Dewan Rakyat · 2 March 2009
15th Parliament, session 2, meeting 1 · 1,336 turns · 64,280 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, langkah-langkah perlindungan bagi tanah lembap atau wetland yang merupakan khazanah pelbagai kehidupan semula jadi dan destinasi percutian menarik seperti di Parit Jawa, Muar. Apakah cadangan-cadangan daripada Kementerian untuk meningkatkan usaha perlindungan tanah-tanah lembap di seluruh negara.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon seketika sebelum menjawab untuk merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak di dalam dan di luar Dewan ini yang telah mendoakan dan telah mengambil berat tentang keadaan saya selepas kemalangan 15 Februari yang lalu.
Baik, Yang Berhormat.
Seterusnya saya memohon menjawab soalan Yang Berhormat Ahli Parlimen Muar. Pertama, saya ingin mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat yang begitu peka dan prihatin mengenai kepentingan tanah lembap di negara ini dan seperti Yang Berhormat nyatakan, kawasan tanah lembap mempunyai kepelbagaian kehidupan semula jadi dan berpotensi menjadi destinasi pelancongan. Selain daripada itu, ia berfungsi di dalam pelbagai aspek ekologi dan ekonomi negara. Di antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk melindungi kawasan-kawasan tanah lembap di negara ini adalah untuk menggubal ataupun telah menggubal Dasar Tanah Lembap 2004 selari dengan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 1998 bagi memastikan khazanah biodiversiti di tanah-tanah lembap negara akan terus terpelihara. Seterusnya, pelbagai program pengurusan tanah-tanah lembap secara lestari di bawah Program Sustainable Forest Management juga telah dilaksanakan. Seterusnya, memantapkan dan memperkukuhkan pengurusan tanah lembap dengan menganggotai inisiatif antarabangsa melalui Konvensyen Ramsar mengenai tanah lembap di mana pelan pengurusan tanah lembap diwujudkan bagi memelihara tanah lembap secara efektif dan komprehensif serta memenuhi piawaian-piawaian yang ditetapkan oleh konvensyen tersebut. Seterusnya, bekerjasama dengan agensi-agensi dan jabatan-jabatan dan badan-badan antarabangsa dan menjalankan beberapa projek pemuliharaan tanah- tanah lembap seperti Projek Hutan Paya Gambut Pahang Tenggara, Taman Negara Logan Bunut di Sarawak dan Semenanjung Klias di Sabah yang dijalankan semenjak tahun 1999. Selain daripada itu, pelbagai usaha sedang dibuat untuk meningkatkan pengetahuan saintifik dan teknikal tanah lembap, meningkatkan penghayatan awam dan memupuk kerjasama semua pihak di dalam bidang ini dan menggalakkan negeri- negeri untuk mengenal pasti tanah-tanah lembap yang sesuai untuk diisytiharkan sebagai tapak ramsa atau mewartakan lebih banyak tanah lembap sebagai rizab hutan. Terima kasih.
Kita seluruh rakan-rakan mendoakan semoga Yang Berhormat mendapat kesihatan yang baik. Tuan Yang di-Pertua, semenjak Ramsar ditandatangani, kita dapati negara kita ada lebih kurang 584,000 hektar kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan tanah lembap.
Kementerian hanya mendaftarkan atau mewartakan enam iaitu lebih kurang 134,000 hektar. Maknanya ada banyak lagi kawasan tanah lembap yang perlu kita terokai dan pertahankan. Saya merasakan bahawa tanah lembap ini mempunyai peranan yang cukup besar tetapi pengetahuan di kalangan masyarakat tidak dapat kita laksanakan dengan baik. Sebanyak 97 peratus air bersih negara datang daripada kawasan tanah lembap, sungai, tasik dan sebagainya. Jadi pertanyaan saya, berapakah jumlah tanah lembap negara yang telah dimusnahkan ataupun yang telah dirosakkan atas sebab-sebab pembangunan ekologi yang tidak terkawal dan sebagainya dan bagaimana kita dapat menambah nilai tanah lembap ini sebagai salah satu lokasi destinasi pelancongan supaya dalam kita mengawal, kita juga mendapat hasil kerana di negara-negara luar datang mencari atau menerokai dan mempelajari kawasan-kawasan tanah lembap yang kita pulihara ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan tersebut. Sebenarnya bilangan tanah lembap di negara kita ini memanglah banyak. Kalau di Semenanjung sahaja dalam 68 peratus daripada tanah kita adalah di bawah tanah lembap, di Sarawak, lebih daripada 10 peratus dan di Sabah lebih daripada 9 peratus daripada tanah di negeri tersebut. Keseluruhan tanah yang telah dikenal pasti di bawah tanah lembah adalah lebih kurang 2.5 juta hektar. Takrifan tanah lembap ini adalah perlu difahami bahawa ia merangkumi kawasan-kawasan yang umumnya lembap dan ditenggelami air atau ditembusi air sepanjang masa atau sebahagian tempoh masa sahaja sama ada secara semula jadi atau buatan manusia. Untuk makluman Dewan yang mulia ini terdapat tiga jenis tanah lembap secara keseluruhan iaitu: (i) tanah lembap di pesisiran pantai; (ii) tanah lembap air tawar di kawasan pedalaman; dan (iii) tanah lembap buatan manusia seperti takungan air, empangan hidroelektrik, akuakultur dan berbagai-bagai lagi. Jadi memanglah jumlahnya banyak dan Yang Berhormat tadi bertanya sama ada banyak manakah yang telah dimusnahkan, jadi agak sukar untuk saya sebutkan kerana sebahagian besar tanah-tanah lembap ini telah diduduki dan dibangunkan sebelum lagi inventori ini dibuat.
Walau bagaimanapun, usaha-usaha untuk terus merizabkan atau menggazet tanah-tanah ini supaya terus dibuat secara berterusan sama ada melalui ramsar yang disebut oleh Yang Berhormat tadi ataupun di bawah kaedah-kaedah lain di bawah kuasa negeri-negeri. Dari aspek menambah nilai pelancongan seperti yang telah dilaksanakan di tapak ramsar dan di projek-projek lain seumpama ini di dalam perancangan pembangunan tapak ataupun kompleks tersebut ia sudah mengambil kira bukan hanya aspek-aspek ekonomi, aspek-aspek pemeliharaan dan pemuliharaan tetapi juga mengeksploitasikan tapak-tapak tersebut untuk kepentingan rekreasi, pelancongan, juga untuk penyelidikan dan pendidikan. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya juga mewakili rakan-rakan di sebelah sini mendoakan agar Yang Berhormat Timbalan Menteri cepat sembuh. Satu semangat yang sangat hebat yang ditunjukkan kepada kita, walaupun dalam keadaan yang masih berbalut tangannya dan masih dapat bersama dengan kita untuk menjawab soalan berbanding dengan sebahagian yang lain. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon pihak kementerian untuk menjelaskan perkara yang berkaitan dengan Taman Wetlands Putrajaya yang telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri pada tahun 2001. Berdasarkan maklumat yang diterima pembinaan tasik yang unik dan terbesar di rantau ini bukan sahaja sebagai satu khazanah tumbuhan tanah lembap bahkan ia juga dijadikan sebagai pembersih air bagi Tasik Putrajaya dengan penanaman pelbagai jenis pokok untuk mengurangkan kandungan kimia daripada air yang mengalir ke Tasik Putrajaya. Soalan saya adalah, adakah sejak ia ditubuhkan pihak Perbadanan Putrajaya ataupun pihak kementerian menjalankan kajian mengenai keberkesanan tahap kebersihan tasik tersebut serta berapakah kos penyelenggaraan Taman Wetlands Putrajaya dalam setahun.
Apakah program-program yang ada dibuat di Taman Wetlands ini kerana kita lihat daripada udara ketika kita melintasi Putrajaya taman ini cukup indah dan cantik untuk dijadikan sebagai kawasan rekreasi, cuma apakah promosi yang telah dibuat untuk memajukannya. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Bachok di atas ucapan untuk saya tadi. Seterusnya mengenai dengan Taman Wetlands Putrajaya, saya tidak ada maklumat terperinci tetapi secara keseluruhannya ia merupakan salah satu kaedah in-situ dan juga ex-situ yang mana di situ dipelihara spesies-spesies yang sedia ada dan juga diperkenalkan spesies-spesies baru yang merupakan salah satu kaedah memelihara dan memulihara untuk memastikan bahawa spesies-spesies ini terus membangun dan terus dapat dipelihara. Mengenai kosnya dan juga lain-lain maklumat, mungkin kita bersama boleh melawat kompleks ini untuk mendapat taklimat terperinci tetapi dari segi keseluruhannya memanglah ini salah satu daripada kebanggaan negara, dikunjungi oleh pelancong dan ia sudah pasti mempunyai aspek-aspek pemuliharaan untuk memastikan kesempurnaan tapak ini. Terima kasih.
2. Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan telah atau akan mengadakan suatu perancangan bagi menjadikan masjid bukan sahaja tempat ibadah tetapi juga sebagai pusat ekonomi seperti mewujudkan pusat perniagaan di sekeliling masjid.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Ampang di atas soalan yang dikemukakan. Untuk makluman Dewan yang mulia, kerajaan telah mengadakan perancangan untuk menjadikan masjid bukan sahaja tempat ibadah tetapi juga sebagai pusat ekonomi. Ini merupakan salah satu cara untuk menjadikan masjid sebagai tempat pelbagai fungsi. Walau bagaimanapun, dalam usaha menjadikan masjid sebagai pusat ekonomi ia boleh dilaksanakan selagi tidak mengganggu fungsi asasi masjid sebagai tempat ibadah. Dalam usaha ke arah mencapai matlamat tersebut kerajaan sedang melaksanakan program Masjid Hadhari yang mana sebilangan masjid- masjid yang berpotensi telah dinobatkan sebagai Masjid Hadhari oleh Jabatan Agama Islam negeri di seluruh Malaysia. Antara Masjid Hadhari yang boleh dijadikan panduan ataupun contoh ialah Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Masjid ini telah mewujudkan Yayasan Masjid untuk mengimarahkan masjid. Antara aktiviti dan prasarana yang telah disediakan ialah menubuhkan rangkaian kedai runcit, perkhidmatan kitar semula, pusat dialisis, sekolah agama, katering, bahkan mewujudkan sukarelawan untuk menjalankan aktiviti sosial yang lain kepada anak kariahnya. JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri sedang memberi penjelasan kepada ahli jawatankuasa masjid di seluruh negara tentang program Masjid Hadhari ini. Kejayaan program ini juga berkait rapat dengan kesungguhan kerajaan negeri melaksanakannya. Selain daripada itu, JAKIM dengan kerjasama MAMPU sedang menyiapkan Indeks Penarafan Masjid. Dengan indeks ini boleh menjadi kayu ukur dalam menilai prestasi masjid serta melengkapkan standard Masjid Hadhari. Terima kasih.
Terima kasih. Dalam pelan jangka panjang kita tidak lihat lagi berapa persen ataupun berapa peratus yang pihak kementerian sudah capai dari segi mengimarahkan aktiviti masjid kerana rata-rata apa yang kita lihat kegunaan masjid amat terhad. Kalau kita lihat pada zaman Rasullah dahulu masjid-masjid digunakan sebagai pusat pendidikan, pusat politik, sumber dan sebagainya. Apa yang saya khuatir sekarang adalah melihatkan pembinaan masjid-masjid yang ada di Malaysia sekarang lebih merupakan masjid dirar yang mana lebih diutamakan pembentukan ukiran-ukiran sedangkan Islam itu mengukur kemanfaatan sesebuah masjid dari segi aktiviti dan bagaimana umatnya di bawa ke sana, bukannya daripada biji-biji kristal dan permata. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri tentu maklum tentang hal ini.
Terima kasih, Yang Berhormat Ampang. Sebenarnya daripada apa soalan yang diajukan, saya kira mungkin Yang Berhormat tidak banyak lagi menziarahi masjid-masjid kita. Kalau dilihat dari segi penggunaan masjid sebenarnya ia tidak terhad, Yang Berhormat. Masjid hari ini dijadikan sebagai pusat perpaduan ummah. Masjid dijadikan sebagai destinasi pelancongan. Masjid dijadikan sebagai medium dakwah. Masjid sebagai contoh zon bersih. Masjid sebagai aktiviti kemasyarakatan. Masjid sebagai sumber kekuatan ekonomi. Masjid sebagai satu tempat kecemerlangan ilmu dan kebudayaan. Jadi, saya tidak setuju kalau Yang Berhormat mengklasifikasikan sebahagian besar masjid ini masjid dirar. Kalau kita tengok, masjid yang ada kesenian-kesenian tidak sesuai dikatakan masjid dirar kerana kalau Yang Berhormat pergi melawat ke masjid-masjid yang terbilang dalam sejarah-sejarah Islam sendiri pun mempunyai seni kesenian yang tersendiri yang akhirnya akan menjadi punca ataupun kita kata sebagai tamadun kepada umat itu sendiri. Wallahu’allam.
Yang Berhormat Lenggong.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bersetuju masjid bukan sahaja tempat ibadah tetapi juga sebagai tempat pelancongan, keilmuan, ekonomi dan sebagainya. Cuma yang kita agak terkilan dan khuatir sekarang ialah penyalahgunaan masjid sebagai tempat politik. Di Perak umpamanya hari ini sudah ada masjid yang tidak lagi mendoakan kesejahteraan sultan dan ini agak mengelirukan. Apakah langkah dan tindakan yang kementerian buat bagi memantau supaya penyalahgunaan ini tidak berterusan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong. Saya cukup bersetuju apabila kita mengatakan bahawa masjid ini kalau sesetengah pihak mengatakan ia masjid yang terhad penggunaannya mungkin melihat daripada aspek masjid itu tidak dapat dipolitikkan. Sebenarnya dalam banyak hal memang kerajaan negeri dengan kerjasama daripada pihak JAKIM di bawah KESUMA memantau keadaan ini. Cuma kadang-kadang apabila perkara itu berlaku dalam keadaan adhoc, apabila orang ramai datang berkumpul di masjid kadang-kadang perkara ini tidak terkawal. Apa pun bagi mereka yang faham fungsi masjid itu sendiri, insya-Allah akan menjaga keharmonian masjid ini sebagai tempat ibadah. Terima kasih.
3. Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud] minta Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyatakan, sejauh manakah pencapaian Program Merakyatkan Seni (PMS) iaitu satu usaha bersetuju jabatan-jabatan di bawah KPKKW dalam usaha mengetengahkan produk seni budaya dan warisan kepada khalayak, terutamanya di kawasan luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, Program merakyatkan seni dan budaya mula diadakan sejak tahun 2006 telah mencapai matlamat untuk mendekatkan kembali rakyat kepada aktiviti seni budaya, memperkenalkan agensi-agensi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan juga mendekatkan pemimpin dengan masyarakat umum.
Di antara produk seni budaya dan warisan yang menjadi teras pengisian program PMS ialah aktiviti pameran, persembahan kesenian, pertandingan melukis dan mewarna, tayangan filem, sukan rakyat, demonstrasi adat resam, kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni serta aktiviti gotong-royong. Di samping itu, 11 agensi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mengadakan pameran untuk memperkenalkan peranan agensi kepada orang ramai. Pelaksanaan PMS ataupun Program Merakyatkan Seni Budaya dibahagikan kepada tiga skala iaitu peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Pada tahun 2007 dan 2008 sejumlah 356 program telah diadakan. Dari jumlah tersebut 185 aktiviti atau 52 peratus telah diadakan di luar bandar. Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah melaksanakan aktiviti PMS di kawasan luar bandar melebihi daripada kawasan-kawasan lain. Ini untuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar dapat mengenali, memahami dan juga mencintai seni budaya dan warisan secara lebih dekat.
Manakala pada tahun 2009 dijangka 78 PMS atau 47 peratus akan diadakan di kawasan luar bandar daripada 164 aktiviti yang telah dirancangkan. Hasil daripada PMS yang dilaksanakan pada tahun 2007 dan 2008 di dapati sejumlah 1.4 juta penduduk di Malaysia telah berkunjung dan mengenali secara lebih dekat seni budaya dan warisan Malaysia. Dari jumlah tersebut seramai 0.72 juta orang adalah terdiri dari penduduk luar bandar. Program PMS tahun 2009 dijangka akan mendedahkan seni budaya warisan kepada seramai 0.6 juta penduduk Malaysia yang akan berkunjung ke program tersebut.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri saya alu-alukan. Saya pasti dalam Program Merakyatkan Seni Budaya ini kempen budi bahasa dan perpaduan itu menjadi terasnya dan ini adalah salah satu daripada pemangkin perpaduan dan sejajar dengan salah satu daripada prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah, saya ingin bertanya sama ada kementerian mempunyai mekanisme yang boleh memantau, menangani ataupun mengambil tindakan terhadap individu-individu atau pihak-pihak tertentu yang sejak kebelakangan ini menunjukkan kebiadaban, kebebalan, keceluparan dan kecelakaannya? Ini adalah seperti yang telah ditunjukkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor dan juga Yang Berhormat Puchong kerana ini menggugat perpaduan rakyat di bawah. Jadi saya minta setidak-tidaknya saya ingin...
Yang Berhormat, sifat Ahli Yang Berhormat dalam Dewan tidak boleh disentuh Yang Berhormat.
Ha! Tarik balik!
Saya belajar daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor Tuan Yang di-Pertua.
Tarik balik!
Jadi setidak-tidaknya saya mintalah kepada kementerian kalau boleh menjemput Ahli-ahli Parlimen pembangkang ini untuk diberi kursus khas... [Tepuk] Untuk mengetahui kempen budi bahasa ini. Tak apa, Pemuda UMNO akan bayar yuran kursus ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, ini apa?
Tarik balik.
Pilih-pilih sahajalah, jangan ambil semua. Dua tiga orang sahaja yang perlu diberi kursus.
Come on lah, sama-sama...
Tak apalah Yang Berhormat. Sila jawab Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tarik balik Tuan Yang di-Pertua, tarik balik!
Saya sudah tegur Yang Berhormat, sudah tegur ya.
Tuan Yang di-Pertua, matlamat Program Merakyatkan Seni Budaya memang dilaksanakan untuk memupuk nilai-nilai murni dan juga semangat kerjasama di kalangan masyarakat. Di samping itu, nilai-nilai bersopan- santun, berbudi bahasa adalah di antara nilai-nilai murni yang telah dipaparkan melalui mekanisme 11 agensi di bawah kementerian ini khususnya dalam pelaksanaan Program Merakyatkan Seni Budaya. Saya rasa semua Ahli Yang Berhormat arif tentang nilai-nilai yang terkandung dalam Rukun Negara kita. Kalau diizinkan Tuan Yang di- Pertua biar saya ulangkan Rukun Negara di Dewan Rakyat ini sekali lagi... [Tepuk]
Jawab kepada soalan Yang Berhormat.
Bagi tahu kepada pembangkang.
Baca kuat sedikit.
Kepercayaan Kepada Tuhan...
Bagi tahu kepada...
Sila jangan ganggu. Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang- undang, Kesopanan dan Kesusilaan... [Tepuk] Setiap anak murid kita di sekolah itu faham tentang nilai-nilai murni yang terkandung dalam Rukun Negara kita.
Anak murid faham ini, mereka tak faham.
Bukan kita tak faham. Kadang-kadang kita lupa. Jadi ia perlu diingatkan semula dan secara berulang-ulang Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan perkampungan seni budaya rakyat Malaysia? Ini bagi tujuan untuk mengetengahkan produk-produk seni budaya di mana dalam perkampungan yang saya maksudkan ini di tempatkan satu tempat budaya seni rakyat Kelantan, budaya seni rakyat Terengganu dan seluruh negeri di Malaysia ini kaya dengan budaya dan juga dari pelbagai kaum serta kaum peribumi. Jadi dengan cara ini ianya mudah yang dikatakan merakyatkan seni dan membantu menarik pelancong dan juga boleh mewujud peluang-peluang perniagaan di kalangan rakyat Malaysia sendiri. Malahan juga penggiat-penggiat seni pun boleh mencari nafkah secara komersial bila wujud perkampungan seumpama ini. Ini kerana salah satu yang saya rasakan dapat difikirkan oleh pihak kerajaan bagi tujuan mempromosikan lagi seni budaya negara kita yang begitu kaya daripada dahulu sampai sekarang. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, dalam melaksanakan Program Merakyatkan Seni Budaya itu memang ini sudah diambil kira iaitu asas merakyatkan seni budaya itu ia berasaskan kepada ia tidak mengikut kumpulan etnik tetapi ia berasaskan kepada kesesuaian satu seni itu dari segi adakah ia seni berbudi pekerti...
Saya tanya mudah sahaja Yang Berhormat. Apakah kerajaan bercadang hendak mewujudkan perkampungan Malaysia di mana ada wujudnya.
Itu memang ada.
Ini berbelit-belit. Jawab sahaja yang saya tanya itu.
Okey Yang Berhormat...
Yang Berhormat, dia Menteri seni Yang Berhormat.
...Sila sabar. Sila sabar.
Dia ada kesenian. Cara hendak jawab ada seni.
Dia kena halus. Perkataan mesti halus Yang Berhormat... [Ketawa] Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sifat kesabaran itu salah satu nilai murni. Itu budaya Malaysia... [Ketawa]
Setuju, setuju, setuju.
Baik. Memang untuk pengetahuan Yang Berhormat sekalian memang kita sudah mewujudkan Taman Budaya di sembilan buah negeri termasuk negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka. Ada Taman Budaya Negeri yang memainkan peranan yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu merakyatkan seni budaya tradisi dan juga membantu rakyat kita mengenali dan memahami secara lebih dalam supaya mencintai budaya tradisi kita.
Kerja ini telah dilaksanakan sepanjang tahun untuk pengetahuan Yang Berhormat sekalian. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Bagan tak dapat hadir untuk mengemukakan soalan nombor 4.
Ambil tindakan. [Soalan No. 4 – Y.B. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) tidak hadir]
5. Datuk Wira bin Ahmad Hamzah [Jasin] minta Menteri Kewangan menyatakan, faktor yang menyebabkan nilai ringgi kita menurun berbanding nilai USD dan Dolar Singapura sedangkan kedua-dua negara ini sebenarnya mengalami kelembapan ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersama dengan soalan Yang Berhormat Kapit pada 17 Mac 2009 yang menyentuh perkara yang sama.
Baik.
Tuan Yang di-Pertua, Ringgit Malaysia menurun nilainya berbanding dengan US Dollar atas sebab apa yang dipanggil sebagai pengeluaran kewangan daripada Bursa Malaysia bertujuan untuk dibawa balik ke Amerika Syarikat untuk tujuan cover kerugian yang dihadapi oleh syarikat-syarikat di Amerika Syarikat. Mengenai dengan Singapore Dollar, kita dapati bahawa pada separuh masa pertama tahun lalu, nilai Ringgit kukuh berbanding dengan Singapura kemudian menurun sikit pada tahun kedua tahun lalu dan sekarang ini meningkat balik sehingga bulan Februari iaitu kalau kita banding pada Disember 2008, 2.40 sekarang telah kukuh kepada 2.38, kukuh sedikit. Apa yang berlaku, oleh kerana kadar inflasi yang tinggi di Singapura pada separuh masa kedua tahun lalu, Kerajaan Singapura telah mengadakan satu regim kadar tukaran yang berdasarkan kepada dengan izin, strong exchange regime iaitu menaikkan nilai kadar Singapore Dollar dan sekarang Singapura menggunakan sistem dipanggil sebagai zero precision policy iaitu memberi laluan kepada Singapore Dollar untuk turun nilai supaya dapat meningkatkan eksport negara tersebut.
Yang Berhormat Jasin.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pada ketika ini, Amerika dan juga Singapore mencatatkan pertumbuhan yang negatif dan kemungkinan akan menghadapi recession. Mereka juga menghadapi defisit, trade, current account dan juga budget. Sementara Malaysia, kita mencatat pertumbuhan yang positif iaitu 4.6 pada tahun 2008, dengan kekuatan kita fundamental ekonomi dan juga kekuatan kewangan. Selain daripada itu, kita juga surplus current account, trade surplus, NPL kita yang rendah dan juga simpanan kita yang cukup teguh tetapi wang kita jatuh berbanding dengan Amerika dan juga Singapura. Jadi soalan saya Tuan Yang di- Pertua, apakah pendapat Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung dengan nilai tukaran asing Ringgit Malaysia sekarang bagi a basket of major currencies dengan izin, pada keseluruhannya. Adakah ianya menguntungkan Malaysia atau sebaliknya? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, nilai tukaran asing ditentukan oleh pasaran tukaran asing. Bermakna berdasarkan kepada permintaan dan juga penawaran. Di samping itu, ada kerajaan-kerajaan di bawah sistem dipanggil managed float regime yang campur tangan apabila nilai tukaran asingnya menurun. Jadi dalam konteks Amerika Syarikat dan Singapura, saya telah jelaskan tadi punca mengapa Malaysia dan Singapura sekarang nilainya tinggi, dengan Amerika Syarikat, kita stabil. Tahun lalu tinggi tapi sekarang kurang sikit.
Daripada keseluruhannya, mata wang kita kadarnya masih kuat berbanding dengan negara lain. Saya ambil contoh Great Britain, Euro, Jepun dan juga Australian Dollar. Semuanya kita lebih kukuh daripada negara-negara tersebut tapi kita mesti sedar dan faham bahawa sebahagian besar daripada transaction kita lebih kurang 86 peratus adalah dalam US Dollar. Malah seluruh dunia lebih kurang lebih daripada 80 peratus transaction nya adalah daripada US Dollar. Maknanya kedudukan kewangan kita dengan US Dollar itu adalah kedudukan kewangan yang penting.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah dasar kita mengenai nilai Ringgit ini memandangkan pihak Singapura dan Amerika Syarikat menggunakan sistem-sistem seperti strong exchange ini dan dengan demikian Yang Berhormat Jasin pun dia takutlah itu. Bila orang gunakan strong exchange, dia takut kerana nilai kita turun sedikit. Walau bagaimanapun, itulah sistem kewangan di dunia dan apakah keputusan yang telah pun diambil oleh mesyuarat di Thailand minggu lepas mengenai isu kewangan termasuk nilai-nilai ringgit dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya jelaskan tadi, nilai kadar tukaran asing adalah berteraskan kepada pasaran tukaran asing, itu penting. Walau bagaimanapun, akhirnya bagaimana kedudukan tukaran wang asing ditentukan oleh kedudukan ekonomi negara tersebut. Maknanya kalau ekonomi negara tersebut kuat, eksportnya tinggi, pelaburan hasil langsung yang masuk ke negara itu tinggi, maka ini juga akan mencerminkan nilai tukaran asing. Daripada segi negara kita, fundamentals ekonomi negara kita strong. Perdagangan kita walaupun kurang tapi eksport kita masih lagi tinggi dan melebihi daripada import. Foreign direct investment kita pun masih lagi strong. Dalam erti kata lain, kita tidak akan menjangkakan bahawa nilai tukaran asing kita akan turun begitu drastik. Itu tidak mungkin berlaku. Kemudian Yang Berhormat bertanya mengenai dengan sistem yang kita pakai. Kita menggunakan sistem managed float di mana kita float kan ringgit kita tetapi jual beli Ringgit dilakukan dalam negara kita. Yang Berhormat menyatakan tadi strong Singapore regime, yang itu dia telah berpindah kepada zero precision regime. Dalam erti kata lain, Kerajaan Singapura membenarkan nilai Singapore Dollar supaya turun. Ini bertujuan untuk meningkatkan eksport negara. Seperti mana kita maklum, apabila nilainya turun maka harga barang akan menjadi lebih kompetitif. Maknanya ini akan meningkatkan eksport negara tersebut yang perlu bagi Singapura untuk berhadapan dengan recession yang berlaku di negara tersebut.
6. Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kewangan menyatakan, tentang langkah-langkah konkrit yang wajar dilakukan bagi memastikan bahawa sistem kewangan dan perbankan Islam yang dikatakan lebih resilien, mampu mengelakkan kesan krisis kewangan global yang sedang melanda dunia kini, memandangkan perbankan dan kewangan silam seperti yang diamalkan di negara ini masih terikat dengan regim pertukaran mata wang kertas (fiat money) dan volatiliti kadar faedah.
Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa kerajaan kita satu-satunya negara yang memperkenalkan dual sistem di mana kita ada sistem konvensional dan sistem institusi kewangan Islam. Ini berjalan dengan baik dan menjadi model kepada dunia sekarang ini apabila kita berhadapan dengan krisis ekonomi. Saya menyatakan dalam Dewan tempoh hari bahawa krisis ekonomi ini ini telah mendatangkan rasa curiga masyarakat dunia ke atas sistem kewangan konvensional. Kita lihat daripada segi perkembangan sistem kewangan Islam, saya ingin baca di sini, daripada segi aset telah tumbuh kepada 23 peratus daripada keseluruhan aset sistem perbankan. Daripada segi deposit, 26.9 peratus dan daripada segi pembiayaan financing dengan izin, 22.5 peratus, daripada NPL 2.4 peratus. Kita yakin sistem ini akan berkembang kukuh berasaskan sistem perundangan yang telah disediakan oleh kerajaan di samping sistem-sistem peraturan yang diguna pakai. Malah kalau kita lihat kalau dalam sistem conventional banking, guna Basel II untuk menetapkan capital adequacy sesuatu sistem perbankan.
Daripada segi perbankan Islam, kita ada Islamic Financial Services Board yang terletak di negara kita, bermakna negara-negara OIC mempunyai pengiktirafan yang tinggi ke atas sistem kita itu. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengiktiraf dan merakamkan segala yang baik yang sedang dan telah pun sekian lama dilakukan oleh kerajaan atas usaha untuk memperkukuh sistem dan perbankan Islam ini dan jawapan Timbalan Menteri sebentar tadi saya rasa cukup baik.
Saya beralih sedikit soalan Tuan Yang di-Pertua kepada apa yang menjadi pertikaian hari ini dan tempoh hari saya menyebutkan di Dewan yang mulia ini bahawa krisis kewangan dunia berpunca bukan hanya sekadar dicetuskan oleh mortgage sub prime itu bahkan hasil daripada kejuruteraan kewangan golongan yang telah memperkenalkan pelbagai financial product yang terlalu canggih dan sofistikated hingga tidak difahami yang dalam bahasa yang canggihnya produk-produk seperti mortgage backed securitization dan juga CDO ataupun collateralized debt obligations dan sebagainya yang diover leverage.yang akhirnya, yang runtuh seluruhnya bukan hanya sub prime crisis itu. Persoalan saya Tuan Yang di-Pertua untuk Timbalan Menteri, sesetengah adviser syariah mengizinkan Islamic derivative ini dan di Malaysia ini saya difahamkan tidak banyak pun derivative ini diguna sebagai hedging, di sini pun hanya dalam forex wap dan profit rate, dari segi itu yang digunakan sebagai hedging mechanism. Persoalan saya adalah sejauh manakah atau apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan kita dapat memanfaatkan Islamic derivative ini bahkan mungkin juga memperkukuhkan penjanaan produk-produk seperti ini. Apakah langkah-langkah untuk tidak akhirnya derivative ini menjadi punca runtuhnya pula kewangan Islam yang cuba kita arus perdana kan ini kerana dividing line within convention derivative dan Islamic derivative itu terlalu tipis. Di mana letak garisnya antara hedging yang digunakan untuk pelaburan dan hedging yang digunakan untuk spekulasi. Terima kasih Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, kita ada garis panduan yang besar di antara sistem konvensional dengan sistem perbankan atau institusi kewangan Islam. Kita lihat dari segi accounting. Dari segi konvensional, gunakan sistem accrual dan sistem accrual ini boleh mengakibatkan kepada kerugian pelaku yang tidak nampak hingga masa yang panjang. Ini yang berlaku dalam kes krisis ekonomi dunia daripada sub prime mewujudkan instrumen pelaburan yang dijual di seluruh dunia. Apa yang berlaku dalam sistem accrual ini, instrumen pelaburan ini yang dijual adalah lebih daripada nilai sebenar. Nilai sebenar adalah harga sebuah rumah tetapi apabila ia pergi ke pasaran, harganya menjadi beberapa kali lebih tinggi. Akhirnya apabila pembeli di sini yang beli pelaburan ini setelah beli dengan harga berpuluh kali tinggi, tiba-tiba pinjaman ini tidak terbayar, itu yang terjadi. Dalam sistem ekonomi Islam, Islam ini ada cash floor basis yang berdasarkan kepada day to day operation. Maknanya sistem monitoringnya lebih mantap dan di samping itu, sistem cash floor ini bermakna bahawa penilaian satu instrumen pelaburan adalah berdasarkan kepada real value, bukan tadi. Tadi adalah sebagai artificial wealth creation Itu yang berlaku kepada sistem konvensional. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertanyaan tambahan saya ialah kita melihat Singapura dan Brunei sekarang ini sedang berusaha kuat untuk menjadikan negara mereka sebagai pusat sistem kewangan dan perbankan Islam kerana melihatkan minat kebanyakan negara dalam sistem ini. Oleh itu yang ingin saya bangkitkan di sini ialah, apakah persiapan kita supaya kita yang memulakan di Asia Tenggara ini sistem kewangan Islam ini maka akhirnya kita yang tertinggal dengan negara-negara seperti Singapura ini. Apakah persiapan kita baik dari segi produk-produk baru dan sebagainya dan saya ingin tahu dan ingin bertanya sekali lagi yang saya belum puas dari segi jawapannya. Kenapa kita tidak boleh mewajibkan GLC-GLC kita ini menggunakan perbankan Islam ini, akaun mereka ini berbanding mereka menggunakan yang konvensional. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, dunia akan iktiraf siapa yang mula masuk dalam pasaran. Itu merupakan satu kefahaman dan hukum dalam sistem ekonomi. Dalam konteks ini, Malaysia adalah peneraju kepada perbankan Islam dan dunia mengiktiraf serta dunia percaya bahawa sistem kalau dikaitkan dengan sistem perbankan atau sistem kewangan Islam akan selamat. Saya tidak percaya Singapura, Brunei mahupun Hong Kong boleh mengatasi kita. Suku kita telah capai kepada 60 peratus dan hubungan kita dengan negara-negara lain begitu kukuh untuk mereka menggunakan sistem kita. Di samping itu, kita juga memasarkan produk kita dan kita duduk dalam dunia yang dinamik, sistem yang evolusi dan kita tidak statik di situ. Kita ada Islamic Syariah Research Academic yang tiap-tiap enam bulan sekurang-kurangnya akan mengumpulkan dari segi scholar, dari segi practitioner, dari segi pihak-pihak yang terlibat dalam institusi kewangan ini untuk kita menghasilkan produk-produk baru supaya sistem ini dinamik terutama kita melihat dalam konteks yang Islamic Financial System ini akan menjadi sistem yang boleh bersaing dengan sistem konvensional yang kita hendak ambil kesempatan daripada krisis ini. Ia perlu menjadi satu sistem yang dinamik dengan lahirnya produk-produk baru ini. Ini akan tentunya membolehkan sistem kewangan Islam ini ke hadapan dalam dunia sekarang. Dari segi GLC, yang ini kita fleksibel. Malah GLC sendiri ada yang terlibat dalam sistem konvensional, Malayan Banking dikuasai oleh GLC maka dasar kita sekarang ini kita benarkan GLC sama ada dalam Islamic Banking mahupun dalam sistem konvensional.
7. Dato’ Haji Mohd Jidin bin Shafee [Setiu] minta Perdana Menteri menyatakan, mengenai jumlah penceraian yang dicatatkan sepanjang tahun 2008 mengikut pecahan negeri dan apakah punca permasalahan tersebut serta langkah- langkah kerajaan untuk menanganinya.
Tuan Yang di-Pertua, jumlah penceraian yang dicatatkan sepanjang tahun 2008 ialah sebanyak 75,299 kes. Pecahan jumlah penceraian mengikut negeri; |Bil| Negeri |Jumlah kes| |--:|---------------|---------:| | 1|Johor | 2023| | 2|Kelantan | 1386| | 3|Kedah | 1561| | 4|Selangor | 1138| | 5|Perak | 1081| | 6|Melaka | 675| | 7|Sarawak | 571| | 8|Pahang | 524| | 9|Sabah | 346| | 10|Negeri Sembilan| 78| | 11|Perlis | 24|<END_TABLE_MARKER> Antara punca penceraian ialah: (i) tidak sefahaman dalam menguruskan rumah tangga; (ii) tekanan keperluan hidup; (iii) suami atau isteri terlibat dalam hubungan orang ketiga dan poligami; (iv) tekanan apabila ada campur tangan pihak keluarga yang berlebihan; dan (v) tekanan bebanan kerja yang menyebabkan masa bersama keluarga telah diabaikan. Antara bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah pun menubuhkan bahagian suluh di setiap Mahkamah Syariah bagi menyelesaikan isu-isu di peringkat awal sebaik sahaja ia difailkan di mahkamah.
Dan kerajaan juga telah mewujudkan BBG atau Biro Bantuan Guaman yang bertindak membantu mereka yang bermasalah dengan pengendalian kes di Mahkamah Syariah. Begitu juga pihak kerajaan mewujudkan BSK atau bahagian Sokongan Keluarga yang bertindak sebagai pusat khidmat nasihat dalam semua kes-kes bagi membantu mereka berdepan dengan isu-isu perundangan di Mahkamah Syariah, terima kasih.
Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, saya tidak dengar Terengganu berapa tadi penceraian. Bercerai muda ada, bercerai tua pun ada, dan bercerai kasih pun ada. Jadi masalahnya Tuan Yang di- Pertua masalah penceraian merupakan masalah keseksaan pada jiwa. Jadi adakah kerajaan berhasrat untuk memutuskan penceraian ini hanya mahkamah sahaja boleh dibuat kerana kalau mahkamah tidak buat sesiapa yang bercerai mengikut sesuka hati boleh dihukum. Jadi dengan keadaan yang demikian, mungkin juga penceraian ini boleh dielakkan dan kita boleh membentuk satu negara yang harmoni dan tidak ada huru-hara dan yang sakit jiwa.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Tadi kalau Yang Berhormat tanya tentang kes di Terengganu ialah sebanyak 881 dan Wilayah 380.
Jadi, Yang Berhormat sama ada bercerai di usia tua ataupun muda. Itu adalah masalah-masalah yang berbalik kepada cara pengendalian dan bagaimana suami mengendalikan rumah tangga itu sendiri Yang Berhormat. Lafaz perceraian setakat ini wajib difailkan di dalam mahkamah untuk mengelakkan berlakunya penganiayaan pada mana-mana pihak. Jadi, sebenarnya kalau kita tengok dalam apa yang telah saya sebutkan tadi, kerajaan telah menubuhkan suluh dan sebelum masuk kepada peringkat suluh, ada juga peringkat di mana kedua-dua pihak dipanggil untuk kaunseling bagi mengelakkan perceraian. Bagaimana pun Yang Berhormat, perceraian adalah satu perkara yang halal walaupun dibenci oleh Allah SWT. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa salah satu sebabnya perceraian adalah kerana kemiskinan. Dalam kegawatan ekonomi yang akan dialami oleh Malaysia ini, saya rasa banyak rumah tangga yang ada masalah. Mungkin juga masalah perceraian. Jadi, saya rasa adalah perlu kerajaan menyasarkan mereka yang mungkin menganggur untuk mencegah masalah perkahwinan dan masalah keluarga daripada berlaku. Jadi, saya ingin tahu dalam pakej ekonomi stimulasi ini, adakah ia menyasarkan kepada mereka yang akan menganggur ini dan keluarganya untuk membantu keluarga yang mengalami kemiskinan kerana suami atau isterinya menganggur? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, pandangan Yang Berhormat mengatakan bahawa kemiskinan merupakan salah satu daripada faktor perceraian itu, saya setuju. Akan tetapi, apa Yang Berhormat cakap tentang soal pengangguran, itu adalah andaian dan jangkaan daripada Yang Berhormat. Soal bagaimana kita hendak menyelesaikan, saya rasa elok kita dengar Bajet Mini yang akan dibentangkan pada 10 hari bulan nanti. Terima kasih.
8. Dr. P. Ramasamy [Batu Kawan] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, mengapakah kementerian tidak mengambil sebarang inisiatif atau keputusan untuk melantik ahli-ahli akademik dari golongan bukan bumiputera sebagai Naib Canselor di universiti-universiti awam.
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelantikan pengurusan tertinggi universiti khususnya Naib Canselor adalah dilaksanakan oleh satu badan bebas yang dilantik oleh kerajaan dikenali sebagai Jawatankuasa Tetap Carian atau Search Committee, dengan izin. Asas pemilihan adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria seperti visi dan misi, kepimpinan dan pengurusan, pencapaian akademik, pengiktirafan, keperibadian unggul dan kemahiran berkomunikasi.
Calon-calon yang dikenal pasti akan ditapis melalui temu duga dan dinilai berdasarkan kriteria tersebut serta prestasi mereka semasa temu duga. Keadaan pemilihan ini memberi layanan yang sama kepada setiap calon tanpa mengira kaum. Setiap calon yang layak akan berpeluang untuk menjawat jawatan Naib Canselor. Sekian.
Kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ini. Ini bermakna satu kaum sahaja yang layak jadi Naib Canselor di universiti-universiti. Ini dasar UMNOkah, ini apartheid UMNOkah, jawab?... [Dewan riuh]
Kalau begitu kenapa tidak minta jadi Ketua Menteri Pulau Pinang?
Tarik balik.
Itu tidak ada kena-mengena dengan UMNO.
Yang Berhormat.
Tukarlah kepada DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang.
Mana ada kena-mengena dengan UMNO. Ada jawatankuasa dia. Biadab betul... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman...
Ketua Menteri pun biadabkah?
Ini tiada kena-mengena dengan parti. Ini ialah satu pemilihan yang saya rasa sangat objektif. Ahli Search Committee memang terdiri daripada berbilang kaum, ahli yang berbilang kaum.
Lebih baik you letak jawatanlah. Tidak layak jadi Menterilah... [Dewan riuh]
Tidak berkenaan Yang Berhormat. Dijemput Yang Berhormat Rompin... [Dewan riuh]
Apa jawapan ini? Tidak boleh terima jawapan ini... [Dewan riuh]
Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.
Kena hantar kursur... [Dewan riuh]
Dijemput Yang Berhormat Rompin.
Terima kasih.
Pesta kampungkah?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya mengenai dengan perkara 8 daripada ahli wakil rakyat DAP yang melaung-laungkan isu bahawa tidak perlu kita ikut etnik. Parti DAP itu semua ada etnikkah yang menuduh di sini? Ini yang saya nampak, dia politik sahaja.
[Menyampuk]
Saya tidak merujuk soalan.
Soalan Yang Berhormat, soalan.
Duduklah.
Ini saya kata, yang cakap parti hanya hendak...
Yang Berhormat Batu Kawan, duduk Yang Berhormat.
...Membangkitkan semangat orang hendak bergaduh, menghina, benci. Kata akademik, akademikkah doktor ini? Juallah certificate academic ini... [Dewan riuh]
Soalan Yang Berhormat.
Ini mungkin beli academic certificate nya.
Memang tidak layak jadi Naib Canselor sebab itu...
Duduklah... [Dewan riuh]
Mungkin akademik dia beli punya. Yang Berhormat kalau kita membicarakan tentang akademik, kita tanyalah soalan akademik. Bukan soalan kepentingan etnik.
Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Menuduh orang etnik, dia yang etniknya. Betul tidak, apa ini? Racist lagi pun... [Dewan riuh]
Yang Berhormat, soalan.
Soalan saya, saya hendak bertanya adakah Yang Berhormat...[Dewan riuh] Apabila kena sendiri rasa marah. Menuduh orang tidak apa.
Tidak rasa apa-apa.
Menuduh belah sini kononnya etnik, soalan anda yang etnik... [Dewan riuh]
Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat... [Dewan riuh] Cukuplah Yang Berhormat... [Dewan riuh] Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Rompin.
...Ini doktor beli kah ini? Ini doktor akademik belikah ini?
Soalan, Yang Berhormat soalan.
Soalan, seorang akademik bertanya perkara bukan akademik. Mengatakan kita racist, kamu yang racist nya... [Dewan riuh] Boleh saya tumpang tanya sedikit Tuan Yang di-Pertua. Bagi peluang saya bertanya.
Ya, soalan Yang Berhormat.
Soalan yang akademik, bukan soalan yang racist. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat rasa puas hati tentang prestasi pensyarah-pensyarah universiti kita dari research dan kajian mereka.
Habis nafas Yang Berhormat... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang kita selalu memantau keadaan prestasi setiap akademik. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, sekarang ini perjalanan untuk mengenal pasti dan mengesyorkan seseorang calon dilantik sebagai NC bagi sesebuah universiti awam adalah teratur dan kemas. Sejauh kuasa yang diberikan kepada jawatankuasa ini, mereka tidak disyaratkan meletakkan kriteria kaum atau bangsa sebagai asas pertimbangan. Sekian.
9. Tuan Billy Abit Joo [Hulu Rajang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, berikutan keadaan lebuh raya ke Bintulu-Bakun sangat kurang memuaskan akibat kurangnya penyelenggaraan yang mencukupi: (a) apakah had sebenar berat kenderaan yang dibenarkan menggunakan lebuh raya ini; dan (b) adakah lori balak yang sarat dengan muatan yang sering menggunakan jalan ini berada dalam had berat kenderaan yang dibenarkan menggunakan jalan ini. Jika tidak, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk menangani masalah ini.
Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat dari Hulu Rajang kerana prihatin kepada keadaan jalan Bintulu ke Bakun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lebuh raya dari Bintulu ke Bakun adalah direka bentuk dengan muatan had berat kenderaan seperti berikut iaitu: (i) bagi kenderaan yang mempunyai lebih beban ganda, atau extra load, dengan izin beroda dua contohnya kereta, ia 6,000 kilogram atau pun 6 tan bagi setiap ganda; dan (ii) bagi beroda empat contohnya lori adalah 9,000 kilogram iaitu 9 tan bagi setiap ganda, yang mana ianya dinyatakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Perintah Sekatan Berat 1989, Jalan Persekutuan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, penguatkuasaan had berat bagi lori balak yang sarat dengan muatan yang menggunakan laluan ini adalah mengikut dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Perintah Sekatan Berat 1989, Jalan Persekutuan. Penguatkuasaan bagi kesalahan tersebut adalah di bawah Akta Pengangkutan Jalan yang boleh dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak polis. Sekian.
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan dan penerangan tadi. Inilah kedua kali saya bertanya soalan yang sama di Dewan ini. Walaupun begitu, saya juga ingin menyampaikan soalan tambahan. Ini bagi pihak orang di Bakun dan Sungai Asap.
Di jalan raya ini terdapat papan tanda yang menyatakan jalan ini adalah jalan persekutuan. Daripada pematuhan dan aduan yang diterima, tiada sebarang pembaikan dilakukan pihak bertanggungjawab. Walaupun kesalahan tentang jalan ini sering dibuat. Apakah tindakan kerajaan terhadap lori-lori balak yang saya pasti melebihi had berat yang disebutkan tadi yang sewenang-wenangnya menggunakan jalan ini tanpa menghiraukan keselamatan penduduk tempatan. Tidakkah boleh syarikat-syarikat balak yang mengaut banyak untung dari aktiviti pembalakan di daerah kecil Sungai Asap dan Bakun dipastikan menyumbang kepada penyelenggaraan dan pembaikan jalan Bakun dan juga jalan Sungai Asap. Syarikat-syarikat balak di kawasan ini tidak langsung mempamerkan tanggungjawab sosial malah ada yang bersikap sangat angkuh terhadap penduduk tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, kita tahu jalan ini yang telah dibuat sepanjang Bintulu ke Bakun, 128km, Ahli Yang Berhormat Bintulu pun dengar. Ia dibuat siap pada tahun 2000 dan reka bentuknya memang untuk R3 dan di tempat bukit-bukau dan jalan ini terkecuali di sebahagian sahaja yang sering rosak oleh sebab kenderaan membawa keberatan lebih. Ini kita boleh kita ajukan kepada pihak berkuasa JPJ atau polis untuk mengambil tindakan. Yang kita buat, penyelenggaraan ada dijalankan, sebenarnya jalan ini dibahagi kepada dua konsesi penyelenggaraan iaitu HCM dan Endaya. Tahun lepas sahaja, kita telah membelanjakan RM37 juta untuk rutin dan RM42 juta untuk skala. Baru-baru ini kita ada pegawai yang pergi melihat jalan tersebut dan kita cadangkan ada sebahagian jalan yang selalu rosak iaitu 17km yang kita akan mencari peruntukan untuk rebuild, untuk membuat semula jalan tersebut dengan anggaran kos RM13 juta. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, mengenai jalan- jalan raya di Bintulu-Bakun atau Bintulu-Miri atau Bintulu-Sibu terlibat dalam penyelenggaraan. Ini masalah bukan soal sahaja kata satu overweight dengan izin, ini pun ada terlibat dengan kualiti, dalam masa penyelenggaraan. Saya nampak ada kontraktor bila dia buat penyelenggaraan, equipment pun tidak ada, dia pakai cangkul sahaja. Kita kalau tidak control, tidak kawal penyelenggaraan, macam mana kita boleh dapat kualiti terjamin. Kalau kita biarkan sahaja, memanglah hari ini kita tambah, tidak sampai satu minggu hujan, lubang-lubang lagi. Jadi saya hendak minta sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Macam mana kita nak perbaiki kelemahan yang ada? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Kalau maintenance yang telah diperuntukkan banyak, kalau kerjanya tidak dibuat, saya haraplah Yang Berhormat beritahu saya, terus kepada saya sebab saya akan mengarahkan pegawai untuk meneliti kelemahan dari segi penyelenggaraan itu. Sekian, terima kasih.
10. Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, jumlah pusat-pusat latihan juruterbang dan jumlah pelatih juruterbang yang telah dilahirkan hingga kini dan berapakah yang telah memperoleh pinjaman/biasiswa daripada kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Pengkalan Chepa, pada masa sekarang terdapat tujuh buah pusat latihan juruterbang manakala seramai 1,513 orang pelatih juruterbang telah dapat dilahirkan sehingga hari ini. Setakat ini kerajaan dan agensi-agensi kerajaan tidak mengeluarkan pinjaman atau biasiswa kepada pelatih. Walau bagaimanapun, pihak MARA ada menyediakan kemudahan pinjaman untuk membiayai latihan juruterbang dan pelatih dikehendaki menguruskan sendiri bagi mendapatkan pinjaman ini. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan saya, sejak kebelakangan ini dimaklumkan ramai juruterbang- juruterbang profesional kita telah berpindah ke luar negara. Kalau benar, berapakah jumlah mereka dan berapakah gaji pilot profesional dan latihan di Malaysia ini dan berapakah kekurangan juruterbang sekarang ini mengikut kaum dan adakah kerajaan bercadang untuk memberi sumbangan atau scholarship kepada juruterbang- juruterbang pelatih pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, soalan daripada Yang Berhormat Pengkalan Chepa agak spesifik, minta berapa juruterbang yang telah lari dari negara kita, berapa jumlah gaji dan sebagainya. Jadi saya tidak ada data pada pagi ini di Dewan ini. Walau bagaimanapun saya akan beri jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat.
11. Puan Tan Ah Eng [Gelang Patah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) apakah langkah-langkah bagi mengatasi mesin slot yang semakin serius di seluruh negara; dan (b) langkah-langkah mengatasi masalah salah guna funfair yang menyediakan permainan berunsur perjudian di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Gelang Patah. Pada tahun 2008, pihak polis telah melakukan sebanyak 8,659 serbuan ke atas premis-premis yang dipercayai menjalankan aktiviti judi haram atau mesin slot tanpa lesen. Hasil daripada serbuan tersebut, sebanyak 5,552 tangkapan telah dibuat dan sebanyak 41,902 unit komputer yang diubahsuai untuk tujuan perjudian turut dirampas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penganjur aktiviti perjudian akan dituduh di bawah seksyen 4(a) dan (b) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dan juga diberikan hukuman di bawah seksyen tersebut. Dari sudut perundangan, undang- undang yang sedia ada di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 adalah memadai dan mampu untuk mencegah kegiatan itu daripada terus berleluasa.
Pihak polis dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan akan sentiasa memantau secara menyeluruh bagi memastikan sindiket-sindiket perjudian mesin slot dapat dipatahkan dan dihadapkan ke muka pengadilan. Selain daripada apa yang telah saya katakan, diambil juga di bawah undang- undang tersebut, undang-undang pencegahan yang lain seperti Perintah Tahanan di bawah seksyen 41 Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah), nombor 5 1969 atau sekatan di bawah seksyen 4E(1) di bawah akta yang sama di mana penganjur sindiket mesin judi boleh ditahan atau disekat bagi tujuan mencegah mereka daripada melakukan aktiviti itu. Untuk soalan yang kedua, funfair adalah satu tempat komersial yang dianjurkan oleh penganjur dan mempunyai gerak rekreasi dan gerai hiburan di sesuatu kawasan. Gerai-gerai di dalam funfair biasanya diaturkan oleh penganjur semata-mata untuk meraih keuntungan dalam masa yang singkat. Penganjur biasanya akan memohon lesen daripada pejabat daerah dan polis tempatan untuk menganjurkan permainan yang dibenarkan di dalam undang-undang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini saya tidak mempunyai maklumat atau laporan yang diterima oleh pihak polis mengenai penganjur menggunakan mesin-mesin permainan tersebut untuk tujuan perjudian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Kita semua tahu, mesin slot telah dijadikan sebagai alat perjudian. Majoriti pemain adalah daripada golongan pelajar. Kejadian ini telah banyak menimbulkan masalah sosial berlaku dan saya sering dapat aduan daripada penduduk bahawa walaupun berapa tindakan yang telah diambil oleh pihak polis kepada pekedai yang menjalankan aktiviti yang haram ini. Akan tetapi aktiviti ini masih wujud di tempat yang sama. Soalan tambahan saya ialah, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri mengenai kes-kes sebegini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Mesin slot ini yang menggunakan sistem komputer, kadangkala susah untuk kita trace, untuk kita ketahui, mereka pandai menyembunyikan cara mereka mengendalikan perkara itu. Akan tetapi yang pentingnya pada saya ialah majlis-majlis tempatan ataupun kerajaan tempatan mengambil langkah-langkah untuk memantau secara dekat dan menentukan bahawa lesen-lesen untuk tempat ini sentiasa dipantau secara berterusan supaya menentukan bahawa tidak ada anak-anak kita atau orang- orang muda memasuki golongan ini ataupun ia disalahgunakan untuk tujuan perjudian. Oleh itu di sekolah kita harus memberi pendidikan. Ibu bapa juga patut terlibat dalam mengambil tindakan-tindakan secara menyeluruh. Insya-Allah kita akan dapat atasinya.
[Bangun]
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Menteri. Jawapan terakhir daripada Menteri tadi amat memberangsangkan iaitu kerajaan ingin menangani masalah berjudi ini kerana kaitannya dengan keruntuhan akhlak dan moral terutamanya kepada para-para pelajar dan juga golongan-golongan yang apabila berhadapan dengan masalah mereka berpaling pada judi. Kita juga nampak seriusnya kementerian dalam menangani isu mesin-mesin judi ini. Akan tetapi sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa kerajaan sendiri dalam pada memberikan lesen judi, empat nombor ekor Toto dan sebagainya juga mengendalikan cabutan-cabutan khas yang diberikan oleh Kementerian Kewangan untuk melaksanakan cabutan bertujuan untuk mendapatkan dana untuk kebajikan, untuk pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Jadi dengan cara judi ini kerajaan berhasrat untuk mendapatkan dana, membangunkan negara. Apakah ini juga tidak menyebabkan bertambahnya orang berjudi? Banyaknnya wang digunakan untuk berjudi dan menambah masalah sosial seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri tadi? Terima kasih... [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua mengenai cabutan- cabutan yang dilakukan bagi tujuan kebajikan tidak semestinya berbentuk perjudian. Yang paling penting ialah, kita yang mempunyai didikan dan pendekatan akhlak yang kuat, tidak usahlah kita terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti itu. Jikalau kita anggap aktiviti-aktiviti itu satu kesalahan. Malaysia ini adalah satu masyarakat majmuk.
Macam-macam orang suka kepada pendekatan yang berbeza-beza jadi saya menganggap soalan Yang Berhormat walaupun terkeluar bukan menjadi hasrat kerajaan untuk menggalakkan judi. Ia menjadi tanggungjawab kita secara bersama.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tadi dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Parit Buntar dan Yang Berhormat Labis tidak hadir hari ini untuk mengemukakan soalan nombor 12 dan soalan nombor 13. Saya jemput Yang Berhormat Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria. [Soalan No. 12 - Y.B. Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) tidak hadir] [Soalan No. 13 - Y.B. Tuan Chua Tee Yong (Labis) tidak hadir]
14. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan justifikasi utama kementerian dalam mensyaratkan setiap pensyarah di dalam bidang sastera dan kemanusiaan terutamanya di bidang Pengajian Islam untuk menghantar artikel ke penerbitan Jurnal International Scientific ’Islam’ (ISI) sebagai syarat kenaikan pangkat di universiti tempatan.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Sebelum soalan yang ke-14 saya kemukakan kepada kementerian, saya ingin betulkan sedikit. ISI ini, Jurnal International Scientific Index, bukannya International Scientific ‘Islam’. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat soalan nombor 14.
Timbalan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, terdapat beberapa kriteria yang dinilai bagi kenaikan pangkat pensyarah. Antaranya ialah: (i) pencapaian cemerlang dalam pengajaran dan penyeliaan; (ii) pencapaian dalam aktiviti penyelidikan dan perundingan ; (iii) pencapaian dalam kepimpinan akademik dan sumbangan kepada universiti, masyarakat dan negara; (iv) penerbitan ilmiah seperti menerbit bahan-bahan ilmiah dalam jurnal-jurnal berwasit atau citation tinggi dan bertaraf antarabangsa. Jurnal citation ialah jenis jurnal ilmiah di mana setiap makalah yang termuat di dalamnya dinilai atau diwasit oleh pakar-pakar daripada bidang makalah itu. Secara umumnya ia dihasilkan atau ditulis oleh para akademik, penyelidik atau para pengamal bagi menerbitkan hasil penyelidikan mereka sama ada diterbitkan di Malaysia atau di luar negara dan mempunyai Lembaga Editorial yang dianggotai oleh pakar-pakar tempatan dan luar negara. Dalam hal ini, penghantaran artikel ke penerbitan ISI bukanlah satu pilihan semata-mata memandangkan banyak jurnal-jurnal antarabangsa yang lain. Kriteria yang dinilai dan yang diambil kira ialah kualiti jurnal yang berwasit tinggi dan bertaraf antarabangsa serta selari dengan bidang masing-masing. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. ISI ini yang saya faham ia digunakan oleh universiti di Barat untuk bidang sains dan teknologi. Bukannya untuk bidang sastera dan juga kemanusiaan. Soalan saya kenapa pihak kementerian menjadikan ia salah satu daripada kriteria utama untuk penilaian bagi pensyarah- pensyarah kita dalam persoalan kenaikan pangkat? Kenapa pihak kerajaan tidak menjadikan penghasilan jurnal-jurnal akademik ataupun buku-buku akademik sebagai kriteria utama dan adakah pihak Kementerian Pengajian Tinggi tidak mahu mewujudkan standard sendiri di Malaysia ini tanpa berkiblatkan kepada Barat ataupun negara luar sebagai syarat kenaikan pensyarah-pensyarah kita? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat. Seperti tadi yang saya kata, ISI hanya merupakan salah satu pilihan sahaja untuk kenaikan pangkat.
Dan untuk maklumat Dewan yang mulia ini juga, ISI memang sekarang menjadi satu trend yang utama untuk universiti menentukan sama ada sesuatu penyelidikan itu bermutu. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini juga, dunia akademik ini, bukan sahaja hanya satu ISI, kita mempunyai satu list publication yang bermutu seperti Skopia. Dia juga merupakan satu rujukan untuk universiti. Sekian.
Sedikit jawapan.
Tidak boleh Yang Berhormat. Itu sahaja jawapan Yang Berhormat.
Sebab saintifik. Yang ini untuk Sains dan Teknologi. Kementerian, ISI ini untuk Sains dan Teknologi bukan untuk...
Ini bukan sahaja untuk Sains sebab banyak jurnal Sastera ataupun Kemanusiaan. Memang juga ada masuk dalam ISI.
Terima kasih.
Skopia juga sama. Sekian.
Terima kasih.
Tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri. Hasil daripada kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pensyarah-pensyarah kita banyak memberi kemudahan kepada rakyat. Sebagai salah satu contohnya adalah terutamanya di bidang perubatan seperti typhoid kit yang dihasilkan oleh Prof. Asmah dari Universiti Malaya. Jadi saya ingin tahu daripada..., Universiti Sains, maaf. Apakah hasil-hasil kajian lain contohnya seperti yang baru-baru ini didedahkan kepada masyarakat berhubung dengan kajian-kajian tentang hendak men diagnose masalah penyakit demam denggi. Apakah hasil-hasil yang telah dijalankan oleh pensyarah kita ini telah memasuki pasaran dunia yang diiktirafkan oleh dunia yang menyebabkan mereka ini menjadi pelopor di pasaran dunia pada masa ini? Kalau Timbalan Menteri tidak boleh dapat jawab pada hari ini boleh dijawab secara bertulis kerana saya rasa ini penting untuk pengetahuan semua dalam menjamin mereka ini terus dinaikkan pangkat dan seterusnya menjadi Naib Canselor pada masa akan datang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan jawab secara bertulis.
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat saya juga dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Libaran dan Yang Berhormat Gopeng tidak dapat hadir untuk soalan nombor 15 dan nombor 16. Saya jemput Yang Berhormat Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria. [Soalan No. 15 - Y.B. Datuk Juslie Aiirol (Libaran) tidak hadir] [Soalan No. 16 - Y.B. Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) tidak hadir]
17. Tuan Mohd. Nizar bin Zakaria [Parit] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, jumlah pekerja yang terpaksa diberhentikan akibat penutupan kilang dan industri kerana kegawatan ekonomi global ketika ini. Apakah langkah-langkah kerajaan mengatasi masalah pembuangan pekerja ini. Adakah kementerian berhasrat untuk memberhentikan sementara kemasukan pekerja asing bagi melindungi rakyat tempatan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Parit yang menanyakan soalan dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Bagi tempoh 1 Oktober 2008 sehingga 27 Februari 2009, seramai 17,981 orang pekerja telah diberhentikan secara pemberhentian tetap akibat kegawatan ekonomi global. Antara langkah kerajaan adalah dengan mengadakan Karnival Pemadanan setiap dua minggu dan pada hari Sabtu. Sebagai contohnya pada hari Sabtu yang lepas di empat tempat iaitu di Selangor, di Pulau Pinang, di Kota Kinabalu dan juga di Johor Bahru, sejumlah 3,960 penempatan telah diberi kepada mereka yang telah diberhentikan kerja.
Kementerian juga telah mengambil langkah-langkah proaktif lain untuk menangani masalah ini. Pada Oktober 2008 telah mewujudkan satu jawatankuasa tripartite Pemantauan Pemberhentian Kerja di peringkat kebangsaan dan negeri dan juga daerah di mana wakilnya adalah daripada wakil kerajaan, wakil majikan dan juga wakil kesatuan sekerja. Jawatankuasa ini antara lainnya adalah memantau dan mengatasi impak krisis ekonomi terutamanya terhadap pekerja yang diberhentikan kerja secara tetap, secara sukarela mahupun secara sementara ataupun layoff. Daripada 80 bilik operasi Pemantauan Pemberhentian Pekerja ini antara lainnya digunakan untuk membantu pekerja dengan mengumpulkan maklumat mengenai pemberhentian pekerja ini. Di samping itu, ia juga menolong dan membantu mereka mendapatkan pekerjaan baru. Kita juga membuat satu pemantauan secara terperinci setiap hari untuk memastikan jumlah ini dapat dikenal pasti berapa ramai yang diberhentikan kerja. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga telah memutuskan supaya pekerja asing di sektor pembuatan terutamanya di sektor elektronik dan juga elektrik tekstil pakaian serta sektor perkhidmatan dibekukan. Sebagai galakan kepada majikan, kerajaan telah membuat satu keputusan supaya baki levi pekerja asing akan dikembalikan kepada majikan manakala sebagai insentif kepada majikan, jaminan bank akan dipulangkan secepat yang mungkin. Selain daripada itu, adalah menjadi dasar kerajaan untuk mengutamakan pekerjaan kepada pekerja tempatan. Pengambilan pekerja asing hanya dibenarkan di sektor tertentu dan jika jawatan tersebut tidak dapat dipenuhi oleh tenaga kerja tempatan. Oleh itu, sekiranya pemberhentian pekerja terpaksa dilakukan, pekerja asing hendaklah diberhentikan terlebih dahulu sebelum pekerja tempatan. Ini melalui konsep yang dinamakan sebagai foreign workers first out, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, majikan daripada semua sektor, pertubuhan majikan, kesatuan pekerja dan kerajaan perlu menyumbang idea yang bernas untuk mengelakkan pemberhentian dan pengangguran. Perbincangan dan maklum balas yang diterima amat berfaedah dalam membantu menangani isu-isu yang berkaitan dengan pemberhentian. Terima kasih.
Tidak jemput lagi Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya dalam soalan tambahan ini. Apakah usaha-usaha yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi mengatasi mengenai pemberhentian kerja yang dikatakan akan ramai ini dan ia juga akan menjejaskan dari segi sektor-sektor perindustrian dan sebagainya. Apakah peranan-peranan yang akan dilaksanakan oleh jawatankuasa yang telah sedia ada ini bagi memantau keseluruhan dari segi pemberhentian kerja ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dimaklumkan tadi, jawatankuasa ini adalah digunakan untuk membuat pemantauan secara terperinci mengenai hal ehwal pemberhentian pekerja. Usaha yang telah dilakukan untuk mengatasi pemberhentian ini adalah bagi pihak Jabatan Tenaga Kerja terutamanya di samping pemantauan dilakukan. Diminta juga supaya majikan-majikan yang hendak memberhentikan pekerja ini menjadikan ia sebagai satu langkah yang terakhir kerana untuk melalui proses ini bukan satu proses yang senang untuk memberhentikan pekerja-pekerja ini. Jadi, sebab itulah dilakukan pemantauan yang secara terperinci yang dilakukan setiap hari. Saya juga hendak maklumkan bahawa untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, pemberhentian yang dicatatkan tadi telah dinyatakan dan kekosongan secara manual setakat 27 Februari 2009 adalah berjumlah 21,531 dan penempatan pula yang telah dibuat cuma 1,311 di mana negeri yang mencatatkan kekosongan paling tinggi bagi kekosongan adalah negeri Selangor iaitu 3,932. Sebenarnya masih ada lagi kekosongan. Mungkin bidang-bidangnya adalah bidang-bidang yang mungkin tidak terfikir oleh mereka yang diberhentikan. Makanya nasihat saya kepada mereka yang diberhentikan setakat ini adalah untuk tidak memilih pekerjaan dan anggaplah pengalaman itu diutamakan agar boleh menerima apa-apa juga pekerjaan yang diberikan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Setelah saya tekun mendengar penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang sebegitu hebat yang bukan saja mempertahankan hak pekerja, malah memberikan mereka inisiatif. Saya ingin melanjutkan jawapan kepada soalan saya berkenaan dengan retrenchment fund. Adakah kementerian berhasrat benar untuk menyediakan retrenchment fund yang mana dibolehkan di bawah seksyen 25 Akta Pekerja 1955 yang boleh dipotong gaji sebanyak RM1 bagi majikan, RM1 bagi pekerja dan satu longgokan permulaan dana dari Menteri Kewangan? Adakah Menteri Kementerian Sumber Manusia berhasrat untuk menidakkan cukai pampasan retrenchment yang dikenakan kepada pekerja sekurang-kurangnya membolehkan pekerja itu memikrokan aktiviti perniagaan mereka sendiri? Saya mohon penjelasan. Terima kasih.
Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, perbincangan mengenai retrenchment fund ini memang telah lama dilakukan dan untuk perbincangan ini, di bawah Kementerian Sumber Manusia, wakil-wakil daripada Kesatuan Sekerja daripada pihak Persatuan Majikan dan juga pihak kerajaan telah banyak kali membincangkan mengenai perkara ini. Setakat ini, perbincangan itu masih ada. Ini adalah kerana tidak sampai kepada satu tahap di mana ia hendak diwujudkan. Belum lagi diwujudkan. Akan tetapi untuk makluman semua juga, di bawah Akta Kerja, apabila seseorang itu dibuang kerja, memang ada akta untuk membolehkan mereka ini mendapatkan benefit daripada majikan-majikan mereka. Terima kasih. [Soalan No.18 – Y.B. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) tidak hadir] [Soalan No.19 – Y.B. Tuan William Nyallau (Lubok Antu) tidak hadir] [Soalan No.20 – Y.B. Tuan Lim Kit Siang (Ipoh Timur) tidak hadir] [Soalan No.21 – Y.B. Dato' Seri Ong Ka Ting (Kulai) tidak hadir] [Soalan No.22 – Y.B. Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) tidak hadir]
23. Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin [Papar] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan: (a) peruntukan yang disalurkan untuk program meningkatkan pengeluaran padi dengan senarai kawasannya sekali; dan (b) adakah pihak kementerian menyedari bahawa terdapat beberapa penyakit/masalah dalam projek penanaman/ pengeluaran/penghasilan padi yang berkualiti di Parlimen Papar. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian bagi mengatasi masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian sedang melaksanakan Program Peningkatan Pengeluaran Padi di bawah Program Dasar Jaminan Bekalan Negara bagi tempoh 2008 hingga 2010. Aktiviti yang terlibat di bawah program ini adalah penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran, perataan tanah sawah, peningkatan kesuburan tanah, kawalan makhluk perosak, pemilikan jentera dan mekanisasi ladang, insentif dan subsidi dan pembangunan infrastruktur pengairan serta saliran. Pada tahun 2008, jumlah peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM732.3 juta untuk seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, pecahannya adalah:
(i) penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran iaitu RM97.5 juta; (ii) perataan tanah sawah, RM24.8 juta; (iii) peningkatan kesuburan tanah, RM13.5 juta; (iv) kawalan makhluk perosak, RM72.6 juta; (v) baja tambahan NPK, RM189 juta;
(vi) pemilikan jentera dan mekanisasi ladang RM89.1 juta; (vii) insentif dan subsidi, RM90 juta; dan (viii) pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran RM150 juta. Kawasan-kawasan yang terlibat ialah kawasan MADA, KADA, semua Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) iaitu Pulau Pinang, Kerian, Sungai Manik, Seberang Perak, barat laut Selangor, KETARA dan Kemasin Semerak termasuk kawasan luar jelapang di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2009, kementerian akan meneruskan aktiviti di atas dengan jumlah peruntukan yang dicadangkan iaitu RM1.781 bilion. Bagi daerah Papar, Sabah telah mengalami penyakit padi iaitu: (i) penyakit merah padi; (ii) penyakit hawar daun bakteria; dan (iii) penyakit hawar seludang. Langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah penyakit-penyakit tersebut adalah seperti berikut: (i) Jabatan Pertanian Sabah telah menyediakan bantuan peruntukan berjumlah RM300,000 setiap tahun untuk mengatasi dan mengawal penyakit-penyakit padi termasuk masalah disebabkan oleh bencana alam. Senarai racun yang digunakan untuk mengawal penyakit-penyakit juga adalah disediakan; (ii) memantapkan kerjasama di kalangan pesawah, pembekal perkhidmatan jentera dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat melalui Jawatankuasa Penanaman Padi Daerah Papar; (iii) meningkatkan pengeluaran benih padi bermutu yang dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Sabah; (iv) melaksanakan aktiviti-aktiviti pengembangan oleh Jabatan Pertanian Sabah; dan (v) pemantauan dan pencegahan terhadap makhluk perosak dari semasa ke semasa oleh Jabatan Pertanian Sabah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, berakhirlah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan untuk pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen
Saya jemput Kementerian Pertahanan.
Terima Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Ahi-ahli Yang Berhormat yang mana telah mengambil bahagian di dalam membahaskan perkara-perkara di bawah tugasan Kementerian Pertahanan, semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terdapat seramai enam orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan Titah tadi. Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerai yang mana meminta agar pihak kementerian membuat kajian semula berkaitan dengan Pulau Telor, Pulau Songsong, Pulau Bunting dan Pulau Bidan yang digunakan sebagai tempat latihan tentera kerana pulau-pulau ini merupakan destinasi pelancong. Seterusnya beliau juga meminta agar Kementerian Pertahanan dapat mengambil tindakan ke atas kes-kes kecurian pasir yang sedang berlaku di pulau-pulau berkenan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Untuk makluman Yang Berhormat, Pulau Telor, Pulau Songsong dan Pulau Bidan telah diwartakan sebagai zon berbahaya dalam Military Maneuvers Enactment LN 273 pada 11 September 1958. Buat masa kini, Pulau Songsong telah digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia atau ringkasnya TUDM sebagai kawasan lapang sasar latihan tembakan udara ke bumi sementara Pulau Bidan digunakan sebagai kawasan penempatan anggota latihan. Pulau-pulau tersebut adalah sangat diperlukan sebagai kawasan latihan untuk melatih juruterbang tempur TUDM dalam melakukan tembakan udara ke bumi. Dalam penggunaan pulau-pulau ini sebagai tempat latihan, tidak berlaku sebarang pencemaran atau kerosakan terhadap ekosistem pulau-pulau tersebut memandangkan bom latihan yang digunakan tidak mempunyai bahan kimia peletup seperti bom konvensional yang lain. Pada masa ini, pulau-pulau ini tidak mempunyai infrastruktur bagi pembangunan pelancongan dan pihak TUDM terus berhasrat untuk menggunakan Pulau-pulau tersebut sebagai lokasi latihan TUDM sementara mencari lokasi alternatif yang lebih sesuai. Berkaitan dengan Pulau Telor, walaupun tiada aktiviti ketenteraan yang dilaksanakan di pulau tersebut, tetapi lokasinya dianggap merbahaya kerana lokasinya berada dalam zon berbahaya di antara Pulau Songsong dan Pulau Bidan. Berhubung Pulau Bunting pula, Pulau ini tidak pernah diwartakan sebagai zon merbahaya untuk sebarang aktiviti ketenteraan. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan dakwaan berlakunya kecurian pasir di pulau-pulau berkaitan, sebenarnya tidak ada berlaku kes kecurian pasir sebaliknya, ia adalah kegiatan syarikat yang dilantik oleh TUDM untuk membersihkan kawasan tapak latihan tersebut dengan mengeluarkan kelongsong- kelongsong peluru yang telah digunakan Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan dengan beberapa isu yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Bachok di mana terdapat enam isu yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat. Isu yang pertama yang ingin saya sentuh adalah berkenaan dengan penderitaan yang telah dialami oleh anggota dan bekas anggota tentera disebabkan membeli rumah di lokasi-lokasi yang tidak strategik kerana tidak mampu, tidak mempunyai nilai komersial yang mana mengikut dakwaannya menjadi penyebab kepada ramai anggota yang membuat pinjaman perumahan kerajaan rumahnya telah dilelong kerana gagal membuat pembayaran balik. Sehubungan dengan isu ini, Kementerian Pertahanan ingin menjelaskan bahawa tindakan anggota dan bekas anggota tentera terbabit membeli rumah melalui Pinjaman Perumahan Kerajaan di lokasi-lokasi yang tidak strategik adalah di luar kawalan Kementerian Pertahanan.
Bagaimanapun secara pentadbiran, apabila seseorang anggota tentera yang ingin membuat permohonan pinjaman perumahan, bahagian pentadbiran unit anggota tentera tersebut, sebelum memberi perakuan dan pengesahan di atas permohonan pinjaman yang dibuat oleh seseorang anggota akan menasihatkan pemohon supaya menilai rumah yang ingin dibeli sama ada mempunyai nilai komersial atau sesuai dengan had kelayakan pinjamannya. Namun begitu, keputusan muktamad masih tertakluk kepada pemohon berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bachok adalah berkaitan dengan Skim KESUMA iaitu skim di mana anggota ATM membeli barangan di kedai-kedai PERNAMA di mana bayaran dibuat melalui potongan gaji yang diuruskan oleh Urusan Gaji Anggota Tentera atau ringkasnya UGAT. Sehubungan dengan ini, beliau ingin mengetahui jumlah potongan gaji paling maksimum yang dibenarkan dan juga berkaitan dengan jumlah anggota ATM yang gaji bersih yang diterimanya tinggal 10 peratus daripada gaji kasar. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Urusan Gaji Anggota Tentera akan mengawal segala permohonan potongan gaji berdasarkan gaji kepada gaji bersih minima bulanan pegawai atau anggota lain-lain pangkat setelah ditolak semua potongan wajib dan sukarela mestilah tidak kurang 40 peratusdaripada jumlah gaji pokok semasa atau RM500 yang mana lebih tinggi. Sehingga kini tiada anggota ATM yang menerima gaji di bawah 10 peratus dari gaji pokok semasa.
Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Bachok adalah berkaitan dengan skim cepat kaya, Stromberg. Di mana beliau ingin mengetahui jumlah anggota yang menjadi mangsa skim ini serta langkah-langkah Kementerian Pertahanan untuk mengatasi masalah ini. Berhubungan dengan isu ini pihak Kementerian Pertahanan tidak menafikan kemungkinan adanya penglibatan anggota ATM dalam kegiatan skim cepat kaya ini. Bagaimanapun jumlah anggota yang terlibat tidak dapat dipastikan. Memandangkan kegiatan ini adalah bersifat personel. Justeru itu ianya tidak dimaklumkan kepada pihak pengurusan perkhidmatan. Kementerian Pertahanan sentiasa memantau dan memandang berat tentang perkara ini. Antara langkah-langkah pencegahan yang dilaksanakan adalah dengan mengeluarkan arahan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan, Bil. 2/2009 untuk mencegah seluruh anggota ATM agar tidak terlibat atau menyertai apa jua skim yang berkonsepkan skim cepat kaya. Arahan ini dikeluarkan secara berulang-ulang kali dari semasa ke semasa untuk mengingatkan dan memberi kesedaran kepada anggota ATM berhubung dengan risiko dan implikasi yang bakal dihadapi sekiranya anggota ATM menyertai skim tersebut. Tuan Yang di-Pertua, isu keempat yang dibangkit oleh Yang Berhormat Bachok adalah berkaitan dengan pembelian Kapal Korvet (Corvette) kelas Laksamana yang mana beliau ingin mengetahui jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan semenjak ia dibeli. Bagi makluman Yang Berhormat, Kementerian Pertahanan telah membeli empat buah Corvette kelas Laksamana.
[Bangun]
Yang mana merupakan mini Korvet dengan harga belian sebanyak USD221.9 juta untuk dua unit yang pertama dan USD208.3 juta untuk dua unit seterusnya. Kementerian Pertahanan...
Yang Berhormat...
Saya habiskan dulu.
Ya. Duduk.
Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk membeli kapal mini Korvet tersebut kerana pada masa ini harganya murah berbanding harga semasa tambahan ia telah siap dibina untuk negara Iraq pada ketika itu. Pada ketika itu juga kadar pertukaran mata wang Dolar Amerika kepada Ringgit Malaysia adalah rendah. Semenjak ia dibeli, sebanyak RM61.3 juta telah dibelanjakan bagi keempat-empat kapal tersebut untuk tujuan selenggaraan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak balik kepada skim cepat kaya tadi, tidak sempat terlalu laju tadi. Saya hendak minta penjelasan, apa punca yang menyebabkan di kalangan anggota tentera ini begitu berminat, terlibat dalam skim cepat kaya ini. Adakah kerana mereka menghadapi masalah beban kos hidup yang meningkat dengan kadar pendapatan mereka yang tidak mampu untuk menampung perbelanjaan dan sebagainya. Ataupun ada faktor-faktor lain yang menyebabkan penglibatan mereka dalam skim cepat kaya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sehubungan dengan isu penglibatan anggota tentera dalam skim cepat kaya ini, pada pandangan saya adalah ianya merupakan masalah ataupun merupakan minat personal tetapi kalau dari segi kemudahan-kemudahan dan juga daripada segi kebajikan, saya rasa pihak tentera sentiasa memberi perhatian dalam kebajikan mereka tambahan gaji mereka juga pada hari ini lebih baik daripada setengah-setengah gaji daripada rakan- rakan mereka dari jabatan-jabatan lain
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya juga bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi. Apakah yang mendorong minat kepada anggota tentera menyertai program-program skim cepat kaya itu. Sedangkan sebagaimana semua kita sedia maklum, Koperasi Anggota Tentera adalah antara koperasi yang berjaya dan memberi pulangan yang tinggi kepada ahli- ahlinya. Tidakkah ada satu usaha bersungguh-sungguh untuk memahamkan anggota- anggota tentera dan juga menerangkan kepada mereka peluang-peluang yang lebih baik mungkin dalam koperasi mereka sendiri. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Sebagaimana yang saya telah nyatakan dalam mengatasi masalah ini, pihak tentera sentiasa memberi peringatan berkaitan dengan surat Pekeliling Perkhidmatan, Bil. 2/2009 yang mana melarang anggota- anggota tentera ini terlibat dalam apa jua skim cepat kaya ini. Jadi kalau Yang Berhormat nyatakan seolah-olah dari segi kebajikan menjadi penyebab mereka ini terlibat dalam skim ini, saya menafikan bahawa ini tidak betul dari segi persepsi, kalau adalah daripada pandangan Yang Berhormat. Ini kerana sebagaimana yang saya nyatakan tadi daripada segi kemudahan-kemudahan dan juga daripada segi pemberian gaji dan sebagainya bahawa pihak penguasa tentera sentiasa memberi perhatian kepada anggota-anggota ini. Jadi tidak timbul masalah perkara ini disebabkan bahawa mereka tidak mendapat perhatian daripada kebajikan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, tentang koperasi tadi adakah boleh disahkan bahawa koperasi tentera adalah antara koperasi yang berjaya dan memberi manfaat. Berapakah ramai sebenarnya anggota tentera yang menyertai koperasi ini.
Kalau hendak berapa ramai ini, soalannya spesifik Yang Berhormat. Jadi saya tidak bolehlah hendak bagi tahulah berapa. Saya kena dapatkan maklumat supaya saya boleh memaklumkan kepada Yang Berhormatlah tetapi saya percaya bahawa koperasi ini boleh dikatakan semua daripada anggota tentera mengetahui berkaitan dengan koperasi ini. Jadi kerana itulah pada segi puratanya saya rasa ramai di antara anggota-anggota tentera menjadi ahli koperasi.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Walaupun disebut tadi bahawa masalah ini masalah individu anggota sendiri. Tetapi dari segi tanggungjawab pihak kementerian saya fikir tidak cukup sekadar pekeliling, hanya bergantung kepada pekeliling sebab saya bimbang bahawa dengan berlakunya masalah krisis ekonomi yang baru melanda negara kita dan disebut oleh Menteri Kewangan II, bahawa mungkin berlarutan sampai 2010. Ini juga akan memberi kesan kepada masalah beban hidup kepada anggota tentera. Jadi kalau keadaan ini berterusan dan mereka terdedah kepada penglibatan dengan skim cepat kaya ini, saya bimbang bahawa kedudukan pertahanan kita ini akan menjadi lemah. Ini kerana dia menjangkiti orang-orang yang sepatutnya bertanggungjawab dalam soal-soal pertahanan. Jadi saya minta supaya pihak kerajaan supaya mengambil pendekatan-pendekatan yang lain.
Bukan sahaja di peringkat Kementerian Pertahanan tetapi juga di peringkat Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri untuk membanteras skim cepat kaya ini daripada, khususnya menjangkiti sektor ketenteraan ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Pandangan Yang Berhormat Pokok Sena ini seolah-olah anggota tentera ini banyak yang terlibat. Tidak ada bukti Yang Berhormat Pokok Sena. Cuma saya nyatakan kemungkinan ada yang terlibat. Jadi kita tidak tahu sejauh mana yang terlibat. Jadi sebelum apa, kalau kita lihat dalam tentera ini daripada apa yang kita lihat pada hari ini boleh dikatakan tidak ketara. Jadi kerana itulah walaupun keadaan sebegini tetapi kita sentiasa memberi pandangan yang serius kepada mereka-mereka yang mengambil ataupun terlibat dalam skim cepat kaya ini. Di mana dengan ada arahan-arahan ataupun surat-surat pekeliling. Jika mereka juga melanggar pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan kepada anggota-anggota ini, mereka akan menerima padah daripada tindakan-tindakan yang diambil ke atas mereka.
Seterusnya saya ingin meneruskan ucapan saya ini Yang Berhormat, iaitu isu kelima yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bachok adalah berkenaan misil yang dimiliki oleh TLDM. Beliau ingin mengetahui kekerapan penembakan misil yang dilakukan dan sama ada terdapatnya penglibatan kepakaran teknikal luar negara dalam penembakan ini. Beliau juga ingin mengetahui peratusan kegagalan dalam setiap penembakan misil berkenaan. Selain itu Yang Berhormat Bachok juga ingin mengetahui mengapa berlaku kegagalan penembakan missile Sea Skua oleh Super Lynx pada tahun 2006. Untuk makluman Yang Berhormat, TLDM melakukan latihan penembakan misil yang berbeza pada setiap tahun, di mana tiada kepakaran teknikal luar negara yang terlibat memandangkan TLDM mempunyai tenaga kepakaran dan kemahiran untuk mengendalikan semua jenis misil yang dimiliki oleh TLDM. Sehubungan dengan isu kegagalan penembakan missile Sea Skua oleh Super Lynx pada tahun 2006, ianya disebabkan oleh kegagalan teknikal yang mana pihak Original Equipment Manufacturer atau ringkasnya OEM telah mengakui kesilapan mereka apabila tali lanyard yang terpasang pada misil tersebut telah terputus sebelum penembakan dilakukan. Setelah pembaikan dilakukan dan tali lanyard yang lebih sesuai diganti, penembakan seterusnya telah berjaya dilakukan oleh TLDM. Oleh itu berlakunya kegagalan penembakan missile Sea Skua itu adalah kegagalan teknikal dan bukannya faktor misil ini tidak berkualiti...
Penjelasan.
Saya hendak habiskan sikit. Sehubungan dengan jumlah peratusan kegagalan dalam penembakan misil-misil berkenaan, ianya adalah pada tahap minimum yang berlaku disebabkan oleh kesilapan teknikal seperti yang berlaku pada missile Sea Skua
Terima kasih Tuan yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mungkin kementerian tidak boleh memberitahu berapakah jumlah misil yang kita ada dan saya faham ianya aspek keselamatan. Bolehkah diterangkan kepada Dewan ini dan untuk rakyat Malaysia, adakah jumlah itu mencukupi, kalau kita anticipate, dengan izin tentang kemungkinan- kemungkinan yang berlaku di negara kita, adakah mencukupi? Apakah jenis-jenis misil yang ada, adakah jarak jauh, jarak sederhana yang setanding paling tidak pun parameter kita apa yang dimiliki oleh Singapura sebagai contoh? Adakah kekuatan dan jumlah itu memungkinkan keselamatan negara kita ini berada dalam keadaan yang selamat sekiranya berlaku sesuatu kemungkinan peperangan atau sebagainya? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan jumlah misil dan kegagalan semasa penembakan sebagaimana yang saya nyatakan minima sekali, tidak boleh menjejaskan keselamatan negara kita. Dari segi jenis misil pula, ianya berbeza-beza sama ada dari segi jarak jauh dan dari segi jenisnya, jadi saya mohon maaf dalam Dewan ini kerana ini adalah merupakan keselamatan negara yang perlu dirahsiakan Yang Berhormat.
Seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu keenam yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bachok adalah berkaitan, sejauh mana pemindahan teknologi dalam perolehan aset-aset ATM telah berjaya menguntungkan negara? Selain itu beliau juga ingin mengetahui sama ada wujudnya budaya recycle, yang mana peralatan yang dibekalkan oleh kontraktor-kontraktor pembekal adalah stok lama? Untuk makluman Yang Berhormat, pemindahan teknologi dalam perolehan aset-aset ATM sehingga kini telah berjaya menggalakkan pembangunan syarikat- syarikat tempatan yang menceburi bidang industri pertahanan. Tenaga kerja tempatan dan anggota tentera diberi latihan industri dalam bidang-bidang berkaitan dengan teori dan juga praktikal yang melibatkan pelbagai kemahiran termasuk dalam sektor penyelidikan, pembuatan, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih serta integrasi sistem. Berkaitan isu sama ada wujud budaya recycle dalam pembekalan peralatan kepada ATM, Kementerian Pertahanan ingin mengesahkan sehingga kini tiada kejadian pembekalan peralatan recycle ini yang telah dilaporkan. Polisi Kementerian Pertahanan telah menetapkan setiap alat ganti atau peralatan mesti dibekalkan oleh Original Equipment Manufacturer. Kementerian Pertahanan juga mempunyai Cawangan Teknik dan Pemeriksaan, Bahagian Perolehan di dalam memastikan setiap peralatan yang dibekalkan adalah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Dari masa ke semasa, Kementerian Pertahanan sentiasa memantapkan prosedur penerimaan peralatan yang diyakini dapat mengelakkan daripada menerima peralatan recycle ini. Tuan yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Machang.
Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Bachok bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa apa yang saya bangkitkan di dalam ucapan perbahasaan Titah Tuanku itu lebih daripada enam yang berkaitan dengan Kementerian Pertahanan. Enam telah dijawab. Akan tetapi sepertimana yang telah kita sama-sama dengar, ada beberapa perkara yang saya mohon penjelasan di sini dan ada di antaranya telah dijawab ketika soal Jawab Lisan minggu lepas yang berkaitan dengan pembelian kapal Sri Indrapura. Antara perkara yang saya tanyakan dalam soalan minggu lepas yang tidak terjawab ialah pihak kementerian adalah tentang dasar kita membeli barang-barang secondhand dan besi buruk untuk dijadikan peralatan pertahanan. Isu yang saya bangkitkan adalah kapal SRI INDRAPURA yang asalnya merupakan sebuah kapal yang siap dibina pada tahun 1970 yang dikenali sebagai USS Partenburg County LSD1992, yang siap dibina pada tahun 1970 yang kita beli pada tahun 1995 iaitu selepas 25 tahun ianya digunakan. Belanja pembeliannya adalah RM53 juta sepertimana yang disebut oleh Timbalan Menteri dalam jawapan beliau dan belanja membaikinya adalah RM54 juta. Baiki lebih mahal daripada membeli? Adakah dasar membeli barang-barang second hand sebegini akan diteruskan oleh pihak kementerian? Satu lagi perkara yang saya ingin mendapatkan penjelasan adalah kapal tersebut secara specific telah dijual, kalau mengikut rekod yang adanya kepada Malaysia. Saya bacakan kenyataan ini di sini, “Sold to Malaysia for 18.7 million USD”, 18.7 juta Dolar Amerika di bawah suatu program yang dikenali sebagai ‘Security Assistance Program’. Saya ingin mendapat penjelasan, apakah itu Security Assistance Program ini, dan berapa banyakkah manfaat lain yang kita perolehi daripada Security Assistance Programe ini, yang ditaja oleh kerajaan Amerika serta adakah dengan pembelian aset-aset sebegini kita terikat dengan arahan, peraturan do’s and don’ts daripada Kerajaan Amerika? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan pembelian KD Indrapura, ianya dibeli dengan harga yang istimewa, yang mana dipertimbangkan oleh pihak Amerika Syarikat.
Dari segi perbelanjaan dalam kos refit iaitu RM51 juta kerana ianya melalui pengubahsuaian dan juga pembaiki keadaan yang sedikit extensive di mana selepas pembaikan dibuat bahawa keadaan kapal itu boleh digunakan sehingga hari ini, dan daripada segi keselamatannya masih lagi boleh digunakan. Kapal KD Indrapura ini merupakan kapal yang besar, yang boleh membawa tank yang mana kalau kita membeli baru, saya rasa harganya berbilion ringgit. Jadi oleh sebab itulah, dengan kita membeli kapal ini dan setelah kita melaksanakan pemulihan dari segi refitnya, dan hari ini kita masih dapat menggunakan kapal ini bukan sahaja dalam bantuan strategik untuk ketenteraan bahkan juga, kapal ini digunakan dalam masa kecemasan seperti mana kita membawa barang-barang seperti beras untuk dalam masa kecemasan, bencana alam. Jadi saya rasa pembeliannya memang tidak merugikan kepada negara kita. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...
[Bangun]
Yang Berhormat, Tuaran bangun Yang Berhormat.
Labuan, Labuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Mengenai dengan pembelian kapal perang second hand ini, saya rasa memang betul kalau kita beli yang baru mungkin kosnya lebih tinggi. Akan tetapi apa yang kita lihat berapa lamakah life spent untuk kapal yang kita beli second hand tersebut dan dia punya effectiveness tentang dia punya sistem, sistem ketenteraan yang dipasang. Apabila kita membelanjakan sampai RM50 juta, ini bermakna seolah-olah kita menaruh atau membaiki sistem ketenteraan atau peralatan perang, seolah-olah benda yang baru di situ. Namun kalau badannya sudah lama dan sistemnya kita pasang baru, apa salahnya kalau badan kita buat secara local atau locally, cuma kita beli equipment daripada luar negara. Apakah kemungkinan tersebut dapat kita laksanakan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingat kita kena faham kapal yang kita beli ini adalah merupakan kapal yang kebanyakan digunakan sebagai support vehicle dalam segi pengangkutan logistik, bukan khusus untuk berperang, Yang Berhormat. Jadi apa yang dilihat bahawa bagaimana dinyatakan, kalau kita beli kapal ini baru, saya rasa kosnya memang begitu tinggi sekalilah, kalau banding dengan apa yang kita beli secondhand ini dengan ada pemulihan dibuat daripada segi sistem dan lain-lain. Jadi dari segi kegunaan kapal ini, masih lagi boleh digunakan...
Just satu soalan. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih. Saya rasa kalau untuk setakat untuk logistik, tidak seharusnya kita membelanjakan, menggunakan, kapal second hand. Kerana kalau kita lihat sistem logistik, sistem perkapalan yang ada di Malaysia, kapal biasa pun kita boleh guna untuk logistik, kecuali kita peralatkan kapal tersebut dengan peralatan-peralatan perang kerana sistem logistik for example, untuk penggunaan oil and gas, ini salah satu contoh, bukan untuk perang. Akan tetapi sistem logistik dia jauh lebih bagus berbanding dengan sistem-sistem kapal angkatan laut yang kita ada, kerana dari sistem logistiknya, adalah sistem yang lebih cepat dan juga kapasitas atau kapasiti yang ada untuk kapal pengangkutan logistik itu, jauh lebih bagus. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, maksud saya sistem logistik dalam pengangkutan bahawa kapal SS Inderapura ini adalah merupakan ship landing tank, jadi dia bawa kapal perang, yang mana ada dia punya ram dia boleh masuk dalam laut. Inilah kapal yang pertama yang kita ada, di mana boleh bawa tank- tank kita kalau dalam keadaan yang memerlukan.
Makna dia, keperluan dia berlainanlah Yang Berhormat? Keperluan dia berlainan lah, angkat manusia, angkat barang biasa itu lain. Angkat tank, angkat peluru, angkat senjata itu, lain tempatnya. Sebab kita kena ada armoury dia, ada storage untuk ammunition dia, untuk macam-macam lagi Yang Berhormat. Kena jelas jugalah, bukan pernah berperang kita ini, selain daripada saya sahaja Yang Berhormat.
Terima kasih.
Satu soalan saya tadi Tuan Yang di- Pertua, tidak dijawab oleh Timbalan Menteri berkaitan dengan Security Assistant Program, boleh dapat penjelasan tentang Security Assistant Program ini, apa manfaatnya kita dapat daripada Amerika melalui program tersebut.
Ya, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Security Assistant Program iaitu tidak timbul dalam perbahasan, jadi saya tak ada maklumat, saya akan menjawab secara bertulis.
Saya telah bangkitkan dalam soalan dan juga sedikit yang saya bangkitkan itu tentang pengdetailan sedikit ataupun maklumat sedikit tentang apa manfaat yang kita dapat dari Amerika, daripada Security Assistant Program ini kerana saya bimbang, kalau kita terikat dengan security program ini, kita menjadi sebuah negara yang mungkin hilang daulat, kedaulatan kita. Kita punya sovereignty apabila kita berhutang, apa bila kita dapat manfaat daripada sebuah kuasa besar seperti Amerika.
Baik Yang Berhormat, saya ingat Yang Berhormat menyoalkan yang menteri tak ada jawapan. Jadi lebih elok jawapan yang terperinci daripada jawapan yang kurang tepat Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang, yang mana beliau ingin mengetahui perancangan Kementerian Pertahanan berkaitan dengan Pelan Menyelamat Kapal Selam yang bakal beroperasi. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pertahanan buat masa ini mengenal pasti syarikat Target Resources Sdn. Bhd. untuk menyediakan perkhidmatan Submarine Escape and Rescue atau ringkasnya SMER. Kementerian Pertahanan tidak mempunyai rancangan untuk membeli kapal penyelamat bagi kapal selam, oleh kerana Tentera Laut Diraja Malaysia tidak mempunyai kepakaran dalam bidang ini. bagaimanapun penyediaan keupayaan sistem penyelamat melalui Submarine Escape and Rescue ini merupakan aspek penting dalam pengoperasian kapal selam kerana ia memberi jaminan dan harapan kepada krew kapal selam, bahawa mereka boleh menyelamatkan diri atau diselamatkan sekiranya kapal selam terbabit mengalami kemalangan atau terkandas di dasar laut. Memandangkan kapal selam pertama akan mula beroperasi pada bulan Julai 2009 ini, perkhidmatan kapal penyelamat ini amat diperlukan dan ianya hendaklah disediakan secepat mungkin. Oleh itu kementerian sekurang-kurangnya berhasrat untuk mendapatkan perkhidmatan kapal penyelamat ini secara sewaan perkhidmatan. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan dakwaan Yang Berhormat Machang...
Boleh.
Yang Berhormat Batu bangun.
Saya habis dulu. Perkara ini isentuh juga oleh Yang Berhormat Selayang, mengapakah perolehan ini dilaksanakan secara runding terus. Kementerian Pertahanan ingin menjelaskan bahawa projek kapal selam ini merupakan projek TLDM yang pertama dan pihak TLDM tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam aspek pengurusan Submarine Escape and Rescue ini. Oleh yang demikian, Kementerian Pertahanan berpendapat bahawa tindakan memperoleh perkhidmatan ini secara runding terus, boleh memberi peluang kepada kementerian dan TLDM untuk mengetahui segala aspek teknikal yang berkaitan dan mendapatkan perkhidmatan yang terbaik melalui rundingan-rundingan yang diadakan. Pada 3 Jun 2008, Kementerian Pertahanan telah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan untuk melaksanakan perkhidmatan ini secara runding terus.
Pada 25 Ogos 2008, Kementerian Pertahanan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan bagi melaksanakan perkhidmatan ini secara runding terus dengan syarikat Target Resources Sdn. Bhd. Sehubungan dengan kos sewaan perkhidmatan ini pula syarikat Target Resources menawarkan kos sewaan perkhidmatannya sebanyak RM8.2 juta sebulan bagi tempoh 20 tahun. Bagaimanapun Kementerian Kewangan tidak bersetuju kos tawaran sewaan perkhidmatan ini dan sebaliknya meminta agar Kementerian Pertahanan merundingkan harga tersebut ke paras terendah sekali bagi tempoh perkhidmatan selama enam tahun sahaja. Buat masa ini proses rundingan masih berlangsung.
Mana satu Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu atau Yang Berhormat Selayang? Yang Berhormat Batu?
Mana itu?
Yang Berhormat Batu? Kalau tunjuk saya tidak nampak.
Mana itu?
Selayang.
Yang Berhormat Tuan Chua Tian Chang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Timbalan Menteri. Saya ingin dapat sedikit penjelasan, apakah faktor-faktor yang mendesak sangat kita perlu ada perkhidmatan penyelamat ini? Apakah sekarang kita menghadapi risiko yang besar sehingga kita perlu immediate, apakah urgency nya? Kedua, apakah perbandingan kos sebagai jangka panjang berterusan kita sewa dan dengan memperoleh satu peralatan penyelamat ini yang dimiliki oleh Kementerian Pertahanan? Kedua-dua ini sudahkah kita membuat perbandingan kos dan setahu saya banyak negeri lain hanya mempunyai dua kapal selam tapi kalau kita mempunyai satu pasukan penyelamat, ini ratio nya agak tinggi bagi sebuah negara yang tidak memiliki banyak kapal selam. Terima kasih.
Saya jawab, saya jawab yang ini, saya jawab dulu.
[Bangun]
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Saya ingin menjelaskan bahawa dalam proses penyelamat kapal selam ini, ianya ada dua proses. Proses yang pertama itu, yang diperlukan adalah sistem submarine escape and rescue atau SMER, iaitu ini adalah proses intervention bagi memanjangkan tempoh berlabuh warga kapal selam yang terkandas. Proses kedua adalah proses penyelamat per se. Jadi apa yang kita memerlukan adalah bahagian proses penyelamat apabila kapal selam terkandas. Jadi yang ini kita tidak boleh tunggu, kita perlu melaksanakan proses ini yang kita kata intervention. Jadi dalam konteks ini, sebagaimana Yang Berhormat kata tadi bahawa kita hanya mempunyai dua kapal selam, disebabkan itulah kita tidak membeli peralatan atau aset bagi proses penyelamatan per se ini. Akan tetapi yang perlu kita hendak wujudkan dahulu ialah sistem penyelamatnya yang mana inilah yang kita ambil ini. Sistem penyelamat ini adalah iaitu fasa pertama iaitu intervention system yang mana ianya memerlukan peralatan-peralatan yang merangkumi Intervention Remotely Operated Vehicle atau IROV, yang kedua komponen dia iaitu Emergency Life Support Store, yang ketiga Distressed Submarine Ventilation dan Depressurization System dan yang keempat Atmospheric Diving Suit dan Hull Inflated Boat. Jadi inilah peralatan-peralatan yang kita perlukan yang mana kita mengambil secara penyewaan perkhidmatan oleh pengusaha-pengusaha. Jadi kita tidak beli, the system yang kita sewa. Jadi sistem inilah yang kita sewa dan berkaitan proses penyelamat per se ini kita boleh mendapatkan melalui bantuan global, worldwide yang mana ada persatuan yang boleh kita memohon bantuan supaya kapal penyelamat boleh datang untuk menyelamatkan kapal selam kita yang terkandas ini. Jadi ini kita tidak beli Yang Berhormat. Jadi daripada segi perbandingan secara...
[Bangun]
Yang Berhormat Selayang. Yang Berhormat Selayang bangun
Perkara yang..
Saya habiskan sedikit lagi.
Belum habis lagi?
Tidak lagi, soalan yang kedua tadi perbandingan beli dengan sewa perkhidmatan, itu sebab kalau beli the cost is very exorbitant, jadi kita tidak beli.
Sila Yang Berhormat
Ya, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa perkara ini ialah satu bidang yang khusus di mana hendak kepakaran yang khusus. Soalan saya ialah, oleh sebab ini adalah satu bidang kuasa yang khusus, mengapa ada perundingan terus dengan Target Resources, syarikat tempatan yang juga tidak ada kepakaran? Mengapa tidak menjemput pakar-pakar yang berada di antarabangsa supaya mengadakan kalau rundingan terus dengan pakar? Mengapa hendak menggunakan syarikat tempatan yang tidak ada kepakaran? Ini adalah satu soalan saya. Yang kedua ialah tentang penyelamatan capability ini, kita sebagai yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu, hanya ada dua submarine, dan negara-negara yang lain semacam NATO, mereka juga outsource kerana kos ini tinggi mengapa kita tidak membuat sedemikian?
Terima kasih Yang Berhormat. Outsourcing kita buat yang berkaitan dengan perkhidmatan rescue per se. Yang kita buat, kita ambil perkhidmatan intervention, the first process apabila kapal selam mengalami keadaan yang sukar. Berkaitan dengan isu Yang Berhormat bangkitkan bahawa syarikat tidak mempunyai kepakaran, sebenarnya kita mendapat empat syarikat yang membuat tawaran. Tiap-tiap syarikat ini ada dia punya principle dia, di mana kalau syarikat Target Resources ini dia bersama dengan partner, of course yang ini ada franchise dengan bersama dengan syarikat Perry Slingby Systems Limited, UK. Begitu juga dengan syarikat-syarikat yang lain ada principle nya, partner dia. Jadi daripada segi kepakaran mereka, ada kepakaran dan inilah merupakan syarikat-syarikat principle mereka memang mempunyai kepakaran. Jadi itu kita berunding dan hari ini yang, hari ini kita masih lagi berunding dalam aspek-aspek teknikal dan juga kita hendak mendapatkan kos penyewaan perkhidmatan sistem SMER ini yang paling termurah sekali daripada pembekal sistem ini nanti. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang juga, adalah berkaitan dengan perolehan sistem Strategic Electronic Warfare yang mana beliau mempersoalkan, mengapa projek ini diberi kepada syarikat Krisi Holding. Sehubungan dengan isu ini, urusan perolehan sistem Electronic Warfare ini sebenarnya adalah dibuat di antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat milik Kerajaan Ukraine sebagai pembekal.
Berkaitan dengan penglibatan Syarikat Krisi Holdings dalam projek ini ianya adalah merupakan wakil sah syarikat pembekal yang telah dilantik oleh pihak pembekal sendiri. Berkaitan dengan lawatan-lawatan yang dibuat oleh pembekal asing tersebut ke lokasi-lokasi tertentu di mana sistem ini dipasang. Ia adalah bertujuan untuk membolehkan pembekal berkenaan membuat reka bentuk sistem mengikut kehendak dan keperluan Angkatan Tentera Malaysia. Berkaitan dengan kehadiran pembekal asing di lokasi-lokasi tersebut, ia adalah sentiasa di bawah pengawasan ATM. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani yang mana adalah berhubung kait dengan Program Latihan Khidmat Negara. Beliau mencadangkan supaya program ini diganti dengan Skim Khidmat Negara Wajib kerana mengikut beliau Skim Khidmat Negara Wajib ini akan memberi banyak manfaat seperti bagi remaja yang berumur antara 18 hingga 24 tahun dapat direjimentasikan pemikiran mereka. Perlakuan mereka agak dapat meningkatkan rasa cinta dan taat setia kepada Raja dan negara.
Seterusnya, Yang Berhormat Sungai Petani juga mengatakan bahawa peserta-peserta yang menyertai skim ini boleh diambil memasuki pasukan keselamatan yang mana dengan ini sekali gus dapat menyelesaikan masalah kurang minat rakyat atau menyertai pasukan keselamatan dan secara tidak langsung mengurangkan masalah gejala sosial. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini kementerian tidak bercadang untuk mewujudkan Skim Khidmat Negara Wajib bagi menggantikan PLKN yang sedang dilaksanakan sekarang. Sebelum saya menjawab isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat, saya ingin menyatakan bahawa saya tidak begitu jelas maksud Skim Khidmat Negara Wajib seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat. Ini kerana, Program Latihan Khidmat Negara ataupun PLKN yang dilaksanakan di bawah Akta Latihan Khidmat Negara 2003 adalah satu program yang wajib juga. Jadi, saya mengandaikan Yang Berhormat bermaksud Skim Khidmat Negara Wajib berkenaan adalah berdasarkan kepada Akta Khidmat Negara 1952. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pertahanan ingin menjelaskan bahawa Akta Khidmat Negara tahun 1952 adalah berbeza daripada Akta Latihan Khidmat Negara 2003 dari aspek roh dan hasratnya atau dengan izin, spirit and intendment kedua-dua akta ini. Kalau saya baca preamble Yang Berhormat berkaitan dengan National Service Act yang ini dengan izin, berbunyi seperti berikut, “An Act relating to the registration of persons for National Service and for the call up of persons so registered to perform services in the arm forces, the police force and civil defence forces...”. Bagi Akta Latihan Khidmat Negara pula matlamatnya seperti ternyata dalam preamble iaitu “Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan kehadiran orang bagi latihan khidmat negara di Malaysia berdasarkan falsafah Rukun Negara untuk menubuhkan Majlis Latihan Khidmat Negara bagi maksud Latihan Khidmat Negara, dan bagi perkara yang berkaitan dengannya dan bersampingan dengannya”. Ini bermakna Akta Latihan Khidmat Negara 2003 adalah asas bagi menyediakan remaja ke arah khidmat negara di bawah Akta Khidmat Negara 1952 ini. Jadi inilah yang kita sediakan dahulu kepada anak-anak muda remaja kita untuk mereka membolehkan bersedia untuk menghadapi cabaran di bawah National Services Act 1952. Jadi dalam apa pelaksanaan untuk mencapai matlamat ini bahawa...
[Bangun]
Pasir Salak bangun Yang Berhormat.
Saya habiskan dahulu saya habiskan dahulu. Duduk. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua jadi, lantaran itu JLKN sebagai pelaksana Akta Latihan Khidmat Negara 2003 telah menjalankan aktiviti-aktiviti yang bermatlamat mendedahkan remaja-remaja kepada semangat patriotisme, perpaduan kaum, semangat kesukarelaan dan mewujudkan nilai positif, kepimpinan dan berkeyakinan diri yang mana program-program ini merupakan asas kepada penyediaan remaja ke arah Khidmat Negara di bawah Akta Khidmat Negara 1952. Sehingga kini, PLKN telah dilaksanakan masuk tahun ke enam dan kajian persepsi yang telah dilaksanakan menunjukkan matlamat yang ditetapkan telah tercapai. Oleh itu, Kementerian Pertahanan tidak bercadang untuk menggantikan PLKN yang sedang dilaksanakan ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya dan minta penjelasan sedikit berdasarkan kepada makluman yang saya peroleh, banyak kem latihan ini yang dibayar duit walaupun pelatih-pelatihnya tidak dihantar. Jadi pengendali kem-kemlah yang untung besar. Jadi saya ingin bertanya sejauh mana kebenarannya perkara ini? Sebab saya tengok ini pengendali kem ini tukar kereta Mercedes, tukar kereta BMW itu pun dia punya lagak pun sudah lain sekarang. Jadi nampaknya ini satu business, a very lucrative, dengan izin. Jadi saya hendak juga mengingatkan Yang Berhormat Menteri jangan tabur-tabur duit begitu sahaja. Kita sekarang dalam keadaan krisis. Keduanya, bila Yang Berhormat kata ini adalah six years iaitu tahun keenam maknanya keluaran daripada kem-kem latihan ini sudah ramai yang keluar dan bekerja juga. Jadi kita dapati ramai daripada mereka yang nampaknya tidak begitu seronok dengan kerajaan. Mengapa boleh jadi begini?
Di mana kecintaannya kepada negara dan sebagainya yang disebut-sebut muluk-muluk itu yang cantik-cantik itu. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sehubungan dengan dakwaan Yang Berhormat daripada Pasir Salak yang mengatakan bahawa kementerian membayar sewa kem-kem ini walaupun daripada segi kehadiran peserta tidak ada. Sebenarnya Yang Berhormat, pada peringkat awal apabila kita melaksanakan program ini kita tidak dapat menjangkakan jumlah sebenar yang akan hadir dalam sesuatu kem. Maka persetujuan dibuat berasaskan dengan anggaran jumlah pelatih itu yang akan dimasukkan ke sesebuah kem itu. Dalam pelaksanaannya usaha-usaha dibuat untuk memastikan supaya pelatih-pelatih dapat dimasukkan di dalam kem mengikut jumlah yang telah ditentukan. Perkara ini saya telah jawab dalam Parlimen lepas yang mana isunya ditimbulkan oleh salah seorang daripada Yang Berhormat di sini. Ia adalah timbul oleh kerana daripada teguran Ketua Audit. Perkara ini pada hari ini telah diperbetulkan apabila perjanjian-perjanjian baru yang dimeterai di antara pengusaha kem dan Kementerian Pertahanan telah memperuntukkan bahawa penyewaan kem adalah berasaskan kehadiran peserta sebenar.
Hari ini boleh dikatakan almost all lah dengan izin, telah memasuki perjanjian baru yang mana hari ini kita buat bayaran, ikut kehadiran. Jadi, tidak timbullah lagi Yang Berhormat...
Akan tetapi saya dengar ada juga berlaku lagi.
Kalau ada maklumat, bolehlah Yang Berhormat bagi maklumat kepada kementerian sebab kita ada inspectorate yang pergi melawat ke kem-kem ini. Pengerusi pun selalu pergi dan saya pun selalu membuat lawatan kerja ke kem-kem ini untuk memastikan, compliance. Yang berkaitan dengan...
Satu Yang Berhormat, semenjak enam tahun kita mengadakan latihan ini, berapa banyak lepasan daripada latihan ini telah menunjuk minat untuk memasuki kerja polis ataupun tentera?
Tuan Yang di-Pertua, kalau dari segi angka saya tidak ada data yang boleh saya kemukakan kepada Yang Berhormat. Akan tetapi kalau ada yang berminat untuk memasuki polis, apa yang kita lihat, mereka tidak keberatan kerana mereka mengetahui apa yang mereka akan melalui jika bahawa mereka memasuki polis atau tentera semasa mereka dalam latihanlah. Jadi bagi mereka yang masuk polis ataupun tentera ini, ianya mudah kerana dapat menyesuaikan keadaan mereka semasa berlatih di pasukan-pasukan sama ada polis atau tentera. Berkaitan dengan isu pelatih yang keluar daripada latihan didapati bahawa dia tidak menyokong kerajaan, saya rasa ini Yang Berhormat Pasir Salak sendiri tahulah apa sebab-sebab dia. Jadi saya percaya tidak perlu saya jawablah. Ini masing- masing tahu apa masalah Yang Berhormat ada dengan pendirian-pendirian masing- masing. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang berkaitan isu seorang pelatih di Kelantan yang terjatuh ke dalam longkang semasa banjir di Kem PLKN Tegas Mesra di Selama, Perak. Sehubungan dengan isu itu, beliau telah mendakwa kenapa JLKN tidak membuat pemantauan ke atas lokasi latihan supaya peserta-peserta PLKN selamat. Beliau juga mempersoalkan kenapa pelatih ini tidak dirujuk terus kepada klinik pakar. Untuk makluman Yang Berhormat, JLKN ataupun Jabatan Latihan Khidmat Negara sentiasa membuat pemantauan berkaitan dengan keselamatan pelatih-pelatih semasa mereka berada dalam kem latihan. Dari segi infrastruktur yang disediakan oleh pengusaha kem, pihak JLKN sentiasa memastikan ianya selamat digunakan. Selain itu, perunding bertauliah juga sentiasa membuat pemeriksaan dan mengeluarkan pengesahan bahawa prasarana kem tersebut selalu digunakan. Sehubungan dengan kes pelatih berkenaan, ianya merupakan kemalangan yang berlaku di luar jangkaan di mana pelatih tersebut tergelincir, terjatuh ke dalam longkang dan tertelan air semasa jatuh. Semasa itu, keadaan air naik di kawasan rendah di kawasan kem tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan...
Mohon laluan Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Saya habiskan dahulu ini Yang Berhormat. Nanti boleh tanya sekalilah. Kalau ada soalan lain lagi.
Terima kasih.
Berkaitan dengan tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara berkaitan dengan kes ini. Pada peringkat awal pihak Kementerian PLKN Tegas Mesra di Selama telah memberi rawatan dan membuat pemeriksaan dan didapati pelatih adalah normal. Pada hari kedua, pelatih telah menunjukkan tanda tekanan perasaan dan pihak kem telah merujuk pelatih ke Hospital Selama. Selepas pemeriksaan dibuat oleh pegawai perubatan, pelatih diberi cuti sakit selama satu hari dan pada 3 Januari iaitu dua hari selepas kejadian, pelatih telah memohon pertukaran ke Kem Cancun Park Pasir Mas, Kelantan di negeri pelatih ini. Pertukaran telah diluluskan pada 5 Januari. Keluarga pelatih telah membawa pelatih ke Hospital Kubang Kerian dan pelatih telah diberi cuti selama tiga hari dan keluarga pelatih membawa pulang ke rumah dan hantar ke kem semula pada 11 Januari iaitu enam hari selepas perpindahan diluluskan. Pada waktu itu, pelatih dilihat dalam keadaan normal. Pada keesokan harinya, iaitu 12 Januari, pelatih didapati oleh penolong pegawai perubatan kem tidak sihat dan terus dirujuk kepada pihak Hospital Pasir Mas dan pada hari yang sama, pihak Hospital Pasir Mas merujuk pelatih ke Hospital Perempuan Zainab, Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan. Pelatih telah dibenarkan keluar pada 1 Februari. Dari tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan kem, JLKN memberi perhatian serius di atas kes ini dan adalah menjadi amalan bagi pihak kem mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan pelatih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ini hendak menyatakan kepada Timbalan Menteri, anak saya bercakap dengan saya. Anak saya. Saya hendak bertanya dengan kementerian lah ya.
Ada anak?
Ada anak. Ada anak. Pelajar-pelajar yang terpilih untuk mengikuti latihan PLKN ini, ada di antara mereka traumatized, takut, bimbang tentang kejadian-kejadian yang telah pun berlaku di kem- kem dan pusat-pusat PLKN. Apabila mereka traumatized, bimbang dan takut, dia secara tidak langsung akan mengganggu kesediaan mental mereka untuk mengikuti latihan di PLKN. Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah tindakan kerajaan untuk memberikan keyakinan kepada pelajar-pelajar yang akan terpilih sebagai pelatih ini, memberi keyakinan kepada mereka bahawa kem PLKN itu adalah selamat dan latihan yang disediakan untuk mereka, latihan PLKN mereka juga selamat, dan mereka akan selamat mengikuti kursus latihan PLKN itu serta akan selamat pulang kepada keluarga mereka. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Mungkin penyertaan anak Yang Berhormat ini, mungkin pada peringkat awal agaknya. Peringkat awal Yang Berhormat?
Maksud saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua, tentang kejadian-kejadian yang telah berlaku di pusat-pusat latihan PLKN ini. Kematian, kecederaan dan sebagainya. Itu yang menjadi trauma kepada mereka.
Sekejap.
Jadi saya hendak minta macam mana hendak meyakinkan pelajar ini. Anak saya kata kawan-kawan dia takut hendak pergi. Maknanya takut tidak selamat pulang ke rumah selepas itu. Terima kasih.
Okey. Yang Berhormat.
Anak saya tidak pergilah.
Saya tanya tadi, adakah...
Ini saya sebut ini tentang pelajar yang terpilih sebagai pelatih bukan soal anak saya.
Yang Berhormat.
Pelajar yang terpilih sebagai pelatih. Terima kasih.
Maksud saya, you dapat.
Yang Berhormat Menteri, dia bukan tanya soalan anak dia.
Tak.
Itu sembang cakap macam sahaja, misalan dia itu. Akan tetapi asas dia soalan dia...
Tuan Yang di-Pertua.
...Apakah pemberitahuan, taklimat dan sebagainya memberitahu dengan anak-anak ini supaya latihan itu tidak menakutkan, tidak payah ditakutkan ataupun keselamatan terjaga dan sebagainya. Ini yang dia tanya itu. Bukan tanya pasal anak dia.
Saya faham Tuan Yang di-Pertua. Maksud saya tadi...
Itu dialog Yang Berhormat. Sebab saya dengar.
Saya faham Tuan Yang di-Pertua. Mungkin apa anak...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bijaksana.
Memang pun... [Ketawa]
Saya faham Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua. Mungkin anak Yang Berhormat memasuki latihan itu pada peringkat permulaan.
Yang Berhormat Menteri, ini bukan soal anak saya...
Tidak. Tidak.
...Ini soal pelajar- pelajar yang jadi pelatih, bukan soal anak saya.
Pada masa itu, mungkin secara penyebaran program itu tidak begitu meluas pada peringkat awal pasal kita baru mula. Jadi hari ini yang mana banyak penyebaran, banyak ceramah dan juga melalui media massa di mana kita mendedahkan berkaitan dengan program-program PLKN yang kita laksanakan ini daripada segi faedahnya, daripada segi kesannya dan sebagainya.
Jadi boleh dikatakan melalui media massa terutamanya dari segi pegawai- pegawai tinggi termasuklah chairman selalu memberi ceramah ke sekolah-sekolah dan juga di kalangan belia dan sebagainya berkaitan dengan program-program ini. Jadi saya percaya hari ini kita melihat bahawa daripada segi masalah mendapatkan pelajar ataupun peserta ini, banyak juga daripada kalangan ibu bapa...
Penjelasan.
Tunggu, Yang Berhormat.
Di kalangan ibu bapa secara voluntary, menghantar anak-anak mereka untuk memasuki kem-kem ataupun untuk mengikuti program PLKN ini.
Ya, Yang Berhormat. Sila, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Berkenaan PLKN, saya bersetuju dengan Timbalan Menteri, banyak promosi dibuat. Cuma saya hendak tanya, kebelakangan ini saya tengok di media elektronik, TV dan sebagainya, promosi PLKN ini dibuat dalam bentuk tarian pula sekarang. Rakan-rakan remaja kita, budak-budak sekolah kita, seolah-olah hendak menarik minat dia, dia tunjuk cara pengiklanan untuk pergi menyertai PLKN ini dibuat begitu rupa, macam menari dan sebagainya. Adakah kita hendak menggalakkan produk macam ini dalam siri latihan kita, menteri? Terima kasih.
Macam musical pula itu, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, ini kadang-kadang dalam menarik minat kepada pihak-pihak yang tertentu, yang terlibat. Ini bagi memastikan supaya mereka ini betul-betul berminat untuk mengetahui apa program. Maka banyak cara untuk hendak menarik. Jadi itulah mungkin apa...
[Bangun untuk keluar Dewan]
Sekejap, sekejap. Saya habiskan dahulu, Yang Berhormat... [Ketawa]
Yang Berhormat, sebenarnya mengikut peradaban Parlimen yang sebaik mungkin, Yang Berhormat, selepas menyoal atau bercakap, jangan keluar dahulu, Yang Berhormat... [Ketawa] [Disampuk] Saya hendak Yang Berhormat duduk dahululah, dengar jawapan dia.
Duduk.
Saya cuma hendak kata sebab itu Yang Berhormat Tenggara susah hati.
Belum habis, saya belum habis jawab.
Sebab disuruh menari di dalam PLKN itu... [Ketawa]
Yang Berhormat tidak setujulah menari itu.
Tidak.
Tidak setujulah. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Jadi itulah di antara cara yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dalam program ini. Mungkin daripada pelaksanaan program itu ada menunjukkan menari sedikit mungkin boleh menarik minat. Kalau misal kata ini ada kesan yang mungkin masyarakat tidak bersetuju, kita boleh mengkaji balik tengok macam mana. Melainkan Yang Berhormat dapat maklumat kata masyarakat kita tidak setuju...
[Bangun]
[Bangun]
Indera Mahkota kah siapa dulu, Kota Melaka? Yang Berhormat Menteri, yang mana satu? Dua orang bangun... [Disampuk] Indera Mahkotalah dulu. Kota Melaka selepas itu.
Terima kasih...
Indera Mahkota dahulu, Yang Berhormat. Duduk dulu, Kota Melaka.
[Menyampuk]
Indera Mahkota dulu?
Terima kasih. Saya ada soalan yang lebih serius daripada yang tadi.
Yang itu serius juga, Yang Berhormat. Saya setuju dengan Yang Berhormat.
Ini lebih serius sedikit.
Ha, serius.
Ada maklumat yang berkenaan dengan PLKN mengatakan beberapa syarikat pembekal yang dilantik untuk menjadi pembekal kepada item-item yang digunakan dalam Skim Latihan Khidmat Negara termasuk Jentayu Ventures Sdn. Bhd. Ada senarainya pada saya. Semakan kepada laporan audit syarikat-syarikat ini dengan terang menyatakan sebahagian daripada syarikat ini telah diminta untuk mengagihkan atau allocate sebahagian daripada keuntungan dia untuk diserahkan semula dalam bentuk kickback expenses kepada personaliti- personaliti dan juga orang-orang yang terlibat mengatur untuk melantik mereka. Adakah perkara ini benar ataupun saya minta penjelasan daripada Timbalan Menteri adakah ini berlanjutan atau pernah berlaku sepanjang enam tahun skim ini berlalu ataupun kalau sekiranya kita punya asas, adakah Timbalan Menteri mewakili kementerian bersedia untuk menyiasat dan melaporkan atau menerangkan perkara ini? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa dakwaan Yang Berhormat Indera Mahkota ini satu sangkaan buruklah. Saya rasa tidak ada perkara-perkara seumpama itu.
Kalau begitu saya akan serahkan kepada Tuan Yang di-Pertua laporan tersebut.
Tidak, Yang Berhormat. Ini satu persoalan sahaja, Yang Berhormat, bukan tuduhan. Sila jawab, Yang Berhormat. Kalau tidak ada, kata tiada. Kalau ada, apa tindakan yang diambil. Kalau penyelidikan hendak dibuat, Yang Berhormat beritahu.
Dalam pengetahuan Kementerian Pertahanan, ianya tidak ada berlaku.
Boleh?
Ya, Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya pun sependapat dengan Yang Berhormat Tenggara iaitu bagaimana kita kena yakinkan kepada pelatih yang akan masuk PLKN sebab beberapa insiden yang berlaku dan menakutkan, bukan hanya pelatih tetapi ibu bapa atau ahli keluarga mereka. Saya ingin hendak tanya sekali lagi atau minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu tentang kematian seorang pelatih yang selepas dia habis bertugas dalam khidmat negara iaitu Ricky Lim. Daripada post-mortem report, laporan post-mortem dikatakan dia mati kerana penyakit myocarditis iaitu satu penyakit akibat daripada virus infection, yang dikatakan dijangkit daripada virus. Kem Latihan Khidmat Negara di Asahan ini berhampiran dengan lima ladang penternakan ayam dan keadaan kesihatan dalam kem amat teruk. Sebab itu bagaimana kita hendak yakinkan? Saya dapati ada pelatih yang dikatakan mereka minta kalau dapat pindah ke kem yang lain. Sebab itu keseluruhannya apakah usaha kerajaan yang telah diambil untuk meyakinkan bahawa keselamatan bukan hanya dalam keadaan kem itu.
Bagaimana kita meyakinkan supaya mereka tidak takut atau trauma seperti tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Tenggara. Saya ingat itu amatlah tepat juga.
Yang Berhormat Menteri, ada hubung kait dengan Kota Melaka ini. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Sebenarnya PLKN ini adalah satu program latihan yang menerapkan nilai jati diri kepada anak-anak kita. Dalam semua program latihan ataupun operasi, memang ada beberapa percent kemalangan ataupun casualties yang patut kita terima, tetapi apa yang terjadi pada ketika ini kita terlalu politikkan benda ini. Sampaikan anak-anak kita ini terlalu manja. Bagaimana kita hendak melahirkan satu generasi anak bangsa yang berkualiti kalau daripada awal kita terlalu dodoikan mereka kerana campur tangan orang-orang politik. Itu yang pertama. Kedua, kalau kita tengok apa yang dilakukan oleh Singapura pada ketika ini menyediakan anak-anak bangsa ini dengan kerahan tenaga selama dua tahun menjadi tentera ataupun polis ataupun pasukan bersenjata. Jadi apabila mereka berkhidmat menjadi pegawai, menjadi pentadbir, mereka telah betul-betul bersedia, tetapi berlainan dengan anak-anak kita di Malaysia yang terlalu dimanjakan. Saya memang menyokong penuh tentang PLKN dan mencadangkan kalau boleh dipertingkatkan modul mereka supaya anak-anak kita keluar jangan lembik lagi. Bahkan kita hendak tengok anak-anak Malaysia betul-betul adalah warganegara yang benar-benar cintakan kepada negara, faham apa itu jati diri, faham apa itu Rukun Negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Kota Melaka dan Jasin. Saya setuju sangatlah dengan pandangan yang dibuat oleh sahabat saya daripada Jasin ini bahawa sebenarnya apa yang berlaku ini ditimbulkan oleh orang politik. Jadi kerana dapat publisiti melalui orang politik ini, maka ianya membuatkan masyarakat yang tidak berkeyakinan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, jangan salahkan orang politik sahaja. Orang politik okey, tetapi orang surat khabar pun satu hal, dia terlalu besarkan perkara ini.
Yalah. Bila orang politik buat, akhbar pun pick-up. Jadi, ini pun sama-sama salah. Macam Yang Berhormat Kota Melaka ini, macam kata Yang Berhormat Jasin tadilah, bahawa kita memang tidak boleh lari. Sedikit sebanyak ada perkara-perkara yang berlaku ini ada berlaku, tetapi tidaklah begitu meluas. Ini di luar pengawalan kita, Yang Berhormat.
Hendak tambah sedikit, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya katakan usaha sebab sungguhpun mempunyai kemungkinan berlaku sedikit, tetapi bagaimana kita menunjukkan betapa seriusnya kita memandang kepada kes-kes ini. Saya hendak tahu, adakah pihak kementerian sudah mengadakan siasatan tentang kes-kes yang berlaku seperti Ricky Lim ini dan apakah jawapan kepada keluarga supaya ini juga meyakinkan keluarga pelatih yang lain. Satu lagi yang saya ingin tahu ialah tentang insurance scheme kepada pelatih ini, adakah selepas 72 jam keluar daripada kem itu tidak di cover oleh insurance scheme ini. Minta sedikit penjelasan mengenai insurans ini.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Berkenaan dengan insurance scheme, nanti saya akan jawab secara bertulis. Saya tidak ada maklumatnya. Berkaitan dengan keyakinan ini, pihak penguasa kem memang begitu serius dan sentiasa membuat pemantauan kerana pegawai-pegawai atasan termasuk saya sendiri, termasuk Pengerusi PLKN dan juga pegawai-pegawai kanan seperti Ketua Pengarah JLKN dan pegawai-pegawai lain sentiasa melawat kem-kem ini memberi penekanan kepada keselamatan dan juga kepada masalah-masalah kesihatan para pelatih. Malahan semasa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menjadi Menteri Pertahanan telah menekan dan menegaskan kepada semua pegawai kem bagi memastikan supaya keadaan kesihatan dan keselamatan pelatih-pelatih ini mesti diberi priority supaya kejadian-kejadian yang selama ini berlaku tidak akan berlaku. Kita mengharapkan supaya kejadian ini sifar persen. Ini yang telah dibuat, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya telah...
Saya sedikit sahaja. Tadi saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Jasin ada sebut tentang modul di Singapore. Memang jika anak saya pun saya akan mengarahkan mereka mendapatkan latihan sebegini supaya apabila mereka keluar daripada kem atau pun training ini mereka berkeyakinan dan bersemangat. Memang disiplin adalah yang penting sekali. Oleh sebab itu saya hendak bertanya, adakah pihak kementerian sedang mengkaji semula tentang program ini supaya dapat menaikkan tarafnya kepada yang lebih sesuai untuk rakyat kita.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kota Melaka. Kalaulah semua ibu bapa macam semangat Yang Berhormat Kota Melaka ini saya rasa kita tidak ada masalah untuk melaksanakan program seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat daripada ...
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat, Yang Berhormat hendak bagi Yang Berhormat Sungai Petani, yang memulakan soalan ini tadi, Yang Berhormat.
Ya, daripada Sungai Petani. Kalau ada...
Daripada Sungai Petani kita sudah pergi ke Melaka semua sekali ini.
Sekejap, sekejap. Saya habiskan dulu.
Jasin pun sudah pergi. Sila, Yang Berhormat.
Sebagaimana yang disarankan oleh Yang Berhormat Sungai Petani supaya kita menggantikan program ini kepada program wajib ini. Jadi, yang kita buat hari ini kita hendak menyediakan persiapan supaya anak-anak kita ini ada ciri-ciri yang lebih mantap lagi supaya mereka boleh menghadapi, kalau kita melaksanakan program di bawah Akta Khidmat Negara 1952 ini.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Itulah yang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberitahu kita sama ada kerajaan setelah melihat masalah remaja, setelah melihat 20 tahun yang kebelakangan ini kita berbelanja RM1 bilion untuk menyelesaikan masalah dadah, setelah kita juga berbelanja dalam PLKN sebanyak RM2.3 bilion dan banyak kerenah, complaints dan sebagainya. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jasin sebenarnya supaya kita review balik PLKN dan kemudian inject sungguh-sungguh program PLKN ini supaya kita expand menjadi kerahan tenaga, kerana ia boleh menyelesaikan banyak masalah. Setiap hari 19 orang penagih baru dan setiap tahun ini sahaja kita akan membelanjakan RM108 juta untuk menyelesaikan masalah dadah. Budak-budak kita keluar sekolah, kerja tidak ada. Akan tetapi kalau kita boleh lihat balik akta ini dan saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri juga bersetuju dengan saya supaya kita review sungguh- sungguh. Akhirnya kita expandkan program ini menjadikan program khidmat kerahan tenaga. Saya bersetuju sangat dengan Yang Berhormat Jasin, dia bekas askar dan saya juga bekas latihan tentera. Jadi, sekali gus budak-budak kita yang keluar SPM masuk ke dalam latihan tentera. Habis enam bulan rekrut, setahun setengah, ada pilihan seperti Tuan Yang di-Pertua kata tadi hendak masuk polis atau hendak masuk tentera. Maknanya campur rekrut, campur masa dia bekerja itu jadi dua tahun. Maknanya, kalau dia masuk 19, 20 tahun, by the time dia keluar daripada pasukan tentera atau polis dia masuk universiti, lagi empat tahun. Bila dia keluar universiti umurnya sudah 25 tahun, tidak sempat dia hendak merempit, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, dia sudah bersedia untuk menjadi seorang warganegara yang taat setia kepada Raja dan negara, sayang kepada kerajaan insya-Allah dan dia akan hormat kepada autoriti sebab kita sudah melalui satu proses regimentation, bukan sahaja regimentation minda tetapi juga kesepaduan dalam berpasukan. Oleh yang demikian, banyak masalah kita selesai. Hari ini pun kita belanja RM2.3 juta.
Jadi, saya cadangkan adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju supaya kita buat review, panggil konsultan lihat balik PLKN dan kita cadangkan kepada kerajaan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita ada tiga minit lagi. Yang Berhormat Hulu Terengganu bangun, hendak bagi soalan dulu dan jawapan selepas ini.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, salah satu kejayaan dalam menjalankan modul ini ialah tenaga pengajarnya. Adakah tenaga- tenaga pengajar ini benar-benar yang berkelayakan dan disaring supaya apa yang dibawa dalam menjayakan modul ini selaras dengan apa yang dikehendaki oleh rancangan kita ini. Kalau tidak ia menyebabkan berlaku penyelewengan di mana-mana. Minta penjelasan.
Silakan, Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Petani dan juga Yang Berhormat Hulu Terengganu. Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat Sungai Petani, saya setuju seratus peratus. Saya pun daripada bekas pasukan keselamatan. Saya tahu betapa eloknya ada disiplin diri, jati diri dan sebagainya, Yang Berhormat.
Orang polis, Yang Berhormat?
[Ketawa] Macam Tuan Yang di-Pertua jugalah. Jadi, masalahnya Tuan Yang di-Pertua, baru kita dengar bahawa masih ada kalangan masyarakat kita traumatized berkenaan dengan program ini. Jadi, ini yang hendak kita atasi masalah ini untuk menyesuaikan keadaan, di mana akhirnya matlamat akta ini untuk menyediakan anak-anak kita untuk menyesuaikan diri semasa hendak menjalankan Program Khidmat Negara dapat kita laksanakan tanpa ada masalah oleh mana-mana pihak. Bagi Yang Berhormat Hulu Terengganu berkaitan dengan tenaga-tenaga pengajar, memang orang-orang yang mempunyai kemahiran dan ilmu. Kalau dari segi latihan kawad dan sebagainya bahawa kebanyakan yang menjadi jurulatih adalah daripada bekas-bekas tentera. Berkaitan dengan program-program dalam motivasi, maka pakar-pakar yang kita ambil daripada luar yang mempunyai pengalaman dan kelulusan, kita mengambil mereka untuk menjalankan program-program kita ini. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya telah menjawab kesemua soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat melainkan ada beberapa Ahli Yang Berhormat yang saya berjanji untuk memberi jawapan secara bertulis, saya akan meminta pihak-pihak yang berkaitan untuk berbuat demikian. Saya rasa setakat itu sahajalah, Tuan Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi mesyuarat pagi ini kita tangguhkan dahulu dan kita mula semula pada pukul 2.30 petang nanti dan Kementerian Kewangan mula menjawab. Terima kasih. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Sebelum Menteri Kewangan gulung, saya jemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri membacakan usul dahulu.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam ini, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa 3 Mac 2009.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Yang Berhormat Tan Sri sila.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian serta memberi cadangan dan pandangan yang bernas terhadap beberapa perkara yang diutarakan dalam perbahasan Titah Diraja. Beberapa isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan juga telah dibangkitkan dan Ahli Yang Berhormat telah memberi pandangan yang baik dan cadangan yang membina untuk kepentingan rakyat dan negara. Bagi pihak Kementerian Kewangan saya akan menjawab soalan-soalan dan menjelaskan perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Mana-mana perkara yang tidak sempat dijawab sukacita saya memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan akan memberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya. Ahli Yang Berhormat Gombak dan Ahli Yang Berhormat Batu Gajah meminta kerajaan menyatakan bidang keutamaan di dalam pakej rangsangan pertama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi pakej pertama berdasarkan kepada keadaan ekonomi pada masa itu tumpuan telah diberi kepada tiga bidang utama iaitu menjamin kesejahteraan rakyat termasuk membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana, pelaksanaan projek rumah terbengkalai, memantau sistem penyelenggaraan infrastruktur awam dan projek infrastruktur asas. Kedua, membangunkan modal insan berkualiti termasuk menubuhkan dana latihan, program latihan kemahiran belia dan bantuan kepada sekolah serta ketiga memperkukuhkan daya tahan negara termasuk penubuhan dana untuk menarik pelaburan swasta, menaik taraf, membaik pulih kemudahan-kemudahan awam seperti hospital dan jalan raya dan melaksanakan projek jalur lebar kelajuan tinggi. Sehingga kini 8,474 projek berjumlah RM567.9 juta sedang dilaksanakan. Daripada jumlah ini 6,239 projek berjumlah RM392.5 juta adalah Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) di bawah seliaan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Ini merupakan 65 peratus daripada jumlah RM600 juta yang telah diperuntukkan bagi program PIA dan PIAS di seluruh negara. Ramai Ahli Yang Berhormat juga berminat mengenai pakej rangsangan ekonomi kedua termasuk penjelasan yang diminta oleh Ahli Yang Berhormat Bandar Tun Razak dan Putatan. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada 10 Mac 2009 ini adalah lebih besar dan lebih komprehensif yang meliputi semua sektor ekonomi serta langkah- langkah percukaian bagi menangani kesan krisis ekonomi global di atas negara kita.
[Bangun]
Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur dan Indera Mahkota...
Tan Sri, saya ucapkan tahniah Tan Sri, Tuan Yang di-Pertua. Ini bajet yang akan dibentangkan 10 hari bulan ini sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat. Inilah menunjukkan keprihatinan kerajaan. Kita memang kerajaan yang bertanggungjawab. Saya harap benar-benarlah rasa tanggungjawab yang akan memang telah pun disempurnakan dan akan disempurnakan melalui mini bajet. Namanya mini. Saya harap kesannya akan besar dan jumlahnya juga. Saya tak tahulah apa maksud mini itu kalau jumlahnya agak besar dalam masa kegawatan ini agaknya ia akan memberikan rangsangan yang lebih kepada ekonomi negara dan rakyat. Terima kasih Tan Sri, bagaimana sebenarnya.
Tan Sri, kalau boleh sambung? Terima kasih Tan Sri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya masih mengenai pakej rangsangan ekonomi. Ada dua perkara yang saya hendak timbulkan di sini. Dalam pakej pertama tadi ditimbulkan bahawa sebahagian besar daripada peruntukan yang dikhaskan kepada kementerian berkenaan dikhaskan untuk pembinaan rumah terutamanya rumah kos rendah. Saya difahamkan terdapat rumah-rumah kos rendah terutamanya di negeri Selangor yang 20,000 masih belum dijual. Jadi kalau pembinaan rumah kos rendah ini diteruskan dan ianya tidak dapat hendak diagihkan kepada pembeli bagaimanakah akan berlaku pakej rangsangan yang bertujuan pertumbuhan ekonomi yang berganda tadi. Jadi saya minta Yang Berhormat Tan Sri dapat memberi penjelasan mengenai perkara ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Sik atas soalan- soalan tadi.
Saya bersetuju bahawa bajet mini sungguhpun disebut mini sebab bajet sebenarnya dibentangkan pada bulan Oktober. Sungguhpun disebut mini tapi pada konsep ini akan merupakan satu bajet yang menyeluruh dan juga kita tahu bahawa bajet yang akan dibentangkan pada 10 Mac ini dibuat dalam satu persekitaran ekonomi yang begitu runcing dan mencabar dan kita juga tahu bahawa krisis ekonomi kali ini berpunca daripada falsafah ekonomi dengan izin unfated market fundamentalism yang berasaskan modal kapitalisme Anglo-Saxon yang diamalkan di Barat yang menjurus kepada perbelanjaan dan penggunaan di luar kemampuan dan disokong oleh sistem kewangan yang berdasar nisbah tanggungan yang terlalu tinggi. Kuasa pasaran dibiar berleluasa tanpa kawal selia yang berhemah. Apabila pasaran sub prime di Amerika Syarikat merudum, keseluruhan sistem kewangan dunia menjadi gawat.
[Bangun]
Dah nak habis. Antara sebab-sebab utama krisis ini berlaku adalah penularan aktiviti spekulasi yang telah membawa kepada speculative bubble dalam pasaran aset dan komoditi dan hartanah. Pengembangan kredit yang tidak mampan dan tanpa mempunyai asas-asas yang kukuh dan juga pewujudan produk kewangan kompleks yang tidak dikawal yang berasaskan kepada ideologi neo liberal. Ini berikutan keghairahan mewujudkan produk pasaran kewangan baru yang kompleks terutamanya di Amerika Syarikat.
Terima kasih Tan Sri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Krisis ekonomi dunia, krisis yang mungkin kita berdepan dengan masalah kewangan negara kita, Tan Sri. Tan Sri jangan lupa kemarahan, kesengsaraan rakyat di peringkat akar umbi yang sedang berlaku, yang telah berlaku dan mungkin yang akan berlaku pasti akan berlaku iaitu banjir. Menteri Alam Sekitar berada dalam Dewan ini, mendengar ini Tan Sri. Setiap kali, setiap bulan kalau tidak setiap minggu ada juga banjir di negara kita tidak kira di Sarawak, Sabah, Putatan, kawasan Tasik Gelugor mungkin, banjir. Di Kuala Lumpur pun banjir. Jadi, Tan Sri jangan lupa ini Tan Sri. Jangan biar orang marah sama kerajaan. Bajet walaupun mini ini sediakan peruntukan secukupnya untuk menangani masalah banjir. Boleh Tan Sri?
[Bangun]
Boleh.
Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri, soalan saya berkait dengan Pakej Rangsangan Satu. Beberapa analisa media khususnya media business mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia telah melepaskan satu peluang yang bagus untuk cushion ekonomi oleh kerana implementasinya itu kurang baik ataupun poor, and implementation is equally poor. Berbangkit kepada negara-negara lain seperti Australia di mana pakej pertama mereka telah dikemukakan pada 1 Disember 2008 dan mereka telah mengeluarkan lebih kurang AUSD9 bilion – AUSD10 bilion untuk spike economy sebanyak 1.2 peratus iaitu untuk cushion ekonomi mereka yang mereka sangka akan dahsyat pada tahun ini tapi Kerajaan Malaysia telah mengemukakan pakej stimulus pada 4 November 2008 tetapi sampai minggu ketiga Januari wang baru sampai kepada kementerian. Bukankah ini bermaksud bahawa pihak Kementerian Kewangan termasuk pihak kerajaan tidak bertanggungjawab untuk mengatasi masalah yang begitu serius yang dihadapi bukan sahaja oleh pekerja tetapi juga orang ramai dan juga pihak business dan sebagainya. Minta pandangan.
Minta laluan.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Soalan saya ialah bersusulan dengan apa yang telah disebut oleh Tan Sri Timbalan Menteri tadi ialah krisis ekonomi global ini berpunca daripada ideologi neo liberal yang melanda yang juga mendominasikan falsafah ekonomi kita tapi kita juga menyaksikan lebih kurang ada cycle setiap 10 tahun kita menghadapi krisis ini. 10 tahun yang lalu kita juga menghadapi krisis kewangan serantau di Asia. Saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah kerajaan berkali-kali menghadapi krisis ini, tidak dapat membina satu benteng untuk membela atau mempertahankan ekonomi kita, itu satu. Kedua, adakah kerajaan mengamalkan ideologi yang berbeza dengan ideologi dominan ini iaitu neo liberal. Yang ketiga ialah pakej stimulus ini, perangsang ini pada pandangan saya nampaknya kita juga terjatuh dalam falsafah ini, kita tidak berbeza. Kalau kita mengamalkan dasar yang berbeza, yang lebih mengutamakan pekerja, mengutamakan membantu industri perkilangan tempatan yang mempunyai unsur-unsur lebih banyak protectionism dan juga sosial demokratik dalam kebajikan. Semua ini saya tidak nampak dalam pakej yang sebelum ini dan kita belum lagi menyaksikan mini bajet yang baru tapi pakej selama ini yang dilakukan oleh kerajaan seolah-olah juga mengikut falsafah dominan ini. Boleh Timbalan Menteri tolong jelaskan? Terima kasih.
Boleh saya tambah sikit menteri?
Yang Berhormat, ini dah macam dialog Yang Berhormat. Menteri nak jawab dululah. Banyak dah soalan.
Ya, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, sila Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, banyak isu-isu yang telah dibangkitkan memang adalah isu yang begitu penting yang sedang diperbahaskan di merata tempat. Berhubung dengan isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik tadi tentang sistem perumahan, sistem pembinaan perumahan, tentang kelemahan- kelemahan yang wujud dalam aspek ini, kerajaan sedar dan langkah-langkah akan diambil untuk memperbaiki sistem ini supaya kita dapat mewujudkan satu sistem yang lebih lengkap dan berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang tadi, memang kerajaan sedar tentang pentingnya satu pakej stimulus diwujudkan dan oleh kerana itulah Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah membentangkan pakej pada bulan November.
Pada masa itu, sungguhpun keadaan ekonomi di negara-negara lain nampak runcing tapi pada bulan November, Disember dan Januari, kita nampak begitu teruknya keadaan ekonomi dan sebagai sebuah kerajaan yang responsif, yang sedar tentang cabaran, kita akan membentangkan satu lagi pakej pada 10 Mac ini. Berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat PKR tadi tentang aspek dominant Anglo-Saxon capitalism, sistem kapitalisme Anglo-Saxon, sekarang ini sudah wujud semacam satu perbahasan dan di NewsWeek juga keluar satu artikel yang mengatakan bahawa dengan izin, we are now all socialist dan kita nampak sekarang di Amerika Syarikat sekalipun bank-bank sudah pun dimiliki oleh kerajaan, sungguhpun dengan izin the end word, the word nationalization jarang disebut dan dielak digunakan di Amerika Syarikat tapi kita tahu bahawa sistem mereka yang memberi begitu banyak penghormatan kepada dengan izin, the invisible hand of the market tidak lagi boleh diterima dan memang gagal dan kini sudah wujud semacam persetujuan bahawa kita harus mencari satu sistem yang lain dan banyak pihak juga menganjurkan, berfikiran bahawa sistem baru akan mirip kepada sistem sosialisme.
Yang anehnya dalam dialog dan dalam perbahasan tentang kapitalisme khasnya kapitalisme ala Anglo-Saxon dan sosialisme tidak ada pihak yang memberi pandangan lain yang mengutarakan sistem kewangan Islam. Ini adalah sebab kita dari di antara dua selain dari dua sistem ini sudah wujud satu sistem di peringkat antarabangsa iaitu sistem ekonomi Islam. Akan tetapi sehingga kini apabila kita sebut tentang ekonomi Islam, banyak kita tertumpu kepada sistem perbankan dan ada juga sistem kewangan. Akan tetapi mungkin inilah hikmah dari krisis ini sebab kalau negara-negara Islam termasuk Malaysia dapat memberi satu pilihan iaitu sistem ekonomi Islam. Saya yakin dan percaya bahawa sudah wujud masanya kita mengemukakan satu sistem ekonomi Islam yang lengkap yang mempunyai nilai-nilai yang boleh diterima oleh semua supaya ini dijadikan satu lagi pilihan selain dari kapitalisme dan sosialisme.
Yang Berhormat Jasin dahulu Yang Berhormat Tan Sri. Yang mana satu dahulu? Yang Berhormat Jasin dahulu bangun dan selepas itu Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cukup tertarik dengan beberapa gagasan dan lontaran yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Akan tetapi ia mungkin bukan pentasnya untuk kita panjangkan discourse dan dialog ini. Krisis ini memberi peluang kepada kita Tuan Yang di-Pertua untuk berfikir out of the box dengan izin. Sebelum kita masuk kepada perbincangan yang lebih fundamental dengan mengutarakan satu modality yakni Islamic finance dan kewangan bahkan Islamic economy itu sendiri. Saya ingat kita ambil satu langkah ke belakang untuk kembali melihat permasalahan besar di samping apa yang disebutkan Menteri sebentar tadi yang saya bangkitkan dalam perbahasan saya. Di antara lainnya supaya kita perlu revisit even the concept of GDP Yang Berhormat Menteri kerana GDP hari ini dengan istilah yang digunakan oleh economist the brown GDP. The brown GDP itu tidak membayangkan sebenar-benarnya apa yang merupakan satu yang sustainable kerana tidak mengambil kira destruction of resources dan depreciation of resources, depletable resources yang kalau kita boleh kembali kepada situ dahulu. Sebelum kita berbincang tentang ideologi kapitalis, sosialis dan Islam, saya ingat itu peluang yang besar untuk kita dapat melihat, saya minta komentar daripada Menteri. Kalau kita kembali untuk memahami bahawa kita perlu hari ini seperti mana hari ini sudah digagaskan tentang green industries. Green GDP itu yang European Union atau pun barat sudah menerima tetapi kita...
Ringkaskan Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat sudah sebut.
Baik, saya minta untuk Menteri, apakah ini peluang untuk kita revisit konsep-konsep ini dahulu dan daripada situ kita masukkan terus dalam penghayatannya, dalam stimulus pakej ini. Maksudnya dengan kata lain sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua.
Hari ini kita ambil peluang stimulus injection ini bukan hanya kepada suntikan infrastructure, ia mesti mengembalikan purchasing power of the people, rakyat dan terus merangsang supply side economics, demand side economics itu istilahnya. Akan tetapi pada pandangan saya Tuan Yang di-Pertua perlu kali ini stimulus menyuntik 6 peratus kah daripada GDP, 5 peratus kah terus memberikan keupayaan kepada semua segmentasi dan golongan rakyat, the lower, middle, upper middle dan seluruhnya supaya benar-benar dapat kita rangsang kembali. Kita tidak perlu bercakap tentang growth, keterlaluan sangat sebab kalau kita visit balik, green GDP itu satu perbincangan yang lain dan kita akan kembali mendepani seluruh perkara ini dengan satu pemikiran yang lain, just not about growth dan pertumbuhan, terima kasih.
Saya ingat Yang Berhormat sudah banyak berucap. Yang Berhormat Jasin.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama saya hendak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Ini kerana telah dapat menerima satu hakikat dalam ucapan Yang Berhormat Menteri tadi kerana kita menghadapi satu masalah yang cukup meruncing pada ketika ini dalam menghadapi masalah ekonomi yang cukup serius, itu kita telah terima hakikat. Sekurang-kurangnya kita telah mengambil satu tindakan yang berpatutan bagi memastikan supaya kita dapat menangani masalah besar. Ini kerana petanda-petanda yang cukup banyak yang pertama apabila kerajaan telah menyuntik pakej rangsangan yang pertama sebanyak RM7 bilion yang menyebabkan 0.9 daripada GDP kita. Sekarang kita hendak suntik lagi mini bajet pula. Jadi makna petanda sudah cukup jelas. Keduanya, apabila kerajaan memperkenalkan dengan pengurangan OPR kita sudahkan kurangkan sampai 1.5 peratus. Ini satu cukup terang dan selanjut selepas itu kita kurangkan pula SRR kepada 1 peratus. Sebenarnya yang kedua saya hendak setinggi tahniah sebelum saya masuk yang lain kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Kerajaan Barisan Nasional yang sebenarnya telah dapat mengurus kewangan negara dengan begitu cemerlang sekali. Mungkin kita telah belajar daripada kesilapan kita pada masalah yang lalu. Sekarang kita lebih prudent kerana kita telah buktikan selain daripada pertumbuhan kita secara positif, 4.6 untuk tahun 2008. Ini sudah cukup hebat berbanding dengan negara- negara lain yang menghadapi negatif pada ketika ini. Pada masa yang sama akaun semasa kita pula supples, NPL kita baik, 2.2 sahaja, taraf pengangguran kita masih lagi hebat dan juga trade kita masih surplus dan yang baik sekali Yang Berhormat Menteri kita masih lagi ada dengan izin strong liquidity dan juga international reserve dengan izin, cukup hebat.
Apa soalannya Yang Berhormat?
Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri sekarang. Dalam pakej rangsangan kita, selain daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi kita mesti memberikan perhatian kepada infrastruktur yang banyak dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Putatan kata banjir. Kita di kampung-kampung, di mana sebahagian besar daripada orang kampunglah sebenar yang mendukung kerajaan pada ketika ini. Seharusnya Kerajaan Barisan Nasional mesti memberikan perhatian khusus kepada apa juga masalah yang dihadapi oleh orang-orang luar bandar, banjir, masalah jalan yang teruk dan masalah pertanian. Jadi kita boleh naikkan dan tingkatkan lagi ekonomi mereka kerana merekalah orang kampung inilah yang sebenar-benarnya memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, biar saya jawab soalan-soalan yang dibangkitkan tadi, selepas itu saya akan beri peluang untuk tanya soalan lain. Saya belum habis tentang soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Batu tadi tentang kalau kita ini tidak bersetuju dengan sistem kapitalisme ala Anglo- Saxon, apakah pendekatan kita? Kita tahu bahawa dalam tahun-tahun sejak merdeka dahulu kita tidak beri satu pengiktirafan kepada the invisible hand of the market dengan izin, kepada tangan ghaib pasaran.
Kita tahu bahawa untuk mewujudkan satu sistem ekonomi yang adil untuk semua, kerajaan harus campur tangan dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa wujud satu sistem yang betul-betul adil dan kita tidak percaya bahawa tangan ghaib pasaran dengan sendirinya akan melakukan keadilan. Itu pegangan Amerika Syarikat. Itu bukan pegangan kita sejak dari dahulu lagi. Ini satu perbezaan yang begitu ketara sebagai menjawab kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Batu tadi. Isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor itu begitu menarik dan malangnya kita tidak ada masa untuk berbincang dengan lanjut tentang perkara ini.
Saya setuju 100 peratus bahawa konsep GDP yang diutamakan di banyak- banyak negara dan di antara banyak economists, bukan satu konsep yang begitu lengkap atau sempurna. Kebetulan, di negara Bhutan sebenarnya dia tidak pakai GDP (gross domestic product). Dia pakai gross happiness product, gross happiness index (GHI). Ada juga falsafah yang boleh menyokong tentang konsep yang lebih menyeluruh dari GDP sebab kita tahu bahawa GDP itu selain dari isu sustainability dengan izin, dan juga isu green yang tidak diberi prioriti atau keutamaan dalam GDP konsep keadilan juga tidak termasuk dalam GDP. Ini disebabkan GDP hanya memberi tumpuan kepada pengeluaran dan sama ada pengeluaran itu dibahagikan, kemakmuran negara dibahagikan dengan adil kepada semua rakyat ini tidak termasuk langsung dalam konsep GDP. Jadi,saya setuju bahawa selain dari GDP, kita juga harus memberi fokus dan tumpuan kepada aspek-aspek lain dalam perkembangan ekonomi. Yang Berhormat Jasin telah minta bahawa kerajaan memberi tumpuan dan fokus khususnya kepada isu-isu infrastruktur seperti juga yang disebutkan oleh Yang Berhormat Putatan tadi supaya isu-isu seperti masalah banjir dapat diatasi. Ini akan dilakukan dalam Mini Bajet yang akan dibentangkan.
Minta penjelasan Yang Berhormat.
Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak minta penjelasan ringkas sahaja iaitu berkenaan dengan kenyataan Yang Berhormat Perdana Menteri semasa merasmikan sambutan Tahun Baru Cina di Bukit Bintang baru-baru ini, memberi peringatan kepada kita bahawa kita sedang mengalami penurunan dalam nilai aset sebanyak 31 peratus, disebut pada majlis tersebut dan kita diminta supaya mengadakan persediaan terhadap fenomena ini. Adakah ini juga berkait rapat dengan peringatan beliau berkenaan dengan massive flight out of capital dengan izin, yang banyak di apply atau dimohon oleh terutamanya investor-investor asing. Sekiranya nilai aset kita menurun sebanyak itu, adakah pada pandangan kita sekarang kita sedang mengalami penurunan yang lebih daripada itu. Kalau benar itu berlaku, apakah persediaan kita terutama dalam mengumumkan Mini Bajet yang akan dibincangkan 10 Mac ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tahu sama ada kerajaan sudi membentangkan satu laporan terperinci atau laporan khas berkenaan bagaimana perbelanjaan, pemakaian atau pelaksanaan projek-projek di bawah pakej rangsangan ekonomi yang pertama RM7 bilion itu telah dijalankan. Bentangkan satu laporan dalam Dewan agar kita boleh sama-sama menilai kejayaan pakej rangsangan ekonomi pertama itu sebelum pembentangan pakej rangsangan ekonomi yang kedua. Jadi, kita boleh tahu ke mana pergi perbelanjaan RM7 bilion itu, maklumat secara terperinci. Kedua, ini tanda tanya seorang ahli peniaga. Dia tanya, dia hendak minta saya sampaikan. Harga minyak sawit mentah dan harga petroleum sebelum ini pada waktu pembentangan Bajet 2009 tahun lalu masih tinggi dan sekarang harganya telah menjunam, kedua-dua komoditi ini. Mereka tanya dari mana kerajaan akan mendapatkan dana untuk pakej rangsangan ekonomi ini? Pohon penjelasan. Terima kasih.
Kalau Yang Berhormat ada mempunyai jawapan dalam ucapan itu, tidak payah jawab semasa ini lah.
Isu tentang soalan Yang Berhormat Indera Mahkota tadi tentang flight of capital, ini biasa sebab dalam masa kegawatan ekonomi dunia, mereka yang telah melabur di negara-negara lain akan menarik balik pelaburan mereka. Faktor yang penting sekali yang menjurus kepada penarikan balik capital mereka ialah sebab mereka begitu banyak kerugian di negara sendiri sebab harga pasaran telah merudum. Mereka memerlukan wang untuk membayar balik apa yang telah mereka laburkan dalam tabung mereka, unit trust atau pun asset management. Oleh kerana harga telah merudum di negara mereka, mereka perlu menjual aset negara lain dan membawa balik wang untuk membayar balik depositnya. Ini biasa dan di negara kita juga kita menghadapi keadaan ini. Ini bukan merupakan satu keadaan yang rumit untuk kita sebab kita mempunyai reserve yang begitu tinggi. Dari reserve itu, kita boleh memulangkan wang yang dikeluarkan oleh asset managers. Isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi tentang economic package. Di mana kita dapat wang untuk rangsangan. Sejak dahulu lagi, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan kita telah menguruskan ekonomi dengan begitu berhemah, begitu prudent sekali berbanding dengan negara-negara lain. Sebagai misalan, di Amerika Syarikat Gross International Liability dengan izin, adalah 16.3 trilion, gross international liability. Satu jumlah yang begitu besar. Sebenarnya, 80 peratus dari segala simpanan di dunia dipinjam oleh satu negara, Amerika Syarikat. Itu satu isu yang lain sebab sistem mikro ekonomi yang wujud tidak begitu adil tetapi berbanding dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, kita telah menguruskan ekonomi kita dengan begitu baik. Dalam masa-masa seperti inilah, dalam masa-masa kurang selesa, dalam masa kegawatan, kita ada ruang dan kita ada peluang untuk meminjam dari pasaran sebab dalam keadaan biasa kita tidak meminjam sangat. Ada waktu kita meminjam dari luar negara tetapi kita bayar balik lebih awal. Jadi, kita ada peluang dan ruang untuk meminjam. Kita akan meminjam untuk memastikan bahawa rakyat khasnya mereka yang berpendapatan rendah dapat dibela. Dalam keadaan hari ini Tuan Yang di-Pertua, yang penting sekali dua perkara; (i) syarikat-syarikat kewangan dan bank-bank harus terus memberi pinjaman kepada projek-projek yang baik, yang elok dan yang penting; dan (ii) kerajaan harus melaksanakan ekonomi dengan sedemikian rupa supaya aggregate demand penggunaan swasta dapat dipertingkatkan. Ini akan dilakukan oleh kerajaan.
[Bangun]
Yang mana satu Yang Berhormat.., Yang Berhormat Klang atau pun Bintulu?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Tadi kita soal mengenai isu banjir ini. Selalunya kita melaksanakan projek, kalau projek mega besar, kita selalu go by-phases, dengan izin. Di sini saya minta sedikit penjelasan atau pun setuju kah tidak Yang Berhormat mengenai isu banjir ini. kita selalu go phases-by-phases.
Kita ada perasan kah atau tidak, selalunya kita daripada save cost, simpanan, kita tidak mahu jalankan semua atau pun kewangan tidak mencukupi, we go by phases. Akan tetapi last sekali, bila melaksanakan projek itu, on the ground tidak begitu sesuai. Akhir sekali, banjir lagi dan rakyat marah dengan kita. Sekarang Kementerian Kewangan ada sedar atau tidak Sabah dan Sarawak banjir dengan begitu teruk kali ini, rakyat semua begitu marah. Walaupun kita ada bantuan daripada Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri, itu memang tidak mencukupi, mungkin RM500 ribu atau RM2,000 tetapi satu rumah furniture, semua barang sudah rosak. Jadi daripada segi infrastruktur semua hancur, mahu membina balik ataupun membaik pulih. Berapa kerugian kita? Kerajaan boleh tak pertimbangkan semula macam projek-projek banjir ini merupakan kepentingan rakyat.
Kita teruslah beri masuk projek ini sebagai the priority ataupun kita peruntukkan kalau tidak cukup, kita buatlah satu dasar differ payment, sekali gus bagi habis. Kalau tidak kita by-phases, kalau kita buat hilir, tempat lain akan banjir, kita buat tengah, mungkin hilir banjir. So something like that, neither here neither there dengan izin. Kalau boleh kita buat teruslah sekali gus, boleh tak?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Beberapa Ahli Yang Berhormat dalam ucapan mereka telah membangkitkan soalan R, the word R iaitu recession, the buzz word recession. Kalau kita nampak The Edge magazine, dia punya tajuk dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “Is economy falling off a cliff”. Basically they are questioning whether we all ready in the recession or not. Dan kita dapati the last quarter Yang Berhormat Menteri, bahawa real GDP growth hanya 0.1 peratus dan kita dapati bahawa eksport sudah jatuh 13 peratus, domestic demand ataupun permintaan dalam negeri telah jatuh 8 peratus dan juga investments, pelaburan baru untuk negara telah jatuh 10 peratus. Soalan saya ialah, bagaimana second package, pakej perangsang kedua akan mengatasi masalah ini, masalah confidents. Kedua, will the state ataupun pihak kementerian akan membuat pengumuman bahawa Malaysia is in technical recession, real or technical. I think this is important sebab kawan-kawan saya yang membuat business dan juga orang ramai, pekerja- pekerja dan sebagainya agak begitu confuse right now kenapa kerajaan is very slow untuk address, untuk mengatasi masalah yang begitu penting, begitu sengit yang dialami oleh orang-orang di negara kita. So, are we looking at the recession and will the ministry announce that we are in recession dengan izin. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu tadi memang satu isu yang kerap juga dibangkitkan tentang isu banjir. Kerajaan memang prihatin dan telah memberikan peruntukan yang begitu banyak untuk banjir dan akan terus memberi peruntukan. Kalau kaedah yang digunakan pada masa ini tidak sesuai atau kurang sempurna, saya berjanji kerajaan akan mengkaji semula kaedah yang digunakan dan mengambil tindakan supaya keadaan banjir ini diatasi dengan satu kaedah yang lebih lengkap dan sempurna. Isu yang ditimbulkan tadi oleh Yang Berhormat Klang sama ada kita dah masuk dalam era recession atau tidak, memang dari segi teknikal, tidak. Sebab definisi untuk kegawatan text book definisi adalah kekuncupan ekonomi untuk dua suku berturut-turut. Jadi belum lagi sebab suku keempat pun, sungguh pun kadar pertumbuhan bukan satu angka baik tetapi dari segi teknik masih positif. Jadi kita belum masuk dalam era kegawatan. Sungguh pun demikian, bagi saya yang penting bukanlah definisi teknikal atau definisi lain bagi recession. Kita tahu bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil yang bergantung juga serba sedikit kepada perdagangan antarabangsa, tidak boleh lari, tidak boleh terlepas dari menerima kesan dari kegawatan ekonomi global. Kita nampak Tuan Yang di-Pertua, untuk suku keempat sahaja ekonomi US telah menguncup 3.8 peratus, Jepun 12.7 peratus, negara-negara Euro, Euro area dengan izin 1.2 peratus dan UK 1.8 peratus. Singapura telah menguncup 3.7 peratus, Korea 3.4 peratus, Thailand 4.3 peratus dan Taiwan 8.4 peratus. Ini menunjukkan bahawa keadaan ekonomi global begitu runcing dan Malaysia sebagai sebuah negara yang terbuka dan kecil memang tidak boleh lari dari keadaan itu. Sebab itu saya sebut hari itu bahawa kita bukan lagi dalam keadaan selesa, kita berada dalam satu keadaan yang begitu mencabar. Kerajaan akan mengambil tindakan yang perlu untuk memastikan bahawa kesejahteraan rakyat khasnya mereka yang berpendapatan rendah, rakyat daif dan miskin dipelihara. Saya setuju yang disebut oleh Yang Berhormat Klang tadi tentang confidents. Memang satu mangsa dalam mana-mana kegawatan ialah confidents, keyakinan. Apabila sebuah negara dan rakyat kehilangan keyakinan untuk memulihkan ekonomi, begitu susah.
Jadi yang penting sekali dalam keadaan sekarang di negara kita, saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua ialah kita harus pertahankan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, keyakinan bank terhadap peminjam, keyakinan business untuk terus meneruskan business, keyakinan developer untuk terus membina bangunan dan membina perumahan, ini yang penting sekali dan isu-isu inilah yang akan kita beri fokus dan tumpuan dalam mini bajet...
[Bangun]
Ada yang bangun, Yang Berhormat Kinabatangan bangun Yang Berhormat.
Boleh.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Mengikut analisa pakar-pakar ekonomi seluruh dunia menyatakan bahawa kemelesetan ekonomi global ini dijangka dua tahun akan datang lagi. Di samping menanam keyakinan kepada peniaga, kepada rakyat dan termasuk pembentangan mini bajet yang akan datang ini, apakah lagi langkah-langkah drastik yang diambil oleh kerajaan ke arah keyakinan satu perkara sebab kita boleh meyakinkan tetapi keyakinan tanpa realiti rasa saya tidak akan mendorong rakyat untuk berkeyakinan dengan kerajaan yang sedia ada. Apakah langkah-langkah drastik yang diusahakan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan ekonomi masyarakat di kampung-kampung, di luar bandar khususnya sebab meyakinkan ini kerja pemimpin tetapi meyakinkan tanpa realiti rasa saya kita tidak boleh lagi berjanji terang bulan kepada rakyat kita tetapi harus ada sesuatu yang kita tunjukkan supaya mereka yakin dengan apa yang telah kita laksanakan. Terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Ada dua lagi yang bangun Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Padang Terap.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi ialah bagaimana krisis ekonomi yang berlaku di dunia pada hari ini antara lain disebabkan oleh sub prime mortgage di Amerika. Saya nak bertanya kepada kementerian, kita di Malaysia ini pun mungkin akan terdedah kepada perkara yang sama. Dan seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi bagaimana kita yang melaksanakan kewangan Islam, salah satu daripada sistem yang tidak begitu terjejas.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sekarang ini di Malaysia sistem kewangan Islam ini masih lagi berada di bawah Mahkamah Sivil. Hatta sampai sekarang, kita masih belum ada Hire Purchase ataupun Hire Purchase Act. Kalau ada pun ia masih berada di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Adakah pihak kementerian bercadang untuk mewujudkan atau menggubal satu Hire Purchase Islamic Act yang akan terus berada di bawah sistem yang berteraskan kepada Mahkamah Syariah? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ringkas ya Yang Berhormat.
Ringkas. Lanjutan daripada soalan saya tadi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan penurunan nilai aset sebanyak 31 peratus. Saya hendak rujuk kepada penyata yang dikeluarkan oleh Bank Negara, iaitu berkenaan dengan Penyata Aset dan Liabiliti yang sudah dua kali dikeluarkan mengikut suku terakhir tahun lepas dan suku ketiga tahun lepas yang memberitahu nilainya tidak ada berkurang pun. Yang pertama itu, suku ketiga mengatakan RM371.23 bilion. Yang suku terakhir 2008 meletakkan nilai yang sama RM371.767 bilion sedangkan pada masa ini kita telah pun mengalami penyusutan secara gradual, dengan izin, pada tahun lepas suku terakhir 2008.
Kemudian di sini juga dinyatakan rizab-rizab yang lain kesemua sekali bernilai hampir dalam jumlah yang sama. Pada pandangan Yang Berhormat Menteri, adakah 31 peratus penurunan nilai aset ini hanya berlaku daripada bulan satu sehingga sekarang ataupun mengambil kira suku terakhir tahun lepas dengan suku ketiga tahun lepas. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tentang pentingnya kita melaksanakan satu skim yang membayangkan realiti memang satu pendapat yang baik dan saya yakin dan percaya bahawa pada 10 Mac apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib, Menteri Kewangan membentangkan bajet, perkara ini akan diberi tumpuan khusus. Isu Yang Berhormat Padang Terap tadi tentang sistem perbankan Islam, seperti yang kita sedia maklum, 25 tahun dahulu tidak wujud langsung sistem perbankan Islam, sistem kewangan Islam dan kini Malaysia merupakan negara yang mempunyai satu sistem yang agak lengkap juga, sebab sistem kewangan Islam kita bukan sahaja terhad kepada sistem perbankan tetapi juga sistem takaful, sistem sukuk, sistem ekuiti, sistem bon malah sistem Ar-Rahnu untuk pajak gadai pun sudah dilaksanakan dan sistem Ar-Rahnu itu sendiri sudah melebihi jumlah RM1 bilion. Ada dua tiga perkara yang belum dilaksanakan dan antara isu-isu yang sedang dikaji ialah sistem tentang Hire Purchase Act yang masih belum ada. Hire Purchase Act, dengan izin yang berasaskan kepada syariah. Akan tetapi perkara- perkara ini akan diberi tumpuan dalam tahun-tahun mendatang supaya kita mewujudkan satu sistem perbankan Islam yang lebih lengkap dan lebih sempurna. Juga dalam konteks jangka panjang untuk menunjukkan kepada dunia bahawa selain daripada sistem kapitalisme dan sosialisme, ada satu lagi sistem yang viable untuk dilaksanakan. Isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota saya tidak dapat jawab sebab saya tidak tahu apa yang dikomennya, tentang komen yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebab komen itu bukan komen saya. Jadi saya ingin meneruskan...
Berkenaan dengan Laporan Bank Negara tadi?
Laporan Bank Negara itu memang laporan yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara.
[Bangun]
Jadi komen apa yang saya hendak buat dalam laporan Bank Negara.
Yang Berhormat Menteri, tadi saya tanya kenapa laporan stimulus package yang pertama.
Yang Berhormat, saya ingat kita sudah hampir satu jam. Semua soalan dan jawapan di sini sahaja. Kertas Yang Berhormat Tan Sri itu belum berjalan lagi sebenarnya.
[Bangun]
Betul.
Hanya muka yang pertama sahaja. Jadi macam mana ini Yang Berhormat?
Saya minta maaf, saya teruskan.
Kalau boleh teruskan, teruskan. Jadi semua minta duduk dahulu, dengar dahulu.
[Bangun]
Dan kalau ada berbangkit baru kita teruskan.
Saya hendak tanya pasal sistem perbankan Islam sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, berapa peratus dari segi agensi kerajaan termasuk GLC yang menggunakan sistem perbankan Islam ini?
Kalau peratus dia itu kecil sedangkan kita telah pun memulakan di negara kita ini, apa masalah untuk mereka ini melibat ataupun menggunakan saluran sistem perbankan Islam ini...
Tuan Yang di-Pertua...
Terima kasih.
Saya mohon hendak tanya lanjutan daripada perkara ini tadi.
Sini, sini, sini.
Boleh Tuan Yang di- Pertua?
Akan tetapi kita hendak dengar jawapan dahulu.
Lanjutan daripada yang tadi ini. Tambahan daripada sistem perlaksanaan perbankan syariah. Satu sahaja penjelasan daripada Yang Berhormat Tan Sri, selain daripada perlaksanaan sistem perbankan itu sendiri ialah sistem perundangannya. Kita dapati Mahkamah Sivil contohnya dalam kes-kes perbankan syariah, menghadapi masalah untuk menafsir dan membicarakan kes-kes berkaitan dengan perbankan syariah. Contoh terbaru kita dapati satu kes melibatkan pinjaman itu Al-Bai Bithaman Ajil di mana mahkamah menafsir prinsip Al-Bai Bithaman Ajil berdasarkan perundangan sivil, menghasilkan satu penghakiman yang sangat-sangat tragis bagi peminjam, kerana dia tidak mengikut prinsip syariah, menjadikan skim pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil yang baik itu seolah-olah sangat menekan. Jadi lagi zalim. Kalau perlukan penerangan saya boleh berikan satu penerangan, sebab kita faham kes perbankan syariah ia tidak ada konsep pinjaman, dia ada konsep jual beli, konsep pinjaman tertangguh. Jadi bank membeli daripada pemaju dengan satu harga dan menjual kepada peminjam contohnya dengan harga yang lebih tinggi. Jadi apabila berlaku default, pergi ke mahkamah, mahkamah menggunakan undang-undang sivil dan menyatakan bahawa peminjam tersebut kena bayar mengikut harga kontrak yang dibeli menjadikan pinjaman yang kena bayar itu berganda-ganda berbanding dengan sistem sivil. Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk mencari satu pendekatan yang lebih realistik untuk memanfaatkan sistem perbankan syariah ini termasuk dari segi perlaksanaan di mahkamah? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, kalau ada jawapan sebab saya mengetahui kes ini, ia teknikal.
Okey, okey.
Jadi kalau tidak ada jawapan yang betul-betul boleh menyenangkan hati Yang Berhormat, saya ingat tunggulah hari masa lain hendak jawab ini sebab ia very technical, dengan izin...
Terima kasih.
Maaf ya Yang Berhormat.
Minta maaflah, tadi saya sudah dimarahi oleh Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tadi, maaf ya Yang Berhormat Menteri.
Okey, okey.
Laporan terperinci yang tadi saya bangkitkan awal-awal, adakah kerajaan akan bentangkan? Berkenaan pemakaian perbelanjaan RM7 bilion iaitu laporan terperinci. Apakah boleh dibentangkan sebelum 10 Mac ini?
Saya akan bincangkan dengan Kabinet tentang isu ini, tetapi tadi Yang Berhormat Batu Gajah mencadangkan bahawa kita membelanjakan RM7 bilion itu sebelum kita membentangkan Bajet Mini pada 10 Mac, itu tidak boleh sebab...
Bukan maksud saya, saya mahu laporan.
Laporan? Okey.
Ya, laporan bukan minta habiskan duit sebelum 10 Mac.
Okey, okey. Kita akan bincangkan. Isu saranan Yang Berhormat Pokok Sena tadi tentang GLC, peranan GLC dalam memperkembangkan sistem perbankan Islam.
Memang kita telah memberitahu dan dia sendiri pun tahu tentang tanggungjawab mereka untuk mempromosi dan menggunakan Sistem Perbankan Islam. Banyak pinjaman misalan yang dilakukan oleh GLC adalah melalui sukuk dan baru-baru ini Khazanah sendiri telah mendapat pembiayaan melalui satu sistem sukuk yang begitu inovatif. Kita akan terus memberi penekanan dan fokus kepada Sistem Perbankan Islam dan GLC-GLC akan diminta untuk terus menggunakan Sistem Perbankan Islam. Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Indera Mahkota meminta penjelasan berkenaan kesan kepada inflasi apabila pakej rangsangan kedua atau mini bajet diumumkan pada 10 Mac ini. Tekanan inflasi global telah reda sejak suku keempat 2008 berikutan kelembapan permintaan dan penurunan harga minyak mentah dan makanan. Begitu juga inflasi negara kita telah reda daripada 8.4 peratus pada suku ketiga 2008 kepada 5.9 peratus pada suku keempat 2008. Perangkaan terkini bagi bulan Januari 2009 menunjukkan indeks harga pengguna adalah lebih perlahan pada kadar 3.9 peratus berbanding dengan 4.4 peratus pada bulan Disember 2008. Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dijangka tidak memberi kesan ke atas inflasi. Sebaliknya inflasi negara akan terus reda pada tahun 2009 oleh kerana penyederhanaan harga komoditi dan kempen pengurangan harga oleh beberapa pihak. Ahli Yang Berhormat Pasir Mas minta pihak kerajaan mengkaji dasar atau prosedur ke atas mana-mana rakyat...
[Bangun]
...Malaysia yang tidak membayar cukai pendapatan dan wujudkan satu threshold kalau boleh sebelum seseorang pembayar cukai dihalang daripada meninggalkan negara. Adalah dimaklumkan bahawa sebelum arahan sekatan perjalanan dikeluarkan atas sesuatu kes, beberapa langkah...
Tunggu habis Yang Berhormat.
Ya?
Teruskan, Yang Berhormat Menteri. Nanti tidak habis itu.
Akan diambil oleh LHDN bagi menghubungi pembayar cukai untuk menyelesaikan cukai yang masih terhutang. Hanya selepas usaha tersebut tidak berhasil, barulah arahan sekatan perjalanan dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen. Walau bagaimanapun, dalam hal ini saya akan berbincang dengan pihak LHDN berkenaan untuk mengkaji sama ada satu threshold yang bersesuaian boleh ditetapkan. Saya juga ingin memaklumkan bahawa buat masa ini pun pembayar cukai sebegini yang dilarang keluar yang ingin keluar juga atas isu-isu tertentu atau atas sebab-sebab tertentu boleh memohon pelepasan sementara bersyarat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri dan selalunya permohonan ini diluluskan.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri.
Yang mana satu, Yang Berhormat Jasin ataupun Yang Berhormat Pasir Mas?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada hal keluar masuk rakyat Malaysia yang bankrap yang Yang Berhormat Menteri jawab tadi, ada satu lagi yang saya bangkit lebih besar yang saya kita akan dijawab waktu Yang Berhormat Menteri menjawab pada awal tadi iaitu bersabit dengan kedudukan Syarikat Government-Linked atau GLC ini yang mana waktu perbahasan saya ada menyebut tentang kerugian terkini hasil daripada masalah ekonomi dunia di mana kalau tidak silap saya, mengikut maklumat yang saya baca, hampir RM1.1 bilion sebulan atau lebih. Contohnya Temasek Holding kerugian hampir RM52 bilion yang menyebabkan isteri Perdana Menteri sendiri disingkir ataupun diketepikan dan melantik orang lain mengetuai Temasek Holding. Jadi pertanyaan saya, kedudukan GLC di Malaysia sekarang ini, apakah dalam mini bajet nanti juga di mana kerajaan akan address the issue bersabit dengan kedudukan GLC ini sebab saya percaya ia juga teruk akibat daripada krisis kewangan ini. Jadi saya minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri antaranya apakah gaji di kalangan kakitangan ini termasuk enam eksekutif chairman pun saya dapati ada gaji sampai RM25,000. Betul atau tidak, saya pun orang beritahulah. Akan dipotong separuh ataupun kurang lagi bagi menyelamatkan kewangan negara. Ini persoalan saya. Yang kedua saya baca akhbar hari ini, Yang Berhormat Menteri ada baca puisi di mana Pulau Pinang pun menangis keluar air mata. Apakah kena mengena dengan ekonomi Malaysia sekarang? Sekian, terima kasih.
Ada hubung kait dengan itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang pertama, Yang Berhormat Menteri ada sebut tadi inflasi kita berkurangan kerana harga komoditi global yang turun dan juga pertumbuhan kita yang perlahan. Apa yang terjadi di Malaysia, inflasi kita berkurangan sebanyak 3.9 peratus pada Januari 2009. Yang tertinggi sekali sehingga 8.7 peratus. Namun apa yang saya hendak sebut di sini, di negara China inflasi yang tertinggi sebanyak 8.7 peratus dan dapat dikurangkan sebanyak 1 peratus pada bulan Januari 2009. Di Thailand, tertinggi sekali ialah sebanyak 9.2 peratus pada Julai 2008 dan turun kepada 0.4 peratus pada Disember 2008. Mengapakan kita di Malaysia masih mencatatkan 3.9 peratus? Baik itu sebab jatuh tetapi sepatutnya kita lagi bawah. Yang kedua saya hendak sebut di sini, tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut kegawatan yang amat serius sekali. Serupa dengan rakan dagang kita. Yang pertama di Amerika berlaku dan yang kedua di Jepun, double digit contraction. Ia adalah ekonomi yang terbesar di dunia selepas Amerika. Selepas itu berlaku pula di Singapura 3.7 peratus contraction. Dia adalah ekonomi yang terbesar di Tenggara Asia. Sekarang kita terdedah kerana ini semua rakan dagang kita. Apakah sebenarnya kedudukan kita kalau dalam rangsangan pertama kita sudah 4.8 defisit. Rangsangan kedua mini bajet tidak tahu berapa sekarang. Kalau ia bersifat sementara iaitu untuk satu hingga dua tahun, okey. Adakah ia mengambil masa yang lama sekali untuk kita kembali semula pada tahap asal? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, tentang soalan Yang Berhormat Pasir Mas tadi, kebetulan saya ada di Pulau Pinang dan kebetulan juga kita membuka satu cawangan Amanah Ikhtiar di bahagian bandar Pulau Pinang sebab Amanah Ikhtiar telah wujud sejak 20 tahun dan telah ada satu bentuk pembiayaan atau satu kaedah yang cukup berjaya dalam menangani isu kemiskinan luar bandar. Jadi kerajaan berpendapat, oleh kerana sudah wujud satu infrastruktur, satu prasarana yang begitu lengkap dan begitu baik dalam menangani isu kemiskinan di luar bandar, elok juga kita menggunakan kaedah yang ada, instead of dengan izin, reinvent the bill menggunakan kaedah yang ada untuk juga menangani isu kemiskinan di bandar. Jadi setakat ini, 17 pusat cawangan Amanah Ikhtiar telah pun dibuka di bandar-bandar supaya bantuan pembiayaan dapat diberi kepada semua golongan tidak kira kaum atau agama untuk diberi kepada semua golongan. Saya ada di Pulau Pinang untuk merasmikan cawangan yang ke-17 Amanah Ikhtiar di bandar. Kebetulan, ada satu kumpulan nasyid yang mempersembahkan beberapa lagu. Antara lagu yang dipersembahkan ialah satu lagu Ibu Mithali. Bila saya dengar lagu Ibu Mithali, saya pun rasa terpanggil untuk baca satu sajak dan sajak yang saya baca saya selalu simpan dalam dompet saya.
Sajak Ke Makam Bonda oleh Allahyarham Tongkat Waran alias Usman Awang dan saya baca eloklah sampai habis tapi bila saya baca ayat-ayat yang terakhir, saya menangis. Itu sahaja. Tidak ada kena mengena dengan recession atau kegawatan ekonomi... [Ketawa]
Yang Berhormat Menteri memang selalu menangis bila baca sajak itulah.
Itulah kelemahan saya.
Boleh baca, Yang Berhormat Menteri.
Hari ini tidak payah, Yang Berhormat Menteri. Tidak kena baca. Jangan menangis saja.
Tuan Yang di-Pertua..
Mengenai GLC.
GLC itu yang saya nak jawab Yang Berhormat. Mungkin bila kita menangani krisis kewangan tahun 1997 dan 1998, saya berpendapat tiap-tiap krisis ada hikmah. Terpulang pada kebijaksanaan kita hendak mencari hikmah dalam krisis ini. Dalam krisis yang kita hadapi ini sekarang pun mungkin ada hikmah, tetapi dalam tahun 1997 dan 1998 oleh kerana kita menghadapi krisis dan keadaan ekonomi dan keadaan pasar ekuiti, keadaan kadar pertukaran wang merudum dengan begitu cepat. Tiba-tiba banyak GLC menghadapi satu keadaan yang sesak juga lah, satu keadaan yang begitu mencabar dan pada masa itu kerajaan seperti yang selalu disebut oleh Yang Berhormat juga tentang MTEN, bagaimana kita bekerja tujuh hari seminggu. Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir mengadakan mesyuarat tiap-tiap hari. Akibat dari kaedah yang dipilih oleh kerajaan pada masa itu banyak, hampir semua GLC telah dipulih termasuk MRCB, UE dan juga agensi-agensi kerajaan seperti Tabung Haji dan lain-lain. Banyak telah dipulih dan banyak pada masa ini, dalam menghadapi keadaan kegawatan global pada masa ini GLC adalah merupakan satu, adalah dalam keadaan yang lebih selesa dan adalah tidak benar GLC akan menghadapi krisis kewangan dan akan menghadapi keadaan kerugian tidak benar sebab sudah mengambil iktibar dari krisis pada tahun 1997 untuk memulihkan, restructure kembali keadaan GLC. Berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh GLC, ini adalah satu isu yang begitu penting sekali tentang penurunan inflasi memang sebab keadaan di negara lain berlainan dan keadaan di negara kita, kita juga akan lihat inflasi akan turun. Inflasi tidak lagi menjadi isu dalam kita menghadapi krisis ini, it is yesterday’s battle, yesterday’s war dengan izin. Pada masa ini cabaran ialah deflation sebenarnya bukan inflation tetapi deflation. Isu tentang sama ada kita mampu meminjam dengan kadar besar satu dua tahun boleh, tetapi sama ada kita boleh kekal meminjam dengan kadar yang banyak untuk menjana ekonomi adalah satu isu yang begitu besar dan yang penting sekali dalam menguruskan ekonomi kita bersama antara kerajaan dan pembangkang. Kita bersama harus memberi fokus seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi sustainability dan pada masa ini kita tidak ada masalah sebab satu dunia nak beri pinjaman kepada negara kita sebab dalam masa selesa kita tidak meminjam tetapi jika terus meminjam tahun demi tahun mungkin keadaan ini akan berubah dan adalah penting bahawa kita mencari satu kaedah supaya kita dalam dua hingga tahun ini dapat menjana ekonomi kembali supaya kita tidak bergantung pada pinjaman khasnya pinjaman luar negara. Pada masa ini pun sungguhpun kita akan meminjam, kita akan meminjam dalam negara. Dalam negara kita ada liquidity yang begitu banyak mengikut laporan terakhir sehingga RM185 bilion liquidity. Jadi dari segi liquidity peminjaman, tidak menjadi isu...
[Bangun]
Yang Berhormat Alor Gajah?
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya minta sedikit penjelasan daripada Menteri Kewangan. Pertama tadi Menteri Kewangan katakan bahawa berdasarkan kepada tindakan yang telah kita ambil sejak 1997 GLC kita sekarang tidak menghadapi masalah, namun demikian kita dengar khabar angin di pasaran bahawa mungkin tidak lama lagi Maybank akan perlu recapitalization dengan izin, ada right issue dengan izin dan sebagainya. Oleh kerana masalah yang dihadapi berdasarkan kepada laporan dia yang dibuat di Pakistan, di Indonesia dan sebagainya. Soalan saya, sama ada benar atau tidak khabar angin tersebut? Kalau tidak benar kenapa Maybank tidak ambil tindakan untuk jelaskan kedudukan kewangan dia? Kedua, saya nak tanya Menteri Kewangan, kebanyakan negara-negara lain yang ambil tindakan dari segi stimulus package khususnya negara jiran kita Singapura dan sebagainya. Mereka diketahui oleh negara-negara yang lain, negara tersebut mempunyai kebolehan kerana dia ada surplus yang lebih, berjuta-juta bilion. Soalan saya ialah, negara kita sekarang sungguhpun kita telah mengatasi cabaran ekonomi sejak 1997, adakah negara kita ada cukup surplus untuk membolehkan kita mengadakan satu stimulus package program yang besar seperti yang telah disifatkan oleh banyak analyst untuk stimulus package kedua dalam bentuk RM30 bilion ataupun RM40 bilion. Adakah negara kita mempunyai kebolehan selain dari mengeluarkan lebih wang dengan izin produce more money, kita ada kebolehan untuk melaksanakan program tersebut tanpa menjejaskan kedudukan ekonomi kita.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Alor Gajah tentang khabar angin di pasaran, bukan sahaja khabar angin, khabar angin di pasaran memang tidak benar. Maybank adalah sebuah bank yang kukuh dan biasalah dalam keadaan mana pun ada masa untuk meminjam sedikit dan Maybank mungkin akan meminjam sedikit tetapi khabar angin dalam pasaran yang mengatakan Maybank dalam keadaan susah tidak benar. Itu satu, yang kedua sama ada negara kita ada kebolehan untuk mewujudkan satu package dengan tidak menjejaskan ekonomi pada jangka masa panjang, memang kita mempunyai kebolehan dan kerajaan kita sejak dahulu lagi telah membuktikan dengan begitu jelas sekali bahawa kita mempunyai kebolehan. Ini bukan kali pertama kita menghadapi krisis dan mungkin ini bukan kali terakhir kita menghadapi krisis. Kita telah mula menghadapi krisis pada tahun 1971 bila harga minyak naik kali pertama, tahun 1986-1987, bila semua harga komoditi merudum dalam masa yang begitu singkat tahun 1997. Kini kita mempunyai bukan sahaja kepakaran dalam menghadapi krisis tetapi kita juga mempunyai ruang yang banyak sebab dalam tahun-tahun yang lepas kita berhemat, kita tidak berbelanja banyak seperti Yang Berhormat tahu sebagai Ahli Kabinet dahulu.
Terima kasih Menteri Kewangan, saya ingat seperkara ada berita di surat khabar mengatakan kita ada banyak savings di EPF, kita ada banyak savings di tabung Haji. Saya nak ingatkan Menteri Kewangan semua savings tersebut dengan izin, bukan merupakan wang kerajaan. Merupakan wang rakyat dan kita tidak boleh sebutkan itu adalah kerajaan dan kerajaan pada bila-bila masa boleh menggunakan wang tersebut, itu tidak boleh. Kalau kerajaan nak menggunakan wang kerajaan sendiri kita mesti pakai dengan izin, national surplus kita. Bukan wang dalam bentuk EPF, dalam bentuk Tabung Haji dan sebagainya... [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, bila saya sebut RM185 bilion ini tidak termasuk Tabung Haji, tidak termasuk EPF. Ini kelebihan di pasaran, bukan tidak masuk tetapi saya tidak mahu lanjutkan perbincangan ini.
Akan tetapi...
...Saya...
Tuan Yang di-Pertua, tapi dari segi saving kita, simpanan kita semua tahu dalam bentuk lebih kurang national reserve kita Tuan Yang di-Pertua, RM100 bilion sahaja. Kalau kita gunakan satu stimulus pakej RM40 bilion, RM50 bilion merupakan hampir setengah national reserve kita akan dipakai untuk pakej kedua itu.
Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan kedudukan kewangan kita supaya kita ada keyakinan untuk menghadapi masalah tersebut...
Pada 10 Mac bila kita membentangkan, Yang Amat Berhormat membentangkan stimulus pakej. Perkara ini akan dihuraikan.
Penjelasan.
Yang Berhormat bagi peluang Menteri menyambung dululah.
Saya habiskan dulu.
Mengapa...
Ini kita masih dalam muka yang pertama Yang Berhormat.
[Bangun]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Menghadapi masalah yang serius. Mengapa tunggu sampai 10 Mac? Bolehkah terangkan mengapa? Apakah...
Saya sudah beri penjelasan yang stimulus pakej ini, bila sebuah kerajaan mengemukakan satu pakej tidak semestinya jumlah yang dibelanjakan akan dibelanjakan oleh kerajaan. Stimulus pakej yang dikemukakan oleh sesebuah kerajaan di mana-mana negara pun akan merupakan satu stimulus pakej yang mempunyai stimulus dari kerajaan, strategi-strategi untuk mewujudkan keadaan confident, membantu pihak lain untuk melabur. Jadi, stimulus pakej ini tidak semestinya hanya menumpukan satu aspek perbelanjaan kerajaan. Ini yang selalu orang tidak faham. Sebab stimulus pakej ini akan merupakan pakej yang lebih menyeluruh. Akan tetapi saya tidak akan...
[Menyampuk]
Sudah Yang Berhormat Indera Mahkota.
Yang Berhormat, yang saya tanya ialah mengapa tunggu sampai 10 Mac? Mengapa bukan sekarang?
Itulah saya bagi jawapan sekarang. Baru saya jawab. Yang Berhormat tidak dengar?
Itu kena dengar dulu Yang Berhormat. Sila Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Bandar Kuala Terengganu minta penjelasan berkenaan pembiayaan Projek Naik Taraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang menggunakan peruntukkan dana khas di Terengganu. Lapangan Terbang ini bertaraf antarabangsa dan mempunyai kesan pengganda kepada pembangunan ekonomi negeri Terengganu dari segi menggalakkan pelancongan di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Selain itu, ia adalah selaras dengan pelan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Di mana ia telah dikenal pasti sebagai lapangan terbang utama di wilayah ini. Ahli Yang Berhormat Jasin mencadangkan had pelaburan Amanah Saham Bumiputera dinaikkan dari RM200,000 kepada RM300,000 kerana Yang Berhormat berpendapat bahawa adanya bumiputera yang mampu membuat pelaburan sedemikian. PNB dengan persetujuan daripada Yayasan Pelaburan Bumiputera telah mengambil keputusan untuk mengehadkan jumlah pelaburan dalam ASB bagi setiap pelabur kepada jumlah maksimum RM200,000. Langkah ini diambil untuk memastikan pembabitan menyeluruh golongan bumiputera serta untuk memberi peluang kepada semua golongan masyarakat mendapat manfaat daripada pulangan hasil daripada pelaburan mereka dalam tabung ASB. Setakat Disember 2008 saiz dana ASB adalah RM62 bilion dengan 6.5 juta pemegang unit saham. Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat ini saya akan bincangkan dengan ASB. Sekiranya boleh kita akan mempertimbangkan untuk meningkatkan had dari RM200,000 kepada RM300,000.
Saya ingin menyebut bahawa selain dari ASB wujud juga Amanah Saham Wawasan 2020, Amanah Saham Didik, Amanah Saham Malaysia, Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Nasional 2, Amanah Saham Nasional 3 Imbang, Amanah Saham Gemilang Pendidikan, Amanah Saham Gemilang Persaraan dan Amanah Saham Gemilang Kesihatan. Ia masih boleh dilanggan oleh mereka yang lebih berkemampuan dalam memenuhi keperluan perancangan kewangan masing-masing kerana tidak ada had dikenakan ke atas pelaburan di dalam tabung-tabung ini.
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana akan memberikan pertimbangan. Akan tetapi apa yang saya ingin sebut di sini, penguasaan ekuiti bumiputera sehingga kini masih kita jauh lagi daripada jangkauan kita. Kita masih 19 peratus. Dulu saya ada cadangkan, kalau boleh kita beli rumah- rumah yang tidak terjual, kedai-kedai yang tidak terjual oleh mana-mana agensi. Sekarang saya hendak cadangkan, kalau boleh pembelian saham itu dinaikkan. Ini kerana ada daripada kalangan bumiputera yang mempunyai kemampuan yang boleh sekali gus menaikkan kita punyai ekuiti bumiputera. Kalau tidak selama itulah kita akan sentiasa berada di paras tersebut. Jadi kita mesti mengambil langkah yang drastik pada ketika ini. Selain daripada saham, kita hendak kalau boleh kerajaan memikirkan mana-mana agensi yang ada mempunyai keupayaan. Beli rumah kedai yang tidak terjual itu supaya akan datang bumiputera boleh beli. Sekali gus kita boleh menaikkan ekuiti bumiputera. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Jasin.
[Bangun]
Itu memang, saya jawab sekejap dulu. Ini memang satu cadangan yang baik. Bukan sahaja kita perlu memberi peluang untuk mereka yang mampu melabur melalui ASB. Akan tetapi juga untuk mencari satu kaedah, satu cara yang lebih baik untuk memastikan bahawa pemilikan rumah kedai dan bangunan-bangunan juga dapat dibuat oleh pihak bumiputera. Dalam perkara ini, dalam tahun 2003 misalannya, wujud satu keadaan di mana kerajaan melancarkan satu skim yang diberi nama PROSPER untuk membantu golongan bumiputera dalam sektor peruncitan. Banyak juga, lebih dari 1,000 lebih yang telah mengambil bahagian dalam program ini. Akan tetapi satu maslah yang dihadapi oleh golongan bumiputera yang ingin menceburi diri dalam bidang peruncitan ini ialah untuk mendapat tapak. Banyak gedung supermarket, sebab bila supermarket atau hypermarket dibina, shopping complex dibina mereka ada satu list yang lengkap tentang penyewa-penyewa. Untuk peruncit bumiputera ini mendapat tempat begitu susah dan banyak keadaan ditolak permohonan. Jadi, kita sudah pun mewujudkan satu skim di mana kerajaan memberi bantuan kepada PUNB untuk membeli lot-lot yang sedia wujud dengan cepat supaya bumiputera yang hendak berniaga dalam sektor peruncitan ini dapat menyewa ataupun beli dari PUNB lot-lot itu. Kaedah-kaedah seperti...
Yang Berhormat Menteri, tahniah.
Terima kasih, akan dilipat gandakan. Saya setuju bahawa kita harus melipat gandakan usaha dalam aspek ini. Terima kasih.
Sebelum Yang Berhormat cakap. Minta tolonglah Yang Berhormat, bila hendak berdiri saya tahu Yang Berhormat bijak-bijak semua. Dengarlah, Tuan Yang di-Pertua di sini ada maknanya juga duduk sini Yang Berhormat. Jadi kalau Yang Berhormat tidak hormat dengan Tuan Yang di-Pertua dekat sini sebagai simbol kepada Parlimen, siapa lagi hendak hormat Yang Berhormat? Jadi sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Tadi semasa menjawab kepada soalan bekas pensyarah saya, Yang Berhormat Alor Gajah tadi. Saya teringat kepada satu kenyataan Menteri mengatakan kita tidak ada masalah liquidity. Saya sokong perkara ini kerana Bank Negara juga mengeluarkan kenyataan yang nyata mengatakan duit di dalam circulation kita hampir RM46 bilion pada hujung tahun lepas.
Akan tetapi saya rasa dan ramai rakan-rakan kita memikirkan perkara yang sama. Sepatutnya jumlah mata wang dalam kitaran kita jauh melebihi daripada angka ini.
Saya pernah bertanya sama ada adakah ini adalah berpunca dari kebocoran ataupun ada di kalangan kita, warga negara Malaysia yang menyimpan wang-wang kertas sebagai tanda liquidity di kediaman masing-masing atau di mana-mana tempat yang tidak termasuk dalam pasaran kerana mereka merasa bimbang untuk mendedahkan mereka punya simpanan wang-wang kertas atau pun mata-mata wang terutama wang negara kita. Ini juga saya rasa berkait rapat dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jasin tadi untuk pembelian aset-aset di kalangan kaum bumiputera. Kalau sekiranya kalangan mereka yang menyimpan liquidity yang berbentuk wang-wang kertas ini yang banyak atau yang tidak berada atau balik dalam pasaran ini di kalangan bumiputera, adakah sekiranya kita menggalakkan mereka untuk mengeluarkan wang-wang ini masuk dalam pasaran dengan membeli aset, adakah mereka dianggap terdedah pada maklumat atau tindakan terutama daripada pihak penguasa cukai dan sebagainya? Adakah kita boleh memberi jaminan? Kalau kita boleh memberi jaminan, tidak ada langkah-langkah ataupun langkah inquiry terhadap simpanan-simpanan mereka barangkali kita boleh meningkatkan dengan cepat pencapaian ekuiti bumiputera. Saya mohon ulasan Yang Berhormat Menteri. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Simpanan dalam ekonomi moden ini bukan dalam bentuk wang kertas sebab wang kertas hanya merupakan satu bahagian yang begitu kecil sekali. Mungkin ia RM20 bilion atau RM30 bilion, begitu kecil sekali dalam konsep wang di Malaysia. Banyak definisi wang atau kita boleh menggunakan definisi M1, M2, atau M3. Banyak aspek yang besar, satu bahagian yang besar dalam definisi duit wang iaitu current account atau fixed deposit. Jadi yang kita simpan dalam bentuk kertas atau coin adalah begitu kecil sekali. Saya rasa tidak akan menjadi satu isu kalau siapa-siapa nak beli harta di mana-mana pun asalkan duit itu dicari secara halal, tidak menjadi isu dengan LHDN atau pihak-pihak yang lain. Tuan yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Pasir Mas juga telah mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan GLC yang terlibat dalam pengeluaran secara besar-besaran, mass production, dengan izin dan pemasaran produk makanan tempatan. Pada masa ini, Khazanah sudah pun menceburi bidang pengeluaran dan pemasaran produk makanan serta pertanian tempatan melalui anak syarikatnya Malaysia Agrifood Corporation Berhad (MAFC). MAFC menjalankan pengurusan rantaian bekalan makanan bersepadu khususnya sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang diperoleh terus ladang tanamannya sendiri dan dari ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik. Pada masa ini operasi MAFC adalah di Lancang serta Cameron Highlands, Pahang, di mana tumpuan diberikan kepada penanaman sayur-sayuran dan betik berskala besar. MAFC juga mengendalikan perkhidmatan selepas tuai yang merangkumi pemprosesan, penggredan, pembungkusan, khidmat logistik, rantaian dingin dan pengedaran serta pemasaran hasil pertanian di pasaran tempatan dan luar negara. Tuan yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengemukakan pandangan serta saranan untuk perhatian Kementerian Kewangan. Segala pandangan yang bernas akan diberikan perhatian sewajarnya. Terima kasih
Yang Berhormat Menteri, sebelum itu saya ingin tanya satu soalan sahaja, boleh?
Boleh.
Terima kasih Tuan yang di-Pertua. Kita dapat lihat bahawa negara barat memang ketika ini teruk dilanda dengan masalah krisis ekonomi.
Saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri, adakah pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia dalam bentuk bon atau dalam bentuk pelaburan apa sahaja terutamanya di negara yang teruk sekarang Amerika ataupun di UK. Terima kasih
Yang Berhormat Menteri. Satu sahaja.
Tuan yang di-Pertua, jawapannya dahulu, tidak ada.
Oh tiada jawapan. Tuan yang di- Pertua saya ingin...
[Bangun]
Ramai ini Yang Berhormat, hendak buka balik ke.
Satu saja Yang Berhormat Menteri. Bersabit dengan perkara yang Yang Berhormat Menteri sebutkan sebentar tadi. Kami memang menunggu mini bajet ini pada 10 Mac. Satu peringatan untuk Yang Berhormat Menteri, kalau boleh jangan diulangi kesilapan lama. Dalam usaha untuk berbelanja dan menjana aggregate demand, istilah yang Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, apa yang kita saksikan ketika pump priming dilakukan, melonggar bahkan melanggarkan peraturan.
Yang Berhormat Kota Melaka, sila duduk.
Jadi cara yang sebegini Yang Berhormat Menteri, adalah salah dan jangan diulangi lagi. Sebagai contoh makmal komputer sekolah. Dalam usaha untuk kita mahu menjana rangsangan kepada ekonomi, kami takut perbelanjaan-perbelanjaan besar, berbilion ringgit especially to pump priming khususnya dalam infrastruktur akan kembali menyaksikan kesilapan lama. Adalah mustahak Yang Berhormat Menteri supaya kali ini perlu dibuat perubahan dalam pendekatan ini. Untuk menjana aggregate demand, biarlah suntikan itu terus kepada golongan sasarannya, pelbagai sektor dan kumpulannya, yang cara miskin begitu dan juga cara middle class dan apa jua yang lain. Sekali lagi ketirisan dan kebocoran akan berlaku dalam pump priming yang akan dibuat dan ini cukup-cukup membawa keruntuhan dan kebocoran dalam delivery system. Terima kasih.
[Bangun]
Hendak bagi Yang Berhormat?
Ini yang terakhir.
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Terima kasih Tuan yang di-Pertua dan Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin penjelasan dalam ucapan perbahasan saya yang lalu berkenaan dengan penyusutan rizab Bank Negara sebanyak RM94 bilion dalam masa 6 bulan. Jadi kita minta penjelasan kerana ini keluar dalam NST pada Januari tahun 2009. Minta penjelasan.
Tuan yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, dalam perbahasan saya, saya bangkitkan tentang satu anak syarikat Kementerian Kewangan iaitu Mc Cap Biotech Sdn. Bhd yang sebagai pemegang saham yang terbesar dalam Mobile Wallet iaitu RM20.5 juta yang juga ada perjanjian di antara Mobile Wallet dengan satu multilevel marketing yang melibatkan beratus orang yang jadi mangsa atas skim ini dan juga melibatkan beratus juta. Sebab itu saya meminta penjelasan dan jawapan dari kementerian tentang perkara yang saya bangkitkan ini. Adakah pihak kementerian ada mengambil perhatian tentang perkara ini?
Yang Berhormat Padang Terap.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri, memberi peluang kepada saya. Ada banyak isu yang saya bangkitkan dalam perbahasan tapi dua isu besar yang tidak dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Yang pertama ialah kita mengakui bahawa negara kita peneraju kepada sistem kewangan Islam. Tahniah, cuma bagaimana kita hendak mengekalkan status kita sebagai peneraju kerana kita melihat bagaimana prasarana yang dibuat oleh negara-negara lain umpamanya Hong Kong, Singapura yang mereka ini begitu maju dalam memperkenalkan produk-produk baru. Bagaimanakah kita boleh menghalang penghijrahan pakar-pakar kewangan kita daripada berpindah ke sana yang menawarkan banyak kemudahan dan gaji yang lebih baik? Yang kedua berkenaan dengan isu takaful dengan dualisme yang wujud. Bagaimanakah pihak kerajaan menangani permasalahan, ada agen atau ada Takaful operator mengendalikan Takaful yang membenarkan agen mempromosi dua produk atau keluaran? Mereka mempromosi Takaful, pada masa yang sama mereka mempromosi insurans, bahkan ada pengendali yang dibenarkan oleh kerajaan untuk mengendalikan pada masa yang sama dua sistem yang cukup bertentangan, mempunyai konsep dan isi yang cukup bertentangan. Jadi saya harapkan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dua persoalan ini. Terima kasih.
Ringkas sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya ada bincang mengenai bagaimana pihak kerajaan dapat begitu mengekalkan keyakinan, confidence, dapat mewujudkan kestabilan serta itu financial condition condusive, the defence of the economy of this country.
Saya Yang Berhormat..
Terima kasih.
Saya ada satu soalan..
Yang penghabisan..
Satu soalan yang spesifik, isu yang spesifik, saya yang telah saya bangkit dan Rasah juga bangkit adalah special draw. Bolehkah Yang Berhormat kementerian, memberi penjelasan atas polisi kerajaan yang kebelakangan ini meluluskan banyak special draw untuk nombor empat ekor yang sangat membebankan mereka yang beli itu nombor empat ekor.
Tuan Yang di-Pertua, isu tentang penghijrahan pakar-pakar kita yang sejak begitu lama telah diberi latihan dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang perbankan Islam kepada negara-negara lain, seperti Hong Kong, seperti UK, dari satu segi mungkin membimbangkan kita sebab kita kehilangan kepakaran. Akan tetapi dari satu segi lagi mungkin adalah satu berita gembira sebab kita 25-26 tahun dulu, telah mula sistem perbankan Islam, dan banyak juga pihak yang menghantar rombongan untuk mempelajari selok-belok tentang perbankan Islam dari kita. Kini mereka pun sudah mewujudkan setapak demi setapak sistem perbankan Islam. Sekiranya sistem perbankan Islam di negara-negara lain termasuk Hong Kong, bukan sebuah negara Islam, termasuk UK, bukan sebuah negara Islam. Ini satu berita gembira sebenarnya, dan kalau rakyat Malaysia dapat bantu dalam memperkembangkan sistem perbankan Islam, sistem kewangan Islam di tempat- tempat lain, itu patut kita gembira. Akan tetapi pada masa yang sama, kita harus mencari satu kaedah untuk melatih dan mewujudkan lebih ramai pakar-pakar dalam sistem perbankan Islam supaya dapat juga berkhidmat dan memenuhi keperluan kita di sini. Pada masa yang sama, kita juga boleh eksport, tak salah. Saya ingat dari segi global, dari segi jangka masa panjang, khasnya kalau kita ingin melihat sistem perbankan Islam, sebagai satu kaedah seperti satu sistem, yang boleh dijadikan pilihan seperti juga sistem kapitalisme dan sosialisme kita harus juga menyumbangkan. Jadi saya lihat ini mungkin satu perkara yang tidak semestinya jadi satu kerugian kepada kita.
Tentang isu confidence, memang itulah saya berpendapat bahawa seperti saya sebut tadi satu mangsa yang pertama dalam keadaan gawat ialah confidence, keyakinan dan keyakinan itu adalah penting sebab, kalau kita kehilangan keyakinan akan wujud satu kitaran ganas, vicious cycle dan untuk kita memulih ekonomi dari vicious cycle, kitaran ganas itu akan menyulitkan dan makan masa. Jadi confidence itu penting saya sebut tadi, untuk memastikan bahawa kita mempertahankan keyakinan, dua perkara yang penting dan akan diberi fokus dan tumpuan oleh kerajaan ialah, satu, bank-bank kekal terus memberi pinjaman kepada pihak yang mampu membayar balik dan untuk projek-projek yang dianggap vibel. Kedua, agregat demand, dapat ditingkatkan, dan tentang isu kita belajar dari dahulu, supaya pakej rangsangan ini dibentuk dan dilaksanakan dengan sedemikian rupa supaya transparent dan supaya pihak-pihak yang memerlukan bantuan dan pertolongan, dapat secara terus. Ini adalah kaedah yang kita akan menggunakan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri masih tidak jelaskan tentang pakej...
Saya akan, saya tidak ada maklumat, saya akan memberi maklumat
Terima kasih
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin maklumkan bahawa saya telah menerima dan membenarkan permohonan daripada Kementerian Luar Negeri yang dijadualkan nombor tujuh dikebelakangkan ke nombor 26, selepas Kementerian Belia dan Sukan dalam susunan giliran menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Titah Diraja. Saya jemput Kementerian Pengangkutan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kementerian Pengangkutan saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja yang menyentuh mengenai perkara-perkara yang di bawah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan. Sesungguhnya Kementerian Pengangkutan menghargai semua pandangan, teguran, saranan dan cadangan ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya ingin merujuk kepada pertanyaan-pertanyaan dari Yang Berhormat Kalabakan, mengenai isu tali pinggang belakang, isu menaikkan taraf perkhidmatan kereta api Tanjung Aru-Tenom dan Beaufort serta isu perkhidmatan MAS dan AirAsia di Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, dan Ahli Yang Berhormat sekalian, perkara-perkara ini telah dibangkitkan dan telah pun dijawab beberapa kali di Dewan yang mulia ini. Peraturan tali pinggang keledar tempat duduk di belakang, telah dikuatkuasakan pada 1Januari 2009. Peraturan ini adalah untuk menyelamatkan pemandu dan penumpang kenderaan daripada kematian atau kecederaan serius, dan bukan bertujuan untuk menyusahkan rakyat. Kementerian ini sedang dalam usaha untuk membudayakan pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang oleh perubahan minda agar pengguna memakai tali pinggang keledar baik di hadapan mahupun di belakang setiap masa ketika mereka berada di jalan raya. Mengikut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya atau MIROS, kenderaan yang bergerak dalam kelajuan 60 kilometer sejam, ketika kemalangan penumpang belakang yang berat badannya 75kg akan menghempap penumpang atau pemandu di hadapan dengan berat 2.8 tan. Di mana boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kematian. Oleh itu, cadangan pemansuhan pemakaian tali pinggan keledar di tempat duduk belakang bagi jarak 2-3 kilometer dalam kawasan bandar, tidak dipersetujui kerana kawasan ini tidak terkecuali daripada this accident kemalangan maut. Sebagai contoh, pada tahun 2008, beberapa kejadian kemalangan maut yang telah melibatkan kenderaan persendirian, telah berlaku di Bangsar, Jalan Duta, dan Jalan Parlimen.
Di samping itu, pemansuhan ini juga akan menyukarkan penguatkuasaan. Yang Berhormat Kalabakan juga telah membangkitkan dakwaan bahwa 400 juta yang telah dibelanjakan bagi menaikkan taraf kereta api Tanjung Aru ke Tenom yang mana hasilnya tidak seperti 400 juta dan meminta agar KTMB membuat dual carriageway atau laluan berkembar, memandangkan ke laluan Tanjung Aru ke Beaufort sebagai contoh, hanya 100 kilometer sahaja. Dakwaan bahawa sistem kereta api Sabah masih mempunyai banyak masalah dan kelihatan rata-ratanya buruk. Suka saya maklumkan kepada Yang Berhormat Kalabakan dan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, bahawa perjalanan daripada Papar ke Beaufort, iaitu akan boleh mula pada bila-bila masa yang dalam masa yang terdekat. Untuk makluman Yang Berhormat, kos keseluruhan pembinaan projek kerja-kerja jangka pendek, Perbadanan Kereta api negeri Sabah dari Tanjung Aru ke Tenom adalah sebanyak RM334.8 juta.
Tujuan utama pelaksanaan projek ini adalah untuk memperkukuhkan landasan yang sedia yang sangat berisiko tinggi dan aspek keselamatan untuk operasi train Jabatan Keretapi Negeri Sabah atau JKNS. Memandangkan peruntukan adalah terhad, skop kerja bagi projek ini adalah tertumpu kepada pengukuhan infrastruktur landasan yang merangkumi pembaharuan landasan, pengukuhan jambatan, pembinaan jambatan baru, stesen baru. Pembinaan lintasan rata agar kapasiti beban kendar landasan JKNS dapat dipertingkatkan daripada 12 tan kepada 16 tan. Pelaksanaan projek-projek perkeretapian adalah melibatkan kos yang tinggi memandangkan komponen utama projek iaitu rail dan sistem pengikat rail diperbuat daripada besi dan perlu diimport yang mengambil kira landasan JKNS sepanjang 430km. Kos pembinaan iaitu sebanyak RM2.48 juta per satu kilometer adalah munasabah berdasarkan skop kerja yang telah ditetapkan berbanding pembinaan infrastruktur landasan baru sepenuhnya yang menelan belanja RM10 juta per kilometer hingga RM15 juta per kilometer bagi landasan berkembar. Kerja-kerja pembinaan bagi projek ini adalah berdasarkan kepada spesifikasi yang telah ditetapkan dalam kontrak yang mana secara dasarnya spesifikasi tersebut adalah sama dengan mana-mana projek perkeretapian yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia. Kualiti pembinaan bagi projek ini adalah mematuhi spesifikasi, di mana pihak kerajaan telah melantik perunding pengurusan projek bagi membantu aspek kualiti dan sebagainya. Pembinaan landasan kereta api berkembar di antara Tanjung Aru dan Beaufort juga tidak diperlukan kerana landasan tunggal sedia ada adalah sudah memadai untuk menampung keperluan operasi JKNS.
Minta penjelasan sedikit Timbalan Menteri soal kereta api ini, landasan kereta api. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri Pengangkutan, sahabat saya dari Beaufort. Soalan saya, bersetuju atau tidak Yang Berhormat bahawa kata-kata Yang Berhormat itu langsung tidak dipeduli oleh kontraktor-kontraktor semasa kita melawat permasalahan di kawasan Putatan. Terutama sekali kesalahan yang tidak mengikut design atau reka bentuk pembinaan landasan kereta api tersebut, yang mana jalan masuk ke kampung-kampung telah ditingkatkan dan menyebabkan jalan itu menjadi bukit dan Menteri sendiri menyaran supaya ini diturunkan agar tidak membabitkan kesusahan kepada orang kampung. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak bersetuju dengan apa yang saya cakap tadi, kenapa pula sampai sekarang apa yang dicadangkan itu belum dilaksanakan? Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjelaskan tentang permintaan Yang Berhormat daripada Putatan, sebenarnya saya telah pun melakukan lawatan dan telah pun mengarahkan kepada pihak kontraktor dan juga Jabatan Keretapi Negeri Sabah, tetapi setakat ini suka saya juga memaklumkan kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Putatan, saya tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak, yang mana pihak kontraktor ataupun JKNS belum melaksanakannya. Baru petang ini Yang Berhormat beritahu pada saya, jadi justeru itu saya tidak mengetahui sama ada pihak kontraktor ataupun JKNS telah melaksanakan arahan yang telah saya buat. Namun demikian, saya percaya bahawa semua arahan yang telah kita buat itu akan dipatuhi kalau tidak kontraktor akan menghadapi masalah tentang soal pembayaran dan sebagainya. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat.
Adakah itu satu jaminan?
Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Labuan bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Tuaran.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan, bahawa tidak ada aduan mengenai dengan perkara yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Putatan tadi, tetapi tidak berapa lama dahulu ada satu kumpulan penghuni atau penduduk kampung telah membuat satu protes tepi jalan di tepi railway, di mana presiden satu parti di Sabah telah menyertai. Jadi, adakah pihak kementerian telah mengambil kira dan juga membuat siasatan, apakah sebab mereka ini membuat protes? Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya mahu bertanya kepada Timbalan Menteri, pertama sekali mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, oleh kerana telah memberi peruntukan begitu banyak untuk menaiktarafkan sistem kereta api di Sabah walaupun kereta api di Sabah ini sekian lama adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Sabah dan sekarang ini Kerajaan Persekutuan telah membantu. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri, setahu saya sebenarnya hasil daripada sistem kereta api di Sabah ini hanya lebih banyak social services, di mana pendapatannya hanya 10 peratus daripada perbelanjaan setiap bulan. Jadi selain daripada kenaikan taraf sistem railway ini, adakah kementerian mempunyai rancangan untuk membantu Kerajaan Negeri Sabah untuk menaiktarafkan sistem perkhidmatan (services) kereta api itu supaya ianya lebih digunakan oleh pihak orang awam. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Bintulu.
Yang Berhormat Tuaran Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuaran sorry. Pertamanya saya ingin menjelaskan bahawa tunjuk perasaan ataupun protes memang telah diadakan oleh mereka yang terlibat dalam pembinaan landasan kereta api daripada Tanjung Aru hingga ke Tenom, khususnya daripada Tanjung Aru ke Putatan. Akan tetapi langkah-langkah telah diambil, iaitu saya telah pun turun sendiri bersama dengan Yang Berhormat Ahli Parlimen untuk berbincang dengan pihak mereka, pihak pengusaha-pengusaha kedai di sebelah kiri landasan kereta api. Pada peringkat awalnya bila saya sampai di situ pun memang mereka semuanya hot temper, dengan izin. Ada seorang wanita itu, membuat tuduhan yang tidak munasabahlah dia kata seolah-olah landasan ini adalah membunuh perniagaan mereka. Namun demikian setelah mengadakan perbincangan dengan pihak kereta api negeri Sabah dan juga pegawai-pegawai daripada KTMB yang sebagai menyelia projek ini, maka nampaknya mereka bersedia untuk bertolak ansur dengan pendekatan- pendekatan yang telah kita cadangkan ketika itu. Jadi itulah langkah yang pertama yang telah diambil oleh kementerian. Mengenai dengan...
Yang Berhormat boleh saya minta penjelasan, bilakah arahan atau seruan Yang Berhormat itu dapat dilaksanakan dan dapat dilihat supaya janji daripada pihak kerajaan ini dilihat oleh rakyat yang betul- betul janji yang boleh dilaksanakan, kalau tidak kita akan dianggap sebagai kerajaan yang bohong. Sebab Yang Berhormat adalah wakil kerajaan.
Saya fikir Tuan Yang di-Pertua, mudah saja kerana projek ini dalam pelaksanaan. Tidak mungkin pihak kontraktor dan kerajaan hanya separuh jalan ya, hanya separuh jalan. Memang kita juga menghadapi masalah mengenai masalah masyarakat di sekitar landasan ini. Tambahnya mereka yang berhampiran dengan landasan tidak membenarkan workshop mereka diroboh, tidak dibenarkan rumah-rumah, workshop dan juga perniagaan-perniagaan di situ tidak mahu diroboh. Jadi ini antaranya juga perkara-perkara yang menghalang bagi JKNS dan juga kontraktor untuk memulakan kerja-kerja.
Akan tetapi saya beri jaminan, kerajaan akan menyiapkan projek ini ataupun memberikan keselesaan kepada rakyat di sekitar atau di kawasan yang mana laluan kereta api ini kita buat. Jadi itu jaminan kerajaan. Dan saya percaya Yang Berhormat juga tidak akan mahu projek ini tidak siap, seolah-olah projek ini separuh jalan. Terima kasih.
Mohon izin.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat. Yang Berhormat Labuan bangun lebih awal.
Ini Sabah...
Yang Berhormat Labuan bangun awal Yang Berhormat.
Yang Berhormat Labuan dahululah.
Soalan kedua itu belum dijawab Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seperti mana yang dijelaskan tadi landasan telah pun kita bina dan kita telah pun membelanjakan beratus juta ringgit untuk projek Keretapi Negeri Sabah.
Seperti mana yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri tadi bermakna persiapan untuk mengoperasikan Projek Keretapi Negeri Sabah akan dapat dilaksanakan pada waktu yang singkat. Cuma satu pertanyaan yang saya suarakan apakah jenis gerabak yang kita gunakan ataupun kepala kereta api yang kita gunakan yang baru ini? Adakah kita masih pakai yang lama ataupun sudah ada satu mesin yang baru? Dan yang kedua berapakah kecepatan per jam kereta api yang kita pakai di negeri Sabah ini? Waktu transit di setiap stesen fasal memandangkan landasan kereta api yang kita ada adalah cuma satu jalur. Jadi bermakna setiap kita perjumpaan kereta api kita ada crossing di antara stesen. Jadi berapa lama kah kita akan mengambil waktu? Kalaulah satu kereta api itu lambat datang yang satu sudah sampai bermakna sistem yang kita gunakan tidak begitu efektif. Jadi kita masih memerlukan dual carriage dia punya landasan untuk membolehkan kecepatan dan juga efficiency perjalanan kereta api tersebut. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri perkara baru tidak perlu jawab ya.
Terima kasih. Sebelum itu saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat daripada Tuaran, soalan yang kedua. Memang kita akui bahawa kereta api negeri Sabah adalah merupakan sebagai perkhidmatan sosial kepada masyarakat di kawasan tersebut. Namun demikian untuk menaikkan taraf lagi tentang servisnya Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM57 juta lagi bagi membeli beberapa buah gerabak baru ataupun rolling store yang dinamakan lokomotif gerabak-gerabak ataupun diesel multiple unit atau DMU yang akan diperoleh dalam tempoh dua tahun daripada sekarang. Sebabnya mereka telah pun berbincang dengan pembekal-pembekal tetapi namun demikian keputusan belum dapat dibuat sebab ada di antara pembekal- pembekal ini agak harganya mahal. Pihak JKNS dan juga KTMB cuba untuk berunding dengan pihak pembekal yang lain terutama sekali daripada negara China untuk mendapatkan harga yang lebih termurah. Terima kasih.
Ya Lipis.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memang berminat dengan kereta api Sabah ini kerana selalu banyak diuar-uarkan dalam iklan dan sebagainya dan saya selalu pun ke Sabah tetapi setakat ini belum pernah dapat naik lagi. Jadi bila agaknya kereta api ini hendak siaplah landasan dan dapat beroperasi daripada mana, Tanjung Aru kah?
Yang keduanya saya rasa kereta api ini juga digunakan untuk mengangkut barang dan sebagainya. Rasa saya selain daripada perkhidmatan sosial tadi kegunaan ekonomi rasa lebih menyerlah. Bila agaknya ada rancangan dan sebagainya untuk menyambung kereta api ini daripada Tenom ya sampai ke Lahad Datu, Sandakan dan sebagainya. Dengan cara ini perjalanan untuk mengangkat barang-barang berat rasa saya lebih baik menggunakan kereta api daripada jalan raya yang saya rasa lebih selamat. Mohon penjelasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua terima kasih kepada Yang Berhormat Lipis. Sebenarnya sebagaimana yang saya jelaskan tadi bahawa landasan ini telah pun siap 80 peratus hanya daripada Putatan ke Tanjung Aru kawasan Yang Berhormat Putatan yang belum siap. Dan saya menyatakan sebentar tadi bahawa daripada Beaufort ke Papar boleh beroperasi pada bila-bila masa. Sebenarnya KTMB dan JKNS telah pun mengemukakan surat pemberitahuan bahawa untuk memulakan sub opening kepada perkhidmatan kereta api daripada Beaufort ke Papar. Akan tetapi oleh kerana ada beberapa bukan masalah cuma hendak menunggu kelapangan waktu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah untuk merasmikannya jadi kita tangguh buat seketika. Namun masanya akan ditentukan dalam masa yang terdekat. Bagi tujuan barang-barang memang betul. Memang itulah sebenarnya matlamatnya untuk mengurangkan kerosakan jalan raya di highway di antara Beaufort dengan Kota Kinabalu dan juga di antara Tenom, Keningau, Tembunan dan seterusnya Kota Kinabalu. Jadi ini adalah satu alternatif pengangkutan yang boleh mengangkat barang-barang yang berat terutama sekali kayu balak dan hasil-hasil yang lain. Yang Berhormat tadi juga minta apa itu sambungan. Masa kini sebenarnya tidak ada perancangan untuk menyambung di antara Tenom ke Lahad Datu atau seterusnya ke Tawau dan Kalabakan balik ke Tenom. Sebabnya pertama kosnya agak tinggi, yang keduanya tentang viable projek ini tidak sebegitu memberangsangkan masa kini. Kecuali pihak pengangkutan terutama sekali yang mengangkut balak, batu dan sebagainya menggunakan perkhidmatan ini. Mungkin pada satu ketika nanti kalau ada permohonan daripada pihak swasta misalnya mungkin akan diberi pertimbangan oleh pihak kerajaan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua ingin saya meneruskan jawapan saya dalam perbahasan ataupun saranan-saranan daripada Ahli Yang Berhormat.
Minta, minta sedikit.
Oh Kota Kinabalu mahu juga.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya akan tanya kereta api Sabah ini akan ada keuntungan besar ke masa hadapan, bila jangka siap?
Terima kasih saya sudah menjawab sebentar tadi kepada Ahli Yang Berhormat yang bertanya kepada saya dan juga jawapan saya kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu. Memang masa kini tidak ada memberikan keuntungan malahan kerajaan negeri memberikan peruntukan bagi, termasuklah juga untuk maintenance dan juga pembayaran gaji-gaji kepada staf yang ada dalam JKNS. Lebih-lebih lagi sekarang perkhidmatan telah pun ditamatkan untuk meningkatkan taraf rel kereta api di negeri Sabah. Jadi tidak ada apa-apa pulangan keuntungan. Tuan Yang di-Pertua peruntukan yang terhad adalah tidak mencukupi untuk mempermodenkan dan mempertingkatkan taraf JKNS sepenuhnya kerana yang mengeluarkan pelaksanaan projek pada skala yang lebih besar dan kos yang tinggi. Walau bagaimanapun, projek yang dilaksanakan adalah berupaya untuk mempertingkatkan tahap operasi JKNS di mana kelajuan train di antara Tanjung Aru ke Beaufort boleh mencapai 100 kilometer sejam dan para penumpang akan disediakan dengan kemudahan dan stesen yang baik. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Kalabakan mengenai dengan isu makanan dalam penerbangan AirAsia. Untuk makluman Yang Berhormat, AirAsia sebenarnya menghidangkan pelbagai pilihan makanan yang berkhasiat dan menu makanan dalam penerbangannya.
Sajian disediakan secara segar dan merangkumi makanan Asia seperti ala Thai, Indonesia, Malaysia dan sajian sayur-sayuran untuk vegetarian. Di antaranya adalah nasi goreng, sate, nasi lemak, nasi ayam, nasi beriani, sayur-sayuran, sandwich tuna dan lain-lain lagi. AirAsia juga mempunyai kemudahan tempahan sebelum penerbangan (pre booked) untuk memastikan penumpang dapat membuat pilihan makanan mengikut cita rasa dan diet yang bersesuaian. Walau bagaimanapun untuk memenuhi cita rasa pelbagai AirAsia juga turut menyediakan pemilihan makanan segera yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat yang terkemuka di pasaran. Sehubungan dengan perkhidmatan penerbangan murah tengah malam atau mid night daripada Kota Kinabalu, KK dan Tawau-Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur, KL. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat Kalabakan bahawa penerbangan murah tengah malam daripada Kota Kinabalu tidak dapat diadakan memandangkan Lapangan Terbang Kota Kinabalu ditutup pada jam 1.10 pagi sehingga 6 pagi untuk kerja-kerja pembangunan semula landasan di bawah projek menaikkan taraf lapangan terbang. Ini sahaja daripada April 2006 sehinggalah Disember 2009. Walau bagaimanapun pihak MAS...
Minta penjelasan.
Walau bagaimanapun pihak MAS akan mengkaji semula keperluan untuk mengadakan penerbangan ini selepas kerja-kerja menaikkan taraf Lapangan Terbang Kota Kinabalu selesai kelak.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soal penerbangan murah dengan alasan tidak dapat diadakan ataupun diwujudkan kerana penyiapan Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Itu mungkin tidak begitu kuat alasannya Datuk Menteri. Sebab pemberhentian penerbangan murah ini sejak beberapa tahun yang lalu sebelum apa-apa kerja pun di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Jadi saya tidak lihat ada masalahnya. Saya tidak lihat ada masalahnya Datuk Menteri. Kalau kapal-kapal yang lain boleh beroperasi dari luar negeri pada jam satu, pada jam tiga, pada jam empat pagi. Alasan yang dibagi oleh Yang Berhormat itu tidak berasas sama sekali bahawa ini tidak dapat diwujudkan. Jadi tolonglah Yang Berhormat Menteri, jangan bagi alasan yang tidak begitu kuat ini.
Nampaknya Ahli Yang Berhormat dari Putatan...
Dia mahu balik malam.
...Mahu mencabar supaya apa yang saya jawab ini adalah perkara tidak betul. Sebenarnya saya telah jelas sebentar tadi bahawa mulai pada tahun 2006, April tahun 2006 ditamatkan sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja boleh dibuat oleh kontraktor daripada 1.10 pagi hingga 6 pagi. Sebelah siang mereka tidak boleh kerja. Tidak boleh buat apa-apa kerja. Jadi itu sebab alasan dia. Selepas itu, saya jawab mengatakan bahawa MAS akan mengkaji semula jika sekiranya ada keperluan dari segi load factornya, dari segi penumpang dan sebagainya cukup, mereka juga akan adakan penerbangan. Untuk makluman Yang Berhormat kalau tidak silap saya pada tahun lepas atau tahun ini MAS telah memberikan taklimat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di mana walaupun tidak ada midnight flight ataupun tengah malam masih ada harga-harga yang murah, yang boleh dipilih dengan syarat mereka hendak beli tiket ialah sebulan sebelum perjalanan. Masih ada murah. Di antara 300, 400, 500, 600 ada. Jadi Yang Berhormat layarilah laman web MAS, ada maklumat-maklumat di situ.
Tahukah Yang Berhormat Menteri bahawa pada dua tiga hari, lima satu minggu ini, menempah tiket atau tempat duduk di penerbangan MAS ini sukar sekali. Sedar atau tidak Yang Berhormat ini apa yang berlaku sekarang.
Saya sedar Yang Berhormat. Memang penumpang terlalu banyak untuk ke Kota Kinabalu dan juga Kuala Lumpur. Terutama sekali dua hari yang lepas di mana semua calon Majlis Tertinggi UMNO dan penyokong-penyokong mereka datang ke Kota Kinabalu dan susah mendapat tempahan. Selepas ini saya rasa..
Boleh minta penjelasan.
Saya jawab dulu. Saya jawab satu, satu. Akan dapat tempahan lah tetapi jangan last minute dan semalam juga saya ingin maklumkan kepada - saya pun balik daripada Kota Kinabalu semalam, ada VIP tetapi saya tidak tahu nama, melalui MAS, mereka telah tempah tetapi tidak datang, akhirnya kosong di business class. Ada VIP yang lain terpaksa duduk, Yang Berhormat Menteri Belia duduk di belakang sebab sudah ada tempahan tetapi tidak datang. Jadi ini juga masalah MAS di mana mereka telah pun menempah dan balik pada waktu yang ditetapkan tetapi tidak datang dan akhirnya kosong business class di hadapan. Silakan.
[Bangun]
Terima kasih. Ada beberapa isu Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang tadi saya rasa MAS tidak rugi. Dia sudah tempah tidak datang, tiket sudah jual. Itu tidak rugilah. Cuma persoalan yang saya ingin kemukakan iaitu akhir-akhir ini penerbangan MAS Sandakan-Kota Kinabalu, 9.40 malam sudah satu, dua bulan ini penerbangan tersebut sudah tidak ada. Jadi menyukar penumpang-penumpang daripada Sandakan ke Kota Kinabalu. Yang ada 6.40 dia MASWings, pakai Fokker jadi 50 orang sahaja boleh muat. Yang kedua iaitu Yang Berhormat menyedari kah penerbangan Kota Kinabalu- Kuala Lumpur berakhir 7.15 malam sedangkan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu dia ada 9.50. Dahulu ada 9.30 malam kenapa tidak kita sambung lagi. Kenapa berakhir 7.15? Tidakkah kementerian mencadangkan supaya jadual dijadualkan penerbangan- penerbangan antara negeri-negeri untuk memberi keselesaan dan seharusnya mereka- mereka yang mahu balik ke Semenanjung tengah malam, 9.30 malam boleh catch itu flight dan sampai ke Kuala Lumpur tengah malam. Ini tidak lagi berlaku. Tujuh suku dia habis. Kenapa begitu?
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Pertamanya saya tidak dapat memberikan fakta kenapa penerbangan dari Sandakan ke Kota Kinabalu yang dijadualkan jam 9.30 malam dibatalkan atau ditiadakan masa kini. Yang keduanya juga kenapa last flight ataupun penerbangan yang terakhir daripada Kota Kinabalu ke KLU ataupun Kuala Lumpur tidak daripada 7.15 malam sahaja. Dahulu memang ada pada 9.40 malam tapi sementara daripada Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu ada 9.30 malam jadi walau bagaimanapun perkara ini di luar pengetahuan saya pada masa kini, insya-Allah saya akan berikan jawapan kepada Yang Berhormat setelah kita menghubungi pihak MAS memberitahu bahawa kenapa mereka tidak ada penerbangan yang akhir daripada Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Terima kasih.
[Bangun]
Bagi laluan Kuching-Kuala Lumpur, pihak MAS memaklumkan bahawa..
Mohon penjelasan.
Yang Berhormat.
Ada lagi?
Ranau.
Okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat adakah sedar bahawa akhir-akhir ini penerbangan MAS sama ada Kuala Lumpur ke K.K ataupun K.K ke Kuala Lumpur ini masih lagi menghadapi masalah yang lama, yang berterusan terutama sekali dua perkara iaitu cancellation dan delayed flight. Apabila kita dalam penerbangan ini selalunya kita diberi mohon maaf kerana delayed flight lah.
Adakah tindakan-tindakan kementerian Yang Berhormat untuk memperbaiki keadaan ini.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Ranau. Memang saya mengakui bahawa berlakunya pembatalan penerbangan. Bukan sahaja di domestik malahan di peringkat international tetapi kejadian-kejadian ini tidak mungkin berlaku jika sekiranya tidak ada masalah-masalah khususnya masalah teknikal yang mana pihak MAS buat keputusan tidak akan terbang dalam soal teknikal, itu satu. Yang keduanya, berlaku kelewatan ialah di antara connectivity ini iaitu misalnya penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Narita misalnya, dia akan singgah ke Kota Kinabalu dan mungkin penerbangan ini akan agak terlewat sampai daripada Kota Kinabalu, ini juga ada di antaranya melewatkan masa penerbangan dan tidak berlaku setiap hari, hanya berlaku mungkin satu minggu sekali ataupun satu minggu, dua minggu sekali. Jadi tidak berlaku setiap hari. Ini untuk makluman Ahli Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Menteri. Saya cuma ada dua pertanyaan di sini, pertama mengenai Lapangan Terbang Kota Kinabalu, sesudah lapangan international itu selesai, apakah lapangan terbang terminal dua itu ataupun AirAsia akan dipindahkan ke sana ataupun AirAsia akan bertahan di terminal dua. Kedua, seperti mana yang kita sedia maklum Lapangan Terbang Labuan sudah hampir siap dan kononnya boleh menampung sampai 747 aircraft untuk turun di Labuan. Buat masa ini apakah perancangan kerajaan untuk supaya Lapangan Terbang Labuan itu fully utilize. Apa yang kita lihat pada hari ini cuma beberapa penerbangan sahaja yang datang ke Labuan. Jadi apakah tindakan kementerian untuk mempergunakan lapangan di Labuan itu supaya sering atau kerap digunakan dengan penerbangan-penerbangan international.
Boleh jawab sekali? Saya ingin menambah iaitu apakah masalah yang dihadapi oleh AirAsia? Ramai mereka yang beroperasi dalam penerbangan murah ini. Di seluruh dunia dia ada, di Amerika ada, di Eropah ada, tetapi mereka menggunakan terminal yang sama menggunakan aerobridge, AirAsia enggan menggunakan. Penumpang kalau ribut petir, dia buka satu pintu, maka delay kita. Sudahlah penerbangan dia delay, delay di dalam kapal terbang satu jam sebab dia enggan menggunakan aerobridge. Kenapa kerajaan atau kementerian tidak enforce, ini compulsory? Dia kena guna untuk keselamatan penumpang. Dia sudah untung, kaya juta-juta, bilion-bilion dia umum tetapi hendak sewa RM85 satu jam pun dia tidak mampu kah? Kenapa kita perlu buka LCCT? Kenapa tidak guna KLIA? Ini kita rugi. Kerajaan bina lapangan terbang berbilion-bilion, dia enggan masuk. Hendak bina pula di Labu. Ini tidak betul. Kementerian kena perbetulkan syarikat penerbangan ini sebab mereka sudah untung. Terima kasih.
Pertamanya saya ingin jawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dari Labuan mengenai dengan apakah kerajaan punya rancangan untuk memindah AirAsia ataupun pergi ke lapangan terbang ataupun terminal yang baru. Memang pihak MAB berhasrat supaya AirAsia bersama-sama dengan di lapangan terbang yang baru atau terminal yang baru. Sekarang dalam peringkat perbincangan dan saya percaya bahawa perbincangan itu adalah perbincangan yang positif, tetapi kita juga kena mengambil kira, Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa kos ataupun tambang murah ini memang murah. Jadi maknanya perkhidmatannya pun agak murah. Jadi kita tidak boleh dapat ada keselesaan sebab...
Timbalan Menteri, dia murah kalau kita tempah awal. Kalau on the spot, lagi mahal daripada MAS juga.
Jadi itu sebab saya katakan kalau kita mahu dapat perkhidmatan yang murah, jadi kita tempah awallah, sebulan sebelum kita terbang. Ahli Yang Berhormat dari Labuan juga bangkitkan Lapangan Terbang Labuan akan siap sepenuhnya dan adakah memang ada rancangan untuk membenarkan Boeing 747-400 untuk terbang.
Dan apakah rancangan kerajaan ataupun perancangan kerajaan untuk supaya Lapangan Terbang Labuan ini akan dapat digunakan sepenuhnya. Jadi ini melibatkan semua kementerian, bukan sahaja Kementerian Pengangkutan, malahan juga kementerian-kementerian yang terpenting misalnya Kementerian Pelancongan. Mereka juga perlu mempromosikan Labuan sebagai produk pelancongan. Jadi sudah tentu destinasi ini akan menjadi laluan bagi pelancong-pelancong daripada luar negara. Jadi pihak kementerian memang berusaha supaya dapat dipergunakan semua kemudahan yang ada pada Lapangan Terbang Wilayah Persekutuan Labuan. Mengenai dengan soalan Yang Berhormat Kinabatangan, saya memang bersetuju kenapa pihak AirAsia tidak diberi tempat dengan MAS. Jadi ini pun dalam peringkat perancangan di mana pihak AirAsia reluctant ataupun tidak mahu membayar sewa air bridge ataupun aerobridge sebanyak RM85 sejam. Jadi kata mereka ialah pertamanya asal penuh mereka terbang. Jadi untuk makluman, saya juga ingin menjelaskan dan memperbetulkan dakwaan Ahli Yang Berhormat Kinabatangan. Kalau berlakunya hujan atau ribut petir, maka AirAsia juga menggunakan aerobridge kita. Itu untuk makluman. Terima kasih.
Tidak pernah, Yang Berhormat. Saya sudah banyak kali. Saya jam di dalam. Ini AirAsia celaka ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Ahli Parlimen Kinabatangan tarik balik perkataan celaka itu.
Tidak ada kena mengena sama orang. Itu AirAsia atas langitlah... [Ketawa]
Sebab, Tuan Yang di-Pertua, saya seorang pengguna AirAsia yang setia dalam lima tahun kebelakangan ini. Kalau dia kata AirAsia celaka bermakna saya malulah, Tuan Yang di-Pertua. Minta Kinabatangan tarik balik apa yang dia cakap.
[Menyampuk]
Ini lagi celaka.
Memang ini betul-betul mereka tidak berterima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Menteri terima kasih kerana memberi saya peluang. Saya mahu alasan daripada Menteri. Apa yang saya pentingkan untuk rakyat dari Padang Serai, untuk rakyat dari Padang Serai, Bagan Sena, Merbau Pulau, sana semua...
Buka airport di Padang Serailah.
...Mereka hanya selepas kehadiran AirAsia ataupun low cost carrier ini, dalam ratusan mereka hari ini sanggup terbang sebelum low cost carrier datang ke negara ini, ramai yang tidak pernah terbang dan terbukti apabila sampai hari ini saya sudah beberapa kali terbang berulang ke Trichy, India, every flight...
Apa you buat pergi India?
You duduklah. Ini apa ini? Tidak sopan betul.
Pergi India buat apa? Cari apa?
Yang Berhormat...
Ini apa pasal ini? Kenapa selalu awak semua tidak hormat sama Speaker? Hormat sama Speakerlah... [Ketawa]
[Menyampuk]
Sini pun sama, sana Perak pun tidak hormat. Betul-betul memalukan. Lain kali hormat. Bangun, minta Speaker dulu. Hormat sama Speaker. Ini sudah tunjukkan satu budaya yang jahat sampai melimpah ke Perak. Sekarang Perak pun sudah rosak.
Ini samseng, samseng.
Tuan Yang di-Pertua, perkataan ini perkataan-perkataan yang tidak senonoh. Jadi Yang Berhormat Menteri, ramai rakyat Malaysia mementingkan penerbangan. Ada kalanya saya sendiri apabila saya terbang, saya begitu prihatin tentang kos itu. Kedua itu adalah kemudahan. Memang betul seperti yang Kinabatangan kata itu, kadang-kadang hujan, tetapi...
Padang Serai pandai terbang kah?
Dia tidak payah pakai AirAsialah, dia terbang sendiri.
Dia terbang sendiri kah?
Ini kah budaya?
Saya mahu tanya, you bilang pandai terbang.
Putatan, duduk dulu, minta sama Speaker.
Yang Berhormat.
Minta sama Tuan Yang di-Pertua, dia...
Yang Berhormat, Yang Berhormat minta penjelasan. Tidak boleh minta orang lain minta penjelasan kepada Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, oleh kerana paksaan daripada beberapa orang seperti Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Putatan dan mereka ini, saya tidak mahu harga...
Yang lain duduk, Yang Berhormat.
...Penerbangan melonjak macam dahulu. Memang tidak boleh.
Padang Serai, tidak payah terbanglah. Tidak perlu pergi Sarawak.
Duduk, Yang Berhormat.
Tidak perlu pergi Sabah juga.
Yang Berhormat Putatan, memang saya tahu kamu ini orang yang tidak ada budaya yang baik.
Yang Berhormat.
Putatan memang macam in, apa saya mahu buat. Jadi memang dihargai oleh rakyat Malaysia. Penghormatan yang tinggi diberi kepada mereka yang...
Tuan Speaker,
...Membekalkan low cost fare ini kepada rakyat.
Padang Serai seakan-akan dia berucap ini Tuan Speaker. Dia melewat-lewatkan masa ini.
Saya juga pohon kepada Menteri...
Dia melewat-lewatkan masa.
Saya mohon ulasan supaya dikekalkan tambang-tambang yang murah ini dan juga cari jalan cara-cara di mana rakyat boleh menikmati dengan lebih ramai lagi kerana masih lagi segelintir daripada rakyat...
Yang Berhormat, cukup, Yang Berhormat.
...Tidak dapat pergi.
Jangan susah, nanti kita buka penerbangan kita dua orang, murah punya... [Ketawa]
Yang Berhormat Kinabatangan memang tidak bolehlah. Jadi, terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri hendak bagi jalan, Yang Berhormat?
Ya, terima kasih.
Tajuk yang sama.
Tuan Speaker, boleh saya sambung sedikit mengenai AirAsia juga? Berkenaan perkara yang sama.
Saya jawab dulu, saya jawab dulu Yang Berhormat Padang Serai. Kalau saya ada hati hendak bagi laluan, saya bagi laluanlah. Kalau tidak, saya jawab Ahli Yang Berhormat dari Padang Serai sahaja.
Tajuk yang sama.
Timbalan Menteri sambung sahaja Timbalan Menteri.
Saya tidak bagi peluang sekarang ini.
Tajuk yang sama.
Saya hendak jawab dahulu.
Dia tidak bagi jalan. Duduk dahulu, Yang Berhormat.
Biar dahulu nanti saya bagi laluan. Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Serai. Di samping dia buat soalan, tetapi dia juga jawablah. Jadi kita memang setuju supaya kita kekalkan harga. Kita juga mahu syarikat penerbangan negara kita juga boleh memberikan kos yang murah. Sebagaimana saya katakan tadi bahawa kalau sekiranya penduduk kita atau masyarakat kita hendak terbang pergi ke luar negara, tetapi haruslah tempah lebih awal, sebulan. Itu juga ada dibuat oleh pihak MAS dan juga AirAsia. Jadi kita memang setuju. Kita berharap AirAsia juga jangan lagi menaikkan harga mereka sebab harga minyak pun sudah turun, jadi tidak ada sebab bagi mereka menaikkan harga tambang ataupun tiket mereka sama ada domestik ataupun internasional.
Mohon izin.
Silakan.
Kota Raja ya.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengenai AirAsia juga saya sedikit sebanyak menyokong apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Padang Serai tadi kerana dengan adanya perkhidmatan pesawat tambang murah ini ramai daripada kita telah dapat travel terutamanya daripada timur dan barat Malaysia. Cuma saya ingin hendak bertanyakan Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah faktor yang sebenarnya yang menyebabkan AirAsia memohon untuk membina satu lapangan terbang yang asing buat mereka. Adakah ia disebabkan oleh faktor-faktor kos ataupun faktor-faktor lain. Kedua, saya ingat dahulu, AirAsia biasa beroperasi daripada Lapangan Terbang Subang, kemudian bertukar ke KLIA dan kemudian di tempat sekarang di LCCT. Cuma kita diberitahu pada masa itu, Lapangan Terbang Subang itu sebenarnya untuk kegunaan tentera atau sebagainya.
Itu yang kita dapat samar-samar daripada akhbar. Akan tetapi kini, pada hari ini, Lapangan Terbang Subang telah di renovate, malah lebih cantik daripada Lapangan Terbang Subang sebelumnya. Jadi, kenapa pula ini berlaku dan Firefly anak syarikat MAS pula boleh beroperasi dari situ. Jadi, sebagai pengguna kami merasa agak terkilan. Kalau hendak guna AirAsia kita kena pergi ke Sepang sana, dan kalau Firefly ke Subang. Jadi, saya rasa itu unfair competition, dengan izin.
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Raja. Bagi soalan yang pertama saya tidak akan berikan jawapan sebab kita telah pun minta supaya Yang Berhormat Menteri Kewangan yang akan menjawab. Keduanya ialah mengenai dengan kenapa di LCCT di Subang dan juga dahulunya KLIA. Di sini saya ingin menyatakan bahawa oleh kerana pada masa itu ada permintaan sebab AirAsia menggunakan kos ataupun tiket yang rendah. Jadi, mereka tidak boleh bersaing bersama-sama dengan pihak MAS sebab MAS menggunakan Aerobus dan sebagainya. Jadi, itulah sebabnya mereka minta supaya berpindah ke LCCT. Bagi Subang pula saya tidak dapat maklumat tetapi memang sekarang ini banyak penerbangan untuk domestik sahaja iaitu antaranya penerbangan Firefly, Berjaya Air dan sebagainya. Ini hanyalah penerbangan-penerbangan yang boleh membantu sekiranya tidak ada penerbangan-penerbangan daripada satu negeri ke satu negeri. Misalnya saya pergi ke Kelantan dan di Kelantan ada pula Firefly terbang ke Pulau Pinang. Jadi, ini sebagai satu alternatif bagi kita untuk mempermudah perjalanan kita. Itu antara matlamat Firefly dan Berjaya Air dan kita tempatkan sementara waktu di situ. Mengenai dengan renovation ini saya apabila saya akan dapatkan maklumat, nanti saya akan jawab kepada Yang Berhormat.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, berikutan itu...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, panjang lagikah Yang Berhormat? Kalau banyak perkara baru yang dijawab oleh Yang Berhormat.
Cuma saya ingin penjelasan sedikit lagi.
Sebentar, Yang Berhormat. Banyak perkara baru yang dikemukakan dan dijawab oleh Yang Berhormat. Kalau saya boleh beri cadangan agar Yang Berhormat menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan sebelum ini. Terima kasih, Yang Berhormat.
Saya sambung sedikit lagi soalan tadi. Cumanya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, maklumat yang saya dapat ialah AirAsia berpindah dari Subang ke KLIA atas arahan kerajaan dan daripada KLIA ke LCCT juga atas arahan kerajaan. Jadi, adakah timbul, maknanya bukan mereka yang minta untuk berpindah tetapi diarahkan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya amat tertarik dengan jawapan-jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai dengan AirAsia. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri ini boleh jadi seorang yang very good salesman untuk AirAsia – mempertahankan AirAsia ini. Akan tetapi yang pentingnya saya hendak tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan atau menasihatkan supaya orang membuat tempahan awal – enam bulan, setahun awal. Kalaulah AirAsia gulung tikar semasa ini, apakah jaminan orang yang telah membuat tempahan, yang telah membayar fare? Bagaimana? Kerajaan hendak buat apa jaminan kepada penumpang-penumpang ini bila AirAsia gulung tikar. Kedua, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tahu AirAsia ada hutang RM140 juta kepada MAB dari tahun 2002 hingga ke hari ini. Kenapakah Kementerian Pengangkutan termasuk Kementerian Kewangan tidak berani mengambil tindakan sedangkan airport tax ini telah dibayar oleh orang awam semasa mereka membuat tempahan atau semasa mereka membuat bayaran online. AirAsia ini cuma satu agensi untuk memungut atau mengutip airport tax sahaja. Kenapakah kerajaan tidak berani ambil tindakan supaya MAB bayar wang ini.
Yang Berhormat, perkara ini telah pun Yang Berhormat bahaskan minggu yang lalu.
Akan tetapi tidak dijawab.
Mungkin belum sampai, Yang Berhormat.
Saya harap boleh jawab dua soalan ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini tambahan sedikit.
Hendak beri jalan lagi, Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Cukup, cukup.
Ini singkat. Setiap kali saya terbang, inilah masalah yang saya hadapi.
Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat. Kena hormat Tuan Yang di-Pertua.
Sekejap sahaja. Boleh, ya?
Hormat Tuan Yang di-Pertua.
Tidak payahlah.
Dia tidak bagi jalan lagi, Yang Berhormat.
Satu sahaja.
Apa dia?
Okey, terima kasih. Kita melihat AirAsia dalam jangka masa yang pendek ini daripada beberapa kapal terbang sudah berkembang hingga puluhan kapal terbang, tetapi kenapakah KLIA Berhad yang menyediakan kemudahan-kemudahan ground untuk AirAsia dan juga MAS ini mereka tidak dapat berkembang seperti perkembangan yang berlaku kepada AirAsia dan MAS. Pada hal mereka yang terbang dulunya kurang, tetapi dalam jangka masa tiga empat tahun ini sudah berjuta orang sampai sesak macam pasar malam. Kenapakah KLIA Berhad tidak dapat merancang seperti apa yang dirancang oleh MAS dan AirAsia. Mereka merancang dan mengembangkan perniagaan dengan begitu pesat dan besar tetapi kenapa KLIA Berhad tidak dapat. Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong jelaskan sebab setiap kali kita pergi, I think it is disaster in LCCT Airport.
Dengan izin.
Dengan izin. Terima kasih. Inilah satu Tuan Yang di-Pertua yang cukup baik. Saya hormati.
Terima kasih, Yang Berhormat. Lain kali jangan lagi kata sedikit begitu, jangan begini banyak, Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Serai. Sebenarnya soalan ataupun kita berbincang tentang soal MAS dan juga AirAsia, bukan KLIA, ya? Jadi, saya fikir saya tidak perlu jawab. Bagaimanapun nanti saya akan berikan jawapan di luar nanti. Bagi Yang Berhormat Wangsa Maju, sebenarnya kita di kementerian ini harus adil sama ada kepada AirAsia, Berjaya Air, Firefly dan juga MAS. Jadi, saya bukanlah menjadi promoter tetapi inilah jawapan yang sebenar, yang perlu kita jawab supaya Ahli-ahli Yang Berhormat puas hati dan juga rakyat puas hati. Yang sebenarnya yang cuba hendak memuji AirAsia ini ialah wakil daripada Padang Serai.
Sedikit penjelasan. Sedikit sahaja. Merujuk apa yang disebut oleh Yang Berhormat Wangsa Maju tadi iaitu tambang murah ini kadang-kadang saya merasa ia macam gimik sahaja sebab kita kena buat tempahan lebih awal untuk dapat harga murah.
Akan tetapi dua hari selepas itu sudah jadi mahal seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Jadi, saya lihat murah itu berasaskan kepada eksploitasi. Contohnya ialah kalau kita tidak jadi terbang, pertama memang kita tidak boleh dapat refund. Kedua, kalau kita hendak tukar nama kepada katakanlah anak kita yang nombor dua ini tidak boleh pergi, kita hendak tukar kepada anak nombor tiga, dia tidak bagi. Tidak boleh, dia kata, walaupun kita bawa IC. Jadi, maksudnya orang itu kena terbang pada masa yang lain. Jadi, saya rasa eksploitasi inilah yang kita rasa tidak wajar dan perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pengangkutan supaya jangan maksudnya murah itu ialah berasaskan kepada eksploitasi. Ini termasuklah kemudahan-kemudahan untuk OKU dan sebagainya dan yang paling penting tadi saya kata bahawa seolah-olah AirAsia ini macam jadi anak emas kepada kerajaan pula.
Terima kasih. Tadi Yang Berhormat Wangsa Maju juga bertanya apakah kerajaan beri jaminan jika tempahan yang dibuat enam bulan, kemudian AirAsia bankrap. Itu pun saya tidak boleh jelaskan di sini. walau bagaimanapun saya akan berikan penjelasan secara bersurat ataupun bertulis.
Bagi menjawab Ahli Yang Berhormat daripada Pontian tentang...
Batu Pahat.
Fee dan airport tax RM140 juta?
Ya, ya saya tahu. Itu saya ada jawapan belakang tentang tempahan. Saya difahamkan oleh AirAsia kalau dalam tempoh 24 jam boleh ditukar tetapi kena bayar kompaun atau bayar lebih RM100 seorang. Boleh tukar dalam masa 24 jam. Boleh tukar dan boleh juga batalkan penerbangan pada hari tersebut kepada masa yang lain. Itu ada. Itu saya tahu. Jadi untuk itu Tuan Yang di-Pertua saya fikir oleh kerana jawapan saya pun agak panjang lagi, jadi saya minta pada Ahli Yang Berhormat penjelasan saya telah pun saya perjelaskan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya bertanya soalan tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyatakan ada beberapa perkara yang akan dijawab oleh Menteri Kewangan. Perkara apa itu sebelum saya teruskan soalan saya.
Pembinaan LCCT di Labu.
Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan telah pun selesai pada petang tadi dan perkara ini tidak dijawab. Tak boleh lepas tangan begitu Tuan Yang di-Pertua.
Tidak, tidak. Terpulang kepada Kementerian Kewangan sebab pegawai-pegawai telah pun bermesyuarat bahawa jawapan itu perlu dijawab oleh Kementerian Kewangan. Jadi saya tidak ada jawapannya pada saya.
Tapi Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Adakah isu ini telah dibangkitkan pada peringkat perbahasan, peringkat dasar?
Tidak, tidak, tidak.
Kalau tidak ada maknanya ianya tidak berbangkit pada ketika ini Yang Berhormat.
Ada dalam soalan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Saya yang bangkitkan Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya pun bangkitkan.
Tuan Yang di-Pertua, ini perbahasan saya tentang LCCT.
Tidak, saya bertanya tadi dan dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak memerhati semua perbahasan.
Akan tetapi alasan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah perkara ini akan dijawab oleh Menteri Kewangan. Menteri Kewangan sudah selesai tapi perkara ini tidak dijawab. Ini perkara besar Tuan Yang di-Pertua. Tidak boleh kementerian lepas tangan kepada Kementerian Kewangan, Kementerian Kewangan lepas tangan kepada Kementerian Pengangkutan.
Tuan Yang di-Pertua, saya menjelaskan lagi bahawa Kementerian Pengangkutan tidak lepas tangan. Oleh kerana perbincangan telah pun dibuat oleh pegawai-pegawai di mana pegawai-pegawai di kedua-dua kementerian ini bersetuju bahawa MoF, Kementerian Kewangan yang menjawab. Jadi soalnya sama ada MoF telah menjawab sebentar tadi atau tidak itu bukan soal saya lagi sebab saya tidak ada jawapan dalam soal ini.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan soal pegawai. Menteri harus mengambil tanggungjawab. Kalau hendak serah semua salah pegawai di belakang lebih baik pegawai duduk di depan dan Menteri duduk di belakang.
Ya!... [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, saya bukan menyalahkan pegawai-pegawai. Cuma saya kata pegawai-pegawai telah pun berbincang dan bersetuju supaya pihak Kementerian Kewangan yang menjawab soal pembinaan LCCT di Labu. Kenapa ia dibatalkan, kenapa tidak diteruskan.
Tuan Yang di-Pertua...
Saya tidak menyalahkan pegawai-pegawai yang ada di belakang sana.
Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara di sini. Pertama, betul jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan pegawai telah bincang dan aturkan kementerian mana yang jawab tetapi Menteri harus bertanggungjawab. Menteri should not be dictated by the officers. Mereka hanya beri pandangan mereka. Sebagai Menteri Pengangkutan, Menteri Kewangan ambil tanggungjawab untuk menjawab isu yang besar. Itu yang pertama. Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya sudah menjangkakan dalam perbahasan saya, saya ada sebut saya ada maklumat bahawa Menteri Pengangkutan tidak dibenarkan untuk menyentuh soal LCCT ini. Itu maklumat yang dapat daripada dalam. Pegawai juga beritahu saya. Akan tetapi kalau betul serahkan kepada Kementerian Kewangan, Menteri kewangan I hilang, Menteri Kewangan II pun hilang apa hendak jadi dengan Dewan Rakyat kita ini.
Menteri Kewangan II menjawab soalan Yang Berhormat.
Tapi tidak dijawab tetapi alasan Timbalan Menteri Pengangkutan Menteri Kewangan jawab. Menteri Kewangan sudah hilang pun.
Tadi, kenapa tidak dibangkitkan?
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan hendak dibangkitkan.
Masa Menteri Kewangan II tadi bercakap patut Yang Berhormat Gombak bangkitkanlah kalau tidak disebut.
Yang Berhormat Batu Pahat...
Akan tetapi Yang Berhormat Gombak pula tak ada di dalam, duduk di luar.
Yang Berhormat Batu Pahat...
Ini soalan berkaitan dengan pengangkutanlah.
Tadi Menteri menjawab tanyalah soalan.
Yang Berhormat Batu Pahat duduk. Sila habiskan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, jadi saya minta Timbalan Menteri menjawab sebab ini dalam bidang kuasa Kementerian Kewangan. Tak akanlah sebagai Timbalan Menteri tak boleh bangun jawab.
Timbalan Menteri mana satu Yang Berhormat?
Pengangkutan.
Oh, dalam bidang kuasa pengangkutan.
Ini soal LCCT saya bangkitkan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau tidak ada jawapan mungkin boleh dibuat secara bertulis terhadap isu-isu Labu.
Okey, Yang Berhormat saya telah pun mendapat penjelasan daripada pegawai di mana MoF tidak akan menjawab tapi...
Ha, tengok.
...Menteri yang bertanggungjawab tentang EPU akan menjawab.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua...
Apa ini?... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Inilah flip-flop government... [Tepuk] Dalam masa satu saat boleh berubah. Daripada Kementerian Pengangkutan kepada Kementerian Kewangan now kepada EPU. Saya kecewa Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, mungkin kesilapan yang ikhlas Yang Berhormat.
Tidak payahlah Yang Berhormat.
Cukuplah Yang Berhormat.
Saya dapat penjelasan bahawa saya terima nota daripada pegawai bahawa soal pembinaan LCCT di Labu akan dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab tentang EPU di Jabatan Perdana Menteri. Jadi besok atau lusa bila giliran Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah jawapan. Jadi tidak perlulah Yang Berhormat minta saya beri penjelasan dan sebagainya...
Saya terima penjelasan yang akhir ini Yang Berhormat.
...Bahawa penjelasan itu akan dibuat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya kira perkara ini serius. Sebab saya bagi contoh kalau Tuan Yang di-Pertua cadangkan tadi kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya kalau boleh jawab secara bertulis. Menteri Pengangkutan berjanji lebih seminggu yang lalu untuk jawab secara bertulis kepada saya soal pembayaran airport tax yang berjumlah RM1.8 bilion... [Tepuk] Saya bongkarkan kerana sebahagiannya dibayar kepada pihak swasta iaitu ERL Sendirian Berhad. Beliau mengaku tetapi dia kata perinciannya akan diserahkan. Sampai petang ini Menteri Pengangkutan tidak memberikan kenyataan bertulis, gagal.
Ini macam mana? Jadi macam mana saya hendak terima nasihat Tuan Yang di-Pertua kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa akan dijawab secara bertulis kerana menteri sendiri...
Yang Berhormat, itu tidak berbangkit lagi Yang Berhormat.
Berbangkit, itu sebahagian daripada perbahasan saya Tuan Yang di-Pertua.
Sebentar Yang Berhormat. Maklumat yang terakhir oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa EPU akan menjawab soal-soal yang berkaitan dengan Labu. So, EPU telah disenaraikan pada bilangan yang ke-27 dalam senarai Menteri menjawab.
Tuan Yang di-Pertua, apa peranan EPU dalam perkara ini? Ini soal Kementerian Pengangkutan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri apa pendirian...
Kerajaan boleh decide, boleh buat keputusan dalam perkara ini. Mungkin ini yang terakhir yang kita sendiri tidak tahu dan kita tunggu sehingga Kementerian Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab tentang EPU untuk menjawabnya. Ini makluman yang sama-sama kita dengar Yang Berhormat. Saya pun tidak tahu.
Akan tetapi saya dengar tiga kementerian dalam masa lima minit Tuan Yang di-Pertua.
Tidak apalah Yang Berhormat. Dia mungkin tidak dapat information yang terakhir. Teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun tentang soal Labu akan dijawab oleh pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab tentang EPU. Terima kasih. Bagi laluan Kuching-Kuala Lumpur pihak MAS memaklumkan bahawa penerbangan lewat malam, awal pagi telah diberhentikan bermula pada 2 Ogos 2006 di atas sebab-sebab low tractor penerbangan tersebut yang kurang memuaskan iaitu lebih kurang 60 peratus sahaja menyebabkan perkhidmatan ini tidak commercial viable. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat permintaan yang tinggi pada masa hadapan pihak MAS akan mengkaji untuk mengadakan semula penerbangan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Kimanis mengenai dengan caj kabotaj yang membebankan rakyat terutama sekali di negeri Sabah, untuk makluman Dewan yang mulia ini dasar tersebut telah dikuatkuasakan pada tahun 1980 bertujuan untuk membangunkan pemilikan dan perkembangan syarikat perkapalan tempatan termasuklah syarikat-syarikat perkapalan Sabah. Dasar ini menetapkan bahawa pengangkutan kargo dan penumpang serta perkhidmatan di dalam pengaliran Malaysia termasuk di dalam zon ekonomi eksklusif dihadkan kepada kapal-kapal daftaran Malaysia sahaja. Dasar yang diamalkan adalah agak liberal berbanding dengan dasar yang sama di negara-negara lain yang menguatkuasakan sepenuhnya. Dasar berkenaan di mana kapal-kapal asing langsung tidak dibenarkan...
Minta penjelasan sedikit.
Di Malaysia kapal asing turut dibenarkan beroperasi dalam perkhidmatan domestik melalui satu mekanisme pengecualian dengan memiliki lesen perkapalan dalam negeri sekiranya terbukti kapal-kapal Malaysia tidak dapat memenuhi permintaan sektor-sektor tertentu. Di bawah dasar ini mana- mana syarikat perkapalan tempatan berpeluang untuk memohon lesen dan permohonan akan diluluskan setelah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf, saya tidak akan beri lagi laluan.
Ini isu...
Duduklah Yang Berhormat, dia tak bagi jalan Yang Berhormat.
Saya suka maklumkan bahawa dasar kabotaj tidak menghalang kapal-kapal asing daripada menjalankan perkhidmatan perkapalan daripada destinasi-destinasi asing terus kepada mana-mana laluan ..
Kalau kita baca di surat khabar- surat khabar, setiap hari...
Yang Berhormat, dia tak bagi jalan Yang Berhormat.
...Atau sebaliknya direct international shipment, dengan izin yang akan membawa maksud bahawa import dan eksport secara terus boleh dilakukan dari dan kepada mana-mana pelabuhan di Sabah dan juga Sarawak tanpa perlu dilakukan melalui pelabuhan-pelabuhan Semenanjung seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Juga ingin dimaklumkan bahawa sekadar yang dikenakan oleh syarikat perkapalan ditentukan oleh corak perdagangan yang tidak seimbang, trade in balance di antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, di mana ia disebabkan oleh kekurangan daripada Malaysia Timur ke Semenanjung Malaysia. Dalam pada itu, harga barangan yang tinggi di Malaysia Timur tidak wajar dikaitkan dengan dasar cabotage semata-mata tanpa merujuk juga kepada kos pengangkutan secara keseluruhan termasuklah kos logistik dan kos pelabuhan termasuk caj-caj di antara lainnya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Labuan telah membangkitkan tentang isu mengenai dengan perkhidmatan penerbangan MAS dan AirAsia yang sangat terhad di Labuan. Untuk makluman Yang Berhormat..
Mohon laluan. Ini penting, ini penting Yang Berhormat.
Yang Berhormat, dia tak bagi laluan.
Yang Berhormat, saya sambung kerana saya ada lagi ...
Ini kepentingan rakyat.
Nanti saya akan huraikanlah. Yang Berhormat dari Labuan membangkitkan isu mengenai dengan perkhidmatan penerbangan dan AirAsia yang sangat terhad di Labuan. Untuk makluman Yang Berhormat Labuan, kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah secara berterusan untuk menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan untuk beroperasi di semua destinasi di seluruh negara termasuklah Labuan bagi memastikan terdapatnya connectivity di satu kawasan destinasi tersebut. Walau bagaimanapun, keputusan sama ada untuk memulakan perkhidmatan ke laluan yang baru, menambah kekerapan penerbangan bagi laluan sedia ada atau membatalkan suatu laluan penerbangan adalah merupakan keputusan komersial dengan izin, commercial decision. Syarikat-syarikat penerbangan yang ditentukan berdasarkan kepada commercial availability sesuatu perkhidmatan tersebut. Dalam hal ini, walaupun AirAsia telah menghentikan jadual penerbangannya bagi laluan Kota Kinabalu-Labuan, namun connectivity bagi laluan ini masih dihubungi dengan perkhidmatan yang disediakan oleh penerbangan Malaysia MAS yang beroperasi dua kali sehari dalam 14 kali seminggu bagi laluan Kuala Lumpur-Labuan-Kota Kinabalu. Selain daripada syarikat MAS, MASWing juga mengadakan penerbangan harian tujuh kali seminggu bagi laluan Labuan-Kota Kinabalu dengan menggunakan pesawat Fokker 50. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan perkara lapangan terbang baru Lawas yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lawas, ingin saya maklumkan bahawa dalam RMK-9, kerajaan tidak menyediakan peruntukan untuk projek lapangan terbang baru di Lawas. Bagaimanapun, kementerian sedia menimbang pembinaan lapangan terbang tersebut sekiranya kedudukan kewangan negara mengizinkan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Bandar Tun Razak membangkitkan agar kerajaan dapat meningkatkan kemudahan pengangkutan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi dan mengesyorkan agar kemudahan-kemudahan pengangkutan awam seperti perkhidmatan bas, laluan-laluan LRT dapat diperbanyakkan untuk mengurangkan beban rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, kos yang amat tinggi sehingga mencecah berbilion ringgit adalah diperlukan untuk mewujudkan satu jajaran atau sistem laluan LRT yang baru. Justeru, pergantungan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi yang mempunyai peruntukan yang terhad adalah tidak memadai atau mencukupi bagi tujuan tersebut. Namun yang demikian, kerajaan sentiasa prihatin bagi menambah baik dan memperbanyakkan lagi kemudahan-kemudahan pengangkutan awam termasuklah pengangkutan berasaskan rel. Antaranya pemanjangan laluan LRT aliran Ampang daripada Petaling dan LRT aliran Kelana Jaya ke USJ Puchong. Masing-masing dalam lingkungan 17km. Di samping itu terdapat satu laluan baru LRT dalam perancangan iaitu dari Kota Damansara ke Cheras sejauh lebih kurang 43km. Projek-projek ini dapat meningkatkan lagi connectivity dan jumlah penumpang yang menggunakan pengangkutan awam.
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bandar Kuching telah membangkitkan isu mengenai dengan pihak MAS menangguhkan penerbangan daripada...
Yang Berhormat, boleh mencelah?
...Kuching pada 7 pagi, 21 Februari tahun 2009.
Timbalan Menteri, Maran.
Sila.
Ha hendak bagi pula ya?
Terima kasih.
Tidak apalah, satu orang.
Bagi pula sama Yang Berhormat Maran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana memperuntukkan banyak peruntukan bagi meningkatkan kemudahan pengangkutan terutama di kawasan-kawasan bandar yang disebutkan tadi tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya merasa agak kecewa sedikit kerana di kawasan luar bandar ataupun pinggir bandar, masalah pengangkutan ini masih serius. Saya nak minta pandangan Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat di kawasan saya sendiri contohnya di Maran, Sri Jaya dan sebagainya, pengangkutan awam ini tidak ada. Hari ini kita berhadapan dengan masalah pelajar-pelajar sekolah yang ponteng sekolah cukup tinggi. Ini adalah akibat daripada tidak adanya kemudahan pengangkutan yang selesa untuk mereka dan tidak adanya bas, pengangkutan. Apa benda di bandar-bandar? Puchong tidak menyokong kita pun, banyak kawasan lain. Apa yang kita nak buat lebih sangat ini? Memang ada bagusnya, tetapi tolonglah beri perhatian kepada kawasan luar bandar. Sebab itulah saya hendak mencadangkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, oleh kerana kita lihat prestasi pelajar di luar bandar ini menurun dan kadar ponteng sekolah tinggi, saya baru dua hari lepas berada dalam PIBG. Tinggi kadar ponteng sekolah. Ini adalah disebabkan tidak adanya pengangkutan dan mereka pula sering menggunakan motosikal sedangkan mereka tidak ada lesen. Apabila berlaku kemalangan, maka sudah tentulah beban akan dihadapi oleh ibu bapa. Saya hendak minta cadangan daripada Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat boleh kita cadangkan kepada kementerian, Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Pengangkutan tadi membincangkan, mengkaji supaya kita mengadakan satu sistem yang khusus bagi kawasan luar bandar dan pinggir bandar ini bagi kita menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pelajar-pelajar ini.
Saya bimbang Tuan Yang di-Pertua, kalau ini dibiarkan, bukan sahaja kita akan rugi daripada segi pencapaian anak-anak kita di luar bandar dan di pinggir bandar, bahkan akan merugikan duit ibu bapa bahkan mungkin nyawa mereka akan hilang dan sebagainya. Jadi kalau beri Padang Serai buat apa, beri Maran lebih sikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Memanglah di mana-mana pun terdapat kesulitan mengenai dengan public transport di luar bandar. Ini akibat daripada tidak ada pengusaha-pengusaha bumiputera ataupun pengusaha-pengusaha yang ingin memberikan perkhidmatan bas di luar bandar. Sebenarnya saya bukan bagi pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, tetapi saya difahamkan bahawa kementerian ini menggalakkan supaya ada koperatif ataupun syarikat-syarikat kerjasama harus ditubuhkan di daerah-daerah yang mana sukar untuk mendapatkan public transport, dengan izin. Jadi saya...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit saja.
Ya.
Pandangan saya. Kita ada membuat tawaran dan bertanya kepada syarikat-syarikat pengangkutan ini tapi mereka mengatakan, bahawa tidak ekonomik untuk mereka mengadakan perkhidmatan di sini. Sebab itu saya mencadangkan apa salahnya kerajaan daripada berikan di bandar- bandar, kita hendak buat jalan emaskah? Jalan kereta apikah di bandar-bandar besar ini?
Padang Serai.
Macam Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai dia setuju dengan saya, dia suka sokong luar bandar. Apa salahnya kita buat, berikan peruntukan atau subsidi kepada syarikat-syarikat sebegini supaya mereka mengadakan pengangkutan yang selesa khusus untuk anak- anak pelajar ini. Saya mohon benarlah Timbalan Menteri, saya tahu Timbalan Menteri baik dan saya ingat boleh bincangkan dengan Kementerian Pelajaran dan sebagainya. Kita kurangkan sikit peruntukan untuk Padang Serai. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Maran. Memanglah cadangan yang baik itu perlu kita ambil kira dan bagi pihak kementerian, kita tidak ada masalah untuk mengemukakan perkara-perkara tersebut yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat kepada Kementerian Pelajaran, namun demikian, terpulanglah kepada Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kewangan...
Penjelasan sikit, sikit.
...Dan juga banyak kementerian yang perlu terlibat apabila kita memberikan subsidi kepada syarikat-syarikat pengangkutan di luar bandar. Jadi, saya tidak boleh menjawab bagi pihak kementerian-kementerian yang berkenaan tetapi bagi kementerian saya, tidak ada masalah untuk mengemukakan cadangan Yang Berhormat kepada kementerian-kementerian yang berkenaan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit, sikit.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Yang Berhormat Putatan ini sudah banyak mencelah.
Tidak, saya puji ini. Saya puji Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Jadi saya fikir rasanya saya tidak adillah kalau saya bagi peluang terlalu banyak lagipun Yang Berhormat Putatan ini rapat dengan saya, jadi seolah-olah macam ada perbincangan. Jadi saya tak bagi peluanglah..
Kita ini kawan baik.
Dia tak bagi, tak bagilah Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya cuma hendak tanya perkara yang ringkas sahaja. Tahun lepas, semasa harga petrol dinaikkan, kerajaan telah beri penjelasan kata kita terpaksa menaikkan harga petrol dan mengurangkan subsidi.
Penjimatan subsidi pada masa minyak kita naik 30 sen adalah 4.3 bilion yang dijanjikan untuk menaik taraf ataupun membaiki kemudahan asas dalam sistem public transport. Adakah setakat ini dengan habisnya RM4 bilion lebih itu kita masih lagi tidak dapat melaksanakan rancangan untuk menaik taraf perkhidmatan awam tadi, terima kasih.
Yang Berhormat, perkara baru Yang Berhormat.
Perkara baru, jadi saya tidak perlu jawablah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Bandar Kuching telah membangkitkan isu mengenai dengan pihak MAS menangguhkan penerbangan daripada Sibu, Kuching jam 7 pagi pada 1 Februari 2009. Untuk makluman Yang Berhormat, daripada Bandar Kuching pihak MAS telah memaklumkan penerbangan MS2713 pada 21 Februari 2009 yang dijadualkan untuk berlepas daripada Sibu ke Kuching pada 7.00 pagi telah dibatalkan di atas sebab- sebab teknikal. Sehubungan dengan itu, penumpang dari penerbangan tersebut telah dipindah ke penerbangan MH2261 yang dijadualkan bertolak daripada jam 11.25 pagi. Walau bagaimanapun, penerbangan tersebut telah tertangguh disebabkan oleh kelewatan transfer passenger dan akhirnya berlepas pada pukul 12.00 tengah hari. Jadi pihak MAS juga telah memohon maaf ke atas segala kesukaran yang telah ditimbulkan berhubung dengan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa ianya sentiasa mengambil perhatian serius terhadap hak penumpang namun pihak MAS sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang dalam mengendalikan setiap penerbangan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu ada membangkitkan mengenai dengan isu pramugari-pramugari Islam dipaksa oleh syarikat penerbangan memakai pakaian-pakaian yang menjolok mata sebagai uniform kerja. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian pernah menegur syarikat-syarikat penerbangan tempatan mengenai dengan pakaian pramugari yang dikatakan menjolok mata dan sebentar tadi saya juga telah pagi tadi berkesempatan untuk berbincang dengan pihak AirAsia dan mereka pada dasarnya bersetuju untuk ada pilihan. Pilihannya satu ialah bagi pramugari jaket panjang tangan dan seluar, itu ada dan sementara pilihan kedua ialah seperti apa yang mereka pakai sekarang. Dalam hubungan ini, MAS juga telah memaklumkan bahawa pramugari MAS yang merupakan baju kebaya adalah mencerminkan budaya Malaysia di mana pemakaian tersebut menjadi identiti Malaysia hospitaliti yang diamalkan oleh pihak MAS. Berhubung dengan pemakaian pramugari AirAsia pula, AirAsia telah memaklumkan bahawa pemilihan pemakaian pramugarinya adalah daripada fesyen yang direka oleh anak kapal AirAsia sendiri berdasarkan keselesaan waktu mereka bertugas dan untuk keterampilan profesional mereka. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pramugari telah diberikan pilihan oleh AirAsia sama ada untuk memilih pemakaian kod berwarna merah, berlengan panjang dan skirt atau seluar merah. Dengan demikian, pakaian yang dipakai oleh pramugari AirAsia adalah merupakan pilihan masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Wangsa Maju ada membangkitkan mengenai dengan isu hutang airport tax AirAsia dan isu mengenai dengan lapangan terbang LCCT.
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hutang airport tax oleh AirAsia kepada Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) sehingga 31 Januari 2009 adalah sebanyak RM990,881,491 dan bukannya RM140 juta seperti yang didakwa oleh Yang Berhormat. Jadi, kuranglah RM990,000 sahaja. Pada masa ini MAHB sedang mengadakan perbincangan dengan AirAsia.
Minta penjelasan.
Sekejap. Untuk mendapatkan hutang tersebut. Sekiranya perlu, tindakan selanjutnya seperti dibawa ke mahkamah boleh dipertimbangkan.
Terima kasih Timbalan Menteri dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya, Yang Berhormat Menteri telah mengakui di dalam Dewan ini bahawa AirAsia telah ada hutang RM110 juta mengenai dengan airport tax sejak tahun 2002. Jadinya saya ingin bertanya sama ada RM110 juta ini telah dibayar dengan wang tunai oleh AirAsia ataupun telah di waive, hapus kira oleh MAHB, telah dibayar atau tidak. Itu yang kita hendak tahu bukannya telah selesai. Sekarang ini kenapakah airport tax boleh hutang RM900,000 ini sedangkan wang ini telah dibayar oleh pelanggan, kenapa boleh jadi hutang. Ia satu badan untuk kutip sahaja bukannya dia boleh gunakan wang ini, itu yang penting. Silalah bertanggungjawab sedikit Menteri Pengangkutan, ambil tindakan terhadap AirAsia. AirAsia ini satu-satunya syarikat swasta, bukan GLC. GLC pun kena ambil tindakan apatah lagi satu syarikat swasta. Tiada tindakan diambil. Semasa 2002 sehingga 2008, tiada tindakan diambil. Sekarang 2008 sehingga 2009 hutang pula RM900,000. Ini bermakna apa, kerajaan takut kah kepada AirAsia walaupun kita tahu Noni Mahmud ini sebagai orang belakang AirAsia, jadi sister in law to the Perdana Menteri, kita tahu. Mungkin sebab ada perhubungan itulah kerajaan tidak berani ambil tindakan. Sila beri jawapan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Sebenarnya pihak AirAsia juga ada membayar tetapi masih lagi tertunggak RM999,881 dan pagi tadi kita telah pun bermesyuarat pihak AirAsia dan mereka telah pun bersetuju untuk menyelesaikan masalah hutang mereka dengan pihak MAHB. Jadi tindakan sudah diambil sebagaimana yang telah saya katakan Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini bahawa tindakan akan boleh diambil untuk didakwa di mahkamah. Jadi ini tindakan boleh diambil. Saya juga menekankan kepada pihak wakil AirAsia kenapa mereka sudah pun pungut ataupun collect wang ini daripada harga tiket yang dijual untuk airport tax tetapi mereka tidak bayar tetapi nampaknya wakil AirAsia menjawab sebentar tadi bahawa beliau akan rujuk kepada pengurusan dan pihak MAHB juga telah pun mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini. Jika tidak dapat diselesaikan, jalan yang terakhir ialah untuk mengemukakan atau bawa mereka kepada pihak mahkamah.
Bukan jalan terakhir bawa mereka ke mahkamah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang pentingnya kalau mereka tidak bayar airport tax, jangan memberikan semua perkhidmatan airport jangan diberi kepada mereka, ditarik balik, landing right dan parking. Jangan beri peluang kepada AirAsia untuk mengguna airport. Kita ada banyak penerbangan di Malaysia, Lufthansa, MAS, Singapore Airline, Emirates Air dan sebagainya. Kenapa mereka tiada masalah dengan airport tax. Mereka semua membayar AirAsia, kenapa AirAsia diberi peluang untuk hutang dan mereka boleh menggunakan wang airport tax ini tanpa membayar faedah. Kalau kita pinjam wang di bank pun kita kena bayar faedah. Di sini nampaknya mereka tidak payah bayar faedah dan kementerian memberi peluang untuk deduction lagi, boleh runding hendak bayar berapa sedangkan itu jumlah ini sangat senang, berapa orang telah terbang, times multiply by the figure sudah ada satu angka.
Menteri sudah faham Yang Berhormat.
Ya, ini masalah ini mestilah dijawab.
Okeylah Yang Berhormat, saya fikir memang tindakan sudah ada diambil.
Apakah tindakan yang telah diambil, apa?
Saya percaya dengan tindakan yang telah diambil. Antaranya AirAsia juga telah membayar sebenarnya tetapi oleh kerana kita juga mengetahui berlakunya kegawatan ekonomi apabila harga minyak naik dan sebagainya, jadi ini di antara masalah syarikat inilah.
Wangnya telah dibayar oleh pelanggan.
Saya tahu.
Yang Berhormat, ini bukan di pekan ataupun di kawasan Yang Berhormat. Ini Dewan Yang Berhormat. Saya faham Yang Berhormat. Saya hendak Yang Berhormat hormat sedikit cara bercakap. Seorang bercakap, seorang diam macam itulah. Sila menteri.
Kalau boleh saya dapat laluan.
Saya tidak lagi beri laluan ya.
Dapat lagi sedikit.
Jadi, sebab saya telah pun menjawab tentang soal hutang AirAsia dan sebagainya. Jadi, saya ingin meneruskan jawapan saya Tuan Yang di-Pertua iaitu tunjukkan kepada menteri yang bertanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Ini akan dijawab oleh Yang Berhormat pada giliran 27 kalau tidak silap saya di Dewan yang mulia ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab tentang EPU. Okey, tidak payah lagi lah.
Satu penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Baik, perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua saya akur, saya akan tunggu menteri EPU datang dan untuk kita bincangkan. Akan tetapi, susulan kepada soal airport tax Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya, baru-baru ini lebih kurang seminggu yang lalu, saya dalam Dewan ini berbahas dengan Menteri Pengangkutan di mana sebahagian daripada airport tax yang dikutip digunakan untuk membiayai perkhidmatan ERL KLIA Express. Argument saya pada ketika itu Tuan Yang di-Pertua ialah bagaimana wang ini yang dikutip daripada penumpang kerana bukan semua penumpang menggunakan KLIA Ekspres. Ada yang pergi direct ke airport, tidak menggunakan perkhidmatan ini. Bagaimana mungkin cukai yang dikutip daripada penumpang yang berkenaan digunakan untuk subsidize satu projek penswastaan yang dikuasai oleh syarikat YTL. Yang Berhormat Menteri menjawab bahawa setakat ini kutipan sebanyak RM1.86 bilion. Saya ingin mengetahui daripada jumlah RM1.86 bilion ini berapa banyak digunakan untuk membiayai atau pun membayar subsidi kepada syarikat ERL Express ini? Yang Berhormat Menteri sehingga petang ini gagal memberikan angka tersebut walaupun telah dijanjikan. Saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kementerian sedia maklum tentang perkara ini yang berlaku sekian lama bertahun-tahun yang cuba ditutup daripada maklumat umum sehinggalah perkara ini terdedah pada minggu yang lalu. Saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapa banyak wang yang telah dibayar dan digunakan untuk subsidize ERL Express ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Sebelum Yang Berhormat menjawab soalan daripada Yang Berhormat Gombak. Tadi, saya ada hendak bertanya atas perkara yang sebelum itu tetapi Yang Berhormat hendak maju ke hadapan. Saya tidak dapat peluang. Sekarang saya dapat peluang, saya hendak bangkitkan semula iaitu apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju yang membuat tuduhan.
Yang Berhormat Wangsa Maju membuat tuduhan bahawa kerajaan takut mengambil tindakan kepada AirAsia disebabkan ada seorang nama yang disebut dan orang itu merupakan adik ipar kepada Perdana Menteri. Ini satu sebutan ayat yang sangat tidak baik dan saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Sebenarnya, apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat daripada Wangsa Maju itu? Kalau sekiranya tidak betul, maka Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Wangsa Maju tarik balik perkataan itu. Ini kerana orang disebut tidak ada di sini. Tidak boleh mempertahankan dirinya. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit penjelasan mengenai ERL tadi. Sedikit sahaja.
[Menyampuk]
Ya, terima kasih.
Sedikit.
Sebelum itu, saya ingat saya sudah habislah. Saya pun ada function malam ini... [Ketawa] Walau bagaimanapun, saya ingin menjawab tentang persoalan daripada Yang Berhormat Gombak. Saya tidak tahu sama ada persoalan ini dikemukakan oleh Yang Berhormat Gombak kepada Menteri di waktu sidang Dewan atau pun di luar Dewan. Dalam Dewan ya? Jadi, kalau sidang Dewan insya-Allah saya fikir kementerian akan jawab persoalan Yang Berhormat tentang berapa wang dibelanjakan untuk diberikan kepada LRT. Nanti, salah saya juga akan berikan jawapan sebab saya tidak ada figure nya Yang Berhormat, saya tidak ada maklumat yang terkini. Jadi, insya-Allah saya akan jawab.
Saya ingin betulkan sedikit Yang Berhormat. Bukan LRT, KLIA Ekspres yang dimiliki oleh ERL Sdn. Bhd.
Okey, terima kasih.
Saya ingat, saya layak jadi Menteri Pengangkutan.
Insya-Allah, insya-Allah. Sebab Yang Berhormat mengemukakan soalan kepada Menteri. Jadi, hari ini Timbalan Menteri menggulung, jadi kadang-kadang ada sedikit miscommunication. Minta maaf ya. Tentang... kita sudah pergi mana sekarang? Mengenai dengan soalan Yang Berhormat...
Yang Berhormat Pasir Salak.
Yang Berhormat Pasir Salak, sahabat lama saya. Sebenarnya, saya pun tidak mendapat maklumat yang terperinci seperti nama yang disebut oleh Yang Berhormat Wangsa Maju. Siapa di belakang, siapa di depan kita tidak tahu. Saya tidak ada maklumat... [Ketawa] Yang saya tahu CEO dia ialah dengan izin Tuan Yang di-Pertua, Datuk Tony Fernandez. Itu yang saya kenal, jadi lain-lain yang di belakang itu saya tidak tahu. Jadi, saya fikir...
Saya fikir Tuan Yang di- Pertua, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menyiasat perkara ini selepas ini dan memberikan jawapan. Ini kerana, kita tidak boleh benarkan tuduhan melulu atau pun sewenang-wenangnya terhadap pemimpin terutama sekali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini tidak patut. Kalau betul, betullah. Kalau tidak betul, saya rasa tindakan kena diambil kepada Yang Berhormat Wangsa Maju.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya akan mengambil tindakan dan minta pegawai- pegawai akan menyiasat siapa sebenarnya di belakang AirAsia ini. Siapa pemilik sebenarnya. Jadi, saya akan kemukakan kepada Yang Berhormat yang berkenaan atau terus kepada Tuan Yang di-Pertua supaya Tuan Yang di-Pertua maklumkan kepada Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat, ini tidak betul Yang Berhormat. Jangan suruh saya turut terlibat dengan Yang Berhormat punya itu... [Ketawa] Atau pun Tuan Yang di-Pertua atau pun Timbalan Tuan Yang di-Pertua yang lain Yang Berhormat. Jadi, yang baik kalau Yang Berhormat sendiri apabila mendapat jawapan atau pun Menteri Yang Berhormat dalam kementerian yang sama memberi penjelasan yang diminta oleh Yang Berhormat Wangsa Maju tadi atau pun tuduhan yang dibuat atau pun permintaan yang diminta oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Saya juga terasa sedikit Yang Berhormat apabila satu tuduhan yang tidak ada asas atau pun kita tidak tahu betul atau salahnya Yang Berhormat. Inilah kenapa kadang-kadang kalau kita hendak bahas atau pun hadkan perbahasan dalam Dewan atas satu-satu perkara, kita mesti menggunakan fakta yang betul. Kalau tidak kita dapati tidak patuh atau pun tidak menghormati pada Dewan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua sebab itu saya mengaitkan sedikit Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak, Tuan Yang di-Pertua tidak akan dapat sedikit bayangan dan tidak pula memberikan nasihat kepada lain-lain Yang Berhormat. Dengan adanya saya mengaitkan sedikit, Yang Berhormat telah pun memberikan nasihat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya berbahas mengikut peraturan. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat Selayang berkenaan dengan laporan PKFZ oleh PricewaterhouseCoopers. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, laporan tersebut memang telah disiapkan oleh PricewaterhouseCoopers. Ianya sedang diteliti oleh pihak kementerian. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat saya rasa ini sahajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai tanggungjawab kementerian yang sempat saya jawab dan mana-mana perkara yang tidak sempat saya jawab, perkara tersebut telah dicatatkan dan akan diambil tindakan yang sewajarnya oleh kementerian.
[Bangun]
Sebelum saya mengakhiri penggulungan ini, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada... Ada lagi Yang Berhormat?
Ada, ada!
Lagi, hendak bagi dengan Yang Berhormat Kepong Yang Berhormat sebab sudah kata sudah habis tadi. Hendak bagi?
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat. Saya sudah lama mendengar jawapan itu. Walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri berikhtiarlah untuk menjawab. Bukan itulah, Menteri tidak datang. Itulah masalah barangkali.
Ada yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen mengenai laporan Pelabuhan Klang tetapi tidak jawab, apa masalahnya? Sama ada Pricewaterhouse lagi untuk menyiasat dan sebagainya. Boleh atau tidak bagi satu jawapan supaya kita dapat memahami keadaan yang sebenarnya?
Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun menjawab, saya mengatakan bahawa laporan tersebut telah pun disediakan oleh PricewaterhouseCoopers dan kementerian sedang meneliti laporan ini. Terpulanglah kepada kementerian atau pun Kabinet sama ada mendedahkan laporan ini atau tidak, ini terpulang kepada kerajaan tetapi laporan sudah dibuat. Jadi itu jawapan saya, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih atas tanggungjawab kita bersama di mana Yang Berhormat-Yang Berhormat telah mengemukakan soalan-soalan dan juga saya telah menjawab. Saya rasa saya boleh jawab, saya jawab, yang saya rasa saya tidak jawab, telah berjanji untuk menjawab secara bertulis yang ada kaitan dengan jawapan saya ataupun penggulungan saya dalam Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Menteri dari Kementerian Dalam Negeri untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya nak mengucapkan kepada 37 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan yang mulia ini iaitu 17 Februari 2009 hingga 26 Februari 2009 yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, persoalan-persoalan yang dikemukakan melibatkan soal tanggungjawab dalam hal-hal melibatkan jenayah, hal ehwal polis, pekerja asing, PATI, soal imigresen, penjara dan soal-soal yang lain bersangkutan dengan bidang tugas Kementerian Dalam Negeri. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Rantau Panjang serta Yang Berhormat Kepong. Dalam usaha untuk menangani kadar jenayah yang semakin meningkat dalam masyarakat, PDRM telah mengambil langkah-langkah yang melibatkan bina upaya dan membeli aset untuk menyokong tindakan polis. Seterusnya, PDRM juga dalam usaha menangani kejadian jenayah di negara ini telah meningkatkan rondaan, MPV dan motosikal. Kita juga telah mewujudkan balai atau pondok polis baru dengan menyewa bangunan kedai atau perumahan di kawasan yang mempunyai kekerapan berlakunya kejadian jenayah. Sistem maklumat melalui RakanCop dan sistem pesanan ringkas dan sistem pesanan multimedia serta menambah kehadiran polis di kawasan-kawasan yang kita kenal pasti kerap berlaku jenayah. Selain daripada itu, PDRM juga mengadakan kerjasama yang erat dengan kerajaan tempatan dan lain-lain agensi seperti JKK daerah, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen bagi mengadakan kempen-kempen, ceramah dan pameran- pameran berkaitan senario jenayah menggunakan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dengan izin di kawasan yang kerap berlaku jenayah. Kita juga telah mengadakan kerjasama dengan NGO dan melalui Malaysian Crime Prevention Foundation dan mengambil tindakan undang-undang ke atas penjenayah-penjenayah. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun meluluskan pertambahan sebanyak 60,000 anggota untuk menjadikan jumlah keseluruhan anggota polis berjumlah 150,000 menjelang tahun 2012. Usaha untuk menambah anggota polis sebanyak 60,000 orang sedang dilaksanakan dan sehingga 31 Disember 2008, jumlah perjawatan PDRM iaitu yang beruniform telah diisi berjumlah 100,840 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 10,562 orang adalah terdiri daripada pegawai kanan polis, daripada Ketua Polis Negara sehinggalah termasuk inspektor percubaan. Manakala baki berjumlah 90,278 terdiri daripada pegawai rendah polis, sub inspektor ke bawah dan termasuk lans koperal dan konstabel. PDRM sememangnya sentiasa mengamalkan perkhidmatan mesra rakyat di mana pelbagai kemudahan bagi kesenangan rakyat seperti sistem aduan atas talian SMS telah kita wujudkan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, secara keseluruhannya pada tahun 2006, sebanyak 196,780 kes telah dilaporkan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 65,569 kes mempunyai sabitan dan 14,000 kes masih lagi dalam perbicaraan. Bagi tahun 2007 pula, sebanyak 79,592 kes telah dilaporkan, daripada jumlah tersebut, sebanyak 27,574 kes telah disabitkan atas pelbagai kesalahan. Manakala sejumlah 56,740 kes masih dalam perbicaraan. Bagi tahun 2008, jumlah jenayah indeks yang dilaporkan adalah sebanyak 211,645 kes. Daripada jumlah tersebut sebanyak 28,149 kes mempunyai sabitan dan 31,439 kes masih dalam perbicaraan. Tuan Yang di-Pertua, PDRM menyasarkan, Key Performance Index (KPI) dengan izin, Ketua Polis Negara untuk mencegah kadar jenayah tidak melebihi 5 peratus dan kadar penyelesaian kes tidak kurang daripada 40 peratus sebagai langkah untuk mencapai pengurangan kadar jenayah di negara ini. Yang Berhormat daripada Batu Pahat, ...
[Bangun]
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kepong bangun Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat sudah berusaha, saya nampak ada beberapa langkah yang diambil tetapi di sinilah boleh saya cadangkan supaya kita dapat menambah usaha. Misalnya kerana sering berlaku jenayah, mungkin itu sikap sesetengah anggota polis yang lemah sedikit kerana dia biasa dengan laporan polis dan sebagainya kerana meningkatnya kadar jenayah. Sikap itu tidak begitu mesra, mungkin dia bosan ataupun tidak boleh tahan lagi. Saya berharaplah sikap itu dapat diperbaiki. Seterusnya mengenai pertambahan anggota, tahun 2008 dikatakan tambah 1,840 orang. Saya berharap ini dapat dilaksanakan tetapi pada kiraan saya, yang hendak tambah 60,000 sampai 150,000. Ini bermakna tiap-tiap tahun, kita mesti tambah lebih 2,000, Yang Berhormat pun tahu Tuan Yang di-Pertua pun tahu pernah menjadi pegawai polis. Bagi yang bersara itu 2,000 setahun, bagaimana kita dapat menambahkan sampai 60,000. Yang Berhormat, bolehkah terangkan di Dewan yang mulia ini, bagaimana kita boleh tambahkan anggota polis ini seperti mana dijadualkan, ini memang penting sekali. Bolehkah kita tambah lagi?
[Bangun]
Nanti, biar saya jawab soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah persoalan yang kita akan tambah setelah mengambil kira persaraan dan yang kita ambil sehingga tahun 2012, itu kita punya matlamat. Berapa kita akan capai, itu persoalan yang lain. Apa yang perlu dari semasa ke semasa tentulah kita dapat menambahbaikkan. Saya mengucapkan terima kasih di atas perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Ia ada dua perkara, satu adalah untuk kita menambah jumlah, lagi satu hendak menambah jumlah, kita juga perlu kepada perjawatan. Jadi oleh itu perlu diselaraskan penambahan dan perjawatan yang boleh diwujudkan. Dari masa ke semasa kita berharap dan kita dapat capai matlamat yang telah digariskan. Jadi Yang Berhormat kena sabar, nanti saya bagi Yang Berhormat secara bertulis untuk memberikan bagaimana kita hendak mencapai matlamat yang telah kita gariskan sebagaimana saya sebutkan tadi.
[Bangun]
Yang Berhormat Pasir Salak bangun Yang Berhormat.
Apa?
Hendak bagi Yang Berhormat Pasir Salak?
Nanti dulu, biar saya habiskan dia punya persoalan. Berkenaan sikap, saya fikir salah satu perkara yang kita sering buat di dalam membina modal insan, untuk menambahbaikkan profesionalisme polis melalui latihan-latihan yang diberikan. Saya fikir juga penting bagi orang ramai dan juga termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat lebih-lebih lagi daripada parti pembangkang untuk menentukan kita sentiasa di mana perkara itu yang baik, kita beri sokongan kepada usaha-usaha polis supaya usaha-usaha polis itu menjadi perangsang, menjadi perkara yang motivate yang membolehkan polis untuk tentu di sepanjang masa menjalankan tugasnya dengan baik, bukan kita mencari kesalahannya sepanjang masa.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu menjawab lagi apa Yang Berhormat hendak kemukakan, saya memberikan laluan kepada Yang Berhormat daripada Pasir Salak.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya untuk mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berhubung dengan kakitangan polis ini. Saya mendapat laporan dan input daripada pihak polis sendiri. Di antara satu sebab yang menyebabkan prestasi mereka begitu rendah adalah disebabkan oleh tahap moral pegawai dan kakitangan polis yang rendah disebabkan oleh apabila adanya peluang untuk naik pangkat ada berlaku pilih kasih.
Hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang diberi peluang untuk naik pangkat menjadi OCPD, Deputy OCPD, Commissioner dan sebagainya. Ini saya dapat daripada sumber pegawai polis itu sendiri. Jadi mereka merasa tidak seronok dengan keadaan begitu. Itu sebabnya kita dapati ada pegawai-pegawai polis yang kita tengok tidak ada macam tokoh pegawai polis pun. Tengok muka tidak ada macam pegawai polis pun. Tidak ada rupa OCPD pun. Terima kasih.
Saya tidak tahu Yang Berhormat lebih tahu muka pegawai polis macam mana, wajah pegawai polis macam mana Yang Berhormat.
Macam Tuan Yang di- Pertua dahulu itu.
Jadi Yang Berhormat, dia macam ini, isu rendah moral pegawai-pegawai polis atau anggota polis secara keseluruhan, ini adalah salah satu perkara yang telah dimasukkan dalam laporan suruhanjaya dan kita sekarang sedang mengkaji secara keseluruhannya bagaimana kita boleh menaikkan minat dan meninggikan pencapaian anggota-anggota polis tidak kira dia apa pangkat. Kalau ada pun pilih kasih berlaku, kalau ada kes spesifik Yang Berhormat mengetahui, insya-Allah...
[Bangun]
...Kita akan cuba untuk mengambil tindakan yang perlu. Pentingnya seseorang sebelum dinaikkan pangkat, ia tidak berasaskan hubungan peribadi, ia ada kriteria-kriteria yang telah ditentukan. Saya minta maaf Yang Berhormat Kota Raja. Saya hendak teruskan yang ini dahulu.
Yang Berhormat saya minta laluan.
Nanti dahulu, biar saya habiskan jawapan. Nanti tergantung nanti, saya tidak dapat selaraskan jawapan-jawapan saya. Nanti kemudian saya benarkan kalau ia tidak menyebabkan jawapan saya tersangkut. Yang Berhormat Batu Pahat telah bertanyakan soal ketenteraman awam seperti Akta Hasutan. Untuk makluman, di dalam menjamin keharmonian kaum, keamanan dan keselamatan negara, polis adalah bertanggungjawab untuk memelihara Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia. Kita akan melakukan pemantauan, pengawasan dan risikan ke atas aktiviti- aktiviti yang dilakukan oleh mana-mana orang perseorangan, kumpulan ataupun pertubuhan-pertubuhan haram yang berpotensi dalam menggugat ketenteraman awam. Kerajaan sentiasa serius dan tegas mengambil tindakan mengikut undang-undang dan peraturan negara terhadap segala percakapan dan tindak tanduk mereka yang terbabit mempersoalkan perkara 153 Perlembagaan atau Islam sebagai agama rasmi yang boleh mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam. Oleh itu kita tidak akan teragak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri. Akan tetapi kuasa dan tanggungjawab polis adalah setakat menyiasat. Habis kita buat siasatan, semua kertas siasatan akan diberikan kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan. Oleh itu, saya berharap kita akan memahami bahawa ada bidang-bidang yang polis melakukannya dan ada bidang-bidang yang jabatan-jabatan lain dan agensi- agensi lain yang perlu mengambil tindakan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Teluk Intan bertanyakan berkenaan kes A. Kugan semasa dalam tahanan polis. Biar saya menjawab, kementerian berpendapat penubuhan badan sedemikian adalah tidak perlu kerana pasukan penyiasat yang ditubuhkan oleh PDRM hampir melengkapkan siasatan bagi kes tersebut. Kementerian menaruh kepercayaan bahawa siasatan dijalankan dengan telus dan tidak ada mana-mana pihak yang bersalah terlepas daripada dikenakan tindakan. Pasukan penyiasat ini...
[Bangun]
...Menjalankan siasatan secara menyeluruh terutamanya ke atas sebelas orang anggota polis yang terlibat dalam soal siasat terhadap mendiang. Pasukan penyiasat turut...
[Bangun]
...Merakamkan percakapan 87 orang saksi termasuk pakar-pakar bedah perubatan yang mengendalikan bedah siasat di Hospital Serdang, Selangor. Tuan Yang di-Pertua, selain itu soal siat kali kedua turut dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi mendapatkan bukti-bukti baru bagi menyelesaikan kes tersebut. Pasukan penyiasat kini hanya menunggu penerimaan laporan bedah siasat kali kedua yang dibuat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Laporan ke atas siasatan tersebut berhubung perkara ini diterima dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan yang selanjutnya.
Ada tiga orang bangun ini Yang Berhormat Mana satu Yang Berhormat?.
Puchong.
Ya Yang Berhormat Puchong.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya, kes Kugan ini memang mendapat liputan yang hangat tetapi satu isu yang saya rasa amat menekan adalah berkenaan dengan kebebasan keluarga seseorang yang didera semasa siasatan polis ataupun ditemui mati semasa dalam siasatan polis. Undang- undang yang sedia ada. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah seseorang ataupun keluarga seseorang mangsa ini mempunyai hak, hak untuk meminta satu post morterm ataupun laporan perubatan yang kedua? Ini yang saya hendak tanyakan berkenaan dengan kes-kes yang demikian. Oleh kerana apa yang berlaku dalam kes Kugan adalah kita mendapat masalah di antara polis sendiri. Apabila kita tanya Bukit Aman, Bukit Aman kata boleh, tidak ada masalah. Akan tetapi apabila kita tanya Ketua Polis Selangor kita dapat pendirian yang lain. Ini telah menimbulkan perasaan dan kemarahan yang banyak pada tahap bukan sahaja keluarga Kugan tetapi juga rakyat jelata. Soalan di situ, adakah undang-undang seperti mana sedia ada membenarkan keluarga mendapat pandangan kedua, post mortem kedua? Sekiranya tidak, adakah kerajaan bercadang untuk menggubal satu undang- undang yang membolehkan satu independent opinion diambil dalam kes-kes sedemikian. Terima kasih.
Sedikit lanjutan daripada penjelasan. Yang Berhormat Menteri, tadi dalam penjelasan menyatakan bahawa adalah cukup untuk hanya pihak polis meneruskan siasatan. Betul ya, yang dikatakan tadi. Akan tetapi saya di sini, ingin bertanya secara lebih tegas daripada Yang Berhormat Menteri bagaimana Yang Berhormat Menteri meleraikan keresahan awam kerana pihak yang terlibat dalam kes ini juga adalah pihak polis? Sebagai seorang yang di train sebagai peguam, dengan izin, saya rasa Yang Berhormat Menteri maklum prinsipalnya bahawa kita tidak boleh menyiasat sesuatu perkara yang kita mempunyai kepentingan. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri kerana ini melibatkan pihak polis kerana saya yakin mungkin ada mekanisme lain supaya lebih meredakan kerisauan rakyat supaya penyiasatan itu lebih independent.
Okey Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Balik Pulau. Biar saya mengatakan bahawa dalam kes ini memang boleh untuk dapatkan post mortem, second opinion, dengan izin. Akan tetapi second opinion yang dibuat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya adalah di atas desakan keluarga dan kehendak keluarga. Sebab tidak dapat diserahkan ialah kerana siasatannya belum habis lagi. Apabila perkara itu habis, mengikut apa yang saya diberitahu bahawa mereka belum lagi, pasukan penyiasat kini hanya menunggu penerimaan laporan. Once laporan itu sudah ada, pihak yang boleh, akan mendapat laporan itu kalau mereka mahu menggunakan untuk tujuan-tujuan yang akan membawa kepada perkara- perkara tertentu. Akan tetapi tidak ada sesiapa yang kita sekat atau kita berhentikan daripada mendapat laporan tetapi laporan tidak boleh diberi selagi ianya belum habis. Itu yang saya...
Boleh saya...
Saya tidak hendak...
Minta maaf Yang Berhormat...
Setakat itu dahulu sebab perkara ini sedang dalam siasatan. Biar dia punya siasatan habis, saya tidak boleh membuat rumusan- rumusan tanpa siasatan.
Bukan itu...
Berkenaan pertanyaan, nanti dahulu Yang Berhormat Puchong, saya hendak jawab dahulu,
Minta penjelasan, just on this point. Sedikit sahaja.
No, saya fikir cukup dahulu. Nanti lain kali saya jawab. Kalau ada apa-apa hendak tanya dekat saya di luar, insya-Allah saya akan cuba untuk memberikan penjelasan.
Ini Yang Berhormat Menteri...
Nantilah dulu, Yang Berhormat Bagan Serai. Saya tidak bagi jalan lagi.
Padang, Padang Serai.
Yang Berhormat Padang Serai, sila duduk. Yang Berhormat daripada Balik Pulau tadi bertanya sama ada kita akan melahirkan kerisauan dan keresahan daripada orang ramai kalau kita suruh polis membuat siasatan. Sebenarnya perkara ini bukan perkara yang luar biasa. Kalau ada tindakan- tindakan yang dilakukan oleh pihak polis tidak mengikut peraturan atau undang- undang, sentiasa ada kumpulan untuk membuat siasatan. Bukan kumpulan yang sama. Akhirnya, perkara itu akan dibawa kepada Peguam Negara untuk tentukan tindakan diambil. Kalau kita tengok rekod, banyak tindakan-tindakan diambil juga kepada anggota-anggota polis sama ada salah laku dan menyalahgunakan kuasa mereka. Jadi soal untuk kita melindungi mana-mana pihak dalam mereka melakukan kesalahan adalah tidak timbul. Sebab itu saya fikir biar kita berikan perkara ini dan bila sudah habis dan pihak Peguam Negara akan membuat penentuan. Insya-Allah kita akan dapat kepastian di atas perkara-perkara Yang Berhormat bangkitkan. Kita pun tidak meminta supaya perkara-perkara yang melibatkan soal jenayah ini supaya kita tidak politikkan. Kita hendak mendapatkan keadilan dan kita hendak mendapatkan kesaksamaan. Kita hendak tentukan penyelesaian dapat dicapai. Jadi kalau kita warnakan dia dengan warna politik, dia susah untuk kita memberikan jawapan-jawapan yang dapat memuaskan. Perkara ini menyayat hati, menyedihkan dan ada orang yang terlibat. Jadi kita perlu mengambil tindakan yang waras dan wajar dalam konteks untuk menjaga kepentingan undang-undang di dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Beruas ada bertanyakan berkenaan laporan polis yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengarahkan ADUN Pangkor membuat laporan terhadap Speaker DUN Perak dan mengatakan bahawa boleh diambil tindakan di bawah seksyen 124, Kanun Keseksaan di bawah Criminal Intimidation dengan izin. Dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak perlu disiasat kerana beliau tidak melakukan sebarang kesalahan. Ini kerana apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meminta ADUN Pangkor membuat laporan polis, laporan yang dibuat tersebut mungkin dibuat bertujuan untuk dijadikan rekod atau rujukan sebelum ADUN Pangkor mengambil tindakan sivil atau sebagainya yang difikirkan perlu. Dia bukan menjadi satu perkara yang luar biasa untuk ketua-ketua parti kalau kita ada perkara yang kita tidak berpuas hati dalam soal jenayah.
[Bangun]
Tempat yang paling elok ialah untuk kita melaporkan kepada polis. Biar pihak polis menyiasatnya. Jadi saya berharap perkara ini tidak perlu kita kaitkan dengan soal-soal yang boleh membawa kepada andaian- andaian yang tidak tepat dan mempunyai unsur untuk memfitnah atau membawa kepada persepsi yang negatif.
[Bangun]
[Bangun]
Berkenaan kes yang dibawa oleh Yang Berhormat Bagan. Walaupun Yang Berhormat Bagan tidak ada di sini, biar saya jawab dulu. Nanti saya bagi yang ini untuk ini. Yang Berhormat Bagan bertanya berkenaan gambar Elizebeth Wong. Kenapa tidak diambil tindakan ke atas penyebar gambar tersebut. Kes ini sebenarnya masih dalam siasatan pihak polis dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti siapakah yang bertanggungjawab mengambil dan mengedarkan gambar pengadu. Pengadu dalam kes ini telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam membantu siasatan polis. Sehingga kini siasatan masih diteruskan dan tiada sebarang tindakan undang-undang ke atas pelaku oleh kerana ia dalam proses yang kita hendak mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab. Oleh itu kita akan mengambil tindakan jika siasatan sudah habis dan ada orang yang bertanggungjawab dan melakukan kesalahan. Jadi saya berharap kita akan sabar dalam hal-hal yang sebegini rupa untuk menentukan bahawa kita tidak melakukan sesuatu ketidakadilan dalam proses untuk mencari perkara-perkara yang....
Penjelasan.
Penjelasan.
Mana satu, Yang Berhormat Menteri.
Siapa ini?
Ada...
Saya bagi kepada Yang Berhormat daripada Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan tadi Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa perlu untuk report itu direkod ke atas Speaker DUN Perak kerana Yang Berhormat Menteri ada sebut tadi perkataan kesalahan jenayah itu perlu untuk dibuat satu siasatan umpamanya. Cuma yang saya hendak minta penjelasan ialah adakah keputusan Speaker yang berkaitan dengan tugasnya yang dibuat di dalam konteks tanggungjawab dia itu dianggap sebagai satu perbuatan jenayah yang boleh kepada satu siasatan sedangkan yang saya tahu bahawa Speaker bebas daripada sebarang siasatan dalam perkara-perkara yang diputuskan dalam Dewan. Kalau begitu, adakah bermakna bahawa kalau selepas ini Yang Berhormat Puchong kena tindakan daripada Speaker, dia boleh buat report police kepada Tuan Speaker?
Sedikit, sedikit penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat cuba mengelirukan. Saya tidak cakap dan perkara itu pun tidak berlaku di dalam Dewan. Ini bukan soal perkara yang berlaku dalam Dewan. Dewan pun belum bersidang di sana dan Dewan tidak boleh bersidang. Macam mana Yang Berhormat cakap dalam sidang Dewan. Jangan saya fikir tidak elok untuk Yang Berhormat mengelirukan soalan-soalan ini kerana ini soalannya kalau bercakap berkenaan undang-undang dan peraturan, kita sendiri kena patuh kepada undang-undang dan peraturan.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Semua ini dibuat melanggar undang-undang dan peraturan. Selepas itu ada kes di mahkamah dan biar mahkamah putuskan kes itu apakah kedudukannya. Akan tetapi di dalam keadaan sekarang, Yang Berhormat bercakap sesuatu yang saya tidak kata untuk purpose of record jenayah. Saya kata kalau seseorang hendak membuat laporan kepada polis, seorang itu berhak untuk membuat laporan. Polis ada menerima laporan yang pelbagai.
Ada yang berbentuk jenayah dan ada yang tidak berbentuk jenayah. Akhirnya polis. Tuan Yang di-Pertua, mereka ini kena duduk sebenarnya.
Ya, satu lagi Yang Berhormat, contoh yang dibagi itu pun kurang elok, Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong lapor Speaker itu, Yang Berhormat. Itu pun tidak elok. Contoh-contoh yang tidak betul itu.
Banyak itu. Baik tidak usah saya sebut satu- satu ini nanti.
Minta laluan.
Duduklah dulu. Nanti dulu. Let me finish. Jadi Yang Berhormat, saya kata siapa pun. Sekarang memang orang betul cukup betul pergi buat laporan polis dan biar polis buat ketentuan sama ada kes ini jenayah atau tidak jenayah. Jadi soalnya yang dibawa yang saya kata tadi, Yang Berhormat mengatakan bahawa Perdana Menteri telah membuat kesalahan. Kita menjawab bahawa Perdana Menteri tidak membuat kesalahan. Tidak ada apa-apa kesalahan. Dia menasihatkan sesiapa yang hendak membuat report, dia buatlah report kepada polis. Apa yang salahnya? Kita tidak buat macam Yang Berhormat membuat tuduhan macam-macam. Jadi saya berharap Yang Berhormat sabar. Kerajaan sudah jadi kerajaan Barisan Nasional. Tidak payahlah kita berasa khuatir dan takut berkenaan soal itu.
Minta laluan.
Nanti, nanti. Tuan Yang di-Pertua, saya beri kepada Yang Berhormat Padang Serai.
Yang sini tidak nampak, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Tadi saya dengar Yang Berhormat Menteri cerita tentang keputusan Speaker dan juga Perdana Menteri dan keputusan itu dibuat dalam Dewan ataupun di luar Dewan dan sebagainya. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Menteri, apakah bezanya keputusan seorang Speaker itu yang dibuat di dalam atau di luar kerana saya selalu melihat Speaker Dewan Rakyat ada beberapa kali membuat keputusan di luar Dewan. Adakah Yang Berhormat Menteri bila sebut tentang keputusan dalam atau luar itu mempertikaikan keputusan-keputusan Speaker yang dibuat di luar Dewan? Saya hendak tanya itu.
Saya tidak faham!
Dia tidak faham? Nanti, nanti. Dia tidak faham. Dia tidak faham. Nanti, Yang Berhormat Menteri.
[Ketawa] Saya tengok Yang Berhormat tidak faham.
Sebab saya dengar dari Yang Berhormat Menteri...
Duduk, duduk. Tidak. Duduk, duduk.
Saya dengar Yang Berhormat Menteri katakan....
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
...Keputusan tadi. Biar saya habis!
Yang Berhormat, tadi saya menjawab soalan. Yang Berhormat tidak dengar soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Pokok Sena.
Saya tahu tapi...
Saya menjawab Yang Berhormat Pokok Sena punya ini. Jawapan itu betul.
Tidak faham Yang Berhormat Tuan Padang Serai itu.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Cukup, cukup Yang Berhormat.
Yang Berhormat katakan....
Cukup, Yang Berhormat.
[Bangun]
Keputusan Speaker mana ada dibuat di dalam Dewan.
Sudah, sudahlah, Yang Berhormat.
Keputusan berkenaan peraturan ini dibuat di dalam Dewan dan Speaker juga boleh pergi tanya kepada Speaker bagaimana dia buat peraturan. Yang Berhormat tidak payah tanya saya. Patut Yang Berhormat tahu peraturan.
Yang Berhormat Menteri memberi ulasan. Sebab itulah saya tanya.
Yang Berhormat hendak jadi Speakerkah...
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai.
...Apa, jangan mengambil tempat Speaker. Duduklah, Yang Berhormat. Itulah yang saya malas bagi Yang Berhormat. Time bila bagi jadi liar.
[Menyampuk]
Jadi liarlah itu. Tuduhan liar. Jadi Yang Berhormat saya minta.
Bagi Pasir Salaklah.
Minta.
Yang Berhormat Pasir Salak, ambillah.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri minta ataupun mengesyorkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor untuk mengambil tindakan polis, kenapa? Kenapa perlunya Yang Amat Berhormat mencadangkan kepada Yang Berhormat Pangkor untuk mengambil tindakan? Saya ingin tahu apa kesnya yang sebesarnya? Tentulah dengan ada, a very strong reason dengan izin. Can you explain to the House?
[Ketawa] Saya akan membincangkan perkara- perkara yang berkenaan. Saya tengok kita Tuan Yang di-Pertua, sudah melihat apa yang berlaku di Perak dan apa yang berlaku di Perak bukan sahaja dalam soal prosedur dan soal ketentuan daripada segi keadaan, tetapi macam-macam perkara yang berlaku yang menyebabkan penangkapan dan pertuduhan-pertuduhan yang berlaku. Oleh itu saya fikir tindakan...
Culik-culik.
...Yang dinasihatkan oleh, apa dia?
Culik-culik... [Ketawa]
Saya tidak hendak bagi Yang Berhormat Shah Alam. Terima kasih.
[Ketawa]
Yang Berhormat bercakap daripada jauh, saya pun tidak dengar. Tuan Yang di-Pertua yang berkenaan apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Machang..
[Bangun]
...Apa dia?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Bukan saya tadi Yang Berhormat Menteri. Boleh saya tanya sedikit? Tadi...
Minta penjelasan.
Yang Berhormat,..
Culik ADUN.
...Jangan ada pihak lain bercakap kemudian, tidak ada rasuah, bila sudah kalah kerajaan, bila sudah jatuh kerajaan terima dan mengikut proses. Tidak ada penculikan.
Ada juga rasuah.
Yang Berhormat membuat tuduhan liar..
Ada pengakuan bersumpah dari mereka yang terlibat. Ada pengakuan bersumpah yang menunjukkan bahawa ada unsur-unsur rasuah...
[Menyampuk]
Ya.
Kalau Yang Berhormat menjadi penyiasat, Yang Berhormat menjadi penuduh..
Tidak, saya bukan penyiasat..
...Yang Berhormat mana boleh?
Kenapa polis tidak menyiasat?
Ini soal...
Pasal orang tidak siasat...
...Pengakuan bersumpah yang dibuat oleh...
[Bangun]
Yang Berhormat jangan membuat tuduhan yang liar. Kalau ada apa-apa Yang Berhormat tidak bersetuju buat laporan, buat laporan kita akan siasat tetapi tidak bermakna... [Disampuk] Nanti Yang Berhormat... [Beberapa Ahli bangun] Ini yang tiga empat orang, lima orang bangun ini apa halnya?
Yang Berhormat, Yang Berhormat dia, Yang Berhormat tolong...
Saya itulah, saya hendak berbahas, ada seorang tanya, saya mempunyai pendapat dan pegangan saya sendiri. Bila saya buat jawapan saya dengar dia punya soalan, bila saya buat jawapan dia kena dengar saya punya jawapan. Tidak mestinya, apa juga jawapan saya, dia tidak setuju.
Ada setuju..
Tidak, ini saya cakap ini.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
[Menyampuk]
...Dewan ini. Soal itu saya tidak boleh berbahas berkenaan isu Perak, pasal isu Perak ini sekarang sedang ditentukan oleh mahkamah. Biar mahkamah yang menentukan..
Rasuah, rasuah!
Yang Berhormat..
Itu Yang Berhormat punya tuduhan, mana ada culik dan rasuah..
Yang Berhormat Pokok Sena.
Tidak ada.
Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Duduklah, buang masa sahaja Yang Berhormat.
Menteri tidak bagi ruang Yang Berhormat.
Saya tidak bagi ruang.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Nanti saya tak nak bagi jalan ya. Yang Berhormat ini kalau bagi jalan, dia terlampau jalan... [Ketawa] Jadi Tuan Yang di-Pertua biar saya bercakap berkenaan apa yang di kemukakan oleh Yang Berhormat Machang. Dia minta kementerian menjelaskan apakah status laporan polis yang dibuat di IPK Selangor dan Putrajaya terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara yang didakwa telah mengadakan bukti palsu dalam insiden penahanan Yang Berhormat Permatang Pauh pada tahun 1998, dan ingin tahu apakah asas. Biar saya menjelaskan Tuan Yang di-Pertua, pihak polis telah menyerahkan laporan mengenai kedua-dua kes tersebut kepada SPRM untuk melakukan siasatan. Pihak SPRM sedang menjalankan siasatan dan keterangan Ketua Polis Negara telah pun diambil, oleh itu adalah wajar siasatan diputuskan oleh SPRM sendiri sama ada siasatan sudah selesai atau masih dalam siasatan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuaran pula meminta PDRM supaya menangani kes-kes jenayah yang berleluasa di Sabah terutama jenayah yang melibatkan kes pembunuhan. Bagi negeri Sabah untuk pengetahuan Yang Berhormat, indeks jenayah yang dilaporkan pada tahun 2008 ialah 8,498 berbanding dengan tahun 2007 sebanyak 7,253 kes. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1,245 kes bersamaan 17.17 peratus manakala kadar penyelesaian ialah sebanyak 2,995 kes atau 35.24 peratus. Statistik kes bunuh di Sabah bagi tahun 2007 sebanyak 68 kes, selesai sebanyak 53 kes atau 78 peratus manakala tahun 2008 pula sebanyak 67 kes selesai sebanyak 55 kes atau 82 peratus. Ini menujukan kes bunuh di Sabah telah menurun sebanyak 1 atau kes minus 1.47 lebih rendah berbanding daripada tahun 2007. PDRM sabah telah melaksanakan operasi jenayah yang bersifat berterusan, iaitu dengan izin, active enforcement yang memberi lebih tumpuan kepada kes-kes jenayah indeks iaitu kes jenayah harta benda dan jenayah kekerasan. Pihak polis sentiasa melipatgandakan usaha untuk membanteras jenayah di seluruh negara termasuk di negeri Sabah.
Yang Berhormat ada dua orang Yang Berhormat bangun. Yang Berhormat Puchong dengan Yang Berhormat Balik Bulau, yang mana satu Yang Berhormat?
Yang Berhormat Puchong.
Yang Berhormat Puchong.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya berbalik dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan seksyen 124. Yang Berhormat Menteri, pada hari Ahad yang lalu terdapat satu petikan dalam surat khabar di mana Ketua Polis Negara (IGP) was quoted as saying, “Bahawa pihak polis tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan ataupun siasat berkenaan dengan kes-kes yang berlaku di sekeliling Dewan dan juga di kawasan Parlimen”. Saya hendak tanya berkenaan dengan isu itu, apa yang berlaku di sini pada Khamis, di mana Yang Berhormat Ahli Parlimen Bukit Gelugor telah dihadapi oleh pemuda-pemuda UMNO di luar. Isu yang berbangkit adalah ini, adakah pihak polis mempunyai kuasa untuk datang ke Parlimen dan membuat tangkapan, di mana seseorang Ahli Parlimen itu is threatened oleh mana-mana pihak kerana pada pengetahuan saya and from the researched that I have hanya di dalam Dewan ini sahaja tugas itu diberikan kepada sergeant at arms, tetapi di luar pintu ini memang pihak polis mempunyai bidang kuasa dan itu di bawah seksyen 124. So, saya nak tahu, adakah IGP ini menyatakan apa yang betul berkenaan dengan insiden yang berlaku di luar Dewan. Itu sahaja soalan saya Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sedikit penjelasan.
Nanti Yang Berhormat, biar saya jawab. Saya fikir itu Yang Berhormat petik dari apa yang keluar dalam surat khabar. Biar saya dapat perkara yang sebetulnya, apakah perkara yang telah dikatakan oleh beliau. Saya tidak mahu membuat sesuatu keputusan tanpa saya mengetahui sebenar apa yang Ketua Polis Negara telah mengatakan di dalam insiden Yang Berhormat telah sebutkan. Sebagaimana yang kita tahu insiden-insiden di dalam Parlimen di bawah Akta Parlimen sendiri kita boleh mengambil tindakan-tindakan yang tertentu. Jadi oleh itu tidak perlu saya untuk menjawab apakah Ketua Polis Negara bercakap perkara itu ataupun tidak bercakap perkara itu. Biar saya siasat dulu sama ada benar.
Okey, biar kita ketepikan apa yang dia katakan. Isu, soal yang saya tanyakan adakah pihak polis, tidak apa siapa yang katakan Ketua Poliskah atau pihak yang lain. Isu dia adakah pihak polis mempunyai kuasa untuk datang ke Parlimen untuk to protect Members of Parliament who are threatened, itu isu yang saya bangkitkan. Biarlah sesiapa sahaja yang cakap, tetapi kepada bacaan saya isu ini dibangkitkan, dalam surat khabar hari Ahad, tetapi isu dia does the police have power, if the Member of Parliament is threatened? Can they come to his assistance in Parliament? Itu yang saya hendak tahu.
Yang Berhormat Menteri, saya ingat Dewan sudah membuat usul dan jawatankuasa akan ditubuhkan. Tuan Yang di-Pertua mungkin akan mempengerusikan nya, dan beliau masih di luar negeri. Saya ingat adalah dianggap terlalu awal untuk membuat keputusan. Dalam pandangan ini berbeza Yang Berhormat Menteri, ada yang mengatakan, the precinct of Parliament which in the Parliament punya control, kalau House of Commons di precint dia, di jalan-jalan di luar itu, House of Commons yang tidak ada pagar itu masuk juga, jadi Parlimen kita yang mempunyai pagar macam mana keputusan itu nanti, saya ingat kita kena tunggu bersamalah Yang Berhormat. Dalam precinct Parlimen mungkin dalam pagar daripada kawasan polis itu kita anggap ini dalam kawasan Parlimen melainkan di jemput polis - mungkin Yang Berhormat tetapi ini bukan keputusan. Mungkin tidak berkuasa. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua sebenarnya saya...
Yang Berhormat Menteri.
...Saya, sebab itu saya tidak hendak bincangkan perkara itu tetapi soalnya ialah kalau perkara itu terjadi di dalam Dewan ataupun di luar kawasan Dewan secara amalan pihak polis tidak akan datang untuk masuk campur melainkan diminta oleh pihak Parlimen. Itu yang saya fikir untuk saya jawab.
Yang Berhormat Menteri, apa Yang Berhormat Menteri katakan ini amatlah mengelirukan Dewan ini kerana tahun lalu polis datang ke sini untuk tangkap beberapa orang. Ex MPs from PAS kena tangkap, Mustafa kena tangkap oleh polis di luar pintu bangunan Parlimen ini dan Wong King Huat, serta beberapa orang ahli NGO telah ditangkap dalam perkarangan Dewan ini.
Itu orang lain. Undang- undang lain.
Itu double standard lah.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bagi laluan untuk Yang Berhormat
Okey.
Tadi Tuan Yang di-Pertua sendiri sudah cakap perkara ini tidak usah dibincangkan. Dia ada opinion yang berbeza, apakah kawasan Parlimen, di dalam Parlimen, di luar Parlimen, di pekarangan. Jadi perkara ini saya tidak mahu bincangkan kerana ada perkara-perkara yang lain Yang Berhormat mungkin tidak ceritakan.
Yang Berhormat...
Jadi saya fikir biar dulu. Saya tidak kelirukan.
Tuan Yang di-Pertua...
Saya tidak bagi laluan ya. Saya tidak bagi laluan.
Menteri, mohon penjelasan mengenai...
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Ini pun sudah terkeluar daripada apa yang saya jawab Tuan Yang di-Pertua.
Saya sudah bagi tahu Yang Berhormat. Belum ada keputusan yang dibuat untuk kes ini Yang Berhormat. Saya mintalah Yang Berhormat.
Definisi precinct of the Dewan sudah diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun]
Yang Berhormat, soalan dulu Yang Berhormat. Ini jawatankuasa yang baru Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Yang Berhormat, minta tolonglah Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak faham cakap sayakah?
[Bangun]
Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Nanti saya...
Kepada Tuan Yang di-Pertua, isu dia bukan mengenai insiden ini. Saya tanya secara am. Sekiranya satu perkara berlaku besok, kita tidak boleh tunggu untuk jawatankuasa. Itu isu Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya setuju tetapi saya tanya sebagai Ahli Parlimen. Saya hendak tahu esok kalau ada masalah di sini, adakah saya selamat sebagai Ahli Parlimen di sini. Bolehkah pihak polis datang bantu saya? Itu kita hendak tahu. Sehingga bila kita hendak tunggu.
Saya akan jawab.
Aik! Tuan Yang di-Pertua akan jawab? Lagi baik. Terima kasih.
Ini Parlimen Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tanya kuasa sini, saya yang akan jawab Yang Berhormat. Kalau saya duduk di sini Yang Berhormat, apa-apa pun berlaku dekat sini saya tidak benarkan polis masuk ke sini Yang Berhormat. Bahkan saya membantah apabila polis datang jaga car park kita semasa ceremony. Saya bantah Yang Berhormat. Akan tetapi saya tidak heboh dengan orang. Semasa fail 14 Ahli Parlimen kena ambil daripada Dewan ini, saya bantah. Saya tidak setuju. Jadi itu pendirian saya, pendapat saya Yang Berhormat. Jadi dalam keadaan ini, kalau saya di sini, itu pendirian saya.
[Bangun]
Bahkan saya ditelefon semasa di Thailand pada hari Sabtu. Ditelefon oleh seorang pemberita, jawapan saya pun sama. Jadi Yang Berhormat biarlah jawatankuasa membuat keputusan, tidak dipengaruhi oleh apa saja keputusan ataupun pendirian saya berhubung perkara ini.
Akan tetapi berkenaan dengan undang- undang seperti mana sedia ada. Saya hendak Menteri Dalam Negeri menjawab soalan ini Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf, saya memang hormat pendapat Tuan Yang di- Pertua tetapi secara undang-undang, adakah pihak polis boleh datang membantu seorang Ahli Parlimen yang diancam keselamatannya dalam Parlimen. Itu isu yang sangat mudah dijawab.
Baik Yang Berhormat.
Saya hendak jawab, itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya masa bila pihak polis hendak masuk ke dalam Dewan ini, kita kena minta izin daripada Parlimen. Kita tidak boleh main masuk, itu Yang Berhormat tahu. Tuan Yang di-Pertua sudah cakap, kalau dia tidak bersetuju misalnya pada hari ini Yang Berhormat merasakan bahawa kita terancam. Maka kalau polis tidak boleh datang masuk ke sini, melainkan dia atas permintaan Tuan Yang di-Pertua. Itu kita punya pendirian daripada pihak polis. Kita akan menjalankan undang-undang mengikut undang-undang. Bukan kita ikut suka hati dan pandangan kita sendiri. So Yang Berhormat, saya fikir tidak...
Keputusan Yang Berhormat adalah bahawa ...
...Perlu perkara ini kita bincangkan dengan lebih lanjut lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bagi jalan sudah.
Keputusan Yang Berhormat adalah bahawa Tuan Yang di-Pertua yang buat keputusan. Sekiranya satu kekecohan berlaku kita kena jumpa Tuan Yang di-Pertua minta polis datang.
Tuan Yang di-Pertua ada sini. Polis tidak akan tahu apakah kekecohannya.
Ya tetapi kalau berlaku di luar sini. Tuan Yang di-Pertua, dalam sini. Kalau berlaku di luar ...
Polis tidak ada dalam sini.
Bukan sini, bukan Dewan. Di luar...
Di luar pun polis tidak berjalan untuk mengambil tindakan.
Itu soalan saya. Kalau seseorang Ahli Parlimen dia ancam di luar, macam mana kita hendak buat.
Bila jadi, kita tengok macam mana Yang Berhormat. Yang Berhormat suruh saya membuat keputusan sesuatu...
Menteri...
Cukup Tuan Yang di-Pertua.
Ini sudah berlaku. Bagaimana ...
Pasal apa dia berlaku?
Jangan masuk kepada itu.
Itu Soal lain. Yang Berhormat saya hendak bercakap dengan Yang Berhormat.
Yang Berhormat ...
Yang sebenarnya Yang Berhormat tidak boleh bawa perkara ini pasal Yang Berhormat mempunyai kepentingan. Ini kerana orang tua itu adalah orang tua Yang Berhormat. Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor, jadi soalnya lain Yang Berhormat. Jadi Tuan Yang di-Pertua, cukup-cukup... [Dewan riuh] Ia yang susah bukan soalannya. Yang susah tidak reti hendak dengar. Yang Berhormat Tuaran meminta PDRM menyatakan adakah pembunuhan dua orang penduduk tempatan di Tingkayu pada 13 Februari semasa pekebun dilakukan oleh sekumpulan orang asing atau pendatang asing. Bagi jawapannya sebenarnya bukan dua orang yang terbunuh, hanya seorang. Bukti menunjukkan bahawa kes ini hanya melibatkan rakyat tempatan dan bukannya pendatang asing. Yang Berhormat Maran minta PDRM terangkan bagi 2008 hingga Februari 2009 berapakah jumlah penjenayah yang telah ditangkap atau ditumpaskan. Berapakah ramai pula anggota polis yang telah cedera atau mendapat kemalangan dalam tempoh tersebut. tangkapan penjenayah untuk makluman Yang Berhormat atau bagi tahun 2008 ialah seramai 55,523 orang. Manakala sehingga Februari 2009, jumlah penjenayah yang ditangkap ialah 4,123 orang. Pada tahun 2008 sejumlah 14 orang pegawai anggota polis telah mendapat cedera dan seorang terbunuh semasa menjalankan tugas. Manakala sehingga Februari 2008 seorang anggota polis tercedera semasa menjalankan tugas. Tangkapan dibuat adalah berdasarkan atas beberapa kesalahan jenayah iaitu kekerasan dan jenayah harta benda. Sememangnya terdapat ramai pegawai dan anggota polis yang terbunuh dan cedera semasa menjalankan tugas. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Serdang mencadangkan kerajaan memberi ganti rugi pampasan kepada mangsa kekerasan di Bukit Mahkota, Cheras. Ingin saya jelaskan, kerajaan belum membuat keputusan berhubung isu pampasan sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang. Meskipun pihak SUHAKAM telah mengeluarkan laporan berhubung isu kekerasan anggota FRU di Bukit Mahkota, Cheras. Pihak polis masih membuka kertas siasatan berhubung perkara tersebut dan siasatan mengenai perkara ini masih lagi berjalan. Ini berikutan tidak ada pengecaman positif yang boleh dibuat oleh mangsa berhubung identiti suspek yang melakukan kekerasan ke atas dirinya. Walau bagaimanapun mangsa boleh memfailkan saman sivil untuk menuntut pampasan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Kampar minta PDRM menyatakan sejauh manakah usaha pengambilan polis yang telah dilaksanakan. Minta kerajaan mewujudkan pusat-pusat dan balai polis sejajar dengan peningkatan populasi di negara ini. Sebagaimana saya mengatakan tadi sehingga Disember 2008, PDRM telah mengambil seramai 981 pegawai dan 5,722 konstabel baru bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Bagi makluman Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini juga, populasi di negara ini setakat 31 Disember ialah seramai 27.6 juta orang yang menjadikan nisbah anggota polis kepada penduduk ialah 1:274. Berhubung dengan gesaan Yang Berhormat Kampar untuk mewujudkan pusat-pusat dan balai polis sejajar dengan peningkatan populasi di negara ini. Saya mengucapkan terima kasih, memang kita akan melakukan sedemikian untuk membina balai-balai polis baru sebagai langkah bagi menangani peningkatan kadar jenayah di kawasan-kawasan yang kritikal. Pembinaan balai-balai polis ini pada peringkat awal tertumpu kepada empat negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor. Pada masa ini terdapat 60 balai polis komuniti dan 55 pondok polis komuniti di keempat-empat negeri tersebut. Kita akan mengambil perhatian dan melakukan apa yang perlu bagi menentukan kita dapat meningkatkan keupayaan polis.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kampar juga meminta kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM75 juta bagi membeli CCTV. Untuk makluman Dewan yang mulia ini kerajaan telah memutuskan bahawa peruntukan dan perbelanjaan pemasangan kamera litar tertutup, CCTV akan dilaksanakan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Manakala pemasangan penyelenggaraan CCTV adalah diletakkan di bawah tanggung pihak berkuasa tempatan. PDRM hanya berkuasa memantau CCTV yang telah dipasang di lokasi- lokasi strategik tersebut. Tuan Yang di-Pertua ...
Sorry, Yang Berhormat saya minta penjelasan sedikit. Saya balik sedikit kepada Bandar Mahkota, Cheras. Ini kerana saya tidak faham kerana menurut jawapan daripada Menteri Dalam Negeri, pada 18 Februari kepada Yang Berhormat Segambut sudah cakap bahawa tiada pertuduhan akan dibuat kerana semasa kawat cam saksi-saksi berkenaan tidak dapat mengecam suspek. Akan tetapi sekarang Yang Berhormat mengatakan bahawa masih dalam siasatan. Jadi saya minta satu jawapan yang lebih jelas ataupun sama ada jawapan daripada Menteri telah diberikan pada 18 Februari adalah salah ataupun, jawapan sekarang adalah salah. Saya minta satu penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, jawapan saya tetap sama. Pasal kita tidak boleh buat pertuduhan kerana tidak ada pengecaman, itu sama lagi. Jawapannya sama. Saya kata kalau kita hendak pampasan, pasal kes yang sebenarnya kes-kes macam ini tidak pernah tutup. Kalau ada evidents yang baru, butiran-butiran yang baru, tindakan boleh diambil.
Buat masa ini kita tidak boleh buat pertuduhan, so tidak ada apa-apa yang bercanggah. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya telah menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi.
Okey, okey, sedikit lagi, sedikit lagi.
Sudah, cukuplah Yang Berhormat, terima kasih. Yang Berhormat Muar minta supaya kerajaan meneruskan cadangan pembinaan sebuah muzium PDRM di Bukit Kepong. Saya juga bersetuju bahawa patut ada muzium di Bukit Kepong. Ianya memang betul telah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Cadangan pembinaan Muzium Bukit Kepong telah pun ditender pada hujung tahun 2006 dan tender tersebut telah pun ditutup pada 31 Januari 2007. Walau bagaimanapun pembinaannya terpaksa kita tangguhkan disebabkan tapak pembinaan yang kita rancang iaitu Balai Polis Bukit Kepong sedia ada telah ditenggelami air semasa banjir. Jadi bahagian bangunan Jabatan Logistik PDRM Bukit Aman telah mengesahkan perkara ini dan memutuskan agar pelaksanaan projek ini ditangguhkan sementara waktu memandangkan kepada tapak sedia ada yang terdedah kepada bencana banjir yang mungkin berulang. Pelaksanaan projek ini akan diteruskan setelah kita dapat memastikan tapak lain di kawasan tinggi yang lebih sesuai dapat kita perolehi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Muar juga berkenaan masalah jenayah yang mewujudkan skim khusus untuk menjaga kebajikan. Kerajaan sentiasa mengambil berat tentang keperluan organisasi dan kebajikan anggota PDRM. Kerajaan telah pun meluluskan dan mengkaji beberapa skim perkhidmatan bagi mempertingkatkan moral dan kerjaya di kalangan warga PDRM. Antaranya ialah, di antara perkara-perkara yang akan kita ambil tindakan untuk merangkumi syarat-syarat lantikan, latihan dan kemajuan kerjaya, penstrukturan semula pangkat dan gred dan skala gaji baru berdasarkan kepada skop dan penghuraian khas, menetapkan gaji permulaan baru sejajar dengan konsep kemasukan kelayakan pelbagai dengan memperkenalkan dua kelayakan masuk anggota pangkat rendah dan pegawai kanan polis seperti konstabel, sarjan dan konstabel sokongan. Perkara-perkara yang sedemikian dan juga daripada segi skim perkhidmatan. Oleh itu kita memberikan tumpuan untuk menentukan bahawa skim perkhidmatan pasukan polis adalah lebih baik dan ia akan membawa dan menarik minat orang untuk menjadi rakyat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan polis.
Yang Berhormat Jerai minta PDRM membina sebuah balai polis baru di Sik kerana jumlah penduduk di kawasan tersebut telah mencecah 10,000 orang. Pada masa ini daerah Sik mempunyai sebuah ibu pejabat polis daerah, balai polis yang terletak dalam pentadbiran IPD Sik ialah Balai Polis Jeniang yang dibina pada tahun 2004 yang terletak 20 kilometer dari Pekan Sik. Penduduk tidak perlu pergi ke Gurun untuk berurusan dengan PDRM kerana selain dari Balai Polis Jeniang juga terdapat Pondok Polis Jeniang. Pondok polis berkenaan terletak di kawasan pentadbiran Balai Polis Gurun. Kementerian walau bagaimanapun mengambil perhatian dan mengucapkan terima kasih di atas cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat Maran minta supaya balai polis di Maran, tapak cadangan yang lama itu tidak sesuai dan menggesa supaya kita mencari satu tapak baru yang lebih sesuai. Tuan Yang di-Pertua, cadangan menyiapkan kerja-kerja terbengkalai bagi perolehan kediaman PDRM 68 unit dan sebuah bangunan pentadbiran di Maran telah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Pelaksanaan bagi projek ini adalah di bawah Jabatan Kerja Raya Malaysia. Rundingan harga telah dibuat pada 30 Januari 2009 dan pihak kontraktor serta pihak JKR telah bersetuju dengan harga RM20 juta dengan tempoh pembinaan selama 48 minggu. Pembinaan projek ini akan dimulakan setelah surat kelulusan kos dari Kementerian Kewangan diperolehi. Yang Berhormat dari Kalabakan minta kerajaan menyediakan peruntukan untuk membeli kenderaan pacuan empat roda. Ini akan kita lakukan bagi digunakan di Sabah dan Sarawak memandangkan kenderaan saloon kurang sesuai digunakan di kedua-dua negeri. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Simpang Renggam minta PDRM menempatkan polis-polis pelancong di kawasan tumpuan. Unit Polis Pelancong ditubuhkan bertujuan antaranya untuk memberi kemudahan perkhidmatan dan keselamatan kepada pelancong dari luar dan dalam negara. Unit ini mempunyai jumlah kekuatan seramai 268 pegawai dan anggota yang ditempatkan di semua negeri melainkan Perlis, Kedah dan Kelantan. Di Kuala Lumpur mempunyai kekuatan yang paling ramai iaitu 123 orang diikuti Pulau Pinang 49 orang dan Melaka 70 orang. Yang Berhormat Arau bertanya sejauh manakah kejayaan program community policing...
Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin penjelasan daripada pihak Yang Berhormat, kenapakah Unit Polis Pelancong ini tidak diletakkan di negeri Kelantan? Sebab Kelantan salah satu daripada tempat pintu masuk pelancong terutama daripada negara jiran. Begitu juga saya ingin penjelasan juga tentang bagaimana usaha daripada pihak kementerian tentang isu balai polis di Rantau Panjang yang saya bangkitkan dalam ucapan saya yang belum diberi jawapan. Begitu juga tentang kemudahan CCTV yang kita tahu kawasan ini terdedah dengan penyeludupan dan mempunyai kawasan yang begitu panjang sepanjang sungai. Ini adalah susah dari sudut kawalan. Jadi sejauh mana persiapan dan kawalan daripada pihak keselamatan demi menyelamatkan negara kita? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Rantau Panjang kerana meminta supaya polis pelancong. Perkara-perkara ini dia banyak bergantung kepada kita punya keupayaan, dari segi keanggotaan dan dari segi keutamaan yang perlu kita berikan. Walau bagaimanapun saya mengambil maklum apa yang telah Yang Berhormat minta. Berkenaan dengan CCTV tadi saya ada jawab, sebenarnya tanggungjawab untuk memasang CCTV adalah di bawah kerajaan tempatan. Selalunya kerajaan tempatan di dalam proses ini akan bergantung kepada Kerajaan Negeri untuk meletakkan, kita akan menggunakan itu sebagai salah satu daripada pendekatan untuk mencegah jenayah atau melihat kepada perkara-perkara jenayah berlaku. Berkenaan dengan kawasan yang bersempadan ini yang menjadi satu ancaman sama ada ancaman maritim ataupun ancaman sempadan darat. Pihak pasukan keselamatan kita dua-dua ada sentiasa memantau kedudukan di Rantau Panjang dan kawasan-kawasan sempadan dengan negara jiran kita untuk menentukan keadaannya selamat dan terjamin pemeliharaan dan orang ramai tidak perlu berasa takut. Oleh itu kita akan sentiasa memberikan perhatian kepada kawasan Yang Berhormat. Jadi saya ingin meneruskan...
Penjelasan tambahan. Balai polis yang setiap tahun tenggelam di Rantau Panjang, tujuh lapan kaki setiap tahun ditenggelami air.
Balai polis yang tenggelam itu, kalau balai polis yang tenggelam bermakna dia dibina di tempat yang tidak sesuai. Oleh itu bila ada tempat yang sesuai kita akan kaji sama ada kita perlu pindahkan tetapi tempat itu memang tempat banjir. Walau bagaimanapun, saya akan bawa perkara ini untuk kita lihat bagaimana kita dapat menentukan bahawa balai polis kita tidak tenggelam dan kita dapat melaksanakan tugas kita. Oleh itu kita akan mengambil perhatian apa Yang Berhormat cadangkan. Berkenaan Yang Berhormat Arau tadi mengatakan berkenaan community policing sama ada dia berkesan ataupun tidak. Ingin saya mengatakan untuk community policing ini dia memerlukan polis dan masyarakat bersama-sama sebagai rakan seperjuangan di dalam mengenal pasti dan menangani secara berkesan isu-isu berkaitan jenayah dan gejala sosial. Melindungi harta benda dan nyawa daripada perlakuan jenayah adalah menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk orang ramai. Justeru itu orang ramai berhak untuk menjaga, mengawal dan mempertahankan harta dan nyawa mereka daripada dicerobohi serta diganggu gugat daripada penjenayah. Dalam konteks sedemikian adalah jelas bahawa orang ramai bukan sahaja mampu mencegah sebarang kegiatan jenayah malahan orang ramai juga mempunyai peranan sebagai sumber kepada pihak polis dalam menyalurkan maklumat bagi kita mengambil tindakan yang berkesan. Buat masa ini saya ingin mengatakan bahawa rancangan ini adalah satu pendekatan yang baik, satu pendekatan yang membolehkan perkongsian dari segi untuk menentukan keamanan dan ketenteraman sentiasa terkawal. Yang Berhormat Indera Mahkota mencadangkan supaya anggota polis dibenarkan mengikut kursus bertaraf diploma. Ingin saya menjelaskan bahawa PDRM sememangnya sentiasa menggalakkan pegawai dan anggota polis untuk melanjutkan pelajaran. Malahan beberapa kursus dalaman bertaraf diploma telah dirangka dengan kerjasama universiti tempatan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya. Sehubungan dengan ini anggota polis yang mempunyai kelayakan diploma boleh memohon untuk dilantik ke jawatan yang lebih tinggi seperti jawatan inspektor melalui kaedah kenaikan pangkat secara lantikan. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat, saya minta sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Maksud saya kursus-kursus ini dibenarkan dijalankan di balai-balai polis setempat. Maksudnya calon- calon ini tidak perlu datang ke universiti atau tempat-tempat yang jauh daripada balai masing-masing. Tidak mengganggu tugas mereka, mereka boleh membuat pilihan sama ada menghadiri kursus hujung minggu ataupun sebelah malam. Itu maksud membuka peluang kepada mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat di atas cadangan tersebut, kita akan mengambil maklum perkara itu dan melihat bagaimana dari segi keupayaan kita untuk melaksanakan dengan pendekatan Yang Berhormat sebutkan tadi. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Kampar dan Yang Berhormat Ipoh Timur, ingin saya jelaskan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, daripada 125 cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM, sebanyak 112 cadangan atau hampir 90 peratus telah dilaksanakan atau sedang dalam pelaksanaan.
Selebihnya masih dalam kajian oleh kerajaan, kerana memerlukan pindaan ke atas peraturan dan undang-undang yang sedia ada. Mengenai cadangan IPCMC, kerajaan memang telah bersedia untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya yang akan dinamakan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa dan akan dibentangkan di Dewan yang mulia setelah dipersetujui oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, dia tak berminat nampaknya, itu bukan...
Dia tidak pandai.
...Dia tinggi sangat tu... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya tiap-tiap kali ada tanya mengenai Laporan Suruhanjaya Diraja, hampir empat tahun sudah, masih ada 10 peratus tidak dapat dilaksanakan. Saya pun hairan juga, kenapa dia ambil masa yang begitu panjang dan tambah pula IPCMC yang disebutkan itu untuk menguruskan hal semua kementerian atau agensi, bukan untuk semata-mata untuk polis yang kita minta itu dan yang dicadangkan oleh Laporan Suruhanjaya Diraja itu hanya untuk polis.
Dia buat yang lain...
Itulah apa masalahnya, dengan kuota yang tinggi. Baiklah, terima kasih... [Ketawa]
Buat yang lain...
[Bercakap tanpa pembesar suara] Pada yang sebelah sana. Tuan Yang di-Pertua, saya cakapkan ada 125 cadangan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja penambahbaikan perjalanan pengurusan PDRM, 82 telah kita laksanakan, 30 dalam pelaksanaan dan 11 masih dalam kajian. Di samping itu, dua kita tidak laksanakan iaitu satu perkara yang kita akan ambil contoh dalam kajian, mengkaji semula peraturan yang mengawal tatatertib PDRM, that one kita masih lagi dalam kajian kita nak laksanakan macam mana kita boleh melihat kembali. Keduanya mengadakan dua perjawatan, kita juga bersetuju untuk kita menambah lagi perjawatan tertinggi yang belum lagi kita laksanakan ialah tidak laksana ialah pertindihan daripada paradigma, kepada perkhidmatan daripada pasukan- pasukan Polis Diraja daripada ke perkhidmatan Polis Diraja. Ada cadangan supaya bukan dipanggil Pasukan Polis Diraja Malaysia tetapi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia. Ini kita tidak laksanakan, lepas itu berkenaan perkara-perkara rasuah. Perkara-perkara rasuah yang dicadangkan telah pun di bawah Akta SPRM, jadi ini semua telah dilaksanakan dengan badan lain mengambil tindakan. Berkenaan yang diminta ialah supaya untuk ada suruhanjaya, kita sudah ada Suruhanjaya Polis tapi kita tidak Suruhanjaya Polis yang melaksanakan soal-soal tatatertib. Ini yang kita nak buat, ialah kenapa ia tertumpu kepada polis dari segi penyalahgunaan atau perkara-perkara yang kita tidak berpuas hati, banyak lagi agensi pelaksana. Oleh sebab itu, kerajaan membuat keputusan supaya bukan sahaja IPCMC untuk polis, tetapi diadakan serta diwujudkan satu suruhanjaya baru, iaitu Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa yang merangkumi polis sekali. Bila dia merangkumi polis, tidak bermakna polis akan terkecuali, kalau ada apa-apa yang diputuskan oleh suruhanjaya itu kerana akta ini akan dibentangkan biar saya tak usah discuss kan, bincangkan perkara-perkara detail berkenaan akta ini. Akta ini tidak akan membebaskan atau memberikan kelonggaran kepada pihak polis atau mana-mana agensi penguat kuasa untuk diambil tindakan, dan tindakan-tindakannya, cara untuk mengambil tindakan, kaedahnya semua akan ditetapkan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa yang akan dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi persoalan yang telah dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat berkenaan isu yang pelbagai dan kebanyakan isu ini, telah pun saya jawab di dalam masa soal jawab, masa-masa lain. Kalau ada perkara-perkara yang difikirkan masih perlu untuk kita memberi jawapan, kita akan beri jawapan secara bertulis. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan memberikan cadangan, dan menetapkan supaya kita dapat bekerja sebagai Ahli-ahli Dewan untuk kita menentukan bahawa bidang tugas kerajaan dan bidang tugas pembangkang dengan baik...
Laluan, Tuan Yang di-Pertua Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tadi saya sebenarnya masa Menteri membentangkan mengenai latihan modal insan. Saya ingin juga mengetahui apakah langkah atau apakah jalan yang dilakukan kementerian kerana saya nampak dalam banyak peristiwa, hari Jumaat di mana polis ramai sangat yang bertugas dan mereka ini semua tidak sembahyang Jumaat.
Satu kes di Putrajaya saya menghadiri satu perbicaraan, jadi rasa saya jumlah polis yang hadir itu sebenarnya disproportionate lah terlampau ramai, dan masanya waktu sembahyang Jumaat. Ini bukanlah kes pertama Menteri, jadi bila saya tanya bagaimana, tidak solat Jumaat kah? Hendak buat macam mana, tugas. Jadi saya merasakan bahawa tidak semua keadaan yang polis kita perlu yang mereka semua berada di situ. Di dalam Islam, sambil kita berperang pun, kita ada cara untuk bersolat kerana solat itu sangat wajib dan sekiranya kalau inilah kita tidak dapat lakukan di dalam pegawai penguat kuasa kita atau pegawai polis kita, maka banyak perkara lagi kita bermasalah akhirnya.
Yang Berhormat Menteri hendak beri Yang Berhormat Melaka sekali, jawab sekali?
Siapa?
Melaka, Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri saya ingin minta sikit penjelasan tentang jenayah perdagangan iaitu commercial crime. Saya difahamkan bahawa terdapat saya ingat kurang dari 100 laporan polis telah dibuat, kita harap dua skim iaitu multilevel marketing, satu tentang mobile wallet, yang the other one Sunshine Empire yang telah melebihi 100 laporan polis telah dibuat. Ini kerana kedua-dua ini satu skim yang besar seperti Skim Cepat Kaya, dan saya masih tunggu siasatan di pihak polis tentang kedua-dua skim ini. Sebab kedua ini ada berlainan, kerana dia melibatkan satu agensi kerajaan, iaitu anak syarikat dari Kementerian Kewangan dan satu lagi menggunakan nama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka, sebagai satu tarikan atau keyakinan kepada skim ini, supaya orang awam meyakinkan tentang dia punya pakej, dan mereka jadi mangsa. Ini melibatkan beratus juta, kedua-dua skim ini harap penjelasan daripada kementerian. Apakah siasatan atau sudah atau memang akan siasat tentang aduan ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Raja dan juga Yang Berhormat Kota Melaka, di atas soalan yang dikemukakan dan pandangan yang diberikan. Dia masalah penjagaan untuk keselamatan dan ketenteraman adalah sesuatu perkara yang dilakukan berpanjangan, sebab itu di mana pihak polis akan menentukan sama ada tahap keselamatan itu mencukupi untuk mengurangkan dia punya anggota ataupun kakitangan di satu tempat. Saya sendiri sering bertanya bahwa mengapa, di dalam suasana yang memerlukan untuk orang-orang Islam tetapi kita perlu juga menentukan bahawa, di masa kita dapat mengambil lebih ramai orang yang bukan Islam untuk mengawal dalam keadaan-keadaan tertentu. Dalam Islam kadangkala ada golongan yang sembahyang, ada golongan yang menjaga keselamatan. Jadi ini perlu kita melihat dalam secara konteks yang total, dan dari segi keupayaan dan kemampuan kita. Memang kita tidak, bukan menjadi hasrat dan niat kerajaan untuk menidakkan sesiapa melakukan solat yang diwajibkan oleh agama. Oleh itu, saya akan melihat perkara itu bagaimana dapat kita laksanakan dan bagaimana dapat ia ditentukan, tidak mengganggu tanggungjawab wajib yang diperlukan oleh agama kita sendiri. Jadi Yang Berhormat, setakat itu yang boleh saya jawab. Berkenaan Yang Berhormat Kota Melaka ini adalah khusus perkara yang itu sebab saya tidak ada jawapan yang terperinci, nanti saya punya jawapan tidak tepat. Saya tidak mahu begini, saya akan menyuruh pegawai saya mengambil catatan dan kita akan memberi jawapan secara bertulis. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama, di atas pandangan-pandangan Yang Berhormat telah berikan dan insya-Allah, apa yang kita perlu perbaiki, apa yang perlu kita perbetulkan, insya-Allah kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, yang telah menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan bidang tugas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semasa perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong. Izinkan saya memberi jawapan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Ahli Yang Berhormat Pontian mencadangkan supaya SMIDEC perlu memastikan pertubuhan Enterprise Kecil dan Sederhana EKS terutamanya di kawasan luar bandar agar barangan tempatan dapat dipasarkan secara meluas. Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui SMIDEC telah mengambil pelbagai langkah untuk membantu EKS di luar bandar. Antara usaha- usaha yang diambil adalah menubuhkan pejabat SMIDEC di setiap negeri bagi memudahkan dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan SMIDEC dan menganjurkan seminar ataupun bengkel di bandar-bandar kecil. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, SMIDEC turut mempergiatkan program peningkatan bina upaya ataupun capacity building dengan izin, secara kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan perdagangan dan industri. Sebagai contoh, seminar program-program pembangunan dan pembiayaan untuk EKS telah pun dilaksanakan di daerah Pontian dengan kerjasama Dewan Usahawan Industri Desa Malaysia (DUID). SMIDEC juga mengadakan Program Business Advisory Servicers (BAS) bagi sektor makanan dari segi pembungkusan dan pelabelan yang diadakan di pejabat daerah Pontian. Usaha-usaha tersebut serta program-program bantuan kewangan SMIDEC dalam bentuk gran dan pinjaman mudah diharapkan dapat mempertingkatkan kapasiti dan keupayaan EKS yang beroperasi di luar bandar. Segala usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk memperluaskan pasaran produk EKS. Sebagai contoh, dalam industri makanan EKS di luar bandar dibantu sehingga menjadi pembekal kepada pasar raya-pasar raya seperti Mydin, Tesco, dan Carreffour. Bagi yang berkeupayaan, mereka dibimbing sehingga menembusi pasaran eksport. Sebanyak 30 peratus produk jualan di pasar raya-pasar raya tersebut telah diperuntukkan kepada produk-produk EKS. Ahli Yang Berhormat Simpang Rengam menyatakan bahawa maklumat mengenai bantuan yang diberikan kepada Industri Kecil dan Sederhana tidak disalurkan secara betul dan mencadangkan agar diadakan counter ataupun booth, bagi memberikan maklumat mengenai bantuan geran atau inisiatif yang ada untuk pengusaha-pengusaha EKS. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensi-agensinya seperti SMIDEC dan MIDF mempunyai program outreach seperti seminar dan bengkel yang diadakan di bandar-bandar utama dan daerah-daerah kecil untuk menerangkan program-program pembangunan dan pembiayaan EKS. Dalam menilai permohonan geran dan pinjaman mudah, pegawai- pegawai SMIDEC dan MIDF juga mengadakan lawatan ke premis-premis pemohon untuk membuat penilaian dan mengenal pasti masalah yang dihadapi dan memberi khidmat nasihat kepada EKS bagi mengatasi masalah mereka. Pada tahun 2008, sebanyak 290 program, telah dianjurkan dengan jumlah peserta seramai 278,898 orang, manakala pada tahun 2007 sebanyak 218 seminar dan bengkel perniagaan telah dianjurkan oleh SMIDEC dengan bilangan peserta seramai 219,904 orang. Pada pameran tahunan SMIDEC 2008, seramai 7,820 orang telah menyertai program tersebut berbanding dengan 7,192 pengunjung pada tahun 2007. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Bachok dan Ahli Yang Berhormat Labuan menyatakan bahawa dalam suasana ekonomi yang tidak menentu di Malaysia pada masa ini, banyak pengusaha Industri Kecil dan Sederhana secara tidak langsung menerima kesan serta mencadangkan skim-skim perindustrian dan bantuan insentif kepada EKS.
Kerajaan sentiasa mengambil kira Tuan Yang di-Pertua, kepentingan EKS dalam pembangunan ekonomi negara. Antara usaha dan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan dalam membantu syarikat EKS dalam menghadapi kelembapan ekonomi global adalah: (i) penyediaan pinjaman mudah sebanyak RM200 juta bagi melaksanakan Skim Mikrokredit oleh Bank Negara Malaysia; dan (ii) penubuhan Skim Bantuan Jaminan EKS oleh Bank Negara Malaysia bagi memastikan EKS berdaya maju yang menerima kesan buruk daripada kelembapan ekonomi semasa akan terus mendapat akses kepada pembiayaan yang mencukupi serta mudah pada kos yang lebih rendah. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, MITI telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk dimasukkan dalam pakej rangsangan ekonomi kedua, tambahan peruntukan bagi: (i) Geran Pembangunan Teknologi bagi membantu EKS menambah baik dan meningkatkan pengeluaran produk dan proses sedia ada; (ii) Geran Konsultasi dan Pemasaran EKS bagi membantu EKS untuk memulakan perniagaan; (iii) Geran Peningkatan Kemahiran EKS bagi meningkatkan kemahiran dan keupayaan pekerja syarikat EKS dalam sektor terpilih seperti elektrik dan elektronik, teknologi maklumat dan kejuruteraan; (iv) Geran Sektor Perkhidmatan EKS bagi membantu EKS dalam sektor pembuatan memulakan perniagaan, mendapat pensijilan dan sistem pengurusan kualiti, pengiklanan, promosi dan menambah baik perkhidmatan atau proses; dan (v) Geran Pembangunan Pasaran MDG bertujuan membantu EKS menjalankan aktiviti-aktiviti promosi eksport termasuk penyertaan di pameran perdagangan antarabangsa, misi pemasaran spesifik dan mewujudkan pejabat di luar negara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi saya ada mendengar tentang RM200 juta iaitu pinjaman mudah. Saya ingin minta satu penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri, iaitu tentang bagaimana untuk pemantauan tentang pinjaman dikeluarkan dari bank-bank kepada EKS. Kita sering kali dapat aduan bahawa EKS ini masih susah hendak dapatkan pinjaman melalui bank sebab bank akan bagikan alasan-alasan yang tidak munasabah. Di antara RM200 juta yang dikatakan untuk membantu EKS ini, berapa peratus dapat dipinjam melalui bank, setakat ini berapa peratus atau how many percent dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, yang telah berjaya dipinjam oleh EKS?.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka, aduan seperti itulah memang selalu didengar juga di kalangan orang awam. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa permohonan di mana requirement mereka tidak dapat diluluskan oleh bank berkenaan atas-atas alasan yang tertentu.
Mengenai dengan statistik-statistik berapa jumlah RM200 juta itu telah diluluskan, buat setakat ini Yang Berhormat Kota Melaka, saya tidak ada statistik demikian. Saya berjanji saya akan memberikan statastik itu kepada Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, alasan yang sering kali diberi oleh Bank-bank ini tiada tentang kemampuan mereka bayar balik dan juga ada mengenai turnover suatu syarikat atau pinjaman yang sedia ada. Jika pada masa kemorosotan ekonomi ini, jika alasan-alasan ini yang saya anggap amat tidak munasabah jika mereka ingin betul-betul membantu EKS sebab EKS ini memang mereka tidak perlu buat pinjaman, cukup daripada rizab dia.
Tidak perlu buat permohonan pinjaman yang mudah ini. this is a softloan dan dikatakan easy to borrow tetapi yang sebenarnya amat susah juga. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka lagi. Kadang-kala bank-bank berkenaan akan menjalankan penyiasatan mereka dan mereka akan mengambil keputusan secara administrative mengenai sesuatu permohonan. Daripada segi itu pihak kami sentiasa tidak melibatkan diri dalam administrative decision daripada Bank, kenapa mereka menolak permohonan. Sekiranya ada kes-kes yang spesifik dimana sekiranya Yang Berhormat rasa penolakan itu tidak munasabah, boleh berikan kepada saya dan kami akan melihatnya.
Akhir Tuan Yang di-Pertua iaitu sebelum ini tentang CGC loan. Bank Negara telah menetapkan beberapa peratus dari jumlah simpananya perlu dipinjam melalui satu skim untuk membantu peniaga kecil. Jika untuk EKS ini, kalau kita syaratkan atau Bank itu perlu buat pinjaman keluar satu peratus mengikut jumlah simpanan mereka, memang itu mereka terpaksa pergi bantu peniaga EKS. Kalau tidak mereka ingat masa ekonomi yang tidak baik mereka sering don’t want, still refuse to take any risk dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Saya minta satu penjelasan tentang pemantauan, how to do, buat kajian terhadap bank ini bekerjasama dengan kementerian untuk membantu EKS.
Ya. Itulah seperti yang saya nyatakan tadi sekiranya Yang Berhormat Kota Melaka dapat memberikan isu-isu dan kes-kes yang specific kepada kementerian dan kami akan memantau daripada segi situ tetapi setakat ini memang juga terdapat banyak permohonan telah pun diluluskan daripada kementerian dan ada juga sebahagian permohonan yang telah pun ditolak. Sekiranya Yang Berhormat Kota Melaka ada kes yang spesifik saya sentiasa akan membantu. Terima kasih. Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat.
Ahli Yang Berhormat Pontian mencadangkan supaya mengadakan kempen peningkatan produktiviti bagi mempromosikan perdagangan dengan lebih luas dan secara tidak langsung memberi faedah kepada syarikat tempatan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa melaksanakan program- program peningkatan produktiviti untuk memberi kesedaran kepada syarikat tempatan supaya sentiasa meningkatkan daya saing produk dan perkhidmatan mereka. Ini seterusnya dapat menyumbang secara langsung kepada peningkatan eksport barangan dan perkhidmatan syarikat tempatan di peringkat serantau dan antarabangsa terutamanya di pasaran baru. Sepanjang tahun 2008 kerajaan telah melaksanakan berbagai program bina upaya terutamanya dalam bidang-bidang berikut: (i) kemahiran kepimpinan; (ii) pengurusan sistem kualiti; (iii) penambahbaikan proses ; (iv) peningkatan inovasi melalui kerja berpasukan (v) kecemerlangan pelanggan; dan (vi) kecemerlangan prestasi dan pengurusan strategik. Di samping program bina upaya, kerajaan juga telah melaksanakan program- program berikut untuk meningkatkan lagi daya saing syarikat-syarikat tempatan daripada menerbitkan pelbagai laporan berkaitan prestasi produktiviti, kualiti, dan daya saing negara untuk rujukan industri. Kedua, menggalakkan sistem upah berdasarkan produktiviti ataupun productivity link wage system, dengan izin. Ketiga menggiatkan persijilan amalan persekitaran kualiti di kalangan industri...
Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 13(1), saya rasa kita tidak cukup 26 orang di dalam Majlis Mesyuarat ini.
Betullah Tuan Yang di- Pertua, kadang-kadang memang macam itu. Biasa Yang Berhormat Kota Raja pun balik juga.
Tidak apa Yang Berhormat, bilang. [Ahli-ahli dikira: 24 orang]
Ada 24 orang, sila bunyikan loceng. [Loceng dibunyikan] [Ahli-ahli dikira: 38 Ahli hadir]
Pembangkang tidak ada ramai ini. Ketua Pembangkang pun tidak ada.
Ya sekarang, saya sudah bilang 28 Barisan Nasional dan 10 Parti Pembangkang... [Dewan riuh]
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan selamat datang semula kepada semua Ahli-ahli parlimen daripada Barisan Nasional. Saya teruskan...
Apa pula selamat datang, memang kami sudah ada dalam Dewan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Semula...
Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat dari parti pembangkang bertanggungjawablah. Kalau hendak panggil kuorum ini, dia mesti lebih daripada Barisan Nasional dan tanggungjawab untuk hadir dalam Parlimen bukan untuk Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sahaja tetapi seluruh termasuklah...
Ketua Pembangkang!
Di Parlimen pun sebahagian daripada tempat tinggal kami daripada pagi sampai ke tengah malam.
Yang Berhormat, sebenarnya memang betullah kata Yang Berhormat Sri Gading tadi. Memang tugas dan tanggungjawab kita sebagai Ahli Parlimen tidak kira kerajaan ataupun pembangkang memang tugas kita melihat kuorum cukup. Jadi sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, di samping program bina upaya, kerajaan juga telah melaksanakan program-program untuk berikut untuk meningkatkan lagi daya saing syarikat-syarikat tempatan: (i) menerbitkan berbagai laporan berkaitan prestasi, produktiviti, kualiti dan daya saing negara untuk rujukan industri; (ii) menggalakkan perlaksanaan sistem ubah berdasarkan produktiviti; (iii) menggiatkan persijilan amalan persekitaran berkualiti di kalangan industri; (iv) Program Kecemerlangan Organisasi melalui sistem Anugerah Kualiti; (iv) meningkatkan kapasiti EKS melalui Program Pembangunan Syarikat Contoh ataupun Model Company, dengan izin; dan
(v) Program Perkongsian Amalan Terbaik di kalangan syarikat tempatan untuk meningkatkan lagi amalan pengurusan mereka.
Kerajaan juga telah menubuhkan 11 panel perundingan dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan interaksi dua hala antara MPC dan industri. Panel ini membincangkan isu-isu dan penyelesaian berkaitan peningkatan produktiviti dan daya saing sektor industri yang berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pontian pada tahun lalu seramai 185,346 peserta telah mendapat manfaat daripada program- program anjuran MPC, di mana seramai 65,000 atau 35 peratus adalah terdiri daripada peserta EKS. Tuan Yang di-Pertua, MITI sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat tempatan meningkatkan produktiviti melalui sistem automasi, pembaikan pembungkusan, pengurangan kos, dan peningkatan kualiti bagi membolehkan mereka berdaya saing di peringkat antarabangsa. Syarikat-syarikat tempatan juga digalakkan mempromosikan jenama tempatan serta mendapatkan pengiktirafan sijil-sijil antarabangsa seperti dengan izin, Good Manufacturing Pratices, Hazard Analysist and Critical Control Point, International Organization for Standardization dan Sijil Halal untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti. Ahli Yang Berhormat Pontian juga menggesa kerajaan mengambil peluang mencari pasaran dan mempromosi barangan Malaysia di Amerika Syarikat akibat perubahan pentadbiran Kerajaan Amerika Syarikat baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, Amerika Syarikat adalah pasaran yang penting dan merupakan rakan perdagangan kedua terbesar selepas Singapura pada tahun 2008. MITI sentiasa melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk memperkukuh dan memperluaskan pasaran eksport. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah: (i) misi perdagangan dan pelaburan. MITI, MATRADE dan MIDA telah menganjurkan misi galakan perdagangan dan pelaburan ke Detroit dan New York City pada tahun lalu. Pada tahun ini, misi galakan perdagangan dan pelaburan ke San Francisco, Los Angeles dan South Lake City di Amerika Syarikat telah dirancang. Selain itu, MIDA dan MATRADE sentiasa menjalankan misi khusus atau dengan izin specialize mission terutama dalam sektor pembuatan seperti elektronik, perabot dan makanan; dan (ii) pameran perdagangan antarabangsa. MATRADE telah menyertai 10 pameran perdagangan antarabangsa di Amerika Syarikat pada tahun lalu bagi mempromosikan produk makanan dan minuman, barangan elektrik dan elektronik, perabot serta peralatan rumah. Dalam tahun ini MATRADE telah merancang untuk menyertai 12 pameran perdagangan antarabangsa di Amerika Syarikat bagi barangan plastik, perabot, produk makanan dan minuman serta produk makanan laut. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Pasir Mas dan Ahli Yang Berhormat Putatan mencadangkan supaya kerajaan memberi perhatian kepada Pakej Rangsangan Ekonomi bagi memulihkan situasi ekonomi semasa. Tuan Yang di-Pertua, MITI sentiasa memberi perhatian serius ke arah menangani impak krisis ekonomi global terutamanya kepada sektor pembuatan dengan mengadakan sesi-sesi perbincangan dan dialog dengan persatuan-persatuan industri dan perdagangan bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan langkah-langkah dan inisiatif yang boleh diambil oleh pihak kerajaan. Perkara-perkara utama yang diberikan perhatian khusus melalui Pakej Rangsangan Ekonomi ialah: (i) menangani impak krisis ekonomi global dan mengekalkan peluang pekerjaan bagi pekerja tempatan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan;
(ii) mengurangkan kos, menjalankan perniagaan, dan menjana pelaburan di kalangan pelabur asing dan tempatan sedia ada; (iii) meningkatkan permintaan produk dan perkhidmatan keluaran tempatan dan yang terakhir sekali; dan (iv) meringankan beban kewangan pengeluar dalam sektor pengilangan dan perkhidmatan. MITI juga telah mengemukakan beberapa cadangan insentif...
Penjelasan.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan penjelasan yang lebih lanjut bagaimana langkah-langkah yang telah diambil. Apakah langkah yang telah diambil untuk menjalankan, melaksanakan dasar yang pertama itu supaya peluang pekerjaan itu tidak hilang ataupun orang tidak menganggur. Macam mana.., apakah langkah spesifik yang akan dilaksanakan?
Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Bukit Mertajam. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya jawapan itu ada di dalam teks ini dan saya akan jawab apabila saya sampai jawapan itu dalam teks ini. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Bukit Mertajam, MITI yang sebenarnya telah pun mengadakan beberapa cadangan insentif untuk Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua yang sedang disediakan oleh kerajaan. Antaranya adalah untuk penambahan peruntukan tambahan bagi skim-skim geran dan pinjaman mudah bagi IKS. Penambahan peruntukan tambahan bagi mempertingkatkan aktiviti promosi eksport. Pengecualian duti import ke atas bahan mentah dan import perantaraan dan pengurangan kadar cukai korporat dan kadar cukai jualan ke atas bahan mentah dan insentif-insentif galakan cukai bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan. Mengenai isu yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi mengenai mengadakan lebih luas pandangan untuk mengekalkan peluang pekerjaan bagi pekerja tempatan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Saya tidak dapat memberikan lebih maklumat daripada apa yang saya ada di sini buat sementara ini Yang Berhormat Bukit Mertajam, lagi pun isu mengenai pekerja tempatan ini bukan dalam bidang kementerian MITI. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai bertanyakan, apakah negara-negara ASEAN perlu menjalani anjakan paradigma dengan mengambil langkah-langkah berkaitan ekonomi yang bersepadu berlandaskan Piagam ASEAN untuk mencapai pelarasan bersekutu dalam sektor-sektor lain seperti kastam. Tuan Yang di-Pertua, negara anggota ASEAN telah mengambil langkah- langkah untuk mengerat dan memperkukuhkan lagi integrasi ekonomi melalui Pelan Tindakan Ekonomi ASEAN yang telah ditandatangani pada 20 November 2007. Pelan ini mengandungi langkah-langkah integrasi ekonomi yang perlu diambil dan disokong oleh jadual strategik serta garis masa yang terperinci. Ia termasuk langkah-langkah memudah cara perdagangan oleh kastam dan agensi-agensi berkaitan. Pelan Tindakan ini menyasarkan tahun 2015 bagi menyempurnakan segala proses seperti yang terkandung di dalam jadual strategik pelan tersebut. Dengan berkuatkuasanya Piagam ASEAN pada 15 Disember 2008, ASEAN akan diperkukuhkan dengan penubuhan badan-badan baru iaitu tiga Majlis Komuniti yang terdiri daripada politik, ekonomi dan sosial. Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN akan memantau dan meyelaras segala langkah-langkah yang tertera dalam Pelan Tindakan Ekonomi melalui scorecard, dengan izin. Badan-badan sektoral termasuk kastam akan diselia oleh Majlis Komuniti ASEAN bagi memastikan segala langkah ke arah pewujudan ekonomi komuniti ASEAN tercapai menjelang tahun 2015. Berkaitan dengan hasil yang akan diperolehi melalui integrasi ekonomi di kalangan negara anggota ASEAN adalah dalam konteks peningkatan perdagangan intra-ASEAN dan kemasukan pelaburan asing. Pasaran ASEAN adalah luas dengan jumlah penduduk seramai 570 juta.
Pada tahun 2007, perdagangan intra-ASEAN telah meningkat ke USD403 billion berbanding dengan USD 352.8 billion pada tahun 2006. Pada masa yang sama, pemansuhan duti-duti import akan terus membantu peningkatan taraf hidup penduduk negara-negara anggota ASEAN.
Menteri, pohon penjelasan.
Ya, silakan.
Semalam saya melihat selepas mesyuarat di ASEAN Summit di Bangkok, Perdana Menteri Thailand telah mengatakan bahawa tolong betulkan saya kalau saya silap di sini, mengatakan bahawa ekonomi ASEAN di bawah Piagam ASEAN yang terbaru ini dipersetujui bahawa akan memberi kepentingan kepada pasaran. Apa-apa sahaja yang bersifat protectionism bukan merupakan orientasi ekonomi ASEAN selepas ASEAN Summit. Itu yang dikatakan, saya melihat ketika press conference. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi saya ingin menanya Menteri, bagaimana impaknya kepada negara kerana kita ada perkara-perkara seperti Dasar Ekonomi Baru yang mungkin boleh diinterpretasikan sebagai protectionism kerana dikatakan tadi ekonomi-ekonomi market, pasaran. Jadi saya mohon penjelasan kerana ada dibincangkan dikatakan mengenai integrasi ekonomi yang berdasarkan inspirasi Piagam ASEAN. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sekiranya kita memantau dengan dasar kerajaan di negara ini, negara kita memang tidak mempromotekan this issue of protectionism kerana kementerian memandangkan bahawa protectionism ini akan memberi satu effect yang amat tidak baik kepada negara yang mengissuekan protectionism. It is injurious, dengan izin, to the country that is imposing this protectionism. Jadi saya pun telah hanya melihat daripada surat khabar pagi ini mengenai pernyataan yang telah pun dibuat oleh Perdana Menteri baru Thailand dan saya tidak dapat meneruskan lagi apa yang telah dikatakan. I have to wait, dengan izin, dasar- dasar kerajaan dan juga nasihat-nasihat daripada pegawai mengenai isu yang telah pun dibangkitkan.
Kalau dibenarkan sedikit sahaja. Kalau boleh Menteri tolong jelaskan, mungkin bukan dalam sesi ini kerana bagi saya itu akan memberi impak kepada dasar ekonomi dalaman negara dan saya yakin ASEAN di bawah Piagam ASEAN ini merujuk kepada apa yang dikatakan reinventing new ASEAN, dengan izin. Jadi saya rasa dalam hal ini membawa satu orientasi dasar yang baru dari segi hak asasi manusianya, dari segi ekonominya. Jadi saya memohon penjelasan Menteri, mungkin secara bertulis ataupun memandangkan menteri kata mahu merujuk kepada kenyataan, apakah effect, impak kepada terutama dasar ekonomi dalaman kerana dikatakan tadi apa-apa perkara bersifat protectionism yang tidak berorientasikan market, pasaran, bukan merupakan solidarity ASEAN yang dipersetujui di Bangkok. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan memberi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat mengenai isu ini. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai dan Ahli Yang Berhormat Simpang Renggam mencadangkan tumpuan perlu diberikan kepada penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan seperti yang dijalankan oleh Pemudah bagi menggalakkan lebih banyak pelabur asing melabur di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, situasi ekonomi global yang semakin mencabar merupakan dorongan kepada Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) dalam melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan berterusan ke atas sistem penyampaian kerajaan dan persekitaran perniagaan di negara ini.
PEMUDAH akan terus berusaha memperbaiki persekitaran perniagaan dan pelaburan kekal kondusif melalui pemantauan secara berterusan, langkah-langkah penambahbaikan yang telah dilaksanakan dan memperkukuhkan kerjasama di antara sektor awam dan swasta. Ini adalah untuk memastikan negara ini kekal sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini. Selain daripada inisiatif yang telah dilaksanakan, pelbagai inisiatif juga sedang dalam tindakan pihak PEMUDAH untuk penambahbaikan dalam bidang- bidang khusus seperti penguatkuasaan kontrak, perniagaan rentas sempadan, pendaftaran harta, pembayaran cukai, penutupan perniagaan dan sistem perolehan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tawau membangkitkan isu berkenaan tindakan MITI mengenakan kuota kenderaan bina semula iaitu pengurangan 20 peratus berbanding tempoh sebelumnya. Tuan Yang di-Pertua, aktiviti bina semula, dengan izin, rebuild kenderaan perdagangan jenis lori hanya dibenarkan dengan menggunakan chassis yang diperolehi daripada pasaran tempatan. Walau bagaimanapun, disebabkan kesukaran syarikat mendapatkan casis tempatan, kelonggaran telah diberikan untuk mengeksport chassis dengan dikenakan syarikat eksport 80 peratus dan hanya 20 peratus daripada keseluruhan keluaran siap dibenarkan didaftarkan untuk jualan di pasaran tempatan. Berdasarkan pemantauan oleh MITI dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), didapati banyak syarikat menjalankan aktiviti bina semula dengan menggunakan chassis yang diimport tanpa lesen import ataupun AP yang sah. Bagi memastikan syarikat-syarikat bina semula menjalankan aktiviti seperti yang disyaratkan, berkuat kuasa 1 Januari tahun ini MITI telah membuat penambahbaikan ke atas dasar sedia ada seperti berikut: ...
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Hendak minta jalan, Yang Berhormat?
Saya minta jalan.
Ya, baik.
Di petang-petang atau di maghrib yang indah ini, saya gostan sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri, soal pelaburan daripada luar. Kita telah pun dinyanyikan puluhan tahun. Puluhan tahun dinyanyikan oleh negara-negara Barat, oleh Amerika, konon polisi kewangan dia yang terbaik, perdagangan dia yang terbaik, dunia hari ini muflis, dasar-dasar dan polisi-polisi Amerika dan juga Europe. Yang Berhormat Timbalan Menteri, setuju atau tidak setuju kita lupakan segala apa yang telah digariskan oleh Amerika, oleh Barat yang terang-terang telah gagal dalam dunia perindustrian, dunia perdagangan, dunia kewangan, gagal! Gagal segagal- gagalnya! Apakah kita mahu percaya kepada polisi Barat yang telah menderitakan seluruh negara, seluruh dunia? Apa kata kalau Malaysia boleh mengambil langkah utama. Saya sudah tidak percaya persidangan-persidangan antarabangsa. Saya tidak boleh percaya. Curi-curi macam-macam curi. Semua curi ini sebenarnya, boleh dimasukkan dalam bakul sampah. Boleh atau tidak Malaysia, kita mengutarakan Asia untuk Asia, bergabung negara-negara di Asia, diketuai oleh China, disokong oleh India, negara-negara Arab, ASEAN, kita ada 3 bilion penduduk. Pergi jahanam Amerika, pergi jahanam Europe. Kita bangkitkan satu cara yang terbaru dengan berani, dengan keazaman, lantik China jadi chief. Dia ada 1.5 bilion, India ada dekat 1 bilion, ASEAN ada 500 juta, Arab ada 200 juta, gabungkan negara-negara ini. Kita mempunyai kekayaan sumber asli negara masing-masing. Kita berniaga sesama kita. Buat satu langkah yang terbaru bagaimana hendak menangani ekonomi supaya kita tidak tertipu. Sudah lama Barat menipu kita. Apakah kita masih hendak membenarkan diri kita, kepala kita dibuli oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan negara di dunia ini mendapat kesusahan. Apa kata Yang Berhormat Timbalan Menteri? Jawab yes or no, itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat dari Sri Gading. Saya tidaklah dapat nafikan bahawa apa yang berlaku di Amerika Syarikat itu, it was on- going. Kita tidak boleh katakan bahawa it was the creation of our own problem, dengan izin.
Walau bagaimanapun, peniaga ini adalah secara global pada setakat ini di mana kita patut mengadakan satu kerjasama bukan sahaja antara negara-negara di Asia ini tetapi saya percaya kita patut juga mengadakan perniagaan dengan semua negara di dunia ini termasuk juga Amerika Syarikat memandangkan sistem perniagaan di dunia ini diwujudkan sudah beberapa lama dan juga..
Sudah beberapa lama tetapi yang menderita ialah kita. Mesti ada satu keberanian yang luar biasa.
Jadi, ini saya serahkan kepada pemimpin unggul kerajaan untuk membuat keputusan, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat peruntukan tahunan yang diperkenalkan merujuk kepada jumlah keseluruhan kenderaan perdagangan bina semula yang boleh didaftarkan di pasaran tempatan bagi tujuan pengelolaan untuk pasaran eksport atau pemasangan dengan menggunakan casis tempatan tiada sebarang sekatan dikenakan kepada syarikat. Rasional penambahbaikan ini adalah untuk memudahkan MITI dan agensi-agensi kerajaan berkaitan membuat pemantauan selain membantu industri bina semula ini terus berkembang dalam usaha masyarakat Malaysia sebagai antara pemasang kenderaan perdagangan yang berdaya saing di rantau ini. Di samping itu, dasar ini juga bertujuan memastikan industri pemasangan kenderaan perdagangan baru tempatan tidak terjejas. Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja penjelasan saya terhadap isu-isu utama yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidang tugas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Isu serta cadangan-cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat akan diberi perhatian dan tindakan susulan yang sewajarnya akan diambil. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Dijemput Kementerian Pelajaran.
Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja kali ini. Saya menghargai keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang memberi pandangan, saranan, malah teguran membina demi menambah baik sistem pendidikan negara. Seboleh mungkin saya akan memberi penjelasan kepada perkara-perkara yang dibangkitkan di samping ulasan ringkas beberapa isu yang telah berulang kali ditimbulkan di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, saya amat menghargai komitmen daripada Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai pelaksanaan PPSMI. Walaupun isu ini telah Yang Berhormat Menteri Pelajaran jelaskan dengan panjang lebar pada sesi jawab lisan pada 17 Februari 2009 tetapi ia masih lagi mendapat perhatian Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kulim Bandar Baru, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Telok Intan, Yang Berhormat Bandar Kuching dan Yang Berhormat Titiwangsa. Saya tidak akan mengulas panjang mengenai perkara tersebut. Namun begitu sekali lagi saya ingin tegaskan kementerian telah mengambil sikap berkecuali dalam kesemua perbincangan berhubung PPSMI yang telah diadakan agar sebarang perkara yang dibangkitkan dapat diterima dengan terbuka.
Walaupun kita telah mendapat pelbagai alternatif melalui persidangan meja bulat, mesyuarat profesional, memorandum atau pemberitahuan dari pelbagai medium tetapi ia bukanlah satu formula yang dapat menyelesaikan semua permasalahan yang timbul dalam penentuan masa depan dasar ini. Akan tetapi seperkara yang pasti KPM ingin memberi jaminan bahawa apa jua keputusan yang akan diumumkan oleh kerajaan nanti akan mengambil kira empat perkara seperti mana yang pernah diumumkan oleh
(i) kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terus dimartabatkan; (ii) penguasaan bahasa Inggeris di kalangan para pelajar akan diperkasakan; (iii) kompetensi guru dalam mengajar Sains dan Matematik akan diutamakan; dan (iv) pencapaian para murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik akan terus dipertingkatkan.
Mohon penjelasan. Bilakah agaknya kerajaan akan membuat keputusan mengenai PPSMI ini supaya perkara ini tidak tergantung dan sentiasa dipertikaikan oleh masyarakat. Bilakah tarikhnya agaknya.
Terima kasih, Yang Berhormat Pontian. Saya baru hendak sampai ke sini. Sebenarnya apa yang diperjuangkan oleh Yang Berhormat Pontian, saya tahu daripada UMNO Johor juga, sejak sebelum pembangkang mengambil alih isu ini ia datang daripada permintaan UMNO Johor, di kalangan masyarakat Melayu dan Yang Berhormat Menteri Pelajaran telah memberitahu kepada media bahawa perkara ini akan dibawa ke Jemaah Menteri pada bulan ini. Maka bersama-samalah kita menunggu dan bersabar menunggu keputusan yang akan dibuat oleh Kabinet berhubung dengan pelaksanaan PPSMI ini.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang saya ingin tahu ialah apakah rancangan kementerian untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris, sama ada sudah ada langkah-langkahnya ataupun rancangannya untuk enam tahun yang lepas ini adakah kita hanya tunggu sahaja ataupun kita memang ada mengambil perhatian.
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Mertajam. Satu soalan yang baik. Sebenarnya Kementerian Pelajaran sebelum ini telah meminta supaya kerajaan memberi bayaran imbuhan khas iaitu BISP kepada guru-guru supaya mereka boleh gunakan imbuhan ini untuk mereka mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Itu kepada semua guru yang mengajar subjek ini dalam bahasa Inggeris. Kedua, kita memang mempunyai institut perguruan khas untuk kita melatih guru-guru dalam bahasa Inggeris. Di samping itu juga kita ada membuat program penyediaan pelajar-pelajar (TESL) dan juga kita telah mengadakan Program Pelajar Cemerlang (PPC). Ia dilakukan beberapa tahun yang lalu dan kita hendak menyediakan graduan yang fasih dalam bahasa Inggeris malahan ada yang dihantar ke luar negeri. Jadi, secara keseluruhannya dari segi tenaga pengajar memang berbanding dengan dahulu sudah ada peningkatan dari segi jumlahnya tetapi dari segi kualiti dan kuantiti kita perlu mempertingkatkan lagi dari segi jumlah ini. Satu lagi perkara seperti mana yang telah disebut, sebenarnya Kementerian Pelajaran pada beberapa bulan yang lalu telah mengarahkan bahagian berkenaan untuk menyediakan satu kurikulum bagaimana kita mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Dari situlah kita akan memikirkan satu reka bentuk ataupun satu kurikulum yang akan digunakan bagi tujuan untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Pada waktu yang sama ia akan diserap dan diajar di peringkat IPG di mana guru-guru ini akan disediakan dengan kelengkapan ataupun lebih fasih dalam bahasa Inggeris. Calon-calon yang kita pilih pun dari segi penguasaan bahasa Inggeris di peringkat STPM dan juga melalui peperiksaan lain ia memang mendapat pengiktirafan daripada universiti terkemuka di luar negeri. itu antara usaha yang telah dijalankan. Yang Berhormat Kepong.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya memang menggalakkan. Yang Berhormat kata kementerian itu sudah meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris di institut, universiti dan sebagainya. Saya memang menggalakkan. Walau bagaimanapun bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini di dalam BISP, program TESL, PPC dan sebagainya, pelbagai program ini berapakah peruntukannya setiap tahun dan siapakah yang membuat pemantauan. Yang saya diberitahu oleh sesetengah orang, walaupun ada peruntukan, walaupun ada para pelajar yang menyertai kursus-kursus ini tetapi pemantauan itu tidak cukup.
Cuma pihak terutamanya pihak swasta dia dapat wang. Dia tidak kisah sama ada ini mencapai satu tahap atau pihak pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris ataupun tidak. Mereka tidak hirau asalkan pihak kementerian bagi mereka wang peruntukan. Saya berharap Yang Berhormat dapat memberitahu kepada Dewan yang mulia ini peruntukan kepada program-program Yang Berhormat sebutkan tadi dan juga prestasinya.
Saya mohon laluan untuk saya tambah sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab lagi. Boleh diizinkan Tuan Yang di-Pertua?
Ya, silakan Yang Berhormat.
Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya dengan kementerian apakah keyakinan yang boleh diberikan oleh kementerian kepada kami, kepada rakyat dan kepada ibu bapa tentang kejayaan PPSMI ini? Sedangkan kita tahu 25 kesatuan guru-guru yang mewakili kepentingan 350,000 guru yang kita baca dalam surat khabar ini rata-rata semua pengamal pendidikan daripada sekolah rendah sampailah kepada peringkat universiti menentang PPSMI ini. Jadi saya hendakkan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri bagaimana kerajaan begitu yakin tentang kejayaan PPSMI ini sedangkan pengamal pendidikan daripada sekolah rendah sampailah kepada peringkat yang tertinggi menolak cadangan yang tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong. Pertama tentang BISP. Memang benar pemerhatian Yang Berhormat apa yang telah diberikan BISP sebelum ini malahan ada saranan daripada NUTP juga. Kita lihat semula keberkesanan BISP dan sebab itulah apabila kita memberi elaun ini dengan tujuan untuk memaksa atau menggalakkan mereka mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris kadangkala itu tidak berkesan. Kita kena melakukan pemantauan tapi hasrat murni kita, kita hendak galakkan mereka gunakan 10 peratus daripada jumlah gaji mereka gunakan untuk tujuan tersebut. Akan tetapi sejak akhir-akhir ini ada rungutan yang mengatakan itu dianggap sebagai bayaran untuk bayar ansuran kereta. Itu yang tidak kena. Jadi, kita di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia telah sedang meninjau dan berbincang dengan golongan profesional bagaimana kita hendak menyediakan program daripada kita berikan imbuhan. Oleh itu, sama-sama kita menunggu satu keputusan dan saya yakin selepas keputusan tentang dasar PPSMI ini dibuat maka kita boleh buat tindakan susulan daripada itu dengan merancang apa yang perlu dibuat. Mengenai apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenggara memang kita telah mendengar pandangan daripada banyak pihak dan mulai 14 Julai tahun lalu sampailah yang kali terakhir rundingan meja bulat yang terakhir yang kelima diadakan pada 16 Disember. Saya menghadiri hampir kesemua rundingan meja bulat dan kami telah mendengar pandangan daripada pertubuhan-pertubuhan ini. Memang benar apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tetapi reaksi yang bercampur-campur juga bergantung kepada di mana, dari mana mereka datang dan kadangkala pandangan itu ada yang mempunyai pandangan yang berlainan khususnya mereka dari kawasan bandar.
Jadi saya ingin memberitahu kepada Dewan yang mulia ini sebenarnya dalam rundingan meja bulat itu kita dengar banyak suara. Malahan apa yang saya sebutkan tadi hujah-hujah yang digunakan oleh Ahli Yang Berhormat sebenarnya hampir 95 peratus telah saya dengar semasa rundingan meja bulat dan ingin saya menyatakan bahawa kita dalam peringkat menilai keberkesanan PPSMI. Sebab itu kita mendengar pandangan daripada bukan sahaja daripada 24 kesatuan. Ada juga dari universiti dan ada tokoh-tokoh bahasa dan juga mereka yang dianggap sebagai pejuang bahasa. Kita mendengar pandangan ini dan menerima baik sebab itu pada persidangan yang terakhir itu kita telah merumuskan tujuh perkara yang dibincangkan semasa rundingan meja bulat. Perkara ini telah kita umumkan pada masa itu dan sebelum kita membawa perkara ini kepada Kabinet saya rasa apa jua pandangan yang telah dijilid begitu tebal sekali saya yakin ia akan dibawa untuk perakuan dan untuk di bincang secara mendalam di peringkat Jemaah Menteri. Sebab itu saya mengatakan memang ada dari segi kebaikan dan keburukan dan kebaikan mungkin pada satu pihak menganggap ianya bukan kebaikan mutlak.
[Bangun]
[Bangun]
Jadi saya rasa banyak perkara yang boleh saya huraikan dan laporan itu memang tebal setebal... Saya ingat tidak kurang daripada satu setengah kaki. Lima kali kita jilidkan laporan tersebut. Bermakna kita tidak tolak pun pandangan dan apa juga teguran daripada pihak-pihak ini. Jadi apa yang ingin saya katakan di sini PPSMI sampai masa kita membuat satu kata putus. Pada bulan ini juga memandangkan ia akan dibawa oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran saya mohon kesabaran tuan-tuan dan puan-puan supaya satu keputusan dapat dibuat.
Ahli-ahli Yang Berhormat ya.
Penjelasan.
Penjelasan.
Saya bagi kepada Yang Berhormat Kubang Kerian.
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran. Sebenarnya isu ini telah menjadi satu public hot cry dengan izin, kerana di atas beberapa dasar. Ini bukan masalah cabang-cabang, masalah remeh-temeh tapi masalah dasar dan menjadi satu perjuangan yang hampir disertai oleh semua kaum dan bangsa dalam negara kita. Ini supaya pembelajaran ini dikembalikan dalam bahasa Melayu dan bahasa ibunda. Ini satu perjuangan yang saya rasa telah menjadi suatu ledakan kepada negara kita. Jadi saya hendak tahulah berapa lama lagi masa yang diperlukan oleh kementerian.Setahun, dua tahun, sepenggal pilihan raya lagi? Tukar Perdana Menteri lagi ataupun bila? Ini kerana ia telah cukup bagi saya dan kita semua yang telah menyuarakan pandangan ini termasuk Yang Berhormat sendiri dahulu. Saya masih ingat duduk di sebelah sini yang begitu vokal dan lantang untuk sama-sama berjuang ke arah mengembalikan PPSMI ini ke dalam bahasa Melayu dan bahasa ibunda. Jadi boleh Yang Berhormat beri satu jaminan kepada Dewan yang mulia ini berapa lama lagi kah masa yang diperlukan oleh kementerian dalam mendengar semua pandangan-pandangan dan kajian-kajian yang telah pun di bentang. Justeru sama ada dalam Dewan ini, di luar Dewan, di kementerian Yang Berhormat berapa lama lagi kah? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Seperti mana yang saya beritahu tadi kertas kabinet seperti mana yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran pada minggu yang lalu ia akan dibawa pada bulan ini. Jadi pada bulan Mac 2009 akan dibawa ke Jemaah Menteri dan saya yakin kalaulah Jemaah Menteri telah meneliti semua kertas itu keputusan akan dibuat dalam tempoh terdekat.
Kita juga sedar kalau kita membuat satu kata putus, satu keputusan tidak bermakna kalau kita membuat satu keputusan misalan pada 1 April, 2 April kita akan terus melaksanakan dasar baru. Itu tidak bermakna kita boleh lakukan sebegitu. Kita kena membuat apabila kita telah mendapat satu keputusan, pihak kementerian sekarang sudah sediakan satu kertas dan Menteri akan bawa di Jemaah Menteri dan ini adalah satu collective decision dengan izin, daripada Jemaah Menteri dan kita akan akur dengan keputusan Jemaah Menteri dan selepas itu juga kita akan tengok keputusannya. Apakah kerja-kerja penyediaan yang perlu kita buat termasuk melatih guru. Misalan kalau kita kena menambah guru bahasa Inggeris itu juga kita kena sediakan dari segi tenaga pengajar dan dari segi perubahan kurikulum bagaimana kita hendak buat. Mungkin kita mengambil beberapa bulan untuk mereka bentuk kurikulum mengikut dasar yang telah diputuskan dan seterusnya kalau kita hendak mencetak buku teks baru itu pun mengambil masa beberapa bulan. Bermakna apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri sebelum ini mungkin ada pihak tidak berapa faham secara mendalam ketika PPSMI dilaksanakan telah diputuskan pada penghujung 2002 ia juga mengambil masa enam bulan untuk melaksanakan PPSMI. Ia hanya bermula pada Julai 2003 dan kita perlukan masa penyediaan. Itu dari segi transisi dan peralihan tapi keputusan yakin kita kena buat dalam tempoh terdekat dan saya yakin perkara ini akan disegerakan memandangkan banyak pihak. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian kerana pandangan yang sama dengan Yang Berhormat Pontian dengan Yang Berhormat Tenggara dan kita menerima baik apa jua pandangan dan kita tidak menolak mana-mana pandangan. Jadi apa yang kita hendak buat kita kena mengimbangi apa yang telah kita dengar dan akhirnya kebijaksanaan Kabinet akan menentukan hala tuju PPSMI.
Jadi saya beralih kepada isu...
Penjelasan, minta penjelasan.
Boleh tak... Banyak lagi isu.
Satu penjelasan yang saya ingin minta daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ianya mengenai apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa ada segolongan masyarakat yang sokong PPSMI. Akan tetapi saya ingin beritahu Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa golongan yang sokong PPSMI ini, mereka pun tidak anggap bahawa PPSMI adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anak-anak mereka tetapi sebab mereka sokong PPSMI adalah kerana mereka mahu maximum exposure to English. Oleh kerana tak ada cara yang terbaik, cara yang kedua terbaik pun boleh. Oleh itu, saya ada cadangan untuk kita semua tahu. Untuk meningkatkan penguasaan sesuatu bahasa, cara yang terbaik adalah melalui membaca buku cerita, majalah bahasa itu. Oleh itu, saya mintalah kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada kerajaan berniat untuk mewajibkan untuk tujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, mewajibkan membaca buku cerita English sebagai satu kurikulum dalam sekolah rendah. Saya yakin bahawa semua ibu bapa yang benar-benar ingin anak-anak mereka menguasai bahasa Inggeris akan bersetuju sekiranya kerajaan mewajibkan membaca buku cerita English sebagai satu kurikulum di sekolah rendah.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Ingin saya secara ringkas memberi respons, apa Yang Berhormat buat itu sebenarnya satu andaian. Kalau tidak, Yang Berhormat boleh tanya Yang Berhormat Bukit Mertajam. Pelbagai reaksi yang berlainan tetapi apa yang penting ada yang mengatakan penguasaan bahasa Inggeris melalui mata pelajaran itu sendiri tapi ada pihak walaupun golongan ini tidak banyak, ada juga daripada golongan bandar yang menganggap PPSMI ini baik. Kita tak boleh nafikan dan saya rasa ada pelbagai ragam macam-macam yang telah dicadangkan. Jadi saya tak nak menyentuh. Kalau menyentuh tujuh perkara yang telah dibincangkan, mungkin panjang lebar tapi apa yang saya nak beri jaminan kepada Yang Berhormat, apa yang telah dilafazkan oleh Yang Berhormat sebelum ini telah dilafazkan oleh tokoh-tokoh akademik yang lain.
Dan ini bukan satu perkara yang baru bagi kita dan kita sedar bahawa penguasaan bahasa Inggeris itu ianya perlu bermula sejak awal lagi, darjah satu. Sama ada untuk memperkenalkan program bacaan buku bahasa Inggeris ataupun dengan mengadakan satu kurikulum secara sistematik, mempelajari struktur bahasa, literature dan sebagainya, ianya kita serahkan bulat-bulat kepada pakar bahasa di dalam kementerian saya untuk menentukan. Saya rasa tunggu keputusan ini dan selepas itu kita akan beranjak daripada situ. Saya rasa cukup untuk PPSMI, biar saya beralih kepada isu lain...
Penjelasan.
Okey, terakhir ya Yang Berhormat.
Yang saya nak tanya ialah penilaian keberkesanan PPSMI, sama ada ia ada dijalankan mengikut latar belakang bahasa yang digunakan oleh pelajar itu kerana kita tahu di Malaysia, keluarga menggunakan bahasa-bahasa yang berlainan. Itulah yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, ada pelbagai reaksi dan respons. Saya rasa mereka yang mahu PPSMI ini, yang sokong PPSMI ini adalah keluarga ataupun ibu-bapa yang berbahasa Inggeris di rumah dan anak-anak mereka, bahasa yang terpandai atau paling pandai ialah bahasa Inggeris. Jadi saya rasa ini no one size for all. Jadi saya rasa adalah penting ini dijalankan dan laporannya diumumkan untuk semua mengikut latar belakang bahasa kanak-kanak ini.
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Sebab itu saya mengatakan bahawa rundingan meja bulat yang kelima kita buka kepada semua media, media dengar. Dia laporkan apa saja yang dibincangkan. Kita mengamalkan konsep terbuka, biar semua dengar. Pandangan Yang Berhormat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana turut serta dalam rundingan meja bulat kali keempat dan pandangan Yang Berhormat juga diambil kira mewakili parti DAP dan kebetulan ianya hampir sama dengan pendirian MCA. Jadi saya rasa, dalam soal ini mungkin kita ada pendapat yang sama. Jadi saya rasa biarlah keputusan ini telah dibuat, apabila dibuat, kita akan sama-sama mematuhi. Kedua, daripada segi latar belakang sosioekonomi tentang pelajar tersebut, kita ada dan pembentangan kertas kerja pada sesi yang pertama, kedua, ketiga telah dibuat oleh pakar-pakar bahasa dan ada juga pensyarah universiti dari UPSI. Mereka membuat satu kertas kerja ataupun penyelidikan yang agak menyeluruh. Jadi kalau Yang Berhormat berminat, saya boleh bagi kertas kerja tersebut, bagaimana mereka membuat rumusan ya. Saya alih kepada yang kedua. Mengenai kajian TIMSS seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, penilaian sebenar terhadap prestasi murid Malaysia dalam kajian Trends in International Mathematics and Science Study 2007 (TIMSS) berdasarkan skor purata antarabangsa dan bukannya standard tetap skor purata TIMMS seperti yang ditetapkan oleh pihak International Association for the Evaluation of the Educational Achievement (IEA) tanpa mengira pencapaian semasa negara-negara yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Skor purata antarabangsa adalah merupakan indicator sebenar prestasi semasa semua negara peserta TIMSS. Bagi mata pelajaran matematik, walaupun pencapaian murid Malaysia menunjukkan penurunan iaitu daripada kedudukan ke-10, TIMMS 2003 kepada kedudukan ke-20 iaitu pada tahun 2007, skor purata Malaysia 474 dalam TIMSS 2007 masih melebihi skor purata antarabangsa 450 iaitu perbezaan sebanyak 24 mata. Skor purata pencapaian murid Malaysia juga adalah lebih baik berbanding 28 negara lain termasuk semua negara Asia Barat, negara-negara Afrika dan Amerika Selatan. Selain daripada itu, pencapaian Malaysia juga adalah lebih baik berbanding lapan negara Eropah seperti Norway, Bulgaria, Israel, Ukraine, Romania, Bosnia Herzegovina, Turki dan Georgia. Sementara itu, bagi mata pelajaran Sains pula, ranking Malaysia turun satu kedudukan daripada tempat ke-20 iaitu pada 2003 ke kedudukan 21 pada tahun 2007. Skor purata Malaysia 471 mata dalam TIMSS 2007 masih melebihi skor purata antarabangsa 466 iaitu perbezaan sebanyak lima mata. Malah jika dibandingkan dengan 27 negara lain, skor purata pencapaian pelajar Malaysia adalah lebih baik daripada semua negara Asia Barat kecuali Jordan, negara- negara Afrika dan Amerika Selatan yang mengambil bahagian di dalam kajian ini.
Di samping itu, pencapaian Malaysia juga adalah lebih baik berbanding negara Eropah seperti Serbia, Bulgaria, Israel, Romania, Bosnia Herzegovina, Malta, Turki dan Georgia. Dalam kalangan negara Asia pula, bagi mata pelajaran Matematik, Malaysia berada pada ranking keenam dan di tangga kedua selepas Singapura di peringkat negara ASEAN. Bagi mata pelajaran Sains, Malaysia menduduki tempat ketujuh dalam kalangan negara Asia dan tempat kedua dalam kalangan negara ASEAN. Kementerian Pelajaran Malaysia masih menganalisis secara terperinci keputusan TIMSS 2007 dan akan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi meningkatkan kualiti kurikulum, content atau kandungan, pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua mata pelajaran Sains dan Matematik. Laporan Kebangsaan TIMSS 2007 akan diumumkan setelah analisa tersebut selesai dilaksanakan. Ingin saya memberitahu Dewan yang mulia ini, sebenarnya Kementerian Pelajaran kita berhati-hati. Apabila kita mendapati kedudukan kita menurun, tidak bermakna kita tidak mempunyai sebarang ruang untuk meningkatkan mutu pencapaian kita. Apa yang perlu kita lakukan ialah walaupun kedudukan kita melebihi paras purata tetapi ianya memberi ilham kepada kita agar kita dapat mempertingkatkan lagi penguasaan sains dan matematik.
Satu perkara lagi yang ingin saya beritahu Dewan yang mulia ini, kalau kita melihat penilaian teams ini salah satu faktor yang menyebabkan sedikit penurunan ialah dari segi kita mengatur kandungan kurikulum kita iaitu pelajar-pelajar ini dinilai pada Tingkatan 2. Ada sebahagian syllabus nya dalam Matematik 25 peratus itu dipelajari pada Tingkatan 3 dan bagi Sains pula 10 peratus itu belum dipelajari, ianya hanya diajar pada Tingkatan 3. Akan tetapi kalau kita lihat dari tingkatan satu sehingga Tingkatan Tiga bermakna dari segi kandungan kursus itu semu ada. Jadi ini secara objektif kita melihat perkara ini dan tindakan sedang diambil dan sama-sama kita menunggu satu country report yang telah dibincangkan pada bulan lalu, kita menghantar wakil kita ke Egypt dan kita hendak terima laporan itu dan menambah baik kekurangan atau kelemahan kita. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu murid yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri untuk diberikan peluang pendidikan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Sepanggar dan Yang Berhormat Tawau. Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat penelitian secara terperinci berkaitan status dokumen ibu bapa dan kanak-kanak untuk bersekolah di sekolah kerajaan. Yang Berhormat Menteri Pelajaran telah mengarahkan sepasukan penyelidik dari KPM untuk membuat kajian berkaitan isu tersebut dan dapatan kajian tersebut telah dibentangkan di Mesyuarat Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu pada petang ini. Tindakan untuk mengeluarkan arahan berhubung dengan persekolahan kanak-kanak yang tiada dokumen pengenalan diri akan diumumkan dalam tempoh yang terdekat. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pembangunan pendidikan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Serian, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Lawas, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Limbang dan Yang Berhormat Tuaran, Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari masih terdapatnya jurang sama ada di bandar mahupun luar bandar dalam pelbagai aspek. Oleh yang demikian, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan melalui PIPP 2006 hingga 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi penumpuan khusus kepada usaha meningkatkan kemudahan infrastruktur pendidikan terutamanya di kawasan luar bandar. Pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan kini telah menjangkau usia tiga tahun. Sehingga 31 Disember 2008, sebanyak 9,313 projek pembangunan telah dilaksanakan dengan jumlah kos projek bernilai RM18.851 bilion. Dari jumlah tersebut 6,511 bernilai RM4.384 bilion merupakan projek yang telah siap sepenuhnya manakala 2,802 projek bernilai RM14.467 bilion adalah dalam proses pembinaan. KPM juga sedang giat melakukan persediaan bagi melaksanakan projek bernilai RM5.297 bilion pada tahun 2009 dan 2010 ini. Projek-projek ini berada dalam peringkat pra pembinaan seperti penyediaan reka bentuk, penyediaan dokumen tender, penilaian tender dan rundingan harga.
Tuan Yang di-Pertua, selain membangunkan projek baru KPM juga telah melaksanakan kerja-kerja membaik pulih termasuklah bangunan sekolah yang rosak akibat anai-anai dan juga projek menaik taraf bangunan sekolah terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah meluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM1.7 bilion bagi lebih daripada 4,000 projek ubahsuai dan naik taraf institusi pendidikan di bawah KPM. Projek-projek yang terlibat adalah seperti menaik taraf bangunan sekolah, makmal sains, pendawaian semula bangunan sekolah, asrama dan rumah guru. Selain itu, peruntukan sebanyak RM44 bilion telah disalurkan kepada 1,705 SK, SJK(C) dan SJK(T) seluruh negara bagi tujuan pembinaan bangunan tambahan dan gantian. Kita amat prihatin dengan keperluan pembangunan pendidikan di Sabah dan Sarawak bagi memastikan peluang dan kemudahan pendidikan diberikan sama rata tanpa mengira batas sempadan. Mengenai peruntukan untuk membaik pulih bangunan sekolah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong Manis, KPM akan melaksanakan 85 projek pembangunan di kawasan Tanjong Manis yang meliputi pembinaan prasekolah dan sekolah menengah, ubah suai sekolah rendah dan menengah, asrama harian, rumah guru, pejabat pendidikan dan bekalan elektrik. Berkaitan dengan Sekolah Kebangsaan Kinapuli dan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ranau, KPM sedang dalam proses melaksanakan projek pembinaan bagi menggantikan bangunan yang usang. Berhubung dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pai Wen pula, KPM mengucapkan terima kasih kepada pihak LPS yang telah berusaha untuk menambah, atas inisiatif sendiri menambah bilangan bilik darjah untuk mengatasi kesesakan murid dan kami baru mendapat maklumat daripada pihak LPS SJK(C) Pai Wen yang mempunyai kekurangan dana sebanyak RM200,000 untuk menyiapkan projek pembinaan bilik darjah, maka KPM akan memberi peruntukan RM200,000 sebagai bantuan modal yang diberikan pada tempoh terdekat. Untuk makluman Yang Berhormat Tuaran yang membangkitkan isu pindahan tapak SMK Tamparuli 2, Kementerian Pelajaran Malaysia prihatin kepada bantahan penduduk Pekan Nabalu yang tidak bersetuju projek sekolah tersebut dilaksanakan di tapak yang dicadangkan kerana lokasi yang jauh daripada penempatan penduduk. Sehubungan dengan itu, KPM sedang meneliti kesesuaian tapak baru yang dicadangkan bagi memastikan tapak ini benar-benar selamat digunakan untuk tujuan pembinaan bangunan sekolah. Adalah dijangkakan projek SMK Tamparuli 2 akan dapat dimulakan pada akhir Rancangan Malaysia Kesembilan. Mengenai SMK Tenghilan pula, pihak JKR telah mengesahkan bahawa bangunan sekolah ini tidak selamat digunakan dan KPM sedang berusaha atau mengambil langkah untuk mendapatkan kelulusan ICU untuk menyediakan kelas kabin bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran diteruskan. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu pembinaan SJK(T) Paya Besar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai untuk maklumat, buat masa ini kementerian sedang dalam proses pengambilan tanah dan pada minggu lalu sahaja satu mesyuarat telah diadakan dengan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan bersama dengan pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran dan tapak yang dikenal pasti adalah seluas 2.294 ekar dan pampasan yang dijangkakan. Anggaran pampasan pula dalam projek pengambilan balik tanah ini dianggarkan RM1.9 juta. Yang Berhormat Lawas telah membangkitkan isu pembinaan SMK Lawas. Untuk makluman, walaupun projek pembinaan sekolah tersebut telah tersenarai dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, kekangan siling peruntukan yang dihadapi kini memaksa projek tersebut ditangguhkan dan cadangan pembinaan SMK Lawas akan diberi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Mengenai projek pembangunan SMK Serian 2 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serian, KPM telah melantik perunding bagi tujuan mereka bentuk, penyediaan, dokumen tender dan penyeliaan pembinaan projek ini pada 19 Jun 2008. Projek tersebut melibatkan pembinaan 36 bilik darjah dan lain-lain kemudahan termasuk asrama dan rumah guru. Walaupun KPM tidak membina sekolah menengah kebangsaan agama seperti yang dipohon oleh Yang Berhormat Labuan, murid-murid yang mempunyai kelayakan untuk bersekolah agama akan ditempatkan di sekolah- sekolah agama yang terdapat di negeri Sabah. Di samping itu, sekolah menengah harian dan sekolah berasrama penuh ada menawarkan kelas aliran agama.
Namun demikian keperluan untuk membina sekolah agama tersebut akan diteliti dan dicadangkan dalam perancangan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Mertajam dan juga Yang Berhormat Lanang, pendirian Kementerian Pelajaran berhubung dengan Sekolah Menengah Persendirian Cina atau SMPC adalah sama yang telah dijawab dalam Dewan yang mulia ini iaitu Sijil UEC bukanlah satu persijilan peperiksaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan pada waktu ini kementerian hanya akur kepada keputusan yang dibuat oleh dari segi pengiktirafan oleh JPA. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, urusan pengiktirafan sijil dikendalikan oleh agensi pusat iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam. Maka apabila kita menyebut tentang syarat-syarat kemasukan universiti untuk menjadi penjawat awam, ianya perlu mendapat pengiktirafan daripada JPA. Oleh yang demikian, dalam pada peringkat ini, Sijil UEC yang dianugerahkan dalam pendidikan SPMC masih belum diiktiraf oleh kerajaan.
Walau bagaimanapun, murid-murid SPMC yang mempunyai sijil SPM, mereka boleh dipertimbangkan untuk menjawat jawatan awam termasuklah jawatan pengurusan sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Mengenai peruntukan kerajaan bagi SPMC seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam dan Yang Berhormat Lanang perlu dijelaskan, bahawa setakat ini Kementerian Pelajaran Malaysia hanya disediakan peruntukan oleh Perbendaharaan iaitu hanya dua kategori sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dari segi peruntukan yang boleh kita bagi. Akan tetapi, bagi SPMC saya juga difahamkan agensi kerajaan yang lain termasuk juga kerajaan negeri yang menyalurkan bantuan untuk bantuan sekolah- sekolah berkenaan. Yang Berhormat...
Saya hendak minta penjelasan. Sekiranya sijil SPMC itu tidak boleh diiktiraf oleh kerajaan kerana JPA belum iktirafkannya. Jadi, saya hendak tanya bagaimana pelajar-pelajar dari luar negara seperti mereka atau pelajar dari luar negara yang belajar di universiti kita apakah sijil yang mereka guna?
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Satu soalan yang baik. Sebenarnya, di Malaysia dari segi pengiktirafan sijil ini, apabila kita sebut pengiktirafan ianya hanya secara khusus untuk permohonan untuk menjadi penjawat awam, iaitu bekerja di sektor perkhidmatan awam. Itu yang pertama. Kedua, kenapa kementerian berbuat demikian kerana kita merupakan salah satu agensi dan kita akur dengan apa yang telah diputuskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Seperti juga doktor, kalau JPA terima mana-mana kelayakan, mereka akan akur dengan keputusan tersebut. Sama juga kementerian dan setakat ini belum. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya di Malaysia macam di kolej-kolej swasta atau universiti swasta. UEC diterima, itu atas perjuangan pada tahun 90-an yang mana ianya diterima sebagai satu syarat kelayakan. Jadi, kalau kita pada masa yang akan datang mungkin untuk universiti Apex ianya mungkin diberi kelonggaran untuk berbuat demikian, tetapi itu bukan di bawah bidang kuasa kementerian kerana dari segi kemasukan universiti ia lebih berpihak kepada MOHE ataupun Kementerian Pengajian Tinggi. Jadi, saya cuma memberitahu fakta kepada Yang Berhormat. Sebenarnya setakat ini, apabila satu proses pengiktirafan input daripada kementerian yang berkenaan termasuklah Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi juga akan diundang untuk mereka diberi input. Jadi, itu dari segi penjelasan yang ingin saya berikan kepada Yang Berhormat. Jadi, Yang Berhormat seperti yang sering dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian mengenai subjek keusahawanan. KPM memang telah menerapkan kemahiran ini secara merentas kurikulum dalam subjek tertentu di sekolah sama ada di sekolah rendah mahupun menengah. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah memperkenalkan elemen keusahawanan sejak awal tahun 1990 bagi berlandaskan topik perniagaan dan keusahawanan.
Elemen keusahawanan diterapkan kepada murid dalam dua mata pelajaran wajib iaitu mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) di tahap dua iaitu tahun empat, lima dan enam dan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tingkatan Satu, Dua dan Tiga di peringkat menengah rendah. Bagi murid Tingkatan Empat dan Lima, elemen yang diterapkan dalam mata pelajaran pilihan iaitu Perdagangan, Ekonomi Asas dan 22 Mata Pelajaran Vokasional (MPV) dan juga mata pelajaran Reka Cipta. Di sekolah menengah teknik pula, murid mempelajari kemahiran keusahawanan melalui subjek Ekonomi Rumah Tangga (ERT), Pengurusan Perniagaan, Pengaturcaraan Komputer dan Perdagangan. Elemen keusahawanan juga diterapkan melalui mata pelajaran Matematik dan Prinsip Akaun. Pelaksanaan program motivasi, penggalakan dan pembudayaan nilai keusahawanan juga dirancang dan dilaksanakan dengan jelas dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Gerakan koperasi sekolah diiktiraf sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah. KPM juga menjalin kerja sama dengan agensi-agensi lain seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Lembaga Urusan Tabung Haji, Bank Simpanan Malaysia, dan Perbadanan Nasional Berhad bagi meningkatkan minat dan kemahiran murid dalam bidang keusahawanan. Berhubung dengan Yang Berhormat Sungai Siput bahawa terdapat kanak- kanak yang berhenti persekolahan akibat kemiskinan. untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menjamin agar mereka mendapat peluang pendidikan yang sama rata serta mengurangkan risiko keciciran dalam kalangan mereka pada tahun 2009, kerajaan terus komited untuk menyalurkan pelbagai bentuk bantuan tambahan bagi membantu pelajar terutamanya dari golongan yang miskin, kurang bernasib baik dan kurang upaya. Sebanyak RM400 juta diperuntukkan bagi membatu pelajar yang berisiko untuk tercicir menerusi Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). KPM turut memperuntukkan RM245.7 juta untuk Skim Bantuan Tuisyen (SBT) melibatkan seramai 478,778 orang murid, RM270.4 juta untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) iaitu seramai 771,000 orang murid terlibat di bawah Rancangan Makanan Tambahan. Sementara itu, RM27.4 juta untuk Program Susu Sekolah melibatkan 621,773 murid dan RM1 bilion untuk Bantuan Makanan Asrama iaitu seramai 419,453 murid dan RM20.1 juta untuk Pakaian Seragam Pasukan Beruniform melibatkan 200,680 murid. Selain itu sebanyak RM238 juta diperuntukkan untuk Biasiswa Kecil Persekutuan melibatkan 300,902 orang penerima...
[Bangun]
Yang Berhormat...
RM24.3 juta untuk Biasiswa Kelas Persediaan Universiti melibatkan 24,062 orang penerima dan RM840 juta untuk Skim Biasiswa Sukan melibatkan 1,000 orang penerima mulai tahun...
Yang Berhormat, laluan.
Yang Berhormat Kota Raja Yang Berhormat.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cuma ingin tahu bantuan-bantuan yang Timbalan Menteri umumkan tadi. Adakah ia termasuk kepada murid-murid miskin di Sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) terutamanya?
Terima kasih Yang Berhormat. Satu soalan yang baik. Sebenarnya, kita tidak melihat dari mana mereka datang. Tidak kita SJK(C), SJK(T) ataupun sekolah kebangsaan. Kalau mereka layak dan mereka ini dari kategori golongan miskin, iaitu pendapatan keluarga tidak lebih daripada RM720 di Semenanjung, ianya akan diterima dan kita mengambil data dari e-kasih yang mana e- kasih ini merupakan satu data berpusat yang diusahakan oleh kerajaan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya mekanisme pemilihan penuntut-penuntut di bawah kategori ini. Adakah ia hanya melalui pihak sekolah?
Adakah Ahli-ahli Parlimen boleh juga mencadangkan penuntut-penuntut ini kerana kita mendapat aduan-aduan daripada ibu-ibu bapa yang sesetengah mereka tidak mendapat layanan daripada pihak sekolah. Jadi, bagaimanakah kita mengatasi kes-kes penuntut seperti ini?
Terima kasih Yang Berhormat, kita tidak melihat fahaman politik keluarga tersebut. Yang penting adalah kalaulah mereka ini pendapatannya tidak melebihi RM720 itu adalah paras kemiskinan. Ianya didaftarkan di bawah e-kasih, data itu akan kita terima secara bulat-bulat dan berapa ramaikah anak mereka yang menuntut di sekolah, maka merekalah dianggap golongan yang layak. Cara ini adalah yang terbaik kerana kalau kita berikan kepada mana-mana pihak untuk membuat pengesahan, kadangkala wakil rakyat hendak sah pun serba salah. Kalau sah salah, tidak sah pun berdosa. Maksud dia, kalau ibu bapa datang berjumpa kebetulan merupakan seorang pengundi, kita tahu bahawa pendapatan dia lebih daripada RM720, maka macam-macam dakwaan dia akan buat. Dia kata dia miskin dan sebagainya. Jadi, apabila kita berpandukan kepada e-Kasih dan juga penyiasatan daripada pihak guru besar di sekolah. Saya yakin itulah cara untuk kita melihat kesahihan data kita daripada e-kasih dan akan diperakui pula di peringkat sekolah. Jadi, saya rasa kita tidak tengok siapa latar belakangnya.
Sekiranya ada kes-kes sebegini yang tidak dimasukkan di dalam e-kasih. Bolehkah kita diberi ruang untuk mengajukan nama-nama ini untuk diselidiki kerana memang ada kes-kesnya tidak timbul, bab-bab kanak-kanak miskin, penuntut miskin. Saya rasa Ahli Parlimen dari mana-mana pihak pun tidak akan mengambil politik sebagai asas kelulusan dan sokongan.
Cuma memang ada aduan-aduan daripada pelajar-pelajar hatta bantuan- bantuan yang diturunkan sekarang pun menurut mereka tidak diperolehi kerana pihak sekolah mengawal ataupun menyimpan bantuan-bantuan tersebut kononnya untuk diberi kepada penuntut yang perlu dibuka akaun dan sebagainya tetapi dakwaan mereka-mereka tidak terima, penuntut tidak terima, ibu bapa kata tidak terima. Inilah kadang-kadang kita tambahan pula kami Ahli Parlimen pembangkang, tidak dibenarkan langsung kita terlibat dalam hal ehwal sekolah kerana mereka telah menerima arahan daripada Kementerian Pelajaran itu sendiri.
Terima kasih Yang Berhormat. Pendirian kementerian ialah kita mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin mengambil inisiatif mengemukakan maklumat tentang pelajar miskin. Apabila kita terima maklumat tersebut, kita akan minta pegawai dari KPM untuk menyiasat sama ada wujud dalam data e-kasih, mungkin ada dua masalah di sini, satu, golongan miskin itu langsung tidak didaftarkan e-kasih. Maka bukan sahaja kita nak bantu untuk bagi wang dan saya rasa kita juga akan nasihatkan mereka daftar di bawah e-kasih yang mana mereka juga boleh dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jadi saya rasa ini adalah untuk mereka yang dianggap golongan ataupun fakir miskin. Kami berasa terpanggil untuk membantu mereka, tak kira siapa yang hantar, kita akan menyemak secara profesional. Saya yakin Kementerian Pelajaran Malaysia, warga kementerian memang mereka mempunyai sifat penyayang, dan tidak sampailah dikatakan kita menolak mana-mana yang kita nampak dia miskin, disebabkan masalah teknikal, kita tidak terima. Kita akan cuba membantu dan kita kena menyemak sama ada apa yang dikemukakan itu sahih ataupun ianya sebaliknya.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian. Sejauh manakah pemantauan yang dibuat oleh pihak kementerian terutama di sekolah-sekolah luar bandar yang mana bukan sahaja mereka ini miskin, terutama terlibat dengan kawasan banjir. Saya bagi contoh kawasan saya sendiri, setiap tahun apabila terlibat dengan banjir, banyak pelajar yang terpaksa menghadapi peperiksaan terkandas. Jadi dalam persoalan ini sejauh mana pemantauan dibuat dan apakah disediakan peruntukan khas untuk bantuan bagi mereka apabila mereka tidak dapat berulang alik ke sekolah kerana mereka terperangkap dengan banjir yang besar. Jadi perkara ini hampir setiap tahun berlaku, jadi sejauh mana pemerhatian dibuat oleh pihak kementerian terutama di kawasan-kawasan berisiko tinggi.
Begitu juga saya ingin penjelasan sejauh mana perhatian yang dibuat terhadap soal modal insan di sekolah-sekolah yang mana kita lihat ramai di kalangan pelajar-pelajar sekarang ini terutama di sekolah menengah mengabaikan terutama disiplin sembahyang dari segi pelajar Islam. Jadi sejauh mana modul ataupun sukatan yang dibuat oleh kementerian ataupun disiplin yang dibuat oleh pihak sekolah supaya mengambil berat persoalan sembahyang ini terutama terhadap pelajar Islam sebab perkara ini adalah sangat penting dalam agama Islam, ia adalah satu tiang dalam agama. Jadi sejauh mana perkara ini diambil perhatian oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ada dua soalan yang dibangkitkan, yang pertama pemerhatian kita terhadap calon peperiksaan yang disebabkan masalah banjir, mereka tidak dapat menduduki peperiksaan. Itu kita mempunyai satu unit khas, apabila berlakunya perkara tersebut, Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengambil tindakan serta-merta. Mungkin kalau kita nak memudahkan calon tersebut mengambil peperiksaan, segala urusan itu biasanya dibantu oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kalau ada apa-apa aduan secara spesifik, ianya boleh dibawa kepada kementerian dan saya yakin kita boleh menggunakan saluran yang ada untuk membantu mereka dan kita tidak mahu mereka tidak menduduki peperiksaan disebabkan mereka tidak dapat keluar daripada kawasan banjir, itu yang pertama. Yang kedua, apa yang dibangkitkan mungkin jauh sedikit daripada ini, dan sama juga Yang Berhormat Titiwangsa tadi membangkitkan soal kuorum. Saya dapati rakan-rakan daripada Barisan Nasional tadi, mereka ini sembahyang Maghrib dan saya difahamkan sejak kecil dulu kalau tak sembahyang Maghrib, macam berzina dengan ibu sendiri. Jadi apabila pihak kementerian melihat soal sembahyang ini memang di pihak sekolah kita memantau, dan pemantapan disiplin ini sebenarnya adalah satu perkara yang dititikberatkan dalam agenda pendidikan kita. Jadi kita tidak akan teragak- agak mengambil tindakan, dan memang di peringkat sekolah kita memberi kuasa kepada guru besar atau pengetua mengambil tindakan. Jadi itu kita memang tidak berkompromi dalam soal ini. Dari segi pemantapan kaedah disiplin, ianya akan dipantau oleh pihak sekolah. Saya beralih kepada satu lagi perkara, mulai tahun 2009, kadar elaun khas kurang upaya dinaikkan dari RM50 kepada RM150 sebulan, kenaikan kadar elaun sebanyak 200 peratus ini menyebabkan kerajaan perlu menyediakan peruntukan sebanyak RM72 juta berbanding hanya RM22.23 juta pada tahun 2008. Begitu pun segala jumlah yang diperuntukkan ini, belum termasuk jumlah peruntukan yang perlu kerajaan keluarkan bagi membiayai kutipan yang dimansuhkan seperti yuran peperiksaan, yuran khas sekolah, pemberian buku teks serta peruntukan untuk menggantikan buku teks yang rosak dan hilang. KPM juga sedang menjalankan usaha dengan berganding bahu bersama dengan pihak GLC dan beberapa syarikat untuk menyediakan dana khas khusus untuk membantu anak-anak kita di ladang-ladang termasuklah sebahagian besarnya SJKT. Tiada alasan murid di bawah paras kemiskinan, tidak mendapat bantuan kerana melalui e-kasih, mereka secara automatik pasti akan diberi bantuan. Namun sekiranya masih ada lagi kanak-kanak yang tercicir dari persekolahan disebabkan oleh kemiskinan, saya berharap Ahli Yang Berhormat dapat memaklumkan kepada kementerian supaya tindakan segera dapat diambil. Ini juga diguna pakai kepada Ahli Yang Berhormat pembangkanglah.
Penjelasan. Saya ingin tahu sama ada pembayaran kepada pelajar OKU itu adalah ia dari kementerian Yang Berhormat ataupun dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Juga e-kasih ini, siapa yang bertanggungjawab untuk mendaftar?
Okey, ada dua soalan. Yang pertama, elaun pendidikan khas ini sebenarnya dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bukan Jabatan Kebajikan. Kita berasa kasihan kepada anak-anak yang berkeperluan khas kerana mereka datang ke sekolah mereka kena melalui banyak rintangan dan sebab itulah kita memberi tambahan elaun supaya menggalakkan mereka datang supaya mereka tidak tercicir daripada sistem persekolahan. Sebab itu kita bagi elaun sebagai satu insentif untuk membantu meringankan beban mereka. Yang kedua, apa Yang Berhormat tanya tentang e-kasih?
Pendaftarannya secara automatik atau ia perlu di apply?
Pendaftaran OKU dibuat oleh agensi berkenaan dan kalau ada kad OKU maka kita akan terima sebagai satu dokumen sah dan pengenalan diri sebagai OKU. Jadi tidak ada masalah selagi ada kad OKU itu, tidak ada masalah.
Tunjukkan kad OKU itu kepada pihak sekolah?
Memang dalam sistem kita, kita akan merekodkan pelajar kita, sistem maklumat pelajar kita, kita akan rekod pelajar ini adalah pelajar OKU dan sebab itulah kita menerima laporan dari setiap sekolah, kita mencari satu jumlah, berapa jumlah untuk seluruh Malaysia dan peruntukan itu kita minta secara berpusat daripada kementerian dan sebab itu saya umumkan jumlah tadi agak besar kerana kita mengambil kira semua pelajar-pelajar di bawah kategori OKU. Yang kedua, apa yang ditanya oleh Yang Berhormat tentang e-kasih sebenarnya, ia adalah satu program yang dibuat secara besar-besaran oleh EPU dan ia sedang dilaksanakan dan data pengemaskinian sedang dibuat. Saya memberi maklumat kepada Yang Berhormat, sekiranya ada yang tercicir ianya boleh menghubungi pihak EPU dan saya yakin e-kasih ini dapat membantu pelajar-pelajar ataupun keluarga miskin. Jadi itu satu kaedah yang paling terus-menerus. Tuan Yang di-Pertua, mengenai saranan Yang Berhormat Hulu Terengganu dalam memartabatkan Bahasa Kebangsaan, KPM secara berterusan sentiasa berusaha untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa utama di negara ini. Bahasa Kebangsaan tetap menjadi bahasa penghantar utama di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].
Saya juga telah menegaskan ketika menjawab soalan berhubung dengan PPSMI yang sama di Dewan yang mulia ini iaitu walau apa pun tindakan yang kita ambil berkaitan perlaksanaan PPSMI, bahasa Melayu tetap akan dimartabatkan sebagai bahasa rasmi negara kita. Yang Berhormat Jerai telah membangkitkan isu pungutan yuran pada hari pertama persekolahan. Untuk makluman, KPM telah mengambil keputusan supaya menangguhkan pungutan bayaran tambahan untuk sesi persekolahan sehingga bulan Mac 2009. Penangguhan ini dilakukan setelah mengambil kira pandangan semua pihak dan membuat penambahbaikkan daripada isu- isu yang ditimbulkan oleh orang awam berkaitan bayaran tambahan sebelum ini. Rasional tindakan menangguhkan bayaran tambahan sehingga Mac 2009 adalah berdasarkan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan awal tahun ibu bapa. Dengan keputusan ini Kementerian Pelajaran juga memberi ruang kepada PIBG untuk bersama-sama membuat keputusan secara kolektif dalam hal persekolahan anak-anak melalui Mesyuarat Agung PIBG...
[Bangun]
Khususnya membincangkan mengenai bayaran tambahan persekolahan 2009.
Minta laluan, PIBG, soalan. Terima kasih Timbalan Menteri. Mengenai Persatuan Ibu Bapa dan Guru ini banyak aduan-aduan yang kita terima daripada PIBG bahawa pertama, PIBG dianggap hanya untuk mencari duit, wang untuk sekolah. Kedua ialah apabila dalam pemilihan anggota PIBG itu sendiri, saya tidak tahu sama ada ini peraturan di dalam PIBG itu sendiri, ibu bapa tidak boleh mengundi untuk anggota PIBG yang guru. Itu dilantik atau diundi oleh guru-guru sendiri. Akan tetapi, guru-guru boleh mengundi untuk melantik mana-mana anggota PIBG. Baru-baru ini, saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat tahu mengenai satu sekolah di kawasan saya, satu sekolah agama berasrama penuh yang terkemuka di negara ini, di mana PIBG telah dihalang oleh guru besar daripada membuat mesyuarat PIBG di dalam sekolah dan mereka terpaksa mengadakan mesyuarat PIBG ini di dalam masjid berhampiran.
Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri, perlukah saya sebut nama sekolah itu? Ia adalah Kolej Islam yang kita kenal sebagai KISAS. Jadi ibu bapa merasakan bahawa mereka hanya diperlukan apabila mereka perlu buat aktiviti untuk cari wang dan kemudian guru besar apabila mereka mengatakan atau tidak bersetuju ataupun memberi pandangan kepada pihak sekolah, guru besar akan mengatakan ini adalah urusan pentadbiran, PIBG tidak boleh masuk campur. Sehinggakan ada dua peristiwa di sekolah itu, di mana asrama murid perempuan, puteri telah dicerobohi oleh seorang penceroboh yang bukan sahaja mengacukan senjata tetapi juga telah menunjukkan kemaluannya dan guru besar enggan membuat laporan polis. Alumni sekolah itu juga sendiri telah ditentang oleh guru besar ini. Jadi saya harap Timbalan Menteri tahu tentang perkembangan ini.
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa.
Mencelah sedikit, yang sama.
Kota Raja.
Kota Raja, sorry.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pelajaran kerana arahan yang menyatakan bahawa tidak dibenarkan mengutip yuran dan derma sumbangan pada hari pertama itu telah dipatuhi oleh keseluruhan sekolah di kawasan saya di mana pada hari pertama pendaftaran hanya dibayar RM1.50 untuk yuran takaful. Jadi saya dimaklumkan bahawa pungutan derma ini akan dilaksanakan berdasarkan kepada Mesyuarat Agung PIBG yang dikehendaki berakhir pada 31 Mac ini. Sebelum ini Mesyuarat Agung PIBG 31 Mei. Saya dimaklumkan juga bahawa dahulu Kementerian telah mengeluarkan satu pakej A,B,C berkenaan dengan kadar sumbangan PIBG ke sekolah, sumbangan daripada ibu bapa tetapi sekarang ini saya dimaklumkan bahawa pakej tersebut telah pun tidak diambil kira. Jadi saya hendak kepastian sama ada maklumat ini betul ataupun tidak. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya menjawab Yang Berhormat Kota Raja. Sorry tadi, salah sebut kawasan. Kolej Islam KISAS yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebenarnya saya sudah dapat laporan. Laporan polis pun saya sudah ada. Kebetulan cuma seorang Timbalan Menteri, jadi saya terpaksa juga menyiasat perkara ini dan diarahkan oleh Yang Berhormat Menteri dan saya telah meneliti laporan polis tersebut dan saya nampak justifikasi untuk saya mengarahkan pengarah bahagian berasrama penuh untuk melihat perkara ini kerana saya ingin menyiasat sama ada dari segi tingkah laku yang telah dibuat, ditunjukkan oleh Pengetua tersebut adakah ianya telah menyalahi etika kerja. Itu yang pertama. Kedua, soalan Yang Berhormat tentang siapa yang boleh mengundi. Mohon maaf, kerana setakat ini satu soalan yang diacukan pada saya, saya memang kena baca peraturan dia, macam mana surat cara untuk PIBG. Akan tetapi itu mungkin saya boleh maklumkan pada Yang Berhormat esok, macam mana saya tanya dengan PUU saya meneliti apa kandungan dalam surat cara PIBG ini. Apa Yang Berhormat sebutkan memang benar...
[Bangun]
...Ia berunsur jenayah apabila ada pencerobohan daripada luar, itu satu perkara yang agak serius. Yang Berhormat menytakan bahawa PIBG seolah-olah sebagai satu tukang kutip wang bagi pihak sekolah. Saya rasa ini bukanlah fungsi atau peranan yang kita harap-harapkan. PIBG ini diwujudkan dengan tujuan dan saya rasa matlamat atau objektif penubuhannya jelas...
[Bangun]
...Iaitu membantu pihak sekolah untuk mempertingkatkan mutu akademik sekolah.
Boleh saya mencelah di sini?
Yang Berhormat, dia tidak habis jawab lagi Yang Berhormat.
Tidak, saya cuma hendak..
Soalan Yang Berhormat sendiri itu.
Betul. Jawapan Timbalan Menteri memang benar, tujuannya adalah untuk membantu pihak sekolah tetapi sekarang ini kebanyakan pihak sekolah tidak begitu Timbalan Menteri. Jadi kalau Yang Berhormat boleh... Itu sebab saya tanya tadi, adakah peraturan PIBG itu sendiri adalah sesuatu yang kita ada yang induk kemudian yang mesti dipatuhi ataupun seperti yang kita mendaftar sebagai persatuan. PIBG adalah didaftar atas nama persatuan itu sendiri. Jadi biasanya ROS memberi kita satu prototaip, perlembagaan prototaip, tetapi kita boleh ubah suai. Akan tetapi sesetengah ibu bapa menyatakan bahawa ini tidak berlaku sebenarnya kerana sesetengah pengetua menyatakan tidak boleh ubah. Ini yang diberi oleh Kementerian, ini yang perlu diikut. Semuanya seolah-olah tidak ada fleksibiliti di situ. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa ini mungkin soal tafsiran tentang apa yang perlu dan patut dilakukan oleh PIBG. Saya ingin memberi satu contoh Yang Berhormat. Sebenarnya di kawasan saya PIBG itu dilihat sebagai satu kekuatan. Kalau kita mengharapkan PIBG dan apabila saya menghadiri Mesyuarat Agung PIBG saya nampak kehadiran satu kampung. Tidak ada satu pun yang tidak hadir khususnya untuk sekolah yang kurang murid dan saya nampak permuafakatan antara guru dengan ibu bapa merupakan satu faktor yang mendorong kejayaan sekolah tersebut. Jadi saya rasa ini adalah satu senario yang patut kita pupuk supaya PIBG tidak dilihat untuk membantu sekolah mengutip dana. Keduanya, apa yang penting ialah, kita hendak wujudkan PIBG supaya perhubungan akrab antara ibu bapa dengan guru. Bermakna tiada satu pihak yang akan nominate apa yang guru buat dan sebaliknya. Jadi saya rasa, apa jua perkara perlu dirunding secara bersama, secara musyawarah mereka berbincang dan satu aktiviti yang dirancang bersama demi manfaat pelajar. Itu adalah konsep kita.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin penjelasan tentang kehadiran penglibatan kita dalam PIBG. Saya sebelum ini pernah dihubungi oleh pihak sekolah untuk meminta sedikit dana untuk program PIBG tetapi malangnya apabila saya minta untuk hadir bersama, bukan hendak memberi sebarang ucapan sekadar hadir sahaja tidak dibenarkan. Katanya ada pekeliling tidak dibenarkan. Jadi saya ingin penjelasan kalau semua Ahli Parlimen lain dibenarkan kenapa kami yang hanya sekadar untuk hadir, untuk sama-sama memberi idea, membantu pengembangan sekolah dan tidak ada niat sedikit pun untuk memberi ucapan politik dan sebagainya tetapi kenapa peraturan ini diberi sedangkan perkara ini untuk kita sama-sama membina, memantapkan sekolah. Minta penjelasan.
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Saya akan sampai tentang aspek itu. Akan tetapi ingin saya terangkan Kementerian Pelajaran kita sedar beban kewangan yang patut ditanggung oleh PIBG dan memandangkan kegawatan ekonomi, maka baru-baru ini Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan RM50 juta kepada semua PIBG melalui akaun sekolah yang mana untuk sekolah menengah, setiap pelajar mendapat RM10. Yang Berhormat wakil rakyat tidak kira dari pembangkang, sekolah mana ataupun di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sekalipun, kita memang berlaku adil kepada semua. Bermakna bagi sekolah menengah, pelajar setiap orang RM10 satu kepala dan PIBG itu akan menerima kalau pelajarnya 1,000 orang bermakna dana yang akan diterima oleh PIBG ialah RM10,000. Maka untuk sekolah rendah pula, kita memberi kadar RM8 satu kepala. Bermakna 1,000 orang pelajar bersamaan RM8,000 dana PIBG. Saya rasa inilah inisiatif yang diambil oleh KPM untuk kita membantu dan meringankan bebanan wakil rakyat kita semua.
Boleh mencelah, Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Sebelum menjawab soalan Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapa kami tidak dibenarkan hadir?
Saya sudah kata saya akan sampai ke aspek itu sekejap lagi, ya.
Saya ingat Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, biar saya yang jawab. Tidak apa... [Ketawa]
Belum Menteri.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, Yang Berhormat.
Ya, saya saja hendak ini. Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ucapkan terima kasih banyak kepada kerajaan. Semalam dan dua tiga hari lepas saya hadir tiga atau empat majlis PIBG. Bila kita bercakap Tuan Yang di-Pertua, kita menceritakan bagaimana peranan kerajaan. Bagaimana peranan kementerian membantu anak-anak. Semalam pun saya sebut. Sekarang ini kalau kita tengok Tuan Yang di-Pertua, buku-buku percuma semua diberi. Betul, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Semua diberi. Bukan saja anak orang Barisan Nasional malah juga pembangkang dan apa saja. PKR, PAS dan sebagainya. Saya pohonlah, Yang Berhormat Timbalan Menteri kita ajar sikit Ahli-ahli Parlimen ini. Apa salahnya kalau kita pergi bercakap terima kasih kerajaan. Kita ucapkan, ”Anak-anak, ucapkan terima kasih kepada kerajaan kita yang memberi bantuan kepada kita”... [Tepuk] Tidak pernah bercakap pun.
[Bangun]
Kita ajar anak-anak muda ini, anak-anak kecil ini menghina dan memburukkan kerajaan. Apa yang Kerajaan Barisan Nasional buat. Itu yang saya marah, Tuan Yang di-Pertua.
Siapa yang...? Kita sekarang bercakap mengenai...
Yang Berhormat.
...PIBG, Yang Berhormat. Tiba- tiba ke lain pula soalannya.
PIBGlah ini, PIBG. Nanti, nanti.
Ini sudah di luar topiknya.
Tidak. Saya bercakap realiti. Sebab itu anak-anak kecil ini kita ajar supaya berperilaku baik. Berterima kasih kepada orang tua-tua. Terima kasih kepada kerajaan. Yang tidak betul Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau tidak beri bantuan kepada sekolah saya marah. Saya akan sokong kerana saya marah. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mohon penjelasan.
Yang Berhormat, ini satu tuduhan ini.
Yang Berhormat kata, “Orang memberi kita merasa, Orang berbudi kita berbahasa”... [Tepuk] Memang benar Kementerian Pelajaran menyediakan RM3 bilion setiap tahun untuk wang Skim Bantuan Tuisyen, Rancangan Makanan Tambahan, Biasiswa Persekutuan dan sebagainya. Kita memberi banyak dan ini adalah satu hakikat yang tidak dapat dinafikan. Saya menerima baik cadangan kalau ada pihak yang mengatakan kerja yang dilakukan oleh kementerian ini satu hasrat murni. Kita ucapkan terima kasih kepada mereka yang bersyukurlah.
Untuk maklumat Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dan Yang Berhormat...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta. Saya cuma hendak mengatakan di sini memang kita berterima kasih kepada kerajaan di atas pertolongan. Itu tidak ada masalah. Itu adalah tanggungjawab Yang Berhormat Timbalan Menteri dan tanggungjawab kerajaan. Persoalan Yang Berhormat daripada Rantau Panjang tadi ialah kenapa Ahli Parlimen daripada pembangkang tidak dibenarkan bersama meraikan bersama-sama dengan PIBG.
Tidak, sekejap.
Itu persoalannya tadi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Lebih baik daripada yang menjawab di sana.
Yang Berhormat, saya akan sampai ke situ. Saya tidak akan lari sebarang soalan. Untuk maklumat Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dan Yang Berhormat Rantau Panjang, mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib yang dipelajari oleh semua murid beragama Islam.
[Bangun]
Dalam mata pelajaran tersebut telah dimasukkan pelbagai aspek berkaitan agama Islam termasuklah aspek akidah. Berhubung dengan dakwaan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu mengenai pengedaran komik yang bersalahan fakta dengan ajaran Islam di kawasan Ampang.
Mohon penjelasan. Maaf, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum pergi ke topik lain. Saya mendengar dengan tekun tadi dengan jawapan berkenaan PPSMI tapi saya hanya dapat lebih kurang satu ayat saja. Saya menyebut dalam perbahasan minggu lepas tentang keputusan The Trends in International Mathematics and Science atau TIMS. Bagaimana pelajar Malaysia melihatkan kemerosotan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik sejak diperkenalkan PPSMI. Saya bagi perbandingan antara tahun-tahun sebelumnya semasa menggunakan bahasa Melayu dan selepas dalam bahasa Inggeris. Apakah langkah-langkah yang pihak kementerian akan ambil untuk memperbaiki dimensi ataupun keputusan ini dan memastikan pemantauan yang efektif dijalankan? Ini kerana saya tahu banyak insentif yang diberikan oleh kementerian untuk memastikan PPSMI ini berjaya. Contohnya satu saja, Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) yang dulunya diberikan kepada guru-guru PPSMI berdasarkan kelulusan. Sebanyak 5 peratus tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah dan 10 peratus untuk mereka yang berkelulusan diploma. Akan tetapi kita tidak tahu sama ada para guru ini membelanjakan wang BISP tersebut untuk memperbaiki tahap pengajaran mereka. Jadi saya harap pertama, apakah langkah-langkah untuk memperbaiki keputusan TIMS dan kedua pemantauan yang dapat dilakukan? Terima kasih.
Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat lambat masuk tadi.Akan tetapi cuma satu minit saja saya jawab soalan Yang Berhormat. Sebenarnya rujuk kepada Hansard, apa yang kita bincang tentang BISP telah pun setelah panjang lebar dibincangkan termasuk cadangan juga. Kedua, apa Yang Berhormat sebut tentang TIMS ini sebenarnya ada pihak yang cuba membuat satu hipotesis tentang pelaksanaan PPSMI dan membuat satu correlation antara PPSMI dengan Laporan TIMS. Namun sebagai bekas penyelidik, kita tidak boleh membuat sebarang andaian dan hipotesis. Saya tidak mengatakan benar ataupun tidak. Apa yang saya katakan, usaha kita sekarang ialah kita menunggukan report itu bila dikeluarkan secara satu persatu kita lihat secara objektif dan jangan kita membuat sebarang andaian tentang correlation lemahnya Sains dan Matematik disebabkan kononnya PPSMI. Saya rasa andaian dengan hipotesis yang perlu kita buat macam itu mungkin kurang saintifik pada waktu ini tanpa merujuk kepada counter report tersebut. Jadi saya akan. Saya sudah jauh...
Tambah sedikit saja Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya saya faham kita tidak boleh membuat andaian hipotesis berdasarkan kemampuan kita sendiri. Akan tetapi penting untuk melihat bagaimana Malaysia kalau kita bandingkan dengan negara-negara lain jelas merosot dalam bidang Sains dan Matematik. Jadi saya bukan hendak mengatakan bahawa segala-gala yang dilakukan oleh kementerian itu gagal.
Akan tetapi janganlah sampai kita tidak mahu dengar dan tidak mahu lihat keputusan yang jelas ada di mata kita. Jadi bila sudah ada keputusan TIMS ini sebagai penanda aras antarabangsa, saya kira perlu ada sedikit keterbukaan atau sikap merendah diri untuk mengatakan, “Ya, memang ada perlunya kita merombak semula.”
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat rujuk Hansard saya pernah cakap. Saya kata memang ada ruang untuk kita mempertingkatkan. Tidak ada denial syndrome dalam hal ini. Secara terus saya kata ia perlu dipertingkatkan berdasarkan kepada counter report yang akan dikeluarkan. Saya terus kepada topik yang terakhir ini. Beberapa perkara lagi. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu mengenai komik yang bersalahan fakta dengan ajaran Islam di kawasan Ampang. KPM akan menyiasat dakwaan tersebut dan berharap jika Ahli Yang Berhormat mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut, sila berhubung dengan pihak kami atau pihak JAKIM. Mengenai saranan Yang Berhormat Kepong supaya KPM mengambil bahagian dalam program kesedaran mengenai HIV AIDS, pihak kementerian menerima baik cadangan tersebut dan akan mencari kaedah terbaik untuk melaksanakan program tersebut secara berkesan. Berhubung dengan dakwaan Yang Berhormat Muar berkaitan dengan penglibatan pelajar dalam kempen pilihan raya di Kuala Terengganu dan demonstrasi yang melibatkan pelajar sekolah di Kuantan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota. Kementerian akan mengambil tindakan yang tegas terhadap perkara tersebut kerana kita semua menyedari bahawa murid-murid tidak wajar digunakan sama ada untuk terlibat dengan politik mana-mana pihak atau sebarang demonstrasi yang boleh merosakkan imej institusi pendidikan.
[Bangun]
Mengenai dengan isu penglibatan ahli politik.
Yang Berhormat Kepong bangun, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya merasa gembira kementerian akan mengambil berat mengenai langkah-langkah untuk mencegah HIV AIDS. Boleh kah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini mengenai program atau skim susu sekolah? Kalau tahun lepas kita memperuntukkan lebih RM26 juta untuknya kerana sebenarnya untuk program-program makanan itu, lebih RM200 juta.
Susu rendah lemak itu.
Bolehkah Yang Berhormat memberitahu kita semua bagaimana pihak kementerian memantau skim-skim seumpama ini supaya wang itu tidak dibazirkan dan juga tidak wujudnya masalah-masalah yang menjejaskan pelajar.
Terima kasih Yang Berhormat, mungkin jauh sedikit dari HIV, susu tidak ada kena mengena dengan HIV, tetapi...
Saya ada bangkit, saya ada bangkit.
...Ya, program susu sekolah, ianya sedang dinilai. Pihak Kementerian Pelajaran akan menerima laporan teknikal daripada Kementerian Kesihatan Malaysia tentang apa juga pengauditan yang dilakukan daripada kilang dan juga dari segi rangkaian pengedaran susu sampai ke sekolah. Sekiranya pihak Kementerian Kesihatan tidak puas hati maka kita tidak akan teruskan. Kalau ada clearance daripada Kementerian Kesihatan kita akan teruskan, itu pendirian kita. Jadi mengenai isu yang melibatkan ahli politik dari parti pembangkang dalam aktiviti sekolah. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh dan sebentar tadi Yang Berhormat Rantau Panjang. Setakat ini Kementerian Pelajaran tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan secara spesifik yang melarang Ahli Parlimen atau wakil rakyat pembangkang untuk menyertai ataupun memasuki sekolah untuk menyertai program.
Namun KPM menetapkan bahawa semua majlis rasmi di sekolah yang melibatkan majlis perasmian oleh orang-orang kenamaan ataupun individu-individu tertentu hendaklah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pengarah Pelajaran Negeri masing-masing terlebih dahulu untuk memastikan majlis yang dianjurkan bukan untuk tujuan politik serta tidak mengganggu pengajaran dan pembelajaran murid. Sila kalau ada hendak tanya.
Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Siapa?
Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Ya, terima kasih. Saya rasa ini, umpamanya apabila nak pergi ke sekolah untuk memberi peruntukan, adakah itu pun perlu memohon kebenaran? Itu yang pertama, yang kedua sekolah-sekolah di Pulau Pinang masih belum meletakkan gambar Ketua Menteri Pulau Pinang di sekolah kerana diberitahu tidak boleh meletakkan gambarnya. Adakah ini arahan dari kementerian ataupun inisiatif sekolah-sekolah sendiri dan kalau itu tidak mengikut politik kerana Ketua Menteri itu pun dipilih oleh rakyat juga dan dia patut diiktiraf oleh semua sekolah dari Pulau Pinang. Mengapa tidak boleh meletak gambar Ketua Menteri?
Yang Berhormat Bukit Mertajam, ingin saya menjelaskan bahawa satu perkara. Kita memang memberi arahan kepada semua institusi pendidikan. Gambar Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong adalah wajib bersama dengan gambar Raja Permaisuri Agong, termasuk juga Sultan-Sultan Negeri ataupun Yang di-Pertua. Itu adalah wajib kerana Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Yang kedua, oleh kerana institusi pendidikan ini adalah bidang kuasa Persekutuan, maka kita minta supaya sekolah meletakan gambar Perdana Menteri. Okey, mungkin Yang Berhormat akan tanya adakah gambar Ketua Menteri, Menteri Pelajaran itu wajib? Jawapan saya, Yang Berhormat Menteri, saya sendiri kalau pergi ke sekolah kalau gambar dia tidak digantung di sekolah, dia tidak marah kerana itu bukan satu perkara wajib. Kalaulah sekolah itu menggantung gambar beliau, itu merupakan satu pengiktirafan kepada beliau. Maka saya rasa dalam soal ini apa yang wajib itu patut dipatuhi, yang optional itu bergantung pada sekolah. Itu saya sudah semak dan itu adalah arahan secara spesifik yang kita berikan. Okey, Yang Berhormat Rantau Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih di atas jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma saya ingin penjelasan adakah penjelasan ataupun pekeliling dibuat kepada pihak sekolah ataupun Pejabat Pelajaran Negeri supaya pentafsiran terhadap arahan ini biar jelas. Sebab apabila kita sebagai wakil rakyat untuk semata- mata hadir, untuk bersama dalam majlis bukan untuk memberikan apa-apa ucapan tetapi tidak juga dibenarkan. Mengapa perkara ini berlaku dan kenapa double standard ini berlaku di kalangan pengetua-pengetua sekolah? Minta penjelasan.
Yang Berhormat, saya sekali lagi menegaskan di Dewan yang mulia ini bahawa, pihak Kementerian Pelajaran mempunyai pendirian yang tegas iaitu kita telah mengeluarkan satu surat yang di keluarkan oleh Ketua Pengarah mengulangi apa yang telah diarahkan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, iaitu bagi tujuan mempelawa ataupun menjemput orang-orang kenamaan ianya mesti mendapat persetujuan daripada Jabatan. Itu adalah satu perkara yang telah dihebahkan dan disebarkan kepada pihak sekolah pada 2004 iaitu ketika Allahyarham Tan Sri Abdul Rafie Mahat sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Bukannya oleh kerana Pakatan Rakyat telah ditakdirkan mengambil alih kuasa beberapa negeri, maka kita keluar satu surat dan Pekeliling Ikhtisas itu perlu dibaca dengan beberapa Pekeliling Ikhtisas termasuklah Pekeliling Ikhtisas pada tahun 1989. Untuk makluman Ketua Pembangkang ketika itu adalah Menteri Pendidikan. Jadi, saya rasa surat pekeliling ini dikeluarkan bukanlah satu perkara yang baru.
Kalaulah macam contoh di sini, kalau seorang mempelawa ketua kerajaan, satu, kalau tidak mengikut saluran yang betul akan wujudnya upset protocol yang mana kalau kita lihat sekolah ini kalau tidak mematuhi protokol, macam mana Ketua Kerajaan Negeri iaitu Yang Berhormat Bandar Tun Razak, selepas dia berucap, tetamu kehormat adalah Ketua Pembangkang. Kalau kita lihat, Ketua Pembangkang bukannya Ahli Parlimen dari Selangor. Jadi itu memang ada unsur politik. Jadi saya rasa dalam soal ini wajarlah Kementerian Pelajaran mengeluarkan Pekeliling ini kalaulah hendak menjemput mana-mana orang datang ke sekolah seperti yang di lakukan oleh Yang Berhormat Batu Kawan ,Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, satu ketika dahulu dia nak berjumpa dengan sembilan SJK(T) kerana beliau adalah EXCO pendidikan. Kita benarkan tetapi pada asalnya kita tolak kerana hari yang ditetapkan adalah hari Rabu yang mana ia akan menjejaskan PNP. Beliau juga faham kalau kita kumpulkan semua daripada Seberang Perai datang dan menjejaskan beberapa jam untuk PNP, maka adalah satu perkara yang tidak elok. Selepas itu setelah kita berbincang dia hendak bagi cermin mata pada pelajar miskin, rezeki jangan ditolak, dia bagi pada hari Sabtu, jadi kita terima baiklah. Jadi saya rasa hendak buat secara tertib kita akan terima.
[Menyampuk]
Ini adalah penting, jadi tidak ada kata secara spesifik Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat ini tidak boleh masuk. Tidak ada, memang tidak ada. Kalau mana-mana pihak kata ada arahan tersebut, itu adalah satu pembohongan ya. Satu perkara yang tidak benar. Yang Berhormat Tenom telah meminta KPM menyemak semula kewajaran Bayaran Imbuhan Pendalaman (BIP) yang ditolak jika guru dan anggota kakitangan sokongan menerima Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK). Untuk makluman, anggota Perkhidmatan Awam termasuk yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran menerima BIP sebanyak 10 peratus daripada gaji pokok. Walau bagaimanapun, Pekeliling Perkhidmatan bilangan 2, 2007 telah menggariskan bahawa bagi kakitangan KPM yang layak menerima EKMLTK tidak lagi diberikan elaun BIP. Namun elaun yang diberikan adalah bergantung pada amaun yang lebih tinggi sama ada EKMLTK atau BIP. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahajalah yang dapat saya jelaskan mengenai perkara-perkara yang menyentuh Kementerian Pelajaran yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Perkara-perkara yang tidak sempat dijelaskan akan tetap diambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua dan dengan rendah hati saya mengucapkan terima kasih kepada semua dan menerima baik apa yang telah disarankan oleh yang berhormat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Batu Pahat,Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Putatan,Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Bakri serta Yang Berhormat Setiu yang telah membangkitkan perkara-perkara yang menyentuh mengenai bidang kuasa Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Batu Pahat berkenaan dengan isu kejatuhan harga komoditi getah sekarang ini. Sukacita dimaklumkan bahawa kementerian saya mengambil berat akan perkara ini dan telah mengatur beberapa tindakan segera untuk mengatasinya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kejatuhan harga getah bermula pada bulan Oktober tahun 2008 disebabkan oleh keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu berikutan masalah kewangan di Amerika Syarikat dan kemerosotan urus niaga pasaran-pasaran saham di seluruh dunia yang merebak dengan cepat. Selain daripada itu kadar penurunan harga getah juga dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti spekulasi yang dilakukan oleh spekulator-spekulator di pasaran hadapan getah asli iaitu National Rubber Future’s Market dengan izin. Pergerakan harga SMR 20 pada bulan Januari sehingga Februari tahun ini berada dalam lingkungan RM4.90 sehingga RM5.00 sekilogram. Pada paras harga getah SMR 20 sebanyak RM5.00, pekebun kecil yang mempunyai kebun seluas 2 hektar memperolehi pendapatan bulanan sebanyak RM950. Paras pendapatan ini adalah melebihi daripada paras kemiskinan PGK Malaysia yang ditetapkan RM700 sebulan. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan harga getah berada dalam keadaan stabil pada paras yang menguntungkan baik kepada pekebun kecil dan juga pengeluar- pengeluar produk getah, kementerian telah mengambil beberapa langkah antaranya membuat ketetapan dengan persetujuan negara-negara iaitu Indonesia dan Thailand untuk menyelaras dan mengurangkan jumlah eksport getah negara masing-masing melalui satu mekanisme yang telah dipersetujui bagi mengurangkan tekanan terhadap harga getah dan mengembalikan keyakinan pasaran. Kedua, kerajaan akan mempercepatkan perlaksanaan tanaman semula getah tua yang kurang produktif bagi memperlahankan keluaran getah negara. Pada tahun 2009 kerajaan menyasarkan seluas 32 ribu hektar kawasan getah ditanam semula. Dengan pendekatan ini dianggarkan 32 ribu sehingga 38 ribu tan metrik pengeluaran getah dapat dikeluarkan dalam pasaran. Tindakan yang sama juga akan diambil oleh pihak Indonesia dan Thailand bagi memperlahankan pengeluaran masing-masing. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya lebihan penawaran getah yang akan mempengaruhi harga getah dalam pasaran. Ketiga, selain itu kerajaan bagi tempoh jangka panjang, negara-negara pengeluar utama getah iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand telah bersetuju.
Penjelasan.
Beri laluan.
Sekejap. Bersetuju untuk mengawal pengeluaran harga getah negara masing-masing melalui satu skim yang dikenali sebagai Supply Management Scheme (SMS). Melalui skim ini kawasan tanaman getah sedia ada, tanaman baru, tanaman semula dipantau dan diselaraskan supaya jumlah pengeluaran getah oleh ketiga-tiga negara pengeluar getah utama ini seimbang dengan jumlah permintaan dunia. Langkah ini bertujuan untuk mengelak berlakunya lebihan penawaran getah yang akan dipengaruhi oleh harga getah di pasaran jua. Ya sila.
[Bangun]
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya ingin penjelasan. Saya mengucapkan tahniah atas usaha kerajaan untuk menstabilkan harga getah dan program-program yang dilaksanakan untuk membantu para pekebun kecil. Cuma persoalannya apabila kita melaksanakan program tanaman semula yang menjadi kesan jangka pendeknya dalam masa 6 tahun. Sebelum hasil getah dapat ditoreh maka masa inilah masa yang sangat teruk bagi para pekebun sebab masa ini mereka hilang pendapatan. Saya ingin penjelasan, apakah perancangan yang dibuat oleh pihak kementerian dalam masa 6 tahun selepas anak getah mula ditanam sehingga mendapat hasil ini apakah program- program yang disediakan oleh pihak kementerian terutama bagi pekebun kecil bagi menyara kehidupan anak-anak mereka, minta penjelasan?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin pandangan Yang Berhormat Menteri berhubung dengan usaha kerajaan dalam menstabilkan harga getah ini. tidak bolehkah kita memikirkan soal finish produk ataupun kita eksport finish produk dan kita meneroka pasaran- pasaran baru di negara yang masih lagi belum diteroka supaya menjamin bahawa kita tidak meletakkan kebergantungan pada beberapa negara tertentu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang dengan Yang Berhormat Arau.
Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Rantau Panjang, saya ingin sebut di sini apabila kita menggalakkan pihak pekebun kecil untuk menebangkan pokok-pokok yang sudah tua yang tidak produktif itu, kita akan membantu mereka untuk terutamanya tanam semula. Keduanya kita membela dan memelihara pokok- pokok yang sudah ditanam oleh pihak LGM bekerjasama dengan pihak pekebun kecil atau kontraktor supaya pokok-pokok yang ditanam itu terutamanya adalah daripada benih yang baik, klon yang baik. Kedua, kita akan bekalkan baja supaya pokok itu akan dipelihara dan bertumbuh dengan baik. Bagi pendapatan mereka, kita akan menggalak pekebun kecil itu untuk menanam tanaman yang lain seperti jagung dan lain-lain tanaman supaya mereka mendapat hasilan dalam tempoh 5 sehingga 6 tahun itu. Supaya mereka ini dapatlah satu kehidupan walaupun dalam masa menunggu pokok yang ditanam itu sampai dia satu tahap di mana pokok itu boleh ditoreh lagi.
Itu untuk menolong pihak pekebun kecil dalam skim ini, dan saya hendak tegaskan bahawa, kalau bukan semua pekebun kecil dapat dipilih dalam skim ini kerana kita perlulah dengan peruntukan yang terhad itu, kita kena pilih kawasan ke kawasan dan juga pihak yang ingin hendak kerjasama dengan pihak LGM dan juga kontraktornya adalah perlu juga disebut di sini, bahawa ada sesetengah pihak pekebun kecil yang tidak ingin bekerjasama dengan pihak LGM, apabila kita sarankan pokok mereka ditebang sebab terlalu tua. Bagi Yang Berhormat Arau, terima kasihlah tentang...
Sebelum Arau, boleh saya mencelah Yang Berhormat Menteri?
Yang Arau itu, hendak jawab pasal pencelahan tadi, Yang Berhormat Arau mencelah tadi.
Tuan Yang di-Pertua, benarkan saya mencelah di sini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, kita balik 9.30 malam Tuan Yang di-Pertua.
Ya, sembilan minit lagi Yang Berhormat.
Sembilan minit lagi Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya gunakan 9 minit ini untuk saya?
Bagus sembilan minit, Menteri habiskan penggulungan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, seorang Yang Berhormat yang bertanggungjawab, Menteri Kabinet yang saya hormatilah, Yang Berhormat Menteri berkata bahawa pekebun kecil akan dibantu kalau boleh menunggu hasil getah itu, dengan tanaman-tanaman kontan, jagung kah, kacang kah, ialah balik kampung tanam kacang. Jadi kementerian pun seluruh tanam kacang. Akan tetapi, untuk makluman Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat pun faham yang buat kerja di kampung ini Tuan Yang di-Pertua, semua dah umur tua-tua, dah tua, macam saya kah? Taklah. Macam Keponglah, macam Kepong. Umur tu, umur. Yang Berhormat Datuk dalam zaman kemelesetan ini dan apabila harga komuniti kita ini, harga mahsul, harga hasil mahsul getah, kelapa sawit yang tidak menentu ini, dengan beban harga barang yang mahal, kesusahan ini amat ketara di kampung-kampung, Yang Berhormat Datuk. Yang Berhormat Datuk pun fahamlah, orang Miri kan? Miri ini pun kampung hulu juga. Dalam Bajet Mini yang 10 hari bulan ini hendak dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, saya difahamkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, bahawa kita boleh mencadangkan kalau ada cadangan-cadangan yang bernas untuk membantu rakyat dalam Bajet Mini ini. Saya hendak minta Yang Berhormat Datuk Menteri, apakah ada cadangan- cadangan supaya kalau kewangan menjadi masalah, boleh tak dalam Bajet Mini yang akan dibentangkan 10 hari bulan ini, sebelum dibentangkan ini, masukkan perkara- perkara yang boleh membantu secara langsung, mungkin dengan wang ringgit yang macam mana kaedahnya, yang boleh disalurkan kepada pekebun-pekebun kecil yang memang dalam keadaan susah Yang Berhormat Datuk. Saya ulang sekali lagi, dalam keadaan susah, dalam keadaan susah, tiga kali saya ulang.
Ada atau tidak rancangan-rancangan, cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh kementerian Yang Berhormat Datuk untuk tindakan sebelum dibentangkan Bajet Mini ini oleh Yang Amat Berhormat Menteri kewangan, supaya dengan pembentangan itu nanti apabila mengambil kira cadangan daripada kementerian Yang Berhormat Datuk, bahawa kewangan itu dapat disalurkan terus kepada pekebun-pekebun kecil. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Datuk Menteri sabar mendengar, apa yang saya cadangkan.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, saya akan jawab sedikit nanti. Mengenai cadangan daripada Arau untuk kita menumpukan kepada produk yang hiliran ini, produk-produk hiliran dan juga menerokai pasaran baru. Memang cadangan ini baik, dan kita memang sebenarnya sudah mengambil langkah ini supaya industri getah kita ini, dalam negara ini akan menumpukan lebih banyak lagi usaha-usaha untuk mendapatkan industri hiliran yang berkaitan dengan produk-produk tambah nilai dan sebagainya supaya kita boleh jualkan kepada pasaran dunia. Ini memang satu kaedah yang sudah diambil dan kita akan menambahbaikkan lagi usaha-usaha ini, supaya kita dapat menstrukturkan industri getah ini, supaya ia dapat ikut aliran perdagangan dalam dunia. Mengenai cadangan daripada Sri Gading, tentang cadangan yang kita perlu ambil dalam Bajet Mini ini yang akan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, memang kita sebenarnya bukan sahaja bagi sektor pekebun kecil ini. Sebenarnya kita mempunyai cadangan-cadangan yang lain seperti menggalakkan eksport, kalau kita banyak barang yang kita binakan di dalam kilang-kilang kita, dan kita tidak ada pasaran, maka memang ada kerumitan untuk kita mendapatkan nilai wang tukaran asing, dan kita cadangkan bahawa kita kenalah mengembangkan lagi pengeksportan kita, dan kalau pasaran tradisional yang tidak minat lagi produk-produk daripada Malaysia ini, kita akan cari pasaran yang lain dan itulah satu kaedah yang kita rasa perlu kita meningkatkan eksport dari negara kita, bukan sahaja dari segi getah, sawit, koko, termasuk kayu-kayan dan lain-lain lagi. Itulah langkah-langkah yang kita ambil Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak terus menjawab tentang perkara-perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Pahat, yang membangkitkan isu tentang kejatuhan harga komoditi koko. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, harga koko turut dipengaruhi oleh permintaan dan harga di pasaran antarabangsa. Krisis ekonomi dunia turut memberi kesan kepada permintaan koko, namun harga koko semasa tidak berubah dengan mendadak. Ini sebahagiannya berpunca dari kekurangan bekalan biji koko kering dari negara-negara Afrika, yang disebabkan oleh perubahan cuaca yang telah mempengaruhi pengeluaran biji koko di rantau itu. Harga koko kini selesa di paras antarabangsa RM6,500 setan sehingga RM8,400 setan. Harga ini masih menguntungkan, terutamanya pekebun kecil yang mempunyai purata kos pengeluaran yang rendah iaitu pada kadar RM3,000 setan, berbanding dengan sektor estet, pada kadar purata RM4,800 setan. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan pekebun kecil memperoleh amalan pertanian terbaik untuk meningkatkan produktiviti mereka, kementerian ini melalui pegawai perkembangan iaitu extension officer dengan izin, di Lembaga Koko akan memberi tunjuk ajar mengenai teknik penanaman dan penjagaan pokok koko.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, boleh habis dalam masa 15 minit Yang Berhormat?
Tidak ada.
Baiklah, kita sambung esok.
Ya, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Selasa 3 Mac 2009. Dewan ditangguhkan pada pukul 9.30 malam.