Dewan Rakyat · 24 February 2009

15th Parliament, session 2, meeting 1 · 858 turns · 52,109 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Mohd Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu · question

1. Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, sejauh manakah koperasi dapat meningkatkan taraf hidup ahli-ahlinya.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, koperasi adalah satu pertubuhan sosioekonomi yang dianggotai oleh sekumpulan individu untuk mencapai aspirasi peningkatan ekonomi dan kesejahteraan sosial secara kolektif. Matlamat ini dicapai melalui aktiviti ekonomi atau perusahaan bersama yang dijalankan mengikut prinsip-prinsip koperasi. Berlandaskan falsafah, banyak yang boleh dicapai dengan cara bekerja bersama- sama. Koperasi telah berjaya meningkatkan taraf hidup anggotanya tidak kira di bandar mahupun di luar bandar. Di bandar-bandar di mana terdapat banyak koperasi kredit, koperasi berjaya mengurangkan tekanan hidup di kalangan golongan pekerja dengan memenuhi keperluan kredit anggota koperasi. Koperasi menjadi tempat untuk meminjam wang yang mudah dan dengan kadar perkhidmatan yang berpatutan kepada golongan pekerja berpendapatan rendah dan sederhana yang kebiasaannya sukar untuk mendapat pinjaman dari bank-bank. Koperasi juga telah dapat membantu meningkatkan hidup anggota-anggota koperasi dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar dan mengeluarkan mereka dari jurang kemiskinan. Koperasi-koperasi di kawasan-kawasan penempatan seperti di FELDA dan di FELCRA turut membantu meningkatkan taraf hidup anggotanya dari segi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan menambah pendapatan isi rumah di kalangan peserta tanah rancangan tersebut. Koperasi menjadi rakan perniagaan agensi-agensi yang berkaitan dalam berbagai-bagai aktiviti yang menjana pendapatan lumayan yang pulangannya turut dinikmati oleh anggota-anggota koperasi. Terima kasih.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Memang jawapan yang diberikan sungguh mantap dan memang tidak rugilah kalau perwakilan UMNO memilih Yang Berhormat Menteri kita ini menduduki Majlis Tertinggi... [Dewan riuh] [Disampuk] Kita memang mengiktiraf bahawa koperasi merupakan satu organisasi yang memberi sumbangan kepada negara dan masyarakat. Hidup bersama-sama ibarat dikatakan bahawa, “Satu untuk semua, semua untuk semua”.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, kita cuba hendak bangkitkan banyak persoalan.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, koperasi ini ibarat, “Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, ada kedapatan koperasi pemberi pinjaman yang mencari keuntungan sehingga ada ahli-ahli yang membuat pinjaman, tidak mendapat sebagaimana sepatutnya sehingga kadang-kadang mendapat 80 peratus sahaja daripada jumlah pinjamannya kerana caj yang dikenakannya itu terlalu tinggi. Adakah usaha pihak kementerian terutamanya Suruhanjaya Koperasi untuk mengurangkan caj-caj pinjaman yang dikenakan? Begitu juga oleh sebab koperasi ini merupakan sesuatu yang memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara, adakah usaha kerajaan untuk mengurangkan had minimum penubuhan koperasi daripada seratus orang ahli kepada 50 orang sahaja supaya lebih banyak koperasi dapat dilahirkan di negara kita dan selaras daripada kegawatan ekonomi..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat. Dua soalan Yang Berhormat.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Ini lain pertanyaan daripada itu. Ada tak...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya faham buku Yang Berhormat. Apa yang saya sebut itu mengikut peraturan.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Okey, terima kasih. Kalau begitu, dua soalan pohon jawapan.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat tolong kempen untuk saya melalui Majlis Tertinggi UMNO. Tuan Yang di-Pertua, mengenai pinjaman yang diberi kepada ahli-ahlinya di mana koperasi mengenakan kadar interest yang tinggi memang tidak boleh dinafikan. Ini adalah kerana koperasi-koperasi memberikan pinjaman berdasarkan kepada dua sumber. Pertama ialah sumber dalaman koperasi itu sendiri. Jika koperasi ini menggunakan sumber dalaman, maka interest yang diberikan kepada ahli-ahlinya tentulah kurang. Sebagai contoh, kalau dia pinjam RM50,000 dia boleh dapat RM48,000 setelah menolak segala urusan-urusan yang lain. Akan tetapi ada juga koperasi, ia bagi pinjam lulus RM50,000 tetapi ahli dapat RM42,000. Jadi koperasi-koperasi seperti ini, dia menggunakan sumber luaran di mana meminjam wang daripada bank dan hasil daripada pinjaman bank sudah tentulah bank mengenakan interest kepada koperasi ini.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kemudian daripada pinjaman bank inilah koperasi ini memberikan pinjaman pula kepada ahli-ahlinya, sudah tentulah interest yang dikenakan agak tinggi. Kerana itu untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini memang belum ada peraturan untuk mengawal koperasi mengenakan caj yang tertentu kepada ahli-ahlinya. Oleh kerana sudah banyak persoalan ini ditimbulkan, maka Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan membuat peraturan di mana kita akan mengenakan syarat maksimum untuk caj yang akan dikenakan kepada ahli-ahlinya kerana buat masa ini peraturan yang ada kita hanya menentukan tempoh berapa lama pinjaman ini mesti dibayar, tetapi tidak ada had maksimum interest yang dikenakan. Ini kita akan ambil tindakan segera. Kedua, mengenai jumlah anggota yang boleh menubuhkan koperasi, peraturan sekarang ialah 50 orang. Walau bagaimanapun, kita boleh mengurangkan bilangannya seperti kalau kita hendak menggalakkan koperasi keluarga di mana keluarga yang ramai boleh tubuhkan koperasi untuk koperasi keluarga. Sebagai contoh, kita boleh kurangkan anggotanya daripada 50 orang kepada 20 orang. Ertinya kita akan melihat sesuatu koperasi kerana tujuan kita untuk menggalakkan orang ramai menubuhkan koperasi di dalam negara kita. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk menggerakkan koperasi yang tidak aktif dan apakah program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menggalakkan orang ramai menyertai koperasi ini dan supaya mereka melibatkan diri dengan perniagaan melalui koperasi. Terima kasih.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Memang benar koperasi kalau diuruskan dengan betul, maka koperasi ini boleh memberikan dividen yang baik. Kerana itu kita dapati ada lebih seratuskoperasi yang mampu memberikan lebih 10% dividen. Namun demikian ada juga koperasi yang kita dapati tidak memberikan hasil yang lumayan kepada ahli-ahlinya. Kerana itu hari ini SKM sedang menyusun untuk kita memastikan koperasi ini ditadbirkan secara profesional, sama seperti syarikat-syarikat swasta. Melalui Maktab Kerjasama Malaysia, kita telah memperkenalkan kursus-kursus diploma dalam bidang koperasi dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia, kita perkenalkan pula kursus ijazah dalam bidang koperasi dengan harapan kita biar ramai pelajar atau graduan-graduan dalam bidang koperasi, maka mereka akan dapat peluang pekerjaan di koperasi-koperasi ini. Koperasi ini akan boleh ditadbirkan secara profesional kerana matlamat kita pun menjelang tahun 2020, kita harap koperasi di Malaysia dapat memberikan sumbangan sekurang-kurangnya 5 peratus kepada KDNK sedangkan sekarang ini, Tuan Yang di-Pertua, koperasi hanya mampu memberi sumbangan 1 peratus kepada KDNK. Kerana itu kita akan menggalakkan penubuhan koperasi dan salah satu cara tindakan kita ialah kita menubuhkan Koperasi Bela Rakyat yang telah pun kita lancarkan di mana Koperasi Bela Rakyat ini akan ditubuhkan di tiap-tiap kawasan Dewan Undangan Negeri untuk kita membela nasib orang-orang miskin, memberi peluang kepada mereka terbabit sebagai usahawan untuk membaiki masa depan mereka. Terima kasih.

Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah · question

2. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyatakan, memandangkan Kabinet telah memutuskan untuk tidak mengadakan Akta Hubungan Kaum, apakah pendekatan yang akan diambil untuk meneliti semula polisi dan pelaksanaannya yang menjadi halangan perhubungan kaum masyarakat majmuk negara ini.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTimbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan · Tebrau

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon izin soalan ini dijawab bersekali dengan Soalan Jawab Lisan nombor 75 bertarikh 26 Februari 2009 oleh Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed [Pulai;] dan Soalan Jawab Lisan nombor 48 bertarikh 5 Mac 2009 oleh Yang Berhormat Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]. Ini disebabkan soalan tersebut berkaitan dengan Akta Hubungan Kaum.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Terima kasih. Isu Akta Hubungan Kaum wujud lanjutan daripada pelbagai masalah perpaduan yang dibangkitkan oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin. Bagi mengatasi masalah ini, pelbagai pihak mencadangkan supaya diwujudkan sebuah akta yang bertujuan untuk membendung atau mengambil tindakan kepada individu-individu atau pihak-pihak yang membangkitkan isu perpaduan ini. Realitinya secara umum, masyarakat tidak merasa bahawa tahap hubungan kaum itu berada dalam keadaan yang kritikal. Realitinya masyarakat masih boleh berinteraksi, berkongsi dalam apa jua bidang tanpa halangan. Oleh itu Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan melalui agensinya JPNIN atau Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah membuat kajian awal tentang keperluan sebuah Akta Hubungan Kaum diwujudkan termasuk membuat perbandingan dengan akta-akta yang sama. Lanjutan dari itu satu kertas hasil kajian telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri di mana Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa masih belum ada keperluan untuk kerajaan mewujudkan akta ini. Kerajaan berpendapat bahawa akta-akta yang sedia ada seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan akta-akta lain yang berkaitan telah memadai untuk menangani isu-isu perpaduan yang berbangkit. Adalah lebih baik kerajaan meneliti provision serta mengemas kini undang-undang yang sedia ada dan bukannya menggubal undang-undang baru.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Bagi mengatasi isu-isu perpaduan yang berbangkit, aspek penerapan nilai-nilai perpaduan melalui pendidikan perlu dititikberatkan. Selain daripada itu, pemahaman dan penghayatan tentang prinsip-prinsip Rukun Negara, sifat toleransi antara kaum, peranan media cetak dan elektronik sebagai agen perpaduan, peranan badan-badan bukan kerajaan serta peranan pemimpin di pelbagai peringkat amat diperlukan di dalam mengukuhkan perpaduan. Selain daripada itu, Panel Penasihat Perpaduan Negara juga turut memainkan peranan di dalam membincangkan isu-isu berkaitan perpaduan serta mencadangkan kepada kerajaan, tindakan-tindakan dan kaedah penyelesaian yang sesuai. Bagi memantau dasar-dasar kerajaan ini, Kabinet di bawah Pelan Tindakan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bagi tahun 2006 hingga 2010 ditubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang dinamakan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan ini adalah satu mekanisme untuk memantau dasar-dasar kerajaan dan pelaksanaannya. Pada masa ini Panel Penasihat Perpaduan Negara juga telah memantau isu-isu perpaduan dan mengemukakan cadangan kepada kerajaan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri jelas bahawa masalah perpaduan dibangkitkan kerana pemimpin. Pada pendapat saya, masalah perpaduan, batu penghalang kepada perpaduan dalam negara ini adalah ahli-ahli politik kerana masih dibenarkan dalam abad ke-21, parti politik berdasarkan kaum demi untuk memperolehi kuasa. Masing-masing membangkitkan isu perkauman. Bukankah sudah sampai masanya pihak kementerian dan kerajaan melarang parti politik berdasarkan kaum? Itu satu langkah utama untuk memastikan batu penghalang kepada perpaduan ini kita ketepikan. Apakah kementerian mempunyai rancangan mengadakan akta seperti akta anti discrimination, akta equal opportunity bagi memastikan bahawa setiap warga dalam negara mempunyai sense of belonging dan taat setia tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak dan tidak ada mana-mana pihak boleh memanggil kaum yang lain sebagai pendatang. Mohon penjelasan.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Batu Gajah bahawa masalah perpaduan itu adalah salah satu sebab yang utama ialah hasil daripada percakapan dan kelakuan yang berpunca daripada ahli-ahli politik... [Disampuk] Jadi saya rasa pandangan itu merupakan satu peringatan kepada kita semua di dalam Dewan yang mulia ini... [Disampuk]

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Saya rasa bagi percakapan yang keterlaluan itu kita mempunyai Akta Hasutan. Kalau penguatkuasaan Akta Hasutan itu lebih teliti dan lebih pada masa yang tepat kita akan dapat menghalang percakapan-percakapan yang keterlaluan yang boleh menghasut sensitiviti perkauman di negara ini. Saya juga mengambil kesempatan ini merayu kepada bukan sahaja ahli-ahli politik tetapi juga pemimpin-pemimpin NGO bahawa pelaksanaan dasar kerajaan yang berlandaskan dan juga selaras dengan spirit atau tujuan asalnya sesuatu dasar itu perlu diamalkan dan kita sama-sama memantau adakah dasar itu adil. Itu tanggungjawab kita bersama. Pemimpin-pemimpin politik dan NGO lebih prihatin tentang sensitiviti kaum dan mengelakkan daripada mengeluarkan pernyataan yang mengancam ketenteraman perhubungan kaum... [Disorak]

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

UMNO yang buat ini.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Ini bagi semua dan kita tidak perlu berkali-kali secara berulangan menyoalkan isu-isu bahasa, agama dan lain-lain yang tertera dalam Perlembagaan. Kita semua harus mengamalkan spirit Rukun Negara.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf. Saya bertanya berkenaan larangan parti politik...

Sudahlah!

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Larangan parti politik berdasarkan kaum tidak dijawab.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Jawab, jawab. Tolong jawab soalan tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tidak mengapa, Yang Berhormat. Yang Berhormat Arau.

Arau?

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, apakah usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan dalam merangka dan juga mencari jalan untuk membuka permuafakatan yang lebih erat terutamanya di antara kaum seperti kita menggalakkan dialog di antara agama dan kita membuat program-program yang dilihat membantu bersifat kebajikan bagi pengelolaan untuk kita menambah kefahaman supaya tidak timbul prejudis di kalangan kaum dan agama di negara ini.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah kita menekankan kaedah pendidikan. Kaedah pendidikan merupakan satu cara yang kita menuju kepada akar umbi permasalahan itu. Bukan sahaja apabila sakit kepala makan Panadol, tetapi kita hendak cari punca asal masalah itu. Sebenarnya kementerian ini telah pun melaksanakan pelbagai program integrasi kaum untuk memberi program ini secara tidak langsung dapat membangunkan semua lapisan masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama bagi mewujudkan semangat kekitaan dan juga saling memerlukan antara satu sama lain. Ini termasuk program Rukun Tetangga, program pelbagai perayaan enam kali dalam setahun dan juga banyak lagi program yang dilaksanakan oleh kementerian ini melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan juga Jabatan Perpaduan. Ia juga termasuk kelas perpaduan tadika bermula dari awal usia seseorang manusia itu. Kita harap ini akan dapat menanam semangat patriotisme, semangat hormat-menghormati antara satu sama lain di kalangan rakyat yang berbilang kaum di negara kita. Saya harap ahli-ahli politik sekalian juga memainkan peranan. Untuk menambah jawapan kepada Yang Berhormat Batu Gajah tadi, dia kata saya belum jawab lagi soalan dia tentang apakah langkah yang diambil untuk memberhentikan kelakuan dan ucapan serta percakapan ahli politik yang keterlaluan. Saya sudah menyatakan kita meneliti sekali lagi secara mendalam Akta Hasutan dan juga memastikan penguatkuasaannya lebih berkesan lagi dan lebih tepat kepada masa, tidak ditunggu- tunggu sehingga ia meletup. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, soal perpaduan soal penting. Boleh bagi saya satu soalan tambahan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Selepas ini saya bagi yang lain, Yang Berhormat.

Kalau dapat saya membuat soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, sudah 20 minit untuk satu soalan sahaja, Yang Berhormat. Tunggu, tunggu, Yang Berhormat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini prime time.

Tidak, tidak. Kalaulah Tuan Yang di-Pertua benarkan saya membuat soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya tidak benarkan, Yang Berhormat.

Soal perpaduan sangat penting bagi negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tidak, Yang Berhormat. Saya faham ia penting. Jawapan Menteri sudah panjang lebar, Yang Berhormat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Dia hendak masuk TV sahaja!

Ini pasal ada jawapan yang belum dijawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor tiga. Sebelum itu saya ingin membuat sedikit penjelasan, takut ada salah tanggapan. ‘Green economy’ ini ialah ekonomi berasaskan kepada tenaga daripada matahari bukan tenaga daripada bulan. Terima kasih... [Ketawa]

Bila pula tenaga daripada bulan!

Jamaluddin bin Mohd JarjisUMNO · BNRompin · question

3. Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk membina industri mesra alam atau ‘green economy’ dan memberi insentif khas bagi menggalakkan perkembangan industri tersebut. Industri ini mempunyai potensi pasaran yang besar termasuklah antaranya industri biodiesel, solar energy, wind turbines, renewable energy dan sebagainya.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I · Sandakan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Rompin atas soalan mengenai ‘green economy’ ataupun industri mesra alam. Tuan Yang di-Pertua, industri mesra alam seperti industri bio-diesel dan tenaga boleh diperbaharui, renewable energy, dengan izin merupakan industri yang dikenal pasti oleh kerajaan sebagai industri berpotensi yang wajar diperkembangkan. Kerajaan telah mengumumkan penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui sebagai sumber bahan api kelima di Malaysia selepas arang, minyak, gas asli dan hidro. Ia merangkumi tenaga yang boleh diperbaharui daripada biomass, solar, hidro mini dan bahan buangan kutipan sampah ataupun municipal waste. Tenaga yang boleh diperbaharui daripada biomass dan tenaga solar berpotensi menyumbang 90 peratus tenaga yang boleh diperbaharui. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan juga telah melancarkan Small Renewable Energy Program pada tahun 2001 dan pada tahun 2006 pula kerajaan telah melancarkan Program Suria 1000 untuk menggiatkan penggunaan tenaga solar sebagai sumber alternatif. Antara insentif-insentif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi mempromosikan industri mesra alam atau ‘green economy’ serta aktiviti-aktiviti berkaitan pengurusan alam sekitar adalah seperti berikut: (i) insentif cukai untuk penjimatan tenaga atau energy efficiency; (ii) insentif cukai untuk penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui atau renewable energy; (iii) insentif cukai bagi pengurangan gas rumah hijau; (iv) insentif untuk menggalakkan penggunaan gas asli bagi kenderaan NGV; (v) insentif untuk penyimpanan, perawatan dan pelupusan sisa toksik yang berbahaya; dan (vi) insentif untuk aktiviti kitar semula sisa. Insentif-insentif yang disediakan oleh pihak kerajaan ini antara lain adalah dalam bentuk taraf perintis, elaun cukai pelaburan, pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan yang dibeli. Insentif-insentif yang disediakan ini juga adalah berbeza mengikut aktiviti-aktiviti berkaitan pengurusan alam sekitar yang dijalankan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I · Sandakan

Kerajaan juga telah meluluskan insentif baru bagi mengembangkan industri mesra alam dan menambah baik insentif sedia ada untuk memperluaskan penggunaan tenaga dalam Bajet 2009. Antaranya adalah seperti: (i) insentif bagi kereta hibrid; (ii) insentif bagi memperluaskan penggunaan peralatan penjimatan tenaga; dan (iii) insentif bagi memperluaskan penggunaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui seperti pengecualian duti import dan cukai jualan. Itu sahaja. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Datuk Timbalan Menteri.

Kalau saya tahu Yang Berhormat Marang tadi, saya boleh bagi Yang Berhormat Marang dahulu sebab...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.

Saya menghormati Ketua PAS pun kamu tak setuju, apa ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya yang putuskan Yang Berhormat Rompin.

Apa ni. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada jawapan tadi. Akan tetapi sekarang kalau kita lihat daripada segi suasana kemelesetan ekonomi di dunia, banyak negara-negara merangsang ekonomi mereka bukan sahaja merangsang ekonomi yang biasa tetapi juga merangsang ekonomi baru ini, ekonomi yang berasaskan mesra alam ini. Seperti di Amerika baru-baru ini Obama memperuntukkan 20 bilion duit Amerika untuk merangsang ekonomi mesra alam ini. Mungkin di Malaysia tidak ada lah kepentingan yang besar. Adakah Yang Berhormat ingin mencadangkan mungkin bersama dengan MOSTI kepada kerajaan, kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri sebagai Menteri Kewangan dalam mengeluarkan dan mengetengahkan mini bajet untuk merangsang ekonomi kita? Adakah kementerian bercadang untuk mengadakan satu bentuk sumber kewangan? Ini disebabkan oleh dewasa ini kita tahu di Malaysia ada 5,000 saintis-saintis tempatan yang sepatutnya rakyat Malaysia berasa bangga dan mereka ini selalu mengeluh bahawa mereka tak ada pembiayaan kewangan, resource-resource mereka untuk membawa produk-produk yang boleh menjana eksport dan peluang pekerjaan. Adakah Yang Berhormat dan kementerian bercadang mengemukakan supaya mengadakan peruntukan untuk dana teroka branch capital? Ini kerana bank-bank biasa tidak mungkin hendak membiayai terutama sekarang ini, projek-projek mengkomersialkan hasil-hasil kajian 5,000 saintis tempatan di universiti kita di Malaysia. Terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Rompin. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat di mana kerajaan baru Amerika Syarikat, Presiden Obama telah pun mengutamakan this green economy sebagai satu tujuan untuk meningkatkan peluang pekerjaan di Amerika, di mana negara mereka telah pun mengalami kemelesetan ekonomi. Inisiatif yang telah pun dilancarkan oleh Presiden Obama ialah dengan tujuan untuk memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat-rakyat mereka yang pada masa ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tak payah ulas banyak sangat Obama Yang Berhormat, negara kita dulu.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Ya. Jadi, cadangan yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat Rompin akan diambil maklum dan saya akan cuba mengambil peluang bekerjasama dengan pihak MOSTI untuk meninjau cadangan yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat Rompin. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, sejauh mana kah kepekaan kerajaan tentang pendekatan yang diambil terhadap sikap tidak adil di kalangan negara-negara maju yang memilih industri mesra alam ini di negara-negara mereka dan melaburkan industri yang musuh alam di negara-negara sedang membangun dan negara miskin. Justeru itu, kadang-kadang ada pihak yang sengaja memilih di kawasan rakyat miskin. Terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Marang. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, banyak lagi teknologi ataupun industri seperti industri minyak, gas dan juga yang lain-lain masih lagi dalam proses penyelidikan dan juga pembangunan dalam negara ini. Mengenai isu yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Marang sama ada industri musuh akan diteruskan di negara ini berbanding dengan yang tidak. Saya rasa ini adalah satu dasar kerajaan yang akan dipertimbangkan nanti. Bagi saya, Kerajaan Malaysia ini memang sentiasa prihatin dan selama ini sampai hujung tahun lalu sebanyak 14 projek telah pun diluluskan untuk penjimatan tenaga ataupun energy efficiency yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.3 bilion. Bagi aktiviti penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui ataupun renewable energy pula sebanyak 37 projek telah pun diluluskan. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Mohsin Fadzli bin SamsuriPKR · PRBagan Serai · question

4. Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [Bagan Serai] minta Menteri Sains Teknologi dan Inovasi menyatakan, apakah pendekatan untuk mengoptimumkan proses mengkomersialkan hasil penyelidikan di institusi penyelidikan dan IPT: (a) senaraikan hasil penyelidikan tersebut; dan (b) berapa pula hasil yang diperoleh bagi tahun 2006 dan 2007

Datuk Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Kota Marudu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tak ada masa nak jawab pantun ataupun kata-kata pujangga tadi. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sentiasa memberi pendekatan yang bersesuaian bagi memastikan pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan ataupun R&D adalah di peringkat optimum. Pendekatan utama ke arah ini ialah dengan mengenal pasti projek-projek yang berpotensi untuk pasaran atau dengan izin, market driven projects di peringkat awal pemilihan projek-projek berkenaan. Antara langkah-langkah yang telah diambil ialah: (i) melahirkan persekitaran pengkomersialan yang kondusif dengan kerjasama agensi MOSTI seperti SIRIM, MIGHT dan TPM serta MIMOS melalui program yang kita sebut business matching dan teknologi previu sebagai platform untuk membukakan pemilik teknologi dengan pihak industri; (ii) menggalakkan aplikasi teknologi utama yang lebih didorong dengan pasaran dengan penggubalan modul inovasi negara pada tahun 2007 dan modul ini menggalakkan perolehan teknologi terkini dari luar agar dapat dengan izin, live long dalam penggunaan teknologi terkini; (iii) menyediakan sumber penyediaan dan dasar yang bersesuaian;

Datuk Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Kota Marudu

(iv) peningkatan kerjasama antara industri kerajaan, institusi penyelidikan dan juga institusi pengajian tinggi; (v) menambah kepakaran pengkomersialan dan keberkesanan dalam unit pemasaran, pengkomersialan di peringkat institusi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi; (vi) penggubalan satu dasar pengkomersialan harta intelek yang memberi galakan kepada penyelidik untuk mengkomersialkan produk mereka; (vii) membentuk satu jaringan pengkomersialan teknologi yang mampu berfungsi sebagai one stop centre atau platform termasuklah konsep innovation exchange dengan izin yang giat diperkenalkan di seluruh dunia; dan (viii) memperkukuhkan struktur sokongan dan institusi dengan penstrukturan semula MOSTI pada tahun 2007 di mana sebanyak lima kluster telah ditubuhkan iaitu Kluster ICT, Biotek, Industri, See to Space dengan izin dan Teras Sains dan Teknologi. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan (a), jumlah projek penyelidikan yang dibiayai oleh MOSTI sejak Rancangan Malaysia Kelapan sehingga kini adalah seperti berikut: (i) kepala dana IRPA ataupun Intensification of Research in Priority Area, sejumlah 2,139 projek diluluskan; (ii) di bawah kepala Science Fund – 2,524 projek diluluskan; (iii) di bawah kepala TechnoFund – 176 projek diluluskan; dan (iv) di bawah kepala Inno Fund – 121 projek diluluskan. Bagi menjawab soalan (b) pula, jumlah projek penyelidikan yang diluluskan bagi tahun 2006 ialah sebanyak 1,326 manakala bagi tahun 2007 ialah 1,018. Untuk makluman Yang Berhormat, aktiviti R&D biasanya mengambil masa yang agak lama untuk melihat hasilnya. Oleh itu, adalah terlalu awal untuk melihat hasil yang lebih tangible bagi projek- projek dilaksanakan bagi tahun 2006-2007 iaitu tiga tahun yang lalu. Namun demikian, melalui dana R&D MOSTI bagi tempoh lima tahun lepas ini, sebanyak 52 IP (Intellectual Property) telah pun difailkan, 4,065 penerbitan telah dihasilkan, seramai 469 graduan PhD dan 1,282 graduan peringkat Sarjana telah dihasilkan manakala sebanyak 447 anugerah telah diperoleh. Di samping itu, sebanyak 176 projek mempunyai potensi untuk dikomersialkan dan kini masih di pelbagai peringkat pengkomersialkan. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri bagi jawapan yang begitu jelas dan baik selengkapnya. Tuan Yang di-Pertua, inovasi dalam bidang penyelidikan sememangnya merupakan pemangkin dalam menentukan acuan dan kepantasan negara untuk menjadi sebuah negara maju serta memastikan anjakan kepada ekonomi berasaskan kepada pengetahuan dapat dicapai. Pemberian geran-geran oleh kerajaan kepada pihak institusi penyelidikan dan institusi pendidikan pengajian tinggi awam serta swasta amatlah dihargai. Justeru itu, perlulah ditambahkan lagi kerana sebagai contoh di UKM, ianya berjumlah sebanyak RM195.3 juta untuk projek 1,233 projek.

Ianya berjumlah sebanyak RM195.3 juta untuk 1,233 projek. Ini bererti setiap projek tidak sampai pun kepada RM200,000. Maklumat yang saya bincangkan ini adalah termasuk daripada swasta sendiri. Kerajaan hanya menyumbang sebanyak RM2 juta sahaja.

Hasil usaha penyelidikan daripada penggemblengan tenaga pengajar dan pelajar, serta penyelidikan dan pembangunan seharusnya dapat ditingkatkan lagi tanpa sebarang masalah birokrasi dalam pengagihan tabung atau geran-geran yang disediakan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah apakah langkah-langkah kerajaan untuk menyelesaikan ketidakseragaman dari aspek pendaftaran harta intelek iaitu dengan izin, Intellectual Property Law iaitu paten, reka bentuk perindustrian ataupun industrial design, antara hasil penyelidikan institut penyelidikan dan institut pengajian tinggi awam dan swasta kerana wujudnya pertindihan dan perlanggaran infringement di antara hasil penyelidikan kita dengan pihak industri dari negara luar. Mohon jawapan.

Sungguh panjang Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya ingin sentuh bahawa sebenarnya bukan MOSTI sahaja yang terlibat untuk membiayai program-program penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga diberi dana khusus untuk institusi-institusi pengajian tinggi dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga, geran yang sebelum ini dijaga oleh MOSTI semenjak dua, tiga tahun ini dipindah ke peringkat kementerian untuk tujuan penyelidikan berasaskan pertanian. Jadi dalam tiba pembiaya ini kami juga sedang mengambil langkah-langkah untuk penyelarasan supaya lebih senang bagi pemohon-pemohon untuk mengambil bahagian dalam proses memohon dana supaya tidak ada duplikasi dan sebagainya. Dari segi harta intelek, saya maklumkan di sini bahawa ini dalam proses pengambilan tindakan oleh pihak kementerian. Satu Kertas Kabinet sedang disediakan dan dibentangkan secepat mungkin untuk meningkatkan lagi proses pendaftaran dan success rate, dengan izin, pihak penyelidik-penyelidik kita dari segi pendaftaran paten ataupun IP. Ini melibatkan perbincangan beberapa kementerian termasuk Kementerian Kewangan, pihak EPU dan kementerian-kementerian lain yang terlibat untuk membiayai program- program penyelidikan. Dengan harapan tersebut, maka lebih senang untuk memfailkan dan kita juga bercadang untuk mencari dana untuk membantu usahawan-usahawan kecil khususnya SME, dengan izin, supaya mereka boleh memperoleh bantuan untuk mendaftarkan paten ataupun semua IP mereka. Berkaitan dengan pertindihan ini harus tidak wujud kerana biasanya di bawah standard Malaysia, standard yang kita amalkan di negara ini adalah satu standard yang diterima bukan sahaja di negara kita dengan luas tetapi di seluruh dunia. Sekian, terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya hendak sentuh tentang penyelidikan di IPT ini, satu masalah kenapa tidak boleh dikomersialkan kerana ia bukan berbentuk end product kerana kos yang begitu tinggi. Jadi oleh kerana itulah pihak luar tidak begitu berminat sebenarnya. Contohnya macam hendak buat roket. Kalau roket tak boleh terbang buat apa? Maksudnya ia bukan end product. Jadi oleh kerana itu, saya ingin tahu apakah yang boleh dibantu oleh MOSTI sebenarnya untuk memastikan hasil penyelidikan di IPT ini dapat dibuat dalam bentuk end product sebenarnya. Kalau buat roket, roket yang boleh terbang supaya orang jangan keliru. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Dalam perkara ini, sebenarnya beberapa jenis geran yang dikendalikan oleh kerajaan. Di bawah MOSTI ada 16 jenis geran termasuk tiga yang besar itu adalah ScienceFund, TechnoFund dan InnoFund dan yang lain itu berkaitan dengan technology development fund. Di peringkat commercialisation seperti Technology Acquisition Fund ataupun Commercialisation of Research and Development Fund (CRDF) dan seterusnya... Akan tetapi di bawah peringkat pengajian tinggi, mereka saya melihat lebih fokus kepada pembiayaan penyelidikan asas. Di bawah kementerian kita di MOSTI, di bawah ScienceFund, tumpuan kita juga adalah khusus bagi penyelidikan yang asas bukan dari segi aplikasi.

Namun begitu hasil daripada projek program-program penyelidikan dikendalikan peringkat IPTA/IPTS ini, sebenarnya ada juga success rate dari segi pengkomersialan. Dengan model inovasi negara yang telah diterima kerajaan sebagai landasan untuk model penyelidikan dan pengkomersialan hasil-hasil penyelidikan, dia ada dua bentuk. Satu teknologi driven, iaitu daripada universiti mahupun daripada penggunaan ScienceFund untuk mengeluarkan teknologi ini. Ini kita telah berjaya dalam 25 tahun. Banyak hasil teknologi dalam bidang pertanian, dalam bidang kelapa sawit yang sebagainya dihasilkan. Akan tetapi bahagian kedua model ini yang kita sebut market driven iaitu teknologi dan R&D yang dijalankan berasaskan kepada keperluan teknologi tersebut oleh pihak swasta. Jadi ia market driven. Jadi dengan kedua-dua model ini, satu technology driven, kedua market driven, kita berpendapat bahawa satu model yang ideal untuk memastikan apa juga wang untuk penyelidikan yang diberikan oleh kerajaan kepada semua penyelidik yang ingin mendapatkan dana tersebut adalah di tahap penggunaan yang optimum. Itulah harapan kita.

James Dawos MamitPBB · BNMambong · question

5. Dato Dr. James Dawos Mamit [Mambong] minta Menteri Penerangan menyatakan, faedah kegunaan teknologi TV digital dan bilakah ianya dilaksanakan di seluruh negara.

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Penerangan · Kemaman

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersama soalan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam bertarikh 12 Mac 2009 kerana ia menyentuh perkara yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik.

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Terima kasih Yang Berhormat Mambong. Teknologi penyiaran digital adalah lebih efisien kerana ia menggunakan jumlah spektrum yang minimum untuk memancarkan lebih banyak saluran TV dan radio. Spektrum yang tidak digunakan boleh dimanfaatkan untuk tujuan keselamatan negara dan perkhidmatan lain seperti dengan izin, wireless broadband. Teknologi digital juga memberi kualiti audio dan visual yang lebih baik dan mempunyai fungsi interaktif. Negara-negara lain akan menghentikan siaran analog mereka atau dengan izin analogue switch-off mereka pada tarikh-tarikh ataupun masa yang tertentu. Sebagai contoh, Amerika syarikat akan menghentikan siaran analog pada tahun ini, negara-negara Eropah pada tahun 2012 dan negara-negara ASEAN mensasarkan 2015 sebagai tahun menamatkan siaran analog mereka. Kini kita berusaha untuk melaksanakan penyiaran digital seluruh negara pada tahun 2012 bagi mencapai sasaran analogue switch-off yang dimaksudkan tadi pada tahun 2015. Kegagalan memenuhi sasaran ini akan menyebabkan kita dianggap sebagai negara yang ketinggalan zaman dari segi teknologi penyiarannya dan akan berhadapan dengan kos penyelenggaraan peralatan analog yang lebih mahal. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan itu tadi. Saya difahamkan bahawa berlakunya kemerosotan penonton Warta Perdana kepada jumlah terendah iaitu hanya sebanyak 150,000 orang selepas waktu siaran ditukar dari jam lapan ke jam sembilan malam atas nama National@1. Apakah rasional penjenamaan semula TV1 yang kini menjadi saluran berita mendapat manfaat semua kaum di negara ini dan adakah siaran digital ini boleh mengatasi masalah siaran yang selama ini sukar diterima di kawasan- kawasan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak.

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan tambahan yang dikemukakan. Pertama, bukannya penjenamaan tetapi penstrukturan kembali ialah persiapan kita untuk memasuki alam digital kerana apabila kita memancarkan siaran kita secara digital, ini bermakna satu spektrum kita akan dapat mempelbagaikan saluran kita dan sudah tentulah kita akan mempunyai saluran-saluran khusus dan persiapan itu bermula daripada sekarang.

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Tentang soal siaran Berita Nasional @1 yang dikatakan merosot, ia hanya berlaku pada minggu yang pertama. Akan tetapi untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, rating yang dikemukakan oleh AC Nielsen sebagai satu agensi membuat kajian tentang jumlah penonton. Pada minggu yang keenam, iaitu minggu lepas jumlah penonton Nasional @1 meningkat kepada 615,437 penonton yang dianggap merupakan rating yang tertinggi selama hampir satu tahun iaitu berbanding dengan sebelum ini. Tentang soal rating itu hanyalah berlaku sementara pada minggu yang pertama dan ini tidak timbul lagi dan insya- Allah rating ataupun jumlah penonton bagi berita TV1 sudah tentu akan bertambah. Tentang apa yang dimaksudkan tadi apabila digital akan diterima pada semua masyarakat dalam negara kita, insya-Allah dari segi persiapan untuk memasang atau membina infrastruktur digital, sasaran kita pada tahun 2012 adalah untuk diterima di seluruh negara pada anggaran 90 peratus daripada jumlah penduduk dalam negara kita. Terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya di antara program-program TV yang paling diminati adalah Berita Perdana. Bolehkah kerajaan mengambil langkah ataupun mewujudkan satu suasana yang akan membolehkan berita dibaca seperti kerajaan mewujudkan satu muafakat dengan TV3 dan NTV7 supaya boleh diadakan berita dalam TV1, TV2, TV4 NTV7 dalam pelbagai bahasa. Seperti RTM dengan izin RTM1 dalam bahasa Melayu, RTM2 dalam bahasa Cina, TV3 dalam bahasa Tamil dan juga mungkin NTV7 bahasa yang lain semuanya pada masa yang sama iaitu masa yang paling diminati oleh rakyat Malaysia kalau tidak silap saya pada pukul 8 malam iaitu pada masa Berita Perdana. Boleh tidak kerajaan mewujudkan satu suasana arau muafakat dengan TV lain untuk mengadakan program-program lain seperti yang saya cadangkan.

Dato' Ahmad Shabery CheekUMNO · BNKemaman

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Saya menganggap ini satu pandangan. Akan tetapi sebenarnya pada zaman penyiaran moden, konsep semua TV menyiarkan waktu berita pada waktu yang sama agak ketinggalan. Tidak banyak negara dalam dunia yang mempunyai pelbagai saluran. Semuanya memaksa rakyatnya untuk menonton atau mendapatkan maklumat berita pada masa yang sama. Selalunya negara-negara lain akan mengatur kalau saluran ini jam 8, saluran ini jam 8.30, saluran ini jam 10, 10.30 dan sebagainya bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak sempat untuk menonton siaran berita pada waktu tertentu dapat menonton saluran yang lain pada waktu yang lain. Itu kalau kita lihat bagaimana penyusunan waktu-waktu berita di negara-negara yang lain. Keduanya pada zaman digital juga, satu trend yang baru akan wujudnya saluran khas berita saluran 24 jam berita sebagaimana CNN, BBC, sekarang ini Awani dan juga Astro BERNAMA dan sebagainya dan ini juga merupakan salah satu persiapan yang akan dibuat oleh RTM untuk menyiarkan berita 24 jam. Insya-Allah akan memuatkan berita-berita yang memerlukan oleh masyarakat. Walau bagaimanapun, pihak RTM akan menyediakan satu saluran khas insya-Allah dalam program pendigitalannya yang memuatkan saluran yang menggunakan pelbagai bahasa di mana bahasa Mandarin dan bahasa Tamil akan digunakan di dalam saluran tersebut supaya mereka yang tidak dapat mengikuti berita ataupun rancangan-rancangan dalam bahasa Malaysia mempunyai saluran mereka yang tersendiri. Jadi tentang soal mengatur ataupun memaksa semua orang untuk menonton waktu berita pada waktu yang sama itu mungkin boleh dibincangkan tetapi kita rasa ianya agak ketinggalan zaman dalam sistem penyiaran moden ini.

Mohamed Azmin bin AliPKR · PHGombak · question

6. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, berapakah jumlah hasil cukai lapangan terbang dari tahun 2004 hingga sekarang dan ke manakah hasil tersebut disalurkan.

Dato’ Sri Ong Tee KeatMCA · BNMenteri Pengangkutan · Pandan

Tuan Yang di-Pertua, jumlah hasil cukai lapangan terbang yang dikutip di semua lapangan terbang di seluruh negara dari tahun 2004 hingga 2008 adalah sebanyak RM1.86 bilion.

Dato’ Sri Ong Tee KeatMCA · BNMenteri Pengangkutan · Pandan

Hasil cukai lapangan terbang yang dikutip tersebut adalah digunakan bagi membiayai kos penyelenggaraan lapangan terbang serta emolumen pekerja, pembayaran utiliti, baik pulih peralatan lapangan terbang dan juga pentadbiran lapangan terbang. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, daripada maklumat awal yang saya peroleh, sebahagian besar daripada kutipan airport tax ini juga disalurkan untuk membiayai kos perkhidmatan KLIA Ekspres yang dimiliki oleh ERL Sdn. Bhd. semenjak tahun 2002. Kita sedia maklum bahawa airport tax ini dikenakan kepada semua penumpang termasuk penumpang yang tidak menggunakan KLIA Ekspres. Maka persoalan saya ialah bagaimana ini berlaku di mana kerajaan masih membayar subsidi kepada satu projek yang telah pun diswastakan dan bolehkah saya tahu apakah tempoh yang telah dipersetujui di antara kerajaan dengan pihak ERL ini yang terkandung dalam perjanjian untuk membiayai kos perkhidmatan KLIA Ekspres ini dan berapakah jumlah yang telah disalurkan kepada ERL semenjak ianya beroperasi mulai tahun 2002 bulan April tahun itu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Gombak tadi. Walaupun dakwaan beliau bahawa sebahagian besar daripada kutipan cukai lapangan terbang yang dimaksudkan itu adalah untuk membiayai khidmat ERL sebenarnya tidak benar, sebab harga sebahagian kecil daripada kutipan yang berkenaan saja adalah diperuntukkan untuk membiayai caj ERL. Umpamanya kalaulah seseorang penumpang yang mengambil khidmat penerbangan antarabangsa yang membayar RM51 misalnya untuk bayaran PSC atau Passenger Service Charge dengan izin, maka RM5 adalah untuk caj ERL, ini benar dan kutipan ini mula dikuatkuasakan sejak tahun 2002 dan tempoh konsesi yang berkenaan adalah 30 tahun. Walaupun demikian suka saya hendak jelaskan bahawa projek ERL sebenarnya adalah satu-satunya projek yang tidak dapat sebarang peruntukan dari kerajaan dan pembiayaannya adalah bergantung kepada kutipan yang dimaksudkan tadi. Walaupun demikian sejak 1 April tahun lalu, satu perubahan telah pun berlaku iaitu jumlah yang telah dibiayai oleh pihak MAHB kepada pihak pengusaha ERL itu, jumlahnya akan dipulangkan kepada pihak MAHB walaupun perjanjian konsesi itu masih berjalan lagi. Ini pun satu- satunya tindakan yang sejajar dengan apa yang digelar sebagai Marginal Cost Support Scheme yang bertujuan untuk membantu pihak MAHB.

Jadi Yang Berhormat, kadangkala apa yang kita dengar itu kenalah kita kaji juga sebab apa maklumat Yang Berhormat peroleh itu tidak semestinya lengkap dan saya memang sentiasa sanggup maklumkan Yang Berhormat sekiranya perlu yang jumlahnya jumlah yang spesifik saya akan berikan Yang Berhormat secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kuala Terengganu. Selamat datang Yang Berhormat, selamat menyoal.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya soalan tambahan. Seperti mana yang kita tahu projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu menggunakan peruntukan dana khas daripada duit royalti yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan negeri Terengganu. Saya hendak tanya apakah sebab dan alasan menggunakan duit negeri Terengganu yang sepatutnya dibayar untuk membina ataupun menaik taraf projek Lapangan Terbang Sultan Mahmud padahal hasil airport tax, cukai airport itu diperoleh oleh syarikat MAB Berhad. Terima kasih.

Dato' Sri Ong Tee KeatMCA · BNPandan

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Kuala Terengganu tadi. Beliau buat kali pertama menyentuh tentang soal yang berkaitan dengan kementerian saya. Walaupun demikian, saya kena betulkanlah apa yang dianggap oleh beliau. Rupa-rupanya beliau masih lagi beranggapan bahawa pembiayaan perbelanjaan untuk membina Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu itu adalah dalam bidang kuasa kementerian saya.

Dato' Sri Ong Tee KeatMCA · BNPandan

Sesungguhnya soalan ini saya kira kalau Yang Berhormat betul-betul prihatin kenalah tujukannya kepada kementerian yang berkenaan iaitu Kementerian Kewangan sebab ianya juga berkaitan dengan kutipan royalti minyak. Jadi ini serba sedikitlah yang saya dapat jelaskan kepada Yang Berhormat.

Abu Bakar bin TaibUMNO · BNLangkawi · question

7. Dato Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas tani menyatakan, berapakah jumlah projek yang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi perusahaan kolam ikan dan udang secara komersial. Berapakah projek yang masih aktif dan berapakah hasil yang dikeluarkan bagi tempoh 2007-2008. Nyatakan di manakah terdapatnya kolam-kolam dan perusahaan tersebut. Adakah kementerian berpuas hati di atas prestasinya.

Dato’ Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Jeli

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Untuk makluman Yang Berhormat, pada akhir tahun 2005, terdapat empat projek ternakan udang secara komersial yang diusahakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) iaitu: (i) projek ternakan udang dan ikan di Sebatu, Melaka; (ii) projek ternakan udang dan ikan di Fikri, Setiu Terengganu; (iii) projek di Kampung Telaga Air, Sarawak; dan (iv) projek di Pantai Merdeka, Kedah Pada akhir 2005, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah buat keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam projek-projek komersial seperti ini. Oleh itu, projek- projek ini telah diiklankan kepada orang ramai dan hasilnya projek ini telah ditawarkan kepada empat buah syarikat dan persatuan: (i) Syarikat Tunas Ekar mengusahakan projek di Sebatu Melaka. Pengeluaran tahun 2007-2008 bernilai RM1 juta melibatkan 49 metrik tan dan prestasi projek ini soalan Yang Berhormat adalah baik; (ii) Bagi projek di Fikri, Setiu Terengganu di tawarkan kepada Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (PENENTU). Pengeluarannya ialah 8-9 metrik tan bernilai kira-kira RM1 juta. Prestasi projek ini juga baik; (iii) Persatuan Nelayan Kawasan Santan Biru bagi Projek Telaga Air Sarawak, hasilnya 103 metrik tan udang putih bernilai RM765 ribu. Projek ini juga menguntungkan; dan (iv) Bagi projek di Pantai Merdeka belum lagi bermula dan diberikan kepada Syarikat Regent Venture. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada empat projek di atas LKIM juga telah menawarkan empat kawasan LKIM kepada empat syarikat bagi menjalankan ternakan ikan dalam tangki. Syarikat tersebut ialah: (i) Syarikat Kembang Subur; (ii) Syarikat My Ikan; (iii) Syarikat Ladang Idaman; dan (iv) Syarikat Gandingan Bumi Maju. Kesemua syarikat ini belum lagi memulakan operasi. Secara keseluruhannya, empat projek yang saya sebutkan pada awal tadi mendatangkan dan prestasinya baik, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya perhatikan di Kuala Sanglang, Perlis dan juga di Pantai Merdeka. Walaupun projek itu telah berjalan lebih kurang sepuluh tahun lepas, ada juga di Langkawi nampaknya tidak begitu berkesan malahan ia perlahan-lahan menurun.

Apakah tindakan walaupun dikatakan penswastaan tetapi kepada mereka yang menjalankan projek ini, apakah tindakan dijalankan kerana membazir duit kerajaan. Sepatutnya tindakan telah diambil kepada mereka yang tersebut supaya sebagai satu pengajaran untuk mereka yang menjalankan projek kerajaan. Terima kasih.

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi atas saranan supaya tindakan tegas diambil terhadap mereka yang telah gagal untuk menjalankan projek yang telah diamanahkan kepada mereka dan insya-Allah tindakan yang sewajarnya akan diambil. Saya akan berbincang Yang Berhormat Langkawi berkaitan dengan projek Langkawi tetapi projek-projek yang saya sebutkan tadi, empat projek iaitu di Kampung Sebatu, Melaka, di Fikri, Terengganu, di Telaga Air Sarawak dan Pantai Merdeka Kedah. Tiga sudah pun beroperasi dan memuaskan dan satu lagi iaitu di Pantai Merdeka yang dirujuk Yang Berhormat tadi sebenarnya belum lagi mula beroperasi cuma 10 peratus sahaja projek ini baru bermula dan belum siap sepenuhnya.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri tentu sahaja faham bahawa ancaman terbesar kepada ternakan udang secara komersial di negara kita ialah ancaman penyakit bawaan virus. Sering kali pengusaha ladang udang komersial swasta Yang Berhormat Menteri, mereka terpaksa mendapatkan mikro-biologi mereka sendiri untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah ini sedangkan di satu sisi di bawah Jabatan Perikanan waktu kita membahaskan bajet tempoh hari ada sejumlah peruntukan untuk tujuan penyelidikan. Malangnya pengusaha ladang komersial udang ini tidak dapat mencari jawapan terhadap masalah virus ini setelah tiga kali musim harvest mereka daripada Jabatan Perikanan. Yang Berhormat Menteri, soalan saya ialah sejauh mana Jabatan Perikanan melalui bajet urusan penyelidikan ini dapat menemui formula bagi memberikan jawapan dan membantu penternak udang komersial mengatasi masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat pada tahun 2008 negara telah mengeluarkan udang melalui kolam akuakultur berjumlah kira-kira 50,000 metrik tan yang bernilai kira-kira RM880 juta. Jadi industri ini industri yang besar dan terdapat beberapa buah syarikat yang memang berjaya dalam mengusahakan bidang ini. Memang virus yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi satu masalah. Ada yang dapat diselesaikan. Secaranya umumnya, negara telah dapat mengatasi masalah virus ini kerana kita ada lima pusat penyelidikan di negara kita yang diusahakan ataupun dikendalikan oleh Jabatan Perikanan di beberapa negeri, iaitu: (i) Pulau Pinang; (ii) Kuching; (iii) Pulau Sayak; (iv) Besut; dan (v) Negeri Sembilan. Ini antara lima pusat penyelidikan. Jadi satu lagi ada juga di Perak dan juga di Gelang Patah. Jadi lapan sebenarnya pusat penyelidikan. Jadi di pusat-pusat ini ada pakar- pakar, ada juga lab dan peralatan yang agak canggih. Jadi insya-Allah kerajaan di bawah Jabatan Perikanan akan cuba memastikan penyakit-penyakit virus ini dapat dikawal kerana industri ini industri yang penting dan besar menyumbang kira-kira seratus ataupun udang akuakultur ini kira-kira RM880 juta kepada hasil negara. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Dr. Tan Seng Giaw tidak ada di Dewan oleh sebab menghadirkan majlis. Jadi saya menjemput Yang Berhormat Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

[Soalan 8 – Y.B Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) tidak hadir]

Abdullah bin Mohd ZinUMNO · BNBesut · question

9. Prof. Dato' Dr. Abdullah Md. Zin [Besut] minta Menteri Pelajaran menyatakan, langkah-langkah yang akan diambil untuk menaik taraf dan memperkasa Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi menjadikannya sebagai sebahagian daripada kurikulum kebangsaan.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran · Ayer Hitam

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Langkah untuk menaik taraf dan memperkasa STAM ini amat penting kerana setakat ini ia diterima sebagai syarat kemasukan ke Universiti Al-Azhar dan beberapa universiti pengajian tinggi di negara ini seperti di UIA dan USIM. Sehubungan itu, KPM sedang mengambil langkah untuk menaik taraf dan memperkasakan STAM bagi menjadikannya sebagai sebahagian daripada kurikulum kebangsaan. Langkah-langkah yang sedang diambil adalah seperti berikut: (i) membuat beberapa pindaan kepada peraturan-peraturan kurikulum dalam Akta Pendidikan 1996 bagi membolehkan beberapa subjek STAM dimasukkan dalam kurikulum kebangsaan; dan (ii) mendapatkan persetujuan pihak JPA untuk mengiktiraf STAM sebagai syarat lantikan ke perjawatan awam setaraf dengan STPM dan pihak JPA bersetuju untuk memperakui pengiktirafan tersebut. Bagi merealisasikan usaha tersebut, sejumlah RM2.1 juta telah diperuntukkan bagi urusan perjawatan latihan guru dan penyediaan geran per kapita bagi setiap subjek STAM.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menjawab soalan saya iaitu soalan nombor 9. Saya rasa apa yang telah disebut itu adalah suatu langkah yang baik yang telah diusahakan oleh pihak Kementerian Pelajaran, kerana kita tahu STAM adalah merupakan Sijil Tinggi Agama yang telah pun lama usianya saya rasa tidak disemak semula lebih kurang sepuluh tahun. Dari segi sejarahnya saya tahu sangat STAM ini ia adalah merupakan satu usaha kerajaan untuk menyatupadukan sijil-sijil tinggi ataupun agama di peringkat menengah ini yang berselerak di seluruh negara. Jadi diambil suatu pendekatan untuk menyatupadukan. Cuma agak sayang sedikitnya ialah sijil ini berasaskan kepada Nizom Bu’us Azhar, iaitu nizom, suatu kurikulum yang dijalankan di Al-Azhar kepada pelajar-pelajar luar daripada Mesir. Saya rasa kalau hendak kira dari segi keperluan masyarakat Malaysianya, boleh diperbaiki lagi, boleh ditambah nilai lagi supaya ianya dimasyarakatkan, dibumikan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Soalan Yang Berhormat.

Jadi soalan saya supaya ambil kiralah dalam memperkasakan nanti bukan setakat yang disebut tadi dua perkara sahaja. Jadi kalau bolehnya supaya dimasyarakatkan, dibumikan supaya pelajar-pelajar ini akan mampu untuk memasuki universiti-universiti tempatan, tidak dengan pertolongan SPM. Sekarang ini hendak masuk local universities memerlukan Sijil Pelajaran Malaysia. Jadi saya rasa dia sendiri biar diperkasakan. Sekian.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Besut yang telah memberikan pandangan yang bernas. Sebenarnya latar belakangnya, STAM diperkenalkan pada tahun 1999. Memang benar pada mulanya ianya diterima bulat-bulat. Silibus yang digunakan oleh pelajar-pelajar luar daripada Mesir, 14 subjek telah diperkenalkan dalam bahasa Arab dan kesemuanya telah diterima bulat-bulat oleh kita dan dimasukkan dalam STAM. Usaha sekarang untuk yang dikatakan dibumikan, dimasyarakatkan itu memang satu perkara yang sedang dibuat oleh pihak kementerian, di mana pihak kementerian sedang merujuk perkara ini kepada MQA dan kita mahu MQA memberi satu pengiktirafan ataupun semakan terhadap kandungan apa yang diajar dalam subjek yang tertentu.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Apakah subjek yang sepatutnya dimasukkan ke dalam STAM mengikut acuan Malaysia. Jadi apabila ia diperkasakan seperti taraf STPM, cuma strumming yang berlainan. Kalau STPM dia ada perakaunan, dia ada aliran sains, STAM pula adalah aliran agama. Maka kerja-kerja untuk kita mendapatkan semakan daripada MQA sedang berjalan dan apabila siap nanti saya yakin ianya boleh digunakan dan diperluaskan lagi penggunaannya di universiti tempatan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Usaha untuk memperkasakan STAM memanglah sesuatu yang tidak dapat dinafikan baik. Cuma apa yang perlu kita lihat ialah bukan sahaja hendak meletakkan standard STAM itu sebagaimana STP untuk kemudahan-kemudahan mereka memasuki institusi-institusi pengajian bagi mereka melanjutkan pelajaran. Akan tetapi yang penting di sana ialah STAM ini tujuan dia seberapa boleh ialah untuk menggarap ilmu, untuk membawa para pelajar kita menguasai bidang ilmu. Akan tetapi yang malangnya apa yang saya difahamkan bahawa ilmu-ilmu penting, teras kepada STAM itu sendiri telah pun ditiadakan kebelakangan ini. Contoh dari segi usul al-fiqh, ilmu balaghah sebagainya telah diabaikan dalam sistem atau silibus pengajian STAM itu sendiri, yang saya rasa sudah jauh pun daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Besut tadi mengenai Nizom Bu’us...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ini kena bincang di dalamlah Yang Berhormat.

Jadi soalannya ialah, apakah ke arah memperkasakan STAM itu perlu kita mengabaikan ilmu-ilmu utama yang seperti ini dicapai bagi mereka memudahkan untuk menguasai bidang-bidang ilmu terutama sekali ilmu-ilmu Islam. Terima kasih.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Ingin saya memberi penjelasan sedikit. Sebenarnya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat adalah salah satu subjek. Kalau menurut senarai 14 subjek yang ada miftah al-balaghah itu adalah salah satu subjek yang diperkenalkan. Ingin saya mengatakan bahawa apabila kita terima secara bulat-bulat kurikulum daripada Universiti Al-Azhar, pada mulanya kita hendak menghantar anak-anak tempatan ini ke universiti tersebut, maka dari segi penerimaan dan pengiktirafan masyarakat luar tidak menjadi masalah. Jadi subjek yang diambil 14 itu sebenarnya bagaimana kita hendak rangkumkan ini supaya ianya boleh mengikut acuan Malaysia kerana kita lihat sekarang STAM ini dia tidak mengambil Pengajian Am seperti STPM dan yang lain. Jadi saya rasa mungkin untuk kita dapatkan pandangan ikhtisas daripada MQA apabila diperluaskan lagi, mungkin salah satu subjek dan merangkumi subjek-subjek digabungkan mana yang boleh gabung dan lihat kandungan itu. Saya yakin standard yang memang diharap-harapkan oleh semua pihak akan kita kekalkan, tetapi bagaimana kita hendak merangkumi ini sebagai satu subjek, itu terpulang kepada MQA dan pandangan mereka akan kita terima baik supaya kita dapat memperkasakan STAM. Terima kasih.

William Leong Jee KeenPKR · PHSelayang · question

10. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, sama ada Kerajaan Persekutuan akan membina satu lebuh raya dari Kuang ke Lebuhraya Koridor Guthrie untuk mengelakkan lori-lori daripada kuari-kuari menggunakan laluan kampung.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat tujuh syarikat yang beroperasi kuari di Kuang. Pada masa sekarang lori-lori kuari menggunakan dua jalan untuk ke kuari iaitu: (i) melalui Kampung Matang Pagar iaitu jalan luar bandar dan jalan pihak berkuasa tempatan; dan (ii) melalui Kampung Kuang iaitu jalan negeri. Sambungan jalan dari Kuang ke Lebuhraya Koridor Guthrie yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat adalah jajaran baru yang banyak melibatkan pengambilan tanah.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Kementerian mengambil maklum ke atas cadangan ini, walau bagaimanapun kementerian perlu mengkaji dengan teliti cadangan ini dari aspek sosioekonomi. Sekian.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, setelah berjanji tol diklasifikasikan baru-baru ini, kita dapati syarat-syarat perjanjian sangat berat sebelah kepada syarikat tol seperti dengan Lebuhraya Koridor Guthrie. Adakah kerajaan bercadang untuk kaji semula syarat-syarat ini dan apakah langkah untuk mengelakkan masalah yang sama pada masa depan?

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Yang di-Pertua, soalan asal memang berkenaan kesesakan di Jalan B25 dan tidak berkaitan dengan tol, saya tidak ada maklumat.

Ismail bin Mohamed SaidUMNO · BNKuala Krau · question

11. Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Pelajaran menyatakan, sehingga kini berapakah jumlah sekolah asrama harian bagi masyarakat Orang Asli di negara ini dan apakah tahap kemajuan yang dicapai berbanding dengan sekolah harian biasa.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa mengambil berat dan memberi perhatian yang sewajarnya kepada semua permasalahan berkaitan dengan pendidikan. Agenda utama KPM adalah untuk membangunkan pendidikan negara secara menyeluruh, merapatkan jurang pembangunan prasarana dan pencapaian murid, memperbaiki sekolah daif serta memberi akses dan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid terutamanya bagi murid luar bandar dan pedalaman. Sehingga 31 Januari 2009, terdapat 93 buah sekolah Orang Asli di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 48 buah daripadanya mempunyai kemudahan asrama harian. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dengan adanya kemudahan asrama harian dan bantuan lain yang telah diberikan, banyak menyumbang kepada peningkatan enrolmen dan peningkatan prestasi akademik murid khasnya dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Seterusnya pencapaian murid Orang Asli dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM. Sebagai contoh seramai empat orang murid di SK Penderas Temerloh, Pahang telah berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR 2008. Selain itu, peratusan pencapaian akademik sekolah Orang Asli di peringkat kebangsaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains, Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam secara keseluruhannya juga adalah pada tahap yang memuaskan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih kerana telah menyebut bagi sekolah Orang Asli di Penderas di kawasan saya, memang ada kemajuan. Malah ia lebih baik daripada sekolah harian bagi masyarakat lain terutama sekolah berhampiran sekolah Melayu. Sudah sekian lama tidak mendapat 5A pelajarnya. Soalan saya, adakah kerajaan atau kementerian berhasrat untuk memperluaskan lagi sekolah asrama harian bagi masyarakat Orang Asli di seluruh negara termasuk juga membina sekolah asrama harian bagi sekolah kebangsaan bagi masyarakat lain. Terima kasih.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat, saya ucapkan tahniah kerana sekolah tersebut terletak dalam kawasan Yang Berhormat. Sebenarnya saya mendapat maklumat, oleh sebab keprihatinan wakil rakyatnya termasuk Yang Berhormat, inilah yang memberangsangkan prestasi baik untuk UPSR. Keduanya, apa yang disarankan oleh Yang Berhormat sebenarnya benar. Pihak kementerian sedang dalam usaha untuk kita memperbanyakkan lagi asrama harian khususnya bagi Orang Asli yang di kawasan pedalaman yang mana kita kena kumpulkan mereka dan kita memberi satu motivasi kepada mereka apabila mereka duduk dalam asrama dan ianya merupakan satu kaedah terbaik untuk kita mempertingkatkan mutu akademik mereka dan itu juga tertakluk kepada kemampuan kewangan negara. Terima kasih.

Dr. P. RamasamyDAP · PRBatu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pagi ini kurang sihat, tak apalah. Timbalan Menteri, masyarakat Orang Asli adalah masyarakat yang tertinggal di Malaysia, masyarakat peribumi yang telah dipinggirkan dalam masyarakat Malaysia oleh arus pemodenan. Saya sukar untuk terima kenyataan bahawa masyarakat Orang Asli telah mencapai satu kemajuan dalam sistem pendidikan di Malaysia yang sebenarnya yang menguntungkan masyarakat di bandar-bandar. Dalam pengamatan saya tentang masyarakat Orang Asli ini, bukan mereka mencapai 5A, 6A atau ke mana-mana tetapi purata pencapaian Orang Asli sebagai satu masyarakat. Saya sukar untuk terima bahawa masyarakat Orang Asli ini sudah maju, bukan kita menghalang kemajuan tetapi saya rasa fakta yang diberikan oleh Menteri, sukar untuk diterima. Minta maaf.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Sebenarnya Yang Berhormat tidak mendengar tidak jelas. Untuk beberapa mata pelajaran sahaja, tidak bermakna Kementerian Pelajaran, kita berasa complacent atau kita rasa kita tidak ada usaha lagi yang perlu dibuat, banyak lagi perkara. Kalau kita melihat secara purata pencapaian anak-anak Orang Asli, kita melihat peningkatan yang mengagumkan tetapi belum sampai lagi purata national average dengan izin. Jadi kita berusaha termasuk memperkenalkan kelas orang dewasa di kalangan Orang-orang Asli. Kenapa kita memperkenalkan? Ini kerana ia merupakan satu kaedah untuk memberi pendedahan kepada bapa-bapa mereka, ibu bapa mereka agar mereka sedar betapa pentingnya pendidikan. Selepas itu, kita menggalakkan supaya anak-anaknya tidak keciciran. Jadi dengan cara itu, banyak lagi program yang telah kita lakukan termasuk kita memberi pemulihan khas kepada anak-anak Orang Asli. Pelbagai usaha, kalau dulunya untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, hanya tak sampai 20 peratus yang lulus, sekarang peningkatannya sampai 38 dan 40 peratus. Itu tidak bermakna kita sudah merasakan tidak apa-apa yang perlu dibuat, jadi kita sedang berusaha mempertingkatkan itu. Peningkatan ada tetapi masih banyak ruang lagi untuk kita mencapai kecemerlangan. Terima kasih.

Siringan bin GubatUPKO · BNRanau · question

12. Datuk Siringan bin Gubat [Ranau] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, berapa banyak projek serta peruntukan yang akan dilaksanakan di kawasan Parlimen Ranau sepanjang tahun 2009.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I · Pensiangan

Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2009, kawasan Parlimen Ranau diperuntukkan sejumlah RM1.4 juta bagi program projek jalan kampung atau PJK dan RM300,000 bagi Program Ameniti Sosial. Bagi projek bekalan elektrik luar bandar pula, kawasan Parlimen Ranau telah diperuntukkan sebanyak RM40 juta dan senarai projek sedang dimuktamadkan. Manakala bagi cadangan projek bekalan air luar bandar tahun 2009, terdapat satu projek di kawasan Parlimen Ranau yang sedang dimuktamadkan iaitu penyambungan sistem bekalan air ke Kampung Kandayon, Ranau dengan anggaran kos sebanyak RM3.3 juta. Projek ini akan memberi manfaat kepada 60 buah rumah. Di bawah pakej rancangan ekonomi daerah Ranau sebanyak tujuh projek jalan kampung dengan kos jumlah RM1 juta sedang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Ranau. Projek-projek itu adalah seperti berikut: (i) naik taraf jalan ke Desa Aman; (ii) naik taraf jalan Kampung Kauluan; (iii) naik taraf jalan Kampung Ruhukon ke SK Lipasu; (iv) naik taraf jalan Kampung Tegudon Lama ke Kampung Koranaan; (v) naik taraf jalan Kampung Lohan Satu; (vi) naik taraf jalan Kampung Tegudon Baru; dan (vii) naik taraf jalan Kampung Suminipod.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I · Pensiangan

Kesemua ini berjumlah 5.8 kilometer yang memakan belanja berjumlah RM1 juta.

Okey Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dengan jawapan yang begitu jelas dan memuaskan. Saya ingin tahu apakah pendekatan kementerian Yang Berhormat untuk menyelaraskan pertindihan status yang tidak begitu jelas atau di manakah dengan izin, dividing line terutama sekali mengenai jalan-jalan raya di bawah JKR negeri dibandingkan jalan raya di bawah kementerian Yang Berhormat kerana ada kekeliruan. Pertama sekali yang terdapat di kawasan luar bandar, mohon penjelasan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya apabila sejak kita membuat satu perancangan di bawahan, kita mempunyai beberapa jawatankuasa yang sepatutnya duduk bersama untuk meneliti, mengenal pasti di mana satu projek yang dilaksanakan oleh JKR dan di mana satu projek yang akan dilaksanakan oleh Kementerian dan Pembangunan Luar Bandar. Bagi JKR ini, mereka mempunyai senarai tertentu. Bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, kita juga mempunyai satu senarai yang cukup jelas iaitu di bawah tajuk Jalan Raya Luar Bandar. Setiap kali kita melaksanakan projek itu sememangnya kita minta supaya semua pihak yang berkaitan ini dapat duduk bersama supaya mereka dapat mengenal pasti di mana satu jalan raya yang akan dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu. Saya percaya Ahli Yang Berhormat daripada Ranau ini sebenarnya adalah merupakan seorang ahli pembangunan. Tindakan daerah di mana Ahli Yang Berhormat sendiri mungkin boleh mengambil peranan untuk menyelaras kesemua perlaksanaan projek ini. Terima kasih. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen Kedua

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat daripada Sungai Siput.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kegawatan ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah dicetuskan apabila berpuluh-puluh ribu peminjam daripada lapisan berpendapatan rendah tidak dapat bayar balik pinjaman mereka.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Jadi masalah pokoknya ialah pinjaman yang toksik dan ketiadaan kredit dalam sistem perbankan di Amerika dan Eropah. Di Malaysia, situasi kita berbeza. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Sistem perbankan kita tidak bermasalah. Masalah yang kita hadapi ialah pasaran untuk produk yang kita keluarkan telah susut dengan teruk. Sektor elektronik ialah sektor industri yang terbesar Malaysia. Sektor ini menghadapi satu pasaran yang begitu lembap kerana sektor elektronik di Amerika dan di Eropah susut. Sama juga dengan sektor automobil. Pengeluaran kereta di Amerika di dunia telah susut sebanyak 30% dalam enam bulan yang lalu. Oleh itu permintaan untuk getah telah susut dan harga getah pun telah kurang. Oleh itu pekerja kita tidak dapat overtime, ada bilangan pekerja kita yang dikurangkan dan pekebun kita menghadapi harga getah yang turun. Ini semua bawa masalah kepada peniaga kecil. Di negara kita ini Tuan Yang di- Pertua, kita ada lebih kurang dua juta peniaga kecil dan mereka ini jual kepada pekerja kita, pekebun kita. Mereka tidak jual kepada negara asing, not for the foreign market. Di dalam keadaan di mana masalah pokok di Malaysia ialah pemasaran, permintaan yang kecil. Rancangan kerajaan untuk menjana pasaran dalaman dengan suntik peruntukan sebanyak RM7 bilion, ini adalah satu pendekatan yang berpatutan. It’s the right approach. Akan tetapi apa yang amat penting ialah kita mesti memantau tiga perkara. Dalam perlaksanaan skim ini, untuk suntikan dana, untuk merangsang ekonomi: (i) kita mesti memastikan bahawa projek infrastruktur yang dibuat itu adalah perlu. Ia bukan satu white elephant ataupun gajah putih yang hendak dilakukan untuk beri kerja untuk syarikat- syarikat tertentu; (ii) projek-projek infra yang dibuat mesti beri hasil yang bermutu tinggi, yang berkualiti, yang boleh dipakai dan bukan yang setengah masak; dan (iii) projek-projek ini mesti menjana peluang kerja untuk rakyat tempatan. Di dalam pasaran buruh di Malaysia, pekerja asing tanpa permit adalah pekerja dengan gaji yang terendah sekali. Ada kemungkinan syarikat-syarikat swasta yang diberi projek- projek infra akan ambil pekerja asing tanpa permit kerana mereka boleh dapat untung yang tertinggi daripada itu. Akan tetapi kita mesti ada syarat-syarat untuk memastikan pekerja kita yang hilang kerja, yang memerlukan kerja diberi kerja dengan gaji yang berpatutan. Ini tiga perkara penting. Dalam perkara ini saya hendak bawa satu projek di kawasan saya. Projek High Tech Park di Kantan, Perak. Projek ini telah dikemukakan oleh Kerajaan Barisan Nasional dalam 2006, 2007 telah di shelved tahun lalu dan sekarang telah di bawa balik lagi sekali sekarang selepas rampasan kuasa di Perak. Cadangannya ialah untuk membangunkan 3,000 ekar tanah sebagai satu projek high tech. Masalahnya ialah kawasan itu telah dipakai oleh 300 pekebun kecil untuk buat sayur-sayuran untuk 50, 60 tahun yang lalu. So, pada masa ini mereka menghasilkan 60,000 kilogram sayur dan buah setiap hari. Kerajaan ingin memindahkan mereka ke satu kawasan di Hulu Tanjung Rambutan. Masalah dengan idea itu ialah kawasan di Tanjung Rambutan itu berbukit-bukit dan kekurangan air dan tidak begitu sesuai untuk tanaman sayur-sayuran. Satu lagi masalah ialah, ada satu kampung Orang Asli di situ, Kampung Tunggang. Walaupun tanah itu belum dirizabkan sebagai tanah Orang Asli tetapi memang telah dipakai oleh masyarakat Orang Asli sekian lama ini. Jadi jika projek ini dilakukan pada masa ini, pada masa ekonomi dunia begini lembap, saya ingat tidak ada harapan berpuluh pelabur asing akan datang melabur dan membina kilang di tapak ini. Juga ada banyak lot kosong di Zon Perindustrian Kantan yang bersebelahan dengan projek high tech ini.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Jadi jika projek ini diteruskan dia akan memusnahkan satu ekonomi agraria yang menampung kehidupan 300 pekebun dan juga berpuluh-puluh pekerja kebun, pemandu lori, peniaga sayur, peniaga baja dan sebagainya. Dia akan mengecutkan pasaran dalaman negeri Perak. Manakala tujuan utama peruntukan suntikan RM7 bilion ialah untuk merangsangkan pasaran dalaman. Akan tetapi projek ini akan memusnahkan pasaran dalaman. Akan tetapi malangnya ada pihak-pihak yang sangat mahu projek ini diluluskan kerana mereka ini akan dapat kontrak. Kontrak bina jalan, kontrak buat longkang, kontrak bawa elektrik, air. So for the wrong reasons, mereka tidak kisah jika projek yang mereka sediakan ini, musnahkan satu ekonomi agraria, sediakan lot-lot yang terus lapang untuk sepuluh tahun, mereka tidak kisah kerana mereka akan mengaut untungnya. Apa yang sedih ialah kumpulan-kumpulan ini yang sangat mahu projek ini diluluskan ada suara yang kuat dalam kerajaan negeri Perak. Dia ada akses, dia ada hubungan tetapi pekebun biasa yang duduk di situ selama 50 tahun tidak ada akses itu. Apatah lagi Orang Asli, langsung tidak ada akses. Jadi inilah masalahnya. Jadi saya ingat Menteri Kewangan mesti bagi tahu Dewan ini bagaimana, apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi memastikan projek-projek untuk merangsang ekonomi bukan jadi white elephant, gajah putih. Bukan akan menghancurkan ekonomi yang sedia ada. Bukan akan dipakai sebagai kesempatan oleh syarikat-syarikat tertentu dengan hubungan dengan kerajaan untuk menjadi kaya. Must make sure. Ini check and balance, harus diwujudkan. Tuan Yang di-Pertua, ada banyak projek yang perlu dilakukan. Di Malaysia ada banyak rumah pangsa, rumah kos rendah dalam keadaan teruk. Sebagai umpamanya ada rumah pangsa Taman Pertama kos rendah di Ipoh di mana walaupun jawatankuasa pengurusan, management corporation nya telah ditubuhkan lapan tahun dulu, mereka ini tidak dapat kutip yuran. Ini berlaku di banyak rumah pangsa, rumah kos rendah.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Tidak dapat kutip yuran jadi bankrap untuk lapan tahun tidak ada kerja-kerja pengurusan, tidak ada kerja-kerja pembersihan yang berlaku. Setengah orang sudah keluar tetapi yang tidak boleh keluar masih di situ dan juga ada ramai orang penagih dadah. Ada pusher dalam dia punya stair well pada malam dan bahaya untuk jalan dalam itu dengan izin, stair well. Jadi ini adalah satu masalah ini sudah jadi satu macam ghetto, dengan izin. Perkara ini telah dibawa kepada Majlis Perbandaran Ipoh dan juga kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sampai sekarang empat, lima tahun belum ditangani. Masalahnya ialah ini perlu dana, satu dana besar untuk you know suntik dalam infrastruktur untuk tubuh balik perbadanan. Walaupun ada satu law baru, ada housing building commissioner di dalam Akta Strata dia tidak ada kuasa. Saya tahu mereka telah cuba dapatkan pihak swasta untuk ambil alih ini tetapi pihak swasta tidak hendak kerana mereka tahu mereka pun tidak boleh kutip yuran itu. Kerja-kerja yang patut dibuat adalah begitu mahal. Saya harap ini bukan sahaja di Taman Pertama sahaja di Ipoh, ini masalah sama di beberapa bandar di Malaysia. Saya syorkanlah kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengambil satu sikap proaktif. Tubuhkan satu jawatankuasa untuk kenal pasti semua rumah pangsa seperti ini seperti di Taman Pertama yang hadapi masalah yang sama. Kegagalan management corporation dan gubalkan satu rancangan serta pelan untuk membangunkan untuk memulihkan rumah-rumah pangsa seperti ini. Pohon dana daripada pakej untuk merangsang ekonomi untuk memulihkan semua rumah pangsa ini. Ini saya rasa satu langkah yang bagus, ini akan merangsang ekonomi dan juga akan membawa kebaikan pada rakyat kita. Saya harap projek macam ini dilaksanakan dengan suntikan. Tuan Yang di-Pertua, negara Malaysia ini kaya ada banyak sumber, ada fundamental yang kukuh. Ini semua betul tetapi kita mesti sedar dunia sekarang menghadapi satu kegawatan ekonomi yang tidak pernah dihadapi sebelum ini. Saya ingin quote George Soros kawan kita ini dia kata dalam Star Business. Okey, 23 Februari apa dikatakan dengan izin we are in a crisis that is really the most serious since the 1930’s. And this is different from all the other crisis experienced in our life time, dia kata.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Ini satu perkara yang penting. Bill Gates juga orang yang terkaya dunia mengatakan bahawa mungkin akan ambil lima tahun ke atas untuk sistem ekonomi dunia ini pulih. Baru- baru ini kongres Amerika meluluskan USD787 bilion sebagai dana suntikan ekonomi mereka. Di Amerika GDP nya dengan izin ataupun keluaran kasar dalam negeri adalah lebih kurang RM14 trilion. Peruntukan ini USD787 bilion merupakan 5 peratus daripada GDP Amerika. Satu jumlah yang begitu besar. Kita mesti ingatkan bahawa hutang kerajaan Amerika Syarikat kepada GDP sudah capai 60 peratus dalam tahun 2007 sebelum ini semua. Jadi kemungkinan default ataupun ketidakupayaan membayar balik pinjaman-pinjaman ini ataupun kemungkinan tidak dinafikan. Ini telah pernah berlaku di Mexico 20 tahun dahulu. Kemungkinannya berlaku di Amerika tidak boleh dinafikan. Mexico merupakan ekonomi yang tidak begitu besar dan Institusi Kewangan Antarabangsa dapat menahan serta dapat memulihkan balik keadaan dapat selamatkan Mexico. Jika berlaku di Amerika dengan GDP begitu besar apakah kesannya pada dunia? Pada masa ini banyak savings wang simpanan daripada China, negara Teluk semua disimpan di Amerika Syarikat. Jika Amerika Syarikat gagal apakah kesan ia pada dunia? Jadi inilah satu isu-isu yang kita kena harus menimbangkan. Saya ingin tanya kepada Kementerian Kewangan adakah pihak perancang ekonomi negara kita menimbangkan perkara-perkara macam ini, adakah kita pelan contingency? Jika berlakunya default oleh Kerajaan Amerika apakah cara kita akan kendalikannya? Ini harus penting kita tengok. Macam dikatakan oleh George Soros, we are in uncharted territory, dengan izin. Tidak ada preseden tetapi kita mesti sediakan diri. So saya rasa di Malaysia kita mesti menjimatkan kita punya simpanan rizab kita. Jangan bazirkan semua rizab kami dalam tahun yang pertama dengan jangkaan kegawatan akan pulih dalam masa satu tahun, mungkin tidak ada. Kita mesti menyekat keinginan pihak-pihak tertentu untuk memakai pakej-pakej merangsang ekonomi sebagai kesempatan untuk menjadi kaya raya. Ini banyak penting. Kita cakap banyak berkenaan dengan derhaka tetapi saya rasa ini memakai rizab negara untuk mengayakan satu segelintir kecil juga derhaka. Saya ingat apa juga yang berlaku dalam sistem ekonomi dunia kita mesti pegang pada satu. Semua lapisan rakyat di Malaysia...

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Minta laluan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Sungai Siput. Bercakap mengenai ekonomi Amerika yang dikatakan hampir lumpuh dan mungkin collapse dengan izin, akibat daripada kegawatan kewangan yang sedang berlaku. Kita pun maklum bahawa Amerika ini adalah rakan dagangan kita yang besar dan banyak daripada eksport barangan buatan kita akan ataupun terus ke Amerika. Jadi kesan runtuhan ekonomi Amerika ini akan menjejaskan daya import mereka terhadap barangan kita dan kita juga akan mempunyai masalah untuk memasarkan barangan kita. Adakah cadangan Yang Berhormat tadi supaya Kementerian Kewangan dan pemikir-pemikir ekonomi kita memikirkan perkara ini, dalam masa yang sama memikirkan pasaran-pasaran alternatif terhadap barangan-barangan kita terutamanya ke negara- negara yang belum kita terokai dengan meluas seperti negara-negara rakan OIC dan negara-negara Selatan. Kita tidak mahu barang-barang kita melambak dalam negara kita ataupun dihentikan pengeluaran dan menjejaskan pekerjaan rakyat kita. Oleh yang demikian, mesti langkah yang lebih berkesan diambil untuk mencari pasaran-pasaran baru. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Kuala Krai. Saya ingat itu cadangan yang boleh dibincang tetapi masalahnya ialah jika kita mempelbagaikan pun kita punya pasaran. Jika ada masalah macam keruntuhan sistem finance di Amerika dia jadi bankrap default pada loan dia ini akan bawa kesan yang buruk kepada semua. Negara- negara teluk pun dia simpan banyak duit dekat Amerika, negara China pun sekarang. Walaupun masalah perbankan di Amerika sekarang pun negara China menghadapi kemelesetan ekonomi di mana berpuluh-puluh juta orang dibuang kerja.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

So ini satu masalah saya ingat kita tidak boleh lepaskan diri dengan cari satu negara yang lain. It’s global ini satu dunia antarabangsa dan jika ini berlaku it’s a big problem. Saya rasa apa yang kita mesti fokus apa yang penting sekali ialah apa juga yang berlaku kita mesti memastikan semua rakyat Malaysia dilindungi. Dengan izin no one must be left behind. Keperluan asas kesemua rakyat Malaysia makanan, perumahan, pendidikan untuk kanak-kanak, rawatan perubatan kesemua ini mesti dilindungi. What ever happens, you must make sure kita tidak meninggalkan sesiapa.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Boleh mohon penjelasan? Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua Kepong itu salah tempat duduk Tuan Yang di-Pertua.

Tak boleh, point of order... [Bercakap tidak menggunakan pembesar suara]

Tak boleh. Tak boleh. Point of order, kena balik tempat.

Sila teruskan, teruskan dengan apa yang ingin diperjelaskan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Penjelasan, penjelasan... [Ketawa] Dia salah tempat duduk, dia masuk terus duduk situ. Saya rasa dia tersalah tempat duduk.

Agaknya pagi ini dia penatlah... [Ketawa] Dia hendak berhenti sekejap baru pergi tempat duduk. Teruskan Yang Berhormat Batu Pahat.

Dia operate kulit.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Okey. Cuma penjelasan sebab derhaka tadi itu... [Ketawa] Saya setuju kalau kita salah guna dan sebagainya tetapi kalau beli lembu korban guna duit syarikat kerajaan negeri, itu derhaka kah tidak derhaka itu? Lembu korban.

Dr. M Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Pada saya, saya tidak tengok apa masalah dia. Jika kita bagi lembu pada orang miskin, I don’t understand masalah dia... [Tepuk] Akan tetapi saya rasa lebih baik...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Walaupun peraturan tidak betul, cara tidak betul dari segi prosedur... [Dewan riuh] Amal jariah guna duit sendirilah, apa guna duit kerajaan?

Jangan berdialog Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dr. M Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Tidak, ini bukan masuk dalam speech saya, saya rasa.

Yang Berhormat Sungai siput panjang lagi kah?... Ramai lagi rakan-rakan belum bercakap.

Dr. M Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Tidak begitu panjang. Mungkin lagi dua pages. Saya hendak masuk balik kepada isu keperluan asas. Berkenaan dengan keperluan asas, sistem kesihatan negara ada satu perkhidmatan yang begitu penting kepada rakyat kita. Dalam sesi yang lalu, saya telah membawa isu full paying patient di Hospital Selayang. Satu projek perintis di mana pakar-pakar kerajaan dibenarkan merawat pesakit swasta di hospital kerajaan. Pada masa itu, Menteri Kesihatan beritahu Dewan ini bahawa ini hanya berlaku pada hari Sabtu dan Ahad bukan pada hari kerja yang biasa. Katanya juga ada had berapa jam yang boleh dipakai untuk merawat pesakit swasta itu. Lagi dia kata mereka akan buat satu kajian dan dia kata, “Saya janji saya akan bawa ini kepada...”

Dr. M Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Let me finish it first.

Hendak tanya sikit saja.

Dr. M Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Saya hendak habiskan ini dahulu.

Dr. M Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Jika dia janji, dia akan membawa kajian itu ke Dewan ini untuk memberitahu kita semua. Akan tetapi, apa yang mengecewakan, semua yang dikatakan oleh Menteri Kesihatan itu tidak benar kerana ada pesakit swasta dalam wad, in patient. Tidak masuk akal dia hanya akan jaga dia hanya hari Ahad dan hari Sabtu. Hari-hari dia akan tengok dia. Juga saya dengar daripada kawan- kawan saya, ada dalam list pembedahan, ya, ada kes awam yang ditunda supaya kes swasta dapat dilakukan pada hari itu. Saya juga dengar ada pakar di Hospital Selayang yang dapat pendapatan tambahan daripada Skim FPP ini sebanyak RM30,000 sebulan. Had, dia kata ada had. Apa had dia ini? Juga, apa yang paling mengecewakan ialah sekarang Kementerian Kesihatan sedang bercadang untuk membawa skim ini ke enam hospital lagi di Malaysia tanpa membincangkannya di Dewan ini. Jadi saya pohonlah kepada Menteri Kesihatan, tolonglah jangan mislead ya. Jika tidak tahu check dahulu, jawab kemudian tetapi jangan beri information, jangan bohong pada Dewan ini. Yes.

Yang Berhormat Sungai Siput. Saya ingat PKR, bukan, PSM, mungkin Yang Berhormat bagi tahu saya. Akan tetapi saya tertarik Yang Berhormat, hendak minta penjelasan sedikit, dari segi isu social safety net, saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat. Sebelum Yang Berhormat terus beralih kepada topik social safety net, di mana boleh kita bahaskan, Yang Berhormat kata kita tidak prihatin, BN prihatin. Itu perbahasan, boleh debate. Akan tetapi saya hendak bertanya, tadi teori yang baik Yang Berhormat bawa, saya setuju dengan pandangan Kuala Krai tadi. Sistem kewangan Yang Berhormat Kuala Krai, takut dia hendak ke Pahang pula dah. Dia orang PAS ini, bertanding sini, kalah sini, kalah sana, dia round baru menang. [Ketawa] Parti pusing-pusing... [Ketawa] Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Krai. Dah setuju marah lagi? Terima kasih. Sebab saya setuju tadi bukan tidak setuju. Saya setuju Kuala Krai. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sekejap hendak bertanding, sekejap tidak hendak bertanding. Itu pun sama juga... [Ketawa]

Parti timbang-timbang.

[Ketawa] Parti timbang-timbang, betul. Tadi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Krai, kita mungkin berbeza dalam ideologi. Ada perkara... [Disampuk] Kuala Krau, Kuala Krai, tadi dalam isu tertentu kita bersetuju tetapi dia tidak berani lawan timbalan presiden dia. Kita tahu sistem Amerika, collapse sistem kewangannya. Kita boleh banyak bahas. Satu isu conventional, banking dia masih okey, tetapi so-called the parallel gray banking system, itu masalah. Itu debate Yang Berhormat mungkin tahu. Akan tetapi kesan kepada ekonomi mereka itu seperti industri kereta dia, Ford USD150 bilion, jadi USD2 bilion, USD3 bilion. Ini ada kesan kepada eksport. Apa jua Yang Berhormat Kuala Krai kata hendak eksport ke negara lain tetapi menghadapi masalah yang sama. Dunia nampak bahawa kita perlu tengok dalaman. Kita kena orang kata rangsang ekonomi kita sendiri. Untuk itu, adakah Yang Berhormat bersetuju supaya Menteri Kewangan dalam mini bajet dia melihat bagaimana hendak merangsang ekonomi yang kita sendiri, yang kita boleh bina sendiri kerana Malaysia tidak boleh hanya bergantung kepada industri di mana teknologi datang daripada luar, pasaran pada luar, modal pada luar. Akan tapi hakiki kita sendiri rakyat Malaysia, seperti saya sebutkan tadi, 5,000 saintis yang kita ada. Apa pandangan Yang Berhormat? Bagaimana kita hendak rangsang dengan kekuatan ekonomi kita. Sebab saya nampak Yang Berhormat mungkin sudah tahu juga, mungkin salah seorang yang pakar ekonomi. Apa pandangan Yang Berhormat dalam perkara ini selain isu social safety net, dengan izin.

Dr. M Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya kata tadi, saya setuju, ini pendekatan untuk merangsang ekonomi untuk menjanakan pasaran dalaman adalah jalan yang betul pada masa ini. Apa yang saya katakan tadi adalah begitu perlu kita pastikan projek-projek bukan jadi satu gajah putih, ya. Tidak ada wastage dan tidak dipakai oleh sesiapa untuk menjadi kaya. Jadi dia mesti bertepatan. So there must be satu sistem, satu mekanisme untuk memastikan peruntukan perbelanjaan ini semua adalah wajar dan dibuat untuk sebab- sebab yang tertentu. Macam example yang saya bagi tadi, contohnya di projek high tech itu. Itu saya ingat akan musnahkan pasaran dalaman bukan menjana pasaran dalaman. Ini semua kita kena halusi sebelum kita membuatnya. Saya hendak bawa balik kepada isu kesihatan di mana baru-baru ini dalam News Straits Times, 20 Februari di mana Menteri Kesihatan telah mengumumkan bahawa “The Government has approved licenses for a total of 45 new private hospitals, dengan izin. And this will grow the number of beds at private hospitals by one third.” Ini satu isu yang sangat mengecewakan pada saya kerana saya sudah hujah beberapa kali dalam Dewan ini bahawa perkembangan hospital swasta, ya, perkembangan hospital swasta akan mempercepatkan penghijrahan doktor pakar daripada hospital awam atau hospital kerajaan ke hospital swasta itu. Saya sudah menerangkan masalah utama di hospital kerajaan ialah kekurangan doktor pakar. Jika kita excess doktor pakar kita boleh bagi mereka hijrah tetapi kita ini kekurangan doktor pakar di hospital kerajaan. Pada masa ini, 75 peratus daripada doktor pakar di negara ini ada di hospital swasta. Hanya 25 peratus di hospital kerajaan tetapi majoriti rakyat kita masih pergi ke hospital kerajaan. Inilah masalah pokok dan ini saya sudah hujah beberapa kali dalam Dewan ini. Akan tetapi kerajaan kita, Menteri kita teruskan dengan rancangan yang akan terus memperlemah hospital awam kita, akan mempercepatkan lagi penghijrahan. Jadi saya kelirulah, adakah Menteri tidak dengar, tidak faham, ataupun tidak peduli. Mungkin tidak peduli. Saya bagi tahu kenapa. Pada masa ini, kerajaan kita telah menjadi pemilik hospital swasta juga melalui semua GLC seperti Pantai Holdings, Khazanah, Sime Darby, SEDC Johor. Sekarang, kerajaan ini dia pegang hospital awam, dia kena jaga hospital awam. Pada masa yang sama, dia juga pegang hospital swasta. Jadi siapa anak yang betul, siapa yang anak tiri... [Ketawa] Nampaknya hospital awam sudah jadi anak tiri sekarang. Dia hendak suap makan kali ini dia baru hampir bagi IJN suap makan pada satu GLC kerajaan, hampir. Jadi inilah masalahnya. Ini sangat mengecewakan dan saya ingin ingatkanlah pada kerajaan ya, kita ini kerajaan diberi kuasa tadbirlah. Ini suatu kuasa tadbir, ini adalah satu amanah yang suci daripada rakyat ya, untuk menjaga kebajikan rakyat, untuk menjaga sistem kesihatan awam. Jika kita terus ambil pendekatan untuk memperlemah lagi, untuk hancurkan lagi satu sistem ini yang begitu penting untuk rakyat, ini satu pemecahan amanah. Saya rasa jika ini berterusan, sediakan diri untuk terima hukuman rakyat dalam pilihan raya akan datang ya.

Dr. M Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Secara ringkas, saya hendak sentuh beberapa perkara. Pertama ialah Rohingya. Masalah orang-orang pelarian. Saya ingin tanya Menteri Dalam Negeri adakah di Malaysia kita ini kenali orang pelarian atau pun orang refugee sebagai satu kategori yang berbeza daripada pekerja tanpa izin atau pun kita klasifikasi kan mereka semua sebagai sama? Semua sebagai pendatang tanpa izin. Sebenarnya, orang pelarian macam Rohingya ini mereka tidak boleh dapat apa- apa dokumen yang sah. Mereka lari daripada satu keadaan yang begitu teruk. Jadi, saya mahu tanya Kementerian Dalam Negeri, adakah mereka menyifatkan, mentafsirkan dia sebagai satu kategori yang istimewa. Satu lagi yang saya mahu tanya ialah adakah benar bahawa surat-surat UNHCR iaitu bahagian United Nations yang menjaga pelarian, refugee yang mentafsirkan pemegang sebagai seorang refugee atau pun asylum seeker bahawa surat ini tidak dihormati, tidak diterima oleh pihak rela dan imigresen. Jika mereka tangkap seorang refugee, pelarian itu dengan surat terus juga masuk ke lokap. Itulah yang saya dengar, saya mahu dapatkan penjelasan.

Dr. M Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Ketiga ialah adakah benar pihak imigresen tidak membenarkan pihak UNACR berlawan ke kem-kem tahanan untuk temu duga dengan orang pelarian di situ untuk memproses permohonan mereka untuk ditafsirkan sebagai refugee. Saya harap Menteri Dalam Negeri akan jawab ini. Kita bangga mengatakan kita Malaysia masyarakat penyayang tetapi saya rasa Tuan Yang di-Pertua ujian yang terbaik untuk memastikan sama ada Malaysia benar-benar masyarakat penyayang adalah cara kita menangani golongan-golongan yang lemah, golongan-golongan yang terpinggir, golongan yang tidak ada kuasa. Pelarian Rohingya ini ialah kumpulan seperti itu. Apakah cara kita menangani mereka? Satu lagi saya hendak bawa ialah isu imej polis. Ada satu konsep mengatakan kita mesti menangi hearts and minds dengan izin. Kita mesti memenangi hati dan minda masyarakat. Jika kita boleh memenangi hati dan minda masyarakat, masyarakat percaya pada polis, baru ada kerjasama dan polis dapat membendung penjenayah di negara kita. Akan tetapi, isu-isu seperti penembakan mati enam orang di Kulim, di Kampung Kemunting Karangan Kulim pada 17 hari bulan ini. Ini semua membawa satu persepsi negatif terhadap polis kerana ini bukan pertama kali berlaku. Ini beberapa kali beberapa kumpulan pemuda ditembak mati dan paten dia sama. Ada penjenayah, polis pergi hendak tangkap mereka, mereka tembak kepada polis, untuk mempertahankan diri, polis tembak balik, semua mati, selalu macam ini. Apa yang pelik ialah biasanya tiada seorang polis pun yang kena peluru, tidak cedera. Biasanya kereta polis pun tidak ada tanda peluru. Jadi, ertinya...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Mahu polis mati dahulu kah?

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Bukan, bukan hendak polis mati. Akan tetapi apa yang saya tanya. Tiap kali ada macam ini, shoot out, tiap kali hanya penjahat semua mati sekali tetapi tidak ada satu tanda pun kereta polis pun tidak kena peluru. Jadi, ertinya jika apa yang polis kata ini betul, mereka ditembak dahulu ertinya penjenayah di Malaysia ini are very bad shot. Tidak boleh tembak dengan betul. Jadi, you boleh ambil masa, jangan tembak kepada kepala, jangan tembak pada dada, tembak kaki dia lah. Kenapa tembak sampai mati?

Yang Berhormat Sungai Siput, boleh saya mencelah.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Boleh.

Saya tidak berapa setuju dengan persepsi atau pandangan Yang Berhormat Sungai Siput. Tembak menembak ini ialah dia tembak polis, polis tembak dia, dia mati. Hendak buat macam mana, polis ada latihan. Perompak, penyamun, gengster ini tembak kalau kena ada banyak polis yang kena. Jadi, kita hendak suruh polis mati, itu kita tidak ada apa-apa. Perompak, penjenayah ini kadang-kadang dia sudah bunuh orang, sudah rompak orang, rogol orang. Apa kita hendak menyebelahi penjenayah? Saya pelik kalau di Parlimen ini kita boleh menyebelahi penjenayah. Tidak boleh, kita kena bersama-samalah untuk membanteras penjenayah. Polis ini menyerahkan jiwa raga dia, boleh jadi dia mati. Tolonglah, jangan kita sangka buruk kepada pihak polis.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Sungai Siput, boleh saya minta laluan.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Just a very short ...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sri Gading itu betul, benar. Kalau seorang perompak, perogol, pembunuh diserang hendap oleh polis, diserang hendap dengan perancangan yang betul, tangkap mereka, bawa mereka ke muka pengadilan, saya pun akan setuju dan saya menyokong penuh. Namun, apa yang berlaku Yang Berhormat Sungai Siput, saya mahu Yang Berhormat Sungai Siput bagi ulasan atau perbetulkan saya kalau salah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kita melihat di Sauk, Bukit Jenalik penglibatan campur tangan polis dan tentera, perompak-perompak mereka merompak senjata daripada sebelah nun jauh di Gerik saya ingat. Gerik atau pun sempadan Kelantan membawa senjata ratusan senjata dalam trak, berkubu di lereng bukit Sauk, berkubu kemudian mereka tangkap dua orang pegawai polis Sanghadevan dan seorang lagi. Mendera mereka dengan durian, kulit durian, membunuh mereka. Dua orang pegawai polis dibunuh tetapi kerana ada campur tangan tentera, pegawai-pegawai tentera lebih prihatin tentang nyawa manusia. Polis kalau dia tangkap, dia bunuh tetapi kerana pegawai tentera terlibat mereka mainkan lagu P. Ramlee. Saya percaya Yang Berhormat Sri Gading pun betul-betul peminat P. Ramlee. Lebih kurang seiras dengan P. Ramlee juga. Mereka mainkan lagu P. Ramlee, terdapat penyerahan, serah menyerah, serah diri, senjata diserah, mereka serah diri. Satu dunia nampak Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai duduk Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi, Tuan Yang di-Pertua bolehkah saya sifatkan di antara perbezaan polis dengan tentera ini, polis yang hari ini dipimpin oleh pimpinan tidak betul di mana mereka dahagakan darah. Akan tetapi, tentera saya ucapkan syabas kerana terlibat tidak ada pembunuhan, tidak ada tembak menembak, satu peluru pun tidak pergi ke sebelah sana.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Terima kasih, terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi, saya mahu ulasan dan Yang Berhormat Sungai Siput, apa pendapat Yang Berhormat Sungai Siput tentang penglibatan tentera, polis ini dalam hal-hal menyelesaikan dan juga serah-menyerah. Seperkara lagi Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Hanya 30 saat sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah berapa puluh saat digunakan Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini kerana Yang Berhormat Sri Gading kata mereka ini perogol, perompak, pembunuh. Jadi, criminal ini, Dewan tidak boleh sokong. Memang saya setuju tidak boleh sokong tetapi di kalangan hari itu, apabila reformasi tembak gas...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Terima kasih, sudah lah itu.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Akan tetapi di Karangan Tuan Yang di- Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sudahlah itu.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Di Karangan, Kulim itu satu gas pun tidak...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, sudah lah itu.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tidak ada apa-apa, serah menyerah sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah, sudah. Sudahlah, sudahlah... [Dewan riuh]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Bintulu terima kasih... [Bercakap tanpa pembesar suara] Esok saya beritahu surat khabar. Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Yang Berhormat Bintulu sudah...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai sudahlah, sudahlah Yang Berhormat Padang Serai... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Sungai Siput, sebelum Yang Berhormat Sungai Siput menjawab. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingatkan kembali bahawa sewaktu inginkan penjelasan jangan gunakan peluang itu untuk berbahas. Itu berbahas ceritanya. Jangan gunakan itu sama sekali. Kalau saya campur, saya dituduh yang bukan-bukan. Kalau Ahli Yang Berhormat dibiarkan meleret panjang-panjang sampai melanggar peraturan mesyuarat. Mana satu yang dikehendaki ini? Saya boleh strict tetapi janganlah ambil kesempatan, jangan ambil kesempatan atas budi bicara yang begitu seluas-luas diberikan. Tolonglah saya minta kerjasama. Saya selalu dituduh macam-macam, tidak boleh mengawal perbahasan. Kita cuba, saya kawal dahulu sekejap.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Sungai Siput. Sungai Siput sudah janji beberapa minit. Simpulkan dalam dua, tiga minit. Padang Serai! Padang Serai! Sila, dua, tiga minit lagi Sungai Siput. Ramai lagi rakan-rakan mahu bercakap.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Okey. Saya ini bahawa isu ialah persepsi di kalangan orang ramai ialah polis

Tuan Yang di-Pertua

Dan Sungai Siput.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Ya

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingatkan juga kepada satu perkara yang penting perkara ini mengenai dengan soal polis tembak menembak ini dalam masa sesi dua hari. Ini yang sedang dibangkitkan. Jangan lagi bangkitkan isu-isu yang telah juga dibangkitkan. Sudah pun dibahas. Ini Padang Serai berapa kali sudah sebut ini. Tembak daripada atas, tembak daripada bawah, daripada siring, daripada belakang. Ini diulang lagi balik hari ini.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Akan tetapi...

Tuan Yang di-Pertua

Jangan habiskan perkara yang sudah dihujah.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Tapi Tuan Yang di-Pertua ini perkara ini daripada angle yang lain. Ini daripada angle heart and mind.

Tuan Yang di-Pertua

Saya duduk di sini Yang Berhormat.

Dari angle yang lain Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi. Orang Melayu pun ramai perompak penyamun yang dibunuh yang ditembak.

Tuan Yang di-Pertua

Sri Gading! Sri Gading!

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Orang Melayu kena tembak tidak mahu bising.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ramai orang Melayu. Orang Melayu tidak mahu bukti apa-apa. Polis jalankan kerja dia.

Tuan Yang di-Pertua

Batu Pahat! Sri Gading! Tolonglah!

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ini jadi masalah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

...Bangsa asing. Ini Malaysia. Jangan memperkaumkan. Ini bukan masalah kaum. Ini masalah negara... [Dewan riuh]

Kenapa mahu masuk... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat Padang Serai. Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat. Shah Alam duduk dulu. Sungai Siput duduk dulu. Perkara yang dibahas ini semua hujah Yang Berhormat didengar di luar. Semua gelagat, semua diketahui rakyat Malaysia seramai 27 juta. Bukan macam dulu lagi. Apa yang dihujah di dalam di sini mendapat reaksi di luar sana sama ada positif atau negatif. Apabila berhujah mengenai dengan soal perpaduan dalam Dewan Rakyat pun tiada perpaduan dan hormat-menghormati di antara Ahli Yang Berhormat siapa orang sana yang harus menghormati di antara satu sama lain?. Tolonglah, itu sahaja kerjasama yang saya hendak. Kalau tabiat sini hampir serupa dengan luar sana, apa yang luar sana buat?. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri berfikir. Sila Sungai Siput teruskan.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Shah Alam jangan panjang sangat Shah Alam. Jangan gunakan peluang untuk berbahas. Sila.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak sampai lima minit. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Nyawa manusia ini memang penting. Saya rasa apa yang kita inginkan mungkin Sungai Siput boleh komenlah ya. Kalau ada kes di mana orang mati dalam tahanan dalam operasi polis termasuklah macam di peristiwa.

[Menyampuk]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dalam peristiwa Memali yang mana orang kampung dibunuh mesti ada satu badan yang bebas yang menyiasat. Saya rasa mungkin di negara-negara barat memang ada satu standard dan saya rasa di Malaysia juga sebenarnya polis ini bila dia keluar setiap satu peluru dikira. Kalau ada gunakan peluru ini dia kena beri report. Akan tetapi apa yang kita inginkan ialah biar ada siasatan yang bebas supaya kita menentukan bahawa tidak ada salah guna kuasa. Adakah ini yang ingin ditegaskan oleh pihak Sungai Siput.

Tuan Yang di-Pertua

Ya terima kasih Shah Alam. Sila respons kepada itu Sungai Siput dan singkatkan respons kepada itu.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Saya rasa itu satu cadangan yang baik untuk adakan enquiry bebas jika ada sebarang kematian. Saya hendak alih kepada satu lagi perkara ialah berkenaan dengan seorang pelajar di UUM Kedah. Seorang bernama Choo Kok Wei yang telah di caj di bawah AUKU berkenaan dengan satu petisyen berkaitan dengan tambang bas dalam kampus. Mereka buat petisyen bahawa kepada hal ehwal pelajar dan dia di caj di bawah AUKU dan saya dengar pendengaran kes ada esok. Saya mahu tanya Menteri Pelajaran Tinggi. Adakah dia di caj dalam AUKU yang lama atau AUKU yang baru? Adakah harus Menteri menasihatkan Timbalan Naib Canselor berkenaan penukaran dalam undang-undang AUKU ini? Akhirnya saya ingin memberi sedikit nasihat percuma sebagai seorang doktor pakar perubatan kepada Menteri Dalam Negeri. Percuma sahaja. Jika ada sesiapa orang lelaki India umur 50 tahun yang ada kencing manis yang ada dalam dia punya ECG ada tanda satu serangan jantung yang lama, orang macam itu ada risiko tinggi untuk mati tiba- tiba daripada serangan jantung atau pun daripada satu kita panggil arrhythmia di mana you know ventricular fibrillation. Jika ini berlaku di rumah beliau luar kesan dia jauh berbeza daripada jika dia berlaku di kem tahanan. Jadi ramai di kalangan rakyat kita akan sangat marah dengan kerajaan BN jika ini berlaku. Jadi saya rasa untuk enlightened political interest bagi dia keluar lepaskan dia. Adakan dialog dengan dia. Ada orang-orang di pihak kerajaan juga yang pandai berdialog. Saya ingat Menteri bukan Perdana Menteri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk hal ehwal Parlimen pun pandai berdialog. Adakan dialog, saya ingat banyak isu boleh diatasi. Tetapi saya ingat ini ada satu yang begitu buruk untuk BN jika apa-apa yang berlaku. Harap tidak berlakulah. Akan tetapi jika berlaku this is very bad untuk BN. Jadi ini satu percuma advise yang nasihat daripada saya.

Datuk Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Saya setuju.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih. Last sekali yang saya nak bawa ialah satu daripada Star dikatakan, ”London to abandon move following House of Lord vote”, di sini Kerajaan Negara Britain cuba bawa satu usul untuk memanjang detention tanpa dibicara kepada 42 hari. Sekarang di Britain empat minggu boleh. Tetapi apabila kerajaan Britain hendak bawa hendak panjang ke enam minggu dia telah kalah dengan undi 300 lebih. 309 ke118. Dia kalah, dan dia dikatakan di sini 28 days limit is the longest detention period in 15 Western democracies. Jadi kita melaungkan kita ini negara membangun, kita negara yang berdepan and all that kenapa kita nak compare dengan Israel? Ethiopia, kenapa? Pakailah standard dekat Eropah. Saya rasa ini satu isu kita kena tengok baliklah. Berapa lama kita mahu ISA ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Dengarlah.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ambil peluang ini mempersoalkan beberapa isu kita mahu ambil perhatian dan ambil tindakan yang serius mengenai isu ini pendatang asing dalam negara kita. Sekarang masalah kita negara ini pendatang asing cukup ramai. Kita pergi mana-mana kedai, mana-mana jalan- jalan kita boleh nampak pendatang asing. Berpuluh-puluh pusing sini dan sana. Ini bukan kita aniaya ataupun kita tidak suka ini pendatang asing. Masalah atas sumber asli. Sumber manusia. Kita sekarang nampak sekeliling kita boleh nampak pekerja di kedai kopi, restoran dan hawker-hawker stall kita nampak jual mi. Bukan kita orang tempatan jual. Orang pendatang asing jual. Kita pun tidak tahu dia punya tauke siapa? Mi pun dia jual. Goreng mi dia jual. Goreng kueh tiaw dia jual. Goreng pisang dijual. Buat kopi pun dia buat.

Beberapa ahliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Goreng orang pun dia buat juga.

Kita ini mesti. Kementerian Dalam Negeri mesti mahu lihat. Janganlah keluar semua permit suka-suka punya. Semua mana sektor pun boleh keluar punya. Kalau macam itu, orang tempatan mahu kerja apa?

Tidak dapat peluang. (cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)

Apa peluang pun tiada. Memang kita punya, orang tempatan tidak akan dapat cari mana-mana kerja. Kita boleh nampak di Jalan Alor, buka kedai jual barang-barang pun orang asing. Pendatang asing. Pun tidak tahu. Tanya dia, siapa tauke? Dia cakap, dia pun tidak tahu siapa tauke. Macam mana you boleh jual ini barang? Dia kata, dia punya tauke ambil dia simpan di sini suruh dia jual. Dia jual. Di Jalan Alor sana, malam-malam kita nampak kedai-kedai semua mereka waitress lah, cashier lah, kutip semua bayaran itu pun daripada pendatang asing.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Menyampuk]

Boleh, sila.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya apakah Yang Berhormat menyampaikan mesej bahawa negara kita ini menjadi transaksi penjualan manusia iaitu orang jual, kita beli dan kita pasarkan. Jadi apakah ini berlaku dan apakah Yang Berhormat ingin menyatakan kepada kementerian dan kerajaan, bahawa sistem yang ada pada kita pada hari ini amat merbahaya dan merugikan masyarakat generasi masa depan kita. Minta pandangan.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Memang saya setujulah. Ini kalau kita tidak mahu menghentikan, satu hari kita akan jadi susah dalam negara kita. Masalahnya sekarang kita boleh nampak dalam pasar borong ramai pendatang asing. Sekarang lagi daripada Jabatan Imigresen cadang. Kenapa dia cadang? Cadang ini kerana dia selalu bergaduh. Dia kata, cadang buat persatuan. Macam mana Jabatan Imigresen boleh mencadangkan dia buat persatuan dan kumpulan. Nanti lagi havoc dan lagi nanti dia bunuh sama-sama kerana mereka, pendatang asing ini selalunya tidak boleh seeing eye to eyes, dengan izin. Kenapa saya soal ini? Pasal di Bintulu baru berlaku dua, tiga minggu yang lalu. Pendatang asing sama-sama dua geng berlawan. Dua orang kena bunuh. Sudah bunuh dia buang tepi jambatan sana. So, ini kita mesti mahu lihat. Sebab itu kita janganlah encourage, dengan izin sama pasar borong di sana menubuhkan persatuan-persatuan. Saya sebagai Ahli Parlimen, saya tidak setuju perkara ini berlaku.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya ingin berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat. Yang menyebabkan keadaan menjadi lebih parah berikutan kemasukan pekerja asing apabila kerajaan memberi outsourcing license ini, meluluskan lesen dan dijadikan perniagaan. Saya difahamkan bukan setakat sekarang ini, bila berlaku kemelesetan ekonomi seperti mana yang melanda negara kita ini, kita hendak hantar pulang pun ada duit. Jadi, ini menjadi perniagaan. Kalau jadi perniagaan, bermakna kemasukan ini sudahlah tidak dibincang dengan Kementerian Sumber Manusia, keperluan buruh negara tetapi dibuat menjadi satu perniagaan. Seperti Yang Berhormat bangkitkan tentang soal pasar borong. Saya difahamkan ada seorang agen lesen yang kutip tiap-tiap bulan gaji daripada kuli-kuli pendatang asing yang bekerja di pasar borong. Dijadikan perniagaan. Ini yang menyebabkan rakyat tempatan kehilangan pekerjaan. Apa pandangan Yang Berhormat Bintulu?

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Tuan Yang di-Pertua, memang apa yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Arau memang betul. Kalau kita hari-hari pergi kutip pendatang asing, kita kutip dia punya komisen ataupun caj- caj bagi sama pendatang asing ini, kalau dia tidak cukup makan, malam apa yang dia buat? Dia akan terlibat dengan jenayah. Dia akan buat rompakan dan macam-macam dia akan buat. Kalau kena tembak nanti orang bising lagi. Pembangkang nanti bising lagi. Kenapa tembak? Ini kita mesti mahu lihat. Mana-mana masalah kita mesti mahu lihat dan mesti mahu selesaikan. Saya haraplah Jabatan Imigresen bila-bila you issue, orang minta daripada jabatan apa-apa permit kalau adapun kelulusan permit kerja dan semua, kita mesti mahu lihat betul-betul. Mana yang boleh diberi, kita beri. Mana tidak boleh beri kita jangan beri. Dalam masa yang sama ini, saya mahu tanya Kementerian Sumber Manusia ini apa dia sudah buat kepada kita terutama sekali kepada generasi muda di negara kita. Kenapa negara kita ini, rakyat tempatan ini, kita punya rakyat semua pergi mana? Kenapa semua orang tidak mahu kerja? Kenapa kementerian...

Minta laluan. Sibuti, Sibuti.

Sekejap, sekejap. Kenapa kita tidak menjalankan satu seminar ataupun kursus-kursus bagi rakyat kita macam mana mahu bela nasib kita sendiri, macam mana kita mahu kerja kuat untuk kehidupan kita sendiri. Semua kementerian sampai hari ini saya tidak nampak begitu serius ataupun ambil tindakan yang serius menjalankan tugas kementeriannya. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bintulu kerana Bintulu dan Sibuti adalah bersempadan. Apa yang berlaku di Bintulu, lari ke Miri dan buat masalah di Miri dan di kawasan saya, Sibuti. Oleh kerana pendatang haram ataupun PATI ini sudah ada tempat tinggal yang dibuat oleh kerajaan. Tangkap dan simpan di sempadan di kawasan Sibuti. Mereka makan free, tempat tinggal free dan dijaga kehidupan mereka.

Mengapakah pihak kerajaan begitu prihatin sekali untuk membuat keadaan begini sedangkan anak-anak sekolah kita, penghuni-penghuni penjara kita sendiri tidak seselesa apa yang pihak pendatang haram ini dapat. Macam mana pandangan Yang Berhormat Bintulu?

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Tuan Yang di-Pertua, seperti sahabat saya Yang Berhormat Sibuti apa yang dia kata memang betul, kerana dia punya pusat pertahanan dekat dia punya kawasan. Sebelah saya punya border. Inilah masalah, jadi mesti kita mahu lihat. Kalau terlalu kita biarkan permit ini keluar masuk, keluar masuk ataupun bagi saja semua, akhir sekali permit sudah expired mereka pun tidak mahu balik, kita susah, kita mahu pergi tangkap lagi, hantar lagi, mahu bagi makan semua dan akhir sekali wang rakyat semua habis.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Saya serius membincangkan soal pendatang tanpa izin ini sebab sama ada di Dewan Rakyat, di kaki lima dan di forum-forum, semua orang berbicara soal pendatang tanpa izin dan soal kenapa rakyat tempatan tidak berminat dalam kerja-kerja seperti yang diminati oleh pendatang ini. Persoalannya, kerajaan dan kementerian tidak serius melihat bagaimana punca masalah ini diselesaikan. Pada saya, yang tidak boleh diubat ialah umur sebab kalau mahu mati, matilah. Akan tetapi masalah penyakit kalau dilihat dan ditangani secara serius, apa puncanya? Kenapa Kementerian Dalam Negeri terlalu mengizinkan ramai pendatang? Kenapa Kementerian Sumber Manusia tidak melihat bahawa rakyat kita juga boleh bekerja di sektor-sektor ini. Jadi, apa puncanya? Apa pendekatan yang boleh dilakukan. Apakah ini harus dibincangkan begini tanpa ada penyelesaian dan akhirnya kita dilonggok dengan pendatang tanpa izin. Tidak ada kerja, mereka merompak dan membunuh. Rakyat tempatan pun dipengaruhi. Kalau ditembak, Yang Berhormat Padang Serai marah. Dia kata polis sekurang-kurangnya notice warning dulu. Penjahat tidak ada warning. Dia tembak polis dulu. Dia balas, dia kenalah. Ditembak di kepalalah. Mana tahu itu penjahat dia baring dan kena kepala di depan. Kita kata dari atas. Ini semua puncanya bukan itu. Puncanya bagaimana penyelesaian untuk merealisasikan bahawa kita zero daripada pendatang tanpa izin dan kita tidak lagi memerlukan terlalu banyak pekerja di kedai kopi, di pasar borong dan di sana. Semua dia orang. Orang kita di mana? Itu soalannya. Di mana orang kita ditempatkan?

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Sambung sekali.

Sekejap. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, memang saya setuju apa yang disoalkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Saya mahu minta dia punya ucapan masuk dalam saya punya perbahasan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bangun]

Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Batu Gajah.

Sila.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Isu kehadiran pekerja asing dengan izin, isu ini telah berlanjutan ke sekian lama, dan kita jangan lupa, pekerja asing kehadiran mereka dengan izin ini adalah atas jemputan kita. Apabila timbul masalah terlalu ramai pekerja asing, saya rasa masalah ini timbul ekoran daripada bidang kuasa. Pihak Kementerian Dalam Negeri mengisukan permit kerja, pengambilan pekerja asing dan Menteri Sumber Manusia yang mengendalikan pengambilan tenaga kerja, keperluan sumber manusia bagi sektor-sektor tertentu, inilah masalahnya. Kementerian Sumber Manusia tiada kuasa berkenaan berapa jumlah yang perlu diambil pekerja asing dalam sektor mana, pengeluaran permit pekerja asing. Jadi apakah Yang Berhormat Bintulu akan mencadangkan agar bidang kuasa pengambilan pekerja asing ini diberi kepada Kementerian Sumber Manusia.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jika sedemikian, kita boleh mengelakkan terlalu ramai pekerja asing. Apakah Yang Berhormat Bintulu akan meneliti dari aspek yang ini, berkenaan isu bidang kuasa ini.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah, inilah satu Yang Berhormat daripada pembangkang soalkan ini isu yang positif. Memang saya setuju apa Yang Berhormat daripada Batu Gajah yang soal perkara ini. Isu-isu ini kementerian mesti mahu fokus, kalau kementerian daripada Kementerian Dalam Negeri ataupun Kementerian Sumber Manusia tidak fokus. Sepatutnya memang saya setuju, memang kita mesti mahu lihat perkara ini mengenai sumber manusia mestilah serahkan kepada Kementerian Sumber Manusia, ditentukan macam di kedai kopi. Bukan kita aniaya sama orang tempatan ataupun tauke dia, kita boleh beritahu, okey, satu kedai kopi berapa besar, berapa pendatang asing saja boleh kasi, dua orang, tiga orang, lain mesti mahu ambil orang tempatan. Ini kerana siapa-siapa meniaga, mestilah dia mahu maxsimum profit, saya pun orang meniaga, saya pun mahu maxsimum profit, tapi kerajaan mesti mahu dilihat,

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jangan orang jual orang.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Jangan orang jual orang, orang jual kita beli, macam Yang Berhormat Kinabatangan kata. Kita kalau buat promosikan begini kita sehari saya fikir...

Minta laluan?

Saya fikir kita orang tempatan tidak dapat cari makan.

Minta laluan?

Kita akan sama-sama berombak.

Bagi orang Sabah yang banyak masalah.

Bagi Yang Berhormat Arau dulu, itu Padang Serai tak payah, dia cerita semua tak betul punya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang mana satu?

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat berhubung dengan asas kemasukan ataupun polisi yang kerajaan buat berasaskan kepada 3D itu, difficult, dangerous and dirty. Sedangkan kalau kita tengok di hotel-hotel, pengawal keselamatan, itu bukan susah, bukan dirty, bukan bahaya pun, tak ada bahaya apa-apa di hotel five star, three star tapi perlu kah kita ambil Nepalese ataupun Nepal bekerja di situ. Sedangkan rakyat tempatan di kampung-kampung kalau diberi latihan, muka pun sangat handsome juga, kalau kekacakan hendak dijadikan asas kemasukan mereka sebagai pengawal keselamatan yang merupakan pintu masuk ke hotel-hotel utama. Jadi yang ini yang kerajaan perlu fikir, 3D yang dijadikan asas awal ini sebenarnya dah tak relevan sama sekali, kalau melihat kepentingan dan keperluan yang ada pada rakyat kita.

Yang Berhormat Bintulu, Tuaran minta laluan.

Nanti, saya jawab dulu. Terima kasih Yang Berhormat Arau, Tuan Yang di-Pertua, memang saya setujulah. Ini mengenai macam tadi Yang Berhormat Arau kata mengenai orang menjaga itu keselamatan di hotel-hotel itu semua, saya pernah nampak, ada security dia, bila dia nampak itu kedutaan punya kereta sampai, dia pun tak faham ini kereta dari mana. Duta belum turun dia halau itu kereta, inilah buat satu masalah yang memalukan kita negara sendiri.

Kenapa kita orang tempatan ini, jangan kata orang kerja sekuriti pun tak ada orang mahu buat, pasal negara kita itu employer dengan izin, dia mahu semua mahu murah, semua mahu import produk murah, orang tempatan yang mahal, inilah masalah kita. So, kita Kementerian Sumber Manusia, inilah tiba masa mestilah buat tindakan yang serius dan menjalankan tugas berilah, promosikan kursus-kursus dan apa sahaja boleh buat untuk dengan izin, encourage, menolong rakyat tempatan, bagi dia orang semangat atas kerja mana-mana...

Bintulu bagi laluan.

Tuaran.

Terima kasih Bintulu kerana prihatin kepada orang belakang. Saya amat tertarik mengenai dengan keluhan Bintulu dan juga rakan daripada Sarawak yang lain mengenai dengan soal pendatang haram ini. Saya kira Sarawak ini mempunyai satu peraturan imigresen yang ketat, kita dari Sabah pun kena buat pasport juga, tetapi, nampaknya ada pelarian juga, pendatang haram. Soal pendatang haram ini Yang Berhormat di Sabah ini, masalah dia sudah tiga, empat kali ganda berbanding dengan tempat yang lain. Pertama sekali, kalau soal masalah pendatang ini bukan soal gaduh sama sendiri, sehinggakan baru-baru ini ada kejadian di Sabah di mana di Tingkayu Kunak pendatang haram ini begitu berani sekali terlibat dengan pembunuhan orang tempatan, secara terang-terang dan siang-siang. Orang kampung balik ke kebun mereka menuntut tanah mereka, mereka ambush dan membunuh dua orang, ini bukan rompak malam lagi, siang-siang. Jadi selepas itu Yang Berhormat, masalah pendatang haram di Sabah ini, dia turun ke satu generasi lagi, kita ada masalah dengan stateless kids, street kids bukan kids lagi sudah dewasa sekarang, masalah persekolahan dan sebagainya. Kita lihat di Kota Kinabalu ini yang bujang-bujang itu bukan lagi kids, mereka tiada pampers dan sebagainya, jadi masalahnya sudah melebihi. Jadi Yang Berhormat setujukah atau tidak, kalau kita tak tangani masalah pendatang izin sekarang ini, mereka akan tetap di negara ini satu generasi dan akan mewarisi masalah lapisan kedua dengan anak-anak mereka seperti apa yang di Sabah. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah menubuhkan satu Kabinet komiti dan juga satu operasi membanteras pendatang haram di Sabah ini dan program dijalankan, tetapi ia berjalan hanya seketika sahaja, sekarang ini kenapa sudah tiada. Kita lihat di Kota Kinabalu penuh pendatang haram ini, berleluasa, apa jadi dengan apa ini pelarian. Jadi Yang Berhormat, pertanyaan saya bersetujukah Yang Berhormat kalau kita tak tangani ini, kita akan mewarisi generasi yang kedua daripada mereka ini. Terima kasih.

Terima kasih..

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Batu Gajah apa point of order?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Peraturan 36(4), saya pohon nasihat dalam membahas isu pendatang tanpa izin, adakah patut kita, adakah sopan kita melabelkan mereka ini sebagai pendatang haram. Saya rasa dalam Dewan ini biar kita menggunakan perkataan politically crack punya perkataan, kita memanggil mereka pendatang tanpa izin, dan bukannya pendatang haram. Jadi saya pohon Tuan Yang di-Pertua, di dalam Dewan ini kita menggunakan bahasa yang lebih sopan.

Kalau mereka datang di negara ini tanpa izin, itu haramlah erti dia, melanggar undang-undang apa lagi.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Apa perasaan Yang Berhormat kalau kita panggil orang yang lain, mana-mana pihak orang haram.

Sudah-sudah, ya sudah, terima kasih Yang Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua

Bintulu, Bintulu, belum lagi saya bagi pendapat kepada point of order yang dibangkitkan oleh Batu Gajah. Apa yang disarankan oleh Batu Gajah itu bukan lagi saya bersetuju, saya bersetuju, setuju, setuju iaitu sewaktu berbahas sering kali saya ingatkan elakkan perkataan-perkataan yang umpamanya mendapat reaksi negatif dari teman-teman lain. Saya tidak bermaksud apa yang disebut pendatang haram itu adalah unparliamentary, cuma itu penggunaan bahasa kadang-kadang oleh Ahli Yang Berhormat. Kadang-kadang saya pun menggunakan bahasa yang kurang elok di dengar oleh orang- orang Semenanjung misalnya. Akan tetapi saya ingatkan balik. Bintulu, saya ingatkan kembali lagi, saya sudah ingatkan berapa kali, dalam pencelahan di bawah Peraturan Mesyuarat 37, jangan gunakan itu sebagai helah untuk berbahas. Atas sebab itu saya perhatikan beberapa minit bahawa masih lagi Yang Berhormat gunakan pencelahan untuk berbahas. Maka itu sekarang ini oleh sebab masa tidak ada saya tidak benarkan lagi pencelahan di bawah Peraturan Mesyuarat 37(2) jangan benarkan lagi pencelahan. Sila Bintulu bahas.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, ada satu perkara penting saya mahu mencelah ini. Ini penting betul.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah saya buat keputusan Yang Berhormat Kinabatangan.

Tuan Yang di-Pertua, saya belum...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Putatan, sudah saya buat keputusan.

Saya minta satu jalan sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Putatan! Sudah saya buat keputusan, saya tidak benarkan lagi pencelahan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau begitu, kami keluarlah Tuan Yang di-Pertua. Biar dia berucap satu orang sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak mengapa Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak mengapa.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, saya mahu sedikit penjelasan. Maksudnya apakah pembahas lain juga tidak dibenarkan ada pencelahan?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya sering kali mengingatkan bahawa apabila mencelah, jangan gunakan itu sebagai helah untuk berbahas. Kalau mahu mencelah...

Tuan Yang di-Pertua, pencelahan ini input.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Putatan, saya belum habis bercakap! Kerana apabila kami biarkan, kami yang duduk di atas ini, masa tidak mengizinkan. Saya faham tugas Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat juga harus faham tugas kami yang duduk di atas ini. Ada dua hari lagi perbahasan. Mahu dekat 80 orang lagi yang mahu bercakap.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Faham Tuan Yang di-Pertua. Cuma ini yang bertanya berucap satu, dua orang. Saya bertanya, tanya terus! Akan tetapi kita terlibat.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan. Kadang-kadang saya cuma gunakan budi bicara untuk Yang Berhormat Kinabatangan bercakap walaupun bertentangan dengan peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi kalau Ahli-ahli Yang Berhormat mahu juga mencelah, boleh! Mencelah mengikut peraturan mesyuarat. Cara dia, bolehlah kita tanya, Ahli-ahli Yang Berhormat setujukah dengan pendapat saya bahawa janganlah gunakan istilah umpamanya istilah ‘pendatang haram’. Siap duduk.

Kalau boleh cadang memberi input, boleh Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Itu tidak. Itu berbahas sudah ceritanya.

Tidak, untuk membantu.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini membazir masa ini.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Putatan sudah, Bintulu teruskan. Saya tidak benarkan lagi pencelahan di bawah Peraturan Mesyuarat 37(2).

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Siapa tak puas hati repot polis... [Ketawa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Siapa tak puas hati, repot polis... [Ketawa]

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, ini menghina. Dia menghina.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau lagi ada, kalau lagi ada daripada Ahli Yang Berhormat seperti yang dibuat oleh Yang Berhormat dari Pokok Sena, saya tidak teragak- agak untuk suruh Ahli Yang Berhormat keluar sekejap minum teh tarik di luar dua, tiga jam... [Ketawa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini keputusan muktamad Tuan Yang di-Pertua? Tidak boleh runding sudah, tidak boleh tanya sudah?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan, sudah, sudah, sudah!

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Disampuk]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita minum kopilah.

Berkenaan soal daripada Yang Berhormat Tuaran, memang saya setujulah apa dia soal tadi. Inilah di sini saya ambil peluang ini saya persoalkan masalah mengenai pendatang asing. Kalau kita tidak ambil perhatian, sehari keselamatan negara kita memang akan terjejas. Inilah saya minta Jabatan Imigresen ataupun Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia mesti mahu ambil atas tindakan yang serius atas perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, kita selalu persoalkan polis tidak ada kualiti, polis lemah. Saya fikir, saya sendiri lihat, kemungkinan saya salah. Akan tetapi saya lihat, pusat latihan polis ini mesti kita mahu ambil perhatian dan kita lihat betul-betul kelemahan dalam pusat latihan. Kenapa saya soal ini, ada polis baru keluar inspektor dia. Akan tetapi undang-undang dia belum faham lagi. Ada dia tanya, mahu tanya orang pergi lapor polis. Dia tanya lagi sama mangsa dia ataupun orang yang buat laporan itu. Dia tanya, apa kesalahan saya mahu caj sama dia? Macam mana kita kemukakan satu aduan kepada orang buat laporan macam itu daripada polis? So, kita mesti ambil lihat. Mana ada kelemahan, kita mesti mahu buat perubahan meningkatkan dan kuatkan pusat latihan polis. Jangan selalu kita tanya, semua kita sapu di bawah karpet dan bercakap, “Oh, ini semua perfect, ini semua cemerlang, terbilang”. Akhir sekali, kelemahan-kelemahan di dalam sana contohnya semacam undang-undang.

Sepatutnya kalau kita tiada orang pakar atas undang-undang, kita mestilah mahu cari satu orang pakar undang-undang ataupun minta peguam-peguam daripada luar swasta. Minta mereka bantu kita kerajaan memberi latihan kepada polis-polis dalam pusat latihan ini. Barulah kita boleh menunjukkan dan meningkatkan perkhidmatan kepada orang awam. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya mahu sentuh mengenai hospital-hospital atas perkhidmatan perubatan kepada rakyat. Selalu lemah kita. Dalam masa sekarang ini, kita selalu sentuh bahawa kita tidak cukup doktor, kita tidak cukup jururawat dan semuanya. Sampai hari ini kita belum selesaikan. Terutama sekali pakar-pakar di negara kita. Pakar-pakar di negara kita bukan kata orang daripada luar ataupun pakar daripada luar berminat berkhidmat di negara kita. Rakyat kita sendiri, orang tempatan sudah bekerja di luar. Akan tetapi dia mahu masuk balik kerja di negara kita sendiri cukup susah mendapat kelulusan. Ataupun orang itu di luar sudah menjadi konsultan tetapi bila balik, kita punya Malaysia Medical Council dengan izin kata, “You mesti jadi MO dahulu. Tidak boleh jadi konsultan.” Siapa hendak balik? Contoh macam, saya buat satu contoh. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi keluar negeri mahu melaporkan hospital. Saya tanya Menteri Kesihatan di negara itu. Saya tanya, apakah syarat kita bawa doktor daripada luar masuk? Dia kata tidak ada syarat. Syaratnya senang sahaja. Kalau negara kita sendiri daripada mana, kita punya orang tempatan boleh sahkan kita memang layak jadi doktor. Sudah praktis berapa lama, bawa sijil kepada kita, sah daripada duta, kita terus bagi lesen. Kenapakah Malaysia tidak boleh? MMC ini di dalam sana saya difahamkan ada pengarah yang duduk di dalam MMC ataupun orang yang duduk di dalam MMC bukan semua orang pandai sangat pun! Bukan semua orang pakar! Kalau dia bukan pakar, macam mana mahu lihat orang pakar? Inilah kelemahan kita. Kalau kita tidak mahu buat perubahan, sampai bila masa pun kekurangan doktor di negara kita ini memang tidak boleh diselesaikan Tuan Yang di-Pertua. Jadi kita mesti mahu lihat. Kita mahu selesaikan ataupun tidak mahu selesai? Macam tadi Yang Berhormat daripada Sungai Siput kata ini kadang-kadang bukan menteri tidak mahu ambil perhatian. Akan tetapi selalu syarat-syarat keluar daripada MMC, tidak boleh setuju. Macam-macam syarat ada. Jadi kita tidak boleh longgarkan syarat-syarat ini. Kalau negara-negara lain dia boleh terima, dia boleh berkhidmat di sana, di mana-mana negara Taiwankah, Chinakah ataupun Amerikakah dia sudah berkhidmat di sana. Apa pasal dia balik Malaysia tidak boleh? Susah sangat hendak masuk, syarat-syarat sangat banyak. Kalau macam itu, orang tempatan kita macam mana dia mahu balik? Dia habis sekolah, dia duduk di luarlah tidak mahu balik berkhidmat. So, negara kita hari-hari hantar rakyat kita pergi keluar negeri belajar. Kita macam tunjuk, halau sama dia, you jangan balik pasal di negara sini kita orang MMC kontrol ini. Saya minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan ambil perhatianlah dan buat keputusan. Ini polisi mereka daripada kita, bukan daripada pegawai kerajaan. We made decision dengan izin. Janganlah ada masalah rakyat sudah tiba kepada kita, kita sebagai orang politik macam orang bodoh, pertahankan di sini, pertahankan di sana. Rakyat tidak bersetuju, rakyat tidak akan terima pasal rakyat tahu berapa ramaikah orang pergi belajar atas medical. Akan tetapi tiap-tiap kali hantar rakyat ini pergi, ke manakah dia pergi? Kenapa dia tidak mahu balik? Rakyat tidak mahu terima kita punya penjelasan. So inilah Tuan Yang di-Pertua, kita mesti mahu ambil tindakan yang serius dan ambil perhatian ini. Saya ambil satu contoh, kita kata doktor tidak cukup. Tuan Yang di-Pertua, accident ini berlaku di Miri tetapi rakyat Bintulu. Mangsa ini, pukul 9 dari kejadian dihantar pergi hospital kecemasan. Pukul 9 malam sampai hospital, MO sudah check hantar pergi X-ray. Selepas itu keluar MO pun baca atau sesiapa baca pun tidak tahu, dia kata tiada apa-apa pun pasal dia boleh cakap lagi.

Dia boleh cakap tidak ada apa-apa, suruh simpan tepi. Lama-lama, Tuan Yang di- Pertua, sampai pukul 10 malam lebih dia tidak dapat cakap. Dia cakap dia sakit kuat, minta tolonglah bagi perkhidmatan, buat perubatan...

Rawatan.

...Kepada dia tetapi doktor kata, “You masih boleh cakap, apa susah, simpan tepi.” Sampai pukul 11.30, Tuan Yang di-Pertua, dia sudah pengsan, tidak boleh cakap apa-apa. Dia punya ibu nampak perkara itu berlaku, dia tarik satu doktor pergi tetapi doktor pakar itu born specialist, dengan izin, pakar tulang. Dia cakap, “Saya tidak tahu macam mana mahu berubat. Ini bukan saya punya area.” Akhir sekali sampai pukul 12, Tuan Yang di-Pertua, pakar baru datang, dia sudah jadi macam ini, sudah “jalan”. Dia sudah “jalan”. Macam mana ini MO keluar daripada mana? Kalau dia tidak faham baca X-ray itu, panggillah etnologi baca. Kenapa dia tidak boleh nampak? Kalau dia tengok sekarang dia meninggal dunia, dia punya perut pun kembang tetapi saya tanya lain-lain doktor pakar di swasta, dia kata kemungkinan internal bleeding ataupun...

Pendarahan dalam.

...Ada apa-apa kerosakan dalaman. So inilah satu kelemahan kita. Tadi bila saya disoal perkara ini, bila reporter tanya saya, saya beritahu saya soalkan perkara ini, pengarah daripada Hospital Miri terus deny. Dia kata, “Oh!, Perkara yang saya soal ini tidak betul”, tetapi kata masih dalam siasatan. Kalau masih dalam siasatan, macam mana you kata perkara ini tidak betul. Inilah menunjukkan sikap kita. Semua perkara yang kita soal, deny habis-habis. Inilah kalau pengarah macam ini patut kita remove dia. Dia tidak layak jadi pengarah. Kemungkinan dia tidak jalankan tugas. Saya difahamkan di hospital-hospital kerajaan ini, salah satu masalah saya difahamkan oleh MO. Saya selalu tanya kenapa di emergency, tidak ada pakar? Dia kata, “Kita kena warning, malam, off office hour kita tidak boleh panggil mana-mana pakar.” Saya cakap bila? Mahu tunggu orang itu sudah mati atau mahu mati, baru mahu panggil. MO itu senyum kepada saya. Kenapa kita punya perangai macam ini, tidak buat perubahan? Kenapa kalau macam ini punya, MMC tidak ambil tindakan? Kenapa doktor ini masih layak jadi doktor? Saya tidak tahulah, mungkin MMC ini belum cuba lagi. Kalau satu hari nanti dia masuk bilik kecemasan, kalau dia punya konco pun sama juga buat treatment, perubatan kepada dia, baru dia rasa masa itu. Harap sampailah masa itu, masih ada cukup masa buat perubatan kepada dia. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi masalah kita dalam golongan doktor-doktor ini. Macam ini, doktor dari klinik kita ini, apa pasal Hospital Besar Kuala Lumpur ini aniaya sangat kepada dia? Dia sudah berapa tahun kerja. Dia sudah 14 tahun, U44 tetapi sampai hari ini pun tidak boleh naik pangkat, apa masalah? Kita memang ada satu hari kita sudah minta Pengarah Hospital Besar datang, kita panggil minta dia beri penjelasan. Kita soal dia dan tanya, dia tidak boleh jawab, tetapi sampai hari ini tiada keputusan pasal dia janji dia akan buat keputusan, akan lihat betul-betul. Saya kata kalau tidak boleh buat keputusan, minta Datuk KSU daripada kementerian buat keputusan. Apa pasal doktor ini aniaya kepada dia? Sepatutnya kita mestilah mahu lihat betul-betul mana satu doktor yang baik, mana satu doktor yang canggih, kita patut bagi promotion. Yang beremosi kepada mana-mana doktor yang menjalankan kerja dan berkhidmat. Jangan kata, “Ini bukan saya punya konco, ini bukan saya punya saudara, tidak boleh naik pangkat.” Inilah satu perkara saya harap Kementerian Kesihatan, terutama sekali Menterinya mestilah ambil perkara ini secara serius dan lihat. Janganlah buat satu diskriminasi kepada doktor-doktor di bawah dia. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ambil peluang ini juga mahu soalkan tentang pembangunan hospital ini. Hari itu saya sudah persoalkan tentang klinik-klinik desa di kawasan saya. Saya di sini pun kenapa saya soal ini, contohnya Klinik Desa Laban ini, tetapi bukan Pandang. Laban dan Pandang, saya harap pegawai di Dewan yang mulia ini mesti mahu lihat, kawasan ini lain-lain, sangat jauh. Jangan salah anggap nama desa itu. Ini Klinik Desa Laban.

Klinik Desa Laban ini dalam mesyuarat bahagian pembangunan, saya tidak pernah dengar kata itu ada masalah tanah belum selesai. Sekarang saya sudah tunggu habis-habis, dia kata, “Oh! Tanah ini belum selesai.” Kalau kita di mesyuarat bahagian pembangunan itu kita tanya kenapa ini belum dibuat. Dia kata, peruntukan tidak ada. Sekarang peruntukan sudah sedia, dia kata tanah belum selesai. Tuan Yang di-Pertua, kalau sikap macam ini, bilalah kita buat perubahan. Saya haraplah Yang Berhormat Menteri ambil tindakan ini secara serius, janganlah kita biarkan pasal ini masalah sudah lama kita bangkitkan. Kawasan ini sudah sampai Bintulu, kalau dia orang pakai bot, Tuan Yang di-Pertua, enam, tujuh jam baru boleh sampai. Kalau kecemasan, dia memang tunggu jalan juga. So saya haraplah kementerian ini selalu kita bahas, selalu kita ada macam-macam excuses, dengan izin, bagi sama kita. Tuan Yang di-Pertua, dalam kegawatan ekonomi ini, kita mesti mahu lihat satu sektor ini, sektor pertanian dan asas tani. Ini mustahak kepada negara kita. Negara kita sekarang semua food stuff, dengan izin. Semua kita import mengimport. Kalau kita jaga sektor ini dengan baik, dengan lancar dan bagi peruntukan yang cukup kepada kementerian ini, saya fikir dia boleh tolong negara kita atas kegawatan ekonomi. Kita boleh tidak bayar begitu banyak import makanan masuk ke negara kita. Saya memohon Kementerian Kewangan ini, kalau boleh ambil perhatian dan bagi cukup peruntukan bagi Kementerian Pertanian dan Asas Tani ini. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu kerja raya ini. Saya mahu sentuh sedikit mengenai isu ini selalu kata peruntukan tidak cukup atas isu maintenance, dengan izin, di kawasan saya. Bila kata hujung tahun, hujan kuat, jalan raya di sana sini rosak, dia kata, “Oh! Tidak ada peruntukan. Tidak boleh buat maintenance di kawasan”, dengan izin. Saya fikir jalan Bintulu-Miri, Bintulu-Sibu ini, kementerian mesti ambil perhatian atas perkara ini terutama sekali kali ini seluruh Sarawak banjir, jalan Bintulu-Sibu ini cukup teruk. Lebih sepuluh tempat sudah runtuh. Saya minta Kementerian Kerja Raya ambil tindakan ini dengan serius dan tindakan yang secepat mungkin untuk membina balik semula mana- mana jalan yang rosak ataupun runtuh. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu daripada Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai maklumat-maklumat ataupun blog-blog di laman web ini. Rakyat negara kita sekarang ini adalah sangat suka kalau mahu gaduh atau pun boleh hentam maklumat, orang sangat suka. Kita sudah hilang satu analisis ke atas isu-isu. Kalau ada hentam punya, semua banyak suka. Kita mesti mahu ingat kalau kita biarkan sesetengah pihak ini yang mudah mempercayai fitnah dan berita-berita palsu yang disebar oleh pihak-pihak tertentu termasuk melalui laman-laman blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat, tetapi sekarang rakyat tidak ingat ini. Dia fikir sudah syok punya pasal, macam Yang Berhormat Shah Alam dia banyak suka huha-huha, tetapi rakyat sudah syok, tetapi dia tidak ingat ini akan menjejaskan keharmonian, perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Di sini juga kita mahu minta, pengamal-pengamal media termasuk penulis-penulis blog...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, boleh Ahli Yang Berhormat sambung nanti?

Hendak bagi saya?

Tuan Yang di-Pertua

Kemudian.

Oh, sudah habis.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat kita ditempohkan pada tengah hari ini dan kita akan bermesyuarat kembali pada pukul 2.30 petang nanti. Terima kasih. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sebelum Yang Berhormat Bintulu menyambung saya jemput Yang Berhormat Menteri, ada usul. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 25 Februari 2009.”

Dato' Mohd. Johari bin BaharumUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Kubang Pasu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong... [Bangun] [Mengangkat tangan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Terima kasih, Yang Berhormat. Dia angkat tangan sahaja... [Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Bintulu.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Berapa lama lagi, Yang Berhormat?

Ada satu, dua perkara lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Silakan, Yang Berhormat.

Pengamal-pengamal media termasuk penulis-penulis blog hendaklah lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, kalau dalam perkara ini kita semua tidak beretika dan bertanggungjawab, negara kita akan terjejas. Macam sekarang ini, dalam negara kita kadang-kadang ada banyak misleading statement. Kementerian Dalam Negeri mesti mengambil perhatian atas perkara ini. Kita mesti ingat kalau kita tidak jaga betul-betul dalam sehari, keselamatan, keharmonian ataupun kestabilan akan terjejas dan ekonomi negara kita pun akan terjejas juga. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya juga mengambil kesempatan mempersoal mengenai delivery system, dengan izin. Delivery system ini memang satu masalah yang besar. Kita tidak boleh deny, dengan izin, mengatakan kita tidak ada masalah dalam delivery system. Masalah kita sekarang ialah tidak ada efficiency. Kenapa saya soalkan tidak ada efficiency ini?

Selalunya kalau rakyat menulis surat kepada jabatan-jabatan ataupun kementerian, jawapannya tidak ada, ambil masa berbulan-bulan dan ada yang hingga bertahun pun tidak ada jawapan. Di sini saya mahu mencadangkan kepada Perdana Menteri, kalau boleh kita buat kajian semula dan mestilah minta menteri di kementerian-kementerian tertentu, mana-mana jawapan di bawah kementeriannya dia mestilah bertanggungjawab. Masalah di jabatan sekarang ialah apabila rakyat tulis surat tidak dijawab. Apabila kita persoalkan dia kata, “Oh, ini kuasa pegawai. Nanti saya tolong tanyakan.” Mana boleh Menteri kata tolong tanya. Menteri punya kuasa, Menteri mesti bertanggungjawab. Walaupun Perlembagaan kata, we are power sharing tetapi mesti ada seseorang yang bertanggungjawab. Kita mesti ingat, mana-mana kementerian pun kalau ada masalah, kita sebagai orang politik mestilah bertanggungjawab. Jawab kepada rakyat dan beri penjelasan kenapa perkara ini boleh berlaku. Kalau begitu kenapa kita tidak boleh minta Menteri bertanggungjawab. Beri kuasa kepada dia. Kalau menteri itu tidak menjalankan tugas yang betul, kita minta menteri turun. Tukar. Ini barulah kita ada satu sistem untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat. Sekarang ini apabila ada masalah tidak ada mana-mana pihak yang akan bertanggungjawab. Saya memohon sekali lagi kepada Kementerian Dalam Negeri, tolonglah, mengenai satu lagi isu yang saya mahu soal ini, yang termasuk dalam delivery system, Jabatan Pendaftaran Negara. Isu-isu mengenai IC dan surat beranak ini minta tolonglah buat satu keputusan yang serius untuk menyelesaikan masalah di Sabah dan Sarawak bagi sesiapa yang belum ada surat beranak ataupun kad pengenalan. Masalah ini saya sudah persoalkan beberapa tahun sampai ke hari ini tidak nampak satu keputusan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Ini sudah menunjukkan kepada rakyat imej Kerajaan Barisan yang cukup lemah dan tidak boleh meningkatkan perkhidmatan kita kepada rakyat. Saya fikir sudah tiba masanya untuk kita mesti menyelesaikan masalah ini. Saya harap pegawai yang ada di Dewan yang mulia ini boleh mengambil ini sebagai perkara yang serius. Masalah ini daripada saya tiba sampai ke hari ini dan saya tiba sekali lagi, rakyat kirim pesan ini mesti dipersoalkankan terutama sekali generasi yang muda daripada mana- mana satu kaum yang tiada IC, dia hanya boleh bersekolah sampai ke Tingkatan 5 sahaja. Walaupun result dia baik tetapi dia tidak boleh masuk universiti sebab dia tiada kad pengenalan, IC dia tidak ada. Ini mustahak. Kalau perkara begitu untuk rakyat pun kita tidak dapat selesaikan, rakyat akan fikir dan merasakan kita menganiayai anak-anak ataupun cucu-cucu mereka. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya pun ingin menyentuh sedikit mengenai isu ini. Bila sampai masa kecemasan, saya minta Perdana Menteri kalau boleh bincanglah mengenai perkara ini di dalam Kabinet atau mana-mana jawatankuasa, minta mereka ambil perhatian dan lihat perkara bersama. Ini kerana apabila banjir berlaku di kawasan saya, ia ada berlaku. Walaupun ada Disaster Committee tetapi Disaster Committee tidak menjalankan tugas. Bila kita hubungi melalui telefon, telefon berbunyi tetapi tidak ada orang jawab. Tidak usah kata malam, siang pun tidak ada orang jawab. Ini satu masalah.

Masalah kedua, bila kita tiba nak minta hantar barang atau pergi memindahkan orang dari kawasan yang banjir, kita persoalkan kakitangan mana? Dia kata kakitangan tiada, kakitangan tidak cukup kerana seluruh negeri banjir. Kalau sepuluh negeri banjir, mana-mana negeri kakitangan kalau di bawah kementerian ini ataupun jabatan kecemasan ini mesti mahu tolong-menolong daripada lain punya negeri, bantulah menjalankan tugas. Paling teruk punya, saya sedih nampak bila sampai ada kakitangan kata tanya dia kenapa tidak jalankan tugas, dia kata minyak tidak ada, kadang-kadang kata peruntukan yang tidak cukup. Jadi saya memohon Perdana Menteri kalau boleh minta tolonglah ambil perhatian perkara ini supaya jangan lagi berlaku. Kita mesti mahu pastikan peruntukan-peruntukan untuk kecemasan ini mesti mencukupi.

Janganlah kita sampai masa, kita pun timbul satu imej kepada rakyat, kita tidak cukup ambil perhatian dan kaji mana-mana kelemahan kita yang berlaku daripada masa yang lepas. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya mahu memohon menyokong.Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya bagi Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat berucap, saya nak tentukan. Kita ada hanya hari ini dan dua hari lagi. Jadi saya putuskan tiap-tiap seorang berucap 20 minit Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya akan cuba ringkaskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

20 minit ya.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkembangan politik sejak kebelakangan ini menjadikan kesibukan kebanyakan pemimpin-pemimpin negara yang juga adalah pemimpin politik. Lebih cenderung atau beria-ia mencari jalan bagi memburukkan, merendahkan, memalukan termasuk menumpaskan pemimpin parti-parti lawannya. Tuan Yang di-Pertua, mengapa pada ketika ini pelbagai isu dalaman dan global yang sedang menyerang negara kita, pemimpin-pemimpin kita tidak boleh duduk bersama- sama mencari jalan penyelesaian menangani cabaran-cabaran ini. Bukankah selalu kita membangkitkan berkenaan pemupukan perpaduan, bersatu padu tetapi pemimpin-pemimpin politik tidak boleh berbuat demikian demi untuk kepentingan rakyat dan negara. Bukankah kita mempunyai Program Latihan Khidmat Negara yang mempunyai objektif salah satunya untuk memupuk nilai-nilai bersatu padu di antara anak-anak muda kita ini tapi ahli-ahli politik tidak boleh berbuat demikian. Tuan Yang di-Pertua, semasa kita menjadi calon-calon pilihan raya umum, apakah yang kita...

Yang Berhormat Batu Gajah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, kalau dapat jangan. 20 minit sahaja Yang Berhormat.

Itu kalau dia, Yang Berhormat Batu Gajah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, dia tak ada masa Yang Berhormat.

Boleh Yang Berhormat Batu Gajah, saya mencelah?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Mungkin lain kali Yang Berhormat Sri Gading ya. Semasa kita menjadi calon pilihan raya umum, apakah yang selalu kita laung-laungkan?

Pasal ucapan Yang Berhormat Batu Gajah ini dia lebih menjurus kepada diri dia sendiri sebenarnya, parti dia sendiri. Parti dia sendiri yang patut menyemak kerana segala masalah yang berlaku dalam negara ini berpunca daripada parti pembangkang yang diterajui oleh PKR, DAP.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan macam inilah Yang Berhormat. Saya...

Ya, okey. Saya cuma nak betulkan Yang Berhormat Batu Gajah itu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya tahu apa dia nak cakap Yang Berhormat. Nanti Yang Berhormat nak cakap, cakaplah. Sila Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih. Itulah masalah dengan Barisan Nasional, ahli-ahli politiknya. Semasa menjadi calon pilihan raya umum, apakah yang kita selalu laung-laungkan dan janji kepada pengundi-pengundi di kawasan masing-masing? Tentu biasa kedengaran suara atau ‘I... as’ “Saya berkhidmat untuk anda” akan tetapi apakah arah tuju di arena politik sejak kebelakangan ini Tuan Yang di-Pertua? Saya tahu ada ramai Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini lebih berpengalaman di arena politik ini. Saya bukan bermaksud untuk mengajar dengan izin Tuan Yang di-Pertua, tapi pada ketika masa ini saya sebagai generasi muda, maafkan saya untuk membuat kenyataan ini. Saya amat kesal dan kecewa bahawa ada di kalangan kita telah melupakan atau sibuk dengan lebih kepada kuasa daripada kepentingan rakyat dan negara. Ringkasnya ada kalangan kita ini telah jadi kedahagaan kuasa. Ada di kalangan pemimpin tentu akan memberi alasan bahawa tindakannya sedemikian adalah untuk faedah dan manfaat rakyat pada permukaannya, on surface dengan izin tapi bukankah setiap tindakan akan ada tindak balasnya dan yang asasnya apakah perkembangan politik sejak kebelakangan ini ada di antara isu yang berbangkit telah membelakangkan kepentingan rakyat. Mungkin ada di kalangan kita akan bertanyakan, “Yang Berhormat Batu Gajah, bukankah ahli politik sepatutnya berpolitik?” Akan tetapi saya akan bertanya, bukankah ahli politik sepatutnya setelah melalui proses pilihan raya telah ditetapkan peranan setiap anggotanya iaitu yang mentadbir dan yang menjalankan tugas dengan izin, check and balance dan pada dasarnya saya percaya kedua-dua pihak kerajaan mahupun pembangkang mempunyai pengalaman yang sama iaitu berkhidmat untuk rakyat, keamanan dan bersama-sama untuk membangunkan masyarakat dan negara. Tuan Yang di-Pertua, kita dapat bersama-sama menangani cabaran krisis ini jika kita bersatu padu untuk satu matlamat sahaja iaitu kepentingan rakyat dan negara dan pada masa yang sama pihak pembangkang sentiasa memainkan peranan menyokong di mana yang patut dan membangkang, mengkritik di mana yang perlu sementara itu, anggota pentadbiran sentiasa berhati terbuka untuk sedia menerima kritikan dan membaiki kelemahannya. Itu sahaja jalan penyelesaiannya kalau kita mahu berjaya menangani cabaran-cabaran yang kita hadapi pada masa di mana kita mempunyai pelbagai krisis. Tuan Yang di-Pertua, kita...

Boleh beri laluan?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf ya Yang Berhormat Putatan, saya tidak ada masa.

Ini untuk membantu Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya bukan pakar ekonomi tapi pada masa ini, ekonomi global penuh dengan cabaran. Mengapakah tidak dijadikan oleh kerajaan satu peluang ini untuk meneliti semula asas-asas sistem pentadbiran, pengurusan, pelaksanaan, pembangunan polisi-polisi dan undang-undang yang sedia ada. Dalam erti kata yang lain, kita ambil kesempatan ini bagi memperbaikinya dan diperkukuhkannya di mana kita yang lemah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kita melihat semula asas-asas dan polisi-polisi yang sedia ada ini, kelemahan pelaksanaannya dan diperbaiki dan digerakkan untuk memperkembangkan potensi yang masih ada, sedia ada, baik daripada alam semula jadi, sumber-sumber alam pemberian tuhan atau keistimewaan, keunikan kebudayaan masyarakat pelbagai kaum ini yang masing-masing saya percaya mempunyai tarikannya atau kekuatannya. Akan tetapi pra-syaratnya Tuan Yang di-Pertua, kita mesti benar-benar jujur, ikhlas, sedia untuk menunaikan apa yang kita janjikan iaitu berkhidmat untuk rakyat tanpa melihat sama ada ia akan menguntungkan atau merugikan mana-mana pihak partinya. Kayu penyukatnya ialah demi untuk kepentingan masyarakat dan negara di masa penuh cabaran ini. Kita boleh bersama-sama membincangkan isu berkenaan kemudahan asas di Sabah dan Sarawak, isu ekonomi, isu keselamatan am, isu pendidikan, isu kemiskinan, isu kemiskinan etnik minoriti di Sabah dan Sarawak atau kaum-kaum tertentu, kaum India, masalah masing-masing. Mengapa kita tidak boleh bersama-sama membincangkannya? Inilah masanya tetapi ahli-ahli politik, pemimpin-pemimpin negara sekarang sibuk untuk sama menumpaskan satu pihak dan pihak yang lain walau dalam-dalaman atau di antara parti masing-masing. Saya membuat kenyataan sebagai ahli politik.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya tak berpihak kepada mana-mana. Ini adalah daripada perasaan saya, kaca mata saya Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh minta?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ada sudah timbul tanya orang luar.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Mereka kata ini ahli politik membaca setiap hari baca surat khabar ahli politik hanya bergaduh untuk apa? Ada yang kata hanya untuk kuasa. Apakah yang kita hendak sampaikan mesej ini kepada pengundi-pengundi kawasan kita bahawa kita hanya pentingkan kuasa? Apakah imej yang kita hendak sampaikan kepada rakyat yang mengundi kita? Kita sama-sama memainkan tanggungjawab sebagai warganegara. Saya percaya semua di dalam Dewan ini mahukan kestabilan politik, mahu berjaya menangani segala...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Pada 16 September.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Cabaran yang ada. Jadi saya pohonlah...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bangun]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat Kinabatangan maaf, saya tak ada masa. Oleh itu, saya harap kita selepas 8 Mac biar kita tenteramkan seketika keadaan politik yang ada sekarang ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bagilah sedikit.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Masing-masing balik untuk memainkan peranan yang telah ditetapkan dengan keputusan pilihan raya yang lalu itu. Ia tidak sihat untuk mana-mana pihak jika berlakunya pergolakan dalaman yang berpanjangan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya cintakan tanah air ini dan dengan pelbagai masalah yang ada, pelbagai krisis yang ada, tadi saya bukan kata saya bukannya hendak mengajar tapi saya sakit hati. Saya sakit hati Tuan Yang di-Pertua. Mungkin generasi Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Sri Gading mereka memainkan isu sedemikian baru mereka boleh menyimpan kerusi mereka.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya kalau ada orang sakit hati sayalah penawarnya.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Akan tetapi dalam generasi masa kini Tuan Yang di-Pertua dengan pelbagai cabaran global ini, permainan politik kotor yang lama tidak boleh dipakai lagi. Biar kita sama-sama mengadakan perubahan minda.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kita duduk bersama-sama untuk membincang mengatasi masalah agar Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Putatan tidak perlu berulang-ulang membangkitkan isu yang paling asas.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya berdiri ini hendak bincanglah ini. Boleh?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kita sudah merdeka 51 tahun, isu kemudahan asas, isu banjir, isu pendidikan, isu sekolah berulang-ulang kali dan lebih saya rasa Tuan Yang di-Pertua ada di antara kita telah mendengar isu yang paling asas ini lebih dari sepuluh tahun dalam Dewan yang mulia ini...

Yang Berhormat Batu Gajah boleh? Minta laluan?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Akan tetapi tidak diselesaikan langsung. Jadi saya haraplah sudah sampai masanya perlu satu perubahan minda di kalangan kita baik yang menjadi pembangkang dan baik yang menjadi anggota pentadbiran.

Penjelasan Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Mengapa kita tidak boleh...

Ini kawan lama dahulu.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Berbincang. Mengapa kita tidak boleh berbincang duduk bersama mengatasi...

Bagi laluan dengan kawan lama.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Cabaran-cabaran ini.

Dahulu-dahulu kita...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Macam mana mahu bincang kalau peluang pun tak bagi.

Kita hendak bincang, kita bantu. Ini kawan lama ini.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf ya Yang Berhormat Putatan saya tak ada masa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, jangan ganggu kawan bercakap. Yang Berhormat Putatan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Menyampuk]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk...

Ini Yang Berhormat Padang Serai pasal apa dia sibuk?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Sila.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada isu berkenaan sistem penyampaian. Yang Berhormat Bintulu tadi ada membangkitkan berkenaan permohonan sijil lahir. Saya sebelum ini pernah sebenarnya membangkitkan isu ini tapi nampaknya sistem penyampaian ini tidak diperbaiki dalam aspek ini. Saya bagi contoh Tuan Yang di-Pertua ekoran daripada kelalaian atau kemiskinan atau faktor-faktor yang lain saya ada satu kes di mana seorang yang berbangsa India berumur 35 tahun masih tidak mempunyai kad pengenalan. Tuan Yang di-Pertua, saya amat terkejut apabila saya membantunya untuk memohon kad pengenalan lewat tersebut.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya mendapati pelbagai dokumen yang diperlukan yang saya rasa ini sebenarnya tidak membantu mempercepatkan prosesnya tetapi menyulitkan dan membebankan pemohonnya. Nama pemohon ini ialah Ganesan, 35 tahun. Beliau mempunyai sijil lahir tetapi pihak Jabatan Pendaftaran Negara memerlukan pelbagai dokumen. Memerlukan dokumen gambar adik-beradiknya. Saya amat terkejut gambar adik-beradiknya, memerlukan kad pengenalan adik-beradiknya dan salinan kad pengenalan perlu disahkan, memerlukan dua orang menjadi penganjur atau menandatangani surat akuan menyatakan beliau mengenalinya bahawa beliau adalah pernah dijaganya. Selepas itu penganjur ini perlu hadir bersama untuk membuat permohonan ini dan memerlukan gambar bersaiz poskad berkenaan pemohon ini dan saya rasa birokrasi ini boleh dikurangkan. Tidak perlu birokrasi sedemikian dan bukan hanya itu tetapi memerlukan cabutan daftar sekolah berkenaan maklumat di manakah pelajar ini pernah belajar. Apa yang perlu dipohon sekarang oleh Ganesan hanya membuat satu pendaftaran lewat kad pengenalan. Beliau mempunyai salinan sijil lahirnya. Jadi saya tak faham mengapa mahu mengadakan prosedur yang begitu menyulitkan. Selepas ini kerana Ganesan ini tidak mempunyai kad pengenalan anak sulungnya tidak dipohon sijil lahir dan saya terkejut prosedurnya sama. Anaknya perlu ada gambar-gambar adik-beradiknya. Saya bertanya kepada pegawai buat apa hendak gambar adik-beradiknya. Dia kata, untuk tengok rupanya sama atau tidak sama. Buat apa Tuan Yang di-Pertua? Bukankah sudah ada dua orang adik-beradik mereka mempunyai sijil lahir. Cantuman maklumat itu matching, boleh match. Mengapa mahu menyulitkan mereka? Hanya tangkap gambar sudah RM65. bagaimana pula dengan kos pengangkutan dan memerlukan lagi surat akuan daripada dua orang yang menyatakan bahawa mereka tidak pernah bawa pemohon ini memohon sijil lahir untuk dua orang anak ini dan penganjur juga seperti tadi permohonan kad pengenalan lewat perlu hadir bersama ke Jabatan Pendaftaran Negara. Masalah timbul Tuan Yang di-Pertua tidak boleh dielakkan bahawa anak ini kepunyaan Ganesan dan isterinya kerana mereka mempunyai kad kelahiran yang dikemukakan oleh kad kesihatan yang diberi oleh pihak hospital ketika beliau dilahirkan dan ini juga memerlukan satu surat akuan dari dalam daftar rekod ada satu surat akuan yang perlu ditandatangani oleh pihak pegawai rekod di hospital dan ini telah dibuat. Bukankah ini telah memadai itu adalah anak kepunyaan Ganesan. Jadi kita tengok apabila seorang bapa kerana pelbagai faktor dan saya percaya dalam kes ini kerana kemiskinan tidak memohon kad pengenalannya lebih awal, anaknya seorang yang tidak mempunyai sijil lahir ekoran daripada bapanya tidak mempunyai kad pengenalan beliau sekarang mengalami masalah untuk masuk belajar di sekolah. Sekarang sudah berumur tujuh tahun. Mengapa tak boleh ringkaskan keseluruhan prosedur? Ganesan mempunyai sijil lahir. Mempunyai sijil lahir.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Apa masalah Yang Berhormat di sebelah sana ya? Inilah masalahnya. Jadi saya berharap birokrasi sedemikian...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya punya masalah ribu-ribu kes macam itu di kawasan saya. Yang Berhormat baru satu orang. Saya punya puluh ribu tau... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Duduk Yang Berhormat. Tidak payah komen.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya amat kasihan ini masalah beribu-ribu di Kinabatangan atau di Sabah dan Sarawak. Ini adalah kerana kerajaan yang disokong oleh Kinabatangan... [Tepuk] Kalau memang efisien demi kepentingan rakyat saya percaya perkara yang dibangkitkan beberapa tahun dahulu telah diambil tindakan tetapi pemimpin-pemimpin yang disokong oleh Kinabatangan ini yang menjadikan keadaan lebih...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau tukar kerajaan boleh selesaikah?

Yang Berhormat Batu Gajah ini perkara kecil diluah-luahkan...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Rumit...

...Untuk berpolitik. Kami tidak buat begitu.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Dan tidak di...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Putatan minta tolong Yang Berhormat Putatan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya mahu habis. Oleh itu saya berharaplah dengan apa yang saya bangkitkan kita boleh sama-sama balik dan memikirkannya demi untuk negara dan rakyat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Mambong.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahas Titah Duli yang Maha Mulia Tuan Yang di- Pertuan Agong..

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam titahnya menyebut, “Keseriusan kegawatan ekonomi global pada masa kini dan ianya harus ditangani oleh semua negara”. Saya menerima baik titah Tuanku kerana krisis ekonomi sekarang sememangnya suatu masalah besar juga di negara kita dan harus ditangani dengan tindakan yang bijaksana. Kedudukan ekonomi dunia sekarang menggambarkan satu krisis yang amat menakutkan yang belum pernah berlaku sebelum ini. Penurunan permintaan barangan di seluruh dunia menyebabkan hakisan kekayaan dan mengakibatkan peningkatan pengangguran. Orang ramai di merata-rata dunia sememangnya amat bimbang dan tidak yakin dengan prestasi ekonomi dunia sekarang. Ada golongan pakar ekonomi mengatakan, “Bahawa kejatuhan ekonomi dunia sekarang ialah akibat fenomena globalisasi”. Ianya berlaku disebabkan syarikat-syarikat di negara maju sentiasa mencari pasaran bagi produk dan perkhidmatan profesional mereka di luar negara sendiri iaitu di negara-negara asing. Begitu juga dengan peluang pelaburan. Kadar faedah di banyak negara amat rendah, maka syarikat-syarikat dari negara tersebut berlumba-lumba berhijrah untuk melabur di negara-negara asing. Namun apakah punca krisis ekonomi seperti ini timbul? Ramai pakar ekonomi di dunia mengatakan, “Bahawa krisis sekarang ini disebabkan keadaan bercelaru infrastruktur kewangan yang didominasikan oleh Amerika Syarikat”. Kalau ini benar, kita harus mengingat kembali selepas insiden 9/11 di New York, kadar faedah di Amerika Syarikat mula menurun dan terus turun ke tahap yang paling rendah. Akibat itu, harga rumah di Amerika Syarikat juga turun membuat ramai rakyat di negara itu layak meminjam wang dari bank-bank dan sudah mampu membeli rumah. Pada masa itu bank-bank sememangnya banyak reserve one dan kerana keinginan mereka untuk menggandakan keuntungan, mereka melonggarkan syarat- syarat pinjaman. Pada masa yang sama jumlah duit dalam sistem kewangan Amerika Syarikat ada banyak kelebihan ataupun surplus, dengan izin termasuk dalam pegangan bank di negara China juga. Keadaan ini mendorong kepada penurunan kadar faedah. Oleh kerana jumlah wang surplus amat banyak dalam pusingan, maka bankers memberi pinjaman dengan syarat-syarat yang mudah termasuk kepada orang-orang yang tidak mampu membayar wang cagaran ataupun down payment untuk membeli rumah. Di Amerika Syarikat untuk menarik lebih ramai bilangan peminjam, kadar faedah khas ataupun special interest rate, dengan izin yang amat rendah sekali hampir kosong peratus diperkenalkan.

Justeru itu jumlah rumah yang dibeli meningkat dengan cepat sekali yang mengakibatkan harga rumah pula melambung. Pada tahun 2007, harga rumah di Amerika Syarikat meningkat dengan 11 peratus. Ekoran daripada permintaan yang lebih tinggi, kadar faedah mula meningkat. Prosedur membeli rumah juga berubah menyebabkan peminjam-peminjam marginal tidak mampu lagi membuat bayaran bulanan pinjaman mereka. Masalah ini berterusan. Banyak peminjam menjadi pinjaman lapuk iaitu NPL (Non-Performing Loan). Akibat itu bank-bank menanggung kerugian dengan jumlah yang amat tinggi sehingga banyak bank dan institusi kewangan di Amerika Syarikat dan Eropah menjadi bankrap. Itulah gambaran bagaimana krisis kewangan dunia sekarang berlaku. Krisis ekonomi dunia sekarang menyebabkan kegawatan di seluruh dunia iaitu, world economic recession with the big bank, dengan izin yang begitu teruk sekali, terkini Amerika Syarikat sudah susut ekonominya dengan 3.8 peratus. Keadaan yang paling teruk sejak tahun 1982. Menurut Bank Dunia nilai kehilangan pasaran global pada masa ini dianggarkan 30-35 trilion iaitu kehilangan pasaran di peringkat global. Krisis ekonomi dunia sekarang menyebabkan kekurangan jumlah wang juga dalam pasaran dunia yang mengakibatkan penurunan permintaan produk dan perkhidmatan termasuk juga permintaan minyak kelapa sawit dan komoditi lain dari negara kita. Kegawatan ekonomi juga mengakibatkan kadar pengangguran yang tinggi. Di Amerika Syarikat dan Kanada 360,000 orang kehilangan pekerjaan dari bulan September hingga bulan Disember tahun lepas. Di Eropah 206,000 orang kehilangan pekerjaan pada masa yang sama. Di Asia Pasifik 36,490 orang dan di Afrika 5,500 orang. Menurut Menteri Sumber Manusia di negara kita 7,500 orang pekerja sudah diberhentikan pada bulan Oktober hingga 14 Januari dan 2,000 pekerja asing juga diberhentikan pada masa yang sama. Kenapa lebih ramai bilangan warganegara kita diberhentikan daripada bilangan pekerja asing? Berapa lagi bilangan pekerja warganegara kita akan diberhentikan sepanjang tahun ini? Oleh itu satu langkah bijaksana haruslah dihasilkan oleh kerajaan bagi mengawal warganegara kehilangan kerja. Tuan Yang di-Pertua, krisis ekonomi yang kompleks haruslah ditangani dengan langkah-langkah yang sesuai dan praktikal. Menurut Encik John McCain seorang pakar ekonomi di Amerika Syarikat fakta-fakta yang menyebabkan kegawatan ekonomi kali ini ialah berlainan daripada fakta-fakta kegawatan pada tahun 30- an dan 80-an. Kerana kali ini ianya akibat krisis kewangan yang amat kompleks dan rumit. Beliau menyatakan, conventional wisdom just can apply, dengan izin. Dalam keadaan ekonomi sekarang, kita boleh menyaksikan kejatuhan indeks bursa-bursa saham di seluruh dunia. Dengan penurunan sehingga 40 peratus, kejatuhan bursa-bursa membuktikan krisis kewangan yang kompleks. Harga-harga saham tidak akan naik dalam jangka masa pendek dan pendapatan sektor korporat tidak dapat dibaik pulih pada masa terdekat. Oleh itu kredit dan pinjaman tidak dapat beroperasi dengan sepenuhnya.

Itulah sebabnya Encik Joe Manet Kins mencadangkan agar ketua-ketua kerajaan di seluruh dunia haruslah membuat effective adjustment dengan izin kepada dasar-dasar kewangan negara mereka masing-masing dan melakukan satu koordinasi yang serius di antara negara-negara dunia. Namun bagaimanakah strategi effective adjustment boleh dilakukan dalam polisi fiskal di negara kita. Pengerusi Bank HSBC pula di London mencadangkan business needs to corporate with government and regulators in a creations of new global market place for all industries and consumers, dengan izin. Maknanya adalah perlu meningkatkan pasaran baru di peringkat global agar permintaan produk dan perkhidmatan diwujudkan dan ditingkatkan namun bagaimanakah cadangan ini boleh berlaku dan bagaimanakah strategi berkesan dapat dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan dunia termasuklah kerajaan kita. Akan tetapi banyak negara mengambil tindakan hanya to cushion the economic recession. Tindakan yang sama iaitu suntikan pakej rangsangan yang besar bagi membaiki ekonomi masing- masing. Skala dan jumlah pakej-pakej rangsangan yang disuntikkan oleh negara-negara maju G-8, Brazil, Negara China, India dan Rusia adalah dalam anggaran 3.6 peratus KDNK dunia.

IMF menjangkakan bahawa perbelanjaan daripada pakej-pakej rangsangan oleh 12 buah negara itu boleh meningkatkan, boleh menjangkau 15 peratus KDNK dunia. Adakah perbelanjaan 15 peratus KDNK dunia, satu harapan bagi memulihkan ekonomi dunia dengan cepat. Di Amerika Syarikat juga jumlah pakej rangsangan disuntikkan ialah USD825 bilion dan diakui untuk perbelanjaan kecemasan iaitu emergency spending untuk potongan cukai, untuk keselamatan ataupun health security warganegara Amerika Syarikat dan untuk merangsang ekonomi. Di Singapura, kerajaan negara itu telah memperuntukkan SGD20.5 bilion sebagai pakej rangsangan. Di negara kita sendiri kerajaan telah pun memperuntukkan RM7 bilion sebagai pakej rangsangan yang telah pun diluluskan pada tahun lepas. Namun menurut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dua minggu lepas, hanya 70 peratus jumlah yang diluluskan telah pun diagih untuk dibelanjakan. Perlu diingatkan Tuan Yang di-Pertua, jika wang rangsangan tidak dibelanjakan maka kesan terhadap ekonomi negara kita tidak akan menyempurnakan baik pulih atau pun recovery. Satu lagi langkah yang disasarkan oleh banyak negara ialah pemotongan cukai korporat dan cukai individu agar lebih banyak wang berada di saku rakyat untuk dibelanjakan iaitu putting money in people’s hands so that they can start spending again, dengan izin. Jika seseorang mendapat faedah potongan cukai, ini bermakna dia dapat wang berlebihan. Adakah dia akan belanja wang tersebut atau menyimpan wang itu? Kalau dia menyimpan wang itu maka tujuan untuk merangsang aktiviti ekonomi tidak berlaku. Namun daripada hasil kajian yang sahih, orang dalam golongan berpendapatan rendah dan sederhana lebih cenderung untuk berbelanja jika ada duit lebih. Di negara kita, JABGIM ataupun Japanese Business Group’s In Malaysia sudah pun meminta kerajaan memotong cukai korporat dari 27 ke 20 peratus agar sama dengan struktur cukai negara Singapura. Terkini, Singapura telah pun memotong kadar cukai ke 17 peratus. Lazimnya potongan cukai ada dua faedah, pertamanya memberi bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk menambah pendapatan disposable mereka. Kedua, untuk menggalak orang berbelanja dan justeru menambah baik ekonomi. Ini boleh berlaku jika semua warganegara membayar cukai. Di negara kita, bilangan dan peratusan orang yang membayar cukai tidak begitu ramai kalau dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Singapura. Oleh itu, potongan cukai individu mungkin tidak berkesan untuk membaiki ekonomi negara kita. Potongan cukai korporat kini hanya dilakukan di negara Jepun, Kanada dan Singapura. Berkaitan dengan pemotongan cukai, saya menyarankan kerajaan untuk membantu hanya syarikat- syarikat di negara kita khususnya golongan IKS yang bermasalah dari segi sumber kewangan dan yang mengalami kerugian. Ini boleh dilakukan melalui pengaturan struktur cukai yang sesuai seperti memberi balik duit cukai yang telah mereka bayar dahulu semasa mereka dapat keuntungan tinggi. Dengan langkah ini, mereka boleh terus beroperasi dan mengekalkan bilangan pekerja mereka. Langkah menstrukturkan cukai seperti ini boleh dilakukan untuk tempoh satu atau dua tahun pada masa pembayaran cukai mereka sehinggalah ekonomi negara kita kukuh lagi. Dengan langkah ini, peluang pekerjaan akan terus wujud dan pekerja-pekerja boleh terus berbelanja. Justeru menambah baik ekonomi negara. Berkaitan dengan potongan cukai juga, saya menyarankan agar kerajaan dan syarikat-syarikat perniagaan mengatur cara dan struktur pembayaran yang boleh menguntungkan kedua-dua pihak iaitu persetujuan untuk jumlah bayaran dan masa untuk membayar. Selain itu, deferment payment dengan izin boleh juga dipertimbangkan oleh kerajaan pada masa ini. Namun apa yang merugikan kerajaan kita dan negara dalam langkah pemotongan cukai ialah golongan pekerja asing yang sebilangan besar tidak membayar cukai termasuk pendatang-pendatang tanpa izin yang bekerja di negara kita. Untuk ini, saya menyarankan agar kiriman wang balik ke negara-negara asal mereka haruslah dibekukan buat sementara sehingga ekonomi pulih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat ada satu minit lagi.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun menyuntik RM7 bilion bagi merangsang ekonomi negara dan yang diluluskan oleh Dewan yang mulia ini bulan November tahun lepas dan menggambarkan hanya 1 peratus KDNK negara. Kalau dibandingkan dengan negara-negara lain jumlah ini amat rendah. Pakej rangsangan Amerika Syarikat berjumlah USD825 bilion ialah 11 peratus KDNK negara itu. Pakej USD586 bilion negara China ialah 16 peratus KDNK negara itu dan pakej SGD20.5 bilion ialah 10.7 peratus KDNK negara itu.

Maka adalah wajar jika satu pakej yang lebih besar seharusnya diperuntukkan oleh kerajaan untuk membaiki ekonomi negara. Saya sarankan satu jumlah yang setanding dengan negara-negara lain sekurang-kurangnya 5 peratus KDNK negara. Jumlah ini boleh memberikan faedah seperti digunakan untuk: (i) credit flow to all sectors of the economy; (ii) to enhance domestic investment and consumer confidence dengan izin; (iii) bagi memastikan kuasa membeli rakyat masih kuat; dan (iv) bagi mengawal kesan pengangguran melalui program-program latihan pekerja yang telah diberhentikan. Saya sememangnya mengalu-alukan bajet mini yang akan dibentangkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah habis.

Pada 10 Mac nanti oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia. Saya berharap agar pakej baru boleh memberi keyakinan kepada rakyat terhadap ekonomi negara dan justeru itu ekonomi negara kita akan terus di baik pulih. Dengan ucapan sedemikian saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Machang.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua terima kasih, peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja. Saya mulakan dengan membawa harapan daripada terutamanya penanam padi di kawasan Machang Tuan Yang di-Pertua. Sekarang musim menuai di kampung-kampung seperti Pangkal Canggung, Pangkal Puan, Berangan Mek Nab, Panggul Kulim dan juga di Temangan, padi sedang dituai dengan menggunakan combine harvester, jentera pembajak dengan upah satu guni ialah RM8. Musim lepas cuma RM6. Walaupun harga minyak turun tetapi upah mesin ini masih lagi membebankan petani. Kelihatan tidak ada satu kawalan terhadap penentuan upah ini kerana ianya dikuasai oleh broker ataupun disebut kepala bendang. Pertubuhan peladang kawasan panggil mesyuarat mengumpulkan pengilang, kepala bendang dan juga penanam padi. Isu yang saya hendak bangkitkan ialah isu potongan jualan padi. Bagi setiap 100kg, padi yang dipotong ialah 20kg hingga 21kg. Akan tetapi keputusan pemotongan ini tidak dibuat dan tidak diterangkan secara meyakinkan. Sudah tentu ada sistem penggredan kualiti padi. Akan tetapi padi masih di bendang, dalam bilik mesyuarat pengilang, kepala bendang dan penanam padi telah pun dibuat keputusan tentang jumlah potongan iaitu 20kg hingga 21kg.

Hal ini cukup membebankan terutama kerana harga padi sekarang ialah RM1.09 bagi 1kg dan kos transport nya pula sehingga RM35 satu tan. Kos membajak ialah RM230 satu ekar dan apabila ianya dihitung. Kalau penanam padi di kawasan saya Tuan Yang di- Pertua, mereka menggunakan benih yang disyorkan oleh PPK iaitu benih 129. Purata hasil mereka ialah empat tan sehektar. Akan tetapi tempoh penanaman mereka termasuk persediaan tapak ialah lima bulan. Usaha lima bulan untuk dibelanjakan selama setahun. Sebab itu kos ini menjadi sangat sensitif, potongan padi juga sangat sensitif. Saya mohon kementerian berkenaan dapat memberikan penjelasan tentang bagaimana mekanisme menentukan penggredan ini dibuat. Sudah tentulah penanam-penanam padi yang berpenat lelah membanting tulang itu memerlukan pembelaan yang lebih munasabah daripada agensi berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua ialah perkara pembinaan Lebuh Raya Kuala Krai dan Kota Bharu sepanjang 73 kilometer. Perkara ini menjadi topik tetap saya sering kali apabila berpeluang mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya membaca majalah ataupun akhbar The Edge Daily tanggal 4 September 2008. Antara lain menyebut bahawa Konsortium Logistik Berhad melalui pengambilalihan syarikat AKN Construction yang beralamat Kuala Krai telah diberikan kontrak ini dengan nilai RM1.4 bilion melalui runding terus. Asalnya 2006, projek ini juga telah diberikan secara runding terus kepada Syarikat Padang Maju Sdn. Bhd. dengan nilai waktu itu cuma RM580 juta tetapi barangkali ada banyak masalah di sana maka kerajaan terpaksa mengalih kepada syarikat baru ini. Peri pentingnya projek ini Tuan Yang di-Pertua tidak perlu kita bahaskan lagi terutama kerana projek ini sudah lama tertangguh, projek ini juga dianggap sebagai satu inisiatif kewangan swasta dan projek ini juga penting kerana Koridor Timur yang diuar-uarkan Perdana Menteri juga menjanjikan jalan ini sebagai sebahagian daripada projek utama. Kalau itulah perkembangan setakat ini, saya mengambil peluang di Parlimen yang mulia ini untuk bertanyakan beberapa soalan agar Kementerian Kerja Raya khususnya dapat memberikan penjelasan yang meyakinkan. Pertama, saya ingin tahu apakah pada tahap ini sesuai dengan laporan The Edge Daily itu, projek ini sebenarnya telah pun mendapat kelulusan daripada EPU. Kalau telah dapat, berapakah siling perbelanjaannya? Apa pula kaedah pembiayaannya? Bagaimanakah kerajaan tentukan syarikat ini mampu mendapatkan dana sebesar RM1.4 bilion bagi memastikan agar projek ini tidak tertangguh lagi? Perkara kedua apakah reka bentuk jalan juga telah diluluskan? Untuk sekian sekalinya saya mohon bertanyakan soalan apakah ianya akan melalui jajaran baru atau jajaran lama? New alignment atau old alignment? Dua lorong pergi, dua lorong balik atau satu lorong pergi, satu lorong balik? Soalan ketiga, saya juga difahamkan melalui sedikit kerja rumah yang saya buat, laluan 73 kilometer ini Tuan Yang di-Pertua, akan membabitkan lebih 2,000 hak milik tanah. Saya ingin bertanya bagaimanakah urusan pengambilalihan dan pampasan tanah ini ditentukan? Apakah kerajaan sudah melantik valuer nya, syarikat penilainya? Siapakah yang dilantik. Apakah sudah ada bajet untuk menyempurnakan proses ini sebab sering kali projek tertangguh kalau melibatkan pengambilalihan tanah ialah soal bajet pampasan. Apakah sudah ada di EPU? Sudahkah dibincangkan dengan Kementerian Kerja Raya? Keempat, soalan saya berkaitan dengan projek ini ialah berapa pampasan yang telah dibayar kepada Padang Maju? Sudah tentu dia telah memulakan kerja-kerja awal seperti merangka pelan jajaran ataupun bill of quantities. Kalau sekarang projek diberikan kepada Konsortium Logistik melalui AKN Construction anak syarikatnya, sudah tentu kerja- kerja awal Padang Maju itu membabitkan kerajaan terpaksa membayar pampasan. Saya ingin tahu apakah nilai pampasan terhadap kerja-kerja awal tersebut? Berikutnya saya juga ingin membangkitkan pertanyaan, apakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memastikan bahawa projek ini mampu memberikan trickle down benefits kepada rakyat tempatan khususnya kalangan kontraktor. Apakah sudah ditentukan rancangan untuk fasa-fasa tertentu selain daripada kontraktor utama mendapat kelebihan kerjanya? Fasa-fasa berikutnya boleh diperuntukkan kepada kontraktor-kontraktor tempatan khususnya di Kelantan. Siapakah sebenarnya telah dilantik sebagai konsultan kepada projek ini? Projek sebesar RM1.4 bilion kalau mengikut laporan ini saya percaya ini bukanlah angka akhir.

Sudah tentulah EPU telah menggariskan satu kos siling pembinaan tetapi saya bangkitkan terus-terusan kerana saya ingin melihat projek ini dapat dijalankan mengikut jadual dan perancangan kerana ia memberikan impak yang sangat positif terutama dari laluan Kota Bharu menuju ke Gua Musang dan seterusnya ke Kuala Lumpur.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Minta penjelasan sedikit.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Machang, oleh sebab lebuh raya ini melibatkan Kuala Krai, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat jika Yang Berhormat ada maklumat kerana jajaran yang disebut sama ada jajaran baru atau jajaran lama, pasti ianya akan melibatkan kedudukan bandar Kuala Krai itu sendiri.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Dalam kita hendak mencari sesuatu penyelesaian masalah trafik dari Gua Musang ke Kota Bharu dan peluang-peluang pertumbuhan di sepanjang jalan-jalan tersebut. Apakah kemungkinan bandar Kuala Krai akan tersisih daripada keperluan ini ataupun ada beberapa persimpangan yang boleh membantu malah memajukan lagi Bandar Kuala Krai melalui pembangunan lebuh raya ini? Terima kasih

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krai. Kebetulan Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan tekun mendengar. Saya percaya beliau akan mendapatkan jawapan, memberikan jawapan, tapi saya difahamkan dari rancangan asalnya terdapat empat laluan keluar ataupun exit keluar melibatkan stress sepanjang 73 kilometer. Cuma point keluarnya itu, apakah by pass Kuala Krai itu tidak, kita hanya boleh meminta kerajaan untuk dapat memberikan jawapan di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, tajuk saya yang ketiga ialah berkaitan dengan PERKESO, saya merujuk kepada projek ICT Core System dengan syiling bajetnya 150 juta kurang lebih. Saya difahamkan bahawa PERKESO yang berteraskan kepada perkhidmatan memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan, dia mendapat dana melalui caruman majikan dan pekerja. Pada tahun 1985, PERKESO menjadi badan berkanun dan sistem teknologi maklumat merupakan instrumen penting yang menjadi nadi dan tunjang kepada operasi PERKESO. Sebab itu projek ICT Core System ini penting. Mengikuti laporan media tentangnya, ia diiklankan pada 19 Mei 2007, tutup pada 19 Jun 2007, 21 per tender mengambil bahagian, anggaran bajet itu 100 juta dan siap 18 bulan. Anehnya sampai sekarang projek ini belum lagi take-off dengan izin. Saya percaya pengurusan 21 per-tender itu tentulah ditapis melalui Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Teknikal, seterusnya kepada Lembaga Perolehan PERKESO, itu prosedur biasa saya fikir. Akan tetapi kenapakah sehingga sekarang, 2009 projek itu belum menampakkan tanda-tanda ia digerakkan? Penangguhan tempoh bermakna peningkatan kos dan kos itu ditanggung melalui caruman majikan dan pekerja. Di Dewan yang mulia ini saya memohon bertanyakan soalan kepada kementerian berkenaan apakah status projek ini? Daripada 21 per tender syarikat manakah yang telah dapat, kenapakah dan apa masalah kerja-kerja ia belum dimulakan? Bukankah projek ini kritikal untuk dilaksanakan? Selain daripada projek ini saya percaya PERKESO sendiri mempunyai Jabatan Teknologi Maklumat PERKESO. Saya baca dalam laporan tahunan PERKESO yang diedarkan kepada kita minggu lepas, dia ada Jabatan Teknologi Maklumat PERKESO dan mereka juga mempunyai syarikat perunding yang sudah tentu bertanggungjawab menentukan pelan strategi ICT dengan spesifikasinya, skop kerjanya dan kosnya. Kelewatan seperti ini sebenarnya sukar untuk kita terima kerana ianya membabitkan kos dan dana daripada pekerja serta majikan. Saya mohon kementerian berkenaan dapat memberikan jawapan yang jelas dan meyakinkan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat...

Sekejap, saya hendak menghabiskan point saya yang keempat.

Tuan Yang di-Pertua, perkara keempat ialah berkaitan dengan institusi polis dan Peguam Negara. Bekas bos saya Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Kota Tinggi, saya rasa berpeluang untuk memberikan pandangan ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri 1 Julai 2008, Yang Berhormat Permatang Pauh telah membuat laporan polis di IPK Selangor dan kes kemudian telah dipindahkan ke BPR waktu itu Putrajaya. Ia adalah ke atas perbuatan mereka-reka dan mengada-adakan bukti palsu yang membabitkan dua penjawat jawatan tinggi dalam polis dan Peguam Negara. Aduan ini dibuat berasaskan kepada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja pada tahun 1999 dan kemudiannya ianya dalam laporan itu merujuk secara khusus waktu ditangkap Yang Berhormat Permatang Pauh pada September 2008. Saya tahu saya telah bangkitkan perkara ini, Yang Berhormat Menteri menjawab “yang lepas itu sudahlah, kita tengok ke depan”. Saya hendak tengok ke depan juga. Sebab itu saya minta mereka yang terbabit diambil tindakan, asasnya ada. Laporan suruhanjaya itu dengan terangnya menyebut keterangan ACP Koh yang bertanggungjawab membuat tangkapan pada malam 20 September menyebut dengan terang kepada suruhanjaya. Saya menyentuh tangan Datuk Seri dan memaklumkan bahawa beliau ditangkap di bawah 377(b) Kanun Keseksaan. Itu 20 September diiringi ke Bukit Aman, malam itu dipukul dan kemudiannya keterangan kepada laporan suruhanjaya menyebut dengan jelas, satu mesyuarat berlaku di tingkat 30 Bukit Aman. Dalam keterangan-keterangan saksi kepada laporan suruhanjaya, keterangan Datuk Ramli, keterangan Dato’ Yaakob, keterangan Dato’ Mior Hussein menyebut bahawa malam 20 hari bulan di tingkat 30, Bukit Aman yang tidak berapa aman, disebut kehadiran dua watak ini yang sekarang menjadi orang nombor satu dalam polis dan orang nombor satu dalam Jabatan Peguam Negara. Kemudian 1.23 pagi selepas insiden pukul itu berlaku, ACP Koh membuat laporan polis dengan mengatakan suspek ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri. Waktu dia ditangkap, dia dimaklumkan bahawa ia di bawah Kanun Keseksaan. Lepas dipukul, ianya di bawah ISA dan laporan palsu ini kemudian dijadikan exhibit mahkamah dan telah pun menjadi satu keputusan. Yang Berhormat Permatang Pauh telah menerima akibatnya, Tuan Yang di-Pertua, di Dewan yang mulia ini pada Disember 2008, Yang Berhormat Menteri dari Padang Rengas menjawab bahawa kertas siasatan terhadap aduan Yang Berhormat Permatang Pauh telah pun siap dan kini diajukan kepada Pejabat Jabatan Peguam Negara. Saya ingin tahu status kes ini sekarang? Kalau siasatan telah sempurna dibuat, apakah asas pertimbangan yang ia menjadi lewat? Kita tidak boleh membenarkan Peguam Negara yang membuat keputusan sebab beliau adalah orang yang terbabit dan dalam asas laporan bahawa kita mempunyai asas untuk mempercayai perbuatan mereka- reka bukti ini dilakukan. Kita juga merujuk kepada pegawai penyiasat kes ini, Datuk Mat Zain Ibrahim yang telah pencen dalam afidavitnya ataupun statement of claim nya, beliau dengan terang, ini satu dokumen awam Tuan Yang di-Pertua, jelas membabitkan dua watak ini. Laporan suruhanjaya keterangan pegawai-pegawai tinggi polis dan juga keterangan afidavit atau statement of claim daripada Datuk Mat Zain Ibrahim yang sendiri menyiasat kes ini, terang- terang membabitkan dua penama ini. Kertas siasatan telah lengkap. Kalaulah lembu menjadi isu besar, dua watak yang memegang instrumen penting dalam institusi demokrasi dalam negara kita. Kalau masih lagi kita tidak dapat ketengahkan kes-kes seperti ini, saya bimbang persepsi umum terhadap kebebasan dan integriti dua institusi ini akan memberi kesan buruk yang sangat parah dan kesannya cukup lama. Kalaulah ACP Koh seorang pegawai polis, boleh diarah membuat satu laporan palsu terhadap kes ini, apa jaminan bahawa laporan palsu juga dibuat oleh Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008? Ini kerana dua penjawat ini masih lagi memegang jawatan utama dalam institusi polis dan Peguam Negara. Ini perkara yang saya kira Yang Berhormat Menteri mampu untuk memberikan jawapan. Sebab itulah, kalau boleh saya memetik apa yang diberi keterangan yang saya maksudkan tadi bahawa keterangan yang diberi oleh seorang pegawai polis waktu memberi keterangan pada laporan suruhanjaya.

Katanya “saya menegaskan bahawa disebut nama orang nombor satu polis dan orang nombor satu Peguam Negara pada waktu itu telah mempunyai pengetahuan bahawa saya telah dicederakan oleh Rahim Nor sebaik ditangkap dan ditahan di lokap Polis Bukit Aman. Saya juga ada alasan untuk mempercayai bahawa orang nombor satu polis dan orang nombor satu Peguam Negara terlibat kerana mereka berada di tingkat 30 pada malam itu”. Ini keterangan yang sudah pun menjadi satu dokumen awam, sebab itulah Tuan Yang di-Pertua saya mohon agar perkara ini dapat diberikan perhatian dan jawapan. Perkara terakhir Tuan Yang di-Pertua, adalah berkaitan dengan Kementerian Pertahanan. Kita telah pun tempah submarine kapal selam. Satu instrumen satu sokongan yang penting ialah untuk membekal dan membangunkan keupayaan menyelamat bencana kapal selam.

Kalau kapal selam itu ada masalah, sudah tentulah dia kena ada submarine rescue vehicle. Saya hendak tanya, apakah rancangan MINDEF untuk pelan penyelamat kapal selam ini. Belum sampai lagi, tapi akan sampai. Akan tetapi pelannya sudah ada ataupun tidak. Betul kah khabar yang saya diberi maklum bahawa Kementerian Pertahanan sekarang sedang berunding secara terus dengan sebuah syarikat Target Resources Sdn. Bhd untuk menyediakan perkhidmatan ini dengan kos sebesar RM98 juta setahun untuk tempoh 25 tahun. Sekali lagi, satu runding terus di buat tetapi kerana ini aspek keselamatan... [Disampuk] ...Sering kali itu dibuat. Perkara kedua terakhir dalam MINDEF ini Tuan Yang di- Pertua ialah berkaitan dengan sistem strategik electronic wall fair yang kita perlukan untuk intelligent gathering dengan izin, untuk mekanisme serangan, pertahanan dan juga decoy, dengan izin. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan Kesepuluh Tuan Yang di-Pertua, sebesar RM1.76 bilion bajet diperlukan. Inisiatif awal ini telah bermula pada 2003 melalui rundingan G2G dan bahagian staf perisikan pertahanan. Sistem strategik electronic wall fair ini khabarnya Kementerian Pertahanan memilih untuk mendapatkan teknologi pembekal daripada Ukraine. Syarikat yang memperolehnya ialah syarikat Chrissy Holding yang secara kebetulan tuan punyanya adalah bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang. Dia hendak jaga sistem pertahanan negara ini pun, dia kena UMNO juga sistem elektronik ini. Apa yang lebih parah ialah partner syarikat asingnya daripada Ukraine dibawa melawat ke lokasi-lokasi strategik pertahanan negara. Tempat di mana peralatan ini akan dipasang. Mana boleh kita bawa pihak asing atas nama hendak pasang sistem macam ini. Di bawa melawat semua lokasi strategik negara seperti Kota Kinabalu, Kuching, Kota Bharu, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Sungai Buloh dan Langkawi. Oleh sebab sensitifnya projek ini, sudah tentulah syarikat yang tidak ada pengalaman dan latar belakang tentang sensitifnya isu pertahanan negara ini, dia akan hanya melihat dari perspektif projek dan kewangan semata-mata. Sebab itulah perkara-perkara ini saya mohon untuk mendapat pertimbangan yang sewajarnya tatkala kementerian berkenaan memberi jawapan. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Simpang Renggam.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah menyampaikan satu titah ucapan bernas mencakupi pelbagai aspek dan pandangan berkaitan dengan kemajuan dan pembangunan kepada rakyat dan negara yang perlu kita amati dan berikan perhatian. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan cabaran ekonomi yang terkini, dunia telah terbenam ke dalam satu situasi yang berkrisis dan membingungkan.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Di United Kingdom, mereka menjangkakan kemelesetan ekonomi sebanyak 3 peratus pada tahun 2009. Di Jerman dan Perancis, ekonomi mereka akan meleset pada kadar yang paling tinggi dalam 20 tahun yang lepas. Di Amerika Syarikat, mereka mengharapkan program rangsangan sebanyak RM2.9 trilion yang akan mengangkat ekonomi mereka dan membantu mereka menghadapi kemelut ekonomi yang makin parah. Lebih dekat kepada bumi Malaysia, China akan merekodkan kejatuhan dalam pertumbuhan ekonomi daripada kadar purata 10 peratus untuk sepuluh tahun yang lepas kepada 7 hingga 8 peratus untuk tahun 2009. Itu pun selepas memperkenalkan program rangsangan ekonomi sebanyak RM1.9 trilion. India juga akan merekodkan kejatuhan dalam pertumbuhan ekonominya daripada 7.1 peratus pada tahun 2008 kepada 6.5 peratus pada tahun 2009. Ekonomi Singapura, kalau kita baca surat khabar hari ini pula dijangka mengecut lebih daripada 5 peratus pada tahun ini. Dengan berkongsi semua maklumat ini, saya tidak ingin melukis gambar yang dipenuhi kurang harapan. Akan tetapi, ingin berkongsi bersama Ahli Yang Berhormat perbezaan yang ketara yang dihadapi ekonomi-ekonomi serantau dan dunia. Malaysia adalah satu ekonomi eksport dengan jumlah perdagangan melebihi RM1 trilion pada tahun 2008. Memandangkan kemelesetan ekonomi global, permintaan sedunia juga telah merosot sama sekali. Oleh kerana itu, jumlah eksport kita pada bulan Disember pada tahun 2008 telah jatuh sebanyak 15 peratus. Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita semua takuti telah pun berlaku. Arus deras kemelut ekonomi global telah pun melanda Malaysia dan kita semua mesti berganding bahu dan mengambil tindakan yang wajar dan serius. Kita telah lihat banyak kilang di Pulau Pinang ditutup akibat kemelesetan dalam permintaan barangan elektronik dan ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura telah hilang kerja mereka. Cabaran ekonomi yang menyusahkan kini, kita makin kuat. Cabaran ini memerlukan tindakan yang wajar dan bersifat tegas. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Duduk dulu. Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengalu-alukan kehadiran dalam Dewan yang mulia ini delegasi daripada negara- negara keanggotaan ASEAN Parliamentary Assembly yang hadir Mesyuarat Jawatankuasa Kecil APA mengenai krisis kewangan global dan kesannya terhadap di negara-negara di Rantau Asia. Parlimen Malaysia baru sahaja selesai melancarkan mesyuarat tersebut yang diadakan di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur yang berlangsung pada 23 hingga 24 Februari 2009. Moga-moga kehadiran delegasi dalam Dewan akan mengeratkan lagi perhubungan di antara Malaysia dan negara-negara di Rantau Asia... [Tepuk] Terima kasih. Sila Yang Berhormat sambung.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Welcome to Parliament Malaysia. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bermesyuarat bersama-sama majlis ekonominya seminggu sekali untuk mengambil kira perubahan-perubahan dalam pasaran dan juga memantau segala aktiviti-aktiviti semua sektor ekonomi kita. Ini menunjukkan bahawa kerajaan memang bekerjasama dengan semua pihak dan saya berharap kerajaan dapat lebih giat dalam usahanya untuk menarik semua pihak untuk berganding bahu dan mencari penyelesaian yang wajar demi menangani kemelesetan ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga telah mengambil langkah untuk memastikan kos produksi dan kos peniaga di Malaysia adalah rendah. Langkah-langkah yang terkini termasuk merendahkan takrif elektrik. Ini telah meringankan beban rakyat dan peniaga- peniaga. Ini akan memastikan kebolehan kita terus kompetitif dalam masa yang kurang baik ini. Akan tetapi saya faham bahawa takrif ini masih tinggi jika dibandingkan dengan penurunan mendadak harga minyak mentah. Saya harap kerajaan akan mengambil langkah untuk membetulkan percanggahan ini. Antara sebab utama yang diberi oleh Tenaga Nasional Berhad adalah ketidakseimbangan perjanjian antara TNB dan Penjana Tenaga Bebas dengan izin, IPP yang telah termeterai semasa Ketua Pembangkang menjadi Menteri Kewangan dulu. Saya berharap kerajaan akan menggunakan segala peralatan undang-undang untuk membetulkan perjanjian-perjanjian ini dan merendahkan lagi takrif elektrik.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Kita mesti menjadi teladan yang baik dengan mengurangkan perbelanjaan kita dan lebih berjimat cermat. Kerajaan mesti melebihkan lagi proses berjimat dan memastikan kawan-kawan kita dalam sektor awam membelanjakan lokasi mereka dengan bijak. Tuan Yang di-Pertua kerajaan telah mengumumkan langkah-langkah yang aktif untuk memperbanyakkan pelaburan dari Timur Tengah dan Asia Pasifik demi memastikan kita competitive dalam meraih FDI. Para pelabur telah pun mengkritik sistem penyampaian awam dengan izin, delivery system dan rintangan-rintangan yang dihadapi oleh mereka ketika melabur di negara kita. Kerajaan mesti mengambil langkah-langkah untuk membetulkan masalah ini dengan mengambil tindakan yang serius terhadap mereka yang menggunakan sektor awam untuk kepentingan sendiri tanpa menyedari keparahan yang ia membawa kepada imej negara sebagai destinasi melabur yang unggul. Lagi pun sektor servis telah ternyata lebih sofistikated dan berteknologi tinggi akibat daripada kematangan ekonomi negara kita telah menggandakan keupayaan kita untuk menghasilkan barangan-barangan yang lebih rumit. Tuan Yang di-Pertua di sektor pelancongan kita difahamkan bahawa kerajaan akan mengambil langkah untuk mempergiatkan lagi sektor pelancongan kerana sektor ini adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan negara. Saya harap kerajaan akan mengambil apa juga langkah yang diperlukan untuk memastikan kecantikan asal ekologi kita supaya tidak terjejas dan memastikan Malaysia terus meraih pelancong-pelancong dari dalam dan luar negeri. Kerajaan juga mesti meneliti cadangan untuk menubuhkan satu pasukan polis pelancongan dengan izin, tourist police seperti di Thailand untuk memberikan perlindungan kepada pelancong-pelancong yang melawat ke Malaysia. Tuan Yang di-Pertua ia juga adalah penting sekali untuk memastikan kerajaan mengambil langkah untuk membantu industri-industri kecil dan sederhana yang akan dilanda teruk oleh kejatuhan permintaan global. Saya yakin langkah-langkah yang diumumkan kerajaan akan membantu mereka yang menerima kesan parah akibat kemelut ekonomi global ini. Saya berpendapat bahawa menghulurkan bantuan kewangan tidak memadai. Kita mesti menghasilkan peluang-peluang yang mencukupi dan suasana pelaburan yang mandat demi kebaikan SME. Saya ingin mencadangkan kepada kementerian supaya menambah kaunter- kaunter ataupun boleh menumpang tempat di pejabat majlis dan perbandaran untuk memberi perkhidmatan seperti penjelasan geran-geran yang ada di kementerian dan sebagainya. Saya rasa pendekatan ini tentunya akan dapat membantu membetulkan persepsi awam dan rakyat juga akan rasa didekati. Tuan Yang di-Pertua komoditi merupakan penyumbang yang penting kepada pendapatan negara. Petronas telah menyumbang sebanyak 48% daripada pendapatan nasional untuk tahun fiskal 2008/2009. Kita mesti mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan Petronas kekal sebagai penggerak utama ekonomi kita. Walau bagaimanapun, memandangkan kejatuhan harga minyak mentah pendapatan Petronas telah pun turun kerajaan mesti mengambil langkah untuk mempelbagaikan sumber-sumber pendapatan negara dan tidak terlalu bergantung kepada royalti daripada Petronas. Ini tidak wajar dari segi keselamatan ekonomi dan nasional jika kerajaan terlalu bergantung kepada Petronas sedangkan kita memang menghadapi kekurangan simpanan minyak mentah di negara kita. Tuan Yang di-Pertua kerajaan telah mengambil langkah yang sepatutnya untuk menurunkan harga petrol dan diesel sebanyak tujuh kali sejak kebelakangan ini ekoran kejatuhan minyak mentah di dunia. Tambahan pula setelah pengumuman dibuat bahawa subsidi minyak akan diberhentikan maka kerajaan harus mengambil langkah untuk memberitahu kepada rakyat bagaimana penjimatan itu akan dibelanjakan. Berkenaan dengan kelapa sawit kerajaan juga telah mengumumkan langkah-langkah untuk terus mengurangkan padah akibat kejatuhan harga minyak kelapa sawit mentah CPO dan kesannya ke atas komuniti FELDA.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Banyak keluarga di kawasan saya Simpang Renggam telah merasai kesan-kesan daripada kekurangan pendapatan dan saya ingin merakamkan penghargaan mereka atas inisiatif kerajaan untuk menurunkan harga baja yang merupakan antara sebab utama kos produksi yang meningkat. Saya lega kerajaan akan membuat lebih lagi untuk membantu komuniti FELDA dan juga peneroka persendirian. Tuan Yang di-Pertua saya teringat kata-kata Abraham Lincoln dengan izin, “Labor is prior to an independent of capital. Capital is only the fruit of labor and could never have existed if labor had not first existed Labor is the superior of capital and deserves much the higher consideration.” Oleh itu usaha kerajaan untuk memberi perlindungan kepada golongan pekerja wajar disokong semua pihak kerana mereka merupakan aset terpenting kepada ekonomi negara. Rakyat Malaysia harus membetulkan sikap memilih kerja apabila menceburi bidang pekerjaan memandangkan suasana yang agak lembap dan fokus harus ke atas menampung kehidupan sendiri dan keluarga dan bukannya glamor yang di bawah oleh kerja-kerja tertentu. Tuan Yang di-Pertua pendidikan adalah satu perjalanan dan bukan destinasi. Selain daripada mempromosi konsep terus belajar dengan izin life long learning seperti kita dalam parti GERAKAN telah melaksanakan melalui penubuhan Universiti Terbuka Wawasan. Saya berharap kerajaan akan terus mencari jalan untuk meningkatkan access kepada pendidikan. Saya amat bimbang kerana sebanyak lima juta rakyat Malaysia yang telah menghabiskan pelajaran sehingga ke peringkat SPM tidak dapat meneruskan pelajaran mereka ke institut pengajian tinggi. Pendidikan adalah hak semua rakyat yang ingin belajar dan peranan kerajaan adalah untuk menghasilkan peluang untuk mereka dan memberi bimbingan agar mereka membuat keputusan yang wajar dan terbaik untuk diri sendiri. Tambahan pula Tuan Yang di-Pertua penduduk di Malaysia lebih kurang 40 peratus adalah daripada golongan muda. Kerajaan mesti aktif dalam bergaul dan minda-minda muda yang idealis. Kerajaan mesti memahami bahawa minda-minda muda ini akan meneruskan pembangunan dan kemajuan Malaysia. Oleh demikian kerajaan harus menarik perhatian mereka. Kita tidak boleh membuat anggapan bahawa kita lebih berilmu daripada mereka. Kita mesti bersatu padu dan setanding demi kebaikan nasional. Tuan Yang di-Pertua saya bangga dengan penubuhan Suruhanjaya Pemilihan Hakim dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan telah pun beroperasi. Rakyat Malaysia murah sekali dengan rasuah yang makin berleluasa dan penubuhan dua suruhanjaya ini akan membantu dalam perang terhadap rasuah. Akan tetapi saya ingin berkongsi komen Presiden Persatuan BAR Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan yang mempersoalkan pelantikan empat orang terkemuka JAC di bawah seksyen 5(1)(4)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Hakim 2008.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Saya berpendapat bahawa wajar untuk kerajaan melantik dengan izin, non legal person sebagai contoh bekas Presiden Persatuan BAR Malaysia yang sekarang tidak lagi aktif mengamalkan undang-undang ataupun ahli akademik atau Ketua Pertubuhan Sivil kerana ini akan membantu membetulkan persepsi rakyat mengenai proses pelantikan hakim di negara kita dan perhubungan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, lima jawatankuasa pemantau akan memainkan peranan yang penting untuk memastikan kebebasan suruhanjaya. Menurut tinjauan yang terbaru yang dibuat oleh Merdeka Research Centre, sebanyak 92 peratus daripada mereka yang ditinjau tidak boleh menerima pemimpin yang terlibat dalam rasuah. Jadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah harus menunjukkan keberanian mereka apabila menangani maslah rasuah dan kelembapan kita dalam menangani masalah ini telah banyak membawa padah sehingga kita hilang majoriti 2/3 dalam Dewan ini. Inilah masa kita untuk bertindak dan bertindak dengan wajar.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, kita semua masih menyesuaikan diri kepada dinamik politik yang baru dan ia akan mengambil masa untuk semua pihak bersesuai dengan perubahan ini. Kita semua sebagai Ahli Dewan Rakyat mesti menghormati satu sama lain dan juga rakyat yang melantik kita. Mari kita bekerjasama dan menimbulkan satu teladan, dan bekerjasama yang baru dalam penggal Parlimen ini kerana rakyat Malaysia jemu melihat persengketaan antara Ahli-ahli Parlimen. Kita patut memfokuskan kemelut ekonomi dan berganding bahu memberi sokongan yang sepatutnya kepada bakal Perdana Menteri dan usahanya untuk memulihkan ekonomi Malaysia. Kata-kata John F Kennedy, Tuan yang di-Pertua, memang wajar diulangi dalam Dewan ini dengan izin, “Ask not what your country can do for you, but ask what you can do for your country”. Inilah cabaran kita sebagai Ahli Parlimen dan cabaran untuk semua rakyat Malaysia. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ya Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, saya sama-sama bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan mengucapkan terima kasih kepada titah Diraja oleh Yang di Pertuan Agong, mana sahutan Tuanku adalah bahawa semua golongan rakyat tanpa mengira fahaman politik berganding bahu dan saling bekerjasama memajukan negara, dan bahawa semua pihak termasuk parti-parti politik perlu menunjukkan kebijaksanaan dan kematangan, serta tidak melakukan apa jua tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan dan pembangunan ekonomi negara. Dalam konteks ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakannya dengan menyentuh beberapa perkara politik. Satu bukan politik dalam khususnya, tetapi politik moral berkaitan dengan perkara peribadi yang nampaknya menjadi satu isu yang lebih penting daripada kemelesetan ekonomi yang kita hadapi sekarang. Contohnya pada hari ini dalam surat khabar New Straits Times, di surat khabar pertama kita nampak bahawa polis telah mengambil keterangan daripada bekas Menteri Kesihatan yang sekarang juga adalah Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, kerana melakukan unnatural of canal sex, dengan izin dan mengenai sesuatu skandal video yang berkaitan dengan beliau sebelum pilihan raya besar. Di sini saya tidak faham Tuan Yang di-Pertua mengapa pihak polis hanya mengambil tindakan sekarang, apabila perkara ini telah berlaku hampir dua tahun yang lepas. Dan dalam fahaman saya bila saya bincang dengan semua pemimpin-pemimpin PR tidak ada seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang mengungkit perkara ini tetapi saya terkejut bila saya lihat laporan ini, nampaknya ada pihak tertentu hendak salah gunakan ruang yang sedia ada, hendak salah gunakan kuasa untuk menjalankan satu tindakan hasad dengki politik. Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berminat campur tangan dalam urusan krisis dalam krisis rebut kuasa dalam MCA, tetapi saya rasa kita mesti menunjukkan satu teladan di mana kita tumpukan kepada isu-isu utama dalam negara kita, bukanlah menggunakan serangan peribadi sehingga mencabul perkara-perkara peribadi berkaitan dengan pemimpin yang tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak. Ini pun sama seperti yang berlaku kepada Yang Berhormat ADUN Bukit Lanjan. Di mana saya tidak nampak, macam mana seorang menjadi mangsa di mana perkara-perkara peribadinya telah dibongkarkan dalam media dalam keadaan yang begitu menjijikkan. Akan tetapi yang mangsa dihukum sedangkan yang membongkarkan atau yang melakukan dengan izin, invasion of privacy ini nampaknya, akan terlepas begitu sahaja. Oleh itu saya ingin menyeru pihak kerajaan khususnya kerana mereka ada kuasa tentang kepolisan dan juga keselamatan negara. Kalau kita hendak lihat keselamatan negara adalah lebih penting kita mengambil tindakan ke atas penjenayah-penjenayah, perompak-perompak daripada menumpukan perhatian, membuangkan masa dalam kes-kes seperti ini. Saya hendak menyatakan di sini Tuan Yang di-Pertua, kita adalah insan biasa. Kalau ada apa-apa kesilapan selagi ia tidak menyalahi undang-undang, saya rasa ini adalah di antara seseorang dengan Tuhan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Sebagai seorang insan biasa saya rasa kita tidak harus mempunyai kuasa atau dengan izin , “We have no right to pass moral judgment on anyone”. Oleh sebab itu, bila saya lihat muka surat utama dalam New Straits Times hari ini, sungguhpun ia tidak ada kaitan dengan pemimpin-pemimpin DAP, tetapi melihat sesuatu yang berlaku ke atas pemimpin MCA dan Barisan Nasional saya rasa kalau politik telah dimainkan dengan begitu jijik sekali menjadikan satu isu dalam rebutan kuasa MCA, saya hanya boleh melahirkan perasaan kesal dan ingin mengecam dengan sekeras-kerasnya. Sungguhpun ia bukan datang, ia bukan datang daripada pihak kita, tetapi sebagai seorang pemerhati saya hanya boleh geleng kepala. Saya ingin merayu dalam keadaan dalam keadaan sedemikian. Don’t be a moral police. Jangan jadi polis moraliti, kerana hanya Tuhan yang layak menjadi isu atau menentukan isu-isu moraliti, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu, marilah kita hormati kaum wanita, janganlah menjadikan sebagai satu objek, dan dalam aspek ini biasanya, kalau sesuatu berlaku wanitalah yang selalu dihukum. Saya mempunyai pengalaman ini kerana pernah pada suatu ketika bila saya cuba membela nasib sebuah keluarga di mana anak gadis mereka dirogol, yang mangsa dirogol ini tidak dilindungi, tidak dibela, sebaliknya ditahan ini oleh pihak polis.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Apabila saya memperjuangkan nasib seorang mangsa rogol yang ditahan, saya pula yang dipenjarakan. Di sini kita boleh lihat dari sudut mata pihak berkuasa nampaknya pihak kaum wanita selalu dilihat sebagai pesalah. Saya rasa kita harus tukarkan persepsi negatif sedemikian. Janganlah selalu kita salahkan kaum wanita atau menyatakan bahawa ini kerana angkara mereka. Ini kerana, kaum lelaki begitu tidak berupaya menahan nafsu mereka. Mana ada kucing yang tidak mahu makan ikan. Ini selalu digunakan sebagai satu alasan tetapi kalau hendak bandingkan insan lelaki dengan kucing, saya rasa ini merendahkan diri sendiri. Ini kerana kita bukan kucing, kita bukan binatang, kita adalah insan yang dicipta oleh Tuhan. Kita lebih mulia daripada itu. Maka, di situ saya harap janganlah cuba merendahkan ataupun mempersendakan kaum wanita...

Baguslah kalau sudah sedar.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Janganlah pula dalam kes seperti ini menggunakan isu-isu berkaitan dengan seks peribadi seseorang yang saya lihat sering berlaku oleh pihak kerajaan sama ada di dalam parti mereka ataupun dengan parti lawan saya rasa ia tidak akan menaikkan martabat dan juga nama baik ahli-ahli politik yang mahu memberikan sumbangan kepada negara. Dalam aspek ini, Tuan Yang di-Pertua saya harap bahawa apabila Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menjawat jawatan penting Perdana Menteri dalam saat yang begitu genting ini, dalam saat kemelesetan ekonomi beliau boleh menumpukan perhatian kepada: (i) memupuk perpaduan nasional; (ii) membantu mangsa-mangsa kemelesetan ekonomi; dan (iii) haruslah memastikan bahawa hak politik dan prinsip demokrasi mestilah ditegakkan. Apa yang berlaku di negeri Perak adalah sesuatu yang tidak memberikan imej yang baik kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, kerana rebutan kuasa sedemikian bukanlah satu lembaran baru dan baik yang harus dibuat oleh seorang Perdana Menteri yang baru. Ini kerana menunjukkan bahawa beliau membelakangkan konsep dan prinsip demokrasi. Macam mana sebuah Parti Barisan Nasional yang tidak mendapat sokongan mandat populariti atau majoriti rakyat Perak boleh memerintah Perak.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Sebuah Parti Barisan Nasional yang hanya mendapat sokongan 46 peratus rakyat Perak macam mana boleh memerintah 54 peratus rakyat Perak yang telah menolak sama sekali Barisan Nasional. Dalam aspek ini, Tuan Yang di-Pertua saya rasa kalau demokrasi membolehkan yang dapat 46 peratus sokongan rakyat memerintah 54 peratus rakyat Perak, itu bukan lagi demokrasi. Itu adalah satu dictatorship atau pemerintahan rakus dan bersifat Firaun. Dalam aspek ini, saya harap tolonglah kita hormati prinsip demokrasi di mana rakyat boleh menentukan sekali lagi siapa yang mereka mahu untuk menjadi kerajaan dan memerintah mereka. Dalam aspek ini, apabila kita bercakap tentang demokrasi janganlah pula dikaitkan dengan isu yang lain, yang tidak ada bersangkutan dengan hak rakyat untuk memilih dan menentukan siapa menjadi kerajaan atau parti pemerintah dalam negeri mereka masing-masing. Kalau ini cuba dikaitkan atau menaikkan institusi-institusi lain, saya rasa ini akan mengeruhkan keadaan dan juga akan merosakkan usaha untuk memupuk perpaduan nasional. Saya ingin merujuk kepada satu buku baru ini oleh seorang pemenang hadiah Nobel Ekonomi Joseph E. Stiglitz dalam buku yang bertajuk “Making Globalization Work”, dengan izin di mana saya rasa mencerminkan apa yang dinyatakan oleh Yang di-Pertuan Agong, di mana Tuanku ingin meminta semua menggembleng tenaga demi pembangunan ekonomi negara. Kalau kita lihat dalam sudut pembangunan ekonomi negara, apakah kayu pengukur kejayaan. Saya hendak baca keratan buku Joseph E. Stiglitz Nobel Prize Winner for Economic dalam tahun 2001 di mana dinyatakan, “Success means sustainable, equitable, and democratic development that focuses on increasing living standards not just on major GDP. Income is of course an important part of living standards but such as health and education. Sometime we do not talk about Gross National Product; we talk about gross national happiness. That improves education health and equality of life for all. That’s sustainable, equitable and democratic.” Dalam aspek ini, kita harus dapat sedikit sebanyak pesanan dari seorang ahli akademik di antara yang paling unggul. Sustainable iaitu menggunakan sumber manusia pada hari ini dalam bentuk dan keadaan di mana ia masih boleh digunakan pada hari esok. Masih boleh digunakan oleh generasi akan datang. Kedua, keadilan (equitable), di mana ia boleh diagihkan secara bersama, boleh dinikmati secara bersama oleh sebahagian besar rakyat di Malaysia.

Minta laluan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Itulah asas utama, minta maaf hanya 20 minit sahaja.

Takut ya, tidak berani hendak bagi.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini adalah asas utama supaya kuasa rakyat dapatlah ditegakkan. Dalam aspek ini, saya amat khuatir. Kalau kita lihat ketiga-tiga kayu pengukur ini nampaknya usaha yang dijalankan oleh Barisan Nasional kebelakangan ini telah gagal. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menunjukkan beberapa...

Minta laluan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Contoh di mana Kerajaan Barisan Nasional sudah gagal. Saya minta maaf.

Minta laluan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Bagilah sedikit.

Tidak boleh. Monologlah.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Pertama kalau kita lihat dalam aspek keadilan. Saya meminta tadi Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dalam pakej stimulus ekonomi yang kedua yang akan dibentangkan pada...

Tuan Yang di-Pertua

Lebih kurang lima minit lagi Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

...Pada bulan depan.

Tuan Yang di-Pertua

Ada 5 minit lagi.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya. Bulan depan. Berikanlah bantuan kepada mereka yang kehilangan kerja. Ini kerana kalau kita lihat unjuran untuk tahun ini dan tahun depan mungkin sebanyak 150,000 orang akan kehilangan kerja. Saya harapkan bayarlah mereka bantuan pemberhentian kerja kalau tidak dapat latihan semula, sekurang- kurangnya seorang RM800. Kalau ia dibayar untuk tempoh satu tahun, ini tidak akan makan perbelanjaan yang lebih daripada RM1.5 bilion setahun. Ini jauh kurang daripada apa yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyelamatkan beberapa syarikat bermasalah di Bursa Malaysia. Tengok Kerajaan Barisan Nasional rela menggunakan wang pekerja, wang KWSP untuk menyelamatkan syarikat- syarikat di Bursa Malaysia, tetapi tidak bersedia untuk membelanjakan RM1.5 bilion untuk tolong 150,000 orang pekerja-pekerja Malaysia yang mungkin kehilangan kerja. Di manakah keadilannya Tuan Yang di-Pertua? Itulah sebab saya merayu sekali lagi, kalau kita boleh gunakan wang pekerja untuk menyelamatkan syarikat Bursa Malaysia kenapa kita tidak boleh gunakan sebahagian kecil daripada jumlah ini untuk menyelamatkan syarikat-syarikat besar untuk orang-orang biasa.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Apabila syarikat-syarikat di bursa Malaysia untung, kita tidak melihat mereka berkongsi keuntungan bersama dengan rakyat, tetapi bila mereka menghadapi kerugian wang pekerja di gunakan untuk menyelamatkan mereka. Mana keadilan ekonomi di sini? Saya harap...

Minta penjelasan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Penjana bebas, kita dapat salurkan bekalan gas.

Minta penjelasan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Yang lebih kepada negeri-negeri yang perlukannya.

Tak dapat... [Ketawa]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Bukan semua disalurkan kepada IDB kerana ini tidak adil. Dengan subsidi sebanyak RM63 bilion, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini adalah terlalu besar. Akhirnya untuk memastikan suatu sistem yang menghormati integriti dan juga pentadbiran yang beramanah. SPRM yang dilancarkan secara rasmi ini mestilah bukan sahaja bebas dan berkesan tetapi mesti dilihat sebagai bebas dan berkesan dengan izin it must not be seen, it must not only be independent and effective, it must be seen to be independent and effective. Saya amat tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi ini bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditubuhkan kerana BPR sebelum ini sudah tidak berkesan. Dilihat sebagai mengamalkan penguatkuasaan secara berpilih dihantui, dikaburi oleh prasangka dan juga tidak profesional. Itulah sebab SPRM ditubuhkan. Kalau begitu Tuan Yang di-Pertua mengapakah orang yang sama yang dulunya menjawat jawatan penting di BPR, sekarang pula menjawat jawatan penting di SPRM? Itulah sebabnya saya harap bahawa SPRM boleh menyiasat semula tentang skandal- skandal sebelum ini, seperti pembelian 24 offshore petrol vessel sebanyak RM24 bilion sehingga sekarang yang diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia. Saya rasa kalau tidak memenuhi spesifikasi pun menghadapi masalah operasi.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya harap perkara ini boleh dilihat semula oleh SPRM. Di samping itu satu lagi kes yang melibatkan Ketua Menteri Melaka di mana saya sendiri telah membuat aduan kepada BPR sebelum ini iaitu di mana beliau telah mengumpulkan Tabung Kebajikan Kesihatan daripada orang awam untuk membantu individu-individu yang perlukan bantuan perubatan kerana tidak mampu membayar kos hospital, kos rawatan hospital. Beliau telah mengumpulkan sejumlah wang tetapi wang yang dikumpulkan daripada orang awam untuk satu tujuan murni membantu orang miskin yang tidak mampu membayar kos rawatan hospital tidak digunakan untuk mereka tetapi digunakan untuk keluarga diri sendiri. Ini jelas adalah satu penyalahgunaan kuasa dan tertakluk dan tercakup dalam definisi dan takrifan rasuah. Saya harap apabila tabung kebajikan RM98,242 yang dikumpulkan di mana sebahagiannya telah digunakan untuk membiayai kos perubatan ahli keluarganya termasuk emak, isteri, anak, bapa saudara, anak saudara dan sebagainya boleh disiasat, kerana jelas wang yang dikumpulkan daripada orang awam digunakan untuk kepentingan dan kebajikan diri sendiri. Jelas menyalahi definisi rasuah dan sungguhpun telah dibuat aduan berkali-kali tidak ada sebarang tindakan oleh pihak BPR atau SPRM.

Tuan Yang di-Pertua

Gulung Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Dalam konteks ini saya rasa, akhirnya sebagai kesimpulan saya rasa bukan saya nak campur tangan dalam pemilihan Parti UMNO tetapi melihat rekod dan prestasi Ketua Menteri Melaka ini berbanding dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri jelas sekali siapa yang lebih lurus, siapa yang lebih jujur, siapa yang lebih ikhlas.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Wah jadi pelobi ya.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya, saya terlupa ada lagi satulah... [Ketawa] Nak minta jalan?... [Ketawa] So itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih dan harap bahawa kita boleh pastikan pembangunan sustainable dengan izin equitable dan bersifat demokrasi. Sekian terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Selepas Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Bachok.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Allah!

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua saya berdiri untuk turut serta menyokong Usul Menjunjung Kasih yang dibawa oleh Yang Berhormat Muar ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya berdiri di sini pada hari ini, melihat kepada suasana yang telah pun berlaku dalam Parlimen sepanjang tempoh persidangan pada kali ini dan sebelum ini. Saya sebenarnya menjadi bingung dan keliru dan saya rasa rakyat juga menjadi bingung dan keliru dengan apa yang telah pun berlaku di negeri Perak. Saya tidak mahu membuat sebarang ulasan mengenai apa yang telah berlaku. Dewan yang mulia ini telah pun membahaskan isu-isu itu dengan panjang lebar kelmarin dan isu panas yang penuh dengan emosi. Saya berdiri pada hari ini untuk mengajak kepada kewarasan. Saya percaya dan saya yakin bahawa elemen kewarasan itulah merupakan elemen yang kurang, malah tidak ada dalam konteks politik tambahan pula kepada amalan politik pada hari ini. Saya perhatikan kadang-kadang kita menjadikan diri kita seperti haiwan politik yang hanya mementingkan kepentingan sendiri dan puak sendiri. Kita hilang pertimbangan rasional untuk menilai mana satu kaca dan yang mana satu permata.

Oleh kerana kadang-kadang kita taksub mahu mempertahankan kepentingan, kita sengaja melupakan amanah yang lebih besar. Kita lupa kita adalah pemimpin, kita lupa kita sedang diperhatikan, kita juga lupa bahawa kita diteladani. Akan tetapi kita lebih banyak bercekak antara satu sama lain sehingga memberikan gambaran bahawa Dewan yang mulia ini tempat untuk kita bercakaran sesama sendiri. Kita lupa bahawa rakyat di luar sana meletakkan kita sebagai Ahli Parlimen untuk mewakili kepentingan mereka dan bukan kepentingan peribadi kita. Kita juga lupa untuk memberi tempat, kita lupa bahawa rakyat telah memberi tempat kepada kita di Parlimen untuk mempertahankan hak rakyat di negara ini. Kita juga lupa bahawa rakyat meletakkan kita di sini bukan untuk menjadi pelakon filem cowboy dalam adegan tembak menembak antara satu sama lain dan kadang-kadang saya lihat Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, sudah macam pekan Cowboy. Kita juga lupa bahawa tugas kita ialah untuk menunjukkan contoh yang baik, yang boleh diteladani. Kata orang, ”Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.” Itulah ibaratnya, ‘ketam tidak boleh mengajar anaknya berjalan betul’.

Tuan Yang di-Pertua jadi Sheriff… [Ketawa]

Jikalau kita tidak menunjukkan contoh yang baik Tuan Yang di-Pertua, kepada pengundi dan rakyat umumnya kita sebenarnya telah pun mengkhianati amanah yang telah pun diberikan kepada kita. Sehinggakan apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan, kita dengar ucapan daripada Yang Berhormat Bagan dan sebagainya tadi apa pun yang dibuat oleh kerajaan semuanya tidak betul belaka. Bila kita buat silap, riuh rendah tunjukkan kelemahan kita tetapi bila terkena kepada batang hidung sendiri semuanya kecoh nak cari salah orang lain. Apabila terdedah sesuatu skandal ataupun masalah wakil mereka masing-masing cepat- cepat mahu menuding jari nak mencari siapa di belakang pembongkaran itu. Kadang- kadang apabila tidak faham dengan isu dan masalah yang dibangkitkan oleh diri sendiri maka kita pula yang dikatakan berkonspirasi mahu menjatuhkan mereka. (cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)

Macamlah Tuan Yang di-Pertua Barisan Nasional ini tidak ada kerja lain, asyik nak jaga tepi kain orang. Asyik hendak jaga tepi kain orang dan asyik hendak jadi tukang intai dan tukang intip mereka pula.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bukan setakat jaga tepi kain saja, selak kain teruslah ini.

Barisan Nasional kerjanya untuk rakyat, bukan jadi tukang intai kain orang. Siapa yang memulakan semua ini? Apabila ada wakil kita yang terlibat, mereka desak supaya letak jawatan. Mereka kata tidak bermoral. Bila kena batang hidung sendiri, kita pula dituduh dalangnya. Macam kata peribahasa Melayu, ”Mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih. Kalau berumah di tepi pantai, jangan takut ombak mendatang. Berani kerana benar, takut kerana salah”. Tuan Yang di-Pertua, kita hidup sebagai manusia yang bertamadun dan bermaruah. Kita berpegang kepada kepercayaan agama Kita menghormati Perlembagaan Negara dan kita mempertahankan keluhuran undang-undang. Adalah menjadi tugas kita untuk memastikan semua itu dipertahankan. Perlembagaan Negara adalah merupakan dokumen keramat yang harus dihargai tetapi malangnya, saya perhatikan sikap kita sendiri telah menunjukkan sebaliknya. Kita mengambil sikap bahawa prinsip Perlembagaan harus disesuaikan pula dengan kepentingan keperluan ataupun keadaan semasa. Kita menganggap bahawa soal kesetiaan sesuatu yang boleh dijual beli ataupun diperdagangkan. Kita menganggap setiap sesuatu ada harganya termasuklah Perlembagaan Negara. Sekiranya kita mengambil ringan kedudukan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan, maka kita sebenarnya bermain dengan api. Ini adalah satu perbuatan yang mesti segera dihentikan.

Soal kesetiaan kepada Raja bukan sesuatu yang boleh disesuaikan menurut masa ataupun keperluan peribadi kita. Kesetiaan adalah penambat yang menghubungkan di antara Raja dengan rakyat, antara pemerintah dengan yang diperintah. Saya tidak perlu untuk mengingatkan latar belakang sejarah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Tidak perlu mengingatkan kepada kita semua tetapi malangnya, hakikatnya, sebenarnya kita semua sudah mula melupakan sejarah...

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

[Bangun]

Kita sudah mula melupakan kontrak sosial yang menjadi penjalin sesama kita. Malah hal-hal yang dianggap sensitif dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dengan ini saya meminta kewarasan daripada semua pihak jangan sampai nasi menjadi bubur. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Minta laluan. Sikit saja laluan...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Koboi hendak tanya.

Koboi High Chapparal.. Okey, saya benarkanlah High Chapparal.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Menyampuk]

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya dari Tenggara. Saya ingin tanya soal kesetiaan Yang Berhormat bangkitkan tadi. Kalau hendak dikatakan UMNO dan Barisan Nasional tidak setia kepada Raja, dua keputusan yang dibuat di Terengganu dan di Perlis jelas menunjukkan sebaik sahaja Tuanku membuat keputusan menentukan kedudukan Menteri Besar bagi kedua-dua negeri ini, orang UMNO tidak bersuara malah akur dan patuh kepada perintah Tuanku. Jadi bagaimana hendak dikatakan bahawa UMNO tidak hormat kepada Raja? Apa pandangan Yang Berhormat? Yang Berhormat Shah Alam diamlah. Ini bukan floor Yang Berhormat Shah Alam. Ini floor Yang Berhormat Tenggara.

Saya sudah jelaskan tadi, Yang Berhormat Arau. UMNO dan Barisan Nasional adalah kerajaan yang bertanggungjawab yang memperjuangkan hak rakyatnya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Tenggara. Lain kali janganlah lagi beri laluan. Kalau Yang Berhormat beri laluan, saya gunakan kuasa di bawah 37(2). Sudahlah. Yang politik, politik yang disebut daripada awal itu sudahlah. Hentikanlah. Sila.

Saya setuju, Tuan Yang di- Pertua. Saya tinggalkan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau tadi. Tepuk dada, tanya selera.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua pun tidak mahu dengar benda itu.

Apa yang saya hendak nyatakan Tuan Yang di-Pertua, janganlah sekali-kali kita mahu mencabar kedudukan Raja- Raja Melayu ataupun jangan sekali-kali berhasrat untuk menderhaka.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Angkara biadab terhadap Paduka Seri Sultan Perak misalnya tidak berakhir dengan tindakan mencabar dan menderhaka tetapi ditambah buruk dengan demonstrasi jalanan dan sebagainya. Yang Berhormat duduk. Ini saya hendak ceritakan tentang kesetiaan kepada Raja bukan berkaitan dengan parti politik dan sebagainya.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua cakap tadi jangan ulang-ulang lagi benda-benda yang berbaur politik itu.

Sila duduk. Ini soal kesetiaan kepada Raja. Sila duduk.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

UMNO tidak setia.

Duduk, duduk! Sila duduk.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya ada dokumen bukti UMNO tidak setia.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Nanti saya bagi laluan Yang Berhormat untuk berhujah pula. Selepas itu tumpukan hujah kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tenggara.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa Yang Berhormat. Nanti Yang Berhormat ada peluang untuk berbahas perkara itu. Tidak apa. Sila teruskan.

Sila duduk, Yang Berhormat. Sila duduk. Terima kasih banyak. Ini soal kesetiaan kepada Raja. Tidak ada kaitan dengan yang lain-lain. Saya hendak tanya apakah mesej yang hendak kita hantarkan kepada anak-anak kita. Apakah ini caranya kita menunjukkan adab dan sopan kita kepada Baginda Sultan? Apakah makna pelajaran Sivik, Agama dan Rukun Negara yang diajarkan kepada anak-anak kita sedangkan kita menggalak dan merestui tindakan yang tidak beradab dan tidak bersopan di jalanan. Saya tahu hal ini telah pun dibangkitkan di Dewan yang mulia ini sebelum ini. Akan tetapi saya rasa terpanggil untuk membangkitkannya semula sebagai seorang rakyat dan sebagai seorang ibu. Saya mewakili kaum wanita di negara ini merasa sedih dengan tindakan sedemikian. Tindakan biadab ini tidak akan menguntungkan sesiapa malah memalukan bangsa dan negara. Apakah nasihat seorang ibu kepada anaknya, Tuan Yang di-Pertua? Dengarlah cakap ibu bapa. Jangan derhaka kepada ibu bapa. Dari kecil kita ajar anak-anak kita agar jangan biadab, jangan menderhaka kepada ibu bapa dan hormati orang tua dan orang lain. Bukankah mematuhi peraturan itu kita ajar sebagai disiplin di sekolah. Bukankah kita mahu anak-anak kita hidup beradab, bersopan dan bermaruah. Sekali lagi saya ingin bertanya apakah mesej sebenarnya yang kita hantar kepada anak-anak kita kalau kita katakan menderhaka kepada baginda Sultan itu betul. Malah mempersoalkan institusi Raja itu betul dan mendakwa Baginda Sultan di mahkamah itu betul. Inikah ajaran kepada anak- anak kita? Sebagai ibu saya merasa malu dan sedih dan sebagai orang Melayu saya merasa tersentuh dan dukacita dan sebagai rakyat saya kesal dan merasa terhina. Saya berharap kita tidak melihat ini sebagai isu politik ataupun isu puak, isu fahaman ataupun isu undang-undang. Bagi saya ini isu maruah dan harga diri. Ini isu yang membabitkan institusi Raja yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Saya lebih kesal bahawa perbuatan biadab ini dilakukan oleh anak Melayu sendiri yang didalangi oleh orang-orang yang menggelar diri mereka pemimpin yang kononnya mahu memperjuangkan bangsa tetapi sebenarnya merosakkan bangsanya sendiri. Harapan saya Tuan Yang di-Pertua...

UMNO, UMNO.

Kembalilah ke pangkal jalan kerana gelanggang politik tidak harus melibatkan institusi beraja yang kita muliakan. Tuan Yang di-Pertua, kita semua sedar krisis ekonomi yang melanda dunia. Apa yang berlaku di Amerika Syarikat mempunyai kesan langsung ke seluruh dunia. Kita juga sedang menerima kesannya. Eksport kita ke Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah yang terjejas akan dikurangkan. Barangan buatan negara kita akan terbabit.

Sebagai negara pengeksport yang terbesar dan negara dagang yang ke-18 terbesar di dunia, mahu tidak mahu apa yang berlaku di Amerika Syarikat dan Eropah akan mempunyai kesannya kepada kita. Memang kerajaan telah pun bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan. Pakej Rangsangan Ekonomi telah pun diumumkan dan akan diumumkan lagi. Kita juga telah mempersiapkan diri bagi kemungkinan ramainya pekerja kita dalam sektor-sektor tertentu yang akan dibuang kerja. Kita belum lagi mendapat angka sebenar berapakah jumlah mereka yang akan diberhentikan tetap saya yakin ramai. Saya mencadangkan supaya mereka ini diberikan latihan keusahawanan secara teratur bagi membolehkan mereka terbabit dalam perniagaan. Saya mencadangkan kerjasama di antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Sumber Manusia bagi menyediakan satu strategi memberikan latihan keusahawanan bagi tujuan ini. Mereka boleh diberikan latihan asas perniagaan kepada mereka yang berminat untuk berniaga. Bagi yang lain mungkin boleh disalurkan kepada latihan teknikal atau vokasional bagi membolehkan mereka mempunyai skil atau kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Mereka yang diberhentikan kerja bukan sahaja datang daripada kilang ataupun pekerja bawahan, tetapi saya yakin apabila keadaan ekonomi semakin memburuk, ramai juga pekerja pada peringkat pengurusan yang akan terlibat. Mungkin mereka akan mendapat MSS atau VSS atau mendapat pampasan ataupun ganjaran yang setimpal, tetapi wang sahaja tidak akan mampu menyelesaikan masalah mereka. Wang akan habis dalam sekelip mata. Sekiranya mereka tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan, besar kemungkinan mereka akan kerugian. Oleh yang demikian, bagi mereka yang berminat, latihan asas keusahawanan amat penting. Saya ingin mencadangkan program latihan asas perniagaan yang dikendalikan oleh MECD itu dipanjangkan kepada kumpulan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan agar syarikat yang hendak memberhentikan pekerja membiayai sebahagian daripada kos latihan asas perniagaan atau latihan kemahiran dan vokasional yang akan membabitkan pekerja yang akan diberhentikan. Saya ingin menegaskan bahawa pada waktu ekonomi meleset inilah masa yang paling sesuai untuk menumpukan perhatian kepada latihan.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi masalah yg bakal kita hadapi pada zaman gawat ini ialah bertambahnya bilangan mahasiswa yang tidak mendapat pekerjaan, pasaran buruh yang terjejas menyebabkan bilangan mereka yang diambil bekerja semakin berkurangan. Bilangan mahasiswa menganggur akan bertambah ramai, mereka merupakan aset kita, malah mereka sebenarnya adalah modal insan yang telah kita bina melalui sistem pendidikan negara. Bayangkanlah jikalau ramai di antara mereka yang tidak bekerja, dengan sendirinya negara akan kerugian tenaga mereka. Akan tetapi dalam keadaan kemelesetan ekonomi, ramai daripada mereka yang tidak mendapat peluang dalam pasaran tenaga dan saya juga khuatir jika mereka akan merasakan kecewa dan kekecewaan ini boleh ditafsirkan dalam pelbagai cara. Kita perlukan tenaga muda ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan perkara-perkara berikut

(i) wujudkan semula Skim Mahasiswa Menganggur. Kerajaan pernah mewujudkan Skim Mahasiswa Menganggur pada tahun 80-an dahulu dengan memberikan peluang mahasiswa diambil bekerja dengan elaun yang munasabah dalam perkhidmatan awam. Saya menyedari skim ini berjalan pada masa ini tetapi bukan dalam skala yang sepatutnya; (ii) mewajibkan setiap GLC mengambil sekurang-kurangnya sepuluh orang mahasiswa di anak-anak syarikat mereka, oleh sebab GLC mempunyai berpuluh-puluh malah beratus-ratus anak syarikat, dengan demikian, ramai lah mahasiswa yang akan mendapat pengalaman bekerja;

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan perkara-perkara berikut

(iii) setiap syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia diwajibkan mengambil sejumlah mahasiswa dalam Skim Sangkutan Khas untuk tujuan mendedahkan mereka dalam dunia pekerjaan; (iv) MECD mewujudkan Skim Pinjaman Khas bagi membantu mahasiswa yang berminat dalam perniagaan, skim ini boleh mengambil model tabung ekonomi usahawan niaga TEKUN, bagaimanapun mereka disyaratkan mengikuti latihan khusus untuk berniaga seperti latihan asas perniagaan; (v) Bank Negara mengarahkan bank-bank tempatan menyediakan Skim Pinjaman Khas bagi mahasiswa, bagaimanapun skim ini harus membabitkan tiga sektor iaitu contract farming untuk sektor pertanian, bioteknologi dan pembuatan; dan (vi) kerajaan memberikan perhatian khusus kepada usahawan dari kalangan mahasiswa bumiputera dalam bidang-bidang retail yang amat kurang pembabitan bumiputera. Tuan Yang di-Pertua, dalam kaitan yang sama saya juga ingin membangkitkan satu lagi isu yang selama ini kadang-kadang kita lupa iaitu latihan modal insan bagi kakitangan awam. Apa yang saya maksudkan bukanlah latihan untuk menambahkan kecekapan dan keterampilan atau untuk menjadikan mereka lebih baik dalam profesion mereka. Itu boleh dilakukan oleh Jabatan Sumber Manusia di mana mereka bekerja, mereka juga boleh mengikuti pelbagai latihan dalaman atau in house sepanjang mereka bekerja. Malah mereka juga dinilai dari segi key performance indicators berdasarkan pada banyak mana latihan yang mereka telah lalui. Apa yang saya maksudkan ialah program latihan untuk menyemarakkan semula iltizam mereka dalam tugas hari-hari serta untuk membakar semula idealisme dalam diri. Selain daripada untuk mengingatkan semula tanggungjawab mereka sebagai pekerja dan amanah rakyat kepada mereka. Saya berpendapat bahawa kakitangan awam negara ini telah pun menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi. Ketua Setiausaha Negara telah pun berkali-kali mengingatkan mereka agar berfikir di luar kotak, menjadi kreatif dan inovatif serta bersedia membuat keputusan sendiri. Beliau menggunakan ungkapan just do it, dengan izin, sebagai rangsangan kepada kakitangan awam untuk bergerak lebih pantas dan memecahkan tembok-tembok birokrasi. Akan tetapi semua ini tidak mungkin berhasil sekiranya tidak dimulakan satu revolusi fikir di tangan sektor awam. Mereka harus diberikan latihan modal insan yang membabitkan jati diri dan komitmen pada pelanggan mereka yakni rakyat. Ini bukan sekadar program motivasi, tetapi satu bentuk latihan semula yang menekankan kepada sikap dan juga nilai. Mereka harus diberikan semula penegasan, mengapa mereka berada di sana , apakah tanggungjawab mereka kepada pelanggan, apakah pula tanggungjawab mereka kepada kerajaan. Tujuannya ialah untuk kembali kepada asal atau back to basic, dengan izin, kerana selama ini mereka lupa perlunya bara idealisme dan semangat juang serta komitmen untuk membantu di dalam diri mereka. Ini kerana apa Tuan Yang di-Pertua, kita masih lagi mendengar banyak sangat rungutan mengenai prestasi mereka, memang benar delivery system telah banyak diperbaiki tetapi tidak cukup lagi keberkesanannya. Mereka harus dibawa pada satu program modal insan yang menekankan hanya kepada pembinaan jati diri, hanya dengan cara itu mereka boleh mentafsir dengan tepat misi dan visi tempat mereka bekerja selain daripada memastikan piagam pelanggan dilaksanakan. Saya yakin bahawa kakitangan awam kita memang cukup profesional, tetapi yang kurang ialah jati diri dan semangat. Saya percaya program seperti ini akan dapat meningkatkan nama baik perkhidmatan awam kita dan sekali gus akan mampu menyelesaikan banyak masalah yang membabitkan mereka dengan rakyat jelata. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Bismillaahhir Rahmaannir Rahim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya memanjatkan kesyukuran ke atas Allah SWT kerana turut bersama dapat membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dan Daulat Tuanku. Sebelum saya memulakan ucapan ini, sedikit respon kepada beberapa perkara yang telah dibangkitkan dan telah saya sebut hari ini. Kami di sebelah sini tak pernah menabalkan sebarang Raja di bawah pokok Ketapang, kami di sebelah sini tidak pernah menggunakan bahasa yang kesat kepada Raja-Raja Melayu, walaupun apa perbezaan pandangan dan pendapat yang ada dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia perlu dilihat sebagai tulang belakang pertahanan negara, maka oleh itu, amat wajar ia diletakkan di bawah Yang di-Pertuan Agong. Pentadbiran yang melibatkan kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia juga perlu sejajar dengan kedudukan yang tinggi ini. Maka beberapa perkara perlu mendapat perhatian semua pihak iaitu pertamanya pinjaman perumahan untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia sangat baik, malahan berbeza dengan kakitangan awam lain... [Ketawa] Anggota Angkatan Tentera Malaysia boleh mohon pinjaman supaya angkat sumpah walaupun kakitangan kontrak tidak perlu pada pengesahan jawatan, Angkatan Tentera Malaysia ini... [Ketawa]

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dia nak umum balik pertandingan Naib Presiden, dia hendak masuk... [Ketawa]

Terima kasih saya terpanggil untuk bangun untuk mendapat sedikit penjelasan sebab saya tidak bangun lagi Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Kubang Kerian tidak kata pula bahawa beliau tidak menyokong, sebab Bapa PAS pun akan ada buat pemilihan dia tak lama lagi... [Ketawa] Saya tertarik kata kami sebelah sini, sebelah sini saya tak nampak, semua sebelah kah sebahagian sebelah kah. Sebab apa..., tetapi saya terimalah pandangan Yang Berhormat bahawa Yang Berhormat sebagai Timbalan Presiden Pas menghormati kedaulatan Tuanku, saya mengucapkan syabas. Akan tetapi saya kurang yakin bahawa semua pasukan, PAS mungkin semua, tapi belah sana saya tak yakin semua, yang Ketua Menteri Pulau Pinang pun ada, saya pun tak tahu yang itu termasuk sebelah sini kah?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan saya rasa Yang Berhormat Rompin boleh jawab sendiri lah soalan itu. Tuan Yang di-Pertua, terdapat pihak pemaju termasuk Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Malaysia memajukan taman perumahan di kawasan-kawasan tertentu yang tidak mempunyai nilai komersial. Anggota Angkatan Tentera Malaysia yang membuat pinjaman pula akan ditawarkan wang tunai malahan mereka boleh memohon pinjaman 100 peratus walaupun nilai rumah tersebut jauh lebih rendah. Pembeli akan mendapat wang tunai yang banyak dan potongan gaji akan dibuat bagi rumah yang dibeli. Oleh kerana aset yang dibeli di kawasan yang tidak strategik maka nilai harta tanah tersebut tidak kompetitif, tidak bersifat atau mempunyai commercial value dengan izin, dan merugikan dalam jangka panjang. Kebanyakan anggota tentera memilih rumah yang berdekatan dengan kem mereka seperti di Port Dickson bagi tentera darat, Lumut bagi tentera laut dan Kepala Batas bagi TUDM. Persoalannya ialah apa akan jadi jika mereka berpindah ke tempat lain? Harga sewa jauh lebih rendah daripada potongan perumahan yang dikenakan, bayangkan kebanyakan anggota Angkatan Tentera Malaysia membeli rumah di kampung halaman mereka seperti di Kelantan dan Kedah, bolehkah jualan balik hartanah tersebut meningkat.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika lebih daripada 70 peratus peminjam pinjaman perumahan kerajaan yang ditarik atau dilelong adalah daripada bekas anggota tentera. Sepatutnya kemudahan yang diberi itu menjadi aset penting yang boleh digunakan apabila terdesak. Namun dia tidak menjadi memandangkan lokasi yang amat tidak sesuai. Perkara serius ini perlu diambil perhatian segera memandangkan terdapat rungutan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang gaji mereka dipotong untuk pinjaman perumahan sedangkan mereka tidak pernah memohon mana-mana pinjaman dari Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan.

Apa yang ditakuti, kemungkinan terdapat sindiket yang melibatkan orang dalam yang akhirnya menyebabkan anggota tentera Malaysia menderita. Perkara kedua Tuan Yang di-Pertua adalah Koperasi Tentera melalui Skim Kesuma Potongan Gaji yang telah banyak membantu warga Angkatan Tentera Malaysia. Namun skim tersebut dilihat lebih menguntungkan koperasi daripada warga ATM sendiri. Ini kerana warga ATM akan berbelanja mewah dan semua perbelanjaan akan dipotong dari gaji mereka. Persoalan saya adalah berapakah potongan paling maksimum yang dibenarkan dan berapa ramai kah atau peratus warga ATM yang gaji bersihnya tinggal 10 peratus daripada gaji kasar? Perkara ketiga yang cukup serius, saya dimaklumkan melanda anggota Angkatan Tentera Malaysia adalah skim budaya cepat kaya yang amat mudah diterima oleh rakyat Malaysia dan tidak terkecuali warga ATM. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pertahanan tentang Skim Stromberg yang menjadi isu besar yang melibatkan seorang bekas anggota TUDM di Kuantan yang mana nilai deposit yang telah diterima oleh bekas anggota tentera itu lebih kurang RM400 juta. Jumlah ini sangat besar dan hampir menyamai bajet tahunan sesetengah negeri. Oleh sebab pengendali adalah bekas tentera, maka sudah tentulah kenalannya yang juga tentera dan bekas tentera akan terlibat. Persoalannya berapa ramai kah warga tentera yang masih berkhidmat menjadi mangsa kepada skim cepat kaya Stromberg ini dan apakah langkah-langkah dan usaha-usaha kementerian untuk mengatasi masalah ini daripada berulang? Perkara kedua yang berkaitan dengan Kementerian Pertahanan adalah isu pembelian aset pertahanan. Tuan Yang di-Pertua, pembelian peralatan yang tidak mengikut spesifikasi seperti pembelian Culvert Kelas Laksamana yang dibuat untuk Iraq. Namun oleh sebab campur tangan politik, maka kapal yang kecil ruangnya ini terpaksa dibeli walaupun ia tidak sesuai untuk kegunaan TLDM. Persoalannya adalah berapa banyakkah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk kapal Culvert ini semenjak ia dibeli. Kedua, perolehan aset canggih hendaklah dilakukan secara pintar dengan pemindahan teknologi ke dalam negara. Lebih penting lagi, pemindahan tersebut terus kepada perkhidmatan. Persoalannya sekali lagi kepada TLDM, sejak TLDM memperoleh peralatan-peralatan canggih termasuk peluru berpandu, berapa kerapkah penembakan peluru berpandu dilakukan untuk setiap misil ini? Adakah penembakan misil ini mendapat bantuan teknikal daripada pakar luar negara? Adakah TLDM tiada kepakaran sehingga terpaksa menggunakan khidmat pakar luar? Berapa peratus kah berlaku kegagalan dalam penembakan peluru-peluru berpandu berkenaan dan mengapakah berlaku kegagalan penembakan Sea Skua oleh Super Lynx pada tahun 2006? Adakah ia berpunca daripada kesilapan manusia ataupun faktor misil yang tidak berkualiti? Ketiganya Tuan Yang di-Pertua adalah aspek selenggaraan yang perlu diambil berat. Sebagai contoh, kapal KD Seri Indera Pura yang dibeli daripada Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 90-an. Berapakah harga belian kapal tersebut? Saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian. Bilakah kapal ini menjalani pembaikan refit yang pertama di MSE Pasir Gudang Johor dan berapakah pula perbelanjaan pembaikannya pada ketika itu? Maklumat yang saya terima, kos pembaikannya adalah RM130 juta sedangkan ia dibeli pada harga RM100 juta. Ia perlu diperjelaskan oleh kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, pemindahan teknologi ke dalam negara adalah dasar yang baik dan ini menguntungkan negara dalam jangka panjang. Malahan bekas warga ATM yang mempunyai kepakaran tertentu boleh menggunakan kepakaran tersebut sebagai kontraktor pembekalan dan penyenggaraan aset ATM. Persoalannya adalah sejauh manakah kejayaan pemindahan teknologi untuk aset-aset ATM tersebut? Sebagai contoh, pesawat pejuang, kapal perang dan kereta kebal. Adakah benar wujud budaya recycle yang mana peralatan yang dibekalkan oleh kontraktor-kontraktor pembekal didapati dari stok yang telah sedia ada? Berapa banyak kah kes salah guna kuasa yang melibatkan kes recycle dilaporkan dan apakah tindakan terhadap mereka dan berapakah kerugian yang telah dialami hasil daripada perbuatan yang tidak berakhlak ini? Tuan Yang di-Pertua, kementerian seterusnya yang ingin saya bangkitkan di sini adalah Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkaitan dengan promosi kesihatan. Promosi kesihatan dan pendidikan kesihatan adalah elemen yang sangat penting dalam strategi pencegahan dan kawalan penyakit di Malaysia. Peranan ini telah sekian lama dimainkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan pelbagai pendekatan yang melibatkan mass media dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Sebagai contohnya, Kempen Cara Hidup Sihat yang telah dilancarkan dengan jayanya sejak 1992 dengan tema mula, “Cintailah Jantung Anda” yang saya tidak pasti apakah kesan baik daripada kempen tersebut. Isunya Tuan Yang di-Pertua ialah Kementerian Kesihatan juga telah menubuhkan Lembaga Promosi Kesihatan beberapa tahun yang lalu yang diterajui oleh seorang CEO. Lembaga ini seolah-olah meniru peranan Promotion Board, Lembaga Promosi Singapura yang terkenal dengan kejayaannya. Apakah impak kesihatan yang telah dicapai oleh Lembaga Promosi Kesihatan ini setelah lama telah ditubuhkan dengan dana jutaan ringgit sedangkan Kementerian Kesihatan telah mempunyai Bahagian Pendidikan Kesihatan yang mempunyai objektif dan peranan yang sama seperti Lembaga Promosi ini? Apakah peranan kedua-duanya ini tidak bertindih? Sekiranya bertindih sudah pasti ini akan menimbulkan kerugian tenaga manusia dan dana. Sementara ia juga akan mengundang konflik dalam perancangan dan dakwaan pencapaian antara kedua-duanya. Apakah peranan pemberian dana kepada badan-badan bukan kerajaan untuk tujuan aktiviti promosi kesihatan yang dilakukan oleh lembaga, tidak boleh dilakukan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan itu sendiri? Apakah Lembaga Promosi Kesihatan ini mempunyai kekuatan tenaga manusia dengan kepakaran seperti Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menilai atau melakukan kajian terhadap impak aktiviti yang dijalankan? Bahagian Pendidikan Kesihatan mempunyai jaringan tenaga kerja yang ramai meliputi negeri dan daerah sedangkan Lembaga Promosi kesihatan sebaliknya hanya mempunyai beberapa orang tenaga kerja. Saya ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, supaya peranan kedua-dua Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Lembaga Promosi Kesihatan dikaji semula supaya tidak bertindih dan dapat berfungsi dengan lebih efektif dan compliment antara satu sama lain. Difahamkan, daripada dokumen belanjawan yang telah dibentangkan baru-baru ini bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia telah menubuhkan beberapa Pusat Promosi Kesihatan Komuniti di beberapa buah daerah kesihatan dan bercadang untuk menambah beberapa lagi pada tahun ini. Difahamkan juga bahawa pusat promosi kesihatan ini ditubuhkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan untuk menjalankan aktiviti promosi kesihatan kepada komuniti dan masyarakat setempat dengan menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan, saringan kesihatan dan intervensi mengubah tingkah laku. Isunya Tuan Yang di-Pertua, aktiviti-aktiviti PPKK ini dijalankan di klinik kesihatan. Akan tetapi kenapa pula aktiviti yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan ini berasingan dari aktiviti penjagaan kesihatan primer di klinik kesihatan yang sama? Sedangkan saringan kesihatan juga dilaksanakan oleh Unit Kesihatan Primer di Kementerian Kesihatan. Ia seperti tidak diintegrasikan. Kenapa tidak diselaraskan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit yang sepatutnya dilaksanakan secara integrasi dan menyeluruh.

Cadangan daripada saya adalah memandangkan beban penyakit terutamanya penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung semakin bertambah, suka dicadangkan supaya kawalan dan pencegahan penyakit dibuat secara bersepadu. Penambahan bilangan PPKK perlu dikaji semula. Sekiranya pembinaan pusat ini diteruskan, maka peranannya juga perlu diubah. Dicadangkan supaya skop aktivitinya diperluaskan menjadi pusat sumber klinik dan diintegrasikan sepenuhnya di bawah klinik kesihatan untuk bukan sahaja menjalankan aktiviti promosi tetapi juga untuk menjalankan aktiviti pencegahan, klinikal dan rawatan. Antaranya perkhidmatan berhenti merokok, kaunseling, diet dan senaman, perkhidmatan mengurangkan berat badan dan kaunseling ubatan. Tuan Yang di-Pertua, isu ICT yang juga telah diperuntukkan dalam pembentangan belanjawan sebelum daripada ini yang mungkin juga akan mendapat perhatian dalam pakej rangsangan kedua nanti ialah pembangunan sistem elektronik pesakit di hospital dan klinik- klinik kesihatan seperti Teleprimary Care (TPC) di klinik kesihatan dan sistem informasi, hospital-hospital, dan information system dengan izin. Isunya adalah penyimpanan data pesakit secara elektronik memang baik dan dapat membantu dalam pengurusan pesakit di hospital dan di klinik kesihatan dan dengan lebih efektif dalam jangka panjang. Akan tetapi yang menjadi isu ialah kos membangunkan dan menyelenggarakan sistem seperti Teleprimary Care di setiap klinik kesihatan adalah tidak kos efektif.

Kos ini kalau dihitung untuk semua klinik kesihatan boleh mencecah jutaan ringgit. Adakah ini lebih utama daripada pembelian ubatan dan alat-alat rawatan? Jumlah perbelanjaan yang besar ini nanti boleh mengundang isu kroni dan rasuah. Anggota- anggota terpaksa dilatih memahami sistem elektronik tersebut dan akan terpaksa berinteraksi dengan sistem sehingga hubungan dengan pesakit ataupun klien boleh terjejas. Ini telah terjadi di klinik yang menggunakan sistem ini. Saya mendapat laporan klinik dan Hospital Putrajaya contohnya, doktor sibuk memasukkan maklumat klinikal ke dalam komputer sambil bertanya pesakit. Hubungan doktor-pesakit kadang-kadang amat berkurangan dan kadang-kadang tidak wujud. Hubungan mata inilah berserta sentuhan yang selalunya boleh menghilangkan separuh daripada penderitaan pesakit-pesakit. Cadangan daripada saya, Tuan Yang di-Pertua, adalah minta dikaji semula pelaksanaan sistem elektronik di klinik kesihatan dan hospital dengan merujuk kepada pelaksanaan di negara lain. Bina dengan satu sistem yang mudah dan tidak membebankan anggota kesihatan. Anggaran projeksi kos untuk jangka masa panjang terutama dari segi penyelenggaraan sistem komputer perlu dilakukan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang peranan Dewan kita yang mulia ini. Dewan yang mulia ini yang merupakan medan dan wadah yang terbaik bagi seluruh Ahli Parlimen bersemuka, berbincang, melontarkan idea dan menjalankan polisi- polisi yang telah disepakati. Tuan Yang di-Pertua, bangunan Parlimen ini menjangkau hampir separuh abad dan menelan belanja sebanyak RM18 juta sewaktu di awal pembinaan. Saya mengambil kesempatan ini untuk memberikan beberapa cadangan untuk terus membaik pulih dan menjaga reputasi Parlimen sebagai satu simbol demokrasi yang sihat dan baik meskipun sebelum ini sudah ramai yang mengemukakannya. Tuan Yang di-Pertua, keistimewaan Parlimen bukan hanya terletak pada ciri-ciri fizikalnya sahaja, bahkan ianya memerlukan pembaharuan budaya dan praktis. Masuk ke Parlimen Malaysia macam masuk five star hotel. Dari segi fizikalnya, alhamdulillah lah, terima kasih diucapkan, tetapi Parlimen juga perlu dijadikan sebagai salah satu tempat rujukan rakyat mengenai permasalahan semasa, keperluan akademik dan patutnya mesra rakyat.

Tidak cukup hanya sekadar Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai wakil tetapi ia mesti memudahkan rakyat untuk akses kepada Parlimen. Kita boleh memperuntukkan beberapa hari contohnya, hari terbuka untuk wakil-wakil NGO, wakil-wakil mahasiswa, jawatankuasa penduduk dan sebagainya untuk bertemu secara langsung dengan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Saya telah melayari laman web Parliament of Australia dan mengagumi perkhidmatan yang mereka tawarkan terutamanya mengenai Parliamentary Education Office yang diperkaya dengan sumber ilmu dan pengetahuan. Di samping itu kita boleh mempertimbangkan juga untuk memanjangkan sedikit tempoh masa soal jawab lisan dengan memperuntukkan kuota yang lebih kepada ahli-ahli, khasnya daripada pembangkang untuk menganggotai jawatankuasa Parlimen dan diberi kuasa yang lebih besar kepada Dewan Negara. Tuan Yang di-Pertua, politik negara pada hari ini bergerak terlalu dinamik. Rakyat sudah mula celik dan faham mengenai sesuatu isu yang melingkari mereka. Sikap persaingan antara dwi parti yang dominan di negara kita telah mengubah suasana politik pada hari ini. Pasca 8 Mac dan diikuti dengan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu merupakan medan untuk menguji agenda perjuangan parti politik pada hari ini. Dengan kuasa maklumat yang pelbagai, rakyat akan membuat pilihan yang tepat dan terbaik untuk mereka selagi mana tidak berlaku politik ugut, politik wang, politik samseng dan sebagainya. Meskipun Pengerusi SPR sudah bertukar, namun masih lagi wujud sisa-sisa ketidakadilan seperti mana berlaku di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dan juga perkembangan terkini yang melibatkan pilihan raya kecil yang akan kita adakan di Bukit Gantang dan juga di Bukit Selambau. Dengan situasi politik yang ada pada hari ini saya melihat dari sudut pandang positif terutamanya di peringkat negeri. Kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bersaing untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat, tetapi kadangkala tindakan dan keputusan yang dibuat bercanggah dengan amalan federalism dan cuba melangkaui kuasa kerajaan negeri. Sikap semak dan imbang yang ditunjukkan juga semakin lantang disuarakan. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap tindakan-tindakan senyap dilakukan untuk membeli belah wakil rakyat dihentikan. Ini sikap tidak bermoral dan bercanggah dengan undang-undang dan hukum-hakam Islam itu sendiri. Jangan nanti sudah terhantuk, baru tengadah... [Disampuk] Tindakan berhijrah kepada yang lebih baik itu dialu-alukan tetapi andai kata berhijrah itu kerana dirasuahi, dijanjikan dengan wang ringgit, pangkat dan kedudukan, itulah yang mengundang padah... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua...

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Minta penjelasan. Sedikit sahaja, Tuan Yang di-Pertua dan Bachok. Balik kepada isu masalah dengan SPR tadi, kita membaca dalam akhbar bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak telah dipanggil untuk siasatan oleh pihak polis untuk memastikan sama ada surat peletakan jawatan dua ADUN dari Perak itu adalah surat yang sah atau tidak. Baru hendak siasat, tetapi SPR telah pun buat keputusan. So, surat itu dipertikaikan. Apa pandangan Yang Berhormat?

Terima kasih Kuala Krai dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sehari ataupun dua hari sebelum keputusan itu dibuat oleh Pengerusi SPR yang baru, kenyataan telah dikeluarkan oleh matan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menyebut bahawa surat yang dikemukakan oleh Speaker yang menyebut tentang peletakan jawatan ADUN Changkat Jering dan Behrang itu adalah valid. Jadi pandangan dan pengalaman Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman itu saya rasa patut diambil kira oleh Pengerusi SPR yang baru yang kita lihat dalam beberapa insiden yang berlaku mutakhir ini tidak menunjukkan sikap bebas beliau mewakili sebuah suruhanjaya yang sepatutnya menjadi sebuah badan yang mempunyai integriti, yang bebas, yang tidak dipengaruhi oleh fahaman ataupun desakan parti-parti politik, khasnya yang memerintah Malaysia. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Seminit dua lagi, Yang Berhormat.

Ya, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ingin menyentuh mengenai peranan media sebagai mekanisme penerangan kepada rakyat Malaysia. Yang Dipertuan Agong telah menekankan mengenai kecenderungan sesetengah pihak yang mudah mempercayai fitnah dan berita-berita palsu yang berlegar di ruang maya. Peranan media yang hakiki mestilah menerbitkan kenyataan-kenyataan yang jujur, adil, benar, fakta dan tanpa menimbulkan persepsi yang negatif dan kontroversi hanya semata-mata untuk mengejar populariti dan keuntungan. Komunikasi politik telah banyak mengkaji mengenai pengaruh media masa di dalam kehidupan politik seperti mana yang ditulis oleh Joseph T. Klapper dalam bukunya, “The Effects of Mass Communication” pada tahun 1990 di mana media memiliki kemampuan untuk mempengaruhi opinion masa dan perilaku masyarakat. Saya merasa ataupun melahirkan kesedihan sekiranya terdapat pihak media yang dipergunakan oleh ahli-ahli politik untuk membunuh karakter ahli politik yang lain seperti dituduh derhaka, ejen Israel dan sebagainya meskipun perkara tersebut belum terbukti kesahihannya. Lebih teruk lagi apabila media yang melaporkan berita-berita untuk menjelaskan tuduhan-tuduhan pula dirampas dan disekat. Insiden yang berlaku kepada Harakah, kepada Suara Keadilan adalah insiden yang amat memalukan dalam proses demokrasi media dalam negara kita. Justeru itu etika dalam melaporkan, menerbitkan dan melontarkan idea mestilah dilakukan dengan rasa penuh tanggungjawab dan dedikasi. Tuan Yang di-Pertua, impak krisis ekonomi dunia telah semakin kuat dirasai di negara kita. Malah soalan-soalan di Dewan yang mulia ini banyak berkisar mengenai ekonomi negara. Pasaran eksport dan import, daya saing antarabangsa dan domestik, pengangguran dan pemberhentian kerja, perbankan, pelan stimulate dan pelbagai lagi. Saya merakamkan tahniah kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang memohon kerjasama dan pandangan rakyat untuk membantu negara dalam menghadapi saat kegentingan ini, terutamanya yang berkaitan dengan pelan stimulus kedua atau mini budget. Insya-Allah cadangan daripada kita akan kita kemukakan. Cuma bila telah kita cadangkan itu mohon ianya dipertimbangkan nanti. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan itu dan rentetan daripada soalan yang saya utarakan kepada Menteri Kewangan tempoh hari mengenai survival perusahaan kecil dan sederhana. Saya beranggapan bahawa Skim Bantuan Jaminan Perusahaan Kecil dan Sederhana perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya sekali ganda lagi. Ini kerana sumbangan IKS ini kira-kira 30 peratus kepada KDNK negara dan 56 peratus kepada tenaga kerja manusia. Saya yakin kerajaan mampu memperuntukkan lebih besar lagi daripada itu sedangkan langkah menyelamatkan saham bawah nilai ataupun under valued shares, dengan izin, pun adalah jauh lebih tinggi.

Walaupun institusi perbankan digesa untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada mereka, namun kita juga harus mengambil sikap proaktif dengan keadaan ketidakmampuan untuk membayar semula pembiayaan tersebut dan akhirnya akan menjejaskan pula aspek-aspek lain. Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menggesa pihak kerajaan bahawa inilah masanya untuk kita terus berusaha lebih gigih bagi memperkenalkan sistem ekonomi Islam. Dalam keadaan pergolakan ekonomi dunia serta mengambil kesempatan ketidakstabilan politik dan ekonomi Amerika Syarikat, negara-negara di dunia termasuk Malaysia perlu mengetengahkan secara agresif mata wang perdagangan baru contohnya, iaitu menukar mata wang USD kepada mata wang yang lebih baik. Seperti mana yang telah saya bangkitkan, walaupun belum mendapat jawapan seperti mana yang sepatutnya, mengapakah dalam hal yang berkaitan dengan ekonomi Islam kita yang banyak memperkenalkan produk-produk yang berasas kepada ekonomi Islam seperti sistem takaful, sistem perbankan Islam dan pelbagai produk lagi tetapi mutakhir ini kita berada di bahagian belakang, tidak terkedepan dalam menjuarai produk- produk Islam ini.

Contohnya dalam hal yang berkaitan dengan sistem perbankan Islam negara jiran Singapura sekarang ini sudah bertukar menjadi hab kepada Islamic financial system yang mana kebanyakan daripada produk ini adalah hasil daripada kepakaran yang ada di Malaysia ini. Anak jati Malaysia yang mencadangkan pelbagai produk tetapi diambil kesempatannya oleh orang lain untuk memajukan industri tersebut. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tanggal 16 Februari yang lalu. Dalam titahnya Seri Paduka Baginda jelas begitu prihatin di atas keadaan semasa yang berlaku di negara Malaysia sama ada ia dalam bentuk ekonomi mahupun politik. Seruan baginda kepada rakyat Malaysia agar kerjasama dan bersatu padu menghadapi cabaran negara harus disambut baik oleh semua pihak tidak kira anutan politik masing-masing. Sesesungguhnya kepentingan negara adalah lebih penting daripada segala kepentingan yang lain. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil perhatian berat ke atas titah baginda mengenai dengan isu-isu perkauman yang sempit yang kini menjadi-jadi termasuklah dalam Dewan yang mulia ini. Perkara ini nampaknya semakin berleluasa melalui pernyataan yang tersiar umum dalam media cetak atau blog ataupun yang tidak tersiar. Jika trend ini tidak dibendung sudah tentunya ia akan memudaratkan keamanan negara. Apakah segala usaha kerajaan selama 50 tahun untuk memupuk perpaduan rakyat sebelum ini hanya sia-sia belaka. Are we back to square one? dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Pada hemat saya sumber ancaman keselamatan negara kita adalah berasal dalam negara dan bukan dari luar negara pada masa kini. Usaha sesetengah pihak menimbul kembali perasaan kaum yang sensitif akan menjadi punca perbalahan kaum dan seterusnya menggugat perpaduan yang telah kita pupuk sedaya upaya selama ini. Keadaan ini begitu ketara di Semenanjung Malaysia. Kami rakyat Malaysia dari Sabah dan Sarawak begitu khuatir melihat perkembangan ini dengan perasaan risau dan bimbang kerana sehingga hari ini perpaduan di kalangan rakyat Malaysia di sana masih kuat walaupun berbelah dari segi fahaman politik. Secara peribadi saya begitu kecewa memerhatikan dan mendengar hujah-hujah di Dewan yang mulia ini yang mengungkit perasaan kaum. Setelah merdeka selama 50 tahun dan selepas sekian rupa usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan rakyat dengan perbelanjaan beratus juta ringgit, pada hari ini keadaan seperti dalam tahun 60-an timbul kembali. Sementara negara kita berbelanja sekian banyak wang untuk membangun dan sekarang ini menstabilkan ekonomi negara kita pula perlu membelanjakan untuk tujuan memupuk perpaduan. Usaha ini tidak boleh diletakkan kepada kerajaan sahaja semata- mata. Kita sebagai pemimpin politik dan juga pemimpin agama harus masing-masing memainkan peranan secara positif dan ikhlas berdasarkan kepada cinta kita kepada negara kita Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, kerap kali saya dengar ungkapan dalam Dewan yang mulia ini dan membaca dalam akhbar-akhbar berkaitan dengan sosial kontrak yang telah dipersetujui semasa Federation of Malaya telah mencapai kemerdekaan daripada kerajaan penjajah British. Isu sosial kontrak ini sebenarnya tidak begitu relevan dengan rakyat di Sabah dan Sarawak. Apa yang relevan ialah Malaysian Agreement iaitu asas persetujuan pembentukan negara Malaysia. Maksudnya, Tuan Yang di-Pertua ialah pada masa sekarang ini setelah kita merdeka selama 50 tahun apabila kita membincang tentang permasalahan rakyat negara kita, kita harus berbincang atas landasan Malaysia keseluruhannya, wilayah Malaysia dan tidak tertumpu kepada Semenanjung Malaysia sahaja. Kadang-kadang kami dari Sabah dan Sarawak merasakan seolah-olah kami hanya penonton sandiwara yang beraksi di kalangan kaum di Semenanjung Malaysia.

Itulah sebabnya kami tidak harus dipersalahkan apabila Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak kadang-kadang lantang menyuarakan perihal masalah Sabah dan Sarawak oleh kerana kadang-kadang ungkapan-ungkapan yang tidak sesuai sering didengar dan tidak mencerminkan kemalaysiaannya, Tuan Yang di-Pertua. Umpamanya kita mendengar ungkapan termasuklah Menteri-menteri yang mengatakan “...seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak...” Sebab itulah kadang-kadang kita merasakan Sabah dan Sarawak ini hanya sebagai pelengkap sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat keadaan ini harus ditangani dengan pendekatan baru dan azam yang baru. Saya berharap Perdana Menteri baru kita akan mengorak langkah baru untuk mengolah formula baru demi mengatasi masalah negara ini yang membimbangkan. Keharmonian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang suku kaum dan agama adalah penting. Berapa banyak pun kita belanja untuk membangunkan ekonomi ia tidak mencapai objektifnya jika rakyat tidak bersatu padu. Isu agama adalah sangat sensitif dan perlu ditangani dengan begitu hati-hati. Perlembagaan Malaysia khasnya artikel 11, menjamin kebebasan beragama di negara kita. Perlembagaan adalah undang-undang supreme negara kita dan ia sepatutnya berada di atas semua undang- undang yang lain. Kebebasan beragama di bawah Perlembagaan juga bererti setiap agama mendapat perlindungan daripada serangan dan pertikaian dari mana-mana pihak. Saya meluahkan rasa kesal kerana pihak RTM pada tanggal 17 Februari telah mengeluarkan satu rancangan forum di mana ahli panel telah dibenarkan untuk menyerang agama lain termasuklah agama Kristian. Saya berpendapat tindakan ini telah melanggar Perlembagaan Malaysia dan ia memburukkan keadaan semasa. Saya khuatir ia akan membuka ruang untuk perbahasan terbuka ke atas isu agama yang mana kita tidak mahu ia terjadi di negara kita ini. Oleh yang demikian, saya merasakan bahawa kementerian berkenaan harus memberi penjelasan ke atas perkara ini kepada rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyeru program-program seperti ini harus dihentikan. Pergerakan dakwah dan perkembangan agama adalah hak masing-masing di bawah Perlembagaan dan undang-undang tetapi ia tidak melibatkan serangan kepada agama lain. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan soal keselamatan, saya ingin menyentuh satu kejadian di Sabah iaitu di kawasan Tingkayu Kunak, Sabah pada tanggal 13 Februari 2009 di mana dua orang tempatan telah dibunuh apabila mereka pergi ke kebun mereka untuk menuai buah sawit mereka. Apa yang menarik perhatian dalam kejadian ini ialah sebahagian besar daripada kumpulan yang membunuh ini ialah terdiri daripada pendatang tanpa izin. Keterangan ini telah disampaikan kepada saya sendiri oleh peguam yang menemani pemilik-pemilik tanah tersebut. Keterangan ini bercanggah dengan keterangan pihak polis di Sabah bahawa mereka yang terlibat sebahagian besarnya ialah dari orang tempatan. Petani yang terlibat telah meminta bantuan polis. Apabila mereka ini pergi ke kebun mereka dengan berbekalkan dokumen injunction daripada mahkamah tetapi tiada anggota polis yang hadir sehinggakan pembunuhan itu telah berlaku. Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang timbul berkaitan dengan kejadian ini ialah apakah mereka yang terlibat ini orang asing atau tempatan atau mereka itu orang asing tetapi memegang kad pengenalan Malaysia? Siapakah di belakang kumpulan pembunuh- pembunuh tersebut? Kenapakah injunction mahkamah tidak dapat dikuatkuasakan oleh pihak yang berkenaan? Tuan Yang di-Pertua, mungkin kes ini dilihat sebagai satu kes pembunuhan biasa tetapi dalam kes ini ia nya melibatkan orang asing dan pembunuhan ini dilakukan sewaktu siang dan secara terbuka.

Pihak polis telah pun membuat tangkapan dan siasatan tentunya akan dijalankan tetapi kes ini bukan satu kes yang straight forward, banyak persoalan yang timbul. Rakyat menuntut siasatan dan pendedahan yang telus dan komprehensif. Masalah PTI di Sabah sudah sampai ke satu tahap, di mana mereka ini sudah berani bertindak mengambil bahagian pembunuhan terbuka.

Saya mahu kes ini diberi penyelesaian yang menyeluruh supaya keyakinan rakyat kepada kerajaan pulih apabila ianya berkaitan dengan soal keselamatan, kerana rakyat di Sabah tertanya-tanya sama ada keselamatan rakyat masih terjamin dalam keadaan ini. Ini selaras dengan perintah Yang di-Pertuan Agong dalam titah Baginda supaya Polis Diraja Malaysia sentiasa berusaha memerangi jenayah demi kesejahteraan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menyerahkan tugas kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menjelang penghujung bulan Mac nanti. Seperti juga dengan Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lain beliau sudah tentu akan meninggalkan satu legasi yang akan dikenang oleh rakyat Malaysia buat selama-lamanya. Pak Lah tiada meninggalkan banyak mega projek. Walau bagaimanapun beliau telah meninggalkan satu legasi yang tidak kurang pentingnya kepada rakyat Malaysia, iaitu dasar keterbukaan. Kita tidak dapat menafikan bahawa pada hari pertama beliau memegang jawatan Perdana Menteri beliau telah memperkenalkan sikap keterbukaan kepada rakyat. Sesungguhnya rakyat Malaysia di Sabah dan saya percaya semua rakyat Malaysia yang lain begitu senang dengan sikap Pak Lah yang terbuka, di mana beliau memberi ruang kepada rakyat menyuarakan pendapat dan menukar imej. Jawatan Perdana Menteri itu bukan lagi jawatan yang untouchable, dengan izin tetapi Perdana Menteri untuk semua. Oleh yang demikian, Pak Lah harus dikenang secara setimpal dan diberikan penghormatan yang sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, sikap liberal Pak Lah ini sementara ianya disambut baik oleh rakyat Malaysia, namun ada juga pihak yang melihat sikap ini sebagai satu kelemahan. Ada juga pihak yang mengambil kesempatan dari suasana liberal ini untuk mengetengahkan perasaan dan pendapat secara ekstrem termasuklah demonstrasi dan sebagainya. Kita harus ingat bahawa tidak ada wujud kebebasan mutlak dalam dunia ini. Kalau setengah pihak menuntut kebebasan, maka pihak lain akan kehilangan kebebasan dengan izin, when some people demand total freedom others will loose their freedom. We have to surrender some of our freedom so the others can have some freedom. Apa pun Tuan Yang di-Pertua dasar liberalism ini sudah pun dicetus, maka pada masa hadapan rakyat akan mahu ianya diteruskan demi untuk memupuk perasaan kekitaan yang jitu. Jika perasaan itu sudah dimasukkan ke dalam hidangan lauk dan pelanggan telah menikmatinya, maka pelanggan itu akan tetap mencari hidangan seperti itu pada masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, kemelesetan ekonomi dunia sudah pun dirasai oleh rakyat Malaysia. Kesannya jelas apabila ramai pekerja telah diberhentikan. Kalau pun perhatian kerajaan telah dikerah kepada masalah pemberhentian kerja, kita harus tidak lupa dengan nasib para petani yang terperangkap, yang telah menurun harga komoditi dan juga kenaikan harga barang keperluan. Pendapatan pekebun kecil getah dan kelapa sawit begitu terjejas dengan ketara. Golongan mereka ini tidak mempunyai daya untuk memperbaiki harga pasaran keluaran mereka, kerana harga komoditi adalah tertakluk pada permintaan dunia. Oleh yang demikian, apabila keadaan mereka merosot mereka sudah tentu menoleh kepada kerajaan untuk bantuan. Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bantuan kepada kaum nelayan dan program ini sangat dialu-alukan. Walau bagaimanapun kaum petani juga perlu diberi bantuan apabila keadaan memerlukan supaya hidup mereka terjamin. Saya berharap Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dapat menyediakan program yang menjurus kepada mereka yang terhimpit. Tuan Yang di-Pertua, Yang di-Pertuan Agong dalam titah Baginda telah juga menyentuh perkara mengenai dengan dasar luar negara yang berpaksikan usaha mempertahankan kedaulatan negara. Dalam hal ini pada tanggal 23 Februari, saya telah bertanya dalam Dewan ini mengenai pembayaran Kerajaan Malaysia sebanyak RM5,300 kepada pewaris Sultan Sulu.

Jawapan ringkas yang diberi ialah wang tersebut yang dikenal sebagai session money kepada pewaris Kesultanan Sulu juga diterangkan, bahawa ini adalah berasaskan Perjanjian British East India Company dan Sultan Sulu pada tahun 1878 dan penghakiman Mike Casey yang dihakimkan di Mahkamah North Borneo pada tahun 1939. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon pada kerajaan menjelaskan, apakah status atau relevan Perjanjian British East India Company dan Sultan Sulu pada 1878 apabila Malaysia dibentuk pada 1963. Adakah ianya merupakan pajakan dan pajakan ini diiktiraf dan diwarisi oleh Kerajaan Malaysia? Bolehkah kerajaan menerangkan butiran terperinci mengenai dengan penghakiman Mike Casey tersebut. Minta kerajaan terangkan apakah erti session money tersebut. Jawapan yang saya terima juga mengatakan, bahawa penghakiman ini adalah merupakan sivil semata-mata dan tidak menjejaskan atau mengancam kedaulatan Sabah dalam Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, dalam soal kedaulatan ini kalau kita terus-menerus membayar RM5,300 tersebut, apakah kita mempunyai kedaulatan sepenuhnya? Kita sedia maklum pewaris Kesultanan Sulu masih menuntut Sabah. Sekarang ini mereka telah mengeluarkan surat lahir kepada orang-orang yang berada di Sabah. Surat khabar dalam bahasa Tausug dengan kelulusan KDN sudah pun diterbitkan di Sabah. Saya minta kerajaan menjelaskan pendirian dalam perkara ini. Kita mahu satu penjelasan muktamad ke atas perkara ini. Kalau perlu kita bawa perkara ini ke ICJ (International Court of Justice). Dalam undang-undang antarabangsa, the rule on the right to self-determination adalah diiktiraf. Penduduk di Sabah bersama dengan saudara di Sarawak pada tahun 1963 telah memutuskan secara muktamad untuk bersama-sama menubuhkan Malaysia. Dan oleh itu tiada pihak luar negara yang boleh menafikan pilihan tersebut. Rakyat Malaysia di Sabah akan mempertahankan kedaulatan ini habis-habisan. Rakyat Sabah merasa bertuah kerana memilih bersama-sama dalam Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, if we have been on the wrong site of history, then we will have what we have today in Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan perkara pelan tindakan desa yang bertujuan mengupayakan masyarakat desa. Keadaan kawasan desa di Sabah begitu mundur dari segi pembangunan fizikal ataupun kedudukan ekonomi rakyat itu sendiri. Keadaan prasarana begitu teruk sekali. Saya alu-alukan pelan ini dan saya harap pelan ini dilaksanakan secara menyeluruh terutama sekali di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Untuk membangunkan ekonomi luar bandar infrastruktur jalan raya adalah sangat penting. Saya ingin menarik perhatian kerajaan pada keadaan jalan raya di luar bandar termasuklah di kawasan saya sendiri yang begitu daif sehingga saya sendiri terkandas dua kali dalam hutan ketika balik melawat kampung, tidak dapat balik kerana kebanjiran dan juga tidak ada jambatan. Kereta saya terpaksa tidur dua malam dalam hutan. Saya mintalah Menteri yang berkenaan melawat keadaan ini supaya dapat dihayati dengan sebenarnya. Apabila kita berbincang mengenai pembangunan rakyat di luar bandar, perkara yang penting ialah bantuan kepada mereka. Umpamanya pekebun kecil getah kawasan saya ingin menanam getah, tetapi mereka tidak mempunyai wang untuk membeli benih getah. Saya memohon Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya dapat membantu mereka ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam lawatan saya ke kawasan-kawasan, saya begitu sedih sekali kerana melihat para petani, penoreh getah terpaksa memikul getah sejauh lima kilometer. Ada juga mereka yang terpaksa menghanyutkan kepingan getah ke sungai-sungai supaya dapat dipungut di hilir sungai begitulah keadaannya. Tuan Yang di-Pertua kalau kita tidak lawat maka kita tidak mengerti. Kerajaan telah mengumumkan pakej RM1 bilion untuk membantu Sabah dalam pembangunan ekonomi. Sasaran utama pada hemat saya ialah luar bandar. Saya berkongsi komen dengan Yang Berhormat dari Kalabakan mengenai dengan kelambatan pelaksanaan projek di bawah pakej tersebut. Kita sudah dalam tahun kedua selepas pilihan raya dan kita masih melihat pelaksanaan pakej ini secara cepat.

Kami Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah setiap kali ditegur malahan dimarahi oleh rakyat dalam menuntut peruntukan ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup ucapan bahas ini menyentuh beberapa perkara secara khusus. Pertama sekali, di kawasan saya ada satu sekolah iaitu dikenal sebagai Sekolah Menengah Tamparuli 2 yang telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk ditempatkan di satu tempat yang dikenal sebagai Pekan Kiulu dan telah diumumkan sendiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran pada satu ketika dahulu. Namun demikian kita telah mendapat berita tidak sah ataupun belum jelas kononnya sekolah ini dipindahkan ke lain tempat dan ini mencetuskan protes daripada penduduk-penduduk tempatan dan mereka telah merayu kepada saya untuk menyampaikan kepada kementerian dan menyentuh perkara dalam Dewan ini supaya sekolah ini tetap tidak dipindahkan daripada tempat yang telah diluluskan pada awalnya. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Satu lagi sekolah di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua ialah Sekolah Menengah Tenghilan yang kini sudah rapuh dan tidak boleh lagi dihuni oleh murid-murid sekolah dan sekolah ini terpaksa menggunakan bangunan sementara dan pihak Jabatan Pelajaran Sabah telah pun menyampaikan perkara ini kepada kementerian dan saya memohon supaya peruntukan kilat supaya sekolah ini dibangunkan semula. Satu lagi perkara yang ingin saya sentuh ialah mengenai dengan keadaan Hospital Besar Queen Elizabeth di Kota Kinabalu yang kini sudah ditutup kerana rosak dan mahu runtuh. Akibatnya Tuan Yang di-Pertua semua pesakit sekarang ini diagih-agihkan ke lain- lain tempat di Kuala Penyu, di Keningau, di Kota Marudu dan sebagainya. Jadi ini amat menyulitkan kepada pesakit-pesakit di Sabah. Apabila saudara-mara umpamanya ingin melawat saudara mereka di hospital mereka tidak tahu di manakah saudara mereka berada sama ada di Kuala Penyukah, di Kota Beludkah, di Keningaukah dan ini sudah tentunya memerlukan perhatian yang khusus dan cepat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Berkaitan dengan hal-hal kesihatan Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh satu perkara mengenai dengan program pakar di mana kerajaan menggalakkan pakar- pakar yang pada mulanya belajar di luar negara dan berkhidmat di luar negara termasuklah pakar perubatan dan saya sukacita mengetahui bahawa ramai juga rakyat Malaysia yang kembali ke Malaysia menyahut seruan ini dan mereka ini mahu menyumbangkan khidmat kepada negara tetapi apa yang menjadi masalah seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Bintulu iaitu sistem memproses permohonan mereka itu mengambil masa yang panjang sampai berbulan-bulan. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh satu kes yang khusus iaitu Dr. Wong Hok Kiam. Beliau ini seorang pakar yang mempunyai dua kepakaran yang lulus di Taiwan dan telah diakui oleh Kerajaan Taiwan sebagai pakar. Beliau balik berjumpa dengan Kementerian Kesihatan dan beliau telah dimaklumkan bahawa kes ini telah disampaikan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Sampai sekarang kes ini pada tahun yang lalu November sehingga hari ini belum ada jawapan apa-apa melainkan beliau ini diberi makluman bahawa semuanya dalam proses. Tuan Yang di-Pertua, sudah berbulan-bulan kita kehilangan khidmat dari pakar seperti beliau ini. Beliau ini pakar internal medicine dan juga tremor management yang sangat diperlukan di hospital umpamanya di Kota Kinabalu. Jadi kenapakah kerajaan mencetuskan program ini tetapi apabila mereka ini menyahut maka proses itu terlalu lambat. Apakah yang menjadi masalah? Ada juga salinan surat di sini mengatakan bahawa kelulusan degree beliau ini diiktiraf oleh kerajaan tapi pihak SPA begitu lambat untuk memproses. Alangkah sayangnya khidmat ini berbulan beliau menganggur di Kota Kinabalu dan beliau sanggup untuk di tempatkan di mana-mana hospital di Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahajalah oleh kerana masa tidak mengizinkan. Saya ingin menggulung perbahasan saya ini dengan mengucapkan selamat bertugas kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri apabila mengambil tampuk pimpinan negara nanti. Beliau sudah tentu berhadapan dengan cabaran ekonomi negara yang amat sangat. Walau bagaimanapun, dengan kerjasama dari semua pihak mudah- mudahan kita semua akan dapat sama-sama mengatasi kemelut ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menjunjung kasih Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Tan Sri Speaker, saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat mungkin dalam tahun ini mungkin jadi Tan Sri. Saya doa agar Tuan Yang di-Pertua tahun ini di anugerah darjah Tan Sri, kerana sudah terkeluar... [Membaca doa] Ini doa saya untuk Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, tak salah doakan Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, negara kita negara Malaysia adalah satu negara yang di antara negara yang unik di dunia ini. Malaysia ada kepelbagaian dan berwarna-warni. Rakyat Malaysia juga kepelbagaian. Negara kita memberi satu peluang kepada kita semua untuk hidup sebagai satu keluarga yang besar. Saya amat sedih bila di kalangan rakyat ada perbezaannya. Oleh kerana penguasaan politik beberapa ahli politik yang dipilih dan memegang jawatan penting seperti menteri dan timbalan menteri mereka sering mengatakan kepada rakyat bahawa rakyat mesti terima kasih. Ini juga dikatakan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa rakyat mesti berterima kasih kepada kerajaan dan pemimpin politik walhal kenapakah rakyat mesti terima kasih kepada kerajaan. Kenapa? Rakyat ini ialah rakyat yang memilih kerajaan. Mereka memilih kerana pemimpin- pemimpin politik pergi kepada rakyat dan meminta supaya dipilih. Mereka menjanjikan bumi dan langit kepada rakyat ini supaya memilih mereka dan apabila mereka dipilih mereka memegang jawatan seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri mereka tiba-tiba mengatakan kepada rakyat, rakyat tidak berterima kasih. Ada rakan saya Ahli Parlimen dua hari yang lalu bangun dalam Dewan yang mulia ini dan mengatakan rakyat tidak berterima kasih. Ini saya cukup malulah. Saya malu bila orang yang sama pergi kepada rakyat untuk merintih undi kemudian bila sudah memegang jawatan ini yang berlaku. Di dalam Dewan yang mulia ini juga saya mungkin seorang Ahli Parlimen yang selalu bersuara lantang, saya mungkin selalu mengatakan hujah-hujah yang memberangsangkan tetapi saya tidak pernah Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pernah memanggil mana-mana Ahli Parlimen dengan menggunakan perkataan beruk, anjing ataupun binatang. Saya tidak pernah kerana saya dari dahulu semasa lahir disusukan oleh seorang ibu yang amat menghormati budaya hidup negara ini. Saya tidak pernah.

[Menyampuk]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Rakan saya Yang Berhormat Kuala Krau saya tahu selalu dia duduk dan bercakap. Tak pernah dia mahu bangun dan bercakap tapi tak apa Yang Berhormat Kuala Krau kamu rakan saya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya cukup terguris bila saya melihat Hansard apabila Dewan yang mulia ini dipengerusikan oleh seorang Timbalan Speaker yang boleh membenarkan seorang Ahli Parlimen, saya mengatakan Ahli Parlimen Pasir Mas mengeluarkan kata-kata kesat dan sebelum kata-kata kesat itu beliau memanggil mereka yang bukan Melayu itu bangsa asing.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya bangun, saya mahu menanyakan hal ini tetapi Timbalan Speaker menyatakan dia dengar, dia dengar. Selepas itu, apabila saya mahu keluar saya diserang dengan dipanggil anjing, beruk, binatang dan sebagainya. Saya serah kepada Tuan Yang di-Pertua kerana saya tidak mahu gaduh ataupun cari pasal dengan mereka-mereka yang pemikiran sempit macam ini. Saya serah...

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kuala Krau, saya harap saudara juga insaf tarbiah. Saya percaya saudara perlu ditarbiah kerana apabila saya mengatakan ini saya tidak melihat apa-apa pun unsur insaf di dalam kamu itu. Cara kamu kata itu saya sedih, saya sanggup Tuan Yang di-Pertua memberikan nombor telefon Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz. Saya boleh berikan. Saya kenal Yang Amat Berhormat Tok Guru Nik Aziz sebagai seorang manusia yang boleh mendidik, mentarbiah, manusia yang jahat pun menjadi manusia yang baik. Saya berkenalan dengan Yang Amat Berhormat Tok Guru Nik Aziz sepuluh tahun. Kalau perlu Kuala Krau hubungi saya ataupun saya boleh mengambil cuti membawa, memandu kamu ke Kota Bharu.

Penjelasan.

Minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak bagi Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya hendak satu kepastian dahulu Tuan Yang di-Pertua.

Ucapan dia sudah lari daripada tajuk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Out of order.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bagi sesiapa, tetapi saya boleh beri kalaulah Tuan Yang di-Pertua mahu kasi saya satu jam untuk bercakap kerana saya tahu mereka ini akan mengambil masa yang lama.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak payah bagilah Yang Berhormat, teruskan, tidak payah bagi.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tidak payah bagi.

Tadi kata tidak bangun. Sekarang bangun bagilah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya cukup hormati Tuan Yang di-Pertua.

Bagilah. Itu terpulang kepada Padang Serai nak bagi, tidak bagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, terserah kepada Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kuala Krau, kita kawan yang baik. Saya minta kamu tolong hormati Speaker. Tidak hormat saya tidak apa.

Saya minta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua, perkataan kamu boleh gunakan tidak dalam Parlimen, dalam Dewan yang mulia ini. Itu sahaja.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kalau tidak boleh digunakan saya tarik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Silakan Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya cakap dengan Tuan Yang di- Pertualah okey. Tuan Yang di-Pertua, di daerah Kulim di kawasan saya terdapat satu lebuh raya tol BKE dari Butterworth dan lebuh raya itulah yang menyambungkan timur dengan barat. Di lebuh raya itu dikenakan bayaran tol RM1.60 untuk pergi dan juga balik. Setiap rakyat Kulim, setiap orang yang menggunakan lebuh raya itu dari pagi ke malam kadang- kadang satu rumah kena ulang dua tiga kali menggunakan tol itu dan tol itu menyusahkan kerana setiap kali lalu sahaja mereka kena balik dan bayar RM3.20. Saya harap Menteri Kerja Raya yang bijak ini dia boleh membawa satu cadangan supaya rakyat dari Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan yang selalu menggunakan lebuh raya itu boleh dikurangkan beban dan di mana lebuh raya itu bukan sahaja disambung dari Timur ke Barat, tetapi lebuh raya itu adalah jalan penyambungan ke Pekan Kulim dan Butterworth dan juga ke Pulau Pinang dan Kedah. Jadi saya harap bahawa Menteri Kerja Raya akan membuat sesuatu supaya pembayaran tol ini dimansuhkan, dihapuskan di kawasan itu dan kerajaan telah menjanjikan pembinaan sekolah-sekolah, renovation sekolah-sekolah dengan izin, di kawasan saya. Akan tetapi masih lagi saya tidak melihat apa-apa perubahan yang berlaku. Khususnya kebelakangan ini saya telah pergi ke kawasan Sungai Limau di mana telah dijanjikan sekolah Tamil Paya Besar dibina. Bekas Timbalan Menteri telah menyatakan projek sudah pun initiated. Akan tetapi saya harap, saya mohon agar jangan rakyat Paya Besar ini kena tunggu sepuluh tahun, 15 tahun lagi seperti mereka telah tunggu dari tahun 1990 lagi Tuan Yang di-Pertua. Dari tahun 1990 lagi dan sudah dua tiga kali dijanjikan semasa pilihan raya kecil di Lunas dan setiap kali ada pilihan raya dijanjikan, tetapi baru saya dengar bahawa mereka mahu. Jadi saya harap ini tidak akan mengambil masa sepuluh tahun. Tuan Yang di- Pertua, kebelakangan saya didatangi oleh pengundi-pengundi yang cukup marah dengan cara politik Barisan Nasional. Mereka cukup marah kerana sudah dijanjikan oleh kerajaan bahawa satu sekolah akan terima RM100,000 iaitu Sekolah Tamil Henrietta. Akan tetapi apa yang berlaku adalah bekas Menteri Kerja Raya, abang saya Dato' Seri S. Samy Vellu, beliau telah pergi ke sekolah itu dan beliau mengatakan, ”Oh, sekolah ini saya tidak akan beri peruntukan RM100,000 itu kerana Ahli Parlimen kawasan ini sudah datang sekolah ini, sekolah ini sudah sambut Ahli Parlimen kawasan ini”. Kemudian dia pun menyatakan, ”Saya akan bagi RM100,000 ini kepada Sekolah Victoria”. Apa punya politik ini, ini politik apa? Kalau Ahli Parlimen pergi ke sekolah itu, apa salah? Inikah cara Barisan Nasional....

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Cerita abang adik di rumahlah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Inikah caranya? Kalau bercakap bangun. Itu Kota Beludkah? Tuan Yang di-Pertua, kalau bagi saya masa lebih saya hendak bagi dia peluang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh macam itu Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Okey, duduk Kota Belud. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalaulah kerajaan Barisan Nasional masih menggunakan taktik-taktik ini di mana kalau Ahli Parlimen pergi ke sekolah Cina, sekolah itu akan diblacklisted, kalau Ahli Parlimen pergi ke sekolah agama rakyat, sekolah itu akan di blacklisted, kalau Ahli Parlimen pergi ke sekolah Tamil, Ahli Parlimen dari pembangkang pergi ke sekolah-sekolah ini diblacklisted. Saya mengalu-alukan Barisan Nasional supaya ikut ini, supaya rakyat akan lagi marah sama seperti apa yang dikatakan oleh Ipoh Barat semalam. Ipoh Barat mohon agar Barisan Nasional mempertahankan Dato' Seri S. Samy Vellu sebagai Presiden MIC.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya ingat itu satu idea yang baik, supaya 10, 15 tahun lagi akan datang biar Dato' Seri S. Samy Vellu jadi Presiden MIC dan masyarakat India sampai 10, 15 tahun akan datang ini membelakangkan Barisan Nasional, syabas dan tahniah kepada UMNO, Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, di dalam negara yang pelbagai budaya, pelbagai bangsa, pelbagai agama ini parti politik yang boleh menjayakan politik di negara ini adalah parti politik yang ada kepelbagaian agama bangsa ini. Mesti berwarna-warni. Akan tetapi apa yang berlaku adalah dalam Barisan Nasional mereka mengenepikan, mereka mengamalkan politik racial, politik perkauman di mana seluruh dunia melihat apabila ucapan-ucapan berbaur perkauman itu dilakukan oleh pimpinan-pimpinan mereka. Akan tetapi dalam Pakatan Rakyat, kita tidak begitu. Saya seorang pemimpin India dari Semenanjung, saya selalu terbang ke Sarawak memperkembangkan ajaran perpaduan yang seharusnya kita tidak ada beza di antara kita. Saya memperkembangkan ajaran perpaduan Pakatan Rakyat yang diilmiahkan oleh Ketua Pembangkang kita dan Yang Amat Berhormat Tok Guru yang kita ada. Akan tetapi apa yang berlaku adalah satu perkara dayus berlaku...

“Dayus”, boleh pakai?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Dayus. Mereka melarang saya daripada masuk ke Sarawak.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Mohon laluan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Apabila ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Mohon laluan, Arau minta.

“Dayus” boleh pakaikah?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, perkara dayus ini berlaku...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Perkara dayus ini berlaku di negara ini yang mengamalkan sistem Perlembagaan berparlimen di mana Ahli-ahli Parlimen seharusnya bebas, tetapi oleh kerana pimpinan di Sarawak, oleh kerana pimpinan...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kota Belud duduk. Duduk Kota Belud.

Saya Sarawak.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kapit duduk, tolong pergi jaga jalan yang belum buat dari Kapit ke rumah panjang.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Dia tidak tahu sejarah Tuan Yang di- Pertua.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya tidak bagi...

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Itu bahasa baikkah?

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Negeri Sarawak ada...

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Bahasa baikkah “dayus”?

Saya dari Sarawak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kalau mahu belajar bahasa, pergi ke luar. Saya tidak bagi okey. Duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat, dia memang tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Hormat sama Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak tahu hormat saya hantar kamu ke Perak, belajar dari Tuan Yang di-Pertua negeri Perak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya ada lagi 18 minit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Elak daripada guna kamu kepada Yang Berhormat. Guna Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Okey, Ahli Parlimen Kota Belud, Ahli Parlimen Kapit, Ahli Parlimen Arau, jika sekiranya mahu belajar etika menghormati Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak mahu di sini saya boleh hantar Ahli-ahli Parlimen ini ke Perak, belajar daripada Tuan Yang di-Pertua negeri Perak. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak gunakan kamu...

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat. Biarkan dia habiskan Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Sarawak pimpinan Taib Mahmud di dalam Dewan yang mulia ini dikatakan satu kerajaan yang paling corrupt dan saya katakan itu adalah kerajaan yang paling corrupt dan di antara mereka yang mendalangi ini adalah Ahli Parlimen Kapit.

Tuan Yang di-Pertua, ini perkataan “dayus” boleh pakaikah, pemimpin dayus ini boleh pakaikah?

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

[Bangun]

Bagi saya peluanglah. Bagi saya peluang.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sekali lagi saya mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak dipimpin oleh Taib Mahmud adalah satu kerajaan yang paling corrupt.

Ini perkataan pemimpin dayus boleh pakaikah Yang Berhormat Padang Serai?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Kuala Krau belum tahu menghormati Tuan Yang di-Pertua lagi.

Tidak, saya ingin tahu ruling daripada Tuan Yang di-Pertua, perkataan dayus boleh pakaikah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya mengatakan perkara dayus, saya tidak katakan kamu dayus, saya katakan perkara dayus.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, teruskan Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi Kerajaan Negeri Sarawak, mereka telah menghina Parlimen yang mulia ini, mereka telah menghina Dewan yang mulia ini dan saya malu apabila dalam Parlimen ini saya duduk dengan Ahli-ahli Parlimen daripada Sarawak ini yang menyokong perbuatan itu. Kami hanya pergi ke Sarawak untuk mengajar yang terbaik, untuk menunjukkan kepada rakyat di Sarawak itu daripada bangsa saya, saya ini setengah Iban, dari bangsa saya sendiri bahawa ada banyak kebaikan.

You are abusing our hospitality.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat Yang Berhormat Kapit angkat tangan macam ini, Yang Berhormat Kapit saya melihat... [Menunjukkan isyarat tangan] Tidak boleh guna sign language ini. Ini jahat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya nampak Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi Tuan Yang di-Pertua, jadi ini Kerajaan Negeri Sarawak memalukan Dewan mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, kalau betul-betul hendak berdebat, hendak bahas bagilah peluang.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Peraturan Dewan, 36(4), 36(4) minta ruling.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sekejap Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 36(4).

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Peraturan 36(4). Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Padang Serai berhati-hati dalam mengungkapkan perkataan. Tidak payah main ayat, dia menggunakan perkataan dayus, saya minta ruling daripada Tuan Yang di- Pertua. “Dayus” kalau ikut konteks kita orang utara ini kasar, kita tidak boleh terima perkataan itu, biadab, kurang sopan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat, saya mendengar perkataan “dayus” sebab itu saya merujuk kepada Setiausaha di depan tetapi perkataan yang digunakan tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin dalam Dewan.

Dia sebut Pemimpin Barisan Nasional, Kerajaan Negeri Sarawak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Merujuk.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Satu perkara yang dayus dilakukan oleh pimpinan...

Pimpinan merujuk kepada seseorang.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tidak mengapa, mereka boleh balik ke sekolah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dan dayus...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya minta kalau boleh nasihatkan Yang Berhormat Padang Serai kalau berucap berhemah sedikit, berhemah. Boleh, kita boleh terima point-point itu tetapi berhemah sedikit. Ini bukan pasar.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kita hanya buang masa di sini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Biarkan dia dengan ucapan dia Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cuma kalau ianya bertentangan dengan peraturan mesyuarat.

Kalau saya sebut ruling 30...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, pada 10 hari bulan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat, Yang Berhormat sebentar. Kalau ianya bertentangan dengan peraturan mesyuarat kita akan tegur, itu sahaja. Kalau tidak, kita biarkan dengan ucapan Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, 36(4), adakah ruling boleh merujuk kepada pemimpin dayus sama ada Pakatan Rakyat, Barisan Nasional dan sebagainya. Kalau saya menggunakan pemimpin di sebelah sana dayus, adakah perasaan orang di sebelah sana, pemimpin di sebelah sana, adakah itu perkataan yang sopan, adakah itu perkataan yang sopan.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Atau liwat, boleh atau tidak. Tuan Yang di-Pertua, kalau saya kata pemimpin sebelah sana liwat, boleh, liwat.

Apa perasaan pemimpin Pakatan Rakyat, saya kata pemimpin Pakatan Rakyat dayus.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baiklah Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat Padang Serai untuk tidak merujuk mana-mana sifat pemimpin yang sedemikian kepada mana-mana kumpulan pimpinan yang ada di negara kita Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jadi Tuan Yang di-Pertua..

Mohon tarik balik Tuan Yang di-Pertua, perkataan “dayus”.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

I cautioned him Yang Berhormat. Kita biarkan sekali lagi.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Pada 10 hari bulan ini Tuan Yang di- Pertua, pada kilometer 227 di...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat boleh gulung.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya baru bermula Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah habis 20 minit, 21 minit Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Mereka mengambil 10 minit tadi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memberikan RM300 juta kepada MIED atau Malaysia Institute of Educational. Mereka berikan RM300 juta untuk rakyat Malaysia yang miskin tetapi daripada RM300 juta itu digunakan untuk membina satu universiti di Semeling, Kedah dan dalam proses penggunaan RM300 juta itu, MIC telah mengutip lebih kurang RM350 juta lagi dan kebelakangan ini beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Presiden MIC di mana dikatakan bahawa universiti itu hanya berharga, pembinaan harganya RM230 juta sahaja. Rakyat hari ini tertanya-tanya mana pergi RM200 hingga RM300 juta lagi. Jadi saya melihat bahawa MACC telah apabila melibatkan lembu di Selangor dan juga kereta Lexus kepunyaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, MACC telah lompat masuk untuk mengatakan bahawa mereka ada bukti tetapi rakyat telah memberikan bukti bahawa penyelewengan besar berlaku di “AIMS” Universiti dengan membuat laporan polis dengan MAAC, membuat laporan polis kepada polis dan juga membuat laporan kepada MACC tetapi sehingga hari ini MACC tidak buat apa-apa pun, tidak ada siasatan. Ini di negara dia melibatkan ratusan juta duit rakyat miskin Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya mahu tahu daripada Menteri Dalam Negeri, apakah proses yang telah dilakukan oleh MACC dalam hal ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, habiskan Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ada beberapa orang Tuan Yang di- Pertua dalam Dewan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Seorang.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Dua orang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Seorang sahaja.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Seorang, jadi gangguan yang keterlaluan dan kadang-kadang... Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan sekolah-sekolah di negara ini mereka tidak mempunyai padang bola tetapi seluruh dunia permainan bola sepak di negara-negara itu maju. Negara ini juga ada permainan bola sepak yang cukup mantap di negara ini di mana pasukan bola sepak negara ini pernah pergi ke Sukan Olimpik pun. Saya mohon kepada Menteri Belia dan Sukan dan juga Kerajaan Malaysia supaya memperkenalkan satu dasar di mana di mana-mana ada taman-taman ataupun tempat penghuninya mungkin ramai mesti diadakan satu padang bola. Tidak guna kita katakan bahawa standard bola sepak di negara ini menurun dan merosot tetapi apabila diluluskan pembinaan taman-taman langsung tidak ada apa-apa padang permainan dan padang permainan yang kadang-kadang ada dekat 10,000 atau 20,000 square feet itu di situlah orang yang duduk di persekitaran itu mereka membuat padang itu sebagai padang main bola tetapi padang itu sebenarnya adalah padang untuk kanak-kanak bermain.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi saya percaya kerajaan mesti mengambil langkah yang baru di mana satu dasar diperkenalkan supaya taraf dan mutu permainan bola sepak negara ini boleh sekali lagi kembali kepada taraf dunia seperti di mana Malaysia pernah pergi ke Olimpik. Jadi saya mengesyorkan, saya cadangkan kepada Menteri supaya di setiap kawasan yang ada beberapa ribu orang supaya Kerajaan Persekutuan mesti kerjasama dengan kerajaan negeri untuk mendapatkan tapak pembinaan padang bola. Saya percaya. Saya mahu Menteri... [Disampuk] Yang Berhormat Kuala Krau ini, Yang Berhormat Kuala Krau, saya minta maaf Yang Berhormat Kuala Krau, kita adik beradik tetapi jangan keterlaluan. Oleh kerana tidak menghormati Tuan Yang di-Pertua lah hari ini kita di Perak dilanda masalah dan sekarang sini pun kamu tidak menghormati Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua ini!

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk][Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Macam mana mahu gulung kalau mereka mengganggu saya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat, Speaker suruh berhenti dah sekarang, kena hormat juga.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya menghormati, boleh saya habiskan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan ayat Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini perkara terakhir punya.

Hormatlah, berhentilah. Hormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, ini yang terakhir.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan, ya, habiskan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Lima orang pekerja Tenaga Nasional telah dikatakan akan dirujuk untuk diambil tandakan tatatertib oleh majikan Tenaga Nasional kerana mereka lambat keluar dari kuarters yang mereka duduk selama 20-30 tahun. Mereka ini masih menjadi pekerja-pekerja Tenaga Nasional dan mereka menghuni Flat Pantai, Kuarters Tenaga Nasional Flat Pantai. Jadi saya mohon kepada Menteri supaya, di Kuala Lumpur ini bukan senang hendak dapat rumah. Saya sebagai Ahli Parlimen, sudah satu tahun saya cari, belum dapat satu flat, satu apartment pun, sehingga hari ini kena duduk di hotel. Jadi di Kuala Lumpur ini masalahnya dan juga pekerja Tenaga Nasional, gaji mereka bukan begitu tinggi dan mereka bukan dari golongan middle class ataupun atasan. Jadi saya mohon bahawa Tenaga Nasional untuk perkara di mana mereka memaksa penghuni rumah, penghuni kuarters itu yang masih bekerja, bukannya yang sudah pencen, masih bekerja dengan Tenaga Nasional ini, tidak dikenakan tindakan tatatertib. Saya, kalau Menteri sudi saya boleh bekalkan nama-nama mereka ini dan kesemuanya adalah mereka yang ada keluarga, ada anak dan mereka terpaksa buat kerja- kerja di kawasan Bangsar. Jadi ini di antara masalah. Tuan Yang di-Pertua, kalau ada kekurangan dari saya, saya minta maaf. Untuk saya Tuan Yang di-Pertua adalah seorang yang cukup perlu dihormati dan saya mohon rakan-rakan di Perak tolong hormati Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuala Krau.

[Ketawa]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, abang saya jangan keluar Dewan ya, Yang Berhormat Padang Serai. Saya juga ingin berucap Menjunjung Kasih di atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Yang Berhormat Alor Gajah sebentar tadi telah bercakap mengenai perebutan kuasa tidak kira sama ada parti politik daripada Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional. Ingin jatuh-menjatuhkan di antara satu sama lain sama ada yang berlaku dalam parti-parti politik itu sendiri atau ingin menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dan banyak ucapannya juga merujuk keadaan di mana menjatuhkan atau perebutan kuasa ini satu perkara yang perlu dielakkan, satu perkara yang menjijikkan. Cuma saya ingin menyatakan di dalam Dewan yang mulia ini, adakah untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan atau untuk menjemput mana-mana Ahli Yang Berhormat sama ada daripada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, adakah ini dimulakan oleh Barisan Nasional untuk menjemput, untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Kalau kita lihat kepada selepas sahaja pilihan raya kedua belas, Yang Berhormat Permatang Puah telah berkali-kali mengatakan bahawa pada 16 September 2008, kita akan menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di dalam Parlimen ini, di dalam Dewan yang mulia ini. Juga beberapa perkara dan tindakan seperti ingin memancing, berjumpa, berbincang sehinggakan rombongan daripada BNBBC ke Taiwan juga telah diikuti oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk cuba memancing anggota Dewan Rakyat ataupun Ahli Parlimen Barisan Nasional menyertai Pakatan Rakyat Tindakan ADUN Bota yang juga melompat daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat, adakah ini tindakan Barisan Nasional hendak menyerahkan ADUN tersebut kepada Pakatan Rakyat. Ini juga adalah tindakan-tindakan yang dibuat bukan daripada kalangan Barisan Nasional tetapi daripada yang di sebelah sini. Yang Berhormat Padang Serai dengar ya, dan kenyataan pemimpin, Tok Guru yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Padang Serai tadi menyatakan halal kalau Barisan Nasional lompat ke Pakatan Rakyat, dan haram kalau Pakatan Rakyat lompat ke Barisan Nasional.

Adakah ini kenyataan munasabah? Jika melompat kepada keluarganya halal, jika melompat ke Barisan Nasional haram. Ini sesuatu fakta yang perlu kita akui bersama, siapakah yang memulakan? Tindakan yang mengatakan bahawa akuan bersumpah Fauzi Muda yang bertarikh 11 Mac iaitu tiga hari selepas pilihan raya umum diadakan adalah tidak munasabah sama sekali. Selepas tiga hari mengadakan pilihan raya umum, terus diadakan pancing memancing di antara satu sama lain. Soalnya banyak surat-surat akuan yang telah berlegar sama ada di dalam blog...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Sebentar ya. Sama ada yang telah kita sebarkan juga yang telah dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Permatang Pauh telah membaca surat akuan daripada Fauzi Muda. Soalannya, adakah surat akuan ini boleh diterima pakai oleh undang-undang dan apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa polis terutamanya, jika sesuatu di dalam surat akuan tersebut tidak benar, palsu semata-mata. Adakah tindakan-tindakan tertentu akan diambil oleh pihak Polis? Yang Berhormat Kota Belud, sila.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Kuala Krau ada mengatakan bahawa permainan politik ini, lompat-melompat ini bermula selepas pilihan raya yang kedua belas, pada bulan Mac 2008. Tahu kah Yang Berhormat Kuala Krau bahawa sebenarnya permainan itu lebih awal daripada itu. Kalau dikira sejarahnya, Yang Berhormat Permatang Pauh ini bermain game ini lebih awal lagi, semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, sewaktu peralihan kuasa di Sabah pada waktu itu. Saya masih ingat lagi pada waktu itu walaupun beliau berada dalam kem kita, beliau menggunakan taktik membeli. Berapa juta? Berapa ramai orang yang dibeli? Yang dikurung? Yang ini semuanya adalah...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Apa dia?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Apa dia?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuduhan tanpa bukti. Dia kata berapa juta...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat tidak boleh mencelah dekat sini Yang Berhormat ya.

Sebenarnya permainan ini sudah lama.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini adalah tuduhan yang tidak berasas!

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Hormat Tuan Yang di-Pertua lah, hormat Tuan Yang di-Pertua!

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya mahu dia tarik diri, saya mahu Yang Berhormat Kota Belud tarik.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Serai tidak menghormati Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Serai tidak menghormati Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Raime bin UnggiUMNO · BNTenom

Tegur dia, tegur dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia cakap ketika dalam BN Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya menggunakan 36(6), minta dia tarik balik apa dia cakap itu.

Ini floor saya dan saya beri laluan kepada Yang Berhormat Kota Belud. Saya tidak beri laluan kepada Yang Berhormat Padang Serai, kalau saya beri laluan nanti saya jemput Yang Berhormat Padang Serai. Sabar Yang Berhormat Padang Serai. Tolong hormat Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi tuduhan yang tidak berasas, saya hormati Tuan Yang di-Pertua.

Duduk, duduk, duduk Yang Berhormat Padang Serai, ada peluang saya bagi. Yang Berhormat Padang Serai duduk dulu. Yang Berhormat Kota Belud habis lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia ada Point of Order, 36(6) Yang Berhormat.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Padang Serai tidak tahu sejarah Sabah, dia mahu jadi orang Sarawak tetapi ditolak oleh orang Sarawak. Dia tidak tahu sebenarnya latar belakang Yang Berhormat Permatang Pauh ini.

Yang Berhormat Padang Serai, mana Tok Gurunya?

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Dia ini dulu sebenarnya adalah macai kepada Dato’ Seri Samy Vellu. Sekarang sudah tidak dapat apa-apa, dia balunlah, tak apalah, itu biasa... [Tepuk] Ini Yang Berhormat Padang Serai biasa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, dia tidak ada sangkaan jahat tetapi dia membuat satu statement ...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tak, dia baru beritahu saya...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Dia sebut Yang Berhormat Permatang Pauh offer juta-juta untuk tumbangkan Sabah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Itu terserah kepada dia untuk buktikan.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tak apalah, macam you cakap tadi kepada kerajaan Sarawak, you cakap Kerajaan Negeri Sarawak dirasuah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya tidak mahu dia cakap melulu macam itu. Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat duduklah Yang Berhormat ya.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak tahan ya?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tadi mereka katakan saya tidak boleh kata, kalau saya tidak boleh kata, dia pun tidak boleh kata.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Kuala Krau, saya tengok Yang Berhormat Padang Serai ini, kualiti perbahasan daripada dulu sampai sekarang masih lagi zero, yang ada pembaharuan sedikit baju dialah... [Ketawa] Sekarang ini baju, colour, tie cantik sikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, jangan sentuh sifat seseorang Yang Berhormat.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Akan tetapi saya pun tak tahu sama ada warna itu dibenarkan dalam Dewan yang mulia ini atau tidak.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Kota Belud.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Kuala Krau, tak mahu bagi sayakah?

Belum lagi, belum lagi, duduk dulu.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tak mahu kasi?

Sabar, sabar.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tak mahu kasi? Tak apa. Okey, Tuan Yang di-Pertua.

Tutup mike tu, tutup mike tu... [Dewan riuh][Ketawa] Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud dan saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Belud dan saya mengambil ucapan daripada Yang Berhormat Kota Belud sebagai sebahagian daripada ucapan saya.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Sekejap ya, sekejap, belum habis lagi ni, belum lagi.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya hendak minta Yang Berhormat Kuala Krau beri sedikit penjelasan berkaitan dengan kenyataan dibuat oleh Yang Berhormat Kota Belud. Kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kota Belud itu adalah satu pengakuan yang menunjukkan bahawa kejatuhan kerajaan PBS Sabah yang PBS sekarang berada dalam Barisan Nasional adalah berpunca daripada mainan politik wang pembelian yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada waktu itu.

Oleh siapa, oleh siapa?

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oleh Barisan Nasional, saya tidak kira oleh siapa. Pada waktu itu ialah Kerajaan Barisan Nasional, perkara tersebut kalau mengikut apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud bahawa pengakuan dibuat berlaku dan dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada waktu itu. Maknanya Tuan Yang di-Pertua, hari ini Yang Berhormat Kota Belud mengaku, Tuan Yang di-Pertua juga daripada Sabah. Saya kira bahawa apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud itu adalah satu penghinaan kepada rakan-rakan yang daripada PBS yang melompat kepada UMNO, seolah-olah mereka ini barang murahan yang dibeli oleh Barisan Nasional.

Okey, okey Yang Berhormat Pokok Sena, saya faham, saya faham.

Yang Berhormat Kuala Krau, bagi peluang.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, saya nak ...

Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Saya dah faham, saya dah faham. Terima kasih, terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena bila dapat Dato’ ini, bukan main garang lagi bila dapat Dato’.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Depa mengaku kata memang perangai depa itu daripada dulu. Jadi hari ini depa tuduh orang lain.

Siapa belakang, siapa belakang? Who’s behind the scene, dengan izin?

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini perangai perompak, bila dia merompak, dia tuduh tuan rumah perompak, inilah perangai dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Yang Berhormat Kuala Krau, sekali gus.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Kuala Krau boleh?

Okey, okey, sila.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak tahulah sama ada Yang Berhormat Pokok Sena ini selepas dia jadi Dato’, lebih sikit dia punya ini. Saya cakap Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh mengajar, saya tak kata dia beli tetapi dia ajar sejak dari dulu lagi, memanglah. Saya sendiri dalam Dewan yang mulia ini pernah berkata bahawa saya pernah didatangi oleh orang-orang yang mahu membeli saya, yang mahu saya melompat kepada Pakatan Rakyat. Itu termaktub dalam Hansard, jadi tolong sikit.

Okey terima kasih. Satu lagi perkara yang sepatutnya tidak berlaku dalam negara kita adalah kerana kita tidak lagi ...

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Betulkah Barisan Nasional beli PBS?

Okey, okey. Yang Berhormat Pokok Sena...

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tadi dia cakap Barisan Nasional beli PBS, betulkan Barisan Nasional beli PBS?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena, duduklah Yang Berhormat.

Ini floor saya.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Mana Timbalan Menteri Pengangkutan, Timbalan Menteri Pengangkutan tak datangkah? Timbalan Menteri Pengangkutan antara orang yang melompat pada waktu itu... [Ketawa] Sebab itu saya tanya betul tak, Barisan Nasional beli PBS?... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang memalukan kita apabila Yang Berhormat Permatang Pauh juga telah menyatakan bahawa dan tidak lagi menghormati Polis Diraja Malaysia. Kalau beginilah keadaannya mengatakan bahawa polis di dalam negara kita tidak boleh dipercayai, tohmahan-tohmahan daripada... Yang Berhormat Kepong jangan tidur!... [Ketawa] Tohmahan-tohmahan mengatakan bahawa Polis Diraja Malaysia telah mengambil tindakan yang melulu, menembak sesuka hati. Walaupun kita telah mencapai kemerdekaan negara kita aman damai, tenteram, tidak ada rusuhan, pelabur-pelabur yakin dengan kita, tetapi ada juga pihak yang tidak mempercayai di atas kecekapan Polis Diraja Malaysia. Ini juga apabila kenyataan daripada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). [Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri berjalan masuk ke Dewan]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Saya tahu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri masuk, saya tahu, saya nampak. Mempertikaikan kenyataan daripada SPRM yang menyatakan bahawa ada kes terhadap Menteri Besar Selangor. Ini menyatakan bahawa tidak sepatutnya kenyataan ini dibuat oleh SPRM tetapi kita berbahas panjang lebar semasa Rang Undang-undang SPRM dibentangkan, kita tahu bahawa ada peruntukan-peruntukan tertentu, pindaan-pindaan tertentu di dalam Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Di mana kuasa mendakwa, kuasa siasatan dan Ketua Pesuruhjaya SPRM diberikan kuasa sama seperti Timbalan Pendakwaraya. Di bawah Perkara 29(4), SPRM boleh membuat kenyataan apabila kes itu telah terbukti, siasatan telah diambil secara terperinci dan ada kes yang boleh kita tuduh.

Ini juga terjadi kepada beberapa pemimpin atau ahli UMNO yang telah dibuat kenyataan oleh SPRM, 35 orang pemimpin UMNO atau perwakilan UMNO sedang disiasat tetapi kita tidak pernah mempertikaikan kecekapan, kebolehan. Termasuk juga kenyataan- kenyataan yang dibuat oleh SPRM tetapi kenapakah apabila tindakan-tindakan tertentu yang dikenakan kepada parti pembangkang atau Pakatan Rakyat, melenting seolah- olahnya SPRM tidak lagi telus.

Yang Berhormat Bagan juga telah mengajak kita untuk menumpukan ke perhatian sama ada Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat di dalam kegawatan ekonomi menumpukan perhatian supaya kita menumpukan kestabilan politik, ekonomi kita mantap. Memberi keyakinan penuh, sokongan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara. Yang Berhormat Bagan juga menyatakan bahawa adalah satu perkara yang jijik, yang tidak betul apabila kita ingin menjatuhkan pemimpin dengan tuduhan salah laku, video atau yang disebut, apa yang berlaku ke atas Timbalan Presiden MCA. Juga berlaku kepada Exco dan juga ADUN dalam kerajaan negeri Selangor, Pakatan Rakyat. Berbagai-bagai tohmahan, cara untuk menjatuhkan pemimpin. Marilah katanya kita bersatu untuk mewujudkan suasana negara yang aman. Akan tetapi dalam masa yang sama masih lagi ada pemimpin-pemimpin yang daripada Pakatan Rakyat yang tidak mempercayai proses undang-undang. Proses mahkamah yang tidak sudah-sudah ingin menjatuhkan pemimpin utama kita Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Setiap kali di sebut, sama ada Yang Berhormat Ipoh Timur atau daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor mengatakan bahawa kes Altantuya adalah terlibat kepada pemimpin utama kita. Kenapakah dalam masa yang sama ingin menyatakan satu perbuatan yang jijik untuk menjatuhkan pemimpin menerusi kenyataan-kenyataan atau di dalam blog-blog. Akan tetapi dalam perkara yang sama, seolah-olahnya kita tidak sedar apa yang kita kata itu, yang kita lakukan sebenarnya kitalah yang menjadi jaguh untuk menjatuhkan seseorang pemimpin. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga merujuk kepada kejayaan FELDA di dalam mengeluarkan masyarakat luar bandar daripada miskin tegar, merana, merempat di dalam negara kita sendiri. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang telah mengisytiharkan Bandar Jengka. Kawasan saya bandar orang Melayu bumiputera menjadi sebuah bandar yang mengenang jasa Allahyarham Tun Haji Abdul Razak sebagai Bandar Tun Abdul Razak... [Tepuk] Saya percaya bahawa bukan sekadar untuk kita menamakan Bandar Tun Abdul Razak tetapi mestilah sejajar dengan pengisytiharan tersebut keadaan, kesusahan prasarana, kemudahan asas mestilah kita pertingkatkan dari semasa ke semasa. Sebab itulah sejak saya menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau, saya telah menyatakan bahawa, pelebaran jalan daripada simpang Kampung Awah. ke Bandar Pusat Jengka atau Bandar Tun Abdul Razak sehinggalah simpang Jengka Lapan, sehinggalah Pusat Pergunungan Gunung Senyum tersebut mestilah dilebarkan dan dimasukkan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Akan tetapi tidak dimasukkan dan saya merayu kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dapat mengisytiharkan semasa perasmian Bandar Tun Razak, akan dilakukan pembinaan atau pelebaran jalan tersebut. Satu lagi perkara tentang yang telah diisytiharkan beberapa kali sama ada di dalam perjumpaan atau di dalam kenyataan-kenyataan surat khabar bahawa FELDA akan membina perumahan bagi generasi kedua di Jengka Sebelas. Juga perumahan yang akan dilakukan oleh FELDA sendiri menerusi anak syarikatnya di Jengka Sembilan Belas. Hampir empat hingga lima tahun telah berlalu. Akan tetapi masih lagi belum menjadi kenyataan. Ini yang ditunggu-tunggu oleh penduduk di kawasan Bandar Jengka, khususnya bagi generasi kedua dan ketiga. Perkara yang ketiga bagi FELDA, adalah penting bagi FELDA untuk menjelaskan kepada generasi kedua dan ketiga. Selain daripada apa yang telah diberikan. Sama ada kemudahan, usahawan, kursus dan sebagainya. Perubahan minda mestilah kita lakukan kepada generasi kedua dan ketiga FELDA.

Ini kerana ramai lagi pemuda atau generasi kedua dan ketiga FELDA masih menganggap adalah menjadi tanggungjawab FELDA menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberikan rumah sama seperti bapa mereka. Kalau ayah mereka menjadi peneroka, mengapa mereka tidak dibenarkan atau tidak ditempatkan, atau tidak dibuka kawasan-kawasan baru untuk mereka menjadi peneroka. Saya rasa peranan FELDA, hasrat kerajaan untuk menubuhkan FELDA adalah untuk memimpin, untuk mengeluarkan masyarakat Melayu daripada miskin tegar. Ada kemampuan dari segi sara hidup, kemudahan-kemudahan yang lain bagi membesarkan anak-anak mereka dan anak-anak mereka berjaya di dalam bidang pelajaran. Perkara yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai penyediaan sumber manusia atau modal insan yang berkualiti untuk negara sebagaimana yang telah dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin tahu hasrat kita bagi menjadikan sekolah kita satu keadaan yang kondusif yang selesa bagi pelajar-pelajar. Sekarang ini nisbah seorang guru adalah 40 pelajar dan baru-baru ini diumumkan bagi nisbah seorang guru 20 pelajar. Bermakna sekarang ini kita ada 360 ribu guru di seluruh negara. Bermakna kita perlu lagi menambah 360 guru baru bagi kita mencapai sasaran satu guru 20 pelajar. Akhirnya saya mengambil kesempatan setelah beberapa kali perkara ini dibahaskan sama ada Ahli Parlimen Maran, Lipis, dan sebagainya daripada negeri Pahang yang mahu supaya Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka yang telah dipersetujui oleh menteri yang sebelum ini. Saya percaya Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dapat meneliti semula supaya Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka atau agensi-agensi yang seumpama dengannya, peruntukkan dahulu RM20 juta setahun bagi kampung-kampung tradisional sepanjang Sungai Pahang hendaklah kita wujudkan semula. Satu lagi perkara di bawah Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani iaitu pusat pendidikan pertanian mestilah kita wujudkan untuk kita melihat kembali sawah-sawah padi atau paya-paya terbiar di dalam kampung-kampung tradisional. Sekian saya menyokong.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua saya bangun untuk menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia ini dengan perasaan bimbang kerana pergolakan politik negara ketika kemelut ekonomi akibat tsunami kewangan yang bermula di Amerika Syarikat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Duli Yang Maha Mulia mula dengan 16 perenggan Titah ucapannya yang kena- mengena dengan kelembapan ekonomi tidak seperti Yang Berhormat Kuala Krau, panjang lebar bukan kerana ekonomi dan ini adalah peri mustahaknya ekonomi. Rakyat mestilah menumpukan perhatian...

Minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Nak bagi jalan Yang Berhormat?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tak, tak. Itu, Yang Berhormat Senator bagi dia tahulah, nasihat sikit.

Tadi Yang Berhormat Bagan cakap panjang lebar bukan pasal ekonomi tak tegur pun.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, kita mestilah bersama-sama termasuk Yang Berhormat Kuala Krau, bersama-sama untuk mencari jalan cara-cara bagi mengurangkan kesan kelembapan ekonomi dan yang di sini tepatlah pada masa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang hadir sekarang kerana kita pun ada lihat Yang Amat Berhormat sangat prihatin kepada SPRM tadi itu, pagi ini. Saya berharaplah beliau pun sama-sama dengan kita semua dapat menjayakan SPRM ini tapi sambil menyebutkan Pakej Rangsangan Ekonomi, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengepalai rancangan dwi kerajaan di Perak Darul Ridzuan yang menjadi Perak Darul Zalim sekarang... [Dewan riuh] Ya, tidak ada. Itu bila dia buat langkah yang tak betul, kita kata tak betul.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

You tak boleh ubah perkataan. Pohon laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Nak bagi jalan Yang Berhormat?

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Tak boleh sebut itu “zalim”.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Kisah panjang Perak ...

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Tak boleh sebut itu “Darul Zalim”, tak menghormati nama negeri itu Yang Berhormat Kepong.

Dulu Alor Star kepada Alor Setar pun marah.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya, ya. Kisah panjang Perak ...

Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 36(6). Saya minta Yang Berhormat Kepong tarik balik daripada Perak Darul Ridzuan jadi Perak Darul ‘Zalim’. Saya minta, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya ingat kita tidak perlu ubah nama sesebuah negeri Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tak, tak. Saya kata...

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Minta ruling Tuan Yang di-Pertua sebab itu digazet dalam official.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Yang Berhormat Senator itu Tan Sri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kepong, saya rasa saya bersetuju dengan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa Yang Berhormat tak perlu mengubah nama sesebuah negeri yang digazet.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya tak ubah, saya tetap percaya kepada Perak Darul Ridzuan, cuma saya kata tindakan yang dibuat itu yang menyebabkan itu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tidak, tidak. Ini ada di sini, hitam putih ini. Kisah- kisah panjang itu Perak Saga itu yang meliputi tiga wakil Pakatan Rakyat itu yang melompat, dua darinya sedang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah. SPRM kita nak tangkap dia. Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak melantik Menteri Besar Barisan Nasional dan menolakkan cadangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri maka wujudlah dwi kerajaan. MBPR dan MBBN serta Exco PR dan Exco BN dan kita mengamalkan kedaulatan undang-undang. Terserahlah kepada mahkamah untuk membicarakan dan membuat keputusan kes-kes Perak Saga ini jika boleh. Kadangkala mahkamah ini tak boleh juga. Tindakan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri bukan bersifat negarawan, bukan bersifat negarawan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mestilah merupakan seorang negarawan yang mewakili rakyat keseluruhannya.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Itu Yang Amat Berhormat Pekan nak jadi Perdana Menteri, saya percayalah, maka beliau mesti mempertimbangkan sebagai seorang Perdana Menteri, mesti mewakili DAP pun. Jadi itulah apa yang disebutkan sebagai Menteri yang Perdana. Perdana kerana mewakili semua lapisan rakyat. Ha, itulah. Kalau dia buat yang betul. Kalau nak menjayakan SPRM, kita ikut dia dan pada akhir tahun lepas Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri membangkitkan Pakej Rangsangan Ekonomi dengan gopoh gapah di Dewan yang mulia ini. Sama ada pakej RM7 bilion ini berkesan atau sampai kepada sasaran belum diketahui dan berapa peratuskah yang telah dibelanjakan? Yang Amat Berhormat patutlah memberitahu, apakah jenis rangsangan yang diharapkan mengikut jadual. Ini sekarang dia ikut jadual, ha itu betul. Pakej yang kedua, RM10 bilion ini akan dibentangkan pada 10 Mac 2009, itu betul. Memang ikut jadual. Saya berharap Yang Amat Berhormat dapat memberi maklumat yang lengkap bagaimana kita boleh merangsang ekonomi. Ini memang penting kerana kita belum nampak lagi kesan-kesan yang lebih buruk kerana di Amerika Syarikat, kemerosotan ekonomi dengan begitu dahsyat dan ini akan melibatkan: Malaysia dan bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa, Ajaran guru hendak dicari, Mana yang dapat janganlah lupa. Kita menyedari wujudnya kebudayaan Eropah terutamanya British, kebudayaan Amerika Syarikat, kebudayaan China, kebudayaan India, kebudayaan Arab. Masing-masing mempunyai keistimewaannya. Duli Yang Maha Mulia bertitah agar kepelbagaian kaum dan budaya yang dimiliki hendaklah digembleng menjadi kekuatan negara, saya setuju. Sejak kemerdekaan, nilai-nilai murni terus diajar di sekolah, di masjid, di kuil dan di gereja. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menubuhkan Institut Integriti Malaysia yang cuba menyemaikan semangat dan nilai keutuhan integriti di kalangan masyarakat. Ada yang mengatakan ini omongan sahaja, bicara, cakap atau kecek kosong sahaja. Ha, ini ada. Saya berharap Yang Berhormat Senator tidak menganggap Tan Sri, tidak menganggap ini omongan kosong sajalah dan ada yang menyokong IIM dan juga SPRM. Kita mestilah bersama-sama menjayakan IIM dan SPRM yang sudah pun dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi ini dan disokong dengan hebat daripada timbalannya. Walaupun Duli Yang Maha Mulia bertitah mengenai amat pentingnya modal insan yang berkualiti, ini memang syor yang terbaik. Saya berpendapat bahawa setakat menekankan ekonomi, pertanian, perdagangan, perindustrian dan sebagainya belum mencukupi. Duli Yang Maha Mulia menyentuh kualiti insan. Ini sama pentingnya. Kita hendak orang Malaysia maju dan kaya tetapi setelah menjadi kaya dan maju, apakah hendak kita buat? Mereka mestilah membantu masyarakat, berjasa, berbakti dan di dalam perniagaan dan perdagangan pun kita mesti menggalakkan nilai-nilai seumpama ini sebagai nilai-nilai korporat dan bukan saja motif keuntungan semata-mata dan rakyat semakin hari semakin sedar tentang politik perkauman, politik dwi kerajaan, politik wang, politik cantas mencantas, politik cepat kaya, politik kronisme, politik nepotisme, politik payung terjun, politik ampu, politik fitnah dan sebagainya.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Kita haruslah berusaha menggantikan politik-politik yang buruk ini dengan politik integriti, politik ilmu, politik bakti, politik hikmah. Saya berharaplah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sampai bulan Mac kita sama-sama menegakkan politik integriti, politik ilmu, politik berbakti dan politik hikmah. Kayu cendana di atas batu, Sudah diikat dibawa pulang; Adat di dunia memang begitu, Benda buruk memang terbuang.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, mengikut garis kemiskinan USD1.50 di dunia ini 1.4 bilion orang hidup di bawah garis ini dan 75 peratus darinya ialah di luar bandar. Kadar kemiskinan kanak-kanak dan para pemuda adalah 25 peratus lebih tinggi daripada purata kependudukannya. Di China kadar kemiskinan telah turun daripada 85 ke 15.9 peratus iaitu 600 juta orang tetapi di seluruh dunia penurunan ini adalah hanya kira-kira 10 peratus - 1 bilion orang di dunia menghadapi kelaparan dan kekurangan zat makanan, malnutrition. Lebih sembilan juta orang mati di dunia setiap tahun kerana kelaparan dan malnutrition, lima juta darinya ialah kanak-kanak. Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia kita lebih bertuah. Kadar kemiskinan telah jatuh dari 89.9 peratus pada 1956 ke 13 peratus sekarang. Angka ini mesti dikaji semula untuk memastikan ianya membayangkan keadaan yang sebenar. Kadar kemiskinan di kalangan kira-kira 150,000 Orang Asli adalah 76.9 peratus. Kadar ini masih tinggi termasuk di Sabah dan Sarawak. Saya tidak ada masa untuk semua angka tetapi di Sabah dan Sarawak kadar kemiskinan memang tinggi. Yang Berhormat Kota Belud pun tahu. Memang tinggi, memang tinggi. Kadar di bandar yang dianggarkan 20,000 orang yang miskin mungkin meningkat akibat kelembapan ekonomi. Kadar kemiskinan mestilah kita tahu angka-angka yang sebenarnya. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya hendak sebutkan HIV dan AIDS. Diskriminasi terhadap wanita, kekurangan kesihatan, sistem pengedaran dan kemudahan asas yang kurang dan sebagainya terus menjadi faktor-faktor yang penting dengan kemiskinan dan kelaparan. Kita melaksanakan beberapa program untuk mencegah kemiskinan dan kelaparan seperti Program Makanan Sekolah sejak 1983. Tuan Yang di-Pertua, yang pentingnya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat hendak bagi jalan Yang Berhormat. Yang Berhormat Indera Mahkota.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Memang tidak ada masa. Saya ada banyak lagi yang hendak saya sentuh.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Di belakang, belakang. Sedikit. Indera Mahkota. Terima kasih Yang Berhormat Kepong... [Ketawa] Saya sebenarnya hendak minta penjelasan Yang Berhormat Kepong tadi. Kebetulan Menteri Kewangan ada dalam Dewan. Saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat Kepong. Dua, tiga minggu sudah Menteri Kewangan ada membayangkan masalah berkenaan dengan ekonomi kita tetapi dalam masa yang sama juga Perdana Menteri kita ingatkan kita bahawa pertengahan tahun ini dijangka berlaku penyusutan nilai aset yang teruk. Perdana Menteri membuat ucapan di Majlis Jamuan Makan Malam Tahun Baru Cina di Bukit Bintang mengatakan pertengahan tahun ini penyusutan aset di negara kita sekitar 31 peratus. Bermakna setiap RM1,000 nilai aset kita jatuh ke tahap RM710 sahaja. Akan tetapi yang saya hendak minta penjelasan atau pandangan, setakat ini tidak ada peringatan atau pun pengumuman oleh Menteri Kewangan kita selaku Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab tentang masalah ekonomi negara kita atau sekurang- kurangnya pada masa kadar penyusutan kita pada sekitar 10 ke 15 peratus, sekurang- kurangnya beri kita peringatan. Jangan tunggu sehingga 31, mungkin 50 peratus sahaja. Terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Memang kita bimbang kerana Duli Yang Maha Mulia pun sebutkan halnya untuk tahun lepas, 5 peratus kadar pertumbuhan tetapi untuk tahun ini tidak disentuh langsung. Saya pun bimbang juga mengenai exchange rate, monetary policy, interest rate dan sebagainya. Itu kita amat bimbang. Oleh sebab itulah, sedikit masa saya akan bincang sedikit sebanyak. Di sini saya hendak menekankan begitu pentingnya kita menangani masalah HIV, AIDS, diskriminasi terhadap wanita, kekurangan kesihatan (malnutrition), system sistem pengedaran (supply system) dan kemudahan asas dan sebagainya yang terus menjadi faktor-faktor di dalam kemiskinan dan kelaparan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Misalnya, Malaysia sejak tahun 1983 lagi ada program makanan untuk sekolah termasuk Program Susu Untuk Sekolah. Tahun lepas, pihak kerajaan mengadakan peruntukan RM249.8 juta untuk program ini termasuklah untuk RM26.6 juta untuk Program Bekalan Susu kepada sekolah. Namun begitu kita tidak tahu sampai mana keberkesanannya sampai ke sasaran. Di sinilah saya menyeru supaya kementerian- kementerian yang terlibat, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Wanita pun mesti bersama-sama kita mengambil perhatian supaya kita dapat mencegah jurang atau pun ketirisan di dalam peruntukan. Yang Berhormat Sekijang, kita mestilah mengambil perhatian mengenai hal ini Kementerian-kementerian yang saya sebutkan tadi mesti mengkaji semula undang-undang mengenai HIV, AIDS, mengenai kemiskinan, kelaparan dan program- program makanan kepada sekolah terutamanya bagi sekolah-sekolah kampung di luar bandar. Kita hendak tahu setakat mana keberkesanannya, ketirisannya dan sebagainya. Ini memang kita hendak tahu untuk Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, masalah yang disebutkan oleh Duli Yang Maha Mulia mengenai pihak kerajaan mengambil berat tentang isu ketenteraman awam dan keselamatan dalam negara. Namun, masih ada yang mempunyai persepsi negatif mengenai isu jenayah di negara ini seolah-olah ia tidak terkawal. Pagi tadi saya tidak ada di sini kerana bersama-sama dengan Yang Berhormat Kubang Kerian dan sebagainya di PWTC. Namun apa yang pentingnya Tuan Yang di-Pertua, angka daripada pihak kerajaan pun menunjukkan peningkatan sebanyak 2,063 kes tahun lepas iaitu kalau berbanding dengan tahun 2007, 209,582 kes dan tahun lepas 211,645 kes. (cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ini memang menunjukkan kadar meningkat. Bukan saja persepsi. Angka menunjukkan ia sudah meningkat. Ia meningkat. Saya pun ada tanya mengenai Kuala Lumpur dan Kepong itu. Saya diberitahu satu angka di sini bahawa di Kepong dan Jinjang ada turun sedikit. Saya pun berterima kasihlah kerana dia turun sedikit. Akan tetapi walau bagaimanapun, pada keseluruhannya di negara ini sudah meningkat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Gulung, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Dengan ekonomi yang merosot, kita akan melihat lebih banyak jenayah yang dilakukan. Kadar jenayah akan meningkat. Akan meningkat. Sebab itulah saya menyeru supaya pihak kerajaan bersama-sama rakyat kita cari jalan untuk mencegah jenayah yang berlaku. Di Kepong Baru saja hampir setiap hari saya menerima aduan mengenai mangsa-mangsa yang dicederakan. Saya berharaplah pihak polis dapat menambahkan anggota dan juga menunjukkan sikap yang lebih mesra kepada rakyat kerana sama-sama kita bekerjasama untuk mencegah jenayah di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, mengenai apa yang disebutkan oleh Indera Mahkota. Di sini kita tahu, di Malaysia ini dengan adanya Financial Master Plan sejak 1997 kerana waktu itu ada krisis ekonomi. Kita ada Financial Master Plan. Dengan itu kita nampak pendedahan ekonomi Malaysia itu...

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Minta laluan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

...Tidak begitu...

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Sikit saja sebab Yang Berhormat Kepong janji tadi satu pembangkang dan satu kerajaan. Saya tuntut janji itu. Terima kasih Yang Berhormat Kepong dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat Kepong sebentar tadi yang pada saya satu-satunya pemimpin pembangkang yang harus dicontohi apabila kenyataannya agak rasional dan memang bertepatan sekali apabila institusi kepolisian ini ditunjukkan bahawa amat penting dan amat diperlukan. Tidak seperti rakan-rakan yang lain tadi yang menuduh polis menyerang, tidak bertanggungjawab, polis zalim, ketuanya tidak betul, itu tidak betul dan ini tidak betul.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Jadi semoga apa yang dibuat oleh Yang Berhormat Kepong ini akan diteruskan oleh rakan-rakan yang lain kerana kita berasa tenteram sekarang. Bersidang dengan tenteram dan balik dengan tenteram kerana adanya polis yang mengawal setiap waktu di semua tempat dan kerana sedikit kes-kes yang isolated cases, kes-kes yang terpencil ini, kita hendak bawa seolah-olah seluruh imej polis itu berada dalam keadaan yang begitu teruk dan dalam keadaan yang begitu tidak baik. Apa pandangan Yang Berhormat Kepong?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Gulung, Yang Berhormat ya.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Baik. Saya tidak ada masa untuk buat komen kerana ada banyak lagi yang hendak kita... Memang ada kalanya ada kes yang dilakukan termasuk bunuh-membunuh dan sebagainya yang menimbulkan perasaan tidak puas hati. Bila ada perasaan tidak puas hati, memanglah kadangkala mengeluarkan perkataan- perkataan yang tidak diingini. Yang Berhormat Senator pun tahu. Dia orang berpengalaman. Yang Berhormat Sekijang belajar daripadanya. Kawan lama saya. Belajar daripadanya. Dia tahu selok-belok itu bukan main... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah habis, Yang Berhormat?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Banyak lagi itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan, Yang Berhormat. Habis.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Hendak habis. Saya pun sudah hendak habis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Masa Yang Berhormat sudah habis, ya.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Oh, masa sudah habis. Injury time.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah banyak injury time.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya, mengenai itu. Saya bimbang mengenai exchange rate, monetary policy dan interest rate. Walaupun kita nampak seperti Bank Negara dan Kementerian Kewangan ada berikhtiar untuk mengekalkan keyakinan terhadapnya. Ini memang penting. Confidence - confidence itu memang penting. Dalam usaha untuk meliberalisasikan, kita mesti berjaga-jaga dan kita tidak boleh dedahkan dengan cepat. Walau bagaimanapun, saya berharap pihak Kementerian Kewangan dan juga Bank Negara dapat menerangkan kepada kita apakah langkah-langkah hadapan untuk menghadapi ekonomi yang kian merosot ini dari segi tadi saya ada sebutkan exchange rate, monetary policy, interest rate dan mengenai masalah liquidity, capital outflow dan sebagainya. Boleh saya sebutkan sedikit sebanyak mengenai insurance pula?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak bolehlah, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Sudah tidak boleh, ya. Sambil berjalan mengutip maman, Maman tumbuh di tepi paya, Agar faedah rakyat sekalian, Untuk hidup aman sentosa. Sekian, terima kasih.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin turut serta dalam membahaskan menjunjung kasih Titah Diraja yang pada saya Titah Diraja ini mempunyai banyak hikmah dan nasihat yang perlu kita ambil iktibar baik daripada ahli-ahli pembangkang mahupun daripada ahli-ahli kerajaan.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan point rangsangan ataupun keadaan ekonomi yang melanda negara kita pada waktu sekarang ini. Telah banyak dikatakan tentang metodologi ataupun cadangan-cadangan bagaimana untuk menangani isu-isu ekonomi yang sekarang ini membelenggu kita. Ada yang mengatakan kerajaan perlu mengadakan tax cut ataupun potongan cukai, ada yang mengatakan tidak perlu mengadakan projek-projek infrastruktur yang besar kerana ini semua mempunyai kelemahan-kelemahan yang tersendiri. Saya setuju dengan Yang Berhormat Mambong apabila beliau mengatakan bahawa kalau potongan cukai yang dipertimbangkan oleh pihak kerajaan, besar kemungkinan wang yang diselamatkan ataupun wang yang berada dalam poket pembayar cukai itu tidak akan dibelanjakan kerana mereka akan merasa takut dalam keadaan ekonomi begini dan propensity ataupun kebarangkalian mereka untuk menyimpan wang ini lebih besar daripada untuk membelanjakannya. Maka itu wang ini tidak akan mengalir ke dalam ekonomi dan tidak akan menjana ekonomi. Begitu juga dengan infrastruktur. Kita harus elakkan projek-projek besar kerana ia tidak turun kepada golongan-golongan ataupun sektor-sektor yang kita objektifkan. Sebab itu saya memberi cadangan kalau boleh Kementerian Kewangan mempertimbangkan sistem kupon di mana rakyat diberi kupon sejumlah wang ringgit dalam bentuk kupon, bukan dalam bentuk wang tunai yang boleh diexchange untuk membeli barangan dan perkhidmatan di kedai-kedai, di bandar-bandar dan di kampung-kampung. Wang ini tidak boleh ditukar dengan wang ringgit tetapi boleh digunakan untuk membeli perkhidmatan dan barangan. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya dengan membeli barangan ini melalui kupon tersebut, maka kilang-kilang kita yang berada di Malaysia ini akan dapat terus mengeluarkan barangan-barangan mereka. Sebenarnya idea untuk menggunakan kupon ini bukanlah satu idea yang baru. Sebenarnya di Hong Kong dan di Taiwan juga menggunakan sistem kupon ini, Tuan Yang di-Pertua. Jadi mungkin ini antara salah satu cara untuk kerajaan mempertimbangkan bagaimana untuk membelanjakan wang rangsangan ini nanti. Saya juga mungkin selalunya apabila mendengar debat yang kita ucapkan dalam Dewan yang mulia ini, ramai sebelum ini mengkritik kerajaan kerana mempunyai civil servant ataupun pekerja awam yang terlalu ramai. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara kadang-kadang mengutarakan bahawa saiz civil servant ataupun perkhidmatan awam ini terlalu besar dibandingkan dengan saiz atau jumlah rakyat kita dan juga saiz ekonomi negara Malaysia. Akan tetapi ternyata pada kali ini apabila kita berada dalam keadaan ekonomi yang begitu gawat sekali, sebenarnya sektor awam inilah sekurang-kurangnya memberi kestabilan kepada negara kita.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Dengan adanya berjuta-juta kakitangan kerajaan awam yang tidak dibuang kerja yang masih lagi menerima gaji bulanan ini, sekurang-kurangnya mereka ini menjadi pemangkin kepada ekonomi negara kita. Pada waktu kita berada dalam kegawatan ini, jadi saya berharap pada masa-masa apabila kita sudah keluar daripada kegawatan ini, janganlah saiz perkhidmatan awam yang ada di Malaysia ini dikritik kerana pada waktu- waktu tertentunya ia boleh menjadi penyelamat kepada ekonomi kita. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada Kementerian Kesihatan, saya ingin mengalu-alukan usaha yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan di negeri Sabah untuk menaik tarafkan perkhidmatan kesihatan. Menteri Kesihatan yang baru ini sahabat saya, saya kenal dia, beliau bekerja kuat untuk memastikan perkhidmatan kesihatan di negeri Sabah ini dapat ditingkatkan. Saya cuma ingin menyentuh beberapa perkara, pertamanya Tuan Yang di-Pertua, ialah isu pembekalan oksigen di hospital-hospital di negeri Sabah. Saya dapat tahu bahawa kualiti oksigen yang dibekalkan ke hospital-hospital kerajaan di negeri Sabah adalah jauh lebih rendah kualitinya daripada apa yang sepatutnya. Ada orang mengatakan kualiti oksigen ini ialah industrial standard yang sepatutnya tidak digunakan untuk proses pembedahan dan sebagainya.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya minta, saya tahu apabila saya buat sedikit kajian, bekalan oksigen di negeri Sabah ini dimonopolikan oleh satu syarikat dan syarikat ini setiap kali tidak dapat menepati spesifikasi tender pembekalan oksigen di negeri Sabah. Spesifikasi yang diminta ialah spec BP ataupun British..., tetapi yang disalurkan atau yang dibekalkan kepada hospital-hospital dan klinik-klinik di seluruh negeri Sabah ialah yang berkualiti industrial. Jadi saya tidak mahu pesakit-pesakit di negeri Sabah diberikan sub standard oksigen sedangkan di seluruh negeri Sarawak dan juga di Semenanjung Malaysia, standard yang telah ditetapkan oleh kementerian ialah BP standard, dan BP standard ini adalah standard di seluruh dunia, digunakan oksigen yang begitu asli, yang pure yang digunakan untuk pembedahan. Kenapa di negeri Sabah perkara ini tidak berlaku, saya melihat masalahnya ialah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah tidak pernah mengendahkan saranan dan teguran daripada kementerian. Menteri Kesihatan dan kakitangannya sudah pun menulis surat kepada Jabatan Kesihatan untuk meminta mereka menepati piawaian tender bekalan oksigen di negeri Sabah. Sampai sekarang tender itu masih lagi tidak menepati ataupun bekalan itu tidak menepati piawaian tender tersebut. Saya dimaklumkan Tuan Yang di- Pertua, syarikat yang memonopoli ini menggertak kerajaan. Kononnya kalau mereka diberi tender tersebut walaupun tidak menepati piawaian itu, mereka akan memberhentikan pembekalan oksigen serta-merta. Jadi kalau kontrak itu habis pada 31 Disember, pada 1 Januari mereka akan menghentikan pembekalan oksigen itu kepada hospital dan juga klinik-klinik di negeri Sabah. Ini adalah satu sabotaj ataupun perkara yang tidak boleh ditoleransikan. Saya minta kerajaan supaya menuntut kepada syarikat ini untuk sama ada menepati piawaian ataupun memberi ruang kepada syarikat yang lain untuk membekalkan oksigen, kalau perlu bagi tiga bulan selepas habis supaya ada transisi, masa transisi itu yang paling baik. Jadi, saya minta Kementerian Kesihatan , walaupun saya tahu Menteri dan juga KSU Kementerian Kesihatan sebenarnya telah cuba menyelesaikan masalah ini, Jabatan Kesihatan Sabah harus memberi penjelasan terhadap perkara ini. Keduanya ialah tentang Queen Elizabeth Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahulah di mana silapnya, saya faham niat Menteri Kesihatan ialah untuk menyelamatkan pesakit ini daripada tertimbus oleh sebab bangunan Queen Elizabeth, hospital kerajaan yang terbesar di negeri Sabah ini telah disahkan tidak selamat. Akan tetapi saya tidak dapat lari daripada perasaan sedih dan kecewa dengan keadaan masalah kesihatan, perkhidmatan kesihatan di Queen Elizabeth dan persekitaran Kota Kinabalu, yang mana kadang-kadang pesakit terpaksa dihantar ke hospital-hospital yang lebih kecil dan sebagainya. Ini saya mintalah, saya tidak tahu, saya dikhabarkan Tuan Yang di-Pertua, bahawa antara masalahnya sekarang kenapa tidak dapat diselesaikan ialah ada individu pihak tertentu yang cuba untuk mengambil kesempatan dengan meletakkan harga kerana ada satu bangunan yang hendak dibeli oleh kerajaan untuk menampung keperluan buat masa ini. Saya diberitahu bahawa harga yang diletakkan terlalu tinggi, sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa berfikir dua kali. Saya tidak tahulah Tuan Yang di-Pertua, tapi saya rasa ada satu provinsi dalam undang-undang kita di mana hal-hal tentang kesihatan ini yang melibatkan kepentingan rakyat, kita boleh menggunakan undang-undang darurat atau pun ISA, saya tidak tahu. Saya dengar-dengar ada provinsi di dalam undang-undang yang boleh kerajaan memaksa empunya bangunan ataupun yang pembekal oksigen tadi untuk akur kepada kehendak kerajaan mengikut peraturan undang-undang tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia, saya tahu dalam keadaan sekarang ini kita melihat ramai di kalangan rakyat kita ini tidak mendapat pekerjaan. Baru- baru ini Tuan Yang di-Pertua, pembantu rumah saya yang berwarganegara Indonesia, balik ke Indonesia kerana masalah keluarga dan untuk mencari penyelesaian sementara. Saya meminta isteri saya untuk menelefon sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan pembersihan rumah dua tiga kali seminggu untuk sejam dua jam. Saya dapati Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya perkhidmatan ini lebih baik daripada mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah warganegara luar yang tinggal di dalam rumah kita.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya beritahu Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali rakyat kita ini mungkin tidak mahu menjadi pembantu rumah kerana masalah maruah. Mereka terpaksa tinggal di tempat-tempat rumah employer atau majikan mereka dan mereka terpaksa membuat kerja yang sepatutnya mereka tidak buat. Akan tetapi kalau boleh Kementerian Sumber Manusia menaiktarafkan sedikit syarikat-syarikat ini yang menggunakan tenaga kerja local ini, bagi mereka training yang betul, gaji yang betul, gaji yang baik dan training serta pakaian seragam, uniform dan sebagainya. Saya pasti ramai di antara ibu-ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan sekarang ini sanggup untuk bekerja setakat dua jam atau tiga jam di rumah-rumah yang mereka bersihkan ini. Pertama sekali mereka tidak perlu seperti mana yang saya katakan tadi tidak akan terdedah kepada masalah domestic violence dan juga tidak terdedah kepada sexsual assault dengan izin. Saya melihat ini juga dapat memberi kebaikan kepada majikan ataupun keluarga tersebut kerana pertama sekali mereka tidak ada seorang yang luar daripada tinggal dalam bangunan atau rumah mereka, lebih-lebih lagi kalau mereka tinggal dalam kondominium. Maknanya kalau warganegara luar pembantu rumah ini, satu bilik dapat diselamatkan dan boleh ditukar ganti kepada library untuk anak-anak mereka. Banyak kelebihannya mungkin Kementerian Sumber Manusia perlu melihat tentang cadangan ini. Berapa minit lagi Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Lapan minit.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih, secara ringkas saya ingin berucap sedikit tentang menyentuh sedikit tentang perkhidmatan penerbangan Malaysia ini. Selaku Ahli Parlimen dari Sabah yang terpaksa terbang setiap minggu Tuan Yang di-Pertua, dan Tuan Yang di-Pertua, juga terbang setiap minggu. Saya kadang- kadang kecewa dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh penerbangan Malaysia ini. Baru-baru ini saya mempunyai program yang begitu besar yang terpaksa saya tangguhkan di kawasan saya kerana pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan sebagainya. Saya mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu empat pagi, pukul empat pagi supaya sampai enam setengah di Kota Kinabalu dan sempat pergi ke kawasan saya untuk merasmikan satu program yang kami rancang begitu lama.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Alih-alih, Malaysia Airlines, Penerbangan Malaysia telefon bahawa penerbangan itu dibatalkan. Di antara sebabnya saya suspeklah ialah kerana tidak ada penumpang kerana pukul 4 pagi. Kalau itulah masalahnya, buat apa kita ada jadual penerbangan pukul 4 pagi? Supaya saya dapat juga menyelesaikan, saya boleh anjakkan program-program saya ke tengah hari dan mengambil mungkin penerbangan yang pukul 6 atau pukul 7.30. Ini adalah satu masalah yang besar. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini di dalam penerbangan saya daripada Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, sebelum boarding, saya tengok kapal baru daripada Penerbangan Malaysia, 737-800, upgrade, yang sayapnya dilentikkan ke atas, yang di hujung sayap itu. Saya tahu ini kapal baru. Kita pakai ialah 737-400. Saya pun teruja kerana buat pertama kali naik kapal terbang tersebut. Apabila masuk ke dalam kapal terbang ini Tuan Yang di-Pertua, rupa-rupanya dia ada satu kelas sahaja. Semua kerusi dalam keadaan kaedah ekonomi, kecil tiga sebaris. Jadi apabila kami duduk di kawasan yang kononnya menjadi kawasan kelas perniagaan ini, kami terpaksa duduk di atas kerusi yang kecil yang tidak selesa. Bukanlah tidak selesa tetapi kecil dibandingkan dengan kelas perniagaan yang biasa. Akan tetapi tiket yang dibayar kepada Malaysia Airlines, jumlahnya sama dengan kelas perniagaan 737-400 ini. Jadi saya minta Malaysia Airlines janganlah gunakan kapal terbang yang belum siap diubahsuai ini hanya untuk kepentingan profit dan sebagainya. Saya rasa tertipu dan saya minta Datuk Seri Idris Jalal yang telah berjumpa dengan Kelab BNBBC tempoh hari yang sanggup untuk mengatakan kepada kami bahawa beliau sendiri turun melihat keadaan kapal dan sebagainya. Jadi, saya harap Malaysia Airlines sebagai penerbangan negara mesti mempertingkatkan lagi perkhidmatannya.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya tidak dapat lari daripada membincangkan tentang soal politik semasa. Saya balik ke kampung Tuan Yang di-Pertua. Orang-orang kampung, ketua kampung bercakap kepada saya. Mereka hairan dengan apa yang berlaku di negeri Perak dan mendengar ucapan Yang Berhormat Bagan, mendengar ucapan pemimpin-pemimpin pembangkang, saya sendiri kadang-kadang rasa mual, saya rasa macam hendak muntah. Bukan muntah kerana apa Tuan Yang di-Pertua, tetapi double standard itu. Apabila membincangkan tentang bagaimana Perak jatuh ke tangan Barisan Nasional, mereka tidak sedikit pun rasa malu. Tidak rasa hypocritical sedikit pun tentang apa yang berlaku pada 16 September. Tidak ada perasaan, sanggup datang ke Dewan yang mulia ini bercerita tentang suara rakyat. Saya kalau boleh, saya minta TV1 keluarkan ucapan mereka ini di dalam TV. Biar rakyat dapat menilai mereka. Betapa mereka ini talam dua muka, hypocritical, pembohongan yang cukup besar. Saya Tuan Yang di-Pertua, senang sahaja. Dalam isu Perak ini, saya melihat dari segi Perlembagaan. Perlembagaan sahaja, Constitutional procedure. Pada saya di Perak is okay. Kita telah mengikut Constitutional Procedure. Akan tetapi kalau Pakatan Rakyat mahu berdebat tentang isu ini daripada lensa moraliti, saya rasa tidak payahlah, tidak perlulah. Ini kerana nanti kawan-kawan di sebelah akan malu sendiri. Kalau kita berdebat tentang moraliti, saya rasa tidak perlulah kerana ini hanya akan membuka pekung di dada dan banyak perkara-perkara yang berlaku di sebelah sana juga.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Adakah Yang Berhormat Kota Belud bersetuju mengenai keadaan di Perak sekarang agak tidak memuaskan? Jadi adakah Yang Berhormat Kota Belud bersedia memberitahu kepada kepimpinan Barisan Nasional, lebih baik kita pergi balik kepada rakyat untuk menentukan sama sekali keadaan konklusif di Perak. Let us go back to the people of Perak. Do you agree, dengan izin? Terima kasih.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Telok Intan. You should ask that to Permatang Pauh. Patut Yang Berhormat Telok Intan bertanya kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Setahun Yang Berhormat Permatang Pauh bermain dengan permainan ini. Tuan Yang di-Pertua, sebut tentang permainan ini, ada orang mengatakan, orang kampunglah mengatakan kepada saya, sebenarnya dalam politik ada permainan. Mereka mengatakan Yang Berhormat Permatang Pauh ini suka bermain politik. Ada permainan. Dia cipta satu permainan, dia buat undang-undang permainan. Selepas itu kalau dia kalah, he is so loser. Kalah berdendam. Ini yang berlaku di Perak. Dia buat satu permainan untuk lompat melompat, 16 September. Dia tidak dapat buat, orang lain dapat buat. Kita menang di permainan ini, kata orang kampunglah, bukan saya. Kita menang permainan ini, dia menjadi so loser. Ini bukan kali pertama Yang Berhormat Permatang Pauh bermain game yang dicipta olehnya sendiri dan dia kalah, dia jadi so loser. Apa yang berlaku dahulu pun, orang katalah, saya tidak kata Tuan Yang di-Pertua. Sewaktu perebutan kuasa ataupun ada ura- ura Yang Berhormat Permatang Pauh cuba untuk sabotaj Perdana Menteri pada waktu itu untuk merampas kuasa dalam UMNO. Cerita orang, dia menggunakan banyak cara. Dia main satu permainan game, manoeuvring di belakang tabir, gunakan kekuatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. Bermain percaturan politik, guna peraturan dia sendiri, guna pink form, guna projek, selepas itu apabila dia kalah dalam permainan itu, orang kampung saya kata, dia jadi so loser. Dia keluar daripada UMNO, tubuhkan satu parti selepas itu berdemonstrasi jalanan. Jadi, kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, dalam politik ini kalau ada permainan dan kalau permainan itu dibuat sendiri, dicipta sendiri dan juga rules dan peraturan permainan itu dibuat sendiri, kalau kalah, nasihat orang kampung kepada saya untuk diberitahu kepada pihak-pihak tertentu, terimalah kekalahan itu dengan baik. Selepas itu, buat lagi dan cuba lagi pada masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, terakhir. Saya melihat keadaan politik sekarang ini terutamanya yang melanda Pakatan Rakyat yang mereka selalu katakan blame Barisan Nasional, kepada semua isu yang berlaku mulai daripada Elizabeth Wonglah, semua, banyak isu. Apa pun isu yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tenggara tadi itu semuanya menuding jari kepada Barisan Nasional.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya cuma hendak beritahu, rakyat biasa sudah muak dengan keadaan yang berlaku ini Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya rakyat kecewa dengan Pakatan Rakyat ini kerana Pakatan Rakyat menang dahulu dengan satu slogan Tuan Yang di-Pertua. Mereka kata, “Undilah saya kerana saya ini lebih putih daripada putih. Undilah saya kerana saya ini bersih daripada bersih”. Itu slogan Pakatan Rakyat kepada rakyat sebelum pilihan raya. Apabila mereka menang dan banyak masalah, mereka menuding jari kepada Barisan Nasional dan menuduh kita yang bukan-bukan. Sebenarnya, mereka sekarang ini dihakimi oleh rakyat melalui piawaian standard yang telah dicipta oleh mereka sendiri. Jadi saya harap Pakatan Rakyat, kita harus sebagai mewakili generasi muda. Saya sebenarnya selepas pilihan raya ke dua belas...

Yang Berhormat Kota Belud, boleh celah sedikit?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua, sedikitlah.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya tertarik kepada hujah Yang Berhormat Kota Belud tadi tentang permainan politik ini. Kadang-kadang kita bimbang Tuan Yang di-Pertua, bila permainan politik yang terlalu teruk ini, menyeleweng dan sebagainya, kita merosakkan masyarakat kita. Oleh sebab itulah saya hendak bertanya Yang Berhormat Kota Belud. Saya tengok macam Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kepong ini, baik orangnya. Akan tetapi bila Ketua Pembangkang yang Yang Berhormat Kota Belud sebutkan tadi hendak cuba bawa orang lompat, gagal dan sebagainya. Akhirnya Yang Berhormat Yang Berhormat Tasek Gelugor tidak percaya lagi kepada dia sehingga mengarahkan supaya dia meletakkan jawatan... [Disampuk] Oh, sorry, Bukit Gelugor, sorry.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, habiskan Yang Berhormat.

Minta pandangan. Apakah implikasi ini semua?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, saya kira usulkan dahulu supaya kita bagi flavor of the month atau parliamentary of the month kepada Bukit Gelugor kerana begitu berpegang teguh kepada prinsipnya sebagai seorang lawyer dan juga grand all politician, dengan izin, tetapi akhirnya kecewa kecundang juga, dia akur kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Dahulu kata mahu saman Sultan, rupa-rupanya tiger of Jelutong, lion of Jelutong ini sebenarnya kucing. Dia bukan lion, dia cuma kucing yang hanya pandai bercakap sahaja, samalah. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, terakhir saya minta kalau boleh seperti mana yang saya katakan tadi saya mewakili generasi muda. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pada mulanya apabila Pakatan Rakyat dapat memenangi kerusi yang begitu banyak dan sebagainya, ada satu harapan kepada rakyat iaitu mungkin buat pertama kalinya di negara kita ada satu sistem dua parti yang boleh check and balance antara satu dengan yang lain. Harapan rakyat begitu tinggi, bukan kepada Barisan Nasional, kepada Pakatan Rakyat supaya mereka ini putih lebih putih, lebih bersih daripada bersih ini, tetapi akhirnya rakyat sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, begitu kecewa dengan Pakatan Rakyat dan insya-Allah PRU13 akan balik semula ke pangkuan Barisan Nasional. Terima kasih... [Tepuk]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Saya mengucapkan tahniah di atas ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Sebagai warganegara Malaysia, saya juga ingin mengambil bahagian di dalam perbahasan Titah Diraja ini dengan yang pertamanya saya menyentuh tentang isu bahasa Malaysia ataupun isu bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan dalam penggunaannya dan juga dalam tindakan-tindakan kerajaan yang mutakhir ini masih lagi memperlihatkan tentang usaha yang semakin menipis dari segi harapan untuk melihat bahasa Melayu ini didaulatkan dan seterusnya berkembang sebagai bahasa ilmu dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun pada tengah hari tadi menyerahkan secara terbuka dan secara gentleman satu tawaran untuk perbincangan dengan Gerakan Pemuda UMNO Malaysia dan alhamdulillah tengah hari tadi telah diterima oleh Yang Berhormat Rembau yang juga selaku Naib Ketua Gerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk suatu perbahasan terbuka ataupun perdebatan terbuka diadakan bagi kita memberikan sumbangan pemikiran kita kepada isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini kerana saya mengambil tanggungjawab ini dengan penuh kesedaran, bukan untuk mendapat mileage politik ataupun bukan sekadar untuk kita berlakon di persada politik tanah air tetapi apa salahnya sekiranya satu medan ataupun satu pentas, satu platform disediakan bagi golongan muda ini membincangkan secara terbuka. Saya tidak menolak kalau isu ini diperbahaskan secara intellectual discourse di mana Pemuda PAS, Pemuda UMNO, mungkin pemuda-pemuda Barisan Nasional ingin turut serta bagi kita mencari jalan penyelesaian terbaik, adakah masa depan generasi muda kita ini akan dipertaruhkan dengan gagalnya sistem pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memperjelaskan lagi dalam Dewan yang mulia ini bahawa apa yang kita perjuangkan pada hari ini tidak pernah lari daripada apa yang tertulis di dalam Perlembagaan Negara, dengan izin, apa yang ditetapkan, it was enshrined in our Constitution. Ini tidak pernah lari daripada dasar perjuangan kita bersama dan bahasa Melayu ini tidak pernah dicemburui ataupun dikhianati oleh orang lain, oleh bangsa Tionghoa, bangsa Cina atau India. Ia bukan merupakan satu desakan yang menuntut kita untuk mengubah pembelajaran Sains dan Matematik itu pada tahun 2003 itu dahulu bukan ada suatu desakan politik ataupun tuntutan yang perlu kalau tidak dituntut, maknanya runtuhnya negara ini, tetapi ianya hanya dari segi latar belakang sejarahnya, ingin saya memperkatakan rasa kecewa seorang Perdana Menteri yang pada waktu itu yang sewaktu berada di luar negara dalam satu lawatan, yang kecewa dengan seorang, dua pensyarah universiti tempatan yang tidak boleh menuturkan bahasa Inggeris dengan baik. Hanya kerana itu. Seluruh sistem ini dirombak, walhal kalau kita memerhatikan dengan cermat dan teliti bahawa perjalanan bahasa Melayu ataupun bahasa Malaysia ini untuk menjadi bahasa ilmu telah pun dimartabatkan oleh pelbagai golongan, pejuang-pejuang bahasa, golongan intelektual dan termasuklah yang membanggakan saya, ahli-ahli bahasa di kalangan orang- orang bukan Melayu sendiri yang telah menunjukkan wibawa mereka menjadi pensyarah, menjadi penyair dan penyajak seperti Lim Swee Tin dan rakan-rakannya yang telah membuktikan bahawa bahasa Melayu ini memang boleh menguasai persada ilmu di peringkat nasional dan internasional, tetapi kita surut kembali ke belakang. Bagi saya, biarlah era pemuda yang ada pada hari ini – saya mungkin dilahirkan sebagai orang muda pada hari ini yang kebetulan dapat duduk dalam Dewan yang mulia ini ingin menjabat tangan dengan orang-orang muda tidak mengira parti, kaum dan bangsa supaya kita telah sampai masanya untuk kita menyatakan pendirian kita dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Adakah kita bersedia untuk mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik ini dalam bahasa ibunda, dalam bahasa Melayu yang mesti kita martabatkan kembali. Ini yang saya rasakan perjuangan yang masih belum selesai dan mengajak dengan hati yang terbuka dan mudah-mudahan saya menunggu jawapan dengan sabar kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, mudah-mudahan satu pentas yang terbuka diadakan.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Kalau kita tidak mahu PAS ataupun UMNO menjadi mediator nya ataupun menjadi orang tengahnya, saya rasa ada banyak institusi yang lain yang berwibawa, Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai contoh, UKM sebagai contoh ataupun banyak lagi NGO dalam negara kita yang ada pada hari ini ingin menyaksikan perdebatan penuh dengan kesedaran dan ilmiah ini dilaksanakan dan kita sebagai orang muda dapat memberikan pandangan yang terbaik kita, bukan untuk kita tetapi untuk generasi akan datang dan negara yang bakal kita warisi satu hari nanti, insya-Allah. Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengungkap beberapa pandangan yang konkrit, bukan satu pandangan yang saya ambil di tepi jalan, hearsay, saya dengar di tepi jalan dan saya bawa ke dalam Dewan yang mulia ini. Cuba kita perhatikan beberapa tulisan yang bertaraf internasional yang terdapat ensiklopedia Cambridge terbitan 1995 apabila diterbitkan oleh dua almanak, World Almanac dan New York Times Almanac yang telah hampir menggariskan bahawa bahasa Melayu ini akan termasuk dalam 12 bahasa yang dituturkan keutamaannya dalam dunia ini. Ini kajian yang cukup wibawa, yang cukup berintegriti, bukan oleh majalah terbitan dalam negara kita, tetapi satu majalah atau satu jurnal yang amat dihormati yang telah menggariskan dan mendapat penemuan-penemuan baru bahawa bahasa Melayu pada waktu itu terbitan tahun 1997 telah hampir tersenarai dalam 12 bahasa utama yang dipertuturkan oleh penduduk di dunia ini.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Kalau kita sabar sedikit lagi dengan penuh kewarasan, dengan penuh rasional, kita melihat tentang maju masa depan bahasa Melayu itu sendiri, saya merasakan tahun 2009 ini saya sepenuhnya yakin dan percaya bahawa kita telah pun berada di persada dunia dengan Bahasa Melayu termasuk di dalam 12 bahasa utama yang dipertuturkan dalam dunia ini. Malangnya indeks kita surut ke belakang. Harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Kita surut ke belakang! We move backward bukannya kita move forward. Dalam era kita untuk memartabatkan bahasa yang telah menunjukkan kemampuan dan membuktikan memang Bahasa Melayu itu mampu menjadi bahasa ilmu yang menguasai persada ilmu peringkat antarabangsa. Silakan, rakan saya daripada Kota Belud yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Terima kasih.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Kerian. Tuan Yang di-Pertua, melihat daripada perbahasan ucapan sahabat saya tadi seolah-olah kerajaan telah membuat satu keputusan tentang PPSMI ini. Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Menteri Pelajaran yang juga Ketua pemuda UMNO Malaysia ialah satu kajian akan dibuat, sedang berlaku. Sekarang ini pun kita telah mengadakan banyak mengadakan perundingan meja bulat dan kita sekarang engaging experts. Setiap nama yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian yang dikatakan expert dalam bidang bahasa ini ada seorang lagi yang menyokong PPSMI ini. Jadi kita bagi ruang. Cumanya dalam jemputan yang diberi oleh Yang Berhormat Kubang Kerian kepada Menteri Pelajaran, saya tidak melihat itu sebenar peribadi. Saya tidak dapat melihat sesuatu baru keluar daripada perbahasan ini kerana semua idea, points ulasan telah dihujahkan sama ada di Dewan yang mulia ini, di dada-dada surat akhbar, dalam web blog dan sebagainya. Sekarang ini bukan masa berdebat. Itu keputusan Menteri Pelajaran untuk berdebat dengan Yang Berhormat Kubang Kerian tetapi kalau bagi saya masanya sekarang ialah untuk meneliti keputusan semua rundingan meja bulat dan juga kajian-kajian yang dibuat oleh kementerian dan membuat keputusan. Keputusan ini pun seperti mana yang dikatakan oleh Menteri Pelajaran tidak boleh dibuat sekarang. Apa salahnya minggu depan atau bulan depan asalkan sahaja tidak terlalu panjang. Itu yang diminta oleh kementerian supaya mereka diberi ruang dan masa untuk membuat satu keputusan. Terima kasih.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, adakah saya mempunyai masa lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kita boleh habiskan dalam masa 10 minit.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya sambung esok.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kita boleh extend 15 minit dan saya minta Yang Berhormat habiskan dalam masa 10 minit.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya rasa saya agak panjang sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Masa Yang Berhormat akan habis dalam masa 10 minit, Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Baik, Tuan Yang di-Pertua. Saya rasakan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud itu. Adalah satu perkara yang tidak perlu untuk kita menunggu satu masa yang begitu lama. Kita tidak perlu menunggu suatu masa yang begitu lama untuk kita membuat satu keputusan yang penting. Waktu hendak buat dulu kita tidak fikir panjang. Masa hendak buat dulu kita menggunakan falsafah mat rempit.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Itulah sebabnya jangan buat kesilapan yang kedua.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Kita corner baring. Bila sudah terbabas dan tersasar kita menggunakan falsafah bahawa kita perlu berhati-hati. Bagi saya kita mesti buat satu keputusan yang berani untuk masa depan bukan kita tetapi generasi kita yang akan datang. Terlalu banyak kajian-kajian yang telah dibuat. Saya boleh bawa pada hari ini mungkin masa tidak cukup kajian daripada UKM kajian daripada GAPENA sendiri, pandangan-pandangan daripada tokoh-tokoh bahasa yang memang saya boleh mengatakan mereka 100 peratus bersetuju bahawa kita sebenarnya adalah suatu bangsa yang telah melalukan satu kesilapan yang cukup besar, mengizinkan mata pelajaran Sains dan Matematik itu diajar dalam bahasa Inggeris. Ini suatu dosa yang mungkin tidak terampun, yang mungkin kita yang ada pada hari ini mesti memperbetulkannya untuk generasi kita yang akan datang.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sikit sahaja, Yang Berhormat Kubang Kerian.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya tidak ada masa.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sikit sahaja. One point sahaja.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya tidak ada masa. Minta maaf. Saya hendak beralih kepada...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya hendak beritahu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi, Yang Berhormat. Ya, teruskan Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Isu yang kedua iaitu yang melibatkan tentang negeri Perak. Pada hari ini kita melihat ramai di antara rakan-rakan kita yang merasa ada yang geli geleman, ada yang muntah loya dan seumpamanya. Sampai bila kita harus menyembunyikan pemikiran-pemikiran kita yang dikatakan kita ini seorang Ahli Parlimen, yang dikatakan kita ini rasional dan kita hendak bercakap tentang kita ialah seorang demokrat dan seumpamanya. Tuan Yang di-Pertua, ia hanya bermula dengan satu perkataan “sembah derhaka” yang dieksploit, yang dikatakan bahawa kita menderhaka kepada Raja-raja Melayu dan seumpamanya. Saya menyanjung tinggi Titah Diraja yang menyebut tentang Perlembagaan dan saya pun telah membuat satu kenyataan yang cukup jelas dan Pakatan Rakyat juga telah membuat satu kenyataan yang tidak boleh dipertikaikan bahawa dalam apa jua sekalipun bahawa kita akan mempertahankan sistem yang ada pada hari ini. Memang kita tidak boleh lari daripada apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan. Apa yang ada pada hari ini, maka keluarlah perkataan sembah derhaka. Kita lupa budaya kita. Kita lupa kita belajar sastera Melayu klasik dulu di sekolah-sekolah. Kita lupa bagaimana terbinanya bangsa Melayu dan bangsa Melayunya di atas dasar dan nilai kesusasteraan Melayu yang kita belajar dahulu.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ini kita pelajari dalam Bahasa Malaysia – SPM. Kita belajar di Tingkatan Enam. Kita belajar di tahun pertama, kalau kita mengikuti Fakulti Bahasa. Tiba-tiba kita menjadi begitu naif, jadi begitu lemah dalam penguasaan tentang sastera klasik ini. Kononnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang ada pada hari ini menderhaka kepada Sultan Perak. Kita lupa kita mengajar kita anak kita yang kecil berbahasa kepada orang yang lebih tua. Kita mengajar orang muda seperti kita yang ada pada hari menghormati orang yang lebih tua. Sebagai Ahli Parlimen kita diajar berbahasa kepada Speaker yang tertinggi dalam Dewan yang mulia ini dan kalau ada perkara-perkara yang kita tidak bersetuju dengannya maka ada cara dan etika bagi satu tamadun, satu bangsa ataupun mana-mana bahasa untuk mengajar kita tentang perkara ini. Adakah kita lupa bagaimana dalam Sastera Melayu Klasik yang disusun oleh R.O Winstedt ataupun Shellabear ataupun yang lebih klasik daripada itu, yang ditulis oleh Tun Sri Lanang tentang bagaimana Sultan Mansor Shah yang mengarahkan Bendahara Melaka membunuh si Tuah? Apabila mengamuk Si Jebat dengan keris Taming Sarinya habislah pegawai-pegawai istana dibunuh, maka Sultan Mansor amat berdukacita lalu mengatakan, “Alangkah baiknya kalau si Tuah masih hidup”. Maka berkatalah Bendahara Melaka pada waktu itu, “Ampun tuanku, beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Sembah derhaka patik pohonkan. Sebenarnya Tuah masih hidup, tuanku. Adakah sembah derhaka itu, perkataan itu menandakan kurang ajarnya Bendahara kepada Sultan? Tiba-tiba kita menjadi satu bangsa yang tidak faham bahasa dengan budaya sastera sendiri! Tuan Yang di-Pertua, kita ada Perlembagaan Negara. Dewan inilah yang menjunjung tinggi Perlembagaan itu. Kalau anak dan bapa tidak bersetuju atas sesuatu perkara, maka rasa harmoni dalam rumah tangga itulah yang menyelesaikannya. Kalau berlaku antara rakyat dan pemerintah ada cara dan etikanya, dalam politik ada pilihan rayanya, antara rakyat dengan sultan ada caranya. Yang hanya dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak adalah “Ampun tuanku, sembah derhaka patik pohonkan. Patik tidak mahu untuk meletakkan jawatan”

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Itu sahaja. Dalam bahasa Inggeris disebut kalau kita tak faham lagi bahasa Melayu, tak boleh nak faham lagi tentang tatasusila bahasa klasik Melayu, bahasa Inggeris mengatakan I beg to differ with due respect. Itu caranya seorang Menteri Besar kalau kita tidak bersetuju dengan Baginda Sultan yang mulia itu. Jadi apa kerenah dan cara sehingga kita tidak boleh faham, tidak boleh kita menilai daripada segi undang-undang? Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kalau seorang Menteri Besar tidak bersetuju dengan Sultannya, kalau kerajaan ini ada masalah dalam Dewan Rakyat ini, siapa yang perlu mengambil tempat? Maka penyusun undang-undang itulah yang diperhatikan. Maka saya ingin menyebut kembali Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Baginda Yang di-Pertuan Agong mengatakan bahawa Perlembagaan ini mesti dijaga dan Rukun Negara ini mesti dipelihara...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Minta laluan.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Maka saya ingin mengingatkan bahawa kenapa Rukun Negara itu lima perkara.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tak payahlah Yang Berhormat. Dia dah nak habis, dia perlu habiskan dalam masa dua minit.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sikit, sikit saja. Isu besar ini, isu besar.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya tak boleh, saya nak habiskan

Rukun Negara ini Tuan Yang di-Pertua

(i) Kepercayaan kepada Tuhan; (ii) Kesetiaan kepada Raja dan Negara; (iii) Keluhuran Perlembagaan;

Rukun Negara ini Tuan Yang di-Pertua

(iv) Kedaulatan undang-undang; dan (v) Kesopanan dan kesusilaan. Maka kalaulah antara krisis rakyat dan Raja itu tidak boleh langsung disentuh, bermaknanya kita mengambil parameter Bukit Seguntang dalam irama klasik Melayu ataupun mereka mengambil parameter mana kalau kita mahu menjadi seorang yang tulen demokratnya, maka ambillah Perlembagaan itu sebagai perimeternya dan apa salahnya? Kerana langsung tidak boleh disentuh tentang apa juga pertikaian dan krisis, maka saya rasa yang mencipta Rukun Negara itu dua sahaja sudah cukup.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Mohon laluan, penjelasan.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Yang pertama, kepercayaan kepada Tuhan, yang keduanya cukup pada sekadar kesetiaan kepada Raja dan Negara. Tidak perlu keluhuran undang-undang, Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan tidak perlu kesopanan dan kesusilaan yang kita pertahankan pada hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tak perlu. Yang Berhormat Kubang Kerian kena habiskan ini.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tadi kata nak berdebat.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya tak ada masa bukan saya takut.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Bukan, saya tak kata takut saya kata nak debat.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Satu platform kita berdebat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tak bagi jalan Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Akhir sekali, saya hormati Tuan Yang di-Pertua. Akhir kata saya meletakkan sesiapa yang Allah SWT takdirkan dan jadikan ianya seorang Raja, Rajalah mereka dan keturunan mereka sampai hari kiamat. Sesiapa yang Allah jadikan kita sebagai rakyat pada hari ini, orang biasa, rakyatlah kita Tuan Yang di- Pertua sampai hari kiamat tetapi di sana ada rules of law dan yang selebihnya adalah saya tutup dengan satu sabda Nabi SAW... [Membaca sepotong hadis] “Semua kamu dari Adam dan Adam dari tanah, tidak ada kelebihan di antara orang Arab dan bukan Arab”. Riwayat yang lain mengatakan, “Tidak ada beza orang yang berkulit putih dan orang yang berkulit hitam, hanyalah dengan takwa kepada Allah SWT”. Saya hanya menyampaikan perkara ini supaya kita berlandaskan kepada realiti negara ini dan bermainlah kita di atas padang permainan yang adil, yang ditentukan oleh Dewan ini dan apa yang tercatit dalam Perlembagaan Negara kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari Rabu, 25 Februari 2009. Dewan ditangguhkan pada pukul 7.44 malam.