Dewan Rakyat · 26 August 2008

15th Parliament, session 1, meeting 3 · 1,040 turns · 38,900 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Marcus Mojigoh (Makin)UPKO · BNPutatan · question

1. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan: (a) sama ada kementerian bercadang untuk menjadikan dasar bagi pengutipan air hujan di setiap kawasan perumahan yang baru; dan (b) apakah usaha kementerian untuk menggalakkan masyarakat untuk berjimat air.

Datuk Robert Lau Hoi ChewSUPP · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Sibu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat dari Putatan. Buat masa ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau KPKT tidak bercadang untuk mengubah apa-apa dasar atau akta mewajibkan penggunaan air hujan. Walau bagaimanapun, KPKT kini dalam proses penyediaan garis panduan baru mengenai pelaksanaan sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan atau SPA untuk menggalakkan penggunaan air hujan bagi kawasan pembangunan baru. Tuan Yang di-Pertua, antara beberapa projek perintis SPA yang telah dilaksanakan dengan jayanya ialah Kompleks Membeli-Belah One Utama dan projek perumahan di Sandakan, Sabah. Kerja-kerja projek ini yang dilaksanakan atas inisiatif pemaju dan pembeli pembangunan adalah selaras dengan garis panduan yang telah disediakan oleh KPKT sebelum ini. Usaha yang telah diambil untuk KPKT dalam menggalakkan masyarakat untuk menjimatkan air adalah seperti berikut: (i) mengesyorkan supaya pihak berkuasa tempatan atau PBT dan pengeluar pan tandas tempatan supaya menggalakkan penggunaan sistem dua simbahan atau duo flush, dengan izin atau sistem satu simbahan dengan kuantiti air setiap simbahan tidak melebihi 6 liter bagi menjimatkan penggunaan air; (ii) menggalakkan PBT supaya menggunakan peralatan yang boleh menjimatkan penggunaan air seperti penggunaan bilik air automatik atau dilengkapi dengan sistem sensor terutama di tandas-tandas awam; dan (iii) membantu PBT dalam kempen kesedaran awam mengenai penjimatan air. Sekian.

Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Saya agak kecewa dengan jawapan timbalan menteri tadi kerana telah menyatakan tidak ada cadangan untuk mengubah apa-apa akta dalam kementerian, soal pembangunan di kawasan perumahan. Tuan Yang di-Pertua, jika kita lihat dengan adanya pengutipan air hujan ini, ini akan mengurangkan penggunaan air yang ditapis yang agak mahal untuk menapisnya. Kalau kita tengok, kalau kita lihat cara penggunaan air di setiap unit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Soalannya, Yang Berhormat.

Ini soalanlah ini. Ini perlu diperjelaskan, Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak, dia tidak faham soalan tambahan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Timbalan menteri faham, dia faham.

Ya. Jadi kalau kita lihat peratusan yang akan digunakan, yang diconsume oleh manusia sendiri hanya tidak lebih daripada 10%. Yang lain itu air yang kita gunakan seperti membasuh kain, cuci kereta dan kepada tanam-tanaman di taman-taman kita. Ini harus kita kira. Soalan tambahan, adakah pihak kementerian boleh melihat di luar kotak, cara penggunaan air yang kita tapis yang harganya begitu mahal seperti apa yang berlaku air hujan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, jangan panjang sangat, Yang Berhormat. Sudah panjang, Yang Berhormat Timbalan Menteri faham.

Belum lagi. Ada soalan yang kedua ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak ada, Yang Berhormat. Ikut peraturan, satu soalan tambahan sahaja, Yang Berhormat.

Kalau begitu saya akur. Terima kasih. [Ketawa]

Terima kasih Yang Berhormat dari Putatan. Ini sahabat sayalah. Saya ingin ucap terima kasihlah kerana Yang Berhormat begitu prihatin dengan penjimatan air di negara kita. Walaupun sampai sekarang kementerian saya belum bercadang untuk ganti akta untuk mewajibkan menjimatkan air di negara kita, tetapi kementerian saya telah bincang dengan wakil badan profesional, wakil kerajaan, National Hydraulic Research Institute of Malaysia, Real Estate Housing Developer’s Association atau REHDA, NGO, PBT dan perhatian daripada projek perintis kategori penggunaan seperti berikut iaitu: (i) seperti pasar; (ii) bangunan institusi; (iii) kompleks membeli-belah; (iv) kompleks sukan; (v) semua pembangunan campuran yang bertindak atas nama landed property atau semua bangunan kediaman; dan (vi) pejabat bertingkat lima tingkat dan ke atas.

Masalahnya ialah kalau kita wajibkan untuk semua rumah kediaman termasuk rumah teres semi-D dan banglo sekarang ini, mungkin kosnya lebih tinggi. Menurut cadangan atau komentar daripada Real Estate and Housing Developers Agency (REHDA), kalau kita pasangkan kemudahan untuk mengumpul air hujan sudah tentulah kosnya akan naik dan ini sudah tentu dikenakan kepada pembeli rumah. Kita akan mengeluarkan garis panduan untuk bangunan-bangunan seperti yang saya sebutkan tadi mungkin lebih berkesan dalam kos dan volume atau kuantiti air hujan yang di kumpul. Sekian.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, adakah kementerian Yang Berhormat mempunyai iltizam ataupun langkah-langkah proaktif untuk menjimatkan air ini, maknanya kita menggunakan teknologi terkini tentang air kumbahan. Negara jiran kita, Singapura, berjaya menggunakan teknologi ini apabila New Water digunakan hingga ke tahap dijadikan air minuman. Saya tidak bercadang supaya air kumbahan ini dijadikan air minuman tetapi untuk tujuan pembersihan lantai yang digunakan oleh kebanyakan PBT. Jadi, adakah kementerian Yang Berhormat bercadang untuk menggunakan teknologi air kumbahan ini untuk kerja-kerja sebagai contohnya pembersihan awam. Ini bertujuan untuk mengambil langkah-langkah menjimatkan air dalam negara kita. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat. Ini memang teknologi yang baru yang mana kementerian saya telah terima cadangannya dari dalam dan luar negeri namun kosnya amat tinggi. Oleh kerana itu walaupun kita belum mewajibkan semua pemilik rumah untuk mengumpul air hujan tetapi kami telah melaksanakan program-program terutamanya kita akan mengadakan lebih banyak kempen yang menggalakkan ataupun meningkatkan kesedaran sivik tentang kepentingan penggunaan air hujan. Kalau kita bandingkan dengan Singapura, ini cerita lainlah. You cannot compare apple and orange, dengan izin, kerana mereka ini negara yang pulau sahaja. Saya rasa walaupun cadangan ini baik tetapi kita perlu menimbang dari segi kosnya supaya pembeli rumah tidak dikenakan bayaran kos tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baiklah, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cukuplah, sudah dua kali diulang-ulang fasal kos itu.

Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas · question

2. Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan mengapa pihak MARA membuat keputusan menarik balik penyertaan Ekspo Makanan Halal yang diadakan di Kelantan pada 26 Julai 2008 yang mana pada awalnya pihak MARA bersetuju menyewa 60 lot tapak ekspo tersebut. Apakah keputusan tersebut adalah keputusan politik kerana Kelantan adalah di bawah pemerintahan Kerajaan PAS.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat daripada Bebas, Kelantan yang bertanyakan soalan yang begitu penting bagi rakyat negeri Kelantan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ekspo Makanan Halal Kelantan adalah merupakan sebuah ekspo bagi Konvensyen dan Karnival Halal Kelantan 2008 yang dianjurkan oleh syarikat swasta iaitu Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ikhtisas Negeri Kelantan (PKINK) yang telah diadakan pada 23 hingga 29 Julai 2008. MARA membuat keputusan untuk tidak menyertai ekspo tersebut kerana MARA sendiri mempunyai pelbagai program promosi dalam usaha memberi pendedahan dan membantu meningkatkan bilangan usahawan dalam bidang makanan halal seperti di MIHAS, Gerak Usahawan, Showcase Usahawan, MARA Products Fairs dan lain-lain yang keadaan dan matlamatnya sama dengan ekspo tersebut. Program-program tersebut juga diadakan di beberapa tempat di setiap negeri termasuk di Kelantan. Program-program ini melibatkan penyertaan ramai usahawan tempatan terutamanya dalam bidang makanan halal. Dengan itu tumpuan seharusnya diberi kepada program-program anjuran MeCD dan MARA sendiri di dalam mempromosikan produk-produk usahawan seperti mana yang telah dilakukan di semua negeri yang lain. Oleh itu keputusan MARA tersebut adalah wajar dan bertepatan dengan strategi penyertaan dan penggunaan bajet yang terbatas dalam menguruskan perbelanjaan secara berhemah. Terima kasih.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa kawasan Pasir Mas khususnya dan Rantau Panjang adalah kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan pembangunan hab halal di bawah pembangunan Koridor Wilayah Timur. Oleh itu, adakah pihak MARA bercadang untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan hab halal di Pasir Mas ini dengan pihak MARA menjadikan acara tahunan menganjurkan Ekspo Makanan Halal di kawasan yang saya sebutkan tadi iaitu di Pasir Mas dan juga Rantau Panjang. Adakah MARA tidak bercadang untuk pada masa akan datang walaupun ada program sendiri, apabila dianjurkan oleh pihak swasta ataupun kerajaan negeri turut mengambil

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

bahagian dalam mempromosikan makanan halal dalam konteks pembangunan usahawan. Sekian, terima kasih.

Dato' Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Untuk makluman Yang Berhormat, setiap kali apabila MARA mengambil bahagian di dalam apa jua pameran ataupun ekspo yang dianjurkan oleh mana-mana pihak, pihak MARA akan memberikan subsidi kepada penyertaan. Sebagai contoh, di negeri Kelantan tempoh hari satu booth harganya RM1,300 dan MARA biasanya akan memberikan subsidi sehingga 60%. Oleh yang demikian MARA akan terus mengadakan program-program keusahawanan ini terutamanya mengenai mempromosikan produk-produk halal. Dalam program MARA kita memang ada rancangan untuk mengadakan program Gerak Usahawan dan juga pameran halal hab ini di kawasan Yang Berhormat di Pasir Mas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat Ogos 2008 di negeri Kelantan sahaja MARA telah menganjurkan sebanyak 26 program usahawan yang melibatkan 2,788 usahawan bumiputera dan kos yang telah dibelanjakan oleh MARA untuk mempromosikan usahawan negeri Kelantan sehingga Ogos 2008 ialah sebanyak RM246,000. Terima kasih.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. dan terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, memandangkan Yang Berhormat Menteri mahu pendekatan proaktif bagi memaju dan menghasilkan produk makanan halal ini dalam usaha kita mendapatkan daya saing dan mutu yang begitu tinggi, maka pembangunan halal hab yang telah dicadangkan telah dicadangkan oleh kerajaan terutamanya di kawasan sempadan di Kelantan, Perlis dan Perak. Jadi, saya ingin tahu kedudukannya hingga setakat ini, selain daripada pembangunan idea komersial yang dicadangkan oleh kerajaan dalam kita membangunkan makanan halal ini untuk menjadi tarikan kepada negara-negara Islam terutamanya dengan negara- negara Timur Tengah, apakah progress yang telah dicapai oleh pihak kerajaan dalam usaha memastikan halal hab ataupun halal terminal ini dapat kita jalankan dengan lancar bagi mencapai hasrat ini.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat daripada Arau. Memang benar seperti mana Yang Berhormat nyatakan bahawa kerajaan hari ini memberikan perhatian kepada produk-produk halal kerana kita tahu bahawa sambutan dan juga kegunaan produk halal di peringkat antarabangsa amat meluas dan merupakan satu pasaran yang begitu baik sekiranya kita dapat mempromosikan dan memperbanyakkan keluaran produk halal ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kita sudah maklum bahawa kerajaan telah pun menubuhkan Halal Industry Development Corporation atau HDC. Ini menunjukkan bahawa kerajaan kita begitu serius untuk mempromosikan produk halal ini dan dengan adanya Halal Industry Development Corporation ini, maka ia akan dapat memainkan peranan yang lebih penting. Di samping itu agensi-agensi yang lain seperti MARA akan terus memberikan kerjasama dengan Halal Industry Development Corporation ini. Sebagai langkah yang pertama, MARA dan juga HDC telah mengadakan perbincangan untuk kita mewujudkan collection house di mana kita akan cuba mengumpulkan produk-produk halal ini di satu pusat untuk memudahkan kita mengeksport barang-barang halal ini keluar negara. Terima kasih.

Hamim bin SamuriUMNO · BNLedang · question

3. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah kementerian akan mencadangkan kepada kerajaan supaya skim gaji doktor- doktor perubatan kerajaan diberi seperti gaji pegawai-pegawai di syarikat GLC untuk mengurangkan mereka berhijrah ke sektor swasta. Adakah kerajaan telah membuat kajian tentang sebab sebenar kekurangan doktor-doktor perubatan kerajaan?

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin AhmadUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Mersing

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk membayar gaji pegawai-pegawai perubatan sama seperti gaji pegawai-pegawai di syarikat-syarikat rangkaian kerajaan atau dengan izin GLC bagi mengurangkan mereka berhijrah ke sektor swasta. Walau bagaimanapun, kerajaan telah mengemukakan cadangan perkhidmatan pegawai perubatan termasuk gred gaji permulaan yang lebih baik dalam skim perkhidmatan tersebut.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin AhmadUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Mersing

Bagi menjawab soalan seterusnya, kajian yang komprehensif tidak pernah dilakukan secara saintifik. Walau bagaimanapun, kita sedia untuk mengadakan kajian secara saintifik jika perlu kerana kita kuat berpendapat bahawa mereka yang meletakkan jawatan khususnya pegawai-pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan tidak ketara lagi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ini soalan dasar Yang Berhormat. Dasar sudah dijawab, apa soalan tambahan yang hendak diberi ini? Yang Berhormat dari Ledang.

Masih dasar lagi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seperti mana kita sedia maklum, perkhidmatan doktor ini terbahagi kepada dua di sektor perkhidmatan awam. Satu, perkhidmatan kesihatan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak mengapa Yang Berhormat. Soalan tambahan Yang Berhormat...

Ini soalan tambahanlah ini. Satu, perkhidmatan kesihatan dan yang keduanya, perkhidmatan perubatan. Doktor yang berada di dalam sektor perkhidmatan kesihatan ini, biasanya dia sampai bersara, pangkat tinggi dan sebagainya. Berbanding dengan di sektor perubatan di hospital dan sebagainya, mereka berhenti dan berhijrah ke tempat lain. Soalan saya, berasaskan kepada isu ini ialah bukan gaji, tetapi isunya ialah karier. Apakah kerajaan akan menubuhkan satu Suruhanjaya Gaji seperti polis, tentera dan badan berkanun bagi semua kakitangan dan pegawai perubatan serta kesihatan supaya satu skala gaji yang lebih wajar dengan insentif yang lebih menarik pada masa yang akan datang untuk membela golongan mereka? Akan tetapi saya hendak mengucapkan terima kasih kepada semua sektor dan semua pekerja, doktor di dalam sektor perkhidmatan kesihatan ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Pendekkan soalan Yang Berhormat.

...yang banyak membantu kita termasuk Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan Yang Berhormat daripada Ledang itu amat baik. Sebenarnya Yang Berhormat Menteri sudah pun mengarahkan kementerian untuk melihat sama ada sudah tiba masanya untuk kita menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Perubatan. Ini adalah kerana seperti Ahli-ahli Dewan sedia maklum, majikan kepada pegawai-pegawai di Kementerian Kesihatan adalah JPA. Bagi Kementerian Kesihatan, ia mempunyai pelbagai sektor skim perkhidmatan. Kalau di JPA, Ia menguruskan 200 lebih skim perkhidmatan, tetapi dalam Kementerian Kesihatan, 120 skim yang diwujudkan oleh JPA itu adalah di dalam Kementerian Kesihatan. Moto kita adalah ‘Berkhidmat Dengan Penyayang, Beretika Dan Berpasukan’. Oleh sebab itu, kalau kita melihat hanya kepada pegawai perubatan sahaja tanpa melihat pasukan yang membantu dan menyokong keterampilan seseorang pakar itu, dia tidak akan berjaya. Ini adalah kerana pakar itu, dia berjaya disebabkan sokongan yang diberikan bukan sahaja oleh doktor tetapi juga oleh pegawai sains dan juga pegawai-pegawai yang lain. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya adalah berkaitan dengan jururawat. Bilakah kali terakhir gaji mereka disemak dan adakah atau tidak mereka ini memperoleh elaun-elaun kritikal kerana seperti mana kita sedia maklum, jururawat juga terdedah kepada risiko-risiko berhadapan dengan pesakit yang pelbagai. Saya juga ingin mendapatkan maklumat sekiranya ada dimasukkan di dalam Belanjawan yang akan dibentangkan pada hari Jumaat ini, kajian semula terhadap gaji dan elaun-elaun khusus kepada jururawat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Bachok itu amat bagus, tetapi mengikut Peraturan Mesyuarat 24(3) dia

terkeluar dan saya mohon izin menjawab kepada beliau di luar Dewan. Terima kasih. [Dewan riuh] [Soalan No. 4 – Y.B. Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) tidak hadir]

Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam · question

5. Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan:- (a) apakah maklum balas awam dan keberkesanan Program ‘Suria 1000’; dan (b) apa perancangan untuk memperluaskan program itu ke seluruh negara.

Dato’ Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi · Julau

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Simpang Renggam, berhubung dengan soalan pertama, Program ‘Suria 1000’ adalah di bawah Projek Malaysian Building Integrated Photovoltic Baltic atau MBIPV yang bertujuan mempromosi dan menggalakkan penggunaan tenaga solar dalam penjanaan tenaga elektrik. Projek MBIPV menyasarkan penjanaan elektrik dari sumber tenaga solar berjumlah 1,500 kilowatt di sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu dari tahun 2006 – 2010. Program ‘Suria 1000’ yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 22 Jun 2007 akan memberi peluang kepada orang ramai untuk memasang sistem solar di rumah kediaman ataupun bangunan masing-masing bagi menjana tenaga elektrik daripada cahaya suria. Melalui program ini, tenaga elektrik yang dihasilkan daripada sistem solar tersebut boleh digunakan terus bagi mengurangkan bil tenaga elektrik serta dijual kepada pihak utiliti bagi sebarang lebihan elektrik yang tidak dapat digunakan oleh seseorang pemaju projek. Program ‘Suria 1000’ menyasarkan pemasangan jumlah kapasiti 1,200 kilowatt sistem solar yang disambung kepada gred, di mana sebanyak 7 pusingan pendaftaran akan dibuka di antara awal tahun 2007 sehingga pertengahan tahun 2010. Semenjak ia dilancarkan, 3 pusingan permohonan telah pun dilaksanakan, di mana sebanyak 50 permohonan merangkumi kediaman dan bangunan di seluruh Malaysia telah pun diluluskan dengan kapasiti berjumlah 261 kilowatt berbanding sasaran awal sebanyak 190 kilowatt. Pada masa yang sama, satu Program Suria khusus untuk pemaju perumahan turut dilaksanakan di mana keputusannya baru sahaja diumumkan pada 14 Ogos yang lepas.

Dato’ Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi · Julau

Melalui program tersebut, tiga buah syarikat pemaju perumahan iaitu Bandar Eco Setia Sendirian Berhad, Senandung Budiman Sendirian Berhad dan Amarin Wickham Sendirian berhad sedang membina sebanyak 56 buah unit rumah kediaman yang akan dilengkapi panel-panel solar sebagai bumbung-bumbung rumah kediaman tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semenjak Program Suria 1000 dilancarkan harga kos seunit atau unit cost system BIPV telah menurun sebanyak 14%. Adalah diharapkan agar program ini akan dapat merangsang perkembangan industri tenaga solar tempatan bagi terus mengurangkan kos sistem tersebut dan membolehkannya mampu dimiliki oleh ramai lagi rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan soalan kedua, Program Suria 1000 dirancang untuk merangkumi seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, sehingga kini para pemohon yang berjaya adalah tertumpu di sekitar Lembah Klang. Pada masa yang sama, pihak Tenaga Nasional Berhad dan Sarawak Energy Berhad telah pun bersetuju untuk membeli tenaga elektrik suria yang dijana pada kadar tarif elektrik yang sedia ada. Ini akan menggalakkan lagi sambutan terhadap program ini. Bagi memperkenalkan Program Suria 1000 ke seluruh negara...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Panjang lagi Yang Berhormat?

Tak berapa banyak. Beberapa promosi melalui pengiklanan di media cetak telah diadakan dan sambutan yang telah diterima adalah menggalakkan. Projek MBIPV juga telah mendapat perhatian dari orang ramai dan pihak media di mana beberapa jemputan temu ramah telah diterima dan beberapa artikel yang berkaitan dengan solar PV dan projek MBIPV telah disiarkan di media tempatan dan antarabangsa. Adalah dijangkakan projek ini akan terus mendapat sambutan yang baik memandangkan pencapaian melebihi sasaran setakat ini. Di samping itu, kementerian pada masa ini sedang merangka pelan tindakan tenaga boleh diperbaharui di mana tenaga solar merupakan salah satu daripada tenaga boleh diperbaharui yang dikenal pasti selain daripada biomas, biogas, mini hidro dan sisa buangan pepejal yang berpotensi untuk dibangunkan bagi penjanaan elektrik di negara ini. Di bawah pelan tindakan tersebut, terdapat mekanisme bagi membolehkan orang-orang awam dan entiti perniagaan terlibat secara langsung dalam penjanaan tenaga melalui solar PV. Sehubungan ini, adalah dijangkakan penglibatan semua pihak dalam membangunkan tenaga boleh diperbaharui secara amnya akan meningkat. Terima kasih.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya telah pun melayari laman web Suria 1000 ini dan saya mendapati bahawa ramai yang berjaya mengambil bahagian dalam projek ini adalah orang kaya yang kebanyakannya penduduk banglo. Jadi saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan penyertaan daripada semua lapisan masyarakat khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Memang betul pada masa ini kebanyakan yang menerima program ini dan melancarkan projek-projek di bawah program ini adalah orang yang berada. Ini adalah kerana kos pembinaan masih tinggi dan oleh yang demikian kerajaan dengan sokongan daripada UNDP dan pengilang-pengilang photovoltaic ini sedang mencari jalan untuk mengurangkan kos supaya ia dapat sama-sama dinikmati oleh orang yang berpendapatan rendah dan juga yang berpendapatan sederhana. Buat masa ini, kita masih menganggap kos pembiayaan photovoltaic dan sistem MBIPV masih tinggi. Terima kasih.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya hendak tanya adakah kerajaan betul- betul serius dan adakah kementerian ini sedar kerana solar energy yang merupakan renewable energy yang sangat diguna pakai di negara-negara barat termasuk di India juga banyak digunakan di mana solar energy datang dengan free dan renewable energy. Akan tetapi nampaknya kementerian tidak ada satu blueprint untuk membawa satu pembaharuan dalam arena ini. Saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua bahawa kementerian ini dan LLN, Lembaga Lektrik Negara adalah di antara satu faktor di mana tidak ada pelancaran yang penuh mengenai solar energy. Mereka membantah kerana ada kerugian akan terjadi jika solar energy digunakan dengan luasnya. Apakah rancangan kerajaan supaya semua mana-mana bangunan kerajaan sekurang-kurangnya bangunan Parlimen ini boleh ada solar energy supaya kita tidak perlu memberi tunjuk ajar kepada orang lain. Parlimen should be the first dan bangunan-bangunan kerajaan should be more intelligent. Kita patut harness God gift, wealth ini.

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Kerajaan memang bersungguh-sungguh hendak menggalakkan penggunaan tenaga suria tetapi sebagaimana yang saya jelaskan tadi, oleh kerana kosnya masih tinggi dan dibandingkan dengan tarif elektrik yang kita sedia ada iaitu oleh kerana elektrik kita adalah disubsidikan oleh kerajaan. Sekiranya Yang Berhormat mencadangkan supaya kita gugurkan subsidi yang ada kepada gas untuk penjanaan elektrik di negara ini, maka penggunaan tenaga suria akan lebih kompetitif lagi dari pada masa sekarang. Pada masa sekarang banyak program untuk menggunakan tenaga suria oleh beberapa agensi dan begitu juga kerajaan memang bersungguh-sungguh untuk cuba

mengurangkan kos penggunaan ataupun penjanaan dari tenaga suria. Sebagaimana Yang Berhormat telah cadangkan bagi bangunan Parlimen itu kita sama-sama cuba minta kerajaan untuk...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Suruh buat House Committee dulu Yang Berhormat.

...memasang panel-panel solar di bangunan Parlimen supaya kita dapat menikmati elektrik yang dikeluarkan dari tenaga suria. Berkenaan tuduhan mengenai Tenaga Nasional Berhad yang menghalang orang memasang, photovoltaic itu tidak betul. Memang tidak tepat Yang Berhormat. Sebagaimana yang telah saya sebut dalam jawapan asal saya tadi iaitu Tenaga Nasional Berhad dan Sarawak Energy Berhad telah pun bersetuju untuk membeli tenaga keluaran dari MBIPB. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, kalau ada cadangan Yang Berhormat Ipoh Barat masukkan dalam House Committee. House Committee akan pertimbangkan dan kita bincang dengan kerajaan. Yang Berhormat Tuan N. Gobalakrishnan.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Permatang Pauh. [Soalan No. 6 – Y.B. Tuan N. Gobalakrishnan (Padang Serai) tidak hadir]

Ahmad bin MaslanUMNO · BNPontian · question

7. Tuan Ahmad Maslan [Pontian] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa peratus dan jumlah sumber pendapatan negara yang bergantung kepada hasil petroleum mengikut tahun sejak 2004. Benarkah angka terkini melebihi 45% dan apakah langkah-langkah yang mesti diambil bagi memastikan kerajaan tidak terlalu bergantung kepada hasil yang akhirnya akan kehabisan.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Lumut

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, hasil berkaitan petroleum yang terdiri daripada cukai pendapatan petroleum, dividen, royalti petroleum, duti eksport, cukai jualan, duti import dan lain-lain bagi tempoh tahun 2004 hingga tahun 2007 adalah seperti berikut: |Tahun|Hasil (RM bilion)|Peratus hasil kerajaan| |----:|----------------:|---------------------:| | 2004| 24.9| 5.0| | 2005| 31.6| 29.7| | 2006| 45.8| 37.0| | 2007| 51.4| 36.8|<END_TABLE_MARKER> Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar dan faham tentang hasil petroleum yang akhirnya kehabisan. Oleh kerana itu, kerajaan selama ini telah melabur dan cuba mempelbagaikan ekonomi dan sumber pendapatan kita supaya tidak terlalu bergantung kepada hasil petroleum. Langkah-langkah seperti: (i) menyediakan persekitaran kondusif bagi aktiviti perniagaan dan pelaburan melalui pelaksanaan langkah-langkah mesra pasaran seperti liberalisasi peraturan pertukaran asing dan pengecualian cukai keuntungan harta tanah; (ii) mengambil langkah berterusan untuk meningkatkan sistem penyampaian awam bagi tujuan mengurangkan kos pengendalian perniagaan; (iii) menarik pelaburan langsung asing atau FDI untuk mempercepatkan kemajuan aktiviti teknologi tinggi seperti perwujudan Multimedia Super Corridor, Bio-Nexus dan lain- lain;

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Lumut

(iv) memperkembangkan pembangunan sumber pertumbuhan baru di dalam sektor perkhidmatan untuk memperluaskan lagi asas ekonomi dan mengekalkan ketahanan ekonomi negara terutamanya bertransformasi dari ekonomi yang mengutamakan pembuatan kepada berasakan perkhidmatan; (v) memodenkan sektor pertanian dengan meningkatkan produktiviti serta daya saing melalui kegiatan menambah nilai dan menggunakan teknologi moden untuk jaminan sekuriti makanan; (vi) melabur dalam pendidikan untuk menjana sumber manusia berkualiti; dan (vii) melabur dalam kemudahan asas kemudahan infrastruktur dan utiliti. Sekian, terima kasih.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Peratus yang disebut tadi adalah dari Petronas dan jika Petronas berusaha mencari gali minyak di luar negara, kemungkinan kita akan masih dapat lagi hasil minyak. Apakah strategi kerajaan untuk menggalakkan usaha mencari gali seumpama itu termasuk bagaimanakah potensi kemungkinan ada telaga minyak baru di negara kita.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sebenarnya Petronas adalah penyumbang utama hasil petroleum kepada negara kita dan angka- angka yang saya sebutkan tadi, kebanyakan adalah sumbangan terdiri dari Petronas dan Petronas pada masa sekarang telah pun melabur dalam sektor oil dan gas di 37 negara seluruh dunia dan kegiatan Petronas ini telah pun banyak membawa keuntungan dan pulangan kepada pelaburan kita di negara-negara lain. Ini untuk jangka masa panjang akan menambah lagi pendapatan dan hasil kepada negara kita. Sekian, terima kasih.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan selalu mengaitkan pencapaian dan perkembangan ekonomi di Malaysia selama ini, tiap-tiap tahun ada 5%, 6% perkembangan GDP tetapi adakah ianya benar bahawa ekonomi asas Malaysia sebenarnya telah merosot kerana kalau kita tidak included, tidak memasukkan sumbangan daripada hasil Petronas ekonomi kita sebenarnya akan merosot dan hasil daripada Petronas ini sebenarnya tidak meningkatkan produktiviti di negara kita kerana hasil ini meningkat hanya kerana harga minyak antarabangsa telah meningkat dengan dahsyat sekali dan bukan kerana produktiviti negara kita telah meningkat. Adakah ini menunjukkan ketidakpuasan antara rakyat kita kerana kerajaan kata ekonomi kita adalah amat baik tetapi semua rakyat rasa gaji kita tidak naik dan harga terus naik. Terima kasih.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Sebenarnya angka yang kerajaan bagi berkenaan dengan kadar pertumbuhan dan lain- lain, itu kita tidak boleh tipu. Itu adalah angka yang sebenar dan ia setiap tahun kita menunjukkan pertumbuhan yang begitu memuaskan sekali. Walau bagaimanapun, ekonomi negara kita seperti ekonomi di mana-mana negara bergantung kepada ekonomi dunia dan kalau ekonomi dunia merosot di merata tempat, negara kita juga akan merasa kemerosotan yang sama. Namun apa yang menggalakkan kita adalah pada masa sekarang, sektor perkhidmatan menunjukkan perkembangan yang begitu baik sekali yang menyumbang lebih kurang 52%. GDP negara kita yang ia merangkumi pelancongan, perhotelan, restoran dan sebagainya. Jadi saya juga percaya bahawa kalau kestabilan politik keadaan negara kita itu lebih stabil, ia akan menambah baikkan ekonomi.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Dari ekonomi kepada politik pula.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Memang ekonomi bergantung kepada politik jadi saya percaya oleh kerana itu pada masa sekarang mungkin tidak menentu oleh kerana keyakinan pelabur asing, pelancong dan sebagainya oleh huru-hara yang direka oleh pihak pembangkang.

Er Teck HwaDAP · PRBakri · question

8. Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta Menteri Kesihatan menyatakan berapakah jumlah pesakit yang memerlukan rawatan dialisis di setiap daerah dalam negeri Johor. Berapakah jumlah hospital yang telah menyediakan kemudahan mesin dialisis pada tahun 2006, 2007, 2008. Apakah jenis bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada pesakit.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin AhmadUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Mersing

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2007 jumlah pesakit yang memerlukan rawatan hemodialisis di hospital-hospital negeri Johor berjumlah 102 orang pesakit dan semua hospital-hospital Kementerian Kesihatan yang berjumlah 11 buah hospital di negeri Johor telah pun menyediakan kemudahan tersebut dan untuk terakhir kerajaan memberi bantuan subsidi sebanyak RM50 setiap kali rawatan bagi mereka yang mendapatkan rawatan di luar daripada hospital kerajaan, terima kasih.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah program yang telah dan akan dijalankan oleh kementerian untuk mendidik pesakit-pesakit buah pinggang supaya mendapat rawatan yang betul memandangkan keadaan pesakit buah pinggang kian bertambah adakah kementerian bercadang menyediakan lebih banyak mesin dialisis untuk keperluan ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Kesihatan sentiasa melihat keperluan-keperluan bagi menyediakan perkhidmatan mesin hemodialisis ini dari semasa ke semasa. Memang menjadi hasrat kita untuk menubuhkan setiap hospital ada pusatnya dan sehingga kini ada 122 dan kita akan tambah mengikut keperluan. Untuk soalan tambahan yang kedua, sebenarnya untuk merawat pesakit end- stage kidney failure dengan izin adalah disebabkan oleh dua faktor penyakit. Pertama penyakit darah tinggi dan kedua penyakit kencing manis. Jadi kalau kita hanya merawat mereka di hujung bila mereka sudah kena penyakit tersebut dan tidak boleh digunakan lagi buah pinggang. Maka kita kena hemodialisis tetapi rawatan yang betul ialah kita rawat mereka awal lagi bila mereka kena penyakit kencing manis dan penyakit darah tinggi. Sebab itu kita sudah pun menubuhkan satu unit khas dalam bahagian non-communicable diseases di mana kita tumpukan diseases burden dengan izin di peringkat awal bukan di peringkat akhir. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Jangan ganggu saya! Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, kita dengar tadi dari segi jumlah. Setiap tahun jumlah pesakit yang memerlukan rawatan dialisis ini semakin meningkat. Kempen gaya hidup sihat dan telah pun dilancarkan oleh kerajaan seolah-olah tidak berjaya merubah sikap rakyat ke arah pengamalan gaya hidup yang sihat. Saya nak tahu daripada kementerian, apakah tindakan dan usaha-usaha yang akan dijalankan oleh kerajaan dalam menilai kembali segala program dan juga kaedah yang telah dilancarkan untuk melahirkan masyarakat modal insan yang lebih sihat dan produktif pada masa yang akan datang. Terima kasih.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Orang Johor, jawab Johor.

Terima kasih. Semua keluarga Johor ya, tadi pun Bakri. Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Yang Berhormat Tenggara sebenarnya dia lebih mahir daripada saya. Yang Berhormat Tenggara adalah Exco kesihatan tiga penggal, saya baru penggal kedua. [Ketawa]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Boleh ganti, turunlah.

Yang Berhormat Pokok Sena, tunggu dululah. Selepas 16 September...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Nak bagi Tenggara.

Tapi dia Menteri Alam Sekitar.

Ada adab sikitlah, kata daripada parti Islam, tapi tidak ada adab. [Ketawa] Islam itu kan ada tiga...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tak apa, tak apa Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Janganlah marah.

Jawab dulu Yang Berhormat Menteri.

Tak marah, ini ketawa ni. [Ketawa] Nak katakan bahawa Program Gaya Hidup Sihat yang kita lancarkan sejak tahun 1996, pelbagai program kita buat dan yang terakhir ini “Bagaimana Hendak Menangani Stres?”, itu tidak berjaya saya rasa tidak betul, tidak tepat. Akan tetapi macam biasa bila kita nak ubah tabii yang biasa menjadi tabii luar biasa atau luar tabii, itu susah Tuan Yang di-Pertua. Ia memerlukan iltizam yang kuat, iman yang teguh, baru dapat. Umpamanya, kita semua tahu kita makan di sebelah utara atau sebelah pantai timur, kita makan nasi sampai lima kali sehari. Kalau dulu, dia makan nasi lima kali sehari kerana dia buat bendang, okey lah. Namun kini kerja di pejabat, dia makan tetap lima kali juga sehari dan makan yang begini kalau kita tidak ubah, kita akan jadi rakyat Amerika. Rakyat Amerika 63% daripada penduduk adalah yang besar dan kembang, obes. [Ketawa] Jadi kita kena betulkanlah dan ini memerlukan bukan sahaja Kementerian Kesihatan dan semua masyarakat supaya kita mempunyai iltizam yang betul-betul teguh supaya kita dapat memahami penyakit tersebut. Insya-Allah kalau kita betul- betul serius, kita boleh menangani isu-isu yang berkait rapat dengan gaya hidup kita. Terima kasih.

Siringan bin GubatUPKO · BNRanau · question

9. Datuk Siringan Gubat [Ranau] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan tindakan yang telah diambil tentang permohonan menaik taraf jalan raya dari Kg. Bongkud ke Kg. Langsat memandangkan kepesatan penduduk di kampung-kampung sekitar semakin bertambah.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Pensiangan

Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, sejumlah kurang lebih RM1 bilion diberi oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri untuk membina dan menaik taraf jalan raya luar bandar, melibatkan sejumlah 73 projek dan melibatkan 500.70km. Terima kasih kepada kerajaan. Akan tetapi dalam konteks ini dalam perkara ini, malangnya sehingga kini kementerian belum menerima sebarang permohonan daripada pihak berkuasa Kerajaan Negeri Sabah berhubung dengan cadangan menaik taraf jalan raya dari Kampung Bongkud ke Kampung Langsat. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sebelum Yang Berhormat bertanya, saya berharap jangan introduce istilah loto itu lagi dalam Dewan, Yang Berhormat ya.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Ada jaminan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Saya ingin bertanya apakah jaminan dan tindakan kementerian Yang Berhormat Menteri supaya jalan raya ini akan dilaksanakan sama ada dalam midyear term review ataupun dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini? Sekian.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana saya katakan tadi di dalam kajian penggal kedua ini tidak ada permintaan daripada kerajaan negeri untuk menaik taraf jalan raya berkenaan. Ini bererti terkenalah kepada Ahli Yang Berhormat Ranau tadi untuk mengemukakan, beritahu

kepada kerajaan negeri supaya jalan raya ini dikemukakan kepada kementerian saya. Dari itu, kita boleh mengambil tindakan dengan sewajarnya mungkin di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Untuk memastikan bahawa jalan raya ini dapat dinaiktarafkan, saya alu-alukan Yang Berhormat berjumpa saya di pejabat. Sekian, terima kasih.

Chong Chieng JenDAP · PHStampin · question

10. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah tindakan yang akan diambil atas masalah dua bangunan bilik darjah di SMB Kuching High, Kuching yang telah diiktiraf sebagai “bangunan yang bahaya” dan sama ada tindakan tersebut akan disegerakan oleh kerajaan.

Dato' Razali bin IsmailUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Kuala Terengganu

Tuan Yang di- Pertua, pertamanya saya nak menjelaskan SMB Kuching High, memang betul itu “B” itu maksudnya Sekolah Menengah Bantuan Kuching Tinggi tetapi yang bakunya di Kementerian Pelajaran ialah SMK Kuching. Untuk makluman Yang Berhormat, SMK Kuching High adalah berstatus sekolah bantuan kerajaan. Memandangkan tanah bangunan sekolah bukan milik kerajaan, maka segala perancangan untuk membangun dan membaik pulih bangunan sekolah ini adalah di bawah tanggungan Lembaga Pengurus Sekolah. Ini kerana menurut peraturan tanah, sesebuah bangunan yang dibina di atas tanah hak milik individu atau sesebuah agensi maka bangunan tersebut menjadi hak milik tuan punya tanah tersebut. Maka atas dasar ini, KPM, Kementerian Pelajaran Malaysia tidak memberi peruntukan pembangunan sepenuhnya kepada sekolah bantuan kerajaan kerana bangunan tersebut kepunyaan tuan tanah dan Kementerian Pelajaran tidak ada hak di atas penyelenggaraan bangunan tersebut. Bagaimanapun dari segi peruntukan pengurusan, ia adalah merupakan tanggungjawab Kementerian Pelajaran. Pihak Lembaga Pengurus Sekolah telah memohon membina semula blok makmal sains junior yakni blok kayu. Saya pernah melawat ke sekolah ini dan saya tahu keadaan keuzuran blok kayu yang mengandungi empat makmal sains dengan menggantikan dengan satu blok bangunan tiga tingkat yang mengandungi enam makmal.

Dato' Razali bin IsmailUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Kuala Terengganu

Secara dasarnya, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tiada halangan terhadap permohonan pihak LPS tersebut. Sebelum kerja pembinaan dimulakan, pihak LPS perlu berusaha mendapatkan dana yang mencukupi sekurang-kurangnya 80% daripada kos projek di samping mendapat restu dan kelulusan pihak berkuasa tempatan tentang pembinaan sekolah tersebut. Pihak LPS juga telah mengemukakan permohonan, bantuan modal daripada Jabatan Pelajaran Sarawak bagi menampung kos pembinaan blok bangunan yang diperlukan. Permohonan berkenaan sedang diteliti oleh Jabatan Pelajaran dan akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran untuk pertimbangan yang selanjutnya. Untuk makluman Yang Berhormat juga pada bulan Mac 2008, Sekolah Menengah Kuching High juga telah menerima peruntukan khas sebanyak RM200,000 daripada Unit Penyelenggaraan, Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, ICU JPM.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi mengenai dasar yang dikatakan, dasar kerajaan bahawa hak tanah itu bukan di bawah nama kerajaan. Oleh itu, kerajaan tidak dapat beri bantuan atau tidak dapat beri peruntukan untuk membangunkan bangunan di atas tanah itu. Saya fikir ini adalah satu dasar tidak adil dan apakah kata Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini adalah satu dasar diskriminasi dan kenapa semasa pilihan raya peruntukan akan diberikan kepada sekolah-sekolah SJK(C) atau sekolah bantuan tetapi selepas pilihan raya, secara dasar tidak boleh memberi peruntukan dan di Permatang Pauh, RM1.5 million sudah diberi.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Soalan, soalan.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Bukan. Saya mempersoalkan. Soalan saya adalah saya mempersoalkan dasar kerajaan. Kenapa ada diskriminasi di antara sekolah bantuan atau sekolah kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak ada diskriminasi Yang Berhormat. Jawab menteri.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ada diskriminasi. Soalan saya belum habis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jangan berceramah Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Saya tidak berceramah.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Tidak beri tanah itu adil kah? Tidak beri tanah kepada kerajaan itu adil?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ini kerana jawapan yang diberi itu memang tidak memuaskan. Ini adalah secara polisi diskriminasi Kerajaan Barisan Nasional.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Semasa pilihan raya boleh beri peruntukan. Selepas pilihan raya, tidak boleh kerana tanah itu dimiliki oleh agensi- agensi lain. Soalan saya apakah rasionalnya? Ini kerana, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata 8 Mac 2008 ada peruntukan RM20,000. Itu adalah untuk memancing undi di Bandar Kuching tetapi Barisan Nasional masih kalah.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Memang betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Oleh itu, saya fikir...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat sudahlah Yang Berhormat. Jangan macam ini Yang Berhormat. Dengarlah cakap Yang di-Pertua sedikit. Yang Berhormat ini tunjuk jaguh macam ini, tidak baik.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Itu bukan jaguh.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Bukan jaguh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Buat tanya soalan Yang Berhormat . You tengok pada surat peraturan Yang Berhormat. Saya faham ...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Okey. Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey, tidak payah lagi. Menteri sudah tahu soalan itu. Duduk Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Soalannya, apakah rasionalnya? Itu yang saya hendak minta.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Duduk, duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Cukup Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak payah lagi. Banyak ceramah dah.

Dato’ Razali bin IsmailUMNO · BNKuala Terengganu

Okey, persoalannya apakah rasionalnya. Soalan itu adalah tidak rasional.

Dato’ Razali bin IsmailUMNO · BNKuala Terengganu

Jawapannya, soalan tidak rasional dan dia tidak faham tentang status tanah itu sendiri, Kerajaan sebenarnya tidak pula menyebut

Dato’ Razali bin IsmailUMNO · BNKuala Terengganu

bahawa tidak memberi sebarang bantuan. Itu adalah merupakan suatu statement yang glaring rasional dan tidak betul. Ya, saya kira ini tidak patut dilayani. Sesungguhnya di sini, saya telah sebut bahawa Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan RM100,000 juta untuk membiayai sekolah-sekolah batuan kerajaan. Apakah Yang Berhormat tidak sedar? Memang memberi ini merupakan sifat Kerajaan Barisan Nasional. Sifat Kerajaan Barisan Nasional is a giver. Kita memberi tidak kira di mana tegah. Ini merupakan kuasa yang dimiliki oleh kerajaan yang memerintah. Kemudian satu perkara juga yang perlu difahami di sini untuk membolehkan sekolah ini mendapat bantuan penuh kerajaan. Maka, ia perlukan kepada PA, atau pun power of attorney ataupun surat kuasa yang harus diberikan kepada kementerian untuk menyelenggarakan dari segi pembangunan secara keseluruhannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ini soalan di Bandar Kuching Yang Berhormat. Sekolah SMB Bandar Kuching. Jadi, Yang Berhormat pernah pergi sana tidak untuk soal.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, soalan ini berhubung dengan bangunan yang bahaya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ini spesifik Yang Berhormat. Sekolah Bandar Kuching Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yalah, tetapi berkaitan dengan bangunan yang bahaya Tuan Yang di-Pertua. Izinkan...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tidak berkaitan, tidak berkaitan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya tidak beri Yang Berhormat. Ini Sekolah Bandar Kuching.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tengku Razaleigh bin Mohd. Hamzah (Ku Li)UMNO · BNGua Musang · question

11. Tengku Razaleigh Hamzah [Gua Musang] Minta Perdana Menteri menyatakan oleh kerana kenaikan harga barang-barang perlu membebankan terutama sekali golongan berpendapatan rendah tidak mungkinkah kerajaan berunding semula dengan pemegang konsesi IPP dan lebuh raya untuk meringankan beban kos hidup yang bertambah-tambah sekarang ini.

Tan Sri Amirsham A. AzizMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah dapat menyediakan lebuh raya yang baik, lebuh raya kelas pertama dan juga perkhidmatan elektrik yang baik dan juga kelas pertama. Di samping itu dapat juga mengawal harga tol dan tarif elektrik supaya dapat semua rakyat terutamanya semua rakyat yang berpendapatan rendah menikmati perkhidmatan itu. Kerajaan dari masa ke semasa telah berjaya merundingkan beberapa perjanjian konsesi yang bertujuan untuk menstruktur semula kadar tol termasuk menangguhkan kenaikan kadar tol bagi meringankan beban rakyat,. Berdasarkan penstrukturan kadar tol, beberapa opsyen dapat digunakan untuk mengurangkan kadar tol. Antaranya ialah menggunakan perkongsian hasil tol, memanjangkan tempoh konsesi, memansuhkan pinjaman mudah kerajaan dan sebagainya. Langkah-langkah ini telah berjaya dilaksanakan dalam lebuh raya seperti Lebuh Raya Damansara-Punchong, Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Utara Selatan dan sebagainya. Selain itu, kerajaan juga dari masa ke semasa menggalakkan syarikat konsesi lebuh raya bertol untuk mewujudkan beberapa kadar tol yang berbeza bagi dikenakan kepada pengguna lebuh raya bertol berdasarkan waktu penggunaan lebuh raya berkenaan antaranya kadar tol yang berbeza seperti semasa musim perayaan utama, waktu puncak atau peak period dengan izin, dan tidak puncak dan sebagainya.

Tan Sri Amirsham A. AzizMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Walau bagaimanapun, prinsip perundingan hendaklah berdasarkan kepada terma dan syarat-syarat perjanjian konsesi dan sebarang pertimbangan kerajaan yang hendak dibuat berdasarkan keputusan bersama kerajaan dan syarikat konsesi serta bukan berdasarkan unilateral decision, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memutuskan pada 4 Jun 2008 untuk menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 atau Windfall Profit Levy Act 1998 ke atas IPP sebagai sumbangan mereka terhadap kenaikan kos bahan api untuk mejana tenaga elektrik. Sebagai maklum balas kepada keputusan tersebut, IPP telah mencadangkan alternatif-alternatif lain untuk merunding semula Power Purchase Agreement, PPA. Kerajaan telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan IPP diberikan masa sehingga 30 Jun 2009 untuk memuktamadkan rundingan semula PPA dengan kerajaan. Sekiranya rundingan semula PPA dapat dimuktamadkan, ia akan dapat membantu mengekalkan tarif elektrik kepada pengguna pada kadar yang berpatutan walaupun terdapat peningkatan kos bahan api. Sekian.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Ini memang satu soalan yang baik.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

[Menyampuk]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya saya memang baik kerana kita mahu. Apa masalah Yang Berhormat Padang Rengas sekarang?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat sudah baca soalan tadi Yang Berhormat?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Memang sudah baca. IPP dan sebagainya. [Beberapa ahli ketawa] Soalan yang baik dan jawapan pun ada setengah-setengah itu boleh munasabah jugalah. Walau bagaimanapun, saya nampak Yang Berhormat berkata tadi untuk rundingan dengan IPP ini, secara alternatif untuk pre purchase agreement ini akan tamat pada 30 Jun. Mengapakah tempoh itu begitu panjang kerana masalah kita ini sekarang?. Sampai bulan sembilan hadapan. Sementara itu, apakah jumlah subsidi yang kita bagi kepada IPP sekarang melalui gas dan petrol dan sebagainya? Gaslah terutamanya. dan Yang Berhormat Padang Rengas ini setuju dengan subsidi kepada IPP. Itulah masalah kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat soalan Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Ketawa] Soalan itu, apakah amaun subsidi yang kita ada dan bolehkah rundingan ini dibawa lebih awal lagi? Ini kerana satu jam kemudian banyak berlaku., banyak berlaku dan langkah-langkah diambil oleh pihak kerajaan pun kita tidak nampak sangatlah. Ada satu dua itu nampak kesan tetapi kebanyakannya belum kita dapat lihat kesan lagi.

Terima kasih dengan soalan itu. Pertama saya ingin menjelaskan bahawa walaupun rundingan untuk IPP ini diberi sampai 30 Jun 2009, untuk sementara waktu itu kita telah mengenakan levi windfall tax. Jadi kerajaan telah mula mengutip windfall tax untuk dapat kita meringankan lagi beban rakyat. Bagi soalan tambahan yang kedua ialah berkenaan dengan subsidi IPP.iaitu Berkenaan dengan harga gas. Harga gas yang diberi oleh Petronas untuk IPP adalah pass through. Maksudnya tidaklah subsidi untuk IPP Construction Holder, ia ialah subsidi untuk rakyat seterusnya. Jadi maksudnya, dari tahun 1997 hingga Mac 2008 ini, jumlah subsidi yang Petronas telah beri untuk gas yang digunakan bagi sektor elektrik ialah RM62.6 bilion. Akan tetapi RM62.6 bilion ini adalah terus diberi kepada Tenaga Nasional Berhad dan terus diberi kepada rakyat menerusi takrif yang rendah. Jadi tidaklah subsidi yang diberikan kepada penjana elektrik.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, IPP ini kalau di baca daripada laporan prestasi kewangan mereka telah menunjukkan mereka untung besar. Sangat besar dan sehinggakan daripada IPP inilah membolehkan mereka menjadi gergasi dalam dunia perniagaan.

Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. IPP-IPP ini sama ada mereka telah pun memperoleh pelaburan yang mereka laburkan dan sudah berapa banyak untung yang telah mereka peroleh supaya kita mendapat gambaran yang jelas apabila power purchase in agreement ini disemak semula, ia menunjukkan bahawa kita tidaklah bertujuan untuk menganiaya IPP tetapi sudah mengetahui dengan pasti mereka telah memperoleh pelaburan mereka kembali dengan keuntungan yang munasabah. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Dari segi keuntungan IPP, saya tidak ada dia punya angka-angka. Akan tetapi kalau memang anggapan kita pun waktu kita mengenakan windfall profit tax ini ialah untuk mendapatkan kembali keuntungan-keuntungan yang berlebihan dari pihak-pihak IPP, supaya dapat kerajaan menggunakan wang yang dikutip daripada windfall tax ini untuk diberikan kepada rakyat dengan cara takrif yang rendah untuk

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Takrif tidak turun pun.

Takrif yang diberi untuk rakyat memang adalah takrif yang rendah. Dari segi 70% daripada pengguna-pengguna elektrik yang menggunakan kurang daripada 200 kilo hour untuk sebulan. Waktu Jun dulu kita tidak naikkan harga takrif itu.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Windfall tax lepas takrif naik.

Jadi, subsidi perundingan semula ini yang dicadangkan ialah juga untuk mendapatkan jangka masa panjang supaya dapat kita menyempurnakan harga yang baik untuk pengguna-pengguna. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Dewan Rakyat,. Kita harus juga menghormati perjanjian yang telah ditandatangani oleh pihak kerajaan dengan pihak IPP dan juga pihak Tenaga Nasional Berhad sewaktu IPP dijalankan dulu. Kita tidak bolehlah sewenang-wenangnya membuat unilateral election...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Menteri janji dengan rakyat. [Soalan No.12- Y.B. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)tidak hadir]

Salleh KalbiUMNO · BNSilam · question

13. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah usaha-usaha pihak kementerian untuk menjadikan Lahad Datu sebagai ‘a future shipping hub for vegetable oils’ di bawah Projek Kelompok Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) yang merupakan ‘cluster’ kelapa sawit yang pertama di Asia, demi membangunkan Daerah Lahad Datu menjadi ‘Rotterdam of the East’.

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Beaufort

Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklum Dewan yang mulia ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia ketika ini tidak mempunyai rancangan untuk menjadikan Lahad Datu sebagai shipping hub di bawah Projek Kelompok Perindustrian Kelapa Sawit ataupun (POIC). Sekian.

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, tidak adakah perancangan kerajaan kalaupun jawapan tadi iaitu secara drastik? Ini adalah sebab kita melihat Pelabuhan Lahad Datu adalah salah satu pelabuhan yang dalam di negeri Sabah. Jadi tidak adakah rancangan pihak kementerian untuk mempertimbangkan supaya Pelabuhan Lahad Datu dan termasuk Kudat juga dalam kawasan Parlimen Silam untuk dijadikan sesuatu yang saya sebutkan sebagai ‘Rotterdam of the East’? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang saya jawab tadi bahawa Kementerian Pengangkutan ataupun Kerajaan Persekutuan belum mempunyai rancangan untuk berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, oleh kerana Pelabuhan Lahad Datu ini adalah di bawah bidang kerajaan negeri dan jika

sekiranya kerajaan negeri ingin membesarkan atau membina pelabuhan yang baru, terpulang kepada kerajaan negeri. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, walaupun kementerian ataupun Kerajaan Persekutuan tidak terlibat secara langsung, tetapi dalam Projek POIC ini, Kerajaan Persekutuan telah terlibat untuk memberikan geran sebanyak RM153 juta kepada Projek POIC. Itulah sebahagian daripada sumbangan yang dihulurkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membiayai sebahagian besar Projek-projek POIC terutama sekali untuk membina prasarana jalan raya, air, elektrik dan sebagainya. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri mengenai dengan masa depan POIC di Lahad Datu. Oleh kerana begitu besar pelaburan yang telah dibelanjakan bagi projek ini, memandangkan keadaan harga minyak mentah kelapa sawit begitu melambung dan masa depan projek bio diesel yang bakal diletakkan di POIC ini tidak begitu menjaminkan. Adakah kerajaan meneruskan pembangunan POIC di Lahad Datu? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat dari Tuaran. Sebenarnya POIC ini adalah di bawah kerajaan negeri, iaitu di bawah anak syarikat kerajaan negeri. Dan pada masa kini ada dua syarikat telah pun membangunkan bio-diesel dan dijangka pengeluaran bio-diesel ini apabila siap nanti, kilang dia sudah siap ialah sebanyak 250,000 tan setahun. Sama ada projek ini maju atau tidak, saya tidak mempunyai data, kerana ianya di bidang kerajaan negeri, tidak ada kena-mengena dengan Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun sebagai negeri yang diterajui oleh Barisan Nasional, Kerajaan Persekutuan dapat membantu seperti mana yang saya umumkan sebanyak RM153 juta untuk menguruskan dan membekalkan perkara-perkara yang perlu dibekalkan di kawasan POIC. Terima kasih.

Tan Seng GiawDAP · PRKepong · question

14. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Menteri Kewangan menyatakan bukti yang mendorong sektor perkhidmatan mencapai pertumbuhan 8.5% setahun termasuk prestasi subsektornya perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoran. Setakat manakah kesulitan ekonomi dunia menjejaskan sektor ini.

Dato' Kong Cho HaMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Lumut

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat pertumbuhan ekonomi negara telah dipacu oleh perkembangan kukuh dalam semua sektor ekonomi yang diterajui oleh sektor perkhidmatan. Sektor perkhidmatan telah berkembang dengan pesat sebanyak 8.5% setahun dalam tempoh 2006-2007. Sektor ini juga merupakan penyumbang terbesar kepada GDP negara dengan jumlah peratus sumbangan sebanyak 52.8% setahun dalam tempoh yang sama. Perkembangan ini mencerminkan anjakan secara beransur struktur ekonomi negara yang berasaskan pembuatan kepada perkhidmatan. Penubuhan sektor perkhidmatan yang memberangsangkan ini didorong oleh subsektor perdagangan borong dan runcit yang berkembang 9.8% setahun. Manakala subsektor penginapan dan restoran tumbuh 8.4% setahun disokong terutamanya oleh pertumbuhan pesat dalam industri pelancongan. Subsektor lain yang turut menyumbang kepada perkembangan sektor perkhidmatan adalah subsektor kewangan dan insurans yang berkembang 8.4% setahun. Manakala subsektor harta tanah dan perkhidmatan perniagaan pula meningkat 14.2% setahun. Prestasi subsektor perdagangan borong dan runcit serta penginapan dan restoran yang menggalakkan ini adalah selaras dengan perbelanjaan penggunaan swasta yang teguh disokong oleh pendapatan boleh guna yang lebih tinggi, kecergasan aktiviti perdagangan runcit dan peningkatan jumlah ketibaan pelancong seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2007. Pada tahun 2007 jumlah ketibaan pelancong meningkat 19.5% kepada 20.9 juta pelancong dengan jumlah pendapatan sebanyak RM46.1 bilion ringgit. Jumlah pendapatan yang tinggi ini diperoleh hasil daripada perbelanjaan pelancong asing bagi aktiviti membeli belah yang meningkat 31.5% kepada RM12.3 bilion. Manakala perbelanjaan bagi penginapan pula melonjak 10.9% kepada RM14.2 bilion.

Dato' Kong Cho HaMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Lumut

Kerancakan aktiviti runcit juga didorong oleh perbelanjaan pengguna tempatan yang lebih tinggi disokong oleh prospek pekerjaan dan pendapatan yang stabil serta kedudukan kredit pengguna yang menggalakkan. Nilai jualan serta perdagangan borong mencatatkan peningkatan sebanyak 14.9% kepada RM161 bilion pada tahun 2007 berbanding RM140.1 bilion yang dicatatkan pada tahun 2006. Bagi tempoh yang sama juga nilai jualan sektor runcit meningkat 33.7% kepada RM95.8 bilion berbanding dengan RM71.7 bilion diperolehi pada tahun 2006. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat meskipun ekonomi tempatan berhadapan dengan persekitaran luar yang mencabar seperti kelembapan ekonomi Amerika Syarikat berikutan krisis sub prima, harga komoditi global yang terus meningkat dan ketidakpastian yang berterusan dalam pasaran kewangan global. Pada suku pertama tahun 2008 sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan sebanyak 8%. Namun begitu sebagai sebuah negara perdagangan yang terbuka persekitaran luar yang tidak menentu pasti memberi kesan kepada sektor perkhidmatan. Walau bagaimanapun kesan ini dijangka minimum berikutan kepelbagaian asas ekonomi yang menjadikan negara mampu berhadapan dengan ketidaktentuan yang ada sekarang. Meskipun sentimen pengguna dan perniagaan terjejas sedikit pada tahun 2008 penggunaan swasta masih teguh disokong oleh peningkatan pendapatan, kakitangan awam, bayaran rebat, subsidi, pasaran kerja yang kukuh, harga komoditi yang tinggi dan tahap pelaburan domestik dan asing yang menggalakkan. Bagi keseluruhan tahun 2008 momentum pertumbuhan sektor perkhidmatan dianggap masih kukuh dan disokong oleh penggunaan swasta dan aktiviti berkaitan perdagangan serta pelancongan. Sekian, terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan. Walaupun jawapan itu begitu panjang lebar kita nampak usaha-usaha misalnya untuk pelancongan dan sebagainya walaupun disebutkan RM46.1 bilion pendapatan untuk 2007 Tahun Melawat Malaysia. Saya nampak usaha itu mesti dipertingkatkan lagi tidak mencukupi - memang tidak mencukupi. Walau bagaimanapun adakah Yang Berhormat sedar bahawa bila kita pergi berjumpa para peruncit, para pemborong kita nampak mereka bagi tahu saya kekurangan perniagaan itu 50% sampai 70%. Dan kalau yang dikatakan sekarang masih suku yang pertama tahun ini, iaitu bidang borong dan runcit itu masih 8% pertumbuhan. Saya pun hairan juga. Kalau macam itu apakah sebenarnya yang berlaku dan bolehkah Yang Berhormat bagi kita tahu suku yang kedua bagi nilai borong dan nilai runcit sekarang, dan adakah sektor perkhidmatan ini akan kekal pada 8.5% tahun ini dan juga memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi pada keseluruhannya dianggarkan masih 6%? Memang saya nampak masih tinggi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat sudah panjang banyak soalan. Cukup Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Satu soalan sambungan sahaja itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tiga soalan sambungan Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Memang ekonomi yang dijanakan oleh pelancong ini memang adalah penting dan kita sudah pun ada banyak langkah untuk menggalakkan kedatangan pelancong ke negara kita untuk melancong, untuk membeli-belah dan sebagainya. Jadi untuk sektor pelancongan kalau kita membandingkan angka dari tahun 2006 dan 2007 untuk penginapan sahaja, untuk tahun 2006 adalah 20% dan untuk tahun 2007 lebih kurang 11%. Dan angka membeli- belah pertumbuhannya ialah untuk tahun 2006 adalah 40% peningkatan dan untuk tahun 2007 peningkatannya adalah 31.5%. Dan untuk sektor-sektor yang melibatkan pelancong juga seperti makanan, minuman, pengangkutan domestik, hiburan, penerbangan domestik dan sebagainya.

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

Semua ini menunjukkan perkembangan yang amat memuaskan khasnya pada tahun 2007 bila kita mengadakan Tahun Melawat Malaysia tetapi untuk suku tahun pertama memang apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat, perkembangan itu masih

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

menggalakkan tetapi untuk suku tahun yang kedua, mungkin ada kelembapan. Ini juga disebabkan oleh rising cost yang diakibatkan oleh peningkatan kos minyak dan sebagainya tetapi untuk angka suku tahun yang kedua, saya memang belum ada angka yang tertentu lagi. Sekian, terima kasih.

Ong Ka TingMCA · BNKulai · question

15. Dato' Seri Ong Ka Ting [Kulai] minta Perdana Menteri menyatakan:- (a) jumlah dan peratus Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia mengikut etnik dan gred pangkat daripada tahun 2007 hingga Jun 2008; dan (b) jumlah orang awam yang memohon jawatan perkhidmatan awam dan peratus kejayaannya mengikut etnik daripada tahun 2007 hingga Jun 2008.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, jumlah pegawai dalam Perkhidmatan Awam yang tidak termasuk tentera dan polis pada Jun 2008 adalah seramai 865,257 pegawai. Daripada jumlah tersebut, 88.1% adalah bumiputera, 7.2% Cina, 4.2% India dan 0.4% kaum- kaum lain. Kaum-kaum lain ini macam Portugis, Siam. Peratus pegawai perkhidmatan awam mengikut gred kenaikan pangkat atau Kumpulan Perkhidmatan menunjukkan 0.3% dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, 25.8% Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau singkatannya P&P dan 73.9% dalam Kumpulan Sokongan. Daripada jumlah ini, pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut; Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan Tertinggi: | Kaum |Jumlah (%)| |---------|---------:| |Melayu | 83.0| |Cina | 9.7| |India | 6.4| |Lain-lain| 0.9|<END_TABLE_MARKER> Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P): | Kaum |Jumlah (%)| |---------|---------:| |Melayu | 83.8| |Cina | 10.8| |India | 5.0| |Lain-lain| 0.4|<END_TABLE_MARKER> Kumpulan Sokongan: | Kaum |Jumlah (%)| |---------|---------:| |Melayu | 89.7| |Cina | 6.0| |India | 3.9| |Lain-lain| 0.4|<END_TABLE_MARKER>

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Bagi soalan (b), jumlah permohonan yang diterima bagi tahun 2007 adalah sebanyak 760,840 dan daripada jumlah ini, 5% calon kaum Melayu, 10.3% calon kaum Cina dan 6.4% calon kaum India yang telah dilantik. Manakala bagi tempoh Januari hingga Jun 2008, jumlah permohonan adalah sebanyak 797,973 dan daripada jumlah tersebut yang telah dilantik ialah; | Kaum |Jumlah (%)| |------|---------:| |Melayu| 3.1| |Cina | 6.4| |India | 5.3|<END_TABLE_MARKER>

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab untuk pagi ini kita habiskan. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2008 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dipertimbangkan dalam

Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis .“25 Ogos 2008] Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Minta Yang Berhormat Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti menjawab Fasal 12 (Pindaan).

Datuk Peter Chin Fah KuiSUPP · BNMenteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi · Miri

Tuan Pengerusi, saya ingin sebut di sini tentang apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat dari Wangsa Maju. Pindaan ini tidak kait mengait dengan peranan ahli-ahli anggota lembaga. Walaupun antara seseorang anggota lembaga itu adalah wakil daripada pengilang. Ini bukan bermaksud pihak pengilang, semua pengilang atau mana-mana pengilang akan diberi perlindungan di bawah seksyen atau fasal 12 itu. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Jikalau seseorang pengilang dilantik sebagai seorang ahli lembaga, itu bermakna beliau daripada peranan ahli lembaga itu tidak boleh didakwa atau disaman atas apa-apa yang wakil itu buat sebagai ahli lembaga. Bukan daripada segi peranannya sebagai pengilang. Sebagai pengilang, beliau boleh disaman atau didakwa oleh mana-mana pihak dan itu sajalah yang saya nak jawab tentang apa yang dihuraikan oleh Ahli Yang Berhormat dari Wangsa Maju.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat ...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi, boleh ke saya meminta penjelasan?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Menteri dah jawab Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sudah jawab?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dah jawab dah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Menteri dah habis jawab Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan dalam kertas pindaan hendaklah dipersetujukan. Pindaan dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan. Diputuskan, Fasal 12 Rang Undang-undang dipinda dengan memotong perkataan “keabaian, keingkaran”. Fasal 12 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2008 Jawatankuasa — Fasal 13 – Pindaan:Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Pengerusi, seperti yang tertera dalam notis, saya ingin memohon mencadangkan pindaan terhadap fasal 13 iaitu baris 7 selepas perkataan, ‘olehnya’ untuk memotong perkataan-perkataan, ‘dengan suci hati sahaja’. Ini bermakna baris 7 itu akan berbunyi dan saya baca ‘Dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang ...’ Tuan Pengerusi, pindaan ini hanya terlibat dengan versi bahasa Malaysia manakala tidak ada apa-apa pindaan bagi versi bahasa Inggeris. Pindaan ini akan mengelakkan apa jua yang dianggap sebagai percanggahan jika pindaan ini tidak diadakan terhadap fasal 13 dalam versi bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun, versi bahasa Inggeris adalah betul dan tidak perlu ada apa-apa pindaan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. Pindaan dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan. Diputuskan, Dalam teks bahasa kebangsaan, fasal 13 Rang undang-undang dipinda dengan memotong perkataan ‘dengan suci hati’. Fasal 13 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Fasal-fasal 14 hingga 25 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2008 Jawatankuasa — Fasal 26 – Pindaan:Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi,seperti yang tertera dalam notis, saya ingin memohon mencadangkan pindaan terhadap fasal 26(3) iaitu untuk memasukkan selepas perenggan (b), satu perenggan baru selepas perenggan (c) dan perenggan baru ini adalah seperti yang tertera dalam notis dan izinkan saya membacanya “Iaitu untuk membiayai apa-apa aktiviti yang berhubung dengan kawalan tembakau”.

Tuan Pengerusi, pindaan ini adalah perlu untuk mencerminkan usaha-usaha kerajaan untuk menyokong FCTC. Pindaan ini bermakna Kumpulan Wang Ses itu boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kawalan tembakau. Sekian.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera dalam kertas pindaan telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. Sila, Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pindaan ini saya rasa kalaulah diluluskan Tuan Pengerusi, ini akan bercanggah dengan peranan Kementerian Kesihatan. Pada masa sekarang semua artikel di bawah WHO Framework Convention on Tobacco Control adalah diletakkan di bawah Kementerian Kesihatan. Kita mesti faham bahawa Framework Convention on Tobacco Control ini untuk suppress dengan izin industri tembakau. Saya rasa lebih tepat kita meletakkan pelaksanaan Framework Convention on Tobacco Control ini di bawah Kementerian Kesihatan. Oleh kerana Kementerian Kesihatan lebih arif dalam soal kesihatan. Selalunya kita nampak beberapa kempen yang dilancarkan terhadap anti-smoking dengan izin dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan, seperti yang saya katakan tadi. Kementerian Kesihatanlah yang tepat sekali menjaga kesihatan negara, bukannya di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri. Sekarang ini kalaulah kita ada pindaan ini, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, siapakah yang akan mengawal mengenai tobacco control ini di Framework Convention on Tobacco Control? Sedangkan dalam lembaga itu ada seorang representative daripada industri tobacco. Saya memang boleh kata dengan terus terang di sini, representative industri tembakau ini dalam lembaga ini, memang tidak akan menjaga kesihatan, oleh kerana kepentingan mereka adalah untuk menggalakkan aktiviti dan juga produk tembakau. So, kalau kita ada pindaan ini pula, sekarang ini kita ada pindaan ini, mereka hendak menjaga aktiviti tembakau. Saya rasa tidak mungkin. Industri tembakau memang dia akan menggalakkan produk-produk tembakau. Apa yang kita boleh nampak malam-malam ataupun petang pergi ke kedai kopi untuk promote industri tembakau ini, untuk promote produk-produk tembakau. Jadi saya rasa, saya tidak fahamlah dengan kementerian ini. Kenapakah terus hendak jaga industri tembakau? Akta Kenaf ini untuk gantian tanaman tembakau. Kita nampak ini satu fasal, demi satu fasal untuk jaga kepentingan industri tembakau. Apabila kita tengok di sini 26(3)(b) to finance research and development on tobacco. Sedangkan kita hendak ada satu tanaman gantian tembakau. Di sini kita hendak galakkan, kita hendak finance research development atas tobacco dan sekarang ini kita hendak buat kawalan pula. Saya rasa ini akan bercanggah. Saya harap Yang Berhormat Menteri silalah tengok dalam...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Minta penjelasan Yang Berhormat. Bersetujukah atau tidak dengan pandangan saya bahawa kerajaan tetap juga seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri bahawa, kerajaan tidak akan menghapuskan industri tembakau ini. Walaupun kenaf sebagai cadangan tanaman gantian, ini sudah pun menunjukkan berlakunya percanggahan contradict antara hasrat untuk membasmikan ataupun mengurangkan penggunaan tembakau. Akan tetapi dalam masa yang sama juga, saya ingat kerajaan hendak mengambil kesempatan daripada industri tembakau ini supaya kerajaan boleh memungut cukai daripada industri tembakau ini. Sebab industri tembakau ini akan melahirkan khususnya perokok-perokok. Perokok-perokok ini bila sampai kepada hard core penagih, dia sukar untuk berhenti. Apabila dia sukar untuk berhenti, mungkin dalam bajet akan datang ini kerajaan akan menaikkan cukai...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...cukai rokok. Penagih ini, oleh kerana dia hendak hisap rokok, dia kena hisap juga. Jadi kerajaan akan dapat duit, bukan berhasrat untuk mengurangkan penggunaan rokok itu sendiri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Wangsa Maju, kita dalam peringkat Jawatankuasa, perkara-perkara yang telah Yang Berhormat bangkitkan dalam perbahasan dalam peringkat dasar telah pun dijawab oleh kementerian. Saya lebih suka Yang Berhormat tumpukan kepada pindaan 26 sahaja.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya faham. Tuan Pengerusi, kerana Yang Berhormat Menteri hendak buat satu pindaan, so sekarang ini kita berbahas dengan pindaan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak payah. Khusus untuk 26 Yang Berhormat. Jadi cadangan Yang Berhormat untuk mengkaji semula seksyen 26, yang itu mesejnya kan?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya, sebab itu...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Itu yang disampaikan kepada menteri.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Itu yang saya hendak sampaikan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak payah hendak berbalik kepada perbahasan dasar...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kita kena beri alasan. Bukannya kita hendak elaborate. Tuan Pengerusi mesti faham, kita kena elaborate. Kita kena beri alasan. Kita tidak boleh kata kita menentang itu sahaja. Itu tidak bertanggungjawab. Saya rasa Menteri Dalam Negeri pun....

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, elaboration Yang Berhormat pun telah dijawab oleh menteri...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Belum jawab...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

..ketika menggulung peringkat dasar Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Bukan peringkat dasar. Kita hendak...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak Yang Berhormat...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

... kita hendak sedikit penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Butiran, elaboration Yang Berhormat ini telah pun Yang Berhormat kemukakan ketika berbahas di peringkat dasar dan telah pun dijawab oleh menteri ketika menggulung pada peringkat dasar Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya, sekarang ini Yang Berhormat Menteri membuat satu pindaan. So sekarang ini kita berbahas atas pindaan ini dari segi apa yang kita menentang dan apa yang kita tidak bersetuju. Kita tidak boleh kata di sini kerana kita tidak bersetuju. Kita mesti beri alasan kenapa kita tidak bersetuju dengan pindaan yang baru ini. Di mana kementerian hendak mengambil alih kedudukan dan juga kuasa-kuasa daripada Kementerian Kesihatan, itu yang penting. Kita tidak bersetuju atas alasan itu di mana kementerian ini yang tidak menjaga kesihatan negara kita akan mengambil alih kuasa-kuasa dan peranan Kementerian Kesihatan [Disampuk] Ini perokok-perokok ini semua ini, hendak hisap rokok sahaja. Dia hendak hisap rokok, tidak apalah Yang Berhormat Batu Pahat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskanlah Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

So, saya rasa Tuan Pengerusi, mengelirukan Dewan ini apabila Tuan Pengerusi mengatakan kita tidak boleh cakap berkenaan dengan perkara ini. Apa yang saya sebut...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, jangan cakap mengelirukan Dewan. That’s an accusation tau. Saya cuma perjelaskan perkara- perkara Yang Berhormat hendak kemukakan semula telah pun Yang Berhormat bawa ketika berucap satu jam lebih pada peringkat dasar dan telah pun dijawab oleh menteri. Soalnya sama ada Yang Berhormat hendak terima alasan menteri itu soal lain, tetapi jangan menuduh saya pesongkan Dewan, Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tidak, tidak saya cuma kata kelirukan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Itu isu yang berbeza. Pesongkan Dewan, satu isu yang berbeza.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya kata mengelirukan kerana di sini kita berbahas...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya tidak mahu berbahas dengan Yang Berhormat. Saya cuma menjalankan tugas saya seperti yang dikehendaki dalam peraturan mesyuarat. Okey Yang Berhormat?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menegaskan di sini bahawa kita bertanggungjawab, bila kita menentang, kita berbahas, kita kena beritahu Yang Berhormat Menteri bahawa kenapakah kita menentang ataupun kenapakah kita buat cadangan. Kita tidak boleh duduk di sini kata kita menentang sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

I’ve allowed you to speak on that.

Tu n Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Oh thank you.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya telah pun beri kamu kebebasan. Yang Berhormat telah pun katakan bahawa ini bertentang dengan akta kesihatan, kempen merokok dan sebagainya, telah pun kamu bahaskan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya minta Yang Berhormat Menteri beri penjelasan di sini dan keadaan yang sedemikian, bagaimanakah kedudukan Kementerian Kesihatan dalam perkara ini. Sama ada sekarang ini Kementerian Kesihatan telah tidak bertanggungjawab mengenai dengan fasal-fasal ataupun artikel di bawah FCTC ini. Sekarang artikel ini telah diambil alih, peranan ini telah diambil alih oleh kementerian Yang Berhormat Menteri. Kalau kementerian ini telah mengambil alih peranan mengenai dengan FCTC ini, saya rasa saya boleh cakap di sini dengan jelas bahawa FCTC ini sudah jadi satu dokumen yang tidak guna lagi oleh sebab saya percayai bahawa lembaga ini tidak akan menjaga kesihatan negara kerana mereka ada salah seorang dari industri tembakau. Saya harap Yang Berhormat Menteri mengkaji, berfikir baik-baik mengenai perkara ini kerana ini satu yang amat serius dan janganlah mengambil alih peranan dan kuasa ini daripada Kementerian Kesihatan. Kalau kementerian Yang Berhormat mengambil alih kuasa ini, saya rasa kedudukan negara Malaysia di antarabangsa akan terjejas. Saya rasa NGO-NGO antarabangsa akan ambil tindakan dan mencemarkan nama Malaysia terhadap tobacco control. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasihlah Yang Berhormat kerana saya pun perhatikan Yang Berhormat memang prihatin tentang FCTC in. Saya sudah sebut dalam huraian saya tadi iaitu seksyen 26(3)(c) yang saya hendak tambahkan itu ialah untuk menyokong FCTC dan bukan hendak bercanggah dengan FCTC. Ini bermakna melalui Artikel 26, FCTC di mana dia sebut financing. Seksyen yang baru ini mempunyai peruntukan di mana kumpulan wang ses itu boleh dikeluarkan untuk menyokong FCTC untuk membiayai aktiviti di bawah FCTC. Itu sekali gus menunjukkan bahawa akta ini tidak bercanggah atau tidak mengambil alih apa sahaja aktiviti yang dikendalikan FCTC. Itulah jawapan saya dan apa sebabnya Yang Berhormat ini tidak faham?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya hendak minta tanya Yang Berhormat Menteri di mana Yang Berhormat Menteri mengatakan wang ses ini digunakan untuk melaksanakan artikel-artikel di bawah FCTC sama ada wang ses ini akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan. So, kalaulah wang ses ini akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan, Yang Berhormat mesti buat satu kajian yang baik, yang tepat dalam akta ini untuk mengeluarkan bahawa wang ses ini akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan dan juga mesti juga masuk dalam akta ini bahawa semua pelaksanaan dan peranan mengenai dengan FCTC akan dijalankan ataupun di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan. Kalau ada fasal sedemikian dalam rang undang-undang ini memang baik. Kita bukannya menentang Rang Undang-undang Kenaf ini, kita semua setuju. Cumanya, kita menentang fasal-fasal yang menggalakkan produk tobacco iaitu rokok. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat, pendek katalah, kita akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan. Peruntukan dalam akta ini kita sebut,

wang itu akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan, tidak perlu begitu. Hanya kita katakan kumpulan wang ses ini salah satu kegunaan wang itu adalah untuk menyokong ini, tobacco control, kawalan tembakau. Dia punya perkataan pun sama Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat, mana sama?

Sebab itulah saya sebut jangan khuatirlah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasihlah Yang Berhormat Menteri. Memang kita khuatir oleh sebab tidak ada perkataan yang sedemikian dalam rang undang-undang ini. Bila dia tidak ada, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat atau perjanjian Yang Berhormat di sini, boleh kata satu omong kosong kerana bila undang-undang ini diluluskan di sini, kalaulah wang ses ini tidak disalurkan kepada Kementerian Kesihatan, Kementerian Kesihatan tidak boleh buat apa-apa, rakyat Malaysia pun tidak boleh buat apa-apa oleh sebab tiada peruntukan sedemikian dalam rang undang-undang ini. Kalaulah kementerian memang serius dan juga menjunjung kepada FCTC ini, memang kementerian mesti taruk, buat pindaan dalam akta ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Itu yang penting saya harap Yang Berhormat Menteri boleh beri penjelasan yang tepat bagaimanakah saluran kalaulah hendak beri kepada Kementerian Kesihatan mengenai dengan wang ses ini, bagaimana saluran ini akan dilaksanakan? Ini penting, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Jawablah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan di atas dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Fasal 26 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Datuk Ronald KiandeeBERSATU · PNFasal 27 hingga 106 - Tuan Pengerusi · Beluran

Ya, silakan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Pengerusi memberikan saya peluang untuk berbahas. Saya ingin merujuk kepada fasal 39. Di sini juga saya harap Yang Berhormat Menteri boleh mengambil perhatian dalam perkara ini di mana licensing, approval dan certificate of authorization. 39(1)(h) - manufacture tobacco or tobacco product. Ini juga tidak tepat, ini juga bercanggah dengan prinsip-prinsip di bawah FCTC. Itu juga, manufacture tobacco, tobacco product, sedangkan dalam kenaf ini kita hendak buat satu gantian tanaman. Jadi sekarang hendak buat lesen, jadinya kementerian ini menyokong untuk manufacture dan juga tobacco product. Di sini juga...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju, perbahasan pada peringkat jawatankuasa, dia padat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya faham.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tunggu Yang Berhormat. Yang Berhormat ini berucap seolah-olah Yang Berhormat ingin 39(1)(h) ini ditiadakan dalam rang undang-undang. Kalau itu niat dan hajat Yang Berhormat, Yang Berhormat harus kemukakan melalui usul sebelum pada peringkat yang kita bincangkan sekarang ini.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

No, sekarang ini saya hendak beri penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kita ada peraturan. Kalau Yang Berhormat hendak ditiadakan peraturan ini, Yang Berhormat harus kemukakan dalam bentuk usul sebelum perbahasan Dewan. Usul Yang

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Berhormat itu akan kita circular kan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk dibahaskan, itu prosedur Yang Berhormat. Jangan pada peringkat ini, seolah-olah Yang Berhormat berucap hendak ditiadakan seksyen ini.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

No, saya...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ini bukan perbahasan pada peringkat jawatankuasa. That part you have to understand Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

No!

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Okey.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya hendak minta penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya! Jangan...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya hendak minta penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, jangan berucap seolah-olah Yang Berhormat hendak mencadangkan sekarang untuk membina usul ini.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Straight to the point. You can talk. Yang Berhormat, boleh berbahas tetapi jangan hajat Yang Berhormat itu...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Wangsa Maju tak faham peraturan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Jangan hajat Yang Berhormat itu hendak tiadakan seksyen in pada peringkat ini.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi di sini atau di sana, Yang Berhormat Batu Pahat?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tak payah layan dia Yang Berhormat. Kita sedang bercakap.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

No! Sebab dia kacau. Saya ingat Tuan Pengerusi di sini pula.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

I’m not taking issue. Yang Berhormat saya tidak ada apa-apa against Yang Berhormat tetapi saya cuma duduk sini untuk melicinkan perjalanan mesyuarat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya, saya faham.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Okey.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya faham Tuan Pengerusi. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai dengan fasal ini. Fasal 39 (h) – Manufacture tobacco or tobacco product ini. Apakah ini makna? So, kita mesti dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sebelum kita hendak menyokong, Tuan Pengerusi. Bukan saya hendak cakap soal dasar Tuan Pengerusi. Oleh kerana, saya kena beri latar belakang bahawa FCTC kita hendak hapuskan tobacco industries ataupun to separate dengan izin tobacco industry. Itu saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, cukup Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Apa itu makna manufacture tobacco ataupun tobacco product dan (j) – distribute tobacco or tobacco product. Kalau kita tengok maknanya, tobacco product di (h), tobacco product dan juga (j) – tobacco product, ini bermakna “tobacco product” means any cigarette or cigar or any other form of products originated from tobacco including any mixture containing tobacco which is designed for human consumption but excludes any medicinal product controlled under the Poisons Act 1952 [Act 366] or the Control of Drugs and Cosmetics Regulations 1984. So, tobacco product ini not for medicine value. Itu yang saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Okey, cukup. Ya, cukup Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Nantilah Tuan Pengerusi. Sebab fasal ini sampai 100 ini. Ini ada banyak lagi dan Fasal 69, saya tak fahamlah Tuan Pengerusi, kalau kita hendak street to the true ini kalau hendak, saya tahu Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Menteri boleh pergi Permatang Pauh dulu.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

...Dia hendak pergi Permatang Pauh. Ya.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

[Menyampuk]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat, itu, itu. Tengok! Yang Berhormat Menteri dia tak boleh tahan. Sebab dia nanti hendak DNA, DNA, DNA sahaja. Nantilah Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bawa tilam mari sini.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yang Berhormat, Yang Berhormat cakap sengaja untuk buang masa bukan menggunakan masa dengan baik. [Ketawa]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Itu sangkaan jahat.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Bukan sangkaan jahat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi, Standing Order 36(6). Itu sangat...

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yang Berhormat cakap dengan DNA itu dengan niat jahat juga. [Ketawa]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Ketawa]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Wangsa Maju memang niat jahat.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Dia niat jahat sentiasa.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, ringkaskan Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ringkaskanlah Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Batu Pahat hendak kacau. Hendak habiskan masa Dewan sahaja Yang Berhormat Batu Pahat ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia juga hendak Yang Berhormat ringkaskan itu. Ringkaskan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tak! Dia selalu hendak...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

TV keluarlah. [Ketawa]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Dia nak buat perlahan...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia pergi Permatang Pauh.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri pun sudah marah. Nanti awak keluar Dewan, Yang Berhormat Batu Pahat mesti kena punya. So, dia kacau saya, saya lupa habis dah. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Fasal 69 (b). Di sini saya memetik 69 (1)(b) – The Director General may ataupun any time direct that any kenaf, kenaf product, tobacco or tobacco product seized under this Act be sold and the proceeds of the sale be held while waiting for the result of any prosecution under this Act where; (a) the kenaf, kenaf product. Tobacco or tobacco product is of a perishable nature or easily deteriorates in quality;

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

(b) the custody of the kenaf, kenaf product, tobacco or tobacco product involves unreasonable expense and inconvenience; dan (c) tobacco or tobacco product. So, ini juga saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Kenapakah hendak kawal tobacco product dan di sini 69(b), kita bercakap juga mengenai dengan tobacco product. Sama ada ini kita hendak menggalakkan tobacco product seperti rokok ataupun untuk human consumption? Any forms of product originated from tobacco including any mixed contain tobacco which is design for human consumption. Ini kita perlu tahu daripada Yang Berhormat Menteri. Janganlah kata hendak lulus terus, hendak lulus terus. Ahli-ahli Yang Berhormat di sini, kita di sini untuk kita bertanggungjawab untuk menjadi kepentingan negara dan juga menjaga supaya imej negara ini tak dicemarkan seperti Yang Berhormat Batu Pahat. Dia hendak lulus sahaja. Sokong terus, buta-buta sokong. Itulah masalah dia, perbezaan antara BN dengan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, siapa provokasi itu Yang Berhormat?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Subang itu hari, mana ada saya cakap.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Dia kacau Tuan Pengerusi. [Ketawa] Itu kacau pula. Dia tak pinta hendak bahas perkara ini, dia hendak kacau saya. Janganlah iri! Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada fasal 89 juga. Pada halnya, ada banyak lagi. Cumanya kita hendak ambil perhatian kepada, rujuk kepada perkara ini kepada Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan yang penting. Fasal 89 (1) – The Minister may by order published in the Gazette exempt, subject to such terms and conditions as he may deem fit to impose, any person, class of person, any activity or class of activities relating to kenaf, kenaf product, yang ini yang serius Tuan Pengerusi. Tobacco or tobacco product from any provisions of this Act. Ini juga amat serius, ini. Ini ada kuasa. So, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya tak mahu nanti kata nak cakap asas dasar. Saya hendak minta penjelasan ini. Kenapa kita tidak ada satu kuasa untuk mengecualikan? Di mana kecualikan tobacco ataupun tobacco product from any or any of the provisions of this Act. Ini bermakna, dalam bacaan oleh sayalah, mungkin Yang Berhormat Menteri lebih fasih dalam perkara ini. Ini bermakna bahawa menteri ada kuasa untuk mengecualikan rokok-rokok di bawah akta ini. FCTC pun tak guna juga Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, tolonglah tengok perkara ini dengan serius. Kalau fasal-fasal yang sedemikian diluluskan, kita gerenti telah bercanggah dengan FCTC. Saya rasa pegawai-pegawai Menteri Kesihatan pun sakit hati di belakang itu. Saya tahu. Tengok muka-muka mereka pun sudah sedih. Yang Berhormat Menteri, kenapakah kita perlu satu kuasa untuk mengecualikan produk-produk tobacco seperti rokok daripada akta ini? Sedangkan akta ini untuk menggalakkan tanaman gantian, kenaf. Di sini...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebab Kelantan masih banyak tembakau.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya harap Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya sudah tegur Yang Berhormat. You don’t expect me to throw him out because of that.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

No, no. I don’t expect Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sila teruskan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila teruskan Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Bukan Yang Berhormat sahaja. Kena tunjuk Yang Berhormat dari Batu Pahat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya sudah tegur Yang Berhormat. Itu saya katakan, saya sudah tegur.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

No, Tuan Pengerusi, saya mahu cakap Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Banyak cara menegur.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Okey.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Banyak cara menegur. Tuan Yang di-Pertua, cara dia lain. Kita cara yang lain Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Pengerusi. No, ini sangat serius Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, sila tengok dalam fasal 89(1) ini. Sila beri penjelasan yang jelas di sini, kenapakah kita perlu ada satu peruntukan sedemikian untuk mengecualikan tobacco product, produk-produk tobacco di bawah akta ini? Kalau, jangan kata tak akan, oleh kerana ada peruntukan ini. Kalaulah tobacco, produk-produk tobacco seperti rokok dikecualikan, bukankan FCTC pun tak guna?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Apa-apa yang kita hendak sudah tandatangani di antarabangsa tidak guna. Kertas FCTC ini adalah dengan izin waste paper seperti toilet paper dengan izin. So saya harap Yang Berhormat Menteri beri penjelasan yang tepat jangan kata “luluslah” seperti tadi. Sila beri penjelasan, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi terima kasih. Mengenai apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat tadi mengenai fasal 36, 69 dan 89 sebenarnya semua perkara ini adalah perkara-perkara yang patut dihuraikan dalam masa peringkat dasar. Sekarang kalau Yang Berhormat tidak setuju dengan fasal 36, 69 dan 89; Yang Berhormat perlulah sebutkan apanya Yang Berhormat hendak pindakan. Kalau hendak pinda sesuatu kenalah huraikan dan juga ada notis. Itulah cara yang kita bahaskan dalam peringkat jawatankuasa. Itu caranya Yang Berhormat dan saya rasa tidak perlulah jawab semua yang dihuraikan tadi itu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Pengerusi, yang saya tanya minta penjelasan. Inilah peringkat jawatankuasa...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia ada jawab dah, dia kata tidak perlu dia huraikan semua. Itu jawapan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Oh, itu jawapan?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak apalah Yang Berhormat tidak suka....

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Itu tidak ada standard itu....

Yang Berhormat Wangsa Maju lagi tidak standard. Waktu bahas tidak hendak cadang.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Dia mesti berilah penjelasan yang kita tanya itu.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Janganlah sokong-sokong sahaja dengan buta.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju terima kasih. Fasal-fasal 27 hingga 106 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Rang Undang-Undang — Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (Dna) 2008Bill

Peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk membangkitkan Peraturan Mesyuarat 15. Saya ingin tahu apakah sebab Rang Undang- undang DNA ini diutamakan, didahulukan dan perlu dibaca kali kedua dalam keadaan tergesa-gesa. Apabila rang undang-undang universiti dan kolej telah diberi kepada Ahli- ahli Parlimen, dibentangkan dalam dewan ini pada bulan Julai yang lalu. Rang Undang- undang DNA ini baru minggu lepas 18 Ogos yang lalu. Jadi apakah kerajaan ada mempunyai apa-apa niat jahat, ada udang di sebalik batu ingin mempercepatkan rang undang-undang ini. Kita perlu ambil masa untuk konsultasi. Mengapa tergesa-gesa? Kita ada Jawatankuasa Hak Asasi Manusia daripada Majlis Peguam. Mereka hendak beri input. Jadi saya pohon apakah sebab, mengapa tergesa-gesa untuk membahaskan, mempercepatkan rang undang-undang ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat tetapi saya ingin katakan bahawa peraturan mesyuarat kita tidak menghalang untuk kerajaan memberi keutamaan mana-mana bil yang difikirkan oleh kerajaan yang perlu disegerakan. Itu termaktub di dalam peraturan mesyuarat. Jadi Yang Berhormat, kita tidak melanggar mana-mana peraturan mesyuarat dan apa yang berlaku seperti yang dihighlightkan oleh Yang Berhormat adalah tidak salah dari segi peraturan mesyuarat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua tapi sekurang-sekurangnya ahli dalam Dewan ini diberi tahu mengapakah kerajaan menggunakan peruntukan dalam peraturan itu?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

... untuk mempercepatkan perbahasan ini?

Ini urusan kerajaan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Namun, tidakkah ahli ingin tahu apakah sebab? Mengapa perlu didahulukan, diutamakan?

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Padahal kita telah diberi rang undang- undang universiti dan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat sudah bertanya dan saya telah pun menjelaskan dari segi peraturan yang itu juga kena terima keputusan kerajaan untuk perkara ini. Yang lain itu boleh Yang Berhormat nanti berucap, masukkan dalam ucapan Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bercakap tanpa pembesar suara]......menteri sudi memberi alasan. Saya rasa....

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak perlu berdebat mengenai perkara ini Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

... lebih perlu menghormati Dewan yang mulia ini. Bukan sesuka hati mendahulukan, membelakangkan

Terpulang kepada kerajaan hendak dulu...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...rang undang-undang sesuka hati...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak ada, mana Yang Berhormat hendak pohon menteri untuk beri penjelasan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

[Bangun][Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia hendak bentangkan undang-undang Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Apakah sebab?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat, kita kena patuh. Yang Berhormat saya sudah katakan kita tidak salah dari segi peraturan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Apa soalnya? Cukuplah Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bercakap tanpa pembesar suara]... mengapa menggunakan peruntukan dalam peraturan tersebut.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yang Berhormat, saya hairan...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ada udang sebalik batu.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Menyampuk]

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

… tidak mengikut peraturan keputusan Tuan Yang di-Pertua telah buat. Ikut peraturan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bangun][Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Setiap kali kita hendak bentangkan undang- undang kena bagi sebab. Ini...

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kerana kerajaan kata...

Tuan Lim Lip SengDAP · PHSegambut

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 15(2) di mana dia kata kerajaan telah memberitahu setiausaha kenapa usul ini di...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, beritahu dengan setiausaha, pihak Parlimen memang telah menerima surat daripada Kementerian Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia untuk rang undang-undang ini didahulukan. Adakah peraturan mesyuarat untuk menghendaki sebab diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen. Yang Berhormat we have to accept peraturan mesyuarat mengizinkan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya tidak perlu berbahas mengenai perkara ini.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, kita dalam Dewan ini kalau ada peruntukan menyatakan sebagaimana yang baik pada pertimbangan kerajaan dan diberitahu kepada setiausaha. Kalau hendak menghormati, memastikan perjalanan mesyuarat ini dijalankan dengan baik tidak sesuka hati oleh kerajaan membelakangkan, diutamakan untuk tujuan-tujuan tertentu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat baca baik perkara 15(2)...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jadi hanya ahli Dewan ini pohon...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

...urusan kerajaan hendaklah diaturkan mengikut sebagaimana yang baik pada pertimbangan kerajaan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tahu.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

You don’t have to, tidak perlu persoalkan perkara ini Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maksudnya ada niat udang di sebalik batulah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Mungkin juga Yang Berhormat ada niat. Mengapa harus membantah perkara ini? Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun][Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk membentangkan.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Dengan hormatnya Tuan Yang di- Pertua, keputusan Tuan Yang di-Pertua keputusan Tuan Yang di-Pertua perkara 99. Adakah Tuan Yang di-Pertua dirunding dan sebagai Speaker tentu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

99 mengenai prosedur Yang Berhormat?

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya. Sebagai speaker adakah Tuan Yang di-Pertua tidak mengambil kira tentang persediaan kami, homework yang kami buat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Notis yang diberikan terlalu singkat tengah hari semalam.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Jadi kita telah bersedia dengan AUKU dengan segala preparation kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Itu soal persediaan, Yang Berhormat, soal lain, okey. Persediaan Ahli-ahli Yang Berhormat Barisan Nasional juga ada untuk Rang Undang-undang AUKU tetapi kerajaan memikirkan untuk

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

memberi keutamaan terhadap perkara ini mengikut Perkara 15(2) dan Dewan mengizinkan ianya dilakukan sedemikian, Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin bin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, sebagai Speaker ada hak. Jadi saya tidak buat keputusan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Pihak Tuan Yang di- Pertua pun telah mengizinkan, Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin bin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya menghormati institusi Yang di-Pertua Dewan Rakyat, institusi yang perlu kita hormati. Adakah kerajaan berunding tentang perkara itu?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang di-Pertua Dewan telah mengizinkan mengikut Peraturan 15(2). Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin bin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Kita merayu bagi pihak Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah, Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin bin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Speaker kena menghormati juga kami yang membuat persediaan untuk berbahas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya telah jelaskan. Saya sudah dari awal tadi berterima kasih...

Tuan Salahuddin bin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Dua hari adakah munasabah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah, Yang Berhormat. Ya, saya sudah dari awal tadi berterima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Batu Gajah untuk mengemukakan peraturan mesyuarat tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat juga harus akur bahawa kita tidak salah dari segi undang-undang dan pihak Yang di-Pertua telah pun mengizinkan perkara ini mengikut peraturan mesyuarat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena, cukuplah Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sekejap, sekejap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah, Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak minta penjelasan, Tuan Yang di-Pertua, bahawa sepatutnya apa yang disebut oleh rakan saya, Yang Berhormat Kubang Kerian tadi bahawa Tuan Yang di-Pertua seharusnya melihat kepentingan Ahli Dewan secara keseluruhan, bukan hanya melihat daripada sebelah pihak kerajaan sahaja yang hendak membentang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih, terima kasih.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi, kami ini sudah pun diberitahu lebih awal bahawa AUKU yang sepatutnya didahului mengatasi DNA.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi dalam hal yang seperti ini, sulitlah. Apatah lagi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah, Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Taklimat yang diberikan oleh pihak kerajaan oleh Timbalan Ketua Polis Negara hanya memanggil pihak backbenchers tanpa memanggil kami.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah, Yang Berhormat. Itu perkara lain, Yang Berhormat. Itu perkara lain.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini menunjukkan bahawa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, itu tidak berkaitan dengan peraturan. Tidak buat kerja, katalah tidak buat kerja.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Pembangkang boleh minta kalau hendak.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Kerajaan tidak bersedia untuk kongsi maklumat dengan kami.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Adakah kementerian ataupun pihak kerajaan sendiri menafikan bahawa kami juga merupakan Ahli Parlimen yang perlu mendapat maklumat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah, Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi sekarang bila taklimat tidak diberikan, tiba-tiba naik dengan segera...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Itu isu lain, Yang Berhormat, tidak berkaitan.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Taklimat itu isu lain. Cukuplah, Yang Berhormat.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Pembangkang kalau hendak boleh buat, tidak ada masalah. Pembangkang tidak buat kerja.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bila taklimat tidak diberikan, tiba-tiba dinaikkan segera, maka sulit kepada kami.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah. Saya tidak izinkan lagi perbahasan ini.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, cukup Yang Berhormat Shah Alam.

Dua Senator PAS yang terlibat itu.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya ambil nota dan prihatin perbahasan dan juga ucapan yang telah Ahli-ahli Yang Berhormat kemukakan tetapi saya ingin katakan bahawa kita tidak salah dari segi peraturan. Saya tidak inginkan agar perbahasan ini dilanjutkan dengan isu ini. Itu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNMenteri Keselamatan Dalam Negeri · Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang bernama suatu Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sila, Yang Berhormat.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini diwujudkan bertujuan untuk penubuhan Bank Data DNA Forensik Malaysia, mengambil dan menyimpan...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bank Simpanan Nasional.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Menganalisa sampel DNA dan menggunakannya untuk tujuan kemanusiaan. Orang-orang yang tidak tahu peraturan itu bercakap macam apa entah.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bagi tujuan kemanusiaan Barisan Nasional. Mana boleh..

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Profil DNA atau apa-apa maklumat yang disimpan di dalam Bank Data DNA..

Yang Berhormat Shah Alam diamlah, Yang Berhormat Shah Alam.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Boleh digunakan untuk membantu di dalam penemuan atau untuk mengenal pasti jasad manusia yang ditemui semasa kejadian bencana. Di samping itu, melalui analisis DNA juga, ia akan membolehkan kita mengenal pasti orang yang masih hidup atau yang telah mati. Dengan secara tidak langsung, rang undang-undang ini dapat membantu di dalam menyelesaikan masalah berkaitan kes-kes yang hilang. Saya ingin menjelaskan bahawa rang undang-undang ini bukan sahaja boleh membantu penyelesaian kes-kes jenayah tetapi juga penyelesaian kes-kes yang melibatkan rumusan kes-kes kemanusiaan yang bermanfaat kepada negara. Sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, dengan tahap kemajuan teknologi yang semakin canggih, trend jenayah semakin kompleks dan memerlukan kita untuk mengambil pendekatan bagi menyelesaikan kes-kes supaya yang tidak bersalah, tidak teraniaya dan yang bersalah dapat dikenal pasti. Kehendak dan tuntutan masyarakat adalah untuk Polis Diraja Malaysia berjaya menyelesaikan kes-kes jenayah dengan tangkas. Sememangnya, rumusan dalam penyelesaian sesatu kes jenayah banyak bergantung kepada keupayaan serta kecekapan mengumpul bahan bukti. Salah satu pendekatan yang efisien dan berkesan yang telah diguna pakai oleh negara lain semasa mengendalikan kes jenayah berat melalui pendekatan forensik. Melalui penganalisaan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap mana- mana suspek utama iaitu main suspect, dengan izin, sesuatu kes jenayah dapat diambil tindakan dengan adil dan saksama. DNA mengandungi maklumat genetik yang membolehkan semua jenis kehidupan berfungsi, membesar dan membiak. Teknologi moden banyak mengguna pakai DNA terutamanya dalam proses genetic engineering dan forensik. Para saintis forensik menggunakan DNA untuk mengecam atau mengenal pasti suspek, penjenayah dan mangsa. Proses ini dikenali sebagai genetic figure printing atau dengan lebih tepat lagi, DNA profiling,dengan izin. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, teknik DNA sudah pun digunakan sejak tahun 80-an lagi serta meluas penggunaannya di negara-negara maju. Namun begitu, pelaksanaan bank data DNA berbeza dari satu negara ke negara yang lain. United Kingdom, sampel DNA, pesalah yang disabitkan kesalahan akan diambil dan direkodkan secara kekal dalam bank data DNA. Penggunaan DNA mengikut pengalaman di Amerika Syarikat dan United Kingdom membuktikan jenayah dapat diselesaikan dengan lebih kepastian lagi. Malah banyak juga kes-kes lama yang berhadapan dengan jalan buntu telah berjaya dirumuskan. DNA mempunyai ketepatan 99.9% kerana setiap individu mempunyai DNA yang unik kecuali bagi saudara kembar. Kemungkinan profil DNA seseorang individu itu untuk menyerupai profil individu lain amat tipis iaitu hanya pada nisbah 1:1 trilion. Kemampuan dan keupayaan menganalisis sampel DNA melalui pewujudan Bank Data DNA di dalam menyelesaikan kes-kes jenayah telah terbukti keberkesanan dan kejayaannya. Buat masa ini terdapat beberapa kes di Malaysia yang berjaya diselesaikan menggunakan forensik DNA. Kes-kes berprofil tinggi yang telah diselesaikan adalah kes Allahyarham Norsuzaily binti Mokhtar pada tahun 2000, gadis berusia 24 tahun yang dirogol di atas bas dari Kuala Lumpur ke Klang dan kemudiannya dibunuh serta kes Mendiang Canny Ong pada tahun 2003, wanita yang menjadi mangsa culik, rogol dan bunuh. Penggunaan teknologi DNA telah berjaya merungkai bukti-bukti yang diperolehi hasil daripada penyiasatan. Hasil daripada kejayaan itu, pihak PDRM berjaya untuk mengenal pasti suspek yang bertanggungjawab terhadap jenayah tersebut dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan. Dengan kewujudan bank data DNA, saya percaya kadar penyelesaian kes dapat ditingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mula mengkaji untuk mewujudkan Akta DNA di negara ini seawal tahun 2000 lagi. Kejadian jenayah, kekerasan dan bunuh yang meningkat dari segi kuantiti dan kompleksiti memerlukan teknik, peralatan dan sistem yang canggih. Ini adalah untuk membantu agensi penguatkuasaan menyelesaikan kes-kes dengan adil, cepat dan tepat. Kerajaan sedar bahawa forensik DNA perlu diguna pakai di negara ini untuk menambahbaikkan lagi pengurusan pentadbiran sistem keadilan jenayah di negara kita. Rang Undang-undang atau Akta Indentifikasi DNA ini akan memberi kuasa kepada pihak PDRM khasnya, bagi mendapatkan dan memperolehi sampel-sampel DNA kepada mana-mana suspek yang mempunyai kaitan langsung dengan sesuatu kes jenayah yang disiasat. Di samping itu, akta ini juga ada memberi kuasa kepada pihak polis untuk menyimpan profil DNA seseorang suspek untuk dijadikan bahan rujukan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu kes jenayah pada masa-masa hadapan. Dengan adanya kuasa melalui peruntukan dalam rang undang-undang tersebut, keupayaan dan kemampuan untuk memproses dan menganalisis DNA akan dapat dipertingkatkan. Natijahnya, ia dapat membantu pihak polis dalam menyelesaikan kes- kes jenayah seperti yang saya sebutkan tadi, bunuh dan rogol serta lain-lain kes jenayah kekasaran. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang atau Akta DNA ini menjadikan pihak PDRM dan jabatan dan agensi penguat kuasa lain di negara ini lebih berupaya dalam menyelesaikan kes-kes pembuangan bayi yang sejak akhir ini semakin berleluasa dan membimbangkan. Sampel DNA bayi malang itu boleh dianalisis di makmal forensik DNA dan hasilnya memungkinkan pihak berkuasa untuk menjejak dan mengesan identiti ibu bapa sebenar bayi. Selain daripada itu, pemakaian Akta DNA ini memudahkan PDRM di dalam mengenal pasti mangsa atau orang-orang yang dilaporkan hilang atau mayat-mayat mangsa bunuh, bencana alam, kemalangan ataupun kebakaran yang didapati amat sukar untuk dikenal pasti melalui kaedah pengecaman biasa terhadap rupa bentuk fizikal asal mangsa.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, akta ini bukanlah semata-mata untuk mencari atau mengecam penjenayah, namun ia bertujuan untuk memberikan keadilan kepada mereka yang tidak bersalah. Daripada analisis DNA, seseorang itu dapat membuktikan bahawa dia tidak melakukan sesuatu kesalahan. Dengan itu, PDRM dapat mengenal pasti orang bersalah dan menghindari daripada kemungkinan menangkap orang yang tidak bersalah. Pelaksanaan akta ini akan memastikan dengan izin, justice is served. Dalam kes yang dibawa berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia tidak kena mengena langsung dengan akta DNA ini dan ia tidak bergantung dan berasaskan kepada rang undang-undang yang sedang dibentangkan di Parlimen ini. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini dibahagikan kepada tujuh bahagian dan mengandungi 27 fasal. Peruntukan di bawah rang undang-undang DNA meliputi: (a) penubuhan Bank Data DNA Forensik Malaysia yang mempunyai profil DNA dan maklumat yang berkaitan dengannya daripada indeks-indeks yang berikut: (i) indeks tempat kejadian jenayah; (ii) indeks orang disyaki; (iii) indeks pesalah yang disabitkan; (iv) indeks orang tahanan; (v) indeks penagih dadah; (vi) indeks orang hilang; dan (vii) indeks sukarela. (b) pengambilan, penyimpanan dan pelupusan sampel dan pengeluaran profil; dan (c) kesalahan-kesalahan di bawah rang undang-undang ini.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, huraian mengenai rang undang-undang ini adalah seperti berikut dalam Bahagian I, mengandungi perkara permulaan dan terdiri daripada fasal 1 dan fasal 2 yang butirannya adalah seperti berikut: Fasal 1, mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan memberi menteri kuasa untuk menetapkan tarikh bagi permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2, mengandungi perkara-perkara takrifan. Dalam Bahagian II pula mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan penubuhan Bank Data DNA Forensik Malaysia, objektif dan fungsinya. Bahagian ini terdiri daripada tiga fasal. Fasal 3, mengadakan peruntukan bagi penubuhan Bank Data DNA Forensik di bawah pengurusan kawalan dan penyeliaan oleh Ketua Bank Data DNA. Fasal ini juga menyatakan indeks yang terkandung dalam Bank Data DNA. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini terdapat sedikit kesalahan menaip di perenggan 3(3)(g) di barisan akhir perenggan itu yang mana rujukan perenggan 16(2)(a) sepatutnya dirujukkan sebagai perenggan 15(2)(a). Pembetulan oleh Setiausaha akan dibuat sewajarnya mengikut peruntukan 96(2) Peraturan-peraturan Majlis Dewan Rakyat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sudahlah dibentangkan cepat, lepas itu dipinda pula!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudahlah, Yang Berhormat.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Kesalahan typo tu! Tengoklah peraturan itu. Janganlah kacau. Lepas itu barulah cakap; ada adab, ada tertib. Fasal 4 dan fasal 5 menyatakan objektif dan fungsi Bank Data DNA. Pergi bercakap di Permatang Pauh lebih baik.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dengar itu Yang Berhormat Batu Pahat, dengar itu Yang Berhormat Batu Pahat.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, fasal 6 bertujuan untuk memberi kuasa menamakan mana-mana agensi atau badan menjalankan analisis forensik DNA dalam hal keadaan Jabatan Kimia Malaysia atau Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia tidak dapat menjalankan apa-apa analisis forensik DNA. Tuan Yang di-Pertua, sedangkan Bahagian III, menyatakan mengenai perkara pentadbiran terdiri daripada fasal 7 hingga 11 yang butirannya ialah: Fasal 7 berkenan pelantikan Ketua Bank Data DNA, timbalannya dan pegawai Bank Data DNA. Fasal 8 pula menyatakan fungsi dan kuasa Ketua Bank Data DNA. Fasal 9, memberi kuasa kepada Ketua Bank Data DNA untuk membetulkan butiran di dalam profil DNA dan apa-apa maklumat perlu berhubungan dengannya sekiranya sesuatu kesalahan taipan berlaku. Fasal 10 memberi menteri kuasa untuk memberikan arahan bagi perkara am kepada Ketua Bank Data DNA. Fasal 11 mengandungi peruntukan bagi akses kepada makluman mengenai atau penggunaan profil DNA dan apa-apa maklumat yang berkaitan dengannya yang disimpan di dalam Bank Data DNA. Tuan Yang di-Pertua, Bahagian IV memperkatakan tentang pengambilan, penyimpanan dan pelupusan sampel intim dan bukan intim, dan penghapusan profil DNA, dan apa-apa maklumat yang berhubung dengannya daripada indeks orang yang disyaki. Ini terdiri daripada fasal 12 hingga fasal 18. Fasal 12 menyatakan tatacara bagi pengambilan suatu sampel intim dan kehendak yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu keizinan bagi pengambilannya diberi. Fasal 13 menyatakan tatacara bagi pengambil sampel bukan intim dan kehendak yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu keizinan bagi pengambilannya diberi.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Fasal 14 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan berhubung dengan keengganan untuk memberi sampel. Fasal 15 pula mengandungi peruntukan yang berhubung dengan tatacara dalam memberikan sampel intim dan bukan intim secara sukarela dan hak seseorang yang memberikan sampel secara sukarela. Fasal 16 mengadakan peruntukan bagi pengambilan sampel DNA daripada banduan. Fasal 17 mengenai peruntukan yang berhubung dengan penyimpanan dan pelupusan suatu sampel intim dan bukan intim yang disimpan di dalam Bank Data DNA. Fasal 18 bertujuan untuk mengadakan peruntukan berkaitan dengan penghapusan profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya daripada indeks orang yang disyaki. Tuan Yang di-Pertua, Bahagian V pula mengandungi peruntukan daripada fasal 19 hinggalah fasal 22 seperti berikut: Fasal 19 adalah peruntukan bagi kesalahan mengganggu, bersubahat atau cuba mengganggu apa-apa sampel intim atau bukan intim yang diambil bagi maksud akta yang dibentangkan sekarang. Fasal 20 melarang penggunaan ataupun makluman profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya selain bagi maksud akta yang dibentangkan. Fasal 21 adalah mengenakan kewajipan kerahsiaan ke atas ketua, timbalan dan pegawai lain Bank Data DNA. Fasal 22 mengadakan peruntukan bagi kesalahan pengubahsuaian atau dengan izin, tampering, subahat dan percubaan untuk mengubah apa-apa profil atau maklumat DNA berhubung dengan milikan, jagaan atau kawalan Bank Data DNA. Tuan Yang di-Pertua, Bahagian VI daripada fasal 23 hingga ke fasal 27 adalah seperti berikut: Fasal 23 memberi Ketua Bank Data DNA Forensik kuasa untuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang asing. Fasal 24 menyatakan bahawa maklumat yang terkandung dalam Bank Data DNA hendaklah menjadi suatu bukti muktamad identifikasi DNA dalam apa-apa prosiding di mana-mana mahkamah. Walau bagaimanapun, profil DNA sahaja bukan pembuktian konklusif terhadap sesuatu kesalahan yang dilakukan. Fasal 25 memberikan perlindungan kepada menteri, ketua, timbalan ketua, pegawai Bank Data DNA serta pegawai perubatan dan ahli kimia dalam melaksanakan kuasa, fungsi dan tanggungjawab di bawah akta yang dicadangkan daripada apa-apa tindakan, guaman atau pendakwaan sekiranya perbuatan itu dibuat dengan suci hati. Fasal 26, menteri mempunyai kuasa untuk membuat peraturan sebagaimana yang perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau melaksanakan peruntukan akta ini. Fasal 27 memperkatakan tentang peruntukan kecualian dan peralihan. Tuan Yang di-Pertua, teknik forensik masih baru di Malaysia, namun ia telah lama diguna pakai di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat. Penggunaan teknologi DNA akan memberi keadilan kepada mangsa di samping memastikan suspek diberi pengadilan yang saksama. Ia juga membantu pihak PDRM untuk membuat tangkapan penjenayah pada kadar yang pantas. Rang undang-undang ini adalah sebagai suatu usaha kita untuk mengawal dan menyelesaikan kes-kes jenayah serta membolehkan rakyat negara ini menikmati keamanan dan kesejahteraan. Segala pencapaian ini akan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan dan ketenteraman awam negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sesiapa menyokong?

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Alor Star

Tuan Yang di- Pertua, saya pun mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Bank Data DNA Forensik Malaysia, pengambilan sampel DNA, analisis forensik DNA, penggunaan profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya dan bagi perkara-perkara berkaitan dengannya dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Yang Berhormat Arau.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bangun]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sebab saya dipanggil beri taklimat, itulah sebab dia dapat dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak mengapa.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Taklimat tengah sibuk ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih..

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sokong sahajalah. Bawa buntil tilam.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Wangsa Maju, saya ini belum bercakap. Nanti Yang Berhormat Wangsa Maju boleh bercakap seluas-luasnya peluang yang diberi nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta berbahas Rang Undang-undang DNA 2008. Hendak sebut panjang tidak boleh sebab tidak berapa fasih bahasa kimia ini. Tuan Yang di-Pertua, walaupun tafsiran yang diberikan oleh rakan-rakan mengatakan bahawa ada elemen ketergesaan oleh pihak kerajaan dalam membentangkan akta ini. Kepada saya, demi kebaikan dan kalau kita melihat ke hadapan, walaupun mungkin dari segi masa pembentangan ini dibuat kebetulan ada satu kes yang dikaitkan dengan seseorang ahli politik, maka isu ini nampaknya telah dipolitikkan. Akan tetapi demi melihat masa hadapan, kalau Yang Berhormat sama ada di pihak kerajaan ataupun pembangkang menonton CSI, kita melihat itulah merupakan di antara kaedah-kaedah yang diguna pakai dalam kita menentukan bukti-bukti forensik yang dijumpai di tempat kejadian dan kemudiannya bukti-bukti ini boleh kita rujuk kepada Bank Data ataupun Bank Forensik Data DNA ini. Kemudiannya, daripada situ kita dapat kesan penjenayah ataupun mereka yang terbabit dalam kejadian yang melibatkan kejadian jenayah terutamanya. Ini adalah kerana kalau kita melihat dari segi kebaikannya adalah begitu banyak, walaupun akan ada pertikaian-pertikaian negatif. Kebaikannya kita melihat dan kita selalu mengalami bencana alam, Tuan Yang di-Pertua. Bencana alam ini kadangkalanya datang macam Tsunami yang melibatkan kematian ratusan ribu yang mayatnya tidak dapat dikenal pasti. Ini adalah kerana mereka semuanya dalam bentuk yang sama, melecur dan sebagainya. Jadi, dengan kita mempunyai Bank Data Forensik DNA dan juga penggunaan profil DNA ini secara tidak langsungnya kita dapat mengesan dan keluarga dapat mengetahui waris ataupun jenazah yang terbabit ini supaya dapat kita kenal pasti mempunyai hubungan ataupun keturunan yang sama dengan kita. Jadi kebaikannya adalah begitu banyak. Cuma di sini saya inginkan penjelasan daripada pihak kementerian iaitu cadangannya adalah dicadangkan pada sekitar tahun 2001, iaitu kajian dibuat terperinci termasuklah lawatan-lawatan yang dibuat keluar negara oleh pihak-pihak yang terbabit dan terlibat dalam kajian ini untuk kita membuat penambahbaikan. Ini adalah kerana ia melibatkan masalah teknikal dan orang yang faham ini bukan setakat peguam sahaja yang akan menggunakan akta ini di mahkamah, tetapi orang-orang yang terlibat dalam biochemist ataupun yang mempunyai kepakaran di dalam chemical ini barulah mereka dapat mengetahui, bahawa kajian-kajian yang seumpama ini sebenarnya dapat memberikan kebaikan terutamanya dalam proses untuk kita mengumpulkan bahan bukti bagi digunakan di dalam proses pendakwaan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Telok Intan, Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Laluan.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Sila.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Saya percaya Yang Berhormat ada buat kajian mengenai pembentangan bil ini dan mengatakan ada banyak kebaikan di dalam rang undang-undang ini. Dalam kajian Yang Berhormat, adakah selain daripada banyak kebaikan, ada keburukannya? Sila berikan jawapan.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Telok Intan, saya cuma hendak menjawab yang baik sahaja. Yang tidak baik atau keburukan, saya tidak hendak jawab. Ini sebab saya dibolehkan berhemah, berhelah atau tidak menjawab langsung. Itu pendirian yang kita perlu ada. Akan tetapi saya hendak menjawab tentang kebaikan kerana saya hendak yang baik sahaja.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Pokok Sena, saya jawab dahulu. Nanti sekejap. Perkara yang baiknya, kita melihat dari segi kemajuan, advance kita dalam sudut kepolisian kita. Takkanlah polis kita hendak gunakan kaedah yang lama lagi? Sedangkan kes-kes penculikan sampai sekarang seperti adik Syarlinie, satu tahun sudah kita tidak dapat lagi kesan. Akan tetapi dengan kita hendak maju dari sudut kepolisian, kita perlu advance dan selari dengan negara-negara yang telah mencapai kemajuan di dalam bidang ini. Itu kebaikannya. Takkanlah kita hendak biarkan polis kita ketinggalan jauh ke belakang? Takkanlah kita hendak bagi kereta cantik sahaja kepada polis, tetapi mereka tidak ada perkara-perkara teknologi advance dan terkini yang boleh mereka miliki dalam usaha untuk membantu siasatan dan sebagainya?

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

[Bangun]

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat, saya cuba hendak habiskan sebelum pukul 1.00. Akan tetapi kalau ada kacau ganggu macam ini... [Disampuk] Akan tetapi Yang Berhormat Kota Melaka, saya kena bagi Yang Berhormat Pokok Sena dahululah, selepas itu Yang Berhormat Kota Melaka. Tidak mengapa, kawan-kawan punya hal, no problem.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat kata bahawa banyak kebaikannya di dalam dunia bila kita berhadapan dengan bencana ini. Jadi bila ada kematian dan sebagainya, kita dapat trace seseorang dan juga keturunannya itu. Cuma bolehkah Yang Berhormat berikan penjelasan kepada saya, macam mana di dalam konteks rang undang-undang ini ia dapat diguna pakai di dalam bencana sebab Yang Berhormat Menteri kata hanya suspek yang disyaki terlibat dalam kes jenayah sahaja akan diambil DNA? Oleh itu saya pun hairan macam mana hendak dikaitkan dengan bencana itu? [Ketawa]

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

[Bangun]

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Kota Melaka, saya jawab kepada Yang Berhormat Pokok Sena dahulu. Nanti sekejap ya. Nanti saya lupa pula. Yang Berhormat Menteri akan memberi penjelasan apa yang kita bangkitkan kemudiannya. Akan tetapi boleh digunakan di dalam bencana, kebakaran, jenayah, rogol dan sebagainya berdasarkan kepada sampel yang diambil daripada mangsa yang terbabit. Sampel ini dia ada dua jenis, Yang Berhormat. Satu, dipanggil ‘bukan intim’ iaitu kuku dan calitan daripada bahagian sulit. Bahagian sulit ini saya tidak tahulah sulit setakat mana. Kalau Yang Berhormat baca di dalam ini, takrifnya telah diberikan dengan begitu jelas. Kemudiannya, air liur. Kalau Yang Berhormat Pokok Sena ada minum air, bekas air di gelas itu, itu juga boleh diambil sampel, yang dipanggil sebagai ‘bukan intim’. Akan tetapi yang ‘intim’ ini, ia melibatkan air mani, darah, cecair badan, tisu-tisu, bulu-bululah, bulu apa saya tidak tahu. Bulu kemaluan dan juga bulu-bulu di tempat-tempat lain. Kalau orang ada bulu dada, bulu dadalah dipanggil. Akan tetapi kesemuanya itu adalah dipanggil ‘bahan intim’.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Jadi semua perkara ini, ‘bahan intim’ dan ‘bahan bukan intim’, saya cuma ingin penjelasan daripada kementerian, yang manakah lebih tepat untuk kita dapatkan 99.99% seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Semua tepat.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

[Bangun]

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Kota Melaka dahululah, minta maaf Yang Berhormat Kubang Kerian, selepas ini.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin minta pandangan daripada Yang Berhormat Arau..

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Berdiri di sebelah Yang Berhormat Kota Melaka]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Kepong! Kepong kacau! [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kepong, salah tempat duduk Yang Berhormat Kepong? Hendak cari tempat duduk Yang Berhormat Kepong? [Dewan riuh] [Ketawa]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ya, saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Arau iaitu selama ini, adakah kita ada Data Bank, Data DNA? Adakah kita ada Data DNA Centre atau DNA Bank selama ini? Sebelum diwujudkan Data ini, adakah memang kita sudah ada DNA Centre selama ini dan satu lagi yang saya ingin dapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Arau iaitu, bukankah Data Protection Act ini sepatutnya lebih awal perlu dibentangkan sebelum kita bincangkan di atas akta ini? Adakah bersama ataupun sebelum kita berbincang ini, sepatutnya kita luluskan Data Protection Act? Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Sila Yang Berhormat sekali.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Arau.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi, supaya ia jangan keliru. Yang Berhormat Arau sebutkan tentang bencana alam. Ratusan ribu yang akan meninggal dunia dan juga yang menjadi mangsa. Tentang DNA iaitu ‘intim’ atau ‘tidak intim’, itu saya faham dan advance technology itu kita boleh bersetuju. Kalaulah begitu maknanya, adakah Yang Berhormat Arau bersetuju maknanya Yang Berhormat Menteri tadi menyatakan hanya yang disyaki ataupun ‘orang kena tuduh’. Itu boleh diambil sampel DNAnya. Maknanya, adakah Yang Berhormat Arau bersetuju bahawa semua rakyat di dalam negara ini akan diambil sampel DNA, barulah boleh match dengan maknanya yang kita hendak kaitkan dengan bencana alam dan diletakkan di dalam satu bank? Jadi adakah maknanya akta ini mengizinkan nanti setiap yang lahir di hospital katakan, terus diambil sampel DNA mereka, yang ‘intim’ ataupun yang ‘tidak intim’ tadi? Ini maknanya, oleh sebab itu kita mengatakan akan berlaku manipulasi, salah guna ataupun berlakunya apa yang kita khuatir? Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Arau sebab Yang Berhormat Arau tadi sebutkan begitu umum, bencana alam begitu mudah untuk kita kesan, anak siapa, cucu siapa dan seumpamanya. Terima kasih.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Okey, sebab saya bukan pakar lagi di dalam bidang ini, jadi ucapan Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Kubang Kerian, penjelasan itu dimasukkan sebagai ucapan saya. Saya minta Yang Berhormat Menteri tolong jelaskan. [Ketawa]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Batu Pahat bangun, Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Batu Pahat....

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi yang intim ini Batu Pahat dengan Arau. [Ketawa]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya rasa sebenarnya Yang Berhormat Kubang Kerian dia tak baca keseluruhan sebab dia banyak prepare untuk AUKU. Sebab itu dia tak baca yang ini. Sebab itu dia keliru sedikit. Sebenarnya dalam rang undang-undang ini memang di sebut pengambilan sampel secara sukarela yang maksudnya boleh digunakan untuk apa sahaja. Sebab kita banyak kes, kita banyak masalah sebab itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tak payah jawab Yang Berhormat Kubang Kerian. Yang Berhormat sedang minta penjelasan daripada Yang Berhormat Arau.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia hendak jadi menterilah.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya sebab itu saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Arau sebenarnya bahawa apa yang berlaku ini apakah ini menggambarkan dalam keadaan kita mahukan ketelusan, kita mahukan sistem undang-undang lebih baik, kita mahu mengatasi masalah jenayah yang begitu banyak tidak dapat diselesaikan yang pembangkang selalu bangkitkan. Tidakkah dengan adanya akta DNA ini maka kes-kes yang banyak yang belum diselesaikan boleh diselesaikan. Orang sebenarnya yang dipenjarakan yang tidak bersalah boleh diselesaikan juga. Tidakkah ini sebenarnya yang dikatakan kebaikan dan tidak ada keburukan pun kepada DNA ini sebenarnya. Untuk kebaikan sebenarnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan tersebut.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat dan juga Yang Berhormat Kubang Kerian. Bukan setakat digunakan untuk bencana alam, jenayah dan sebagainya tapi dia banyak kegunaan. Cuma tadi saya tak hendak sebab saya hendak menteri bagi secara jelasnya pendekatan ini sebab dua sekali partner twin striker and twin striker tadi tanya soalan yang sama tapi walau bagaimanapun dia banyak membawa kebaikan. Cuma sekarang ini benda ini baru dilaksanakan. Baru dibuat undang-undang atau akta yang berkaitan. Jadi apabila kita sudah ada mungkin dari segi pelaksanaannya kerajaan mungkin ada peraturan-peraturan ataupun garis panduan yang akan dibuat sebab akta ini tidak dibuat dengan begitu detail, yang akan ada detail adalah peraturan-peraturan nanti yang akan dibuat oleh pihak kerajaan selepas ini. Ini hanya guidelines. Yang detailnya adalah peraturan. Peraturan ini mungkin kita akan apply mungkin kepada generasi baru yang dilahirkan mungkin sebahagian daripada akan diambil sampel dan akan disimpan dalam bank data supaya mana kita akan dapat kesan sesuatu kes yang mungkin pernah berlaku di barat, kes rogol di New Zealand tak silap saya. Sudah 10 tahun perogol ini tinggal berjiran sebelah-menyebelah yang merogol tapi tidak dapat dikesan selepas 10 tahun. Selepas kes kesalahan jalan raya polis menahan pesalah ini dan akhirnya di check DNA berdasarkan bank data yang ada, diketahui bahawa ia sebenarnya merogol dalam kes 10 tahun yang lalu.

[Bangun]

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Bermakna ini banyak membawa kebaikan dalam penyelesaian kes-kes polis untuk kita sama-sama turut membanteras dalam...

Bagi laluan Yang Berhormat Arau.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Putatan lah.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat dari Arau. Saya minta penjelasan

sedikit daripada Yang Berhormat Arau soal penggunaan bahan-bahan DNA yang disimpan di bank DNA. Adakah Yang Berhormat bersetuju supaya diwajibkan kepada rakyat yang baru dilahirkan di mana-mana hospital untuk menyimpan data-data DNA di sesuatu bank oleh kerana Yang Berhormat yang kita sedar sekarang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, bank data DNA.

Ya, ini minta selit daripada ucapan Yang Berhormat Arau.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia bukan bank biasa, dia bank data.

Itu bank simpanan rakyat itu lain sedikit. Ini...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bank data Barisan Nasional. [Ketawa]

Jadi apa yang..

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia tengok keturunan Barisan Nasional. [Ketawa]

Apa yang kita lihat baru-baru ini Yang Berhormat kes pasport yang ditangkap di negara Thai, ramai rakyat kita telah ditegah keluar daripada negeri telah mendapatkan pasport yang baru dengan cara haram. Jadi adakah dalam kementerian ini bercadang supaya kita dapat kesan penipu- penipu yang pemegang pasport yang tiruan ini dan pasport-pasport yang dikeluarkan kepada negara asing bercadang untuk supaya kita boleh dapat profiling DNA dalam pasport tersebut. Minta penjelasan.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Putatan berhubung perkara ini. Cuma saya minta selepas, insya-Allah kalau akta ini kita luluskan nanti biarlah dari segi peraturan itu dibuat kajian terperinci supaya kita melihat semua perkara yang berkaitan dalam seluruh kehidupan kita ini melibatkan pasport, fingerprint, soal kemasukan semuanya kita mempunyai data-data yang lengkap apabila kita mempunyai pangkalan atau bank data forensik DNA ini yang kita dapat gunakan sebagai rujukan kepada sesuatu perkara. Cuma di sini Tuan Yang di-Pertua saya ingin bangkitkan soal siapakah sebenarnya...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Arau. Sedikit sahaja.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Nanti saya hendak, lima minit lagi.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sedikit, sedikit sahaja.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Lima minit. Nanti saya habiskan, nanti saya habiskan. Nanti saya bagi. Sabar kejap. Kalau bangun macam ini saya mudah hilang. Sudah hilang macam tadi. Sekejap-sekejap saya bagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tak bagi jalan Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

... tak kan hendak bagi hilang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena, dia tak bagi jalan Yang Berhormat.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Cuma di sini saya ingin bangkitkan persoalannya kenapa kita perlu takut kepada DNA kalau kita tidak bersalah. Itu sahaja. kalau orang yang bersalah sahaja takut. Orang yang bersalah sahaja dia takut DNA dia diambil sampelnya. Itu sahaja.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Takut DNA tiruan.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pokok Sena.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tak bagi jalan Yang Berhormat.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Hendak bagi, bagi. Yang Berhormat Pokok Sena minta elok-elok saya bagi.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Okey, saya bagi.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih. Ini saya bukan hendak sentuh soal isu takut tak takut tapi tadi Yang Berhormat menyebut mengatakan bahawa ini untuk membantu pihak polis menyelesaikan banyak kes jenayah dan sebagainya. Saya hendak tanya adakah selama ini polis terpaksa hanya bergantung kepada DNA untuk menyelesaikan kes jenayah sedangkan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi bahawa DNA hanya akan diambil daripada orang yang disyaki terlibat kes jenayah maka diambil untuk di match kan dengan apa yang ditemui dalam siasatan polis. Contoh, adik Nurin sampai sekarang memang ada orang yang disyaki ditangkap tapi sampai sekarang tak dapat kesan siapa yang membunuh adik Nurin.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Membantu Yang Berhormat, membantu. Saya jawab ya membantu.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi saya hendak katakan di sini bahawa DNA tidak boleh dijadikan alasan bahawa DNA untuk mengatasi jenayah...

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Pokok Sena, floor saya, floor Arau lah sekarang. Saya ada tiga minit lagi ini.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...tetapi pihak polis, institusi polis dan sebagainya yang perlu diperkemaskan bukan melalui DNA semata-mata.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Tuan Yang di-Pertua, saya mahu floor Yang Berhormat Pokok Sena nanti Yang Berhormat Pokok Sena terus bagi pertanyaan. Saya tak kira nanti.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Arau hendak bagi Yang Berhormat kota Melaka?

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Kota Melaka duduk. Saya tak bagi laluan. Cukuplah. Sudah bagi sudah. Dah bertolak-ansur banyak dah. Sudah, sudah. Sudah, sudahlah. Itu jawapannya. Tuan Yang di-Pertua, soalnya sekarang saya ingin tanya pihak kementerian siapakah yang akan diberi autoriti untuk kita menentukan kesahan DNA ini. Maksudnya hospital-hospital kerajaan ataupun pihak jabatan kerajaan, jabatan kimia yang terbabit yang terlibat yang hanya akan mengesahkan kebenaran DNA ini. Jadi pohon kerana kita tidak mahu pihak yang diberi autoriti ini supaya dia menyalahgunakan dan apakah kepastian kerajaan dalam memantau bahawa mereka yang diberi autoriti untuk mengesahkan kebenaran DNA ini benar-benar terlibat sebab kita yang dari segi kebenaran kepada orang kita mesti jamin dia akan sampai kepada orang sebenarnya kerana kesahannya 99.9% ini adalah sesuatu yang kita tidak nafikan lagi. Cuma apabila Yang Berhormat Pokok Sena membangkitkan tadi pada saya bukan menyelesaikan sepenuhnya tapi membantu siasatan polis dan membantu ini kebanyakannya ianya kita akan mendapat kebenaran yang agak lebih tepat kalau kita bandingkan dengan kita menggunakan kaedah-kaedah yang lain terutamanya dalam kes jenayah penagih dadah dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, lagi satu tentang pemusnahan sampel seperti yang termaktub dalam akta DNA 2008. Dalam masa kita hendak musnahkan sampel ini adakah pihak kerajaan akan memaklumkan kepada pemilik ataupun orang yang diambil sampel ini, pemilik sampel. Bermakna kata sebelum sampel ini dimusnahkan ada peringatan ataupun diberi surat peringatan bahawa dimaklumkan sampel-sampel berkenaan A atau B atau C ini akan dimusnahkan pada tempoh berikut dan pemegang sampel ini mereka diminta hadir ke tempat ataupun jabatan yang diberi autoriti ini kerana kita tidak mahu sampel ini kalau hendak diteruskan atas kebenaran individu

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

berkenaan ataupun ianya akan disimpan dalam tempoh masa yang tertentu berdasarkan masa dan ketika dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, bank data forensik ini baru hendak dimulakan. Jadi kaedahnya sama ada ianya dimiliki di setiap negeri ataupun ianya hanya dibuat di peringkat pusat di satu jabatan yang akan dikhaskan. Jadi bagaimana kaedah pelaksanaannya jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri beri penjelasan kepada perkara ini kerana kita mahu bank data forensik ini ia dapat berfungsi dengan berkesan terutamanya ketika profil-profil DNA ini dapat kita gunakan dalam menyelesaikan masalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat panjang lagi?

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli Yang Berhormat, sekarang pukul 1.00 petang. Kita akan tangguhkan mesyuarat hingga 2.30 petang nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang Undang-undang DNA 2008. Terlebih dahulu saya suka menyatakan di sini mengalu- alukan pembentangan rang undang-undang ini yang saya berpendapat sepatutnya rang undang-undang ini sudah lama dibentangkan di Dewan Rakyat ini. Ini kerana Rang Undang-undang DNA ini sudah pun wujud di kebanyakan negara, kerana perkara pokoknya keperluan DNA ini sudah diterima secara universal sebagai salah satu bahan pembuktian untuk menentukan sesuatu kes terutamanya dalam hal-hal jenayah. Maka oleh itu saya mengalu-alukan rang undang-undang ini dan ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, bilakah kerajaan terfikir untuk mengadakan rang undang-undang ini? Selama manakah rang undang-undang ini disiap sediakan oleh pihak Pejabat Peguam Negara? Saya bertanya tentang perkara ini oleh kerana secara kebetulan, apabila rang undang-undang ini dibentangkan ianya ada kaitan dengan kes yang dihadapi oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Jadi kebanyakan rakyat sekarang ini dalam persepsi pemikiran rakyat, kononnya DNA ini semata-mata kerana ada kes mengenai dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan secara positif. Secara positif ialah melihat kepada rang undang-undang ini sendiri akan tujuan dan matlamatnya. Saya sendiri tidak percaya bahawa rang undang-undang ini ada kena-mengena dengan kes yang saya sebutkan tadi, sebab apabila saya membaca kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar yang didakwa di mahkamah, ianya tidak memerlukan ujian DNA kerana kes sabit kesalahan yang di dakwa di mahkamah hanya memerlukan kepada evidence bukan kepada penentuan DNA. Maka sebab itu saya percaya ianya tidak ada kaitan. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan berkewajipan memperbetulkan persepsi ini supaya apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan ialah untuk kebaikan semua pihak. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu memang dari segi keadilan untuk mereka yang melakukan jenayah dan kes-kes ini bertimbun banyaknya yang dikira bahawasanya kalau ada Rang Undang-undang DNA ini ianya memudahkan penyiasatan mengenai banyak kes. Saya lihat dari segi sudut itu, dari segi sudut positif. Tetapi malangnya, oleh kerana mungkin kebetulan masa yang dibentangkan ini seperti yang saya sebutkan tadi timbul macam-macam persepsi dan kes yang kita hadapi sekarang ini, macam-macamlah yang kita tahu. Saya hendak menarik perhatian di sini, sumpah. Sumpah juga sekarang ini sudah dijadikan alat sebagai salah satu evidence untuk sesuatu pihak menentukan kebenaran masing-masing. Tetapi malangnya Tuan Yang di-Pertua, sebagai orang Islam saya amat kecewa. Sebab saya dapati hasil daripada sumpah yang berlaku sekarang ini sehingga kita lihat terlalu banyak pandangan-pandangan, pendapat-

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

pendapat sama ada dari para alim ulama secara individu, sama ada daripada pihak mufti ataupun ulama daripada parti politik ataupun ulama-ulama, individu-individu yang tertentu mengeluarkan berbagai-bagai-bagai kenyataan yang cukup mengelirukan. Apatah lagi untuk orang bukan Islam memahami mengenai dengan agama Islam tetapi orang-orang Islam sendiri turut keliru dengan bermacam-macam-macam pentafsiran bersabit dengan sumpah. Malah kalau ada Rang Undang-undang DNA ini, mungkin kita boleh mengelak perkara-perkara yang seperti disebutkan tadi sehingga sumpah sekarang ini menjadi mainan oleh banyak pihak. Sudah menjadi momokan. Akibatnya, sebabnya ialah kerana kecelaruan dari segi mentafsirkan sumpah dari segi aspek Islam. Maka sebab itu saya ingin menyarankan kepada pihak kerajaan supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan ataupun fatwa yang boleh menepati kehendak Islam dengan sesungguhnya, dengan sebenarnya tanpa melibatkan kepentingan politik ataupun apa-apa supaya kedudukan, kesucian agama Islam dapat difahami oleh semua pihak.

Minta laluan.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pasir Mas. Saya bersetuju sangat dengan saranan Yang Berhormat untuk Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan satu fatwa, supaya isu sumpah ini nampaknya dua, tiga minggu kebelakangan ini seakan-akan sudah dipolitikkan. Ulama sesama ulama mengeluarkan pendapat yang berbeza-beza. Ini akan menyebabkan orang awam, Islam akan menjadi bingung. Seperti sumpah yang dilakukan oleh seorang yang sama-sama kita ketahui isunya, bagi saya sumpah itu sudah sah kerana menggunakan lafaz ‘wallahi’, wabillahi’, ‘watallahi’. Jadi apabila bersumpah dengan nama Allah, kesan dan akibat kepada orang yang melakukan sumpah itu kalau dia tidak bercakap benar akan tertimpa kepadanya, lebih-lebih lagi sumpah yang diambil secara sumpah laknat.

Orang yang mengambil sumpah untuk menegakkan kebenarannya tentu mengetahui bahawa kesan kalau mereka atau beliau bercakap bohong, dusta. Yang menjadi saksi ialah Allah SWT. Jadi bagi saya tak patut kita mempertikaikan tetapi oleh sebab para alim ulama pun dah masuk sehingga mempertikaikan macam-macamlah. Pegang Quran pun tak boleh, kata kalau pegang Quran dah meniru Kristian. Sebenarnya orang Melayu ini kadang-kadang Yang Berhormat Pasir Mas, Melayu sama Melayu ni, katalah saya dengan Yang Berhormat Pasir Mas ada berselisih faham, ini dari segi Melayu.

[Menyampuk]

Nantilah dulu, saya bercakap dari segi Melayu. Kalau saya dengan Yang Berhormat Pasir Mas bertelagah, saya akan cakap, “Hei, kalau awak berani angkat sumpah, pegang Quran”. Itu Melayu, jadi angkat sumpah dengan Quran itu pun tidak salah sebenarnya asalkan ada wuduklah, memegang Quran dengan wuduk. Akan tetapi dipertikaikan seolah-olah macam meniru Kristian, bukan meniru Kristian, orang Melayu caranya begitu kadang- kadang. Walaupun sebenarnya sumpah di dalam masjid pun tak perlu, angkat Quran pun tak perlu, yang perlu ialah Wallahi, Wabillahi, Watallahi, itu yang perlu. Jadi apa pendapat Yang Berhormat Pasir Mas?

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Maka sebab itulah saya mengatakan bahawa pentingnya rang undang-undang ini, Rang Undang-undang DNA ini supaya kalau boleh dalam mencari sesuatu bukti di atas kesalahan apa jua bentuk jenayah yang dibuat, kita mengelakkan perkara-perkara seumpama ini. Kalau kita ada Rang Undang-undang DNA saya katakan tadi, tentu ia boleh membantu dan mengelakkan hal-hal berkaitan dengan sumpah ini supaya ianya

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

bukan sahaja nak mengelak dari segi kekeliruan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi, tetapi menjaga kedudukan, kesucian Islam sebagai agama kita terutamanya kita orang Islam. Sebab sekarang ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dah ada dah orang buat joke Yang Berhormat Sri Gading, pergi ke pejabat lewat. Bos tanya kenapa lewat, “Sumpah, traffic jammed”. Jadi main-main sahaja sekarang ini, jadi sampai ke peringkat itu. Jadi sebab itu saya berharap supaya kaedah sumpah ini saya harap tidak lagi dijadikan suatu kaedah untuk mencari kebenaran. Biarlah kita guna cara-cara lain, walaupun dalam Islam ada tetapi banyak sangat kekeliruan. Saya hendak betulkan kekeliruan ini sebab bila ada pihak tanya saya, saya pun tak berapa faham nak jawab sebab kita bukan mendalami dalam bidang ini. Akan tetapi apa pun kekeliruan ini yang berlaku. Terima kasih.

Boleh saya mencelah, dah habis?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kota Raja, berhubung dengan rang undang-undang ini ataupun sumpah? Tak mungkin Yang Berhormat daripada Pasir Mas, Tuan Yang di-Pertua buat fatwa hal sumpah ini pula, itu sampingan sahaja Yang Berhormat. Jangan tanya lagi.

Tidak, cuma ada kaitan dengan DNA ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey.

Yang Berhormat Pasir Mas, saya ingin bertanya. Apakah pendapat Yang Berhormat, sebenarnya pemadanan DNA ini hanyalah satu tool, instrumen. Ia bukanlah sesuatu perkara yang kita ambil sebagai definitif, sebagai bukti. Serupa juga dengan bab sumpah tadi, kalau pihak polis telah mengatakan ada evidence, ada bukti maka yang tertuduh akan didakwa. Apa perlu lagi sumpah kalau sudah ada buktinya?

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya, saya tidak berselisih faham dengan Yang Berhormat tetapi kalau ada orang yang hendak bersumpah, nak buat macam mana? Kalau ada orang nak bersumpah, kita tidak boleh larang, dia nak bersumpah. Pada dia, itu hak dia dan dia nak buktikan dia menang, dia nak bersumpah. Kita tidak boleh larang. Maka sebab itu saya katakan tadi kita nak mengelak daripada perkara-perkara ini, maka tentulah memudahkan kalau ada Rang Undang-undang DNA ini. Pengambilan DNA ini sudah menjadi satu pendekatan universal yang dikatakan 80% accurate, accuracy nya apabila darah ini diambil untuk menentukan siapa punya kesamaan pihak-pihak yang tertentu. Jadi sebab itu kita kena bersikap positif. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri baru masuk, saya hendak mengucapkan takziah kepada Allahyarhamah ibu mertua Menteri Dalam Negeri yang meninggal dunia. Saya doakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang solihin insya-Allah. Masih lagi Yang Berhormat Menteri ada di Dewan Rakyat memikul tanggungjawab, walaupun ibu mertua meninggal dunia, saya cukup kagumlah. Saya mengucapkan tahniah. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya berharaplah walaupun saya ada baca kenyataan daripada menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa satu muzakarah akan diadakan mengenai dengan sumpah ini. Akan tetapi saya rasa kalau diadakan muzakarah untuk perbincangan, ianya tidak juga berkesudahan selain daripada fatwa yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ataupun dihimpunkan para alim ulama kerana mengikut Islam. Pertamanya, merujuk kepada Al-Quran kalau ada nas dalam Al-Quran. Nombor dua, hadis dan ketiga ijtimak para ulama. Ianya dibuat dengan secara yang menyeluruh dengan mengambil kira semua pandangan. Maka dibuat keputusan dan menjadi kewajipan kita orang Islam mematuhi apa sahaja fatwa yang dibuat oleh ijtimak ulama sesudah ianya dibuat dengan begitu teliti dan secara terperinci. Jadi sebab itulah saya Tuan Yang di-Pertua, amat-amat cukup gelisah, ikhlas. Apabila terlalu banyak kenyataan-kenyataan keluar dalam akhbar, dalam televisyen macam-macam pandangan. Malah di antara mufti pun ada perbezaan pendapat, apatah lagi ulama-ulama dari segi politik, tambah lagilah pilihan raya kecil di Permatang

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Pauh. Akhir sekali, habis jadi berkecamuk yang pada saya yang penting kita hendak mencari kebenaran.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya, ya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya pun harap tidak ada hal sumpah ini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Bukan. Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin tahu sama ada kuorum memadai untuk persidangan berterusan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey, cuba setiausaha bilang. [Setiausaha mengira bilangan Ahli-ahli Yang Berhormat] Cukup-cukup 26 Ahli Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Pasir Mas. Balik kepada undang-undang DNA Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya, sekarang ini perbahasan di peringkat dasar Tuan Yang di-Pertua, boleh saya sentuh-sentuh perkara yang juga ada kaitan sebab ini masalah bahan bukti. Jadi apa pun Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan positif dan rang undang-undang ini amat baik dan amat-amat diperlukan. Sepatutnya sudah lama dibentangkan, sebab itu saya tanya bila rang undang-undang difikirkan oleh kerajaan. Oleh sebab kita terima ianya baik, tinggal lagi apabila kita gubal rang undang-undang supaya ianya kemas, tidak timbul banyak masalah dari segi pelaksanaan. Satu perkara saja yang pokok, yang asasnya dalam rang undang-undang ini ialah tadi saya ada dengar Yang Berhormat daripada Kubang Kerian bertanya sewaktu sesi soal jawab tadi ialah kebimbangan supaya sampel DNA yang diambil ini tidak disalahgunakan. Ataupun boleh di tampered, maknanya boleh dimanipulasikan. Saya telah meneliti tentang fasal-fasal yang ada dalam rang undang-undang ini. Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri Dalam Menteri, di bawah fasal bahagian 4, fasal 12(6), “sesuatu sampel itu hendaklah hanya diambil oleh seorang pegawai perubatan kerajaan”. Saya nak minta detail, perinciannya apakah dalam menentukan supaya sampel ini tidak di manipulasi. Apakah pihak yang hendak diambil DNA ini, darah ini, adakah orang ini berhak membawa saksinya iaitu seorang doktor daripada luar yang dinamakan oleh pihak yang berkenaan untuk bersama dengan pegawai perubatan yang akan mengambil DNA nya, termasuklah mungkin pegawai polis. Hasil daripada kajian itu dilihat bersama, disahkan bersama supaya ianya tidak dijadikan suatu manipulasi ataupun kebimbangan setengah pihak takut DNA ini dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sungai Siput bangun Yang Berhormat.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Baik. Ya.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Okey, Yang Berhormat Pasir Mas. Berkenaan dengan isu manipulasi ini. Jika kita tengok fasal 7, di mana menteri melantik seorang pegawai polis sebagai Ketua Bank DNA, forensik ini. Adakah lebih baik, jika seorang yang mengendalikan bank ini daripada satu kementerian yang lain. Jika di dalam kementerian yang sama, seorang polis di mana suspek yang dicharge juga di bawah polis, isu manipulasi ini lebih ketara. Jadi, adakah lebih baik jika ia diubah dan ditempatkan bank data forensik DNA ini di bawah kementerian lain. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi atau Kementerian Kesihatan kah supaya kita ada yang know, separation of power dengan izin. Minta penjelasan.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat kalau itulah yang difikirkan cara untuk menentukan bahawa DNA ini tidak dimanipulasikan. Malah saya ada dalam cadangan saya hendak cadangkan supaya

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

diwujudkan satu unit khas, sekarang ini di bawah polis. Unit DNA, satu jabatan khas sama ada hendak diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri ataupun di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi satu agensi yang berasingan, yang berwibawa, yang kredibilitinya tidak boleh dipertikaikan. Namun, saya rasa yang baik ialah kalaulah pihak yang hendak diambil DNA ini boleh dan diizinkan, dibenarkan untuk membawa doktornya bersama. Apabila darah itu diambil, maka darah itu dibawa bersama. Jangan kata simpan dahulu dalam peti ais, petang pula darah itu boleh bertukar, macam-macam boleh berlaku akibat daripada kelemahan manusia. Namun, kalaulah pada masa yang sama mereka ini doktor yang dinamakan oleh pihak yang hendak diambil darah ini ada bersama dan disahkan bersama. Ini kerana, saya percaya masanya tidak lama untuk membuat pengesahan sesuatu pengambilan darah, tidak akan lama masanya. Maka sebab itu, saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah cara untuk menentukan supaya kita tidak dengar esok-esok ini konspirasi, ini manipulasi dan macam-macam. Kalau kena kepada pihak penjenayah biasa, tidak apa. Jarang sangat kita bising. Kalau kena kepada orang kecil-kecil, tidak ada siapa yang bercakap soal kebenaran. Kalau ada orang-orang kampung kah, orang yang tidak berpangkat, orang tidak dikenali kah, tidak ada siapa bising sangat tetapi kalau kena pada orang politik, tentulah bising. Tidak kita atau mana-mana pihak bising, mesti bising. Kalau orang biasa, tidak ada masalah. Maka, sebab itulah mesti difikirkan mekanisme yang terbaik supaya tidak timbul keraguan bahawasanya apabila hasil laporan daripada DNA ini dibawa ke mahkamah ataupun sebagainya ia tidak dipertikaikan lagi. Kita tengok dalam kes Saiful contohnya. Bagaimana keluar berita Doktor ‘Puspasari’ itu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Pusrawi.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Pus apa?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Pusrawi.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Haa, Pusrawi. ‘Puspasari’ pula. [Ketawa] Lepas, kemudian keluar pula kenyataan balas. Jadi, sama juga dengan pandangan ulama lah. Bercelaru lagi. Jadi, ini yang menjadikan masalah Tuan Yang di-Pertua. Jadi sebab itu, saya minta diperjelaskan betul-betul, diyakinkan betul-betul bahawa hasil daripada kajian daripada DNA ini tidak dimanipulasikan. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi. Oleh kerana saya mengatakan DNA ini penting. Saya hendak rujuk kepada fasal 14 iaitu: (i) keengganan memberikan sampel. DI sini disebut, jika seseorang yang daripadanya satu sampel bukan intim hendaklah diambil di bawah akta ini enggan hendak memberi sampel itu; (ii) enggan untuk membenarkan sampel itu diambil daripadanya atau menghalang pengambilan sampel itu daripadanya. Jika disabit kesalahan, dendanya tidak melebihi RM10,000 ataupun penjara selama satu tahun atau kedua-keduanya. Kalau tanya saya Tuan Yang di-Pertua, saya harap saya tidak ekstremlah dalam pandangan saya ini tetapi oleh sebab saya katakan tadi DNA sudah menjadi satu pendekatan yang universal, yang diterima pakai sebagai suatu pengecaman yang penting yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sendiri waktu pembentangan tadi, bayi bertukar, macam-macamlah hendak menentukan. Sepatutnyalah ianya menjadi mandatori. Mandatori, maknanya seseorang penjenayah tidak kira apa kesalahan jenayah, dia sepatutnya kalau perlu diambil DNA. Dia kena beri DNA maknanya secara mandatori, tidak boleh elak lagi tetapi kalau disebut di sini, kalau dia tidak hendak beri, maka dia melanggar satu kesalahan. Dendanya RM10,000, jelnya setahun. Kalau kes penjenayah yang melibatkan dadah di bawah seksyen 39(b). Yang dia tahu, kalau dia bersalah dia tahu apa yang dia buat, maka buktinya antaranya perlu pada DNA. Tempat dadah itu jumpa di bawah katilnya, tempat dia tidur itu, boleh diambillah macam-macam bahan bukti dari segi DNA yang dibuat Tuan Yang di-Pertua. Apa sangat denda RM10,000 dengan jel satu tahun. Dia boleh enggan, keengganan dia beri DNA maka dia melanggar undang-undang ini. Maka, dibawa pula ke mahkamah, bicara pula sekali lagi. Berapa banyak habis masa dari segi

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

perbicaraannya, melambatkan lagi proses. Jadi, sepatutnya dijadikan mandatori, dijadikan mandatori tidak ada masalah. Kalau tidak, dia kata tidak apa. Saya tidak akan beri DNA, denda RM10,000, saya boleh bayar. RM100,000 kalau melibatkan hal- hal dadah ini mereka boleh bayar, jel lima tahun boleh masuk daripada disabitkan kesalahan yang mandatorinya hukum bunuh. Apa salahnya, sebab saya percaya ianya bukan perkara masalah. Kalau kita tidak bersalah, kita tidak perlu takut, kita tidak perlu bimbang. Apa yang kita hendak bimbang kalau kita tidak bersalah. Hendak ambil darah saya sepuluh kali pun ambillah. Tiada masalah, kalau kita tidak bersalah, tiada masalah langsung untuk kita enggan, untuk kita mengambil darah DNA ini. Jadi sebab itu, saya tengok ada kelonggaran dan kelonggaran ini juga boleh memberi masalah apabila masalah hendak ambil darah ini bukan sesuatu perkara yang mandatori. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah boleh difikirkan balik supaya ianya menjadikan mandatori. Malah ambil darah ini pun selalu juga, bukan perkara besar sangat. Kita pergi cek kesihatan di hospital enam bulan sekali Tuan Yang di-Pertua. Selalu ambil darah, hendak tengok gula tinggi mana terutamanya orang yang kena diabetes ataupun orang hendak ambil ubat. Jumpa doktor, ambil darah dahulu. Malah, kalau hendak makan vitamin pun, kena ambil darah dahulu. Baru kena prescription nya. Saya Tuan Yang di-Pertua umur sudah 58 tahun, dengan Tuan Yang di-Pertua jauh nampak muda saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Muda, muda Yang Berhormat. Yang Berhormat masih muda.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya dahulu bekas student leader, dan sekarang ini sudah 30 tahun lebih sudah. Tidur pukul tiga, empat pagi, makan tidak tentu arah, tetapi masih kuat. Ya atau tidak? Sebab apa? Sebab makan vitamin. Ha, tetapi ada orang makan vitamin, dia tidak ikut prescription. Kena jumpa doktor, diagnos oleh doktor, ambil darah. Doktor kata, kena makan vitamin awak umur 57 tahun. Badan awak perlu lima vitamin C, enam kah, apa sahaja bentuk vitamin tetapi kita makan dua. Jadi, bila makan tidak betul ikut prescription, kita makan dia tidak jadi. Sebab itu kena cukup. Jadi, hari-hari ambil darah, jadi apa yang takut hendak ambil darah ini. Ya, manalah tahu Tuan Yang di-Pertua. Saya tengok ramai orang Malaysia pun dok ulang-alik ke Indonesia, ke Medan. Ramai, tengok Wangsa Maju.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya takut esok-esok ada budak-budak Indonesia pun datang ke Malaysia mahu cari bapa dia siapa. [Ketawa]

Yang Berhormat Wangsa Maju punya.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Kita pun tidak tahu. Maka perlu ambil darah. Jadi banyak kemudahan-kemudahan. Jangan tengok dalam bab sudut yang negatif. Banyak mahu kena ambil darah. Kalau tidak kesian budak-budak ini. Mak dia pesan, kamu pergi ke Kuala Lumpur, bapa kamu dulu rambut lebat-lebat, misai ada lebih kurang dan kepala licin. Nanti orang tuduh pula Yang Berhormat Arau pula nanti. Jadi Yang Berhormat Arau kata saya tidak bersalah. Maka saya bersumpah. Tidak payah bersumpahlah. Ambil darah DNA.

Tengok-tengok Yang Berhormat Batu Pahat.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Juga Yang Berhormat Batu Pahat. Yang Berhormat Batu Pahat pun nampak baik tetapi belum tentu. [Ketawa] Diam-diam ubi berisi, kita tidak tahu. Jadi sebab itu saya katakan penting undang-undang DNA ini. Jadi saya bangkitkan perkara-perkara ini minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dalam aspek tadi.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

[Bangun]

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

[Bangun]

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Aspek mandatori tadi, sebab saya bimbang apabila rang undang-undang ini diluluskan, dari segi pelaksanaannya nanti sukar oleh kerana ada bahagian yang mereka boleh tidak bekerjasama dari segi memberi sampel DNA ini.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat Arau dulu. Yang Berhormat Arau bangun dulu tadi.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Arau, Arau.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Telok Intan dengan Yang Berhormat Segambut duduk dulu.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat. Apabila Yang Berhormat bangkitkan soal sumpah. Sumpah tadi Yang Berhormat kata...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak payah Yang Berhormat. Tidak ada dalam ini Yang Berhormat.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

DNA ini, DNA. Adakah di negara kita sudah ada tiga mahkamah? Mahkamah Sivil, Mahkamah Syariah dan ‘mahkamah sumpah’. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini? [Ketawa]

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Susah mahu jawab ini. Tidak apalah Yang Berhormat, kita sembang minum kopi sekejap lagi dekat luar ya, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Bagus, bagus Yang Berhormat. Bagus.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat telah mengatakan bahawa kalau seseorang itu tidak bersalah, bolehlah bagi darah dia sebagai sampel untuk DNA. Kalau tidak salah apa yang mahu dirisaukan. Jadi saya cadang dan tanya, dalam senario di mana macam Yang Berhormat kata kalau tidak salah. Akan tetapi ada orang yang cemburu atau mahu frame-up dengan izin. Jadi saya boleh memberi rasuah kepada pihak-pihak yang berkuasa untuk ambil air liur ataupun darah. Masuk ke tempat kejadian jenayah. Jadi dalam cara itu saya boleh frame-up. Jadi adakah masih Yang Berhormat bersetuju begitu saja bagi darah tanpa klausa-klausa yang boleh menjamin bahawa semuanya telus. Terima kasih.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat Segambut, saya jawab sekali.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Terima kasih. Saya mahu tanya pandangan Yang Berhormat Pasir Mas di bawah seksyen 14, bill ini. Dia kata jika seseorang enggan untuk memberi sampel, enggan membenarkan sampel itu diambil, dan menghalang pengambilan sampel ini, dia sudah melakukan sesuatu kesalahan. Jadi saya mahu bertanya Yang Berhormat kalau pihak polis minta satu sampel DNA daripada Yang Berhormat, Yang Berhormat enggan dan Yang Berhormat akan disabit dengan kesalahan jenayah. Apa pandangan Yang Berhormat?

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Dari segi akademiknyalah, dari segi akademik, betul pandangan Yang Berhormat itu. Kebimbangan. Boleh disalahgunakan. Katakan kalau sayalah di frame-up, diambil darah dan saya bagi. Lepas itu masuk air liur. Itu segi akademik. Akan tetapi kalau kita memikirkan apabila kita membuat sesuatu undang-undang, kalau kita fikir sampai menyebabkan kita syak begitu, tidak ada undang-undang yang kita boleh buat kerana all lost. Kita tengok ada loopholenya. Tinggal lagi soal pelaksanaan. Kita perlu kepada undang-undang. Itu basicnya bahawa kita perlu. Yang mesti diputuskan bahawa kita perlu satu undang-undang untuk mengambil DNA. Bukan saja di negara kita tetapi kebanyakan negara sudah begitu. Akan tetapi kalau kita sudah awal-awal lagi kita bimbang kononnya itu boleh menaruh kebimbangan. Sebab itu saya bangkit tadi bagaimana cara dan bentuknya untuk menentukan bahawa tidak akan disalahgunakan. Tidak akan dijadikan konspirasi. Kalau macam sayalah. Ambil darah. Kemudian saya tahu tiba-tiba kononnya ada konspirasi. Contohnya kalau saya tidak bersalahlah. Kalau saya, saya tidak tahulah. Mahu atas meja pun saya naik. Mahu ambil darah saya tiga tong pun boleh selagi saya ada darah. Tidak ada masalah. Akan tetapi saya sendiri tahu saya must be honest to

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

myself. Sebab itu dari segi Islam Yang Berhormat, banyak orang takut kepada hukum hudud ini terutamanya kawan-kawan daripada pembangkang takut, termasuk Yang Berhormat Wangsa Maju. Kena kerat tangankah atau kena sulakah. Akan tetapi dari segi Islam. Dari segi Islamlah.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Pasir Mas, saya rasa sula itu bukan dalam undang-undang hudud kot. Mungkin kita baca kitab salah kot. Minta maaf.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Ketawa] Saya mahu cakap saya mahu pentingkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Pasir Mas, Pasir Mas, balik kepada undang-undanglah.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya, undang-undang ini. Ini perkara dasar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Nanti banyak mencelah nanti. Katakan salah itu.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang saya mahu menjuruskan Tuan Yang di- Pertua ialah keikhlasan. Keikhlasan kita. Maknanya dia pergi tidak? Memang saya mencuri, saya mencuri kerana saya lapar. Itu dia punya asasnya, keikhlasan. Dalam dunia sekarang ini, rasa keikhlasan ini boleh diperdebatkan. Sebab itu saya bangkitkan perkara ini. Pentingnya DNA ini. Cuma tinggal lagi saya katakan tadi mahu menentukan supaya ia tidak dimanipulasikan. Macam mana caranya, dari segi kredibilitinya. Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya rasa betullah apa yang disebutkan tadi bahawa hampir semua undang-undang ini memang ada dia punya loophole dan sebagainya. Akan tetapi dalam persoalan ini, memang kita di dalam Parlimen bertanggungjawab untuk mencari satu mekanisme yang akan mengurangkan persoalan salah guna kuasa, salah guna maklumat, soal mahu pasang perangkap kepada orang-orang yang tertentu dan sebagainya. Maka persoalan-persoalannya tadi di antaranya yang ditimbulkan iaitu bagaimana pihak polis boleh diamanahkan untuk menjadi custodian ataupun penjaga kepada segala maklumat DNA dan sebagainya memang merupakan persoalan yang relevan. Sedangkan kita semua tahu bahawa memang ada kes yang telah dibawa oleh Datuk Seri Anwar bin Ibrahim berhubung dengan penipuan yang telah dilakukan terhadap bukti-bukti yang membabitkan diri beliau pada tahun 1998 dan sebagainya. Lalu ini pun juga disahkan oleh bekas Ketua Polis Negara yang menyatakan bahawa Institusi Polis sekarang ini teruk dengan masalah rasuah. Ini semua merupakan perkara yang difahami dan diakui umum. Dalam keadaan yang seperti itu, tidakkah dianggarkan ataupun difikirkan bahawa undang-undang ini macam seolah- olah tidak mahu mengambil kira kenyataan-kenyataan ini. Seterusnya meletakkan tanggungjawab untuk menjaga data bank DNA ini di dalam tangan satu institusi yang pada hari ini masih lagi belum dapat dibersihkan. Saya rasa mungkin nanti saya pun mahu berhujah. Lalu tidak bolehlah banyak sangat ya saya tanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak payah berhujah kalau panjang sangat mencelah, Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, ya. Okey, baiklah. Saya minta komenlah daripada Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu katakan tadi saya masih juga dalam point mahu menentukan supaya sampel DNA ini tidak dimanipulasikan apatah lagi untuk kes-kes yang berprofil tinggi. Jadi sebab itu saya rasa tidak menjadi masalah. Katakanlah apabila darah ini mahu diambil, pihak yang diambil darah ini diizinkan membawa doktor peribadinya. Kemudian boleh lawyernya, boleh bawa Ahli-ahli Parlimennya sekali, dua orang tiga orang. Saya pun boleh turut dijemput sama kalau mahu.

[Bangun]

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Untuk menentukan kesahihan. Kemudian darah diambil. Saya rasa tidak sampai tiga, empat jam pun. Kemudian di bawa ke makmal; pegawai polis ada, doktor kerajaan ada dan peguam ada. Lantik lagi, tidak ada masalah. Kemudian ambil dan disahkan di situ. Jadi saya rasa tidak ada masalah sangat untuk menentukan mekanisme. Sebab itu saya mahu tanya tadi apakah mekanisme yang akan digunakan oleh pihak kerajaan dalam menentukan supaya sampel DNA ini tidak dimanipulasikan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Minta penjelasan.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.

Mana dulu?

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sini dulu. Ini bangun dulu.

Terima kasih Pasir Mas, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak balik kepada keengganan memberikan sampel intimlah kita sebut ya, darah dia masuk dalam sampel intim. Tujuan kita mengambil darah ini adalah untuk mendapat profil DNA. Sebenarnya darah kita dianalisa dan kita mendapat profil DNA. Profil DNA ini sebenarnya dia boleh tahan sampai beribu tahun. Dia tidak tersilap, tidak tercemar ataupun tidak luntur melainkan ada kaedah-kaedah yang lainlah. Apabila kita sudah mendapat satu profil DNA, maknanya profil ini akan tersimpan, kita simpan sampai bila-bila.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang ...

Saya hendak minta penjelasan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ini bukan kuliah Yang Berhormat, tanya persoalanlah.

Hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Pasir Mas. Bila kita sudah ada profil DNA, apakah makna sebenarnya lagi untuk kita memberikan sampel kita untuk semata-mata mendapat profil DNA kali yang kedua. Sebab kita sudah ada simpanan, dia ini pula sampai bila-bila dia boleh simpan profil itu. Terima kasih.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yalah Yang Berhormat, kalau kita sudah ambil dahulu masa sudah lama, kemudian kalau kita pakai DNA lama, nanti kata itu lama, mungkin darah dia sudah bertukar. Ini konspirasi, jadi kita kena ambil yang baru. Jadi ...

Profil lain daripada sampel. Profil ini dia tidak akan rosak.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Baik Yang Berhormat. Saya masukkan ucapan Yang Berhormat itu dalam ucapan saya, biar Menteri jawab. Yang Berhormat Kalabakan apa ini...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak, Kinabatangan.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya, Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tanya tadi, Yang Berhormat kata untuk mengelakkan ada konspirasi ataupun perangkap daripada pihak-pihak tertentu, maka yang dituduh kena membawa peguam, kena membawa dia punya doktor peribadi. Bagaimana ianya melibatkan profil tinggi tetapi yang dituduh tidak berkemampuan untuk membayar peguam, untuk membayar doktor dia, jadi bagaimana keadaan dia pula?

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Kita boleh dapat. Saya percaya kalau kes- kes profil tinggi ataupun kalau kes orang biasa pun, kalau dia tidak boleh bayar, kalau diizinkanlah asalkan ianya jadi saksi ada saksi saya boleh Yang Berhormat. Terutama kalau orang hendak ambil darah Yang Berhormat, saya jadi saksi itu boleh, tidak ada

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

masalah tidak payah bayar. Jadi Tuan Yang di-Pertua itulah di antara perkara-perkara yang saya bangkit tadi yang minta dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Dan saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kesempatan dan masa yang diberi pada saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya harap polis jangan panggil Yang Berhormat jadi saksi banyak sangat, tidak boleh hadir Parlimen nanti. Hadir mahkamah sahaja jadi saksi.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Cik Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, mengapa giliran Yang Berhormat Pasir Mas boleh dikira dalam pembangkang sini pula.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak payahlah, ini perkara kecil-kecillah Yang Berhormat.

Cik Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

BEBAS dikira di bahagian sini.

Bila undi hendak undi bebas.

Cik Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat BEBAS kacaulah bahagian sini.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Apa fasal? Apa fasal? [Ketawa]

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih atas peluang membahaskan Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008. Izinkan saya menyentuh beberapa perkara yang berkenaan. Sebagai seorang ahli biokimia dari Fakulti Perubatan saya anggap rang undang-undang ini sebagai satu pendekatan saintifik yang positif terutama sekali untuk tujuan identifikasi manusia. Ia patut dipandang sebagai satu kemajuan menyeluruh dari bidang penyiasatan saintifik di Malaysia yang sebenarnya telah terlalu lama lebih masa. Rang Undang-undang DNA telah diluluskan di banyak negara membangun sejak agak lama dahulu. Saya sendiri telah mengalami satu pengalaman yang tidak dapat saya lupa. Pada 15 September 1995, apabila sebuah pesawat Fokker MAS telah jatuh dalam satu kemalangan di Tawau, seramai 19 orang penumpang... [Gangguan teknikal].

Sabotaj kah?

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Seramai 19 orang penumpang terbunuh manakala 34 orang penumpang terselamat. Di antara yang terkorban kebanyakan mayat telah teruk terbakar, terputus, pecah, sehingga tidak dapat dikenal pasti. Walaupun pengebumian kelompok dicadangkan, saya tidak bersetuju cadangan itu kerana identifikasi mayat secara DNA adalah satu pilihan terakhir kami yang ada. Nasib baik kami berjaya mendapat bantuan seorang pakar analisis DNA pada masa itu. Selepas analisis makmal selama seminggu dibuat ke atas semua mayat, 19 orang si mati itu telah dikenal pasti dan dihantar kembali ke bandar-bandar asal mereka. Ada di Sabah, ada di Sarawak dan yang lain di Semenanjung Malaysia. Ini adalah satu daripada kes-kes identifikasi DNA berkaitan penyiasatan forensik seperti mana tersebut dalam Fasal 4(2)(a) Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 ini. Sejak analisis DNA dijalankan dalam zaman 90-an, mengapakah kerajaan Malaysia ambil masa begitu lama untuk mengkaji dan menggubal Rang Undang-undang DNA ini. Mengapakah penggubalan Rang undang- undang DNA yang begitu penting bagi tujuan identifikasi penjenayah atau kes-kes siasatan telah ditangguh sehingga sekarang. Merujuk kepada banyak berkaitan yang tersembunyi atau hidden links atau missing links kepada jenayah bunuh, rogol dan kes- kes lain terutama sekali yang didapati pada mayat-mayat mangsa. Penyiasatan forensik DNA telah menjadi satu analisis yang rutin dalam menunjukkan pengesahan sesuatu kes di banyak negara di mana undang-undang DNA telah diluluskan. Contohnya di negara United Kingdom, New Zealand, Hong Kong dan Singapura. Saya ingin meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan setakat ini berapa kes jenayah yang berlaku di Malaysia telah diselesaikan dengan penyiasatan analisis identifikasi DNA.

Mohon laluan Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Bisik-bisik sahaja cukup Yang Berhormat, dekat sangat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tawau sahabat saya. Saya mohon pandangan Yang Berhormat, saya tertarik dari segi iaitu meminta Kementerian Dalam Negeri untuk menyatakan berapakah kes jenayah yang berlaku di Malaysia ini. Saya ingin tanya pandangan Yang Berhormat adakah Yang Berhormat bersetuju jika sekiranya Rang undang-undang bank DNA ini diluluskan, adakah Yang Berhormat bersetuju supaya diwujudkan juga pusat penyelidikan ataupun pejabat cawangannya di Sabah dan di Sarawak serta melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Sebab kita melihat dari segi hubungan geografi yang jarak di antara tanah Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, maka di sini saya ambil kira sebagai perlunya kita wujudkan pusat tersebut di negeri Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan. Yang kedua, apakah pandangan Yang Berhormat kalau sekiranya bank DNA ini diwujudkan nanti supaya kakitangan ataupun pegawai yang akan dilantik itu perlu juga dilibatkan dan dilantik staf-staf itu ataupun sampai ke jawatan yang tinggilah daripada negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Terima kasih mohon penjelasan.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Silam. Memanglah ini yang penting. Kalau boleh mewujudkan satu pusat ini di Sabah kerana banyak kes kena tangguh and evidence-evidence tidak mencukupi. Ya, ini adalah satu cadangan yang baik dan ucapan-ucapan oleh Yang Berhormat Silam mungkin boleh masuk dalam ucapan saya juga dan Tuan Yang di-Pertua, diminta juga menteri memberi contoh-contoh selain daripada jenayah bunuh yang dikatakan pada pagi ini yang berkenaan supaya menunjukkan bahawa Polis Diraja Malaysia telah mencapai kemajuan dalam bidang identifikasi DNA. Saya juga ingin mengetahui bagaimana ahli-ahli kimia Malaysia berpengkhususan analisis DNA telah diberikan latihan profesional dari Akademik Polis Diraja Malaysia dan di universiti-universiti tempatan atau seberang laut?. Setakat ini, berapakah jumlah peruntukan kerajaan yang telah dibelanjakan untuk menjayakan latihan analisis DNA di bawah Bahagian Forensik PDRM ini?. Tuan Yang di-Pertua, banyak kes telah diselesaikan...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Yang Berhormat, minta penjelasan.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Selepas terganggu selama 10 tahun hingga 20 tahun. Sebaik sahaja profil-profil DNA,

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Minta penjelasan.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Sikit, tunggu saya habis ini ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tunggu dia habis dia punya.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Tunggu saya habis ini. Profil-profil DNA penjenayah-penjenayah telah didapati selepas mereka dihubung kait dengan jenayah- jenayah yang lain. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin there is a saying “with collective evidence of analysis forensic DNA. We will be able to tell the history and the matter pertaining how the case is happened?.” Inilah adalah satu powerful scientific tool.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Saya tertarik dengan soalan-soalan yang dilemparkan oleh Yang Berhormat Tawau tadi kepada Menteri Dalam Negeri bahawa ada berapakah kes yang telah diselesaikan melalui DNA dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa sebenarnya kerajaan belum ada satu kajian saintifik? Kajian yang spesifik yang menunjukkan bahawa walaupun kita bersetuju bahawa secara amnya DNA ini dapat membantu menyelesaikan kes-kes jenayah tetapi di Malaysia belum ada satu kajian yang spesifik, belum ada satu laporan yang mengatakan bahawa DNA telah membantu kita mengurangkan kadar-kadar jenayah ataupun membantu pihak polis untuk menyelesaikan banyak kes jenayah. Belum ada kajian tersebut.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Jadi, kalau begitu adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa sepatutnya kerajaan perlu mengconvincekan, menyatakan kepentingan DNA ataupun bagaimana DNA ini dapat menyelesaikan kes-kes jenayah sebelum pembentangan rang undang- undang ini?. Jadi saya minta adakah Yang Berhormat bersetuju, bahawa sepatutnya perlu ada kajian dahulu sebelum rang undang-undang ini dibentangkan.? Terima kasih.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Terima kasih Yang Berhormat dari Rasah. Saya ada confidence lah kalau kementerian tunggu hingga sekarang baru bentangkan satu akta pada hari ini, mereka memanglah ada banyak kerana siasatan DNA ini pada 1995 sudah berlaku,. Pada hari yang saya sebut., memanglah mereka ada lab-lab dan DNA-DNA specialist pada masa itu dan Tuan Yang di-Pertua,

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Boleh sambung sikit?

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Saya berpendapat bahawa...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Yang Berhormat, boleh sambung sikit? Minta sikit.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Tunggu saya habis dulu ya. Ini bukan satu dialog ya. Saya berpendapat bahawa adalah sangat penting untuk menyimpan bank data DNA yang dibina dengan rekod-rekod pembunuh-pembunuh atau penjenayah- penjenayah yang belum dikenal pasti dalam semua kes jenayah yang belum selesai Ini kerana, ia menyediakan satu peluang untuk menyepadan silang atau satu cross match kemudian. Saya yakin terhadap kegunaan bank data DNA ini kerana masih terdapat banyak kes pembunuhan kejam yang belum selesai di Malaysia atau di Sabah. Di antara contoh-contoh adalah kes pembunuhan kejam seorang pembantu Menteri di Kota Kinabalu, pembunuhan sepasang suami isteri tua di Sabindo, Tawau dan satu kes rogol bunuh kejam melibatkan seorang gadis berusia 10 tahun di Moratai, hingga ibu bapa gadis ini sudah tidak siuman dan kes-kes itu masih belum selesai. Jika bank data DNA tersebut dapat dibina lebih daripada 10 tahun dahulu, mungkin sudah ada peluang bagi perkembangan terbaru yang penting untuk penyelesaian kes ini dan kita tidak ingin melihat pembunuh-pembunuh terlepas sahaja daripada jenayah yang dilakukannya. Ini tidak adil bagi mangsa-mangsa serta keluarga-keluarganya . Sebaliknya sebilangan suspek...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Boleh minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kota Melaka, duduk dulu lah, dengar saja. Saya tidak percaya Yang Berhormat Tawau akan jawablah.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Sebilangan suspek yang disyaki melakukan jenayah tetapi yang sebenarnya tidak bersalah telah dipenjarakan dan kemudian dibuktikan dengan profil DNA bahawa mereka sebenarnya tidak bersalah langsung selepas dipenjarakan lebih daripada 10 tahun. Ini pernah berlaku. Justeru itu, kita harus bergantung pada pendekatan identifikasi DNA yang lebih saintifik dengan sistematik untuk mengenal pastikan dengan tepat orang-orang yang bersalah dan pada masa yang sama melindungi yang tidak bersalah demi menegakkan keadilan undang-undang ini. Saya berharap fasal-fasal 6(1) dan(2) dapat...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tak payahlah Yang Berhormat Segambut, duduk saja.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

...dikaji semula kerana maklumat sulit berkenaan seseorang suspek mungkin tidak selamat jika sekiranya sesuatu agensi atau perbadanan yang lain ditugaskan untuk menjalankan analisis forensik DNA dan kerja penyimpanan profil-profil DNA atau mengendalikan bank data DNA kerajaan Selain itu, hanya kerajaan sahaja yang harus bertanggungjawab sepenuhnya untuk membina dan menyimpan bank data DNA dalam analisis forensik DNA kerana ia melibatkan banyak maklumat yang betul-betul sulit dan pengesan data oleh mana-mana agensi atau perbadanan yang merupakan pihak yang ketiga langsung tidak dibenarkan. Perkara ini adalah penting terutama sekali bagi kes-kes bercorak sensitif. Mesti ada garis-garis panduan, budi bicara semasa membuat keputusan sama ada untuk mengambil sampel-sampel intimate atau bukan intim. Jika sampel bukan intim atau intimate sudah dapat mengisikan kemungkinan-kemungkinannya, maka saya tidak

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

nampak mengapa perlu mengambil sampel intimate lagi kerana pengambilannya mungkin menyebabkan ada satu diskriminasi yang tidak perlu terhadap suspek Oleh itu, dengan pelantikan pemimpin-pemimpin yang boleh dipercayai, dengan bertanggungjawab sebagai ketua atau timbalan ketua dan pegawai-pegawai lain sebagai bank data DNA, saya dapat meramalkan bahawa akta ini akan membawa untung bagi Malaysia pada keseluruhannya. Identifikasi DNA adalah satu realiti saintifik yang maju dalam dunia ini yang akan membawa kemajuan positif bagi masyarakat Malaysia dari semua aspek keadilan. Rang undang-undang ini sepatutnya memberikan keadilan kepada semua kedua-dua pihak, yang tidak bersalah dan yang bersalah. I hope the bill in all fairness dengan izin, should serve justice for the innocent and for the guilty and dengan itu Tuan Yang di- Pertua, saya memohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, di dalam perkara menimbangkan sama ada satu seperti bill atau Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 harus diluluskan. Saya rasa apa yang penting ialah untuk kami menanyakan sama ada terdapat kaedah- kaedah keselamatan dalam bill tersebut untuk memastikan bahawa terdapat transparency dan juga kredibiliti dalam cara bagaimana bukan sahaja samples diambil, tetapi juga dalam cara bagaimana samples tersebut dibawa ke mahkamah untuk satu tindakan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] I do respect Tuan Yang di-Pertua di dalam kes ini ataupun di dalam bill ini, saya berpendapat bahawa bill ini mempunyai sifat-sifat politik dan ianya bukan bill yang bertujuan untuk diprotect melindungi hak-hak tertuduh atau suspect di dalam satu kes jenayah. Kami lihat kepada bill tersebut, pertama sekali kita lihat kepada bank. Bank yang akan didirikan untuk tujuan menyimpan sample DNA tersebut dan ianya dikenali sebagai Bank Data DNA. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada khususnya seksyen 3 dalam bill tersebut, saya akan bacakan isi kandungannya: “ 3(2) The DNA Databank shall be under the management, control and supervision of the Head of DNA Databank.” Apakah yang dimaksudkan oleh “the Head of DNA Databank.” Di sini kita lihat kepada seksyen 2 dan seksyen 2 menyatakan: “‘Head of DNA Databank’ means the Head of Forensic DNA Databank Malaysia appointed under section 7.” Section 7 jelas, section 7 menyatakan: “7(1) The Minister shall appoint a police officer not below the rank of Deputy Commissioner of Police as Head of the Forensic DNA Databank Malaysia for such period and on such terms and conditions as may be specified in the instrument of appointment.” Tuan Yang di-Pertua, apa yang jelas di sini adalah pertamanya kuasa diberikan kepada seorang menteri. Kuasa itu kemudiannya diberikan kepada seorang anggota polis. Anggota polis untuk mengetuai bank tersebut. Di sini kita lihat apakah masalah-masalah yang boleh bangkit daripada satu bill sedemikian. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat dengan jelas, kita perlu fikir kepada keadaan. Contoh-contoh kes di mana bill ini boleh diaplikasikan untuk kami mengetahui secara jelas apakah masalah-masalah yang akan timbul. Saya bagi contoh, dalam kes rogol atau dalam kes liwat. Dalam kes liwat seems liwat is very popular nowadays, kita ambil contoh liwat. Apakah yang berlaku? Aduan akan dibuat oleh pengadu bahawa beliau telah pun diliwat. Baik, that’s okey, that’s the complain. Tetapi di sini apakah yang berlaku semasa liwat itu jelas, aduannya bahawa peliwat itu telah pun memasukkan zakarnya ke dalam dubur yang dikenali orang tersebut, dari segi itu kalau seseorang yang mengadu diliwat, beliau ke hospital untuk mengambil ataupun untuk diperiksa, apakah

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

pemeriksaan dijalankan? Pemeriksaan yang dijalankan adalah untuk menentukan sama ada terdapat kesan kemasukan ke bahagian dubur. That’s the first. Second kita lihat, kalau dalam kes-kes spesifik, terdapat bahan ataupun bahan spesimen dari segi semen di dalam dubur tersebut, maka pemeriksaan akan menunjukkan bahawa terdapat semen dalam dubur atau bahagian kemaluan yang diliwat ataupun dirogol. Kalau seseorang itu dilihat terdapat spesimen di bahagian tersebut, maka doktor boleh mengambil, doktor boleh mengenal pasti DNA, so the DNA, dengan izin, is established from the examination sama ada terdapat DNA suspek di bahagian badan mangsa. Kalau keadaan tersebut ada atau terdapat semen atau spesimen dan kita tanya, mengapa kita perlu minta daripada suspek tersebut berikan sample intim. Ini penting. Oleh kerana kalau kita dapat contoh DNA seseorang itu, terdapat di bahagian kemaluan seseorang mangsa kita tidak perlu untuk meminta seorang suspek itu memberi sample intim. Kerana DNA itu boleh didapati di merata- rata tempat daripada rambut, daripada saliva, daripada darah kita boleh dapat sample DNA. So why, kenapa terdapat peruntukan di sini yang membenarkan seorang anggota polis mengarahkan supaya sampel intim tersebut boleh diberikan? Kita boleh dapat tahu the DNA is evidence from the blood, from other sources kita dapat. Kita boleh buat match, adakah sample tersebut match dan benar bahawa sample DNA mangsa atau suspect tersebut terdapat pada mangsa. Di sini kita lihat Tuan Yang di-Pertua, kalau rang undang-undang ini membenarkan polis membuat keputusan sama ada satu sample perlu diberikan dan kita ambil kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas, kenapa perlukan sample intim? Kenapa perlukan sampel contoh air mani? Why? Jelas, ia hanya memberikan, I’m not saying it happens, ia hanya memberikan kelonggaran untuk menanam, to plant the evidence in the case in order to secure the mission. [Tepuk] Semalam saya ada melihat berita TV3. I’m sure all of us saw, terdapat satu aligasi, the first item on the news report yesterday, terdapat satu kenyataan bahawa doktor telah pun menjumpai samples air mani atas seluar dalam Saiful. Why? Ini kes Anwar Ibrahim sahaja, dalam kes Anwar Ibrahim yang sama Tuan Yang di-Pertua tahun 1998, apa yang berlaku? Di situ mereka membawa tilam ke mahkamah the first case in this world, di mana ada aduan liwat tilam dibawa ke dalam mahkamah and kejadian itu dikatakan berlaku pada tahun 1992, 1993, tilam dibawa six, seven years later. Kenapa? Kita kena fikirkan? Anwar Ibrahim was under custody that time, beliau mengadu beliau dipukul oleh Ketua Polis...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

I’m just finished, I'm just finished. Ketua Polis Negara pada masa itu. Di mana pada masa itu memang terkeluar darah daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim. He was blind for the bitten, black. Selepas itu tilam dibawa ke mahkamah. Di atas tilam tersebut terdapat tompokan darah. What does it tell you? Terdapat kelonggaran, terdapat kemungkinan. So di sini Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Pahat hendak tanya soalan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Yang Berhormat Puchong, kes yang melibatkan Datuk Seri tidak perlu lagi sebut dalam.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ini bukan kes sekarang, ini kes...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya cuma hendak... Beberapa Ahli DAP: Sebagai contoh...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Perkara ini boleh menjadi pelanggaran dalam standing order Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tidak Tuan Yang di-Pertua, saya akan merujuk kepada kes dan apa yang dinyatakan hakim dalam sebentar lagi, I won’t go further Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Silakan Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Dengan tidak mahu mengaitkan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong, tetapi apakah itu sebenarnya menafikan keperluan kita kepada sampel DNA dalam pembuktian sesuatu kes jenayah ataupun apa-apa juga perkara yang berlaku. Saya faham maksud Yang Berhormat Puchong itu tadi. Tetapi jika sekiranya kita hendak mendapatkan satu bukti yang lebih tepat, apa salahnya kita mendapatkan sample DNA daripada tertuduh untuk memastikan bahawa tidak timbul sebarang keraguan sebenarnya apabila kita ingin membuat perbandingan dengan DNA yang ditinggalkan di tempat-tempat jenayah yang berlaku, tidak kiralah pada pakaian dan sebagainya. Jadi oleh kerana itu saya rasa masih perlu kita dapatkan DNA ini dan untuk tidak kita menghadapi masalah sebenarnya, mendapatkan DNA bagi saya, rang undang-undang ini perlu kita sokong. Sebab ini bukan soal kepada individu, tetapi keseluruhan kepada permasalahan jenayah yang akan dihadapi oleh kita pada masa sekarang ini dan pada masa yang akan datang.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih rakan saya daripada Batu Pahat. Saya setuju dengan Yang Berhormat Batu Pahat tetapi persoalannya ini, kita lihat dengan teliti, let’s look at it carefully, kenapa tidak kuasa diberikan kepada seorang majistret untuk menentukan sama ada atau tidak sampel boleh diambil? Kenapa kuasa tersebut diletakkan dalam tangan polis yang juga menjadi the head of the DNA bank, kenapa?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, sedikit, minta maaf Yang Berhormat Rasah. Sebab itu yang ini saya bersetuju, sebab itu saya juga ingin membangkitkan mengenai dengan cara pengambilan sampel iaitu pertama dengan persetujuan, kerelaan orang yang dituduh ataupun yang kedua ialah kuasa yang ada kepada polis ataupun pegawai berkenaan. Jika sekiranya dia enggan juga maka di dalam rang undang-undang ini menyebut dia akan didenda RM10,000 ataupun penjara setahun yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Maka di sinilah saya kata bahawa jika sekiranya dia enggan juga, maka bagi saya barangkali yang perlu kita minta tambahan di sini ialah setelah polis gagal sehingga terpaksa didenda maka kuasa mahkamah.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Itulah tadi Yang Berhormat Batu Pahat kata kita kena sokong bill ini saya kata kita tidak boleh sokong dengan membabi buta kita kena tengok dengan betul-betul. Adakah peruntukan-peruntukan termasuk dalam bill ini untuk memastikan bahawa keadilan diadakan untuk kedua-dua pihak bukan satu pihak sahaja. That’s why di sini saya tanya kita lihat, take a look in section 12, taking of an intimate sample, ada prosedur yang diberikan di situ, yang penting itu authorized officer. I read, Section 12 (2), An intimate sample of (a), (b) and (c) may be taken for purpose of forensic DNA analysis, only if, an authorized officer authorizes it to be taken; and of course appropriate consent. So soal di sini kenapa ianya diberikan khas, khususnya kepada tangan polis? Second, we come back to section 13. Seksyen 13 ini lebih relevan berkenaan dengan taking of non-intimate sample. Kita lihat juga seksyen 13(3), An authorized officer shall only give his authorization under subsection (2) if he has reasonable grounds for... Persoalan yang saya tanya tadi kenapa tidak isu ini diberikan ataupun diletakkan di dalam bidang kuasa mahkamah untuk menentukan? Tuan Yang di-Pertua kita kena lihat di dalam satu tangkapan, ini adalah kes jenayah. Dalam satu tangkapan terdapat dua OC, right. Biasanya kita lihat kepada aduan yang dibuat oleh mangsa tetapi kita jangan lupa kita juga kena lihat kepada versi ataupun penjelasan yang diberikan oleh seorang yang dikatakan suspek. Bill yang sedia ada ini, di manakah dalam bill ini sama sekali dinyatakan ataupun ada peruntukan untuk melindungi seorang suspek? There is nothing. Kenapa? Kita lihat dari segi dalam bill, tadi saya katakan bill ini bank itu diketuai oleh head of DNA bank yang dikatakan seorang polis.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

[Bangun]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Just one minute. Selepas daripada itu kita lihat yang ini lagi penting Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada ianya membuat

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

peruntukan agar seorang anggota polis yang boleh mengarahkan sampel diambil, ianya juga menyatakan yang ini penting. Seksyen 24, Notwithstanding any written law to the contrary, any information from the DNA databank shall be admissible a conclusive proof of the DNA identification in any proceedings in court. So Tuan Yang di-Pertua kita lihat, rang undang-undang yang menyatakan dengan jelas bahawa keputusan seorang hakim ditolak, hakim tidak ada kuasa untuk menyatakan bahawa DNA ataupun keputusan DNA itu tidak boleh terima. Kita tidak boleh cabar, kita tidak boleh masuk ke mahkamah cabar kesahihan, keputusan DNA tersebut. So you give it to a police officer and we cannot challenge it. Ini dikatakan satu rang undang-undang yang kita perlu sokong? Tidak habis lagi sedikit lagi. Kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, di dalam rang ini saya tanya tidakkah kita semua terima di sini bahawa dalam penganalisiaan DNA ini juga terdapat keadaan-keadaan di mana memang terdapat kesilapan. There will be instances in which there will be mistakes dan ini Tuan Yang di-Pertua is recognized, this is recognized dalam bill tersebut juga. If we look dan saya bawa perhatian semua Yang Berhormat-Yang Berhormat kepada seksyen 9. Seksyen 9 menyatakan, Rectification of particulars in DNA profile and information. Kita lihat 9(1) The Head of DNA Databank shall be entitled to rectify the particulars in the DNA profiles and any information in relation there to if, there is a clerical error or sufficient evidence is produced to satisfy him that the entry made is incorrect. So kuasa diberikan kepada seorang anggota polis untuk menentukan sama ada atau tidak DNA analisis itu adalah betul tetapi kuasa mahkamah diketepikan? This is the bill that has being passed? Penuh kuasa diberikan kepada polis dan seorang menteri? Adakah ianya adil? Kita tanya diri, ask yourself kalau kita Yang Berhormat- Yang Berhormat semua kalau kita sendiri dipertuduh di mahkamah, kalau kita hendak mengatakan bahawa memang DNA itu tidak betul, can we challenge it dalam ataupun merujuk kepada bill-bill ini? Ini isu adalah serius. Yang Berhormat Segambut, silakan.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Di bawah rang undang-undang ini fasal 24 dia kata walau apa pun undang-undang yang berlawanan, maklumat daripada bank data DNA mesti diterima sebagai bukti muktamad oleh mana-mana mahkamah. Saya hendak tanya Yang Berhormat dari Puchong, kalau begitu pihak polis dia tiada bukti lain ataupun barang-barang kes dalam sesuatu tuduhan jenayah, dia hanya boleh rely on the DNA. Itu sahaja satu bukti dia boleh mensabitkan sesiapa yang tertuduh. Cadangan saya kepada Yang Berhormat Puchong, kalau begitu menurut rang undang-undang fasal 24 ini, ada tidak kerajaan sepatutnya menubuhkan satu mahkamah khas untuk DNA dan menamakannya mahkamah DNA. Apa-apa kes yang tidak boleh selesai kami semua bagi mahkamah DNA ini hanya rely on databank atau DNA, sesiapa suspek boleh disabit salah. Terima kasih.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ya, minta maaf Yang Berhormat Rasah, teruskan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Puchong bahawa dalam rang undang-undang ini, kuasa yang terlalu banyak ataupun kuasa mutlak diberikan kepada pihak polis. Saya nampak dalam seksyen 7, ketua bank data DNA diberikan kepada seorang pegawai polis di mana pangkatnya tidak rendah daripada timbalan pesuruhjaya polis. Dalam satu keadaan, dalam satu masa dalam negara kita kepercayaan dan kewibawaan kepada polis dipersoalkan, dipertikaikan. Dalam mana juga ada kes-kes yang seperti berlaku di IPD Seremban di Johor Bahru, bahan-bahan bukti yang terdapat dalam IPD itu boleh hilang daripada balai polis? Jadi kepercayaan apakah yang boleh memberi jaminan bahawa DNA tidak boleh hilang? DNA tidak boleh dimanipulasikan. Jadi persoalan saya apakah pandangan Yang Berhormat Puchong bahawa sekarang isunya, pokoknya ialah kepercayaan kepada pihak polis itu dipersoalkan. Apa pandangan Yang Berhormat?

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya hendak tambah sikit juga. Dalam sistem kehakiman dan perundangan yang kita amalkan, biasanya pihak pendakwa itu adalah daripada pihak polis. Lalu bila dia buat siasatan, maka dia yang mengemukakan satu suspek. Lalu

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

bila dia yang mengemukakan satu suspek dan dia sebagai pihak pendakwa, sambil itu segala maklumat dan segala kuasa berada pada tangannya, semestinya dia akan berusaha untuk membuktikan bahawa siasatan dia dan suspek yang dia telah kenal pasti adalah orang yang bersalah. Dari sudut itu tidakkah ianya merupakan satu conflict of interest where dengan izin, the prosecution has accessed and is in actual fact in total and complete control of this data and they will use it to support their case because otherwise kalau tidak sebaliknya, balik kepada bahasa Malaysia, kalau tidak sekarang rakyat akan marah. Dia kata ini pencuri ini dapat lepas, ini perogol ini dapat lepas. Lalu dalam keadaan yang sebegitu di mana dia hendak tunjuk bahawa memang dia buat kerja dan memang suspek yang dia kenal pasti adalah orang yang bersalah.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita kena ingat, ada banyak peristiwa-peristiwa yang seperti mana kehilangan adik Nurin, yang mana ada satu keluarga daripada Shah Alam yang telah ditahan. Semasa bulan puasa dan suaminya dimasukkan ke dalam lokap, isterinya dalam keadaan mengandung dan sebagainya. Dia telah berusaha untuk membuktikan bahawa pihak ini bersalah. Maka dalam keadaan yang seperti itu, bila dia hendak menenteramkan kemarahan rakyat dan dia hendak ada juga orang yang dipersalahkan, maka walaupun niatnya ikhlas, baik, dan dia 100% yakin bahawa pihak tertuduh itu adalah orang yang bersalah. Maka dia boleh mengatakan, apalah salahnya, kita manfaatkan data yang ada di dalam DNA, bank yang kita kawal dan sebagainya untuk mengenakan suspek yang dia sudah kenal pasti. Maka tidakkah itu merupakan satu conflict of interest di dalam sistem dan yang sedang dicadangkan. Saya harap Yang Berhormat boleh sentuh juga.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih sahabat-sahabat saya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membuat satu kenyataan and I want to make it very- very clear. Kami di dalam Pakatan Rakyat dan saya juga harap dalam Barisan Nasional, kita sama. Tiada sesiapa di antara kita di sini yang menyokong sebarang jenayah. Tidak ada. Memang seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Pahat. Undang-undang seperti ini perlu ada tetapi persoalan dia, sama ada undang-undang seperti mana dicadangkan dalam bill ini boleh diluluskan. Saya cukup setuju. Isu yang dibangkitkan oleh rakan saya berkenaan dengan conflict of interest. Benar, Tuan Yang di-Pertua. Kita tanya, dalam bil ini, seperti mana saya tanya tadi, kalaulah seorang suspek memerlukan bantuan polis ataupun bank, data DNA untuk menentukan bahawa beliau itu tidak bersalah, apakah adanya prosedur-prosedur di dalam sini untuk membantu suspek tersebut? Kita lihat kepada kes-kes lain. Kita jangan lihat kepada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja. Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memang polis tidak boleh nyatakan, sebab kita tahu dari start the now they not evident. So, memang mereka hendak gubal undang-undang sedemikian, yang membenarkan, memberikan kuasa mutlak untuk mencari, evidence to pick it out.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, that statement tidak boleh.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Sangkaan jahat itu.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Itu bukan sangkaan jahat and I have got the evidence. I would provide now. I’m going to read. Saya akan menunjukkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

...Tuan Yang di-Pertua dan saya harap menteri di sini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Itu kes...

Dato' Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

[Menyampuk]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

...mendengar. Saya akan menunjukkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Kes dalam mahkamah Yang Berhormat...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya akan menunjukkan bahawa di dalam negara ini, menteri ini juga tahu bahawa polis telah pun cuba pada masa dahulu untuk mengenakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kes liwat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kes dalam mahkamah...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat lebih arif dalam perkara ini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ini dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Jangan sentuh. Ia berkaitan kes liwat Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ini kes liwat dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Yang Berhormat boleh tidak menyentuh perkara ini.

Takut dengan kes DNA ini apa pasal?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih. Ada kes liwat lagi yang sedang dalam mahkamah Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Itu lain.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Sama-sama Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya rasa ini cukup relevan Tuan Yang di-Pertua kerana hendak menunjukkan bagaimana sistem yang seperti ini boleh disalah gunakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini practical example.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kita Yang Berhormat, kena create satu doubt dalam kes yang sedang berjalan dalam mahkamah. Jangan sebut itu Yang Berhormat. Ya, teruskan Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak faham bagaimana satu Parlimen boleh mengadakan perbahasan tanpa menghiraukan apa yang berlaku di mahkamah negara ini. Kalau begitu, kenapa kita di sini? Kenapa kita memperbahaskan satu bill?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kita terpaksa ubah. Saya jalankan tugas.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebab bil ini bukan tujuan kes Anwar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebab Yang Berhormat cakap yang bukan-bukan kepada peraturan mesyuarat Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Peraturan mesyuarat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Peraturan mesyuarat mengatakan perkara-perkara yang sedang di dalam mahkamah tidak boleh disebut.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, itu...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tuan Yang di-Pertua, itu prejudis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tetapi saya tahu, Yang Berhormat cuba menyebut kes yang telah berlalu tetapi kes ini naturenya sama Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tidak. Kes yang berlaku...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Itu prejudis.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Jangan kita pergunakan ruang-ruang yang longgar untuk berbahas terhadap perkara-perkara yang sedang dalam mahkamah Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, ini menjadi satu isu yang dilihat oleh seluruh negara. Kalau Tuan Yang di-Pertua sebenarnya, betul- betul Tuan Yang di-Pertua deep inside in feel that it’s the honest...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

So, you want to drag me in dalam perkara ini?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

I would ready...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak perlulah. Saya jalankan tugas sebagai Tuan Yang di-Pertua dan berpandukan kepada peraturan.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, saya sekarang tak faham bagaimana ini boleh menyangkut prosedur ataupun aturan? Aturan menyatakan bahawa kita tidak boleh memperdebatkan sesuatu kes yang sedang dibicarakan di mahkamah, itu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Namun, jalan perdebatan Yang Berhormat juga menunjukkan creating, casting doubt kepada kes, yang sedang berada di mahkamah.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Jangan buat kecoh Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

...mahkamah membuat keputusan. Adakah Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa Dewan ini tidak boleh mendengar apa yang diputuskan oleh hakim-hakim negara ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, ada cara yang lebih baik.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Okey, kita ikut cara yang lagi satu. Kita tengok macam mana. Mungkin sangkut, mungkin tidak tetapi Tuan Yang di- Pertua, saya tidak akan lepaskan isu ini. Simple! Kita lihat, kalau tidak boleh cakap berkenaan dengan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya bercakap berkenaan dengan Sukma Dermawan. Di mana terdapat dua tertuduh. Dalam kes Sukma Dermawan Tuan Yang di-Pertua, kes yang samalah tetapi itu perayu yang lain. Jelas bahawa pihak polis dan juga pihak peguam negara, pejabat peguam negara membawa kes ke mahkamah, Tuan Yang di-Pertua. Mereka membawa kes ke mahkamah, mereka menutup, they suppress evidence untuk memastikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sukma Dermawan tersebut dikenakan satu sabitan. Ini fakta. Ada apa-apa hendak dikatakan Yang Berhormat Kota Tinggi? Kalau ada?

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

Tuan Yang di- Pertua, saya minta untuk mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ini first time menteri minta penjelasan.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Ini pasal Yang Berhormat ini...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Silakan, silakan.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

...bercakap dengan kes, dia ambil sudut-sudut tertentu. Ada benda-benda yang tidak betul, akan saya jawab. Tetapi kalau Yang Berhormat gantikan tempat ini, sebagai mahkamah lain dia punya, kita punya di Dewan Rakyat ini, kita punya medan berlainan dan saya tidak mahu pergi, kita menjadi perbincangan di antara mana satu kes betul, yang mana obviate, apa yang dikatakan oleh hakim. Kita kena bangkitkan keseluruhan kes itu, kalau Yang Berhormat hendak tengok apa kebenarannya sebenarnya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Kalau menteri berani, saya cabar di luar untuk mengadakan Debat dengan saya berkenaan dengan kesahihan kes-kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Menyampuk]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

[Menyampuk]

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Berani tak? Berani tak?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Menyampuk]

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Penakut.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

The name the..

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, ini dia jadi satu stail hendak Debat. Buang masa Debat dengan Yang Berhormat ini.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Penakut.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Penakut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Teruskan Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Menteri seorang yang penakut! Yang tidak siap untuk menerima kebenaran.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

You are coward!

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, bahasa itu adalah unparliamentary. Sit down.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

You sit down.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

You sit down. [Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ini..

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, bahasa coward...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ini Ahli Parlimen yang senior yang paling menjadi teladan, orang ini.

[Bangun] [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

You sit down.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat Puchong. Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

...macam itu. Kena dengar and I say sit down, you sit down!

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Puchong kalau hendak bincang, bincang di luarlah.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Berapa hari mahu cuti?

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Sit down boy.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

You sit down!

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

You sit down!

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Sit down!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah habis Yang Berhormat?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Sudah habis dah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, dah habis dah.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yang Berhormat...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Macam mana menteri suruh orang duduk pula?

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Saya tidak akan suruh orang duduk.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Puchong berapa hari mahu cuti?

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Itu adalah satu tindakan kurang ajar! [Dewan riuh]Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Ini orang di luar...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Teruskan Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Out the law kah?

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Puchong, berapa hari mahu cuti? [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Puchong, ini jadinya kalau...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Kalau boleh dua hari cukup.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat cabar mencabar dalam Dewan, tidak payah teruskan.

Ambil tindakan. Tuan Yang di-Pertua, ambil tindakan. Sudah cabar itu, ambil tindakan. Ambil sahaja tindakan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Mohon penjelasan.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Kuala Krau baru masuk sahaja, tidak tahu hujung pangkal, buat bising.

Tetapi kita ikut perkembangan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu Pahat bangun Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Semua orang mahu ambil tindakan tetapi ditindakkan terhadap polis, tindakan terhadap peguam negara, tindakan terhadap menteri, Yang Berhormat tak nak ambil.

Siapa Yang Berhormat?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ini yang menjadi masalah dia! Saya hendak buat rujukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, hendak beri jalan?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Sila Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Itu yang saya katakan tadi, kenapa kes-kes macam itu kita hendak bicarakan di sini? Mahkamah sudah buat keputusan. Kalau hendak bincang di luar, bincang di luarlah, tetapi kita sekarang membincangkan tentang keperluan DNA.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Jadi, bila Yang Berhormat cuba hendak kaitkan perkara ini dengan kes-kes yang membabitkan Datuk Seri Anwar, sebenarnya tujuan Yang Berhormat ialah seolah- olah hendak menimbulkan satu keraguan. Bil ini tujuannya ialah kerana kes Datuk Seri Anwar. Saya rasa ini tidak tepat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya tidak perlu jawablah ini. Itu saya ingat buang masa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, teruskan Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada kes Sukma Dermawan Sasmita Maja lawan pendakwa raya. Ini keputusan Mahkamah Rayuan, yang diputuskan pada 22 Jun 2006. Ini adalah satu penghakiman Dato’ Gopal Siram. Saya bacakan daripada muka surat 674, perenggan 8. .

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dalam bahasa sahih “Unfortunately, a careful reading of the judgment under appeal reveals that the learned judge adopted a narrow and restricted approach to the application for revision. This is a matter that we will deal with at some length later in this judgment. Be that as it may, it is our opinion that the decision of the High Court cannot stand for several reasons”. Saya teruskan paragraph 9 - “First, there was evidence placed before the High Court that at the time when the accused pleaded guilty the prosecution had in their possession material which, at the very least, cast a doubt on the guilt of the accused. The material in question was a medical report by a Government doctor who had examined the accused. In his report he says that there were no signs of any penetration in the accused’s anus, whether recent or old”. Tuan Yang di-Pertua, suppression. “The prosecution had in its possession evidence favourable to the defence. What should it do in such circumstances?” Paragraph 10 - “In the present case, the sessions judge was denied access to information favourable to the accused. Had it been made available to her, she may well have rejected the plea of guilt on the ground that an offence may not have been committed for the want of proof of an essential allegation in the charge”. So, jelas. Di sini juga I read what judge had said about the public prosecutor. “But, as it happens, there are other grounds as well. And before moving onto them we must express our deep regret that the suppression of material evidence by the prosecution occurred in this case…” Tuan Yang di-Pertua, jelas. I’m not saying this, mahkamah yang cakap. Kes ini boleh Tuan Yang di- Pertua, tiada halangan. Saya nyatakan di sini, I’m making a point. Yang Berhormat- Yang Berhormat, kalau kita meneruskan satu bill sebegini yang langsung tidak memberikan sebarang kelonggaran kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada satu sampul DNA perlu diberikan ataupun tidak. Apakah guna bill ini kepada seseorang suspek? Bukankah ianya betul bahawa bill ini digubal khususnya untuk memastikan bahawa pihak polis boleh mendapat bukti untuk mengenakan seseorang suspek khususnya di dalam kes politik. Jelas, jelas. Saya harap sini...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Menteri jelas?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak payahlah sokong menyokong Yang Berhormat. Dia sedang berucap.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Dia tanya menteri jelas? Jelas?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua kalau saya boleh menyatakan menurut pencarian dan kajian saya the public prosecutor or DPP who did this case pada masa itu nama dia Abdul Ghani Patail. Selepas buat sedemikian, beliau sekarang Peguam Negara ini. [Dewan riuh] Kerajaan kita Barisan Nasional, apa ini. Mahkamah cakap orang ini buat kerja macam ini tapi kita kata “Tidak apa, let him become number one”.

Bahaya. Dangerous!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, perkara 36(8) Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Boleh, saya tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Coution yourself. Peraturan 36(8).

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Isu keduanya berkenaan dengan rakyat ataupun suspek biasa. Tadi Ahli Yang Berhormat daripada Pasir Mas berkata “Oh, dalam kes-kes orang biasa daripada kampung, tidak ada sesiapa yang mengatakan ataupun menimbulkan pembelaan konspirasi dan sebagainya”. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak buat satu, just pembetulan di situ. Bukan kita tidak kemukakan isu-isu yang kita ada tetapi newspaper tidak report sahaja. Akan tetapi memang terdapat banyak kes sedemikian. Saya bagi satu contoh. Contoh kes- kes di mana seseorang suspek kes dadah diambil contoh ujian air kencing. Almost every other kes mereka kata memang sampel, macam-macam terjadi dan sebagainya. So terdapat banyak kes sedemikian. So di sini saya memang sokong apa yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Pasir Mas. Kita perlu mengadakan satu prosedur yang jelas. Yang pertamanya menyatakan bagaimanakah sampel-sampel ini akan diambil. Langsung tidak ada di dalam bill ini. Tidak ada kenyataan, tidak ada sebarang seksyen yang menyatakan bagaimana sampel-sampel perlu diambil. Itu perlu, memang kita lihat. Keduanya, kalau boleh kita perlu mengadakan satu sistem di mana satu pihak yang bebas. The independent person atau independent party yang diberikan beban ataupun tugas untuk mengambil sampel-sampel tersebut dan juga untuk memastikan bahawa data yang disimpan di dalam bank tersebut sentiasa dilindungi dan tidak digunakan untuk apa-apa ataupun sebarang tujuan lain sepertimana dalam kes Sukma tadi.

Tuan Haji Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya rasa soal cara sampel diambil dan sebagainya dan soal data dilindungi, saya cukup risaulah bila saya baca di sini yang nombor 9(1)(b) ini di mana profil DNA ini ataupun apa-apa maklumat berhubungan dengannya boleh diperbetulkan sekiranya keterangan yang mencukupi dikemukakan oleh siapa kita tidak tahu, untuk memuaskan hati ketua bank data DNA bahawa kemasukan itu adalah tidak betul. Maknanya, kalau sekarang ini kita ada DNA sampel, kita kata ini adalah DNA sampel Yang Berhormat Pokok Sena. Selepas itu kita hendak kenakan dia. Kita tidak dapat rambut daripada dia, kita ambil rambut orang lain. Lepas itu kita letak kita ubah pula dalam kita punya data bank bahawa yang DNA yang kita ambil daripada orang lain ini kita tukar. Kita kata ini adalah DNA profil Yang Berhormat Pokok Sena. Maka Yang Berhormat Pokok Sena akan kena.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Shah Alam tidak baca habis.

Tuan Haji Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Bila dalam keadaan itu, bila hendak tukar maklumat ini tidak akan atas dasar hati dia puas? Mesti ada satu prosedur yang lengkap, yang jelas, yang betul-betul dikawal rapat, rapi. Tidak boleh macam ini. Ini bukan undang-undang yang wajar untuk dikemukakan kepada Parlimen untuk dibincangkan. Ini dah terlalu longgar. Menunjukkan bahawa tidak ada satu usaha dan pemikiran yang betul-betul serius kerana hendak cepat sangat. Walaupun bila menteri bentang tadi, awal-awal tidak ada kena mengena dengan Anwar Ibrahim, lagi dia kata tidak kena mengena dengan Anwar Ibrahim, lagi kita yakin bahawanya ada kena mengena dengan Anwar Ibrahim.

Belalah, bela. [Ketawa]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, saya cukup setuju dengan sahabat saya. Saya akan menunjukkan lagi satu akan glaring problem dalam bill ini yang menunjukkan memang tidak ada sebarang pemikiran yang baik dalam penggubalan bil ini. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya bawa perhatian keseluruhan Dewan ini kepada seksyen 14.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Seksyen 14 rang undang-undang ini adalah probably seksyen yang terpenting dalam bill ini oleh kerana ianya menjadikan dari refusal ataupun keengganan seseorang itu memberi sampel adalah satu kesalahan jenayah. Akan tetapi kita lihat bagaimana seksyen ini digubal, adakah ianya masuk akal ataupun tidak. “If a person from whom a non-intimate sample is to be taken under is Act- (a) refuses to give such sample; (b) refuses to allow such sample to be taken from him; or (c) obstructs the taking of such sample from him. Kita lihat commit an offence and shall, who commit an offence? Baca sekali lagi. “If a person from whom a non-intimate sample is to be taken under this act refuses-refuses obstructs sample from him commits an offence. Silakan.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat daripada Puchong. Actually saya tidak faham ini. Kalau kita tengok seksyen 13 subseksyen 7 yang menyatakan seorang pegawai polis boleh menggunakan segala cara yang perlu bagi maksud mengambil atau membantu pengambilan sesuatu sampel bukan intimate. Jadi kita lihat orang disyaki ini ditangkap oleh polis, ditahan di balai polis dan seorang pegawai boleh menggunakan segala cara yang perlu. Jika itu gagal, baru seksyen 14 timbul. Saya tidak faham apakah cara-cara yang boleh dipakai oleh polis, gari dia untuk dapat air liur ke apa. Pukul?

Pukul dia.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Jadi saya rasa untuk satu kelonggaran, bukankah lebih baik jika seorang tidak beri kebenaran ini ada satu fasal di sini di mana polis boleh pergi ke mahkamah untuk mendapat waran DNA. Waran untuk memberi DNA dan jika dia enggan masa itu baru you kenakan 14. Akan tetapi ini dia boleh pakai apa cara yang perlu. Saya pun tidak faham ini apa erti dia?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya akan maju ke seksyen ini sebentar lagi, Tuan Yang di-Pertua, tetapi berkenaan dengan seksyen 14 jelas kesalahan serius tidak menyatakan siapa yang melakukan kesalahan. In other words, this whole act comes to not. Tidak masuk akal. Why are we passing such bill? Takkan semua di sini tidak melihat. Ini apa yang berlaku apabila kita cuba mempercepatkan sesuatu bill untuk tujuan-tujuan tertentu, Yang Berhormat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tujuannya adalah untuk cuba mengenakan seseorang ahli politik tetapi saya tidak akan sebut nama kerana Tuan Yang di-Pertua marah, nanti susah. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya tidak marah Yang Berhormat tetapi ada peraturan mesyuarat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Minta maaf. Tuan Yang di-Pertua baik hati, tidak usik saya, okey saya hormat Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Tuan Yang di- Pertua, berkenaan dengan seksyen 13, saya cukup setuju dengan apa yang dinyatakan oleh rakan saya daripada Sungai Siput. Tuan Yang di-Pertua, memang ianya dapat dilihat dengan jelas betapa banyak kuasa diberikan kepada pihak polis dan juga betapa banyak kelonggaran diberikan kepada pihak polis untuk memaksa seseorang suspek itu untuk memberi sampel. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk balik kepada kes Sukma untuk menunjukkan apa yang berlaku kepada beliau semasa dalam tahanan. “All means necessary”, ini apa yang dinyatakan, saya bacakan perenggan 11, “The caution on the accused took several forms.” Tuan Yang di-Pertua, ini semasa dalam siasatan, semasa dalam tahanan polis apabila satu statement diambil daripada beliau di mana beliau diminta untuk mengenakan atau mengaku kepada satu tuduhan liwat dengan ahli politik tersebut. “He was told that ammunition would be planted in his house or his car and he would thereafter be charged for possession of it under the ISA which carries the mandatory death penalty. He was also told that he would be shot...” Ini apa yang berlaku “all means necessary”. “We will shoot you, we will put bullets in your house and

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

then we will charge you under the ISA and sentence you to death.” [Disampuk] “He eventually succumb to the ultimate pressure that had been applied on him. He made false statement implicating and so forth.” Adakah kita di sini, adakah semua Yang Berhormat di sini setuju bahawa peruntukan sebegini patut diberikan kelonggaran, dibiarkan, diluluskan begitu sahaja?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan sekadar kita hendak buat isu sahaja.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Telok Intan bangun.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Minta maaf.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Puchong, soalan saya, minta penjelasan. Dalam keadaan sekarang di negara kita ini di mana reputasi pihak polis amat rendah. Dengan izin, the reputation of the police force is at its lowest ebb. Jadi bolehkah kita percaya bahawa seseorang penguat kuasa ataupun pegawai polis boleh mengendalikan data bank ini dengan telus dan tidak pilih kasih? Terima kasih.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa persoalan itu boleh dijawab dalam kaedah yang lain. Kalau kita mempunyai sangat ramai orang yang lain dalam negara ini, kenapa kita perlu letakkan semua ini dalam tangan polis. Takkan kita tidak boleh cari orang lain untuk memastikan bahawa tiada sebarang tohmahan dibuat berkenaan dengan konspirasi dan sebagainya. Kita lihat Kerajaan Barisan Nasional sentiasa, Timbalan Perdana Menteri dalam surat khabar kata Anwar jelas mengatakan macam-macam konspirasi dan sebagainya, tetapi rang undang-undang yang dicadangkan memberi ruang untuk semua membuat tuduhan bahawa terdapat konspirasi. Ketua bank itu anggota polis, cara untuk ambil sampel itu dengan polis, polis boleh gunakan kekerasan, boleh paksa seseorang suspek untuk beri sampel. Ini semua menjadi isu. Dengan penggubalan undang-undang dengan cara begini, memang terdapat ruang untuk semua orang menyatakan bahawa terdapat unsur-unsur konspirasi dalam cara seseorang itu disiasat, dalam cara seseorang itu dibicarakan, dalam cara seseorang itu kemudiannya dikenakan sabitan dan dihukum dalam negara ini.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Puchong. Dengan kuasa yang begitu luas kepada pegawai polis dan seksyen 13 membenarkan sampel bukan intim diambil terhadap sesiapa yang disyaki, tahanan dan penagih dadah, dia akan menimbulkan pihak polis akan sentiasa memberikan fokus atau menjalankan operasi pengambilan DNA. Kita nampak kes Nurin, kes Tushina, dua adik-beradik yang dirogol dan dibunuh, reaksi pertama polis ialah tangkap sesiapa yang disyaki sahaja dan ambil DNA. Selepas itu keputusan kosong, tidak disabit. Jadi apakah Yang Berhormat Puchong tidak risau dengan membenarkan kuasa-kuasa kepada polis ini untuk mengambil sampel dan jika mereka enggan, polis mendakwa mereka, mensabitkan mereka dan ini akan membuka kepada penyalahgunaan kuasa.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

[Bangun]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Silakan Segambut, silakan.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Yang Berhormat dari Puchong, saya tidak bersetuju Yang Berhormat Puchong hanya mengatakan pihak polis sahaja. Kalau kita lihat fasal 10 dalam rang undang-undang ini, “the minister may give the Head of DNA Databank direction of general character.” Pada pendapat saya, bukan sahaja pihak polis, pihak menteri pun ada akses dan selepas itu mempengaruhi administration atau management DNA sample itu. Setuju tak Yang Berhormat dari Puchong?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, betul. Saya juga hendak sentuh perkara ini. Kalau Tuan Yang di-Pertua lihat kepada seksyen 7, seksyen 7 memberikan seseorang menteri itu kuasa untuk melantik Ketua Databank atau Bank DNA di Malaysia tetapi kalau saya boleh buat rujukan kepada seksyen 7(3), ini akan menunjukkan lagi bagaimana semua pihak boleh dikontrol oleh minister

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

tersebut. I read, “The Minister shall appoint such numbers of DNA Databank officers….” So Yang Berhormat Menteri juga akan melantik... “the officers as may be necessary for carrying out the purposes of this Act from amongst members of the police force, chemists...”, Tuan Yang di-Pertua. So sini police force, ahli kimia juga dilantik “...and other officers...”, so semua. Yang Berhormat Menteri mempunyai kuasa untuk melantik semua yang perlu “...or attached to the Chemistry Department...”

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

[Bangun]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Can I just finish this?

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

Sure.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Apa yang penting ialah ini “...from amongst members of the police force, chemists and other officers from or attached to the Chemistry Department of Malaysia.” Ini penting, “...who shall be subject to the control, direction and supervision the Head of DNA Databank.” So ini menjadi satu lagi cara di mana sekarang, Tuan Yang di-Pertua, kita tahu terdapat Jabatan Kimia Malaysia. Jabatan Kimia Malaysia is an independent body. Ia mempunyai director general dan sebagainya, tetapi undang-undang ini memberikan menteri kuasa untuk membawa ahli kimia itu ke bank ini dan Yang Berhormat Menteri mempunyai kuasa untuk memastikan the control, directions kepada ahli kimia juga. Kenapa perlu semua ini, Tuan Yang di-Pertua? Kenapa tidak kita percaya sahajalah Jabatan Kimia yang sedia ada? Kenapa tidak kita percaya kepada sistem kehakiman yang ada? Kita berikan kuasa-kuasa ini semua dalam tangan seorang hakim. Di sini kita boleh lihat sebenarnya apakah tujuan rang undang-undang ini. Tujuannya jelas untuk memberikan kerajaan kuasa mutlak, full power when it comes to issues which relate to DNA and of course conviction of criminal offence. Silakan.

Tuan John FernandezDAP · PRSeremban

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya suka menarik perhatian Yang Berhormat dari Puchong kepada clause 14. Adakah Yang Berhormat bersetuju jikalau diberitahu kepada Yang Berhormat Puchong di dalam clause 14, ada satu lakuna, there is a lacuna in law, dengan izin, sebab macam yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi, tidak disebut siapa yang buat offence itu. Oleh sebab itu ada satu lacuna dalam rang undang-undang ini Can we do kenaf here? Bolehkah Yang Berhormat bersetuju dengan saya, masa peringkat ini, rang undang-undang ini ditarik balik untuk review oleh kerajaan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ya. [Tepuk]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih. Bagi saya kalau sudah dibangkitkan kesemua ini dan kalau menteri itu betul-betul ikhlas, dia sendiri akan tarik balik bill ini, tidak perlu untuk kita membuat permohonan sedemikian.

Kalau tidak ada niat politik, ya!

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan ini ada satu lagi perkara yang ingin saya bangkitkan. Kita lihat dari segi DNA, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tawau tadi iaitu isu-isu berkenaan dengan bencana alam. Kita lihat bahawa memang perlu kita ada undang- undang yang menetapkan cara bagaimana kita boleh mendapat sampel DNA untuk membuat comparison, dengan izin, dengan mangsa-mangsa tersebut. Aspek kedua ialah berkenaan dengan kes-kes jenayah. Namun perkara yang penting yang kita sering lupa dalam keseluruhan bill ini adalah berkenaan dengan isu- isu paternity. Isu-isu paternity ini Tuan Yang di-Pertua, menjadi isu yang pertama yang dibangkitkan dalam negara ini yang telah pun menyebabkan tergubalnya akta ini. Saya bawa perhatian Tuan Yang di-Pertua dan juga menteri yang saya hormat kepada kes Peter James Binsted lawan Juvencia Autor Partosa. Kes ini diputuskan dalam 2008 oleh Justice KC Vohrah. Dalam kes ini apa yang berlaku adalah bahawa - saya bacakan, ia singkat sahaja: “The respondent applied to the magistrate’s court for maintenance under certain act but she claimed that the appellant was her husband and they had had a child from the marriage. The appellant disputed her claims”. Jadi terdapat masalah paternity di mana seseorang wanita mengatakan bahawa kandungannya adalah sebenarnya kepunyaan seseorang tetapi ia tidak dipersetujui.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

“The appellant disputed a claims and upon the respondent application the magistrate ordered the applicant to undergo a DNA test”. Apa yang berlaku ialah beliau appeal. Di sini apa yang dinyatakan oleh hakim tersebut and it is only one page judgment: “It is clear that there is no general power provided by legislation or through common law for any court in Malaysia to order a person to undergo a test to ascertain paternity.” Very clear! “The case of DNA test it is common knowledge that either a blood, tissue or bone specimen will be taken from the person for testing. If a person refuses to submit himself to such a testing he is perfectly entitled to do so; a person cannot be subject to hurt within the meaning of section 319 of the Penal Code against his willing by submitting himself to such testing”. Jadi, ini jelas isu berkenaan dengan DNA ini bangkit dalam hal-hal sedemikian, tetapi kita lihat bahawa akta ini, ataupun rang undang-undang ini tidak pada mana-mana, tidak ada sebarang rujukan dibuat untuk mengatasi masalah sebenar di dalam kes ini. Ini menjadi satu aspek yang penting kepada semua rakyat di Malaysia sebab banyak kes di mana bapa seseorang ataupun seseorang lelaki itu menafikan bahawa beliau adalah ayah kepada seseorang anak yang telah pun dilahirkan. Isu ini menjadi penting. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini terdapat satu masalah besar di Johor Bahru di mana seorang putera Sultan Johor - he was accused. Ini Tengku Bendahara Johor. He was accused of fathering a child - earlier, it was about twelve years ago. Sekarang memang tidak ada jawapan. Beliau tidak mahu memberitahu betul atau tidak ini anak dia because by right kalau sebenarnya anak perempuan ini adalah anak beliau, this daughter of his is entitled to be known sebagai sebahagian daripada Kerabat Diraja Johor. Macam mana hendak buat? Tidak ada rang undang-undang sama sekali untuk menunjukkan atau membenarkan Tengku Bendahara Johor ini dirujuk untuk mengambil sebarang spesimen bagi memastikan bahawa anak ini anak beliau. Saya mempunyai dokumennya yang sah di sini yang menunjukkan. [Menunjukkan sehelai dokumen] Saya boleh baca nama anak dia. Di dalam dokumen ini juga ditetapkan bahawa beliau adalah bapa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

This is a Certificate Registration of Birth Republic of Singapore.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, caution yourself 36(8), Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Yes, I’m aware of that. So, I’m not going to state his name. Akan tetapi isu yang penting di sini, kalau kita sebenarnya hendak buat atau gubal sesuatu undang-undang ia perlu mengambil kira semua. This bill is a very important bill. Saya bersetuju dengan Batu Pahat absolutely right, tetapi apa yang sedia ada di hadapan kita ini memang tidak mencukupi untuk mengatasi segala masalah yang perlu diatasi dengan menggubal bill seperti ini. Adakah kita sebagai Ahli-ahli Parlimen terus meluluskan sahaja di mana kita tahu bahawa bill ini memang tidak mengatasi masalah-masalah yang perlu diatasi dari segi undang-undang dan juga dari segi masalah sosial yang sedia ada.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

[Bangun]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Dipersilakan, Yang Berhormat.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Puchong. Ada beberapa golongan pakar mengenai isu DNA yang bercadang bahawa sebelum kita ada DNA Bill ini kita mesti ada Data Protection Act. Di negara-negara Eropah dan juga Amerika Syarikat ada Data Protection Act yang memberi jaminan there will be a very minimal amount of abuse in the process. Saya minta pandangan yang jelas daripada Yang Berhormat Puchong mengenai hal ini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan rakan saya rakan saya Ahli Yang Berhormat Klang. Betul, apa yang perlu ditubuhkan dahulu adalah satu undang-undang yang menentukan atau menetapkan kaedah-kaedah di mana semua kemasukan ataupun entry hasil daripada penyelidikan ujian DNA Ini dapat diletakkan di dalam satu register yang cukup mempunyai kaedah-

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

kaedah keselamatan bagi memastikan bahawa ia tidak boleh disalahgunakan dan sebagainya. Undang-undang ini perlu, saya bersetuju.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

[Bangun]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Silakan, Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Puchong yang mengatakan bahawa bill ataupun rang undang-undang ini amat penting. Namun demikian jika dikatakan ia telah disediakan beberapa tahun tetapi kita tidak nampak ada sebarang perbincangan ataupun rundingan dengan pakar DNA ataupun Bar Council. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa sepatutnya rang undang-undang ini mesti dirundingkan dahulu sebelum ia dibentangkan di Dewan yang mulia ini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya setuju. Ini menjadi satu aspek - this is basic, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita hendak menggubal satu rang undang-undang yang berkait dengan isu-isu jenayah dan juga isu-isu yang penting seperti paternity dan kekeluargaan memang the first thing yang harus dibuat adalah mengadakan rundingan, dialog dan diskusi dengan pihak-pihak consultant dan pihak-pihak yang tertentu, khususnya Majlis Peguam, tetapi di sini tidak ada. Saya seorang peguam. Bila di mahkamah kadang-kadang ada hakim yang bertanya kepada saya, what is going on in Parliament? Basic things you all don’t know. Sarkas. Hakim tidak cakaplah. Tuan Yang di-Pertua, it’s strange. Kita kena - we have to take our work seriously. Takkanlah saya beritahu bahawa Barisan Nasional kata lulus, lulus sahaja. Ini tidak boleh. Tuan Yang di-Pertua, sebagai kata-kata penutup, ini satu perkara yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Pasir Mas juga iaitu mengenai sampel-sampel sama ada terdapat satu pihak yang bebas untuk mengambil sampel tersebut dan sekiranya sampel-sampel itu tidak diberikan apakah yang harus dibuat. Saya beri contoh, seseorang itu ditangkap, suspek dalam kes bunuh. Kalau DNA itu menjadi penentu dalam kes beliau, assuming that’s the only evidence. Kalau seseorang itu kata, “Saya tidak hendak bagi, saya rela bayar denda itu. Saya rela masuk penjara setahun tidak apa.” Fasal membunuh itu satu mandatory sentence. Kalau dia kata “I am not going to give”, adakah tindakan kita menghukum suspek itu membawa manfaat kepada sesiapa? Does it make sense?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Adakah keluarga si mati tersebut akan rasa bangga dan sangat gembira bahawa seseorang itu telah pun didenda kerana tidak memberi sampel DNA? Kita kena tanya, bila kita menggubal satu undang-undang dengan hukuman. Hukuman itu mesti mempunyai tujuan. Kenapa ada hukuman ini? Ini adalah satu peruntukan yang akan diketawakan oleh mereka-mereka yang boleh ataupun akan take advantage of it dengan izin. So ini menjadi satu aspek juga. Saya kata ini adalah satu bil yang jelas sekali, telah pun dipercepatkan. Langsung tidak difikirkan, tidak masuk akal, tidak ada sebarang protection untuk seseorang suspek. Hal ini menunjukkan bahawa pihak polis maha berkuasa dalam negara ini, tidak sama sekali menolak kemungkinan bahawa semua orang akan menyatakan ini adalah terdapat satu unsur-unsur konspirasi. Ini adalah satu bil rang undang-undang yang digubal secara begini. Selepas itu bila terdapat tohmahan, konspirasi dan sebagainya, Barisan Nasional kata, “Oh, ini menjadi tohmahan biasa”. Akan tetapi siapakah yang meluluskan bill ini? Kita, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Jadi di sini Tuan Yang di-Pertua, saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri. I with all you respect and with all humility. Rang undang-undang ini sangat- sangat penting. Saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat terima bahawa terdapat banyak aspek yang perlu dilihat lagi. Saya memohon agar pihak Yang Berhormat Menteri menarik balik pembentangan bil ini supaya terdapat lebih perbincangan dibuat. Tidak mengapa, kita boleh buat cepat. Dalam seminggu atau dua minggu, boleh. Itu tidak ada masalah. Akan tetapi, yang penting ialah kalau kita hendak luluskan satu bil, biarlah kita membuat kerja dengan betul. Biarlah kita tidak diketawakan oleh masyarakat di luar apabila kes ini ataupun bil ini dibawa ke mahkamah dan menjadi pokok tajuk kenapa

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

seseorang pesalah itu dibebaskan kerana terdapat look old di dalam undang-undang. Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf tetapi saya tidak mencadangkan sama sekali bil ini diluluskan. Saya sebaliknya memohon agar ia ditarik balik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Sokong, dia sokong.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dengar dulu!

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana turut mengizinkan saya membahaskan rang undang-undang mengenai dengan Akta DNA ini. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sokong!

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Walaupun mendengar hujah pihak pembangkang terutamanya daripada Yang Berhormat Puchong dengan penuh teliti, akan tetapi saya tetap mengatakan bahawa rang undang-undang ini adalah cukup penting sebenarnya dan perlu disokong. [Dewan riuh][Disampuk]. Walau bagaimanapun saya tidak menafikan saya ada sedikit perkara yang saya berkongsi dengan Yang Berhormat Puchong. Terutamanya perkara tentang pengambilan sampel itu tadi. Saya memang agak sedikit keliru di dalam perkara ini dan saya fikir perlu kita perbahaskan iaitu tentang pengambilan sampel ini. Kita mengatakan bahawa di dalam perkara 12 tentang pengambilan sampel ini, kita mengatakan bahawa ia perlu mendapatkan keizinan dan di samping itu juga pegawai mempunyai kuasa sebenarnya untuk pengambilan sampel daripada orang yang disyaki dan dikatakan terlibat dengan jenayah ini. Jika dia enggan, maka timbullah seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong iaitu bahawa dia boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 ataupun penjara setahun ataupun kedua-duanya sekali. Maka di sini yang kita katakan bahawa timbul persoalan iaitu jikalau sekiranya dia enggan membayar denda dan dia dipenjarakan, apakah ini akan menyelesaikan fungsi ataupun tujuan dan objektif kepada rang undang-undang ini iaitu untuk kita menyelesaikan kes-kes jenayah yang memerlukan kepada pembuktian saintifik DNA ini? Maka jika sekiranya ini berlaku, dia enggan dipenjarakan, bagaimanakah kita hendak menyelesaikan perkara ini? Di sinilah barangkali apa yang diperkatakan bahawa kita mungkin tidak dapat menyelesaikan sesuatu jenayah yang berlaku yang memerlukan kepada keperluan pembuktian saintifik DNA ini. Jadi saya fikir, di sinilah barangkali timbul kuasa mahkamah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong. Jadi, saya memang bersetuju bahawa perkara-perkara seperti ini harus diberikan perhatian. Ini adalah kerana kita walau bagaimanapun tidak boleh terlambat....

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Minta penjelasan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, sila.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Tuan Yang di-Pertua bertuah, saya tidak berhasrat untuk membahaskan akta ini. Sebab itu saya mahu mengambil kesempatan untuk bertanya. Saya mendengar hujah-hujah daripada rakan-rakan, daripada pihak pembangkang, daripada Yang Berhormat Puchong, memang terus-terang saya katakan akta ini memang penting. Cuma ada kebocoran mungkin perlu kita...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Bocor!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Kita tampal supaya dia tidak bocor, [Dewan riuh] iaitu meragukan seperti yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Batu Pahat.

Tohmahan!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Diamlah yang lain, dengar dahulu. Inilah masalah. Kita cakap betul pun, kita.... Yang betul, betullah! Yang Berhormat Puchong betul, kita sokong. Kita perlu melihat bahawa akta ini digubal untuk menyelesaikan masalah. Akan tetapi apabila masalah baru timbul iaitu contohnya saya diminta DNA. Saya tidak mahu. Saya masuk penjara atau saya bayar denda. Apakah buat kali seterusnya, saya dihukum lagi, dipanggil lagi untuk DNA setelah saya bayar RM10,000? Bermakna persoalannya tidak selesai sedangkan akta ini digubal untuk menyelesaikan masalah. Yang keduanya, apakah Yang Berhormat Batu Pahat mencadangkan agar satu jawatankuasa ditubuhkan untuk menjadi penyimpan ataupun menjadi penjaga data bank untuk darah ini supaya tidak membimbangkan orang ramai? Ini adalah sebab kalau yang mendakwa menyimpan, yang menyiasat pun menyimpan, memanglah timbul keraguan!

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Betul!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi inilah yang perlu kita perbetulkan. Setujukah Yang Berhormat?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Setuju, BBC jaga.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Jawab sekali, jawab sekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya daripada Batu Pahat. Saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat berhubung dengan pengambilan sampel ‘bukan intim’. Maknanya, kita ambil sampel dari bekas mulut di bekas minuman gelas ataupun cawan di mana perbuatan ini dibuat dengan cara yang tidak disedari. Adakah tindakan ini bertentangan dengan human rights yang sepatutnya kita mungkin boleh mengambil dengan secara tidak langsung, tetapi dari segi hak asasi manusia yang bagaimana kita mengambil sampel ‘bukan intim’ ini daripada bekas minuman ataupun daripada air liur seseorang. Daripada apa-apa sahajalah. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Batu Pahat?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebenarnya Tuan Yang di- Pertua, orang kalau hendak berbuat jahat, dia boleh buat dengan apa cara sekalipun. Oleh sebab itulah perlunya akta ini. Perlunya kita ada satu undang-undang mengenai dengan DNA supaya kita mempunyai sistem bank DNA ini yang mana kita dapat menjamin dari segi sekuriti kerahsiaan, keselamatan dan sebagainya. Jadi, soal orang hendak memanipulasikan, macam-macam boleh berlaku. Akan tetapi, selagi kita tidak ada undang-undang akta ini, maka selagi itulah lebih mudah orang memanipulasikan apa sahaja. Oleh sebab itu, saya bersetuju apabila dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong iaitu cara kita mengambil sampel ini. Cara ini juga perlu diperjelaskan supaya tidak timbul nanti masalah orang kata bahawa ada konspirasi, dimanipulasikan dan sebagainya. Contoh yang paling mudah ialah, nanti ada orang tuduh bahawa dia dibukakan pakaiannya secara paksa dan sebagainya. Jadi oleh sebab itulah, cara ini juga perlu diperjelaskan supaya tidak timbul nanti, ada tuduhan-tuduhan mengatakan bahawa dia dipaksa buka baju dan sebagainya. Jadi sebab itu saya fikir perkara ini adalah cukup penting dan barangkali yang menjadi masalah kepada kita sekarang ini ialah sudah ada juga orang yang tidak mahu beri DNAnya. Bersumpah pun tidak mahu, beri DNA pun tidak mahu, jadi bagaimana? Akhirnya nanti kalau dengan undang-undang ini dia hanya...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bayar RM10,000.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Bayar RM10,000, penjara setahun. Akan tetapi kita tidak boleh membuktikan pertuduhan bahawa sebenarnya dia melakukan jenayah tersebut. Jadi sebab itulah saya fikir kita harus...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bagi saya jalan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, sedikit lagi. Kita harus meneliti perkara yang diperbahaskan ini iaitu dua perkara, dalam perkara fasal 12 ini tadi iaitu cara dan yang kedua ialah soal apakah habis dekat situ sahaja? Bila dia enggan bayar denda, dipenjarakan. Maka objektif kepada tujuan kita meluluskan akta ini tidak sampai. Ya Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya rasa kita semua setuju bahawa undang-undang ini penting tetapi biarlah kita tentukan bahawa bila kita luluskan sesuatu rang undang- undang, jangan kita sudah lulus lepas itu dalam keadaan kita tahu bahawa memang ada kebocoran. Lalu adakah apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat supaya pihak kementerian ambil balik, betulkan balik, bincang betul-betul, lepas itu kemukakan selepas raya insya-Allah, kerana biarlah kita buat kerja kita dengan cara yang profesional. Janganlah kita mempunyai satu kaedah di mana tak apa kita tahu benda ini banyak kebocoran kita luluskan dahulu, lepas itu bila ada masa kita betulkan. Ianya tidak akan berlaku begitu. Yang kedua, saya rasa dalam soal tak hendak bagi DNA, tapi tak hendak sumpah. Sebenarnya, itu satu kenyataan yang tidak betul kerana kes ini telah pun Datuk Seri Anwar Ibrahim bawa pergi ke mahkamah dan kenyataan Dato' Sri Haji Mohd. Najib bahawa sumpah adalah cara orang Islam dan pergi mahkamah adalah cara orang bukan Islam itu satu kenyataan yang tidak betul.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Sekali boleh? Sekali boleh? Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya pun terpanggil hendak memberikan sedikit pandangan, sebab saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Batu Pahat mengatakan bahawa ada kebocoran yang perlu ditampalkan balik. Jadi persoalan saya ialah Yang Berhormat Kinabatangan pun ada mengatakan bahawa ada kebocoran. Memandangkan Timbalan Pengerusi BNBBC pun berkata begitu. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Batu Pahat, adakah Yang Berhormat Batu Pahat dan rakan-rakan BNBBC yang lain bersetuju dan menyokong cadangan kita supaya satu jawatankuasa pilihan ditubuhkan? Seperti mana yang telah dilakukan terdahulu dalam criminal procedure code (CPC), supaya ada ramai Ahli Parlimen boleh memberikan pandangan dan mendapatkan pandangan daripada society seperti daripada Majlis Peguam, daripada criminologist, daripada pakar agama dan sebagainya. Mungkin itu juga ada menyentuh sedikit dengan faktor-faktor keagamaan. Mungkin Yang Berhormat Ahli Parlimen Puchong yang pakar dalam undang-undang dan Yang Berhormat Batu Pahat yang ada banyak cadangan boleh duduk bersama dalam jawatankuasa pilihan ini supaya kita dapat kembali ke dalam Dewan Rakyat ini dalam satu rang undang-undang yang lebih profesional dan lebih mengambil kira pandangan-pandangan supaya keadilan dapat dilakukan kepada semua pihak. Jadi saya berharap Yang Berhormat Batu Pahat dan rakan-rakan yang lain dalam BNBBC dapat bersetuju dan menyokong cadangan ini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sebenarnya tadi saya memang hendak menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Mengenai dengan kebimbangan kita terhadap penyimpanan bukti forensik DNA ini dan sebenarnya perkara ini banyak disentuh dalam fasal 19, 20 dan 21 Sebenarnya, untuk memastikan bahawa wujud keselamatan terhadap bahan-bahan DNA yang kita simpan di dalam data bank forensik DNA ini. Cuma saya fikir yang perkara ini memang betul menjadi satu perhatian kepada kita sebab kita tahu bahawa yang penting di sini ialah kita perlukan kepada akta ini ialah kerana kita tidak mahu tertinggal jauh daripada negara lain. Ini adalah sebab pembuktian sesuatu kes jenayah menggunakan DNA ini adalah cukup penting sebenarnya dan sebenarnya di dalam Islam sendiri pun perkara ini sudah berlaku lama. Mungkin dahulu dia tidak menggunakan kaedah secara saintifik tetapi sebenarnya DNA ini digunakan apabila dalam satu kes yang menggunakan iras muka itu. Sebenarnya iras muka DNA ini adalah soal keturunan maka sebab itulah iras muka itu digunakan untuk membuktikan sesuatu kes dan pada zaman rasulullah sendiri pun apabila berlaku seorang kompelin dia kata ini bukan anak dia sebab dia kahwin dengan suami isteri berbangsa Arab yang cerah tapi anak dia berwarna gelap. Akan tetapi rasulullah menggunakan pembuktian DNA iaitu keturunan dan setelah dilihat keturunan

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

bahawa rupa-rupanya keturunannya dahulu pun adalah gelap cuma dia itu menjadi putih. Jadi tidak ada sebab dia hendak menolak anak dia itu berwarna gelap. Jadi, sebenarnya itulah yang kita katakan bahawa pembuktian menggunakan DNA ini adalah penting sebab itulah kita amat serius dan kita amat prihatin, bahawa apabila kita mempunyai akta ini kita mestilah mempunyai satu peraturan dan juga cara yang benar- benar memastikan bahawa DNA yang kita urus dalam data bank kita ini terurus dengan profesional. Oleh sebab itu, saya berharap perkara yang dibangkitkan terutamanya tentang pengambilan sampel. Sebab kita tahu sebenarnya bukti-bukti DNA yang ditinggalkan di sesuatu tempat jenayah itu tidak boleh dihapuskan dengan begitu mudah. Sama ada di atas katil, di atas tilam, di atas selimut, di atas meja, dalam almari, di tepi tingkap dan sebagainya berlaku peristiwa-peristiwa jenayah, dia tidak boleh dihapuskan sebegitu mudah. Jadi sebab itulah apabila kita ingin membuktikan maka kita perlu mengambil DNA daripada orang-orang yang kita syaki. Jadi oleh kerana itulah saya menyokong penuh perkara ini. Cuma Tuan Yang di-Pertua dalam soal ini saya ingin membangkitkan satu perkara lagi iaitu tentang siapa sebenarnya yang kita boleh ambil DNA ini? Yang ini Yang Berhormat Puchong juga...Sebenarnya ada banyak perkara yang kali ini saya macam hampir-hampir sama dengan Yang Berhormat Puchong iaitu...Tapi tak semestinya saya menyokong Yang Berhormat Puchong.lah

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sependapat cukup.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, tentang siapa ini? Tentang siapa ini? Sebab apakah orang tertentu sahaja dan orang lain kita tidak boleh ambil sampelnya? Jadi sebab itulah saya fikir dalam perkara ini selain daripada yang kita sebut dengan jelas iaitu banduan, penagih dadah ataupun mereka yang disyaki sebagai penjenayah dan sebagainya. Maka barangkali kita perlu ada di dalam rang undang-undang ini yang menyebut tentang kumpulan-kumpulan tertentu yang kita syaki boleh menimbulkan masalah. Sebagai contohnya, bagi saya barangkali dengan kita perlu mengambil DNA daripada pekerja-pekerja asing yang masuk ke negara kita sebab mereka ini memang banyak terlibat dengan kes-kes jenayah. Sepatutnya sebelum mereka masuk ke negara kita ini sampel DNA sudah diambil sebab kita tahu mereka ini bila melakukan jenayah mereka balik ke negara mereka lari dia boleh masuk lagi dengan pasport nama lain sebab mereka mudah dapat pasport dengan nama lain. Dia tak ada bin dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya mereka ada DNA maka kita boleh sebenarnya memastikan bahawa jika berlaku sesuatu jenayah kita check dengan data bank kita ada tak DNA yang sama dengan apa yang kita perolehi di tempat kejadian jenayah itu berlaku. Sebab kita tahu di UK sebagai contohnya kes yang sudah berlaku berpuluh tahun akhirnya diambil sampel daripada 4,000 penduduk. Itu pun dia tidak dapat membuktikan tetapi akhirnya dia dapat tahu ialah kerana ada orang yang memberikan sampel yang salah terhadap DNA nya sendiri. Maka sebab itu kita katakan bahawa mungkin kita perlu satu clause yang cukup jelas yang menyebut tentang selain daripada banduan jenayah dan mereka yang disyaki penjenayah, maka kita juga boleh mengambil DNA daripada kumpulan- kumpulan tertentu sebenarnya supaya data bank DNA kita ini lebih lengkap. Kita tahu memang kosnya adalah terlalu mahal sebab kos pengambilan forensik data DNA ini sekurang-kurangnya RM500. Dari segi kosnya ia terlalu mahal tetapi kalau untuk pendatang asing apa salahnya kita ambil dan cajnya itu dikenakan kepada mereka sendiri. Pemotongan gaji mereka sebab ini penting untuk mengatasi jenayah yang semakin meningkat yang melibatkan pekerja-pekerja asing yang ada di negara kita. Kalau sekiranya kita mahukan supaya sistem data bank kita lebih lengkap ialah kita mengambil data DNA mereka sejak mereka bayi lagi iaitu sekarang ini kita masukkan dalam peraturan ini bahawa lahir sahaja anak itu data DNA sudah pun diambil. Saya fikir bahawa ini adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian sebenarnya supaya dengan adanya maklumat data yang lebih lengkap ini maka kita dapat memenuhi kepada objektif kita sebenarnya iaitu tujuan kepada data bank DNA.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ini ialah untuk mengatasi masalah jenayah, masalah-masalah yang berkaitan dengan jenayah dan juga perkara-perkara lain yang berkaitan seperti malapetaka dan kita juga pernah dihadapkan dengan masalah seperti orang yang anaknya lahir kemudian hilang.

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ini banyak kes berlaku iaitu anak yang lahir di hospital tersalah ambil, ibu bapa lain ambil dan 20 tahun baru sedar apabila dia tengok anak dia gelap sedikit, ini dia kata bukan anak dia, tetapi hendak cari ibu bapa asal susah, tetapi kalau dengan adanya DNA maka ini dapat diatasi sebenarnya.

Sedikit sahaja Yang Berhormat Batu Pahat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik apabila Yang Berhormat Batu Pahat menyebut tentang mengambil DNA semasa bayi. Saya membaca dalam internet rupa-rupanya ada sebuah negara Portugal kalau tidak silap saya telah pun merancang untuk mengadakan data DNA sejak daripada bayi. Ini senang kita lakukan dengan mengambil darah daripada tali pusat kemudian kita masukkan dalam cerakian DNA dan kita boleh simpan dalam Bank Data DNA. Salah satu daripada kepentingannya ialah untuk apabila berlaku kemalangan, kebakaran ataupun apa-apa yang kita tidak dapat identifikasi dengan cara yang lain seperti cap jari ataupun iris mata, kerana ini tiga perkara yang kita boleh mendapatkan perbezaan di antara seseorang manusia yang Allah Taala jadikan ini. Saya rasa Yang Berhormat Batu Pahat mungkin bersetuju ataupun saya mungkin tertarik dan bersetuju dengan apa yang Yang Berhormat Batu Pahat katakan tadi supaya kita, bukan sahaja untuk criminal, tetapi untuk paternity seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Puchong tadi. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, saya fikir bahawa kita harus melihat kepentingan kita mengambil maklumat DNA daripada di peringkat bayi lagi dan soal kos RM500 yang dikatakan mahal itu saya rasa boleh ditanggung, dan saya rasa boleh juga dikongsi oleh negeri-negeri yang dikuasai pembangkang sebab negeri itu negeri kaya juga. Jadi apa salahnya mereka pun keluarkan juga RM500 Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

BN tinggal kayap.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Jadi saya fikir ini satu perkara yang mesti diberi perhatian sebenarnya untuk memenuhi tujuan kepada akta ini.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi Yang Berhormat Batu Pahat sebut tentang keperluan untuk diambil DNA ini ke atas semua orang, cuma yang saya lihat dalam akta ini, apa keperluan, macam seolah-olah ada pertindihan atau percanggahan dari sudut proses itu, iaitu salah satu daripada yang disebut di sini ialah mengizinkan untuk diambil juga ke atas mereka atau suspek-suspek yang melalui proses tangkapan yang telah dibuat atau satu perintah tahanan telah dibuat terhadap orang tahanan di bawah mana-mana undang-undang yang dibuat menurut perkara 149 atau 150, Perlembagaan Persekutuan iaitu tahanan tanpa bicara termasuk ISA. Ini juga termasuk orang-orang politik yang kemungkinan ditahan di bawah ISA. Mereka ini ditahan tanpa bicara, tanpa dibawa kepada proses mahkamah sedangkan proses DNA ini diambil untuk menjadi bahan bukti bagi hendak bawa satu kes untuk caj seseorang itu ke mahkamah. Jadi saya persoalkan apa keperluannya Tuan Yang di-Pertua, untuk kita mengambil DNA daripada orang-orang yang ditahan tanpa bicara. Kita boleh bersetuju kalaulah katakan hendak ambil DNA ke atas tahanan ISA, tetapi mestilah tahanan ISA itu juga dibicarakan, mesti melalui proses mahkamah.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, sebenarnya DNA ini Yang Berhormat Pokok Sena, walaupun dia tahanan ISA tetapi juga boleh digunakan untuk pembuktian iaitu dia berada di sesuatu tempat seperti dia hendak merancang macam mana hendak memberontak dan sebagainya. Jadi DNA juga perlu, sebab itu saya rasa mungkin dia terlibat dengan perkara-perkara lain walaupun dia dalam tahanan ISA.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, kalau untuk kita hendak caj seseorang itu atas apa-apa kes yang berkaitan dengan jenayah, dia mesti melalui proses undang-undang yang berkaitan dengan jenayah. Kenapa perlu untuk ditahan di bawah ISA? Kalau dikatakan bahawa untuk membuktikan seseorang itu terlibat dalam apa-apa kes kegiatan-kegiatan jenayah dan sebagainya mestilah dibawa kepada proses undang-undang biasa, kenapa perlu di bawah ISA?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya yang pasti Yang Berhormat Pokok Sena ialah dia ditahan di bawah ISA itu bukan kerana kes-kes yang melibatkan jenayah dan sebagainya, mungkin kerana ada kes-kes politik yang perlu dia ditahan di bawah ISA demi keselamatan negara, tetapi dalam tahanan ISA itu mungkin juga ada perkara-perkara lain yang terlibat sebab saya tahu dahulu ada juga orang yang ditahan di bawah ISA, tetapi dia juga dibawa ke mahkamah kerana ada kes lain dia terlibat seperti berdemonstrasi maka dia perlu dicaj kerana demonstrasi tersebut. Jadi sebab itu ini dua isu yang berbeza, dia tahanan ISA kerana kes lain, tetapi dia kes lain juga terlibat semasa dia di luar mahkamah, iaitu seperti kes Dato’ Syed Hussein Ali, saya tahu ketika di dalam tahanan dahulu dia juga dibicarakan kerana kes lain.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Soalnya Tuan Yang di-Pertua sekarang ini, takkanlah orang yang menyertai perhimpunan-perhimpunan aman, demonstrasi takkanlah perlu diambil DNA, dia bukan melakukan apa-apa kegiatan jenayah yang kita perlu untuk hendak cari satu pembuktian. Dia, kalau dari segi kita katakan orang yang menghadiri perhimpunan aman selalunya kes itu untuk ditentukan bahawa dia ada di situ ataupun tidak, itu sahaja.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, itu bahawa .....

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi bagi saya bahawa dalam kes ISA ini saya antara orang yang pernah ditahan di bawah ISA. Dia tidak menyatakan di sini, menyatakan bahawa seseorang yang terlibat dalam tahanan ISA yang ada kes-kes yang lain lalu akan diambil DNA. Dia menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang ditahan di bawah Perkara 149 boleh diambil DNA.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, ya saya faham maksud Yang Berhormat Pokok Sena. Tidak mengapa, saya jawab dahulu Yang Berhormat Pokok Sena. Saya faham maksud Yang Berhormat Pokok Sena tadi tetapi saya ingin menyatakan bahawa dalam kes DNA ini perlu diambil mungkin kerana dia ada commit, dengan izin satu kesalahan yang lain. Kes tahanan ISA, kes lain tetapi dia ada perkara lain dan juga perlu disiasat, perlu DNA. Saya rasa tidak timbul masalah dalam perkara ini. Bukan maksudnya DNA itu kerana dia ditahan di bawah ISA itu.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh saya mencelah Yang Berhormat Batu Pahat?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya bagi Yang Berhormat Lipis kemudian Yang Berhormat Shah Alam sekali.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya mendengar dengan teliti mengenai dengan tahanan ISA. Tadi yang diambil sampelnya, jadi saya juga mohon penjelasan kalau Yang Berhormat tahu apakah jenis-jenis tahanan ISA selain daripada tahanan politik. Mungkin tahanan ISA ditahan di bawah ISA ini tahanan yang disebabkan oleh penglibatannya dalam gerakan ekstremis yang tidak dapat dibuktikan. Mungkin mereka ini kalau dahulu di bawah...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tiada bukti macam mana hendak tangkap.

Di bawah communism, komunis yang tidak dapat dibuktikan dengan jelas, kita tahu dia ada tetapi tidak dapat mungkin gengsterisme dan sebagainya. Rasa saya perlu kita ambil data ini, jadi mohon penjelasan.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya rasa sekarang ini perbincangan kita ini sudah jadi agak keliru pasal matlamat di sebalik undang-undang ini tidak jelas. Tadi kita bawa isu anak

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

yang baru lahir hendak ambil DNA dan sebagainya, betullah tu. I meant untuk perbahasan dan perbincangan baguslah, tetapi kalau kita lihat di sini tumpuannya adalah kes jenayah. Kalau kita tengok yang Bank Data DNA iaitu di bawah Bahagian II ini penubuhan Bank Data DNA ini, siapa yang hendak diambil iaitu tempat jenayah, orang yang disyaki, indeks pesalah, indeks orang tahanan dan sebagainya. Lalu kalau kita boleh tumpu kepada konsep bahawa DNA ini hendak diambil untuk kes jenayah supaya hendak selesaikan kes tuduhan-tuduhan jenayah dan sebagainya, maka kita tidak akan keliru. Dari segi ISA ini, saya rasa adalah amat jelas bahawa sekiranya kes ISA memang tidak dibawa ke mahkamah lalu apa bukti yang hendak dikemukakan, tidak payah ada apa-apa bukti.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia kalau nak tahan orang yang kita nak bukti adalah kes-kes yang kita nak bawa ke mahkamah. Lalu sekiranya kita perlu nak ambil DNA daripada Dr. Syed Hussin yang seperti mana diberikan contoh tadi, ia dilakukan atas tahanan ataupun tuduhan yang hendak dibicarakan, bukan atas tahanan ISA yang dikenakan ke atasnya. Maka apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena memang relevan iaitu untuk orang-orang tahanan ISA yang memang tak nak dibawa ke mahkamah, buat apa hendak kan DNA, tidak relevan. Lalu di sini sekali lagi, yang pokoknyalah yang kita hendak kemukakan di sini ialah bahawa rang undang-undang ini dibuat dalam keadaan yang tergesa-gesa dan banyak sangat kebocoran-kebocoran yang diakui oleh pihak daripada back bencher sekali. Yang pentingnya saya nak tanya kepada Yang Berhormat Batu Pahat yang mana saya dah tanya tadi dan dia masih tidak jawab ialah dalam keadaan rang undang-undang ini yang banyak kebocoran, apakah kaedah kita? Adakah kita nak buat dengan cara yang sambil lewa, half past six punya approach dengan izin, kita luluskan saja. Selepas itu dalam keadaan kita tahu bahawa ada banyak kebocoran- kebocoran bahawa ada banyak kemungkinan bahawa ianya boleh disalahgunakan. Dan bukan ianya tidak mampu untuk menghalang salah guna dan abuse of power. Dan ianya tidak memberi perlindungan kepada pihak yang dituduh. Dalam keadaan kita semua memahami dan mengakui bahawa ada kekurangan-kekurangan ini, adakah kita hendak mengambil kaedah half past six ini, yang cincai ini, yang lebih kurang ini, luluskan juga. Ataupun adakah pihak Yang Berhormat Batu Pahat boleh setuju dengan cadangan saya dan juga cadangan daripada Yang Berhormat Rasah, bawa balik, bincang betul-betul, tubuhkan jawatankuasa, panggil pakar-pakar, buat perbandingan dengan undang-undang daripada negara-negara lain dan selepas itu baru kemukakan kepada Dewan ini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Okey Yang Berhormat Shah Alam, saya dah jelas.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

[Bangun]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

[Bangun]

Boleh saya jawab yang dua ini dahulu, nanti saya bagi Yang Berhormat Kubang Kerian.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Kota Melaka.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, ya. Sebenarnya sepatutnya tidak timbul tentang ISA ini. Sebab itu saya mengatakan tadi ISA ini banyak, maksudnya pengedar dadah juga boleh ditahan di bawah ISA. Mereka yang mengancam keselamatan negara sudah tentu ditahan di bawah ISA tetapi mungkin semasa di dalam tahanan ISA ini, dia ada kes-kes lain yang perlu dibicarakan. Mungkin dia terlibat dengan rogol dan sebagainya. Maka perlulah diambil DNA itu tetapi bukan kerana kes ancaman keselamatan dalam negeri tadi. Jadi oleh sebab itu saya rasa perkara ini cukup jelas. Akan tetapi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi iaitu tentang bahawa kita perlu tarik balik rang undang-undang ini untuk dikemaskan dan sebagainya. Saya rasa bahawa apa yang timbul di sini ialah, kita melihat masalah pada kita ialah kita melihat rang undang-undang ini seolah-olah hendak dikaitkan dengan orang-orang tertentu. Maka

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

timbullah kita kata, kita kelam kabut, kita tidak siap sedia, kita nak mempercepatkan dan sebagainya. Bagi saya perkara ini tidak berbangkit. Kita ada banyak rang undang-undang pun ada yang kita tidak puas hati tetapi kita minta perbetulkan di peringkat jawatankuasa.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Begini, saya nak ... Tuan Yang di-Pertua, ia pernah berlaku di sini iaitu Penal Code kita rujuk kepada jawatankuasa Select Committee yang akan membentuk satu jawatankuasa untuk meneliti secara terperinci, kemudian bawa balik ke sini. Jadi apa masalah dalam kes yang sama?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, ya Yang Berhormat Pokok Sena, saya faham.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sekarang jelas sudah terdapat segala kelemahan-kelemahan yang cukup ketara yang tidak sepatutnya kerajaan hendak nak mempertahankan. Jadi kalau nak pertahan juga benda yang memang dah cukup teruk bagi saya bahawa ini yang dikatakan mempunyai niat jahat, nak tergesa- gesa nak buat juga dalam tempoh yang terdekat ini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Jadi kalau saya nak ulang- ulang balik hujah saya nanti berulang-ulang. Jadi ada kes-kes, perkara-perkara yang mungkin kita boleh buat cara yang sedemikian, macam Penal Code itu. Itu saya tidak boleh nafikan tetapi dalam perkara DNA ini sejak 2001 lagi memang nak dibentangkan oleh kerajaan sudah sekian lama dan sudah dilihat dengan cara teliti.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Cuma ada kekurangan tersebut, mungkin kita boleh perbetulkan di peringkat jawatankuasa.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya bersetuju bahawa memang benda ini nak buat daripada tahun 2001. Kalau nak buat daripada tahun 2001, sudah tentu di bentang dengan kemas. Ini 2001, ambil masa beberapa tahun, tujuh tahun, lapan tahun, kita bentang dalam rang undang-undang seolah-olah orang tak belajar undang-undang.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Pokok Sena duduklah, Pokok Sena, ini floor saya. Tuan Yang di-Pertua, ini floor saya, saya dah tak bagi keizinan.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Seolah-olah Peguam Negara ini yang tak reti undang-undang.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya nak bagi Yang Berhormat Kubang Kerian.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, okeylah kalau rakan saya berhujah, mungkin sentimen kami ini pada Datuk Seri Anwar. Okey kita tolak tepi semua, tolak Datuk Seri Anwar dan kita bincang tentang implikasi akta ini kepada kepentingan rakyat Malaysia tanpa mengira siapa dia. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab sesi lepas saya ada di Parlimen ini, pada 20 Julai 2004, saya ambil benda yang baik, yang baik saya kata baik. Kerajaan begitu bertanggungjawab pada waktu itu, Dewan Rakyat pada 20 Julai 2004 telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi untuk mengkaji Rang Undang-undang Kanun Keseksaan Pindaan 2004. Pada waktu itu Parlimen mengizinkan kerana benda itu penting, sangat penting dan diadakan suatu public hearing seluruh negara untuk mendengar pandangan-pandangan daripada NGO, tokoh-tokoh perundangan untuk memperkemaskan rang undang-undang ini. Sekarang ini kita berhadapan dengan satu undang-undang baru yang semuanya saya rasa, ini kalau kita nak bercakap dari segi rationality. Rasionalnya Tuan Yang di-Pertua, bahawa semuanya mengaku terdapatnya kebocoran, tidak lengkap dan memberikan suatu gambaran dan perception bahawa ini adalah untuk kepentingan rakyat. Kalaulah maknanya terdapat kebocoran ini, rakyat Malaysia yang akan menjadi mangsa. Jadi cadangan saya Yang Berhormat Batu Pahat ialah bukan maknanya kita menolak, kita tahu kepentingannya tetapi biar Parlimen jangan meneruskan ... ini, beri

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

satu ruang waktu enam bulan untuk diadakan satu public hearing, pendengaran awam, panggil pakar-pakar daripada polis, Jabatan Kimia, Kementerian Kesihatan, Majlis Peguam dan seumpamanya supaya kita dapat bawa kembali ke dalam Dewan yang mulia ini satu rang undang-undang yang masak, yang boleh kita pertanggungjawabkan kepada seluruh rakyat. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya sependapat dengan Yang Berhormat daripada Kubang Kerian dan juga Rasah iaitu pertubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas ini amatlah perlu sebab kita tidak boleh nafikan bahawa rang undang-undang ini amat penting. Saya sependapat dengan Yang Berhormat Batu Pahat iaitu penting untuk sekali gus kita dapat membantu semua siasatan. Apa yang telah dikemukakan oleh semua yang berucap lebih awal tadi terdapat banyak kebocoran atau kelemahan dalam rang undang-undang yang dibentangkan ini. Juga tidak terang cara mekanismenya untuk mendapatkan sampel, menyimpan sampel, bagaimana membuat kajian atau dengan izin, examine sample ini. Dan apakah cara-cara untuk bagaimana kita dapat menyimpankan ini, bolehkah kita hantar ke lain-lain pertubuhan tanpa kebenaran dari orang yang diambil sampel? Sebab itu ada yang katakan masih sepatutnya ia di bentang bersama dengan Data Protection Act iaitu dapat mem protect kan data-data yang telah diambil. Sebab itu bukankah baik kalau kita dapat sama-sama kita dengan yang dicadangkan tadi bahawa kita dapat lebih pandangan, lebih input daripada lain-lain NGO dan pertubuhan yang agak lebih pakar dalam DNA ini. Sebab itu saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Batu Pahat iaitu dengan kita faham terdapat kebocoran dan kelemahan ini.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tak kan kita tahu tentang keadaan ini dan kita masih membenarkan rang undang-undang ini diluluskan di Dewan yang mulia ini. Demi kepentingan rakyat Malaysia, saya ingat kita kena buat sesuatu cadangan yang lebih waras. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian dan juga Yang Berhormat Kota Melaka yang mencadangkan supaya kita mewujudkan public hearing untuk membincangkan semula mengenai dengan cadangan akta ini. Saya fikir ini satu isu yang sebenarnya tidak perlu.

Dijangka dah.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sebab kita sudah bincangkan perkara ini dan itu saya kata tadi kita bawa dalam peringkat Jawatankuasa sahaja. Seperti mana Yang Berhormat Wangsa Maju bersusah payah tidak bersetuju dengan Akta Kenaf dan Tembakau dan kita perbetulkan, ditarik balik sebentar dan perbetulkan perkara 12, tiada masalah. Jadi, dalam perkara ini juga apa masalahnya kalau kita bincangkan di peringkat Jawatankuasa nanti.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Satu, dua bolehlah. Ini banyak ini, keseluruhan benda yang tidak penting.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya. Sila Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat Batu Pahat. Saya rasa kenyataan bahawa tidak perlu untuk menyerahkan rang undang-undang ini kepada Jawatankuasa, itu memberi alasan bahawa boleh pinda ketika Jawatankuasa. Namun, masalahnya ialah keseluruhan bill ini mempunyai banyak kelemahan dan juga kritikan- kritikan dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Barisan Nasional dengan pembentangan yang bill pada masa ini. Takkan Yang Berhormat Batu Pahat tak hendak selamatkan Barisan Nasional untuk memastikan bahawa semua tuduhan yang dikaitkan ini boleh dibalas. Jika Barisan Nasional, Yang Berhormat juga bersetuju ditarik balik, ini boleh selamatkan populariti Barisan Nasional yang sedang jatuh ini. Takkan kita hendak undang-undang yang mempunyai begitu banyak kelemahan diluluskan dalam Dewan ini dan akan menjejaskan sistem perundangan pada masa kelak?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia pun mahu BN jatuh!

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Pembaziran masa dan pembaziran wang. Kalau Yang Berhormat ialah Ahli Barisan Nasional yang baik, mestilah menyokong. Mestilah menyokong bahawa rang undang-undang ini ditarik balik untuk memperbaiki imej Barisan Nasional.

Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Batu Pahat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jadi, saya pohonlah Yang Berhormat. Saya rasa Yang Berhormat dalam hati kecil Yang Berhormat, Yang Berhormat juga setuju tetapi tidak berani. Mesti berani!

Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Batu Pahat. Jawab sekali, jawab sekali. Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, ya. Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.

Yang Berhormat Batu Pahat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Selalu tidak berani.

Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya ini memang berani! Ini tidak timbul soal populariti Barisan Nasional atau pun tidak. Yang pasti, calon BN akan menang di Permatang Pauh hari ini. [Tepuk]

Yang Berhormat Batu Pahat jawab sekali.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Mesti ada tipu punya ini.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya fikir saya hendak berucap tetapi saya fikir giliran saya lambat lagi. Namun, oleh kerana banyak sangat pandangan- pandangan dari pihak sebelah sana tentang kononnya kebocoran dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat Batu Pahat setuju. Ya, kita ini sudah lewat betul- betul bercakap ini Yang Berhormat Batu Pahat. Adakah Yang Berhormat Batu Pahat setuju bahawa akta ini adalah akta ibu. Maknanya selepas akta ibu diluluskan ada akta-akta lain lagi seperti Akta Sampel, Akta Dietetik. Malahan peraturan-peraturan yang perlu diadakan. Selagi akta ibu ini tidak diluluskan, selagi itu perkara-perkara selain daripada peraturan dan akta dari lembaga tidak boleh dibuat. Ini adalah ‘ibu’ ...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau ‘ibu’ sudah rosak, rosak juga anak cucu.

Seperti kita meluluskan akta-akta lain.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Nikah tidak betul. Agaknya, anak haramlah. [Ketawa]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Anak haram.

Seperti kita pernah meluluskan akta- akta yang lain. Ini Akta ibu! Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Yang Berhormat Batu Pahat menjawab.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya. Saya fikir itu jalan yang terbaik seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Ledang sebenarnya. Namun, apa pun yang penting ialah kita memang di dalam Parlimen ini, di Dewan ini kita concern tentang isu ini dan saya fikir bahawa kita bersetuju tentang perlunya bank data DNA ini.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ini yang terakhirlah Yang Berhormat Shah Alam. Sebab saya ada satu perkara lagi yang hendak disebut sebenarnya.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat Shah Alam bertanya. Kalau mencelah, celah dengan cara baik, berdiri lepas itu

Tuan Yang di-Pertua

mencelah. Tadi, saya nampak Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Shah Alam kadang-kadang tekan mic terus bercakap. Begitu juga Yang Berhormat Batu Gajah. Celah dengan baik, berdiri lepas itu tanya. Sila Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita mencelah secara begitu Tuan Yang di-Pertua kerana Yang Berhormat Batu Pahat, dia selalu mencelah macam itu [Ketawa] Maka kita hendak... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Pahat pula dengar ini. Lain kali dia tidak celah begitulah. Sila.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita hendak tunjuk dia cara bagaimana dia berlagaklah. Saya agak peliklah dengan keadaan seperti ini iaitu saya akui saya ini orang baru. Akan tetapi sekiranya kita sudah bahas dan kita sudah dapati banyak kelemahan, lepas itu masih lagi hendak luluskan dengan alasan bahawa apabila kita masuk ke peringkat Jawatankuasa, boleh diperbetulkan. Maka apa maknanya ada perbahasan di peringkat ini? Mesti ada satu tujuan dan satu matlamat perbahasan di peringkat induk, di peringkat umum ini dilakukan, supaya apabila nampak ada kesalahan dan ada kebocoran yang diakui bukan yang disebut bukan oleh pihak pembangkang sahaja tetapi diperakui oleh wakil Backbencher Club itu sendiri, BBC itu sendiri. Mesti ada satu tujuan di sebalik perbahasan di peringkat induk. Apabila kita melihat bahawa ada banyak kebocoran dan banyak kesilapan, sekiranya kita terus meluluskan juga, ini akan mengiakan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi. Ini akan mengiakan ...

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Batu Pahat teruskanlah. Tidak ada isu lain, itu sahaja.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...sangkaan bahawa ini dilakukan khas untuk kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Batu Pahat teruskanlah. Itu sahaja.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, itulah sebenarnya saya katakan kalau begitu kita serah di peringkat Jawatankuasa nantilah, untuk menyelesaikan apa yang dibangkitkan oleh rakan-rakan daripada pembangkang ini. Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun saya berjanji lepas ini saya tidak akan tekan mic sambil mencelah. [Ketawa] Ini janji.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia mengaku Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir yang ingin saya sentuhkan ialah bahawa kita perlukan back-up sebenarnya dengan izin. Apabila kita mempunyai data bank ini, kita perlukan back-up yang penting ialah pusat penyelidikan kita. Saya tahu bahawa di Universiti Sains Malaysia, kita ada pusat penyelidikan mengenai dengan DNA ini. Saya rasa apabila kita mempunyai akta seperti ini maka sudah tentulah kita perlukan pusat penyelidikan yang lebih profesional. Saya fikir adalah wajar sekali bahawa sudah sampai masanya kebanyakan IPTA kita ini mempunyai pusat-pusat penyelidikan DNA ini, sebab kita memerlukan human resource sekarang ini. Pembangunan insan, human resource dengan izin yang boleh menampung kepada usaha kita mewujudkan data bank ini. Jadi, kalau sekiranya kita ada data bank ini mengenai dengan DNA tetapi kita tidak mempunyai back up yang profesional sebagai persiapan kita untuk memastikan kredibiliti dan integriti kepada data bank ini maka sudah tentulah ia tidak membawa sebarang makna. Saya mendengar tadi hujah daripada Yang Berhormat Puchong dan ada beberapa rakan lain yang membangkitkan soal ketidakpercayaan mereka bahawa polis yang sepatutnya menjadi ketua kepada bank ini. Saya fikir ini sepatutnya tidak timbul sebab saya hairan kenapa dalam perkara ini, kita tidak ada keyakinan tetapi dalam kes- kes tertentu kita membuat banyak laporan polis. Kita percaya pula kepada polis tetapi apabila dalam soal ini, timbul satu persepsi yang bersangka buruk kita kepada polis. Sebab itulah dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya kita perlukan satu back up seperti mana yang saya sebutkan tadi bahawa kita perlukan pusat-pusat penyelidikan untuk memastikan bahawa data bank yang kita wujudkan melalui akta ini sebenarnya cukup profesional dan menjamin tentang kredibilitinya, untuk memastikan bahawa kes-kes jenayah di negara kita ini dapat kita atasi.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Termasuklah perkara-perkara yang menimbulkan banyak persoalan kepada kita seperti kes-kes yang terbaru yang sedang kita hadapi sekarang ini.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terakhir.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, ini isu soal kepercayaan kepada polis. Bukan kita yang tidak nak percaya kepada polis, polis sendiri yang bertindak yang menyebabkan timbul rasa tidak percaya kita kepada pihak polis.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Contoh seperti mana yang disebut oleh rakan-rakan tadi bahawa polis sendiri yang mencuri bahan bukti dalam peti simpanan. Bahan bukti! Saya pernah duduk dalam lokap di balai polis, di mana saya tidak ingat sebelum masuk penjara dulu. Banyak sangat balai polis kita dok masuk dulu. [Ketawa] Saya tanya yang duduk satu lokap dengan saya ialah orang yang pernah ditahan dalam kes-kes dadah. Dia kata sudah berpuluh kali polis tahan tetapi tidak pernah kena charge. Saya kata macam mana kamu boleh elak. Payah apa dia kata. Kita tukar saja air kencing dengan cikgu punya air kencing. Berapa you bayar kepada polis? Satu botol kecil nescafe harganya RM500 pada waktu itu. Itu belum harga minyak naiklah. [Ketawa] Kalau harga minyak sudah naik, mungkin lebih. Ini yang berlaku. Sebab itu asas kita tidak percaya kepada pihak polis itu inilah sebabnya dan Juga berasaskan kepada laporan Suruhanjaya Pembaikan Pasukan Polis yang dipengerusikan oleh Tun Zaidin yang menunjukkan bahawa banyak terdapat kelemahan-kelemahan dalam sektor kepolisian.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Institusi polis. Jadi bukan saja- saja kita tidak percaya. Kena ada asas.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Sebab itu saya kata bahawa sebenarnya polis sendiri memang berusaha untuk membaiki perkhidmatan mereka. Ini tidak ada sesiapa boleh menafikan dan kita juga tidak boleh menafikan kejayaan polis. Contoh yang paling besar ialah menghapuskan ancaman komunis di negara kita ini. Banyak kes-kes jenayah juga dapat diselesaikan dengan baik. Akan tetapi jika ada satu dua kes yang berlaku, kita tidak boleh memberikan satu persepsi dan ini kerja yang saya rasa cukup tidak bermanfaat sebenarnya. Sekarang ini ada satu budaya, kita suka mewujudkan satu persepsi. Budaya persepsi buruk, prasangka buruk dan sebagainya kepada pihak tertentu khususnya polis. Sebab itulah dalam keadaan kita menuntut ketulusan, keadilan, kebenaran, membasmi rasuah dan sebagainya, tetapi apabila terkena kepada kita, kita saman pula BPR. Kita tidak boleh menerima kenyataan bahawa orang kita sendiri boleh melakukan rasuah. So, apabila dua Exco ditangkap kerana rasuah, kita kata ini konspirasi, kita saman pula. Tunggulah keputusan mahkamah. Bicara dan lawan di mahkamah. Kenapa tidak boleh? Jadi itu yang saya kata bahawa kadang-kadang kita menjadi double standard.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Kita rasa kita saja yang betul. Saya ambil contoh. Yang Berhormat Shah Alam, cukup Yang Berhormat Shah Alam ya.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Keluar tajuk, keluar tajuk Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tidak, tidak. Ini soal imej dan kredibiliti.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Soal DNA. Ini masuk soal BPR, soal itu ini dan macam-macam. Macam mana ini Tuan Yang di-Pertua?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak. Itu masalah polis berhubung DNA, soal DNA. Bukan yang lain.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, ini floor saya. Saya tidak bagi jalan kepada Yang Berhormat Shah Alam lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey, okey.

Tuan Yang di-Pertua

Beberapa bulan sudah saya mendengar kadang- kadang perbahasan luar tajuk ini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ini yang saya kata tidak menerima kenyataan. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil contoh di Permatang Pauh. Saya lalu di highway Kulim. Keluar daripada Kubang Semang. Saya jumpa konvoi calon PKR sepuluh kereta pasang hazard. Menguasai lebuh raya sebelah kanan. Sebelah kiri ada lagi satu kereta pasang hazard. Kita mahu potong pun tidak boleh seolah-olah itu jalan mereka. Kenapa? Bila masuk jalan tiga link. Link kedua dan link ketiga pun di control juga Tuan Yang di-Pertua. Ini yang saya kata bahawa kadang-kadang kita meletakkan undang-undang di tangan kita. Suka hati kita. Kita tuduh polis tidak menjalankan tugas. Akan tetapi apa hak kita? Kalau sudah rakyat biasa, ikut cara rakyat biasa. Lainlah kalau sudah jadi Perdana Menteri. Gunalah outrider yang ada. Ini apa guna outrider sendiri? Ini yang saya kata bahawa menyalahgunakan. Jadi saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Maknanya wakil BN pakai outriderlah ini? Wakil BN pakai outriderlah dekat Permatang Pauh ya.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Shah Alam ada masalah.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Yang Berhormat Kepong duduk. Yang Berhormat Kepong duduk.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Keponglah.

[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Dia berdiri, tidak apa. [Ketawa][Dewan riuh] Yang Berhormat memang begitu. Slow starter. Sila, Yang Berhormat Kepong.

Nota dia sudah hilang, Tuan Yang di- Pertua.

[Ketawa]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya pun tidak tahu, Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah email tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya pun tidak tahu maksudnya.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila Yang Berhormat Kepong teruskan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ini cakap Yang Berhormat Padang Rengasnya. Patut Yang Berhormat Padang Rengas mengambil bahagian kerana Yang Berhormat Padang Rengas ini seorang peguam.

[Menyampuk]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Menteri pun peguam juga.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tidak praktis, dia tidak praktis.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tidak praktiskah? Itulah masalah sekarangnya.

Bahaya, bahaya.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tidak praktis pun mahu cakap. [Dewan riuh] [Ketawa] Yang di-Pertua, saya pun berasa hairan juga mengapa Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik atau DNA ini dibentangkan pada hari ini sebab rang undang-undang yang begitu penting ini patut dipertimbangkan dengan sedalam- dalamnya dan rundingan dengan semua pihak yang berkenaan supaya kita dapat wujudkan satu rang undang-undang yang lebih sempurna. Yang lebih sempurna.

[Menyampuk]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Bukan, ini saya punya pandangan. Tidak ada kena mengena dengan Yang Berhormat Puchong.

[Menyampuk]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Bukan, Yang Berhormat Puchong memang dia ada pandangan yang bestari, tetapi saya ada pandangan saya. [Ketawa] Memang bestari, memang bestari walaupun...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kepong, tidak payalah jawab dengan Yang Berhormat Padang Rengas. Tidak apa.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tidak, tidak. Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua pun seorang peguam dan saya percaya Tuan Yang di-Pertua memang menganggap rang undang-undang yang dibentangkan ini dengan cara tergopoh- gapahlah.

Tuan Yang di-Pertua

Sayalah pula yang diheret, Yang Berhormat Kepong. [Dewan riuh] [Ketawa]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Sebab selepas saya meneliti bahagian satu, bahagian dua, tiga sampai bahagian keenam, saya dapati ada yang tidak kena. Misalnya Tuan Yang di-Pertua, kerana tidak cukup masa. [Dewan riuh] [Ketawa] Fasal 24, fasal 24 ini penting. Menyatakan bahawa maklumat yang terkandung dalam bank data DNA hendaklah menjadi suatu bukti muktamad. Identifikasi DNA dalam apa-apa prosiding di mana-mana mahkamah. Akan tetapi saya dengar hujah daripada Yang Berhormat Kota Tinggi. Beliau kata ini bukan muktamad, dia kata pagi tadi. Dia kata tidak muktamad sebenarnya. Bukan 100%. Akan tetapi di dalam fasal 24, memang itu bukti muktamad. Identifikasi DNA ini. Tuan Yang di-Pertua, di mana-mana negara pun sama ada United Kingdom, Kanada ataupun USA, saya dapati dari semasa ke semasa, ada Identifikasi DNA itu tidak betul. Tidak betul dan dicabar oleh pihak yang dianiayai di dalam mahkamah. Ini bermakna kalau kita kata ini dengan kelulusan rang undang-undang, ini menjadi satu bukti muktamad Identifikasi DNA, memang saya pun tidak boleh terima kerana di dalam undang-undang walaupun saya bukan pengamal undang-undang, kalau ada 0.1% tidak adil pun, kita tidak boleh.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Yang Berhormat Padang Rengas tidak tahu.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Yang Berhormat Padang Rengas memang tidak tahu. Di dalam depan mahkamah kita sering nampak kalau ada patung pun memang satu mata itu kecil sedikit. Tidak serupa. Mata tidak sama besar. Memang ada kecil sedikit. Ini memang di dalam keadilan macam itu.

[Menyampuk]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Rengas tidak menunjukkan teladan yang baik.

[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kepong, jangan menghadap dia. Yang Berhormat hadap saya.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya menghadap Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau menghadap meja sini, you tidak dengar apa dia cakap.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Memang menghadap dia punya kerusi. Ya, ya. Hadap ke kerusi.

Sambung esok.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Masa cukup.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Dengan fasal 24 pun kita tahu rang undang- undang ini tidak sempurna dan baik saya mencadangkan supaya...

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Tuan Yang di-Pertua, merayau saja Yang Berhormat Kepong ini.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya hadap.

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan, teruskan. Tidak apa. Teruskan. Hadap saya.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya. Patut kita ini jangan luluskan buat masa ini dan dari segi fasal-fasalnya seperti fasal 24 kita ini, kita mesti sempurnakan dengan fasal ini kita mesti tambah. Bahawa bukti Identifikasi DNA ini bukan muktamad. Mesti dimasukkan di dalam kerana kalaupun kita sudah mengecam inilah DNA sekian-sekian orang, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim termasuk Yang Berhormat Padang Terap. Yang Berhormat Padang Rengas, bukan Yang Berhormat Padang Terap. Bukan Yang Berhormat Padang Terap.

Tuan Yang di-Pertua

Boleh Yang Berhormat Kepong sambung esok?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya boleh sambung. Saya akan sambung dengan fasal 24. Terima kasih. [Dewan riuh] [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 27 Ogos 2008. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang.