Dewan Rakyat · 20 November 2008
15th Parliament, session 1, meeting 3 · 638 turns · 38,443 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] minta Perdana Menteri menyatakan:- (a) sama ada kerajaan ada menubuhkan Majlis Ekonomi Negara atau Badan Perunding Ekonomi; dan (b) keanggotaan badan-badan tersebut dan fungsi-fungsi mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil dengan murah hati untuk menjawab soalan pertama. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan telah menubuhkan Majlis Ekonomi sebagai badan perundingan yang akan memainkan peranan bagi menangani masalah inflasi dan kelembapan ekonomi global yang memberi kesan kepada negara seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 5 Ogos 2008 yang lalu. Majlis tersebut dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengerusi. Keanggotaan adalah terdiri daripada menteri-menteri yang berkaitan, wakil- wakil daripada pihak kerajaan, sektor swasta, akademia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mereka berperanan dalam mengemukakan idea dan cadangan bagi mengenal pasti langkah-langkah mengawal inflasi dan merangsang pertumbuhan ekonomi. Memandangkan pada masa ini keadaan inflasi telah berkurangan dengan consumer price index (CPI) dengan izin, pada bulan September telah menurun kepada 8.2% dari paras tertinggi 8.5% pada bulan Julai dan Ogos. Maka tumpuan peranan mereka adalah lebih kepada menggembleng usaha ke arah memperkukuh pertumbuhan ekonomi negara. Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli akan di bincang dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi dan Mesyuarat Exco Majlis Ekonomi. Segala keputusan yang dipersetujui akan dibawa untuk pertimbangan Mesyuarat Jemaah menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya telah mendengar jawapan yang diberikan dan diberitahu secara umumnya keanggotaan Majlis Ekonomi Negara ini. Kita tahulah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebagai anggota dan disebut menteri-menteri, tetapi siapakah anggota yang terdiri daripada sektor swasta ini? Apakah mereka ini terdiri daripada orang-orang yang mewakili sektor-sektor ekonomi tertentu yang boleh memberi sumbangan idea, cadangan dan sebagainya kepada majlis ini iaitu satu majlis yang amat penting bagi menentukan ekonomi negara. Soalan saya tentang peranan anggota ini yang ingin saya pertikaikan sama ada ia berkebolehan kerana bagi saya persoalannya ialah Majlis Ekonomi Negara ini bukan setakat untuk menangani inflasi tetapi juga ekonomi negara ini bagi tempoh jangka pendek dan jangka panjang. Saya ingin bertanya, bagaimana umpamanya sekarang ini untuk kerajaan mendapatkan cadangan dan juga pandangan daripada majlis ini supaya rakyat
Malaysia ini mendapat pembelaan dari segi ekonomi sama ada Melayu, Cina dan India. Kumpulan yang miskin di luar bandar...
Saya ingat Dewan mencadangkan Yang Berhormat Pasir Salak yang baik.
Terima kasih, mudah- mudahan ia diterima. Saya pun mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka. Jadi, kumpulan di luar bandar yang masih miskin, nelayan, setinggan, pemandu teksi dan semua ini memerlukan pembelaan. Kita tidak mahu tokoh-tokoh swasta seperti Yang Berhormat Putrajaya ini, dia tauke besar. Kalau dia duduk di dalamnya, dia tidak reti masalah nelayan, masalah setinggan dan sebagainya.
Sudah cukup panjang, Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Jadi kita hendak pihak pembangkang, ini daripada Segambut...
Pasal Majlis Ekonomi Negara. Soalan!
Daripada Pokok Sena, walaupun dia banyak bercakap tetapi belum lagi layak untuk duduk dalam Majlis Ekonomi Negara ini.
Yang Berhormat, cukuplah.
Jadi, kita tidak boleh hendak rekomen. Kita minta pihak Menteri untuk memberitahu.
Soalan, soalan.
Soalan saya. siapakah anggota-anggota ini supaya kita merasa yakin.
Teruskan, teruskan.
Saya ingin mencadangkan kerana Majlis Ekonomi Negara ini begitu penting, bagaimana kalau kita mencadangkan Tun Dr. Mahathir sebagai Pengerusinya?
Setuju. Setuju.
Setuju!
Setuju? Yang Berhormat Pasir Mas setuju Tun Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Majlis Ekonomi ini kerana dia terbukti seorang tokoh, bukan sahaja sebagai politician, sebagai Perdana Menteri tetapi juga seorang yang mempunyai ketokohan dalam bidang ekonomi.
Sudah tidak percaya kepada Najib ke?
Sudah macam ucapan, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pasir Salak hebat. Hebat!
Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dia bakal Perdana Menteri. Dia perlu diberi nasihat. Tun Dr. Mahathir bagi nasihat apa salah.
Setuju. Setuju.
Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak sekarang di mana, Monggoliakah? [Dewan riuh]
Saya bukan. Saya bukan...
Confirm menang.
Yang Berhormat, kena ringkas Yang Berhormat. Saya mintak Yang Berhormat ringkaskan soalan ini.
Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak sudah habis soalan saya. Jadi oleh sebab itu, persoalan saya. Soalan. Soalan.
Hai, berapa kali soalanlah.
Ulang dua, tiga kali bagi dia faham. [Ketawa] Jadi, persoalan saya anggota-anggota Majlis Ekonomi ini biarlah mencerminkan orang-orang yang boleh memberikan idea dan pandangan dan cadangan yang benar-benar boleh membangunkan ekonomi negara ini bagi rakyat yang seluruh...
[Menyampuk]
Apa?
Yang Berhormat cukup Yang Berhormat.
Pasir Salak bolehlah. Pasir Salak layak.
Teruskan. Teruskan.
Sekali. Sekali. Apa ini kacau.
Sudah 11 minit Yang Berhormat.
11 minit!
11 minit satu soalan, puaslah.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya jawab soalan?
Sudah 11 minit, soalan pun tidak tahu apa lagi.
Tuan Yang di-Pertua, dia orang kata pukul 11.15, baru ada kapten. Jadi kita panjangkan sikit. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat daripada Pasir Salak mengenai Majlis Ekonomi ini dan saya faham soalan, beliau kata beliau terpaksa ulang soalan. Pertama, siapakah keanggotaan atau anggota-anggota Majlis ini? Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis ini memang diwakili dengan pelbagai sektor. Saya ingin menamakan beberapa anggota sektor swasta yang berkewibawaan dalam Majlis ini. Contohnya kita ada Tan Sri Thong Yaw Hong daripada Public Bank - Pengerusinya, Tan Sri Lim See Yen daripada Leen Assosiate, juga seorang yang memberi nasihat kepada Kerajaan Singapura dan berbagai-bagai kerajaan lain, Tan Sri Yong - Pengarah Royal Selangor International, RAM’s Holdings - Dato’ Sri Rajendran, Mohd Jawar daripada ICIS. Kemudian kita ada Khazanah - Tan Sri Azman, Dato’ Oh Siew Nam - Pengerusi PVB Group, banyak lagi untuk makluman Yang Berhormat. Contohnya Nadi Cab Holdings, kemudian Dato’ Azman Yahya dari Symphony House Berhad dan juga dianggotai dengan pihak NGO ataupun persatuan-persatuan yang menggerakkan dan menjanakan ekonomi. Contohnya Pan Malaysia Bus Operators, FOMCA, CUEPACS, MRCB, ATOS dan banyak lagi. Maka jumlahnya 40 anggota daripada semua lapisan masyarakat dan juga institusi- institusi perniagaan. Maka, kami yakin bahawa Majlis ini akan memainkan peranan dan mereka telah bersidang selama empat kali, Exconya telah bersidang sebanyak tujuh kali sejak 4 Ogos 2008 dan sampai sekarang, input yang mereka telah bagi begitu baik sekali.
Soalan yang kedua Yang Berhormat, iaitu apakah Majlis ini akan menangani isu- isu kemiskinan yang bakal melanda negara akibat daripada tempias kegawatan ekonomi. Maka untuk makluman Yang Berhormat pertama, social safety net dengan izin yang telah diumumkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan itu begitu menyeluruh. Saya boleh bekalkan butiran sekiranya Yang Berhormat inginkan di peringkat untuk membantu golongan-golongan miskin. RM440 adalah garis kemiskinan, sekarang telah ditingkatkan sampai RM720 dan pelbagai pakej disediakan di peringkat akar umbi untuk bantu mereka. Kedua, adalah stimulus pakej yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita pada 4 November 2008 untuk membantu golongan- golongan yang memerlukan bantuan RM7 bilion ini. Maka butiran itu boleh saya sajikan kepada Yang Berhormat kemudian. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, yang kita bicarakan ialah tentang Majlis Ekonomi Negara, yang pastinya melibatkan rakyat sama ada rakyat yang menyokong kerajaan sekarang ataupun yang tidak menyokong kerajaan. Rakyat yang membayar cukai untuk semua. Soalan saya ialah kalau Public Accounts Committee (PAC) kita membenarkan pembangkang berada dalam committee tersebut. Apa salahnya kerajaan memikirkan untuk menjemput satu, dua orang dari pembangkang untuk sekurang-kurangnya mendengar pandangan daripada pihak yang lain, kerana kita perhatikan bahawa jawatankuasa ini dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan orang-orang yang kepentingan yang mempunyai interest - mungkin. Soalan saya, apa salahnya menjemput satu, dua orang pembangkang yang mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Sungai Petani. Baik, saya akan membawa cadangan Yang Berhormat kepada Majlis Ekonomi dan untuk makluman Yang Berhormat. [Disampuk] Nanti dulu, saya habiskan jawapan dulu. Tuan Yang di-Pertua...
Kita orang kalau mahu menjadi menteri duduk sanalah.
Okay. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab ya. Saya ingin mengatakan di sini bahawa dalam Majlis ini kita 40 orang yang menganggotai kerajaan hanya beberapa orang sahaja. Maka, keseluruhannya daripada semua rakyat jelata yang mewakili sektor masing-masing. Maka, pandangan Yang Berhormat itu adalah pandangan yang terlalu sempit dari konteks pembangkang dan juga kerajaan, dan cadangan-cadangan yang dibahaskan di sini semuanya di ambil kira melalui hansard yang dikeluarkan untuk dimasukkan dalam perbincangan-perbincangan nanti. Maka, saya mengundang Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk berbincang di sini. Inikan Dewan yang mulia untuk taburkan segala idea, untuk memperkasakan ekonomi dan itulah. Maka, saya meminta Yang Berhormat taburkan sahaja kita kutip untuk dibicara.
Tabur banyak-banyak pun masyarakat Malaysia tidak naik juga. Yang miskin masih miskin. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua suruh dia duduk, dia selalu kacau sahaja.
2. Tuan Roslan bin Shaharum [Bukit Gantang] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan langkah-langkah yang dilakukan oleh kementerian untuk memajukan industri sumber mineral negara dalam kes perlombongan tanah liat kaolin dan pasir silika.
Terima kasih Yang Berhormat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah merangka beberapa strategi dan langkah untuk memajukan industri sumber mineral negara meliputi termasuk perlombongan tanah liat, kaolin dan pasir silika. Antara langkah-langkah ialah:
(i) mengambil tindakan-tindakan dalam aspek pembangunan mampan yang merangkumi pelbagai bidang termasuk pembangunan sumber mineral selaras dengan Pelan Pelaksanaan Johannesburg kerajaan bagi pembangunan mampan; (ii) menjalankan eksplorasi mineral secara berterusan untuk mengenal pasti sumber-sumber mineral yang berpotensi untuk dibangunkan bagi menjamin bekalan mineral mentah bagi industri pembuatan dan penggunaan tidak terjejas; dan (iii) menjalankan penyelidikan dan penggunaan R&D dalam aktiviti pemprosesan bagi meningkatkan kualiti dan gred mineral- mineral tersebut supaya mempunyai nilai pasaran yang kompetitif dan boleh digunakan dalam produk-produk yang mempunyai nilai tambah yang tinggi. Antara hasil penyelidikan ialah formulasi seramik berkualiti tinggi, mengguna lempong bebola tempatan di Pahang dan Sarawak dan penghasilan formulasi untuk produk kaca kristal yang akan dikomersialkan oleh sebuah syarikat di Negeri Sembilan. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, sejumlah RM6.5 juta telah diperuntukkan kepada Jabatan Mineral dan Geosains untuk kajian tanah liat, silika dan kaolin. Akhirnya kita menggalakkan pertumbuhan industri-industri hiliran yang menggunakan mineral-mineral tersebut sebagai bahan mentah seperti industri pembuatan barang kaca, seramik, bata, refraktori dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa kemajuan industri mineral negara ini masih lagi di tahap rendah ataupun dengan izin, tidak fully utilize lagi. Tidak digunakan ke maksimum yang mungkin, sedangkan kita lihat bahawa mineral-mineral ini adalah merupakan mineral yang amat berkualiti tinggi dan juga nilai komersial yang begitu tinggi.
Misalnya besi, bijih timah, silika, ball clay, pasir dan sebagainya. Kalau kita melihat sebagai satu contoh, misalnya penjualan pasir secara pukal dan juga secara doket yang berlaku di selatan tanah air ke negara jiran, Singapura. Ini sesuatu yang merugikan kerana pasir yang dijual ke negara jiran, saya difahamkan mengandungi besi, emas, silika dan sebagainya yang mempunyai nilai yang tinggi. Kemudian terdapat juga kawasan-kawasan mineral di negeri-negeri, misalnya di Bidor, di Terong, Taiping, terdapat ball clay dan juga tanah liat, bijih timah tetapi di atas tanah tersebut terdapat kawasan-kawasan perumahan dan juga kampung-kampung tersusun serta kelapa sawit dan sebagainya. Jadi apakah Kerajaan Pusat di bawah kementerian tidak mempunyai koordinasi, perancangan dan juga penyelarasan di antara kementerian dan negeri-negeri. Seterusnya saya ingin bertanya tentang adakah kerajaan menyediakan satu skema untuk upgradekan atau valued addedkan nilai-nilai mineral yang amat berpotensi ini? Jadi itu soalannya. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Memang seperti yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat tadi, perusahaan mineral kita di seluruh negara telah pun berkurangan kalau kita bandingkan pada tahun 70-an. Ini kerana, yang pertama, selepas tahun 70-an harga-harga mineral ini agak menurun. Yang kedua, selepas itu ada persaingan yang hebat di antara pembangunan-pembangunan tanah. Di antara pembangunan tanah sama ada kita hendak menerokanya sebagai pelombong ataupun membangunkannya sebagai perumahan ataupun sebagai tanaman-tanaman seperti tanaman kelapa sawit.
Bagaimanapun, baru-baru ini kerajaan telah mendapati bahawa mineral ini adalah mempunyai prestasi yang besar kerana sebelum kegawatan ekonomi yang berlaku di seluruh dunia, harga-harga mineral ini telah pun mencapai harga yang tertinggi dalam sejarah. Oleh yang demikian, maka kerajaan telah pun menerusi Majlis Mineral Negara kerana majlis ini ialah satu majlis untuk menyeragamkan atau untuk mengkoordinasi segala pembangunan mineral di seluruh negara telah pun merayu supaya kerajaan-kerajaan mengeluarkan lebih banyak lagi permit-permit untuk melombong. Dalam masa yang sama, kita telah pun juga menjalankan beberapa kajian dan dalam negara kita telah ada 14 penemuan telah pun didapati, bagaimana mineral-mineral ini dapat digunakan dalam produk-produk hiliran. Untuk makluman Dewan ini, sekarang kita ada 925 syarikat yang berasaskan mineral di seluruh negara. Maka, nampak ada pembangunan yang baik yang menggunakannya selain daripada mengeksportkan mineral- mineral ini, mereka juga telah memprosesnya di negara kita. Mengenai penjualan pasir ke negara jiran, ingin saya memaklumkan di sini bahawa pengeksportan pasir ini telah pun dilarang oleh kerajaan. Jadi saya tidak tahu dari mana Yang Berhormat dapat maklumat mengenai pengeksportan pasir kerana ianya telah pun dilarang. Mengenai kawasan-kawasan mineral seperti yang saya sebut tadi yang Yang Berhormat kata telah dibangunkan sebagai tapak perumahan, ini adalah satu challenge, cabaran yang berhadapan dengan kerajaan negeri kerana pengeluaran lesen permit-permit mengusahakan mineral ini adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan negerilah yang akan memilih sama ada hendak membina rumah di tanah yang sama ataupun untuk melombong, tetapi dalam majlis yang dahulu kita merayu bahawa kerajaan negeri akan menimbang untuk membangunkan industri perlombongan untuk kepentingan negara. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Sumber mineral yang telah dianugerahkan kepada setiap negeri seharusnya lebih banyak usaha perlu dijalankan untuk menarik pelabur yang minat untuk menjalankan kerja cari gali dan seterusnya melombong. Dengan mempunyai dasar yang lebih terbuka kepada perlombongan, pihak negeri tidak akan rugi. Soalan ialah bagaimanakah Akta Pembangunan Mineral 1994 dan Enakmen Mineral Negeri mampu menarik pelaburan dan seterusnya memberi banyak faedah dan menambah lagi sumber kewangan negeri, terutamanya penggalian mineral industri lain seperti pasir, silika, tanah liat yang bermutu tinggi seperti kaolin dan lain-lainnya kerana sumber mineral ini dianggap sebagai bahan strategik bagi menampung keperluan industri tertentu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Kapit kerana Sarawak adalah satu negeri juga yang mempunyai sumber-sumber mineral yang banyak. Memang dalam Majlis Mineral Negara yang lepas, kita telah pun menggariskan beberapa tindakan sebagai galakan untuk menarik minat pelabur untuk melabur di bidang mineral ini. Di antara galakan-galakan yang diberi, yang pertama, kita telah pun tidak mengenakan apa- apa export duty untuk kegiatan mineral ini. Yang kedua, kerajaan juga memberi kemudahan mengenai reduction of import duty, dengan izin kepada mereka yang membawa machinery masuk ke dalam negara dan kita juga dalam beberapa industri, kita telah memberi panel status kepada syarikat yang melibatkan diri dalam pihak industri dan begitu juga kita tidak mengehadkan ekuiti oleh 100% dari rakyat luar negara. Itulah beberapa langkah yang kita harapkan dapat menarik minat pelabur-pelabur kepada industri mineral yang cukup kaya di negara kita kerana di seluruh negara kita ada menganggarkan tidak kurang daripada RM2.36 bilion reserve mineral untuk dieksploitasi untuk kepentingan negara. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan pada pagi yang berbahagia ini mengucapkan selamat datang kepada anak buah saya, pegawai dan kakitangan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tenggara dan selamat datang kepada anak-anak, pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kampung Paya, Pokok Sena.
3. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [Tenggara] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:- (a) apakah tindakan oleh KPKT untuk menentukan agar ahli-ahli majlis PBT dapat melaksanakan tugas dan peranan mereka dengan berkesan dan bagaimanakah Kementerian menilai keberkesanan mereka; dan (b) apakah kementerian bercadang untuk menetapkan kriteria pemilihan ahli-ahli majlis PBT perlu terdiri daripada ahli profesional.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Point of order, Tuan Yang di-Pertua. Adakah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah resign? Adakah jawatan ini kosong satu bulan? Apa keadaan? Kita mahu satu pembetulan. Perdana Menteri kata...
Yang Berhormat, tidak payah tanyalah.
...mahu shuffle, mana itu Menteri?
Itu urusan MCAlah, DAP jangan masuk campur.
Kosong tidak kosong pun kita tidak tahu. Adakah ia dikosongkan?
Cukuplah, Yang Berhormat.
DAP jangan masuk campurlah, itu MCA punya urusan.
Timbalan Menteri, ya.
Tuan Yang di-Pertua, soalan pasal Menteri itu...
Yang itu tidak berbangkit, Yang Berhormat. Jawab soalan nombor 3.
Tidak ada kena mengena dengan Yang Berhormat. Lain kali Yang Berhormat...
Kosong atau tidak kosong? Kita pun tidak tahu.
...kalau Yang Berhormat hendak, sila masuk Barisan Nasional.
Adakah Yang Berhormat tahu kosong atau tidak kosong?
Jaga diri sendirilah, itu jangan masuk campur.
Masuk MCA!
Yang Berhormat, kalau teringin tunggu lain kali, Yang Berhormat. Itu pun kalau ada masa. Tuan Yang di-Pertua, pelantikan Ahli Majlis PBT adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti yang diperuntukkan oleh seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Sehubungan dengan itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan percaya setiap kerajaan negeri hanya melantik mereka yang
berpengalaman dan berkelayakan sahaja sebagai ahli majlis kerana ahli majlis adalah jentera pentadbiran pihak berkuasa tempatan yang membantu Datuk Bandar ataupun Yang Dipertua dalam membuat keputusan berhubung perjalanan dasar sesebuah PBT serta kelulusan yang berkaitan dengan permohonan lesen, permit dan pemajuan selain menjadi wakil kepada penduduk setempat dalam menyuarakan pandangan dan cadangan berhubung perkhidmatan yang diberikan oleh PBT. Oleh kerana tempoh perkhidmatan ahli majlis adalah tidak melebihi tiga tahun, maka kerajaan negeri boleh menilai perkhidmatan yang diberikan sama ada untuk menamatkan ataupun menyambung semula perkhidmatan mereka selepas tempoh tiga tahun tersebut.
Penilaian boleh dilakukan berdasarkan kehadiran di Mesyuarat Majlis Penuh dan Mesyuarat Jawatankuasa yang berkaitan. Keaktifan mereka menyertai aktiviti-aktiviti PBT, kebijaksanaan dalam menyuarakan pandangan dan pendapat, hubungan baik dengan penduduk setempat dan kesediaan mereka membantu PBT, membuat keputusan yang baik dan betul serta tidak terlibat dalam hal-hal yang boleh menjejaskan imej PBT. Seksyen 10 Akta 171 juga menetapkan kriteria pelantikan ahli majlis yg antaranya adalah sebilangan besar dari mereka bermastautin dalam kawasan PBT berkenaan dan berpengalaman luas dalam hal ehwal kerajaan tempatan, memperoleh kejayaan dalam sesuatu profesion, perdagangan dan perindustrian dan mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan kaum mereka dalam kawasan PBT. Oleh itu KPKT buat masa ini belum bercadang untuk menetapkan supaya pelantikan ahli majlis dibuat daripada kalangan ahli profesional sahaja. Walau bagaimanapun, KPKT tiada sebarang halangan sekiranya kerajaan negeri bercadang untuk melantik sepenuhnya ahli profesional sebagai ahli majlis sekiranya ia mampu untuk menyumbang ke arah meningkatkan lagi keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan PBT. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada jawapan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Saya hendak tanya bagaimanakah KPKT dapat memastikan bahawa ahli-ahli majlis ini benar-benar faham dengan tugas mereka sedangkan sebahagian besar daripada mereka bukan terdiri daripada kalangan profesional. Faham tentang tugas mereka dalam bidang perancangan dan pembangunan PBT kerana memandangkan pelantikan ahli majlis ini adalah bertujuan untuk membantu PBT di dalam membuat dasar-dasar, merancang dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab PBT dalam memenuhi tuntutan dan juga hak membayar cukai, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya sudah sebutkan tadi bahawa pelantikan ini adalah pelantikan yang dibuat oleh kerajaan negeri. Selalunya mereka yang dilantik adalah sudah pun mengikut kriteria pelantikan ahli majlis seperti yang saya sebutkan tadi. Maka sebab itulah sesiapa sahaja yang dilantik oleh kerajaan negeri adalah mereka yang saya rasa mampu untuk menjalankan tugas sebagai ahli majlis sama ada mereka faham ataupun tidak dari segi dasar, itu adalah merupakan tanggungjawab ahli majlis-ahli majlis yang dipilih oleh kerajaan-kerajaan negeri. Saya lihat buat masa ini kebanyakan daripada mereka yang dilantik adalah mereka yang tahu akan dasar-dasar kerajaan sama ada Kerajaan Pusat melalui Akta 171 ataupun dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan negeri sendiri. Sebab itu tidak timbul sama ada hanya ahli profesional sahaja yang mampu untuk menjadi ahli majlis dalam pelantikan ini, sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini, sejak 51 tahun kemerdekaan ini apakah pemantauan yang berkesan yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk semua 144 pihak berkuasa tempatan. Kerana saya sebutkan hal ini kerana misalnya banyak projek yang terbengkalai di kawasan-kawasan tertentu termasuk di DBKL. Apakah pemantauan atau kajian yang dibuat oleh pihak kementerian mengenai keberkesanan ahli-ahli majlis ini untuk menjalankan tugas terutamanya dipanggil ahli
penasihat di DBKL dan juga di tempat-tempat yang lain, penasihat tetapi saya tidak nampak ada nasihat, mungkin tidak ada nasihat. Mungkin dia perlu tukar, mungkin ahli yang senyap, bukan ahli penasihat.
Soalan Yang Berhormat Kepong, mana soalannya?
Soalan Yang Berhormat, soalan.
Soalan.
Ya, ya mungkin tidak sihat. Ini bukan ahli majlis.
Yang Berhormat Kepong, ramai sudah bangun keluar Dewan Yang Berhormat. Habiskan soalan.
Ya, ya soalan. Satu soalan tadi...[Ketawa]
Ya, satu soalan.
Satu soalan mengenai keberkesanan dan kajian kementerian. Dan ini bukan mengambil masa. Yang Berhormat Pasir Salak tadi 10 minit.
Jangan ikut macam itu Yang Berhormat.
12 minit, saya hanya tiga minit sahaja.
Cakap, cakap, cakap.
Saya minta Yang Berhormat jawablah.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan kita adalah tentang Ahli Majlis di PBT-PBT. Yang Berhormat pun faham bahawa DBKL ini lain aktanya. Bukan sama dengan soalan asal daripada Yang Berhormat Tenggara tadi. Jadi tentang ahli penasihat itu datangnya dari akta yang lain, Akta Tubuh yang digubal oleh Parlimen ini untuk Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandar Raya. Tentang PBT-PBT lain, pemantauan yang kita buat adalah prestasi PBT-PBT tersebut di mana PBT-PBT sekarang ini kita buat star rating. PBT yang baik kita bagi five star, kalau kurang baik kita kurangkan empat, tiga dua dan satu.
Penyapu, penyapu, penyapu.
Itu Kerajaan Negeri Selangor.
Khir Toyo, Khir Toyo...
Yang lama punya. [Ketawa]
Kerajaan dahulu punya.
Itu Kerajaan Negeri Selangor. Jadi kita...
Pasal itu jatuh.
Sekarang sudah cemerlang kerana...
Kementerian setuju bagi penyapu? [Ketawa]
Yang Berhormat Pokok Sena, tidak boleh macam itu Yang Berhormat.
Yang Berhormat, itu Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh orang Selangor, yang dikehendaki oleh orang Selangor, cara mereka. Jadi kalau itu cara yang baik sehinggakan cemerlang masa ini kita ucapkan tahniah kepada mereka. [Tepuk] Kalau mereka tidak suka, kita ikutlah cara Kerajaan Barisan Nasional...
Bagi penyapu... [Ketawa]
...yang mahukan star rating. Kita buat star rating. Star rating ini kita berikan kepada PBT-PBT yang baik di seluruh negara dan akan kita berikan peruntukan yang lebih kepada mereka yang berjaya apabila mencapai tahap yang begitu tinggi apabila kita buat ratingnya. Mengenai DBKL tadi saya mintalah kepada Yang Berhormat Kepong, lain kali kalau hendak tanya check dahulu. Sebab DBKL ini penasihatnya tidak masuk dalam Akta 171, sekian terima kasih.
Soalan tambahan tergelincir, terkeluar.
Bagi penyapu kepada Ketua Bahagian...
4. Dato' Rashid Din [Merbok] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa banyak projek rumah murah yang sedang dilaksanakan di kawasan Merbok, dan sila senaraikan projek-projek sedemikian serta kontraktornya yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, bagi kawasan Parlimen Merbok, projek rumah murah yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad atau SPNB, adalah di bawah Skim Projek Rumah Mampu Milik atau RMM. Sehingga kini sebanyak 411 unit rumah telah disiapkan di bawah Projek RMM Taman Universiti Jaya, Fasa 1 di Mukim Semeling daerah Kuala Muda yang dibina oleh kontraktor yang dilantik iaitu Kedah Sato Sdn. Bhd dan projek itu telah disiapkan 100%. Selain itu SPNB juga bercadang untuk membangunkan sejumlah 344 unit rumah lagi bagi projek RMM Taman Universiti Jaya, Fasa 2 dan status projek itu buat masa ini masih di dalam peringkat perancangan, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri yang memberi jawapan.
Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya di pekan Tanjong Dawai, ada satu perkampungan nelayan terdiri dari lebih kurang 250 rumah nelayan berbilang kaum di atas tanah kepunyaan persendirian. Selama 50 tahun pemerintahan Barisan Nasional, tidak ada apa-apa cadangan atau usaha untuk membangun pekan Tanjong Dawai ini. Nelayan-nelayan di sini merasa telah ketinggalan dalam arus pembangunan negara, seolah-olah mereka dipinggirkan. Perkara yang sama juga berlaku di estet-estet lama di mana rumah-rumah kongsi telah ditinggalkan kepada bekas-bekas pekerja ladang di mana rumah-rumah ini bukan saja sudah usang dan tidak sesuai untuk didiami tetapi tiada bertitle yakni tiada bergeran. Soalan saya ialah, bolehkah kementerian membuat atau merancang sesuatu untuk membangunkan kawasan sebegini yakni seperti di pekan Tanjung Dawai dan Kongsi Enam di Bukit Selambau, mengambil kira tanah persendirian yang terbabit. Ini memandangkan kesukaran yang akan dialami oleh tuan tanah untuk membangunkan kawasan seperti ini yang akan memerlukan belanja yang tinggi serta tidak economic. Rumah yang terhasil akan menjadi mahal dan tidak mampu dibeli oleh nelayan-nelayan dan bekas-bekas pekerja ladang tempatan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya Syarikat Perumahan Negara Berhad atau SPNB ini membuat Skim Rumah Mampu Milik dan Skim Rumah Mampu Milik itu rancangannya di atas permintaan dari kerajaan negeri dan SPNB akan mengkaji cadangan-cadangan ataupun cadangan- cadangan projek dari kerajaan negeri. SPNB juga akan mengambil kira unsur-unsur seperti kawasan tersebut ada permintaan ataupun pembeli yang mencukupi ataupun mereka yang bercadang mempunyai tanah yang sesuai dan apakah kepentingan ekonomi kalau Skim Rumah Mampu Milik itu diadakan. SPNB juga perlu kaji tentang liabiliti dan feasibility projek itu. Jadi kalau ada projek-projek, tanah-tanah yang sesuai, bolehlah bercadang dan berhubung dengan SPNB. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, RMM ini kebanyakan tanah- tanah ataupun yang telah dikenal pasti untuk pembinaan rumah RMM termasuk Merbok dan semua kawasan Parlimen yang lain pun adalah disubsidi oleh kerajaan untuk memastikan kos binaan itu dapat dijimatkan bagi kita tidak ada peningkatan pada harga sebenar yang ditawarkan kepada pembeli. Jadi sejauh mana pihak kementerian terlibat dalam kerajaan negeri yang kurang berkemampuan untuk memberi subsidi dalam pembelian tanah, terutamanya di kawasan- kawasan ataupun lokasi yang dianggap strategik.
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya masalah yang dihadapi oleh SPNB pada masa sekarang di antaranya ialah kos pengambilan tanah. Walaupun kadang-kadang tanah itu adalah tanah milik kerajaan, tetapi SPNB juga perlu bayar premium atas kos itu, atas tanah itu dan juga peningkatan kos pada masa sekarang oleh sebab keadaan inflasi seperti kenaikan bahan binaan, kos infrastruktur naik, gaji naik dan sebagainya. Akan tetapi setiap projek yang diambil oleh SPNB seperti Rumah Mampu Milik, kita juga perlu kaji tentang liabiliti dan feasibility. Kerajaan memang tidak subsidise tetapi projek yang diambil ataupun dilaksanakan oleh SPNB itu di cross subsidi. Jadi kita ada rumah kos rendah ataupun low cost houses yang kita ada dulu, medium cost, jadi dia akan cross subsidise supaya SPNB tidak mengalami kerugian.
5. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan semenjak tahun 2000 sehingga kini, berapa ramai banduan telah diberi pengampunan atau peringanan hukuman oleh Jemaah Pengampunan Negeri.
Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Lipis yang telah mengemukakan soalan pada pagi ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, banduan yang telah pun dijatuhkan hukuman oleh mahkamah dan sedang menjalani hukuman di penjara mempunyai ruang untuk diberikan pengampunan oleh Lembaga Pengampunan Negeri melalui Peruntukan Peraturan 54, 113 dan 114, Peraturan- peraturan Penjara tahun 2000. Berdasarkan Peraturan 54 - Peraturan-peraturan Penjara, ‘Pegawai yang menjaga sesebuah penjara bertanggungjawab mengemukakan laporan kajian hukuman empat tahun sekali kepada Lembaga Pengampunan Negeri’, manakala mengikut Peraturan 113 - Petisyen Banduan Selain dari Hukuman Mati, dan Peraturan 114 - Petisyen Banduan Hukuman Mati, ‘Banduan yang berkaitan berhak mengemukakan petisyen ataupun rayuan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Yang di-Pertua Negeri di mana kesalahan jenayahnya dilakukan’. Ketetapan ini selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut ‘Kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Yang di-Pertua Negeri boleh memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah’. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pertimbangan yang telah pun dibuat oleh Lembaga Pengampunan Negeri semenjak tahun 2000 hingga kini, seramai 45 orang telah pun diberi pengampunan di mana seramai 14 orang daripada mereka dipertimbangkan hukuman yang lebih ringan dan 31 orang telah pun diperintahkan untuk dibebaskan. Tiga orang daripada banduan yang telah diberikan pengampunan merupakan banduan warga asing. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya nak mengucapkan tahniah kepada kementerian dan Jabatan Penjara Kajang khususnya kerana telah mencatat sejarah apabila lapan banduannya ditaja untuk mengikuti Pengajian Jarak Jauh peringkat Sarjana Muda dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Jadi soalan tambahan saya ialah baru-baru ini, Jabatan Penjara itu telah mengadakan program ini dan apakah program ini akan diteruskan lagi, kalau melihat pada kejayaannya dan menjadi sebagai satu daripada syarat pengampunan, kerana mereka ini cuba memulakan hidup baru. Di samping itu, setakat ini adakah kes-kes di mana banduan yang diberi pengampunan tadi oleh Lembaga Pengampunan dan dibebaskan, kembali melakukan jenayah dan balik semula ke penjara, ini memandang kesan dia, kalau macam tu jadi kesan yang tidak baik kepada Jabatan Penjara itu sendiri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Lipis, menjawab soalan tambahan yang pertama memang dalam sistem penjara kita, kerajaan sentiasa menggalakkan supaya banduan-banduan yang menjalani hukuman di penjara tidak kira apa jua kesalahan dia, tidak kira berapa lama banduan harus menjalani hukuman, sentiasa menggalakkan supaya mereka ini diberi mengikuti pendidikan jika mereka ini minat seperti dikatakan oleh Yang Berhormat, lapan orang telah pun berjaya mengikuti Pengajian Jarak Jauh. Kita harap melalui cara inilah mereka ini dapat insaf lebih cepat dan apabila mereka ini keluar dari penjara, mereka ini dapat balik ke pangkuan masyarakat, mereka ini menjadi seorang warganegara yang berguna. Bagi menjawab soalan tambahan yang kedua ini, setakat ini tidak ada mana-mana banduan yang telah pun diberikan pengampunan terlibat balik sebagai seorang penjenayah.
Ini adalah satu rekod yang cukup baik dan saya percaya ini adalah kerana banduan yang diberikan peluang untuk membuat permohonan mendapat pengampunan ini adalah banduan yang terpilih dari segi disiplin, keinsafan, kemahiran dan kemajuan pemulihannya. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin mendapat penjelasan mengenai program parol yang telah diperkenalkan baru-baru ini. Saya ingin tahu berapa ramaikah yang sudah menjalani program tersebut? Apakah keberkesanannya? Adakah ianya akan diteruskan? Juga saya ingin mendapat maklumat, adakah program ini di apply kepada semua jenis kesalahan ataupun kepada kesalahan-kesalahan tertentu sahaja? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sistem parol ini bukan seperti pengampunan. Pengampunan ini dibebaskan terus. Di bawah sistem parol ini maksudnya banduan yang diberikan peluang untuk menjalani hukuman di bawah sistem parol, maksudnya ini masih menjalani hukuman tetapi di luar penjara. Sistem parol mula dilaksanakan pada Julai tahun ini dan sejak Julai hingga September, seramai 118 orang banduan telah dibebaskan secara perintah parol. Hanya banduan-banduan di bawah hukuman dan kesalahan tertentu hanya diberikan peluang untuk membuat permohonan di bawah sistem parol, buat setakat inilah. Bagi kesalahan-kesalahan yang agak cukup berat, kita tidak benarkan. Sekian.
6. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak] minta Perdana Menteri menyatakan apakah rasional pelantikan HDC sebagai badan rasmi pensijilan halal menggantikan JAKIM.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, rasional pelantikan HDC sebagai badan rasmi pensijilan halal sejak April 2008 ialah untuk menjadi pemangkin membangunkan industri halal. HDC bukan sekadar pengeluar sijil tetapi akan menyelaras pembangunan keseluruhan industri halal. HDC akan memberi tumpuan khusus kepada halal industri dan JAKIM akan memberi tumpuan kepada isu-isu yang berkaitan fatwa, syariah dan akidah serta perkara-perkara yang sesuai dengan kemajuan Islam. Adalah wajar Malaysia menggunakan kelebihan dari segi imej sebagai sebuah negara Islam yang maju serta mempunyai kepakaran dalam bidang halal yang meliputi pembangunan piawaian, latihan pensijilan dan sistem kualiti halal. Adalah menjadi aspirasi
kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal global bagi pengeluaran dan perdagangan barangan dan perkhidmatan halal. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Daripada jawapan yang ringkas tadi, saya dapati bahawa HDC ini ada sebagai semacam conflict of interest, sebab selain daripada pembangunan industri halal, ia juga terlibat dalam soal regulator iaitu mengeluarkan sijil halal tersebut. Yang kedua, pada 27 Ogos yang lalu, CEO HDC ada membuat kenyataan bahawa mereka dalam peringkat sedang menggubal ‘akta halal’ dan sudah tentulah pensijilan ini melibatkan kepakaran dari segi hukum. Malangnya yang saya ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah apakah rasional HDC ini diletakkan di bawah MOF ataupun Kementerian Kewangan? Apakah peranannya akan lebih bersifat profit oriented dan ini akan lari daripada fokus asal. Kemudian, saya juga ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang peranan yang dimainkan oleh KasehDia. Maklumat yang kita perolehi, syarikat ini telah pun dilantik sebagai sebuah syarikat konsultan untuk memberi khidmat nasihat kepada HDC yang mana KasehDia ini dikuasai oleh anak perempuan seorang pemimpin tertinggi UMNO dan apakah hubungan KasehDia dengan HDC? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, tidak ada sebarang conflict of interest dalam hal ini kerana kalau Yang Berhormat tengok, HDC adalah merupakan syarikat milik kerajaan secara sepenuhnya. Semua operasi yang dijalankan oleh JAKIM sebelum ini adalah sama seperti apa yang dilaksanakan oleh HDC. Cuma jika Yang Berhormat bertanya tentang kepakaran halal ini, kita di dalam HDC memang mempunyai panel syariah yang dilantik daripada orang-orang, daripada mufti sendiri dan daripada mereka-mereka yang berkaliber dan saya boleh berikan kepada Yang Berhormat secara detail nya mereka-mereka yang terlibat dalam panel syariah dan juga panel pensijilan. Berkenaan dengan rasional, mengapa HDC perlu diletakkan di bawah Kementerian Kewangan? Sebab Yang Berhormat, bila kita ingin membangunkan industri halal ini secara proper dengan izin, ia memerlukan bukan sahaja sekadar infrastruktur tetapi memerlukan kepada kemudahan kewangan. Ini akan didapati sekiranya HDC diletakkan di bawah Kementerian Kewangan. Kita juga memerlukan kepada pembangunan SME, branding, promosi dan sebagainya. Jadi di sini, Yang Berhormat lihat mengapa rasional HDC diletakkan di bawah Kementerian Kewangan. Saya ingin menafikan bahawa adanya sebarang milik kepada anak orang tertentu dalam persoalan syarikat konsultan kepada HDC. Akan tetapi maklumat berkenaan dengan syarikat konsultan KasehDia ini akan saya berikan kepada Yang Berhormat secara bertulis dengan secara detail nya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya yakin dengan kewujudan HDC ini, segala urusan untuk persijilan halal akan dapat dipercepatkan dan diperluaskan. Akan tetapi, soalan saya bagaimana HDC ini boleh dalam waktu yang singkat bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri malahan juga dengan kerajaan-kerajaan tempatan ataupun PBT dan mungkin agensi-agensi lain dalam usaha untuk mempercepatkan serta memperluaskan kelulusan pengeluaran persijilan halal di seluruh negara. Sebab sekarang kita tahu prosesnya masih lambat, banyak penyelewengan sijil-sijil halal yang berlaku di seluruh negara termasuklah di kawasan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, dulu semasa JAKIM menjadi satu badan pengeluar sijil, proses ini memakan masa lebih kurang dalam tiga bulan tetapi sekarang proses untuk mendapatkan sijil ini telah menjadi 30 hari. Saya rasa tidak wajar untuk jadi lebih cepat dari 30 hari, kerana kita memerlukan untuk memeriksa dan sebagainya. Jadi sekarang ini kalau Yang Berhormat tengok HDC telah meningkatkan tempoh untuk mendapatkan sijil kepada 30 hari sahaja. Dalam tempoh daripada bulan April sehingga bulan November sebanyak 720 syarikat telah mendapat sijil ini.
Berkenaan dengan penyelewengan, sebenarnya Yang Berhormat, setakat ini kita melihat ada dua agensi yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil halal di Malaysia. Selain daripada HDC, Jabatan Agama Islam Negeri juga sehingga hari ini boleh mengeluarkan sijil halal bagi produk pengeluaran dalam negeri sahaja. Jadi akta ini sendiri sebenarnya Yang Berhormat, akta ini membolehkan sesiapa sahaja pengusaha makanan untuk menggunakan logo halal ciptaan sendiri. Dalam akta kita, dalam Akta Perihal Dagangan 1972, tidak mewajibkan penggunaan logo halal. Jadi di sini mungkin timbul penyelewengan. Walau bagaimanapun, HDC telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan juga KPDNHEP untuk membuat lawatan-lawatan secara berkala bagi memastikan perkara-perkara ini tidak berlaku. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya merayu satu soalan tambahan?
Ya, sila Yang Berhormat Batu Pahat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sebab soalan ini terlalu penting. Seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak tadi iaitu bahawa HDC ini selain daripada mengeluarkan sijil, ia terlibat tentang pembangunan industri halal. Jadi saya takut ia kehilangan fokus sebenarnya sedangkan logo halal ini cukup penting dari segi piawaiannya. Saya ingin bertanya, tidakkah kita bercadang mewujudkan satu badan profesional seperti SIRIM itu. So bila sebut SIRIM, orang ada keyakinan, jadi kena ada maksudnya satu badan profesional khusus yang lengkap dengan kekuatan makmalnya, yang lebih profesional dalam menentukan barang-barang makanan ini halal ataupun tidak.
Sebab masa lawatan kami di Taiwan, ada satu makmal DNA yang dipanggil Master Right. Dia mempunyai kepakaran yang kita terkejut. Apabila dia melakukan DNA itu, dia tahu campuran daging itu daging khinzir dan sebagainya dan ini yang saya kata bahawa kalau adanya badan profesional seperti SIRIM, dia memantau, memeriksa, membuat penyelidikan dan sebagainya serta dia mengeluarkan logo yang berkualiti tinggi dan orang tidak boleh yang tiruan. Maka ini baru menjamin kekuatan logo halal kita itu. Ini yang saya harap diberi perhatian oleh pihak kerajaan.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang mengalu-alukan dan ke arah membina HDC sebagai satu badan profesional. Akan tetapi Yang Berhormat, HDC ini baru tujuh bulan. Jadi insya-Allah kita ke arah itu. Sebab itulah HDC tidak sekadar untuk mengeluarkan sijil. Akan tetapi kita ada Bahagian Integriti, kita ada Bahagian Pembangunan Industri, kita ada Bahagian Penjenamaan, bahkan kita ada Bahagian Promosi. Memang kita ke arah tersebut di mana sekarang ini kita masih lagi mengekalkan standard halal Malaysia MC1500/2004 ini tadi. Dari semasa ke semasa, kajian akan diadakan untuk memastikan ia merupakan satu...
Mana boleh meniaga sama.
Meniaga? Ini syarikat kerajaan, bukan meniaga.
7. Tuan William Nyallau [Lubok Antu] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan: (a) Cadangan pembinaan Jalan Ulu Skrang dengan jarak 25 km telah diluluskan dalam RMK-7 tetapi hanya siap 8 km sahaja; dan (b) cadangan pembinaan Jalan Ulu Lemanak dan Lemanak ke Ulu Engkari yang telah diluluskan sejak RMK-6 dengan jarak 57.5 km tetapi hanya siap 10 km sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat dari Lubok Antu kerana mengemukakan soalan ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat permohonan pelaksanaan projek Jalan Ulu Skrang, Jalan Ulu Lemanak dan Lemakan ke Ulu Engkari, Lubok Antu tidak ada dalam senarai jalan luar bandar RMK-6 dan RMK-7 negeri Sarawak. Kementerian ini telah membuat semakan dengan pihak Jabatan Kerja Raya Sarawak dan dimaklumkan bahawa pembinaan Jalan Ulu Skrang hanya siap 8 kilometer saja manakala Jalan Ulu Lemanak dan Lemanak ke Ulu Engkari hanya siap 10 kilometer. Pembinaan kedua-dua jalan ini dibiayai melalui peruntukan Kerajaan Negeri Sarawak dan pada masa ini pelaksanaannya ditangguhkan kerana peruntukan yang terhad dan tidak mencukupi. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan jawapan Yang Berhormat Menteri. Jalan Ulu Skrang akan melalui 30 buah rumah panjang, 5 buah sekolah rendah dan satu pondok desa dengan jumlah penduduk 2,000 orang. Begitu juga Jalan Ulu Lemanak dan Lemanak ke Ulu Engkari akan melalui 52 buah rumah panjang, 3 klinik desa dan lima sekolah rendah dengan jumlah penduduk lebih kurang 3,000 orang. Apa kriteria yang diperlukan lagi supaya kawasan ini akan dapat dipertimbangkan untuk dibuat.
Tuan Yang di-Pertua, saya katakan tadi jalan ini adalah di bawah Kerajaan Negeri Sarawak dan bukan di bawah kementerian kita. Walau bagaimanapun, saya mencadangkan kepada Yang Berhormat supaya kemukakan permohonan kepada kementerian tetapi melalui Kerajaan Negeri Sarawak untuk dipertimbangkan oleh kerajaan pusat. Sekian, terima kasih.
8. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah halangan dari segi undang-undang yang melarang pengimportan simen (cement) dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan apakah sebab-sebab kewujudan larangan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, semenjak 5 Jun 2008, tidak ada lagi keperluan lesen import atau AP bagi mengimport simen daripada Semenanjung Malaysia ke negeri Sarawak ataupun Sabah.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tahu kenapa ada keperluan untuk AP sehingga Ogos tahun ini? Adakah itu satu langkah untuk melindungi syarikat pembekal simen di Sarawak iaitu syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak. Apakah rasionalnya untuk menetapkan pengimportan simen ke Sarawak dan apakah sebabnya sekarang dihapuskan dan adakah kerajaan akan mengimposekan lagi halangan-halangan AP di masa kelak?
Tuan Yang di-Pertua, semenjak 5 Jun telah dihapuskan keperluan untuk menggunakan AP atau lesen import bagi tujuan mengimport simen ke Sabah dan Sarawak daripada Semenanjung. Jadi, itu jawapannya. Apa?
Sebelumnya, kenapa ada keperluan untuk AP untuk pengimportan simen ke Sarawak. Adakah ini adalah polisi untuk currier and monopoly of cement supply di Sarawak?
Sepatutnya Yang Berhormat patut gembiralah kita batalkan.
Ya, saya gembira tetapi saya mahu I want to know the reason why before there is AP.
Saya.
And whether kerajaan akan pada masa kelak impose lagi AP untuk pengimportan simen ke Sarawak.
Saya tidak boleh jaminkan bahawa kita menjadi kerajaan pada masa akan datang dan saya pun tidak boleh menjaminkan yang saya menjadi menteri di sini. Mudah-mudahan.
Yang Berhormat Menteri, ada satu soalan.
Yang Berhormat Bandar Kuching, cukuplah, Yang Berhormat. Sudah banyak soalan, Yang Berhormat. Cukuplah, Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa pembesar suara] Ada percanggahan di antara jawapan diberi kerana pada pagi ini saya belum... [Bercakap tanpa pembesar suara]
Yang Berhormat Bandar Kuching, ini bukan perbahasanlah.
Cukup. Boleh buat dalam perbahasan nanti Yang Berhormat ya. Kita dalam sesi soal jawab Yang Berhormat ya.
[Bercakap tanpa pembesar suara] diberi oleh Yang Berhormat Menteri dan officer [bercakap tanpa pembesar suara]
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Memberi tahu saya bahawa simen masih di bawah klasifikasi restriction of movement.
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Oleh itu, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Soalan tambahan.
[Bangun]
Ada jawapan lagi, Yang Berhormat?
Saya tidak ada apa hendak tambahkan kecuali dinyatakan bahawa semenjak 5hb Jun telah dibatalkan keperluan itu.
Ini tidak ikut perkembanganlah ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita ucapkan terima kasih atas kita dapat import simen ini daripada semenanjung. Akan tetapi malangnya yang kita import simen ini satu masalah ialah harganya di mana kita dapati harga di Sabah dan harga yang kita import itu agak lebih mahal disebabkan pengangkutan. Jadi saya ingin bertanya di sini sama ada polisi KABOTAG di sini masih diperlukan atau tidak oleh kerana kalau polisi KABOTAG ini masih diperlukan, tentu sekali kita tidak dapat bersaing mengenai harga-harga ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kalau nanti selepas kajian kepada dasar perkapalan dan yang melibatkan soal KABOTAG di fikirkan bahawa boleh diubahsuai, maka ketika itu saya rasa masalah tentang pengangkutan dan dasar KABOTAG ini akan dimaklumkan kepada Dewan ini. [Soalan 9 – Y.B. Tuan Ding Kuong Hiing (Sarikei) tidak hadir]
10. Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah pelancong yang diberi Visa on Arrival (VOA) sejak dimulakan dan berapakah yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut dan dari negara mana.
Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Pendang yang bertanya soalan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai langkah menyokong Tahun Melawat Malaysia 2007, Jawatankuasa Kabinet Pelancongan yang bersidang pada 17 Ogos 2006 telah pun memutuskan supaya kemudahan Visa On Arrival ataupun VOA diberikan kepada beberapa negara terpilih untuk tujuan lawatan sosial.
Kemudahan VOA tersebut berkuat kuasa pada 1 September 2006. Dari tarikh tersebut hingga 30 September 2008 sebanyak 251,908 VOA telah pun dikeluarkan. Tuan Yang di-Pertua, didapati 75,465 pemegang VOA atau 29.96% daripada keseluruhan VOA yang dikeluarkan sejak ianya diperkenalkan telah menyalahgunakan VOA ini seperti tinggal lebih masa di negara ini. Pemegang VOA yang tinggal lebih masa adalah warganegara India, Pakistan, Bangladesh, China, Sri Lanka, Myanmar, Nepal, Afghanistan, Bhutan, Hong Kong, dan Taiwan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Timbalan Menteri, jiran Pendang. Daripada statistik yang diberikan, 29.96% didapati tidak balik mungkin mereka hendak duduk terus di sini. Saya hendak tanya kepada kementerian apakah ada usaha-usaha untuk mencari mereka ini 29.96% ini ataupun adakah semasa mereka masuk ke dalam negara kita ini mereka diletakkan di bawah seperti kalau di Arab Saudi dipanggil kafil iaitu orang yang bertanggungjawab di atas kehadiran mereka itu. Jadi sekiranya mereka ini tidak pulang ke negara asal mereka, dicari orang yang bertanggungjawab di atas mengambil mereka datang ataupun kehadiran mereka tersebut. Jadi apakah kementerian ada syarat-syarat begini ataupun kalau tidak ada apakah akan ada di impose syarat-syarat begini dan adakah sekarang VOA ini masih lagi diteruskan ataupun akan difikirkan untuk dibatalkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Untuk makluman Yang Berhormat pada permulaan perkenalan VOA di negara ini maka syarat- syarat adalah sedikit longgar supaya lebih ramai pelancong ataupun orang dari negara asing dapat datang melawat ke Malaysia tapi oleh kerana begitu banyak masalah dari segi tinggal lebih masa dan lain-lain masalah yang telah pun berbangkit oleh pemegang VOA maka baru-baru ini kerajaan telah pun mengkaji semula untuk mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat kepada pemegang-pemegang VOA. Syarat-syarat adalah seperti berikut: (i) yang dahulunya VOA sah laku 30 hari. Maksudnya pelancong boleh masuk negara ini untuk tinggal di sini 30 hari. Sekarang telah pun dipendekkan hingga 14 hari; (ii) yuran untuk membuat pemprosesan permohonan ini dari RM100 telah pun ditambah naik hingga RM330 ataupun USD100; (iii) semua pemegang VOA yang diluluskan harus mempunyai tiket yang sah untuk balik ke negara asal; dan (iv) sekarang ini kita kenakan syarat tambahan iaitu pemegang VOA sebelum diluluskan harus mempunyai seorang sponsor ataupun sebuah syarikat di sini yang boleh memberi jaminan bahawa selepas habis tempoh tinggal di sini di dalam 14 hari yang diberikan mereka akan balik ke negara asal. Ini adalah beberapa langkah yang telah pun diambil oleh kerajaan dan kerajaan sedang memantau pada keseluruhannya dan jika perlu akan mengkaji lagi dari semasa ke semasa. Selain daripada itu juga, oleh kerana rakyat begitu banyak negara yang telah tinggal masa maka sekarang kita telah pun tidak memberikan lagi kemudahan VOA kepada empat buah negara iaitu Afghanistan, India, Pakistan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mereka yang dapat VOA dan selepas
itu tinggal lebih masa ataupun overstay didapati ramai. Saya tak tahulah di sini tapi di Kuching mereka bekerja sebenarnya dan menjual barangan. Lelaki dan wanita ada ditemui bekerja di rumah urut sama ada buat refleksologi ataupun urut badan. Keduanya, ada mereka yang menjual barang-barang di kaki lima.
Barang apa Yang Berhormat?
Macam-macamlah. VCD kah, telefon bimbit dan macam-macam barangan. VCD pun mereka menjual yang...
Yang cetak rompak.
Memang cetak rompak tetapi VCD yang haram.
Blue, blue.
Ha, VCD blue. [Ketawa] Jadi inilah masalah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah bentuk dan langkah penguatkuasaan agar mereka ini tidak membuat sedemikian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Mambong. Memang ini salah satu masalah yang dihadapi oleh pihak penguatkuasaan. Oleh yang demikian seperti yang saya katakan tadi, kita ketatkan lagi syarat-syarat sebelum kita keluarkan VOA ini. Salah satu langkah yang pihak penguatkuasaan sedang ambil ialah mengadakan lebih banyak operasi di seluruh negara ataupun di tempat-tempat di mana didapati ramai warga asing yang berada di negara ini tanpa permit yang sah ataupun menyalahgunakan VOA yang diberikan kepada mereka. Kita harap melalui operasi-operasi seumpama ini kita dapat menangkap mereka dan mendakwa mereka di mahkamah dan usir balik ke negara asal. Ini adalah satu langkah yang sedang dijalankan dan pada setiap malam pihak penguatkuasaan menjalankan operasi-operasi seumpama ini. Saya tidak mempunyai angka yang tepat sebab saya difahamkan melalui langkah-langkah yang dijalankan oleh pihak penguatkuasaan beribu-ribu warga asing telah pun ditangkap dan diusir ke negara asal. Sekian.
[Bangun]
Tak payahlah Yang Berhormat.
Kenapa Yang Berhormat Batu Pahat boleh, saya tak boleh?
Kita berpandukan pada soalan. Lain kali Yang Berhormat. [Soalan No. 11 – Y.B. Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed (Pulai) tidak hadir]
12. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilangan pesakit yang menerima rawatan di Hospital Kuala Nerang dan pecahan penyakit yang dihidapi.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut statistik mengenai kedatangan pesakit di Hospital Kuala Nerang ialah: | Tahun |Pesakit Dalam|Pesakit Luar|Jumlah| |--------------------|------------:|-----------:|-----:| | 2006| 3586| 30357| 33943| | 2007| 3693| 42447| 46140| |2008 (sehingga Jun)| 2155| 21175| 23333|<END_TABLE_MARKER>
Penyakit yang menyebabkan kedatangan mereka ke hospital adalah: (i) wanita iaitu bersalin; (ii) paru-paru; dan (iii) penyakit jantung. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jadi sekarang penduduk Padang Terap ini sudah mencecah 66,000.
Kami menerima rungutan kerana doktor yang berkhidmat di sana lebih kurang lima orang, sepatutnya sudah ada dekat sepuluh orang kalau kita tengok nisbah daripada seorang doktor kepada 5,000 ataupun 6,000 orang pesakit. Jadi, kita mintalah supaya pihak kementerian memberikan perhatian. Begitu juga di wad kecemasan. Pembantu perubatan yang sepatutnya berjumlah lebih kurang sepuluh orang, kita tengok rakyat kadang-kadang beratur kerana lebih kurang enam orang sahaja medical assistant atau pun pembantu perubatan yang berkhidmat di sana. Minta juga pihak kementerian memberikan sedikit perhatian. Kedua saya hendak menyebut tentang mesin. Terima kasih kepada peruntukan khas daripada menteri, kita dapat dua mesin analisa darah yang dihantar ke Hospital Kuala Nerang. Akan tetapi malangnya mesin ini tidak boleh dipakai, tidak tahulah slack dekat mana. Tambah-tambah lagi tidak ada orang yang buat maintenance kepada mesin tersebut. Jadi, kita menerima rungutan daripada kawan-kawan di sana. Minta perhatian dan jawapan Yang Berhormat Menteri kerana Hospital Kuala Nerang bukan sahaja menerima pesakit daripada Daerah Padang Terap, Daerah Pokok Sena pun tumpang sekaki, Pendang pun tumpang sekaki, ada tumpang dua kaki. Jadi, itulah soalan saya. Terima kasih banyak.
Hospital Pendang bila hendak buat?
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan tambahan dari Yang Berhormat Padang Terap. Sebenarnya soalan yang sama juga pernah diutarakan oleh Yang Berhormat Padang Terap yang dahulu. Jadi, terima kasih kerana keprihatinan Yang Berhormat. Ekoran daripada itu, kita akan ambil perhatian. Kalau mengikut nisbah penduduk dengan betullah kita tidak boleh gunakan nisbah penduduk semata-mata untuk memenuhi keperluan pegawai perubatan. Sebenarnya kita juga melihat beban kerja. Lima orang itu sebenarnya sudah cukup untuk 66,000 berbanding kedatangan pesakit dalaman yang agak kurang. Orang Padang Terap sihat, dia tidak selalu masuk hospital. Jadi, ekoran daripada itu, apa juga saranan Yang Berhormat itu kita akan ambil maklum. Mana yang kurang kita akan tambah, mana yang tidak cukup kita akan perkukuhkan. Walau bagaimanapun, beban kerja yang ada di Hospital Kuala Nerang sebenarnya bersesuaian dengan bilangan pesakit atau bilangan pegawai yang ada kerana hospital dia ada 72 katil tetapi hanya 30% penuh, maknanya 70% lagi tidak penuh, ramai orang sihat. Oleh sebab itu, kita tidak boleh penuhkan semua sekali pegawai perubatan walaupun peruntukannya sepuluh orang. Terima kasih.
Mengenai pesakit yang pergi ke Hospital Kuala Nerang dan juga ke hospital-hospital kerajaan yang lain, bayaran RM1 ini, bila agaknya kerajaan hendak menghapuskan kerana 98% daripada perubatan di Malaysia, di hospital kerajaan ini sudah percuma. Mengapa kita perlu 2% itu lagi Yang Berhormat? Tidak perlu sebenarnya.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Saya pun sama-sama mempunyai aspirasi dengan Yang Berhormat. Malah, apabila Yang Berhormat Menteri mula-mula masuk ke kementerian, itulah perkara yang diutarakan. Kita sedang membuat penilaian secara terperinci untuk sama ada hendak mansuhkan yang
RM1 ini atau tidak. Ini kerana kita semua maklum untuk kita mengajikan kerani yang kutip RM1 itu sebenarnya lebih kita belanja untuk bayar gaji mereka daripada kita kutip RM1. Terima kasih.
13. Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan sedar bahawa pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di Sabah dan Sarawak lebih cepat berpeluang untuk naik pangkat berbanding dengan pegawai-pegawai yang bertugas di Semenanjung dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi perkara tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat. Urusan kenaikan pangkat di dalam perkhidmatan awam adalah berdasarkan kepada merit. Pegawai yang layak dan memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat, layak dipertimbangkan untuk mengisi kenaikan pangkat yang kosong berdasarkan kepada prestasi kerja, kompetensi yang sesuai dengan jawatan kenaikan pangkat berkenaan. Tidak timbul peluang isu kenaikan pangkat yang lebih cepat antara pegawai di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Jawatan kenaikan pangkat bagi perkhidmatan awam negeri Sabah dan Sarawak adalah diisi oleh pegawai awam negeri berkenaan. Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan, pegawai yang terpilih untuk dinaikkan pangkat akan ditempatkan untuk mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat sama ada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat pegawai yang layak daripada Sabah dan Sarawak, keutamaan diberi kepada mereka untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di negeri tersebut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berdasarkan kepada pemerhatian, kita dapati bahawa pegawai-pegawai kita yang bertugas di Sabah dan Sarawak, biasanya kalau kita lihat dari tarikh lantikan pertamanya untuk kenaikan pangkat ke peringkat yang pertama, kita dapati bahawa jangka masanya adalah lebih pendek kalau pegawai-pegawai kita yang bertugas di Sabah dan Sarawak.
Yang Berhormat, saya rasa pegawai-pegawai Persekutuan yang bertugas di Sarawak.
Ya, pegawai-pegawai Persekutuan termasuk pegawai-pegawai pelajaran kategori ‘DG’.
Ya.
Perkara ini kita lihat dari segi perbandingan dan antara rakan-rakan kita di Semenanjung dan di Sabah serta Sarawak. Kita tidak mempertikaikan sekiranya kenaikan pangkat itu berdasarkan kepada kenaikan pangkat khas untuk penyandang. Akan tetapi kita dapati bahawa kalau jawatan kenaikan pangkat ini berdasarkan kepada perjawatan kenaikan pangkat secara hakiki, apabila mereka kembali atau bertugas di Semenanjung, maka dari segi perbandingannya kita dapati bahawa mereka lebih cepat untuk kenaikan pangkat ini berdasarkan kepada tarikh lantikan pertama. Ini daripada pemerhatian dan perjumpaan kita di kalangan pegawai-pegawai. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, seperti mana yang saya nyatakan tadi, semua pelantikan-pelantikan ini adalah berdasarkan kepada merit. Kemungkinan perkara-perkara itu berlaku tidak dapat dinafikan. Mungkin ada isolated cases berdasarkan mungkin kerana sebab-sebab tertentu yang perlu kita lihat. Akan tetapi walau bagaimanapun, saya akan ambil perhatian dan lihat perkara ini supaya perkara-perkara ini tidak akan berulang. Terima kasih.
Sedarkah Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa sekarang ini terdapat lebih kurang 20 pegawai tinggi Gred JUSA yang berada dalam pool JPA. Soalan saya ialah kenapakah terlalu ramai mereka ini berada di dalam pool?
Kedua, seorang pegawai JUSA tinggi, Gred JUSA ini dia punya gaji lebih kurang RM14,000 seorang. Jadi, apakah tindakan kerajaan untuk betul-betul menggunakan pegawai-pegawai ini ke tempat yang amat-amat di perlukan oleh negara kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, berkenaan dengan pegawai-pegawai yang berada di dalam pool, memang adalah tetapi jumlah itu saya tidak pastilah. Akan tetapi kebanyakan mereka yang ditempatkan di pool ini ialah selepas mereka tamat perkhidmatan mereka di sesuatu kementerian atau tempat yang mereka bertugas sebelum mereka itu di post, di posting ke tempat-tempat lain, menunggu tempat kekosongan di tempat-tempat yang berikut. Jadi, saya rasa soal ini kita amat peka. Sebaik sahaja kekosongan ada, mereka ini akan ditempatkan di tempat-tempat yang memenuhi syarat pegawai-pegawai ini. Kadang- kadang ada kepakaran mereka tidak sesuai di tempat-tempat kekosongan itu. Jadi, sebab itu ada sesetengah mereka ada di situ agak sekian lama. Akan tetapi walau bagaimanapun, kita akan atasi masalah ini secepat mungkinlah. [Soalan No.14 – Y.B. Dr. M. Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput) tidak hadir] [Soalan No. 15 – Y.B.Datuk Tiong Thai King (Lanang) tidak hadir]
16. Datuk Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Perdana Menteri menyatakan, jumlah royalti minyak yang telah diberikan kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari tahun 1990 hingga sekarang. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, saya meminta maaf.
Tidak hormat Sarawak dan Sabahlah.
Tidak payahlah Yang Berhormat, dia tidak berniat sedemikian Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah royalti minyak dan gas yang telah dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri Sarawak, Sabah dan Terengganu dari tahun kewangan berakhir 31 Mac 1990 hingga tahun kewangan Mac 2008 adalah seperti berikut: | Negeri |RM (Bilion)| |--------------------|----------:| |Kerajaan Persekutuan| 33.3| |Sarawak | 11.9| |Sabah | 3.4| |Terengganu | 18.0|<END_TABLE_MARKER> Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat tamatlah sudah sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan untuk pagi ini. [Masa bagi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Anggaran Pembangunan 2009 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesepuluh] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 Jawatankuasa — Maksud B.25 [Jadual] – Maksud P.25 [Anggaran Pembangunan 2009] -Bill
Dijemput Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menyambung jawapan.
Tuan Pengerusi, saya ingin mengambil masa sedikit lagi sahaja untuk memberi jawapan kepada perbahasan yang telah dilaksanakan semenjak semalam. Ianya berhubung dengan soal harga runcit petrol yang mana seperti mana kita sedia maklum, bahawa semenjak bulan Ogos dan sehingga sekarang sudah pun diturunkan harga runcit petrol sebanyak lima kali. Hari ini daripada RM2.70 sen sudah pun menjadi pada paras RM2.00. Satu masalah yang telah ditimbulkan terutama dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa Tuan Pengerusi, ialah mengapa umpamanya harga runcit yang sekarang diisytiharkan oleh kerajaan lebih tinggi daripada harga pasaran. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Pertamanya untuk menjawab soalan itu sukalah saya menyatakan, bahawa kita harus melihat kepada pakej ataupun mekanisme penstrukturan semula subsidi yang telah diumumkan oleh kerajaan berhubung dengan subsidi kepada petrol dan diesel dan juga bahan api yang lain seperti LPG. Pertama kita harus ingat bahawa petrol dan diesel serta LPG merupakan bahan kawalan. Kedua ia juga merupakan bahan yang mempunyai mekanisme automatic pricing mechanism ataupun penetapan harga secara automatik dan juga ianya tertakluk kepada Akta Pembangunan Petroleum, di mana semua stesen minyak diuruskan oleh pengusaha tempatan. Urus niaga di dalam sektor peruncitan petrol ini berasaskan kepada CBD ataupun Cash Before Delivery iaitu pembayaran kepada syarikat minyak sebelum disampaikan kepada stesen-stesen minyak. Di dalam keadaan di mana petrol RON 97 telah ditetapkan pada harga RM2.00 seliter. Ianya berasaskan kepada harga purata petrol RON 97, harga MOPS ataupun Mid Oil Plats Singapore, dalam tempoh dua minggu pertama bulan Oktober ini. Penurunan ini ditetapkan pada jumlah 15 sen satu liter untuk mengelakkan daripada masalah stock out atau penghabisan petrol di peringkat runcit atau stesen minyak. Penurunan ini dilaksanakan setiap dua minggu semenjak bulan Oktober memandangkan penurunan harga minyak mentah yang lebih pantas semenjak bulan September yang lalu.
Mekanisme di bawah penstrukturan semula skim subsidi untuk petrol dan diesel mempunyai tiga aspek: (i) pemberian subsidi dalam bentuk rebat tunai kepada pemilik kenderaan di bawah 2,000 cc iaitu sebanyak RM625 bagi kenderaan petrol dan RM150 bagi motosikal; (ii) subsidi dari kerajaan sebanyak 30 sen satu liter bagi petrol dan diesel; dan (iii) harga runcit maksimum pada RM2.70 sen satu liter. Dalam keadaan di mana harga dunia menurun daripada purata USD113 pada akhir September, USD85 pada pertengahan Oktober dan USD76 pada akhir Oktober dan USD63 pada pertengahan November, kerajaan bakal membincang dan memutuskan dasar dan strategi bersesuaian untuk menentukan harga runcit petrol pada masa yang akan datang. Itu sahaja Tuan Pengerusi, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada...
Tuan Pengerusi...
[Bangun]
Mana satu Yang Berhormat?
Yang bersuara dulu.
Yang Berhormat Sri Gading.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Pihak kerajaan memang bertanggungjawab dan amat peka dengan kehendak rakyat dan ‘amat’ seperti atas tanggungan yang telah pun dilanda oleh kenaikan harga barang, hasil daripada kenaikan harga minyak. Masalahnya Tuan Pengerusi, saya masih belum berpuas hati jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tentang kenaikan harga barang dan penurunan harga barang. Saya tengok trend dalam negara ini ialah semenjak saya menjadi Ahli Parlimen daripada tahun 1999, kerajaan tidak terdaya untuk menurunkan harga barang. Apabila kerajaan umumkan kenaikan gaji kakitangan kerajaan, harga barang serta-merta naik. Apabila harga barang-barang pengeluaran negara kita getah, kelapa sawit naik, harga barang akan naik. Apabila harga minyak naik, harga barang akan naik. Secara mendadak terus naik, tetapi apabila kerajaan sudah menurunkan harga minyak ini lima kali, harga barang tidak juga turun. Peruncit akan mengata pemborong, pemborong akan kata pengilang dan macam-macamlah alasan. Jadi apa sebenarnya langkah-langkah yang agaknya munasabah untuk mengajar peniaga-peniaga kita yang bersifat lintah darat ini? Peniaga-peniaga yang hanya mementingkan dirinya mengambil keuntungan. Sudah turun harga minyak pun harga barang itu tetap naik dan tidak diturunkan. Apabila ditanya dia kata stok lama ada lagi, stok bila? Jadi macam mana langkah yang paling berkesan atau apakah Persatuan Pengguna kita lemah dalam menghadapi situasi seperi ini? Rakyat masih tertanya-tanya langkah-langkah kerajaan yang mempunyai kuasa untuk menentukan harga barang ini...
Sudah panjang ucapan Yang Berhormat itu.
Ya, saya ingat Yang Berhormat Menteri pun faham. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingat kita tidak hendak mulakan perbahasan semulalah di Dewan ini. Yang Berhormat Menteri sudah habis. Yang Berhormat saya mengetahui perasaan Yang Berhormat, tetapi saya ada tugas
dan tanggungjawab untuk merealisasikan schedule kita Yang Berhormat, kita sudah kebelakangan. Kita hanya tinggal lapan hari lagi.
Menteri sedia menjawab itu Menteri sedia menjawab.
Ya Menteri kelmarin dia kata akan jawab panjang lebar.
Yang Berhormat Menteri mungkin bersedia menjawab sampai petang pun tetapi saya tidak bersedia mendengar. Saya tidak memberi peluang.
[Menyampuk]
Yang Berhormat ini Tuan Pengerusi masih bercakap. Yang Berhormat di sini saya yang membuat keputusan menteri sudah kata sudah habis tadi sudah.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Semalam dia kata...
Yang Berhormat saya tidak hendak. Semua duduklah sudah Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Ini belanjawan tidak penting Yang Berhormat. Belanja minyak semalam Yang Berhormat tidak datang Menteri sudah jawab semalam.
[Menyampuk]
Memang Menteri hendak bagi peluang, Menteri memang hendak bagi peluang kepada penjelasan.
Tengok sekejap. Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh kalau diberi peluang Yang Berhormat Menteri memang tidak habis kita pagi ini.
Isu minyak ini, isu minyak baru dijawab pagi ini.
Saya tahu Menteri mahu jawab punya. Dia kata mahu tunggu Dewan bermula.
Sudah, sudah, sudah Yang Berhormat. Duduk dahulu Yang Berhormat saya buat keputusan, saya buat keputusan, saya buat keputusan. Saya beri Menteri lima minit sahaja jawab.
Soalannya.
[Menyampuk]
Soalan 15 minit.
Bagi saya ingat dua, tiga boleh lagilah.
Dua, tiga ke arah dua ataupun tiga Yang Berhormat?
Dua lagi.
Dua orang. Yang Berhormat Pokok Sena, sudah cukuplah bagi peluang orang lainlah Pokok Sena.
[Ketawa]
Saya bagi Lembah Pantai.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya bagi satu orang PKR satu PAS.
[Bising]
Okey bagi DAP satu orang. Okey duduk, yang lain duduk. Kita sudah jadi pasar Yang Berhormat. Saya pun sudah jadi pengurus pasar sudah.
Saya teruskan Tuan Pengerusi?
Ha sila, sila Yang Berhormat.
Sekejap sahaja Yang Berhormat Menteri. Memetik daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Mas Gading tadi tentang penguatkuasaan. Saya rasa mungkin yang tertinggal ini adalah kebajikan pegawai penguat kuasa, mereka yang menjalankan tugas berhadapan dengan peniaga-peniaga yang dipanggil lintah darat ini. Saya hanya mahu membawa ke perhatian Dewan ini kebajikan mereka semasa melakukan tugas. Walaupun ada pihak polis yang ada bersama boleh tidak dinyatakan apakah tindakan ataupun protection yang diberikan kepada pegawai-pegawai penguat kuasa semasa berhadapan dengan para peniaga untuk memastikan harga barang kawalan itu diambil kira? Boleh tidak kalau kementerian memberi ruang kepada kewujudan sebuah jabatan yang khusus di bawah kementerian untuk mengawal selia undang-undang perniagaan dan kebajikan kerana saya rasa kalau kita hanya berikan kepada sukarelawan...
Ringkas Yang Berhormat, ringkas.
...Untuk berada dalam majlis harga barang ini sedikit sukar tetapi kalau diberikan pegawai penguat kuasa yang lebih arif kepada harga kawal selia dan sebagainya mungkin lebih efektif. Itu sahaja terima kasih.
[Bangun]
Ha sila. Ini PAS ke PKR ini? Kita sudah pilih parti ini Yang Berhormat.
PAS Tuan Pengerusi, Kuala Selangor PAS.
Ha PAS ya. Ha okey sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ini mengurangkan sedikit tensionlah Yang Berhormat.
Okey terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya tidak perlu meyakinkan Menteri bahawa...
Ringkas Yang Berhormat saya tahu Yang Berhormat ini panjang tetapi ringkaskan Yang Berhormat.
...Inflasi di negara ini bukan kerana dicetuskan oleh permintaan tetapi kerana kos bahan api yang dikatakan kos push inflation. Maka persoalan harga bahan api cukup penting Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Sedikit penyelidikan yang telah kita lakukan menunjukkan bahawa pada paras
harga minyak mentah kita dapati yang disebut sebagai subsidi kepada rakyat sebenarnya tidak lagi perlu dibayar oleh kerajaan. Satu tong, satu barrel minyak mentah yang menghasilkan 159 liter gasolin bergantung kepada sejauh mana conversion ratio nya menunjukkan sama kita guna minyak mentah pada harga USD60 satu tong mahupun USD70 satu tong. Kesemuanya menunjukkan bahawa harga pada pam kalau USD60 satu tong harganya adalah RM1.32 satu liter. Kalau harganya kita ambillah USD70 satu tong gasolin yang dihasilkan daripada minyak mentah menunjukkan RM1.64 satu liter. Maka bolehkah menteri membuat penjelasan pada Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan tidak lagi memberi subsidi kepada rakyat bahkan pada harga itu rakyatlah yang sebenarnya yang memberikan subsidi kepada kerajaan. Sila jelaskan.
[Bangun]
[Bangun]
Mana satu yang hendak? Okey Yang Berhormat. Semalam PJ Utara sudah banyak sudah bagi Keponglah, bagi orang lama, bagi orang lama.
Tuan Pengerusi, bilakah pihak kementerian akan menurunkan harga petrol lagi, yang pertama. Yang kedua dengan usaha yang dibuat oleh pihak kementerian apakah jumlah untung yang akan diperoleh oleh kementerian ataupun oleh kerajaan daripada usaha ini? Yang ketiga adakah pihak kementerian akan memastikan tidak akan adanya kekurangan petrol di stesen-stesen?
Tuan Pengerusi UMNO pun mahu kalau macam ini, ini tidak adil tiga parti ada UMNO tidak ada.
Yang Berhormat Kinabatangan kalau hendak berdiri minta Yang Berhormat. Kalau hendak minta jangan sebut tidak adil Yang Berhormat ya.
Dia orang tidak adil.
Tunggu, tunggu Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi adil, ini pembangkang tidak adil.
Baik Yang Berhormat.
Boleh?
Sri Gading sudah bagi tadi Yang Berhormat.
Belum, saya belum.
Sri Gading sudah diberi.
Dia lain parti saya lain parti.
Yang Berhormat jangan mengelirukan Yang Berhormat. Saya tahu Yang Berhormat sama-sama UMNO.
Dia dari Johor, saya dari Sabah Yang Berhormat jauh. Jauh beza dia, di pecah oleh Lautan Cina Selatan.
Yang Berhormat minta jangan memperlikan saya.
Bolehkah Tuan Pengerusi?
Kalau hendak minta, minta sahaja.
Saya mahu minta Tuan Pengerusi.
Jangan kata Yang Berhormat berlainan parti itu sahaja.
Berlainan negeri, berlainan negeri.
Dengar dahulu Yang Berhormat, dengar dahulu perkataan saya. Saya akan mengadili kes-kes berhubung dengan 36(12) Yang Berhormat. Saya mengetahui apa erti mengelirukan Dewan, Yang Berhormat. Jadi jangan bantah perkataan saya bila saya tunjuk perkara tidak betul. Yang Berhormat dalam satu parti, satu partilah. Kalau hendak bercakap bagi tahu saya, Yang Berhormat.
Saya maksudkan lain negeri cuma salah cakap.
Ha okey itu tidak apa.
Jadi saya juga ada hak untuk memperbetulkan keadaan. Kalau saya rasa tidak betul saya perbetulkan.
[Bangun]
Sudahlah. Okey saya bagi satu sahaja lagilah. Okey yang duduk belakang itu duduk dahulu. Hulu Terengganu duduk.
Jadi boleh bagi kah tidak Tuan Pengerusi?
Yang Berhormat Kinabatangan ya.
Ha terima kasih. Saya sebenarnya tidak berpuas hati dengan fungsi kementerian. Kerajaan ini cukup hebat, cukup bagus. Dalam tiga bulan harga minyak diturunkan lima kali tetapi ada pihak-pihak mengapi- apikan. Jadi apa langkah saya ulangi lagi langkah yang drastik yang boleh dilakukan oleh kementerian ini untuk memaklumkan orang ramai masyarakat bahawa kerajaan memang begitu komited memang begitu prihatin untuk meringankan beban rakyat. Cuma ada orang menangguk di air yang keruh. Apa pun kita buat baik dia kata masih tidak baik. Jadi peranan kementerian di peringkat pegawai membuat promosi meyakinkan orang ramai betapa kerajaan dan kementerian ini telah berusaha keras untuk memastikan bahawa rakyat boleh hidup senang tanpa perlu membelanjakan peruntukan yang besar sebab subsidi sana subsidi sini petrol minyak sudah diturunkan. Ini tugas kementerian meyakinkan orang ramai. Terima kasih.
Menteri sila jawab. Tidak ada lagi ya? Saya tidak hendak dengar lagi. Menteri sahaja saya hendak dengar kali ini.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Beberapa pertanyaan sebentar tadi saya ingin cuba menjawab. Yang pertamanya tentang soal penguatkuasaan saya rasa telah pun kita menjawab pada semalam hari saya tidak hendak sentuh.
Akan tetapi biarlah menjawab tentang soal harga minyak dan juga hujah daripada terutamanya hujah daripada Kuala Selangor yang menyatakan bahawa sebenarnya pada harga minyak mentah USD60 yang ataupun USD70 ianya berada pada paras yang begitu
rendah dan kerajaan tidak pun mengeluarkan subsidinya. Suka saya menerangkan bahawa dari segi dalam soal kita hendak mengirakan harga runcit itu, kita tidak bolehlah hanya mengira soal harga minyak mentah sahaja. Tentunya ada kos untuk hendak menapis dan hendak untuk menjadikannya sebagai petrol. Selain daripada itu adanya margin pihak industri iaitu bagi syarikat minyak sebanyak 19.54 sen dan stesen minyak adalah sebanyak RM12.19. Bermakna bahawa apa pun yang dilakukan, apa pun dalam perkiraan kita harus kita masukkan margin industri itu dan seperti mana yang saya nyatakan dalam Dewan semalam, sebenarnya memang pada 17 November bila di buat kiraan harga purata yang telah digunakan. Ketika itu harga puratanya ialah mengikut MOPS ialah USD63.1 pada awal dua minggu dalam bulan November. Harga tanpa subsidi ketika itu ialah dalam jangkaan RM1.62. Memang itu sudah saya umumkan, maklumkan dan sebenarnya juga kalau kita lihat kepada bulan Oktober. Dua minggu yang pertama harga pada peringkat MOPS ialah USD85.48 pada 15 Oktober, dua minggu. Dua minggu berturutnya akhir bulan Oktober ialah dalam jangkaan USD76.45. Kalau di lihat kepada bulan Oktober sahaja harga tanpa subsidi ialah RM2.26. Maknanya harga tanpa subsidi ini ialah harga komersiallah setelah dimasukkan margin. Akan tetapi ketika itu dalam bulan Oktober kita telah turunkan pada pump RM2.15. Kalau kita balik kepada bulan September, harga tanpa subsidi ialah RM2.77. Akan tetapi harga di pump ialah RM2.45. Harga pada bulan Ogos, harga komersial ialah RM2.83 dan kita letakkan harga pump RM2.55. Jadi bagi bulan Ogos, bulan September dan juga bagi bulan Oktober, betul di mana harga yang di pump ialah lebih rendah daripada harga komersial kerana ada elemennya tentang subsidi yang dijanjikan di bawah penstrukturan semula skim subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada minyak petrol. Akan tetapi dalam bulan Oktober kerana harga minyak mentah itu telah turun dengan banyak, dengan cepat. Sebenarnya memang subsidi yang dikeluarkan oleh daripada kerajaan untuk petrol sahaja telah berkurangan daripada 344 juta dalam bulan September kepada 15 juta dalam bulan Oktober, memang nampak. Akan tetapi pokoknya kepada kerajaan kita harus mengurus apa yang dicadangkan ialah sistem manage float lah maknanya. Ianya bukan satu sistem seperti di negara-negara lain. Di mana ia boleh ditentukan pada setiap hari atau terpulang kepada syarikat minyak dan juga kepada peruncit dan sebagainya. Umpamanya kalau di negara Singapura, republik Singapura kerajaannya menetapkan GST 7% dan cukai SD0.40 dan terpulang kepada syarikat minyak dan juga pengusaha stesen minyak yang kadang-kadang dalam sistem itu, pengusaha stesen minyak itu diuruskan sendiri oleh syarikat minyak yang berkenaan. Jadi keadaan di sana berlainan dengan kita kerana di Malaysia pengusaha stesen minyak disyaratkan mestilah daripada rakyat Malaysia. Bukan syarikat minyak yang memiliki stesen minyak. Di negara kita ini, yang terakhir kita pungut duty minyak atau hasil revenue daripada minyak ialah pada tahun 2002, bulan Februari. Selepas itu memang tidak ada pungutan hasil apa-apa yang dikatakan kita pungut cukai ini bukan maknanya rakyat subsidi kerajaan. Ini dia punya perkataan itu dimaksudkan dengan cukai tapi bukanlah subsidi. Subsidi ini kalau kita tidak cukup duit barulah kita beri subsidi. Akan tetapi keadaan yang kita berhadapan hari ini di mana masalah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kepong umpamanya. Bagaimana hendak tentukan tidak ada kekurangan bekalan, kehabisan bekalan atau stock out bila kita lakukan penurunan harga ini. Ini pun satu masalah yang kita tidak mahu supaya ada pihak yang sengaja tidak hendak beli kerana takut rugi bila menjual dengan stock yang lama ini. Kita tahulah peniaga. Saya berhujah saya kata bahawa sebenarnya mereka hanya rugi 3 sen satu liter. Akan tetapi mereka berhujah mereka rugi 15 sen. Apa jumlah harga yang diturunkan, itulah jumlah harga kerugian mereka. akan tetapi pada saya mereka hanya rugi 3 sen satu liter dan ianya bukanlah satu yang membebankan kerana yang kita hendak peliharakan ialah kepentingan pengguna juga sambil jangan teruk sangat tanggungan kepada pengusaha stesen minyak. Permintaan mereka ialah kalau boleh 10 sen lah supaya dalam keadaan margin keuntungan 12 sen dia dapat untung 2 sen. Akan tetapi dalam keadaan yang di mana harga minyak mentah ini turun dengan cepat, kita terpaksalah kena buat sampai dua kali sebulan dan itu yang kita lakukan dalam bulan Oktober.
Insya-Allah pada bulan November kerana saya menyatakan ini bahawa keputusan ini harus di buat oleh perundingan, perbincangan bersama di antara menteri-menteri berkenaan, Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Kewangan II dan juga saya sebagai Menteri KPDN. Memang ianya bertujuan seboleh-bolehnyalah menurunkan harga minyak. Saya sedar dan saya mengakui dan saya beritahu, bukan saya sembunyikan perkara ini, bukan kerajaan sembunyikan perkara ini. Memang keadaan sekarang ini bahawa memang pada bulan November ini harga di pump RM2.00 ialah lebih tinggi daripada harga komersial. Itu memang kita akui. Ini sudah dinyatakan dalam surat khabar dan media. Akan tetapi soalnya kalau keadaan ini berterusan, apa keputusan yang kita hendak buat? Soalnya kalau kita tengok kepada skim penstrukturan semula harga petrol, ada beberapa perkara yang telah diputuskan. Akan tetapi itu dalam keadaan harga naik. Jadi bermakna kita terletakkan untuk memberi keyakinan kepada pengguna kita letak RM2.70 harga yang maksima. Walaupun harga komersial itu naik RM3.30 tetapi kita kekalkan juga RM2.70. Kedua kita katakan kita bagi subsidi 30 sen satu liter tetapi kalau lebih daripada 30 sen, tidak apalah kerana ada RM2.70 sebagai paras yang maksima. Di samping itu jangan kita lupa, kita juga berikan subsidi dalam bentuk tunai masuk kepada poket mereka yang memiliki motokar dan motosikal. RM625 untuk tiga bulan yang susah, kita bagikan.
Kerajaan berikan dalam bentuk skim subsidi. Yang susahnya sekarang, yang kita belum putuskan. Minta maaflah, bukan perkataan susah Tuan Pengerusi, bukan perkataan susah tapi apa yang belum kita putuskan ialah dalam keadaan yang di mana harga minyak mentah turun ini, macam mana kita nak tentukan. Macam mana kita nak tentukan adakah kita hendakkan satu harga yang paras minimum, harga lantai (floor price) ataupun kita nak suruh terus menerus pengapungan yang terurus. Itu perkara yang belum kita putuskan lagi tapi sikap kerajaan senang, kita berikan maklumat kepada semua pihak, kita terbuka daripada segi soal ini dan kita tidak mempunyai bukan kita nak berniaga ataupun mana- mana pihak lain yang mendapat keuntungan. Kalaupun ada lebihan duit itu kerana tak keluarkan subsidi, ianya akan balik kepada kerajaan, dia tak pergi kepada syarikat minyak. Syarikat minyak tetap dengan RM19.54. Itu dia tetap, yang lebih, kalau lebih masuk kepada dana kerajaan dan akan memberi faedah kepada rakyat dari segi perbelanjaan kerajaan. Jadi betul, memang soal harga bahan import atau harga kos yang menyebabkan kenaikan harga ini memang kita terima. Umpamanya harga beras yang telah naik bulan April, sekarang dah turun dan juga kita lihat ia juga turun di pasaran. Harga susu umpamanya, dalam bulan lepas saya sendiri hadir dalam satu majlis di mana sebuah pengeluar susu tepung mengisytiharkan penurunan 15% daripada segi produknya tetapi kadangkala kalau produknya turun 15%, rakyat Malaysia lebih suka beli yang berjenama dan tak nak membeli harga murah. Jadi, ada penurunan harga barang-barang berasaskan kepada kos bahan mentah yang telah turun. Ia berlaku dan tentunya dengan harga beras yang akan bawa kepada harga beras hancur yang akan bawa kesan kepada mihunnya dan sebagai. Ini akan berlaku dan saya percaya proses ini akan berjalan dengan baik.
[Bangun]
Saya minta maaflah Yang Berhormat pasal saya dah terlebih masa.
Tak payahlah Yang Berhormat. Saya bagi tahu sampai pukul 12.00 tadi.
Saya rasa yang pokoknya ialah dari segi kerajaan, memang kita terbuka dan prihatin kepada soal ini. Tak ada soal kita nak tipu, nak elak, nak main ‘kongkalikung’ daripada segi soal ini dan apabila kita buat keputusan akhirnya, kita akan maklumkan kepada rakyat dan masyarakat. Saya nak menyampaikan satu pandangan Yang Berhormat, mengenai harga barang makanan umpamanya, barang makan masak bahawa daripada segi kuasa yang ada kepada kerajaan kerana kita ini bukan sebuah kerajaan komunislah di mana kita menentukan semua harga setiap barang dan saya rasa
itu pun bukan itu yang kita hendak. Kalau saya dengar suara-suara dan pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini ialah supaya adanya satu keadaan kompetitif dan cara yang terbuka dan terkawal. Kita pun tak suka adanya pihak yang mengambil kesempatan. Perkataan yang digunakan mungkin lintah darat dan sebagainya tetapi saya rasa kalau kita bergantung semata-mata kepada penguat kuasa undang-undang, ianya terhad kepada aspek undang- undang yang khusus kepada barang-barang kawal sahaja. Dari segi barang-barang kawal memang kementerian dan juga kerajaan yang mengeluarkan lesen dan kerana kita keluarkan lesen, kitalah yang boleh mengawal dan mempunyai kuasa terhadap harga atau bekalan barang-barang ini. Akan tetapi bila masuk kepada keadaan soal makanan, barang makanan masak umpamanya, kerajaan boleh tentukan tentang soal harga beras tapi kita tak boleh tentukan tentang soal harga nasi dan saya rasa di sini mungkin boleh saya cadangkan Tuan Pengerusi, umpamanya kuasa dan peranan pihak berkuasa tempatan yang mengeluarkan lesen. Fikirkan bagaimana dengan adanya kuasa lesen itu digunakan untuk menentukan adanya pematuhan sedikitlah kepada realiti keadaan apabila harga bahan itu sudah menurun. Jadi Tuan Pengerusi, saya ucapkan banyak terima kasihlah kepada pandangan yang telah disampaikan dalam perbahasan ini. Saya minta maaf lima minit terlebih. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pandangan yang telah disampaikan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masih 21 orang Ahli Yang Berhormat yang membahaskan kementerian ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM377,499,100 untuk Maksud B.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM377,499,100 untuk Maksud B.25 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM19,989,000 untuk Maksud P.25 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2009 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM19,989,000 untuk Maksud P.25 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2009.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009 Jawatankuasa — Maksud B.26 [Jadual] - Maksud P.26 [Anggaran Pembangunan 2009] -Bill
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bahagian P.26 dan Kepala Pembangunan P.26 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terbuka untuk dibahas.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada B.26 04000 – Majlis Amanah Rakyat. Saya nak menarik Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Kita tahu MARA ini merupakan satu agensi yang ditubuhkan dahulu di bawah hasil daripada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) dan menjadi penggerak dan pemangkin kepada kemajuan kaum bumiputera setakat ini. Ianya sinonim dengan orang-orang Melayu dan kaum bumiputera, sebut saja MARA. Masa tidak mengizinkan, terlalu ringkas masa yang diperuntukkan. Saya dapati MARA yang sekarang ini seolah-olah tidak seperti MARA dulu lagi. Tidak seperti MARA dulu, saya maksudkan ianya tidak nampak segagah dan sehebat dulu. Saya menyambut baik dan menyokong saranan Yang Berhormat Menteri baru-baru ini menegur kakitangan MARA yang saya percaya patut dihands on dan lebih
daripada itu sebab saya tengok MARA makin mengecut. Sepatutnya pihak kerajaan memperuntukkan MARA ini lebih banyak lagi. Dulu peruntukan untuk MARA cukup banyak dan saya haraplah kalau boleh Yang Berhormat Menteri sendiri hands on betul-betul apa saja program di bawah MARA. Pinjaman, pembangunan usahawan, pusat Giat MARA dan hal-hal perniagaan yang berkaitan untuk nak mengangkat kedudukan orang-orang Melayu dan kaum bumiputera dalam bidang ekonomi. Sasaran mencapai 30% tidak tercapai di bawah DEB dan perjuangan ini perjuangan belum selesai. Apa pun kedudukan dasar ini tetapi matlamat tidak akan berubah. Hak untuk kaum bumiputera dalam bidang ini terutamanya dalam bidang pelajaran baik usahawan baik pembangunan. Jadi saya haraplah pihak kerajaan betul-betul menambahkan peruntukan untuk MARA lagi dan begitu juga pada kakitangan yang berkhidmat di bawah kementerian terutamanya MARA ini, mungkin yang ada dalam Dewan ini. Apabila kita menyebut soal peranan MARA, kita kakitangan kerajaan jangan sangat rigid dalam menentukan, mentakrifkan baik peraturan, baik undang-undang. Nak tolong orang Melayu, tolong bumiputera, tolong sungguh-sungguh. Kalau kita orang Melayu tak nak tolong Melayu, siapa lagi nak tolong Melayu! Ini bukan bererti saya mengatakan MARA setakat ini tidak berjaya tetapi saya melihat daripada segi peranan kerajaan yang menyeluruh. Peruntukan ini ianya lebih penting daripada lain-lain GCLC.
Ini perbadanan, ini amanah, wasiat negara, agenda nasional. Selagi mana tidak tercapai 30% selagi itulah peranan MARA mesti di perkasa. Saya lihat kegiatan-kegiatan di bawah perniagaan sudah tidak banyak lagi. Baru-baru ini saya ada terbaca bahawa MARA hendak tubuh MARA niaga atau apa..., hendak berniaga sebab yang lain-lain sudah tidak ada lagi. Saya ingin mencadangkan salah satu perniagaan yang boleh MARA ceburi ialah dengan mewujudkan sebuah syarikat yang betul-betul gagah dalam syarikat perniagaan direct selling. Saya mengatakan demikian kerana ini satu perkara yang saya kira boleh memberi banyak manfaat. Konsep perniagaan direct selling ini sudah menjadi satu konsep baru, fenomena baru. Kalau baca buku Pro-sumer yang kita lihat sekarang ini zaman e-commerce di mana kalau MARA dapat mengadakan dana, carilah dana, mintalah dengan kerajaan ataupun pull whatever dana yang ada dalam MARA lebih kurang RM100 juta. Saya percaya prasarana tidak sampai RM20 hingga RM30 juta, yang lain itu dijadikan modal di mana MARA boleh mengambil semua produk di kampung-kampung hasil daripada IKS di kampung dan produk-produk ini dipasarkan melalui direct selling. Di mana mereka yang mendaftar, orang-orang kampung yang berminat dengan direct selling sekarang ini berdaftar dan mereka secara tidak langsung dapat dilatih dalam bidang usahawan dan mencapai tahap-tahap tertentu. Saya mengatakan demikian, contohnya e-commerce sekarang ini tidak lama lagi hypermarket pun orang sudah tidak pergi, orang pergi untuk beli sayur dan ikan sahaja. Ini sudah berlaku di negara Barat. Oleh sebab itulah Carrefour dan Tesco datang ke sini oleh kerana konsep jualan e-commerce ini sudah pun bertapak di negara-negara maju. Di sini pun sudah mengambil tempat dan duitnya pun banyak. Dalam supermarket sekarang ini memanglah trilion kalau kita baca buku Pro-sumer. Saya sudah baca sebab saya pun turut terlibat dalam bidang ini. Saya hendak sebutkan satu contoh, dulu sebuah syarikat yang dipunyai oleh orang asing. Sama ada dulu kita pernah dengar Shaklee, syarikat tempatan Cosway dalam direct sellling dan satu lagi Amway yang sudah pun di senarai di Bursa Saham Kuala Lumpur. Ramai kita tidak tahu bahawa jualannya pada hari ini sudah mencecah hampir RM600 juta. Dalam keadaan ekonomi macam mana pun dia terus meningkat. Sahamnya tidak pernah tergugat. Sekarang ini jualan hampir RM70 juta sebulan, beribu orang yang masuk dalam bidang direct selling ini. Secara tidak langsung apabila kita melatih mereka ini boleh pula menyampaikan dasar kerajaan. Cuba kaji. Saya tidak ada masa hendak jelaskan secara
detail tetapi cuba kaji konsep ini. Di mana juga barang-barang sama ada daripada kilang atau pembuat di kampung terus sampai kepada pengguna, tidak ada lagi wholesaler atau agen. Barang-barang ini didapati lebih murah dan mereka yang terlibat dalam bidang ini juga akhirnya nanti dia membeli di samping dia berjimat. They buy and they save for them dan ia ada konsep bonus dan sebagainya. MARA selama ini pun buat kursus-kursus tetapi apabila sudah berkursus peserta balik. Kemudian mereka cari pinjaman untuk hendak berniaga. Pinjaman pula lambat dapat maka dia hilang semangat. Yang ini serentak, kursus on practical. Jadi saya percaya ini dapat dikaji dengan detail. Kalaulah MARA sendiri dapat terlibat dalam program yang seperti ini saya cukup yakin suatu hari nanti MARA dapat himpun 10,000, 20,000, 30,000 yang dipanggil independent business owner atau IBO iaitu usahawan-usahawan yang terlibat dalam e- commerce melalui direct selling ini tanpa pun buat pada peringkat permulaannya mendaftar syarikat. Ini juga mewujudkan semangat kekitaan dalam keluarga, latihan kepimpinan, barang pula murah dan mereka pula ada sesuatu yang hendak dibuat dengan tiada modal yang banyak. Ini saya percaya. Kalau Yang Berhormat hendak saya boleh lecture nanti. Saya boleh bagi taklimat kepada kementerian nanti. Saya boleh tunjukkan jalan nanti, insya-Allah kalau perlukan bantuan. Saya tidak ada banyak masa yang diperuntukkan. Saya harap kerajaan terutamanya supaya peruntukan untuk MARA ini jangan dipotong. Jangan kata untuk MARA, “cari tanah daripada dalam. Kutip hutang-hutang dulu”, tidak boleh. Selagi mana agenda ini tidak selesai selagi itulah kerajaan ini mesti bantu MARA ini, setuju atau tidak?...
Setuju.
Kuat sikit. Setuju atau tidak?
Setuju.
Alhamdulillah. Ini yang saya harap supaya MARA betul-betul diperkasakan, laksanakan agenda untuk orang-orang Melayu dan kaum bumiputera ini. Kita tidak payah marah kepada orang lain. Hari ini pun, Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak pun bertitah lagi supaya kita ingat, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Kita tidak hendak marah kepada orang lain, kita hendak tengok dalam diri kita. Kuasa yang kita ada gunakan untuk mengangkat martabat orang-orang Melayu dan kaum bumiputera ini. Akhirnya saya hendak merujuk kepada 00614. Ini ringkas mengenai bangunan perniagaan MARA. Di Pasir Mas bangunan MARA yang di sebelah jalan kereta api itu sudah usang, buruk dan mengganggu...
Traffic jam.
Bila hendak buat pindahkan? Bila hendak buat bangunan baru? Di kawasan laluan ke Rantau Panjang, koridor kepada negara Thailand ini banyak tanah kosong, banyak bangunan dibangunkan, tolong beli dan pindahkan serta perbanyakan lagi bangunan untuk perniagaan usahawan di bawah program perniagaan MARA ini. Saya juga hendak menyentuh sedikit tentang Program Giat MARA di Butiran 00611. Saya diberitahu di Pasir Mas Program Giat MARA ini yang saya kira adalah satu program yang cukup berjaya. Saya sentiasa, tidak putus-putus ucap tahniah kepada mereka yang menganjur Program Giat MARA. Program ini cukup berjaya sebab mereka yang keluar daripada program ini senang sahaja mendapat pekerjaan. Mereka membuka bengkel sendiri. Pendapatan mereka lebih banyak daripada siswazah universiti tetapi ia terhad. Di Pasir Mas saya tengok tempatnya cukup daif, sudah ada tanah tetapi majlis daerah belum lagi memberi keputusan dari segi hendak convert. Saya sudah tulis surat. Ini kerajaan negeri kalau kita tegur dia melenting. Saya cukup kesal, sudah banyak kali saya
gesa supaya dipercepatkan. Saya hendak tengok Giat MARA di Pasir Mas diperbesar dan diperluaskan skop kegiatannya dalam kursus-kursus yang ditawarkan.
Baik, Yang Berhormat. Masa pun sudah habis, Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya masih ada lagi tetapi terima kasihlah.
Inilah sebab saya berminat bagi kepada Yang Berhormat Pasir Mas, saya suruh duduk, dia terus duduk. Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas. Tahniah. Yang Berhormat Pontian.
Alhamdulillahirabbil 'alamin. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya tidak akan bercerita panjang tetapi saya ingin menyatakan satu perkara yang cukup penting mengenai Majlis Amanah Rakyat (MARA) - Butiran 04000. Baru-baru ini saya berjumpa dengan Ketua Pengarah MARA. Beliau memaklumkan kepada saya bahawa permohonan mereka kepada kerajaan adalah jauh lebih besar daripada apa yang diluluskan. Saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri mengapakah pemotongan yang begitu banyak daripada permohonan peruntukan yang dipohon oleh MARA di banding dengan apa yang diberikan. Satu perkara lagi yang ingin saya tanyakan ialah ada lima item di muka surat 640, dalam buku tebal yang kita bawa ke hulu hilir itu: (i) Kolej Poly-Tech MARA; (ii) Pinjaman Pembiayaan Secara Islam; (iii) UniKL; (iv) Institut Latihan kecemerlangan Mara; dan (v) Program Daya Saing Eksport. Kesemua lima perkara ini adalah termasuk dalam butir-butir projek yang dimansuhkan dalam tahun 2009. Saya tidak faham mengapa perkara yang sepenting lima perkara ini dimansuhkan peruntukannya. Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Satu perkara lagi mengenai premis perniagaan bumiputera di Malaysia ini cuma 15%, pengeksport 26.6%, IKS milik bumiputera ialah 11% dan ekuiti bumiputera ialah 19%. Semua angka itu menunjukkan bahawa usaha kita selama 50 tahun lebih ini gagal. Kalau kita periksa 15% ini fail, gagal yang teramat sangat. Sebanyak 11% IKS ini gagal yang teramat sangat, tidak ada bawah daripada F, Yang Berhormat Menteri. Mengapa kita gagal teramat sangat sedangkan kita sudah merdeka begitu lama? Dalam membantu usahawan bumiputera, 15% premis perniagaan, maksudnya daripada 100 kedai cuma 15 buah kedai di bandar-bandar besar ini adalah milik bumiputera. Ini tidak adil, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, ini tidak adil teramat sangat kerana apabila kita pergi ke Kuala Lumpur semacam bukan negara ini negara Malaysia. Pergi ke bandar-bandar besar, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru semacam negara ini bukan negara Malaysia. Kalau negara Malaysia, kedainya 60% bumiputera. Itu maksudnya negara Malaysia. Premis perniagaannya 60% milik bumiputera kerana bumiputera adalah 66% dalam negara ini.
Jadi, saya kira peruntukan yang dipohon oleh MARA itu perlu diberikan perhatian dan supaya kita ini bukan gagal dalam perkara-perkara yang saya sebut. Maka, peruntukan–peruntukan untuk premis perniagaan khususnya hendaklah sentiasa dipertingkatkan. Itu sahaja dua perkara yang ingin saya sampaikan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya pun ingin bangkit dua perkara sahaja, singkat iaitu yang pertama butiran 010200 dan 010300 mengenai Usahawan. Saya pohonlah kepada Yang Berhormat Menteri, biar kita tukar corak kita membawa pembangunan usahawan di negara kita. Walaupun saya setuju dan sedar dan sokong bahawa kawan-kawan bumiputera kita harus diberi perhatian seterusnya sebab kalau kita tengok satu kajian masih lagi kaum bumiputera terkebelakang dalam bidang business. Jadi tidak salah kalau kita beri perhatian melalui MARA dan lain-lain perbadanan. Saya juga minta bahawa kaum-kaum lain khususnya India, Kadazan, Iban dan sebagainya juga diberi perhatian dalam pembangunan usahawan di negara kita seperti Raja Muda Perak berkata. [Disampuk] Seperti Raja Muda berkata dengan izin, “We can’t live with our conscience when other races including Malays, Chinese, Indians do not have the necessary inputs, facilities in their lives. We just can’t live without conscience”. Ikutilah nasihat yang diberi oleh Yang Mulia. Saya juga ingin membangkitkan satu isu di bawah 020100 - Pembangunan Koperasi. Kita harus mempertingkatkan kawalan ke atas koperasi-koperasi yang ada sekarang. Macam saya dapat tahu bahawa Koperasi Pekerja-pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak dapat membayar kepada ahli-ahli mereka apabila mereka telah bersara. Ada satu kes di bawa ke perhatian saya sendiri bahawa seorang pesara tidak dapat bayaran beliau apabila bersara dari perkhidmatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ini amat tidak memuaskan sebab seseorang itu melabur di koperasi sama seperti EPF untuk masa depan semasa bersara dan saya dapati koperasi tersebut telah lebih kurang boleh dikatakan bankrap. Jadi Yang Berhormat Menteri tolong mengambil kira perkara ini dan membawa satu kawalan yang rapi terhadap koperasi-koperasi sebab koperasi-koperasi ini adalah untuk perlindungan orang yang kurang pendapatannya. Sekian, itu sahaja terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi maksud 00611 – Program Giat MARA, saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali saya mengakui kursus yang ditawarkan melalui Program Giat MARA ini adalah begitu merangkumi semua aspek dan telah mendapat pelbagai anugerah dan merupakan antara langkah yang terpuji dan harus diteruskan. Akan tetapi di sini saya ingin bangkitkan soal penyertaan daripada pelajar-pelajar asing terutamanya daripada Selatan Thailand. Adakah disebabkan kursus yang ditawarkan seperti kursus jahitan dan sebagainya ini tidak mendapat sambutan daripada rakyat tempatan ataupun mereka tidak mendapat iklan tentang kursus-kursus yang ditawarkan. Jadi, dalam hal ini saya perlukan Giat MARA ini memperhebatkan dari segi promosinya kepada terutamanya kepada pelajar-pelajar yang baru keluar daripada persekolahan ataupun di buat penerangan ataupun taklimat khusus kepada tiap-tiap sekolah menengah di seluruh negara. Ini memastikan bahawa kursus yang amat besar ertinya kepada pelajar-pelajar yang dianggap tidak mampu meneruskan pelajaran dalam bidang akademik di mana mereka beralih pandangan kepada bidang kemahiran yang merupakan di antara perkara yang MARA harus bagi fokus atau pun penumpuan dalam perkara ini. Bagi maksud Butiran 03003 - Pembangunan Vendor. Jadi pihak kementerian, dalam hal ini sekali lagi saya ingin bangkitkan di Dewan yang mulia ini Tuan Pengerusi iaitu berhubung dengan kewujudan vendor bumiputera. Kejayaan Proton dalam mewujudkan vendor-vendor yang berjaya bagi bumiputera yang sehingga menyebabkan beberapa syarikat telah berjaya disenaraikan di bursa saham merupakan di antara perkara yang harus dipuji. Walaupun Proton ini dalam persaingan yang begitu kompetitif, dalam persaingan yang begitu hebat dengan syarikat-syarikat automotif daripada luar negara, tetapi usaha mereka yang paling kita kagumi ialah bagaimana mereka telah mewujudkan teknokrat ataupun usahawan Melayu yang boleh menandingi ataupun bersaing dalam pasaran terbuka. Hasil daripada bimbingan dan bantuan daripada pihak kementerian. Cuma kita minta saingan yang terdekat iaitu Tenaga Nasional Berhad ataupun TNB, juga harus menunjuk arah yang sama kepada apa yang dibuat oleh Proton setakat ini.
Terima kasih. Saya hendak minta, syabas kepada Yang Berhormat Arau kerana beliau amat prihatin dalam pembinaan pembangunan usahawan ini dan bila kata usahawan ini kita hendak bina hendak bangun semua, Yang Berhormat Telok Intan sudah sebut balik sudah. Jadi kalau Yang Berhormat Telok Intan sebab tadi pandangan Yang Berhormat Telok Intan tadi, selepas itu pandangan daripada Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Telok Intan mengandaikan kononnya yang ramai vendor-vendor usahawan ini bukan Melayu. Adakah Yang Berhormat hendak bagi tahu Yang Berhormat Telok Intan yang amat kurang di Malaysia mahu tuntut keadilan ini kesejahteraan rakyat bahawa yang kurang bumiputera. Bukan bermakna kalau kita hendak bela bumiputera kita tidak bela yang lain. Ini saya risau. Selepas itu saya hendak tanya juga kepada Yang Berhormat Arau adakah kita hendak suruh beri lebih kuasa kepada pihak kementerian kerana banyak vendor-vendor seperti GLC ini mereka tumpu kepada untung rugi sahaja. Sudah macam orang kata pembangunan vendor usahawan bumiputera ini back sit, perkara yang kedua sudah tidak penting. Kadang-kadang tidak meleng langsung kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Adakah Yang Berhormat hendak cadangkan supaya semua GLC ini mereka mesti berbincang dengan MARA, kementerian dan kalau kementerianlah boleh katakan satu projek itu hendak bagi Tenaga Nasional Berhad atau mana-mana Telekom. Dia kata untuk ini hendak bina 500 usahawan bumiputera atau 1,000 dalam masa lima tahun, bincanglah dengan pihak kementerian. Kementerian boleh bagi latihan, bagi modal, bantu. Kalau tidak nanti ini semua melepaskan batuk di tangga yang menjadi masalah, macam Yang Berhormat Telok Intanlah dia kata hanya Melayu yang dapat, bukan Melayu tidak dapat. Sebenarnya yang hendak dibantu yang ketinggalan bukan Melayu tercapai tetapi luarnya kata dilaung-laungkan kononnya Melayu belum dapat dicapai, kononnya hanya bela bumiputera tidak bela bukan Melayu. Minta pandangan Yang Berhormat Arau.
Setuju. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Rompin dan kita pohon pihak kementerian dapat menggerakkan GLC lain seperti mana yang dibuat oleh TNB dan juga Proton iaitu dalam usaha melahirkan lebih banyak lagi usahawan bumiputera dalam hal ini. Ini kerana hakikatnya kebanyakan perniagaan ini dijalankan oleh GLC ini adalah mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran dan juga rakyat negara ini seperti kemudahan perbankan, jalan raya, lebuh raya, tenaga elektrik, telekomunikasi, kenderaan pengangkutan dan pertanian. Kalau bidang yang begitu luas yang GLC telah terlibat secara langsung sudah tentu bidang ekonomi yang diteroka ini akan banyak mewujudkan peluang-peluang yang lebih kepada bumiputera. Jadi, kita sering mendengar GLC ini kadang-kadang dia teragak-agak dalam usahanya. Jadi, kementerianlah harus memainkan peranan dan harus berani menyatakan dasar dan pendirian kita dalam memperkukuhkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi dan juga dalam bidang perniagaan sehinggakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah pun mengarahkan GLC agar tidak bersaing. Sudahlah tidak bagi peluang, bersaing pula dengan bumiputera. Ini tidak sepatutnya berlaku dan bagaimana pihak kementerian memantau perkara ini dalam memastikan ia berada di landasan yang sebenarnya. Tuan Pengerusi, saya ingin Butiran 12001 iaitu pembangunan perniagaan. Iaitu pembangunan koperasi untuk menggalakkan merger dengan izin dia antara koperasi. Jadi, Tuan Pengerusi bolehkah kita mencadangkan supaya dicadangkan ditubuhkan konsortium besar, merger di kalangan koperasi ini bagi menyertai projek-projek yang lebih besar seperti perumahan dan lain-lain yang dapat dijual kepada ahli-ahli dengan harga yang lebih munasabah. Dengan ini pemegang-pemegang saham koperasi akan mendapat benefit ataupun faedah daripada bukan sahaja keuntungan dan mereka mendapat harga yang lebih munasabah di atas projek-projek yang disertai oleh penggabungan di antara koperasi berdasarkan konsortium yang ditubuhkan ini.
Jadi selain daripada itu, ia dapat menjadikan koperasi ini sebagai satu entiti yang mempunyai satu kumpulan yang besar, jumlah asetnya besar, modal syer yang terkumpul ini membolehkan perniagaan ini berdaya tahan, membolehkan perniagaan ini berdaya maju, membolehkan perniagaan ini berdaya saing. Jadi apakah kerangka dan strategi pihak kementerian dalam mencapai hasrat ini? Tuan Pengerusi, bagi Maksud P.26 ini, Butiran 13000 – Maktab Kerjasama Malaysia. Jadi Maktab Kerjasama Malaysia ini dinaikkan taraf untuk menaikkan kecekapan koperasi-koperasi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah berkata beliau mahu seluruh koperasi ini membebaskan diri mereka daripada belenggu tahap profesionalisme, produktiviti dan penyertaan ahli yang rendah. Bermakna ianya dengan pegawai-pegawai koperasi yang dibuat oleh pihak kementerian di setiap kawasan Parlimen sekarang ini, semoga ianya kita dapat penyertaan, bukan kita mahu dari segi kuantiti tetapi dari segi kualiti koperasi yang dapat diurus dengan terancang, baik, menjadikan mereka sebagai peserta kepada sumber ekonomi yang lebih aktif...
[Bangun]
Nanti Yang Berhormat, sekejap lagi. Nanti floor Yang Berhormatlah.
Masa Yang Berhormat ada dua minit lagi.
Hendak tanya pasal koperasi.
Yang Berhormat boleh bangkitkan, 13000 dalam ucapan Yang Berhormat. Saya mohon maaf Yang Berhormat Indera Mahkota. Supaya memastikan dengan kedudukan kita mempunyai sumber yang lebih besar ini kita dapat menggalakkan kepada pertumbuhan negara dan sekali gus perancangan yang jitu mesti dibuat oleh pengurusan koperasi supaya ia ditadbir urus dengan baik ban berkesan. Anggota lembaga pengarah juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan. Sekarang ini kebanyakan yang dilantik kebanyakannya mereka yang bersara daripada perkhidmatan kerajaan dan juga pensioner yang sebenarnya mereka tidak mampu lagi, cuma dapat buat urusan di pejabat tetapi untuk memberikan idea-idea dan peluang perniagaan yang terkedepan dari segi pengurusan yang berkualiti tinggi tidak dapat dipamerkan. Jadi dengan itu kita minta ianya dibuat pemantauan dengan teliti bagi tenaga muda disuntik dalam pengurusan yang dapat memastikan bahawa koperasi ini seperti di negara maju telah dapat menunjukkan kemampuan yang dapat menguasai sebahagian besar daripada ekuiti negara dan bagaimanakah pihak kementerian memastikan pihak MKM memenuhi aspirasi pembangunan dan juga latihan koperasi semasa bagi memastikan kecekapan yang kita dapat melahirkan tenaga pengurusan yang lebih mampan dan berkesan. Terima kasih.
Masa Yang Berhormat habis.
Tuan Pengerusi, saya hendak beri penjelasan kepada Rompin.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri atas peluang yang diberikan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan kementerian di peringkat Jawatankuasa. Sebelum saya menyentuh beberapa butiran, di sini...
Point of order. Yang Berhormat Kubang Pasu salah tempat duduk, mana boleh. Ini tempat duduk salah ini, mana boleh. Dia kena duduk tempat dia.
Kubang Kerian.
Ha, Kubang Kerian, tempat salah. Mana boleh ambil alih, pindah dari PAS kah, Keadilan kah?
[Menyampuk]
Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Sila, sila, Yang Berhormat Baling.
Terlebih dahulu sebelum saya menyentuh butiran-butiran ini untuk mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang merupakan salah seorang Menteri yang selalu datang ke Dewan untuk jawab sendiri soalan-soalan... [Tepuk] Pertama sekali mengenai dengan Butiran P.26 01502 – Tabung Ekonomi Usahaniaga iaitu TEKUN. Oleh kerana Baling merupakan salah sebuah daerah yang luar bandar, selain daripada daerah-daerah yang lain, maka sebenarnya TEKUN memainkan peranan yang penting di daerah-daerah yang seumpama ini. Apa yang kita lihat mungkin di peringkat kementerian tidak ada masalah dalam mengendalikan Tabung Ekonomi Usahaniaga atau TEKUN ini tetapi kadang-kadang kita dapati rungutan-rungutan di peringkat bawahan dan kadang-kadang itu pegawai-pegawai di peringkat daerah atau peringkat bawahan mungkin ada berlebih-lebih sangat, terutama sekali dalam mempertimbangkan permohonan yang diminta atau yang dipohon oleh pengusaha- pengusaha yang sesuai dan berkelayakan untuk memohon bantuan daripada TEKUN ini. Ini kerana sebenarnya di peringkat bawahan, terutama pengusaha-pengusaha kita ini mereka sebenarnya tidak menjadi ahli mana-mana parti politik. Yang ada ahli itu, ahlilah, yang tidak ada ahli itu pun ramai kerana mereka lebih menumpukan usaha niaga mereka, tetapi apabila mereka hendak pergi dapatkan borang, sebahagian besar daripada mereka, pihak di peringkat daerah minta nombor ahli, ahli UMNO kah dan sebagainya, jadi ini menjadikan keadaan yang terbantut. Sebenarnya bagi saya, saya tidak bercakap di Dewan yang mulia ini untuk di atas maksud kepartian semata-mata tetapi lebih kepada melaksanakan usaha TEKUN ini bagi merealisasikan pengusaha-pengusaha kita ini mendapat pertolongan dan peruntukan yang sewajarnya sebagaimana yang telah disediakan. Begitu juga di bawah P.26 01504 - Jaminan Usahawan Kecil ini sendiri. Jadi saya rasa peruntukan atau jaminan usaha kecil ini sendiri adalah sesuatu yang boleh menjana dan membangunkan peringkat grassroots kita iaitu bagi kaum bumiputera, terutama sekali di kawasan-kawasan atau daerah-daerah luar bandar melalui jaminan usahawan kecil inilah boleh kita membina mereka ke arah suatu keadaan yang lebih maju. Oleh itu maka kita harapkan supaya pihak kementerian dapat memberi peruntukan yang lebih supaya tabung TEKUN ini dan juga jaminan usahawan kecil ini mendapat bimbingan yang sewajarnya ke arah peningkatan usaha mereka. Menyentuh mengenai dengan P.26 00602 – MRSM, saya ingin mengucapkan penghargaan, terima kasih banyak kepada pihak kementerian kerana MRSM di Baling sudah mula dibina dan kita harap akan dapat disiapkan dalam masa yang agak terdekat. Saya bagi pihak rakyat Baling, khususnya, mengharapkan kementerian terutama sekali Yang Berhormat Menteri memberi keutamaan supaya MRSM di Baling ini diberi keutamaan kepada anak-anak miskin yang mempunyai kelayakan untuk mendapat tempat di MRSM ini. Saya percaya dengan terbinanya MRSM di Baling akan menempa satu sejarah baru bagi daerah Baling kerana inilah merupakan satu-satunya institusi yang bertaraf kolej macam ini yang ada di Baling di mana di Baling sebelum ini hanyalah di peringat pengajian menengah sahaja. Kemudian itu berhubung dengan P.26 09515 - Program Perunding Halal. Saya tertarik dengan 09515 ini dengan harapan supaya Program Halal ini dapat dibangunkan dengan lebih jaya lagi. Boleh jadi tidak keterlaluan kalau pada pandangan saya, ia kita jadikan satu tumpuan atau satu kursus khas di dalam MRSM itu sendiri misalnya, supaya kursus-kursus ini dapat diperlengkap untuk menampung keperluan tenaga dalam hab halal negara kita pada masa yang akan datang.
Saya teringat dan tertarik dengan pandangan yang telah diberi oleh Yang Berhormat Batu Pahat dalam sesi soal jawab tadi supaya kita tidak boleh mengharapkan kepada HDC sahaja yang mengendalikan ini, tetapi kita mesti ada sesuatu kemampuan piawai untuk memastikan bahawa halal hab ini berjalan dengan baik. Oleh itu sekiranya pihak kementerian dan pihak kerajaan berhasrat menuju ke arah itu, maka kita perlu mempunyai suatu persiapan-persiapan dan persediaan untuk menampung tenaga bagi mengendalikan urusan-urusan ini. Saya rasa Yang Berhormat menteri telah pun sedia maklum dan saya rasa saya pun sebelum ini pernah juga berbual dengan Yang Berhormat menteri mengenai dengan usaha yang telah dan yang sedang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia berusaha untuk membangunkan standard piawai yang diberi ringkasnya ISI. Jadi dalam persoalan makanan, ISI adalah suatu usaha piawai yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Jadi kita mengharapkan melalui Butiran 09515 ini, pihak kementerian boleh mengambil suatu inisiatif supaya apa yang diusahakan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia ini termasuk dalam main screen kerajaan sendiri. Biarlah Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mampu untuk memasarkan ISI ini ke seluruh dunia Islam. Saya yakin imej dan nama baik negara dapat dipertingkatkan lagi di dunia Islam apabila kita dapat pasarkan standard piawai ISI. Saya rasa sudah sampai masa dan ketika sekarang ini kita bertegas ke arah itu kerana kita nampak ada pihak-pihak yang cuba menyalahgunakan kedudukan ini sehinggakan mereka tidak segan silu seolah-olah makanan dan pemakanan Islam ini sendiri boleh dipermainkan dan dipermudahkan begitu sahaja sebagaimana yang kita sedia maklum maknanya. Jadi apabila kita ada piawai ini, ataupun kekuatan ini ada diperkukuhkan lagi dengan persiapan kita dalam kursus-kursus yang boleh diaturkan dalam MRSM misalnya, maka kita telah cukup bersedia ke arah menjadikan Malaysia salah sebuah negara yang terjamin halal habnya dalam dunia Islam. Itu sahaja, terima kasih.
Habis masa, terima kasih. Ya, Yang Berhormat Batang Sadong.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk membincangkan bajet kementerian ini. saya hendak menyentuh mengenai Butiran 040000 - MARA. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak MARA kerana saya juga bekas pelajar yang mendapat pinjaman MARA pada satu ketika dahulu kerana MARA ini membantu ramai usahawan-usahawan bumiputera juga. Apa yang saya ingin nyatakan di sini supaya peruntukan yang ada pada RMK-9 ini digunakan dengan lebih strategik dan lebih efektif. Saya hendak bertanya kepada pihak kementerian berapa ramaikah usahawan bumiputera yang begitu berjaya yang telah dibimbing dan diasuh oleh MARA kerana kita hendak tahu success story dengan izin mereka yang telah berjaya ini dan kalau kita lihat ramai juga yang telah gagal yang kena declare dengan izin bankrupt. Kita hendak tahu apakah sebab-sebab usahawan bumiputera yang diberikan bantuan masih juga gagal dalam perniagaan mereka. Sama ada kajian dibuat, dan kalau ada kajian dibuat, apakah sebab-sebabnya supaya ianya boleh membantu memperbaiki keadaan. Butiran seterunya 00300 - SME Bank. Ini adalah satu makluman balas yang saya terima dari usahawan-usahawan kecil di mana mereka diberi peluang untuk mendapat pinjaman dari SME bank. Apa yang dinyatakan kepada saya sama ada betul atau tidak saya tidak tahu, sebab itu kita hendak mendapat penjelasan dari pihak kementerian sama ada betul ke tidak bahawa apabila mereka membuat pinjaman sudahlah mereka usahawan kecil dan tidak mampu untuk mereka membayarnya. Mereka apabila meminjam diberi RM250,000 dan tempoh pembayaran ansuran ialah selama tujuh tahun. Bayangkan kalau kita membuat pinjaman untuk rumah, kalau kita meminjam untuk rumah berapa ratus ribu untuk berapa belas tahun ataupun sampai 20 tahun, kita berbayar sampai beribu ringgit ataupun sekurang-kurangnya dekat RM1000.
Jadi adakah munasabah kalau usahawan kecil baru ini disuruh membayar dalam tujuh tahun. Jadi ini kita minta penjelasan dari pihak menteri. Butiran seterusnya ialah 00611 - Program Giat MARA. Seperti rakan kita yang lain, saya juga menghargai Program Giat MARA ini dan di kawasan saya di Batang Sadong, populasi di Batang Sadong terdiri daripada 30% daripada mereka adalah dari golongan belia yang layak untuk menyertai program di Giat MARA ini. Akan tetapi ada di Batang Sadong adalah di Sadong Jaya dan sekarang ini ia hanya menampung dalam lebih kurang 600 pelajar. Di kawasan luar bandar seperti di kawasan Batang Sadong kita memerlukan program Giat MARA ini diadakan. Maka saya memohon di sini kalau bolehlah pihak kementerian membesarkan lagi dan menambahkan lagi bidang khusus yang diadakan ataupun kalau boleh dibina juga sebuah pusat Giat MARA di kawasan Simunjan. Ini kerana kedua-dua ini berjauhan satu sama lain. Kalau di Sadong Jaya memang dekat dengan kawasan Kuching, tetapi Simunjan adalah lebih jauh dan mereka memerlukan pusat Giat MARA ini kerana telah nampak orang program Giat MARA telah membantu ramai pelajar yang tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran di institusi-institusi lain. Ia telah memberikan kemahiran kepada mereka dan ramai ibu bapa telah menyatakan mereka menghargainya. Jadi saya berharap peruntukan pada kali ini digunakan untuk tujuan tersebut. Seterusnya ialah Butiran 030005 - Program Keusahawanan Siswa dan Siswazah bersekali dengan 03006 - Program Usahawan Muda Di sini saya hendak menyatakan saya amat bersetuju dan menyokong program ini. Cuma apa yang kita hendak nyatakan di sini kalau boleh sama ada betul ke tidak saya baca dari akhbar pada satu ketika dahulu kerana seorang siswazah ini dia hendak meneruskan menjadi peniaga setelah menyertai program keusahawanan siswazah ini. Jadi apabila beliau hendak memulakan perniagaan, beliau memohon pinjaman dan beliau diberi pinjaman RM200,000 tetapi perlu mendapat jaminan ataupun ada sekuriti dengan izin. Jadi melalui apa yang saya baca pada masa itu, bapa beliau telah merungut kerana siswazah ini baru keluar dari universiti, baru sahaja menyertai program ini dan baru hendak memulakan perniagaan. Macam mana beliau hendak membayar ansuran yang begitu besar dan juga untuk beliau mengemukakan sekuriti. Ini ada satu contoh yang memang ada yang saya nampak sendiri di Kuching. Seorang peniaga usahawan muda dan pihak kementerian amat berbesar hati membantu beliau dengan membuka kilang jahitan dan beliau mendapat pinjaman sejumlah RM1 juta. Jadi dengan keghairahan seorang pemuda menjalankan perniagaan, beliau mendapat amat gembira mendapat pinjaman, tetapi tidak dapat membayar kerana beliau tidak ada kemahiran dan pengetahuan yang banyak mengenai pengurusan kewangan dan beliau gagal juga. Jadi kita tidak mahu peruntukan kerajaan seperti ini tidak digunakan dengan baik.
Jadi kita berharap pihak kementerian menggunakan peruntukan ini dan mengkaji skim yang lebih efektif untuk mereka yang amat memerlukan. Akhir sekali ialah mengenai Butiran 09505 - Latihan Keusahawanan Peringkat Negeri. Program latihan yang perlu ditekankan kepada usahawan terutama sekali usahawan kecil yang selalu kita nampak seperti program labeling packaging. Saya perhatikan apa yang menjadi kelemahan kepada peserta-peserta ini ialah program dalam bidang perakaunan, kursus asas perakaunan. Walaupun usahawan kecil ini tidak banyak mempunyai pengetahuan dalam bidang keusahawanan tetapi kesedaran ini perlu bagi mereka. Sekurang-kurangnya mungkin pihak kementerian boleh menyediakan satu kiosk di dalam MARA sendiri, Pejabat MARA sendiri, ataupun pihak pejabat keusahawanan sendiri untuk membantu usahawan-usahawan kecil ini menyediakan akaun mereka supaya mereka menjadi usahawan yang lebih profesional. Tuan Pengerusi, tadi saya mengatakan itu perkara yang terakhir, tetapi saya terlupa ada satu lagi perkara untuk saya kemukakan pada hari ini, untuk dinyatakan dan diperjelaskan oleh pihak kementerian iaitu Butiran 03008 mengenai Keusahawanan Lain-
lain. Ini adalah perkara spesifik juga yang saya hendak nyatakan, pada Gerak Usahawan SGSI di Melaka pada tahun lepas. Saya dimaklumkan bahawa pihak MARA akan mengatur dengan pihak KLIA untuk membenarkan usahawan menjual produk mereka. Akan tetapi sehingga ke hari ini, iaitu sudah setahun masih belum ada lagi berita. Jadi saya harap pihak kementerian boleh menjelaskan perkara ini supaya mereka yang terlibat, yang menyertai program SGSI di Gerak Usahawan di Melaka pada tahun lepas boleh mengetahui apakah perkembangannya kerana ia telah mencapai satu tahun. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuba untuk mengambil masa yang ringkas, yang singkat sahaja untuk menyentuh perkara yang spesifik, iaitu berkenaan dengan peruntukan di bawah perbelanjaan mengurus di bawah Butiran 020000. Di mana kalau kita lihat di muka surat 330 ini, anggaran peruntukan untuk perbelanjaan mengurus tidak ada 1 sen pun diperuntukkan untuk tempoh sepanjang 2009. Manakala perbelanjaan untuk pembangunan ada diperuntukkan sebanyak RM1,938,000,000. Saya minta kalau boleh pihak menteri memberi penerangan kenapa belanja pengurusan untuk pembangunan dan koperasi 1 sen pun tidak diperuntukkan untuk tahun hadapan. Perkara yang berlanjutan juga dengan perbelanjaan pembangunan iaitu di bawah Butiran 12001 - Pembangunan Perniagaan, yang dikhususkan untuk sektor pembangunan koperasi. Ada dinyatakan bahawa perkara-perkara ini diperuntukkan khas untuk membangunkan semula dan menghidupkan semula sektor pembangunan koperasi, sebagaimana yang telah pihak menteri jawab di dalam Dewan yang mulia ini melalui soalan bertulis. Yang mengatakan potensi perniagaan yang diasaskan oleh aktiviti-aktiviti koperasi amat baik untuk dibangunkan, kerana ia boleh mengambil participation yang lebih luas di kalangan ahli-ahli koperasi yang menyertai aktiviti-aktiviti koperasi. Walau bagaimanapun, sekali lagi perbelanjaan mengurus atau peruntukan untuk perbelanjaan mengurus amat penting untuk memberi gambaran yang kerajaan serius untuk membangunkan aktiviti yang dinaungi oleh gerakan-gerakan koperasi ini. Saya minta perkara ini kalau boleh dikaji semula ataupun akhirnya barangkali untuk diwujudkan peruntukan tambahan kerana tanpa perbelanjaan pengurusan, saya rasa kita seolah-olah menekan atau menidakkan yang pembangunan koperasi ini ialah terletak kepada sektor pengurusan, bukan sahaja kepada pembangunan. Yang terakhir, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana di bawah Butiran 11000, ada diberi peruntukan khas di bawah Program Basmi Kemiskinan Pahang. Saya harap pihak menteri tidak juga lupa yang Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota, setakat ini diwakili oleh pihak kami, di sebelah pembangkang. Dan saya kira ini menjadi hajat...
Sama-sama Pahang.
Kenapa ni? Teruskan? Kalau nak bagi boleh.
Saya nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota. Bangga benar dengan kesedaran Yang Berhormat untuk membela kaum bumiputera kerana pendapatan kaum bumiputera ini, bukan bumiputera RM4,000, bumiputera RM2,000. Maknanya ini dasar membina bumiputera yang amat penting. Akan tetapi saya nampak Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Indera Mahkota sebagai peribadi saya tidak yakin, saya yakin bahawa tetap membina DEB, teruskan DEB, tapi parti Yang Berhormat nampak lain suara sikit, macam mana?
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya sanjungi usaha Yang Berhormat sebab sama-sama Pahang.
Sebab itu saya bangkit tadi beritahu ...
Akan tetapi adakah Yang Berhormat hendak dalam Mesyuarat Agung PKR tak lama lagi, nak usul supaya terang-terang jangan berselindung lagi. Terutama depan orang Cina, kata tak bela bumiputera, depan Melayu bela bumiputera. Macam ada dua lagu ni, kalau Yang Berhormat Teluk Intan kata tak payah lagi DEB. Tak konsisten, ada kontraksi di sini.
Sebab itu perkara pertama saya bangkitkan bila saya tengok tidak ada 1 sen pun peruntukan untuk mengurus, itu sebab saya cepat- cepat bangkit saya beritahu. Maknanya selain daripada agenda kedua yang hendak dibawa seperti Yang Berhormat Rompin cadangkan tadi, perkara pertama, kalau kita tidak ada peruntukan untuk pengurusan, macam mana kita translate ...
Minta laluan sikit.
...Pakatan Rakyat.
Yang Berhormat, ada dua berdiri tu. Janji Yang Berhormat 2 minit sahaja tu, jangan berjanji lain kali Yang Berhormat.
Kalau Tuan Pengerusi membenarkan saya...
Ini masa 10 minit, jangan bagi...
Setengah minit sahaja.
Saya habiskan sebelum rehatlah Tuan Pengerusi.
Setengah minit sahaja. Saya rasa Yang Berhormat Rompin ini mungkin tak berapa faham Pakatan Rakyat lalu saya rasa dia tak patutlah cakap pasal Pakatan Rakyat. Saya rasa tidak ada sesiapa yang menafikan soal kita nak kan keadilan sosial dan keadilan ekonomi untuk semua pihak termasuklah untuk orang-orang bumiputera. Yang kita tak setuju dengan DEB ini ialah puak-puak, kroni- kroni macam Yang Berhormat Rompinlah. [Tepuk]
Saya minta masukkan perkara itu dalam perbahasan saya.
Yang Berhormat, nak minta sikit pandangan.
Ya.
Saya ingin dapatkan pandangan dari Yang Berhormat, saya ingat Yang Berhormat Rompin ini memang selalu nak batu apikan, nak memecahbelahkan. Bolehkah kita tukar Rompin ini ke kawasan Batu Api supaya lain kali senang sikit kita ...
Terima kasih. Saya berpendapat pembangunan koperasi kalau kita tumpukan dengan fokus yang betul, ia transcend atau melangkaui sempadan kaum. Koperatif kita lihat, pengalaman di negara-negara seperti Scandinavia dan sebagainya, memang jelas koperasi adalah sebagai penjana utama kepada ekonomi yang dirakyatkan secara sama rata atau secara peluang yang sama terbuka. Tuan Pengerusi, berkenaan dengan perkara yang saya hendak lanjutkan tadi, Butiran 11000 di bawah Program Basmi Kemiskinan Pahang, secara spesifik. Saya diberitahu oleh para pegawai yang secara tidak langsung datangnya daripada jabatan- jabatan yang bertanggungjawab khusus untuk sektor di negeri Pahang memberitahu setakat Ogos yang lalu, peruntukan yang diberi khususnya untuk pembangunan koperasi dan juga untuk sektor yang dikhususkan kepada penyertaan golongan yang kurang upaya
serta ibu tunggal dan juga golongan yang tidak bernasib baik, tidak diutilized atau tidak dipergunakan sepenuhnya. Sehingga Ogos tahun ini, hanya RM500 ribu daripada RM4 juta peruntukan yang diberikan telah digunakan. Jadi oleh sebab Ogos itu mengambil kira hanya beberapa bulan sahaja sampai ke hujung tahun.
Yang Berhormat.
Dengan jumlah yang begitu sedikit, saya minta supaya perkara ini dikaji semula dan diberi nasihat kepada para pegawai untuk cepat- cepat melaksanakan peruntukan dan tindakan tersebut. Terima kasih Tuan Pengerusi.
[Bangun]
[Bangun]
Habis Yang Berhormat, saya dah bagi nota dah habis Yang Berhormat ya. Jam dah pukul 1.00 Yang Berhormat, kalau nak berucap tanpa sayalah tu. Duduk Yang Berhormat, dah habis. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Ahli- ahli Yang Berhormat, sesi pagi kita tangguhkan dahulu dan kita akan sambung semula pada pukul 2.30 petang nanti. Terima kasih. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Giliran BNBBC ya... [Ketawa] Jempol banyak kali, Batu Pahat selalu. Yang sebelah kiri Jasin, minta maaf, ha sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi...
Kinabatangan jarang-jarang ya Tuan Pengerusi?
Kinabatangan kalau ikut peraturan mesyuarat, tidak payah bercakap dalam satu sesi pun boleh... [Ketawa]
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Saya kadang-kadang merajuk Tuan Pengerusi, bila bangun orang tidak nampak, sebab itu saya jarang-jarang ni.
Inilah berkat kesabaran, akhirnya dapat juga ya?... [Ketawa]
Tuan Pengerusi saya ingin mengambil bahagian menyentuh berkenaan dengan Butiran 04000 berkenaan dengan MARA, iaitu sebuah badan yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan dan meningkatkan martabat kedudukan orang-orang Melayu dan bumiputera. Sesungguhnya kegagalan roh Dasar Ekonomi Baru di mana pemilikan 30% kaum bumiputera banyak tempiasnya kepada MARA, kalau MARA itu berjaya maka berjayalah roh Dasar Ekonomi Baru itu. Oleh itu MARA harus melihat bahawa peranannya sangat
penting, peranannya sangat dituntut supaya mengangkat martabat dan kedudukan bumiputera, khususnya orang-orang Melayu. Saya nampak bahawa peruntukan yang diberikan kepada MARA ini lebih kurang hampir RM2 bilion, merupakan satu peruntukan yang tidak sepadan, yang tidak seberapa kalau dibandingkan dengan harapan tinggi yang diletakkan kepadanya sebagai sebuah perbadanan yang dipertanggungjawabkan untuk mengangkat martabat orang Melayu ketika ini. Oleh itu saya minta, kita minta supaya peruntukan kepada MARA ini ditambah dan diperbesarkan lagi supaya peranannya dapat disebar luas dan mempercepatkan pemilikan, kedudukan taraf kedudukan orang Melayu bumiputera ini. Tuan Pengerusi saya ingin menarik perhatian supaya salah satu cara untuk mengangkat kedudukan bumiputera ini ialah dengan memberi kemudahan pendidikan, pelajaran kepada mereka. Oleh yang demikian, kita minta supaya pihak MARA memperbanyak dan mempercepatkan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara yang merupakan tempat yang menjadi rebutan kepada orang-orang kampung, kepada petani- petani, kepada orang Melayu kerana di sinilah mereka boleh meletakkan harapan yang tinggi yang boleh meningkatkan mobiliti sosial mereka di masa yang akan datang. Saya percaya sekiranya anak-anak Melayu diberi tempat yang lebih banyak yang belajar di Maktab Rendah Sains Mara ini merupakan jalan yang lebih mudah kepada mereka untuk meningkatkan kedudukan mereka itu. Oleh itu pihak MARA tidak seharusnya teragak-agak untuk menambahkan bilangan Maktab Rendah Sains Mara ini, kerana saya yakin bahawa sebuah Maktab Rendah Sains Mara dibina, maka puluhan ribu yang akan memohon untuk belajar di situ. Apatah lagi dengan kecemerlangan pencapaian UPSR kita baru-baru ini. Oleh itu, pihak MARA harus bersungguh-sungguh berikhtiar dan mencari supaya pembinaan Maktab Rendah Sains Mara ini diperbanyakkan dan diperhebat. Inilah tempat-tempat yang harus menjadi tempat kepada anak-anak kita untuk belajar dan menjamin masa depan yang lebih baik dan cemerlang.
Tuan Pengerusi, nampak Menteri dan Timbalan menteri pun tiada di Dewan. Ya Yang Berhormat, ‘batu api’ sudah sampai.... [Ketawa]
Wakil, ada wakil
Sila teruskan Yang Berhormat, sila
Terima kasih Tuan Pengerusi.
36(6) ini saya minta Yang Berhormat Kota Melaka tarik baliklah, dia membuat perkataan yang mengguris hati saya...[Ketawa]
Tidak apa, selesaikan di luar sahaja Yang Berhormat, selesaikan di luar.
Tuan Pengerusi, saya harap walaupun Menteri ataupun Timbalan Menteri tidak ada tetapi pegawai-pegawainya ada yang akan mencatatkan apa-apa yang kita bahaskan di Dewan yang mulia ini.
Siapa buat keputusan?
Teruskan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. MARA juga...
Minta penjelasan, Yang Berhormat Hulu Terengganu. Jadi Yang Berhormat, minta penjelasan.
Saya memang sedia membuka ruang tetapi jangan panjang-panjang.
Pendek saja.
Kalau panjang saya akan marah.
Jangan risau. Yang Berhormat kata tidak apa, Yang Berhormat Menteri tidak ada, Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak ada tetapi pegawai ada. Apakah Yang Berhormat puas hati dengan situasi sedemikian? Satu, siapa yang ambil gaji Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Bukan gaji diambil oleh pegawai.
Terima kasih. Cukuplah itu. Saya sudah faham.
Perkara kedua, ini menunjukkan tiada penghormatan kepada Yang Berhormat.
Terima kasih.
Yang Berhormat membangkitkan isu yang begitu penting iaitu usahawan, Yang Berhormat.
Ini yang batu api, ini batu api.
Tengok Yang Berhormat Menteri tidak mahu dengar dan Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak mahu dengar. Saya rasa...
Saya faham, saya faham.
Sudah panjang itu, sudah panjang.
Saya tahu Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Kalau itu susah untuk majukan usahawan bumiputera.
Jadilah.
Dia sudah panjang itu. Potong sedikit.
Saya faham Yang Berhormat Batu Gajah, menteri dan timbalan menteri saya sibuk. Mereka ada tugas-tugas yang lain dan saya amat yakin bahawa pegawai-pegawai sangat komited, sangat bekerja keras dan saya amat yakin bahawa mereka dapat menyampaikan sepenuhnya apa yang kita bincangkan di Dewan yang mulia ini.
Minta penjelasan.
Cukuplah, cukup.
Pendek saja.
Saya sudah beritahu. Cukuplah itu.
Yang Berhormat, Yang Berhormat ada empat minit lagi.
Okey, terima kasih. Terima kasih.
Kalau Yang Berhormat benarkan pencelahan, jangan salahkan saya kalau sampai masa saya kata minta gulung.
Saya minta Yang Berhormat Batu Gajah cukuplah mencelah itu. Lain kali.
Sila teruskan.
Di luar kita boleh mencelah... [Ketawa] Tuan Pengerusi, saya harap bahawa pihak MARA akan mempermudah supaya permohonan pinjaman yang dibuat atau dipohon oleh usahawan- usahawan kita dipercepatkan, dipermudahkan dan janganlah melambat-lambatkan kerana itu akan membantutkan dan menyebabkan mereka rasa mereka tidak dihargai, menyebabkan mereka tawar hati dan menyebabkan mereka patah semangat untuk meneruskan semangat mereka yang berkobar-kobar setelah mereka tamatkan kursus- kursus yang mereka hadiri. Kalau ada perkara-perkara yang menyekat, kita tidak seharusnya merigidkan, menyempitkan dan membuat sesuatu yang boleh melemahkan dan menyusahkan kepada usahawan-usahawan kita untuk mendapat pinjaman. Saya amat yakin bahawa sekiranya kita mempermudah pinjaman-pinjaman itu, insya-Allah usahawan-usahawan kita akan lebih mudah untuk meneruskan cita-cita mereka. Saya dapati bilangan pegawai yang ditempatkan di daerah-daerah amat kecil. Umpamanya di daerah saya di Hulu Terengganu. Hanya ada tiga orang pegawai saja. Ini tentulah akan melemahkan dan melambatkan kerja- kerja mereka kerana tugas yang mereka pikul tidak sepadan dengan bilangan pegawai yang ditempatkan. Oleh yang demikian, saya berharap bahawa pihak MARA akan meneliti perkara ini supaya pegawai-pegawai yang ditempatkan itu sepadan dengan tugas yang harus mereka pikul. Demikian juga kita minta supaya pihak MARA memperbanyakkan ruang-ruang perniagaan kepada bumiputera. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak MARA kerana telah membina bangunan di daerah Hulu Terengganu. Dua buah sudah siap dan satu dalam pembinaan. Cuma yang saya minta supaya ruang- ruang perniagaan itu haruslah bersesuaian dengan ruang perniagaan supaya mereka dapat berniaga dengan lebih baik dengan ruang yang lebih luas supaya tidak berlaku tambahan- tambahan bangunan dan sebagainya yang menyebabkan bangunan-bangunan ini menjadi tidak ceria dan tidak cantik. Yang kedua kita minta supaya tempat-tempat yang didirikan bangunan ini merupakan tempat-tempat yang sesuai iaitu lokasi yang strategik yang boleh menguntungkan kepada bumiputera yang berniaga. Janganlah kita membuat bangunan- bangunan yang tersorok yang menyebabkan jauh daripada laluan umum. Sekiranya ada bangunan-bangunan yang didirikan oleh pihak swasta yang tidak mampu dibeli oleh pihak bumiputera, kita harap supaya pihak MARA membelinya dan kemudiannya memberi sewa kepada bumiputera dengan kadar yang sepadan dan sepatutnya. Kita harap pihak MARA tidak mengutamakan keuntungan kerana kewujudan pihak MARA ini bukanlah untuk menjadi badan perniagaan. Oleh itu Tuan Pengerusi, kita minta supaya pihak MARA bersungguh-sungguh untuk membina dan memberi ruang perniagaan kepada usahawan- usahawan kita. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh sedikit bahagian koperasi iaitu butiran berkenaan dengan 020000...
[Menyampuk]
Nantilah dulu, seminit saja. Kita harap bahawa koperasi ini merupakan satu usaha yang boleh meningkatkan peningkatan pendapatan kepada ahli-ahlinya. Akan tetapi setahu saya bahawa koperasi ini tidak memberi manfaat seberapa kepada ahli-ahli koperasi kerana saya difahamkan bahawa dasar koperasi hanya memberi dividen tidak lebih daripada 10% daripada keuntungannya. Jadi oleh yang demikian, bagaimana kita nampak bahawa yang menjadi ahli koperasi itu mendapat keuntungan daripada perkembangan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi. Ini kerana biasanya keuntungan yang diperoleh oleh koperasi sebahagian besarnya akan dilaburkan semula dan ahli hanya mendapat dividen yang tidak seberapa. Oleh itu kita harap bahawa pihak koperasi akan melihat balik bagaimanakah keuntungan daripada koperasi ini dapat dipulangkan kepada ahli-ahlinya. Kita dapati ahli-
ahli koperasi berlumba-lumba dan berebut-rebut untuk memegang jawatan lembaga pengarah koperasi. Kemungkinan merekalah yang mendapat keuntungan yang lebih banyak berbanding dengan ahli-ahli biasa. Oleh itu kita harap bahawa kewujudan koperasi ini sesungguhnya memberi manfaat kepada ahli-ahlinya dan bukanlah kepada pihak lembaga pengurusan saja. Saya menyokong, Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Rasah dan Petaling Jaya Utara sudah selalu cakap.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berbincang. Saya mengambil masa yang singkat saja untuk fokus hanya kepada koperasi.
Memang begitu. Yang jarang-jarang bercakap dia cakap singkat. Yang selalu bercakap ini panjang meleret dan lebih-lebih.
Mengenai 020000, Pembangunan Koperasi yang sebagaimana saudara daripada Indera Mahkota sebutkan tadi, peruntukan bagi 2009 tidak ada tetapi 2008 sebanyak RM65.7 juta. Akan tetapi mungkin saya merasa jawapannya iaitu kerana tahun 2008 ini kita telah pun melancarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Kalau kita rujuk 030000 dengan anggaran RM64.9 juta ia hampir sama. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan iaitu dalam program dua menyatakan bahawa koperasi akan membantu gerakan koperasi menjadi sebuah institusi sosioekonomi yang mapan. Jadi, dengan peruntukan RM65 juta itu mungkin tidak cukup untuk membantu koperasi-koperasi bagi memulihkan sesetengah koperasi yang telah pun daif umpamanya. Saya difahamkan tahun lepas koperasi MOCCIS kerajaan telah pun memberi belanja yang besar. Saya tidak ingat tapi mungkin hampir ke RM7 juta. Koperasi KOHILAL hanya RM750,000 untuk memulihkan mereka. Begitu juga banyak koperasi-koperasi yang memerlukan kewangan untuk memberi pembiayaan ataupun pinjaman kepada anggota- anggotanya. Mungkin memerlukan bantuan daripada Pembangunan Koperasi ataupun Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Selain daripada itu, saya ingin juga mendapat penjelasan. Baru-baru ini pihak Yang Berhormat Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun melancarkan Koperasi Ibu Tunggal dan juga Orang Miskin iaitu KOBERA. Saya ingin mendapat sedikit penjelasan tentang perkembangannya yang dijanjikan geran pelancaran bagi setiap koperasi itu sebanyak RM30,000. Jadi sejauh manakah perkembangannya dan tentulah kalau saya tidak silap akan mengambil peruntukan yang RM64.9 juta itu.
[Bangun]
Kemudian, selain daripada itu saya juga difahamkan SKM, dalam Akta SKM ini telah mewujudkan dan mencadangkan supaya koperasi menyumbang kepada satu dana sebagai pelaburan. Kemudian tabung ini juga boleh membantu koperasi-koperasi lain.
[Bangun]
Adakah itu menyebabkan pihak kementerian tidak memberi allocation yang banyak kerana koperasi itu sendiri membantu koperasi-koperasi yang lain. Itu yang saya hendak penjelasan. Selain daripada itu...
Nampak Yang Berhormat Rompin berdiri Yang Berhormat? Yang Berhormat Rompin.
Sedikit sahaja. hendak tanya sedikit sahaja. Saya hendak tanya Yang Berhormat, tahniah kepada Yang Berhormat berminat peranan koperasi. Adakah Yang Berhormat setuju suasana sekarang ini banyak anak muda ini di bandar dan luar bandar amat kekurangan dari segi perumahan. Kalau perumahan dibina cara swasta dia dapat untung yang besar tapi kalau dibina sebagai
koperasi dia tidak dapat untung yang banyak. Adakah Yang Berhormat setuju supaya kerajaan menimbang koperasi diberi keistimewaan-keistimewaan untuk mendapatkan kerajaan dan akan dibina rumah boleh jual kepada anak muda yang tak ada rumah dengan harga yang amat berpatutan. Adakah Yang Berhormat bersetuju?
Terima kasih. Saya bersetuju cadangan itu kerana banyak juga yang saya tahu koperasi-koperasi yang telah pun melaksanakan program sebagai developer, membangunkan rumah untuk koperasi itu sendiri termasuk saya rasa di Pulau Pinang, MOCCIS sendiri ada. Kami sebagai koperasi di UKM juga kita cuba tapi tidak berjaya sehingga sekarang tapi saya rasa itu satu cadangan yang baik untuk membantu anggota-anggota yang tidak mempunyai rumah. Selain daripada itu dalam 13000 - Maktab Kerjasama Malaysia yang hanya diberi peruntukan RM2.5 juta. Saya difahamkan Maktab Kerjasama Malaysia ini telah pun memberi khidmat yang besar kepada anggota-anggota koperasi dan juga koperator- koperator sendiri untuk melatih dari segi perniagaan, dari segi pengurusan dan juga dari segi kewangan. Akan tetapi dengan peruntukan yang kecil ini saya rasa tidak cukup untuk membantu dan saya difahamkan juga Maktab Kerjasama Malaysia ini telah pun berusaha untuk mengeluarkan ijazah umpamanya, peringkat diploma dan sebagainya kepada anggota-anggota yang berjaya mengikut program-program. Jadi saya minta supaya patut kita lebihkan dan menggalakkan lagi sebagaimana Yang Berhormat daripada Rompin sebut tadi mungkin untuk membantu remaja-remaja meningkatkan ataupun melatih mereka menjadi usahawan. Maka saya rasa ini tempat yang sesuai juga untuk mereka. Kemudian yang terakhir, saya ingat itu sahaja. [Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Tuan Pengerusi memberikan Labuan untuk turut serta berbahas di peringkat jawatankuasa ini. saya ingin menyuarakan Butiran 00607 - Perkhidmatan Pengangkutan. Saya ingin bertanya kepada kementerian apakah jenis pengangkutan yang dikendalikan oleh kementerian? Seperti mana yang kita tahu kementerian melalui MARA ia cuma mengendalikan pengangkutan seperti bas ekspres dan sebagainya. Bagi kita di Sabah, Sarawak dan Labuan kita bukan sahaja memohon untuk diberikan perkhidmatan pengangkutan bas dan pengangkutan darat sahaja tapi apa yang kita pohon adalah pengangkutan-pengangkutan seperti pengangkutan laut antara pulau dan juga pengangkutan-pengangkutan sungai. Selama ini saya rasa MARA ataupun kementerian belum mengadakan atau membantu sistem pengangkutan air terutamanya di sungai-sungai. Apa yang kita sedia maklum bahawa di Sabah dan Sarawak, kita masih memerlukan ataupun menggunakan sistem pengangkutan sungai dan juga laut. Jadi kalaulah kementerian ini prihatin kepada rakyat sebenarnya perkara yang sedemikian harus kita perhatikan yang mana di Sabah dan Sarawak masih memerlukan pengangkutan-pengangkutan sungai dan juga untuk Labuan dan pulau-pulau yang lain memerlukan pengangkutan-pengangkutan laut. Yang kedua adalah Butiran 00614 - Bangunan Perniagaan. Pertanyaan saya apakah pensyaratan minimum untuk kementerian atau MARA membangunkan Arked MARA. Bagi kita di Labuan sudah hampir 25 tahun Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan tetapi sampai saat ini belum nampak pun lagi perancangan kementerian untuk membangunkan sebuah Arked MARA yang terdapat di Parlimen-Parlimen dan juga daerah- daerah lain di Malaysia ini. Jadi kami di Labuan memohon kepada kementerian melalui MARA supaya kalau layak diadakan ataupun dibangunkan sebuah Arked MARA terutama untuk membantu kaum bumiputera yang berniaga secara kecil-kecilan seperti mana juga di tempat-tempat lain mereka dapat menikmati kemudahan sedemikian yang mempunyai bangunan Arked MARA dan juga kemungkinan besar diberikan sewa yang begitu rendah demi untuk kepentingan dan juga keperluan peniaga-peniaga kecil bumiputera di kawasan Labuan.
Yang ketiga iaitu pembelian ruang niaga. Mengenai pembelian ruang niaga ini apakah pensyaratan yang dikenakan oleh kementerian dan berapakah siling maksimum harga ruang niaga yang dipertimbangkan oleh kerajaan. Seterusnya apakah jenis perniagaan yang dibenarkan untuk membeli ruang perniagaan tersebut. Jadi diharapkan siling yang diberikan dan juga kemudahan-kemudahan (facilities) yang diberikan kepada bumiputera adalah lebih fleksibel dan juga mungkin waktu tempoh pembayarannya lebih panjang. Yang seterusnya mengenai SME Bank. Apa yang kita lihat, SME Bank cuma memberikan loan ataupun memberikan pinjaman untuk pembelian bangunan dan juga untuk projek-projek kontrak dan sebagainya. Sebagai usahawan, sebahagian daripada usahawan maritim terutamanya di Labuan dan kawasan-kawasan oil and gas di Labuan, adakah SME Bank juga memberikan loan yang begitu mudah ataupun loan untuk usahawan-usahawan perniagaan perkapalan yang terlibat dalam oil and gas untuk membeli kapal melalui SME Bank dengan kadar interest yang rendah dan juga memberikan pinjaman yang fleksibel yang mana membolehkan kaum bumiputera terutamanya di Labuan. Apa yang kita lihat Labuan ialah salah sebuah oil and gas hub dengan izin yang mana kebanyakan pengusaha-pengusaha perkapalan ataupun offshore support vessel dengan izin dimiliki oleh non bumiputera dan juga sebahagian daripada kapal-kapal tersebut dimiliki oleh pengusaha-pengusaha dari luar Malaysia. Jadi kami mengharapkan kalau SME Bank memberikan pinjaman yang mudah untuk pembelian kapal-kapal offshore contohnya untuk diberikan kepada usahawan-usahawan bumiputera yang layak dan juga yang bergiat di dalam perusahaan maritim. Seterusnya adalah Pusat Giat MARA. Sebenarnya terima kasih kepada MARA yang memberikan sebuah Pusat Giat MARA di Labuan. Alhamdulillah banyak yang telah pun dikeluarkan. Maksudnya yang sudah berhasil dan juga lulus daripada latihan Pusat Giat MARA di Labuan tapi apa yang saya lihat sebagai Ahli Parlimen saya sering melintas ataupun melihat bangunan tersebut agak kurang memuaskan yang mana kelihatan bangunan Pusat Giat MARA di Labuan itu agak minima sekali. Jadi saya rasa disebabkan aktiviti-aktiviti Pusat Giat MARA yang begitu bagus sekali yang menghasilkan lulusan-lulusan terutamanya bahagian teknikal dan sebagainya begitu bagus, saya mengharapkan agar kementerian dapat mempertimbangkan dan juga mengupgrade Pusat Giat MARA di Labuan. Seterusnya adalah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM),. Dahulu pernah saya suarakan. Walaupun apa yang kita lihat baru-baru ini kementerian telah pun meluluskan banyak MRSM yang akan dibangunkan kemungkinan besar Rancangan Malaysia Kesembilan ini Labuan tidak termasuk yang saya lihat.
Diharapkan pada masa-masa yang akan datang ataupun Rancangan Malaysia Kesepuluh, diharapkan Maktab Rendah Sains Mara dapat dibangunkan di Pulau Labuan ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa ini. Saya hanya satu butiran dan satu isu sahaja iaitu berkenaan dengan Butiran 09600 - Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan berkenaan dengan isu surcaj 30% yang telah dibenarkan oleh pihak kementerian kepada syarikat-syarikat bas ekspres untuk diteruskan walaupun pada kelazimannya pihak kementerian mengatakan bahawa surcaj itu dibenarkan hanya untuk sebulan semasa hari raya tetapi surcaj itu telah dibenarkan untuk diteruskan oleh kementerian. Memang perkara ini telah saya bangkitkan dalam peringkat perbahasan dasar dan pihak menteri ada menjawab bahawa surcaj ini dibenarkan kerana ia tidak ada kena mengena dengan penurunan harga minyak kerana kos operasi syarikat-syarikat ini melambung dan tidak dapat menampung. Saya kurang bersetujulah dengan pandangan
Yang Berhormat Menteri ini kerana bagi saya kalau kos operasi ini melambung adakah ini berkenaan dengan mungkin kelemahan pengurusan mereka dari segi pengurusan operasi mereka, pengurusan sumber mereka. Kita lihat pada hari ini syarikat penerbangan AirAsia dan Malaysia Airlines (MAS) kerana ada persaingan yang begitu hebat. Kita tengok hari ini kedua-dua syarikat penerbangan ini merendahkan harga mereka, promosi harga yang begitu hebat sekali daripada kedua-dua syarikat penerbangan sama ada MAS atau pun AirAsia. Sehingga AirAsia boleh apabila harga minyak ini turun, mereka batalkan surcaj minyak itu. Bagi saya, kalau ini dijadikan alasan saya rasa ini tidak menggalakkan syarikat-syarikat bas untuk meningkatkan efficiency mereka. Saya berharap pihak menteri melihat balik, mengkaji semula. Saya memohon pihak kementerian untuk memohon mengkaji semula pertimbangan ini kerana bagi saya kebenaran ini diberikan adalah tidak adil. Ini kerana kementerian mengatakan bahawa kementerian bersedia untuk mengkaji semula kadar tambang tiap-tiap tahun. Akan tetapi, sebelum itu berlaku surcaj ini yang sebelum ini dibenarkan hanya untuk sebulan diteruskan. Saya berharap Yang Berhormat Kinabatangan pun sokonglah cadangan saya ini. Ini kerana LPKP semasa saya membahaskan perkara ini Yang Berhormat Kinabatangan cuba mengelirukan saya. Dia kata telah dibatalkan tetapi sebenarnya tidak batal. Selepas itu, dia tukar pula kenyataan dia. Namun saya berharaplah sebagai Pengerusi LPKP Sabah, saya berharap Yang Berhormat Kinabatangan boleh sokong saranan saya ini. Ini kerana bagi saya semasa Yang Berhormat Menteri menjawab, dia kata saya hendak menjadi jaguh, hendak mempolitikkan isu ini. Bukan, ini bukan soal hendak jadi jaguh, bukan soal politik. Ini soal kebajikan rakyat. Penumpang-penumpang syarikat bas ini ramai juga dari penyokong Barisan Nasional, pengundi-pengundi yang menyokong Ahli- ahli Barisan Nasional. Jadi, ini bukan soal politik, ini soal kebajikan. Kita kena faham beban hidup yang ditanggung oleh rakyat di bawah itu, rakyat di akar umbi terutamanya. Saya berharaplah pihak menteri mengkaji semula perkara ini. Mungkin ada satu kompromi, sekarang syarikat bas ekspres itu dibenarkan untuk jarak jauh tetapi saya berharap itu jangan ada policy across the board semua syarikat bas ekspres dibenarkan surcaj itu. At least kepada syarikat-syarikat bas ekspres yang mungkin jarak dia kurang daripada 100km, saya harap ada satu pertimbangan semula kepada dasar ini kerana umpamanya di Seremban, tiap-tiap hari ramai rakyat Seremban, ramai pengundi kawasan saya, pengundi kawasan Rembau yang bergantung kepada syarikat bas atau pun sistem pengangkutan awam untuk bekerja di Kuala Lumpur. Tiap-tiap hari. Dahulu RM4.70, di surcharge RM1.30 satu trip, jadi tiap-tiap hari tambahan tanggungan RM2.60. Tiap-tiap minggu RM13.00, sebulan RM50 lebih tanggungan mereka untuk surcaj sahaja. Saya harap ini adalah satu dasar atau pun satu pertimbangan semula daripada pihak kementerian supaya kaji semula terutamanya di antara Kuala Lumpur dengan Seremban. Ini kerana tiap-tiap hari ratusan trip di antara Kuala Lumpur dengan Seremban. Kalau surcaj ini dapat dibatalkan terutamanya kepada KL-Seremban ini, saya harap ini dapat mengurangkan beban mereka. Terutamanya mereka-mereka yang pakai pas-pas bulanan. Saya harap surcaj itu tidak dikenakan kepada mereka pemegang-pemegang atau pun pengguna-pengguna yang menggunakan pas bulanan. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain seperti Yang Berhormat Batu Pahat pun kena sokonglah sebab ramai juga pengundi-pengundi Yang Berhormat yang pakai bas ekspres, dari Kuala Lumpur balik Batu Pahat. Kalau surcaj ini diteruskan saya rasa pengundi-pengundi kawasan Yang Berhormat pun marah juga. Saya sekali lagi menyarankan pihak kementerian supaya dapat mengkaji semula terutamanya mereka yang menggunakan bas ekspres tiap-tiap hari dan memakai pas bulanan itu. Saya harap ini dapat dipertimbangkan oleh pihak kementerian. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Batu Pahat. Bergilir Yang Berhormat Gombak.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyentuh Butiran 03004 - Pembangunan Francais ini sebab kita tahu matlamat pembangunan francais ini adalah untuk kita melahirkan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Ini akan mampu menjayakan RMK-9 kita kerana kalau kita lihat kepada negara-negara seperti Amerika, Jepun, Kanada industri francais ini menyumbang 30% kepada sektor peruncitan mereka. Oleh sebab itu, kalau mengikutkan kepada data yang terakhir yang saya dapat ini, status permohonan pendaftaran mengikut sektor francais ini kalau makanan sahaja jumlah pemohon ialah 152 tetapi yang diluluskan hanya 101. Jadi, saya ingin tahu maksudnya kenapakah ada yang ditolak dan sebagainya? Kalau kita lihat bilangan francaisor dan francaisi di bawah program pembangunan francais mengikut sektor, yang paling popular ialah sektor makanan iaitu ada 32 francaisor dan 303 francaisi. Akan tetapi ada bidang- bidang yang lain seperti tidak berdaya saing sama sekali seperti ICT ada enam francaisor dan sepuluh sahaja francaisi. Telekomunikasi ada lima francaisor, 32 francaisi. Kesihatan atau kecantikan ada empat francaisor dan 20 francaisi ini. Jadi, oleh kerana itu saya ingin mendapat kepastian kenapakah dalam usaha kita untuk menjadikan bidang francais ini sebagai satu sektor yang penting untuk merancakkan usaha kita membangun masyarakat bumiputera dalam yang kita sebut MPPB tadi maka timbul permasalahan ini. Kalau saya ambil makanan sebagai contohnya. Di Batu Pahat kita ada makanan yang cukup terkenal yang dipanggil sebagai nasi beriani gam dan nasi beriani power. Maksudnya, saya tahu semua Menteri kalau datang ke Batu Pahat mesti makan nasi beriani power atau pun nasi beriani gam tetapi mengapa tidak ada sebarang usaha, saya tahu peniaga ini dia mental block sedikit, dia tidak mahu berkembang. Contoh nasi beriani gam Mat Shah ini. Saya tahu ada Menteri makan dua tiga pinggan di situ. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sendiri selalu makan nasi beriani power Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kinabatangan berdiri Yang Berhormat.
Sebentar. Saya harap nanti kalau Tuan Pengerusi datang ke Batu Pahat beritahu saya. Memang makan di situ sedap, Menteri boleh sahkan. Jadi, oleh kerana itulah, saya fikir mesti ada usaha sebab saya tahu antara usaha yang dilakukan oleh badan ini ialah untuk pembangunan lama dan juga mencari identiti sendiri, mereka membantu. Jadi, oleh kerana itu saya fikir ini adalah contoh-contoh yang harus diberikan perhatian dan di Batu Pahat sebenarnya ada satu lagi makanan yang cukup baik sebenarnya tetapi itulah kalau kita lihat dari pukul 10.00 orang sudah makan iaitu asam pedas dan asam pedas di Batu Pahat ini lebih sedap daripada asam pedas di Melaka, lebih sedap daripada di Melaka. Di belakang pejabat saya Tuan Pengerusi, maksudnya yang kepala ikan merah itu yang masak asam pedas itu memang cukup sedap. Betul, kalau saya datang ke Kuala Lumpur ada pejabat Menteri akan tanya apabila hendak datang Kuala Lumpur tolong bawakan sekali dalam mangkuk itu sama ada nasi beriani power atau pun asam pedas ini. Jadi, ini satu contoh sebab saya lihat kalau macam D’Tandoor ataupun D’Kayu ia boleh berkembang francaisnya ini. Jadi, yang ini sepatutnya juga harus diberi galakan sebenarnya untuk terus berkembang. Saya harap satu hari nanti maksudnya di nation ini kita ada kota francais seperti mana yang pernah dicadangkan pada suatu ketika dahulu. Perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah tentang SME Bank ini iaitu 00300 ini. Kalau mengikut kepada data yang terakhir daripada tahun 2005 hingga 2008 jumlah pinjaman peminjam yang diluluskan adalah 4,477 peminjam dan jumlah keseluruhannya ialah lebih kurang RM8.4 bilion.
Saya ucapkan tahniah kepada kementerian kerana dengan adanya SME Bank ini maka usaha kita untuk membangunkan golongan bumiputera ini khususnya untuk terlibat di dalam IKS ini dapat dipertingkatkan. Saya difahamkan ada juga bank-bank yang dijadikan sebagai stesen untuk kita meletakkan segala peruntukan untuk membangunkan usahawan- usahawan ini tetapi tidak diagihkan oleh bank ini sepenuhnya. Ini menyebabkan kita tidak sampai kepada matlamat dan saya pernah mendengar komen daripada menteri sendiri yang menyebut tentang bahawa adanya satu tabung yang dipanggil sebagai Tabung Pengangkutan Awam iaitu hanya dapat melahirkan 60,000 usahawan sedangkan target kita 150,000 usahawan. Bank ini dia ingatkan duit ini adalah duit dia maka bila orang datang meminjam maka dia menggunakan prosedur bank dia sedangkan duit ini adalah duit kementerian. Jadi saya ingin tahu sejak perkara ini dibangkitkan apakah usaha yang sudah dilakukan untuk memastikan bahawa pinjaman ini dipermudahkan dan bank tidak merasakan bahawa ini adalah duit mereka sedangkan ini adalah duit kepada kementerian yang di stesenkan di bank-bank ini. Saya ingin tahu bank-bank mana sebenarnya selain daripada SME Bank ini dan tentang Tabung Pengangkutan Awam tadi apakah ia sudah dapat diperbetulkan dalam usaha kita untuk melahirkan 150,000 usahawan setahun? Kemudian saya ingin menyentuh tentang 09001 iaitu Program Pembelian Ruang Niaga dan satu lagi ialah 00614 iaitu tentang Bangunan Perniagaan. Sehingga 31 Oktober 2008, sebanyak 6,005 premis telah pun dibeli dan hanya 5,387 telah pun diisi iaitu ada 618 lagi yang belum diisi. Saya ingin membangkitkan di sini iaitu bahawa di Batu Pahat di kawasan Senggarang dalam Parlimen saya sudah pun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelapan lagi untuk membina kompleks niaga MARA di Senggarang tetapi hingga sekarang belum lagi dibina. Alasan yang sering diberitahu kepada saya ialah masalah tanah sedangkan saya telah membangkitkan supaya kompleks ini didirikan di satu kawasan yang lebih strategik iaitu berdekatan dengan pasar di kawasan Senggarang itu. Akan tetapi pihak MARA lebih suka hendak buat di kawasan satu tanah yang agak jauh daripada pekan Senggarang. Sebab itulah saya melihat antara masalah yang sering berbangkit kepada kompleks niaga MARA yang dulu disebut ARKED ini ialah dia tidak berdaya saing tempatnya tidak strategik. Sebab itu apa yang berlaku di kompleks niaga MARA di Yong Peng itu seolah-olah tidak ada siapa hendak berniaga di situ dan ini harus dibetulkan. Saya cukup tertarik dengan bangunan kompleks niaga MARA di Pulai Perdana. Itu cukup menarik, cukup luas, ada sedikit perubahan konsep dan namanya juga tidak disebut ARKED. Bila sebut ARKED ini orang macam tidak berdaya saing sebenarnya. Saya harap ini harus diberi perhatian...
[Bangun]
Ada berapa minit?
Ada dua minit lagi Yang Berhormat.
Dua minit sahaja. Kemudian saya ingin hendak menyentuh 00602 ini tentang Maktab Rendah Sains Mara ini ataupun kolej sains MARA. Kita tidak boleh menafikan bahawa kejayaan MARA melalui MRSM dan institusi pengajiannya yang lain telah banyak membantu untuk mengimbangi jumlah graduan Melayu.
Ini tidak sporting.
Akan tetapi saya fikir bahawa sudah sampai masanya MARA mewujudkan satu sekolah menengah elit untuk sains dan teknologi tinggi. Maksudnya anak-anak kita ini disediakan lebih awal lagi minat mereka untuk menguasai dan suka kepada teknologi tinggi ini. Sebab kita mahu melahirkan saintis-saintis Melayu dan mereka yang berminat dalam bidang teknologi tinggi ini. Jangan maksudnya bila masuk universiti nanti baru dia memulakan aliran minat dia kepada sains dan teknologi tinggi. Akan tetapi kalau sekiranya dia hendak masuk Tingkatan 1 itu, daripada situ sudah kita memilih mereka masuk di sekolah menengah elit sains dan teknologi tinggi ini maka lebih memudahkan.
Maksudnya kita menyediakan golongan ini daripada awal minat mereka untuk menguasai sains dan teknologi tinggi. Saya fikir bahawa dengan adanya sekolah menengah sains teknologi tinggi maka dia boleh menjadi satu frontier sebenarnya untuk anak-anak kita khususnya bumiputera. Ini supaya diimbangi soal kedudukan jumlah para saintis seperti mana kita melahirkan Sheikh Muszaphar dan sebagainya. Saya harap ini harus diberikan perhatian...
Akhir sekali.
Akhir sekali Tuan Pengerusi iaitu tentang LPKP ini tetapi ini saya hendak menyebut tentang teksilah iaitu Butiran 09600 iaitu bahawa kita lihat teksi kita ini. Saya terima kasihlah kepada kementerian kerana telah membuka balik permohonan untuk mendapatkan permit teksi ini tetapi yang kita dukacita sekarang ini ialah teksi kita maksudnya memang sudah dibangkitkan banyak kali iaitu teksi kita ini macam tidak sehebat teksi di luar negara. Kadang-kadang saya merasakan di Indonesia itu teksi dia lebih selesa, lebih baik daripada kita sebab kita gunakan Proton SAGA ini. Kalau boleh tidakkah sesuai kita hentikan penggunaan Proton SAGA gunakan sahaja Perdana V6 ini supaya adalah imej teksi kita ini. Saya setuju dengan cadangan kementerian untuk membenarkan penjualan makanan ringan dalam teksi. Akan tetapi kalau sekiranya teksi Proton SAGA ini maksudnya bumper pun tidak kuat, dia punya absorber pun tidak kuat, kadang-kadang air-cond pun berbau dan sebagainya. Memang tidak selesa, sempit dan sebagainya. Maka saya fikir bahawa wajah teksi kita ini harus diubah. Maksudnya Proton SAGA ini tidak payah kita ganti dengan V6 dan kalau boleh kita ramaikan pemandu-pemandu teksi wanita di negara kita ini. Mungkin mereka lebih bertanggungjawab, tidak tipu dan sebagainya. Ini pun sesuai untuk kesaksamaan gender yang dituntut oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam itu. Tuan Pengerusi, terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa ini Butiran 010100 - Pentadbiran dan juga 09001 - Pembelian Ruang Niaga. Tuan Pengerusi, satu ketika dahulu UDA merupakan salah satu agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Pada tahun 1971, UDA ditubuhkan dan memberi tumpuan untuk pelaburan dan juga pembangunan hartanah dan memberikan fokus yang utama terhadap perancang bandar. Pada tahun 1999, UDA disenaraikan di Bursa Saham Malaysia. Saya hendak tumpukan kepada satu perkara yang menimbulkan kebimbangan saya tentang apakah kedudukan UDA pada hari ini? Setelah disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia pada tahun 1999 dan bertukar wajah menjadi UDA Holdings Sdn. Bhd., tumpuan saya ialah ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang peranan yang dimainkan oleh UDA dalam membentuk usahawan. Apakah tumpuan UDA pada hari ini masih lagi terhadap pelaburan dan pembangunan hartanah? Tuan Pengerusi saya bangkitkan perkara ini kerana dalam tempoh dua bulan pada tahun ini semenjak Ogos 2008 sehingga Oktober 2008. Sejumlah lebih daripada RM500 ribu dibelanjakan oleh UDA bukan untuk pembangunan usahawan tetapi yang membimbangkan saya ianya menjurus kepada gerak kerja dan aktiviti UMNO itu sendiri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri...
Menyampuk.
Nanti saya belum habis lagi saya ada dokumen dengan saya. Apakah perbelanjaan yang melebihi RM500 ribu ini, saya bukan buat tuduhan saya ingin penjelasan, ada kaitan dengan pemilihan UMNO dalam bulan Mac 2009 atau ianya bertujuan selain daripada apa yang ingin saya bangkitkan.
Sebagai contoh Tuan Pengerusi pada 26 Ogos 2008 borang pembayaran nombor C000488 dibayar kepada Program Aidilfitri Parlimen Tanjong Karang sejumlah RM350,000. Itu yang pertama, borang pembayaran nombor C001770 bertarikh 9 Oktober 2008 pembayaran untuk Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri MECD sejumlah RM78,000. Ketiga borang pembayaran C00050 bertarikh 23 Ogos 2008 dibayar kepada GPMS
sejumlah RM150,000. Ini di antara dokumen bukti sahih yang dapat saya kemukakan sudah pun mencecah angka lebih setengah juta ringgit yang dikeluarkan oleh UDA Holdings Berhad. Saya tidak nampak perbelanjaan yang begitu besar untuk membantu pembangunan usahawan dalam negara kita. Sebab itu mungkin Yang Berhormat Menteri tidak sedar perkara ini berlaku dan saya kira Dewan ini bertanggungjawab untuk mendapat penjelasan bagaimana perbelanjaan yang agak besar disalurkan kepada gerak kerja dan aktiviti yang lebih kepada bersifat politik UMNO dan Barisan Nasional. Yang kedua Yang Berhormat Tuan Pengerusi tentang butiran yang saya sebutkan tadi 09001. Ramai peniaga-peniaga bumiputera yang telah menyewa ruang niaga ataupun kompleks termasuk Kompleks Pertama Jalan Tuanku Abdul Rahman dalam satu tempoh yang agak lama sudah 30 tahun. Mereka dikehendaki menyewa ruang-ruang tersebut untuk menjalankan perniagaan bagi membantu usahawan bumiputera dalam bidang-bidang yang tertentu. Malangnya setelah 30 tahun mereka menyewa ruang-ruang niaga tersebut termasuk di Kompleks Pertama, mereka merasa agak kecewa kerana pihak kementerian khususnya UDA tidak membenarkan mereka untuk memiliki ataupun membeli ruang niaga berkenaan. Maka saya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah perancangan kementerian untuk memastikan golongan usahawan bumiputera ini yang telah menyewa ruang-ruang niaga agak lama dan mampu untuk berdikari dan memiliki ruang- ruang perniagaan ini dapat diberikan kelonggaran bagi mereka membeli unit-unit yang berkenaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang untuk turut sama membahaskan B.26. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 iaitu 020300 - Pembangunan Koperasi Negeri di mana saya melihat bagaimana proses untuk permohonan untuk meluluskan perwujudan koperasi di negeri Sabah saya nampak masih lagi dalam keadaan yang perlahan. Jadi saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya mengambil berat dalam hal ini dari segi kerenah birokrasi ini supaya dapat dikemaskinikan. Kita berharap sebagai contohnya daripada kawasan saya ada beberapa permohonan koperasi yang sudah mengambil masa masuk ke dua tahun tetapi belum ada jawapan lagi daripada pihak kementerian. Kemudian saya merujuk kepada Butiran 00300 - SME Bank. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berapakah jumlah pinjaman yang telah diluluskan oleh pihak kementerian untuk kelulusan SME Bank ini di negeri Sabah dan specifically khususnya di kawasan Parlimen Silam. Baru-baru ini saya menerima rungutan daripada pemohon di kawasan saya. Mereka dapat permohonan itu sangat lambat mendapat keputusan dan diproses jadi sekali lagi menegaskan di sini ingatkan kepada pihak kementerian supaya kerenah birokrasi ini dapat dikurangkan. Kita mahu juga pegawai itu sendiri supaya bertanggungjawab dan program outreach ditambah terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman di negeri Sabah itu terutamanya. Kemudian saya ingin merujuk kepada Butiran 00605 -Institut Pembangunan KPM di mana di sini saya melihat kalaulah pihak kementerian ini berusaha bersungguh-sungguh untuk melahirkan usahawan yang berdaya saing yang mempunyai kemampuan dan mereka ini dari segi kita lihat usahawan bumiputera terutamanya dari segi jati diri mereka itu sangat rapuh. Jadi kalaulah kita mewujudkan Institut Pembangunan KPM ini bagi mengangkat martabat mereka untuk masuk dalam bidang profesional dan menjadikan aktiviti keusahawanan itu sebagai bidang kerjaya yang mereka sukai. Mereka juga mendapat bantuan dan pertolongan daripada kakitangan kementerian. Dari semasa ke semasa saya mencadangkan kepada pihak kementerian supaya selalu follow-up ataupun mengikut perkembangan usahawan-usahawan yang telah terlibat lama dalam aktiviti perusahaan dan perniagaan. Sebab saya melihat sendiri di kawasan saya di mana pengusaha-pengusaha sebagai contohnya walaupun mungkin kita anggap mereka mengusahakan restoran ini di peringkat golongan yang semi profesional tetapi saya nampak di kawasan saya sendiri itu
sebagai contohnya Restoran Hidayah mereka boleh mewujudkan beberapa cawangan di kawasan saya sendiri. Jadi ada baiknya kalau mereka ini dilatih dan diberi suntikan semangat bagaimana mereka boleh memajukan bidang yang mereka majukan ini dan akan menjadi suatu aktiviti ekonomi yang semua rakyat kita akan berminat. Kemudian Butiran 01502 saya ingin tahu daripada pihak kementerian iaitu TEKUN. Saya ingin tahu berapakah jumlah peminjam- peminjam yang telah diluluskan untuk kawasan Parlimen saya di kawasan Silam dan sejauh mana dari segi prestasi mereka untuk dari segi pembayaran balik semula pinjaman itu sendiri. Adakah pinjaman yang mereka peroleh itu hanya kita macam melepaskan batuk di tangga ataupun seolah-olah membuang garam ke laut yang akhirnya tidak ada hasil. Jadi ini suatu pembaziran daripada kewangan kerajaan sendiri itu kalau kita tidak ambil tahu dari segi prestasi mereka. Kemudian Butiran 03005 - Program Keusahawanan Siswa dan Siswazah. Akhir ini kalau kita lihat bagaimana graduan-graduan yang keluar daripada pihak universiti yang belum lagi mempunyai pekerjaan yang tetap. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian untuk di negeri Sabah dan di kawasan Silam, sejauh manakah tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan? Berapa ramaikah sudah siswa dan siswazah yang memohon mengikuti program ini sebab kita mahu melihat mereka ini menjadi modal insan yang tahu menggunakan keupayaan mereka. Kalaulah pun dari segi kelulusan mungkin tidak setara ataupun tidak sesuai bidang yang mereka ceburi saya mencadangkan kepada pihak kementerian supaya mengambil inisiatif untuk memastikan siswa dan siswazah kita ini terlibat secara langsung dalam bidang profesion keusahawanan ini.
Kemudian saya ingin merujuk kepada Butiran 09511 - Latihan Kepada Pembimbing Usahawan Negeri dan Daerah. Saya dapati tidak begitu berkesan dan ia hanya seolah-olah menjadi satu dasar yang macam mahu mengerakkan ataupun memajukannya. Saya ingin tahu juga daripada pihak kementerian itu sendiri sejauh mana sudah kejayaan yang telah diperoleh oleh pihak kementerian dalam bidang latihan kepada pembimbing usahawan di peringkat negeri dan di peringkat daerah ini. Saya mencadangkan di kawasan Parlimen Silam itu tidak terdapat pusat latihan seumpama ini. Saya berharap supaya pihak kementerian mengambil inisiatif untuk memastikan supaya dapat diwujudkan pusat tersebut di kawasan parlimen saya sebab saya melihat ramai generasi muda terutamanya berminat dalam bidang keusahawanan ini hanya mereka ini kurang kepada pendedahan Saya ingin mengetahui juga berapa banyak program yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam aktiviti untuk membimbing para usahawan ini di kawasan Parlimen Silam itu sendiri. Akhirnya dari segi pentadbiran koperasi ini juga, saya sebelum ini pernah mendengar bahawa pihak kementerian hendak bercadang untuk membeli kompleks untuk membuka ruang niaga di kawasan Parlimen Silam. Saya ingin tahu dan sejauh mana dan adakah program itu diteruskan oleh pihak kementerian bagi perlaksanaannya. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
[Bangun]
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyertai perbahasaan dalam peringkat Jawatankuasa untuk Maksud 26. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020300 - Pembangunan Koperasi Negeri. Saya ingin minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri tentang pembangunan koperasi ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Saya mendapati bahawa ada keistimewaan atau insentif kepada koperasi jika mereka membangunkan projek perumahan atau rumah pangsa dan lain-lain. Sebagai satu contoh di Melaka, satu koperasi yang amat berjaya membangunkan satu projek rumah pangsa untuk anggotanya atau untuk ahlinya. Saya difahamkan bahawa mereka dapat
bukan hanya dengan kadar yang cepat meluluskan pelan pembangunan dan juga kelulusan keperluan yang lain untuk projek ini tetapi juga melalui kementerian ini... Ya.
Tahniah kepada Yang Berhormat Kota Melaka. Yang baik itu , baik juga. Kita kadang-kadang koperasi seperti pandangan Yang Berhormat. Dia membangunkan hal tanah untuk ahli dia. Akan tetapi kadang-kadang undang-undang yang ada, seperti juga syarikat yang biasa. Syarikat yang biasa itu mungkinlah kena ada dia punya syarat-syarat yang lebih ketat, takut dijual, disalah guna. Kalaulah koperasi, membuat pengumuman siapa ahlinya, mengapa perlu disyaratkan peraturan-peraturan yang biasa seperti syarikat-syarikat yang lain? Apa pandangan Yang Berhormat Kota Melaka? Mengapa tidak kerajaan, mungkin menteri boleh minta dengan sokongan kementerian lain, bila koperasi janganlah ada undang-undang, syarat-syarat seperti syarikat yang lain. Itu yang melewatkan pembangunan, menggunakan kos yang tinggi. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Melaka?
Memang ini pandangan yang baik. Saya ingin masukkan dalam perbahasan ini. Saya difahamkan bahawa kerajaan negeri ada memberikan keistimewaan kepada koperasi jika melaksanakan projek di negeri-negeri yang berkenaan. Sebab dengan usaha dari koperasi ini, saya anggap mungkin kerjasama dengan pihak institusi kewangan, mereka juga dapatkan satu pinjaman perumahan dengan kadar yang baik. Adakah Yang Berhormat Menteri juga dapat membantu dengan cara ini? Sebab saya nampak dengan pembangunan koperasi di negara kita ini memang amat kurang dalam sektor pembinaan iaitu untuk membina rumah untuk anggota atau ahli- ahli mereka. Saya ingin juga tanya Yang Berhormat Menteri iaitu sekarang kita menghadapi kemerosotan ekonomi. bagaimana koperasi dapat memainkan peranan yang dapat membantu anggotanya. Mungkin koperasi dapat adakan mini market atau lain-lain kedai runcit seperti di Singapura untuk anggotanya dengan discount card. Bukan hanya ada discount card tetapi dapat kumpulkan mata-mata ini untuk tukaran lain-lain barang yang perlu. Adakah kementerian juga menggalakkan koperasi ini juga mengambil bahagian dalam membangunkan mini market? Adakah syarikat pengangkutan yang diperoleh oleh koperasi, persatuan atau lain juga memberikan bantuan kepada anggotanya? Saya juga ingin menyentuh tentang Butiran 00104 iaitu dalam Perbadanan kemajuan Negeri. Saya nampak laporan ini, untuk 00110 - Selangor dan juga 00105 - Negeri Sembilan. Nampaknya perbelanjaan yang sebenar untuk tahun 2001 hingga 2005, kedua-dua negeri ini tidak ada figure. Di letakkan zero. Saya tidak pasti mengapa perbelanjaan sebenarnya tidak dimasukkan dalam laporan ini. Untuk Negeri Sembilan ini, perbelanjaan sebenar untuk tahun 2006 hingga 2007 juga zero sahaja. Saya minta kalau dapat maklumat dan beritahu kepada Dewan yang mulia ini. Saya ingin juga tanya atas kepala ini iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri ini apakah program-program yang atau projek ini yang dilaksanakan untuk pembangunan atau perbadanan kemajuan negeri ini. Saya harap juga dapat tahu sedikit sebanyak tentang program-program dan projek yang dilaksanakan di Melaka. Tuan Pengerusi, saya ingin juga hendak rujuk kepada Butiran 03004 - Pembangunan Francais. Saya mendapati bahawa sungguhpun ini memang satu sektor yang kita perlu bangunkan, tetapi ada juga company-company atau syarikat-syarikat yang menyalahgunakan francais ini. Apa yang berlaku seperti Yoga Zone Mereka yang sebenarnya tidak dapat kelulusan dari kementerian tetapi terus memberikan transaksi kepada lain-lain syarikat. Akhirnya orang awam yang tertipu atau menghadapi kerugian. Baru-baru ini ada macam foot terapi yang dikatakan ada francais di berikan kepada kedai-kedai di negeri-negeri lain. Saya dapati daripada pegawai memang tidak ada francais yang dipohon oleh mereka. Mengapa mereka berani juga mengisukan surat-surat yang memberikan francais dan juga mengalihkan pekerja mereka kepada outlet yang lain. Saya harap kementerian dapat pandang tindakan penguatkuasaan bagaimana memastikan
francais ini betul-betul mendapat kelulusan dari kementerian dan dijalankan dengan baik. Akhir sekali juga dengan Butiran 00300 - SME Bank.
Sungguhpun kerajaan untuk membantu SME ini, diumumkan akan diminta untuk memohon soft loan dari bank-bank komersial. Akan tetapi saya difahamkan banyak telah ditolak kerana pihak bank tertekan sebab kedudukan ekonomi sekarang mereka tidak mahu mengambil risiko yang tinggi meluluskan soft loan ini. Adakah SME Bank ini dapat mengalih atau memainkan peranan yang lebih senang untuk dipohon dan juga dapat kelulusan yang lebih cepat. Ayat saya akhirnya menyentuh tiga perkara ini dan terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh Butiran 010200 - Usahawan dan saya akan menyentuh juga perkara berbangkit dengan SME Bank - Butiran 00300, Program Giat MARA - Butiran 00611, dan Pembangunan Vendor – Butiran 03003 dengan izin Tuan Pengerusi. Terima kasih. Dalam perkara pembangunan usahawan ini, kita mengucapkan syabas kepada kerajaan khususnya MARA, banyak sudah jasa yang kita lihat semenjak kita merdeka 50 tahun dahulu. Namun demikian, oleh kerana perubahan akan datang, saya minta supaya MARA tengok kembali, study kembali strategi dan pendekatan yang kita ambil dahulu. Sebagai contoh, kalau kita lihat purata pendapatan bumiputera hanya setakat RM2,000 sahaja, walhal bukan bumiputera RM4,000. Bermakna apa jua strategi yang kita mohon ialah untuk menegakkan keadilan atau membetulkan ketidakadilan yang ada. Walaupun tadi Yang Berhormat Shah Alam mengatakan DEB ini untuk orang yang besar-besar, yang berkaitan dengan tokoh-tokoh politik sahaja, ini memang biasalah. Orang kata kancah politik hanyalah tuduhan. Namun demikian sesiapapun tidak boleh menolak dari segi sejarahnya MARA dan kerajaan memainkan peranan untuk mengimbangi atau membetulkan ketidakadilan yang wujud dalam negara kita. Untuk itu saya minta MARA untuk membuka atau membawa strategi yang baru. Sebagai contoh kita banyak mendengar tentang tanah-tanah rizab Melayu. Apakah MARA sama ada MARA sendiri ataupun UDA, Yang Berhormat Gombak tadi bawa UDA, tetapi tidak ada cadangan. Yang Berhormat Gombak bawa UDA untuk buat kerja politik dia, biasalah, kalau tidak buat kerja nanti Yang Berhormat Permatang Pauh marah dia pula. Tidak buat kerja politik dia. Untuk itu saya ingat apa peranan UDA, adakah UDA dikaji kembali atau MARA sendiri melihat tanah-tanah...
[Bangun]
Betul, Yang Berhormat Permatang Pauh kena check dia punya ukuran prestasi dia...
Yang Berhormat Gombak bangun Yang Berhormat.
Tidak perlulah hendak defend menunjukkan buat kerja depan Yang Berhormat Permatang Pauh, tidak payah saya tak bagi...
Tuan Pengerusi, saya buat cadangan khusus tadi supaya tenaga-tenaga bumiputera...
Tidak duduk, saya tidak bagi apa ini? Jangan tunjuk, sebab Yang Berhormat Permatang Pauh ada, dia buat kerja yang kuat, tidak payah. Saya tidak bagi, duduklah.
Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Sebab UDA ini dia tidak bagi orang...
Tidak ada, duduklah dahulu Yang Berhormat.
Jadi saya cadangkan khusus supaya usahawan bumiputera diberikan ruang perniagaan.
Tunjuk Yang Berhormat Gombak bila ada Yang Berhormat Permatang Pauh kita jadi Ahli Parlimen yang baik. Ini apa lawan... Tidak payahlah.
Ini sama-sama bercakap Yang Berhormat.
...Yang akan timbang menjadi Menteri Besar Selangor yang baru jangan bimbang, betul. Yang Berhormat Permatang Pauh tidak puas hati dengan yang ada, Yang Berhormat Gombak jadi - yang akan datang. Saya dengar cerita, ...Tidak mungkin. Kalau Yang Berhormat Permatang Pauh hendak tukar Menteri Besar Selangor, Yang Berhormat Gombak kena timbang betul Yang Berhormat Permatang Pauh ya? Yang Berhormat Permatang Pauh angguk. Saya hendak balik kepada isu itu, bahawa tengok kembali strategi yang dahulu, tadi ada keluhan dari Yang Berhormat Baling, saya setuju. Mengapa ada tempat-tempat perniagaan yang MARA buat ini di lokasi-lokasi yang tidak strategik? Yang Berhormat Pokok Sena pun bersetuju. Sebab dia PAS tulen. Saya malas sebut sebab PAS tak bagi, saya segan pada Yang Berhormat Permatang Pauh. Bermakna kita tengok balik, kita cari tempat-tempat lokasi yang strategik. Janganlah kita bina untuk bumiputera tempat yang tidak strategik. Macam kalau kita tengok kawasan-kawasan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur ada tempat-tempat yang dibina oleh UDA ataupun MARA sendiri atau kawasan-kawasan orang bumiputera untuk berniaga. Bukan kita bagi keistimewaan, kita sekadar hendak membela ketidakadilan yang wujud dalam negara kita. Saya hendak balik, oleh kerana saya tidak ada masa, saya hendak balik kepada SME Bank. Ini begitu juga, saya setuju tadi sedikit Yang Berhormat Kota Melaka. Yang betul setuju, yang tidak betul tidak setuju. Sebab Yang Berhormat Kota Melaka hari ini lebih baik daripada Yang Berhormat Gombak.
Yang Berhormat, sebelum ini pun dia setuju dengan Yang Berhormat Rompin tadi.
Ini SME Bank, suasana, tekanan prasarana kewangan dunia ini. Takut SME Bank nanti kata dalam suasana risiko tinggi ini ia agak ketat dari segi peraturan dan syaratnya. Itu yang pertama. Yang keduanya rata-rata kita dengar masih ada keluhan bumiputera mahupun bukan bumiputera, apabila mereka pergi SME Bank, masih lagi ini isu-isu tidak ditimbang, ditolak, syarat yang ketat, masih perlukan cagaran. Saya hendak bertanya kepada SME Bank, adakah Yang Berhormat Menteri sebagai yang muda, jangan risaulah apa yang Yang Berhormat Gombak bangkitkan itu, itu biasalah politik. Kalau tidak, tidaklah dia buat kerja dia. Kaedah-kaedah baru, adakah yang muda katalah kalau dahulu SME Bank ia akan beri pinjaman untuk membuat perabot...
Yang Berhormat Rompin pun boleh buat...
Amboi, bila ada Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Pokok Sena pun sudah lain. Hendak turut mengambil perhatian Yang Berhormat Permatang Pauh ke? Ini saya tidak hendak cakaplah, sebab saya segan Yang Berhormat Permatang Pauh. Kalau tidak ada Yang Berhormat Permatang Pauh, saya cakap tadi. Ada dua jenis PAS, tetapi menghormati Yang Berhormat Permatang Pauh, saya tidak sebut. Satu PAS tulen, satu lagi saya tak nak sebut. Menghormati Yang Berhormat Permatang Pauh. Dia tidak ada saya sebut.
Habis, DAP ada?
Yang dibuang DAP, dia masuk PKR. Saya hendak cakap siapa, tetapi tidak mengapa, saya hendak balik pasal ini. [Ketawa] Hendak saya sebut siapa dia? Tidak payah sebut, saya hendak kalau boleh, adakah SME Bank cuba membentuk satu dana dipanggil venture capital? Kita jangan lagi hanya cara yang dahulu hendak minta tanah, beli tanah, buat pinjaman beli tanah, buat kilang, beli mesin kilang untuk industri-industri yang lama. Akan tetapi mengapa tidak industri yang baru IT, bio-tech animation. Kata industri animation. Mereka anak muda ini tidak memerlukan pinjaman untuk membuat kilang. Mereka tidak mahu peruntukan untuk membeli mesin, mereka hanya beli server dan PC sahaja. Untuk itu anak muda yang baru balik daripada luar negara ada minat, ada hubungan di pasaran, tidak mungkin daripada kampung ada cagaran RM2-RM3 juta. Untuk itu adakah kerajaan menimbang di bawah SME Bank bentuk-bentuk pinjaman modal yang baru, seperti orang kata di dunia ada bentuk pembiayaan melalui venture capital. Saya ingin menyentuh sedikit tentang vendor, iaitu vendor ini kita lihat, tadi saya bersetuju dengan rakan-rakan sama ada belah Barisan Nasional ataupun belah sana, bahawa kita bimbang yang GLC, syarikat-syarikat kerajaan ini mereka tidak lagi patuh kepada arahan kerajaan membina satu golongan usahawan bumiputera. Yang Berhormat Permatang Pauh semasa di Kementerian Kewangan dahulu memang dia beri tumpuan, tetapi sekarang kita kurang dengar. Akan tetapi, eloklah. Nanti kalau dia kurang politik, kita hendak juga sokongan beliau untuk membina usahawan bumiputera walaupun beliau berkata tidak bersetuju Dasar Ekonomi Baru, tetapi bumiputera dia bersetuju. Dia serah Yang Berhormat Gombak bercakap. [Ketawa] Saya hendak bertanya, elok saya cadangkan, mengapa tidak rakan-rakan boleh bersetuju dengan saya, mengapa tidak kementerian Yang Berhormat mengawasi pembangunan vendor untuk semua kepentingan kementerian yang lain terutamanya GLC. GLC ini kita risau dan kita bimbang kerana penekanan dia untung, untung, untung. Kalau di Telekom, di Tenaga kita semua sudah dengar, tadi saya dapat satu SMS dahulu dia sentiasa mendapat order yang baru dari TNB dan Telekom, sekarang kurang penekanan kerana nampaknya syarikat besar ini lebih mementingkan, mengurangkan kos pembelian mereka. Untuk itu, kalau dahulu alat-alat itu dia beli daripada pembekal tempatan, dia beli daripada OEM dari luar negara. Selepas itu kalau adakan tender hanya dikira dari segi kos yang paling murah dan penyesuaian dari segi teknikal sahaja. Dan isu beri keutamaan kepada local content tidak ada. Ini membimbangkan kita dan takut nanti orang macam Yang Berhormat Gombak tadi menangguk air yang keruh - pembangkang biasalah.
Untuk itu saya minta kalau boleh mengapa tidak Yang Berhormat Menteri, orang muda dalam UMNO mengambil ini agenda penting. Ini kerana 50 tahun akan datang anak muda mahu juga pembelaan seperti juga yang dibela oleh ibu bapa mereka yang dahulu. Tuan Pengerusi, yang terakhir tentang TEKUN. Syabas kepada kementerian kerana mewujudkan TEKUN. Kalau boleh TEKUN ini diperbesarkan. TEKUN sebagai contoh skim yang berjaya dan saya cadangkan supaya mempromosikan usahawan- usahawan yang berjaya. Di kawasan saya, dan saya yakin di kawasan Parlimen-Parlimen yang lain ramai yang dapat pembiayaan daripada TEKUN ini kerana pembiayaan TEKUN ini tidak ada cagaran. Syabas kepada kementerian! Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh bagi sedikit ulasan kepada kita kejayaan-kejayaan, berapa banyak yang sudah kita bina usahawannya dan bentuk industri yang bagaimana. Syabas kepada kerajaan! Saya nampak usaha TEKUN ini amat baik sekali dan turut diperbesarkan dananya supaya dapat ramai lagi anak muda di kampung yang dapat pembiayaannya. Akhirnya, tentang Giat MARA. Ini juga satu usaha yang baik. Saya mohon juga supaya dapat diberikan peruntukan yang lebih. Peruntukan yang ada kita sokong. Tahun depan mungkin memohon supaya dapat ditambahkan peruntukan untuk Giat MARA dan juga peruntukan untuk TEKUN. Saya mohon menyokong, Tuan Pengerusi.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya sangat ringkas sahaja. Saya ingin merujuk kepada Butiran 00108 - Perbadanan Kemajuan Negeri
Perak. Di sini menunjukkan catatan bahawa akan diperuntukkan anggaran sebanyak RM56.2 juta kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, peruntukan tertinggi di kalangan 13 buah negeri . Saya hendak tahun apakah peruntukan ini akan disalurkan terus ke akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Perak atau ia akan dialihkan ke akaun yang lain? Saya mahukan satu jawapan dalam perkara ini. Perkara kedua ialah kedudukan kewangan perbadanan kemajuan negeri. Apakah pihak kementerian ada memastikan atau memantau kedudukan kewangan perbadanan kemajuan negeri ini? Sebab kalau kita meneliti Laporan Jabatan Audit Negara ada tiga buah perbadanan kemajuan negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis yang masih mempunyai tunggakan hutang kepada Kerajaan Persekutuan yang jumlahnya sebanyak RM139.7 juta. Di mana empat tahun berturut-turut sesen pun tidak dibayar balik pinjaman tersebut kepada Kerajaan Persekutuan. Jadi, apakah syarat yang dikenakan ke atas perbadanan ini sebelum peruntukan tambahan diberi kepada mereka? Apakah ada melihat dan memastikan bahawa perbadanan sendiri ada menguruskan kewangan mereka dengan baiknya? Jika tidak saya sangat risau objektif kementerian menggalakkan pembangunan usahawan bumiputera 30 - 40 tahun tidak akan tercapai. Bolehkah pihak kementerian memberi satu senarai kedudukan kewangan perbadanan kemajuan negeri ini yang menunjukkan dalam keadaan tenat, dalam keadaan untung dan dalam keadaan rugi. Ini supaya biar kita tahu bahawa setiap tahun peruntukan diluluskan oleh Dewan kepada perbadanan ini supaya mereka betul-betul mengguna dan menguruskan dengan baik bagi mencapai objektif pihak kementerian ini. Itu sahaja. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Sudah 11 kali saya berdiri, yang ke 12 baru dapat. Saya ingin menyentuh tentang satu butiran sahaja iaitu Majlis Amanah Rakyat. Namanya ‘Majlis’ dan ‘Amanah’. Amanah ini bermakna tanggungjawab dan amanah ini kalau tidak dilaksanakan secara sempurna dan secara baik bermakna ia boleh dipanggil pecah amanah. Jadi, Majlis yang menjaga amanah untuk melihat ke arah bagaimana rakyat khususnya bumiputera itu diangkat martabat mereka sehingga rakyat bumiputera ini tidak mengemis di bumi sendiri. Saya meminta supaya Yang Berhormat Menteri yang ada pada hari ini mengkaji dan menyemak semula peranan dan fungsi MARA itu sendiri. Adakah kita berpuas hati dengan peranan MARA itu sendiri? Ke arah mana Majlis Amanah ini telah dibawa? Dari sejak majlis ini diwujudkan berapa banyak bumiputera sudah berjaya dan akhir-akhir ini berapa banyak bumiputera yang paradigma mereka telah dianjak, merubah kedudukan kehidupan perniagaan mereka. Ini adalah perlu dan saya meminta kerajaan yang ada pada hari ini memberi peruntukan yang lebih banyak kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) ini. Setiap hari kita melihat keperluan demi keperluan yang dituntut oleh rakyat daripada MARA itu sendiri. Saya terus terang, saya ada seorang pelajar di kawasan saya yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung dalam jurusan penerbangan ataupun pilot. Pihak MARA telah temu duga tetapi ditolak dan terus ditolak juga. Namun saya dengar ada pelajar yang tidak ada temu duga dapat masuk juga. Kalau bukan atas pertolongan Yang Berhormat Menteri, budak itu akhirnya sudah terkeluar. Hari ini dia memasuki tahun kedua dalam industri penerbangan, akan menjadi pilot selepas dua, tiga tahun. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Sepatutnya, pemegang amanah dalam MARA ini amanah dan melihat rakyat yang susah daripada luar bandar diberikan keutamaan. Saya ingin mencadangkan sebab saya tahu juga ramai pelajar bumiputera yang membuat pinjaman kepada MARA hari ini dikategorikan sebagai pemiutang ataupun berhutang dengan MARA. Orang Indonesia ungkapannya, “Kapan mereka boleh bayar, pak?” Jawapannya, “Sampai kiamat pun ngak bisa dibayar sebab tidak ada kemampuan!”. Kenapa tidak MARA melihat perkara ini sebagai satu langkah positif? Kaji latar belakang mereka yang meminjam. Mungkin mereka ada tanggungjawab yang ramai, pekerjaan yang diterima tidak begitu menggalakkan pembayarannya. Kenapa tidak di convert pinjaman itu kepada biasiswa -
dicadangkan seperti itu. Matlamat kementerian ini bukan mengaut mencari keuntungan. Matlamat dia memang memberi perkhidmatan kepada rakyat bumiputera khususnya. Oleh kerana itu, saya rasa sudah tiba masanya, kita pun sudah merdeka 51 tahun. Kita kaji faktor-faktor yang boleh mendorong kita ke satu langkah yang tidak memberikan kita manfaat keuntungan secara jangka panjang. Oleh kerana itu saya percaya Yang Berhormat Menteri yang ada pada hari ini ada kesungguhan, ada keinginan dan ada kebolehan untuk merubah sesuatu. Kita tidak salah, tuhan menyuruh kita untuk merubah sesuatu demi untuk kebaikan. Kalau kita lihat peraturan dan akta yang ada mengikat kita untuk lebih maju, lebih positif maka kita buka rantai yang selama ini mengikat langkah kita. Mana-mana pegawai, mana-mana agensi yang tidak berfungsi kita rombak, kita bagi mereka yang berjiwa baru yang ingin melihat pembaharuan untuk menerajui agensi tersebut. Tidak salah kalau kita merungkai sesuatu yang lama demi untuk memastikan bahawa rungkaian itu akan memberi perjalanan yang jauh kepada masyarakat bangsa kita. Tuan Pengerusi, kementerian ini harus melihat kita sebenarnya ada Pusat Giat MARA. Cuma saya buat kajian tersendiri, Giat MARA ini terlampau baik, kalau kita boleh buat eksplorasi secara menyeluruh. Akan tetapi hakikatnya ia cuma sekadar to accommodate ataupun untuk menampung pelajar-pelajar yang tercicir bagi mendapat asas pembelajaran ataupun teknologi. Kenapa tidak Giat MARA ini kita kembangkan industrinya bukan lagi menjadi satu Pusat Giat MARA sebagai satu asas tetapi sekali gus memberi pendidikan secara total dalam bidang teknologi ke arah memastikan masyarakat, pelajar- pelajar di luar bandar juga mendapat ilmu seperti pelajar-pelajar di bandar. Di negara maju sebenarnya mereka telah melaksana strategi seumpama ini.
Akhirnya mereka akan mengeksport pakar-pakar dari negara mereka kepada negara-negara yang memerlukan dengan bayaran yang lumayan. Kenapa kita tidak manfaatkan usaha murni seumpama ini. Bukan hanya sekadar memperbanyakkan Giat MARA tetapi mengembangkan Giat MARA ini sebagai satu produk yang boleh memberi keyakinan kepada generasi bangsa kita pada hari ini agar mereka terus mendapat manfaat yang sewajarnya. Kita harus melihat bahawa peranan agensi MARA ini adalah merupakan satu peranan yang besar, memegang amanah kalau sedia orang Islam bermakna dia tidak boleh pecah amanah sebab sebagai seorang Islam kita mungkin di dunia ini boleh bermain politik tetapi sampai satu ketika tanggungjawab kita dipersoalkan oleh Allah SWT akan tanggungjawab amanah yang kita pegang. Justeru itu, saya memohon, kementerian ini melihat secara total semua agensi- agensi dia termasuk memastikan bahawa kementerian ini contohnya, mulai 2009 kementerian ini memberi sasaran untuk menganjak, mengangkat lebih kurang 5,000 usahawan baru bumiputera dinaiktarafkan mereka daripada usahawan tradisional kepada usahawan yang berjaya. Bermakna kalau 5,000, sepuluh tahun kita ada 50,000 usahawan berjaya. Mesti ada sasaran. Kalau tidak ada sasaran maka akhirnya kita akan tetap berada dalam keadaan begini dan kita wakil-wakil rakyat akan terus membahaskan isu yang sama tanpa ada hentinya. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil peluang ini untuk mendapat penjelasan tentang beberapa butiran. Pertama, adalah Butiran 090001 – Program Pembelian Ruang Niaga. Jadi kita telah lama atau familiar dengan Arked MARA yang telah memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk meniaga terutama di pusat-pusat bandar. Jadi, kita mahu tahu apakah perancangan kementerian untuk dari segi menaik taraf Arked-arked MARA ini supaya menjadi pusat peniagaan yang lebih besar dan lebih berkualiti ataupun berdaya maju berbanding dengan keadaan sekarang. Kemudian, yang keduanya juga saya ingin bertanya sama ada kerajaan ataupun kementerian ada mempunyai perancangan dari segi penjaja-penjaja kecil terutama penjaja-penjaja yang menjual makanan kerana macam di Kuala Lumpur ini sendiri menjadi satu permasalahan yang besar penjaja-penjaja yang berselerak di seluruh Kuala Lumpur tanpa satu perancangan untuk memastikan mereka ini mendapat pembelaan. Mereka adalah peniaga-peniaga yang bermodal kecil dan mereka terpaksa meniaga dalam keadaan itu kerana mereka tidak ada kemampuan. Jadi, apakah boleh saya
di sini ataupun saya di sini saya ingin mencadangkan supaya konsep Arked MARA ini diperluaskan kepada penjaja-penjaja makanan di mana mungkin MARA membeli, kementerian membeli bangunan-bangunan kedai swasta kemudian ditempatkan penjaja- penjaja makanan ini supaya mereka ada tempat yang sesuai untuk berniaga, bekalan air bersih dan juga ada satu kumpulan ataupun konsortium di kalangan mereka sendiri untuk mengendalikan kalau boleh kita katakan food court centre ini. Jadi ini adalah cadangan saya. Keduanya, Butiran 00614 – Bangunan Peniagaan. Seperti yang dikatakan sebahagian daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di mana bangunan-bangunan perniagaan MARA ini tidak di senggara dengan baik. Sebagai contoh satu bangunan MARA di Jalan Gurney dalam kawasan Parlimen Titiwangsa. Sudah siap, keadaannya sangat cantik tetapi tiga tahun siap tidak ada lagi penghuni, tidak ada lagi aktiviti dan tidak ada satu perniagaan pun berjalan di sana. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan kenapakah perkara ini berlaku dan apakah agaknya sebenarnya perancangan pihak kementerian terhadap bangunan ini? Kemudian, seterusnya Butiran 09506 – Program Proud and Exit Policy. Saya agak baru dan kurang mengetahui tentang program ini, saya ingin tahu apakah objektif program ini, siapakah kumpulan sasarannya dan setakat ini sudah sejauh mana perjalanan dan kejayaan pada program ini? Kemudian, seterusnya Butiran 09509 – Program Kualiti Makanan. Adakah termasuk Program Kualiti Makanan ini untuk kita menggalakkan peniaga-peniaga, pengusaha-pengusaha mengeluarkan makanan-makanan ringan yang berkualiti tinggi. Meskipun mungkin makanan dalam bentuk makanan tradisional tetapi berkualiti tinggi. Apa yang ada sekarang ini, adalah makanan-makanan sampah ataupun junk food yang begitu berleluasa yang dimakan oleh anak-anak kita dijual di tepi-tepi sekolah walaupun ini di luar sikit daripada kementerian Yang Berhormat Menteri, tetapi saya kira perlu ada satu perancangan ataupun satu program untuk menggantikan junk food ini dengan makanan tradisional ataupun makanan yang berkualiti, yang murah dan mudah didapati. Kemudian, yang terakhir saya ingin juga menyentuh tentang dana TEKUN ini. Ramai telah menyentuh tentang dana TEKUN, saya juga mengambil kesempatan ini bahawa dana ini memang memberi manfaat kepada rakyat. Akan tetapi apa yang menjadi masalah seperti telah dibangkitkan beberapa orang sahabat saya daripada Pakatan Rakyat dan juga yang terbaru mungkin daripada Yang Berhormat Pendang mengatakan sebelum hendak mengambil borang pinjaman TEKUN ini kena isi borang UMNO. Ya, sering kali juga dinafikan oleh pihak Menteri tetapi sekiranya berlaku dan sebenarnya telah berlaku dan pada masa akan datang kalau sekiranya berlaku, apakah tindakan yang perlu dibuat oleh mereka yang ingin memohon dana TEKUN ini? Siapakah yang mesti mereka hubungi untuk mengadukan, apakah nombor hotline dan sebagainya. Jadi saya rasa setakat itu sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh tentang perkara 020300 iaitu Pembangunan Koperasi Negeri. Saya memohon kepada pihak kementerian agar dapat melebarkan koperasi ini ke tempat kawasan saya di P.221 dan memohon juga bimbingan serta peruntukan untuk menubuhkan koperasi negeri ini. Saya juga ingin menyentuh tentang perkara 00620 iaitu Maktab Rendah Sains Mara. Sebagaimana pihak kementerian tahu bahawa pada masa ini MRSM di Malaysia Timur hanya ada di sebelah Kuching dan juga di Kota Kinabalu. Jadi apalah kiranya kementerian dapat menubuhkan sebuah lagi MRSM untuk murid-murid di kawasan tengah antara dua negeri Sabah dan Sarawak ini. Kalau pun tidak sebagai sebuah maktab rendah sains biasa seperti mana yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat tadi bahawa bolehlah ditubuhkan maktab rendah sains yang punya pengkhususan. Untuk pengetahuan Menteri, pada masa ini sekolah menengah sains sahaja yang ada di Miri dan juga di Labuan. Jadi, maktab rendah sains di sebelah tengah antara dua negeri ini belum ada lagi. Satu perkara lagi ialah tentang perkara 00614 iaitu Pembangunan Bangunan Peniagaan. Di kawasan saya ada sebuah Arked MARA yang telah pun dibina sejak 1982 dan hanya mempunyai 20 pintu dan pada tahun 2006, renovations dengan izin, telah dibuat
berjumlah mencecah RM700 ribu ke atas bangunan Arked MARA ini dan hanya ada tambahan empat pintu yang baru. Jadi, di sini saya memohon kerana banyak lagi permohonan telah dikemukakan. Apalah kiranya pihak kementerian dapat membangun sebuah lagi walaupun tidak di pusat bandar tetapi di luar bandar, saya tidak kiralah asal ia nya dapat dilaksanakan dan kawasan itu kita akan memilihnyalah sendiri di mana. Dan juga tentang perkara 00611 – Pusat Giat MARA.
Saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana telah meluluskan untuk penubuhannya tetapi dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Pihak kementerian telah pun memohon agar mencari tempat untuk sementara waktu ini supaya ianya dapat dimulakan dalam 2009. Untuk pengetahuan menteri, saya telah pun mengarahkan pegawai MARA, P221 untuk berbincang dengan Jabatan Penjara kerana penjara lama yang dapat digunakan untuk tujuan tersebut. Jadi di sini saya memohon kepada pihak kementerian untuk berunding di antara dua kementerian ini supaya ianya dapat dipercepatkan pembinaannya pada tahun depan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Hanya beberapa butiran yang akan saya sentuh. Yang pertama sekali 01502 - Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN). Saya tidak mahu sentuhlah sebab perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat Titiwangsa tadi. Cuma saya hendak tahu setakat ini berapa peratus kejayaan mereka yang meminjam di TEKUN ini, setakat mana kejayaan mereka, hasil pinjaman yang diberikan oleh TEKUN ini kerana bila kita tahu mereka ini hanya peniaga- peniaga kecil, adakah mereka selepas meminjam, kemudian terpaksa meminjam balik dengan TEKUN ini atau mereka ini sekali pinjam sudah boleh berdikari di atas usaha niaga yang mereka lakukan. Satu lagi, harapan saya kepada menteri adalah tentang pejabat TEKUN ini. Saya sudah sentuh pada sesi yang lepas iaitu kepada menteri dari Lenggong kalau tidak silap saya, berhubung dengan pejabat ada di Kompleks UMNO. Saya tengok di Selayang pun begitu juga di dalam Kompleks UMNO. Jadi saya hendak tahu, apakah sebenarnya fungsi TEKUN ini. Adakah mereka ini untuk membantu rakyat atau hanya orang-orang tertentu sahaja kerana kalau duduk di pejabat itu, menteri yang lepas jawab, dia kata sewa murah. Takkan duduk pejabat UMNO, kena sewa juga kot. Saya pun tidak tahulah. Jadi saya harap menteri dapat memberikan penjelasan. Kemudian yang kedua tentang MRSM. Saya sedih jugalah pada keputusan dua tahun lepas, MRSM Pendang ini dikatakan yang tercorot sekali dalam Malaysia, wallahualam, saya tidak tahu. Selepas tukar dia punya pengetua, menjadi tercorot, sebelum itu baik. Saya hendak tahu berapa peratusan pelajar-pelajar bukan bumiputera yang masih berada di dalam MRSM. Katanya akan dinaikkan menjadi 15%. Apabila pelajar-pelajar peratusan bukan bumiputera berada di MRSM, setakat mana dapat ia memajukan daya saing pelajar-pelajar bumiputera yang berada dalam MRSM. Kerana itulah sebab mereka dimasukkan di situ pada awal-awal dahulu lagi. Yang ketiga tentang Program Keusahawanan Siswa dan Siswazah. Apakah siswa dan siswazah ini dipilih daripada mereka yang masih lagi berada dalam universiti. Maknanya mereka ini berada pada tahun akhir ataupun mereka dilatih sejak mereka dalam universiti, selepas itu mereka akan meneruskan usaha-usaha membantu menjadi seorang usahawan daripada siswa dan siswazah ini atau kah hanya selepas mereka keluar daripada universiti dan tidak mendapat pekerjaan dalam masa-masa tertentu, barulah mereka ini dimasukkan dalam program-program yang dirancang oleh kementerian ini. Setakat ini usahawan-usahawan yang bagaimanakah siswa dan siswazah ini menceburkan diri. Apakah mereka ini dalam bidang perniagaan sahaja ataupun dalam usahawan-usahawan yang melibatkan mereka sendiri mengusahakan produk-produk yang digunakan oleh orang ramai. Kemudian tentang Program ICT Bumiputera Entrepreneur. Saya dapati banyak peruntukan yang disediakan tetapi pada tahun 2009 hanya RM500 ribu sahaja kerana ICT ini merupakan sesuatu yang cukup penting dalam dunia pada hari ini. Kalau kita dapat
mengadakan satu hab ICT macam mana terdapat di Low Yatt untuk bumiputera, saya rasa ini sesuatu yang cukup membanggakan dan menteri boleh mendapat kredit yang cukup besar dalam hal ini. Saya tengok di KB Mall, di Kota Bharu memang ada satu hab ICT yang kita kata agak berjaya. Itu di Kota Bharulah. Kalau di negeri-negeri atau tempat-tempat lain boleh diadakan sebegitu, memang cukup membanggakan kita kerana bekalan-bekalan untuk mendapat barang-barang ICT ini agak sukar bagi mereka-mereka yang berada di dalam business ICT ini kerana mereka terpaksa melalui atau menempuh banyak halangan terutama sekali kalau tidak ada kerjasama dengan pihak-pihak yang tertentu yang membekalkan bahan-bahan tersebut. Kemudian 09001 - Ruang Niaga. Saya sudah sentuh dulu tentang Kompleks MARA di Alor Setar dan juga Kompleks MARA di Pendang. Saya harap kalau sekiranya pihak kementerian hendak membina bangunan-bangunan MARA untuk perniagaan, buatlah bangunan itu sesuai untuk perniagaan. Jangan nampak macam court badminton, selepas itu kita ubah suai menjadi bangunan untuk peniaga. Juga pejabat MARA di Pendang, bangunan MARA dia tidak guna, tetapi dia terpaksa sewa bangunan yang lain untuk menjadi pejabat MARA. Jadi saya rasa ini sudah tentu akan merugikan pihak MARA sendirilah. Bangunan kita ada, sewa bangunan orang. Jadi bangunan yang kita ada tidak digunakan untuk pejabat kita. Kemudian pembudayaan keusahawanan untuk pelajar-pelajar sekolah. Ini saya rasa satu usaha yang baik, bagus dan sesuatu kredit boleh juga diberikan kepada menteri yang hendak bertanding ini. Saya hendak tahu adakah sekolah tajaan MARA sahaja ataupun sekolah yang di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia kerana kalau sekolah di bawah Kementerian Pelajaran mungkin terpaksa mendapat kebenaran daripada menteri berkenaan kerana usaha-usaha niaga di sekolah ini adalah amat penting untuk kita didik pelajar-pelajar mereka dan adakah mereka ini hanya dididik dari segi teori ataupun praktikal sekali. Sekolah ada koperasi, adakah mereka ini menjadi anggota koperasi sekolah dan berniaga dalam koperasi-koperasi tersebut kerana kalau sekolah kementerian, MARA hendak ambil alih, saya rasa ini kemungkinan sukar sedikitlah. Jadi saya harap mendapat penjelasan daripada pihak menteri. Itulah, Tuan Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Jempol. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa sudah ramai yang berucap ini, 21 orang, termasuk Jempol, 22 orang dan isunya pun telah meluas, telah banyak dikemukakan kepada Menteri. Saya akan menjemput dua orang Wakil Rakyat lagi selepas Jempol. Selepas itu saya akan minta Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama saya ingin menyentuh Butiran 00602 – Maktab Rendah Sains MARA dan juga Kolej MARA. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada MARA kerana kejayaan Kolej MARA Banting menjadi kolej IB yang terbaik keputusannya di dunia. Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua guru, pensyarah dan juga kakitangan Kolej MARA Banting di atas kejayaannya mendidik anak bangsa kita sehingga mencapai kejayaan keputusan Diploma IB yang terbaik di dunia. Saya ingin memberikan pandangan kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan Kolej MARA Banting kerana keputusannya adalah merupakan keputusan yang terbaik di dunia tetapi kolejnya itu tidak bertaraf dunia. Saya ingin mencadangkan supaya kolej ini digantikan dengan kolej yang baru supaya mempunyai bilik kuliah yang lebih baik, makmal yang lebih sempurna, kemudahan-kemudahan infrastruktur yang lain yang bertaraf lebih tinggi. Kolej MARA Banting yang sedia ada ini saya cadangkan supaya dijadikan sebagai MRSM kerana bilik tempat penghuninya pun kecil, sesuai untuk anak-anak sekolah, tidak sesuai kepada pelajar-pelajar kolej yang sudah dewasa. Yang kedua, Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan kolej ini, saya mendengar pandangan daripada MARA dan juga pentadbir kolej tersebut, ingin membuka pelajar-
pelajar di kalangan pelajar-pelajar dunia, maknanya pelajar seluruh dunia boleh masuk ke kolej tersebut dengan alasan untuk meningkatkan kualiti kolej tersebut. Saya ingin memberikan pandangan, kalau tanpa pelajar luar negara pun, kolej ini sudah mencapai taraf pendidikan yang terbaik di dunia, kenapa pula kita hendak buka peluang kepada pelajar-pelajar luar negara yang akhirnya nanti menyempitkan ataupun mengurangkan peluang pelajar-pelajar dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan pelbagai bangsa yang belajar di kolej tersebut.
Ini juga akan membataskan di mana peluang pelajar-pelajar Melayu untuk belajar di kolej tersebut. Yang ketiga, saya menyarankan supaya ditambah lagi peruntukan supaya lebih banyak lagi MRSM dan juga kolej-kolej MARA seumpama ini dapat didirikan di negara kita. Saya menyokong semua sekali pandangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi supaya peruntukan MARA ini ditambah bagi membolehkan kita membangunkan kepentingan Melayu khususnya dalam bidang ekonomi, pelajaran dan juga bidang-bidang yang lain untuk kita tingkatkan lagi taraf hidup masyarakat Melayu dalam negara kita. Tuan Pengerusi, yang kedua saya ingin menyentuh tentang butiran 01502 iaitu Tabung Ekonomi Usahawan Niaga ataupun TEKUN. Tahniah Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian dan juga pegawai-pegawai yang bertanggungjawab mengelolakan TEKUN ini. Daripada segi dasarnya sangat baik untuk membantu usahawan-usahawan dan juga peniaga-peniaga kita. Saya ingin memberikan pandangan dalam pelaksanaan ini supaya pegawai- pegawai kita meneliti setiap permohonan yang dibuat oleh rakyat kita untuk mendapat bantuan TEKUN ini dengan lebih teliti. Mereka datang kepada kita kerana mereka ada masalah untuk mengembangkan perniagaan dan saya berharap kajian ini akan dapat dibuat dengan lebih teliti supaya apabila kita meluluskan bantuan kepada mereka-mereka yang memohon tadi dapat diberikan bantuan yang sepenuhnya bagi mengatasi permasalahan perniagaan mereka. Sekarang ini kelulusan yang kita beri macam kain selerang, tarik bawah tak boleh tarik ke atas pun tak boleh. Jadi apabila ini berlaku, tidak boleh menyelesaikan usaha perniagaan yang mereka buat dan ini akan menyebabkan tidak ada pengembangan. Kalau kita dapat bantu sepenuhnya, perniagaan dia baik, bayarannya kepada TEKUN pun baik. Kita berikan dia pinjaman yang kedua apabila selesai bayaran ini dibuat dengan lonjakan yang kedua, dengan nilaian yang sepenuhnya dan akan membantu usaha untuk meningkatkan pencapaian perniagaan mereka dan tak perlu lagi mereka ini meminjam TEKUN pada masa-masa yang akan datang. Dengan sistem yang sedia ada ini, kejap- kejap dia datang jumpa kita minta bantuan TEKUN tetapi perniagaan mereka tidak maju sebagaimana yang kita harapkan. Tuan Pengerusi, perkara yang seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 00611 berkaitan dengan Giat MARA. Ini merupakan perancangan dan juga tindakan kementerian yang sangat berkesan untuk memberikan kemahiran khususnya di kalangan golongan belia yang tinggal di kawasan luar bandar. Tahniah saya ucapkan. Saya dapat melihat peluang kerja lepasan Giat MARA sekarang ini semakin kurang. Oleh yang demikian, sampai masanya kita tumpu mereka-mereka yang kita latih melalui pusat Giat MARA ini supaya mereka dapat menjadi seorang usahawan, seorang peniaga. Apabila mereka berada di institusi pusat Giat MARA yang kita buat ini selain daripada latihan kemahiran yang kita berikan kepada belia-belia kita, saya mencadangkan supaya latihan keusahawanan, nilai-nilai perniagaan, cara nak meniaga, cara nak menggunakan modal, kita tunjukkan juga bantuan-bantuan yang boleh mereka gunakan untuk mendapat modal. Apabila mereka ini, lepasan ataupun graduate daripada pusat Giat MARA kita, mereka tak perlulah menganggur ataupun mereka buat kerja yang tak ada kena mengena dengan kemahiran mereka. Kita dapati sebahagian daripada lepasan pusat Giat MARA pergi menoreh getah. Tak payah masuk pusat Giat MARA untuk buat kursus elektrik, kemahiran kimpalan dan sebagainya.
Padahal pada masa yang sama, keperluan bengkel-bengkel kimpalan, elektrik, permotoran ini begitu banyak terutama sekali apabila harga komoditi getah dan kelapa sawit ini baik, ramai orang yang pakai motor, kereta dan sebagainya tapi kita terpaksa menunggu yang begitu lama sekali untuk membaiki kereta, membuat kimpalan dan sebagainya. Adalah lebih baik lepasan daripada Giat MARA ini kita berikan latihan usahawan yang cukup, kita berikan modal, buka bengkel dan mereka boleh meniaga dan akan melahirkan lebih ramai lagi usahawan-usahawan bumiputera pada masa-masa yang akan datang. Tuan Pengerusi, perkara berikut berkaitan dengan Butiran 09001 iaitu Program Pembelian Ruang Niaga. Saya dapat melihat Tuan Pengerusi, supaya MARA serius dalam membantu golongan bumiputera berniaga dalam bandar. Di mana dalam bandar mempunyai pasarannya yang lebih baik, tetapi orang-orang Melayu dan orang bumiputera kita ini nak beli kedai dalam bandar, mereka memang tak cukup duit dan sampai bila pun mereka tak boleh bersaing dalam bandar. Oleh yang demikian, saya menyokong semua sekali cadangan supaya ditambah peruntukan dan MARA beli kedai-kedai yang sedang dibangunkan di dalam bandar bagi membolehkan kita menempatkan peniaga-peniaga Melayu supaya meniaga di dalam bandar yang mempunyai pasarannya yang sangat baik. Saya mencadangkan pertumbuhan pesat bandar Bahau di Jempol sekarang yang banyak kedai-kedai baru, MARA beli kedai-kedai tersebut dan boleh kita sewakan kepada peniaga-peniaga Melayu yang ada di daerah Jempol. Saya juga dapat melihat keperluan MARA masuk ke FELDA. Hari ini apabila harga komoditi getah baik, RM40 juga pendapatan peneroka setiap bulan yang terpaksa mereka berbelanja di luar kawasan FELDA. Oleh yang demikian, kita boleh buat ruang niaga di kawasan-kawasan FELDA di mana MARA masuk ke FELDA dan mendirikan kedai-kedai di kawasan FELDA. Kita berikan ruang-ruang niaga ini untuk mereka meniaga dan sudah tentulah pusingan duit yang begitu banyak itu akan berlegar di kawasan-kawasan FELDA. Ini akan dapat membantu mengatasi kekurangan ruang niaga yang berada di kawasan FELDA. Tuan Pengerusi, berkaitan butiran 03007 berkaitan dengan Program Pembudayaan Keusahawanan untuk pelajar sekolah. Saya mengucapkan tahniah di atas program yang menteri buat. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Janganlah hanya sekolah-sekolah tajaan MARA saja. Kita masuk kepada semua sekolah, supaya anak-anak muda ini didedahkan dengan prinsip-prinsip perniagaan dan keusahawanan di usia yang begitu muda terutama sekali sekolah-sekolah di luar bandar. Orang Melayu dan orang bumiputera yang begitu asing dengan perniagaan. Kawan kita daripada orang Tionghoa daripada kecil bapa dia berniaga, dibesarkan dalam kedai-kedai di mana budaya perniagaan itu menjadi budaya hidup kepada rakan-rakan kita daripada kaum Tionghoa. Itu sebab skil dan kemahiran perniagaan mereka sangat tinggi. Namun, bagi orang Melayu dan juga kaum bumiputera, perniagaan ini asing sebab kerja bapa dia bukan meniaga. Oleh yang demikian, kita ajar, kita didik, kita asuh di peringkat sekolah. Kita tubuhkan koperasi, kita tubuhkan kelab-kelab usahawan, kita cuba bagi modal kepada anak-anak kita yang minat berniaga di sekolah. Biar dia menguruskan perniagaan itu secara praktikal di sekolah-sekolah. Tak payahlah kita lantik syarikat-syarikat lain mengelolakan perniagaan, melengkapkan kepentingan keperluan anak-anak kita yang berada di asrama, di sekolah dan sebagainya. Biar anak-anak kita buat dan Yang Berhormat Menteri bagi dia modal, kita pantau elok-elok, kita berikan kursus yang baik kepada pelajar-pelajar kita ini dan seterusnya budaya usahawan ini akan menjadi budaya yang sangat baik yang akan dapat diamalkan oleh anak kita apabila mereka dewasa.
Ya, cukup Yang Berhormat. Habis Yang Berhormat.
Satu lagi boleh tak Tuan Pengerusi?
Cukuplah Yang Berhormat ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mohon menyokong.
Terima kasih. Yang Berhormat Cheras kemudian Yang Berhormat Lenggong selepas itu menteri menjawab.
Terima kasih, saya ingin merujuk kepada Butiran 09600. Tuan Pengerusi, saya...
Ya, teruskan Yang Berhormat.
...Ingin memuji Yang Berhormat Menteri kerana kebijaksanaan dan keprihatinannya atas beberapa cadangan yang dikemukakan oleh beliau beberapa hari yang lalu bahawa bagi menambahkan pendapatan rendah pemandu- pemandu teksi beliau bercadang supaya mereka dibenarkan menjual minuman dan phone card dalam teksi. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri sama ada beliau sedar ekoran pengumuman itu, perkara itu sudah menjadi satu bahan ketawa di seluruh negara. [Tepuk] Baik di kalangan pemandu-pemandu teksi ataupun di kalangan orang awam termasuklah saya. Ini satu joke lah farcical joke. Tuan Pengerusi ini membuktikan Yang Berhormat Menteri tidak pernah menaiki teksi dan tidak faham penderitaan yang dialami oleh pemandu teksi selama ini. Tuan Pengerusi adalah tidak boleh dinafikan, pemandu teksi di Malaysia ini merupakan satu kumpulan pekerja yang pendapatan mereka terendah sekali kerana tambang teksi di Malaysia ini adalah terendah sekali, bukan sahaja di rantau ini tetapi di seluruh dunia. Negara-negara Afrika pun tambangnya lebih tinggi daripada Malaysia. Pada tahun yang lepas kerajaan berjanji bahawa tambang itu telah pun dikaji dan kadar baru akan diumumkan tidak lewat daripada Jun tahun ini. Akan tetapi tarikh itu telah ditangguhkan hingga tahun depan, apakah sebabnya? Sebab alasannya yang tidak akan diakui oleh menteri yang kami tahu ialah kerana ini adalah satu hasil selepas kegagalan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang telah berlalu. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah dia sendiri sedar bahawa kereta teksi yang digunakan dalam Lembah Klang, Bandar raya Kuala Lumpur adalah sungguh sempit. Proton Iswara, macam mana minuman-minuman kotak atau can itu dapat disimpan? Lagipun jalan raya-jalan raya di Kuala Lumpur, di Lembah Klang ini adalah begitu sesak, sibuk, laju dan bahaya untuk buat apa-apa selain daripada menumpukan perhatian untuk memandu kereta, dia suggest jual drink dalam kereta. Inilah sebab Malaysia tidak dapat maju kerana Yang Berhormat Menteri yang berkualiti seperti ini. Tuan Pengerusi menaikkan taraf ekonomi pemandu teksi memang adalah satu tanggungjawab dan tugas kerajaan. Ini kerana kekecewaan pemandu teksi dan selalunya walaupun ada aduan terhadap segelintir pemandu-pemandu teksi seperti yang tidak bersopan, yang tidak mahu guna meter, yang enggan angkat penumpang-penumpang dan sebagainya. Akan tetapi adakah kementerian memikirkan apakah sebab-sebab yang memaksa segelintir pemandu-pemandu ini tidak bersikap baik? Saya memang setuju kalau mereka yang melanggar undang-undang ataupun tidak bertanggungjawab haruslah dihukumkan dengan gantung lesen mereka ataupun keluarkan saman. Akan tetapi, majoriti kebanyakan mereka masih adalah pemandu-pemandu yang bertanggungjawab. Apakah langkah-langkah selama ini, baik pun Menteri sendiri ataupun yang lepas kami nampak Menteri come and go, menteri demi menteri tidak ada seorang pun menteri yang dapat merancangkan sesuatu untuk meningkatkan taraf kedudukan ekonomi pemandu teksi-teksi ini. Di samping itu, tidak ada pun langkah yang berkesan, cekap dan baik, dan saya ingin tanya Yang Berhormat juga apakah mengenai cadangan itu dibuat lagi? Adakah Yang Berhormat sedar sebenarnya dalam teksi, apabila ia berjalan baik pun pemandu atau penumpang tidak boleh minum atau makan dalam kereta. So, macam mana soalan itu boleh dilakukan, percanggahan yang ketara, benar.
Minta laluan setengah minit, boleh Yang Berhormat? Saya melihat cadangan Tuan Pengerusi, saya melihat cadangan yang dibuat menteri ini satu innovation, mungkin dia melihat kejayaan AirAsia menjual makanan di dalam kapal terbang. Cuma saya membaca keluhan, bukan keluhan, teguran daripada pemandu teksi. Yang Berhormat Menteri bahawa ada larangan, ada labelling dalam teksi dilarang untuk makan dan minum. Jadi saya nak minta kepastian melalui Yang Berhormat Cheras sama ada peraturan ini sudah ditarik balik ataupun dengan izin an over side of the Minister. Minta pandangan.
Ini bukan saja an over side, tetapi satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Tuan Pengerusi saya ingin tanya Yang Berhormat, apakah langkah sekarang pemandu teksi adalah kumpulan pekerja yang sangat-sangat menderita, mereka tidak ada EPF, tidak ada SOCSO, tidak ada sakit cuti, dan saya memang mengalu- alukan pengeluaran permit kepada teksi persendirian. Akan tetapi pada masa kini majoriti besar masih adalah permit-permit yang dimiliki oleh syarikat-syarikat besar. Macam mana dasar baru kerajaan kata akan memberikan permit kepada mereka yang memandu sendiri dan masalah-masalah lain seperti kereta-kereta teksi di Lembah Klang ini. Walaupun ada ramai penumpang yang nak menaiki teksi ke lapangan terbang seperti Subang, KLIA ataupun LCCT. Akan tetapi mereka cuma boleh angkat penumpang ke kapal terbang tetapi tidak boleh mengangkat penumpang balik daripada lapangan terbang. Maka kalau ini adalah dasar kerajaan, ini akan menyusahkan para pemandu kerana mereka akan mengalami kerugian besar, pergi boleh mengangkat penumpang, balik tidak boleh. Ini adalah satu masalah yang mesti di atasi oleh menteri. Apakah usaha telah di ambil oleh kementerian Yang Berhormat supaya meningkatkan keselamatan pemandu teksi? Di banyak negara sekarang macam itu, semua kereta teksi dilengkapkan oleh iron grill yang memisahkan pemandu dari penumpang-penumpang. Beberapa hari yang lalu sahaja, seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur dibunuh dengan kejamnya oleh perompak. Tragedi ini boleh dielakkan tetapi cadangan-cadangan supaya kerajaan mewajibkan kereta-kereta teksi itu memasang atau melengkapi dengan itu iron grill sudah kepada kerajaan begitu lama tetapi tidak ada sebarang jawapan ataupun reaksi daripada pihak kementerian. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Ini adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab juga. Apakah sebabnya keselamatan pemandu teksi ini tidak boleh diutamakan? Terima kasih.
Yang Berhormat Lenggong kemudian Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya untuk berucap dalam perbahasan bajet peringkat jawatankuasa pada hari ini. Tuan Pengerusi, ini kisah benar, semalam saya balik ke rumah naik teksi. Saya bersembang dengan seorang pemandu teksi. Saya tanya dia, “Dulu you undi apa?” Dia cakap, “Undi PKR tapi saya silap”. “Tapi sekarang Menteri macam mana?” “Oh, baguslah ini Menteri, dia kasi kelonggaran kita jual minuman dalam teksi, baguslah”. Itu pemandu teksi cakap Tuan Pengerusi, jadi jangan dengarlah Yang Berhormat Cheraskah, Yang Berhormat Kuala Krai cakap, dengar pemandu teksi cakaplah. [Tepuk] Saya ingin menyentuh butiran 10200 – Pembangunan dan Koperasi, 120100 dan 120200 termasuk sekali 120300. Saya ucap tahniah atas pelbagai usaha kementerian
mewujudkan koperasi-koperasi dalam negara ini. Pelbagai jenis koperasi dan pihak menubuhkan koperasi, soalnya setakat mana kejayaan koperasi-koperasi yang ditubuhkan ini? Bolehkah kementerian menyenaraikan koperasi yang berjaya? Bukan sahaja keupayaannya dalam negara ini tetapi koperasi yang berupaya mengembangkan operasinya hingga ke peringkat global. Kemudian setelah ditubuhkan koperasi berkenaan, bagaimanakah peranan kementerian dalam membantu membangunkan koperasi-koperasi berkenaan? Butiran 140000 – Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kita sedar bahawa MARA memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat peniaga bumiputera yang progresif dan kukuh. Soalnya, bagaimana usaha MARA untuk menambahkan ruang-ruang perniagaan yang banyak dibangkitkan oleh rakan-rakan tadi terutama pada kaum bumiputera khususnya di kawasan-kawasan strategik. Saya mohon menteri memaklumkan dalam Dewan ini kawasan-kawasan baru yang berpotensi yang dicadangkan oleh MARA untuk dibuka pada masa-masa akan datang. Saya hendak bangkitkan masalah di kawasan saya sendiri di Lenggong iaitu pekan Lenggong itu sendiri, di Taman Kota Tampan dan juga di pekan Lawin, ketiga-tiga tempat yang berpotensi untuk MARA buka kawasan-kawasan perniagaan baru bagi membolehkan usahawan-usahawan di peringkat luar bandar ini dapat ruang untuk mereka berniaga. Saya mintalah MARA khususnya menteri untuk melihat potensi ini bagi membolehkan apa yang saya sebutkan tadi dapat dilaksanakan dengan baik. Ini kerana kalau di Lenggong hari ini, bangunan MARA itu sendiri separuh daripadanya bukan disewa kepada peniaga tapi kepada pejabat-pejabat kerajaan. Atas sebab itu saya berharap perkara ini diteliti dan diambil perhatian oleh kementerian. Butiran 010502. Selain daripada itu saya juga ingin mendapat penjelasan daripada menteri mengenai Tabung Usahawan khususnya yang pertama saya nak sebut ialah TEKUN atau Tabung Ekonomi Usahawan Niaga. Ia merupakan skim pinjaman yang baik dalam usaha kerajaan untuk membantu dan membangunkan peniaga-peniaga kecil khususnya kepada peniaga generasi muda. Cuma Yang Berhormat Menteri, saya ingin tahu bagaimana tahap bayar balik oleh peniaga dan pengusaha yang mendapat pinjaman ini.
[Bangun]
Ada kawan bangun Yang Berhormat depan ini.
Ha, setengah minit.
Setengah minit pun tak apa. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Tentang TEKUN tadi, cuma saya nak tanya satu perkara perkataan TEKUN yang disebut oleh Yang Berhormat Lenggong tadi. Sekarang ini kebanyakan peniaga-peniaga berdepan dengan masalah aliran tunai kerana kegawatan ekonomi. Bukan mereka tidak meniaga, mereka meniaga tetapi hasil jualan mereka tidak dapat barang tunai mengikut masa yang ditetapkan, rekod mereka bersih. Jadi dengan peruntukan tahun ini sahaja Yang Berhormat Lenggong, cuma RM2.9 juta. Ada tak rancangan pihak kementerian untuk membantu aliran tunai kepada usahawan yang selama ini meminjam TEKUN dan rekod mereka berjaya, bersih. Bolehkah Yang Berhormat Lenggong bersetuju? Sekian, terima kasih.
Saya bersetuju dengan perkara tersebut, itu juga yang nak saya bangkitkan nanti dan saya harap perkara itu diambil perhatian oleh Yang Berhormat Menteri. Cuma seperkara yang saya nak sebut di sini, bolehkah ditambah penyelia atau pegawai TEKUN ini supaya operasi TEKUN ini lebih berkesan di peringkat akar umbi. Ini kerana kita difahamkan sama ada ia betul atau tidak, di satu kawasan Dewan Undangan Negeri hanya diperuntukkan seorang pegawai sahaja. Dialah pentadbir, dialah pengutip, dialah yang akan buat penilaian dan sebagainya. Dengan tanggungjawab yang cukup besar, seorang pegawai ini saya fikir ia agak sukar dan tentu ia membebankan apatah lagi kepada kawasan-kawasan yang melibatkan operasi yang cukup besar.
Saya ingin tahu juga bolehkah TEKUN, ia menambah sedikit fungsinya, tidak hanya memberikan pinjaman tetapi ia juga menyediakan ruang-ruang perniagaan. Maknanya, misalnya dalam bidang pertanian, peruncitan, francais dan sebagainya, ia tentukan bidang perniagaan dan ia galakkan peniaga dan individu yang mendapat program perniagaan tersebut maka diberikan kemudahan pinjaman oleh TEKUN dan sebagainya. Kemudian, bukan setakat itu sahaja tetapi melebarkan lagi kerusi TEKUN itu juga dengan cara memberikan kursus-kursus perniagaan kepada peminjam-peminjamnya. Hari ini saya difahamkan, jika peminjam TEKUN mendapat pinjaman, dia terpaksa pergi ke pihak lain untuk mendapatkan kursus dan terpaksa pula membuat bayaran dan sebagainya. Kalau dipakejkan sekali kursus dalam pinjaman TEKUN, saya ingat itu lebih baik dan saya harap ia dibincangkan oleh Yang Berhormat Menteri. Butiran 00611 – Giat MARA. Giat MARA memainkan peranan penting dalam meramaikan tenaga mahir dalam negara ini. Cuma saya juga ingin tahu berapa ramaikah setakat ini bilangan pelatih yang dilahirkan oleh Giat MARA? Bagaimana juga tahap kualitinya dan penerimaan dari pelbagai sektor, kerajaan, swasta dan juga sektor-sektor lain untuk mengguna pakai kepada lulusan yang dihasilkan oleh Giat MARA ini. Cuma Yang Berhormat Menteri, saya hendak sentuh juga bila sebut Giat MARA ini di Lenggong, masih lagi menyewa di kedai kecil. Dahulu Menteri Pembangunan Usahawan pun dari Lenggong, majlis pecah tanah dibuat, tanah pun dah ada, hari ini semak samun, bila lagi hendak dibina? Saya hari-hari lalu di situ Yang Berhormat Menteri. Jadi nampaknya kalau menteri dapat mempercepatkan ini, alangkah baik dan bangganya saya. Selanjutnya butiran 103005, 103006, 103007. Jadi saya cuma ingin dapat penjelasan menteri, bagaimana sambutan siswa dan siswazah terhadap program-program pembangunan usahawan siswa dan siswazah ini. Juga sambutan generasi muda terhadap program pembangunan usahawan muda dan bagaimanakah usaha yang hendak dilakukan lagi oleh kementerian terhadap program pembudayaan usahawan-usahawan ini khususnya kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang saya fikir perlu diberi perhatian khusus kepada MARA dalam perkara ini. Tuan Pengerusi, saya mendapat maklum balas daripada ramai kalangan usahawan muda yang bercakap soal kesukaran mereka ada banyak peluang untuk mendapatkan pinjaman tetapi sukar untuk mendapatkannya kerana syarat-syarat yang dikenakannya misalnya memerlukan penjamin, memerlukan dulu mereka memulakan perniagaan. Ia agak sukar terutama sekali kepada peniaga-peniaga baru yang baru hendak memulakan perniagaan. Ini boleh saya harap Menteri dapat melihat kembali seperti mana Menteri Belia dan Sukan memudahkan urusan pinjaman Tabung Ekonomi Belia ini. Kalau dapat dibuat oleh kementerian, saya fikir ia mungkin dalam perhatian menteri untuk memudahkan peniaga-peniaga ini mendapatkan pinjaman. Kalau ia dapat dilakukan juga memberikan kebaikan khususnya kepada usahawan-usahawan baru. Selain daripada itu, saya ingin cadangkan kepada kementerian untuk memberi tumpuan bolehkah tidak kalau di setiap daerah atau setiap Parlimen setahun ada pilot projek untuk melahirkan usahawan yang tertentu. Kalau tiap-tiap daerah atau Parlimen dibuat satu program, dalam setahun tentu kita dapat melahirkan usahawan yang berjaya di tiap-tiap Parlimen. Ini tentu akan dapat menjadi contoh untuk melahirkan lagi banyak usahawan-usahawan lain. Akhir sekali Tuan Pengerusi dan Menteri, saya cukup bangga melihat bahawa Kerajaan Barisan Nasional melalui kementerian ini melaksanakan pelbagai program. Banyak yang kalau saya nak sebut, senaraikan di sini. Antara yang boleh saya sebut daripada berpuluh-puluh program tersebut ialah soal tabung usahawan TEKUN, SJUK. Kalau program pembangunan usahawan, ada vendor, francais, usahawan siswa dan siswazah dan pelbagai lagi yang memang banyak kalau nak sebut. Soalnya promosi, kita promosi hebat-hebat supaya rakyat tahu, supaya generasi muda tahu betapa banyaknya yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini. Terima kasih banyak-banyak, terima kasih Tuan Pengerusi.
[Bangun]
Minta Menteri menjawab. Yang Berhormat boleh mencelah, keputusan telah dibuat, Ketua Pembangkang meminta pun kita tidak boleh reverse Yang Berhormat. Saya minta maaf ya. Jadi semalam Ketua Pembangkang meminta pun, saya kata tidak boleh reverse, keputusan telah dibuat oleh Tuan Pengerusi. Jadi Yang Berhormat boleh mencelah nanti bila Yang Berhormat Menteri cakap. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada 23 orang...
24 orang.
24 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dan memberikan pandangan-pandangan yang cukup bernas demi untuk memajukan MECD. Dalam ucapan-ucapan yang telah disampaikan, saya lihat Ahli- ahli Yang Berhormat telah pun menyentuh semua bidang di bawah portfolio MECD. Ada 11 perkara penting yang disentuh iaitu UDA, LPKP, MARA, SME Bank, Koperasi, TEKUN, Perbadanan Kemajuan Negeri, Maktab Rendah Sains MARA, Giat MARA, premis perniagaan dan juga tabung usahawan siswazah termasuk menanam budaya di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Tuan Pengerusi, kemungkinan saya tidak dapat hendak jawab satu-satu. Jadi saya akan jawab mungkin sekali. Kalau ada yang tertinggal, saya beri peluanglah untuk mencelah tetapi hanya isu yang saya mungkin tertinggal, Tuan Pengerusi. Kita akan menjawab.
Elok Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Izinkan saya sentuh yang pertama berkaitan dengan saya sendirilah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak. Yang Berhormat Gombak tadi saya minta tapi belum dapat lagilah. To be fair pada saya. Saya hendak tengok. Ada ya? Tidak apalah Yang Berhormat.
Sudah siap.
Tidak apa. Tadi saya minta sebab saya hendak tengok Yang Berhormat baca. Ada dua perkara Yang Berhormat sentuh mengenai peruntukkan UDA yang mungkin guna untuk pemilihan UMNO tahun depan. Lambat lagi pemilihan UMNO, Yang Berhormat. Empat bulan lagi. Yang Berhormat sebut itu semua sebelum raya. RM300,000 Yang Berhormat sebut itu kalau saya tidak silap itu ialah peruntukan yang dimohon oleh satu pertubuhan belia di Tanjong Karang yang dimohon kepada UDA untuk zakat yang UDA keluarkan dan juga program-program kebajikan di mana sewaktu bulan puasa dahulu menjelang raya, pertubuhan belia telah memohon kepada UDA dan saya difahamkan UDA luluskan RM300,000. Akan tetapi duit itu diberikan kepada orang-orang miskin menjelang hari raya dan juga kepada semua masjid dan surau di dalam Kawasan Parlimen Tanjong Karang yang diuruskan oleh pertubuhan belia. Akan tetapi memang saya yang menyampaikan sumbangan-sumbangan tersebut. RM78,000 yang dikatakan hari raya ini, kalau saya tidak silap ini ialah di bawah program aktiviti UDA bersama masyarakat yang dibuat dan memang dia ada pilih. Di Temerloh ada satu dibuat dan juga di Tanjong Karang. Sudah tentulah saya kata baik pilih dekat kawasan saya untuk memperkenalkan aktiviti UDA bersama masyarakat dan saya kata kalau hendak ramai orang kenal UDA ini, kena buat hari rayalah. Apabila hari raya, ramai orang datang dan semasa hari raya pun memang dipamerkan bahawa program ini program bersama dengan UDA. Mengenai GPMS ini, saya tidak pasti Yang Berhormat. Ini saya tidak boleh hendak komen. Hari ini baru saya dapat tahu bahawa RM100,000. Kena benarkan saya tengok daripada mana yang kata bayar kepada GPMS ini.
Yang kedua isu Yang Berhormat Gombak dan Ahli-ahli Yang Berhormat bangkitkan tadi ialah mengenai premis perniagaan. Kalau boleh saya ulaskan sekali ya, Yang Berhormat. Pertama Yang Berhormat bangkitkan mengenai premis perniagaan UDA di Kompleks Pertama. Memang saya sendiri telah turun secara peribadi minggu lepas. Saya turun mengejut dan jumpa berjumpa dengan mereka. Memang saya dapat rungutan daripada mereka yang mengatakan bahawa mereka telah sewa 30 tahun tetapi tidak boleh membeli premis serta ruang niaga yang mereka sewa. Apabila saya mendapat maklumat daripada pegawai UDA, ada sebab-sebab tertentu mengapa premis-premis perniagaan di Kompleks Pertama Yang Berhormat bangkitkan tadi tidak boleh dijual kepada penyewa- penyewa. Yang pertama, dulu memang pernah UDA menjual premis-premis perniagaan ini kepada orang-orang bumiputera yang memohon atau penyewanya. Akan tetapi apabila kita kaji, saya sudah lupa perangkaannya tetapi kebanyakan premis perniagaan yang dijual kepada bumiputera kemudian kita tengok beralih tangan kepada bukan bumiputera. Sebab itu kalau kita pergi ke Kompleks Pertama, ruang depan itu semua sudah terlepas ke tangan bukan bumiputera. Yang tinggal hanya di belakang. Sebab itu, polisi UDA pada ketika itu diberhentikan. Jangan jual. Itu yang pertama. Yang kedua, sewa. Sewa-sewa yang diberikan oleh UDA terutamanya ialah sewa di bawah harga pasaran dan kita dapati sewa apabila kita kata sewa di harga pasaran, ada di antara penyewa-penyewa ini dia sewakan pula kepada orang lain. Katakanlah harga pasaran RM1,000 satu ruangan, kita bagi subsidi sewa hanya RM500 atau RM600. Dia hendak duit cepat, dia sewa kepada orang lain sebanyak RM900 ataupun ikut market price. Dia ambil untung atas angin macam itu saja. Jadi kerana itu saya sudah pun buat keputusan yang baru bahawa kita kena adakan exit policy seperti Yang Berhormat daripada Titiwangsa tadi hendak tanya apa itu exit policy. Saya kata kita hendak cadangkan supaya adalah tidak adil kalau seorang penyewa daripada 30 tahun dahulu dia sewa, dia seorang saja. Bukan saja UDA, termasuk premis-premis MARA yang banyak Ahli-ahli Yang Berhormat bangkitkan, daripada bangunan itu dibuat sampai sekarang sudah jadi macam harta pusaka dia. Dia tidak mahu keluar daripada bangunan itu. Jadi, bila mereka tidak boleh keluar, mereka rasa itu seperti macam bangunan mereka. Kita dapati tidak ada satu usaha yang dibuat untuk memajukan perniagaan mereka dan kita akui Kompleks Pertama kalau dibiarkan sedemikian, dia akan jadi satu gajah putih. Di tengah-tengah pekan, ia akan tertinggal dengan shopping complex yang lain. Sebab itu kita akan meneruskan exit policy di mana exit policy yang Yang Berhormat Titiwangsa tanya tadi iaitu kita bagi tempoh.
[Bangun]
Ruang niaga? Bagi saya habis dahulu ini. Kita bagi dia tempoh. Kata kita bagi sepuluh tahun. Bila cukup sepuluh tahun, dia ada dua pilihan sama ada dia keluar daripada ruang perniagaan dia dan dia kena pindah ke tempat yang lain. Kalau dalam tempoh sepuluh tahun dia gagal. Usahawan ini gagal. Kalau kata dia jual makan atau barang-barang dia, kalau dia masih tidak berjaya untuk menjadikan dirinya sebagai usahawan yang mampu bersaing dengan usahawan-usahawan lain, maka mesti bagi peluang kepada usahawan lain untuk ambil tempat ruang niaga tersebut. Itu yang pertama. Yang kedua kalau dia kata dia hendak kekal juga. Dia hendak kekal dan duduk di situ. Boleh. Akan tetapi dia mesti membayar harga sewa mengikut harga pasaran. Inilah yang kita kata exit policy supaya kita hanya membantu usahawan-usahawan yang baru saja. Selepas itu apabila mereka ini sudah sampai satu masa, mereka mesti keluar ataupun mesti tidak ada lagi subsidi ataupun bantuan daripada pihak kementerian. Ya, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya menyambut baiklah jawapan yang diberikan oleh Yang
Berhormat Menteri dan saya pun tidak berhasrat untuk berburuk sangka. Cuma saya pohon penjelasan ini. Yang Berhormat Menteri mulakan tadi dengan soal peruntukan RM150,000 itu keperluannya untuk zakat. Kalau itu keperluannya, saya tidak bangkitkan. Sebenarnya saya ada satu lagi borang pembayaran memang khusus untuk sumbangkan zakat yang dikeluarkan oleh UDA. Akan tetapi saya tidak bangkitkan tadi. Nombornya C000508. Oleh kerana tujuannya untuk zakat, maka saya tidak mengambil pendirian untuk membangkitkan perkara ini dalam perbahasan tadi. Akan tetapi yang saya bangkitkan tiga BP tadi ialah program dan aktiviti yang menjurus ke arah lebih kepada politik kepartian. Apa yang saya ingin tahu ialah apakah hubungan UDA Holdings dengan gerak kerja yang telah saya bangkitkan di awal tadi. Memang sumbangan zakat ialah RM150,000. Itu BP yang lain. Akan tetapi tiga BP yang saya bangkitkan tadi bukan ada kaitan dengan zakat. Yang kedua soal ruang niaga di Kompleks Pertama, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri nyatakan tentang exit policy tadi. Cuma kalau saya boleh berikan sedikit pandangan dan bantuan kepada kementerian. Kalaupun seseorang peniaga itu telah sewa lama iaitu 30 tahun ditapak dan bangunan yang sama, bagi saya kita harus ambil sikap yang positif. Bermakna dia punya ketaatan kepada UDA itu tidak berbelah bagi untuk membantu usahawan yang berkenaan. Kita boleh tangani masalah kalau yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri takut terlepas tangan kepada bukan bumiputera, apakah mungkin kementerian boleh mencadangkan supaya UDA menjual unit itu kepada usahawan bumiputera dengan bersyarat. Maknanya kalau mereka ingin menjual kepada orang lain, ia mestilah kepada bumiputera juga. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Apa Yang Berhormat cadangkan itu sebenarnya memang kita sudah bincang. Kita sudah bincang supaya kalau hendak jual mesti kepada bumiputera.
Akan tetapi bila kita lihat konsep shopping complex dia ada bangunan-bangunan yang lain kita boleh jual macam kedai. Ini dalam shopping complex. Kita dapati memang kebanyakan shopping complex dia tak jual. Dia hanya sewakan. Katalah kalau kita hendak buat contoh macam Kompleks Pertama, kalau Yang Berhormat pergi tengok sempit depan itu. Bila sudah jadi hak dia bangunan besar itu kita punya, tetapi ruangan-ruangan dalam itu kita sudah jual dengan orang. Jadi kalau kita hendak buat sesuatu peraturan, sesuatu promosi kita sudah tak boleh usik ruangan dia. Kita kata kalau hendak jual kiosk mesti menggunakan syarat-syarat tertentu, tapi dia kata UDA tak boleh kacau. Ini sudah kedai dia. Jadi sebab itu yang sudah lepas kita biarkan, tetapi yang akan datang ini kita kena ikut bagaimana cara shopping complex buat. Kalau kita sewa maka mudah untuk pengurusan UDA sebagai contoh pengurusan MARA kah untuk kita membuat apa-apa juga promosi, apa-apa juga ubahsuai, rebranding, dan make up whateverlah yang kita hendak buat. Sebab itu pandangan Yang Berhormat itu memang betul. Memang kita ada bincang, tetapi kita juga bersetuju kalau Yang Berhormat sendiri pergi tengok kedai yang disewa 30 tahun begitulah keadaannya. Sejak saya jadi Pegawai Pembangunan MARA sampai sekarang begitulah kedainya tak ada perubahan langsung. Jadi sekarang ini kita telah pun buat dasar yang baru. Kita minta dia boleh sewa lama dan dia boleh cantikkan kedai dia. Dia boleh buat renovation untuk menarik minat biar macam-macam, tetapi UDA akan kecualikan sewanya. Kalau kata dia keluarkan RM10,000 untuk dia buat kedainya cantik balik supaya bersaing dengan kedai-kedai yang lain, maka RM10,000 itu boleh dikecualikan. Dianggap sebagai telah pun membayar sewa. Ini kita hendak bagi galakan supaya mereka bersaing. Sewaktu saya berdialog dengan mereka, kalau kita ambil contoh macam peneroka asal di FELDA. Bagaimana perasaan kita bila kita tengok di FELDA peneroka asal ada yang sudah buat rumah batu, ada buat banglo sudah, tetapi ada juga peneroka yang masih lagi gunakan rumah yang lama. Itulah teknologi yang kita hendak buat bagaimana cara
bumiputera berniaga di Kompleks Pertama kalau dibandingkan dengan peniaga-peniaga yang bukan bumiputera yang telah membeli sendiri. Tuan Pengerusi, saya tak nafikan bahawa pengurusan UDA memang agak lemah. Memang lampunya tak ada. Kalau pergi food court saya sendiri tengok tikus besar daripada kucing pun ada, memang kotor, memang tidak tersusun. Jadi sebab itu UDA, kita telah minta supaya dibetulkan balik dan dalam perbincangan UDA food court itu telah pun mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya untuk dibuatkan satu food court, kalau tak silap saya empat tingkat hendak dibuat baru. Jadi sebab itu UDA bagi alasan, dia kata dia tidak mengeluarkan modal yang banyak untuk menaik taraf food court yang ada, kerana mereka akan membuat food court yang baru dan mereka akan susun balik. Ini kalau kita pergi Kompleks Pertama untuk makan, tingkat tiga ada tempat makan, tingkat satu pun tempat makan semua tempat ada makan. Jadi ini akan disusun balik dan terima kasih pandangan Yang Berhormat mengenai dakwaan Yang Berhormat kata, ini pun perkara baru ini. Saya berterima kasih, sebab itu saya berharap Yang Berhormat bagi balik itu kepada saya, saya akan tengok dan saya pun terkejut bila Yang Berhormat kata syarikat lain, kebajikan lain. Ini di luar pengetahuan saya. Kalau mereka bayar di luar pengetahuan sayalah. Kemudian mengenai premis perniagaan yang banyak dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Memang kita akui bahawa premis-premis perniagaan MARA, arked- arked MARA yang dibangkitkan memang agak ketinggalan dan dalam perangkaan kita ada 1,000 lebih kosong, kerana itu MARA telah pun menubuhkan jawatankuasa premis mereka untuk kita memastikan bahawa premis-premis MARA ini tidak ketinggalan. Kalau kata banyak yang kosong, mengapa kosong. Kajian mesti dibuat. Sebab itu kita juga telah pun minta supaya kadar sewa premis perniagaan ini boleh diluluskan di peringkat negeri sahaja. Ini untuk memudahkan kerana bila kita tanya dengan PUNB, dengan peniaga dia kata sewa mahal, sebab itu dia tidak mampu untuk bertahan, dia keluar. Kosong tak ada orang meniaga. Selama ini kelulusan untuk menurunkan sewa dibawa kepada ibu pejabat. Sekarang ini kita kata cukup di peringkat negeri sahaja dan kalau kadar sewa itu patut diturun, mesti diturunkan. Yang kedua kita juga minta supaya mana-mana premis perniagaan kalau sudah macam tertinggal, saya turun sendiri di Bukit Mertajam saya tahu dan beberapa tempat yang disebut tadi memang kita akui.
Bandar Kuching!
Bandar Kuching itu saya belum pergi. Jadi sebab ini arked-arked lama yang dibuat dahulu reka bentuk dan sebagainya mungkin sudah tak sesuai dengan sekarang.
[Bangun]
Sebab itu MARA memang ada peruntukan khas untuk kita membuat semula beberapa tempat termasuk di Pasir Mas, memang ada dalam bajet kita untuk kita membuat bangunan baru. Kalau kita tengok ada di beberapa tempat memang di dalam perbincangan kita, tetapi seperti biasa peruntukan kita terhad tetapi apabila belanjawan yang baru ini diumumkan ada RM100 juta tambahan untuk buat premis- premis perniagaan di pekan-pekan kecil, ini mungkin kita dapat laksanakan dengan lebih berkesan dan kita juga minta supaya mana-mana premis-premis yang sudah tak sesuai lagi untuk ruang niaga, kedai makan dan sebagainya dia boleh convert...
Yang Berhormat Pasir Mas bangun.
...Dia boleh convert dia boleh jadikan pejabat, dia boleh jadikan kelas tuisyen, dia boleh jadikan hotel macam di Klang, lapan tingkat kosong tak ada orang sewa, maka boleh ditukarkan jadi bajet hotel. Ini semuanya kita telah minta jawatankuasa menerusi PUNB-PUNB mesti memainkan peranan dan kita juga telah memberikan amaran kepada PUNB-PUNB seperti satu PUNB, dua orang PUNB kita telah ambil tindakan kerana tidak mengambil berat mengenai masalah bangunan-bangunan dan
juga premis-premis MARA yang di bawah jagaan mereka. Semua PUNB ini kalau kita dapat kita akan beri tunjuk sebab kepada mereka dan tindakan disiplin kita akan ambil kepada PUNB kerana bangunan di depan mata, mengapa dibiarkan dan tidak tersusun seperti Yang Berhormat-Yang Berhormat bangkitkan sebentar tadi.
[Bangun]
Ya Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Mas dahulu.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, sekadar untuk berkongsi pandangan apakah tidak mungkin pada masa akan datang MARA membina premis ini ataupun arked ini dalam bentuk konsep bangunan untuk ekspo. Dalam Dewan ini pun dibahas sebelum ini waktu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, ancaman usahawan-usahawan kecil terhadap percambahan hypermarket ini. Rakyat suka pergi ke hypermarket ataupun Tesco, Carrefour kerana di tempat tersebut segala-galanya ada. Mudah bagi pengguna dia pergi satu tempat dia dapat semua barang. Manakala usahawan-usahawan bumiputera ini kalau dalam Arked MARA lima enam biji kedai ataupun tiga empat biji sana sini, dia tidak dapat membantu mengembangkan perniagaan mereka ini. Jadi saya cadangkan kalau boleh MARA mengenal pasti dalam tiap-tiap kawasan, daerah ataupun mengikut Parlimen tanah dua, tiga, empat ekar didirikan bentuk bangunan yang bukan mahal. Saya tengok belanja lebih murah daripada membuat bangunan yang boleh mengisi katakan 100 lot. Ramai boleh berniaga dan ianya kekal dan saya percaya perniagaan mereka akan lebih menguntungkan dan MARA dapat menjimatkan duit. Bukan masalah mereka hendak memiliki bangunan. Mereka hanya hendak tempat dan kita tengok semua tempat yang berbentuk seumpama ini perniagaannya maju. Sebab itu konsep macam pasar raya, ekspo dan seumpamanya banyak mendapat kejayaan dan ini sama ada dalam bentuk bangunan dibuat dengan aluminium ataupun berbentuk khemah. Di mana sahaja tak menjadi masalah sebab mereka hanya perlu ruang perniagaan dan tempat mereka meniaga itu dikunjungi oleh orang ramai. Jadi saya minta kalau boleh ditukar konsep dan kos pun jimat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita telah pun minta Didek iaitu anak syarikat yang ditubuhkan oleh MARA untuk membuat reka bentuk-reka bentuk dan kita telah minta Didek supaya mereka membuat reka bentuk yang standard, bagaimanakah kesesuaian untuk membuat premis-premis perniagaan MARA dan juga salah satu cara yang kita akan laksanakan untuk langkah jangka masa pendek ialah dengan mewujudkan seperti bazar-bazar warisan yang keadaannya bukan seperti bazar lama, tapi dalam keadaan yang lebih sempurna seperti mana Yang Berhormat Pasir Mas cadangkan.
Kita sedar bahawa tadi Yang Berhormat Titiwangsa pun ada bangkit dan beberapa orang ada bangkit bahawa keadaan bumiputera berniaga tempatnya tidak tersusun dan kadang-kadang dalam bandar, kadang-kadang mereka menjadi orang buruan oleh pengusaha-pengusaha tempatan. Ini semuanya berlaku kerana kekurangan tempat-tempat ruang-ruang berniaga. Jadi, kerana itu cara yang kita akan buat ialah cara untuk memberi peluang dan ruang yang lebih banyak, memberikan peluang kepada usahawan-usahawan supaya mereka dapat tempat berniaga.
Yang Berhormat, saya hendak tambah sedikit. Saya takut lupa. Kalau boleh diberi perhatian apabila membina bentuk bazar saya katakan tadi supaya bahan-bahan binaan untuk seperti tandas dan seumpama itu dibelanjakan lebih sedikit. Selalunya kadang-kadang mudah rosak sebab kita menggunakan material yang murah manakala tempat public macam ini, satu tandas berpuluh orang guna satu hari. Maka, sebab itu mudah rosak, tersumbat, sekejap kotor. Kalau kita belanja lebih sedikit dan beli bahan-bahan binaan yang cantik, yang bertahan lama dan di konkrit betul-betul dengan tar, marble yang cantik. Saya tengok di Fremantle, Australia dan Eropah mereka menumpukan pada mutu. Tempat menjual tidak
jadi masalah. Tempat ini mesti diberi keutamaan, cukupnya dengan tandas, tempat sembahyang. Kita tengok sekarang ini yang paling baik sekali ialah di lebuh-lebuh raya, tempat-tempat tol. Ikut konsep macam itu dan saya percaya boleh berjaya. Terima kasih.
Ya, insya-Allah kita akan buat perkara ini dan juga tadi juga ada dibangkit jenis-jenis perniagaan. Selama ini kita ikut apa yang orang berniaga tetapi kali ini MARA akan tentukan apakah jenis-jenis perniagaan yang akan dijual di tiap- tiap gerai supaya mereka tidak runsing sesama mereka dan mereka juga tidak bersaing dengan peniaga-peniaga lain. Kita akui kadang-kadang kita tengok satu-satu tempat perniagaan, saya pergi dekat Lumut pun sama, yang tepi jalan jual ikan bilis, jual ikan kering. Yang MARA pun jual benda yang sama juga. Jadi, sebab itu kita akan ubah konsep ini. Kita akan tentukan gerai nombor satu hendak jual apa, gerai nombor dua hendak jual apa. Jadi, sesiapa yang berminat dia kena memohon mengikut apa yang dirancang oleh MARA. Jadi, kerana itu tadi juga dibangkitkan mengenai...
[Bangun]
Nanti sekejap sebab saya lupa tadi dibangkitkan oleh salah seorang Ahli Yang Berhormat mengenai digital mall ini. Mengapa tidak dibuat seperti Low Yatt kerana ramai anak-anak muda memerlukan ICT dan sebagainya. Saya hendak maklumkan bahawa kita sudah mulakan Anggerik Mall di Shah Alam. Kita telah pun bersetuju untuk ditukar dari shopping complex untuk menjadi digital mall. Kalau tidak boleh lawan Low Yatt pun tetapi sekurang-kurangnya hampir-hampir sama dengan Low Yatt supaya kita sedar perlu satu shopping complex untuk bumiputera diberikan wang kepada usahawan bumiputera yang terlibat di dalam ICT untuk mereka berniaga. The same isu perniagaan ya, ruang berniaga.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan ulasan Yang Berhormat Menteri tadi di mana kerajaan telah pun membelanjakan beratus-ratus juta untuk menyediakan ruang niaga, membangunkan masyarakat industri bumiputera di mana pelbagai-bagai idea termasuk Arked Bazar Warisan, Bazar Digital Mall dan lain-lain telah pun dibangunkan. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri juga mengaku banyak projek-projek ini kurang berjaya sehingga tidak ada pengusaha industri bumiputera yang berminat untuk menyewa. Mungkin tempatnya kurang strategik dan lain-lain terpaksa di convert menjadi bajet hotel. Maka, soalan saya adalah ingin meminta penjelasan sama ada Yang Berhormat Menteri betul-betul mengarahkan pegawai menjalankan kajian saintifik atau pun market survey sama ada kita terdapat demand atau pun permintaan untuk jenis ruang niaga tersebut. Sekiranya tidak, apabila kita bina, tidak ada orang sewa ini merupakan satu pembaziran kepada dana awam yang amat penting kepada negara kita. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Dia buat premis perniagaan ini ada beberapa cara. Pertama tanah MARA. Memang kita tidak nafikan ada tanah-tanah yang tempatnya strategik, ada tanah-tanah yang kita dapat agak jauh dari tempat-tempat strategik tetapi kita lihat bangunan-bangunan perniagaan diteruskan juga. Kedua, dahulu tempat ini cukup popular. Contoh seperti di Bukit Mertajam, seperti Alor Setar di Kedah dahulu dia cukup hebat bangunan MARA ini kerana ada bus stop dekat situ, tetapi apabila pihak local council ubah tempat stesen bas, sudah tidak ada bas lalu dekat situ. Jadi, dia lama-lama dia akan mundur. Ketiga ialah kita membeli bangunan. Kita ada peruntukan tetapi tidak banyak. Kalau kita dapati ada kedai-kedai baru yang strategik, kita beli bangunan dan bangunan itu kita beli kita sewakan kepada usahawan-usahawan bumiputera. Yang ketiga kita sewa, kalau kita dengar ada shopping complex atau kedai-kedai itu yang orang tidak mahu jual tetapi kita tengok strategik, kita sewa kemudian kita sewakan balik kepada usahawan bumiputera dengan harga yang lebih murah sedikit daripada harga sewa biasa.
Jadi, telah pun menjadi satu agenda yang penting hari ini kepada MARA dengan pandangan kita bahawa permit-permit perniagaan ini mesti diuruskan semula, mesti dijenamakan semula dan mesti diubahsuai. Kalau tidak, kita dapati orang akan ketawakan MARA, di mana MARA ini hendak majukan usahawan manusia. Akan tetapi kalau kita sendiri tidak boleh uruskan bangunan kita sendiri, bagaimana kita hendak uruskan manusia yang lagi macam-macam kerenah. Jadi, segala pandangan-pandangan Yang Berhormat nyatakan tadi kita akan ambil tindakan.
Yang Berhormat Pasir Salak bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih Tuan Pengerusi, dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pada pengamatan sayalah, memang kita akui bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah melakukan banyak usaha dan juga banyak peruntukan. Walau bagaimanapun, kejayaan yang kita capai setakat ini belumlah boleh kita banggakan. Ini kerana kita dapati merata daerah, mukim kita boleh bilang dengan jari usahawan-usahawan bumiputera yang berjaya. Banyak yang ada Kelas F sahaja, asyik-asyik Kelas F. Pada pengamatan saya kelemahan yang berlaku ialah disebabkan pegawai- pegawai MARA di peringkat daerah ini dia sendiri tidak reti berniaga, suruh hendak bangunkan usahawan, dia sendiri tidak tahu. Macam mana dia hendak bangunkan usahawan? Jadi, saya minta kepada Yang Berhormat Menteri, kalau hendak hantar pegawai MARA, hendak membangunkan usahawan bumiputera di merata pelosok tanah air pastikan mereka itu pertamanya mempunyai ilmu dan pengetahuan dan kalau oleh kemahiranlah sedikit, pengalaman dalam bidang perniagaan. Kalau tidak ia akan - kerajaan yang lainlah. Urusan pentadbiran biasa sahaja, tidak ada entrepreneurship development. Jadi, saya mengambil peluang ini hendak kalau boleh kepada Yang Berhormat Menteri serius dalam bab meletakkan pegawai-pegawai ini. Ini kerana kejayaan banyak bergantung pada mereka; macam mana mereka membimbing, macam mana mereka memilih kawasan, tapak untuk bangunan, bagaimana mereka hendak membukakan peluang pasaran bagi produk-produk keluaran usahawan kampung, daerah dan sebagainya. Itu banyak bergantung kepada pegawai ini kerana masyarakat kampung rata- ratanya lack in entrepreneurship dengan izin, lacking, no entrepreneurship, no business. Bukan no lah tetapi sedikit sangatlah. Hendak kata no pula nanti kata seolah-olah tidak ada langsung. Ada, tetapi segelintir. Saya sudah 45 tahun, kini umur sudah 60 tahun. Di kampung saya itu, hendak bilang hendak cari seorang usahawan pun tidak ada. Di kawasan saya, Pasir Salak pun sudah berapa tahun bertukar wakil rakyat, sudah beberapa orang bertukar wakil rakyat, dahulu Menteri Besar pun ada wakil rakyat di situ, berpuluh tahun. Macam-macam lah tetapi saya hendak bilang satu dua orang yang berjaya sebagai usahawan, sebagai peniaga susahlah. Jadi Yang Berhormat saya mintalah serius dalam memilih pegawai-pegawai ini. Terima kasih.
Terima kasih pandangan Yang Berhormat, kita memang sedar perkara itu. Bukan sahaja mesti mempunyai pegawai yang dedikasi tetapi kita juga sedar bahawa hari ini dalam dia orang berniaga seperti Yang Berhormat Rompin bangkitkan tadi bukan sahaja berniaga kedai runcit, menjadi usahawan, kontraktor dan sebagainya tetapi hari ini mereka, anak-anak muda kita sudah mula ada dalam untuk menjadi usahawan techno. Usahawan techno yang berintensif teknologi dalam industri strategik seperti elektronik, automatif, penerbangan, telekomunikasi, bioengineering dan sebagainya. Ini memang dalam perhatian kita bukan sahaja hendak letak pegawai yang berdedikasi tetapi pegawai itu juga mempunyai ilmu dalam bidang-bidang perniagaan yang baru. Jadi Tuan Pengerusi yang lebih panjang mengenai usahawan saya akan jawab kemudian.
Sedikit boleh Tuan Pengerusi sebelum habis ini. Ini pasal pinjaman MARA ini, pinjaman ini. Cerita di luar bukan main sedap lagi, usahawan boleh mohon pinjam dan sebagainya, hendak berniaga, tidak payah
collateral dan sebagainya tetapi kita dapati bila hendak meminjam bukan main susah, apa pasal ini?
Terima kasih Yang Berhormat. Insya-Allah saya akan jawab bab itu bila masuk bab pembiayaan yang banyak dibangkit.
Yang Berhormat saya hendak buat cadangan terlupa tadi yang saya sebut bangunan pasar raya ini untuk bumiputera. Saya cadangkan buat macam TESCO, namakan pasar raya MARA. Selepas itu kita pergi ke Amerika, pasar raya MARA, kita lawan TESCO boleh tidak?
Terima kasih Yang Berhormat memang ke arah itulah. Saya akan sebut nanti ada beberapa perkara yang kita akan bangkit selepas ini nanti. Kemudian isu yang kedua yang saya hendak jawab dulu ini ialah isu LPKP yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Cheras dan juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah. Mengenai Yang Berhormat Cheras bangkitkan teksi ini sebab ini berkaitan dengan sayalah. Yang Berhormat mungkin tidak pernah naik teksi. Saya berada dalam Dewan ini Yang Berhormat kerana bapa saya bawa teksi sebab saya boleh jadi lawyer, saya boleh jadi menteri sekarang ini. Yang Berhormat hendak cakap mengenai teksi kalau Yang Berhormat kata saya tidak naik teksi, saya boleh beritahu saya anak driver teksi. Adik-beradik saya 15 orang, bapa saya sara keluarga saya dengan driver teksi. Sebab itu saya amat prihatin. Saya pernah bawa teksi tadi saya dengar Yang Berhormat Batu Gajah belakang sebut betul, saya pernah menjadi pemandu teksi. Yang Berhormat mana pernah jadi? Jadi Yang Berhormat hanya cakap teori sebab itu saya bersetuju dengan Yang Berhormat Lenggong tadi. Memanglah bila kita buat cadangan yang baru adalah pro and con. Kalau Yang Berhormat tengok ada di surat khabar, adakah munasabah hendak jual teh tarik, hendak jual air batu kat dalam teksi? Yang Berhormat gunalah... Ini maksud saya kita tidak mahu pemandu teksi hanya berharap, bergantung pada pendapatan sebagai pemandu teksi sahaja. Tidak mahu jadi macam arwah bapa saya, betul-betul bergantung pemandu teksi. Hendak jadi usahawan, sebab itu teksi terletak di bawah Kementerian Usahawan dan Koperasi, hendak jadikan dia usahawan. Biar dia mula-mula berniaga dengan cara kecil- kecilan, dia boleh jual air tin kah, air kotak kah, makanan-makanan ringan. Dia boleh jual dan dia boleh jadi agen pelancong. Saya tengok macam driver bas, driver bas dia jadi agen pelancong. Driver-driver bas berhenti satu tempat, driver bas ekspres. Dia berhenti di satu- satu tempat itu dia dapat macam-macam, makan free, rokok free semua, komisen lagi dapat. Teksi ini kita hendak jadikan macam ini. Orang datang, okey bila orang datang hendak tidur dekat mana, tidak ada hotel dia boleh buat promote. Okey, hotel yang murah, hotel yang mahal, dia ada brochure hotel dan dia boleh dapat komisen daripada pihak hotel. Orang hendak makan, mungkin orang tanya dekat mana makan yang sedap, mungkin dia tahu di mana makanan yang sedap. Bukan sahaja bila kata jadi usahawan, jangan bila jadi usahawan itu ialah yang kita nampak macam dia berniaga, jual barang tetapi menjadi agen. Dia juga boleh jadi apa-apa juga agen yang dia boleh membuat penambahan rezeki dia sebagai seorang usahawan. Jadi kalau Yang Berhormat hendak kata tidak boleh makan, memanglah. Saya kata, kita kalau kata peraturan dia tidak boleh makan, kalau itu peraturan yang dibuat oleh LPKP kitalah, kita bagilah benarkan makan. Takkan driver hendak makan? Memanglah driver, driver bukan kata tidak boleh makan, handphone pun tidak boleh pakai. Takkanlah perkara-perkara macam ini pun Yang Berhormat tidak boleh fikir? Jadi oleh itu Yang Berhormat kita membuat cadangan sentiasa membela nasib pemandu- pemandu teksi.
[Bangun]
Nanti saya habis pasal isu teksi dulu, apa kita buat untuk pemandu teksi? Kita sudah, saya sejak jadi Menteri sudah empat kali Yang Berhormat berdialog dengan driver teksi. Dia terus berdialog dengan persatuan, 200 orang, 300 orang saya berdialog. Kita tidak pernah mengetepikan apa juga pandangan mereka,
apa rungutan mereka. Had umur teksi, dia kata mengapa sampai tujuh tahun? Pinjam bank tujuh tahun, cukup habis pinjam bank teksi dia sudah kena tukar. Maka, kita kata okey, dia minta 10 tahun, kita bagi sekarang. Umur teksi 10 tahun, kalau dia pinjam finance tujuh tahun, dia ada tiga tahun untuk mendapat sumber rezeki. Road tax, okey kita kata bagi RM20.00. Kita bagi public transport, kita turunkan cukai jalan hanya RM20.00. Kemudian mereka hendakkan duti, bila mereka beli teksi mereka dapat pengecualian cukai duti ini, 30% ini tetapi dulu, bila sudah jualkan kepada orang untuk teksi dijadikan kereta biasa, dia orang kena bayar cukai ini. Sekarang mereka minta supaya dikecualikan. Kita telah pun kecualikan. Kemudian mereka kata hendak teksi individu. Selama hari ini mereka bekerja dengan syarikat dan kita tanya, dulu saya tengok zaman saya bawa teksi dulu macam- macam ada iklan. Ada bawa iklan, ada atas bumbung pun ada iklan dia orang kata dia orang tidak hendak buat sebab bila buat iklan yang dapat syarikat, mereka tidak dapat apa, dapat pun sedikit. Jadi kita bagi individu dan saya pun cakap sekarang kita benarkan balik iklan. Sudah dapat permit individu dia boleh bawa iklan dan boleh dapat perbelanjaan tambahan. Jadi oleh itu tuduhan Yang Berhormat mengatakan cadangan-cadangan yang tidak bernas, Yang Berhormat cuba memandang rendah kepada menteri, ini semua gimik politik Yang Berhormat untuk menjadi jaguh kepada segelintir pemandu-pemandu teksi yang mana memang pun tidak sokong kerajaan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini bukan satu tuduhan. Apa yang saya ingin titik beratkan di sini ialah atas dua prinsip. Pertama, keselamatan jalan raya yang mesti diutamakan. Kedua, practicality nya. Kereta teksi begitu sempit, kecil, macam mana boleh membenarkan jualan sebarang barangan yang boleh diadakan dalam kereta. Ini masalah yang mesti diselesaikan dan diatasi.
Yang Berhormat, satu saya hendak tanya Yang Berhormat. Biar saya tanya dia. Okey, boleh tidak Yang Berhormat beritahu saya ada berapa jenis teksi di bandar raya? Tolong beritahu.
Berapa jenis?
Ada berapa jenis teksi di dalam bandar raya?
Kalau bandar raya... Saya memang bersetuju kalau teksi yang berjarak jauh ini ada kemungkinan boleh dibenarkan tetapi apa yang saya sebut tadi sepanjang ucapan saya ialah, dalam bandar raya. Kedua, teksi yang menggunakan kenderaan MPV tetapi...
Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat belum jadi menteri, sebab itu Yang Berhormat tidak boleh jadi menteri Yang Berhormat tidak faham soalan. Soalan saya, ada berapa jenis teksi dalam bandar raya? Jawab itu dahulu, kalau Yang Berhormat tidak tahu Yang Berhormat jangan jadi jaguh. Berapa jenis teksi? Apa tanya, jawab dulu soalan saya. Ada berapa jenis teksi?
Saya hendak tanya balik Yang Berhormat Menteri.
Apa ini? Okey, saya tanya ada berapa jenis teksi saya duduk, okey Yang Berhormat jawab.
Tidak payahlah. Tuan Pengerusi, yang penting sekali ialah apa yang saya difahamkan ada 25,000 buah teksi di Lembah Klang sahaja tetapi kebanyakan atau majoriti besar, saya ada sebut dalam ucapan saya, majoriti besar adalah kereta Proton Iswara yang sangat sempit, sangat kecil..
Sudahlah Yang Berhormat buang masa saya.
...Dapat ruang cukup untuk jualan makanan, minuman dalam teksi.
Tuan Pengerusi, kalau macam ini...
Dia tidak bagi lagi Yang Berhormat,
Inilah yang penting sekali.
Yang Berhormat kalau macam ini cara Yang Berhormat... Okeylah, Yang Berhormat maknanya itu sebab jelas pembangkang dia tanya dia pandai, bila kita tanya dia tidak sudah tidak reti jawab. Macam mana Yang Berhormat jadi Ahli Parlimen Cheras boleh, ialah macam mana duduk di dalam bandar, jenis teksi Yang Berhormat sendiri buat tidak faham.
Ini tidak menepati soalan saya, soalan saya tidak dijawab. Practicality nya.
Practicality apa, saya jawablah ini.
Belum dijawab.
Tidak apa, Yang Berhormat tidak faham apa Yang Berhormat tanya. Sebab teksi ini ada tiga jenis, ada satu bajet, ada satu lagi permit, ada satu lagi eksekutif. Tidak faham? Yang Berhormat cakap ini teksi apa ini? Sudahlah Yang Berhormat saya hendak pindah yang lain. Yang Berhormat inilah wakil rakyat pembangkang dia cakap...
Teksi DAP.
...Hanya berdasarkan sentimen, tidak ada fakta, hanya dengar sikit-sikit, jadi isu bantai kita. Bila saya tanya tidak boleh hendak jawab. Jadi Yang Berhormat tidak boleh, wakil rakyat pun kena berubah, pembangkang ini. Jangan hendak jadi ambil sentimen-sentimen untuk setiap ... kerajaan sahaja.
Janganlah buat tuduhan.
Yang Berhormat tidak tahu apa Yang Berhormat cakap.
Okey, sudah, sudah Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri sudah rasa malu kerana cadangannya...
Apa malu? Sudahlah Yang Berhormat.
Jenaka sahaja.
Apa jenaka?
Saya sudah sebut kereta kecil itu.
Yang Berhormat, sudah cukup masa Yang Berhormat.
Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak faham. Tidak faham undang-undang dan juga kita berikan galakan. Kalau kereta dia kecil jangan juallah, apa yang jadi masalahnya? Kalau kereta dia kecil dia tidak mahu jual, bukan kita kata undang-undang you mesti jual. Itu pun tidak boleh faham? Kalau dia rasa hendak jual, dia jual, kalau dia rasa dia tidak hendak jual janganlah jual. Walaupun kereta dia limousin sekali pun, tempat dia luas tetapi dia rasa dia tidak perlu untuk jual minuman ringan, jangan jual. Hanya sekarang tidak boleh, kita kata kalau you hendak jual boleh, kita benarkan. Tadi kata dalam teksi ada labeling ‘Tidak boleh makan, tidak boleh minum’. Okey tarik labeling itu, you know? Apa yang susah sangat ini Yang Berhormat? Benda ini senang sahaja Yang Berhormat. Okey, saya hendak tanya Yang Berhormat. Yang Berhormat tadi cakap membela pemandu teksi, saya cabar Yang Berhormat. Bila kita umumkan kenaikan tambang teksi, saya percaya ramai rakan-rakan Yang Berhormat akan
jadi jaguh rakyat akan bantai, kerajaan menyusahkan rakyat, naikkan tambang seperti Yang Berhormat Rasah kata. Dia marah, dia masih lagi tidak puas hati saya kekalkan surcaj. Katalah besok saya umumkan naikkan tambang teksi. Yang Berhormat tadi mengakui bahawa tambang teksi di Malaysia yang paling murah. Adakah Yang Berhormat akan bersama-sama dengan kerajaan buat press statement menyokong naik teksi. Kalau ada rakan-rakan Yang Berhormat daripada Rasah daripada mana bantai kita balik kerana naikkan harga teksi Yang Berhormat bangunlah tolong kita. Jangan bila besok Yang Berhormat pula...
Pendirian saya memang...
Nanti dengar dulu. Jangan pula besok Yang Berhormat...
[Bangun]
Tidak, tidak. Hari Isnin Yang Berhormat.
Duduklah dulu. Jangan besok pula Yang Berhormat jadi kepala tunjuk perasaan kerana Yang Berhormat memang dikenali sebagai seorang wakil rakyat yang suka buat demonstrasi. Tol pun Yang Berhormat buat demonstrasi, hari ini tol pun kita sudah turun, buatlah demonstrasi sokong sudah turun tol. Ini stail lamalah Yang Berhormat, saya pun tidak faham kenapa pengundi Cheras boleh pilih Yang Berhormat macam ini, saya pun tidak faham. Okey lah Yang Berhormat.
Okey, okey sudah habis. Yang Berhormat Cheras, hari Isnin Yang Berhormat, sekarang sudah tamat masa Yang Berhormat. Sudah tiga minit lebih. Hari Isnin kalau Yang Berhormat Cheras hendak jalan.
Hari Isnin sudah tidak ada Cheras, bab teksi sudah selesai. Saya tidak sebut pasal teksi hari Isnin, hendak sambung pasal surcaj. Jadi Yang Berhormat sudah tidak ada jalanlah untuk Isnin. Terima kasih.
Yang Berhormat, tidak payah Yang Berhormat. Jam sudah pukul 5.33 Yang Berhormat. Kalau saya tidak gunakan Peraturan 12(3) Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak boleh cakap lagi. Kalau hendak cakap seorang-seorang di situ. Jadi majlis bersidang semula sebagai majlis Mesyuarat. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Ya Yang Berhormat Menteri menyambung pada hari Isnin. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin 24 November 2008. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.34 petang.