Dewan Rakyat · 28 August 2008

15th Parliament, session 1, meeting 3 · 981 turns · 40,474 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Mengangkat Sumpah

Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Mengalukan-Alukan Ahli Baru

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan tahniah kepada Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh yang mengangkat sumpah sebentar tadi. Saya berharap semoga Ahli Yang Berhormat dapat memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan ini dan kepada negara seterusnya dan semoga dapat berkhidmat cemerlangnya. [Tepuk]

Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Perlantikan Ketua Pembangkang

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Peraturan Mesyuarat 4A(3), saya suka hendak memaklumkan iaitu mengikut maklum balas yang saya terima, saya berpuas hati bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Ahli Parlimen Kawasan Permatang Pauh telah sebulat suara mendapat sokongan dari kalangan ahli-ahli pembangkang di Parlimen untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang dan diberi kemudahan di bawah seksyen kecil (2), seksyen (3) Akta Ahli-ahli Parlimen (Saraan) 1980 mulai pada hari ini. [Tepuk] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Eric Enchin MajimbunSAPP · BNSepanggar · question

1. Datuk Eric E. Majimbun [Sepanggar] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah orang asing yang masuk ke Sabah melalui pengangkutan darat/laut sejak 5 tahun kebelakangan ini dan bilangan mereka yang dapat diberkas masuk tanpa dokumen perjalanan. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk menghentikan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) masuk ke Sabah.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan, berikan juga kesempatan kepada saya bagi pihak Kawasan Padang Rengas untuk mengucapkan tahniah. [Tepuk] Bukan sahaja kerana kembali ke Parlimen tetapi juga dilantik sebagai Ketua Pembangkang. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, jumlah orang asing yang telah memasuki negeri Sabah mengikut tahun dan jumlah adalah seramai: | Tahun |Jumlah (Orang)| |-----------------------|-------------:| | 2004| 324444| | 2005| 418770| | 2006| 321382| | 2007| 490956| |2008 (Januari – Julai)| 154798|<END_TABLE_MARKER> Manakala bilangan mereka yang dapat diberkas kerana memasuki Sabah tanpa dokumen perjalanan adalah: | Tahun |Jumlah (Orang)| |-----------------------|-------------:| | 2004| 5527| | 2005| 8415| | 2006| 13785| | 2007| 15592| |2008 (Januari – Julai)| 9342|<END_TABLE_MARKER> Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menghentikan kemasukan PATI ke negeri Sabah adalah seperti berikut: (i) Operasi penangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin; (ii) pengusiran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin ini ke negara asal mereka; (iii) memperketat kawalan di pintu-pintu masuk dan di sempadan negara; dan

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

(iv) menggalakkan kerjasama penyertaan dan kesedaran orang awam untuk membanteras PATI dengan mengadakan kursus, taklimat dan ceramah di kalangan rakyat tempatan.

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab soalan. Namun demikian, kita dapati bahawa memang ramai pendatang tanpa izin yang datang ke Sabah. Soalan tambahan saya ialah setakat ini berapa ramai yang telah memiliki kad pengenalan dan juga kerakyatan Malaysia? Pada tahun yang lalu, saya telah mengemukakan satu soalan mengenai seorang warga Filipina yang memiliki kad pengenalan yang menggunakan nama ayah saya sendiri iaitu Jerom bin Majimbun, apakah kesudahannya? Adakah perkara ini telah disiasat dan adakah ia mungkin telah diusir? Seterusnya setelah diusir adakah DNAnya diambil? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, soalan pertama tadi, saya percaya Yang Berhormat hendak bertanya berapa orang yang dapat kewarganegaraan dan sudah tentulah Yang Berhormat hendak tanya berapa orang PATI. Kalau berapa orang yang dapat kewarganegaraan yang duduk di Sabah, saya tidak ada jawapannya pada hari ini. Yang Berhormat kena ingat, PATI ini ialah pendatang asing tanpa izin. Dalam bahasa yang tidak berapa disenangi, mereka ini adalah pendatang haram. Sebenarnya pendatang haram ini tidak ada hak untuk menjadi warganegara kerana masuk secara haram. Mereka adalah orang asing yang telah memasuki negara ini khususnya di negeri Sabah, dengan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah ataupun dokumen izin tinggal yang sah ataupun pada awalnya mempunyai dokumen perjalanan yang sah seperti pasport tetapi kemudiannya dokumen mereka telah luput tempoh sah laku di mana mereka akhirnya tinggal secara tidak sah di negara ini. Jadi, saya ingin menyatakan di sini bahawa seseorang PATI, lebih senang kalau kita katakan pendatang haram, sesiapa yang masuk secara haram itu memang pendatang haramlah walaupun kita bagi ayat yang lebih lembut, PATI. Mereka tidak mempunyai dokumen sama sekali untuk izin tinggal yang sah di negara ini dan adalah mustahil untuk mereka memohon dan memperoleh kerakyatan di negara ini. Berkenaan dengan pertanyaan Yang Berhormat mengenai Jerom Majimbun, sukacita saya menyatakan di sini iaitu bahawa pendatang haram yang telah menyalahgunakan dokumen kad pengenalan bernombor 560930-12-5739, dia telah pun ditangkap dan telah dihantar pulang ke negara asalnya. Pemilik asal kad pengenalan yang bernombor termaklum – kalau bapa Yang Berhormat masih ada, disarankan untuk merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara pada bila-bila masa untuk urusan selanjutnya bagi penggunaan dokumen tersebut. DNA belum diambil lagi, akta belum diluluskan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, balik ke Parlimen selepas 10 tahun dipaksa absent dan dengan tsunami politik yang kedua di Permatang Pauh by-election. [Tepuk] Balik menghadapi satu kerajaan yang merupakan Titanic yang akan tenggelam...

Soalan lah, soalan! Sudah!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Soalannya, Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Soalan tambahan. Dalam usaha untuk membersihkan Sabah daripada PATI, adakah kerajaan mengesan ada satu projek yang pernah dinamakan sebagai ‘Projek Mahathir’? Di mana bukan sahaja pendatang asing tanpa izin (PATI) diberi izin yang palsu dan izin dengan dokumen-dokumen yang palsu sehingga rakyat Sabah yang tulen menjadi takut kerana mereka sudah menjadi minoriti sementara kedua-dua kategori iaitu PATI dan PATI yang diberi izin yang palsu sudah menjadi majoriti. Adakah mereka akan ‘dibersihkan’ supaya Sabah dikembalikan kepada anak Sabah yang tulen?

Tuan Yang di-Pertua, saya mengakuilah memang dalam politik ini ada tsunami...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Titanic!

Titanic, betul. Oleh sebab itulah kerusi Yang Berhormat dulu duduk itu sekarang sudah ditiup pergi ke situ. [Ketawa] Tsunami kuat tu! Saya ingin menyatakan di sini bahawa... [Dewan riuh] [Ketawa] Yang Berhormat, memang ada tsunami. Betul, kita tidak akan membenarkan iaitu mana-mana orang yang tidak berhak untuk menjadi warganegara ini diberikan keistimewaan. Apatah lagi seperti mana yang saya sebutkan sebentar tadi iaitu bahawa PATI ini sebenarnya pendatang haram. Bagaimana seseorang yang datang secara haram diberikan keistimewaan untuk menjadi warganegara? Oleh sebab itulah saya ingin menafikan kenyataan Yang Berhormat bangkitkan sebentar tadi dan saya percaya Yang Berhormat seorang gentlemen. Kalau orang itu sudah tidak ada di sini, janganlah dibangkitkan lagi. Tidak adil kepada Tun Dr. Mahathir yang tidak boleh menjawab soalan berbangkit. Don’t be a coward. Be a brave man!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ini bukan coward, ini projek dahulu. Saya harap Yang Berhormat tarik balik perkataan ‘coward’. Projek ini berlaku dan perlu dibersihkan. Point of order, Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Kesimpulan saya, kalau bangkit soalan...

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Ipoh Timur tidak standard langsung!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya harap Yang Berhormat tarik balik perkataan ‘coward’.

Saya tidak akan tarik balik sebab ia tidak mislead dan saya tidak cakap apa.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Itu bukan perkara coward. Oleh sebab kita beranilah kita bangkitkan perkara ini. Berani kerana benar!

Tetapi biarlah orang itu ada di sini untuk menjawab.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kalau ini terus berlaku, ada tsunami politik Yang Berhormat Menteri tidak datang ke sini... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat Ipoh Timur. Dia tidak berniat jahat! Duduklah.

Kesimpulan saya, kalau bangkitkan perkara, orang yang disebut tidak boleh jawab, coward lah tu! Itu sahaja.

Sivarasa a/l K. RasiahPKR · PHSungai Buloh · question

2. Tuan R. Sivarasa [Subang] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah sebabnya 69 buah Sekolah Menengah Teknik di seluruh negara sekarang ditukar kepada Sekolah Vokasional dan apakah matlamat yang akan dicapai dengan perubahan ini.

Dato’ Razali bin IsmailUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Kuala Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bercadang untuk menukar nama Sekolah Menengah Teknik (SMT) kepada Sekolah Vokasional. Sebaliknya aliran yang ditawarkan sekarang di Sekolah Menengah Teknik sedang diperluas, diperkasa dan dimantapkan lagi. Untuk makluman Yang Berhormat, Sekolah Menengah Teknik melaksanakan tiga aliran iaitu Aliran Kemahiran, Aliran Vokasional dan Aliran Teknikal.

Dato’ Razali bin IsmailUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Kuala Terengganu

Memandangkan kepada keadaan sekarang bahawa Aliran Kemahiran dan Aliran Vokasional mendapat perhatian dan permohonan yang begitu ramai daripada calon-calon lulusan PMR, maka sebab itulah akan di perkasa dan diperluaskan Aliran Kemahiran dan juga Aliran Vokasional. Matlamat perluasan aliran kemahiran dan aliran vokasional yang telah dilaksanakan di 69 buah Sekolah Menengah Teknik adalah bagi memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid lulusan PMR yang lebih cenderung dalam bidang kemahiran vokasional juga berdasarkan kepada keperluan pasaran semasa dan juga berdasarkan kepada peluang pekerjaan yang mereka peroleh. Kementerian ingin menjelaskan bahawa matlamat menyediakan tiga aliran kursus tersebut adalah bagi menyediakan pendidikan kepada pelajar-pelajar berdasarkan kepada kategori pencapaian pelajar itu sendiri. Aliran Teknikal untuk pelajar berpencapaian ataupun berprestasi tinggi, Aliran Vokasional adalah untuk pelajar berprestasi sederhana dan Aliran Kemahiran adalah bagi pelajar berpencapaian rendah. Ini juga adalah berdasarkan kepada strategi multiple intelligence untuk memberi segala peluang berdasarkan kepada kecenderungan pelajar. Untuk makluman Yang Berhormat juga, matlamat bagi ketiga-tiga aliran tersebut adalah seperti berikut. Aliran Teknikal memberi pendidikan asas di bidang sains dan teknologi kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang tersebut dan mengekalkan minat serta kecenderungan ini supaya membolehkan mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan ke institusi pengajian tinggi. Calon-calon yang mengikuti program aliran teknikal ini akan memperoleh dual certification dengan izin, iaitu kelulusan dalam SPM dan juga sijil kompetensi yang mendapat iktiraf daripada antarabangsa LCCI (London Chamber of Commerce & Industry) dan ACCA (Association of Chartered Certified Accountant). Aliran vokasional menyediakan pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan. Pada masa yang sama, bagi pelajar lepasan vokasional yang cemerlang mereka mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi iaitu ke IPTA atau IPTS. Mereka juga mempunyai dual certification iaitu dalam SPM dan sijil kompetensi yang dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran ataupun JPK. Yang ketiga aliran kemahiran memberi latihan dan kemahiran kepada pelajar bersesuaian dengan pekerjaan yang memerlukan kemahiran di sektor perindustrian, perusahaan, pertanian dan sektor-sektor yang berkaitan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada timbalan menteri atas penerangan dan jawapan yang telah diberikan tadi. Saya gembira mendengar assurance dengan izin, yang diberikan tadi tidak ada penukaran ini dan penerangan tentang skim-skim kemahiran yang telah diterangkan. Akan tetapi kebimbangan saya adalah tentang jumlah besar anak muda kita yang tidak habis sekolah yang jadi drop out yang tidak ada peluang untuk memasuki institusi- institusi ini dan jumlah ini bukan kecil, kita tahu. Jadi kita tahu demand dengan izin, untuk latihan vokasional, latihan kemahiran ini adalah jauh melebihi apa yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua boleh saya mendengarkan sedikit pengalaman atau saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak, soalan Yang Berhormat soalan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

That is why saya akan nyatakan soalan saya bagi contoh sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak payahlah Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Di negara Jerman, saya ada peluang menyaksikan skill mereka daripada 80-an. Mereka pastikan setiap anak murid di sekolah menengah kalau tidak pergi ke institut pengajian tinggi pasti masukkan ke institusi vokasional, pasti mendapat latihan. Jadi itulah yang kerajaan baru Pakatan Rakyat akan laksanakan di Malaysia.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Akan tetapi saya hendak tanya, apakah cadangan daripada kementerian untuk memastikan ribuan anak murid kita ini, ribuan anak muda ini yang sekarang jadi drop out tanpa latihan, akan diberi peluang macam negara Jerman memberi anak murid mereka? Terima kasih.

Dato' Razali bin IsmailUMNO · BNKuala Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat. Satu pandangan yang baik juga. Sebenarnya kita ada apa yang disebut sebagai jaringan keselamatan, safety net kepada anak-anak kita ini. Kalau sebut di Germany, kita juga membuat benchmarking of the best practices di negara jiran termasuk di Thailand, termasuk juga di Melbourne, Australia. Di mana kita sekarang ini tahu bahawa ada anak-anak kita yang tidak mempunyai kekuatan akademik terutamanya iaitu kalau dalam PMR, UPSR. Maka sebab itu kita ada strategi kita, strategi penyelamatan kita. Malah di setengah negara maju kita lihat bahawa di peringkat prep atau pra sekolah lagi sudah ada kemahiran-kemahiran yang bersifat teknikal dan vokasional dan juga kemahiran-kemahiran keusahawanan yang diberi pada peringkat awal. Untuk makluman Yang Berhormat kita sedang juga berusaha dalam kita membuat penambahbaikan dalam program teknikal vokasional ini. Malah satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri juga sudah pun bersetuju untuk kita melakukan apa yang saya sebutkan tadi itu memperkasakan dan juga melakukan penambahbaikan kepada sistem pendidikan teknik dan vokasional dan juga kemahiran itu. Sudah ada dalam perancangan kita. Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya melihat bahawa sekolah vokasional dalam negara kita atau sekolah teknik ini sebagai pilihan yang kedua. Kita melihat bahawa dalam negara membangun, negara maju satu kepastian menambahkan kemajuan dia iaitu dengan ramainya para graduan-graduan yang menguasai bidang teknikal. Jadi apakah kerajaan dan kementerian tidak berhasrat untuk memperkasakan sekolah-sekolah teknik ini daripada 69 buah mungkin dijadikan sebagai 6,900 buah untuk memastikan warga penduduk generasi bangsa Malaysia mendapat teknologi dan boleh membawa arus pembangunan persada negara kita bersaing dengan negara-negara luar?

Dato' Razali bin IsmailUMNO · BNKuala Terengganu

Terima kasih Kinabatangan ya. Untuk maklumat Yang Berhormat Kinabatangan, pelbagai strategi dibuat di antaranya kita sedang memperluaskan MPV ataupun disebut sebagai mata pelajaran vokasional ke sekolah-sekolah harian iaitu sekolah-sekolah biasa. Di mana sekarang ini hampir 1,000 buah sekolah Tingkatan Empat, Tingkatan Lima di seluruh negara sedang melaksanakan mata pelajaran vokasional ini. Selain daripada itu, seperti mana yang saya sebut tadi bahawa sekolah-sekolah yang sedia ada 90 buah sekolah itu akan dipertingkatkan. Malah dalam perancangan Kementerian Pelajaran, ada dua buah sekolah baru teknik vokasional yang akan dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Malah ada juga rancangan yang diapungkan supaya dalam setiap koridor pembangunan ekonomi sekarang ini di lima buah kawasan itu akan didirikan sekolah-sekolah teknik, vokasional dan juga kemahiran ini. Terima kasih.

Mohd Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu · question

3. Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan status Projek Berimpak Besar Zon Industri Akuakultur (ZIA) di Sungai Como, Tasik Kenyir, Terengganu yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 30 Januari 2007 yang mendapat peruntukan lebih RM51 juta. Berapakah kos yang dibelanjakan dan adakah rancangan ini akan dihentikan memandangkan ramai peserta yang terlibat telah menarik diri.

Dato' Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Jeli

Tuan Yang di-Pertua, pada bulan Januari 2007 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan Projek Ternakan Ikan dalam sangkar di Sungai Como, Tasik Kenyir, Terengganu. Ia merupakan salah sebuah daripada 49 projek ZIA ataupun Zon Industri Akuakultur di seluruh negara.

Dato' Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Jeli

Projek ini pada perancangan awalnya meliputi kira-kira 2,800 hektar kesemuanya dan ia melibatkan ternakan ikan dalam sangkar iaitu ikan talapia, ikan siakap dan ikan patin. Kos keseluruhan projek ini ialah RM50 juta dan setakat ini kira-kira RM1.2 juta telah pun dibelanjakan. Jadi peruntukan RM50 juta yang dibelanjakan cuma RM1.2 juta. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat sama ada kerajaan akan meneruskan projek ini saya ingin menegaskan di sini bahawa, ya, kerajaan akan meneruskan projek ini dan dalam masa sedikit lagi pihak ICU, Jabatan Perdana Menteri akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM8 juta. Sebelum ini cuma RM1.2 juta dibelanjakan dalam sedikit masa lagi iaitu menjelang akhir tahun ini RM8 juta akan diperuntukkan untuk memastikan projek ini dapat dipulihkan. Memang benar kata Yang Berhormat projek ini merupakan projek yang bermasalah. Satu ketika dahulu beberapa orang peserta telah lari daripada projek ini. Pada masa sekarang, projek ini telah diambil alih oleh TADC iaitu sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Ekonomi Negeri Terengganu. Pada hari ini terdapat tujuh orang peserta dan seorang supervisor di tapak berkenaan. Kita menjangka dengan peruntukan RM8 juta yang akan ditambah ini, maka projek ini akan digerakkan semula. Pada masa ini Tuan Yang di-Pertua, terdapat 200 kolam yang telah mengeluarkan kira-kira 27 tan setakat ini. Nilainya kira-kira RM130,000 nilai ikan yang telah dituai ataupun diharvest ikan talapia, siakap dan patin. Selain daripada 200 sangkar yang telah pun siap pihak TADC sudah pun siap untuk membina 386 sangkar lagi melibatkan kos kira-kira RM3 juta. Kita menjangkakan menjelang akhir tahun ini tambahan 2,000 sangkar akan siap dibina dan menjelang akhir 2010 kita akan ada di sini 6,000 sangkar dan kawasan ini mampu untuk mengeluarkan menjelang akhir tahun 2010 sebanyak 9,000 metrik tan ikan air tawar. Tuan Yang di-Pertua, projek ini penting untuk menempatkan orang-orang miskin di Terengganu. Kadar kemiskinan di Terengganu agak tinggi dan bersama-sama dengan Pejabat Daerah Hulu Terengganu pihak ICU sedang memilih peserta-peserta yang akan ditempatkan di sini dan apabila projek ini beroperasi sepenuhnya, kerajaan berharap pendapatan peserta akan meningkat kepada RM3,000 sebulan. Itulah harapan kita. Namun begitu, benar kata Yang Berhormat projek ini bermasalah sebelum ini. Insya-Allah, dengan peruntukan RM8 juta yang akan disalurkan sedikit masa lagi, kita cukup yakin bahawa projek ini akan menjadi salah satu pemangkin untuk membangunkan kawasan Yang Berhormat di Kuala Berang dan Hulu Terengganu. Terima kasih.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri yang telah memberi jawapan dan menjanjikan harapan yang baik kepada penduduk-penduduk Terengganu. Sesungguhnya penduduk Terengganu mempunyai harapan yang besar kepada projek ini kerana diharapkan bahawa Tasik Kenyir nanti merupakan pembekal kepada ikan bukan sahaja di dalam negeri malah ke luar negara di samping mengharapkan supaya industri hiliran akan turut berkembang dan sebagainya. Soalan tambahan saya, apakah langkah kerajaan bagi menarik minat pembabitan kumpulan sasar utama projek ini iaitu peserta daripada Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan siswazah seperti menyediakan latihan dan program penempatan dalam industri ini dan, sejauh manakah penyertaan sektor swasta dalam projek ini dan suntikan modal pemindahan teknologi R&D dan pemasaran bagi menyokong supaya projek ini memberi manfaat kepada penduduk-penduduk Terengganu. Terima kasih.

Dato' Mustapa MohamedUMNO · BNJeli

Tuan Yang di-Pertua, kawasan ini luas, 2800 hektar. Yang dibangunkan setakat ini cuma 50 hektar sahaja. Dua buah syarikat, satu TEDC, satu lagi sebuah syarikat bernama Teman C. Ini sahaja dua syarikat yang beroperasi dan memang benar kata Yang Berhormat, kita bukan sahaja ingin mengeluarkan ikan patin, siakap dan tilapia tetapi yang penting juga ialah untuk industri hiliran untuk memproses ikan yang dituai di kawasan tersebut.

Dato' Mustapa MohamedUMNO · BNJeli

Selain daripada industri hiliran, kita juga berharap ikan ini akan dieksport. Malah syarikat Teman C yang sudah pun beroperasi di kawasan tersebut dijangka akan membuat tuaian pertama akhir tahun ini dan sebahagian besar daripada keluarannya akan dieksport ke luar negara. Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kawasan Tasik Kenyir ini merupakan satu kawasan yang begitu daripada segi kebersihannya amat baik sekali, amat indah sekali. Tidak ada pencemaran alam, oleh yang demikian ikan di kawasan ini sebenarnya mendapat premium daripada segi harganya kalau dibandingkan dengan harga ikan air tawar di kawasan lain. Harga ikan yang dikeluarkan di Tasik Kenyir mempunyai nilai lebih tinggi. Oleh itu kawasan ini merupakan kawasan yang mempunyai potensi yang besar dan kita telah pun menerima permohonan tiga buah syarikat swasta untuk menceburi bidang ternakan ikan air tawar di Tasik Kenyir dan kita yakin dengan penglibatan sektor swasta, ia dapat memajukan lagi industri ikan air tawar. Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk menarik minat golongan miskin, yang penting sekali ialah pendapatan. Sebelum ini tidak ada jaminan mereka bekerja di sana sebagai pekerja dan pendapatan tak seberapa. Sekiranya jangkaan kerajaan iaitu pendapatan akan meningkat kepada RM3000 sebulan. Jika ini berlaku, insya-Allah menjelang tahun 2010, sudah pastilah ia akan menarik minat lebih ramai lagi penduduk miskin di Terengganu. Jadi memang diakui bahawa agak sukar sedikit untuk menarik golongan miskin Terengganu bagi berpindah, berhijrah ke kawasan ini oleh kerana pendapatan sebelum ini tak seberapa, tetapi dengan pendapatan meningkat dan juga program ini bukan sahaja melibatkan ternakan ikan dalam sangkar, ia juga melibatkan pembinaan infrastruktur termasuklah pembinaan rumah untuk golongan miskin. Jadi jika dilaksanakan secara bersepadu, RM8 juta yang akan disalurkan menjelang akhir tahun ini dengan pembinaan rumah, infrastruktur dan jaminan pendapatan lebih tinggi, sudah pasti ia akan menarik minat lebih ramai lagi golongan miskin di negara kita di Terengganu khususnya. Berkaitan dengan R&D, ini merupakan satu perkara yang penting untuk memastikan bahawa benih ikan adalah berkualiti. Untuk memastikan tidak berlaku pencemaran, Jabatan Perikanan insya-Allah telah pun menjalankan banyak R&D termasuklah di Terengganu, di Besut dan di Kuala Terengganu dan kita akan sentiasa meningkatkan usaha ini, memastikan ikan air tawar yang dikeluarkan di Tasik Kenyir dan seluruh negara kita mutunya diakui sebagai mutu yang terbaik supaya dapat bersaing bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi juga dapat menembusi pasaran luar negara. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, antara punca terbengkalainya projek seperti itu iaitu pengalaman yang dilaluilah, kerana masalah pasaran seperti yang dialami oleh Roselle beberapa tahun yang lalu. Saya rasa kita akan alami masalah yang sama sekiranya kerajaan tidak menangani masalah pasaran ini. Walaupun Yang Berhormat Menteri telah menyebut dalam jawapannya tadi, kalau boleh saya mahu supaya satu jawapan yang lebih terperinci dan tegas untuk mengatasi masalah pasaran yang benar-benar boleh membantu menjayakan projek yang seperti itu.

Dato' Mustapa MohamedUMNO · BNJeli

Tuan Yang di-Pertua, memang benar kata Yang Berhormat Marang. Pasaran merupakan satu elemen yang terpenting untuk menjayakan satu-satu projek. Bukan sahaja dalam perikanan, apa juga projek yang kita laksanakan jika tidak ada pasaran, pasaran tidak terjamin, sudah pasti projek tersebut akan gagal. Ini satu perkara yang semua setujulah dengan pandangan Yang Berhormat Marang tadi. Jadi dalam konteks ini, ada dua saluran ataupun dua pasaran. Yang pertama pasaran dalam negeri, yang kedua ialah pasaran luar negara. Mengenai pasaran luar negara, potensinya cukup besar tetapi ia hendaklah menepati syarat-syarat dan standard yang dikenakan oleh negara-negara asing umpamanya EU yang merupakan pasaran yang terbesar bagi ikan Malaysia termasuk ikan air tawar. Jadi, untuk memastikan pasaran ini terjamin, yang penting ialah kita perlu meningkatkan R&D, memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh negara-negara pengimport.

Dato' Mustapa MohamedUMNO · BNJeli

Pasaran eksport ini begitu luas sekali dan setakat ini, kita tidak menghadapi masalah yang besar dan khususnya promosi yang boleh kita lakukan. Tasik Kenyir ini sebagai satu kawasan dengan izin, environmentally friendly. Satu kawasan yang cukup mesra alam, tidak ada pencemaran. Ikannya cukup berkualiti. Jadi, pasaran yang paling besar pada pandangan kerajaan ialah pasaran eksport. Selain itu, untuk dalam negara, kita juga tidak ada masalah kerana kita masih lagi kekurangan ikan cuma kita perlu tangani isu-isu berkaitan dengan kos input dan lain-lain dan dengan itu kita akan dapat menjamin pasaran yang lebih baik bagi ikan yang dikeluarkan di Terengganu dan kawasan-kawasan lain dalam negara kita.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Permatang Pauh atas kembalinya ke Parlimen sesi ini. [Tepuk] Dan insya-Allah mungkin sesi akan datang pada 13 Oktober, Yang Berhormat Permatang Pauh akan duduk di sebelah sana pula.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, soalannya. Soalan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Boo, boo.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Soalan saya... Ah, jangan boo! Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, nombor 4.

Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu · question

4. Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah cadangan membantu menampung kos hemodialisis dan meringankan beban pesakit buah pinggan termasuk menaikkan rebat cukai pendapatan.

Dato' Kong Cho HaMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Lumut

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah pun memberi pelbagai pelepasan untuk meringankan beban pembayar cukai. Antaranya termasuklah pelepasan bagi perbelanjaan perubatan bagi diri sendiri, pasangan atau anak yang menghidap penyakit serius seperti penyakit buah pinggang termasuk kos hemodialisis sehingga maksimum RM5,000 setahun. Ingin dimaklumkan bahawa pelepasan cukai yang diberi di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri bukanlah bertujuan untuk menanggung sepenuhnya perbelanjaan perubatan pembayar cukai, tetapi ia adalah untuk membantu meringankan beban pembayar cukai dan pada masa ini, kerajaan belum memutuskan untuk menaikkan had pelepasan untuk perbelanjaan perubatan untuk penyakit yang sukar diubati daripada had maksimum RM5,000 setahun. Terima kasih.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, kita menyedari bahawa kos untuk menampung rawatan hemodialisis ini adalah tinggi bagi rakyat miskin khususnya dan pengalaman saya di Kulim melihat ramai rakyat miskin terpaksa menanggung kos yang tinggi. Saya kira masalah sebenarnya di sini ialah masalah agihan kekayaan negara kepada rakyat bawahan. Contohnya, dalam jawapan Parlimen yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada soalan saya, berapa jumlah gaji yang dibayar kepada tiga orang penasihat Perdana Menteri. Penasihat Agama, Penasihat Wanita, Penasihat Petronas. Ketiga penasihat ini dibayar gaji hampir RM1.1 juta setahun tanpa buat kerja sedangkan duit sebanyak RM1.1 yang dibazirkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

...Untuk bayar kepada penasihat-penasihat yang tidak buat kerja ini, boleh menampung 45 orang pesakit buah pinggang. Jadi tidakkah kerajaan bercadang untuk menyemak kembali cara agihan kewangan dan kekayaan negara dan soalan yang saya hendak kemukakan dalam isu ini ialah berapakah bantuan kewangan yang diberikan kepada hospital dan pembekal perkhidmatan kesihatan dan rawatan berbanding dengan bantuan yang diberikan terus kepada pesakit? Pihak manakah yang diberi keutamaan dalam bantuan ini? Terima kasih.

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

Kalau penasihat-penasihat yang disebut oleh Yang Berhormat itu menghidapi penyakit buah pinggang dia boleh dapat pelepasan ini juga. [Ketawa] Jadi untuk makluman Yang Berhormat di bawah cukai pendapatan hanya pelepasan yang telah disebutkan tadi sahaja yang dibenarkan oleh LHDN pada masa ini. Lembaga Hasil Dalam Negeri juga memberi pelepasan sebanyak RM5,000 untuk membeli peralatan sokongan untuk pesakit. Itu adalah juga termasuk kalau hendak beli mesin hemodialisis. Untuk warga miskin, mungkin mereka pun tak membayar cukai pendapatan jadi mereka tidak dapat apa-apa pelepasan. Untuk pertanyaan Yang Berhormat berkenaan dengan, apakah sumber dari hospital dan agensi yang lain. Itu saya tidak boleh jawab kerana itu boleh dijawab oleh Kementerian Kesihatan dan mungkin Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan kos untuk mengendalikan hemodialisis ini adalah begitu tinggi, jadi kita tidak boleh meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada bantuan daripada kerajaan. Sudah barang tentu kita mahu GLC-GLC yang telah mengecap kejayaan, keuntungan ini menjalankan tanggungjawab CSR nya untuk turut membantu atau turut terlibat dalam kos mengendalikan pesakit buah pinggang ini. Apakah insentif yang diberikan oleh kerajaan kalau sekiranya syarikat-syarikat GLC dan syarikat-syarikat korporat yang telah berjaya ini ingin turut terlibat dalam membantu dan meringankan pesakit buah pinggang ini terutamanya dalam mengendalikan kos hemodialisis ini?

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Memang kita semua sedar bahawa kos hemodialisis dan bilangan pesakit buah pinggang semakin bertambah. Kita juga gembira kerana pada masa sekarang terdapat banyak NGO yang juga terlibat untuk mewujudkan pusat hemodialisis yang diuruskan oleh NGO. Selain itu, di bawah Kementerian Kesihatan juga ada National Kidney Foundation yang dapat memberi bantuan kepada pesakit buah pinggang. Untuk GLC-GLC dan juga korporat-korporat yang lain, kalau mereka sudi membantu kerana kebanyakan pusat hemodialisis yang diuruskan oleh NGO itu diberikan pelepasan cukai di bawah seksyen 44(6), di mana derma-derma itu boleh dikecualikan dari cukai. Jadi kalau mereka derma kepada badan-badan itu, jadi derma mereka boleh dikecualikan dari bayaran cukai. Terima kasih. [Soalan No. 5 – Y.B. Datuk Juslie Ajirol (Libaran) tidak hadir]

Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan · question

6. Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan: (a) apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa beras tempatan Super 15 sentiasa boleh didapati di dalam pasaran; dan (b) adakah kementerian telah mengenal pasti satu kaedah tertentu untuk memastikan beras tempatan tidak dicampur dengan beras import, dan bagaimanakah penguatkuasaan pelaksanaan kaedah tersebut.

Dato' Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Jeli

Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan bekalan beras ST15 sering kali dibangkitkan dalam Dewan ini dan saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat untuk meminta penjelasan tentang keadaan bekalan dalam negara. Semalam saya difahamkan bahawa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ataupun Public Accounts Committee yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Padang Besar juga ada memanggil kementerian untuk minta penjelasan tentang keadaan bekalan beras ST 15%. Jadi saya merakamkan setinggi terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat atas keprihatinan ini.

Dato' Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Jeli

Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku akhir-akhir ini iaitu sejak bulan Jun, apabila kita meletakkan harga siling untuk harga gred 5% dan 10%. Untuk 5% harganya RM2.80, untuk 10% RM2.70 tetapi untuk 15% iaitu gred beras yang paling rendah harga kawalannya ialah RM1.80. Itu harga tertinggi ataupun harga bumbung. Jadi apa yang berlaku oleh kerana perbezaan harga antara gred 10% RM2.70 dengan harga gred terendah 15% RM1.80 iaitu perbezaan 90 sen. Perbezaan terlalu besar. Ini telah mendorong pengguna-pengguna untuk membeli beras yang rendah mutunya ini dan ini ada kaitan juga dengan keadaan ekonomi yang dihadapi pada masa ini, di mana pengguna-pengguna lebih cenderung untuk membeli beras yang lebih rendah mutunya. Oleh yang demikian, kalau sebelum ini jumlah penggunaan untuk beras gred 15% cuma 10% daripada jumlah penggunaan ataupun total consumption, akhir-akhir ini ia telah meningkat kepada 50%. Daripada 10% sampai 50%. Ini punca terdapatnya kekurangan beras ST15 di pasaran. Yang pertama, perbezaan harga yang terlalu besar. Yang kedua, oleh kerana permintaan yang meningkat dengan mendadak akhir-akhir ini. Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, pengilang padi kurang berminat untuk mengeluarkan beras 15% oleh kerana harga jualan rendah, kosnya tinggi dan ini ditambah buruk lagi dengan keadaan kenaikan harga padi di seluruh negara. Kalau tahun lepas harga padi sekitar RM700 satu metrik tan. Hari ini RM1,050 ataupun setengah tempat RM1,100 satu metrik tan. Ini puncanya. Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani perkara ini yang pertamanya ialah untuk mengarahkan BERNAS mengeluarkan cuma beras gred 15%. BERNAS tidak dibenarkan mengeluarkan beras gred lain. 100% pengeluaran BERNAS adalah untuk ST15% sahaja. Itu langkah pertama yang diambil. Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana pengilang beras menghadapi kerugian oleh kerana harga padi dibeli pada harga tinggi walhal harga beras cuma RM1.80 mereka mengalami kerugian. Mereka telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan dan saya ingin maklumkan kepada Dewan ini kerajaan telah bersetuju mulai 1 September bagi memberi subsidi kepada pengilang padi pula. Kalau dahulu kita bagi subsidi kepada pengguna sekarang ini kita bagi subsidi kepada pengilang padi bermula 1 September kadarnya RM800 satu metrik tan. Ini adalah untuk enam bulan dan kos kepada kerajaan ialah kira-kira RM450 juta. Tindakan ini diambil oleh kerajaan semata-mata untuk menjaga kepentingan pengguna supaya bekalan beras ST15 mencukupi di pasaran. Jadi dengan langkah ini kita yakin bahawa kita tidak akan ada masalah dalam seminggu dua lagi dan dengan peningkatan dalam pengeluaran padi kita yakin bahawa masalah ini dapat dikurangkan. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, di Sabah dan Sarawak kerajaan juga membekalkan beras 15% pada harga yang disubsidi dan kos untuk kerajaan Sabah dan Sarawak kira-kira RM406 juta bagi kedua-dua negeri berkenaan. Jadi ini langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan bahawa bekalan beras ST15 mencukupi. Berkaitan dengan tindakan untuk mengelak beras tempatan dijual sebagai beras import kita melaksanakan langkah-langkah enforcement ataupun penguatkuasaan. Selain itu untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi beras tempatan warnanya ialah biru tua. Ini beras nasional 15%. Bagi beras import ia dijual dalam kampit yang berbeza. Jadi kita boleh bezakan warna kampit ini beras tempatan. Beras luar negara atau beras import dikampit dalam kampit yang berbeza warnanya. Ini cara kita mengelak penipuan di mana mungkin ada sesetengah pihak menjual beras tempatan sebagai beras import kerana beras import mendapat harga yang lebih tinggi. Dalam pada itu, kita juga telah meningkatkan enforcement ataupun penguatkuasaan. Setakat ini, sembilan tangkapan telah pun dibuat terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab yang kita panggil menipu gred iaitu menjual beras tidak mengikut gred yang tertera dalam kampit yang berkenaan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dan saya yakin dengan langkah-langkah yang diambil ini, khususnya langkah untuk memberi subsidi kepada pengilang beras bermula 1 September, maka isu kekurangan beras ST 15 akan dapat dikurangkan kalaupun tidak dihapuskan dalam masa terdekat ini. Terima kasih.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan penjelasan berkenaan dengan langkah-langkah yang diambil. Walau bagaimanapun, selain daripada pemisahan grading color coding berkenaan dengan beras import dan beras tempatan, saya tidak dengar dalam jawapan tersebut kaedah-kaedah yang spesifik yang telah digunakan sebagai langkah untuk mengenal pasti bagaimana beras ini, supaya tidak dicampur beras ini. Malaysia tidak ada undang-undang berkenaan dengan peratusan minimum berapa banyak beras import ataupun berapa banyak beras local di dalam campuran itu untuk mengenal pasti sama ada ianya tempatan ataupun import. Seperti kereta, kita ada undang- undang yang kata 30% mesti local sebelum ia menjadi kereta tempatan. Dalam hal beras kita tidak ada undang-undang tersebut. Saya tidak dengar dalam jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, apakah kaedah yang digunakan apabila kita tengok beras itu kita selidik sama ada ianya betul-betul import selain daripada penguatkuasaan, sama ada ianya betul-betul import ataupun ia tidak di campur. Dalam keadaan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, soalan?

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan bahawa tidak ada pihak-pihak tertentu yang mengambil beras BERNAS tadi yang diwajibkan hanya ST 15%, bahawa tidak ada pihak-pihak tertentu yang memisahkan balik, yang separate balik semula yang pecah. Dan kemudian dicampurkan pula dengan beras import dan dijual sebagai beras import untuk mengambil keuntungan yang besar. Selain daripada penguatkuasaan, apa dia teknik-teknik dan kaedah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Panjang Yang Berhormat.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Ya, itu soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Dato' Mustapa MohamedUMNO · BNJeli

Tuan Yang di-Pertua, gejala ini berlaku kerana terdapat perbezaan harga yang besar antara beras tempatan dan beras import. Saya ingin memaklumkan Dewan yang mulai ini bahawa akhir-akhir ini, beras import telah pun turun harganya. Satu masa dahulu RM4 lebih, sekarang ini sekitar RM3, RM2.90 sen. Jadi apabila jurang di antara beras tempatan dengan beras import ini telah berkurangan, maka fenomena yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu tidak akan berbangkit lagi. Dahulu tidak ada masalah kerana beras luar negara begitu murah sekali. Tidak ada gejala untuk menjual beras tempatan sebagai beras import kerana beras import itu terlalu murah. Jadi ini fenomena yang dengan sendirinya akan berkurangan apabila harga di pasaran antarabangsa akan turun. Tuan Yang di-Pertua, memanglah ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang menjual beras 15% yang gred paling rendah ini sebagai beras import ataupun dicampur dengan beras import dan dijualnya sebagai beras import. Langkah-langkah yang boleh kita ambil ialah langkah-langkah penguatkuasaan dan juga mengampit beras dalam warna tertentu. Ini kita akan terus lakukan. Saya mengakui bahawa sukar untuk kita menjamin 100% dapat kita membanteras gejala ini, tetapi saya memaklumkan di sini bahawa akhir-akhir ini kita telah dapat menangani perkara ini oleh kerana dua sebab. Pertama, kerana penguatkuasaan yang lebih tegas, pada hari ini kita bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Kalau dahulu kita cuma bergantung kepada Unit Kawal Selia Kementerian Pertanian sahaja, hari ini kita mendapat bantuan kira-kira 2,000 pegawai daripada Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna. Itu sebab pertama penguatkuasaan yang lebih tegas. Kedua, oleh sebab penurunan harga beras di peringkat antarabangsa, maka insentif untuk menipu ini sudah berkurangan dan insya-Allah kita akan pastikan bahawa pengguna tidak akan tertipu dengan etika ataupun amalan-amalan yang tidak beretika ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau kita tengok trend harga beras sekarang telah pun menurun hampir separuh dengan beras import. Hampir separuh daripada harga beras tertinggi bagi tahun 2008 dan seolah-olah ia adalah selari ataupun selaras dengan penurunan harga minyak dunia. Adakah ini satu trend harga beras yang menurun, selaras dengan harga minyak yang juga menurun di dunia? Bermakna adakah ada jaminan pada masa akan datang bahawa harga beras juga akan menurun dan tidak timbul lagi soal beras Super 15 dan lain- lain yang sekarang ini orang pun telah mula faham apa dia beras Super 15, 5 dan 10? Sekian, terima kasih.

Dato' Mustapa MohamedUMNO · BNJeli

Dua perkara saya hendak jawab daripada soalan Yang Berhormat Ledang. Pertamanya memang harga beras di pasaran antarabangsa sudah pun menurun pada bulan April yang lalu, USD1,150 satu metrik tan dan hari ini sekitar USD750 satu metrik tan, iaitu pengurangan sebanyak kira-kira hampir USD400 satu metrik tan, memang itu berlaku. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya oleh sebab harga padi dalam negara telah meningkat, ini baik untuk petani, iaitu 1,050 satu metrik tan maka ini juga mempengaruhi harga beras. Harga beras itu juga dikaitkan dengan harga padi. Untuk menjual beras pada harga RM1.80 satu kilogram ST15, harga padi perlu turun pada kira- kira RM850 satu metrik tan. Jadi itu adalah keadaan dalam negara. Oleh sebab harga padi sekarang RM1,100 satu metrik tan dan ini menyebabkan pengilang kerugian, maka kemungkinan untuk harga beras dalam negeri turun, pada masa ini tidak ada kerana pada harga RM1.80 itu kalau kita convert harga itu kepada padi, maka harga padi sepatutnya RM850 tetapi sebenarnya harga padi ialah kira-kira RM1,100. Jadi itu menyebabkan kerajaan bagi subsidi. Jadi pada masa ini untuk harga beras dalam negara turun, kemungkinannya tidak ada, kecualilah harga di pasaran antarabangsa turun kepada USD350 seperti dahulu, tahun lepas. Tahun lepas USD350 sekarang ini di sekitar USD750. Jadi dua kali ganda lebih tinggi daripada harga tahun lepas. Terima kasih.

Lee Chee LeongMCA · BNKampar · question

7. Dato Lee Chee Leong [Kampar] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah yang diambil oleh kementerian bagi memastikan kadar pertumbuhan sektor pembinaan terus berkembang dan mencatat pertumbuhan dengan kadar purata sebanyak 5.8 peratus setahun menjelang akhir RMK-9.

Tan Sri Amirsham A. AzizMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang di- Pertua, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, purata nilai kerja sektor pembinaan dianggarkan bernilai RM70 bilion setahun. Daripada jumlah tersebut, 52% adalah kerja-kerja pembinaan oleh pihak swasta iaitu kira-kira RM40 bilion. Bagi memastikan sektor pembinaan terus berkembang dan mencatat pertumbuhan yang dianggarkan 5.8% setahun menjelang akhir Rancangan Malaysia Kesembilan, langkah- langkah yang diambil oleh kerajaan turut mengambil kira keperluan pihak swasta. Pada amnya langkah-langkah khusus kerajaan berhubung perkara ini boleh dikategorikan kepada dua aspek iaitu: (i) menggalakkan permintaan; dan (ii) meningkatkan penawaran. Dari segi menggalakkan permintaan dalam sektor pembangunan, galakan-galakan yang telah diberi oleh kerajaan baru-baru ini ialah: (i) memberangsangkan pembangunan sektor hartanah dengan mengecualikan Real Estate Property Gains Tax sejak April 2007; (ii) menggalakkan pasaran Real Estate Investment Trust atau REIT sebagai salah satu instrumen pelaburan bagi membantu pengurusan industri pelaburan hartanah Malaysia;

Tan Sri Amirsham A. AzizMenteri di Jabatan Perdana Menteri

(iii) bagi menyokong pertumbuhan sub sektor hartanah kediaman, kerajaan telah mengecualikan 50% duti setem bagi pembelian tanah berharga tidak lebih daripada RM250,000 dan juga telah memperuntukkan dana sejumlah RM50 juta untuk jaminan kepada dua buah bank untuk membantu golongan rakyat yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan pengusaha kecil untuk memiliki rumah kediaman mereka; dan (iv) membuka peluang untuk rakyat asing memiliki hartanah di dalam Malaysia melalui program-program seperti Malaysia My Second Home. Selain itu terdapat juga pengecualian daripada mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan Asing atau FIC, untuk pembelian hartanah melebihi nilai RM250,000. Manakala bagi meningkatkan penawaran dalam sektor pembinaan, antara langkah-langkah yang telah diambil ialah memastikan pelaksanaan projek-projek pembangunan berkaitan infrastruktur awam berjalan lancar walaupun terdapat kenaikan harga bahan-bahan, antaranya dengan memperluaskan VOP kepada enam lagi jenis bahan. Kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan perubahan harga bagi kerja-kerja mekanikal dan electrical di bawah kerja-kerja kejuruteraan awam dan kerja-kerja binaan bangunan dan ketiga kontraktor bagi reka dan bina dibenarkan menuntut perbezaan harga hingga 50% daripada jumlah peningkatan kos. Merancakkan lagi industri pembinaan melalui pembangunan koridor ekonomi seperti Wilayah Pembangunan Koridor Utara, Iskandar Malaysia dan Pantai Timur termasuk Sabah dan Sarawak. Khususnya bagi Iskandar Malaysia, insentif dan galakan yang diberikan setakat ini telah berjaya menarik pelabur asing terutamanya dari Timur Tengah untuk melabur dalam sektor hartanah iaitu bernilai RM6 bilion daripada jumlah keseluruhan RM33 bilion. Juga memperuntukkan RM20 bilion ringgit bagi melaksanakan 900 buah projek yang akan dibiayai secara PFI. Dengan ini, langkah-langkah tersebut kita yakin pertumbuhan sektor pembinaan walaupun harga bahan binaan telah naik, telah meningkat, akan dapat dicapai seperti yang telah diunjurkan.

Dato Lee Chee LeongMCA · BNKampar

Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Harga bahan pembinaan telah meningkat berlipat ganda sejak kebelakangan ini. Saya ingin menanyakan menteri, sejauh manakah sektor pembinaan akan terjejas dan adakah kadar pertumbuhan yang dirancangkan dapat dicapai?

Seperti kita katakan tadi, kita berusaha untuk terus memberangsangkan lagi, menggalakkan lagi perjalanan atau prestasi sektor pembinaan. Antara usaha-usaha kerajaan untuk meringankan dan memastikan supply ataupun barang binaan tetap ada. Kita pada bulan Jun telah memberi kelonggaran untuk dapat pengusaha- pengusaha mengimport bahan binaan seperti besi keluli dan juga simen. Akan tetapi ini juga kita akui bahawa pasaran besi keluli ialah pasaran harga dunia. Jadi kita masih lagi terdapat harga besi keluli yang agak tinggi, tetapi dengan memberi kebebasan mengimport, kita dapat ensure ataupun dapat tentukan supply bahan-bahan itu ada untuk menggunakan untuk meneruskan projek-projek yang telah dijalankan. Selain dari itu ada juga seperti yang saya mengatakan tadi, untuk projek-projek kerajaan, kita telah memberi kelonggaran untuk memberi VOP dari segi harga-harga bahan yang telah meningkat. Jadi kita harap kontraktor-kontraktor dapat menjalankan projek- projek yang telah ditentukan dan tidak ada projek-projek yang tergendala.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat menteri, sama ada untuk mencergaskan atau menggiatkan sektor pembinaan, adakah pihak kerajaan bersedia mengamalkan international best practices seperti yang disebutkan tadi. Iaitu yang pertama dengan memakai tender terbuka, bukan tender secara rundingan terus yang sering diamalkan oleh pihak kerajaan untuk projek-projek yang besar.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Pada masa yang sama mengikut amalan pasaran terbuka seperti contohnya untuk pembinaan projek perumahan. Kalau hendak membina stesen elektrik ataupun IWK, ataupun kemudahan awam dan sebagainya, tanah mesti diberikan kepada TNB secara percuma dan kos ini ditanggung oleh pihak pemaju. Bolehkah pihak kementerian mengamalkan pasaran atau sistem terbuka seperti yang diamalkan oleh negara lain. Kalau TNB atau IWK ingin mengambil tanah, mereka mesti membayar untuknya dan juga membayar kos pembinaan kerana akhirnya mereka yang mendapat keuntungan kerana bayaran, fi-fi yang dibayar oleh pengguna tidak diberikan kepada pemaju, tetapi diberikan kepada badan-badan berkanun tersebut. Barulah kita boleh memberikan bantuan yang sebenarnya kepada sektor pembinaan, sekian.

Terima kasih Yang Berhormat. Dari segi polisi untuk memberi, menggunakan kaedah best practice, kerajaan telah pun memberi penerangan bahawa setiap kontrak yang diprocurementkan diberi secara tender terbuka. Akan tetapi ada juga kontrak-kontrak yang memerlukan sesuatu yang teknikal yang tinggi ataupun kepakaran yang tinggi ataupun dari segi teknologi yang tinggi, kita terus juga menggunakan rundingan terus dengan vendor-vendor yang ada kepakaran untuk menjayakan pelaksanaan program-program kejayaan. Soalan berkenaan dengan tanah-tanah yang dapat kita beri percuma kepada TNB supaya dapat kita beri nikmat kepada rakyat dengan harga tarif yang rendah, itu kita memang cuba seberapa daya untuk membuatnya begitu kerana ada juga tanah-tanah itu bukannya tanah kerajaan jadi kita harus membayar pampasan dan dengan pampasan itu, kerajaan juga memberi pinjaman mudah supaya dapat penjana-penjana elektrik atau yang menjalankan projek kerajaan dapat terus memastikan harga pembinaan itu dapat dikawal, terima kasih.

Wan Abdul Rahim bin Wan AbdullahPAS · PRKota Bharu · question

8. Dato' Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan usaha yang telah diambil untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul akibat radiasi gelombang frekuensi daripada menara-menara pemancar telekomunikasi.

Dato' Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi · Julau

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kota Baharu, kementerian ini bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM telah mengenal pasti beberapa langkah bagi mengatasi masalah yang mungkin timbul akibat radiasi gelombang frekuensi daripada menara-menara pemancar telekomunikasi. Antaranya adalah: (i) setiap permohonan pembinaan menara telekomunikasi akan dimestikan secara mandatori mengemukakan bacaan emisi radiasi secara simulasi. Kebenaran akan dikeluarkan berdasarkan bacaan simulasi ini setelah pembinaan tamat dan ditauliahkan. Bacaan emisi radiasi akan diambil dan dibandingkan dengan bacaan simulasi untuk pematuhan kepada tahap keselamatan yang standard; (ii) membangun pangkalan data di SKMM bagi menyenaraikan bacaan tahap emisi radiasi menara dan struktur sistem pemancar bagi tujuan pemantauan; dan (iii) menjalankan ujian terhadap menara dan struktur sistem pemancar berpandukan standard pendedahan menggunakan peralatan pengujian yang dikaliberasi dari semasa ke semasa. Usaha ini dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang merupakan agensi yang paling layak ketika ini bagi menjalankan pengujian tersebut.

Dato' Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi · Julau

Tuan Yang di-Pertua, pihak SKMM juga telah mengeluarkan buku kecil bertajuk Radiation, Mobile Phones, Base Stations and Your Health’s yang diterbitkan pada tahun 2003 dan 2005 untuk menjelaskan isu berkaitan dengan kesan radiasi daripada menara telekomunikasi dan telefon bimbit kepada kesihatan manusia, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, kita menerima banyak laporan bahawa masih terdapat kebimbangan di kalangan anggota masyarakat terutamanya penghuni-penghuni taman-taman perumahan yang bimbang bahawa kesihatan mereka akan terganggu dan banyak lagi kesan-kesan biologikal kepada tubuh badan mereka. Jadi adakah pihak kementerian bercadang untuk mengambil langkah- langkah susulan supaya kebimbangan ini dapat dihapuskan daripada masyarakat awam.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Bharu dan Tuan Yang di-Pertua. Memang masih banyak dan ramai rakyat kita mempunyai kebimbangan berkenaan dengan kesihatan yang mereka anggap terancam oleh kerana adanya menara telekomunikasi dan telefon bimbit yang mereka pakai dan sebenarnya kebimbangan ini tidak berasas dan dari ujian yang ada dan dari hasil kajian yang sering diadakan memang tidak ada kesan yang boleh dikatakan seburuk sebagaimana yang ada di dalam kebimbangan masyarakat kita. Sekian, terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terdapat menara pemancar telekomunikasi yang beroperasi secara haram ataupun tidak memperbaharui permitnya setelah tamat tempoh dan kebanyakan menara ini didirikan oleh syarikat telekomunikasi terkemuka. Jadi apakah tindakan yang diambil sebenarnya, apakah ada pemantauan? Saya ingin tahu apakah SKMM ini ada standard kadar radiasi yang dibenarkan sebenarnya terutamanya di pemancar telekomunikasi yang didirikan di kawasan perumahan ataupun tempat kediaman yang padat penduduk? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Yang Berhormat ada menyampaikan dua soalan tambahan. Satu berkenaan dengan menara yang dikatakan haram ataupun telah tamat tempoh yang dibenarkan. Ya, ini memang dipantau Yang Berhormat. Kita bersama dengan SKMM dan kerajaan tempatan memang memantau mana-mana menara yang dianggap haram dan sekiranya terdapat menara-menara yang haram didirikan memang akan dirobohkan. Berkenaan dengan standard radiasi seperti Yang Berhormat katakan, SKMM memang menggunakan standard radiasi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa Perlindungan Sinaran ‘mengion’ atau International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection atau ICNIRP. Untuk menara telefon bimbit yang memakai dua gigahertz iaitu 2G seperti selular yang selalu kita pakai, tahap yang dibenarkan oleh ICNIRP ini ialah 45.7 volt per meter dan untuk menara yang selalu disebutkan iaitu termasuk juga menara di Taman Subang. Menara itu hanya memancarkan 0.12 volt sahaja iaitu hanya 4.4% dari standard yang dibenarkan dan berkenaan dengan 3G, pemancaran yang dibenarkan ialah 75 volt per meter dan ini memang diakui di kalangan antarabangsa dan di negara kita tidak ada mana- mana menara pun yang terdapat mengeluarkan MEC lebih tinggi dari yang ditetapkan, terima kasih.

Tiong King SingPDP · GPSBintulu · question

9. Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan: (a) berapakah jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan oleh kementerian kepada Jabatan Pertanian di dalam melaksanakan projek infrastruktur pertanian seperti projek naik taraf jalan kebun, menambah baik sistem pengairan dan lain-lain terutama di kawasan luar bandar di Sarawak; dan (b) adakah pihak kementerian berhasrat untuk menaikkan peruntukan ini.

Dato’ Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Jeli

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM17 juta telah diperuntukkan kepada negeri Sarawak untuk membina jalan ladang, kebun baru atau menaik taraf jalan ladang atau kebun baru. Bagi tahun ini RM6 juta diperuntukkan untuk 2008, untuk membina 80 projek jalan ladang batu kerikil dan anggaran kos bagi setiap kilometer projek ini ialah RM80,000 satu kilometer. Di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan baru-baru ini tidak ada peruntukan tambahan di sediakan oleh kerajaan untuk tujuan berkenaan. Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat Bintulu, di bawah program meningkatkan hasil padi ini untuk kawasan padi di luar bandar, untuk menambah pengeluaran padi di Sarawak - Sarawak pada masa ini mengeluarkan kira-kira 50% sahaja daripada keperluan makanan beras di negeri tersebut. Untuk menambah pengeluaran padi dan beras, kerajaan telah bersetuju di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan bagi memperuntukkan tambahan RM173.5 juta untuk saliran dan pengairan bagi kawasan padi. Jadi dengan peruntukan dan tambahan ini kita yakin bahawa negeri Sarawak akan dapat menambah pengeluaran padi bermula tahun depan, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak, walaupun tadi jawapan yang diberi kata ada RM17 juta bagi negeri Sarawak. Namun saya tidak tahu, jalan di kawasan saya, Bintulu. Kalau kita minta jalan raya pergi kebun, Jabatan Pertanian selalu mengatakan tiada peruntukan. So, saya tidak tahu apa masalah. Apabila kita minta buat jalan raya ataupun perparitan memang kata susah dapat peruntukan. Ada satu tempat padi sudah kena banjir beberapa kali. Minta buatkan tidal gate kata tiada peruntukan, peruntukan diperlukan setakat RM15,000 pun kata tiada peruntukan. Inilah saya mahu tanya dan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah pencapaian dan apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan projek infrastruktur pertanian di kawasan luar bandar di Sarawak dan Sabah?

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun ini kita ada 52 projek di Sarawak dan dua projek di kawasan Yang Berhormat Kawasan Bintulu dan dijangka siap pada penghujung tahun ini. Cuma dua projeklah. Untuk makluman Yang Berhormat, memanglah peruntukan terhad dan kita mengambil perhatian atas pandangan Yang Berhormat. Yang Berhormat sentiasa membela kepentingan rakyat di Bintulu dan seluruh Sarawak dan Sabah. Ini bukan kali pertama Yang Berhormat membangkitkan jalan ladang. Insya-Allah, kita akan berikhtiar untuk memastikan peruntukan di masa akan datang dapat ditambah. Sementara waktu, kita cuma ada RM17 juta untuk tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan dan untuk tahun ini cuma dua sahaja di Bintulu. Saya tahu banyak lagi keperluan di Bintulu yang diperlukan dan kita akan cuba untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi negeri Sarawak. Terima kasih

[Bangun]

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Salah satu program NCER adalah meningkatkan kemudahan jalan ladang di kawasan. Antara kawasan yang terlibat di tempat saya adalah Jelai. Maknanya pembaikan jalan ladang untuk kawasan sawah padi di Jelai. Saya hendak tanya apakah ada lagi projek-projek yang lain selain daripada di Jelai ini dalam program NCER untuk meningkatkan pendapatan petani khususnya di dalam kawasan NCER ini? Terima kasih menteri.

Tuan Yang di-Pertua, salah satu fokus utama di bawah NCER ialah pertanian. Kalau NCER maka kesemua kawasan MADA dan Kedah termasuk dalam NCER. Minggu lepas, pihak EPU telah kemukakan kepada Kabinet laporan pelaksanaan projek-projek di bawah NCER.

Jemaah Menteri telah dimaklumkan bahawa oleh kerana NCER ini baru sahaja di aktifkan maka banyak projek belum lagi dapat dilaksanakan. Yang paling ke hadapan di Johor. Kita telah diberi jaminan oleh pihak EPU yang menjadi urus setia kepada NCER dan kawasan-kawasan pertumbuhan yang lain bahawa menjelang akhir tahun ini, beberapa projek akan dapat diaktifkan. Jadi, setakat ini belum banyak projek dilaksanakan di kawasan NCER. Dalam pada itu, saya seperti Yang Berhormat sedia maklum tumpuan utama NCER ialah kepada pertanian. Kita juga yakin bahawa sektor pertanian akan dapat dibangunkan dengan lebih hebat lagi di Kedah dan seluruh kawasan NCER apabila NCER beroperasi sepenuhnya. Terima kasih.

M. Kulasegaran a/l V. Murugeson DAP · PHIpoh Barat · question

10. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [Ipoh Barat] minta Menteri Kewangan menyatakan kewujudan pengubahan wang secara haram dan kenapakah ianya berlaku begitu luas tanpa apa-apa tindakan pencegahannya.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Lumut

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah positif dalam usaha mencegah pengubahan wang haram. Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang telah dikuatkuasakan pada 15 Januari 2002 menggariskan beberapa ciri penting berkaitan langkah pencegahan penggubahan wang haram. Langkah-langkah dan undang-undang yang diambil oleh kerajaan adalah selaras dengan piawaian antarabangsa. Di antaranya ialah: (i) memperuntukkan pengubahan wang haram sebagai satu jenayah atau kesalahan berat; (ii) menggariskan peruntukan bagi mengesan dan mencegah penggubahan wang haram; dan (iii) menyediakan peruntukan bagi pembekuan, penyitaan dan perlucutan hak hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram dan jenayah. Selain itu, bagi meningkatkan tahap profesionalisme serta kemahiran dan pengetahuan penyiasat kewangan dalam menjalankan tanggungjawab bagi membendung jenayah kewangan, satu Program Pensijilan Penyiasatan Kewangan atau dengan izin, Certified Financial Investigated Program telah dilancarkan. Sebagai usaha berterusan, kerajaan akan sentiasa mengambil sikap berwaspada dalam memantau dan memastikan pelaksanaan rangka kerja undang-undang dan pengawal seliaan pencegahan pengubahan wang haram yang berkesan. Pada masa yang sama, tumpuan diberikan ke arah bina upaya dan juga kerjasama pada peringkat domestik dan antarabangsa bagi meningkatkan tahap keberkesanan pelaksanaan rangka kerja dan pengawal seliaan yang berkaitan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berkenaan dengan kes-kes yang melibatkan pengubahan wang haram sehingga Ogos 2008, terdapat 2,154 pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah wang haram sebanyak RM678 juta. Itu adalah dalam bentuk tunai, harta benda, bon, saham dan lain-lain. Sehingga kini, empat kes telah disabitkan kesalahan. Kes-kes lain masih berada di pelbagai tahap perbicaraan. Terima kasih.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pengubahan wang secara haram ini sangat berlarutan di negara ini. Kerap kali apabila perkara ini telah menjadi serius baru kementerian nampaknya yang mengambil tindakan.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Soalan saya adalah, kita semua tahu kelemahan-kelemahan yang tertentu. Kenapa tidak ada di mana dibanteras serta-merta apabila pengubahan wang haram ini berlaku secara instantaneous tindakan diambil. Itu adalah perkara yang diperlukan supaya kita tidak ada situasi di mana terlampau banyak wang telah dikutip secara haram baru kerajaan mengambil tindakan. Itu pun selepas diketahui umum. Perkara yang lain berkaitan dengan perkara ini adalah di mana wang dikutip selepas perkara itu disiasat. Kenapa wang itu tidak dikembalikan kepada pihak-pihak yang menjadi victim dalam hal ini?

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Apa yang saya kata tadi sebenarnya sudah ada banyak kes yang ditangkap dan sedang tunggu perbicaraan dalam mahkamah. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa mengambil berat tentang kes-kes iaitu berkenaan dengan pengubahan wang. Jadi, ada satu Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan berkenaan dengan pencegahan pengubahan wang haram itu telah ditubuhkan dipengerusikan oleh Bank Negara Malaysia yang melibatkan banyak agensi- agensi penguat kuasa seperti Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Badan Pencegah Rasuah, Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan, Jabatan Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan lain-lain. Selain itu, yang juga ditubuhkan di bawah akta ini terdapat institusi-institusi pelapor yang dikehendaki mematuhi perkara-perkara yang tertentu seperti laporan transaksi yang mencurigakan ataupun dengan izin, suspicious transaction report. Begitu juga berkenaan dengan laporan transaksi tunai dengan hak yang melebihi RM50,000 sehari, dan usaha wajar terhadap pelanggan dan rekod-rekod itu semua perlu disimpan selama enam tahun dan juga ada pengawasan berterusan. Jadi, ini semua adalah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan berkenaan dengan pengubahan wang haram. Sekian, terima kasih.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Wang tidak dikembalikan, saya tanya? Money, has the money been returned?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Tuan M. Kula. SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak perlu jawab lah.

[Menyampuk]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu saya ingin mengalu-alukan rombongan ahli-ahli PERKIM dari Santubong, Sarawak. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, pertanyaan tambahan saya ialah jenayah pengubahan wang haram ini sukar diatasi sebab ia melibatkan transaksi antarabangsa dan juga kesukaran...

Masa dah habis.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

...Mendapat kerjasama daripada bank-bank...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

....Yang terikat dengan peraturan kerahsiaan pada mereka. Jadi bagaimanakah kerajaan boleh mengatasi masalah ini sebenarnya? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, ringkaskan jawapan ya.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Yang Berhormat, sebenarnya saya telah jawab bahawa institusi-institusi bank juga termasuk institusi kewangan yang lain seperti broker saham, broker insurans, syarikat insurans, fund management dan juga syarikat profesional seperti akauntan, peguam dan sebagainya, semua adalah institusi-institusi pelapor kepada kes-kes pengubahan wang itu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini institusi yang kuat mengubah punya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Ya, habiskan, Yang Berhormat.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Jadi, berkenaan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi, kes-kes yang masih di dalam perbicaraan, wang itu masih frozen sebelum kes itu selesai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, tamatlah sudah sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit penjelasan. Saya dapati soalan saya yang saya kemukakan kepada Majlis langsung tidak keluar. Ini menimbulkan persoalan oleh orang kampung yang saya wakili bahawa, saya tidak buat kerja. Saya hendak tahu apakah Menteri-menteri atau Timbalan Menteri malas hendak jawab soalan-soalan yang saya kemukakan? Tidak ada jawapan!

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Batu Pahat dengan Arau, satu soalan pun tidak keluar, tetapi tidak apalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah, Yang Berhormat.

Ini serius. Saya hendak bangkitkan tadi dalam sesi soal jawab, takut nanti dituduh saya hendak mengambil publisiti airtime, but now semua sudah selesai, tidak apa, saya hendak bercakap soal ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Saya harap pihak Majlis tolong, soalan yang kita kemukakan. Kalau tidak hendak jawab, kita tidak payah hantar soalan lagi. Kalau Menteri malas hendak jawab, kita tidak usah hantar lagi soalan kepada Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan rujuk kepada pihak pentadbiran, Yang Berhormat ya.

Ini Menteri pun tidak ramai datang, duduk sini! Pejabat ada di atas!

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Semua gaji buta!

Dulu Perdana Menteri kata, semua Menteri mesti ada di sini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah, Yang Berhormat.

Apa cukup? Tidak cukup lagi! [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah ya. Terima kasih Yang Berhormat.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 Bacaan Kali Yang Kedua Dan KetigaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana membenarkan saya menyambung balik berbahas mengenai Rang Undang- undang Identifikasi Asid DNA. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, semenjak dua hari kita telah berbahas mengenai rang undang-undang ini dan saya fikir tidak timbul pihak pembangkang tidak bersetuju dengan rang undang-undang ini diadakan. Malah semua menyatakan keperluan kepada pengecaman DNA untuk kes-kes jenayah. Seperti yang telah dibentangkan oleh menteri, kita perlu kepada maklumat DNA untuk mangsa-mangsa bencana alam, untuk mangsa-mangsa yang hilang dan juga untuk kes-kes penentuan kebapaan. Kita juga akan melihat di masa depan, future application atau aplikasi masa depan bagaimana kita boleh mengenal pasti pendatang-pendatang atau migrant, juga untuk rakyat biasa. Mungkin di masa depan kita akan menggunakan cap jari dan juga DNA. Walau bagaimanapun, apabila kita lihat kepada akta ini, ia akan seolah-olah atau seakan-akan hanya menjurus kepada identifikasi ataupun mengenal pasti suspek sahaja. Jadi seolah-olah kita telah menyempitkan bidang identifikasi DNA ini. Kalau bank data ini hendak diwujudkan, melihat ke hadapan, kita patut menyediakan bank data di peringkat kebangsaan, tidak hanya fokus atau menyempitkan untuk jenayah sahaja. Saya melihat bahawa di sini justifikasi yang diberi oleh menteri amat begitu ringkas. Saya tertanya-tanya sebenarnya sehingga sekarang pun memang sudah diadakan dan telah dilakukan, dilaksanakan identifikasi menggunakan DNA walaupun undang- undang ini belum lagi dikemukakan di Dewan ini. Jadi kita hendak mengetahui dengan teknik DNA ini yang lepas-lepas, berapa peratus jenayah yang berjaya diselesaikan setakat ini? Kita tidak mahu angka-angka atau statistik daripada luar negara tetapi, apakah statistik di dalam negara kita sendiri? Daripada jumlah yang diambil DNA ini, berapa peratus yang dapat diselesaikan – kes-kes pembunuhan, kes rogol, kes-kes orang yang hilang dan sebagainya? Berapa banyak kes jenayah ulangan yang dapat dikesan? Ini kerana permulaan asal identifikasi DNA di dunia Barat pada asalnya adalah untuk mengesan pembunuh bersiri, serial murders ataupun serial rapists dan sebagainya, dengan izin. Walaupun di negara kita, kita jarang mendengar mengenai pembunuh bersiri, mungkin ada, tetapi sejauh mana, berapa peratus daripada jenayah yang wujud di negara kita merupakan jenayah bersiri ini.

Oleh itu, kita tidak tahu sebenarnya apa dia latar belakang, statistik kita. Saya ingat ini penting untuk membantu kita melihat sejauh mana perlu disegerakan kalau kita menunggu daripada 2001 hingga sekarang, tujuh tahun, apa salahnya kalau kita menunggu lagi enam bulan untuk memperkemaskan akta ini. Selepas itu, kita juga hendak tahu kerana di sini dibincangkan sudah dua hari mengenai orang-orang yang enggan memberi sampel ini dalam kes-kes jenayah yang timbul ini. Dari itu, berapa peratus yang enggan memberi sampel ataupun kebanyakan mereka sudah comply apabila polis mengatakan bahawa sampel mereka diperlukan untuk membuktikan sama ada mereka bersalah ataupun mereka ada di tempat jenayah. Kita tidak tahu berapa orang yang enggan. Jangan hanya kerana seorang yang enggan, maka kita mempercepatkan undang-undang atau akta ini. Tuan Yang di-Pertua, sampel-sampel DNA ini, saya merasakan bahawa kalaulah kita hendak memperluaskan kegunaannya, tidak hanya kepada kes-kes jenayah, ketua kepada data bank ini tidak boleh datang daripada PDRM. Patut datang daripada seorang yang berpengalaman dan memang dilatih di dalam bidang DNA ini untuk mengetuai jabatan ini. Memanglah ia duduk di bawah Kementerian Dalam Negeri, tetapi kalau kita lihat dan kita telah bincang semalam bahawa keperluan diadakan R&D dan melihat ke hadapan kegunaan dan kita telah membincangkan pelbagai teknik yang wujud untuk mendiagnosis ataupun untuk mengecam DNA ini. Oleh itu kita memerlukan seorang yang pakar dan bukan hanya kerana dia seorang pesuruhjaya polis dan sebagainya, maka ia melayakkan beliau menduduki tempat itu. Oleh kerana polis sendiri yang sebenarnya mengemukakan sampel ini, maka saya ingat prinsip...

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Kota Raja, boleh?

...Orang yang mendakwa itu dia juga tidak boleh menjadi orang yang menganalisis sampel-sampel ini.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Kota Raja, minta laluan.

Oh!

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Boleh? Tidak nampak?

Ya, sila, silakan.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Minta pandangan. Saya hendak balik kepada isu pengambilan sampel bukan intim ke dalam pengambilan sampel intim, seorang suspek atau sesiapa mesti bagi kebenaran dia. Akan tetapi di seksyen 13 di mana pengambilan sampel bukan intim tidak ada peruntukan untuk meminta kebenaran dia. Malah di dalam subseksyen (7), dia boleh dipaksa bagi sampel dia jika dia seorang suspek. So, saya ingin minta pandangan Yang Berhormat, adakah baik kita juga ada satu peruntukan untuk sampel bukan intim pun mesti dapat kebenaran suspek itu. Jika dia enggan, mungkin kita boleh adakan peruntukan lain di mana pegawai polis boleh pergi ke mahkamah untuk mendapatkan satu waran untuk beritahu pada hakim apakah sebabnya kita perlu dia. Akan tetapi di sini, seksyen sekarang, seksyen 13 ini dia kata di bawah bahagian subseksyen 7, seorang pegawai polis boleh menggunakan segala cara yang perlu bagi maksud mengambil sampel. Apa ertinya semua cara? Boleh pukul ke, boleh ugut ke, boleh ikat dia? I think, terlalu luas di sini. Saya ingat ini akan membuka ruang untuk pelbagai tindakan yang melanggar hak asasi manusia. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat Kota Raja.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Sebenarnya saya hendak ke situ sekejap lagi. Untuk keizinan daripada suspek, sebenarnya ada di dalam 12(B), “...keizinan yang berkenaan dalam borang yang ditetapkan diberi oleh orang yang daripadanya satu sampel intim akan diambil.”

Akan tetapi saya bersetuju bahawa sebelum seseorang itu dipaksa sampel daripadanya, perlu ada justifikasi yang kuat kerana di sini disebut, seseorang yang munasabahnya disyaki melakukan sesuatu kesalahan. Maknanya apa kesalahan tidak diperincikan di sini. Jadi, selagi kita tidak memperincikannya, maka pihak yang berkuasa boleh mendapatkan sampel itu daripada yang dituduh tadi. Jadi saya bersetuju bahawa sekiranya pihak polis memerlukan sampel DNA ini, selain daripada consent ataupun persetujuan yang dituduh, maka pihak polis terlebih dahulu perlu mendapatkan waran daripada pihak mahkamah iaitu dia perlu membuktikan dahulu kepada pihak mahkamah dan pihak hakim yang menunjukkan bahawa bukti-bukti yang sedia ada ini memang menunjukkan kepada pesalah ini. Ini adalah untuk menghindarkan apa yang kita katakan going fishing, maknanya polis boleh ambil sahaja sampel daripada sesiapa tanpa dia mengusahakan mencari bukti- bukti yang lain. Saya hendak bagi contoh di sini, ada satu kes yang telah dilaporkan di dalam surat khabar sedikit masa dahulu mengenai Prishina Vashini. Wanita ini dirogol dan dibunuh dan akhirnya 34 sampel telah diambil daripada pekerja-pekerja bangunan dan juga pengawal keselamatan. Akan tetapi sampai akhir tidak diketahui siapakah empunya cecair yang ada di dalam kemaluannya. Jadi inilah kita kata, kalau ada satu kes maka saya ingat sebelum ini mungkin orang-orang yang diminta sampel ini tidak tahu undang-undang. Jadi mungkin mereka pun bila polis minta, mereka pun bersetuju untuk memberi, mungkin mereka takut di sini. Jadi inilah di antaranya, you go fishing, maknanya sesiapa sahaja yang mungkin masuk ke dalam bangunan itu, kita semua minta dia punya sampel intim. Jadi inilah di antara perkara yang saya rasa patut dimasukkan ke dalam akta ini, iaitu perlu mendapat waran daripada mahkamah untuk menggunakan, mengambil sampel ini dengan tujuan yang dijelaskan kepada suspek itu. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengatakan di sini bahawa di dalam kes pensampelan ini, selain daripada keizinan yang memang ada dalam akta ini, dan juga waran, kita juga merasa bimbang kerana di dalam seksyen 12(3)(a) dan 13(a), kesalahan ini tidak dispesifikasikan. Kesalahan apa yang membolehkan sampel intim dan sampel bukan intim ini diambil? Kita mesti spesifikasikan misalnya jenayah violent ataupun kekerasan, rogol, missing person, apa sahaja tetapi tidak boleh biar dia begitu longgar kerana ini akan menyebabkan ramai orang dikenakan dengan akta ini. Jadi persoalannya...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Kota Raja?

Oh!

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Sebenarnya saya nak balik kepada bahagian 2 itu, 3(3)(iv) - “...pada atau di dalam tubuh mana-mana orang yang semunasabahnya disyaki melakukan suatu kesalahan.” Sekali lagi akta rang undang-undang ini menggunakan istilah-istilah yang agak kabur. Semalam, saya menyebut tentang soal suci hati. Pagi ini persoalan semunasabahnya disyaki dan adakah yang munasabah disyaki itu termasuk laporan polis, angkat sumpah? Lepas itu statutory declaration pula tak munasabah. Pertuduhan dan kenyataan-kenyataan seperti mana yang dibuat oleh Yang Berhormat Pasir Salak semalam ataupun dua hari sebelum ini berhubung dengan PASTI menjadi tempat pembiakan, lalu kalau jadi tempat pembiakan kita kena checklah...

Penternakan, bukan pembiakan.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Penternakan! Kita kena checklah dia punya DNA, pasal apabila kita ternak itu biasanya DNA nya sama kerana dia pakai baka yang sama. Itu mungkin kalau dengar tempat ternakan.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Maka polis terpaksa ke PASTI dan check DNA kanak-kanak. Lalu apakah yang takrif munasabah disyaki? Ini yang terlalu kabur dan di sini mungkin Yang Berhormat Kota Raja pun boleh menyentuh persoalan ini.

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Inilah yang saya katakan tadi saya bersetuju bahawa terminologi, terma-terma yang digunakan dalam akta ini di antaranya semunasabahnya sesuatu kesalahan. Adalah agak luas dan agak subjektif kepada interpretasi jadi kita perlu memperhalusi dan memperincikan kerana kita tidak mahu penganiayaan atau kezaliman berlaku kepada orang-orang yang tidak sepatutnya diambil sampelnya. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat dari Shah Alam tadi. Jadi, saya berbalik kepada apa yang saya katakan tadi. Sekarang ini persoalannya, sekiranya diluluskan, adakah semua DNA banduan yang sedia ada sekarang secara automatik akan di bankkan, akan disimpan di dalam bank data ini? Sekiranya ini berlaku, kita panggil criminal profiling ini, lama mana dia duduk di bank itu? Rasanya tidak adil seseorang itu apabila dia sudah masuk atas sebab mungkin mencuri, mungkin juga kesalahan-kesalahan yang bukan jenayah berat, kemudian diprofilkan datanya dan kemudian lekat di situ dalam jangka masa yang panjang. Jadi tidak diperjelaskan dalam akta ini selepas waktu pemulihan atau selepas dibebaskan sekiranya dia sudah tidak lagi terlibat dalam jenayah dan sebagainya maka datanya patut dihapuskan. Perkara-perkara macam ini tidak disebut di dalam ini kerana ini adalah hak asasinya dan kita pun tahu bahawa cerita banduan ini dia akan menjadi double jeopardy lagi. Setelah dia masuk penjara, dia keluar, dia sudah distigmakan oleh masyarakat. Kemudian apabila tidak dihapuskan data DNA ini di dalam data polis, maka ia akan tinggal mungkin sampai ke anak cucunya dia seorang penjenayah, dan tidak diberi peluang, second chance ataupun peluang kedua untuk membetulkan kehidupannya. Bagaimana pula jika seseorang suspek itu seorang juvana. Seperti yang diberi contoh oleh Yang Berhormat Segambut semalam. Kalau dia sekarang ini ditahan di bawah kesalahan juvana dan kita tahu pesalah juvana dilindungi oleh Akta Kanak-kanak. Jadi apakah had umur untuk pengambilan sampel ini? Ini juga tidak diperjelaskan. Sejauh mana kerahsiaan dapat dikawal sekiranya tidak ada Data Protection Act. Sehingga kini, kita di Malaysia tidak ada Data Protection Act. Seperti yang kita tahu baru-baru ini bagaimana semua orang yang ada kad kredit dan pernah berhutang dan sebagainya dihimpun oleh satu syarikat yang bukan kerajaan, CTOS, yang kita tahu dan menyimpannya cukup lama sehinggakan orang yang telah keluar daripada senarai hitam itu pun masih lagi duduk di senarai hitam. Jadi ini perkara seperti fasal 11(1)(a) dan 23(1) membenarkan kuasa kepada Ketua Databank ini mengongsi maklumat di dalam data ini dengan badan-badan antarabangsa dan badan-badan penyiasat yang lain. Kita perlu spesifik apabila DNA ini diambil untuk sesuatu tujuan, maka tujuan itulah digunakan. Sekiranya hendak digunakan untuk tujuan lain, maka perlu ada Data Protection Act supaya tidak berlaku penganiayaan. Contoh yang diberi, walaupun hipotetikal mungkin berlaku. Seorang yang bawah 18 tahun dan biasa melakukan jenayah, kemudian apabila keluar data itu tersimpan di dalam bank, kemudian apabila beliau ke United State iaitu negara yang begitu canggih dalam sistem maklumat mereka, minta maklumat itu daripada negara kita dan ia diberi. Apakah nasib budak ini? Inilah yang kita khuatir sangat-sangat. Lagi satu seksyen 18 iaitu pada muka surat 16, Ketua Bank Data DNA boleh menghapuskan data itu sekiranya Timbalan Pesuruhjaya Polis ataupun ketua polis daerah itu memberi maklumat kepada Ketua Bank Data DNA. Saya tengok di sini, kalau Ketua Bank Data DNA ini seorang yang berpangkat lebih tinggi iaitu Timbalan Pesuruhjaya Polis, maka ketua polis daerah itu di bawah. Jadi bolehkah dia mengarahkan Ketua Bank Data DNA ini untuk menghapuskan data-data orang yang didapati tidak bersalah. Ini satu persoalan.

Kesimpulan sebenarnya, sebenarnya kita tidak menolak akta ini. Ia adalah satu akta yang perlu bagi negara kita yang semakin hari semakin maju dan semakin canggih dalam segala aspek teknologi. Cuma yang menjadi bangkangan kita ialah siapa ketua bank data DNA? Kita mengharapkan Ketua Bank Data DNA ini bukanlah daripada kerabat PDRM kerana merekalah yang menahan orang salah dan mereka sudah collect sampel, mengutip sampel-sampel di tempat jenayah, kemudian mereka juga mengutip sampel daripada yang dituduh. Jadi di sini, fear ataupun kebimbangan yang data itu boleh disalahgunakan, boleh dimanipulasi dan sebagainya is real, ya, betul. Ini boleh berlaku bukan setakat hanya hipotesis ataupun hipotetikal sahaja. Kita biasa walaupun banyak disebut CSI. Kita juga biasa melihat satu filem bagaimana data seseorang itu boleh wipe out, kalau centralize boleh wipe out terus. Makna cap jarinya tidak ada dan DNAnya tidak ada. Jadi dia jadi seorang yang tidak wujud di dalam dunia. Jadi this is not hypothetical, tetapi ia mungkin berlaku dan kita perlu memikirkan dan perlu memperketat akta ini. Saya mencadangkan dan saya ingat tidak ada bangkangan daripada kerajaan sekiranya ketua data bank DNA biarlah seorang yang expert.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja dan Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik apabila Yang Berhormat Kota Raja menyebut tentang penghapusan profil DNA tadi apabila mendapat arahan daripada pihak pegawai polis kepada Ketua Bank Data DNA. Apakah pandangan Yang Berhormat Kota Raja sepatutnya OKT ataupun orang yang telah diambil DNAnya itu dan disimpan di dalam Bank Data DNA sepatutnya mengetahui bahawasanya profil DNA beliau ini juga dihapuskan kerana kalau sekiranya dia tidak tahu bahawasanya profil DNAnya telah dihapuskan, apabila masa yang akan datang mereka suspek dia dan mahu diambil kembali sampel untuk diuji DNA lagi. Dia kata dulu saya sudah bagi, DNA saya sudah ada. Kenapa tidak semak profil DNA saya yang telah disimpan padahal ia telah pun dihapuskan tanpa pengetahuan orang yang kena tuduh tadi. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Raja.

Ini saya ingat dokumentasi juga mungkin di dalam peraturan yang kecil-kecil nanti perlu dimasukkan. Bukan sahaja apabila dibuat profiling DNA ini, kita suspek ataupun orang yang memberi sampel ini patut ada maklumatnya tetapi di mana disimpan, bank mana disimpan dan juga bila dihapuskan atau bila dijangka dihapuskan dan sebagainya patut ada pada orang yang memberi sampel itu. Itu sebab perincian itu perlu dibuat supaya tidak berlaku penganiayaan sebegitu. Kemudian saya ingin berubah kepada pengambilan sampel daripada suspek tidak boleh melibatkan polis. Polis hanya bawa suspek ataupun orang yang mahu diambil sampel itu kepada badan yang berkecuali, yang tidak terlibat di dalam penyiasatan, scene ataupun tempat jenayah itu. Jadi itulah sebabnya kita mahu bank data ini tidak di bawah PDRM, tidak di bawah polis seperti misalnya bank darah, bank organ dan sebagainya. Maka kita ada satu pihak yang berkecuali, yang tidak terlibat mendakwa dan mengutip bukti-bukti untuk dibawa ke mahkamah. Mereka inilah yang sepatutnya mengambil sampel dan polis hanya membawa waran daripada mahkamah kepada mereka untuk diambil. Ia tidak semestinya seorang doktor perubatan tetapi pegawai yang dilatih. Mahu ambil darah sekarang ini, nurse pun banyak ambil darah. Tidak semestinya doktor tetapi mereka perlu dilatih cara-caranya. Pensampelan untuk tujuan pengecaman DNA kerana - tadi saya ada sebut yang ini, data protection. Kenapa kita membangkang ataupun kenapa kita begitu cerewet untuk meluluskan dan bersetuju dengan akta ini? Kita perlu mewujudkan Data Protection Bill seperti yang saya sebut tadi untuk melindungi privacy suspek ataupun orang-orang yang diambil sampelnya.

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang dibincangkan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan ketidaktelitian di dalam menggubal rang undang-undang ini. Kita lihat dalam rang undang-undang yang dibentangkan ini terlalu banyak kelemahan.

Saya ingin minta pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan fasal 3, fasal 24 dan fasal 25 di mana disebutkan dalam fasal 3(7) menyebut bahawa seorang pegawai polis boleh menggunakan segala cara yang perlu bagi maksud mengambil atau membantu dalam pengambilan satu sampel bukan intim daripada seseorang. Sudah tentulah ini satu perkara yang bercanggah dengan dasar keadilan itu sendiri. Begitu juga dengan fasal 24 yang menyebut bagaimana DNA ini dijadikan sebagai satu bukti muktamad. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat. Begitu juga fasal 25 yang menyebut bahawa tidak ada tindakan guaman, pendakwaan ataupun sebarang prosiding lain boleh diambil dan dibawa kepada menteri, Ketua Bank Data DNA, Timbalan Ketua Bank Data DNA, pegawai Bank Data DNA dan pegawai perubatan kerajaan termasuk seorang ahli kimia. Jadi apa pandangan Yang Berhormat tentang fasal-fasal yang disebut dalam rang undang-undang. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Inilah di antara perkara-perkara yang telah disebut pada dua hari yang lepas. Kenapa kita sebenarnya mahu akta ini dibawa kepada satu jawatankuasa pilihan kerana kita mahu perkara-perkara ini dibincangkan selumat-lumatnya. Saya percaya sekiranya akta ini, drafnya itu telah melalui proses perbincangan yang teliti dengan SUHAKAM, dengan NGO-NGO hak asasi manusia dan juga Majlis Peguam, perkara-perkara ini mungkin telah dikenal pasti dan diperhalusi. Fasal 23(1) itu, inilah yang kita sebut berulang kali. Fasal 23 ini mengenai kerahsiaan yang boleh dikongsi dengan badan-badan antarabangsa. Ini yang kita sebut tadi tidak ada Data Protection Bill untuk melindungi kerahsiaan...

Minta laluan. . Minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat merujuk kepada Majlis Peguam. Majlis Peguam ini ada kredibiliti kah sekarang?

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya ingat saya tidak mahu jawab soalan itu, very subjective.

Datuk Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Minta laluan juga. Tuan Yang di-Pertua, bersetujukah Yang Berhormat Kota Raja bahawa yang tidak ada kredibiliti ialah pimpinan kerajaan yang rasuah. Dalam kes ini, dalam membentangkan rang undang-undang ini, kita boleh lihat bagaimana rakusnya cara dikenakan. Tidak menghormati Tuan Yang di-Pertua dan Parlimen, dibentangkan pada hari Isnin, tidak diberikan kesempatan langsung untuk meneliti satu rang undang-undang yang memerlukan perhatian yang serius daripada pakar- pakar. Ternyata muslihatnya itu jahat. Oleh yang demikian, adalah tugas Ahli-ahli Yang Berhormat di Parlimen, termasuk rakan-rakan saya yang buat sementara ini di sebelah Barisan Nasional, untuk menimbangkan secara serius amanah yang kita pikul kerana rang undang-undang ini dipertikaikan oleh semua pakar yang bertanggungjawab. Dipersetujui oleh orang politik yang rakus, tetapi dibantah oleh semua pakar-pakar, semua badan-badan bukan kerajaan, bukan sahaja Majlis Peguam tetapi badan-badan Hak Asasi. Kita menyokong pada prinsip yang mana undang-undang yang akan menjurus kepada pemerintahan ikut undang-undang tetapi kita menentang cara dan kaedah yang digunakan. Ternyata kerajaan dan Kabinet pada hari ini takut benar dengan suara rakyat. Terima kasih.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Sambung daripada yang dibawa oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Tuan Yang di-Pertua, kalau kerajaan serius tentang Bank Data DNA ini, inilah peluang untuk mereka mengemukakan satu rang undang-undang yang menyeluruh dan bukan hanya sekadar yang dibentangkan pada hari ini yang kita lihat dan kita kata daripada awal lagi dibentangkan bertujuan untuk mengambil tindakan ke atas seseorang, yang hari ini ada dalam Dewan ini. Tujuannya begitu.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Jikalau benar kerajaan serius untuk satu rang undang-undang yang menyeluruh, sepatutnya Bank Data DNA ini akan mengumpul, misalnya DNA daripada seluruh angkatan tentera kita yang pergi berjuang yang mungkin malang dalam pertempuran, hendak kenal siapa dia, supaya dapat dikenal pasti. Mayat-mayat misalnya, inilah masanya. Ertinya, satu rang undang-undang yang lebih lengkap. Akan tetapi oleh kerana rakusnya tadi, seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, maka dijuruskan kepada beberapa keperluan untuk kumpulan-kumpulan tertentu. Jadi, mungkin menteri kata dia boleh pinda, dia tambah kemudian, akan tetapi kalau difikir awal-awal, we need very little edition, dengan izin. Jadi, setujukah Yang Berhormat Kota Raja rang undang-undang yang dikemukakan dengan tujuan yang terlalu sempit, dengan prejudis dan juga dengan tujuan-tujuan diskriminatori. Saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Kota Raja supaya masukkan cadangan saya ini di dalam ucapan beliau supaya rang undang-undang ini ditarik balik. Terima kasih.

Terima kasih Permatang Pauh.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan. Penjelasan Yang Berhormat Kota Raja. Adakah Yang Berhormat daripada Kota Raja bersetuju, satu masalah pokok di sini ialah oleh kerana ketidakyakinan, ketidakpercayaan mengenai kebebasan, profesionalisme dan impartiality agensi-agensi penguat kuasa. Bahawa tidak ada berlaku penyalahgunaan kuasa apabila Rang Undang-undang DNA ini diluluskan. Boleh dilihat begitu banyak kes- kes penyalahgunaan kuasa yang melibatkan jawatan peguam negara, pihak polis, pihak Kerajaan Barisan Nasional! Dua hari dulu, kita ada satu contoh, di mana adalah gangguan blockage mengenai Malaysia Today website Raja Petra. Sungguhpun adalah gerenti, bill of guaranty Multimedia Super Corridor atau MSC bahawa tidak akan apa-apa jenis censorship tetapi ini berlaku! MCMC, Multimedia Commission ada keluarkan satu arahan untuk blog TM Net dan semua internet provider untuk block semua Malaysia Today website ini.

Kalau hendak minta penjelasan, jangan berceramah.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kalau ini boleh berlaku...

Ada minta penjelasan, jangan berceramah.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Itu duduk! Ini orang yang...

Bad example.

[Menyampuk]

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Duduk!

Ini orang paling lama dalam Parlimen tidak tahu peraturan!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Siapa the floor?

Tidak relevan itu.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak faham peraturan mesyuarat? Apa ini samseng!

You have been long in Parliament. This is the example you are showing!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ini orang samseng kah?

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Yang Berhormat Pasir Salak duduk! Yang Berhormat Pasir Salak ini langgar undang-undang negara.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Malaysia Today melanggar Peraturan 263.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya minta...

I can take care all of you.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

...Jalan...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Dia tidak mengikut Peraturan 263 Akta 263. Suruhanjaya... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey, okey Yang Berhormat, Yang Berhormat. [Dewan riuh] Sudahlah Yang Berhormat! Yang Berhormat, Yang Berhormat!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

[Bercakap tanpa pembesar suara]

[Bercakap tanpa pembesar suara]

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bercakap tanpa pembesar suara] [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang lain duduklah Yang Berhormat. Duduk, duduk dulu Yang Berhormat. Duduk dulu Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Sama ada Raja Petra bersetuju bahawa, oleh kerana lagi satu contoh mengenai blogger kepada Malaysia Today, yang nampaknya menunjukkan mungkin akan berlaku. Semua internet website yang Barisan Nasional, yang rasa tidak senang...

[Bangun]

Itu tidak ada kena mengena dengan benda ini!

Yang Berhormat...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

...Bahawa

Tidak ada kena mengena!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

...Kita mahu rang undang-undang...

Irrelevant!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Ipoh Timur, cukup panjang. Sudahlah itu.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Cukup, cukup panjang Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kenapa serakus macam ini?

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

[Bercakap tanpa pembesar suara]

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, baik Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang lain duduklah. Duduklah dulu! Duduk dulu Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat duduk dulu, Yang Berhormat Kota Belud duduk dulu. Yang Berhormat Silam.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kota Belud. [Dewan riuh]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Adakah Yang Berhormat setuju atau tidak bersetuju bahawa rang undang-undang ini patut dirujuk kepada Jawatankuasa Pemilih supaya bincang lebih mendalam, implikasi-implikasi dan tidak benarkan political desperado semacam di depan ini untuk mengangguk, mengaburi...

Mahu tunjuk kepada Yang Berhormat Permatang Pauh kah? Mahu jadi Timbalan Perdana Menteri? [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Kota Raja dengar dulu saya, Yang Berhormat Kota Raja masih panjang kah ucapan itu?

udah tidak panjang Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya ingat, semua pencelahan itu tadi, tidak perlukan ulasan. Saya ingat setuju atau tidak setuju sahaja. Sila Yang Berhormat Kota Raja.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Sebenarnya saya ada sedikit sahaja lagi. Saya, sebenarnya apa yang saya cakap daripada mula tadi dalam bahasa yang halus. Kenapa kita tidak setuju dengan PDRM menjadi ketua kepada bank ini dan kenapa kita perlu memperhalusi dan sebagainya? Sebenarnya bermakna ada yang tidak kena dengan akta ini. Jadi, itu sebabnya kita meminta supaya akta ini dikembalikan, ditarik balik dan kemudian di bawa kepada Select Committee untuk diperhalusi. Saya setuju dengan semua, tiga-tiga orang, dengan Yang Berhormat Pasir Salak pun saya setuju. [Ketawa] Semua saya setuju. Itu sebabnya bila akta ini tidak khusus, tidak spesifik, dia akan menjadi interpretasinya begitu meluas. Siapa sahaja boleh membuat interpretasi itu, saya minta ianya diperhalusi. Misalnya fasal 24, kemuktamadan itu. Saya rasa adalah tidak adil kalau saya menjadi suspek, sampel saya dibawa kepada satu badan dan saya tidak ada second opinion daripada badan yang lain. Jadi, bila dikatakan bahawa pemeriksaan oleh Bank Data DNA ini, menjadi muktamad, saya rasa ini tidak adil bagi saya. I have the right! Saya mempunyai hak untuk membawa sampel saya kepada satu badan berkecuali. Seperti yang berlaku sekarang, kalau kita pergi kepada seorang doktor, doktor kata ini diagnosis kamu. Kita tidak berpuas hati. Kita berhak pergi kepada doktor lain. Sebab teknik itu, mungkin berlainan. Orang yang buatnya itu, mungkin kepakarannya juga berlainan. Interpretation, ini adalah interpretasi. Oleh itu, adalah tidak adil kepada suspek sekiranya, pemeriksaan oleh Bank Data DNA ini...

Dah tidak lama.

...Muktamad, tidak boleh di challenge.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

[Bangun]

Oh!

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Raja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Bincang dekat luar, dah duduk dekat-dekat itu, Yang Berhormat.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Tidak apalah Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bincang dekat sini juga. Saya ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Kota Raja. Daripada maklumat yang kita dapati, Parlimen Kanada mereka membincangkan tentang Rang Undang-undang DNA ini hampir sebulan dan mereka ada Empat kali bacaan. Pada bacaan yang Kedua mereka telah bersetuju untuk menubuhkan repot komiti yang terdiri daripada pakar-pakar dan profesional-profesional. Jadi, saya kira tidak menjadi satu perkara kurang kita lihat martabat Parlimen, sekiranya kita menubuhkan Select Committee seperti yang dicadangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Raja?

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Inilah sebenarnya apa yang cuba saya sampaikan, mungkin sudah difahami yang kita menolak akta ini. Ada tempat-tempat yang kita bersetuju tetapi ada banyak tempat yang perlu diperhalusi. Kalau kita sudah menunggu tujuh tahun 2001 hingga 2008, sepatutnya tujuh tahun ini sudah diperhalusi di berbagai-bagai peringkat jawatankuasa, perbincangan dan sebagainya. Apabila datang kepada kita lebih cantik dan lebih molek, lebih sempurna. Akan tetapi sekarang sad to saylah. Sedih kita mengatakan bahawa banyak fasal-fasal, bukan satu bukan dua tetapi saya ingat lebih daripada itu. Semuanya ada kecacatan dan kelemahannya. Fasal 25 non indemnity, maknanya 5 jawatan yang ada di situ tidak boleh kita dakwa langsung di dalam profesion perubatan. Kita ada something yang kita panggil negligent. Sekiranya seorang doktor tidak melakukan apa yang tidak dilakukan sepatutnya dilakukan maka dia boleh didakwa sebagai orang yang negligent. Mana boleh kita melepaskan lima jawatan ini. Mereka bertanggungjawab, ini adalah kebertanggungjawaban, ini adalah accountability. Sekiranya ahli kimia yang di sebut di sini, ahli kimia ini kalau kita tidak membenarkan mereka dipersoal, dia misalnya tersilap. Tekniknya silap, maka jawapannya ataupun result, keputusan yang kita dapat juga tidak tepat. Takkanlah tidak ada langsung, takkanlah semuanya in good faith. Tambahan pula bila ada conflict of interest, siapa ketua banknya? Siapa timbalan ketua banknya? Pegawai bank data? Semua ini bukanlah saya katakan semua mesti dipersoalkan tetapi ada case to case. Mungkin ada kes tertentu ahli kimia ini mungkin seorang yang dikenalinya. Mungkin ketua bank itu musuh lamanya. Jadi kalau kita menidakkan kebolehan untuk mempertikaikan mereka, maka ini bermakna kita telah sekali lagi menidakkan hak seseorang itu. Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini meminta supaya sekali lagi, enam bulan lagi, tujuh bulan lagi supaya Select Committee ini berbincang sehalus-halusnya dan besarkan, luaskan. Jangan hanya mencorok ataupun menyempit kepada jenayah. Bagaimana dengan paternity, pembuktian kebapaan? Bila pembuktian pembapaan mesti ada sub set atau laws, peraturan-peraturan yang perlu kita kenakan. Lain kes, lain dakwaan lain cara peraturannya. Bagaimana maklumat itu hendak diperlakukan adalah berlainan. Jadi, peluaskan supaya kita buat ini sekali duduk. Kita ada satu undang-undang merangkumi identifikasi DNA dan ia boleh digunakan untuk jenayah. Ia boleh digunakan untuk orang yang hilang, ia boleh digunakan untuk bencana kerana kalau kita hendak untuk bencana dia mesti ada juga mungkin sampel awalan ataupun sampel ibu bapanya dan sebagainya.

Semua ini perlu diperhalusi dan kita bukanlah negara yang pertama menggubal akta ini. Kini banyak negara-negara lain dan kita boleh melihat kepada akta-akta mereka untuk kesempurnaan akta kita. Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya berucap, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat datang kepada rombongan pemuda dari Demak Laut dan Perkim dari Tanjong Datu dari kawasan Parlimen dan juga dari kawasan Silam. Kita mengalu-alukan kehadiran mereka semua, terima kasih. Saya juga turut berbahas dengan melihat dari sudut perundangan tanpa prejudis terhadap mana-mana kes yang memerlukan pengambilan sampel DNA ini. Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini dan saya percaya macam tadi dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Raja juga menyokong rang undang-undang ini kerana teknologi pengambilan sampel DNA memang diperlukan dan didapati amat berkesan. Jika kita melihat secara positif kalau kita mengimbas kembali beberapa kes yang telah di siarkan di akhbar beberapa tahunnya dahulu. Saya mengambil contoh satu kes pembunuhan kalau saya tidak silap yang melibatkan Allahyarhamah Norita di Bandar Hartamas, kalau tidak silap. Dua pengambilan sampel diambil dan di situ orang yang kena tuduh telah terlepas. Jadi kalau kita melihat dari sudut positif, kes ini kita dapati pengambilan DNA ini telah membantu orang yang tidak bersalah. Satu lagi contohnya, di mana kita melihat satu lagi kes di mana beberapa tahun yang dahulu di mana bayi dilahirkan di hospital dan pihak hospital telah tersalah tukar bayi. Jadi apabila mereka sudah dewasa, sudah berakal dan mengetahui bahawa terdapat satu kesilapan yang berlaku dalam pengurusan penyerahan bayi tersebut. Mereka menggunakan proses pengambilan sampel DNA ini dan telah membantu mereka untuk kembali kepada ibu bapa mereka. Ini di kalangan kes-kes yang kalau kita melihat dari sudut positif. Jadi dalam kes ini, kita dapati rang undang-undang ini memang banyak membantu kita. Jadi kita nampak bagaimana kita di negara ini amat memerlukan rang undang-undang ini diluluskan dengan seberapa segera. Apabila kita dengar perbahasan dari rakan-rakan lain semalam yang mengatakan banyak kepincangan dalam rang undang-undang ini misalnya seksyen 8 kalau kita rujuk yang tidak menyatakan tatacara pelaksanaan penghapusan profil DNA. Jika kita rujuk Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf, Saya bagi peluang Yang Berhormat nanti untuk berbahas sendiri, mungkin lebih banyak lagi idea boleh kita kongsi di sini. Jika kita rujuk seksyen 8(a) tadi tidak menyatakan tatacara perlaksanaan penghapusan profil DNA. Kalau kita hendak merujuk ini kita lihat lagi seksyen 26(2)(a) secara ringkasnya ia menyatakan menteri boleh membuat peraturan untuk menetapkan tatacara pengambilan dan pelupusan sampel. Kita perlu ini bahawa Tuan Yang di-Pertua, kita hari ini membahaskan rang undang-undang ini iaitu dengan izin, Parent Act. Bukannya satu perkara yang perlu mengambil kira perkara yang terperinci, peraturan ataupun by law ke, rang undang-undang kecil. Ini adalah Parent Act di mana ia menyatakan secara terperinci semua peraturan yang perlu diambil. Kalau tidak undang-undang itu mungkin tidak mencukupi dia punya fitness dengan izin. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita harus ingat bahawa kita pada hari ini bertanggungjawab untuk mengemukakan rang undang-undang yang amat diperlukan kita semua. Jadi memang saya bersetuju bahawa rang undang-undang ini tidak menyenaraikan secara terperinci tatacara dan peraturan ataupun mekanisme pelaksanaan rang undang- undang. Walau bagaimanapun, kita perlu merujuk kepada, saya sekali lagi mengingatkan seksyen 26(2) masing-masing kita mempunyai undang-undang ini kita boleh merujuk.

Puan Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Kalau saya hendak merujuk, membaca saya akan membuang masa kerana saya percaya semua ingin mengambil bahagian untuk membahaskan rang undang-undang ini. Jadi sama juga hanya dengan seksyen 24, banyak seksyen yang telah dirujuk tapi saya hanya mengambil contoh beberapa seksyen yang telah dirujukkan di sini. Kalau kita bacakan di sini dengan izin, section 24 - “Notwithstanding any written law to the contrary, any information from the DNA Databank shall be admissible as a conclusive proof or the DNA identification, DNA identification in any proceedings in any court”. Jadi, ia hanya menyatakan bahawa maklumat dari Bank Data DNA adalah muktamad dan hendaklah diterima sebagai suatu bukti bagi identifikasi DNA. Jadi ini tidak terus mensabitkan seseorang itu melakukan kesalahan kerana sepertimana yang kita maklum bahawa rang undang-undang ini bukan hanya untuk mencari orang yang bersalah.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Puan Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tidak apalah Yang Berhormat Telok Intan, you sudah berucap semalam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Telok Intan tidak payah Yang Berhormat.

Puan Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tidak payah, you sudah puas sudah semalam bagi chance saya. Siapa-siapa pun saya...

Tuan Haji Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sama jugalah, Yang Berhormat Shah Alam saya ingat duduk jugalah.

Tuan Haji Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya belum bahas lagi, untuk mencelah sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak apalah Yang Berhormat.

Puan Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Saya di sini menjalankan tugas untuk membahaskan undang-undang. Saya tidak hendak berpolitik di sini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, dia bercerita hal undang-undang, bukan berpolitik.

Tuan S. K. DevamanyTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Duduklah, tidak payah.

Tuan Haji Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Kenapa wakil rakyat Barisan Nasional semua tidak benarkan kita mencelah?

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Macam mana dia tahu saya puas... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak mengapa Yang Berhormat, tidak mengapa Yang Berhormat. [Disampuk]

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tuan Yang di-Pertua, kita tahu banyak soalan yang ditimbulkan, akhirnya merujuk dan menjurus kepada politik. Saya hari ini hanya hendak menjalankan tugas saya sebagai rakyat...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak menjurus kepada politik, beri saya peluang. Saya mahu kemukakan soalan, penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, dia tidak bagi Yang Berhormat.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tidak mengapa, dengar dahulu, dengar dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, dengar Yang Berhormat.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Yang Berhormat Shah Alam dengar dahulu ya, okey? Mungkin ada jawapannya di sini, terima kasih. Saya sambung lagi. Kalau kita merujuk kepada seksyen 4(1) dan 4(2), objektif Bank Data DNA ini adalah untuk mengenalpastikan manusia berhubung dengan penyiasatan forensik Tuan Yang di-Pertua. Saya berharap kita dapat melihat pengenalan rang undang-undang ini dari sudut positif. Ada yang menyentuh mengenai rules of natural justice. Sorry, saya kadang- kadang terpaksa dengan izin, menggunakan perkataan bahasa Inggeris. Ada orang yang tidak diberi peluang dari segi rules of natural justice. Akan tetapi di sini, kita hanya merujuk kepada rang undang-undang ini mengenai pengenalpastian berhubung manusia dengan penyiasatan forensik tadi. Kalau berlaku sesuatu kes itu, kalau ia pergi ke mahkamah, maka peraturan mahkamah pun masih ada prosedur di mahkamah yang patut diguna pakai, diaplikasikan oleh mahkamah dan undang- undang lain juga masih diaplikasikan. Jadi kita tidak menidakkan orang itu dari rules of natural justice. Jadi dari itu Tuan Yang di-Pertua, saya berharap rakan-rakan di sebelah sana dan sama juga di sebelah sini, kalau merasakan undang-undang ini masih banyak lacuna ataupun kepincangannya, kita berpeluang untuk membahaskan dan ini juga seperti yang saya katakan tadi, kita rujuk kepada seksyen 26(2)(a) di mana banyak lagi peraturan dibenarkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat peraturan bagi membantu ataupun sebagai complement kepada mana-mana seksyen yang lain. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya bagi Yang Berhormat Selayang. [Disampuk] [Ketawa] Itu saya yang buat keputusan, Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ketua Pembangkang tak nak bahaskah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Selayang, gunakan masa dengan sebaik mungkin.

Saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk membahaskan rang undang-undang ini. Tuan Yang di- Pertua, cara bagaimana Yang Berhormat Menteri telah menggesa kelulusan rang undang- undang ini, menimbulkan kekhuatiran untuk menggunakan akta di dalam masa yang pendek bagi bicara kes yang telah ditetapkan seperti kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bacaan kali pertama ialah pada 18 Ogos dan bacaan kali kedua adalah pada 8 hari kemudian. Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 yang diketepikan dan ini menimbulkan kekhuatiran dan kerisauan terutamanya kerana rang undang-undang ini ada banyak kelemahannya, memandangkan ia telah dikeluarkan dengan secara tergesa-gesa dan terburu-buru. Contohnya, seksyen 3(3)(g) di mana perenggan 16(2)(a) dirujuk. Di dalam rang undang-undang ini tidak ada perenggan 16(2)(a). Ini menunjukkan kecuaian dan kelalaian mereka yang telah mengeluarkan rang undang- undang ini. Mengapa kita hendak membuat rang undang-undang ini dengan sebegitu segera sehingga membuat kesilapan? Tuan Yang di-Pertua, isu penting di dalam Dewan ini kepada kesemua Ahli Dewan yang mulia bukanlah isu politik tetapi isu prinsip. Prinsip di semua Parlimen yang mengikut demokrasi dan bertamadun ialah bahawa seorang tertuduh tidak bersalah sehingga bukti bersalah diberikan. Mengikut prinsip ini, lebih baik 10 orang yang tidak bersalah dilepaskan daripada menghukum seorang yang bersalah. Akan tetapi prinsip ini tidak diikuti di dalam rang undang-undang ini. Ini adalah isu yang penting kerana perlindungan dan pembelaan yang diberikan kepada seorang yang kena tuduh disingkirkan oleh rang undang-undang ini.

Bukan hanya mengambil sampel intim ataupun tidak intim, tetapi pembelaan dan hak untuk membela seorang diri telah disingkirkan. Inilah isunya di mana ahli-ahli di dalam Dewan ini tidak mengambil kira dan mengambil berat berkaitan politik. Beberapa ahli telah berucap tentang seksyen 24 dan beberapa ahli juga yang telah menyokong rang undang-undang ini telah mengatakan bahawa DNA adalah satu teknologi yang canggih. Akan tetapi, ini bukanlah hal sebenarnya. Sebenarnya, identifikasi DNA adalah bukan mengikut satu robot atau komputer dan boleh terdapat kesilapan. Seksyen 9 di dalam rang undang-undang ini juga telah memberikan peruntukan untuk membuat kesilapan. Kalau ada kesilapan timbul, mengapa seksyen 24, mahkamah tidak mendapat peluang untuk mencabar kesilapan? Kesilapan akan datang bukan sahaja mengikut sains kerana manusia yang melaksanakannya dan kita sebagai manusia selalunya membuat kesilapan. Di dalam kes- kes seperti kes Altantuya dan lain-lainnya, para penyiasat dan polis telah datang memberikan keterangan dan bukti serta mengaku bahawa mereka telah membuat kesilapan. Inilah bahayanya rang undang-undang ini. Prosedur...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jangan berucap Yang Berhormat Shah Alam. Tanya soalan ya...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Rang undang-undang yang item 24 ini, apa pandangan Yang Berhormat Selayang? Dia menyatakan bahawa, “Walau apa pun mana-mana undang- undang bertulis yang berlawanan...”. Maknanya, walaupun ada undang-undang yang dikatakan natural of justicelah, undang-undang lainlah dan sebagainya, walaupun ada dan ia berlawanan dengan apa yang disebut di dalam seksyen 24 ini, maka undang-undang itu tidak boleh dipakai. Keputusan yang menyatakan bahawa DNA yang ditemui di tempat yang tertentu adalah milik Yang Berhormat Selayang. Itu adalah muktamad. Mengikut Bank Data DNA, ini adalah DNA Yang Berhormat Selayang dan muktamad walaupun Yang Berhormat Selayang kata, “Tapi saya tidak pernah pergi ke tempat itu”. Dia kata, “Tak kisah. Ini DNA tuan, muktamad”. Tuan tidak berhak untuk mencabar keputusan itu kerana keputusan itu adalah muktamad. Walaupun tuan ambil doktor, panggil doktor ke mahkamah, check darah, check DNA, lain. Dia kata, “Tak kisah” kerana DNA dalam bank kata, “Ini milik tuan”. Itu muktamad. Adakah hakim apabila rang undang-undang seperti ini dan ditulis dengan cara ini, mana punya hakim yang ada kuasa untuk melanggar undang-undang ini? Apa pandangan Yang Berhormat Selayang?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Jawab sekali boleh? Minta penjelasan Yang Berhormat Selayang. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menambah persoalan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Shah Alam kepada Yang Berhormat Selayang. Saya juga ingin bertanya, apakah kita perlu mempertikaikan, katakanlah di tempat kejadian ada kesan ibu jari dan setelah diperiksa dengan Jabatan Pendaftaran ataupun agensi-agensi kerajaan yang mempunyai data kesan tapak ibu jari tadi itu, apakah kita perlu juga sepertimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam mempertikaikan apa yang telah diberi maklumat oleh Jabatan Pendaftaran tentang cap jari tersebut.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Menyampuk]

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Shah Alam, banyak sangat yang dicelah. Tidak boleh mencelah, Yang Berhormat.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Saya hendak mencelah bagi yang berkaitan itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat hendak buat pertanyaan ataupun hendak beri penjelasan? Yang Berhormat hendak beri penjelasan kepada Yang Berhormat Selayang?

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Penjelasan. Bukan, saya hendak dapatkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak ada, Yang Berhormat. Ini peraturan.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Saya hendak mendapat pendapat daripada Yang Berhormat Selayang. Saya hendak memohon daripada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya faham Yang Berhormat.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Mencelah itu. Saya hendak memohon pendapat daripada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kalau hendak tanya dia, boleh bertanya.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Saya hendak tanya dia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pendapat daripada Yang Berhormat Selayang, adakah perbezaan di antara bukti cap jari di mana ia memang sukar ‘ditanam’ dan bukti berkenaan dengan DNA profile yang agak senang untuk ‘ditanam’ ataupun planted sebagai bukti yang palsu. DNA profile ini memang boleh didapati daripada rambut, kulit dan sebagainya sedangkan cap ibu jari cuma didapati daripada orang tertentu dan sukar ditanam. Adakah pendapat ini betul?

Terima kasih kepada kedua-dua Ahli Yang Berhormat. Ini adalah isu yang penting bagi ketiga-tiga soalan. Sekiranya saya dituduh saya mestilah diberikan peluang untuk membela diri dan kalau finger print telah digunakan saya berhak untuk membela bahawa kemungkinan finger print ini...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Telok Intan, duduk dulu. Yang Berhormat Selayang, ada tiga orang yang bangun, kena jawab semua.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Isu yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kalau sama tidak payahlah soal lagi, Yang Berhormat. [Ketawa]

Tidak mengapa, saya bagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Hendak bagi juga?

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Different angle. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin minta penjelasan. Dalam keadaan keterangan finger print, saya percaya ia memerlukan seseorang itu berada di tempat kejadian, tetapi...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak betul. Tidak betul.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Dalam keterangan DNA, kita boleh gunakan sampel daripada rambut ataupun lain-lain yang dikatakan dalam rang undang-undang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli Yang Berhormat di belakang jangan tarik... Tidak mengapa Yang Berhormat, kalau tidak betul, Yang Berhormat faham dan dia orang kata betul, memang dua-dua kata tidak betul, sama-samalah tidak betul tu! Saya pun dengar banyak cerita di sini. Silakan, Yang Berhormat Telok Intan, jangan panjang sangat. Nanti dia kata banyak sangat yang tidak betul.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Dia, semua pun tidak betul!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Samalah, sama sahaja Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Inilah masalahnya sekarang. Yang Berhormat Kota Belud bukannya lawyer, dia semuanya tidak betul.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

You, lawyer buruk yang banyaknya.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Walau bagaimanapun...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Menyampuk]

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Yang Berhormat Batu Pahat, semalam sudah bagi amaran. Semalam sudah janji. Inilah masalah Barisan Nasional, tidak simpan janji. [Ketawa] Janji mesti disimpan seperti Pakatan Rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Telok Intan, jangan layan sangat. Tolonglah.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tuan Yang di-Pertua, sekarang soalannya kepada Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, dalam apa-apa keadaan pun adakah undang-undang kita berdasar kepada tertuduh itu mesti diberi peluang untuk cabar apa-apa keterangan yang dibawa ke mahkamah oleh pihak pendakwa. Adakah Yang Berhormat bersetuju?

Terima kasih, saya bersetuju. Kalau finger print, saya ada hak untuk membela diri dan mencabar finger print itu, tetapi dalam seksyen 24 ini tidak memberikan saya peluang untuk mencabar. Ini yang tidak adil dan boleh menjadikan zalim kerana ada beberapa perkara di mana kesilapan boleh timbul. Prosedur ujian-ujian...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Dia masih sedang menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam sendiri. Duduk dululah, Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Takut terlupa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak mengapa, Yang Berhormat. Dia tidak lupa.

Tidak apa, saya jawab sekarang. Hak saya untuk membela saya kerana ada kesilapan yang boleh timbul dalam prosedur ujian yang digunakan dulunya dipanggil Restrictive Fragment Length Polymorphism (RFLP) yang telah menunjukkan ada kesilapan yang kadang-kadang ada bend shift. Oleh itu ujian yang baru ialah Polymerase Chain Reaction amplification (PCR) dan juga pada masa ini telah ditunjukkan bahawa kesilapan juga boleh berlaku dengan menggunakan ujian PCR kerana ciri-ciri fizikal komponen-komponen genetik boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor alam sekitar seperti nutrition, pendedahan kepada cahaya matahari dan kemungkinan pencemaran bahan kimia. Prosedur untuk mendapat exhibit, penyiasat-penyiasat yang tidak berjaga-jaga dan cuai dalam mengambil sampel juga boleh mencemarkan sampel. Di dalam negara-negara lain seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri, akta kita mengikut negara-negara yang lain - di negara Amerika Syarikat, England dan Australia telah juga terdapat beberapa kes di mana pihak polis telah mengambil secara sembunyi sampel DNA suspek dan dimasukkan ke tempat jenayah. Ini satu kejadian yang telah dilakukan bukan sahaja di dalam negara-negara seperti itu tetapi juga di mana-mana kerana ini adalah satu sikap kemanusiaan. Oleh sebab itu, kita Ahli Parlimen ini hendaklah menjaga kejadian seperti ini daripada berlaku. Di Amerika Syarikat...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Shah Alam, duduk dulu. Yang Berhormat Selayang ini ada kepakarannya, Yang Berhormat. Jadi, kalau Yang Berhormat tanya benda lain itu mengganggu dia. Silakan, Yang Berhormat Selayang.

Di Amerika Syarikat ada suatu kes – bukannya di Malaysia, dalam kehakimannya berkata tentang DNA profile, dengan izin, “If placed in the hands of an administration the chooses to absorb order at the cause of liberty, the database could be used to repress descends or quite literally to eliminate political opposition.” Ini yang bahayanya dan ini diberikan di dalam laporan kehakiman United States Against Kincaid pada tahun 2004. Kita hendaklah menjaga bahaya-bahaya ini. Dalam ucapan yang diberikan bahawa teknologi yang canggih ini tidak akan membuat kesilapan, kita hendak tahu bahawa apakah DNA profile ini. DNA profile ini hanyalah satu anggapan statistik. Anggapan ini ialah seperti contohnya seorang daripada satu million ada profile ini. Tertuduh ada profil yang sama. Oleh sebab itu tertuduh telah disabitkan membuat jenayah itu. Namun ini adalah alasan dan anggapan yang tidak betul. Kita ambil contoh di Malaysia yang ada 27 juta orang, kalau mengikut statistik ini dan sama dengan tertuduh juga ada 27 orang lain yang profilnya adalah sama. Oleh itu kita hendak memberikan peluang kepada tertuduh untuk mencabar, menunjukkan bukan dia sahaja yang berada di tempat itu tetapi kemungkinan ada 26 orang yang berada di situ. Akibatnya ini hanya satu anggapan, satu pendapat pakar, expert dan kalau saya yang dituduh saya hendak diberikan peluang untuk mengambil expert saya untuk mencabar apa yang diberikan oleh prosecution. Selain daripada itu ada satu lagi point yang hendak dikira ialah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat berapa panjang lagi ucapan Yang Berhormat Selayang?

Ada sedikit lagi.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Ringkas sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sedikit sahaja? Yang Berhormat ringkas sedikit ya.

Saya minta penjelasan sebagaimana yang kita dengar daripada Yang Berhormat Selayang itu, anggapan kita selama ini ialah bahawa undang-undang ini khususnya yang berkaitan dengan proses penghakiman mahkamah yang kita dengar juga daripada Yang Berhormat Telok Intan semalam prinsipnya ialah untuk menjaga save guard orang yang dituduh. Namun daripada apa yang saya dengar Yang Berhormat Selayang ucapkan tadi nampaknya rang undang-undang ini bertungkus-lumus untuk menyelamatkan save guard kerajaan, pendakwa, polis, menteri, ahli kimia, Ketua Databank, timbalan ketua, pegawai data bank, pegawai perubatan. Itu yang hendak disave guardkan dalam rang undang- undang. Adakah ini nampaknya yang sedang berlaku Yang Berhormat?

Ya, Yang Berhormat Tumpat, ini bahayanya. Mengapa kita hendak mensave guardkan kelima-lima pegawai yang hendak bertanggungjawab untuk menjaga matlamat. Tuan Yang di-Pertua, prinsip yang diamalkan daripada Parlimen yang lain ialah untuk menjaga orang biasa, rakyat bukan kepada mereka yang berkuasa dan kalau mereka cuai mereka hendaklah dituduh. Point yang kedua ialah hak asasi kita di dalam Perlembagaan iaitu dengan izin, equality before the law akan dilanggar dengan syarat-syarat di dalam rang undang-undang ini. Kenapa? Kerana mengikut definisi kesalahan, sesiapa yang dengan munasabahnya disyaki telah melakukan satu kesalahan profilnya akan dimasukkan ke dalam data bank dan kesalahan definisinya ialah apa-apa perbuatan ataupun peninggalan yang boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang.

Mengikut definisi ini kalau kita memandu kereta, bawa laju kita melanggar kesalahan dan profil DNA kita boleh masuk ke dalam data bank. Apa yang akan jadi? Mereka yang berada...

Dr. P. RamasamyDAP · PRBatu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah saya bagi kesimpulan bahawa ilmu itu ada kuasa, kuasa itulah ilmu. Nampaknya ilmu tentang DNA dalam akta ini cuba dimonopolikan oleh kerajaan dan pihak polis. So, dia tidak mahu lagi ilmu lain tentang DNA ini cuma ilmu yang dibangkitkan oleh kerajaan. Itulah ilmu tentang DNA, saya rasa ini tidak boleh diterima. Bagaimana penjelasan saudara?

Ya, saya bersetuju kerana dengan cara diberikan oleh rang undang-undang ini polis dan pendakwa tidak akan bicara yang lama. Hanya memberikan satu saksi, Ketua Bank Data DNA dan orang yang dituduh akan dihukum. Sebelum ini Seksyen 113 Penal Procedure Code...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kanun Acara...

Kanun Procedure Jenayah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kanun Acara Jenayah.

...Telah dipinda kerana Dewan yang mulia ini telah mendapat bahawa pengakuan tidak digalakkan dan polis hendak membuat siasatan yang lengkap. Akan tetapi tujuan pindaan seksyen 113 ini tidak akan di...

Pohon penjelasan ya. Yang Berhormat, memandangkan Yang Berhormat juga merupakan seorang peguam yang berpengalaman, Yang Berhormat mengatakan tadi berkaitan isu siasatan. Berdasarkan pengalaman Yang Berhormat, kes-kes yang gagal didakwa dengan baik adakah disebabkan oleh keterangan saintifik yang tidak baik ataupun dengan izin, shoddy investigation ataupun siasatan yang gagal saksi tidak datang dan sebagainya. Pohon penjelasan.

Ada banyak kes di mana hakim telah memberi amaran kerana kes tidak disiasat dengan sepatutnya dan di mana siasatan yang telah dijalankan tidak lengkap dan dengan cara yang cuai. Oleh sebab ini, kalau kita menulis ruang rang undang-undang ini satu perkara akan timbul di mana polis tidak akan membuat siasatan yang lengkap, hanya mengambil tindakan dengan melihat kepada sampel data bank. Di sini risiko orang yang telah dimasukkan ke dalam profil naik berkali-kali ganda kerana mereka yang akan dituduh kalau sampel yang ada matching dan mereka yang tidak ada didaftar tidak ada risiko ini. Di sini hak Perlembagaan untuk equality before the law telah dilanggar...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Puchong hendak tanya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Kalau boleh.

Ya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua di dalam rang undang- undang ini kita lihat seksyen 24. Seksyen 24 adalah satu seksyen yang menolak kuasa ataupun budi bicara mahkamah untuk membuat keputusan berkenaan dengan kebolehterimaan sampel DNA ini. Soalan saya adalah, adakah satu peruntukan undang-undang yang menolak budi bicara mahkamah, menolak kuasa mahkamah untuk buat satu keputusan. Adakah undang- undang sedemikian ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan? It is such a provision that out jurisdiction of the court unconstitutional.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Ini adalah kerana kalau kita lihat Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan, ianya membuat rujukan kepada equality of the law dan juga Artikel 5 yang menyatakan “No person shall be deprived of his life of liberty save in accordance with law”. Perkataan law di situ telah pun ditafsirkan sebagai juga menerima common law which is basically no person shall be deprived unless opportunity to be heard audi alteram partem. Kalaulah satu peruntukan menyatakan bahawa seseorang itu walaupun tidak setuju dengan satu keputusan tetapi tidak dibenarkan sebuah mahkamah untuk membuat keputusan berkenaan dengan perkara itu dan bukankah undang-undang ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan? Jadi oleh kerana itu ianya tidak berkuasa sama sekali. Boleh minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Dia jadi hakim Yang Berhormat..

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat dari Puchong hak Perlembagaan telah dilanggar. Tuan Yang di-Pertua, kita telah dengar dua hari ini bahawa rang undang-undang ini ada banyak kelemahan dan risiko untuk diambil seorang yang tidak bersalah amat tinggi dan oleh itu kita hendaklah berjaga- jaga kerana kalau mereka dipenjarakan, kemungkinan pampasan boleh diberi tetapi kalau mereka dijatuhkan hukuman mati, apa yang kita boleh buat? Pampasan tidak akan memberikan balik nyawa. Oleh itu, kita...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Minta penjelasan.

Ya.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita semua dengar tentang penyalahgunaan. Kebelakangan ini saya nak memberitahu bahawa terdapat kereta-kereta mewah yang boleh distart dengan menggunakan jari. Jadi beberapa kereta dicuri dengan perompak mengugut bahawa jari pemilik akan dipotong kalau mereka tidak bekerjasama untuk kereta mereka dicuri oleh perompak. Jadi saya nak tanya soalan, memandangkan DNA hanya memerlukan perkara ataupun tisu yang paling minimum untuk diletak di tempat kesalahan, apa pendapat Yang Berhormat bahawa kebelakangan ini, dalam 10 tahun ini telah berlaku banyak penyelewengan oleh pegawai-pegawai tertinggi dan bolehkah Ketua Database dipercayai bahawa kerja yang diamanahkan kepada beliau itu boleh dibuat dengan jujurnya. Bolehkah kita percaya di mana mahkamah-mahkamah sendiri... Beberapa Ahli Kerajaan: Boleh, boleh.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Menyampuk] Apa kaitan dengan kereta?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Mahkamah-mahkamah sendiri telah diperkudakan dan dipergunakan untuk menzalimi pemimpin-pemimpin di negara ini. Terima kasih.

Terima kasih. Saya setuju. Oleh sebab ini kita Ahli-ahli Dewan hendaklah jaga. Jangan kita menjadi alat kezaliman. [Tepuk] Hakim yang selalu membuat hukuman tidak mengikut undang-undang dan dengan cara pantas dipanggil hanging judge. Janganlah kita Ahli-ahli Dewan di sini dipanggil oleh orang awam dan orang di luar negara bahawa kita meluluskan rang undang-undang ini dan menjadi hanging Parliament. [Tepuk] Oleh sebab ini perkara yang kompleks, kita harus memberikan rang undang- undang ini kepada Jawatankuasa Pilihan untuk mengkaji semula, berunding dengan pakar- pakar yang lain. Apa yang kita rugi kalau memberikan peluang kepada semua untuk memberikan nasihat, supaya kita dapat satu world class rang undang-undang dan jangan terburu-buru dan membuat rang undang-undang di mana kesalahan dan nyawa diancam. Sekian, terima kasih.

[Bangun]

Terima kasih Yang Berhormat. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan usaha kerajaan dalam memperkenalkan rang undang-undang ini dan saya amat yakin bahawa rang undang- undang ini tidak pernah berniat untuk menganiayai mana-mana pihak yang tertentu. [Tepuk] Pihak pembangkang tidak seharusnya membangkang rang undang-undang ini untuk tujuan membangkang semata-mata, manakala pihak kerajaan pula tidak seharusnya menyokong rang undang-undang ini secara membuta tuli. [Tepuk] Kita seharusnya membahaskan rang undang-undang ini secara terbuka dan ikhlas. Untuk meluluskan suatu rang undang-undang berkaitan dengan DNA bagi membantu siasatan yang dibuat oleh pihak yang berwajib perlulah tulus, adil dan saksama. Tuan Yang di-Pertua, terdapat banyak fasal dalam rang undang-undang tersebut yang merupakan peruntukan yang tidak difikirkan secara masak dan implikasi seperti fasal 24 dan fasal 7. Ada pula yang dirangka secara tidak teratur dan akan tidak bermakna sekiranya diluluskan dalam bentuk yang sedia ada. Umpamanya Indeks Pesalah di bawah perenggan 3(3)(g) yang membuat rujukan kepada perenggan 16(2)(a). Padahal tiada peruntukan sedemikian yang boleh didapati atau diperuntukkan dalam rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memberi penjelasan tentang beberapa fasal yang saya rasa perlu dibuat pindaan dan juga untuk dirangka semula. Fasal 24 yang telah pun dibincangkan dan diutarakan oleh ramai di antara Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya agak khuatir adakah penggubal undang-undang sedar tentang betapa seriusnya aplikasi untuk mengesyorkan pemakaian istilah atau ungkapan “hendaklah diterima sebagai suatu bukti muktamad bagi identifikasi DNA” atau dengan izin, “shall be admissible as a conclusive proof of DNA identifications”. Adakah mereka sedar bahawa istilah atau ungkapan conclusive proof itu ditakrif di seksyen 4(3) Akta Keterangan 1990 sebagai berikut dengan izin: (i) whenever it is provided by this act that the court may presume a fact and may act as proved unless and until it is disproved, or may call for proof of it”; (ii) whenever it is directed by this act that the court shall presume a fact, it shall regard the fact as proved unless and until it is disproved; and (iii) when one fact is declared by this act to be conclusive proof of another, the court shall on proof of the one fact, regard the other as proved, and shall not allow evidence to be given for the purpose of disproving it. Sekiranya istilah atau ungkapan asal ini dikekalkan tanpa pindaan, ini akan bermaksud bahawa mana-mana maklumat termasuk keputusan analisa DNA itu hendaklah diterima begitu sahaja sebagai keterangan muktamad di mahkamah dan walaupun terdapat keterangan lain yang boleh mempertikaikan kesahihannya keputusan analisa DNA itu masih tidak boleh diambil kira oleh mahkamah. Saya juga khuatir bahawa adakah kiranya selaku wakil rakyat, kita begitu yakin dengan segala bakal tindakan manusia yang akan terlibat dalam pengumpulan dan analisa DNA itu, sehingga kita boleh pasti tidak akan berlaku kesilapan atau kecuaian dalam sesetengah kes? Dan sekiranya kemungkinan ia boleh wujud, adakah wajar kita meluluskan rangkaan seksyen 24 rang undang-undang ini dalam bentuk yang sedia ada oleh kerana dengan penggunaan istilah conclusive proof ianya akan mengikat tangan mahkamah dan tidak mengizinkan sebarang cabaran dibuat kepada mana-mana maklumat DNA yang dikemukakan di mahkamah?

Adakah Ahli-ahli Yang Berhormat pernah baca dalam surat khabar kebelakangan ini bahawa terdapat beberapa kes di Amerika Syarikat dan mungkin juga di negara-negara lain di mana hukuman kematian beberapa banduan telah diketepikan dan dibatalkan semata-mata kerana kemungkinan kesilapan dalam pengumpulan dan analisa DNA yang terlibat. Akan tetapi andainya kesilapan yang sama disedari dalam sesuatu kes di negara kita ini, ianya masih tidak akan menyelamatkan banduan yang disalah tuduhkan oleh kerana halangan dalam bentuk seksyen 24 itu tidak mengizinkan pihak mahkamah mengambil kira apa-apa keterangan lain yang boleh menunjukkan sebaliknya. Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya mencadangkan dengan tujuan mengelakkan kemungkinan kegagalan keadilan sedemikian, adalah disyorkan bahawa istilah atau ungkapan “bukti muktamad”, “conclusive proof” itu digantikan dengan istilah ungkapan prima facie evidence seperti yang terdapat dalam banyak undang-undang lain. Dan ini mencukupi bagi objektif membenarkan penerimaan masuk keterangan DNA tersebut dan pada masa yang sama juga memberi peluang yang adil dan berpatutan kepada seorang tertuduh untuk mencabar kesahihan analisa DNA tersebut. Fasal 7, pemikiran yang lebih mendalam juga harus diberikan kepada peruntukan untuk melantik seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Timbalan Pesuruhjaya Polis sebagai Ketua Bank Data DNA Forensik Malaysia dan begitu juga dengan jawatan Timbalan Ketua. Bantahan kepada cadangan sedemikian bukan kerana polis yang dinyatakan itu tidak cukup tinggi tetapi atas dasar seorang pegawai polis, ia bukan seorang yang wajar atau sesuai untuk memangku jawatan tersebut. Alasannya ialah jawatan Ketua atau Timbalan Ketua Bank Data DNA itu melibatkan tanggungjawab atas maklumat yang amat penting dan objektif utama penggunaan data tersebut dalam kebanyakan kes di mahkamah juga akan melibatkan pihak polis. Pandangan serta kepercayaan orang awam dan lebih-lebih lagi penting pandangan mahkamah harus dipertimbangkan. Integriti data yang akan dikemukakan sebagai keterangan mesti bebas daripada apa-apa kemungkinan kacauan atau gangguan dan maka jelas nampaknya conflict of interest ataupun percanggahan kepentingan sekiranya pihak yang menyiasat dan aktif dalam memastikan kejayaan sesuatu pendakwaan itu juga terlibat dalam menyimpan dan fungsi memastikan integriti keterangan tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, jam pukul 1.00 Yang Berhormat. Kalau ada lagi, boleh sambung pukul 2.30 nanti.

Ya, saya akan sambung. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi perbahasan pagi ini kita tangguhkan dahulu dan kita akan sambungkan semula pada pukul 2.30 petang nanti dan Yang Berhormat Kimanis akan menyambung ucapan beliau. Terima kasih. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, kelmarin ada ditimbulkan satu point of order oleh Yang Berhormat Subang. Beliau menarik perhatian saya kepada Peraturan Mesyuarat 54(1) dan 54(2) dan pada ketika itu saya minta tempoh untuk membuat keputusan saya pada sekarang ini. Jadi, ini keputusan saya. Iaitu peraturan untuk suatu rang undang-undang diserahkan kepada Jawatankuasa Pilihan hendaklah dibuat sebelum rang undang-undang itu dibacakan kali yang kedua seperti mana yang diperuntukkan dalam Peraturan Mesyuarat 54(1). Pengertian rang undang-undang itu dibacakan kali yang kedua adalah apabila keputusan untuk membacakan rang undang-undang bagi kali yang kedua telah disetujukan oleh Majlis Mesyuarat. Ini bermakna, peringkat untuk dikemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 54(2) itu hendaklah dibuat sebelum diputuskan kepada majlis rang undang-undang itu dibacakan kali yang kedua. Kaedahnya adalah seperti berikut. Kaedahnya adalah apabila selesai perbahasan sesuatu rang undang-undang dan menteri selesai menjawab, Tuan Yang di-Pertua menyebut: “Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” Pada ketika inilah sesiapa sahaja Yang Berhormat, yang ingin mengemukakan usul untuk di bawa ke Select Committee atau Jawatankuasa Pilihan, berdiri, menurut 54(2) dan apabila usul itu disebut, Tuan Yang di-Pertua akan kemukakan kepada Majlis dan usul hendaklah diputuskan serta-merta dengan tidak boleh dipinda ataupun dibahas. Jadi maksudnya apabila menteri sudah menjawab daripada apa-apa isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat, selepas itu apabila masalah itu sedang dikemukakan oleh Tuan Yang di-Pertua, sebelum diundi, di situlah sesiapa Ahli Yang Berhormat, mahu minta dirujuk perkara itu kepada jawatankuasa pilihan di atas perkara 54(2) pada ketika itu berdiri dan ini telah pun berlaku dahulu pada tahun 2005 dan 2003. Iaitu sewaktu rang undang-undang PLKN sewaktu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan sewaktu perubahan Perlembagaan. Usul ini telah dibawa oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Batu Gajah. Terima kasih. Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Kimanis tadi berbahas, sila. Teruskan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung perbahasan mengenai DNA ini. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana saya ingin meneruskan ucapan saya ini, oleh itu saya tidak akan memberi laluan kepada sesiapa kerana saya ingin menggambarkan satu cadangan yang akan berterusan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Merujuk kepada fasal 7, saya cadangkan lebih elok dan adil untuk melantik seorang pakar DNA yang bebas dan bukan di bawah PDRM bagi menjawat kedua-dua jawatan ketua dan timbalan ketua tersebut. Pegawai-pegawai polis boleh dilantik sebagai pegawai Bank Data DNA di bawah perenggan 7(3) sahaja untuk membantu ketua dan timbalan ketua yang dilantik di bawah perenggan 7(1) dan (2). Dengan ini saya percaya keyakinan orang awam dan juga pihak mahkamah atas kesahihan data DNA yang dikemukakan sebagai keterangan itu akan menambah dan juga akan menyangkal kemungkinan apa-apa tohmahan terdapat gangguan kepada data seperti yang kerap kali dibuat kebelakangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 9. Lebih-lebih lagi di bawah fasal 9 ini yang membenarkan Ketua Bank Data DNA untuk membuat pembetulan butir-butir dalam profil dan maklumat DNA. Jawatan sedemikian mesti dipegang oleh seorang pakar profesional DNA yang bebas untuk memastikan integrity tindakan sedemikian kalau perlu dibuat. Saya cadangkan ‘safeguard’ tambahan harus dipertimbangkan bagi tindakan pembetulan yang begitu serius untuk memastikan tiada penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan berlaku. Maka, dicadangkan bahawa sebarang cadangan untuk membuat pembetulan melibatkan satu permohonan dibuat kepada pihak mahkamah dan pihak DNA yang terlibat diberikan peluang untuk hadir dan mengambil bahagian dalam prosiding tersebut. Fasal 16 dan juga fasal 27. Tuan Yang di-Pertua, fasal 16 membenarkan sampel DNA diambil daripada mana-mana orang yang menjalani hukuman pemenjaraan berkaitan dengan suatu kesalahan yang telah disabitkan. Manakala fasal 27 menyifatkan apa-apa profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang sedia disimpan dan disenggarakan oleh Jabatan Kimia Malaysia atau PDRM sebaik sebelum berkuat kuasa akta ini sebagai telah disimpan dan ini disenggarakan di dalam dan menjadi sebahagian daripada Bank Data DNA yang ditubuhkan di bawah akta ini mengikut indeks yang terpakai. Memandangkan kedua-dua fasal tersebut akan terpakai kepada perkara-perkara yang telah berlaku sebelum tarikh kuat kuasa rang undang-undang ini, kemungkinan terdapat pelanggaran prinsip ex post facto laws di bawah artikel atau perkara 7 Perlembagaan yang melarang mana-mana orang dihukumi bagi sesuatu yang pada masa ia dibuat atau berlaku tidak tertakluk kepada undang-undang yang masih belum diperkenalkan. Saya sedar walaupun tiada hukuman yang terlibat secara ketat dalam peruntukan fasal 16 dan fasal 27, tetapi effect atau kesannya meminggirkan akibat hukum kerana dengan kewujudan kedua-dua peruntukan tersebut, akan terdapat golongan pesalah dan lebih-lebih merisaukan lagi, golongan suspek di mana sampel DNA yang dikumpulkan sebelum tarikh kuat kuasa rang undang-undang ini akan terjatuh di bawah skop peruntukan rang undang-undang ini dan pemakaian segala peruntukan-peruntukan lain termasuk fasal 24 yang controversial itu. Jika dipertimbangkan sedemikian, mana-mana orang yang terdapat sampel DNA sebelum ini milikan agensi tersebut dengan tanpa mengira mana ianya diperoleh, sama ada dengan kebenaran atau tidak, sampel tersebut akan terjatuh bahawa di bawah skop rang undang-undang baru ini. Beliau mungkin juga terdedah kepada kemungkinan sampel tersebut diguna pakai dengan operasi fasal 24 sebagai bukti muktamad terhadapnya. Bukankah kemungkinan sebagai mempunyai effect atau kesan hukuman yang akan melanggar perkara (7) dalam Perlembagaan Persekutuan? Saya juga mencadangkan bahawa maka pertimbangan yang lebih mendalam perlu ditumpukan kepada kedua-dua fasal ini untuk memastikan tiada perlanggaran peruntukan perkara 7 dalam Perlembagaan Persekutuan kita. Saya cadangkan untuk memastikan ketiadaan perlanggaran ini dengan mewujudkan satu proviso bahawa sampel DNA hanya boleh di kumpul daripada pesalah di penjara atau sampel yang sedia ada dalam simpanan boleh diguna pakai dengan kebenaran bertulis daripada pesalah berkenaan atau tumpuan asal. Tuan Yang di-Pertua, fasal 12 dan fasal 13, bantahan pertama ialah mengapa perlunya untuk membezakan di antara sampel intim dan sampel bukan intim sebagaimana yang ditakrifkan di bawah fasal 2, memandangkan ketetapan sains DNA boleh dicapai atas mana-mana sampel DNA sama ada secara intim ataupun bukan intim. Nampaknya tujuan tersirat ialah untuk membenarkan tatacara pengambilan yang berbeza iaitu di mana tatacara pengambilan sampel intim di bawah fasal 12 memerlukan keizinan dan hanya boleh diambil oleh seseorang pegawai perubatan kerajaan manakala di bawah fasal 13 yang terpakai kepada sampel bukan intim, tidak memerlukan keizinan dan boleh diambil oleh pegawai polis dan ahli-ahli kimia tambahan kepada pegawai perubatan kerajaan.

Lagipun fasal 13 membenarkan pegawai polis untuk menggunakan segala cara yang perlu, all means necessary dengan izin, yang boleh melibatkan penggunaan kuasa paksaan dan juga muslihat. Sebagai satu negara berpandukan kaedah undang-undang rules of law dan Parlimen selaku satu institusi yang berkewibawaan undang-undang, ianya tidak harus meluluskan peruntukan sedemikian yang penuh dengan kemungkinan salah guna kuasa yang akan membawa kepada kemungkinan sebarang penganiayaan. Lagipun tidak ada peruntukan untuk menyimpan sampel tambahan bagi penganalisisan oleh pakar bebas. Kalau perlu, di bawah perintah mahkamah, berbanding kes-kes di bawah Akta Makanan 1983 di mana terdapat peruntukan dalam banyak bentuk seksyen 20 untuk menguatkuasakan pihak mahkamah bagi memerintah bahagian sampel dihantar untuk analisa oleh pakar lain. Apakah kepentingan yang melibatkan sampel DNA seorang insan itu tidak lebih penting daripada hal makanan yang mempunyai safeguards sedemikian? Saya mencadangkan juga keluarkan perbezaan di antara sampel intim dan sampel bukan intim tadi di bawah fasal 2. Peruntukan untuk satu tatacara pengambilan sampel DNA yang sama bagi semua kes safeguards keperluan, keizinan khasnya. Ketiga, masukkan safeguards tambahan seperti pengumpulan sampel yang cukup, jumlah bahagian yang harus termasuk dua bahagian tambahan kepada sampel pihak berkuasa iaitu satu untuk diberikan kepada tertuduh bagi analisa pihaknya sendiri dan satu disimpan untuk keperluan pihak mahkamah sekiranya terdapat dua percanggahan dalam keputusan analisa DNA dan mahkamah fikir berpatutan untuk memerintahkan bahagian sampel ketiga itu kepada satu pakar bebas di mana lantikannya dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang terlibat atau di bawah lantikan mahkamah. Fasal 17, susulan daripada usul di atas, maka fasal 17 perlu dipinda untuk memastikan bahawa pengambilan bahagian sampel adalah mencukupi dan tidak tergesa- gesa untuk memusnahkan mana-mana bahagian yang tinggal sehingga tatacara yang disyorkan di atas iaitu pemberian satu bahagian kepada pihak tertuduh dan satu lagi bahagian kepada pakar bebas dibuat atau disahkan tidak diperlukan lagi. Fasal 15 dan fasal 18, fasal 15(2)(c), membenarkan seseorang yang memberi sampel DNA secara sukarela untuk menarik balik kebenaran dalam fasal 18, memperkuasakan Ketua Bank Data DNA untuk menghapuskan profil DNA dalam beberapa keadaan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh tanya Yang Berhormat?

Tidak tahu lagi. Saya telah pun memaklumkan Tuan Yang di-Pertua bahawa saya tidak akan membenarkan. Memandangkan bahawa fasal 15 tidak memperuntukkan seterusnya tindakan yang harus diambil apabila kebenaran ditarik balik, maka fasal 18 perlu diperluaskan untuk masukkan kaedah ini. Fasal 11, memandangkan usul-usul di atas melibatkan penganalisisan sampel DNA oleh pakar-pakar lain, maka perlu memperluaskan skop di bawah fasal 11. Saya cadangkan tujuan dan golongan orang yang lebih diberi akses kepada maklumat dan sampel DNA, mesti diperluaskan untuk termasuk pakar pihak tertuduh dan pakar lantikan mahkamah iaitu pihak yang ketiga. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab rang undang-undang itu begitu penting, saya berharap kerajaan akan memberi pertimbangan kepada beberapa cadangan yang telah pun diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat supaya kita dapat merangkumi satu rang undang- undang yang baik dan boleh diakui satu rang undang-undang yang cukup adil, saksama bagi semua rakyat di negara kita. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ramai lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang hendak bercakap pasal DNA ini? Setakat ini sudah 18 orang bercakap, 8 daripada BN dan 10 daripada pembangkang. Jadi saya rasa banyak sudah pendapat-pendapat yang telah kita dengar. Jadi kalau boleh siapa nanti yang...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kalau ada point-point baru Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ada enam lagi yang hendak bercakap.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya ingat bagi Yang Berhormat Gombaklah dia punya ketua.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Satu orang lima minit cukup.

Lima minit.

Tuan Yang di-Pertua

Tujuh yang bercakap jadi kalau boleh kita habiskanlah sebelum 5.30 begitu kerana banyak sudah perkara yang dibincangkan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, isu ini sangat penting Tuan Yang di-Pertua, kita sudah beberapa kali, sudah tiga hari.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya tahu,

Hadkan masa Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan beri bercakap, sila bercakap tetapi singkatkan. Point yang telah dihujahkan oleh teman itu tidak payah disebut lagilah dan saya difahamkan bahawa ada juga di samping di dalam ini, ada juga perbincangan di luar yang telah dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk menteri mengenai dengan bil ini. Jadi dalam soal ini tidak payahlah panjang lebar oleh sebab kita sudah dengar secara terperinci, Yang Berhormat Kimanis punya hujah tadi pun sudah secara terperinci. Apabila saya perhatikan peringkat jawatankuasa pun kalau dikira tak ada lagi dirunding, sudah pun secara terperinci dikeluarkan oleh Yang Berhormat Puchong, daripada Yang Berhormat Seremban kelmarin, daripada Yang Berhormat Subang, yang mahu dengar ini tinggal Yang Berhormat Gombak sahaja. Jangan banyak politikan, sudahlah, di Permatang Pauh sudah tahu keputusan.

Tuan Yang di-Pertua, saya belum bercakap lagi Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya itulah makanya saya kasi tahu awal-awal lagi ini supaya jangan cakap panjang. Okey sekarang Yang Berhormat Gombak, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma sebelum saya mulakan perbahasan Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok usul rang undang-undang tentang hendak lantik ahli geologi pun lima hari kita bahas. Kenaf pun berhari-hari kita bahas. Bagi saya, Rang Undang-undang DNA ini satu perkara yang penting, tiga hari tidak cukup dan ianya dibuat secara tergesa-gesa Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak nyatakan di sini, saya lihat semua Ahli-ahli Parlimen sama ada di Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional, kita tidak dispute Tuan Yang di-Pertua bahawa rang undang-undang ini satu perkara yang cukup penting. Kita setuju bahawa negara kita memerlukan satu undang- undang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran, kita tidak ada masalah. Akan tetapi dalam membicarakan soal fundamental ini, kita lihat kerajaan tergesa-gesa hendak buat. Rang undang-undang ini baru diserahkan pada 18 hari bulan. Sepatutnya kalau tengok urutan yang telah ditetapkan, ianya setelah kita bahaskan rang undang-undang tentang AUKU tetapi bila kami berada di Permatang Pauh, kelam kabut kerajaan hendak percepatkan rang undang-undang ini. Inilah yang menimbulkan persepsi yang kurang sihat. Bagi saya, ini bukan buruk sangka kerana saya dengar tadi Yang Berhormat Kimanis, teman-teman Yang Berhormat Batu Pahat, sebahagiannya di luar dia berani cakap, bantah tetapi di dalam dia tidak berapa berani. Ini penting Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak hendak sebut nama tetapi ada bekas menteri, ada menteri, ada Ahli Parlimen yang setuju bahawa rang undang-undang ini penting, yang harus kita teliti semula supaya draf yang kita bentangkan hari ini benar-benar komprehensif.

Telah dibangkitkan tadi dalam bukan soal undang-undang tetapi dalam kita menyediakan draf ini pun ianya dibuat secara tergesa-gesa, sehingga ada perenggan yang tidak wujud juga telah ditimbulkan dalam perkara ini. Sebab itu saya berharap Tuan Yang di-Pertua, dapat membenarkan masa yang lebih untuk kita bincang perkara ini dan dapat kita teliti semula rang undang-undang yang dibentangkan. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat skema rang undang-undang ini, banyak concern dan keprihatinan yang telah kita bahaskan. Salah satu perkara ialah klausa 24 yang memberi kuasa mutlak kepada pihak polis. Saya hendak berdiri di sini hendak pertahankan, kita bukan hendak menyerang keseluruhan institusi Polis Diraja Malaysia, ada pegawai menjalankan tugas mereka secara baik tetapi kredibiliti polis Malaysia ini masih di tahap yang cukup rendah. Bagaimana mungkin kita menyerahkan kuasa mutlak kepada pihak polis sedangkan terlalu banyak documented evidences yang menunjukkan bahawa dalam beberapa perkara pihak polis tidak menjalankan tugas mereka dengan profesional dan amanah. Saya nyatakan perkara ini Tuan Yang di-Pertua, sebab pengalaman saya pada 16 September 1998. Apabila saya ditangkap dalam keadaan di mana saya tidak ada akses kepada peguam, saya tidak ada akses kepada keluarga, saya tidak ada akses kepada mana-mana pihak untuk dirujuk, saya dipaksa dengan ugutan, dengan paksaan untuk mengambil darah saya. Ini pengalaman peribadi saya. Saya ditelanjangkan, saya dibogelkan, saya dipaksa darah saya hendak diambil. Alhamdulillah saya pertahankan kerana saya tahu hak saya, tetapi ini persoalan saya, bagaimana mungkin kita hendak serahkan bank ini kepada pihak polis bila kita tahu dalam banyak kes ada segelintir pegawai tertinggi polis yang tidak menjalankan tugas mereka secara profesional. Contoh mudah kita hendak wujudkan sebuah bank, kita serahkan pengerusi bank tersebut kepada perompak. Ianya tidak boleh dilaksanakan begitu. Sebab itu kita hendak perkara 24 ini dikaji semula, yang memberikan kuasa mutlak. Sehinggakan mahkamah kena terima bulat-bulat apa juga yang diserahkan oleh bank ini sebagai conclusive evidence. Ini telah dinyatakan ianya melanggar prinsip natural justice yang diamalkan oleh negara kita. Sepatutnya mahkamah diberikan kebenaran, diberikan ruang untuk mendengar perkara ini dan tidak diterima bulat-bulat sebagai conclusive evidence. Ini juga bermakna rang undang-undang ini mengakui bahawa wujud kebarangkalian kecacatan dalam undang- undang tersebut. Maka Tuan Yang di-Pertua saya berharap perkara ini dapat diteliti semula. Perkara yang kedua Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita dengar ada banyak pihak khususnya daripada kerajaan, menggesa supaya individu tertentu menyerahkan darahnya. Saya tidak mahu mengalih pandangan kita bahawa rang undang-undang ini dibahaskan semata-mata kerana individu tertentu. Penubuhan Bank Bata DNA ini jelas kalau kita lihat dalam perkara 4 ialah untuk menyimpan indeks setelah proses pengambilan sampel DNA tersebut. Ini bermakna kita mengakui bahawa Bank Data DNA ini adalah sebuah bank yang dapat menyimpan indeks data DNA seseorang itu. Dalam konteks ini mengapa baru-baru ini kerajaan mendesak Datuk Seri Anwar untuk menyerahkan darahnya sungguh-sungguh, sedangkan 10 tahun yang lalu pihak polis sudah ambil darah, sudah ambil bulu, sudah ambil rambut, sudah ambil air mani. Di mana sampel itu sekarang? Di mana profil itu sekarang? Di mana data itu sekarang? Kalau benar Bank Data DNA ini boleh menyimpan profil, we are not talking about sample dengan izin, Tuan Yang di-Pertua kita bercakap soal profil DNA. Kalau benar bank ini bermatlamat, berobjektifkan untuk menyimpan indeks sampel DNA tersebut dan DNA ini tidak akan merubah 10 tahun, 100 tahun, 1,000 tahun. Mengapa pimpinan kerajaan menggunakan kuasa mereka termasuk polis untuk mendesak darah diambil semula dan diserahkan? Sedangkan mereka ada dalam simpanan mereka. Sebab itulah saya berharap dalam menubuhkan Bank Data DNA ini, pihak kerajaan dapat benar- benar bertanggungjawab memastikan pengurusan Bank Data DNA ini diuruskan oleh pihak yang bebas, yang berkecuali, yang profesional yang dapat menjaga amanah ini dengan baik.

Justeru itu, saya sekali lagi berharap agar rang undang-undang ini dapat kita serahkan kepada Select Committee. Bukan kita tolak Tuan Yang di-Pertua, kita tidak menolak rang undang-undang ini, tetapi kita dengar pandangan banyak pihak termasuk daripada pihak Barisan Nasional dan perkara ini satu perkara yang bukan luar biasa yang pernah berlaku pada tahun 2004...

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

[Bangun]

Ya, sila.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Saya ingin memohon penjelasan. Yang Berhormat Gombak tadi menyebut ada satu kes yang berkaitan dengan nampaknya terdesaknya yang DNA itu diperolehi untuk tujuan kes yang tertentu yang kita semua maklum. Adakah Yang Berhormat ada pengetahuan berapa ratus ribu kes di mahkamahkah yang belum selesai kerana tak ada DNA ini yang terlalu terdesak sangat rang undang- undang DNA ini mesti diluluskan hari ini? Berapa ratus ribu kes agaknya ada di mahkamah yang belum selesai kerana kes DNA ini mengikut maklumat dan pengetahuan Yang Berhormat Gombak?

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Angka tepat belum adalah sebab insya-Allah selepas 16 September kita ambil alih kita adalah angka-angka tersebut tetapi sekali lagi ini persepsi umum. Saya tidak mahu mewujudkan persepsi tersebut, tetapi kalau Yang Berhormat Menteri dan kerajaan secara tergesa-gesa hendak bawa rang undang-undang ini, hendak luluskan hari ini, hendak bulldoze hari ini, inilah wujudnya persepsi. Kalau rang undang-undang ini dibentangkan dengan fakta yang tepat, hujah yang cukup lengkap kita tidak ada masalah. Kita boleh bahas tetapi Tuan Yang di-Pertua, dalam mana-mana negara moden hari ini first class Parliament sepatutnya rang undang-undang yang sebegini penting dan sebegini besar mestilah dirujuk kepada select committee kita lebih dahulu. Biar ada public consultation. Ini tidak ada siapa pun dirujuk. Bar Council tidak dirujuk, pihak pengamal perubatan tidak dirujuk. Yang dirujuk pihak polis yang ada kepentingan, yang dirujuk Jabatan Peguam Negara. Sekali lagi kredibiliti mereka juga sedang dipertikaikan bukan sahaja oleh pembangkang tetapi rakyat seluruh Malaysia. Buatlah apa sekalipun oleh UMNO dan Barisan Nasional. Angkatlah sumpah berapa puluh kali pun tetapi rakyat sudah hilang keyakinan kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang ditunjukkan dalam Permatang Pauh baru-baru ini. [Tepuk] Sebab itu, saya berharap menteri ambil iktibar daripada apa yang berlaku di Permatang Pauh. Masalah ini tidak boleh selesai dengan angkat sumpah. Masalah ini boleh selesai apabila draf rang undang-undang ini dibentangkan dengan fakta yang tepat, kemas setelah mendengar pandangan semua pihak, barulah kita bawa satu draf yang cukup komprehensif dan dibentangkan dalam Parlimen. Maka Tuan Yang di-Pertua, saya berharap benar pada petang ini teman-teman daripada Barisan Nasional sama-sama bagi kepentingan semua, supaya kita dapat bersetuju Rang Undang-undang DNA ini dapat kita rujuk kepada Select Committee dan kita bawa semula ke Dewan Rakyat untuk dibentangkan dan dibahaskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan untuk saya sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Indentifikasi Asid Deoksiribonukleik ataupun ringkasnya DNA tahun 2008. Bagi pandangan saya, pihak kerajaan begitu prihatin untuk memastikan sistem perundangan, pentadbiran dan pengurusan akan sentiasa dari semasa ke semasa dapat diperbaiki dan dipertingkatkan demi untuk memastikan segala perundangan dan peraturan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk kesejahteraan rakyat itu dapat diterima oleh semua pihak.

Dengan memperkenalkan Rang Undang-undang DNA tahun 2008 ini, maka saya ingin berharap bagaimana kerajaan untuk ke sekian kalinya bagi menunjukkan keprihatinan ini bagi memastikan kita memang terlibat dalam apa juga bagi memperbaiki lagi jentera dari segi penghakiman ataupun menguruskan lagi membolehkan kita apabila mengambil tindakan ataupun sesuatu perkara yang berlaku atas kejadian yang melibatkan jenayah itu dapat diambil dengan keputusan yang lebih tepat tanpa adanya prejudis ataupun membuat keputusan yang tidak tepat. Maka rang undang-undang ini memang sewajarnya diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Saya bersetuju dengan perbahasan yang telah disampaikan oleh beberapa orang sahabat daripada Barisan Nasional iaitu supaya rang undang-undang ini sebenarnya memang kita patut perkenalkan lebih awal. Akan tetapi kebetulan ianya sesuatu yang kebetulan, kita melihat pula bagaimana rakan-rakan kita daripada pihak pembangkang yang nampak risau sangat seolah-olah mereka menampakkan bahawa rang undang-undang yang diperkenalkan ini ingin mengenakan seseorang. Namun bagi saya, pada pandangan saya rang undang-undang ini adalah untuk kebaikan rakyat Malaysia itu sendiri. Hanya keadaan dan kebetulan ianya diperkenalkan dalam keadaan yang mana politik negara ini sedang berada dalam keadaan pelbagai cabaran. Sudah biasa, kalaulah kita rasakan bahawa undang-undang ini baik untuk kepentingan rakyat Malaysia adalah diharapkan supaya pihak pembangkang ataupun pihak-pihak tertentu tidak merasa risau atau merasa gusar dan takut. Sebab apa yang perlu kita takutkan kalau kita mengikuti, kita tengok dari segi Rang Undang-undang DNA itu sendiri. Sebagaimana yang kita nampak dalam perbahasan yang kita bincang ini lebih menjurus kepada soal-soal yang teknikal. Sekarang ini kita hanya ingin memperkenalkan satu rang undang-undang dasar yang akan menjadi garis panduan kepada kita semua untuk memastikan bahawa ini adalah satu mekanisme yang lebih tepat dan lebih baik supaya kita dapat mengenal pasti bagaimana suatu peraturan ataupun kes-kes jenayah yang berlaku, yang ada hubung kait dengan si penjenayah itu tidak sewenang-wenangnya diambil tindakan. Salah satu proses yang ingin kita perkenalkan dalam rang undang-undang ini ialah Rang Undang-undang Bank Data DNA ini bagi memastikan setiap warganegara yang ada di negara kita ini, tidak akan dianiaya dengan sewenang-wenangnya ataupun tanpa mengambil kira pelbagai keputusan. Melalui proses sampel DNA di negara lain sebagai contohnya, kalau kita seperti United Kingdom, New Zealand, Singapura dan banyak lagi negara-negara yang telah lama mengambil kaedah pemprosesan sampel DNA yang mengasingkan analisa sampel DNA di tempat kejadian dengan sampel-sampel yang lain. Di sini kita melihat bagaimana kerajaan itu sendiri memperkenalkan suatu peraturan yang sebenarnya kalau kita rujuk dan lihat dari segi rang undang-undang ini iaitu dua agensi yang akan terlibat iaitu Jabatan Kimia Malaysia dan PDRM. Di sini ada dua entiti organisasi yang kita tahu seperti Jabatan Kimia Malaysia. Mereka yang dilantik dalam jawatan tersebut mempunyai kepakaran dan kita semua tahu dan faham jika kita mempunyai profesion, kita tahu dari segi peraturan dan kita tahu juga bahawa kita ada aturan-aturan yang telah diperakukan oleh badan profesion itu sendiri, kita kena menghormati. Mungkin kalau kita tidak menghormati pakar kimia, doktor ataupun sebagainya yang mempunyai bidang masing-masing, siapa lagi yang kita percaya? Untuk membuat kerja seumpama ini. Sebab kita tidak mahu semua agensi ataupun golongan profesional yang mempunyai kepakaran ini kita pertikaikan, tidak ada gunanya. Tidak ada gunanya kerajaan atau kita sendiri untuk belajar lebih tinggi ataupun lebih baik kalau kepakaran yang ada pada kita itu tidak dihormati dan dipertikaikan. Sebab bidang profesional seperti Jabatan Kimia dalam rang undang-undang ini iaitu memberi kuasa kepada mereka untuk membuat kajian dan membuat perbandingan dengan pihak yang terdapat dalam pakar- pakar daripada PDRM.

Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya tiada dipertikaikan terutamanya sebagaimana yang kita tahu bahawa anggota keselamatan kita, polis yang selama ini kita pada tahun ini sudah 51 tahun sudah merdeka. Bagaimana kehebatan, kewibawaan mereka mentadbir, menjaga keselamatan negara kita. Pengalaman saya kalau kita bandingkan bagaimana pegawai keselamatan, anggota keselamatan negara ini dibandingkan dengan negara lain, saya rasa kita antara yang terbaik. Jadi kita sebagai penggubal undang-undang di negara ini, kita jangan memperlekehkan sebab ini seolah-olah kita tidak menghormati. Siapa lagi yang kita harap menjaga keselamatan negara kita kalau kita tidak memberi kepercayaan kepada PDRM. Saya bukan berlatar belakangkan yang datang dari kelulusan sebagai seorang polis dan sebagainya tetapi jelaslah kita sudah memberi kepercayaan. Waktu malam kita boleh tidur dengan selesa, bagaimana tanggungjawab pihak keselamatan yang mungkin sahabat- sahabat kita daripada pembangkang yang tidak berhadapan dengan sempadan yang jaraknya dekat dengan negara-negara jiran kita yang mana masalah lanun sendiri. Ini gambaran yang perlu ada dan kita tidak mahu mempertikaikan seumpama ini, sebab Rang Undang-undang DNA ini penting. Kalaulah benar pihak pembangkang tiada kaitan ataupun ingin membela golongan tertentu sahaja serta golongan individu tertentu sahaja sudah tentu anda tidak profesional dalam hal ini. Seolah-olah anda ingin menegakkan dan takut sangat terlibat. Kalau kita tidak melakukan atau tiada bukti atau tiada hubung-kait, sebab kita tahu 99.9% darah itu hanya menjadi sampel utama yang memberi bukti yang paling dekat. Yang lain macam rambut, bulu dan sebagainya itu hanya sebagai...

Penjelasan.

[Bangun]

Ya, sila Yang Berhormat Jempol. Silakan sahabat.

Yang Berhormat Batu Pahat dahulu.

[Bangun]

Yang Berhormat Batu Pahat dahulu tadi. Maaf, ikut giliran. Sila Yang Berhormat Batu Pahat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Silam. Oleh kerana dilihat begitu banyak kekurangan dan disebut juga kelemahan kepada rang undang-undang yang kita sedang bahaskan terutama apabila mendengar hujah daripada Yang Berhormat Kimanis tadi. Jadi apakah Yang Berhormat Silam tidak merasakan bahawa barangkali perlu diperbetulkan semula rang undang-undang ini di samping kita mengatakan bahawa kita perlukan akta ini.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat. Rang undang-undang ini saya menyokong supaya kita dapat laksanakan secepat mungkin sebagai suatu garis dasar dan panduan. Akan tetapi pada masa yang sama jika terdapat dari segi kekurangan ataupun loophole dalam rang undang- undang ini kita boleh dari segi tambahan mungkin di masa akan datang disesuaikan. Sebab saya ingin mencadangkan juga di sini ada beberapa perkara dari segi pelantikan. Pelantikan jawatan-jawatan tertentu di bawah fungsi seperti memberi kuasa kepada menteri kemudian melantik kepada jawatan pihak polis yang lebih tinggi untuk menjawat. Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya kita tidak merasa ragu ataupun ada persepsi yang lain di sebalik ini.

Kita wujudkan di masa akan datang ataupun pada masa yang terdekat ini, pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk mewujudkan Jawatankuasa Bebas bagi memastikan segala proses yang ingin diperkenalkan ataupun diambil tindakan oleh pihak kerajaan ataupun pihak polis ataupun Jabatan Kimia itu, tidak dipertikaikan. Dengan mengambil kira pandangan daripada pihak luar ini, dapat mengurangkan masalah tanggapan dan persepsi yang tidak baik. Di samping kita juga menghormati Perkara 7, hak-hak kebebasan rakyat di negara ini. Jadi, kita berharap supaya dengan memperkenalkan Rang Undang-undang DNA ini, ini satu mekanisme yang dapat mengemaskinikan lagi konsep yang kita diperkenalkan untuk memastikan kes-kes jenayah di negara kita ini dapat diambil tindakan dengan sebaiknya. Kita melihat bagaimana Jabatan Kimia yang selaras dengan PDRM, mereka akan membuat comparison dengan izin, iaitu perbandingan sebab dengan cara ini sampel- sampel yang akan diambil itu dari segi pertikaian atau pun mungkin rasa prejudis itu tidak akan timbul jika seperti apa yang saya cadangkan tadi iaitu mewujudkan jawatankuasa yang melibatkan badan profesional sama ada pihak guaman atau pun pihak individu- individu yang terlibat dalam bidang-bidang mereka sendiri. Di samping itu juga, kalau di masa akan datang saya ingin mencadangkan di Dewan yang mulia ini supaya pihak kerajaan juga bekerjasama dengan badan-badan daripada pihak luar seperti negara-negara yang telah maju dari segi yang lamanya mereka telah menggunakan sampel DNA ini...

[Bangun]

Sila sahabat saya dari Kimanis.

Terima kasih Yang Berhormat Silam. Saya agak berbeza sedikit apa yang saya utarakan di antara pendapat daripada Yang Berhormat dari Gombak di mana Yang Berhormat dari Gombak mengatakan bahawa kita tidak seharusnya melantik seorang perompak menjadi pengerusi bank. Ahli Yang Berhormat dari Gombak, dia tidak menaruh kepercayaan pada pihak polis tetapi saya telah pun menyarankan bahawa berbeza. Saya bukan tidak percaya pada pihak polis tetapi saya mengatakan bahawa supaya tidak ada salah sangka, tidak ada syak wasangka dan tidak boleh persoalkan kewibawaan seseorang itu, maka ada perlunya dilantik seorang yang bebas. yang mempunyai kepakaran sebagai pengerusi Bank Data DNA itu. Jadi, ada perbezaan di antara Ahli Yang Berhormat dari Gombak mengatakan dia tidak percaya langsung dengan polis. Jadi, apa yang saya nyatakan, adakah Yang Berhormat setuju bahawa kita cuma hendak mengelakkan syak wasangka kepada orang-orang yang tertentu. Apa juga yang kita buat akan dipersoalkan. Jadi, ada baiknya kalaupun tertuduh itu melakukan kesalahan itu tetapi oleh kerana orang-orang yang berkenaan dilantik adalah daripada pihak-pihak yang menyiasat dan juga menjadi pengerusi, mereka akan sentiasa mempersoalkan. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa anggapan Yang Berhormat dari Gombak itu merendahkan kewibawaan pihak keselamatan dan pihak polis. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kimanis. Sebenarnya ada persamaan pandangan dengan pencadangan daripada Yang Berhormat Kimanis iaitu badan yang akan mengetuai satu agensi ini kalau perlu dia tidak ada hubung kait dengan mana-mana pihak iaitu ertinya ada kebebasan. Jadi, saya bersetuju dan menyokong supaya kita wujudkan konsep yang sama. Memang saya tidak bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Gombak tadi iaitu beliau ini sebenarnya memperlekehkan pihak keselamatan kita sedangkan mungkin dari segi pengalaman yang telah beliau alami pada 16 September dalam tahun yang saya tidak berapa ingat, tadi beliau ada sebut tadi. 1998. Terima kasih sahabat saya dari Batang Sadong iaitu mungkin itu pengalaman yang mungkin apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Gombak pada hari ini lebih seolah-olah beliau seperti melepaskan geram dan ada rasa dendam.

Sedangkan kita penggubal dasar di sini ingin mengutarakan atau pun mencadangkan dan menyokong serta membahaskan apakah kelebihan dan kekurangan Rang Undang-undang DNA ini sendiri tetapi yang jelas, mungkin kalau kita rujuk dari segi seperti yang awal tadi saya sebutkan iaitu saya nampak dalam beberapa hari ini menjurus kepada soal terlalu teknikal. Soal macam kita sendiri ketakutan yang mana kalau sayalah, saya tidak terlibat dalam perkara ini by all means, dengan izin, saya akan lawan. Kalau allegation itu tidak tepat walaupun ini yang kita nampak akan dibuktikan tetapi kalau kita selalu buat persepsi yang negatif, yang tidak baik macam pandangan daripada pihak pembangkang ini, apa pun yang diutarakan ini tidak boleh. Sebab itu kalau kita mahu world class Parliament, kita kena konstruktif dari segi membuat pandangan dan cadangan dan jangan kita hanya memperlekeh dan mengutuk.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

[Bangun]

Sahabat saya dari Jempol.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Terima kasih Yang Berhormat Silam. Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Silam telah pun mengutarakan tentang hal individu untuk mempertahankan dirinya terutama sekali untuk mereka-mereka yang dituduh dalam sesuatu kes. Saya ingin merujuk pandangan Yang Berhormat Silam berkaitan dengan fasal 12(5) yang menyatakan hak yang diberikan kepada yang dituduh berkaitan dengan maklumat yang diperoleh hasil daripada analisis sampel. Adakah ini bermakna pada fahaman Yang Berhormat Silam, bahawa mereka-mereka yang dituduh ini diambil sampel darahnya boleh diiringi peguamnya dan juga disokong oleh (6) di mana diambil oleh mereka yang profesional dalam bidang ini, dibuat analis dalam makmal-makmal tertentu dan yang dituduh juga boleh membawa pakar-pakar kimianya untuk sama-sama membuat analisis berkaitan dengan sampel tersebut. Setelah sampel ini diperoleh keputusannya, barulah ianya menjadi data, data DNA. Data ini mestilah diperoleh sama dan dipersetujui sama oleh mereka yang dituduh. Oleh yang demikian, kalau inilah keadaannya, kalau ia bersetuju, makna yang dituduh juga bersetuju, hasil daripada analisis yang dibuat oleh pakar yang dibawa oleh yang dituduh dan kerajaan juga bersetuju hasil daripada pakar yang dibuat oleh kerajaan, maka fasal 24 adalah menyatakan tidak boleh dicabar ini maknanya muktamad ialah berkaitan dengan data bank yang telah pun dipersetujui oleh yang dituduh dengan kerajaan. Oleh yang demikian, maka ia adalah berkaitan antara satu dengan lain. Adakah Yang Berhormat Silam bersetuju perlindungan yang diberikan oleh undang-undang ini terhadap mana-mana individu, rakyat Malaysia yang dituduh berkaitan dengannya?

Terima kasih di atas pandangan Yang Berhormat Jempol. Jadi, jelaslah seperti yang saya maksudkan tadi iaitu sebenarnya kenapa saya mencadangkan supaya jawatankuasa khas bebas yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Dan telah mendapat persetujuan daripada si pesalah dan daripada pihak kerajaan itu sendiri, dan merasa berpuas hati sebab kita tidak mahu apabila Perkara 24 ini sebab kita tidak boleh mempertikaikan lagi. Maka di sinilah sebabnya kita tahu, saya ingin menerangkan di sini dari segi sebarang kelonggaran daripada rang undang-undang ini, walaupun saya memang mencadangkan dari segi peringkat dasar supaya kita sama-sama dapat meluluskan rang undang-undang ini sebab ianya satu rang undang-undang yang sangat penting kepada kita bukan hanya kepada kerajaan tetapi juga kepada rakyat Malaysia. Jadi, pandangan Yang Berhormat Jempol tadi ada kaitan dengan fasal-fasal yang saya maksudkan tadi.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Silam.

Sila, jangan terlampau lamalah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ya. Pendek sahaja. Yang Berhormat Silam telah beberapa kali mengatakan rang undang-undang ini penting dan perlu dipercepatkan, diluluskan dengan segera. Tiada siapa dalam Dewan ini mengatakan rang undang-undang ini tidak penting. Kita berpendapat rang undang-undang ini amat penting sebab itu ia perlu diteliti. Ia perlu diserahkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas... [Tepuk] Jangan sahaja menuduh belah sini memperlekehkan undang-undang. Majlis Peguam, Jawatankuasa Hak Asasi, Majlis Peguam juga mempunyai bantahan ke atas rang undang-undang ini. Jadi, kalau Yang Berhormat memang mahu keadilan, kita tidak boleh compromise hak asasi manusia dan mempercepatkan rang undang-undang ini kerana penting tetapi penting pada masa yang sama mesti mengangkatkan bahawa ia tidak menafikan hak asasi manusia setiap individu yang akan mengguna pakai rang undang- undang ini. Jadi Yang Berhormat, saya harap Yang Berhormat bolehlah bersetuju agar rang undang-undang ini diteliti semula, diserah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.

Terima kasih. Saya tidak bersetujulah dengan pandangan Yang Berhormat sebab sebenarnya pandangan Yang Berhormat ini lebih didorong oleh emosi, bukan cara akal fikiran yang berfikir untuk kebaikan 23 juta rakyat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini tuduhan, Yang Berhormat Silam. Ramai Ahli dalam Dewan ini yang berbahas adalah peguam.

Terima kasih. Saya sudah bagi ruang tadi. Duduk, okey, duduk. Sebab pandangan yang setahu saya daripada beberapa sidang yang lepas sampai ke hari ini, pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, semua pandangan yang emosional dan terbawa-bawa oleh orang ramai yang daripada luar, okey. Bukan pandangan secara profesional sebagai seorang penggubal undang-undang.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Inilah masalah apabila seseorang Ahli Parlimen lelaki tidak boleh berbahas hujah yang dibangkitkan oleh seorang Ahli Parlimen wanita. Menuduh Ahli Parlimen wanita emosi, itulah masalahnya. [Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Batu Gajah, Batu Gajah...

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Macam mana kamu tekan mic pun tidak berbunyi pasal sudah saya tekan. [Ketawa] Kecuali mahu teriak-teriak lagilah. Itu sudah bukan mengikut peraturan mesyuarat. Itu macam berdialog dalam kedai kopi, bukan macam gelagat Ahli- ahli Yang Berhormat. Tidak apalah, pendapat apa dari siapa, hormat-menghormati dan kalaupun kita berbahas panjang lebar lagi, pada akhirnya kita juga akan buat kesimpulan iaitu siapa banyak suara, itulah yang menang. Jadi itulah makanya saya ingatkan awal-awal tadi tidak payah panjang lebarkan. Sudah pun kita dengar hujah daripada semua. Kalau saya biarkan, seminggu pun belum habis lagi, tetapi habis seminggu mesti kita mengundi juga begitu. Jadi, Silam panjang lagikah ini?

Sedikit sahaja lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Gombak tadi dia tidak panjang, Silam pula panjangkan. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk Silam. Ada peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat apa dia, Yang Berhormat?

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

23(1)(o).

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Duduk, duduk.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu, Silam duduk. Dulu, peraturan mesyuarat.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

23(1)(o) di mana “sesuatu pertanyaan yang menuduh atau membayangkan tuduhan terhadap sifat diri seseorang tidak dibenarkan.”

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, ini...

Balik, belajar baliklah.

Tuan Yang di-Pertua

Ini Peraturan Mesyuarat 23, kalau boleh saya gunakan setiap kali, betapa seronoklah saya. [Ketawa] Tetapi setiap kali sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat bernafas, inilah peraturan mesyuarat yang dilanggar. Tidak apalah, sama-sama kita mahu sabar, saya pun sabar juga. Silam, pendekkan lagilah Silam, tolonglah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi dalam Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 seperti yang saya selalu nyatakan dalam ucapan saya tadi sangat penting kepada kita di negara ini, maka saya menyokong supaya Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 ini dapat kita laksanakan bersama demi untuk dapat mengemaskinikan lagi sistem perundangan dan sistem yang ada hubung kait dengan kes-kes jenayah di negara ini. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum saya benarkan Ahli-ahli Yang Berhormat bercakap, sila, ada usul daripada menteri.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat hari ini tidak ditangguhkan sehingga selesai menteri menjawab ke atas perbahasan bagi peringkat bacaan kali kedua Rang Undang-undang Identifikasi Deoksiribonukleik (DNA) 2008 dan supaya perbahasan bagi peringkat Jawatankuasa sebuah-buah Majlis, rang undang-undang ini dibuat hanya selepas selesai diputuskan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 serta usul yang bersangkutan dengannya dan selepas itu Mesyuarat ditangguhkan ke jam 4.00 petang, 29 Ogos 2008 .”

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Kota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan, masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Tuan Yang di-Pertua

Silam tadi sudah habis. Ahli-ahli Yang Berhormat, nanti dahulu. Ahli Yang Berhormat, mengikut usul ini menteri bersedia untuk bincang perkara ini pada peringkat Jawatankuasa, bahawa peringkat Jawatankuasa tidak akan diputuskan pada hari ini. Ianya diputuskan selepas perbahasan belanjawan.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, fahaman saya ialah menteri yang berkenaan telah pun mendengar hujah daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Bermakna menteri ini telah selama dua hari ini mendengar segala hujah dan menteri menerima. Jadi kalau ada pindaan-pindaan demi untuk kebaikan masyarakat seperti yang dihujahkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau ada pindaan yang perlu dibuat – Subang kalau ada pindaan, Seremban ada pindaan, Batu Gajah ada pindaan, Titiwangsa ada pindaan. Buatlah notis itu, kemukakan supaya di peringkat Jawatankuasa nanti apabila dibahaskan, itu akan diambil kira semua dan itu juga akan diberi masuk dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa. Jadi bagi hemat saya, tidak perlulah untuk kita buat usul di bawah 54(2) untuk ke Select Committee, kerana Jawatankuasa Pilihan itu pun akan terdiri daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang nanti mengemukakan pandangan, sedangkan bagi pendapat saya pandangan yang telah dikemukakan daripada Puchong, daripada Gombak, daripada Subang, daripada Seremban, daripada Kimanis, memadai untuk diambil kira oleh menteri.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terlalu banyak, Tuan Yang di-Pertua, terlalu banyak lacunanya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang lacuna itu pun daripada Seremban beri masuklah lacuna-lacuna itu dalam notis untuk nanti dibuat perbahasan dalam peringkat Jawatankuasa.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kebocoran banyak, Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Kebocoran itu pada ketika itu jugalah buat tampalan- tampalan yang perlu untuk ditampal. [Ketawa] Seperti juga dengan Jawatankuasa Pilihan, bagi pendapat saya.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Apa jaminan yang boleh dibuat oleh pihak menteri kalau dibahas di peringkat Jawatankuasa, pindaan-pindaan itu boleh diterima. Tidak ada beza dengan kita merujuk usul ini ataupun akta ini kepada Select Committee.

Tuan Yang di-Pertua

Begitu juga nanti apabila dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan. Jawatankuasa Pilihan akan juga melaporkan kepada Majlis. Majlis juga akan membuat keputusan nanti.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, kita ada pengalaman, Penal Code dan Kanun Tatacara Jenayah. Apabila ditangguhkan dan dirujuk kepada Select Committee diadakan public hearing ke seluruh negara dan kerajaan menerima banyak pandangan daripada semua kumpulan. Kalau dibawa usul kepada pihak Jawatankuasa, menteri boleh menolak dengan pelbagai alasan. Itu imuniti.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Kubang Kerian boleh duduk. Saya minta menteri untuk respons kepada itu.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, sama ada ia dalam Jawatankuasa Pilihan ataupun dalam Jawatankuasa Majlis, dia punya keputusan untuk menerima atau menolak kena datang ke sini dan akan diundi, sama juga, tetapi kalau ini adalah pendekatan yang dibuat oleh Parti Pakatan Rakyat untuk mereka mengusulkan supaya ada Select Committee, itu adalah terpulang kepada mereka untuk kita belah bahagi. Pada saya Tuan Yang di-Pertua, saya menganggap setelah mendengar pandangan-pandangan, kita memberikan masa dalam dua atau tiga bulan untuk kita mengemukakan kembali setelah mengambil pandangan. Ini sebagai satu jalan untuk melihat ini bukan dari sudut politik, ia melihat daripada sudut keperluan, daripada sudut pandangan-pandangan yang diberikan. Saya fikir ini cara lebih menunjukkan kematangan dan kita tidak mempunyai partisanship di dalam undang-undang ini. Ini adalah satu undang- undang yang perlu sebab itu saya mencadangkan terpulang kepada Dewan yang mulia untuk memutuskannya.

Tuan Yang di-Pertua, kalau begitu jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri, maknanya ruang diberikan lebih kurang dua, tiga bulan untuk kementerian meneliti perbahasan yang dilakukan oleh Ahli-ahli Parlimen. Apakah jaminan Yang Berhormat Menteri bahawa pandangan dan input baru ini oleh kerana terlalu banyak kelonggaran dan kepincangan dalam draf pertama ini. Apakah jaminan Yang Berhormat Menteri bahawa pandangan ini akan diterima masuk dalam peringkat Jawatankuasa Majlis nanti. Kalau tidak, ianya tidak bermakna sebab kalau bawa ke Jawatankuasa Majlis pun kalau benda yang sama, perkara yang sama dan nak digunakan dengan belah bahagian. Maka ia tidak bermakna dua bulan, tiga bulan ataupun dua jam. Saya nak kalau boleh Yang Berhormat Menteri, saya pohon, dua, tiga bulan ini adalah ruang untuk kementerian mendengar input sama ada daripada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional dan diperkemaskan semula dan dibuat pindaan supaya peringkat Jawatankuasa Majlis nanti boleh terima pindaan-pindaan ini sebelum diluluskan rang undang-undang yang berkenaan. Terima kasih.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Gombak. Akan tetapi kalau saya memberikan jaminan yang sedemikian, saya kata kita akan mendengar. Akhirnya ia adalah terpulang kepada kita untuk mengambil apa-apa usul dan masa kita membincangkan, boleh dikemukakan. Yang Berhormat punya tujuan ialah supaya Yang Berhormat ambil alih kita punya peranan sebagai kerajaan. Saya sebagai kerajaan, itu soal lain.

Tak betul tu, tak betul!

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Dengarlah pula, tadi saya dengar. I think this is not a shouting match. Tuan Yang di-Pertua, saya cuba memberikan satu pendekatan, bukan saya hendak memaksa kepada Dewan yang mulia ini supaya mengikut pendekatan yang saya bawa. Saya katakan kalau ini adalah pegangan yang dibuat oleh parti pembangkang dalam hal ini, kita sebagai ahli-ahli perundangan boleh membuat pilihan untuk membelah bahagi dan mengundi di dalam perkara-perkara supaya kita tidak terlibat dalam menikam lidah di antara satu sama lain di atas perkara yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada kita, kita mahu cari penyelesaian. Itu sahaja pendekatan saya Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, sikit sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kepong. Is it point of view or point of order?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Point of view. Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun saya berasa Yang Berhormat Kota Tinggi dan juga Yang Berhormat Padang Rengas ini, dia sudah mempertimbangkan apa yang dihujahkan di sini dan kemudian dia buat satu langkah yang baru supaya kita ada tiga bulan lagi untuk mengemukakan pandangan dan sebagainya. Bolehkah Yang Berhormat timbang semula kerana bukan sahaja daripada ahli-ahli ini, kita hendak buka kepada orang ramai juga. Saya terima e-mel dan sebagainya pandangan mengenai bill DNA ini, rang undang-undang ini daripada luar, bukan daripada Ahli-ahli Parlimen. 222 Ahli Parlimen kita memang hendak mengemukakan pandangan tetapi ada orang yang lain juga. Kalau kita ada select committee maka kita ada mungkin select committee itu dipanjangkan kepada lima bulan, enam bulan. Di dalam enam bulan ini kita terbuka kepada orang ramai kerana banyak di internet ini daripada orang luar, bukan daripada 222 Ahli Parlimen sahaja. Saya berharaplah Tuan Yang di-Pertua bersama-sama Yang Berhormat Kota Tinggi dan Padang Rengas dapat mempertimbangkan cadangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya pun terima SMS banyak juga yang menyokong supaya yang dibentangkan ini, kita luluslah... [Tepuk] Jadi saya kira cuma perbezaannya kaedah. Saya dah cadangkan sebentar tadi supaya kita tunda Jawatankuasa, bawa pada bulan Disember dan telah pun diterima. Jadi sekarang ini pula ada kaedah baru yang dicadangkan oleh PKR, saya ingat kita undilah, kita undi biar kita putus, tak payah bercakap banyak. Kalau Yang Berhormat Kepong cakap banyak, saya pun tidur sekejap lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, sikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, last, penghabisan fasal soal ini ya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya. Tuan Yang di-Pertua, persoalannya bukanlah persoalan mengundi atau berbelah bahagi. Yang penting untuk kita bahaskan dan perdebatkan adalah kepentingan-kepentingan yang merupakan kepentingan public interest yang kita perjuangkan di sini. Memanglah kalau kita tahu pada akhirnya semua akan dibelah bahagi dan diundi tetapi Dewan yang mulia ini perlu mendengar penghujahan- penghujahan mengapa rang undang-undang ini dipertikaikan. Itu yang penting.

Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Jadi apabila kita mengesyorkan select committee ini Tuan Yang di-Pertua, ia adalah kaedah untuk kita menggembleng penglibatan dan engagement seluruh, semua pihak.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Sila.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana kita pernah bahaskan dalam Akta Dadah Berbahaya Langkah Pencegahan 1985.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor sudahlah Kuala Selangor. Saya mahu dengar daripada Chief WHIP pula, penghabisan sebelum saya buat keputusan muktamad.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada tiga perkara yang saya hendak kemukakan. Pertama, saya kira kurang adil kalau Yang Berhormat Kota Tinggi mengatakan kami nak ambil alih tugas kerajaan. Setakat hari ini tidak, lepas 16 September saya tidak tahulah, insya-Allah... [Dewan riuh] Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, seperti Yang Berhormat Kuala Selangor beritahu tadi ini bukan soal belah bahagi atau undi. Keputusan Yang Berhormat Menteri untuk menangguhkan peringkat Jawatankuasa sehingga Disember sudah tentulah atas semangat untuk memberikan ruang untuk mendapatkan pandangan dan input, saya percaya itu semangatnya. Kalau tidak sudah tentulah kita boleh putuskan hari ini. Oleh sebab itu saya ingin mencadangkan kalau Yang Berhormat Menteri sudah bersedia untuk memberikan ruang selama tiga bulan ini, saya percaya Yang Berhormat Menteri juga boleh memberikan jaminan bahawa pandangan yang telah dikemukakan oleh Majlis ini sama ada daripada Pakatan Rakyat mahu pun daripada Barisan Nasional diambil kira dan peringkat Jawatankuasa nanti akan membuat pindaan-pindaan tertentu khusus mengikut klausa-klausanya supaya rang undang-undang ini lebih kemas dan teratur. Kalau Yang Berhormat Menteri tidak memberi jaminan tersebut, apa makna ruang yang diberikan selama tiga bulan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya buat keputusan dalam hal ini, ada satu perkara pendek sahaja yang ingin saya nyatakan di sini. Iaitu satu pemikiran penulis, satu buku berkaitan dengan parliamentary democracy. Inilah yang menjadi panduan saya selama menjadi Tuan Yang di-Pertua iaitu, “the principle underlined parliamentary procedure is that the minority should have it say and the majority should have each way”. Kata-kata ini dari Philip Laundy dalam buku yang ditulis oleh beliau “Parliaments in the Modern World”.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila saya mendengar semua hujah daripada pembangkang mengenai dengan soal ini. Selepas itu segala hujah pula daripada Barisan Nasional mengenai dengan soal ini dan apabila saya membaca akta yang dibentangkan dan mengambil kira sebelum akta dibentangkan di Parlimen, sememangnya telah melalui proses-proses biasa. Ianya perbandingan telah dibuat dengan negara-negara yang mengamalkan undang-undang seperti itu. Selepas itu segala klausa-klausa kalau umpamanya ada perkataan-perkataan yang kurang elok ataupun perkara yang tidak patut dibuat di sana ataupun ada lakuna-lakuna yang tertentu. Sememangnya pihak bertanggungjawab yang mendraf akta itu telah pun melalui proses ini. Cuma di sini masalahnya ialah perbezaan pendapat di antara pihak yang berhujah pembangkang dan pihak kerajaan. Jadi menteri yang berkenaan juga duduk mendengar di sini dalam dua hari. Dan apabila usul tadi dibaca oleh seorang menteri bahawa pihak menteri mahu dalam soal ini supaya peringkat Jawatankuasa itu dibuat selepas perbahasan Belanjawan untuk 2009, bagi saya itu satu konsesi dan kompromi. Apabila mendengar hujah-hujah supaya apa pun pindaan yang dibuat itu menurut pendapat wakil-wakil rakyat daripada peguam-peguam yang practicing lawyer seperti Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Seremban dan yang lain-lain, itu adalah satu kematangan daripada pihak Yang Berhormat Menteri untuk menimbang semua kerana bagi saya wakil-wakil rakyat dalam Dewan ini adalah mewakili rakyat. Jadi kalau kita bandingkan Kanun Keseksaan yang dulu dibawa kepada masyarakat, itu satu Kanun Keseksaan yang menyelubungi semua aspek jenayah. Yang ini cuma satu cabang kecil saja dalam perundangan jenayah seperti yang disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu ini cuma DNA, ini collaborative evidence sahaja. Jadi saya telah timbangkan itu. Maka itu saya gantung kelmarin ruling saya kepada 54(1) dan (2). Jadi di bawah 54(1) dan (2) ialah selepas nanti saya izinkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bercakap dan selepas itu saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Kemudian saya kemukakan kepada Majlis. Jadi kalau 54 itu juga akan diminta oleh seorang ahli daripada pembangkang ataupun daripada kerajaan, maka akan diputuskan juga melalui undi. Jadi adalah pendapat saya bahawa dalam hal begini, keputusan terpaksa kita buat melalui belah bahagi pada setiap kali kerana apabila itu Ahli-ahli Yang Berhormat buat, matlamat sebenarnya sudah tidak tercapai. Hujah yang selama dua hari ini cuma masuk ke dalam Hansard. Jadi bagi saya dalam soal begini lebih baiklah kita mengorak satu langkah di mana Yang Berhormat Menteri saya nampak telah pun bersetuju untuk ditangguhkan sehingga habis perbahasan bajet. Apa-apa pendapat Yang Berhormat itu sudah diambil kira. Jadi kalau nanti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Gombak tadi itu akan diambil kira, betullah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Padang Rengas tadi bahawa itu adalah satu kaedah yang lain pula. Jadi itu pendapat saya. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat bersetuju itu, bolehlah saya izinkan lagi satu dua orang bercakap. Selepas itu kita minta pula Yang Berhormat Menteri menjawab kerana Yang Berhormat Menteri belum lagi menjawab kepada hujah yang ditimbulkan tadi. Mengambil kira bahawa Yang Berhormat Menteri ini pun seorang peguam juga. Begitu. Selepas itu, di peringkat Jawatankuasa nanti selepas bajet. Itu keputusan saya. Boleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam berkompromi dalam soal itu?

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, semangatnya begini Tuan Yang di-Pertua dengan izin. Tadi Tuan Yang di-Pertua merujuk kepada sebuah buku. Saya merujuk kata-kata Voltaire, ‘One government is wrong if it is dangerous to be right’. Kami di sini tidak mahu kerajaan membuat satu kesilapan atas satu akta yang kesannya kepada rakyat. Kami bersetuju di peringkat dasarnya tentang keperluan akta ini. Kita bersetuju di atas nama Parlimen dan di atas nama rakyat kita bersetuju, cuma pelaksanaannya. Tuan Yang di-Pertua, kalau semua mahu dirujuk kepada majoriti, kami tidak boleh buat apa-apa. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Itulah makanya...

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Akan tetapi kita ada kaedah. Kaedahnya sudah dibuat iaitu satu Select Committee juga mengikut kaedah dan untuk kebaikan rakyat. Dalam Select Committee itu Tuan Yang di-Pertua, kalau dicurigai kami ini berjuang untuk seseorang katakanlah, maknanya untuk Datuk Seri Anwar katakan, ada sangkaan begitu, tidak payah ada kami pun tidak apa. Ambil semua pakar-pakar NGO, pakar-pakar perubatan dalam negeri dan luar negara untuk kepentingan rakyat. Ini yang kami mahu.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Terima kasih, terima kasih. Itulah makanya...

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Jadi tolong, tolong supaya Parlimen ini memikirkan untuk rakyat, bukan untuk kami.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Itu semua sudah kita ambil kira seperti cakap saya tadi kerana perbahasan ini kalaulah umpamanya kita ikut kehendak kita masing-masing, sememangnya perbahasan itu akan berterusan saja. Jadi satu cara atau kaedah dalam perbahasan Mesyuarat kita ialah apabila hujah- hujah sudah kita dengar dan kita timbang, keputusannya ialah cuma mengundi saja. Tidak ada lain daripada itu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bangun] [Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Kerja memutuskan itu ialah Majlis juga. Lagi satu Yang Berhormat Kinabatangan, saya belum siap lagi Yang Berhormat Kinabatangan. Tolong. Okey. Itulah makanya bagi saya, apabila seseorang Yang Berhormat Menteri telah pun cukup berkompromi untuk memberi masa begitu, sebagai permulaan dan saya juga bersetuju bahawa akta ini penting tetapi ia bukanlah seperti – jangan bandingkan dengan Kanun Keseksaan. Itu adalah satu akta yang merangkumi semua jenayah yang kita terfikir. Ini satu daripada cabang evidence sahaja - pembuktian. Jadi kalau Yang Berhormat masih lagi juga berhujah begitu, saya tidak mahu lagi menghabiskan masa yang panjang. Cuma saya jemput dua tiga lagi Ahli Yang Berhormat bercakap selepas itu saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dan sewaktu saya kemukakan nanti, silalah salah seorang Yang Berhormat nanti minta supaya dibuat satu usul dibuat di bawah 54(2). Pada ketika itu kita akan buat belah bahagian. Itu yang akan jadinya. Itulah makanya saya sudah bercakap dengan Yang Berhormat Menteri. Saya pun ada bercakap dengan wakil rakyat Subang dan beberapa orang wakil rakyat kelmarin dengan soal ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh Tuan Yang di-Pertua? Sikit saja mohon izin. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak pernah melihat bahawa dalam mana-mana bill kita ada compromise begini. Saya memang bersetuju bill ini penting. Saya sendiri pun melihat ada beberapa perkara perlu kita ubah suai. Demikian juga dengan rakan saya daripada Kimanis, rakan-rakan daripada pembangkang. Jadi mengapa kita tidak bersetuju dan kita cadangkan perkara-perkara yang kita ada keraguan daripada kita berbelah bagi. Memang kami daripada Barisan Nasional kami menang kerana kami lebih. Akan tetapi matlamat kita tidak tercapai. Jadi baik kita bersetuju beri kepercayaan kita. Saya sendiri kalau ada mana-mana perkara yang meragukan, saya minta Yang Berhormat Menteri. Kita ganti perkataan itu selaras dengan tuntutan keperluan hari ini. Terima kasih.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tuan Yang di-Pertua, one...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Sedikit pandangan oleh kerana saya ada mengikuti pandangan berkenaan perkara ini. Kita bukan di sini siapa ada lebih bilangan - siapa menang dalam satu pengundian, tetapi apa cara yang terbaik untuk negara kita.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Rang Undang-undang DNA ialah satu rang undang-undang yang mustahak. Kita tidak menentang tetapi kita mahu satu rang undang-undang yang sempurna supaya semua kelemahan-kelemahan boleh diatasi. Yang Berhormat Menteri ada bersetuju bahawa peringkat Jawatankuasa dikemudiankan pada bulan Disember oleh kerana pada bulan Disember bajet dihabiskan. Kalau begitu, saya berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ada di sini supaya kita bersetuju bahawa kita adakan satu jawatankuasa pilihan kerana akan menjadikan Parlimen lebih fokus mengenai apa yang lebih sempurna untuk rang undang-undang. Bukan apabila ada satu Select Committee, bukan Select Committee Pakatan Rakyat ataupun Select Committee Barisan Nasional. Select Committee Parliament. Sebab itu kita lebih fokus. Sungguhpun ada cadangan dan pindaan-pindaan dibuat tetapi ini sangat defuse. Kita mahu profesional. Ini satu cara di mana Parlimen kita lebih profesional untuk menangani isu ini. Ini langkah terhadap satu first world Parliament yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun bersetuju. Saya harap mungkin kalau boleh saya cadangkan bahawa bagilah beberapa orang yang mahu berucap kemudian kita tangguhkan sepuluh minit. Kita bincang lagi perkara ini yang merujuk kepada negara. [Dewan riuh] Menunjuk kepada negara bahawa dalam perkara demi kepentingan negara, kita boleh berbincang dan dapat satu muafakat dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Ipoh Timur, sudah saya dengar perkara ini. Jadi saya sebagai Speaker terpaksa juga membuat tindakan utama menurut pendapat saya apabila saya mendengar semua hujah daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan daripada pihak kerajaan dan pihak Yang Berhormat Menteri sendiri. Jadi sekarang nampaknya semua sudah ada di sini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ada. Jadi kalau juga pihak pembangkang mahu supaya dibawa kepada Select Committee, saya tidak melarang prosedurnya. Yang Berhormat Ipoh Timur pun tahu sesiapapun boleh berdiri sebelum saya kemukakan untuk bacaan kali kedua dan sebelum pengundian dibuat. Jadi sekarang ini bagi saya, kalau pun ada satu dua orang bercakap, tidak payah lagilah kerana nanti kita akan discuss juga. Jadi sekarang ini saya mintalah supaya Yang Berhormat Menteri menjawab kepada semua yang dibangkitkan tadi itu. [Dewan riuh]

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

[Menyampuk]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sudah cukup sabar. Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Batu Gajah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, tak adil! Sebab kita berdiri beberapa hari...

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

[Menyampuk]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

...Untuk mengambil...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tadi Tuan Yang di-Pertua mengatakan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor! Yang Berhormat Titiwangsa.

Menteri terus jawablah.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, boleh beri saya bercakap sikit Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tadi kata beri peluang.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa saya sudah cukup bersikap adil. Cukup saya bersikap adil. Saya sudah cukup sabar. Saya sudah cukup beri penerangan kerana apabila saya sudah membuat keputusan, apabila sudah beri penerangan...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tadi Tuan Yang di-Pertua sudah janji beri...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sewaktu saya berjanji, apabila belum dibacakan usul. Apabila selepas dibaca usul, sudah juga saya janji, tetapi kalau ada lagi yang mencelah. Yang tanpa ikut peraturan mesyuarat. Tolonglah!

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya minta setuju.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya mahu berucap atas the fallacy of integrity of DNA...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat... [Dewan riuh] Duduk dulu Ahli- ahli Yang Berhormat. Bolehkah Yang Berhormat Kuala Selangor duduk dulu dan bolehkah Yang Berhormat Titiwangsa duduk dulu? Yang Berhormat Wangsa Maju, sekarang ini kalau pun saya benarkan kedua-dua Ahli Yang Berhormat, tindakan kita adalah juga kepada ada seorang yang berdiri bahawa minta ini di bawa kepada select committee. Itu pendapat Yang Berhormat Ipoh Timur. Sebelum itu, saya tanpa mahu dengar lagi oleh kerana sudah saya dengar semua hujah. Tanpa ada lagi akan meminda apa sahaja kalau pun Yang Berhormat buat hujah, saya tanpa akan dengar seperti juga begitu. Saya buat tindakan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bercakap tanpa pembesar suara] [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, silakan Yang Berhormat Menteri.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Point of order.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, ini tanpa adil.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua, saya...

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tanpa menghormati, nanti... I have the floor. Saya sekarang ada floor.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila teruskan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua belum dengar hujah...

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tak usahlah. Kita ikut peraturan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kita tanpa ada peluang hendak bercakap. Mana boleh!

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Saya dengar dengan cukup sabar, pasal saya tahu itu hak Ahli-ahli Yang Berhormat. Namun sekarang, bila saya ada floor, bagi saya peluang untuk menjawab. Itu sahaja.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Untuk jawab, saya jawab. Saya jawab pula sudah banyak dah bercakap.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Saya tak bagi lepas ini. Saya tak bagi...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Bercakap...

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Wangsa Maju sila duduk.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor sila duduk. Sila, sila.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

...Boleh, boleh?

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila. Okey, sila.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kita tangguhkan 10 minit, dua-dua pihak boleh berbincang. Cara terbaik untuk merujuk... [Dewan riuh] Kalau kita mahu spoil at suasana yang kita ada, itu terpulang kepada...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur. Boleh Yang Berhormat Ipoh Timur? Tadi Yang Berhormat Ipoh Timur sudah saya beri bercakap dengan cara yang baik.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Itulah, makanya ada satu usul daripada seorang menteri bahawa perkara ini boleh ditangguhkan ke peringkat Jawatankuasa bulan 12. Sudah menteri berkompromi. Sudah! Namun, ada perumpamaan Melayu mengatakan, “Beri betis, hendak paha.” [Dewan riuh] [Tepuk] Jadi, kadang-kadang...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, saya belum habis bercakap lagi.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ini tak adil! Tanpa ada... [Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, siapa yang sebenarnya spoil for everything. It’s, saya sebetulnya? Kalau saya duduk di sini, saya tetap bersabar, apa pun anti daripada Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya belum pernah spoil the atmosphere. Belum!

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Peraturan Mesyuarat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Peraturan Mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu Yang Berhormat. Siapa tidak bangkitkan peraturan mesyuarat, duduk dahulu. Sila Yang Berhormat Tumpat.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi Yang Berhormat Padang Rengas membawa Usul di bawah 12(1), yang mana Usul itu bermula dengan kata-kata seperti bahawa; “Sidang ini tidak akan ditangguhkan sehinggalah Menteri selesai menggulung. Selepas Menteri selesai menggulung, Dewan akan ditangguhkan sehingga bulan Oktober dan perbahasan berkaitan dengan rang undang-undang ini akan dibahaskan selepas Rang Undang-undang Belanjawan”. Implikasi dan fahaman kami daripada Usul tersebut ialah bahawa kita diberikan masa sehingga malam pun untuk membahaskan rang undang-undang ini. Namun, tiba-tiba apabila Yang Amat Berhormat-Yang Amat Berhormat masuk tiba-tiba disegerakan dan hendak digulung dengan segera. Fahaman kami ialah bahawa erti kita boleh bahaslah sehingga pukul berapa pun.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Itu kan janji Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Sebab Usul ini, Usul ini tidak perlu dibawa sekarang ini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Dia punya usul tadi jelas. Saya, usul itu ialah Jawatankuasa. Jadi, saya fikir tidak usah kita kelirukan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingat dulu, spirit yang hendak dilahirkan dan diwujudkan sebagai satu perkara yang amat penting dan mustahak, saya hendak berjumpa dengan Ahli-ahli daripada pembangkang. Saya bincang macam mana caranya kita hendak dapat pandangan dan mengambil kira. Saya buat macam itu, pasal akhirnya saya fikir eloklah perkara yang tidak menjadi satu perkara politik. Ini adalah satu perkara kepentingan kita bersama. Sebab itu saya pergi jumpa satu-satu. Saya bercakap, kita beri pendekatan Select Committee, kita tidak bersetuju pasal ada dia punya ini tetapi saya boleh mengambil pandangan dan segala pandangan yang diberikan di dalam bentuk menangguhkan perbincangan dalam Jawatankuasa. Ini adalah saya, pendekatan yang kerajaan tidak perlu buat kalau dalam ini. Kalau kita hendak menggunakan, melahirkan suasana bertentangan. kita tidak buat macam itu. Pasal saya tengok Yang Berhormat bersungguh-sungguh mempunyai hujah- hujah yang boleh kita fikirkan secara bersama, memberi masa dan jangka tiga bulan adalah sesuatu yang amat tepat. Saya fikir dalam konteks yang kita hendak meluluskan satu bidang undang- undang yang kita anggap berguna untuk kita maju ke hadapan. Namun, ada kekhuatiran, ada kebimbangan. See, can address that issue, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua...

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya jalan sekarang?

Belum, belum... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri tadi mengesahkan bahawa tujuan ditangguhkan sehingga bulan Disember itu adalah untuk mendapat pandangan dan mendengar. Sebab itu ada kaitan dengan usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Padang Rengas 12(1) supaya...

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Eh, saya bercakap dengan Tuan Yang di-Pertua! Duduk dulu. Tidak, duduk dulu.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Saya fikir tidak boleh.

Tak!

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, ini dia tidak boleh, sit down!

Tak, saya...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Bila saya ada ini, dia kena minta... [Bercakap tanpa pembesar suara]

[Bercakap tanpa pembesar suara] [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat...

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

[Bercakap tanpa pembesar suara] Tidak elok, tidak elok. Ikut peraturan, Yang Berhormat Gombak kena minta daripada Tuan Yang di-Pertua supaya saya beri laluan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak...

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Saya kena beri laluan, saya sudah mula.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gombak. Duduk dulu. Yang Berhormat Gombak duduk. Duduk dulu.

Saya hendak minta...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu sekejap. Duduk dulu. Menteri, Yang Berhormat Padang Serai, boleh duduk dulu... [Dewan riuh] Duduk dulu. Yang Berhormat Padang Serai, nanti dulu Yang Berhormat Padang Serai, duduk dulu.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Duduk!

Tuan Yang di-Pertua

Lepas itu baru saya suruh Yang Berhormat Menteri duduk dulu. Duduk dulu Yang Berhormat Menteri.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Macam itulah. Baru tahu, ini menjerit apa hal.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat...

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yang Berhormat Padang Serai tak mahu duduk.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, semua apa yang kita buat ini, kita diperhatikan oleh rakyat. Bagi saya, sudah juga di hujah tadi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanggungjawab dengan akta ini. Dia berjumpa sama saya. Selepas itu ada dua, tiga orang Ahli Yang Berhormat yang di ketuai oleh Yang Berhormat Subang berjumpa dengan saya tentang soal ini. Kerana dengan pendapat-pendapat hujah dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan telah juga menyatakan kepada saya bahawa ada understanding, maka sebab itu usul tadi dibuat oleh Yang Berhormat Padang Rengas.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, apabila pula usul itu timbul begitu, ada satu lagi kaedah baru. Macam mana, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua? Kalau pun saya dengar hujah daripada semua sampai jam 12 malam...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Bolehkah?

Tuan Yang di-Pertua

...Terpaksa juga undi akhirnya. Maka, itulah kita mengelakkan kalau boleh dengan spirit kompromi seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tadi.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai. Tolonglah Yang Berhormat Padang Serai. [Dewan riuh] Tolong duduk. Semua kita boleh berlakon, semua kita orang ini berani belaka. Itu maka lah jadi wakil rakyat, tetapi dalam saat-saat seperti begini, tolonglah dengar Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak dengar apa lagi yang kita mahu buat?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Saya belum habis lagi. Sekarang ini sudah saya buat keputusan tadi bahawa saya tidak mahu mendengar hujah lagi kerana tadi sudah saya banyak berkompromi siapa mahu bercakap boleh. Sebelum usul dibuat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Adakah ini point of order?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun] [Menyampuk]

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

No? Kalau bukan point of order saya juga boleh membenarkan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor, tidak-tidak. Yang Berhormat Padang Serai sudahlah. Apa dia? Sekarang ini sudah saya sampai ke tahap di mana sudah ramai saya dengar mengenai dengan soal ini.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Point of order?

Tuan Yang di-Pertua ada bagi tahu selepas ini akan beri laluan kepada saya. Saya hendak minta satu sahaja penjelasan. Pertama Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri beritahu tadi tujuan ditangguhkan peringkat jawatankuasa Majlis ini untuk mendengar pandangan semua pihak. Saya menyambut baik tindakan tersebut dan sebab itu usul dibawa oleh Yang Berhormat Padang Rengas. Tuan Yang di-Pertua, usul di bawa dan telah diluluskan. Di mana perbahasan akan diteruskan, mesyuarat tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan dan jawapan menteri. Sudah bawa usul yang sudah lulus.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tidak, tidak.

Nanti-nanti sekejaplah sabar.

Pasal silap.

Tidak apalah.

Okey, okey. Boleh nanti saya hendak jawab

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Maknanya usul itu telah dibawa dalam majlis. Majlis sudah bersetuju di mana tidak akan ditangguhkan sehinggalah selesai perbincangan dan perbahasan kita dan jawapan oleh Menteri. Akan tetapi saya tengok tiba- tiba hendak ditangguhkan dan disekat. Pada peringkat awal Tuan Yang di-Pertua sendiri kira berapa orang hendak bercakap. Tuan Yang di-Pertua sendiri kira dan kita kata “Okeylah setuju, beri saya dulu" dan akan diikuti oleh yang lain. Mengapa sekarang hendak dibatasi Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Boleh, boleh...

Saya pohonlah tujuan ditangguhkan Jawatankuasa ini...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gombak.

...Supaya dengar. Inilah ruang kita hendak dengar. Kita dengar semua pandangan, tidak apalah. Pahit, manis kita dengar.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gombak.

Bila dengar kita boleh bawa pindaan ini dalam peringkat Jawatankuasa. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

Yang Berhormat Tumpat lain kali kalau saya bawa usul datang awal-awallah. Ada ya? Tapi tidak faham usul sayalah? Usul saya berbunyi; “Saya mohon mencadangkan bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) mesyuarat ini tidak ditangguhkan sehingga selesai menteri menjawab.” Bukan selesai perbahasan. Selesai menjawab ke atas perbahasan bagi peringkat bacaan kali kedua. Jadi itu sebenarnya usul yang telah saya bentangkan dan telah diluluskan. Jadi tidak syak lagi bahawa tidak berbangkit soal mesti habis selepas perbahasan tapi Menteri menjawab.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya Tuan Yang di-Pertua, menteri hanya habis menjawab setelah selepas habis perbahasan. Jadi perbahasan belum habis.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Menyampuk]

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Menteri terus jawapan. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat tolong duduk dulu selepas itu saya kasi penjelasan. [Dewan riuh]

Saya setuju itu usul yang dibentangkan, tapi perbahasan belum habis. Ada kaitan dengan keputusan Tuan Yang di- Pertua tadi melihat berapa orang yang hendak berucap. Saya diberi laluan lebih dahulu kerana saya Ketua WHIP, tetapi tidak bermakna menghalang...

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat Gombak sudah ucapan itu.

...Menghalang yang lain untuk...

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang saya pula yang bercakap.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan tolong Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kejap, tanya dulu.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu Yang Berhormat Kinabatangan. Saya belum bercakap. Saya belum respons sama Yang Berhormat Gombak dulu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dewan yang mana dalam dunia ini ahli dia mahu bahas semua baru boleh menteri jawab?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya pohon. Apabila Akta Pendidikan pindaan, Tuan Yang di-Pertua pindaan itu hanya 10 fasal dan 23 orang ahli yang membahas dan pindaan...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Batu Gajah saya tidak mahu dengar apa lagi hujah. Saya tidak mahu lagi apa hujah. Saya sudah cukup bersabar. Adakah gelagat ini oleh kerana Yang Amat Berhormat ada dan Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri pun ada? Atau pun disengajakan?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Menyampuk] [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah dan yang lain jangan lagi bercakap. Tolonglah. Ahli-ahli Yang Berhormat, mana peraturan mesyuarat yang saya langgar bahawa perkara yang saya buat tidak betul? Tadi sebelum usul dibaca, tanggapan saya adalah Ahli-ahli Yang Berhormat mahu berbahas panjang lebar sewaktu nanti peringkat jawatankuasa yang akan dibuat pada bulan 12. Semua saranan-saranan Yang Berhormat dapat dimasukkan dalam peringkat jawatankuasa nanti untuk dibahas. Itulah makanya usul dibuat. Tanggapan saya ialah tidak ada seorang daripada wakil rakyat daripada pembangkang akan berdiri di bawah 54(2). Itu yang saya difahamkan dan itu yang saya dengar daripada waktu Yang Berhormat Subang dan semua datang jumpa saya. Apabila mahu juga ada 54(2), maka tidak payahlah saya panggil dua tiga untuk bercakap kerana pada akhirnya semua bercakap pun akan juga dibentangkan pada majlis untuk diundi. Begitukan? Jadi tidak payahlah kita habis masa untuk mendengar kerana semua pun saya sebut tadi bahawa ramai sudah yang cakap pasal DNA ini. Saya punya pendapat tidak boleh dibandingkan dengan kanun keseksaan kerana kanun keseksaan adalah akta yang merangkumi semua jenayah. Ini cuma satu cabang kepada jenayah itu, evidence sahaja. Jadi saya sekarang ini mengambil keputusan supaya Menteri menjawab. [Tepuk]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

[Menyampuk]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Boleh saya membantu selesai isu ini?

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

[Bangun]

Datuk Mohamad bin Haji AzizUMNO · BNSri Gading

Menteri jawab teruslah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Point of order.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Point of order.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Boleh bagi jalan selesai masalah ini. Boleh bagi jalan?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Menyampuk]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, itu point of order ke apa?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Untuk selesai isu hadapan kita.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Saya boleh bagi jalan, tapi saya belum mula pun lagi.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Belum mula? Kita jelaskan point of order supaya kita boleh menjalankan urusan kita dengan lancar. Isu sangat simple sama ada kita boleh, saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk menimbang semula mengenai Select Committee. Kita boleh tunggu tiga bulan bahawa laporkan balik kepada Dewan yang mulia ini tidak ada apa-apa masa dilengahkan. Kita beri satu masa tiga bulan supaya bulan Disember dan laporan dibuat...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur sudah. Bukan menteri....

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Ini bukan soal Menteri tetapi soal Majlis.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Kerana ini dalam peringkat perbahasan, jemput Menteri untuk menjawab. Sila menjawab.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Oleh kerana tidak ada sebab kenapa tidak boleh bersetuju dengan Select Committee.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Point of order. Saya minta izin menjelaskan.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

What number of point of order?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

54, sebab saya rasa saya perlu menjelaskan apakah yang disebut semalam. Mungkin ada kekeliruan dalam apa yang dibincangkan. Bagi saya dan rakan-rakan saya apa yang dibincangkan...

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, itu bukan point of order. Itu adalah usul bawah 54(2).

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

...Sebab, Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Nanti dulu, saya ada floor. In order to talk…

Tuan Yang di-Pertua

Okey, tidak mengapa, tidak mengapa sebab I understand what you said. I understand. Sekarang ini Ahli Yang Berhormat, saya ulang balik bahawa keputusan sudah saya buat. Apabila sudah mendengar semua, apabila sudah menimbangkan daripada Kerajaan, Pembangkang, sekarang ini saya menjemput Ahli Yang Berhormat yang bertanggungjawab dengan akta untuk menjawab kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan... [Tepuk] Selepas itu kalau ada usul di bawah 54(2) silalah nanti seorang akan berdiri. Sila teruskan.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, Alhamdulillah saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan jawapan serta penjelasan kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai isu-isu terhadap Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 ini. Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada lebih daripada 30 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan yang dijalankan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Arau ingin tahu sama ada sampel mana yang memberikan keputusan yang lebih tepat sama ada sampel intim ataupun sampel bukan intim. Untuk makluman Yang Berhormat, kadar kejayaan ataupun success rate dengan izin, untuk mendapatkan keputusan analisis DNA dari sampel intimadalah 100%. Sampel intim lebih tepat kerana selalunya mengandungi sel-sel hidup dan kandungan selnya banyak. Tuan Yang di-Pertua, dengan demikian, sampel intim lebih diutamakan. Sampel bukan intim boleh digunakan sebagai alternatif sekiranya sampel intim tidak diperoleh. Sampel DNA daripada sampel intim dan sampel bukan intim daripada orang yang sama, keputusan DNAnya adalah sama. Yang Berhormat daripada Arau juga membangkitkan, siapakah yang diberi kuasa untuk mengesahkan keputusan DNA?

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Sampel DNA yang diambil oleh pegawai perubatan kerajaan ataupun pegawai polis akan dikemukakan kepada Jabatan Kimia bagi maksud analisis lanjutan dan keputusan DNA akan disahkan oleh Jabatan Kimia. Kesemua profil DNA yang ada dalam Bank Data DNA tidak boleh dipinda, diubah kerana software yang digunakan telah direka khas dan akan merekodkan apa juga perubahan jika ada berlaku. Tuan Yang di-Pertua, kualiti piawaian Bank Data DNA dipantau dan dikawal oleh Badan Akreditasi Antarabangsa iaitu dengan izin, American Society and Forensic Laboratories yang akan mengaudit Bank Data DNA ini dari masa ke masa. Kesemua sampel DNA akan diambil menggunakan satu kaedah yang selamat dan terjamin iaitu kaedah menggunakan kad Flinders Technology Associates ataupun FTA. Ini adalah sejenis kad yang direka khas serta mempunyai bahan kimia khusus yang dapat memecahkan sel-sel darah atau sel-sel pukal dan menyebabkan sampel DNA yang ada di dalamnya akan terperangkap di dalam matriks kad ini. Dalam keadaan kering, ia tidak akan membenarkan sampel DNA keluar daripada kad matriks tersebut. Penggunaan sampel DNA untuk tujuan lain adalah tipis. Di samping itu juga, semasa sampel DNA diambil, setiap sampel akan ditandakan lokasi pengambilan, dirakam gambar, akan dibungkus, dilabel, diseal dan pergerakan sampel ini akan direkodkan dan sampel-sampel ini akan sentiasa disimpan di tempat yang selamat. Setiap kad FTA adalah unik kerana ia mempunyai bar code untuk mengelakkan percampuran kad FTA. Tuan Yang di-Pertua, fasal 4, profil dan apa-apa maklumat yang dibawa oleh Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat dari Batu Pahat, profil dan apa-apa maklumat yang berhubung dengannya yang disimpan di dalam Bank Data DNA selain digunakan bagi maksud pengenalpastian manusia berhubung dengan penyiasatan kes-kes jenayah, ia juga digunakan untuk pengenalpastian orang yang masih hidup atau yang telah mati. Bank Data DNA amat berguna di dalam penentuan, pengecaman dan pengenalpastian jasad manusia yang menjadi mangsa bencana alam, kemalangan darat, laut dan udara, dalam peperangan atau sebagainya. Di dalam kes-kes sebegini, keadaan fizikal jasad yang rosak, hancur, rentung serta berkecai menjadikan ia mustahil untuk dicam secara biasa. Ini diperuntukkan di bawah fasal 4(2)(a) dan (b) rang undang-undang ini. Sampel mangsa bencana boleh dianalisis dan perbandingan boleh dibuat menggunakan profil DNA keluarga terdekat seperti ibu bapa dan adik-beradik. Berkenaan soal pelupusan, untuk dilupuskan, prosedur dari segi pelupusan, sampel akan dibuat melalui peraturan-peraturan yang diperuntukkan di bawah fasal 17 dan 26. Bagi sampel intim, orang yang diambil sampel berhak diberitahu apa-apa maklumat mengenai sampelnya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Biar saya habiskan dahulu, selepas itu saya bagi pasal banyak perkara yang dibincangkan. Yang paling penting sekali ialah saya hendak menjawab berkenaan soalan-soalan yang ditimbulkan. Kita telah menimbulkan banyak kekeliruan dan keraguan. Apa yang saya kata tidak semestinya Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana bersetuju, tetapi ini adalah sebagai respons kita kepada persoalan-persoalan yang telah ditimbulkan. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, rang undang-undang ini tidak memperuntukkan pengambilan DNA bayi yang baru lahir. Ini ditanya oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Putatan dan juga Yang Berhormat daripada Puchong. Bank Data DNA terhad kepada indeks-indeks yang terdapat dalam perenggan 3(3) rang undang-undang ini sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya keluarga bayi tersebut berhasrat untuk menyimpan profil DNA bayi mereka, ia boleh disimpan di bawah indeks sukarela di bawah fasal 15. Aspek manipulasi data tidak timbul kerana penggunaan profil DNA dan maklumat yang berhubungan dengannya adalah tertakluk kepada penggunaan sebagaimana yang dibenarkan di bawah rang undang-undang ini.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yang Berhormat Kota Melaka bertanya berkenaan sama ada telah wujud Bank Data DNA sebelum ini. Simpanan data DNA yang sedia ada di Jabatan Kimia dikendalikan secara manual dan tidak mempunyai sistem pengecaman. Dengan yang demikian, padanan data tidak dapat dilakukan. Perbandingan hanya terhad kepada dengan izin, case- by-case basis. Rang undang-undang ini bertujuan untuk dengan izin, informalise and regulate penggunaan kaedah forensik ini agar satu sistem yang tersusun dan terkawal dapat diwujudkan. Yang Berhormat Kota Melaka juga bertanya berkenaan satu rang undang-undang Data Protection Act, dengan izin iaitu Undang-undang Perlindungan Data. Sememangnya kita sudah pun memulakan untuk merangka atau draf undang-undang ini supaya ia akan berlarutan urutan daripada Undang-undang DNA ini. Saya tahu ada pandangan supaya undang-undang ini dibuat dahulu atau DNA dibuat kemudian. Ini adalah satu kaedah dan cara yang masing-masing boleh membuat pendekatan. Yang pentingnya ialah kita memahami dan mengambil kira semua pandangan yang memerlukan kepada tindakan-tindakan untuk melindungi data-data yang ada...

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Biar saya habiskan ini, satu sahaja, kemudian saya bagi Yang Berhormat dari Kepong untuk kemukakan kalau ada perkara yang hendak diperjelaskan. Penubuhan Rang Undang-undang Perlindungan Data masih dalam tindakan dan kini di peringkat akhir. Ia akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri dan adalah difahamkan bahawa rang undang-undang tersebut mungkin dapat kita bentangkan kalau mengikut keizinan masa pada bulan Disember 2008. Walau bagaimanapun, menteri boleh menetapkan supaya Rang Undang-undang Identifikasi DNA dari segi tarikh penguatkuasaannya selepas Rang Undang-undang Perlindungan Data diluluskan. Ini adalah kerana mana-mana undang-undang, penguatkuasaannya bergantung pada pewartaan undang-undang tersebut, Tuan Yang di- Pertua. Jadi saya tidak fikir..

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Penjelasan Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Nanti, can I finish this sentence, just one sentence I want to finish because dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, hanya satu Bank Data DNA akan diwujudkan. Saya tadi sudah bersetuju untuk Yang Berhormat Kepong, selepas itu saya akan bagi kepada Yang Berhormat dari Bukit Gelugor.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Yang pertama, Yang Berhormat Kota Tinggi ialah cara-cara yang terbaru, kaedah-kaedah baru untuk mengambil sampel DNA dan juga untuk menyimpan sampel tersebut. Apakah tempoh yang boleh kita simpan? Adakah ini boleh disimpan selama 10 tahun, 20 tahun ataupun untuk selama-lamanya sampel ini? Yang keduanya, mengenai Akta Perlindungan Data ini. Saya pun gembira kerana Yang Berhormat Kota Tinggi sudah pun kata, kita sedang menggubal rang undang-undang sedemikian. Akan tetapi, saya semalam atau pagi ini ada sebutkan bahawa ini memanglah satu langkah songsang. Rang Undang-undang Perlindungan Data mestilah didahulukan sebelum kita bentangkan rang undang-undang ini.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, sampel-sampel yang disimpankan di Data Bank akan berguna selagi ia boleh disimpan dan ia tidak di tamper. Berkenaan dengan masanya nanti saya akan check dari segi peraturan yang kita akan buat, dan bagaimanakah masanya. Berkenaan dengan ini, apa pun kita buat, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, saya bagi laluan tadi bukan untuk bercakap berkenaan dengan songsang. Kita buat yang baik pun songsang juga. Jadi, Yang Berhormat, saya fikir kita kena mempunyai sifat terbuka di dalam hal ini. Kita punya tujuan ialah untuk mendapat sesuatu yang boleh mendatangkan faedah dari segi penyiasatan dan penyelidikan.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Ia akan mengembang dan membina satu lagi bidang forensik yang akan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya. Jadi saya berharap Yang Berhormat dapat terima. Kita memang tujuan kita...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Minta penjelasan.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

...Tujuan kita memang berniat suci dan baik untuk tujuan mendatangkan kebaikan. Silakan, Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kuala Selangor, duduk dulu. Yang Berhormat Menteri beri kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri ada menyatakan di luar Dewan ini dan ada dilaporkan dalam akhbar iaitu DNA sebagai bukti dalam mahkamah tidak konklusif. Pada pandangan saya dalam kes Altantuya, profil DNA ada dibuat dalam keterangan itu, yang ada diberi dalam mahkamah. Itu adalah konklusif. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri sekarang, sama ada DNA konklusif atau tidak konklusif? Itu soalan yang pertama. Kedua, adakah rang undang-undang ini evidential, procedural atau substantif? Ketiga, adakah rang undang-undang ini akan dijalankan sebagai prospective atau retrospective? Bolehkah saya dapat penjelasan ke atas ketiga-tiga perkara ini?

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya lihat bahawa stail Yang Berhormat kemukakan ini sebagai hujah di dalam mahkamah, bukan di dalam persidangan ini. Akan tetapi saya ingin mengatakan, apa pun saya katakan, akhirnya Tuan Yang di-Pertua, ia bergantung kalau perkara itu dipertikaikan di mahkamah, maka mahkamah yang akan membuat keputusan muktamad. Kalau kita baca daripada akta ini, dia kata “...shall be admissible”. Saya ambil daripada akta dalam bahasa Malaysia. Pada pandangan saya dalam seksyen 24, ia hanya mengatakan “...suatu bukti muktamad”. Ini saya punya kefahaman saya, kalau ia sebagai satu bukti muktamad ia bukan bermakna sebagai conclusive evidence to everything. Oleh kerana tujuan kita menggunakan identifikasi DNA ini adalah bertujuan untuk membantu di dalam keterangan-keterangan lain, ia tidak boleh menjadi satu keterangan yang ulung dan itu sahaja. Ia akan dapat membantu di dalam menentukan dan merumuskan sesuatu kes. Oleh itu, ia tidak menjadi sesuatu yang akan mengatakan hanya DNA akan memutuskan sesuatu keputusan di dalam apa-apa kes di dalam mahkamah. Ini pandangan saya dan pandangan ini di dalam penulisan-penulisan berkenaan DNA, ia seharusnya kita memandangnya sebagai sesuatu yang akan dengan izin, accelerate the innocent and I think identify the guilty. Itu matlamat yang kita hendak capai. Oleh sebab itu, saya melihat bahawa apa Yang Berhormat minta sama ada ia substantif atau procedural, ini akhirnya bila Yang Berhormat mengemukakan hujah-hujah di dalam mahkamah dan Yang Berhormat tidak berpuas hati dengan ini, terpulang kepada mahkamah untuk memberikan tafsiran. Bagi saya ia adalah sebahagian daripada keterangan, is part. Ia adalah sebahagian daripada proses memberi keterangan untuk melengkapi atau mencukupi di dalam sesuatu kes ataupun penganalisaan berkenaan DNA...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

...Ia berkenaan sama ada ia retrospective atau ke hadapan atau ia boleh di belakangkan. Pada saya undang-undang ini bukan bertujuan untuk menjadikan suatu kesalahan atau digunakan bagi orang yang tidak bersalah untuk dijadikan bersalah. Undang-undang ini adalah bertujuan untuk memberikan keadilan kepada semua mereka yang mungkin ada dipertikaikan berkenaan isu-isu DNA yang boleh membantu di dalam mencapai sesuatu rumusan. Itu sahaja yang dapat saya berikan. Ia tidak dibelakangkan di dalam akta ini kerana dalam akta ini ia melihat kepada perkara- perkara yang ada.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Berkenaan dengan Data Bank itu, pada masa ini kita menyimpan DNA-DNA yang tertentu. Bila ada Bank Data bermakna segala maklumat boleh diserahkan kepada Bank Data tetapi tidak menjadikan apa yang tidak ada itu ada. Saya harap saya telah menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat. Terima kasih di atas persoalan yang dikemukakan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Penjelasan sikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada tiga orang Ahli Yang Berhormat yang bangun, Yang Berhormat.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Biar saya teruskan dahulu, kalau tidak ia tergantung.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sebelum Yang Berhormat Menteri beralih.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, saya tengok dalam perbahasan...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Nanti dulu, saya belum bagi floor. Saya tidak bagi kepada sesiapa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Duduk dulu Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kita tidak berpulang berbahas.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Nanti dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, Yang Berhormat. Duduk dulu.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Duduk, Yang Berhormat. Duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Wangsa Maju, duduk dulu.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sila beri peluang supaya kita boleh bertanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Wangsa Maju, duduk dulu.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yang Berhormat patut tahu apa prosedurnya, bukan? Macam ini, Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar selama tiga hari kita berbahas dan saya fikir perbahasan adalah amat teliti dan mendalam. Masing-masing dengan pendekatan yang diberikan tetapi yang pentingnya ialah saya lihat daripada perbahasan kita banyak berkenaan takrifan, banyak berkenaan dengan pendekatan-pendekatan yang perlu diberikan. Bagi saya, sampai bila pun kalau kita melihatnya daripada sudut politik, kita tidak akan bersetuju tetapi kalau kita melihat daripada sudut undang-undang, mahkamah akan putuskan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya ada maklumat untuk diberikan.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Jadi, saya tidak mahu beri lalu kepada sesiapa, saya hendak terus menjawab dalam perkara ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kuala Selangor duduk dulu.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Begini.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Cakaplah apa hendak, saya akan terus membacanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kuala Selangor, duduk dulu. Yang Berhormat Wangsa Maju, duduk dulu.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Duduk, ya! Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pasir Mas ada bertanya mengenai masa yang diambil oleh Jabatan Peguam Negara.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Mengapa begitu sekali?

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan memutuskan untuk menggubal rang undang-undang identifikasi DNA ini dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada April 2001 lagi. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan dan perbincangan mengenai rang undang-undang ini melibatkan beberapa agensi yang berkenaan. Draf awal rang undang- undang ini telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada tahun 2005. Masa yang diambil untuk menyediakan rang undang-undang ini selama tujuh tahun kerana banyak perkara dalam aspek yang perlu kita berikan perhatian dan diambil kira. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Tawau kerana memberikan pandangan dan pendapatnya daripada sudut kepakaran beliau dan pengetahuan beliau sendiri. Kerajaan mengambil masa yang agak lama. Beliau kata terlampau lama. Ini kerana kerajaan ingin memberikan perhatian mendalam terhadap peruntukan rang undang-undang ini. Semenjak tahun 2005 sehinggalah 2008 beberapa siri mesyuarat dan perbincangan telah diadakan bersama pihak-pihak yang berkenaan untuk berbincang dan menyelesaikan beberapa isu yang timbul. Rang undang-undang ini telah dapat dimuktamadkan setelah isu, pertama, isu polisi kerajaan, kedua isu perundangan; dan ketiga isu hak asasi manusia dapat diselesaikan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Melaka bertanya berkenaan supaya peruntukan mandatori dalam pengambilan sampel. Kementerian berpendapat bahawa peruntukan dalam fasal 14 adalah bertepatan dan bersesuaian dengan mengambil kira hak asasi manusia. Kita tidak boleh paksa. Oleh sebab itulah dalam kes-kes itu kita ada situasi, ada syarat-syarat, prasyarat, prerequisitenya dengan izin, di mana kita boleh mengambil tindakan ataupun mengambil sampel. Di dalam sampel-sampel intim, menghayati bahawa hak asasi manusia, intim kita tidak boleh ambil langsung melainkan dengan persetujuan orang yang terlibat untuk memberikan sampel tersebut. Ini merupakan satu peruntukan berkenaan kesalahan ini untuk memberikan sampel intim ini yang bukan intim. Kalau ia tidak mahu beri ia boleh, ia boleh menjadi kesalahan melainkan ia dalam golongan yang dibawa dalam kategori- kategori yang perlu memberikannya.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Wangsa Maju dan Yang Berhormat Teluk Intan.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Nanti dulu, Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya ini banyak persoalan...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya ada perkara penting berkaitan dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Nanti, ini bukannya saya hendak berbincang dalam mahkamah. Saya hanya hendak berikan pandangan daripada segala persoalan yang dikemukakan. Apa pun Yang Berhormat, sila duduk Wangsa Maju tidak boleh seminit pun. Yang Berhormat Pasir Mas bertanya adanya manipulasi terhadap sampel DNA. Saya dengar, saya minta kefahaman daripada Dewan yang mulia ini walaupun ada masalah-masalah yang kita lihat kepada polis, ada shock coming, ada tidak betul janganlah kutuk teruk-teruk. Saya fikir bila kita kutuk dan tidak mempunyai langsung keyakinan dan kepercayaan salah satu institusi yang paling terpenting dalam menentukan keamanan dan ketenteraman awam di undermined. Saya harap ianya tidak di undermined. Kalau ada salah, ada silapnya kita ambil tindakan di dalam konteks peraturan dan undang-undang. Jadi berkenaan dengan manipulasi ini keizinan boleh diberikan untuk mana-mana. Ini ditanya...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun] [Menyampuk]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Duduklah ini bukan...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Menyampuk]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yang Berhormat ini tidak faham-faham lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey Padang Serai, Wangsa Maju, Kuala Selangor, Petaling Jaya Utara duduk Yang Berhormat.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Please duduk. Tolong duduk, duduk, duduk tidak usah cakap, duduk!

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk, duduk duduk!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yang Berhormat, kalau saya bagi soalan Yang Berhormat tidak dapat mengawal diri, semua salah. Saya tidak bagi peluang ini, tidak bagi peluang pun bercakap, tidak usah Yang Berhormat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Duduk Yang Berhormat.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Kemungkinan merujuk kepada seksyen 12(6) Rang Undang-undang DNA yang mengatakan satu sampel intim hendaklah diambil...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Padang Serai duduklah.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

...Oleh Pegawai Perubatan kerajaan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Wangsa Maju duduk.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yang Berhormat mencadangkan agar seorang doktor berkecuali hadir semasa sampel diambil. Keizinan boleh diberikan untuk mana-mana doktor berkecuali hadir bersama semasa sampel tersebut diambil. Namun, prosedur yang terperinci akan dibuat dalam peraturan-peraturan yang akan digubal kelak. Untuk kehadiran peguam atau orang-orang lain ianya adalah tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan oleh Kementerian Kesihatan. Saranan- saranan ini akan diambil kira dalam menggubal peraturan-peraturan berkaitan dengan prosedur pengambilan sampel ini kelak. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan apa yang ditanya oleh Yang Berhormat dari Tawau berkenaan latihan kepakaran ahli kimia dalam bidang analisis DNA. Semua ahli kimia yang menjalankan analisis DNA mempunyai kelayakan akademik yang bersesuaian sekurang-kurangnya Bachelor of Science Hon. Kini ramai ahli-ahli kimia mempunyai ijazah sarjana dan doctored. Keduanya, telah dilatih dalam analisis DNA sama ada di tempat latihan luar negeri atau oleh ahli-ahli kimia yang kompeten. Ketiganya, lulus ujian proficiency DNA testing yang dibekalkan oleh pembekal efficiency testing antarabangsa.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Saya tidak dengar dia bercakap. Dia bercakap menyalak sahaja. Menyertai Program Continuous Education misalnya bengkel...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat duduk, duduklah Yang Berhormat, dia tidak bagi, dia tidak bagi, duduk Yang Berhormat.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

...Seminar, persidangan atau latihan-latihan khusus oleh pakar-pakar. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat itu tidak hormat juga dengan Dewan ini.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yang Berhormat tidak tahu hormat kalau orang- orang yang macam...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kami menyertai dalam Dewan untuk bekerja...

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Untuk bekerja tetapi untuk mengikut peraturan, untuk mengikut peraturan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kalau hendak baca sahaja lebih baik menteri jadi juruhebah.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Terima kasih, saya jadi juruhebah untuk Yang Berhormat mendengar... [Ketawa]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Ini tengok bercakap lagi.

Lebih baik fotostat sahaja, fotostat melalui e-mel.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai janganlah macam ini Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak hendak...

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yang Berhormat cakap apa hal?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tidak, saya benda ini tidak patut timbul. Yang Berhormat tidak patut timbul, nanti, duduk, please! Duduklah saya tidak panggil tidak payah berdiri, bukan saya punya ahli parti. Kalau ahli parti saya panggil berdirilah. Yang Berhormat hendak masuk sini? Tidak payah!

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Untuk makluman Yang Berhormat saya tidak perlu bodek... [Ketawa]

Peraturan mesyuarat.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Dia Peraturan mesyuarat Yang Berhormat saya tidak bagi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak payahlah Yang Berhormat tidak payah Yang Berhormat.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Nanti dahulu, nanti dahulu saya belum. Nombor berapa?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey Yang Berhormat Menteri duduk.

Peraturan Mesyuarat 37(1)(b). “Seseorang Ahli tidak boleh mengganggu Ahli yang sedang bercakap kecuali (a)(b) jika hendak meminta penjelasan mengenai apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh Ahli yang sedang bercakap itu dalam ucapannya. Dengan syarat Ahli yang sedang bercakap itu mahu beralah dan duduk dan Ahli yang hendak mengganggu itu dipanggil oleh Tuan Yang di-Pertua”. Jadi saya hendak tanya sama ada yang bercakap ini ingin membenarkan kita meminta penjelasan atau sudah membuat keputusan tidak hendak mendengar dan hendak menerima. Kalau tidak kita boleh keluar!

Kita boleh keluar, kalau tidak mahu kita boleh keluar.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Saya tidak boleh buat keputusan untuk Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Takutlah!

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yang Berhormat very good sebab baik betul untuk membuat keputusan bagi pihak saya. Saya boleh membuat keputusan untuk mendengar dan memberikan laluan kepada mereka yang saya fikir perlu berikan laluan. Sebab itu saya menganggap kalau Yang Berhormat menggunakan adab, ada tertibnya, saya bagi laluan. Tidak ada sebab saya hendak takut tidak beri laluan. Bukan saya dapat apa-apa, hanya untuk menjelaskan apa-apa yang penting dalam Dewan ini. Itu bukan point of order. Yang Berhormat sendiri tahu apa dia kalau saya tidak bagi laluan, tidak boleh. Jadi saya buat masa ini sebelum saya bagi laluan, saya ingin untuk meneruskan supaya ada perkara-perkara yang tidak tersangkut dalam hal ini.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Nanti dahulu untuk ini saya habiskan dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kuala Selangor duduk dahulu.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yang Berhormat dari Puchong ada bertanya berkenaan pengambilan sampel dan perlindungan dalam rang undang-undang ini. Perkara mengenai pengambilan sampel akan diperincikan dalam peraturan-peraturan yang akan dibuat selaras dengan kuasa di bawah fasal 26 rang undang-undang.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Fasal 4, siapa yang melakukan kesalahan, mengikut perkara ini fasal 14 ialah jelas memperuntukkan bahawa seseorang yang didapatinya suatu sampel bukan intim hendak diambil yang enggan untuk memberikan sampel, enggan membenarkan sampel itu diambil atau menghalang pengambilan sampel itu adalah orang yang dimaksudkan dalam fasal 14 melakukan kesalahan di bawah Rang Undang-undang Intim. Yang Berhormat Shah Alam perlu mencari mekanisme untuk mengurangkan salah guna kuasa, jadi kenapa letak tanggungjawab Bank Data ini di tangan polis. Dia tidak ada jadi saya tidak perlu jawablah kot. Dalam peraturan akan ditetapkan semua analisa untuk sampel DNA dari tempat kejadian pengesahan dari suspek akan dijalankan oleh Jabatan Kimia. Polis Diraja Malaysia hanya bertindak sebagai pentadbiran. Semua laporan DNA untuk tujuan pendakwaan adalah dilakukan oleh Jabatan Kimia.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya sila Machang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tekun mendengar dengan teliti termasuk saranan Yang Berhormat Menteri untuk kita menghormati institusi polis dalam menjaga hal-hal yang berkaitan DNA. Cuma kita tidak dapat mengelak daripada timbul prasangka berasas kepada fakta. Ketika kes tahun 1998 Yang Berhormat Menteri, berlangsung perbicaraan ke atas bekas timbalan perdana menteri. Fakta yang dibentangkan dalam mahkamah pada waktu itu ialah berkaitan perbuatan dua pegawai polis, yang hari ini naik pangkat jadi pegawai nombor satu, Ketua Polis Negara merampas daripada doktor pakar Hospital Kuala Lumpur contoh-contoh DNA bekas timbalan perdana menteri. Rambutnya, bulunya, darahnya dirampas dan direnjiskan kepada tilam yang diusung keluar naik. Ini perbuatan dua pegawai polis yang masih berkhidmat dan sekarang pegang jawatan besar. Apabila hal ini dikemukakan dalam mahkamah pada waktu itu, akhirnya peguam negara terpaksa minta supaya hakim, supaya expanse semua data-data itu. Jadi berdasar pada latar belakang inilah, kita berhak untuk merasa dan menyimpan sedikit prejudis. Walau bagaimana gigih pun Yang Berhormat Menteri mahu mempertahankan integriti ini, buat kami yang menjadi victim pada masa itu, merasakan perbuatan itu sangat tidak wajar. Dan perbuatan yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara hari ini, pada waktu itu pegawai penyiasat, betul-betul menghina dan cukup jijik. Sebab itu, walaupun Yang Berhormat Menteri berhempas pulas cuba meyakinkan rakyat, hal ini telah pun berlaku, itu fakta. Doktor yang mengawalnya, merampas, sebab itu saya mohon sementara Yang Berhormat Menteri cuba untuk memberikan keyakinan kepada kami dan kepada rakyat, hal ini telah dilakukan dan tidak ada tindakan ke atas pegawai polis berkenaan. Bahkan butiran mahkamah dipadamkan, pegawai itu naik pangkat jadi Ketua Polis Negara. [Tepuk] Bagaimana kita hendak serahkan amanah, mereka hendak jaga hal-hal yang berkaitan dengan DNA? Saya mohon penjelasan.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat sesuatu kejadian dan kesalahan telah dianggap sebagai berlaku, tidak bermakna kita tidak ambil sesuatu yang akan menentukan, kita akan mengawal kemungkinan-kemungkinan daripada berlaku. Sebab itu di dalam rang undang-undang ini, diberikan kuasa untuk kita membuat peraturan supaya allegation. Kalau kita tengok di dalam mahkamah, mahkamah tidak pernah pun mengatakan mungkin Yang Berhormat oleh kerana kita melihat daripada sudut yang satu lagi, Yang Berhormat tidak ada butiran daripada mahkamah yang mengatakan bahawa Ketua Polis Negara pada masa itu pegawai penyiasat telah bertindak secara mala fide di dalam tindakannya atau telah melakukan sesuatu kesalahan. Itu tidak ada di dalam perkara yang diputuskan.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Kalau ada perkara-perkara yang masa ini kita mengambil bahawa Yang Berhormat menyangkakan perkara yang sama boleh berlaku, saya fikir tidak wajar di dalam kita untuk...

[Bangun]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Nanti dulu. Biar saya habiskan Yang Berhormat Batu ya. Saya habiskan dulu. Untuk wajar kita mengulangi satu kes yang lama di mana telah dibuat rayuan. Akhirnya di dalam rayuan itu ada keputusan-keputusan tertentu. Dalam kes itu ada keputusan-keputusan tertentu dan keputusan satu, berkenaan penyalahgunaan kuasa, lagi satu berkenaan ini. Semua kes yang dah berlalu, kita ambil sebagai satu perkara yang kita akan pandang dan lihat untuk kita menentukan bahawa sistem undang-undang dalam negara kita, sistem kehakiman di dalam negara kita, rule of law di dalam negara kita sentiasa diletakkan di atas segala kepentingan lain. Mungkin ada kelemahan dan kecurigaan, kebimbangan. Sebab itu saya memandangkan kepada semua apa Yang Berhormat dari Machang katakan tadi. Semua perkara ini disebut oleh tiap-tiap Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan. Perkara itu diulang-ulang. Bukan saya tak dengar, saya dengar. Sebab itu setelah saya dengar dan saya teliti, saya tengok ada kebimbangan dalaman, ada kekhuatiran, jadi sebab itu kita kata okey, kita tengok macam mana. Kita nak lihat kepada peruntukan-peruntukan dan undang-undang ini dan akhirnya kerajaan kena membuat keputusan. Kita akan bentangkan kembali kepada Dewan yang mulia ini untuk bahas dan mempertimbangkan. Jadi saya tidak hendak bila kita hendak memandang ke hadapan, kita sentiasa menoleh ke belakang. Lebih elok bila kita pandang ke depan, kita tengok ke depan dan untuk kita membina sesuatu yang akan menguntungkan negara kita, rakyat kita. Sebab itu undang-undang ini, saya daripada mula undang-undang ini saya mengatakan bahawa kalau undang-undang ini dibuat kerana untuk tujuan individu atau untuk menghukum individu, saya yang menjadi orang pertama, yang akan meletakkan jawatan saya daripada memegang jawatan ini. Ini adalah satu amanah dan tanggungjawab kepada saya... [Tepuk] Jadi ini bukan sesuatu yang boleh saya main-mainkan. Yang Berhormat dari Batu.

Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin setuju dengan menteri tadi yang menyatakan kita harus mempertahankan institusi polis dan institusi-institusi penguat kuasa tetapi kalau kita ingin integriti, satu institusi dihormati oleh rakyat, dalam pembubaran undang-undang, kita harus memberi kuasa supaya ada mekanisme check and balance. Kekhuatiran kita, kalau kerajaan menyatakan ini adalah undang-undang induk dan peraturan-peraturan akan dibuat berdasarkan kepada undang-undang induk ini. Kita lihat dalam seksyen 14 yang menyatakan tidak ada seorang itu boleh menafikan atau enggan memberi sampel. Ini tidak ada safeguard kalau kita setuju dengan prinsip ini. Kalau kita memberi institusi itu luas kuasanya, ini seolah-olah kita memberi galakan, encouragement untuk abuse. Bila kita beri kuasa kepada sesuatu institusi atau seseorang itu, kita harus bagi kuasa kepada dia secara sangat spesifik. Di sini tidak ada kuasa untuk sesiapa yang dibawah tahanan atau di mana-mana pun untuk mengelakkan sampel DNAnya diambil. Ini akan membukakan ruang yang besar bagi abuses dan saya juga nampak kalau dengan undang-undang ini, sesiapa pun boleh collect sampel DNA baik pun daripada tukang gunting rambut atau daripada salon atau mana-mana saja dan sampel itu boleh digunakan sebagai bukti mahkamah, dan undang- undang menyatakan ini adalah mutlak. So, kita takut kalau kita meluluskan ini, bila sampai terperinci, spirit of giving this power dengan izin, to the law enforcement, kita tak boleh ambil alih. So, sekarang ini kalau kita harus luluskan rang undang-undang ini, kita harus sangat spesifik, keraguan kita tidak dijawab kalau kuasa ini terlalu meluas. Terima kasih.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, berkaitan.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Berkaitan, berkaitan.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Biar saya menjawab dululah. Nanti dulu. Sebab itu bila kita kata kita membuat ini, banyak tuduhan dan tohmahan ada yang mempunyai asas- asas kerana di atas pengalaman yang masing-masing hadapi, yang berbeza-beza. Akan tetapi soalnya mengetahui bahawa ada kekhuatiran berkenaan perkara itu, sebab itu kita katakan kaedah-kaedahnya, mekanismenya akan dilihat. Kalau Yang Berhormat tengok misalnya di bawah 14 ini, dia adalah berkenaan non intimate sample yang dibaca bersama dengan seksyen 13. Bila kita tengok ini semua, jadi dia bukan satu perkara yang memberikan semua orang boleh kita minta untuk ambil dia punya non intimate sample. Kalau tidak ada sebab untuk ambil sampel dia, tak boleh. Kita tak boleh ambil, sebab itu kita wujudkan dalam data bank ini satu senarai yang dipanggil senarai sukarela. Orang-orang yang hendak dia punya data dimasukkan dalam bank data ini. Jadi itu pada saya, perlindungan yang kita ada pada masa ini ialah dengan adanya sesuatu yang kita institutionalize kan dengan izin, iaitu pada masa ini tidak ada mempunyai satu badan yang formal atau institution untuk mengambil DNA. Biar saya jawablah.

[Bangun]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Itu kita akan berbahas perkara itu yang mana, nanti biar saya habiskan dulu.

Kalau kita lihat 13(2)(a), kita baca (a), seseorang yang...

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tak, nanti. Saya belum bagi floor Yang Berhormat.

...Dua, orang tahanan. Ketiga, penagih dadah. Tiga kategori ini, setiap orang di sini boleh dijadikan sasaran untuk ambil ini. Disyaki, disyaki. Setiap orang di sini boleh disyaki oleh polis.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, saya...

So, yang kita maksud ini...

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yang Berhormat...

Orang tahanan boleh ditahan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat...

...Sebab perhimpunan haram, boleh ditahan sebab traffic offence. Tahanan itu meluas. So ini yang menjadi masalah kalau kita memberi kuasa itu terlalu luas.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Dia ada undang-undang berkenaan detainee ini, bukan undang-undang yang menggunakan siapa juga ditahan untuk traffic offence, kita boleh ambil DNA. Jadi saya fikir biar kita tengok dulu dalam masa Yang Berhormat punya itu, bila saya buat peraturan dan mekanisme dan Yang Berhormat, detainee ini, kita kena tengok daripada segi apa yang telah kita memberikan pentakrifan detainee. You talking about detainee bukan? Kalau kita tengok dia punya makna detainee di sini ialah bermakna “orang-orang yang ditahan atau ditangkap di bawah mana undang-undang yang digunakan di bawah Artikel 149 atau 150 Perlembagaan Malaysia. Bukan mana-mana person with detail. Itu yang ditakrifkan berkenaan dengan detainee...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

[Bangun]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

...Ini boleh kita, itu pada makna detainee yang ada di dalam ini. Bukan semua orang yang ditahan, dia tidak mempunyai apa-apa kesalahan ditahan untuk disiasat boleh kita ambil. Tidak, itu bukan tujuan kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, jangan berdialog Yang Berhormat.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tak, ini tak berdialog macam mana? Ini penjelasan saja yang saya boleh buat. Nanti dekat committee kita boleh bincang. Sebab itu saya minta tadi kan bila saya mengatakan masa kita berbincang nanti, kita berdebat, Yang Berhormat boleh kemukakan pelbagai isu Yang Berhormat hendak kemukakan, itu masa jawatankuasa. Ada masa yang agak panjang.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Menteri, sikit lagi. Ya, penjelasan. Di sini yang letaknya dikatakan sebagai sama ada lacuna ke ataupun perkara-perkara yang menjadi lompang kerana tidak dimasukkan dalam rang undang-undang ini. Bagaimana perkara-perkara yang telah tertakluk atas Akta Keterangan ataupun Evidence Act ataupun yang tertakluk juga kepada Kanun Acara Jenayah? Jadi di sini yang kami hadapi masalah dalam menentukan apa maksud sebenarnya. Terima kasih.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Terima kasih di atas pandangan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Drafting. Tuan Yang di-Pertua, ini masalah drafting.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yes, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor berkenaan perkara-perkara yang dibangkitkan. Pada pandangan saya ialah undang-undang ini tidak mengetepikan mana-mana undang-undang atau kaedah di bawah undang-undang. Segala perkara yang kita mempunyai hak untuk mengambil tindakan ia tetap ada dan tidak dikecualikan berbanding dengan undang-undang yang sedia ada. Saya tidak berasa khuatir berkenaan CPC. Perkara-perkara Akta Keterangan tidak akan diketepikan di dalam hal ini. Jadi ia mempunyai hubung kait. Mungkin Yang Berhormat nampak perkara itu tidak jelas dalam beberapa perkara Yang Berhormat ada kekhuatiran. Kita akan address benda-benda yang melibatkan kekhuatiran untuk kita menentukan ia lebih jelas, lebih terang dalam perkara-perkara yang tertentu. Jadi walau bagaimanapun, saya mengambil pandangan Yang Berhormat. Saya boleh memberi jaminan bahawa undang-undang ini tidak ada di mana-mana peruntukan yang mengatakan bahawa ia mengetepikan mana-mana peruntukan undang- undang yang lain. Melainkan di bawah seksyen 24, di mana yang mengatakan “Notwithstanding any written law”. Itu pun di dalam soal identifikasi sebagai suatu bukti, selain dari bukti-bukti yang lain, yang akan membolehkan kita untuk memberikan hujah kita atau membawa kes-kes di dalam mahkamah. Jadi itu tidak seharusnya...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun ]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Saya habiskan ini dahulu Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan Yang Berhormat Pendang, apa Yang Berhormat dari Pendang bertanyakan berkenaan tujuan memberikan sampel intim sekali lagi sekiranya sudah ada profil DNA sebelum ini. Saya fikir perkara ini telah dibincangkan. Yang Berhormat Gombak pun bawa. Soalnya adalah ia di bawah akta ini, rang undang-undang ini apa yang kita lakukan untuk mengelakkan kekeliruan ataupun salah faham kekaburan yang mungkin timbul. Kita tidak mengizinkan sampel intim untuk diminta daripada mana-mana orang melainkan orang itu memberikan keizinan. Saya fikirkan ini adalah satu perlindungan supaya tidak boleh dipaksa oleh mana-mana pihak untuk satu sample intim diambil. Ini adalah satu kebaikan. Jadi supaya Yang Berhormat tidak berasa curiga bahawa dipaksa, memang betul kalau kita mengatakan bahawa sampel DNA ia tidak akan bertukar. Jadi apabila banyak sangat tuduhan dan tohmahan berlaku, terhadap tempering atau pengubahsuaian, macam- macam, konspirasinya, macam-macam sekali yang berlaku DNA akhirnya perkara ini adalah bertujuan untuk melakukan penjelasan. Polis sebagaimana Yang Berhormat tahu, Yang Berhormat Permatang Pauh senyum pada saya. Sebagaimana Yang Berhormat, kita tidak ambil sampel intim daripada Yang Berhormat kerana Yang Berhormat tidak mengizinkan untuk diambil.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Akan tetapi soalnya, dalam hal ini, kita jangan lupa bahawa pihak polis di dalam kes yang berlaku telah mengambil ketelitian yang amat wajar sekali untuk menentukan tidak ada sesiapa berasa teraniaya atau tidak puas hati. Akhirnya dia terpulang kepada mahkamah untuk membuat sesuatu keputusan di dalam apa-apa jua kes. Saya berpegang teguh kepada prinsip yang paling penting di dalam negara kita iaitu prinsip tidak ada sesiapa yang bersalah melainkan didapati bersalah dalam penentuan yang dibuat oleh mahkamah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan dan disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya tahu Yang Berhormat Menteri berniat baik, dan kita pun tidak menyoal keseluruhan pihak polis tetapi dalam rang undang-undang ini, khasnya fasal 7(1) hingga (5) ini semua ketua kepada Data Bank ini adalah pihak polis. Nama-nama polis sekarang ini telah dicemarkan bukan oleh parti politik atau tokoh-tokoh politik, nama mereka ini dicemarkan di dalam IPCMC, dalam sebuah Royal Commission yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri sendiri mengatakan akan menubuhkan satu special committee untuk mengawal selia ataupun mendengar semua complaints berkenaan dengan pihak polis. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sama ada Yang Berhormat Menteri sedar atau tidak, pada 7 Ogos, 2008, di Canberra melalui Reuters, ini bukan saya punya, melalui: “Australian police will re-examine 7,000 crimes solved through DNA evidence after a mistake forced detectives to free a suspect wrongly accused of murder. It’s obviously an embarrassment and we would rather not be in this position. Victoria Police Deputy Commissioner Simon Overland was quoted as saying in Australia media on Thursday. Overland said every crime solved by DNA in the state…”

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Ini dia buat ucapan. Tuan Yang di-Pertua, point of order. Minta penjelasan, tolong ya.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ini...

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Sebab itu saya tidak hendak bagi jalan kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat buat ucapan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sedikit. Ini saya hendak beritahu ini. “Overland said every crime solved by DNA in the state since the testing technology was introduced 20 years ago would now to be reviewed to check no other bungles had occurred”. Ini menunjukkan bahawa DNA ini bukannya satu mekanisme yang...

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Okey, Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

...Yang betul sekali. Dia ada 7,000 kes.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini semasa kita berbahas semua bawa perkara yang sama. Saya pun dalam hujah saya tadi, saya tidak mengatakan bahawa yang DNA ini adalah pemutus. Saya kata dia adalah satu alat membantu untuk kita dalam pengumpulan keterangan dan akhirnya untuk mahkamah memutuskan. Memang kita tahu daripada makalah-makalah dan penulisan-penulisan pakar, DNA juga ada perkara-perkara yang orang membuat kesilapan dalam DNA ini dan dalam proses ini, apabila kita membuat satu institution, kita boleh bawa kes-kes kita ke mahkamah. Tidak ada perkara yang mengecualikan... [Disampuk] Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sebab itu kita mesti ada satu jawatankuasa...

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan tadi berkenaan dengan pertanyaan dari Yang Berhormat Tawau berkenaan statistik. Tiada statistik terperinci untuk setiap negeri bagi kes yang diselesaikan melalui DNA, tetapi secara umumnya, profil DNA dari tempat kejadian sama dengan sampel rujukan 70% hingga 75%, profil DNA dari tempat yang tidak sama dengan sampel rujukan 15% hingga 20% dan sample dari tempat kejadian yang tidak ada rujukan 10%. Tuan Yang di-Pertua, apa yang ditanya berkenaan dengan sama ada kita mahu membuka makmal forensik DNA, pada masa ini kita mempunyai makmal forensik DNA di Petaling Jaya dan Kuching. Bagi makmal forensik di Kuching, sebahagian besarnya pegawai yang dilantik adalah berasal dari negeri tersebut. Tuan Yang di-Pertua, dari segi latihan yang diberikan kepada PDRM berkenaan untuk mencapai tahap kepakaran, kita telah menghantar dan mengadakan, ia mempunyai pegawai yang mendapat latihan yang mencukupi dan mampu mengadakan analisa dengan baik iaitu melalui pendedahan dengan mendapat latihan di Victoria Forensic Science Center, Melbourne Australia dan mendapat latihan di Jabatan Kimia di negara kita sendiri. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kita ada sembilan orang pegawai yang telah dilatih dalam bidang ini dan insya-Allah ianya akan terus ditambahkan. Berkenaan dengan pertanyaan Yang Berhormat Pokok Sena iaitu Perkara 149 dan 150 Perlembagaan Persekutuan. Seperti ISA, indeks ini adalah merupakan indeks kumpulan orang yang tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan di mahkamah. Walau bagaimanapun, mereka boleh diklasifikasikan orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang- undang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena juga bertanya satu jabatan khas atau Unit DNA yang berasingan...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Penjelasan.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Biar saya habiskan dahulu ya Yang Berhormat Pokok Sena untuk ini, yang akan dipersoalkan. Bagaimana cara hendak mengelakkan dari manipulasi. Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi kelaziman bahawa pihak polis akan tiba dahulu di suatu tempat kejadian. Ini crime scene investigation, dengan izin. Sesuatu sampel DNA boleh diperoleh dengan cepat dan masih segar. Sehubungan dengan itu keputusan analisa DNA profil boleh diperoleh dengan lebih tepat lagi. Keduanya, sementara itu semasa pengambilan sampel di tempat kejadian setiap sampul akan ditandakan dengan lokasinya dirakam gambar, sampul tersebut akan dibungkus dilabel dan diseal dan pergerakan sampul atau sebarang kes tersebut akan direkodkan dan sentiasa disimpan di tempat yang selamat. Oleh itu sebarang percubaan untuk mengganggu sampul boleh diketahui. Jika gangguan dibuat pada kad FTA yang saya sebutkan tadi dari awal lagi, alat yang digunakan untuk menyimpan sampul DNA tadi hasil analisa akan menunjukkan terdapatnya gangguan. Ini salah satu daripada perlindungan yang kita berikan. Sampul DNA yang diperoleh dari seseorang yang disyaki akan dijalankan analisa oleh pakar forensik PDRM untuk mendapati profil DNA disimpan dalam indeks orang yang disyaki. Tuan Yang di-Pertua, proses di atas mencerminkan terdapat pengasingan bidang tugas di antara dua agensi kerajaan yang dapat menyangkal dakwaan wujudnya manipulasi atau fabricating, dengan izin dalam proses mendapatkan keputusan ujian profil DNA dari seseorang. Di samping itu buat masa ini daripada 90,000 pegawai polis, hanya 10 pegawai kanan polis sahaja yang mempunyai akses kepada DNA data bank di PDRM. Ini akan menguatkan lagi hujah bahawa peluang untuk mengawasi sampel dan profil tidak akan berlaku dan semua profil yang ada di dalam bank data DNA tidak boleh dipinda...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Nanti, ini sudah habis tempat itu selepas itu saya bagi. Ayat itu saya habiskan ya? Semua profil yang ada di dalam bank data tidak boleh dipinda dan software yang digunakan telah direka khas dan akan merekodkan apa juga aktiviti seperi kemasukan atau semakan berlaku. Seperti mana yang kita ketahui, Jabatan Kimia DNA adalah di bawah Bahagian Serologi dan DNA dihubungkan secara online dengan Bank Data DNA Malaysia di makmal forensik PDRM. Oleh itu apa juga hasil analisa yang dilakukan oleh jabatan kimia akan terus masuk ke dalam Bank Data DNA dan laporan profil yang digunakan oleh ahli kimia semasa perbicaraan adalah laporan asal itu sama seperti permulaan yang disimpan ke dalam Bank Data DNA Malaysia. Sila.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mohon penjelasan berkaitan dengan fasal 149 yang saya bangkitkan semalam dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Saya masih belum jelas dan berpuas hati terhadap penjelasan tadi iaitu keperluan yang saya bangkit semalam itu ialah keperluan orang yang di bawah ISA ini. Dia merupakan tahanan tanpa bicara sedangkan tujuan diambil DNA ini ialah untuk menjadi bukti bagi membawa seseorang itu ke muka pengadilan iaitu kepada mahkamah. Jadi ini yang saya persoalkan, apa keperluannya bagi orang yang ditahan di bawah ISA umpamanya. Kedua, ini saya hendak penjelasan dari segi kefahaman mungkin untuk saya dapat penjelasan yang lebih jelas. Yang Berhormat kata tadi bahawa soal manipulasi DNA ini. Kerana kata Yang Berhormat Menteri tadi bahawa, pakar-pakar ini akan pergi ke tempat kejadian, akan sampai dulu di tempat kejadian tetapi yang saya persoalkan ialah seseorang itu yang ditahan, yang disyaki kemudian dia diambil dalam waktu tahanannya. Ini yang saya katakan bahawa ada kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku manipulasi terhadap DNA-DNA itu.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, dia soalnya memang dari segi sesuatu kesalahan jenayah di bawah artikel ataupun peruntukan 149, dia bukan satu kejadian kesalahan jenayah tetapi ia adalah masih lagi sebagai satu kesalahan di bawah undang-undang. Oleh kerana kita ada kesalahan di bawah undang-undang sebab itu tindakan diambil untuk tujuan mempunyai rekodnya dan selepas itu rekod itu boleh digunakan. Berkenaan dengan manipulasi, Yang Berhormat bertanyakan manipulasi. Kita tidak perlu khuatir berkenaan manipulasi. Akhirnya kita boleh membawa hujah dan membawa keterangan yang tidak hanya semata-mata bergantung pada apa yang dikeluarkan oleh bank data itu. Kita boleh membawa keterangan-keterangan lain untuk menunjukkan ada kesalahan, ada kesilapan. Jadi tidak semestinya Yang Berhormat berasa khuatir dan takut bahawa itu adalah satu keterangan yang muktamad. Kita boleh mengambil daripada orang-orang lain untuk menunjukkan bahawa data DNA yang ada itu adalah data DNA dari segi itu. Kita ada data yang lain dan terpulang kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Mohon penjelasan. Ini berkaitan soal DNA. Walaupun Yang Berhormat mengatakan bahawa dari segi undang-undangnya dia juga telah melakukan kesalahan, tetapi saya fikirkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dilakukan kesalahan-kesalahan yang tidak memerlukan kepada DNA nya diambil kerana dia tidak akan dihadapkan ke mahkamah. Sudah tentulah bahawa hak dia sudah dicerobohi. Kalau dia tidak diberikan ruang untuk memastikan apa yang diambil itu untuk dibuktikan di mahkamah sebagai satu pembuktian. Keduanya tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa kita boleh membawa bukti yang lain untuk menyanggah kesahihan DNA yang diambil. Ini bermakna bahawa, menunjukkan bahawa Yang Berhormat memperakui bahawa memang ada ruang untuk dimanipulasikan soal DNA ini.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Itulah yang saya kadang-kadang tidak hendak bagi floor kepada Yang Berhormat, Yang Berhormat memanipulasikan saya punya jawapan. Itu yang jadi Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena ini memang pandai berhujah. Saya hendak katakan bahawa di bawah artikel 149 saya tidak kata mengatakan jenayah dan Yang Berhormat mempunyai pandangan bahawa DNA ini hanya digunakan untuk jenayah, untuk mahkamah. Dia banyak keperluan-keperluan yang akan membolehkan kita untuk membuat perbandingan-perbandingan yang menjadikan ianya sesuatu perkara yang perlu, bukan untuk tujuan dia melakukan kesalahan. Jadi kalau ada DNA, apa yang kita hendak takut DNA kita? Kalau hendak ambil DNA Yang Berhormat, ambil, melainkan kalau... Jadi tidak perlu Yang Berhormat berasa khuatir dalam hal ini, saya tahu apa juga saya katakan Yang Berhormat akan mempunyai hujah di sebaliknya. Jadi Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bukan persoalan itu Yang Berhormat.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Jadi Tuan Yang di-Pertua saya mengucapkan terima kasih banyak.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini floor yang sangat baik untuk kita debat. Maknanya saya memohon penjelasan yang saya kira bahawa ada tujuan-tujuan untuk manipulate sedangkan tidak ada keperluan untuk membawa sebab tujuannya akta ini untuk membawa DNA itu ke mahkamah, ke muka pengadilan kepada... tetapi hendak diambil kepada melalui tahanan ISA.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Kalau Yang Berhormat baca apa penulisan- penulisan dan kajian-kajian, memang kita tidak mengatakan tidak ada kemungkinan, tidak ada kesilapan. Sebab itu diberikan peluang untuk semua orang melihat kembali dan benda ini boleh diambil sesuatu siasatan penganalisaan untuk menunjukkan bahawa perkara itu tidak betul. Di Amerika Syarikat misalnya, melalui penggunaan DNA, dia ada perlindungan untuk orang-orang yang tidak bersalah dan orang-orang yang tidak bersalah mendapat kepastian dari segi perkara yang boleh membebaskan dia daripada kesalahan dengan menggunakan DNA. Jadi kita boleh menghujah di sebelah ini dan kita boleh berhujah di sebelah itu. Dia tidak ada mempunyai pemutusnya Yang Berhormat. Yang Berhormat akan mempunyai pandangan yang berbeza, saya mempunyai pandangan yang berbeza, ini adalah pendirian yang kita pegang. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan Perkara 5(i) Perlembagaan Persekutuan, boleh ditafsirkan secara luas termasuk non interference with one’s privacy, dengan izin.

[Bangun]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Saya tidak bagi jalan Tuan Yang di-Pertua, siapa? Saya tidak bagi jalan, saya hendak habiskan ini. Tuan Yang di-Pertua berkenaan bermakna bahawa Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak seseorang itu untuk membuat keputusan mengenai tubuh badan beliau termasuk pengambilan sampel dari tubuh badan beliau. Namun demikian, Perkara 5(i) Perlembagaan Persekutuan, adalah tidak bersifat mutlak dan tertakluk kepada undang- undang yang terpakai di Malaysia dan ini adalah selari dengan undang-undang antarabangsa. Artikel 3, dari Universal Declaration of Human Rights 1946 dengan izin, memperuntukkan bahawa setiap orang mempunyai hak kepada kehidupan, right to life, dengan izin. Artikel 12, Universal Declaration of Human Rights pula memperuntukkan antara lain bahawa tiada seorang pun adalah tertakluk kepada campur tangan tanpa alasan yang munasabah ataupun arbitrary detention. Hak privasinya, keluarganya ataupun serangan terhadap nama baiknya. Artikel ini juga memperuntukkan bahawa setiap orang mempunyai hak perlindungan oleh undang-undang terhadap campur tangan atau serangan tersebut.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Walau bagaimanapun, hak-hak tersebut adalah tidak mutlak. Artikel 2(a)(ii) memperuntukkan bahawa setiap orang adalah tertakluk kepada sekatan seperti mana yang telah ditetapkan oleh undang-undang bagi maksud memastikan bahawa hak dan kebebasan orang lain dihormati dan juga untuk memenuhi kehendak moral, ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam sesebuah masyarakat demokratik. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Puchong telah mengatakan bahawa mengambil kira masalah-masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong, merujuk kepada tafsiran fasal 2, analisis forensik DNA, yang ertinya apa-apa analisis yang dijalankan bagi maksud menentukan identiti seseorang. Selain itu fasal 42(2) yang menyatakan sebagai tambahan kepada subseksyen 4(2), profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang disimpan dan disenggarakan di dalam bank data DNA boleh digunakan untuk satu, membantu dalam penemuan atau pengenalpastian jasad tubuh manusia daripada sesuatu bencana alam atau bagi maksud kemanusiaan dalam pengenalpastian orang yang masih hidup atau yang telah mati. Ini bermakna paterniti dan ini kita boleh ambil DNA untuk membuat kepastian tetapi selalunya perkara-perkara ini dilakukan secara voluntarily dan ini akan mendatangkan faedah kepada kita dalam kes-kes paterniti yang boleh membawa kepada kesan yang positif. Sebab itu saya fikir itu adalah sesuatu perkara yang baik. Yang Berhormat Telok Intan dan juga Yang Berhormat Batu Pahat bertanyakan keengganan memberikan sampel darah kerana takut defamed. Semua sampel DNA akan diambil menggunakan satu kaedah yang sebagaimana saya katakan tapi untuk sampel darah intimate sample ataupun sampel intim tidak boleh diambil melainkan orang itu sendiri mengizinkannya. Tuan Yang di-Pertua, sebilangan daripada kes-kes yang mempunyai keterangan DNA daripada tempat kejadian yang dipercayai kepunyaan suspek utama namun begitu pemilik DNA ini tidak dapat dikenal pasti. Keadaan ini tidak akan berlaku sehingga kita mempunyai Bank Data DNA. Antara kes tersebut adalah sebagaimana kes saya sebutkan semasa saya membentangkan kes pembunuhan Nurin Jazlin, kes pembunuhan pelajar Cina di Banting, kes pembunuhan Datuk Norjan di Sabah. Jadi itu adalah perkara-perkara yang berkaitan. Yang Berhormat Kepong bertanyakan berkenaan undang-undang akta ibu dan undang-undang perlindungan, tadi saya sudah jawab berkenaan perkara itu dan saya tidak bertujuan untuk menjawabnya lagi kerana Yang Berhormat telah bawa perkara itu sebagai satu perkara yang beliau mahu ketahui pendirian daripada kita. Lepas itu Yang Berhormat bertanyakan apakah relevannya fasal 6 memberi kuasa kepada menteri untuk memberi kuasa menjalankan analisa DNA. Kuasa menteri di bawah fasal 6 hanya digunakan sekiranya Jabatan Kimia Malaysia atau Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia tidak dapat menjalankan apa-apa analisis forensik DNA. Isu yang akan dijalankan oleh agensi atau badan yang dinamakan selain Jabatan Kimia Malaysia atau Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia. Ia mestilah tertakluk kepada apa-apa syarat atau terma yang boleh dikenakan oleh menteri bagi memastikan analisis ini dibuat mengikut standard antarabangsa yang diguna pakai oleh Jabatan Kimia Malaysia atau Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia. Berkenan dengan fasal 9, saya fikir banyak telah ditimbulkan berkenaan fasal 9 berkenaan ketua dan sebagainya. Fasal 9 ini hanya memberi kuasa kepada Ketua Bank Data DNA. Untuk membetulkan butir-butir berkenaan, ketua bank ini boleh membetulkan butir ini. Ini hanya butir-butir di dalam profil jika terdapat apa-apa kesilapan taipan atau typing error yang boleh dibetulkan yang mesti disokong oleh bukti yang boleh memuaskan hati Ketua Bank Data DNA.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Di sini oleh kerana telah banyak ditimbulkan persoalan-persoalan di bawah peraturan yang akan kita kemukakan kita akan melihat bagaimana untuk menentukan kaedah dan mekanisme yang kita gunakan akan memberikan keyakinan kepada orang ramai dan perkara ini Ketua Bank Data DNA misalnya dia kena maklumkan mengenai perkara ini kepada orang yang butir-butir itu dibetulkan. Dia tidak boleh membuat dengan sendiri tanpa memaklumkan kepada orang yang terlibat. Jadi berkenaan privasi ini, peruntukan privasi terdapat dalam rang undang-undang ini. Terma yang digunakan dalam rang undang-undang ini adalah perkataan kerahsiaan. Dia kerahsiaan. I think ada banyak soalan yang dikemukakan berkenaan sama ada perkara ini, maklumat dan data ini ada kerahsiaan sebagaimana yang terdapat dalam fasal 21 rang undang-undang. Malahan dalam peraturan-peraturan yang akan dibuat umpamanya mengenai pengambilan sampel hak privasi seorang diambil sampelnya akan diambil kira dan dipastikan mengikut standard antarabangsa. Apabila saya mengadakan peraturan-peraturan ini, saya hanya ingin jelaskan berkenaan peraturan ini. Saya fikir peraturan dianggap sebagai satu delegated legislation yang kita membuat satu peraturan di luar daripada akta tersebut. Sebenarnya apabila kita telah melakukan peraturan-peraturan itu, ia menjadi sebahagian daripada undang-undang dan boleh dipertikaikan dan boleh dipersoalkan dari segi peraturan tersebut sendiri. Jadi...

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

[Bangun]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Sila.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mahu sentuh balik isu manipulasi di mana tidak ada peruntukan di dalam bil ini untuk baki sampel itu. Sampel yang dipakai untuk gambar komputer print out mengatakan paten distribution dalam rekod forensik tapi bakinya mesti dimansuhkan. Jika tidak dimansuhkan dan disimpan di peti sejuk misalnya lepas beberapa tahun pun baki sampel itu boleh dipakai untuk implicate orang lain. Ini yang merisaukan. Jadi saya ingat mesti ada syarat-syarat atau seksyen yang tertentu untuk memastikan ia dimansuhkan. Satu lagi kenapa data bank ini tidak boleh disimpan di bawah kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan. Ini akan beri satu keyakinan kepada rakyat ia tidak disalah guna oleh polis, sebab polis yang buat siasatan dan dia juga pegang evidence ini yang boleh dipakai. Bolehkah data bank ini dikawal oleh satu pihak yang lain macam Kementerian Kesihatan. Terima kasih.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Oleh kerana ia melibatkan soal pemeriksaan forensik dan forensik ini di bawah Kementerian Dalam Negeri. Akan tetapi badan-badan yang khusus semua kepakaran kita akan dapatkan daripada semua pihak yang akan melibatkan Medical Officer untuk ambil intim sampel misalnya. Jadi ia ada satu badan induk untuk kita menggabungkannya. Polis ini walaupun polis menjadi satu perkara yang kita khuatir oleh kerana polis adalah penyiasat dan dia juga memegang jawatan tersebut tetapi di masa yang sama kita kena melihat dalam konteks bahawa segala perkara yang kita laksanakan ia akan sentiasa diawasi kerana ada audit antarabangsa. Kita kena mengikut standard-standard antarabangsa. Sebab itu saya berminat sangat untuk diadakan akta ini tanpa kita institutionalize kan. Kita tidak mempunyai sesuatu yang akan membolehkan kita untuk melakukan perkara itu. Jadi kalau kemungkinan kita manipulasi, kalau kita mengikut standard-standard antarabangsa, kita ada audit daripada antarabangsa. Ini adalah sesuatu yang akan mendatangkan faedah dan manfaat dari segi kita membina satu pengetahuan di dalam bidang DNA.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Berkenaan baki itu saya ambil kira pandangan Yang Berhormat, tapi saya cadangkan kalau Yang Berhormat ada hendak membuat sesuatu yang khusus dalam perkara-perkara yang tertentu, mungkin Yang Berhormat boleh kemukakan dalam jawatankuasa dengan notis-notis dan prosedur yang diikut dalam jawatankuasa. Boleh kemukakan untuk kita jadi satu bahan perbincangan bagi membolehkan kita untuk ini. Jadi terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput di atas pandangan yang diberikan. Adakah perlu penghuni penjara, pesalah juvana dan individu yang ditahan reman perlu diambil sampel DNA. Penghuni penjara dan pesalah juvana akan diambil sampel DNA di bawah indeks banduan. Keduanya, tahanan reman pula diambil di bawah indeks orang yang disyaki dan ketiganya kajian menunjukkan seseorang penjenayah adalah cenderung untuk melakukan kesalahan lain, recidivism di Malaysia. Pada ketika itu terdapat 1.1 million individu mempunyai rekod jenayah dan 90% daripada mereka mempunyai lebih dari dua kesalahan jenayah. Dengan pengambilan profil DNA ini mungkin akan dapat meningkatkan penyelesaian kes-kes lama ataupun cold case dengan izin, dan sebagai langkah preventif. Tuan Yang di-Pertua, tadi saya sudah sebutkan berkenaan apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Kota Melaka dan apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Teluk Intan. Ini semua berkenaan pembuktian di mahkamah Teluk Intan bahawa bagaimana proses-proses di dalam mahkamah dan apakah safeguard yang perlu diadakan. Yang Berhormat dari Tenggara, selain daripada menyokong rang undang-undang ini, juga mahu melihat kepada safeguard dalam rang undang-undang umpamanya fasal 18, penghapusan sampel perlu dimaklumkan kepada orang yang sampelnya dihapuskan. Di sini saya ingin mengatakan bahawa, perkara ini akan diperincikan dalam peruntukan peraturan-peraturan mengikut fasal 26. Apakah Malaysia siap sedia dengan kepakaran? Saya sudah jawab tadi bahawa Malaysia sebenarnya sudah sedia dengan kepakaran dan sistem Bank Data DNA yang menggunakan perisian yang sama seperti digunakan di New Zealand. Perisian ini telah terbukti sebagai satu sistem data bank yang baik dan pegawai-pegawai adalah mengikut latihan daripada Jabatan Kimia. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab beberapa soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Ledang berkenaan isu yang sama tapi Yang Berhormat bercakap berkenaan dengan pangkat ataupun kedudukan ketua. Kenapa ketua pegawai polis? Daripada data Bank DNA adalah di bawah pengurusan PDRM dan untuk menunjukkan kepentingan keselamatan dan memudahkan kawal selia maka dilantik seorang pegawai berpangkat DCP iaitu bertaraf JUSA. Jika pegawai lain selain polis dilantik pengurusan dan kawalan akan menjadi tidak efektif terutama dalam menyalurkan maklumat bagi tujuan siasatan. Yang Berhormat Seremban juga telah bertanya...

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua...

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

...Berkenaan profil DNA dan maklumat yang akan dimusnahkan...

...Minta penjelasan!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Gombak.

Berhubung dengan jawapan Yang Berhormat Menteri yang ada kaitan dengan perkara 7 dalam rang undang-undang ini. Apakah Yang Berhormat Menteri dan kementerian bersetuju ataupun bersedia untuk menimbangkan semula tentang pengurusan Bank Data DNA ini, kerana banyak telah dibangkitkan tentang kebimbangan kita, sekiranya bank ini diketuai oleh seorang anggota polis walau tinggi pangkatnya sekalipun.

Akan tetapi oleh kerana kita hendak mengembalikan keyakinan rakyat tentang pengurusan Bank Data DNA ini, apakah kementerian bersedia untuk menimbangkan semula, kita mencari seorang pengurus dan timbalan yang betul-betul profesional, independent yang dapat menjalankan dan menguruskan bank ini dengan lebih amanah dan bertanggungjawab. Terima kasih.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan jawatan Ketua Bank Data DNA ini, kenapa kita meragui jawatan yang diberi kepada seorang polis setinggi mana pun, kerana kita semua ketahui bagaimana sebelum ini pun memang sudah ada rekodnya. Akan tetapi yang terbaru bagaimana bahan bukti iaitu dadah yang diambil dalam simpanan polis boleh hilang begitu sahaja dan dadah yang bernilai bukannya berpuluh- puluh ringgit tetapi nilainya jutaan ringgit. Jadi inilah sebenarnya keraguan yang ada pada kita semua. Kita bukan bercakap atas emosi seperti yang diberitahu, tetapi ini adalah fakta yang berlaku.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Yang Berhormat, kes kehilangan itu adalah berkenaan perkara physical evidence dan kita mengambil tindakan yang cepat untuk mengatasi masalah dan semua yang terlibat telah diambil tindakan. Saya fikir dalam semua kumpulan ada yang menjadi kambing hitam, ada orang yang tidak betul. Apabila mereka tidak betul, ini manusia dengan segala kelemahan dan segala-galanya tetapi untuk kita pukul rata secara semberono semua orang tidak baik, jahat, saya fikir itu tidak adil. Sebab itu saya fikir dalam kes ini, kes penyimpanan dalam komputer, penyimpanan yang menggunakan teknologi terkini, jadi benda-benda ini semua tidak bermakna yang itu juga akan dimanipulasikan. Jadi tidak usah kita sentiasa fikir ada. Nanti dahulu Yang Berhormat. Jadi saya fikir, saya hendak jawab apa nanti saya terlupa hendak jawab apa Yang Berhormat Gombak cakap tadi, sambung-sambung. Berkenaan apa Yang Berhormat ini, banyak saya dengar perkara-perkara berkenaan dengan pegawai polis yang mengepalai Bank Data DNA ini. Perkara ini boleh dibawa di dalam jawatankuasa apabila ini soalnya, akhirnya kerajaan kena membuat keputusan dan saya fikir dalam hal ini saya tidak boleh memberi jawapan kepada ini kerana akta ini sebagaimana ia ada sekarang, adalah memberikan ketua dan timbalan ketua dari pegawai polis. Pandangan yang banyak diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengatakan perkara ini perlu dikaji semula terhadapnya. Jadi saya fikir saya bentangkan apabila hendak membuat review nya, semakannya dan apabila kita kemukakan kepada jawatankuasa nanti akhirnya kita tengok bagaimana keadaannya...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bangun]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

...Jadi berkenaan dengan tadi saya fikir, cukup. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana saya beranggapan bahawa perbincangan yang telah diadakan pada kali ini adalah satu perbincangan yang amat mendalam dan banyak dengan penelitian dan masing-masing memberikan pandangan dan persoalan-persoalan yang dianggap mustahak. Oleh sebab itu, kita telah mengemukakan satu usul dan insya-Allah dengan usul ini dapat membincangkan selepas kita membentangkan bajet pada bulan November depan. Dengan itu, saya sudah habis penjelasan. Apa juga yang saya tertinggal dapat diambil catatan dan diambil tindakan kemudian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Minta penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, satu permintaan kepada Yang Berhormat Menteri sebelum beliau habis. Satu permintaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Menteri sudah habis Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tadi saya dengar dan saya menghargai pengakuan kalau ada kelemahan-kelemahan ini akan boleh dikaji semula dan dibincangkan pada masa akan datang. Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya sama ada Yang Berhormat Menteri boleh setuju, kita tubuhkan satu jawatankuasa pilihan untuk tugas itu, sebab kita sudah lihat banyak kelemahan dalam akta rang undang-undang ini yang telah diakui. Kita tidak ada masa yang panjang untuk bincang sebab rang undang-undang ini baru dibentangkan pada minggu lepas. Kita melihat perundingan tidak dibuat dengan pihak yang penting seperti Majlis Peguam, SUHAKAM dan sebagainya. Jadi proses jawatankuasa pilihan adalah yang sesuai sekali, supaya kita dapat mengatasi masalah yang ada, yang telah dikenal pasti dalam rang undang-undang. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sama ada beliau boleh setuju secara persetujuan dengan penubuhan satu jawatankuasa Select Committee untuk rang undang- undang ini dan bill ini digunakan sebagai...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, baik. Saya sudah dengar Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apa yang Yang Berhormat Perdana Menteri golek kepala dah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Bolehkah Yang Berhormat Menteri kata setuju atau tidak setuju kepada cadangan itu supaya kita boleh...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Boleh rujuk kepada Yang Berhormat Perdana Menteri sebelah itu.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Itulah permintaan saya kepada Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dr. Mohd Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Permintaan ini semua kami bersetuju minta.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis bagi diputuskan.

Kerana soalan sama ada setuju atau tidak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Menteri tadi sudah mengatakan sudah habis jawapan tersebut.

Akan tetapi menteri jawablah setuju atau tidak setuju.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Menteri minta bangun.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kita tanya sahaja, Yang Berhormat Perdana Menteri ada sebelah boleh bagi order kepada menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, dengar dahulu Yang Berhormat. Ini menunjukkan Yang Berhormat tidak faham betul peraturan, duduk dahulu, duduk dahulu. Terima kasih Yang Berhormat. Saya ulang semula, kena ulang Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, ya Tuan Yang di-Pertua. Sebelum kita bawa perkara 54, maknanya ada persoalan daripada Yang Berhormat Subang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya faham Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tadi clear benda itu benda mudah. Boleh jawab sahaja, menteri boleh jawab. Tidak perlu perintah daripada... [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat dengar percakapan saya dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena duduk dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Sungai Petani minta tolong duduk. Dengar cakap saya Yang Berhormat. Dengar cakap saya ya, baik Yang Berhormat. Saya ulang sekali lagi, saya sudah dengar cakap Yang Berhormat Subang tadi, jadi ini adalah ruang yang saya bagi ini, dengar. Yang Berhormat bukan menteri lagi di sini Yang Berhormat. Ini kita tanya dengan majlis Yang Berhormat.

Sebelum kita tanya majlis, kita hendak komitmen dari barisan menteri. Ini atas view yang kita hendak bincangkan supaya ada consensuses, kita tidak perlu kerana ini bukan untuk kepartian. Kita tiada maksud untuk luluskan undang- undang untuk kebaikan mana-mana pihak. Kita hanya harap kita dapat consensuses secara baik. Kita kembali ke Select Committee supaya kita boleh bincang dan kemas kini kan masalah yang ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, duduk Yang Berhormat Batu.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan untuk kita rujuk perkara ini kepada Select Committee telah banyak kita bahaskan dalam perbahasan selama tiga hari ini. Banyak perkara telah dijawab oleh menteri tetapi cadangan ini belum dijawab jadi kita hendak dengar daripada Yang Berhormat Menteri, apakah setuju atau tidak rang undang-undang ini dirujuk kepada Select Committee sebab ini belum terjawab dalam perbahasan kita.

Undi, undi, undi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, baik Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kita hanya undi sahaja.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kes belum selesai, kenapa Yang Berhormat Menteri tidak boleh memberi satu pendirian yang tegas dan sampai sekarang kenapa tidak bersetuju. Adakah beliau tidak percaya Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan duduk dalam select committee ini. Select Committee ini bukan Select Committee barisan Pakatan Rakyat, tetapi Select Committee Parlimen. Adakah Yang Berhormat tidak percaya Parlimen itu dapat melaksanakan. Anggota Barisan Nasional!

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Tidak perlu layan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Dua-dua pihak adalah anggota dalam Select Committee, kenapa? Saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh campur tangan dalam perkara ini. Ini first world Parliament. Kenapa takut menteri dalam Select Committee. Kali yang pertama kerajaan takut ada satu Select Committee, kenapa?

Bawalah usul.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, baik. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah, Yang Berhormat Ipoh Timur duduk dahulu, Yang Berhormat Pokok Sena duduk dahulu. Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Batu duduk dahulu. Duduk dahulu Yang Berhormat, duduk, duduk. Saya akan jemput menteri Yang Berhormat. Yang Berhormat duduklah, duduklah. Yang Berhormat Pokok Sena tidak duduk, saya tidak jemput menteri.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena ini dia duduk dekat atas pokok, susah! [Dewan riuh]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Cakap bagi elok sikit.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak cakap apa. Saya cakap apa yang saya, dia macam-macam.

[Menyampuk]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Macam ini Tuan Yang di-Pertua, saya minta pasal kita mempunyai pandangan. Saya daripada mula kata tadi, kita sudah berbincang, kita berbincang kita cari jalan untuk menyelesaikan secara yang tidak politik.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk] [Dewan riuh]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Ini kita telah buat keputusan. Apabila kita buat keputusan, kalau tidak bersetuju, undi. Terima kasih.

Point of order, point of order.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, setuju. Kita undi lagi senang. Jangan buang masa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Batu Pahat duduk. [Dewan riuh]

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Peduli apa!

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Memang saya kata dari pokok.

Memang dari Pokok Sena.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Saya kata Yang Berhormat... [Dewan riuh]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tarik balik! [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik. Duduk, duduk Yang Berhormat Pokok Sena.

Atas pokok duduklah. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya dengar tadi dia kata saya ini Pokok Sena, boleh duduk atas pokok. Ini dia kata. [Dewan riuh] [Ketawa] Saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri jaga standard Kabinet la. Takkan macam ini punya menteri. Takkan menteri standard macam ini. Tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Pokok Sena duduk. Baik, baik, Yang Berhormat Pokok Sena duduk. Duduk Yang Berhormat Pokok Sena. [Dewan riuh]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kita mahu dengar daripada menteri ..

Saya hendak menteri jawab pertanyaan saya. Tuan Yang di-Pertua, kalau inilah watak menteri, memang kalahlah dalam pemilihan UMNO bahagian Kota Tinggi. Memang kalah! [Dewan riuh] [Tepuk]

Tidak ada kena mengena.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

...Parti sendirilah.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Kita tunggulah Yang Berhormat. Tunggu, apa yang dia... Yang Berhormat Pokok Sena tidak payah...

Setuju atau tidak? Setuju atau tidak?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Adalah.

Duduk, duduk.

Tidak payah layanlah.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Jangan layan. Undi, undi.

Undi, undi.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Ini mana yang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey, duduk Yang Berhormat.

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Itu Yang Berhormat, Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Menteri... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey Yang Berhormat. Yang Berhormat Gombak duduklah dahulu. Duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat Gombak duduk. Dia tak hendak jawab Yang Berhormat.

Tak hendak jawab?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tak hendak jawab. [Dewan riuh] Tidak payah jawab.

Dato' Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tak payah jawab?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tak payah jawab. Saya ada soalan dekat sini Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, dia mempunyai ruang dan peluang untuk jawab dan tidak jawab. Ini hak dia. Dia tidak jawab.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai tidak payahlah Yang Berhormat Padang Serai. Tidak payahlah Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tak payah jawab, dia tak payah jawab Yang Berhormat.

[Bangun] [Menyampuk] [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, biar saya habis kerja saya Yang Berhormat. Saya tahu hak Yang Berhormat bertanya. Dia tidak...

Dia tak hendak jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Dia tak hendak jawab. Macam mana saya hendak paksa?

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduklah. Tidak payahlah Yang Berhormat. Duduklah, duduklah semua Yang Berhormat. Yang lain duduk, yang lain duduk. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, tangan saya tidak ada pegang pun.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, okey, right.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sebab dia tidak suruh bercakap lagi dah.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ini penting, kita mahu tahu apa kedudukan. Oleh sebab, Yang Berhormat Menteri menghina Parlimen ini. Dia tidak bersetuju dengan Parliamentary Select Committee. [Dewan riuh] Dia tidak percaya dan menghina Dewan yang mulia ini. Kita mahu tanya setuju atau tidak setujukah. Mengapa? Berani sedikit untuk menyuarakan pendirian dan kenapa? Bagaimana boleh kata untuk mempertahankan maruah Parlimen ini apabila tidak mahu sokong Parliamentary Select Committee. Menghina Parlimen ini!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey, sudah, sudah Yang Berhormat. Sudahlah Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bercakap tanpa pembesar suara] [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai. Tak payahlah Yang Berhormat Padang Serai. Duduklah Yang Berhormat Batu, tidak payah lagi Yang Berhormat Batu. Saya sudah pegang dia dah, saya sudah larang dia Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Padang Serai, duduk. Duduk, cukuplah.

Hari ini kita cukup bersopan, kita cukup baik. Cuba untuk mencari penyelesaian. [Dewan riuh] Saya sebagai wakil rakyat, kita rasa rakyat akan kecewa kalau hari pertama selepas pilihan raya kecil ini kita tidak dapat mencapai satu konsensus...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah, sudah.

Kita apa? Biarkan ini berlaku dan rakyat akan hukum, akan membuat keputusan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu duduklah. Sudahlah Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Pokok Sena sudahlah. Sudahlah Yang Berhormat Pokok Sena. [Dewan riuh]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ia memerlukan satu committee untuk mengemaskini. Sudah tentu mesti ada satu Select Committee untuk mengemaskini. Takkan dia seorang dengan kementerian, pegawai-pegawai kementerian sahaja yang hendak buat. Mesti diambil kira pendapat dan pandangan macam saya katakan tadi pihak SUHAKAM, dan berbagai-bagai-bagai pihak yang terlibat, para-para ulama, Majlis Fatwa dan sebagainya untuk mengemaskini ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah, sudah Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kalau tidak nanti bermakna bahawa dia membawa sesuatu yang tidak dikemaskini secara yang logik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Duduk, duduk Yang Berhormat. Saya hendak dengar Yang Berhormat Kuantan ini.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa kita mahu menunjukkan bahawa kita matang. Kita boleh dicadangkan, dibincangkan di peringkat jawatankuasa selepas kali kedua ini. Kita memohon untuk 54(1) ini juga dalam rangka, kita matang, kita mohon bukan dibincang di peringkat jawatankuasa tetapi kita bincang di peringkat Select Committee. Itu yang kita minta dari Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang saya kemukakan masalah bagi Majlis bagi diputuskan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Menteri jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai sudahlah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kita mahu dengar daripada menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Padang Serai saya tidak hendak bercakap banyak lagi Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya tidak hendak bercakap banyak lagi. Sudah, sudah, sudahlah.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Padang Serai duduklah. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masalahnya...

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu dengarlah saya punya cakap dahulu. Yang Berhormat Padang Serai, saya pun... [Dewan riuh] Yang Berhormat Padang Serai duduklah Yang Berhormat Padang Serai. Saya ingat saya sedih betullah tengok Yang Berhormat Padang Serai ini. Macam mana jadi pemimpin macam ini?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya sayang dengan Yang Berhormat Padang Serai, jangan dihantar keluar. Itu sebab saya sayang. [Dewan riuh] Sudahlah, sudah. Saya sudah cukup dah.

[Bercakap tanpa pembesar suara] Mudah sahaja kita boleh selesaikan masalah ini. Yang Berhormat Menteri bangun, setuju atau tidak?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Saya rasa sedih Perdana Menteri boleh duduk diam, watak menteri macam ini. Saya mintalah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah, sudah, sudah.

Saya minta... [Pembesar suara dimatikan] [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sudahlah, sudahlah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Saya sudah tanya...

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Dia kena tunjukkan dia punya perangai yang elok kepada Ketua Pembangkang baru.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ya, betul, tunjuk kepada Ketua Pembangkang.

Semua melobi hendak jadi Menteri itu.

Kena tunjuk perangai yang elok kepada Perdana Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah, sudah, Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya pun sudah lihat semua, Yang Berhormat. Kalau inilah yang elok, Yang Berhormat, tidak tahulah apa yang buruk lagi, Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat, tolonglah, Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Gombak, kita boleh selesaikan perkara ini. Yang lain di belakang itu duduklah. Duduklah, Yang Berhormat Batu Pahat, duduk. Yang Berhormat Batu Pahat, tidak payah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk] [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Duduk, duduklah. Sudah, sudahlah. Baiklah, Yang Berhormat Padang Serai, tolong duduk. Ini bukan permainan, Yang Berhormat. Ini bukan permainan. Ini perkara yang penting, Yang Berhormat. Kita tunjuklah contoh. Tolong duduk, Yang Berhormat Gombak, tolonglah, please. Yang Berhormat Pokok Sena, tolong. Saya bacakan, saya tidak kisah lagi. Saya akan baca, “Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang...”

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk] [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah, sudah, Yang Berhormat. Yang Berhormat, duduklah, tolong duduk, Yang Berhormat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk] [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudahlah, sudahlah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Keluarlah, keluarlah. [Kesemua Ahli Pembangkang keluar Dewan] [Tepuk]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kinabatangan, duduklah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh saya cakap, Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, duduk, Yang Berhormat. Yang Berhormat duduk, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam cerita Masam Masam Manis kata, “aman kita”. Yang keluar, keluar dengan baik-baik. Jaga-jaga sikit. Yang duduk, duduk baik-baik dan kita luluskan undang- undang ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh cakap sedikit, Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak payah cakap. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang telah diusulkan tadi, peringkat Jawatankuasa kita akan tangguhkan selepas perbincangan belanjawan, bulan Oktober nanti untuk diputuskan.

Speaker, boleh tidak kita selesaikan hari ini juga?

Dato’ Seri Syed Hamid AlbarUMNO · BNKota Tinggi

Tidak boleh itu, Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kita sudah luluskan rang undang-undang. Kita bukan macam Parti Pakatan Rakyat. Kita adalah parti yang menghormati peraturan dan undang-undang. Oleh itu kita mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita telah membuat usul, kita juga sudah membuat keputusan dan menteri telah memberikan kesediaan bahawa menteri akan menerima maklum balas daripada Ahli- ahli Yang Berhormat selepas belanjawan nanti. Jadi kita kena patuh kepada janji-janji kita.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tahniah, Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Menanglah, Yang Berhormat Kota Tinggi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan hingga pukul 4.00 petang hari Jumaat, 29 Ogos 2008. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.47 petang.