Dewan Rakyat · 16 March 2009

15th Parliament, session 2, meeting 1 · 940 turns · 72,774 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Salleh KalbiUMNO · BNSilam · question

1. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, bagaimanakah Belanjawan 2009 akan menggalakkan kemasukan pelaburan IKS-IKS luar negeri ke negara kita memandangkan mereka harus menjadi sasaran kerajaan untuk merancakkan lagi pemindahan teknologi dan R&D di negara kita.

Dato’ Jacob Dungau SaganSPDP · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II · Baram

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Belanjawan 2009 yang telah diumumkan pada bulan Ogos 2008 telah menggariskan pelbagai insentif dan langkah-langkah bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi secara amnya dan pembangunan sektor-sektor tertentu seperti perkilangan, pertanian dan juga industri kecil dan sederhana. Namun demikian Belanjawan 2009 telah tidak menggariskan sebarang program khusus bagi IKS-IKS luar negeri milikan asing untuk menjalankan perniagaan di Malaysia. Insentif-insentif yang ditawarkan memberi keutamaan kepada pembangunan IKS- IKS tempatan. Di antara insentif yang sedia ada bagi IKS adalah taraf perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100 peratus daripada pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun atau elaun cukai pelaburan 60 peratus ke atas perbelanjaan modul yang layak ditanggung dalam lima tahun. Elaun ini boleh dioffsetkan dengan 100 peratus pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran dan mana-mana elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun hadapan. Di samping itu kerajaan juga menawarkan pelbagai geran dan pinjaman mudah kepada IKS melalui SMIDEC dan juga beberapa kementerian lain yang kebanyakannya memberi keutamaan kepada IKS tempatan. Walau bagaimanapun, geran bersamaan bagi persijilan dan sistem pengurusan kualiti oleh SMIDEC juga ditawarkan kepada IKS tempatan yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 40 peratus. Sehingga Disember 2008, SMIDEC telah meluluskan sejumlah RM461,670 kepada lapan IKS tempatan yang mempunyai 40 peratus pegagan ekuiti dari Jepun. Tuan Yang di-Pertua, di samping itu SMIDEC telah menandatangani lima perjanjian persefahaman MoU dengan negara-negara seperti Korea, Thailand, Jepun, Syria dan akan menandatangani MoU dengan Oman dan Turki. Tujuan MoU antara lain adalah bagi menggalakkan integrasi dagangan antara IKS tempatan dan IKS dari luar negara. Antara program yang dilaksanakan di bawah MoU adalah penyertaan IKS luar negara ke pameran dagangan tempatan, seminar tentang pendedahan peluang-peluang perniagaan di Malaysia kepada usahawan wanita luar negara dan penganjuran misi dagangan bersama. SME Conference and Expo 2007, di bawah inisiatif Indonesia- Malaysia-Thailand Growth Triangle telah diadakan pada Disember 2007 di Pulau Pinang. Acara ini telah menyumbang ke arah kerjasama yang lebih rapat dan rangkaian perniagaan antara IKS dari Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Dato’ Jacob Dungau SaganSPDP · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II · Baram

Kini SMIDEC dalam proses perbincangan dengan Office of SME Promotion, Thailand, bagi menganjurkan pameran tersebut di Bangkok, Thailand. Selain daripada itu, kita juga menjalankan program dengan negara-negara OIC seramai 29 peserta dari 12 negara-negara Ahli OIC seperti Afghanistan, Algeria, Brunei, Indonesia, Iran, Jordan, Maldives, Morocco, Oman, Palestin, Turki dan Yemen telah menyertai program Malaysia Technical Corporation Program iaitu Training Program for Women Entrepreneurs pada 12 hingga 13 Jun 208 di Kuala Lumpur. Program ini mendedahkan pengetahuan tentang kerjasama perniagaan yang boleh diceburi oleh usahawan wanita. Para peserta program tersebut juga telah menyertai East Asia SME Convention, pameran perdagangan dan sesi pemadanan perniagaan atau business matching semasa penganjuran SMIDEC 2008. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Apabila kita lihat peranan IKS dalam negara kita memang sangat penting iaitu lebih kurang 99 peratus jumlah perniagaan yang berdaftar di negara kita ini ialah daripada IKS, kemudian ia menyumbang kepada 56 peratus dari segi jumlah pekerjaan dan kalau KDNK negara, ia menyumbang kepada pertumbuhan 32 peratus. Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua, bagaimana dan apakah usaha- usaha pihak kementerian untuk membangunkan IKS-IKS yang terdapat di kawasan Wilayah Pembangunan Sabah Koridor (Sabah Corridor), Wilayah Pembangunan Iskandar dan Ekonomi Koridor Utara sebab kita melihat bagaimana IKS ini sangat penting dari segi pertumbuhan ekonomi negara kita di masa akan datang. Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Silam. Kenyataan yang diberikan oleh Yang Berhormat tadi memang amat betullah kerana 99.2 peratus syarikat yang ada di negara ini adalah dari bidang IKS. Begitu juga sektor ini dapat memberi pekerjaan kepada 56 peratus pekerja-pekerja di negara kita. Jadi setakat ini memang amat penting kita akan menjalankan beberapa program untuk menjamin bahawa IKS ini tidak tertinggal dari arus pembangunan dan juga dari beberapa insentif-insentif yang kita perlu buat supaya mereka ini dapat bersama-sama bersaing maju ke hadapan. Jadi oleh sebab itu, SMIDEC telah menubuhkan beberapa pejabat yang baru. Di Sabah dan Sarawak, memang SMIDEC sudah mempunyai para pegawai yang menjaga di kawasan-kawasan tersebut. Ini termasuk koridor-koridor di Sabah. Pegawai tersebut ditempatkan di Kota Kinabalu, begitu juga di Kuching pegawai SMIDEC itu ditempatkan di Kuching itu sendiri dan juga di Semenanjung Malaysia kita telah baru-baru mungkin tahun ini akan menubuhkan pejabat-pejabat SMIDEC di beberapa kawasan di negeri-negeri yang ada di Semenanjung Malaysia termasuk di negeri Pahang, Terengganu, Kedah dan yang lain-lain lagi saya rasa sampai enam pejabat yang baru akan ditubuhkan. Kesemua ini bertujuan untuk memberi khidmat nasihat dan juga untuk membantu EKS yang mempunyai masalah lebih-lebih lagi masa kemerosotan ekonomi yang kita hadapi sekarang supaya mereka ini dapat mengubahsuaikan pengurusan mereka ataupun menjadualkan jika pihak yang mempunyai masalah di dalam membayar pinjaman mereka untuk membantu IKS ini supaya dapat menjadualkan lagi pembayaran balik pinjaman mereka dengan bank-bank yang lain. Jadi ini termasuk semua dalam satu pakej outreach program yang akan dijalankan oleh SMIDEC pada masa-masa akan datang lebih-lebih lagi dalam keadaan yang ada sekarang bagi kita. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, nilai eksport pada Januari 2009 telah jatuh sebanyak 27.8 peratus berbanding tahun lepas. Kelembapan eksport ini telah menyebabkan IKS-IKS di Malaysia berada dalam keadaan yang cukup muram. Berdasarkan situasi sebegini, saya ingin bertanya kenapakah masalah eksport tidak disemak secara teliti dalam pakej rangsangan yang dikemukakan pada 10 Mac yang lalu? Begitu juga syarikat besar seperti Proton yang mengalami kerugian diperuntukkan sebanyak RM200 juta dalam bentuk dana pembangunan automobil.

Dan juga sebanyak RM5,000 subsidi diberikan sebarang pembelian kereta tempatan sedangkan IKS-IKS tempatan tidak diberikan perhatian. Mohon jawapan, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Kuala Langat. Perubahan sedikit, bukan Hulu Langat.

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tersebut. Kerajaan memang sangat prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pihak IKS ini termasuk syarikat-syarikat seperti Proton dan juga syarikat-syarikat besar yang lain yang menyumbang banyak kepada ekonomi negara. Jadi dalam bajet mini yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mac lalu, beliau telah menyatakan bahawa akan mengagihkan sebanyak RM11.752 bilion kepada sektor IKS pada tahun 2009 dan 2010. Ia tidak hanya tertumpu kepada industri berteknologi tinggi sahaja malah memecahkan kepada sektor- sektor teknologi tinggi yang lebih khusus lagi. Begitu juga semua tindakan yang diambil dengan adanya pinjaman-pinjaman dan juga geran-geran yang diberi kepada IKS ini yang memang tertumpu untuk membaik pulih lagi industri-industri IKS ini yang mempunyai masalah. Walaupun demikian MITI dan juga SMIDEC akan terus berusaha untuk menjamin bahawa IKS-IKS yang mempunyai masalah itu dapat menghadapi masalah mereka pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Azan bin IsmailPKR · PRIndera Mahkota · question

2. Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, berapakah peruntukan perbelanjaan untuk program TEKUN Rakan Niaga 2008 dan 2009 serta bagaimanakah kaedah pelaksanaannya.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, program TEKUN Rakan Niaga merupakan kerjasama strategik di antara TEKUN Nasional dengan syarikat yang kukuh ataupun bona fide dan berdaya maju dalam sesuatu bidang perniagaan untuk berkongsi kejayaan bagi tujuan seperti berikut: (i) untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya maju; (ii) mewujudkan peluang-peluang perniagaan kepada bakal-bakal usahawan melalui khidmat bimbingan dan juga sokongan; (iii) membiayai usaha niaga yang boleh berdaya maju; dan (iv) memajukan bagi syarikat-syarikat Rakan Niaga yang menyertai program ini. Pembiayaan TEKUN Rakan Niaga tidak mempunyai peruntukan khusus. Sebaliknya semua perbelanjaan adalah menggunakan peruntukan dana pembiayaan sedia ada. Pada tahun 2008, sebanyak 1,321 pembiayaan berjumlah RM25.4 juta telah diluluskan di bawah program ini dan dalam bulan Januari 2009 sahaja sebanyak 67 pembiayaan berjumlah RM1.17 juta telah diluluskan. Sehingga Januari 2009, sebanyak 67 syarikat Rakan Niaga telah dilantik untuk menjayakan program ini. Syarikat-syarikat tersebut adalah dalam bidang industri makanan dan minuman, kecantikan dan kesihatan, jualan langsung, pertanian dan industri asas tani, komunikasi dan teknologi maklumat atau ICT, peruncitan dan perdagangan, penternakan, akuakultur dan juga perkhidmatan. Melalui program ini peranan dan tanggungjawab syarikat Rakan Niaga telah diminta supaya menyediakan konsep perniagaan termasuk khidmat nasihat imej perniagaan, susun atur premis perniagaan, memilih usahawan yang berpotensi dan komited, melatih dan membimbing bakal usahawan secara berterusan. Terima kasih.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan kepada laporan belanjawan yang lalu, TEKUN telah diperuntukkan sebanyak RM536 juta untuk diagihkan kepada usahawan-usahawan dan menaja program mereka.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya hendak tanya kepada kementerian, kewajaran jumlah sebanyak ini dan dua hari lepas pihak Menteri mengumumkan, mensyaratkan supaya bakal pemohon ini mesti diwajibkan mendaftar syarikat atau sekurang-kurangnya syarikat milik tunggal. Saya hendak tanya apakah kewajaran polisi ini? Adakah kerana kegagalan atau masalah kepada allocation yang lalu dengan izin, atau pun ada masalah-masalah lain yang perlu kita ketahui? Saya juga hendak tanya kewajaran kementerian di bawah Yang Berhormat membuat keputusan membeli suit angkasawan RM158,000 yang hendak dilupuskan itu berbanding dengan kita menggunakan peruntukan tersebut untuk membantu usahawan kita sekarang ini yang macam hendak naik sawan. Terima kasih.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai pembayaran oleh TEKUN, kita dapati bayarannya boleh dikatakan baik kerana dari segi NPL kita dapati 14.3 peratus. Yang keduanya kita boleh lihat kejayaan yang boleh dicapai di bawah TEKUN apabila pada tahun 2006 sehingga 2008, kita dapati ada usahawan yang telah menerima pembayaran ulangan. Ertinya usahawan ini belum lagi habis bayar tetapi kita tambah lagi bayarannya kerana dilihat daripada kejayaan mereka berniaga. Daripada perangkaan yang ada pada kita seramai 11,394 orang iaitu jumlah wang yang dibiayai sebanyak RM161,341,000.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini menunjukkan ada seramai 11,394 usahawan yang berjaya dalam tempoh tiga tahun ini sahaja. Namun demikian, kita masih lagi tidak berpuas hati dengan NPL ini kerana kita yakin kalau usahawan-usahawan ini diberikan kursus-kursus asas wajib seperti asas- asas perniagaan, perakaunan dan juga menekankan kewajipan membayar hutang dari segi pandangan agama. Jadi, kita harap ia akan dapat mengurangkan lagi NPL kerana TEKUN ini adalah merupakan tabung pusingan. Kalau peminjam asal tidak bayar, maka sudah tentu peminjam yang berikutnya tidak akan menikmati dengan apa yang telah diberikan kepada peminjam yang lebih dahulu. Oleh kerana itulah kita mewajibkan kursus ini pun selama dua hari. Kedua, soalan ini terkeluar tetapi saya boleh jawablah. Ia mengenai kita hendak membeli space suit Dr. Sheikh Muszaphar. Ini yang pertamanya kerana Dr. Sheikh Muszaphar ini ialah produk daripada Maktab Rendah Sains MARA. Keduanya, kita lihat tidak ada kesan sejarah yang ditinggalkan kerana itu kita di MARA sendiri ada niat iaitu Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT). Di mana kita merancang untuk pakaian ini nanti kita akan buat galeri sama ada di muzium MARA ataupun di MIAT ini supaya memberikan galakan kepada pelajar-pelajar lebih berminat untuk belajar di dalam bidang aerospace. Lebih penting sekali ialah kita hendak menjadikan pakaian ini sebagai bahan sejarah kerana nilai sejarah yang membuktikan bahawa anak Malaysia pertama yang sampai ke angkasa lepas yang mana saya ingat pada masa akan datang pun mungkin susah kita dapat. Kesan sejarah ini penting. Macam parti PKR juga. Walaupun “kerajaan di bawah pokok” pun hendak buat juga pulak itu untuk kesan sejarah! Jadi, samalah... [Disorak] Lebih baik kita membuat sejarah yang memberikan khidmat kepada negara daripada buat kesan sejarah “Kerajaan Pasola” di bawah pokok ini. Terima kasih.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Keputusan kementerian memberikan kuasa kepada pegawai peringkat daerah meluluskan peruntukan di bawah RM10,000 adalah merupakan keputusan yang tepat dan dapat merangsang ekonomi dengan baik di peringkat kampung. Namun demikian, dengan kenaikan harga barang yang mendadak sekarang bolehkah kementerian menimbangkan supaya tahap itu dinaikkan ke RM20,000 bagi membolehkan lebih banyak lagi modal-modal ini dapat disalurkan kepada usahawan. Bolehkah kementerian melantik secara kontrak golongan- golongan profesional yang menjadi pakar bagi menasihati usahawan-usahawan kita di peringkat kampung-kampung? Terima kasih.

Dato' Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih, Yang Berhormat. Ada dua soalan. Pertama mengenai penurunan kuasa yang kita berikan kepada pegawai-pegawai TEKUN di setiap kawasan Parlimen.

Dato' Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini supaya memastikan permohonan-permohonan TEKUN dan mendapat kelulusan dengan segera di bawah RM10,000. Cadangan Yang Berhormat untuk naikkan RM20,000 ini saya kena timbangkan kerana peruntukan tambahan di dalam mini bajet yang diumumkan ini TEKUN hanya dapat RM50 juta sahaja. Saya hendak memaklumkan bahawa TEKUN ini juga tidak ada peruntukan mengurus. Jadi, di situlah duit mengurus, di situlah juga duit untuk pembiayaan dengan hanya dikenakan kos pengurusan sebanyak 4 peratus. Dulu sebanyak 8 peratus sekarang ini kita turunkan kepada 4 peratus. Buat setakat ini Yang Berhormat Jempol, kita dapati RM10,000 cukup memadai buat masa ini dan kalau diperlukan nanti mungkin akan tambahkan seperti Yang Berhormat cadangkan. Kedua, mengenai pengurusan dan lantikan profesional untuk memberi bimbingan kepada usahawan-usahawan kecil di kampung-kampung. Ini mungkin sukar hendak kita laksanakan. Oleh sebab itulah kita melantik tadi itu dengan memperkenalkan rakan niaga di mana rakan niaga seperti yang saya nyatakan tadi syarikat yang telah berjaya dilantik untuk memberikan bimbingan dan nasihat kepada usahawan-usahawan yang baru yang ingin menjadi rakan niaga kepada syarikat yang telah berjaya. Jadi, dengan adanya sistem rakan niaga kita lihat syarikat-syarikat yang berjaya ini bukan sahaja dapat membimbing usahawan-usahawan yang baru yang telah dilahirkan di bawah anchor ataupun di bawah syarikat-syarikat yang besar ini tetapi kita dapati bahawa syarikat anchor ini tadi ia dapat memastikan segala produk yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan yang dibina di bawah syarikat anchor ini telah dapat dibeli dan masalah pasaran tidak ada masalah. Oleh sebab itu kita memperbanyakkan lagi sistem rakan niaga ini kerana itu lebih berkesan dari segi membimbing usahawan-usahawan yang baru. Terima kasih.

Baharum bin MohamedUMNO · BNSekijang · question

3. Datuk Baharum bin Mohamed [Sekijang] minta Menteri Kewangan menyatakan, berapakah jumlah syarikat-syarikat kelolaan Khazanah Nasional yang telah mendapat untung pada tahun 2008. Berikan data-data mengikut susunannya.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Lumut

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, daripada sembilan buah syarikat berkaitan kerajaan ataupun GLC yang dikuasai oleh Khazanah dan tergolong dalam 20 GLC terbesar yang tersenarai atau disebut G-20, lapan buah GLC telah mencatatkan keuntungan dalam tahun kewangan 2008. Butiran-butiran keputusan kewangan GLC-GLC yang telah dicatatkan keuntungan dalam tahun kewangan 2008 adalah seperti berikut: | SYARIKAT-SYARIKAT GLC | JUMLAH KEUNTUNGAN (RM/JUTA) | TAHUN KEUNTUNGAN | |------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------|----------------------------------------------------------------|--------------------------------------------| |Tenaga Nasional Berhad Bumiputera Commerce Holding Berhad. Telekom Malaysia Berhad TM International Malaysia Airports Holdings Berhad MAS PROTON UEM World Berhad|2,594.00 1,952.04 791.90 497.98 305.20 244.31 184.55 80.37|2008 ” “ “ “ “ " Setengah tahun pertama 2008|<END_TABLE_MARKER>

Datuk Baharum bin MohamedUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Kita mengucapkan tahniah kepada Khazanah yang telah mencatatkan keuntungan dan syarikat-syarikat di bawahnya yang telah mencatatkan keuntungan berbilion ringgit tadi. Walaupun kita mementingkan dari segi keuntungan ini Tuan Yang di-Pertua, tetapi dari segi kesetiaan ataupun dari segi loyal nya juga harus diambil kira. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, mengapakah banyak syarikat milik Khazanah dan ramai pekerjanya yang tidak menyokong Kerajaan Barisan Nasional? [Disampuk] Eh, diamlah.

Datuk Baharum bin MohamedUMNO · BNSekijang

Sedangkan mereka ini menikmati pelbagai kemudahan dari kerajaan misalnya, gaji, elaun yang tinggi berbanding dengan kakitangan kerajaan sendiri ataupun berbanding dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun mereka lebih tinggi lagi. Adakah kerajaan bercadang untuk menutup syarikat-syarikat yang sebegini dan digantikan dengan syarikat baru ataupun kementerian tidak mahu mengakui kesilapan- kesilapan yang dilakukan dengan melantik CEO-CEO yang tidak bertanggungjawab. Saya pohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya memang tidak bersetuju dengan kata-kata Yang Berhormat bahawa pegawai CEO syarikat GLC khasnya di bawah Khazanah itu tidak menyokong kerajaan dan untuk saya mereka ini semua...

Saya cakap bukan semua, ramai, Timbalan Menteri.

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

Jadi untuk saya mereka ini menjalankan tugas sebagai CEO dengan bertanggungjawab untuk mempertahankan prestasi dan performance syarikat- syarikat di bawah jagaan mereka. Dalam tugas, mereka juga menjaga corporate social, responsibility untuk rakyat di negara kita. Jadi, untuk saya pada amnya kita puas hati dengan performance CEO-CEO syarikat Khazanah.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tertarik dengan persoalan oleh Yang Berhormat Sekijang tadi. Saya ingin mohon penjelasan, adakah yang dimaksudkan dengan kesetiaan tadi mungkin yang tersirat ialah yang dicadangkan supaya CEOs GLC ini di kalangan Ketua Cawangan UMNO ataupun Ketua-ketua Bahagian Barisan Nasional. Mohon penjelasan kerana saya membicarakan tadi aspek performance, mohon penjelasan.

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

Tuan Yang di-Pertua...

Tidak payah jawablah, tidak payah jawablah.

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat soalan itu adalah di luar tajuk, saya tidak jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Menteri berhak tidak menjawab soalan-soalan yang tidak ada relevan Yang Berhormat.

Manogaran a/l MarimuthuDAP · PRTelok Intan · question

4. Tuan M. Manogaran [Telok Intan] minta Menteri Kesihatan menyatakan, adakah kerajaan akan menggalakkan orang ramai supaya lebih mengamalkan makanan sayur- sayuran dan mengurang atau mengelakkan memakan daging yang tidak sesuai untuk manusia dari segi kesihatan, etika dan sains.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNMenteri Kesihatan · Bentong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kerajaan sememangnya menggalakkan orang ramai supaya mengambil lebih sayur-sayuran dalam hidangan mereka dan rakyat digesa untuk memakan makanan seimbang. Mengikut panduan diet Malaysia dan juga piramid makanan seperti mana yang kita semua sedia maklum, aras pertama makan paling banyak adalah biji-bijirin, aras yang kedua makan buah-buahan dan sayur-sayuran dan aras ketiga protein dan aras keempat lemak dan gula diambil dalam kuantiti yang sedikit. Bagi sayur-sayuran perlu diambil dengan banyak setiap hari, digalakkan mengambil sekurang-kurangnya tiga hingga lima hidangan sayur-sayuran setiap hari bersamaan dengan satu hingga dua cawan sayur-sayuran yang telah dimasak. Ini kerana sayur-sayuran membekalkan pelbagai jenis vitamin dan mineral termasuk vitamin ‘A’, vitamin ‘C’ dan asid folic. Vitamin dan mineral yang terkandung dalam sayur-sayuran ini dapat membantu mengelakkan jangkitan dan penyakit. Selain daripada itu sayur-sayuran juga kaya dengan serat. Selain boleh mengelakkan sembelit, serat boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan paras kolesterol dalam darah.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNMenteri Kesihatan · Bentong

Bagi menggalakkan pengambilan sayur-sayuran di kalangan masyarakat Malaysia, pelbagai pendekatan telah diambil. Ini termasuk bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam penyediaan bahan-bahan promosi sayur-sayuran. Yang terbaru Kementerian Kesihatan telah menjalankan aktiviti promosi pemakanan sihat termasuk menggalakkan pengambilan sayur-sayuran dalam Malaysian Agriculture Horticulture Exhibition - MAHA 2008. Usaha mendidik masyarakat supaya mengamalkan pengambilan sayur-sayuran semenjak kanak-kanak lagi, Kementerian Kesihatan telah menjalankan projek perintis di kantin sekolah, sekolah sihat di beberapa buah sekolah di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, dalam projek ini kanak-kanak sekolah telah diberi pengetahuan dan kemahiran tentang pemakanan sihat termasuk pengambilan lebih sayur-sayuran dalam setiap hidangan harian mereka.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin tahu adakah kementerian sedia selain daripada program- program yang sedia ada sekarang termasuk mengikuti panduan food triangle, adakah kementerian ingin membawa perubahan yang besar di mana didapati punca seperti penyakit jantung adalah cholesterol level yang tinggi. Jadi baru-baru ini IJN pun telah memperluaskan bangunan mereka. Jadi kita tidak dapat mengawal situasi ini sebab kerajaan tidak nampak menumpukan perhatian dalam menggalakkan orang ramai memakan lebih sayur supaya menggelakkan isu kolesterol ini dan we seem to be on gaining weight, dengan izin. Lebih besar hospital, lebih besar tempat-tempat di mana ayam dan daging dikeluarkan. There seem a continuous challenge within each other, dengan izin. Jadi dari segi kesihatan, dari segi etika, dari segi sains di mana sains pun mengajar tubuh kita biologi kita lebih sesuai untuk makanan sayur-sayuran. Jadi bolehkah kita mengadakan satu program yang luas khususnya untuk menggalakkan seperti di Amerika Syarikat, kurangkan daging dan lebihkan makanan sayur-sayuran. Sekian terima kasih.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang Kementerian Kesihatan memahami trend penyakit tidak berjangkit yang meningkat sekarang. Memang benar dari segi apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Telok Intan tadi bahawa peningkatan kolesterol dan darah tinggi di kalangan rakyat Malaysia begitu mendadak sekali. Kalau kita lihat statistik pada tahun 1996 yang dapat darah tinggi umur 30 tahun ke atas lebih kurang 33 peratus, tetapi masuk tahun 2006 telah meningkat kepada 43 peratus of our 30 years old and above population is having high blood pressure dan kolesterol pula 20.6 peratus rakyat kita ada kolesterol yang tinggi. Kebanyakan masalah ini the entry point to this sickness adalah kegemukan, overweight. Kalau kita lihat masalah kegemukan rakyat juga begitu tinggi sekali. Kita lihat pada tahun 1996, overweight adalah 16.6 peratus tetapi masuk tahun 2006 telah meningkat kepada 29.1 peratus dan obesiti lagi dahsyat. 4.4 peratus pada tahun 1996 telah meningkat kepada 14 peratus, increase of 10 peratus obesiti dalam kalangan rakyat negara kita. Oleh itu ahli-ahli Yang Berhormat, memang kita rasa ini satu trend yang tidak sihat dan kita perlu mengawal trend ini dan untuk memastikan kita dapat mengurangkan sakit- sakit yang tidak berjangkit ini, kita akan tingkatkan kempen dari segi pemakanan yang sihat. Kita rasa pemakanan yang sihat itu akan berjalan bersama dengan gaya hidup sihat iaitu kita juga galakan rakyat kita bersenam, rakyat kita bersukan dan ini juga dapat mengurangkan kegemukan dan juga penyakit-penyakit tidak berjangkit ini. Dalam hubungan ini banyak program yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan termasuk juga kita pastikan klinik-klinik kita, Sekarang klinik kesihatan kita hanya ada satu dua klinik yang ada nutritionist. Kalau boleh kita hendak masukkan nutritionist di semua klinik agar nutritionist kita, pakar pemakanan kita boleh menasihati ibu-ibu mengandung dan juga anak-anak kecil agar dapat mempunyai amalan pemakanan yang sihat. Kita juga mempunyai integrasi polisi di antara kementerian, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Luar Bandar ada integrasi polisi.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Kita juga akan mengeluarkan Program Kafeteria Sihat iaitu kafeteria itu digalakkan memberi makanan-makanan yang berkhasiat, bukan makanan yang terlalu lemak, terlalu berminyak. Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang kita boleh jalankan dan saya telah arahkan Bahagian Pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan dipertingkatkan bilangan pekerja dan juga diperhebatkan lagi program-program kesihatan ini.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertanyaan tambahan saya ialah apa yang kita dapati sekarang ini banyak pihak yang berselindung di sebalik food supplementary ini dengan izin, yang mengatakan bahawa makanan ini adalah makanan herba dan sebagainya yang berbentuk sayuran. Apa yang menjadi masalah ialah apakah dipantau makanan tambahan seperti ini. Baru-baru ini ada satu pihak menjual makanan yang disebut Kuku Bima yang dikatakan daripada herba. Kuku Bima itu rupa-rupanya maksudnya ialah “kurang kuat, bini marah” rupanya ubat kuat. Akan tetapi dia kata herba daripada sayur-sayuran dan ada klinik-klinik swasta yang menjadi pengedar. Maksudnya doktor ini, dia guna patient dia, beritahu ubat ini sesuai, bagus dan sebagainya. Jadi bagaimana kementerian mengawal penjualan makanan tambahan yang mungkin tidak dipantau dari segi kandungannya yang membahayakan kesihatan kita terutamanya dalam kempen makanan sayur-sayuran ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Memang ini menjadi satu perkara yang kita mengambil berat dari segi food supplement. Ini kerana ramai orang hari ini memakan makanan food supplement ini yang telah dipromosikan oleh agensi- agensi yang berkaitan. Kementerian Kesihatan sentiasa memantau semua food supplement dalam pasaran kita. Mereka perlu mendaftar dan juga bahagian farmaseutikal Kementerian Kesihatan juga memantau dari segi kandungannya untuk pastikan ia adalah selamat. Memang kita mempunyai pasukan penguat kuasa untuk membolehkan mereka masuk ke mana-mana kedai untuk memeriksa dan menguatkuasakan food supplement tersebut. Saya memang hendak jelaskan di sini bahawa Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan segera sekiranya kita juga mendapat maklumat-maklumat daripada orang ramai. Sekiranya ada apa-apa pandangan dan juga aduan orang berhubung dengan sesetengah food supplement yang mereka makan dan tidak sesuai akan diambil tindakan serta merta. Sekian, terima kasih.

Ahmad Lai bin BujangPBB · BNSibuti · question

5. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, apakah bentuk infrastruktur yang telah disediakan oleh kerajaan untuk pengurusan sisa pembuangan elektronik (e-Waste) di Jabatan Kerajaan, hospital dan sektor swasta yang menggunakan peralatan elektronik seperti komputer. Adakah satu bentuk kempen kesedaran mengenai e-Waste telah dijalankan.

Datuk Maznah MazlanTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini telah menggubal peraturan untuk mengawal pembuangan sisa-sisa elektronik ataupun e- Waste, iaitu Peraturan-peraturan Kuali Alam Sekeliling Buangan Terjadual 2005. Dengan pewartaan peraturan ini pada 15 Ogos 2005, pihak yang mengeluarkan e-Waste perlu mengurus dan melupuskan buangan tersebut mengikut tatacara yang ditetapkan supaya tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Sehingga penghujung tahun 2008, sebanyak 242 lesen untuk kemudahan perolehan kembali e-Waste yang diuruskan oleh pihak swasta di seluruh negara telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Daripada jumlah 242 lesen tersebut, 15 lesen untuk kemudahan perolehan penuh buangan e-Waste, 127 lesen bagi kemudahan Perolehan Kembali Separa. Kemudahan-kemudahan tersebut menyediakan perkhidmatan pemungutan, pengangkutan dan pemprosesan e-Waste dari semua sektor sama ada sektor swasta dan awam. Di samping itu, buangan e-Waste tersebut boleh dilupuskan di dua tapak pelupusan buangan terjadual yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar di Semenanjung Malaysia dan di Sarawak.

Datuk Maznah MazlanTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Mengenai dengan kempen kesedaran Yang Berhormat, bagi menyedarkan orang ramai tentang keperluan pengurusan buangan e-Waste yang teratur, kempen kesedaran mengenai pengumpulan e-Waste khususnya buangan bateri dan telefon bimbit telah dimulakan sejak 2007 oleh Jabatan Alam Sekitar. Bagi maksud ini, sebanyak 440 buah tong kitar semula telah ditempatkan di 200 premis seluruh Malaysia termasuklah di pejabat- pejabat agensi kerajaan, agensi swasta termasuk pusat penjualan telefon bimbit, institusi pengajian tinggi serta beberapa buah pasar raya dan pusat membeli belah utama di Lembah Kelang. Kempen ini adalah untuk menggalakkan orang ramai meletakkan bateri dan telefon bimbit luput di dalam tong kitar semula untuk tujuan pemerolehan kembali atau pelupusan secara teratur. Tambahan daripada itu, pihak syarikat-syarikat pengeluar telefon bimbit dan komputer juga secara bersendirian telah menjalankan kempen-kempen pengambilan balik terhadap peralatan yang luput bagi tujuan pemerolehan kembali dan pelupusan secara sempurna. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada jawapan-jawapan tadi kita melihat bahawa barangan yang tidak digunakan lagi diambil balik. Akan tetapi semenjak Malaysia meletakkan diri dalam industri ICT, kita melihat pelupusannya tidak seperti apa yang dibuat di negara Eropah, Amerika ataupun negara China di mana pelupusan ini teratur dan dijalankan dengan baik. Di negara Taiwan dan China pula, alat yang dilupuskan ini dicari dan diatur semula sehingga dapat dinikmati dan digunakan untuk mereka membuat alatan baru dan menggunakannya untuk mencari emas. Adakah negara kita menggunakan kembali barang- barang yang dilupuskan ini? Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat, untuk makluman Dewan yang mulia ini, syarikat-syarikat yang dilesenkan itu adalah syarikat-syarikat yang memproses semula barang buangan e-Waste ini, yang mana seperti yang kita maklum bahawa contoh-contoh e-Waste ialah komputer, televisyen, peti sejuk, alat penyaman udara, telefon bimbit dan lain-lainnya, yang mana ia mengandungi banyak bahan-bahan yang boleh digunakan semula. Kita dapati bahawa daripada 242 syarikat yang telah dilesenkan itu, 15 adalah dilesenkan untuk kemudahan pemerolehan penuh buangan e-Waste yang mana ini bermaksud bahawa mereka memproses kembali e-Waste tersebut untuk mendapatkan logam-logam kaca, plastik dan lain-lainnya. Kita dapati perolehan separa ia hanya mengasingkan bahan-bahan yang berguna itu dan dijual seterusnya, manakala perolehan kembali sepenuhnya di proses seperti emas, perak dan lain-lainnya untuk digunakan semula. Terima kasih.

Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput · question

6. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan bagaimana pekerja yang telah dibuang kerja tetapi berminat menyertai program latihan vokasional (Skills Retraining) yang ditawarkan oleh kerajaan akan menampung keperluan harian untuk keluarga mereka mengikut kursus latihan.

Datuk Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Sumber Manusia

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program latihan semula kepada pekerja-pekerja yang diberhentikan supaya mereka dapat ditempatkan dengan majikan yang mempunyai kekosongan jawatan. Melalui pakej rangsangan ekonomi yang pertama kementerian telah diperuntukkan dana sebanyak RM100 juta untuk melatih seramai 12,000 pekerja yang diberhentikan kerja di bawah program trained and place dan purata tempoh latihan adalah di antara tiga sampai enam bulan dan yuran latihan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Ini bagi membantu menampung keperluan harian pekerja yang diberhentikan mereka akan diberi elaun latihan di antara RM500 sehingga RM800 seorang bergantung kepada bilangan tanggungan mereka.

Datuk Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Sumber Manusia

Di bawah pakej rangsangan ekonomi yang kedua, kementerian telah diperuntukkan dana tambahan supaya program latihan dapat dikembangkan lagi untuk meliputi pekerja yang diberhentikan sementara iaitu menghadapi lay-off dan juga mereka yang mengalami pengurangan pendapatan yang serius di dalam masalah ini. Ini adalah untuk membantu mereka pekerja ini yang berminat menyertai latihan dan program-program yang lain, mereka boleh mendaftar melalui laman web kementerian atau hadir sendiri di mana-mana 80 jabatan tenaga kerja yang ada di seluruh negara. Pada masa yang sama kementerian mengadakan pelbagai jenis job carnival iaitu di 13 tempat di dalam negara. Satu bulan dua kali ada kempen diadakan di mana pekerja boleh datang untuk mendapatkan maklumat dan daftar diri mereka dan selain daripada ini di 17 tempat kem-kem job carnival yang lebih besar diadakan pada tiap-tiap bulan. Semuanya bertujuan untuk memberi peluang supaya pekerja-pekerja yang menghadapi pemberhentian kerja mempunyai accessibility kepada semua pakej yang telah disediakan oleh kerajaan untuk membantu mereka. Terima kasih.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ada dua bahagian. Satu ialah untuk latihan skim train and place. Ini ada dikatakan elaun pada pekerja ialah RM500 sampai RM800 untuk seorang pekerja sebulan. Apakah anggaran kos kepada kolej latihan itu untuk tiap bulan untuk setiap pekerja?. Kedua, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan latihan yang diberi ini ada bernas, ada berkesan, efektif dan useful kepada para pekerja itu dan bukan satu perbelanjaan yang membazir sahaja. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di dalam menghadapi krisis ini dan bantu pekerja-pekerja yang menghadapi pemberhentian kerja, program utama yang telah dikemukakan yang dijalankan oleh kementerian ialah untuk mencari kerja untuk mereka. Ini kerana kalau mereka sudah mendapat kerja segala isu yang lain yang dihadapi oleh mereka dapat diselesaikan. Itu ialah program utama. Untuk mereka yang tidak berjaya mendapat kerja dan lepas itu mereka mesti diberi kemahiran baru untuk mendapat dan merebut peluang-peluang baru yang ada di bidang- bidang mungkin lain daripada bidang yang mereka telah kerja sebelum itu. Manakala segala latihan yang telah diluluskan oleh kerajaan ialah disyorkan bahawa peluang kerja sudah ada iaitu sebelum latihan itu diberi kita mengenal pasti ada peluang kerja. Selepas itu latihan diberi untuk jawatan-jawatan yang telah ditetapkan untuk mengisi kemahiran yang diperlukan di dalam jawatan-jawatan tersebut dan kos latihan itu beza daripada jangka masa. Kalau boleh jadi daripada RM3,000 untuk kos-kos yang kurang daripada enam bulan sampai RM7,000 untuk kos yang mungkin memerlukan latihan untuk satu tahun. Oleh itu, ini adalah berbeza dengan jangka masa kos itu dan memang kerajaan prihatin tentang apa yang telah ditanya oleh Yang Berhormat tadi iaitu latihan tidak dibuat secara tidak fokus. Akhirnya duit dibazir dan tidak berjaya menempatkan pekerja. Oleh yang demikian, segala latihan yang disediakan ialah di dalam bidang-bidang di mana ada kemampuan supaya peluang kerja ada diwujud dan ini boleh diisikan dengan latihan yang diberi di dalam program ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana dapat memperkenalkan skim latihan ini untuk penganggur. Akan tetapi kita harus mengakui bahawa ada yang tidak dapat diserapkan dalam skim latihan dan pengangguran ini akan menjadi isu utama dalam kemelesetan ekonomi yang kita hadapi pada hari ini. Jadi soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan skim insurans pengangguran bagi mereka yang menganggur dan kalau tidak saya hendak minta Yang Berhormat Menteri bagi tahu kenapa tidak ada cadangan untuk memperkenalkan unemployment insurance scheme. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, isu ini iaitu sama dengan isu retirement fund yang telah dibincangkan beberapa kali di dalam Dewan yang mulia ini. saya pun ada jawab.

Sememangnya perkara ini kerajaan telah menerima dengan satu sikap yang terbuka dan saya telah memberitahu semasa saya telah buat jawapan kepada ucapan Titah Diraja satu bulan dahulu bahawa kerajaan sedang menjalankan satu kajian dengan bantuan International Labor Organization tentang cara macam mana retirement fund ini boleh dilakukan. Selepas kajian ini sudah disediakan dan kita sudah menerima laporan daripada pihak mereka apakah sistem yang paling baik, paling sesuai yang boleh diamalkan di dalam negara kita, selepas itu kita akan secara terbuka, dengan minda yang terbuka untuk mengamalkan program retirement fund. Akan tetapi perkara ini tidak boleh digunakan pada masa sekarang kerana kita tidak mempunyai tabung sedemikian dan tidak boleh diwujudkan dan serta-merta dilaksanakan pada masa sekarang ini. Akan tetapi untuk jangka masa yang akan datang lepas kajian sudah siap dan kita tengok apa kebaikan dan keburukan dan cara macam mana kita boleh melaksanakan satu program dan satu sistem yang paling sesuai dengan negara kita, kerajaan akan memutuskan dan melaksanakan sistem itu pada masa itu. Terima kasih.

Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar · question

7. Dato' Seri Azmi bin Khalid [Padang Besar] minta Menteri Kesihatan menyatakan, plastik adalah satu bahan yang amat berbahaya kepada kesihatan jika dibakar atau digunakan untuk bungkusan makanan panas. Minta penjelasan apakah strategi kementerian untuk memberi penerangan dan mendidik rakyat kerana bahan dioxin yang dihasilkan sudah terbukti antara penyebab kepada penyakit kanser.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNMenteri Kesihatan · Bentong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa prihatin dengan isu keselamatan makanan termasuk bekas dan pembungkusan yang digunakan untuk makanan atau minuman. Berhubung aspek kesihatan pengguna, plastik yang digunakan sebagai bekas makanan perlu mematuhi peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1965. Di bawah peraturan ini bahan pembungkus yang boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kerosakan kepada makanan adalah dilarang penggunaannya. Sehubungan dengan itu, pengeluar pembungkus makanan dikehendaki menggunakan pembungkus jenis food grade, all plastic must be food grade dengan izin. Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan pengeluar dan penjual makanan mematuhi perundangan makanan. Sehingga kini pemeriksaan bahan pembungkusan makanan jenis plastik adalah didapati mematuhi standard. Penggunaan pembungkus dan bekas makanan daripada bahan plastik adalah terhad kepada suhu yang tertentu dan kegunaan biasa adalah tidak melebihi suhu 100°C. Plastik yang digunakan untuk membungkus makanan tidak mengandungi dioxin iaitu bahan yang karsinogenik. Dioxin akan terhasil apabila plastik dibakar pada suhu yang tinggi melebihi 250°C. Penghasilan dioxin bergantung pada kehadiran unsur-unsur kimia tertentu dan selalunya dikaitkan dengan unsur klorin iaitu bahan edetic, Polyvinyl Chloride yang digunakan untuk membuat plastik. Berdasarkan fakta ini plastik yang digunakan untuk membungkus makanan iaitu pembungkusan makanan tidak mempunyai unsur klorin tersebut dan tidak mengeluarkan dioxin. Sekian.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Ya, saya memang sedar bahawa kementerian memang pakar dalam content ataupun isi kandungan plastik dan sebagainya. Cuma dalam masyarakat kita, rakyat membuang plastik merata-rata dan plastik apabila dibakar, dengan sendirinya mengeluarkan dioxin. Ramai orang kampung di merata-rata tidak sedar apabila dibakar, mereka duduk berdekatan situ, bau dan asapnya masuk ke dalam paru-paru dan ini berbahaya bukan sahaja bahaya untuk kesihatan. Bahaya itulah antara pembawa penyakit kanser sedangkan incinerator yang digunakan di merata-rata dunia pun, itu juga yang menjadi satu perkara yang dititikberatkan. Jadi, saya hendak tanya sama ada kementerian mempunyai satu cara pendekatan bagi menerapkan maklumat ini kepada masyarakat supaya tidak mudah membakar plastik di mana-mana. Kadang-kadang mereka minum teh tarik di mana teh tarik yang airnya begitu panas yang dimasukkan di dalam plastik dan di situ juga mereka minum.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Saya tidak percaya 100°C itu sebagai satu benchmark bahawa bawah daripada 100°C juga ada bukti-bukti menunjukkan dia mengeluarkan dioxin. Jadi saya mahu bertanya, sanggupkah kerajaan membelanjakan lebih banyak untuk mengiklankan dan memberi penerangan yang lebih berkesan kepada rakyat. Terima kasih.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar yang begitu prihatin tentang masalah pembakaran plastik dan juga dioxin yang keluar yang menyebabkan kanser. Ini memang benar dan kita amat prihatin dan perlu meningkatkan pendidikan kepada orang ramai. Berhubung dengan pandangan dan cadangan daripada Yang Berhormat tadi, berdasarkan kajian yang dibuat, plastik yang di bawah 100°C sama ada mempunyai dioxin yang dikeluarkan ataupun bahan-bahan kimia atau polimer yang lain yang akan masuk ke dalam makanan kita. Saya hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Kementerian Kesihatan sentiasa mengadakan kajian bersama-sama dengan universiti-universiti tempatan. Bagi kajian yang terkini iaitu pada Ogos 2008, kita telah melancarkan satu lagi Kajian Pemantauan Bahan Kimia Dalam Plastik, Pembungkus Makanan Tahun 2008 dan Pematuhan Kepada Perundangan dan Garis Panduan. Semua jenis plastik telah dikaji. Di sini banyak jenis plastik dikaji. Daripada polisterin, polycarbonate, polyvinyl, chloride, poliliden chloride dan sebagainya akan dikaji terperinci dari segi suhu dan juga dari segi pengeluaran dioxin dan jumlahnya kepada udara kita. Oleh itu, apabila kajian ini siap kelak, kita akan umumkan contentnya dan kita akan memberi pendidikan kepada orang ramai tentang bahayanya plastik ini kepada udara kita dan juga kepada kesihatan kita. Saya bersetuju bahawa kita perlu tingkatkan lagi pendidikan orang ramai dan Kementerian Kesihatan akan mengambil langkah-langkah bersama dengan Kementerian Pelajaran. Kita akan dapat beri peruntukan yang lebih dari segi pendidikan orang awam.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Pembakaran terbuka.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Pembakaran terbuka. Saya juga akan bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama-sama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kita lihat bagaimana secara bersepadu kita perlu pastikan bahawa pembakaran secara meluas ini perlu dikawal. Sekian.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Pelupusan plastik melalui pembakaran ini saya rasa yang paling mudah bagi orang kampung. Kita dimaklumkan plastik ini kalau ditanam, dia tidak akan mereput dalam masa yang begitu lama sampai boleh beribu tahun. Jadi tidak salah ataupun tidak dapat kita salahkan rakyat kalau mengambil jalan mudah ini. Akan tetapi kesannya tadi memang telah terbukti dari sudut kajian ilmiahnya bahawa dioxin ini terhasil daripada pembakaran plastik. Di sesetengah negara barat dan negara maju, plastik ini sudah dikeluarkan daripada kegunaan awam dan digunakan bahan-bahan lain yang boleh dikitar semula seperti kertas dan sebagainya. Jadi, apakah kerajaan bersedia untuk memulakan inisiatif supaya dalam masa yang terdekat ini, semua bahan plastik dan keluarkan plastik ini dapat kita hapuskan daripada penggunaan dan kita beralih kepada yang lebih sihat untuk rakyat kita. Terima kasih.

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNBentong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setujulah dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Krai. Kita perlu kurangkan penggunaan plastik dan memang kerajaan bersedia untuk memastikan kempen pengurangan plastik ini dijalankan dan bagi membuat pembungkusan makanan ataupun mangkuk makanan ini, kita juga galakan orang membawa bekas-bekas sendiri yang tidak menggunakan plastik kerana ini dapat mengurangkan pembuangan plastik yang berlebihan menyebabkan pencemaran udara yang serius. Terima kasih.

Tan Tee BengPKR · PRNibong Tebal · question

8. Tuan Tan Tee Beng [Nibong Tebal] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, sama ada terdapat undang-undang terbaru ataupun cadangan daripada kementerian yang mana pemaju-pemaju rumah pangsa harus mengemukakan permohonan ‘strata title’ atas satu projek baru dalam tempoh masa yang tertentu.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ll · Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat tentang soalan yang telah pun diajukan kepada kementerian ini. Perkara mengenai hak milik strata adalah dikawal oleh Akta Hakmilik Strata 1995 [Akta 318]. Berhubung dengan isu permohonan hak milik strata bagi projek baru, pindaan terkini kepada Akta 318 telah dikuatkuasakan pada 12 April 2007 yang antara lain memperuntukkan tentang tanggungjawab tuan punya tanah atau land proprietor untuk membuat permohonan pecah bagi tanah dalam tempoh yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, pada kebiasaannya, pemaju yang memperoleh surat perwakilan kuasa atau power of attorney daripada tuan punya tanah yang akan membuat permohonan tersebut bagi pihak tuan punya tanah. Sebagai makluman, seksyen 8(3) dan (4) Akta 318 memperuntukkan antara lain sekiranya bangunan didirikan selepas tarikh kuat kuasa seksyen tersebut, tuan punya tanah hendaklah memohon untuk pecah bahagi dalam tempoh berikut: (i) enam bulan dari tarikh bangunan didirikan; jika penjualan atau perjanjian untuk menjual mana-mana parcel bangunan dibuat sebelum bangunan didirikan; dan (ii) enam bulan dari tarikh perjanjian jual dan beli; jika penjualan atau perjanjian untuk menjual mana-mana parcel bangunan yang dibuat selepas bangunan tersebut didirikan.

Tuan Tan Tee BengPKR · PRNibong Tebal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah saya dimaklumkan bahawa di Pulau Pinang terdapat banyak projek strata title yang tidak memperoleh strata title. Saya bagi contoh dalam Dewan yang mulia ini ialah Anson Court lebih kurang 20 tahun dan Symphony Park lebih kurang enam tahun. Pemaju-pemaju sama ada menikmati service charge yang dikutip daripada penghuni-penghuni ataupun syarikat tersebut pun telah ditutup in other word, wording up dan menjadikan kes-kes diserahkan kepada OA di Putrajaya dan ini menyukarkan permohonan yang dikemukakan oleh JMB ataupun jawatankuasa kecil itu. Bolehkah saya tanya kenapa kementerian tidak membabitkan diri dan memberikan pertolongan dalam kes-kes seperti ini. Apakah langkah-langkah yang lebih berkesan boleh diambil oleh kementerian untuk memantau permohonan strata title daripada pemaju-pemaju perumahan dan sama ada kementerian akan mencadangkan cara yang lebih mudah dan ringkas kepada JMB dalam projek-projek tersebut. Terima kasih.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian sedar bahawa ini adalah satu-satunya masalah yang timbul disebabkan oleh masalah lama mengenai dengan strata title yang ada di dalam negara ini. Walau bagaimanapun, kementerian melalui kedua-dua kementerian iaitu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama dengan Kementerian Perumahan sedang menubuhkan satu jawatankuasa yang sedang berbincang bagaimana untuk menyelesaikan masalah lama mengenai dengan strata title ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebenarnya mereka boleh membuat aduan terus kepada PTG negeri ataupun KPTG untuk melihat apakah masalah ini boleh diselesaikan melalui PTG ataupun KPTG. Akan tetapi kalau ada masalah yang telah pun dibangkitkan melalui official assigning atau OA tadi, maka perkara ini ada dalam provision of sales and purchase agreement untuk menentukan sesiapa yang membeli rumah yang tidak mempunyai strata title. Sekiranya tuan punya milik tanah tidak ada lagi ataupun telah pun ditutup atau winding up, maka seseorang itu boleh memohon daripada mahkamah untuk mendapatkan strata title terus kepada kementerian. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Apa yang terjadi pada ketika ini untuk kita mendapatkan strata title, pemaju mestilah mengemukakan as built plan yakni pelan ukur akhir pada pihak kerajaan setelah bangunan itu siap dan setelah mendapat CF.

Akan tetapi apa yang terjadi, pemaju selalunya setelah bangunan ini siap, setelah mendapatkan CF, telah menjual habis. Dia tidak akan memohon untuk mendapatkan strata title dan menyusahkan kepada pembeli-pembeli selepas itu. Persoalan saya, adakah kerajaan akan mensyaratkan semua pemaju-pemaju semasa mengemukakan plan layout itu, masukkan sama-sama simultaneous, kita masukkan permohonan as built, ataupun permohonan untuk mendapatkan strata title. Terima kasih.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jasin. Saya bersetuju bahawa sebenarnya ada masalah yang ditimbulkan oleh pemaju-pemaju dalam mengemukakan permohonan untuk mendapatkan strata title. Sebab itu kita telah memperketat dalam isu ini. Pertama, seperti yang saya jawab tadi bahawa setiap projek- projek itu, permohonan ataupun pemaju hendaklah mengemukakan permohonan mereka enam bulan dari tarikh bangunan didirikan jika penjualan atau perjanjian untuk menjual mana-mana fasa bangunan dibuat sebelum bangunan didirikan ataupun keduanya, enam bulan dari tarikh perjanjian jual beli jika penjualan atau perjanjian untuk menjual mana-mana parcel bangunan dibuat selepas bangunan itu didirikan. Oleh sebab itu, masalah ini tidak timbul lagi sekarang ini oleh kerana kita merasakan dengan adanya kedua-dua provision yang kita adakan ini, ia akan menentukan bahawa semua pemaju-pemaju hendaklah mengemukakan permohonan mengikut apa yang saya katakan tadi. Kalau tidak, mereka boleh diambil tindakan dan tindakan itu adalah satu tindakan yang saya rasa agak memadai untuk semua bagi kedua-dua pihak sama ada pemaju ataupun pembeli. Sekian, terima kasih.

Nur Jazlan bin MohamadUMNO · BNPulai · question

9. Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed [Pulai] minta Menteri Kewangan menyatakan, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengenal pasti dan menghapuskan pembaziran dalam perbelanjaan pembangunan dan pentadbiran.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Lumut

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat usaha bagi memastikan pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan tidak berlaku, bermula di peringkat awal lagi di mana dalam penimbangan peruntukan, kementerian atau agensi dikehendaki: (i) menilai dan mengubah suai program atau aktiviti di mana perlu mengikut keadaan dan keperluan semasa; (ii) memberhentikan program atau aktiviti yang tidak lagi sesuai; (iii) mengelak sebarang pertindihan fungsi sama ada di dalam agensi mahupun di antara agensi; dan (iv) mematuhi pekeliling-pekeliling perhubungan, pengawalan perbelanjaan awam yang masih berkuat kuasa. Di peringkat pengawalan perbelanjaan pula, kementerian atau agensi dikehendaki memastikan perbelanjaan awam dilakukan berteraskan kepada prinsip penggunaan sumber secara optimum dan paling menguntungkan. Dalam hubungan ini, arahan dan peraturan kewangan terutamanya berkenaan dengan perbelanjaan awam yang dikeluarkan dari semasa ke semasa mesti sentiasa dipatuhi. Bagi memastikan tiada pembaziran berlaku dalam perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan oleh kerajaan, kementerian atau agensi perlu memastikan perolehan diteruskan secara terbaik iaitu secara telus, saingan terbuka, adil dan saksama serta paling menguntungkan. Dalam hubungan ini, perolehan kerajaan perlu melalui kaedah perolehan yang ditetapkan sama ada secara tender atau sebut harga dan sentiasa dipantau agar kelemahan dapat dikenal pasti di peringkat awal lagi. Kadar perolehan semasa yang ditetapkan oleh kerajaan bukan sahaja bertujuan untuk mengurangkan pembaziran tetapi dalam masa yang sama juga merangsang elemen persaingan antara syarikat atau kontraktor dalam menawarkan harga dan perkhidmatan terbaik kepada kerajaan.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Lumut

Kaedah-kaedah dan tatacara perlaksanaan sesuatu perolehan atau projek kerajaan juga dikaji dari semasa ke semasa bagi mengurangkan kos kepada kerajaan. Contohnya, kerajaan tidak lagi membenarkan pelaksanaan projek secara design and build kecuali bagi projek-projek yang mempunyai kompleksiti tertentu. Selain perolehan, kerajaan juga memastikan pembaziran tidak berlaku dengan menguatkuasakan peraturan-peraturan berkaitan pengurusan aset awam termasuk pengurusan stor dan penyelenggaraan aset- aset awam. Kementerian atau agensi perlu mengimbang dan menyelenggarakan rekod inventori serta memastikan aset-aset kerajaan terpelihara dengan baik. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam sistem bajet perbelanjaan pembangunan kementerian sekarang ini, saya mendapati ada ketirisan dan pembaziran yang berlaku di luar perhatian Parlimen. Apa yang saya maksudkan di sini ialah cara kerajaan meluluskan bajet projek pembangunan tanpa mengambil kira kos maintenance dalam bajet pembangunan awal. Ini boleh menyebabkan kos penyelenggaraan atau maintenance yang tinggi berlaku setelah projek pembangunan tersebut dilaksanakan dan kos projek pembangunan tersebut akan meningkat kerana design dan spesifikasi awal yang tidak begitu baik. Jadi, ini akan menimbulkan tambahan kos. Seperti biasa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Soalan Yang Berhormat.

Tidak. Saya hendak explain background ia sedikit. Jadi, soalnya sekarang ini, perkara ini berlaku kerana kontraktor yang diberikan projek pembangunan tersebut tidak diperlukan untuk menyelenggarakan maintenancenya sekali. Jadi, kalau ada kesalahan yang dibuat oleh kontraktor asal, maka mereka akan menyerahkan masalah tersebut kepada kontraktor maintenance yang akhirnya akan meminta belanjawan lebih daripada kita di Parlimen ini untuk menampung kos maintenance yang disebabkan oleh design yang tidak baik ataupun kerja yang kurang berkualiti oleh kontraktor yang asalnya. Jadi, soalan tambahan saya adalah, adakah kerajaan akan mengubah cara perolehan projek pembangunan ini supaya mengambil kira kos maintenance projek tersebut sekali dari awal lagi untuk mengelakkan ketirisan dan pembaziran yang mungkin berlaku dari segi kos maintenance ini? Terima kasih.

Dato’ Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya projek-projek yang tertentu perlu dilaksanakan mengikut kehendak semasa dan kalau ada cadangan ataupun mempunyai teknologi terkini yang boleh menjimatkan kos kepada kerajaan, jadi projek itu perlu diubahsuai mengikut garis panduan yang sedia ada supaya tidak menambahkan kos kepada projek-projek tersebut. Akan tetapi, pada amnya tanggungjawab pelaksanaan projek-projek itu di bawah jagaan pegawai pengawal dan semua garis panduan itu perlu dipatuhi dan diikuti supaya tidak berlaku cost overrun. Terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya memang tertarik oleh langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan. Nampaknya ada usaha untuk mengurangkan pembaziran, akan tetapi adakah Yang Berhormat sedar bahawa pembaziran atau projek-projek terbengkalai dan sebagainya berlaku dengan kerap kali? Ini termasuk sedang berlaku di Kepong sekarang. Satu Projek Tebatan Banjir lebih RM800 juta beri kepada PEREMBA, tetapi sekarang sudah lewat dua tahun dan masalah kesesakan lalu lintas terus berlaku dan sebagainya. Ini bukan PEREMBA sahaja, banyak lagi yang berlaku. Di Kepong juga dengan MRR2, bukan sahaja kelewatan dan sebagainya. Keretakan tiang-tiang dan sebagainya. Banyak lagilah. Bolehkah Yang Berhormat, dengan langkah-langkah yang disebutkan tadi boleh memastikan semua langkah ini dilaksanakan dengan berkesan?

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang saya kata tadi, kita semua ada garis panduan-garis panduan yang sedia ada untuk pelaksanaan semua. Di samping itu, semua projek untuk kerajaan dan itu adalah tanggungjawab pegawai pengawal untuk memastikan bahawa garis panduan itu diikuti. Jadi, berkenaan dengan projek terbengkalai, kadang-kadang projek terbengkalai itu juga bukan yang kerajaan mahu. Projek terbengkalai itu berlaku kerap kali oleh kerana masalah kontraktor yang tidak dapat menghabiskan projek-projek yang diberi ataupun kontrak yang diberi kepada mereka. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kewangan telah pun menubuhkan satu agensi yang dipanggil Project Monitoring Unit baru-baru ini di bawah jagaan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan sendiri. Jadi ini adalah untuk monitor prestasi peringkat pelaksanaan. Jadi, semua ini adalah untuk mengelak projek itu dilaksanakan dengan lewat dan sebagainya dan juga untuk menjamin prestasi projek itu adalah baik. Terima kasih.

Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas · question

10. Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah ada cadangan supaya semua gaji dan elaun Pengerusi dan CEO Syarikat GCLC dipotong 50 peratus serta-merta memandangkan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, manakala gaji yang diterima begitu lumayan dan dikritik masyarakat.

Dato' Kong Cho HaMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Lumut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, Pengerusi dan CEO GLC dilantik berdasarkan pencapaian serta kemampuan yang dipamerkan oleh seseorang individu untuk memimpin GLC tersebut untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Sekiranya tanggungjawab tersebut tidak dapat dilaksanakan secara sempurna atau sasaran yang ditetapkan gagal dicapai akibat kelemahan atau ketidakmampuan individu berkenaan. Maka pemegang saham serta Lembaga Pengarah GLC berhak mengenakan tindakan sewajarnya ke atas mereka. Walau bagaimanapun, sekiranya tindakan seperti pengurangan gaji atau ganjaran hendak dikenakan kepada Pengerusi dan CEO atas sebab yang tiada kena mengena dengan prestasi mereka atau luar daripada kawalan mereka, mungkin tindakan yang sedemikian itu kurang wajar dan tidak adil kepada mereka dan ini mungkin menjejaskan prestasi syarikat pada jangka masa panjang. Dalam soal ganjaran yang diberi kepada Pengerusi dan CEO GLC, ganjaran yang diberikan adalah setimpal dengan kemahiran tertentu yang dimiliki. Tanggungjawab besar yang dipikul serta sasaran tinggi yang ditetapkan oleh pemegang saham dan lembaga pengarah kepada penyandang jawatan jawatan tersebut. Sekian, terima kasih.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya bertanyakan soalan ini mengenai dengan cadangan potongan gaji ada kena mengena dengan apa yang saya bangkit waktu Perbahasan Titah Diraja dan kalau kita lihat pada soalan nombor tiga pada pagi ini, daripada G20, lapan sahaja untung. Itu pun saya sangsi daripada segi keuntungan. Ini adalah sebab masalah audit keuntungan ini boleh dibuat melalui asset strip ataupun dengan melakukan apa jua bentuk untuk menentukan kononnya syarikat ini menguntungkan dan Yang Berhormat sebut tadi tiada kena mengena. Apakah Yang Berhormat sedar, dalam suasana sekarang, asset value GLC sudah turun sehingga 52 peratus. Sekarang ini dengan masalah krisis ekonomi dunia dan kemudahan-kemudahan serta gaji-gaji yang mereka dapat ini cukup luar biasa. Sehingga ada pula Pengerusi Non-Eksekutif yang sudah menjadi pengerusi syarikat swasta mereka sendiri dengan tanggungan dilantik menjadi pengerusi syarikat GLC dengan imbuhan yang lumayan. Jadi cadangan saya ialah potongan gaji ini mengambil kira suasana krisis ekonomi dunia. Mereka ini menjalankan perniagaan syarikat kerajaan yang modalnya diberi oleh kerajaan, ada pula monopoli, ada permit, ada subsidi, ada macam-macam kemudahan. Jadi apakah sebabnya mereka tidak boleh dikeluarkan gaji seperti mana kakitangan kerajaan yang lain? Sekian, terima kasih.

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Tuan Yang di- Pertua, sebelum ini saya mesti memperbetulkan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi berkenaan dengan di antara G20 ini hanya lapan syarikat yang mencapai keuntungan, itu tidak benar. Sebenarnya, di antara G20 ini, hanya ada sembilan syarikat di bawah Khazanah. Itulah jawapan yang saya jawab soalan nombor tiga pagi tadi. Hanya di antara sembilan syarikat di bawah Khazanah yang terkumpul dalam G20 ini, hanya satu syarikat sahaja yang rugi iaitu Pos Malaysia dan kerugian itu adalah sebab pelaburan dalam Transmile Group Berhad. Jadi untuk menjawab soalan Yang Berhormat, walaupun nilai aset itu turun atau jatuh. Itu selaras dengan kejatuhan pasaran modal dunia iaitu ia punya value itu turun tetapi ini tidak menjejaskan keuntungan dan prestasi syarikat-syarikat GLC. Untuk membuktikan keuntungan agregat G20 meningkat kepada RM14.7 bilion pada Tahun Kewangan 2008 berbanding dengan RM9.6 bilion pada Tahun Kewangan 2004. Dari segi pulangan pemegang saham, G20 telah melebihi prestasi Indeks Komposit Bursa Malaysia sebanyak 4.8 peratus sejak pelancaran Program Transformasi GLC. Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Soalan tambahan Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sehaluan dengan Yang Berhormat Pasir Mas iaitu apakah kerajaan berhasrat untuk mengurangkan gaji-gaji Pengerusi dan CEO- CEO GLC dalam negara kita? Ini memandangkan ekonomi negara, ekonomi dunia merudum, bukan soal prestasi sebab kita melihat prestasi-prestasi GLC dalam negara kita juga tidak memberangsangkan. Ada keuntungan tapi tidak begitu baik sedangkan mungkin kalau orang lain di situ, keuntungan dia berlipat-lipat ganda. Jadi apakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji gaji-gaji CEO-CEO dan pengerusi- pengerusi eksekutif terutamanya di syarikat GLC? Sedangkan elaun wakil rakyat pun tidak begitu banyak, GLC ada RM60,000, RM40,000, RM50,000. Ada juga di kalangan mereka penyangak dalam, GLC rugi mereka untung. Minta penjelasan.

Dato' Kong Cho HaMCA · BNLumut

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya jawapan saya jawab tadi gaji, ganjaran, elaun GLC ini semua adalah setimpal dengan kemahiran tertentu yang dimiliki mereka, tanggungjawab yang besar yang dipikul dan juga kehendak pemegang saham dan sebagainya yang mereka perlu capai. Jadi untuk saya ganjaran, gaji, elaun CEO kepada GLC ini juga perlu setimpal dengan dan juga kita berbanding dengan rakan sejawat mereka di sektor swasta juga. Jadi kalau kita buat satu bandingan di mana Tenaga Nasional Berhad di mana CEO itu dapat ganjaran dan gaji sebanyak RM1.1 juta berbanding dengan YTL Corporation yang dapat RM9.6 juta untuk tahun kewangan 2007. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Untuk Sime Darby Berhad yang dapat RM2 juta setahun CEOnya berbanding dengan IOI Corporation yang dapat RM21.6 juta setahun. Jadi ini juga kita perlu ambil kira dibanding kita memang tidak membayar gaji ganjaran yang terlalu tinggi kepada CEO GLC kita. Bak kata bahasa Inggeris, ‘if you pay peanuts you get monkeys’, so itu juga kita tidak mahu berlaku. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan telah selesai. [Masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Usul — Menggantung Tugas Yang Berhormat Puchong Sebagai Ahli Parlimen Mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3)Motion

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu usul daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan saya berpuas hati bahawa ia adalah bagi faedah orang ramai dan mustahak dibahaskan seberapa segera. Oleh itu saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk mengemukakan usul.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

...Ikut Peraturan Mesyuarat 27...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Point of Order 27. Sungguhpun Tuan Yang di- Pertua ada kata bahawa Tuan Yang di-Pertua puas hati bahawa atas public interest perlukan usul ini diizinkan untuk bahas satu hari sahaja. Bolehkah kita tahu apa itu public interest yang peraturan memerlukan tujuh hari untuk notis diberi oleh seorang Menteri mengenai usul dikecualikan? Oleh kerana public interest mustahak, apa itu public interest?

Tuan Yang di-Pertua

Ya betullah kepentingan orang ramai. Dia seperti kepentingan Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini yang bertunjuk-tunjuk maki atas sendiri. Orang semua lihat Parlimen ini bahawa satu Parlimen bukan lagi world class Parliament iaitu tempat pergaduhan macam pasar. Bukankah itu public interest?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Bukankah ini public interest dan oleh kerana terlibat Timbalan Perdana Menteri sahaja yang...

Tuan Yang di-Pertua

Ipoh Timur, Ipoh Timur...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

...Menyebabkan public interest sebab itu ini menjadi satu...

Tuan Yang di-Pertua

Ipoh Timur itu persepsi Ipoh Timur. Sila Menteri.

Tuan Yang di-Pertua mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya mohon mencadangkan usul seperti berikut: BAHAWA pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan. BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di- Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan. DAN BAHAWA kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini. MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai Ahli Parlimen selama 12 bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan. Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, dalam soal seperti begini tidak ada penjelasan. Kalau boleh point of order. Yang Berhormat Beruas kalau point of order boleh, penjelasan tiada. Yang Berhormat Tumpat.

Tuan Yang di-Pertua point of order. Saya mendengar apa yang dibaca oleh Yang Berhormat Menteri...

Tuan Yang di-Pertua

Point of order di mana Yang Berhormat?

Peraturan 80(1) Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan 80(1) sila.

Saya dengar Yang Berhormat Menteri tadi menyebut dan membaca yang akhir ayatnya hak dan keistimewaan. Dalam 80(1) disebutkan di sini, “Hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang akan dinamakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengandungi Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segeranya yang boleh selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen. Kepada jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa hak-hak dan kebebasan majlis. Adalah kewajipan atas Jawatankuasa ini menimbangkan apa-apa perkara demikian itu yang diserahkan padanya dan mengeluarkan penyata di atas perkara itu kepada Majlis.” Jadi saya fikir jelas peruntukan Perkara 80(1) ini mengarahkan dan mewajibkan kita untuk menyerahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa hak- hak dan kebebasan majlis kepada jawatankuasa tersebut.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Tumpat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua perkara yang sama di mana saya telah memberi notis kepada Tuan Yang di-Pertua pagi ini.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Ipoh Barat, saya deal dahulu dengan point of order yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tumpat. Ahli Yang Berhormat Tumpat dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya membenarkan usul daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah 27(3) saya telah membaca peraturan-peraturan mesyuarat yang ada kaitan termasuk Peraturan Mesyuarat 80(1) yang tadi dibaca oleh Yang Berhormat Tumpat. Akan tetapi ada juga peraturan-peraturan Mesyuarat yang pada fikiran saya sebagai Yang di-Pertua yang mempunyai hak mutlak untuk mentafsir makna-makna Peraturan Mesyuarat. Saya berpendapat bahawa 27(3) yang ada kaitan dengan Peraturan Mesyuarat 44(8) yang patut dan wajar untuk dibahas dalam Dewan ini. Itu adalah tafsiran dan ketetapan saya maka itu saya membenarkan...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

...Menteri yang berkenaan...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Peraturan, peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Saya belum lagi siap Peraturan Mesyuarat 42. Peraturan Mesyuarat 42 apabila Tuan Yang di-Pertua itu sedang bercakap tidak ada sesiapa Ahli Yang Berhormat boleh berdiri dan berhujah, yang dikecualikan bernafas, bernafas boleh. Saya sudah menimbang semua itu saya fikirkan bahawa Peraturan Mesyuarat di bawah 27(3) yang ada kaitan dengan 44(8) ada kaitan, dan ini pernah dibuat di satu ketika dahulu dalam Dewan ini pada tahun 2001.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, pagi ini saya telah memberi satu usul dialamatkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan usul itu berbunyi bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 26(1)(a) iaitu pertama, membatalkan perenggan ketiga dan keempat usul berkenaan, menggantikan perenggan ketiga dan keempat dengan perenggan baru berikut; maka ini adalah dipersetujui Ahli Yang Berhormat kawasan Puchong hendaklah dirujuk kepada satu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk siasatan selanjutnya. Tuan Yang di-Pertua, walaupun usul ini telah dikemukakan oleh saya mengikut peraturan mesyuarat tetapi usul ini tidak ada di meja-meja Ahli-ahli Parlimen hari ini. Bolehkah saya mohon agar ia dipanjangkan, kalau tidak cukup masa, kita tunda debat hari ini supaya semua perkara yang perlu dibawa untuk perhatian semua Ahli Parlimen dapat diberi perhatian... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Permohonan Yang Berhormat Ipoh Barat di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) adalah untuk usul hendak meminta cadangan yang telah dikemukakan kepada Mesyuarat oleh Pengerusi tanpa notis. Kalau atas budi bicara saya sebagai Tuan Yang di-Pertua membenarkan tanpa notis, maka ia tidak perlu diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormatlah, bukan begitu? Okey, itu jelas. Saya telah baca usul pindaan Yang Berhormat, Yang Berhormat mahu supaya perenggan tiga dibatalkan, perenggan empat diganti dengan usul Yang Berhormat baca tadi. Akan tetapi Yang Berhormat, saya mohon perhatian Yang Berhormat kepada Peraturan Mesyuarat 30. “Pada masa sesuatu usul itu dalam timbangan Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa Majlis Mesyuarat, bolehlah dicadangkan pindaan-pindaan jika pindaan itu berkaitan dengan usul ini atau usul itu”. Akan tetapi usul yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah di bawah Perkara 27(3). Manakala pindaan yang dibawa oleh Yang Berhormat ini menentang usul yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sepatutnya usul Yang Berhormat itu adalah usul persendirian yang ada kaitan dengan 30 Perkara 3. Jadi apabila saya baca peruntukan 30(1) iaitu usul Yang Berhormat tidak kena-mengena dengan usul pertama tadi, maka saya menolak di bawah 30(1). Usul Yang Berhormat itu adalah bertentangan dengan usul 30(3). Jadi atas sebab itu, maka saya memberi kebenaran kepada Menteri untuk membawa usul itu. Jadi terima kasih Yang Berhormat bahawa bagi pendapat saya, tafsiran saya, itu muktamad di bawah Peraturan Mesyuarat 42, 43 bahawa usul di bawah 27(3) itu adalah berkenaan. Ada lagi Yang Berhormat?

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, with the highest respect to the Chair, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Thank you very much.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita baca 26(1)(a), saya rasa it speaks for itself bahawa seorang Ahli Parlimen ada kuasa untuk membawa pindaan ini dan ini adalah tertakluk kerana Yang Berhormat Menteri bawa...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya tahu. Duduk dahulu Yang Berhormat. Itulah makanya tadi apabila saya baca Peraturan Mesyuarat 26(1), saya tegaskan lagi, saya tinggikan pitch suara saya, ‘boleh’ mencadangkan. Itu tertakluk kepada saya sebagai Tuan Yang di-Pertua sama ada cadangan itu saya terima atau tidak... [Tepuk] Jadi pengertian saya, apabila saya membaca segala peruntukan mesyuarat yang relevan dengan kes ini iaitu usul yang saya terima adalah di bawah 27(3) dan keputusan saya itu muktamad di bawah Peruntukan Mesyuarat 43. Ia boleh dikaji semula apabila usul persendirian pula akan dibuat. Maka atas sebab itu, sekarang saya mulai untuk berbahas. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, point of order.

Tuan Yang di-Pertua

Mana point of order? Sebut point of order Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua, tadi Tuan Yang di-Pertua ada sebut Point of Order 44(8) untuk mengesahkan bahawa perbahasan ini dan usul di hadapan Dewan yang mulia ini dan 44(8) yang berbunyi dengan izin, “Nothing in this Order shall be taken to deprive the House of the power to take action against any person, including a non-member, in accordance with any resolution of the House.” Peraturan 44 ialah mengenai keadaan apabila berlaku disorder dalam House dan bukan di kemudian. Saya tahu bahawa peraturan ini ada digunakan tujuh tahun dahulu, disebutkan tujuh tahun dahulu apabila Yang Berhormat Batu Gajah ada digantung enam bulan dan apabila disoal waktu itu, peraturan ini ada disebut. Sungguhpun kalau kita baca Hansard itu tidak begitu meyakinkan oleh Tuan Yang di-Pertua masa mempengerusikan Mesyuarat pada masa itu. Akan tetapi ini sebenarnya mengenai keadaan hari tersebut apabila berlaku disorder dalam Dewan dan bukan untuk hari-hari yang kemudian. Sungguhpun peraturan ini ada digunakan tujuh tahun dahulu, ada disebutkan apa yang tidak betul, tidak patut menjadi satu present. Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh timbang semula perkara ini bahawa supaya kita tidak teruskan satu insiden yang tidak wajar.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Apabila saya menimbang usul daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah 27(3), saya benar-benar memikirkan demi untuk kepentingan Parlimen. Saya duduk di meja ini hampir setahun, saya sering kali mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya dalam berbahas, tolonglah patuh kepada peraturan mesyuarat. Saya faham apa itu freedom of speech, saya faham apa itu privilege tetapi freedom of speech dan privilege dalam Parlimen mesti disulami dengan tanggungjawab Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri... [Tepuk] Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat sewaktu berbahas berlagak dan bersifat seperti Ahli-ahli Yang Berhormat. Maka saya sebagai Tuan Yang di-Pertua untuk memberhentikan perkara begini jangan lagi berlaku, tafsiran saya kepada semua peraturan mesyuarat mengambil kira Peraturan Mesyuarat 43 iaitu keputusan saya mutlak. Maka apa pun yang disebut tadi setelah mengambil kira, saya fikir bahawa 44(8), Majlis ini sebagai Majlis, lagi penuh berkuasa daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan... [Tepuk] Ini kerana yang saya mahu yang berbahas ini adalah Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri. Yang tidak mahu bahas oleh Yang Berhormat Ipoh Timur adalah kelakuan Ahli-ahli Yang Berhormat, kamu sendiri, bukan saya... [Tepuk]

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Ini sekarang yang sedang diperhatikan oleh masyarakat, itulah kepentingan ramai. Biarlah kamu bahas kelakuan kamu dan hujah-hujah yang patut kamu cakap, itulah yang saya mahu, maka itu saya benarkan di bawah 27(3). Sila Yang Berhormat Muar.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mahu pendapat daripada Parliamentary yang begitu lama dan peguam terkemuka dalam negara ini. Saya mahu belajar, sila.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Boleh belajar tetapi dengan tenang.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, saya belajar dengan tenang. Saya tidak apa-apa pun, saya boleh senyum, sila teruskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak ada masa untuk kita berbahas kerana ini soal penting, ini bukan soal main-main. Sila.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Semua jangan main-main... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat mana?

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Peraturan Mesyuarat 27(3).

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Menteri Yang Berhormat bertindak di bawah Peraturan 27(3). Apa makna Peraturan 27(3) Tuan Yang di-Pertua? Satu hari notis mencukupi untuk membawa usul seperti ini dalam Dewan yang mulia ini, saya terima itu. Akan tetapi ekoran daripada itu, the consequences Tuan Yang di-Pertua, apa consequences itu? Adakah, adakah mencukupi untuk Dewan yang mulia ini untuk membahas usul ini. Tidak ada, tidak ada apa-apa masa diberi kepada Ahli Yang Berhormat daripada Puchong, untuk bersedia, untuk fahami apa yang jadi, isi kandungan usul ini, penghinaan Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, senyap Ahli Yang Berhormat. Belum selesai daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Belum selesai, kerana ada ganggu, saya pun.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Baik, tidakkah wajar Tuan Yang di- Pertua, seperti apa yang jadi amalan di mahkamah. Seorang dipanggil ke mahkamah untuk dituduh, dan dituduh. Adakah perbicaraan itu dimulakan dengan serta-merta? Tidakkah orang itu berhak mengadakan masa untuk meneliti pertuduhan-pertuduhan itu, mendapat satu peguam untuk jadi peguam dia. Bolehkah court Tuan Yang di-Pertua, usul ini diperbahas hari ini?.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tidakkah wajar memberi Tuan Yang di- Pertua masa, apa saya mengatakan tadi untuk bersedia, untuk mempertahankan diri.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Belum habis, belum habis Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Panjang lagi?

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Belum habis, ada lagi. Saya rujuk kepada Tuan Yang di-Pertua, Perlembagaan. Itu jadi undang-undang yang terutama dalam negara ini.

Tuan Yang di-Pertua

Artikel mana Yang Berhormat Bukit Gelugor?

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Just take it easy. 63(1), khasnya 63(2), dengan izin. “No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in any proceedings of either House of Parliament or any committee thereof.” Ini harus dibaca Tuan Yang di-Pertua, dengan apa jadi peruntukan dalam House of Parliament (Privileges and Powers Act) 1952, dengan izin. Peruntukan seksyen 3 itu, “There shall be freedom of speech and debate or proceedings in the House and such freedom of speech and debate or proceedings shall not be liable to be impeached or questioned in any court or tribunal out of the House.” Apa tafsiran perkataan ‘out of the House’? Itu bermakna dalam Dewan ini boleh, tetapi ada kawalan Tuan Yang di-Pertua, bukan absolute. Apa jadi Tuan Yang di-Pertua, penghinaan Dewan yang mulia ini. Saya rujuk kepada seksyen 9 akta yang sama, yang saya baca tadi. In marginal note dengan izin, “Power of House to punish for contempt of the House...” Peruntukan seksyen 9 adalah contempt, contempt of this House. Ini jadi contempt of this House Tuan Yang di-Pertua, seksyen 9. “Your offences which constitute contempt of this House” adalah perenggan (a) sampai perenggan (n). Saya tidak mahu baca, panjang ada dalam itu, tetapi apa yang terus terang adalah ini,

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua. Penghinaan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, tidak memasuki dalam mana-mana perenggan (a) hingga (n). Adakah Tuan Yang di-Pertua meneliti peruntukan seksyen 9, di mana dalam perenggan itu (a) sehingga (n), memasuki penghinaan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kenapa dikatakan dalam usul ini? Saya baca itu Tuan Yang di-Pertua, bahawa pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009, telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen kawasan Pekan, terlibat dalam kes pembunuhan. Adakah percakapan itu menjadi contempt Dewan ini? Saya rujuk kepada Tuan Yang di-Pertua, Peruntukan 36(2).

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Tolong senyap sedikit nanti saya bingung. Sila.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

36(2) dengan izin. “Reference shall not be made to any matter, which is sub judice in such a way.” Bukan sub judice sahaja ada qualification. “In such a way as might in the opinion of the Chair, prejudice the interest of parties thereto, prejudice the interest of the parties thereto.” Tuan Yang di-Pertua, bukan sub judice absolute. Bagaimana apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Puchong, iaitu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan. Ia tidak ada disebut di sini kes pembunuhan Altantuya. Apa kes pembunuhan itu jika kes pembunuhan?... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, kalau Ahli Yang Berhormat mengganggu, lambat, kerana saya juga kena respons. Sila.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Jika Tuan Yang di-Pertua, apa yang bererti ini adalah terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, bagaimana Tuan Yang di- Pertua ini jadi sub judice. Sub judice adalah apabila it is prejudice to the interest of parties thereto. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tidak didakwa di mahkamah sebagai seorang yang dituduh Tuan Yang di-Pertua, tidak bolehkah usul ini dibentang oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini baby boy Menteri ini. Tuan Yang di-Pertua, siapa jadi bagi usul ini mengadu, siapa mengadu? Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tidak ada dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah, sudahlah Bukit Gelugor. Saya rasa saya faham, saya faham kerana yang sekarang ini kalau pun ada point of order yang di raised, cuma setakat mana-mana yang relevan yang saya faham, sudah saya faham. Ini bukan saya mendengar Yang Berhormat Bukit Gelugor berucap untuk dalam perbahasan, okey terima kasih.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Saya belum habis, saya belum habis... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ada juga dalam peraturan mesyuarat, apabila Tuan Yang di-Pertua kata sudahlah, sudahlah, kerana kalau itu pula diteruskan, ia merupakan satu keingkaran yang juga melanggar peraturan mesyuarat.

Dato’ Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Sampai petang nanti tidak habis.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

You might be a judge, you must hear.

Tuan Yang di-Pertua

But I said this I have heard enough. About your…

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Not heard, if you are heard… I am saying you are not heard enough.

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Bolehkah saya dapat tahu daripada Tuan Yang di-Pertua, dalam perenggan mana, dalam seksyen 9(a) sehingga (n), House of Parliament (Privileges and Powers Act).

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Saya dengar semua itu.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Adakah di mana ini boleh Tuan Yang di- Pertua, dipakai?

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya sudah faham itu. Sekarang saya respons. Pertama kepada peruntukan Perlembagaan, artikel 63(1), 63(2), 63(3),63(4) dan seterusnya. Semua itu saya sudah baca Yang Berhormat Bukit Gelugor. 63(1),63(2), 63(3), berkaitan dengan imuniti bahawa apa pun yang di bahas dalam Parlimen, dalam Majlis seperti ini, ataupun peringkat Jawatankuasa, tidak boleh sama sekali dibicara di mahkamah. Akan tetapi artikel 63(1), 63(2), 63(3), tidak memberitahu kepada kita pun bahawa Majlis tidak boleh menghukum Ahlinya. Itu imuniti bahawa Parliament is supreme; it cannot be questioned outside including Mahkamah.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Penjelasan, Tuan Yang di-Pertua penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dulu saya belum selesai menjawab kepada semua yang dibangkitkan.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Apa yang dikatakan oleh Tuan Yang di- Pertua, Parlimen is supreme, Parlimen in Malaysia tidak supreme. Constitution is supreme. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Itu pun tidak tahu.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Constitution is supreme.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Parlimen is not supreme in Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

Tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat yang saya maksudkan kalaulah segala apa yang dihujah di Parlimen ini berhubung dengan freedom of speech dan imuniti dapat juga diambil umpamanya tindakan di luar, tidakkah ada Ahli-ahli Yang Berhormat habis berbahas refuse to answer outside Dewan. Itu maksudnya. Umpamanya I do not know whether Yang Berhormat Puchong, ini ekoran daripada question daripada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kenapa Yang Berhormat Puchong tidak diberi masa untuk berbahas dan sedemikiannya. Yang itu kalau perkara yang berlaku di Dewan orang tidak tahu, yang ini semua tahu, semua masuk dalam Hansard. Saya terbaca pagi tadi sama ada Yang Berhormat Puchong bersetuju atau tidak di Utusan bahawa apabila dikejar oleh pemberita ditanya, “Adakah Yang Berhormat sanggup untuk ulang hujah yang dia sebut dalam Dewan?” Ini jawapan dia, “Saya tidak mahu ulang kerana di dalam Dewan saya dilindungi oleh kekebalan ahli Dewan.” Bermakna perkara ini, ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sengaja untuk berselindung di sebalik kekebalan demi untuk membuat huru-hara dalam Dewan yang tidak dibenarkan peraturan mesyuarat. Mengenai dengan apa yang disebut dalam seksyen 9 tadi yang semua disenaraikan di sana, yang kira Yang Berhormat Bukit Gelugor itu saya baca. Maka itulah, yang itu Yang Berhormat Bukit Gelugor ada kaitan dengan kalau umpamanya apabila sedang berbahas, satu orang Ahli Yang Berhormat berdiri untuk di refer kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Bagi saya apabila saya menimbang semua ini dan terima notis dari Menteri Jabatan Perdana Menteri, saya mentafsirkan segala itu.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat perlu akur kepada Peraturan Mesyuarat 43 bahawa apa-apa pun interpretasi saya sebagai Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad. Sama ada salah bagi persepsi semua...

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, mencelah, kalau boleh bagi saya mencelah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gelugor, sudah Yang Berhormat Bukit Gelugor...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Perak punya Speaker tidak supreme.

Tuan Yang di-Pertua

...Tidak ada masa, masa sudah terlampau jauh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya tidak mahu menimbang segala-gala.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Perenggan (a) to (n) di mana boleh pakai? Tuan Yang di-Pertua, seksyen 9(a) to 9(n)?

Tuan Yang di-Pertua

Maka itulah usul ini adalah di bawah lain peraturan mesyuarat, bukan Peraturan Mesyuarat 26.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

I understand that, seksyen 9.

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham, cool down Yang Berhormat Bukit Gelugor, bertenang, relax.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

You do not understand.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak payah menghina lagi Tuan Yang di-Pertua.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 9(a) to (n), di mana?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gelugor sudah.

Dato’ Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Wow, dia semua yang faham, orang lain tidak faham.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya faham semua itu.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tidak faham.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Yang Berhormat Bukit Gelugor ingkar juga dan menghabiskan masa Dewan ini, saya tidak teragak-agak gunakan kuasa Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Jangan ugut Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak mengugut, saya akan tunaikan, saya tidak mengugut, jangan habiskan masa persidangan. Saya sudah beri penjelasan sepenuhnya dan tafsiran saya bahawa Peraturan Mesyuarat 27(3) yang dibawa oleh Menteri adalah itu usul yang sepatutnya.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Seksyen 9(a) to (n), di mana?

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada kena mengena.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Mana boleh.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah saya timbang itu semua.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Keputusan Tuan Yang di-Pertua muktamad kecuali...

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Muar, sila.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Peraturan apa lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, adakah ini berkaitan dengan seperti yang dibangkitkan tadi?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tidak ini point yang lain.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua saya ingin bangkitkan Peraturan Mesyuarat 27(3) dan (4). Dengar dahulu, I will address the Speaker dengan izin. Saya baru dengar kandungan usul...

Tuan Yang di-Pertua

Yang 27 ini sudah dibangkitkan tadi.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ya, tetapi point yang lain Tuan Yang di-Pertua dan saya minta Tuan Yang di-Pertua dengar saya dahulu.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, apa point yang lain, selepas ini saya tidak mahu dengar lagi point of order.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Dengan izin saya baca ya dalam bahasa Inggeris.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, jangan cakap boleh atau tidak boleh, kalau tidak dikasi kebenaran. Itulah makanya kita sampai pada saat begini kerana keceloparan. Sila.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Boleh berbangkit point of order, mana boleh. Kami ada hak.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua, usul yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dari kandungan ini, ini satu usul yang cukup serius, yang perlu kita fikir dengan baik-baik. Saya rujuk balik kepada 27(3) dan (4) dan saya ingin bawa hujah bahawa usul yang dibawa tidak memenuhi syarat-syarat di sini serta tidak boleh dibicara, dibahaskan pada hari ini atas alasan ini. Saya baca 27(3) dengan izin dalam bahasa Inggeris, “Except as provided in Standing Order 43 and in paragraph (5) of Standing Order 86 and 26(1), not less than 14 days notice of any motion shall be given unless it is the name of a Minister, in which case seven days notice or, if Tuan Yang di-Pertua is satisfied upon representation to him by a Minister that the public interest requires that a motion should be debated as soon as possible, one days notice shall be sufficient.” Kami difahamkan bahawa pada hari Jumaat, Tuan Yang di-Pertua di beritahu tentang usul ini. Sekarang kami alih kepada 27(4) sebab ini menjaga kepentingan Dewan yang mulia ini dan kepentingan semua Ahli-ahli Yang Berhormat supaya kita tahu, kita yang akan bahas tahu dengan teliti apakah yang dicadangkan. Ini yang disebut, saya bacakan dengan izin, “All notices shall if possible be printed, cyclostyled or typewritten and sent to members not later than the day before the sitting for which they had been put down.” Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan, kami semua Ahli-ahli Yang Berhormat di sini termasuk saya, kita baru dapat ini pada pagi ini. Kita baru dengar kandungan apa yang dicadangkan, yang cukup serius pada pagi ini. Inilah maksud Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi, kita tidak boleh melakukan satu yang cukup serius secara tergesa-gesa dan inilah maksudnya 27(3) dan (4). Dia bagi kuasa untuk memendekkan tempoh asal yang 14 hari, untuk Menteri tujuh hari dan Tuan Yang di-Pertua diberi kuasa sehari juga kalau the public interest warrants it. Namun sekarang kita baru dapat ini, kita akan bincang satu yang cukup serius dan inilah point 27(4) di mana at least one day notice perlu supaya and even Yang Berhormat Puchong himself perlukan masa itu. Saya memohon ini bagi pihak kita semua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Subang... [Dewan riuh]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Biarlah saya habis. Inilah peraturan mesyuarat kita, biar kita ikut ini. Kita boleh buat tergesa-gesa...

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Ahli Yang Berhormat Subang semua ikut peraturan mesyuarat, tidaklah saya sakit kepala duduk sekarang begini ini.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Saya faham, tetapi sekarang kita mencadangkan, kita buat...

Tuan Yang di-Pertua

Saya respons, saya respons, saya faham.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Saya kata Tuan Yang di-Pertua, notis ini kandungan ini baru sampai sejam tadi, dan ini tidak mencukupi 27(4).

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Subang saya faham.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Saya ingin mencadangkan bahawa perbahasan usul ini ditangguh esok untuk memenuhi 27(4), kalau tidak ini bermaksud, itu tidak bagi masa.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Subang sudah saya faham, itu diulang-ulang lagi. Sudah saya faham. Ahli Yang Berhormat saya ini baru duduk juga sebagai Tuan Yang di-Pertua, tidaklah saya expert dalam segala-gala kerana semua akan dipertikai tetapi harus kita terima hakikat bahawa Peraturan Mesyuarat 43, if we agreed on that bermakna tidak ada permasalahan. Cuma sekarang ini bagi saya interpretasi saya kepada 27(4) ialah tidak ada keadaan-keadaan yang saya fikir, saya perlu notis seperti yang di sebut. Akan tetapi dalam soal ini ialah perkara yang ada kaitan dengan tabiat-tabiat, gelagat, keceloparan dan sengaja oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berselindung di bawah freedom of speech berlaku dalam sini bukan di luar sana bukan di luar sana yang semua Ahli Yang Berhormat perlu. Adakah Ahli-ahli Yang Berhormat yang dalam sini tidak tahu menahu apa yang berlaku pada hari itu? Semua tahu.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Sudah. Dewan telah pun beri post di website Parlimen pada 13 Mac. Jadi kalaulah Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri mengatakan bahawa notis ini, sedangkan yang dibuat ini berhubung dengan tabiat kelakuan, gelagat keceloparan Ahli Yang Berhormat sendiri, mahu berapa notis yang mahu diminta? Persediaan apa yang mahu dibuat? Maka itu saya berpuas hati bahawa perkara ini perlu dibahaskan, biarlah Ahli- ahli Yang Berhormat bahas dengan kelakuan-kelakuan Ahli Yang Berhormat sendiri… [Tepuk] Ini terpulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau umpamanya tindakan itu diambil nanti kamu undilah. Kamu sekarang berbahaslah kerana saya tidak mahu nanti apabila selepas ini satu lagi Yang Berhormat daripada BN selepas itu berdiri pula menuduh daripada sebelah sini atau pernah buat ini, kau ini macam, kau ini macam. [Sambil menunjukkan ke arah Ahli Yang Berhormat]. Saya tidak mahu begitu. Sudah, Yang Berhormat Muar teruskan.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Peraturan mesyuarat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Point of order, point of order.

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalaamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 36(2).

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Point of order.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dewan ini merasakan sungguh sukacita.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bandar Kuching tidak apa, tengok saya, jangan tengok sana, tengok sini. 36(2) apa? Dan Ahli Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Sub judice.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat! Harus ingat jangan cite peraturan mesyuarat yang tidak relevan, kerana itu pun abusing peraturan mesyuarat. Perkara 36(2) apa?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Sub judice... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, saya belum hujah lagi kenapa tabiat-tabiat seperti di sana sebelah sana?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bandar Kuching, jangan tunjuk sana, sini.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Mereka yang menjerit-jerit. Akan tetapi…

Tuan Yang di-Pertua

Belum pernahkah Yang Berhormat Bandar Kuching menjerit?... [Ketawa]

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Pardon?

Tuan Yang di-Pertua

Belum pernah? Belum pernah menjerit?

Belum pernah.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Saya sebut point of order.

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dulu. Belum pernah menjerit. Belum pernah menjeritkah Yang Berhormat Bandar Kuching?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Jangan, jangan tunjuk jari Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Belum pernah menjerit saya tanya. Okey tidak tunjuk jari. Belum pernah menjerit?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ada, pernah... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ada. Teruskan.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Okey. Point of order yang saya kata.

Sudahlah.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Adalah sub judice. Sub judice kerana motion ini sub judice. Kita teliti apa yang dituliskan dalam dalam motion ini. Ia dikatakan Yang Berhormat Tuan Gobind Singh, Ahli Parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan. Maka, subject matter usul ini adalah sama ada tuduhan bahawa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan ini adalah satu penghinaan. Sama ada Yang Berhormat dari Puchong dapat menjustifikasikan apa yang dia dakwa dan pada hari Khamis, Tuan Yang di-Pertua, pada masa itu telah memutuskan bahawa...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gelugor saya tahu.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Saya bukan Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham apa yang berlaku tidak payah lagi, saya faham point of order.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Belum, belum. Saya belum habis bercakap..

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, adakah dalam peraturan mesyuarat bahawa kalau Tuan Yang di-Pertua kata sudah berhenti. Ada peraturan mesyuarat yang mengatakan Ahli Yang Berhormat cakap, “Saya belum habis, saya belum habis.” Ada? Cuba tunjuk sama saya… [Ketawa] Ada dalam peraturan mesyuarat?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Tiada. Sudah saya sudah dengar itu Ahli Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Motion ini akan membincangkan, kita akan membincangkan sama ada…

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

…Ini satu fakta yang betul. Terlibat dalam pembunuhan.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Bandar Kuching! Sudah, sudah. Sudahlah Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, dengar dulu Ahli Yang Berhormat. Saya cuma membenarkan usul dibahaskan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berbahas. Ahli Yang Berhormat, dia tidak sub judice, sudah difikirkan. Itu interpretasi saya. Sudahlah Ahli Yang Berhormat, sudah!

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, kalau Ahli Yang Berhormat berdegil juga! Kerana keputusan saya, terpulang kepada Ahli Yang Berhormat. Saya tidak mengugut Ahli Yang Berhormat. Saya tidak mengugut. Duduk. Sudahlah Ahli Yang Berhormat. Sudahlah Ahli Yang Berhormat, sudahlah Ahli Yang Berhormat, sudahlah, sudahlah. Sudahlah Ahli Yang Berhormat!.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Mesti berkait dengan perkara lain. Jangan ada kerana itu mengulang-ulang namanya. Sila.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Peraturan Tetap 43. Tuan Yang di-Pertua dalam Majlis... Dengarlah dahulu! Tuan Yang di-Pertua dalam Majlis Mesyuarat atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah tertanggung ke atasnya menjaga supaya Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat atau jawatankuasa diendahkan dan keputusan yang berkenaan dengan apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh diminta, ditimbang semula. Ditimbang semula, tidak boleh diulang kaji oleh Majlis Mesyuarat kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri kerana itu. Usul sedemikian ini tidak berkehendakkan dikeluarkan atau diberitahu lebih daripada dua hari terlebih dahulu. Tuan Yang di-Pertua, apa yang telah berlaku pada hari Khamis yang lepas.

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dahulu, nanti dahulu. Apakah tidak mengenai…

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Iaitu Tan Sri…

Tuan Yang di-Pertua

Perkara 43 ini kuasa saya, apabila saya buat tafsiran itu mesti diikut. Bermakna Yang Berhormat Beruas bersetuju dengan saya.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Betul.

Tuan Yang di-Pertua

Apa lagi yang mahu dihujahkan ini?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Dengar hujah. Tan Sri telah membuat keputusan, telah menghukum Yang Berhormat Puchong pada hari Khamis dan keluar… [Dewan riuh] Dengar, dengar dan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, senyap Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya tidak dengar.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Okey, Tuan Yang di-Pertua kerana keputusan telah dibuat dan hukuman telah dijatuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, undang- undang tertinggi di negara kita di mana Parlimen pun adalah tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah artikel Perkara 7 di mana mahkamah tidak boleh menghukum seseorang itu dua kali. Begitu juga Dewan yang mulia ini tidak boleh menghukum dua kali... [Tepuk] Sebab itu kita boleh tidak mengikut peraturan ini 43, tidak boleh dibangkit semula. Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian kita tidak boleh membahaskan isu ini sekali lagi. Kalau tidak, orang kata double jeopardy. Orang itu tidak boleh dihukum dua kali. Oleh yang demikian perkara ini harus digugurkan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, bertenang Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, saya biarkan tadi Ahli Yang Berhormat yang ada point of order supaya perkara sebegini sejelas-jelas kepada kita semua. Saya ingatkan lagi perkara usul di bawah 23 ini tidak akan timbul kalau Ahli-ahli Yang Berhormat bersikap sebagai Ahli- ahli Yang Berhormat. Percayalah ini semua bukan berpunca daripada saya. Peraturan Mesyuarat 43 yang disebut oleh Yang Berhormat Beruas tadi adalah kuasa Speaker. Apabila Speaker memutuskan, itulah tafsiran sesuatu peraturan mesyuarat, maka itulah. Itu yang disebut dalam 43. Yang disebut sebagai double jeopardy ini oleh sebab Ahli Yang Berhormat Puchong didenda dua kali juga sudah saya buat pertimbangan. Saya sudah baca Hansard sewaktu perbahasan itu, saya di Ante Chambers, saya ikuti. Yang dikeluarkan oleh Timbalan pada ketika itu ialah apabila beliau enggan mematuhi arahan iaitu janganlah sebut perkara sub judice seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tadi. Akan tetapi Yang Berhormat Puchong tidak juga mahu, disebut juga. Apabila Timbalan Tuan Yang di-Pertua kata, “Ahli Yang Berhormat Puchong, saya perintah untuk keluar,” bermakna perintah telah dikeluarkan untuk sehingga selesai Mesyuarat pada ketika itu. Akan tetapi sewaktu Ahli Yang Berhormat Puchong berdiri, lagi satu kesalahan yang dia buat iaitu “Tuan Yang di-Pertua, you should be ashamed of yourself.” Apa yang should be ashamed of himself? He did not say anything, yang cakap adalah Yang Berhormat Puchong. Iaitu kalau saya ingat di sini, peraturan mesyuarat yang dilanggar oleh Yang Berhormat Puchong pada ketika itu 36(6) - sangkaan jahat. 36(4) - bahasa kurang sopan, 36(9) - menyebut kelakuan atau sifat seorang Ahli Parlimen selain daripada kelakuan pada menjalankan urusan. 36(2) - menyebut perkara dalam timbangan mahkamah. Perkara 36(10)(B) dan 36(10)(C), 36(10)(B) - membangkit perasaan melawan kerajaan, kerana Yang Berhormat Pekan adalah Timbalan Perdana Menteri. 36(10)(C) - menaikkan perasaan sakit di antara kaum. Semua ini pada ketika itu melanggar peraturan mesyuarat. Sudahlah, sudahlah. Ahli Yang Berhormat sudah. Sila, Yang Berhormat Muar. Yang Berhormat Muar sila.

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum Warmatullaahi Wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Saya mengucapkan terima kasih dan kita telah lama menantikan ketegasan dalam Dewan ini atas perlakuan yang berlaku… [Tepuk]

Saya bersimpati dengan Tuan Yang di-Pertua kerana terpaksa memberi penjelasan kepada satu perkara yang sangat mudah yang telah dipersetujui oleh Tuan Yang di-Pertua untuk dibawa ke Dewan. Sebenarnya pada saya Tuan Yang di-Pertua, tidak perlu sebut perkara-perkara itu, itu adalah kuasa Tuan Yang di-Pertua... [Tepuk] Banyak perkara telah kita lakukan dan saya sebenarnya ingin menarik keadilan usul yang dibawa. Saya ucapkan tahniah kerana perkara ini serius. Kalau hendak kata tidak tahu saya nampak tersusun perkara yang dibangkitkan tadi. Sudah macam ada satu perancangan, tetapi yang ada di hadapan kita ini bukan soal sub judice seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya nampak perkataan pembunuh ini tidak perlulah kita kaitkan kepada mana-mana. Peraturan 36(9) jelas, saya membaca keputusan yang pernah dibuat oleh rakan-rakan Ahli Parlimen kita yang terdahulu. Tahun 1966, perkataan yang diguna oleh Yang Berhormat SP. Sinavasagam kepada Yang Berhormat Menteri Tun Dr. Ismail. Dia guna diktator sahaja. Dia tidak guna pembunuh. Dia guna diktator pun didapati bersalah. Ini perkara yang kita hendak timbulkan. Dia tuduh saya pun pembunuh pun boleh salah. Tidak perlu kait dengan kes mana-mana pun. Bukan sebab sub judice. Yang Berhormat yang bangun tadi saya nampak semua peguam. Dalam satu kes yang sedang berjalan di mahkamah disebut oleh Puchong. Dia sebut. Kalau hendak kata dia tidak kaitkan dia sebut. Banyak kes yang masih belum dibawa ke mahkamah tetapi sebelum itu ada dia kata ada saksi penting yang tidak dibawa cuba mengaitkan Yang Berhormat Pekan. Walaupun dia bukan pihak dalam kes yang terbabit, mengaitkan itu pun pada saya tidak betul. Jangan kata pembunuh kes tahun 1966 diktator pun salah. Jadi pada hari ini, kita perlu membuat pendirian sama ada kita Yang Berhormat ingin terus bermain dengan isu politik. Terus membakar sentimen sampai nanti ada orang sebut ada kes diputuskan di mahkamah walaupun percanggahan pendapat oleh hakim, perlakuan tetap berlaku kenapa kita tidak bangkitkan? Kenapa kita terima keputusan mahkamah? Ini bukan sub judice. Ini keputusan mahkamah… [Tepuk] Tidak kita bangkitkan. Kita tidak mahu perkara ini dimainkan oleh Ahli-ahli Parlimen kerana kita di antara tugas yang lebih besar. Ada banyak kes sebelum ini Yang Berhormat pada saya perkara ini tidak perlu kita panjangkan. Besar sungguh dua perkara salah yang dibuat: (i) menghina Speaker apabila di sebut tadi “You should be ashamed of yourselve,” enam bulan; dan (ii) menyebut Ahli Parlimen Pekan pembunuh, enam bulan. Sudah betullah 12 bulan. [Ketawa] Ini bukan perkara ini bukan precedent selalunya enam bulan Yang Berhormat Bukit Gelugor pernah kena enam bulan, Yang Berhormat Batu Gajah pun pernah kena enam bulan sebab satu salah. Hari ini dua salah.

Banyak lagi.

Sebelum ini pun disebut dengan apartheid, kita tidak ambil tindakan Yang Berhormat Speaker. Saya pun kalau hendak ikut hati, kita patut lebih awal. Kalau katakan diktator pun salah, apartheid pun salah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Janganlah bangun dahulu. Saya tidak bagi. Saya tidak bagi. Tidak apa, tidak apa… [Dewan riuh] Ramai lawyer hendak bangun pun bangunlah saya tidak bagi. Yang Berhormat.

Yang Berhormat lepas ini bahas.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Yang berdiri ini minta penjelasan. Mahu beri laluan tidak?

Saya tidak bagi... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, dekat satu jam kita dengar dia guna peraturan mesyuarat. Kita yang ada undang- undang ini gunalah ilmu itu cara betul… [Tepuk] Janganlah kita bawa...

Saya lebih mementingkan apa persepsi rakyat. Kita tidak mahu besok, bila kita buat keputusan 12 bulan...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat yang tidak mahu buat penjelasan. Sila duduk.

Kita buat keputusan 12 bulan, dia keluar ini dia buat cerita dekat luar kata kita hendak menganiaya kawan-kawan. Bukan, ini perkara yang tidak betul. Saya kata saya tidak bagi.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat… [Dewan riuh] Ahli Yang Berhormat. Penjelasan apabila yang berucap itu tidak beri laluan bermakna tiada penjelasan… [Dewan riuh] Kenapa sering kali diangkat peraturan mesyuarat ini segala Yang Berhormat terlibat juga tidak ikut, apa sebab? Yang Berhormat Beruas sudah. Sila terus... [Dewan riuh] Ahli Yang Berhormat. Kalau perkara ini keceloparan tidak melebihi tiada hari ini. Jadi mulai daripada hari ini, ambil iktibar. Kalau berucap, berucap macam Yang Berhormat Permatang Pauh… [Dewan riuh] Sila teruskan.

Tuan Yang di-Pertua, tadi disebut banyak perkara-perkara yang (a) sampai (f), (n) sembilan itu semua privileges itu bukan bawah kita. Tuan Yang di-Pertua, atas kita perlembagaan kita buat undang-undang untuk dijalankan di mahkamah. Kita bukan mahkamah. Jadi perkara-perkara yang diberi kuasa kepada para hakim kita pada hari ini harap dapat dijalankan dengan baik tetapi dalam kes ini pada saya usul yang dibawa ini perlu disegerakan. Perkataan segera itu kalau kita bawa privileges pun ia akan bahaskan di sini juga. Buat apa kita buang masa. Ayatnya segera. Kalau tidak, bukan segeralah. Bukan kalau kita buat Jawatankuasa dia terus putus kita terima, kita bahas juga. Jadi hari ini disebabkan kesegeraan supaya tidak berpanjangan kita ini semua diberi amanah untuk berbahas. Tidak puas hati, puas hati, hendak beritahu dalam Dewan ini. Tidak perlu kita tunggu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Saya sudah kata saya tidak bagi dan berdiri apa lagi? Duduklah sekejap. Saya cakap tidak panjang. Saya tidak niat hendak cakap panjang. Kalau bagi saya sepuluh minit ini habis sebab perkara ini perkara yang perlu kita putuskan kerana kesegeraan. Nanti Yang Berhormat dapat peluang Yang Berhormat cakaplah. Cakap saya tidak ganggu. Saya hendak beritahu kita ada rules of law. Dalam perkara yang disebut 36(1) sampai sembilan itu semua dilanggar. Dalam perlembagaan disebut satu sampai tiga kenapa? Sebutlah empat sekali. Peraturan 63(4) kata perkara yang berlanggar dengan hasutan, 63(5) yang menyentuh tentang Yang di- Pertuan Agong, kenapa tidak sebut. Jangan baca separuh-separuh.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat apa ini. Point of order kah penjelasan? Point of order. Sila.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 83 yang dibahas oleh Yang Berhormat sebelum ini mengatakan bahawa Dewan ini dapat membuat keputusan kerana perkara-perkara adalah diketahui oleh semua. Ini tidak benar Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita teliti 83 ia memberi ruangan untuk memanggil saksi-saksi di antaranya dia kemungkinan besar Yang Berhormat Puchong akan memanggil saksi-saksi yang ada berkaitan dengan apa yang dituduhkan… [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Maka Tuan Yang di-Pertua, mereka mungkin tidak setuju pada saya.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, jadi dia…

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih Ipoh Barat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya belum habis. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat telah mengelirukan Dewan ini, mungkin dia tidak tahu belajar daripada kita.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat sudahlah Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Ipoh Barat sudahlah. Sudahlah Yang Berhormat Ipoh Barat sudahlah. Ahli Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat Ipoh Barat. Duduk. Yang Berhormat Ipoh Barat duduk. Semua peraturan-peraturan mesyuarat yang telah dibangkitkan dan akan dibangkitkan bagi tafsiran saya di bawah Peraturan Mesyuarat 43, Peraturan Mesyuarat 27(3) yang dibawa oleh Menteri itulah muktamad. Ahli-ahli Yang Berhormat, kenapa takut berbahas dengan soal gelagat Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri. Kenapa? Saya cuma benarkan usul mengikut pendapat saya usul itu adalah proper. Yang dibahas adalah tabiat Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri bukan orang lain. Kenapa harus sangat dipertikaikan ini? Sila. Teruskan.

Jadi…

Tuan Yang di-Pertua

Kenapa ini harus mendapat halangan, sudahlah 27(7), (3) saya kata proper. Proper lah. Sekarang yang dibahas, adakah kamu mahu juga bercakap lebih-lebih kecuali itu yang kamu mahulah. Memaki hamun sesama sendiri, tuduh-menuduh, fitnah. Kalau itu kamu mahu bagi tahu. Buat press statement di luar sana. Pergi luar sana buat press statement. Ini yang kami mahu. Sila.

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya simpati Tuan Yang di-Pertua tidak perlu cerita panjang-panjang Tuan Yang di- Pertua. Memang itu kebijaksanaan kita bahaslah. Kenapa diserang Tuan Yang di-Pertua sebab keputusan.

Tuan Yang di-Pertua

Sila bahaslah. Yang you pun ini juga Yang Berhormat kamu punya hal yang sendiri. Terpulang kepada kamu.

Tuan Yang di-Pertua, banyak kes yang pernah kita putuskan dalam Dewan mungkin bukan oleh kita tetapi oleh yang terdahulu. Bila kita buat kenyataan dalam surat khabar pun salah. Betul kita ada imuniti tetapi kita tidak sewenang-wenang buat kenyataan di luar. Mengeluarkan kenyataan dalam PAC pernah jadi tahun 1960 pun salah kerana tidak dibawa di Dewan. Betul kita ada PAC tetapi ia tidak boleh buat kenyataan di luar tanpa membawa ke Dewan sebab Jawatankuasa ini ditubuhkan oleh kita. Jadi hari ini kita berpeluang untuk melihat satu kes yang straight forward, dengan izin disebut dengan jelas. Saya tidak minat hendak tengok yang panjang-panjang, panggil saksi dan yang sebagainya. Saya ada dalam Dewan, saya dengar tiga kali dia sebut kalau saya hendak ulang balik dalam ini pun ada, tidak payah. Dalam Hansard nanti dapat seorang satu baca, apa yang dia sebut. Yang Berhormat Serdang pun ada juga tokok tambah dalam itu, baca sendiri. Akan tetapi hari ini Usulnya kepada Yang Berhormat Puchong dan Usul itu dipersetujui oleh Tuan Yang di-Pertua dan kita tidak ada masalah menerima 12 bulan. Kalau ikut kita hendak suruh tambah, tetapi sebab mereka yang berwajib di pihak kerajaan telah membawa Usul - 12 bulan, maka kita bahaskan. Sebab itu akhir sekali jangan kita ingat, kita ini berada di atas undang-undang. Kes public prosecutor Datuk Mark Koding - Ahli Parlimen Kota Kinabalu disebut semasa Usul Titah Diraja tahun 1978 dibawa ke mahkamah. Dibuat keputusan tahun 1982 didapati bersalah, mana kita ada imuniti? Sebab itu apabila tidak mahu mengulangi kenyataan dalam Dewan di luar, impolitely bersalahlah itu. Kalau berani buat balik di luar, saya hendak tengok. Semua ini peguam jangan kita gunakan undang-undang, saya pun kadang-kadang terfikir juga tadi padanlah banyak kes mahkamah tertangguh. Benda yang mudah, yang boleh kita putuskan dengan segera, panjang, sebab banyak sangat tahu undang-undang. Minta maaf saya dalam Dewan...

Tidak payah maaf.

...Saya sebut sebab saya terfikir tadi. Sama ada tahu atau tidak pada saya usul ini mudah, saya ingin menyarankan menjadikan ini sebagai pengajaran dan saya harap Tuan Yang di-Pertua kita tidak mahu esok dijadikan isu politik. Cerita seolah-olah ada pertimbangan politik, sentimen dan sebagainya. Saya tidak minat dan saya rasa kami di Barisan Nasional tidak minat tentang itu. Kita tahu perkara yang dibuat itu salah walaupun dilakukan oleh rakan bijaksana di sebelah sana. Akan tetapi salah tetap salah, hukuman yang diberi perlu kita tunjukkan teladan supaya tidak diikuti pada masa depan. Sekian terima kasih, saya mohon menyokong... [Tepuk]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya juga meneliti usul yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Walaupun saya merasakan perlu diberikan tempoh supaya diteliti, tetapi saya akur keputusan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Puchong memang kenyataan serius. Saya tidak nafikan, dalam keadaan biasa baik pembangkang atau kerajaan tidak boleh pandang ringan sebab itu saya faham mengapa Menteri merasakan perlu usul ini dibawa segera. Cuma saya ingin menjelaskan di sini, ini satu tuduhan yang berat dan sesiapa juga Ahli Yang Berhormat sama ada pihak kerajaan atau pembangkang tidak harus mengeluarkan kenyataan yang serius begini, yang kasar begini kalau tidak mampu mempertahankan dakwaan itu. Saya tidak berkesempatan untuk berbincang panjang dengan Yang Berhormat Puchong, tetapi sepatutnya sebelum kita berbicara soal hukum. Kita harus beri ruang mengapa sanggup seorang Ahli Yang Berhormat mengeluarkan kenyataan yang begitu kasar mendakwa seorang Timbalan Perdana Menteri tidak membunuh, tetapi terlibat dalam pembunuhan, dalam kes pembunuhan. Sebab itu kita tahu dalam hal ini sepatutnya ada dua pertimbangan yang saya rasa kita harus berikan perhatian. Pertama, oleh kerana tuduhan ini serius dan dia tidak terlepas begitu sahaja, kita hukum orang itu. Tuduhan masih kekal sebab itu jangan kita terburu- buru untuk menggunakan kuasa majoriti kita menghukum kemudian kes ini dengan sendirinya terhenti. Sebaiknya kes ini harus diselesaikan melalui ketegasan, memberi ruang kepada orang yang mendakwa kalau tidak mampu memberikan hujah dan bukti, maka menghukum mengikut peraturan undang-undang yang ada. Inilah sebab mengapa ada kebijaksanaan bila rakan-rakan mengemukakan supaya diteliti di bawah Peraturan Mesyuarat 80(1) iaitu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Kerana ini bukan soal seperti mana yang saya dengar enam kali diulang oleh Tuan Yang di-Pertua tentang celopar begitu sahaja. Kalau orang celopar tuntut dia minta maaf atau hukum begitu. Akan tetapi ini tuduhan yang begitu serius, ia tidak boleh ditutup hanya dengan kenyataan Menteri ataupun undi. Ini tuduhan jenayah yang berat dan besar, saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Puchong akan menjelaskan kemudian. Mungkin di sini atau juga di luar, tetapi oleh kerana dakwaan itu dakwaan yang agak keras yang tidak sepatutnya dikeluarkan kalau tidak ada keupayaan mengemukakan bukti. Ini saya tidak pertikai, sesiapa juga yang mengeluarkan kenyataan yang menuduh sesiapa bukan sahaja Timbalan Perdana Menteri. Rakyat biasa, buruh kasar sekalipun kalau tidak dapat mengeluarkan bukti dan tidak boleh mempertahankan hujahnya, tidak boleh menggunakan haknya sebagai manusia apatah lagi sebagai Ahli Parlimen. Sebab itu saya kurang mengerti walaupun telah dibuat keputusan mengapa kita tidak berikan ruang supaya diberikan penjelasan dan rakyat juga puas hati. Ada tuduhan yang begitu kasar dan keras dilemparkan, siasatan dilakukan kemudian didapati tidak benar, maka orang yang membuat dakwaan itu dihukum keras. Akan tetapi kalau kita gunakan hanya ruang ini, bahas dari segi politik kemudian jatuhkan hukuman yang keras, itu tidak menyelesaikan masalah, itu yang pertama. Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, ialah sesiapa sahaja, bukan sahaja Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen atau orang lain bila terkena tuduhan begitu harus berupaya untuk mempertahankan dirinya menolak ini sebagai satu fitnah kemudian menuntut supaya penyiasatan yang rapi dan terbuka dilakukan.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Apa yang dibangkitkan kebimbangan adalah kerana dalam kes ini dicurigai dan dikhuatiri kerana rekod penyiasatan dan perjalanan mahkamah, hal ini tidak dipatuhi dan diikuti. Ini yang menimbulkan permasalahan dan persoalan ini terus dibangkitkan berulang kali. Saya tidak mahu menyenaraikan apa yang dijadikan pengetahuan umum yang berkaitan dengan kes yang menyebabkan Yang Berhormat Puchong yang juga peguam dalam kes ini, yang melemparkan tuduhan yang keras begitu. Ada yang dibangkitkan yang sampai sekarang ditutup begitu sahaja, soal pegawai penyiasat yang hilang, soal rekod imigresen yang hilang, soal keterangan yang saksi tidak dipanggil. Hal- hal ini adalah hal yang kita sebut sahaja ia terus sub judice, jadi akhirnya semua kes yang ditafsirkan dan persepsi rakyat yang melibatkan tokoh-tokoh besar tertutup kerana menggunakan kuasa dan kekuatan sub judice yang disebutkan itu. Sebab itu saya inginlah meminta pertimbangan Tuan Yang di-Pertua dan rakan- rakan, saya tidak bermaksud supaya menarik balik usul ini tetapi bagi ruang. Yang Berhormat, jika Yang Berhormat bercakap tentang rule of law, the principle of natural justice ada orang membuat tuduhan, dia mempertahankan tuduhan itu. Kalau dia tidak buat balik tuduhan orang yang dizalimi atau difitnah berhak untuk menuntut tuduhan. Dalam kes ini orang yang buat tuduhan tidak ada hak untuk mengeluarkan keterangan yang terperinci dan siasatan teliti dan orang yang dituduh tidak pun menyebut dan menafikan dan ada untuk mempertahankan dirinya. Dalam dua-dua prinsip tidak ada, yang ada hanya menggunakan ruang dan kuasa kerana jumlah yang ramai dan majoriti untuk menghukum tanpa dua prinsip ini diambil kira. Jadi saya pohon setakat itu, saya minta Tuan Yang di-Pertua beri pertimbangan kalau tidak, sukar, Kita diminta untuk terus membuat keputusan dalam tuduhan yang berat. Ini bukan soal yang Tuan Yang di-Pertua ulang sebut, ini soal kenyataan yang longgar. Saya faham, saya juga dihamun banyak walaupun rakan-rakan saya cakap soal prinsip hari ini, yang melanggar batas akhlak dan etika baik khazaf, baik fitnah tetapi itu soal lain. Ini kalau berkaitan dengan tuduhan jenayah besar, ia tidak tertutup. Menteri Dalam Negeri ada di sini, ia tidak boleh ditutup dengan hanya undi majoriti. Soal tuduhan jenayah besar harus ada keupayaan, pertama biar hak, bukan sahaja hak yang menuduh. Bahkan saya dalam hal ini, terkeluar daripada pertimbangan lain yang saudara-saudara boleh tafsirkan. Hak Yang Berhormat Pekan, Timbalan Perdana Menteri untuk mempertahankan dirinya dan membersihkan dirinya. Itu harus diberikan sepenuhnya. Akan tetapi dalam kes ini, yang ada bukan soal principle of natural justice. Yang ada hanya brood power, force untuk mengatakan right or wrong berdasarkan undi bukan berdasarkan siasatan dan keputusan yang sebenarnya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua… [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya cuma benarkan perbahasan ini sehingga jam satu. Saya mahu Menteri menjawab mungkin dalam lima hingga sepuluh minit. Ahli Yang Berhormat-Ahli Yang Berhormat, perkara ini jelas, saya membenarkan usul itu atas sebab saya duduk di sini hampir setahun. Saya dengar segala ungkapan-ungkapan yang dikeluarkan. Akan tetapi malangnya apabila ditegur tidak ada siapa yang mendengar. Akan tetapi apabila satu perkara yang berbangkit begini, semua angkat peraturan mesyuarat. Ada lagi perkara-perkara lain yang perlu dibincangkan. Peringkat Jawatankuasa, Menteri menjawab, ada lagi lebih kurang 20. Jadi kalau Ahli-ahli Yang Berhormat bersikap seperti Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak ada perkara begini yang menghabiskan masa kita. Silakan Yang Berhormat Batu Pahat. Saya juga ada kuasa untuk saya tetapkan masa itu kerana saya sendiri yang menerima usul ini. Usul ini, apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh saya terima dengan baik tetapi saya terima usul ini proper. Saya mahu Ahli-ahli Yang Berhormat bahas, saya juga mahu Ahli-ahli Yang Berhormat juga beri jatuh hukuman, bukan saya supaya lain kali, jangan lagi ada hujah-hujah yang melanggar peraturan mesyuarat. Silakan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ingin tanya berapa minit Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Dua, tiga minitlah. Jangan terlampau panjang lebar. Yang Berhormat sudah berucap di sini berapa puluh jam kalau dikira dari tahun lalu lagi... [Ketawa] Dua, tiga minit cukup.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usul ini sebab mesti ada noktah kepada perkara ini, kelakuan ini dan tindakan yang tidak mengikut peraturan sebab perkara ini sudah diulang dua tiga kali dan tindakan pun pernah diambil terhadap Yang Berhormat Puchong tetapi beliau mengulang juga perbuatan ini. Maka saya fikir apa yang diusulkan oleh Menteri pada hari ini adalah cukup penting supaya memberi pengajaran kepada kita untuk mematuhi peraturan yang sedia ada yang begitu banyak disebut oleh Tuan Yang di-Pertua, 36(2), 36(4), 36(6) dan sebagainya. Jadi sebab itulah, pada saya apa yang berlaku pada hari ini, cukup jelas menyatakan bahawa ada orang yang berpengetahuan undang-undang seperti Yang Berhormat Puchong tetapi menyalahgunakan kekebalan yang ada di Parlimen ini untuk sebenarnya menimbulkan persepsi buruk terhadap individu tertentu khususnya kepada Yang Berhormat Pekan. Saya ingin menghujah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh yang menyatakan kenapa tidak perlu disiasat sedangkan kita lihat hujah Yang Berhormat Puchong hanyalah berdasarkan kepada kenyataan Ketua Penyiasat, Chief Inspector Gan itu yang dia kata bahawa Yang Berhormat Pekan adalah saksi utama. Akan tetapi apa yang jelas bila saya baca balik apa yang dibangkitkan dalam kes Raja Petra ini hanyalah dibaca statement tersebut tetapi tidak disebut sepenuhnya sedangkan Chief Inspector itu dengan jelas menyatakan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua,“Pekan was not interrogated because the police had dismissed his involvement in this case.” Cukup jelas. Kenapa dia tidak baca habis? Jadi, hujah beliau menggunakan hujah yang tidak kukuh, maka itu yang saya katakan bahawa tindakan perlu diambil. Kalau berani kenapa tidak bawa dakwaan ini luar daripada Parlimen dan bila di bawa di dalam Parlimen, berasaskan kepada andaian dan hujah yang tidak kukuh dan sebenarnya ramai yang teraniaya. Bukan sahaja Inspector Gan teraniaya kerana dia menyatakan bahawa Yang Berhormat Pekan tidak perlu dipanggil kerana tidak ada kes. Kenapa tidak disebut? Kemudian Yang Berhormat Pekan juga teraniaya dan ramai orang teraniaya termasuk rakyat teraniaya kerana ditipu dengan hujah...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

...Yang tidak kukuh daripada Yang Berhormat Puchong itu tadi.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pahat. Cukup, cukup.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Oleh sebab itu bagi saya tindakan tegas mesti diambil terhadap Yang Berhormat Puchong. Saya setuju setahun, sepatutnya lebih daripada itu. Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya dalam kes seperti ini, kalau ada orang membuat tuduhan terutama dalam kes berat melibatkan pembunuhan ini, maka sepatutnya perlu ditanya pada dia, boleh tidak buat dakwaan di luar? Kalau dia enggan juga, sebenarnya kita tidak perlu tunggu lama. Ambil tindakan tegas sahaja kepada orang ini sebab ini tidak bertanggungjawab sebenarnya kepada rakyat, menyalahgunakan institusi Parlimen...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

...Sebab dia seorang peguam. Oleh itu saya harap perkara seperti ini jangan berulang lagi. Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya harap juga lain kali Yang Berhormat Batu Pahat jangan melanggar peraturan mesyuarat... [Disorak] Silakan Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua, hari ini Parlimen kita bertindak sebagai satu mahkamah untuk buat keputusan dan buat hukuman dan kita pun perlu mengikut suasana dan syarat-syarat satu-satu mahkamah. Kalau mengikut mahkamah, mungkin sudah ada permohonan bahawa hakim patut fikir untuk recuse himself oleh kerana sangat jelas daripada kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Tuan Yang di- Pertua, nampaknya Tuan Yang di-Pertua sudah buat satu prejudgment mengenai perkara ini dan Tuan Yang di-Pertua pun mahu hukuman dibuat. Tuan Yang di-Pertua perlu bukan sahaja adil tetapi justice not to be done but must seen to be done tetapi saya harap...

Tuan Yang di-Pertua

Saya buat justice pun Yang Berhormat Ipoh Timur, dituduh juga tidak adil. Ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menganggap Parlimen ini sebagai jungle. It is like a jungle out there.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, jangan kita menjadi satu ‘kangaroo court’. Kita nampaknya dilihat orang ramai satu kangaroo court dan saya tidak mahu memohon Tuan Yang di-Pertua untuk recuse yourself, withdraw daripada ini kerana dalam mahkamah tentulah ada satu permohonan dibuat dan yang Tuan Yang di-Pertua adalah seorang peguam, tahu latar belakang ini. Akan tetapi dalam perkara ini saya harap kita baca usul ini bahawa tindakan dicadangkan diambil terhadap Yang Berhormat Puchong oleh kerana ada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan. Ini satu public interest question. Satu public interest question kerana beberapa perkara yang timbul yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, sama ada mengenai Chief Inspector yang ada testimoni beliau bahawa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri seorang important witness tetapi tidak ada disoalkan, sama ada mengenai testimoni dalam mahkamah, mengenai gambar Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Altantuya Shaaribu, sama ada mengenai keadaan di mana Elite Squad yang menjaga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, sama ada mengenai kenyataan RPK.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Celahan yang saya ingin buat, dalam peranan selaku legislator, law maker, perkara yang ditimbulkan adalah sebenarnya dalam bidang kuasa sebuah peranan legislative yang seharusnya menyemak imbang sistem judiciary. Kita berlainan daripada pandangan Yang Berhormat Batu Pahat, tidak perlu setiap kali kalau membuat satu dakwaan mesti dibuat di luar. Kita mempertikaikan the procedure, the rule of law. Jadi apabila Yang Berhormat Puchong membangkitkan perkara ini, ia adalah dalam peranannya untuk membangkitkan satu perkara yang penting selaku law maker. Mempertikaikan atau menyemak imbang peranan judiciary… [Tepuk] Saya kira itu perkara yang cukup penting Yang Berhormat Ipoh Timur kerana ia perlu dilihat sebagai peranan kita dan kita berhak untuk menjalankan tugas semak imbang itu di sini… [Tepuk] This is the rule of law. Jadi saya minta Yang Berhormat Ipoh Timur tolong perjelaskan peranan ini dan bukannya dakwaan-dakwaan ini mesti dibuat di luar, di sini tempatnya.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, sebab itu saya kata sangat mustahak apabila kita bertindak sebagai satu mahkamah, kita jangan dilihat bertindak sebagai satu kangaroo court dan kita perlulah bincang dengan panjang lebar dengan semua fakta-fakta yang relevan. Tadi ada sebut beberapa perkara yang menimbulkan soalan, adakah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya termasuk statutory declaration, private investigation kita, Bala Subramaniam yang ada kata bahawa ada penglibatan. Semua ini perlu dijelaskan. This is public interest question. Dalam Parlimen ada hak kebebasan bersuara dan tentu ada check and balance, betul.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya mahu memetik satu quotation mengenai Parliamentary Privileges, dengan izin, “Procedures are in place for both the House and Select Committees to ensure natural justice (fairness of process) is observed. These allow right of reply to those who consider their reputation has been damaged by statements made under privilege.” Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada more than the right to reply. Tidak pernah dia buat apa-apa, menggunakan right of reply di dalam Dewan ini mengenai semua perkara ini. Ini satu public interest question yang sangat mustahak, khasnya oleh kerana Yang Amat Berhormat akan menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi, dua minggu lagi dan kita mahu seorang yang menjadi Perdana Menteri disokong oleh semua rakyat. PM untuk semua rakyat Malaysia disanjung di dunia juga. Bukan oleh kerana soalan-soalan yang begitu penting timbul, haunted, hounded and doubt by all these questions. Sebab itu... [Disampuk] Ya?

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Terima kasih. Rakan saya dari Ipoh Timur ada nyatakan tadi, natural justice. Adakah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri demand natural justice. Di Dewan ini satu tuduhan serius ada dibuat terhadap dia terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, dia tidak ada di sini hari ini. Dia tidak ambil berat. Dia tidak ada di sini untuk cabar Yang Berhormat dari Puchong untuk mengeluarkan apa yang dikatakan oleh dia di sini di luar daripada Dewani ini. Kenapa dia tidak hadir hari ini? Dia takut. Bolehkah...

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Bolehkah saya dapat penjelasan daripada rakan saya dari Ipoh Timur?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, ini daripada yang saya sebut, dia ada right of reply.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, saya bagi dua, tiga minit lagi. Selepas itu saya mahu Menteri menjawab.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Dia ada right of reply dalam perkara ini dan ini penting, bukan sahaja kepada Yang Amat Berhormat kita, kepada rakyat, kepada dunia sama ada kita akan mempunyai satu Perdana Menteri, there will be a respected by all atau all the doubts. Oleh sebab itu dalam perkara ini patutlah dirujuk kepada Committee of Privileges dan saya harap selain daripada kita menggunakan group majority, kita sekarang ada Barisan Nasional majoriti untuk luluskan apa yang disukai tetapi dalam pandangan dunia, inilah abused of power...

[Bangun]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ya, okey.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Tumpat, pendekkan kerana saya mahu Ahli Yang Berhormat menjawab dan saya mahu perkara ini diselesaikan sebelum jam 1.00 petang.

Insya-Allah, sangat pendek. Hanya tidak sampai dua minggu yang lalu, Yang Berhormat Bukit Gelugor telah dikepung oleh pemuda- pemuda UMNO. Apabila dipersoalkan tindakan apa yang diambil, maka kita menggunakan Peraturan 80A, tetapi kenapa kes 80A tidak boleh digunakan misalnya, dalam kes yang kita hadapi hari ini. [Tepuk] Kenapa kita pilih begini? Terima kasih.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh timbang kenapa kita perlu tamat pukul 1 petang? Ini satu perkara yang penting. Ada ramai Ahli di sini, tidak tahu di sana, yang mahu mengambil bahagian dalam perbahasan dan saya harap kita ada masa oleh kerana betul ada perkara yang penting yang kita mahu bahas tetapi ini kalau kita mengeluarkan gambaran kepada orang luar bahawa kita sudah ada kangaroo court, saya rasa imej Parlimen akan jatuh. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Menteri. Sila gulung, sila.

[Bangun] [Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menggulung di mana beberapa perkara yang telah dibangkit...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dengar itu. Apabila saya tidak respons bermakna saya tidak layan... [Disampuk] Sila, sila. Menteri, sila.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua. Kita hendak buat usul untuk menghukum Yang Berhormat Puchong. Sekarang Yang Berhormat Puchong berdiri, kita kena bagi ruang Yang Berhormat Puchong bagi penjelasan... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya faham itu, Yang Berhormat, tetapi tindakan saya ialah saya menjemput Menteri untuk menggulung perbahasan kerana semua sudah saya dengar.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Akan tetapi Yang Berhormat Puchong belum berucap.

Tuan Yang di-Pertua

Saya tahu Yang Berhormat. Ini kan berbahas? Saya akan panggil siapa yang saya mahu panggil, Yang Berhormat Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, terima kasih. Yang Berhormat, saya tidak mahu...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sayalah orang terakhir mahu berbalah dengan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua tahu itu, tetapi saya minta, kita hendak buat satu usul hendak hukum berat seorang Ahli Yang Berhormat dan kita tidak mahu bagi ruang kepada dia berucap. Saya fikir ini satu yang janggal, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta sebelum Yang Berhormat Menteri jawab, biar Yang Berhormat Puchong diberikan floor untuk menjelaskan pendirian dia... [Tepuk] Dia buat tuduhan...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

...Saya terima, Tuan Yang di- Pertua, bahawa Yang Berhormat Puchong buat tuduhan yang berat.

It is only fact.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kalau begitu, beri dia ruang untuk memberi penjelasan sebelum dibuat keputusan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Persidangan di bawah usul yang dibawa tadi itu bagi saya tidak ada beza dengan perbahasan lain. Tidak ada beza dengan perbahasan lain. Saya telah buat ketetapan dan saya akan teruskan dengan ketetapan itu, sila gulung.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan, teruskan.

[Bangun] [Menyampuk]

Sebenarnya kita berlaku adil.

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan.

[Bangun] [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak terima kasihlah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam soal ini dan saya ingin membuat penjelasan berkenaan dengan perkara yang telah dibangkit. Pertama, berkenaan dengan...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli- ahli Yang Berhormat, saya sudah buat ketetapan apa pun persepsi Ahli-ahli Yang Berhormat, itu sudah diambil kira. Biarlah dia menggulung. Sila, teruskan... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya perkara yang dibangkit berkenaan dengan apa yang telah Yang Berhormat dari Permatang Pauh cakap sebentar tadi iaitu bahawa kita harus melihat niat apa yang di sebalik yang dilakukan oleh Yang Berhormat dari Puchong. Semua Ahli Pembangkang: [Bangun] [Menyampuk]

Saya ingin menjelaskan di sini iaitu ini bukan satu jenayah di mana yang kita hendak bincangkan bukan satu jenayah yang harus kita membukti dan menyelami apakah niat di sebalik dia membuat kenyataan itu. Jadi oleh kerana itu, cukup sahaja kalau tindakan itu telah pun dilakukan dan jelas tindakan itu menampakkan sikap kurang ajar terhadap Timbalan Perdana Menteri, sudah cukup kita mengambil tindakan terhadap beliau. Keduanya, melainkan kalau Yang Berhormat dari Puchong dia mengaku dia gila, itu lainlah. Akan tetapi saya percaya waktu dia membuat kenyataan itu dia tidak gila dan dia tahu apa yang dilakukan itu adalah salah. Ketiganya, saya ingin mengatakan di sini iaitu Timbalan Perdana Menteri, dia tidak hadir pada hari ini disabitkan kes dia sedang dibincangkan dan dia tidak mahu kehadirannya itu akan mempengaruhi sebagai Ketua WHIP, mempengaruhi Ahli daripada Barisan Nasional membuat keputusan untuk menyokong dia. Maka itulah yang dikatakan mengapa dia tidak hadir pada hari ini. Selain daripada itu, Yang Berhormat, dalam perkara yang dibangkit sebentar tadi iaitu mengatakan segala apa tindakan yang diambil oleh Yang Berhormat Puchong dilakukan dalam Dewan. Memanglah, kita tidak suruh pun dia keluar daripada Dewan kerana tindakan yang kita hendak ambil ialah sebagai Majlis di atas tindakan perbuatan dia di dalam Dewan. Bermakna apa salah laku yang dia buat di dalam Dewan ini, kita berhak untuk mendengar dan kalau dia merupakan satu offences, penghinaan terhadap Dewan, maka kita berhak untuk membincang dan mengambil keputusan sama ada dia telah melakukan kesalahan ataupun tidak. Semua Ahli Pembangkang: [Keluar Dewan]

Soal memberi kesempatan kepada dia, pihak kita lebih adil. Bapa dia kita suruh bela. Bapa dia itu, lawyer yang bela dalam ini, lebih daripada apa yang boleh kita berikan. Bukan setakat dia sebagai Wakil Rakyat Puchong dibenarkan membela, bapa dia pun kita bagi bela dia. Apa lagi yang hendak dikehendaki oleh kita? Jadi sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, saya kira tidak ada banyak perkara yang penting dibangkitkan oleh mereka. Jadi saya mohon supaya usul ini dibahas dan diterima. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul atas nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 1 hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, jam sekarang sudah 1.01 petang, maka saya tangguhkan Mesyuarat ini hingga ke pukul 2.30 petang.

Tuan Yang di-Pertua

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk membentangkan usul.

Usul — WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin AbdulMotion

Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) saya mohon mencadangkan: “Bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diluluskan dan diputuskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 dan usul-usul yang berkaitan dengannya dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa 17 Mac 2009.”

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2009) 2009 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.)(BIL.1) 2009 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 dan Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2009 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari kedua] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]

Maksud P.27Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009] – Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita dalam perbahasan di bawah Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya. Saya jemput Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Tuan Pengerusi, sedikit sahaja. Butiran 61000 – Naiktaraf jalan-jalan (Projek Baru) yang dikhususkan kepada Jalan Tangkak-Jasin. Cuma saya hendak tahu apakah jalan yang dimaksudkan ini adalah projek jalan baru kerana bunyinya adalah peruntukan tambahan sebanyak RM66,176,900. Kalau benar, oleh sebab namanya adalah daripada Jasin ke Tangkak sebab saya adalah daripada kawasan yang berkenaan, saya tidak maklum adakah ia hanya sampai ke sempadan Tangkak atau pun sampai ke bandar Tangkak tetapi belum dilaksanakan. Saya juga hendak tahu adakah kos ini termasuk kos pengambilan balik tanah, termasuklah kos utiliti, paip, kabel dan sebagainya. Bagi yang lain-lain butiran, saya juga hendak bagi khususnya kepada projek naik taraf pembinaan jalan-jalan persekutuan ini. Saya hendak tanya mengapa Jalan Muar bypass sekarang ini dalam keadaan yang sangat-sangat buruk? Adakah JKR setuju jika saya katakan bahawa ini adalah satu-satu daripada projek jalan yang besar harganya tetapi gagal dari segi reka bentuk. Sehingga sekarang tidak selesa dan selamat untuk digunakan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 08260, naik taraf dan memulihkan jalan-jalan projek baru. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, dalam peruntukan RM72 juta ini, adakah dia melibatkan pembinaan, pembesaran jalan di kawasan Bandar Lahad Datu yang menghubungkan Lahad Datu-Tawau dan Lahad Datu- Sandakan. Seterusnya dalam Butiran 31000 iaitu pembinaan jalan dan jambatan projek baru. Peruntukan tambahan sebanyak RM7 juta ini saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian untuk di kawasan Parlimen Silam terutamanya. Adakah dimasukkan untuk pembinaan jambatan ini terutamanya di kawasan dump road yang baru-baru ini terputus oleh sebab banjir yang melanda. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 8260 dan 8280. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan mengenai satu projek melibatkan jalan di Parlimen Balik Pulau dari Teluk Kumbar hingga ke Genting. Saya memantau dengan sendiri bahawa projek tersebut telah terbengkalai dan yang paling merisaukan saya kerana mengikut maklumat pejabat polis daerah telah meningkatnya kes kemalangan. Yang paling merisaukan saya ialah itu merupakan laluan utama kepada golongan yang bekerja di kilang-kilang di zon bebas di Bayan Lepas yang rata-rata kebanyakannya menggunakan motosikal. Yang paling saya risau juga ialah saya menggesa pihak kementerian juga mengambil kira aspek alam sekitar kerana projek tersebut yang melibatkan cerun-cerun bukit yang telah di bugar oleh kontraktor terdahulu. Saya dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri baru-baru ini telah ditamatkan dan saya berharap aspek alam sekitar juga dipastikan di dalam projek itu dan saya menggesa supaya projek tersebut diberi perhatian penuh demi kepentingan golongan pekerja terutama di kawasan Parlimen Balik Pulau. Terima kasih.

Saya merujuk kepada Butiran 8260 dan 8280.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah peruntukan tambahan ini termasuk projek jalan di Labuan yang mana projek jalan yang sudah lama terbengkalai antara Simpang Tamu hingga ke Kampung Pohon Batu. Jadi projek ini sebenarnya telah pun diaward lebih daripada dua tahun yang lalu tetapi sampai saat ini tidak ada kerja-kerja yang dibuat sehinggakan keadaan begitu kurang selesa kepada pengguna-pengguna jalan kerana yang baru dibuat baru side clearing. Seterusnya sudah hampir dua tahun tidak ada apa-apa yang dilaksanakan di kawasan tersebut. Diharapkan pihak kementerian dapat memberikan perhatian kerana jalan tersebut telah pun lama terbengkalai. Terima kasih.

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Tuan Pengerusi, boleh saya tambah satu soalan ini yang agak penting.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya sudah jemput Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat.

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Sedikit sahaja. Pendek sahaja, boleh?

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat mencelah nanti.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, ada banyak kementerian lagi hendak jawab. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada lapan orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Balik Pulau dan Yang Berhormat Labuan yang telah menyentuh perkara mengenai bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Kerja Raya. Saya cuba hendak jawablah. Yang Berhormat Batu Gajah telah membangkitkan masalah jalan dari Ipoh ke Lumut di mana memerlukan satu pusingan U. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JKR telah menyediakan pusingan U berhampiran bandar Tronoh yang jaraknya hanya 0.5 kilometer dari Bandar Baru Pasir Puteh bagi membuat pusingan U dari Ipoh ke Lumut. JKR juga telah menyediakan pusingan U di Persimpangan Batu Gajah bypass bagi membuat pusingan U dari Lumut ke Ipoh yang juga adalah 0.5 kilometer dari Bandar Baru Pasir Puteh. Pusingan U yang lebih dekat dan banyak tidak dapat dibina kerana pembinaannya akan mengganggu lalu lintas dari Ipoh ke Lumut dan juga akan membahayakan pengguna jalan raya. Kementerian amat prihatin dan mengambil berat permohonan bagi jejantas pejalan kaki di sekolah pekan Pusing yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat ada undang saya pergi ke bandar Pasir Puteh untuk makan kuih Pusing. Apa jenis kuih Pusing ini? Saya ada kuih Jara di Sarawak. Saya hendak cuba. Saya simpan dalam diari saya. Untuk jejantas, ia ada dalam senarai keutamaan yang telah pun disediakan oleh JKR. Walau bagaimanapun pelaksanaan jejantas pejalan kaki ini adalah berdasarkan peruntukan yang diterima dan tertakluk kepada senarai keutamaan projek jejantas pejalan kaki di peringkat nasional, negeri dan daerah. Senarai keutamaan ini disediakan berdasarkan ketiga-tiga faktor utama iaitu jumlah pelajar, jumlah lalu lintas, dan kelebaran jalan tersebut. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Seputeh telah pun membangkitkan empat perkara mengenai jalan-jalan di kawasan Seputeh...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa yang saya bangkitkan minggu lalu adalah menyeru Yang Berhormat Timbalan Menteri akan turun padang. Pergi menyaksikan sendiri berkenaan betapa perlunya jejantas itu. Jangan memberi garis panduan yang secara am, tiga faktor perlu dipenuhi atau keutamaan atau peruntukan. Apakah keterlaluan saya sebagai wakil rakyat di sana meminta satu jejantas yang perlu disegerakan, yang jelas amat memerlukan demi keselamatan pelajar?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jadi, yang saya perlukan Yang Berhormat dalam Dewan ini yang telah menyatakan, “Saya sudi turun padang dalam masa yang singkat ini,” untuk tengok dengan mata sendiri betapa perlunya jejantas untuk pelajar ini. Jangan guna garis panduan am ini. Jangan bagi alasan peruntukan tidak ada berdasarkan keutamaan itu, alasan yang tidak boleh diterima apabila kita mengalami masalah di mana pelajar berisiko tinggi apabila melalui jalan Ipoh-Lumut itu. Itu yang saya pohon sahaja, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Batu Gajah. Sebenarnya saya sudah jawab. Saya akan pergi cuba kuih Pusing ini. Ini bermakna saya akan turun padang, akan pergi melihat keadaan. Sebenarnya di seluruh negara kita ada 200...

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Minta laluan.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Belum lagi. Belum jawab lagi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi, Yang Berhormat?

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Sebenarnya kita telah pun mengenal pasti lebih 200 tempat di mana mereka perlukan jejantas dan kita memang perlu tengok peruntukan. Akan tetapi kalau sangat mendesak di mana-mana tempat pun seperti itu, macam di Batu Gajah dan tempat-tempat lain pun ada. Di Perak kita telah pun mengenal pasti lebih 20 tempat dan kita perlukan memohon peruntukan bagi keselamatan murid-murid kita akan membuat jejantas. Saya sudah sanggup hendak pergi turun padang supaya... [Ketawa] Mesti hendak pergi. Cuma kita cari masa sahajalah, ya?

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Minta laluan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Silakan, Yang Berhormat.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Jemput, jemput. Boleh.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Terima kasih, Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat. Saya juga ingin menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri ke kawasan saya iaitu Klang untuk menengok kesesakan trafik di sana sampai orang ramai pun fed up dengan kerajaan mengenai dengan hal yang berlaku, kesesakan yang tidak boleh habis sehingga dari pagi, petang, malam. Traffic jam itu sampai dua, tiga jam. Kerajaan belum hantar apa-apa respons kepada pihak Spaz Sdn. Bhd. yang hendak cepatkan kerja mereka di Klang untuk membina bridge Klang, Kapar. Minta penjelasan. Juga bila Yang Berhormat datang, jumpa saya. Saya akan datang, terima Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kalau menjemput boleh tulis surat, Yang Berhormat. Kalau semua Ahli Yang Berhormat bangun dan menjemput, saya pun hendak jemput Menteri pergi ke kawasan saya. Gombak pun hendak jemput, Ampang di sana waktu pagi jammed teruk.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Kita akan berhubung antara satu sama lainlah. Saya akan cari masa. Saya orang Sarawak, saya selalu balik Sarawak. Tidak ada masalahnya, kita cubalah. Kita cuba. Yang Berhormat Seputeh membangkitkan mengenai Jalan Puchong antara Batu 6 ke Batu 10 merupakan Jalan Negeri P11 dalam daerah Petaling. Jalan ini adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri Selangor. Oleh yang demikian Yang Berhormat Seputeh bolehlah memajukan cadangan untuk menaik taraf jalan tersebut kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor sebagai ahli Exco juga. Walau bagaimanapun kementerian telah dimaklumkan berkaitan cadangan memasangkan road studs jenis yang kita panggil tiger eye. Akan tetapi hari itu Yang Berhormat kata cat eye. Tiger eye bagi meningkatkan jajaran ataupun delineation jalan tersebut dan seterusnya meningkatkan tahap keselamatan di laluan tersebut terutamanya antara Batu 6 ke Batu 8 yang sempit dan gelap yang dijangka dilaksanakan dalam tahun ini.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan projek jalan dari Taman Kinrara, Sentosa dan merentasi ke Lebuhraya KESAS ini akan menghubungkan Persimpangan Kinrara di Lebuh Raya Shah Alam dengan Taman Sri Manja, Taman Medan, Taman Masri Jaya ke Jalan Klang Lama. Skop kerja bagi projek ini adalah meliputi pembinaan jambatan, jalan sambung dan menaik taraf persimpangan di antara PJS Selatan 1/15 dan PJS 3/44. Adalah dijangkakan sekiranya projek ini siap dilaksanakan secara tidak langsung, ia akan mengurangkan bilangan trafik di jalan Puchong. Pengguna di kawasan Kinrara yang akan membuat perjalanan ke Jalan Kelang Lama, Lebuh Raya Baru Pantai akan menggunakan laluan ini secara terus melalui persimpangan Kinrara di Lebuh Raya Shah Alam menerusi jambatan atau jalan sambungan tersebut. Pihak LLM telah melantik perunding awam dan struktur bagi melakukan kerja-kerja reka bentuk. Kerajaan telah meluluskan siling peruntukan sebanyak RM20 juta untuk melaksanakan cadangan projek ini. Pada masa ini kerja-kerja reka bentuk terperinci, detailed design, dengan izin, sedang giat dijalankan dan kerja-kerja pembinaan akan mengambil masa selama 18 bulan...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

[Bangun]

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Minta penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya tentang RM20 juta yang disebutkan oleh Yang Berhormat dari Sarawak yang kita kenali nama ialah tentang schedule of rates iaitu jadual kadar. Saya rasa kita pernah bincang. Akan tetapi kita belum lihat sebarang perubahan ialah kerana kita ikut schedule of rates, atau ikut jadual kadar yang ditetapkan oleh JKR. Ia adalah lebih tinggi kalau dibandingkan dengan harga pasaran. Bolehkah Yang Berhormat membuat perubahan atau pindaan supaya ia lebih murah sedikit demi untuk menjimatkan wang kepada kerajaan? Ini kerana sebagai satu contoh apabila kita membuat sesuatu projek di Pulau Pinang, kita berasa bahawa harganya terlalu tinggi, tetapi kalau kita buat bukan mengikut jadual kadar, kita boleh selamatkan sampai 50 peratus daripada harga yang ditetapkan. So saya rasa di sini schedule rates merupakan satu masalah yang harus diteliti semula. Sekian terima kasih.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Boleh sambung sedikit?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat PJ Selatan Yang Berhormat.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Nanti saya belum jawab lagi. Ini adalah satu cadangan yang baik. Kita mesti hendak cari kaedah yang lebih baik supaya dengan peruntukan yang ada kita boleh buat lebih banyak lagi kerja. Akan tetapi kita berlandaskan semua projek kita tender terbuka, ada mengikut spesifikasi. Terpulanglah kepada pihak yang menender. Kalau kita ada tender terbuka memanglah kita pilih rate yang termurah. Kalau Yang Berhormat Bagan berkata memang satu cara kalau ia dibuat secara rundingan terus, mereka bina ini ada cara lain. Kita akan buat ini dengan cara tender terbuka, ya?

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya memang mengalu-alukan peruntukan RM20 juta ini untuk pembinaan jalan yang menghubungkan dari Puchong Kinrara ke kawasan saya di Taman Sri Manja. Seperti mana yang kita tahu, projek ini telah tergendala sepuluh tahun, kita tunggu sepuluh tahun dan akhirnya peruntukan ini diluluskan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang sejauh saya tahu RM20 juta ini adalah diperuntukkan untuk menghubungkan jejantas Sungai Klang ke bahagian Petaling Jaya. Anggaran, saya rasa distance hanyalah lebih kurang 300 meter.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Saya hendak tanya adakah peruntukan RM20 juta ini di mana sebahagian wang akan digunakan untuk melebarkan jalan yang sedia ada? Sebab memang kita jangkakan kesesakan lalu lintas akan berlaku sekitar dari Taman Sri Manja ke jalan keluar ke NPE, Jalan Klang. So saya rasa kalau jalan ini dibuka, kesesakan lalu lintas akan bertambah, kenderaan akan bertambah. So adakah peruntukkan ini digunakan untuk melebarkan lagi jalan dari traffic light Taman Sri Manja ke Jalan Klang itu?

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat PJ Selatan. Kita akan register apa yang dikatakan oleh PJ Selatan. Saya ingat tidak ada maklumat lanjut. Saya akan bagikan jawapan secara bertulis. Ini baru timbulkan? Terima kasih. Tuan Pengerusi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian Kerja Raya ambil maklum akan sesakan yang berlaku di kawasan Batu 6 tersebut berikutan keadaan bottleneck di antara suai muka atau interface Jalan Klang Lama dan susur keluar masuk Lebuh Raya Baru Pantai yang disebabkan oleh pengurangan lorong, dari tiga lorong ke dua lorong di kawasan tersebut. Berdasarkan kajian yang dilakukan didapati tanah rizab sedia ada di Lebuh Raya NPE dapat menampung pertambahan lorong dengan ukuran 3.25 meter. Sebahagian laluan berjalan kaki sedia ada perlu dimansuhkan secara kekal berikutan tanah reserved yang terhad untuk pengagihan laluan pejalan kaki tersebut. Anggaran kos pembinaan untuk pertambahan lorong adalah sebanyak RM1.78 juta. Tuan Pengerusi, kerajaan telah meluluskan projek pembinaan dan menaikkan taraf jalan lingkaran Pulau Indah Ring Road dengan siling sebanyak RM50 juta. Projek ini merupakan sebahagia daripada rangkaian laluan terus Lebuh Raya Lembah Klang Selatan SKVE ke Pulau Indah Ring Road sejauh 11.5 kilometer. Kerja-kerja reka bentuk awalan sedang dilaksanakan dan kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula pada akhir tahun ini. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat dari Maran minta menaik taraf Jalan Kuala Bera dan Chenor. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jalan Kuala Bera dan Chenor merupakan jalan negeri dan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, juga pewartaan Jambatan Chenor sedang dalam tindakan Kementerian Kerja Raya. Kementerian akan mewartakan jambatan tersebut bersama-sama Jalan Chenor yang merupakan jalan negeri C23. Jalan ini menghubungkan laluan Persekutuan dua yang akan diwartakan sebagai Jalan Persekutuan manakala jambatan Chenor pula merupakan jambatan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan pembangunan Kementerian Kerja Raya. Kementerian menjangkakan pewartaan jalan dan jambatan Chenor akan disiapkan dalam tempoh kurang dari tiga bulan daripada sekarang setelah disemak oleh pihak Jabatan Peguam Negara untuk diwartakan sebagai Laluan Persekutuan 233. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Shah Alam membangkitkan beberapa isu khususnya mengenai pengambilan balik tanah, status Jalan Tangkak-Jasin ini pun dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Ledang. Penjelasan mengenai peruntukan untuk pengambilan tanah di SKVE dan tanya berapa banyak jambatan yang boleh dibuat dengan RM7.5 juta bagi Butiran 31000. Bagi makluman Yang Berhormat, Butiran 10001 adalah merupakan unjuran pampasan tanah untuk Projek Lebuh Raya Senai-Desaru sebanyak RM25 juta yang diperlukan untuk tahun ini. Jumlah keseluruhan peruntukan pampasan tanah untuk projek ini adalah sebanyak RM604.5 juta.

[Bangun]

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Pampasan yang telah dibayar oleh kerajaan kepada pemilik tanah yang terlibat adalah sebanyak RM561.6 juta.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jasin bangun Yang Berhormat.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Biar saya habis paragraf ini. Keluasan tanah yang terlibat adalah sebanyak 1,499.07 ekar melibatkan 718 lot tanah pemilik-pemilik dan panjang lebuh raya ini adalah 77 kilometer.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Nilai atau kos bagi setiap kaki persegi tanah ditentukan oleh keputusan pentadbir tanah di pejabat tanah dan daerah. Keputusan ini dibuat berdasarkan nilaian tanah semasa yang dilaksanakan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut tentang Butiran 61000 iaitu naik taraf jalan di antara Jalan Tangkak-Jasin yang berjumlah sebanyak RM66.17 juta. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri sama ada jumlah ini adalah termasuk pengambilan tanah. Ini kerana jumlah asal sepatutnya adalah RM132 juta. Terima kasih.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, untuk menjawab Yang Berhormat dari Jasin, Jalan Tangkak-Jasin adalah dinaiktarafkan dari piawaian R3 ke R5. Lebarnya 3.5 meter dua lorong termasuk persimpangan Seri Negeri Jasin-Tangkak sepanjang 10 kilometer dan juga jalan baru sepanjang 13 kilometer. Kerja-kerja awalan akan dimulakan dalam masa yang terdekat. Pampasan tanah saya tidak ada butiran di sini.

Soalan saya tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, Sebenarnya saya telah dimaklumkan jumlah asal sepatutnya RM132 juta. Kedua- dua jalan ini 10 kilometer dan juga 13 kilometer jalan baru. Terima kasih.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, kita di bawah Jawatankuasa. Apa yang kita bincangkan ialah Bajet Mini. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat adalah bajet yang telah pun diguna dan kita tambahkan bagi projek tersebut. Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Timbalan Menteri. Berhubung dengan Butiran 10001 tadi, kalau tidak silap saya Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut bahawa keseluruhan pengambilan tanah ialah sebanyak RM600.4 juta dan telah dibayar RM561.5 juta. RM25 juta adalah hanya untuk tahun ini. Persoalan saya ialah bahawa ini merupakan satu projek penswastaan jalan raya. Maknanya apabila ditulis penswastaan ini, maksudnya ia akan dibina oleh satu syarikat concessionary, adakah ia merupakan lebuh raya yang betul. Sekiranya ia merupakan lebuh raya yang betul, maka mengapakah kerajaan yang mengeluarkan belanja sebanyak RM600 juta untuk mengambil alih tanah itu sedangkan kutipan tol dan sebagainya akan diambil oleh pihak concessionary. Adakah satu perbandingan kos dilakukan, di mana kita telah mengeluarkan sebanyak RM600 juta itu. Sekiranya pembinaan jalan itu sendiri dilakukan, maka adakah ia merupakan satu perkara yang menguntungkan kerajaan. Di mana kita beli tanah lepas itu kita beri orang lain pula bina jalan. Lepas itu dia kutip tol, dia dapat keuntungan, kita keluarkan belanja, kita tidak dapat apa-apa. Kita tidak mahu kita ini terperangkap dalam satu sistem yang kita keluarkan belanja lepas itu keuntungan beri kepada concessionary dan selepas itu kita terikat dengan satu perjanjian... [Disampuk] Tuan Pengerusi, banyak sangat gangguan. Boleh beritahu mereka ikut peraturan. Tidak bolehkah kita memikirkan satu kaedah yang lebih baik daripada kita melakukan kesilapan yang sama dan kita ulang berkali-kali. Terima kasih.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, pembinaan lebuh raya dengan cara penswastaan tidak termasuk tanah. Tanah perlu dibahagikan supaya lebuh raya boleh dibina. Tidak termasuk dalam kos pembinaan lebuh raya itu.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Maknanya kita ambil alih tanah itu dan kita keluar belanja sebanyak itu dan kita tidak dapat apa-apa balik langsung. Melainkan pembinaan jalan yang dilakukan oleh pihak swasta dan pendapatan daripada pembinaan itu dapat pada syarikat swasta. Akan tetapi kita sendiri sudah keluar RM600 juta. That is no return for us, dengan izin. Adakah itu satu kaedah yang dianggap munasabah. Saya tahu bahawa Barisan Nasional sudah banyak kali melakukan kesilapan yang sama. Tidak perlu ia diulangi balik. Yang Berhormat Bintulu ini tidak faham, pasal dia lebuh raya tidak ada. Dia hendak cakap sahaja banyak, tetapi dia tidak tahu apa.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Lalu saya rasa dengan izin, we learn from our mistakes. Kita sudah mengulangi masalah ini dan kesilapan ini sudah banyak kali. Kita keluarkan belanja lepas itu yang dapat keuntungan adalah syarikat swasta. Adakah kaedah yang seperti ini ingin diteruskan oleh Kerajaan Barisan Nasional? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya fikir Yang Berhormat Shah Alam tidak fahamlah. Privatization projek ini kalau tidak silap selalu ada dalam syarat. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri setuju atau tidak. Selalu konsesi kita adakan syarat, kalau mahu terlibat pengambilan balik tanah masuk swasta, esok tentulah harga tol itu akan mahal atau masa akan panjang. Inilah Yang Berhormat Shah Alam tidak faham tetapi Tuan Pengerusi, saya di sini mahu bertanya mengenai isu menaik taraf jalan ini. Saya mahu tanya satu jalan di Bintulu ini, Ulu Pandan ini. Kita sudah masuk rancangan, dua kali sudah pecah tanah, akhir sekali tajuk itu sudah ditarik keluar. Saya mahu tanya, naik taraf jalan ini Ulu Pandan ataupun Pandan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tanah itu sudah pecahlah?

Itu memang sudah pecah tetapi jalan bila hendak bina? Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Bintulu boleh jawab bagi pihak Timbalan Menterilah. Baguslah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dasar Yang Berhormat tidak perlu jawab Yang Berhormat.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, sebenarnya saya hendak respons kepada Yang Berhormat Shah Alam. Kalau tidak buat macam itu mungkin akan dinaikkan. Kita memang sudah ada cost effectiveness dan kos binaan pun akan naik tinggi. Akan tetapi siapa yang boleh untung adalah pengguna jalan raya, hendak jimatkan masa, keselesaan perjalanan, ini ada pros and cons lah. Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Yang jalan padang itu walaupun ia ditimbulkan dan tidak ada dalam perkiraan kita di sini...

[Menyampuk]

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tidak mengapalah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat peruntukan sama juga RM53 juta iaitu termasuk juga kos pengambilan tanah di lebuh raya SKVE. Yang Berhormat Shah Alam juga tanya berapa banyak jambatan boleh dibina dengan RM7.5 juta. Ini sebenarnya adalah dalam butiran untuk jambatan dua lorong di Pinang Tunggal. Pakej B dan C(1).

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Di mana itu sekali lagi? Maaf.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Pinang Tunggal dan pakej B dan C(1). Ada juga beberapa orang Ahli Yang Berhormat timbulkan masalah di kawasan masing-masing kerana ia tidak ada dalam butiran. Oleh kerana tidak ada dalam butiran di sini, maka saya akan berikan jawapan secara bertulis sebab di Jalan Lahad Datu ini sebenarnya RM72 juta ini adalah membina jalan Kota Marudu-Marak Parak-Melinsau-Poring-Ranau di Sabah dan di Lahad Datu...

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Minta penjelasan.

[Bangun]

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Ini mengenai jalan Sabah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Jalan Kota Belud ke Kudat sangat teruk. Ini sudah ada dalam surat khabar beberapa kali tetapi nampaknya belum ada tindakan. Boleh kami tahu bila jalan ini akan mula untuk dinaik taraf?

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya ini adalah mini bajet, pakej dua bajet bagi stimulus yang kedua yang mana kita ada tambahan projek. Apa yang dikatakan tadi mungkin ada di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dalam bajet penuh tahun lepas 2009. Ini tidak ada dalam butiran. Saya akan berikan secara bertulis untuk Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Penjelasan.

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Ada sedikit lagi.

Soal Jalan Marak-Parak.

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Pada 26 Februari ada satu kenyataan tender JKR di Sabah, ini dalam surat khabar, ada 15 projek untuk naik taraf jalan di Sabah. Ada 15 projek dari Kelas B hingga Kelas E tapi semua 15 projek ini untuk kontraktor bumiputera sahaja. Jadi bagaimana lain-lain kontraktor akan cari makan kalau semua untuk bumiputera sahaja. Terima kasih.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, ada juga tender terbuka untuk semua, ada terbuka khusus untuk bumiputera. Ini memang kita ada cara untuk meningkatkan keupayaan kontraktor bumiputera. Ini adalah cara kita hendak buat. Baru-baru ini juga kita bagi projek Kelas F di mana kontrak utama, 10 peratus akan diagih-agihkan kepada pihak kontraktor bumiputera Kelas F sehingga RM200,000, untuk semua kontraktor bumiputera. Ini juga adalah usaha kita untuk membantu pihak kontraktor bumiputera.

[Bangun]

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gombak.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Saya fikir...

Mana, mana? Putatan atau Gombak?

Gombak, Gombak. Saya sudah tiga kali.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gombak sudah bangun awal tadi.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Yang Berhormat Gombak ada berdiri... [Ketawa] Saya nampak.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sahabat saya daripada Balik Pulau tadi ada menyentuh Butiran 08280 yang juga membicarakan soal tanah-tanah cerun. Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Tuan Pengerusi. Pada awal Disember yang lalu menuntut kementerian untuk mengemukakan satu pelan tindakan yang komprehensif supaya perkara seumpama ini tidak berulang dan Yang Berhormat Menteri telah berjanji supaya satu laporan yang komprehensif akan dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan berhubung kes Bukit Antarabangsa. Tempoh itu telah pun luput tetapi laporan masih belum dikemukakan oleh kementerian. Masalah yang timbul hari ini ialah Tuan Pengerusi, apabila laporan ini tidak dikemukakan secara detail maka keselamatan penduduk dan juga pemilik di kawasan yang berkenaan tidak terjamin. Yang keduanya, nilai hartanah di Bukit Antarabangsa kini sedang jatuh merudum. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa Yang Berhormat Menteri telah menjanjikan bahawa dalam tempoh tiga bulan daripada 6 Disember yang lalu, satu laporan akan dikemukakan. Oleh kerana tarikh ini telah pun luput saya ingin bertanya bilakah kementerian akan mengemukakan laporan ini untuk dimaklumkan kepada penduduk-penduduk dan khususnya pemilik hartanah di Bukit Antarabangsa.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Gombak, saya akan bagi tahu Yang Berhormat Menteri supaya kalau laporan itu sudah siap, umumkan laporan tersebut supaya hartanah, harga tanah itu tidak...

Yang Berhormat, laluan. Dia tidak boleh jawab itu. Tidak ada dalam butiran. Buang masa jawab. Ini tidak kena-mengena dengan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak perlu komen begitu Yang Berhormat.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih Yang Berhormat Putatan.

Saya mahu tanya soal Jalan Marak- Parak ini, Yang Berhormat Kota Kinabalu...

Yang Berhormat Putatan, tunggulah Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab dahulu. Dia belum habis jawab lagi.

Bukit Antarabangsa tidak ada. Jalan Marak-Parak ini yang kita...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak perlu, tidak perlu Yang Berhormat.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih. Saya akan beritahu pihak Yang Berhormat Menteri supaya disegerakan laporan tersebut dan mengenai di Balik Pulau tadi, ia adalah satu projek yang telah pun tergendala sedikit dan kita mengambil langkah untuk memulihkan projek tersebut dan juga termasuk memelihara alam sekeliling di jalan tersebut. Kita tahu ada bukit-bukau, bahaya untuk pengguna dan harap puas hatilah... [Ketawa]

Yang Berhormat Gombak tidak puas hati secara bertulislah. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin minta penjelasan sedikit soal Jalan Marak-Parak di Kudat dan juga jalan di Ranau. Apakah jenis perbelanjaan tambahan yang diperlukan. Kalau saya tidak silap, antara masalah yang dihadapi oleh pihak kontraktor di Jalan Marak-Parak, Kudat ini adalah keruntuhan tanah yang disebutkan, bukan Bukit Antarabangsa. Ini jalan runtuh Yang Berhormat Gombak. Jadi bagaimana ini berlaku? Adakah ada siasatan terlebih dahulu sebelum design itu dibuat? Jadi saya harap kita tidak mengulangi masalah seperti ini supaya peruntukan tambahan akan di inject lagi bagi jalan raya tersebut. Soalan kedua, bila jalan dari Dengungun ke Papar itu akan dilaksanakan.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, Jalan Kota Marudu ke Ranau sebanyak RM72 juta akan dilaksanakan dengan kadar fast track dan jalan yang kedua yang disebut oleh Yang Berhormat Putatan, saya akan cari jawapan yang sebenar. Saya tidak boleh beri jawapan di sini kerana kita ada ratus projek-projek sehingga 1,000 projek. Kita tidak boleh jawab di dalam Dewan yang mulia ini. Kalau saya bagi angka yang silap, nanti kena serang lagi. Tuan Pengerusi, ini saja saya boleh jawab...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kena gantung setahun.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Boleh? Soalan-soalan...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Besar? Hendak bagi, Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Bolehkah?

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Bagilah.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Bolehlah. Kawan, ya? Kawan saya lama. Tuan Pengerusi, saya ingin hendak minta daripada kementerian. Ini bukan perkara yang saya hendak persoalkan. Hanya mahu minta Menteri atau Timbalan Menterinya kerana di negeri saya sendiri (minta maaf), jalan raya yang baru dibuat (hendak dibesarkan dan dilebarkan) tetapi JKR lebih mementingkan kereta daripada manusia.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Tanah-tanah diambil dalam pekan, dalam kawasan (bukanlah pekan sangat) di mana kiri-kanannya banyak rumah. Namun apabila dibuat jalan double carriage, keluar tangga terus kepada jalan raya (keluar tangga terus kepada lebuh rayalah), walaupun tidak ada tol. Itu satu. Hendak minta JKR pergi melihat dan membetulkan keadaan kerana amat berbahaya. Satu lagi pembinaan jalan highway di Padang Besar iaitu kawasan saya sendiri. Tidak senonoh betul. Selain daripada tidak langsung memikirkan hal ehwal penduduk dan lebih mementingkan kepada kereta dan lori. Sudahlah projek itu terbengkalai, kerjanya juga amat tidak senonoh. Memang kualitinya rendah dan menyusahkan. Selain daripada itu, daripada kedai hendak turun kepada jalan amat berbahaya. Hendak cross jalan pun berbahaya. Jadi saya minta pihak atasan selain daripada JKR tempatan, saya hendak minta kementerian. Saya rasa di sini pun ada pegawai kementerian. Tolong turun. Jangan tunggu tahun depan tetapi minggu depan turun. Saya akan ada bersama untuk melihat dan memperbaiki keadaan. Terima kasih.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Kita telah pun mengadakan ekspedisi di negeri-negeri di Sarawak, Sabah dan lain- lain tempat. Mungkin akan sampai masanya kita pergi ke Perlis untuk melihat keadaan jalan dengan road show kita dengan ekspedisi kita dengan pegawai tinggi di kementerian. Tuan Pengerusi, ini sahaja yang saya boleh jawab. Sekali lagi ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam jawatankuasa kementerian ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM317,749,400 untuk Maksud P.27 yang disebut dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Kerja Raya hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM317,749,400 untuk Maksud P.27 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009.

Maksud P.28Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009] – Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee

Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan dibuka untuk dibahas.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak membangkitkan satu persoalan dalam P.28 Butiran Projek 01600, Pembelian Lokomotif Stok KTMB. Saya hendak mengemukakan soalan kepada Yang Berhormat Menteri, pada persidangan pada bulan Disember yang lepas, saya ada membangkitkan satu isu mengenai pembelian Dalian locomotive - 20 unit lokomotif daripada Dalian yang telah dibeli pihak KTMB tetapi ada beberapa unit lokomotif itu langsung tidak boleh beroperasi atau tidak boleh dipakai kerana spesifikasi yang berlainan dan pihak Menteri pada ketika itu ada memberi komitmen dalam Dewan yang mulia ini bahawa satu siasatan terperinci akan dilakukan dan tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab. Jadi saya hendak tanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, apakah hasil siasatan tersebut dan apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak kementerian ke atas pihak yang bertanggungjawab ini? Kedua berkenaan dengan KTMB, saya minta sedikit kelonggaran walaupun tidak begitu berkait dengan topik ini berkenaan dengan projek Landasan Keretapi Berkembar Seremban-Gemas kerana ada isu dan masalah pengambilan tanah. Kementerian juga telah berjanji untuk memberikan wang ehsan kepada mereka-mereka yang duduk ataupun tinggal di sepanjang landasan kereta api itu dan telah ada keluarga-keluarga yang telah dipindahkan dan mereka telah ditempatkan semula di tempat yang lain tetapi bayaran ehsan itu belum diterima.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Saya hendak tanya, apakah respond daripada pihak kementerian dan bilakah bayaran wang ehsan ini dapat dilakukan kepada keluarga-keluarga yang terbabit ini? Terima kasih.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin petik dua butiran iaitu Butiran 30000, mengenai Pembesaran dan Menaik Taraf Lapangan Terbang. Didapati dalam kertas perintah ini, pembesaran dan menaikkan taraf lapangan terbang hanya melibatkan Kuching, Miri, Sibu, Mukah, Padang Terbang dan Bario sahaja. Akan tetapi apabila kita mendengar pada 10 Mac apabila Menteri Kewangan membentangkan mini bajet itu, telah disebut RM250 juta akan diperuntukkan untuk pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Jadi kita tidak dapat peruntukan yang dimaktubkan dalam Kertas Perintah 5(a) ini. Untuk Butiran yang kedua ialah mengenai 89002, mengenai Pengerukan Pelabuhan Miri. Akan tetapi kita lihat kenapa saja perkara seperti itu untuk pengerukan pasir dan pelabuhan hanya dilakukan di Sarawak dan tidak dilakukan di Pulau Pinang juga. Kita sudah tahu bahawa Pelabuhan Pulau Pinang semakin cetek kerana terdapat siltation dan sebagainya. Sementara kita menunggu persiapan North Butterworth Container Terminal, Fasa Tiga menjelang tahun 2011, kita dapati Mother Vessel yang singgah dan memunggah dan juga menaikkan barangan-barangan untuk memberi sokongan kepada perkhidmatan ekonomi di IMTGT ini tidak begitu kerap sekali. Mother Vessel tidak dapat singgah di Pelabuhan Pulau Pinang kerana keadaannya yang cetek. Jadi, kita dapat tahu kita harus ada peruntukan supaya seabed itu dapat dikorek supaya dia menjadi sedalam 13.5 meter dan bukannya 11 meter seperti sekarang. Jadi, apakah peruntukan itu tidak diberikan kepada Pelabuhan Pulau Pinang juga walaupun itu masih menjadi satu tanggungjawab kepada Kementerian Pengangkutan. Terima kasih.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 89002, mengenai Pengerukan Pelabuhan Miri. Saya mendapati bahawa semasa kerajaan membina Pelabuhan Miri, survey yang terperinci dan mendalam tidak dijalankan. Oleh kerana ini, mereka telah memilih satu site atau tempat untuk membina Pelabuhan Miri di mana mulut sungainya ada masalah siltation. Saya masih ingat kalau saya tidak silap, beberapa tahun dahulu semasa Pelabuhan Miri ini disiapkan dan beroperasi, Yang Berhormat Ipoh Timur telah melawat Pelabuhan Miri untuk menyiasat masalah ini. Kenapa tempat itu dipilih dan dia dihalang masuk. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri, masalah-masalah siltation yang berlaku di Pelabuhan Miri ini, akankah dia berlaku berturut-turut?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah-masalah ini once and for all. Ini kerana baru beberapa tahun Pelabuhan Miri ini beroperasi dan sekarang sudah RM100,000 harus diperuntukkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pengerukan. Sama kah kita dalam masa depan terpaksa untuk memperuntukkan dana dan peruntukan yang lagi besar untuk menjalankan pengerukan di Pelabuhan Miri dan jika inilah masalahnya, saya berpendapat bahawa kerajaan perlu ada satu cara penyelesaian masalah ini once and for all dan bukanlah berterusan, continue to throw money into river. Mengenai Butiran 30000 iaitu peruntukan tambahan sebanyak RM75,210,000 yang akan dikehendaki untuk membiayai projek menaik taraf Lapangan Terbang Sibu di Sarawak. Saya berminat hendak tahu sama ada projek ini akan dijalankan melalui open tender atau hanya pilih seseorang kontraktor. Saya juga ingin tahu sama ada kontraktor ini adalah global out line. Sebuah syarikat yang telah diberi kontrak untuk menaik taraf Lapangan Terbang Kuching, Lapangan Terbang Bintulu, Lapangan Miri dan semua lapangan terbang nampaknya tertumpu kepada satu syarikat sahaja. Oleh itu, saya ingin dapatkan sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 30000 di bawah sub topik pembesaran dan menaik taraf lapangan terbang di Sarawak ini. Saya mohon sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri untuk membantu kita memahami. Sefaham saya, pengurusan lapangan terbang ini adalah di bawah pemegang konsesi Malaysia Port Berhad kecuali Johor. Sementara kerajaan memberi komitmen kewangan yang besar untuk membina dan juga menambah bila perlu macam di peringkat perbahasan Jawatankuasa sekarang, saya ingin tahu pula berapa lama sebenarnya tempoh pegangan konsesi yang kerajaan berikan kepada MAB yang kerajaan juga ada kepentingan melalui beberapa syarikat GLC. Sebenarnya, berapa lama breakeven pengurusan lapangan terbang ini untuk sesebuah syarikat yang menguruskannya memperoleh keuntungan? Lima tahun, 10 tahun, 15 tahun? Kalaulah operasi syarikat dalam menguruskan lapangan terbang di negara kita ini yang tertumpu kepada MAB telah pun mencapai breakevennya dengan barangkali kapasiti penumpangnya mencecah 65 peratus atau 70 peratus sudah dianggap breakeven dan sekian tahun. Apakah komitmen kerajaan, komitmen kewangan itu akan berterusan sampai bila- bila. Sejauh mana pula inisiatif PFI yang boleh dimulakan oleh MAB ini sebenarnya mampu meringankan beban kewangan kerajaan jika sekiranya inisiatif itu dimulakan oleh MAB instead oleh kerajaan berterusan. Walaupun saya terima bahawa komitmen kerajaan itu harus ditunjukkan bagi memastikan kemudahan prasarana itu dijalankan dengan baik tetapi yang bermain dalam kepala saya ialah sampai bila sebenarnya? Apakah tanggungjawab itu berterusan menjadi tanggungjawab kerajaan atau pun sampai satu masanya pemegang konsesi kerana ia hampir monopoli. Apakah operasinya itu tidak pernah mencatat angka keuntungan sehinggakan urusan itu hanya urusan yang terpikul kepada dana kerajaan semata-mata? Saya fikir yang Menteri sudi untuk memberikan penjelasan bagi membantu kita memahami sampai tahap mana sebenarnya komitmen kewangan ini akan kita perlukan untuk meningkatkan prasarana di lapangan terbang di negara kita. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menjurus kepada P.28 Butiran spesifik kepada 00900 iaitu meningkatkan keupayaan KTM. Apabila kita menyentuh KTM, maka ada juga yang bersangkut paut dengan JKNS iaitu Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Tidak lama dahulu, Timbalan Menteri Pengangkutan telah pun melawat kawasan di Putatan yang mana terdapat beberapa masalah yang bersangkut dengan pembinaan penaikan taraf landasan kereta api negeri Sabah yang mana beberapa ahli-ahli politik pun terlibat secara langsung dalam liputan media. Ada juga golongan politik yang sanggup berdiri di hujan, di bawah matahari yang panas berdemonstrasi soal kononnya memperjuangkan masalah rakyat di kawasan Putatan terutama sekali dari pihak pembangkang. Jadi...

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

...Ini kerana KTM...

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tidak kenallah itu. Saya tahulah walaupun Butiran di sini tetapi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, khusus untuk pembelian rolling stock KTMB Yang Berhormat.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Waktu bila itu? KTMB?

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Rolling stock ya.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Sama. Jadi, kaitan dengan KTMB?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Kereta api. Kira ada...

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, teruskan Yang Berhormat.

Ada kaitan. Gerbangnya ada kaitan. I got two gerabak.

Dato' Kamarudin JaffarPKR · PHTumpat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Sabarlah, ini pembangkang ini sengaja buat kacau.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak perlu, tidak perlu komen.

Ini akan menjurus kepada pembelian gerabak. Jadi, masalahnya timbul dari pintu sebelum kita membeli gerabak. Ya, Yang Berhormat Tumpat. Tahulah saya itu. Jadi, yang masalah dahulu kita timbul. Jadi, permasalahannya yang mana KTMB ini membina landasan itu dengan mengubah design yang saya faham. Jadi, Timbalan Menteri telah berjanji untuk mengatasi masalah itu di depan kontraktor tetapi sampai sekarang belum ada lagi. Saya mahu tanya juga penjelasan, kenapa lambat sangat penyiapan landasan ini? Bila kami boleh lihat kereta api ini akan wujud, yang cantik perolehannya, gerabak-gerabak itu Yang Berhormat Tumpat yang kita idam-idamkan selama ini. Jadi, saya harap Menteri boleh memberi penjelasan supaya ia dapat diselesaikan secepat yang mungkin. Sekian.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin merujuk kepada Butiran 30000 iaitu tentang pembesaran menaik taraf lapangan terbang. Sungguhpun dalam kandungan ini semua melibatkan lapangan terbang di Sarawak, saya ingin bertanya dengan izin kalau Yang Berhormat Menteri izinkan iaitu Lapangan Terbang Batu Berendam di Melaka sedang dinaiktarafkan. Dalam perbahasan yang lebih awal telah dapat jawapan tentang permohonan tambahan jarak jauh iaitu runway. Dikatakan juga kerana tidak ada peruntukan sebab itu tidak dapat dipertimbangkan. Kebelakangan ini, Ketua Menteri Melaka katakan sudah diluluskan dengan tambahan peruntukan. Adakah peruntukan itu termasuk dalam mini bajet ini dan jika ya, anggaran berapa yang telah dibelanjakan? Saya ingin kalau bolehlah dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dan juga adakah jalan-jalan dibesarkan dengan empat lorong ini dari lapangan terbang hingga ke Bandar Melaka. Terima kasih.

Dato' Seri Azmi bin KhalidUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin mendapat penjelasan sedikit daripada Menteri. Sama ada kementerian telah pun memikir ataupun sedang memikir ataupun terlintas untuk menggunakan perkhidmatan dikatakan trams dalam kawasan-kawasan bandar. Hari ini kita lihat banyak dibuat LRT, monorel menggunakan jalan atas kepala. Merosakkan alam sekitar dan merosakkan kualiti hidup rakyat. Jadi (di tempat-tempat) banyak bandar di dunia menggunakan tramway, ada tramway yang tidak perlu pakai kabel di atas, ada yang hibrid. Ada dulu saya bertanya kenapa Kuala Lumpur memerlukan LRT, jalan atas kepala sedangkan kita boleh menggunakan jalan-jalan raya (yang ada) untuk membina rail. Maknanya kos akan murah, tidak perlu kita buat structure yang tinggi dan tram hari ini boleh juga melalui kawasan-kawasan berbukit seperti mana yang kita lihat di banyak negara di dunia. Jadi, kos operasinya saya dimaklumkan 1/3 atau satu pertiga daripada kos bas (menggunakan bas) walaupun capital costnya tinggi sedikit. Jadi ini akan mengurangkan kereta dalam bandar yang memang mencemarkan alam dan (memang) lagi banyak kereta kita gunakan dalam persekitaran kita, kita tidak akan sustainable. Lagi banyak kereta, kita perlu membina lagi banyak jalan. Sampai bila kita akan membina jalan sampai orang nak duduk rumah pun susah hendak hidup. Sekarang atas rumah pun, atas kepala, atas bumbung rumah jalan raya lalu, untuk memberi laluan kepada kereta-kereta. Jadi saya hendak meminta penjelasan ataupun pandangan daripada sahabat saya, Menteri yang baru. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas P.28 89003 – Pengorekan Pelabuhan Miri dengan peruntukan RM200 juta. Memang benar bahawa muara Sungai Kuala Beram itu sangat tohor, tidak ada kapal-kapal besar boleh masuk ke pelabuhan yang tersebut. Operasi pelabuhan itu hanya sekadar cukup untuk mereka membayar gaji, membayar apa saja tetapi tidak dapat menggunakan pelabuhan yang begitu cantik, indah dan diperlukan untuk kapal-kapal besar. Sebab itulah kapal-kapal terpaksa pergi ke Pelabuhan Bintulu. Kalau kita nak belanjakan RM200 juta ini hanya untuk mengorek muara sungai itu, lebih baiklah kapal-kapal itu dilabuhkan di Bintulu. Sebab, seperti apa yang kita bincangkan bahawa pasir itu berulang-ulang akan dengan izin, silting in the mouth of the river. Jadi, perlunya kalau kita hendak mengubahkan pelabuhan ini supaya dapat kapal-kapal masuk, kita hendak mengubahkan laluan kapal itu, membuat tunnel baru dan menambahkan peruntukan ini. Jangan peruntukan ini digunakan untuk mengorek sahaja. Kita perlukan tambahkan lagi peruntukan ini, kita buka, mohon cari orang yang lebih expert macam mana hendak membuat tunnel yang baru supaya kita tak perlu menggunakan laluan yang susah ini. Dengan itu, saya berharap pihak kementerian bolehlah meneliti, turun padang dan check lagi adakah perlu pengorekan ini dibuat dari setahun ke setahun. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya rasa cukuplah Yang Berhormat, butiran yang dicatat ini spesifik untuk perkara-perkara yang spesifik dan banyak perbahasan yang telah menyentuh perkara dasar dan tidak menyentuh perkara yang spesifik dalam butiran. Saya ingin jemput seorang sahaja, Yang Berhormat Kota Kinabalu. Kemudian saya minta Menteri untuk menjawab. Ya, Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Ya, terima kasih. Ini untuk Sabah. Di Sabah, Lapangan Terbang Kudat sudah ditutup. Ini sangat penting...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak masuk Yang Berhormat. Menteri sudah jawab itu, tidak masuk.

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Tidak boleh?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh. Ya, Yang Berhormat Menteri.

Satu, bagi Yang Berhormat Labuan, Tuan Pengerusi. Mengenai pelabuhan di Miri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah ya.

Please, satu,

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat, saya sudah buat keputusan Yang Berhormat. Saya minta Menteri untuk menjawab.

Dato' Sri Ong Tee KeatMCA · BNMenteri Pengangkutan · Pandan

Tuan Pengerusi, terlebih dahulu izinkanlah saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian di dalam perbahasan tadi. Walaupun terdapat banyak persoalan yang berkaitan dengan Kementerian Pengangkutan tetapi kita sedia maklum bahawa dalam peringkat Jawatankuasa, kenalah perbahasan kita secara spesifik merujuk kepada butir- butir yang terkandung dalam apa yang dibentangkan. Tuan Pengerusi, menjawab soalan Yang Berhormat Rasah tadi, sesungguhnya apa yang dibangkitkan itu adalah 20 set lokomotif Dalian yang diimport dari Dalian, China. Itu pernah saya buat kenyataan tetapi malangnya tidak terkandung dalam mini bajet kali ini. Walaupun demikian, suka saya maklumkan Yang Berhormat, sesungguhnya pada ketika ini, kesemuanya 20 set lokomotif, lokomotif itu beza. Jauh beza daripada EMU yang kita bincangkan dan lokomotif 20 set dari Dalian itu yang pernah pada satu ketika dahulu terbengkalai disebabkan oleh kerosakan dan pelbagai masalah kini telah pun siap dibaik pulih dan ia telah pun back on the track, dengan izin. Semuanya sudah beroperasi semula sedangkan apa yang saya pernah janji iaitu saya akan siasat apa yang sebenarnya mengakibatkan berlakunya perkara ini, ini tetap saya ingat dan saya akan susulinya sebab penyiasatan yang saya maksudkan itu tengah berjalan. Berbalik pada Seremban-Gemas, itu juga jauh terkeluar daripada apa yang terkandung di bawah Kepala ataupun Butiran-butiran yang berkenaan.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

[Bangun]

Dato' Sri Ong Tee KeatMCA · BNPandan

Sebab Seremban-Gemas ini berkaitan dengan double tracking project khasnya soal setinggan yang belum dapat lagi wang pampasan. Sesungguhnya, jumlah pampasan telah pun dipersetujui dan biasanya ini adalah persetujuan di antara di pihak kementerian saya dengan pihak kerajaan negeri dan saya berharaplah ia akan dapat dipercepatkan sebab sebelum ini saya memang faham bahawa terdapat juga ada tuntutan yang lain. Tuntutan misalnya tuntutan agar bayaran pampasan itu dapat dibayar sekali gus misalnya. Itu pun saya rasa perkara-perkara yang remeh-temeh sebegini dapat diatasi. Yang Berhormat Jelutong tadi berkaitan dengan...

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Hulu Langat bangun.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mendapat sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri daripada segi pembelian Rolling Stock ini, masa kita bincang bajet dulu, Yang Berhormat Menteri telah menyebut double tracking antara Rawang-Ipoh sudah siap tetapi kita memerlukan EMU, kalau saya masih ingat. Jadi, hendak tahu status sekarang ini sahaja kerana kali ini ada tambahan RM15 juta lagi. Terima kasih.

Dato' Sri Ong Tee KeatMCA · BNPandan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sesungguhnya EMU yang pernah saya sebut ketika itu sebenarnya dijangka akan tiba hujung tahun ini. Ini sepintas lalulah saya boleh maklumkan Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Jelutong menyentuh tentang kerja-kerja penaiktarafan di Penang Airport (Lapangan Terbang Pulau Pinang). Sesungguhnya kali ini ia tidak terangkum dan tidak termasuk dalam minit bajet ini. Walaupun demikian suka saya hendak maklumkan Yang Berhormat bahawa kerja-kerja yang sebelum ini yang pernah diumumkan oleh MAHB (Malaysia Airports Holdings Berhad) dan juga diri saya selaku Menteri Pengangkutan bila saya melawat ke Pulau Pinang ia tetap berjalan. Akan tetapi ia tidak termasuk dalam mini bajet kali ini.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Penjelasan Menteri. Saya cuma mengutip semula apa yang disebutkan oleh Menteri Kewangan mengenai pembesaran Penang Airport yang akan menelan belanja RM250 juta itu. Kalaulah apa yang dimaksudkan oleh Menteri bahawa kerja-kerja pembesaran sedang berlaku sekarang. Jadi adakah yang RM250 juta itu termasuk pada, kalau tidak terkandung dalam mini bajet ini jadi apa yang dimaksudkan oleh Kementerian Kewangan tadi RM250 juta itu akan dimasukkan di mana? Sama ada untuk membiayai kerja-kerja yang sedang berlangsung ataupun pada fasa yang akan datang. Terima kasih.

Dato' Sri Ong Tee KeatMCA · BNPandan

Baik. Sesungguhnya apa yang saya maksudkan itu adalah penaiktarafan. Walhal apa Yang Berhormat memetik itu adalah kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Butirannya saya tidak tahulah sama ada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan itu maksudkan yang sama atau yang lain. Akan tetapi yang RM250 juta itu ternyata sekali tidak terangkum dalam mini bajet kali ini. Apa yang saya nyatakan tadi adalah kerja-kerja yang pernah saya umumkan dan saya pantau saya pastikan ia dapat dibuat, dilaksanakan secara rapi. Itu memanglah satu-satunya komitmen khasnya untuk Penang Airport. Yang Berhormat juga menyentuh tentang pengerukan, walaupun pengerukan itu apa yang ada di sini pengerukan di Pelabuhan Miri bukannya di Pulau Pinang tetapi suka saya jawab Yang Berhormat. Bahawa sesungguhnya saya selaku Menteri yang bertanggungjawab atas Kementerian Pengangkutan pernah saya membuat kajian sendiri atas beberapa kekangan ataupun permasalahan yang dikenal pasti sebagai faktor-faktor yang mungkin menghalang kemajuan kita ataupun international ranking kita khasnya pelabuhan-pelabuhan kita termasuk Pelabuhan Pulau Pinang. Seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi kecetekan ataupun ukuran dalam Pelabuhan Pulau Pinang yang sekarang ini semakin cetek iaitu lebih kurang dalam lingkungan 11 meter sekarang ini. Sesungguhnya ia memang tidak lagi munasabah untuk memuatkan kapal-kapal yang besar. Umpamanya keadaan sekarang ini hanyalah memadai untuk menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai sebuah feeder port dengan izin, dan bukannya seperti sedia kala seperti masa dahulu di mana banyak kapal besar boleh berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang. Walaupun demikian, saya pernah berulang kali mengemukakan cadangan dan pandangan kementerian ini khasnya atas status ataupun ukuran dalam bagi beberapa pelabuhan termasuk Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Tanjong Pelepas dan Pelabuhan Bintulu. Kesemua ini kajian yang teliti telah pun dibuat dan cuma satu sahaja yang belum lagi kita dapat kepastian iaitu sumber dana ataupun peruntukan. Jadi apa yang saya dapat jawab Yang Berhormat saya nyatakan yang belum dapat saya bukan Pak Nujum, saya tidak berani hendak buat ramalan. Yang Berhormat dari Bandar Kuching juga menyentuh tentang pengerukan Miri. Suka saya maklumkan Yang Berhormat yang juga menyandang jawatan sebagai ADUN di negeri Sarawak. Mungkin Yang Berhormat faham juga bahawa Pelabuhan Miri itu sebenarnya bukanlah Federal Port. Ia adalah State Port dengan izin, ataupun pelabuhan yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Dato' Sri Ong Tee KeatMCA · BNPandan

Walaupun demikian, disebabkan oleh adanya kaitan dengan tugasan-tugasan kementerian saya maka kali ini ia juga terangkum dalam mini bajet di bawah B. 28 iaitu untuk Kementerian Pengangkutan. Saya setuju dengan apa yang diamati oleh Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat Sibuti tadi iaitu siltation dengan izin, ataupun lodak- lodak yang semakin banyak khasnya dari tempat yang lain. Ia tetap merupakan satu- satunya faktor yang mengganggu gugat kita khasnya setiap kali bila kita hendak mengeruk ataupun to dredge dengan izin, pelabuhan itu ia menghadapi masalah sedemikian rupa. Kita sedia maklum bahawa pengerukan yang dimaksudkan ini sesungguhnya adalah untuk mendalamkan ukuran dalam Pelabuhan Miri dari tiga meter kepada enam meter. Sebenarnya ini adalah sangat cetek kalau berbanding dengan ukuran dalam yang saya sebutkan tadi. Misalnya di Semenanjung Malaysia termasuk Pelabuhan Pulau Pinang tadi.

Penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Labuan bangun Yang Berhormat. sYa, sila Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Apa yang kita lihat peruntukan yang dipohon untuk Pelabuhan Miri sebanyak RM100 juta lebih yang mana projek asal RM200 juta. Adakah ini digunakan untuk maintenance dredging ataupun capital dredging yang mana apabila kita lihat di sini pembiayaan, kalau digunakan untuk maintenance dredging bermakna pelabuhan tersebut mempunyai masalah? Ini kerana perbelanjaan sebanyak RM100 juta untuk maintenance dredging dengan pelabuhan yang cuma kedalamannya yang dikehendaki enam meter. Ini di bawah daripada seolah-olah ini pelabuhan tersebut di bawah daripada feeder service ataupun feeder vessel yang masuk. Kalau cuma tiga meter yang ada sekarang itu mungkin bot ikan sahaja yang boleh masuk, tetapi apabila kita dalamkan ke enam meter mungkin adalah bot- bot atau feeder vessel yang akan boleh masuk, feeder vessel yang kecil yang berukuran mungkin di bawah 5,000 tan metrik. Akan tetapi dengan perbelanjaan RM100 juta untuk maintenance dredging contohnya, kalaulah dia maintenance dredging kenapa dia terlalu mahal? Berapa luaskah yang akan dikorek? Berapa lamakah tempoh waktu untuk maintenance dredging tersebut? Akan tetapi kalau kita gunakan untuk capital dredging sekiranya capital dredging dilaksanakan juga dengan peruntukan-peruntukan asal RM200 juta dengan tambahan RM100 juta agak terlalu mahal. Bermakna sewaktu persiapan pembuatan pelabuhan tersebut seolah-olah tidak dibuat flexibilities studies yang betul-betul dengan kesesuaian pelabuhan tersebut. Seperti mana yang kita maklum Pelabuhan Miri adalah pelabuhan kecil yang mana kalau maintenance dredging kita gunakan setiap tahun RM100 juta ini akan membelanjakan dalam tempoh 10 tahun akan makan belanja RM1 bilion. Lebih baik kita membuat satu pelabuhan baru daripada kita gunakan wang tersebut untuk maintenance dredging atau capital dredging. Terima kasih.

Dato' Sri Ong Tee KeatMCA · BNPandan

Tuan Pengerusi, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Labuan atas keprihatinan beliau dan juga pandangan yang bernas. Walaupun demikian saya tidak berniat hendak mempersoalkan kewajaran di pihak Yang Berhormat berkenaan bila menentukan ataupun bila memuktamadkan di projek ini agar ia dirangkumi di bawah butiran ini. Akan tetapi suka saya hendak maklumkan Yang Berhormat bahawa kalau mengikut costing khasnya anggaran perbelanjaan bagi kerja-kerja pengerukan itu memang saya setuju dengan Yang Berhormat bahawa kalaulah ia mencecah ataupun menjangkau RM100 juta ke atas banyaknya ia adalah untuk capital dredging. Saya setuju bahawa bagi kerja pengerukan ini sesungguhnya bukan sahaja kos sensitif tetapi perlu juga ia kos efektif ataupun apa yang kita gelar sebagai keberkesanan kos. Patut juga diberi perhatian. Saya beralih kepada Yang Berhormat Bandar Kuching...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat?

Dato' Sri Ong Tee KeatMCA · BNPandan

Nanti dahulu Yang Berhormat. Saya masih lagi jawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat iaitu berkaitan dengan Lapangan Terbang Sibu.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat, mengenai Pelabuhan Miri sebelum Yang Berhormat pergi ke lapangan terbang. Saya khuatir sedikit semasa saya dengar Yang Berhormat Menteri kata, bahawa itu adalah capital dredging kerana seawal tahun 2000, kerajaan negeri telah membelanjakan lebih kurang RM200 juta untuk dredging dan projek itu dijalankan serta-merta selepas pembinaan pelabuhan ini complete. Oleh itu ini menunjukkan ia adalah satu masalah yang akan berlaku berturut- turut. Di dalam satu buletin yang di published di website on international transportation dalam tahun 2000, September issue. Ini adalah apa yang dikatakan mengenai Miri Port in Kuala Baram - Kuala Baram navigation. “Rather than dredge the five million tonnes of silt that is deposited in the Baram River annually, the Sarawak authorities are considering constructing a navigation canal between the Miri Port and the South China Sea. The port in Kuala Baram, close to Brunei’s western border with Sarawak, is faced with serious siltation problems from the Baram River and the cost of cutting the canal through swamp land is considered by “experts” to be less than that incurred from annually dredging the channel.” Oleh itu ia telah ketara bahawa pertamanya, pilihan tempat itu untuk membina pelabuhan Kuala Baram adalah satu kecuaian yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Sekarang saya hendak berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi bantuan, tetapi adakah telah disebutkan dalam International Transportation bahawa pandangan experts adalah lebih cost effective untuk membina satu canal? Sebagai Menteri yang bertanggungjawab di dalam kementerian ini, saya anggap bahawa Yang Berhormat Menteri tidak patut just pass the peruntukan sahaja tanpa menyiasat masalah ini dengan mendalamnya dan mencari satu jalan penyelesaian yang lebih cost effective dan akan menjimatkan wang kerajaan.

Datuk Sri Ong Tee KeatMCA · BNPandan

Tuan Pengerusi, saya rasa agak hairan kenapa Yang Berhormat Bandar Kuching tidak bangkitkan perkara ini dalam Dewan Undangan Negeri. Sesungguhnya ini adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Walhal apa yang saya jawab tadi sebenarnya adalah berteraskan kepada apa yang sebenarnya berlaku. Apa yang pihak kementerian cadangkan, saya faham dan saya tahu dan saya akan berikan hujah jika perlu, tetapi ini tidak pernah dicadangkan oleh pihak kementerian, itu kena saya nyatakan tadi di sini. Apa Yang Berhormat nyatakan tadi ataupun bangkitkan tadi itu pun, saya rasa apa yang sahih perlulah kita ambil kira dan masalah siltation, dengan izin yang dibangkitkan tadi itu pun, sesungguhnya Yang Berhormat tidak perlulah buat sangkaan sebelum Yang Berhormat tahu apa yang sebenarnya sedang pihak saya lakukan. Sebab inilah satu- satunya yang akan kementerian saya bawa kepada kementerian yang bertanggungjawab ataupun yang berkenaan agar perkara ini kita dapat teliti dengan lebih mendalam lagi, sebab masalah-masalah seperti teknikal dan juga aspek-aspek yang lain, saya sebagai seorang bekas jurutera, saya memang faham. Itu pun adalah tanggungjawab saya untuk memaklumkan pihak yang berkenaan. Jadi Yang Berhormat, walaupun saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, tetapi saya tidak setuju dengan sangkaan Yang Berhormat. Sebenarnya itu adalah tidak adil bagi saya.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya, saya anggap Yang Berhormat Menteri salah faham.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Saya tidak kata Yang Berhormat Menteri cuai, apa yang saya kata adalah Kerajaan Negeri Sarawak cuai untuk memilih tempat ini sebagai pelabuhan Miri dan sekarang masalah timbul. Kita tahu ia akan timbul berturut-turut dan sebagai Menteri Pengangkutan, saya menyeru kepada Yang Berhormat Menteri supaya menjalankan satu penyelidikan yang lebih teliti dan sudah ada satu cadangan supaya membina satu canal yang akan lebih cost effective daripada tiap-tiap tahun kita terus membelanjakan beratus- ratus juta untuk mengorek pasir. Saya hanya menyeru supaya Yang Berhormat Menteri akan berbincang dengan pihak Kerajaan Negeri Sarawak. Sekian.

Datuk Sri Ong Tee KeatMCA · BNPandan

Itulah sebabnya Tuan Pengerusi, kadangkala kalaulah seseorang ahli politik ini hendak berhujah, kalaulah hendak berputar-putar ini, susah kita hendak jawab, kita hendak layan. Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa apa yang saya jawab tadi itu adalah setakat mana, ia feasible atau tidak ataupun apakah ia cost effective atau tidak. Akan tetapi apa Yang Berhormat cakap sekarang ini adalah bagaimana hendak membuatnya atau adakah cara alternatif yang lain. Itu sesungguhnya di bawah bidang kuasa dan bidang tugas kerajaan negeri dan bukannya di bawah kementerian ini. Saya beralih kepada projek yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tadi itu...

Minta laluan.

Datuk Sri Ong Tee KeatMCA · BNPandan

Nanti dahulu, biar saya habis ini, tidak ada masa iaitu Sibu Airport dengan izin. Yang Berhormat juga buat sangkaan, ini sangkaan tidak habis- habis ini sama ada ia akan dibuat secara open tender (tender terbuka) ataupun tender terhad. Kalau sekadar soal sebegini, saya rasa bolehlah kita jawab sebab seperti mana yang pernah disarankan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita yang juga Menteri Kewangan, tender terbuka ataupun tender terhad perlu dipanggil untuk projek- projek sekarang. Akan tetapi Yang Berhormat pula membangkitkan soal sama ada Global Upline, Syarikat Global Upline akan sekali lagi diberi tender ataupun diberi projek ini secara direct nego dan sebagainya. Sesungguhnya bagi saya, selepas sebaik sahaja saya menjawat jawatan ini, tidak pernah saya buat sebarang direct nego. Itu pun Yang Berhormat, kalaulah hendak semak, semaklah dengan betul, janganlah tuding jari.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat Menteri, saya tidak pernah menuding jari kepada Yang Berhormat, tetapi ini adalah satu praktis yang telah diadakan beberapa kali di Lapangan Terbang Kuching, direct nego, tidak ada open tender. Lapangan Terbang Bintulu, tidak ada open tender. Oleh itu saya kata, adakah ini satu praktis yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional, kerana sekarang Yang Berhormat adalah Menteri Pengangkutan. Oleh itu Yang Berhormat Menteri tidak boleh kata ini bukan praktis Yang Berhormat, tetapi kalau ini adalah praktis Barisan Nasional memanglah Yang Berhormat Menteri akan terpaksa mengamalkan direct nego lagi. Saya hanya hendak tahu bahawa projek ini sama ada ia akan dianugerahkan secara open ternder atau direct nego?

Datuk Sri Ong Tee KeatMCA · BNPandan

Tuan Pengerusi, inilah dia, bila saya cakap tidak pernah saya bagi sebarang direct nego pun dan beliau pula sengaja hendak hubung kaitkan dengan BN. Ini apa hubung kaitnya dengannya BN? Sesungguhnya apa yang saya nyatakan tadi itu cukup jelas. Yang Berhormat, kalaulah hendak buat sangkaan itu, saya rasa itu bukanlah sangkaan yang baik, dan Sibu Airport sebenarnya seperti yang saya nyatakan tadi, ia adalah projek-projek yang akan kita uruskan melalui tender, dan global upline atau downline, ataupun sebarang syarikat yang lain, itu tidak pernah terlintas fikiran saya. Yang Berhormat Machang tadi juga membangkitkan sesuatu yang berkaitan dengan lapangan terbang, tetapi malangnya tiada terkandung dalam butiran kali ini, dan pengurusan, iaitu yang berkaitan dengan pengurusan lapangan terbang. Ia memang diuruskan oleh MAHB (Malaysia Airports Holdings Berhad) melainkan Senai Airport. Yang Berhormat juga menyoal tentang kontrak sekarang, berapa lama agaknya.

Datuk Sri Ong Tee KeatMCA · BNPandan

Sebenarnya kontrak berapa lama, ia berbeza-beza dan satu lagi iaitu untung rugi - untung rugi pengurusan setiap airport, setiap lapangan terbang. Itu pun saya kira ini adalah berkaitan dengan urusan mengurus dan saya memang akan bagi Yang Berhormat butiran yang diperlukan seperti sedia kala. Akan tetapi di sini saya nak ingatkan juga bahawa, pengurusan lapangan terbang oleh MAHB sebenarnya untung ruginya itu, banyaknya adalah berkaitan dengan kementerian yang lain, bukannya kementerian saya. Kementerian saya ini lebih tertumpu kepada operational matters, dengan izin, ataupun hal ehwal operasi.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Walaupun saya sedar secara khusus di bawah sub topik peruntukan lapangan terbang itu tidak berkait secara langsung, sebab itu saya mohon budi bicara Yang Berhormat Menteri, untuk memberi penjelasan. Saya hormati jawapan dan janji Yang Berhormat Menteri untuk memberikan jawapan secara bertulis, tentang tempoh konsesi, bukan tempoh kontrak sebenarnya, tempoh konsesi berapa tahun. Ini kerana sambil saya mendengar jawapan Menteri, saya juga dapat akses sedikit tentang maklumat ini melalui internet. Disebut sebenarnya breakeven untuk pengurusan lapangan terbang standard mengikut penganalisis aviation industry ialah, lima hingga enam tahun sekiranya kapasiti lapangan terbang itu mencecah 65 peratus. Jadi MAHB ini telah pun lama memegang konsesi saya fikir. Jadi, apakah keuntungan itu tidak menjadi sebahagian daripada tanggungjawab MAHB, demi untuk memastikan bahawa kemudahan prasarana yang lebih up to date, bukan hanya komitmen kewangannya tertumpu kepada bajet kerajaan. Itu yang saya maksudkan tadi. Akan tetapi saya akan terus mengikuti jawapan Yang Berhormat Menteri, dan menunggu jawapan bertulis tentang perkara ini, sebab ini antara perkara yang saya fikir harus diteliti dalam kita membahaskan berkenaan peruntukan kerajaan yang mencecah angka yang besar, dari segi persiapan prasarana lapangan terbang, terima kasih.

Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Machang. Soal untung rugi untuk semua lapangan terbang, itu saya akan berikan pecahannya dan juga butir-butir yang diminta, sedangkan apa Yang Berhormat bangkitkan tadi iaitu as a rule of thumb dengan izin, ataupun lazimnya, kalau mengikut apa yang sedia ada di persada antarabangsa, memanglah biasanya lima hingga enam tahun, kononnya akan breakeven, dengan izin. Sedangkan kita kena juga ambil kira beberapa faktor yang lain setahu saya, sebab kalaulah sepintas lalu kita hendak buat bandingan antara lapangan terbang kita yang kini diuruskan oleh MAHB dengan lapangan terbang di negara-negara jiran kita. Kalaulah kita hendak bandingkan kadar caj itu yang kita kenakan di Malaysia, dengan negara-negara jiran di sana, jauh berbeza. Itu pun kadangkala kalau hendak buat bandingan, kenalah kita buat seperti apa yang orang kata, to compare apple with apple dengan izin, dan bukannya apple with orange. Saya beralih kepada Yang Berhormat Putatan yang bangkitkan isu berkaitan dengan Jabatan Kereta Api Sabah. Suka saya hendak maklumkan Yang Berhormat bahawa, KTMB ini Keretapi Tanah Melayu Berhad, sesungguhnya tidak mencakupi bidang kuasa Jabatan Kereta Api Sabah. Dalam erti kata lain, KTMB itu bidang tugas dia terhad kepada Semenanjung. Walaupun demikian, apa Yang Berhormat bangkitkan tadi iaitu lawatan dan juga kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri saya, saya tetap akan dapatkan butiran yang lanjut daripada beliau, sebab apa yang beliau nyatakan itu mungkin perlu juga susulannya. Akan tetapi Yang Berhormat tadi, bangkitkan tentang soal landasan di negeri Sabah. Walaupun saya tahu kita sedia maklum bahawa sama ada landasan ataupun stok kereta (rolling stock) dalam bahasa Inggeris, di negeri Sabah sesungguhnya adalah di bidang kuasa Jabatan Kereta Api Sabah. Akan tetapi sukalah saya maklumkan Yang Berhormat bahawa landasan dan juga rolling stock itu sebenarnya, adalah dua perkara yang tidak berkaitan.

Yang Berhormat Kota Melaka juga bangkitkan sesuatu yang di luar butiran perbahasan kita iaitu, Batu Berendam, Lapangan Terbang Batu Berendam. Sesungguhnya, setahu saya projek untuk pemanjangan runway dengan izin, itu telah diberi kelulusan ataupun peruntukan tambahan oleh Kementerian Kewangan baru-baru ini. Ia menjangkau RM60 juta, tetapi ia bukanlah kelulusan daripada kementerian ini. Itu sebabnya pernah saya jawab Yang Berhormat, di Dewan yang mulia ini, bahawa ia adalah bergantung kepada kelulusan peruntukan oleh Kementerian Kewangan. Yang Berhormat juga bangkitkan tentang jalan raya yang menghubungkan bandar Kota Melaka dengan Lapangan terbang...

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

[Berdiri]

Sesungguhnya tidak pernah kerja-kerja jalan itu, di bawah bidang kuasa kementerian ini. Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat?

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Minta Penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini mengenai landasan kereta api di Sabah ini di mana kita tahu bahawa memang ada kelembapan dalam perjalanan. Jadi apa yang kita minta pengetahuan kepada Yang Berhormat Menteri ialah, oleh sebab pada satu ketika, saya rasa bulan lalu ada satu berita yang tersiar, di mana KTM akan menggunakan tenaga KTM untuk membina landasan itu. Jadi itu yang kita minta penjelasan Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, saya kurang pasti Yang Berhormat Sepanggar nyatakan tadi itu projek apa. Akan tetapi setahu saya kalaulah ia sekadar bantuan dari segi teknikal dan sebagainya, itu memanglah biasanya kita sendiri memang sanggup, KTMB memang sanggup membantu. Khasnya negeri Sabah tetapi pada masa yang sama, kalaulah ia melibatkan peruntukan ataupun perbelanjaan, ia bergantung kepada sama ada peruntukan itu terkandung dalam bajet kita atau tidak. Jadi saya tidak pastilah apa Yang Berhormat sebutkan tadi itu, projek mana.

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Terima kasih atas jawapan. Tuan Pengerusi, sebenarnya apa yang tersiar di dalam surat khabar di mana KTMB sanggup untuk membina apa yang telah dapat bina oleh kerajaan negeri, mungkin secara teknikal dan bantuan kewangan, untuk melaksanakan landasan tersebut. Jadi itu kita minta penjelasanlah daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi, sebenarnya pembinaan landasan, kalau tidak silap saya ia adalah dalam perangkuman Projek KTMB sekarang sebab di Semenanjung pun bila kita hendak buat, kita hendak melaksanakan projek double tracking pun landasannya itu pun bukan sahaja menelan belanja yang besar tetapi juga ia kenalah kita buat secara tender. Saya beralih kepada Yang Berhormat Padang Besar tadi iaitu Yang Berhormat cadangkan agar trams dapat diperkenalkan di bandar-bandar untuk memberi khidmat kepada warga-warga bandar. Sesungguhnya pada ketika ini belum ada lagi cadangan sedemikian rupa walaupun di sesetengah kota Bandaraya di seberang laut memang trams itu banyak digunakan. Mungkin dalam persoalan ini, saya juga sependapat dengan Yang Berhormat bahawa kiranya terdapat khidmat trams mungkinlah ia akan dapat meringankan lagi kesesakan lalu lintas di bandar-bandar. Akan tetapi kiranya projek sedemikian rupa dapat dilaksanakan di bandar-bandar, ia kemungkinan besar akan melibatkan juga penglibatan PBT kita ataupun Pihak Berkuasa Tempatan kita. Kadang kala tidak semestinya ia bulat-bulat di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan tapi ia mungkin melibatkan PBT. Tuan Pengerusi setakat ini sahaja yang saya dapat menjawab perkara-perkara yang berbangkit yang berkaitan dengan kementerian saya khasnya bagi mini bajet ini. Sekian Terima kasih

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM190,509,200 untuk Maksud P.28 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Pengangkutan hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM190,509,200 untuk Maksud P.28 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009.

Maksud P. 29Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009] - Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee

Kepala Pembangunan P.29 di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi terbuka untuk dibahas.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya bangun untuk menyertai perbahasan peringkat Jawatankuasa dan saya ingin merujuk kepada Maksud P.29 di bawah sub kepala 08100 - Rancangan Bekalan Air Negeri Pahang. Tuan Pengerusi, berdasarkan kepada anggaran belanjawan pembangunan tambahan yang dikemukakan pada Dewan untuk diluluskan, saya dapati terdapat RM29,579,100 tambahan yang diperlukan untuk tujuan bekalan dan pembaikan Rancangan Bekalan Air di Negeri Pahang. Saya mohon merujuk kepada laporan penuh Belanjawan Tahun 2009 yang telah pun diluluskan pada tahun lalu iaitu di bawah sub kepala yang sama. Terdapat satu jumlah RM201,972,500 yang diperuntukkan di bawah perkara yang sama, di bawah anggaran dipinda untuk tahun lepas. Saya lihat di dalam tajuk yang sama juga ”Anggaran Belanjawan” hanya tercatat RM164,456,331, di sini terdapat discrepancies sebanyak RM36 juta dan saya meminta kepada kementerian untuk menerangkan bagaimana wujudnya ada discrepancies ini kalau dibandingkan dua laporan yang telah diberi kepada Dewan iaitu: (i) Laporan Penuh Belanjawan 2009; dan (ii) Anggaran Belanjawan Mengurus Tambahan 2009. Walau bagaimanapun, saya fikir perkara ini memang agak terdesak sehingga pada hari ini, bekalan air di Negeri Pahang khususnya di dalam Bandar Kuantan, Bandar Indera Mahkota di sekitar pusat-pusat bandar telah terputus masuk hari ke-11 pada hari ini. Saya amat merasa kecewa kerana dengan peruntukan termasuk pinjaman yang kita telah luluskan dalam belanjawan yang lalu memang memperuntukkan satu jumlah yang besar. Kalau dilihat dalam bentuk pinjaman sahaja kita telah memperuntukkan RM100 juta lebih untuk tujuan ini. Dalam suasana ini juga apabila perbincangan mengenai perlaksanaan Penswastaan Pembekalan Air di peringkat Negeri Pahang sedang rancak di bincang, kita rasa suatu backward impact, satu penggerakan ke belakang dalam mana kita bercakap dan menjanjikan kepada rakyat untuk mempertingkatkan akses kepada air bersih dan bekalan air yang lebih baik. Akan tetapi apa yang terjadi sehingga pada hari ini ialah suatu yang suasana yang completely dengan izin, tiada bekalan air. Saya mendapat maklum sehingga kepada pagi tadi, rungutan telah disuarakan lebih daripada 3,500 orang penjaja dan peniaga gerai dan sebagainya yang terjejas secara langsung, lebih daripada 2,000 restoran, gerai tepi–tepi jalan dan juga peniaga juga yang berasaskan sumber air. IKS dan juga usahawan-usahawan yang bergantung sepenuhnya seperti usahawan kedai-kedai laundry dan juga sebahagian daripada usahawan yang mengusahakan perniagaan mencuci kereta dan sebagainya telah terjejas teruk dalam masa lebih pada satu minggu yang lalu. Ini juga bermakna suasana tidak selesa serta chaotic dengan izin, berlaku kerana ada lima kes di mana penyempurnaan jenazah, apabila berlaku di kematian tersebut tidak dapat disempurnakan dengan baik akibat berlakunya gangguan bekalan air yang teruk terutamanya bekalan air bersih.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya tidak nafikan memang ada usaha-usaha yang dijalankan seperti membekalkan air melalui tangki-tangki bergerak menggunakan kenderaan lori dan sebagainya. Perkara ini juga di tambah rungutan apabila musim cuti sekolah di mana berlaku perayaan. Perkara yang amat penting di sini ialah apabila bekalan air bersih yang dijanjikan dan proses pembaikan dan penambahbaikan telah diluluskan oleh Parlimen dalam belanjawan yang lalu. Saya hendak tanya kepada kementerian, bagaimana perkara ini boleh berlaku? Adakah seperti tohmahan daripada masyarakat di sekitar dalam bandar mengatakan bahawa perkara ini hanya wujud begitu kritikal apabila sibuknya kita berbincang tentang keputusan untuk memilih per tender ataupun syarikat yang layak untuk diberikan tanggungjawab menyalurkan atau menambahbaikkan saluran ataupun membekal perkhidmatan air bersih di peringkat negeri Pahang. Perkara yang seterusnya yang juga akan menjadi jawapan yang perlu kita beri kepada seluruh masyarakat yang terkena kesanya secara serta merta ialah apabila jumlah kerosakan yang secara tiba-tiba berlaku amat ketara. Perkara ini juga telah menjadi satu kebimbangan kalau sekiranya benar seluruh dalam bandar Kuantan ataupun kebanyakan kawasan Negeri Pahang telah mengalami proses zero asset value dengan izin, dalam rangkaian aset-aset paip seperti yang dipunyai oleh Jabatan Bekalan Air dan sebahagianya di dakwa oleh Jabatan Bekalan Air sebahagian besar daripada saluran-saluran paip mereka adalah sekarang di bawah zero value. Nilai kosong, nilai mukanya kerana dikatakan telah pun mencapai tahap yang perlu dilupuskan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Kalau benar perkara itu, di dalam suasana yang ada pada hari ini yang juga mengakibatkan krisis bekalan air yang begitu meruncing ini, adakah cukup dengan RM29,579,100 ini untuk menjanjikan dalam keadaan yang secepat mungkin perkara ini boleh dipulihkan ataupun pihak kementerian perlu menjawab atau menerangkan apakah sebenarnya tambahan RM29 juta lebih ini untuk digunakan semata-mata untuk tujuan menambah suntikan modal kepada syarikat-syarikat yang mungkin terlibat dalam kerja pembaikan ataupun sebagainya. Saya mohon kepada kementerian untuk memberikan penjelasan segera. Terima kasih.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada P.29 Butiran 80000 - Projek Pembetungan Negara. Saya ingin tahu apakah tujuan peruntukkan RM2.5 juta ini? Apakah ini sekali lagi kerana ada kaitan dengan Indah Water Konsortium yang mengalami kerugian ekoran daripada orang ramai enggan membayarnya, sebab itu kerajaan perlu menghulurkan bantuan tambahan ini untuk membiayai kerja-kerja kecemasan. Saya pohon satu penjelasan dalam perkara ini. Saya rasa sudah sampai masanya kerajaan dalam keadaan kemelesetan ekonomi ini. Kerajaan tangguhkan segala kutipan, bil-bil Indah Water, tangguhkan segala kes-kes di mahkamah. Inilah salah satu cara saya percaya kalau kerajaan berniat baik ingin membantu consumers warganegara ini untuk membantu meringankan beban mereka. Tuan Pengerusi, kalau kita tinggal di rumah teres, RM8.00 sebulan. Rumah kos rendah RM2.00 atau RM3.00 kalau industri lagi mahal kerana ia bergantung juga kepada berapa jumlah air yang digunakan. Mengapakah kerajaan tidak mengambil langkah ini dalam masa di mana orang ramai memerlukan bantuan kerajaan ini, kerajaan perlu mempertimbangkan menangguhkan segala kutipan caj-caj Indah Water ini. Yang sangat aneh Tuan Pengerusi, orang ramai diminta membayar bil-bil Indah Water, pada masa yang sama kerajaan menggunakan wang rakyat untuk mensubsidi Indah Water apabila Indah Water mengalami kerugian atau orang ramai membantah terhadap kutipan oleh Indah Water ini. Bukankah ini menjadikan orang ramai perlu dikenakan bayaran dua kali. Satu kali melalui setiap kali apabila Indah Water kekurangan wang, subsidi menggunakan wang rakyat. Melalui Parlimen subsidi Indah Water, itu wang rakyat. Pada masa yang sama mengutip daripada consumer. Orang ramai.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Mengapakah orang ramai kena bayar dua kali untuk bil-bil macam Indah Water ini? Jadi saya pohon kerajaan dalam masa di mana orang ramai memerlukan bantuan ini kerajaan menangguhkan segala kutipan Indah Water ini, menangguhkan segala tindakan mahkamah. Yang paling baik Tuan Pengerusi, ini adalah salah satu isu masa kempen pilihan raya, saya rasa kalau kerajaan ada meneliti orang ramai amat membantah kutipan Indah Water ini. Saya rasa sampai masanya kerajaan meneliti untuk membatalkan keseluruhan kutipan Indah Water ini. Kerajaan sudah mengambil alih Indah Water tahun 2000, mengapa tidak boleh pertimbangkan untuk batalkan sebab orang ramai sudah tidak mahu bekerjasama untuk membayar. Orang ramai telah bayar cukai pintu, sudah sampai masanya kalau Kerajaan Barisan Nasional tidak mahu dihapuskan dalam pilihan raya akan datang ini. Ini salah satu caranya dan saya boleh maklumkan, itu adalah salah satu faktor di kawasan Batu Gajah di mana isu ini dibangkitkan orang ramai telah memutuskan tidak mengundi Barisan Nasional, faktor kutipan Indah Water ini. Orang ramai sangat marah. Isu ini telah banyak kali dibangkitkan di dalam Dewan ini oleh Ahli Barisan Nasional juga dan ada segelintir pun mereka sudah tidak ada dalam Dewan yang mulia ini kerana saya percaya kerana isu Indah Water ini. Saya hendak tahu apakah akan berlaku dengan sistem satu bil air di mana caj pembetungan akan dimasukkan dalam bil air memandangkan Akta Industri Perkhidmatan Air ini telah dikuatkuasakan tahun lalu. Saya pohon dalam masa ini kalau kerajaan mahu membantu meringankan beban orang ramai secara terus tanpa kebocoran, tanpa ketirisan inilah masanya. Tangguhkan segala kutipan Indah Water, tindakan mahkamah dan tubuhkan jawatankuasa meneliti dan membatalkan keseluruhan Indah Water ini. Sekian terima kasih.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi, Ahli- ahli Mesyuarat sekalian. Saya ingin menyentuh butiran 724 schoolNet fasa II yang kelihatannya diperuntukkan lebih RM75 juta dalam bekalan tambahan pertama 2009 ini. Dinyatakan dalam akta yang disediakan ini bahawa pada anggaran tahun 2009 yang lalu, dalam bajet yang lalu tidak disediakan apa-apa peruntukkan untuk projek ini dan dalam tambahan ini tiba-tiba muncul RM75 juta. Soalan yang ingin saya bangkitkan apakah dalam masa kita menangani persoalan kegawatan ekonomi dan juga peruntukkan mini budget sebagai stimulus kepada ekonomi ini, kita merasakan perkara ini antara perkara teras yang boleh menyelesaikan masalah ekonomi ataupun tidak. Kalau ia dilihat penting kita tentu menjangka dalam pembentangan bajet sebenarnya tahun lepas perkara ini diberikan keutamaan. Diberikan RM300 juta contohnya maka oleh kerana penting ditambah RM75 juta. Akan tetapi dalam bajet awal tidak terfikir dan tiba-tiba muncul dalam pembekalan tambahan. Saya meminta penjelasan apa sebenarnya content schoolNet fasa II ini dan bagaimana ia akan diagih-agihkan mengikut sekolah mengikut negeri dan juga apa kesan yang kita harap daripada pelaksanaan schoolNet fasa II ini yang boleh membayangkan ia satu projek merangsang ekonomi pada peringkat ini. Ringkas sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin membangkit dua soalan berkait dengan Butiran 09100 - Rancangan Bekalan Air Negeri Selangor. Soalan pertama saya sebenarnya ialah apakah butir-butir spesifik ataupun kandungan mengenai projek ini? Kedua, pada masa kini pengurusan air di Selangor adalah di bawah SYABAS dan semua perbelanjaan SYABAS terkandung dan dikawal oleh concession agreement (perjanjian konsesi), khususnya semua peruntukkan ini mesti diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Soalan saya ialah apakah peruntukkan ini sebanyak RM50 juta ini merupakan subsidi ataupun geran ataupun pinjaman kepada pihak SYABAS. Terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga hanya dua kepala yang saya ingin membangkitkan soalan. Yang pertamanya Butiran projek 07800 - Rancangan Bekalan Air Negeri Sembilan, peruntukkan tambahan sebanyak RM117 juta secara pinjaman untuk membiayai projek bekalan air. Saya pohon supaya diberikan butir- butir apakah jenis projek yang dilakukan kerana setahu saya Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan telah dikorporatkan menjadi SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan). Saya hendak tahu apakah butiran perbelanjaan sebanyak RM117 juta ini untuk bekalan air Negeri Sembilan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Yang keduanya mengenai Butiran 80000 - Projek Pembetungan Negara yang perlukan peruntukan RM2.5 juta untuk membiayai kerja-kerja kecemasan. Saya hendak bangkitkan supaya peruntukan ini boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah yang agak besar di Seremban kerana dalam beberapa tahun yang lepas di Seremban telah dilakukan atau dimulakan satu projek pembetungan berpusat - berpusat di Kuala Sawah di daerah Seremban. Kontraktor utama - main con yang telah diamanahkan kerja ini iaitu Satria Desa Corporation telah mengorek lubang-lubang besar di sekeliling bandar Seremban, di taman-taman perumahan, di hadapan rumah, di jalan-jalan besar, tutup jalan. Saya ada gambar membawa hendak tunjuk kepada pihak kementerian. Pelbagai masalah ditimbulkan depan rumah. Ini bukan masalah sebulan, dua bulan. Sudah dua tahun lubang itu dikorek. Lubang besar, tutup jalan, dikorek tetapi tidak ditampal balik sebab projek terbengkalai. Satria Desa Corporation ini telah diamanahkan projek tetapi saya difahamkan ada masalah kewangan dan tidak dapat menyelesaikan masalah. Sudah ada masalah tetapi mereka teruskan korek lagi lubang di tempat lain dan menimbulkan pelbagai masalah di seluruh bandar Seremban. Saya pohon supaya pegawai-pegawai kementerian khasnya Timbalan Menteri yang ada pada hari ini mengambil berat masalah ini yang telah melanda. Saya telah berkali-kali membuat aduan kepada kerajaan negeri dalam media tempatan dan sebagainya tetapi tidak ada tindakan. Kerajaan negeri tidak boleh membuat apa-apa. Sebab saya minta Timbalan Menteri supaya maklumlah kepada Menteri dan juga daripada Negeri Sembilan tengoklah masalah di Seremban ini kerana ia bukan hanya berlaku dalam kawasan Parlimen Rasah, ia juga berlaku di banyak kawasan–kawasan perumahan di bawah kawasan Parlimen Rembau. Saya harap perkara ini dapat diberikan perhatian yang serius dan selesaikan masalah ini. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sedikit sahaja. Untuk menambah perkara yang dibahaskan oleh beberapa Yang Berhormat sebentar tadi. Saya juga merakamkan dalam maksud P.29 ini sekali lagi saya pertikaikan bagaimana perlunya perkara-perkara ini terdahulu perlu dimasukkan dan dimuatkan dalam belanjawan yang dibentangkan tiga bulan yang lalu. Tiba-tiba perkara ini dibangkitkan di sini dan ini perlu penjelasan sama ada butiran di bawah schoolNet ini, sama ada butiran yang lain. Akan tetapi khususnya butiran yang ingin saya tanya secara khusus adalah juga yang bersangkutan dengan negeri Selangor itu. Dalam hal urusan penstrukturan air yang perlu dibereskan sebelum 31 Mac disebut-sebutkan ini apakah peruntukan 50 juta ini. Apa sebenarnya perbelanjaan yang hendak digunakan? Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas sahaja. Maksud 29 Butiran 70024 - schoolNet, fasa 2.

Saya pohon penjelasan sejauh manakah program ataupun projek schoolNet, mungkin fasa 1 yang telah dilaksanakan di Sarawak buat masa sekarang dan sila nyatakan peratusan ataupun jumlah dari sekolah di Sarawak yang telah menikmati perkhidmatan schoolNet. Bagaimana dengan kawasan Kapit? Adakah projek ini telah dilaksanakan secara menyeluruh dan berjaya di kawasan itu. Nyatakan di manakah peruntukan tambahan yang dipohon ini akan dibelanjakan iaitu di negeri mana ataupun di sekolah- sekolah di mana? Jadi itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, mengenai bekalan air. Di sini saya hendak pihak kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab mengenai keadaan bekalan air di seluruh negara di setiap negeri. Misalnya di negeri Selangor yang ada usaha untuk mengubahkan keadaan dan bolehkah Yang Berhormat itu menerangkan kepada Dewan yang mulia ini sama ada bekalan air Malaysia ini akan menghadapi masalah misalnya dalam dua tiga tahun lagi kita tidak ada cukup bekalan kerana perancangan yang dibuat oleh pihak kerajaan tidak mengambil kira penggunaan air di negara ini. Apakah projek selain daripada yang disebutkan di sini akan dibuat oleh pihak kerajaan di dalam lima tahun ini supaya bekalan air di Malaysia adalah cukup. Saya khuatir juga kerana kita setiap hari ada hujan kerana negara ini memang mempunyai banyak air hujan dan dengan demikian kita berharap rancangan untuk bekalan air itu adalah lebih sempurna daripada yang ada sekarang, yang wujud sekarang ini kadangkala masalah penswastaan, masalah syarikat-syarikat yang terlibat dengan projek penswastaan yang tidak mempunyai kapasiti dan keupayaan yang cukup dan sebagainya. Saya berharap Yang Berhormat dapat menerangkan kepada Dewan yang mulia ini dan mengenai projek pembetungan negara. Pada tahun 80-an kita di sini ada membantah kerana wujudnya penswastaan Indah Water Konsortium kerana kita tahu ini satu projek yang tidak boleh berjaya, akan gagal sama sekali dan lebih dua dekad daripada bermulanya pihak kerajaan menswastakan pembetungan, kita masih menghadap kesusahan kerana ramai lagi tidak membayar. Apakah tindakan dan apakah langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah? Memang orang tidak bayar. Misalnya di kawasan saya di Jinjang. Ada pembetungan persendirian. Dengan pembetungan persendirian dia enggan membayar kerana dia kata tidak ada kerja daripada IWK, kenapa dia hendak membayar? Ini masalah. Soal ini kita timbul dua dekad yang dulu sebelum Yang Berhormat masuk ke Dewan yang mulia ini dan di sini saya sekali lagi menanya Yang Berhormat bagaimana soalan pokok ini dapat diselesaikan kerana ramai lagi tidak bayar. Kalau hendak hadapkan semua orang ke mahkamah pun mustahil. Mungkin berjuta-juta orang dihadapkan ke mahkamah. Itu mustahil. Sekian, terima kasih.

Dato’ Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi · Julau

Terima kasih Tuan Pengerusi dan saya berterima kasih kepada lapan orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan beberapa perkara dalam butiran berkenaan kementerian kami. Yang Berhormat dari Indera Mahkota bertanyakan apakah butiran ataupun apakah projek yang diperuntukkan dalam mini bajet ini di negeri Pahang.

(i) Butiran pembinaan loji rawatan air dan sistem agihan air di pusat PDRM Bentong; dan (ii) pembinaan sistem paip agihan dan kerja-kerja berkaitan dengan pengagihan air ke Depot Peluru Mempaga. Ia tidak ada kena- mengena dengan projek-projek air yang lain di negeri Pahang dan itu adalah butiran yang saya ada.

Berkenaan air yang terputus lebih seminggu saya bagi pihak kementerian minta maaf dan saya sendiri pun sungguh bersedih kerana ia berlaku dan dalam mini bajet ini ada permintaan untuk perbelanjaan lain dalam urusan penyediaan ataupun pengagihan air negeri di Pahang yang lain. Ini adalah tertakluk kepada butiran yang ada iaitu dua projek sahaja dan peruntukkan yang diminta ini adalah untuk tahun ini dan setengah lagi amount yang sedemikian akan di belanjakan pada tahun hadapan. Ahli Yang Berhormat Batu Gajah meminta apakah butiran ataupun apakah permintaan untuk negeri Perak. Satu, untuk menanggung, butiran yang diminta oleh Yang Berhormat tadi iaitu Butiran 8000 - Pembetungan. Apakah permintaan ini untuk diberi kepada Indah Water Konsortium ataupun yang lain? Sebenarnya ini tidak ada kena mengena dengan Indah Water Konsortium Yang Berhormat, permintaan ini adalah untuk dibelanjakan bagi saluran paip di bawah landasan kereta api. Untuk loji rawatan kumbahan di Pantai dan ini tidak ada kena mengena dengan apa yang dipinta oleh Yang Berhormat. Berkenaan dengan permintaan yang lain adakah kerajaan akan menyatukan bil, ataupun menangguhkan pembayaran caj? Ini semuanya adalah dasar dan tidak ada kena mengena dengan butiran yang kita bangkitkan pada hari ini. Namun demikian, kementerian saya mendengar dan akan cuba mencari jalan bagaimana kita boleh mengambil pertimbangan kepada permintaan Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Setahu saya permintaan untuk membatalkan dan menghentikan kutipan caj Indah Water bukan sahaja pada masa ini. Beberapa tahun yang lalu sudah ada suara-suara di dalam Dewan yang mulia ini untuk meminta mempertimbangkan. Saya hendak tanya kementerian sepanjang masa ini pernahkah ada sebarang tindakan proaktif untuk meneliti dan mempertimbangkan dan untuk membatalkan kutipan caj Indah Water ini? Saya tidak mahu Yang Berhormat sekadar untuk list service, untuk menjawab saya akan mempertimbangkan. Sepanjang masa sebelum ini pernah dibangkitkan kemarahan orang ramai. Mungkin Yang Berhormat sebelah sana sudah bersedia untuk duduk di sebelah sini, jadi tidak payah buat apa-apa, boleh teruskan kalau enggan untuk mengambil tindakan. Bukan masa sekarang ini baru bangkit tetapi saya rasa pada masa sekarang paling baik untuk mengambil tindakan untuk membatalkan Indah Water Konsortium. Sekian terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Tuan Pengerusi, sebagai mana yang telah saya katakan tadi oleh kerana hujah Yang Berhormat ini tidak ada kena mengena dengan apa yang saya bangkitkan pada masa ini maka saya tidak payah menjawab. Sekiranya ia akan menguntungkan rakan-rakan kita sebelah sana bagaimana pula Yang Berhormat nampak begitu marah berkenaan dengan perkara ini. Ahli Yang Berhormat Kuala Krai bertanyakan berkenaan dengan SchoolNet begitu juga dengan Yang Berhormat Kapit sama-sama bertanyakan apakah SchoolNet ini sudah banyak dimanfaatkan oleh sekolah di merata-rata tempat di seluruh negara. Di sini saya hanya menjawab berkenaan dengan butiran yang disediakan iaitu berkenaan dengan permintaan untuk memasukan belanja RM75.201 juta ini ke dalam mini bajet yang telah pun dibentangkan. SchoolNet fasa dua ini mempunyai tiga komponen penting dalam pelaksanaannya iaitu: (i) untuk menyelenggarakan Projek SchoolNet fasa 1 yang akan tamat pada Ogos tahun ini; (ii) menaik taraf infrastruktur jalur lebar SchoolNet daripada 1 Mbps kepada 4 Mbps bagi 1,000 buah sekolah; dan (iii) melantik fasilitator untuk 1,000 buah sekolah di mana SchoolNet frasa dua ini akan diletakan.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Inilah soalannya tadi kita sudah menjangka bahawa SchoolNet fasa satu akan tamat bulan Ogos tahun ini. Jadi sudah semestilah persediaan sudah dibuat, itu soalan saya. Mengapa tidak ada jangkaan dalam bajet yang lalu disediakan maka dalam konteks kita hendak memperbaiki ekonomi dan stimulus ini yang masuk. Ini program berterusan yang memang sudah dijangka bukan satu stimulus yang sepatutnya masuk dalam pakej ini. Itu sahaja soalan saya. Apakah tahun lepas semasa pembentangan bajet ada dengan izinnya over look perkara ini ataupun terlepas pandang atau bagaimana? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sebenarnya dalam pembentangan perbelanjaan banyak yang boleh dikatakan terlepas pandang tetapi bukannya disengajakan. Terlepas pandang oleh kerana peruntukan yang tidak mencukupi dan oleh kerana permintaan dari projek-projek yang lain, dari kementerian- kementerian yang lain. Akan tetapi buat kali ini oleh kerana ada rangsangan dan ada peruntukan dalam rangsangan ini dan ia dapat diminta oleh kementerian saya untuk dimasukkan dalam mini bajet pada kali ini. Bukan tahun lepas kita tidak memohon, kita memohon tetapi oleh kerana pada masa itu dijangkakan perbelanjaan tidak mencukupi dan kewangan yang ada dikehendaki oleh projek-projek yang lain ataupun di kementerian- kementerian lain yang lebih mendesak lagi, itu sebabnya. Ahli Yang Berhormat Klang bertanya apakah Butiran 09100 itu adakah ia untuk memberi subsidi, loan ataupun geran kepada SYABAS? Tidak, ia bukan untuk loan ataupun subsidi kepada SYABAS. Dalam butiran ini ada dua projek; satu adalah Projek Memasang Paip Baru berukuran 1,800 mm garispusat di jajaran baru bagi mengagihkan jajaran paip sedia ada yang terdedah supaya jajaran paip induk ini berada di bawah jalan. Ia perlu diubah bagi mengelakkan risiko paip pecah kerana jika ia pecah maka ratusan ribu pengguna di sekitar Petaling Jaya, Selangor akan mengalami gangguan bekalan air. Satu lagi Yang Berhormat berkenaan dengan butiran ini, iaitu projek di KLIA bagi menampung keperluan KLIA oleh kerana yang ada sekarang hanyalah satu saluran dan sekiranya bekalan yang ada sekarang terganggu, KLIA yang kita semua megahkan ini akan terputus dan operasinya mungkin terganggu. Terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tolong Yang Berhormat jelaskan piping semua tadi itu milik siapa, milik konsesikah atau milik kerajaan negeri itu? Yang Berhormat Timbalan Menteri, piping yang disebutkan tadi untuk digantikan dengan peruntukan yang disebut ini, milik siapa itu? Milik konsesikah atau milik kerajaan negeri? Terima kasih.

Yang piping di bawah jalan itu? Yang Berhormat, tidak kira milik kerajaan negeri ataupun concessionaire, tetapi bila penstrukturan semula bekalan air di negeri Selangor ini akan diambil kira dan buat masa ini ia tidak menjadi masalah siapa yang punya. Masalahnya ialah kita hendak menyediakan paip yang agak lebih selamat lagi dari yang sedia ada.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Minta laluan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan susulan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Apa yang saya tidak faham Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah, mengapakah pihak kerajaan membayar dan bertanggungjawab untuk satu projek yang sebenarnya diuruskan oleh pihak swasta sebab dalam konsesi agreement pihak kerajaan telah memberikan lebih kurang RM250 million kepada pihak SYABAS untuk menguruskan isu-isu berkait dengan non revenue water (air yang tidak berhasil), so pertukaran paip dan sebagainya mesti datang daripada geran yang telah diberikan oleh pihak kerajaan. Oleh kerana itu saya tidak faham mengapa pihak kerajaan hendak memberi wang kepada satu tanggungjawab yang telah diberikan kepada pihak swasta? Minta penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat Klang dan Tuan Pengerusi.

Projek yang dibangkitkan di sini tidak termasuk dalam skop-skop yang diadakan pada konsesi masa dahulu dan pada masa sekarang, macam mana yang kita semua tahu bahawa konsesi ini akan juga beralih, penstrukturan semula air negeri Selangor akan juga berlaku dan pada masa ini kita tidak boleh membiarkan kemungkinan berlaku misalnya di KLIA ataupun di Petaling Jaya yang akan melibatkan sebegitu ramai penduduk di negeri Selangor, dan pada hemat saya, adakah ia penting kita buat. Pada masa ini ia memang penting dan tidak kira siapa yang bertanggungjawab, tetapi apa yang lebih penting iaitu rakyat kita di negeri Selangor dan di KLIA tidak akan mengalami keputusan bekalan air. Yang Berhormat Rasah...

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Yang Berhormat Timbalan Menteri minta laluan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Adakah ini bermaksud bahawa kerajaan akan mendahulukan wang itu dan selepas kerja itu dibuat pihak SYABAS akan bayar balik pihak kerajaan? Saya tidak faham mengapa pihak swasta ataupun pihak konsesi agreement itu yang telah diberikan wang, yang ada bank lending dan sebagainya, disokong lagi oleh pihak kerajaan sebanyak RM50 juta. Ini saya tidak faham. Ini kita nampak macam satu subsidi untuk pihak swasta. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau kita tengok sebagaimana Yang Berhormat melihat, memang dia macam subsidi tetapi kalau kita melihat dari segi apa yang sedang berlaku di negeri Selangor adalah macam it is almost in the no mans type of situation dengan izin, dan kerajaan tidak akan mengelakkan tanggungjawabnya walaupun konsesi bekalan air di Selangor ini belum berpindah alih dan ini adalah secara langsung dan sekiranya pertimbangan dibuat untuk pampasan konsesi nanti, ini pun akan diambil kira. Akaunnya tidak akan hilang sebegitu sahaja dan ia akan dipertimbangkan, yang mana kerajaan telah hulurkan akan juga ditentukan dalam perakaunan yang akan dipertimbangkan. Yang Berhormat Rasah tadi minta butiran bagi Negeri Sembilan, apakah peruntukan yang diminta itu di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan ada dua projek iaitu: (i) projek pemasangan paip jenis besi keluli lembut berukuran 200 mm hingga 400 mm garispusat dan kerja-kerja lain untuk dipasang di daerah Seremban Barat dan Seremban Selatan; dan (ii) pembinaan loji rawatan air berkapasiti 150 JLH dan kerja-kerja berkaitan di loji rawatan air ini perlu dibina untuk membekalkan air ke bandar dan Enstek dan Nilai. Yang Berhormat tadi bertanyakan berkenaan dengan pembetungan negara. Biarlah kita bincangkan berkenaan dengan pembetungan negara masa kita berbahas dasar dalam bajet yang akan datang, tetapi berkenaan dengan tanah dan lubang yang telah dikorek di Kuala Sawah, saya akan memajukan rintihan Yang Berhormat kepada Menteri saya dan saya akan mencuba mencari jalan bagaimana masalah ini dapat diatasi dengan segera.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak betulkan sedikit fakta. Bukan di Kuala Sawah, itu projek pusat pembetungan di Kuala Sawah tetapi masalah timbul di beberapa kawasan perumahan di sekitar bandar Seremban. Projek ini telah beberapa tahun, dua, tiga tahun bukan masalah baru. Dua, tiga tahun tetapi seolah-olah projek ini terus di bawah seliaan JPP, Jabatan Pembetungan Persekutuan yang berpejabat di Melaka untuk Negeri Sembilan. Jadi saya harap pihak kementerian mengambil satu tindakan yang tegas kerana ini sesuatu yang tidak boleh diterima. Mereka lakukan projek terbengkalai, rakyat yang susah. Tidak diselesaikan, rakyat yang susah. Pihak kementerian pun akan dapat satu imej yang negatif daripada orang ramai. Jadi saya harap pihak kementerian akan mengambil satu tindakan yang serius untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Rasah atas pembetulan fakta tadi.

Dan bagaimana yang telah saya katakan saya akan meneruskan permintaan Yang Berhormat kepada Menteri dan kepada pegawai-pegawai yang berkenaan dengan pembetungan berkenaan dengan pengorekan yang tidak sepatutnya dibuat, atau kalaupun ada lubang tidak dijadikan telaga atau perigi supaya pengorekan akan dijalankan dengan betul dan lubang-lubang tidak dibiarkan sebegitu sahaja. Yang Berhormat Kuala Selangor, sebagaimana yang telah saya jawab pada Yang Berhormat Klang, begitu juga jawapannya kepada apa yang telah ditanya oleh Yang Berhormat berkenaan dengan butiran tersebut dan masalah air di Selangor adalah masih dalam perbincangan. Yang Berhormat sendiri tahu dan Yang Berhormat Klang pun terlibat dalam perbincangan tersebut. Yang Berhormat Kepong, bekalan air dan pembetungan negara. Yang Berhormat, ini tidak ada kena mengena dalam perbahasan kita pada kali ini dan harap kita boleh berbahas dan boleh berbincang berkenaan perkara-perkara tersebut pada sesi ataupun perbincangan yang lain. Dengan itu, Tuan Pengerusi, itu sahaja yang dapat saya jawab dan segala saranan dan teguran oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian saya akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM313,723,700 untuk Maksud P.29 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM313,723,700 untuk Maksud P.29 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009.

Maksud P.30Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009] – Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat, sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah kementerian ini, saya ingin menyentuh kepada Butiran 02900 - CWG Biotechnology dan Bio-industry. Seperti mana yang kita tahu bahawa biotechnology industry adalah satu industri yang boleh membawa keuntungan yang besar kepada negara. Namun oleh kerana time scale ataupun masa untuk penyelidikan begitu lama, maka pendapatan yang boleh didapati daripada industri ini mungkin memakan masa yang agak lama. Daripada contoh-contoh yang terdapat di Amerika Syarikat dan Kanada, preclinical trial sahaja apabila satu drug telah pun dihasilkan oleh para penyelidik, selepas itu preclinical trial dijalankan. Ia mengambil masa dua hingga lima tahun. Selepas itu fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 lagi clinical trial boleh mengambil masa sehingga sepuluh tahun dan kelulusan oleh kerajaan lagi boleh mengambil masa satu tahun. Perbelanjaan untuk mendapat satu ubat ataupun satu drug dan dibawa ke pasaran ialah lebih daripada USD802 million. Oleh yang demikian...

Tuan Pengerusi...

...Apakah strategi kementerian sekarang untuk membangunkan industri ini sedangkan challenges amat banyak seperti pertamanya, risiko yang tinggi yang mengurangkan hasil daripada industri ini. Yang kedua, pelaburan yang tidak menentu. Memang banyak institusi kewangan dan bank-bank, ada reservation ataupun keengganan untuk menaja penyelidikan dan pembangunan industri ini.

Yang ketiga, seperti kerajaan kita, kita memang banyak perkara lain yang mungkin lebih disegerakan, maka industri ini mungkin tidak dilihat sebagai satu industri yang terpenting di negara kita. Oleh itu strategi yang amat penting haruslah dilaksanakan oleh kementerian. Itu saya pohon kementerian menjawab, apakah strategi itu. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang itu ucapan dasar, Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat PJ Selatan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 01100 – MIMOS Berhad. Saya difahamkan MIMOS Berhad merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1996 di bawah Kementerian Kewangan. Mengapa MIMOS Berhad masih bergantung sangat peruntukan dari kerajaan dan tidak dapat berdikari langsung walaupun telah ditubuhkan lebih daripada 12 tahun? Saya juga ingin tahu peruntukan tambahan sebanyak RM17.5 juta ini untuk kegunaan apa. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin tanya sejauh manakah keuntungan Syarikat MIMOS Berhad dari segi hasil kajiannya, R&D dan juga hasil technology transfer dan lain-lain hasil produk yang dibangunkan oleh MIMOS Berhad. Adakah syarikat MIMOS Berhad ini untung atau rugi selama ini? Sebab kalau diteliti, kerajaan memberi peruntukan yang agak besar pada setiap tahun kepada MIMOS Berhad. Saya juga ingin tahu sejauh manakah sumbangan dari MIMOS Berhad dari segi hasil kajiannya terhadap pembangunan ekonomi negara selama ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan terima kasih kerana membenarkan saya turut membahaskan peruntukan tambahan untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini. Saya ingin merujuk kepada Butiran 00605 dan 00800. Tuan Pengerusi, saya melihat di sini dan menyokong sebenarnya pembiayaan program bioteknologi commercialization fund ini, namun saya ingin sedikit penjelasan, apakah usaha-usaha pihak kementerian, adakah termasuk di bawah peruntukan RM25 juta lebih ini termasuk kajian-kajian mengenai potensi herba-herba fauna dan flora yang terdapat di Malaysia yang begitu luas di dalam alam semula jadi kita. Saya merasakan bahawa jumlah ini sebenarnya adalah tidak banyak untuk penyelidikan dan juga untuk develop, untuk membangunkan bioteknologi untuk industri herba. Kalau kita lihat sekarang ini, potensi ataupun industri herba seperti ayurvedic dan banyak lagi di antara contohnya herba-herba yang diimport berjumlah ber million ringgit di negara kita dan negara-negara lain menghasilkan begitu banyak pendapatan daripada produk-produk herba ini seperti ginseng, ginkgo biloba, dan di Indonesia sendiri, jamu yang melimpah ruah di dalam pasaran kita. Akan tetapi di Malaysia sendiri, saya merasakan bahawa kerajaan tidak cuba untuk menyatukan dan mengarahkan penyelidikan dan kita dapat banyak pusat penyelidikan secara tersendiri, mungkin secara begitu meluas di FRIM, mungkin di USM, di IMR, Kementerian Kesihatan dan sebagainya.

Mungkin kita patut mengikut contoh seperti yang kerajaan kita buat untuk PORIM, untuk palm oil (kelapa sawit) di mana penyelidikannya lebih terarah dengan matlamat- matlamat yang tertentu untuk dicapai sehingga kita boleh menjadi satu negara yang boleh menghasilkan produk-produk herba dan health supplement (suplemen kesihatan) ini dan boleh dieksport. Sebagai contohnya, sedikit masa dahulu dan masih sekarang ini, produk mengkudu yang dipanggil Noni Jus, satu botol yang dijual diimport daripada Haiti berharga sampai RM200 sebotol padahal mengkudu tumbuh dengan meliar di negara kita ini. Begitu juga sekarang ini produk mangosteen ataupun produk buah manggis itu sendiri yang menjadi suplemen kesihatan. Di negara kita, tidak ada secara mungkin terancang untuk memperkasakan industri ini dengan secara teratur.

Kita tinggalkan pihak swasta untuk menaja ataupun untuk mengembangkan secara tidak saintifik sebenarnya kalau kita tengok sekarang ini produk Tongkat Ali yang secara saintifiknya belum lagi dibuktikan mempunyai kesan-kesan yang dikatakan menurunkan darah tinggi, meningkatkan kekuatan, melancarkan bermacam-macam lagi claim ataupun dakwaan-dakwaan yang dijaja oleh penghasil-penghasil produk ini. Sehinggakan bila dicommercializekan, diusahakan, diindustrikan produk ini mendapat begitu sambutan daripada rakyat negara ini. Namun begitu dari segi menghasilkan secara saintifik, secara empirical begitu rasa saya belum ada lagi. Jadi saya berharap kepada kerajaan kerana inilah produk ataupun product of the future sebenarnya kerana saya ingat kalau tidak silap saya Bill Gates ini mengatakan sekiranya kerajaan Amerika membuat satu undang-undang monopoli terhadap ICT, beliau akan menanam modal, melabur dalam bidang herba farmaseutikal ini. Jadi saya berharap Yang Berhormat Menteri dapat memberi penjelasan sama ada Butiran 00605 dan 00800 ini termasuk pembangunan di dalam menghasilkan produk- produk herba negara kita ini. Saya ingat itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.

Datuk Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Kota Marudu

Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang untuk beri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk memberikan ulasan dan jawapan kepada tiga Ahli Yang Berhormat yang telah pun begitu sudi dan prihatin mengenai dengan perkara-perkara yang terkandung di dalam mini bajet yang telah dibentangkan dan berkaitan terus dengan MOSTI. Pertamanya kepada Yang Berhormat daripada Mambong yang bertanyakan perkara pokok sebenarnya. Walaupun di dalam kepala butiran yang dibentangkan tidak kurang ada tiga kepala yang berkaitan dengan perihal bioteknologi. Dari segi pendekatan negara dari awal mengenai sektor ini sememangnya bukan sahaja MOSTI yang diberikan tanggungjawab untuk mengendali dan mengawali sektor ini. Pihak kita di MOSTI dipertanggungjawabkan dari segi pengawasan dan pengeluaran dana-dana untuk sokongan dari segi R&D. Walaupun di peringkat pengkomersialannya ada juga agensi seperti Biotech Corp yang telah dipertanggungjawabkan khusus untuk mencari pelabur, membantu pelabur dan seterusnya mengurus galakan-galakan dan juga insentif-insentif tertentu untuk industri ini. Dari segi dasar sememangnya dasar biotech negara adalah diletakkan di MOSTI. Manakala pula perihal keselamatan yang berkaitan dengan perjalanan industri ini dari segi pelaksanaan Bio-safety Act itu adalah di bawah tanggungjawab pihak NRE. Di peringkat kami dengan itu dasar-dasar dan strategi-strategi sememangnya telah pun diperjelaskan dan sebenarnya sedia maklum. Dari segi dana yang diurus oleh pihak MOSTI, dana-dana ini termasuk di bawah biasanya dalam tiga kategori yang besar. Satu, dana sains, kedua dana techno dan juga sedikit di bawah dana inovasi. Selain daripada dana yang telah pun dibentangkan dalam perihal ini dan juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Kota Raja tadi yang ada kaitan terus dengan perihal peruntukan untuk sektor bioteknologi. Dari segi menyokong industri ini, sememangnya Biotech Corporation telah pun dibentuk dan tanggungjawab seperti saya katakan tadi adalah mengawasi perkembangan industri ini serta juga membantu di dalam hal penyeliaan dana yang berkaitan khusus dengan perkara di bawah tanggungjawab mereka. Dari segi jentera yang lain, selain daripada itu jadi milestones semuanya telah pun ditetapkan dan saya boleh bekalkan kepada Yang Berhormat Mambong Laporan Tahunan Biotech Corp. yang menjelaskan status industri dalam dua, tiga tahun ini bagi setiap tahun dan sampailah ke tahun ini. Dari segi sokongan R&D, pihak kerajaan telah menubuhkan tiga institusi: (i) institusi Agriculture Biotech (ABI); (ii) Institute Pharmaceutical; dan (iii) Genome Institute.

Datuk Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Kota Marudu

Khusus untuk menyokong industri perkembangan dari segi R&D. Dari segi sokongan dana saya katakan tadi, ia dimasukkan dalam Kepala Sains Fund, ia dimasukkan di bawah Kepala Techno Fund dan juga sedikit di bawah InnoFund dan funds yang khusus seperti mana saya katakan tadi Biotechnology Commercialization Fund di bawah Butiran 00605. So, memangnya pada saat ini industri ini menghadapi banyak cabaran. Atas dasar itulah pihak kementerian pada minggu hadapan akan menganjurkan satu perjumpaan tertutup dengan ahli-ahli industri di seluruh negara kita khususnya players in the industry untuk duduk bersama dan untuk membincangkan cabaran-cabaran yang sedang dihadapi oleh industri yang sebenarnya baru dalam pertengahan jalan dari segi perkembangannya. Kami sedia maklum di peringkat dunia misalnya, industri bioteknologi ini antara industri yang memanglah di impak secara negatif oleh isu dan masalah financial crisis di mana venture capital itu begitu berkurangan sekali dan atas dasar itulah pihak kementerian akan memberikan perhatian kepada industri ini dari segi sokongan-sokongan tambahan selain daripada yang disediakan oleh pihak kerajaan. Mengenai dengan Ahli Yang Berhormat PJ Selatan juga menyentuh khususnya yang berkaitan dengan MIMOS Berhad. Kita sedia maklum bahawa MIMOS Berhad adalah satu institusi penyelidikan sebenarnya. Ia ditubuhkan pada mulanya di bawah Kementerian Kewangan seperti mana yang telah disentuh tadi. Ia sebenarnya telah menjadi satu institusi yang begitu terkenal bukan sahaja di rantau ini tetapi bahkan di peringkat dunia. Misalnya Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dari segi pengeluaran IP dan paten, MIMOS bersama- sama dengan universiti-universiti tempatan setiap tahun ia mengeluarkan kira-kira 120 pada tahun lalu IP nya untuk didaftarkan. Sememangnya ia bukanlah satu institusi berbentuk komersial. Dari dahulu mana- mana aktiviti yang berbunyi komersial seperti Jaring, ia telah dikeluarkan daripada situ dan diletakkan sebagai entiti yang ditadbir sebagai satu syarikat yang berasas kepada untuk mencari keuntungan.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Yang Berhormat Menteri...

Begitu juga MINIX Berhad telah dikeluarkan juga daripada MIMOS maka akhirnya MIMOS menjadi satu badan khusus untuk menjalankan R&D dan sememangnya membantu dalam pengkomersialan hasil-hasil R&D yang dikeluarkan. Ya, Yang Berhormat Jelutong.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma ingin kaitkan dengan apa yang diperuntukkan menerusi Butiran 01100 iaitu sebanyak RM17 juta akan diperuntukkan untuk membolehkan MIMOS meneruskan dengan supply chain management solution nya. Apakah supply chain management solution yang dikatakan di sini memandangkan supply chain management solution bukanlah sesuatu yang baru malah perkara ini sudah berlaku sejak 20 tahun yang lepas dan ia menjadi lebih web based setelah kita menjangkau tahun 1990-an. Terdapat juga di dalam market place pelbagai solution supply chain management yang menjadi begitu generik sekali. Jadi, soalan saya ialah apakah yang harus dijadikan yang lain daripada yang lain supaya RM17 juta ini akan diperuntukkan dan mesti diperuntukkan untuk MIMOS. Satu lagi ialah mengenai wafer fab. Bukankah wafer fab yang diselenggarakan oleh MIMOS sepanjang sepuluh tahun yang lepas itu tidak mencapai piawaian dunia malah kita telah memasuki nanoteknologi sehingga 60 nanometer. Apakah yang dari aspek differentiation nya berbanding dengan apa-apa yang mudah diperoleh di seluruh dunia mengenai supply chain management solution dan juga wafer fab yang dicadangkan oleh MIMOS. Terima kasih. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Khususnya bagi di bawah Butiran yang disentuh tadi, MIMOS supply chain management solution adalah sebuah Sistem Penyelesaian Pengurusan Rantaian Bekalan atau supply chain management untuk sektor pertanian dan industri agro.

Pembangunannya dijangka dapat manfaatkan petani serta penternak tempatan, meningkatkan produktiviti pengeluaran serta pendapatan mereka hasil daripada urusan jual beli produk pertanian dan penternakan mereka secara online. Sebenarnya ini pun sudah di peringkat pilot seperti mana digunakan oleh pasar tani di dalam sistem jual beli di situ. Pembangunan MIMOS Supply Chain Management Solution ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada petani dan penternak tempatan seperti yang saya sebutkan tadi malah akan dijangka dapat membantu sektor pertanian dan industri agro tempatan seperti berikut; menstabilkan harga dan inventori komoditi; dan membina kerjasama rapat di kalangan peserta di dalam rangkaian bekalan sektor pertanian bagi membolehkan mereka bersama-sama mengurangkan kos dan mengelakkan pembaziran. Sebenarnya senarai semua kebaikan ini adalah begitu panjang. Saya bercadang untuk membekalkan secara terperinci kepada Ahli Yang Berhormat boleh juga berbincang terus dengan input-input yang ingin diberi saya bersedia juga membekal menerimanya. Saya rasa MIMOS wafer fab, analog dan power MOS. Projek ini bertujuan meningkatkan keupayaan industri serta modal insan tempatan serta modal insan tempatan di dalam industri semikonduktor, khususnya dalam bidang ICT science and wafer fabrication. Melalui projek ini MIMOS akan membuka kemudahan fasiliti fab nya bagi kegunaan oleh industri semikonduktor tempatan dan oleh universiti-universiti tempatan. Contrary dengan izin, kepada apa yang disentuh tadi sebenarnya kemajuan- kemajuan dalam projek ini adalah the state of the art dan kerjasama dengan pihak universiti sepertinya UniMAP, UKM dan juga institusi-institusi lain adalah begitu tinggi dan ini adalah projek bersama dengan institusi pengajian yang tinggi. Jadi, the state of the art memang barangkali memperbaiki berasaskan kepada kajian sebelum ini dan seterusnya ini adalah berasaskan kepada the state of the art industri pada masa kini.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih, Tuan Pengerusi dan terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk kepada kenyataan terakhir Yang Berhormat Menteri sebelum menjawab soalan daripada Yang Berhormat Jelutong tadi iaitu kenapa MIMOS Berhad terus dapat peruntukan. Diberitahu tadi bahawa elemen-elemen perniagaan yang untung di bawah MIMOS telah dikeluarkan, contohnya Jaring dan MINIX Berhad.

MINIX Berhad, Jaring.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Jadi, kalau benar begitu, saya masih melihat MINIX Berhad ada di dalam penerima peruntukan tambahan ini. Apakah MINIX Berhad masih berada di dalam keadaan rugi ataupun berlaku kesilapan dalam mengeluarkan MINIX Berhad ini daripada MIMOS ataupun daripada unsur-unsur kerajaan dan pergi kepada business? Jadi, saya hendakkan penjelasan sama ada MINIX Berhad ini masih belum beroleh keuntungan dalam perniagaan. Terima kasih.

Yang Berhormat, saya rasa anggapan itu sebenarnya tidak betul. Walaupun MINIX Berhad dalam tempoh masuk tahun ketiga mereka juga telah mencatatkan sedikit keuntungan. Ini adalah khusus sebagai satu geran untuk membantu usahawan-usahawan kecil kita yang tidak mampu untuk membentuk website nya dan tujuan kita adalah membekal kewangan seperti mana yang disentuh sekadar sebenarnya RM852,300 untuk tujuan membantu kira-kira 600 usahawan kita yang tidak berkemampuan untuk membentuk website sendiri serta peralatan-peralatan internet yang lain. Ini sebagai satu pilot percubaan dan dengan kerjasama SMIDEC dan juga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi negara kita. Jadi, tujuan yang murni ialah untuk meluaskan jaringan dan untuk meningkatkan penggunaan teknologi yang lebih canggih di kalangan usahawan-usahawan yang kecil. Saya ingin teruskan Tuan Pengerusi. Seterusnya kepada perkara yang terakhir seperti mana yang telah pun disentuh oleh Yang Berhormat Kota Raja sahabat saya yang selalu berminat dalam perihal ini. Sebahagiannya saya telah pun jawab tadi di bawah dasar keseluruhan bioteknologi negara. Mengenai dengan peruntukan khusus yang disentuh tadi iaitu berkaitan dengan dua perkara. Satu adalah berkaitan dengan penggunaan techno fund and InnoFund dan juga berkaitan dengan Biotech Corp. - mengenai dengan peruntukan yang digunakan untuk tujuan tersebut.

Saya ingin tegaskan daripada awal bahawa seperti mana saya jawab dari segi jawapan Yang Berhormat Mambong bahawa sektor bioteknologi ini begitu penting bagi negara kita. MOSTI diberi charge ataupun tanggungjawab untuk menukar asas-asas ekonomi kita kepada k-ekonomi dengan penggunaan teknologi. Antara sektor yang kita beri perhatian, antara lima cluster yang ada dalam MOSTI selain daripada ICT, Bioteknologi, cyber space, industrial technology dan science core iaitu berkaitan dengan meteorologi, tanggungjawab-tanggungjawab seperti angkasa, climate change dan seterusnya. Bioteknologi kami lihat adalah satu sektor masa depan yang mesti menghadapi banyak cabaran. Dari segi dana-dana yang dikeluarkan seperti mana yang diperuntukkan yang dipohon pada kali ini yang sejumlah RM40,107,200 ini adalah tambahan kepada peruntukan yang telah pun diberi kepada kedua-dua dana ini. Untuk makluman, dari segi dana-dana yang sedia ada ini sememangnya ia telah dikurangkan daripada Rancangan Malaysia Kesembilan, estimate pada awalnya dan itulah kita telah memohon untuk tambahan kepada dana yang sedia ada. Di sini termasuk yang sememangnyalah perihal R&D ataupun penyelidikan yang berkaitan dengan herba. Dalam pandangan kita ini satu sektor yang sebenarnya mempunyai potensi yang begitu besar sekali. Namun seperti mana yang disentuh oleh Yang Berhormat Kota Raja, perlu ada penyelarasan keseluruhan bagi sektor ini sebab di MOSTI tanggungjawab kita pertamanya memanglah untuk menjalankan dan melaksanakan dasar dan strategi yang telah pertanggungjawaban oleh kerajaan dari sektor bioteknologi. Kedua, mengurus dan mentadbir dana-dana yang sedia untuk menggalakkan industri kita tumbuh dan ketiga, di bawah Biotech Corp. yang saya katakan tadi adalah untuk menjemput, menyelia, membantu pelabur-pelabur dalam negeri dan daripada peringkat antarabangsa. Dari segi pengeluaran hasil-hasil seperti yang saya sentuh tadi, seperti tongkat ali, kacip fatimah, di bawah agensi MOSTI Technology Park, khususnya ia secara langsung terlibat untuk membekal facilities incubation di kawasan Technology Park Malaysia untuk usahawan-usahawan kecil termasuk mereka yang mulanya ditubuhkan berasaskan indigenous knowledge dengan izin, seperti herba-herba yang ada dan di situlah mereka diberi bantuan. Akan tetapi saya sendiri sedar perlu ada penyeliaan dan penyelarasan di antara kementerian-kementerian yang terlibat di dalam pembangunan sektor herba ini seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian dan kami yang terlibat untuk memberi dan mengurus dana. Saya rasa itu sahaja yang perlu saya sentuh di dalam penggulungan berasas kepada yang telah disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi. Sekali lagi bagi pihak kementerian, saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, sumbangan idea dan teguran dan jika ada apa-apa lagi Yang Berhormat perlu pintu di MOSTI sentiasa terbuka untuk Ahli-ahli Yang Berhormat memberi input dan juga untuk berkerjasama. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM192,454,500 untuk Maksud P.30 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM192,454,500 untuk Maksud P.30 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009.

Seterusnya Kementerian Pelancongan. Maksud P.31 di bawah Kementerian Pelancongan terbuka untuk di bahas. Sila Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin memulakan perbahasan di peringkat Jawatankuasa ini mengenai peruntukan pada Kementerian Pelancongan Butiran 01100 - Program Penyediaan dan Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Saya memuji langkah yang dibuat oleh kementerian untuk menguar-uarkan cuti- cuti dalam negara dan juga kempen yang terbaru tentang zoo ini. Betul Menteri ya? Zoo, tentang zoo. Kerana salah satu tempat yang menjadi kunjungan ramai rakyat ketika hujung minggu saya dapati antaranya Zoo Negara, sampaikan kereta yang diletakkan tidak mencukupi ruang parking yang sedia ada dan diletak di pinggir-pinggir jalan sepanjang jalan di Hulu Klang dan saya kerap melihat pihak penguasa polis melakukan tindakan penguatkuasaan menyaman kereta-kereta tersebut. Jadi saya khuatir keseronokan mengunjungi zoo ini dipadamkan oleh kertas saman yang terletak di kereta selepas keluar dari zoo. Nampak macam kecil persoalan ini kerana tiket masuk pun saya kira lebih kurang dalam belas-belas ringgit, tetapi saman sampai RM300. Jadi macam tidak pulang modal pula, jadi hilang mood itu. Point sebenar saya ialah untuk bertanyakan kepada Menteri sama ada dalam program pembangunan kemudahan pelancongan di pelbagai negeri ini adakah dimasukkan pembangunan semula sebuah zoo yang satu-satunya zoo yang ada di negeri Kelantan iaitu di Kuala Krai. Di Kuala Krai ada zoo di tempat saya, ada zoo yang mempunyai kawasannya yang telah dibangunkan tetapi agaknya oleh kerana kos pengurusan zoo ini agak tinggi dan kurang juga mungkin sumbangan dari pihak-pihak syarikat untuk membantu, maka zoo ini bukan lagi zoo tetapi hanya sebagai taman burung sahaja. Jadi saya hendak mencadangkan supaya Zoo Kuala Krai ini diterima semula sebagai zoo yang sebenarnya dengan mengisikan zoo ini dengan segala binatang yang sesuai seperti orang utan, harimau dan sebagainya walaupun terpaksa dibawa dari luar negara dan kalau hendak menjadikan zoo ini sebagai satu zoo yang khusus mungkin kita jadikan Zoo Kuala Krai ini zoo haiwan-haiwan Malaysia sahaja - terhad kepada haiwan-haiwan Malaysia. Mungkin tidak menarik bagi sesetengah orang tetapi ada di antara warga kita sendiri di Malaysia sendiri pun kadang-kadang tidak mengenali haiwan-haiwan yang terdapat pelbagai jenis di dalam negara kita sendiri. Jadi harapan saya dan mewakili rakyat Kuala Krai, mereka meminta supaya dimasukkan pembangunan semula zoo ini sebagai satu tempat pelancongan yang hebat selepas daripada ini. Juga untuk makluman Menteri dan Ahli-ahli Yang Berhormat, di Kelantan juga ada sebuah, atau di Kuala Krai juga ada sebuah jambatan Bailey yang mempunyai sejarah tersendiri yang merupakan jambatan penghubung antara Kuala Krai dan Kota Bharu pada satu ketika dahulu tentulah pada masa ini digantikan dengan jalan raya. Akan tetapi saya hendak mencadangkan, jambatan ini ada keunikannya dari segi rupa bentuk dan juga bahan binanya sendiri. Saya mencadangkan supaya kementerian melihat bagaimana hendak menaik taraf semula bukan untuk digunakan sebagai laluan tetapi sebagai tempat yang boleh dikunjungi oleh para-para pelancong yang melalui jalan antara Kuala Krai dan Kota Bharu, dan dapat berhenti sebentar, ada R&R nya di situ mungkin untuk menikmati satu daripada mercu tanda Kuala Krai yang saya rasa dapat membuka kembali lembaran sejarah bagi rakyat kita. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Maksud P.31 Kementerian Pelancongan saya ingin menyentuh Butiran 02800 - Program Peningkatan Kemudahan Homestay.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada kementerian kerana menambah peruntukan sebanyak RM5.134 juta untuk membiayai Program Peningkatan Kemudahan Inap Desa. Tuan Pengerusi, di kawasan Parlimen saya kita mempunyai satu kampung di mana mempunyai Program Homestay iaitu Kampung Mongkos. Di dalam Program Homestay ini terdapat kalau tidak silap saya lebih kurang 20 buah unit bilik dan Program Homestay ini dikelolakan oleh bukan seorang tetapi oleh Koperasi Mongkos Bhd. Jadi dalam perkara ini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji Koperasi Mongkos Bhd kerana sebagai sebuah koperasi yang terletak jauh di pedalaman dan untuk pengetahuan Tuan Pengerusi sebenarnya Kampung Mongkos ini kalau kita berjalan kaki pergi ke sempadan dengan Indonesia ia hanya mengambil masa kurang dari setengah jam iaitu menggunakan jalan kaki. Jadi apa yang saya bangkitkan iaitu kekurangan kemudahan asas khususnya tandas untuk Program Homestay ini. Oleh itu saya minta Tuan Pengerusi melalui peruntukan tambahan ini RM5.134 juta ini saya minta agar sebahagian daripada peruntukan ini diberi kepada Program Homestay yang dikelolakan oleh Koperasi Mongkos Bhd ini iaitu khususnya untuk membina tandas-tandas. Sekian, terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin sentuh tentang Butiran 02800 - Program Peningkatan Kemudahan Homestay. Saya juga ingin ucapkan tahniah kepada Kementerian Pelancongan kerana memanglah Program Homestay ini adalah satu program yang begitu baik. Ini adalah satu cara untuk kita supaya dapat menikmati dan mengetahui tentang cara hidup dan budaya kaum-kaum yang lain. Akan tetapi saya rasa Program Homestay ini malangnya promosinya tidak begitu hebat. Jaranglah kita melihat apa-apa iklan atau apa-apa bahan-bahan promosi tentang Program Homestay ini dan pada tahun yang lalu saya telah pergi ke Sabah, satu Rumah Panjang Rungus di Kudat. Saya juga tinggal di sana satu malam. Akan tetapi malangnya hanya dua orang yang tinggal di Rumah Panjang Rungus itu walaupun Rumah Panjang Rungus itu ada sepuluh bilik. Jadi saya rasalah walaupun rumah panjang itu atau Program Homestay ini adalah satu program yang begitu baik, tetapi nampaknya program ini tidak begitu popular di antara rakyat-rakyat Malaysia ataupun luar negeri. Jadi saya haraplah bahawa Kementerian Pelancongan boleh memikirkan apa-apa cara yang kita boleh promosikan Program Homestay ini supaya memanglah kita boleh bersama-sama menikmati cara hidup dan budaya oleh kaum-kaum lain. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin mengambil bahagian membincangkan berkenaan dengan Kementerian Pelancongan ini berkenaan dengan P.31 Butiran 01100 berkenaan dengan Program Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian bahawa di Hulu Terengganu ada sebuah tasik yang terbesar di Malaysia, tasik buatan manusia iaitu Tasik Kenyir. Di sini merupakan sebuah tasik cantik tetapi sekarang sudah mulai sepi kerana kekurangan pelancong-pelancong terutamanya selepas kematian arwah Tan Sri Yahya dahulu. Dalam soal ini saya minta supaya Kementerian Pelancongan menyediakan kemudahan untuk pendaratan bot. Ini kerana saya dapati bahawa tempat pembaikan dan jeti pendaratan ini oleh kerana ketiadaan kemudahan tersebut menyebabkan banyak bangkai bot yang telah musnah tetapi tidak dapat dibaiki kerana tidak ada limbungan yang sepatutnya merupakan tempat yang membolehkan dibaiki mana-mana kemudahan pengangkutan yang sedia ada. Oleh yang demikian, oleh kerana bot-bot yang ada merupakan bot yang usang menyebabkan ia tidak menarik perhatian pelancong-pelancong untuk datang ke Tasik Kenyir tersebut.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Tuan Pengerusi, sebenarnya keindahan Tasik Kenyir kalau dijaga dan diberi perhatian, ia boleh menarik perhatian kepada orang-orang bukan sahaja di peringkat dalam negeri malah keluar negara. Ini kerana dengan tasik yang cantik dan menarik itu kita boleh mengadakan pusat-pusat perlumbaan seperti bot laju dan sebagainya sekiranya kemudahan tersebut disediakan. Selain daripada itu, saya dapati bahawa kita boleh jalinkan destinasi pelancongan ini dengan kemudahan ataupun sejarah yang ada di mana kawasan sekitarnya merupakan tempat terjumpanya Batu Bersurat di Terengganu di samping tempat-tempat lain yang menarik. Saya berharap bahawa Kementerian Pelancongan memberi perhatian tentang destinasi ini supaya Hulu Terengganu menjadi tempat tarikan pelancong. Saya minta juga supaya dirundingkan dengan kementerian lain supaya Tasik Kenyir ini dijadikan tempat perniagaan dan perdagangan dengan memberi kawasan kemudahan bebas cukai. Jadi dengan itu, kita harap bahawa pelancongan merupakan salah satu daripada daya tarikan di Terengganu. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang duduk dekat-dekat ini berpakat siapa yang dahulu bercakap. Sila.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ringkas sahaja untuk menyebutkan betapa dalam peruntukan Kementerian Pelancongan. Ini adalah cukup penting dalam usaha untuk merangsang perbelanjaan dan kalau saya perhatikan hanya diberikan peruntukan sebayak RM100 juta sahaja tambahan Tuan Pengerusi. Saya kira adalah tanggungjawab Menteri kerana inilah antara kementeriannya yang akan dapat merangsang perbelanjaan. Persoalannya sekarang ini bagaimana kita hendak menggalakkan rakyat berbelanja dan go for holiday dengan izin Tuan Pengerusi. Kalaulah hanya diperuntukkan di situ contohnya dalam isu Homestay Eco Tourism disebut-sebut di sini. Akhirnya rakyat mesti digalakkan berbelanja. Saya tidak nampak peruntukan-peruntukan contohnya memberi kupon kepada rakyat khususnya dalam Cuti- cuti Malaysia ini khususnya di tempatan. Saya minta Menteri supaya lebih cermat dalam memohon peruntukan. Saya mengharapkan tidak kurang daripada RM1 bilion atau RM500 juta diperuntukkan di sini, barulah kita boleh merangsang berbelanja. Ini kerana kegiatan kementerian ini mempunyai multiply effect atau kesan berganda dalam ekonomi. Pengangkutannya, food outlet atau restoran-restorannya dan segala yang lain akan dapat merangsang aggregate demand itu. Akan tetapi apabila saya tengok jelasnya segala apa yang kita susun itu tidak ada konsistensi dari sudut objektif yang hendak kita capai. Jadi saya agak kecewa kalau hanya diperuntukkan untuk perkara-perkara di sini adalah seperti yang disebutkan di sana. Pembangunan dalam Butiran sama ada 01900 ataupun 02800 ini. Ini kerana akhirnya rakyat mesti digalak berbelanja. Jadi saya minta penjelasan daripada Menteri kenapa tidak diminta peruntukan yang lebih untuk merangsang aggregate demand. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri kerana berada dalam Dewan ini mendengar hujah-hujah Ahli-ahli Yang Berhormat. Ingin saya menyentuh maksud P.31, empat butiran keseluruhannya. Pertama saya ingin minta penjelasan dari pihak kementerian jenis-jenis produk pelancongan yang boleh di market atau diberi pasaran. Mengenal pasti sasaran pelancong- pelancong yang akan mungkin berminat dalam sesuatu bidang terutama yang boleh kita wujudkan, yang boleh kita create di kawasan-kawasan yang mana sesuai akan diadakan seperti kawasan-kawasan Parlimen termasuklah Putatan, mungkin satu produk. Mungkin boleh mewujudkan satu pekerjaan kepada situasi sekarang ini kita akan dan mungkin menghadapi masalah orang-orang yang dibuang kerja.

Jadi adakah kementerian mengenal pasti bagaimana untuk mewujudkan produk pelancongan? Mengenal pasti sasaran siapa yang akan ataupun yang berminat dalam sesuatu bidang produk pelancongan? Pertamanya, Agriculture Tourism (Pertanian Pelancongan) yang mana apabila semasa kita melawat Thailand pendapatan operator, pengusaha tapak-tapak atau pelancongan ini agak menggalakkan. Mula untuk memetik buah-buah jambu misalnya atau menanam padi dengan cara tradisional, itu satu daripada produk. Kita mesti mengenal pasti siapa yang berminat untuk mengunjungi tempat-tempat yang sedemikian. Satu lagi, bukan satu banyak lagi ini. Business Tourism, yang mungkin kita adakan di kawasan-kawasan yang mana terdapatnya kilang-kilang. Jadi, kementerian harus turun padang dan mengenal pasti mana- mana produk yang marketable kepada target sasaran terutama sekali pelancong-pelancong daripada Taiwan, Jepun, Korea dan China. Kita tidak mahulah pergi Eropah, pelancongan di peringkat Asia pun cukup memadai untuk membawa mereka datang ke negara kita. Misalnya perikanan, mungkin ada satu tempat yang mungkin Aqua Tourism yang mana ramai orang daripada bandar ini akan melihat jenis-jenis ikan kecik-kecil ini yang akan menggigit kaki-kaki apabila kita masuk ke lopak-lopak atau sungai-sungai. Jadi ini satu daripadanya termasuklah homestay ini. Dari homestay ini saya rasa Yang Berhormat Menteri harus turun padang juga dengan pegawai-pegawai mengenal pasti supaya boleh mewujudkan satu produk yang menarik di kawasan masing-masing. Kalau kawasan itu terdapatnya water cascading dan sebagainya. Bagaimana kita mahu improvised rapid supaya kita mewujudkan satu Sport Tourism di kawasan masing-masing terutama sekali di kawasan Pensiangan. Mungkin kita wujudkan Sport Tourism atau Adventure Tourism dan di Mount Kinabalu dan sebagainya di Gunung Tahan. Di Hulu Terengganu di tasik itu boleh kita organize atau mewujudkan minat kepada pelancong-pelancong yang tergolong budget travelers. Bagaimana kita menarik perhatian kepada budget travelers ini? Yang keduanya, di kawasan Putatan ada satu zoo yang belum dipromosikan. Saya tidak tahu kalau Yang Berhormat Menteri sedar bahawa adanya zoo di kawasan Parlimen Putatan yang dinamakan...

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

[Menyampuk]

Ya, macam Kuala Krai juga yang belum dipromosikan. Ini baru dirasmikan pada dua tahun yang lepas. Jadi saya harap pihak kementerian dapat menyenaraikan Zoo Lokawi ini sebagai satu produk pelancongan negara. Saya tidak lihat pamflet-pamflet yang terdapatnya Zoo Lokawi ini wujud. Maka di situ ada beberapa jenis binatang yang mungkin zoo di Kuala Lumpur pun tidak ada. Jadi saya tidak pasti, tetapi ada jenis-jenis yang boleh menarik pelancong ke kawasan Putatan. Akhir sekali yang saya sentuh tadi perwujudan pekerjaan kepada orang-orang di luar bandar ini. Boleh atau tidak Yang Berhormat mengenal pasti produk-produk secara kecil-kecilan melalui homestay ini. Kalau kita hanya mempromosikan homestay ini kalau tiada produk orang tidak akan datang. Para pengunjung tidak akan datang. Jadi kita mesti ada produk yang dapat diminati oleh pengunjung-pengunjung. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi sedikit penjelasan kerana peruntukan yang diberi kepada pihak kementerian ini dalam perbekalan tambahan ini begitu banyak sekali. Jadi saya harap jangan lupa negeri Sabah dan Sarawak ini kalau boleh bagilah perhatian sedikit supaya menyenangkan hati-hati rakyat di negeri Sabah dan Sarawak. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk kepada Butiran 01100 di mana diperuntukkan tambahan sebanyak RM69,425,600 untuk membiayai projek-projek pembangunan dan peningkatan kemudahan pelancongan di pelbagai negeri.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Negeri Kedah adalah satu negeri yang mempunyai banyak tempat yang cukup menarik khususnya kebelakangan ini kita ada, pada lebih kurang dua minggu lalu dirasmikan Tree Top Walk di Kuala Sedim. Di perkarangan di antara sempadan Parlimen Kulim dan Padang Serai juga dalam kawasan daerah Kulim dan Tree Top Walk ini adalah yang terpanjang di dunia, 925 meter dan apabila kita berjalan dalam Tree Top Walk ini kita melihat bahawa terdapat di bawah itu rapids, dengan izin yang cukup menarik dan sebagainya. Perasmian dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Kedah, tetapi yang amat menyedihkan ialah wakil daripada Kementerian Pelancongan yang datang saya ingat cuma Timbalan Setiausaha atau sebagainya. Ini adalah satu tempat pelancongan di mana kita memperuntukkan seperti kata Yang Berhormat Kuala Selangor tadi RM100 juta tidak mencukupi. Harus ada paling kurang permintaan ataupun kerja rumah yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri diperuntukkan paling kurang RM500 juta ataupun RM1 bilion, tetapi Yang Berhormat Menteri sendiri tidak minat untuk hadir perasmian Tree Top Walk yang terpanjang di dunia, di mana kerajaan telah membelanjakan banyak duit untuk membangunkan itu. Kalau Yang Berhormat Menteri tidak senang pun Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh datang, tetapi mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri pun sibuk. Mungkin selalu ke Kanada ataupun ke mana-mana. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak boleh datang Ketua Setiausaha boleh datang, tetapi ini saya cukup sedih sebab Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan sendiri macam tidak dihormati oleh Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga kementerian. Jadi kita harap ini tidak berlaku lain kali dan duit rakyat yang dibelanjakan untuk membangunkan ini kita harap Yang Berhormat Menteri akan memberi perhatian dan membuat lebih tugasan seperti peruntukan yang diminta itu kemudahan pelancongan di pelbagai negeri. Jadi seperkara lagi, setiap kali saya lalu di Lebuh Raya Utara-Selatan sebelum persimpangan keluar di Simpang Pulai saya melihat satu poster besar, gambar Yang Berhormat Menteri very sweet face dalam poster itu. Iklan besar. Gambar Perdana Menteri ada, tetapi apa berlaku dalam dua bulan kebelakangan ini saya lihat itu sudah runtuh dan nampak gaya muka semua nampak bengkok. Yang runtuh sudah kena tanah itu minta kementerian ambil perhatian letak balik sebab muka yang cantik molek itu. Kalau perlu tambah gambar Yang Berhormat Timbalan Menteri di sana juga sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri langsung tidak saya ketahui. Sama juga seperti Yang Berhormat Menteri pun ini baru beberapa kali saya tengok di dalam Dewan ini dan saya juga minta kementerian supaya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan lebih baik. Baru-baru ini saya pergi ke India. Saya di India, orang tanya saya...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kalau tidak tahu India boleh rujuk kepada saya, saya boleh tolong ajarkan. Orang tidak tahu kita boleh tolong ajar. Tidak ada hal. Jadi di India orang tanya saya, “YB datang dari Parlimen itu di Malaysia dari kawasan mana?” Saya beritahu mereka saya dari Kedah. Mereka kata, “Kedah kita tidak pernah dengar.” Jadi saya pun kembali kepada sejarah. Saya beritahu kalau orang India sinonim dengan Kadaram, sebab sebelum kerajaan Melaka, kerajaan Kadaram yang memerintah. Jadi mereka kenal kerajaan Kadaram dan dari kerajaan Kadaram inilah hari ini kita ada Bujang Valley. Bujang Valley semua orang kenal di seluruh dunia, mereka datang. Akan tetapi tidak cukup promosi oleh kementerian. Saya harap Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri mereka boleh belajar tentang Kadaram ini. Belajar supaya mereka mungkin dalam bajet akan datang boleh mohon untuk peruntukan lebih supaya tempat-tempat seperti Danum Valley, Kadaram, Bujang Valley ini dapat dipromosikan. Banyak lagi tempat di Sabah dan Sarawak yang boleh dipromosikan. Jadi saya harap kementerian dapat mengambil lebih perhatian supaya negeri Kedah diberi perhatian yang lebih baik. Kita tahu Kedah bukan Kerajaan Barisan Nasional lagi. Saya pernah dengar ramai yang menuduh Menteri ini Negeri-negeri Pakatan Rakyat, Menteri ini tidak selesa.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kalau Menteri tidak selesa, kalau betullah Yang Berhormat Menteri tidak selesa tidak mengapalah. Kerja yang diamanahkan buat dengan betul dan saya harap daripada dengan mempromosikan The Longest Tree Top Walk In The World 925 meter itu saya harap lebih perhatian diberi dan juga white water rafting. White water rafting di bawah jambatan Tree Top Walk terpanjang di dunia itu, rakyat tempatan iaitu tourist, dengan izin pelancong-pelancong tempatan merasakan terlalu mahal untuk white water rafting itu. Saya harap kerajaan boleh ambil langkah-langkah, kalau kerajaan boleh bantu mereka yang mengendali bot-bot white water rafting itu dengan memberikan mereka kemudahan kewangan ataupun subsidi, maka saya percaya mereka akan mengurangkan harga yang dikenakan untuk bayaran white water rafting ini di antara yang terbaik di negara ini. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri dapat datang satu dua kali ke Kedah lagi, promosi bukan sahaja Langkawi, tetapi tempat-tempat sebegini. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik dengan Butiran 1100 - Penyediaan Peningkatan Kemudahan Pelancongan yang mana peruntukan tambahan yang dipohon sebanyak RM69 juta. Saya juga ingin turut serta dalam produk pelancongan ini Tuan Pengerusi kerana seperti mana yang kita lihat, peruntukan yang dipohon adalah RM69 juta tetapi yang saya fokus di sini ialah pusat-pusat pelancongan di pulau-pulau. Di Malaysia ini cuma sebahagian saja pulau yang dibangunkan untuk pelancongan. Jadi saya mengharapkan salah sebuah pulau di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Pulau Keramat yang pada saat ini berpotensi untuk dijadikan satu pusat pelancongan yang baik kerana pada masa sekarang, pulau tersebut telah pun dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari negara Brunei Darussalam. Akan tetapi malangnya apabila mereka masuk ke pulau tersebut adalah secara illegal tanpa pemeriksaan Kastam dan pemeriksaan Imigresen. Jadi, kenapa kita tidak legalise kemasukan mereka ke situ dengan menempatkan agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ini terutamanya Kastam dan Imigresen kerana Labuan adalah salah sebuah pulau bebas cukai. Kalaulah pulau tersebut kita bangunkan dengan baik dan Kementerian Pelancongan mempunyai minat untuk membangunkan pulau tersebut dengan memberikan peruntukan untuk membangunkan chalet ataupun infrastruktur yang lain dan jadikanlah sebuah pulau itu sebagai pulau tambahan untuk pulau bebas cukai yang kecil di samping Pulau Labuan supaya mereka-mereka yang datang dari luar negeri terutamanya dari Brunei Darussalam cuma datang ke situ tanpa memasuki Pulau Besar Labuan. Ini kerana kawasan tersebut adalah sesuai untuk aktiviti-aktiviti riadah seperti scuba diving ataupun perahu layar dan sebagainya kerana seperti mana yang kita maklum, di kawasan perairan Labuan sendiri mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk scuba diving. Kalau tidak silap saya, ada tiga atau empat kawasan shipwreck atau kapal yang tenggelam di kawasan Pulau Labuan yang begitu indah untuk diselami kepada mereka yang berminat dalam scuba diving. Jadi saya mengharapkan dengan peruntukan RM69 juta tambahan tersebut, ini tambahan kerana peruntukan asal adalah RM1.368 bilion. Jadi dengan peruntukan tambahan tersebut, dapatlah kiranya dimajukan pulau tersebut ataupun pulau yang dikatakan Pulau Keraman yang mana pulau itu juga mempunyai satu sejarah iaitu satu lighthouse sejak zaman British lagi yang terdapat di pulau tersebut. Jadi ini adalah satu produk pelancongan saya rasa untuk Labuan kerana kalau kita lihat di Langkawi, bermacam-macam peruntukan ataupun inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan atau kementerian untuk memajukan pulau tersebut sebagai pusat pelancongan. Namun, saya rasa Labuan juga tidak kurang dengan keindahan pulaunya yang mana saya rasa boleh dipromote ataupun diberikan peruntukan demi untuk kemajuan pelancongan. Selain daripada pulau bebas cukai dan juga dan pusat kewangan pesisir, saya rasa Pulau Labuan juga sesuai untuk dijadikan salah sebuah pusat pelancongan di kawasan Laut China Selatan yang kita harapkan. Jadi moga-moga dengan peruntukan tambahan tersebut, kementerian dapat memberikan perhatian kepada Pulau Labuan supaya sebahagian daripada pulau di sekeliling Pulau Labuan itu dapat dijadikan pusat pelancongan pulau yang terkenal di rantau ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak menyentuh tentang Perkara 2800 dan 2900. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kedua-dua angka 5013 tambahan, 5013400 kedua-duanya sama. Saya juga merasa hairan. Banyak butiran dengan angka yang sama. Kalau kita tengok muka surat 30 dan 31, semuanya mencatat angka-angka belanjawan tambahan 5013400. Perkara yang sama. Saya tidak pasti ini kebetulan ataupun memang menjadi satu figure yang boleh diguna pakai secara serta-merta macam itu untuk mendapatkan balancing figure ataupun untuk melengkapkan jumlah yang dipohon barangkali. Saya tidak tahu. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh terangkan. Beberapa angka yang sama juga diminta dalam bajet tambahan ini seolah-olah seperti tidak ada satu persediaan atau pengiraan anggaran yang lebih baik semasa kita hendak mengemukakan belanjawan tambahan. Saya rasa dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa baik atau menggalakkan sekarang, keputusan untuk meletakkan satu jumlah sekadar untuk mengadakan belanjawan tambahan tidaklah begitu tepat dan tidak begitu menggalakkan dari segi persepsi masyarakat secara umumnya. Tuan Pengerusi, masa membahaskan belanjawan yang lalu, saya pernah bertanya berkenaan dengan penubuhan MISEP dan saya juga telah mendapat jawapan daripada pihak Menteri bahawa MISEP adalah satu rancangan baru atau satu polisi baru yang diwujudkan oleh kementerian untuk mewujudkan satu pusat maklumat kepada aktiviti-aktiviti pelancongan secara maya. Saya hendak bertanya, adakah sebenarnya jumlah RM10 juta yang dicatatkan ini pernah diwujudkan atau pernah disebut sebelum ini memandangkan ini sebenarnya adalah satu polisi baru. Saya tidak mempertikaikan jumlah 5013, RM5 juta lebih ini sebab pada pandangan saya ia adalah satu jumlah yang agak kecil untuk menjustifikasikan impak kepada penyaluran maklumat yang begitu besar. Sebagai contoh kita tengok semalam, berakhirnya Matta Fair seperti yang disebut oleh Pengurus Besar Kanan Jualan dan Pemasaran. Matta Fair telah berjaya merakamkan RM95 juta jualan untuk pakej-pakej pelancongan. Namun, sebahagian besar iaitu 71 peratus daripada tempahan-tempahan tersebut sebenarnya adalah untuk perjalanan ataupun cuti ke luar negara ataupun lebih tepat lagi ke sekitar kawasan-kawasan di negara ASEAN. Tidakkah ini bermakna kita menggalakkan rakyat tempatan kita melancong ke luar negara sekali gus berbelanja di negara luar, bukan berbelanja di dalam negara kita. Ini juga merupakan aspek pengaliran wang keluar kita dalam suasana kita tidak menampakkan satu galakan yang baik untuk berbelanja di dalam negara seperti yang disebut dan disasarkan oleh pihak kementerian termasuk Yang Berhormat Menteri sendiri. RM95 juta bukanlah angka yang besar tetapi dalam suasana sekarang, saya rasa implikasi kesan bergandanya kalau kita boleh alihkan tumpuan perbelanjaan ini di dalam negara, sudah tentu sedikit sebanyak akan memberi impak ataupun kesan penggandaan yang jauh lebih besar daripada jumlah tersebut. Terakhirnya Tuan Pengerusi, di bawah perkara Penggalakan Kemudahan Pelancongan. Saya hendak menarik perhatian atau bertanya cadangan kepada Yang Berhormat Menteri, satu ketika dahulu Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak mempunyai jalinan atau jaluran pantai yang begitu cantik dan diiktiraf di antara yang terbaik di dunia. Antara entiti yang ada dalam pelancongan pantai ini ialah tarikan apabila Malaysia dikatakan sebagai pusat pendaratan atau persinggahan penyu-penyu di antara yang terbaik juga di dunia. Semalam, televisyen memaparkan bahawa berlaku penyusutan yang sungguh dahsyat. Hampir 99.3 peratus susutnya pendaratan ataupun kunjungan penyu-penyu ini mendarat di pantai-pantai di Semenanjung termasuk juga Sabah dan Sarawak. Ini dilihat sebagai satu aspek penurunan yang ketara dari segi tarikan kepada pelancong dan ini juga disahkan bahawa pelancong-pelancong yang sepatutnya datang secara berjadual atau secara tetap - return guest dengan izin tidak lagi mengulangi jadual-jadual untuk berkunjung sebagai pelancong luar ke dalam Malaysia khususnya untuk tujuan mengkaji atau pun tujuan untuk melihat proses ini yang dianggap sebagai di antara yang terbaik tarikannya di dunia iaitu apabila jenis-jenis penyu datang ke pantai-pantai di negara kita.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Perkara ini sudah dianggap sebagai yang paling kritikal termasuk oleh wakil WWF semalam melihat keadaan ini sebagai agak kritikal dan merasa hairan kita tidak membuat sesuatu langkah untuk memulihkan keadaan ini. Ini juga berkaitan dengan satu paparan lain bahawa nelayan-nelayan termasuk nelayan asing cukup berleluasa menangkap atau sengaja memerangkap penyu-penyu ini. Kita lihat semalam, paparan dalam media, perkara ini dianggap sebagai tanggungjawab bertindih yang sukar untuk diselesaikan daripada Kementerian Perikanan, jabatan-jabatan seperti Maritim dan sebagainya dan juga termasuk saya rasa concern atau pun tanggungjawab untuk memastikan tarikan pelancong kepada items ini juga duduk di bawah program penyediaan atau peningkatan kemudahan pelancongan di bawah Kementerian Pelancongan. Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk memberi sedikit pandangan mengenai perkara ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya hendak sama-sama untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan kerana telah memperuntukkan di bawah Butiran 01100 sebanyak lebih kurang RM69.4 juta. Saya sangat berharap supaya pihak kementerian pada dua kawasan, dua lokasi di kawasan saya iaitu di kawasan Parlimen Setiu di Merang dan juga di Pulau Bidong. Pertamanya di Merang merupakan pusat pelancongan di mana semua pelancong- pelancong akan ke Merang untuk pergi ke Pulau Redang dan jaraknya ialah setengah jam dengan menaiki bot. Manakala satu lagi tempatnya di Kuala Terengganu. Kuala Terengganu dengan Redang memakan masa satu jam hingga satu jam setengah. Jadi, kawasan yang paling dekat sekali ialah di Merang. Pada tahun 2004 - 2008 telah diperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk dibuat jeti di kawasan Merang. Walau bagaimanapun, di akhir tahun 2007, peruntukan ini telah ditarik balik. Sebahagian besar di Merang telah pun terdapat infra-pelancongan dan telah menjadi pusat dan tumpuan kepada penduduk-penduduk sekitar di kawasan tersebut untuk mencari rezeki. Perkara yang paling penting di situ ialah dengan ketiadaan jeti. Jadi, saya sangat mengharapkan supaya peruntukan awal sebanyak RM5 juta dikembalikan semula di kawasan tersebut dengan membina jeti. Di Merang inilah selain daripada tempat tumpuan pangkalan pelancongan untuk ke Pulau Redang dan ke pulau-pulau sekitar Pulau Lang Tengah di Besut, di Merang juga merupakan tempat perlindungan nelayan-nelayan dari pelbagai tempat untuk berlindung di waktu ribut dan ombak besar. Satu lagi yang saya mohon daripada Yang Berhormat Menteri supaya memberi perhatian iaitu dengan peruntukan yang ada ini supaya diadakan satu lagi jeti di Pulau Bidong. Pulau Bidong merupakan pulau yang terkenal di seluruh dunia kerana pelarian dan merupakan peninggalan sejarah orang-orang Vietnam yang telah pun menempatkan di sana dan telah pun meninggalkan banyak kesan sejarah. Akan tetapi tidak ada jeti untuk mendarat di situ, yang adanya satu jeti kayu yang telah dibina waktu pemerintahan PAS tetapi telah pun roboh. Pulau ini juga menjadi satu tempat pelindungan kepada nelayan- nelayan di seluruh negara yang pergi ke laut di kawasan tersebut untuk perlindungan ribut dan bencana ombak besar. Jadi, dengan adanya perhatian daripada Kementerian Pelancongan terhadap jeti- jeti ini, saya mengharapkan satu manfaat yang besar kepada semua sekali sama ada pelancong atau juga nelayan. Jarak yang paling dekat dengan daratan ialah di Merang. Merang ke Pulau Bidong selama 10 minit dan Pulau Bidong ke Pulau Redang selama 20 minit berbanding dengan Kuala Terengganu dan Kuala Besut yang memakan masa satu jam atau pun lebih. Jadi, itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Datuk Seri Azalina binti Othman SaidUMNO · BNMenteri Pelancongan · Pengerang

Tuan Pengerusi, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada semua wakil rakyat yang menimbulkan soalan, yang saya jumlahkan sebanyak sepuluh orang.

Datuk Seri Azalina binti Othman SaidUMNO · BNMenteri Pelancongan · Pengerang

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat daripada Kuala Krai telah menimbulkan isu berkenaan dengan zoo di Kuala Krai dan juga telah menimbulkan berkenaan dengan isu kemudahan kenaikan taraf ataupun pembangunan secara menyeluruh. Sebenarnya, bagi Kementerian Pelancongan mengenai apa-apa yang berlaku dalam kawasan Zoo Kuala Krai itu sendiri adalah di luar bidang kuasa kementerian. Akan tetapi, bagi kerja menaik taraf kemudahan yang hendak dipohon oleh pihak Zoo Kuala Krai ataupun agensi, kementerian memang terbuka kepada mana-mana permohonan. Yang Berhormat daripada Kuala Krai juga telah menimbulkan soalan bertentangan dengan menaik taraf jambatan Bailey di Kuala Krai. Jawapannya bagi jambatan Bailey ini pihak agensi juga boleh mengemukakan permohonan kepada kerja-kerja menaik taraf jambatan berkenaan. Yang Berhormat daripada Serian menimbulkan isu berkenaan produk homestay. Kalau kita lihat secara menyeluruhnya, memang bagi Kementerian Pelancongan produk homestay ini dilihat sebagai satu pendekatan baru untuk memangkinkan ekonomi terutama sekali ekonomi di kawasan luar bandar. Kalau kita tumpu secara khusus kepada Homestay Kampung Mongkos di Serian telah pun berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Kementerian telah meluluskan sebanyak RM500,000 bagi menaikkan taraf kemudahan di homestay tersebut termasuklah menaik taraf dewan serba guna, empangan air sungai, tandas awam, merata padang bola, taman mini kanak-kanak, gelanggang sukan, alat sukan, lampu jalan dan juga landskap. Bagi Kementerian Pelancongan, kita memang menerima hakikat bahawa perlulah dalam mana-mana produk homestay itu diwujudkan juga aktiviti-aktiviti yang dapat menarik perhatian secara lebih agresif kepada mana-mana produk homestay. Di dalam isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Serian itu, bagi Kementerian Pelancongan perjalanan mana-mana produk homestay oleh satu koperasi homestay memang dilihat sebagai satu pendekatan yang terbaik. Ini kerana secara tidak langsung perbincangan-perbincangan dalam aspek permohonan ataupun pembangunan boleh dilakukan melalui koperasi. Yang Berhormat daripada Serdang pula telah menimbulkan soalan berkenaan dengan promosi homestay. Jawapan kepada soalan ini adalah bahawa banyak promosi dan juga publisiti telah dilakukan di luar negara terutama sekali di negara Jepun, Korea, United Kingdom dan Asia berkenaan dengan produk homestay. Promosi dilakukan melalui kempen-kempen yang kita telah mempromosikan aktiviti-aktiviti homestay sebagai salah satu pendekatan. Kalau kita tengok dalam negara kita, siaran iklan televisyen di TV3 ataupun TV1 boleh melihat salah satu daripada aktiviti yang ditumpu dalam proses pengiklanan ialah aktiviti homestay. Di dalam aktiviti homestay telah kita mencorakkan tiga bangsa iaitu Cina, India, dan Melayu secara umum untuk menunjukkan bahawa produk homestay ini boleh dilihat sebagai satu galakan kepada generasi muda. Melalui kempen domestik iaitu kempen dalaman negara, kita telah mewujudkan secara agresif untuk mempromosikan produk homestay dan dianggarkan kos pengiklanan adalah dibelanjakan lebih kurang RM5 juta bagi tujuan tahun 2009. Berkenaan dengan promosi homestay secara khusus, kementerian telah mewujudkan satu laman web pada akhir tahun lepas, September 2008 dan di dalam laman web homestay ini kita telah memberi fokus kepada setiap produk-produk homestay tertakluk kepada kawasan-kawasan mereka dan juga diwujudkan di sini gambar-gambar dalam produk-produk jenis-jenis rumah yang ditawarkan dan sebagainya. Jadi, bagi Kementerian Pelancongan kita menganggarkan dengan belanjawan yang dipohon, produk homestay ini dapat kita promosikan dan memberikan pemasaran secara lebih agresif.

Yang Berhormat Menteri.

Siapa?

Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Sik. Kalau boleh mencelah?

Boleh saya habis dahulu?

Tuan Pengerusi

Sila Menteri habiskan dulu.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan Yang Berhormat dari Serdang juga menimbulkan isu tentang promosi dan selain daripada laman web dan aktiviti pengiklanan, kita juga menganjurkan lawatan suai kenal kepada pelajar-pelajar luar negara terhadap produk-produk homestay yang terpilih dan juga menjalankan taklimat mengenai homestay kepada para-para diplomat asing dan kalau saya boleh memberikan penekanan bahawa laman web yang dikhususkan untuk produk homestay iaitu www.homestay.motto.gov.my. Ini menunjukkan komitmen Kementerian Pelancongan kepada produk homestay yang dilihat sebagai satu produk yang cukup boleh menjana ekonomi kawasan luar bandar khasnya. Yang Berhormat dari Hulu Terengganu menimbulkan isu berkenaan dengan Tasik Kenyir dan kalau kita lihat secara umum bagi Kementerian Pelancongan, kita memang menerima hakikat bahawa Tasik Kenyir ialah satu kawasan produk pelancongan yang begitu terkenal dan di dalam aktiviti-aktiviti yang hendak kita wujudkan, yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat itu, bagi Kementerian Pelancongan permohonan Yang Berhormat ini boleh dipohonkan melalui Majlis Tindakan Pelancongan Negeri yang mewakili Kementerian Pelancongan di peringkat bawah supaya permohonan-permohonan yang disebut oleh Yang Berhormat itu boleh diberikan response dengan izin, oleh Kementerian Pelancongan. Berkenaan dengan Yang Berhormat daripada Kuala Selangor pula. Yang Berhormat Kuala Selangor menimbulkan isu berkenaan dengan soalannya bahawa dia secara tidak langsung mengatakan bahawa seolah-olah Kementerian Pelancongan memohon peruntukan yang sedikit berbanding dengan peruntukan yang telah diberikan sebanyak lebih RM100 juta. Sebenarnya Yang Berhormat, permohonan Kementerian Pelancongan adalah sebanyak RM400 juta yang dipohon kepada Kementerian Kewangan yang termasuk bukan sahaja permohonan-permohonan yang ditimbulkan tetapi juga membuat permohonan yang paling banyak terhadap bajet untuk dengan izin, maintenance ataupun penyelenggaraan produk-produk pelancongan di peringkat kerajaan negeri. Kementerian Pelancongan telah memaklumkan bahawa ini adalah salah satu daripada permohonan yang begitu penting. Mengambil kira bahawa kebanyakan kerajaan negeri daripada segi memantau dan menaik taraf ataupun menyelenggarakan produk- produk pelancongan yang sedia ada mempunyai jumlah yang begitu kecil. Itu sebabnya yang diberi oleh Kementerian Kewangan iaitu lebih RM100 juta, bagi Kementerian Pelancongan, kita menerima hakikat tentang fokus yang diberikan dan bagi Kementerian Pelancongan, kita akan sentiasa memohon belanjawan-belanjawan terhadap Kementerian Kewangan supaya semua aspek pelancongan dapat diberikan penekanan oleh kementerian. Yang Berhormat dari Putatan pula mewujudkan soalan tentang agro-tourism…

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Boleh celah sedikit Menteri? Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya cukup sedar dan merakamkan jutaan pengiktirafan kepada Menteri yang telah memohon empat kali lebih besar peruntukan daripada yang diberi. Persoalannya, seharusnya Yang Berhormat Menteri dalam merangka penghujahan dalam Kabinet, mesti meletakkan bahawa inilah antara kementerian yang cukup penting dalam stimulus package ini diberikan peruntukan yang bukan hanya RM400 juta bahkan saya kira lebih besar daripada itu dan apabila ditolak ataupun dislashed, dipotong menjadi RM100 juta. Tidak membayangkan satu stimulus package yang peka kepada persoalan merangsang, sekali lagi saya ingin sebutkan aggregate demand ataupun perbelanjaan. Inilah kementerian yang akan membawa kesan berganda dalam perbelanjaan termasuk semua yang saya telah sebutkan lebih awal tadi. Jadi amat malanglah Dewan yang mulia ini Tuan Pengerusi, merakamkan bahawa hanya RM100 juta yang diperuntukkan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Selangor. Alangkah indahnya kalau Yang Berhormat menjadi Menteri Kewangan ya, tetapi dalam keadaan ini kita telah membuat permohonan dan permohonan ini adalah permohonan yang disebut sebagai stimulus package yang mana menjadi tambahan kepada jumlah yang sedia ada. Itu sebabnya walaupun permohonan telah dibuat tetapi pengkhususan telah diberi di dalam belanjawan ini, yang diwujudkan khas berhadapan dengan isu-isu kegawatan ekonomi dunia, maka penekanan telah diberi kepada berapa aspek seperti yang saya sebut tadi iaitu produk homestay, produk penubuhan Myset, Malaysia Convention and Exhibition Bureau, peningkatan kemudahan dan pembangunan eco-tourism. Sudah tentu bagi Kementerian Pelancongan, sebanyak mana yang ada itu memang dilihat sebagai suatu kelebihan. Walau bagaimanapun, Kementerian Pelancongan menerima hakikat disebabkan oleh kegawatan ekonomi dunia, maka permohonan ini diberikan pengkhususan untuk dijadikan satu penekanan oleh kementerian dan harapan Kementerian Pelancongan jumlah tambahan ini dengan jumlah yang sedia ada itu maka pengkhususan ini akan dapat diberi oleh kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dalam aspek pelancongan. Yang Berhormat dari Putatan telah menimbulkan isu berkenaan dengan tarikan pelancong, berkenaan dengan apa yang disebut sebagai agro-tourism. Saya memang cukup setuju dengan pandangan Yang Berhormat dari Putatan bahawa produk-produk pelancongan terutama sekali dalam aspek eco-tourism, business tourism boleh dilihat sebagai produk-produk yang dapat memberikan penggandaan kepada negara. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menubuhkan satu jawatankuasa kerja yang mana ahli-ahlinya terdiri daripada agensi-agensi kerajaan termasuk Kementerian Pelancongan dan juga NGOs dan persatuan-persatuan yang terlibat dalam aktiviti agro- tourism, dengan izin. Jawatankuasa ini berperanan untuk membangunkan produk-produk agro-tourism dan juga telah mengenal pasti beberapa destinasi pelancongan agro-tourism yang dapat dinaiktarafkan. Kementerian Pelancongan telah diminta untuk memainkan peranan untuk mempromosikan produk-produk tersebut dan kalau kita lihat soalan Yang Berhormat berkenaan dengan produk homestay pula. Kewujudan produk homestay ini adalah perlu mempunyai banyak tarikan yang telah disebut oleh Yang Berhormat dan saya setuju. Salah satu daripada pendekatan kita dalam website dan pengiklanan untuk produk-produk homestay, kita juga memperkenalkan pelbagai aktiviti yang dapat menjadikan produk homestay itu satu tarikan seperti kewujudan tarikan jungle tracking dengan izin, aktiviti eco-tourism, aktiviti ekonomi desa seperti menoreh getah, menanam padi, memotong pokok dan sebagainya sebagai aktiviti-aktiviti yang ditambah nilainya dan juga dalam aspek kebudayaan dan sebagainya. Itu sebabnya Tuan Pengerusi bagi Kementerian Pelancongan, jawatankuasa ataupun koperasi homestay yang ada di dalam kawasan-kawasan tersebut memainkan peranan yang begitu penting. Walaupun bagi Kementerian Pelancongan kita mempromosikan mana-mana produk homestay tetapi jika tuan punya produk homestay ataupun koperasi atau persatuan tidak memberikan galakan walaupun kita telah mempromosikan, maka akan timbullah perasaan jemu oleh pelancong maka mereka tidak akan kembali semula kepada produk tersebut. Akan tetapi daripada segi senarai Kementerian Pelancongan, ada juga kawasan-kawasan homestay yang memang sering kali dapat mengundang kehadiran pelancong yang begitu banyak terutama sekali daripada negara Korea dan juga Jepun. Ini dilihat sebagai secara agresifnya setiap mereka-mereka yang melaksanakan produk homestay di dalam kawasan mereka. Yang Berhormat Putatan juga telah menimbulkan beberapa contoh cara mempromosikan Malaysia kalau kita bandingkan dengan negara-negara jiran dan bagi Kementerian Pelancongan. Kita memang cukup bersetuju tetapi itu sebabnya yang saya selalu katakan bahawa sudah tiba masanya bagi mereka yang terlibat di dalam aktiviti pelancongan terutama sekali pemain industri - industries players dengan izin, perlu memainkan peranan yang lebih agresif.

Ini terutama sekali dalam keadaan kegawatan ekonomi dan tidak hanya meletakkan beban ataupun memberikan pulangan hanya kepada kerajaan sahaja. Itu sebabnya dalam aktiviti-aktiviti mempromosi, kerajaan bersikap adil. Kita tidak mempromosikan produk-produk yang tertentu sahaja, produk-produk yang dipromosikan adalah secara agresif supaya semua yang terlibat diri secara langsung dan tidak langsung kepada aktiviti pelancongan akan mendapat keuntungan.

Yang Berhormat daripada Padang Serai pula telah menimbulkan beberapa isu. Seperti biasa Yang Berhormat sentiasa menimbulkan isu-isu seolah-olah Kementerian Pelancongan, Menteri ataupun Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha tidak begitu setuju. Saya ingin menjawab dalam aspek apa yang disebut oleh Yang Berhormat, sebenarnya tarikh pelancaran produk tersebut ditentukan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri ya. Pada tarikh yang disebut itu yang mana Yang Berhormat menimbulkan seolah-olah kita tidak menghadirkan diri. Sebenarnya adalah pada tarikh diwujudkan bajet yang telah dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini. Itu sebabnya bagi Kementerian Pelancongan kita memang secara umumnya melihat bahawa produk-produk yang disebut oleh Yang Berhormat tadi terutama sekali di Kulim sebagai jejantas yang terbesar di dunia, yang terpanjang di dunia dan juga berkenaan dengan aktiviti sampingan. Bagi Kementerian Pelancongan ini juga dipromosikan oleh kita dan kalau kita lihat secara umumnya perbelanjaan yang disebut oleh Kementerian Pelancongan bagi negeri Kedah adalah jumlah perbelanjaan yang sama banyak. Bagi Kementerian Pelancongan kita tidak boleh mendiskriminasikan mana-mana negeri walaupun negeri Pembangkang kerana kehadiran pelancong ke dalam negara kita ialah kehadiran yang dilihat sebagai dapat memberi penambahan kepada ekonomi negara. Tidak bolehlah bagi kementerian mewujudkan pendekatan dengan izin, discrimination kepada mana-mana negeri sama ada negeri Pembangkang ataupun negeri Barisan Nasional. Pendekatan yang dibuat oleh Kementerian Pelancongan ialah pendekatan tertakluk kepada tuntutan-tuntutan produk pelancongan dalam negeri-negeri tersebut. Sudah tentu kalau kita lihat di Kedah memang kita tidak boleh lari daripada pentingnya Pulau Langkawi sebagai salah satu daripada premis diwujudkan untuk MAIS dan juga convention bureau ya. Berkenaan dengan papan tanda yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat daripada Padang Serai. Sebagai maklumat Yang Berhormat, sudah tentunya bila kita tengok papan tanda itu, ia telah kita wujudkan bagi tahun 2008. Bagi akhir tahun 2008 dengan awal tahun 2009 Kementerian Pelancongan memberikan pendekatan kepada konsep mempromosikan secara generik produk-produk pelancongan. Kalau kita tengok visual-visual yang baru itu kita memberi fokus kepada sektor-sektor tertentu sebagai contohnya eco-tourism, pulau dan pantai, memberi fokus kepada jenis produk-produk yang hendak kita wujudkan. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat tentang papan tanda itu akan saya maklumkan kepada Majlis Tindakan Pelancongan Negeri. Saya memang cukup setuju kalau papan tanda itu sudah roboh dan saya ingin memaklumkan bahawa papan tanda yang mewujudkan bagi individu-individu itu hanya diwujudkan bagi tahun 2007 dan papan tanda kontraknya telah tamat. Mungkin dalam aspek ini Yang Berhormat menimbulkan isu mungkin kecuaian bagi pihak operator dengan izin, untuk menurunkan papan tanda tersebut. InsyaAllah akan saya memaklumkan kepada Majlis Tindakan Pelancongan Negeri. Yang Berhormat Padang Serai juga secara umum menimbulkan soalan berkenaan dengan peranan dan juga aktiviti promosi bagi negeri Kedah. Angka ketibaan pelancong India khasnya pada tahun 2008 ke negara kita adalah seramai 550,738 berbanding dengan 422,452 mencatatkan 30.4 peratus pertumbuhan. Pada masa ini negeri Kedah dipromosikan melalui pulau peranginan dan juga taman-taman yang dipromosikan untuk pasaran tempatan dan beberapa pasaran asing yang sesuai seperti negara ASEAN, Eropah, dan Australia yang berminat kepada aspek-aspek pelancongan yang tertentu.

Tuan Pengerusi, Kementerian Pelancongan ingin juga memberi respond kepada isu oleh Yang Berhormat Labuan berkenaan dengan pulau yang perlu dibangunkan secara agresif terutama sekali Labuan dikenali sebagai pulau bebas cukai. Sebenarnya Kementerian Pelancongan menerusi agensinya Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia akan meneruskan usaha mempertingkatkan promosi tarikan pelancong yang sedia ada dan yang baru di seluruh negara termasuklah Wilayah Persekutuan Labuan. Di antara usaha tersebut ialah menggalakkan pengusaha-pengusaha pelancongan membangunkan pakej-pakej pelancongan untuk dipasarkan kepada pelancong asing serta pelancongan domestik. Tarikan yang popular bagi Wilayah Persekutuan Labuan ialah pulau bebas cukai dan juga merupakan pusat kewangan di rantau ASEAN, dengan izin melalui familiarization trip pengusaha-pengusaha pelancongan serta media asing telah dijemput untuk membuat lawatan ke tempat-tempat yang menarik di Wilayah Persekutuan Labuan. Melalui program ini, Wilayah Persekutuan Labuan telah didedahkan kepada pelancong luar negeri secara lebih dekat lagi melalui penjualan pakej-pakej pelancongan dan pendedahan dalam media masa di luar negara. Pada tahun 2008 seramai 42 orang peserta telah menghadirkan diri kepada aktiviti-aktiviti khusus seperti Labuan International Sea Challenge. Bagi Kementerian Pelancongan strategi-strategi yang diwujudkan untuk mempromosikan Wilayah Persekutuan Labuan memberikan pengkhususan lebih kepada aspek-aspek connectivity dengan izin, kehadiran penerbangan yang mendarat di Labuan. Itu sebabnya bagi Kementerian Pelancongan, kita melihat antara pendekatan yang dapat menarik lebih ramai pelancong untuk mempergandakan sudah tentu ialah aspek connectivity yang diwujudkan di negeri-negeri tertentu. Itu sebabnya bagi Kementerian Pelancongan telah kita timbulkan banyak kali dan juga di Mesyuarat Kabinet berkenaan dengan perlunya AirAsia dan juga Malaysia Airlines memperbanyakkan penerbangan-penerbangan ke negeri-negeri dan kawasan-kawasan pelancongan yang dapat mempergandakan kehadiran pelancong. Yang Berhormat daripada Indera Mahkota pula telah menimbulkan beberapa isu, empat isu lebih kurang. Berkenaan dengan MyCEB, berkenaan dengan butiran, berkenaan dengan isu MATTA. Sebenarnya Yang Berhormat berkenaan dengan ramainya rakyat Malaysia yang membeli ataupun membuat tempahan kepada produk-produk yang dijual dalam Ekspo MATTA kita lihat dari segi peratusan ramai kita menganggap bahawa rakyat Malaysia pergi ke luar negara. Akan tetapi secara umumnya kita boleh berkata bahawa berbeza jumlah kehadiran ke luar negara dengan kehadiran rakyat Malaysia yang bercuti dalam negara. Disebabkan oleh Kementerian Pelancongan mewujudkan secara agresif Kempen Pelancongan Domestik kita melihat bahawa kehadiran pelancong dalam negara kita boleh dilihat bagi kehadiran yang begitu bertambah. Contohnya kita melihat dari segi senarai jumlah kehadiran-kehadiran domestik pelancong perkiraan kepada yang duduk di hotel-hotel. Kita dapat melihat bahawa dalam secara umumnya bagi tahun 2007 dengan tahun 2008 terdapat jumlah penghuni yang bertambah. Ini menjadi kiraan kita bagi kehadiran pelancong domestik secara umum. Walaupun kita melihat dalam Ekspo MATTA itu ramai pelancong dalam negara yang kononnya membeli tempahan untuk luar negara. Kita perlu melihat kita juga mewujudkan hubungan dua hala bukan sahaja dengan negara jiran tetapi negara-negara lain terutama sekali di Australia, New Zealand, Amerika dan juga Eropah. Itu sebabnya kalau kita membuat kiraan jumlah pelancong yang keluar dan jumlah pelancong yang datang dalam negara kita dapat melihat bahawa pelancong yang datang dalam negara kita secara tidak langsung juga mendapat daripada jumlah kehadiran pelancong di luar negara. Saya selalu melihat bahawa kita tidak mewujudkan polisi tidak menggalakkan rakyat kita ke luar negara. Kerajaan ini tidak mewujudkan polisi yang sedemikian seolah- olah untuk mewujudkan hanya galakan bagi rakyat untuk belanjakan dalam negara. Walau bagaimanapun bagi Kementerian Pelancongan kita melihat aktiviti-aktiviti Zoom yang telah kita wujudkan memang telah mewujudkan, menarik minat ramai rakyat Malaysia untuk meletakkan percutian yang lebih dalam negara.

Itu sebabnya bagi Kementerian Pelancongan walaupun adanya aktiviti MATTA kalau kita menghalang rakyat Malaysia ke luar negara kita juga secara tidak langsung akan memberikan tekanan yang lebih kepada syarikat-syarikat travel and tours dengan izin, yang berniaga. Itu sebabnya baru-baru ini beberapa bulan lepas saya pergi ke Indonesia mereka telah menimbulkan isu berkenaan dengan di mana orang kalau daripada Indonesia hendak keluar dia perlu membayar kompaun, seolah-olahnya kompaun. Yang Berhormat-Yang Berhormat tahulah maksud saya. Telah ditimbulkan oleh agensi-agensi dan juga dengan izin, industry players mengatakan bahawa polisi ini polisi yang tidak menggalakkan ekonomi mereka. Seolah-olah penambahan bukan sahaja bayar tiket tetapi bayar bila hendak ke luar negara. Itu sebabnya bagi Malaysia kita mengimbangkan aktiviti pelancongan di dalam dan di luar negara. Kita melihat jumlah pelancong yang datang ke dalam negara domestic tourist dengan izin, kita menggunakan perkataan ini domestic tourist (pelancongan domestik) mula bertambah. Kita mengambil perkara ini sebagai salah satu daripada respond kepada kegawatan ekonomi dunia. Itu sebabnya bagi Kementerian Pelancongan kita melihat keseimbangan ini satu keseimbangan yang cukup penting. Bagi Kementerian Pelancongan, galakan kepada rakyat Malaysia untuk meletakkan pelancongan mereka bercuti dalam negara, kita melihat satu hasil yang begitu positif kalau kita tengok dari segi kiraan occupancy rate. Mungkin saya dimaklumkan restoran-restoran dalam negara kita mungkin tidak begitu penuh berbanding dengan hotel-hotel. Kalau kita tengok harga hotel di Malaysia dengan negara jiran Singapura, Indonesia dan juga Thailand, kita lebih murah kalau hotel lima bintang ataupun enam bintang. Mungkin restoran itu rakyat Malaysia lebih suka makan di gerai yang menyebabkan mereka tidak masuk ke restoran yang berapa bintang tetapi dari segi penginapan di hotel-hotel, kita lihat sebagai penginapan yang dalam pendekatan yang positif.

Yang Berhormat daripada Setiu pula menimbulkan isu berkenaan dengan jeti. Bagi Kementerian Pelancongan, kita melihat ini satu isu yang memang timbul dalam semua daerah-daerah dalam negeri kita yang mempunyai aktiviti pulau berdekatan. Bukan sahaja di Setiu tetapi di semua kawasan, isu jeti ini menjadi satu isu. Bagi Kementerian Pelancongan, kita melihat ini satu perkara yang perlu adanya kerjasama antara Kementerian Pelancongan dan juga Jabatan Kerja Raya. Bagi kita, kita melihat bahawa memang kalau kita wujudkan jeti-jeti ini, ia akan mewujudkan penggalakan yang lebih kepada aktiviti pelancongan tempatan. Kalau kita tengok dari segi pulau dan pantai dalam negara kita, memang jeti yang sempurna, jeti yang selamat ini menjadi kiraan, dilihat sebagai kiraan yang utama. Itu sebabnya bagi Kementerian Pelancongan, saya cukup menerima cadangan Yang Berhormat dan menggalakkan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri untuk memaklumkan kepada Kementerian Pelancongan berkenaan dengan isu yang dituntut oleh Yang Berhormat Setiu berkenaan dengan jeti yang perlu diadakan di dua buah tempat. Silakan Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat Sik tadi mahu tanya.

Saya minta maaflah kerana terpaksa undur balik ke belakang sedikit. Orang baik ini dia kacau sangat, disuruh duduk, dia duduklah. Saya masih ada dua perkara, yang pertama sekali masalah homestay tadi. Oleh sebab konsep homestay ini walaupun lama tetapi agak barulah bagi Malaysia ini. Saya suka kalau boleh Kementerian Pelancongan ini menekankan konsep homestay yang berpakej. Makna kata homestay di kawasan yang ada kita katakan kawasan hutan sedikit macam di Sabah dan Sarawak, pakejnya ialah jungle tracking ataupun jenis-jenis zoo yang terbuka dan lain-lain. Bagi kawasan sawah padi macam di Kedah, homestay nya haruslah pakejnya lengkap dengan usaha-usaha pertanian padi tadi hinggalah kepada kehidupan di kampung-kampung dan bentuk hidupan harianlah.

Yang keduanya Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi, saya ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Menteri. Dalam kedatangan pelancong- pelancong asing tadi yang mana mereka pilih iaitu untuk tinggal di hotel-hotel lima bintang ataupun di homestay dan juga di chalet-chalet murah. Ini kerana pada pandangan saya, kalau pelancong lebih gemar kepada homestay ataupun chalet-chalet di tepi-tepi pantai yang lebih economic, kita tidak harus membiarkan kewujudan hotel-hotel lima bintang atau enam bintang yang terlampau banyak kerana ia bukan sahaja merugikan tetapi ia menimbulkan masalah alam sekitar. Juga kita dapati kawasan pantai kalau kita ambil contoh di Pulau Pinang misalnya, dengan adanya hotel-hotel yang besar-besar ini menyusahkan rakyat biasa dan juga pelancong-pelancong dari kalangan bawahan luar negara untuk tumpang berkhemah ataupun berehat di tepi-tepi pantai sebagaimana dahulu. Terima kasih.

Yang Berhormat daripada Setiu. Sebenarnya bagi Kementerian Pelancongan memang kita setuju antara...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sik.

Yang Berhormat Sik, sebenarnya kita bersetuju dengan isu yang ditimbulkan berkenaan dengan pakej-pakej homestay. Akan tetapi sebenarnya apa yang berlaku sekarang ialah mereka yang mengendalikan aktiviti homestay, produk homestay di kawasan mereka mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelancongan. Bererti Kementerian Pelancongan memantau produk-produk homestay yang ditawarkan. Jadi apa yang kita galakkan ialah mereka yang terlibat diri dalam aktiviti homestay contohnya persatuan ataupun koperasi, mereka dapat mempromosikan produk mereka. Kalau kita lihat contohnya beberapa koperasi-koperasi yang kita temui, Koperasi Homestay. Mereka telah mewujudkan brosur-brosur mereka sendiri melalui website mereka sendiri untuk mempromosikan produk homestay. Jadi wujudnya jaringan kerjasama antara persatuan ataupun koperasi ini dengan kerajaan. Kalau hendak suruh kerajaan secara menyeluruh, hendak menggerakkan promosi hanya bagi tanggungjawab kerajaan dan bukan tanggungjawab agensi, jawatankuasa, persatuan dan koperasi adalah tidak begitu adil bagi kerajaan. Akan tetapi secara menyeluruhnya dengan adanya website homestay yang telah kita lancarkan pada bulan September 2008, kita dapat melihat. Kita memberikan platform dengan izin, kepada mereka yang menjalankan aktiviti homestay, persatuan ataupun koperasi untuk berdiri di atas platform ini dan menggunakan peluang itu untuk mempromosikan. Selalunya mereka yang berminat untuk duduk di produk-produk homestay, selalunya terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan juga terdiri daripada dengan izin backpackers - mereka yang berminat untuk duduk dalam persekitaran perkampungan yang ada. Kalau kita lihat dari segi minatnya pelancong-pelancong kepada hotel sama ada satu bintang, dua bintang, tiga bintang, lima bintang dan enam bintang pula, tidak adanya satu kajian yang tertentu mengatakan jenis pelancong yang mana duduk di mana. Akan tetapi bagi pelancongan domestik, kita banyak berminat kepada hotel berbintang berbanding dengan pelancongan luar negara dengan izin, character pelancong-pelancong yang datang ke negara kita semua tertakluk. Kita dapat melihat lebih kepada definisi tempat yang melancong, kalau mereka di Langkawi ataupun di Pulau Pinang ataupun di pulau- pulau yang ada di Sabah, mungkin pemilihan mereka ialah pemilihan kepada backpacking dengan izin, disebabkan oleh produk-produk ini mempunyai premis tersebut sahaja. Akan tetapi kalau Pulau Langkawi, ia ada antara enam bintang, tujuh bintang hingga satu bintang. Semuanya menunjukkan secara umum characteristic pelancong dalam negara kita. Secara umumnya berkata bahawa bercuti di Malaysia memang Malaysia murah kalau kita banding dari segi makan, hendak pergi shopping, beli barang-barang branded dan juga melihat kepada hendak duduk di hotel dan sebagainya. Maknanya kita mempunyai harga yang begitu murah berbanding dengan negara jiran.

Keduanya, kita mempunyai tahap taraf keamanan yang begitu positif. Itu sebabnya kalau kita kira pada bulan Disember 2008, kita mendapat kehadiran pelancong yang begitu tinggi. Antara bulan demi bulan kalau kita banding, bulan Disemberlah yang begitu tinggi kerana masalah politik yang berada di negara jiran. Bererti bahawa walaupun pelancongan ini dilihat sebagai pemilihan individu dia hendak melancong di mana tetapi kita tidak boleh menafikan kesan-kesan sebuah negara kepada cara memilih sama ada hendak melancong atau tidak melancong ke dalam negara tersebut. Itu sebabnya bagi Malaysia kita melihat pada bulan Disember, terbukti bahawa kehadiran pelancong daripada Eropah bertambah, kita pun agak terperanjat. Kita ingatkan pelancong dalam negara kita banyak daripada India, China dan Timur Tengah. Akan tetapi pelancong-pelancong daripada Eropah mula bertambah tetapi bentuk percutian mereka berbeza-beza. Ini memberi harapan kepada Kementerian Pelancongan bahawa kalau kita dapat mempromosikan dengan lebih agresif sektor pelancongan kita daripada semua aspek sama ada MICE Convention Bureau ataupun homestay ataupun sektor-sektor dari segi ecotourism dan sebagainya. Kita cukup yakin dengan adanya kestabilan politik dalam negara kita akan menggalakkan Malaysia sebagai pilihan pertama bagi pelancong untuk datang ke negara kita.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

[Bangun]

Itu sebabnya secara menyeluruh pentingnya dengan izin, connectivity daripada kapal terbang yang turun ke negara kita terutama sekali di negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan juga Langkawi di Kedah. Ini kerana direct access kepada negeri-negeri ini akan memberi galakan yang lebih. Itu sebabnya bagi Kementerian Pelancongan, banyak kali telah kita timbulkan, tidak gunanya promosi yang begitu banyak, tidak gunanya memajukan produk-produk yang ada kalau pelancong tidak datang. Bagaimana pelancong hendak datang kalau connectivity sama ada dari segi AirAsia ataupun Malaysia Airlines ataupun airlines yang lain dengan izin tidak begitu, kita tidak mewujudkan pendekatan yang positif untuk menggalakkan mereka terbang ke negara kita. Itu sebabnya Tuan Pengerusi, kejayaan sektor pelancongan ia tidak boleh berdiri atas kaki sendiri tetapi bergantung pada agensi-agensi yang lain. Itu sebabnya bagi Kementerian Pelancongan, tidak kiralah apa yang kita buat kepada produk yang kita ada. Akan tetapi kalau pelancong tidak datang dan dia susah masuk ke negara kita ataupun mereka takut hendak masuk ke negara kita, maka secara tidak langsung sektor pelancongan kita akan gagal. Itu sebabnya jawapan bagi Kementerian Pelancongan kepada Yang Berhormat tadi ialah kita menerima hakikat dan kita juga memantau perkara- perkara yang berlaku di sini. Dengan itu, saya ucapkan terima kasih kepada...

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Pendekkan sahaja Yang Berhormat kerana sudah satu jam setengah.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Satu sahaja.

Tuan Pengerusi

Sila.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak berbalik semula kepada pelancongan di Tasik Kenyir ini. Yang Berhormat Menteri, saya dapati bahawa ketiadaan limbungan untuk membaiki bot oleh pengusaha-pengusaha menyebabkan bot yang dijadikan houseboat kepada pelancong begitu usang dan tidak menarik. Jadi, mereka sangat memerlukan tempat pembaikan ini dan saya dapati bahawa banyak bot yang telah usang akhirnya menjadi bangkai dan tersadai di kawasan Tasik Kenyir. Jadi tadi Yang Berhormat Menteri kata bahawa boleh minta kepada Majlis Tindakan Pelancongan Negeri tetapi saya mintalah secara direct lah kepada Yang Berhormat Menteri. Ini supaya memberi keselesaan kepada pengusaha- pengusaha ini supaya boleh menggalakkan pelancongan di Tasik Kenyir. Terima kasih.

InsyaAllah Yang Berhormat Hulu Terengganu, permohonan yang dibuat itu akan kita buatkan permohonan bersama dengan agensi yang berkenaan. Terima kasih, dengan itu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi, dan semua Ahli Yang Berhormat kerana menimbulkan soalan-soalan dan jika perlu penerangan yang lebih, Kementerian Pelancongan bersetuju untuk memberikan jawapan secara bertulis, dengan itu saya mengucapkan terima kasih.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM100,872,200 untuk Maksud P.31 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Pelancongan hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM100,872,200 untuk Maksud P.31 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009.

Kementerian Wilayah Persekutuan. Kepala Pembangunan P.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan terbuka untuk dibahas. Sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya cuma hendak timbulkan satu perkara sahaja. Di bawah Butiran 08000 - Baik Pulih Sungai. Tuan Pengerusi, sejak saya bersekolah atau menuntut di universiti tahun 1970 dahulu lagi, masalah banjir ini merupakan masalah yang tidak habis-habis, yang tidak putus-putus. Pelbagai usaha dijalankan oleh pihak Kementerian Wilayah dan sebelum ini oleh Bandaraya untuk mengatasi masalah ini, tetapi nampaknya hingga ke hari ini perkara ini tidak juga selesai. Punca utama yang membawa kepada perkara ini saya rasa adalah masalah pembangunan yang tidak terancang, menyebabkan apa yang berlaku sebenarnya, sungai- sungai, longkang-longkang yang ada tidak mencukupi ataupun kalau mencukupi pun, tidak diselenggarakan dengan betul. Walaupun ada terowong SMART yang baru dibina, tetapi masalah banjir di Kuala Lumpur ini masih berterusan. Jadi saya amat berharaplah kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan juga Majlis Bandaraya Kuala Lumpur, supaya usaha-usaha yang tegas dapat diambil terutamanya mengawal dengan rapi usaha-usaha pembangunan yang berlaku di Kuala Lumpur. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Pengusaha-pengusaha industri ini, iaitu harta tanah patut diberi syarat-syarat yang ketat, dan yang lebih penting lagi bukan sahaja syarat, mereka ini harus dipastikan mematuhi syarat-syarat yang telah ditentukan atau yang telah diputuskan. Apa yang berlaku saya nampak, industri perumahan, industri harta tanah ini berlaku dengan begitu pesat, tetapi infrastruktur tidak dipastikan pembangunannya. Jadi saya mohonlah dalam usaha kita untuk memastikan Kuala Lumpur wujud sebagai Wilayah Persekutuan yang kita kagumi, masalah banjir yang selalu berlaku terutamanya banjir kilat sebagai mana yang berlaku baru-baru ini, tidaklah sentiasa berulang kerana ini akan menentukan maruah bandar raya Kuala Lumpur, dan juga ia amat mempengaruhi industri-industri yang mahu wujud di daerah yang berkenaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, secara ringkas sahajalah. Saya nampak tiga orang yang buat komen tadi dan mengenai Projek Sosial, Rekreasi, Kemudahan Awam Kuala Lumpur ini. Lebih RM42 juta untuk membiayai projek penghijauan Kuala Lumpur, membina pusat komuniti bersepadu, membaik pulih dan menyediakan kemudahan awam di perumahan DBKL, serta menyediakan kemudahan rekreasi. Di sini saya hendak menekankan bahawa pihak DBKL mestilah meningkatkan keberkesanan kerja ini, untuk projek-projek yang telah disebutkan tadi termasuklah untuk projek penghijauan Kuala Lumpur ini. Kita juga boleh nampak iaitu usaha untuk menghijaukan Kuala Lumpur itu, tidak begitu baik. Mungkin kerana hujan yang lebih pada ketika ini, dan pihak DBKL tidak dapat menjalankan tugas. Walau bagaimanapun termasuklah pada masa ini, taman yang paling besar yang diuruskan oleh DBKL ialah Taman Metropolitan di Kepong. Memang usaha oleh pihak DBKL itu, tidak begitu berkesanlah saya nampak, termasuklah projek-projek seperti International Car Circuit itu untuk kereta remote control nya, satu projek dimulakan pada dua tahun yang lepas, tetapi saya tidak faham kenapa projek itu terbengkalai. Inilah masalah DBKL yang tidak dapat menggunakan peruntukan dengan berkesannya, dan seterusnya mengenai projek menyelenggarakan sungai-sungai utama di Kuala Lumpur. Di sinilah kita nampak usaha untuk membiayai projek menyelenggarakan sungai-sungai utama di Kuala Lumpur ini, tidak begitu berjaya. Sebab yang pentingnya iaitu sungai termasuk cawangan-cawangan sungai itu, datang dari negeri Selangor, masuk ke Kuala Lumpur, termasuklah Sungai Gombak, Sungai Batu Sungai Keroh dan sebagainya. Selepas memasuki Kuala Lumpur ia keluar ke Selangor pula. Kalau kita hanya mengadakan projek untuk Kuala Lumpur, ini tidak akan menyelesaikan masalah dan projek- projek daripada negeri Selangor, mestilah diadakan dengan serentak. Kalau tidak peruntukan untuk sungai-sungai kita di dalam Kuala Lumpur itu tidak begitu berkesan. Seperti mana yang wujud dua minggu yang lepas, iaitu di Kuala Lumpur berlaku banjir. Walaupun kita nampak terowong ‘bestari’ itu tidak begitu bestari, kerana di kawasan- kawasan yang dekat dengan terowong itu berlaku banjir juga, termasuklah dekat dengan PWTC itu sudah banjir. Ini pun termasuklah saya bangkitkan sudah beberapa kali iaitu projek di Kepong, Batu, dan Gombak yang lebih RM800 juta itu yang setakat ini projek itu terlewat hampir dua tahun, dan wangnya begitu banyak diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah banjir di Kuala Lumpur tetapi nampaknya tidak begitu berkesan. Disebabkan itulah saya sekali lagi, membangkitkan hal-hal ini supaya pihak kementerian dapat mengambil perhatian yang lebih dan kita sama-sama melihat banjir di Kuala Lumpur ini dan juga kehijauan di Kuala Lumpur dapat diselesaikan. Sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi, pendek saja, ada satu lagi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tadi tidak bangun Yang Berhormat. Sebab itu saya tidak nampak Yang Berhormat bangun.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak berucap dalam Butiran 04000 - Projek Sosial, Rekreasi, Kemudahan Awam Kuala Lumpur. Isu ini adalah berkenaan dengan apartmen-apartmen di Kuala Lumpur, yang diuruskan oleh syarikat-syarikat swasta yang kebanyakannya adalah juga projek untuk menempatkan semula setinggan-setinggan, sungguhpun mereka duduk di apartmen swasta, tetapi keadaan facility yang ada di apartmen ini atau kondo ini makin uzur dan makin tidak memuaskan. Setakat ini kita dapati banyak, terutamanya lif di apartmen ini tidak lagi berfungsi. Kita juga dapati pihak swasta di Kuala Lumpur ini tidak ada kemampuan untuk menyelesaikan masalah. Saya telah banyak kali bangkitkan isu ini dan saya nampak kalau kita dalam pakej ini tidak mempunyai dana untuk membantu menyelesaikan masalah, ini akan menambahkan beban kepada penduduk.

Lif sekarang juga satu pengangkutan awam, kalau tidak berfungsi, ini akan menjejaskan nilai dan juga kualiti hidup di kawasan-kawasan apartmen-apartmen ini. Yang kedua, itulah sebab saya mendesak supaya kementerian untuk mengkaji dan mewujudkan suatu dana untuk membantu untuk menyelesaikan masalah kemudahan terutamanya lif di kawasan-kawasan yang menghadapi masalah. Keduanya adalah dalam Butiran 08000 iaitu juga berkenaan dengan banjir. Setakat ini kita tahu projek untuk membasmi banjir ini belum lagi siap dan setakat ini banyak yang menjadi mangsa banjir ini ialah keluarga yang miskin. Adakah kementerian boleh memikirkan sedikit tentang wujudkan dana untuk memberi pampasan kepada mangsa-mangsa banjir ini selama projek ini belum disiapkan. Terima kasih.

Datuk Saravanan a/l MuruganMIC · BNTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan · Tapah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ketiga-tiga Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahasakan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2009. Bagi Kementerian Wilayah Persekutuan, dengan itu saya akan memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat sebentar tadi. Tuan Pengerusi, isu-isu yang telah dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini lebih merupakan sebagai cadangan daripada isu. Cadangan untuk memperbaiki dan mengemaskinikan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Wilayah Persekutuan. Yang Berhormat Ahli Parlimen Sik telah membangkitkan mengenai isu banjir di Wilayah Persekutuan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, salah satu sebab atau punca adalah kebanyakan atau kesemua sungai dari negeri lain melalui Kuala Lumpur ke Negeri Selangor, ini adalah satu sebab. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengambil beberapa tindakan dalam masa yang terdekat seperti: (i) pengorekan kelodak di sungai-sungai kolam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; (ii) pembersihan dan penyelenggaraan perangkap sampah di Wilayah Persekutuan; (iii) penyelenggaraan sungai-sungai termasuk membaiki tebing- tebing runtuh; (iv) pembersihan tebing dan kawasan rizab sungai Wilayah Persekutuan; dan (v) pembersihan dan penyelenggaraan kolam takungan dan perangkap kelodak di Wilayah Persekutuan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terowong yang telah dibina bukanlah untuk menyelesaikan semua masalah di seluruh Wilayah Persekutuan tetapi cuma untuk sebahagian Kuala Lumpur sahaja. Walau bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Wilayah Persekutuan memberi jaminan kepada Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini dalam masa yang terdekat. Seterusnya Ahli Yang Berhormat Kepong...

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sedikit?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Sila Yang Berhormat.

Ya, saya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Pengerusi. Dalam isu mengatasi masalah banjir, dikatakan terowong atau SMART Tunnel ini tidak menyelesaikan semua masalah banjir di Kuala Lumpur.

Kita pernah dimaklumkan bahawa SMART Tunnel bersama dengan beberapa tempat takungan air ini akan menyelesaikan semua masalah banjir di Kuala Lumpur. Kalau ini juga tidak dapat selesai, saya ingin penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah projek lain yang telah dirancang yang akan menyelesaikan masalah banji di Kuala Lumpur once and for all. Apakah projek yang lain? Saya tidak nampak dalam pengurusan ini juga ada cadangan lain. Adakah kita harus memberitahu warga Kuala Lumpur itulah dia, mereka terpaksa terima hakikatnya banjir di Kuala Lumpur tidak dapat diselesaikan. Sila jelaskan.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, sebenarnya soalan ini telah dibangkitkan dalam di Dewan yang mulia seberapa kali sebelum ini. Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dan juga saya sendiri telah menjawab soalan in. Walau bagaimanapun ingin saya mengulang jawapan yang telah diberi dalam Dewan yang mulia ini sebelum ini. Projek SMART hanya menebat banjir di tadahan Sungai Klang. Semenjak SMART siap, tiada banjir berlaku di tadahan Sungai Klang terutama di pusat ibu kota seperti Jalan Melaka dan Kawasan Masjid Jamek. Maka tadahan Sungai Gombak, pihak JPS sedang menyiapkan projek luncungan Sungai Keroh di Kolam Jinjang dan projek ini dijangka siap dalam bulan Jun 2009. Cuma SMART project ini untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Sungai Klang, tetapi apabila kita telah menyiapkan kolam takungan di Jinjang dan Batu, maka kita dapatlah mengatasi masalah banjir di Wilayah Persekutuan pada masa yang akan datang.

Bila masalah dapat diselesaikan?

Apabila kita dapat siapkan kolam takungan Jinjang dan Batu, kita percaya dan yakin kita mungkin akan dapat menyelesaikan masalah banjir.

Okey, kita akan ingat janji Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Pengerusi, seterusnya ahli Yang Berhormat Kepong telah membangkitkan ataupun mencadangkan beberapa isu terutamanya mengenai taman metropolitan di mana projek in tidak terbengkalai. Sebenarnya kontrak asal telah menghadapi masalah kewangan dan walau bagaimanapun sub-contractor, dengan izin yang telah menjalankan kerja-kerja pembinaan telah berjumpa dan mengadakan beberapa mesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan kita dalam proses dalam mencari jalan untuk mengatasi masalah ini. Yang ketiga, mengenai isu setinggan ataupun isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Batu mengenai rumah-rumah kondo ataupun rumah-rumah swasta yang dibina di Wilayah Persekutuan yang sering menghadapi masalah penyelenggaraan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan Ahli Yang Berhormat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tiada sebarang peruntukan untuk menjalankan sebarang kerja-kerja penyelenggaraan di projek swasta. Walau bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Wilayah Persekutuan bersetuju bahawa keadaan ataupun masalah-masalah yang dihadapi oleh perumahan swasta di Wilayah Persekutuan akan mencacatkan pemandangan di seluruh Wilayah Persekutuan. Khususnya apabila kementerian dalam percubaan untuk melahirkan satu ibu kota yang bertaraf antarabangsa. Maka keadaan ini akan mencacatkan kedudukan Wilayah Persekutuan. Saya bagi jaminan kepada Yang Berhormat, kita akan mengkaji balik walaupun buat masa ini dengan peraturan-peraturan sedia ada, tiada sebarang peruntukan. Kita akan kaji balik sekiranya kita dapat membantu mereka untuk mengatasi masalah ini pada masa yang akan datang. Yang kedua mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu mengenai golongan warga miskin yang menghadapi masalah oleh kerana banjir di seluruh Wilayah Persekutuan. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah berjanji dan berhasrat untuk memastikan Kuala Lumpur menjadi zero setinggan.

Satu sebab mengapa mereka hadapi masalah apabila Kuala Lumpur banjir adalah kebanyakan mereka berada di kawasan setinggan khususnya di tebing-tebing sungai di Wilayah Persekutuan. Kita dalam proses untuk memastikan Kuala Lumpur jadi zero setinggan sebelum penghujung tahun 2009, maka mereka tidak akan menghadapi masalah banjir khususnya mereka yang ada di kawasan setinggan di Wilayah Persekutuan.

Sedikit. Yang saya maksudkan bukan sahaja setinggan tetapi keluarga-keluarga miskin yang duduk di sekitar tempat yang dianggap low line layer. Ini termasuk Jalan Ipoh dan Jalan Kolam air yang baru sahaja menghadapi satu banjir yang serius. Mereka bukan sahaja setinggan tetapi mereka duduk di rumah teres yang kos rendah atau kos sederhana. Adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan satu skim pampasan untuk penduduk-penduduk yang menghadapi masalah demikian?

Tuan Pengerusi, untuk makluman Dewan yang mulia ini kementerian ataupun mana-mana kementerian tidak bagi apa-apa pampasan untuk bencana-bencana alam. Walau bagaimanapun sebagai kementerian ataupun kerajaan yang prihatin, melalui Jabatan Kebajikan memang kita beri bantuan yang sewajarnya dari masa ke semasa. Seperti mana saya telah janji dengan Yang Berhormat apabila kita menyiapkan projek air takungan Batu dan Jinjang, maka saya percaya kita akan dapat mengatasi masalah ini dan dengan jawapan-jawapan ini sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan ini, dan saya bagi jaminan segala pandangan dan cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat akan diambil untuk mengemaskinikan pentadbiran Kementerian Wilayah Persekutuan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli- ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM115,809,600 untuk Maksud P.32 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM115,809,600 untuk Maksud P.32 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009.

Maksud P.41Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009] – Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee

Kepala pembangunan P.41 di bawah Kementerian Pelajaran terbuka untuk dibahaskan. Yang Berhormat Bintulu.

Terima kasih Tuan Pengerusi bagi peluang sama saya mengambil bahagian dalam perbahasan P.41 atas Kementerian Pelajaran. Saya mahu sebut Butiran 03502 sama Butiran 06000. Tuan Pengerusi saya di sini mahu soal ini beberapa perkara ini, satu perkara ini saya cukup sedih. Nampak ini satu Kuching High School sudah terbakar, tetapi berapa kali sudah kita ulang balik Kementerian Pelajaran. Saya nampak pegawai daripada Kementerian Pelajaran atas segelintir pegawai, SU atau apa tidak mahu ambil perhatian. Ini isu yang serius, sekolah sudah terbakar kenapa sampai hari ini kita masih lagi buat tidak tahu sahaja? Macam–macam alasan ada. Kata ini ada land title issue, masih lagi atas nama private. Belum lagi masuk kerajaan itulah kita tidak bantu. Kalau macam itu pada masa itu hari, kita ambil alih dalam Kuching High School ini. Kenapa itu land title tidak timbulkan satu masalah? Sekarang sekolah terbakar, murid-murid tiada tempat belajar. Apabila kita tiba-tiba timbul kata ini tidak boleh bina baru, tidak bagi peruntukkan macam-macam alasan keluar kerana kita tidak boleh bantu. Land title is not under our name dengan izin. Why we find excuses only today? Saya sini mahu bertanya sama ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri bilakah, ataupun kementerian mahukah tidak membina ini? Ini blok sudah kena terbakar.

Saya mesti faham daripada ini Kuching High School Board Management dengan izin. Minta peruntukkan bukan penuh, minta separuh. Separuh merek akan tolong, pergi cari orang derma. Ini SMK tahu. Kenapa tidak boleh bagi? Saya difahamkan sekarang murid- murid mahu pergi cari tempat lain squatting. Sini-sana belajar. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau boleh bagi penjelasan cukup-cukup jelas. Jangan pusing kiri, kanan, depan, belakang. We want to know the answer. Inilah satu menunjukkan kelemahan daripada Kementerian Pelajaran. Tidak ambil tindakan yang serius, kali ini kita buat alasan macam-macam. Ini contohlah satu. Kedua ini saya mahu sampaikan isu memang yang serius. Kenapa kita sudah umum, sudah bertahu bagi peruntukkan untuk sekolah Cina? Bagi school board atau mission school pakai ABS, mereka akan menjalankan maintenance dengan izin, penyelenggaraan sendiri. Kenapa sampai hari ini kalau RM200 ke atas semua kebanyakan Kementerian Pelajaran ambil alih. Kita pergi cari orang tender. Minta orang jalankan tugas. Kita sudah janji bagi sama school board. Akhir sekali keluar work order. Kenapa? Saya mahu tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri adakah pegawai berminat atas ini semua sekolah-sekolah menjalankan maintenance ini? Ada sebahagian atas kepentingan daripada pegawai Kementerian Pelajarankah? Kenapa you kata school board ini ataupun ABS tidak layak? Saya difahamkan hantar punya sekolah macam mission school duduk atas school board ataupun itu ABS. Mereka semua profesional. They are professional dengan izin. Kenapa kementerian boleh kata mereka tidak layak? Kenapa? Ini dua perkara saya persoal, saya minta kementerian terutama sekali Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi penjelasan kenapa sudah tidak buat keputusan, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sudah buat pengumuman kepada semua rakyat. Sekolah-sekolah school board akan mereka buat sendiri penyelenggaraan. Kenapa sekarang at very last minute kita berubah ini? Inilah pun satu menunjukkan kita tidak mengikut arahan. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi penjelasan. Sekian, terima kasih.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya rujuk kepada Maksud P.41, Butiran 03501 iaitu satu isu saya hendak bangkitkan kepada Timbalan Menteri Pelajaran. Berkaitan dengan Kumpulan Wang Ehsan Murid Miskin (KWAMP). Di mana saya ambil contoh di kawasan saya di Kulim membabitkan sebuah sekolah yang saya rasa mungkin sudah menjadi dasar nasional. Contoh di Sekolah Rendah Kampung Lindungan Sungai Sedim, Kulim. Sebelum daripada tahun ini 2009, hampir 200 pelajar sekolah rendah tersebut layak untuk mendapat faedah daripada Kumpulan Wang Ehsan Murid Miskin ini berdasarkan kepada kayu pengukur dan siasatan yang dibuat oleh pihak sekolah. Akan tetapi saya difahamkan tahun ini dasar telah ditukar di mana daripada kayu pengukur yang ditentukan oleh pihak sekolah bagi maksud untuk melayakkan bantuan di bawah Kumpulan Wang Ehsan Murid Miskin ini, telah ditukar kepada mereka yang berdaftar hanya dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Jadi 200 pelajar lebih yang selama ini menikmati bantuan di bawah KWAMP ini, tiba-tiba tidak mendapat bantuan hanya kerana keluarga mereka dikatakan tidak berdaftar dengan jabatan Kebajikan Masyarakat. Malahan daripada 200 orang ini, hanya lapan orang sahaja yang layak. Jadi apakah kayu pengukur digunakan selama ini mereka layak tiba-tiba jadi tidak layak.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Kedua, aduan yang diterima di peringkat grass root di kawasan saya, menyatakan bahawa apabila mereka membuat permohonan di bawah KWAMP ini, borang-borang dikatakan perlu diluluskan pihak UMNO cawangan, sama ada oleh Ketua Cawangan atau Ketua Setiausaha Cawangan. Mana-mana borang yang tidak mendapat cap pengesahan daripada Ketua UMNO Cawangan tidak akan dilayan dan kalau dicap pun Ketua UMNO tersebut akan tanya sama ada keluarga itu adalah Ahli UMNO atau tidak. Kalau bukan Ahli UMNO atau dikenal pasti sebagai pembangkang dia masih lagi akan cap borang tersebut tetapi di cap dengan terbalik, cap terbalik atau dalam bahasa Kedah dipanggil ‘cap kalih’. Dasar ‘cap kalih’ iaitu ini orang sudah kalih bukan orang kita orang kalih.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Jadi tidak boleh dilayan dan pemeriksaan rambang yang dibuat di kalangan pegawai menyatakan memang itulah dasar yang diamalkan. Jadi adakah ini benar? Saya harap Timbalan Menteri tidak jawab kata ini meneruskan sindrom penafian ini. Perkara ini berlaku on the grass root saya harap dapat Menteri tinjau perkara ini kerana ini membabitkan rakyat miskin di kawasan Kulim Bandar Baharu dan saya percaya juga di kawasan-kawasan lain. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya saya ingin mengambil bahagian berkenaan Butiran 0500 iaitu berkenaan Infrastruktur Pendidikan. Saya ingin bercakap berkenaan dengan penyediaan rumah guru di mana kita dapati bahawa sesungguhnya kementerian telah menyediakan kuarters yang agak selesa kepada guru tetapi kadang-kadang kuarters tersebut tidak sesuai dengan tempat yang diadakan menyebabkan ada berlaku kekosongan ataupun pihak guru ataupun pihak pegawai tidak tinggal di kuarters tersebut menyebabkan ini berlaku pembaziran. Jadi saya hendak tanya kepada pihak kementerian adakah usaha-usaha untuk memastikan bahawa setiap kuarters yang disediakan akan ditinggal oleh guru ataupun pekerja-pekerja supaya hal ini tidak berlaku pembaziran. Ataupun kadang-kadang oleh kerana bila tinggal di kuarters ini menyebabkan elaun perumahan mereka akan dipotong. Apa yang akan kita cadangkan supaya oleh kerana rumah ini menarik kita ambil tindakan untuk menjual kuarters tersebut kepada pihak guru supaya tidak berlaku pembaziran? Sebab saya dapati bahawa banyak kuarters utama di luar bandar yang berlaku kekosongan. Keduanya, berkenaan keperluan padang permainan seperti oleh kerana adanya pembangunan bangunan-bangunan baru bilik darjah menyebabkan tempat pembinaan tersebut telah dilakukan di kawasan-kawasan permainan menyebabkan banyak sekolah- sekolah yang ketiadaan padang permainan padahal kita katakan bahawa kegiatan sukan dan permainan itu, kokurikulum merupakan satu kegiatan yang penting. Saya bertanya kepada kementerian ada atau tidak usaha-usaha untuk menaik taraf padang permainan di sekolah-sekolah kerana saya dapati bahawa permintaan daripada pihak sekolah untuk membaiki padang permainan ini lambat diluluskan oleh pihak kementerian. Berkenaan dengan Butiran 5100 berkenaan dengan Perabot dan Peralatan. Saya dapati bahawa pembekalan kerusi dan meja dibuat berdasarkan kepada central contract ataupun pembekalan berpusat di mana saya dapati bahawa mutu bekalan kerusi dan meja ini agak kurang bermutu sehingga ia mudah berlaku kerosakan. Jadi saya cadangkan bekalan perabot ini terutama kerusi dan meja yang diperbuat daripada kayu ditukarkan kepada bahan daripada plastik supaya ia akan lebih tahan dan lebih selesa kepada anak- anak kita. Berkenaan dengan bekalan buku teks, saya dapati bahawa ia merupakan satu bebanan yang besar kepada kerajaan apatah lagi dengan semua anak-anak kita telah dibekalkan buku teks dan ia juga menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah. Sindrom tidak membawa buku teks merupakan satu amalan biasa berbeza dengan sekolah rendah. Di sekolah menengah pelajar tidak bawa buku teks. Di sekolah rendah pelajar berat dengan buku teksnya. Jadi ada atau tidak cadangan kerajaan supaya digantikan dengan e-Book supaya anak-anak kita ini yang berkemampuan supaya mereka dibekalkan dengan CD dan sebagainya supaya ia lebih jimat dan lebih meringankan bebanan pada murid-murid kita. Satu lagi Tuan Pengerusi berkenaan dengan Butiran 6000 iaitu berkenaan dengan Pembahagian dan Penyelenggaraan Sekolah. Saya dapati bahawa pelan sekolah kita mungkin sudah tidak sesuai lagi terutama berkenaan dengan penempatan bilik guru. Saya dapati bahawa kerosakan-kerosakan yang berlaku di bilik darjah ialah kerana pada waktu- waktu tertentu pihak guru tidak berada di bilik darjah terutamanya pada waktu rehat dan pada waktu lain sehingga kita dapati bahawa menyebabkan mudah berlaku kerosakan.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Saya mencadangkan supaya penyediaan bilik darjah kita cadangkan supaya diattachkan atau diletakkan bilik guru ataupun meja guru itu disertakan dengan satu bilik yang membolehkan penempatan seorang ataupun dua orang guru supaya mereka ini sentiasa berada di kawasan bilik darjah dan ini sekali gus dapat membantu mengatasi masalah disiplin kerana ketiadaan guru di kawasan sekolah yang begitu luas di mana bila gurunya biasanya jauh dengan kawasan anak-anak kita. Jadi itulah yang saya hendak katakan tentang Kementerian Pelajaran ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 03501 - Ubah Suai Naik Taraf Rendah termasuk juga Butiran 05100 - Perabot dan Peralatan dan termasuk juga Butiran 06000 - Pembaikan Penyelenggaraan Sekolah dan Kemudahan Sekolah. Saya mengharapkan kepada Menteri supaya dalam Butiran untuk ubah suai naik taraf rendah dapat diberikan tumpuan kepada sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil yang ada dalam kawasan kami semua Ahli Parlimen. Ini kerana sebagai contoh dalam Parlimen saya ada tiga sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil. Saya perhatikan keadaan bangunan sekolah ini yang Menteri kadang-kadang kasihan kita walaupun sekolah rendah itu duduknya dalam kawasan ladang kita perlu memberikan tumpuan kerana kadang-kadang bila kita bangkitkan dalam mesyuarat tindakan daerah dan sebagainya pernyataan daripada PPD adalah kita terpaksa menunggu peruntukan daripada kementerian dan sebagainya. Jadi saya berharap mudah-mudahan dengan bajet yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ini tidak payahlah tunggu sampai kita hendak bangkitkan dalam mesyuarat tindakan daerah tetapi Menteri sendiri mengambil tindakan terhadap semua sekolah jenis bantuan modal yang ada bukan sahaja dalam kawasan bandar tetapi memberikan tumpuan yang khusus kepada sekolah-sekolah jenis bantuan modal ini yang berada di kawasan-kawasan luar bandar terutama di kawasan ladang-ladang. Selain daripada itu, Yang Berhormat Menteri saya setuju pandangan daripada Yang Berhormat Hulu Terengganu tadi tentang kualiti perabot kerusi meja untuk bilik-bilik darjah. Jadi kita harap dengan peruntukan yang ada di bawah Butiran 05100 - Perabot dan Peralatan, sediakanlah perabot kerusi meja yang berkualiti supaya kerusi meja yang berkualiti ini akan dapat menyediakan suasana pembelajaran yang lebih selesa lagi kepada anak-anak kita. Ini kerana kadang-kadang Tuan Pengerusi, banyak sangat masalah kerusi rosak, meja rosak kadang tidak ada yang lebih yang dapat digantikan. Jadi faktor persekitaran dalam bilik darjah itu secara tidak langsung mengganggu proses pembelajaran yang perlu dilalui oleh anak-anak kita dalam keadaan yang kondusif. Jadi ini antara beberapa perkara yang saya minta Yang Berhormat Menteri memberikan tumpuan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin menyentuh mengenai maksud P.41, Butiran 03501, 03502, 05100, 06000. Saya melihat bahawa peruntukan-peruntukan ini adalah untuk semua sekolah di seluruh negara. Saya juga memohon seperti juga Yang Berhormat Tenggara tadi supaya sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil diberi perhatian. Di dalam kawasan saya Kota Raja kita ada tiga buah sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal dan sekolah- sekolah ini juga adalah sekolah yang agak daif dari segi kemudahan-kemudahan dan infrastrukturnya. Jadi saya ingin memohon kepada kementerian untuk memberi kepada saya secara bertulis mungkin hari ini tidaklah, Yang Berhormat tidak dapat memberi kepada saya, senarai sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil dan juga mana-mana sekolah dalam kawasan-kawasan Kota Raja yang bakal mendapat peruntukan ini, berapa peruntukan dan untuk apa supaya saya boleh memantau dan juga menjawab soalan-soalan daripada ibu bapa. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Pengerusi, kerana memberi saya peluang untuk berbahas. Saya akan merujuk kepada Butiran 05302 - Menaik Taraf Sekolah Menengah. Saya amat terperanjat tadi semasa saya dengar apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Bintulu mengenai Kuching High School. Sekolah Kuching High School yang dikatakan telah minta beberapa kali tetapi tidak ada peruntukan diberi, diluluskan oleh kerajaan untuk membina semula bangunan sekolah yang telah terbakar di Kuching High School. Saya amat terperanjat kerana pada 26 November 2008 tahun lalu, di Dewan yang mulia ini. Itu adalah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri dalam Dewan ini pada hari itu, 26 November 2008. Saya akan memetik dari Hansard pada hari iaitu dia mengatakan,“Kita akan duduk membincangkan mengenai Kuching High School. Yang Berhormat Bandar Kuching, apa sudah dia buat untuk Kuching High School? Sampai sekarang kita pergi berbincang duduk beberapa kali. Yang Berhormat Timbalan Menteri minta tambah peruntukan. Sekarang Menteri sudah lulus RM1.4 juta untuk memperbaiki sekolah itu. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan perkara ini betul atau tidak. Akan tetapi Yang Berhormat Bandar Kuching ini sekolah di Bandar Kuching tetapi apa dia sudah buat?” Itu adalah perkataan unquote. Itu adalah perkataan yang disebut oleh Yang Berhormat Bintulu di Dewan yang mulia ini. Dia kata RM1.4 juta sudah diluluskan untuk membina semula dan membaiki bangunan bilik darjah yang telah terbakar di Kuching High School. Akan tetapi pada hari ini dia kata tidak ada peruntukan, selepas apa yang telah dituturkan oleh Yang Berhormat Bintulu di Dewan ini saya pun ada terbaca dalam surat khabar bahawa ada RM1.4 juta telah diluluskan untuk memperbaiki, membina semula Kuching High School. Oleh itu saya kata saya terperanjat kerana lebih kurang empat bulan selepas apa yang dikatakan di Dewan yang mulia ini kita diberitahu bahawa tidak ada peruntukan. Oleh itu saya ingin...

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Mohon penjelasan, terima kasih Tuan Pengerusi. Kalau mengikut penjelasan daripada Yang Berhormat Bandar Kuching seolah-olah ada Ahli di kalangan kita ini cuba mengelirukan Dewan. Apakah Yang Berhormat bercadang untuk mengemukakan rakan kita ini untuk dibicarakan atau bagaimana? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat Bandar Kuching, saya rasa you tidak berapa faham apa yang saya katakan tadi. Peruntukan sudah lulus tetapi saya ada dengar pegawai bersoal-soal mengenai isu tadi, land title masih lagi swasta pegang. Mereka tidak setuju, itulah saya kata tadi mengapa baru sekarang timbulkan perkara ini. Faham tidak Yang Berhormat Bandar Kuching?

Dia tidak faham itu... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dia tidak faham? Jangan pusing-pusing.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

[Ketawa] Okey ya.

Yang Berhormat Bandar Kuching...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Saya sudah, saya...

Yang Berhormat Bandar Kuching...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Yang pusing putar belit ini adalah Yang Berhormat...

...Saya belum habis lagi belit, nasib belum Menteri, kalau jadi Menteri pusing sama rakyat matilah.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat Bintulu.

Saya belum habis lagi you jangan pusing- pusing.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Belum habis lagi? Saya fikir itu jawapan Yang Berhormat.

Bukan jawapan, saya kata lain kali dengarlah baik-baik. Barulah yang kata belanja sini, belanja sana, nanti masuk sungai susah.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Sudah habis penjelasan?

Sudah...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Sudah habis? Kalau sudah habis sila duduk.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat Bintulu, apa ertinya sudah diluluskan? Ertinya sudah diluluskan maka telah dilulus, approved dan...

Ya, saya kata tadi...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

...Duit dana...

Boleh bagi saya mencelah sedikit lagi?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat duduk, dengar apa yang saya akan jawab kepada...

Ya, saya beri celah sedikit lagi sebab you berkali-kali sebut Yang Berhormat Bintulu. Itulah saya di luar, kena panggil ke sini, boleh?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Sila, sila.

Tuan Pengerusi, tadi saya terangkan memang sudah lulus tetapi pegawai kata peruntukan ini tidak boleh keluar sebab isu land title masih lagi swasta, ia tidak boleh keluar. Saya kata mengapa sekarang baru timbul masalah ini? Pada masa itu kita ambil sekolah ini jadi SMK - sekolah menengah kerajaan. Kenapa hari itu tidak timbul isu ini? Sekarang baru timbul? Itulah yang saya katakan pegawai ini tidak mengambil perhatiankah ke atas perkara ini? Setelah sekolah ini kebakaran barulah kita soal macam-macam. Inilah yang menunjukkan kelemahan, apa salahkah Yang Berhormat Bandar Kuching, tidak faham?... [Dewan riuh]

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

[Ketawa] Apa yang saya faham adalah Yang Berhormat Bintulu kata sudah lulus. Kalau sudah lulus tidak ada apa-apa halangan lagi, ini ertinya telah lulus tetapi sekarang dia kata walaupun telah lulus tetapi ada halangan-halangan daripada kakitangan maka saya ingin tanya...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tanya dengan siapa Yang Berhormat?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tanya kepada...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kementerian.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tanya pada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik, ya.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Itu maklumat telah lulus dan taksiran telah lulus, apa ertinya. Kalau telah dilulus oleh Menteri atau Timbalan Menteri sama ada... [Ketawa] Adakah ia boleh to be undone atau tidak lulus lagi oleh pegawai dan siapakah yang has the last say in this matter? Yang Berhormat Bintulu sudah lari.

Mahu lagi?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Okey tidak mengapa, tidak perlu. Saya tidak bercadang merujuk Yang Berhormat Bintulu kepada Select Community of Privileges kerana apa yang dia kata dan hakikatnya menunjukkan kelemahan Barisan Nasional - Kerajaan Barisan Nasional. Whatever it is, saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh mempercepatkan dana yang telah diluluskan untuk pembinaan semula bangunan Kucing High School yang telah terbakar ini.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Perkara kedua yang saya ingin bangkitkan ialah mengenai satu bangunan bilik darjah dan makmal yang telah terbakar di sekolah SMK juga. SMK Bandar Kuching number one, saya tidak tahu sama ada ini sudah lulus atau tidak tetapi kebakaran ini berlaku dalam bulan May 2007 dan di dalam bangunan ini terdapat tujuh makmal. Walaupun kerajaan selepas kebakaran ini berlaku telah buat satu make shift bilik darjah untuk murid-murid di sekolah itu tetapi itu temporary bangunan tidak mengandungi makmal. Saya juga telah bangkitkan isu ini pada bulan November tahun lalu tetapi jawapan yang diberikan kepada saya oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah dia akan siasat tentang perkara ini. Oleh itu, saya bangkitkan lagi hal ini dan saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberikan kita satu jawapan yang memuaskan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 00203 - Sekolah Berasrama Penuh Integrasi. Di kawasan saya ada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Termerloh. Ini sudah banyak kali saya sebut dalam Dewan yang mulia ini terhadap kemudahan di dalam dewan Sekolah Berasrama Penuh Berintegrasi tersebut tentang PA System. Sudah lima tahun, masuk tahun yang kelima. Saya ingat bukannya mahal sangat. Sebanyak RM100,000 sahaja PA System ini. Bila saya datang untuk merasmikan sama ada Mesyuarat Agung PIBG atau Hari Kecemerlangan Pelajar, motivasi dan sebagainya tidak dengar apa pun di dalam dewan itu Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mintalah supaya perkara ini disegerakan. Nampak perkara remeh temeh tetapi ia melibatkan ketidakselesaan di sekolah tersebut. Keduanya, 03501 - Ubah Suai Naik Taraf Sekolah Rendah ini. Saya setuju dengan Yang Berhormat Tenggara dengan Yang Berhormat Kota Raja dan rakan-rakan yang lain. Kenapalah kita ini terlalu lambat mengambil tindakan terhadap sekolah-sekolah Tamil ini. Dengan keadaan jalan raya yang berdebu, masalah katanya berada di dalam ladang, di dalam FELCRA, macam kita bila kaum kita, kaum India ini, Klang, bila demonstrasi berarak sana sini marah. Kata kita boleh selesai melalui majlis perundingan, meja bulat. Berapa besar meja bulat itu hendak kita adakan? Sampai sekarang tidak selesai-selesai lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sebut setiap kali ada sahaja peluang untuk Kementerian Pelajaran sebut Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Biong, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Tekad. Ladang Biong ini, saya diberikan kemudahan RM200,000 hari itu untuk selesaikan projek-projek kecil. Sebanyak RM170,000 untuk sekolah kebangsaan selesai, tiba-tiba RM30,000 untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil tidak selesai. Masalah apa itu? Masalah delivery system, masalah dianaktirikan? Ini yang perlu kita kaji, kita lihat supaya semua kaum di dalam negara kita ini disamaratakan. Hendak katakan PIPP hendak merapatkan jurang di antara bandar dan luar bandar, banyak lagi teras di dalam PIPP tersebut tetapi tidak terlaksana. Ketiganya, Butiran 06000 - Pembaikan, Penyelenggaraan Sekolah dan Kemudahan Sekolah. Seperti juga yang saya sebut Sekolah Menengah Jengka 16 sudah lima atau enam tahun ini dari segi kejayaannya dalam STPM, sekolah terbaik di dalam daerah Maran dan juga kedua terbaik di negeri Pahang. Banyak kali sudah. Saya ingat ulangan yang keempat atau kelima kepada Yang Berhormat Menteri untuk mohon sebuah dewan dan juga surau bagi sekolah ini. Akan tetapi sampai sekarang tidak ada jawapan. Saya mohonlah, apa jua yang diminta oleh rakan-rakan, Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia ini disegerakan.

Tentang jawatan TPPD - Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, Yang Berhormat Timbalan Menteri janji dengan saya hari itu hendak bagi jawapan pun tidak ada juga. Jadi orang yang layak tidak diberikan tempat. Orang lain datang diberikan tempat. Macam- macam ceritalah. Sampai sekarang saya masih lagi menunggu jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri terhadap jawatan Timbalan Pegawai Pelajaran di Daerah Temerloh dan di dalam daerah-daerah lain di dalam negeri Pahang ini. Tolong saya Yang Berhormat, bantu saya. Banyak kali sudah mereka ini datang berjumpa dengan saya. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin terus menyentuh kepada Butiran 03501 - Ubah Suai Naik Taraf Rendah. Di kawasan Parlimen Mambong terdapat 87 buah sekolah rendah. Sebanyak 32 daripada bilangan itu adalah sekolah mubaligh dan sembilan buah adalah sekolah SJK(C). Sekolah mubaligh, keadaannya memang banyak sekolah ini sudah uzur. Lapan buah sekolah memang teruk sekali. Pada tahun 2003, pegawai daripada kementerian sudah pun melawat di beberapa buah sekolah mubaligh di kawasan saya dan mereka memang akui bahawa sekolah- sekolah tersebut memang tidak sesuai untuk pembelajaran anak-anak kita. Oleh itu, saya mohon kementerian untuk mengagihkan peruntukan untuk lapan buah sekolah ini terutama ialah SK St. Patrick Semedang yang setiap tahun terkena banjir. Mereka ingin berpindah, ada tanah pun dan saya telah pun memohon peruntukan tetapi tidak ada peruntukan sampai hari ini. Kedua adalah St. Dunstan Maang. Ini juga sekolah yang amat teruk dan bangunannya memang sudah uzur. Semalam saya merasmikan upacara pecah tanah di SJK(C) Chung Hwa Seburan. Pengerusi Lembaga Sekolah mengatakan bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri telah pun berjanji untuk mengagihkan peruntukan kepada sekolah ini agar satu blok baru dapat dibina. Dengar ini, SJK(C) Chung Hwa Seburan. Jadi memang mereka sudah mengharap agar peruntukan akan diberi kepada sekolah ini. Saya merujuk kepada Butiran 03502 - Ubah Suai Naik Taraf Menengah. Terdapat lima buah sekolah menengah di kawasan Parlimen Mambong. Namun, yang paling tertua ialah SMK Tun Abdul Razak. Nama memang elok, nama atas Perdana Menteri kita yang kedua. Dua blok asrama sekolah ini telah pun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan begitu juga satu blok bilik darjah. Namun, di dalam Rancangan Malaysia Kelapan ia tidak dibina dan kementerian berjanji akan membina blok-blok tersebut dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Hingga sekarang belum lagi dibina. Ini bukannya sekolah mubaligh, bukannya sekolah SJK(C) tetapi sekolah menengah kerajaan. Bolehkah kementerian Yang Berhormat melihat perkara ini dan hantarlah pegawai untuk melihat dengan sendiri bagaimanakah keadaan sekolah menengah kerajaan ini yang tertua di kawasan saya dibina pada tahun 1956 oleh Colombo Plan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Ini harapan sayalah, tiada ciri-ciri diskriminasi apabila memanggil Ahli Parlimen...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Better do not say that.

Ya, saya sanggup untuk dipanggil diberi disiplin.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, yang di belakang pun bangun pada masa yang sama dengan Yang Berhormat. You do not see from here. Tidak perlu buat macam itu Yang Berhormat, okey?

Kalau begitu Yang Berhormat, saya ingin merekodkan di sini, saya harap ini tidak akan berlaku.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Just because... Jangan disebutkan Yang Berhormat tidak dapat peluang, menuduh Tuan Pengerusi itu...

Tidak, ini bukan menuduh. Saya harap sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh, tidak perlu cakap macam itu Yang Berhormat.

Ya. Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Ingin saya mengambil bahagian dalam perbahasan bagi Maksud P.41 dan tiga Butiran 03501 - Ubah Suai Naik Taraf Rendah, Butiran 03502 - Ubah Suai Naik Taraf Menengah dan Butiran 06000 - Pembaikan/Penyelenggaraan Sekolah dan Kemudahan Sekolah. Terlebih dahulu saya ingin merekodkan terima kasih kepada pihak kementerian kerana saya difahamkan telah meluluskan satu peruntukan yang memadai untuk Sekolah SJK(C) Hwa Shiong di Putatan. Terima kasih. Saya harap cek itu akan dapat disalurkan dengan seberapa yang segera kerana bangunan yang telah didirikan oleh lembaga sekolah itu sudah pun didirikan dan belum ada kelengkapan alat-alat sekolah. Satu kali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak kementerian. Ingin saya menarik butiran yang seterusnya iaitu SK Tembovo di kawasan saya. Satu lagi SK Tan Sow ada masalah yang sama, serupa yang mana pada setiap kali hujan memang padangnya banjir dan jalan masuk ke sekolah itu memang pada setiap kali banjir apabila sahaja hujan. Jadi di sini saya sudah pun berhujah menimbulkan perkara yang sama pada tiap-tiap persidangan dan saya harap dengan peruntukan yang begitu banyak dapatlah pihak kementerian mengagihkan sebarang peruntukan untuk mengatasi masalah banjir dan parit yang selalunya dibuat aduan. Saya menerima aduan dari pihak guru-guru, pihak ibu bapa dan saya harap dengan perbahasan saya pada petang ini dapat menyelesaikan masalah ini once and for all, kerana pada hari Jumaat minggu hadapan saya akan hadir Mesyuarat PIBG SK Tembovo dan SK Pulau Gaya. Di Pulau Gaya - SK Pulau Gaya itu memang selalu bermasalah kerana ia didirikan di atas paras laut. Apabila sahaja ada air pasang yang tinggi, maka sampailah ombak air lautnya ke bilik-bilik darjah, bilik-bilik komputer dan sebagainya. Ini saya sudah timbulkan beberapa kali dan kemudahan padang juga tidak wujud, tidak ada. Apabila murid-murid itu berhimpun, mereka hanya dapat berhimpun sekiranya tiada air pasang. Jadi saya telah pun membawa perkara ini dari tahun ke tahun dan saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi satu kawasan seluas satu ekar setengah untuk padang permainan, kerana kalau kita ingin menggalakkan taraf sukan negara kita, maka inilah masalah yang besar kerana apabila sahaja sukan sekolah itu dianjurkan, maka dianjurkan di tanah basah. Bayangkan, Yang Berhormat, murid-murid terpaksa naik perahu dan ini memerlukan perbelanjaan yang besar kepada tanah yang besar. Jadi pihak Yang Berhormat Menteri, saya betul-betul memohon kalau pihak kementerian dapat membeli satu bidang tanah untuk dijadikan padang permainan sekolah. Inilah permintaan akhir saya. Saya tidak mahu sebut lagi perkara ini pada persidangan- persidangan yang akan datang kerana Hansard yang akan direkodkan pada hari ini saya hantar kepada PIBG dan guru-guru besar sekolah ini. Ini paling akhir saya membawa perkara ini. Saya harap dengan peruntukan yang begitu banyak dapat menyelesaikan masalah yang mungkin tidak begitu menelan belanja yang besar. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, ringkas sahaja, ada tiga perkara sahaja saya hendak timbulkan. Yang pertama sekali saya ucap terima kasihlah kepada Kementerian Pelajaran kerana telah memberi segala keperluan di daerah saya. Cuma ada beberapa perkara yang perlu dibaikilah.

Yang pertama sekali Sekolah Menengah Batu 8, Sik dalam pembinaan. Projek ini berjalan lancar. Cuma sekolah menengah saya ingat ada sekali tertangguh dan saya harapkan masalah permit pembinaan yang masih belum selesai itu dapat diselesaikan dengan pejabat daerah kerana kita takut bila sekolah itu siap nanti, susah untuk mendapat CF. Perkara kedua yang saya minta perhatian dari pihak kementerian ialah dalam melaksanakan projek-projek pembangunan di sekolah-sekolah, kita dapati Kementerian Pelajaran tidak memikirkan sangat soal kemudahan tempat bermain kepada pelajar. Kebanyakan padang permainan kalau satu masa dahulu cukup luas dan mencukupi untuk murid beriadah, hari ini kebanyakan padang permainan itu telah dibina dengan bangunan- bangunan baru sekolah menyebabkan pelajar-pelajar atau murid-murid tidak ada lagi tempat untuk bermain. Di sini saya bagi contoh, Sekolah Kebangsaan Teloi Tua, Sekolah Kebangsaan Batu 5, Sekolah Kebangsaan Chepir, saya rasa padang-padang permainan di sana hampir habis dan saya mengharapkanlah kementerian dapat memikirkan supaya padang permainan ataupun tempat permainan untuk murid-murid ini dapat dikembalikan dengan mengambil atau dengan membeli tanah-tanah di sekitar untuk dijadikan padang permainan. Yang ketiganya saya juga ingin memohon kepada Kementerian Pelajaran supaya memikirkan soal pembinaan gim ataupun dewan-dewan permainan untuk murid-murid kerana saya rasa jika ini dapat dilaksanakan, kemudahan untuk beriadah tadi akan lebih lengkap, apatah lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu hari ini selalunya program- program riadah murid selalu terganggu. Yang akhir sekali, Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak timbulkan soal pembangunan di daerah saya. Saya berbangga dengan usaha-usaha pembinaan bangunan-bangunan di kawasan saya yang saya rasa cukup indah, cantik dan lengkap tetapi apa yang saya lihat dan menjadi rungutan guru-guru ialah dalam usaha memberi kemudahan kepada murid-murid tadi, kepentingan guru kurang kita fikirkan. Bilik-bilik guru masih sesak, tidak ada kemudahan-kemudahan yang diperlukan menyebabkan guru walaupun bersemangat, tetapi kadangkala rasa seolah-olah mereka ini tidak diberi pertimbangan untuk memberi kemudahan, tempat tinggal ataupun bilik-bilik guru yang lebih selesa kepada mereka walaupun kita telah membuat banyak kemajuan dalam soal pembangunan untuk murid-murid. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik. Yang Berhormat Kapit. Kesemua empat-empat ada peluang.

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang diberi kepada saya. Saya ingin menyentuh Butiran 06000 – Pembaikan/Penyelenggaraan Sekolah dan Kemudahan Sekolah. Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian Kementerian Pelajaran ini agar memberi kemudahan kepada semua sekolah yang terletaknya di tebing sungai di kawasan pedalaman di Sarawak, kemudahan jeti. Jeti yang boleh dipakai, diguna oleh anak-anak murid yang begitu muda usia mereka di peringkat sekolah rendah supaya semasa mereka turun dan naik dari bot ke pantai, ke darat atau ke sekolah, mereka tidak terpaksa memijak lumpur.

Kadangkala di sesetengah kawasan begitu dalam sekali dan itu bukan sahaja menyukarkan mereka tetapi juga begitu berbahaya. Jadi saya nampak di sekolah-sekolah seperti itu kebanyakannya di kawasan pedalaman. Di kawasan saya di Kapit, oleh sebab kita tidak ada rangkaian jalan raya di sana, jadi sekolah-sekolah itu terletaknya kebanyakannya di tebing sungai. Tanpa kemudahan jeti yang selamat dan selesa dipakai oleh mereka, agak sukarlah dan berbahaya kepada mereka.

Jadi kalaulah kita ada program ataupun rancangan untuk kita menyediakan kemudahan seperti ini sudah tentunya kita lebih memudahkan mereka dan mungkin lebih menggalakkan mereka untuk turun ke sekolah, itu satu. Yang keduanya, perkara yang saya hendak bawa iaitu di kawasan saya ada sebuah sekolah SJK(C) Hing Hwa di Song, sekolah Cina. Jadi sekolah ini saya ingat belum dapat kemudahan kewangan untuk membelanjakan bagi membaik pulih bangunan sekolah dan sebagainya. Jadi bagi saya, sekolah ini perlu juga diberi kemudahan, geran atau bantuan kewangan supaya mereka tidak ketinggalan dari sekolah-sekolah yang lain. Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan, khususnya kepada Yang Berhormat Menteri Pelajaran bagi sekolah-sekolah mubaligh di seluruh negeri Sarawak dan termasuk di kawasan saya. Saya sebagai seorang Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah mubaligh, lapan buah sekolah methodist di kawasan saya. Jadi bagi pihak sekolah-sekolah ini saya merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada kerajaan oleh sebab apa yang telah dibagi kepada kami, sekolah-sekolah ini memang begitu bermakna sekali dan kita sedang menggunakan untuk berbagai-bagai program untuk baik pulih. Satu lagi Tuan Pengerusi, saya tidak nampak di mana butiran, tatkala saya berdiri berbahas ini saya ingin membawa satu perkara lagi iaitu bagaimana dengan rancangan ataupun strategi yang akan diambil oleh kementerian ini dalam pengambilan anak tempatan di Kapit misalnya di pedalaman Sarawak untuk mereka ini boleh masuk ke maktab perguruan secara terus dari SPM ataupun melalui KPLI. Ini kerana pada tahun lepas bulan Julai, semasa Allahyarham Timbalan Menteri, Dato’ Razali Ismail melawat ke pendalaman Sarawak di kawasan saya di Kapit, Allahyarham Dato’ telah berjanji akan memastikan atau memberi jaminan kepada penduduk-penduduk di sana agar anak-anak mereka yang layak diambil dan diberi peluang untuk masuk ke maktab. Ini kerana baru-baru ini ada kebimbangan sedikit ataupun berasa tidak berapa senang sedikit oleh penduduk-penduduk tempatan kerana bahagian Kapit iaitu termasuk kawasan Parlimen Kapit ini iaitu kawasan Hulu Rejang, beberapa sekolah hampir 500 guru terlatih dari luar. Bukan kita tidak hendak orang luar, kita memang mengalu-alukan dari mana-mana pun mereka yang berkelayakan, mereka yang terlatih, mereka yang pandai untuk mengajar masuk, itu tidak ada masalah kepada kita. Akan tetapi kebimbangan kita apakah anak-anak kita sendiri, anak tempatan, bagaimana dengan peluang mereka untuk mereka diterima masuk ke maktab, diberi peluang untuk menjawat jawatan sebagai guru nanti. Jadi saya berharaplah dengan ini saya dapat menarik perhatian kementerian ataupun sesiapa yang bertanggungjawab yang berkuasa dengan hal ini ambillah perhatian supaya kita amat-amat tidak mengecualikan kerana kita ini inclusive bukan exclusive. Jadi, jangan segelintir, sebahagian kaum kita ataupun golongan kita merasakan tidak diberi peluang bersama. Jadi sebelum saya mengakhiri, sekali lagi saya hendak menyebut sekali lagi tentang jeti ini sebab dalam masa lawatan rasmi Allahyarham Dato’ Razali Ismail pada tahun lepas bulan Julai, beliau sendiri dengan beberapa orang pegawai kanan kementerian dan jabatan juga, kami bersama dengan bot pergi ke beberapa buah sekolah di tebing sungai itu, terpaksa juga turun masuk lumpur baru dapat naik ke tangga sekolah. Jadi di situ juga disebut masa itu, sepatutnya sekolah-sekolah ini diberi kemudahan seperti jeti ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 03502 - Ubahsuai Naik Taraf Menengah. Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian kepada sebuah sekolah di kawasan saya yang bernama Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang. Sekolah ini mempunyai satu blok bilik darjah yang bertingkat empat tetapi telah diisytiharkan sebagai bangunan berbahaya dan kini telah dikosongkan selama satu tahun. Jadi cadangan untuk bina semula telah dipersetujui. Tender sudah dipanggil oleh JKR pada 28 Februari 2008 dan ditutup pada 27 Mac 2008. Kos pembinaannya adalah sejumlah RM1.98 juta tetapi sehingga hari ini sudah hampir satu tahun.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Akan tetapi tidak ada pembinaan dijalankan dan memang kami difahamkan oleh pihak PPD bahawa kementerian mempunyai masalah kekangan kewangan. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian sama ada kos pembinaan ini termasuk di dalam perkiraan ini. Sama juga dengan sebuah sekolah menengah baru yang diluluskan oleh kementerian di kawasan Machap iaitu SMK Machap yang memerlukan kos pembinaan RM1.283 juta. Ini adalah sebab pada tahun lepas Yang Berhormat Menteri pernah memaklumkan bahawa pembinaan tidak dapat dimulakan, sama juga kerana masalah bajet. Jadi saya hendak tahu sama ada ia dimasukkan di dalam butiran yang sama. Itu sahaja Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 03501 – Ubahsuai Naik Taraf Rendah, peruntukan tambahan sebanyak RM795 juta untuk projek-projek mengubahsuai naik taraf sekolah rendah. Saya telah pun difahamkan bahawa pada awal tahun 2008, dua buah sekolah yang akan dinaiktarafkan iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Layang-Layangan dan juga SK Sungai Ladak telah pun di tender pada awal 2008 tetapi sampai saat ini belum ada keputusan lagi sama ada sekolah tersebut akan tetap dibangunkan pada Rancangan Malaysia Kesembilan ataupun sebaliknya. Saya berharap agar dengan adanya peruntukan tambahan yang begitu banyak diharapkan sekolah ini dapat dibangunkan sesegera mungkin kerana sudah terlalu daif. Ini kerana sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang lain di Labuan telah pun dinaiktarafkan. Yang kedua iaitu mengenai sekolah jenis kebangsaan cina. Terdapat dua buah sekolah jenis kebangsaan Cina di Labuan iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Chi Wen dan Chong Hwa. Jadi, kedua-dua sekolah ini sebenarnya memang selama ini saya rasa kurang mendapat peruntukan daripada kerajaan. Saya berharap memandangkan peruntukan rangsangan yang telah pun diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang lalu termasuk sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan juga Sekolah-sekolah mission. Jadi diharapkan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina yang dua buah di Labuan ini dapat dipertimbangkan untuk pembangunan dan juga prasarana-prasarana yang lain seperti mana sekolah-sekolah jenis kebangsaan di Labuan.

Ketiga iaitu salah sebuah sekolah mission di Labuan iaitu Sekolah St. Anne yang mana kedudukan ataupun keadaan sekolah ini begitu daif sekali sehinggakan istilahnya walaupun Labuan sudah 25 tahun jadi wilayah masih berdinding papan. Jadi, diharapkan dengan adanya peruntukan rangsangan supaya sekolah tersebut dapat di perhati dan dipertimbangkan untuk pembangunannya kerana Sekolah St. Anne ini biasanya memberikan result yang bagus setiap tahun dengan kebanyakannya dia jadi juara di Labuan. Jadi, atas kehebatan sekolah tersebut diharapkan kementerian dapat mempertimbangkan untuk pembangunan Sekolah St. Anne ini. Seterusnya adalah Butiran 05100 iaitu mengenai perabot dan peralatan sekolah. Untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan saya rasa saya tidak akan mempertikaikan lagi. Hampir semua perabot telah pun diberikan kecuali dua buah sekolah yang belum dinaiktarafkan. Akan tetapi dengan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah mission tersebut, saya rasa perabot yang ada di sekolah terutamanya di Sekolah Mission St. Anne terlalu usang sehinggakan Guru Besarnya sendiri masih menggunakan kerusi plastik untuk duduk. Jadi bayangkan sekolah-sekolah di sekolah rendah jenis kebangsaan telah pun mempunyai kerusi goyang yang enak dan empuk tetapi sekolah yang ada ini, Sekolah Jenis Kebangsaan St. Anne masih terlalu daif sedangkan sekolah ini melahirkan cerdik pandai. Biasanya untuk UPSR mereka mengeluarkan keputusan pelajar yang lulus 5A jauh lebih baik berbanding dengan sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang dibantu penuh.

Jadi sebagai Ahli Parlimen Labuan saya mengharapkan dapat dipertimbangkan permohonan ini supaya tidak ada perbezaan antara sekolah jenis kebangsaan dan juga sekolah-sekolah mission serta sekolah jenis kebangsaan Cina. Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 03501 – Ubahsuai, Naik Taraf Rendah. Peruntukan berjumlah RM795 juta ini yang dikehendaki untuk membiayai projek-projek mengubahsuai dan menaik taraf. Saya ingin maklumkan kepada pihak kementerian supaya mengambil perhatian iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Sin Hua di Jalan Tunku dalam Parlimen Silam supaya diberikan peruntukan untuk ubahsuai terutamanya ada beberapa buah blok bangunan di sekolah tersebut yang telah uzur dan tidak boleh dipakai oleh murid-murid sekolah. Baru-baru ini ketika banjir melanda kawasan daerah Tunku, sekolah tersebut merupakan yang teruk dilanda banjir. Saya berharap kerja mengubahsuai dan membaik pulih terutamanya dari segi kelas dan pagar sekolah tersebut supaya dapat disegerakan sebab saya difahamkan oleh pihak pengurusan Lembaga Sekolah SRJK Sin Hua bahawa sekolah tersebut sudah mengemukakan banyak kali permohonan kepada pihak jabatan di peringkat kawasan dan negeri tetapi belum ada tindakan. Saya berharap sangat kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya dapat mengarahkan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah mengambil tindakan sewajarnya. Sebenarnya saya beruntung sebab Pengarah Pelajaran Negeri Sabah ini berasal daripada kawasan saya dan saya berharap supaya beliau dapat mengambil tindakan sewajarnya. Seterusnya Butiran 03502 – Sekolah Menengah Teknik yang berada di jalan antara Lahad Datu dan Kinabatangan. Saya sendiri melihat bangunan flat guru telah pun lebih kurang hampir sepuluh tahun. Walaupun sebelum saya bergelar Ahli Parlimen ini saya difahamkan bahawa peruntukan telah pun ada tetapi sehingga ke hari ini saya berharap dalam peruntukan berjumlah RM32 juta ini supaya dapat diperuntukkan untuk membaik pulih dan menggantikan bangunan yang telah uzur tersebut. Saya juga berharap supaya prasarana di sekolah menengah teknik dalam daerah Lahad Datu ini dapat dinaiktarafkan sebab dari segi prestasinya memang baik. Dengan itu saya berharap pihak kementerian mengambil perhatian serius dalam perkara ini sebab kita tidak mahu dan saya sendiri sangat berminat tentang melahirkan modal insan ini yang sememangnya tidak lain dan tidak bukan kita tahu datangnya daripada sekolah. Jadi, sejak sekarang ini pun kita melihat bagaimana peranan sekolah-sekolah teknik ini perlu diambil perhatian. Jadi, saya menyuarakan perkara ini untuk membolehkan pelajar-pelajar di kawasan Parlimen saya mendapat pendidikan yang terbaik sama seperti mana di kawasan- kawasan yang berhampiran dengan bandar. Kemudian saya ingin merujuk kepada Butiran 05100 – Perabot dan Peralatan Sekolah. Saya berharap pihak kementerian supaya dapat mengarah dan bertanya kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah kenapa beberapa buah sekolah di daerah Lahad Datu, sebagai contohnya di SK Lahad Datu 4 yang saya difahamkan oleh salah seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang datang kepada saya untuk meminta bantuan kerusi untuk dihantar ke sekolah tersebut yang kekurangan lebih kurang 1,000 buah kerusi. Jadi, bukan kita tidak ingin, saya pun sebenarnya ada memberi janji dan insya-Allah akan mengusahakan untuk memberi sedikit kemudahan. Akan tetapi pada masa yang sama saya berharap dengan peruntukan yang diperuntukkan ini supaya dapat diambil kira juga Sekolah Lahad Datu 4 di Lahad Datu untuk diberikan perabot dan peralatan yang bersesuaian. Sehubungan dengan itu juga, untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri saya ingin maklumkan iaitu sekolah kebangsaan yang tertua di kawasan Parlimen saya, SK Pekan, Lahad Datu yang kemudahan dari segi berhubung dengan Butiran 06000 – Pembaikan dan Penyelenggaraan. Walaupun SK Pekan merupakan sekolah yang tertua di kawasan Parlimen Silam terutamanya di daerah Lahad Datu tetapi malangnya sekolah tersebut tidak ada mempunyai kemudahan seperti dewan. Maka terpaksa menyewa kalau ada hari penganugerahan dan sebagainya iaitu aktiviti yang diadakan terpaksa meminjam dewan di kawasan bandar.

Istimewanya sekolah tersebut, sekolah kebangsaan yang berada di kawasan bandar yang kalau kita tidak ambil perhatian ini seolah-olah menggambarkan bahawa tidak ada keprihatinan daripada pihak kementerian dan pengurusan di peringkat jabatan. Walaupun boleh dikatakan di hadapan mata sendiri tetapi malang sekali perhatian ini tidak diambil berat oleh pihak pengurusan jabatan di peringkat daerah. Saya berharaplah supaya pihak kementerian mengambil perhatian berat dalam perkara ini terutamanya dari segi pegawai pembangunan di Jabatan Pelajaran di daerah Lahad Datu. Saya berharap pihak kementerian supaya dapat meninjau dan memeriksa sebab kita tidak mahu. Saya sebenarnya tidak suka untuk menghantar kompelin dan sebagainya tetapi oleh sebab masalah birokrasi dan kita tahu bahawa pegawai pembangunannya di Jabatan Pelajaran daerah Lahad Datu memang ada hubungan kait, ada hubungan pertalian saudara dengan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Jadi, kita mahu pembangunan ini supaya dapat menyeluruh dan tidak ada dari segi pilih kasih. Maka saya berharap kepada pihak kementerian supaya dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memperbaiki dari segi prasarana yang terdapat di sekolah-sekolah terutamanya di SK Pekan, Lahad Datu. Saya juga ingin membangkitkan di sini supaya pihak kementerian memberi bantuan kepada sekolah mission yang tertua di kawasan Parlimen Silam, SRJK St. Dominic dan SMK St. Dominic yang terletak dekat dengan bandar juga supaya prasarana yang ada di sekolah tersebut dapat dinaiktarafkan dan diberi bantuan. Kita melihat dari segi peranan sekolah tersebut juga memang kita tahu antara sekolah yang terawal diwujudkan di kawasan saya dan memang ramai telah melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang termasuk Tan Sri Ghani Patail, dia graduate daripada sekolah tersebut dan banyak lagi pemimpin.

Jadi, saya berharap supaya pihak kementerian juga mengambil perhatian yang serius dalam perkara ini untuk sama-sama kita melihat bagaimana kemudahan-kemudahan ini dapat diperbaiki. Berhubung dengan Butiran 06000 ini saya berharap supaya pihak kementerian mengambil perhatian untuk rumah-rumah guru di SK Tambisan di daerah Tungku walaupun kita tahu bahawa sekolah tersebut jauh daripada kawasan pentadbiran jabatan, tetapi saya sangat berharap sebab saya ada melawat beberapa kali ke SK Tambisan dan sungguh sedih apabila saya dapati bahawa guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut terpaksa menumpang tinggal di kuarters Jabatan Kesihatan. Saya berharap supaya pihak kementerian dapat mengambil perhatian serius dalam perkara ini sebab tidak ada gunanya kita ada perancangan yang terbaik kalau guru- guru itu sendiri kebajikannya kita tidak ambil kira sebab mereka ini menjadi penentu dan kita tahu kawasan luar bandar ini memang pada sesetengah pihak ada sesuatu yang tidak menarik sebab kemudahan asas pun kurang. Jadi untuk membolehkan mereka berasa selesa dan mahu tinggal di situ, maka saya berharap pihak kementerian supaya dapat kekerapan para pegawai di setiap daerah itu...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Untuk turun ke bawah bagi memastikan dari segi pelaksanaan dan tempat yang betul-betul ingin dimajukan, jangan sampai ada beberapa buah sekolah yang telah pun diberi peruntukan, dia bagi lagi peruntukan. Banyak lagi tempat lain. Jadi saya berharap supaya pemantauan daripada pihak kementerian dan jabatan itu dapat diperbaiki untuk kebaikan bersama, terima kasih Tuan Pengerusi.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran · Ayer Hitam

Tuan Pengerusi, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada 14 Ahli Parlimen Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pelbagai isu. Ingin saya memberi respons kepada apa yang telah dihujahkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran · Ayer Hitam

Yang pertama Yang Berhormat Bintulu telah menyebut kes secara spesifik iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kuching High School. Ini merupakan satu perkara yang pernah dibawa ke Dewan yang mulia ini. Ingin saya memberi sedikit penerangan dan ini sekali gus menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu dan juga Yang Berhormat Bandar Kuching. Memang benar pada awal November, kementerian pada masa itu setelah satu usaha dibuat oleh Yang Berhormat Bintulu untuk mengaturkan LPS, Lembaga Pengelola Sekolah untuk datang ke Parlimen berjumpa dengan wakil-wakil kementerian. Kita telah duduk semeja berbincang tentang masalah mereka dan pada ketika itu masalah yang telah dihuraikan dengan panjang lebar telah didengar dan selepas itu kita telah membawa cadangan atau permintaan yang dikehendaki oleh sekolah ini kepada pihak pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkara ini juga diambil tindakan oleh TSU Pembangunan yang mana beliau sendiri telah mencadangkan mengikut apa yang diperlukan pada masa itu kos asal untuk membina semula makmal sains dan juga bangunan tersebut adalah dianggarkan RM3.4 juta ringgit dan mereka memerlukan bantuan daripada kita iaitu RM1.4 juta. Perakuan telah dibuat oleh TKSU Pembangunan ketika itu kepada pejabat menteri dan itu berlaku pada awal November atas inisiatif Yang Berhormat Bintulu. Maka sebab itulah Yang Berhormat Bintulu katakan beliau telah berbincang dan membawa kepada kementerian tentang perkara ini. Namun malangnya apa yang berlaku sebelum keputusan dapat dimuktamadkan ataupun kelulusan secara rasmi oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran ianya berlaku satu kebakaran di sekolah tersebut yang dahulunya sebahagian daripada bangunan itu telah rosak kerana kebakaran dan kini pula keseluruhan blok itu hangus dan rentung. Jadi sebab itulah pegawai khas Yang Berhormat Menteri telah dihantar ke Bandar Kuching untuk meninjau Kuching High School apa yang diperlukan. Dalam tempoh sebulan lebih, mereka telah membuat satu pelan bangunan dan pindaan ini adalah berdasarkan kepada apa yang telah dicadangkan sebelum ini dan mengambil kira bahagian-bahagian yang telah rosak apabila berlakunya kebakaran. Maka kosnya telah dipertingkatkan kepada RM5.6 juta. Saya dapat hafal apa yang dikehendaki. Selepas itu mereka telah menghantar permohonannya kedua kepada kami dan sebelum Januari iaitu sebelum memulakan sesi persekolahan, Yang Berhormat Menteri telah memberi RM300 ribu untuk membuat persiapan sementara sekurang-kurang bilik guru atau bilik yang diperlukan dapat disediakan supaya ia tidak membantutkan PNP di sekolah itu. Selepas itu proses permohonan dikemukakan semula kepada Pejabat Menteri dan pada 12 Februari ketika satu majlis yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di Kuching, sekali lagi Lembaga Pengelola Sekolah tersebut telah mempelawa saya sendiri bersama dengan Yang Berhormat Bintulu kita pergi sama-sama tengok dan lebih kurang pada 27 hari bulan sebelum saya pergi ke Sibu untuk mengadakan mesyuarat dengan semua LPS di Sarawak dan saya sendiri telah berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Pelajaran pada masa itu. Dalam masa tidak lebih daripada 10 minit, Yang Berhormat Menteri telah minta KSU untuk mengambil tindakan sewajarnya. Apa yang diminta RM5.6 juta separuh dan kami sedang mengadakan rundingan dengan LPS tersebut dan apa yang diminta adalah RM2.8 juta dan kita melihat kekangan yang ada dan telah berbincang dan akhirnya persetujuan yang telah dicapai adalah dalam lingkungan RM2 juta. Itu pada asalnya RM1.4 juta seperti mana yang kita hendak bagi, tetapi disebabkan kebakaran maka tidak dapat kita lakukan. Saya ingin memberitahu perkara ini supaya jangan ada perkara yang tidak diingini kerana tidak ada pembohongan dalam soal ini dan malang tidak berbau. Kita tidak tahu bila akan berlaku kebakaran dan sebab itulah beberapa kali kita mengadakan mesyuarat akhirnya kita mencapai kata sepakat dan saya yakin dalam tempoh terdekat iaitu mungkin dalam tempoh sebulan ini kita akan menamatkan dan kita akan memberi lebih daripada apa yang dicadangkan pada asal sekurang-kurangnya RM1.4 dan apa yang diminta RM2.8 mungkin tidak sampai dan kita akan mencari angka perantara antara dua ini dan biarlah Yang Berhormat Menteri akan mengumumkan perkara ini.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran · Ayer Hitam

Saya yakin dan memberi jaminan duit itu akan sampai kepada LPS dan saya yakin LPS selama ini telah memainkan peranan yang begitu baik untuk membangunkan infrastruktur sekolah tersebut. Jadi saya berharap penjelasan ini dapat memberikan gambaran yang secukupnya kepada Yang Berhormat Bandar Kuching kerana tidak timbullah Yang Berhormat Bintulu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan. Yang kedua apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu tentang peruntukan yang telah diberikan kepada SJK(C) dan sekolah mubaligh. Ingin saya mengesahkan bahawa satu majlis telah diadakan pada 15 Januari penyerahan sekolah kepada SJK(C) dan semua SJK(C) yang berstatus sekolah bantuan kerajaan dan baik untuk fasa yang pertama pada Januari atau fasa yang kedua iaitu baru-baru ini diumumkan dan kedua-dua fasa ini pada peringkat ini kita telah meluluskan peruntukan hampir RM50 juta kepada 489 buah SJK(C) dan kesemuanya seperti mana yang diisytiharkan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ianya terus disalurkan kepada LPS yang dilaksanakan sepenuhnya. Kita meminta laporan bulanan tentang status kerja, laporan kerja yang berlaku di tapak dan saya yakin inilah salah satu kaedah pengupayaan LPS seperti mana yang telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Mengenai sedikit masalah tentang work order yang telah dikeluarkan dan Yang Berhormat mengatakan ianya bercanggah dengan arahan daripada Yang Amat Berhormat dan ingin saya mengatakan bahawa konsep pengupayaan LPS itu merupakan satu keputusan kerajaan. Jadi sekiranya LPS ingin melakukan kerja atau melaksanakan kerja itu kita tidak adalah dan malahan kita galakkan supaya mereka menjalankan kerja.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran · Ayer Hitam

Akan tetapi sekiranya LPS di kawasan-kawasan yang memang sukar di mana mereka tidak berkemampuan untuk melakukannya ialah perkara ini boleh kita rujuk balik kepada jabatan dan kita akan membantu mereka melaksanakan projek. Maka perkara ini akan saya siasat dan saya akan pantau kerana keputusan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat yang telah diumumkan pada 12 Februari yang dihadiri oleh hampir semua Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak turut akan dipatuhi oleh semua pihak. Apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu mengenai KWAMP, ingin saya menyatakan bahawa pada tahun ini kita telah memulakan satu konsep di mana kalau kita melihat peruntukan pada tahun ini lebih kurang RM400 juta dibelanjakan untuk tujuan KWAMP yang merupakan satu pemberian secara terus untuk membantu pelajar-pelajar miskin dan saya masih ingat beberapa bulan yang lalu ada Ahli Parlimen dari Pembangkang yang mengatakan banyak masalah keciciran di mana ketirisan yang berlaku mungkin ada yang ditandatangani oleh pegawai tertentu dan tidak melihat latar belakang. Maka pada tahun ini kita hendak memastikan supaya tidak ada pembaziran. Maka kita telah melakukan satu kaedah di mana kita berpandukan kepada data-data yang ada pada e-Kasih. e-Kasih ini merupakan satu projek proses pendaftaran dan bagi mereka yang mendapat pendapatan yang tidak lebih daripada RM720 satu keluarga mereka akan mendaftar dengan e-Kasih dan kita akan mengguna pakai data yang ada pada e-Kasih dan kita berikan bantuan kepada mereka yang bersekolah dalam sistem persekolahan kita. Jadi itu adalah pelaksanaan pada tahun ini dan memang apa Yang Berhormat katakan itu mungkin di antara secara perbandingan dahulu ada 200 orang dapat dan kini lapan orang. Saya minta Yang Berhormat sekiranya ada kes-kes spesifik saya menganggapkan mungkin ada yang tidak sempat didaftarkan di bawah e-Kasih dan saya pernah menjawab soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja dan kita tidak ada masalah untuk membantu mereka dan kita tidak melihat fahaman politik. Dakwaan Yang Berhormat yang mengatakan hanya pemimpin UMNO sahaja yang boleh menandatangani, ingin saya menjelaskan bahawa borang itu tidak ada satu ruang untuk membenarkan sesiapa ahli politik ataupun ketua cawangan untuk menandatangani. Maka itu adalah sesuatu yang saya anggap mengarut. Saya tidak tahu borang apa yang digunakan dan apa yang kementerian tahu tidak ada borang ini.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran · Ayer Hitam

Pendaftaran dibuat secara profesional berpandukan mereka yang betul-betul miskin untuk menghindar ketirisan. Itulah yang telah dilakukan oleh kementerian ini dan apa yang dikatakan cop terbalik itu pertama kali saya dengar. Memang saya tidak tahulah siapa yang mencipta cerita ini. Kalau ada pun itu memang kelentong, tipu itu. Yang Berhormat Hulu Terengganu ada menyebut tentang penyediaan kuarters guru yang tidak sesuai dan tidak kena pada tempat dan ini merupakan satu pembaziran. Yang Berhormat, kita menerima baik pandangan Yang Berhormat sebagai bekas PPD dan perkara ini pun kita sudah tambah baik kerana dahulunya memang berlaku di Sungai Petani kita membina kuarters rumah guru tetapi akhirnya cikgu kita tak hendak duduk di sana sepertimana Yang Berhormat Sungai Petani pernah hujahkan di Dewan yang mulia ini. Jadi sekarang kita gunakan itu sebagai penginapan kepada pelatih-pelatih untuk menjalankan latihan bagi IPG (Institut Perguruan Pendidikan Guru) dan saya rasa kita tidak membazir kerana kemudahan itu boleh digunakan untuk tujuan latihan dan adakah kementerian bercadang untuk menjual kuarters kerana menarik dan jawapan saya tidak. Oleh kerana itu satu kemudahan yang diberikan kepada kementerian dan kita bukan untuk mencari keuntungan. Apa yang penting adalah untuk kita membekalkan atau memberikan penginapan dan kita ada banyak siri latihan kepada guru-guru kita. Jadi pendek kata memang tidak membazir. Padang permainan, usaha menaik taraf. Itu satu cadangan yang baik. Ingin saya memberi satu gambaran kepada Yang Berhormat. Kementerian sentiasa peka tentang padang permainan tetapi disebabkan kita tahu di banyak tempat apabila berlakunya pembangunan yang begitu rancak maka keperluan untuk membina bilik darjah itu merupakan satu perkara yang wajib. Oleh kerana kita perlu membina bilik darjah dan pada waktu yang sama kalau kita hendak menggunakan wang kita membayar pampasan untuk kita mengambil balik tanah bersebelahan saya rasa itu mungkin satu kaedah yang akan membelanjakan wang yang banyak. Maka disebabkan oleh kekangan kewangan mungkin kita tidak boleh menggunakan kaedah PBT ini. Setiap kali kalau kita gunakan satu padang itu untuk kita bina satu blok tambahan. Jadi kalaulah keadaan ekonomi mengizinkan maka kita tetap akan mengutamakan tempat-tempat permainan untuk pelajar-pelajar kita. Yang Berhormat Tenggara telah menyebut tentang SJK(T) dan terdapat tiga buah SJK(T) untuk dinaiktarafkan keadaan yang daif dan saya rasa Yang Berhormat Kuala Krau dengan Yang Berhormat Tenggara ialah dua orang Ahli Yang Berhormat yang sentiasa saya puji walaupun di luar Dewan kerana mereka sentiasa memperjuangkan nasib SJK(T) walaupun mereka bukan pemimpin MIC dan inilah pemimpin yang berjiwa Malaysia dan saya rasa ini adalah satu perkara yang kita sama-sama prihatin. Sebab itulah di bawah pakej rangsangan ekonomi pertama RM50 juta telah diperuntukkan yang mana RM45 juta itu untuk tujuan menaik taraf dan RM5 juta itu untuk pembelian perabot. Oleh kerana tidak ada penubuhan LPS bagi SJK(T) maka kita tidak boleh bagi kepada sesiapa ataupun guru besar untuk melaksanakan dan kita serahkan kerja ini kepada JKR untuk melaksanakan. Maka saya rasa mungkin dari segi kelewatan untuk kita sampaikan maklumat kepada Yang Berhormat disebabkan pelaksanaan itu akan dilakukan oleh JKR manakala perolehan perabot itu akan dibuat oleh kementerian kita ataupun melalui JPN. Yang Berhormat Tenggara ada menyebut tentang kualiti kerusi dan meja. Itu satu perkara yang sentiasa diperhatikan oleh Yang Berhormat, satu pengamatan yang baik. Sebenarnya, kementerian pada minggu hadapan akan mengadakan satu bengkel untuk kita menentukan spesifikasi apa yang dimaksudkan dengan kerusi meja dan kita akan gunakan beberapa specs termasuklah yang pertama, satu kerusi meja yang diperbuat daripada kayu, yang kedua plastik dan ketiga kerusi secara campuran di mana digunakan chipboard dan bahan-bahan lain dan terpulanglah kepada pengguna atau pihak sekolah hendak memilih apa yang diperlukan. Maka dalam konteks ini kita akan mengkategorikan pembekal dan kita tidak membenarkan sewenang-wenangnya untuk pembekal menentukan kualiti. Kalau mereka memaksimumkan keuntungan maka kementerian tidak teragak-agak akan mengambil tindakan terhadap mereka.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran · Ayer Hitam

Yang Berhormat Kota Raja menyebut juga tiga buah SJK(T) yang serba daif. Seperti mana yang diminta saya akan buat secara bertulis kerana senarai SJK(T) ini sedang dimuktamadkan dan telah diserahkan kepada JKR dan kita hendak lihat adakah skop yang telah dicadangkan kepada kita sebab kita ada satu unit SJK(T) di bawah Jawatankuasa Kabinet Masalah-masalah Orang India atau masyarakat India di Malaysia dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Maka unit tersebut telah mengemukakan senarai lengkap kepada JKR. Maka selepas itu akan saya berikan kepada Yang Berhormat Kota Raja tentang senarai yang diminta.

Mohon penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ucap terima kasih di atas kelulusan peruntukan tersebut. Mohon dimasukkan kedua-dua buah sekolah tersebut. Cuma satu lagi masalah, bagaimanakah tentang jalan-jalan yang menghala ke sekolah tersebut. Adakah perbincangan-perbincangan diadakan dengan tuan punya ladang-ladang di dalam negara kita ini dan tanggungjawab sosial bagi syarikat gergasi besar ini.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya di bawah Jawatankuasa Kabinet kita juga mempelawa Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk sama-sama bantu sekolah Tamil kerana kita sedar kebanyakan, tidak silap saya 324 buah sekolah itu terletak di ladang untuk SJK(T). Maka kita perlukan bantuan termasuk akses untuk masuk ke sekolah tersebut dan mengenai status tanah juga adalah kebanyakannya dimiliki estet. Maka kita sedang mengadakan satu kaedah pemantapan untuk mendapatkan bantuan mereka. Jadi apabila mereka rela untuk menjadikan jalan itu, akses itu untuk orang awam maka tidak ada masalah untuk kita membantu. Maka saya rasa di bawah mini bajet ini ada peruntukan tambahan perkara itu akan diteliti dengan lebih terperinci lagi.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Yang Berhormat Bandar Kuching, selain daripada membangkitkan isu Kuching High School, ingin saya mengatakan bahawa Yang Berhormat juga menyebut SMK Bandar Kuching pertama yang terbakar akibat daripada kebakaran pada Mei 2007. Pihak KPM pada ketika itu telah membina satu blok bangunan sementara yang mengandungi enam bilik darjah bagi memastikan proses P&P dapat diteruskan seperti biasa. Bangunan tersebut juga telah siap dibina pada awal bulan Ogos 2007 dan telah digunakan oleh pihak sekolah. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, oleh kerana Yang Berhormat dua jam yang lalu telah memaklumkan perkara ini kepada saya dan saya juga berbincang dengan pegawai-pegawai pembangunan. Saya minta Yang Berhormat mungkin kemukakan secara spesifik atau pihak sekolah itu kemukakan kepada kita apa yang perlu dibuat kerana kita kerana melihat dan kita perlu realistik. Dalam keadaan ekonomi yang gawat sekarang, apa yang kita boleh bantu? Kalau untuk kegunaan makmal, dari segi langkah-langkah kawalan dan penggunaan makmal itu mungkin kita boleh bantu dan setakat mana yang boleh kita bantu akan kita runding bersama dengan pihak lembaga pengelola sekolah. Yang Berhormat Kuala Krau juga menyebut beberapa perkara tentang sekolah berasrama penuh di Kuala Krau. PA sistemnya rosak. Sebenarnya, peruntukan itu telah kita turunkan kepada JPN. Saya akan minta JPN Pahang untuk melihat perkara ini kerana saya tahu Yang Berhormat pernah mendapat jawapan yang serupa juga. Oleh kerana ini kali kedua Yang Berhormat membangkitkan perkara ini, saya minta semua pegawai saya mengambil catatan dan saya hendak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan apa yang susah sangat untuk memperbaiki PA sistem itu sampai Yang Berhormat yang kita kasihi ini terpaksa berteriak di dalam dewan itu. Mungkin satu perkara yang baik dan ia dibawa ke sini dan kita akan minta untuk memastikan tindakan susulan diambil. Satu perkara lagi Yang Berhormat tanya tentang SMK Jengka 16 mohon dewan dan surau. Sebenarnya Yang Berhormat, saya akan membawa pesanan Yang Berhormat ini kepada Yang Berhormat Menteri yang kini sedang mengikuti rombongan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Brunei untuk lawatan rasmi.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Jadi, saya akan membawa perkara ini kepada Yang Berhormat Menteri dan untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya bukan sahaja untuk dewan yang dipohon oleh Yang Berhormat. Semua dewan yang saya tahu ramai Ahli Yang Berhormat memohon dewan. Kita bekukan sementara kerana keutamaan kita adalah bilik darjah kerana bilik darjah ini ada hubung kait dengan P&P dan kita hendak memastikan supaya ia tidak terjejas. Apabila keadaan ekonomi mengizinkan, maka kita akan memberi pertimbangan yang sewajarnya. Namun mengenai surau itu, mungkin ia satu perkara yang boleh disegerakan dan saya akan minta bahagian yang berkenaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Mengenai Timbalan PPD, jawatan yang telah disebut-sebutkan oleh Yang Berhormat. Sebenarnya, saya tidak tahu butiran secara lanjut tetapi saya akan memberi jaminan kepada Yang Berhormat dan saya akan mendengar selepas luar Dewan ini. Kita akan berbincang apa yang boleh saya bantu dan kita akan cuba sedaya upaya membantu kerana Timbalan PPD adalah satu jawatan yang baru dan kita sedang membuat pelantikan. Ada masalah juga yang kami terima tetapi kita memang kena mengemaskinikan sistem kita. Maka saya rasa saya mengaku memang belum lagi sempurna sangat tetapi kalau ada ruang untuk kita memperbaiki, kita akan cuba sedaya upaya. Yang Berhormat Mambong menyebut tentang sekolah-sekolahnya terutamanya sekolah mubaligh yang memang teruk keadaannya. Untuk makluman Yang Berhormat Mambong, kesemua 123 buah sekolah mubaligh di Sarawak mendapat bantuan di bawah pakej pertama rangsangan ekonomi kepada sekolah mubaligh iaitu sejumlah RM14.23 juta diberi kepada negeri dan Sarawak merupakan jumlah yang terbesar antara semua negeri. Ingin saya memberitahu Yang Berhormat, Yang Berhormat sebut dua sekolah iaitu SMK St. Patrik Padawan kita bagi RM200,000, SK Sandsnset sebanyak RM200,000 kita bagi. Sebuah sekolah Yang Berhormat sebut SKJ(C) Chong Hwa Siburan. Ingin saya memaklumkan kepada Yang Berhormat, pada 27 Februari yang lalu, saya pergi ke Sibu dan berbincang dengan semua gabungan LPS yang dihadiri oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat pada ketika itu. Kita telah mendengar pembentangan daripada semua bahagian termasuklah sekolah yang disebutkan oleh Yang Berhormat iaitu SJK(C) Chong Hwa Siburan dan telah diluluskan sebanyak RM120,000 untuk fasa yang kedua ini. Ingin saya memaklumkan, untuk fasa kedua bantuan yang kita hendak berikan di bawah pakej pertama untuk SJK(C) dan kita akan memastikan dalam tempoh sebulan, semua sekolah akan menerima cek terus kepada LPS. Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Mambong yang dikatakan sekolah paling tua di Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, kita memang hendak sangat untuk menaiktarafkan semua sekolah. Akan tetapi disebabkan oleh kekangan ataupun siling Rancangan Malaysia Kesembilan, dalam mini bajet ini pun kita minta RM5.33 bilion tetapi yang diluluskan tidak lebih daripada RM2 bilion untuk dua tahun. Maka Yang Berhormat dapat bayangkanlah kalau kita hendak buat untuk semua, mungkin tidak larat tetapi kita akan memberi jaminan bahawa kalau kita tidak dapat lakukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kita akan bawa kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh dan kriteria pemilihan sekarang masih ada ruang. Kita belum memuktamadkan senarai dan kalau ada keutamaan, kita akan segerakan pembinaan tersebut. Selanjutnya, Yang Berhormat Putatan ada sebut SJK(C) Wah Seong. Memang benar tiga hari yang lalu saya telah membuat pengumuman. Di atas perjuangan Yang Berhormat, SJK(C) Wah Seong telah diberi RM200,000. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada LPS yang telah mengutip dana hampir RM1 juta. Ini adalah satu contoh yang terbaik. Kita bagi RM200,000 dan bangunan sekolah itu lebih daripada RM1.2 juta. Jadi inilah yang dinamakan perkongsian pintar antara kerajaan dengan swasta. Keduanya, Yang Berhormat ada sebut dua buah sekolah yang disebabkan oleh hujan banjir dan Pulau Gaya dan ketika berjiran dengan Yang Berhormat menjadi backbencher dahulu, saya pernah dengar Ahli Yang Berhormat berhujah yang sama juga.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Saya ingin memberi jaminan bahawa kita akan cuba sedaya upaya dan kita akan minta JPN Sabah untuk meninjau perkara ini dan kita akan teliti balik berdasarkan keperluan kita dan juga keperluan semasa apa yang boleh kita lakukan yang terbaik untuk Yang Berhormat. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat untuk beli padang sekolah, saya sudah jawab. Disebabkan Sabah ini sebenarnya kita dapat tanah bukan secara percuma. Negeri-negeri lain mungkin diberi tanah percuma tetapi Sabah ini mungkin kosnya agak tinggi khususnya di kawasan Kota Kinabalu. Itu satu hakikat. Yang Berhormat Sik ada menyebut tentang SMK Batu 8 berkenaan masalah permit dan CF. Untuk makluman, kalau Kementerian Pelajaran melaksanakan sesuatu projek, kita akan memastikan kerja-kerja pembinaan itu mematuhi segala peraturan- peraturan di bawah Akta Bangunan 1974. Maka, soal untuk mendapatkan CF itu tidak wujud. Kita akan pastikan CCC iaitu sesiapa yang menjadi perunding, mereka akan buat pengesahan dan mendapat CF seperti mana yang dikehendaki. Yang Berhormat juga tanya tentang tempat permainan, saya sudah jawab dan bilik guru yang masih sesak. Yang Berhormat, sebenarnya kita sedar masalah ini. Kita di bawah PIPP, kita juga hendak membantu memartabatkan profesion perguruan. Kita sedar. Namun prioriti pertama kita ialah untuk menjaga murid-murid. Biar mereka mendapat satu tempat untuk belajar. Selepas itu, faktor keselesaan guru itu juga akan diambil kira termasuklah kalau bilik guru itu kita boleh memperluaskannya ataupun kita dapat menaiktarafkannya, akan kita cuba sedaya upaya. Saya rasa ada beberapa butiran yang mengizinkan kita melakukan penambahbaikan. Yang Berhormat Kapit bertanya minta sekolah di tebing sungai supaya dibina satu jeti. Yang Berhormat, itu satu cadangan yang baik. Akan tetapi Yang Berhormat, kita kena melihat dari segi realitinya. Untuk sekolah menyediakan sebuah jeti mungkin terlalu tinggi kosnya dan kita akan cuba berbincang dan kalau boleh kita kena bincang dengan agensi yang berwajib untuk melihat cadangan Yang Berhormat dan kita akan tinjau satu persatulah kesesuaiannya. Yang Berhormat juga sebut mengenai SJK(C) Hin Hua di Song. Untuk makluman Yang Berhormat, dua buah SJK(C) Yang Berhormat perjuangkan selama ini masing-masing mendapat RM50,000. Baru-baru ini SJK(C) Hin Hua di Song mendapat RM50,000.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Yang Berhormat sebut pengambilan anak tempatan ke IPG. Ingin saya maklumkan bahawa pada bulan Julai ini, kita baru sahaja mewujudkan satu program khas KPLI ambilan Jun ini khas kepada warga ataupun anak-anak Sabah dan Sarawak untuk kita melihat. Kita memang sedar apa yang diperjuangkan oleh Yang Berhormat bersama dengan Arwah Dato’ Razali dan perkara itu saya ingin memberi kredit ini kepada Yang Berhormat. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Sebenarnya itu adalah perjuangan bersama Arwah Dato’ Razali dengan Yang Berhormat. Tahniah, dan kita telah melaksanakan pada bulan Jun ini pengambilan ke dalam IPG ini berdasarkan kepada konsep yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat Simpang Renggam pula bertanya tentang SMK Layang-layang. Bangunan yang berbahaya dan tender yang dipersetujui pada tahun lalu. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya pada tahun lalu lebih kurang sekitar bulan Julai dan Ogos, kos bahan binaan itu meningkat. Saya mengambil contoh harga besi keluli ini ketika itu ialah cuma RM4,400 satu tan dan selepas itu kita tidak dapat melaksanakan kesemua projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Sebab itu ada 3,000 lebih projek yang tertangguh dan pada ketika ini kalau kita buat perbandingan, harga besi keluli telah turun kepada RM1,900 satu tan. Jadi, nampaknya ia melegakan, tetapi hakikatnya pada tahun lalu kita memang menghadapi masalah syiling Rancangan Malaysia Kesembilan. Maka, kita tidak dapat laksanakan pada ketika itu dan oleh kerana senarai kita belum kita muktamadkan, maka kita akan buat dengan masukkan input Yang Berhormat. Sekiranya ia perlu disegerakan dan saya yakin ianya perlu disegerakan kerana telah dikategorikan sebagai sekolah berbahaya, maka kita akan cuba sedaya upaya untuk kita masukkan pelaksanaannya pada tahun ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, panjang lagi Yang Berhormat?

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Sedikit sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sedikit sahaja Yang Berhormat.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Sedikit lagi. SMK Machang. Itu juga jawapan yang hampir sama dan kita belum muktamadkan senarai tersebut. Jadi, kita ada ruang lagi untuk buat penyelarasan. Yang Berhormat Labuan menyebut tentang Sekolah Sungai Lada, Layang-layang dan masih lagi belum dibina. Jawapan saya sama seperti yang dua sekolah tersebut. Oleh kerana kekangan syiling. Yang Berhormat sebut dua buah SJK(C) yang diminta iaitu SJK(C) Chee Wen dan SJK(C) Chong Hwa di Labuan. Untuk makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh umumkan SJK(C) Chee Wen mendapat RM100,000 di bawah pakej pertama dan Chong Hwa mendapat RM50,000 di bawah pakej yang pertama juga. Mengenai dua buah sekolah lagi SK St. Anne dengan SMK St. Anne, SK St. Anne mendapat RM150,000 dan SMK St. Anne mendapat RM60,000. Ini di bawah pakej yang pertama. Kepada Ahli Yang Berhormat yang terakhir, Ahli Yang Berhormat Silam SJK(C) Sin Hwa yang disebutkan memang perlukan bantuan. Memang benar perbincangan dengan Pengerusi LPS Datuk Teh, saya sendiri menelefon permintaan asal adalah RM180,000 dan saya minta sama-sama kita mencari dana. Akhirnya beliau begitu gembira apabila kita sudah mencapai kata sepakat RM80,000 untuk tujuan pendawaian semula dan ganti bumbung. Ini juga satu usaha sama antara kita dengan pihak swasta. Kedua - SMK Teknik. Pendidikan Teknik itu memang penting. Kalau keadaan mengizinkan, kita akan membantu sekolah tersebut untuk mewujudkan sekolah tersebut. Ketiga - perabot, kerusi, meja. Kita memang ada sedikit masalah dengan Perbendaharaan Malaysia Sabah di mana semua perabot yang dibuat, dibekalkan kepada negeri Sabah, kita perlu melalui PMS. Maka, masalahnya ialah PMS ini lambat melaksanakan untuk mendapatkan orang membekalkan perabot atau kerusi meja kepada sekolah. Maka, kita sedang memikirkan satu kaedah supaya central contract itu dapat kita segerakan. Perlu kita di pihak kementerian sedia membantu, tetapi PMS kena bantu kita balik dan serah balik kuasa tersebut kepada kita dan kita tidak ada masalah untuk melantik kontraktor. SK Pekan Lahad Datu. Di mana Yang Berhormat sebut ada banyak masalah dengan pegawai pembangunan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya satu majlis permuafakatan pendidikan daerah telah diilhamkan oleh Arwah Dato’ Razali dan ianya sedang dalam peringkat pelaksanaan. Maka, platform ini diwujudkan seperti juga majlis tindakan ataupun mesyuarat pembangunan daerah yang diadakan setiap bulan ianya membolehkan semua pihak termasuk wakil-wakil rakyat menghadirinya untuk menyampaikan masalah dan kita selesaikan di atas meja rundingan. Terakhir sekali, SK Tembisan. Yang Berhormat sebut tentang rumah guru untuk menampung quarters. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah butiran yang ada di sini memang dinyatakan bahawa kita akan menyediakan kabin rumah guru. Itu sebagai satu kaedah untuk kita membantu. Apabila kita dengar perkataan kabin, tidak bermaksud satu kontena yang kita nampak di tapak sekolah ataupun di tapak pembinaan. Ianya merupakan satu kaedah pembinaan IBS yang boleh kita pasang siap dalam tempoh seminggu dan rumah guru itu keluasan lantainya adalah 1,200 kaki persegi, dilengkapi dengan perabot- perabot dan kos mungkin RM300,000. Ianya memang sesuai di kawasan-kawasan pedalaman yang memerlukan enlisted bahan-bahan binaan dan ianya mungkin digunakan sebagai kaedah menyelesaikan masalah. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih. Itu sahaja kesemua pertanyaan yang telah dikemukakan oleh 14 Ahli Yang Berhormat. Saya ucapkan terima kasih. Apa yang tidak sempat dijawab, nampaknya hampir semua kecuali janji kita untuk membekalkan secara bertulis, itu kita akan susuli tindakan pada tempoh terdekat. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,054,842,900 untuk Maksud P.41 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Pelajaran hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM1,054,842,900 untuk Maksud P.41 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009.

Maksud P.42Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009] – Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Kesihatan. Kepala Pembangunan P.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahaskan. Saya akan berhentikan sesiapa yang membahaskan soalan kementerian ini kalau di luar daripada tajuk Yang Berhormat. Ini bukan masa untuk berucap dan ini adalah masa bertanya. Sila Yang Berhormat Putatan.

Terima kasih. Ini soal masalah besar di kawasan. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih sahabat saya, dia orang yang baik, Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia. Yang Berhormat, terlebih dahulu saya bersimpati dengan kementerian Yang Berhormat. Oleh kerana Yang Berhormat telah inherits masalah-masalah yang terbesar terutama sekali masalah di Kota Kinabalu. Saya sedar, saya bersimpati betul dengan Yang Berhormat Menteri ini kerana bukanlah saya menuding jari kepada pegawai-pegawai yang dahulu, kementerian yang dahulu. Itu bukan maksud saya, tetapi saya bersimpati kerana masalah yang sukar ditangani dengan secepat mungkin. Saya ingin menarik perhatian bagi Maksud P.42 Kementerian Kesihatan bagi Butiran 00201 - Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar; 00300 - Kemudahan Hospital; 00600 - Ubah Suai Naik Taraf dan Pembaikan; 01100 – Peralatan dan Kenderaan. Terlebih dahulu saya ingin menumpu satu permasalahan iaitu Queen Elizabeth Hospital di Kota Kinabalu. Memang masalah itu besar. Jadi, apa yang berlaku di kedai- kedai kopi, tajuk perbincangan di media-media memang selalunya menyentuh soal permasalahan patients atau pesakit-pesakit di sekitar Kota Kinabalu. Saya memang sedar bahawa kementerian sedar juga masalah ini. Jadi, ada cadangan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah untuk pihak kementerian melihat kalau-kalau bangunan Wisma Khidmat itu dipakai secara sementara bukan sebagai permanent.

Jadi saya harap kementerian dapat melihat perkara ini secepat yang mungkin. Mungkin kita boleh menyelesaikan masalah untuk sementara sehingga bangunan baru dapat diwujudkan di Kota Kinabalu. Saya cadangkan juga kepada pihak kementerian supaya melihat kawasan yang ada di persekitaran Hospital Queen Elizabeth itu ada wujudnya kawasan yang boleh dilihat oleh pihak kementerian supaya tidak ada masalah soal tanah yang telah dicadangkan oleh beberapa pihak konsultan termasuklah di Kinarut, termasuklah di Bukit Padang dan sebagainya. Saya melihat perkara ini kerana saya juga duduk tidak jauh, kurang lebih 1km daripada hospital itu dan saya tahu history, latar belakang kawasan-kawasan sekolah itu sebagai seorang pegawai kerajaan dahulu. Saya harap pihak kementerian dapat melihat ini supaya wujudnya satu hospital di kawasan bandar ini. Jangan dipindahkan ke kawasan yang jauh sekali daripada kawasan yang mana banyaknya, ramainya penduduk memerlukan perkhidmatan hospital. Jadi, itu satu perkara yang ringkas.

Keduanya, soal peralatan. Sorry, klinik desa yang telah dijanjikan. Pada satu ketika dulu, kita telah membuat lawatan kawasan perkhidmatan kesihatan luar bandar di Kampung Duvanson Tapak saya sudah sediakan dengan pegawai kesihatan daerah, telah pun diajukan kepada pihak kementerian dan tiba-tiba pada penggal yang lalu, bekas Menteri dulu tidak meluluskan kerana dikatakan perkara ini tidak mendesak. Walaupun saya ada justifikasi yang besar kerana adanya populasi di situ yang memerlukan perkhidmatan serupa ini termasuklah Institute Agriculture Training College yang ramai penuntut di sekitar itu. Tanahnya saya sudah sedia, sudah pun dibuat recommendation daripada pegawai dan telah diajukan. Masalahnya tidak dapat diluluskan kerana tidak mendesak. Jadi saya harap pihak kementerian dapat melihat perkara ini sekali lagi kerana saya lihat dalam peruntukan tambahan ini agak memuaskan dan saya harap boleh...

Dato' Sri Liow Tiong LaiMCA · BNMenteri Kesihatan · Bentong

Klinik desa itu apa nama?

Kampung Duvanson dan ini satu lagi, ini kampung saya sendiri Yang Berhormat Menteri, kampung saya sendiri. Yang keduanya, perkhidmatan klinik kesihatan luar bandar di Pulau Gaya. Ada bangunan tapi kambing saja yang tinggal. Jadi tiada pegawai-pegawai kesihatan yang berani, kononnya pegawai-pegawai ini tidak memerlukan perkhidmatan dan mereka mencadangkan supaya semua pesakit di Pulau Gaya ini harus ke Kota Kinabalu, Hospital Queen Elizabeth untuk minta rawatan. Jadi ini tidak adil, jauhnya, pertama sekali memerlukan perkhidmatan bot, bukan ada jalan. Jadi bayangkanlah masalah yang timbul terutama sekali wanita-wanita yang hamil. Jadi, susahlah Yang Berhormat. Kadang-kadang anak mereka ini, dia orang ini bukan ada pendapatan yang tinggi kerana tambang itu sendiri sudah mendesak. Jadi, jarang sekali mereka-mereka ini ke Kota Kinabalu untuk membuat rawatan, dia merawat secara sendiri, secara tradisional. Jadi, bayangkanlah kawasan ini dalam lingkungan kawasan bandar raya. Kawasan dalam bandar raya tiada perkhidmatan kesihatan. Ini saya sudah timbulkan beberapa kali. Yang Berhormat pun sedar waktu backbencher dulu. Jadi saya harap Yang Berhormat dapat menyeru pegawai-pegawai itu membuat satu penghantaran. Yang masalah dulu Yang Berhormat, masalah ini Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan tidak mempunyai bot, tidak mempunyai wang untuk beli tambang, tidak mempunyai peralatan, transport, logistik ke pulau ini dan kadang-kadang minta bantuan daripada sesiapa pun yang saya fahamkan menurut fahaman saya diberi oleh seseorang pegawai kesihatan di Kota Kinabalu pada ketika itu. Yang Berhormat, satu kementerian yang besar dengan peruntukan yang begitu besar tetapi tidak mampu membayar tambang bot kepada pegawai-pegawai kesihatan yang melawat ke Pulau Gaya ini. Ini Yang Berhormat sudah sedar, saya telah membawa perkara ini beberapa kali dulu. Jadi akhir sekali Yang Berhormat, soal kenderaan, ambulans. Ambulans Yang Berhormat, lacking of oxygen, no honk, no siren. Yang Berhormat, ini ambulans Hospital Kuala Penyu yang ditulis oleh seorang widow, suaminya meninggal kerana ini. Jadi kasihanlah Yang Berhormat, kementerian Yang Berhormat ini tidak mampukah Yang Berhormat beli ambulans yang baik-baik sikit? So, kasihan. Saya bukan mendesak tetapi saya kasihan. Yang Berhormat, ambulans ini kadang-kadang brek tidak ada. Brek tiada, dia terpaksa berhenti di Kinarut, dari Kuala Penyu berapa jam? Orang yang sakit susah bernafas, dia stroke, tak lama itu dia meninggallah. Kasihan Yang Berhormat, jadi tolonglah Yang Berhormat, perkara ini ya? Hospital Kuala Penyu ini, ambulans dia. Ini belum ada jawapan. Saya membawa perkara ini dahulu Yang Berhormat. So kasihanlah ini Yang Berhormat, kasihan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil kesempatan untuk bertanya tentang beberapa perkara daripada Kementerian Kesihatan.

Pertama sekali ialah tentang perkhidmatan kesihatan luar bandar. Pada masa ini di tempat saya di kawasan Limbang ada dua buah klinik desa, di Kampung Telahak dan juga Medamit yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelapan tetapi hingga kini belum lagi take off dengan izin, projek tersebut. Jadi yang satu lagi ialah di kawasan Long Napir adalah kawasan pedalaman dan di tempat itu ada sebuah klinik desa yang telah pun ditutup dan ini telah pun menjadi isu kepada rakyat di pedalaman. Kenapa ianya ditutup dan apakah rancangan Kementerian Kesihatan untuk membuka semula klinik tersebut kerana rakyat di situ memang memerlukannya sebab kalau dari bandar hendak pergi ke kawasan itu mengambil masa lima jam untuk sampai ke sana. Satu lagi ialah saya ingin bertanya tentang item 03000 – Kemudahan Hospital. Sebagaimana yang telah saya selalu suarakan di Dewan yang mulia ini iaitu tentang apakah dan bilakah Kementerian Kesihatan dapat menyediakan klinik pakar asas untuk Limbang kerana selama ini semua penyakit, pesakit-pesakit yang parah, yang memerlukan rawatan yang agak serius, semuanya terpaksa dihantar ke Miri dan kadang-kadang ke Kuching. Saya telah difahamkan pihak kementerian telah pun menghantar satu kumpulan untuk menyiasat perkara ini apakah betul keperluan ini di Limbang. Saya telah pun berbincang dengan pegawai kesihatan di Limbang bahawa memang betul mereka ada datang dan mereka juga telah pun menyuarakan kepada pasukan tersebut, ada yang dihantar ke Miri dan di dalam perjalanan pun ada yang meninggal. Ini mendatangkan masalah apatah lagi apabila kita terpaksa melalui negara jiran, Negara Brunei Darussalam. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, memang ada rakyat yang meninggal di dalam perjalanan menuju ke Miri di dalam negara jiran dan telah pun mendatangkan masalah kerana sama ada nak pergi Miri membawa orang meninggal ini atau hendak balik ke Limbang. Ini semuanya jadi masalah. Apa yang saya ingin utarakan di sini ialah untuk pengetahuan Menteri dengan izin, saya selalu pernah mengatakan orang yang sakit telinga tersumbat pun kena hantar ke Miri. This is a problem, you know. Jadi pada masa ini memang ada pakar datang ke Limbang dari Miri tetapi apa yang mereka buat hanyalah membawa satu beg kecil dan hanya tengok sahaja.

Walaupun the frequency dengan izin untuk pakai ini dibawa ke Limbang selalu tetapi kalau hanya membawa perkakas untuk menyiasat memastikan in the end masih refer ke Miri juga. So what is the different dengan izin? Jadi yang penting ialah dia perlukan sebuah klinik asas pakar di Limbang yang cukup dengan perkakas dia dan apabila pakar datang ke Limbang mereka dapat membuat rawatan di Limbang tanpa menyuruh pesakit ini direfer keluar lagi. Kalau tidak ianya balik I mean cerita biasa juga still back to the same old thing. Orang Limbang kena keluar daripada Limbang dan ini membebankan. Kadang- kadang pesakit terpaksa dibawa keluar ke Miri mesti ada pengiring dan ini tidak ditanggung oleh kerajaan. Tempat diam lagi, pengangkutan dia lagi dan setengahnya itu apabila setengah- setengah pesakit yang dihantar keluar daripada Limbang ke Miri ada yang meninggal di Miri. Bagi membawa mayat itu lagi memerlukan RM4,000 hingga ke RM5,000 untuk membawa balik mayat ke Limbang. Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan apakah kementerian can look at this thing sekiranya kalau boleh menghantar mayat, pesakit daripada Limbang ke Miri buat masa inilah. Kalau dapat kalau apa-apa terjadi kepada pesakit yang meninggal dunia di luar Limbang seperti di Miri kalau mereka ini juga dapat dibiayai untuk membawa balik mayat ini ke Limbang. Manakala satu lagi ialah tentang perkara 00600 - Ubah Suai Naik Taraf dan Pembaikan. Pada masa ini Pusat Hemodialisis di Limbang di Hospital Besar Limbang itu boleh dikatakan supply of a power adalah pada paras sudah maksimum. Pusat Hemodialisis yang baru itu sekarang ini menghadapi masalah kekurangan tenaga. Saya telah pun melawat hospital dan telah berbincang dengan pegawai perubatan di sana bahawa memang betul beberapa kali rawatan pesakit sedang menghadapi menjalankan rawatan hemodialisis suddenly power breakdown.

Tidak cukup supply they have to redo it again. Menjadi masalah dan perkara ini tahun lepas di bangunan Parlimen telah berjumpa dengan pihak Kementerian Kesihatan telah menyuarakan tentang ini. Apakah kalau dapat menyediakan generator baru dan I also submit dengan izin the report from Faber tentang Pusat Hemodialisis di Limbang ini dan saya berharap perkara ini disegerakan kerana kekurangan tenaga ini. Satu lagi ialah tentang kemudahan- kemudahan lain di hospital kalau boleh di Pusat Hemodialisis ini juga kerana with the rising number of patient pihak Hospital Limbang telah pun menyuarakan kepada saya bahawa mereka memerlukan sebuah lagi hemodialisis mesin untuk mengasingkan pesakit-pesakit yang ada menghidap HIV supaya tidak dicampur dengan pesakit-pesakit buah pinggang yang lain.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Lagi panjang Yang Berhormat itu?

Just a little bit Tuan Pengerusi dengan izin. Jadi saya meminta kepada Kementerian Kesihatan dalam rancangan stimulus package kedua ini apalah kiranya permohonan-permohonan yang sedikit ini dapat diberi keutamaan. Terima kasih.

Penat aku berdiri. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya ada beberapa perkara yang hendak saya sentuh. Pertama ialah yang berkaitan dengan Butiran 00300 - Kemudahan Hospital. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri memandangkan pertambahan warga emas yang berusia lebih daripada 60 tahun, saya ingin mencadangkan agar diwujudkan Unit Geriatrik iaitu Unit Warga Tua di beberapa hospital utama di seluruh Malaysia agar warga usia emas ini dapat dirawat dan dijadikan pusat rujukan bagi penyakit warga usia emas.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Di bawah butiran mana Yang Berhormat?

Saya sudah sebut Tuan Pengerusi Butiran 00300 di bawah Kemudahan Hospital. Saya juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri juga untuk turut sama mewujudkan Unit Rawatan Paliatif untuk rawatan advance cancer yang dapat diwujudkan. Ini kerana setakat ini perkhidmatan untuk rawatan paliatif untuk pesakit kanser ini cuma terdapat di HKL, Hospital Pulau Pinang, HSA Johor Bahru dan juga QE Kota Kinabalu Sabah. Merujuk kepada Butiran 00600 bagi Ubah Suai Naik Taraf dan Pembaikan KIinik Kesihatan dan Klinik Desa termasuk pembelian peralatan dan kelengkapan. Saya berharap projek naik taraf klinik kesihatan dan klinik-klinik desa pada kali ini bawah peruntukan mini bajet ini dapat diberikan tumpuan di kawasan-kawasan bandar di kawasan-kawasan luar bandar. Selain daripada itu Yang Berhormat Menteri termasuk juga untuk meningkatkan lagi kualiti kemudahan peralatan dan kelengkapan bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang boleh diberikan di klinik-klinik kesihatan dan juga di klinik- klinik desa yang ada di luar bandar dan juga di kawasan FELDA. Merujuk kepada Butiran 01100 - Peralatan dan Kenderaan. Membiayai pembelian peralatan perubatan. Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri dalam usaha untuk membanteras dan memvirus termasuk demam denggi, peralatan makmal haruslah disediakan supaya berada dalam keadaan lebih baik lagi. Supaya jika penyakit itu serius maka dapatlah kita berikan rawatan awal. Selain itu juga kemudahan X-ray kalau dapat disediakan kita harap Menteri dapat sediakanlah bukan sahaja di peringkat hospital- hospital kerajaan tetapi juga di peringkat klinik-klinik kesihatan. Supaya program, memogram dapat dilaksanakan ke arah pengesanan awal barah kanser dan sebagainya. Perkara kedua bawah Butiran 01100 saya juga ingin mencadangkan untuk kementerian melihat kepada pembelian vaksin untuk pencegahan kanser serviks yang perlu dilakukan kepada high risk patient.

Terutama kepada ibu-ibu yang ada penyakit kanser maka anak perempuan mereka harus diberikan vaksin ini secara percuma. Manakala perkara yang ketiga bawah Butiran 01100 menambahkan lagi mesin-mesin dialisis di hospital-hospital kerajaan untuk memberikan kemudahan rawatan kepada rakyat kerana bilangan yang disediakan tidak cukup. Saya sedar ini adalah satu perkara yang mungkin sukar untuk dilakukan oleh kementerian maka dengan itu NGOs mula mengambil tugasan kementerian untuk memberikan service kepada rakyat. Akan tetapi sekiranya pihak kementerian dapat bekerjasama dengan pihak NKF untuk membuka lebih banyak lagi Pusat Dialisis selain daripada yang disediakan di hospital mungkin di tempat-tempat lain yang bersesuaian. Ini kerana yang diuruskan oleh NGO ini kos bayarannya adalah tinggi kadang-kadang tidak mampu untuk ditanggung oleh pesakit. Berkaitan juga dengan Butiran 01100 bawah Peralatan dan Kenderaan. Saya berharaplah kepada Menteri ini sesuai dengan perkara yang dibangkitkan oleh Putatan dan juga Limbang tadi. Supaya kementerian dapat menentukan bahawa ambulan-ambulan yang disediakan untuk kemudahan rakyat ini berada dalam keadaan yang sihat. Bukan ambulan yang berada dalam keadaan yang sakit seperti yang dinyatakan oleh Putatan tadi. Tukarlah Yang Berhormat Menteri kalau ambulan-ambulan yang sudah lanjut usia ini supaya ambulan yang sihat ini dapat memberikan keselesaan kepada pesakit yang perlu mendapatkan perkhidmatan daripada rumah ke hospital terutama di kawasan- kawasan luar bandar. Terakhir bawah Butiran 01100 saya mengharapkan supaya Yang Berhormat Menteri juga dapat memberikan perhatian menggantikan peralatan perubatan yang ada di hospital-hospital daerah dan menambahkan lagi kemudahan peralatan perubatan. Bukan sahaja memberikan tumpuan kepada hospital yang bertaraf pakar sahaja kerana ada satu insiden yang berlaku di salah sebuah hospital di Johor, pesakit pergi ke hospital, hospital tidak tahu apa penyakit yang ada tidak diberikan rawatan awal dan akhirnya dipindahkan ke hospital pakar. Apabila sampai di hospital pakar doktor kata kalau sampai lebih awal dan kalau diberikan rawatan lebih awal pesakit dapat diselamatkan. Malangnya pesakit itu meninggal dunia. Jadi saya harap mudah-mudahan Menteri dapat memberikan tumpuan terhadap perkara-perkara yang telah saya bangkitkan. Sekian terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Dato' Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Butiran 00600 – Ubah Suai Naik Taraf dan Pembaikan. Walaupun perkara ini sudah saya maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri tetapi saya hendak letak perkara ini secara rasmi. Berhubung dengan menaik taraf Klinik Desa di Bukit Sagu yang bilangan pesakitnya telah bertambah setiap tahun.

Dato' Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Yang keduanya pembinaan, kalau dapat sebuah klinik desa di bandar Sungai Lembing. Yang terdekatnya lebih kurang 4km daripada Sungai Lembing dan bila berlakunya banjir orang-orang di Sungai Lembing tak boleh pergi ke klinik desa ini kerana jalannya tidak boleh dilalui. Butiran 01100 – peralatan dan kenderaan. Saya mohonlah kepada kementerian kalau dapat menyediakan mesin hemodialisis di setiap klinik desa kerana kita sendiri sedar bahawa masyarakat kampung khususnya di kawasan-kawasan FELDA ramai yang mengalami sakit buah pinggang ini. Jadi kalau ini dapat disediakan maka kuranglah penghijrahan orang kampung ke hospital-hospital. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh butiran 00201 – perkhidmatan kesihatan luar bandar dan 00600 – ubahsuai, naik taraf dan pembaikan. Saya mohon sekali lagi Yang Berhormat Menteri untuk mempercepatkan pembinaan semula Klinik Kesihatan Tiang Bakap yang terbakar pada bulan Julai tahun lepas. Itu saya memang, I beg you, mohon.

Yang kedua, saya ingin menyentuh butiran 00300 iaitu kemudahan hospital. Saya ingin bertanya apakah justifikasi untuk mewujudkan central registry di Sarawak General Hospital kerana saya lihat di situ terlalu ramai pesakit-pesakit yang menunggu. Saya dua bulan sekali masuk ke situ kerana pergi rutin check up atas treatment saya dulu. Jadi saya nampak dan kena tunggu sekurang-kurangnya 45 minit untuk mendapatkan rekod lepas itu dibawa ke klinik pakar. Saya mencadangkan agar kenapa tidak simpan rekod di dalam klinik pakar sahaja supaya kita senang pergi ke klinik pakar, lepas itu dapat rekod dan dapat rawatan. Ketiganya, wad kanser atau cancer ward di Sarawak General Hospital memang sudah penuh. Saya ada pengalaman di situ kerana saya telah pun dapat rawatan di situ selama satu bulan setengah duduk di dalam wad. Mereka pun beritahu saya bahawa mereka telah pun memohon agar wad itu diubahsuai supaya dapat memberi perkhidmatan lagi kepada lebih ramai pesakit. Jadi inilah permohonan mereka dan mereka telah pun beritahu saya bahawa satu ketika dahulu mereka sudah hantar satu cadangan dan menunggu agar ianya dapat dilaksanakan. Itu memang diperlukan sebab Pusat Onkologi di Sarawak General Hospital amat baik sekali di Sarawak. Pesakit-pesakit daripada seluruh Sarawak pun dapat rawatan di situ kerana peralatan amat canggih dan yang termoden. Oleh itu, wad seharusnya diubahsuai dan dimodenkan juga seperti peralatan yang ada di situ. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh butiran 01100 – peralatan dan kenderaan. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat rakan saya telah menyentuh berkenaan dengan ambulans, bagi saya ada berlainan sedikit kerana di kawasan saya di kawasan Kapit, kita menggunakan bot.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya betul Yang Berhormat, apa benda yang telah disentuh oleh rakan-rakan lain tak payah sentuh lagi Yang Berhormat, peraturan melarang sebenarnya.

Baik, saya hendak highlight kan Tuan Pengerusi kerana di kawasan saya ini kita lebih menggunakan bot dan enjin sebab klinik- klinik desa ini terletak jauh di pedalaman, di hulu-hulu sungai. Jadi ia amat berguna sekali oleh sebab it is a matter of life and death. Jadi kalau ada pun sekarang sebuah klinik desa dibekalkan dengan sebuah bot dan sebuah enjin, itu tidak mencukupi kerana enjin itu ia mudah sekali rosak kerana perjalanan di sungai tidak sama dengan perjalanan di jalan raya. Jadi saya mohon kalau boleh dibekalkan lebih dari satu unit enjin dan bot juga untuk sebuah klinik desa. Saya ingin juga penjelasan daripada kementerian bagaimanakah dalam butiran ubahsuai klinik desa ini. Bagaimanakah peruntukan akan dibahagi kepada beberapa klinik desa yang terletak jauh di pedalaman nanti kerana memang ada keperluan untuk klinik- klinik desa itu dinaiktarafkan. Jadi itu sahajalah, saya menekankan kepada pembekalan bot dan enjin kepada klinik-klinik desa. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang bersama dengan kita. Saya ada beberapa perkara Yang Berhormat Tuan Pengerusi, sebelum itu saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan juga luar bandar. Saya hendak pergi kepada butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Saya ingat Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, saya telah beberapa kali timbulkan perkara ini iaitu masalah kekurangan doktor di kawasan Parlimen Maran ini. Kalau tidak silap saya ada 21 jawatan di Maran ini tetapi yang diisi mungkin tidak silap saya 12 sahaja dan sembilan lagi kosong. Akan tetapi penekanan yang saya hendak beri di sini ialah Klinik Chenor. Chenor ada sebuah klinik yang lama yang ramai penduduk di sekitarnya dan di Sungai Pahang dan sehingga hari ini tidak ada doktor di kawasan ini, di klinik ini dan kita pinjam dari Kampung Awah.

Saya mohonlah Menteri yang baik hati sebagai berjasa kepada rakyat supaya dapat menyediakan seorang doktor di klinik ini dan di samping juga menambah doktor di kawasan Maran tadi. Yang kedua ialah 00600 – Ubahsuai Dan Naik Taraf Dan Juga Pembaikan. Baru- baru ini, tahun lepas kita dilanda oleh banjir dan sebahagian besar klinik-klinik desa di kawasan Sungai Pahang ini, di Chenor di kawasan Maran ini ditimpa oleh banjir. Kebanyakan peralatan dan juga kemudahan-kemudahan di klinik ini rosak. Saya tidak dapat menyenaraikan di sini Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi tetapi saya mohonlah kerana ini dirungutkan sedikit oleh petugas-petugas kita. Saya ucapkan terima kasih banyak kepada doktor, petugas-petugas kesihatan yang cukup penuh peranan mereka sebab itu saya memberikan sokongan. Apa sahaja program yang Kementerian Kesihatan buat, saya akan support. Ini saya rasa inilah peranan kita memberikan sokongan kepada mereka. Jadi kita harap dengan ada peningkatan ini, mereka dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat luar bandar kita. Yang berikutnya ialah butiran 00300 ialah Kemudahan Hospital. Saya mohonlah dari dulu lagi, tiap-tiap bulan kita bawa dalam mesyuarat tindakan daerah. Kita hendak imej Maran ini, hospital ialah imej sesebuah daerah. Jadi saya mohon benar, paling lewat saya hendak beri peluang, 2010, 2011 mesti dah ada hospital Maran ini yang dibina sebagai sebuah hospital daerah. Sebab itulah di kawasan ini ramai penduduknya dan kita sudah mencadangkan satu tapak baru, kalau tidak boleh di seberang sini dikatakan berhampiran dengan Jengka, kita pindah ke seberang Sungai Pahang yang juga berhampiran dengan FELDA, kampung tradisional, kampung Orang Asli dan sebagainya. Saya yakin bahawa hospital ini dapat digunakan dengan baik. Di samping ia merupakan imej kepada saya sebagai Ahli Parlimen, orang tanya saya Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi, apa you buat? Saya sudah minta tetapi Menteri tidak bagi saya. Saya harap akan datang kita dapat melaksanakan hospital ini. Satu lagi ialah sebelum hospital baru ini direalisasikan, projek pengubahsuaian dan pembaikan sedikit klinik Maran ini sedang dilaksanakan. Akan tetapi saya mohon perhatian menteri, saya perhatikan baru-baru ini saya dapat maklumat agak terlewat. Sepatutnya bulan Disember ini sudah selesai, sudah siap, orang sakit ini tidak tunggu klinik siap. Dia sakit, dia sakitlah, dia accident, accident lah. Bila dia perlu ke klinik, dia pergi tetapi kerja-kerja masih belum dapat disiapkan. Saya difahamkan ada masalah kontraktor sedikit, saya minta Menteri dapat memberikan perhatian dan saya tidak mahu blame kementerian sebenarnya. Ini memang masalah yang biasa timbul, saya akui dan berterima kasih.

Butiran berikutnya ialah butiran 01100, peralatan dan kenderaan. Saya bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh sahabat-sahabat kita tadi. Tuan Pengerusi, saya bukan nak mengulangi perkara ini, saya pernah naik ambulans dari Jerantut kerana ketika itu saya letih sangat bersukan, pengsan sekejap. Sampai di Sentosa tidak ada air-conditioner, tetapi saya memang baik Menteri, sebab saya tahu keadaan ketika itu teruk. Saya pakai kipas, saya pinjam kipas kedai itu hala ke saya sekejap, susah juga, nasib baik ada lagi, masa itu bukan lagi Ahli Parlimen. Masa itu petugas belia. Jadi saya nak minta perhatian daripada kerajaan, bukan sahaja kementerian, Menteri dah cukup kerja dah. Doktor-doktor sudah cukup bekerja, kita minta kerajaan beri perhatian, pendidikan dan kesihatan adalah dua elemen yang penting bagi kita hidup manusia. Kalau orang ramai badan tak sihat, baik tak usah ada orang, sebab itulah saya minta supaya kalau boleh peruntukan pendidikan dan juga peruntukkan kesihatan, kita beri lebih sikit. Janganlah sampai kita nak marah kepada doktor, nak marah kepada pegawai kesihatan, nak marah kepada kementerian dan sebagainya, sedangkan ini kepentingan masyarakat. Kita nak bahaskan tentang modal insan, tapi kalau modal insan kita tidak sihat buat apa kita hendak ada modal insan. Ini dia saya minta kepada Menteri.

Jadi yang terakhir sekali Tuan Pengerusi adalah tentang Hospital Temerloh, semalam saya menziarahi lebih kurang empat lima orang pesakit. Hospital Temerloh ini, hospital yang cukup baik. Saya ingat dari segi kemudahannya cukup hebat, terima kasih banyak kepada kerajaan dan juga kepada kementerian, di atau usaha Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang sendiri, hospital ini dapat direalisasikan. Alhamdulillah Menteri kita daripada Bentong, cuma saya nak minta Menteri berikan perhatian. Saya tak menyalahkan pengarah hospital, saya tak menyalahkan doktor-doktor di sana, saya tidak menyalahkan staf-staf, tapi saya melihat semalam dari segi penyelenggaraan agak perlahan atau kurang sikit. Saya dapati tandas-tandasnya masih kurang menyeronokkan. Sepatutnya sebagai sebuah hospital baru, ia mesti menunjukkan satu gambaran yang cukup baik kerana ini satu hospital yang boleh kita banggakan. Jadi saya minta mungkin kerana kontraktornya tidak bekerja baik, ataupun mungkin peralatan tidak cukup, mungkin wang tidak ada. Jadi saya harap supaya kerajaan berikan perhatian. Saya bukan nak marah kepada Pengarah Hospital Temerloh, tidak. Akan tetapi saya nak naikkan imej mereka ini kerana di samping perubatan yang baik dari segi kesihatan, kita dapat memberikan imej yang baik kepada doktor kita, kepada pegawai kesihatan, kepada klinik, kepada jururawat-jururawat sehinggalah petugas-petugas di bawah. Jadi Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih dan saya menyokong.

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya nak menyentuh pasal butiran 00201. Saya ingin berterima kasih kepada kerajaan di bawah Kerajaan Barisan Nasional kerana di kawasan saya, di pekan kecil Bekenu dan pekan kecil Niah, ada dua klinik desa. Klinik kesihatan ini hanya memohon kepada Yang Berhormat Menteri agar ditambahkan kakitangan-kakitangan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Klinik Desa di bawah 06000 Yang Berhormat, klinik gigi itu 00201. Itu gigi.

Oh, minta maaflah.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Klinik Desa di bawah 00600.

00600, minta maaf Tuan Pengerusi, sudah lewat malam ini. [Ketawa] Mohon kepada pihak kementerian agar ditambahkan kakitangan-kakitangan seperti Senior Assistant Hospital ataupun Pembantu Hospital Kanan dan juga, jururawat-jururawat kerana di kawasan itu telah bertambah penduduknya disebabkan penumbuhan ladang-ladang sawit yang begitu banyak. Jadi banyaklah rakyat kita di kawasan itu begitu juga di kawasan Bekenu. Kedua kalau boleh, berilah tambahan kepada ubat-ubatan, kadangkala terpaksa menunggu dua tiga hari untuk ubat datang dari Miri. Perkara terakhir saya nak sentuh ialah 01100, berkaitan dengan ambulans di kawasan dua pekan ini, hanya satu ambulans. Kadangkala rosak, kalau rosak susahlah untuk membawa pesakit-pesakit itu ke bandar Miri, kerana kita hanya mempunyai hospital di Miri, sekian terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 00300 - Kemudahan Hospital. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Menteri, kerana baru-baru ini telah membuat lawatan Hospital Lahad Datu, dalam kawasan Parlimen saya. Saya berharap supaya pihak kementerian dapat mengambil perhatian dari segi kekurangan doktor yang didapati di Hospital Lahad Datu, sebab kita tahu bahawa kerajaan sebenarnya memang dari segi jumlah bilangan doktor yang sepatutnya ada di kawasan Hospital Lahad Datu ialah seramai 20 orang.

Akan tetapi sekarang ini terlalu sedikit hanya lebih kurang tiga orang dan saya berharap oleh sebab jumlah penduduk di Lahad Datu lebih kurang 280 ribu. Jadi kadar pesakit pun memang ramai, jadi kita mintalah supaya pihak kementerian mengambil berat dan mengambil perhatian dalam perkara ini. Di samping itu juga saya mengucapkan terima kasih, kepada Kerajaan Barisan Nasional sebab Hospital Lahad Datu dan Hospital Kunak di kawasan Parlimen Silam, kedua-duanya hospital yang baru, tetapi telah pun beberapa tahun beroperasi sehingga ke hari ini, belum lagi dirasmikan sehingga keadaannya pun dari segi terutamanya Hospital Lahad Datu, pagar dan kemudahan-kemudahan yang lain nampak semakin tidak baik. Jadi kita berharap jangan diam menjadi gajah putih, itu satu penghargaan terutamanya daripada Kerajaan Barisan Nasional. Jadi kita mintalah supaya pihak kementerian dan Yang Berhormat Menteri dapat mengambil inisiatif untuk merasmikan kedua-dua hospital tersebut. Seterusnya Butiran 00600, ubah suai, naik taraf dan pembaikan. Saya berharap supaya klinik kesihatan di kawasan Kampung Teruakan di Pulau, berhadapan dengan bandar Lahad Datu, supaya dapat dibuka semula sebab keadaan masyarakat setempat yang tinggal di Kampung Teruakan dan pulau-pulau yang ada di Tanjung Paras, pada waktu malam terutamanya Yang Berhormat Menteri, mereka ini susah untuk keluar daripada kampung untuk ke bandar Lahad Datu. Jadi saya berharap supaya klinik tersebut dapat dibuka semula, dan kemudahan bot pun dapat disediakan untuk kakitangan menggunakannya. Saya juga berharap Yang Berhormat Menteri mengambil perhatian, iaitu cadangan membina klinik baru di kawasan Kampung Pendising di Segamak sebab jaraknya dari bandar Lahad Datu jauh dan jalan pun sekarang ini masih tidak baik. Jadi terutamanya waktu malam, kita tidak mahu berlaku seperti mana baru-baru ini sehingga ibu yang bersalin itu, terpaksa bersalin di tengah jalan oleh sebab kena mengejar ke hospital yang berhampiran di bandar Lahad Datu. Begitu juga Butiran 01100 - Peralatan dan Kenderaan. Saya minta supaya kenderaan terutamanya di klinik kesihatan di daerah Tungku yang berhampiran dengan FELDA, supaya dapat diganti disebabkan keadaannya nampak uzur dan saya berharap Yang Berhormat Menteri supaya mengambil tindakan yang sewajarnya dalam perkara ini untuk membiayai pembelian peralatan ini dengan segera. Saya menyentuh balik kemudahan hospital tadi, iaitu mesin hemodialisis di Hospital Lahad Datu yang ada sekarang ini, rosak Yang Berhormat Menteri.

Saya berharap supaya pihak kementerian ambil perhatian, saya tahu Hospital Lahad Datu ini termoden di negeri Sabah jadi kita mahu supaya dari segi expertise rakyat tempatan dapat dipenuhi. Ini adalah sebab kita tahu sekarang ini rakyat memang banyak perkara yang kecil pun mereka boleh perlekehkan dari segi sistem pentadbiran kita. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Minta maaf Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya sudah tutup Yang Berhormat Kepong. Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Liow Tiong LaiMCA · BNMenteri Kesihatan · Bentong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan terima kasih kepada sembilan Ahli Yang Berhormat yang telah dapat menyertai perbahasan di peringkat Jawatankuasa berhubung dengan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Kesihatan. Yang Berhormat Putatan telah membangkitkan berhubung dengan masalah Hospital Queen Elizabeth. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Putatan kerana Hospital Queen Elizabeth ini adalah satu masalah yang besar di mana apabila diisytiharkan podium menara itu tidak selamat. Kita terpaksa keluarkan katil lebih kurang 200 lebih katil.

Dato’ Sri Liow Tiong LaiMCA · BNMenteri Kesihatan · Bentong

Di mana pesakit-pesakit terpaksa diagih-agihkan ke tempat-tempat yang bersepah di sekeliling Queen Elizabeth. Ia telah memberi tekanan yang kuat kepada kakitangan kita di Queen Elizabeth, di mana specialist kita perlu bertolak daripada Queen Elizabeth (QE) ke Likas, ke SMC ke Damai dan sebagainya. Bukan sahaja tekanan kepada specialist dan kakitangan kita, ia juga membawa tekanan kepada pesakit-pesakit dan memang kerajaan memahami masalah di QE. Di mana sekarang telah pun banyak pesakit, katil-katil di bawah lantai saja kerana kita kekurangan katil, terpaksa katil-katil di letak di koridor dan di lantai- lantai. Ini, kita sedang dan akan memastikan cara penyelesaian yang cepat dapat kita selesaikan. Buat masa ini kita sewa 80 buah katil daripada SMC, itu pun buat sementara. SMC beri kita ruang untuk sewa 80 buah katil dan memang tidak cukup keran kita memerlukan 200 lebih katil. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Putatan, kita ada beberapa cadangan dari pelbagai pihak, ada yang cadangkan untuk kita membeli SMC yang sedia ada yang boleh memberikan kita lebih kurang 455 katil. Apabila kita beli SMC, kita dapat 455 katil dan kita dapat selesaikan semua masalah yang ada dalam QE sekarang. Di samping itu, kita juga boleh dapat satu pusat cardiothoracic yang sangat mendesak di Kota Kinabalu sekarang. SMC ada pusat cardiothoracic dan kita boleh one bird who kill two stones dengan dapat memberi kelengkapan katil serta pusat cardiothoracic yang memuaskan. Akan tetapi harga SMC menjadi satu persoalan sekiranya harganya boleh dibincangkan, harga dia menepati keperluan dan sesuai maka kita menggunakan cadangan ini. Kedua, adalah untuk kita buat sementara waktu menggunakan Wisma Khidmat di mana di cadangkan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Ketua Menteri telah pun memberitahu Kementerian Kesihatan bahawa kerajaan negeri sanggup membuat renovation Wisma Khidmat ini dan satu ketika dulu digunakan untuk pusat membeli belah serta telah dikosongkan beberapa tahun. Sekarang dicadangkan oleh Kerajaan ini untuk membina, menjadikannya hospital dan untuk menggantikan Queen Elizebeth yang dapat memberi lebih kurang 150 katil, about that ataupun 200 katil. Walau bagaimanapun, memandangkan bangunan Wisma tempat ini dah sama usia dengan Queen Elizebeth. Ia dibina pada tahun 1982, so keadaan dia kita pun khuatirlah. Kalau kita beli bangunan lama, berapa lama boleh tahan, berapa lama kita akan tahan? Kita kena lihat ini pun dalam kajian. Kita kena kaji balik dari segi keselamatan, dari segi kesesuaian sama ada kita boleh menggunakan Wisma Khidmat ini. Memang ada cadangan lain kita gunakan Bukit Padang, kita gunakan tapak di Kinarut, ini semua cadangan-cadangan kita timbang, semua kita lihat semua dan kita mendengar apa cadangan-cadangan yang di beri kepada Kementerian Kesihatan. Untuk makluman Yang Berhormat, kita tidak boleh tunggu lagi, Kerajaan Pusat telah katakan dan saya telah bangkitkan perkara ini di beberapa mesyuarat Kabinet. Banyak mesyuarat Kabinet telah membincangkan isu Queen Elizibeth dan sehinggakan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri semasa membentangkan mini bajet ini juga telah memberi komitmen kepada penduduk di Sabah dan Kota Kinabalu bahawa kita akan mengutamakan, menyelesaikan masalah Hospital Queen Elizibeth ini dengan secepat mungkin. Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, Kabinet yang akan datang Jumaat ini. Kita juga akan membuat satu kata putus, kalau boleh kita akan membincangkan lagi untuk memastikan bahawa satu ketetapan dapat dibuat, cara penyelesaiannya dan kita akan maklumkan kepada kerajaan negeri dan juga pada penduduk-penduduk di sabah, bagaimana kita hendak selesaikan masalah di Queen Elizibeth. Oleh itu, buat sementara ini memang kita berusaha dengan gigih. Saya terima kasihlah bahawa ahli Yang Berhormat Putatan juga selalu pergi ke Hospital Queen Elizibeth, sebab itu di faham bahawa masalah di sana memang cukup membimbangkan. Saya berjanji di sini kita akan selesaikan ini dalam masa yang terdekat sekali. Untuk makluman Yang Berhormat, Klinik Desa Putatan dan di mana di Pulau Gaya yang di mana tidak ada tambang bot ini. I rasa ini tidak sepatut berlaku lah dan I tidak boleh benarkan ia macam ini. Ini kerana kerajaan perlu memberi tambang kepada kakitangan kita untuk ke mana-mana untuk dalam perkhidmatan kepada rakyat.

Dato’ Sri Liow Tiong LaiMCA · BNMenteri Kesihatan · Bentong

Oleh itu, saya akan menyiasat perkara ini dan membetulkan, we will make sure corrected this situation dan memberi perkhidmatan yang sebaiknya kepada penduduk di Pulau Gaya. Untuk makluman Yang Berhormat, klinik desa yang meminta ini dalam peruntukan baru, this stimulus package kita akan memberi kelulusan. Saya tidak tahu klinik desa berapa jauh dari tempat itu?

Yang saya terangkan tadi, minta maaf Tuan Pengerusi. Klinik Perkhidmatan Kesihatan Duvan Sun, tapak sudah disediakan dan telah pun diajukan kepada pihak kementerian tapi ditolak kerana tidak mendesak. Justifikasi yang saya bagi itu memang diperlukan dalam kawasan itu. Population yang lebih daripada 80,000...

Klinik desa bukan klinik kesihatan?

Ya.

Klinik desa dia hanya ada dua jururawat, kalau klinik kesihatan dia ada doktor.

Tidak ada doktor, tidak perlukan doktor.

Okey, klinik desa. Saya akan masuk dalam kajian saya dalam pertimbangan saya ini. Berhubung dengan ambulan, Yang Berhormat memberi saya sekali surat khabar ini. Saya memang kalau melihat keadaan ini, saya memang cukup simpati keadaan ini berlaku di mana ambulan-ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia ini keadaannya ada beberapa beyond economic repair (BER) dan sekarang telah saya dapatkan peruntukan tambahan. Baru-baru ini, kita telah meluluskan RM25 juta untuk membeli lagi 100 lagi buah ambulan dan akan diagihkan kepada semua negeri. Selain daripada ini, stimulus pakej kita jua akan dapat tambah lagi RM38 milion tambah lagi untuk beli lagi ambulan. Saya rasa dalam tahun ini saja dengan 100 buah ini dan 250 buah, lebih 350 buah ambulan. Kita akan dapat meredakan keadaan.

Saya tengok ramai Ahli Parlimen bangkit tadi kebanyakannya isu ambulans, dan saya berjanji di sini bahawa akan diagihkan kepada semua negeri. Kita akan pastikan ia...

Sedikit tambah Yang Berhormat Menteri. Pembetulan.

Ya, ya.

Masa saya cakap saya tidak sebut ambulans itu, saya terlupa tadi di Chenoh itu, di klinik Chenoh ambulans sudah lebih 10 tahun. Saya mahu masukkan senarai daripada 200 tadi. Terima kasih banyak.

Ya, boleh. Pegawai saya semua di sana. Apa yang telah dibangkitkan Ahli-ahli Yang Berhormat tadi semua akan dicatatkan, dan kita akan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya ingat Yang Berhormat Menteri, kalau dilihat semua ambulans di seluruh Malaysia ini, memang minta ganti semualah.

Ya, memang kita kekurangan ambulans sangat di Malaysia ini, dan saya akan berusahalah mendapatkan peruntukan lebih untuk tambah bilangan ambulans dalam perkhidmatan kesihatan Malaysia. Ahli Yang Berhormat daripada Limbang, yang telah menyatakan masalah kesihatan luar bandar yang dihadapi oleh Yang Berhormat, memang saya rasa perkara ini perlu diatasi dengan secepat mungkin. Siasatan akan dibuat dengan pegawai kesihatan bahagian Limbang, tentang penutupan klinik desa Long Lapir, dan saya hendak dapatkan kenapa klinik desa ini ditutup dan saya akan berikan jawapan secara bertulis pada Yang Berhormat Limbang.

Yang Berhormat Limbang juga menyatakan tentang hospital Limbang sebagai sebuah hospital tanpa pakar. Doktor pakar hanya melakukan lawatan secara berkala. Ini adalah salah satu cara penyelesaian sementara. Apabila kita mendapat bilangan doktor pakar yang lebih, kita akan pastikan bahawa Limbang akan diutamakan. Saya hendak beritahu bahawa dalam masa sekarang seluruh negara kita hanya ada lebih kurang 2,500 spesialis. We need 2,500 for the whole countries. Memang kita tidak mencukupi untuk menghantar kepada semua hospital. Banyak hospital yang tidak ada spesialis. Kebanyakan hospital Tenggara, Kota Tinggi saya rasa tidak ada spesialis juga di suatu pekan. Kita akan cuba lawatan ini ataupun diminta tadi lawatan spesialis hanya bawa peralatan yang sedikit atau kita lihat bagaimana untuk memperbaiki perkhidmatan doktor pakar kita di hospital Limbang. Ini akan diperincikan dan memperbaiki keadaan di kawasan Limbang. Saya amat sedih mendengarlah apabila tadi juga ada kata bahawa pesakit Limbang kena bawa ke Miri, di tengah jalan meninggal. Ini semua cukup menyedihkan. Ini kita boleh atasi dengan memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan dari segi isu kekurangan power supply, di mana memerlukan generator di pusat hemodialisis Limbang. Saya setuju bahawa ini perlu diutamakan. Saya akan arahkan pegawai saya beri keutamaan kepada generator di unit hemodialisis Limbang ini kerana tidak mahu orang buat hemodialisis setengah jalan menghadapi masalah ini. Ini perlu di atasi dengan segera. Melalui pakej rangsangan stimulus yang kedua ini, kita mempunyai sedikit peruntukan untuk membeli generator ataupun peralatan yang dalam keadaan kecemasan ini, kita boleh berikan dahulu termasuklah permintaan Ahli Yang Berhormat daripada Limbang untuk unit hemodialisis, kita akan beri kelulusan. Yang Berhormat Tenggara telah memohon untuk mendapatkan unit geriatric untuk warga emas, saya ucap terima kasihlah Yang Berhormat Tenggara cukup prihatin dengan warga emas. Memang unit geriatric ini, kita tidak ramai specialist dalam bidang ini. This untuk handle warga emas ini, we need very specialist yang dapat menjaga mereka dengan baik. So seperti yang saya katakan tadi memang kita kekurangan specialist. Kalau ada ini hendak di hospital Kota Tinggikah? Memohon di hospital mana ini?

Kalau boleh Yang Berhormat Menteri, maksud saya itu bukanlah pada kawasan saya sahaja, tetapi kepada semua, kepada hospital-hospital yang ada. Apa yang saya bangkitkan tadi bukan sahaja tertumpu kepada kawasan saya tetapi kepada semua. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara yang cukup prihatinlah yang telah memberi penekanan bahawa ini semua adalah untuk meningkatkan kebajikan warga emas dan kesihatan warga emas, kita akan memberi tumpuan untuk melatih lebih ramai spesialis dalam geriatric ini. Tuan Pengerusi, saya juga setuju dengan cadangan Yang Berhormat Tenggara berhubung dengan kerajaan memberi vaksin cancer cervix, saya rasa sudah tiba masanya kerajaan perlu pertimbangkan vaksin cancer cervix kepada golongan wanita yang menghadapi masalah cancer cervix yang besar dalam negara kita. Saya rasa kita telah wujudkan, saya sudah arahkan kepada ketua pengarah untuk membuat laporan yang terperinci berhubung dengan kos efektifnya. Contohnya, berapa banyak kita kena belanja? Berapa kos dari segi pengubatan cancer cervix ini? Kalau kita lihat memang it is more effective. More cost effective dengan memberi vaksin dan juga dapat mengurangkan penderitaan rakyat kita dari segi mendapatkan vaksin cancer cervix ini. Oleh itu cadangan ini akan diuruskan segera dan kita akan lihat dan saya akan maklumkan pada Dewan pada masa yang akan datang. Yang Berhormat Tenggara juga minta berhubung dengan pusat hemodialisis dipertingkatkan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, hemodialisis dalam negara kita memang tidak mencukupi kalau bergantung kepada kerajaan. Memang tidak cukup. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat 135 buah hospital kerajaan ada. Sekarang semua hospital, kalau boleh kita hendak masukkan unit hemodialisis. Dan dalam tahun ini kita akan bekalkan unit hemodialisis kepada lapan hospital kecil. So, dengan adanya usaha kita ini semua hospital kerajaan sekarang ada unit hemodialisis.

Akan tetapi bagi klinik kesihatan kita tidak mampu lagi, kerana tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi dan juga kepakarannya, klinik kesihatan tidak ada kepakarannya dalam mengendalikan unit hemodialisis, dan kita ucapkan terima kasih kepada NGO dan pihak swasta. Sebenarnya dalam negara Malaysia ini kerjasama antara kerajaan, NGO dan swasta cukup baik. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, 1/3 of the hemodialisis service diberi oleh kerajaan, 1/3 diberi oleh pihak NGO dan 1/3 diberi oleh pihak swasta. This all very well cooperate and bekerjasama untuk memberi perkhidmatan hemodialisis ini. Ya, Yang Berhormat Kepong juga hendak tanya. Hemodialisis.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Bukan hemodialisis banyak lagilah saya tidak ada peluang tadi.

Ya cepat, cepat, cepat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi apa masalah di sana?

Tidak ada masa cepat, cepat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Apa masalah sekarang ini? Tuan Pengerusi itu penjelasan. Saya setujulah kita mesti ada lebih banyak pusat hemodialisis, tetapi bagaimana Yang Berhormat dapat melatih bukan sahaja doktor bahkan ahli juruteknik yang dapat mengendalikan hemodialisis, kerana pada setengah-setengah pusat itu kepakarannya tidak cukup. Memang tidak cukup. Ini memang bukan sahaja kita mahu lebih banyak pusat, kita mahu meningkatkan kualiti perkhidmatan, meningkatkan kepakaran di semua segi, dan saya nampak Yang Berhormat tidak menerangkan bagaimana kita dapat meningkatkan kepakaran ini?

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Kementerian Kesihatan dalam latihan melatih. Kita memang ada banyak kolej melatih jururawat, HA dan juruteknik termasuk juga hemodialisis ini. Mana-mana unit hemodialisis yang diwujudkan hospital, sebelum unit ini diwujudkan kita memang ada hantar jururawat dan juga kakitangan kita untuk latihan dulu. Latihan enam bulan, selepas itu baru balik ke hospital untuk memberi perkhidmatan ini. Oleh itu, tiap-tiap kakitangan yang mengendalikan unit hemodialisis adalah tenaga yang pakar, tenaga yang mahir dalam mengendalikan unit hemodialisis ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya Kementerian Kesihatan telah pun banyak berbelanja dari segi memberikan bantuan kepada NGO, dari segi bantuan hemodialisis. Di 106 pusat dialisis NGO, kita telah memberi bantuan sebanyak RM21 juta. Ini semua adalah kerjasama antara kerajaan dengan NGO. Yang Berhormat Tenggara juga bangkitkan tentang peralatan-peralatan yang perlu ditingkatkan. Saya setuju banyak alat- alat x-ray memang sudah uzurlah dan kali ini dalam mini bajet ini kita akan terus tambahkan peralatan ini. Yang Berhormat Paya Besar telah pun...

Mohon laluan Tuan Pengerusi. Ada beberapa perkara lagi yang satu bangkitkan tadi Yang Berhormat Menteri. Yang kemudahan X-ray itu yang saya minta adalah disediakan di klinik-klinik kesihatan. Kemudian di Unit Rawatan Paliatif untuk rawatan advanced cancer ini untuk diwujudkan di hospital-hospital ini.

Saya juga setuju tetapi bukan semua...

...Dan termasuk peralatan di makmal sekali untuk kesan virus itu.

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya akan mengambil perhatian dari segi X-ray. Akan tetapi X-ray di klinik kesihatan bergantung tempatnya kerana untuk mewujudkan satu unit X-ray, dia perlu kawasan yang luas, juga sekuriti dan juga keselamatan pengguna.

Oleh itu bukan semua klinik kesihatan boleh mengadakan atau wujudkan x-ray tapi kita akan lihat bagaimana untuk memberi perkhidmatan ini di kebanyakan klinik kesihatan yang boleh kita beri. Ahli Yang Berhormat dari Paya Besar telah memberitahu tentang naik taraf Klinik Kesihatan Desa Bukit Sagu. Saya telah pun bersetuju dan juga meluluskan cadangan ini semasa beliau memohon terlebih dahulu. Dia hendak buat recording dalam Dewan ini, saya telah pun memberitahu beliau bahawa ini akan diluluskan dari segi projek naik taraf Klinik Desa Bukit Sagu. Klinik desa di Pekan Sungai Lembing akan dalam Rancangan Malaysia yang Kesepuluh. Saya memang prihatin tentang masalah di Sungai Lembing kerana selalu banjir dan tidak dapat dilalui untuk ke klinik kesihatan yang sedia ada. Oleh itu, kita akan lihat dalam Rancangan Malaysia yang Kesepuluh ini. Tuan Pengerusi, berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Mambong, klinik kesihatan yang terbakar. Klinik kesihatan yang terbakar ini adalah klinik kesihatan yang telah diubahsuai oleh syarikat Apex yang membuat ubahsuai klinik tersebut dan kita akan menggantinya. Menurut laporan, syarikat tersebut sedang menguruskan insurans dengan syarikat insurans tersebut dan kita di Kementerian Kesihatan akan mempercepatkan pengurusan pembinaan semula klinik kesihatan terbakar tersebut. Ya, Klinik Tingbakap nama dia Klinik Tingbakap akan dibina dengan secepat mungkin. Yang kedua, berhubung dengan central registry di klinik pakar. Saya hendak maklumkan bahawa memang ada dasar Kementerian Kesihatan bagi out patient. Kita bagi 30 minit masa menunggu for out-patient but for klinik pakar ataupun specialist patient, kita menggunakan sistem appointment, memberi melalui temu janji dan selang-selang datang pukul lapan, yang datang pukul sembilan, datang pukul 10 untuk mengurangkan masa menunggu. Saya faham walaupun kita gunakan cara ini tetapi masa menunggu masa menunggu masih lagi begitu lama. Kadang-kadang yang kita buat temu janji pukul 10, dia datang pukul lapan. Ada yang datang pukul sembilan. Itu menyebabkan masa menunggu itu masih lagi tidak dapat dikurangkan untuk pesakit-pesakit pakar seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Mambong tadi. Central registry memang kita akan lihat caranya kerana ini kalau boleh kita hendak gunakan sistem komputer ataupun gunakan total hospital information system untuk mendapatkan perkhidmatan registry yang lebih canggih lagi. Saya akan memberi kelulusan kepada wad kanser yang hendak diubahsuai. Bagi hal ini saya rasa memang dari segi wang mini bajet ini kita ada ubahsuai. Saya akan gunakan bajet ini memandangkan saya faham Hospital Sarawak juga satu hospital yang sesak. Memang Tuan Pengerusi pun pernah bagi tahu saya bahawa Hospital Sarawak ini perlu diberi keutamaan dari segi pengubahsuaian, peningkatan kerana di seluruh Kuching hanya ada satu hospital umum sahaja di mana saya rasa adalah tidak mencukupi. Memang di Kuching kita perlu tambah satu lagi hospital yang baru. Akan tetapi itu dalam perancangan. Sementara dalam perancangan, kita hendak ubahsuai apa yang sedia ada untuk meningkatkan kapasiti Hospital Kuching ini. Terima kasihlah kepada Yang Berhormat Mambong yang telah bangkitkan isu tersebut. Bagi Yang Berhormat Kapit, bot ambulans. Dia ini lain sikit. Kita memang menyediakan bot ambulans ini kepada klinik-klinik yang melalui jalan air. Sekiranya menghadapi masalah enjin, Yang Berhormat Kapit memohon untuk mendapatkan dua enjin ya? You need one more engine? Oleh itu, saya rasa bagi perjalanan yang jauh ini memang kita memerlukanlah tambahan untuk pastikan bahawa pesakit-pesakit kita tidak menghadapi masalah dalam perjalanan. Ini akan kita lihat dengan segera. Yang Berhormat Maran sudah bangkit dua kali Tuan Pengerusi berhubung Klinik Chenor ini. Dulu saya sudah jawab dan saya tahu tidak ada doktor lagi. Kekurangan doktor dalam negara kita cukup mendesak. Saya hendak maklum kepada Dewan yang mulia ini, sekarang jawatan kita hanya 53 peratus diisi. 47 peratus still vacant. Di Pahang about 37 peratus to 39 peratus jawatan diisi. Kita ada banyak jawatan doktor tetapi tidak ada doktor datang untuk mengisi jawatan itu.

So inilah keadaan yang begitu tertekan kepada Kementerian Kesihatan. Oleh itu dalam tahun ini, saya telah mengarahkan Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan untuk kita gunakan doktor kontrak. Kita akan mengkaji lebih kurang 700 lagi doktor kontrak. Kita akan dapatkan doktor kontrak untuk isilah mana-mana yang terlalu mendesak ini. Kita akan tambahkan doktor-doktor di klinik-klinik kesihatan yang sedia ada. So Yang Berhormat Maran sabar sikitlah ya. Saya akan lihat Klinik Chenor yang telah pun lama tidak mempunyai doktor. Berhubung dengan banjir yang telah merosakkan klinik desa di sekitar kawasan Chenor ini, kita akan berikanlah. Saya akan luluskan semua peruntukan yang diminta untuk dapatkan gantian. Kawasan Maran bukan Chenor. Okey, kawasan Maran. Terima kasih. Hospital Maran saya kena lihat kawasan dialah ya. Saya dengar dia dekat dengan Temerloh.

Kalau jauh sikit kita akan lihat bagaimana untuk pastikan bahawa kawasan itu adalah kawasan yang sesuai untuk membina satu hospital yang baru. Memang dalam perancangan kita setiap daerah kalau boleh dapat satu hospital, itu memang dalam perancangan, kita akan melihatlah tapak yang dicadangkan. Berhubung dengan projek yang terlewat ini, memang kita memantau projek-projek klinik kesihatan supaya tidak terlewat. Kita akan pastikan bahawa kelewatan ini dapat disegerakan. Berhubung dengan Hospital Temerloh, penyelenggaraan yang kurang memuaskan. Semua penyelenggaraan hospital di hospital Temerloh adalah oleh Ready Care yang membuat penyelenggaraan. Oleh itu kita akan lihat balik kontrak kita dan memastikan Ready Care menjalankan tugasnya dengan baik. Yang Berhormat Sibuti hanya tinggal dua lagi ya Tuan Pengerusi, saya nak cepatkan saya tahu Tuan Pengerusi dah tengok saya banyak kali sudah. Yang Berhormat Sibuti, berhubung dengan kekurangan kakitangan klinik kesihatan dan ini akan dilihat kerana sekarang kita boleh upah kakitangan kontrak. Jadi jika kekurangan sangat sila maklumkan dan saya akan cepatkan, pegawai saya perlu, sumber manusia make sure pastikan semua ada di sana supaya kaki tangan di kawasan Sibuti ini dapat disegerakan. Ubat yang lambat sampai, ini perlu diatasi kerana bagi saya ubat ini sesuatu yang penting, tidak boleh lambat dan tidak boleh tidak ada stok. Oleh sebab itu kita selalu ada mesyuarat dengan Pharma Niaga untuk pastikan semua ubat perlu sampai ke semua klinik dalam masa yang tepat, ini perlu di lihat dengan segera. Akhir sekali Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Silam juga telah menyatakan tentang kekurangan doktor juga di Hospital Lahad Datu dan memang Yang Berhormat Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal juga jemput saya pergi ke Lahad Datu untuk melihat sendiri. Saya sendiri akan pergi ke Hospital Lahad Datu untuk melihat sendiri keadaan di hospital tersebut dan kekurangan doktor ini memang seperti apa yang telah saya terangkan di sini kita akan cuba berperingkat-peringkat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Lahad Datu. Memohon untuk mendapatkan klinik di Kampung Pedesin akan ada dalam perhatian saya dan kita akan memberi pertimbangan yang sewajarnya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat memang bagi Negeri Sabah dan Sarawak saya amat prihatin kerana kedua-dua negeri ini amat memerlukan Hospital Kerajaan. Ini kerana tidak banyak hospital swasta dan klinik swasta ada di sana kebanyakannya semua hospital kerajaan. Oleh itu sebagai Menteri Kesihatan saya amat faham masalah yang dihadapi oleh semua Ahli-ahli Parlimen di kawasan Sabah dan Sarawak ini.

Yang Berhormat Menteri.

Ya...

...tadi tentang klinik kesihatan itu saya ada sebut juga tentang Limbang yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelapan iaitu Klinik Desa di kampung Telahak dan Mendamit Limbang.

Okey, I miss tadi ya.

Saya akan masukkan dalam perancangan saya.

Okey.

Terima kasih kerana ingatkan saya, oleh Tuan Pengerusi itu sahaja yang boleh saya jawab. Apa yang tertinggal saya akan jawab secara bertulis ya. Oleh itu sekian, terima kasih

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih kerana Menteri dah janji nak bagi orang Sabah dan Sarawak banyak-banyak sikit klinik dan hospital... [Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM283,722,100 untuk Maksud P.42 yang disebutkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Kesihatan hendaklah diluluskan. Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM283,722,100 untuk Maksud P.42 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009.

Maksud P.44Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009] – Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kepala Pembangunan P.44 di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan terbuka untuk dibahas.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Silam, ringkas Yang Berhormat Silam ya. Ini soalan bertanya.

Insya-Allah, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

...Dalam peringkat Jawatankuasa ini ringkas. Jangan hendak...

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 01300 Taman Seni Budaya Negeri iaitu peruntukan tambahan sebanyak RM16 juta yang dikehendaki untuk membiayai projek Pembangunan Kampung Budaya. Saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan adakah rancangan kementerian untuk dari segi konsepnya pelaksanaan pembangunan Kampung Budaya ini. Saya mohon penjelasan dan sekiranya ia boleh di cadangkan untuk dibina di kawasan luar bandar seperti di kawasan-kawasan Parlimen Silam. Saya ingin mencadangkan Kampung Budaya ini dibina di kawasan DUN Kunak sebab saya mencadangkan demikian kerana tamadun manusia terawal terutamanya di Negeri Sabah tapak nya masih boleh didapati dan diperolehi di kawasan DUN Kunak di kawasan Tingkayu, Batu Urung dan Gua Madai. Saya juga berharap supaya pihak kementerian dapat menyediakan peruntukan di samping membuat Kampung Budaya ini. Peruntukan untuk membuat kajian dari segi fakta sejarah kewujudan manusia sejak 28 ribu tahun yang lalu di kawasan Tingkayu dan Batu Urung ini. Pada masa yang sama juga Butiran 09000 - Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia yang ada peruntukan berjumlah RM5 juta ini. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian dari segi memperluaskan untuk pembinaan kraf tangan ini terutamanya di Kawasan Pantai Timur Negeri Sabah.

Saya ingin mencadangkan supaya kementerian dapat mengambil inisiatif mewujudkan pusat-pusat kraf tangan yang berbentuk kiosk di kawasan-kawasan kampung yang ada kraf tangan yang boleh dimajukan untuk aktiviti ekonomi terutamanya yang diletakan di kawasan atau tempat-tempat pelancongan sebagai bahan souvenirs. Sebagai contohnya baru-baru ini saya terbaca di akhbar tempatan Yang Berhormat Menteri Perpaduan sendiri ada melawat sebuah kampung di Kota Belud yang masih membuat parang etnik kaum Bajau. Jadi saya berharap supaya kraf tangan perbadanan ini masih dapat diperluaskan lagi. Ini sebab jika kita melihat sebagai contohnya jika di kawasan saya sendiri di Parlimen Silam di Kampung Tanjung Labian dalam DUN Tungku terdapat kraf tangan membuat peralatan kayu dan juga kraf tangan membuat parang juga terdapat. Jadi saya berharap supaya kementerian dapat mengambil perhatian untuk memperluaskan aktiviti mereka bagi membolehkan masyarakat luar bandar dapat mengambil kegiatan ekonomi yang pelbagai untuk memberi bantuan kepada mereka. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak menyentuh dua perkara. Yang pertama Butiran 09000 - Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia. Di Malaysia ini kita banyak perayaan-perayaan bermula dengan perayaan orang Islam merayakan Raya Haji, Raya Puasa. Kemudian Cina, orang India dan sebagainya. Akan tetapi saya perhatikan bahawa banyak barang-barang yang digunakan oleh berbagai-bagai bangsa dan penganut agama di negara ini semua di import. Macam sekarang ini di kedah ini sedang musim angin, saya tengok orang-orang main wau. Saya kira kementerian harus melihat bagaimana benda-benda yang menjadi minat kepada bangsa Malaysia ini dicipta ataupun di ambil campur tangan oleh kementerian supaya boleh diperbanyakkan. Ini wau pun saya tengok sampai kena import daripada Thailand. Wau yang dimainkan oleh anak-anak muda ini wau Thailand.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang keduanya tentang tanglung. Kebudayaan orang Cina juga, pesta tanglung ini. Sekarang ini banyak tanglung-tanglung diimport daripada Thailand dan juga dari China. Jadi saya rasa Perbadanan Kemajuan harus lebih proaktif. Daripada kita membazirkan wang mengimport barang-barang ini daripada China ataupun Thailand atau pun negara- negara jiran, adalah lebih wajar untuk perbadanan melihat ini sebagai inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia, pengusaha-pengusaha tempatan mengusahakan barang- barang sedemikian. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Kedua, saya juga minta supaya Taman Seni Budaya Negeri ini kalau boleh datang ke Kedah khususnya Sungai Petani kerana di situ banyak tempat bersejarah dan saya juga mohon supaya ada di bawah butiran 01300 agar melihat bangunan-bangunan lama yang menjadi warisan budaya kita khususnya di Sungai Petani itu ada balai polis yang telah pun dibina sejak tahun 1932 menjadi mercu tanda di pekan Sungai Petani dan juga beberapa bangunan yang lain turut diberi perhatian supaya dikekalkan dan bangunan-bangunan ini tidak menjadi mangsa kepada pembangunan. Saya ingat itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh satu sahaja iaitu Butiran 01300 Taman Seni Budaya Negeri khususnya saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada kerajaan kerana telah pun memperuntukkan sebanyak RM16 juta tambahan. Jadi cumanya saya mohon kepada kementerian supaya Perkampungan Budaya Bintang Setiu yang telah pun dibangunkan sejak tahun 1996 lagi yang pada masa itu bernilai RM2 juta, fasa pertama RM1 juta tetapi fasa kedua tidak sempat dibangunkan kerana kerajaan negeri telah kalah di tangan pembangkang. Sehingga hari ini sebahagian daripada perancangan kebudayaan nampaknya begitu baik. Namun beberapa kekurangan masih lagi perlu dipenuhi sebagaimana perancangan awal.

Saya memohon juga supaya kerajaan atau pun kementerian dapat memenuhi keperluan bagi menghidupkan budaya seni budaya dan warisan yang dapat dipelihara serta selain daripada memelihara kebudayaan kita juga harap dapat menarik pelancong serta membangunkan kawasan. Jadi dengan yang demikian saya memohon supaya kerajaan memberi peruntukan dan terus membina Perkampungan Budaya Bintang Setiu ini dengan secepat mungkin supaya yang ada tidak rosak dan membudayakan masyarakat ke arah yang baik dapat diteruskan. Terima kasih.

Tuan Matulidi bin JusohUMNO · BNDungun

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya suka hendak menyebut merujuk pada butiran projek 09000 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Saya mengucapkan terima kasih kepada kementerian yang berhasrat mewujudkan satu daerah satu industri. Di kawasan saya, di kawasan Dungun, di kawasan Paka sudah disediakan bengkel kraf tangan yang disertai oleh penduduk kampung berkenaan, tetapi semenjak akhir-akhir ini keperluan yang kita sedia maklum bahawa kraf tangan ini kurang sedikit mendapat perhatian daripada masyarakat tempatan dan juga saya percaya masyarakat luar kurang berminat. Namun jika ianya diurus, diusahakan dengan sebaik mungkin dengan peralatan-peralatan mesin yang ada lengkap dan sebagainya, latihan-latihan yang boleh memberi kesan positif kepada masyarakat berkenaan. Saya rasa insya-Allah barang keperluan kraf ini dapat digunakan oleh masyarakat dan dijual dengan harga yang berpatutan pastinya menjadi daya minat kepada seluruh masyarakat dalaman dan luar. Saya berharap di bawah kementerian ini dapat melihat semula bengkel kraf ini yang bertempat di Paka supaya dapat diteruskan oleh masyarakat berkenaan dan insya- Allah menjadi satu lagi pendapatan kepada masyarakat di kawasan Paka dan kawasan Parlimen Dungun. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menarik kepada butiran 09000 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Saya pohonkan penjelasan daripada Menteri berkaitan dengan satu daerah satu industri ini, SDSI ini kerana saya confuse, setahu saya program SDSI ini adalah satu program yang telah diwujudkan di bawah Kementerian MECD. Apakah mekanisme yang akan diguna pakai oleh kementerian dalam projek pembangunan usahawan kraf ini. Tidak bolehkah kementerian mengadakan kerjasama bijak dengan Kementerian MECD ini mengguna pakai mekanisme yang sedia ada yang akan lebih menjimatkan kos. Satu, sekiranya kementerian akan menguruskan program SDSI ini di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, saya haraplah mudah- mudahan projek membangunkan usahawan-usahawan kraf ini akan dapat diwujudkan dan akan dapat diteruskan di peringkat kampung-kampung dan termasuk juga perkampungan masyarakat Orang Asli. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh butiran 09000 iaitu Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Pada masa ini di tempat saya memang ada industri kecil yang dibuat di rumah-rumah sendiri dan saya sendiri telah pun melihat seperti tenunan-tenunan yang dipanggil di kawasan saya oleh masyarakat kaum Melayu Brunei iaitu seperti Jong Sarat untuk kegunaan semasa perkahwinan semua itu. Jadi apa yang saya dapati ialah masa ini, perusahaan ini hanya dibuat di rumah-rumah sendiri dalam keadaan yang daif sedangkan produk yang dihasilkan amatlah berkualiti sekali. Jadi saya minta kalau boleh kepada kementerian apalah kiranya dapat memperuntukkan untuk membina pusat kraf tangan dan di dalamnya mereka yang mengusahakan tenunan-tenunan Jong Sarat ini dapat dipindah ke situ dan dibahagikan juga dengan, disediakan dengan mesin-mesin yang terkini untuk menenun Jong Sarat ini. Begitu juga mungkin dengan adanya pusat itu nanti dapat juga kita menempatkan kaum Iban yang membuat dan menenun ‘pua kumbu’ supaya juga ditempatkan di sana.

Jadi saya berharap benar kepada kementerian agar dapat menyediakan peruntukan untuk membina pusat kraf tangan di tempat saya. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sedikit sahaja Tuan Pengerusi. Butiran 01300 Taman Seri Budaya Negeri. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di bawah kementerian ini kerana telah mewujudkan taman-taman seni budaya di negeri ini. Saya cuma hendak memberikan pandangan supaya kalau boleh peranan Taman Seri Budaya ini diperluaskan sedikit. Saya perhatikan sebab saya biasa pergi ke tempat-tempat sebegini, terlibat dalam Persatuan Silat dan sebagainya. Saya perhatikan program yang kita buat lebih kepada seni budaya umpamanya tarian dan sebagainya. Kita hendakkan kalau boleh budaya ini bukan sekadar seni tarian, nyanyian dan sebagainya tetapi lebih kepada faktor-faktor lain, unsur- unsur lain termasuklah bagaimana kita boleh membina budaya anak muda kita menjadi anak yang baik, yang berperangai baik, berbudi bahasa. Kita tidak hendak dengar seperti apa yang berlaku seperti pagi tadi dalam Parlimen di mana seorang pemimpin yang dipanggil Ahli Parlimen yang berperangai seperti lebih teruk daripada budak-budak. Jadi kita hendak supaya Taman Seri Budaya ini bukan sekadar kita melahirkan tokoh-tokoh seni dari segi budaya sahaja tetapi kita hendak lahirkan supaya di sini digunakan tempat untuk kita adakan functions, majlis-majlis ceramah, penerangan, penjelasan tentang budaya kita, tentang sifat-sifat ketimuran kita yang perlu kita tanamkan kepada anak muda.

Jadi saya harap kementerian dapat memikirkan sesuatu yang lebih luas. Mengadakan publisiti yang lebih luas bagi kita meningkatkan lagi taraf nilai budaya kita, bukan sekadar dari segi pakaian, dari segi kesenian dan sebagainya tetapi dari segi bagaimana kita boleh berbudi bicara, berbudi bahasa sebagai warganegara Malaysia, sebagai warga Timur dan sebagainya. Tuan Pengerusi, yang berikutnya ialah dari segi kampung budaya ini dan saya hendak minta kementerian memberikan perhatian kepada majlis perbandaran daerah. Di kampung kita ada kampung budaya, kita ada tempat-tempat yang kita bina untuk mengeluarkan hasil-hasil kraf tangan termasuk kraf tangan dan sebagainya dan budaya- budaya yang berada di kawasan berkenaan tetapi penggeraknya mungkin kurang sebab kita ada budaya di negeri. Di daerah mungkin ada, terutama majlis perbandaran daerah. Yang Berhormat Menteri, saya perhatikan perjalanan majlis perbandaran daerah agak perlahan. Jadi saya hendak kalau boleh peranan ini diperluaskan lagi dan majlis ini dapat berperanan bukan sekadar seperti hari ini tetapi dapat menarik anak-anak muda yang hari ini telah terpengaruh dengan banyak unsur negatif yang boleh merosakkan diri mereka, yang menimbulkan masalah perpecahan dan perpaduan dalam negara kita. Jadi Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih, saya menyokong.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Negara kita telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Tempat pertama Islam datang ke Tanah Melayu ini adalah di Hulu Terengganu dengan terjumpanya batu bersurat yang bertarikh 1303 Masihi. Dengan pengisytiharan Raja Mandalika tentang pelaksanaan undang-undang Islam, maka di situ adalah satu tugu berkenaan dengan Batu Bersurat. Saya merayu kepada pihak kementerian menerusi muzium negeri supaya membangunkan kawasan tersebut menjadi taman seni budaya dengan bukan sahaja mencantikkan tetapi menjadikan tempat yang menggambarkan bahawa di situlah tempat lahir ataupun tempat terpancarnya agama Islam di Tanah Melayu ini dengan mengadakan muzium yang bercorak Islam. Jadi saya harap supaya tanah-tanah yang telah diambil dan janji-janji yang mengatakan bahawa akan dibina muzium untuk kawasan tersebut akan dilaksanakan, saya harap bahawa ianya akan menjadi kenyataan. Terima kasih.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTimbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan · Tebrau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Silam telah mencadangkan supaya diadakan rancangan pembangunan kampung budaya di kawasan luar bandar dan khususnya di DUN Kunak, Kampung Silam oleh kerana tamadun terawal di Sabah ada di sana. Sebenarnya tentang taman seni budaya, memang pada masa ini kita telah menubuhkan taman seni budaya di setiap negeri selain daripada Johor, Sarawak dan Selangor. Sebanyak 11 taman budaya telah dibina, sembilan sudah siap dibina dan dua lagi dalam proses pembinaan iaitu di Sabah dan di Kelantan. Di Sabah, taman seni budaya itu dijangka akan siap dibina pada bulan Mei tahun ini dan juga di Kelantan dijangka siap pada bulan Ogos tahun ini. Jadi cadangan Yang Berhormat Silam untuk membina kampung budaya di kawasan Silam itu akan diberi perhatian. Kita akan mengkaji dari segi kesesuaian tempat itu untuk dibina taman budaya di situ. Tentang kraf tangan di kawasan Sabah juga, sebenarnya kraf tangan sudah mula digerakkan di bawah Skim Satu Daerah Satu Produk mulai tahun 2003 hingga 2008. Sebanyak 59 projek SDSI ataupun Satu Daerah Satu Industri telah diadakan di dalam 40 daerah di seluruh negara. Pelbagai jenis industri kraf telah dipromosikan dan telah dibina. Kraf tangan di Silam juga akan diberi perhatian. Pada masa ini kajian sejarah untuk membangunkan taman budaya di kawasan Silam itu sedang dijalankan dan kita harap tidak lama lagi kita dapat memikirkan projek-projek untuk membangunkan taman budaya dan juga perindustrian kraf di kawasan Silam. Bagi Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat telah menimbulkan kraf tangan musim perayaan, benda-benda yang diminati oleh rakyat ini sama juga telah dibangkitkan tadi, mengapa kraf tangan ini, misalnya tanglung atau wau, ia diimport dari negeri lain. Sebenarnya kita mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan produk itu secara tempatan dan memang ini telah diberi perhatian dan saya sendiri sudah juga mencadangkan kepada pegawai saya, setiap kali perayaan Tahun Baru Cina, kita melihat pasaran untuk menjual kraf tangan begitu besar tetapi masih belum dieksploitasi. Jadi kita akan memikirkan cara bagaimana kita mempromosikan penghasilan kraf tangan mengikut keperluan perayaan, saya rasa itu adalah satu cadangan yang baik dan diterima untuk tindakan selanjutnya. Yang Berhormat Setiu juga memohon supaya kementerian menghidupkan seni budaya di Setiu, membina kampung budaya di Setiu. Pada masa sekarang ini kita hanya dapat membina satu taman budaya di setiap negeri. Jadi masih ada lagi negeri-negeri yang belum ada taman seni budaya termasuk Johor dan Sarawak. Sungguhpun Sarawak ada taman seni budaya di bawah pengurusan kerajaan negeri dan kementerian pernah memberi peruntukan sebanyak RM5 juta di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan untuk membantu menggerakkan lagi taman seni budaya di Sarawak. Jadi kita akan memikirkan dan mengkaji cadangan ini mengikut kemampuan. Memang projek untuk membina taman seni budaya itu memakan perbelanjaan yang besar.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTimbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan · Tebrau

Pada masa ini kita masih belum ada kemampuan untuk membina di setiap kawasan Parlimen seperti yang dicadangkan. Jadi, walau bagaimanapun cadangan itu diambil perhatian dan kita akan mengkaji keperluan setiap permohonan itu apabila dia dikemukakan. Yang Berhormat Dungun mencadangkan membangunkan kraf tangan di bawah Projek SDSI di kawasan Dungun. Yang Berhormat juga mencadangkan industri kraf tangan di kawasan Dungun perlu dipromosikan supaya membangkitkan minat orang tempatan khususnya di kawasan Parlimen Dungun terhadap menjadikan industri kraf tangan sebagai satu punca pendapatan. Saya rasa itu memang merupakan usaha kementerian selama ini. Kita sudah menubuhkan pusat kraf tangan di setiap negeri. Di dalam 12 buah negeri itu kita sudah pun melatih pengusaha-pengusaha industri kraf tangan seramai 488 orang dan saya minta maaf, bilangan pengusaha...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawab yang ditanya sahaja Yang Berhormat.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Okey.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tanya sama ada, ada peluang untuk diwujudkan satu di Dungun? Jawab yang di Dungun, tidak payah jawab di Johor ada berapa orang.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Okey, okey. Di Dungun, pada masa ini belum ada lagi satu pusat kraf tangan. Memang apabila ia diperlukan dan kita rasa ia diperlukan setelah dikaji ia akan difikirkan. Yang Berhormat Tenggara meminta penjelasan tentang SDSI. SDSI ini konsepnya ia telah dimulakan pada tahun 2003 hingga ke masa ini. Di bawah kumpulan SDSI itu biasanya kementerian cuba mengenal pasti di setiap kawasan ada kemahiran ataupun kepakaran pengusaha tertentu. Misalnya sesuatu kawasan kalau didapati pengusaha bagi kraf tangan tertentu begitu ramai dan pengusaha-pengusaha itu mempunyai kemahiran dan juga kegiatan pengusaha itu mempunyai nilai perniagaan, nilai ekonomi.

Mohon laluan Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Ya.

Saya faham Yang Berhormat Menteri tentang SDSI ini. Saya ingat Yang Berhormat Menteri tidak payah jelaskan kepada sayalah. Cuma yang saya hendak tahu tadi, saya confuse kerana SDSI ini adalah satu program di bawah MECD. Adakah ia konsep yang sama dengan yang ada di MECD? Kalau konsep yang sama, kementerian tidak boleh bekerjasama kah dengan MECD untuk membangunkan usahawan-usahawan? Jadi kalau di peringkat kementerian Menteri maka usahawan kraf contohnya. Itu soalan saya dan apakah mekanismenya? Kalau mekanisme tertentu ada di peringkat kementerian, jadi saya mencadangkan supaya bangunkanlah usahawan kraf yang ada di kampung dan juga di kampung-kampung Orang Asli. Terima kasih.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Pada masa ini kita memang terus menerokai kemungkinan untuk mewujudkan perindustrian kraf itu khususnya di luar bandar. Akan tetapi ada kriteria-kriterianya. Apabila kita menubuhkan SDSI di sesuatu daerah, kita mesti pastikan mempunyai pengusaha yang cukup dan kraf yang dihasilkan oleh pengusaha- pengusaha itu mempunyai nilai ekonomi. Kalau tidak, kita tidak akan dapat menubuhkan SDSI di sesuatu tempat. Memang cadangan untuk mewujudkan SDSI di luar bandar ataupun di kampung Orang Asli itu adalah satu cadangan yang baik untuk mewujudkan punca pendapatan bagi penduduk tempatan. Akan tetapi ia memerlukan syarat-syarat tertentu supaya ia viable. Yang Berhormat Lenggong menyentuh tentang tenunan yang berkualiti di Lenggong lalu didirikan satu pusat kraf. Jadi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Limbang.

Limbang bukan Lenggong.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Limbang. Yang Berhormat Limbang sorry. Baik. Sebenarnya, semua tenunan tradisional itu di dalam perhatian kementerian ini. Adakah ia dapat ditubuhkan satu pusat kraf di situ bergantung pada keperluannya. Adakah khususnya dari segi nilai ekonomi. Jadi, kita akan mengkaji cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Limbang untuk ditimbangkan adakah ia boleh ditubuhkan satu pusat kraf di kawasan Limbang, kita akan kaji. Yang Berhormat Maran mengatakan Taman Seni Budaya bukan sekadar untuk mengadakan kegiatan tarian atau nyanyian. Akan tetapi ia perlu dikembangkan kegiatannya termasuk memupuk nilai-nilai budaya di kalangan generasi muda.

Tuan Teng Boon SoonMCA · BNTebrau

Sebenarnya kerja ini juga dibuat oleh kementerian saya. Ia bukan sekadar melalui Taman Seni Budaya sahaja. Ia juga melalui Kempen Budi Bahasa yang dilaksanakan di seluruh negara sepanjang tahun. Jadi, nilai-nilai murni itu telah juga di promosi dan ditanamkan melalui kegiatan-kegiatan itu dan juga termasuk merayakan seni juga. Jadi usaha untuk memupuk nilai-nilai murni di kalangan generasi muda itu memang dilaksanakan melalui pelbagai program yang dianjurkan oleh kementerian ini. Yang Berhormat Hulu Terengganu menyentuh tentang nilai warisan Islam iaitu satu tugu di kawasan Hulu Terengganu yang mempunyai significant dari segi sejarah Islam dan beliau mencadangkan satu muzium dibina di sana. Itu satu cadangan yang baik tetapi saya rasa pada masa ini kementerian masih tidak mempunyai kemampuan untuk melaksanakan program seperti itu. Walau bagaimanapun, oleh sebab cadangan itu merupakan satu cadangan yang baik ia akan diambil perhatian dan dikaji. Mungkin kita boleh cadangkan kepada kerajaan sekiranya cadangan itu memang mempunyai signifikannya. Jadi saya rasa itu sahaja jawapan saya, Tuan Pengerusi terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM21,307,000 untuk Maksud P.44 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM21,307,000 untuk Maksud P.44 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1)2009.

Maksud P.45Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009] - Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee

Kepala Pembangunan P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Arau.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menarik perhatian kepada Butiran 02301 iaitu Penyelenggaraan Kompleks dan Kemudahan Sukan Negeri-negeri. Tuan Pengerusi, peruntukan sejumlah RM25 juta yang diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan sukan ini saya rasa terlalu kecil. Kalau kita lihat secara keseluruhannya banyak lagi kompleks dan stadium yang di peringkat negeri terutamanya stadium lama yang pernah diserahkan kepada JKR, dan sebahagian daripada stadium negeri ini juga diurus tadbir oleh Persatuan Bola Sepak negeri masing- masing, yang menyebabkan berlaku kekurangan wang untuk penyelenggaraan, dan kita lihat sebahagian besar daripada kompleks dan stadium ini terbiar begitu sahaja dan tidak dapat diselenggarakan dengan baik. Jadi kita minta walaupun peruntukannya tidak begitu besar, tetapi perkara ini perlu di dalam pertimbangan pihak kementerian supaya pada masa-masa yang akan datang soal penyelenggaraan kompleks kemudahan sukan di peringkat negeri perlu dilaksanakan dengan kadar yang segera. Saya lihat tanggungjawab Pejabat Belia dan Sukan pun bukan besar sangat di peringkat negeri. Ia cuma lebih memfokuskan kepada aktiviti luaran, outing dan sebagainya. Namun dengan adanya tanggungjawab baru apabila Pejabat Belia dan Sukan Negeri ini diberi tanggungjawab untuk menyelenggarakan dan mengendalikan semua kompleks sukan di peringkat negeri, saya rasa itu lebih terurus dan teratur sebab ia direct ataupun mempunyai hubungan langsung dengan pihak kementerian. Maka sudah tentu ia dapat dikendalikan dengan baik dan tidak seperti sekarang ini. Saya ingat sebahagian daripadanya diserahkan kepada JKR yang terpaksa menjaga banyak bangunan kerajaan negeri dan Persekutuan. Begitu juga setengahnya diurus tadbir oleh persatuan-persatuan sukan tertentu yang sudah tentu mereka hanya bergantung pada sumbangan daripada kerajaan negeri dan juga sumbangan peruntukan geran daripada Kerajaan Pusat yang menyebabkan mereka tidak dapat mengendalikannya dengan sebaik mungkin. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 02301 – Penyelenggaraan Kompleks dan Kemudahan Sukan Negeri-negeri. Saya memohon supaya kementerian terus memberi perhatian terutamanya saya memohon untuk kementerian memberi kemudahan dan menyiapkan satu kawasan mini stadium di kawasan Parlimen saya, Parlimen Setiu iaitu kawasan mini stadium di Sungai Tarum, iaitu di dalam cadangan Kompleks Sukan Setiu, di mana di Parlimen Setiu tidak ada lagi sehingga sekarang satu padang bola yang boleh dibanggakan, bahkan padang yang ada merupakan sangat rendah mutunya. Oleh yang demikian bagi mengatasi masalah belia-belia di mana bola merupakan satu permainan yang sangat popular, saya memohon supaya kementerian boleh memperuntukkan kepada Ahli Parlimen sekurang-kurangnya dua perbelanjaan padang bola bagi satu DUN yang di bawahnya. Dengan demikian pada pandangan saya satu padang bola mungkin memakan belanja lebih kurang RM50,000 sahaja dan dengan perbelanjaan yang tidak besar itu mampu memperbaiki dan memberi kemudahan terutamanya kepada golongan muda yang tidak perlu kita biarkan merata-rata, bahkan kita perlu meletakkan mereka ke satu tempat yang sihat. Jadi, dengan perhatian dan peruntukan yang telah diberikan tambahan oleh kerajaan sebanyak RM25 juta ini, saya memohon supaya sebahagian daripada peruntukan ini diluluskan bagi kawasan Parlimen Setiu untuk memperbaiki mini stadium dan juga padang-padang bola dan padang permainan bagi menjamin bahawa masyarakat di situ ada tempat riadahnya di waktu petang ataupun di waktu malam. Setakat ini beberapa perkara telah dibangkitkan mengenai masalah belia, muda mudi dan juga masyarakat bahawa tempat riadah sangat mustahak dan disegerakan. Dengan demikian saya memohon pihak kementerian memberi perhatian yang serius dan disegerakan. Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya cuma ada satu perkara sahaja iaitu Butiran 02301 – Penyelenggaraan Kompleks dan Kemudahan Sukan Negeri-negeri. Saya mohon kepada kementerian supaya bukan sahaja memberikan tumpuan terhadap kemudahan sukan sedia ada seperti kompleks-kompleks sukan sahaja, tetapi juga sewajibnya memberikan tumpuan kepada menaiktarafkan segala kemudahan sukan yang ada di kawasan luar bandar terutama di kampung-kampung baru dan juga di FELDA dan sudah tentulah terutamanya di dalam kawasan saya. Jadi, saya tidak payah hendak sebut kepada Yang Berhormat Menteri tentang kampung mana, FELDA mana yang patut saya nyatakan. Saya cuma hendak tahu, adakah kementerian mempunyai inventori tentang segala prasarana kemudahan sukan yang ada termasuk daripada peringkat kampung- kampung baru, FELDA dan sebagainya. Kalau ada saya boleh rujuk daripada situ untuk Parlimen Tenggara. Saya harap, mudah-mudahan banyak keperluan yang diperlukan oleh rakyat di kawasan luar bandar ini, Yang Berhormat Menteri, seperti padang bola yang ada tetapi tidak dapat diselenggara kerana tidak ada peruntukan, keperluan gelanggang futsal, keperluan gelanggang sepak takraw dan sebagainya. Jadi, saya harap untuk membangunkan jaguh-jaguh negara ini bangunkan daripada jaguh-jaguh kampung dahulu. Bantu sediakan prasarana kemudahan sukan yang kondusif supaya belia-belia muda yang ada di kawasan luar bandar ini dapat beriadah dan bersukan dan dapat menggalakkan mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelakkan daripada terlibat dengan apa-apa juga masalah sosial yang ada. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya juga hendak menyentuh tentang Butiran 02301 walaupun tidak ada kompleks sukan sebenarnya di Sungai Petani dan juga di Merbok. Bayangkan di kawasan Sungai Petani dan di Merbok, jumlah penduduk sahaja hampir 300,000 orang.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Oleh sebab itu kita perhatikan bahawa Bahagian Merbok, dan saya mewakili Bahagian Sungai Petani – kita share satu pekan besar, pekan Sungai Petani. Oleh kerana tidak ada kompleks sukan, maka anak-anak muda di situ dia buat dua perkara. Pertama, sama ada dia ‘merempit’ – memang banyak sungguh orang Sungai Petani naik motor ‘merempit’ ataupun dia ‘merendek’. ‘Merendek’ maknanya dia bawa girlfriend, boyfriend, tengoklah apa yang patut, tempat-tempat mana yang patut di situlah mereka berasmara. Jadi kalau sekiranya ada kompleks sukan, saya jamin, Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya jamin ‘merempit’ kurang, ‘merendek’ juga kurang. Jadi mintalah supaya kawasan Sungai petani dan juga Merbok yang kami share ini boleh diperhatikan untuk mendapat satu kompleks. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Eh, ramai lagi ini! Yang Berhormat Paya Besar.

Dato’ Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Butiran 02301 – Penyelenggaraan Kompleks dan Kemudahan Sukan Negeri-negeri. Saya ingin menarik perhatian kementerian kepada Kompleks Sukan Hoki Negeri di bandar Indera Mahkota yang sekarang ini saya lihat Majlis Perbandaran Kuantan telah menggunakan kompleks ini untuk dijadikan gelanggang futsal, kerana kompleks ini teruk. Oleh itu saya mohon mencadangkan supaya peruntukan sebanyak RM600,000 diberikan kepada kerajaan negeri untuk membaiki kompleks sukan ini. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Bagi Butiran 02301 ini – Penyelenggaraan Kompleks dan Kemudahan Sukan Negeri-negeri. Saya berharap pihak Kementerian Belia dan Sukan dapat memikirkan tentang perubahan cita rasa anak muda masa kini. Kadang-kadang kompleks-kompleks sukan yang berbentuk tradisional ini mungkin tidak sesuai lagi dengan mereka. Jadi, kita harap kajian dibuat supaya perubahan apabila penyelenggaraan dan kemudahan sukan ini dibuat, ia memikirkan juga gelanggang-gelanggang yang pada masa dahulu tidak terfikir oleh mereka.

Contohnya, macam gelanggang remote control. Kereta remote control ini merupakan sukan yang saya lihat banyak diceburi oleh bukan sahaja anak muda tetapi golongan tua dan mereka ini pelbagai kaum. Saya pernah melihat gelanggang di Titiwangsa bukan sahaja permainan mereka. Kereta remote control ini kalau kita lihat bukan sahaja satu golongan, mungkin satu kaum golongan Melayu sahaja atau Cina atau India tetapi pelbagai kaum dan pelbagai kumpulan umur. Begitu juga saya sendiri pernah melihat di kawasan saya mereka membuat gelanggang sementara tetapi yang bermain itu macam tadi. Jadi saya berharap pada pihak Kementerian Belia dan Sukan ini apabila membuat penyelenggaraan kemudahan itu memikir dan mengkaji pula jenis-jenis gelanggang baru dan cita rasa yang berubah ini, sekian terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada satu dua perkara. Yang pertama ialah Butiran 02301 Penyelenggaraan Kompleks dan Kemudahan Sukan. Saya hendak minta kementerian berikan perhatian dan kalau boleh meluluskan terus iaitu Kompleks Sukan dan Rakan Muda Maran yang telah dibina hampir empat tahun yang lepas tetapi belum lagi dirasmikan dan semalam saya ada bersama dengan anak-anak muda kita belia dalam satu program. Saya lihat kompleks ini telah mula rosak dan sebahagian daripada bangunan ini telah dirosakkan oleh anai-anai. Saya ingat ini very serious dengan izin, cukup teruk sekarang ini sehingga anai-anai ini boleh masuk ke dalam sistem IT yang ada di kompleks tersebut. Saya mohon benarlah, saya ingat kalau Menteri biarkan ini saya penuh yakin bahawa dalam masa dua tiga empat bulan bangunan ini akan runtuh esok. Apabila kita gunakan bangunan ini, malapetaka akan menimpa belia- belia kita dan akhirnya imej Kementerian Belia dan Sukan akan jatuh.

Satu lagi adalah dari segi perasmian. Saya harap kalau dapat, bukanlah kita hendak rasmi besar-besar tetapi berilah penghargaan kepada belia-belia kita yang banyak berjasa kepada negara, masyarakat dan sebagainya. Kalau dapat mungkin dalam tahun ini kita dapatkan pastikan bangunan ini. Yang keduanya ialah Kompleks Sukan Negeri sendiri di Kuantan. Saya terlibat dalam persatuan belia sehingga sekarang, kita bermesyuarat di sana. Saya perhatikan bahawa penggunaan kompleks ini seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Paya Besar tadi iaitu bukan hoki, tetapi lain-lain, memang tidak difully utilized dengan izin diguna sepenuhnya. Ini saya kira satu kerugian yang besar kepada persatuan. Sebahagian persatuan tidak berada di sini, bahkan apabila majlis-majlis perasmian, saya perhatikan ada orang luar menggunakan untuk berkahwin dan sebagainya. Akan tetapi dari segi kementerian ataupun agensi kerajaan tidak menggunakan ini semua. Sepatutnya apa salahnya, kementerian, agensi-agensi lain yang boleh menyumbang kepada persatuan belia menggunakan kompleks ini untuk majlis-majlis rasmi mereka dalam keadaan gawat sekarang ini bukan gunakan hotel-hotel. Inilah caranya. Akan tetapi kita kadang-kadang buat di hotel-hotel besar dan sebagainya tidak gunakan kompleks-kompleks yang ada ini bagi kita mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan pada masa yang sama boleh menyumbang kepada persatuan- persatuan belia yang boleh mendapat pendapatan daripada penggunaan kompleks- kompleks berkenaan. Jadi saya minta kementerian tolonglah berikan perhatian dalam kita membantu negara dalam menghadapi zaman ekonomi yang meleset ini dan satu lagi Yang Berhormat Maran tadi. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Matulidi bin JusohUMNO · BNDungun

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hendak merujuk kepada Butiran 02301 - Penyelenggaraan Kompleks dan Kemudahan Sukan Negeri-negeri. Saya menyokong apa yang disebutkan oleh rakan-rakan. Sebenarnya kompleks sukan ataupun padang bola sepak, sebab saya pun datang daripada Belia. Walaupun sudah usia begini, tetapi masih lagi pegang Belia nanti akan turunlah tempat untuk belia ini dan kita faham dengan kehendak belia. Apa yang diberitahu kepada saya sepanjang tahun dari dahulu pun, padang bola sepak ini memang jarang sangat ada di kampung. Kalau adapun permainannya di tanah merah ataupun tanah berpasir. Saya ingat ini boleh diambil perhatian supaya galakan kita anak-anak muda belia-belia dapat bermain di padang yang terbaik, yang kemas. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan yang telah memberikan gelanggang pusar dua bangunan stadium. Ini dalam proses untuk pembangunan. Satu perkara lagi Tuan Pengerusi, belia-belia kita ini bukan sahaja tertumpu kepada bola sepak ataupun permainan-permainan yang lain. Mereka juga berminat untuk jungle tracking misalnya. Baru-baru ini saya membuat program untuk 51 orang belia dalam kawasan Parlimen Dungun yang menyeberangi sempadan Pasir Raja sampai ke Hulu Tembeling, itu Program Jejak Mat Kilau. Saya percaya kalau program ini sebenarnya sudah lama, diatur, disusun oleh agensi kerajaan untuk Program Jejak Mat Kilau ini dari golongan belia, mengapa tidak boleh saya percaya kalau dibuat satu tempat untuk mereka boleh terus lalu jalan ini, jalan yang telah dahulunya dilalui oleh Datuk Mat Kilau dahulu. Ada satu tempat yang boleh mereka berhenti untuk sementara di kawasan laluan ini ataupun di kawasan saya Hulu Dungun, Kampung Pasir Raja dan juga Kampung Mantan supaya mereka boleh menginap sementara ataupun dijadikan sebagai latihan out door di kawasan berkenaan. Di kawasan saya pun ada sungai boleh digunakan berkanu untuk latihan kepada anak-anak muda dan belia. Saya percaya kalau ini boleh dilakukan akan beri satu lagi galakan kepada belia-belia dan peluang mereka untuk lepak, peluang mereka untuk membuat perkara-perkara devian dengan rancangan kerajaan tidak akan berlaku dan satu kaedah untuk menyelamatkan belia-belia pada masa ini, sekian terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh butiran 02301 - Penyelenggaraan Kompleks dan Kemudahan Sukan Negeri-negeri. Pada masa ini di tempat saya ada sebuah kompleks sukan yang kira complete juga dengan padang, track dan segala-galanya. Akan tetapi apa yang menyedihkan pada masa ini ialah prasarana dalam kompleks tersebut seperti jalan raya dia pada masa ini sangatlah daif dan seingat saya tiada penyelenggaraan yang telah pun dibuat sejak ianya dibina dalam awal penghujung tahun 1980-an. Dari itu saya di sini secara spesifik dengan izin, meminta pihak kementerian untuk memperuntukkan sejumlah peruntukan RM300,000 untuk menyelenggarakan dan membaiki prasarana jalan raya di dalam kompleks sukan ini sekian terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh butiran 02301. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kementerian yang telah meluluskan beberapa gelanggang sukan rakyat di kawasan Parlimen Silam. Berhubung dengan Penyelenggaraan Kompleks dan Kemudahan Sukan Negeri-negeri, kalau dari segi jumlah penduduk, kita melihat di kawasan Parlimen Silam ini ada 380 ribu orang penduduk dan kawasan Lahad Datu sahaja ada 220 ribu orang penduduk. Akan tetapi yang malang sekali, oleh sebab mungkin dari segi jarak antara Sandakan, Tawau kemudian Silam di tengah-tengah, maka pihak kementerian terlepas pandang dalam membina kompleks sukan ataupun kemudahan-kemudahan yang ada ini, yang ada pun hanya ada padang daerah di Lahad Datu dan satu di Kunak. Jadi saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya rancangan untuk membina Kompleks Sukan Lahad Datu sekarang ini yang masih lagi kita tunggu- tunggu, saya mohon penjelasan daripada kementerian apakah inisiatif pihak kementerian dalam melaksanakan pembinaannya ini. Bagaimana statusnya dan kerjasama dengan pihak negeri Sabah pun setakat mana. Saya ingin mengetahui dan kalau pun membina kompleks sukan ini nanti, saya ingin mencadangkan di sini oleh sebab banyak tempat yang boleh digiatkan sukan yang berteraskan extreme di kawasan saya sebab kalau kita lihat macam di kawasan Lembah Danum dan di Tabin, banyak aktiviti sukan lasak yang kita boleh perkenalkan. Jadi kalau boleh kita bercadang untuk membina kompleks kemudahan yang lebih canggih mungkin memakan belanja yang lebih besar. So, saya ingin mencadangkan supaya pihak kementerian mengambil kira cadangan saya iaitu aktiviti sukan lasak dapat dibina kompleksnya di kawasan Parlimen Silam dan boleh juga dihubung kait dengan aktiviti sukan laut sebab dekat dengan Teluk Dravel itu...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. butiran ini untuk menyelenggara kompleks sukan sahaja Yang Berhormat.

Ya saya tahu Yang Berhormat Tuan Pengerusi sebab saya ingin bangkitkan di sini supaya pihak kementerian ini mengambil berat pelaksanaan kemudahan-kemudahan asas yang ada di setiap negeri dan saya berharap supaya selama ini kawasan saya tidak diambil berat dari segi kemudahan ini sebab kita melihat jumlah belia yang ada di kawasan saya pun begitu ramai. Kalau ikut dari segi contohnya seperti cawangan Ahli Pemuda UMNO yang paling ramai di Malaysia ini adalah dari kawasan saya. Jadi adalah malang bagi kawasan saya jika Kementerian Belia dan Sukan tidak mengambil berat untuk menyediakan kemudahan sukan di kawasan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Wee Jeck SengMCA · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan · Tanjong Piai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sepuluh Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan terhadap Kementerian Belia dan Sukan. Untuk makluman Yang Berhormat Arau berkaitan dengan penyelenggaraan stadium. Bagi makluman Yang Berhormat memang benar peruntukan yang diberikan adalah kurang.

Tuan Wee Jeck SengMCA · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan · Tanjong Piai

Walau bagaimanapun stadium di negeri-negeri memang benar diselenggarakan oleh JKR negeri kerana dimiliki oleh perbadanan stadium di peringkat negeri. Walau bagaimanapun, saya setuju kementerian dalam mini bajet ini memang memohon bajet ini untuk membantu dan bersedia untuk menyalurkan peruntukan kepada perbadanan stadium di negeri. Tuan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat Setiu pula yang memohon supaya KBS memberi perhatian kepada pembinaan atau kemudahan stadium. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian boleh mempertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sila Yang Berhormat kemukakan permohonan supaya boleh ditimbangkan. Namun demikian kementerian boleh menyalurkan peruntukan untuk menaik taraf serta membina padang-padang yang dipohon. Untuk makluman Yang Berhormat Setiu sebenarnya Kementerian Belia dan Sukan memang benar telah membina ataupun memberi kelulusan kepada setiap DUN di mana akan membina dua buah gelanggang rakyat yang bernilai RM120,000 hingga RM140,000 sebuah dan kalau perlu permohonan untuk menaik taraf terutama padang-padang bola bolehlah kemukakan permohonan. Kementerian akan memberi pertimbangan. Untuk makluman Yang Berhormat Tenggara yang memohon supaya pentingkan padang-padang ataupun kompleks-kompleks sukan tertumpu di luar bandar kampung ataupun kampung baru. Itu memang kementerian ambil berat dan memang setuju dengan pandangan Yang Berhormat dan dalam mini bajet ini kementerian memang mementingkan juga di kawasan bandar yang melibatkan kerja-kerja menaik taraf terutama padang-padang awam, pembaikan gelanggang banyak yang rosak, gelanggang yang usang serta tidak digunakan. Jadi kita harap Yang Berhormat Tenggara juga boleh kemukakan cadangan- cadangan yang dirasakan sesuai. Kementerian boleh memberi pertimbangan. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Petani pula yang mengatakan bahawa masalah rempit kerana tiada kompleks sukan. Itulah yang saya katakan kementerian untuk mini bajet ini adalah untuk penyelenggaraan. Jadi kalau memerlukan kompleks atau apa- apa pun minta Yang Berhormat kemukakan permohonan untuk pertimbangan pada masa- masa akan datang. Kepada Yang Berhormat Paya Besar pula KBS sedia mempertimbangkan permohonan berdasarkan spesifikasi serta skop kerja yang sesuai yang dikatakan untuk menaik taraf kompleks sukan. Untuk makluman Yang Berhormat Lipis pula memang selama ini Kementerian Belia dan Sukan juga mengkaji dan juga menerima pandangan daripada Yang Berhormat semua supaya segala program yang dirancangkan akan mengikut keperluan cita rasa belia kita. Mengenai kereta remote control itu kita akan kaji dan kita akan memperluaskan program sedemikian sekiranya ia membawa kebaikan, keperluan atau kesukaan belia-belia kita. Tuan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat Maran pula yang memohon supaya meluluskan kompleks sukan di kawasan tersebut yang sudah empat tahun, maka saya akan dapatkan maklumat mengapa perkara ini berlaku dan kalau perlu dikatakan dapatkan peruntukan untuk diperbaiki yang dikatakan ada kompleks sukan Rakan Muda tersebut. Jadi tarikh perasmian insya-Allah saya beritahu Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh dapatkan satu tarikh yang sesuai dan kita akan maklumkan kemudian.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit. Kerosakan tadi bukan kerana lama tidak rasmi tapi sekarang ini anai-anai sudah attack bangunan itu. Jadi saya minta diberikan perhatian.

Tuan Wee Jeck SengMCA · BNTanjong Piai

Saya janjilah nanti saya akan minta pegawai untuk buat lawatan supaya keadaan ini dapat diperbaiki ataupun boleh diatasi. Jadi kepada Yang Berhormat Dungun juga mengatakan mengenai padang bola sepak. Memang kita ambil perhatian. Tadi kita sudah katakan kementerian memang sentiasa mengambil berat, sentiasa memikirkan supaya boleh memperbanyakkan gelanggang yang boleh membawa kebaikan atau boleh diberi peluang kepada belia-belia kita untuk memenuhi masa mereka apabila mereka ingin menjalankan aktiviti mereka. Jadi ini juga di dalam perhatian kementerian yang sentiasa kita ambil berat.

Tuan Wee Jeck SengMCA · BNTanjong Piai

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Limbang pula mengatakan kompleks sukan prasarana jalan raya yang naik taraf itu, kami akan membuat tinjauan dan menganggarkan berapa kos yang sebenar apa yang kita bantu mungkin Yang Berhormat Limbang juga bantu kemukakan permohonan, kita akan ambil berat dan ambil perhatian untuk membantu. Akhirnya Yang Berhormat Silam mengatakan bahawa kawasan Parlimen perlu ada satu kompleks sukan. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian akan mempertimbangkan dan kita insya-Allah masuk dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh agar ia dapat dijayakan. Jadi setakat ini sahaja saya dapat memberi respons dan apa-apa yang saya tidak dapat respons mungkin saya akan beri secara bertulis. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli- ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM30,080,400 untuk Maksud P.45 yang disebutkan dalam Anggaran pembangunan Tambahan Pertama bagi tahun 2009 di bawah Kementerian Belia dan Sukan hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM30,080,400 untuk Maksud P.45 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.1) 2009. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dijemput Yang Berhormat Timbalan Menteri membacakan usul.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Puan Noriah binti KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) tanpa menghiraukan usul yang terdahulu, saya mohon Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sekarang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 17 Mac 2009.”

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Alor Star

Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari Selasa, 17 Mac 2009. Dewan ditangguhkan pada pukul 11.31 malam.