi pengawal selia dan juga
memastikan bahawa rakyat mendapat perkhidmatan yang baik, saya rasa kita perlu memberi pertimbangan kepada pewujudan dan juga cadangan tentang Suruhanjaya Harga ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini juga menyentuh tentang masalah yang dihadapi oleh Orang-orang Asli di tempat saya. Pembangunan Orang Asli, penempatan semula Orang Asli di kawasan saya di Minyak Beku yang hingga ke hari ini masih tertangguh dan tidak dapat dilaksanakan. Saya merasa dukacita sebab Orang Asli ini bukanlah ramai sangat, bukanlah maksudnya sampai 500,000 pun di seluruh negara kita ini. Kenapakah pembangunan Orang Asli ini seolah-olah sampai sekarang masih tidak dapat diselesaikan. Apatah lagi di tempat saya itu kononnya hendak dipindahkan, dibuat penempatan baru tetapi tidak dapat dilaksanakan hingga ke hari ini. Di mana kelemahannya sehingga mereka ini akhirnya nanti akan mengambil tindakan seperti mana saudara-saudara mereka di tempat lain yang hutan mereka diganggu, dicemari dan sebagainya dan sampai bilakah kita, maksudnya nak menunggu perkara ini sehingga mereka bertindak Tuan Yang di- Pertua. Oleh kerana itu Tuan Yang di-Pertua, yang akhir sekali, yang akhir sekali. Saya dukacitalah tadi Yang Berhormat Permatang Pauh tak bagi peluang pada saya, yang mana dia mengatakan bahawanya kita tidak adil dan sebagainya. Sebab itulah 100 hari sambutan pemerintahan pembangkang di negeri Selangor ini, satu janji pun tidak boleh ditunaikan lagi. [Dewan riuh] Sudahlah itu wang kutipan sambutan 100 hari pun masuk akaun PKR apa hal?
Tuan Yang di-Pertua, apa kena mengena?
Jadi sebab itu jangan marah bila saya sebut. Sebab itu bila sebut penyelewengan, tengok diri sendiri. Tadi kata BN memerintah 50 tahun tak buat apa...
Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Yang di-Pertua.
...ini baru 100 hari memerintah tak buat apa. Dah lah itu, duit masuk dalam tabung PKR apa hal pula?
Yang Berhormat Batu Pahat.
Jadi sebab itulah jangan hanya menuduh dan mengata sahaja.
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat.
Tengok diri sendiri. Bekalan air pun tak boleh ditunaikan. RM1000 untuk anak Selangor masuk universiti mana dia? RM2500 caruman Takaful Insurans mana dia?
Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat.
RM200 masuk hospital mana dia? RM50 untuk prasekolah mana dia?
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat.
RM35 untuk masuk nurseri mana dia?
Memang banyak soalan. Kita tak ada masa Yang Berhormat.
Baru 100 hari.
Jangan membohong rakyat.
Yang Berhormat Batu Pahat, terima kasih.
Inilah yang saya kata tengok diri sendiri sebelum mengata orang. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. [Tepuk]
[Bangun]
Yang Berhormat Kepong mahu bercakap? Ha, Yang Berhormat Kepong mahu berjalan. Kita ada tiga minit lagi. Siapa mahu bercakap tiga minit. Tepat 5.30, berhenti oleh kerana ada Usul Penangguhan.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Ha, Yang Berhormat Tambunan. Yang Berhormat Keningau, Keningau. Sorry. Yang Berhormat Keningau.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan usul meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang baru sahaja dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 25 Jun 2008 di Dewan yang mulia ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas ucapan Pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang saya sifatkan sebagai berita baik kepada rakyat jelata di seluruh negara. Meskipun ekonomi Malaysia terus menerima tekanan hebat khususnya dengan kenaikan harga minyak petroleum mentah dunia, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama boleh berbangga kerana pertumbuhan ekonomi negara secara amnya tidak terjejas malah cadangan Kerajaan Persekutuan untuk menambah peruntukan pembangunan bagi Rancangan Malaysia Kesembilan daripada RM200 bilion kepada RM230 bilion, jelas membuktikan bahawa ekonomi negara terus menunjukkan tanda-tanda positif yang menjurus ke arah pencapaian matlamat sosial ekonomi dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan. Saya yakin dan percaya dengan kepimpinan dan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Misi Nasional untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju, teguh dan bersatu padu akan berjaya. Saya menyambut baik seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar Dewan yang mulia ini bersama-sama, meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan sebagai mendukung usaha Kerajaan Barisan Nasional untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur, progresif, adil, berdaya tahan dan berdaya saing.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah berjaya mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi negara pada kadar yang membanggakan iaitu sebanyak 6% setahun walaupun berhadapan dengan kemelut ekonomi dunia. Ini membuktikan bahawa ekonomi Malaysia masih berada di landasan yang tepat.
Yang Berhormat Keningau, boleh Yang Berhormat berhenti di situ dan sambung esok. Yang Berhormat ada 17 minit lagi untuk esok kerana sekarang in usul penangguhan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Sila menteri.
Usul — MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 16(3) Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin AbdulMotion
Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3) mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”
Saya pohon menyokong.
Ucapan-Ucapan Penangguhan — Impak Terhadap Penguatkuasaan Akta Industri Perkhidmatan Air Negara dan Akta Suruhanjaya Air NegaraAdjournment
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana membenarkan saya untuk membuat ucapan penangguhan. Pada Julai 2006, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 telah diperkenalkan dan diluluskan yang bertujuan menstrukturkan semula pengurusan air dan menguatkuasakan pengurusan serta mengawal seliaan sektor dan industri air bagi seluruh Malaysia yang akan diletakkan sepenuhnya di bawah Kerajaan Persekutuan, Federalization of Water Industry. Ini bermakna, kerajaan negeri hanya akan dipertanggungjawabkan untuk membekal sumber air sahaja. Kesan ataupun impak daripada penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Air dan Akta Suruhanjaya Air Negara, yang pertama Kerajaan Persekutuan melalui Perbadanan Aset Air Berhad, syarikat milikan penuh oleh Kementerian Kewangan akan mengambil alih aset dan liabiliti syarikat perawatan dan perbekalan air sama ada dimiliki oleh pihak kerajaan negeri atau pihak swasta. Untuk membolehkan aset-aset tersebut diambil alih, Perbadanan Aset Air Berhad akan menerbitkan bon untuk membiayai proses tersebut. Yang kedua aktiviti perawatan dan pembekalan air akan diberi melalui konsep kontrak. Bukan lagi konsesi. Syarikat terbabit hanya dipertanggungjawabkan dalam operasi perawatan dan pembekalan air sahaja. Sebarang pembangunan aset yang baru akan dibiayai oleh PAAB ataupun Perbadanan Aset Air Berhad selaku asset owner. Yang ketiga dari segi perolehan. Syarikat terbabit akan mengenakan charge kepada Perbadanan Aset Air Berhad atas perkhidmatan perawatan dan perbekalan air yang diberi dan Perbadanan Aset Air Berhad juga akan mengenakan charge kepada syarikat terbabit kerana mengguna dan beroperasi aset-aset perawatan dan perbekalan air milik Perbadanan Aset Air Berhad ataupun Kerajaan Persekutuan. Yang keempat tempoh kontrak adalah selama tiga tahun dan akan diperbaharui. Pelanjutan kontrak tersebut bergantung kepada pencapaian syarikat tersebut dalam ujian key performance indicators yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Dari segi penentuan takrif kepada bekalan air, ia akan ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.
Isunya ialah, berdasarkan kepada impak di atas, terlalu banyak perkara penting yang memungkinkan atau kebarangkalian salah guna dana awam akan berlaku dan keputusannya hanya akan memihak pihak yang berkepentingan dan tidak secara menyeluruh khususnya kepada rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, kerajaan atau Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi perlu menetapkan lebih dahulu skop atau kayu ukur, benchmark kepada perkara-perkara berikut. Yang pertama, jumlah pampasan. Untuk memastikan kerajaan yang menggunakan dana awam tidak membayar pampasan yang terlampau tinggi dan over price kepada pemegang saham syarikat-syarikat perawatan dan pembekalan air yang akan diambil alih. Yang pertama perlu ada satu method menentukan jumlah pampasan kepada pemegang saham yang menguasai syarikat konsesi perawatan dan pembekalan air yang bakal menjadi sasaran pengambilalihan oleh Perbadanan Aset Air Berhad iaitu yang menggunakan valuation method khususnya ke atas sebuah syarikat yang beroperasi secara konsesi. Perlulah diseragamkan dan andaian-andaian yang dikemukakan bagi menentukan jumlah nilai syarikat terbabit mestilah adil dan saksama serta menepati piawaian pasaran. Andaian seperti perubahan risiko operasi daripada syarikat berasaskan konsesi kepada kontrak sehingga membenarkan mereka ini untuk menuntut premium yang tinggi dalam jumlah pampasannya perlulah diperincikan secara kuantitatif dan kualitatif memandangkan mereka juga akan diberi peluang untuk meneruskan operasinya dalam bentuk kontrak sekiranya dapat memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Perkara-perkara seperti syarikat memegang konsesi yang sedia ada yang telah beroperasi sehingga berjaya mengaut pulangan modal serta mencapai jangkaan keuntungan shareholders IRR dalam bentuk pembayaran dividen perlu diambil kira dalam penentuan jumlah pampasan dan premiumnya. Isu yang kedua ialah struktur tarif. Memastikan kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara menggariskan faktor-faktor yang adil dan saksama diambil kira dalam penentuan struktur takrif yang baru dan bakal dikenakan kepada pengguna air setelah modal pelaksanaan aktiviti sektor air yang baru dan pengambilalihan berjaya dilaksanakan. Memastikan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara menggariskan secara terperinci faktor-faktor yang adil dan diambil kira dalam menentukan struktur charge yang akan dikenakan oleh syarikat-syarikat yang diberikan kontrak perkhidmatan merawat dan membekal air kepada Perbadanan Aset Air Berhad ataupun kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Sila menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih ke atas ucapan penangguhan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Padang Terap. Sesungguhnya, ia telah memberikan gambaran bahawa Ahli Yang Berhormat begitu prihatin dan mengikuti perkembangan semasa ke atas usaha-usaha penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Melalui ucapan penangguhan ini, saya juga berpeluang untuk menjelaskan di Dewan yang mulia ini berhubung dengan hala tuju dan perkembangan terkini usaha kerajaan dalam menstrukturkan semula industri perkhidmatan air negara. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memutuskan untuk menstrukturkan semula industri perkhidmatan air negara setelah mendapati industri ini dibelenggu dengan pelbagai isu dan masalah operasi. Antaranya seperti kadar air tidak terhasil (NRW) yang tinggi. Peningkatan keperluan pembiayaan kapital ataupun (Capex) bagi pembangunan infrastruktur. Ketiadaan mekanisme kawal selia di peringkat nasional. Perbezaan kadar tarif yang ketara antara negeri dan sebagainya. Pelbagai isu dan masalah ini telah mengekang perkembangan industri sehingga menjejaskan daya harap dan kemapanannya. Keadaan tersebut menyebabkan industri ini sangat bergantung harap kepada bantuan kewangan kerajaan untuk keperluan Capex dan di sesetengah negeri turut melibatkan pula kos operasi atau (Opex). Oleh sebab perkhidmatan bekalan air pada masa
itu terletak di bawah tanggungjawab kerajaan negeri sepenuhnya, Kerajaan Persekutuan hanya berupaya memberi bantuan dalam bentuk pinjaman mudah, khusus untuk keperluan Capex sahaja. Bagaimanapun pendekatan ini banyak membantu kerajaan-kerajaan negeri. Perkhidmatan bekalan air yang dibelenggu dengan pelbagai isu dan kewangan telah tidak berupaya lagi untuk memenuhi keperluan semasa pengguna. Berasaskan isu dan cabaran ini, Kerajaan Persekutuan telah menetapkan iltizam dan matlamat untuk menstrukturkan semula industri perkhidmatan air negara ke arah satu industri yang holistik, efisien, efektif, berdaya saing dan mampan.
Bagi memenuhi matlamat tersebut, tumpuan utama kerajaan ialah dengan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan perkhidmatan melalui kaedah pengawalseliaan industri yang sistematik dan seragam. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan perkara berkaitan bekalan dan perkhidmatan air adalah di bawah senarai negeri Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan pada masa itu tidak boleh mewujudkan satu rangka perundangan dan pengawalseliaan untuk dikuatkuasakan di semua negeri. Untuk itu satu pindaan ke atas Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan telah dibuat pada Januari 2005 dengan memasukkan bekalan dan perkhidmatan air di bawah senarai bersama. Dengan pindaan tersebut industri perkhidmatan air negara akan dapat diuruskan secara bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Oleh yang demikian tanggapan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengambil alih sepenuhnya urusan berkaitan bekalan air daripada kerajaan-kerajaan negeri sehingga berlakunya federalization of water industry dengan izin sebenarnya tidak tepat sama sekali. Urusan pengawalseliaan dan pemulihan sumber air masih tetap kekal di bawah kerajaan negeri masing-masing. Pada masa yang sama, pemilikan dan pengurusan entiti yang mengendalikan perkhidmatan air akan juga berada di bawah kawalan kerajaan negeri melalui penguasaan ekuiti terbesar. Tuan Yang di-Pertua, pindaan Perlembagaan ini telah membuka ruang untuk Kerajaan Persekutuan menetapkan dasar dan kerangka perundangan kawal selia industri perkhidmatan air dan pembetungan di peringkat nasional. Kerangka perundangan kawal selia telah diwujudkan ialah Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 655) dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 654). Dengan berkuat kuasanya Akta 655 pada 1 Januari 2008, satu mekanisme pengawalseliaan industri perkhidmatan air telah diwujudkan dan terpakai di semua negeri kecuali Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri tersebut telah memilih untuk mengekalkan urusan berkaitan industri perkhidmatan air di bawah tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing. Di antara aspek utama di bawah Akta 655 ini adalah pengawalseliaan industri perkhidmatan air akan dijalankan melalui kaedah pelesenan. Kaedah ini akan membolehkan industri dikawal selia melalui syarat-syarat dan key performance indicators (KPI) yang ditetapkan melalui lesen-lesen yang dikeluarkan. Sasaran utama pengawalseliaan ini adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan air khususnya yang menjurus kepada aspek pelindungan kepentingan pengguna. Pengawalseliaan terhadap industri air dikuatkuasakan oleh sebuah badan kawal selia iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ditubuhkan melalui Akta 654. Bagi membolehkan kaedah pelesenan ini dilaksanakan secara sistematik dan berkesan, kerajaan telah mengambil pendekatan supaya struktur industri perkhidmatan air di setiap negeri disusun semula. Tuan Yang di-Pertua, bagi negeri-negeri yang mana perkhidmatan airnya masih lagi di bawah kendalian pihak berkuasa air negeri (PBAN), entiti tersebut perlu dikorporatkan. Pada masa ini hanya enam negeri masih belum mengkorporatkan PBAN masing-masing. Pengkorporatan PBAN bagi Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Perak dijangka dapat dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini manakala Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka pada pertengahan tahun 2009. Bagi negeri yang telah menswastakan sepenuhnya atau sebahagian daripada komponen perkhidmatan air secara pegangan konsesi pula, pemegang-pemegang konsesi di negeri tersebut boleh memilih untuk sama ada berhijrah ke rejim pelesenan di bawah Akta 655 ataupun kekal beroperasi secara konsesi. Sekiranya ia tidak berhasrat untuk
berhijrah, pemegang konsesi tersebut akan diberikan kebenaran atau authorization dengan izin untuk beroperasi sehingga tamat tempoh konsesi. Sungguhpun demikian, operasinya masih tetap dikawal selia oleh SPAN bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah mencapai standard yang telah ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua, Selari dengan matlamat untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan air, kerajaan telah menetapkan bahawa pendekatan yang paling sesuai adalah dengan mewujudkan satu struktur perkhidmatan air secara holistik. Sehubungan itu, penyusunan semula ini akan turut juga melibatkan negeri-negeri yang telah menswastakan bekalan airnya. Kerajaan menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri tersebut berunding dengan pemegang-pemegang konsesi di negeri masing-masing untuk berhijrah ke rejim pelesenan. Sehingga hari ini, beberapa buah negeri telah memulakan rundingan dengan pemegang-pemegang konsesi airnya. Sebaiknya rundingan tersebut akan menjurus kepada struktur bekalan air holistik di mana semua komponen bekalan air seperti rawatan dan pengagihan di bawah kawalan dan pengendalian sebuah entiti sahaja. Dalam pada itu, entiti holistik tersebut perlu mendukung dasar-dasar penyusunan semula industri perkhidmatan air negara yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan mempunyai ciri-ciri berikut: (a) sebuah syarikat yang dimiliki ataupun di bawah kawalan kerajaan negeri; (b) sebuah syarikat operator perkhidmatan air berlesen di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655); dan (c) sebuah syarikat yang beroperasi secara asset light dengan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada peningkatan tahap keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan berasaskan syarat lesen dan KPI yang dikawal selia SPAN. Tuan Yang di-Pertua, konsep asset light yang diperkenalkan oleh kerajaan di dalam penyusunan semula ini akan melibatkan pengambilalihan aset dan tanggungan sedia ada kepunyaan kerajaan negeri ataupun pemegang konsesi yang berhasrat untuk berhijrah ke rejim pelesenan. Ia akan dilaksanakan menerusi mekanisme Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan. Selari dengan ini juga keperluan Capex air masa hadapan akan turut dibiayai oleh PAAB. Bagi memastikan PAAB menjalankan tanggungjawabnya secara telus dan cekap, ia akan beroperasi secara berlesen di bawah Akta 655 dan perlu mematuhi syarat dan KPI yang ditetapkan. SPAN akan bertanggungjawab untuk mengawal selia institusi ini.
Tuan Yang di-Pertua, pewujudan mekanisme, pembiayaan Capex melalui PAAB adalah langkah sementara bagi membantu syarikat operator air meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan operasinya. Apabila syarikat tersebut mencapai satu tahap mampu berdikari dari segi kewangannya, aset tersebut boleh diambil alih semula daripada PAAB. Sekiranya semua syarikat operator air tidak lagi memerlukan bantuan pembiayaan Capex daripada PAAB, kerajaan pada masa itu akan membubarkan institusi ini. Kerajaan yakin bahawa mekanisme pembiayaan Capex melalui PAAB ini akan berupaya memenuhi keperluan syarikat-syarikat air pada kadar yang paling kompetitif. Sebagai sebuah syarikat milik penuh dan di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan, PAAB dijangka dapat memperoleh pembiayaan di pasaran terbuka pada kos kewangan yang lebih rendah berasaskan penarafan kreditnya. Dengan yang demikian, PAAB boleh menawarkan pembiayaan Capex pada kadar yang rendah dan tempoh yang lebih panjang berbanding kadar yang dikenakan jika syarikat air mendapatkan pembiayaan secara terus daripada pasaran terbuka. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan syarikat-syarikat air akan mendapat manfaat daripada mekanisme PAAB ini, kerajaan melalui SPAN akan memberi penekanan kepada kecekapan dan keberkesanan operasi institusi ini dalam mengendalikan pembiayaan Capex melalui amalan-amalan berikut:
(a) perolehan bagi penyediaan Capex air adalah berdasarkan prinsip ketelusan, tender terbuka dan value for money; (b) proses perolehan adalah tertakluk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Buku Merah Mengenai Tanggungjawab Perolehan dan Amalan Terbaik yang diterbitkan oleh Jawatankuasa Putrajaya untuk Prestasi Tinggi GLC; (c) operasi syarikat tidak bermotifkan keuntungan; dan (d) kadar sewa pajak aset air adalah tertakluk kepada prinsip kemampuan dan tempoh yang dipersetujui bersama oleh syarikat operator air dan PAAB. Pengurusan dan kawalan perolehan yang telus, cekap dan berkesan akan menghasilkan satu harga perolehan yang kompetitif, kos efektif dan munasabah. Ia akan membantu mengurangkan kos pembiayaan dan kewangan yang secara langsung akan memberi impak kepada kos operasi keseluruhannya. Keadaan ini akan membolehkan PAAB menawarkan kadar sewa pajak yang munasabah yang akhirnya dinikmati oleh pengguna melalui kadar tarif yang berpatutan. Tuan Yang di-Pertua, prinsip dan amalan kewangan yang ditekankan ke atas PAAB bukan sahaja tertumpu pada proses pembiayaan dan perolehan Capex sahaja. Ia juga akan diguna pakai semasa mengambil alih aset dan tanggungan air daripada kerajaan negeri dan juga pemegang konsesi yang berhijrah ke rejim pelesenan. Oleh itu, kementerian bersama SPAN akan sentiasa mengawal selia setiap cadangan PAAB untuk mengambil alih aset dan tanggungan air tersebut. Tawaran pengambilalihan tersebut perlu dibuat hanya setelah satu penilaian dan proses due diligence kewangan dan teknikal yang komprehensif dan terperinci dijalankan ke atas aset dan tanggungan air tersebut. Berikutan itu sebarang bentuk pampasan atau bayaran tertentu akan diteliti dan kelulusannya adalah tertakluk kepada proses penilaian yang rapi yang dijalankan oleh juru penilai bertauliah dan bebas yang dilantik oleh PAAB. Kementerian ini sememangnya amat peka kepada implikasi dan kesan pengambilalihan aset dan tanggungan pada harga yang tinggi dan tidak kos efektif. Ia akan menyebabkan kadar sewa pajak yang tinggi yang akhirnya akan turut dirasai oleh pengguna melalui kadar tarif air yang tinggi. Oleh yang demikian kementerian ini akan memastikan keadaan tersebut tidak berlaku semasa proses pengambilalihan aset dan tanggungan air terutamanya yang melibatkan syarikat konsesi air. Tuan Yang di-Pertua, pada ketika ini kementerian sedang dalam proses menyediakan satu mekanisme penetapan tarif air. Secara prinsipnya, kadar tarif air yang dikenakan di bawah rejim pelesenan Akta 655 tidak akan ditetapkan secara pre-determined, dengan izin. Sebaliknya tarif tersebut akan ditentukan dan dikaji semula setiap tiga tahun bagi memastikan bahawa tarif yang dikenakan itu adalah munasabah dan berpatutan kepada pengguna dan juga syarikat operator air. Penetapan kadar tarif tersebut akan berasaskan kepada pencapaian KPI yang akan ditetapkan oleh SPAN. Selain daripada itu, di bawah Akta 655 ini pengguna akan diberi peluang untuk mengemukakan pandangan dan maklum balas berhubung prestasi syarikat dan cadangan tarif air yang dipohon oleh syarikat operator air. Maklum balas dan cadangan tersebut boleh disalurkan melalui instrumen yang dikenali sebagai Forum Air. Justeru itu saya percaya SPAN akan mengambil kira kedua-dua aspek iaitu pematuhan KPI dan maklum balas pengguna semasa mengesyorkan perubahan kadar tarif air yang dipohon oleh sesebuah syarikat operator air. Syor tersebut bukan sahaja perlu mengutamakan kepada satu kadar yang berpatutan dan mampu dibayar oleh pengguna malah perlu juga mengunjurkan pulangan yang berpatutan kepada syarikat-syarikat operator. Unjuran ini perlu bagi memastikan kemapanan operasi syarikat tersebut. Tuan Yang di-Pertua, usaha penstrukturan semula ini memerlukan satu tempoh tertentu untuk dilihat kesan dan hasilnya. Kerajaan akan sentiasa mengutamakan perlindungan, kepentingan pengguna dalam apa jua keputusan yang dibuat dalam
melaksanakan usaha ini. Pada masa yang sama, kerajaan juga akan memastikan syarikat- syarikat air ini akan berupaya untuk membuat keuntungan pada kadar yang munasabah demi untuk kemapanan operasinya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula pada pukul 10.00 pagi pada hari Selasa 1 Julai 2008. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.59 petang.