Dewan Rakyat · 20 August 2008

15th Parliament, session 1, meeting 3 · 692 turns · 37,550 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Mohamad Shahrum bin OsmanUMNO · BNLipis · question

1. Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:- (a) langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah penjara menghadapi situasi lebihan muatan kira-kira 28% berbanding kapasiti sebenar pada masa ini; dan (b) sejauh mana kementerian bercadang untuk melaksanakan program pertukaran banduan yang dijangkakan dapat menyumbang untuk mengurangkan jumlah banduan.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Alor Star

Tuan Yang di- Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Lipis yang telah pun mengemukakan pertanyaan pada pagi ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jabatan penjara mengendalikan empat jenis institusi penahanan iaitu penjara, pusat pemulihan akhlak, Sekolah Henry Gurney dan tempat tahanan perlindungan. Pada ketika ini terdapat 29 buah penjara yang menampung jumlah keseluruhan banduan seramai 37,717 orang. Perangkaan tersebut yang berakhir pada 4 Ogos 2008 menunjukkan lebihan jumlah banduan adalah seramai 8,617 orang atau 29.6% berbanding dengan kapasitinya iaitu 29,100 orang sahaja. Untuk menangani situasi lebihan banduan, Jabatan Penjara Malaysia telah pun mengambil beberapa langkah jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasinya seperti berikut:- (i) dengan pelaksanaan sistem parol, maka Jabatan Penjara dapat melepaskan banduan-banduan yang disabit kesalahan yang ringan di mana hukuman tidak melebihi dua tahun dan jika seseorang banduan telah pun berada di penjara, sekurang-kurangnya setahun, maka ianya layak untuk dikeluarkan daripada penjara dan mereka ini bukan dibebaskan tetapi maksudnya masih dalam penjara tetapi ada di luar penjara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada bulan Julai hingga Ogos, 96 orang banduan telah pun dikeluarkan daripada penjara dalam sistem parol ini. (ii) membina penjara baru yang dilengkapi dengan sistem keselamatan terkini, keperluan latihan pemulihan, kemudahan kesihatan, penempatan serta lain-lain kemudahan asas yang diperlukan. Jika pembinaan penjara baru tersebut dapat disiapkan mengikut jadual Rancangan Malaysia Kesembilan ini, ianya akan dapat meningkatkan lagi kapasiti penjara di

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Alor Star

seluruh negara kepada kira-kira 40 ribu orang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan ini lebih kurang 10 buah penjara sedang dibina dan beberapa buah akan beroperasi dalam dua bulan ini; (iii) memperkemaskan lagi program pemulihan penghuni dengan memperkenalkan modul pemulihan bersepadu melalui Pelan Pembangunan Insan ataupun PPI mulai tahun 2003. Ianya dijangka dapat mengurangkan lagi kadar kemasukan semula banduan. Pada peringkat awal pelaksanaan, ianya dapat mengurangkan kadar kemasukan semula daripada 30% kepada 26%; (iv) mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk melaksanakan program pemindahan banduan ataupun transfer of prisoners, dengan izin, kembali ke negara asal. Pada ketika ini terdapat lebih kurang 15 ribu banduan warga asing yang sedang berada di penjara kita; (v) Jabatan Penjara juga sedang mengkaji beberapa konsep hukuman dan penahanan yang dijangka dapat mengurangkan lagi kesesakan di penjara. Di antara konsep yang sedang dikaji untuk dikemukakan cadangan kepada kerajaan ialah perintah khidmat masyarakat untuk pesalah dewasa ataupun home detention, dengan izin, dan juga suspended sentences, dengan izin, dan ianya akan melibatkan kesalahan-kesalahan terpilih dan juga jenayah yang tidak membahayakan masyarakat; dan (vi) bagi mengelakkan kesesakan yang melampau di sesebuah institusi penjara, pemindahan banduan dari sebuah penjara yang sesak kepada penjara yang kurang sesak telah pun dilaksanakan. Pada tahun 2007, lebih 9,500 banduan telah dipindahkan dan untuk tahun 2008 pula, tidak kurang 6,700 banduan telah pun dipindahkan ke penjara yang kurang sesak. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri tidak akan melaksanakan program pertukaran banduan ataupun exchange of prisoners, dengan izin, yang mana program ini lebih kepada pertukaran banduan yang melibatkan jenayah perang. Walau bagaimanapun pada ketika ini kementerian bersama Jabatan Penjara sedang mengkaji untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi melaksanakan program pemindahan banduan, transfer of prisoners, dengan izin, seperti mana yang telah pun diamalkan oleh beberapa buah negara lain. Cadangan ini dijangka akan dapat mengurangkan bilangan banduan warga asing yang ditahan di negara ini dan sekali gus menjimatkan kos yang terpaksa di tanggung oleh kerajaan. Selain itu, warga Malaysia yang menjalani hukuman penjara di luar negara, boleh dibawa balik menjalani lebihan hukuman di Malaysia. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seperti yang dinyatakan tadi lebih daripada 30% penghuni penjara adalah merupakan warga asing. Jadi sejauh manakah pihak kementerian menghantar balik terus warga asing ini tanpa dipenjarakan, maksudnya apabila mereka dijatuhi hukuman terus dihantar balik tanpa dipenjarakan dahulu terutama yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen. Saya percaya dengan cara ini akan dapat mempercepatkan lagi atau mengurangkan kesesakan di penjara. Sejauh manakah kementerian menyedari bahawa terdapat risiko seperti penyakit berjangkit, pergaduhan sesama banduan dan mungkin ada salah laku seksual di penjara akibat daripada kesesakan ini dan juga kesannya adalah kepada kekurangan peluang

latihan kepada pegawai-pegawai penjara, kerana mereka terpaksa sentiasa berada di penjara kesan daripada kesesakan ini? Saya mohon jawapan.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat dari Lipis. Pertamanya saya ingin menjawab dahulu mengenai kesan negatif kesesakan yang ada di penjara kita. Apabila kapasiti melebihi muatannya memang terdapat beberapa kesan negatif seperti:- (i) tekanan kepada anggota dan pegawai penjara yang bertugas mengawal jumlah banduan yang begitu ramai; dan (ii) tekanan kepada banduan yang terpaksa berada dalam keadaan yang sesak. Memang betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi bahawa dengan kesesakan yang begitu teruk peningkatan berlakunya kejadian negatif seperti pergaduhan bersama banduan, kekurangan untuk mendapat latihan dan pemulihan dan lain-lain lagi. Ini adalah beberapa kesan negatif termasuklah risiko kemungkinan berlakunya penyakit berjangkit. Kerajaan memang amat berhati-hati. Oleh yang demikian, Jabatan Penjara dalam mengendalikan penjara-penjara harus memastikan bahawa banduan-banduan yang menghidap penyakit-penyakit seperti HIV, Hepatitis, Tibi dan penyakit-penyakit lain yang berjangkit diasingkan. Buat masa ini terdapat lebih kurang 2,000 penghuni yang berpenyakit. Kita telah pun mengambil langkah-langkah untuk mengasingkan mereka supaya mereka ini tidak bercampur dengan banduan yang lain. Selain daripada itu juga perkhidmatan doktor panel sentiasa berada di penjara. Apabila terdapat banduan-banduan yang mempunyai masalah penyakit, maka perkhidmatan doktor mestilah ada di situ juga. Pemeriksaan kesihatan yang rapi juga dijalankan dari masa ke semasa. Ini adalah beberapa langkah yang kita akan, sedang dan telah ambil untuk mengelakkan berlakunya kesan negatif. Selain daripada itu kita juga mempertingkatkan lagi latihan vokasional di bengkel-bengkel supaya mereka ini dapat berpeluang untuk menjalani latihan-latihan pemulihan agar apabila mereka ini keluar tidak akan kembali semula ke penjara. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu juga saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini, bahawa setakat ini kita tidak mempunyai peruntukan di bawah undang- undang kita, di mana pesalah asing yang disabitkan dengan kesalahan sebelum mereka dijatuhkan hukum ataupun selepas dijatuhkan hukum oleh mahkamah diusir balik ke negara asal. Buat masa ini kita tidak ada peruntukan tersebut tetapi kita sedang berusaha mengadakan peruntukan di dalam undang-undang kita. Walau bagaimanapun kita harus mendapat persetujuan daripada negara-negara lain juga yang mana kita ingin mengusir balik banduan dari negara mereka ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, setakat ini berapakah jumlah beban kos yang ditanggung oleh negara kita untuk penyelenggara banduan-banduan dalam penjara dan berapakah peratusan di kalangan banduan ini yang dalam golongan muda, iaitu berumur di bawah 40 tahun yang kemungkinan mereka ini mempunyai kesan jangka panjang bagi masa depan negara dari sudut keselamatan? Terima kasih.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, dari segi kos untuk mengendalikan semua banduan yang menjadi penghuni di penjara, saya tidak ada angka yang tepat. Sekiranya Yang Berhormat berminat saya boleh memberi secara bertulis. Namun demikian, untuk makluman Dewan yang mulia ini, setiap hari seseorang banduan harus diberikan makanan dan kemudahan yang lain seperti ubat-ubatan, saya percaya tidak kurang daripada kadarnya RM40 sehari. Bagi banduan yang dalam lingkungan umur 40 ke bawah ini memang merupakan peratusan besar di penjara-penjara kita. Sekian, terima kasih.

Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong · question

2. Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah dasar kerajaan tentang biofuel di mana sumber-sumber makanan dijadikan bahan api sedangkan kita mengalami krisis kenaikan harga makanan sehingga stok penimbal (stockpile) makanan harus dijalankan secara besar-besaran.

Datuk Peter Chin Fah KuiSUPP · BNMenteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi · Miri

Tuan Yang di-Pertua, dasar semasa kerajaan berhubung dengan kegunaan minyak sawit adalah memberi keutamaan kepada kegunaannya sebagai bahan makanan. Namun demikian, bagi mengukuhkan permintaan terhadap minyak sawit serta memastikan pengusaha menerima harga yang berpatutan, kerajaan juga menggalakkan penggunaannya sebagai sumber bahan mentah untuk menghasilkan biobahan api berasaskan sawit. Buat masa ini terdapat 10 projek biobahan api yang beroperasi dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 942,000 tan setahun dengan keperluan bahan mentah sebanyak 960,750 tan minyak sawit setahun. Pada tahun 2007, industri biobahan api tempatan telah menggunakan sebanyak 128,235 tan minyak sawit untuk pengeluaran biodiesel. Di samping itu Malaysia dan Indonesia sebagai negara pengeluar terbesar minyak sawit dunia telah masing-masing bersetuju untuk menetapkan had 6 juta tan minyak sawit mentah bagi tujuan pengeluaran biodiesel. Sehubungan dengan itu tidak timbul isu berhubung bekalan makanan dari minyak sawit terjejas ekoran penggunaannya sebagai biobahan api. Tuan Yang di-Pertua, di samping itu penyelidikan juga sedang dijalankan bagi mengeluarkan biobahan api generasi kedua menggunakan biojisim sawit. Biodiesel dari sumber ini tidak akan melibatkan penggunaan sumber bahan makanan menyebabkan kosnya menjadi lebih murah. Walau bagaimanapun teknologi pengeluaran biobahan api generasi kedua masih di peringkat penyelidikan dan pembangunan di seluruh dunia dan kosnya pada masa ini masih tinggi berbanding dengan kos pengeluaran biobahan api berasaskan minyak sawit. Sekian.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin kaitkan pengenalan Envo Diesel yang telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri pada 21 Mac 2006. Lantas terdapat juga Biodiesel Industry Bill yang telah diluluskan pada bulan April 2007 yang mana setelah bill ini dikuatkuasakan semua jabatan kerajaan dikehendaki menggunakan Envo Diesel.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Dalam pada itu kita dapati dalam kandungan Envo Diesel, 95% adalah diesel dan hanya 5% ialah minyak kelapa sawit terproses. Jadi saya kaitkan dengan satu laporan GAIN ataupun Global Agriculture Information Network telah memberitahu bahawa pada tahun 2007, kapasiti pengeluaran untuk Envo Diesel cuma 300,000 tan walaupun tadi Yang Berhormat Menteri sudah bercakap, kita telah mempertingkatkan sehingga menjadi 900,000 tan. Dalam pada itu terdapat 53,000 tan yang telah dieksport di antara bulan Ogos 2006 sehingga bulan Februari 2007. Jadi soalan saya ialah apakah Envo Diesel yang telah dieksport itu juga telah diberikan subsidi walaupun subsidi itu harus diberikan kepada warga Malaysia sahaja? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi ialah sedikit mengelirukan sebab Envo Diesel ini yang kita perkenalkan dan dilancarkan serta dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dua tahun yang lalu ialah adunan 5% palm olein iaitu CPO yang diproses terus dengan diesel petroleum. Inilah yang kita sebutkan Envo Diesel. Akan tetapi apa yang saya bacakan dalam ucapan asal saya tadi ialah Methyl Ester. Methyl Ester ialah bio bahan api yang sudah melalui proses pengolahan dan pengilangan supaya ia menjadi Methyl Ester dan bukan masih bahan mentah iaitu palm olein. Kedua-dua bahan ini adalah berlainan sebab ada bantahan daripada pihak pengeluar kereta terutamanya kepada pihak yang membuat fuel injection system dalam kereta. Mereka mengatakan kalau kita adun palm olein dengan diesel, mereka tidak boleh terima. Akan tetapi kalau kita adunkan 5% Methyl Ester dengan diesel petroleum, bila mereka boleh terima kerana Methyl Ester ini adalah bio-diesel yang sudah diterima di dalam dunia. Oleh sebab itulah pada hari ini kita membenarkan dengan Akta Biobahan Api yang kita luluskan dalam Dewan ini melesenkan kilang-kilang yang mengeluarkan Methyl Ester

dan bukan Envo Diesel. Methyl Ester sekarang ini kita eksportkan kepada seluruh dunia, kepada siapa yang hendak beli. Bahan mentah yang digunakan untuk membuat Methyl Ester ini tidak disubsidisekan dari mana-mana pihak. Kerajaan ataupun pengeluar CPO, untuk menjual bahan mentah ini dalam harga yang murah ataupun subsidise. Dia memang harga mengikut harga pasaran. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan tibalah masa kita untuk menggunakan biobahan api melalui Methyl Ester ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya hendak beri sedikit makluman yang kita boleh fahami situasinya sekarang. Sekarang harga hub petroleum hanya dalam lingkungan USD111 per tong atau satu tong. Pure diesel, maknanya diesel yang kita gunakan sekarang untuk kereta kita ini yang tidak ada subsidi, hanya RM2.94 seliter. Yang Berhormat, kalau kita sekarang dengan harga minyak sawit mentah dalam lingkungan RM2,500.00 satu tan dan kalau kita kilangkan bahan mentah atau CPO ini untuk dijadikan Methyl Ester, harganya hanya RM2.92 sen. Maknanya ia lebih murah daripada diesel petroleum sekarang. Sebab itu kita rasa buat masa sekarang adalah elok dan tiba masa bagi kerajaan mengambil satu pendekatan di mana biodiesel ini boleh juga digunakan di Malaysia dan ia tidak akan membebankan pihak pengguna. Oleh sebab itulah saya mengambil sedikit masa Tuan Yang di-Pertua untuk menjelaskan perkara ini kepada Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertanyaan tambahan saya ialah, berasaskan kepada jawapan asal tadi, seolah-olah menunjukkan bahawa industri biobahan api ini yang berasaskan kepada kelapa sawit tidak mempunyai daya tarikan kepada mereka yang sudah pun diberikan lesen. Ini kerana saya difahamkan pada tahun lalu ada 90 lesen yang sudah pun diberikan dan setelah kita meluluskan akta tersebut, maka dari jawapan yang diberikan tadi hanya 10 sahaja yang beroperasi. Jadi, apakah ini menggambarkan bahawa mereka tidak yakin dan apakah tindakan sudah diambil kerana akta itu juga memberi kuasa untuk menarik balik lesen-lesen yang sudah diberikan ini? Apakah tindakan sudah diambil dan berapa banyak syarikat yang sudah ditarik balik lesen mereka?

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai minat, memang ada minat kerana kita sudah keluarkan 92 lesen. Akan tetapi sama ada pemegang lesen sekarang ini akan membuat kilang seperti yang dicadangkan, ini adalah masalah kewangan, masalah harga minyak sawit mentah sebagai bahan mentah untuk digunakan di dalam kilang. Oleh sebab itu hanya 10 projek biobahan api ini dapat didirikan dan beroperasi sekarang. Sebenarnya, kita memang ada 15 buah kilang sudah dibuat. Akan tetapi hanya 10 buah kilang itu yang beroperasi. Oleh sebab itu, buat masa sekarang para pengeksportan bio-diesel masih dalam lingkungan agak rendah dan itu pun sebab ada berkaitan dengan harga Methyl Ester yang ada di pasaran dunia. Mengenai dengan apakah tindakan yang kita akan ambil tentang lesen yang sudah kita keluarkan tetapi tidak diusahakan oleh pemiliknya, kita akan ambil satu pendekatan di mana mereka akan diberikan 2 tahun untuk mendirikan kilang ini. Jikalau dalam 2 tahun ini mereka masih gagal untuk membina kilang ini, maka kita akan ambil tindakan yang lebih keras iaitu termasuk jugalah menarik balik lesen mereka. Sekian.

Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar · question

3. Dato’ Abdul Manan bin Ismail [Paya Besar] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah kerajaan menyekat pengaliran keluar wang secara tidak terkawal oleh pekerja-pekerja warga asing, sehingga memberi tekanan kepada ekonomi negara termasuk kejatuhan nilai ringgit.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Lumut

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan mengamalkan Dasar Ekonomi Terbuka. Oleh sebab itu secara amnya, pekerja warga asing di Malaysia boleh menukar pendapatan mereka dalam ringgit kepada mata wang asing untuk dihantar ke negara asal masing- masing.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Lumut

Pertukaran ringgit kepada mata wang asing untuk pengiriman keluar hanya boleh dilakukan melalui bank tempatan berlesen serta perkhidmatan pengiriman wang yang dibenarkan seperti Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional dan perkhidmatan pengiriman wang bukan bank yang dibenarkan. Justeru, aliran keluar wang yang dilakukan menerusi institusi ini dapat dipantau. Setakat suku pertama tahun 2008, pengiriman wang oleh pekerja asing hanya sebanyak RM4,545 juta iaitu 2.8% daripada jumlah keseluruhan aliran keluar wang dalam akaun semasa. Oleh itu, kesannya ke atas ekonomi dan nilai ringgit tidaklah begitu besar. Tambahan pula, kedudukan reserve antarabangsa Malaysia yang kukuh dijangka dapat menampung jumlah kiriman wang ini yang hanya merupakan 1.2% dari jumlah reserve semasa. Oleh itu, adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa nilai ringgit telah menurun berbanding dolar Amerika Syarikat akibat daripada pengiriman wang oleh pekerja asing. Semenjak peralihan kepada rejim apungan terurus pada 21 Julai 2005, nilai ringgit telah meningkat 14.6% berbanding dolar Amerika Syarikat. Namun begitu, kerajaan akan terus memantau perkembangan pertukaran mata wang asing bagi memastikan kedudukan ringgit kekal konsisten dengan asas ekonomi negara. Terima kasih.

Dato' Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita dengar tadi sejumlah RM4,545 merupakan wang negara yang keluar melalui pekerja-pekerja asing dan saya rasa jumlah ini besar. Oleh itu, tidakkah wajar kerajaan mengenakan cukai atas wang ringgit Malaysia yang keluar dari negara ini memandangkan pekerja-pekerja asing ini terlepas dari membayar cukai pendapatan dalam negara atau mengenakan khidmat kiriman wang keluar dari negara ini yang sama aras dengan cukai pendapatan peribadi yang dikenakan ke atas rakyat negara ini? Terima kasih.

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sebenarnya pada masa sekarang kerajaan tidak bercadang untuk mempersisipkan cukai hantaran wang keluar oleh pekerja asing yang bekerja di negara kita kerana untuk kita ini tidak adil kepada mereka. Mungkin tidak bagus untuk nama baik negara kita juga. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, bilangan pekerja asing di negara kita yang rasmi adalah sebanyak 2.1 juta, mungkin ada banyak juga secara haram. Jadi ikut pengiriman wang keluar dari negara kita, purata seorang pekerja asing yang mengirim wang balik ke negara asal mereka tidak melebihi RM500 sebulan setiap seorang. Jadi itu untuk saya adalah amaun yang munasabah untuk mereka kerana mereka juga ada anak isteri, suami di negara asal mereka yang memerlukan wang untuk tanggungan kehidupan mereka di negara asal. Terima kasih.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah daripada jumlah lebih kurang RM5 bilion yang disalurkan keluar negara kita, boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu apakah peratusan yang disalurkan melalui saluran rasmi itu? Maksud saya adalah saya dapat gambaran bahawa ada jumlah besar yang disalurkan melalui cara- cara yang tidak rasmi dan ini membawa beberapa akibat yang tidak baik. Banyak penyelewengan yang berlaku dari semua peringkat, dari peringkat majikan dan sebagainya. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi gambaran, apakah saluran, berapa jumlahnya yang tidak rasmi yang juga disalurkan ke luar negara?

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Sebenarnya kerajaan hanya boleh memberi angka dari saluran rasmi. Jadi apakah angka yang saya beri sebentar tadi adalah saluran rasmi yang Bank Negara dapati dari institusi kewangan yang rasmi di negara kita. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, kita tidak ada angka di mana pengaliran wang ataupun kiriman wang itu boleh dibuat secara tidak rasmi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya saluran haram yang mungkin ada itu adalah tidak digalakkan kerana saluran itu tidak selamat, tidak terjamin dan kemungkinan wang mereka akan hilang. Walau bagaimanapun, kita tidak ada secara rasmi berapa banyak wang itu dikirim keluar dari negara kita melalui saluran-saluran yang tidak rasmi. Sekian, terima kasih.

Mohd Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHLumut · question

4. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah spesifik yang akan diambil bagi mengurangkan kesan ke atas rakyat golongan miskin berikutan kadar inflasi yang melonjak naik ke tahap 7.7% bagi bulan Jun lalu.

Tan Sri Amirsham A. AzizMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang di-Pertua, saya bercadang menjawab soalan oleh Yang Berhormat dari Kuala Krai pada pagi ini bersama-sama dengan soalan bertarikh 21 Ogos 2008 oleh Yang Berhormat Tuan Fong Kui Lun, Yang Berhormat Bukit Bintang. Ini kerana kedua-dua Ahli Yang Berhormat membangkitkan isu yang sama. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan telah pun bertindak lebih awal dalam usaha menjaga kebajikan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana berikutan berlakunya kenaikan harga minyak dan harga bahan makanan sejak awal tahun ini. Dalam usaha mengurangkan beban rakyat, kerajaan telah memberi bantuan secara langsung termasuklah memberi rebat tunai kepada pemilik persendirian bagi kereta, jip, pikap dan motosikal bagi menampung sebahagian daripada perbelanjaan tambahan ke atas penggunaan petrol. Ini melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM5 bilion. Kedua ialah mempertingkatkan program jaringan keselamatan sosial melalui pemberian pelbagai bantuan termasuklah bantuan orang tua, bantuan penjagaan OKU atau pesakit kronik terlantar, bantuan membina dan membaik pulih rumah yang diberi kepada orang Asli dan mengesan golongan yang memerlukan bantuan melalui program-program e- Kasih dan Program Cari-cari. Ketiga ialah mengekalkan subsidi gas masak kepada RM1.75 sekilogram dan subsidi lain seperti subsidi baja padi, pendidikan dan pelbagai subsidi masih diteruskan. Mengekalkan tambang pengangkutan dengan menambah kuota kemudahan fleet kad kepada pengusaha pengangkutan awam serta mengekalkan harga diesel dan NGV bersubsidi pada RM1.43 seliter dan RM0.68 sen seliter. Selain itu, mengekalkan tarif elektrik yang sedia ada bagi isi rumah yang menggunakan kurang dari 200 kilowatt per hour, sejam supaya pengguna domestik miskin di bawah tarif baru dan mengawal harga beras iaitu Super Tempatan 15 antara RM1.65 sen sekilogram sehingga RM1.80 sekilogram. Beras Super Spesial Tempatan 5% pula kepada RM2.80 sekilogram dan Beras Super Spesial Tempatan 10% kepada RM2.70 sekilogram.

Tan Sri Amirsham A. AzizMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Manakala langkah-langkah tidak langsung bagi membantu meningkatkan pendapatan termasuklah menggalakkan golongan sasar terlibat dalam Program Bumi Hijau bagi mendapatkan pendapatan tambahan. Pihak berkuasa tempatan akan memberi kelulusan permit perniagaan dengan lebih banyak kepada peniaga-peniaga kecil dan pasar tani akan terus diperluaskan. Selain itu juga, meningkatkan produktiviti kerja dengan menggalakkan golongan sasar dalam kerja seharian mereka dan melaksanakan kerja sampingan bagi mendapatkan pendapatan tambahan. Usaha pembasmian kemiskinan menerusi Projek Penjanaan Ekonomi, Pembangunan Modal Insan, Program Pembangunan Usahawan dan latihan serta kredit mikro. Semua program ini akan membantu melonjakkan pendapatan golongan miskin kepada aras yang lebih tinggi dan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan memang bersedia untuk menyemak semula semua subsidi yang sedia ada mengikut kedudukan semasa dan inflasi. Sekian, terima kasih.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Kerajaan mengakui bahawa kedudukan inflasi yang tinggi ini berpunca antaranya yang besarnya ialah kenaikan harga minyak dunia dan juga pengurangan subsidi ataupun penstrukturan semula subsidi yang dilakukan menyebabkan harga minyak ataupun harga bahan bakar di pam naik. Ini disusuli dengan kenaikan harga-harga keperluan harian lain di seluruh negara. Jadi kita nampak sebab yang khusus. Memandangkan hari ini harga minyak dunia telah jatuh lebih daripada 20% daripada harga ketika kerajaan membuat keputusan untuk

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

menaikkan harga minyak di pam ini. Apakah kerajaan bercadang untuk menurunkan harga minyak di pam ini kepada satu paras yang lebih munasabah? [Tepuk] Adakah kerajaan menjangka jika ini dapat dilakukan, maka kerajaan dapat memastikan harga-harga barang keperluan yang telah naik akibat kenaikan harga minyak dulu dapat dikurangkan? Kalau rasa dapat, bagaimanakah agak-agaknya mekanisme pelaksanaannya? Terima kasih. Bilalah, bila mahu dilaksanakan.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Memang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mekanisme untuk mengkaji semula harga petrol terutamanya harga petrol di pam. Mekanismenya ialah menggunakan harga pasaran dan akan dikaji, akan disemak semula tiap-tiap bulan. Jadi kalau mengikut keadaan semasa, pengurangan harga pasaran dunia, besarlah harapan dapat kita mengurangkan harga pam untuk masa yang terdekat ini. Ia telah pun diberi gambaran oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa mengikut kadar harga minyak sedunia sekarang, mungkin ada berita baik untuk rakyat. Dari segi jika dapat kita turunkan harga minyak, bagaimana kita dapat mengawal ataupun menurunkan harga-harga yang lain terutamanya harga barang runcit seperti makanan dan sebagainya. Kita ada pihak pengawasan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menguruskan supaya dapat kita mengawal harga-harga runcit dan dapat diberikan kepada rakyat dengan cukup sederhana. Jawatankuasa Inflasi dan sekarang ini ialah Exco ataupun Majlis Ekonomi sentiasa memantau harga-harga barang supaya dapat diadakan ataupun diberi kepada rakyat dengan harga sederhana. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk mengatasi masalah pembasmian kemiskinan ini yang penting ialah menambahkan pendapatan mereka. Bukan setakat kita mahu memberi bantuan kebajikan dan sebagainya. Maka untuk menambahkan pendapatan ini, maka kita perlu memperbanyakkan pinjaman-pinjaman kecil ataupun mikro kredit ini. Akan tetapi masalahnya kebanyakan mikro kredit sekarang ini dari segi pinjaman ia tidak membantu iaitu untuk berniaga apa sebenarnya. Kemudian kalau boleh penjamin itu ditiadakan. Tidak ada penjamin, tidak ada faedah dan memberi bantuan juga dari segi khidmat nasihat bagaimana mahu berniaga dan dipantau. Jadi saya ingin tahu apakah yang telah dilakukan tentang Amanah Ikhtiar Malaysia di dalam memperbanyakkan mikro kredit ini supaya ia dapat membantu masalah pembasmian kemiskinan tegar ini.

Terima kasih. Memang betullah kalau dari segi cara untuk mengatasi kemiskinan ialah dengan memberi pendapatan yang lebih kepada pengusaha-pengusaha dan rakyat-rakyat dari golongan miskin. Mikro kredit memang salah satu daripada instrumen ataupun cara kita untuk menjalankan tugas kerajaan dengan mempertingkatkan lagi perniagaan dan pengusahaan golongan rakyat berpendapatan rendah. Dengan itu AIM ada berbagai-bagai skim termasuklah Skim Ikhtiar Mesra dan Srikandi untuk menyediakan pinjaman dengan had RM2,000 sehingga RM20,000 untuk setiap peminjam. Skim Ikhtiar Wibawa juga diperkenalkan dengan had pinjaman sebanyak RM5,000 dan Pinjaman Ikhtiar Sejahtera untuk pembelian aset dan pelaburan dengan nilai maksimum RM10,000. Memang kita sentiasa menggalakkan Amanah Ikhtiar Malaysia untuk memberi pinjaman ini dengan seberapa mudah supaya dapat dinikmati ataupun digunakan oleh golongan-golongan yang memerlukan. Kami sentiasa memantau perkara itu dan terus diberi feed-back untuk Amanah Ikhtiar Malaysia memperkuatkan lagi atau memperkembangkan lagi usaha-usaha mikro kredit. Terima kasih.

Mohd Jidin bin ShafeeUMNO · BNSetiu · question

5. Dato' Haji Mohd. Jidin bin Shafee [Setiu] minta Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyatakan sejauh manakah kejayaan yang dicapai oleh kerajaan dalam Program Integrasi Nasional dan adakah kerajaan mempunyai perancangan baru bagi memperkemaskan perpaduan di kalangan rakyat majmuk di negara ini.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTimbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan · Tebrau

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah menjalankan kajian mengenai keberkesanan Program Integrasi Nasional khususnya Program Lawatan Integrasi dalam memupuk integrasi nasional yang melibatkan masyarakat di wilayah Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung. Kajian ini telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada Institut Tadbir Awam Negara ataupun INTAN dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada tahun ini. Dapatan daripada kajian ini telah menunjukkan bahawa Program Lawatan Integrasi telah berjaya mengurangkan persepsi negatif, meningkatkan pengetahuan, mewujudkan pergaulan, membentuk jalinan interaksi dan mengukuhkan kecintaan mereka terhadap negara bangsa. Oleh itu impak Program Lawatan Integrasi telah membolehkan peserta program ini menjadi semakin terbuka dan toleran terhadap cara hidup etnik lain serta lebih menerima mereka sebagai sebahagian masyarakat sendiri. Kementerian juga melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sedang merancang untuk membuat kajian ke atas beberapa program bagi mengukuhkan tahap integrasi nasional di antara masyarakat di wilayah Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di semenanjung pada tahun-tahun yang akan datang. Beberapa program turut dirancang bagi memperkemaskan perpaduan di kalangan rakyat majmuk di negara ini.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTimbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan · Tebrau

Antaranya ialah melalui program-program baru integrasi seperti menambahkan bilangan peserta dan jumlah lawatan serta melibatkan penduduk pedalaman di Sabah, Sarawak dan negeri-negeri Semenanjung. Selain itu penglibatan peserta bersama keluarga angkat dalam program Titian Integrasi yang melibatkan pelajar institut pengajian tinggi dan Titian Padu yang melibatkan pelajar sekolah menengah akan diperluaskan bagi mendedahkan cara hidup, kebudayaan dan adat resam masyarakat di semua wilayah di Malaysia. Kementerian turut mengadakan program-program kebudayaan. Sebagai contoh, penganjuran enam program majlis rumah terbuka Malaysia yang telah diangkat menjadi program nasional. Ia sebagai langkah untuk memperkemaskan perpaduan di kalangan rakyat majmuk serta menyemarakkan keharmonian dan meningkatkan kefahaman budaya pelbagai kaum di negara ini. Enam majlis rumah terbuka Malaysia tersebut ialah Rumah Terbuka Malaysia Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Tadau Keamatan, Gawai Dayak, Deepavali dan Krismas. Selain daripada itu kementerian turut melaksanakan program merakyatkan seni budaya yang mana sebanyak 158 aktiviti akan dijalankan tahun ini. Program ini akan dilaksanakan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan perumahan, kawasan luar bandar dan penempatan FELCRA dan FELDA.

Terima kasih. Sehingga kini, adakah kerajaan berpuas hati dengan usaha yang telah dilaksanakan memandangkan program ini suatu program yang telah lama atau apakah halangan-halangan yang tidak merancakkan integrasi nasional ini berjalan dengan baik?

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Setiu, memang kerajaan berpuas hati dengan program yang telah dilaksanakan untuk menyatupadukan rakyat. Sungguhpun dari segi keberkesanan, ia memang ada tetapi kita perlu ingat kerja untuk memupuk semangat perpaduan rakyat memerlukan usaha berterusan bagi semua negara termasuk Malaysia. Rakyat khususnya generasi muda perlu diingatkan secara berulang-ulang tentang pentingnya perpaduan sebagai asas kekuatan negara. Semua pihak termasuk ahli-ahli politik perlu bekerjasama dan berusaha sama menyatupadukan rakyat dengan mengutamakan kepentingan negara dan tidak terlalu ghairah dengan impian individu dan agenda parti. Pemimpin-pemimpin masyarakat dan pemimpin-pemimpin politik harus mengelakkan sikap cauvinisme dan hasutan yang bukan- bukan supaya rakyat tidak terpesong oleh ukiran, gambaran yang indah tetapi tidak benar. Jadi ini adalah merupakan satu usaha yang memerlukan kerjasama semua pihak.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Lagi 11 hari negara kita akan merayakan hari kebangsaan yang ke-51 tetapi tidak ada apa-apa perasaan, suasana yang menunjukkan kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa ada kejayaan program integrasi nasional itu adalah tidak benar. Bukankah ini oleh sebab khasnya dalam enam bulan ini selepas political tsunami, bahawa adalah mengenai isu-isu perkauman, mengenai ketuanan Melayu, kedaulatan Melayu, perpaduan Melayu.

[Dewan riuh]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Sepatutnya mengenai perpaduan Malaysia, bukan Malay unity tetapi Malaysian unity. [Tepuk] Dan dengan reaksi-reaksi yang ekstrem, semacam forum-forum Majlis Peguam sama ada mengenai Social Contract atau mengenai conversion to Islam. Baru- baru ini dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, kita tengok ada banting, ‘Melayu ditindas, mana keadilan?’ Adakah MCA setuju, Melayu ditindas? Adakah GERAKAN bersetuju? Sehingga ada suara-suara dalam GERAKAN mahu keluar daripada Barisan Nasional.

DAP pun banyak main isu perkauman.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Bukankah ini semua menunjukkan kegagalan usaha-usaha untuk national integrasi. Apakah yang akan dilakukan oleh kementerian mengatasi masalah khasnya untuk menghentikan kenyataan-kenyataan, isu-isu perkauman seperti banting ini, Melayu ditindas dan dibuat oleh UMNO, Pemuda UMNO? [Tepuk]

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Tuan Yang di-Pertua, seperti saya katakan tadi soal perpaduan rakyat, ia memerlukan usaha sama semua pihak khususnya pemimpin- pemimpin politik, ahli-ahli politik. Kalau kita tidak menghasut rakyat dengan kata-kata yang mengapi-apikan dan juga kita secara saksama dan secara jujur dan adil menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat. Saya rasa kita akan melihat satu situasi yang lebih menyenangkan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua, adakah ini Melayu ditindas, itu hasutan?

[Dewan riuh]

Tuan Ahmad bin MaslanUMNO · BNPontian

Tunggu orang jawab dulu.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Adakah Melayu ditindas, hasutan? [Dewan riuh]

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Ini bukan negara China lah.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Sebab itu ...

Sudah berapa lama dalam Parlimen pun macam ini ke?

[Dewan riuh]

Malaysian Malaysia lagi perkaumanlah!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Macam ini ke?

[Dewan riuh]

[Menyampuk]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ini pengkhianat negara, pengkhianat kepada national integration!

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ini pengkhianat kepada national integration.

Padang Serai tak payah campurlah, ini bukan hal you lah.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Pasir Salak.

Don’t challenge bumiputera all the time you know!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ini hasutan! Setuju? Inilah hasutan!

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Menyampuk]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

[Dewan riuh]

Dia penghasut besar, duduklah!

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat!

Penghasut!

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Pengkhianat!

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai, sekejap. Ahli-ahli Yang Berhormat Padang Serai, Pasir Salak, Ipoh Timur. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebentar tadi kita semua menghadapi satu suasana yang paling elok.

Dia selalu mempersoalkan Melayu!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ini hasutan!

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ipoh Timur yang mulakan!

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, Ipoh Timur!

Yang Berhormat Ipoh Timur tu, ajar dialah!

Tuan Yang di-Pertua

Duduklah Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Silam duduk!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Don’t challenge the bumi Melayu all the time you know.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Ini bukan negara China!

Don’t challenge!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ini negara Malaysia, bukan negara satu kaum!

Don’t challenge the Malay! [Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ini bukan negara Melayu, ini negara Malaysia! [Tepuk]

[Dewan riuh]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini Malaysia untuk semua! [Tepuk] Kalau ... untuk semua, kalau kamu ..., kamu pengkhianat!

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah Yang Berhormat Padang Serai.

Keturunan awak tu menumpang dulu.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, soalan yang ditanya itu adalah elok. Apabila dijawab dengan elok, lepas itu ada reaksi daripada Yang Berhormat, macam mana rakyat boleh bersatu begini? Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri yang menunjukkan sifat seperti begitu, terutama sekali daripada Yang Berhormat Ipoh Timur, mula-mula tadi diam lepas itu terus pula... [Tepuk]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa, tak apa.

Nasib baik ada prinsip Jus Soli.

Ini mesti ... India ini.

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah, sudahlah.

Keturunan dia itu ...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua, dia belum habis jawapan.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah-sudah.

[Dewan riuh]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kenapa suara UMNO, mana suara MCA, GERAKAN? Semua diam-diam.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, sudahlah! Yang Berhormat Ipoh Timur sudahlah. Tuan Nga Kor Ming.

[Dewan riuh]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, ...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, sudahlah. Sila.

Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan · question

6. Tuan Nga Kor Ming [Taiping] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimana kerajaan boleh memupuk dan mencapai perpaduan nasional sedangkan dasar kerajaan sendiri mengamalkan diskriminasi memecahbelahkan rakyat menjadi puak bumiputera dan bukan bumiputera.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, hak-hak bumiputera adalah sesuatu yang menjadi asas kepada kontrak sosial yang telah menjadi tunggak utama dalam menjamin perpaduan negara sejak kemerdekaan lagi malah hak-hak tersebut telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan secara jelas dan terang. Untuk itu, dasar-dasar kerajaan selama ini khususnya pendekatan, pertumbuhan dengan kesamarataan atau growth with ekuiti yang menekankan kepada pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum di samping penyusunan semula ekonomi negara bagi memastikan penyertaan yang adil dan seimbang di kalangan semua golongan etnik, telah digubal dengan teliti dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh demi untuk memastikan agar hak setiap rakyat Malaysia akan terus terpelihara dan seterusnya memastikan agar perpaduan negara akan terus diperkukuhkan. Secara amnya, pihak kerajaan percaya bahawa pemeliharaan hak-hak kaum bumiputera tidak seharusnya bercanggah dengan penjagaan hak-hak asasi bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mahupun agama. Apa yang penting ialah kita berlaku adil terhadap semua rakyat Malaysia dengan turut mengambil kira latar belakang dan keadaan termasuk sejarah rantau dan kumpulan dan masing-masing. Hal ini terbukti apabila kita mendapati bahawa negara kita telah berada dalam keadaan aman dan sentosa sejak sekian lamanya dengan terlaksananya pelbagai dasar kerajaan yang telah dirangka dengan berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, dakwaan Yang Berhormat Taiping kononnya dasar kerajaan mengamalkan diskriminasi, memecahbelahkan rakyat, menjadi puak bumiputera dan bukan bumiputera adalah satu kenyataan yang tidak tepat malah boleh menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan masyarakat di negara kita yang berbilang kaum. Dengan itu, saya ingin menggesa Ahli-ahli Yang Berhormat agar menghormati keluhuran perlembagaan yang menjadi salah satu asas rukun negara dan menerima hakikat pemaktuban hak-hak bumiputera di samping pemeliharaan hak-hak asasi untuk semua rakyat Malaysia di dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah menjadi asas kestabilan dan keamanan negara selama ini.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dengan penuh hormat dan takzimnya saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Setujukah kita

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

semua ini anak Malaysia, setujukah Melayu, India, Cina, Kadazan, Dusun dan semua kaum dalam negara ini harus hidup sebagai satu keluarga yang penuh harmoni dengan izin [bercakap dalam bahasa Mandarin] ? Adakah setuju, saya bertanya kepada menteri yang hendak jadi menteri itu boleh sabar dahulu? Tunggu giliran untuk jadi menteri. Menteri jawab dengan lemah lembut, orang berbudi kita berbahasa. Tidak macam orang di sana itu yang berteriak macam orang yang tidak berbudi bahasa. Saya hendak tanya lagi,. Setujukah bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memupuk pembentukan bangsa Malaysia seperti yang termaktub dalam Wawasan 2020?. Setujukah kerajaan sesungguhnya mesti berlaku adil, saksama dan penuh kasihan seperti dalam Surah al-An’am ayat 90, [membaca sepotong ayat al-Quran] ? Jika Yang Berhormat Menteri setuju dengan empat soalan saya, setujukah kerajaan harus berhenti memecahkan rakyat kita menjadi puak bumiputera dan bukan bumiputera supaya semua rakyat yang lahir dalam tanah air kita yang tercinta ini dilayan dengan adil dan saksama sebagai satu bangsa Malaysia? Saya sebenarnya bertanya soalan ini bagi pihak Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan., dia pernah membuat cadangan tentang perkara tersebut di surat khabar tetapi dia tidak berani bangkit di dalam Parlimen. Saya tanya bagi pihak saya sahaja. Harap Yang Berhormat Menteri kita dengan ikhlas dan demi kepentingan negara. Perpaduan nasional mesti hanya boleh dicapai melalui dasar yang adil, saksama kepada semua anak Malaysia yang kita sayangi dan cintai ini, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Taiping dan saya ingat banyak kita kena belajar daripada pemain badminton Lee Chong Wei dengan Misbun Sidek. Hati mana yang tidak menangis melihat Chong Wei mencium bendera Malaysia dan coach nya Melayu tetapi mereka sewaktu berjuang di Beijing untuk Malaysia, Chong Wei tidak mengira dia Cina, Misbun tidak mengira dia Melayu tetapi dia Malaysia. Itu yang kita harapkan semua rakyat di Malaysia cuma masalah di sini Tuan Yang di-Pertua ialah apa yang kita lakukan ini tidak bercanggah dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan. Jadi kalau sekiranya Yang Berhormat boleh tunjuk di mana yang Barisan Nasional lakukan yang tidak dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia mungkin saya boleh mengaku bahawa dasar-dasar Barisan Nasional itu adalah tersilap tetapi semua yang dilakukan ini ialah berdasarkan apa yang telah ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia. Cuma kalau scholarship pun juga di bawah 152 memang termaktub mengatakan itu bahawa satu kerizaban, satu reserve yang diberikan kepada Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak. Jadi ini bukan satu perkara yang kita lakukan yang bercanggah dengan perlembagaan., tetapi kalau Ahli-ahli Parlimen yang ada di sini termasuk semualah yang Melayu sebelah sana, yang Melayu sebelah sini kita merasakan bahawa Akta Hak Keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia ini patut dihapuskan. Saya cadang supaya mereka membawa usul untuk kita meminda dan buang semua 152, 153 pada ketika itu kita boleh sama-sama bercakap bahawa kita semua membela bangsa Malaysia.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya berhujah artikel 153?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, sudah enam kali bangun Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya hendak tunjukkan artikel 153... Tak apa bagi chance saya hendak tunjukkan artikel 153 memang...

Hey, duduklah.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, ini sesi soalan-soalan tambahan. Kita telah tetapkan bahawa apabila soalan itu daripada pembangkang maka yang diberi peluang lagi BN. Jadi jangan langgar apa yang telah kita persetujui. Sila Ahli Yang Berhormat Padang Besar.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada menteri. Sebenarnya yang memecahbelahkan rakyat bukan perkataan bumiputera atau bukan bumiputera. Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa yang memecahbelahkan kita ialah cara kita melaksanakan dasar pelajaran kita? Kita mengizinkan hampir kesemua, hampir keseluruhan masyarakat Cina hanya menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Cina daripada kanak-kanak lagi sehingga ke peringkat menengah dan hari ini mereka meminta, menuntut diiktirafkan peringkat universiti mereka. Kalau anak-anak tidak dididik, diperkenalkan di peringkat awal lagi di sekolah- sekolah? Bilakah kita dapat menyatukan masyarakat? Jadi saya mencabar Yang Berhormat Ipoh Timur. Dia pada suatu ketika melaung-laung mahu menjadi champion kepada Dong Jiao Zhong dahulu yang memperjuangkan pendidikan Cina sahaja. Hari ini dia mengatakan kita hendak menyatukan walhal dia juga menjadi dalang dalam perkara ini, hendak tanya menteri.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita tidak sebut sahaja hak istimewa orang Cina dan India. Sebenarnya itulah hak istimewa mereka iaitu Cina dan India dia boleh mengadakan sekolah yang menggunakan bahasa perantaraannya dalam bahasa ibunda sebab saya percaya Nan Nyang, Chinese, Cina daripada India di luar daripada India dan China mereka tidak dibenarkan untuk membentuk sekolah ibunda mereka. Di Singapura pun tak boleh. Di Amerika, di UK dan di Singapura. Jadi, sebenarnya itu hak istimewa orang-orang Cina yang kita beri di negara kita. Jadi oleh kerana itu tidak usahlah mempertikaikan hak masing-masing kerana tidak ada saya fikir, tidak ada pun tuntutan sebenarnya daripada pihak orang Melayu untuk ditutup sekolah Cina ini. Jadi saya harap kalau kita hormat menghormati di antara satu sama lain, tahu hak masing-masing saya percaya negara kita akan menjadi sebuah negara yang aman damai.

Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit · question

7. Tuan Aaron Ago Anak Agang [Kanowit] minta Perdana Menteri menyatakan perbezaan pendapatan bulanan (purata) isi rumah bagi penduduk di luar bandar Sabah, Sarawak dan Semenanjung yang tidak mempunyai pendapatan bulanan tetap. Apakah kaedah yang digunakan bagi pentafsiran pendapatan bulanan (income assessment) mereka ini.

Tan Sri Amirsham A. AzizMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang di-Pertua, maklumat berkenaan pendapatan bulanan isi rumah diperolehi melalui penyiasatan pendapatan isi rumah ataupun kemudahan asas yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Antara tujuan pelaksanaan PPIR ialah untuk mendapatkan anggaran pendapatan bulanan purata isi rumah bulanan di peringkat Malaysia kawasan, negeri dan strata ataupun bandar dan luar bandar. Isi rumah yang diliputi dalam penyiasatan ini merangkumi majikan, pekerja dan juga bekerja sendiri, pekerja keluarga tanpa gaji, suri rumah, pesara dan sebagainya.

Tan Sri Amirsham A. AzizMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Konsep pendapatan isi rumah pula meliputi pendapatan yang diterima dan terakur dalam tempoh rujukan iaitu 12 bulan yang lalu sama ada bentuk tunai atau mata benda. Semua pendapatan sama ada secara tetap, tidak tetap yang diterima dalam tempoh ini direkodkan. Perincian komponen pendapatan yang diterima oleh ahli isi rumah merangkumi penerimaan daripada pekerjaan bergaji termasuk:- (i) upah dan gaji; (ii) elaun tunai; (iii) bonus; (iv) komisen; (v) bayaran kerja lebih masa; (vi) makanan percuma; (vii) tempat menginap percuma ataupun konsesi;

Tan Sri Amirsham A. AzizMenteri di Jabatan Perdana Menteri

(viii) barang pengguna percuma atau konsesi; (ix) bayaran berupa mata benda dan pencaruman majikan kepada KWSP; (x) pendapatan daripada bekerja sendiri termasuk nilai barang yang dikeluarkan di rumah untuk kegunaan sendiri; (xi) pendapatan daripada harta benda termasuk royalti; (xii) sewaan; (xiii) faedah dan dividen; (xiv) penerimaan pindahan semasa termasuk penerimaan wang daripada isi rumah lain; (xv) bayaran nafkah; (xvi) biasiswa, fellowship; (xvii) pencen; dan (xviii) pembayaran berkala daripada harta pusaka atau tabung amanah dan hadiah berupa wang tunai atau mata benda yang diterima, lain-lain pendapatan termasuklah sewa dinilai bagi rumah yang diduduki oleh pemilik. Walau bagaimanapun, kekerapan penerimaan pendapatan yang dinyatakan di atas sama ada secara tetap atau sebaliknya tetap diperoleh memandangkan penekanan hanya diberi kepada penerimaan pendapatan keseluruhan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut punca pendapatan. Tuan Yang di-Pertua, sebagai indicator bagi mendapatkan punca pendapatan bulanan tidak tetap isi rumah kawasan luar bandar bagi Malaysia, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, pendapatan yang diperoleh daripada pekerjaan sendiri sama ada dalam sektor pertanian atau pun bukan pertanian telah diguna pakai. Hasil daripada Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah. Kemudahan Asas 2007, purata pendapatan bagi kawasan luar bandar adalah seperti berikut: (i) pekerjaan sendiri di seluruh Malaysia adalah RM1,484 sebulan; (ii) Semenanjung Malaysia, RM1,585 sebulan; (iii) Sabah, RM1,128 sebulan; dan (iv) Sarawak, RM1347 sebulan. Sekian.

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri. Daripada jawapan tadi, kita dapat melihat pendapatan sebenar berkenaan pendapatan rakyat di luar bandar berbanding dengan keperluan atau kehidupan rakyat sama ada mereka ini tergolong dalam golongan miskin atau tidak berasaskan garis paduan kemiskinan yang terkini. Kalau kita lihat dari angka dalam tahun 2005 atau tahun 2006, perbelanjaan bulanan purata ataupun monthly expenditure bagi sekeluarga adalah dalam lingkungan RM2,000 sebulan. Jadi, soalan saya Yang Berhormat Menteri,. berapakah anggaran perbelanjaan bulanan sekarang penduduk kita di luar bandar dibandingkan dengan penduduk di bandar-bandar terutamanya selepas kenaikan semua harga barang dan petrol. Terima kasih.

Saya tidak ada data itu sekarang ini. Kalau diperlukan saya akan berikan secara bertulis. Terima kasih.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, sejauh mana keberkesanan dasar kerajaan bagi memberi peluang

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

kepada setiap keluarga memiliki rumah sendiri terutama kepada golongan miskin. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Jawapan berkenaan dengan dasar pemilikan rumah sendiri memang sedia ada sebagai dasar. Untuk perumahan kos rendah, kerajaan tetap akan memberi bantuan dengan secara menetapkan harga penjualan harga rumah rendah. Ini dikaji mengikut keadaan semasa. Ini adalah satu dasar untuk mendapatkan supaya rakyat dapat memiliki rumah dengan harga yang berpatutan. Di bandar-bandar, ada juga skim-skim untuk rumah di bandar sewaan untuk penduduk-penduduk di bandar yang kurang berkemampuan mendapat tempat perlindungan atau pun tempat duduk dengan harga sewa yang dapat kita katakan sebagai harga yang terendah untuk menjaga kesejahteraan rakyat yang miskin.

William Leong Jee KeenPKR · PHSelayang · question

8. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah terkini siswazah-siswazah yang menganggur mengikut bangsa dari 2004 hingga 2008.

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Sumber Manusia ada menyediakan Sistem Electronic Labour Exchange atau pun dalam perkataan pendeknya ELX, dengan izin secara online semenjak tahun 2004 yang berupaya merekodkan siswazah yang mendaftar untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun, maklumat ini hanyalah berdasarkan rekod pendaftaran di Kementerian Sumber Manusia sahaja dan bukanlah merupakan jumlah keseluruhan siswazah yang menganggur di dalam negara. Tuan Yang di-Pertua, pendaftar aktif di kalangan siswazah mengikut bangsa bagi tempoh 2004 sehingga 2008 melibatkan satu taburan data yang begitu besar. Justeru itu, saya akan memberikan data-data terperinci untuk tiga kaum yang terbesar di negara ini dari tahun 2004 sehingga 2008 iaitu seperti berikut: | Tahun |Jumlah Siswazah Mendaftar| Bangsa | Bilangan | |--------------------|------------------------:|-----------------|------------------| | 2004| 4594|Melayu Cina India|4,060 163 207 | | 2005| 2413|Melayu Cina India|2,186 31 70 | | 2006| 56750|Melayu Cina India|50,594 1,110 1,346| | 2007| 56322|Melayu Cina India|49,075 1,348 1,401| |2008 (Sehingga Jun)| 47910|Melayu Cina India|41,813 1,403 1,569|<END_TABLE_MARKER>

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Parit Sulong

Tuan Yang di-Pertua untuk data yang lengkap bagi siswazah yang aktif mendaftar mencari pekerjaan bagi semua bangsa bagi tahun 2004 sehingga 2008 akan diberikan kepada Yang Berhormat secara bertulis. Sekian terima kasih.

Terima kasih. Memandangkan jumlah penganggur yang berijazah adalah daripada kaum Melayu, soalan tambahan saya ialah adakah dan kalau ada, apanya langkah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional, kementerian dan universiti-universiti untuk mengkaji adanya jumlah orang yang diterima masuk kepada universiti dan kursus yang diberikan mengikut kehendak pasaran dan graduan-graduan bumiputera ini akan dapat kerja. Atau kerajaan dan universiti-universiti ini mengambil pelajar-pelajar terutamanya dari kaum Melayu untuk mengadakan statistik bahawa banyak bumiputera dan Melayu dapat masuk universiti dengan tidak ada keperluan, kepedulian bahawa mereka akan dapat kerja dan mencari rezeki mengikut kehendak pasaran untuk kecekapan dan kelayakan mereka.

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih di atas soalan tambahan yang diberikan oleh Yang Berhormat tadi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kerajaan Barisan Nasional dan juga Kementerian Sumber Manusia sentiasa prihatin untuk membantu semua bangsa tidak kira mereka itu daripada bangsa mana untuk mencari pekerjaan. Sebab itulah kami ada satu program yang kami namakan ELX ini dan kemudiannya insya-Allah ianya kami akan tukarkan nama penjenamaannya ditukarkan kepada Job Malaysia. Untuk pengetahuan Yang Berhormat sebenarnya daripada jumlah mereka yang masuk ke Kementerian Pengajian Tinggi ataupun institusi awam dan swasta adalah mengikut keupayaan mereka ataupun mengikut kelulusan mereka. Jadinya ini menunjukkan bahawa daripada jumlah yang diberikan tadi mereka ini kita tengok daripada keupayaan mereka di peringkat sekolah lagi dan keupayaan itulah yang menyebabkan kebanyakan ataupun ramai daripada yang menerima adalah daripada kaum bumiputera. Tetapi secara kebetulannya pula apabila mereka mencari pekerjaan Yang Berhormat, dimaklumkan bahawa terdapat Kementerian Sumber Manusia ada membuat sedikit sebanyak siasatan ataupun research dengan izin, mengenai mengapa kebanyakan daripada lepasan pelajar ini tidak mendapat pekerjaan. Dan daripada siasatan kami, kami mendapati bahawa ada di antara mereka ini adalah terlampau memilih pekerjaan dan juga on the other side dengan izin, daripada pihak majikan pula mereka ini kami lihat terlampau tidak mahu memberi training kepada pekerja-pekerja itu. Dan kekurangan pendaftaran di kalangan kaum Cina dan India kerana mereka banyak menggunakan pusat khidmat agensi pekerjaan swasta yang kita kira lebih banyak ada lebih kurang jumlahnya ada lebih kurang 1,000 syarikat swasta di pasaran ataupun di Malaysia ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua kalau kita lihat sekarang trend graduan-graduan ialah untuk mencari pekerjaan sedangkan banyak lagi peluang-peluang lain yang berbentuk self employed ataupun bekerja sendiri seperti pengendalian laman web, reka bentuk hiasan dalaman, perniagaan direct selling dan sebagainya. Soalan saya, apakah langkah-langkah Kementerian Sumber Manusia ini untuk membantu mencari pekerjaan yang lebih bersifat bekerja sendiri berbanding dengan mencari pekerjaan ataupun bergaji. Sekian terima kasih.

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih saya ucapkan kepada soalan tambahan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat daripada Ledang. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini juga bukan sahaja Kementerian Sumber Manusia membuat program- program seperti Karnival Pekerjaan ataupun membantu ataupun membuat mini karnival di setiap daerah. Tetapi kami juga memberi sedikit sebanyak ataupun memberi bantuan kepada mereka ataupun graduan-graduan yang menganggur ini cara untuk menjadi usahawan. Kami ada bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain seperti PUNB daripada Mara dan daripada jabatan-jabatan yang lain bagi membolehkan mereka berusaha untuk menjadi entrepreneur dengan izin. Bukan sahaja bergantung kepada pekerjaan yang disediakan oleh pihak swasta mahupun kerajaan. Sekian terima kasih.

Ong Ka TingMCA · BNKulai · question

9. Dato' Seri Ong Ka Ting [Kulai] minta Perdana Menteri menyatakan:-

(a) bilangan syarikat pemegang lesen Petronas huluan (upstream) yang sedang digantung lesen untuk sementara mengikut etnik pemilik dan sebab-sebabnya dari tahun 2004 hingga Jun 2008; dan (b) perincian syarat pemilikan ekuiti yang diperlukan untuk memohon semula projek dan lesen Petronas.

Tan Sri Amirsham A. AzizMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi soalan mengenai pemegang lesen Petronas setakat Julai 2008, sebanyak 22 syarikat daripada keseluruhan 2,961 syarikat- syarikat yang berlesen dan berdaftar dengan Petronas sedang digantung lesen mereka dengan Petronas. Lesen syarikat-syarikat ini digantung kerana didapati telah melanggar syarat-syarat dan peraturan pelesenan dan pendaftaran Petronas seperti mana yang telah ditetapkan. Daripada jumlah ini 11 syarikat adalah syarikat milik penuh bumiputera. Bagi soalan berhubung syarat pemilikan ekuiti pada masa ini terdapat kira-kira 1,500 kategori kerja yang ditawarkan kepada syarikat-syarikat yang berkelayakan dan mempunyai lesen dan berdaftar dengan Petronas. Syarat-syarat pemilikan ekuiti bagi setiap kategori adalah berbeza di antara satu dengan yang lain. Misalannya untuk kerja- kerja yang menggunakan kepakaran dan teknologi tinggi, Petronas misalannya tidak memberi, tidak memerlukan syarat-syarat ekuiti bumiputera ataupun ekuiti untuk domestik ataupun dalam negeri. Untuk kerja-kerja yang telah sedia ada kepakaran di dalam negeri ekuiti-ekuiti untuk bumiputera dan ekuiti di dalam negeri pun ada diambil kira tetapi tidak ditetapkan berapakah ekuiti yang ditentukan. Itu terpulang kepada kebijaksanaan Petronas. Dalam hubungan ini sukalah dimaklumkan bahawa proses permohonan lesen, pendaftaran syarikat dan penawaran tender oleh Petronas dilakukan secara profesional. Permohonan untuk mendapatkan tender bagi membekalkan peralatan ataupun menyediakan perkhidmatan berkaitan adalah terbuka kepada semua pengusaha yang berlesen atau berdaftar dengan Petronas. Pemilihan kontraktor-kontraktor untuk menjalankan kerja berkenaan dibuat berdasarkan kelayakan yang ditetapkan. Maklumat lanjut mengenai permohonan lesen dan pendaftaran dengan Petronas boleh didapati di laman web Petronas atau berhubung terus dengan pihak Petronas. Sekian terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya Yang Berhormat memandangkan Petronas sejak diperbadankan, incorporated sejak tahun 1974 sehingga hari ini telah begitu berjaya. Sudah jadi satu badan korporat dalam lingkungan kalau tidak silap saya ranking 120 pada tahun 2006 dalam Fortune 500 syarikat terbesar di dunia. Dan ia kembang dengan begitu pesat, begitu berjaya, mempunyai syarikat di lebih daripada 30 negara. Nampaknya Petronas sudah terkenal dan rakyat Malaysia bangga dengan Petronas. Begitu ramai rakyat Malaysia telah pun dilatih jadi profesional dan teknikal people. Saya ingin tanya pada Yang Berhormat Menteri memandangkan banyak syarikat- syarikat yang cuba dapat kontrak ini sebenarnya setahu saya mereka adalah usaha sama antara bumiputera dan bukan bumiputera. Akan tetapi oleh kerana syarat yang ditetapkan itu telah menjadikan mereka terpaksa hanya menggunakan nama bumiputera. Oleh kerana itu di antara syarikat yang di batal lesen itu adalah dalam kategori ini.

Mengapa kita tidak menggalakkan usaha sama antara bumiputera dan bukan bumiputera bagi mereka yang layak, mereka yang ada pengetahuan dan kepakaran. Dengan cara itu kita jaga semua kepentingan rakyat Malaysia dan bukan diberi peluang sangat pada orang asing dalam banyak kerja kontrak yang melibatkan teknologi tinggi dan juga modal yang tinggi.

Seperti saya terangkan tadi, anggapan itu bukanlah anggapan yang benar. Petronas memberi peluang kepada semua yang mendaftar dengan Petronas untuk memasukkan tender ataupun mendapatkan kerja-kerja kontrak dan

daripada segi pemilikan ekuiti seperti telah saya terangkan, untuk kerja-kerja yang berteknologi tinggi dan menggunakan kepakaran yang tinggi yang tidak dapat disediakan oleh syarikat-syarikat bumiputera, kita buka tender itu kepada semua. Misalannya daripada segi pembekalan ball valves, itu ada beberapa syarikat yang dapat menikmati kerja-kerja pembekalan dengan Petronas dan syarikat-syarikat ini bukannya milik bumiputera, ia adalah milik rakyat Malaysia ataupun ada juga yang dimiliki oleh syarikat-syarikat asing kerana teknologinya diperlukan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab telah selesai. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PINDAAN) 2008 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Latihan Khidmat Negara 2003; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Wira Abu Seman Yusop]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN (PINDAAN) 2008 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang di tangguh atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [19 Ogos 2008]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Batu Pahat.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Batu Pahat dulu lah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, semalam yang telah diberi tempat ialah Yang Berhormat Petaling Jaya Utara yang telah dipanggil.

Tuan Yang di-Pertua

Saya Yang Berhormat yang mempengerusikan kelmarin. Belum saya memanggil siapa-siapa pun.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya ke?

Tuan Yang di-Pertua

Ya, belum. Mana ada panggil.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Pada waktu itu hanya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara yang bangun.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, dia sama-sama berdiri dengan Yang Berhormat Batu Pahat. Tidak akan tidak saya ingat pasal saya yang mempengerusikan kelmarin. Walau bagaimanapun saya telah notakan di sini kepada Timbalan Yang di-Pertua nanti untuk memperseimbangkan lagi.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Menyampuk] Dia ada panggil you ke Yang Berhormat Petaling Jaya Utara?

Tuan Yang di-Pertua

Ada saya nyatakan di sini untuk sama-sama keadilan siapa yang bercakap selepas ini.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sudah ada lima orang Ahli Yang Berhormat sudah berucap yang semuanya daripada Barisan Nasional. Jadi saya rasa haruslah...

Tuan Yang di-Pertua

Ada tiga kelmarin yang berucap daripada BN, satu daripada BEBAS. Semua ada nota sini Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa, sudah saya buat nota di sini. Selepas Yang Berhormat Batu Pahat...

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

[Menyampuk] Dia nak jadi Speaker.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Bukit Mertajam, banyak lagi masa lah.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Okey, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Pendidikan ini. Tuan Yang di-Pertua, kita memang tahu bahawa pendidikan adalah merupakan satu isu yang penting yang berkaitan dengan guru. Jika guru mendidik dengan betul, maka betullah yang kita didik, maka betullah bentuk rupa bangsa yang mahu kita lahirkan, yang mahu kita bangunkan. Kalau salah pendidikan kita, maka salahlah arah tuju generasi kita yang mahu kita bentuk. Kalau guru kata demonstrasi, anak murid akan berdemonstrasi. Kalau guru kata buat kacau, pengikut akan buat kacau. Ini yang berlaku di Permatang Pauh.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Minta penjelasan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ini contoh saja.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tunjuk contoh UiTM sama.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Contoh UiTM, pensyarah-pensyarah UiTM panggil berdemonstrasi. Itu sebabnya pelajar-pelajar UiTM berdemonstrasi. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

UiTM, mereka berhimpun secara aman. [Ketawa] Bukan maksudnya pukul orang, pukul jurugambar.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

[Menyampuk] Double standardlah ini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tendang kereta orang, raba orang, ludah orang. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana itulah pelaburan dalam bidang pendidikan adalah cukup penting dan kita berterima kasih di atas komitmen kerajaan yang mengutamakan pelaburan yang cukup besar untuk membangunkan sektor pendidikan di negara kita ini. Oleh kerana itulah kita menyokong sebarang usaha untuk kita meminda Akta Pendidikan yang sedia ada ini dan pada pandangan saya, sepatutnya kita mewujudkan satu jawatankuasa khas yang lebih menyeluruh, komprehensif menilai sistem pendidikan yang ada di negara kita ini supaya apabila kita melakukan rombakan ini, pembetulan ini, maka kita melihat apakah sistem pendidikan kita ini secara komprehensif adalah sesuai dengan tuntutan semasa yang ada sekarang ini, supaya kita tidak hanya

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

meminda kepada sesuatu perkara mengikut sedikit demi sedikit yang saya rasa dia tidak komprehensif sebenarnya. Pada pandangan saya bahawa apa yang perlu kepada sistem pendidikan kita ini bukan setakat mengajar, tetapi menyuruh anak kita ini mampu berfikir dan juga untuk membentuk sahsiah mereka secara menyeluruh supaya mereka yang berpengetahuan ini juga mempunyai keperibadian, akhlak dan moral yang tinggi. Oleh kerana itulah saya menyokong apabila kita meminda terutamanya dalam perkara 44 iaitu Maktab Perguruan, sekarang ini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru ataupun IPG, sebab kita memang mahu melahirkan murid yang cemerlang, pelajar yang cemerlang. Akan tetapi apakah sebenarnya yang kita maksudkan sebagai pelajar yang cemerlang ini dan apakah yang kita maksudkan sebagai guru yang cemerlang? Apakah maksudnya dengan hanya memberikan ijazah melalui penaikan taraf daripada sebuah Maktab Perguruan kepada sebuah Institut Pendidikan Guru ini, maka kita dapat melahirkan guru yang cemerlang yang akhirnya melahirkan pelajar yang cemerlang. Jadi sebab itulah bagi saya, ia harus dilihat secara menyeluruh iaitu bahawa Institut Pendidikan Guru ataupun IPG ini jika dia hanya memberikan ijazah, segulung sijil tetapi tidak dapat meningkatkan keupayaan dan kemampuan melahirkan guru yang cemerlang, maka dia juga tidak akan sampai kepada maksud melahirkan pelajar yang cemerlang. Maka sebab itulah Pelan Induk Pendidikan (PIPP) yang hanya tinggal dua tahun tidak akan sampai kepada matlamat jika sekiranya kita tidak merombak keseluruhan sistem.

Minta laluan Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Pendidikan kita ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Maran bangun Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Depan saya dululah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat rakan saya. Bercakap tentang guru yang cemerlang melahirkan pelajar yang mungkin gemilang, terbilang. Cuma saya ingin menyentuh terhadap segelintir guru-guru yang tidak berminat untuk masuk kelas, mengajar dan sebagainya telah memilih untuk menjadi guru kaunseling atau guru-guru kaunselor. Saya minta kementerian dan pandangan Yang Berhormat Batu Pahat terhadap guru-guru yang tidak berminat mengajar dan memilih untuk menjadi guru kaunselor, tetapi tidak menjalankan tugas kerana ada masalah-masalah tertentu. Hanya tidak berminat masuk ke kelas, memilih jurusan untuk menjadi guru kaunselor dan ini tidak memberikan satu kesan yang baik kepada pelajar dan juga sekolah tersebut. Apa pandangan Yang Berhormat?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Ini yang menjadi masalah, sebab itulah saya kata bahawa kalau guru ini hanya untuk mendapat ijazah, tetapi dia tidak faham peranan dia. Sebab itu dibangkitkan semalam bahawa akhirnya profesion guru ini tidak dilihat sebagai satu profesion, tetapi kerana hanya untuk mendapat pekerjaan sebagai the last resort, dengan izin seperti yang disebut semalam kerana dah tak ada kerja lain.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Maka timbullah masalah yang disebut hanya mahu menjadi guru kaunseling kerana tidak mahu mengajar kerana lebih memudahkan. Oleh kerana itulah perkara ini harus kita selesaikan dan kita perbetulkan dengan segera sebab matlamat ilmu bukan setakat ilmu untuk ilmu, ilmu untuk problem solving. Tetapi ilmu untuk penghayatan. Sebab kalau kita melihat ilmu untuk ilmu, iaitu ajar pelajar matematik dua campur dua empat itu sahaja, setakat itu untuk ilmu ataupun ilmu untuk problem solving ambil bidang matematik untuk mudah dapat kerja. Maka dia tidak menyelesaikan masalah kita. Sedangkan yang paling penting ialah ilmu untuk penghayatan iaitu bagaimana bila kita belajar matematik,

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

maka semakin mendekatkan diri kita tentang kebesaran Allah dalam mencipta alam ini. Maka barulah kita boleh melahirkan generasi yang baik, yang bermoral, yang berdaya saing, yang tahu bagaimana dia akan berhadapan dengan masalah yang dihadapinya sekarang ini.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bachok Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan rakan saya Yang Berhormat Batu Pahat. Kalau apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat tadi setuju tidak Yang Berhormat kalau bukan sahaja institusi pendidikan guru itu ditukar namanya, tetapi kementerian juga ditukar kembali namanya kepada Kementerian Pendidikan. Ini kerana kalau aspek pelajaran sahaja diberikan tumpuan dan tidak mendidik, saya rasa ada lagi kepompong di situ yang boleh diisi. Saya amat bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, aspek pendidikan guru ini bukan sahaja hanya untuk melahirkan manusia yang mungkin boleh menghafal subjek-subjek tertentu, tetapi dapat mengaitkan ianya dengan sekelilingnya, apatah lagi dengan kebesaran Allah SWT contohnya. Dengan itu saya melihat kalau Yang Berhormat boleh bersetuju dengan kita tukarkan juga nama Kementerian Pelajaran itu kepada Kementerian Pendidikan seperti mana yang pernah berlaku satu ketika dahulu.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya sebenarnya memang amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bagi Bachok bahawa memang kita merasakan bahawa istilah pendidikan itu lebih penting. Termasuklah IPTA itu sepatutnya namanya ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam. Ini kerana perkataan pendidikan itu sebenarnya kalau dihayati dia lebih menyeluruh, lebih mendalam dan oleh kerana itulah, sekiranya itu boleh membantu supaya kita memahami apa matlamat dan tujuan pendidikan, saya tidak ada masalah sebenarnya. Oleh kerana itulah bagi saya ini adalah satu perkara yang barangkali perlu dipertimbangkan semula sebab revolusi pendidikan itu adalah cukup penting. Saya dari dahulu tetap berpegang bahawa jika kita ingin keluar daripada kemiskinan hidup, maka pendidikanlah jawapannya. Tidak ada pun solution yang lebih sesuai kecuali jika sekiranya sistem pendidikan negara kita ini adalah sistem pendidikan yang berkualiti tinggi. Maka kita akan keluar dari garis kemiskinan hidup, baik di peringkat negara, baik di peringkat individu itu sendiri. Maka sebab itulah revolusi pendidikan ini perlu digerakkan sebagai satu revolusi sebenarnya untuk kita memastikan bahawa negara kita ini adalah negara yang membangun yang mengutamakan kepada pembangunan modal insan itu. Oleh kerana itu saya tidak setuju, sebenarnya jika sekiranya PTD ini atau Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini kita berikan mereka jawatan untuk menjadi pegawai pendidikan negeri sebab mereka tidak ada lesen untuk mendidik. Mereka tidak pernah mendidik dan tidak ada pengalaman macam mana mereka hendak mengurus pendidikan, jika sekiranya mereka sendiri tidak ada minat dan tidak tahu mendidik serta tidak penah mengajar. Dengan itu bagi saya adalah wajar bahawa kita tidak memberikan jawatan pegawai pendidikan negeri atau daerah ini kepada PTD ini sebab ini adalah bercanggah dengan usaha kita dan akan dipandang serong seolah-olah kita tidak serius untuk memartabatkan peranan pendidik-pendidik kita ini. Sehingga jawatan-jawatan yang penting ini untuk mengurus pendidikan ini diberikan kepada...

Yang Berhormat, mencelah...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

... diberikan kepada orang yang PTD ini.

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya bagi Yang Berhormat Maran dahululah.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta Yang Berhormat Batu Pahat kerana saya ini bekas PTD. Saya tidak hendak mempersoalkan peranan PTD itu. Sebab saya difahamkan penempatan PTD ini di kementerian ialah untuk pengurusan, bukannya untuk dari segi pendidikan, pelajaran. Saya rasa tidak timbul pertelagahan di sini kerana skim perkhidmatan yang berbeza. Saya cuma beri pandangan Yang Berhormat Batu Pahat. Apa yang saya hendak timbulkan di sini beberapa hal yang lain. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua saya hendak ucapkan selamat datang kepada pemimpin dan penduduk di Pekan Tajau Maran dan juga dari Bandar Puteri Jaya, Tenggara Johor. Tuan Yang di-Pertua, tadi saya hendak bangun menimbulkan masalah pendidikan ini. Memanglah saya bersetuju dengan apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat. Cuma saya hendak bertanya apakah Yang Berhormat Batu Pahat pasti bahawa dengan kita meminda daripada kepada institusi pendidikan dan sebagainya kita yakin bahawa kita boleh mengubah guru-guru ini untuk lahir sebagai guru-guru yang benar-benar berkualiti dan akhirnya melahirkan anak-anak yang berjaya. Apa yang membimbangkan saya kerana saya rasa sistem ini walaupun kita sudah ada perubahan, kita ada pembaikan dan sebagainya alhamdulillah, dalam usaha yang dibuat oleh kementerian dan sebagainya. Akan tetapi seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Kuala Krau tadi juga, ada sebahagian guru kita yang masuk ke dalam perkhidmatan perguruan ini mereka mungkin tidak ada minat, tidak ada kesungguhan, tetapi mereka mungkin tidak ada kerja dan sebagainya terpaksa masuk menjadi guru. Apa yang membimbangkan saya satu lagi ialah kita lihat dari segi sekolah rendah, sekolah menengah, pusat pengajian tinggi, kita nampak kita dapat melahirkan anak-anak yang baik awalnya. Akan tetapi apabila adanya unsur-unsur yang lain, pihak-pihak lain yang mempunyai kepentingan yang cuba merasuk balik yang merosakkan pemikiran anak-anak ini kerana peringkat pelajar-pelajar ataupun remaja ini, mereka dari segi psikologi mudah terpengaruh dengan apa yang telah diberikan oleh kita orang dewasa. Jadi saya takut kadang-kadang pendidikan telah diberikan dengan baik tetapi akhirnya oleh kerana ada pihak-pihak yang tertentu, yang memburukkan merasuk pemikiran mereka ini, menyebabkan mereka ini akhirnya lahir sebagai anak ataupun pelajar-pelajar warganegara yang tidak lagi mempunyai moral dan juga menyusahkan, dan tidak lagi sayang kepada negara kepada kerajaan dan sebagainya. Minta pandangan Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebab itu saya membangkitkan tadi bahawa apakah penjenamaan iaitu daripada maktab perguruan kepada institut pendidikan guru ini bersekali dengan kita memperbetulkan kurikulum kita, pensyarah-pensyarah yang menjadi pengajar di institut ini untuk melahirkan guru yang berkualiti tadi, jika tidak tukar nama sahaja juga memang tidak bermakna. Sebab itulah maksudnya guru menjadi tidak komited. Sebab kita tahu bahawa di peringkat murid ini, kanak-kanak dan di peringkat murid ini mereka mempunyai ratusan jutaan potensi yang cukup banyak dan jika guru mampu mengeksploitasi potensi mereka ini, maka mereka boleh menjadi orang yang baik. Sebab itulah kadang-kadang ibu bapa dia tidak tahu potensi anak dia. Apabila dia datang ke sekolah tengok majlis di sekolah, anak dia boleh melakukan perkara-perkara berbahas dalam bahasa Inggeris, dia terkejut. Sebab dia sendiri tidak ada masa tidak mampu dan tidak pandai pun untuk mengeksploitasi, potensi yang ada pada anaknya. Siapa yang mengeksploitasi potensi itu ialah pendidik ataupun guru. Akan tetapi kalau guru pun tidak diajar, bagaimana mengeksploitasi potensi ini hanya untuk mengajar supaya dapat 10A, 12A, 13A. Maka dia tidak akan dapat membentuk satu keperibadian sahsiah yang menyeluruh dan inilah yang merugikan kita sebenar. Inilah nanti yang akan menyebabkan seperti mana Yang Berhormat Maran sebut tadi bahawa mereka boleh dipesongkan, mereka boleh dipengaruhi untuk melakukan perkara-perkara atau kepercayaan yang negatif, kelakuan yang negatif dan sebagainya. Ini

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

yang menjadi isu bahawa apabila kita melakukan pindaan ini, apa tujuan kita sebenarnya? Apakah setakat untuk menukar nama ataupun kita memenuhi apa yang kita maksudkan sebagai ‘pendidik cemerlang dan juga pelajar cemerlang’. Apa sebenarnya definisi kementerian tentang pendidik cemerlang, guru cemerlang dan pelajar cemerlang ini? Sila, Yang Berhormat Baling.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya tertarik dengan hujah-hujah yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Batu Pahat terutama sekali dari sudut yang ditimbulkan tadi tentang revolusi pendidikan. Apakah pandangan Yang Berhormat dan bolehkah Yang Berhormat setuju hakikat sebenarnya guru ini kita tidak boleh terlepas pandang daripada kedudukan dia sebagai murabbi.

Bukan sahaja sebagai satu ruang untuk kita mendapat pekerjaan tapi lebih daripada itu ialah murabbi ataupun dalam bahasa yang mudahnya ialah pendidik. Maknanya dalam konteks lain disebut “taklimutarbiyah”. Maknanya, di samping dia memberi pelajaran maka dia juga sekali gus mendidik. Mungkin kita dapati sekarang ini, saya tidak hendak kata gagal tapi tidak memenuhi dengan kehendak ini disebabkan kita memberi penumpuan kepada pelajaran tapi kita tidak memberi penumpuan yang lebih juga kepada pendidikan. Sebab itu kita melahirkan orang-orang yang berpelajaran, berkelulusan tinggi dan sebagainya tetapi tidak terdidik. Oleh sebab itu menjadi satu masalah yang dihadapi di dalam masyarakat kita sendiri. Jadi apakah Yang Berhormat setuju penekanan kepada institusi pendidikan dan guru yang cuba dipinda ini mengambil perhatian dalam konteks itu. Saya nampak sekarang ini kalau pelajar-pelajar kita lulus sekian banyak A dan sebagainya, maka kita seronok dengan keadaan itu. Akan tetapi kita tidak melihat apakah pelajar yang cemerlang itu tadi benar-benar terdidik. Yang kedua yang juga minta penjelasan Yang Berhormat ialah mengenai dengan sesetengah guru terasa mereka terbeban dengan tugas-tugas yang begitu banyak sehinggakan di luar daripada kemampuan mereka sendiri. Masa mereka di maktab-maktab perguruan dahulu atau di universiti-universiti dan sebagainya, mereka mengkhususkan pengajian mereka dalam bidang tertentu. Akan tetapi apabila mereka pergi ke sekolah- sekolah untuk berkhidmat, mereka terbeban dengan suatu tugas-tugas lain yang di luar daripada apa yang mereka terlatih dahulu.

Jadi inilah salah satu di antara mungkin punca menyebabkan suasana dalam pendidikan itu sendiri terabai. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ada dua perkara iaitu tentang sistem pendidikan kita sebenarnya. Sebab itu saya setuju bahawa kita perlu mengubah apa yang kita faham dan kita perlu juga barangkali mengambil pendekatan sistem yang lebih terbuka. Sebab itulah saya mengambil contoh sekolah bestari. Kita melihat sekolah bestari seolah-olah penggunaan IT ataupun penggunaan komputer dan sebagainya sedangkan sepatutnya ia lebih daripada itu. Barangkali sistem peperiksaan kita juga perlu dirombak supaya kita jangan menjadi seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Baling tadi kita terlalu obsess untuk mendapat 20A dan kita dibenarkan pun sekarang ini mengambil jumlah mata pelajaran sampai 26. Maksudnya mungkin untuk dapat 26A sedangkan saya lihat ada seorang pelajar dia masuk Cambridge dengan 8A sahaja. Yang 13A, 14A ini tak dapat pun masuk Cambridge. Ini kerana Cambridge menilai dari segi sahsiahnya, dari segi daya kepimpinannya. Semua itu diambil kira. Bukan setakat untuk mendapat 16A, 13A. Yang dapat masuk Cambridge ini 8A kerana dia ada extraordinary. Maksudnya dia ada value added yang lain yang menyebabkan dia diterima. Maka, sebab itulah apabila kita terlalu obsess dengan 16A dan kita dibenarkan mengambil sampai 26A, maka akhirnya kita mendidik anak-anak kita mengejar kejayaan dalam bentuk yang salah sebenarnya. Sama seperti saya kata sekolah bestari atau smart

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

school ini ialah IT, komputer sedangkan lebih daripada itu sepatutnya kita melihat kepada isu pendidikan di negara kita ini. Akan tetapi apabila menyentuh tentang...

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tenggara bangun.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Pahat. Kita tahu Kerajaan Barisan Nasional dia tidak ada kompromi dalam bab yang berkaitan dengan pendidikan ini. Kita perhatikan ada guru-guru yang mahu menjadi guru tapi tidak berupaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut kepada etika profesion perguruan, tetapi menjadi alat propaganda kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan pelajar, untuk menanamkan rasa benci pelajar kepada kerajaan dan sebagainya. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Batu Pahat, agaknya apakah tindakan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha untuk menentukan kualiti individu yang terpilih berketetapan dengan menjadikan perguruan sebagai satu profesion bukan sebagai satu pekerjaan dan bukan menyalahgunakan tugas dan tanggungjawab untuk menjadi seorang pendidik yang akan mendidik anak bangsa. Sambil itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada JKKMBT Bandar Petrajaya Parlimen Tenggara yang diketuai oleh Saudara Zulkairi bin Yusof. Terima kasih. Mohon pandangan Yang Berhormat daripada kawasan Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya setuju dengan Yang Berhormat Tenggara iaitu tujuan institut pendidikan guru (IPG) ini ialah supaya mereka in berijazah. Akan tetapi kalau setakat berijazah sahaja, mereka tidak dapat memahami tugas dan peranan mereka. So, bagi saya seorang pendidik ini dia mesti mampu untuk melakukan indoktrinasi, infiltrasi kepada pemikiran anak-anak ini kepada perkara yang positif sehingga anak-anak ini menjadi yakin. Dia fokus kepada setiap pelajar yang ada di dalam bilik darjahnya. Bukan dia hanya tumpu satu dua orang sahaja. Akan tetapi bila dia mengajar, dia juga melakukan indoktrinasi kepada pemikiran anak itu tentang pembentukan nilai, sikap dan juga keupayaannya untuk berdaya saing. Kalau ini tidak mampu dilakukan maka itulah kita akan melihat ada ramai orang nanti belajar sampai dapat PhD, kemudian beri dia tanggungjawab untuk memimpin sebuah bank macam bank bumiputera dahulu. Dia ada PhD tapi akhirnya bank pun lingkup, walaupun dia ada PhD. Kenapa? Kerana pendidikan itu, cemerlangnya itu kerana mendapat PhD tetapi tidak membentuk sahsiahnya. Maka inilah yang menjadi persoalan kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenggara tadi. Maka kadang-kadang dia mampu melakukan infiltrasi, indoktrinasi tetapi untuk perkara yang negatif. Dia suruh orang mempunyai pemikiran yang negatif terhadap kerajaan dan sebagainya. Itu mungkin berlaku tetapi saya berharap barangkali untuk kita menyelesaikan masalah ini, maka barangkali kerajaan juga harus menyediakan satu KPI iaitu dalam soal kenaikan pangkat dan sebagainya. Ini supaya jangan kerana ada ijazah kerana dia sudah masuk institut pendidikan guru, maka naik pangkat tetapi tidak dilihat dan dinilai daripada aspek-aspek lain yang bermaksud bahawa seorang pendidik itu mesti mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada itu.

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Menyentuh tentang kenaikan pangkat. Tadi Yang Berhormat Maran dan juga Yang Berhormat Batu Pahat sebut tentang pegawai PTD ditugaskan di Kementerian Pelajaran, di Jabatan pelajaran Negeri dan juga di daerah. Tentang kenaikan pangkat, satu perkara yang agak janggal apabila pegawai pelajaran daerah masih lagi memegang jawatan DG44, DG48 tetapi apabila Kementerian

Pelajaran menaikkan pangkat pengetua-pengetua yang mana pelajarnya ada tingkatan enam atas telah secara automatik telah dinaikkan sebagai perjawatan DG52. Bagaimana pemantauan yang hendak dibuat oleh pegawai pelajaran daerah yang masih lagi memegang jawatan 44, 48 datang ke sekolah hendak menegur pengetua sedangkan pengetua tersebut lebih tinggi pangkatnya? Bila pegawai pelajaran keluar daripada sekolah hendak tunjuk orang awak baru DG44, baru DG48, kita sudah DG52. Siapa yang besar? Soal siapa yang besar, siapa yang pangkat besar ini satu perkara yang menimbulkan kekeliruan di peringkat pejabat pelajaran daerah. Contoh di Daerah Temerloh sendiri, Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh pegawainya masih lagi DG48. Sedangkan pengetua semasa melaporkan diri semasa Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh menjawat jawatan pengetua, ketika itu dia hanya guru biasa. Lapor diri untuk bertugas sebagai guru dengan pengetua sekarang menjadi pegawai pelajaran daerah, guru tersebut telah dinaikkan pangkat DG52.

Bayangkanlah, bagaimana semangat dia hendak bekerja? Ini yang perlu diatasi segera dan perkara ini saya sebut beberapa kali di Dewan yang mulia ini. Dikatakan, Kementerian Pelajaran sedang menyusun, sedang mengambil tindakan, tetapi sehingga hari ini, pegawai pelajaran daerah tahun depan hendak pencen, hendak bersara, masih lagi DG48. Minta ulasan daripada Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Batu Pahat. Minta maaf.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, sebab itu isu mengurus pendidikan ini juga penting. Harus dilihat secara menyeluruh juga tetapi itu tidak menafikan bahawa guru ataupun pendidik cemerlang juga memerlukan insentif seperti kenaikan pangkat, diberi ruang dan sebagainya. Diberi tempat yang lebih sesuai kenaikan pangkat. Barangkali inilah di antara tujuan kita menaikkan taraf kepada institut pendidikan guru supaya mereka ada ijazah sebagai insentif untuk mereka kenaikan pangkat. Namun, saya ingin mengingatkan juga dalam soal insentif ini. Bagaimana janji yang telah dibuat oleh Perdana Menteri dalam sambutan Hari Guru bulan Mei. Hingga ke hari ini belum dilaksanakan pun soal untuk kita mengiktiraf 70,000 guru ini yang mempunyai ijazah ini supaya dinaikkan kepada DG44. Sampai sekarang tidak dilaksanakan. Sedangkan PIPP ini yang saya tahu tinggal dua tahun sahaja lagi. Akan berakhir 2010 tetapi janji kita untuk menaikkan ataupun pengesahan jawatan 70,000 guru siswazah gred DG44 ini, sampai sekarang belum dilaksanakan. Ini termasuklah guru besar cemerlang DG38 ini. Bila hendak dilaksanakan atau memendekkan tempoh mereka ini daripada tujuh hingga lima tahun? Bila ini hendak dilaksanakan? Ini kerana insentif saya tahu penting untuk kita memberikan satu pengiktirafan kepada mereka supaya mereka ada lebih keyakinan. Oleh sebab, memang masalah sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, ialah profesion guru ini seolah-olah tidak dipandang tinggi sebenarnya, berbanding dengan dulu. Semua kita tahu bahawa sekarang ini bila sebut guru, seperti tidak ada satu kredibiliti. Tidak diyakini dan sebagainya. Maka, ini baik bagi saya insentif seperti ini. Maka sebab itulah, saya harap bahawa pengurusan pendidikan juga harus dilihat di dalam kita merombak sistem pendidikan kita. Ini supaya mereka yang mengurus pendidikan ini, termasuklah pegawai-pegawai penyelidikan negeri dan daerah tahu tugas mereka. Oleh itu, saya masih mempertahankan pendirian tidak bersetujunya saya PTD ini mengurus pendidikan di peringkat negeri ataupun daerah. Tuan Yang di-Pertua, bila menyebut tentang isu pelajar cemerlang ini, maka satu isu yang harus diberi perhatian ialah soal disiplin pelajar, iaitu kemampuan pendidik kita mendisiplinkan pelajar kita. Kita tahu, isu disiplin pelajar ini adalah satu isu yang cukup rumit. Kita dengar berita tentang pelajar merokok, pelajar melahirkan anak di luar nikah di tandas-tandas. Pelajar yang membakar kereta guru, memukul guru, pelajar yang memonteng sekolah, pelajar yang terlibat dengan unsur-unsur gengsterisme, dengan izin, di sekolah, semua ini berlaku. Semua ini wujud dan ini adalah membimbangkan sebenarnya.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Maka, sebab itulah saya fikir, sudah sampai masanya juga kita merombak kembali garis panduan disiplin yang ada, yang dibuat pada tahun 1959, 50 tahun dulu, yang masih kabur, yang tidak jelas sebenarnya. Sebab itu, saya bersetuju apabila ada pandangan yang mengatakan bahawa dalam berhadapan dengan masalah disiplin pelajar yang semakin membimbangkan sekarang ini, maka, matlamat kita untuk melahirkan pelajar cemerlang harus melihat isu ini. Ia termasuklah kita meminda balik akta ataupun peraturan-peraturan yang tidak jelas mengenai dengan disiplin ini yang kabur, yang perlu diperbetulkan. Antaranya yang saya fikir ialah permintaan supaya hukuman merotan itu diberi balik kepada sekolah, kepada guru untuk melaksanakannya. Kenapa ibu bapa hendak bising? Dulu dia belajar pun dia kena tampar, kena pukul guru dan sebagainya sehingga dia menjadi bapa yang baik. Namun, apabila sekarang ini kita hendak merotan anak dia, dia hendak membantah pula. Bagi saya, kita jangan fikirkan sangat ibu bapa ini. Kalau perlu, barangkali kita juga memberikan imuniti kepada sekolah ataupun guru bila melaksanakan hukuman merotan. Saya fikir, merotan juga mestilah dibuat di khalayak, maksudnya secara di tempat terbuka supaya ini memberi pengajaran, kalau tidak pun kepada diri dia untuk berubah tetapi kepada pelajar lain bila dia melihat ada pelajar dirotan di depan mereka. Mungkin mereka tidak berani melakukan kesalahan tersebut. Jadi, oleh kerana itulah, saya harap isu merotan ini dilihat kembali. Bukan sahaja guru besar ataupun guru disiplin. Bahkan diberi lebih banyak kuasa itu kepada guru-guru lain untuk merotan tetapi biar ada garis panduan merotan yang bagaimana? Merotan yang bertujuan untuk mendidik. Bukan untuk mendera dan ibu bapa sebenarnya tidak boleh melihat perkara ini secara negatif. Ini bukan tujuan untuk mendera tetapi untuk mendidik. Kalau ibu bapa sanggup menumpangkan anak mereka di sekolah kerana mereka sendiri sibuk dengan duniawi ini, dengan pekerjaan mereka, dunia pekerjaan mereka, tetapi tidak sanggup membenarkan anak mereka dirotan...

Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

...maka bagi saya ini tidak wajar sebenarnya.

Yang Berhormat Batu Pahat, mencelah sedikit sahaja.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sila Yang Berhormat Maran, sila.

Terima kasih. Saya hendak sentuh tentang ibu bapa tadi. Saya, Tuan Yang di-Pertua terima kasih banyak. Saya melihat dalam pendidikan ini, saya ingat lima komponen dalam masyarakat

(i) Pemimpin seperti kita di mana-mana peringkat - maknanya pemimpin mesti menggalakkan anak-anak belajar. Jangan ada pemimpin-pemimpin yang cuba menggalak anak-anak menjadi jahat, menghasut mereka dan sebagainya; (ii) Guru - guru sudah tentulah yang sentiasa terlibat dengan pelajar-pelajar ini; (iii) Pelajar sendiri - kalau kita berusaha, pemimpin berusaha tapi pelajar tak nak belajar, tak berjaya juga; (iv) Ibu bapa - Ibu bapa sudah tentulah sebab mereka paling hampir dengan anak-anak; dan (v) Masyarakat umum. Kalau boleh kita hendak supaya lima-lima komponen ini dalam pemikiran mereka sentiasa ada bahawa ilmu, pendidikan adalah penting bagi anak-anak. Saya bila Yang

Berhormat Batu Pahat menyebutkan tentang ibu bapa tadi, seolah-olahnya sekarang ibu bapa kita sudah lupa bahawa peranan mereka yang utama ialah bagi mendidik anak-anak. Oleh sebab itu, kalau tak silap saya, betulkan saya Yang Berhormat, mungkin yang lain. Mungkin pandangan Sayidina Ali ataupun pelan pandangan Islam bahawa rumah adalah sekolah yang pertama bagi anak-anak. Tadi, apabila Yang Berhormat menyebutkan keadaan ini tadi, seolah-olah kita nampak bahawa ibu bapa tidak sedar bahawa mereka lebih bertanggungjawab bagi menentukan masa depan anak mereka. Sama ada menjadi orang yang baik ataupun tidak. Apakah ini bermakna bahawa ibu bapa kita Yang Berhormat Batu Pahat, telah longgar daripada kesedaran mereka dan perlu kita berikan tindakan ataupun mengambil tindakan yang lebih. Ini bagi memberikan kesedaran kepada mereka bahawa peranan mereka yang utama ialah bagaimana mereka bersama dengan guru-guru, bersama dengan masyarakat, pemimpin dan sebagainya dalam kita membentuk masa depan anak-anak ini? Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, terima kasih Yang Berhormat Maran. Sebab itu, saya kata bahawa apabila kita hendak menghidupkan balik sistem merotan ini, maka kita harus melibatkan PIBG. Kita harus melibatkan NGO-NGO untuk turut bersama sebab ini tanggungjawab bersama kerana kita ada 350,000 guru untuk mendidik 5 juta pelajar. Sudah tentulah ini satu tanggungjawab yang berat. Kita bukan mahu menjadikan anak kita ini anak yang manja dan lembik tetapi kita mahu menjadikan anak kita ini sebagai anak yang berdaya saing. Sebab itulah, guru harus dihormati apabila mereka menjalankan tugas untuk mendidik termasuk mendidik moral anak kita ini. Jadi, tidak ada sebab ibu bapa hendak marah, kemudian saman guru dan sebagainya. Namun, sebab itulah saya katakan, kita perlu melihat kembali peraturan- peraturan yang sedia ada supaya tidak berlaku kekaburan sebenarnya terhadap tindakan disiplin yang mahu kita ambil kepada anak-anak kita ini.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya bagi Yang Berhormat Rantau Panjang dululah, ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan peranan kita sebagai pemimpin dan peranan ibu bapa dalam pendidikan. Kita melihat bagaimana pentingnya peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru di dalam memastikan disiplin anak-anak kita tetapi sayangnya apa yang berlaku dalam negara kita hari ini, apabila pemimpin cuba mendekati masyarakat; saya beri contoh, ada sebuah sekolah dalam kawasan saya cuba menjemput saya untuk bersama-sama dalam program bersama dengan PIBG, bersama dengan untuk Program Larian Merdeka.

Namun apa yang ditunjukkan oleh pihak sekolah ialah satu surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran bahawa tidak membenarkan mana-mana Yang Berhormat daripada parti pembangkang untuk bersama dengan pihak sekolah. Apakah ini satu perkara yang mengikut landasan pendidikan yang benar sedangkan kita datang untuk mendidik mereka untuk bersama mereka bukan untuk membawa perkara yang negatif. Kita bukan membawa fahaman komunis kepada mereka. Ini satu perkara yang tidak betul dari segi pendidikan. Saya ingin juga pandangan Yang Berhormat dengan soal masalah mendisiplinkan pelajar dan anak-anak. Bagaimana kita melihat Islam telah mengajar kita bagaimana Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik. Baginda adalah pendidik yang terunggul di dunia. Kita lihat bagaimana kejayaan Rasulullah SAW melahirkan insan yang cemerlang dunia dan akhirat dan bagaimana Islam mengajar kepada kita mendidik anak-anak supaya

mentaati perintah solat sejak daripada umur tujuh tahun lagi. Apabila umur sepuluh tahun maka hendaklah ibu bapanya merotan sekiranya anak-anak ini masih enggan melaksanakan, mengerjakan solat. Kita lihat dalam sistem pendidikan kita hari ini, soal disiplin tentang ibadah ini amat longgar malah kita lihat banyak daripada pelajar-pelajar yang kadang-kadang di peringkat sekolah menegah masih tidak tahu tentang rukun solat. Ada yang tidak tahu tentang bagaimana mendirikan solat. Ini adalah satu amat malang dalam sebuah negara yang melaksanakan, yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Jadi apa pandangan Yang Berhormat dalam soal ini?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ada dua perkaralah. Satu tentang Ahli-ahli Parlimen pembangkang menerima arahan, adanya surat pekeliling yang tidak membenarkan Ahli Parlimen pembangkang hadir dalam aktiviti sekolah. Yang ini saya rasa mungkin Kementerian Pelajaran boleh menjawabnya tetapi saya rasa mungkin ada kebimbangan. Bila jemput Ahli Parlimen pembangkang, diberi peluang berucap tiba-tiba cakap sokonglah PAS. Mungkin bimbang begitu sebab itu tidak bagi. [Ketawa]

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sikit, hendak jawab sedikit lagi yang nombor dua itu. Yang nombor dua itu, saya setuju kerana Rasulullah s.a.w. merupakan uswahtul hasanah, contoh terbaik. Tidak ada lagi contoh yang terbaik sebenarnya. Sebab itu saya setuju bahawa sekolah kebanyakan sudah ada surau. Banyak, tempat saya banyak sekolah saya beri peruntukan untuk surau dan sebagainya tapi saya juga bagi banyak peruntukan kepada sekolah jenis kebangsaan yang saya janji yang belum tunai pun ada tapi akan ditunaikan juga, saya bantu juga. Saya juga banyak pergi sekarang musim sembahyang hantu. Saya banyak datang ke majlis tersebut tapi bukan masuk dalam tokonglah ya tetapi menghormati agama kaum-kaum yang lain. Sebab saya tahu bahawa agama itu penting sebenarnya. Kalau orang semua berpegang pada agama sebenarnya banyak masalah kita yang boleh selesai. Saya setuju bahawa kita harus mendidik anak kita, wajib di sekolah terutamanya memastikan bahawa anak-anak kita tidak meninggalkan solat, surau ada sebenarnya. Maka ini peranan pendidik, peranan guru. Sila.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Pahat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi berkaitan dengan PIBG, satu perkara yang agak aneh. Kerap kalinya mesyuarat agung PIBG ini khususnya dalam pilihan raya baru ini banyak PIBG-PIBG sekolah ini buat mesyuarat agung waktu musim kempen pilihan raya umum yang baru-baru ini. Jadi, ada dalam kawasan saya jadi calon- calon ini merupakan bekas ADUN pada waktu ini terdiri daripada bekas-bekas ADUN BN dan juga bekas MPPM dijemput untuk merasmikan atau berucap dalam majlis tersebut dengan membuat Kempen-kempen yang secara direct untuk mengajak pengundi-pengundi terus menyokong mereka dalam pilihan raya. Jadi saya hendak buktikan kepada Yang Berhormat bahawa memang berlaku bahawa di kalangan politik UMNO dan Barisan Nasional itu mengambil kesempatan di waktu mesyuarat-mesyuarat agung PIBG. Apatah lagi di waktu mesyuarat agung PIBG yang diadakan pada musim kempen pilihan raya sepertimana dalam kempen pilihan raya umum yang lalu. Kedua berkaitan dengan disiplin, saya bersetuju dengan Yang Berhormat had tadi saya tidak bersetuju, had ini saya bersetujulah bahawa perlu ada kajian semula terhadap garis panduan berkaitan dengan soal disiplin. Akan tetapi dalam masa yang sama bagi saya bahawa kita juga harus menyedari, kerajaan sendiri secara umumnya bahawa dia bukan hanya untuk dibebankan soal disiplin ini kepada guru-guru sebab begitu juga kepada ibu bapa dan sebagainya. Semua komponen ini harus mengambil tanggungjawab sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Maran. Namun guru ini berhadapan dengan masalah dan juga ibu bapa juga berhadapan dengan masalah environment, persekitaran di luar daripada rumah dan juga di luar daripada sekolah. Ini yang berlawanan dengan didikan yang diberikan di rumah dan didikan yang diberikan di sekolah. Hilang kawalan kita kepada environment, persekitaran luar daripada rumah dan juga sekolah sebab daya tarikan luar itu lebih kuat

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

dari daya tolakkan. Maknanya kita di rumah itu tidak menolak untuk orang pergi kepada perkara-perkara tidak baik anak-anak kita ini. Begitu juga di sekolah dia tidak menolak anak-anak itu malah sebaliknya dia cuba membentuk, membina sahsiah di kalangan anak-anak tetapi pendedahan yang terdedah kepada anak-anak itu di luar daripada persekitaran itu yang saya kira banyak mempengaruhi sama ada melalui media masa, sama ada media cetak ataupun media elektronik dan juga perkara-perkara lain yang banyak menarik dan persoalan ini harus dilihat secara bersepadu dalam konteks pembentukan disiplin kepada kanak-kanak sekolah itu sendiri.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Penjelasan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya jawab yang terkemudian itu dulu. Itu saya setuju. Saya setuju bahawa kita juga harus memastikan bahawa anak-anak kita ini tidak terpengaruh dengan unsur-unsur luaran media, TV kita yang banyak hiburan kemudian banyak pula konsert-konsert yang di luar daripada garis akhlak sebenarnya termasuk yang dianjurkan oleh PKR semasa sambutan 100 hari pemerintahan mereka, sambutan untuk menurunkan harga minyak, panggil kumpulan rock sampai berkelakuan yang tidak berakhlak. Ini satu contoh juga, jangan tuduh kerajaan sajalah. Tapi apa pun saya setuju...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kerajaanlah banyak.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

...Bahawa kita harus dan kita menuntut pun sebenarnya kepada kerajaan supaya bersungguh-sungguhlah mengawal media kita ini. Ataupun perkara-perkara yang boleh mempengaruhi pemikiran anak kita. Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua saya sekarang ini dah tidak duduklah di Bukit Bintang kalau Parlimen bersidang. Minta maaflah Parlimen Bukit Bintang sebab saya kalau duduk di situ saya melihat gelagat anak muda kita cukup tidak menyenangkan hati. Sebab itu sekarang ini saya pindah di hotel lain, di hotel yang lebih saya selesa berfikir dengan tenang dan sebagainya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hotel mana itu Yang Berhormat?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hotel mana yang selesa itu?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya duduk di Hotel Midvalley Boulevard.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Lebih tenang, Bukit Bintang memang bercelaru. Saya harap kerajaan beri perhatian kepada perkara ini. Penuh dengan disko, kelab malam, wanita-wanita yang merokok dan macam-macam lagilah kalau saya hendak sebut dan ini boleh mempengaruhi anak-anak kita kesan daripada kita tidak begitu tegas mengawal keadaan-keadaan seperti ini. Awal tadi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Sebenarnya di kawasan juga di Parlimen Batu Pahat ada beberapa PIBG pengerusinya ialah orang yang pro kepada pembangkang.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Minta laluan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebentar ya. Saya hendak jawab dulu. Kadang-kadang saya pun tidak dijemput untuk merasmikan mesyuarat agung PIBG di panggil korporat. Korporat mana saya tidak tahulah, asal usul korporat tersebut tetapi tidak jadi masalah. Tahun 2004 Tuan Yang di-Pertua DUN Senggarang itu ahli Parlimen dia daripada Parti PAS menang tanpa bertanding dalam Parlimen Batu Pahat tapi pilihan raya baru ini kita rampas balik sebab dia tidak buat kerja apa pun. Tuan Yang di-Pertua dia pengerusi PIBG, satu sekolah agama dia pengerusi PIBG akhirnya dia jemput saya untuk rasmikan sebab hendak minta peruntukan saya sebab dia tidak boleh buat apa. Tapi saya datang kerana bukan memikirkan dia itu daripada parti pembangkang tapi memikirkan

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

anak-anak kita. Tidak apalah saya kata, saya bagi sumbangan untuk beli mesin fotostat. Apa salahnya? Tidak ada masalah dan dijemput saya dengan baik dan dia pun berucap dengan tidak mengata apa dan sebagainya. Yang ini baiklah untuk kita berkongsi.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sambung, sambung sedikit.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sambung, sambung sedikit.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sambung, sambung sedikit.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya hendak bagi Batang Sadong.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sedikit sahaja. Saya hendak sambung hak tadi ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sebut apa, bekas ADUN Senggarang menunjukkan bahawa dia merupakan seorang ahli politik yang tahu tentang tanggungjawab dia. Walaupun dia merupakan Pengerusi PIBG pada waktu itu dalam keadaan dia sebagai ADUN daripada parti pembangkang, tetapi dia tidak berpolitik untuk kepentingan diri dia, [Tepuk] tetapi tidak sebaliknya berlaku pada UMNO, sebab UMNO dia tidak jemput, malah ada Pengerusi PIBG dalam kawasan saya terdiri daripada orang PAS, mereka juga dilarang untuk menjemput saya untuk merasmikan PIBG ataupun melibatkan diri dalam apa-apa program. Sebaliknya, pihak sekolah, PIBG kadang-kadang hendak minta bantuan atau minta sumbangan, dia minta juga kepada kita, tetapi saya tidak kisah, saya beri sumbangan sekadar yang termampu untuk saya berikan sama ada untuk pelajar miskin, sumbangan pakaian sekolah dan sebagainya, tetapi saya hendak katakan bahawa inilah dia PIBG dipolitikkan. Saya mencadangkan, sebab garis panduan tersebut, ia kata tidak boleh melibatkan mana-mana pemimpin politik pembangkang sama ada Wakil Rakyat dalam program PIBG di sekolah. Saya harap selepas ini Kementerian Pelajaran boleh membenarkan supaya mesyuarat PIBG boleh dibuat di markas PAS. Jadi tidak ada masalah [Ketawa] untuk semua ibu bapa boleh pergi. Jadi saya boleh merasmikan mesyuarat PIBG. Jadi cikgu besar pun boleh pergi sekolah, boleh pergi ke markas PAS, insya-Allah. [Ketawa]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Okey.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebentar, saya hendak jawab sedikit masalah Pokok Sena ini. Memang, sebab itu saya kata saya hadir sebab dia jemput saya dengan baik. Ya lah, maksudnya dia pun berucap baik walaupun selepas itu di belakang, di ceramah-ceramah umum dia mengata saya balik. [Disampuk] Tidak apa, itu tidak ada masalah.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Serupa lebih kurang Yang Berhormat juga.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Itu masalahnya ialah kerana kita memikirkan anak-anak kita dari segi pendidikan. Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Ini saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat tidak sedar bahawa larangan yang dikenakan tadi bukan hanya kepada orang Yang Berhormat dari parti pembangkang, tetapi kita di Sarawak pun mengamalkan perkara yang sama, sebab ini telah banyak dipersoalkan di kalangan Yang Berhormat di Sarawak sama ada kita patut pergi ke tidak, sebab kita terima juga jemputan tetapi akhir-akhirnya kita tidak boleh juga pergi kerana mereka belum dapat jawapan daripada kementerian sama ada dibenarkan atau tidak, tetapi kebanyakannya kita tidak dibenarkan. Mereka diminta untuk memberi notis selama dua bulan. Jadi saya hendak

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

menyatakan di sini ialah bukan sahaja perkara ini diamalkan untuk parti pembangkang dan saya berharap kementerian, kalau boleh...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Di Semenanjung ini, UMNO pergi bulldoze begitu sahaja. [Ketawa]

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Kita tidak hendak mempolitikkan tetapi kita hendak menjelaskan perkara ini supaya di Semenanjung pun tahu bahawa negeri lain...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya puji BN di Sarawak itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

...di negeri lain mengamalkan perkara yang sama. Jadi, saya berharaplah Yang Berhormat mencadangkan dalam perbahasan ini supaya perkara ini ditarik balik, dikaji semula supaya tidak memberi syarat seperti itu. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya setuju dengan permintaan daripada Yang Berhormat Batang Sadong. Saya rasa tidak ada sebab kita tidak membenarkan Ahli Parlimen untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG dan kalau kita hendak benarkan pembangkang pun, kita boleh benarkan pembangkang tetapi dia kena buat aku janji dahululah, dia tidak boleh mengata kerajaan, dia mengiktiraf apa yang kerajaan kena buat itu tidak apa. Kita boleh bagi peluang juga, tidak apa sebab ini adalah berkait...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Setuju, kita cerita apa yang berlaku dalam Parlimen kepada ibu bapa. Itu yang betul.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bukan kita menyeleweng fakta. Apa yang berlaku dalam Parlimen, apa yang dibahas dalam Parlimen.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sila Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya menyambung sedikit perbincangan perbahasan ini sebab saya punya pengalaman sendiri hadir dan mengadakan mesyuarat dengan pihak pejabat pelajaran daerah (PPD) dan saya diberitahu secara rasminya bahawa tidak ada halangan sama ada daripada Ahli Parlimen ataupun ADUN kerajaan mahupun pembangkang untuk dijemput. Persoalannya ataupun perkara yang diminta adalah supaya permohonan itu dibuat dua bulan lebih awal. Saya sendiri mendapat jemputan dan pernah berucap di sekolah, sama ada sekolah bantuan kerajaan penuh ataupun sekolah bantuan modal dan saya adakan engagement, adakan perbincangan dengan pihak PPD dan mereka menerima. Ada agensi-agensi Kerajaan Pusat yang menerima Ahli Parlimen Pembangkang dan tidak ada masalah. Mungkin sebab apabila saya hadir di pentas-pentas seperti itu, saya tahu bahawa matlamatnya ialah untuk kita memberikan kepentingan rakyat merentasi kaum, agama dan juga political persuasion ataupun kecenderungan politik. Maka dengan kata lain, tidak ada halangan dan perlu dibuat peraturan ini merentasi semua, bukan hanya kepada pembangkang. Yang Berhormat Batu Pahat., perlu kita buat satu pensyaratan yang tertakluk kepada semua dan kalau lebih baik dua bulan itu dikurangkan kepada hanya dua minggu supaya benar-benar Ahli Parlimen kerana kita mendapat permintaan dan permohonan rakyat daripada sama ada sekolah bantuan kerajaan mahupun sekolah bantuan modal, bahkan sekolah di bawah kerajaan negeri juga dan kadang-kadang kita daripada Ahli Parlimen Pembangkang yang tidak mendapat apa- apa belanjawan ataupun bajet daripada Kerajaan Pusat juga memberi apa jua yang kita termampu. Mutakhir ini, saya pernah memberikan komputer riba, (laptop) kepada sebuah sekolah yang di bawah Kerajaan Pusat sekadar yang kita mampu. Jadi persoalan ini

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

jangan dipolitikkan. Dalam persoalan agama dan persoalan pendidikan, kita mesti merentasi kepentingan kepartian, politik parokial dan sempit seperti mana yang telah kita saksikan kini. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih.

Yang Berhormat Batu Pahat, sekali boleh? Sekali jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya fikir tajuk Yang Berhormat Batu Pahat sebut soal disiplin pelajar tadi sudah lari jauh. Betul tidak? Sekarang sudah timbul soal Wakil Rakyat hendak pergi ke sekolah, berebut-rebut, kenapa tidak dibagi itu dan ini. Soal disiplin sudah lari. Boleh tak balik kepada tajuk disiplin?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Nanti dulu. Jadi saya hendak tumpu, fokus kepada tajuk Yang Berhormat Batu Pahat sebut tadi iaitu masalah disiplin pelajar. Bagaimana kita hendak mewujudkan masyarakat pelajar yang berdisiplin iaitu satu perkara yang sangat penting bagi mewujudkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Di sini saya mengambil perhatian di atas apa Yang Berhormat Batu Pahat sebut tadi berhubung dengan penguatkuasaan penggunaan rotan, umpamanya dan hukuman-hukuman yang tegas seperti zaman dahulu. Kenapa kita sekarang ini begitu liberal, begitu permisif? Sehingga kita tidak mampu menggunakan kaedah ini lagi disebabkan oleh sama ada kita sudah bersikap terlalu moden, liberal ataupun kita takut kepada ibu bapa kononnya protes tentangan kepada guru- guru. Oleh sebab itu, kita tidak lagi menggunakan kaedah ini. Saya ingin juga menyatakan persetujuan dengan Yang Berhormat dalam perkara ini, kita perlu kembali kepada ketegasan menggunakan kaedah ini, itu satu. Dalam pada itu, Yang Berhormat, punishment oleh pihak guru kepada masalah disiplin pelajar ataupun pelajar yang tidak berdisiplin bukan satu perkara yang boleh menyelesaikan masalah disiplin pelajar. Perasaan takut murid-murid kepada guru atau takut kepada hukuman sahaja bukan satu kaedah yang efektif. Ada satu perkara yang lebih penting ialah rasa hormat pelajar kepada guru, segan dan silu kepada guru dan guru besar. Ini penting. Kenapa sekarang ini kebanyakan masyarakat pelajar tidak hormat kepada guru-guru, tidak hormat kepada orang-orang tua? Ini perlu kita lihat dengan serius. Mungkin ada masalahnya iaitu guru-guru tidak menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat pelajar. Guru-guru sendiri tidak bertanggungjawab umpamanya banyak masa di luar sekolah – mesyuarat, mesyuarat, mesyuarat, mesyuarat. Tidak seperti masyarakat guru dahulu bersama dengan pelajar, duduk di kawasan sekolah, menjadi sebahagian daripada masyarakat atau komuniti sekolah di kampung itu.

Walaupun pada waktu petang atau waktu malam, mereka bersama-sama mengajar dan bermain, hidup bersama. Saya merasakan ini dahulu semasa saya seorang pelajar. Saya sayang kepada guru. Saya sanggup menjaga rumah guru kalau guru tidak ada. Saya boleh buat kerja kebun sekolah, tetapi hari ini, semua perkara seperti itu tidak ada. Jadi, dengan sebab itu disiplin terhadap guru juga penting, bukan sahaja disiplin kepada pelajar. Bagaimana kita hendak mewujudkan disiplin ini di kalangan guru-guru supaya mereka betul-betul menjadi pendidik yang sebenarnya. Selain daripada itu, menyebut soal guru-guru ini, tadi disebutkan soal latihan (trainning) dan sebagainya tetapi semua itu tidak mencukupi. Ia tidak hanya cukup dengan trainning, knowledge and skill sahaja. It’s not enough, dengan izin. It’s more towards building a commitment in the hearts of the teachers. Mereka mesti ada satu kesedaran bahawa ini adalah satu tanggungjawab besar kepada anak bangsa, bukan mereka bekerja sebagai guru sebagai satu kerjaya untuk mencari makan. Kebanyakan guru-guru pada hari ini bekerja sebagai guru untuk mencari makan bukan berkhidmat untuk mendidik anak

bangsa. Oleh sebab itu, komitmen mereka itu begitu berkurangan sekali berbanding dengan masa yang lalu. Mereka pergi bermain golf, ramai guru yang bermain golf, ramai guru yang bermain saham dan ramai guru yang bermain pelbagai permainan sebab itulah komitmen tidak ada. Jadi, saya minta Yang Berhormat Batu Pahat fokus kepada perkara ini bagaimana hendak menyelesaikan masalah di kalangan tenaga pengajar atau masyarakat guru-guru ini untuk membentuk...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Saya bersetuju mengenai dengan mendidik anak murid ini untuk menghormati guru. Mana ada jawatan apabila seseorang itu bersara dia tetap dipanggil guru jika bukan jawatan guru. Ahli Yang Berhormat bila dia bersara orang sudah tidak panggil Yang Berhormat lagi, panggil nama sahaja, sudah tidak hormat pada kita tetapi kalau guru orang tetap panggil guru. Macam sayalah dengan Ahli Parlimen Kota Bharu, saya tetap panggil dia cikgu, Yang Berhormat Dato' Wan Abd. Rahim. Sehingga sekarang pun saya panggil dia cikgu sebab dia cikgu saya walaupun saya nampak lebih tua daripada dia. Cuma dia salah ajar saya, dia ajar saya masuk UMNO dia PAS. [Ketawa] Itu sahaja yang salah.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Batu Pahat, boleh saya sambung sikit? Tuan Yang di-Pertua, saya nampak ada satu bidang yang terlupa disentuh oleh Yang Berhormat Batu Pahat tadi dalam soal disiplin pelajar. Sekarang ini saya melihat di kelas terlalu ramai guru-guru menumpukan terhadap kerja-kerja perkeranian. Tugas sebagai seorang guru itu sebenarnya mendidik dan mengajar anak-anak kita di dalam kelas tetapi apabila kementerian mengalih dengan begitu banyak kerja-kerja paperwork ini diberikan kepada seorang guru, maka tumpuan guru-guru ini ialah untuk menyiapkan bermacam-macam laporan secara bertulis. Oleh kerana itu masa yang sepatutnya digunakan oleh seorang guru berada bersama dengan murid-muridnya telah pun kurang. Oleh kerana bebanan tugas ini semakin lama semakin berat, maka sebahagian daripada kerja-kerja disiplin ini telah pun terabai. Oleh yang demikian, adakah Yang Berhormat Batu Pahat bersetuju supaya kementerian melihat dan mengkaji semula beban tugas dan juga bidang perkeranian ini supaya diwujudkan satu jawatan khas agar guru-guru ini kerjanya mengajar, mendidik, mengasuh anak-anak kita dan memberikan pelajaran serta didikan yang sempurna. Manakala tugas-tugas perkeranian ini dilantik pegawai-pegawai yang tidak perlu dilantik daripada pegawai-pegawai yang tidak perlu dilatih di kolej dan universiti dalam bidang perguruan. Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, yang itu saya setuju. Ini pun menjadi satu isu yang besar apabila guru lebih banyak menjalankan tugas-tugas perkeranian. Kadang-kadang kita lihat dalam kebanyakan majlis guru-gurulah yang mengangkat barang, sama-sama terpaksa bekerja lebih masa untuk bergotong-royong dan sebagainya sehingga mereka kehilangan fokus. Malah menjadi penyambut tetamu dan bermacam-macam lagi yang saya rasa perlu diperbetulkan, itu saya setuju. Berbalik kepada soal isu disiplin...

Tuan Muhammad bin Haji HusainPAS · PRPasir Puteh

Yang Berhormat Batu Pahat.

Sebelah sini.

Tuan Muhammad bin Haji HusainPAS · PRPasir Puteh

Pasir Puteh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Oh, Yang Berhormat Pasir Puteh. Silakan.

Tuan Muhammad bin Haji HusainPAS · PRPasir Puteh

Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Pahat. Saya rasa saya ingin memberi sedikit pandangan atau melibatkan diri dalam perbahasan ini. Pertamanya ialah soal disiplin pelajar. Kita merasakan bahawa kita tidak patut menyerahkan beban ini sepenuhnya kepada guru. Tadi kita bincang bermacam-macam tentang guru melaksanakan tugasnya di sekolah. Islam meletakkan

Tuan Muhammad bin Haji HusainPAS · PRPasir Puteh

asas pendidikan anak ini khusus kepada ibu bapa. Kita nampak sekarang ini bahawa ibu bapa sendiri pun tidak boleh mengawal anak-anaknya. Kembali kita kepada persoalan kurikulum sekolah kita pada hari ini. Ibu bapa yang ada pada hari ini pun adalah merupakan ibu bapa yang lahir melalui kurikulum yang ada sekarang. Anak-anak yang bermasalah di sekolah ini juga dilahirkan dari kurikulum yang sama. Di sekolah mereka hanya berada dengan guru selama lapan jam tetapi sebahagian besar masanya berada di rumah. Bagaimana dengan peranan ibu bapa? Barangkali perkara inilah yang perlu diambil berat sebab asas kepada pendidikan sebenarnya ialah di rumah. Kalau di rumah ibu bapanya tidak bermasalah atau melalui satu pendidikan yang baik di rumah, kita rasa anak-anak ini juga tidak bermasalah semasa di sekolah. Jadi, kalau kita berikan kepada guru-guru ini rotan dan bermacam-macam kuasa yang ada, ini pun tidak akan boleh menyelesaikan masalah juga. Saya bersetuju kepada pandangan Yang Berhormat dari Pasir Salak tadi bahawa ibu bapa ini merupakan peranan yang besar dalam mendidik ini. Kalau boleh ibu bapa menjadi sebagai sebahagian daripada sekolah ataupun satu komuniti sekolah yang sama- sama bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak. Kita nampak guru pun menghadapi masalah dengan ibu bapa. Kalaulah guru merotan anak, ibu bapa akan menyaman guru. Inilah perkara yang akan berlaku. Oleh kerana itulah saya ingin menjelaskan bahawa peranan mendidik anak ini janganlah kita serahkan bulat-bulat kepada guru-guru tetapi ibu bapa juga memerlukan peranan yang besar. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, memang betul. Oleh sebab itulah saya katakan tadi bahawa PIBG harus dilibatkan sama. Namun masalah kita ialah ibu bapa juga. Sebab itu kadang-kadang kita melihat ada ibu bapa yang tidak bertanggungjawab, ada mesyuarat PIBG dia tidak hendak datang terutamanya si bapa. Kalau ada mesyuarat PIBG dia suruh si ibu yang pergi. Oleh sebab itulah kita selalu lihat mesyuarat PIBG lebih ramai perempuan daripada lelaki sebab si bapa tidak hendak pergi. Jadi, bapa inilah yang menjadi masalahnya. Oleh sebab itu saya fikir bahawa kita harus integrasikan peranan ini. Saya katakan bahawa dalam soal disiplin, NGO dan PIBG mesti dilibatkan sama. Sebenarnya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Pasir Puteh tadi itu pun memang benar.

Mohon laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sekejap Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebentar, ya. Oleh kerana itulah bagi saya soal tindakan disiplin ini kita harap guru kena diberi imuniti supaya apabila disaman dan sebagainya maka kita harus melindungi guru. Saya harap kita merombak pekeliling tentang disiplin ini. Saya ingin memberi contoh tentang satu daripada pekeliling tersebut iaitu Bilangan 6/1968: Pembuangan Murid Dari Sekolah, perlu dirombak balik.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Satu lagi ialah Bil. 8/1983 mengenai hukuman terhadap murid yang melakukan perbuatan salah laku. Ia perlu ada barangkali peruntukan dan sebagainya yang tidak boleh menyebabkan guru takut melaksanakan tindakan disiplin akibat daripada ibu bapa yang terlalu taksub dengan anaknya seolah-olah anaknya itu yang betul. Maka ini perlu diberi perhatian. Ya, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya daripada Batu Pahat. Saya bersetuju dengan disiplin ini supaya diberi perhatian berat di sekolah-sekolah dan melibatkan guru-guru itu sendiri. Melihatkan kepada rang undang-undang yang akan dipinda menyentuh tentang Akta Pendidikan ini, saya melihat iaitu dari segi aspek disiplin ini di mana nampak kelonggarannya ialah sekolah itu ataupun jabatan pendidikan itu tidak begitu mengambil berat antara interaksi masyarakat dengan sekolah itu sendiri. Apakah pandangan Yang Berhormat Batu Pahat sehingga kita melihat seolah-olah institusi sekolah itu ataupun jabatan pendidikan itu, dia hanya berdiri ataupun menjalankan

tanggungjawab mereka berasaskan dan berdasarkan kepada arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pelajaran itu sendiri? Di sini saya mencadangkan supaya pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran itu juga memperkenalkan sistem berjadual untuk berjumpa dengan pemimpin tempatan terutamanya wakil-wakil rakyat supaya sama-sama dapat membincangkan masalah disiplin sama ada guru itu sendiri sebab saya tidak bersetuju kalau misalnya kita memberikan kekebalan kepada pihak guru itu untuk membuat sesuatu tindakan yang kadang-kadang di luar batasan yang boleh menjejaskan hubungan di antara pelajar ataupun murid itu dengan pihak guru. Sebagai contohnya, baru-baru ini ada sebuah sekolah di kawasan saya di mana guru itu bertindak mengikut emosinya sehinggakan tidak mengamalkan apa yang dianggap sebagai profesion yang mengawal diri dan dia tahu bahawa dia sebagai seorang pendidik ataupun guru yang seharusnya memberikan pendidikan yang terbaik kepada pelajar ataupun murid itu sendiri. Tindakan yang mereka buat ini adalah di luar daripada peraturan yang menyebabkan ibu bapa itu sendiri tidak menghormati guru. Jadi kita berharap supaya suatu mekanisme ataupun sama ada sebuah kelab ataupun satu jawatankuasa kecil yang kalau dalam satu tahun ataupun dalam satu bulan kita paling minimum mengadakan dua kali perbincangan yang melibatkan kepimpinan di peringkat kawasan itu sendiri dengan pegawai-pegawai daripada jabatan pelajaran ataupun daripada kementerian. Apakah pandangan Yang Berhormat Batu Pahat dalam perkara ini?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, sebab itulah saya katakan bahawa semua ini berpunca kerana kekaburan kepada pekeliling mengenai disiplin. Oleh sebab itu kadang-kadang ada guru-guru barangkali yang mengambil tindakan di luar batasan. Kita ambil contoh, pernah satu kes seorang guru disiplin mengarahkan semua pelajarnya berendam di dalam kolam kerana isu ada pelajar yang buang towel wanita di dalam mangkuk tandas. Jadi ini barangkali yang saya katakan puncanya kekaburan kepada pekeliling ini. Kita kena ingat bahawa sehingga bulan Mei tahun ini ada lebih kurang 56,000 kes disiplin pelajar yang berlaku di seluruh negara. Ini satu masalah besar. Oleh sebab itu saya katakan bahawa kita harus melihat ini secara menyeluruh. Oleh sebab itu di peringkat awal tadi saya sebutkan barangkali kita perlukan satu jawatankuasa khas ataupun suruhanjaya khas untuk melihat permasalahan sistem pendidikan kita secara menyeluruh. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh tentang education divide dengan izin, iaitu ketidakseimbangan pendidikan di antara bandar dengan luar bandar yang semalam banyak disentuh oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Ini juga satu isu yang perlu diberi perhatian. Jikalau kita lihat, di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah menyediakan sebanyak RM9.7 bilion untuk pendidikan. Baru-baru ini telah ditambah RM2.6 bilion seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyeimbangkan pendidikan di antara bandar dengan luar bandar. Kita merasakan bahawa memang level playing field dengan izin, masih tidak seragam, tidak sama sebenarnya. Jadi sebab itulah kita melihat, kita ada 2 juta pelajar di luar bandar. Daripada 350,000 orang guru, hanya 15,000 orang guru sahaja yang bertugas di luar bandar. Oleh sebab itu, timbullah isu-isu seperti pelajar ataupun murid-murid anak Orang Asli yang keciciran dan sebagainya sebab masalah kemudahan. Kita pun telah tengok satu video baru-baru ini ditunjukkan tentang masalah satu sekolah kebangsaan di luar bandar yang kita cukup terkejut, apabila hendak pergi ke sekolah itu pun terpaksa melalui sungai, guna four-wheel drive dengan menggunakan jalan balak dan sebagainya. Maka bagaimana guru hendak mengajar dengan suasana yang cukup berdaya saing jika sekiranya ia berhadapan dengan keadaan-keadaan seperti ini? Jadi sebab itulah masalah keseimbangan pendidikan di luar bandar dan di dalam bandar ini ada di dalam Pelan Induk PIPP kita. Jadi oleh sebab itu, saya berharap dan saya ingin bertanya sebenarnya, tentang insentif-insentif yang sudah pun disebut tentang kediaman guru yang dikatakan hendak dibuat rumah guru menggunakan kabin. Bilik darjah

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

kabin, rumah kediaman kabin, menggunakan dalam bentuk kabin sebenarnya, tetapi cukup lengkap. Saya ingin tahu apakah ini dilaksanakan, sudah dilaksanakan? Ini adalah sebab perkara ini sudah disebut. Bagaimana dengan insentif RM500.00 sehingga RM1,500.00 untuk guru di luar bandar? Ini sudah lama ditunggu-tunggu. Apakah ini sudah dilaksanakan? Saya fikir bahawa kita harus apabila menghantar guru ke luar bandar ini mestilah guru-guru freshie ataupun guru-guru baru dan kita beritahu dia, berapa lama tempoh dia akan mengajar di luar bandar supaya dia tahu mind-set dia. Jangan nanti setelah 20 tahun, dia tetap masih di luar bandar. Setelah dia cukup tempoh tersebut, maka kita beri dia insentif iaitu selepas itu mungkin 5 tahun, dia dibenarkan untuk mengajar di sekolah di mana tempat yang dia pilih sebab ini adalah insentif untuk menggalakkan guru-guru cemerlang ini, bersedia untuk bertugas di luar bandar dan guru-guru yang baik ini juga dihantar ke luar bandar. Jangan nanti maksudnya, di luar bandar ini ialah guru-guru yang sebenarnya awal-awal lagi dia sudah tidak ada semangat, psikologinya sudah rendah sebenarnya. Oleh sebab itu barangkali untuk guru di luar bandar, saya tahu bahawa bukan mudah sebab di tempat saya ada tiga penempatan Orang Asli. Saya tahu bukan mudah mengajak pelajar-pelajar ini sebab mereka memerlukan motivasi. Mereka memerlukan satu rangsangan sebenarnya. Maka kita perlukan guru-guru yang mempunyai semangat yang tinggi kalau mengajar di luar bandar. Jadi oleh sebab itulah, orientasi mesti diberikan kepada mereka sebelum mereka mengajar di luar bandar. Saya berharap ini adalah diberikan perhatian.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sibuti bangun, Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sibuti.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita mengatakan guru-guru yang cemerlang, yang bijak, yang pandai ini, kita berterima kasih kepada mereka semua. Dek kerana merekalah, kerana guru-gurulah, sehingga saya berada di Parlimen ini. Apa yang hendak kita katakan, adakah Yang Berhormat Batu Pahat bersetuju apabila guru-guru yang hendak bertugas di luar bandar itu adalah guru yang lebihan daripada guru-guru yang disimpan di bandar-bandar di mana guru-guru itu mendapat kemudahan-kemudahan asas? Tidak seperti di luar bandar di mana guru-guru tidak mempunyai kemudahan asas yang diperlukan seharian dan mereka dihantar di sana. Maka dengan itu guru-guru yang akan mengajar di kelas-kelas itu bukan guru-guru yang sepatutnya mengajar subjek-subjek yang tertentu.

Misalannya, kalau guru yang hanya sebagai guru kaunseling yang tidak mahu mengajar subjek, apa boleh buat oleh sebab tidak ada guru lain maka beliau disuruh mengajar Matematik. Maka kelemahan murid-murid itu di dalam Matematik memang adalah kerana guru itu tadi tidak berminat. Dengan itu bolehkah tidak kita menyarankan Yang Berhormat Batu Pahat, kepada guru-guru besar ataupun pegawai-pegawai pelajaran untuk menyatakan mana-mana guru yang dilantik untuk mengajarkan subjek-subjek itu mestilah guru-guru yang terlatih dengan subjek-subjek sedemikian, seperti kalau kita katakan guru itu mesti mengajar Inggeris, maka mestilah guru itu mempunyai bidang pengajian Inggeris dengan bahasa yang betul. Kita tidak mahu bahawa guru-guru itu nanti yang dihantar di luar-luar bandar hanyalah guru-guru jangan mengatakan tidak ada guru di sekolah itu, kerana kita tahu bahawa guru-guru pada masa ini banyak kekurangan sehingga di sekolah-sekolah banyak guru sandaran kita ambil untuk membantu sekolah-sekolah tersebut. Sekian terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebab itu saya kata bahawa kita harus melihat balik persoalan tentang education divide ini, antara bandar dengan luar bandar sebab kita harus faham. Sebagai contohnya anak Orang Asli, ada 28,000 pelajar, murid anak Orang Asli sebenarnya, tetapi apakah mereka menerima pendidikan yang berkualiti? Sebab itu saya kata bahawa dalam soal ini kita harus memberikan kemudahan yang baik kepada guru yang berkhidmat di luar bandar terutama dari segi kemudahan perumahan dan insentif-insentif yang lain. Bahkan saya harap bahawa kita juga pastikan guru-guru ini tidak kira di mana pun mereka juga ada kemudahan yang kondusif. Contohnya bilik guru, saya fikir sudah sampai masanya bilik guru pun kena ada air-cond. Ini apa yang kita lihat, perpustakaan pun seperti tidak teratur sedangkan sumber ilmu itu datang daripada perpustakaan, tetapi banyak tempat bila saya pergi perpustakaannya cukup mendukacitakan sedangkan dia adalah nadi, kekuatan sebenarnya. Maksudnya kalau kita di institut pengajian tinggi, kalau perpustakaan tidak lengkap, itu bermakna bahawa proses keilmuan itu tidak dapat berjalan dengan baik. Maka sebab itulah di sekolah-sekolah, saya harap wakil-wakil rakyat termasuk pembangkang juga pastikan duit lebihan itu bantulah untuk perpustakaan. Jadi ini penting sebenarnya, sebab perpustakaan adalah nadi dan kalau boleh perpustakaan pun ada air- condition. Kalau tidak cukup duit minta dekat saya, duit lebihan saya tetapi saya kena berucaplah.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

RM9 bilion itu.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi. Saya hendak menyebut tentang perkara 67(1) ini iaitu kuasa menteri dalam memberi penilaian yang saya yakin maksudnya ialah sistem peperiksaan kita ini. Saya rasa ini pun sudah sampai masanya bahawa, apakah kita masih mahu menggunakan sistem peperiksaan yang sedia ada, yang ini saya sebut awal tadi tentang kita terlalu obsess untuk mendapatkan 19A, 20A dan sebagainya, sedangkan saya kata bahawa yang lebih penting barangkali ialah kita memperbetulkan sistem kita ini supaya matlamat kita bukan lagi matlamat peperiksaan, tetapi ialah matlamat untuk membentuk keperibadian pelajar itu sendiri iaitu ciri-ciri yang saya sebut tadi tentang berdaya saing. Maksudnya dia tahu dengan ilmu yang dia ada ini, dia boleh mencari pekerjaan ataupun dia boleh mencipta pekerjaan untuk dirinya sendiri yang tidak lagi bergantung kepada peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan dan sebagainya. Dia tahu bagaimana untuk survive dalam dunia yang cukup mencabar ini, jika sekiranya kita membetulkan sistem penilaian yang ada di sekolah-sekolah kita sekarang ini. Bukan lagi berasaskan kepada peperiksaan semata-mata, sebab biar dia keluar daripada kotak yang sedia ada. Dia mampu berfikir, dia mampu bertindak dan yang lebih penting ialah dia ada daya kreativitinya itu. Maka ini yang harus dibentuk dalam sistem pendidikan kita sekarang ini. Sebab itulah kita lihat anak kita yang masa kita belajar di luar negara, anak-anak kita yang sekolah di sekolah rendah di luar negara, mereka pergi sekolah tidak membawa buku yang banyak. Kita tahu bahawa daya kreativiti anak kita itu yang dibangunkan oleh mereka. Sebab itulah potensi-potensi mereka lebih menonjol, tetapi kita masih lagi terikat dengan sistem peperiksaan dan ini yang menyebabkan kadang-kadang timbul yang dibangkitkan semalam tentang tuisyen, kita sanggup habis ini untuk tuisyen dan kadang- kadang wang itu untuk membayar tuisyen dan sebagainya. Maka ini yang saya fikir berpunca daripada persepsi yang salah dalam sistem penilaian kepada sistem pendidikan kita yang perlu kita perbetulkan. Sebab itulah kadang-kadang kita lihat berlaku kebocoran kepada soalan peperiksaan, sebab ada orang sanggup membeli soalan peperiksaan ini dan ada orang sanggup menjual soalan peperiksaan ini. Maka ini lagi satu proses penipuan dan boleh dikatakan setiap tahun bila ada peperiksaan, ada sahaja kes soalan-soalan yang bocor. Kalau tidak datang pun daripada orang yang menyediakan soalan, mungkin datang daripada orang yang memilih soalan ataupun bocor daripada kerani yang taip soalan ataupun bocor melalui orang yang menghantar soalan. Macam-macam boleh berlaku dan kita terkejut di mahkamah ada satu kes dia kata, dia bayar RM5,000 untuk satu soalan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Kadang-kadang kita menafikan tidak benar, tetapi bila tengok soalan itu dikemukakan oleh ibu bapa, rupa-rupanya betul soalan adalah soalan bocor. Jadi saya fikir bahawa ini juga harus diberi perhatian supaya sistem peperiksaan ini sebenarnya tidak merosakkan kepada proses revolusi pendidikan yang mahu kita lakukan kepada anak-anak kita. Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua saya cukup bersetuju bahawa Tingkatan 6 kita ini juga dirombak supaya diubah daripada sekolah Tingkatan 6 kepada Pusat Tingkatan 6 sebab saya pernah pergi ke Brunei, saya melihat di Brunei ada Pusat Tingkatan 6. Maksudnya dia adalah pra universiti, maka di situ tidak lagi diajar oleh guru-guru Tingkatan 5, tetapi mereka belajar menggunakan sistem kuliah, sistem tutorial supaya mereka ini ada persiapan lebih awal sebelum mereka masuk ke universiti. Jadi ini lebih baik sebenarnya bagi saya, iaitu kita harus melihat pendekatan Tingkatan 6 yang ada di sekolah kita ini dirombak, diubahsuai seperti mana yang ada di Brunei iaitu Pusat Tingkatan 6. Maksudnya mereka masuk ke satu pusat sahaja dan mungkin di negara kita memerlukan berbagai-bagai pusat.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Bukankah sistem pra universiti ini sistem matrikulasi yang sama di Malaysia; so, adakah Yang Berhormat dari Batu Pahat bercadang supaya kesemua penuntut Tingkatan 6 ditukar menjadi satu sistem beruniform bagi semua rakyat Malaysia, bagi semua murid Malaysia iaitu satu sistem matrikulasi untuk menyediakan penuntut ini masuk ke dalam universiti?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Sebab itu saya katakan bahawa tidak ramai yang boleh masuk matrikulasi. Sebab itu ada yang meneruskan pengajiannya ke Tingkatan 6 tetapi oleh sebab itu, saya kata pendekatan kita mengajar, mendidik pelajar di Tingkatan 6 ini dirombak. Maksudnya dia juga hampir sama seperti matrikulasi. Itu saya kata dia menggunakan sistem, walaupun dia belajar bidang sastera katalah sejarah dan sebagainya, tetapi dia tidak lagi diajar seperti di Tingkatan 5, ia dalam sistem kuliah dan kemudian ada tutorial, bimbingan...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, sila Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat Batu Pahat nampaknya cuba mengelak soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Soalannya ialah apakah Yang Berhormat bersetuju kita adakan satu aliran sahaja, matrikulasi agar kita boleh nampakkan perpaduan. Yang Berhormat kata kerana tidak ramai yang boleh memasuki matrikulasi, apakah sebabnya? Sebab polisi, sebab ia khas untuk bumiputera. Jadi apakah pendapat Yang Berhormat bahawa tubuhkan satu pusat Tingkatan 6 itu bukankah ia sama dengan matrikulasi? Mengapa Yang Berhormat tidak berani mengatakan adakan satu sistem aliran iaitu matrikulasi? Bukan sahaja pelbagai kaum boleh masuk untuk memastikan ada perpaduan, integrasi tetapi memastikan semua mempunyai peluang untuk memasuki IPTA. Jadi jangan elak soalan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara itu. Yang Berhormat saya pohonlah, berani sikit jawab soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu Pahat, soalan Yang Berhormat Batu Gajah sambung petang nanti. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung tentang isu matrikulasi tadi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Dia kata saya takut untuk berterus-terang tentang peluang kemasukan di matrikulasi. Sebenarnya saya membangkitkan soal Tingkatan Enam yang perlu ditukar menjadi Pusat Tingkatan Enam sebagai satu pengajian pra-universiti iaitu di mana pendekatannya berubah iaitu sistem kuliah digunakan dan sistem tutorial digunakan. Bagi saya oleh kerana kita ada lebih kurang 184,000 lulusan SPM yang layak masuk ke Tingkatan Enam. Sebenarnya ini juga laluan untuk masuk ke universiti. Jadi tidak timbul soal untuk saya mengatakan bahawa kita tidak bersikap adil kepada pelajar- pelajar bukan Melayu dengan membuka matrikulasi kepada pelajar bukan Melayu. Bagi saya matrikulasi tetap matrikulasi. Saya mempertahankan bahawa matrikulasi biarlah dengan sistem yang ada sekarang dan Pusat Tingkatan Enam ini sebenarnya memberi peluang yang hampir sama. Jadi tidak timbullah, bagi saya tidak mahu berterus-terang, takut atau sebagainya. Saya tetap menyokong. Contohnya UITM pun untuk pelajar Melayu. Begitu juga dengan matrikulasi ini. Jadi ini bukan soal perpaduan atau tidak perpaduan. Kalau mahu bercakap soal perpaduan, sepatutnya pelajar-pelajar sekolah jenis kebangsaan masuk saja sekolah kebangsaan kalau mahu bercakap soal perpaduan kerana perpaduan ini lebih sesuai dipupuk dan dididik daripada awal iaitu di sekolah rendah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Jadi sebab itu, ini bukan soal perpaduan ataupun tidak termasuklah di Tingkatan Enam ini pun sebenarnya terbuka untuk semua pelajar dan ia juga memberi laluan untuk kita masuk universiti. Ya, sila Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat Batu Pahat, nampaknya Yang Berhormat Batu Pahat masih enggan menerima kenyataan bahawa dengan mengadakan dua aliran ini, matrikulasi dan Tingkatan Enam, ia sebenarnya memecahbelahkan. Kalau kata matrikulasi khas atau hanya segelintir kuota dibuka untuk bumiputera sahaja, Tingkatan Enam sesiapapun boleh masuk, kalau SRJK(C) itu siapa boleh masuk. Mesti ada pilihan untuk SRJK(C) dan sekolah kebangsaan. Akan tetapi dalam matrikulasi dan Tingkatan Enam yang mana yang baik kalau Tingkatan Enam boleh melahirkan pelajar cemerlang, kita semua masuk. Adakah satu aliran Tingkatan Enam? Kalau matrikulasi semua satu aliran, semua masuk matrikulasi. Akan tetapi masalahnya kuota matrikulasi yang khas untuk bumiputera saja atau kuota sedikit dibuka untuk bukan bumiputera. Jadi Yang Berhormat, mengapakah kita tidak mahu ambil peluang untuk menyatupadukan semua.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jadi mereka boleh disukat untuk memasuki universiti dengan peperiksaan yang sama. Itu persoalannya Yang Berhormat. Bagi Yang Berhormat Petaling Jaya Utaralah.

Tuan Yang di-Pertua

Saya nampak panjang isu ini kerana kedua-duanya batu. Yang Berhormat Batu Pahat sama Yang Berhormat Batu Gajah. [Beberapa ahli ketawa] . Sila.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya bagi Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dululah.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya jawab sekali.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih. Sebenarnya masalah kita bukannya matrikulasi kita mahu buka bagi pihak bukan bumiputera. Masalahnya senang, bagi yang dalam sukatan Tingkatan Enam seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, mahu ditukar menjadi sistem pra-universiti ada kuliah, ada lecturers dan lain-lain. Kita ambil peperiksaan yang sama, Itu cukup! Kalau kita adakan peperiksaan yang sama, kita sudah rasakan kita seimbang. Bukan kerana kita masuk matrikulasi. Kita ada peperiksaan yang sama. Itu tidak bolehkah?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Di sini saya nampak Yang Berhormat Petaling Jaya Utara ini lebih rasionallah.

[Dewan riuh]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Pasal yang itu bukan batu.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Batu Gajah dengan Batu Pahat ini memang dia tidak boleh ‘ngam’. Tidak boleh ‘ngamlah’. [Beberapa ahli ketawa]

Batu api.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Akan tetapi apa pun terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Cuma saya mahu betulkan Yang Berhormat Batu Gajah. Saya faham maksud Yang Berhormat Batu Gajah. Akan tetapi itu saya kata bahawa mereka yang tidak boleh masuk matrikulasi ini termasuk juga pelajar bumiputera sebenarnya. Bukan semua boleh masuk matrikulasi kerana ruang yang terhad. Jadi sebab itulah saya kata bahawa untuk lebih seimbang, maka Tingkatan Enam ini ditukar menjadi Pusat Tingkatan Enam di mana sistemnya hampir sama dengan pra- universiti dan kalau sekiranya boleh dipertimbangkan bahawa mengambil peperiksaan yang hampir sama terutamanya yang mengambil aliran sains seperti di matrikulasi. Apa salahnya. Akan tetapi saya kata kita mahu yang masuk Tingkatan Enam ini juga mempunyai peluang yang luas untuk masuk ke universiti sama ada dalam aliran sastera ataupun aliran sains tetapi saya kata mempertingkatkan mutunya. Mempertingkatkan mutunya itu saya kata ialah ubah daripada Tingkatan Enam kepada Pusat Tingkatan Enam dan kita tidak mahu guru Tingkatan Lima mengajar di Pusat Tingkatan Enam. Dia mesti ada guru khas. Guru khas yang tertumpu hanya mengajar di Pusat Tingkatan Enam. Ini yang saya maksudkan sebenarnya. Tuan Yang di-Pertua, saya mahu menyentuh sedikit tentang satu daripada seksyen dalam akta yang kita bahaskan ini yang berkaitan dengan pendidikan khas. Saya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana akhirnya di negara kita ini kita ada pendidikan khas. Pendidikan khas ini adalah satu bukti pendemokrasian pendidikan di negara kita iaitu kita juga memberi tumpuan kepada golongan seperti ini yang juga perlu diberi peluang pendidikan. Cuma apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah apakah pendidikan khas kita ini sama seperti mana yang dilakukan di luar negara. Saya dapati di luar negara, pendidikan khas mereka ini ialah mereka diberikan kemahiran-kemahiran yang juga memberi peluang mereka mendapat sijil ataupun diploma yang mereka juga sebenarnya boleh bekerja.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya lihat layanan mereka di luar negara terutamanya di United Kingdom dalam pendidikan khas ini ialah mereka menyediakan kemudahan yang very conducive. Maksudnya, katalah sekolah pendidikan khas tertentu. Mereka datang sendiri mengambil pelajar pendidikan khas ini di rumah dan dibawa ke kolej, diberikan kemahiran dan dihantar balik, maksudnya dia ada sistem mentor-mentee. Maka, ini sebenarnya membentuk pelajar-pelajar pendidikan khas ini dengan satu kemahiran dan satu layanan yang cukup baik, cukup istimewa. Saya lihat semasa di United Kingdom ini, anak kepada kawan saya yang mendapat pendidikan khas ini, dia boleh buat piza dan macam-macam dia boleh buat. Kemahiran-kemahiran ini yang saya yakin jika sekiranya ibu bapanya tidak ada nanti, maka dia boleh survive sendiri sebab dia boleh buat piza. Saya tengok, saya lihat bahawa ada perubahan yang cukup jelas kepada anak yang berpendidikan khas ini. Jadi sebab itulah saya harap bahawa mereka ini bukan setakat kita ambil guru yang faham

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

tentang psikologi untuk mendidik mereka di pendidikan khas tetapi mereka ini memang juga cukup berkemahiran sebenarnya. Saya tahu, saya cukup menghormati guru-guru pendidikan khas ini. Bukan mudah bila saya lihat video yang ditunjukkan oleh kementerian, saya tahu bahawa bukan mudah sebenarnya tugas untuk mendidik di sekolah pendidikan khas ini. Ia adalah satu tugas yang berat. Kalau dia tidak mempunyai latar belakang kaunseling, psikologi dan sebagainya, maka sudah tentulah dia tidak berdaya tahan sebenarnya untuk memberi pendidikan kepada anak-anak istimewa ini. Oleh sebab itu juga saya harap bahawa ini diberi perhatian iaitu apakah fokus kita? Apakah setakat untuk sebagai tempat sementara mereka sementara ibu bapa mereka ini masih bekerja dan sebagainya. Jadi oleh sebab itu jangan nanti maksudnya mereka ini mereka yang tidak ada latar belakang psikologi, kaunseling dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh sedikit tentang pra-sekolah. Ini juga satu perkara yang ada di dalam Akta Pendidikan yang kita bahaskan ini. Saya yakin bahawa pendidikan pra-sekolah ini adalah cukup penting sebab ia juga berperanan seperti mana yang saya katakan tadi bahawa kita lebih mudah mengeksploitasi potensi yang ada pada anak-anak kita ini di peringkat pra-sekolah lagi. Sebab itu berbeza sekarang ini, kita lihat anak-anak di pra-sekolah, kadang-kadang kemahiran mereka dalam berkomunikasi bahasa Inggeris cukup baik sebab lebih mudah sebenarnya kita mengeksploitasi potensi mereka ini di peringkat mereka berada di pra-sekolah. Oleh sebab itulah saya berharap bahawa pendidikan pra-sekolah di negara kita ini perlu diberi tumpuan yang cukup besar. Saya berharap di negeri Kelantan, ini minta maaflah nak sebut sikit. Apabila KEMAS memohon tanah, dia kata dah 60 kali dia memohon pada 2006, sampai sekarang tak lulus untuk membina kompleks KEMAS yang menyediakan pusat latihan guru KEMAS dan sebagainya untuk pendidikan pra-sekolah. Di setiap daerah itu nak buat kompleks KEMAS, sampai sekarang tak dapat, tak dapat kelulusan daripada kerajaan negeri. Jadi jangan kata Kerajaan Pusat sahajalah, Kerajaan Pakatan Rakyat pun kenalah tengok diri sendiri, bagi kerjasama ke tak bagi kerjasama. Jangan tuduh Kerajaan Pusat sahaja. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, tentang sekolah satu sesi ini. Saya rasa ini juga satu pendekatan, mungkin satu pendekatan yang baik supaya pelajar-pelajar ini tidak balik ke rumah selepas sesi persekolahannya kerana sambung di sesi petang untuk kokurikulum dan pelbagai lagi kegiatan pendidikan dengan tujuan supaya mereka ini takut nanti balik rumah kononnya tidur, tengok TV ataupun mereka pergi ke pusat-pusat membeli-belah, pusat-pusat internet dan sebagainya yang menyebabkan mereka terdedah kepada gejala social decadence dengan izin, keruntuhan sosial. Oleh sebab itu, saya menyokong jika sekiranya kita memilih sekolah-sekolah yang kita jadikan pilot study dengan izin melihat keberkesanannya. Saya difahamkan memang ada, sudah dilakukan. Cuma apa yang ingin saya bangkitkan di sini supaya ia lebih berjaya. Maka, kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah yang ingin melaksanakan sistem sekolah satu sesi ini juga perlu diperbaiki seperti bilik persalinan, bilik rehat, surau, bilik mengulang kaji, tandas, perpustakaan dan sebagainya. Ini supaya kemudahan- kemudahan ini menyebabkan mereka lebih selesa. Dengan kata lain, ini sebenarnya akan menyebabkan mereka lebih suka berada di sekolah supaya jangan balik rumah dan kemudian tidak buat apa. Oleh sebab itulah saya menyokong penuh apa yang dilakukan. Dalam soal disiplin tadi barangkali kita boleh mulakan di sekolah-sekolah bestari, sekolah-sekolah cluster ini supaya dengan cara ini kita boleh melihat keberkesanannya sama ada boleh diguna pakai secara menyeluruh di sekolah lain dalam usaha kita untuk melakukan reformasi pendidikan. Bukan reformasi lainlah, macam pembangkang ini guna reformasi juga tetapi negatif. Bukan reformasi jalanan, tak habis-habis dengan demonstrasi. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk bersama-sama membahaskan Rang Undang-undang Pendidikan 2008. Saya ingin menyentuh dua, tiga perkara sahaja Tuan Yang di-Pertua tentang akta ini. Kita semua hampir bersetuju tentang roh daripada pindaan ini bukan sekadar untuk memindahkan nama ketua pendaftar sekolah ataupun menggantikan nama maktab kepada institusi, tetapi apa yang lebih penting daripada itu ialah bagaimana kita seharusnya melihat tentang sistem pendidikan dalam negara kita ini yang mampu untuk menghadapi cabaran semasa mahupun apa yang kita katakan cabaran pendidikan bagi rakyat Malaysia pada abad ke-21 ini. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita melihat kepada apa yang dikatakan sebagai pembangunan modal insan ini, maka seharusnya kita melihat kepada perkara-perkara yang menjadi asas kepada pembangunan modal insan itu sendiri. Sebagaimana pembangunan- pembangunan fizikal yang lain yang mesti dipenuhi oleh sesebuah kerajaan terhadap kebajikan dan masa depan rakyatnya, apa yang penting bila kita bercakap tentang konsep kemahiran dalam modal insan ialah:- (i) kemahiran teknikal; (ii) kemahiran keupayaan kepimpinan; (iii) kemahiran kognitif; (iv) kemahiran bahasa dan komunikasi; dan (v) kemahiran sosial yang akan menentukan standard ataupun keupayaan kita melahirkan modal insan bagi negara kita. Sudah tentu apabila kita bercakap tentang modal insan ini, nama maktab itu kita tukar kepada institusi dan kita mahukan suatu anjakan berlaku. Kita mahukan suatu sistem yang lebih baik, kita mahukan suatu modal insan yang dilahirkan daripada institusi ini yang mampu, lebih kompetitif di dalam mereka mendidik anak bangsa kita. Maka sudah tentu kita akan melihat beberapa indikator-indikator penting di dalam kita mempersoalkan tentang apa yang telah mahu kita pinda pada hari ini.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Kita mahu satu golongan, satu kelompok daripada rakyat dalam negara kita ini supaya memiliki pelbagai kemahiran, kita mesti jadi lebih versatile dengan izin. Ini supaya setiap guru yang dilahirkan itu tidak hanya tertakluk atau terikat ianya hanya seorang guru, makan gaji, menerima gaji bulanan, balik ke rumah habiskan elaun ataupun gajinya kemudian dia kembali ke sekolah dan ke rumah atau seumpamanya. Apa yang lebih penting ialah kalau kita melihat sejenak sejarah perguruan dan tokoh-tokoh guru yang lahir dalam negara kita semenjak merdeka, kita akan melihat bagaimana guru-guru ini walaupun pada waktu itu tidak ada satu sistem yang lebih baik daripada yang ada pada hari ini. Saya bersetuju Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita tidak seharusnya menoleh ke belakang dan mengambil apa yang telah menjadi sejarah itu, untuk kita laksanakan pada hari ini. Akan tetapi, kita menoleh ke belakang supaya kita melihat walaupun pada waktu itu tidak ada insentif, tidak ada galakan-galakan yang seperti mana yang diterima pada hari ini. Namun guru-guru pada waktu itu benar-benar dilihat oleh masyarakat seorang guru sebagai murabbi dengan izin, sebagai pendidik. Mungkin Tuan Yang di-Pertua sendiri pada era itu dan saya sendiri dalam era 60- an, dalam era persekolahan masih ingat lagi dengan tokoh-tokoh guru ini yang kita melihat mereka mendidik kita tidak terikat kepada waktu persekolahan, 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari. Akan tetapi, mereka tanpa ada elaun pada waktu itu, tanpa ada bayaran- bayaran insentif yang cukup menawarkan seperti yang ada pada hari ini, mereka tetap berdiri sebagai seorang tokoh yang mendidik anak bangsa tanpa mereka merasai apa yang kita nikmati pada hari ini.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Maka dengan sebab itulah kita melihat roh ataupun semangat ataupun kehadiran seorang guru pada era itu sangat bermakna. Dengan sebab itulah, kita melihat walaupun pada waktu itu dari segi kajian akademik tidak menamakan tokoh ini memiliki kemahiran teknikal, keupayaan kepimpinan, kemahiran kognitif, kemahiran bahasa dan komunikasi, kemahiran sosial pada waktu itu tetapi maktab-maktab yang ada pada waktu itu Tuan Yang di-Pertua mampu melahirkan insan-insan yang seperti ini. Saya apabila pulang hari raya Tuan Yang di-Pertua ke kampung baru-baru ini, berjumpa dengan sepupu saya dan anak saudara saya yang baru keluar maktab mengajar, saya bersembang dan bertanya macam mana mengajar di sekolah. Kita mengajar katanya mengikut apa yang ada di hadapan kita. Kita ajarlah yang mana masalah akhlak para pelajar sekolah yang ada pada hari ini, mereka tertekan dan seumpamanya. Jadi kita dapat melihat Tuan Yang di-Pertua, yang saya sebut semasa meminta penjelasan Ahli Yang Berhormat Lipis berucap dua hari yang lalu. Dengan kita merasakan beban yang ditanggung oleh para guru di sekolah pada hari ini cukup menjadikan mereka dan akhirnya kita melihat lahirnya satu generasi yang hanya memilih bidang perguruan ini, masuk ke maktab atau selepas ini masuk ke institusi perguruan ini hanya sebagai the last result, pilihan terakhir.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Mohon mencelah Yang Berhormat Kubang Kerian.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Sedikit sahaja. Oleh kerana tidak dapat masuk universiti, tidak ada peluang lain daripada menganggur akhirnya memilih profesion ini untuk jaminan masa depan mereka. Jadi ini yang kita hilang Tuan Yang di- Pertua, suatu zaman ataupun satu era yang kita merindui melihat para guru yang begitu dedikasi sebagaimana yang kita pernah nikmati dan lahirnya kita yang ada pada hari ini. Bukan maksud saya semuanya tidak baik pada hari ini tetapi kita melihat era itu yang mesti kita kaji, yang mesti kita ambil. Bukan sekadar kita tukar maktab kepada institusi, ketua pengarah kepada jawatan yang lebih baik tetapi substance nya, isinya dan apa yang mahu kita capai itu mestilah kita benar-benar teliti secara objektif untuk kebaikan sistem pendidikan dalam negara kita. sila.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian. Setujukah Yang Berhormat Kubang Kerian bahawa sistem pendidikan pada hari ini sebenarnya tidak melahirkan guru yang kita harapkan iaitu guru yang berkualiti. Ini kerana mereka terlalu dimanjakan, terlalu dimewahkan dengan pelbagai insentif dan sebagainya. Oleh sebab itulah maka kita tidak berjaya dalam sistem kita melahirkan guru yang disebut born to be teacher, guru yang dilahirkan seorang pendidik. Jadi saya melihat bahawa kepincangan ini terletak kepada sistem pendidikan hari ini yang seharusnya kita bersetuju dengan Yang Berhormat Batu Pahat supaya dilakukan reformasi pendidikan yang menyeluruh supaya akhirnya kita melahirkan guru-guru yang benar-benar berkualiti. Terima kasih.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Kedah yang memberikan pandangan. Jikalau Yang Berhormat Batu Pahat mencadangkan satu reformasi pendidikan, saya rasa yang lebih perlu adalah mungkin revolusi pendidikan. Kalau kita melihat sistem yang ada pada hari ini secara objektif Tuan Yang di-Pertua, bukan saya mengatakan secara melulu, tidak. Sekiranya ada kajian yang benar-benar empirical, satu kajian yang benar-benar boleh dipertanggungjawabkan terhadap sistem yang ada pada hari ini. Maka, kita bertanggungjawab untuk melakukan satu perubahan besar ke arah untuk melahirkan satu golongan yang benar-benar penting dalam pembangunan masyarakat dalam negara kita. Yang Berhormat Kuala Kedah tadi mengatakan walaupun kita memberikan mereka elaun, memberikan mereka insentif. Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang kita pun tidak bolehlah menyamakan zaman dahulu dengan zaman yang ada pada hari ini. Mungkin saya boleh bercakap dengan anak-anak saya, dahulu saya bersekolah belanja RM0.20, anak

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

saya hari ini yang bersekolah di Kuala Lumpur darjah dua terpaksa membawa RM2 ke sekolah. Teh-O pun RM0.50 Tuan Yang di-Pertua, zaman tidak sama. Akan tetapi insentif itu penting bagi saya, galakan itu penting tetapi yang lebih penting adalah peribadi yang menerima segala kebaikan ini. Peribadi yang menerima segala limpahan ini adakah mereka boleh menelurkan kembali? Adakah mereka berupaya untuk mencurahkan kembali segala apa yang mereka miliki ini untuk pelajar-pelajar, untuk anak-anak remaja kita supaya mereka ini menjadi satu golongan yang benar-benar dapat memberikan khidmat mereka kepada kebaikan negara. Maka dengan sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, kita perlu melihat secara ikhlas, sejujurnya di mana silapnya yang ada pada hari ini. Kenapa ada dua masalah yang ada pada hari ini; dua perkara besar yang boleh saya sebut sindrom yang perlu kita halusi pada hari ini. Yang pertama adalah kita lihat di maktab-maktab perguruan orang yang masuk, generasi yang masuk adalah mereka yang telah gagal mendapatkan tempat masuk di tempat ini, hanya semata-mata yang pertama jaminan kerja, gaji yang agak lumayan walaupun tidak berminat, apabila keluar dapat kerja. Yang kedua, hilangnya minat daripada golongan lelaki untuk masuk ke tempat- tempat yang seperti ini dan keadaan ini kalau dikaji dan kalau dikeluarkan suatu angka yang tepat kita akan mendapati ia sangat meresahkan kita. Maka dengan sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, kita perlu melihat secara objektif dan bagaimana kita melihat sistem pendidikan ini sebenarnya begitu dinamik, dia tidak jumud. Pendidikan, politik, masalah sosial dalam negara kita, negara kita sendiri ialah satu benda yang bukan beku, bukan macam kutub selatan. Itu pun Tuan Yang di-Pertua sudah cair sekarang ini. Negara, sistem pendidikannya, kehakimannya dan seumpamanya adalah perkara yang dinamik, yang berubah, yang menerima respons daripada faktor yang mempengaruhi kita; yang dekat dengan kita dalam negeri, luar negara, perkara-perkara yang membentuk apa yang kita katakan perubahan itu sendiri. Maka dengan sebab itulah kita melihat kalau kita benar-benar mahukan suatu perubahan daripada pindaan akta ini, maka suka juga saya melihat bahawa adakah sistem pengajaran atau sistem pendidikan itu sendiri memerlukan satu perubahan.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Kita lihat di Jepun Tuan Yang di-Pertua, apabila kita melihat beberapa artikel ataupun jurnal-jurnal pendidikan yang mungkin kita telah dan Tuan Yang di-Pertua mungkin lebih banyak membaca daripada saya tentang bagaimana perkembangan mereka satu bangsa yang dahulu pendek, kejam akhirnya dapat bangun dan membeli dunia dengan jenama-jenama hebat. Bangsa Cina dahulu yang dianggap satu bangsa yang tidak suka kebersihan, gengsterisme tetapi hari ini Cina boleh bangkit dari satu kuasa dunia kerana apa? Negara- negara Scandinavian yang dulu dikenali dalam sejarah sebagai bangsa Viking perompak laut utara. Hari ini menjadi bangsa yang boleh dipercayai, as a mediator sebagai negotiator dan Oslo, Finland tempat yang selamat bagi pelarian-pelarian politik. Satu tempat yang boleh diadakan destinasi perjanjian damai sebagai contoh. Kenapa bangsa ini boleh berubah? Walaupun melalui satu proses yang panjang tetapi mampu hari ini meninggalkan suatu pengalaman yang buruk yang dibaca dalam sejarah tetapi hari ini mula meninggalkan satu legasi yang membanggakan. Sebab apa? Di antaranya adalah yang saya baca Tuan Yang di-Pertua sebagai contoh Finland ini, why Finnish education system is the world’s best. Kenapa? Maka, di sini satu kajian yang dibuat satu negara yang menghasilkan jenama Nokia, yang melahirkan jenama yang mampu bersaing, membeli dunia dengan jenama ini ialah di antaranya the man tales di dalam mereka membuat revolusi pendidikan mereka adalah mereka kembali kepada abad yang ke-18 di mana mereka memberikan peranan kepada paderi-paderi mereka mendidik anak bangsa mereka sehingga mewajibkan seorang yang ingin berkahwin di Finland boleh membaca Bible dengan baik. Itu kajian yang dibuat. Maknanya, mereka balik kepada sistem beragama, mereka balik kepada sistem membina akhlak, membina sahsiah, membina peribadi-peribadi ini sejak awal lagi sebagaimana pepatah Melayu kalau kita hendak melakukan satu kebaikan kepada anak

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

kita, maknanya bina mereka daripada rebung lagi, itu boleh membentuk mereka dengan baik. Maka, di sinilah. Saya juga membaca satu artikel di Jepun bagaimana hari ini bangsa ini minat membaca, ada satu bandar raya buku. Korea begitu juga Tuan Yang di-Pertua. Kerana apa? Kerana mereka membina sahsiah ini daripada awal lagi. Maka, dengan sebab itulah, ingredient ataupun dengan beberapa ramuan-ramuan asas ini, maka yang paling penting bagi saya ialah kita kena balik kepada kehidupan beragama. Islam mesti balik mengajar umatnya menghayati Islam yang sebenarnya. Buddha, Kristian ataupun mana-mana agama sahaja menanamkan kembali asas-asas ini untuk membina generasi mereka pada masa yang akan datang.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Pohon sekali lagi mencelah Yang Berhormat Kubang Kerian.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya. Sila.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubang Kerian. Dahulunya dalam sistem pendidikan, kita ada Falsafah Pendidikan Negara.

Sekarang pun ada.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Sekarang adalah tetapi tidak diamalkan, telah dijumudkan, telah dikesampingkan. Cukup baik Falsafah Pendidikan Negara. Otak orang yang merancang dan melahirkan Falsafah Pendidikan Negara ini cukup hebat. Insya-Allah dia akan masuk tidak lama lagi di dalam Parlimen ini. Namun, nampaknya punca yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tadi bahawa kerana kita telah mencuaikan Falsafah Pendidikan Negara kita ini. Oleh sebab itulah, saya minta pandangan Yang Berhormat Kubang Kerian setujukah kita supaya Sistem Pendidikan Negara ini mempunyai falsafah yang cukup baik yang akhirnya akan melahirkan kualiti guru dan kualiti pelajar dan sistem pendidikan yang terbaik. Yang keduanya saya dapati punca apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tadi ialah kerana terlalu banyak campur tangan orang-orang politik di dalam sistem pendidikan. Minta pandangan Yang Berhormat Kubang Kerian. Terima kasih.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih sahabat saya daripada Kuala Kedah yang telah menyebut tentang Falsafah Pendidikan Negara. Ya, kita kena akui Tuan Yang di-Pertua. Yang baik itu kita boleh katakan baik. Macam kalau kita berdiskusi secara ilmiah tentang DEB. Ya, kita boleh akui falsafahnya baik tetapi sampai kepada pelaksanaan, mungkin ada cacat celanya. Demikian juga yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi tentang falsafah kita. Kita sudah ada satu falsafah pendidikan yang jelas tetapi mungkin kita gagal dari segi mengarah tujukan tentang falsafah ini. Ini kerana, bagi saya Tuan Yang di-Pertua, saya cukup yakin I’m strongly believed bahawa manusia ini perlu dipandu. Ada perkara dalaman yang memandu manusia ini dan generasi ini ke arah mereka menjadi generasi yang baik dan cemerlang. Kajian telah dibuat dan mungkin tidak adil kalau PAS yang buat kajian itu, mungkin tidak adil kalau hanya orang Islam sahaja yang membuat kajian itu tetapi kalau kita melihat dari segi yang saya sebut tadi tentang why Finnish education is the best system yang ada pada hari mereka juga mengakui bahawa kembalinya kepada semangat beragama itu menjadi satu perkara yang sangat penting. Kita jangan terikat dan jangan terjebak kepada satu falsafah. Kita hanya berasaskan kepada pain and relief.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya. Sila.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ya, berhubung dengan soal hendak mencapai kecemerlangan di dalam pendidikan. Saya rasa persoalan kreativiti dan innovativeness, kemampuan untuk bergerak tanpa terlalu banyak sekatan dan halangan dan saya cukup khuatir di dalam soal rang undang-undang pindaan seksyen 22 nombor 6 iaitu subseksyen 22(3) akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan memaklumkan dengan perkataan mendapatkan kelulusan bertulis dan dalam penjelasan di sini dinyatakan bahawa fasal 6 ini bertujuan ialah supaya

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

membolehkan ketua pendaftar mengawal apa-apa kurikulum tambahan yang dilaksanakan di tadika supaya selaras dengan sistem pendidikan. Ini merupakan soal kurikulum tambahan. Kita sudah ada dia punya kurikulum induk yang akan dipatuhi oleh semua tadika-tadika sama ada KEMAS atau pun yang tidak Kemaslah. Namun, apabila kita luluskan pindaan ini, maka ia merupakan satu yang terlalu menyekat yang tidak akan memberikan kebebasan kepada tadika-tadika itu sekalipun untuk melakukan satu percubaan dengan kaedah yang lebih inovatif, yang lebih kreatif untuk mendidik dan mendatangkan hasil yang lebih berkesan. Jadi, saya cukup khuatir bahawa ianya merupakan satu pindaan yang bertujuan dengan izin to be more restrictive. Kalau dalam di peringkat tadika sekalipun kita tidak boleh memberikan ahli pendidik-pendidik kita di peringkat tadika itu sekalipun kemampuan untuk mencuba dengan kaedah dan pendekatan yang lebih berkesan. Maka, saya khuatir ini merupakan satu arah tuju yang akan menyekat kreativiti dan individualisme dan kemahiran yang lebih hebat insya-Allah. Saya minta mungkin Yang Berhormat untuk menyentuh persoalan ini ya. Terima kasih.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih sahabat saya daripada Shah Alam yang melahirkan kebimbangan beliau daripada pindaan itu. Saya akan masuk nanti dalam tadika dan pencapaian yang baik itu tadi akan saya masukkan jadi sebahagian daripada ucapan saya insya-Allah Yang Berhormat Shah Alam. Sambung sedikit tadi Tuan Yang di-Pertua, jangan kita terjebak di dalam suatu falsafah yang kita ini hanya respons, kita hanya akan bertindak hanya kepada dengan izin pain and relief, senang dan susah sahaja tetapi apa yang penting Tuan Yang di-Pertua adalah kita melihat pendidikan itu sendiri.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Dalam istilah Arab disebut dengan izin tarbiah perlu pada murabbi guru-guru tadi kita melihat kepada peranan yang penting bagi mereka dan apa yang penting di sini adalah sebelum saya masuk kepada pendidikan pra sekolah adalah perlu dilihat dari segi keseluruhan pendidikan itu. Adakah sistem kita yang ada pada hari ini sama ada di sekolah menengah ataupun sekolah rendah, sekolah menengah kemudian bila masuk kepada maktab perguruan ini kita hanya menjadikan kecemerlangan IQ sahaja sebagai asas kita? Sedangkan kajian-kajian baru kita ada EQ, kita ada SQ ini semua satu penerokaan baru dalam dunia pendidikan. Di Jepun, kita melihat bagaimana mereka menggabungkan all these ingredients dengan izin semua ramuan-ramuan ini diproses dengan begitu bijak sehingga mereka melahirkan satu masyarakat yang mampu untuk lebih kompetitif. Maknanya kita tidak hanya melihat daripada satu aspek sahaja., maka di sini juga saya melihat kita perlu satu- satu...

Minta laluan Yang Berhormat Kubang Kerian.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

...satu perkara yang mestilah kita teliti bersama. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua adakah saya punya masa lagi?

Tuan Yang di-Pertua

Ada.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Kubang Kerian menyentuh tentang supaya kita dapat mengamalkan ataupun kembali kepada proses pendidikan yang berasaskan kepada agama. Bila kita menyentuh tentang Sabah dan Sarawak, kalau dari segi perlembagaan yang telah diperkenalkan oleh intergovernmental of committee apabila Sabah dan Sarawak masuk Malaysia dalam tahun 1963 dan kita tahu bagaimana masyarakat di kedua buah negeri ini mempunyai latar belakang yang agamanya pelbagai kita tahu dari segi dominasi agama itu agama Islam dan Kristian.

Tetapi perlu diingat dan difahami saya melihat kepada dasar pendidikan kebangsaan sekarang dia punya falsafah berasaskan kepada persefahaman di kalangan rakyat Malaysia itu sendiri. Sebab ada di kalangan rakyat di negeri tersebut yang mempunyai fahaman yang masih berpegang kepada ateis iaitu tidak percaya kepada Tuhan dan sebagainya. Jadi, kalau kita melihat bukan kita ingin menafikan bahawa saya tidak bersetuju dengan pandangan ini saudara tentang berbalik kepada agama. Tetapi kita melihat apakah pandangan saudara Yang Berhormat untuk kalau mengambil kira iaitu kepelbagaian kaum ini menjadi teras juga dalam perubahan kepada akta pendidikan ini untuk kebaikan rakyat Malaysia itu terutamanya yang berada di negeri Sabah dan Sarawak? Sebab kita melihat kalau kita tidak ada sensitiviti ataupun tidak memahami budaya yang terdapat di kedua buah negeri tersebut mungkin dari segi untuk kita melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan bersefahaman di antara satu sama lain akan boleh menjejaskan aspirasi hasrat kerajaan kita untuk melahirkan satu masyarakat yang guru- gurunya juga perlu mengamalkan satu budaya yang boleh diterima, yang faham sensitiviti persefahaman dan perpaduan itu Ini bagi membolehkan lagi mereka untuk menjadi seorang guru ataupun pendidik yang serba boleh, yang tahu dan memahami aspirasi sesuatu kaum itu. Apa pandangan Yang Berhormat dalam perkara ini?

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Yang Berhormat daripada Silam ya. Saya rasa Yang Berhormat orang Islam hendak jadi Muslim yang baik. Orang Kristian kalau dia rasional dia hendak jadi orang Kristian yang baik, orang Buddha orang Hindu begitu juga. Fenomena di dalam dunia yang ada pada hari ini, sesiapa yang boleh hidup dalam dunia ini dengan amalan agama masing-masing tidak ada paksaan [bercakap dalam bahasa Arab] . Saya merasakan tidak ada masalah untuk kita hidup bersama di atas kefahaman agama kita., itu asas yang sangat penting. Di sini mungkin kita boleh mengaplikasikan apa yang dikatakan unity in diversity. Kita boleh bersatu di atas kelainan-kelainan ini dan walau banyak macam mana pun kaum- kaum di Sabah dan Sarawak saya tidak melihat itu satu halangan. Kalau kita punya satu iltizam, satu kejujuran, membina satu sistem pendidikan yang bertanggungjawab, yang kurang mungkin campur tangan politiknya, yang kurang mungkin niat-niat yang tidak baik. Pelaksanaannya kita buat secara jujur dalam konteks negara Malaysia saya tidak nampak sistem ini boleh membina sebuah negara yang baik. Kalau semua orang faham akan menjadi penganut agama yang baik. Jadi saya masih berpegang bahawa asas beragama itu sangat penting dalam kita membina mana- mana generasi pada masa yang akan datang. Terima kasih sahabat saya daripada Silam. Kemudian saya masuk Tuan Yang di-Pertua yang paling akhir sekali iaitu tentang pra sekolah yang juga disebut oleh sahabat saya daripada Batu Pahat tadi.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

[Bangun]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Sila.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Saya ingin bertanya pendapat Yang Berhormat daripada Kubang Kerian mungkin ini sejarahlah. Apabila di Terengganu tahun 1999, PAS menang besar di Terengganu dan waktu itulah kita lihat sekolah-sekolah tadika KEMAS ditutup begitu sahaja, anak-anak kena tanggung kerusi malam-malam untuk pindah dan sebagainya. Jadi anak-anak ini tidak berdosa, tenaga Kemas pun tidak berdosa. Jadi apa pandangan Yang Berhormat apa yang berlaku pada tahun berkenaanlah? Terima kasih.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua saya mengelak hendak tajam sangat politik tetapi kalau dijolok macam ini. Mana lebih besar tarik royalti daripada budak-budak sekolah tadi jadi tidak payahlah.

[Dewan Ketawa]

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Pandangan sekarang hendak tanya kalau tengok balik dahulu.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Maknanya macam di ...

Ini soal pendidikanlah bukan minyak.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya masuk daripada pra sekolah Yang Berhormat Batu Pahat sebut tadi tentang bagaimana, Yang Berhormat Shah Alam juga sebut tentang bagaimana anak-anak peringkat awal ini? Saya rasa kita perlu ikhlas dan jujur.dan bila kita bercakap tentang mendemokrasikan pendidikan kita rasa ini suatu kaedah yang baik . Mana-mana pihak, mana-mana golongan, mana-mana agama mereka boleh membuka tadika-tadika mereka. Ini kita namakan kita mendemokrasikan pendidikan. Ini boleh nampak berbeza-beza tetapi kalau semuanya berakhir pada satu tanggungjawab untuk membina generasi masing-masing dia akan menuju kepada satu unity yang lebih baik Tuan Yang di-Pertua. Tetapi kalau kita bercakap tentang demokrasikan pendidikan maknanya dari segi pelaksanaannya juga mestilah maknanya benar-benar demokrasi. Saya cukup terbuka Tuan Yang di-Pertua, kalau ada dahulu ada satu tuduhan yang mengatakan PASTI ini mengajar kita mencaci maki pemimpin-pemimpin negara. Saya pernah bercakap dalam sesi lepas sila datangkan bukti. Kalau ada guru yang mengajar tersebut kita rela untuk menghukum guru tersebut dan bukan itu yang kita ajar Tuan Yang di-Pertua dan PASTI kurikulumnya kita lahirkan dari satu kumpulan pemikir Tuan Yang di-Pertua, yang melahirkan dan saya rasa untuk lebih adil Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh membaca buku- buku PASTI ini.,dan boleh memberikan penilaiannya. Bukan saya mengatakan kami yang terbaik, tidak tetapi kita telah berusaha untuk mendidik anak-anak yang belajar di PASTI ini dengan cara yang paling baik dan kita rasa ada tanggungjawab kepada agamanya, ada tanggungjawab kepada ibu bapanya, ada tanggungjawab kepada negaranya, kepada bangsanya. Ini yang kita cuba pimpin anak- anak di peringkat awal ini dan alhamdulillah saya ucap terima kasih kepada Kementerian Pelajaran yang pernah mengundang untuk wakil kami membentangkan satu kertas kerja, mewakili PASTI dalam satu seminar pendidikan di peringkat pusat, di peringkat kebangsaan. Kalau apa yang kami buat itu salah mana mungkin dan kami pernah menerima anugerah Diraja di peringkat negeri Kedah dan menerima anugerah pendidikan yang disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Jadi saya merasakan biarlah kita lebih kompetitif sama ada KEMAS, sama ada badan-badan tadika yang lain. Kalau kita mahukan produk kita lebih baik kita mesti lebih kompetitif dan ini caranya dan kalau Yang Berhormat Batu Pahat tadi mengatakan ada rayuan untuk guna tanah itu saya rasa boleh beri pada saya.

Minta laluan.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

[Bangun]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Politik lagi?

Tuan Yang di-Pertua

Mana satu, Padang Besar ke Pasir Salak?

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Kubang Kerian. Kita mendengar Yang Berhormat begitu berbangga dengan kejayaan tadika yang dianjurkan oleh parti PAS yang dipanggil PASTI. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, berapa ramai keluaran PASTI ini seterusnya apabila mereka meningkat ke peringkat yang lebih tinggi dalam proses ataupun sistem pendidikan yang telah keluar sebagai pelajar-pelajar yang cemerlang, berjaya. Dalam erti kata merupakan insan-insan, modal insan yang cemerlang di dalam negara kita ini. Berapa ramai yang menjadi doktor, berapa ramai yang menjadi jurutera, berapa ramai yang menjadi akauntan? Yang saya tahu lebih ramai jadi ustaz. Itu yang ramai. Negara kita tak cukup untuk mentadbir negara, ekonomi negara ini dengan hanya ustaz-ustaz. Kita perlu engineer, kita perlu akauntan, perlu doktor dan sebagainya. Jadi di mana angka-angka statistik yang menunjukkan kejayaan sistem itu. Ada kajian dibuat? Saya tak baca pun. Mungkin saya tak tahu. Tolong bentangkan dalam Dewan yang mulia ini tapi daripada perhatian saya, walaupun tanpa statistik itu, keadaan di sekolah itu pun saya tengok tak begitu menarik langsung. Pakaian budak-budak macam zaman kuno. Budak- budak dipakaikan dengan pakaian yang begitu ketinggalan zaman,memalukan. Inikah yang

menjadi kebanggaan? Sila buat lawatan kalau tidak percaya. Rakan-rakan Pakatan Rakyat tolong buat lawatan kepada sekolah-sekolah ini. Kalau betul berbangga, saya rasa silaplah, silap besar dibandingkan dengan apa yang kita adakan. Oleh sebab itu, jangan sebut kejayaan tanpa bukti yang nyata. Tolong beri jawapan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Jawab, jawab!

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya tak hina pun mana-mana. Jadi, kalau Yang Berhormat Pasir Salak menghina begitu pada PASTI, tak apalah.

Bukan soal menghina. Ini soal perbandingan yang mengatakan begitu hebat.

Tadi cakap jadi ustaz, pakai tudung. Menghinalah tu.

Apa pakai tudung? Saya tak sebut menghina pakai tudung. Saya tak guna perkataan menghina pakai tudung. Seorang Ahli Pembangkang: [Menyampuk] Dia sendiri yang sebut.

Isteri saya pun pakai tudung.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

[Bangun]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Okey,okey. Tak apa lah. Yang Berhormat Shah Alam.

Apa ada masalah? Belum tentu isteri tuan-tuan pakai tudung. Isteri saya pakai tudung.

[Menyampuk] Alhamdulillah.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey, terima kasih. Saya rasa Yang Berhormat Pasir Salak ini dia tak faham. PASTI dia tak keluarkan doktor, dia tak keluarkan jurutera. [Ketawa]

Itu menunjukkan tak faham soalan. Cakap pada saya. Saya kata...

[Menyampuk] Ini prasekolah, prasekolah.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Prasekolah dan seterusnya. Apa ini telinga tak dengar ke?

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia tanya, tadi soalannya, berapa ramai daripada PASTI yang keluar sebagai jurutera.

Itu tak faham soalan. Apa ini engineer.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa]

Ini Yang Berhormat Shah Alam,apa Yang Berhormat Shah Alam putar belit ini? Putar belit Yang Berhormat Shah Alam ini.

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Biarlah saya habiskan ya. Selepas dia keluar daripada PASTI, dia masuk dalam sekolah. Ada yang masuk sekolah kebangsaan, ada yang masuk sekolah agama, ada yang masuk sekolah swasta, ada yang

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

masuk sekolah awam. Lalu benda ini merupakan satu persoalan yang agak tidak tepat kerana memang PASTI tak mengeluarkan jurutera dan tak keluarkan doktor tetapi...

Itu orang bodoh saja yang faham macam itu.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Biarlah saya habis jawab.

Bodoh saja itu.

Tadi cakap macam mana!

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa] Saya ingat Yang Berhormat Pasir Salak hari ini dia dalam mood nak menghina semua orang lah ya. So kita berilah dia, tak apa lah.

Bukan soal menghina, ini soal perbandingan.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Lalu sekarang ini, orang yang keluar daripada PASTI, ada yang masuk ke universiti, dia masuk sekolah kebangsaan, dia masuk sekolah swasta dan kita kena ambil kira hakikat bahawa PASTI ini telah terpaksa mengharungi bantahan dan halangan yang begitu hebat dan kita tidak mendapat apa-apa bantuan. Hendak harapkan bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional, minta maaflah. Mungkin inilah yang menyebabkan bila Terengganu itu kita menang, ini bila kita belajar sains, dia ada aksi ada reaksinya. Bila ada aksi yang mana selama ini berusaha untuk menyekat sehingga sekolah PASTI itu kita terpaksa buat dekat kawasan-kawasan yang kurang enak, kita tak dapat geran-geran yang besar daripada Kerajaan Barisan Nasional. Kita terpaksa buat di rumah kedai, kadangkala kita buat dekat rumah teres, kadangkala kita buat dekat rumah kampung tetapi bagi kita apa yang penting ialah pengisian. Kita membina satu generasi umat yang memahami bahawa hidup ini ada makna dan ada matlamat yang lebih besar daripada soal nak mencapai kemewahan. Kita nak orang yang berjuang, yang berkorban, yang meletakkan kepentingan umat, kepentingan negara, kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan peribadi.Ini merupakan ciri-ciri yang begitu positif yang kita rasa kita telah berjaya menghasilkan produk-produk yang seperti mana yang diperlukan dan itulah sebabnya mengapa kita telah mendapat [Tepuk] anugerah-anugerah yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Lalu janganlah kita nak perlekehkan. Sepatutnya bagi pihak kerajaan Barisan Nasional, bila dah nampak bahawa kita ini tanpa bantuan daripada kerajaan pusat sekalipun, telah mampu mendapat anugerah-anugerah yang seperti mana yang telah disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tadi. Sanggup demi masa depan masyarakat, negara dan umat, menghulurkan bantuan. Berilah bantuan kepada sekolah- sekolah ini kerana mereka selama ini melakukannya atas dasar pengorbanan. Guru-guru PASTI bekerja siang malam, gaji RM300-RM400 kerana ianya diperoleh daripada sumbangan yang diperoleh daripada mereka-mereka yang mempunyai komitmen dan kesedaran akan perlunya satu asas pendidikan yang kuat yang berasaskan kepada keagamaan walaupun akhirnya dia menjadi seorang jurutera, walaupun akhirnya dia menjadi seorang doktor. Tempoh masa yang telah bermulanya PASTI, lebih kurang hujung tahun 80-an ataupun awal 90-an. Kita tak dapat nampak lagi yang mana yang baru masuk dalam universiti. Ada, kita tak ambil data-data, statistik dan sebagainya tetapi hakikatnya pengiktirafan terbukti. Kalau tuan-tuan, Yang Berhormat pergi ke Shah Alam, tuan-tuan akan melihat bahawa masyarakat sendiri telah memberikan pengiktirafan di mana KEMAS, minta maaflah ya, tak ramai dia punya anak murid. Akan tetapi PASTI-PASTI ini penuh [Tepuk] walaupun kita tak dapat bantuan daripada kerajaan pusat dan ini merupakan satu fakta. Di Perak, tuan daripada Perak kan? Yang Berhormat Pasir Salak daripada Perak. Ada anak-anak Tionghoa yang menghantar anak-anak mereka pergi ke PASTI sehingga menjadi satu isu, sehingga orang MCA, minta maaflah ya, Barisan Nasional menjadikan satu isu sehingga ibu bapa itu terpaksa tarik keluar. Bukan oleh kerana mereka tak nak tetapi oleh kerana tohmahan yang mereka terpaksa hadapi daripada Barisan Nasional. Lalu saya mintalah

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Pasir Salak walaupun mungkin hari ini dalam mood nak menghina dan nak mencaci,

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya minta tolong supaya hari ini kita dengar dengan cara yang matang dan kita dengar fakta-faktanya dan jangan kita nak cuba timbulkan isu dan mempolitikkan isu ini kerana kalau nak politikkan, insya-Allah saya sanggup.

Boleh, Tuan Yang di-Pertua, saya nak tanya mana statistiknya, faktanya. Tolong bentangkan fakta.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Faktanya, pengiktirafan dan anugerah yang telah diperolehi itu bukan fakta ke?

Itu fakta. Saya tanya statistik.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu fakta. Statistik itu beri kita tempoh. Tuan Yang Berhormat Menteri pun kalau dia hendak beri jawapan, dengan segala kakitangan Pejabat Menteri, dia minta paling kurang 14 hari tempoh.

Jangan bersyarah politik lah!

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...14 hari tempoh, 14 hari tempoh! Tuan yang mempolitikkan. Yang Berhormat yang mempolitikkan.

Fakta, saya tanya mana fakta.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Fakta-fakta yang saya sebut itu yang seperti mana diperolehi daripada rakyat jelata.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Menyampuk] Ini bertanya ke berucap? [Ketawa]

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

[Menyampuk] Tanya atau berucap, sama saja.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Kerian. sampai terlupa pula Yang Berhormat Kubang Kerian. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kubang Kerian.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Minta soalan bertulis, dalam masa tiga minggu Insya-Allah kita beri jawapan. [Ketawa] boleh tak? Bagi kita soalan bertulis, tentukan tak lebih 300 patah perkataan.

Mimpilah!

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, dari segi angka itu saya tidak ada yang tepat. Tetapi ada lebih kurang 3,000 orang guru dan kita sekarang ada lebih kurang 6,000 lebih cawangan seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, pasti ini suatu institusi pendidikan pra sekolah yang cukup kerdil. Kami tidaklah sehebat KEMAS, tetapi apa yang saya nyatakan dalam Dewan yang mulia ini adalah kami juga ada tanggungjawab kepada negara. Kami ada peranan kepada agama kepada bangsa dan kepada negara. Ini saya rasa lebih penting. Kalau Yang Berhormat Pasir Salak hendakkan satu benda yang tangible, kadang-kadang dalam human sociology ini Tuan Yang di-Pertua, ada benda-benda yang intangible yang lebih bermakna dan lebih significant.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya ada anak, Tuan Yang di-Pertua juga ada anak Yang Berhormat semua ada anak. Kita orang Islam, kalau anak kita Tuan Yang di-Pertua seorang engineer, seorang doktor, tetapi dia boleh baca Quran dengan baik, dia berakhlak dengan akhlak al-Quran, ini yang kita bina. Seorang yang beragama Hindu, seorang doktor, tetapi dia menjadi penganut Hindu yang baik kerana asas dari kecil diasuh dengan pendidikan beragama. Seorang arkitek cemerlang beragama Kristian, tetapi dalam kehidupan rumah tangganya dia mengamalkan ajaran Kristian dengan baik. Tidakkah negara kita berbangga dengan apa yang ada macam ini?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat. Saya terpanggil untuk berbicara soal pendidikan. Memang sebetulnya saya berpendirian sebagai seorang rasional melihat bahawa tidak kira kelompok mana-mana masyarakat asalkan kita ada keikhlasan untuk mengangkat darjat pendidikan ke dalam kelompok masyarakat kita rasa saya tidak perlu ada perbalahan, tidak perlu ada pergaduhan. Untuk apa kita berpecah belah semata-mata untuk kita melahirkan insan yang cukup cemerlang. Jadi sama ada PASTI ke TASKA ke tadika ke, pada saya jangan ada perbandingan. Yang penting kita jayakan pengisian dia ke arah membantu negara kita membentuk modal-modal insan yang berhemah tinggi dan saya bersetuju, dalam pengisian ini kita perlu ada engineer, doktor. Tetapi dia juga kena ada disiplin diri seperti yang diungkapkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya bersetuju, dia ada kepakaran dalam agama, kepakaran dalam teknikal dan sebagainya. Jadi saya melihat ianya satu hujah yang cukup bernas yang perlu kita ambil kira dan kita ambil perhatian untuk kita jadikan iktibar dalam memupuk masyarakat bangsa kita, terima kasih. [Tepuk]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, dengan kata- kata rakan saya dari Kinabatangan itu, saya sudahi ucapan saya. [Ketawa] Dan mengambil ucapan yang baik itu masuk sebagai dalam ucapan saya, terima kasih.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas dalam akta meminda Akta Pendidikan 1996 ini. Antara punca pindaan yang terpenting sekali dalam akta ini adalah penukaran sebuah maktab pendidikan guru kepada sebuah institusi pendidikan guru dan pada masa yang sama graduan dari maktab tersebut ataupun institusi selepas ini akan bertaraf ijazah dan bukannya diploma. Saya memang tidak membantah pindaan akta ini. Akan tetapi pindaan ini seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Pahat tadi tidak akan meningkatkan kualiti bidang perguruan di Malaysia dengan begitu sahaja. Penukaran takrif ini merupakan satu penukaran form ataupun penamaan sahaja dan bukannya satu rombakan yang bersubstance atau berperisian. Penukaran status maktab ke institusi tidak akan membawa apa-apa manfaat jika tidak disampingi oleh rombakan yang lebih penting. Jika rombakan asas ini tidak dapat dilaksanakan, kita tukar nama maktab ke universiti pun sia-sia sahaja. Kita bagi PhD kepada penuntut-penuntut di maktab tersebut pun sia-sia sahaja. Tahniah perlu dihulurkan pertama sekali kepada pengurusan maktab perguruan kerana mencapai tahap ISO 9001 seperti yang diumumkan oleh timbalan menteri semalam dalam ucapannya. Akan tetapi tahap ini hanya menilai sistem proses dan dokumentasi sahaja dan bukannya menilai taraf mutu ataupun kandungan pendidikan. Yang Berhormat dalam Dewan ini akan mendapati bahawa universiti-universiti yang terkemuka seluruh dunia langsung tidak membelanjakan berpuluh-puluh ribu untuk mendapatkan ISO ini. Kenapa? Sebab jelas ISO ini tidak menilaikan taraf intelektual ataupun kemantapan fikiran pihak perguruan atau akademik dalam maktab-maktab mereka. Tuan Yang di-Pertua, ada dua masalah yang penting yang kementerian mesti mengatasi, menyelesaikan sebelum kualiti maktab dapat dipertingkatkan untuk berhak digelar sebagai institusi. Pertama sekali kementerian perlu meningkatkan kualiti pelajar ataupun siswazah yang diterima ke dalam kursus perguruan. Buat masa ini kementerian dianggap sebagai mementingkan kuantiti ke atas kualiti ataupun dalam Bahasa Inggeris, quantity over quality.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Report-report yang diterbitkan selalunya meraikan pencapaian maktab-maktab mengikut jumlah graduan daripada maktab dan bukannya kualiti graduan yang dikeluarkan. Saya sebagai wakil rakyat telah menerima pelbagai aduan mengenai mutu pendidikan di sekolah-sekolah kita di mana guru-guru mengajar fakta-fakta yang salah atau tidak tepat. Saya juga menerima aduan mengenai ibu bapa yang sering kena membetulkan ajaran guru di sekolah terutamanya dalam bidang bahasa Inggeris, matematik dan sains.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat PJ Utara, boleh saya celah? Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan sistem pelajar kita, kalau dahulu mereka yang gagal Bahasa Melayu, gagal Matematik selepas SRP mereka tidak boleh naik ke tingkatan empat. Tetapi dengan sistem yang ada sekarang dia gagal Matematik, gagal Bahasa Melayu dia akan terus ke tingkatan empat. Mereka belajar dengan pelajar-pelajar yang berpencapaian cemerlang. Ini yang menimbulkan suasana dalam bilik darjah yang kurang memuaskan. Yang menimbulkan banyak masalah disiplin dan menjejaskan kualiti guru. Walaupun pihak kerajaan melahirkan guru yang cemerlang, guru yang dedikasi, tetapi dengan sikap pelajar yang ada, yang kurang berkualiti dalam bilik darjah, menjejaskan kualiti penyampaian guru-guru kita. Jadi bersetujukah Yang Berhormat kalau kita cadangkan kepada kementerian, supaya pelajar-pelajar yang bermasalah ini diwujudkan satu sistem khas untuk mereka supaya mereka tidak bercampur dalam bidang akademik dengan pelajar-pelajar cemerlang. Tetapi mereka diberikan didikan-didikan kemahiran tertentu dalam bidang mekanik, binaan dan sebagainya dan mereka diasingkan dengan pelajar-pelajar yang cemerlang.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju sangat dengan Yang Berhormat tadi. Sebab...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Jempol.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Jempol. Dari Jempol sebab bagi penuntut-penuntut ini, kita tidak boleh abaikan kita tidak boleh meminggirkan keperluan mereka walaupun mereka tidak lulus dalam peperiksaan PMR ataupun peperiksaan SPM. Tetapi kita perlu memberikan peluang jenis yang lain. Boleh jadi mereka tidak berbakat dalam bidang akademik, tetapi mereka berbakat dalam bidang teknikal, vokasional. Oleh sebab itu kita perlu ada stream ataupun aliran yang lain jenis untuk murid-murid yang kurang berbakat dalam bidang akademik. Seperti yang saya katakan tadi saya dapat banyak aduan terutamanya dalam bidang bahasa Inggeris, bidang Matematik dan sains. Seperti English, yang selalu I dapat punya. Saya pergi sekolah. Dia punya jawapan, ajaran yang diberikan oleh cikgu, dia kata I go school. Saya pergi sekolah, I go school. Ataupun apakah prestasi dalam bahasa Inggeris, dia kata prestasion, lokasi, location, prestasi, prestasion. Itu performance. Menurut satu artikel, Deputy Group Editing Chief New Straits Times yang dahulu Dato’ Hishammuddin Aun, memberikan satu contoh temu duga seorang calon wartawan yang dia dapat. Dato’ Hishammuddin tanya, ”How many are there in your family?”, ”Berapa orang dalam keluarga anda?”. Calon kata, “I number three.”, “Saya nombor tiga.”.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Hisham tanya lagi, “What does your father do?” Apa kerja bapa buat? Calon kata, “Father die already”. Bapa sudah mati. Lepas itu tanya lagi, “So, what does your mother do?” Calon kata, “Mother not yet die”. [Ketawa] Ibu belum mati. Ini cerita kecil, cerita lucu sedikit tapi ini memberikan contoh tahap bahasa Inggeris yang kita ada pada masa sekarang ini dan ini bermula daripada sekolah rendah, daripada sekolah menengah di Malaysia. Ini jelas menunjukkan kelemahan dalam sistem pendidikan hari ini dan apa jadi. Dato’ Seri Hishammuddin pun kata, “Apa jadi dengan kualiti bahasa Inggeris yang kita ada pada masa dahulu, di mana di Jabatan Perkhidmatan Awam pun semua dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih, dengan baik”. Saya tengok Dato' Seri Azmi bin Khalid di sini Inggerisnya sangat baik, tapi hari ini ramai dalam sistem perkhidmatan awam kita ini sudah kurang. Yang Berhormat Padang Besar, minta maaf. Yang Berhormat Padang Besar bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih sekali tapi ramai hari ini yang tidak fasih sebegitu lagi.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Malah dari segi kelakuan, disiplin dan tatatertib seorang guru pun terdapat banyak aduan. Kami baru dengar dua minggu lalu aduan di mana seorang guru di Telok Panglima Garang menghina dan mempertikaikan kaum India dengan perkataan kasar dan racist ataupun sifat perkauman yang negatif. Selain daripada dialihkan oleh kementerian untuk membuat kerja administrative seperti yang dilaporkan semalam dalam surat khabar, apakah tindakan yang akan diambil supaya perkara seperti ini tidak akan terjadi lagi. Ini bukan kali pertama dan saya agak bukan akan jadi kali terakhir. Apakah kementerian akan buat untuk mengurangkan kes-kes seperti ini? Adakah tindakan yang akan diambil selepas ini seperti yang dicadangkan oleh satu menteri dalam kerajaan di mana dia kata guru ini perlu...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Boleh minta jalan tak?

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

...Guru seperti ini perlu dipecat. Sila.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya hendak tanya Yang Berhormat, memang saya bersetuju bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat kita usahkan pelajar-pelajar peringkat yang sudah berumur pun belum begitu fasih, tetapi yang lebih penting ialah kita perlu pastikan rakyat fasih dahulu dalam bahasa Melayu kerana bahasa Melayu ini adalah bahasa kebangsaan negara. Bahasa yang menunjukkan bangsa. Jadi apakah ini tidak diharuskan jadi teladan dahulu. Maknanya mementingkan bahasa kebangsaan kita. Sekian, terima kasih.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Saya sokong, saya sokong satu pendidikan yang dapat memperkuatkan kefasihan murid-murid Malaysia dalam bahasa Malaysia. Sokong penuh tapi sokongan ini dan memperkuatkan bahasa Malaysia ini tidak boleh pada masa yang sama melemahkan subjek-subjek atau topik yang lain termasuk bahasa Inggeris dan Matematik. Saya bukan sahaja kata bahasa Malaysia. Kita perlu memperkukuhkan kefasihan kita dalam bahasa kebangsaan tapi kita mesti ada development yang seimbang. Kita tidak boleh belajar hanya bahasa Malaysia tak hendak belajar Sains, tak hendak belajar Matematik. Kita mengurangkan kepayahan ataupun academic rigour dalam subjek-subjek yang lain. Kita tak hendak sacrifice, mengorbankan subjek-subjek yang lain...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

...Untuk sahaja mempertingkatkan bahasa kebangsaan.

Minta laluan.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat. Betul. Saya bersetuju dari satu segi dengan Yang Berhormat. Kita perlu meningkatkan bahasa Inggeris tetapi saya tidak apologetik. Maknanya kita tidak boleh mengatakan bahawa kita mahu mengukuhkan bahasa kebangsaan, tetapi pada masa yang sama kita agak apologetik. Sebab Yang Berhormat harus ingat, saya hendak tanya Yang Berhormat setuju atau tidak pencapaian sesuatu bangsa seperti di Jepun, di Germany, Perancis mereka menggunakan bahasa ibunda. Di Indonesia mereka tak ada heboh sangat bahasa Inggeris. Nama pun ditukar dalam bahasa Indonesia. Jadi di sini saya tengok kita sokong bahasa Melayu tapi amalan kita perlekeh. Ada agenda politiknya. Itu yang saya hendak perbetulkan supaya akal kita itu biar jelas dan tegas dalam mendukung cita-cita kebangsaan negara kita. Sekian, terima kasih.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Saya fikir soalan ini senang sahaja. Saya tak hendak menyenangkan ataupun mengurangkan kekukuhan kefasihan murid-murid kita dalam bahasa Malaysia. Tidak hendak buat begitu, tapi standard-standard seperti dalam bahasa yang lain dan juga subjek-subjek yang lain kian menjadi lemah. Ini kita kena hentikan. Kita tidak boleh lagi menerima hakikat begitu.

Minta laluan.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Politik?

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa. Bagi dia peluang. Yang Berhormat Pasir Salak sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kenapa tiap kali saya bangun kata politik? Kenapa ada prasangka? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat menyebut tentang pencapaian dalam subjek Sains, Matematik dan sebagainya dan takut dengan penggunaan bahasa kebangsaan dan kurang menggunakan bahasa Inggeris menyebabkan pencapaian dalam mata pelajaran-mata pelajaran ini terjejas, menurun dan sebagainya. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat secara ikhlas, bahawa sebenarnya dibandingkan pada masa lalu dan sekarang rakyat Malaysia pada keseluruhannya telah mencapai kejayaan yang begitu hebat sekali dari segi pembangunan modal insan kerana mereka begitu berjaya dalam bidang sains, matematik, teknologi dan sebagainya. Ini di depan mata kita. Statistik menunjukkan berapa ramai profesional kita dalam sektor ini. Jadi bagaimana Yang Berhormat boleh menafikan kejayaan sistem pendidikan kita dalam hal ini. Ini tidak betul. Yang Berhormat buat kenyataan itu adalah satu kenyataan dalam bahasa Inggeris disebut sebagai sweeping statement. Tak betul begitu. Tak adil kepada semua pihak. Satu perkara. Keduanya, jangan sebut kata dalam perkhidmatan kerajaan tahap bahasa Inggeris begitu lemah. Dalam Dewan ini pun belum tentu bahasa Inggeris begitu pandai sekali. Saya hendak cabar Yang Berhormat sendiri pun tolong cakap bahasa Inggeris saya hendak dengar hebat mana. Jangan perlekehkan pegawai-pegawai kerajaan.

[Dewan riuh]

Jangan perlekeh pegawai kerajaan bukan bermakna saya. Saya bukan pegawai kerajaan. Bukan saya. Saya maksudkan pegawai kerajaan. Itu yang ramai pegawai kerajaan di belakang ini. Jangan diperlekehkan. Bahasa Inggeris mereka mungkin lebih hebat daripada setengah daripada Ahli Parlimen di sebelah sana terutama sekali Yang Berhormat Ipoh Barat. What is so hebat about him? Terima kasih.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

I take you on anytime and your UMNO together.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Yang Berhormat Batu.

Saya ingin jawab sedikit soalan tentang bahasa Inggeris ini. Kita tidak nafikan...

Yang ditanya lain orang jawab ini apa pasal?

Tak boleh jawab.

Saya bukan hendak jawab Yang Berhormat Pasir Salak sahaja...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Batu pergi Permatang Pauhlah.

...Tapi saya hendak kenyataan dari kerajaan sendiri dengan dasar mengubah bahasa pengantar dari bahasa Malaysia dan bahasa ibunda kepada bahasa Inggeris dan pengajaran Sains dan Matematik menunjukkan bahawa kerajaan mengakui standard bahasa Inggeris sudah menurun, tapi di sini saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas kita tidak boleh kompromi taraf bahasa Malaysia atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan juga bahasa rasmi persekutuan dengan menggantikan bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris. Kalau kita hendak pertingkatkan bahasa Inggeris ada cara lain. Akan tetapi kita tidak boleh kata kita mahu murid-murid kita atau generasi akan datang fasih dalam bahasa Inggeris dan pandai dalam Maths dan Sains, tetapi mengabaikan bahasa kebangsaan sebagai ekspresi sebagai bahasa penghantaran untuk mengajar dan juga mendidik dalam bidang Sains dan Maths. Itu sebab kalau kita betul-betul menganggap itu adalah satu perkara penting, kita harus kembali kepada asasnya pengajaran dalam Maths dan Sains ini harus kembali kepada bahasa Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Sekian, terima kasih.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih. Bagi soalan tadi mengenai Malaysia sekarang telah menjadi sebuah negara yang hebat dalam bidang sains, bidang matematik dan lain-lain. Saya fikir, fikiran yang macam inilah kita takut kalau kita jadi complacent negara kita akan menjadi lebih lemah lagi. Kita perlu mencari tempat yang kita lemah dan lepas itu menyelidik kenapa kita lemah di topik tersebut dan selepas itu mencari penyelesaian supaya kita boleh lebih maju lagi. Apa yang saya bawa ke sini, saya bukan kata Malaysia lebih teruk daripada Myanmar tetapi kita tak nak dibandingkan dengan Myanmar. Kita hendak dibandingkan dengan Hong Kong, dengan Jepun, dengan Korea Selatan, dengan negara yang lebih maju. Dengan itu, kita perlu mencari di mana kelemahan kita, lepas itu baru kita boleh maju.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Minta maaf. Tuan Yang di-Pertua saya hendak tanya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, dia sebut Korea Selatan dan Jepun. Adakah Jepun dan Korea Selatan itu maju kerana mereka berbahasa Inggeris? Saya hendak tanya. Tahap manakah kemajuan orang Jepun dan Korea dalam bahasa Inggeris? Terima kasih.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Banyak faktor yang tidak sama. Kita ada sejarah yang tidak sama, kita ada jenis berkaitan pekerjaan yang tidak sama, kita tidak ada...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

[Ketawa]

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Apple and orange.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah sejauh mana kemajuan mereka itu bergantung kepada bahasa Inggeris? Kerana saya tahu kebanyakan mereka, majoritinya tidak berbahasa Inggeris pun.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Penjelasan. Sekali dalam topik yang sama. Namun, di Malaysia ini yang menukar...

Tuan Yang di-Pertua

Yang ini menjawab kepada Yang Berhormat Padang Besar kah atau apa ini?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya hendak tanya penjelasan. Siapakah yang menukar dasar untuk mengajar matematik dan sains daripada bahasa ibunda iaitu bahasa Malay ataupun bahasa Mandarin, bahasa Tamil kepada bahasa Inggeris? Ini ialah Barisan Nasional. Barisan Yang Berhormat Arau pada waktu itu...

Tuan Yang di-Pertua

Ini mahu tanya kepada siapa ini?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...adalah menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Ini mahu tanya sama diri sendiri ini. [Ketawa]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Dia adalah menteri, yang dia sudah tukar dasar itu...

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Yang Berhormat Arau tidak pernah menjadi menteri.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...yang kita tidak setuju.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Yang Berhormat Arau tidak pernah jadi menteri. [Ketawa]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya?

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Yang Berhormat Arau tidak pernah jadi menteri.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sekarang sudah tukar pendirian kerana dia sudah backbencher. Ini tidak...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini tidak minta maaf.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...konsisten ini.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Yang Berhormat Arau tidak pernah menjadi menteri. Itu Yang Berhormat Arau situ. [Sambil menunjuk kepada Yang Berhormat Arau]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Dia tidak konsisten ini. Jadi, apakah pendapat Yang Berhormat Petaling Jaya Utara?

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih. Saya rasa, saya jalan ke hadapanlah, okey. Bagi bahasa Inggeris, kita punya sejarah tidak sama. Kita punya kaitan tidak sama. Banyak pelabur-pelabur yang datang ke Malaysia datang daripada bahagian Komanwel, daripada UK, daripada England, daripada negara-negara yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Kenapa ramai siswazah kita hari ini tidak dapat kerja seperti yang dikatakan oleh kementerian tadi? Tidak dapat kerja? Antara satu sebab yang selalu ditimbulkan oleh pihak majikan ialah bahasa Inggeris kurang fasih ataupun bukan sahaja kurang fasih, jawab pun tidak tahu macam mana hendak jawab. Itulah masalah dia. Kalau Malaysia ada satu ekonomi...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Belakang, belakang.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

...yang hanya menggunakan bahasa Malaysia dan kita boleh jadi yang cukup besar, satu ekonomi yang cukup besar yang boleh menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Malaysia cukup. Akan tetapi pada masa ini hakikatnya kita memerlukan bahasa Inggeris dan banyak majikan di Malaysia terutamanya majikan daripada syarikat-syarikat besar daripada luar negeri memerlukan bahasa Inggeris sebagai satu kriteria yang penting.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih. Saya tertarik juga dengan soalan bagaimana bahasa Inggeris ini boleh membantu atau prestasi pengajaran bahasa Inggeris di dalam matematik dan sains di peringkat sekolah rendah dinilai pencapaiannya sampai sekarang. Saya teringat pada satu masa dulu. Semasa perkara ini hendak dilaksanakan, kerajaan bersungguh-sungguh memberitahu keyakinan. Apabila perkara ini dilaksanakan, dianggarkan peningkatan yang mendadak dalam pencapaian pada masa itu. Namun, setelah beberapa tahun perkara ini dilaksanakan dalam sistem pembelajaran kita, kita dapat lihat satu perkara yang aneh iaitu bahasa Inggeris secara literasinya, secara kebolehan pertuturannya itu agak berkurang tetapi budaya dalam bahasa Inggeris itu diserap hampir 100% terutama dari cara pergaulan, dari pemakaian, dari fesyen dan sebagainya. Ini semua dalam ruang lingkup bahasa Inggeris itu sendiri. Namun apa yang kerajaan tekankan sebelum itu semasa pelaksanaan, keyakinan untuk membawa bahasa Inggeris secara literasi, kebolehan pertuturan itu dalam masyarakat para pelajar pada masa itu tetapi sehingga sekarang ini apa yang dibangkitkan oleh rakan kita dan juga rakan-rakan yang lain, semuanya mempersoalkan dari segi kebolehan pertuturan tadi dan kefahaman untuk memberi kesan yang lebih baik atas pencapaian subjek matematik dan sains. Kalau kita lihat hari ini sendiri pun, seperti yang diberitahu oleh rakan saya Petaling Jaya Utara tadi, itu pun ada satu quotation yang juga memalukan. Dia kata, ‘No frog in Sabah in Sarawak'. It’s that? ‘No frog in Sabah and Sarawak'. Saya cuba untuk tengok perkara ini, maksud dia tujuan apa? Kata tidak ada katak di Sabah dan Sarawak. Saya rasa banyak tetapi bila saya tengok rupanya ada satu quotation yang dibuat oleh orang penting di dalam negara kita juga yang menyebut pasal politik di Sabah dan Sarawak it’s no frog dengan izin. Saya rasa perkara ini agak berkecamuk juga antara tujuan asal atau tujuan murni kita untuk membawa literasi, kebolehan pertuturan tadi, kefahaman tadi kepada para pelajar

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

kita dengan tujuan untuk memberi imej politik semata-mata dalam pelaksanaan dasar ini. Macam mana agak-agak komen? Terima kasih.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Saya agak tidak boleh, tidak perlu menambah lebih lagilah. Boleh masuk dalam ucapan saya, dalam Hansard. Di kawasan saya sendiri terdapat banyak penyelarasan yang ketidakpuasan terhadap pihak guru besar ataupun guru-guru yang menghalang aktiviti-aktiviti budaya kaum minoriti seperti Tarian Singa atau Lion Dance dan penubuhan persatuan agama seperti Christian Teleship Union atau teleship group dalam sekolah-sekolah kita. Adakah pihak perguruan diberikan pengajaran dan taklimat mengenai kepentingan mempertahankan budaya berbilang bangsa di Malaysia yang menjadi satu ciri-ciri yang amat membanggakan, yang menjadikan satu ciri-ciri yang selalu digunakan oleh pihak Kementerian Pelancongan untuk membawa pelancong ke dalam Malaysia? Adakah pelajar maktab perguruan diuji supaya tidak mempunyai sifat perkauman yang negatif. Kementerian hendaklah mencuba seboleh mungkin untuk menarik bakal pendidik yang cukup berkualiti ke dalam bidang perguruan dan bukan seperti yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian semalam. Di mana bidang perguruan telah menjadi employment of the last resort bagi siswazah yang menganggur, kalau bakal rekrut kurang berkualiti adalah tidak memeranjatkan jika kualiti guru yang dihasilkan tidak memuaskan. Simpulan bahasa Inggeris yang berkata, ‘rubbish in, rubbish out’. Oleh itu, saya harap kementerian akan mengkaji semula skala gaji guru-guru Malaysia supaya bakal calon yang lebih cemerlang akan tertarik untuk masuk dalam bidang mulia ini. Negara jiran di Selatan Selat Johor mempunyai satu sistem pendidikan yang diakui bertaraf dunia. Malah Menteri Pelajaran pun pernah mengunjungi sekolah-sekolah di sana untuk mencari resipi kejayaan. Antara satu faktor yang penting sekali ialah bayaran gaji guru yang bermula sebanyak USD2,800 Singapura bagi siswazah setiap bulan untuk menarik bakat perguruan yang cemerlang. Ini merupakan gaji above market rate atau atas kadar pasaran. Manakala di Malaysia, kita bayar gaji bawah kadar pasaran. Kalau begitu, macam mana kita hendak menarik bakat cemerlang untuk masuk bidang perguruan?

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Sebaliknya ramai siswazah cemerlang berhijrah keluar negeri bukan sahaja ke Singapura tetapi untuk juga ke negara lain untuk menyertai bidang perguruan dan akademik. Pada tahun lalu, golongan polis dan askar telah pun mendapat peningkatan gaji yang lebih sebanyak 20% ke atas peningkatan sebanyak 40% yang diberikan pekerja perkhidmatan awam, ini saya sokong. Saya harap demi kepentingan masa depan anak muda di Malaysia, kerajaan akan mengambil kesempatan dalam belanjawan yang akan datang untuk meningkatkan gaji pihak guru-guru sekurang-kurangnya 20% untuk menjadikan bidang perguruan ini satu bidang yang lebih menarik. Pendekatan ini juga akan mengurangkan beban seorang guru pada masa kadar inflasi yang amat tinggi supaya mereka tidak sering bergantung kepada rezeki pengajaran tuisyen untuk menampung kehidupan mereka. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Dengar kes di mana seseorang guru akan enggan menghabiskan sukatan pelajaran dalam sekolah supaya pelajar terpaksa mengambil tuisyen bersama guru tersebut selepas kelas. Pada masa yang sama, ramai yang mengambil tuisyen akan mendapat petunjuk kepada topik yang akan masuk peperiksaan dan kadang kala seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Pahat tadi, soalan yang akan dikemukakan dalam peperiksaan akan diberikan secara langsung sebelum peperiksaan semasa tuisyen. Jika pihak perguruan dapat menerima gaji yang lebih, kementerian juga dapat meletakkan penguatkuasaan terhadap pihak guru yang tidak mematuhi syarat-syarat pekerjaan. Apakah cara sebenarnya yang mudah sekali untuk meningkatkan bakat calon untuk menyertai bidang perguruan. Semasa saya menjadi pengurus syarikat sendiri, saya selalu bertemu duga dengan siswazah yang baru selesai pengajian tinggi yang ditaja oleh

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

kerajaan. Saya tanya sama mereka “Kenapa? Tidak payah kerja dengan kerajaan kah?”. Di kata “Kerajaan tidak tawar pun” dan saya kata “Kalau macam itu kena tunggu berapa lama?”. Dia kata “Kalau satu tahun kerajaan tidak tawar, saya dilepaskan daripada perjanjian sayalah. Saya tidak payah bekerja dengan kerajaan lagi”. Saya tanya “Kenapa?”. Saya tengok dia punya keputusan baik juga dan daripada universiti terkenal juga. Kenapa tidak diberi pekerjaan? Saya harap kerajaan akan review polisi ini dan kalau ada jawatan- jawatan kosong tumpukan dan diberikan kepada pihak pemegang biasiswa yang telah pulang ke negeri kita dan supaya mereka dapat berkhidmat terutamanya dalam bidang perguruan. Pada masa ini kita sering mendengar menteri menyeru supaya kerajaan membekalkan kerja termasuk dalam bidang perguruan kepada siswazah yang tidak dapat mencari kerja yang lain. Bukankah ia lebih bermanfaat jika pemegang biasiswa JPA ini terus ditawar pekerjaan dalam bidang perguruan yang semestinya akan meningkatkan mutu pengajaran di sekolah kita. Ramai antara rakan universiti saya di United Kingdom dari Oxford, Cambridge dan lain-lain universiti yang terkenal yang ditaja oleh Kerajaan Singapura telah pun berkhidmat sebagai guru di dalam sekolah menengah dan juga maktab rendah di sana. Janganlah Kerajaan Malaysia membazirkan peluang emas untuk memperkukuhkan mutu perguruan di Malaysia dalam masa yang singkat. Senang sahaja, bila dia orang pulang, masukkan dia dalam bidang perguruan. Tuan Yang di-Pertua, peningkatan bakat calon yang diterima ke dalam maktab perguruan adalah faktor kepentingan yang pertama. Kedua, selepas bakat diterima, perlulah mereka diberi latihan yang cukup regress dan berstandard. Kualiti para pensyarah di maktab-maktab guru ini perlulah dipertingkatkan terutamanya selepas maktab-maktab ini dinaiktarafkan sebagai institusi. Apakah kriteria yang digunakan oleh maktab-maktab ini, oleh kementerian untuk melantik pensyarah di maktab ini? Pensyarah-pensyarah dalam institusi-institusi ini perlulah sekurang-kurangnya mendapat kelulusan Masters daripada universiti yang terkemuka dan bukannya universiti daripada negara yang kurang maju. Oleh kerana institusi pengajian tinggi di Malaysia telah berkembang dan bertambah dengan banyak sekali sejak tahun 1990-an, negara kita sebenarnya menghadapi kekurangan pensyarah dan akademik yang berkeupayaan dan berpengalaman. Jika pasaran tenaga buruh negara kita terlalu ketat, kita perlu menjemput pensyarah yang berkeupayaan dan berpengalaman daripada negara yang maju untuk berkhidmat dalam universiti dan maktab tempatan. Terutamanya dalam maktab perguruan dan dalam bidang seperti bahasa Inggeris, matematik dan sains. Hanya dengan mutu yang mencukupi dapatlah pelajar perguruan kita dapat memenuhi dan mencapai tahap kebolehan mereka. Kalau sesiapa dapat meningkatkan mutu pengajaran dalam maktab perguruan kita, kita tidak kisah mengenai bangsa, agama ataupun kewarganegaraan mereka. Kita tidak perlu bimbang kerana ini merupakan satu langkah jangka pendek sahaja untuk jump start kualiti pendidikan di Malaysia supaya generasi muda hari ini akan mencapai potensi mereka dengan sepenuhnya. Dengan pelajar maktab perguruan yang berbakat tinggi bersama dengan pensyarah yang benar-benar berkeupayaan dan berpengalaman, barulah kita dapat membina kelas satu profesion perguruan bermutu yang dapat membimbing anak muda Malaysia untuk mengatasi cabaran sengit globalisasi yang akan ditempuhi pada masa depan. Dengan itu, sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan saya peluang ini untuk membahaskan pindaan Akta Pendidikan 1996. Tuan Yang di-Pertua saya menyokong pindaan akta pendidikan ini kerana ia nampaknya menaikkan taraf lagi warga pendidikan di negara ini. Kita berharap dengan adanya pindaan ini, ia meningkatkan lagi mutu ataupun kualiti pengajaran di kalangan mereka yang terlibat ini. Pada masa yang sama, kita dapat meningkatkan lagi keyakinan di kalangan orang ramai terhadap golongan guru yang mendapat latihan dari institusi pendidikan guru ini. Saya juga percaya bahawa di kalangan tenaga pengajar ataupun

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

institusi perguruan pendidikan juga berterima kasih di atas inisiatif kerajaan yang menaikkan taraf mereka ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kerajaan menaikkan taraf warga perguruan, dulunya maktab dan sekarang ini institusi perguruan, institut namanya, sudah tentu dia punya pengisian kandungan atau modul mereka meningkat dan dapat diperbaiki lagi dengan tahap pendidikan mereka yang begitu tinggi. Apa juga yang saya hendak kongsikan di sini walaupun kita memberi sijil, memberi diploma, ijazah apa sekali sahaja, saya beranggapan ini bukan merupakan satu perkara yang lengkap dalam kita memberi kemudahan untuk pelajar-pelajar kita. Ini kerana bukan sahaja ilmu pengetahuan ataupun taraf yang tinggi yang ada pada seseorang guru itu diperlukan. Apa yang kita perlukan dalam pembangunan modal insan ini adalah satu proses yang menyeluruh. Bukan sahaja pengisian modul ataupun syllabus mereka dengan izin perlu diberi perhatian kemahiran tenaga pengajar tidak kurang pentingnya. Namun, keadaan fizikal sesebuah sekolah juga perlu dititikberatkan. Ini adalah kerana infrastruktur sesebuah sekolah adalah salah satu dari alat ataupun kemudahan untuk mengasah kemahiran pelajar. Tadi kita banyak mendengar mengenai banyak perkara mengenai seseorang guru itu, tapi yang saya hendak sentuh di sini lebih kepada infrastruktur sekolah. Misalnya di sekolah-sekolah di luar bandar. Saya hanya hendak mengambil contoh sekolah di kawasan saya, salah sebuahnya adalah SMK Seri Sadong yang dahulunya dikenali sebagai SMK Simunjan 2. SMK Seri Sadong ini dibina dari awal tahun 60-an dan kemudiannya sedikit demi sedikit ianya ada lagi dibina dalam tahun 70-an dan kemudian dibina lagi dalam tahun 80- an. Sekolah ini dibina di atas tanah gambut, kebanyakan di kawasan saya itu tanah gambut.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Maka masalah mendapan tanah amat ketara sehingga ia menyebabkan bangunan sekolah condong, retak dan uzur. Saya amat mengagumi daya usaha guru besar serta staf dan juga tenaga pengajar di sekolah ini kerana kalau kita pergi ke sekolah itu, dari luar kita nampak sekolah itu cantik dan ianya amat menarik sebab dari segi landskapnya pun ia cantik. Dari situ kita nampak daya usaha yang diusahakan oleh tenaga pengajar dan juga staf di sekolah tersebut. Akan tetapi kalau kita hampiri sekolah itu, kita pergi dekat bangunannya dekat tiang ke, dekat dinding, kita boleh nampak sekolah itu sudah uzur, memang memerlukan pembaikan ataupun perlu dirobohkan. Saya sendiri turun ke padang, pergi melihat kawasan sekolah itu, saya nampak ada dengan izin, color tape yang mengelilingi sebahagian kawasan supaya ia menjadi satu halangan tidak boleh dihampiri. Ini kerana memang diakui kawasan itu memang sudah teruk dan nampak bangunan tersebut tidak dipakai dan ini merupakan satu pembaziran juga. Risikonya amat tinggi di kalangan pelajar-pelajar, terutama sekali apabila mereka berlari ke, berjalan ke, lantainya sudah retak, ada yang senget dan ini adalah salah satu daripada contoh yang saya dapat. Sebenarnya banyak lagi sekolah lain yang memerlukan perhatian dan saya ada juga berbincang dengan pihak kementerian dan mereka telah mengambil berat terhadap perkara ini untuk sendirinya mereka akan turun melihat. Cuma saya hendak mengetengahkan perkara ini kerana saya merasakan pelajar-pelajar di kawasan luar bandar sudahlah mereka di luar bandar, mereka saya rasa perlu kemudahan yang lengkap, kemudahan yang baik untuk mereka supaya mereka dapat belajar dengan selesa. Saya merasa mereka perlu diberi kemudahan, terutama sekali macam padang bola, padang untuk bersukan. Itu adalah salah satu daripada kemudahan yang mereka perlukan supaya mereka tidak menggunakan masa untuk perkara-perkara yang lain. Jadi saya menyerulah agar kalau boleh perkara ini diambil perhatian dengan seberapa segera. Walau bagaimanapun, ini adalah salah satu daripada contohnya sahaja. Ada lagi sekolah lain seperti SK Abang Man di kawasan saya. Tadi saya menyentuh mengenai SMK dan SK Abang Man adalah salah satu daripada sekolah yang juga memerlukan perhatian. Kalau dari segi contoh yang saya bagi tadi, SMK Sri Sadong, walaupun dalam keadaan yang begitu tidak lengkap, banyak kekurangannya, tetapi sekolah ini telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang sehingga melahirkan pemimpin-pemimpin negeri

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

yang begitu cemerlang. Jadi saya berharap dengan keadaan begini kita boleh memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah di luar bandar agar mereka mendapat kemudahan seperti mana mereka di bandar-bandar, terutama misalnya kawasan bandar yang berdekatan ialah Bandar Kuching. Sekurang-kurangnya mereka mendapat kemudahan seperti rakan mereka di Bandar Kuching, Tuan Yang di-Pertua, sekolah-sekolah di luar bandar ini, terutama di kawasan saya ini memang banyaknya bukan sahaja kerana ianya tidak diambil perhatian tetapi kerana ianya dibina di atas tanah gambut. Jadi ia memerlukan kawalan dari segi maintenance, dengan izin. Kita perlu memohon agar peruntukan sentiasa diberi untuk sekolah-sekolah ini agar maintenance, dengan izin, penyelenggaraan sekolah-sekolah ini tidak ditinggalkan. Bukan saya hendak mengatakan diabaikan, mungkin ketinggalan kerana terlalu banyak sekolah dini Jadi peruntukan perlu diberi untuk sekolah-sekolah ini agar sekolah-sekolah ini sentiasa mendapat perhatian dan dapat diperbaiki keadaannya supaya guru-guru pun tidak merasa terabai. Ini kerana walaupun dengan pendidikan tinggi yang mereka ada, sekarang ini ramai guru berpendidikan tinggi tetapi itu seperti mana saya katakan tadi tidak mencukupi. Misalnya, dari segi IT, saya bertanya kepada guru besar di sekolah di kawasan saya, “Boleh tidak cikgu emailkan kepada saya maklumat mengenai sekolah cikgu?’ Dia cakap “Saya minta maaflah, Yang Berhormat, sebab email di sini pun agak sukar. Kemudahan itu ada tetapi dia punya respons itu kurang sedikit. Jadi itu merupakan satu kekurangan yang ada pada mereka untuk kita hendak menghubungi dengan cepat. Pada masa ini, pada tahun 2008 ini saya rasa perkara seperti ini seharusnya tidak lagi berlaku di kawasan-kawasan seperti ini sebab ianya tidak jauh sangat dari kawasan Bandar Simunjan. Jadi saya berusaha untuk membantu tetapi ini tidak dapat dikerjakan oleh satu pihak sahaja. Semua pihak perlu membantu agar meningkatkan dan menggalakkan di kalangan guru-guru di bandar untuk mahu berkhidmat di kawasan luar bandar; sebab kita dengar banyak perkara di mana guru-guru terutama sekali dari Semenanjung tidak mahu berkhidmat di kawasan-kawasan luar bandar di negeri Sarawak dan juga Sabah, misalnya, kerana kekurangan kemudahan. Jadi kita berharap agar kemudahan-kemudahan kita dipertingkatkan, sekurang-kurangnya mereka dapat belajar dengan selesa. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan peruntukan berkenaan dengan pendidikan khas, saya menyarankan di sini agar pihak kementerian mengadakan program kesedaran. Mungkin boleh bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memberi kesedaran kepada rakyat kita terutama sekali ibu bapa yang mempunyai anak- anak yang memerlukan pendidikan khas. Misalnya, anak yang menghadapi masalah autistik, ada yang amat pintar kanak-kanak ini tetapi tidak diberi peluang untuk belajar. Ini kerana ada ibu bapa yang kadang-kadang mereka malu untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah pendidikan khas. Jadi saya berharap dengan adanya guru-guru yang semakin hari semakin pintar, semakin tinggi ilmu pengetahuan kerana dengan peningkatan dengan menaikkan taraf mereka ini dengan ilmu yang lebih diberi kepada mereka. Saya menyeru dalam Dewan yang mulia ini agar pihak Kementerian Pelajaran dan juga mungkin bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meningkatkan lagi program kesedaran kepada ibu bapa. Ianya supaya mereka melihat anak-anak ini dari sudut positif, kerana ramai anak yang memerlukan pendidikan khas ini adalah anak-anak yang mempunyai bakat yang begitu baik. Ramai orang yang ternama, misalnya Lee Kuan Yew pernah mengakui beliau adalah seorang autistik dan ramai lagi orang ternama yang lain yang autistik tetapi mempunyai potensi yang begitu hebat. Jadi kalau sekiranya ibu bapa kita diberi tunjuk ajar, diberi kesedaran mengenai positifnya autistik ini ataupun lain-lain keperluan pendidikan khas, maka sekurang- kurangnya kita dapat meningkatkan bilangan masyarakat yang terpelajar dan kita sekurang- kurangnya boleh mencungkil bakat-bakat mereka ini. Saya berharap agar kementerian melihat secara menyeluruh, bukan sahaja dari segi pendidikan guru-guru dan juga pelajar- pelajar, tetapi juga dari segi infrastruktur secara menyeluruhnya bagi kita menyahut polisi kerajaan iaitu mengenai pembangunan modal insan masyarakat kita.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Sebelum saya berundur, saya berharap dengan pindaan ini ia menaikkan lagi semangat para guru dan juga pelajar malah mereka dapat belajar dan mengajar dalam keadaan yang selesa. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh mengenai gred gaji guru besar di sekolah-sekolah yang bilangan pelajarnya kurang daripada 150 orang. Mereka hanya diberikan gred DG32 melainkan guru besar di sekolah-sekolah yang lebih besar yang diberikan gred DG34. Sekarang ini dikatakan sudah ada anugerah bagi Guru Besar Cemerlang yang akan diberikan gred DG38. Jadi ada timbul tanda tanya, walaupun dalam kategori yang sama iaitu guru besar sekolah rendah mengapa mereka diberikan gaji yang berlainan. Mungkin alasannya ialah di sekolah yang kecil di mana pelajarnya kurang mereka diberikan gaji yang kurang. Namun demikian dari segi tugas kerja mereka adalah sama. Di sekolah-sekolah yang besar, guru- guru besar dibantu oleh penolong-penolong guru besar dan juga beberapa orang kerani tetapi sebaliknya di sekolah-sekolah di mana bilangan enrolmennya kecil guru besar perlu membuat segala tugas. Sekiranya ini dipanjangkan lagi ia merupakan diskriminasi kepada guru-guru besar di sekolah-sekolah type C yang kecil itu. Saya ingin bertanya apakah kriteria untuk dianugerahkan Guru Besar Cemerlang? Adakah sekolah-sekolah jenis A sahaja yang boleh diberikan anugerah Guru Besar Cemerlang? Sekiranya ini adalah benar, maka guru-guru besar di sekolah jenis C itu mengalami double discrimination. Mereka bukan sahaja diberikan gaji yang lebih rendah malah tidak berpeluang untuk menjadi guru besar yang cemerlang. Jadi, saya ingin bertanya apakah tindakan kementerian sama ada akan terus menggunakan sistem yang diskriminasi ini dan memberikan kriteria bagaimana guru besar dipilih sebagai Guru Besar Cemerlang. Semalam kita ada mendengar dua orang Ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional yang sangat-sangat concern dengan gender guru di mana mereka merasa khuatir semakin ramai guru terdiri dari kaum wanita. Mereka memandangnya sebagai satu gejala yang mungkin kurang sihat dan mereka rasa ini perlu diimbangkan. Saya mengalu-alukan concern mereka tetapi saya rasa concern ini perlu diperluaskan kepada sektor-sektor yang lain seperti dalam bidang politik, umpamanya bilangan menteri wanita dalam Kabinet. Mengapa mereka tidak merasa risau bilangan wanita yang begitu kecil dalam Kabinet? Mengapa mereka tidak merasa risau bahawa kakitangan dan pegawai atasan kebanyakannya adalah terdiri dari lelaki terutama pegawai-pegawai tinggi di dalam Kementerian Pelajaran yang saya rasa sekurang-kurangnya 90% daripadanya adalah pegawai lelaki. Mengapa itu tidak menjadi masalah sedangkan ramai guru wanita mereka menjadi concern? Mengapa mereka tidak risau bahawa kakitangan Kementerian Pelajaran ini yang saya rasa semuanya terdiri dari satu kaum sahaja? Mengapa itu tidak menjadi satu concern, satu kerisauan sebaliknya gender yang menjadi satu kerisauan? Saya minta supaya bukan sahaja dibalancekan gender tetapi...

Mohon laluan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Nanti. Saya rasa yang pentingnya ialah golongan pegawai-pegawainya harus diimbangkan supaya ada kaum lain di peringkat pegawai atasan supaya mereka boleh mewakili perspektif yang berlainan. Yang saya khuatir sekarang ialah Kementerian Pelajaran hanya diwakili perspektif satu golongan sahaja - satu bahasa, satu bangsa sahaja. Seolah-olah Malaysia ini adalah terdiri daripada satu bangsa, satu bahasa sahaja. Ini tidak selaras dengan realiti di mana Malaysia adalah terdiri daripada berbilang kaum dan banyak bahasa. Mereka perlu diwakili pada tahap atasan di peringkat pembuat keputusan. Ya, Yang Berhormat Lipis.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat dari Bukit Mertajam. Saya rasa kenyataan Yang Berhormat tadi yang mengatakan bahawa Kementerian Pendidikan semuanya diwakili oleh satu kaum dan satu bangsa sahaja merupakan satu tuduhan yang jahat dan tidak

bertanggungjawab dan saya rasa Yang Berhormat tidak peka dengan keadaan yang ada di dalam Dewan. Terima kasih

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya hendak minta supaya kementerian memberitahu komposisi mengikut bangsa dan mengikut kumpulan pada peringkat status atau kedudukan pengarah negeri dan ke atas.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat minta laluan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Yang saya tahu semua pengarah negeri adalah terdiri daripada satu bangsa sahaja, yang ke atas, itu yang saya maksudkan. Sekiranya saya telah membuat kesilapan di sini, saya minta supaya kementerian boleh memberi data-data yang boleh menunjukkan bahawa saya sudah silap dalam perkara ini.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat. Saya juga prihatin seperti Yang Berhormat mengenai dengan penyertaan pelbagai kaum dalam kerajaan. Mengapakah saya tengok dalam bidang kepolisan - polis, di mana tidak ramai orang-orang Cina khususnya menyertai sehingga pelbagai kempen dibuat tetapi tidak ramai yang mahu menyertai pasukan polis. Inilah masalahnya. Apakah kerana jawatan polis ini menjaga keselamatan, kalau berhujan ataupun panas terik menjaga trafik kena orang Melayu sahaja? Mengapa mereka tidak digalakkan - DAP tidak mengadakan kempen supaya lebih ramai lagi? Kedua, saya hendak tanya adakah Yang Berhormat berpuas hati ketua-ketua jabatan di Kolej Universiti Tuanku Abdul Rahman ini tidak ada orang-orang Melayu? Apakah Yang Berhormat bercadang hendak berjuang supaya ada juga di kalangan orang- orang Melayu juga dilantik jawatan kanan dalam Kolej Universiti Tuanku Abdul Rahman, di Kolej Universiti Lim Kok Weng, di institusi swasta supaya diseimbangkan?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat dari Pasir Mas. Dua perkara di sini - kepolisan. Saya rasa apa pekerjaan pilihan - the choice to pekerjaan itu adalah bebas, terpulang kepada individu. Saya rasa ramai dan kami juga menerima aduan bahawa mereka ingin menjadi anggota polis tetapi tidak dipilih. Dahulu ada bekas Ahli Parlimen Bagan, Lim Hock Seng pernah berkata beliau telah membuat application untuk menjadi inspektor tetapi tidak dipilih.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sekarang ada juga Yang Berhormat Menteri Pelajaran mendakwa bahawa kerana kekurangan guru berbahasa Mandarin, kerana kurang...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Pasir Mas bangun lagi, Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Nanti. Kurang application, tetapi tidak benar. Ada ramai yang memohon tetapi tidak dipilih. Ini adalah dari perspektif sayalah. Yang kedua...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Nantilah, saya belum jawab soalan yang kedua lagi. Sekolah Tunku Abdul Rahman, Tunku Abdul Rahman College ini, dia merupakan kolej swasta. Kolej swasta dia tidak memilih mengikut kaum. Sesiapa yang layak, dia akan dapat untuk memasuki kolej ini dan juga dalam pelantikan. Jadi selalunya, saya rasa ada misconception kalau hendak dibandingkan IPTA dengan IPTS, pihak swasta dan juga pihak awam. Pihak universiti awam adalah menggunakan duit pembayar cukai, pembayar cukai adalah daripada semua. Jadi pihak kerajaan, dia mestilah menjalankan dasar yang boleh mencerminkan dia mendiskriminasikan. Pihak swasta memang tidak mendiskriminasikan. Dia hanya berdasarkan siapa yang layak, dia akan lantik siapa sahaja di dalam pekerjaannya, sebagai kakitangannya ataupun pekerjanya. Umpamanya...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Boleh saya minta laluan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Nanti. Ada majikan yang mengatakan mereka memerlukan pekerja yang fasih dalam bahasa yang tertentu, mungkin bahasa Arab, mungkin bahasa Mandarin. Ada orang yang mengatakan ini adalah diskriminasi kepada mereka yang tidak boleh berbahasa Mandarin ataupun Arab, akan tetapi ini adalah keperluan pekerjaan. Pada masa sekarang, di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, siapakah yang Barisan Nasional pilih? Mereka pilih seorang calon yang boleh bertutur di dalam bahasa Mandarin.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Boleh jalan sekali lagi? Minta jalan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ini adalah keperluan! Sila, ya.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Okey. Saya rasa dahulu hal polis, kononnya ada yang minta tetapi tidak dapat. Takkanlah Yang Berhormat tidak guna akal? Tidak semua yang minta itu semua kena dapat sebab hendak dapat itu kena ada kriteria. Tingginya berapa, badannya, dadanya lebarnya berapa, ada kursus dan ada proses temu duganya. Ada orang Melayu pun kena tolak tetapi bilangan yang minta itu tidak banyak. Jadi, kaum peribumi ini kena jadi hamba sahaja. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat, itu satu. Yang kedua pula, Yang Berhormat kata tadi iaitu Kolej Tunku Abdul Rahman. Kalau yang dia sendiri, itulah alasannya. Walaupun Kolej Tunku Abdul Rahman, Universiti Tunku Abdul Rahman itu swasta tetapi ada juga bantuan kerajaan. Boleh juga dicarikan dasar supaya ada penyertaan lain-lain kaum sama. Bukan sahaja orang-orang Melayu, bangsa-bangsa lain pun. Jadi makin nampaklah niat dan nawaitu, itu yang dikatakan merit. Merit itu kononnya sebab kalau merit, inilah Tuan Yang di-Pertua yang akan jadinya. Memang kita terima dasar merit ini pun. Akan tetapi kita harus ingat bahawasanya ada perkara-perkara kita korbankan sedikit kepentingan yang melampau-lampau ini untuk kebaikan dan keharmonian negara kita. Kalau kaum asal negara ini tidak senang hati, orang lain pun tidak boleh tidur. Saya hendak jaga perpaduan dan keharmonian semua kaum. Ini yang pentingnya. Jangan lihat dalam sifat cauvinis kita semata-mata. Terima kasih.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, selalunya orang yang kata orang lain yang cauvinis itu, dia sendiri tidak nampak diri sendiri. Saya dari semalam sudah mendengar. Semalam dan dahulu pun dalam sesi-sesi yang lain, saya mendengar kepada Yang Berhormat Pasir Mas ini yang selalu mengatakannya. Saya rasa apabila saya mendengar dia, saya dengar tentang ketuanan Melayu. Ucapan beliau semalam pun, seolah-olahnya sekiranya ini tidak dijaga, ini akan menjadikan keselamatan negara akan diancam.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Memang betul pun.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ini saya rasa adalah satu ugutan dan bukan...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Bukan ugutan, pandangan yang ikhlas.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya cadangan boleh ikhlas tetapi dia masih sounds ugutan. Dia didengar...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Bila bangsa lain bercakap hal bangsa mereka, kita tidak kata perkauman. Bila kita bercakap bab kepentingan Melayu, kata kita perkauman!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Mas.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ini cara dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kena ikut peraturan Yang Berhormat ya.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ha, ini sikapnya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat boleh teruskan pasal gender tadi, Yang Berhormat...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Kita tidak pernah, kita tidak pernah ancam., yang kita minta ialah keadilan dan kesaksamaan., itu sahaja. Seperti pihak Sabah, wakil- wakil Sabah, apa yang mereka hendak? Mengatakan hanya kesaksamaan dan dilayan seperti wakil Malaysia atau rakyat Malaysia. Bukankah Yang Berhormat Kinabatangan itu, bukankah beliau juga bumiputera Melayu juga? Berapa kali beliau datang ke sini untuk merayu? Inilah yang saya rasakan adalah penting. Kita janganlah hanya melihat dari perspektif diri sendiri sahaja dan mengharapkan orang lain semua ikut. Apa yang saya kata di sini ialah..

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Hulu Terengganu bangun Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tadi saya sudah kata, sekiranya apa yang saya kata ini, fakta saya kalau tidak betul, sila tunjukkan. Tunjukkan fakta yang boleh membuktikan bahawa saya tidak betul. Ya...

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bukit Mertajam. Yang pertamanya saya ingin bertanya, Yang Berhormat mengaku atau tidak tentang fasal 152, fasal 153 berkenaan dengan hak keistimewaan orang Melayu yang telah menggariskan bahawa ada bumiputera dan bukan bumiputera? Ini adalah sebab kalau kita bercakap tentang soal kesamarataan, bermakna kita telah menafikan berkenaan dengan fasal tersebut. Tidak ada maknanya seperti yang telah dikatakan dahulu bahawa telah ada termaktub di dalam perlembagaan di mana hak-hak keistimewaan Melayu itu ditimbulkan di dalam beberapa perkara termasuk pemberian biasiswa, termasuk di dalam perkhidmatan awam. Yang kedua, mungkin Yang Berhormat tidak sedar bahawa ada sekolah-sekolah. Ada sekolah kebangsaan, ada sekolah menengah kebangsaan yang pengetuanya merupakan orang bukan Melayu. Di Sekolah Kebangsaan Cendering, guru besarnya ialah seorang keturunan Tionghoa. Akan tetapi kalau sekolah jenis kebangsaan Cina, dia sanggup tidak ada guru besar kerana tidak ada guru besar yang DG34 yang layak dilantik sebagai guru besar tetapi dia tidak mahu dan ‘menutup pintu’ untuk dilantik guru besar DG34 dari keturunan Melayu. Umpamanya di sekolah jenis kebangsaan Cina di Kemaman ataupun di Jabor, Kemaman. Ini menggambarkan bahawa kita di sekolah kebangsaan masih sedia menerima orang bukan Melayu khususnya kaum Cina sebagai guru besar., tetapi sekolah jenis kebangsaan Cina menutup terus untuk orang Melayu termasuk juga dengan jenis Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa. Dia menutup terus untuk pengetua dari keturunan bukan Cina. Ini merupakan satu hal yang telah berlaku. Bagaimana dengan pandangan Yang Berhormat Bukit Mertajam? Terima kasih.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya malu akan persoalan itu. Saya rasa di sini adalah guru besar di sekolah kebangsaan itu, beliau mempunyai segala kelayakan. Beliau boleh bertutur di dalam bahasa Melayu., mereka ada kelayakan yang lain. Untuk sekolah rendah jenis kebangsaan ataupun sekolah menengah jenis kebangsaan, yang mereka tidak terima, yang kami tidak terima ialah calon itu kalau tidak fasih, tidak berkelayakan bahasa Mandarin. Ini kerana di sana bahasa pengantarnya adalah bahasa Mandarin. Sekiranya guru besar tidak berkelayakan bahasa Mandarin, macam mana beliau akan berkomunikasi dengan pelajar-pelajar di situ? Jadi, sekiranya ada orang Melayu atau orang India atau orang Kadazan yang beliau berkelayakan di dalam bahasa Mandarin, saya rasa kita boleh terima dia sebagai guru besar di sekolah jenis kebangsaan Cina.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sekiranya ada orang Melayu atau orang Cina yang berkelayakan dalam bahasa Tamil boleh menjadi guru besar di sekolah Tamil, tidak ada masalah. Jadi ini bukan kena- mengena dengan bangsa tetapi bahasa penghantarannya. Jadi jangan salah faham itu tidak kena-mengena dengan bangsa.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Apakah itu satu syarat untuk menjadi guru besar bahawa mesti fasih bahasa Mandarin? Siapa yang meletakkan syarat itu? Adakah syarat daripada pihak pengurusan sekolah ataupun pengelola ataupun syarat yang ditentukan oleh pihak kementerian?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Kita boleh gunakan common sense. Bolehkah seorang yang tidak fasih dalam bahasa Malaysia pergi menjadi guru besar di mana-mana sekolah walaupun dia mungkin adalah PhD dari Oxford University, boleh tidak? Jadi ini ada common sense untuk menyenangkan komunikasi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Kalau hendak debat ini kena masa yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Alih tajuklah Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya, saya hendak balik kepada kita mempunyai banyak guru wanita. Jadi saya minta supaya, guru wanita mempunyai bukan masalah tetapi keadaan yang eksklusif kerana mereka wanita. Jadi mereka perlu menjadi keluarga mereka. Jadi saya meminta supaya sekiranya ingin menempatkan mereka ke tempat-tempat yang lain, kementerian juga mesti memberi pertimbangan ke atas keadaan keluarganya. Bolehkah keluarganya juga dipindah, bolehkah suaminya juga dipindah? Sekiranya tidak, jadi saya rasa akan memisahkan ahli-ahli keluarga. Ini akan menjadi masalah kepada keluarga. Jadi saya rasa kita perlu adakan satu dasar yang mesra keluarga dalam penempatan guru-guru ini. Banyak guru yang datang jumpa saya bahawa dia sudah kahwin dan dia ada di kampung yang lain, suaminya ada di kampung yang lain. Dia cuba hendak ditempatkan balik di kampung suaminya supaya mereka satu keluarga boleh duduk bersama, ini menjadi masalah. Jadi saya minta supaya lebih fleksibel, menggunakan management yang lebih detail supaya keadaan keluarga juga boleh diambil kira apabila menempatkan guru-guru ini kerana di sekolah ada ramai guru wanita.

Yang Berhormat Bukit Mertajam boleh minta laluan sekejap?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sekejap Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Nanti ya. Ada ramai guru wanita. Saya memohon supaya diadakan tadika ataupun pusat jagaan kanak-kanak. Mungkin di tepi sekolah supaya anak-anak mereka boleh dijaga. Saya rasa ini sudah menjadi satu dasar kerajaan menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat-pejabat tetapi di sekolah sama ada kita telah mengambil perhatian supaya anak-anak guru wanita juga di jaga. Ya.

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya minta persetujuan sama ada bersetuju ataupun tidakkah dengan masalah kepada penukaran guru. Patut kita ambil perhatian bahawa penukaran guru ini adalah satu yang penting terutama sekali kepada isteri-isteri. Satu kes iaitu di SK Bandar Dua, Sandakan di mana seorang ustazah yang bernama Che Nan Saidin telah tidak diberi kelulusan untuk berpindah ke Kuantan mengikut suami yang bertugas dengan TLDM yang mempunyai pangkat RSM. Sungguh malang kalau kita perhatikan bahawa beliau tidak dapat dipindahkan dengan alasan bahawa Jabatan Pelajaran Sabah bahagian agama tidak meluluskan pertukaran tersebut dengan alasan itu adalah hal peribadi. Dia kata ini adalah sebagai hal peribadi. Memang betul hal peribadi tetapi apa yang kita fikirkan bahawa jika sekiranya perkara ini, iaitu seorang ustazah dipisahkan dan mempunyai empat orang anak dan suami, suaminya dipindahkan ke Kuantan tetapi pihak Jabatan Pendidikan Sabah tidak membenarkan beliau untuk pindah. Apa yang berlakunya ialah terus malang bahawa pihak sekolah iaitu guru besar meminta beliau iaitu cikgu perempuan tadi menggaji seorang guru lain untuk mengganti tempat beliau sebab apa beliau sekarang ini telah pun berada di Kuantan. Jadi, oleh yang demikian, saya harap perkara ini perlu diambil perhatianlah.

Saya ingat bagaimana pendapat daripada Yang Berhormat Bukit Mertajam sama ada dia setuju atau tidak dasar bahawa kita mestilah memberikan keutamaan kepada mereka-mereka yang mengikut suami. Sebab apa jika sekiranya kalau saya rasakan di sini, dua-dua belah pihak iaitu OBJ, sebagai orang beristeri jauh ataupun bersuami jauh, jadi kita dapati bahawa mereka ini akan mengalami satu keadaan yang tidak stabil. Jadi macam mana mereka mengajar? Begitu juga yang si RSM tadi, adakah boleh dia bekerja dengan baiknya? Jadi dengan kata lain produktiviti akan turun. Oleh yang demikian, saya ingin mendapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Bukit Mertajam. Terima kasih.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya, memang saya kata Kementerian Pelajaran ini dia harus mengadakan satu dasar yang mesra keluarga. Sama ada isteri ikut suami atau suami ikut isteri, asalkan keluarga boleh duduk bersama. Saya rasa itu adalah amat penting dan ada satu ketika bahawa ada begitu ramai cikgu yang ditempatkan di tempat yang jauh sampai mereka semua menangis. Guru pun menangis dan saya rasa perkara ini boleh diatasi asalkan kita rela membuat management yang lebih detail, management yang lebih baik, lebih berkemanusiaan. Saya rasa pada waktu sekarang , we have to manage human resource. Saya rasa kalau Barisan Nasional yang selalu kata boleh ini, boleh buat. Kalau tidak buat ialah kerana tidak mahu buat, tidak mementingkan tidak mengutamakan kebajikan guru-guru ini yang mereka katakan adalah sangat penting untuk membina modal insan ini. Jadi saya harap kementerian akan memberi perhatian kepada perkara ini. Perkara lain yang saya ingin bertanya ialah mengapa sampai hari ini masih ada masalah kekurangan guru dalam banyak mata pelajaran khasnya yang saya hendak katakan, tegaskan ialah guru-guru yang berkelayakan bahasa Mandarin. Sampai hari ini saya rasa ada beberapa ribu guru sandaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Tamil. Mengapa ini terjadi? Adakah ini ketidakmampuan dan kekurangan kapasiti Kementerian Pelajaran untuk merancang ataupun tidak ingin mengatasi masalah ini? Saya ingin mendapat satu penjelasan kerana pada waktu yang sama kita katakan kita hendak meningkatkan kelayakan guru-guru. Kita hendak 50% guru adalah terdiri daripada graduate tetapi pada waktu yang sama kita tidak dapat menyelesaikan, mengatasi masalah kekurangan guru ini. Hal ini kerana ada guru sandaran yang telah mengajar beberapa tahun, 10 tahun tetapi masih tidak mendapat peluang untuk dilantik menjadi guru. Jadi saya rasa ini perlu diperbetulkan supaya mereka yang ingin menjadi guru diberi peluang. Tadi kita juga mendengar beberapa mengenai disiplin di sekolah. Saya rasa disiplin di sekolah bukan hanya kerana pelajar itu sahaja. Saya rasa ketidakmampuan guru untuk mengendalikan kelas itu pun menjadi satu masalah dan juga masalah itu diworsen, menjadi lebih teruk lagi kerana kelas begitu besar, 50 orang pelajar. Ini menjadikan masalah kepada guru-guru. Jadi saya ingin bertanyakan kepada kementerian, mengapa kita pada waktu sekarang yang kita mampu menghantar seorang angkasawan ke angkasa tetapi kita tidak mampu mengatasi? Ini masalah kelas saiz besar ini.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Mengapa kita tidak dapat menambah kelas-kelas ataupun menambah sekolah- sekolah supaya kita dapat melaksanakan dasar kementerian bahawa satu kelas tidak melebihi tiga puluh lima orang pelajar. Apakah sebabnya? Ini adalah merupakan perkara yang penting tetapi tidak diberi perhatian, tidak diberi kepentingan. Akan tetapi kita menghantar seorang angkasawan untuk menjalankan, memakan roti canai di angkasa. Mahu tengok apakah perbezaannya. Adakah dia tidak sama dengan kita makan di Malaysia ini. Ini saya rasa ini priority yang salahlah. Sudah salah priority.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tose? Tidak tahu ada tose.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ketawa Jadi saya, apabila kita ingin menjalankan sekolah satu sesi, banyak sekolah yang tidak dapat melaksanakan dasar ini. Apakah rancangan kementerian supaya kita boleh melaksanakan sekolah satu sesi ini yang sekiranya dilaksanakan, banyak sekolah di

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

bandar-bandar tidak boleh mengamalkan dasar ini khasnya di sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Cina kerana banyak sekolah ini mempunyai kelas yang besar iaitu lima puluh orang pelajar. Jadi saya mahu tanya mengapa sebuah kerajaan yang dikatakan mementingkan pendidikan, yang dikatakan serba boleh tetapi tidak dapat mengatasi masalah ini. Saya rasa untuk meningkatkan keupayaan guru untuk mengendalikan kelas, the class management. Saya rasa mungkin mereka perlu diberikan latihan yang lebih banyak dalam aspek ini dan mereka juga perlu diberi bimbingan. Mungkin sistem mentor perlu dilaksanakan supaya guru-guru yang baru iaitu lepasan pusat latihan itu diberi seorang mentor untuk memberi bimbingan dalam class management. Selain daripada itu, saya rasa guru-guru sekarang mereka memerlukan EQ yang tinggi supaya mereka dapat kawal emosi mereka. Saya rasa ada banyak kes menghukum pelajar sampai mereka cedera. EQ guru itu perlu diperiksa dan kalau mereka tidak mempunyai EQ yang baik ini, mungkin mereka tidak sesuai menjadi guru kerana dunia sekarang sudah lain. Dulu lain sekarang lain. Sekarang semua keluarga hanya mempunyai dua orang, tiga orang atau empat orang anak dan mereka tidak menggunakan hukuman yang seperti dulu iaitu dirotan ataupun dirotan sewenang-wenangnya. Saya sebagai seorang ibu bapa saya tidak melihat bahawa guru-guru ataupun guru besar perlu menggunakan rotan lagi. Kalau mahu rotan pun suruhlah ibu bapa yang rotan. Kalau cikgu boleh merotan pelajar, dia adalah seperti mereka yang mempunyai kuasa. Dapat melakukan keganasan ke atas mereka yang lebih lemah. Adalah penting kita mempunyai satu cara untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar dan mengurangkan penggunaan rotan. Saya mendapati bahawa kementerian sekarang menimbang menggunakan rotan ke atas pelajar wanita juga. Ini saya rasa going backwards lah. Going backwards. Saya rasa kalau kita memberi latihan yang lebih banyak kepada cikgu, saya rasa kita tidak perlu menggunakan rotan dan kita tidak perlu menggunting rambut. Janganlah suruh guru-guru memotong atau cut the student’s hair kerana guru bukan barber. Mereka bukan penggunting rambut. Bukan tukang gunting. Ini sangat tidak adil kepada cikgu sekiranya ada masalah. Kalau rambutnya terlalu panjang, suruh ibu bapa membawanya kepada penggunting. Bawa kepada kedai. Ini adalah sangat tidak adil. Mengapa pelajar- pelajar retaliate kerana mereka rasa mereka tidak dihormati. Mereka dihina di depan semua rakan-rakan mereka. Saya rasa kita boleh disiplinkan tetapi jangan kita hina kerana kehinaan ini akan menyebabkan pelajar-pelajar tidak hormat atau retaliate kepada gurunya. Kita katakan human rights sekarang. Pelajar-pelajar pun ada human rights. Maruah mereka pun juga perlu dijaga. Jangan kita senang-senang hina pelajar kerana mereka merupakan budak- budak sahaja ataupun kerana kita orang dewasa ataupun cikgu dan guru besar mempunyai kuasa yang lebih daripada mereka. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas mengatakan bahawa bahasa itu jiwa. Bahasa jiwa bangsa. Saya memang setuju dan bahasa jiwa bangsa itu terpakai kepada semua bangsa dan bukan kepada satu bangsa sahaja. Kita semua tahu bahawa Malaysia ini berbilang kaum dan masing-masing mempunyai bahasa, bahasa ibunda. Jadi saya rasa ini adalah penting untuk menjaga bahasa semua kumpulan, semua etnik. Basedkan, berdasarkan prinsip ini. Bahasa jiwa bangsa. Kita semua pandai bertutur dalam Bahasa Malaysia kerana kita semua tahu bahawa Bahasa Malaysia ini adalah bahasa komunikasi di antara semua rakyat. Akan tetapi bahasa itu juga digunakan untuk mencari ilmu. Saya boleh mencari ilmu melalui bahasa Mandarin dan Yang Berhormat Ipoh Barat boleh menggunakan Bahasa Tamil untuk mencari ilmu dan Tuan Yang di-Pertua boleh menggunakan bahasanya sendiri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya belajar dalam bahasa Malaysia, Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Akan tetapi bahasa itu adalah kunci kepada ilmu dan bukan sahaja untuk maruah satu bangsa. Kita semua di Malaysia saya rasa adalah bersekolah, yang berpeluang pergi ke sekolah. Kita semua boleh bertutur dalam

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

bahasa Malaysia. Akan tetapi janganlah kita katakan bahawa kerana bahasa Malaysia ini merupakan bahasa kebangsaan, jadi bahasa-bahasa yang lain tidak boleh sama kedudukannya dengan bahasa Malaysia atau bahasa Melayu. Jangan kita mengatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini. Kita semua hormati faktor ini tetapi jangan katakan bahawa agama-agama yang lain tidak boleh berada dalam kedudukan yang sama dengan agama Islam kerana pada fahaman saya Islam itu juga mengatakan bahawa mementingkan prinsip kesaksamaan. Prinsip keadilan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Hulu Terengganu Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya. Jadi saya harap...

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Mencelah sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Mahu bagi jalan Yang Berhormat?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Yang Berhormat Bukit Mertajam, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa kita mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama negara. Dalam masa yang sama apa maknanya bahasa rasmi, apa maknanya agama rasmi kalau tarafnya sama dengan bahasa lain, tarafnya sama dengan agama lain. Itu tidak ada makna. Bermakna mengikut pada pandangan saya bahawa Yang Berhormat mengatakan bahawa sama ada dia agama rasmi ataupun bahasa rasmi, dia tidak meletakkan bahasa lain, agama lain itu terbawah daripada agama rasmi tadi. Jadi macam mana? Saya tidak faham macam mana mulut mengata begitu tetapi tidak fahamlah saya. Adakah Yang Berhormat tidak mengiktiraf ataupun membezakan yang mana utama, yang mana rasmi, yang mana..? Terima kasih.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Yang rasmi itu ia dipakai apabila ada fungsi- fungsi rasmi. Jadi Perkara 153 juga mengatakan bahawa kaum-kaum lain boleh mengamalkan dan belajar bahasa ibundanya. Jadi maksud saya ialah kita boleh menggunakan, semua orang mesti lulus dalam peperiksaan bahasa Malaysia tetapi pada waktu yang sama berilah peruntukan yang cukup kepada SRJK(C) dan SRJK(T). Pada waktu sekarang seolah-olah bahasa yang lain adalah inferior kepada bahasa Malaysia dan agama-agama yang lain adalah inferior kepada agama Islam. Saya rasa ini tidak baik, tidak elok untuk perpaduan di dalam negara ini. Bukankah kita semua rakyat Malaysia dan kita seharusnya mempunyai kedudukan yang sama supaya kita sama-sama untuk negara ini? Jadi apa salahnya kita juga memberi bantuan, kita memberi peruntukan yang cukup? Bukan kita tidak ada wang, bukan kita tidak ada duit, kita boleh menghantar seorang angkasawan ke angkasa, takkan kita tidak ada duit untuk membaiki bangunan SRJK(C) dan SRJK(T)? Ataupun kita tidak mahu memberi peruntukan hanya kerana ia merupakan SRJK(C), ia merupakan sekolah Tamil, sekolah Cina...

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Minta laluan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

... Ataupun sekolah agama.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya nak mohon izin memperbetulkan sedikit kenyataan Yang Berhormat Bukit Mertajam. Walaupun Islam mengajar kesaksamaan tetapi kesaksamaan itu bukan dari segi akidah. Ini salah satu lagi daripada contoh bagaimana persepsi terhadap Islam agak menyeleweng. Kita tidak boleh ambil satu prinsip daripada Islam dan cuba memberitahu orang Islam, ini Islam.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Pada saya, Islam mengajar kesaksamaan, itu betul. Kita menghormati bangsa lain, agama lain, fahaman lain tetapi dari segi akidah kita Islam tetap Islam. Jadi saya harap Yang Berhormat Bukit Mertajam tidak cuba menyamakan kita orang Islam dari segi akidah. Keduanya, gambaran daripada ucapan Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi seolah-olah wujud diskriminasi nyata terhadap sekolah SRJK(C). Tahukah Yang Berhormat Bukit Mertajam bahawa sekolah-sekolah agama rakyat banyak yang telah rosak, banyak yang telah ditutup kerana tiadanya peruntukan daripada Kerajaan Pusat. Jadi saya kira kita perlu membuat kenyataan itu berhati-hati, memberi gambaran seolah-olah yang didiskriminasikan adalah kaum Cina sahaja ataupun sekolah Cina sahaja, sedangkan sekolah agama rakyat yang saya faham telah berpuluh ditutup khususnya di Kedah termasuk kawasan saya Kulim Bandar Baharu banyak sekolah agama rakyat ditutup kerana tidak ada peruntukan. Ramai guru yang terpaksa berhenti dan ramai anak-anak orang miskin yang tidak dapat pergi lagi ke sekolah agama rakyat. Jadi saya haraplah gambaran itu tidak diberi seolah-olah yang dianaktirikan hanyalah sekolah kebangsaan Cina sahaja. Terima kasih.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Okey, sekiranya Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu yang hendak katakan bahawa yang didiskriminasikan juga termasuk sekolah agama, itu saya terima. Yang didiskriminasikan juga termasuk sekolah-sekolah di Sabah, itu telah saya kata tadi, Sabah dan Sarawak yang di pedalaman. Itu boleh debat di sini dan kita boleh berbahas secara aman, tetapi janganlah nak gunakan keganasan untuk menghentikan apa-apa forum yang aman. Itu yang menakutkan, itu akan menunjukkan bahawa forum-forum yang aman itu harus diberi...

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya minta penjelasan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Nanti, saya belum habis lagi.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

You are referring to me, saya...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Nanti saya akan memberi laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tak bagi jalan Yang Berhormat.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Kata nak bercakap cara aman, saya nak cakap cara amanlah ni.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Nanti saya akan bagi.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Akan bagi, sabar.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Akan bagi, jangan gunakan keganasan sahaja. Kalau menggunakan keganasan, mereka yang lemah seperti wanita yang golongan lemah ini tidak boleh lawan. Minoriti juga tidak boleh lawan kalau gunakan kekerasan. Jadi dalam Sistem Demokrasi Berparlimen ini, yang penting ialah tidak menggunakan keganasan walaupun saya tidak bersetuju pandangan sesiapa pun, tetapi saya akan defend your right to express. Ya, Yang Berhormat Kulim.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Mertajam marah Yang Berhormat? [Ketawa]

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam, Tuan Yang di-Pertua. Pada saya kalau boleh Yang Berhormat Bukit Mertajam faham kadang-kadang ada setengah pihak dia tidak faham bahasa dialog, dia hanya boleh difahamkan dengan bahasa yang lain daripada dialog. Dalam konteks forum yang dibuat oleh Majlis Peguam pada 9 Ogos lepas, putar belit fakta dinyatakan seolah-olah berlaku keganasan kerana mereka mengawal media- media siber, dan memberi gambaran seolah-olah kumpulan himpunan aman orang Islam pada hari itu bertindak ganas.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Sedangkan mereka sendiri telah bersetuju dengan pihak polis bahawa mereka akan berhenti pada pukul 9.30 tetapi mereka tidak berhenti. Mereka meneruskan juga program tersebut dengan memanggil sesi kedua. Ini jelas satu penyelewengan, satu cubaan untuk mengambil kesempatan daripada keadaan yang ada, yang menyebabkan pihak-pihak yang terlibat pada hari itu terpaksa memberitahu bahawa kalau tidak berhenti sebagaimana yang dia janjikan sendiri, terpaksa kita ambil tindakan. Kedua, saya dah perjelaskan beberapa kali bahawa kita tidak langsung memasuki bangunan tersebut. Malahan saya sebagai bekas EXCO Majlis Peguam dijemput naik untuk mengesahkan bahawa forum tersebut telah dihentikan. Gambaran diberi seolah-olah saya merempuh masuk dengan rakan-rakan saya. Sedangkan kita masuk itu dengan jemputan, tak mungkin kita boleh masuk bangunan yang telah berkunci. Ketiga, yang perlu kita fahamkan, kita tidak boleh hanya tengok kepada forum tersebut pada hari itu. Kita perlu lihat perangai Majlis Peguam sejak daripada mula, daripada pendirian mereka dalam isu berkaitan dengan IFC, Inter-Faith Commission atau Suruhanjaya Antara Agama. Mereka mengambil sikap cuba menentang fahaman yang ada di dalam Islam. Contohnya mereka cuba untuk membangkitkan hak di bawah Artikel 18, Universal Declaration of Human Rights yang jelas bertentangan dengan Islam, kerana di situ dinyatakan bahawa setiap manusia mempunyai hak untuk masuk dan keluar agama masing-masing. Ini bertentangan dengan agama Islam. Keempat, pendirian yang diambil oleh Majlis Peguam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat dalam status minta penjelasan.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Ya, saya nak minta penjelasan apa pendirian dia tentang Majlis Peguam ini. Contoh dalam kes Lina Joy, Azlina Jailani, Majlis Peguam mengambil pendirian tanpa merujuk kepada Ahli Majlis Peguam yang beragama Islam. Ahli Majlis Peguam yang beragama Islam lebih daripada 40% tetapi hanya dua, tiga orang buat keputusan untuk mengambil pendirian supaya mahkamah membenarkan Azlina Jailani dalam kes Lina Joy untuk murtad dari Islam. Jadi pendirian- pendirian seperti ini sudah tentu mengguris perasaan orang Islam khususnya peguam yang beragama Islam. Rentetan daripada sikap Majlis Peguam sejak daripada kes IFC, menunjukkan mereka memang mengambil sikap anti Islam. Malahan ada di antara keputusannya very racial. Contohnya dalam kes permohonan Tun Salleh Abbas untuk menjadi konsultan, ditolak kerana tidak cukup 20 tahun. Akan tetapi dalam kes Datuk K.C. Vohrah tak sampai 20 tahun dibenarkan. Kalau kita nak ambil sikap seperti ini...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ini telah menyelewenglah.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

...Kalau kita nak ambil sikap seperti ini ...

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Tuan Yang di-Pertua, ini menyeleweng, luar topik.

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

Tuan Yang di-Pertua, point of order. Kita sudah lari jauh daripada bill di hadapan Dewan ini. Can we come back to the bill?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tak perlulah Yang Berhormat.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Bila saya nak bercakap tentang hak orang Islam, macam-macam hal.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Akan tetapi Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, dalam status penjelasan.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Sekarang ini kita hendakkan penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tak perlu bagi penjelasan, Yang Berhormat status untuk minta penjelasan.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Mertajam menimbulkan persoalan seolah-olah orang Islam bertindak ganas pada 9 Ogos lepas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kita ada peraturan. Dalam status minta penjelasan tidak boleh berucap.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya tidak menimbulkan masalah, hanya mereka yang makan cili terasa pedas sahaja. Yang saya rasa yang penting untuk menunjukkan bahawa kita semua bertamadun ...

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Masalahnya Tuan Yang di- Pertua, bila kita nak bercakap cara aman, ini sikap yang dia ambil, tidak mahu dengar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kita ada forum, ada ruang untuk berucap Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya, ada forum yang betul.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Inilah forumnya, Parlimen. Di mana lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia sedang berucap dalam Bill Pendidikan. Yang Berhormat minta penjelasan. Itu statusnya Yang Berhormat.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Tetapi saya hendak minta dia memberi penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Akan tetapi dalam meminta penjelasan, Yang Berhormat tidak boleh menggunakan itu untuk berucap.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya tidak berucap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Keadaan sekarang ini seolah-olah Yang Berhormat berucap bagi pihak apa yang berlaku yang di luar itu Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Nanti Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu boleh berucaplah. Keluar tajuklah.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Mertajam mengambil kesempatan untuk mengkritik perhimpunan pada 9 Ogos lepas, memberi gambaran seolah-olah berlaku keganasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya orang yang terlibat secara langsung. Apakah salah saya minta penjelasan daripada dia? Apa sikap dia tentang Majlis Peguam?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tetapi jangan gunakan dalam status untuk minta penjelasan, memberi penjelasan. Yang Berhormat, kita terikat dengan peraturan mesyuarat Yang Berhormat

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Penjelasanlah ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kita terikat dengan peraturan mesyuarat, Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sudah jelas.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Apa yang jelasnya, sikap dia sikap yang agresif, sikap yang anti agama.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ini senang.

Ini lagi keluar topik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Teruskan Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pernah ada orang mendakwa bahawa orang anti Buddhanisme, anti Kristianity, anti Hindunisme tetapi senangnya sekiranya cakap sahaja tentang Islam, kalau tidak sama pandangan dengan mereka, mereka senang-senang mengatakan anti-Islam.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Sebab orang bukan Islam dalam Majlis Peguam hendak bercakap pasal Islam. Kalau awak hendak bercakap pasal Buddha, saya tidak campur. Sekarang ini Majlis Peguam hendak bercakap pasal Islam.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya setuju, bagi penjelasan kepada dia.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Ketawa]

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Kalau Majlis Peguam hendak bercakap pasal agama Hindu, agama Kristian, saya tidak peduli. Tetapi sekarang Majlis Peguam yang diwakili oleh kumpulan etnik tertentu cuba hendak bercakap tentang agama Islam.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Tuan Yang di-Pertua, tidak ada berkait dengan pindaan pendidikan ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ada, ada.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Cakap, mana ada?

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Butterworth, maaf Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya minta maaflah kerana tersasul sedikit. Saya rasa apa yang disebutkan tadi berhubung dengan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi yang ditimbulkan oleh wakil daripada Yang Berhormat Kuala Terengganu. Ya, Yang Berhormat Hulu Terengganu, aku hendak bawa ke bandar, dia hendak duduk di hulu. Tidak mengapalah, hululah. [Ketawa] Daripada Yang Berhormat Hulu Terengganu tadi, saya rasa amat jelas perbezaannya iaitu apa yang kita inginkan apabila adanya satu bahasa rasmi maknanya kita minta atau kita usahakan supaya semua rakyat Malaysia bercakap dan mampu bercakap, mampu berkomunikasi atas dasar satu bahasa supaya tidak akan timbul masalah komunikasi. Kalau sekiranya tidak ada satu bahasa kebangsaan, kita boleh gambarkan keadaan di mana kalau polis menahan seseorang di tepi jalan, hendak bertutur, hendak bercakap dengan dia yang orang Tiong Hua bercakap dengan bahasa Tiong Hua, orang India bercakap dengan bahasa India. Polis pula ini dikira orang Melayu, maka bercakap dalam bahasa Melayu maka akan timbul lagi ketegangan. Maka tujuan adanya bahasa kebangsaan ialah ....

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini middle man ke ini, bagi natural isu itu.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita mempunyai satu lingua franca yang sama, satu bahasa yang sama. Bukan bertujuan untuk menegakkan mana- mana perasaan ataupun Dasar Chauvinism yang mengatakan bahawa bahasa ini adalah bahasa yang lebih baik dan bahasa yang lain adalah bahasa yang rendah mutunya. Itulah di antara sebab mengapa sambil kita mempunyai satu dasar berhubung dengan bangsa kebangsaan, kita juga menghormati hak bangsa-bangsa lain untuk mengekalkan bahasa-bahasa mereka. Malangnya kadangkala isu ini sering digunakan oleh pihak-pihak tertentu yang kita semua kenallah siapa dia untuk menjadikan sebagai satu isu untuk menimbulkan suasana yang agak tegang. Akan tetapi kita harus sentiasa berpegang kepada falsafah yang asal iaitu bukan untuk menunjukkan satu sikap di mana satu bangsa adalah tuan kepada bangsa yang lain, tetapi hanya sekadar untuk menentukan ada satu

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

lingua franca yang sama, yang akan menentukan semua bangsa dan semua kaum dapat bertutur dan dapat berkomunikasi di antara satu sama lain. Begitu juga dengan soal agama Islam sebagai agama yang rasmi. Ianya tidaklah merupakan satu dasar yang bertujuan untuk memaksa orang-orang bukan Islam untuk mengakui bahawa agama mereka inferior kepada agama Islam. Bagi orang Islam memanglah akidah kita atau kepercayaan kita, kita mesti yakin bahawa Islam adalah agama yang sebenar, itu bagi orang Islam. Akan tetapi tidak bererti bahawa kita apabila menjadi Islam itu sebagai agama rasmi bererti semua rakyat di negara Malaysia termasuk orang Hindu, orang Buddha, orang Kristian, semua mesti mengakui bahawa agama Islam adalah agam yang lebih hebat daripada agama mereka. Itu satu tuntutan yang tidak munasabah. Kalau kita hendak zahirkan kehebatan Islam ataupun kelebihan Islam ianya tidak boleh atas dasar paksaan tetapi atas dasar keyakinan. Inilah apa yang sedang diusahakan oleh PAS iaitu kita bersama dengan Pakatan Rakyat kerana kita hendak tunjuk bahawa Islam tidak seperti mana yang digambarkan oleh UMNO, Barisan Nasional yang telah [Ketawa] . Tengah menjelaskan.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Opportunist.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

So, inilah harapan kita iaitu apa yang hendak kita lakukan ialah...

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Sudah elok Islam, tidak elok pula.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa] Aku ingat itu yang terelok. Okey, apa yang kita hendak ialah satu keadaan di mana setiap orang berpegang kepada agama mereka masing-masing dengan penuh keyakinan dan dengan tanpa-tanpa apa-apa paksaan dan kalau kita hendak tunjukkan kelebihan Islam maka kita kena usahakanlah. Seharusnya tidak ada apa-apa usaha atau apa-apa niat untuk menuntut supaya penganut agama yang lain dipaksa untuk mengakui bahawa Islam itu adalah lebih baik daripada agama mereka. Itu bukan tujuan kita tetapi terpulang kepada kita untuk membuktikan kelebihannya. Dalam soal forum tadi yang dikemukakan oleh ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Panjang Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang terakhir saya rasa. Okeylah. Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia ambil kesempatan berucap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Hulu Terengganu bangun Yang Berhormat.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

[Bangun]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Nanti, nanti. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Shah Alam. Saya rasa itulah dilihat sebagai seorang Islam yang sederhana, is a moderate, yang faham bahawa perasaan kaum yang lain yang beragama lain, yang berbahasa yang lain.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu pun faham juga.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya rasa itu adalah amat penting untuk negara ini iaitu untuk kefahaman di antara satu dengan yang lain. Ya, Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih, baik hati Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya hendak perjelaskan sedikit, kita tidak pernah menuntut agama lain menganggap bahawa agama Islam lebih baik dari agama mereka. Akan tetapi sebagai sebuah agama yang dianggap agama negara, kerajaan harus memberi pengiktirafan dalam soal ini, dalam Perlembagaan kita mengatakan bahawa orang bukan Islam tidak boleh untuk berdakwah ataupun mempengaruhi orang Islam supaya keluar dari agama Islam mengikut fahaman mereka, itu termaktub dalam Perlembagaan. Itulah yang kita tuntut! Supaya sebagai agama negara, kerajaan seharusnya memberi pertimbangan

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

untuk agama Islam. Oleh kerana agama lain kita benarkan dia berkembang mengikut penganutnya, maka kita tidak menghalang tetapi jangan mengganggu agama Islam, itu sahaja. Terima kasih.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya rasa yang forum Bar Council itu bukan secara mengganggu. Itu untuk mengadakan satu diskusi, satu perbincangan. Saya rasa melalui perbincangan seperti ini, forum-forum seperti ini, kita akan lebih faham di antara satu sama lain. Jadi saya rasa tidak ada, tidak payah risau tentang...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat, boleh minta penjelasan. Bagilah.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Boleh, boleh.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya bukan emosional cuma saya melihat memang tidak wajar orang beragama lain membincangkan masalah agama lain. Jadi Yang Berhormat jangan terlampau bias, cuba rasional sedikit. Bagi pandangan secara sejelas-jelasnya bahawa ini melanggar peraturan, konteks dalam sebuah negara yang mengamalkan sebuah kebebasan tetapi kebebasan itu ada batas-batasnya. Jikalau orang Islam membincangkan soal-soal orang agama lain, apa perasaan Yang Berhormat? Sebab dia bukan pakar, dia bukan arif di dalam soal-soal itu. Saya bukan membela Yang Berhormat Kulim Bandar Bharu tetapi saya memang sehaluan dengan dia bahawa ini memang tidak boleh dibicarakan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ini merupakan pandangan yang berlainan. Akan tetapi pandangan yang berlainan harus diadakan discussion, diadakan dialog. Barulah difahami mengapa ada pandangan yang berlainan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sekiranya tidak benar apa yang dikatakan pun, apakah demokrasi ini? Namun, saya hendak alih kepada topik yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, balik kepada pendidikan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, kita selalu mendengar Menteri Pelajaran mengatakan bahawa kita tidak mampu untuk menjaga semua sekolah. Jadi, kita mesti memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah yang memerlukan peruntukan khasnya sekolah kebangsaan kerana lebih banyak sekolah kebangsaan. Namun, baru- baru ini di Permatang Pauh, enam buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina diberi RM1.2 juta peruntukan bersempena dengan pilihan raya kecil ini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Menyampuk]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

By election lagi. Jadi, inilah didakwa oleh komuniti Cina bahawa peruntukan ini adalah seperti gula-gula. Hanya diberi apabila ingin memancing undi sahaja. Ini sekali lagi membuktikan ini adalah dasar Barisan Nasional menggunakan peruntukan ini untuk memancing undi sahaja. Sekiranya tidak, saya mencabar bahawa semua sekolah rendah di Permatang Pauh diberi juga peruntukan. Bukan sahaja di Permatang Pauh tetapi sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di seluruh negara juga diberikan peruntukan sebuah sekolah RM200,000 kerana ini yang diberi kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Permatang Pauh. Ini untuk membuktikan bahawa peruntukan ini bukan untuk memancing undi. Tidak, kalau beri hanya untuk memancing undi hanya pada pilihan raya, itu adalah salah.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Apa salah memancing. [Ketawa]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Kalau peruntukan ini ditetapkan dalam bajet, saya mengalu-alukan. Jadi, saya juga cabar supaya peruntukan kepada sekolah-sekolah ini ditetapkan dalam bajet yang akan datang. Sekiranya tidak, Barisan Nasional ini tidak memberi priority kepada pendidikan. Yang mempolemikkan soal pendidikan ini ialah Barisan Nasional. Setiap kali apabila ada pilihan raya besar, umum ataupun kecil, barulah sekolah-sekolah seperti ini mendapat peruntukan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jadi, jangan haraplah rakyat akan memberi undi kerana peruntukan seperti ini menunjukkan...

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Cepat Yang Berhormat buat kesimpulan. Belum tentu lagi.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya rasa, pilihan raya umum yang lepas sudah membuktikan. Tengok di Pulau Pinang.

Tetapi rakyat sudah menyesal.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Calon MCA, calon GERAKAN, calon MIC, semua kalah. Apakah mesej itu? Itu ada mesej tetapi...

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Sudah menang bersyukur, buat kerjalah.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Akan tetapi, Barisan Nasional masih belum menerimanya. Ahli-ahli Yang Berhormat seperti Arau, dia orang baru, dia menang tetapi dia tidak kira lah. MCA semua kalah, atau GERAKAN semua kalah, atau MIC semua kalah. Dia lebih baik lagi. UMNO yang menjadi parti yang terbesar, yang paling besar, yang mengawal Barisan Nasional.

Penjelasan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Mereka tidak kita, tidak kira.

Penjelasan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

MCA boleh mati semua, mereka tidak kira. Ya.

Terima kasih. Sudah lama tidak berbahas dengan Yang Berhormat Bukit Mertajam ini. Yang Berhormat Bukit Mertajam, yang saya faham setiap kali bajet, peruntukan untuk mana-mana jabatan, mana-mana kementerian memang telah pun diagihkan mengikut keperluan. Misalnya, Kementerian Pelajaran ada peruntukan untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, ada peruntukan untuk sekolah menengah, ada peruntukan untuk sekolah agama dan sebagainya. Cuma, saya setuju agihan kepada sekolah-sekolah mengikut keutamaan. Tidak kiralah sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan sebab bergantung pada keadaan. Kalau kementerian mengagihkan peruntukan kepada sekolah-sekolah sama rata, bajet kita bukan lagi RM150 bilion, mungkin RM500 bilion. Kita bukan ada duit banyak, maknanya agihan adalah mengikut keperluan pada satu-satu ketika. Tidak kiralah waktu pilihan raya ke atau waktu tidak pilihan raya. Kedua, tadi Yang Berhormat Bukit Mertajam menyebut tentang keputusan yang telah dibuat oleh rakyat dalam PRU 12 baru-baru ini. Sebenarnya, saya hendak beritahu Yang Berhormat ialah rakyat menyesal sekarang. Ada tanda-tanda rakyat menyesal kerana salah memilih baru-baru ini. Sekian terima kasih.

Menyesal harga minyak naik. [Ketawa]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya, mereka kesal kerana tidak tukar, kerajaan menyesal juga.

Kesal memilih PKR.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Itu yang mereka kesal. Tidak tukar Kerajaan Pusat. Kerajaan Persekutuan kalau sudah ditukar, harga minyak tidak naik macam itu. Tadi Yang Berhormat dari Ledang mengatakan mengikut keperluan. Sekiranya mengikut keperluan, saya rasa Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Kong Min di Air Itam, Penang harus mendapat peruntukan terlebih dahulu kerana mereka memerlukan peruntukan untuk memperbaiki bangunan-bangunan. Sekarang mereka bergantung pada derma daripada masyarakat Cina. Jadi, ini tidak. Ini amalan yang begitu lama, sudah menunjukkan, sudah membuktikan bahawa tidak mengikut keperluan pendidikan tetapi mengikut keperluan undi Barisan Nasional. Apabila mereka memerlukan undi, barulah

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

mereka memberi peruntukan. Rakyat telah tahu ini adalah cara Barisan Nasional dan mereka sudah tolak. Yang terakhir sekali, saya ingin menarik perhatian bahawa di dalam Akta Pendidikan 1996, sekolah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:- (i) sekolah kerajaan; (ii) sekolah bantuan kerajaan; dan (iii) sekolah swasta. Jadi, tidak ada kategori sekolah bantuan modal. Semuanya adalah sekolah bantuan kerajaan. Yang dijadikan bantuan modal itu adalah yang direka-reka oleh kementerian dan ini adalah menjadi punca ketidakadilan kepada sekolah-sekolah ini. Yang dikatakan sekolah bantuan modal ini ialah di sekolah di mana sekolah ini di atas tanah bukan kerajaan. Yang selalunya tanah ini ialah pihak pengelola sekolah iaitu mereka yang memberi tanah itu untuk kegunaan kerajaan tanpa sebarang bayaran. Ini bermakna mereka tidak memberi sumbangan, mengurangkan kos untuk mengendalikan sekolah ini. Jadi, saya rasa pihak kerajaan seharusnya berterima kasih kepada mereka tetapi sekarang bukan begitu.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Hulu Terengganu bangun Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Kerajaan menghukumkan sekolah-sekolah seperti ini dengan tidak mahu memberikan peruntukan untuk memberi bangunan sekolah. Saya rasa boleh mengatasi masalah ini. Sekiranya kerajaan bimbang kerana bukan tanah kerajaan, saya rasa kerajaan boleh berbincang dengan pihak tuan tanah supaya memberi satu masa, satu jangka masa dengan satu perjanjian bahawa akan membenarkan kerajaan untuk menggunakan tanah ini dan tidak akan mengambil balik. Asalnya ia dipakai sebagai kegunaan sekolah. Jadi, saya rasa ini bukan satu masalah yang senang diselesaikan. Jadi, saya harap bahawa pihak kementerian, pihak Barisan Nasional bolehlah mendengar kepada cadangan-cadangan yang positif ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat, saya keluar dahulu ya.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Untuk mengatasi masalah ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk berkata dan berbincang berkenaan pindaan Akta Pelajaran khususnya berkenaan dengan menukarkan nama Maktab Perguruan kepada Institut Pemdidikan Guru.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, panjang lagi Yang Berhormat?

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

[ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Esok ya?

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Esok jumpa lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Khamis, 21 Ogos 2008.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.