Dewan Rakyat · 22 October 2008

15th Parliament, session 1, meeting 3 · 1,309 turns · 60,525 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan · question

1. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tentang: (a) cadangan penaiktarafan Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan dan cadangan pembinaan Pejabat Polis Diraja Malaysia daerah Tongod; dan (b) operasi Jabatan Pendaftaran bergerak di kawasan luar bandar terutamanya di Parlimen Kinabatangan.

Dato’ Wan Ahmad Farid bin Dato’ Wan SallehTimbalan Menteri Dalam Negeri II

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Kinabatangan yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kerajaan sememangnya bercadang untuk menaik taraf Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan dan pembinaan Balai Polis Tongod yang letaknya 200 kilometer daripada IPD Kinabatangan sekarang. Untuk tujuan itu kerajaan telah memohon tanah daripada Kerajaan Negeri Sabah sebanyak 3.04 hektar. Daripada permohonan itu, Kerajaan Negeri Sabah telah dengan bermurah hati meluluskan 1.556 hektar untuk tujuan pembinaan balai polis di Tongod. Berhubung dengan operasi Jabatan Pendaftaran Negara di kawasan Parlimen Kinabatangan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, semenjak tahun 2000 hingga 2007 sebanyak enam operasi bergerak bagi pendaftaran sijil kelahiran telah dijalankan. Jumlah permohonan yang diterima sepanjang tempoh tersebut adalah 2,937. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,493 permohonan telah diluluskan dan sebanyak 274 permohonan telah ditolak, manakala baki 170 permohonan masih dalam pertimbangan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah. Dalam tempoh yang sama, operasi bergerak permohonan kad pengenalan pula sebanyak tujuh operasi telah dijalankan di Parlimen Kinabatangan. Jumlah permohonan yang diterima sepanjang tempoh tersebut adalah 5,073 meliputi permohonan kad pengenalan kali pertama dan kad pengenalan gantian. Jabatan Pendaftaran Negara pada masa ini sedang dalam proses mengenal pasti jumlah keluarga yang tidak mempunyai dokumen di Parlimen Kinabatangan. Untuk tujuan tersebut, Pejabat JPN di Telupit, Tongod dan Kinabatangan telah diarahkan untuk mengedarkan Borang Maklumat Keluarga atau BMK untuk mengumpul maklumat bagi membolehkan perancangan dibuat pada masa terdekat. Sekian, terima kasih.

Tuan Speaker, point of order.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat.

Pada 23, in fact 22(4), “Seseorang ahli tidak boleh bertanya lebih daripada 10 pertanyaan bagi Jawapan Lisan dan tidak lebih daripada 5 pertanyaan bagi Jawapan Bertulis...”. Akan tetapi saya mahu tahu di sini, Tuan Speaker, siapa menentukan order dalam order paper, nombor 1, nombor 2, nombor 3 sampai nombor 80. Oleh sebab kebanyakan soalan kita tidak ada sama sekali. Yang primetime ini, balik-balik orang yang sama. Jadi kita minta ruling kerana kalau ini berlaku, lain kali Ahli-ahli Parlimen tidak hantar soalan lagi. Kalau macam saya, lain kali saya tidak mahu hantar. Kita

punya bakal Perdana Menteri ada sini, kalau ini tidak ada, lain kali kita tidak hantar. Ini kita minta ruling.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Kalabakan. Pada bulan Mei yang lalu, saya telah membuat fatwa bahawa dalam sesi soal jawab sebegini, saya tidak entertain point of order sebelum selesai sesi soal jawab oleh kerana mengambil masa yang lama. Untuk respons kepada apa yang dibangkitkan oleh Kalabakan ialah saya rasa apabila soalan-soalan itu telah di bentang, telah diatur, telah disusun dan diedarkan kepada Yang Berhormat, itu jelas bahawa siapa lagi yang lebih berkuasa daripada Speaker. Bermakna saya yang bertanggungjawab daripada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan sebelum ini menurut senioriti, menurut keutamaan dan kepentingan. Jadi semua pun ada. Kalabakan pun pernah juga nombor 1, nombor 2 atau nombor 3. Yang lain-lain itu pernah juga nombor 1. Harus diingat bahawa 100 lebih Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengutarakan soalan. Ada di antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang langsung belum pun sampai di nombor 10. Itulah makanya selalu saya cakap dan saya juga dikritik kalau bercakap panjang. Soalan tambahan mesti disingkatkan, one line, jawapan dari menteri mesti singkat, tetapi apabila Ahli Yang Berhormat berdiri bercakap, ada yang lain tidak mahu melepaskan mikrofon. Jadi bersikap adillah sesama sendiri dan yakinlah bahawa saya dan timbalan-timbalan saya sentiasa bersikap adil, tetapi kadang-kadang apa yang adil bagi seseorang itu dia nampak tidak adil bagi orang lain. Terima kasih. Sila menteri.

Tuan Speaker, kalau saya boleh membuat penambahan?

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada lagi, Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Cukuplah.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada lagi. Saya tidak mahu melayan lagi point of order sewaktu sesi soal jawab. Sila menteri.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Soalan saya ini banyak gangguan, saya pun hairan – soalan tambahan. Terima kasih di atas penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama, di atas hasrat kerajaan untuk mewujudkan Balai Polis Kinabatangan dan Tongod, cuma rakyat saya bertanya, bila agak-agaknya balai-balai polis ini didirikan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bila time framenya? Kerana peruntukan sudah ada dan tanah pun sudah ada. Adakah ia bermula pada tahun ini, tahun hadapan ataupun bila? Saya hendak tahu supaya apabila saya hendak ke kawasan senang saya maklumkan. Kedua, berhubung dengan pendaftaran bergerak. Di kawasan saya terdapat lebih kurang 25,000 warga Malaysia yang tinggal di Kinabatangan tidak beridentiti. Jadi, apakah langkah-langkah yang drastik selain daripada mengedar borang-borang kerana mutakhir ini ramai rakyat di kawasan saya tertangkap, disimpan di ‘rumah merah’ kerana tidak beridentiti. Akhirnya dua, tiga orang dihantar ke Filipina dan Indonesia balik semula. Ini merupakan kos kepada kerajaan yang membayar.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi, langkah yang seterusnya apakah kerajaan berhasrat mengadakan gerakan pendaftaran besar- besaran khususnya di Kinabatangan memberi identiti kepada rakyat saya yang tidak beridentiti. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan yang mengemukakan pertanyaan tambahan. Berhubung dengan tempoh masa yang ditanya tentang kenaikan taraf ibu pejabat polis di daerah Kinabatangan dan pembinaan Balai Polis Tongod, kementerian akan mengemukakan cadangan untuk pelaksanaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Berhubung dengan jumlah yang disebut tentang mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan, baru semalam Yang Berhormat Menteri Dalam

Negeri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menubuhkan satu unit khas task force, dengan izin. Unit khas ini antaranya adalah termasuk untuk mengenal pasti dan mempercepatkan proses untuk memberikan dokumen diri kepada mereka yang tidak mempunyai dokumen diri. Kedua, pihak kementerian melalui Jabatan Pendaftaran Negara juga, saya sebutkan tadi, telah menubuhkan unit bergerak di Sabah sejak tahun 2004. Di antara perkara yang boleh mempercepatkan proses ini ialah apabila permohonan-permohonan dibuat daripada sama ada ketua-ketua masyarakat atau Ahli-ahli Yang Berhormat supaya proses pendaftaran unit-unit bergerak ini dapat berjalan lancar. Saya akan memberikan perhatian khusus berhubung dengan perkara ini kerana jumlah yang disebut itu terlalu besar dan saya akan membuat lawatan kerja ke Kinabatangan dalam tempoh yang terdekat untuk mengenal pasti sendiri masalah yang dihadapi di sana. Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

[Bangun]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan ini adalah spesifik. Jadi kalau tanya soalan tambahan...

Satu soalan mengenai Sabah.

Rakyat kena bertanya ini, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin meminta lebih penjelasan mengenai ibu pejabat polis - balai polis di negeri Sabah. Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri mempunyai senarai yang manakah daerah-daerah yang akan dibina, yang belum mempunyai balai polis di negeri Sabah termasuk daerah Putatan yang baru diwujudkan dan bilakah akan dibina. Berapakah jumlah peruntukan diberikan kepada Balai Polis Putatan jika ada, sebab tanahnya kami sudah berikan kepada pihak Jabatan Polis.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau mahu jawab soalan itu boleh dan kalau tidak mahu jawab pun boleh. Terpulang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Putatan kerana mengemukakan pertanyaan tambahan. Kementerian dan PDRM mempunyai kriteria-kriteria yang tertentu untuk menubuhkan IPD seperti yang dinyatakan itu dan di antara kriteria-kriteria itu sama ada IPD yang berdekatan boleh mengawal keadaan jenayah di kawasan yang berkenaan. Contohnya di Kinabatangan yang ditanyakan tadi. Apakah kriteria untuk menaikkan taraf sama ada jumlah kes jenayahnya besar atau kecil. Contohnya di Kinabatangan pada tahun lepas hanya 150 kes jenayah sahaja yang dilaporkan di Kinabatangan dan di antara 150 kes jenayah ini yang paling besar adalah mencuri motor, mencuri buah kelapa sawit dan mencuri baja.

Yang Berhormat, itu bukannya soalan saya.

Saya tahu. Saya hendak sebut bahawa kriteria-kriteria yang digunakan untuk menubuhkan IPD antaranya kadar jenayah dan jumlah penduduk. Berhubung dengan Putatan ini saya katakan ia satu soalan yang spesifik dan saya akan mengemukakannya jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih. [Soalan No. 2 - Y.B. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) tidak hadir]

Ismail bin Abdul MuttalibPAS · PNMaran · question

3. Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Penerangan menyatakan sebagai sebuah agensi penyiaran negara dan bertaraf antarabangsa maka secara perbandingan dari aspek penyiaran, peralatan dan kecekapan pada tahap manakah kedudukan Kementerian Penerangan dan Jabatan Penyiaran Negara berbanding dengan negara-negara lain di dunia.

Dato’ Tan Lian HoeGERAKAN · BNTimbalan Menteri Penerangan · Gerik

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Maran atas soalan yang dikemukakan. Secara keseluruhan RTM telah menukar peralatan dari analog kepada digital se awal tahun 2002. Sehingga kini hampir 90% studio radio dan TV yang telah dipasang dengan sistem digital. Sistem yang diguna pakai adalah setara dengan yang digunakan oleh stesen-stesen penyiaran antarabangsa. Bagi meningkatkan kecekapan pula RTM sentiasa memastikan semua warga RTM mengikuti latihan penerbitan dan teknikal yang disediakan sama ada di dalam atau di luar negara dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. TV adalah merupakan alat perantaraan yang cukup besar kepada sesebuah negara. Kalau kita keluar negeri kita tidak melihat lagi siaran TV dari negara kita. Apakah kementerian bercadang untuk mengadakan satu saluran antarabangsa seperti yang standard dengan CNN, BBC dan sebagainya bagi membolehkan supaya apa yang berlaku di negara kita ini dapat dilihat oleh negara-negara lain, supaya tidak ada terdapat orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang cuba memburukkan dan memutarbelitkan peristiwa sebenar yang berlaku dalam negara kita. Terima kasih.

Dato’ Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Maran. Memang tidak dapat dinafikan bahawa TV merupakan satu saluran yang begitu penting untuk menyampaikan maklumat ke seluruh negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini bahawa sebenarnya Kementerian Penerangan melalui Jabatan Penyiaran telah pun mengadakan hubungan dengan negara-negara Asia Pasifik supaya mengadakan kerjasama dari segi exchange untuk maklumat dan pemberitaan. Setakat ini kita telah pun ada Warta Rumpun antara Malaysia dan Indonesia dan kita juga sedang mengadakan perhubungan dengan Brunei dan negara-negara luar. Sebenarnya sedang berjalan pemberitaan kedua- kedua negara ini.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya ringkas sahaja. Saya merasakan bahawa Jabatan Penyiaran ini bertanggungjawab antaranya adalah memelihara perpaduan dan keharmonian dalam negara kita. Saya menyaksikan kadang-kadang berita ini mengungkit-ungkit masalah perkauman, asal-usul dan seumpamanya dan ada yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri termasuk Yang Berhormat. [Tepuk] Jadi, adakah ini menggambarkan, kalau hendak bercakap tentang standard BBC mereka berjaya menjadi benchmark tetapi ini yang berlaku dalam negara kita. Kita ten years behind time! Jadi, sila jawab.

Dato’ Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya RTM menyiarkan berita-berita yang mempunyai nilai berita. Saya ingat RTM melalui RTM1 ataupun RTM2 sebenarnya tidak mengungkit- ungkit perkara-perkara yang sebenarnya tidak benar.

Yang Berhormat sendiri mengungkit-ungkit fakta sejarah yang dipusing-pusingkan. [Tepuk] Sebagai Timbalan Menteri Penerangan satu tindakan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sri Gading...

...sangat bercanggah dengan kehendak sejarah negara.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sri Gading.

Dato' Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Untuk makluman Dewan yang mulia ini sebenarnya isu ini saya ingat telah pun selesai dan saya ingat...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Siapa kata selesai? Tak mohon maaf apa-apa pun.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Pahat.

Mana boleh selesai, mana boleh selesai.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat..

Tak akan boleh selesai pengubahan fakta.

Tuan Yang di-Pertua

Tertib Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dato' Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya dalam teks ucapan saya dalam persidangan perwakilan wanita baru-baru ini sebenarnya saya tidak menyatakan bahawa orang Melayu datang daripada...

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua point of order. Yang Berhormat Timbalan Menteri sepatutnya jawab kepada soalan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.

Tak perlu jawab kepada...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu point of order apa?

Yang Berhormat Batu hendak pertahankan itu!

Sebab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...

...dan Yang Berhormat Batu Pahat bukan dalam soalan.

Dato' Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Ahli Yang Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, kalau bilang point of order, sebut apa point of order. Teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri, teruskan.

Dato' Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Saya ingat perkara ini saya akan jelaskan kepada Ahli Yang Berhormat sekiranya Ahli Yang Berhormat datang untuk berjumpa dengan saya. Sebab saya tidak mahu panjangkan, sebab ia akan memburukkan...

Bukan kita datang jumpa you, you datang jumpa kita. Bukan kita datang jumpa you.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri Gading!

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Duduklah!

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin beritahu Yang Berhormat ini...

Apa duduk? Apa duduk?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai.

Apa duduk? Soal bangsa kita tidak akan duduk!

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sri Gading! Ahli-ahli Yang Berhormat, ikut peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab sahaja apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian kecuali saya menjemput Ahli Yang Berhormat yang lain itu untuk mengajukan soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tak payah respons kepada yang lain.

Dato' Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat jawapan telah diberi kepada Yang Berhormat Kubang Kerian tadi bahawa RTM tidak mengungkit-ungkit perkara yang tidak berkaitan kecuali ia adalah nilai berita. Sekian, terima kasih.

Muhammad bin HusainPAS · PRPasir Puteh · question

4. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan insentif yang diberi kepada usaha memajukan industri ubi kayu sebagai tanaman ganti tembakau khususnya di negeri Kelantan.

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. AppuTimbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha memajukan tanaman ubi kayu sebagai tanaman sampingan atau integrasi dan bukannya sebagai tanaman alternatif kepada tanaman tembakau, kementerian saya melalui Lembaga Tembakau Negara yang telah membantu penanam tembakau mendapatkan pasaran dengan melaksanakan sistem tanaman ubi kayu secara contract farming dengan syarikat Sepang Maju Sendirian Berhad sebagai pengilang kerepek di Selangor. Di samping itu, bantuan modal sebanyak RM2,100 sehektar diberi kepada penanam bagi membiayai kos baja, racun, bahan penyuburan tanah dan mekanisasi ladang. Sekian.

Tuan Muhammad bin Haji HusainPAS · PRPasir Puteh

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah, baru-baru ini ada satu pelancaran projek tanaman ubi di Pasir Puteh Kelantan dan saya mahu tahu bahawa sejauh mana perkembangan projek ini sekarang. Yang kedua, adakah kerajaan sudah buat satu kajian yang terperinci tentang tahap kemiskinan bekas-bekas penanam tembakau ini supaya kerajaan dapat membuat satu perancangan yang rapi, sebab saya nampak bahawa tanaman kenaf yang diluluskan oleh kerajaan itu nampaknya tidak memberikan satu kebaikan kepada penanam tembakau ini. Terima kasih.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau kita lihat akan penanaman ubi kayu seperti yang diberitahu tadi, iaitu ubi kayu dijadikan sebagai tanaman sampingan atau tanaman integrasi bersama-sama dengan tanaman-tanaman lain seperti jagung, kenaf, keledek dan sebagainya. Ada banyak tanaman. Jadi kalau kita lihat di Kelantan sahaja, iaitu di Pasir Puteh bolehlah dikatakan kira-kira 28 hektar keluasan tanah itu ditanam dengan ubi kayu dan ada pula kawasan- kawasan lain yang kita tanam dengan tanaman-tanaman lain pula seperti di Tumpat kita tanam dengan jagung. Di Melaka kita tanam dengan pisang dan sebagainya. Jadi ini adalah satu tanaman sampingan ataupun tanaman bagi menggantikan penanaman tembakau. Kalau kita lihat tembakau seperti yang diberitahu oleh Yang Berhormat tadi, sebenarnya kalau kita lihat sudah pasti pada AFTA iaitu pada 2010 penanam tembakau akan menghadapi masalah, iaitu dengan pengecualian tarif maka tembakau luar negara akan menjadi lebih murah. Jadi kita terpaksa meminta penanam tembakau untuk beralih ke tanaman lain dan salah satu yang kita pilih memanglah tanaman kenaf sebagai tanaman alternatif dan tanaman alternatif pada jangka masa lama sudah pasti membawa hasil yang lebih lumayan dan perlu diexplore lagi penanaman ini supaya ia boleh menguntungkan. Kalau kita lihat seperti tanaman yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi ubi kayu misalannya, kos untuk menanam ubi kayu untuk satu kilogram kosnya adalah baru 11 sen tetapi hasil jualannya ialah 50 sen. Jadi di situ kita nampak hasil yang begitu lumayan boleh diperolehi di mana kalau kita lihat sekiranya seseorang mempunyai satu ekar, maka dia boleh dapat sebanyak lebih kurang RM3,700. Ini sudah pasti dapat mengurangkan kemiskinan khususnya penanam-penanam tembakau di Kelantan mahupun Terengganu. Sekian.

Tuan Ahmad MaslanUMNO · BNPontian

Soalan tambahan. Adakah kita hanya melihat dari segi memberikan alternatif pelbagai jenis tanaman sahaja. Apa kata kalau kita memikirkan dari segi ternakan ikan air tawar, ternakan lembu feedlod ataupun melibatkan mereka ini untuk mengganti tembakau dengan menyediakan IKS, industri kecil sederhana yang sesuai.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya banyak jenis. Bukan sahaja kementerian saya iaitu KPPK memfokuskan kepada tanaman malah kami juga menggalakkan ternakan. Antaranya ialah lembu, biri-biri dan kambing termasuk ikan. Jadi kalau kita lihat bagi penternak lembu sahaja kita boleh lihat terdapat lebih kurang 100 peserta di mana lebih kurang 2,184 ekor. Ini kita lakukan dengan kerjasama Jabatan Veterinar atau Jabatan Haiwan. Begitu juga dengan kambing dan biri-biri. Jadi memang bukan sahaja kami fokus kepada tanaman malah ternakan juga. Contohnya di Melaka kami memang menggalakkan bekas penanam tembakau kepada penternakan seperti ini. Sekian.

Halimah binti Mohamed SadiqueUMNO · BNKota Tinggi · question

5. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara] minta Menteri Kewangan menyatakan kebergantungan negara kepada pekerja asing menyebabkan pengaliran keluar wang negara sebanyak RM17.2 bilion pada 2007 dan dijangka meningkat kepada RM18.1 bilion pada 2008:- (a) apakah tindakan kerajaan untuk membendung masalah pengaliran ini; dan (b) adakah kerajaan bercadang untuk mengenakan levi atau cukai ke atas ringgit yang dikeluarkan.

Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul RazakUMNO · BNMenteri Kewangan · Pekan

Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2008 sehingga akhir bulan Jun pengiriman wang oleh pekerja asing ialah sebanyak RM9,124 juta. Anggaran bagi tahun 2008 adalah sebanyak RM18.1 bilion pada keseluruhannya. Jumlah pekerja asing sehingga 31 Julai 2008 adalah seramai 2.1 juta orang.

Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul RazakUMNO · BNMenteri Kewangan · Pekan

Secara purata, setiap pekerja asing menghantar pulang sebanyak RM720 sebulan. Kedudukan reserve negara yang kukuh bagaimanapun dapat menampung jumlah kiriman wang ini yang hanya merupakan 4.7% daripada jumlah reserve semasa. Di samping itu, sumbangan tenaga kerja oleh pekerja asing turut memangkinkan perkembangan aktiviti ekonomi negara melalui penglibatan mereka terutamanya dalam sektor perladangan dan pembuatan. Untuk makluman Yang Berhormat, setiap kenaikan 1% jumlah pekerja asing akan meningkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar atau KDNK benar sebanyak 0.19%. Walau bagaimanapun, kerajaan bercadang untuk melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan jumlah pekerja asing di negara ini. Di antaranya melaksanakan proses automasi dalam sektor pembuatan serta memperkenalkan Industrial Building System atau IBS dalam sektor pembinaan. Kerajaan telah menetapkan sasaran pengurangan jumlah pekerja asing seramai 400,000 setahun mulai tahun 2008 sehingga 2010 dengan tumpuan diberikan kepada sektor perladangan, pembuatan dan pembinaan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat juga kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan levi atau cukai ke atas kiriman wang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat. Saya hendak tahu apakah perbezaan di antara kadar wang masuk dan wang keluar yang melibatkan pekerja- pekerja asing ini? Adakah terdapat sebarang perkhidmatan percuma yang diberi dan dinikmati oleh pekerja-pekerja asing di negara ini yang melibatkan tanggungan perbelanjaan kerajaan selain daripada pengaliran keluar wang negara oleh mereka. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, keuntungan kita menggunakan pekerja asing ini mesti kita lihat dari segi peningkatan daya pengeluaran negara, KDNK melalui penggunaan pekerja-pekerja asing umpamanya dalam bidang perladangan. Kita tidak mungkin dapat pengeluaran pada tahap yang tinggi kalau tidak ada pekerja asing dalam sektor perladangan. Begitu juga dalam sektor-sektor lain termasuk pembuatan, manufacturing, pembinaan dan sebagainya. Kita tidak kira dari segi wang yang masuk tetapi lebih dari segi daya pengeluaran dari yang kita kira dari segi perkembangan KDNK. Perkhidmatan yang lain ini, mereka terpaksa bayar di mana umpamanya penggunaan hospital dan sebagainya ada kadar yang berbeza untuk orang asing termasuk pekerja asing.

Tuan Yusmadi bin Mohd. YusoffPKR · PRBalik Pulau

Yang Berhormat Menteri, menyedari kebergantungan negara kepada pekerja asing, saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri sama ada dasar yang diamalkan kerajaan dengan memutuskan hukuman merotan, mencambuk pekerja asing ini adalah merupakan satu dasar yang menggambarkan nilai dan sumbangan mereka terhadap negara ini. Saya mohon penjelasan kerana saya rasa itu agak menyumbang kepada instability dengan izin, kepada sensitiviti di dalam rantau ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, itu merupakan undang-undang pada masa ini tetapi yang penting sekali ialah bahawa pihak majikan juga dihukum kalau sekiranya mereka melakukan kekasaran dan penganiayaan terhadap pekerja-pekerja asing. Kita berharap bahawa sistem mahkamah kita dapat mempercepatkan proses menentukan keputusan yang diadili di mahkamah supaya dilihat bahawa kalau pekerja melakukan kesalahan mahupun majikan, kedua-dua hendaklah dikenakan hukuman.

Teo Nie ChingDAP · PHKulai · question

6. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan peratusan perkhidmatan bas-bas perjalanan jauh yang mengikut jadual, terutamanya bas-bas perjalanan jauh yang bertolak dari Perhentian Bas Pudu Raya dan pendekatan kementerian untuk meningkatkan servis bas-bas perjalanan jauh.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Temerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya istilah perjalanan jauh bagi perkhidmatan bas awam tidak ada, yang ada ialah istilah perjalanan bas ekspres ataupun bas henti-henti. Bagaimanapun untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini terdapat sebanyak 81 buah syarikat bas ekspres yang beroperasi di Hentian Pudu Raya dan syarikat-syarikat tersebut menjalankan operasi di sebanyak 147 buah laluan di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 106 laluan atau 72% merupakan laluan jauh yang melebihi 300 kilometer atau melibatkan pemanduan selama 4 jam secara berterusan. Bagi komponen kedua soalan Yang Berhormat, kita kerajaan cuba meningkatkan perkhidmatan bas-bas ekspres yang perjalanan jauh ini dengan mengadakan beberapa langkah, misalnya; (i) mewajibkan penggunaan pemandu kedua dan menyediakan buku log bagi merekodkan butiran perjalanan; (ii) mewajibkan pengusaha-pengusaha bas ekspres yang baru untuk memasang peralatan GPS, yakni dengan izin Global Positioning System bagi memudahkan pihak syarikat memantau perjalanan bas tersebut; dan (iii) melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan dan menekankan aspek dengan izin self regulatory terhadap pengusaha-pengusaha misalnya menggunakan kod amalan SHE, dengan izin Safety Health and Environment yang antaranya bertujuan mewujudkan pengurusan fleet yang cekap oleh pihak syarikat bas dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, beberapa usaha lain misalnya menggalakkan syarikat-syarikat ataupun pengusaha-pengusaha menggunakan e- ticketing. Kemudian, kita di bawah Giat MARA, menjalankan kursus yang kita panggil coach captain. Yakni melatih pemandu-pemandu bas supaya mereka ini lebih beretika, lebih dengan izin presentable dan sebagainya. Terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Terima kasih. Soalan tambahan saya. Kerajaan kita ingin menggalakkan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tetapi nampaknya kerajaan kita tidak tahu sama ada bas ekspres itu di Pudu Raya akan bertolak mengikut jadual masa. Saya ingin tanya sama ada menteri ada turun padang ke hentian Pudu raya untuk menaiki bas ekspres sendiri. Ini kerana mengikut pengalaman peribadi saya, saya pergi ke hentian Pudu raya untuk mengambil bas ekspres tetapi saya perlu tunggu selama satu jam dalam bas ekspres kerana bas ekspres itu enggan bertolak sekiranya bas ekspres itu tidak dipenuhi oleh penumpang. Jadi saya ingin tanya, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa bas ekspres dan bas-bas di negara kita akan bertolak mengikut jadual masa. Terima kasih.

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Saya selalu naik bas ekspres walaupun sudah menjadi timbalan menteri. Saya pernah naik bas tetapi bukanlah dari Pudu raya, dari Temerloh ke Kuala Lumpur dan juga dari Kuala Lumpur ke Temerloh. Mereka tidak

Dato’ Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

kenal saya timbalan menteri sebab saya menyamar dan pegawai-pegawai kita menyamar juga untuk melihat dan memantau. Pokoknya Tuan Yang di-Pertua, memang betul ada ketikanya bas-bas ini tidak mengikut jadual seperti yang ditetapkan tetapi kita tidak benarkan mereka lepas begitu sahaja. Lazimnya apa yang dilakukan, kita menghantar notis untuk temu siasat apabila kita mendapat aduan dalam empoh tujuh hari. Sekiranya mereka tidak menjawab ataupun tidak hadir untuk ditemu siasat maka kita keluarkan notis tunjuk sebab dalam masa 14 hari. Banyak yang sudah kita ambil tindakan, memberi amaran dan sebagainya. Terima kasih.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan perhentian bas Pudu raya yang amat sesak oleh kerana perhentian bas Pudu raya ini di pusat bandar yang mengakibatkan lalu lintas yang sesak dalam bila-bila masa, saya ingin tahu apakah rancangan kerajaan khususnya kementerian Yang Berhormat adakah satu rancangan untuk meminta keluar perhentian bas Pudu raya ini ke tempat-tempat yang lebih sesuai oleh kerana banyak aduan yang diterima oleh penduduk-penduduk dan para peniaga di Pudu raya ini. Saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekian.

Dato' Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNTemerloh

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Sebenarnya itu antara perkara yang sedang dibincangkan terutamanya di bawah Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pengangkutan Awam dan khusus untuk Lembah Klang memang sudah ada sebuah jawatankuasa pengangkutan awam Lembah Klang. Insya-Allah itu antara perkara yang difikirkan. Terima kasih.

James Dawos MamitPBB · BNMambong · question

7. Dato' Dr. James Dawos Mamit [Mambong] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan setakat manakah program universiti APEX dilaksanakan.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi II · Kluang

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih sebagai universiti yang akan melaksanakan program yang dikenali sebagai Accelerated Program for Excellent dengan izin atau ringkasannya APEX. Pemilihan ini dibuat setelah USM berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan dan berjaya melalui tiga tahap proses saringan iaitu; (i) Tahap pertama - menilai kesediaan universiti tersebut (ii) Tahap kedua - memperincikan pelan transformasi yang dicadangkan universiti tersebut; (iii) Tahap ketiga - menganalisis kesediaan universiti tersebut untuk berubah. Inisiatif APEX akan meletakkan USM di landasan yang betul dengan memberi ramuan yang secukupnya dan di lonjak agar mencapai kedudukan elit dunia pada tahun 2020. Kementerian bersama-sama agensi pusat akan mengadakan perbincangan lanjut dan terperinci dengan universiti berkenaan yang akan menyentuh mengenai tadbir urus atau governance, peruntukan, sistem saraan dan sebagainya. Sekian.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan itu tadi. Kalau kita lihat di dalam THESQS World University Ranking ataupun Times Higher Education Ranking, USM tidak termasuk di dalam senarai 200. Universiti Malaya ada dalam ranking 230. Yang kedua yang berkaitan dengan isu ini adalah universiti-universiti yang lain yang tidak terpilih seperti Universiti Malaya, UKM, mereka akan putus asa ataupun demoralize. Selain daripada itu, kepada mereka adalah insulting and short-sightedness oleh kerajaan kerana daripada sembilan universiti yang dikaji oleh kerajaan, hampir- hampir semuanya sama daripada tiga kriteria yang tersebut tadi. Jadi, kenapakah USM dipilih sekarang? Tidakkah kerajaan akan terus melihat, mengkaji universiti lain supaya universiti ini juga dipilih sebagai universiti APEX.

Yang seterusnya adalah pengambilan pelajar. Pelajar yang keluar nanti yang graduated daripada universiti APEX, mereka akan diambil bekerja dengan secepat mungkin. Mereka dapat banyak peluang. Bagaimana pula dengan graduan-graduan daripada universiti lain yang bukan dari universiti APEX? Walhal mereka mungkin yang good performance dalam universiti adalah mereka yang hanya menjadi bookworm ataupun nerd tapi bila mereka bekerja, mereka tak menggunakan akal, tak mahu menggunakan analisis. Jadi, ini akan jadi masalah yang besar lagi. Mohon jawapan kepada isu-isu yang saya sebut tadi.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNKluang

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedudukan USM yang susut ke tangga 313 dalam THESQS World University Ranking dengan izin tahun 2008 berbanding 307 tahun sebelumnya tidak menjejaskan pemilihannya dalam melaksanakan program Pemajuan Untuk Kecemerlangan atau APEX seperti mana yang telah diumumkan pada 3 September 2008. Ini kerana program pemajuan untuk kecemerlangan ini mengambil pendekatan bahawa penarafan bukanlah objektif utama sesebuah universiti dalam mencapai kecemerlangan. Namun, adalah satu harapan negara bahawa universiti yang dipilih untuk melaksanakan APEX akan berada pada kedudukan yang tinggi dalam kesemua skema atau sistem penarafan yang digunakan dalam tempoh masa yang terdekat ini iaitu lima hingga sepuluh tahun daripada sekarang. Skema atau sistem penarafan yang dimaksudkan termasuk setara kita sendiri, THESQS World University Ranking dan Academic Ranking of World Universities yang diuruskan oleh Shanghai Jiao Tong Universiti. Cabaran sekarang ialah untuk USM fokus kepada pelan yang telah mereka rangka yang telah meyakinkan jawatankuasa pemilihan APEX bahawa mereka mempunyai potential yang paling menyerlah untuk menjadi sesebuah universiti bertaraf dunia dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sampai masanya Kementerian Pengajian Tinggi akan mengkaji semula APEX sekiranya kedudukan USM dalam THESQS Ranking masih tidak menunjukkan kemajuan. Sekian.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, saya selalu mendengar beberapa alasan diberi mengenai institut pengajian tinggi di negara kita ini oleh kementerian tetapi kita dapati bahawa taraf kita jika dibandingkan dengan dahulu masih rendah. Baru-baru ini mengenai universiti ranking, seorang vice chancellor iaitu vice chancellor dari HUKM katakan ia tidak penting iaitu ranking universiti-universiti ini tidak penting untuk beliau. Adakah ini satu dasar kementerian bahawa international ranking ini tidak penting dan sila beritahu kita apakah usaha-usaha yang serius diambil oleh kementerian untuk menaikkan taraf murid-murid kita. One aspect is ranking tetapi aspek lain adakah mereka itu employable sekarang untuk majikan-majikan swasta, nampaknya mereka tidak jadi employable. Itu yang penting sekali. Sila beri jawapan, terima kasih.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNKluang

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ranking yang telah diadakan oleh beberapa agensi sama ada di negara ini atau di luar negara memanglah penting sebab ia akan menjadi satu rujukan tetapi ini tidak bermaksud bahawa kita perlu ikut semata-mata satu sistem yang terhad. Jadi, untuk Kementerian Pengajian Tinggi, kami memang prihatin terhadap apa-apa ranking sebab ia memang menunjukkan satu rujukan yang penting dan KPT memang faham kehendak masyarakat bahawa universiti tempatan kita ini memang perlu bekerja kuat supaya ranking kita dapat dinaikkan di mana-mana sistem ranking yang sedia ada. Sekian.

Zahrain bin Mohamed HashimPKR · PRBayan Baru · question

8. Dato' Zahrain bin Mohamad Hashim [Bayan Baru] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah kriteria yang digunakan untuk membolehkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melabur dalam sesuatu projek dan adakah projek ini termasuk projek-projek infrastruktur.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNMenteri Kewangan II · Tasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bayan Baru atas soalan ini.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNMenteri Kewangan II · Tasek Gelugor

Untuk makluman Yang Berhormat, pelaburan KWSP adalah berdasarkan Pelan Alokasi Aset Strategik di mana pada setiap tahun, pelaburan dalam sesuatu kelas aset akan ditetapkan pada amaun dan juga pada peratusan tertentu bersesuaian dengan tahap risiko pelaburan.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNMenteri Kewangan II · Tasek Gelugor

Pelaburan ini meliputi juga projek infrastruktur seperti telekomunikasi, tenaga, air dan lebuh raya. Bagi memastikan pelaburan yang selamat dan menguntungkan, beberapa proses penilaian dilakukan berlandaskan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh panel pelaburan KWSP. Di antara kriteria yang diambil kira adalah seperti berikut: (i) keupayaan sesebuah syarikat untuk memberikan pulangan pelaburan yang baik; (ii) potensi pertumbuhan projek dalam tempoh jangka panjang termasuk aliran tunai syarikat projek yang kukuh; (iii) pengurusan syarikat yang berwibawa dan teguh; (iv) mengambil langkah untuk mengurangkan risiko pelaburan projek supaya risiko tidak memberi impak negatif kepada simpanan ahli dalam jangka masa panjang; (v) memastikan beberapa covenant dalam dokumentasi perundangan di mana kelulusan daripada KWSP diperlukan sebelum sebarang tindakan boleh diambil oleh pihak yang berkaitan yang boleh menjejaskan obligasi pembayaran balik pinjaman KWSP; dan (vi) memantau dan mengawasi prestasi sesuatu projek serta melaporkan kepada panel pelaburan KWSP dari masa ke semasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bila rakan wanita saya, Yang Berhormat Tenggara tanya soalan tadi, yang jawab Timbalan Perdana Menteri. Saya ini mungkin ada diskriminasi atau dianaktirikan. Kawan saya tengok, tidak apa, kawan yang penting. Jadi soalan pertama adakah ini diskriminasi? Melawak Tuan Yang di-Pertua. Jadi soalan yang saya hendak kemukakan kepada menteri dari Tasek Gelugor, KWSP ini dananya besar sekali. Lebih kurang RM300 bilion di mana KWSP melabur dalam pinjaman dan bon, dalam sekuriti Kerajaan Malaysia. Saya lihat baru semalam ada pengumuman bahawa RM5 bilion dikeluarkan untuk Syarikat Valuecap dan saya percaya ini diberi mungkin dan pandangan saya ialah untuk mempertahankan pasaran saham yang sedang merosot. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, bagaimana mekanisme atau adakah satu mekanisme yang digunakan untuk memberi confidence kepada kami bila wang dikeluarkan daripada KWSP untuk syarikat seperti Valuecap Sdn. Bhd. untuk mempertahankan pasaran sahan dan dengan ekonomi yang tidak begitu kukuh. Saya takut nanti wang rakyat terjejas. Jadi tolong saya hendak minta adakah mekanisme untuk memberi confidence kepada kita? Terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bayan Baru atas soalan tambahan ini. Memang benar EPF, KWSP akan menyumbangkan, melaburkan RM5 bilion dalam Valuecap yang telah diwujudkan sejak tahun 2003 untuk melabur dalam bursa. Setakat ini jumlah kapital Valuecap adalah RM5 bilion dan dalam tempoh 2003 sehingga 2008, jumlah ini telah dipertingkatkan sehingga RM8 bilion. Ini menunjukkan bahawa Valuecap adalah sebuah institusi, sebuah badan yang diuruskan oleh profesional dan akan memberi pulangan yang baik. Selain dari itu Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Bayan Baru adalah juga satu soalan yang baik kerana memberi saya peluang untuk menjelaskan tentang keadaan di bursa sebab sejak dahulu kita melihat bahawa kadang-kadang pihak domestik kita mengambil signal dari pihak luar. Bila pihak luar masuk mereka kemudian masuk dan bila investor dari luar keluar mereka pun keluar kemudian dan

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

banyak yang mendapat untung adalah pihak luar. Jadi satu dari aspek penubuhan Valuecap ialah untuk tidak begitu bergantung kepada pertunjukan yang diberi oleh pihak luar sebab kita tahu bahawa banyak syarikat-syarikat di Malaysia mempunyai fundamental yang baik dan selalu juga dalam keadaan tidak menentu seperti ini. Harga saham, untuk banyak syarikat bukan sahaja syarikat GLC tetapi banyak syarikat private, syarikat swasta. Harga tidak melambangkan fundamental syarikat, harga tidak melambangkan earning, keuntungan syarikat. Jadi ada banyak peluang untuk mereka yang mempunyai holding power, yang mempunyai ruang dan peluang untuk mengambil satu sikap jangka panjang, untuk melabur dan dapat banyak keuntungan sebab kita yakin ke atas syarikat-syarikat di negara kita sendiri dan sebab apa kita hendak beri pihak luar peranan untuk memberi pertunjukan? Pihak kita juga boleh mengambil bahagian dan melabur tanpa signal dari pihak luar. Itulah tujuan dan berasaskan kepada pertumbuhan, peningkatan keuntungan Valuecap dalam tempoh lima tahun dari 2003 sehingga 2008, dan juga dari aspek sistem yang sudah pun wujud di KWSP di mana sudah wujud panel dan panel ada sistem untuk memberi pertimbangan yang baik. Dari segi risiko, saya yakin pelaburan ini adalah satu pelaburan yang baik. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. KWSP bertanggungjawab terhadap kepentingan 11 juta ahli dan tadi disebut oleh Yang Berhormat Menteri iaitu pelaburan, pendekatan yang digunakan ialah secara berhemah, pelaburan yang berisiko rendah. Pertanyaan tambahan saya ialah dalam soal pelaburan pasaran ekuiti ini, apakah KWSP ingin menumpukan apakah sektor yang menjadi tumpuan kepada KWSP ini? Untuk pelaburan, pinjaman dan bon yang disebutkan tadi, apakah kriteria yang digunakan untuk diberikan kepada syarikat- syarikat ini? Apakah syarikat yang dua bintang pun diberikan keutamaan ataupun bagaimana untuk pelaburan, pinjaman dan bon tadi?

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti saya nyatakan tadi, ada beberapa kriteria yang digunakan oleh panel pelaburan KWSP termasuk keupayaan sesebuah syarikat untuk memberikan pulangan, potensi pertumbuhan projek, pengurusan syarikat yang berwibawa. Jadi ini memang menunjukkan bahawa KWSP akan hanya memberi pinjaman atau membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat yang kukuh dan bukan syarikat-syarikat yang lemah. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa dari segi jumlah ekuiti KWSP setakat ini hanya 20% dalam ekuiti, pelaburan yang lain hampir RM330 bilion, 80% yang lebih adalah dalam instrumen pasaran kewangan, sekuriti kerajaan dan pinjaman. Dalam infrastruktur juga termasuk telekomunikasi, termasuk tenaga, air, lebuh raya dan pengangkutan dan hartanah.

Tan Sri Nor Mohamed YakcopUMNO · BNTasek Gelugor

Jadi soalan pendek kepada soalan Yang Berhormat tadi ialah, KWSP mempunyai kriteria-kriteria tertentu untuk mengelakkan pelaburan dalam syarikat- syarikat yang lemah. Terima kasih

Mohamed Nasir bin Ibrahim FikriUMNO · BNKuala Nerus · question

9. Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah kerajaan membuat pemantauan ke pusat-pusat kecantikan / Spa untuk memastikan tiada penyalahgunaan bahan atau alatan. Adakah harga yang ditawarkan berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin AhmadUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Mersing

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Kesihatan memang sentiasa melakukan pemantauan ke atas pusat-pusat kecantikan dan spa. Pertama, secara berskala atau apabila menerima sebarang aduan daripada orang ramai. Justeru itu, sehingga Julai tahun ini sebanyak 114 premis telah pun diperiksa dan didapati 20 premis telah pun melakukan kesalahan-kesalahan mengikut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, dengan sejumlah 123 bilangan produk dirampas. Buat masa ini kementerian tidak ada kuasa untuk mengawal harga produk kosmetik mahupun perkhidmatan. Terima kasih.

Terima kasih timbalan menteri. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, adakah kerajaan bercadang untuk mewajibkan pendaftaran semua ubat-ubat dan alatan kesihatan berserta harga yang digunakan di spa seperti mewajibkan meletakkan logo hologram pada semua ubat

bagi mengelakkan ubat tiruan dan juga adakah kerajaan bercadang di masa akan datang untuk mengawal harga ubatan dan herba yang digunakan industri spa kerana kalau kita lihat masa kini harganya di antara RM250 sampai menjangkau RM800. Ini saya fikir tidak berbaloi dengan ubatan yang diberikan dan masa tempohnya dua jam. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Nerus, yang begitu prihatin tentang kecantikan [Ketawa]

Tak ada Ahli Parlimen wanita sini.

Saya nak maklumkan industri kecantikan dan spa ini adalah industri perkhidmatan dan ia berkembang lebih daripada dua angka. Justeru itu, kita perlu melihat industri ini sebagai satu peluang. Pada waktu yang sama, kita perlu juga memastikan yang industri ini di regulate dengan izin, tetapi kita jangan sampai ke tahap strangulate dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Ekoran daripada soalan Yang Berhormat, justeru itu, pertama kita kena pantau pengamal. Bagi mereka yang profesional seperti doktor, mereka sudah pun dikawal bawah Akta Perubatan 1971, tapi bagi mereka yang tidak profesional dan bilangan mereka ini ramai, sebab itu kita sudah pun membuat satu rang undang-undang yang berbunyi Rang Undang-undang Kosmetologi dalam peringkat terakhir di AG Chambers. Kita juga nak pastikan bahawa peralatan-peralatan yang digunakan dalam premis-premis dan pengamal ini juga mempunyai piawaian yang bertaraf antarabangsa, sebab itu kita dalam peringkat terakhir juga membawa bil atau Rang Undang-undang Peralatan Perubatan atau Medical Device Act. Dengan adanya kombinasi mengawal produk, menjaga premis dan akhir sekali memastikan peralatan yang digunakan kepada mereka-mereka yang mendapat perkhidmatan ini terkawal, kita merasakan bahawa industri ini, industri yang boleh berkembang maju. Pada waktu yang sama kita pastikan keselamatan pesakit dan juga mereka yang mendapatkan perkhidmatan tersebut terkawal. Terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan pusat-pusat kecantikan atau spa yang mana dikendali di hotel-hotel yang sekian lama berlaku unsur-unsur aktiviti maksiat ataupun pelacuran dan memang bukan hanya berlaku di hotel-hotel biasa tetapi juga berlaku di hotel-hotel terkemuka, di mana health spa ini, wanita dilarang masuk. Hanya lelaki dibenarkan masuk yang mana perkara ini telah berlaku sekian lama sejak dulu dan saya rasa di Malaysia ini aktiviti pelacuran ini memang dilegalize atau digalakkan. Soalan tambahan saya, sejauh manakah Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan polis atau pihak penguatkuasa untuk memastikan aktiviti-aktiviti pelacuran di hotel-hotel ini dapat dihapuskan dengan sepenuhnya, terima kasih.

Cara Yang Berhormat cakap macam dia dah banyak exposure. [Ketawa]

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Niat jahat ini, niat jahat!

Tidak ada, exposure maksud saya dia dapat banyak laporan daripada orang-orang yang pergi. [Ketawa] Apa salahnya, dia wakil rakyat, dia mestilah wakil rakyat yang tahu segala hal tentang rakyat dia.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Mesti Yang Berhormat Mersing pun biasa juga.

Mersing tidak ada spa. Tuan Yang di-Pertua, kita semua maklum bahawa lesen yang diberi kepada pusat-pusat kecantikan dan spa ini bukan Kementerian Kesihatan yang beri. Ia adalah hak dan bidang kuasa kerajaan tempatan dan jika mana-mana spa dan pusat kecantikan terlibat dalam hal-hal maksiat, itu bukan bidang kuasa Kementerian Kesihatan. Hanya selepas mereka-mereka yang pergi ke pusat-pusat ini dan terlibat dalam maksiat kalau dia ada penyakit baru kita jaga. Terima kasih.

Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Kak Lah)PAS · PNRantau Panjang · question

10. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan mengapakah kemasukan pelajar ke tahun 3 dan 4 di Universiti Al-Azhar tidak diberikan kepada lepasan IPTS seperti Kolej Islam Sultan Ismail Putra (KIAS) sedangkan perkara ini tidak menjadi masalah di tahun-tahun sebelumnya.

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi · Kluang

Tuan Yang di- Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat, melalui 22 April 2008, Universiti Al-Azhar telah membatalkan semua perjanjian dan persetujuan kemasukan pelajar melalui ittifaqiah dan muadalah yang telah dibuat dengan enam buah institusi pengajian tinggi swasta termasuk Kolej Islam Sultan Ismail Putera. Pembatalan semua perjanjian dan persetujuan ini disebabkan perubahan dasar pengambilan pelajar yang telah dibuat oleh Universiti Al-Azhar. Di samping itu, Universiti Al-Azhar juga bercadang untuk menubuhkan cawangannya di Malaysia, sekian.

Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu berapa ramai kemasukan pelajar ke Universiti Al-Azhar adalah dari lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang dikelola oleh kerajaan pusat dan juga berapa ramai daripada sekolah yang dikelola oleh kerajaan negeri ataupun Sekolah Agama Rakyat dan berapa ramai daripada pelajar-pelajar kita ini yang telah mendapat tajaan biasiswa daripada kerajaan. Terima kasih

Dr. Hou Kok ChungMCA · BNKluang

Tuan Yang di-Pertua, saya tiada maklumat di sini, maklumat yang saya ada ialah bilangan pelajar yang terjejas yang telah menghadapi masalah atas pembatalan MoU ialah 673 orang dan saya akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat, sekian.

Raime bin UnggiUMNO · BNTenom · question

11. Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan menyatakan adakah perlu memberi latihan perisikan dan pengumpulan maklumat kepada anggota Rukun Tetangga (RT) bagi menjamin keselamatan setempat.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTimbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan · Tebrau

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tenom atas keprihatinan Yang Berhormat di atas Program RT dan juga khususnya program yang terkini yang telah dilancarkan oleh kementerian ini. Sebenarnya, kursus atau pun latihan perisikan dan pengumpulan maklumat hanya dimulakan mulai tahun ini sahaja atas cadangan Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, Skim Rukun Tetangga ditubuhkan sebagai satu mekanisme untuk membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Di samping itu, anggota Rukun Tetangga juga memainkan peranan menjadi pemantau dalam mengesan isu-isu yang boleh menimbulkan konflik untuk disampaikan kepada pihak berkuasa. Bagi melaksanakan peranan tersebut, anggota Rukun Tetangga perlu diberikan latihan yang bersesuaian. Jadi, selain kursus mediasi, kursus kepimpinan, kursus keselamatan kawasan sejiran, latihan perisikan mulai tahun ini juga diberikan kepada anggota RT. Latihan perisikan dan pengumpulan maklumat adalah bertujuan untuk memberikan kemahiran kepada anggota rukun tetangga mengesan dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan keselamatan dan pencegahan jenayah.

Tuan Raime UnggiUMNO · BNTenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan sebentar tadi. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyatakan tujuan dan juga matlamat Rukun Tetangga ditubuhkan. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua ialah, saya ingin mengetahui setakat ini di seluruh negara berapakah perwujudan cawangan-cawangan Rukun Tetangga di seluruh negara? Saya juga ingin mengetahui adakah setiap Rukun Tetangga ini juga diberikan sedikit peruntukan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti Rukun Tetangga di kawasan masing- masing? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini bilangan jumlah Rukun Tetangga di seluruh negara ialah 3,954 iaitu bilangan kawasan Rukun Tetangga. Dari segi kewangan, kita memang memberi peruntukan yang tertentu kepada kawasan Rukun Tetangga. Yang pertama, jenis bantuan kewangan yang diberikan setiap bulan

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

atau pun setiap tahun kepada Rukun Tetangga ialah geran tahunan bagi urusan pentadbiran Rukun Tetangga. Kadar yang ditetapkan bergantung kepada keaktifan Rukun Tetangga. Rukun Tetangga yang sangat aktif biasanya ia mengadakan aktiviti sekurang- kurangnya 12 aktiviti, dianggap sebagai aktif. Yang sangat aktif akan mendapat RM7,200 setahun atau pun RM600 sebulan. Bagi kategori Rukun Tetangga yang aktif, akan diberi peruntukan RM4,800 dan bagi kategori yang sederhana aktif akan mendapat RM2,400 setahun. Jenis bantuan yang kedua ialah peruntukan aktiviti dengan kadar RM2,000 bagi KRT di Semenanjung dan RM2,200 bagi KRT di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Selain daripada itu juga, peruntukan untuk membina pusat RT disediakan oleh kerajaan. Permohonan bagi peruntukan ini boleh dibuat oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga melalui pegawai perpaduan daerah. Bagi tujuan pembinaan pusat tersebut, jabatan perlu mendapatkan kelulusan tapak daripada pentadbir tanah dan kelulusan membina bangunan dari (PBT) atau Pihak Berkuasa Tempatan. Jumlah pusat yang dibina bergantung kepada kemampuan kewangan. Lazimnya, kos membina sebuah bangunan adalah sebanyak RM200,000. Sekian.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa, apabila saya diberitahu bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa Rukun Tetangga ini terlibat dalam kegiatan perisikan. Soalan saya setakat mana kementerian dapat mengawal selia anggota-anggota Rukun Tetangga ini supaya mereka tidak salah gunakan kuasa yang diberikan untuk perisikan dan bagaimana kementerian menentukan bahawa maklumat-maklumat yang diperolehi oleh anggota- anggota Rukun Tetangga ini tidak disalahgunakan oleh penjenayah dan sebagainya. Ini kerana anggota-anggota Rukun Tetangga ini kesemuanya ini kalau tidak silap itu semua volunteer dan bagaimana kita hendak kawal dari segi latar belakang mereka dan kualiti mereka? Sekian.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat. Memang apabila anggota RT menjalankan tugas perisik, dia ditemani oleh polis, dia bekerja serentak dengan anggota polis apabila menjalankan tugas perisik. Jadi, setiap bulan Jawatankuasa Rukun Tetangga perlu mengemukakan laporan tentang segala kegiatan atau pun maklumat-maklumat di kumpul oleh satu kawasan Rukun Tetangga tertentu. Segala maklumat yang di kumpul melalui perisikan itu diserahkan kepada polis. Dia tidak boleh simpan pada diri dia. Jadi, dengan cara itu kita harap kita dapat kawal maklumat-maklumat demi menjamin keselamatan dan juga membanteras kegiatan jenayah di satu kawasan Rukun tetangga tertentu. Jadi, Yang Berhormat tidak payah risau tentang maklumat- maklumat yang dikumpulkan oleh anggota Rukun Tetangga boleh disalahgunakan. Sekian.

Mohd Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHLumut · question

12. Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kesihatan menyatakan :- (a) status insiden lima tahun terakhir, punca-punca 'outbreak' dan langkah pencegahan yang sedang dilakukan bagi menangani masalah penyakit demam kepialu yang masih endemik di negara ini; dan (b) jumlah kes dan punca 'outbreak' demam kepialu di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai, Julai 2008.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin AhmadUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Mersing

Waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Kuala Krai. Untuk jawapan (a) tahap insiden tifoid di negara ini adalah 1.27 kes bagi setiap 100,000 penduduk dan tahap endemik ini mengikut piawaian WHO adalah amat rendah dan setanding dengan negara-negara maju kecuali di negeri Kelantan. Tuan Yang di-Pertua, punca utama adalah kerana penggunaan air yang tidak selamat dan penggunaan cara makanan dan juga pengendali makanan menguruskan penyediaan makanan terutama bagi mereka pengendali makanan tersebut adalah pembawa kuman tifoid dengan izin chronic carrier.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin AhmadUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Mersing

(cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin AhmadUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Mersing

Kementerian memandang serius tentang kejadian-kejadian tersebut. Justeru itu, kita sentiasa berusaha memastikan pengendali makanan yang mengendalikan semua makanan adalah selamat dan juga memastikan bekalan air serta sanitasi selamat. Untuk jawapan (b) iaitu kejadian yang berlaku di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai, setelah dibuat pemeriksaan dan kajian; di mana kita dapati bahawa 137 pengendali makanan telah diperiksa dan didapati seorang sebenarnya penjaja yang statik, yang tidak berlesen telah disahkan sebagai pembawa kepada kuman tersebut. Langkah-langkah telah pun dilakukan bagi memastikan kampung ini bebas daripada wabak tersebut.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan mengenai status kepialu ataupun typhoid di negara kita ini. Kita juga memahami penyakit ini adalah penyakit bawaan air dan juga makanan dan disebutkan tadi status kita baik kecuali di negeri Kelantan. Malanglah kerana urusan menjaga ataupun penyakit berjangkit ini adalah di bawah Kementerian Kesihatan. Soalan saya, apakah di Kelantan ini insiden dan juga prevalent daripada typhoid ini masih tinggi kerana kegagalan kerja-kerja Kementerian Kesihatan. Walaupun saya tidak mahu mempercayai sedemikian tetapi oleh kerana tanggungjawab ini adalah tanggungjawab Kementerian Kesihatan, sebarang kejadian ataupun insiden dan prevalence yang tinggi ini mungkin berpunca daripada kelalaian dalam penguatkuasaan dan juga pendidikan kesihatan. Jadi saya minta penjelasan apakah ini keadaannya ataupun kita tengok di akhir ini, usaha untuk memberikan penjelasan dari segi pendidikan kesihatan mengenai beberapa penyakit termasuk kepialu ini berkurangan berbanding dengan beberapa penyakit cara hidup yang lain. Jadi adakah kementerian bercadang untuk meningkatkan semula pendidikan kesihatan mengenai perkara penyakit berjangkit ini terutama di kawasan-kawasan di mana kes-kes masih berlaku dengan banyaknya. Terima kasih.

Pertama, saya mahu nafikan kenyataan Yang Berhormat Kuala Krai bahawa terdapat diskriminasi. Sebenarnya kalau kita seolah-olah kuman salmonella itu...

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Saya tidak sebut diskriminasi pun dalam jawapan saya.

Bila saya jawab, dengarlah. Seolah- olah menggambarkan bahawa kementerian tidak prihatin kepada negeri Kelantan yang diperintah oleh Kerajaan PAS. Itu tidak betul sebab antara punca-puncanya ialah disebabkan bebasnya keluar masuk pengendali-pengendali makanan. Bukan orang Kelantan. Orang Kelantan ini dia pembersih tetapi kebanyakannya pengendali makanannya bukan orang Kelantan; tetapi orang daripada Selatan Thailand. Ekoran daripada itu, bila kita melakukan banyak bukan saja pembelajaran, tetapi juga kita mahu pastikan semua sekali pengendali-pengendali makanan ini betul- betul mendapat satu suntikan. Ini terus berjalan sehingga di Kelantan kita bagi percuma suntikan ini berbanding negeri-negeri lain. Kedua masalah air di Kelantan sendiri yang dikendalikan oleh Syarikat Air Kelantan yang dimiliki oleh kerajaan negeri. Dia tidak dapat membekalkan air bersih ke seluruh negeri Kelantan. Maka alternatif rakyat ialah perigilah. Akan tetapi apabila air yang tercemar dengan kuman tersebut tidak dirawat secara teratur, maka ia sebahagian daripada punca. Oleh sebab itu kita bekerjasama dengan Syarikat Air Kelantan. Di mana bekalan air kalau kementerian memang sudah mempunyai peruntukan yang agak cukup di bawah Program BAKAS dan kita bekerjasama dengan Syarikat Air Kelantan. Ini bermakna bahawa dalam hal-hal ini kita tidak pilih masalah. Apa juga masalah di Kelantan adalah masalah kita dan apa juga kes yang berlaku di Kelantan akan meningkatkan statistik kejadian tersebut. Maka usaha mestilah dilipatgandakan. Justeru itu, kerjasama terutama daripada kerajaan tempatan itu sendiri, kerajaan negeri bagi memastikan kes-kes begini dapat kita kurangkan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Promosi percuma pun tidak boleh menang juga ya.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh beri sedikit penjelasan tentang sejauh mana peranan kementerian dalam membuat pemantauan terhadap saliran air bukit, air-air yang bukan di bawah tanggungjawab kerajaan negeri ini. Sebab dari segi air bukit itu saya difahamkan pemantauannya ialah di bawah Kementerian Kesihatan. Jadi ini antara punca seperti mana disebut oleh sahabat saya daripada Kuala Krai tadi tempat yang berlaku kejadian ini adalah tempat mereka menerima air itu melalui air yang saya sebutkan tadi iaitu air bukit. Pemantauan itu di bawah tanggungjawab kementerian.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan tambahan daripada Yang Berhormat Pokok Sena. Kita ada program iaitu kawalan untuk air minuman. Kita akan ambil semua sampel-sampel secara berskala. Tiap-tiap bulan kita ambil sampel bukan saja air yang mengalir tetapi air daripada perigi-perigi kita ambil dan kita mahu pastikan bahawa kawalan mutu air minuman ini sentiasa di tahap yang baik. Terima kasih.

Mohamad Shahrum bin OsmanUMNO · BNLipis · question

13. Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan setakat mana kemajuan pelaksanaan sistem parol. Berapa ramai banduan yang telah dibebaskan di bawah sistem parol.

Dato' Wan Ahmad Farid bin Dato' Wan SallehTimbalan Menteri Dalam Negeri II

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lipis yang mengemukakan pertanyaan. Sistem parol yang dilaksanakan pada 28 Julai 2008, daripada tarikh tersebut sehingga 2 September 2008, seramai 116 orang banduan telah dibebaskan secara perintah parol. Jumlah tersebut merupakan 7.76% daripada jumlah keseluruhan 1,494 orang banduan yang layak dan telah memohon pembebasan secara perintah parol. Sebagai langkah berhati-hati, hanya sejumlah kecil banduan yang dipertimbangkan pembebasan secara perintah parol untuk memastikan banduan yang benar-benar terpilih, yang layak, untuk membantu mereka kembali ke pangkuan masyarakat. Daripada jumlah 116 orang banduan yang telah dibebaskan secara perintah parol, seramai 31 orang daripada mereka telah berjaya menamatkan tempoh hukuman sebenar dan dibebaskan sepenuhnya tanpa sebarang masalah. Terima kasih.

Soalan tambahan saya ialah apakah program yang diberikan terhadap banduan yang dilepaskan secara parol. Ini agar mereka terkawal dan betul-betul pulih sebelum mereka bebas sepenuhnya dan dikembalikan kepada masyarakat. Setakat ini adakah berlaku pelanggaran oleh banduan yang dilepaskan secara perintah parol dan apakah tindakan terhadap mereka?

Terima kasih Yang Berhormat Lipis yang mengemukakan pertanyaan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, di antara program dan aktiviti yang dijalankan dan dibantu oleh pegawai parol dan pegawai parol daerah untuk membantu banduan yang dilepaskan secara parol adalah dengan pegawai parol mengadakan lawatan dan pemeriksaan secara berjadual ke rumah atau ke tempat kerja banduan yang berkenaan. Banduan berkenaan juga diminta untuk melaporkan diri mengikut jadual dan dari semasa ke semasa banduan berkenaan akan diminta untuk menjalankan pemeriksaan atau ujian air kencing.

Kaunseling dadah, kaunseling individu dan kaunseling kekeluargaan juga dijalankan dengan bantuan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara. Selain daripada itu, program motivasi dan pembangunan kerjaya dan ada di antara banduan- banduan yang menjalankan perintah parol diberikan kerjasama oleh pegawai parol untuk mencari pekerjaan, membantu mereka kembali ke pangkuan masyarakat. Berhubung dengan kegagalan banduan-banduan dalam mengikut rekod pada 2 September yang lalu, dua orang yang gagal dalam perintah parol yang berkenaan dan mereka telah diperintahkan untuk kembali menjalankan saki baki tahanan di

penjara. Dalam dua itu, salah satu daripadanya adalah kerana gagal dalam ujian air kencing. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009Bill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion tujuh ratus dua puluh sembilan juta satu ratus empat puluh lima juta ringgit (RM53,729,145,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2009, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran- butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2009, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 41 Tahun 2008, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di

ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” [21 Oktober 2008] Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Pendang. Saya difahamkan Yang Berhormat Pendang ada 28 minit lagi, sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Semalam saya telah menyentuh tentang penswastaan hospital, hari ini saya nak sambung sedikit lagi berhubung dengan perkara ini kerana ia melibatkan ramai rakyat di dalam negara kita ini. Walaupun secara keseluruhannya tidak berlaku lagi penswastaan hospital awam masa kini, namun umum telah mengetahui dan merasai bebanan bahang penswastaan tersebut dengan peningkatan kos rawatan yang terpaksa dibayar oleh rakyat walaupun mereka dirawat di hospital awam sekarang ini. Dari kos ubat, kos prostesis sehingga ke kos sesetengah jenis pembedahan yang memerlukan penggantian peralatan ataupun prostesis mesti dibiayai sendiri oleh pesakit. Kebanyakan pesakit yang baru dikeluarkan dari wad sering membawa resit bayaran membuat aduan berhubung kos yang tak mampu dibayar oleh mereka walaupun mereka ini dirawat di hospital awam atau hospital kerajaan. Ini termasuklah

kos pembedahan yang memerlukan prostesis seperti katarak yang mana pesakit diarahkan membuat bayaran atau membeli sendiri kanta. Atau pesakit yang mengalami patah yang perlu membeli sendiri besi, bukan besi buat bangunan, ini besi lain ya bagi mengukuhkan tulang yang patah. Semua ini menjadi keluhan kepada pesakit yang miskin dan tidak berkemampuan. Akan tetapi mereka kebiasaannya tidak diberitahu berhubung dengan bantuan kepada pesakit melalui tabung yang disediakan di dalam wad di mana mereka dirawat. Jadi saya harap perkara ini dapat diselesaikan di dalam wad lagilah. Kalau mereka tidak boleh membayar atau membeli, maka tersadailah mereka di dalam wad. Makin lama mereka duduk di dalam wad, makin banyaklah kos rawatan terpaksa dibayar. Ini belum kita bicarakan lagi tentang hospital yang mempunyai private wing yang mana doktor dibenarkan untuk mengenakan bayaran kepada pesakit yang dirawat seperti mana di hospital swasta dengan kemudahan yang terdapat di hospital awam ataupun hospital kerajaan. Walaupun ianya dari satu segi dapat memberikan pulangan yang lebih kepada doktor yang berkenaan, ia berhasrat untuk mengurangkan penghijrahan doktor ke sektor swasta. Namun dari segi moralnya sudah pasti akan meninggalkan satu kesan yang kurang baik kepada pesakit yang tidak mampu atau tidak boleh membayar. Mereka sudah pasti nanti akan dilayan seperti pesakit kelas dua kerana pesakit yang membayar sudah tentu mahukan rawatan dan belaian yang lebih kerana mereka membayar. Padahal yang tidak membayar hanya akan menerima masa yang terluang atau masa yang lapang daripada doktor berkenaan. Walaupun ia ditentukan hanya masa di luar waktu pejabat sahaja mereka ini boleh untuk mengendalikan di private wing ini. Harapan rakyat agar perkara ini diteliti semula sebelum ianya menjadi lebih parah. Saya ingin bertanya kepada kementerian sama ada Kementerian Pengajian Tinggi atau Kementerian Kesihatan kerana private wing ini kebiasaannya berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi tetapi hospital awam berada di bawah Kementerian Kesihatan. Jadi berapa ramaikah doktor-doktor ini dapat kita kurangkan daripada berlaku penghijrahan ke sektor swasta. Tuan Yang di-Pertua, walaupun sekarang ini hanya beberapa unit di bahagian hospital awam telah diswastakan iaitu seperti dobi, kebersihan, cleaning, elektrik tetapi ia pada masa ini tidak secara direct atau langsung membebankan pesakit berhubung dengan unit-unit yang diswastakan ini. Akan tetapi baru-baru ini saya mendapat gambaran daripada sahabat-sahabat yang bekerja di hospital di unit bius dan juga unit makmal patologi, mereka juga sering dipanggil ke kementerian mengatakan ianya juga akan diswastakan pada masa akan datang ataupun pada masa terdekat. Jadi saya risau tentang perkara ini kerana ini secara direct atau terus akan membebankan pesakit kerana setiap pesakit memerlukan rawatan direct ataupun ujian direct daripada makmal, x-ray dan juga apabila melakukan pembedahan, mereka memerlukan rawatan dari unit bius. Kalau sekiranya ini diswastakan saya rasa memang akan membebankan lagi bil-bil pesakit tersebut. Dan saya pergi kepada masalah yang berlaku di kawasan iaitu sekarang ini semua orang dah tahulah dah masuk dalam TV pagi ini, di kawasan utara memang dilanda oleh banjir. Dan kalau tak silap saya, dua tahun lepas Perdana Menteri telah pergi ke kawasan saya, macam orang pergi tak beritahu tuan rumahlah, saya pun tak dapat jemputan tetapi alhamdulillah dia telah berjanji untuk memberi bantuan sebanyak RM21 juta. Akan tetapi apabila saya berbincang dengan pegawai daerah, pegawai daerah mengatakan 1 sen pun belum sampai baik kepada MADA ataupun kepada JPS. Jadi maknanya masalah sungai merupakan satu masalah yang menyebabkan banjir ini berterusan dalam tahun ini, bukan tahun inilah, dalam dua bulan ini sudah dua kali kawasan saya dilanda banjir dan ini merupakan satu masalah yang perlu dihadapi kerana setiap kali banjir banyak kawasan-kawasan sawah padi tenggelam, tidak kurang daripada RM3 juta terpaksa dihabiskan ataupun dihanyutkan oleh air banjir ini. Baru- baru ini berhampiran dengan lebuh raya PLUS iaitu di kawasan antara Jerlun dengan Gurun dilanda banjir. Ini berpunca daripada pembinaan lebuh raya PLUS tersebut yang menyekat aliran sungai. Jadi saya harap kementerian yang berkenaan tolong perhatilah, aliran sungai dia masuk dalam lubang, naik balik sebelah sana. Jadi bagaimanakah aliran air akan berlaku dengan cepat dan ini telah menyebabkan banjir. Kalau satu bulan dua

kali ini saya rasa mungkin rakyat Malaysia lepas ini akan kebuluranlah kerana Kedah tak akan dapat nak supply beras lagi ke negeri-negeri yang lain. Itu masalah banjir yang berlaku dan saya harap janji yang diberikan oleh Perdana Menteri itu dapat ditunaikan oleh Menteri Kewangan yang ada pada hari inilah iaitu Timbalan Perdana Menteri. Satu lagi masalah muncul ekoran daripada banjir ini adalah pampasan yang diberikan. Ini semua kerja yang dilakukan oleh JKKP yang dilantik oleh menteri yang tak berkawasan inilah iaitu Menteri Luar Bandar, tidak hadir pada hari ini. Jadi saya harap benda ini perlu diberi perhatian kerana mereka membuat bancian JKKP ini, mereka yang sawahnya tidak tenggelam pun dibanci sama dan orang yang sawahnya tenggelam dan padinya hanyut tidak dibanci. Ini tidak dijalankan penyiasatan oleh pegawai pertanian dan juga pegawai MADA. Ramai petani yang membuat keluhan kepada saya, saya kata ini kerja-kerja yang dibuat oleh JKKP yang dilantik oleh pihak pusat sebab kalau kita membuat siasatan, kalau pegawai pertanian dan MADA membuat penyiasatan saya rasa perkara ini dapat dihindari daripada berlaku. Kerana ini memberikan satu penganiayaan kepada petani yang betul-betul padi mereka rosak, tidak dapat dituai, tidak dapat diambil pada musim yang lepas iaitu pada awal bulan puasa yang lalu. Berhubung dengan PLUS, berhampiran dengan lebuh raya PLUS itu sekarang ini pembinaan double tracking ataupun landasan kereta api berkembar yang sedang giat dijalankan. Ini juga memberi satu lagi masalah di kawasan saya iaitu banyak rumah-rumah yang terpaksa dipindahkan dan juga terpaksa berpindah kerana apabila landasan berkembar ini dibina, ianya mengenai rumah dan rumah ini apabila kami berbincang dengan pihak Gamuda, mereka tidak akan memberi pampasan. Jadi penduduk merasa kalau mereka tinggal di situ, mereka akan terdedah kepada landasan kereta api berkembar yang dikatakan akan membawa kabel, mempunyai kapasiti elektrik yang tinggi. Jika sekiranya mereka berpindah, mereka terpaksa membuat rumah baru dan terpaksa memerlukan pembiayaan yang tinggi. Jadi saya harap Kementerian Pengangkutan dapat memberikan satu penyelesaian terhadap masalah penduduk dengan Gamuda inilah.

Yang keduanya tentang KEDA, pada 21 hari bulan yang lepas Yang Berhormat Timbalan Menteri pun masih ada di sini, saya telah menanyakan soalan tentang penempatan di rumah KEDA iaitu 13 orang penduduk di situ yang telah dijanjikan dan telah dibawa ke Pusat Induksi KEDA di Sik. Mereka ini dijanjikan rumah KEDA di perumahan KEDA Bukit Jenun dan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun berjanji untuk memberi jawapan. Sampai hari ini saya masih belum lagi menerima jawapan wahai Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau belum siasat, siasat segera dan berilah saya jawapan, kerana saya mendapat satu jawapan yang lain daripada pegawai KEDA yang mengatakan, jika sekiranya mereka ini telah dibawa ke pusat induksi ini mereka akan diberi rumah tersebut. Apabila saya bertanya kepada penduduk, mereka mengatakan, penduduk yang sepatutnya yang mendapat rumah ini mereka mengatakan ianya diblok ataupun senarai ini dikeluarkan oleh ADUN daripada Barisan Nasional. Ini satu yang tidak sepatutnya berlakulah kerana dalam bajet prihatin ini banyak yang dijanjikan, tetapi jika sekiranya rakyat miskin tidak ada tanah, tidak ada rumah pun sanggup dilakukan begitu, saya rasa ini tidak sepatutnya berlakulah. Jadi saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau belum mendapat jawapan sila buat siasatan dan berikan saya jawapanlah. Seterusnya saya pergi kepada MADA. Ini juga merupakan kawasan yang saya mewakili kawasan yang besar di kawasan MADA. Salah satu daripada projek yang akan dijalankan bersesuaian dengan NCER ini adalah pembaikpulihan sistem saliran. Dan Kerajaan Negeri Kedah pun telah berjanji untuk menambah ataupun membaik pulih kawasan-kawasan terbiar untuk ditanam dengan padi semula. Masalah yang dihadapi adalah tentang saliran yang disediakan oleh MADA ini. Jadi dengan wujudnya NCER, saya harap dalam belanjawan ini ianya tidak akan menjejaskan ataupun tidak akan mengurangkan program-program dalam NCER ini, yang mana ianya penting untuk makanan penduduk. Di kawasan MADA kita tahu 97,000 hektar adalah kawasan MADA yang ditanam dengan padi hanya 30% sahaja, iaitu 29,000 hektar lebih kurang kawasan

yang mempunyai saliran yang sempurna. Kalau kita hendak bandingkan kawasan MADA dengan kawasan Sungai Manik dan Sekinchan, di kawasan MADA kita dapat mengalirkan air hanya 30 meter untuk satu hektar berbanding dengan Sungai Manik dan Sekinchan 43 meter per hektar. Maknanya jauh masih berkurangan sebab itulah hasil yang kita dapati paling banyak pun sekarang ini dalam lingkungan enam tan per hektar. Jadi saya harap perkara ini akan diberi perhatian oleh pihak MADA dan juga kementerian yang berkenaan. Berkenaan dengan salah satu lagi daripada NCER, projek NCER adalah mengestetkan sawah padi. Berhampiran dengan kawasan saya iaitu di Kampung Jelai projek perintis sudah pun dijalankan. Dan kawasan ini sudah pun dituai padinya iaitu sekitar 7,982 hektar pada tahun 2008 ini. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pertanian, bagaimanakah dengan hasil tuaian pada musim ini iaitu pada musim sebelum bulan puasa baru-baru ini? Adakah ianya bertambah berbanding dengan hasil tuaian mereka sebelum ini kerana ini merupakan projek perintis? Sekiranya ia dapat menambah pendapatan petani, saya rasa ini satu yang cukup positif dan kita perlu memberi kredit kepada kementerian. Tetapi jika sekiranya ianya tidak memberikan hasil yang positif saya rasa estet padi ini perlu difikirkan semula oleh kementerian. Seterusnya berhubung dengan laporan akhbar baru-baru ini Tuan Yang di- Pertua, iaitu tentang dua orang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Perlis di Kangar yang membelasah cikgu. Begitu juga pada akhbar semalam sekumpulan pelajar sekolah yang sama telah ditahan oleh polis kerana bergaduh di sekolah. Dan juga dalam Berita Harian di bawah tajuk tersebut Pelajar membawa tangannya yang putus dalam bakul motosikal pulang ke rumah dengan darah berlumuran. Ini saya rasa satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh kementerian berhubung dengan cara kita mendidik baik di rumah ataupun di sekolah, kerana didikan yang kita berikan bukan hanya setakat untuk mendapat skor banyak A di dalam peperiksaan, tetapi penilaian tahap kehidupan mereka dari segi moral mereka, dari segi sahsiah, dari segi kehormatan mereka kepada guru. Saya ingat kalau dahulu saya bersekolah dan sampai sekarang apabila berjumpa dengan guru atau cikgu kita, kita masih lagi memanggil dia cikgu dan kita menghormati mereka. Tetapi sekarang ini saya rasa nilai-nilai ini sudah tidak ada dalam pelajar-pelajar kita. Itulah sebabnya mereka sanggup menetak tangan kawan sampai putus, bawa balik tangan itu dalam raga moto, balik terpaksa masuk hospital. Ini merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian. Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi kita sama-sama bertanggungjawab untuk mendidik, melatih warga kita sebab kita tahu ‘awalludin makrifatullah’. Seawal-awal agama itu kita kenal kepada Allah. Bila kita kenal Allah kita takut kepada Allah, maka kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak baik di dalam kehidupan kita. Saya rasa inilah perkara yang perlu kita berikan perhatian dalam sistem pendidikan kita. Sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, saya ingin melihat kepada salah satu laporan akhbar berhubung dengan...

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Boleh bagi laluan sedikit?

Sedikit ya.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Sedikit sahaja. Boleh atau tidak kalau di sini kita minta supaya Yang Berhormat memberi persetujuan ataupun tentang cadangan saya supaya di sekolah misalnya kita dapati daripada priority ataupun keutamaan kepada pendidikan dari segi penghormatan kepada guru, penghormatan kepada ibu bapa ini sangat kurang. Malah antara contoh misalnya mural ataupun tulisan-tulisan yang didinding. Yang ada tulis situ cemerlang, gemilang dan sebagainya tetapi tidak ada di situ satu penekanan tentang akhlak, penghormatan kepada guru, penghormatan kepada ibu bapa. Ini mencerminkan sebenarnya bentuk pendidikan ataupun penghayatan-penghayatan pendidikan di sekolah itu yang tidak menekankan ciri-ciri akhlak dan adab ini. Apa pendapat Yang Berhormat? Terima kasih.

Terima kasih Titiwangsa. Saya mengucapkan takziahlah di atas pemergian ke rahmatullah ibu kepada Yang Berhormat Titiwangsa. Saya bersetujulah 200% di atas cadangan tersebut. Saya tidak mahulah panjang. Satu lagi salah satu daripada program dalam NCER ini adalah penternakan lembu dan kambing. Setelah berbincang dengan mereka yang diberi kesempatan untuk memelihara kambing boer ini dan saya juga telah sentuh dalam perbahasan sebelum ini berhubung dengan masalah yang dihadapi oleh kambing yang kita import

daripada luar. Walaupun Jabatan Haiwan mengatakan ia boleh, sesuai dan layak dipelihara kerana dagingnya tidak berbau dan lazat. Saya rasa untuk petani memelihara kambing jenis ini yang harganya lebih mahal satu ekor mungkin sampai ribuan ringgit dan pasaran terhadap kambing tersebut perlu diberi perhatian oleh kementerian. Walaupun mereka mengatakan hasilnya banyak, dagingnya banyak dan boleh memberi pertambahan kepada sumber daging negara kita, tetapi apabila sampai kepada petani tidak adanya pegawai-pegawai haiwan yang memantau. Banyak daripada kambing-kambing ini yang mati daripada yang hidup. Kalau kita lihat daripada laporan akhbar projek perintis di Pondok Tanjung, Selama Perak 500 benih kambing boer dibawa masuk. Saya tidak tahulah berapa banyak ataupun berapa jumlah kambing yang telah mati daripada yang hidup, kerana apabila sampai kepada petani-petani ini kambing-kambing ini tidak dapat hidup dengan sempurna, tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana, keadaan cuaca ataupun masalah rumput dan air di dalam negara kita. Apabila mereka membuat post mortem ini bukan di dalam hospitallah di dalam ladang haiwan itu mereka dapati ianya mempunyai penyakit hati...

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Mohon laluan.

...bukan sakit hati, penyakit hati. Arau.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pendang. Saya ingin penjelasan apabila Yang Berhormat bangkitkan tentang kambing-kambing yang telah diberi kepada orang kampung untuk memastikan bahawa ternakan ini dapat diperkembangkan dan tidak ada pemantauan susulan yang boleh menyebabkan kambing-kambing yang kalau ikut dari segi persekitaran. Walaupun Yang Berhormat bukan doktor veterinar, doktor betullah kan, tetapi faham jugalah apa yang berlaku kepada kambing tetapi di sini pada kita, sebenarnya kita rasa kerugian besar.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Kalau usaha kita untuk meningkatkan sosial ekonomi petani dan juga penduduk ianya tidak dibuat dengan berterus. Maka kita lihat apa yang kita sasarkan tidak mencapai kejayaan. Apa pandangan Yang Berhormat kalau sekiranya benda ini kita usahakan dengan lebih sistematik. Bermakna kata ada ladangnya, ada feedlot nya, ada orang yang mengawasi penyakit dan sebagainya menerusi koperasi dan juga dibangunkan secara kelompok. Saya ingat program sebegini kalau kita cuba sedarkan kepada rakyat sebab sebenarnya peruntukan daripada kerajaan ada tapi khidmat nasihat dan pengetahuan itu tidak disampaikan, tidak disebarkan menyebabkan mereka tidak dapat knowledge yang sebenar, pengetahuan sebenar. Apa lagi hendak menternak kambing boer. Saya ingat kebanyakan yang menternak kambing ini kebanyakannya ada satu, dua sahaja yang berjaya. Kebanyakannya tiap-tiap hari kalau kita ternak 100 ekor, sehari satu ekor akan kembali ke rahmatullah. Ini yang berlaku. Okey apa pandangan Yang Berhormat?

Yang Berhormat Kalabakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya kalau masak kari kambing memang sayalah pakar. Akan tetapi berkenaan dengan kambing boer ini, saya ada pelihara kambing boer juga tetapi bermasalah kerana kalau kita bagi kepada penternak yang kecil-kecilan ini mereka tidak sanggup. Ini kerana pertama, makanan dia mahal. Kedua, tidak ada bantuan kerajaan, maka kita bermasalah. Misalan, kalau kita pelihara 100 ekor, dia mungkin sehari feed lot ini, makanan kita bawa ke sana belanja pun mungkin RM1.50 seekor sehari. Jadi berapa sebulan, berapa setahun? Jadi kita punya penternak kecil-kecil ini dia tidak sanggup, tidak boleh. Melainkan kita ada koperasi, ada kumpulan yang kita bagi bantuan,baru boleh berjaya. Keduanya penyakit, kalau kita tidak ada dari jabatan haiwan jaga, doktor haiwan yang jaga maka kita punya masalah. Misal di kawasan di Tawau satu pegawai haiwan. Jadi apa macam dia boleh jaga semuanya ini? Jadi ini bermasalah. Mungkin Yang Berhormat boleh cadangkan jangan bagi kepada pekebun-pekebun kecil ini kambing- kambing boer ini. Kalau mahu bagi, bagi kambing kampung kerana kambing kampung

lagi senang. Kita lepas begitu sahaja dia boleh biak banyak dan boleh dipelihara. Itu mungkin...

Saya tarik balik “perkataan kembali ke rahmatullah.” “Mati, kambing-kambing itu mati” dengan niat untuk tidak mempersendakan kalimah.

Terima kasih Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Kalabakan. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua boleh masukkan ucapan mereka ini ke dalam masalah perenggan daripada ucapan sayalah kerana saya bersetuju dengan apa yang dikemukakan oleh kedua-dua Ahli Yang Berhormat tadi ini. Saya rasa memang kalau kita...

Yang Berhormat Pendang minta sikit?

Peminat kambing ini.[Ketawa]

Sama-sama makan kambing ini. Terima kasih Yang Berhormat Pendang dan Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat Yang Berhormat Pendang tidak berapa perasan. Saya rasa eloklah kita tidak payah guna perkataan “ke rahmatullah” itu. “Ke rahmatullah” ini digunakan untuk orang yang beriman meninggal. Kalau kambing pun kita guna ke rahmatullah, ini satu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Arau sudah tarik balik Yang Berhormat.

Yang Berhormat Arau tarik balik, Yang Berhormat Pendang belum.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Oh, Yang Berhormat Pendang ya?

Terima kasih kepada Yang Berhormat Baling. Saya pun ingin dibuangkan daripada ucapan tadilah perkataan tersebut. Apabila kita berbicara tentang kambing boer ini dan apabila saya berbincang dengan pegawai pertanian, mereka mengatakan kebanyakannya yang mati tersebut apabila dibuat post mortem mereka dapat ada masalah di hati dia. Sakit hati kambinglah. Saya tidak tahulah apa punca sebab saya doktor orang, bukan doktor haiwan. Jadi kementerian perlulah melalui pegawai-pegawai haiwan ini menyelidiki dengan lebih lanjut kenapakah punca menyebabkan penyakit hati ini mengenai kambing boer ini. Sebab kalau kita sudah beli sampai ribuan ringgit, sampai kepada petani tiap-tiap hari seperti disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi mati, maka ini amat merugikanlah. Lebih baik kita bagi petani kita memelihara kambing katjang ataupun kambing biasa ataupun bebiri yang lebih tahan. Kena hujan pun tidak ada masalah, kena panas pun dia tidak ada masalah. Mungkin daging dia itu berbau sikit tapi kalau kita taruk banyak rempah ataupun juga perencah lain, mungkin dia punya bau itu akan kurang. Ini boleh kita tanya Yang Berhormat Kalabakan. Ya, Yang Berhormat Pasir Mas. Saya beri kepada Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Tidak, saya hendak tanya Yang Berhormat. Apakah Yang Berhormat sedar ada daging kambing yang paling sedap. Di Arausa Restaurant, Jalan Damai. Lovely restaurant. Terima kasih.

Kempen restoran itu?

Ada saham ke Yang Berhormat Pasir Mas? [Ketawa] Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merayulah kepada Kementerian Alam Sekitar berhubung dengan masalah yang kita hadapi di negeri Kedah kerana di negeri Kedah kita mempunyai banyak balak tetapi di kawasan yang tidak boleh ambil. Jadi kita terpaksa memelihara kawasan tersebut. Pada masa sebelum ini Kedah diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional, pampasan alam sekitar tersebut diberi RM100 juta setahun untuk memelihara kawasan alam sekitar. Jadi saya harap perkara ini dapat diteruskan supaya belanjawan ataupun perbelanjaan kita memelihara kawasan hutan tersebut dapat di jimatkan dengan wang pampasan alam

sekitar yang diberi kementerian tersebut. Saya rasa itulah sikit sebanyak ucapan saya yang dapat saya sampaikan. Assalamualaikum.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya ambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2009 di Dewan yang mulia ini. Baru-baru ini banyak tohmahan telah dilemparkan kepada Kementerian Dalam Negeri mengenai pelbagai aspek tugasan yang dikatakan keterlaluan. Tindakan sedemikian bukan sahaja membuktikan kelemahan, kekurangan, keyakinan dan kepercayaan rakyat jelata kepada Kerajaan Barisan Nasional. Di sini saya mempersoalkan contoh isu macam senjata api. Senjata api banyak senjata api seperti senapang patah, pistol dan sebagainya telah dikenal pasti Sarawak khasnya di Sibu. Juga airgun di negeri-negeri di sempadan negara seperti Perlis, Kedah, Johor dan Langkawi. Sampai hari ini rakyat sudah persoalkan ada berapa kes di bawah senjata api ini sudah dikenakan charge di bawah Akta Senjata Api, Seksyen 8(a) ataupun seksyen 8. Sampai hari ini rakyat kata kalau hari-hari tangkap sahaja, tidak ada charge, ini menunjukkan satu kelemahan dalam kerajaan terutama sekali Kementerian Dalam Negeri.Inilah dirasuahkan polis, tapi bila saya tanya dengan polis, polis kata kononnya dia orang susah sampai hakim mahkamah tanya macam-macam. Walaupun senjata api didapati di dalam rumah, di kata “Ada buktikah rumah itu hanya beberapa orang dia masuk? Orang lain tidak masuk.” Kalau betul-betul undang-undang ini kita ada kelemahan, sepatutnya pengamal undang-undang bersama Kementerian Dalam Negeri ataupun polis duduk berbincang mana kelemahan kita. Mana undang-undang yang hendak dibaiki. Akan tetapi sampai hari ini tidak nampak apa-apa tindakan yang sudah diambil ataupun diumumkan kepada rakyat. Kita biarkan sahaja. So, kita boleh nampak contoh macam di Sibu, hari-hari kita boleh nampak.

Dalam surat khabar, dia orang dapat cari, tangkap di mana-mana rumah, dapat cari pistol, dapat cari airgun, apa sudah jadi? Macam kita tunjuk banyak kelemahan kita takut sama jenayah ini.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Pohon laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Arau.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada bos saya, Yang Berhormat Bintulu. Saya ingin bertanya pendapat Yang Berhormat berhubung dengan kemasukan airgun ini yang dianggap berleluasa terutamanya di negeri-negeri yang bersempadan dengan Indonesia, Thailand dan Filipina termasuk di Sabah sekalipun. Jadi adakah ini menggambarkan kepada kita tentang keadaan keselamatan di sempadan kita masih dalam keadaan yang longgar walaupun sekarang kita lihat usaha yang dibuat oleh kementerian, khususnya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang menyediakan scanner ataupun alat pengimbas untuk menapis semua kemasukan semua barangan tetapi masih lagi perkara ini dapat diseludup oleh penyeludup- penyeludup yang menjadikan airgun ini bukan sahaja digunakan untuk tujuan jenayah malah ia dijual berleluasa yang ramai, bukan sahaja di kalangan kanak-kanak memiliki air gun ini yang sebenarnya cukup berbahaya. Walaupun ia tidak seserius senapang atau pistol sebenar tapi dia boleh mencederakan mata kalau ditembak dalam jarak yang dekat dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat Bintulu?

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Itulah saya persoalkan perkara ini. Ini sudah menunjukkan kita ada kelemahan di dalam undang-undang. Itulah saya persoalkan. Kita pun ada kelemahan dalam menjalankan tugas di sempadan negara kita.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Putatan bangun, Yang Berhormat.

Sekejap. Kita selalu bila ada perkara berlaku kalau belum lagi orang punya nyawa hilang, kita selalu biarkan, biarkan. Sampai satu hari nyawa sudah hilang, kita baru kelam kabut kalau rakyat sudah bersuara. Inilah kita sudah menunjukkan kelemahan kita dan kita bagi peluang kepada pembangkang mempersoalkan kepada kita. Saya harap duduklah sebelah pegawai- pegawai, ambillah perhatian. Minta you punya menteri jawablah perkara ini sebaik- baiknya. Jangan biarkan tidak diambil perhatian mana-mana kelemahan kita yang ada.

[Bangun]

Ya, saya dulu, Kalabakan. Minta maaf ya Kalabakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat Chief saya dari Bintulu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Wah!

Soal senjata ini Yang Berhormat, kita harus melihat dari segi positif. Di negeri Sabah ramai antara orang- orang yang di desa-desa sudah pandai, patut kita menggalakkan industri pembuatan senapang angin ini. Kalau kira di negeri Sabah dipanggil bekakuk, tetapi yang baru- baru ini ada terdapat beberapa orang yang cerdik pandai mengusahakan membuat senapang angin yang dihasilkan daripada air pressure gun. Ia kuat, plywood pun dia boleh tembus. Jadi ini digunakan oleh orang-orang kampung untuk membunuh tupai di kebun-kebun kerana bukan senang, Yang Berhormat, untuk orang-orang kampung terutama sekali di luar-luar bandar untuk memohon senjata api. Saya minta pendapat daripada Yang Berhormat dari segi positif perkara ini.

Nanti dulu. Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Apa cadangan daripada Putatan itu memang tidak boleh. Kalau cadangan itu boleh dipakai, nanti lama-lama di negara kita orang gila-gila punya, satu dunia ada senjata api, nanti dia tembak satu dunia. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Yang Berhormat dari Bintulu, kita cerita pasal senjata api, Kementerian Dalam Negeri, kita sudah cerita banyak kelemahan kementerian lain pun seperti JPJ, polis, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, banyak. Macam JPJ pun ada kelemahan juga. Ia punya kelemahan, cermin gelap di Tawau berleluasa. Semua orang boleh pakai cermin gelap. Bila kita lapor, tidak ada tindakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cermin kereta, Yang Berhormat.

Cermin gelap kereta.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Jadi, ini pun sama juga, senjata api bekakuk di luar bandar... Bekakuk ini, Tuan Yang di- Pertua, mungkin di Semenanjung kurang faham bekakuk ini, satu senjata dibuat sendiri oleh orang-orang kampung.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dalam bahasa Inggeris, homemade gun.

Ha, homemade gun. Jadi ini begini. Kita minta mungkin Bintulu boleh cadangkan semua

kementerian yang kelemahan-kelemahan seperti ini kita ambil tindakan. Bukan Kementerian Dalam Negeri sahaja, banyak kementerian yang lain ada kelemahan. Bukan kelemahan apa, sistem yang mereka ada tidak dikuatkuasakan. Bintulu setujukah tidak?

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Memanglah saya setuju Yang Berhormat dari Kalabakan soal tadi. Saya haraplah dan minta semua kementerian menukar mereka punya sistem penyampaian supaya lebih baik.

[Bangun]

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Janganlah cuma hari ini kita bahas, besok sudah lupa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Belakang ada Mambong dan PJ Utara.

Mambong dulu.

Terima kasih rakan Yang Berhormat dari Bintulu. Di kawasan saya, penyeludupan senjata api daripada negara jiran, daripada Kalimantan, Indonesia memang berleluasa sebab kawasan saya adalah bersempadan dengan Kalimantan. Terdapat sekurang-kurangnya tiga jalan tikus, jalan masuk dari hutan untuk mereka membawa senjata api dan senjata api ini dijual di bandar raya Kuching. Itulah sebabnya pada satu ketika pihak polis berjumpa dengan sekumpulan orang yang menyimpan senjata api seludup ini. Jadi, apakah pendapat Yang Berhormat jika pihak polis juga kalau mereka sudah tahu di mana jalan tikus itu, kenapa mereka tidak harus mengawasi tempat begitu supaya senjata api ini tidak diseludupkan dengan berleluasa. Pohon penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat Mambong. Memang apa Yang Berhormat soalkan itu memang perkara itu betul. Memang pada sesi yang lepas saya sudah persoalkan perkara ini, saya pun ada bertanya, jawapannya memang dia kata banyak lorong tikus. Itulah masalah sempadan yang panjang, tidak boleh dikawal oleh penguat kuasa. Kalau masa itu kita meminta kementerian pertimbangkan semula untuk membina tembok di sempadan itu, tetapi kementerian kata mahal, duit tiada. Apa kita takut pembangkang bahas tentang perkara ini? Kalau kita tidak buat tembok, kita di negeri Sarawak tidak boleh selamat macam Yang Berhormat Sri Gading kata. Macam mana boleh selamat? Sampai hari ini saya bagi contoh, di Bintulu hari-hari rumah pecah, orang masuk pecah rumah. Wanita tanya sama saya, “Apa jadi, Wakil Rakyat Bintulu?” Kalau orang ini rampas rumah ini, kalau orang itu gila, wanita kalau dia kata kena rogol, macam mana kalau lelaki buang sama saya. So, saya minta timbalan menteri nanti jawab, jawab baik-baik. Ini betul punya, bukan main-main. Sekarang saya punya rakyat Bintulu sudah naik angin, sudah marah. Hari-hari rumah pecah.

Saya minta naiktarafkan balai polis itu tetapi sampai hari ini pun tidak mahu dinaiktarafkan. Walaupun pada tahun 2002 masalah itu sudah diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri tetapi sampai hari ini pentadbir pun buat tidak tahu. Apa sudah jadi? Sampai hari ini saya minta buat operasi di ladang kerana di sana ada ramai pekerja asing yang tiada permit tetapi macam mana hendak pergi four-wheel drive pun tidak ada. Yang ada satu four-wheel drive sahaja sedangkan ladang ada 10 hingga 20 buah. Saya sudah memohon banyak kali. Sekejap kata kewangan tidak ada duit. Sekejap ada beli tetapi kereta tidak sampai. Mana perginya kereta-kereta itu? Masalah ini bila hendak selesai? Kita mesti mahu lihat Barisan Nasional. Jangan kita biar pembangkang hentam kita. Kita sendiri yang buat kelemahan. Sudah banyak kali kita cerita dan sampaikan sama ada menteri tidak ambil tindakan yang serius atau pegawai yang tidak ambil serius. Saya minta perkara ini dijawab dengan baik. Silakan Yang Berhormat Lipis.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Bagi saya berkaitan dengan senjata api tadi maksud saya ialah senapang patah adalah perlu terutamanya di kampung- kampung dengan tujuan untuk membanteras musuh-musuh tanaman. Sekarang ini

saya diberitahu oleh penduduk-penduduk kampung masalah hendak mendapatkan lesen senjata api ini pun satu cerita. Kadang-kadang ia mengambil masa bertahun- tahun. Antaranya hendak menukar senjata api daripada bapa kepada anak dan kepada saudara mara pun susah. Apabila senjata api ini tidak ada di kampung-kampung, penduduk-penduduk kampung hendak bercucuk tanam pun menjadi susah kerana banyak musuh tanaman. Jadi, kita mohonlah supaya penduduk kampung terutamanya anggota RELA yang berkelayakan boleh dibekalkan dengan senjata api ini dan dilesenkan, bukan yang haram atau yang buat sendiri ini. Bagaimana pandangan Yang Berhormat?

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Ucapan itu saya masukkan dalam ucapan saya.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bintulu walaupun kesal sikit sebab tidak dijemput bersama ke Taiwan bulan lalu... [Ketawa] Saya hendak tanya...

Sekarang you hendak tanya soal senjata api. Cerita Taiwan nanti lewat sikitlah baru cerita.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih. Sebentar tadi Yang Berhormat Bintulu kata kita perlu tukar undang-undang sebab banyak kes jenayah tidak dapat mencapai keputusan yang sepatutnya bagi kita tetapi sebenarnya adakah masalah akar ini asalnya daripada capability pihak prosecution dan bukannya daripada undang-undang kita yang sepatutnya sudah cukup baik untuk menuduh terhadap pihak jenayah seperti kes-kes yang ada di Ipoh di mana pembunuh dapat dilepaskan secara teknikal dan kes-kes lain di mana pihak-pihak corrupt yang tidak dituduh ke atas mahkamah, adakah masalah ini bukan dalam undang-undang kita tetapi dalam kualiti pihak prosecution negara kita? minta pandangan.

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Lain kali kalau mahu mencelah mengenai apa yang saya bahas jangan bahas perkara lain. Nanti saya bahas sama lu, lu lagi susah... [Ketawa] Tadi saya persoalkan mengenai undang-undang. Kalau kita ada kelemahan dengan mana-mana pihak yang terlibat kita sama-samalah baiki kelemahan. Kalau you katakan tadi prosecutor tidak betul, mana-mana prosecutor yang menjalankan tugas tidak betul sila beritahulah prosecutor mana yang tidak betul berikan kepada kementerian ataupun jabatan minta mereka ambil tindakan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bangun]

Lagi...? Berapa jam saya boleh bagi?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pengerusi saya, Yang Berhormat Bintulu. Kita bercerita soal penyeludupan kelonggaran dalam sempadan kita. Memang ini sama ada suka atau tidak suka tetapi realitinya, kenyataannya penjagaan penguasaan sempadan kita begitu longgar sehinggakan berlaku penyeludupan bukan sahaja senjata tetapi penyeludupan manusia dan dadah pun berleluasa sehingga mudah diperoleh di mana-mana. Ini menjadi satu masalah besar kepada rakyat dan negara kita. Apakah Yang Berhormat ada cadangan kepada kerajaan bagaimana persoalan ini boleh diselesaikan ataupun ia dibiarkan berlarutan begitu sehingga kita merasa tidak selesa. Minta pandangan.

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan, timbalan pengerusi saya. Memang tadi sudah dicadangkan untuk mengatasi masalah ini saya minta supaya dibuatkan tembok di sempadan. Jangan kita takut orang bantah dengan projek ini yang mana perlu dibina.

Mohon laluan.

Janganlah kalau kata mahal sikit kita tidak boleh buat nanti apabila jenayah berlaku pembangkang hentam kita juga. Dia marah juga. Kalau sudah dibina nanti tidak berlaku jenayah, dia sudah tidak berpeluang, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat, kalau sempadan laut bagaimana hendak bina tembok?

Daratlah!

Saya cakap darat.

Mohon laluan.

Tuan Yang di-Pertua, inilah masalahnya, saya cerita darat dia cerita laut... [Ketawa]

Mohon laluan, Yang Berhormat Bintulu. Ini Silam. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bintulu. Kalau kita melihat kepada kawasan yang mengunjur daripada Beluran sehingga ke Tawau begitu panjangnya sempadan pantai yang ada di negeri Sabah ini. Adakah Yang Berhormat bersetuju dan ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya mewujudkan pusat kawalan khas sama ada di kawasan Kinabatangan ataupun dekat kawasan Silam sebab dari segi jaraknya dengan selatan negara kita, kalau daripada kawasan Parlimen Silam lebih kurang 45 minit sudah boleh sampai ke Pulau Bungao di Selatan negara jiran kita. Jadi, saya berharap sebab penyeludupan yang berlaku di kawasan saya sekarang ini semakin dalam keadaan kritikal dan juga saya mohon Yang Berhormat Bintulu agar masukkan cadangan saya supaya menambah bilangan anggota keselamatan di kawasan pantai Timur Sabah ini sebab ia terdedah kepada kawasan lanun dan penyeludupan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Silam. Memang saya bersimpati apa yang berlaku dalam kawasan Yang Berhormat. Saya berharap kementerian prihatin di atas perkara ini. Saya sendiri mencadangkan supaya kita lebihkan bot-bot ronda. Saya pun minta penguat kuasa yang menjalankan tugas tersebut janganlah bawa bot-bot itu untuk pergi makan angin sahaja. Janganlah parking di tepi pantai sahaja, pergilah round betul-betul.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Menyampuk]

Kalau mahu bahas pasal Taiwan nanti boleh bahas sama-sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Rompin.

Saya hendak bangun kerana saya pun tidak dijemput pergi ke Taiwan... [Ketawa] Tidak. Saya mengusik sahaja. Saya dijemput tetapi saya pergi umrah. Terima kasih atas jemputan. Saya ambil kesempatan hendak bertanya Yang Berhormat Bintulu. Saya rasa isu pencerobohan adalah isu yang besar di negara kita. Kita kena fikir banyak idea dan pemikiran antaranya membuat benteng seperti di Amerika. Namun saya hendak bertanya, kalau kita menggunakan pasukan keselamatan kita yang ada mereka ada tugas-tugas mereka seharian. Adakah Yang Berhormat Bintulu boleh bersetuju... [Disampuk] Yang Berhormat Wangsa Maju tidak ada masalah sebab dia dalam bandar tidak ada pencerobohan. Dia pandai, dalam pilihan raya dia cakap Kelantan, orang Melayu undi dia. Pandai Yang Berhormat Permatang Pauh pilih dia sebagai calon. Adakah Yang Berhormat Bintulu bersetuju angkatan tentera dan polis ada tugas masing-masing. Kalau kita lihat di negara-negara lain ada pasukan khas yang dipanggil border patrol, satu pasukan yang khas, kerjanya tidak ada hanya mengawasi semua batasan sama ada darat atau laut.

Adakah Yang Berhormat Bintulu merasakan kalau ini penting untuk Sabah dan Sarawak mungkin Yang Berhormat Bintulu boleh mengesyorkan ada pasukan yang khas. Dia tak ada kerja lain dia jaga hanya mengawasi kawasan yang besar. Saya nampak itu yang paling baik kerana ini akan menghantui kita bukan hanya isu seludup orang, seludup dadah, senjata api dan banyak lagi yang akan membawa juga sebab apa kalau kita lihat kawasan di Sarawak dia dalam kumpulan yang sama sebelum barat memisahkan kita. Untuk itu saya minta pandangan Yang Berhormat Bintulu, adakah Yang Berhormat Bintulu setuju kita ada satu pasukan khas equivalent dengan izin, border-patrol di Amerika.

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Memang itu cadangan yang baik. Saya setujulah cadangan daripada Yang Berhormat Rompin itu. Tuan Yang di-Pertua, saya di sini mahu bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri, tadi saya menyoal mengenai kakitangan pejabat untuk dinaik taraf. Kementerian betul-betul ambil serius terhadap perkara ini atau tidak? Pasal sekarang masalah di Bintulu kakitangan polis kekurangan anggota. Jadi sampai hari ini Bintulu kalau apa-apa operasi mesti mahu pinjam polis daripada seluruh Sarawak. Saya di sini mahu menyoal juga mengenai isu PGA, bolehkah kementerian memikir dan mengkaji semula di Bintulu ditubuhkan satu batalion PGA untuk membantu dalam apa-apa operasi jenayah ataupun tindakan kecemasan di kawasan Bintulu. Pasal saya nampak sekarang PGA-PGA di Kuching bukan banyak kerja. Rakyat sudah mula menyoal. Bintulu ada susah. PGA Kuching makan tidur sahaja tapi kerja tak ada. Di sini saya mahu menyoal kepada Kementerian Dalam Negeri, ambil perhatian. Janganlah suka hati kita persoalkan isu-isu di surat khabar. Macam contoh pada 17 Oktober 2008 orang sudah komen polis di Chow Kit pasal kawasan itu tidak sesuai. Kawasan gelap. Kita polis mesti mahu tarik balik kerana nyawa polis perlu dijamin. Kalau kita soal sebagai kementerian, soalkan perkara ini ataupun menteri persoalkan perkara ini, rakyat dikira macam mana? Kalau polis sudah takut siapa lagi yang akan pergi tangkap? Siapa mahu jaga keselamatan? Kita mahu suruh tuhan jagakah? Janganlah kita suka hati punya soal dalam buat isu-isu mengelirukan di dalam negara kita. Mengikut sistem (3) Akta Polis memang polis berhak untuk menangkap penjenayah dan adalah kuasa yang diberikan pihak polis. Polis kalau takut siapa lagi boleh tangkap? Minta Tuhan tolong tangkap?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat Bukit Mertajam Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya merasa kesal dan juga simpati kepada Yang Berhormat Bintulu. Dari dahulu...

Ini batu api sahajalah!

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Dari dahulu sampai sekarang dia pun kata itu sahaja tentang keselamatan di Bintulu di Sarawak sampai nyawa beliau pun diancam dan katakan polis takut kepada penjenayah. Ini bukan di Chow Kit sahaja, di mana-mana. Di Bukit Mertajam ramai yang juga mengadu bahawa apabila mereka menelefon pihak polis kata ada rompakan dia akan tanya ada senjatakah?. Sekiranya dia kata ada senjata polis lambat datang. Saya rasa ini menjadi masalah yang besar dan Yang Berhormat Bintulu ada pergi ke Taipei. Saya rasa keselamatan di Taipei amat baik. Walaupun larut malam ambil teksi atau berjalan-jalan di jalan raya saya rasa selamat di Taipei. Sama ada Yang Berhormat Bintulu ada kaji tak, ada belajar bagaimana Taipei boleh menjadi sebuah bandar yang selamat. Lebih selamat daripada Bintulu. Apakah sebabnya?

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Kalau mahu celah jangan celah perli. Kalau celah, celah baik-baik. Jangan kata Taipei itu semua. Negara kalau kita mana-mana ada kelemahan kita buatlah. Buat perbaiki mana-mana kelemahan kita. Apa kena-mengena dengan Taipei?.. [Dewan riuh]

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Kenapa sensitif pasal Taipei ini?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Menyampuk]

Inilah you sebagai pembangkang orang sudah cerita betul punya masalah mahu selesai you kasi main-main sahaja. You apa mahu political mileage sahaja dalam Dewan?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ini baik-baik juga.

You mahu pusing buat apa?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ini baik-baik sahaja.

Tak apa, sudah.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Bintulu, boleh saya mencelah sekejap?

Saya di sini...you pun serupa jugalah. Duduklah... [Ketawa]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tak adalah, saya hendak sokong, hendak sokong.

Tak payah. World punya masalah sudah habis. Diam-diam.... [Ketawa] Saya di sini mahu bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri mengenai perkara di Chow Kit ini kementerian akan arahkan kah tidak menghantar polis ke kawasan ini? So-called dengan izin ‘tempat gelap’, akan hantarkah tidak? Kalau tidak hantar saya harap bagi penjelasan kenapa tidak mahu hantar. Kalau kata tempat ini tidak sesuai, tidak terjamin nyawa polis memang kita sebagai wakil rakyat di Dewan yang mulia ini kita tak setuju. Itu tugas polis. Tuan Yang di-Pertua, isu mengenai IC dengan surat beranak ini saya fikir Tuan Yang di-Pertua pun sudah banyak kali dengar semasa duduk sama-sama, banyak kali kita soal perkara ini. Soal isu ini. Saya sampai hari ini tak nampak Jabatan Pendaftaran Negara yang serius menjalankan tugas ini. Walaupun hari ini saya nampak menteri ada soal dalam surat khabar cakap tubuhkan jawatankuasa itu daripada berapa tahun dahulu saya pun sudah dengar. Sama juga tapi sampai hari ini tak selesai. Dia kata cuma India 30,000 belum dapat surat beranak belum dapat IC tapi Bintulu sahaja, tak usah kata Sarawak. Boleh tanya Ahli Yang Berhormat daripada Sarawak, banyak juga.

[Bangun]

Yang Berhormat kapit nanti boleh tanya. Bagi penjelasan sekejap. Berapa ramai Iban pun tak ada IC, tak ada surat beranak. Hari-hari kita minta kerjasama wakil rakyat turun padang kita pergi rumah panjang ke rumah panjang tapi pegawai itu cukup malas. Tak mahu pergi. Dia kata centralize. Centralize apa? Kalau wakil rakyat itu tak ada wang mahu naik bot sampai tempat centralize macam mana mahu buat? Jadi masalah lagi satu. Ini mahu buat surat beranak mahu buat IC mahu minta cucunya, nenekkah datukkah semua mahu mari gambar. Gambar apa? Mintalah ketua masyarakat sahkan betulkah tidak betul? Dahulu saya pun sudah cadangkan mintalah wakil rakyat daripada kawasan tertentu sah bersama-sama ketua masyarakat. Pun sudah setuju. Pegawai cakap orang politik tidak ada kuasa. Pegawai kerajaan baru ada kuasa. Sekarang siapa perintah? Pegawai kerajaan perintahkah orang politik perintah sekarang? Mana satu perintah?... [Tepuk] Kalau masalah tak boleh selesai kita orang politik kena maki. Pegawai kerajaan mana pergi? Ya Yang Berhormat Kapit.

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya hanya hendak berkongsi maklumat sedikit sebab baru-baru ini mungkin ada pendekatan baru daripada Kementerian Dalam Negeri oleh kerana di kawasan saya selepas sesi bulan Julai apabila saya berucap dalam ucapan penangguhan untuk membawa isu yang sama juga dan adalah daripada kementerian ini saya terima surat pada bulan November mereka akan turun ke Kapit untuk membuat satu exercise ataupun membuat pendaftaran. Jadi saya berharap seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Bintulu tadi kita berharap kali ini dilonggarkan sedikit syarat-syarat.

Mungkin kalau dahulunya terlalu ketat untuk kita hendak memastikan orang itu sepatutnya mendapat surat yang begitu penting itu, mungkin kali ini perlu hanya wakil rakyat untuk mengesahkan. Jadi saya haraplah pada bulan November ini nanti, timbalan menteri pun sudah berjanji pada saya mungkin dapat peluang untuk turun sama ke Kapit, terima kasihlah Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Kapit. Itulah saya kata tadi, you buat susah kepada wakil rakyat daripada Sarawak. Ramai

orang yang belum ada, IC, belum ada surat beranak. Sama juga sijil kematian. Orang itu hidup pun sudah, mati pun susah.

Hidup susah, mati susah.

Hidup dalam masyarakat ini polis selalu minta, tiada apa-apa bukti dia adalah orang tempatan. Kalau mati, bawa pun tidak terima sebab tidak tahu dia dari mana.

[Ketawa]

Inilah masalah, setujukah Tuan Yang di-Pertua? Bagi Yang Berhormat Kalabakan.

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Tuan Yang di-Pertua, yang sebenarnya masalah di Sarawak sama dengan masalah di Sabah. Jadi kita ada mencadangkan cadangan ada tetapi masalahnya kelengkapan tidak ada. Contohnya saya bagi, kita ada beberapa majistret kerajaan yang mahu pergi ke luar bandar dengan pendaftaran negara kerana bila pergi ke luar bandar dengan dokumen-dokumen majistret ini boleh terus diperakukan semua tetapi masalahnya mereka ini tidak ada kenderaan. Jadi bolehkah, kalau boleh untuk seluruh Sabah dan Sarawak di mana tempat-tempat yang perlu mereka pergi ini disediakan four-wheel drive, kalau boleh dicadangkan begitu, apa yang patut kerajaan buat dari segi pendaftaran ini, sediakan kenderaan. Ini kerana kita ada seperti di Sabah ada majistret-majistret akur untuk pergi ke luar bandar dengan pendaftaran negara, dengan pegawai tetapi tidak ada kenderaan. Bolehkah kerajaan dicadangkan bagi kenderaan supaya mereka ini dapat pergi ke luar bandar menyelesaikan masalah rakyat yang tidak memiliki dokumen di luar bandar, ini minta komen.

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepanggar bangun Yang Berhormat.

Memang, saya bersetuju dengan ucapan daripada Yang Berhormat Kalabakan. Ini bukan sahaja kenderaan, kadang- kadang kenderaan ada, pegawai malas tidak mahu pergi. Pasal apa? Saya di Bintulu sudah bercadang membeli transport bagi tetapi baru pergi dua tiga hari, pegawai kata tidak boleh tahanlah. Kalau pergi ke rumah panjang tidak boleh tahan, mahu centralize senang sedikit. Di sini saya mahu mempersoalkan perkara ini, kenapa pegawai kerajaan dalam Barisan Nasional semua bermasalah, ini tidak boleh, itu tidak boleh.? Kalau pembangkang pegang negeri ini, semua pun boleh. Hari ini cakap, esok sudah boleh diluluskan, kenapa? Dia mahu sabotaj sama Barisan Nasional kah?

Mereka percaya kepada pembangkang lebih.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Tidak dapat ubah.

Janganlah kita tunjukkan kepada rakyat kita Barisan Nasional memang baik tetapi jangan baik sampaikan orang main pusing satu dunia dan akhirnya kita yang pergi terjun sungai.

[Ketawa]

Bila baru selesai perkara ini.

[Berdiri]

Macam isu penduduk tetap PR, berapa ramai orang sudah masuk sampaikan ada orang yang mahu mati PR pun belum dapat lagi. Hari-hari pergi Imigresen cop sign, cop sign, sign apa? Dia sudah masuk ke sini 50 tahun, 60 tahun, apa pasal PR kita tidak boleh kasi?

Umur 60 tahun.

[Berdiri]

Datuk Eric Enchin MajimbunSAPP · BNSepanggar

[Berdiri]

Saya harap kali ini timbalan menteri jangan jawab kata “kuasa menteri”, menteri kuasa apa? Kalau mahu kaji, boleh kasi , kita kasi . Jangan buat rakyat susah.

Tolong, minta laluan.

Kalau kita buat rakyat susah, dia punya anak-anak besok buang undi dia marah, undilah pembangkang, dia lawan sama kita, pasal dia marah. Pasal perkara kecil ini pun tidak boleh kasi, apa pasal kasi ?

Itu menteri pun masuk sungai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepanggar dan Yang Berhormat Sibuti.

[Berdiri]

Kalau kita masuk sungai, Ahli Parlimen suruh masuk, menteri pun mahu masuk jugakah? Baik rakyat jadi menteri.

Datuk Eric Enchin MajimbunSAPP · BNSepanggar

[Berdiri]

Kalau kita boleh beri PR, kita berilah tetapi saya ada dengar-dengar ada pegawai selalu membantah, tidak setuju terutama sekali non-bumiputera, bukan bumiputera, dia orang tidak setuju. Kenapa tidak boleh setuju?... [Tepuk] Kita mesti mahu adil, semua sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sibuti dan Yang Berhormat Sepanggar. Sila Yang Berhormat Sibuti.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya dan Yang Berhormat Bintulu adalah bersempadan. Sibuti dan selepas itu Bintulu. Masalah kami sama sahaja tetapi saya kasihan jugalah dengan jabatan itu kerana nampaknya bahawa kementerian yang menjaga jabatan itu tidak melihat berapakah orang pegawai yang ada untuk menjalankan tugas sedangkan kawasan saya dan kawasan Bintulu besar. Besar. Tetapi pegawai yang ada di kawasan saya adalah datang daripada Parlimen Miri, yang ada di Bekenu, yang ada di Niah hanyalah seorang dan hendak mendaftarkan ramai yang belum ada kad pengenalan ini. Banyak. Mereka juga seperti apa kata Yang Berhormat Bintulu tadi tidak mempunyai kenderaan yang boleh pergi ke luar bandar dan pergi ke rumah-rumah panjang di mana jalan raya kami belumlah sebegitu baik seperti di bandar. Masih lagi jalan tanah kuning, masih berbatu besar-besar. Jadi dengan itu, bagaimana Yang Berhormat Bintulu setuju atau tidak kalau kita katakan pihak kementerian mesti tambah pegawainya untuk menjalankan tugas, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Yang mana? Itu saya setuju.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepanggar, di belakang Yang Berhormat.

Datuk Eric Enchin MajimbunSAPP · BNSepanggar

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu.

Nanti dahulu. Tuan Yang di-Pertua, berapa time lagi saya ada?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hampir-hampir habis Yang Berhormat.

Ketua Pembangkang enam jam, pengerusi BNBBC boleh tiga jam kan?... [Dewan riuh]

Datuk Eric Enchin MajimbunSAPP · BNSepanggar

Memang minta supaya diberi tambahan kepada Yang Berhormat Bintulu ini oleh kerana ini penting bagi kita. Saya difahamkan di Kota Kinabalu sendiri, di seluruh Sabah, kita hanya mempunyai satu kenderaan pacuan empat roda ini yang sudah begitu uzur, 15 tahun. Jadi, adakah cadangan supaya kita dapat penambahan kereta ini dan satu lagi disebabkan baru-baru ini tertera di dalam surat khabar di mana seorang Sino Kadazan yang sudah uzur dan umurnya sudah lebih daripada 70 tahun umurnya tetapi kerakyatannya telah ditolak dan menjadi sebagai orang sementara di Sabah sahaja. Adakah ini perbuatan di mana kad-kad pengenalan yang dahulu digunakan sebagai pengundi sementara di mana orang-orang yang mempunyai kad pengenalan ini sudah pun kehilangan kerakyatan mereka. Adakah ini benar?

Itulah, saya berharap Kementerian Dalam Negeri mengambil perhatian ke atas masalah-masalah yang dibangkitkan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya di sini mahu mempersoalkan satu lagi isu mengenai multimedia super koridor. Baru-baru ini kita boleh nampak ataupun lihat dalam aspek Astro ini. Astro AEC 301 ini, di mana menteri, tidak ada. Astro 301 ini boleh buat sesuka hati, suka- suka dia umum pun boleh. Saya mahu bertanya kepada menteri ini, kementerian ini adakah memberikan akta kepada media tentang komunikasi ini.? Ada atau tidak? Kalau ada, kenapa dia orang boleh sesuka hati apa dia mahu ucap, apa dia mahu cakap. Dia mahu keluar apa-apa, sesuka hati sahaja.

Contohnya, baru-baru ini MCA mahu AGM. Tiap-tiap malam pukul 10.30 macam-macam lagu dia buat untuk MCA. Dia kata dulu MCA bergantung kepada UMNO. UMNO pakai kondom dulu tapi sekarang kondom sudah bocor. MCA mahu pakai viagra, baru boleh keras. Apa punya berita ini? Baru boleh keras! Dia nyanyi lagi “Oh sudah keras, sudah keras, sudah keras. Sekarang baru boleh pakai”. Apa punya cerita ini? Tidak malu sama orang di negara kita kah? Kenapa negara beri lesen kepada ini punya peniaga punya orang? Kenapa kita tidak batalkan dia punya lesen? Ini semua muda dalam sana buat MC. Dia nyanyi apa? Kenapa kita biarkan, tak ada tindakan? Dia projek negara lagi macam-macam susah, macam-macam teruk dalam isu dia punya berita itu. Dia beri satu lagi episod “Living in Malaysia”. Cukup dia buat susah. Siapa- siapa tinggal di negara kita, awal pagi bangun pergi edarkan surat khabar dari rumah ke rumah. Satu kali saya telefon surat khabar punya company, ini dia orang pagi-pagi pukul tiga bangun. Satu bulan boleh dapat berapa? Dia kata kalau dia rajin, satu bulan boleh dapat RM6000-RM7000. Kenapa berita tidak bagi tahu? Walaupun kerja susah tapi income pun cantik! Beritahu generasi muda kita jangan bergantung pada semua kerja senang, duduk dalam aircond. Kerja naik motor pergi edarkan surat khabar pun boleh dapat income yang cantik. Kenapa tidak beritahu? Semua kita buat negatif! Lepas habis edar surat khabar dia bawa bas sekolah. Awal-awal pagi bangun pun bawa bas sekolah. Susah gini-gitu. Tengah hari bini masak di rumah hantar pergi bas sana makan. Lepas itu duduk dalam bini tunjuk “Oh hari ini minyak naik harga”. Itu saja! Lain dia tidak mahu beritahu, negara yang baik dia tidak beritahu! Kalau macam ini, macam mana negara kita boleh maju? Diaibkan satu dunia tunjuk pada semua orang negara Malaysia begitu susah. Mana ini menteri pergi? Kenapa menteri tidak ambil tindakan? Dua menteri satu penerangan lagi, kenapa tidak ambil tindakan? Sampai hari ini sudah berapa lama dah, kalau tidak salah dua minggu lebih. Kenapa tidak ambil tindakan? Itulah saya mahu cadangkan, ambillah pegawai bukan bumiputera juga dalam kementerian semua. Itulah dia orang baru boleh lihat. Janganlah semua. Program bahasa Mandarin pun minta bumiputera pergi baca. Kita mestilah adil semua. Makna kalau kita fikir tidak sesuai, kita berhentikan program itu. Kita biarkan saja. Ini tidak cukup malu ke kita mahu pakai viagralah, mahu pakai inilah itulah, hai.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Bintulu, boleh minta?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Nak bagi jalan Yang Berhormat?

Yang Berhormat Petaling Jaya tak payah. Bagi ini Yang Berhormat Kota Melaka sekali.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Melaka sila.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Batu Pahat tak bagi ke?

Bagi, bagi.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Naib pengerusi... [Ketawa]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya nampak ada kritikan-kritikan yang baik, kemukakan kelemahan kementerian. Adakah Yang Berhormat Bintulu bersetuju bahawa seperti kritikan-kritikan ini sepatutnya disiarkan di RTM? Ini daripada BNBBC, daripada pihak kerajaan mengkritik kementerian. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sri Gading katakan memang kita mahu bagi kritikan-kritikan yang membina. Bukan hanya daripada satu pihak. Saya setuju juga Yang Berhormat Bintulu semua kritikan-kritikan yang dibuat ini bukan di Parlimen saja. Kita siarkan supaya satu negara kita ataupun di RTM atau CNN. Terima kasih... [Ketawa]

Terima kasihlah Yang Berhormat Kota Melaka. Kita kritik-kritik ini untuk membela nasib negara sama rakyat. Bukan macam pembangkang, hentam saja... [Ketawa]

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sebenarnya terkejut dengar apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Bintulu. Terutama tentang perkara yang berkaitan dengan istilah-istilah yang lucah itu dan ini menunjukkan bahawa kelemahan kepada pemantauan dan kelemahan kepada sistem yang ada daripada segi Suruhanjaya Komunikasi sendiri yang membiarkan perkara ini terlepas begitu saja. Oleh kerana itu, saya rasa perlu ada balance sebenarnya untuk pihak yang bertanggungjawab ini supaya perkara-perkara seperti ini dipantau dengan begitu tegas. Saya juga bimbang dengan media bahasa lain khususnya yang kadang-kadang membangkitkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan rasa tidak senang antara kaum di negara kita ini. Walau bagaimanapun, saya harap bahawa kalau ya pun mahu mengkritik dan menegur, membangkitkan perkara, janganlah sampai perkara yang tidak bertanggungjawab. Saya harap perkara ini harus diberi perhatian dan saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Bintulu bahawa tindakan tegas mesti diambil! Sekurang-kurangnya tarik lesen mereka ini supaya perkara ini tidak berterusan. Apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Bintulu ini menunjukkan bahawa memang pihak backbenchers ini agak amat kritikal pada kerajaan. Bukanlah macam pembangkang, semuanya okey saja.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sikit, saya sambung sikit.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Nanti sekejap.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya sambung sikit, sambung sikit. Sambung daripada Yang Berhormat Batu Pahat.

Saya ambil itu Yang Berhormat Batu Pahat punya ucapan masuk saya punya ucapan.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Bintulu. Saya dengar suara Yang Berhormat, nak masuk Parlimen daripada luar dengar. Saya ingat pembangkang bercakap, rupanya Yang Berhormat Bintulu. Saya nak tanya Yang Berhormat, saya ucap tahniah sebab saya tengok Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional ini, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Batu Pahat bila bercakap, mahu juga mereka mengkritik parti mereka sendiri, kerajaan. Akan tetapi, pembangkang dia berani kritik kerajaan tapi tak berani kritik pemimpin-pemimpin mereka. Macam mana Yang Berhormat?... [Tepuk]

Memang saya setujulah. Inilah pembangkang, kadang-kadang ada double, triple standard.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam Yang Berhormat.

Itulah tadi persoalan mengenai isu ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam Yang Berhormat.

...Soal mengenai Multimedia Super Corridor.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

[Bangun]

Ini dalam Astro lagi satu masalah. Dalam berita malam dia baca headline surat khabar. Headline dia keluar tapi dia baca punya bahasa dia tambah gula, tambah air, semua dia kasi tambah. Kasi goreng lagi kasi panas! Huraian bagi tahu dia kata memang, kalau kita baca ini, mahu lihat ini AEC 301 ini memang kita seronok. Kalau tidak ada orang keluar mana-mana pihak bagi penjelasan, memang dia orang fikir ini cerita semua yang betul. Di sini saya mahu minta dua-dua kementerian yang terlibat iaitu Kementerian Penerangan sama ini Multimedia Super Corridor punya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kementerian Multimedia.

...Tolong beritahu apa tindakan akan diambil atas perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu ini saya difahamkan dalam Dewan yang mulia ini ...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Bintulu.

Sudah!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tak bagi Yang Berhormat.

Speaker kata mahu kurung sudah. Saya ada banyak lagi isu belum cerita lagi. Nanti saya mahu cerita mengenai isu helikopter ini. Tuan Yang di-Pertua, saya dengar dia orang semua kata bilion-bilion ini. Kalau surat Kapt (B) Zahar saya pun ada. Saya pun terima satu copy. Dihantar kepada saya tapi saya pergi siasat, difahamkan bukan apa cerita dalam surat punya. Dia kata siapa dapat itu paling tinggi, tapi saya difahamkan bukan paling tinggi. Dalam selected tiga tenderer, Agusta paling tinggi. Namun kita tidak ambil Agusta, kita ambil Eurocopter. Eurocpter dia tender pakai Euro. Dia punya tender sekarang kerajaan bagi dia LOI atas anggaran dia RM233,345,390. Kalau you kali RM5 pun tidak payah sampai RM2 bilion. Kenapa kita huh,ha, huh, ha ini! Ini kata bukan surat layang, tapi walaupun bukan surat layang kita mesti mahu siasat dulu baru soal ini perkara. Jangan keliru satu negara, surat khabar lagi. Semua pasti buat headline. Apa jadi sudah kita sekarang ini? semua orang boleh buat fitnah. Kalau kita tak ada satu kontrol atas perkara ini, imej negara, Kerajaan Barisan Nasional semua akan hancur.

Rakyat kita tidak lama semua jadi gila pasal dia boleh buat suka hati apa dia buat, dia tidak salah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Boleh gulung Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih...

Tuan Yang di-Pertua, bukan tiga jam kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Habis jam Yang Berhormat.

Ini mengenai dengan tender Eurocopter ini bagi saya apabila kita memilih peralatan tentera terutamanya macam helikopter dan sebagainya, yang penting bukanlah harganya tetapi adalah peralatan ataupun kenderaan yang terbaik yang sesuai, yang serba guna yang boleh dipakai oleh angkatan tentera kita. Tidak bermakna kalau kita beli yang murah selepas itu setiap hari menjunam, anggota tentera kita mati, itu yang kita hendak? Kita pilih yang mana satu tetapi kita pilih yang terbaik, yang boleh digunakan dan boleh menjamin masa depan pertahanan negara, setuju tidak?

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Memang saya setuju. Inilah selalunya pembangkang, kalau kita beli helikopter yang baik sikit, mahal sikit, dia marah. Besok kalau helikopter jatuh tentera mati, dia marah. Mati, saya mahu tanya Tuan Yang di-Pertua, macam mana kita mahu buat? Buat betul sikit pun salah, tidak buat pun salah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Saya kasi Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Shah Alam tidak payah.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Apabila Yang Berhormat bangkitkan tentang Eurocopter, saya merasakan markah.. yang pertamanya, tender ini dibuat ala tender international, ia dibuat secara terbuka, tujuh syarikat mengambil bahagian. Malah kalau hendak dikaitkan dengan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan datang melaporkan diri di Kementerian Kewangan pada 19 September sedangkan LOI dikeluarkan pada 15 September. Jadi apa pandangan Yang Berhormat ada tuduhan, saya tidak kata rakan-rakan daripada pembangkang, ada tuduhan mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ada sedikit kacau dalam tender ini sedangkan kalau ikut kedudukan tender, dari segi pemarkahan teknikal, dari segi markah offset, kerana helikopter yang dicadangkan Euro ini untuk multi usage, untuk pelbagai guna. Dia bukan hendak guna untuk tempur, kita hendak perang dengan siapa sekarang? Kalau kita hendak save kita boleh guna untuk tujuan menyelamat, untuk tujuan tabur baja, untuk pelbagai tujuan, untuk tujuan berperang, dia boleh guna pelbagai guna, sebagainya digunakan. Contohnya dia boleh pelbagai guna. Jadi contohnya di sini dari segi servis after purchase pun, Eurocopter adalah yang terbaik, pilihan yang amat tepat. Apa pandangan Yang Berhormat Bintulu?

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Padang Serai. Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini pasal Eurocopter ini.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Tetapi Yang Berhormat Bintulu, Kapten Zahar Hashim ini bukan pembangkang, dia Ketua UMNO bahagian...

Tidak pasti kadang-kadang pembangkang ini rakyat, tidak kira dia dari mana. Saya pun ada, sama kita. Saya tahu, saya tahu...

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Ini bukan pembangkang ini.

Tidak kira pembangkang, itulah saya cakap maklumat tidak dapat. Yang Berhormat Tumpat dulu pun Barisan juga, sekarang pergi PAS. Sama juga macam dia pun sama juga boleh tidak apa, itu tidak mustahak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Gulung Yang Berhormat, gulung.

So Yang Berhormat Arau punya, boleh jawab tidak?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Jawab dululah selepas itu gulung.

Mengenai isu tender Eurocopter ini, bukan sahaja hari ini mari besok kasi, bukan ini. Tender keluar, bulan 11, 2007. November 2007. Tender tutup, 12 Februari 2008. Kalau kata macam ini kerajaan negeri semua kasi tender, komisen pun mari juga kan? Oh biasa? Kalau macam ini saya tidak boleh cakap apa, dia cakap pun biasa. Inilah, double standard, triple standard pembangkang. Untuk saya, tender ini antarabangsa terbuka. Saya difahamkan ada satu cadangan yang murah tetapi spesifikasi telah ditolak pasal saya dengar model ini sudah tidak keluar, last. Model itu sudah tidak keluar. Kalau negara kita beli model macam ini buat apa? Kalau model sudah akhir, tidak ada spare part besok, semua barang-barang tiada, sama juga dengan Nuri, kita terbang tunggu jatuh sahaja. Di sini saya mahu soal satu, saya fikir saya punya Taiwan tidak sempat. Nanti saya suruh wakil rakyat lain bahas, pasal Tuan Yang di-Pertua ini sudah tengok sama saya. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Saya mahu soal perkara ini, kementerian ini tidak tahulah telinga dia sudah sumbatkah ataupun tidak boleh dengar. Saya ini kalau ada pegawai ikut saya tiga penggal, berapa lama saya sudah bahas Jalan Kampung Hilir ini? Ulang, ulang, ulang sampai hari ini tidak ada. Lulus, lulus, lulus sampai hari ini tidak jalan. Apa pasal? Saya sudah cakap kita boleh ikut standard jalan kampung, tidak payah ikut jalan luar bandar. Luar bandar pasal ikut specs JKR, dia sana punya kampung kereta paling besar cuma Kancil sahaja pasal dua kilometernya mahal sikit pasal tanah rendah, mahu timbun tanah. Itulah harga mahal sikit mahu pindah paip, pindah electrical lain sama water paip mahu pindah. Itulah mahal sikit. Masalahnya harga sudah lebih dia kata ini sudah masuk jalan luar bandar. Pegawai itu fahamkah tidak faham? Tidak faham mari saya bawa you turun padang kalau you tidak tahu tempat mana. Sampai hari ini last, last balik mati-mati ikut, kata sekarang boleh bina, bina dua kilometer cuma hanya kementerian boleh bina 1.5 kilometer. Dua jambatan dia cakap bina satu jambatan. You mahu satu kampung besok gaduhkah? Bikin alang-alang tinggal 0.5 kilometer tidak mahu buat, satu jambatan tidak mahu buat. Kalau tidak mahu buat orang akhirnya macam mana mahu masuk, terbang masukkah? Kementerian ini pegawai sudah jadi apa? Sudah ulang balik, ulang balik tidak pernah habis. Ini sudah lulus daripada tahun 2000 sampai hari ini, sudah sembilan tahun tidak boleh lulus, tidak boleh implement, apa hal ini?

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sungai Petani.

Tidak payah, wa sudah tidak ada masa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, ya, dia tidak bagi Yang Berhormat.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Jangan marah pegawai, marah Ahli-ahli Menteri.

Kalau tidak betul kita mesti marah.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Pembuat dasarnya ialah menteri- menteri bukan pegawai-pegawai. Pegawai-pegawai ini ikut kata menteri sahaja.

Kalau wakil rakyat daripada pembangkang you tidak faham masalah kawasan saya, jangan campur. Bagi peluang saya bahas, you campur buat apa? Yang Berhormat Padang Serai diamlah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini orang dalam Parlimen lah tidak usah pegawai dari luar you tarik masuk. Ini tidak fahamkah Yang Berhormat Bintulu?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan.

Yang Berhormat Padang Serai, you jangan fikir you pakar, semua mahu masuk campur.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kasi saya jalan bolehkah?

Kasi you jalan buat apa, you bukan tahu Sarawak punya hal. Tuan Yang di-Pertua, ini last.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Mengenai isu bank-bank ini.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini kita anak Malaysialah.

Ini isu bank-bank, kredit kad. Caj-caj kredit kad, saya sudah memohon, meminta. Kementerian Kewangan meminta melalui Bank Negara menimbang balik semula, beritahu bank-bank, kredit kad jangan caj 18%. Kenapa kita mahu caj 18%? Kalau risk is very high, dengan izin, kita jangan keluar kredit kad. Kita medium and low income, hari-hari bayar faedah sahaja, tidak boleh bayar dia punya principal, pasal apa bank tidak boleh? Bank tidak boleh, tarik dia punya lesen cuba tengok besok dia bolehkah tidak boleh? Semua tidak boleh tetapi tiap-tiap tahun dia umum berbilion-bilion dia untung. Apa sudah jadi?

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Semua lesen tarik siapa hendak niaga?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya haraplah, saya memohon sekali lagi kepada Kementerian Kewangan dan Bank Negara bekerjasama. Jangan sayang sangat sama bank, rakyat pun mahu tengok sikit. Kalau rakyat besok semua sudah mati, bank pun mati juga. Jadi akhir sekali saya memohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sambung nanti Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Okey, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat kita tangguhkan Mesyuarat ini hingga pukul 2.30 petang ini. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Menteri.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam ini. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 23 Oktober 2008.”

Dato’ Jacob Dungau SaganSPDP · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II · Baram

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Bukit Mertajam. Baru bermula Yang Berhormat?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

35 minit Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Okey, terima kasih, eh, 30 minit, tadi baru start sahaja, 30 minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

30 minit?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

35, okey thank you... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sekali sekala Yang Berhormat Bukit Mertajam ini baik juga hati dia..

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Selalunya baik... [Ketawa] Tuan Yang di- Pertua, sehubungan dengan itu, tadi saya follow-up daripada ucapan Yang Berhormat Bintulu dan juga Yang Berhormat Kalabakan tempoh hari, mengenai keselamatan di dalam negeri ataupun jenayah, crime index. Saya bersetuju bahawa ramai rakyat yang merasa tidak selamat. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini indeks jenayah telah meningkat iaitu pada tahun 2003 crime index ialah 156,315 kes dan ia meningkat ke 224,298 kes pada tahun 2007, iaitu dalam tempoh empat tahun telah meningkat 45%, dan kes rogol telah meningkat pada tahun 2003, purata satu hari 4 kes ke satu hari 8.5 kes pada tahun 2007. Jadi ini menunjukkan bahawa keadaan jenayah telah serius bukan di Bintulu sahaja, tapi di merata-rata tempat di Pulau Pinang, di Kuala Lumpur, di Johor Bahru dan ini sudah banyak kali ditimbulkan di dalam Dewan ini dan saya harap sekiranya menteri tidak dapat menangani masalah ini, pihak kerajaan boleh menimbangkan cadangan Yang Berhormat Kalabakan, pecat menteri, kalau mereka tidak dapat melaksanakan tugas mereka. Ini adalah cadangan daripada Back-benchers Barisan Nasional sendiri, saya hanya sokong sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucap tahniah kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana memecah gelas siling di dalam partinya dengan memenangi pertandingan parti muncul sebagai Naib Pengerusi Wanita pertama dalam sejarah MCA, dan saya rasa itu pun dalam sejarah politik di dalam Malaysia. Walaupun dulu kita ada seorang Pengerusi Parti Keadilan, tetapi di dalam Barisan Nasional, saya rasa tidak ada seorang wanita yang melalui pilihan menjadi Naib Pengerusi..

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Minta penjelasan, boleh?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Nanti, nanti..

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kawanlah.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Menjadi Naib Pengerusi di dalam partinya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, apakah Yang Berhormat berpendapat dengan kemenangan Naib Ketua Wanita MCA daripada wanita itu akan memberi ancaman besar kepada DAP dalam pilihan raya akan datang?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya rasa tidaklah, walaupun beliau menang, tetapi beliau masih merupakan minoriti saja. Sekiranya Kerajaan Barisan

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Nasional dapat melantik 30% menteri wanita, mungkin itu akan mengancam, mungkin akan mendapat undi yang besar pada pilihan raya yang akan datang.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jadi, saya cadangkan supaya Barisan Nasional jangan hanya cakap sahaja atau pun dalam rancangan-rancangan Malaysia lima tahun itu menetapkan bahawa akan melaksanakan atau pun akan mencapai sasaran 30% wanita dalam semua peringkat membuat keputusan. Akan tetapi pada hakikatnya tidak ada pelan tindakan yang konkrit untuk mencapai sasaran ini. Jadi, saya rasa kita perlu yang utamanya dalam bajet ini pun, walaupun sudah lama mengatakan bahawa ingin mengarusperdanakan wanita, gender dalam bajet. The mainstream, the gender in budget tetapi saya tidak lihat ia ada dilaksanakan dalam bajet ini. Walaupun ada dikatakan akan laksanakan gender sensitif bajet, tetapi tidak dijalankan, tidak dilaksanakan. Jadi, saya rasa kita perlulah cakap serupa bikin dan adakan pelan tindakan, action plan untuk mencapai objektif ini. Saya rasa kita perlu adakan formative action untuk mencapai sasaran ini. Yang pertama, kita harus memberi peluang kepada wakil- wakil wanita atau pun Ahli-ahli Parlimen di Barisan Nasional kerana Barisan Nasional adalah parti pemerintah. Ini supaya lebih ramai mereka dilantik menjadi menteri, timbalan menteri dalam peringkat membuat keputusan yang tinggi. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat mungkin satu laporan mengenai kegunaan dadah dan pencegahan penyebaran penyakit HIV iaitu melalui program- Program Harm Reduction. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana akhirnya bersetuju melaksanakan Program Harm Reduction iaitu menggunakan metadon dan juga needle exchange program untuk pengguna dadah. Saya rasa ini merupakan langkah yang amat penting. Langkah-langkah ini pun telah lama dipakai, dijalankan di negara-negara seperti Australia dan dia telah menunjukkan dia adalah sangat berkesan untuk mencegah pemerebakan HIV. Saya lihat bahawa kita mempunyai lebih kurang 300,000 pengguna dadah di dalam negara ini. Ramai menggunakan suntikan kerana mereka selalunya miskin. Jadi, mereka terpaksa berkongsi jarum dan ini menyebabkan pemerebakan HIV. Sekiranya mereka dijangkiti HIV, mereka mungkin akan menyebarkan kepada isteri- isteri mereka. Melalui isteri mereka, dia diturunkan kepada bayinya. Jadi, ini merupakan satu ancaman yang amat besar pada masa yang akan datang. Jadi, Harm Reduction Programme ini ialah untuk mengurangkan penyebaran melalui cara ini. Jadi, saya hendak mencadangkan supaya kita memberi peruntukan yang lebih banyak untuk memperbanyakkan Program-program Harm Reduction kerana pada waktu sekarang hanya ada lima buah bandar yang dijalankan Program Harm Reduction. Saya juga berpendapat bahawa kita perlu memperbanyakkan Program Metadon untuk membantu pengguna dadah ini supaya mereka dapat mengadakan cara hidup yang lebih normal. Ini kerana sekiranya mereka menagih heroin, mereka tidak dapat bekerja tetapi metadon ini membolehkan mereka bekerja dan saya rasa ini adalah amat penting. Sekiranya mereka dapat kerja, mereka tidak akan melalukan apa- apa aktiviti jenayah dan sekurang-kurangnya akibat negatif itu akan dikurangkan. Saya juga ingin menyeru supaya pihak polis jangan sesuka hati atau pun senang-senang untuk membuat operasi terhadap mereka yang menggunakan dadah ini. Saya mencadangkan agar hanya mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar undang-undang. Sekiranya mereka menggunakan dadah tetapi tidak melanggar undang-undang, jangan ambil tindakan kerana ini tidak akan membantu. Mereka yang menggunakan dadah sudah ramai dan sehingga sekarang 28 buah pusat serenti pun tidak cukup untuk memulihkan mereka. Pusat serenti itu pun telah buktikan bahawa tidak berjaya kerana mereka terpaksa, bukan dengan cara sukarela untuk memasuki pusat serenti. Baru-baru ini dikatakan bahawa dalam pusat serenti pun dadah boleh didapati. Mereka dapat beli dadah di dalam pusat serenti. Jadi, saya hendak cadangkan buat review, kaji semula atau pun merombak cara untuk memulihkan mereka yang menggunakan dadah. Ini kerana kita berbelanja banyak duit tetapi tidak menghasilkan result yang kita ingini. Di pusat-pusat swasta yang ditaja oleh NGO, mereka lebih berjaya dengan proses untuk memulihkan pengguna dadah ini. Saya hendak cadangkan supaya mungkin pusat serenti ini tidak dilaksanakan atau dijalankan oleh pihak kerajaan tetapi semua di outsource kepada NGO-NGO yang berpengalaman

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

yang telah membuktikan bahawa mereka sudah berjaya untuk menjalankan program pemulihan ini. Di dalam program-program harm reduction ini di sponsor oleh Malaysia AIDS Council dan duit itu saya percaya datang dari kerajaan juga dan ia ada syaratnya. Mereka yang menjalankan semua harm reduction program, dia mesti dilaksanakan oleh pekerja-pekerja yang separuhnya mesti terdiri daripada ex-drug user, mereka yang telah dipulihkan. Jadi, saya berpendapat ini merupakan satu condition yang sangat praktikal kerana mereka yang melalui proses itu boleh faham perasaan dan keperluan pengguna dadah ini. Saya hendak cadangkan supaya semua pusat serenti, sebelum dia di outsource, ataupun selepas dia di outsource pekerja-pekerjanya, stafnya, separuhnya mestilah terdiri daripada mereka ex-drug user supaya mereka faham bagaimana hendak jalankan program yang pertama. Yang kedua ialah untuk menyediakan, memperbanyakkan peluang kerja untuk ex-drug user supaya ex-drug user ini pun dapat kerja dan dapat menyumbang kepada masyarakat bukan sahaja di dalam pusat-pusat serenti tetapi di dalam PEMADAM. Saya rasa agensi-agensi ini seperti PEMADAM dan juga AADK tidak mencapai kejayaan yang cemerlang. Salah satu sebabnya adalah mereka kekurangan pengalaman dalam aspek ini. Mereka memandang rendah kepada drug user, pengguna dadah dan saya rasa mungkin di dalam pusat serenti mereka tidak melayan pengguna-pengguna dadah ini sebagai manusia, mereka treat them kurang daripada manusia.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Itulah mereka tidak dapat dipulihkan. Jadi inilah cadangan saya ialah untuk memberi peruntukan yang lebih banyak untuk harm reduction program dan untuk mengupah atau mengaji ex-drug user untuk menjalankan program ini dan juga dalam AADK dan juga pusat serenti. Saya cadangkan outsource the serenti kepada NGO- NGO yang telah terbukti berjaya melaksanakan ini. Saya juga mahu mencadangkan supaya kita memperbanyakkan program methadone di lebih banyak hospital supaya lebih ramai orang ataupun drug user dapat dipulihkan. Tuan Yang di-Pertua, banyak pihak sudah mencadangkan tentang reformasi parlimen. Ini pernah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga bahawa mahu jadikan Dewan yang mulia ini lebih penting memainkan peranannya yang sepatutnya dimainkan iaitu to check and balance the government. Jadi saya ingin mencadangkan lagi bahawa semua mesyuarat Dewan ini di telecast. Walaupun tidak perlu live telecast tetapi di telecast. Sekiranya kita katakan telecast ini terlalu mahal atau terlalu expensive, jadi kita boleh belajar dari Kerajaan Negeri Pakatan. Kerajaan Negeri Pakatan Pulau Pinang, Perak dan Selangor semua ada web cast, state assembly. Jadi saya rasa kalau Kerajaan Negeri Pakatan dapat lakukan, macam mana Kerajaan Barisan Nasional Pusat tidak dapat laksanakan. Ini adalah seperti yang dikatakan, disoalkan oleh Yang Berhormat Bintulu. Mengapa Pakatan boleh buat, Barisan Nasional tidak boleh buat. Ini menunjukkan kelemahan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan. Yang Berhormat ada sebut mengenai first world Parliament. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa mungkin pihak kerajaan belum sampai satu mindset mahu adakan satu first world Parliament. Baru-baru ini Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri ada kata bahawa Kabinet sudah membenarkan PAC untuk siasat mengenai pembelian Eurocopter RM2.3 bilion. Perkara bermasalah bukan bahawa Kabinet membenarkan PAC untuk siasat tetapi inilah hak PAC dan patutlah di hormati oleh Kabinet sebagai eksekutif oleh kerana Parlimen lebih tinggi daripada eksekutif. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa dalam perkara ini bahawa kita mahukan satu jaminan daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan ataupun Perdana Menteri bahawa sehingga PAC buat satu siasatan, buat satu laporan mengenai propriety wajar atau tidak wajar mengenai pembelian tender-tender Eurocopter, 12 helikopter bahawa letter of intent patutlah dibekukan dan tunggu keputusan PAC. Kalau tidak apa ertinya, apa gunanya ada satu PAC enquiry.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya, saya memang setuju. Ini saya rasa di samping belum sampai mentality first class Parliament ini, dia masih ada perkara- perkara yang dia mahu sembunyi. Mungkin ada conflict or interest, ada perkara-

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

perkara yang lain. Jadi itulah yang pentingnya bahawa Parlimen sekarang tidak sama seperti dulu.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sekejap lagi ya. Dulu kita ada 20 orang saja dalam pihak sini. Sekarang ada 82 orang. Jadi ini adalah pembaharuan dan pihak Barisan Nasional khasnya UMNO perlu berubah mengikut keadaan. Sekiranya tidak, bukan sahaja rakyat akan tidak memilih mereka, mungkin MCA, Gerakan dan juga MIC pun akan berpisah dengan mereka.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya setuju dengan Yang Berhormat Ipoh Timur iaitu bahawa kita perlu berusaha sebenarnya menjadikan Parlimen kita ini menjadi world class Parliament. Sebab itulah kita ada 30 minit prime time yang disediakan. Akan tetapi masalah kita ialah kadang-kadang kita lihat pihak pembangkanglah yang menyalahgunakan prime time ini membangkitkan perkara yang boleh menimbulkan kekecohan. Kalau kita melihat di Parlimen ini, banyak hujah dan tuduhan-tuduhan dibuat berasaskan kepada perkara yang hanya berasaskan spekulasi yang membuat tuduhan-tuduhan yang bukan-bukan. Tadi Yang Berhormat Ipoh Timur membangkitkan tentang PAC. Kerajaan benarkan PAC. Sebenarnya PAC selalu buat kenyataan lebih awal dia akan menyiasat. Bukan soal dia menunggu kebenaran. Jadi sebab itu saya rasa tidak timbul bahawa kita tidak mahu berusaha mewujudkan first class ataupun world class Parliament. Cuma pembangkang tunjuklah cara yang baik. Jangan buat tuduhan yang bukan-bukan kemudian tinggalkan Parlimen sesuka hati.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jangan buat ucapan. Saya rasa yang paling baik ialah telecast the whole meeting. Jadi rakyat akan membuat keputusan sama ada siapa yang menyalahgunakan Parlimen ini. Jadi pihak ini selalunya bersetuju untuk live telecast ataupun telecast supaya dapat di judge oleh rakyat dan pengundi. Akan tetapi pihak di sana selalunya segan, takut, tidak mahu dilihat oleh rakyat kerana mereka ada kelakuan-kelakuan yang mahu disembunyikan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bangun]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Nanti-nanti. Saya habiskan di sini dulu. Nanti ya. Nanti tidak cukup masa. Nanti. Saya rasa yang sekarang ialah amalan yang terbaik ialah kita selalu kata kita pergi ke negara-negara yang tertentu. Kita pergi ke forum internasional...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Seperti banyak yang dialami oleh Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Tuan Yang di-Pertua bahawa kita mempelajari the best practices among all the countries.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Betul, Yang Berhormat. Tidak ada memekik dan melolong, Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya. Jadi yang saya mahu minta juga bahawa Barisan Nasional dan Parlimen ini mempelajari the best practices untuk meningkatkan standard ataupun kualiti Dewan ini. Yang best practice ini termasuklah bahawa yang PAC di pengerusi oleh pembangkang. Kalau kita ada seorang speaker, dua orang deputy. Jadi kalau best practices ialah sekurang-kurangnya seorang datang dari parti pembangkang. Dulu yang diberi alasan bahawa kerana pembangkang ini hanya 20 orang. Kalau seorang jadi PAC Chairman, seorang jadi deputy speaker, jadi bilangan akan lebih kecil lagi. Akan tetapi sekarang bilangan sudah bertambah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Minta penjelasan boleh?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Nanti, nanti, nanti, ya. Bilangan sudah tambah. Saya rasa kita bolehlah mengguna pakai best practices supaya Dewan kita pun menjadi Dewan yang setanding dengan Dewan negara yang lain. Best practices pun termasuk juga kita mesti mahu adakan committee stage, peringkat jawatankuasa itu betul-betul ada satu jawatankuasa. Sekarang kita tidak ada.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jadi saya rasa sudah sampai masanya kita adakan committee stage yang ada committee. Di samping itu, kedudukan Ketua Pembangkang dalam Parlimen ini kedudukannya setanding seperti menteri tetapi kita tidak. Kita hanya beri satu office saja dan dia tidak di accord all the other facilities sebagai seorang menteri. Dulu kita pernah cadangkan tetapi tidak disokong oleh Barisan Nasional. Mungkin sekarang adalah masanya untuk menyokong cadangan ini kerana kita tidak tahu bilakah sebelah sana akan menjadi pembangkang.

Minta laluan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Minta penjelasan mengenai first world Parliament. Pagi ini kita dapati bahawa satu kes di mana P. Waythamoorthy ialah Pengerusi HINDRAF. Pada beberapa bulan dahulu Yang Berhormat Menteri Keselamatan Dalam Negeri ada menafikan bahawa pasport beliau ada dibatalkan oleh pihak kerajaan. Dia nafi. Akan tetapi sekarang kita ada bukti bahawa itu benar dan Yang Berhormat Menteri bercakap bohong.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Adakah Yang Berhormat setuju, patutkah Yang Berhormat Menteri dirujuk kepada Committee of Privileges, supaya tindakan siasatan dan tindakan yang wajar diambil terhadap beliau?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya, itulah peraturan kita telah dipinda supaya sesiapa yang memesongkan Dewan patut dirujuk. Jadi saya setujulah supaya kita ada lebih kualiti di dalam Dewan ini, jangan selalu memesongkan Dewan ...

Minta laluan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...Memohon kepada Dewan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Nanti, nanti saya habis ini dulu, nanti ya. Untuk meningkatkan lagi kualiti perbahasan dan saya mencadangkan kita, Dewan ini ataupun Parlimen membekalkan seorang researcher kepada setiap Ahli Parlimen sepanjang tahun.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu saya sokong.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Itu pihak sana pun sokong. Selain daripada itu, saya rasa Ahli Parlimen harus dibekalkan peruntukan untuk sebuah office, pejabat di kawasan dan seorang pembantu di kawasan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu pun saya sokong.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Kerana pada waktu sekarang, rakyat menghadapi begitu banyak masalah banjir, kebakaran, kemiskinan, ibu tunggal, bapa tunggal, semuanya mencari wakil rakyat kerana delivery system ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai bangun.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau boleh satu kereta four wheel drive lagi.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

... Begitu buruk sekali, mereka tidak mahu pergi ke pejabat-pejabat kerajaan tetapi mereka mahu berjumpa wakil rakyat. Jadi saya rasa hanyalah patut dan adil setiap Ahli Dewan ini dibekalkan sebuah pejabat di kawasan dan seorang pembantu sekurang-kurangnya dan juga seorang researcher. Ya, Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Tadi dengar tentang first world Parlimen, apa pendapat Yang Berhormat mengenai banyaknya kerusi-kerusi di hadapan semua lebih kurang nampak macam hantu sahaja yang duduk, semua kosong. Other ministers and members of Parliament on the run. Adakah mereka takut bahawa dalam sesi bahas bajet ini akan keluar banyak persoalan tentang rasuah-rasuahnya. Misalannya tentang Eurocopter

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

tadi, kita dengar bahawa lebih kurang RM2.3 bilion dibelanjakan untuk membeli 12 buah Eurocopter. Akan tetapi the turn over untuk syarikat Eurocopter untuk satu tahun pada tahun itu, keseluruhannya mereka menjual 615 helikopter pada harga Euro 3.8 bilion sahaja, dengan izin.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Okey, okey, jadi kita semua setujulah bahawa siasatkan pembelian Eurocopter ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Bukit Mertajam diperingatkan masa dekat habis.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya. Yang terakhir saya nak sentuh tentang pendidikan. Selama ini semua bajet Barisan Nasional dan juga rancangan- rancangan Malaysia lima tahun ini ...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apa fasal Yang Berhormat Ipoh Timur lari?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

...Tidak memasukkan peruntukan untuk sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dan juga tidak menetapkan bahawa berapa buah sekolah yang akan dibina. Saya rasa kalau sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab yang teliti dengan rancangan ...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini Yang Berhormat Ipoh Timur pun on the run kah?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jangan kacaulah! Ia patutnya mengadakan, menetapkan berapa peruntukan untuk SRJK(C) dan SRJK(T) dan juga sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Akan tetapi apakah rancangan ini? Apakah bajet ini kalau ia tidak ditetapkan? Ataupun mungkin dia kata dia ada bajet tetapi tidak ditetapkan, diumumkan dalam bajet. Ini merupakan tidak ada transparency. Jadi saya meminta dalam tahun 2009, berapa buah SRJK(C) dan SRJK(T) dan sekolah agam dan sekolah rendah kebangsaan akan dibina, di mana? Sekiranya tidak boleh diberitahu, ini menunjukkan bahawa tak ada rancangan. Sekiranya tidak ada rancangan, ini tidak merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Mengenai sekolah bantuan dan sekolah bantuan modal. Baru-baru ini, kementerian mengatakan bahawa mereka akan mengkaji supaya semua bantuan modal dijadikan sekolah bantuan. Saya nak tahu apakah kedudukan sekarang? Saya juga mendengar bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran mengatakan dalam Dewan ini bahawa tidak ada arahan kepada pegawai-pegawai di semua negeri yang mengatakan bahawa wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak boleh memasuki sekolah untuk melaksanakan tugas ataupun tidak boleh dijemput untuk menghadiri aktiviti-aktiviti di sekolah. Akan tetapi sampai sekarang banyak sekolah masih mempraktikkan ataupun mengatakan bahawa mereka tidak boleh menggunakan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk pergi ke sekolah. Jadi saya ingin mencabar Yang Berhormat Menteri Pelajaran untuk mengeluarkan satu pekeliling kepada semua sekolah di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat ataupun semua negeri supaya mengatakan bahawa wakil rakyat dari semua parti boleh dijemput kerana wakil rakyat adalah dipilih oleh rakyat. Sekiranya wakil rakyat dari Pakatan Rakyat tidak boleh menghadiri, itu menunjukkan bahawa Barisan Nasional diskriminasi kepada rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat dan juga menghina kebijaksanaan rakyat kerana pengundian ini adalah bebas dan hak rakyat untuk memilih siapa. Wakil rakyat tetap wakil rakyat, tak kira dari mana partinya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey Yang Berhormat, masa dah habis.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sedikit lagi. Jadi saya meminta supaya bajet ini diubahsuai supaya dimasukkan peruntukannya. Berapa peruntukan untuk SRJK(C), SRJK(T) dan lain-lain sekolah seperti sekolah persendirian Cina kerana di negeri-negeri yang diperintahkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dapat menetapkan peruntukan dalam bajet kami. Berapa peruntukannya untuk sekolah Cina, sekolah Tamil, sekolah rendah jenis kebangsaan dan lain-lain. Kenapa Barisan Nasional tidak dapat buat? Kalau tak dapat buat, tak tahu buat, bolehlah hantar rombongan ke Pulau Pinang dan Perak, lawatan sambil belajar...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey Yang Berhormat, masa Yang Berhormat dah habis dah.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Yang terakhir...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Berapa lama, berapa kali dah yang terakhir Yang Berhormat?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Satu sahaja, satu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ini macam mana nak jadi first world Yang Berhormat?

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ini first world pun termasuk untuk memberi lebih banyak masa untuk Ahli-ahli Parlimen.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat sendiri memang mengiktiraf bahawa saya banyak melawat Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya, saya hanya nak memberi pandangan ataupun pendirian pihak di sini mengenai PPSMI, mempelajari math and science dalam Inggeris. Saya rasa sudah sampai masa untuk mengkaji balik dasar ini. Pihak kami bersetuju untuk meningkatkan pelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris dengan memanjangkan, memperbanyakkan masa untuk bahasa Inggeris. Akan tetapi kita ingin mengatakan bahawa kita nak math and science ini diajar dalam bahasa ibunda. Itu sahaja, terima kasih.

Datuk Anifah bin AmanUMNO · BNKimanis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih ke atas peluang yang telah diberikan kepada saya untuk membahaskan usul Rang Undang-undang Perbekalan 2009 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 29 Ogos yang lalu.

Datuk Anifah bin AmanUMNO · BNKimanis

Tuan Yang di-Pertua saya agak seronok tadi apabila melihat di antara Ahli Parlimen daripada Kinabatangan dan Ipoh Timur. Baru-baru ini saya telah pun pergi ke Sandakan. Tuan Yang di-Pertua tahu di mana Sandakan ya dan saya mengambil kesempatan untuk melihat Orang Utan. Tuan Yang di-Pertua oleh kerana pada ucapan Yang Berhormat Ipoh Timur dia menggelar Ahli Yang Berhormat daripada Kinabatangan Orang Utan. Jadi saya pergi ke Sepilok sana saya pandang Orang Utan itu Tuan Yang di-Pertua daripada jauh daripada dekat saya perhatikan juga tingkah laku Orang Utan itu apakah yang menyebabkan Ipoh Timur mengatakan pada Ahli Yang Berhormat Kinabatangan itu Orang Utan? Pada hemat saya Orang Utan itu adakah oleh kerana rupa tetapi Ahli Yang Berhormat Kinabatangan agak kacaklah handsome orangnya dan kemungkinan perangai. Akan tetapi saya lihat Orang Utan itu Tuan Yang di-Pertua apabila ada tourist daripada luar negara perempuan mengambil gambar dengan Orang Utan itu, wah dia agak macam kelihatan romantis sekali Orang Utan itu. Jadi barangkali dianggap persamaan dengan Ahli Yang Berhormat Kinabatangan barangkali dia agak romantis. Jadi saya juga terfikir kenapakah Ahli Yang Berhormat Kinabatangan juga menggelar Ahli Yang Berhormat daripada Ipoh Timur babi hutan. Saya rasa tidak elok. Oleh kerana ada pepatah Inggeris mengatakan bahawa lies when told a thousand time will become a truth, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya khuatir kalau Ahli Yang Berhormat daripada Kinabatangan menuduh babi hutan! Babi hutan! Kalau 44 kali, apa kiranya kalau permintaan dia dimakbulkan. Saya bimbang Tuan Yang di-Pertua, sedangkan saya ingat di antara dua Ahli Yang Berhormat, they do have love-hate relationship ini. Jadi kita juga tidak boleh wujud.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat ringkaskan cerita itu Yang Berhormat.

Jadi inilah Yang Berhormat saya khuatir apabila dua ini tadi saya teringat pula istilah tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya pun khuatir yang itu berhubung-hubung Yang Berhormat.

Ya Tuan Yang di-Pertua saya terus ingin mengucapkan, juga mengambil kesempatan ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang telah dilantik sebagai Menteri Kewangan. Dan saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah berjaya menyediakan satu bajet yang pada hemat saya amat prihatin terhadap pelbagai masalah yang telah dihadapi rakyat Malaysia ekoran peningkatan kadar inflasi disebabkan terutamanya oleh kenaikan harga minyak petrol, diesel dan makanan. Peningkatan kadar inflasi ini seterusnya telah menyebabkan pengurangan kuasa pembeli dan akhirnya mengurangkan kualiti hidup rakyat Malaysia secara keseluruhannya terutama sekali rakyat yang berpendapatan rendah. Tuan Yang di- Pertua sejak Bajet 2009 dibentangkan dalam Dewan mulia pada 29 Ogos yang lalu tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan ekonomi dunia telah berubah dengan begitu cepat sekali. Krisis kewangan yang pada mulanya disifatkan sebagai masalah sektor hartanah hanya tertumpu di Amerika Syarikat sahaja kini telah merebak ke negara-negara Eropah. Bukan itu sahaja krisis kewangan berkenaan telah mula memberi kesan negatif terhadap rantau ekonomi di Asia Pasifik terutamanya Jepun, Australia dan juga negara jiran kita Singapura. Pasaran-pasaran saham di seluruh dunia termasuk di Malaysia juga telah terjejas teruk. Kini kesan krisis kewangan tersebut telah merebak ke sektor-sektor ekonomi seperti pembinaan dan sebagainya ekoran kekurangan kuasa pembeli di Amerika Syarikat yang akhirnya menjejas eksport kebanyakan negara- negara di rantau Asia termasuk Malaysia. Tuan Yang di-Pertua apa yang jelas kini negara sedang berhadapan dengan satu senario yang amat berbeza berbanding dengan beberapa bulan yang lalu. Memandangkan krisis-krisis kewangan di Amerika kini telah menjadi krisis kewangan dunia dan mula merebak ke lain-lain sektor ekonomi dengan sekelip mata. Beberapa kuasa besar ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara-negara Kesatuan Eropah dijangka akan mengalami kemelesetan ekonomi. Walau pada mulanya beberapa kuasa ekonomi termasuk negara kita sendiri berhadapan dengan masalah inflasi dan kenaikan harga tetapi kini kita mula berhadapan dengan penurunan harga komoditi dengan secara mendadak. Umpamanya harga minyak kelapa sawit telah turun secara mendadak dari paras kira- kira RM4,500 setan beberapa bulan lalu kini telah merosot sehingga mencecah di bawah paras RM2,000 se tan. Dalam pada itu juga harga minyak mentah di pasaran dunia juga telah turun dari paras USD147 dan kini di paras bawah USD80 setong. Beberapa penganalisis termasuk IMF sendiri telah memberi amaran bahawa sekiranya masalah kewangan dunia ini tidak dapat dikawal dan dibendung ianya berpotensi untuk menjerumuskan dunia ke arah global meltdown dengan izin, suatu senario yang boleh mencetuskan economic depressions seperti yang tercetus pada tahun 1929 dahulu. Justeru itu kita memerlukan satu pendekatan yang luar biasa. Pendekatan luar biasa bermula dengan pelaksanaan Bajet 2009 bagi menentukan supaya kesejahteraan rakyat Malaysia seperti terkandung dalam strategi pertama Bajet 2009 yakni menjamin kesejahteraan rakyat dapat dicapai. Tuan Yang di-Pertua pada hemat saya walaupun asas ekonomi negara kita adalah kukuh namun anggaran pertumbuhan ekonomi tahun 2009 seperti yang dinyatakan dalam Bajet 2009 pada kadar 5.4% kini sudah tidak lagi realistik. Saya amat khuatir sektor perkhidmatan seperti pelancongan, pengangkutan, kewangan dan perbankan serta industri berkaitan ICT yang telah dilihat melalui Bajet 2009 sebagai peneraju utama dan dijangkakan akan berkembang pada kadar 6.9% tidak akan dapat memainkan peranan tersebut. Beberapa petanda awal telah menunjukkan bahawa sektor perkhidmatan terutama sektor kewangan dan pelancongan akan terjejas teruk ekoran pengurangan kuasa pembeli dan pengguna negara-negara yang dilanda teruk oleh krisis kewangan global. Dalam suasana yang demikian saya ingin menarik perhatian semua ahli-ahli Dewan yang mulia ini termasuk pihak pembangkang supaya peluang yang diberikan kepada kita untuk membahaskan Bajet 2009 ini, digunakan sepenuhnya sebagai wadah untuk bersama-sama menyumbangkan buah fikiran untuk mengukuhkan ekonomi negara. Ia seterusnya dapat menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia dan juga secara keseluruhannya tanpa mengira kaum dan agama mahupun fahaman politik. Saya

seterusnya amat mengalu-alukan hasil kerajaan menerusi Bajet 2009 juga kajian semula Rancangan Malaysia Kesembilan untuk memberikan tekanan kepada terhadap usaha untuk membanteras kemiskinan, mengurangkan jurang ketidakseimbangan wilayah melalui pembangunan koridor ekonomi. Ia juga membantu mengurangkan kesan negatif perkembangan ekonomi dunia termasuk inflasi terutamanya kenaikan harga makanan dan minyak melalui inisiatif pembangunan pertanian. Tuan Yang di- Pertua masalah ...

Minta laluan.

Ya.

Terima kasih Yang Berhormat. Berhubung dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi langkah kerajaan sebagaimana yang dibentangkan dalam bajet untuk mengatasi masalah kemiskinan. Kita telah mendengar sebelum ini cadangan daripada seorang pemimpin parti pembangkang iaitu cara yang terbaik di antaranya ialah untuk beri sahaja wang tunai sebanyak RM6,000 kepada mereka-mereka yang dianggap miskin ini. Apakah pada pandangan Yang Berhormat ini satu cadangan yang baik, boleh guna pakai ataupun tidak. Harap dapat komen daripada Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang Berhormat saya fikir budak di tingkatan rendah pun boleh membuat penilaiannya. Ada juga pepatah Inggeris mengatakan, we don’t give them fish but we give them fishing rod. Jadi oleh itu saya ingat saya tahu Yang Berhormat begitu faham dari segi ekonomi tetapi perkara-perkara seumpama itu janganlah kita buang masa membidasnya. Oleh kerana mereka-mereka ini bukan kerana ingin meningkatkan kualiti hidup rakyat tetapi semata-mata untuk membangkang apa yang telah diutarakan oleh kerajaan biarpun niat kerajaan itu baik, biar pun niat kerajaan itu murni dan semata-mata untuk memberi pertolongan kepada rakyat kita yang sangat-sangat memerlukan. Jadi itulah saya telah merayu pada pihak pembangkang ini adalah masanya kita sama-sama untuk mengilhamkan atau mencadangkan supaya kita dapat membantu rakyat kita keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah pun mendengar ucapan Ahli Parlimen daripada Permatang Pauh dan beberapa Ahli Parlimen yang perumpamaannya menyerang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, ada yang bangun itu.

Biar saya habiskan dulu sini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tapi peringatan masa Yang Berhormat hanya 35 minit ya.

Kalau masa tidak ada, banyak yang saya hendak katakan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jadi saya ingat tunggulah Yang Berhormat Kota Raja cakap lagi nanti.

Ya, Yang Berhormat saya minta supaya Yang Berhormat itu diberi peluanglah untuk bercakap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Memang kita akan bagi peluang.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Sikit saja Yang Berhormat Kimanis.

Pasal apa saya hendak teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya. Sila Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat. Jadi saya telah pun mendengar dua hari berturut apa yang telah diutarakan oleh Ahli Parlimen daripada Permatang Pauh. Apa yang saya dengar beliau cuma menyerang bajet tahunan Malaysia 2009 kerana tidak menepati keadaan kelembapan ekonomi global dihadapi dunia pada hari ini. Mereka juga tidak mempunyai dan tidak memberi apa-apa cadangan yang positif yang dapat mencari penyelesaian ke atas keadaan

ekonomi semasa global. Ia hendak menunjukkan bahawa mereka hanya pandai mengkritik dan membesar-besarkan masalah tetapi tidak mempunyai jalan penyelesaian. Jika Ahli-ahli Yang Berhormat mengibas kembali perkembangan ekonomi semasa dunia semenjak beberapa minggu yang lalu semuanya bermula daripada Amerika Syarikat iaitu kuasa ekonomi terbesar di dunia dan bukannya di Malaysia. Selepas itu, ia terus mengular ke England, Kanada, keseluruhan Eropah, Jepun dan juga Australia dan Singapura. Akan tetapi Alhamdulillah belum sampai lagi ke Malaysia. Reaksi Ahli-ahli Yang Berhormat daripada parti pembangkang khususnya seolah-olah Bajet 2009 ini digubal beberapa hari yang lalu sedangkan ianya telah dirancang berbulan-bulan sebelum krisis kewangan global dunia bermula dan dibentangkan di Parlimen pada bulan Ogos yang lalu. Jelas sekali bahawa belanjawan separuh penggal dan akan dibentangkan pada 2009 saya berharap oleh kerana pendapatan utama negara ke atas hasil keseluruhan minyak pada anggaran harga pada paras USD125 setong kini telah jatuh kepada kadar USD80 setong. Ini adalah jelas sekali pengaruh luaran yang di luar kawalan kita yang membawa kesan kepada belanjawan yang telah kerajaan rangka dan bentangkan. Oleh itu, kerajaan akan mengambil kira kesan-kesan luaran dan keadaan perkembangan ekonomi global untuk merangka dan menyediakan satu kajian belanjawan separuh penggal pada waktu yang bersesuaian. Rekod Kerajaan Barisan Nasional telah membuktikan bahawa ia mampu menangani masalah kewangan yang telah melanda Asia pada tahun 1997, 1998 dahulu dengan jayanya tanpa bergantung kepada bantuan pihak luar terutama sekali IMF. Bersandarkan kepada pengalaman ini saya amat yakin bahawa Kerajaan Barisan Nasional mampu menghadapi dan menangani masalah kewangan global tanpa mengakibatkan apa-apa kerosakan pada ekonomi negara kita. Kerajaan Barisan Nasional juga telah berjaya membuktikan bahawa ia mampu berganding bahu dengan pakar-pakar ekonomi dan kewangan tempatan untuk mencari dan merangka formula yang telah berjaya menyelamatkan ekonomi negara kita sewaktu krisis kewangan yang telah pun melanda Asia dulu. Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya ahli-ahli daripada pihak pembangkang mereka memuji kewibawaan Kerajaan Barisan Nasional dan yakin kepada keupayaan Kerajaan Barisan Nasional untuk menghadapi kelembapan ekonomi global yang sedang berlaku sekarang ini dan bukannya menyerang dan mengkritik belanjawan tahun 2009. Tuan Yang di-Pertua, sudah tentunya Kerajaan Barisan Nasional akan mencari jalan yang terbaik untuk menghadapi krisis keselamatan ekonomi global ini. Kajian semula akan dibuat pada waktu yang bersesuaian. Sepatutnya inilah waktu seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan dan kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk merangka jalan penyelesaian keluar yang terbaik daripada krisis kewangan global yang kita rasai pada masa kini . Semenjak daripada krisis kewangan 1997, 1998 Kerajaan Barisan Nasional telah pun mempelajari cara-cara terbaik untuk mengendalikan ekonomi negara kita. Seterusnya, mengelak risiko serupa berulang kembali. Hutang luar negara, Malaysia adalah di tahap minima berbanding dengan negara-negara lain. Manakala rezab negara juga adalah kukuh dan tinggi. Saya amat yakin bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengkritik belanjawan tahun 2009 kurang memahami kemelut ekonomi semasa dan sebab itulah mereka banyak membuat bising di Dewan ini dan yang memekik dan melolong yang dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua tadi dan tidak mencadangkan satu-satu jalan penyelesaian yang boleh diberikan dan akan memberi manfaat kepada rakyat kita. Oleh itu, jika ekonomi negara kita terjejas yang akan menanggung akibatnya adalah tidak lain dan tidak bukan ialah rakyat Malaysia sendiri.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Putatan bangun Yang Berhormat.

Penjelasan. Pendek sahaja.

Saya tidak beri sana. Saya ingat pun saya pun sikap adil tidak bagi juga di sini Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Putatan pun minta tunggu peluang sendirilah itu.

Ya. Saya ingat bagi peluang dia Tuan Yang di-Pertua. Biar dia berucap panjang sikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kalau tidak hari ini, esok peluang ada Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita perlu semua lakukan pada hari ini untuk menghadapi kelembapan ekonomi global ialah mengembalikan keyakinan pelabur-pelabur kepada ekonomi kita. Keyakinan pelabur amatlah penting bagi menjamin keutamaan ekonomi kita. Sekiranya keyakinan pelabur khususnya pelabur luar luntur mereka akan menarik keluar pelaburan mereka dan menumpukan ke negara-negara lain. Ini akan merugikan negara kita dan rakyat akan menanggung kesan negatifnya. Rakyat tidak sepatutnya menanggung penderitaan akibat kejatuhan ekonomi semata-mata demi untuk kepentingan politik pihak-pihak yang tertentu. Ekonomi kewangan dunia mungkin satu perkara yang mudah bunyinya tapi percayalah ia adalah sesuatu yang amat kompleks. Janganlah kita mengucar-ngacirkan ekonomi kita semata-mata kerana kepentingan politik yang saya katakan tadi. Saya minta sebelum Ahli-ahli Yang Berhormat mahu menyerang dan mengkritik belanjawan 2009 ini dalam menghadapi krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia amatlah perlu Ahli-ahli Yang Berhormat memahami punca-punca krisis ekonomi sebenarnya. Ini bermula di Amerika Syarikat bila mana bank-bank utama Amerika telah memberi terlalu banyak kemudahan pinjaman kepada pembeli-pembeli yang lazimnya tidak diberikan dan dikenali sebagai dengan izin Tuan Yang di-Pertua sub prime debt. Sub prime debt ini dipakejkan dengan sebagai mortgage backed securities dan kemudiannya dipakejkan semula sebagai collateralize debt obligation (CDO) Apabila peminjam-peminjam dengan izin Tuan Yang di-Pertua sub prime mula gagal membayar balik pinjaman mereka nilai CDO itu iaitu sesuatu instrument pakej yang amat kompleks itu mula runtuh, jatuh mengakibatkan institusi-institusi kewangan yang melabur dan transaksi ini menghadapi kerugian yang amat besar yang tidak pernah mereka bayangkan. Masalah ini juga bermula pada penggal kedua tahun 2007 kini telah membawa kepada keadaan kelembapan sektor kewangan yang dihadapi oleh seluruh negara maju. Kita hari ini menyaksikan bagaimana kejayaan di negara-negara maju mengambil langkah pemulihan kewangan yang drastik untuk menyelamatkan ekonomi negara masing-masing. Apa yang amat menarik ialah pendekatan yang diambil oleh kerajaan Amerika Syarikat meluluskan pakej kewangan sebanyak USD700 bilion dan seterusnya diikuti oleh UK dan seluruh Eropah adalah selaras dengan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Barisan Nasional ketika menangani kawasan krisis 1997, 1998. Pada waktu itu para analisis kewangan dan ekonomi dunia dan juga parti-parti pembangkang hebat mengkritik bahawa Kerajaan Barisan Nasional cuba menyelamatkan syarikat-syarikat yang mereka ada kepentingan kewangan. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua bail out saya juga telah pun mendengar pada semalam di mana Ahli Yang Berhormat daripada Wangsa Maju juga mengatakan kemungkinan kerajaan akan bail out pada AirAsia. Ia dilakukan bukan kerana mereka mempunyai kepentingan dalam institusi tersebut tetapi ianya adalah satu-satu yang mesti dilakukan untuk mengelakkan keruntuhan ekonomi mereka sama sekali. Jadi Amerika telah pun meniru apa yang telah kita lakukan pada yang lalu, pada 1997, 1998 dan sama juga dengan negara-negara Kesatuan Eropah. Maka terbukti dan jelas sekali bahawa langkah-langkah yang kita ambil pada ketika itu telah pun memberi kesan yang amat positif dan sekarang menjadi contoh biarpun ianya dibuat atas kesesuaian negara-negara tertentu tetapi secara basicnya, secara asasnya mereka telah pun mengiktirafkan secara langsung bahawa langkah yang kita ambil itu adalah amat sesuai bagi negara-negara yang menghadapi krisis ekonomi seumpama itu.

Saya juga hairan mengapa pengkritik Belanjawan 2009 tidak sedar bahawa Kerajaan Amerika Syarikat juga negara-negara Eropah telah mencontohi langkah- langkah yang saya katakan tadi. Oleh itu saya berharap bahawa sekali lagi saya memohon supaya kita mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku dan sama- sama kita berganding bahu supaya mencapai ataupun mengelakkan krisis-krisis ekonomi seumpama itu berlaku terutama sekali di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan ekonomi negara kita yang amat terbuka dan juga pergolakan krisis kewangan yang baru saya sebut tadi yang telah pun merebak di seluruh dunia, maka saya dengan ini memohon mencadangkan langkah- langkah berikut sebagai tambahan ataupun diberikan penekanan dalam pelaksanaan Bajet 2009. Di antaranya mengurangkan harga minyak petrol, diesel dan gas asli selaras dengan harga di pasaran dunia yang telah turun hampir separuh dengan cara mendadak iaitu mengurangkan kos sara hidup. Selain itu juga, mengurangkan kadar faedah selaras dengan penurunan yang telah dilaksanakan oleh beberapa bank pusat di beberapa negara kuasa ekonomi dunia seperti mana Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Australia dan lain-lain. Juga melipatgandakan lagi usaha untuk meningkatkan pengeluaran makanan. Ini penting bagi menjamin keselamatan negara. Juga membangunkan industri baru terutamanya industri bio atau industri hijau ataupun dengan izin, green industry yang berkaitan dengan penggunaan sumber kepelbagaian hayat industri herba, alam sekitar dan kitar semula serta renewable industry yang berkaitan dengan perubahan cuaca dunia dan kepupusan sumber. Industri bio dijangka akan menjadi peneraju ekonomi dunia ekoran perubahan demografi, cuaca dan juga kepupusan sumber yang kita akan alami. Juga saya cadangkan, Tuan Yang di-Pertua, mempercepatkan pengagihan peruntukan pembangunan bagi membangunkan infrastruktur asas terutama yang berkaitan dengan rancangan pembangunan koridor ekonomi terutamanya di Sabah dan juga di Sarawak. Ianya supaya dapat memainkan peranan sebagai ‘prime pioneer’ dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri-negeri tersebut. Juga saya cadangkan mempergiatkan lagi pelaburan dalam modal insan supaya tenaga terlatih yang diperlukan dapat dibekalkan selaras dengan strategi kedua Bajet 2009 dan juga meningkatkan keupayaan sistem penyampaian termasuk penubuhan agensi-agensi pelaksana pembangunan koridor ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya cadangan-cadangan semua rancangan melalui Bajet 2009 ini berjaya dilaksanakan dan mencapai sasarannya, saya percaya kita berupaya menangkis ancaman-ancaman ekoran kesan negatif krisis kewangan global dan seterusnya berupaya menangani masalah kemiskinan pengangguran dan ketidakseimbangan pembangunan dan sebagainya. Justeru itu, tentunya masih terdapat banyak ruang bagi kita untuk menentukan supaya semua program yang dirancang dengan peruntukan yang telah disediakan dapat dilaksanakan dengan berkesan, bertepatan pada masanya dan memberikan impak yang dikehendaki di tempat-tempat yang memerlukan. Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh seperti mana yang kita semua maklum negeri Sabah dan Sarawak masih mempunyai kawasan tanah pertanian yang luas, termasuk tanah-tanah terbiar. Sekiranya kawasan-kawasan tersebut dapat disediakan dengan infrastruktur berkaitan seperti; sistem saliran dan perparitan yang baik, kemudahan pusat penyimpanan lepas tuai, perhubungan jalan raya yang sesuai, sokongan khidmat pertanian yang berkesan dan pusat-pusat pengeluaran benih dan baka mencukupi, saya percaya kedua-dua negeri tersebut mampu menyumbang ke arah peningkatan pengeluaran makanan negara dan seterusnya mampu mengurangkan kesan negatif krisis kewangan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, bayangkan juga sumbangan kepada peningkatan pengeluaran daging lembu negara sekiranya tanah-tanah yang digunakan sebagai ladang kelapa sawit di Sabah yang seluas kira-kira 1.2 juta hektar dapat digunakan juga sebagai ladang ternakan lembu. Mungkin apa yang diperlukan untuk menggalakkan integrasi tanaman kelapa sawit dengan ternakan lembu ini hanyalah menyediakan khidmat nasihat yang disediakan dengan insentif-insentif yang tertentu. Saya tahu bahawa FELDA telah mengusahakannya dan telah pun memberi satu kesan yang positif dalam sektor ternakan lembu ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan yang mulia ini kepada potensi negara yang pada hemat saya masih belum digerakkan sepenuhnya. Umpamanya kita semua maklum bahawa negeri Sabah yang seluas kira- kira 7.4 juta hektar ini amat kaya dengan sumber-sumber kepelbagaian hayat termasuk

tumbuh-tumbuhan herba yang berkhasiat untuk kesihatan, penjagaan badan dan pengeluaran produk asli istimewa seperti minyak pati yang amat bernilai. Tambahan lebih separuh daripada kawasan tersebut telah diletakkan sebagai hutan simpan, ini bermakna negeri Sabah yang juga amat berpotensi untuk meneroka industri hijau dan industri bio sebagai sumber kekayaan baru seperti industri herba, alam sekitar dan bioteknologi. Saya percaya jika negeri-negeri yang mempunyai kawasan pertanian yang luas dan kaya dengan sumber kepelbagaian hayat seperti negeri Sabah dan negeri Sarawak dapat dibantu meningkatkan keupayaan dalam bidang-bidang seperti pengeluaran dan pemprosesan makanan, herba dan komoditi tanaman industri. Dengan menggunakan kaedah dan pendekatan baru termasuk penggunaan bioteknologi, saya percaya negeri-negeri berkenaan berupaya untuk membantu negara menangkis kesan negatif ekonomi negara selaras dengan strategi ketiga Bajet 2009, yakni memperkukuhkan daya tahan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Tuan Yang di-Pertua juga sedia maklum bahawa sekiranya kalau industri-industri seumpama ini dibangunkan di negeri Sabah, ianya akan dapat membantu rakyat negeri Sabah. Saya kurang maklum kalau ada di antara rakyat dari Semenanjung Malaysia yang di mana sebahagian besar daripada belia-belia dari negeri Sabah telah pun berhijrah ke Semenanjung untuk mencari pekerjaan. Apa yang menyedihkan, Tuan Yang di-Pertua, bahawa saya telah pun membaca satu rencana di mana jumlah ibu tunggal yang terbesar di Malaysia ini ialah di negeri Sabah. Apa yang kita katakan pada hari ini dan saya ingat Ahli Yang Berhormat dari Putatan, the street kids yang kita katakan di Sabah yang wujud pada masa kini dan akan berlaku pada rakyat Sabah di masa yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana bahawa ramai di antara belia-belia kita dan juga warganegara Malaysia dari Sabah yang berhijrah ke Semenanjung, ada di antara mereka sudah berkahwin dan oleh kerana tambang yang mahal dan gaji yang tidak mencukupi, maka mereka tidak dapat sering kembali ke negeri Sabah. Oleh itu, mereka tinggalkan isteri, ada di antara mereka yang mempunyai seorang anak, dua orang anak. Oleh kerana jauhnya di antara negeri Sabah dan juga Semenanjung Malaysia, maka ada kadangkalanya berlaku di mana suami tidak lagi mengirim wang dari Semenanjung ke Sabah dan oleh itu isteri mereka tidak lagi dapat menampung sara hidup. Itulah di antara salah satu punca utama di mana wujudnya angka ibu tunggal yang begitu tinggi dan juga anak-anak yang tidak dapat dijaga dan juga tidak diberi pelajaran atau pendidikan oleh ibu mereka yang tidak mampu. Saya khuatir pada satu hari kelak bahawa negeri Sabah juga akan mempunyai street kids. Ini seperti apa yang telah kita alami di Kota Kinabalu yang kita katakan ini adalah street kids daripada orang-orang pendatang tanpa izin. Saya juga khuatir kalau langkah-langkah seumpama itu tidak diambil dan Kerajaan Barisan Nasional dan Kerajaan Pusat tidak menitikberatkan tentang keadaan rakyat di negeri Sabah, ianya akan berlaku tidak akan lama lagi. Oleh itu secara keseluruhannya, selain daripada memperkuatkan daya saing dan membangunkan industri-industri herba dan lain-lain lagi; salah satunya juga yang penting ialah supaya street kids itu tidak wujud di negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dalam kajian rangka sebarang rancangan, saya percaya prestasi yang lebih baik dan bermakna dapat dicapai sekiranya para perancang berkenaan sentiasa mengambil perhatian serius yang saya katakan tadi. Oleh itu, sekali lagi saya dengan secara ikhlas memohon dan saya faham, saya juga tahu bahawa ada di antara ahli-ahli pembangkang yang pakar yang dapat menyumbang ke arah untuk memperkuatkan ekonomi kita. Ini supaya rakyat kita dapat kita bela seperti yang saya katakan awal-awal tadi adalah satu-satu masa yang begitu kritikal; di mana kita harus menggembleng tenaga dan juga bersama-sama duduk untuk mempertahankan ekonomi kita supaya kita tidak lagi mengalami krisis ekonomi yang pernah kita alami dahulu.

Jadi, saya amat berharap supaya perkara-perkara yang telah saya timbulkan tadi dapat diberikan perhatian dan juga dengan kata-kata itu saya dengan ini mohon menyokong usul supaya Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang keemasan ini untuk bercakap dan terima kasih juga pegawai-pegawai kerajaan yang sedia mendengar kerana apa yang akan dikatakan banyak dicatat oleh pegawai-pegawai kerajaan tetapi tidak didengar oleh mereka yang sepatutnya mendengar. Bajet 2009 yang telah pun dikemukakan oleh Menteri Kewangan yang dikatakan bajet yang bertemakan ‘kerajaan prihatin’ menjamin kesejahteraan rakyat, membangunkan modal insan berkualiti, memperkukuhkan daya tahan negara. Jumlah anggaran perbelanjaan seperti yang tercatat dalam Kertas Perintah 40 Tahun 2008 - Anggaran Perbelanjaan 2009 berjumlah RM207 bilion, perbelanjaan mengurus RM154.17 ataupun 74% dan perbelanjaan-perbelanjaan pembangunan RM53.73 ataupun 25.9%. Persoalannya di sini ialah, mampukah kerajaan : (a) menjamin kesejahteraan rakyat; (b) membangun modal insan berkualiti; dan (c) memperkukuhkan daya tahan negara. Ini semua saya katakan kerana keadaan ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu ini. Namun yang pasti dalam bajet ini perbelanjaan akan dilakukan. Oleh sebab itu tidak cukup masuk Dewan minta supplementary budget tetapi yang belum pasti ialah mencari wang untuk dibelanjakan. Itulah soalannya. Belanja pasti belanja untuk mencukupkan perbelanjaan itu belum pasti lagi. Oleh sebab itu kita boleh bertindak dengan serta-merta atas perkara-perkara yang berada dalam kawalan kita. Saya kira perkara yang berada dalam kawalan kita, yang pasti kita boleh buat ialah untuk perang dan hapuskan rasuah. Ini pasti kita boleh buat kerana ia berada dalam kawalan kita. Saya ingin membawa beberapa contoh di mana berlakunya ketirisan-ketirisan, penyelewengan-penyelewengan dan perkara-perkara yang berlaku tetapi tidak mahu disebut secara terang-terang oleh pihak-pihak yang tertentu. Sebagai contoh, kita ambil baru-baru ini bagaimana akhbar-akhbar menyebut dan tidak dinafikan oleh Kementerian Pelancongan bahawa di Kementerian Pelancongan, kakitangan pejabat menteri yang diluluskan oleh JPA dan Kementerian Kewangan hanyalah lapan orang sahaja, tetapi menteri mempunyai 20 orang kakitangan yang dilantik untuk bertugas di kementerian beliau. Malah ada beberapa perkara yang pelik berlaku. Di antaranya pelantikan mereka di backdated kan bagi mengelak agar arahan daripada JPA dan arahan Perbendaharaan ini tidak terkena kepada mereka yang dilantik. Gaji yang dibayar terlalu tinggi daripada yang selayaknya dan gaji yang dibayar pula daripada sumber yang bukan daripada amalan biasa. Lebih pelik lagi tidak ada rekod proses pelantikan dibuat secara teratur. Dengar, inilah jumlah yang dibayarkan kepada mereka: - Pegawai khas dibayar RM10,000 seorang sebulan - Pegawai penyelidikan dibayar RM8,000 seorang sebulan - Pegawai seranta dibayar RM5,000 seorang sebulan Inilah yang ada di depan kita. Dalam laporan maklum balas ke atas isu-isu utama dalam Laporan Ketua Audit Negara 2007 yang dibekalkan kepada kita..., ini bukan dokumen-dokumen yang kita ambil di tepi jalan tetapi ini yang diberikan kepada semua Ahli Parlimen. Saya quote: “Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Syarikat Kerajaan Ataupun Bukan Kerajaan”. Sebagai contoh tunggakan bayaran balik pinjaman bagi syarikat akhir 2007 ialah RM3.9 bilion naik kepada RM3.76 bilion pada akhir 2006. Yang paling banyak tunggakan ialah Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. yang berhutang sebanyak RM3.063 bilion”

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Saya quote apa yang dikatakan oleh pentadbir yang mencatatkan di sini: “Kementerian Kewangan pada 13 September 1998 telah meluluskan semua hutang Kumpulan Perwaja yang perlu ditanggung oleh kerajaan dari tahun 1998 hingga 2007 ditukar dalam bentuk geran” . Ahli-ahli Yang Berhormat, hutang akhirnya ditukar kepada bentuk geran dan yang lebih aneh keputusan itu dibuat pada 13 September 1998. Ini bermakna beberapa hari selepas Menteri Kewangan waktu itu dipecat pada 2 September 1998. Tindakan yang serta-merta diambil. Lebih malang lagi peruntukan untuk tujuan ini perlu disediakan, kata pemerintah kerana sumber pembiayaan pinjaman adalah daripada Kumpulan Wang Amanah. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, RM3 bilion yang mulanya dianggap sebagai pinjaman kepada Perwaja akhirnya ditukar atau convert kepada dalam bentuk geran. Nun di sana hangus di awang-awangan, hilang. Begitu juga pembinaan Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Cagar, Johor Bahru yang suatu masa dahulu menjadi kompleks yang cukup kontroversial. Dalam laporan ini juga disebut: “Pemilihan kontraktor Gerbang Perdana Sdn. Bhd. berdaftar dengan CIDB tidak dengan Pusat Khidmat Kontraktor. Satu pelanggaran syarat yang jelas dan pelantikan kontraktor ini dibuat oleh Kementerian Kewangan pada tarikh 12 Mac 2002. Untuk syarikat-syarikat kecil, kerajaan akan meletakkan syarat-syarat tertentu termasuklah kontraktor misi berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor...” tetapi nun di sana Gerbang Perdana tidak payah. Malah yang lebih parah lagi terdapat 3,523 kes aduan kerosakan yang serius hingga sekarang tidak selesai. Bawa lagi pelaksanaan projek pengurusan dan terowong, juga dalam buku ini. Didapati kajian kemungkinan yang khusus dalam projek SMART di Kuala Lumpur tidak dijalankan. JPS hanya bersandarkan kepada laporan Klang River Basin Environmental Improvement and Flood Mitigation Project disediakan oleh sebuah syarikat. Bukan itu sahaja dokumen kontrak tidak diberi nombor rujukan menunjukkan tiada konsistensi dalam penyediaan perjanjian rasmi ini. Jumlah denda yang boleh dikenakan terhadap kontraktor bagi tempoh 1 Julai 2007 hingga 31 Januari 2008 adalah RM4.9 juta. Setakat ini kontraktor masih belum menjelaskan denda itu.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat-Yang Berhormat, inilah di antara kalau hendak huraikan satu persatu benda-benda yang sebenarnya berada di dalam kawalan kita. Inilah ketirisan- ketirisan yang berlaku. Himpun di sana RM3 bilion, himpun di sini RM50 bilion. Yang Berhormat, kalaulah begini kerajaan tadbirkan duit rakyat. Sebab itulah kadang-kadang bila kita dengar ucapan-ucapan teman-teman daripada Barisan Nasional khususnya, mengatakan bahawa jangan persoalkan hak-hak orang bumiputera dan hak-hak Melayu kerana banyak benda yang belum selesai, tetapi sedih kerana kalau kita lihat daripada tarikh DEB mula diperkenalkan 1970 hingga tahun 2000 kadang-kadang kita semak balik waktu itu siapakah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Dalam tarikh DEB itu kita tengok semua menteri mungkin satu dua yang bukan Melayu, tengok KSU-KSU mungkin satu dua bukan Melayu, tengok ketua-ketua pengarah mungkin satu dua bukan Melayu, tengok naib-naib canselor mungkin satu dua bukan Melayu di universiti, tengok pula pegawai-pegawai boleh dikatakan hampir majoritinya Melayu. Tuan Yang di-Pertua, masa yang diberikan untuk membangunkan khususnya rakyat bumiputera di Semenanjung, Sabah dan Sarawak begitu banyak dengan kuasa yang ada, tetapi pencapaian tidak ke mana hanyalah setakat 18%. Sebab itu rakyat merasa kecewa. Sebab itu dengan pendedahan-pendedahan rasuah di sana-sini ...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

...Rakyat makin hari makin tidak boleh terima apa yang berlaku malah Perdana Menteri pernah menyebut ketirisan amat serius dalam kerajaan. Silakan.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Tuan Yang di-Pertua saya cuma hendak tanya Yang Berhormat Sungai Petani tadi mengatakan Kerajaan Barisan Nasional, kerajaan UMNO telah menidakkan pembangunan orang-orang bumiputera, mengetepikan kepentingan orang bumiputera. Saya ingin hendak tanya dan minta penjelasan itu termasuk lapan tahun Ketua Pembangkang menjadi Menteri Kewangan tak? Terima kasih.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Saya tidak katakan tidak membangunkan bumiputera, tetapi saya mengatakan target 30% itu yang sepatutnya kalau semua digembleng tanpa tiris, saya yakin kalau betul-betul pemimpin waktu itu dalam masa 30 tahun memberikan tumpuan saya yakin dan percaya target 30% untuk melihat..

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Termasuk Ketua Pembangkang? Boleh jawab tak?

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Sudah pasti dalam membentuk dan sudah pasti dalam mengambil apa-apa tindakan, collective responsibility yang diterajui oleh Perdana Menteri waktu itu malah untuk makluman Yang Berhormat pernah dalam satu persidangan UMNO yang saya juga pemuda UMNO waktu itu kita membangkitkan soal KKM, kronisme, nepotisme...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tak jawab, tak jawab. You jawab dahulu.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Dengar dahulu, dengar dahulu. Apa yang berlaku pada tahun 1997 kita menegur dalam persidangan UMNO, menegur Perdana Menteri janganlah diamalkan KKM pemuda UMNO waktu itu menegur presiden yang juga Perdana Menteri. Apa yang berlaku? Pemuda UMNO ditangkap dan dihumban dalam ISA. Timbalan presiden ditangkap masuk dalam jel. Itu tegur dalam platform UMNO...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Menyampuk]

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Saya bekas pemuda UMNO waktu itu dan saya tahu. Maknanya menegur...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Jawab, jawab.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

...Waktu itu menegur kerajaan salah, ditangkap masuk ISA kalau menegur di luar. Menegur kerajaan dan presiden dalam konvensyen UMNO juga ditangkap dan dihumban dalam jel.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Dahulu Ketua Pembangkang tak pakai kod...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

[Bangun]

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Ini floor saya, saya dah bagi floor. Terima kasih.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

[Bangun]

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Silakan Yang Berhormat Permatang Pauh... [Dewan riuh]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Nanti Yang Berhormat Sungai Petani bagi laluan kepada Batu Pahat ya.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Saya bagi Yang Berhormat Permatang Pauh dahulu. Lepas itu saya bagi Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Okey, okey.

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dahulu Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya suka ingatkan tengah hari ini kita mengantuk, jadi saya biarkan ada sedikit huh, ha, huh, ha tapi jangan keterlaluan... [Ketawa] Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya tidak huh, ha Tuan Yang di-Pertua seperti mana beberapa rakan-rakan. Saya hendak jelaskan kerana ada pandangan daripada rakan-rakan Yang Berhormat UMNO yang tanya tugas dan peranan semasa saya dalam UMNO dan dalam kerajaan dan dibangkitkan juga kononnya kita mengabaikan permasalahan rakyat di Sabah. Mungkin masa itu dia masih di bangku sekolah. Tidak baca Hansard. Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya tidak mahu libatkan dalam bahas ini tahu benar sepanjang menteri dalam kerajaan dari hari Sabah dan Sarawak bersama dalam Malaysia sehingga 1998, saya sebagai Menteri Kewangan meluluskan peruntukan paling besar kepada Sabah dan Sarawak termasuk dalam tempoh satu tahun tambahan, RM800 juta tambahan untuk Sabah dan RM200 juta untuk supplementary

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

budget rekod dalam pada itu... [Ketawa] Akan tetapi oleh kerana prasangka buruk begitu rupa ini semua dinafikan. Tuan Yang di-Pertua, soal bumiputera kita letakkan satu jaringan bumiputera yang benar-benar mampu berdaya maju untuk diangkat...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Bohong! Bohong!

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, boleh jerit sebagai pelesit, menyorok di balik pembesar suara. Memang itu bukan pahlawan. Kalau benar pendekar dan pahlawan dia bangun berucap dan jawab. Dia tidak jerit di bawah meja seperti yang dilakukan oleh mereka. Sebab itulah di bahagian pun kalah... [Ketawa] Sebab perangai itu hodoh. Kalau betul-betul bangun sebagai pendekar yang mulia lagi amin atau pahlawan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang itu Tuan Yang di-Pertua sudah itu... [Ketawa]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Maka boleh di...

Tuan Yang di-Pertua

Dan cuma satu-satunya.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebab itu bila dihujah oleh Yang Berhormat Sungai Petani isu itu fakta. Kita hendak berbeza pendapat tidak mengapa. Harus berdasarkan fakta bukan maki hamun dan fitnah. Bangun dihujah oleh Yang Berhormat Sungai Petani tidak dipersetujui dibawa hujah dengan fakta. Tidak perlu menghina dan mengaibkan orang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Tepuk]

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya setuju sangatlah dengan apa Yang Berhormat Permatang Pauh kata kerana waktu itu Yang Berhormat Permatang Pauh lebih faham berada dalam kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Petani 12 minit lagi Yang Berhormat.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Baik. Seterusnya Tuan Yang di- Pertua tentang masuk kepada peruntukan-peruntukan yang diberikan ataupun yang dicadangkan untuk diberikan kepada kementerian. Saya ingin menegur ataupun menyinggung tentang Kementerian Pelajaran. Baru-baru ini dua malam yang lepas saya naik bas ekspres ke Sungai Petani dan dalam perjalanan bas berhenti kerana terdapat satu bas depan saya accident dengan lori, kemudian satu couple India naik daripada tengah jalan itu untuk sama-sama balik ke Sungai Petani. Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, sebab bas kami penuh jadi couple India ini naik dia terpaksa berdiri. Seorang suami dan seorang isteri yang sedang mengandung saya kira dalam umur 30-an. Dalam 15 minit saya bagi peluang kepada si isteri untuk duduk tempat saya. Lepas itu sampai Sungai Petani turun. Lepas itu seorang pemuda sekitar umur 30-an menepuk bahu saya. Dia mengatakan, “Bang, abang tak patut bagi seat itu kepada India tadi. Abang Melayu.” Kalau inilah cara abang buat mampus habis Melayu. Saya kata saudara inilah beza saudara dengan saya. Saya seorang Islam mungkin saudara seorang Melayu sebab di sisi Islam saya memberikan seat itu walaupun saya terpaksa berdiri satu jam setengah kerana yang pertama dia seorang wanita bukan kerana dia India. Yang kedua dia wanita yang sedang mengandung. Saya sedih Tuan Yang di-Pertua, kerana kalau inilah produk yang kita ada anak-anak kita yang keluar sekolah saya bandingkan pula dengan pengalaman saya di England semasa menuntut dahulu. Waktu itu juga isteri saya sedang mengandung. Bila kami naik tren, dua anak muda Inggeris sebaik sahaja saya naik tren kedua-dua anak muda perempuan ini bangun dan berikan seat kepada isteri.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Saya kata tidak payah seat untuk isteri saya, tidak payah. Dia kata tidak, we want you to be comfortable in our country dengan izin. Saya membandingkan di Malaysia apabila saya memberi peluang kepada rakyat saya, orang Melayu marah dekat saya. Di England orang putih bangun untuk beri kepada saya. Saya confuse di sini, sebab itu saya lihat Kementerian Pelajaran minta supaya kita lihat perkara ini. Hari ini keluar lagi cerita bagaimana saudara buka surat khabar

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

The Malay Mail. Bagaimana gambar-gambar anak-anak Melayu buat seks dan lain-lain dipaparkan dalam internet. Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena kepada kita. Kalaulah dahulu kita sudah panggil Kementerian Pendidikan untuk mendidik anak-anak tetapi semenjak dibuang, ditangkap dan dihumban, menteri yang menukar daripada nama Pelajaran kepada Pendidikan, tukar balik kepada Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran hanyalah untuk memberikan pelajaran tetapi tidak pendidikan. Sebab itu ada sesuatu yang tidak kena di sini. Saya rasa haruslah dilakukan sesuatu yang cukup dahsyat ini agar ia hendak membina seperti yang Menteri Kewangan katakan membangunkan modal insan yang berkualiti. Sebelum balik pergi cari Malay Mail, tengoklah apa yang terjadi kepada masyarakat kita pada hari ini.

[Bangun]

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Tuan Yang di-Pertua.

Minta penjelasan.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Silakan, silakan.

Terima kasih. Pertama sekali saya hendak jawab Ketua Pembangkang. Saya kalah di bahagian sebab saya tidak mengamalkan politik yang diamalkan. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Yang lain...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang lain semua main politik wang ya. [Ketawa]

Dengar.

Tuan Haji Roslan ShaharumPAS · PRBukit Gantang

Confirm politik wang, confirm.

Kejap, kejap.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Batu Pahat main politik wangkah? Dia menang? [Ketawa]

Saya kalah di bahagian kerana tidak mengamalkan politik....

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ha, ha...

Dengarlah di sini dahulu bang oi!

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengar dahulu Yang Berhormat Kota Belud.

Saya kalah di bahagian kerana tidak mengamalkan politik yang diamalkan oleh Ketua Pembangkang sewaktu melawan Timbalan Perdana Menteri dahulu. Dia datang ke Sabah, dia kata Almarhum Tun Ghaffar pada waktu ayah saya, saya tidak lawan tetapi di belakang dia hentam juga. Jadi saya tidak mengamalkan yang itu. Itu sebabnya saya kalah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kalau sudah kalah, sudahlah.

Saya mahu tahu you...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

No, no.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Saya, saya...

Kita lurus dan kita terima kekalahan.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang kalah tetap kalahlah, walau apa juga alasan tidak mengapalah.

Yang keduanya saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Sungai Petani. Tadi Yang Berhormat mengatakan tentang masalah akhlak kanak-kanak. Semua hendak diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan, Kementerian Pelajaran. Saya tidak tahu kalau macam itu kalau bas itu rosak, salahkan Kementerian Pengangkutan. Saya tidak faham, kenapa semuanya mesti kepada Kerajaan Persekutuan. Waktu itu...[Dewan riuh] Tidak, tidak.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Balik tengok muka dalam cermin!

Tuan Haji Roslan ShaharumPAS · PRBukit Gantang

Patutlah kalah, teruk sangat.

Kenapa perlu setiap permasalahan itu...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, tertiblah sedikit. Peraturan Mesyuarat 41, kalau ada Ahli Yang Berhormat bercakap, yang lain itu tolonglah diam. Nanti giliran Ahli Yang Berhormat pula bercakap, orang lain pula bising macam mana?

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat Kota Belud, saya minta maaf, cukup, cukup. Yang Berhormat Kota Belud, yang saya sebut tadi bukan soal apabila bas rosak saya minta, saya marahkan, saya tegur Menteri Pelajaran tidak. Yang saya sebut di sini apabila saya memberikan seat saya kepada seorang wanita India yang sedang mengandung, datang anak muda, anak Malaysia, anak Melayu marah dekat saya kerana saya memberikan seat itu kepada orang India. Jadi saya kata, kalau macam inilah hendak jadi apa negara kita? Saya bagi seat saya kerana dia seorang perempuan, saya seorang Islam, dia mengandung. Itu yang saya kata, bukan fasal bas! Dia tidak bersangkut paut dengan bas. Bas itu cerita lain. Terima kasih. Saya tiada masa, saya hendak teruskan.

Kenapa you kata...

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia patut tahu bas negeri dia.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat, ada lima minit lagi.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Ya, ya. Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua tentang Kementerian Dalam Negeri. Dalam bajet diusulkan RM290 juta untuk diberikan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Saya sebelum menjadi ahli politik, saya bekas pegawai PTD dan saya pernah bertugas di jabatan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya bimbang. Jumlah yang begitu banyak RM290 juta ini dengan hasil yang kita dapat sekarang, orang Kedah kata tidak berbaloi. Jumlah yang sebegini banyak kita buang duit tetapi lihatlah apa yang sedang berlaku dalam negara kita. Sebab itu kita kena kaji balik cara, kaedah dalam menyelesaikan masalah dadah ini. Saya rasa kementerian harus bersungguh-sungguh melihat bagaimana masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak ini bukanlah berpunca kepada masalah dadah sahaja tetapi alam persekitarannya. Cara dia bergaul, cara dia duduk di rumah, kalau tidak percaya pergilah tengok di flat-flat Kuala Lumpur. Flat yang ada dua bilik, yang didirikan sama ada oleh kerajaan atau swasta. Dua bilik, satu ibu bapa ambil, tinggal sebiji, tinggal sebuah, tinggal satu bilik. Anak perempuan duduk satu. Anak-anak lelaki hendak duduk tang mana? Ini masalah yang besar. Sebab itu masalah-masalah dadah ini bukanlah boleh diselesaikan dengan simpan mereka di pusat serenti tetapi kena ada approach yang lebih holistik. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengusulkan supaya Kementerian Belia dan Sukan memainkan peranan yang lebih aktif di sini. Kalau selalunya kita sebut Kementerian Belia dan Sukan, lazimnya sukanlah yang kita berikan perhatian. Akan tetapi peranan yang harus dimainkan lebih daripada sukan ialah belia-belia itu sendiri. Tidak ada program-program yang konkrit, tidak ada program-program yang kukuh bagi membina jati diri anak-anak muda ini. Sebab itu saya cadangkan dalam dua tiga peluang yang saya dapat celah dalam perbahasan yang lepas, saya katakan dan saya cadangkan bahawa anak-anak muda kita tidak cukup dengan hantar mereka

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

ke pusat latihan khidmat yang memakan masa tiga bulan dan kita habiskan duit beratus juta. Apa salahnya kita terus buat national service secara proper seperti yang dilakukan oleh Korea, Taiwan, Singapura dan oleh negara-negara yang lain. Selepas sahaja tingkatan lima, masukkan mereka dalam proper national service course. Dua tahun di sana mereka boleh pilih sama ada hendak jadi tentera ataupun polis selepas mereka habis rekrut. Selepas itu mereka sudah berumur waktu itu 18 atau 19 tahun. Baru masukkan mereka ke universiti. Saudara-saudara, saya pernah lalui alam itu, alam ketenteraan. Sebab itu budak-budak yang paling hebat waktu nakalnya ialah pada umur 17, 18 dan 19. Kalau pada umur 17, 18 dan 19 kita letakkan mereka dalam satu suasana yang begitu regimentation, saya yakin selepas mereka berumur 19, mereka akan masuk ke universiti dan di universiti juga kita letakkan mereka dalam alam yang disiplin. Saya yakin apabila mereka graduate, masalah-masalah sosial dapat dikurangkan apatah lagi masalah dadah. Sebab itu saya cadangkan daripada kita hendak buat pusat khidmat yang kita belanja terlalu banyak, lebih baik kita rombak semuanya, kita masukkan kurikulum national service ini.

Minta laluan.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Ya, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Sungai Petani. Tadi cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat itu bagus, saya pun bersetuju tetapi saya melihat DAP tidak bersetuju. Cuba tanya balik Yang Berhormat Batu Gajah, dia tidak bersetuju dengan perkara itu.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Saya bagi laluan kepada dia.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani.

Tuan Yang di-Pertua

Yang ini menjawab soalan itukah ataupun minta...

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Minta tambah. Selama ini pendirian DAP menyokong ada national service pada tahun 1960-an. Ini adalah pendirian kita. Saya rasa ini oleh kerana Barisan Nasional tidak mengadakan satu penglibatan nasional. Jadi haruslah saya sokong sepenuhnya. [Tepuk]

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Itu ialah jawapan rasmi daripada DAP. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak menyentuh tentang satu hal yang besar iaitu tentang kegagalan pelaksanaan kuasa akta dan harta.

Tuan Yang di-Pertua

Dalam seminit dua Yang Berhormat.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Allahuakbar. Menteri Kewangan II telah menyatakan dan berbangga bahawa pada kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1998, negara kita telah berjaya mengatasi masalah kewangan dengan mengambil langkah tegas dan berani khususnya dengan adanya Akta Pengurusan Dana Harta Nasional Berhad [Akta 587]. Kerajaan telah menubuhkan akta ini bagi memberikan kuasa penuh mengambil alih semua pinjaman tidak berbayar untuk membolehkan pemulihan bank-bank yang tenat dengan tujuan menyelamatkan bank- bank yang tersangkut dengan adanya banyak pinjaman yang tidak berbayar. Dalam masa seminit ini, isu yang kita hendak bangkitkan Tuan Yang di-Pertua ialah walaupun niat murni baik tujuan Akta 587 ini diluluskan oleh Parlimen, masalah yang ada sekarang ini ialah pelaksanaan akta ini yang telah menyimpang jauh daripada tujuan asal dan niat murni. Sebab itu kita perhatikan bahawa walaupun arahan memberhentikan pelaksanaan dana harta ini telah berlaku tetapi apa yang sedang berlaku, administrator, mereka-mereka yang diberi kuasa untuk mengambil alih tanggungjawab ini banyak yang tidak betul dan kita perhatikan bahawa yang lebih mendukacitakan bahawa

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

jaminan yang diberi oleh Parlimen semasa Akta Danaharta ini dibentangkan dan diluluskan bahawa akta ini akan hanya digunakan atas pinjaman tidak berbayar sahaja telah tidak dipatuhi. Projek-projek yang berjaya dan yang sedang berjalan dan tidak pernah termasuk dalam kategori loan tidak pernah berbayar tetapi diminati oleh golongan-golongan tertentu, maka rancangan dibuat untuk Dana Harta mengambil alih dan membeku semua aktiviti dan akaun-akaun projek-projek ini. Manakala faedah dan penalti yang lain-lain, bayaran masih tetap dikenakan. Tuan Yang di-Pertua, tentu semasa ekonomi bermasalah sekitar tahun ....

[Bangun]

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

... 80-an dan 90-an, banyak mereka yang terpaksa gulung tikar tetapi kita mempunyai rekod yang banyak juga penganiayaan telah dilakukan pada mereka-mereka ini malangnya mereka tidak boleh pergi atas daripada berjumpa dengan orang-orang yang mempunyai kuasa kerana mahkamah dalam akta ini jelas tidak diberi ruang untuk mendengar kes-kes mereka. Saya minta Tuan Yang di-Pertua supaya Kementerian Kewangan tolaklah sentimen apa juga tetapi demi rakyat dan keadilan, haruslah melihat agar mereka-mereka yang terkena ini dapat dipertimbangkan dan dapat bernafas dalam membangunkan syarikat- syarikat dan projek-projek mereka. Silakan.

Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat, saya mendengar Yang Berhormat membuat tuduhan bahawa akta yang disebutkan tadi dalam pelaksanaan ini terdapat penyelewengan di mana bukan sahaja ianya digunakan untuk mengambil alih projek-projek yang terlibat dengan non-performing loan dengan izin tetapi juga projek-projek yang begitu lumayan dan menguntungkan. Saya juga tidak bersetuju kalau sekiranya terdapat penyelewengan yang seperti itu. Jadi, soal kita berlaku adil daripada pihak yang melaksanakan, bolehkah Yang Berhormat memberikan kes-kes itu dibentangkan di dalam Parlimen ini supaya kita boleh membuat kesimpulan sama ada ianya betul terdapat penyelewengan atau tidak. Terima kasih.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya akan memberikan senarai lengkap kepada Kementerian Kewangan kalau itu yang diperlukan dan pasti saya juga akan menulis kerana ini melibatkan perkara yang saya sebut dalam Parlimen, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Sila gulung Yang Berhormat.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Gulung ya?

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi empat minit tadi Yang Berhormat, injury time.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Nak gulung ya? Baik. Tuan Yang di- Pertua, akhir sekali ialah saya gulung dengan membawa satu kes saja Tuan Yang di- Pertua di mana pengusaha-pengusaha Hotel Seri Malaysia juga sedang mengeluh kerana mereka ialah francaisi. Francaisornya adalah satu badan yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan. Sekarang ini ada 18 Hotel Seri Malaysia di seluruh Malaysia. Daripada 18 ini, 17 diuruskan oleh francaisi dan satu yang diusahakan oleh GLC francaisor sendiri. Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, lapan daripada 18 ini di antaranya telah pun ditamatkan oleh sebab-sebab yang saya tidak tahu apanya tetapi sembilan di antara francaisi ataupun hotel yang sedang berkembang ini membuat operasi dengan begitu baik dan menguntungkan. Semuanya bumiputera. Yang menjadi masalah kepada mereka ialah francaisor ataupun GLC yang dimiliki oleh kerajaan di bawah Kementerian Kewangan tidak memperbaharui perjanjian dan bukan saja melengah-melengahkan perjanjian baru malah mengenakan berbagai- bagai syarat. Di antaranya ingin menukarkan mereka-mereka yang telah pun menjalankan ataupun melaksanakan operasi hotel-hotel ini. Yang saya nak sebut di sini Tuan Yang di-Pertua ialah mereka-mereka ini ialah usahawan-usahawan yang berjaya, bumiputera-bumiputera yang berjaya yang sepatutnya diberikan suntikan semangat untuk berkembang maju. Apa yang patut dilakukan oleh kementerian, binalah banyak lagi hotel-hotel Seri Malaysia, hotel-hotel bajet ini. Kalaulah hotel-hotel ini diperbanyakkan, maka ramailah bumiputera Melayu, Sabah dan Sarawak dapat

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

melibatkan diri dalam perniagaan ini daripada mengambil balik hotel-hotel ini daripada mereka yang berjaya dan menawarkan kepada orang lain yang belum tentu berjaya. Jadi inilah di antara perkara-perkara yang saya rasa boleh kita lakukan kerana ianya dalam kawalan kita. Pendapatan negara, harga minyak, kelapa sawit di luar kawalan kita tapi ketirisan, rasuah, pembocoran dan penyelewengan kuasa dalam kawalan kita. Yang ini kita boleh jaga Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah kalau ini kita lakukan, negara akan menyaksikan satu pagi subuh yang indah yang akan menjelang tidak lama lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Beberapa ahliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan, sila. Jangan ada provokasi Yang Berhormat Kinabatangan ya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan untuk membahas Belanjawan 2009. Pada peringkat awalnya saya tertanya-tanya sebab adakah wajar pihak sebelah sana membahas berjam-jam sedangkan pada peringkat awal dia kata bajet ini tidak perlu dibahas dan perlu di retable tapi rata-rata membahas dengan begitu syok dan kita pun syok juga mendengar. Jadi bermakna kata tak serupa bikin. Dia kata jangan bahas tapi ramai yang berdiri berbahas. Saya pun keliru, rakyat pun terkeliru. Jadi itulah saya sebetulnya. Ada yang mengelirukan dengan angka-angka sudah berubah. Apa ada dengan angka? Angka ini macam juga roda. Roda Impian, roda semula jadi. Dia berubah mengikut keadaan. Kalau angka kita baik, dia akan naik. Kalau tidak baik, dia ke bawah. Jadi kena mengikut peredaran dia macam qada dan qadar berlaku dalam situasi yang sebegitu.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Dia angka tak cukup lagi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin menegaskan ISA adalah merupakan satu akta yang masih relevan yang boleh digunakan pakai dalam negara kita.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau kita lihat negara Amerika yang mendakwa bapa demokrasi dalam dunia, dia punya ISA kalau ditangkap orang itu hilang, tidak ada bicara.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Baru mukadimah sudah minta, belum lagi tunggu panas sikit. Singapore, pilihan raya tidak boleh berhujah di public, kalau berhujah tangkap, dakwa dia melanggar undang-undang. Di Britain, United Kingdom sendiri, macam-macam ada. Cuma mungkin perlu kita perhalusi. Saya tidak bersetuju ISA digunakan untuk menangkap orang yang tidak bersalah sebab itu penganiayaan namanya tetapi kalau digunakan bagi mereka yang memudaratkan negara saya bersetuju. Jangan salah guna kuasa, itu saya tidak bersetuju.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini okey, saya punya guru.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Mudah sahaja, bagi membandingkan ISA dengan akta-akta yang dilakukan di Amerika Syarikat ataupun Britain selepas peristiwa 11 September itu, kita pada dasarnya menentang semuanya tetapi mungkin juga perlu Yang Berhormat Kinabatangan memaklumkan bahawa dalam kes sama ada di Britain, itu pun sudah ditolak penahanan 42 hari oleh House of Lords nya ataupun di United States of America, mereka mengenakan tahanan, hukuman, kekejaman ini kepada bukan warganegara mereka. Itu prinsip mereka. Walaupun itu kita tidak setuju sudah tentunya tetapi itu pun ada ciri-ciri nasionalisme mereka yang sekurang-kurangnya itu kita pelajari dan teladani. Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita dalam Malaysia ini kita harus lihat, kita hidup dalam negara berbilang kaum. Ada Melayu, India, Cina. Dalam Melayu pun mahu kira juga kalau di Sabah, Melayu 29. Tidak ada yang Islam bukan Islam tetapi 29 jenis kalau digabung-gabung dalam Dusun, Kadazan, Murut, Sungai, saya orang Sungai. Macam mana keadaan ini? Itu sebab kenapa ISA ini masih relevan diguna pakai ianya untuk mencegah. Jangan sampai ada orang-orang individu tertentu yang keterlaluan seperti kita tidak bermusuhan dengan orang India, dengan orang Cina, dengan orang Melayu sebab mereka ini adalah rumpun kita. Akan tetapi kalau ada ekstrem Melayu saya kata tangkap, kalau ada ekstremis daripada kaum Cina pun tangkap, dari India pun tangkap jangan pilih. Itu kita guna tetapi jangan salah guna ISA ini untuk kepentingan parti.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan awal-awal lagi saya sebut jangan buat provokasi, yang tergamit ini berapa orang sudah? Injury time tidak ada. Sekarang mana satu?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya punya boslah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya mahu minta pandangan daripada Yang Berhormat, pasal apa kita keliru sangat dan kita takut akta ISA ini. Kalau semua orang, dengan izin everybody behave, kenapa dia orang takut? Cuma bila dia orang belah sana, kalau siapa-siapa pegang kuasa ini kalau dia silap, salah, buat tindakan then dia mesti mahu bagi satu penjelasan. Kalau dia tidak bagi penjelasan, tidak cukup terang, dia tidak boleh minta maaf kepada rakyat, dia mahu letak jawatanlah. Ini bukan salah undang-undang, kita hapuskan undang-undang buat apa? Kalau semua orang ISA, everybody behave. Kenapa kita takut sangat undang-undang ada. Orang yang pegang ISA itu manusia, hakim pun manusia, semua manusia juga. Setujukah tidak?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Masuk dalam ucapan saya.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Saya sambung sikit Yang Berhormat Bintulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Sedikit sahaja, kalau ia digunakan dengan wisely, bermakna kata dengan izin Tuan Yang di-Pertua dia akan jadi baik. Cuma yang salah cara yang salah digunakan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, memang saya bersetuju. Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ada satu jam jadi kalau banyak tanya mungkin terlampau...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan, satu kalilah kasi saya.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang mana satu?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih ya, saya punya kawan itu baik, orang Sungai, orang India rapat. Tuan Yang di-Pertua, apa pendapat Yang Berhormat Kinabatangan yang berhampiran Sepilok tentang rakan-rakan kita yang dalam Dewan hari ini memperjuangkan ISA. Dia kata ISA itu mahu, mahu, mahu khususnya dua orang rakan saya Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Pasir Salak. Dua orang ini selalu mahu jadi champion ISA tetapi bila mereka kena dulu, bila keluar hampir 10 tahun tidak buka mulut. Mungkinkah trauma itu masih ada lagi pada mereka? Padahal saya yang kena ISA dulu keluar tidak sampai tiga bulan saya saman Kerajaan Malaysia, saya menang kes. Sekarang saya buat tuntutan jutaan tahu. Apa komen?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat jadi jutawan, tidak payah jadi wakil rakyatlah. Saya keliru ini Tuan Yang di- Pertua, terlampau banyak yang berminat.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada injury time.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Batu Pahat dulu.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tentang ISA ini kita sudah berdebat banyak kali, yang pasti ialah kita bersetuju ISA ini diteruskan. Cuma barangkali, yang ini saya hendak tanya Yang Berhormat Kinabatangan mungkin kita kena betulkan sikit sahaja iaitu apabila kita hendak tahan orang menggunakan ISA mungkin kita sudah bentang siasatan...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tidak payah betul, hapuskan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

... Kita kena beritahu dia ditahan kerana apa, kerana untuk keselamatan dan ketenteraman awam. Kita kena beritahu dia bila kita tahan dia supaya dia tahu kenapa dia ditahan. Mungkin ini yang kita perlu perbetulkan tetapi dalam masa yang sama, ISA perlu diteruskan perlu dipertahankan kerana ini baik sebenarnya dalam keadaan latar belakang masyarakat kita yang sebegini rupa. Atas sebab itulah kita cukup hairan, HINDRAF sebagai contohnya. Mereka membangkitkan isu-isu yang cukup panas dan mereka adalah pertubuhan haram, pertubuhan yang tidak berdaftar. Kenapa pihak pembangkang cuba mempertahankan HINDRAF yang jelas...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya bantah. Tuan Yang di-Pertua, apa yang dicakapkan dia.

Tuan Yang di-Pertua

Bergilir-gilir Yang Berhormat bukan cara begini.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya tidak dapat dengar, saya tidak faham bila dia kata ....

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ini dengarlah dulu apa saya hendak cakap.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Yang Berhormat Padang Serai duduklah. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu Pahat, sudahlah. Ahli Yang Berhormat, saya benarkan berbahas dengan mengikuti peraturan mesyuarat. Tidak eloklah kalau begitu berdiri selepas itu teriak-teriak. Sila Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan jangan provoke lagi Yang Berhormat Kinabatangan, sila.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya tidak pernah provoke Tuan Yang di-Pertua, saya berkata...

Tuan Yang di-Pertua

Jangan berucap menggamit atau menarik perhatian sangat kalau perkataan provokasi itu sudah tidak tepat. Sila.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 36(12).

Tuan Yang di-Pertua

36(12)? Menyeleweng Dewan.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Benar.

Tuan Yang di-Pertua

Memesongkan, siapa yang memesongkan?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Yang Berhormat Batu Pahat. Tuan Yang di-Pertua, tadi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Pahat tadi tidak betul di mana beliau berkata bahawa undang-undang sekarang tidak mempunyai peruntukan bahawa seseorang yang ditahan di bawah ISA perlu diberitahu sebab- sebab beliau ditahan, itu tidak betul. Mungkin beliau tidak faham undang-undang berkenaan dengan ISA.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Saya maksudkan perbetulkan undang-undang ISA yang sedia ada.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Saya belum habis, saya belum habis lagi.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Hendak tahan orang di bawah ISA beritahu dia kenapa dia ditahan itu sahaja.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Yang Berhormat Batu Pahat. Inilah masalah dengan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional mereka tidak hendak dengar.

Oi, siapa yang ada masalah?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Di sini jelas, bukan sahaja dalam Akta ISA Tuan Yang di-Pertua tetapi juga dalam Perlembagaan Persekutuan, nyata di situ bahawa mereka perlu diberikan sebab-sebab tetapi apa yang berlaku adalah menteri yang misbehave dan tidak memberitahu mereka tidak mengikut undang-undang...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Beliau menggunakan kesempatan itu untuk abuse power. Itu yang perlu diperbaiki, diperbetulkan untuk rekod. Yang Berhormat Batu Pahat, baca undang-undang sebelum membuat kenyataan berkenaan undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong, terima kasih Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

If you need lesson let me know, free of charge.

Minta laluan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Shah Alam duduk. Ahli Yang Berhormat, duduk semua Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong, kalau ingin menarik perhatian saya dengan soal point of order, sebut saja apa kesilapan orang yang terlibat, umpamanya kalau Yang Berhormat Batu Pahat point of order tidak betul, sebut sama saya, jangan berucap terus, itu pun melanggar juga peraturan mesyuarat. Jadi ikut dengan cara baik, Yang Berhormat Kinabatangan teruskan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya belum bagi lagilah, sebab ada yang salah guna kuasa, point of order pun tapi melencong. Saya bukan mempertahan Yang Berhormat Batu Pahat, dia kata perlu diberitahu, bukan dia kata tidak perlu. Jadi, saya jelas, jadi bermakna benarlah. Kalau ada pihak kementerian, pihak pegawai yang tidak beritahu, pegawai itu perlu dihukum sebab dia salah, begitu.

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya teruskan, Tuan Yang di-Pertua. Saya berhujah pasal kepentingan negara..

Peraturan mesyuarat juga, iaitu sama dengan Yang Berhormat tadi. Saya mengalami, ditahan bawah ISA...

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat mana Yang Berhormat ?

ASP yang datang ke rumah kita...

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat mana Yang Berhormat ?

36(12)

Tuan Yang di-Pertua

36(12) ini Yang Berhormat, duduk dulu, duduk dulu.

Tak, sebab dikelirukan sekali lagi...

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu, duduk dulu. Saya yang menentukan sama ada mengelirukan atau tidak, duduk dulu Yang Berhormat. Di sini jangan juga kelirukan saya. Yang menentukan sama ada sesuatu peraturan mesyuarat itu relevan atau tidak adalah Tuan Yang di-Pertua, bukan masing-masing berdiri, point of order, lepas itu dengan interpretasi masing-masing. Kalau itu saya benarkan, tidak ada kesampaian perbahasan kita, sila teruskan Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, saya teruskan. Saya berhujah sebab saya melihat ada keperluan untuk negara dan rakyat. Berpolitik kita berpolitik, tapi kepentingan negara dan rakyat adalah keutamaan kita semua sama ada di pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Kita memelihara negara kita, rakyat

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

kita. Kalau kita berjaya dalam politik tapi rakyat dan negara kita tetap berpecah belah, akhirnya kejayaan kita tidak akan mencapai kepada satu tahap yang kita inginkan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi kenapa ada keperluan ISA itu biar diguna pakai untuk kepentingan negara dan bukan atas suka-suka mereka yang berkuasa. Siapa sahaja, sebab kita pun tidak tahu, kita tidak boleh ramal akan datang, apa yang berlaku dalam negara kita. Siapa pun boleh jadi pemimpin tetapi siapa sahaja mereka kena melihat kepentingan negara daripada kepentingan, sebagai contoh...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri rela berkorban jawatan demi melihat kepentingan negara dan rakyat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ditolak keluar, ditolak keluar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat hendak bagi jalan?

Minta laluan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya tak bagi ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, duduklah. Dia tak bagi jalan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh faham tak, saya tak bagi. Saya bagi Yang Berhormat Kota Belud.

Yang Berhormat Pasir Salak, tak nak bagi?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih atas kepercayaan Yang Berhormat Kinabatangan kepada Yang Berhormat Kota Belud. Saya cuma minta penjelasan Yang Berhormat Kinabatangan. Pertama sekali, undang-undang ISA ini dibincangkan bukan sekarang, daripada zaman kita merdeka sampai sekarang. Pada saya Hakim yang paling arif dan bijaksana untuk menentukan sama ada ISA ini masih perlu atau tidak ialah rakyat. Setiap kali kita berdepan dengan pilihan raya, pihak pembangkang menggunakan isu ini sebagai sebahagian daripada manifesto mereka dan setiap kali mereka ditolak oleh rakyat maka itu saya tanya kepada Yang Berhormat Kinabatangan apakah ini adalah bukti bahawa ISA itu masih diperlukan oleh rakyat kerana menyokong Barisan Nasional.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya masih relevan dan ISA saya rasa masih relevan dan rasional untuk diguna pakai untuk membendung kemakmuran dan ketenteraman negara.

Pasir Salak, Pasir Salak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Padang Serai, Padang Serai.

Pasir Salak, Pasir Salak.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Boleh cool down tidak?

Sudah lama ini, tidak boleh cool dah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Macam saya tak boleh landing ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduklah Yang Berhormat.

Yang Berhormat...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Padang Serai, Padang Serai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Pasir Salaklah, sekali.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan Yang Berhormat Kinabatangan. Sebagai permulaannya saya nak mengingatkan Yang Berhormat, menyokong ISA bukan bermakna Yang Berhormat tidak boleh kena tangkap. [Ketawa] Akan tetapi saya memuji sikap Yang Berhormat, berani menyokong supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri ini diteruskan demi kepentingan negara. Tadi telah berbagai-bagai pandangan diberikan, tetapi saya dapati tidak diketengahkan secara rasional. Saya harap Yang Berhormat dapat menjawab persoalan, kenapa perlunya ISA ini sebagai satu akta pencegahan, manakala kita mempunyai undang-undang dan akta- akta lain yang boleh diguna pakai mengikut dakwaan pihak pembangkang khususnya, belum jawab bab ini, saya tahu jawapannya. Akan tetapi saya nak supaya Yang Berhormat dapat beritahu sejelas-jelasnya kepada pihak pembangkang yang masih lagi tidak jelas, mereka masih meraba-raba dalam gelap supaya terang-terang jelas, kenapa? Kalau Yang Berhormat rasa perlu bantuan saya, saya boleh tolong. [Ketawa] Akan tetapi, eloklah Yang Berhormat buat sendiri.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih, saya sebetulnya banyak persepsi berhubung dengan ISA, tetapi kita melihat ISA ini kenapa masih relevan, sebab yang pertama, untuk memelihara keselamatan, kemakmuran negara dan orang ramai. Kesalahan-kesalahan yang boleh didakwa di bawah ISA ialah ancaman kepada keselamatan, itu saja. Cuma mungkin apabila berlaku sesuatu dan melibatkan orang politik maka persepsi itu berlainan dan itu sebab pada peringkat awal kita menyatakan perlu dimaklumkan dan jangan gunakan ISA ini semata-mata untuk penganiayaan, sebab orang menganiaya ini berdosa.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau dilakukan penganiayaan, saya sendiri tidak bersetuju.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya pun setuju.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita hidup dalam dunia ini bukan selama-lamanya, semuanya cuma bersifat sementara, kuasa pun sementara.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Bagus [Tepuk]

Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai kena minta jalan daripada Tuan Yang di-Pertualah.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya perjelaskan, tolong duduk, inilah sudah terlampau lama...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa perbahasan tentang ISA ini memang banyak kali telah dilakukan, dan saya hairan kenapa pihak Barisan Nasional masih menganggap bahawa kezaliman yang berlaku di bawah nama ISA itu dikatakan hanya sebagai satu persepsi. Sedangkan kita semua tahu bahawa undang-undang ISA ini undang-undang yang tidak memberi hak kepada orang yang ditahan, sama ada dia diberitahu ataupun tidak diberitahu untuk membela dirinya. Dia boleh dituduh dengan

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

bermacam-macam tuduhan dan dia ditahan. Dia nak merayu dan dia nak dapat pembelaan di mana? Yang Berhormat Kinabatangan mengatakan bahawa undang- undang ini kita tidak sokong sekiranya kezaliman berlaku, tetapi undang-undang itu sendiri merupakan undang-undang yang zalim kerana tidak memberi hak pembelaan di mahkamah yang terbuka dan begitu juga di Amerika Syarikat yang disebut-sebutkan. Sekarang ini nampak gayanya Barisan Nasional nak gunakan Amerika Syarikat sebagai hujah mereka, seolah-olah negara Amerika Syarikat adalah negara yang nak dicontohi. Akan tetapi Yang Berhormat Kinabatangan saya nak sebut satu sahaja iaitu Kem Guantanamo terpaksa diletakkan di luar negara mereka, kerana mereka malu, mereka malu dan mereka segan kepada rakyat mereka sendiri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sudah macam berucap Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sehingga bila kes dibawa ke mahkamah, pihak mahkamah terpaksa mengatakan, kita tidak ada jurisdiction kerana ianya bukan terletak di dalam negara kita. Mereka terpaksa mengambil cara sedemikian untuk melepaskan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bagaimana dengan keadaan yang seperti itu, pihak Yang Berhormat Kinabatangan masih boleh menjalankan undang-undang ISA yang telah jelas terbukti.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Shah Alam tak faham hujah kita. Ini undang-undang.

Minta laluan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Inilah masalah, diberi betis mahu paha.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Eh, lebih daripada paha pun kalau boleh.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini yang susah.

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sekejap. Saya berulang kali saya perjelaskan, ISA ini diguna pakai untuk the last result. Kalau sudah terpaksa digunakan, maka harus digunakan. Itulah ISA.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

: Ya. Yang Berhormat Shah Alam, cukuplah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau sudah dipakai bermakna sesuatu musibah akan menimpa tetapi dalam masa yang sama kita menggesa kerajaan, kementerian yang bertanggungjawab jangan gunakan atas dasar penganiayaan sebab rakyat akan tolak kita...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bangun]

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Hendak beri jalan Yang Berhormat?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Hendak bagi susah, tidak bagi pun susah. Saya bagi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya mahu minta sedikit pandangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Saya faham semua orang mahu hapuskan ISA ini pasal semua orang mahu freedom. Freedom. Saya mahu tanya di sini Yang Berhormat Kinabatangan, kalau kita freedom tidak ada limitation, bagus kah tidak? Kalau kita di satu keluarga, di satu family, jadi ibu bapa ada bagi limitation freedom kepada anak-anak kita? Kalau kita tidak bagi limitation, anak-anak akan jadi gila kah? Kalau negara kita semua bagi freedom tidak ada limitation, rakyat akan jadi gila kah tidak? Minta pandangan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ibu bapa tidak pernah salah guna kuasa.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai ya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya memang bersetuju, mana ada kebebasan mutlak dalam dunia ini. Mana ada kebebasan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Secara total dalam kehidupan kita. Semua kita ada garis ‘pundat’, budaya dan sebagainya... [Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak ada total...

Minta laluanlah, garis panduan. .. [Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dalam kehidupan manusia. Jadi, saya setuju... [Dewan riuh]

Ini garis panduan, garis panduan. Saya minta penjelasan... [Ketawa]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Padang Serai...Padang serai.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Duduklah... [Ketawa][Dewan riuh]

Sekali, sekali.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya ingat, saya tidak bagi lagilah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak bagi jalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Okey.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tadi, saya ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

...Ahli Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya pun kesal ...

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak jelas, apa garis ‘pundat’ itu? Saya mesti mahu tahu penjelasannya... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Duduklah, itu garis panduanlah itu. Duduklah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, ya! ...Baru datang itu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya menyeru pihak-pihak di sebelah sana, gunakanlah ruang yang ada untuk membahas...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat. Tidak bagi jalan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

ISA ini. Tidak perlu kita buat usul.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak bagi, tidak bagi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Banyak ruang kita bincangkan secara rasional dan saya juga meminta kepada NGO’s di luar...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya mahu paha, saya mahu paha.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Supaya mereka juga rasional dalam membincangkan isu seumpama ini sebab harus dilihat tidak ada total freedom dalam kehidupan manusia dalam apa juga ruang lingkup yang ada. Yang ada garis panduan-garis panduan yang telah disediakan. Itu mutlak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat hendak bagi Yang Berhormat Padang Serai Yang Berhormat?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak bagi Yang Berhormat.

Batu, Batu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Batu pun...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini pasal salah guna kuasa ibu bapa.

Bagilah sekali. Ha, boleh, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi Yang Berhormat Batu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bagi dia lah. Nanti susah kita kena lontar batu... [Ketawa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan kita dari Kinabatangan. Saya setuju tidak ada kebebasan mutlak. Bagi kita, kita memang tahu dan undang-undang Malaysia pun, kita banyak undang-undang yang kita cuba menyekat kebebasan supaya keharmonian masyarakat dapat dijaga. Yang kita cadangkan ISA ini dihapuskan, itu precise untuk menjaga supaya kuasa yang mutlak tidak diberi kepada seorang menteri. Menteri tidak boleh diberi kuasa yang mutlak kerana kalau kebebasan ini diguna pakai, tentu ada abuse. Kes yang baru-baru sahaja, saudari Cheng Lee Wei seorang anak muda, 26 tahun membuat laporan polis kerana kes Kampung Plentong. Oleh kerana hendak mempertahankan kampung setinggan orang Melayu ditahan di bawah ISA. Adakah ini pengancam masyarakat? Ini first choice, mereka bukan lagi last result. Ini first tahanan, tidak kah kita tidak boleh gunakan undang-undang lain kalau perlukan siasatan. Saya minta pandangan dari Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih. Saya pun tidak bersetuju kalau menteri suka-suka buat tetapi kita melihat belum ada kes-kes tertentu yang menteri gunakan untuk tangkap sembarangan. Yang Berhormat sebut tadi, Cheng Lee Wei itu, dia akan didakwa di mahkamah terbuka. Jadi, apa masalahnya?

Mahkamah sudah umum.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mahkamah sudah umum.

Semua surat khabar.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Surat khabar sudah umum. Jadi, apa masalah dia? Ya, saya ingin teruskan.

Dato’ Abd. Rahman bin DahlanUMNO · BNKota Belud

Point of order.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini saya ditahan dikatakan mahu beli pelancar roket tahu?

Dato’ Abd. Rahman bin DahlanUMNO · BNKota Belud

Point of order. Tuan Yang di- Pertua, point of order.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Mereka kata saya mahu buat bom.

Dato’ Abd. Rahman bin DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Adakah ini berasas?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, ya. Yang Berhormat, ada point of order. Sekejap Yang Berhormat.

Dato’ Abd. Rahman bin DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey. Minta maaf lambat sedikit point of order ini Tuan Yang di-Pertua. Tadi,

... 36(12)

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Point of order yang mana Yang Berhormat?

Dato’ Abd. Rahman bin DahlanUMNO · BNKota Belud

36(12) mengelirukan Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, yang mana satu Yang Berhormat.

Dato’ Abd. Rahman bin DahlanUMNO · BNKota Belud

Tadi, Yang Berhormat Tumpat dalam ucapan beliau mengatakan bahawa UK, House of Lords tidak mengundi, membatalkan atau pun tidak menyokong undi untuk extend pre-charge intention. 42 hari. Sebenarnya di UK, 28 hari. Memang ada 28 hari mereka yang ditangkap boleh ditahan untuk 28 hari seperti seolah-olah macam ISA juga sebelum charge dikenakan. Jadi, itu satu kekeliruan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya lah. Tidak apalah Yang Berhormat. Saya rasa, tidak sampai untuk merujuk beliau...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ha, ini Yang Berhormat Pokok Sena pun baru masuk, mahu masuk juga. Bagi dialah.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tengok dekat luar tadi nampak semua sekarang ini garang-garang. Ini produk Taiwan punya... [Ketawa] Ini produk Taiwan.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Produk G5, G5.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sebab saya tengok ramai di kalangan anggota-anggota BN ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang sebelah sini pun ada pergi Taiwan Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Ketawa] Tidak, sebab banyak bawa contoh stail Parlimen Taiwan. Mungkin saya pun bimbang juga kena jaga Tuan Yang di-Pertua, takut baling kasut nanti. Saya minta penjelasan sama ada Yang Berhormat sahabat saya sedar ataupun tidak? Sebab tadi Yang Berhormat sebut bahawa tidak ada salah guna kuasa, penangkapan, penahanan ISA. Saya berkali-kali sebut di Dewan yang mulia ini. Saya sama seperti rakan saya Yang Berhormat Shah Alam. Saya antara yang pernah ditahan di bawah Operasi Lalang. Saya hendak sebut bahawa pada waktu itu krisis yang berlaku dalam negara kita membabitkan bahkan

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri sekarang ini. Pada waktu itu, kenyataan bakal Presiden UMNO ini begitu mengecam masyarakat Cina dan menggugat dan mengugut untuk membakar dan membasahkan darah orang-orang Cina di bandar Kuala Lumpur ini.

Tidak betul itu, tidak betul itu. Tidak betul.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi beliau tidak ditahan. Beliau bersama dengan Lim Kin Sai pada waktu itu daripada MCA diberikan cuti rehat di Australia, bukan di Taiwan tetapi kami terpaksa bercuti rehat di dalam ISA. Sedangkan saya tidak terlibat dalam perhimpunan besar-besaran anjuran UMNO pada waktu itu untuk ...

Saya terlibat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

..Untuk, untuk menyemarakkan orang-orang Melayu dan sebagainya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Salak tidak boleh bangun Yang Berhormat Pasir Salak

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Persoalannya, saya hendak katakan bahawa itu menunjukkan, membuktikan bahawa penyalahgunaan kuasa, saya tidak terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Ini menyeleweng. Tidak betul cerita itu.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Nada sudah lain sudah. Nampak ya? Apabila dapat pengerusi FELCRA , nada sudah lain... [Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Okey.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Itu baru Pengerusi FELCRA .

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat. Baru sampai pun sudah berhujah.

Itu penghinaan. Jangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi, saya memilih

Itu, jangan menghina.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu adalah persepsi Yang Berhormat...

Kita daripada Parti Islam

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tanggapan Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kita ucap syabas kepada Pengerusi FELCRA .

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sebab saya percaya kalau mana-mana seorang pun, kalau dia melakukan kesalahan, dia tidak pilih siapa-siapa. Undang-undang tetap undang-undang. Itu dia. Jadi, Yang Berhormat yang terkena mungkin ada sebab dia ...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau tidak ada api, tidak akan ada asap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya mahu tukar topik lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, alih tajuk Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi, Yang Berhormat Wangsa Maju lain kali. Biar pun kawan saya tetapi lain kali... [Ketawa]

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bagi Yang Berhormat Kimanis.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bukan produk daripada Taiwan ya. Bukan juga produk daripada Geneva macam Yang Berhormat Pokok Sena. Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya telah pun mendengar dan tertarik dengan ucapan-ucapan Ahli Yang Berhormat ini. (cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)

Saya agak terkilan. Fasal apa? Saya tidak terasa bahawa ISA itu mengancam saya biarpun saya bersuara dengan lantang. Biarpun saya mengkritik kerajaan tetapi tidak terasa bahawa ISA itu akan mengancam kebebasan saya bersuara apatah lagi dalam Barisan Nasional. Jadi, tidak ada sebab termasuklah daripada Padang Serai. Beliau bebas bercakap dalam Dewan yang mulia ini. Tidak pun dikenakan ISA. Akan tetapi cuma kita mengenakan ISA sekiranya kerajaan terancam, rakyat terancam. Maka kita harus mengambil sesuatu tindakan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Altantuya macam mana?

Pada hemah saya.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Altantuya macam mana?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Inilah sangkaan jahat. Orang macam ini harus dikenakan ISA. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, orang macam inilah menabur fitnah, yang tidak menghormati undang-undang negara kita. Yang menabur fitnah kepada orang-orang yang tidak berdosa.

Saya sokong.

Berani sebut di luar. Berani sebut di luar.

ISA harus diwujudkan untuk orang seumpama ini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Point of order, Tuan Yang di-Pertua. Point of order, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Fasal apa, tidak mengambil kira...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, ada point of order Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ha, inilah buat tuduhan yang bukan-bukan. Memang patut kena ISA.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Puchong ada point of order, Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya mahu tambah. Boleh? Boleh bagi saya cakap?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Puchong ada point of order Yang Berhormat. Point of order yang mana, Yang Berhormat?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

36(12). Sekali lagi terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kes yang mana, Yang Berhormat?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Yang Berhormat-Yang Berhormat, tadi saya dengar Yang Berhormat daripada Kimanis. Beliau mengatakan bahawa ISA boleh digunakan apabila kerajaan terancam. Itu adalah salah sama sekali. Tidak boleh digunakan apabila kerajaan terancam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Itu menjadi kadang-kadang di mana akta tersebut disalahgunakan. So, ini perlu diperbetulkan. Bukan di mana kerajaan terancam tetapi rakyat dan negara. Ya, okey itu menjadi preamble untuk rekod.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat ya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Tuan Yang di-Pertua seorang peguam yang begitu prominent, dia tidak faham. Bukan seperti kerajaan itu, kerajaan Barisan Nasional saja. Kalaulah sekiranya apa yang di impi-impikan oleh Kerajaan Pakatan yang mimpi di siang hari menjadi kerajaan, dia juga tidak seharusnya terancam untuk menjaga keselamatan rakyat kita. [Tepuk]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Jadi itu yang kita hendak. Apa ada bangganya kalau kita menyarankan untuk menubuhkan kerajaan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai tidak boleh minta penjelasan, Yang Berhormat. Dia sedang dalam minta penjelasan sekarang ini.

Apa bangganya Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang kalau hendak menubuhkan kerajaan untuk mengambil ataupun memberi upah pada Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional. Tunggulah pilihan raya yang akan datang. Jadi saya cadangkan...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Yang di-Pertua, point of order tadi saya ingat dia tidak faham. Ini bukan berkenaan dengan siapa kerajaan. Ini berkenaan dengan undang-undang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudahlah, Yang Berhormat.

Yang Berhormat, point of order.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Dia mengelirukan Dewan ini dan ini apa yang berlaku. Dalam kes HINDRAF juga isu yang sama berbangkit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Kerana dalam kes HINDRAF, apa yang dinyatakan dalam perintah adalah bahawa mereka ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat telah berucap, Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

... to kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat sudah berucap, Yang Berhormat. Jangan berucap ya. Cukup Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tidak boleh. So, I only want to clarify that. Itu saja.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan itu adalah dipilih oleh rakyat. Kerajaan itu adalah dipilih oleh rakyat. Kalau kerajaan terancam, rakyat juga terancam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kimanis macam berucap Yang Berhormat.

Tidak, bukan berucap. Saya cuma minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Floor dengan Yang Berhormat Kinabatangan.

Saya ingat Yang Berhormat, saya ingat kalau saya fikir-fikir dengan Yang Berhormat Pokok Sena tadi dari luar tadi, kalaulah sekiranya kita adakan ini semua dalam tahanan orang-orang, kita bolehlah berbahas sampai sepanjang waktulah. [Ketawa] Jadi saya ingat elok juga kalau sekiranya pada saat-saat yang tertentu itu dapat orang yang tidak menentu itu ditahan supaya bolehlah berbincang sampai hari malam. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan, lima minit Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Lima minit.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya baru lima belas minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Habis sudah orang pakai semuanya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, isu baru. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam mengatasi krisis ekonomi dunia. Saya melihat bahawa negara kita begitu boleh bertahan dalam menghadapi krisis ekonomi dunia ini. Apa yang ingin saya sarankan di sini untuk memastikan bahawa ketahanan ekonomi negara kita berterusan. Maka kerajaan harus melihat pelaksanaan projek-projek di dalam negara harus dilaksanakan seberapa segera. Mana-mana projek yang telah diluluskan melalui tender dan sebagainya harus dilaksanakan secara segera. Kenapa perlu menunggu bertahun-tahun baru dilaksanakan? Sebab rakyat bertanya. Projek ini diumumkan lulus tetapi nampak dibawa tidak berjalan. Jadi dimana silapnya? Wang berbilion-bilion kita umum. Sedangkan ekonomi negara kita bergantung penuh dengan kekuatan ekonomi dalaman kita sebab seluruh dunia menghadapi krisis ekonomi yang boleh meranapkan ekonomi sebuah negara tersebut. Negara besar seperti China, Jepun dan Korea pun berhadapan dengan krisis seumpama ini. Jadi apakah langkah yang bijaksana selain daripada merangka pelan untuk mengekang tempias ekonomi dunia ini. Langkah-langkah yang saya dapat lihat yang boleh membendung keselamatan ekonomi rakyat ialah dengan memfokuskan ekonomi domestik kita sendiri. Ini bermakna di peringkat bawahan kena ada aktiviti ekonomi yang menjana. Kalau tidak ada, mungkin kita akan menerima taufan ribut ekonomi yang melanda dunia-dunia lain akan melimpah ke negara kita. Kalau ini berlaku maka kita akan berhadapan dengan keadaan krisis ekonomi yang tidak boleh ditangani. Tambahan pula ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan. Segala ekonomi dunia tidak baik, ekonomi negara tidak baik. Dihebah-hebahkan bahawa negara kita tidak selamat untuk melabur dan sebagainya. Ini juga merupakan satu ancaman kepada keselamatan ekonomi negara kita. Oleh kerana itu, sekali lagi saya menyarankan agar kerajaan lebih melihat bahawa aktiviti penjanaan ekonomi di peringkat akar umbi akan menentukan masa depan ekonomi negara kita akan terus dapat dipertahankan.

Beri laluan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sekiranya tidak...

Masa tidak dikira. Ini dikecualikan dari masa, Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya dari Kinabatangan. Dikecualikan. Masa dikecualikan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, macam Speaker Yang Berhormat di sana. [Ketawa]

Kurang-kurang macam itulah. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat berkenaan dengan penjanaan ekonomi di kawasan luar bandar termasuklah di negara kita ini. Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat soal bagaimana kita menggalakkan lebih banyak pelabur ke negara kita. Oleh kerana ada kononnya rakan daripada pihak-pihak tertentu terutama sekali daripada pihak pembangkang bahawa negara kita ini tidak attractive bagi pelabur-pelabur asing. Cuba Yang Berhormat jelaskan kenapa, apakah sebabnya. Apa fasal kita tidak begitu menarik jika dibandingkan dengan negara-negara jiran kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, soalan itu dituju kepada menteri, Yang Berhormat.

Tidak apa. Ini minta pandangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, saya muatkan persoalan Yang Berhormat Putatan sebahagian daripada ucapan saya dan saya minta Menteri menjawab. Ya, yang satu lagi. Saya bersetuju dengan rakan-rakan yang lain. Kita melihat ada kepincangan akhlak dalam generasi muda kita iaitu kepincangan dalam bersosial. Mutakhir-mutakhir ini mungkin diakibatkan kita ini sudah terlalu keterbukaan, sudah terlalu borderless iaitu boleh menimba, melihat dan mendapat pengalaman yang baru melalui internat, website dan sebagainya sehingga terbawa- bawa pelajar sekolah melalukan seks secara terbuka dengan sebagainya. Ini merupakan rasa saya satu senario kalau dibiarkan oleh kerajaan akan memudaratkan masa depan negara kita, sebab mereka-mereka ini adalah pewaris bangsa kita. Kalau kita tidak didik mereka di peringkat awal, kebimbangan orang ramai akan menjadi kenyataan. Bagaimana kita boleh bayangkan keadaan negara kita dalam 15-20 tahun akan datang, apabila diisi oleh minda-minda remaja yang kosong, yang sentiasa melihat perkara-perkara negatif yang menjadi sandaran kehidupan mereka.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Justeru itu pada saya, di peringkat sekolah atau sekolah rendah haruslah dijanakan satu pendidikan yang ditetapkan sama ada pendidikan sejarah mahu pun pendidikan moral diterapkan kepada pelajar-pelajar kita. Sehinggakan ada pelajar baru-baru ini yang boleh menyepak guru, ini merupakan satu insiden terpencil tetapi akan menjadi ikutan apabila tidak dibendung. Oleh sebab itu, Kementerian Pendidikan harus melihat secara fokus bagaimana kita bukan sahaja memberikan pembelajaran bahkan memberi penekanan kepada pendidikan moral, pendidikan rohani yang mendalam ke arah pelajar-pelajar masa depan kita sebab kita harus menyedari, mereka ini sama ada kita suka atau tidak suka, mereka akan menjadi pewaris, pengganti generasi bangsa kita. Kalau kita tidak mendidik mereka daripada awal, maka mereka akan menjadi satu bangsa yang tidak bermaruah dan negara kita akan menuju jalan kehancuran. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran harus melihat secara total ke arah mana meletakkan pelajar-pelajar kita ini bukan hanya bijaksana dalam ilmu pendidikan tetapi mereka juga berhemah, berpendirian, bermoral dan juga mereka menjadi sebuah warganegara yang bertanggungjawab yang mengetahui latar belakang sejarah kehidupan negara kita, hidup dalam berbilang kaum sehingga mungkin pada satu ketika tidak akan lagi ada membawa isu-isu perkauman di dalam Dewan ini ataupun di luar Dewan. Kenapa kita tidak boleh hidup sebagai satu rumpun, bangsa yang sama? Kenapa kita tidak boleh menjana kekuatan secara bersama? Kenapa perlu ada perkauman?

Ini perkauman selalu pembangkang.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Perkauman ini sebenarnya tidak wujud cuma diapi-apikan oleh pembangkang untuk mengaut keuntungan di atas kerapuhan tersebut. [Dewan riuh] Tetapi insya-Allah kalau ini sahajalah isu yang diguna pakai oleh pembangkang untuk memerintah, saya rasa rakyat di luar sana

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

bukan bodoh semuanya. Mereka boleh diperbodohkan satu kali tetapi bukan untuk berkali-kali. Jadi carilah isu-isu yang lain, jangan lagi kita perbesarkan isu perkauman ini. Kita hidup, kita merdeka dalam satu rumpun bangsa. Kenapa tidak boleh selepas merdeka, semangat sebelum merdeka itu, kenapa tidak kita boleh guna pakai? Kenapa perlu ada perbalahan?

Fasal BN.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini bukan fasal BN, ini fasal ada orang mahu kaut keuntungan di sebalik isu ini, political mileage, menangguk di air keruh. Akan tetapi saya cukup yakin dan percaya kalau kita wakil rakyat Barisan Nasional menyelesaikan masalah rakyat di peringkat bawah, menjana ekonomi untuk rakyat. Saya percaya rakyat akan melihat mana permata, mana yang kaca, mana yang baik, mana yang tidak baik. Itu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, kita berbicara soal ekonomi dan juga soal penjimatan. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini sebab rakyat bertanya. Contohnya, kemudahan awam dibina oleh kerajaan iaitu aero bridge dibina untuk kemudahan kapal terbang mengeluarkan penumpang, aero bridge. Akan tetapi malangnya, AirAsia tidak menggunakan kemudahan ini, ia mengeluarkan penumpang di luar, lapangan terbang Sandakan contohnya, di Tawau, di Labuan dan lain-lain. Apa sangat dia lokek berniaga? Dia sudah untung banyak, sewa tiga jam saya tanya lebih kurang RM83, dia gunalah. Bukan beribu-ribu, dia untung berbilion- bilion. Tambang bukan murah, dia cakap murah. Saya tidak tahulah ini Tony Fernandez ini datang dari planet mana? Dia berniaga untung tetapi...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Datang dari Malaysia juga.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

... bagilah untung kerajaan, bukan mahal sangat. Itulah saya melihat kerajaan harus fokus, sudah diberi percuma LCCT tetapi dia tidak boleh memikirkan pula pulangan yang sedikit kepada kerajaan. Jadi yang demikian, saya melihat sekali lagi supaya kita semua melihat kebaikan untuk keseluruhan. Jangan main politik, pilihan raya sudah berlalu, tunggu pilihan raya yang ketiga belas, berusahalah untuk memenangi hati rakyat. Saya menyokong Tuan Yang di-Pertua.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan yang dibentangkan pada 29 Ogos oleh bekas Menteri Kewangan yang telah ditolak keluar oleh UMNO Barisan Nasional. Sekarang saya berhadapan dengan Menteri Kewangan baru yang saya percaya tak tahulah dia tahukah apa yang sedang berlaku. Dan pada ketika pembentangan ini dibuat, angka sudah berbeza kerana pada masa itu harga minyak USD135 setong dan kini harga minyak dunia lebih kurang USD70 sahaja. Ini menunjukkan unjuran pendapatan tidak sesuai dengan bajet yang dibuat. Dan saya mohon agar bajet baru dibentangkan selaras dengan Menteri Kewangan baru yang boleh teliti dan juga rakan-rakan kita daripada Barisan Nasional, saya minta mari kita bersama-sama...

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

...mari kita bersama-sama meneliti bajet ini yang sudah lapuk supaya kita boleh membentangkan satu bajet yang baru. Dan saya juga mohon agar kenaikan harga minyak yang dilakukan pada masa itu, saya akan bagi Yang Berhormat Kimanis sekejap lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kenaikan harga minyak yang naik hari itu telah membebankan rakyat, naik hampir RM1. Akan tetapi bila dalam dua bulan sahaja, harga minyak turun sampai 70 an, ia turun 15 sen, 10 sen. Akibat kenaikan harga minyak hari itu, harga barang-barang semua naik tetapi bila harga minyak turun,

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

harga barang-barang tidak dapat turun Tuan Yang di-Pertua kerana pemikir ataupun Menteri Kewangan kita tidak begitu arif memandangkan tidak ada pandangan jauh di mana kalau turun RM1, harga barang pun boleh turun. Ini macam punya Menteri Kewangan yang baru, tak tahu apa mahu jadi ini negara.

[Bangun]

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, nak bagi jalan Yang Berhormat?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya bagi jalan, saya tengok ini rakan kita PJ.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setujukah...

Pilih kasih!

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tentu pilih kasih, kena pilih betul-betul. Setujukah Yang Berhormat bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan telah pun pada asalnya enggan membentangkan satu bajet yang baru tapi kini macam di luar Parlimen telah membentangkan berkata, mengumumkan bahawa dia akan ada langkah-langkah yang baru untuk mengatasi masalah-masalah krisis yang boleh jadi akan datang ke Malaysia. Dia telah kata ada RM5 bilion untuk dilabur dalam value cap, dia kata akan meliberalisasikan sistem kewangan kita. Akan tetapi kenapa menteri tidak masuk dalam Parlimen untuk membentangkan langkah-langkah yang baru ini supaya kita dapat membahaskan polisi- polisi yang baru dan bukannya membahaskan polisi-polisi yang lama. Kita mesti ada satu polisi-polisi ini dibentangkan dalam Parlimen, Parlimen ada guna lagi tak? Ataupun kerajaan, Menteri Kewangan hanya perlu beritahu pihak media sahaja, tidak payah beritahu Parlimen. Terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya setuju bahawa ...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

... Menteri Kewangan kita terpinga-pinga sekarang.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tambah sikit, sikit.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sekejap, I’ll give you.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Yang Berhormat Batu Pahat bagi tak?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Menteri Kewangan kita, dia bagaikan seorang jeneral dalam peperangan tetapi ini jeneral apa? Ada rakan-rakan saya, soldadu-soldadu yang baik, Batu Pahat, Arau, Kimanis, Kinabatangan, Bintulu.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Minta laluan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Semua ini adalah soldadu- soldadu perang yang baik tetapi mereka ditinggalkan...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ini soldadu mahu tanya.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Soldadu mahu tanya.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sekejap saya bagi. Mereka ditinggalkan oleh jeneral perang yang memberi gambaran bahawa dia adalah maharaja, Raja Kapoor. [Ketawa] Inikah caranya seorang jeneral?

Padang Serai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sekejap saya bagi, nanti sekejap. Dua tiga minit lagi.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Oh! Lambat lagilah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi saya setuju dengan rakan saya daripada PJ bahawa saya malu, saya malu. Bajet sudah dibentangkan, saya pun baca bajet lampau, bajet dahulu di mana Menteri Kewangannya hari ini menjadi Ketua Pembangkang. Menteri Kewangan dahulu tahun 1994, 1995 hari ini menjadi Ketua Pembangkang. Beliau berhujah bacalah Hansard balik. Macam rakan kita Silam hari itu kata...

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Soldadu hendak minta laluan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Rakan kita dari Silam kata, apa Ketua Pembangkang bila jadi Menteri Kewangan tidak ada buat apa-apa. Silam adalah daripada Sabah. Saya buka Hansard...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tidak bagi sekarang, sekejap lagi sebab saya perlu masa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak bagi ya.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Penjelasan, Petaling Jaya Utara tidak baca paper.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi saya baca pada tahun 1994...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tadi Kinabatangan sudah bagi jalan Yang Berhormat kan ya.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ada, itu semua kawan, adik- beradik saya, saya bagi kemudian.

Tuan Yang di-Pertua, Padang Serai ini dia janji hendak bagi saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Adakah janji-janji ini juga palsu?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini abang saya sekejap sahaja. Saya bagi sekejap lagi I give you, Kimanis.

Okey, saya duduk saya tunggu saya tunggu ya. Terima kasih, terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini priority list. Jadi Silam katakan Menteri Kewangan dahulu tidak bagi apa-apa pada Sabah tetapi Hansard menunjukkan tahun 1994, 1995 bajet sebanyak RM880 juta yang terbanyak semenjak merdeka sampai 1995 yang terbanyak sekali diberi. Kemudian pada tahun yang sama ditambah, added RM200 juta lagi untuk petani dan penternak. Oleh siapa? Ketua Pembangkang hari ini. Saya percaya rakan-rakan Parlimen, saya percaya bahawa kita perlu kepakaran orang-orang yang begitu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya bagi Kimanislah.

Terima kasih Padang Serai saya memang menghormati Padang Serai. Saya takut Tuan Yang di-Pertua oleh kerana dia terlalu cepat sangat pergi dari satu topik ke topik saya cuma ingin menyoal. Saya ada sependapat dengan Padang Serai sekurang-kurangnya kita sama. Saya katakan tadi bahawa bajet yang telah dibentangkan pada bulan Ogos tidak relevan lagi oleh kerana harga komoditi-komoditi termasuk minyak mentah itu telah pun menurun. Tetapi cuma saya tidak bersetuju dengan Padang Serai bahawa dia kata sekarang harga sudah turun, maka kenapa tidak Menteri Kewangan baru membentangkan lagi bajet yang baru. Apakah kiranya kalau selepas Menteri Kewangan yang baru membentangkan bajet baru pada harga yang sekarang ini tiba-tiba minggu depan turun lagi harga, kita kena bentang bajet baru lagi? Seminggu dua lagi, turun lagi harga komoditi-komoditi

yang lain kita kena bentang bajet baru lagi. Jadi saya ingat Padang Serai ini saya tahu dia orang yang bijak, tetapi kadang-kadang dia juga silap dan dia tidak mengerti tentang bajet dan lain-lain lagi. Tetapi tidak apalah, nanti saya dengan Padang Serai selalu di luar Dewan Tuan Yang di-Pertua berbincang apa yang baik ...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Boleh kita kongsi corot nanti.

Ha, boleh kongsi corot. [Ketawa] Jadi kita tidak ada punya masalah. Jadi cuma saya ingat ...

Hisap corot tidak apa jangan hisap benda lain.

Saya ingat adalah tanggungjawab saya untuk memberi pengertian pada Padang Serai pasal dia sahabat saya. Terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Kimanis. Betul bijak pandai Kimanis saya tahu, tetapi ada kalanya kita perlu ada jiwa dan hati untuk berterus terang, berterus terang macam ini bolehlah sokong orang-orang yang baik. Akan tetapi saya tidak setuju, tidak setuju pendapat Kimanis mengatakan bila turun harga tidak boleh turun. Tidak pernah 10 tahun, hampir 10 tahun Ketua Pembangkang hari ini menjadi Menteri Kewangan masa itu kenapa tidak dinaikkan, turunkan macam itu. Tidak ada berlaku, tetapi kenapa tiba-tiba kita punya kepakaran Menteri Kewangan hari ini macam ini? Tidakkah dia merujuk kepada pemikir-pemikir? Jadi itu sahaja dan Tuan Yang di-Pertua...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya kesuntukan masa.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sedikit sahaja.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Nanti, petang nanti kita boleh di kantin, kita jumpa order teh tarik. Saya ada 10 minit lagi.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Itu hari saya bagi dua kali pada Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tidak apa.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Itu hari saya bagi Padang Serai dua kali.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tunggu sekejaplah ya.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sedikit sahaja.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sekejap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Okeylah saya kasi.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih juga pada Padang Serai. Saya hendak sentuh pasal Petaling Jaya Utara, dia kata mana dia rangsangan baru yang dijanjikan oleh Menteri Kewangan yang baru. Mungkin dia tidak membaca surat khabar sebab hari ini diumumkan pada 22 November, Menteri Kewangan akan membentangkan rangsangan baru untuk kita menghadapi cabaran krisis ekonomi global ini. Jadi kalau hendak sebut pun saya kata bacalah surat khabar dahulu. Ini yang saya rasa dukacita sebenarnya. Dan saya hendak sebut sedikit tentang turun harga. Saya hendak bertanya kepada Padang Serai membangkitkan soal bila harga minyak sudah turun, kenapa harga barang tidak turun? Inilah yang menjadi masalah, sebab itu saya membangkitkan di sini, ingin bertanya pandangan daripada Padang Serai. Tidakkah ini berpunca daripada peniaga, pemborong, peruncit dan sebagainya yang memanipulasikan soal turun naik harga minyak. Bila harga minyak naik dia naikkan harga minyak, bila turun dia tidak turunkan harga minyak.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Soalan, soalan dia.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Jadi jangan tuduh kerajaan sahaja ini masalah bukan mudah kita hendak menyuruh mereka menurunkan harga barang ini. Dan yang disebut oleh ...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua saya minta ini semua jadi injury time ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak ada Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ya, terima kasih Padang Serai. Padang Serai ada sebut tentang...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Cukuplah Batu Pahat saya sudah faham, Batu Pahat saya sudah faham cukup tolonglah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sedikit sahaja lagi.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Okey, sedikit.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Sedikit sahaja lagi tentang apa yang disebut oleh Padang Serai..

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kawan, kawan lama.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

...tentang peruntukan yang diberi pada Sabah dan Sarawak ketika Ketua Pembangkang jadi Menteri Kewangan. Tahun lalu kita dengar bahawa kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion untuk Sabah dan Sarawak. Lebih banyaklah daripada RM800 juta, RM200 juta...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ya, okeylah saya ucap terima kasih kepada Batu Pahat...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

RM3 bilion ini Padang Serai, Padang Serai...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini Batu Pahat cukup sebab saya sudah..

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

... kalau baca surat khabar hari ini, Padang Serai baca surat khabar hari ini ...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

...dengar daripada Kalabakan peruntukan berjuta-juta untuk sebuah koridor...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

....Sultan Kelantan menegur Kerajaan Negeri Kelantan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Batu Pahat cukuplah Batu Pahat ya.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

... dia ambil masa saya ini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

.... bagaimana?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Batu Pahat ya.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi Indera Mahkota Yang Berhormat?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Okey terima kasih Batu Pahat saya bagi Indera Mahkota bukan kayangan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Boleh saya jawab dia dahulu pasal bajet.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Dia bagi sayakah atau hendak jawab dahulu?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya jawab Batu Pahat dahulu. Saya bagi jemputan kepada semua Ahli Parlimen Barisan Nasional supaya hadir ke satu taklimat bajet Pakatan Rakyat yang akan diadakan esok 23 hari bulan pada pukul 11.30 pagi dengan tema ‘Menangani Kemelut Ekonomi dan Memulih Keyakinan.’ [Tepuk] Saya tahu Batu Pahat memang kurang yakin tetapi tidak apa kita memulih keyakinan. Facing the economic challenges and rebuilding confidence. Batu Pahat saya jemput semua rakan kita.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Di mana tempat itu? Padang Serai di mana tempat itu?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya bagi Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih, terima kasih.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Ha tempat?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Di Bilik Taklimat, Bangunan Parlimen Malaysia. Di tingkat satu ya esok tolong hadir. Mari kita sama-sama membina satu Malaysia yang berjaya. Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Padang Serai. Apa yang dibincangkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat tadi sebenarnya termasuk perkara yang akan dilaksanakan dalam Bajet 2009 tahun hadapanlah. Saya hendak bangkitkan perkara yang dibangkitkan semasa kita membincang tambahan peruntukan perbelanjaan untuk 2008, yang dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini juga oleh Yang Berhormat Menteri untuk menangani masalah kenaikan harga barang pada dua tiga bulan yang lepas sahaja.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Peruntukan tambahan yang kita sama-sama luluskan berjumlah RM20 juta hanya untuk melantik, kata menteri melantik pasukan pemantau kenaikan harga barang. Kita ingat tidak pada masa itu Perdana Menteri minta kita sama-sama luluskan dan Dewan ini telah pun meluluskan kerana katanya RM20 juta ini ialah untuk membayar elaun RM1,500 setiap seorang yang akan dilantik daripada kalangan siswazah menganggur. Tujuannya mewujudkan pasukan 2,000 orang pemantau harga. Sampai tiga bulan selepas harga barang naik, naik, naik melonjak dan sebagainya, kita tidak ada dengar satu pun pengumuman mengatakan tertubuhnya pasukan ini. Belanja RM20 juta yang kita telah pun kita lulus ini dikeluarkan untuk merealisasikan pasukan ini untuk tujuan membantu rakyat semua supaya harga barang ini dapat dipantau dan kalau ada diambil tindakan segara untuk menjamin sekurang- kurangnya masalah kenaikan harga barang ini tidak berlaku secara mendadak. Macam mana Yang Berhormat?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Itulah, tadi kita sudah cakapkan Barisan Nasional perlu sedar dengan apa Yang Berhormat Indera Mahkota katakan. Ini adalah kebenaran. Kebenaran ini harus, jangan taruk kapas dalam telinga. Buang kapas, dengar baik-baik. Itulah bajet kita besok tapi bajet Perdana Menteri baru hendak umum apa? 2 hari bulan? Tiga hari bulan. Jadi semua datang esok dululah. Tuan Yang di-Pertua, saya dengar rakan-rakan daripada Barisan Nasional cerita tentang perpaduan antara kaum. Mereka mahu guna ISA untuk membina perpaduan antara kaum. Perpaduan antara kaum apa yang mereka cakapkan? Sehinggakan sekarang dari MCA sudah minta Timbalan Presiden Barisan Nasional. Kemudian Timbalan Perdana Menteri, saya dengar ura-ura Samy Vellu pun mahu minta Timbalan Perdana Menteri. Jadi kalau ada perpaduan, tidak akan timbul ini. Kalau ada musyawarah yang baik datanglah ke Pakatan Rakyat. Duduk sama kita, musyawarah sama-sama India, Melayu, China, Kadazan, rakan kita Yang Berhormat Kinabatangan dari rumpun sungai pun boleh duduk sama kita. Sama-sama semua. Tidak ada perbezaan. Masalah orang Islam, orang Melayu, saya prihatin. Masalah orang India, saya prihatin. Juga masalah orang Cina. Jadi kalau hendak guna alasan ISA untuk perpaduan, janganlah.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kita sudah tahu yang melaung- laungkan ISA dia kata ini ISA perlu itu, perlu ini. Bila dia kena baru dia tahu. [Ketawa] Saya sudah kena, saya punya kawan sana Yang Berhormat Pasir Salak memang sudah kena dulu.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Mahu bagi jalan Yang Berhormat?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya tidak beri siapa-siapa, saya tidak ada masa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi, duduklah Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Pasir Salak kena sampai sepuluh tahun tidak ada buka mulut. Bila masuk, keluar, tidak ada buka mulut. Tapi bila jadi Pengerusi FELCRA, nada yang bagus. Bagus terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh bagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya tidak bagi siapa-siapa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli Yang Berhormat, sila duduk. Dia tidak bagi jalan.

Sikit sahaja.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi Pakatan Rakyat membawa politik baru yang tidak pernah dilihat 50 tahun di negara ini. Dalam masa yang sama kita membela bahasa dan bangsa semua orang.

Minta laluan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Bahasa dan bangsa semua orang dihormati. Bahasa dan bangsa semua orang menjadi keprihatinan Pakatan Rakyat hari ini. Tidak ada penyisihan, tidak ada menepikan. We are fair to everbody. Barisan Nasional, we are fair to everbody.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ada yang bangun lagi Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Bahasa kita bela, kita bela bahasa dengan baik sehinggakan semalam saya hadir The Round Table on Language dengan izin untuk matematik dan sains. Saya menyeru kepada Kementerian Pendidikan agar bahasa itu dibela dengan baik. Apa salah matematik dan sains itu dipelajari dengan bahasa ibunda mereka. Ada rakan kita seorang profesor yang datang sana, dia bawa itik dan ayam. Profesor tanya “Kalau itik itu mengajar anak guna bahasa apa?” Dia kata “Itik mengajar anak dia menggunakan bahasa itik” Bukan dia gunakan bahasa ayam. Nanti bercelaru pula. Jadi apa yang berlaku hari ini menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar sains dan matematik kepada anak-anak Melayu sama dengan menggunakan ayam untuk mengajar bahasa ayam untuk mengajar itik. Apa salah bahasa Melayu di mana anak yang lahir itu, bahasa yang membesar dengan anak itu dipergunakan. Sama juga dengan orang-orang India. Sekolah Tamil, apa salah diajar bahasa Tamil untuk sains dan matematik ini? Apa salah bahasa Cina digunakan untuk sains dan matematik ini?Kalaulah mereka rasakan mahu keagungan untuk bahasa Inggeris, bolehlah kita mempergunakan bahasa Inggeris sebagai satu subjek di peringkat rendah di sekolah rendah untuk memantapkan anak-anak kita dalam penguasaan bahasa Inggeris itu. Kalau mereka takut bahawa anak itu apabila pergi ke sekolah menengah, anak itu akan kurang arif dalam sains dan matematik, bolehlah kita selitkan dalam subjek Inggeris itu simbol saintifik dan matematik and sains language itu dalam bahasa Inggeris. Jadi saya

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

menyeru agar Kementerian Pendidikan meneliti ini. Beri keutamaan kepada bahasa negara ini. Tuan-tuan dan juga Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya tahun 1999, Kerajaan Barisan Nasional menjanjikan satu sekolah di Paya Besar. Tahun 1999, sekarang 2008 projek Barisan Nasional apa ini? Dijanjikan empat kali oleh Menteri Kerja Raya masa itu. Cuma Menteri Kerja Raya sekarang belum janji lagi. Menteri Pendidikan beberapa kali sudah janji tapi sekolah itu tidak naik-naik sampai hari ini. Saya minta kerajaan prihatin sikit. Berbilion-bilion dibelanjakan, dibuang, disia- siakan sahaja. Apa salah RM10, RM20 juta untuk satu sekolah ini di Paya Besar, Kulim ini di kawasan saya. Sedihlah, rasa macam mahu nangis. [Ketawa] Jadi saya juga sedih bila dengar rakan-rakan kita daripada Sabah dan Sarawak ini. Bagaikan mereka menangis kerana masalah kewarganegaraan, tapi saya tahu masalah itu bukan sahaja di Sabah, Sarawak sahaja.

Minta laluan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Masalah itu di seluruh negara ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi Yang Berhormat?

Apa tidak bagi, tidak bagi?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sehinggakan... Abang saya, nanti.

Apa ini? Bagilah chance.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya minta maaf abang. Ini abang saya ini.

Ini abang.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Adik beradik dalam ISA.

Ini bukan abang ini. Bapa tiri tahu tidak?[Ketawa]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tahu, saya tahu bahawa Yang Berhormat Pasir Salak masih lagi merasakan kesusahan dan trauma yang....

Ini your step further.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

....Dialami dalam ISA itu. Kahwin lagi satu lagi baik. Jadi masalah kewarganegaraan ini amat ketara di negara ini. Sehinggakan SUHAKAM, Bar Council dan semua agensi kerajaan pun terlibat dalam meminta supaya masalah ini ditangani segera. Dikatakan puluhan ribu yang menunggu puluhan tahun untuk mendapatkan kewarganegaraan ini. Akan tetapi tiba-tiba semalam Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri umumkan mahu tubuh satu task force dan task force ini akan siasat, meneliti, kemudian akan bawa kepada beliau untuk ditandatangani. Menteri Dalam Negeri mahu duduk dalam Dewan pun tidak ada masa. Macam mana Menteri Dalam Negeri ini mahu tandatangani tiga puluh ribu tandatangan? Saya ingat itu akan ambil tiga puluh tahun lagi.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, saya cadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Barisan Nasional Persekutuan itu agar ditubuhkan tribunal di setiap negeri. Satu tribunal untuk satu negeri yang boleh menyiasat dan teliti setiap masalah kewarganegaraan ini. Tribunal itu bolehlah diketuai oleh seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi atau sesiapa sahaja yang setaraf dengan hakim supaya mereka boleh melibatkan diri di dalamnya. Bayangkan kalau ada satu tribunal menyelesaikan masalah warganegara ini untuk Sabah. Sabah amat penting sehinggakan rakan-rakan PBS, cuma saya tidak melihat dia punya air mata meleleh tetapi macam lebih daripada menangis, khususnya rakan kita dari Keningau itu, hari ini tidak ada di sini. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, ini juga menjadi masalah yang cukup besar untuk negara ini. Saya hendak cakap tentang rasuah yang berlaku.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan sedikit.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Rasuah.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ipoh Barat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Berkaitan dengan...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Okey, saya bagi setengah minit sahaja.

Pasir Salak tidak bagikah?

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Pasir Salak tarak senang.

Apa ini?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini kroni saya.

Kroni. Belum lagi jadi kerajaan, sudah pakai kroni ya.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Kerakyatan, kerakyatan ya. Masalah itu terjadi kepada masyarakat India dan sekarang difahamkan lebih 30,000 orang adalah dalam situasi stateless. Bukankah kita juga perlu satu jawatankuasa yang tertentu untuk menolong mereka?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ya. Lebih daripada 30,000 orang ini adalah dari seluruh negara. Sebab itu saya cadangkan ditubuhkan tribunal di setiap negeri, one tribunal for one state, dengan izin. Jadi ini boleh membantu menyelesaikan. Macam kerajaan hari ini mahu tubuh task force untuk satu. Kita sudah melihat berpuluh-puluh task force, macam-macam ditubuhkan tetapi apa berlaku? Mereka buat cara rasa macam mereka memang tidak mahu masalah itu selesai. Adakah mereka ada agenda di sebalik itu? Adakah ada udang di sebalik batu? Dan mereka buat semua ini at ad hoc basislah. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, selamat datang, Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu cakap tentang rasuah. Di kalangan pegawai-pegawai polis, rasuah tidak banyak, tetapi ada segelintir daripada mereka yang terjebak dalam gejala rasuah ini sehinggakan saya percaya gejala rasuah ini yang berlaku di akar umbi, peringkat konstabel didalangi oleh mereka yang memegang jawatan seperti OCPD. Apa yang berlaku tiga minggu lalu di Ipoh, dua orang polis telah menahan seorang pemuda yang lingkungan umur 20 tahun, pemuda ini ditahan, polis minta rasuah RM100. Pemuda ini dia minta nombor siri polis dan nama, terus budak itu digari. Dia minta kerana dia mahu lapor hal ini. Terus dia digari dan dibawa. Dia ditahan kerana apa? Motosikal dia tidak ada lesen. Dia digari dan dibawa dan disimpan dalam lokap. Keesokan harinya di mahkamah, dia di caj atas tuduhan menghalang tugas polis. Adakah meminta rasuah menjadi tugas polis? Ini berlaku. Bila kita buat laporan kepada OCPD, OCPD buat tidak tahu sahaja. So saya percaya OCPD Aziz Man, OCPD Ipoh, dia juga terjebak kerana di Ipoh sekarang banyak tempat rasuah, rasuah, rasuah sehinggakan narkotik pun banyak pemuda terjebak. Kalau polis di kawasan itu ada seorang ketua yang baik, mereka akan menjalankan kerja itu dengan baik. Mereka akan pastikan tugas mereka dilakukan dan mereka akan pastikan keamanan tempat itu dan keselamatan itu dijaga. Jadi saya sedih ada OCPD macam Aziz Man ini. Saya hendak cerita tentang Eurocopter. Saya baru baca Eurocopter, Malaysia beli dengan harga RM2.3 bilion. Kemudian saya juga baca setiap helikopter itu harganya RM193 juta. RM193 juta dibelanjakan untuk membeli satu helikopter padahal helikopter yang sama dibeli oleh Brazil, harganya hanya RM82 juta. Kenapa perbezaan ini berlaku? Adakah Menteri Kewangan baru dan bekas Menteri Pertahanan yang dahulunya dikaitkan dengan komisen ratusan juta ringgit itu juga terlibat dalam perkara ini.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kita mahu tahu adakah Menteri Kewangan baru ini yang menghilangkan diri setiap hari bila dihujahkan, dibahaskan tentang bajet negara ini yang seharusnya membendung krisis ekonomi tetapi menteri-menteri semua hilangkan diri cuma rakan kita, Kulai, bekas menteri, bagus dia duduk di sini. Tahniah! Jadi Eurocopter dibeli dengan RM193 juta satu.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Rembau bangun, Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Apa pasal? Rembau ada terlibat dalam Eurocopter purchasekah?

Tidak. Cuma saya hendak tanya soalan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Oh, boleh, boleh.

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya tertarik tadi dengan perbandingan yang dibuat antara helikopter yang dibeli oleh Kerajaan Brazil dengan helikopter yang cadangannya dibeli oleh Kerajaan Malaysia bagi Angkatan Tentera Malaysia. Katanya helikopter yang sama, tetapi adakah Yang Berhormat ada maklumat yang terperinci yang boleh disampaikan kepada Dewan ini mengenai spesifikasi helikopter yang dibeli oleh Brazil dan spesifikasi helikopter yang dibeli oleh Malaysia. Mungkin helikopter tersebut adalah helikopter yang sama dari segi modelnya tetapi dari segi spesifikasi helikopter ini boleh jadi utility helicopter atau ia boleh jadi combat search and rescue helicopter. Jadi mungkin kalau Yang Berhormat tidak tahu spesifikasi secara terperinci, macam mana Yang Berhormat boleh buruk sangka dengan mengatakan bahawa ada satu kepincangan dari segi tender tersebut.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ya, ya, saya setuju jugalah sedikit-sedikit itu. Mungkin buruk sangka itu tetapi saya ini tidak pernah naik helikopter.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat ada...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada dua minit. Buat baik perangai, Yang Berhormat. Dua minit lagi.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Mungkin Rembau ada helikopter sendiri, saya tidak tahulah tetapi Tuan Yang di-Pertua...

Tidak payah personal, jawab soalan tadi sama ada Padang Serai tahu...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya mahu jawab ini.

...spesifikasi secara terperinci...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jangan tergesa-gesa.

...antara Brazil dengan Malaysia. Kalau tidak, jangan buat perbandingan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya akan jawab, saya akan jawab. Jangan tergesa-gesa. Ini tergesa-gesa nanti tercicir tidak jadi Ketua Pemuda, saya susah hati. [Ketawa] Perlu pencalonan lagi ya, okey. Jadi Tuan Yang di-Pertua, helikopter yang dibeli dari Eurocopter itu adalah satu syarikat gergasi yang ada 14,000 pekerja. Dengan izin, annual return turnover syarikat itu pada tahun 2006 adalah 3.8 bilion Euro, turnover 2006.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Penjelasan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Turnover 3.8 bilion Euro selepas membina 615 helikopter pada tahun itu. Selepas membina 615 helikopter pada tahun itu, turnover mereka 3.8 bilion Euro, dengan izin, tetapi Malaysia membeli daripada syarikat yang sama, perbandingan 12 helikopter sahaja untuk RM2.3 bilion, dengan

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

izin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya tidak mahu masuk ke dalam kepakaran dan sebagainya dan saya tidak ada masa untuk beritahulah sebab...

Jadi, tidak tahulah. Terperinci tidak tahu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Satu minit tinggal.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tidak ada, tidak ada. Jadi saya minta Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan, duit rakyat ini jangan dibuang sama seperti garam dibuang dalam laut.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini sedang berlaku dalam negara ini. Duit yang sama boleh digunakan untuk rakyat Malaysia khususnya rakyat miskin di Rembau mereka perlukan bantuan. Sama juga seperti di tempat saya Padang Serai mereka perlukan bantuan. Saya harap bahawa rakan-rakan Barisan Nasional bila kami buka kebenaran ini... [Membaca sepotong ayat Al-Quranl] Tolonglah dengar. Walaupun kebenaran itu pahit, tolonglah dengar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, masa sudah habis, Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Belum habis lagi, ada lima minit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat jangan cakap macam itu, Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Belum habis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya tetapkan masa, Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya minta injury time. Tadi Yang Berhormat Rembau ambil masa lima minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak ada, Yang Berhormat. Saya minta maaf. Injury time, Yang Berhormat lain Ahli- ahli Yang Berhormat lain tidak bercakap nanti.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini saya baru hendak mendarat..., landing.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jangan macam itu, Yang Berhormat. Sekarang dan esok sahaja, Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya hendak habiskan sikit sahaja. Saya menggulung.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya minta, Yang Berhormat. Tolonglah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya menggulung.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya tahu. Saya tidak kira, Yang Berhormat boleh bercakap sampai esok tetapi yang malangnya kawan-kawan yang hendak bercakap ini tidak dapat bercakap, Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Okey, sebelum menjadi 42, 43 saya berhenti... [Menunjuk pada jam di Dewan] Boleh? Tuan Yang di-Pertua, bandingan itu adalah satu perbezaan yang agak jauh di mana perlu ada penelitian oleh Menteri Kewangan. Negara memerlukan penelitian dan saya juga minta supaya bajet yang baru di bentangkan. Kalau Kerajaan Barisan Nasional, Menteri Kewangan ataupun Perdana Menteri yang sedang ditolak keluar itu, mereka tidak tahu memperbetulkan bajet itu, saya menjemput semua mereka untuk hadir ke bajet yang akan dibentangkan bersama oleh Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yang Berhormat Lim Kit Siang dan Yang Berhormat Dato’ Kamarudin

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jaffar esok untuk menangani kemelut ekonomi dan memulihkan keyakinan. Esok jam 11.30 pagi mari sama-sama kita datang, minum teh tarik ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kalau hujah dan perbahasan saya ada kekurangan, itu dari saya. Kalau yang baik itu daripada Tuhan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut bersama-sama membahaskan Bajet 2009. Saya masih mengatakan di sini bahawa peruntukan telah disediakan dalam Bajet 2009 untuk infrastruktur awam yang diperuntukkan di negeri Sarawak masih kurang lagi. Ini adalah terbukti dengan banyaknya permohonan projek luar bandar terutamanya projek-projek infrastruktur asas yang tidak tersenarai dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sedangkan semua ini adalah untuk kemudahan dan keselesaan rakyat di luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, inilah masanya untuk kerajaan menyedari bahawa antara kekuatan kerajaan adalah di luar-luar bandar Sarawak dan Sabah. Penduduk- penduduk di kawasan inilah di antaranya yang semestinya diberi keutamaan yang sewajarnya. Rakyat di luar bandar adalah salah satu komponen yang sangat penting dalam membentuk kerajaan kita hari ini. Di kawasan saya contohnya, jalan Meritam ke Bong Abai yang telah dicadangkan semestinya dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini untuk kemudahan rakyat yang telah setia kepada kerajaan selama 45 tahun. Ia juga tidak tersenarai sedangkan ia amat penting untuk kawasan cadangan jelapang padi dan kemudahan untuk penduduk di sepanjang Sungai Limbang. Alasan bahawa ia projek baru adalah tidak munasabah. Kerajaan dan kementerian juga tahu dengan izin, priorities have changed. Saya rasa saya selaku wakil rakyat di kawasan saya, sayalah yang lebih tahu mana yang lebih utama di kawasan saya. Buktikanlah keprihatinan bajet 2009 ini agar kekuatan dan sokongan yang sedia ada ini tidak akan luntur di masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan juga perlu memberi perhatian tentang permasalahan rakyat di kawasan saya. Buat masa ini memang kerajaan tiada cadangan untuk membina klinik pakar asas yang saya pohon di kawasan saya. Kita sedar ia hanyalah hospital daerah tetapi kedudukannya adalah di antara dua daerah negara luar. Inilah menyebabkan isunya lain daripada hospital-hospital daerah di negara ini. Apakah kerajaan tidak mengambil berat dengan masalah kos tinggi untuk membawa pesakit keluar daripada daerah Limbang untuk menerima rawatan dan kos untuk membawa balik jenazah ke Limbang yang sebelumnya di rawat di luar Limbang dengan harga yang tinggi mencecah RM4,000 hingga ke RM5,000 sekali jalan. Kerajaan harus melihat hal ini secara khusus kerana isu ini hanya wujud di kawasan saya. Perkara ini telah saya suarakan semasa perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan dengan mengharapkan keprihatinan dalam Bajet 2009 ini. Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai wakil rakyat kawasan Limbang juga merayu tentang pembinaan jambatan yang merentasi Sungai Pandaruan iaitu sempadan negara kita dengan negara Brunei Darussalam. Dengan akan adanya perjanjian persefahaman BIMP-EAGA yang akan dilancarkan di penghujung bulan Oktober ini di mana antara persefahaman yang akan dimeterai ialah pembukaan laluan kenderaan-kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam melalui negara jiran daripada Kota Kinabalu sampailah ke Pontianak, Indonesia. Maka sudah tiba masanya untuk kerajaan melihat, berbincang tentang perkara ini dengan negara jiran secara serius. Ini adalah untuk melicinkan perjalanan dan pengurusan masa perjalanan dan ketibaan di destinasi nanti. Masa perjalanan operasi feri yang terhad akan menjejaskan kelicinan perjalanan lebih-lebih lagi di musim perayaan, queue di terminal feri akan mencecah satu hingga dua kilometer panjangnya. Inilah sahaja lagi missing link dengan izin, di jalan utama Pan-Borneo. Saya meminta kerajaan mengambil serius tentang hal ini. Takkanlah hendak berbincang pun tidak hendak. Alasan-alasan yang dahulu seperti negara jiran tidak

hendak jambatan itu dibina sudah tidak relevan. Itu belasan tahun yang lalu, bukalah rundingan baru. Situasi sudah berubah. Hubungan baik antara kedua buah negara pada saat ini, dengan izin, it’s at its level best. Tuan Yang di-Pertua, saya juga memohon kepada kerajaan dan syarikat- syarikat swasta membawa masuk ke kawasan saya pelaburan-pelaburan dalam bidang perladangan seperti kelapa sawit dan jelapang padi ini dan sebagainya untuk membantu dan membawa bersama rakyat tempatan dalam bidang ini demi untuk mengubah nasib dan menaik taraf serta menambahbaikkan pendapatan kehidupan rakyat marhaen di kawasan saya. Memang kerajaan ada membantu dan menjaga kebajikan rakyat terutamanya penduduk berpendapatan rendah tetapi saya ingin melihat kumpulan ini taraf kehidupan mereka berubah dan tidak akan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, dengan keadaan kini krisis ekonomi global ini saya menyeru pihak kerajaan agar membuat adjusment untuk menangani krisis ini agar program pembangunan dalam negara ini tidak terjejas. Saya yakin dengan pengalaman krisis 1997 hingga 1999 dengan kebijaksanaan yang ada pada kerajaan akan dapat menanganinya dengan semua pihak berganding bahu menyelamatkan negara ini dan rakyatnya. Tuan Yang di-Pertua, saya sangat berbesar hati dan takzimnya menjemput menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri dan pegawai-pegawai kementerian yang berkenaan melawat kawasan saya untuk melihat sendiri keadaan sebenar di kawasan P221 Limbang. Saya juga berterima kasih atas segala pembangunan dan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional selama ini. Namun ada lagi isu-isu dan agenda-agenda pembangunan yang belum selesai dan memerlukan perhatian yang segera dan sebagai bukti atas bajet prihatin 2009 ini. Sekian, saya mohon menyokong.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian untuk membahaskan Bajet 2009. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menamakan Bajet 2009 sebagai bajet kerajaan prihatin akan tetapi ia tidak prihatin bila kerajaan gagal melihat masalah ekonomi dunia yang semakin menurun seperti yang diakui oleh negara Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan negara-negara lain. Saya menyokong pendirian rakan-rakan saya seperti Yang Berhormat Ketua Pembangkang Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Yang Berhormat Ipoh Timur bahawa Bajet 2009 sebenarnya agak tidak relevan dengan situasi ekonomi dunia sekarang. Negara lain sedang melaksanakan pelan alternatif ekonomi tetapi negara kita masih memegang dengan prinsip bahawa asa ekonomi kita masih kukuh.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Apakah kerajaan gagal melihat bahawa kejatuhan pasaran kewangan global telah memberi kesan ke atas ekonomi negara kita. Saya percaya kerajaan menerima kejatuhan ini memberi kesan ke atas ekonomi kita tetapi enggan mengakui secara terbuka. Misalnya Menteri Kewangan menyatakan bahawa cabaran pertumbuhan ekonomi 2009 sebanyak 5.4% perlu disemak semula sesuai dengan perakuan Gabenor Bank Negara iaitu pertumbuhan ekonomi Malaysia mungkin serendah 40% bagi 2009 dan MIER berkata Malaysia bakal menghadapi resepsi teknikal sebanyak 40% pada tahun 2009. Di antara ketidaktentuan ini kerajaan akan mengumumkan pelan kestabilan ekonomi pada hari kelmarin 20 Oktober sebagai langkah memperkuatkan ekonomi bagi merancakkan penggunaan untuk menunjukkan Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah ketinggalan. Pelan penstabilan ekonomi kerajaan hendaklah memfokuskan supaya pelaburan swasta termasuk asing haruslah meningkat seperti yang disasarkan 50.8% manakala penggunaan swasta sebanyak 65%. Tuan Yang di-Pertua, marilah kita lihat petunjuk ekonomi semasa bahawa bukan sahaja global, kiranya Malaysia terjejas dengan krisis ekonomi dunia seperti kehilangan nilai akses RM75 bilion tapi syarikat-syarikat GLC kerajaan juga menghadapi kejatuhan nilai akses sebanyak RM53.4 bilion. Apa yang boleh kerajaan berbuat untuk menaikkan kembali kejatuhan ini kecuali langkah kecil-kecilan kerajaan

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

seperti mengumumkan indeks harga pengguna September pada 22 Oktober ini dan kemudiannya jawatankuasa dasar kewangan Bank Negara Malaysia baru mahu bermesra. Walaupun hasil yang akan dikutip pada 2009 sebanyak RM161.6 bilion tapi perbelanjaan persekutuan masih mengekalkan peruntukan RM196.9 bilion. Maka Bajet 2009 masih merupakan bajet defisit yang dicatatkan pada hari bajet sebanyak 4.8% bagi tahun 2008. Akan tetapi dengan perkembangan ekonomi sekarang maka defisit ini akan mencecah lebih 5% walaupun harga minyak mentah jatuh dan merupakan 40% pendapatan negara adalah dari hasil minyak. Apa pun kerajaan harus mengambil langkah menyerap kenaikan harga barang dengan mengambil langkah mengekalkan subsidi minyak petrol dan diesel supaya aktiviti ekonomi negara terus berjalan tanpa kekangan yang berat. Langkah-langkah menurunkan harga minyak sebelum ini hendaklah dikaji semula supaya ia mencapai satu taktik yang merancakkan pergerakan ekonomi termasuk mampu mengurangkan harga barang-barang makanan. Meskipun kerajaan menetapkan beras super tempatan RM1.80 per kilo tetapi bekalan dalam pasaran sangat berkurangan. Ini menafikan golongan miskin dan berpendapatan rendah memperoleh bekalan. Haluan perniagaan luar negara hendaklah diperbetulkan dan dipertingkatkan menerusi MATRADE kerana kita mendapati akaun eksport negara Malaysia agar mengatasi akaun import negara. IKS kita harus menjadi peneraju utama pengeksport negara bagi tahun-tahun yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan hendaklah melaksanakan dasar pentadbiran yang diguna pakai oleh beberapa kerajaan negeri Pakatan Rakyat seperti Pulau Pinang, Perak, negeri Selangor iaitu dasar kecekapan kompetensi dan bertanggungjawab. akauntabiliti dan ketelusan, transparency. Pelaksanaan dasar ini menjadi pilihan rakyat kerana kerajaan dilihat lebih bersih dan telus dalam setiap urusan pentadbiran. Ia juga dapat menambah keyakinan rakyat. Jika dasar CAT terus dilaksanakan ia bukan sahaja diterima rakyat tapi dapat membantu mengekalkan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang dan menafikan sama sekali kerajaan Pakatan Rakyat ialah kerajaan satu penggal tetapi kerajaan yang memerintah berpenggal-penggal. Wilayah Persekutuan ialah milik kerajaan Pakatan Rakyat bukan kerajaan Barisan Nasional pilihan raya umum ke 12 menyaksikan 10 kerusi Parlimen dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimenangi wakil parti Pakatan Rakyat. Kerajaan Barisan Nasional, Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL hendaklah menghormati kehendak dan aspirasi rakyat yang mengundi mereka dan bukan menghukum mereka dengan pelbagai undang-undang dan tindakan pentadbiran di samping menafikan hak asasi mereka. Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian setiap keputusan dan tindakan DBKL dan kementerian hendaklah selari dengan suara rakyat menerusi wakil-wakil rakyat mereka. Jadi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hendaklah diberikan akses untuk mendapat peruntukan kawasan rekomen permohonan saya keputusan dasar. Akibat tidak selari dengan kemahuan rakyat maka setiap langkah dan dasar yang dilaksanakan nanti dipaksakan ke atas rakyat tidak sukai mereka. Kementerian dan DBKL dipandang sebagai musuh jika tidak sebarang usaha untuk menyesuaikan kemahuan dan aspirasi sebenar mereka. Walaupun kerajaan menggunakan Pemudah sebagai kenderaan untuk menarik minat dan pemerhatian semula rakyat di Kuala Lumpur terhadap kerajaan Barisan Nasional tetapi jika ia tidak selari dengan kemahuan dan kehendak mereka DBKL akan menemui jalan sukar untuk mentadbir Bandaraya Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan bukan untuk menyesuaikan dasar kerajaan kepada rakyat tetapi sebagaimana kerajaan boleh menyelesaikan kerana menyerap kehendak mereka. Rakyat sudah memberi petunjuk bahawa tempoh pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional boleh diakhiri dalam tempoh yang singkat kerana ia tidak mencerminkan dan menjana kehendak sebenar pelbagai rakyat. Maka Bajet 2009 harus menjurus ke arah ini. Tuan Yang di-Pertua, tentang Jalan Petaling. Baru-baru ini Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur dan ratusan para penjaja membantah tindakan DBKL membuka 94 petak tambahan penjaja di Jalan Petaling Kuala Lumpur. Para penganjur

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

persatuan membantah kerana para penjaja sedia ada mendapati bahawa perniagaan semasa mereka kini pun sudah sengit bersaing apatah lagi dengan kemasukan penjaja- penjaja baru yang menyebabkan keadaan persekitaran peniaga bertambah sempit dan sesak serta boleh menyebabkan para pelanggan termasuk pelancong-pelancong asing tidak berminat datang lagi.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Kita difahamkan bahawa ada sebanyak 773 gerai yang sedia ada yang menjadikan Jalan Petaling salah satu tempat yang sangat sesak dan kita harap pertambahan 94 petak tambahan ini harus diberhentikan. Jika DBKL hendak melaksanakan, membuka pusat penjaja baru maka ia hendaklah dilakukan di kawasan baru yang boleh dimajukan ataupun berpotensi untuk perkembangan, bukan mengacau kawasan yang sedia ada. Bukan sahaja memberi peluang orang ramai menjadi penjaja tetapi memberi pilihan kepada pelanggan untuk membeli belah di samping menghidupkan ekonomi kawasan sekitar yang kurang sambutan selama ini. Kita haruslah mengingatkan bahawa di Jalan Petaling jika ia diberi kepada mereka. Ini akan menyebabkan identiti Jalan Petaling akan hilang. Tuan Yang di-Pertua, kita cadangkan kepada DBKL bahawa di tempat berhampiran ialah Jalan Panggung, balai polis atau Stesen Pasar Seni yang tempat ambilan Jalan Petaling boleh ditimbangkan kepada persatuan ini. Saya di sini mewakili Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur menentang apa yang dicadangkan oleh DBKL bahawa menambah 94 gerai baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, hendak menukarkan nama jalan, menyusahkan pelancong-pelancong asing dan pelancong tempatan seperti kes Jalan Alor ditukar kepada Jalan Kejora. DBKL sepatutnya mengutamakan kerja-kerja menaik taraf satu- satu jalan seperti melebarkan jalan yang boleh memudahkan laluan kenderaan. Tidak menjadikan jalan-jalan sebagai sungai apabila hujan lebat turun. Disediakan perabot-perabot jalan yang mencukupi. Bukan sebut menukar nama jalan sedia ada dan menjadikan panduan dan tarikan para pelancong, kerana sesuatu kawasan menjadikan identiti satu-satu tempat. Dalam kes ini, Jalan Alor ditukar menjadi Jalan Kejora. Ya, sila, sila.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Terima kasih. Mengenai pertukaran nama Jalan Alor kepada Jalan Kejora, saya terbaca di surat khabar semalam bahawa agensi- agensi berita sedunia telah memaparkan berita mengenai penukaran nama Jalan Alor itu dan seluruh dunia telah tahu dan mereka juga membuat tindak balas mengenai pertukaran nama tersebut. Di samping itu, terbaca juga saya di media masa semalam bahawa DBKL terdapat seorang Datuk Bandar yang telah menjadi season traveler sehingga memakan belanja perjalanan melebihi RM1 juta dalam satu tahun. Jadi adakah Datuk Bandar kita yang banyak menjelajah seluruh dunia dan juga kalau kita bandingkan dengan siaran berita seluruh dunia juga semalam, adakah Datuk Bandar kita ini tahu yang Jalan Alor ini memang termasyhur di seluruh dunia ini. Apa pandangan Yang Berhormat Bukit Bintang.?

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita fahami bahawa Jalan Alor sudah 50 tahun untuk membangunkan satu jenama yang boleh satu tempat pelancongan yang mana pelancong asing boleh mendapat pelbagai jenis makanan di sana. Satu tempat yang boleh dikatakan masyhur, terkenal di mata pelancong asing. Bukan sahaja orang tempatan tidak berpuas hati menukar nama dari Jalan Alor ke Jalan Kejora mahupun pelancong-pelancong asing pun tidak berpuas hati. Apa yang Jalan Alor dalam tempoh 50 tahun ini telah mengembangkan satu imej, satu jenama seperti saya yang katakan, sesuatu tempat pelancongan yang suka dikunjungi. Dalam interview baru-baru ini di paper The Star atau di paper Cina ada menyebut beberapa pelancong asing di interview dan mereka tidak berpuas hati apabila dia tanya teksi untuk dihantar pergi Jalan Alor bukan Jalan Alor tetapi ke Jalan Kejora dia pun hairan mengapa nama ditukar. Inilah menunjukkan satu perkara yang dibuat oleh DBKL yang tidak mengambil kira apa pandangan-pandangan orang tempatan, para peniaga di Jalan Alor atau penduduk-penduduk di Jalan Alor.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Sebagai wakil rakyat di Bukit Bintang selama tiga penggal ini, mereka langsung tidak berbincang, atau meminta pandangan dari wakil rakyat. Datuk Bandar haruslah meletak jawatan jika ianya tidak menarik balik menukar nama Jalan Alor kepada Jalan Kejora. Oleh kerana kita harus memelihara satu jalan warisan, satu jalan heritage yang harus dikekalkan nama, tidak boleh sesuka hati menukar satu nama yang tidak mempunyai apa-apa maknanya. Kejora, satu bintang tetapi Bukit Bintang sudah cukup bintang, mengapa lagi mahu menambah bintang, saya pun hairan. Kalau Jalan Alor boleh tukar Kejora, Alor Star, Alor Gajah tukar kepada Kejora Gajah, ini tiada makna. Saya harap DBKL harus menarik balik apa yang mereka buat. Tuan Yang di-Pertua, berkenan satu projek yang terbengkalai ialah Nas Pavilion di Jalan Imbi. Sewaktu ekonomi negara kita berkembang maju, ramai pelabur asing mengambil kesempatan membeli harta tanah dan bangunan seperti unit kedai dan kondominium termasuk Nas Pavilion di Jalan Imbi, Kuala Lumpur ini sebelum ia dikenali sebagai Asian Galery yang dimajukan oleh Metro Gyrites Sdn Bhd. Bank yang membiayai ialah Multi-Purpose Credit Sdn. Bhd. Ramai rakyat asing dan rakyat tempatan membeli unit-unit kedai dan kondominium bagi merancakkan kegiatan ekonomi kawasan tersebut. Malangnya mereka berdepan dengan pemaju yang tidak jujur sehingga membawa projek tersebut terbengkalai di tengah jalan. Jutaan Ringgit Malaysia telah dilabur sama ada melalui pinjaman atau wang simpanan seperti yang telah saya katakan tetapi yang ternyata ialah projek tersebut terus terbengkalai walaupun ada usaha untuk memulihkan semula namun menemui jalan buntu. Pra pembeli telah mengadu, sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut dan dalam banyak siri soalan ucapan Parlimen, pernah saya membangkitkan sejak menjadi Ahli Parlimen, projek yang sudah berusia lebih 15 tahun terus tidak dibangunkan. Selain janji-janji yang diberikan untuk menghidupkan projek, para pembeli berdepan dengan kemungkinan kehilangan wang pelaburan mereka dalam projek ini apabila bank tersebut sedia memulangkan cadangan ialah 10% dari jumlah yang mereka dicagarkan sebagai deposit. Para pembeli rumah boleh mengadu kepada kementerian di bawah tribunal, membeli rumah tetapi dalam kes ini para pembeli unit kediaman kondominium tidak ada saluran untuk mendapatkan pembelian. Para pembeli yang kebanyakan warga asing dan ada dari Jepun, Singapura, Arab, Australia sudah hilang kepercayaan ke atas negara kita kerana membeli harta di negara kita tidak ada jaminan dan pembelaan.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Saya ingin mencadangkan campur tangan kerajaan khususnya Kementerian Kewangan bagi membantu golongan pembeli ini dapat pembelaan. Sekurang- kurangnya mereka mendapat balik wang cagaran mereka dalam projek tersebut. Oleh kerana tempat ini telah dicagarkan kepada satu bank iaitu RHB Bank. Sebagai satu korporat yang bertanggungjawab sosial seharusnya memberi pampasan sekurang- kurangnya cagaran mereka 10% atau deposit yang mereka bayar dipulangkan balik dengan interest. Oleh kerana keadaan ini di tempat satu kawasan Segi Tiga Emas di depan Park Royal Hotel, ia satu projek boleh dikatakan viable. Satu blok 30 tingkat ada tiga blok. Tingkat 28 dan 20 tingkat dan lima tingkat shopping dan jumlah 1.35 ekar. Jika pada harga pasaran sekarang, sekaki persegi ialah RM1,500 hingga RM2,000. Pada masa 10 tahun yang lalu hanya RM300 dan jika RHB Bank mengambil alih, mereka boleh dapat untung yang banyak. Mengapa mereka tidak mencadangkan memulihkan cagaran mereka 10% yang mereka bayar dengan interest atau dengan cara menender. Menawarkan satu cara yang lebih telus iaitu open tender kepada mana-mana pemaju yang minat untuk membeli tanah ini. Kemudian, wang yang lebih ini harus diberi balik kepada para pembeli dan ramai mereka ialah ada 30% daripada jumlah 600 pembeli ini warga asing dari Austria, Arab, Indonesia dan Singapura. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan satu kes dalam soalan Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Cheras rakan saya, pada 14 Oktober 2008. Yang mana Yang Berhormat Menteri harus juga menjawab soalan saya

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

nombor tujuh dan Yang Berhormat Wangsa Maju tetapi Yang Berhormat Menteri enggan soalan-soalan ini dijawab lisan kerana melibatkan beliau. Semua soalan menjadi soalan bertulis, tidak dijawab dalam Dewan yang mulia ini, malah soalan Yang Berhormat kawasan lain pun sama. Saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Menteri dan timbalannya bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak ada ADUN dan Ahli Parlimen tidak boleh masuk mengikuti Mesyuarat Lembaga Penasihat DBKL. Walaupun kami mewakili suara majoriti mengundi, tiga soalan dan ucapan kami tidak dijawab. Maka suara rakyat tidak dapat didengar dalam Dewan. Dia hanya menjawab soalan dengan jawapan bertulis. Maka kami berasa sudah dianaktirikan dan didiskriminasikan. Saya membangkitkan soalan pembangunan Jalan Ceylon iaitu kawasan bukit yang terhad penempatan penduduk. Akan tetapi perancang bandar Kuala Lumpur telah meluluskan tiga blok kediaman bertingkat tinggi dan menjadikan kawasan bertambah padat. Walaupun menurut DBKL ianya telah diiklankan untuk bantahan tetapi apa terjadi kepada bantahan, namun kelulusan perintah pembangunan dikeluarkan juga. Tuan Yang di-Pertua, persoalannya ialah penduduk-penduduk bimbang pembangunan bukit bercerun Jalan Ceylon akan mengundang bahaya tanah runtuh, air banjir dan kesesakan penduduk dan kenderaan. Misalnya dua blok bangunan kondominium 41 tingkat mempunyai 220 unit dan satu blok bangunan 49 tingkat, mengandungi pejabat pangsapuri servis. Selain projek Menara Bukit Ceylon 121 unit; Menara ‘5Ting‘ 48 unit; Bolton Court 40 unit; Prosperous Wing 20 unit; dan MMC 310 unit komersial. Saya ingin menyampaikan bantahan penduduk-penduduk supaya dihadkan pembangunan bangunan rumah komersial kawasan tersebut. Mengenai soalan Yang Berhormat Cheras yang bertanya tentang kos, tujuan dan hasil lawatan rombongan Yang Berhormat Menteri ke Dublin dan Vancouver. Saya rasa walaupun lawatan itu adalah untuk kebaikan tetapi dibelanjakan dalam kos yang tinggi iaitu RM410,000 bagi rombongan menteri tidak termasuk Datuk Bandar Kuala Lumpur, Perbadanan Labuan dan Putrajaya. Saya percaya kos itu mencecah lebih RM1 juta. Daripada aspek kerajaan, ini adalah satu pembaziran wang pembayar-pembayar cukai walaupun hasilnya belum pasti. Lawatan yang memakai perbelanjaan yang tinggi dan seumpamanya hendaklah dihentikan serta-merta. Adalah lebih baik wang tersebut diagihkan kepada rakyat jelata dan warga kota Kuala Lumpur. Dengan ini saya berharap khususnya DBKL harus berhati-hati tentang berbelanja Bajet 2009. Lebih wang haruslah diperuntukkan untuk warga kota Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bermula dengan masalah banjir di kawasan Simpang Renggam. Masalah banjir merupakan masalah yang boleh memberikan kesan seperti kehilangan dan harta benda kepada ternakan, tanaman dan peralatan rumah kepada penduduk. Masalah banjir di Simpang Renggam telah berlaku sejak sekian lama tetapi penyelesaian muktamad masih belum dapat dilakukan. Setiap kali hujan lebat dan berpanjangan, mungkin Ahli-ahli Parlimen lain akan menarik selimut menutupi tubuh untuk tidur yang lebih nyenyak dan lena kerana sejuk. Akan tetapi bagi Ahli Parlimen di kawasan banjir, setiap kali musim hujan tentunya tidak dapat tidur nyenyak kerana deringan telefon rakyat mengadu rumah mereka ditimpa musibah banjir. Kegagalan kita mengatasi masalah banjir sering kali dikaitkan dengan takdir, sementara rakyat pula akan menyalahkan pihak kerajaan kerana berlakunya banjir. Masalah banjir di Simpang Renggam merupakan masalah yang paling memeningkan kepala. Sebaik saja saya menjadi Ahli Parlimen, kampung-kampung persekitaran telah pun tiga hingga empat kali dilanda oleh banjir.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, pada bulan Mei, saya telah meminta pihak JPS Daerah Kluang untuk memberi satu taklimat tentang penyelesaian masalah banjir. Ini kerana kita difahamkan peruntukan telah diberikan dalam RMK-9 bagi penyelesaian masalah banjir.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Saya tunggu dan terus menunggu dari bulan Mei dan akhirnya taklimat diaturkan pada bulan Oktober. Kami gembira mendengar berita bahawa sebuah syarikat jurutera perunding bernama DZA Consult Sdn. Bhd. telah dilantik pada bulan Januari 2008 dan kontraknya selama satu tahun. Ini bermakna ia akan tamat pada bulan Januari 2009 tetapi apabila ditanya bilakah pelan induk atau cadangan-cadangan engineering akan disiapkan? Jawapannya ialah tidak dapat disiapkan pada peringkat ini kerana skop kerja mengukur ataupun surveying bukan skop kerja mereka. Kerja- kerja itu hendaklah dijalankan oleh parti ketiga, third party dengan izin dan apabila JPS ditanya siapakah surveyor nya dan jawapannya ialah pelantikan surveyor baru disiapkan pada bulan September. Tuan Yang di-Pertua, konsultan dilantik bulan Januari tetapi surveyor dilantik bulan September. Mengapa kerja-kerja pelantikan ini tidak dapat dijalankan serentak sehinggakan kita terpaksa membazirkan masa sampai sembilan bulan? Peruntukan ada tetapi kerja koordinasi tidak ada. Apabila ditanya siapakah yang kena bertanggungjawab? Konsultan diam, JPS juga diam. Inilah sikap kerja, tidak susah pun rasa terdesak kerana bukan mereka yang tinggal di kawasan banjir, mereka tidak merasai kesengsaraan yang dialami penduduk-penduduk. Tuan Yang di-Pertua, mereka tidak berhadapan dengan rakyat tetapi kita yang berhadapan dengan rakyat sebab kita adalah wakil rakyat yang bertanggungjawab supaya kebajikan mereka dapat dipelihara. Tuan Yang di-Pertua, konsultan tersebut selama sembilan bulan ini amat sibuk dengan pengambilan data kononnya. Saya tidak faham JPS sebagai sebuah jabatan yang profesional dan penting tidak dapat memberi sebarang maklumat yang dikehendaki sehingga kena melantik konsultan untuk menjalankan pengambilan data. Lagipun bukankah kontrak selama satu tahun adalah terlalu panjang untuk kerja membuat design sahaja? Lebih menyedihkan saya ialah saya telah bertanya kepada penghulu-penghulu di kawasan Simpang Renggam, mereka kata setakat ini tidak pernah nampak ada orang menjalankan kerja pengambilan data di sungai ataupun di parit. Tambah lagi Tuan Yang di-Pertua, mengikut maklumat yang diberikan oleh konsultan dalam taklimat itu, sebuah juga syarikat bernama HSS Integrated Sdn. Bhd. pernah dilantik sebagai jurutera perunding bagi penyelesaian banjir di kawasan Simpang Renggam pada tahun 2005. Pelan induk telah pun disiapkan tetapi kerja- kerja cadangan tidak dilaksanakan atas sebab kekurangan peruntukan. Saya tidak faham mengapa kementerian boleh mengizinkan perkara seperti ini berlaku. Sekiranya peruntukan tidak cukup tambahlah peruntukan dan bukan menggantikan dengan perunding baru. Apa kata peruntukan itu juga tidak mencukupi untuk cadangan baru ini. Saya berharap Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengambil perhatian dengan serius dalam perkara ini. Jangan membuang masa lagi, rakyat menderita, rakyat merintih. Saya juga baca laman web dan tahu bahawa kementerian ini berhasrat menjadi world class organization by the year of 2010 dengan izin. Haraplah masalah-masalah juga dapat diselesaikan secara world class dan semua rakyat di kawasan Simpang Renggam sedang menanti suatu jawapan yang positif. Tuan Yang di-Pertua, saya bersyukur dan berbesar hati kerana dalam Bajet 2009, penumpuan sekali lagi diberikan oleh kerajaan untuk mempromosikan sektor pelancongan. Ini bermakna kerajaan sedar bahawa keistimewaan untuk menarik pelancong ke Malaysia adalah disebabkan kebudayaan yang sungguh unik dan pelbagai corak. Kebudayaan Malaysia yang kebanyakannya berasal dari kebudayaan Melayu, kebudayaan Cina, kebudayaan India, Kadazan, Iban dan sebagainya. Tambahan lagi tahun ini UNESCO telah mengisytiharkan Melaka dan Georgetown sebagai tapak warisan dunia. Georgetown yang dikendalikan dengan begitu sempurna dan baik oleh Kerajaan Barisan Nasional bawah pimpinan Tan Sri Koh Tsu Koon serta dasar-dasar yang munasabah untuk mengekalkan sejarah seni bina dan sebagainya. Kalau bukan jasa Kerajaan Barisan Nasional maka tidak akan wujudnya tapak warisan dunia pada

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

hari ini. Saya harap kerajaan sekarang dapat mengikuti dasar-dasar yang diamalkan oleh kerajaan sebelum ini untuk mengekalkan tapak warisan dunia ini. Tuan Yang di-Pertua, sebagai hasil lawatan saya selepas melancong ke Taiwan sebelum ini dan juga pemerhatian saya selepas melawat ke Singapura, ke Vietnam, Hong Kong dan Macau, saya dapati perkhidmatan teksi di negara kita amatlah teruk berbanding dengan negara yang saya sebut tadi. Teksi kita mempunyai kereta yang buruk dan lama. Sekiranya dikatakan bas-bas yang buruk itu mencacatkan keindahan bandar, jadi teksi yang buruk dan lama ini juga haruslah diperbaharui. Sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat ada pengalaman menempah teksi mesti sudah tahu kebanyakan pemandu teksi tidak suka menggunakan meter untuk mengira tambang. Tuan Yang di-Pertua, satu petang pada jam pukul 5.00, saya cuba menumpang teksi dari gerakan HQ Cheras untuk sampai ke Ampang Citibank dan saya tunggu di stesen teksi selama 30 minit dan dapat menghentikan sebanyak tujuh buah teksi tetapi semuanya tidak mahu menghantar kerana waktu itu jem teruk sebenarnya. Kesesakan di bandar teruk. Akhirnya saya dapat menghentikan sebuah teksi yang sudi menghantar saya ke Ampang dan itu pun kerana kebetulan pemandu itu ada urusan di Ampang. Selepas itu apabila saya hendak balik dari Ampang ke gerakan HQ di Cheras, saya naik sebuah teksi yang dipandu oleh pekerja asing, seorang Pakistani. Bahasa Malaysia dia kira masih fasihlah, tetapi masalahnya dia tidak biasa dengan jalan-jalan Kuala Lumpur. Dia kata hari itu adalah hari keempat dia menjadi pemandu teksi. Saya terpaksa mengikut dia berpusing dalam taman-taman Cheras sehingga dia terpaksa tanya kepada kawannya yang juga pemandu teksi, barulah dapat menghantar saya ke bilik gerakan, yang melampau dia meminta saya membayar RM30 kerana dia salahkan saya memberi alamat yang salah kepada dia. Tuan Yang di- Pertua, ini yang sebenarnya berlaku setiap hari di bandar kita. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah turun padang dan mengakui ada masalah dengan Kuala Lumpur monorel. Adakah menteri-menteri atau pegawai kita turun padang untuk memahami masalah teksi ataupun sudah turun padang dan dapati semuanya elok cantik dan tidak bermasalah. Tuan Yang di-Pertua, di samping kita mempromosikan pelancongan kita saya rasa inilah masalah yang paling penting semasa ini untuk kita mengatasinya. Saya rasa kita semua harap pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia akan kembali semula dan bukannya balik dengan kenangan yang buruk. Saya berharap Kementerian Pelancongan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi boleh bekerjasama untuk mengatasi masalah ini untuk selama-lamanya.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya ini juga berkait dengan strategi khusus Bajet 2009 iaitu menjamin kesejahteraan rakyat, saya rasa gembira bersama dengan anak Sabah dan anak Sarawak kerana kerajaan mempergiatkan usaha untuk melaksanakan projek infrastruktur untuk dua negeri ini. Saya harap kerajaan juga jangan lupa negeri Johor terutamanya kawasan Simpang Renggam. Tuan Yang di-Pertua, kemudahan jalan sama ada berturap atau jalan tanah merah merupakan kemudahan asas bagi pengangkutan membawa penduduk atau pengangkutan bagi sesuatu barangan. Kemudahan jalan di bandar-bandar sering di selenggara dan baik pulih dengan segera sekiranya ada berlaku sebarang kerosakan, tetapi kemudahan jalan terutamanya jalan berturap masih lagi tidak disediakan dengan baik di kampung-kampung. Pembinaan jalan yang ada, kebanyakannya dibina sekadar membolehkan perhubungan penduduk kampung dengan laluan yang sempit sehingga memaksa kenderaan berhenti apabila berselisih, untuk memberi laluan kepada kenderaan yang satu lagi, kenderaan bergerak. Kepesatan pembangunan di kampung-kampung yang berhampiran dengan pekan atau bandar telah menyebabkan juga laluan jalan raya di kawasan tersebut semakin sesak. Kesesakan ini menuntut kepada keperluan jalan untuk dinaik taraf. Keperluan pembinaan jalan-jalan baru menghubung sesebuah pekan dengan pekan yang lain perlu difikirkan. Kadangkala terdapat pekan yang seolah-olahnya menjadi pekan mati atau bandar cowboy, kerana kemudahan jalan rayanya terhad membataskan perhubungan pengangkutannya dengan dunia luar. Bagi memastikan bandar ini berkembang maju,

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

maka jaringan jalan raya penghubung dengan pekan atau bandar yang lain mesti dibina supaya penduduk di situ tidak ketinggalan dengan arus pembinaan. Contohnya di kawasan saya, dahulunya Pekan Simpang Renggam, Pekan Renggam, Layang-Layang dan Parit Raja merupakan pekan yang sama-sama membangun, tetapi disebabkan faktor jalan perhubungan yang kurang meluas rangkaiannya, faktor pekan dikelilingi oleh tanah estate, ketiadaan pejabat pentadbiran kerajaan, kolej atau sebagainya menyebabkan Pekan Renggam dan Layang-layang kini jauh ketinggalan pembangunannya kalau dibandingkan dengan pekan-pekan yang lain. Justeru saya mencadangkan agar pembinaan jalan dari Pekan Layang-layang ke Bandar Tenggara disegerakan pembinaannya, kerana saya telah dimaklumkan bahawa JKR Daerah Kluang telah membuat pemantauan dan sebanyak RM1.1582 juta adalah diperlukan untuk pembinaan jalan baru yang sepanjang 4.5 kilometer ini. Saya juga di sini menyeru Yang Berhormat Tengara sama-sama kita menyokong cadangan ini untuk pembangunan luar bandar ini. Itulah ucapan saya Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, yang memberikan peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan apa yang dikatakan Belanjawan Negara untuk tahun 2009. Walaupun tadi disebut oleh rakan-rakan khususnya daripada Barisan Nasional yang membangkitkan tentang isu ataupun cadangan yang berkaitan dengan cadangan daripada Pakatan Rakyat, supaya seharusnya ataupun sewajarnya belanjawan ini dibentang semula dengan satu pembaharuan-pembaharuan yang tertentu, yang lebih menepati dengan kehendak ataupun suasana perkembangan ekonomi ini. Akan tetapi respons yang diberikan oleh rakan-rakan dari Barisan Nasional mereka kata, bahawa takkan setiap kali ataupun sebulan sekali, dua bulan sekali kita nak kena bentang belanjawan yang baru. Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, yang penting kita telah pun melihat masalah krisis kewangan ataupun krisis ekonomi dunia yang sedang melanda bukan sahaja baru-baru ini, tetapi sudah pun berlaku beberapa bulan yang lalu, yang sewajarnya pakar-pakar ekonomi dalam negara kita sudah pun boleh membuat bacaan-bacaan tentang jangkaan perkembangan ataupun perkara-perkara yang mungkin akan berlaku, yang akan terkesan kepada ekonomi dan juga kewangan di dalam negara kita ini. Jadi sebab itu kita minta bukan bermakna kita tolak sepenuhnya belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini, tetapi kita berkehendakkan supaya dibuat suatu pembaikan supaya belanjawan itu betul-betul realistik dengan perkembangan- perkembangan ekonomi yang berlaku dalam negara kita, tapi malangnya saya lihat bahawa ada satu sindrom di kalangan kepimpinan dalam negara kita ini, iaitu sindrom suka menafi daripada awal lagi, daripada awal ada beberapa pemimpin-pemimpin negara kita ini menafikan bahawa krisis kewangan dan ekonomi dunia ini tidak akan terkesan kepada negara kita, tetapi selepas itu pula baru ada disebut kita akan kaji balik program koridor, umpamanya program koridor akan dikaji balik tentang projek- projek yang akan dilaksanakan. Bagi saya bahawa saya bersetujulah kaji balik program koridor, sama ada koridor utara atau koridor timur ataupun Koridor Wilayah Sabah dan Sarawak dan sebagainya. Akan tetapi saya nak katakan, bahawa program koridor itu adalah program jangka panjang, tetapi yang perlu lebih realistik untuk dikajinya ialah yang harus kita nak hadapi dalam tempoh satu tahun yang akan datang ini, yang sepatutnya corak perbelanjaan kita itu haruslah menepati kepada pendapatan, perolehan yang akan kita perolehi daripada jangkaan yang boleh kita buat daripada sekarang ini. Jadi sebab itu saya boleh bersetuju dengan apa yang disebut oleh MIER yang telah meletakkan unjuran. Ini bermakna bahawa kita boleh membuat unjuran untuk tempoh satu tahun yang akan datang, walaupun sebelum itu MIER sendiri telah meletakkan unjuran dalam pertumbuhan ekonomi negara kita ini pada kadar 5%, tetapi yang terbaru bahawa MIER telah pun membuat unjuran barunya, iaitu pertumbuhan ekonomi kita hanya dalam jumlah 3.4% saja. Bermakna di sini menunjukkan bahawa satu yang lebih realistik, iaitu berasaskan kepada terkesannya nanti kepada ekonomi negara kita dan juga ekoran daripada kurangnya pendapatan yang akan kita perolehi, kerana sebelum ini kita lihat bahawa 30% lebih ataupun hampir 40% pendapatan kita adalah daripada minyak dan gas, hasil daripada minyak dan gas, maka sudah tentu

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

dengan kejatuhan harga minyak dunia yang hanya sekarang ini pada kadar 70 Dolar satu barrel. Ini bermakna bahawa kita juga akan mengalami kekurangan pendapatan, maka sudah tentu apabila kita mengalami kekurangan pendapatan daripada sektor yang besar, yang memberikan jumlah pendapatan besar pada negara kita, sudah tentu kita harus meneliti kembali corak perbelanjaan daripada program pembangunan yang terdapat dalam negara kita. Sekejap bagi saya pergi depan lagi. Jadi sebab itu kita rasakan bahawa sewajarnya belanjawan ini harus dilihat semula, sebab itu saya katakan bahawa sekejap begitu, sekejap begini pemimpin- pemimpin negara kita. Sekejap menafi, tetapi dalam masa yang sama mereka mengatakan bahawa 2 hari bulan akan dikemukakan langkah-langkah bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan menghadapi atau terkesannya ekonomi negara kita itu daripada krisis ekonomi dunia, khususnya apa yang berlaku di Amerika, sebab itu saya bersetuju bahawa kita harus ada langkah-langkah untuk hadapi itu, tetapi sepatutnya langkah-langkah itu dibuat lebih awal dan dibentangkan sebelum daripada kita memulakan perbahasan bajet ini, supaya dia boleh dibahaskan sama ada langkah-langkah ini realistik ataupun tidak dan kita juga boleh memberikan input-input, pendapat dan pandangan-pandangan terhadap langkah-langkah tersebut. Jadi saya kira bahawa kita telah membuang satu tempoh masa yang panjang, yang sepatutnya sejak dari awal lagi untuk melihat hal-hal yang sebegini untuk memastikan supaya masa depan negara kita ini akan terselamat daripada krisis ekonomi yang sedang melanda di dunia ini.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Adapun yang disebut bahawa kita tidak akan terkesan kerana kita mengamalkan Sistem Kewangan Islam. Saya bersetuju apa yang disebut Gabenor Bank Negara baru-baru ini yang telah pun menyatakan bahawa kita mempunyai fundamental yang kuat kerana kita mengamalkan sistem kewangan Islam. Saya bersetuju bahawa semua pihak harus melihat bahawa kita harus kembali kepada sistem kewangan yang telah pun memperlihatkan kemampuan dan keupayaannya untuk menyediakan pertahanan daripada menghadapi serangan-serangan yang dilanda akibat sistem kapitalis, sosialis dan sebagainya. Namun, persoalannya ialah walaupun kita mengatakan bahawa kita ada kekuatan kerana kita mengamalkan sistem kewangan Islam ini tetapi berapa persen daripada dana yang ada dalam negara kita yang diperuntukkan kepada sistem kewangan Islam itu dan berapa persen yang kita amalkan daripada sistem kewangan Islam. Apakah Bank Negara sendiri dalam urusan dengan bank konvensional ini mengamalkan sistem-sistem kewangan Islam? Ini persoalan-persoalan yang harus dilihat. Kalau kita hanya dalam lingkungan 20% atau pun mungkin tidak sampai 20% dana daripada sistem kewangan Islam ini untuk kita berhujah untuk kita mengatakan bahawa kita tidak akan terkesan daripada masalah ekonomi yang sedang melanda dunia ini, saya tidak melihat bahawa ia boleh memberikan satu impak yang besar untuk menyelamatkan ekonomi dalam negara kita. Jadi, sebab itu, kita harus melihat untuk jauh ke hadapan ini, untuk melihat apakah langkah-langkah perlu dalam konteks untuk memperkasa dan memantapkan lagi sistem kewangan dalam negara kita ini mesti berasaskan kepada sistem kewangan Islam. Ini kerana semua pihak sudah pun mengakui, malah secara tidak langsungnya dalam satu kenyataan yang dibuat oleh George Soros pun mengakui bahawa sistem kewangan yang diamalkan dunia pada hari ini tidak ada ketahanan, kekuatan bagi menghadapi masalah-masalah krisis yang melanda dunia pada hari ini. Sekian, sila.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, dalam kita menghadapi krisis kewangan ekonomi yang melanda negara kita ini, kita rasakan bukan sahaja tanggungjawab ini terletak di bahu kerajaan, tetapi perlu juga dibeban bersama oleh pihak pembangkang. Saya melihat Tuan Yang di-Pertua, hujah-hujah yang diberikan oleh pembangkang untuk meminta kerajaan membawa satu lagi alternatif bajet atau revise budget dengan izin bukanlah satu perkara yang tidak credible. Akan tetapi saya rasa apa yang perlu sekarang ini ialah untuk memberi ruang kepada Menteri Kewangan yang baru dan kerajaan ruang yang cukup untuk mencari jalan. Soal tentang membentangkan bajet yang baru ini pada saya bukan satu perkara yang nombor one priority dengan izin. Yang penting ialah semua kita di kalangan parti pembangkang dan

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

juga parti kerajaan, Ahli-ahli Parlimennya ialah bersama-sama untuk tenang dan bijaksana menghadapi masalah. Saya beri contoh apabila kita berdepan dengan krisis 1997, 1998, apa yang berlaku Menteri Kewangan pada waktu itu, Ketua Pembangkang tergesa-gesa untuk membuat satu tindakan iaitu menaikkan interest rate, mengurangkan tempoh NPL dan sebagainya. Akhirnya apabila Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Mahathir dengan tenang dan bijaksana...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, panjang sangat itu Yang Berhormat. Saya cukup faham.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, terima kasih.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kalau boleh tambah sedikit lagi. Sedikit sahaja. Saya hendak tanya juga penerangan, mungkin Yang Berhormat Pokok Sena tahu di negara-negara lain yang menghadapi krisis ini juga, saya tidak terdengar lagi lah. Mungkin saya silap. Saya tidak terdengar negara-negara lain membentangkan alternatif bajet atau revise budget buat masa ini. Saya tidak tahulah, mungkin saya silap. Di negara seluruh dunia kerana krisis ini seluruh dunia. Jadi, kalau seluruh dunia, no ini soalan yang...

Bacalah ini.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tak tahulah. That’s why I’m asking.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Okey, okey saya faham.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini nampaknya Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Kota Belud ini kurang faham. Tidak tahu, tidak ada pengetahuan, knowledge yang tinggi. Banyak negara-negara buat revise budget. Ya, ini satu perkara biasa apabila kita menghadapi masalah kemelut ekonomi yang melanda dunia dan sudah pasti bacaannya sudah akan terkesan kepada negara kita seharusnya. Apa salah kita buat satu revise budget? Apa masalah kita malu hendak mengaku tiba-tiba kita pula boleh mengaku kita buat langkah-langkah. Langkah- langkah untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan pada 2 hari bulan. Jadi, saya nampak macam tidak mahu mengaku bahawa kita hendak buat revise budget kerana itu cadangan daripada Ketua Pembangkang.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh namakan negara-negara itu?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Negara-negara yang revise budget itu, ada tidak?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Britain, Australia pun ada. Apa? Amerika Syarikat pun buat revise budget.

RM700 bilion.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apa? Patutlah kalah pemilihan ketua bahagian. Tidak reti langsung buat ekonomi ini. Kesian, saya kesian. Tidak apa, tidak apa. Jangan kacaulah, malu dekat orang itu. Yang bagi undi pun menyesal buat begitu. Baik, Tuan Yang di-Pertua sebab itu saya katakan tadi bahawa kita harus melihat apakah langkah-langkah ke hadapan. Kalau kita katakan seperti kata Gabenor Bank Negara bahawa sistem kewangan Islam ini sebagai satu penyelamat, sebagai benteng pertahanan untuk menyelamatkan ekonomi negara kita ini daripada landaan krisis ekonomi ini. Kita harus melihat apakah langkah-langkah yang perlu kita buat sebab itu saya melihat bahawa kita harus melihat dari segi peningkatan kepada penggunaan sistem kewangan Islam sendiri iaitu daripada perhubungan antara Bank Negara dengan bank konvensional sendiri harus berurusan dengan sistem kewangan Islam itu sendiri supaya ini sebagai suatu langkah yang lebih tepat dan lebih berkesan.

[Bangun]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Hendak juga Yang Berhormat Gombak?

Sedikit.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jangan panjang sangat.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan sedikit sebab Yang Berhormat Kota Belud dan beberapa teman yang lain sering membangkitkan bahawa tahun 1997, Menteri Kewangan menaikkan interest rate dan dengan itu memberikan kesan yang negatif. Walaupun saya faham sindiran itu untuk menggambarkan bahawa kita tunduk kepada IMF. Apakah Yang Berhormat Pokok Sena setuju bahawa interest rate ini ia ada kaitan rapat dengan currency. Kalau kita tidak naikkan interest rate, maka penyimpan atau pun pendeposit akan bawa keluar wang tersebut. Tujuan kita naikkan interest rate ialah supaya pendeposit atau penyimpan tidak keluarkan wang daripada negara kita. Ini bukan preskripsi IMF sebab sebelum IMF impose condition ini pun kita telah mengenakan perkara yang sama tahun 1993. And it was a temporary measure dengan izin Tuan Yang di-Pertua selama tiga bulan. Pada ketika itu, kita berjaya mengekal aliran wang tunai daripada keluar daripada Malaysia. Akan tetapi tahun 1997 dan 1998, oleh kerana suasana ketika itu terlalu kompleks, maka kita terpaksalah menyegerakan pembentukan dana harta dan dana modal supaya ianya tidak terkesan kepada korporat-korporat. Usaha dana harta dan dana modal ini bukan usaha Tun Dr. Mahathir, ini adalah usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melancarkan dana harta dan dana modal. Terima kasih.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Gombak bahawa itu merupakan asas-asas prinsip dalam ekonomi yang boleh difahami oleh orang-orang biasa. Ini Ahli Parlimen apa ini tidak boleh faham macam ini? Orang jual popia kawasan saya pun faham macam itu. Okey, terima kasih rakan saya Yang Berhormat Gombak. Berbalik kepada soal kesan daripada krisis ekonomi. Kita melihat bahawa China sudah pun menghadapi kesan itu iaitu 2.5 juta orang kehilangan pekerjaan. Ia sudah tentu bahawa kalau kita sekadar bergantung kepada kadar jumlah tidak sampai 20% kemungkinan dana yang diperuntukkan dalam sistem kewangan Islam ini, sudah tentu bahawa tidak mampu untuk kita hendak hadapi keadaan serangan yang melanda ini. Saya ulang sekali lagi, sebab itu saya bersetuju, apa yang disebut oleh Gabenor Bank Negara, Tan Seri Dato’ Dr. Zeti bahawa kita harus kembali dan balik kepada sistem kewangan Islam yang sudah pasti akan boleh memberikan perlindungan dan penyelamat kepada kita semua. Kemudian, Tuan Yang di-Pertua. Kita juga maknanya sepatutnya apabila disebut soal kita revise balik bajet ini, ini perkara biasa. Bukan sahaja dalam konteks negara, malah kita sendiri minta supaya masyarakat dan rakyat harus revise balik dari segi bajet perbelanjaan harian hidup kita ini apabila menghadapi kesan daripada kenaikan harga minyak.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kita sendiri suruh depa revise balik bajet hampa macam mana, perbelanjaan kamu dan sebagainya. Makan tidak boleh berlebihan, belanja pada yang perlu dan sebagainya. Ini bermakna bahawa kita mendidik masyarakat dan rakyat tetapi pemimpin mahu ketegaq pasai apa? Tidak mahu fikir, mahu suruh supaya maknanya kita mahu kembali, mahu revise balik kita punya bajet. Mahu malu apa? Perkara ini merupakan perkara yang global, yang berlaku di seluruh negara dan semua negara juga melakukan sedemikian rupa. Jadi sebab itu bagi saya bahawa bukan sahaja saya minta supaya apa yang disebut oleh Perdana Menteri untuk mengkaji semula projek-projek koridor yang telah pun diumumkan sebelum ini, tetapi kita juga harus melihat balik kepada perancangan-perancangan program pembangunan secara menyeluruh dalam konteks peruntukan yang telah pun disediakan dalam perbelanjaan kita. Malah bukan saja melihat balik kepada perancangan program tetapi kita harus melihat secara yang detail bagaimana cara kita berbelanja sama ada bukan saja peruntukan yang diberikan kepada satu-satu sektor ataupun kepada satu-satu projek itu tetapi kita harus melihat apakah kemunasabahan harga yang telah pun diberikan

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

terhadap satu-satu projek itu menepati kepada kadar yang sebenarnya ataupun ada berlaku mark-up yang terlalu lebih. Ini yang menyebabkan kita menghadapi masalah. Yang kedua, bukan saja terkesan akibat daripada serangan masalah ekonomi dunia tetapi juga ekoran daripada kerakusan kita. Kerakusan kita berbelanja yang langsung tidak melihat kepada persoalan jimat cermat, persoalan ketulusan dan sebagainya. Sebab itu akhirnya kita melihat bahawa banyak perkara-perkara yang kita buat yang tidak menepati kepada hasrat yang sepatutnya untuk kita peroleh satu jumlah kewangan yang lebih banyak. Contohnya saya katakan bahawa telah pun disebut oleh ramai rakan-rakan saya daripada Pakatan Rakyat umpamanya macam mana kita berbelanja GLC, GLC negara kita. Maybank umpamanya mengambil alih saham daripada BII, Bank Internasional Indonesia dengan empat kali ganda ataupun 4.3 kali ganda lebih tinggi daripada nilai buku yang sebenarnya. Bermakna bahawa kita telah memperuntukkan sejumlah kewangan yang lebih besar untuk membeli satu bank yang belum tentu ada masa depan yang boleh memberikan jaminan kepada kita apatah lagi dalam menghadapi krisis ekonomi yang sedang melanda negara kita. Malah saya lihat bahawa sangat berbeza daripada HSBC yang membeli Bank Ekonomi walaupun bank itu lebih rendah rankingnya daripada BII tetapi saya lihat bahawa mereka lebih bijak dalam membeli itu supaya melihat bahawa tidak ada liabiliti- liabiliti yang terpaksa ditanggung seperti mana Maybank terpaksa mengambil alih BII dan juga mengambil alih liabiliti-liabiliti yang terpaksa ditanggung oleh Maybank. Sebab itu bagi saya bahawa ini antara contoh bagaimana sepatutnya kita berbelanja. Saya tunjuk contoh Tuan Yang di-Pertua, bila kita mengambil alih kerajaan- kerajaan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Saya tunjuk contoh umpamanya saya daripada negeri Kedah. Saya tengok contoh bagaimana perbelanjaan kerajaan dulu dengan kerajaan hari ini. Kita buat itu setelah kita melihat. Ini satu pembaziran. Contohnya, Menteri Besar Kedah apabila dia mengambil alih, ada orang datang untuk melawat dan berjumpa dengan dia di kediaman rasmi. Buat lawatan dalam jumlah yang agak besar dan sebagainya. Sudah menjadi kebiasaan Menteri Besar dulu pun buat jamuan, beri keraian, jamu orang yang datang, rakyat dan sebagainya. Awat, Yang Berhormat Langkawi gelak, kenyih pasai apa? Yang Berhormat Langkawi tahulah tu... [Ketawa] Dia tahu, dia dengar khusyuk. Tiba-tiba, ini contoh kecil saya tunjuk contoh kecil. Belum lagi contoh yang besar. Hanya jamuan makan saja. Jamuan makan. Satu kepala untuk satu hari punya program perbelanjaannya RM90. Mentakedarah apa? Satu kepala RM90, Datuk Setiausaha Agung UMNO. Satu kepala RM90. Ini makan apa? Sup kepala kereta api kah?... [Ketawa]

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Laluan sikit.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kalau sup kepala kereta api bolehlah gagah... [Ketawa]

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Sikit saja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya juga ingin mendapatkan pendapat daripada Yang Berhormat. Di Perak misalnya, di rumah Menteri Besar Perak. Saya orang Peraklah walaupun Ahli Parlimen Titiwangsa. Saya dimaklumkan bahawa dalam kerajaan yang lepas, untuk breakfast saja, breakfast saja bukan satu hari punya program. Breakfast saja satu kepala charge RM45. Apa pendapat Yang Berhormat?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Itulah seperti yang saya sebutkan tadi contoh di Kedah dan di Perak. Itu baru kita ambil kerajaan negeri. Kalau kita ambil Kerajaan Pusat ini, boleh buka banyak ceritalah. Jenuh telanjanglah. Jadi saya mahu sebut macam tadi saya katakan bahawa RM90 satu kepala. Akhirnya Menteri Besar terpaksa buat satu keputusan untuk reduce balik. Dia kata hanya jamuan makan paling tinggi RM22.50 dan paling rendah RM6.50. Itu paling rendah RM6.50 makan tengah hari sajalah.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Untuk setengah hari punya program. Kalau satu hari punya program RM22.50.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Pokok Sena, Pokok Sena.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi, sekejap, sekejap. Maknanya saya mahu sebut bahawa kita melihat bahawa bagaimana perbelanjaan- perbelanjaan yang sangat membazir. Sekejap, saya mahu habiskan ini. Kemudian, jamuan Hari Raya. Jadi amalan di kebanyakan negeri Menteri Besar buat jamuan Hari Raya di rumah kediaman rasmi dia. Jamuan Hari Raya, rumah terbuka dan sebagainya. Dulu, satu kepala RM18 untuk sepuluh menu. Sepuluh menu, RM18 dulu. Baru-baru ini Menteri Besar Kedah yang baru ini buat jamuan Hari Raya, RM8.50 satu kepala untuk 22 menu. Lemang ada, sate ada, kepala kereta api tidak adalah... [Ketawa] Saya mahu tunjuk contoh bagaimana perbelanjaan yang begitu membazir yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini iaitu Kerajaan Barisan Nasional dan saya percaya itulah juga yang mungkin berlaku di peringkat pusat. Sebab itu saya kadang- kadang majlis Hari Raya rumah terbuka. Saya mahu sebut fasal rumah terbuka ini. Saya bersetuju ada benda yang baik, yang boleh kita ambil daripada rumah terbuka tetapi hakikatnya kalau silap kita urus, ada kesan yang tidak baik kepada rumah terbuka ini. Kesan baiknya kita dapat berkenalan dan dapat berhubungan. Kita mahu pergi semua rumah, saya mahu pergi rumah Setiausaha Agung UMNO sudah tentu tidak boleh pergi tetapi apabila ada rumah terbuka di Parlimen, kita datang berjumpa sekali dan sebagainya. Umpamanya begitu. Akan tetapi kalau silap kita urus, akhirnya perbelanjaan itu jadi membazir. Umpamanya tahun sudah, ini jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada saya. Rumah terbuka Perdana Menteri dan Menteri- Menteri di PWTC tahun 2007, RM4 juta. RM4 juta rumah terbuka. Ini jawapan ada dekat saya, RM4 juta! Ini saya tidak boleh fikir. Apa tidak kena rumah terbuka mahu buat Jamuan Aidilfitri sampai RM4 juta. Ini bagi saya satu benda yang saya katakan baik. Rumah terbuka itu baik, konsepnya baik dan sebagainya tetapi tidaklah sampai kita mahu berbelanja sampai RM4 juta. Tidak akan kita mahu bagi orang miskin makan mai rumah kita satu hari dia makan lepas itu dia mentakedarah apa? Jadi sekarang ini kementerian-kementerian dok buat. Saya tidak tahulah berapa banyak. Saya bukan mahu halang kementerian tetapi biarlah pada kadar yang munasabah. Ini kita sedang menghadapi krisis ekonomi. Kita sedang menghadapi masalah-masalah kewangan dalam negara kita. Saya tidak kisah kalau mereka mahu berbelanja duit poket mereka sendiri, belanjalah, tetapi ini soal wang rakyat dan dia dibayar. Mengikut Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengatakan bahawa dia ditampung oleh peruntukan di Jabatan Perdana Menteri. Ini bagi saya, saya tidak boleh. Itu saya katakan bahawa kita harus revise balik segala secara detail nya projek-projek itu. Tidak boleh dari segi Kementerian Kewangan mahupun pegawai mahupun menteri ikut lama punya style. Maknanya ada peruntukan kita masuk, ada peruntukan masuk. Item lama, itu item lama. Ada peruntukan masuk. Langsung kita tidak melihat daripada perkara-perkara pembaharuan yang seharusnya dilakukan. Satu lagi saya tunjuk contoh billboard. Kita buat di Kedah. Dulu billboard 10x40, RM4,500 saiznya billboard. RM4,500. Sekarang kita buat RM1,500. RM1,500 - buat billboard pasang, letak, design kemudian pergi pasang semua siap complete. Dulu RM4,500 sekarang ini RM1,500. Itu saya katakan bahawa bagaimana kita lihat baru berapa negeri saja. Saya tunjukkan contoh itu satu negeri di Kedah yang kita boleh menjimatkan perbelanjaan dari segi menggunakan wang rakyat. Sebab itu bagi saya bahawa ini yang mesti kita detail kan sebab kita tengok sama ada item-item yang telah pun mungkin entah berapa kali punya belanjawan itu sama ada sesuai ataupun tidak sesuai lagi dengan kita mahu letakkan satu peruntukan yang munasabah ataupun tidak...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Umpamanya saya lihat Rakan Muda. Item Rakan Muda. Saya lihat bahawa kita kena kaji balik sama ada dia masih sesuai, masih menjadi keperluan ataupun tidak. Kita harus mengkaji kepada kesesuaian semasa dan sebagainya. Jadi seolah-olahnya kita lihat buat belanjawan ini,

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

itu hak lama jadi dah. Jadi kita tidak kaji sudah sama ada item-item itu merupakan satu benda yang munasabah ataupun tidak dengan keperluan-keperluan semasa.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan sikit.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya pun nak tanya Yang Berhormat Pokok Sena, apa masalahnya kepada seorang Menteri Kewangan yang baru. Sepatutnya benda ini jadi advantage kepada beliau, beliau baru dilantik kemudian keadaan suasana dalam ekonomi dalam negara menuntut atau memerlukan kepada satu perkara yang lebih baik, sepatutnya jadi advantage kepada dia untuk tampil membawa imej baru, saya sebagai Menteri Kewangan yang baru, nah saya akan bawa something yang baru untuk kebaikan rakyat. Kenapa benda ini sepatutnya advantage kepada dia, atau kelebihan pada dia, sekarang ini dilihat sebagai tekanan kepada dia. Saya merasa ini agak berlawanan dengan situasi biasa. Adakah beliau takut kah, atau tidak bersedia dan sebagainya. Sepatutnya inilah masanya mengambil advantage ini untuk menunjukkan beliau seorang Menteri Kewangan yang lebih baik daripada yang dulu sepatutnya. Terima kasih.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya bersetujulah dengan Yang Berhormat Indera Mahkota bahawa sepatutnya ini satu advantage kepada dia tetapi saya pun tak tahulah apa yang difikirkan oleh Menteri Kewangan ataupun kerana dok sibuk dok tengok, panjang sangat nak sampai bulan tiga ini sebab masing-masing berpakat dok kata panjang sangat nak sampai bulan tiga, lambat. Ada bakal timbalan pun dok kata, lambat sangat. Ada calon naib pun kata tempoh tu panjang sangat. Jadi depa sendiri pun rasa tidak menentu, bagi advantage pun tak menentu lagi ini. Mungkin inilah dalam percaturan politik, itu saya tidak tahu tapi kita tunggu tengoklah apa akan jadi, masa pun panjang lagi. Baik, masa berapa minit lagi Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Lima minit.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Eh, lima minit, saya ada banyak lagi. Terima kasih, terima kasih. Baik, saya nak berpindah kepada soalan perbelanjaan juga. Umpamanya seperti yang saya sebut bahawa kita ini kadang-kadang jadi trend dalam kerajaan untuk launching satu-satu projek pelancaran, mesti buat grand-grand, mesti buat besar-besar. Apa perlu kita nak buat besar-besar? Yang kita nak ialah hasil daripada projek ataupun pembangunan yang kita nak capai untuk kepentingan negara dan rakyat. Umpamanya saya tunjuk contoh bahawa pelancaran koridor utara, belanja sampai RM11 juta. Pokok bunga, khemah, nasi, belum tentu boleh makan, basi ke tidak, Wallahualam, replika itu, replika ini, RM11 juta. Mentaliti kita ini biar betullah, kita nak launching projek itu ke atau kita nak tengok hasil daripada projek. Orang yang terlibat dalam kontrak untuk dapat launching projek itu, dia dapatlah duit. Untuk masa depan negara dan rakyat, belum tentu apa nak jadi, entah berapa belas tahun lagi akan capai perkara tersebut atau tidak. Jadi sebab itu saya katakan bahawa mentaliti kita mesti berubah, kita tidak semestinya statik dengan apa yang telah kita lakukan dahulu. Cuma kita buat satu pembaharuan, apa salah kita buat pembaharuan. Itu sebab kita katakan bahawa ini yang seharusnya dilihat oleh kerajaan. Last sekali saya nak sebut ialah berkaitan dengan projek atau pembelian helikopter Eurocopter ini. Walaupun disebut oleh rakan-rakan tadi, daripada Ketua Pembangkang sebelum ini dan juga daripada rakan-rakan yang lain. Akan tetapi saya nak sebut bahawa pembelian ini seperti yang disebut oleh rakan saya Yang Berhormat Padang Serai tadi, pembelian yang sangat dipersoalkan. Dipersoalkan, ada beberapa perkara, pertama sekali antara mereka yang membida projek ini. Seperti mana yang terdedah, surat-surat yang didedahkan oleh media yang dibuat oleh Kapten Zahar dan sebagainya. Itu antara syarikat-syarikat yang membida projek ini, yang menunjukkan

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

bahawa antara helikopter-helikopter yang ditawar sama ada Eurocopter ataupun helikopter yang lain, harganya sangat berbeza antara satu sama lain. Ada mereka yang tawar dengan harga yang murah tetapi kita tidak ambil. Ini pun saya tak tahu satu mentaliti apa, seolah-olahnya orang nak pergi beg sekolah, tiga kedai. Satu kedai bagi murah, dua kedai bagi mahal, kita nak beli yang mahal. Saya pun tak reti...

Barang sama?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Barang sama umpama contoh..., sabarlah, baik. Akan tetapi saya nak katakan bahawa dari segi jenis nama sahaja lain tetapi dari segi memenuhi spesifikasi yang dikehendaki oleh TUDM itu adalah merupakan spesifikasi yang sama. Baik, itu dalam konteks mereka yang membida projek ini. Akan tetapi apa yang dibuat oleh kerajaan Brazil, apa yang disebutkan tadi dan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rembau. Saya nak jawab bahawa, apa yang dibeli oleh Brazil ialah 50 buah, yang dibeli oleh Brazil dengan 50 buah dengan jenis yang sama, Eurocopter yang sama. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Eurocopter ini ada dua, yang dikatakan lain itu. Yang pertama, EC225 dan EC725. Yang kita beli ini EC725 dan Brazil pun beli EC725, EC725 ini ia mengandungi spec military, keperluan untuk military, pertahanan, padahal kita nak ganti Nuri. Nuri ini walaupun mungkin ia ada spec military ...

Tuan Yang di-Pertua

[Menyampuk]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, saya nak habiskan dengan tajuk ini sahaja. Saya menghormati Tuan Yang di-Pertua, saya nak habiskan tajuk ini, saya akan landing, insya-Allah, supaya jangan ada pertembungan, nanti crash bahaya... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, Nuri ini tugasnya ialah pengangkutan, penghantaran recce dan sebagainya. Mungkin ia ada spesifikasi military dari segi beberapa keperluan tetapi ia tidak ada weapon, tidak ada peluru berpandu. Akan tetapi yang kita nak beli ini, ini satu persoalan, apa keperluan kita nak beli pertama sekali EC725 yang ada weapon? Siapa kelmarin kata nak tabur baja, ada ke pula beli weapon nak tabur baja, menipu lok lak juga.... [Ketawa] Tahulah Yang Berhormat Arau, Arau tidak ada, nanti kasihan pula bendang banyak. Saya nak katakan bahawa apa keperluan untuk kita beli EC725 yang merupakan keperluan military, ia ada weapon, ia ada machine gun. Yang jenis tembak peluru apa nama? Ia ada radar untuk mengesan dan sebagainya. Sedangkan kita nak ganti Nuri ialah untuk memenuhi keperluan pengangkutan, recce, itu sahaja. Sepatutnya cukup kita beli EC225, EC225 ini badan sama, cuma yang berbezanya ialah weapon dengan machine gun dan sebagainya iaitu spec military. Itu pun saya katakan bahawa kita beli dengan harga lebih tinggi daripada Brazil, Brazil beli 50 buah, kita beli 12 buah. Saya ingat Menteri Kewangan ini boleh pergi belajar daripada Menteri Kewangan Brazil lah, macam mana dia beli. Baik, saya nak katakan kalau pun kita nak beli yang ada weapon, saya telah buat satu kajian, kalau pun kita nak beli yang ada weapon. Kalau dari segi kebijaksanaan beli, kita kena beli EC225 tetapi kita beli dia punya alat itu untuk kita pasang asing. Maknanya kita boleh menjimatkan dengan harga yang lebih murah. Baik, itu satu, ini nak ajar depa ini bagi cerdik... [Ketawa] Yang kedua, saya nak sebut bagaimana kebijaksanaan Brazil. Dia beli walaupun 50 buah, lebih murah daripada harga yang kita beli, kita beli RM2.301 bilion. Baik, dia beli dengan syarat, dia letak syarat, saya ada tarikh perjanjian yang telah pun disebut antara pihak Perancis dan pihak Brazil. Dia beli letak syarat, syaratnya hang kena mai pasang di negeri aku. Ini macam offset, hang kena pasang di negeri aku. Maknanya buka kilang, pasang, ambil pekerja dari segi pembangunan ekonominya, saya katakan ini lebih bijak. Ini kita beli seketul, seketul, seketul Tuan Yang di-Pertua, minta maaf... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Mesti prihatin juga pada orang Sabah kerana dia tak faham.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kita beli seketul mai, helikopter itu, kita tidak dapat manfaat apa-apa. Sebab itu saya nak balik kepada apa yang pernah saya bangkitkan dalam Parlimen ini, sebelum ini iaitu waktu kita beli Sukhoi, Rusia tawarkan dalam offset nya ada 29 item pemindahan teknologi, transfer of technology, tidak ada satu pun yang ditawar untuk angkasawan, tidak ada satu tapi kita ini terhegeh-hegeh kerana kami tak mahu hak transfer of technology ini, kita mahu angkasawan. Ini hantar seorang lagi, tak tahu jadi kah tak jadi, ekonomi dah teruk ni, tak akan nak hantar lagi. Kalau tak hantar juga, saya kata aniaya kawan tu, dia dah mengaku kata dia nak pergi. Syarat hendak pergi jangan kahwin, syarat hendak pergi jangan kahwin. Kawan sudah tidak kahwin setahun sudah apa hal?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat tadi mahu landing sudah, ini attitude lebih daripada ini. [Ketawa]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, baik sekejap.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Bila ribut tidak boleh landing kena terbang balik.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Fasal awan tebal, awan tebal jadi dia ada gegaran.

[Bangun]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini pun awan tebal, ya sila. Jangan panjang sangat.

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Yalah tadi saya dengar perbahasan daripada Yang Berhormat Pokok Sena kata kenapa negara kita mahu beli besar sangat EC725 kan. Yang Berhormat Pokok Sena cadang kita sepatutnya beli EC225 sudah. Ada perbezaan fasal senjata api semua, spec-spec semua. Saya mahu minta pandangan sedikit daripada Yang Berhormat, kalau kita semua tidak bersedia kalau sehari negara kita kena attack sampai masa itu kita baru cari helikopter masukkah? Macam mana kita hendak buat? Minta pandangan sedikit. Ha ini mana boleh tumpang-tumpang ini, ha pandangan macam mana? Ataupun kita biar dia orang siapa-siapa hendak serang kita kasi serang sahaja.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat daripada Bintulu. Ini pun pergi Taiwan juga, [Ketawa] produk Taiwan. Saya bersetuju bahawa persediaan peralatan kita...

Tuan Yang di-Pertua boleh minta laluan sedikit tidak?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak jawab, saya hendak jawab.

Tuan Yang di-Pertua

Baru juga lalu mahu lalu lagi.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ha mahu lalu lagi mana boleh.

Tuan Yang di-Pertua

Dari tadi, tak landing ini.

Tuan Yang di-Pertua, dia cerita Taiwan. Saya mahu bagi tahu kalau Taiwan tidak cantik apa fasal Pakatan Rakyat pun ikut belakang mari sekali hendak cari, cari sama kita sampai tengah malam pun cari.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena, sila, sila. Ini mahu terbang balik tadi saya nampak.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya ya ya. Tidak, saya pun hairan juga bulan puasa ini Tuan Yang di-Pertua, Allah Taala kata hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah takut kepada Allah bukan takut dekat tarikh. Ini takut dekat tarikh lari apa pula ini? Baik, baik, baik.

Tuan Yang di-Pertua

Ini berdialog sudah ini.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya baik. Tuan Yang di-Pertua tadi berkaitan dengan soal keperluan pertahanan. Memang kita harus ada persediaan tersebut. Yang Berhormat Bintulu kata, apa hendak tunggu orang serang kita kah, hendak tunggu orang serang kita? Baik saya berhujah tadi saya tidak menolak keperluan pertahanan. Saya berhujah asalnya hendak ganti Nuri. Nuri tujuan, tujuan asal hendak ganti Nuri. Fungsi Nuri ialah untuk pengangkutan penghantaran reeky. Itu yang harus difahami sebab itu saya katakan bahawa kalau kita pun hendak dapat harga yang lebih murah kita beli EC225 kemudian peralatannya kita beli untuk kita pasang sendiri, kita pasang asing. Ini dibuat oleh kebanyakan negara supaya kita mendapat dengan harga yang murah tetapi saya katakan bahawa kita boleh beli EC725. Sepatutnya kita kena mencontohi Brazil iaitu dia beli dengan harga yang lebih murah dan dia mendapat manfaat yang banyak dari segi pertumbuhan ekonomi dalam negaranya. Ini berupa keperluan, sebab itu saya katakan bahawa kalau dari sudut untuk menghadapi pertahanan...

Boleh lagi?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...kita ada Sukhoi, kita ada Sukhoi.

Yang Berhormat Pokok Sena boleh lagi?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sukhoi bukan puak tungku bukan cucuck puak tungku, Sukhoi. Kita ada Sukhoi kita sudah ada keperluan mencukupi untuk berhadapan dengan musuh yang mungkin melanda kita. Sebab itu saya katakan bahawa ini persoalan yang harus dijawab sebab saya hendak katakan bahawa perbezaan antara EC225 dengan EC725 saya hendak sebut sahaja dari sudut power plannya, perbezaannya power plannya ialah dari segi turbonya 1,798 kilowatt. Sedangkan EC725 dia hanya power plannya iaitu sebanyak 1,800 kilowatt. Kemudian dari sudut speed dia, speed dia...

Speed apa?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Speed dia iaitu 161 mph iaitu EC225 sedangkan EC725 dia punya speednya 177 mph.

225 sama 725 perbezaan boleh angkat berapa berat adakah?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi saya hendak sebut bahawa perbezaannya sangat tidak banyak. Sebab itu kalau atas keperluan untuk recce untuk pengangkutan saya katakan bahawa spec EC225 itu lebih menepati kepada keperluan untuk ...

Berapa berat boleh angkat?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...untuk...

Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua saya tidak bagi laluan macam mana dia ini?

Ha itulah hendak celah, kita, tak mahu bagi, tidak boleh.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya rasa...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena, control tower dari tadi suruh landing. [Ketawa]

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oh minta maaf, ya ya ya. Saya bukan tidak hendak bagi Yang Berhormat Bintulu, Tuan Yang di-Pertua pun saya harus hormat, Yang Berhormat Bintulu pun rakan saya. Kita pun sama-sama jadi sama-sama hormat tetapi saya hendak sebutnya saya pun tidak tahu Yang Berhormat Bintulu ini fasal dia dok tanya sangat banyak-banyak ini dia ada syer ke dalam syarikat tersebut?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia sebahagian daripada pemegang syer dalam agen yang hendak bawa Eurocopter ini.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya ingat, betul,betul, betul.

Yang Berhormat Pokok Sena tarik balik! Apa saya ada syer, syer apa? Ini sangkaan jahat ini buat fitnah ini, apa syer, apa saya syer?

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya kata kemungkinan ada.

Apa kemungkinan!

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kalau tidak ada tidak apalah.

Jangan ulang balik, ulang balik.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Okeylah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai.

You Padang Serai diam, teruk! Ini tidak kena mengena sama you! Saya sama Pokok Sena.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, Bintulu. Yang ini sudah mulai helikopter semua terbang control tower pun tidak dipeduli, susah ini.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sabar, sabar saya jelaskan.

Bukan sabar kita boleh celah tetapi janganlah tuduh mungkin dia ada syer kah, ini tidak baik.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Okey okey okey.

You ingat satu kita sama-sama sembahyang satu hari Tuhan marah kita susah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Apa fasal marah?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Apa fasal marah bila sebut syer?

Itulah sebab jangan ada senjata dalam helikopter.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sebab itu saya cukup hormat maknanya Bintulu dia cukup dia tidaklah membawa budaya Taiwan ke Parlimen Malaysia. Baik akhirnya saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan. Apakah betul agen ataupun syarikat yang Eurocopter itu menawarkan RM23 bilion? Apakah itu harga sebenar yang ditawarkan? Saya minta kerajaan untuk mendedahkan daripada awal berapa harga sebenar yang ditawar oleh Eurocopter, saya hendak tahu sebelum komisen. Saya ada maklumat kepada saya tetapi saya hendak minta ketelusan daripada kerajaan memberitahu berapa harga yang sebenarnya. Sekian terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih duduk. Saya ingatkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat saya memang perhatikan daripada pagi tadi dari kelmarin, ini sangkaan-sangkaan jahat ini. Yang Berhormat Lawas.

Tuan Henry Sum AgongPBB · GPSLawas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan Bajet 2009. Tahniah dan terima kasih kepada kerajaan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang membentangkan satu bajet yang pragmatic dan berwawasan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Tuan Yang di-Pertua, rakyat khasnya di kawasan yang kurang membangun seperti di Sarawak dan Sabah berharap agar melalui bajet tahun hadapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan yang berjalan sekarang, wilayah, kawasan dan kampung yang kurang mendapat perhatian selama ini

Tuan Henry Sum AgongPBB · GPSLawas

akan dibangunkan dengan kemudahan dan infrastruktur asas yang diperlukan selaras dengan matlamat pembangunan seimbang. Jika tidak mereka akan terus ketinggalan di belakang dan tidak dapat bersaing dengan sesama rakyat Malaysia yang lain yang sudah maju. Oleh yang demikian saya merayu kepada kerajaan supaya melaksanakan projek-projek yang sudah diluluskan di kawasan berkenaan dengan kadar segera. Janganlah kiranya kerajaan menarik balik, membatal atau menangguhkan pelaksanaan projek-projek tersebut dengan alasan ekonomi tidak baik. Rakyat telah bersabar, menunggu sekian lama adalah tidak wajar sekiranya projek yang sudah dilulus di kawasan mereka ditarik balik. Sehubungan dengan ini saya ingin bertanya kepada kementerian berkenaan bilakah projek di bawah kawasan Parlimen saya di Lawas seperti berikut dilaksanakan: (i) hospital baru daerah Lawas. Projek ini dijadualkan untuk dilaksanakan pada tahun ini tetapi sehingga sekarang belum ada tanda-tanda ianya dimulakan;dan (ii) CIQ atau Imigresen Check Point Ba’kelalan. Peruntukan RM1 juta seperti yang diluluskan tidak mencukupi kerana lokasi projek jauh berdekatan sempadan Sarawak Indonesia. masalah perhubungan dan kos pengangkutan yang tinggi perlu diatasi. Mohon peruntukan ditambah sekurang- kurannya RM2 juta lagi menjadikan jumlah RM3 juta;

Tuan Henry Sum AgongPBB · GPSLawas

(iii) Jalan Raya Long Semodoh–Bakelalan. Jalan raya ini diluluskan dengan hanya token fund dengan izin, sebanyak RM25 juta, sedangkan peruntukan yang diperlukan lebih daripada RM500 juta. Mohon supaya kerajaan menyediakan peruntukan untuk pelaksanaan projek ini walaupun secara berperingkat-peringkat; (iv) Pusat Jakina Daerah Lawas. Projek ini telah dilancarkan ataupun dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sendiri dalam tahun 2006 sehingga sekarang belum ada perkembangan selanjutnya; (v) Extension to Bario Airport dengan izin. Projek ini sangat diperlukan untuk menampung pendaratan kapal terbang yang lebih besar dan kerap ke Bario; dan (vi) Bekalan elektrik dan air di kawasan-kawasan yang tidak terkandung di bawah grid dan JKR. Projek ini amat diperlukan di kawasan seperti Bario, Bakelalan, Long Semodo dan Long Llellang. Penduduk di kawasan tersebut sedang menunggu pelaksanaan projek tersebut yang sudah pun dipersetujui kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, inilah di antara projek-projek yang sudah diluluskan di kawasan parlimen saya dan sepertimana saya nyatakan dalam ucapan awal saya. Saya minta supaya kesemua projek ini dilaksanakan mengikut jadual. Tuan Yang di- Pertua, akibat kenaikan harga minyak dan barang-barangan keperluan harian, penduduk di kawasan saya juga terjejas. Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal jauh di pedalaman kerana perlu menanggung kos pengangkutan yang tinggi. Barang seperti bahan binaan, makanan dan lain-lain perlu diangkut melalui udara dan jalan balak menambahkan kerumitan para pengguna. Saya mencadangkan agar kerajaan mengenal pasti jalan balak yang diguna pakai oleh penduduk tempatan dan menyalurkan sedikit peruntukan untuk menyelenggarakan jalan tersebut supaya dapat dilalui atau diguna pakai sepanjang masa. Apa yang berlaku sekarang selepas pembinaan jalan tersebut oleh pihak pembalakan jarang ada kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan. Ini menyukarkan pengguna jalan. Selain itu, saya minta Syarikat MASwings yang mengendalikan penerbangan ke Bario, Ba’kelalan, Long Lellang, dan Long Banga menambahkan kekerapan penerbangan ke destinasi tersebut untuk memberi kemudahan dan

Tuan Henry Sum AgongPBB · GPSLawas

keselesaan kepada pengguna dan penumpang. Terutama penduduk di kawasan berkenaan minta diadakan penerbangan langsung ataupun direct flight dari Miri ke Ba’kelalan dan Bario selain menambahkan penerbangan ke destinasi lain. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini pada bulan lepas berlaku satu kemalangan melibatkan pesawat MASwings iaitu Twin Otter terhempas di Ba’kelalan semasa pendaratan kecemasan. Mujur kesemua penumpang di dalam pesawat terselamat. Dari pengamatan orang ramai, pesawat MASwings yang diguna pakai untuk pengangkutan orang awam adalah terlalu lama dan bagi keselamatan para penumpang pihak berwajib haruslah mengambil perhatian serius terhadap perkara ini dan langkah diambil untuk menggantikan pesawat lama dengan yang baru. Untuk mengatasi masalah pengangkutan di Sarawak dalam tempoh masa yang panjang saya mencadangkan agar kerajaan mengadakan laluan dan kemudahan pengangkutan kereta api di Sarawak. Langkah ini akan dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban yang terpaksa dipikul oleh rakyat akibat kos pengangkutan atau tambang yang terlalu tinggi. Contohnya bagi seorang pelawat dari Lawas di utara Sarawak ke Kuching dan bayaran balik yang dikenakan oleh MAS sekitar RM1,000 dan ini tidak termasuk penginapan dan lain-lain. Tuan Yang di-Pertua, semasa rombongan kami melawat ke Taiwan tempoh hari, kami telah menggunakan kereta api laju atau bullet train dari utara ke selatan negara itu. Kadang kala laluan train mereka terpaksa melalui terowong atau tunnel yang agak panjang juga. Saya sedar bahawa kemudahan seperti ini wujud di negeri Sabah dan juga di Semenanjung dan rakyat menyambut baik dan menikmati kemudahan yang disediakan kerajaan. Oleh yang demikian, saya berharap kemudahan kereta api untuk rakyat Sarawak dapat direalisasikan tidak lama lagi. Tuan Yang di- Pertua, kelulusan projek mega iaitu SCORE di Sarawak oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada awal tahun ini membawa harapan besar kepada negeri dan rakyat Sarawak. Projek ini membuktikan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional kepada Sarawak. Jika terlaksana nanti akan memberi impak ke seluruh Sarawak serta memperkukuhkan ekonomi. Saya berharap projek ini dapat dilaksanakan sepenuhnya mengikut jadual. Tuan Yang di-Pertua, saya telah membangkitkan dalam persidangan Dewan yang mulia ini semasa persidangan lepas mengenai pembayaran elaun hidup susah untuk pegawai dan kaki tangan kerajaan yang bertugas di kawasan pedalaman. Di kawasan saya elaun ini tidak dibayar secara saksama kepada semua pegawai dan kaki tangan kerajaan. Contohnya kaki tangan Jabatan Kesihatan yang bertugas di kawasan yang sama dengan rakan-rakan dari Jabatan Pelajaran tidak dibayar elaun hidup susah. Saya minta kementerian berkenaan untuk menyemak dan mengambil tindakan perlu terhadap perkara ini supaya tidak menjejaskan prestasi pegawai-pegawai yang berkenaan. Saya menyokong, sekian terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu. Selepas Yang Berhormat Batu saya akan panggil sebelah kanan selepas kiri. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Selepas Yang Berhormat Batu saya akan panggil sebelah kanan, lepas itu sebelah kiri lagi ya. Sila

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini saya ucapkan terima kasih kerana dapat menyertai perbahasan belanjawan 2009 ini. Belanjawan atau bajet adalah alat kerajaan yang paling utama untuk merancang masa depan ekonomi negara. Bajet merupakan satu foundation untuk proses untuk melaksanakan program pembangunan agar sasaran ekonomi dapat dicapai dengan tepat. Sasaran-sasaran ekonomi yang kita semua sanjungi selain daripada kebajikan, kesejahteraan dan kesaksamaan rakyat. Bajet yang tepat mencapai sasaran menunjukkan kecekapan dan keprihatinan sesuatu administration. Ia juga mencerminkan kebijaksanaan kepimpinan kerajaan. Dari bajet kita membaca pendekatan kerajaan terhadap ekonomi kita dapat memahami apa falsafah pengurusan ekonomi pemimpin negara. Perancangan bajet yang baik amat penting bagi ekonomi yang amat penting khususnya yang paling utama sekali dalam keadaan ekonomi menghadapi kekurangan

sumber ia menjadi lebih kritikal bila sebuah negara menghadapi kegawatan yang serius. Rakyat dan pelabur makin kecewa dengan sikap penafian oleh pengurus- pengurus ekonomi kita. Sekian lama Kerajaan Barisan Nasional kekal dengan jangkitan denial syndrome yang tidak mahu mengakui kelemahan dalaman struktur pengurusan ekonomi negara. Sehingga ke hari ini Menteri Kewangan menyatakan fundamental ekonomi negara kita masih kukuh. Apakah alasan Menteri Kewangan menyatakan begitu. Saya masih ingat sepuluh tahun yang dulu semasa rantau ini dilanda dengan krisis kewangan dalam bentuk keruntuhan mata wang dan saham. Pemimpin negara mengambil sikap yang sama menafikan dampak krisis tersebut.

Menteri Kewangan semasa itu dan juga Perdana Menteri semasa itu juga berasa confident kita boleh mengatasi, tetapi ternyata dari sejarah kita tahu penafian itu bukan ubat untuk menyelesaikan masalah. Hari ini Menteri Kewangan menyatakan bahawa Malaysia seolah-olah mempunyai foundation yang cukup untuk dikecualikan dari malapetaka krisis kewangan dunia. Akibatnya rakyat Malaysia akan menjadi tidak membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi keadaan serius dalam krisis dunia. Krisis ekonomi dunia yang kita berdepan hari ini adalah satu fenomena yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia moden. Alan Greenspan, mantan Ketua Rizab Pusat Amerika Syarikat menggambarkan krisis ini krisis yang paling teruk dalam 100 tahun. Pengarah MIER memberi amaran bahawa krisis kali ini berbeza dengan 1997 dan 1998. Menurut beliau, dengan izin, “It is not something that we saw in 1997, 1998 ASEAN financial crisis where is so sharp contractions and sharp recovery.” MIER dan Bank Negara telah meminda anggaran pertumbuhan ekonomi. MIER ramalkan kejatuhan kadar pertumbuhan serendah 3.4 untuk tahun depan. MIER juga ramalkan kadar defisit yang lebih tinggi daripada yang dijangka dalam bajet yang kita bahas hari ini. Ini bukan satu ramalan yang cuba menakutkan. Mengikut Business Condition Survey yang dilakukan oleh MIER yang melaporkan bahawa business contractions adalah sekarang dalam tahap yang paling rendah. Indicator Consumer Sentiment Index juga menunjukkan satu tahap yang rendah yang di mana digambarkan oleh MIER sebagai earned vote of no confidence, dengan izin. Jelasnya MIER bukan satu badan yang bertujuan politik dan bukan peranannya untuk menasihatkan kita, Ahli-ahli Parlimen untuk menggubal bajet. Akan tetapi ini adalah tanggungjawab kita sebagai anggota Parlimen untuk mengusahakan supaya perubahan ini dilakukan supaya kita boleh menawarkan kepada rakyat dan dunia satu bajet yang meyakinkan. Ahli-ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh mengambil sikap burung unta. Kita tidak boleh membohong diri sendiri dan harap krisis ini akan hilang begitu sahaja. Sambil kerajaan menafikan dampak krisis, kerajaan melakukan pelbagai dasar ad hoc, dengan izin, dan juga reaksi knee-jerk terhadap krisis global ini. Semalam Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri umumkan peruntukan RM5 bilion untuk dana bailout dalam Valuecap. Menteri Kewangan mungkin memberitahu Ahli-ahli Parlimen bahawa tidak perlu kita berbahas dana Valuecap ini kerana peruntukan ini bukan datang dari bajet tetapi datang dari KWSP. Kerajaan bertegas bahawa Malaysia tidak ada masalah. Pada masa yang sama meluluskan capital injection RM5 bilion ini kepada Valuecap. Secara teori, saya tidak tolak keperluan untuk menyediakan dana bailout, tetapi kerajaan telah mengambil wang simpanan rakyat. Kementerian seolah-olah memakan keringat pekerja dan tanpa konsultasi dengan kesatuan sekerja, kesatuan majikan dan wakil-wakil mereka. Ini adalah satu amalan yang telah dilakukan sebelum ini. Kita mengambil wang KWSP pada tahun 90-an, kita menggunakan untuk pelbagai bailout tetapi akhirnya terbukti wang ini tidak kembali kepada ahlinya dengan nilai yang sepatutnya. Banyak negara lain juga mengesyorkan pakej penyelamat. Perbahasan kini berpusat di antara dua pendekatan yang berbeza sama ada kerajaan atau pakej penyelamat ini seharusnya menyelamatkan syarikat-syarikat dan bank-bank yang merupakan satu moral hazard, dengan izin, atau kita menyelamatkan pengguna dan pekerja-pekerja yang menghadapi risiko inflasi dan pengangguran. Jelasnya Malaysia

kali ini juga mengambil pendekatan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat dan bank- bank. Isu pokok di sini adalah isu akauntabiliti. KWSP bertanggungjawab terhadap 11 juta ahli yang bergantung kepada dana ini sebagai jaminan masa tua. Apakah kriteria atau garis panduan yang disusun oleh kerajaan untuk memastikan Valuecap melabur dalam sektor dan syarikat yang benar-benar mempunyai nilai dan akan membawa return yang munasabah kepada KWSP. Kita tidak yakin kerana dalam pengalaman yang lalu, kita telah menyaksikan kroni-kroni yang mempunyai perhubungan erat dengan kuasa-kuasa politik tertentu diselamatkan dan akhirnya yang menanggung itu adalah rakyat dan adalah kerajaan. Kerajaan sepatutnya menggunakan peluang ini, krisis ekonomi ini sebagai satu peluang untuk penstrukturan semula ekonomi kita. Kita tidak harus kekalkan sistem yang tidak transparent, sistem pilih kasih di mana hanya kroni-kroni tertentu yang berkaitan dengan politik diselamatkan. Jika kementerian yakin dengan pulangan yang memuaskan dari Valuecap, jika kementerian yakin value ini dapat dikekalkan, bukankah itu adalah satu tindakan yang lebih bertanggungjawab jika Menteri Kewangan revised bajet ini supaya dana itu datang dari dana kerajaan dan bukan dari wang simpanan pekerja-pekerja. Tindakan Menteri Kewangan ini tidak sama sekali meyakinkan pekerja-pekerja yang telah melaburkan wang bersara mereka dalam KWSP dan ini adalah satu perkara yang serius. Kita telah melalui perbahasan ini pada tahun 90-an dan kita tidak harus mengambil pengalaman itu dan mengulang kesilapan yang sama. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, krisis ekonomi di depan kita dalam konteks Malaysia sebenarnya lebih menjuruskan krisis keyakinan. Saya ingin tegaskan bahawa isunya bukan sahaja keyakinan terhadap kepimpinan tetapi juga terhadap institusi negara. Perkara ini melibatkan tiga aspek yang penting: (i) sistem penyampaian; (ii) sistem penguatkuasaan; dan (iii) sistem kehakiman. Kita sudah banyak dengar ucapan-ucapan dalam Dewan ini tentang sistem penyampaian. Orang Barisan Nasional pun juga banyak sebut perkara ini. Saya tidak mahu ulang dan tidak mahu menegaskan pentingnya kita harus mengemaskan sistem penyampaian ini, tetapi yang saya ingin tumpukan dan juga mengambil perhatian ialah isu kehakiman. Tuan Yang di-Pertua, kehakiman negara kita dicemari oleh insiden-insiden campur tangan politik. Ini bukan perkara baru sejak krisis kehakiman tahun 1988, imej sistem kehakiman tidak pernah dipulihkan, malah keadaan menjadi lebih teruk bila Malaysia dikejutkan oleh pendedahan pita Lingam. Yang mana satu commission, satu suruhanjaya telah dibentuk tetapi sehingga hari ini cadangan suruhanjaya itu belum dilaksanakan.

Kewibawaan kehakiman negara kita adalah salah satu isu hangat dalam PRU yang lalu. Topik ini sudah tentu menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat. Inilah sebabnya Perdana Menteri menyatakan sebelum beliau bersara pada bulan Mac 2009 salah satu hasrat utama beliau ialah reformasi sistem kehakiman bagi memastikan kebebasan dan keutuhan kehakiman. Ini adalah satu pengakuan bahawa sistem kehakiman kita belum sampai kepada satu taraf yang memuaskan. Dalam perspektif dunia dan rakyat campur tangan politik merupakan ancaman kepada kewibawaan kehakiman. Satu survey yang diumumkan oleh Transparency International atau TI Malaysia semalam, 21 Oktober. Studi ini dibuat di kalangan peguam-peguam Malaysia yang mendedahkan satu gambaran yang amat mencurigakan dan membimbangkan. Seramai 94% responden dalam survey ini berpendapat, sistem judiciary tanah air kita selalu dan sentiasa dipengaruhi oleh kuasa- kuasa kerajaan dan juga dicemari oleh budaya rasuah. Sebanyak 15% menganggap amaran menerima rasuah sering berlaku dalam sistem kehakiman. Seramai 91%

responden menganggap, proses kehakiman di mahkamah-mahkamah atasan ini adalah satu perkara yang biasa iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan. Ini adalah satu tanda yang amat membimbangkan dan kalau kita tidak melakukan sesuatu, keadaan dalam negara ini akan menjadi lebih teruk. Tuan Yang di-Pertua, dalam website baru-baru ini ada artikel yang mendedahkan atau boleh dikatakan kita mensyaki ada lagi insiden-insiden campur tangan kepimpinan tertinggi terhadap sistem kehakiman kita. Berikut adalah mesej teks di antara dua handphone iaitu handphone bernombor 012-2143177 dan handphone bernombor 012-3257052. Handphone yang pertama dikatakan oleh website ini milik seorang pemimpin tertinggi dalam parti pemerintah yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri. Handphone yang kedua milik seorang peguam terkenal Dato’ Shafie Abdullah yang pernah menjadi seorang peguam bela kepada seorang suspek yang tidak bercita- cita menjadi Perdana Menteri. Saya ingin bacakan sedikit petikan daripada teks handphone supaya kita mendapat penjelasan bahawa sama ada campur tangan dalam kehakiman ini terus berlaku sampai hari ini ataupun tidak. Ini adalah teks yang dipetik pada tarikh 10 November 2006, jam 3.14 minit.

“Any news about RB?” Jawab: “Dato’ Seri, negotiating for conditional release. If not, police need two or three more days extension. I suspect it’s an exercise in public relation as they do not want public to think a VIP was given an easier time. Being VIP under this condition is a liability otherwise we are on track according to plan. Salam - Shafie” Dengan izin saya harus bacakan dalam bahasa Inggeris kerana teks ini dalam bahasa Inggeris. Jawab: “Thanks. He is very stressful according to his wife and would be a huge help if he could get a conditional release latest by Sunday. Please do not say anything to the Press today, I’ll explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost” Jawab: “Okey. Thank you”.

“Dato’ Seri, it is important you speak to Yusuf Zainal Abidin as he knows the law a lot better in the chambers. I am confident he is concern with the negligible evidence against Razak. The Raja Mahani and Tengku Ariston cases ought to be the guiding criteria for AG. They cannot afford another scandalous lost by the prosecutors as in Norita, Ariston and Datuk Baghwan etc.” Jawab dari handphone pertama: “Ok. We’ll try. Meanwhile try to console the wife. She is hysterical.” Shafie kepada handphone itu….

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, I would just like to remind you in the Peraturan Mesyuarat 36(12). Peraturan Mesyuarat 36(12) menyatakan bahawa you will be held responsible kalau sekiranya apa yang dibacakan tadi itu adalah tidak benar atau tidak...

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Kedua, saya sedang memikirkan bahawa apa yang disebutkan di sini is a conversation between two individuals yang kita tidak tahu kesahihannya.

Ya. Itu yang saya ingin...

Tuan Yang di-Pertua

It’s so worrying...

Saya ingin come to that point. Okey saya akan hentikan di sini sebab ada berapa teks yang penting tetapi the gist of the incidence...

Tuan Yang di-Pertua

People will ask. Nanti kalau ada orang yang tanya macam mana you get hold all of these, macam mana you dapat, are you snooping... A lot of implication...

Tujuan saya bacakan petikan tadi adalah kerana ini adalah satu perkara yang serius dan kerajaan juga mengakui dan mengiktiraf bahawa website dan internet ini memainkan satu peranan yang penting dan saya juga mengesyorkan bahawa website mana-mana pun harus bertanggungjawab. Perkara ini kita bangkitkan adalah kerana dalam insiden yang lalu bila website tertentu menyebarkan khabar seperti ini, khabar tentang campur tangan politik, khabar tentang rasuah, akhirnya terbukti adalah sahih. Saya tidak boleh memastikan sama ada SMS- SMS ini betul ataupun tidak atau berita ini adalah satu berita yang sahih tetapi ini adalah satu perkara yang serius kerana ia disebarkan di kalangan rakyat dan kita merayu kepada kepimpinan supaya menghentikan..., put a stop to this, dengan izin. Kalau boleh mengeluarkan satu statement yang konklusif menafikan perkara ini berlaku. Point saya adalah isu kehakiman. Kehakiman kita tidak dapat pulih selagi orang ramai percaya kepada website dan orang ramai tidak dapat satu gambaran yang telus supaya kita boleh secara yakin boleh menyatakan, semua pengurusan ekonomi kita, pengurusan kehakiman kita dan politik ini dijalankan di mata rakyat dengan telus dan bertanggungjawab. Itulah sebabnya kita harap krisis ini, kalau kita ingin menangani krisis ini, kalau kita harus menghadapi satu tsunami ekonomi yang besar, rakyat Malaysia harus bersatu dan perpaduan; dan unity ini tidak datang secara percuma. Ia datang dengan give and take daripada kedua-dua pihak; pihak kerajaan, pihak pengurusan dan pemerintahan harus mempertingkatkan taraf ketelusan dalam pengurusan ekonomi. Dalam isu pembahasan harus secara ikhlas berkongsi maklumat, berkongsi pendapat dan sentiasa menerima kritikan tetapi keadaan ini kita perlu lihat ia berlaku.

Dalam isu ini memang saya sangat khuatir. Bila kita sebut ketelusan kita banyak bincang tentang bajet. Ini satu point yang saya mahu tegaskan. Saya telah meminta pihak DBKL sebagai Ahli Parlimen Batu iaitu salah seorang Ahli Parlimen dalam Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan satu bajet Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tapi sehingga hari ini DBKL enggan menunjukkan bajet dan juga enggan mengumumkan atau menghantar kepada Ahli Parlimen. Kalau boleh kata ini confidential hanya untuk Ahli-ahli Parlimen, tapi kita lihat di dalam pengamalan practice democracy tidak munasabah ada satu wilayah yang menerima bajet yang begitu besar, baik kita lihat semua negeri. Mahupun Selangor, Pahang, Johor, rakyat ada akses kepada bajet tapi DBKL seolah-olah berkecuali. Dia imuniti. Apakah imuniti yang kita beri kepada DBKL dan Datuk Bandar supaya bajetnya bukan sahaja tidak dapat dibahaskan tetapi tidak diketahui oleh awam. Ini menunjukkan kontradiksi yang besar. Pada masa yang sama kita mahu rakyat berkorban, bersedia untuk menghadapi krisis ekonomi. Pada masa yang sama kita tidak dapat satu gambaran yang tepat. Ini menunjukkan keadaan kita tidak mempunyai dasar yang uniform, dasar yang selaras. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh, berapa minit lagi saya, ada berapa minit?

Tuan Yang di-Pertua

Enam, tujuh minit lagi.

Enam, tujuh minit, okey. Saya tak banyak lagi. Kita menghadapi satu keadaan biasa dan kita memang harap keadaan sekarang ini kita boleh mengetepikan perbezaan politik, perbezaan ideologi supaya Parlimen ini khususnya dalam sesi ini kita dapat membahas, apakah cara yang paling baik untuk menyelamatkan ekonomi. Bagi saya bajet yang dikemukakan sekarang kekurangan safety net untuk membantu golongan-golongan yang kurang bertuah. Memang betul kerajaan cuba menunjukkan satu gambaran seolah-olah bajet ini mesra rakyat, tapi safety net ini berbeza dengan mesra rakyat. Kita boleh bagi banyak bonus, kita boleh bagi banyak wang cash, tunai untuk sesuatu tetapi safety net ini merupakan satu perkara yang struktur, kita sepatutnya ada bantuan untuk orang yang menganggur, bantuan kepada peniaga-peniaga kecil bila mereka menghadapi kesulitan bayaran loan atau pembeli-pembeli rumah kos rendah dan pelbagai lagi. Inilah sebab kita harap bajet ini dapat dikaji semula supaya bajet ini lebih menjurus kepada bajet krisis, bukan bajet yang merupakan selalu menuduh pembangkang itu

populis tapi bagi saya banyak ciri yang populis dan tidak lagi sesuai dalam keadaan sekarang dan keadaan potensinya kita menghadapi krisis. Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Tuan Yang di-Pertua, kita menyaksikan bukan sahaja kita tidak mendapat muafakat di dalam Dewan ini di kalangan pembangkang dan juga parti pemerintah, kita juga menyaksikan dengan sangat membimbangkan kontradiksi di dalam Barisan Nasional makin serius. Setelah tsunami politik Mac 2008 nyatanya parti-parti pemerintah masing-masing mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri sendiri tanpa memikirkan survival pasukan atau survival negara kita. Dalam empat bulan mutakhir yang paling kerap kita dengar ialah parti komponen sibuk mencari kambing hitam menyalahkan satu sama lain. MCA, Gerakan salahkan UMNO, UMNO mainkan sentimen perkauman, sehingga Perdana Menteri pun menjadi korban kempen cari kambing hitam. Usaha ini tidak dapat menyelesaikan masalah negara. Mungkin ia akan melegakan masalah dalaman parti, tapi kalau kita melihat di luar batasan parti kita harus mengakui keadaan negara kita dalam keadaan yang serius dan tindakan segera harus dilakukan dengan cepat. Kita perlukan satu formula baru. Jelasnya formula ini yang terdiri daripada parti-parti pemerintah, yang terdiri daripada parti-parti perkauman tidak dapat membimbing atau memimpin negara kita ke abad yang baru dan juga menghadapi krisis dunia dalam kemelut yang serius. Itulah sebab kita harus imbas semula apa yang berlaku 10 tahun yang lalu. Dalam 10 tahun yang lalu bila kita menghadapi krisis ekonomi yang keadaannya tidak kurang dari sekarang, kerajaan telah respons bukan sahaja kepada satu pakej ekonomi, tetapi ia berlaku di samping dengan satu kezaliman politik yang serius yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah negara kita. Bukan sahaja Timbalan Perdana Menteri dipecat dan juga kita melihat satu penindasan politik yang ketara sebagai formula untuk menyelesaikan krisis ekonomi 10 tahun yang lalu. Saya tidak mengatakan bahawa ini akan diulang lagi, tetapi yang penting bagi pihak sebelah sana dan juga pihak pembangkang...

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit lagi Yang Berhormat ya.

...Kita harus ingat kalau kita menyaksikan sesuatu kesalahan atau kezaliman dan kita tidak bertindak atau tidak bersuara ini juga menunjukkan bahawa kita bersetuju dengan kezaliman. Saya di sini ingin menegas dan menyeru sekali lagi dalam masa krisis ini adalah masa untuk berhijrah. Hijrah dalam konteks ini bukan sahaja saya seru supaya lompat parti, tetapi hijrah bermaksud kita harus mewujudkan dan membentuk satu formula baru. Formula yang tidak pernah kita cuba untuk mengatasi masa depan negara. Bukan sahaja mengatasi krisis ekonomi ini tetapi kita harus menggunakan kesempatan ini untuk membentuk satu formula, satu cara penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kaum, masalah kronisme, masalah ekonomi dan sistem kehakiman, sistem politik kita dan asas ini harus kita bentuk dari sekarang. Itulah sebab saya seru kepada rakan-rakan di sebelah Barisan Nasional untuk memikirkan semula, adakah cara sekarang formula Barisan Nasional ini adalah masih relevan untuk mengatasi masalah negara kita. Kalau tidak kita harus mula berfikir di luar kotak dan berfikir cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin tegaskan sekali lagi, adalah bukan satu pengakuan kesilapan kalau Menteri Kewangan sekarang membuat satu revision yang ketara untuk memastikan kita di Dewan ini tidak menafikan atau tidak mengecewakan rakyat sebagai wakil rakyat untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat dapat dijaga dalam Dewan yang mulia ini.

Dengan ini, saya sekali lagi menegaskan dengan pendirian Ketua Pembangkang, kita mohon tolak pada masa ini bajet yang telah dibentangkan supaya bajet yang baru boleh dikemukakan sekali lagi. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk berucap dan membahaskan Bajet 2009 dan mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan selepas 29 Ogos yang lalu telah membentangkan bajet bagi tahun 2009. Pada hemat saya, bajet yang telah dibentangkan itu adalah bajet yang mesra rakyat dan kena pada masa dan ketikanya. Sekalung tahniah kepada kerajaan yang selalu mengambil berat dan memberi perhatian terhadap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat disebabkan oleh kenaikan harga dan sedikit sebanyak telah mengakibatkan kesusahan kepada rakyat. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kementerian-kementerian yang telah merangka dan menyusun strategi untuk membantu rakyat biasa untuk memudahkan segala urusan kehidupan dan pekerjaan mereka. Saya berharap segala projek dan perkhidmatan yang diberikan dapat dilaksanakan di semua peringkat iaitu di peringkat federal, negeri dan juga peringkat daerah serta pihak mukim sekalipun supaya rakyat dapat menikmatinya. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak keselamatan negara terutamanya polis, tentera dan agensi-agensi yang bekerja kuat untuk memastikan keselamatan negara lebih terjamin. Saya juga berharap ketegasan dalam membanteras jenayah yang berlaku sekarang ini. Dari segi Langkawi, saya mengucapkan terima kasih kepada PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia atau APMM, TLDM, Kastam, Imigresen dan lain-lain agensi kerajaan yang membantu menarik pelaburan dan menjaga ketenteraman awam sekali gus membantu menarik jutaan pelancong membanjiri Langkawi khasnya dan jutaan pelancong ke Malaysia secara amnya. Tahap keselamatan yang memuaskan ini membantu Malaysia muncul sebagai destinasi pelancongan yang terulung. Dengan harapan ini, maka kita menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya parti pembangkang untuk bersama-sama menjaga ketenteraman dan keharmonian di Malaysia untuk memudahkan rakyat Malaysia mencari makan dan menjalankan urusan seharian tanpa gangguan seperti demonstrasi jalanan dan lain-lain yang mengganggu gugat ketenteraman awam. Berkenaan dasar luar negara, saya adalah seorang yang menyokong kuat terhadap Kerjasama Selatan-Selatan, South-South Dialogue dan juga UE Policy yang merupakan pendekatan untuk menjalin hubungan ekonomi, perdagangan, diplomatik dan keakraban sejagat bersama-sama dengan negara-negara Dunia Ketiga yang lain. Kerjasama Selatan-Selatan adalah merupakan satu teras dasar luar negara di masa lalu yang bertujuan memperkukuhkan kerjasama di antara negara-negara membangun dalam menyatakan pendirian secara bersama di dalam isu-isu antarabangsa dan bilateral demi kepentingan bersama. Ianya juga merupakan satu mekanisme berkesan di dalam mengumpulkan potensi negara membangun untuk bekerjasama menerusi globalisasi, perkongsian pintar dan kepakaran. Dalam hal ini, Malaysia telah banyak meraih keuntungan dari kerjasama ini terutamanya dari segi jaringan ekonomi, perdagangan, diplomasi dan keakraban bersama-sama negara Dunia Ketiga secara bilateral dan multilateral. Dalam sektor ekonomi dan perdagangan, hubungan rapat negara-negara Dunia Ketiga dapat dilihat menerusi Kerjasama Selatan-Selatan yang membolehkan sektor swasta Malaysia mencari peluang dan meluaskan pasaran di negara-negara berkenaan. Dengan ini, maka difahamkan badan-badan swasta iaitu Malaysia South- South Association dan Malaysia South-South Cooperation melalui kerangka kerja Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mempromosikan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan negara-negara Dunia Ketiga yang lain. Dalam aspek diplomasi pula, Kerjasama Selatan-Selatan merupakan satu kaedah yang berkesan dalam membantu Malaysia meraih sokongan dengan pencalonan Malaysia di pertubuhan antarabangsa yang mempunyai kepentingan dan kebaikan kepada negara. Misalnya, Dato’ Razali Ismail bekerja kuat dan mempunyai keakraban yang dicipta maka beliau telah dilantik sebagai Presiden PBB 1991 dan juga Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi NAM dan Pengerusi OIC.

Di samping itu juga, menerusi forum antarabangsa Kerjasama Selatan- Selatan, Kumpulan Lapan, Pertubuhan Negara-negara Berkecuali telah membantu Malaysia menyampaikan pendirian terhadap isu-isu penting kepada negara. Kerjasama ini telah menambahkan hubungan Malaysia dengan negara maju yang lain. Kerjasama Selatan-Selatan telah membolehkan Malaysia mempertingkatkan lagi kerjasama melalui perkongsian pintar dalam pelbagai bidang misalnya dalam diplomasi perdagangan. Kerjasama Selatan-Selatan telah banyak membantu Petronas meluaskan pasaran globalnya di negara Afrika seperti Niger, Sudan, Mozambique, Ethiopia, Cameroon, Nigeria dan negara-negara ASEAN seperti Vietnam, Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar dan negara Asia Selatan seperti India dan Pakistan. Dalam hubungan lain, kerjasama yang begitu erat dilakukan oleh kerajaan dan Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri yang berkaitan dengan Langkawi International Dialogue dan South Africa International Dialogue telah mencerminkan betapa eratnya hubungan kita dengan negara-negara Afrika dan antarabangsa. Ini telah memberi pengiktirafan yang tinggi kepada Malaysia sebagai negara contoh kepada negara-negara Afrika dan lain. Malaysia juga telah berjaya mengetengahkan isu serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara-negara selatan-selatan serta isu balance of trade, iklim, kemanusiaan, dan seterusnya keselamatan serta isu-isu yang berkaitan dengan antarabangsa yang lain. Saya berharap agar dasar luar seperti ini dapat diteruskan berdasarkan kejayaan yang telah diperoleh. Saya menggesa pihak kerajaan supaya dasar Malaysia terhadap Kerjasama Selatan-Selatan, Langkawi International Dialogue dan South Afrika International Dialogue diteruskan sebagai salah satu usaha untuk merapatkan hubungan dan keakraban antara ketua-ketua negara Asia, Afrika, NAM, OIC di samping ASEAN. Dasar ini juga wajar diteruskan dan komitmen Malaysia adalah dituntut selaras dengan prinsip, Prosper Thy Neighbour. Perkara kedua Tuan Yang di-Pertua, suka lagi hendak memperkatakan ialah berkaitan projek ikan tuna di Lautan Hindi, India. Saya difahamkan bahawa Khazanah Malaysia melalui tuna fishing telah mengadakan projek penangkapan ikan tuna di Lautan Hindi dan memberi banyak keuntungan kepada Malaysia walaupun pihak Khazanah Malaysia terpaksa membelanjakan puluhan malah ratusan juta ringgit untuk merealisasikan projek pertanian khususnya sektor perikanan untuk memenuhi kuota penangkapan ikan tuna.

Program ini saya percaya akan diteruskan dan saya mengucapkan terima kasih di atas pemilihan Langkawi sebagai pelabuhan terdekat untuk pemunggahan hasil tuna ini. Pada saya, saya telah katakan bahawa Langkawi adalah lokasi terbaik untuk memperluaskan lagi projek perikanan tuna yang menjadi kegemaran masyarakat antarabangsa terutamanya negara Taiwan dan Jepun tetapi pihak kerajaan masih berdegil untuk mengadakannya di Batu Maung, Pulau Pinang. Pada pihak saya, saya telah meminta pelabur tertentu untuk datang ke Langkawi bagi mengadakan perbincangan dan pelabur dari Taiwan dan Jepun telah bersetuju untuk melabur dan mengadakan pelabuhan ikan tuna di Langkawi. Apa yang diperlukan adalah untuk menggunakan kemudahan yang sedia ada dan menggunakan tanah yang lebih kurang dua ekar bagi membina kompleks pendaratan ikan tuna. Saya telah menulis surat kepada semua menteri termasuk Menteri Kewangan dan Perdana Menteri supaya memberi laluan kepada syarikat ini untuk mendaratkan ikan tuna di Langkawi. Mengikut jawapan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada saya, kerajaan tidak membenarkannya kerana Batu Maung telah dipilih sebagai pelabuhan ikan tuna. Saya percaya dalam perkara ini masih lagi ada peluang untuk kita mencari pelabur-pelabur luar negara untuk datang ke Langkawi. Saya harap Kementerian Pertanian dapat memberikan siapa yang...

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Minta mencelah sikit.

...Saya harap Kementerian Pertanian dapat memberi jawapan yang sebaik mungkin. Sila.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Sebagai anak kelahiran Langkawi,

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

saya rasa saya dengan YB. Langkawi sajalah anak kelahiran Langkawi tapi bercakap soal industri tuna tadi Yang Berhormat Langkawi nampak beria-ia untuk membawa supaya wujud satu industri di Langkawi, tidak bersetuju dengan Batu Maung. Bukanlah bermakna saya sokong Batu Maung kerana Batu Maung kawasan Pakatan Rakyat, Langkawi kawasan Barisan Nasional tetapi Langkawi telah diisytiharkan sebagai Pulau Pelancongan. Jadi adalah lebih baik supaya kerajaan memikirkan kawasan-kawasan industri yang melibatkan pertanian ataupun industri perikanan ini di kawasan yang lebih berpotensi. Biarlah kita tumpu Langkawi ini dengan industri projek pelancongan. Jadi kalau masuk tuna itu saya rasa dia bertembung, industri dengan pelancongan. Jadi apa komen YB. Langkawi.

Saya tak bersetuju sebab industri sekarang ini very clean, very clean Tuan Yang di-Pertua kerana industri yang berkaitan dengan tuna ini ialah satu industri yang begitu menggamit pelancong. Saya akan sentuh lepas ini kerana industri ini ialah satu industri yang begitu menjamin keuntungan dan pelaburan yang datang ke Langkawi khususnya ataupun Malaysia amnya kerana walaupun pelancongan tapi tarikan pelancong adalah lebih daripada apa yang dikatakan tadi iaitu benda ini ialah benda elok. Sekarang ini teknologi yang begitu terkini, daripada segi bauan dapat dihilangkan ataupun dikontrol. Itulah pada saya perkara ini telah lama, saya mahukan perkara ini supaya dapat diberi perhatian oleh Kementerian Pertanian. Saya juga ingin bertanya, berapakah jumlah pendaratan ikan tuna di pelabuhan Batu Maung dan berapa jumlah kapal yang menggunakan pelabuhan itu bagi mendaratkan ikan tuna. Pihak pelabur yang saya temui telah mengatakan bahawa mereka tidak berminat untuk mendaratkan tuna di Batu Maung dan berpendapat lebih baik didaratkan di Phuket mahupun di Maldives ataupun India. Ini yang dipersoalkan. Bukan antara Batu Maung dan Langkawi tetapi antara Malaysia, India dan Phuket ataupun Maldives. Itu masalahnya, mereka tak mahu.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Boleh mencelah sikit lagi? Dari sudut geografi antara Pulau Pinang dan Langkawi, jadi Pulau Pinang ini dia menghadap ke Lautan Selat Melaka dan ikan tuna itu lebih banyak. Jadi eloklah Batu Maung dijadikan pusat untuk industri tuna ini berbanding dengan Langkawi sebab Langkawi itu banyak pulau, jadi dia punya banyak industri. Jadi apa komen Yang Berhormat Langkawi.

Kita dah ada pelabuhan. Seven meters, eight meters dia punya deep. Itu yang mereka perlukan. Di Batu Maung cetek, enam meter ataupun lima meter saja yang dapat dan terpaksa di dash Tuan Yang di-Pertua, kena dash dan kawasan itu sempit, Langkawi luas. Tengoklah geografi sikit kerana Langkawi adalah ke utara dari Penang dan mereka dapat save, saving cost untuk datang ke Langkawi, save daripada Pulau Pinang. It takes about two hours, dua jam untuk pergi ke Pulau Pinang dari Pulau Langkawi ataupun dari Lautan India. Itulah yang dikatakan. Ini bukan antara Langkawi dengan Batu Maung tapi antara Malaysia ataupun India ataupun Thailand ataupun Maldives. Persaingan adalah di antara negara bukan antara Langkawi dan Batu Maung, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya difahamkan oleh pihak pelabur yang berminat melabur di Langkawi bahawa lebih kurang 30 buah kapal bakal mendaratkan tuna di Langkawi dan akan meningkat kepada 100 buah kapal dengan lain perkataan, akan memesatkan lagi pembangunan Langkawi sebagai destinasi pelancongan dengan produk terbaru sebagai destinasi pemprosesan tuna. Di samping itu juga Langkawi bakal menjadi destinasi pelancongan yang berasaskan industri tuna dan mampu menarik pelancong dari Taiwan dan Jepun untuk datang bercuti, bermain golf dan menikmati tuna yang menjadi kegemaran mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya telah beberapa kali menyuarakan masalah Langkawi di Dewan yang mulia ini. Masalahnya ialah berkenaan dengan keselamatan feri penumpang, keselesaannya dan tambangnya adakah munasabah. Apa yang dikemukakan adalah feri yang digunakan tidak selesa, kusyennya koyak dan amatlah memalukan terutama sekali kepada pelancong asing yang menggunakan perkhidmatan feri ke Langkawi. Di samping itu juga tidak ada tempat khas yang disediakan kepada pesakit. Tambahan pula keadaan di jeti-jeti di Kuala Perlis dan Kuala Kedah yang tidak mesra pengguna dan menyusahkan terutama sekali apabila air surut di Kuala Kedah. Ha kena ambil tahu... [Merujuk kepada YB Kuala Kedah]

Saya telah meminta Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, KSU dan pegawai-pegawai lain untuk melihatnya dengan sendiri. Datanglah ke Kuala Kedah masa air surut atau ke Kuala Perlis masa air surut. Merangkak nak naik itu, YB Kuala Kedah. Biasalah no? Berkenaan dengan tambang feri pula, kita dikejutkan dengan kenaikan tambang yang begitu ketara sekali iaitu RM5 seorang antara Kuala Perlis dan Kuala Kedah. Jadi pada saya, kenaikan tambang ini menyusahkan rakyat dan menyusahkan pengguna feri. Jadi saya kira kerajaan hendaklah bertindak untuk mengenakan kompaun ataupun fine mereka ini kerana inilah saja cara untuk menyedarkan mereka bahawa kerajaan ambil serius untuk menjaga kepentingan rakyat.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

[Bangun]

Berkenaan untung rugi, saya tidak percaya pengusaha-pengusaha feri rugi kerana tiap-tiap tahun bilangan feri bertambah. Tiap-tiap tahun lebih 2.2 juta pelancong datang ke Langkawi menggunakan feri. Tuan Yang di-Pertua, ekoran ...

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Mohon penjelasan Yang Berhormat Langkawi.

Ya.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Kerajaan khususnya di bawah pemerintahan Perdana Menteri yang lalu mencurahkan duit begitu banyak dan ada mengatakan hampir RM8 bilion dicurahkan ke Langkawi tetapi dengan jumlah duit yang begitu banyak dihumbankan ke Langkawi, tidakkah Yang Berhormat merasakan bahawa pulangan terhadap jumlah duit yang ditaburkan ke Langkawi itu tidak memberikan pulangan yang sepatutnya. Setuju kah Yang Berhormat dengan saya? Terima kasih.

Tak setuju kerana kita melihat sendiri betapa tiap-tiap tahun berjuta orang datang ke Langkawi. Ekonomi Langkawi bertambah, rakyat seronok datang daripada Kuala Lumpur, bekerja di Langkawi, dari Sabah dan Sarawak datang ke Langkawi even dari Johor datang ke Langkawi untuk bekerja di hotel-hotel. Malahan boleh dikatakan peluang pekerjaan begitu banyak sekali di Langkawi.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, kita ada lebih kurang 10 buah five star hotel dan six star satu, six star ini profesional hotellah. Jadi yang termurah sekali yang akan dibeli oleh Prince Walid from Saudi Arabia, dia sudah membelinya. Kalaulah dia tidak untung dia tidak akan melabur. Jadi persoalannya ialah dia mengatakan perkara yang begitu prestigious kepada Langkawi dan prestigious untuk penduduk Malaysia dan Kedah sendiri. Malahan Menteri Besar Kedah telah menyatakan Langkawi adalah permata Kedah, jewels of Kedah. Jadi saya percaya itulah satu benda yang saya kira amat membanggakan kita. Sebagai rakyat Kedah saya berkuasa mengatakan pelaburan yang dilakukan adalah begitu menguntungkan, menaikkan imej Malaysia, menaikkan imej Langkawi serta seluruh dunia.

Tuan Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Akan tetapi laporan juga mengatakan bahawa selepas Perdana Menteri yang lepas meninggalkan jawatan sebagai Perdana Menteri, jumlah aktiviti dan juga pelancong-pelancong ke Langkawi jatuh dengan banyak sekali. Adakah itu statement yang betul?

Tidak betul, tidak betul kerana tiap-tiap tahun, lihat dia punya perangkaan, 2.7 juta orang datang ke Langkawi. Overseas, luar negara datang lebih kurang 500 ribu. Sekarang ini pergi ke Langkawi kalau flight per day lebih kurang 18 flight per day, from Singapore, dengan AirAsia nya, dengan MAS nya. Kalau cuti sekali pun 747 land in Langkawi. Itulah yang saya kata perkara Yang Berhormat katakan itu tidak betullah. Sesamalah kita menyokong Langkawi sebagai satu tempat menarik.

Tuan Yang di-Pertua

Ada lapan minit lagi Yang Berhormat. Masa terlalu cemburu untuk Langkawi. Teruskan.

Terima kasih. Penyediaan sea ambulance ataupun penerbangan bagi membawa pesakit dari Langkawi ke Tanah Besar. Perjalanan sekarang mengambil masa tiga jam sekiranya perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah dan dua jam Langkawi ke Kuala Perlis. Jarak masa ini sudah tentu tidak munasabah dan tidak seharusnya berlaku di zaman yang serba moden ini. Sehubungan ini saya mohon Kementerian Kewangan agar menyediakan peruntukan yang sewajarnya kepada Kementerian Kesihatan bagi menyediakan perkhidmatan sea ambulance ini. Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah menyatakan persetujuan untuk membekalkan sea ambulance’ kepada Langkawi tetapi telah disangkal oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya percaya, saya sendiri tidak faham akan situasi ini dan mohon penjelasan yang lanjut dibuat oleh kementerian. Cubalah untuk memahami permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat di Langkawi. Isu berkaitan dengan...

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Minta laluan Yang Berhormat. Kulim Bandar Baharu.

Sekejap sahaja ya.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Satu soalan. Tuan Yang di-Pertua dengan izin, saya setuju dengan Yang Berhormat Langkawi dengan pembangunan di Langkawi yang agak pesat. Jadi setuju atau tidak Yang Berhormat Langkawi bahawa pembangunan itu juga disertai dengan masalah sosial yang makin teruk terutamanya di kalangan anak-anak muda tempatan di Langkawi. Saya bersama dengan Exco Pelancongan Langkawi mengadakan mesyuarat dengan pengusaha- pengusaha hotel baru-baru ini mendapati masalah kecurian, masalah minum arak, masalah mabuk, masalah buang anak. Saya lihat sendiri di Pantai Chenang, anak-anak Melayu tempatan di sana, kira ‘Mat Salleh’ pun tabik mereka dia punya masalah sosial itu. Jadi bagaimana pandangan Yang Berhormat Langkawi masalah sosial yang membabitkan anak-anak tempatan Langkawi dan masalah hendak mengatasinya bagaimana, ataupun masih tidak mahu mengaku tentang kewujudan masalah tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Saya mengakui terdapat permasalahan tersebut tetapi kita berusaha menangani, kita terpaksalah. Kita sekarang ini dalam zaman moden, semestinya terdapat benda-benda macam ini berlaku, di merata-rata tempat, di Kulim Bandar Baharu, di Taiping, di merata-rata. Ini perkara biasa. Jadi kita berhadapan dengan masalah ini. Di Kuala Lumpur sama, Johor Bahru sama, Penang sama. Jadi itulah kita sebagai ahli politik, berusahalah untuk menentukan agar mereka ini dapat disalurkan balik kepada benda-benda yang kebaikan ini. Jadi itulah maksud saya, berlaku pembuangan anak satu, dua sahaja bukan pun. Mabuk pun mungkin 10 orang, itulah pada saya ini perkara biasa dan kita telah pun cuba untuk menyelesaikan perkara ini. Janganlah kita salahkan buang anak, minum arak, hisap rokok dan kita terus lambakkan mereka sebagai satu perbuatan yang tidak elok. Langkawi akan terus menentukan perkara-perkara ini tidak berlaku atau dikurangkan. Jadi berkaitan isu pendalaman laluan feri ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah. Maslah ini masih wujud secara ketara apabila air surut dan keadaan ini menyukarkan feri untuk menghampiri terminal dan ianya juga menyukarkan para penumpang naik ke jeti. cuba bayangkan bagi warga emas, ibu-ibu mengandung juga kanak-kanak, mereka terpaksa mendaki tangga yang curam untuk ke jeti. Malah ada ketikanya para penumpang terpaksa menyeberangi sebuah feri untuk naik ke jeti. Di manakah penekanan terhadap faktor-faktor keselamatan yang diambil kira dalam ciri-ciri ini, saya memohon pihak-pihak berwajib untuk meneliti perkara ini, pendalaman laluan feri iaitu tempat di Kuala Perlis Tuan Yang di-Pertua. Di Kuala Perlis dan Kuala Kedah ini bukan Langkawi perlu diperdalam kerana bot tidak boleh himpit ke jeti kerana air surut. Sekali lagi yang berkaitan dengan penilaian. Saya menyerulah pihak kementerian, setakat RM10 juta, RM20 juta, mulakan unjang-unjang dan tukun tiruan tidak memadai. Kalau boleh saya minta Kementerian Kewangan memberi lebih banyak lagi kewangan untuk Kementerian Pertahanan untuk unjang-unjang dan tukun tiruan supaya lebih banyak ikan dapat

diadakan ataupun membiakkan ikan dengan lebih banyak lagi. Dengan kata-kata itu saya ingin mengucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya mohon menyokong.

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Dalam pembentangan Bajet 2009 oleh mantan Menteri Kewangan pada 29 Ogos yang lalu jelas kelihatan banyak yang telah berubah. Kadar ekonomi yang merosot ini tentunya akan merebak ke negara kita, yang sangat ketara ialah kewangan yang meleset di negara Barat sehingga ada yang telah mengisytiharkan muflis. Negara jiran kita Singapura telah pun dalam keadaan berhati-hati bahkan kemungkinan ramai rakyat Malaysia yang bekerja di negara tersebut akan diberhentikan kerja. Kuasa pembeli ataupun purchasing power telah pun menurun. Telah disebut dalam pembentangan bajet ini bahawa kerajaan mencadangkan mengurangkan import duti barangan daripada di antara 10% dan 60% kepada 5% dan 30% dan beberapa barangan makanan dicadangkan import duti di antara 2% dan 20% dikecualikan sepenuhnya.

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Memang cadangan tersebut sedap didengar tetapi realitinya kesemua barangan sama ada yang diimport mahupun yang di kilang ataupun dihasilkan keluaran di negara kita sendiri ini rata-rata barangan yang dibeli oleh pengguna rakyat kita sendiri. Harga-harganya telah melambung tinggi akibat kejutan harga minyak yang dinaikkan setinggi hampir 65% pada minggu pertama bulan Jun, kononnya dijamin tidak ingin dinaikkan hingga bulan Ogos tahun ini. Adakah kejutan kenaikan harga minyak betul-betulnya ditapis dan dikaji menyeluruh oleh bijak pandai pakar ekonomi ini? Akibat harus pendedahan harga minyak yang melambung ini maka rakyat jelata menderita. Saya pasti penderitaan kita ini tentunya orang miskin terus menjadi daif. Mungkin orang kaya yang menegakkan tunggak kepimpinan negara tidak merasa kepahitan beban penderitaan rakyat jelata, the silent majority suffer dengan izin. Contohnya di kawasan saya sendiri barangan makanan harian yang termurah hampir kenaikannya lebih daripada 50% sedangkan ikan yang termurah contohnya ikan basung telah naik melambung sehingga 100%. Begitu juga dengan baja dan racun serangga perosak, contohnya baja sebatian satu tan daripada RM868 naik hingga RM1,954 satu tan yang berjumlah 125% kenaikannya. Racun serangga yang empat liter daripada RM96 naik sehingga RM180 kenaikan 78%. Bahan binaan, besi satu tan dahulunya RM2,800 satu tan sekarang RM4,100, kenaikannya 46%. Simen 50 kilogram, daripada RM12.50 sekampit naik kepada RM19, kenaikan 52%, begitu juga dengan pasir dan batu. Tambang pengangkutan bas mini dinaikkan daripada 30 sen sekilometer pertama pada 50 sen iaitu kenaikan 67%. Dengan kenaikan melambung, harga semua barangan yang disebut ini, persoalan ialah adakah jaminan kerajaan untuk memulihkan harga asal dengan penurunan harga jualan minyak yang dibuat hampir setiap bulan khasnya bila tibanya perayaan. Bagaimana dengan pihak pengawalan, adakah kepastian barangan ini dapat dikawal. Pembangunan modal insan, tidak dinafikan tujuan kerajaan untuk meningkatkan pembangunan modal insan. Akan tetapi malangnya kerajaan tidak peka dengan keseimbangan pembangunan fizikal dalam keselesaan serta keadaan pembangunan yang ada di semenanjung jika dibanding dengan yang ada di Sabah. Lebih-lebih lagi keadaan bangunan sekolah mubaligh atau mission school. Contohnya saya sendiri telah berjumpa dengan menteri di Dewan yang mulia ini dua tahun yang lalu yang berjanji untuk memberi perhatian dengan permohonan bagi pembinaan sekolah di kawasan saya yang telah di isytihar oleh pakar bangunan JKR dan bandar raya tidak selamat untuk diduduki oleh murid sekolah. Malangnya surat balasan terima surat yang saya sampaikan itu pun tidak ada jawapan apa lagi dengan ambil perhatian kepada sekolah ini. Begitu juga dengan pembangunan infra, saya ingin mengucapkan terima kasih akhirnya Jalan Kokol ke Poring-Poring sepanjang 17km, walaupun peruntukan terpaksa dinaikkan daripada RM36 juta ke lebih daripada RM70 juta, akhirnya ada kelihatan sedang dalam pelaksanaan. Bagaimana pula dengan permohonan lima batang utama yang lain yang mendesak terdiri daripada jalan-jalan yang saya telah pun pohon pada tahun yang lalu.

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Apa sudah terjadi dengan pembinaan pipe line, gas Petronas dari Kimanis ke Bintulu yang diarah oleh Perdana Menteri untuk dihentikan dalam mesyuarat Barisan Nasional dan kalau tidak silap pada 31 Mei 2008. Akan tetapi menurut Naib Presiden bagi jualan gas, pada 11 hari bulan Jun mengumumkan bahawa projek pipeline tersebut yang bernilai RM390 juta diteruskan dan dijangka akan siap pula pada Mac tahun 2011, di mana satu maklumat yang betul arahan Perdana Menteri ataupun pengumuman Naib Presiden. Adakah sekarang Naib Presiden lebih berkuasa daripada Perdana Menteri? Apa kesudahan dengan Koridor Pembangunan Sabah yang diperuntukkan oleh kerajaan sebanyak RM7 bilion bagi perintis yang telah memakan belanja berjuta ringgit pada pelancarannya pada tahun yang lalu. Adakah betul di mana kerajaan negeri belum bersedia dan belum ada badan yang dilantik untuk mengetuai pelaksanaan ini. Rakyat di Sabah sangat kecewa terhadap perangai pemimpin yang bijak, cerdik pandai dari pusat seperti menteri yang datang di Sabah semata-mata untuk mengumumkan agar Jabatan Hal Ehwal Orang Asli bagi semenanjung didirikan di Sabah. Wahai bumiputera anak watan Sabah, apakah ini layanan yang harus kita dapat. Apa yang kita hendakkan serta kita berkali-kali merayu kepada kerajaan pusat ialah keseimbangan sebagai menyeluruh rakyat bangsa Malaysia. Tahap pengiktirafan dan peningkatan penduduk Sabah. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi Pilihan Khas PAC yang berani untuk menstrukturkan semula Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negeri. Saya harap dengan pengisytiharan dengan jabatan-jabatan ini dapat dipercepatkan. Begitu juga harapan saya supaya Jabatan Perangkaan, kesemuanya di bawah Kementerian Dalam Negeri supaya semuanya kesahihan dapat diberi ketetapan. Banci penduduk yang melambung tinggi dibandingkan di negeri-negeri lain di Malaysia tentunya di Sabah yang begitu ketara sekali kenaikan penduduk ini sehingga kenaikan daripada tahun 1970 hingga tahun 2000 sebanyak 285%..

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Adakah kementerian atau pun jabatan yang berkenaan telah menyiasat bagaimana dan apakah punca yang berlaku di Sabah sehingga melambungnya penduduk yang begitu tinggi sekali berbanding dengan penduduk di negeri-negeri lain? Tuan Yang di-Pertua, saya percaya dengan lambungan yang begitu tinggi sekali penduduk di Sabah ini tentu sekali ada kaitan dengan orang-orang yang datang daripada negara jiran sebagai PTI yang telah pun diberi pengiktirafan sebagai rakyat Malaysia. Saya ingin memohon penjelasan mengenai Ordinan Lewat Daftar Kelahiran Sabah. Bab 123, Ordinan Sabah 1953 di mana setiap pendaftaran yang lewat haruslah diproses di Mahkamah Majistret sekurang-kurang kelas satu. Oleh kerana dengan ketiadaan ini, maka mungkin inilah sebab-sebabnya di mana rakyat di Sabah itu melambung tinggi. Saya betul-betul ingin memohon penjelasan daripada kerajaan ini sama ada ordinan tersebut yang telah di incorporate dengan izin, kepada Akta Pendaftaran Kelahiran 1976 masih dapat diguna atau pun tidak lagi digunakan. Oleh sebab kalau ini tidak diguna tentu sekali rakyat di Sabah akan sedih kerana dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963, ini telah pun dijelaskan bahawa undang- undang ini harus dan masih dapat diguna pakai. Maka, sebab itu saya mohon supaya berilah penjelasan kepada rakyat Sabah, apa kesudahan dengan ordinan tersebut? Pada awal bulan ini, Menteri Dalam Negeri melawat Sabah khasnya untuk meluluskan kad pengenalan seorang wanita tua yang ditukar kerakyatan daripada rakyat Malaysia mengikut undang-undang dalam perjanjian pembentukan Malaysia, kepada hanya seorang penduduk tetap. Menteri menyentuh bahawa kerakyatan adalah salah satu keistimewaan seseorang dan bukan sebagai hak seseorang. Kenyataan ini adalah tidak benar, oleh kerana mengikut undang-undang serta perjanjian pembentukan Malaysia, semua rakyat Borneo Utara yang dilahirkan sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 adalah secara automatiknya sebagai rakyat Malaysia. Maka, inilah sebabnya saya rasa kemungkinan yang kehilangan kerakyatan itu disebabkan ada komplot, ataupun ada projek yang dinamakan Projek IC pada tahun 1980-an, 1990-an. Maka saya ingin minta penjelasan adakah kebenaran tuduhan rakyat Sabah bahawa kad sementara dikeluarkan oleh pihak tertentu untuk mengundi pada tahun 1980an, 1990an sehingga orang pemilik asal tidak dapat mengundi. Saya difahamkan dan disahkan oleh satu buku yang diterbitkan oleh Mutalib MD di mana

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

ramai penduduk asing yang telah diberi kad pengenalan sementara semata-mata untuk mengundi pada tahun-tahun yang berkenaan. Maka selepas itu, mereka tidak mengembalikan kad pengenalan sementara itu. Apabila mereka tukar kad pengenalan itu kepada Mykad, maka dengan automatiknya mereka mendapat kerakyatan sebagai rakyat Malaysia. Adakah ini benar Tuan Yang di-Pertua? Inilah yang saya ingin minta penjelasan daripada menteri dan juga daripada jabatan-jabatan berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai perumahan sosial dan kebajikan. Pembinaan perumahan PPR yang diperuntukkan oleh SPNB dan Jabatan Perumahan Negara di kawasan saya dan di Penampang yang dimulakan pada dua tahun yang lalu terbantut dan dihentikan kerja pembinaan sejak awal tahun 2007. Begitu juga dengan pembinaan Rumah Mesra Rakyat yang telah dinaikkan harga pembinaan juga mendapat layanan sedemikian. Agak sedih sekali apabila kita ditanya oleh pemohon- pemohon bagi rumah PPRT. Walaupun pemohon tersebut telah dilawati oleh pegawai- pegawai daripada Jabatan Perangkaan yang membuat laporan malangnya tiada satu pun perumahan dilaksanakan oleh jabatan berkenaan. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas keprihatinan untuk satu program cari. Adalah ini harapan khasnya dari Sabah, pihak kementerian ini dapat meluluskan bantuan kebajikan yang sangat perlu dan mematuhi dengan syarat-syarat yang diperlukan dan diberi bantuan nilai yang sepatutnya dan bukan sekadar memberi bantuan sehingga tidak cukup untuk membayar tambang pengangkutan ke pusat penerimaan seperti yang berlaku di negeri Sabah. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ramai pemohon memohon untuk bantuan ini di negeri Sabah. Malangnya, apabila mereka bertanya sama ada permohonan itu dapat diluluskan, apa yang kita dengar ialah tunggu sehingga kita mendapat kewangan. Apakah ini betul? Sedangkan apa yang kita dapat tahu di Semenanjung ini orang- orang khasnya kepada bantuan-bantuan yang diberi mendapat bantuan sebanyak RM300. Sedih bagi rakyat Sabah yang hanya menerima RM70 sahaja sebulan. Sindrom penafian ataupun denial syndrome ini sentiasa berlaku kepada pemimpin- pemimpin di pusat sedangkan realitinya memang betul dan benar. Kenapa harus dinafikan sesuatu yang terang-terang berlaku di Sabah dengan kebanjiran pendatang tanpa izin ini? (cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Kenapa ini dinafikan? PTI yang berlaku orang asing mendapat kerakyatan Malaysia. Memiliki kad pengenalan yang sering kita beri jawapan rasmi iaitu kad pengenalan tersebut palsu sedangkan pemilik kad pengenalan itu boleh membuang undi dalam pilihan raya. Mereka boleh juga menggunakan dalam dokumen perjalanan serta mendaftar lesen perniagaan dan persekolahan anak-anak dan layanan istimewa dalam perubatan kerajaan lebih baik dibandingkan dengan rakyat negeri Sabah. Adakah ini layanannya? Tuan Yang di-Pertua, pada ketika ini pihak mahkamah sedang memantau dan menjalankan mahkamah di luar dengan izin sebagai satu mobile court. Malangnya, pada ketika ini di Kota Kinabalu mereka hanya mempunyai satu kenderaan pacuan empat roda yang sudah uzur yang berumur lima belas tahun. Adakah ini sebenarnya layanan kita? Sekiranya betul-betul kita mahu supaya pegawai-pegawai daripada mahkamah ini dapat memberi layanan kepada penduduk-penduduk di luar bandar, saya syorkan bahawa sekurang-kurangnya dua buah kenderaan pacuan empat roda ini diberi kepada mahkamah di Sabah. Agar mereka dapat masuk di luar-luar bandar untuk memberi layanan mereka dan anak-anak yang belum dapat pendaftaran kelahiran dapat diberi. Begitu juga dengan proses mahkamah yang sukar penduduk kampung dapat datang ke bandar khasnya di Kota Kinabalu untuk memohon bantuan daripada mahkamah ini. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang saya ingin tekankan di sini ialah mengenai Petroleum Act di mana hasil minyak mentah dalam Akta Petroleum ini haruslah dikaji setiap sepuluh tahun. Akan tetapi sejak tahun 1976 sehinggalah sekarang sudah memakan lebih kurang 32 tahun, belum pernah dikaji. Maka dengan ini Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak rakyat Sabah, kita mendesak supaya kerajaan mengkaji semula Akta Petroleum ini dan memberi royalti ini kepada Sabah dan kita pohon 20%... [Tepuk]

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Dengan ini saya pasti kita dapat membangunkan negeri Sabah dan begitu juga di negeri-negeri yang mengeluarkan minyak mentah ini seperti Sarawak dan Terengganu... [Tepuk] Ini saja yang kita boleh dapat membangun oleh kerana kita tahu, kita tahu walaupun kewangan meleset, tetapi harga minyak mentah itu masih di tahap yang boleh kita bagi royalti kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak ini. Bukan hanya sekadar 5% tetapi 20% lebih pun boleh diberi kepada negeri-negeri ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, dengan ini Tuan Yang di-Pertua sekali lagi saya menegaskan di sini bahawa rakyat di Sabah agar kemunduran disebabkan Kerajaan Pusat mengetepikan dan tidak mengambil tahu apa sebenarnya keluhan rakyat di Sabah. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang untuk perbahasan bajet kepada saya hari ini. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menjadi Menteri Kewangan ketika itu yang telah membentangkan bajet yang bagi saya sangat prihatin kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, sejak kebelakangan ini ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak menentu berikutan lonjakan harga minyak dalam tempoh lalu naik secara mendadak dan sekarang turun merudum. Di samping itu krisis bekalan makanan dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat juga menjadi punca kepada masalah ini. Selain itu, kejatuhan nilai dolar pula memberi impak cukup ketara dalam pertumbuhan ekonomi global yang dilihat lembap. Kadar inflasi dunia yang meningkat adalah sebahagian daripada kesan kejatuhan dolar. Krisis pinjaman sub-prima AS dilihat sebagai petanda krisis kredit global. Kebimbangan krisis ekonomi sudah mula dirasai dan ia diakui sendiri oleh pakar ekonomi terkemuka AS, Paul Krugman. Janji pemimpin kumpulan lapan iaitu G8 ketika sidang kemuncak mereka di Tokyo, Jepun untuk menurunkan harga minyak dan makanan dunia sekurang-kurangnya memberikan sedikit harapan kepada pemulihan ekonomi global. Apa pun harapan dunia, senario ekonomi menunjukkan tekanan kos operasi semasa berlaku di merata-rata dunia. Ini sekali gus mengancam domestik negara terbabit. Kalau kita lihat, Malaysia sudah mengambil langkah awal memisahkan diri daripada mengikat mata wang negara dengan Dollar AS pada tahun 2005. Ia adalah langkah bijak supaya ringgit tidak terikat dengan arah pergerakan dolar. Dagangan kita dengan AS juga sudah dikurangkan sebaliknya negara sudah menjalinkan hubungan dagangan yang akrab dan kukuh dengan China, India, Korea Selatan, negara-negara anggota pertubuhan persidangan Islam dan negara-negara ASEAN. Walaupun struktur ekonomi negara masih kukuh dengan sikap pelbagai dan anjal, namun ungkapan popular apabila AS batuk, negara-negara lain akan selesema atau demam. Ia terkena juga kepada Malaysia. Justeru itu, Malaysia juga tidak boleh lari daripada menerima tempiasnya. Tuan Yang di-Pertua, keupayaan kerajaan mendukung kenaikan inflasi adalah penting supaya ia tidak terus mengekang pertumbuhan ekonomi negara serta memberikan tekanan kepada kehidupan rakyat. Kita tidak mahu kesan ekonomi yang lemah akan mencipta kembali jurang sosioekonomi yang luas antara kaum yang selama ini telah dapat kita kecilkan...

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Pohon laluan, Yang Berhormat Lipis. Sikit saja.

Banyak perkara nampaknya. Saya mahu teruskan saja. Terima kasih. Sila duduk.

Banyak perkara perlu diperhalusi dan diberi fokus oleh kerajaan secara serius. Keupayaan mengekalkan momentum yang baik dalam aliran perdagangan luar negara serta keupayaan membawa masuk pelabur asing atau FDI ke dalam negara adalah penting. Untuk kekal menarik FDI, iklim politik negara mesti sihat dan berada dalam keadaan stabil. Dalam konteks ini, saya yakin dan percaya kerajaan berupaya menyesalkan sebarang bentuk ketidaktentuan politik. Polisi dan dasar kewangan negara perlu diteliti semula supaya sektor kewangan akan terus berdaya saing, pasaran modal akan terus sihat serta nilai ringgit akan kekal kukuh walaupun mengalami sedikit penurunan. Operasi bank patut dikawal supaya bank tidak memberi tekanan kepada pelanggan dengan pelbagai peraturan dan charge yang tidak munasabah khususnya kepada usahawan dan pengguna tempatan.

Kerajaan juga perlu memberi perhatian serius terhadap peningkatan kadar pengangguran serta pemberhentian kerja pekerja berikutan penutupan firma dan industri kecil yang tidak berupaya mempertahankan operasi mereka. Kita bimbang sekiranya pengangguran meningkat dalam keadaan negara mengalami tekanan inflasi yang tinggi maka stagflasi akan berlaku iaitu keadaan tingkat harga umum meningkat dengan mendadak. Tuan Yang di-Pertua, langkah kerajaan menubuhkan Majlis Ekonomi sebagai penasihat bagi menangani masalah inflasi dan kesan kemelesetan ekonomi global amat dialu-alukan dan diharap mampu menjana ekonomi negara dan menyejahterakan rakyat dalam senario ekonomi dunia yang kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini. Saya percaya penubuhan Majlis Ekonomi itu dapat mempercepatkan proses bagi mengatasi kemelut yang timbul. Memandangkan senarai ahli dan kumpulan kerja disertai pelbagai pihak khususnya golongan profesional. Saya berharap Majlis Ekonomi perlu membetulkan keadaan ekonomi supaya ia kembali stabil dengan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa ekonomi kita akan kembali ke landasan yang betul. Apa yang pasti, rakyat mahukan pemulihan ekonomi dilakukan segera walaupun secara berperingkat. Pelbagai mekanisme perlu dirangka dan dilaksanakan supaya sektor ekonomi kembali stabil dan memberi kesejahteraan kepada semua pihak. Adalah menjadi tanggungjawab berat Majlis Ekonomi untuk menjana dan menyemarakkan ekonomi negara sekali gus memberi keselesaan kepada rakyat terutama golongan menengah dan golongan berpendapatan rendah. Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh ditolak bahawa kejayaan umat Islam dalam meneroka dan memimpin dunia dalam era keemasannya, tidak terlepas dari ajaran Al- Quran mengikut sebuah ayat yang maksudnya, “Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan oleh Allah dan ingatlah kepada Allah jualah tempat kembali kamu sesudah dibangkitkan hidup semula. Maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya”. Surah Al-Mulk, ayat ke-15. Dengan merujuk ayat ini, umat Islam terdahulu mengerahkan seluruh tenaganya untuk meneroka bumi serta lahirlah inovasi luar biasa dalam segala bidang. Bagaimanapun sejarah dunia memperakui inovasi Al-Khawarizmi dalam bidang matematik dan ilmu hisab. Sebagaimana sejarah dunia memperakui inovasi Ibnu-Sina dalam bidang perubatan, sebagaimana sejarah dunia memperakui inovasi Al-Haitham dalam bidang lensa atau optical. Begitu juga bagaimana sejarah dunia memperakui inovasi Al-Idrisi dalam bidang geografi dan falak dan banyak lagi bagaimana sejarah dunia memperakui inovasi umat Islam termasuk inovasi ekonomi Rabbani nya dalam mengorak tamadun manusia hari ini. Apabila kita semak dan kaji bidang muamalat dalam fikah Islam, kita akan mendapati bahawa inovasi ulama sangat jelas dan ketara dalam mencipta produk baru mengenainya. Produk kilang ekonomi yang berkaitan dengan perniagaan dalam sejarah Islam adalah progresif dan mendahului zamannya. Hal ini dimaklumi kerana Islam pada mulanya tumbuh dalam masyarakat ahli perniagaan handal dan ulung orang Arab Makkah yang terkenal dalam bidang perniagaan. Jadi saya mohon penjelasan sejauh mana strategi kerajaan sekarang dalam menjalinkan hubungan ekonomi dan perdagangan di kalangan negara-negara Islam. Malahan saya merasakan penggunaan dinar emas dapat dijadikan pemangkin dalam berurus niaga tanpa perlu sangat bergantung pada dolar Amerika. Sejarah telah

membuktikan betapa dahulu pada era zaman tahun 20an hingga 40an dunia bergantung dengan wang pound sterling ketika itu. Dan apabila runtuhnya kekuasaan wang British itu, maka dunia mengalami kemelesetan ekonomi. Saya ingin mengesyorkan kepada kerajaan supaya melihat secara teliti dengan penggunaan dinar emas sebagai pakej kewangan ekonomi alternatif dalam mencorakkan kemapanan kekuatan ekonomi negara terutama apabila berdepan dengan kemelut ekonomi sejagat. Sekurang-kurangnya kita mempunyai paksi yang teguh dengan kepelbagaian strategi ekonomi negara kita sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh soal pendidikan pula. Baru-baru ini kerajaan ada menyebut soal subjek sejarah yang hendak diwajibkan semula bagi pelajar sekolah rendah. Saya melihat ia adalah relevan dan tepat pada waktunya. Dengan pelaksanaan dasar ini, ia akan membawa kebaikan kepada pembangunan modal insan negara. Subjek sejarah merupakan identiti kepada pembangunan sesebuah negara bangsa yang pastinya amat penting dalam memastikan kelangsungan pembangunan yang berterusan. Kenyataan orang yang tidak menghayati sejarah akan melakukan kesalahan yang sama berulang kali merupakan ungkapan yang jelas menunjukkan kepentingan subjek sejarah kepada pembangunan pelajar yang cemerlang dari aspek penilaian akademik dan sahsiah dirinya. Dengan sejarah menjadi subjek wajib di peringkat sekolah rendah, ia mampu menjadi permulaan bagi pelajar belajar menghayati erti sebenar kehidupan yang kita jalani kini. Pendedahan awal yang diberikan akan membantu membuatkan pelajar menghargai erti asas dalam kehidupan terutamanya dalam aspek perpaduan, kenegaraan dan cintakan negara. Dengan masyarakat yang berbilang kaum, pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan ditambah dengan kewujudan sekolah wawasan, ia merupakan agen perpaduan yang mampu memantapkan keharmonian negara. Dengan matlamat menjadikan pendidikan sebagai agen perpaduan rakyat, pengenalan subjek sejarah di sekolah rendah dilihat mampu menjadi mekanisme bagi memantapkan agenda perpaduan di kalangan rakyat majmuk di Malaysia terutamanya di peringkat anak kecil. Agenda perpaduan ini dilihat lebih mujarab dengan pendedahan yang ditekankan di peringkat sekolah rendah. Pengenalan subjek sejarah di peringkat sekolah rendah juga dilihat mampu menjana murid yang tahu menilai erti cintakan negara dengan penghayatan sejarah dalam bentuk yang lebih formal iaitu melalui pendidikan di sekolah. Era globalisasi yang melanda seluruh dunia telah membuatkan lapisan masyarakat terutamanya anak-anak muda mudah terdedah dengan pembaharuan, budaya berteraskan barat. Perkara ini secara tidak langsung akan melunturkan semangat kenegaraan dan dikhuatiri akan menghakis penghayatan budaya sebenar sesebuah negara dan bangsa. Dengan adanya pendekatan awal yang bercorak kebudayaan dan kenegaraan dalam subjek sejarah, ia mampu menjadi pelindung dan penapis dalam membangunkan anak bangsa di Malaysia. Dengan cara ini, agenda globalisasi sebenar dalam jangka panjang akan dapat kita capai dengan lebih cemerlang dengan beracukan budaya Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, selain sejarah saya juga ingin menyentuh soal bahasa di mana bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai tali perhubungan dalam komunikasi seharian tetapi ia juga menggambarkan akar umbi masyarakat Melayu, daripada segi adat, istiadat dan sosioekonomi budaya kehidupan mereka. Justeru, bahasa ibunda ini amat penting bagi meneruskan kelangsungan bangsa Melayu seperti juga ketamadunan bangsa-bangsa lain di dunia yang turut mempunyai bahasa peninggalan warisan nenek moyang masing-masing. Menurut mantan Ketua Umum Lembaga Melayu Adat Riau Indonesia, Dr. Tenas Effendi, bangsa Melayu akan pupus jika tiada usaha dilakukan bagi mempertahankan bahasa itu yang kini semakin dipinggirkan dalam banyak aspek. Kalau kita lihat, bahasa Melayu bukan sahaja sebagai saluran komunikasi tetapi ia juga memperlihatkan terlalu banyak bukti kesopanan dan kecerdikan bangsa Melayu dalam berbahasa. Kita boleh lihat betapa bahasa Perancis, Jerman, Jepun dan Iran menjadikan bangsa itu bangga dengan bahasa yang dibawa ke pelosok rantau. Seharusnya seorang Melayu apatah lagi selaku bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia perlulah diketengahkan lebih meluas di peringkat global. Lihat sahaja bahasa Indonesia berkumandang, yang juga sebenarnya bahasa Melayu,

berkumandang di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan di Geneva. Saya syorkan menteri-menteri kita, CEO-CEO GLC, dan syarikat-syarikat besar, KSU dan ketua pengarah sektor pekerjaan supaya berucap atau membentangkan kertas kerja mereka dalam bahasa Melayu terutamanya di peringkat antarabangsa.

Jangan jadi malu kerana bahasa kita, kerana ia melambangkan kekuatan bangsa dan seharusnya kita perlu mempertahankan dan bangga dengan apa yang dibawa itu. Saya beralih Tuan Yang di-Pertua kepada satu topik lain berhubung dengan taraf gred dalam perkhidmatan tentera berbanding dengan perkhidmatan awam. Saya mendapat maklum bahawa pangkat dalam tentera contohnya pangkat Kapten bersamaan dengan Gred 41. Malangnya pangkat Mejar tidak ada persamaan gred, pangkat Leftenan Kolonel hanya persamaan dengan Gred 44 dan Kolonel pula bersamaan dengan Gred 48. Bayangkan sebagai contohnya Pengarah UGAT (Pengarah Urusan Gaji Angkatan Tentera) yang menjaga urusan gaji seluruh pegawai dan anggota tentera gred jawatannya hanyalah Gred 48, kalau kita letakkan setara dengan pegawai awam yang sepatutnya lebih tinggi lagi. Bagi Jeneral satu bintang seperti Brigedier Jeneral bersamaan dengan Gred 54 dan Mejar Jeneral sekadar bersamaan JUSA ‘C’. Malah Jeneral pula hanya bersamaan dengan JUSA ‘A’ sahaja. Saya melihat pengorbanan pegawai-pegawai tentera kita cukup besar, tetapi saya melihat agak tidak setimpal dengan gred yang diperoleh mereka itu. Jadi saya pohon penjelasan daripada pihak Kementerian Pertahanan dan JPA, dalam soal ini saya mencadangkan agar pangkat Kolonel diletakkan setaraf dengan Gred 52, Leftenan Kolonel setaraf dengan Gred 48 dan Mejar setaraf dengan Gred 44. Kalau saya hendak baca detail panjang jadi banyak lagi perkara ini insya-Allah kita bawa pada peringkat jawatankuasa Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya saya hendak menyentuh soal perkhidmatan perkembangan industri air di negara ini. Perkhidmatan ini sentiasa menjadi tumpuan kerana air adalah nadi kepada kehidupan manusia. Beberapa peristiwa utama mengenai industri ini seperti penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air, penyelarasan harga air di beberapa negeri, bekalan air berbau busuk. Cadangan membina empangan untuk projek perpindahan air mentah dari Pahang ke Selangor bagi mengatasi kekurangan bekalan air di Lembah Klang pada tahun 2010 dan sebagainya menjadi bahan bualan dan perhatian segenap lapisan masyarakat. Begitu juga berita syarikat konsesi air di Selangor iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang berusaha keras menjalankan tanggungjawabnya semenjak mengambil alih daripada PUAS (Pusat Urus Air Selangor) pada 1 Januari 2005. Apa pun secara keseluruhannya saya mendapat maklum pengguna air di Lembah Klang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh SYABAS. Saya juga tinggal di Selangor Tuan Yang di-Pertua. Antara program yang dijalankan SYABAS adalah penggantian paip lama, pertukaran meter besi kepada plastik, penubuhan pusat perkembangan pelanggan (PUSPEL) untuk kemudahan aduan 24 jam kepada pelanggan, kempen penjimatan air dan sebagainya membuka mata rakyat akan keberkesanan SYABAS dalam menunaikan tanggungjawabnya dan juga membuka mata rakyat tentang kepentingan air kepada setiap pengguna. Saya berasakan SYABAS yang diberikan 30 tahun konsesi penswastaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang, walaupun dalam tempoh empat tahun beroperasi. Oleh itu berilah peluang kepada SYABAS meneruskan konsesinya kerana saya percaya SYABAS akan terus meningkatkan prestasinya sehingga saya yakin SYABAS akan menjadi leader, dengan izin, dalam industri air ini. Janganlah kita menjadi orang yang rakus nampak sahaja peluang kita ambil alih. SPAN berilah perhatian kepada perkara ini sepatutnya kerajaan yang bersungguh-sungguh hendak mengambil alih SYABAS ini berusaha agar punca bekalan air kita juga dijaga dengan betul. Sungai yang tercemar dibersihkan dan sebarang kegiatan yang boleh menyebabkan pencemaran sungai dibanteras. Dengan cara ini kos merawat air akan menjadi rendah dan saya percaya pengguna dapat menikmati bil air yang lebih rendah pada masa yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit soal kawasan Parlimen saya P79 Lipis. Untuk perhatian Kementerian Kerja Raya laluan 8 yang telah diumumkan peruntukkannya masih belum dibina sampai hari ini. Laluan ini merupakan laluan penting yang menghubungkan Kuala Lumpur, melalui Bentong Raub, Lipis, Gua Musang, Kuala Krai sampailah ke utara.

Jalan ini kalau kita lihat semasa musim perayaan memang sibuk dan lebih malang lagi jalan ini mungkin dahulu asalnya jalan keselamatan tidak ada bahu jalan. Jadi kalau apa-apa berlaku mereka tidak boleh mengelak ke tepi. Begitu juga dengan laluan 64, yang sebenarnya laluan 64 merupakan laluan antara laluan atau jalan yang tertua di Semenanjung yang dibina pada tahun 1918 lalu. Sampai sekarang belum lagi dibaiki, di repair sedikit-sedikit. Laluan ini sebenarnya menghubungi dua laluan utama iaitu laluan 8 dan laluan 2. Laluan 2 daripada Kuala Lumpur – Kuantan dan laluan 8. Semasa banjir besar yang berlaku di mana terputus hubungan jalan antara Kuala Lumpur ke Kuantan baru-baru ini, laluan 64 menjadi jalan utama dan paling sibuk dan kesannya jam yang amat sangat. Jalan ini masih lagi bengkang bengkok. Uar-uar juga telah diadakan bahawa untuk diberi peruntukan untuk dinaiktarafkan dan sebagainya tetapi sehingga kini tidak kunjung tiba, saya bimbang. Tuan Yang di-Pertua nanti rakyat Lipis ini jemu menunggu. Bila dia jemu nanti macam-macamlah jadinya. Ini yang kita kena fikirkan. Jadi sebab itulah bagi saya perlu kita beri perhatian kepada perkara ini walaupun keadaan ekonomi kita sekarang ini tidak menentu. Begitu juga dengan Hospital Lipis. Hospital pun dibina semasa Lipis menjadi ibu negeri Pahang sebelum berpindah Kuantan makna sebelum merdeka lagi. Sampai sekarang masih lagi orang Lipis memakai atau menggunakan bangunan hospital yang lama dan bangunan hospital yang dimulakan ....

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Boleh seminit?

Tidak boleh.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya cuma hendak ucap tahniah pasal dilantik Pengerusi PTPTN yang baru. Boleh, boleh sedikit?

Okey sikitlah. Saya tidak adil, pasal ucap tahniah tadi.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Sebab saya dari Indera Mahkota daripada Pahang juga. Menyentuh pasal jalan raya infrastruktur di Lipis itu saya pun teringat juga kesesakan itu bukannya berlaku masa banjir. Hari Raya baru-baru ini pun katanya berlaku agak sesak juga tetapi insidennya berlainan. Baru-baru ini katanya ada satu insiden tembak menembak katanya di Lipis yang melibatkan seorang anggota polis yang menembak secara rambang 58 das peluru. Perkara ini langsung tidak disiasat dan nasib baik tidak ada kemalangan jiwa ataupun kematian dan sebagainya kalau tidak Yang Berhormat Lipis susah juga hendak kena balik tengok itu. Terima kasih.

Sebenarnya Tuan Yang di- Pertua anggota polis itu datangnya saya ingat daripada Negeri Sembilan. Jadi beliau ini katanyalah menurut pada...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Boleh disiasat mintalah.

Memang disiasat dibawa ke balai dan katanyalah ceritanya, katanya dia ini belajar ada satu ilmu. Jadi dalam mimpi dia, dia kena balik dengan pakai uniform semua sekali, kena balik ke Kelantan tidak perlu isi minyak sudah. Malangnya sampai ke Lipis ini minyaknya habis dan menurut cerita polis ini juga dia mengatakan bahawa sepanjang perjalanan ada seorang yang duduk di sisi dia yang kita pun tidak nampak, kita nampak dia seorang, di sisi dia dan orang ini berleter banyak sangat dengan dia jadi agaknya dia marah sangat. Sebenarnya dia tidak tembak orang tetapi dia tembak ke dalam keretanya, 58 das saya telah....

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Menembak itu soalnya keselamatan orang awam.

Ha, ya lah, tetapi sepatutnya tidak berlakulah.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Jadi sebagai Yang Berhormat di Lipis, patutnya kita minta supaya perkara ini disiasat dengan rapi. Ini soal kecuaian yang besar. 58 biji peluru itu besar Yang Berhormat!

Saya rasa perkara ini memang dalam siasatan polis sebab saya sudah bertanya pada Ketua Polis Daerah Lipis, masih dalam siasatan. Bagaimanapun setelah dihantar ke hospital, anggota ini dihantar untuk rawatan sakit jiwa tetapi bernasib baik kerana tidak terkena orang. Memang bagi saya itu satu peristiwa malang dan saya berharap pihak polis membanyakkan lagi pakar-pakar psikologi yang berada di situ. Jadi saya tidak ada apa lagilah yang saya hendak cakap pasal tadi saya sudah hendak berhenti tetapi oleh kerana Yang Berhormat bagi Indera Mahkota ini bangun, jadi saya beri peluang kepada beliau kerana beliau ini sahabat saya juga.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sama-sama orang Pahang.

Dulu satu masa kami sama-sama tetapi dia lari... [Ketawa] Di samping ini saya hendak mengucapkan juga ribuan terima kasih kepada kerajaan, terutamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah datang ke Kuala Lipis, sebenarnya ke Gahai merasmikan satu program lonjakan mega luar bandar di Tanjung Gahai, Kuala Lipis walaupun sebenarnya Tanjung Gahai ini tidak terletak dalam kawasan Parlimen Lipis. Ia terletak dalam daerah Lipis. Jadi dengan program-program ini saya harap dapat diperbanyakkan dan secara langsung telah dapat membantu rakyat miskin tegar untuk membangunkan negara. Jadi dengan kata-kata itu saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana beri saya peluang untuk bahas dalam Bajet 2009. Saya ada beberapa perkara yang saya ingin sebut dalam perbahasan saya. Pertamanya adalah mengenai satu statement yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengenai ekonomi negara kita yang bertajuk “Malaysian Economy Has Buffers”. Dalam satu laporan surat khabar yang bertarikh 30 September, saya memetik dari laporan surat khabar ini, beliau berkata, “Malaysia’s economy has the capacity to weather the destabilizing consequences of development in the US economy and international financial markets, said the Deputy Prime Minister, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak. Stating that the country’s economic fundamentals were strong, he added that Malaysia’s international reserves were high at USD119 billion with a large current account surplus.” Saya tidak akan bahas tentang keadaan economy fundamental negara kita kerana rakan-rakan saya telah banyak sebut tentang korupsi-korupsi yang telah melemahkan ekonomi negara kita. Akan tetapi saya akan menuju dalam perbahasan saya tentang international foreign reserve yang disebutkan oleh beliau yang sebanyak USD119 bilion with a large current account surplus. Saya percaya angka-angka yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri adalah daripada laporan Bank Negara Malaysia setakat 15 September 2008. Ada satu pengumuman yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia mengenai foreign international reserve negara kita as at 15 September 2008. Walaupun pada masa itu, foreign international reserve kita adalah USD119 bilion tetapi kalau kita meneliti perkembangan yang selanjutnya, selepas pengumuman yang dibuat oleh Bank Negara, Bank Negara juga ada buat pengumuman yang selanjutnya adalah pada 7 Oktober mengenai international reserve negara kita as at 30th September 2008 iaitu 15 hari selepas apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Pada masa itu, as at 30 September 2008, apa yang diumumkan adalah international foreign reserve negara kita telah turun ke hanya USD109.7 bilion. Selepas itu as at 15 Oktober, satu bulan selepas apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, foreign reserve kita juga jatuh ke tahap USD107.6 bilion. Ia menunjukkan satu trend bahawa foreign reserve negara kita telah merosot dan kalau kita melihat dan meneliti angka-angka mengenai foreign

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

reserve negara kita dalam quarter ini iaitu dari 30 Jun 2008 sehingga 15 Oktober 2008. Pada 30 Jun 2008, international reserve negara kita adalah USD125.8 bilion dan dalam satu quarter sahaja foreign reserve kita merosot dengan angka USD18.2 bilion, sebanyak RM63.6 bilion. Bukankah ini satu trend yang sangat membimbangkan? Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataannya mengenai ekonomi kita adalah baik dan kukuh dan jikalau kenyataannya berasaskan atas jumlah international reserve negara kita, tentunya trend yang ditunjukkan oleh Bank Negara Malaysia yang menunjukkan foreign reserve kita telah semakin hari semakin kurang. Itu adalah satu trend yang sangat membimbangkan. Oleh itu saya harap Kementerian Kewangan boleh beri satu penjelasan mengenai sama ada quarter itu, penurunan international reserve dalam quarter ini adalah seasonal, mungkin tiap-tiap tahun pada quarter ini foreign reserve memang turun atau foreign reserve itu turun akibat daripada kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, boleh habis dalam masa 10 minit?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tidak boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sambung besok.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga pukul 10.00 pagi, hari Khamis, 23 Oktober 2008. Dewan ditangguhkan pada pukul 9.30 malam.