Dewan Rakyat · 29 June 2009

15th Parliament, session 2, meeting 2 · 683 turns · 48,193 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Ahmad bin HamzahUMNO · BNJasin · question

1. Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, peranan TEKUN, MARA, Bank Rakyat, Bank Pembangunan dalam usaha merealisasikan agenda Dasar Ekonomi Baru (DEB) termasuk mewujudkan 150,000 usahawan bumiputera dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dato’ Mustapa MohamedUMNO · BNMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Jeli

Tuan Yang di-Pertua, soalan ini melibatkan tanggungjawab beberapa kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kewangan. Selain daripada jawapan yang melibatkan MITI, jawapan saya pada pagi ini, Tuan Yang di-Pertua, akan meliputi empat kementerian yang lain. Tuan Yang di-Pertua, apabila Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970, ada dua pendekatan utama. Yang pertama ialah untuk membasmi kemiskinan, yang kedua ialah untuk menghapuskan pengenalan etnik mengikut pekerjaan. Di antara strategi untuk menghapuskan pengenalan etnik dengan pekerjaan ialah dengan memperkenalkan strategi pewujudan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera ataupun MPPB. Selaras dengan matlamat tersebut, dalam tempoh RMK-9, kerajaan telah mensasarkan untuk mewujudkan 150 ribu usahawan bumiputera yang baru. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kira-kira 100 ribu usahawan baru telah diwujudkan. Pencapaiannya ialah dua pertiga daripada sasaran. Daripada 100 ribu yang diwujudkan itu, kira-kira 50 ribu atau separuh daripada usahawan baru dilahirkan oleh MARA. Tuan Yang di-Pertua, pendekatan yang digunakan oleh kerajaan bagi melahirkan usahawan bumiputera baru termasuklah pembiayaan, latihan serta pendedahan dalam bidang-bidang kemahiran tertentu. Tuan Yang di-Pertua, yang utama ialah pembiayaan. Untuk tujuan ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan bagi beberapa agensi termasuk MARA dan TEKUN. Sebagai contoh, Tuan Yang di-Pertua bagi MARA, setakat ini MARA telah mengeluarkan pinjaman berjumlah kira-kira RM3.6 bilion melibatkan 190 ribu orang usahawan. Untuk tempoh RMK-9 sahaja, MARA telah mengeluarkan pinjaman kira-kira RM1.7 bilion melibatkan kira-kira 37 ribu orang usahawan. Bagi TEKUN pula, Tuan Yang di-Pertua, setakat ini TEKUN telah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM1.3 bilion kepada 181,300 usahawan dan dari jumlah tersebut, 144 ribu merupakan usahawan baru. Ini pencapaian dua agensi yang saya ambil sebagai contoh. Tuan Yang di-Pertua, agenda untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera ini ialah satu agenda yang penting untuk menghapuskan pengenalan etnik dengan pekerjaan. Oleh itu kerajaan akan meneruskan usaha-usaha ini agar agihan pendapatan akan dapat disamaratakan agar setiap masyarakat di Malaysia akan menikmati faedah daripada kemajuan yang kita sedang nikmati dalam negara kita. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Rakyat sebenarnya sangat mengalu-alukan keputusan Kerajaan Barisan Nasional yang telah mengumumkan peruntukan tambahan RM100 juta kepada TEKUN dan juga RM550 juta kepada MARA daripada peruntukan sedia ada. Adalah diharapkan supaya pihak kerajaan dapat memberi satu suntikan peruntukan yang benar-benar bermakna bagi menyelesaikan masalah kedua-dua agensi yang menghadapi masalah kewangan ini dan membantu bumiputera selaras dengan Misi Nasional - Teras Tiga. Soalan saya, Tuan Speaker, setakat ini apakah kejayaan yang telah kita capai dalam usaha kita dan unjuran kita untuk melahirkan 150 ribu usahawan sehingga akhir tahun 2010. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, memang kerajaan ada menerima aduan bahawa pengeluaran pinjaman bagi agensi TEKUN dan MARA terencat sedikit tetapi dengan tambahan peruntukan yang diumumkan dalam Dewan ini, maka sebahagian besar daripada masalah-masalah yang dialami sebelum ini, kita harap dapat diatasi. Berkaitan dengan kejayaan, ia boleh diukur daripada dua sudut. Yang pertama, dari sudut bilangan, yang kedua kualiti usahawan yang dilahirkan. Bilangan – saya sudah menjawabnya, RM150 ribu sasaran dan setakat ini dua pertiga sudah pun tercapai iaitu 100 ribu, satu pencapaian yang agak menggalakkan kerana kita cuma masih ada satu tahun setengah lagi sebelum berakhirnya RMK-9 iaitu Disember 2010. Akan tetapi pencapaian yang lebih bermakna ialah dari sudut kualiti. Untuk ini kerajaan ingin menyatakan bahawa kita masih lagi belum berpuas hati. Enterprise besar bumiputera umpamanya amat kekurangan dan ini dapat dilihat kalau kita tengok kepada pegangan ekuiti bumiputera sekitar 19 peratus pada masa ini menggambarkan bahawa kualiti usahawan bumiputera walaupun ramai bilangannya, 100 ribu yang dilahirkan dalam tempoh RMK-9 masih lagi belum mencukupi. Oleh hal yang demikian dalam tempoh RMK-9, kerajaan akan memastikan bahawa bukan sahaja bilangan yang kita tambah tetapi yang lebih penting ialah kualiti usahawan bumiputera supaya mereka bukan sahaja dapat berkembang tetapi juga dapat menyumbang kepada peningkatan pegangan ekuiti bumiputera, dapat mengambil pekerja untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang mereka keluarkan. Inilah ukuran yang kita gunakan sama ada berjaya ataupun tidak.

Jadi saya hendak maklumkan di sini bahawa kita masih belum lagi berpuas hati, dari segi kualiti mutu usahawan bumiputera yang dilahirkan melalui pelbagai program yang diwujudkan oleh kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Bachok.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya adalah, saya membaca satu tinjauan yang dibuat tentang prestasi syarikat usahawan bumiputera GLC dan syarikat bukan bumiputera oleh Malaysian Business pada Oktober 2008 yang menyenaraikan 100 top ranking companies yang dinilai oleh mereka. Apa yang menarik di dalam tinjauan ini ialah ia mengukur kemajuan syarikat usahawan bumiputera dalam menguasai sektor perniagaan di Malaysia. Hasil tinjauan itu menunjukkan purata pendapatan bersih selepas cukai bagi tahun 2002 sehingga 2007, iaitu 42.5 peratus bagi syarikat GLC, 70.6 peratus bagi syarikat usahawan bumiputera dan 81.4 peratus bagi syarikat bukan bumiputera. Soalan saya adalah kepada pihak kementerian, saya ingin bertanya tentang polisi. Baru-baru ini kita meliberalisasikan ekonomi di Malaysia. Apakah jaminan kerajaan terhadap nasib syarikat usahawan bumiputera dan adakah sudah ada satu kajian yang dibuat sebelum polisi itu diumumkan?

Tuan Yang di-Pertua, angka-angka dari Yang Berhormat Bachok tadi ketiga-tiga peratusan adalah melebihi 100 peratus. Jadi selepas ini saya ingin mendapat penerangan lanjut daripada Yang Berhormat, kenapa begitu?

Walau bagaimanapun, soalan utama Yang Berhormat adalah berkaitan liberalisasi sama ada ia akan menjejaskan kepentingan bumiputera dan apa jaminan kerajaan bahawa kepentingan bumiputera tidak terjejas. Perkara ini telah dijelaskan beberapa kali di dalam Dewan ini apabila kami menjawab soalan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga di luar Dewan. Yang pertamanya, saya ingin menekankan bahawa 27 subsektor yang dibuka itu yang pertama, dibuka setelah diadakan konsultasi ataupun perundingan yang begitu terperinci, mendalam, dan lama dengan pihak-pihak yang berkaitan ataupun dengan izin stakeholders. Sektor- sektor, subsektor yang dibuka itu telah dibuka setelah mengambil kira pandangan yang diberikan oleh pihak yang berkenaan. Yang keduanya saya ingin tekankan bahawa subsektor yang dibuka itu tidak mempunyai penyertaan bumiputera ataupun bukan bumiputera semasa ini. Oleh yang demikian, langkah ini diambil untuk menggalakkan pelaburan asing kerana pada masa ini, memang tidak ada penyertaan yang besar sama ada bumiputera ataupun bukan bumiputera. Umpamanya salah satu sektor yang dibuka ialah untuk membina conventional centre. Pusat konvensyen yang boleh memuatkan lebih 5,000 peserta. Jadi pada masa ini tidak ada sebuah pun syarikat bumiputera dan bukan bumiputera yang terlibat di dalam sektor ini. Oleh yang demikian, kita merasakan pembukaan sektor tersebut tidak akan menjejaskan mana-mana pihak, oleh kerana pada masa ini tidak ada mana-mana pihak yang terlibat di dalam sektor ini. Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dijelaskan, sektor-sektor tertentu memang sudah pun dibuka untuk memenuhi keperluan dan tanggungjawab kita dalam ASEAN umpamanya sektor komputer. Perisian komputer ini sudah pun dibuka pada tahun 1997, nineteen ninety seven dengan izin, di mana pada tahun itu melalui bill of guarantees sudah pun dibolehkan penyertaan asing sebanyak 100 peratus. Jadi ini bukan perkara baru. Saya ingin memberi jaminan di sini bahawa kerajaan akan memantau dari semasa ke semasa. Saya telah berjumpa dengan pihak-pihak yang berkenaan, memberi jaminan yang pertama kita akan memantau perkara ini dan setiap 6 bulan sekali kerajaan akan mengeluarkan satu report card untuk menerangkan kesannya. Setakat ini belum ada kesan apa-apa lagi setelah dua bulan diumumkan iaitu pada 22 April. Sekarang ini sudah 29 Jun, sudah dua bulan dan belum ada kesan apa-apa. Insya-Allah empat bulan lagi, kerajaan akan mengeluarkan report card kepada pihak berkenaan. Dua kali setahun kita akan keluarkan report card dan sekiranya ia ada kesan buruk kepada usahawan bumiputera, perkara ini sudah tentu kita akan ambil perhatian dan tindakan sewajarnya akan diambil. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Dr. Siti Mariah binti Mahmud berada di luar negara jadi saya menjemput Puan Hajah Nancy binti Shukri. [Soalan No. 2 – Y.B. Dr. Siti Mariah binti Mahmud (Kota Raja) tidak hadir]

Nancy ShukriPBB · GPSSantubong · question

3. Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong] minta Menteri Pertahanan menyatakan, sejauh manakah Program Latihan Khidmat Negara berupaya membantu meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin AhmadUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Mersing

Tuan Yang di-Pertua, salah satu objektif Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah untuk memupuk perpaduan di kalangan remaja Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan pelbagai agama. Bagi melaksanakan objektif berkenaan, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di peringkat awal pemilihan pelatih telah menetapkan supaya pengambilan pelatih mengikut nisbah seperti berikut: (i) etnik Melayu 60 peratus; (ii) bumiputera, 28 peratus; (iii) etnik Cina 10 peratus; dan

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin AhmadUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Mersing

(iv) etnik India 2 peratus dan lain-lain. Bagi membantu meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, sejumlah 20 peratus pelatih Sabah dan Sarawak ditempatkan di kem-kem Semenanjung. Sementara itu 20 peratus daripada bilangan pelatih di Selangor dan Kuala Lumpur ditempatkan di PLKN negeri Sabah dan Sarawak tertakluk kepada bilangan tempat kem-kem di negeri- negeri berkenaan. Sehubungan dengan itu, pelatih dapat berinteraksi di antara satu sama lain semasa menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan dalam modul fizikal kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti. Aktiviti-aktiviti yang ditetapkan telah direka bentuk menurut cara yang menarik dan dilaksanakan secara eksperimental untuk mencapai objektif-objektif yang ditetapkan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kajian keberkesanan untuk memupuk perpaduan telah menunjukkan pencapaian sebanyak 88 peratus pada tahun 2007 dan 2008. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah, semalam saya rasa kita mendengar bahawa terdapat satu lagi pergaduhan di Kem PLKN Chini, Pahang yang melibatkan 11 pelatih etnik Cina dan 6 pelatih etnik Melayu. Apakah kejadian terpencil seperti ini menandakan bahawa tujuan memupuk nilai perpaduan gagal dan apakah langkah-langkah bagi memastikan pergaduhan seperti ini dapat diminimumkan? Mungkin kita dapat menyarankan di sini melalui modul kenegaraan di mana kita boleh menyelitkan penerangan-penerangan melalui sesuatu etnik ataupun kebudayaan sesuatu bangsa. Misalnya dalam bangsa Cina terdapat perayaan Moon Cake Festival dengan izin. Mungkin diselitkan dengan melalui pengajaran seperti ini, diselitkan workshop macam mana moon cake itu dibuat bagi menyerikan lagi program mereka. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan Yang Berhormat daripada Batang Sadong. Saya amat seronok dan suka mendengar beberapa perkataan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Batang Sadong terutamanya perkataan ‘terpencil’. Kejadian paling mutakhir dua hari lepas di mana 11 etnik Cina dan 6 etnik Melayu semuanya kalangan wira telah bergaduh di Kem Chini. Memang betul, pergaduhan dan permasalahan ini memang terpencil. Kalau kita melihat statistik tahun 2007 terdapat 130 kes, tahun 2008 telah menurun begitu drastik 74 kes dan tahun 2009 34 kes setakat ini. Memang ia terpencil tetapi untuk mengaitkan peristiwa-peristiwa yang terpencil ini dengan kegagalan Latihan Khidmat Negara adalah tidak berapa tepat. Ini adalah kerana untuk menyatukan dan menerapkan nilai-nilai persefahaman antara kaum ini adalah satu perkara yang sangat rumit sebenarnya.

Pertamanya, kita semua tahu bahawa mereka datang daripada pelbagai budaya dan agama. Justeru itu latar belakang yang berbeza, tambahan pula biasanya kes-kes pergaduhan ini berlaku puncanya adalah salah faham sahaja. Ia tidak dirancang sebegitu rupa. Sebanyak 80 peratus daripada kes-kes yang berlaku adalah kes-kes yang disebabkan oleh salah faham umpamanya yang berlaku di Kem Tasik Chini. Dua malam yang lepas ada ribut, maka jurulatih dan komandan telah memanggil semua wira dan wirawati untuk berkumpul di dewan kerana itu adalah kawasan yang paling selamat difikirkan. Sewaktu mereka beratur timbul suasana tolak menolak. Ekoran daripada peristiwa tolak menolak itu berlakulah pergaduhan. Maknanya dengan izin, trivial cause yang menyebabkan perkara begini. Elok saya maklumkan di Dewan yang mulia ini, kumpulan ketiga ini adalah biasanya terdiri daripada kumpulan yang sudah bekerja. Mereka biasanya dulu gagal di sekolah dan kebanyakan daripada bilangan ini tidak bersekolah atau mereka habis Darjah Enam atau habis Tingkatan Tiga mereka sudah bekerja. Mereka mempunyai latar belakang yang sungguh berbeza dibandingkan dengan kumpulan satu dan kumpulan dua.

Kita berpendapat bahawa pergaduhan dan perselisihan faham ini memang berlaku. Kalau hendak berlaku lebih baik ia berlaku dalam PLKN kerana di sinilah tempat untuk kita membaja dan memupuk semangat kesefahaman di antara kaum dibandingkan jika ia berlaku di luar PLKN. Jadi, langkah-langkah yang kita atur jelas bahawa statistik menunjukkan angka-angka ini makin lama semakin menurun dan jelas bahawa faktor yang kita terapkan selama 18 hari pertama sewaktu mereka berada di PLKN adalah mendedahkan mereka kepada kursus membentuk karakter. Selama 18 hari kita dedahkan mereka mengenai betapa pentingnya kita mempunyai karakter-karakter dan nilai-nilai positif 18 hari pertama sewaktu mereka berada di kem tersebut. Terima kasih.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Objektif pertama adalah mengintegrasikan kaum di Program Latihan Khidmat Negara. Kalau sedemikian adakah kerajaan sedar bahawa proses integrasi di sekolah ini telah gagal dan perlu tindakan diambil dalam arena pelajaran. Kenapa kita perlu membelanjakan berjuta- juta ringgit? Saya difahamkan lebih dari RM500 juta dalam pelaksanaan program ini. Siapakah yang betul-betul mendapat manfaat ini memandangkan bahawa tidak sampai daripada 50 peratus daripada murid-murid yang mendapat program-program yang dikendalikan oleh Latihan Khidmat Negara. Setakat ini adakah kerajaan sedar bahawa kebanyakan pelajar-pelajar yang telah pergi antara semua kaum berpendapat bahawa kita perlu ada satu revolution dalam sistem ini. Kemungkinan kem ini patut ditutup dan jangan kita bazirkan wang rakyat.

Oh, Ipoh Barat. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tidak ada soalan, soalan dia hendak tutup sahaja. Apa yang perlu saya nyatakan di sini bahawa proses integrasi kaum ini adalah satu proses yang dinamik dan berpanjangan. Ia bermula daripada prasekolah kemudian dikuatkan di sekolah. Selepas habis di sekolah rendah, di sekolah menengah. Habis di sekolah menengah diperkuat dan diperkukuhkan di universiti dan juga di IPTS atas semangat memastikan bahawa negara ini terus kuat dari sudut perpaduannya bagi berhadapan dengan segala rintangan, umpamanya rintangan globalisasi dan liberalisasi. Yang menjadikan sebuah negara itu kuat adalah apabila rakyatnya berpadu dan PLKN adalah sebahagian daripada proses kesepaduan yang kita lakukan secara berpanjangan. Oleh kerana kita semua faham, sewaktu awal merdeka pendekatan Malaysia sewaktu kita merdeka kita hendak etnik Cina menjadi Cina, etnik India menjadi India dan etnik Melayu menjadi Melayu...

Orang Asli?

Orang Asli tetap Orang Asli. Menyampuk pula ya? Kita tidak hendak negara kita macam negara jiran kita di mana orang yang rupanya etnik Cina, namanya tidak boleh nama Cina. Dia mungkin tidak boleh bertutur dalam bahasa Mandarin. Kita buat cara begini adalah kerana cara ini adalah cara fitrah, cara yang sunah bahawa manusia itu dijadikan berpuak-puak dan bersuku-suku. Ekoran daripada itu kita akui fitrah tersebut. Oleh sebab itu di Malaysia, tidak ada di negara lain yang ada sekolah jenis kebangsaan Cina. Singapura yang majoritinya Cina pun tidak ada sekolah jenis kebangsaan Cina... [Tepuk]

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Soalan saya kem ini akan ditutupkah? Jangan bagi persamaan...

Hai, this is my floor, brother!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak payah, Yang Berhormat. Tidak payah respons. Jawab sahaja Yang Berhormat.

Ekoran daripada itu kita tidak akan tutup PLKN kerana kita merasakan bahawa kajian-kajian awal menandakan bahawa program- program Modul 4 ini sebenarnya memberi manfaat yang lebih banyak kepada pembentukan memupuk semangat perpaduan dan integrasi kaum. Cuma DAP sahaja yang pandang negatif. Terima kasih.

Charles Anthony a/l SantiagoDAP · PHKlang · question

4. Tuan Charles Santiago [Klang] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, langkah-langkah dan insentif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mencapai ‘energy efficiency” dalam bidang pengangkutan, penggunaan alat-alat elektrik dan tabiat penjimatan elektrik. Bilakah dasar tenaga kebangsaan (national energy policy) yang telah lama diperbincangkan akan dibentangkan.

Datuk Peter Chin Fah KuiSUPP · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Miri

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa menggalakkan amalan kecekapan tenaga melalui program-program meningkatkan kesedaran semua pengguna yang dilaksanakan secara tahunan pada bulan November yang dikenali sebagai Program Energy Month. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam bulan ini adalah seperti seminar, pameran dan edaran-edaran risalah dan buku panduan mengenai kepentingan dan cara-cara untuk menggunakan tenaga yang cekap. Selain itu kementerian melalui Centre of Training and Education for Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE), dengan izin di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang juga melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kesedaran dan membentuk tabiat penggunaan tenaga dengan cekap dalam kehidupan seharian di kalangan pelajar- pelajar sekolah, universiti dan juga guru-guru secara khusus dan umumnya kepada orang awam.

Datuk Peter Chin Fah KuiSUPP · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Miri

Kerajaan juga telah menyediakan kemudahan insentif fiskal bagi syarikat yang melaksanakan amalan kecekapan tenaga seperti pemberian taraf perintis final status dan elaun cukai pelaburan, investment tax allowance, dengan izin. Selain itu, pengecualian duti import dan juga cukai jualan juga diberikan bagi peralatan elektrik domestik seperti peti sejuk, kipas domestik, penyaman udara domestik, motor cekap tenaga, high efficiency motors dengan izin, televisyen, bahan penebat, lampu dan balam untuk lampu florescent. Sistem penarafan kecekapan tenaga atau star rating untuk kelengkapan elektrik domestik telah diperkenalkan dan akan dipertingkatkan untuk membolehkan orang ramai memilih kelengkapan elektrik yang mempunyai ciri cekap tenaga. Tuan Yang di-Pertua, dari segi perundangan, kerajaan juga telah menguatkuasakan peraturan-peraturan pengurusan tenaga elektrik dengan cekap 2008 mulai 15 Disember tahun yang lepas. Di mana pengguna yang menggunakan tenaga elektrik melebihi tiga juta kilowatt dalam tempoh enam bulan dikehendaki menguruskan tenaga elektrik di premis masing-masing dengan cekap melalui pelantikan pengurus tenaga berdaftar dan menghantar laporan berskala kepada Suruhanjaya Tenaga. Dengan ini, penggunaan tenaga di bangunan-bangunan akan dapat dipantau bagi menjamin pengguna tenaga secara optimum. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat juga usaha-usaha yang telah dilaksanakan untuk menggalakkan kecekapan tenaga di dalam sektor pengangkutan seperti dalam sektor pengangkutan udara iaitu program penjimatan bahan bakar pesawat dan pembelian pesawat-pesawat baru yang lebih fuel efficient dengan izin, dan bersifat lebih mesra alam oleh syarikat-syarikat penerbangan tempatan. Selain itu, kerajaan telah memberikan insentif bagi kenderaan-kenderaan yang menggunakan NGV dari segi pengurangan cukai jualan sebanyak 50 peratus untuk kenderaan mono fuel dan 25 peratus untuk kenderaan bio fuel serta pengecualian cukai untuk NGV kit. Pengurangan cukai juga turut diberikan bagi kenderaan hybrid untuk menggalakkan penggunaan kenderaan jenis ini. Tuan Yang di-Pertua, kajian mengenai dasar tenaga yang baru sedang dilaksanakan oleh perunding yang dilantik oleh EPU, Jabatan Perdana Menteri. Dan dijangka akan disiapkan pada akhir tahun ini. Penemuan kajian tersebut yang merangkumi cadangan mempelbagaikan sumber tenaga negara dan mempertingkatkan inisiatif kecekapan penggunaan tenaga akan digunakan sebagai input bagi merangka dasar tenaga yang baru dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sekian.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Soalan saya berkait dengan langkah-langkah serta galakan-galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk promote, dengan izin sistem pengangkutan awam yang cekap. Khususnya dalam pakej perangsang yang telah diumumkan pada bulan Mac 2009, kerajaan telah menggalakkan pembelian kereta Proton dengan memberikan insentif sebanyak RM5,000 sebagai trade in. Bukankah menggalakkan penggunaan kereta bersendirian menghantar mesej yang bercanggah dengan polisi kerajaan itu towards energy efficiency. Mungkinkah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa kerajaan sepatutnya menggunakan peruntukan itu untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam. Terima kasih, minta penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat. Kita semua sedar untuk merangsang ekonomi dalam negara kita ini, kerajaan kenalah menggunakan pelbagai cara dan modus operandi untuk melaksanakan fiskal insentif supaya kita boleh merangsang ekonomi. Insentif ini untuk melakukan trade in kereta Proton ini, saya rasa adalah satu langkah yang agak bijak juga sebab ia dapat terutamanya membantu pihak pengeluaran kereta-kereta berjenama negara kita ini untuk dijual di dalam pasaran walaupun dalam satu pasaran yang lembap. Itu sekali gus mengekalkan keluaran Proton dan pekerja-pekerja di Proton dan lain-lain lagi seperti pembekal alat-alat ganti dan sebagainya. Itu adalah untuk merangsang ekonomi tetapi bagi bab energy efficiency ini dengan izin, ia adalah berlainan sedikit. Kita boleh menggunakan insentif-insentif yang lain seperti yang saya sebutkan. Bukan semua insentif yang pihak kerajaan lakukan dalam pakej rangsangan ini, kita kena kaitkan dengan energy efficiency, asalnya berkaitan dengan pengangkutan tetapi kita kenalah mempelbagaikan cara dan sudut untuk merangsang ekonomi. Sekian.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih. Daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, soalan tambahan saya adalah adakah sebarang aktiviti yang telah dijalankan dalam usaha untuk mempromosi penggunaan barangan di bawah label cekap tenaga ini. Sekiranya ada, mengapakah penggunaan barangan di bawah label ini masih tidak meluas walaupun kita dimaklumkan bahawa penggunaannya adalah bersifat mesra alam dan juga ada kos penjimatan tenaga. Mohon penjelasan, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, itu satu soalan yang begitu tepat sekali.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Itu memang betul kerana tajuknya adalah satu tajuk yang begitu penting bagi usaha energy efficiency ini. Tuan Yang di-Pertua, sebagai satu usaha untuk mempromosikan kesedaran rakyat dalam penggunaan alat-alat elektrik atau barangan elektrik yang melabelkan cekap tenaga ini. Kita kena menggunakan segala cara promosi terhadap star rating yang disebutkan itu. Kalaulah kita sebarkan bahawa alat-alat yang mempunyai star rating ini adalah alat-alat yang boleh menjimatkan tenaga apabila kita gunakannya dan semua ini adalah untuk menjimatkan perbelanjaan seseorang dalam cost electricitynya. Oleh sebab itu, maka kita laksanakan program ini untuk menyedarkan rakyat jelata terutamanya kepada pengguna.

Soalan sama ada program ini berkesan atau tidak saya rasa ia akan mengambil masa yang cukup panjang Yang Berhormat apabila kita menyedarkan rakyat walaupun alat yang sama ia tidak melibatkan kos yang lebih tinggi, tetapi ia lebih efisien dari segi kegunaan tenaga. Maka kita perlu memilih alat-alat seperti refrigerator dengan izin dan juga lain-lain alat lagi supaya kita boleh bersifat untuk mengurangkan kos kita, mengurangkan penggunaan elektrik kita. Kita akan terus mempromosikan lagi berbelanja dengan lebih banyak lagi supaya program ini dapat diteruskan dan diterima pakai oleh rakyat kita sendiri, sekian.

Norah binti Abdul RahmanPBB · BNTanjong Manis · question

5. Puan Hajah Norah binti Abd. Rahman [Tanjong Manis] minta Menteri Pengangkutan menyatakan: (a) bilakah kementerian akan membenarkan penggunaan kereta automatik bagi ujian memandu kereta seperti mana yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara membangun; dan (b) jika tidak, apakah sebab-sebabnya.

Datuk Robert Lau Hoi ChewSUPP · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Sibu

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sememangnya bercadang untuk memperkenalkan penggunaan kenderaan dengan transmisi atau gear dengan enjin automatik sebagai kenderaan ujian memandu dan cadangan ini dijangka akan dapat dilaksanakan pada tahun 2010. Bagi tujuan pelaksanaan kenderaan dengan transmisi automatik sebagai kenderaan ujian memandu, JPJ sedang mengambil langkah-langkah seperti berikut: (i) mengubah struktur kurikulum, menandu struktur latihan ujian memandu serta sektor kelas memandu; dan (ii) membuat pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah kenderaan motor atau lesen pemandu 1992 bagi membolehkan calon menggunakan calon menggunakan transmisi automatik untuk ujian memandu dan menetapkan kelas khas lesen memandu untuk penggunaan kenderaan transmisi automatik. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya hendak mengucapkan syabas kepada kementerian menimbangkan penggunaan kereta automatik bagi ujian memandu dan diharapkan dimulakan dengan kadar segera. Tahukah Timbalan Menteri rasuah berlaku kerap kali kerana ramai orang yang menghadapi ujian memandu kereta biasa atau kereta manual akan membayar kepada penguji dan agar mereka lulus ujian. Akan tetapi di jalan raya kebanyakan kereta adalah kereta automatik, terima kasih.

Memang dengan ini masalah rasuah saya ingin mahu minta kalau ada butir spesifik supaya kementerian saya boleh beri perhatian. Tetapi kalau hanya dengar dari angin-angin dari jalan raya itu tidak dapatlah. Sekian... [Ketawa]

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Mana ada angin.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mungkin hendak berbeza pandangan sedikit daripada Yang Berhormat Tanjong Manis di sini meminta supaya kereta automatik digunakan dalam uji pandu. Oleh kerana saya kira ini akan menghilangkan satu kemahiran asas kepada pemandu-pemandu kereta dan mungkin juga di sesetengah negara atau di sesetengah keadaan, seseorang pemandu itu tidak dapat menggunakan kereta automatik. Ini akan mengurangkan daya keupayaan seseorang untuk memandu. Jadi saya ingin bertanya dahulu sebelum implementasi dasar seperti ini iaitu membenarkan kereta automatik digunakan semasa ujian memandu, adakah kajian akan dibuat oleh kementerian? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Untuk makluman Yang Berhormat, sekiranya calon menduduki ujian memandu dengan menggunakan kereta transmisi manual, dia boleh memandu kereta transmisi manual dan automatik seperti yang berlaku sekarang. Pada masa akan datang, sekarang ini kurikulum semasa seterusnya telah disemakkan semula untuk menambahbaikkan khususnya dengan aspek yang berkaitan pemantauan selamat oleh satu jawatankuasa kerajaan yang terdiri daripada JPJ, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan wakil Persatuan Institut Memandu Kurikulum baru- baru ini telah mengambil kira keperluan struktur pelaksanaan memandu yang penggunaan kenderaan dengan transmisi automatik sahaja seperti mana diamalkan di United Kingdom, Jepun, Singapura dan lain-lain.

Tambah pula kalau pada masa hadapan apabila Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dipinda, satu kelas lesen seperti yang saya kata tadi memandu yang baru iaitu kelas automatik, akan diwujudkan bagi mereka yang memohon lesen pemandu motor transmisi automatik. Sekiranya seseorang calon menduduki ujian memandu dengan menggunakan kenderaan transmisi automatik dia hanya boleh memandu kenderaan transmisi automatik sahaja, sekian.

Abdul Hadi bin AwangPAS · PNMarang · question

6. Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan, sama ada terdapat cadangan dari kerajaan untuk meminta perakuan Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan atau dasar yang melibatkan kepentingan orang Islam.

Dato’ Dr. Mashitah binti IbrahimTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang di-Pertua, Majlis Fatwa Kebangsaan atau namanya yang lebih tepat adalah Jawatankuasa Fatwa MKI atau Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam adalah sebuah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Perkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam. Ia adalah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengeluarkan pendapat atau pandangan berkaitan dengan hukum hakam di peringkat kebangsaan yang mana fungsi jawatankuasa ini dinyatakan dalam Perkara 14 Peraturan MKI iaitu tugas Jawatankuasa Fatwa ialah menimbang, memutus, mengeluarkan Fatwa atas apa-apa perkara berkenaan dengan Agam Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Jawatankuasa itu hendaklah mengemukakan pendapat-pendapatnya kepada majlis dan menghantarkannya bersama dengan pengesyor-pengesyorannya kepada Majlis Raja-Raja. Pihak kerajaan sememangnya sentiasa merujuk, sentiasa memohon pandangan daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam hal-hal yang berkaitan kepentingan umat Islam di Malaysia sama ada dalam bidang aqidah, syariah, muamalat atau apa-apa isu sahaja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya adalah oleh kerana bidang kuasa agama adalah bidang kuasa kerajaan negeri, maka di sana terdapat kadang-kadang fatwa yang berbeza di antara negeri-negeri oleh kerana zaman maklumat yang cepat ini boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan orang awam. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan melalui Majlis Fatwa supaya hal- hal seperti ini dapat diselaraskan? Yang kedua adalah kerana bidang kuasa negeri juga dihadkan oleh Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang mengehadkan bidang kuasa agama menunjukkan bahawa pentafsiran agama masih lagi mengikut panduan perkataan religion daripada barat bukan daripada ad-Din Islam itu sendiri.

Walaupun kita telah merdeka 50 tahun lebih, apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk menghapuskan Jadual Kesembilan supaya hukum Islam benar- benar daripada perkataan ad-Din, al-Quran. Bukannya religion yang ditafsirkan oleh undang-undang-undang barat. Sekian, terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Marang. Sebenarnya Yang Berhormat kalau kita merujuk kepada bidang kuasa agama yang mana fatwa mungkin berbeza di peringkat negeri. Jawatankuasa Fatwa MKI ini juga selain daripada tanggungjawab dia ialah menunggu arahan daripada Raja-Raja. Pada masa yang sama ia juga bertindak sebagai Jawatankuasa Penyelaras, di mana semua Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri akan duduk dan berbincang jawatankuasa mereka ini, perbezaan- perbezaan fatwa di peringkat negeri masing-masing di peringkat kebangsaan. Maknanya Yang Berhormat, setiap negeri akan menghantar wakil mereka untuk berada di dalam Jawatankuasa MKI ini. Kalau sekiranya jawatankuasa ini mempunyai fatwa yang berbeza, mereka akan berbincang dalam jawatankuasa di peringkat kebangsaan yang dianggotai oleh semua negeri yang akhirnya akan diselaraskan. Itu menjawab soalan Yang Berhormat yang pertama.

Yang keduanya berkenaan dengan bidang kuasa negeri-negeri ini telah jelas dinyatakan. Walaupun kita mengatakan bahawa mungkin tafsiran religion itu dikatakan sebagai agama, akan tetapi telah jelas disebut bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam adalah ditadbir di bawah Raja-Raja di peringkat negeri. Jadi saya kira tidak ada percanggahan di sini Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sri Gading sila ringkas Yang Berhormat ya. [Ketawa]

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Soalan Yang Berhormat daripada Yang Berhormat Marang ini satu soalan yang baik... [Ketawa] Sebagai sebuah badan yang tertinggi, majlis fatwa mempunyai autoriti yang luas. Boleh atau tidak majlis fatwa ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengambil peranan menyatupadukan umat Islam yang nampaknya makin berpecah? Boleh tidak majlis fatwa mengeluarkan fatwa atau menasihatkan seseorang yang menuduh sesama Islam seperti komunis, ajaran sesat Ayah Pin yang terang. Kalau ajaran seperti ini dijadikan seolah-olah pegangan kepada golongan orang Islam yang lain, dia tidak membantu menyatupadukan umat Islam. Apakah boleh, ini soalan yang kata Tuan Yang di- Pertua untuk diringkaskan, Majlis Fatwa Agama memainkan peranan menyatukan orang- orang Islam? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, amat padat dan tepat kali ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Yang Berhormat Sri Gading dan soalan Yang Berhormat Marang kedua-duanya baik Tuan Yang di-Pertua. Menjawab kepada boleh atau tidak, yang pertamanya Yang Berhormat kita kena faham fungsi fatwa. Fatwa hanya dikeluarkan kepada perkara-perkara yang tidak jelas. Perkara yang sudah jelas halal dan haramnya tidak dikeluarkan fatwa yang jelas perpecahan itu memang haram. Terima kasih.

Tengku Azlan Ibni Sultan Abu BakarUMNO · BNJerantut · question

7. Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar [Jerantut] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah perlu kita merombak balik peranan GLC ini, ada di kalangannya yang rugi dan membebankan wang ringgit kerajaan. Ada di antara CEO daripada GLC ini tidak langsung mengendahkan surat-surat daripada Menteri-Menteri kita.

Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad HanadzlahUMNO · BNMenteri Kewangan II · Tambun

Tuan Yang di-Pertua, semenjak tahun 2004 kerajaan telah pun mengarahkan GLC di bawah Pelan Transformasi GLC untuk melakukan penstrukturan bertujuan untuk GLC dapat meningkatkan prestasi, memenuhi tuntutan, memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Sejak daripada masa itu, kita dapati bahawa GLC telah pun memperoleh keuntungan G-20 yang disenaraikan dalam BURSA Malaysia secara agregat meningkat keuntungan kepada RM19.31 bilion pada tahun 2007 berbanding dengan RM9.6 bilion kepada tahun 2004. Akan tetapi pada tahun 2008 telah merosot sedikit pada RM14.69 bilion akibat daripada kegawatan ekonomi. Kecuali dua GLC yang masih tidak stabil pendapatannya iaitu MAS dan Proton yang masih lagi kita lihat bagaimana hendak memperkukuhkannya. Dari segi hubungan dengan kementerian dan juga Menteri, untuk makluman Parlimen, kerajaan telah menubuhkan dengan izin, Putrajaya Committee on GLC High Performance yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. Khazanah dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dua Menteri iaitu Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Ekonomi dalam jawatankuasa. Kemudian di peringkat kementerian sendiri sebagai badan yang mengawal selia GLC tertentu, pihak kementerian dan Menteri mempunyai hubungan yang rapat dengan GLC-GLC tersebut. Sebagai contoh, TNB dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mempunyai Jawatankuasa Perancangan Pelaksanaan Elektrik dan Tarif yang dipengerusikan oleh Menteri itu sendiri. Bermakna hubungan erat ini berjalan. Saya akan berbincang dengan Menteri-menteri sekiranya seperti Yang Berhormat ada menyatakan surat-surat yang tidak diambil endah oleh GLC tersebut dapat kita bantu. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, bolehkah pihak kerajaan menasihati pihak syarikat GLC, tidak menyertai dalam tender-tender yang kecil untuk memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil bumiputera yang mana modal mereka amat terhad kalau dibandingkan dengan modal yang diperolehi oleh syarikat- syarikat GLC. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, ini dipanggil sebagai dengan izin crowding out. Isu ini telah dibincangkan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah pun menyatakan kepada GLC berkenaan dengan crowding out ini supaya GLC tidak terlibat dengan pelaburan yang mana rakyat sendiri boleh memainkan peranan dalam bidang itu. Dalam hubungan ini, pihak Khazanah telah pun menyediakan kertas awal di manakah berlakunya crowding out dan usaha sedang dilaksanakan supaya pihak GLC yang terlibat dalam perniagaan yang bersaing dengan rakyat ini akan dijual kepada rakyat. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mohon penjelasan Menteri Kewangan. Apakah dasar kerajaan pada hari ini terutama sekali di dalam membangkitkan aspek persaingan yang sihat di dalam pembentukan industri tertentu, terutama industri strategik. Kerana pada pandangan saya, banyak GLC sekarang ini seolah-olah menjadi pesaing utama kepada rakan-rakan peniaga di swasta yang sepatutnya memberi ruang untuk membentuk industri yang pada masa akan datang akan membantu industri negara. Pada pandangan saya, GLC ini hanyalah sepatutnya sebagai pemudah cara kepada pihak swasta membangunkan industri negara ini. Kalau contoh yang saya boleh tunjukkan contohnya macam MIM sendiri. MIM banyak melakukan kerja-kerja yang juga yang dibuat oleh pihak swasta. Jadi pada pandangan kaca mata swasta ia seolah-olah menjadi pesaing dan bukan pemudah cara kepada pihak swasta. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, ada dua aspek yang perlu kita lihat sepertimana yang saya nyatakan sebentar tadi isu crowding out. Perkara ini sedang dalam tindakan kerajaan. Dalam erti kata lain, sektor yang mana sektor swasta telah pun mempunyai peranan besar di situ, pihak GLC tidak akan terlibat. Dan kedua kita lihat dari segi the new economic model dengan izin yang kita bincangkan. Saya berpendapat bahawa dalam konteks itu nanti peranan kerajaan dalam sektor ekonomi akan berkurangan.

Tan Seng GiawDAP · PRKepong · question

8. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, bilangan projek perumahan bermasalah di seluruh negara amnya dan di Kepong khasnya seperti Happy Court di Taman Kepong. Apakah punca permasalahan dan cara-cara penyelesaiannya.

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat di atas soalan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat terdapat sejumlah 515 unit perumahan yang bermasalah di Semenanjung Malaysia dan pecahannya adalah seperti berikut: (i) 188 projek adalah projek lewat. Projek lewat ini saya definisikan sebagai projek yang masih berjalan tetapi lewat jadualnya;... [Dewan riuh] (ii) 179 projek adalah projek sakit. Jadi definisi tentang projek sakit ini adalah projek yang agak tergendala dan lewat lebih daripada 30 peratus sebenarnya kemajuan; dan

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

(iii) 148 projek adalah projek terbengkalai. Jadi definisi tentang projek terbengkalai ini adalah enam bulan tidak ada kerja-kerja, tidak ada bahan-bahan binaan, tidak ada jentera, tidak ada pekerja dalam tempat binaan, tidak ada pejabat dan tidak ada sesiapa pun yang boleh dihubungi. Maka itu dianggap sebagai projek terbengkalai. Berdasarkan kepada siasatan yang dibuat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, projek Happy Court di Kepong yang disebut oleh Yang Berhormat telah lama siap dan didiami. Walau bagaimanapun terdapat satu projek bermasalah berhampiran kawasan Taman Kepong iaitu Lee Garden yang dimajukan oleh Gallen Ekar Sdn. Bhd. yang sepatutnya disiapkan pada hujung tahun 2005 dan buat masa ini syarikat pemaju telah disenaraihitamkan oleh pihak kementerian disebabkan tidak menjelaskan bayaran kompaun di atas segala kegagalan untuk mengemukakan borang laporan tujuh. Di antara punca-punca yang menyebabkan projek ini bermasalah ialah: (i) aliran kewangan yang tidak kukuh; (ii) ketidakupayaan kontraktor yang dilantik oleh pemaju bagi menyiapkan projek ini; dan (iii) ketidaksesuaian tapak projek yang menyebabkan kurang sambutan daripada pembeli. Untuk makluman yang lebih jelas Yang Berhormat projek ini mempunyai dua fasa. Fasa pertama adalah kos rendah berjumlah 540 unit. Untuk makluman Yang Berhormat fasa pertama kos rendah ini telah pun habis dijual kepada pembeli-pembelinya. Namun, malangnya projek ini tidak siap. Fasa E 2, kos sederhana rendah berjumlah 396 unit dan tidak dapat dijual sebab kerja-kerja belum dimulakan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah beberapa kali mencuba untuk menghubungi syarikat pemaju berkenaan namun gagal. Sehubungan dengan itu kementerian akan membuat siasatan lanjut dan seterusnya akan mengesyorkan supaya projek ini diperakukan sebagai projek tergendala atau terbengkalai. Ini bertujuan supaya pihak SPNB White Night ataupun pemaju yang lain dapat mengambil alih dan menyelamatkan dan seterusnya meneruskan kerja-kerja penyiapan projek tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kepong. Silakan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Yang Berhormat, soalan tambahan. Di antara projek-projek yang terlewat ini, apakah usaha kementerian untuk menyelesaikan yang lewat ini dan juga apa yang disebutkan di Lee Garden dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa pihak kontraktor sebenarnya kontraktor ini sekarang, pemilik, jiran Metro Prima yang besar itu, pemilik kontraktor ini, dia sama seperti kontraktor tetapi dia sudah diisytiharkan sebagai muflis. Saya pun tidak tahu macam mana...

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Terlampau.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Apa dia?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, apakah yang dia mahukan sekarang?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat sudah beberapa puluh tahun di dalam Dewan, tidak payah jawab dia Yang Berhormat. Soal dengan Yang Berhormat Menteri sahaja... [Dewan riuh]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Dia hendak menjadi Yang Berhormat Menteri?... [Ketawa]

Tuan Matulidi bin JusohUMNO · BNDungun

Habis masa sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak apa Yang Berhormat. Teruskan soalan Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, jadi masalah seperti Lee Garden ini memang berpanjangan bertahun-tahun. Bukan sahaja sekarang.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya pun tidak faham mengapa pihak kementerian selepas menyenaraihitamkan kita tidak semak sama ada syarikat-syarikat kontraktor dikendalikan oleh orang-orang yang dikatakan muflis. Yang pelik binti hairan di dalam negara ini... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, dia hendak menjadi Yang Berhormat Menteri lagi.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Soalan terlampau lewat itu penerangan... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Ya. Jadi saya tidak faham mengapa pihak kerajaan apabila kita dapati kontraktor atau developer dengan nama yang lain boleh mengendalikan projek-projek berbilion-bilion walhal yang di belakang itu, tok dalangnya sudah muflis. Kalau sudah muflis macam mana kita boleh membenarkannya terus menyamar dengan syarikat-syarikat yang besar dan sebagainya. Ini memang satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan dan tindakan yang diambil.

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Sebenarnya projek ini kelulusan biasanya dibuat oleh kerajaan negeri. Kerajaan-kerajaan negeri melalui PPT yang meluluskan pemaju untuk melaksanakan projek-projek. Kita hanya mengendalikan lesen. Kita juga tidak buat tinjauan berkenaan dengan kedudukan syarikat- syarikat itu sama ada pemiliknya bankrap atau pun tidak tetapi ada juga pemaju-pemaju ini menipu. Dia guna nama orang lain tetapi dia di belakang. Jadi ini pun berlaku sebenarnya. Bagi makluman Yang Berhormat, tindakan pertama adalah melalui Akta Perumahan 118 di mana Menteri mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan projek itu sebagai projek terbengkalai. Kita akan berunding dengan pihak yang berkepentingan dalam projek tersebut. Misalnya kalau pihak bank. Kita akan berunding dengan pihak bank dan kita akan mengambil alih seperti yang saya sebutkan tadi melalui SPNB. Namun untuk makluman Dewan yang mulia ini mengambil masa yang panjang sebabnya kadang-kadang ada dua tiga syarikat yang membuat tuntutan kepada projek ini. Misalnya projek yang disebutkan tadi. Ada dua tiga tuntutan yang dibuat. Bukan saja bank malahan subkontraktor pun dan juga pembekal-pembekal bahan-bahan binaan projek ini juga membuat tuntutan. Sehinggalah syarikat ini telah disenaraihitamkan dan juga telah digolongkan oleh satu jabatan yang bernama Jabatan Insolvensi Malaysia. Jabatan ini di bawah Jabatan Perdana Menteri yang menentukan... Insolvensi Malaysia pada 5 Mac 2008. Jadi projek ini memang kita tidak dapat mengenal pasti siapa pemiliknya, siapa lagi syarikat yang dihubungi, semuanya sudah tutup dan syarikat ini pun tidak wujud. Jadi sekarang ini pihak kementerian atas syor pegawai undang-undang telah meminta Yang Berhormat Perdana Menteri supaya mengisytiharkan sebagai projek terbengkalai. Baru tindakan boleh dibuat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rumah kediaman merupakan sebagai hak asasi rakyat. Apalah makna rakyat Malaysia kalau tidak ada rumah. Jadi kerajaan harus bersungguh-sungguh untuk memastikan supaya setiap keluarga di Malaysia ini mempunyai rumah. Soalan saya yang menjadi sungutan kepada rakyat, hendak mendapat borang pinjaman rumah mesra rakyat pun sukar belum lagi hendak dapat rumah.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Dalam hal ini kita dapati bahawa sama ada rumah lewat, rumah terbengkalai atau sebagainya. Akan tetapi dalam perjanjian yang diadakan di antara pemaju dengan pembeli, kita nampak bahawa perjanjian itu merupakan perjanjian yang berat sebelah, yang lebih menguntungkan kepada pemaju dan banker berbanding dengan pembeli. Akan tetapi nak tak nak, pembeli terpaksa menandatangani perjanjian kerana kalau tak tandatangan, mereka tak dapat beli rumah. Jadi saya nak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejauh manakah tindakan yang konkrit, yang dapat diambil oleh kerajaan sekiranya rakyat yang teraniaya ini, yang membayar pinjaman bank tetapi tak dapat mendiami rumah padahal banker untung, pemaju untung, rakyat teraniaya. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang pertama itu ialah untuk mendapatkan borang mesra rakyat. Sebenarnya mesra rakyat ini bukan di bawah kementerian saya, di bawah SPNB, dan SPNB ini di bawah Kementerian Kewangan - MOF. Jadi sebagaimana untuk makluman Yang Berhormat, bahawa Ahli-ahli Parlimen telah diberikan peruntukan untuk borang-borang ini, untuk diagih-agihkan kepada mereka yang layak untuk memohon. Layak, itu di sana, mungkin sini ada. Kalau ada, kalau tiada pun bolehlah memohon, tiada masalah. Jadi saya fikir saya tidak boleh memberikan penjelasan yang lebih lanjut sebab itu di bawah kementerian yang lain. Bagi kedua, apakah langkah-langkah kementerian untuk melindungi pembeli- pembeli. Pertamanya, pihak kerajaan telah pun memutuskan bahawa pembeli-pembeli ini akan dilindungi. Yang pertamanya ialah kalau mereka buat pinjaman dengan pihak bank, maka mereka boleh berurusan datang ke kementerian dan kita akan buat pengisytiharan bahawa rumah yang mereka beli inilah rumah terbengkalai, maka mereka akan diberikan peluang untuk memohon bagaimana penyaduran semula pembayaran itu boleh dibuat. Begitu juga mereka dibenarkan untuk membuat pinjaman kedua. Begitu juga kepada pegawai-pegawai kerajaan ataupun perkhidmatan awam yang mempunyai pinjaman melalui kerajaan, mereka juga dibenarkan diberikan pinjaman kedua dan pinjaman yang ada itu akan dijadualkan semula dan dibenarkan untuk mendapat pinjaman kedua, dan selain daripada itu, saya ingat itu sahaja Yang Berhormat, untuk makluman setakat ini. Terima kasih.

Matulidi bin JusohUMNO · BNDungun · question

9. Tuan Matulidi bin Jusoh [Dungun] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, bagaimana tahap pencapaian institusi pembantu rumah bagi mengatasi penggantungan terhadap pembantu rumah warga asing sekali gus mengurangkan masalah kemasukan warga asing ke Malaysia.

Dato’ Maznah MazlanTimbalan Menteri Sumber Manusia

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Dungun atas soalan. Cadangan untuk mewujudkan program latihan untuk pembantu rumah tempatan telah dicetuskan oleh Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2007 untuk mengurangkan penggantungan kepada rakyat asing. Untuk melaksanakan program ini satu kajian telah dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2007. Di antara rumusan kajian tersebut didapati rakyat tempatan kurang berminat untuk menjadi pembantu rumah. Kita dapati kesanggupan majikan tempatan untuk membayar gaji lebih menarik merupakan satu kekangan. Didapati hampir 70 peratus hanya sanggup membayar gaji antara RM300 hingga RM500, 26.8 peratus setuju membayar RM500 hingga RM700, dan hanya 6.7 peratus setuju membayar lebih dari RM700. Pada masa kajian ini dibuat, keperluan tidak begitu mendesak. Berikutan dari kajian di atas, kita dapati bahawa Kementerian Sumber Manusia juga telah membangunkan satu Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan dengan izin, National Occupational Skill Standard atau lebih dikenali sebagai NOSH, untuk digunakan sebagai kurikulum untuk melatih pembantu rumah tempatan.Ini diwujudkan untuk menjadikan profesion pembantu rumah ini lebih menarik. Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia juga semalam telah membuat kenyataan lagi sekali bahawa Kementerian Sumber Manusia sudah bersedia untuk menganjurkan program latihan untuk pembantu rumah tempatan dan berharap rakyat tempatan akan tampil untuk mengambil peluang ini.

Dato’ Maznah MazlanTimbalan Menteri Sumber Manusia

Kementerian Sumber Manusia kini masih meneruskan usaha untuk menjadikan program ini satu kenyataan. Perbincangan-perbincangan masih diteruskan dengan semua pihak berkepentingan seperti Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, pertubuhan-pertubuhan majikan, wakil-wakil pekerja dan badan-badan bukan kerajaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Dungun.

Tuan Matulidi bin JusohUMNO · BNDungun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Daripada laporan PAPA, Persatuan Agensi Pekerja Asing (PAPA), sejumlah 320,000 orang pekerja asing dalam negara kita ini bertugas sebagai pembantu rumah. Sebanyak 94.8 peratus adalah daripada warga asing Indonesia. Soalnya sekarang, keperluan warga tempatan untuk bekerja sebagai pembantu rumah sudah menjadi satu desakan yang pada saya perlu perhatian yang serius oleh kementerian ataupun oleh kerajaan. Jadi soalan saya, apakah kerajaan bercadang untuk memberi latihan yang secepat mungkin dengan menggunakan nstitut latihan perindustrian (ILP) sebagai satu tempat latihan untuk melatih warga tempatan sebagai pembantu rumah dan mencadangkan juga kerajaan meletakkan gaji minimum, waktu bekerja dan caruman KWSP dan PERKESO sebagai insentif untuk menggalakkan warga tempatan sebagai pembantu rumah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memperbetulkan data yang disebut oleh Yang Berhormat Dungun tadi. Setakat ini, pembantu rumah di negara ini datang daripada lebih 14 negara sumber. Berjumlah 251,355 orang, 51.7 daripada negara Indonesia. Mengenai dengan desakan yang kita hadapi pada masa kini, ini adalah dalam pengetahuan dan tindakan Kementerian Sumber Manusia. Pada masa ini, perbincangan yang saya sebutkan tadi yang dibuat dengan semua pihak berkepentingan adalah untuk menghalusi lagi aspek terma-terma pekerjaan dan juga lain-lain syarat-syarat dan insentif. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kuala Langat.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya membicarakan soal tambahan. Untuk merangsang, Tuan Yang di-Pertua, penglibatan rakyat tempatan menyertai sektor ini, soalan tambahan saya ialah adakah kementerian bersetuju pembantu rumah warga tempatan ini dimasukkan ke dalam Akta Pekerjaan 1955 yang terlindung di dalamnya gaji minimum, COLA, EPF, cuti satu hari seminggu, cuti tahunan dan juga SOCSO yang terlibat secara langsung dalam sektor yang lain. Adakah kementerian berhasrat untuk menguatkuasakan warga pekerja tempatan ini dimasukkan dalam akta itu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman bersama perkara ini sedang diusahakan oleh pihak kementerian dan insya-Allah dalam sedikit masa lagi akan digubal di bawah Akta Pekerjaan 1955, di mana akan dimasukkan apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

Gobalakrishnan a/l NagapanPKR · PRPadang Serai · question

10. Tuan N. Gobalakrishan [Padang Serai] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, adakah pihak kementerian bercadang untuk menstrukturkan semula bayaran pencen ilat seumur hidup untuk golongan yang telah diberhentikan kerja atas masalah kesihatan (Medical Boarded out).

Dato’ Maznah MazlanTimbalan Menteri Sumber Manusia

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Serai. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Padang Serai, saya ingin menyatakan bahawa Kementerian Sumber Manusia tidak bercadang untuk menstrukturkan semula bayaran pencen ilat seumur hidup untuk golongan yang telah diberhentikan secara Medical Boarded out. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya sila Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih, ini kita semua tahu bahawa ramai pekerja yang terlibat dalam menghadapi masalah apabila mereka di Medical Boarded, dan sebagainya.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ramai juga yang telah menghadapi masalah bila dalam proses Medical Board, doktor-doktor yang diamanahkan itu, mereka telah menolak Medical Board, untuk mereka yang masih bekerja, dalam pendaftaran masih bekerja, tetapi tidak mampu bekerja. Jadi untuk kes-kes sebegini, di mana ada di kalangan mereka yang ditolak oleh Medical Board dan mereka pergi sampai ke mahkamah untuk merayu. Jadi oleh sebab terdapat banyak kes sebegini, apakah perancangan kerajaan untuk kes-kes yang ditolak oleh Medical Board, kerana Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa tidak boleh ada rayuan untuk kes-kes yang ditolak oleh pakar-pakar yang dilantik oleh kerajaan. Apakah perancangan kerajaan untuk mereka yang ditolak sebegini?

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa Skim Pencen Ilat PERKESO, memberi perlindungan kepada pekerja yang menghadapi hilang keupayaan bekerja pada tahap tidak kurang daripada 65 peratus, ataupun seseorang itu tidak berupaya memperoleh pendapatan melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan semasa. Keadaan ini disebabkan masalah kesihatan atau kemalangan dan bukannya berpunca daripada pekerjaan. Tahap keilatan ditentukan oleh satu jemaah doktor bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Jemaah doktor ini dikehendaki memeriksa keadaan fizikal seorang pekerja yang memohon pencen ilat, dan menyemak laporan- laporan perubatan mereka yang lepas sebelum memutuskan tahap keilatan. Saya ingin menjelaskan bahawa Skim Pencen Ilat PERKESO, tidak semestinya melindungi semua pekerja yang diberhentikan kerja atas masalah kesihatan, tetapi tertakluk kepada syarat- syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Sungguhpun begitu, seseorang pekerja yang diberhentikan kerja atas sebab kesihatan tetapi tidak layak menerima pencen ilat, boleh dipertimbangkan untuk faedah pemulihan termasuk penyertaan dalam Program Kembali Bekerja, atau dengan izin, return to work, dengan melalui program rehabilitasi. Latihan semula untuk bidang-bidang lain yang lebih sesuai dengan keadaan kesihatannya dan diberi alat bantuan untuk membantunya bekerja dan pelbagai option yang lain. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kalabakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Biasanya yang disable ini, mereka diberhentikan kerja dan dibayar pencen. Akan tetapi kebanyakan daripada mereka ini dibagi pencen RM200 lebih sebulan, sedangkan mereka ini kalau dibagi RM200 lebih sebulan, mereka memang orang yang paling miskin daripada garis panduan yang kita ada iaitu RM700-RM800. Jadi adakah kerajaan mungkin..., kita bukan cerita pasal undang-undang, kita mahu cerita fasal perikemanusiaan untuk orang-orang kita. Mungkin menggubal satu undang-undang atau apa cara pun untuk mereka ini dapat lebih daripada RM200, mungkin sekurang-kurangnya RM700 pencen sebulan, kerana kalau tidak, kita akan dianggap tidak adil kepada masyarakat yang disable ini, itu soalan saya.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kalabakan yang begitu prihatin. Saya ingin memaklumkan bahawa, kadar layak diterima ini ditentukan oleh panel berdasarkan kepada beberapa formula. Mengenai dengan apa yang selanjutnya harus kita buat untuk membantu mereka dalam keadaan begini, untuk makluman, banyak lagi faedah-faedah lain yang boleh diperolehi untuk pencarum. Mereka boleh dibantu seperti saya kata tadi, dengan peralatan dan lain-lainnya.

Selain hanya bergantung kepada PERKESO, mereka yang sudah berada dalam keadaan tidak upaya ini juga, layak untuk dibantu melalui skim-skim bantuan di bawah kemudahan...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya bukan begitu, saya bilang bukan cerita fasal apa. Kita mahu cari jalan penyelesaian kerana kalau dulu mereka bekerja, mereka senang. Akan tetapi apabila sudah tidak bekerja kerana tidak ada upaya, patut kita pertimbangkan apa cara pun, undang-undang kita ubah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, Yang Berhormat Timbalan Menteri sila jawab soalan itu.

Yang Berhormat, bagi mereka yang memang sudah dianggap langsung tidak berupaya dan layak untuk menerima pencen ilat. Mereka juga boleh mendapat bantuan ilat yang lain seperti, mendapat bantuan elaun layanan sentiasa yang memang ada dalam skim ini, di mana elaun dibayar kepada penjaga yang menjaga dengan kadar 40 peratus daripada kadar pencen ilat. Mereka juga akan diberi faedah pendidikan untuk anak-anak yang bersekolah dan lain-lain bantuan yang kita rasa layak dari segi kemudahan-kemudahan sosial dan lain-lainnya, terima kasih Yang Berhormat.

Khairy Jamaluddin bin Abu BakarUMNO · BNRembau · question

11. Tuan Khairy Jamaluddin [Rembau] minta Menteri Kesihatan menyatakan, status bagi rancangan pembinaan Hospital Rembau, Negeri Sembilan memandangkan upacara pecah tanah projek telah lama dibuat dan bagi mengurangi beban rakyat yang terpaksa pergi ke Hospital Tampin untuk mendapat rawatan.

Dato’ Seri Liow Tiong LaiMCA · BNMenteri Kesihatan · Bentong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pada asalnya pihak Kementerian Kesihatan mencadangkan pembinaan Hospital Rembau dilaksanakan secara private financial initiative, disebabkan peruntukan pembangunan yang terbatas. Walau bagaimanapun, pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, mencadangkan supaya projek ini dilaksanakan secara konvensional. Melalui peruntukan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kementerian Kesihatan berpendapat, projek ini perlu didahulukan dan masih lagi di dalam perbincangan dengan EPU, untuk memastikan projek ini dapat dilaksanakan secara PFI dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar ataupun tidak bahawa upacara pecah tanah ini berlaku sewaktu kempen semasa pilihan raya umum yang lepas... [Dewan riuh] Saya diberi jaminan bahawa hospital ini akan didirikan sebelum pilihan raya yang akan datang. Mengikut jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, saya tidak ada keyakinan bahawa pihak Unit Perancangan Ekonomi akan memastikan bahawa peruntukan ini ada untuk hospital ini didirikan di kawasan saya sebelum pilihan raya akan datang. Saya khuatir, bukan sahaja saya khuatir sebab mungkin akan ada impak pada pilihan raya akan datang, tapi keperluan kita, keperluan diadakan, janji dan sebagainya. Saya minta Yang Berhormat Menteri bagi jaminan kepada rakyat Rembau bahawa hospital ini akan dibina dan akan dibuka sebelum pilihan raya akan datang.

Terima kasih Yang Berhormat Rembau, memang daerah Rembau merupakan sebuah daerah yang besar, terletak di daerah Tampin dan daerah Seremban. Jarak Rembau dengan Seremban juga jauh iaitu 25km dan daripada Port Dickson 50km. Memang dari segi kawasan memerlukan sebuah hospital. Oleh itu kementerian Kesihatan telah pun mencadangkan bahawa daerah Rembau memerlukan sebuah hospital, dan saya seperti jawapan saya katakan tadi, Kementerian Kesihatan akan memastikan dan akan berbincang dengan EPU untuk membolehkan hospital ini dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor, soalan mengenai Rembau ini Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya, saya cukup simpati dengan Yang Berhormat Rembau kerana kebetulan juga, hometown saya Rembau Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya mengetahui Yang Berhormat Rembau sakit pagi tadi Yang Berhormat, dia kurang sihat. Dia turun juga kerana soalan ini penting.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya ucap tahniah kepada dia, untuk membela rakyatnya di Rembau. Baik Tuan Yang di-Pertua. Lanjutan dengan persoalan itu, saya ingin untuk Yang Berhormat Menteri memberikan sedikit penjelasan. Apakah asas dan kriteria memberikan peruntukan hospital kerana Kuala Selangor juga berkebetulan masih menunggu pembinaan sebuah hospital. Dari sudut pengagihan dan penempatan hospital ini? Apakah kriteria-kriteria yang digunakan khususnya untuk mengatasi ketidakseimbangan pembangunan wilayah ini? Itu pendek dan ringkas, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Kementerian Kesihatan mempunyai kriteria-kriteria yang jelas di mana hospital akan diwujudkan. Ia mempunyai pelbagai jenis hospital; tertiary, secondary dan juga primary. Oleh itu, dari segi kebanyakan daerah, kita seboleh-bolehnya memberikan sebuah hospital secondary di setiap daerah. Memandangkan peruntukan kita terhad, kita membuat perancangan ini dari semasa ke semasa. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, keseluruhan Rancangan Malaysia Kesembilan, ada 29 buah hospital. Ada yang sambungan daripada Rancangan Malaysia Ketujuh dan Kelapan. Keseluruhannya 29 buah hospital dan 21 buah telah pun siap. Hanya tinggal lapan buah hospital baharu sahaja yang masih dalam pembangunan. Oleh itu, kita akan pastikan bahawa semua daerah, bukan sahaja di Semenanjung, bahkan di Sabah dan Sarawak, kita juga akan mempertimbangkan permohonan daripada semua kawasan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa bagi soal jawab telah tamat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PINDAAN) 2009 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Dato' Chor Chee Heung]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN 2009 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Ipoh Timur, sila sambung.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, apabila Dewan ditangguhkan pada hari Khamis, kita sedang berbincang tentang rang undang-undang ini. Saya patutlah bicarakan mengenai latar belakang Rang Undang- undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan. Sebenarnya, hari ini kita patut bincang isu yang patut menjadi pusat perhatian ialah Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai pihak polis. This report... [Menunjukkan laporan berkenaan] Oleh sebab, apalah sumber rang undang-undang ini? Sumber rang undang- undang ini adalah kerana Royal Commission of Inquiry, ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri. Apabila memerintah, yang dia pastikan, dia dapati bahawa masalah polis gagal untuk melaksanakan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara, untuk memastikan kekurangan jenayah dan untuk mengelakkan salah guna kuasa dan salah laku dalam pihak polis sudah menjadi satu krisis kepercayaan kepada kerajaan mengenai kebolehan kerajaan untuk menjalankan tugas utama. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Apa-apa kerajaan, di mana-mana negara yang civilized apabila mankind mula organize ialah boleh menjamin keselamatan rakyat atau warganegara. Kalau satu kerajaan gagal untuk melaksanakan tugas itu, assure the security at the safety of its citizens, kerajaan itulah tidak guna. Kerajaan itu tidak guna. Ini bukan di Malaysia, ini civilised country, the beginning of human civilization. Itulah satu ujian utama. Kerajaan berjaya atau kerajaan satu failed state. Sebab itu kita ada Royal Commission of Inquiry. Sebab itulah patut agenda utama. Akan tetapi, nampaknya adalah spin doctors dalam Barisan Nasional sangat pandai, sangat cerdik di mana elakkan segala penumpuan isu ini. Sekarang kita bincang Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009. Nampaknya isu Royal Police Commission of Inquiry ini dan 112 dia punya recommendations, semualah terprinting. Pihak polis bukan masalah utama; ada 21 agensi yang lain seperti Maritim, RELA, Environment, Imigresen, Custom, Occupational Health and Safety, National Registration, Civil Aviation, Road Transport, Industrial Relations, Fisheries, Wildlife, Labour, Ministry of Health, Tourism, Domestic Trade, Housing, Vehicles, Business dan akhirnya Royal Malaysian Police, diluted. Berjaya untuk dilute perhatian orang ramai dan parlimen ini mengenai, inilah patut menjadi agenda utama. Sebab itu rang undang-undang ini ialah satu betrayal, pengkhianatan kepada Royal Police Commission Report dan recommendation, khasnya untuk mengadakan satu Independent Police Complaints and Misconduct Commission. Mana? Bincang! Mana Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri? Dia patut di sini! Akan tetapi, nampaknya dia sangat pandai main pass the buck dan sekarang dia passed the buck kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri tidak ada di sini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya ada pengumuman. Sila duduk sekejap.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Pengumuman? Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Mejar Jeneral Nguyen Kim Khanh, Deputy Chairman of the Committee of Defence and Security, National Assembly of Vietnam... [Tepuk] Semoga dengan kehadiran delegasi ke Dewan yang mulia ini akan merapatkan lagi hubungan antara Parlimen Malaysia dengan Parlimen Vietnam. Terima kasih. Sila sambung Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Biar saya pun bersama-sama mengalu-alukan tetamu khas kita dari Vietnam dan berharap bahawa hubungan erat kedua-dua negara boleh bertambah baik, khasnya untuk memajukan matlamat ASEAN untuk satu ASEAN yang lebih menghormati human rights, ASEAN Charter. Ini human rights. Kalau rakyat tidak boleh rasa selamat, mana lagi ada human rights. This is the most basic of human rights to be safe from crime and the fear of crime. Kenapa untuk 20 ke 30 tahun ini, kita di pihak sini tidak ada dengar suara ini daripada pihak Barisan Nasional. Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ada di sini. Kenapa tidak ada suara? Sekarang dia backbencher, tetapi saya harap dia gagal sebagai Menteri. Dia boleh overcome, overcompensate, stand up and fight for our safe Malaysia, bolehkah?

“Porah”...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Bolehkah? Berdiri! Ini nothing personal, nothing personal tetapi, ini mustahak. Rang undang-undang ini merupakan one of the three trinity of perundangan reform oleh bekas Perdana Menteri. Sekurang-kurangnya dia mahu tinggalkan ada legacy dia. Legacy trinity of three reform legislation. Pertama ialah MACC, Malaysian Agency for Cars and Cows. Sungguhpun patutlah Malaysian Agency for Anti- corruption Commission, tetapi siapa percaya MACC? Ini reform legislation gagal. Kedua, JAC (Judicial Appointments Commission). Tengok apa a slue of judgments, Tuan Yang di-Pertua. Dalam kes yang bersangkut-paut dengan perampasan kuasa di Perak, sama ada di Court of Appeal atau di beberapa peringkat, siapa percaya lagi? Jatuh lagi imej dan reputasi kehakiman pada pandangan orang ramai dalam negara dan di dunia. Sungguh pun ada Judicial Appointments Commission, tetapi gagal. Nampaknya keputusan yang terakhir ialah bahawa Sultan Perak ada kuasa untuk menolak permohonan untuk bubar Dewan Undangan Negeri. Betul, kita tidak ada mempertikaikan perkara ini, tetapi soalan ialah Sultan tidak ada kuasa untuk pecat Menteri Besar. Kalau kita boleh terima keputusan itu, adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Yang di-Pertuan Agong ada kuasa untuk memecat beliau sebagai Perdana Menteri tanpa satu usul tidak percaya dalam Parlimen. Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersetuju? Adakah Ahli-ahli Parlimen semua bersetuju? Berdiri, berani kah, adakah accept logik itu?

Jangan pertikailah Sultan Perak.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Titah Sultan Perak... ini prinsip.

Apa ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa Yang di-Pertuan Agong ada kuasa untuk memecat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tanpa vote of confident di Parlimen?

Sultan Perak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak minta jalan Yang Berhormat?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Terimakah atau tidak faham?

Mana ada Sultan Perak pecat?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Mungkin Yang Berhormat tidak faham, tidak mengapalah.

Tidak faham apa?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kita excuse you. We excuse you.

Balik-balik benda yang sama sahaja.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

We don’t want you to show your shame. We excuse you don’t understand. Balik kampung dahulu lebih baik.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

I run because you’re so...nobody can understand you... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Itu prinsip okey..., to make people think…

Stupid old man. Run away.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Itu biasalah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Pasir Salak zerolah.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Itu dua reform legislation. The trinity of reforming.

Lari. Takut.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

MACC sudah gagal.

Kita cakap dia lari.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

JAC sudah gagal. Sekarang tengok apa yang kita ada? SIAP, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan. SIAP untuk apa? SIAP untuk gagal... [Ketawa] Oleh kerana asal usul ini ialah IPCMC dan sebenarnya Laporan Royal Commission of Enquiry ialah SIAP satu rang undang-undang dalam laporan itu. There are 562 pages report. Sangat serius. Boleh kita kata dengan kehadiran Royal Commission of Enquiry ini yang diketuai oleh Tun Zaidin bekas Ketua Hakim, Timbalan Pengerusi Tun Hanif Omar, seorang bekas IGP, dan Panel of Blue Ribbon Commissioner... kerja sangat rajin, yang menunjukkan mereka cinta negara. Mereka ingat negara, mereka tunjuk kesetiaan, kecintaan, komited negara dengan laporan ini. Akan tetapi mereka yang tentang laporan ini, mereka tidak taat setia kepada negara. Mereka yang tentang laporan ini, they are the traitor of Malaysia... [Tepuk] Traitors berdiri, siapa?

You are the traitors... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tidak mengapalah begitu. Tidak mengapa dan tengok laporan ini ada disediakan pun Independence Police Complaints And Misconduct Commission Bill 2005, berapa muka? 118 muka surat. Hard work, research, compared negara-negara yang lain... bagaimana, untuk apa, apa tujuan IPCMC? Supaya kita adalah satu police force kalau police service yang dicadangkan oleh Royal Police Commission, satu perkhidmatan polis yang cekap, tidak korup, profesional dan world class dengan tiga tujuan, three core function: (i) turunkan jenayah;

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

(ii) basmi korupsi; dan (iii) untuk menjunjung, untuk support respect human rights. Itulah sebab IPCMC. Adakah kita lihat ciri-ciri ini dalam Rang Undang-undang SIAP ini. SIAP untuk apa? Adakah dalam rang undang-undang ini kita boleh baca bahawa lepas rang undang-undang ini kita akan menjadi world class police force dan crime akan reduce? Bahawa korupsi dalam polis kalau tidak dibasmi, dikurangkan dengan tahap kepada serendah-rendahnya? Adakah hak asasi di Malaysia sekarang adalah satu bab yang baru? Tengok apa yang terdapat dalam surat khabar semalam, “Men shot dead execution style in front of wife, Johor Bahru”. Sehingga semacam Johor Bahru, capital of crime menjadi apa? Chicago? Masa dahulu bukan sekarang. Infested with crime men gangsters and criminals. Kenapa ini berlaku? Ini tidak patut berlaku. Lima tahun selepas Police Royal Commission of Enquiry. Capital of crime di Johor Bahru patut lebih selamat khasnya selepas Yang Berhormat Menteri baru, Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang daripada Johor Bahru. Patutlah, baru-baru ini dia ada menjalankan crime spot check Chow Kit. Betul baik. Front page and headline, akan tetapi apa kesan untuk mencegah crime? Langsung zero, zero effect. Kita tidak mahu PR daripada Menteri Keselamatan Dalam Negeri atau Menteri- menteri yang baru atau KPI Minister. Kita tidak mahu PR, kita mahu kerja yang benar. KPI mengenai kerja yang benar. KPI bukan untuk PR.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kopi O... [Ketawa] Bukan sahaja dan baru-baru ini kita baca surat khabar ada parallel system.

Berhentilah Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Orang ada sistem penjara pun untuk mangsa- mangsa ah long sehingga ada penjara. Sistem penjara, sistem lokap sehingga dalam hierarki itu Ah Long ada IGP, ada CPO dan ada OCPD. Buat apa itu tunjuk bahawa pihak polis sudah gagal. Apa yang mustahak ialah lima tahun ini apa prestasi boleh ditunjukkan oleh pihak polis yang menunjukkan tidak perlulah IPCMC? Atau apa yang berlaku selepas lima tahun ini menunjukkan lebih imperatif, lebih urgent kita ada IPCMC? Betul, apa yang kita ada dalam laporan ini Tuan Yang di-Pertua. Muka surat 108 dengan izin, the incident of crime increase dramatically. The last few years, from 121 176 cases in 1997 to 157 455 cases in 2004. The latest statistic available pada masa itu and increase 29 peratus. They increase seriously dented Malaysia reputation as a save country. Dented our reputation. Satu negara yang selamat, Malaysian in general. The business sector dan foreign investor grows increasingly concerned with the situation. The fear was that if the trend continuous, there will be major social and economic consequences in Malaysia. Boleh berlaku. Sekarang ada parallel system penjara adalah man shot dead execution style in front of wife in Johor Bahru. Survey of 575 respondents from the public carried out by the commission really demonstrated extremely widespread concern among all ethnic groups and foreign residences selain daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional. Between 82.2 peratus and 90 peratus of the respondents or eight to nine persons in every ten masuk BN MP’s were concerned for occurrence of crime. Itu lima tahun dahulu dan apa yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja ini mengenai satu peperangan terhadap jenayah. Satu ayat cukuplah as an immediate measure, inilah muka surat 198 (2.2). As immediate measure PDRM should target a minimum of 20 peratus decrease in the number of crime committed for each category. Within 12 months of this report acceptance and implementation, within 12 months. Adakah ini dicapai supaya tidak perlulah IPCMC? Sekarang apa statistik–statistik yang diberikan dalam Dewan yang mulia ini ialah bahawa untuk 2007 dan 2008. Pada tahun 2007, berapa angka? Maksudnya ialah tahun dahulu Royal Commission kata 150 000 satu tahun, incidents of crimes terlalu tinggi.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tidak boleh diterima. Sepatutnya kurang. Pada tahun 2007- 208 582 to 109 582 pecah 200 000 mark. Bukankah ini. Patutlah kenapa IPCMC tidak boleh ditunda lagi. Perlulah kita bincang IPCMC dan bukan SIAP, SIAP untuk apa? Pada tahun 2008, crime index 211,645 lebih dahsyat, kenapa Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak faham tidak sedar, tidak mengambil tahu perkara ini yang terpenting sekali. Tidak faham, kenapa bila Ahli Parlimen Barisan Nasional baru boleh faham? Apabila mereka ditolak, dibuang ke dalam tong sampah. This is a rakyat crying for safety. Is too much to ask? Does basic thing crying for safety ini Ahli Parlimen gelak, boleh balik Sandakanlah. Ini tidak bertanggungjawab langsung sekali, trifling with the basics rights rakyat jelata dan ini mengenai jenayah tidak ada orang yang rasa selamat. Saya percaya sebelum Yang Berhormat Menteri untuk KPI masuk Kabinet bila di luar kerajaan masa itu pun dia tidak rasa selamat. Sekarang sudah rasa selamat, sudah ada escort, ada protection, sebelum itu ada selamat kah? Bila-bila pun boleh menjadi mangsa jenayah, betulkan, setujukah, akuikah? Itulah ketawa saja. Itu kita tidak mahu selamat sahaja. Tengok Menteri Dalam Negeri pergi Chow Kit, full escort, tentu selamat. Apa guna saya cabar Yang Berhormat Menteri, go to back of Johor Bahru walk the street without escort up and down and see what happen?

Ketua Menteri Pulau Pinang pun pakai escort.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

You don’t exist now from here. You don’t exist. You can say hundred times. You don’t exist.

[Menyampuk]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kalau Parlimen tidak boleh bersuarakan dan cari satu penyelesaian kita sudah gagal. Dan sebab itu mereka berani kata mereka yang menentang pelaksanaan ini traitors to the people of Malaysia. Tengok apa yang berlaku. Kita adalah banyak jaminan. Under enlightnig kilat dan guruh, tetapi hujan renyai-renyai dengan rang undang-undang SIAP ini. Dulu, Special Complaints Commission sekarang oleh kerana kita bantah, oleh sebab ini lah merupakan satu toothless tiger. Masa itu kita kata mana boleh itu Special Complaints Commission yang di table dalam Parlimen pada Disember 2007. Kita kata tidak boleh terima IPCMC ada kuasa ditarik balik dan bulan Mac 2009. Kita kata rang undang-undang ini siap. Toothless tiger dalam SCC ditarik balik digantikan dengan satu rang undang-undang dengan satu tubuhkan satu agensi yang powerless. Powerless setiap lantikan ini toothless, SCC ini apa gunanya? Kita mahu tahu, kita mahu tengok apa yang ada dalam rang undang-undang ini. Apa kuasanya, kuasa ialah untuk refer dan kompelin. Rujuk kompelin yang ada. Kalau ada bersangkut paut dengan korupsi, refer kepada MACC. Kalau ada bersangkut paut dengan kelakuan jenayah refer kepada DPP. Kalau begitu apa guna ini, post office. High power super paid ke atau high power super paid post office. Peruntukan-peruntukan ada di sini daripada seksyen 20, seksyen 4, seksyen 5, khasnya seksyen 6, seksyen 26, seksyen 27 referlah. Kita cakap, kalau mahu refer tidak guna perlu ada satu siap, siap untuk refer. Ini siap untuk refer bukan siap untuk siasat, siap untuk refer dan refer untuk kalau ada berlaku a korupsi dalam polis. Sebagai contohnya saya bukan kata bahawa semua orang semua policemen corrupt dan tidak guna. Majoriti anggota polis mereka bertanggungjawab. Mereka komited kepada tanggungjawab mereka tetapi adalah more than small number of black sheep yang corrupt. Ini adalah open secret. Setiap satu kajian dibuat sama ada NGO atau pihak kerajaan atau badan kerajaan. Apa kerajaan yang sangat corrupt, the police were on the very top. Sekarang kalau adalah complaints mengenai corruption mengenai polis, kepada badan yang kita mahu tubuh hari ini. Bila SIAP kita tidak akan siasat, refer kepada MACC, apa guna? Dalam 6 bulan ini, apabila MACC ini ditubuhkan siapa ada kepercayaan kepada MACC? Adakah kalau ada satu opinion pun 6 bulan ini, adakah kepercayaan orang ramai

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

dipertingkatkan atau dijatuhkan, I have no doubt so whatever jatuhkan, khasnya bahagian- bahagian ini. Baru-baru ini tengok pemberita-pemberita pun dianiaya pun di arrest and intimidate Malay male reporter Naresh Nair mengenai kes Kampung Perepat. Minggu lalu dia dipanggil dalam MACC pukul 8 malam soal siasat sehingga pukul dua pagi. Six hours dan notebook beliau, hand phone beliau di sieze kenapa? Adakah dia terlibat dalam apa-apa rasuah? Tidak. Dia buat satu laporan bahawa dalam kes Kampung Perepat ada salah guna kuasa mengenai pemberian tanah bahawa satu fail dalam MACC missing dan mengikut laporan yang ada dibuat terhadap MACC bukan cadang dakwa beliau, dia baru buat laporan sahaja. Buat laporan kenapa dia mahu ditarik dalam MACC? Ugut, disoal siasat enam jam dan hand phone, notebook dirampas. Bukan ini salah guna kuasa. Bukankah ini menunjukkan bahawa MACC bukanlah untuk sebenarnya mahu menghapuskan rasuah dan dengan kes-kes yang lain sebenarnya untuk mempertahankan mereka yang berkuasa dan untuk mengugut mereka yang mahu bongkar rasuah. Whistle blower should respect hak whistle blower pemberita-pemberita sungguhpun mereka melaporkan laporan-laporan mengenai rasuah mereka pun juga merupakan whistle blower. Kenapa MACC tidak hormat 4th estate? Tidak hormat wartawan- wartawan dalam perkara ini. Dalam Perak power grab MACC digunakan untuk ugut Speaker seolah-olah ada salah guna kuasa oleh kerana buat keputusan bahawa tiga katak politik tidak lagi menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri. Setuju tidak setuju itu hanya hal yang lain tetapi kenapa ini menjadi satu kes korupsi?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Oleh kerana MACC antara agensi-agensi kerajaan digunakan untuk ugut, harass, aniayai suara-suara yang tidak bersetuju dengan Barisan Nasional. Adakah Minister KP akan ambil catatan dan take note the KPI untuk rusuh MACC? Tidak, dia takut. Ini bukan kuasa dia. Dia lari pun. Sekarang banyak Menteri lari. All becoming long distance runners. Running all the way to France. Dan MACC itu, mana kita percaya. Kenapa kita mahu refer kepada MACC? Apabila enam bulan MACC sudah tunjuk bahawa itulah satu agensi yang tidak berwibawa untuk banteras rasuah dan polis sama. Sebenarnya mahu tahu kenapa pihak polis? Bagaimana prestasi polis akan diperbaiki sehingga menjadi satu world class police. Dicintai, disayangi oleh rakyat dan bukan dimusuhi oleh rakyat? Oleh kerana tingkah laku pihak polis, bagaimana rang undang-undang is going to make a world class police? Police a friend of a people run threating dan bukan menganggap rakyat sebagai musuh. Sehingga baru-baru ini tengok apa yang berlaku, peaceful protesters, light candles, pakai hitam, mogok lapar, puasa. Beratus-ratus pihak polis digunakan untuk menangkap mereka. What type of police is this? Is it what we want under sedia? Sedia untuk bermaharajalela untuk menganiayai rakyat? Dan nampaknya kalau kita tak ubah, negara kita, dunia kita dilanda dengan H1N1. Kita nampaknya dilanda dengan political H1N1. Hishamuddin 1 Najib 1, H1N1... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Eh, sudahlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Nama Ahli Parlimen jangan sebut Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua..

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

You don’t exist, you don’t exist. Kita boleh potong Yang Berhormat Pasir Salak daripada senarai saya!

Tuan Yang di-Pertua, student kat belakang pun dah balik dah. Apa lagi nak cakap, apa lagi nak cakap?... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Dan sebab itu. Ini sebagai...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Pasir Salak.. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kenapa masalah begitu banyak.

Student pun sudah balik dah.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Yang berlaku dan Malay Mail case, Perak Speaker case, PKFZ case, MACC! Apa?

Tarik balik... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tarik balik itu, and I will continue until this answer is found. You cannot run. No Minister can run! I will continue betul-betul PKFZ skandal...

You also run... [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

You also run.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Dan kalau kita mahu tanya pihak polis bagaimana kita boleh selesai masalah-masalah terhadap pihak polis? Bolehkah ini diselesaikan? Sini ada satu e-mel, saya dapat satu e-mel. Tengok bagaimana kompelin orang ini boleh diselesaikan dengan siap. Saya akan tinggalkan nama-nama dan tidak akan sebutkan tetapi inilah e-melnya. “My father, Below is a synopsis of the case since January 11 2008, dengan izin. My father was a State Deputy MIC Chairman. A week before his murder, there was a lot of newspaper articles that my father is pleading to challenge the current Chairman, Datuk K.S. Balakrishnan and become the next State Chairman. Datuk K.S. Balakrishnan son is Panir Selvam. He was appointed by Datuk Bala to be the State MIC Youth Deputy Chief. This was the most that my father objected as his son did not have the right character for the position. Both father and son cannot go along with my father. My father went into the lift after lunch at about 2.20 pm on that thick full day. He receives a call while he was in the restaurant and he left the restaurant to the office. Who call him? Still the mystery till today as police does not want to reveal it. Upon arrival, he went into the lift, it was in the lift then he was shot. We do not know who shot him, as the security guard was sent to the next building. Why is the next building? The guard was sent to give something to Datuk Bala Personal Secretary. The one who sent the guard was so and so. She is also the MIC office clerk and Datuk Bala close friend. For 20 years she’s basiccally told the guard to send the letter and buy food for her at 2.20 pm. Lunch time was at 12 noon. Why send him at 2.20 pm? The police do not want to answer to this. Why use the guard to send a letter to Datuk Bala Secretary? When Datuk Bala will be in the office at 2.30 pm? The police do not want to talk about it. Surprisingly, the gun man knew the MIC building very well. Who brought him in that? How did he know about a meeting that is only known to Bahagian Leaders only? Police does not want to reveal. She was arrested under remand for two weeks and surprisingly she could afford to hire the best defense lawyer, so and so, along with eight other lawyers to defense her from the police. Who paid for the nine lawyers? Remain a mystery as police does not want to reveal it. Why did the big shot paid for the nine lawyers? Why did she send the security guard off at that time? Police do not want to answer. The police has been tight-lipped from day one. My sister and my husband went to JB Police Station every week to ask about the case and during one of her two cases. Once her trip there, she was followed

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

by three Indian guys in a four wheel drive. They were park outside her apartment and ask around the neighbors about my brother in law. The guys was caught in the security CCTV camera and the report was launched with Johor police but surprisingly after the CD and report, no action was taken. Who are the three guys? Why are they harassing my sister and her family? Why are the police so quiet about the three guys till today? Then the guys from Kluang, (the name given) a MIC Leaders was arrested. He was having some problem to my father before and very close friend of Panir Selvam and Datuk Bala. However he was released after two weeks. This guys after being released, brought to his friend in Kluang. How the police was catched on him? And how powerful he is in Johor? When ask the police about this, the only answer that we got is that he will look at it again. Till this day, there was no answer from the police. Then Panir got arrested under remand and after his remand, he got arrested under EO. Within a few hours of his arrest under EO, he was released middle of the night but when we call police, they told us ‘no comment’. That was when all the other suspect to release and the police told us that they lost the case, they were waited till any new evidences come in. The police have never to act, to us anything about the progress of the case. Every time we meet the police, it must be, it will bad news like the finger prints were not usable but they do not tell us why, the bullet could not help at all. I do not know why as well. The prime suspect so and so was recently appointed in MBJB as a City Counselor.” Kes macam ini, bolehkah SIAP selesai? Bolehkah SIAP selesai? Kalau ada IPCMC, IPCMC ada kuasa untuk siasat sedalam-dalamnya. Itulah perbezaan antara IPCMC yang dicadangkan oleh Police Royal Commission dengan toothless, clawless, powerless SIAP to do nothing. Bagaimana? Soalan ini patutlah dijawab dalam perbahasan ini. Oleh kerana inilah arising from the Police Royal Commission enquiry, dan sebab itu dalam apa-apa yang kita mahu, apa tanggungjawab kita? Untuk menubuhkan IPCMC, ada police revolt, dan di mana police Cabinet? Bekas Perdana Menteri surrender. Surrender Ketua Polis revolt. Bagaimana boleh impose discipline kepada civil service? Di mana satu police revolt yang sangat ketara, sangat terbuka boleh dilakukan, dan apa yang kita perlu? Apa yang kita perlu adalah bukan sahaja IPCMC, kita juga perlu seorang Inspector General of Police yang baru. A new IGP. Saya boleh kemukakan sekurang-kurangnya 100 sebab kenapa kita perlu satu new IGP kalau kita mahu satu police force yang world class, yang cekap, yang boleh lawan jenayah, reduce crime, make Malaysia safe, boleh basmi korupsi respect human rights. Have a new IGP. Adakah Yang Berhormat daripada BN berani sokong bahawa negara perlu seorang IGP yang baru. Bukan kata sad beliau. Dia punya term akan expired September.

Siapa dia?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tanya saya? Saya bukan Menteri Dalam Negeri. Bila saya jadi Menteri Dalam Negeri, boleh tanyalah... [Ketawa] Dan kita tahu bahawa Tan Sri Musa Hassan dia mahu tempoh dia dilanjutkan. Bolehkah Dewan yang mulia ini buat satu resolusi yang minimum bahawa we mahu seorang IGP yang baharu, supaya kita boleh memulakan bab yang baharu mengenai police reform dan bukan SIAP. Buanglah SIAP dan adakan satu IPCMC. Kita tak mahu.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Baru-baru ini, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri mengatakan dalam surat khabar minggu lalu bahawa dia akan give a second look, another look at 125 recommendations of the Royal Commission Inquiry. Bukan another look, sepatutnya satu new Royal Commission Inquiry ditubuhkan. Kenapa empat, lima tahun ini, recommendation 125 ini tidak dilaksanakan sehingga boleh mencapai matlamat ada satu pasukan polis yang cekap; yang incorruptible; yang profesional; yang world class services? Kenapa IGP gagal? Tukar IGP, IGP yang baru. Bolehkah new Royal Commission Inquiry? Kenapa empat tahun ini, 150,000 kes crime satu tahun? Sepatutnya turunkan kepada 130,000. Sekarang lebih daripada 200,000 kes setahun, kenapa Royal Commission Inquiry? Kali yang pertama saya puji, pertama kali Yang Berhormat Menteri, seorang Menteri mengakui bahawa di negara kita ini rakyat tidak berasa selamat lagi. He admitted dengan izin, that many Malaysians did not feel safe in their neighborhood anymore with arising crime level. Sekurang-kurangnya Yang Berhormat Menteri berani untuk mengakui Malaysian don’t feel safe anymore. Ahli-ahli Barisan Nasional belum sampai tahap itu. Masih denial complex. Akan tetapi, Yang Berhormat ada sebut, tetapi apa tindakan? Not go on what about. What about tidak selesai tetapi, untuk menubuhkan IPCMC adalah langkah yang pertama. Itulah apa yang penting dan apa yang mustahak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah hampir satu jam Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Lagi satu jam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kalau begitu ramai lagi hendak berucap.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Lagi satu jam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ramai lagi hendak berucap. Ketua Pembangkang pun hendak berucap.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Okey. Setengah jam. Ini mustahak. Kita patut ada dua hari untuk rang undang-undang ini. Tengok kes orang kompelin, kematian dalam custody polis. Baru-baru ini kes A. Gnanaprakasam, 53 dalam lokap polis Damansara. Kenapa sampai sekarang tidak boleh selesai berhentikan kematian dalam custody polis. Sepatutnya pergi lokap polis dan police custody tempat yang terselamat sekali di negara ini. Safest place in the whole country tetapi, nampaknya ia the most unsafe place, boleh mati semua pun adalah 24 hours total protection, why is happening. Why this IGP boleh lari daripada tanggungjawab? Satu kes kematian demi satu kes kematian. Malaysia menjadi blacklist! Dalam United States blacklist mengenai negara human trafficking. Di mana? Imigresen, Rela yang dalam senarai, dalam senarai ini. Di mana migrant, asylum seeker, refugee dijual beli. Sampai sekarang, dua tahun dahulu dalam blacklist, keluar dalam blacklist tahun lalu, tahun ini lagi balik kepada blacklist. What is happening? Sampai berapa? Can we have the answer here? Bolehkah rakyat membuat satu kompelin kepada SIAP ini? mengenai Malaysia dalam blacklist. Tidak apa. Adakah SIAP ada kuasa untuk siasat kenapa Malaysia dalam blacklist? Apa yang ada kuasa di sini? Lihat peruntukan 27(iii) Where the commission has referred a complaint to the appropriate disciplinary authority under sub section (1) or the Malaysia Anti Corruption Commission under sub section (2) for action, the disciplinary authority or Malaysian Anti Corruption Commission as the case may be shall conduct its own investigation and communicate its finding to the commission within 30 days from the date of receipt of the complaint from the commission kalau ada. Sebagai contohnya ada corruption, SIAP untuk disiasat, rujuk kepada MACC. MACC perlulah dalam 30 hari reply mengenai perkara ini. Apa MACC boleh reply? We take note of your complaint. Cukuplah. [Dewan riuh] We take note of your complaint. Apa SIAP boleh buat? Saya cari from head to tail, saya rasa kalau MACC tahu this committee authority atau apa tidak, seterusnya membuat siasatan yang memuaskan, ada kuasa siap untuk

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

over write and takeover. First of all, Post office, MACC case corruption for you, replies 20 days. Will you reply? Take note, thank you, go to sleep. Habis. Tidak guna ini. Within 30 days from the date receipt from the complaint, the commission conduct its investigation. Yes we have conducted our own investigation, thank you, none of your business. Habis. Just atrocious bill or graceful bill? Sebab itu, Menteri Dalam Negeri tidak ada di sini dan banyak tempat Yang Berhormat Batu Gajah, sebab itu mengemukakan beberapa pindaan yang sangat penting. Kalau kita mahu SIAP betul-betul siap untuk menunjukkan integriti negara kita, itulah ada segala kuasa untuk mengendalikan semua kompelin. Korupsi? Siasat. Ada kompelin korupsi sama ada terhadap pihak polis, Rela, Imigresen, JPJ atau apa, siasat. Tanggungjawab badan ini ialah siasat. Kalau ada unsur korupsi, buat satu kenyataan, pendirian bahawa selepas siasatan, kita berpuas hati adalah unsur rasuah dan kita rujuk kepada MACC untuk ambil tindakan yang seperlunya. Kita tengok apa yang MACC buat. Public position, barulah ada guna. Sekarang tidak boleh. Wah! nampaknya ada korupsi, tolak kepada MACC - Malaysian Agency for Cows and Cars. Apa guna? Lagi, kalau ada criminal, ada berbau jenayah, refer kepada appropriate disciplinary committee. Apa guna siasat? Akhirnya, buat satu keputusan, satu perakuan, satu finding berpuas hati bahawa adalah unsur salah laku atau jenayah dan mereka yang bertanggungjawab, pihak yang tertentu patut ambil tindakan. Sampai sana, dan inilah cadangan yang ada dibuat oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat adalah concern untuk sokong supaya SIAP ini sebenarnya siap untuk menunjukkan integriti. Kalau tidak, nama untuk menunjukkan integriti, memupuk integriti tetapi, langsung tidak ada apa-apa kesan. So, macam MACC sekarang. Kenapa Malaysia jatuh kepada tahap 47 Transparency International Corruption Perception Index, 47? Dan tidak ada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional berasa malu?...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tidak...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Satu pun tiada? Mereka rasa amat bangga, 47. Ini tidak akan membantu usaha negara untuk membaiki kedudukan kita sama ada integriti atau international ranking integriti. Ini mustahak, oleh kerana ini satu unsur utama kenapa persaingan satu negara, international competitiveness ditentukan? Kalau kita satu negara terus lebih korup, tidak ada integriti, jangan salah pelabur-pelabur asing tidak mahu melabur di negara kita. Sebenarnya, pelabur-pelabur tempatan pun tidak mahu melabur di sini.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ada.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Itulah, bukan kita cakap mengenai korupsi, bukan daripada segi moral aspek. Akan tetapi, daripada economic imperative supaya negara kita boleh maju. Apa guna kalau negara kita lebih korup? Saya kata bahawa SIAP ini tidak akan membantu untuk melawan korupsi, Malaysia akan lebih korup. Apabila Yang Berhormat Perdana Menteri, kemukakan One Malaysia, apa itu One Malaysia? One corrupt Malaysia? Adakah itu satu One corrupt Malaysia? (cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Semalam kita tengok itu song and the dance dengan One Malaysia. Tengok itu one sudah crack. Sudah retak. Kita tidak tahulah. Mungkin MACC perlu siasat who are the people responsible for all these decorative works. Adakah korupsi berlaku, One Malaysia. Ini One Malaysia corruption. Tengok The Star, The New Straits Times, Utusan Malaysia, Nanyang, semua ada. One! The one is crack, the One Malaysia is cracked! Kenapa sudah cracked, siapa crack, siapa crack? Adakah 1Malaysia Yang Amat Berhormat ialah one crack Malaysia? One crack Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, inilah mengenai.. saya tidak mahu masuk dengan mendalam laporan Royal Police Commission Enquiry.Sebenarnya kita patut buat begitu.Namun begitu, three core functions pihak polis. Reduce sekarang? Eradicate corruption? Respect human rights. Human rights. Adakah rang undang-undang ini membawa satu zaman yang baru di mana human rights finally takes its rightful di Malaysia. Adakah dalam Pandamaran dua tiga hari dahulu kita ada satu jamuan. Seramai 3,000 orang tidak boleh berucap.Makan pun tidak boleh. Makan pun tidak boleh! Dinner tidak boleh! Ancaman kepada keselamatan dalam negeri. Malaysia sudah

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

hilang hak bukan sahaja untuk bersuara bahkan untuk makan pun. Beratus orang pihak polis menyerbu sana. As if Pandamaran sudah menjadi satu base of terrorism. Why, why? Kenapa kita sampai tahap ini? Malu apabila ada crime bermaharajalela. Rakyat tidak rasa selamat. Penjenayah sini, penjenayah sana tetapi police resources limited boleh menghantar beratus orang anggota polis ke Pandamaran untuk mempertahankan, untuk stop satu peaceful party dinner. Peaceful party dinner, kenapa? Adakah ucapan pemimpin-pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat hasut? Kalau hasut, pergi mahkamahlah. Adakah timbul kekacauan? Tidak. DAP sudah dalam Malaysia selama 43 tahun. Beribu-ribu jamuan telah diadakan. Tidak pernah ada apa-apa masalah dan isu. Kenapa mahu mengharamkan satu dinner? Dalam satu tempat ada pihak OCPD pergi kata kenapa perlu ucapan. Pensyarah- pensyarah perlu Speaker dan kenapa perlu begitu ramai Speaker. Tengok MCA dan GERAKAN apabila ada jamuan, satu Speaker sahaja. Itu pun betul. MCA satu Speaker pun orang pun tidak mahu dengar. Satu Speaker pun tidak mahu dengar...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Perlulah song and dance and semua lottery sini, lottery sana.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Kasi makanan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kasi makan banyak-banyak, balik pun tidak undi kepada mereka.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Namun begitu kenapa pihak polis campur tangan dalam perkara ini? Pihak polis must stand above parti politik. Sama ada Barisan Nasional jatuh atau tidak jatuh, bukan masalah polis! Barisan Nasional boleh jatuh dalam apa-apa negeri. Dalam election akan datang, the police stay out, must stay neutral. Berkhidmat kepada sesiapa yang mendapat mandat rakyat untuk berkuasa. Itulah tanggungjawab polis! Bukan untuk mengadakan partisan role dalam perkara ini. Saya juga berharap Tuan Yang di-Pertua, khasnya saya berharap Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri apabila jawab, boleh beritahu kepada Dewan yang mulia ini apakah tindakan yang diambil supaya hak asasi dihormati dalam negara kita khasnya oleh pihak polis. Laporan Royal Police Commission Enquiry, satu cadangan yang penting ialah perlulah sensitize police mengenai hak asasi oleh kerana pihak polis tidak hormat hak asasi. Mereka baru hormat hak polis. Polis rights, not human rights! Royal Police Commission Enquiry ada cadangkan bahawa perlulah ada kursus-kursus intensive to sensitize police leadership, anggota-anggota polis mengenai human rights. Saya mahu tanya Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri khasnya. Bilalah negara kita akan beri ratifikasi kepada International Covenant on Civil and Political Rights, International Covenant on Economics, Social and Cultural Rights, Convention Against Torture and Other Cruel Inhuman and Degrading Treatment or Punishment dan juga conventions mengenai hak asasi supaya ia boleh menjadi satu macro-background untuk pihak polis dan agensi-agensi penguat kuasa kerajaan bertindak bahawa mereka perlu hormat hak asasi rakyat dan tidak mengutamakan hak polis over and above hak asasi rakyat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin turut serta membahas Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 dan tadi saya asyik daripada awal-awal, mula-mula lagi saya mendengar hujah daripada Yang Berhormat Ipoh Timur.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Begitu mengasyikkan sehingga ada yang terlena apabila mendengar hujah-hujah Yang Berhormat Ipoh Timur. Dia macam biasa. Kalau muzik-muzik 60-an, dia tetapi tango, bukan reggae. Dia hendak jalan. Kita berucap, dia jalan. Dengarlah sikit.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Ketawa] Dia hendak balik pergi, mungkin.

Dengar dulu!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, kita harus melihat skop akta rang undang-undang ini secara keseluruhan. Memang kalau tidak diteliti secara menyeluruh, saya sendiri melihat bahawa tidak ada keperluan untuk kita mengadakan rang undang-undang ini kerana sudah ada undang-undang yang sedia ada. Ini saya lihat bukanlah sebagai salah satu platform ke arah bagaimana kerajaan melihat bahawa hak rakyat biasa itu boleh terpelihara melalui suruhanjaya ini. Saya tengok 21 agensi yang terkandung dalam suruhanjaya ini. Antara lainnya ialah polis. Yang Berhormat Ipoh Timur membahas soal polis. Agensi lain langsung dia tidak sentuh. Dia berhujah tanpa ada cadangan yang konkrit untuk membantu ke arah bagaimana memperkukuhkan akta ini sendiri. Oleh kerana itu, saya berdiri di sini bukan atas dasar Barisan Nasional tetapi melihat bahawa kita harus ada keadilan dan kesaksamaan sama ada dalam institusi penguatkuasaan itu sendiri ataupun kepada orang awam.Saya bukan membela polis tetapi kita kadang-kadang terlupa bahawa dengan kehadiran pihak penguat kuasa terutama sekali polislah, maka negara kita, rakyat kita dan keadaan kita sehingga pada hari ini boleh dikategorikan sebagai hidup dalam aman damai dan tenteram. Saya tidak ada escort.

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Malam pun saya boleh jalan. Saya Wakil Rakyat. Ke sana ke mari saya boleh jalan dalam keadaan selamat sebab saya tahu saya tidak banyak musuh. Yang orang perlu escort ini, orang ada masalah ketakutan.

Minta penjelasan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Menteri ini sudah siapa? Ketua Menteri pun ada escort. Itu tidak boleh dipertikaikan.

Minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Belum jelaskah?

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Kinabatangan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat berdasarkan kepada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tadi seolah-olah di Malaysia ini keadaannya begitu gawat sekali. Insiden jenayah begitu teruk sebagaimana yang digambarkan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, mengikut pengetahuan Yang Berhormatlah, negara mana dalam dunia ini yang tidak ada langsung berlakunya jenayah kerana Yang Berhormat Ipoh Timur menyebut satu dua kes sana sini untuk memberi gambaran seolah-olah kita ini dalam keadaan yang begitu teruk sekali.

Saya berpendapat bahawa satu dua insiden ini, merupakan perkara yang berlaku di mana juga dan di mana-mana negara sekalipun. Tidak ada negara yang mempunyai suasana yang begitu sempurna. Kedua, kita tengok tadi Yang Berhormat Ipoh Timur telah keluar setelah memberikan pandangan, tohmahan, tuduhan dan kemudian dia keluar. Apakah Yang Berhormat setuju kalau saya katakan Yang Berhormat Ipoh Timur ini, seperti mana yang digambarkan di dalam al-Quran seorang manusia yang telah dimaterikan hatinya dan telinganya ditutup, ya? Dia tidak mahu dengar orang cakap. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Inilah jenis manusia yang ada. Jadi buat apa kita hendak layan orang yang seperti ini?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih, saya nasihatkan Yang Berhormat jangan layan orang seperti itu sebab dalam hidup ini, manusia kadang- kadang ada yang pintu hatinya sudah terkunci mati, jiwanya sudah beku, dia tidak boleh mendengar kebaikan melainkan kejahatan. Walaupun matanya terbuka tetapi tidak bermakna dia nampak... [Tepuk] [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, memang ada yang begitu dan saya juga mendengar, tetapi kita harus menghormati pembangkang tetap pembangkang. Tugasnya membangkang perkara yang benar. Itu peranan dia, jadi kita hormati peranan dan pendirian dia. Walau bagaimanapun, kita kena berhujah, memberi penjelasan dan menyanggah...

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

BN menyokong perkara yang salah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Perkara yang salah tidak boleh disokong. Itu salah dari segi undang-undang. Yang Berhormat Pokok Sena, dia memang daripada pokok sebab itu dia selalu begitu. [Ketawa] Dia sentiasa bergoyang-goyang... [Ketawa] Polis telah melakukan perkara yang terbaik walaupun saya akui, ada polis yang tidak baik. Memang ada yang menyalahgunakan kuasa dan tidak menghormati, seolah-olah dialah orang yang berkuasa, seolah-olah dialah segala-galanya. Itu kita tidak suka, orang ramai pun tidak suka. Sebab itu kita mencadangkan berbagai-bagai peraturan, untuk menghindari polis yang berkenaan dari menyalahgunakan kuasa, sebab dia adalah orang yang diberi amanah oleh rakyat untuk menjaga keamanan rakyat. Dia harus menghormati hak rakyat, bukan hak dia sahaja. Kadang-kadang saya setuju dengan Yang Berhormat Ipoh Timur. Kadang-kadang polis apabila dia diberi amanah, dia salah guna amanah yang diberikan. Ini saya tidak setuju. Memang ada tetapi sebilangan kecil, dan kita akui di negara kita ini memang indeks jenayah meningkat, tetapi jenayah macam mana? Kalau kita lihat negara Amerika, Eropah, satu saat satu jenayah berlaku. Pembunuhan juga berlaku di negara kita, tetapi ia dianggap sebagai isu-isu terpencil. Kes Ah Long, pembunuhan, penipuan dan sebagainya mana ada seperti yang digambarkan Yang Berhormat Ipoh Timur, di mana negara kita tidak aman dan tidak selamat? Saya nafikan itu. Yang Berhormat Pokok Sena pun mungkin boleh terima pandangan orang yang wajar dan waras, tidak membangkang semata-mata kerana pembangkang.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Altantuya... [Ketawa] Polis sendiri tembak...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mahkamah sudah bicarakan berbulan-bulan. Kita tidak akan bangkit perkara yang sudah dibincangkan di mahkamah. Itu kita pun faham, banyak kes...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Kinabatangan... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, dia tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kadang-kadang dia ini, kita minta penjelasan dia tidak bagi tetapi saya bagilah ini kali.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Silakanlah, Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ini... saya rasa Yang Berhormat, ucapan Yang Berhormat tadi kebelakanganlah. Jadi, kenapa Yang Berhormat menggunakan, membandingkan dengan negara yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi? Mengapa tidak bandingkan dengan kadar jenayah yang rendah? Baru sedemikian kita boleh maju ke depan. Setiap kali contoh diberi, akan memberi contoh negara di mana kadar jenayah yang serius. Kalau sedemikian bagaimana kita boleh maju ke depan? Saya rasa Yang Berhormat perlu tukar sedikit pemikiran Yang Berhormat... [Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bukan tukar sedikit, kita tukar banyak. Kadang-kadang Yang Berhormat, kita kena menoleh ke belakang untuk melihat langkah kita yang belakang dahulu membawakan kita kepada kejayaan. Tidak boleh kita terus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Itulah mungkin konsep DAP, sebab dia selalu menengok ke depan, tanpa dia menengok kiri dan kanan, akhirnya dia terlanggar tiang... [Tepuk] [Ketawa] Macam kes yang berlaku di Perak, apa yang berlaku? Sebab mungkin DAP terlalu memandang ke depan sehingga Yang Berhormat Batu Gajah pada satu ketika membuat deklarasi tidak mahu bertanding sebab ada unsur-unsur penekanan dalam DAP di Perak.

Menangis baru dapat...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Menangis, dirayu baru dapat balik. [Ketawa] Saya cukup hormat mantan Menteri Besar Perak yang sekarang ini, Ahli Yang Berhormat Bukit Gantang seorang yang baik. Tetapi kebaikan dia itu telah dimanipulasikan oleh beberapa pemimpin DAP... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu Gajah bangun lagi, Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia diguna, kasihan. Dia ini orang baik... [Dewan riuh]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Beruas jangan bagi...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apa ini, menyebabkan manipulasi keadaan... [Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sekejap Yang Berhormat, Kita sebagai orang Islam harus menyedari bahawa apabila kuasa itu ada kita harus ingat dari mana datang kuasa itu? Siapa yang memberi kita kuasa? Dalam al-Quran kita Kitab Allah diberi kita penjelasan bahawa Allah SWT boleh memuliakan dan menghina seseorang, memberi kuasa dan menghilangkan kuasa, tetapi dia lupa. Dia ingat apabila kuasa ada, maka dialah segala-galanya. Akhirnya, apa yang berlaku di Perak, itu bukan rampasan kuasa, itu adalah salah satu daripada sebahagian...

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Itu rompak kuasa...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Seni politik untuk mendapatkan kuasa. Dan seni itu...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Itu ragutlah, ragut...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Apabila DAP tidak terlampau rakus kuasa sehingga menidakkan kuasa kawan-kawan yang lain. Maka larilah dua tiga orang... [Dewan Riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau dia jaga dengan baik, anak kita dalam rumah kalau kita jaga dengan baik, dia tidak akan lari ikut orang. Akan tetapi kalau kita tidak jaga dengan baik, isteri kita pun boleh lari juga.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Lari... [Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi, kena fahamlah. Ha, ini faham, saya tahu... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, silakan Yang Berhormat.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Kinabatangan, itu banyak kes budak lari, remaja lari dan sebagai dari rumah, kerana mak bapanya tidak jagalah. Kes Nurin Jazmin dan kes Shalinie, bagaimana itu agaknya?... [Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu sebahagian daripada lumrah hidup manusia. Mereka lalai, mereka leka dan kalau lalai, Tuhan sudah berfirman, mana- mana pihak yang lalai, maka iblis akan mengganti nafsunya, menggoda dia... [Ketawa]

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oh, BN jadi ibliskah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ha, ini lagi iblis yang tidak nampak.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Ketawa] Dia sudah curi Perak...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi oleh kerana itu, saya di Dewan ini mendengar rata-rata wakil rakyat pembangkang, bukan Ketua Pembangkang, dia saya rasa bercakap dalam keadaan yang relevan.

Kira okeylah...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang lain-lain, kira okey... [Ketawa] Yang lain-lain asyik mengata bahawa berlaku rampasan kuasa. Mana ada rampas, mana ada tentera masuk dan bawa mana ada orang mati? Bukan macam di mana- mana negara. Itu sebab kita harus faham, apabila kita melangkah diri dalam politik, kita harus tahu apa itu politik. Kita juga harus tahu di samping berpolitik, manusia boleh merancang dan...

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Peraturan mesyuarat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Boleh mengatur tetapi akhirnya perancangan Allah SWT itu yang tepat, yang benar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ada peraturan mesyuarat Yang Berhormat, sebentar. Ya, silakan Yang Berhormat.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36 mengatakan kalau dalam apa-apa perdebatan mestilah relevan ataupun berkaitan dengan bill... [Dewan riuh] Jadi janganlah membuang masa sangat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak payahlah, Yang Berhormat.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Ipoh Timur dua jam bercakap. Kita diam sahaja.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Diharap Tuan Yang di-Pertua dapat memastikan yang diucapkan itu relevan... [Dewan riuh] Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kalau saya terpaksa ikut peraturan on this aspect, dalam perkara ini Yang Berhormat ramai nanti yang terpaksa berhenti berucap. So tidak payahlah Yang Berhormat. Biarlah Menteri memilih mana yang penting untuk dijawab.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia kena belajar dengan Yang Berhormat Kepong. Walaupun terkepung-kepung tetapi dia faham apa dia mahu hujah.

Itu sebab hilang kuasa.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini sebetulnya, ini sebab kenapa Beruas hilang kuasa di Perak... [Dewan riuh] Sudah ada kuasa, dia tidak tahu macam mana menggunakan kuasa. Kuasa Sultan dia nafikan! Kalau dia tidak nafikan rasa saya sampai sekarang dia masih berkuasa. Ini sebab kita harus percaya bahawa tidak ada manusia yang hebat dalam dunia ini. Kalau kita hebat ada lagi orang lain hebat. Kalau kita ada kuasa ada lagi orang berkuasa. Tanya Tok Guru. Dia tahu siapa yang lebih berkuasa. Tok Guru Presiden PAS... [Ketawa] Dia pun tidak kata dia hebat sebab dia tahu ada lagi orang yang lebih tinggi, lebih hebat daripada kita. Jadi inilah keadaannya! Sebab itu dalam Barisan Nasional pun pimpinan UMNO mana-mana pun saya bagi nasihat. Kita jangan terlalu berbangga dengan kuasa yang ada.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh beri penjelasan ?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh, sila.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya ini sudah kita kata keterlampauan, melanggar peraturan. Adakah Yang Berhormat Kinabatangan setuju Barisan Nasional jaga baik semua MP dan ADUN melalui rasuah sebab itu dia orang masih tetap. Di Perak juga rasuah betul tidak? Sebab itu mereka sokong Barisan. Adakah ini polisi Barisan Nasional?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu bukan lagi sangkaan jahat, itu sangkaan tidak berasas langsung. Kita tidak mengamalkan rasuah sebab rasuah ini salah, dihukum dunia ini pun salah, di akhirat pun salah. Itu tidak boleh. Yang ada, yang kita perolehi sedikit untuk mempermudahkan rakyat untuk meneruskan kehidupan ekonomi seharian mereka. Itu ada. Kira harus faham bagaimana membezakan isu politik, isu rasuah dan isu kuasa. Saya ingat Yang Berhormat perlu masuk kaunselor sedikit satu dua bulan supaya Yang Berhormat boleh kembali, kembali refresh sebab apabila kita hilang kuasa ini kita memang bercakap merapu.

Lesson number one.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Minta pandangan. RM15 juta itu sedikit suapan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi cadangan lagi Yang Berhormat?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya tidak tahu apa itu RM15 juta. Dari mana datangnya? Saya pun belum pernah nampak sampai hari ini. Kalau ada bawalah... [Ketawa]

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tentang jenayah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang ini boleh sedikitlah.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Jenayah. Tadi Yang Berhormat Kinabatangan ada kata jenayah di Malaysia itu tidak serius sangat. Akan tetapi kalau kita ikut statistik, kita pakai fakta. Fakta-fakta yang sedia ada kalau kita bandingkan dengan Hong Kong, mafia banyak bukan? Movie semua ada nampak bunuh-bunuhan semua. Akan tetapi di Hong Kong, kes pembunuhan tidak sampai 0.26 kes setiap 100 ribu. Di Malaysia 2.12 kes, lebih berkali-kali ganda. Kalau kita tengok kes rogol, kes rogol di Hong Kong tidak sampai dua kes setiap 100 ribu orang tetapi di Malaysia dekat 12 kes dan akhir sekali, sedikit sahaja. Akhir sekali bagi kes rompak di Hong Kong tidak sampai 18 kes setiap 100 ribu. Di Malaysia 90 lebih kes rompak. Adakah itu keadaan yang aman, yang selamat seperti Yang Berhormat kata tadi, benarkah?

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Masuk rompak duit Terengganu. Duit royalti Terengganu. Masuk rompak itulah.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Itu belum masuk rompak kerajaan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya jawab dahulu.

Rompak ADUN sekali... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat jangan bercakap macam itu Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Memang, Yang Berhormat Pokok Sena memang macam itu. Dia di bawah pokok... [Ketawa] Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat cuba mengelirukan saya. Kenapa banding dengan Hong Kong, kenapa tidak banding dengan negara yang dekatlah. Thailandkah, Filipinakah..

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Singapore..., hendak banding dengan Singapore tidak? Saya pun ada statistik Singapore.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Singapore ini berapa orang sahaja? Kenapa tidak banding Hong Kong dengan China? Jangan cuba mengelirukan Dewan. Hong Kong ini rakyatnya dididik oleh tentera British dan bilangannya tidak banyak. Tidak ada pendatang pelarian. Tempat kita ini tengok berapa banyak?

Betul, betul.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi jangan cuba main sandiwara sebab saya bukan anak wayang... [Ketawa] Saya sudah lama di sini dan saya memang begini. Saya menegakkan yang benar, tidak ada melainkan yang benar. Cuba kita lihat bagaimana institusi sebegini, 21 agensi ini. Saya pun ada keraguan. Adakah suruhanjaya ini nanti boleh kita kategorikan boleh menyelesaikan masalah? Jawapannya memang tidak boleh sebab macam mana bagus pun undang- undang yang ada dalam mana-mana negara, kalau pemegang amanahnya tidak amanah, maka akhirnya akan berlakulah penjenayahan tersebut. Tadi juga kita mendengar, dia kata kenapa polis membiarkan orang mati dalam lokap? Saya rasa polis paling takut kalau ada pesalah mati dalam lokap. Akan tetapi Tuhan sudah cakap dia mati dalam lokap, matilah dia dalam lokap... [Dewan riuh] Kalau pun dia dalam peti emas, kalau pun orang itu dijaga oleh Batu Gajah, dalam peti emas...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Jangan semua salahkan Tuhanlah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau Tuhan kata dia mati, matilah sebab kematian ini tidak boleh satu saat, satu inci pun dikurang atau ditangguh.

Michael Jackson.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu hukum Tuhan. Michael Jackson dalam mahligai dia pun meninggal jugak.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tuhan cakap guna C4 kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Melaka.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Sakit tidak perlu makan ubatkah?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini minta penjelasankah mengganggu?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya minta penjelasan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh. Kita kawan, buat adab sedikit ya.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih. Saya minta penjelasan mengenai apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan mengatakan bahawa Tuhan sudah merancang, apa berlaku pasti berlaku. Saya terima itu tetapi Yang Berhormat Kinabatangan, Tuhan juga mengatakan bahawa mereka yang diamanahkan satu kerja itu, dia harus lakukan kerja itu secara betul, tepat dan jujur. Apabila berlaku kematian dalam lokap, Tuhan juga mahu tengok keadilan itu berlaku. Jadi Yang Berhormat Kinabatangan boleh terima kalau saya katakan bahawa mereka yang gagal dalam menjalankan amanah yang diberi kepada mereka itu harus dihukum. Setuju tidak dengan saya?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Siasat dahulu baru hukum. Jangan terus hukum. Nanti salah hukum. Kalau sudah disiasat dia bersalah kenapa tidak dihukum, memang itu peraturannya. Sebab itu Tuhan cipta akhirat dan neraka, syurga dan neraka. Yang salah itu terimalah. Yang menjalankan kewajipannya di muka bumi ini maka dia akan berjalan dalam jalan yang lurus. Itu sahaja sebab kita ini manusia. Di dunia ini kita boleh putar tetapi sejauh mana putaran kita? Sampai kita mati tidak ada lagi putaran. Itu totally mutlak, tidak lagi boleh putar belit. Tanya ini Tok Guru, memang dia faham keadaan ini sebab itu dia tidak memutar. Dia jalan lurus. Tuan Yang di-Pertua, ini mengganggulah dia... [Ketawa] Sebab itu kita melihat apakah benar melalui akta ini maka indeks jenayah kita akan menurun ataupun mungkin bertambah? Apakah benar bahawa dengan akta ini rakyat, orang awam akan terjamin hak mereka atau pun mendapat kesukaran? Saya juga membaca banyak masalah kita rujuk dengan Peguam Negara, dengan berbagai-bagai. Ini bermakna peranan suruhanjaya ini, apa peranannya kalau semua dirujuk dengan orang yang sama? Ini yang perlu kita perbincangkan sebab kenapa akta ini digubal semata-mata memberi kemudahan kepada rakyat. Kalau menyusahkan buat apa kita terima akta ini? Kalau menyusahkan. Apakah benar bahawa 21 agensi penguatkuasaan ini akan terjamin ketelusan mereka? Tidak ada korupsi, tidak ada unsur-unsur salah guna kuasa dan tidak ada unsur- unsur penganiayaan. Kalau tidak benar maka kita harus melihat bahawa apa pun akta dan undang-undang yang kita perbahaskan kita harus melihat ia benar-benar memberi jaminan di atas kepentingan negara dan rakyat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu Yang Berhormat Kuala Selangor, PhD.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih. Saya cukup menghormati Yang Berhormat Kinabatangan pada pagi ini Tuan Yang di-Pertua sebab telah menjadi seorang mubaligh besar nampaknya setelah unjuran-unjuran agamanya cukup baik dan saya yakin Presiden kami pun cukup menyanjungi. Boleh masuk Liga Perdana, ceramah agama insya-Allah.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ustaz Bung Moktar... [Ketawa]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Dia mendebatkan, bukan saya.

Baru hendak start?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kinabatangan. Pada awal tadi saya memerhatikan kecenderungan Yang Berhormat untuk semacam kami juga yang bercakap nampaknya... [Tepuk] Cukup kritis dan membela kepentingan rakyat khususnya kerana ia akan menelan jutaan ringgit juga untuk menubuhkan suruhanjaya ini. Seperti mana saya perhatikan tadi, keseluruhan penghujahan Yang Berhormat Kinabatangan cenderung untuk menyetujui pandangan-pandangan di sebelah sini.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Utamanya yang telah dibangkitkan tadi adalah bagaimana suruhanjaya ini yang seharusnya diberi kuasa akhirnya hanya menjadi sebuah badan aduan besar dan terpaksa merujuk aduan-aduan ini kepada pihak-pihak, sama ada yang dikatakan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib agensi-agensi mahupun DPPP, pendakwa raya. Akhirnya akan berlakulah seperti yang berlaku kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Jadi apa sebenar-benarnya kita minta Yang Berhormat Kinabatangan tolong jelaskan. Apa sebenar-benarnya tanggungjawab dan tujuan Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan ini? Kalau ia hanyalah menjadi satu pengaduan awam dan tidak sebenar-benarnya penguatkuasaan yang merupakan asas kepada Suruhanjaya Diraja yang dipimpin sedikit masa dahulu oleh Tun Zaidin, Tun Hanif Omar dan Tun Salleh Abbas, jadi saya kira Yang Berhormat Kinabatangan sudah sebelah sini nampaknya. Terima kasih... [Tepuk]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ini jenis spesis yang berlainan dengan Yang Berhormat mungkin... [Ketawa] Sebab itu Yang Berhormat bertanggapan saya di sebelah sana, sebab itu apabila saya berhujah rakyat kena menilai mungkin di dalam Dewan ini kita tidak perlu pembangkang yang terlampau ramai. Di dalam Barisan itu sendiri seperti saya, saya boleh memainkan peranan ini untuk menyedarkan kerajaan. Inilah backbenchers, bukan yes man, bukan pak turut.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Dua alam ya?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Di mana kita kena berpegang teguh kepada istilah Hang Jebat, Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah... [Dewan riuh]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sikit lagi boleh Kinabatangan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rasah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Rasah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya cukup kagum dengan putaran-putaran Yang Berhormat Kinabatangan. Kalau mengikut hujah yang telah diberikan Yang Berhormat Kinabatangan seolah-olah Yang Berhormat Kinabatangan tidak bersetuju dengan rang undang-undang ini. Kalau Yang Berhormat Kinabatangan kata seorang yang ada conscious, act of according to conscious, adakah Yang Berhormat Kinabatangan bersedia semasa mengundi nanti, mengundi untuk membantah rang undang-undang ini. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ya... [Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya ingat Yang Berhormat Rasah ini...

Yang Berhormat, boleh mencelah sekali.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mahu lagi ikut langkah Yang Berhormat Beruas, dia tidak faham-faham juga.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita di sini...

Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Memperbetulkan perkara yang tidak betul supaya tidak terlanjur. Nasihat-menasihati antara satu yang lain ke jalan yang benar, bukan jalan yang sesat.

Maran. Terima Kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan. Sebenarnya dia mempersoalkan ini bukan maknanya dia tidak yakin dengan akta ini, undang-undang ini.

Ini hendak memastikan bahawa ia akan dilaksanakan dengan baik. Cuma saya bimbang Yang Berhormat Kinabatangan. Kadang-kadang semua undang undang, semua peraturan dibuat oleh kerajaan semua yang tidak baik, tetapi ada pihak-pihak tertentu terutamanya sebelah sana semuanya kalau kita buat undang-undang baik, dia mengajak orang buat jahat. Umpamanya saya ambil contoh apa yang disuarakan Yang Berhormat Marang, hendak adakan perpaduan, di sokong oleh Yang Berhormat Bachok, tetapi ada pihak yang tidak bersetuju. Apakah Yang Berhormat ini memandang agama, kerana perpaduan ini, persaudaraan ini baik. Minta pandangan Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya masukkan ucapan Yang Berhormat sebahagian daripada ucapan saya.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita kembali kepada soal pokok. Soal pokoknya, apa keperluan akta ini perlu diperbahas dan dihalusi keperluannya yang di sini, huraiannya, mengurangkan salah laku dikalangan Pegawai Pengutakuasa dan memupuk keyakinan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan. Benarkah? Bolehkah, ada jaminan bahawa apabila terlaksana suruhanjaya ini makan segala-galanya akan kurang? Saya rasa kerajaan tidak boleh memberi jaminan dan apa yang kita perlu perkatakan iaitu apabila suruhanjaya ini kelak diterjemahkan maka hendaklah ia dilaksanakan mengikut apa yang telah dihuraikan. Jangan di dalan kertas okey, belakang tidak okey, biasa begitu. Salah laku berleluasa, jenayah meningkat...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Selalu berlaku macam itukah?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Memang ada. Saya tidak boleh nafikan, perkara yang benar tetap benar walaupun yang benar itu tidak baik, kita kena ceritakan yang benar. Sebab inilah yang cerita dibawa, rakyat cerita dengan kita, kita nampak apa yang berlaku dan pembangkang menyalahkan polis segala-galanya. Saya tidak nafikan semua, bukan semua polis baik. Ada juga yang jahat, tetapi majoritinya tetap baik, kebaikan dia saya dan Yang Berhormat Pokok Sena dan yang lain-lain boleh hidup tersenyum di bumi kita ini. Kalau kita hidup di Selatan Filipina, di Selatan Thailand, di Burma, di Afghanistan, di Iraq, di Pakistan, di India, pergi masjid pun kena bom. Tidur lena pun kena bom, di sini alhamdulillah. Masih belum ada yang begitu. Palis-palis, jangan ada.

[Menyampuk]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya masih lagi menunggu sebenarnya sebab saya mahu penghujahan ini konsisten dan koheren pada akhirnya merumuskan satu yang bersifat logikal conclusion. Akan tetapi apabila saya mendengar lebih awal tadi, di hujungnya nampaknya bercanggahan dan bertentangan dengan apa yang Yang Berhormat Kinabatangan sebutkan. Ini yang saya kurang faham. Kalau benar-benar Yang Berhormat Kinabatangan konsisten dalam penghujahan Tuan Yang di-Pertua, apakah Yang Berhormat Kinabatangan bersetuju bagi memperkukuh dan memperkasakan suruhanjaya ini. Konsisten dengan penghujahan Yang Berhormat Kinabatangan lebih awal tadi, maka contohnya fasal 22 seksyen 2 dan seksyen 3, dan fasal 26 seksyen 1 dan seksyen 2 digugurkan bagi memperkukuhkan dan memperkasakan suruhanjaya supaya ia benar- benar mempunyai kuasa penguatkuasaan, bukan hanya sekadar menyiasat aduan lantas memberikannya kepada agensi-agensi sepertimana...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

SUHAKAM sebutkan, mereka hanya boleh mengatakan ya. Mereka hanya akan tunggu dan lihat pada akhirnya tidak ada apa- apa tindakan yang diambil.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Kinabatangan, bolehkah Yang Berhormat Kinabatangan setuju fasal 22 seksyen 2 dan seksyen 3 dan fasal 26 seksyen 1 dan seksyen 2 bagi memperkasakan suruhanjaya ini digugurkan. Sekian.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya sebenarnya menunggu Yang Berhormat Ipoh Timur daripada awal untuk menghujahkan soal-soal yang sebegini, tetapi tidak ada langsung lontaran hujah seperti Yang Berhormat Kuala Selangor lontarkan tadi. Jadi inilah maknanya bahawa kita harus melihat mana cadangan, saya rasa hukum Tuhan di dalam al-Quran saya tidak boleh ubah, pun manusia banyak ingkar. Ini apa juga cadangan ini, tiada yang mutlak. Mana yang kita rasa tidak membantu menyelesai masalah rakyat dan negara, kenapa tidak beramai-ramai kita cadangkan? Jangan kita membantah semata-mata sebab kita pembangkang. Di sini pun kita bukan pembangkang tetapi kita bantah perkara yang tidak memihak kepada rakyat sebab penyediaan ini adalah untuk anak bangsa kita, negara kita, bukan untuk kita hari ini. Silap kita meluluskan hari ini, maka silaplah masa hadapan anak bangsa kita. Jadi jangan persoalkan kredibiliti saya, dan Yang Berhormat harus menghormati pandangan saya bahawa saya cukup konsisten dalam menterjemahkan apa juga saya bicarakan. Saya tidak pandai putar belit, dari dahulu saya begini sebab itu majoriti tiap-tiap pilihanraya meningkat dan meningkat... [Ketawa] [Tepuk] Itu wakil rakyat yang konsisten. Kita harus menjadi wakil rakyat yang benar-benar mewakili rakyat, jangan depan lain, belakang lain. Itu tidak boleh, kita tidak boleh putar-putar sebab dunia ini sementara, tidak ada yang fana, esok lusa boleh mati.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Panjang lagi Yang Berhormat?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Macam ada lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik, sambung petang nanti.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ini ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Kinabatangan untuk menyambung perbahasan saya ingin ingatkan kepada Yang Berhormat dalam mengambil perbahasan dalam rang undang-undang ini dan rang undang- undang yang berikutnya saya mohon kerjasama agar Ahli Yang Berhormat disiplinkan diri sewaktu berbahas. Ini kerana kita mempunyai beberapa rang undang-undang yang perlu kita luluskan sehingga Thursday. Kita tidak mempunyai banyak masa lagi Yang Berhormat. Yang Berhormat Kinabatangan panjang lagi? Okey, sila.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin meneruskan perbahasan saya berhubung dengan akta iaitu Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan. Saya melihat tadi semasa rehat, memang ada keperluan akta ini kita bahas iaitu tujuan dia semata-mata tidak lain dan tidak bukan mempermudahkan orang ramai mendapat hak mereka. Akan tetapi cuba kita lihat latar belakang akta ini sendiri. Rata-rata masyarakat memberi penekanan kepada penguatkuasaan dalam kepolisian. Kenapa Polis? Kenapa dia tidak sentuh JPJ? Kenapa dia tidak sentuh agensi- agensi pelaksanaan yang lain? Mungkin institusi kepolisian ini mendapat tempat di seluruh masyarakat sebab mereka adalah benteng utama yang tempat rakyat bersandar.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Rakyat tidak mahu melihat bahawa kita ‘harapkan pagar, rupa-rupanya pagar makan padi’. Kita melihat bahawa dalam polis sendiri dia ada Suruhanjaya Diraja Polis sendiri. Kenapa ada suruhanjaya? Kita sudah luluskan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Kita ada Biro Aduan Awam, macam-macam agensi kita ada tapi keberkesanannya nampak tidak menyeluruh dan tidak boleh meyakinkan rakyat. Maka kita wujudkan pula satu akta yang dipanggil SIAP. Tidak tahu siap siaga macam mana akta ini nanti akan berjaya untuk menangani isu-isu yang berlegar dalam dunia negara kita pada hari ini. Satu perkara lagi yang ingin juga kita lihat bahawa pihak Jabatan Pendakwa raya harus mengkaji dan melihat akta-akta yang kita ada yang sudah lapuk. Contohnya Akta Buang Daerah ataupun RRE ia diwujudkan boleh diguna pakai tiga puluh tahun yang lalu, empat puluh tahun. Sebab ketika itu belum ada hand phone, belum ada kemudahan, belum ada cyber dan maya dan sebagainya. Sekarang ini dia buang daerah di sebelah, dia lapor polis pagi, petang dia pergi lagi sebelah. Jenis apa akta ini? Ini sudah tidak relevan. Saya juga dapat maklumat kita hidup dalam dunia alaf yang serba moden ini. Bak kata pepatah, ‘dunia tanpa sempadan’, kadang-kadang manusia boleh menembusi dimensi yang mereka tidak nampak sekali pun. Jadi kenapa perlu ada akta mereka yang dirasakan diragui menjalankan sesuatu aktiviti tetapi tidak cukup bukti. Maka disyorkan buang daerah. Akan tetapi rata-rata yang dibuang daerah ini mereka yang ada kebolehan, mereka yang ada skill, mereka yang ada kemampuan.

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia buat salah di daerah ini, di buang di daerah lain maka dia akan bermaharajalela di daerah tersebut dan macam-macam boleh berlaku. Jadi saya cadangkan...

Sebelum Yang Berhormat beri cadangan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya dari Kinabatangan. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat soal Akta RRE ini. (Restitute Resident Enactment). Kadang-kadang saya pun terkeliru walaupun Yang Berhormat belum bercadang apa yang akan dicadangkan oleh Yang Berhormat kepada kementerian ataupun pihak-pihak yang tertentu untuk membubarkan ataupun memansuhkan enakmen ini. Walaupun banyak yang tidak puas hati dengan tindakan kerajaan untuk membuang seseorang itu kepada daerah yang lain. Daerah yang lain itu akan terasa kehadiran penjenayah-penjenayah yang disahkan tapi belum ada bukti. Jadi adakah Yang Berhormat merendah atau memandang rendah tentang kebolehan kita untuk membuat satu pendekatan yang lebih tulus, lebih baik, lebih dapat diterima oleh rakyat sebagai membawa, mengheret dia orang ke mahkamah? Saya tahu Yang Berhormat akan mencadangkan untuk menjauhkan penjenayah-penjenayah ini daripada masyarakat terutama sekali gengster-gengster, penagih dadah, kalau boleh ah long-ah long pun dibuang di satu pulau sebagaimana yang telah adakan dulu, Pulau Jerejak berdekatan dengan Pulau Pinang. Adakah Yang Berhormat bercadang seperti itu? Minta penjelasan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Banyak sebetulnya pandangan- pandangan rakan-rakan yang ingin diketengahkan. Akan tetapi saya tidak melihat ianya sebagai satu yang relevan. Kenapa tidak sekarang ini tidak ada lagi perkara yang boleh di selindung kalau dia melakukan kesalahan, maka dengan mudah kita dapat detect ataupun dapat kenal pasti kesalahan-kesalahan itu. Kenapa tidak diproceed di mahkamah? Kalau dia salah maka jatuhkanlah hukuman yang setimpal dengan kesalahan dia.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sebab apabila buang daerah, dia seperti, seolah-olah berpindah tempat, bukan dibuang daerah. Di sini, timbullah unsur-unsur rasuah di kalangan mereka. Di kalangan pihak polis yang menjaga, dan di kalangan mereka yang dibuang daerah. Jadi ini merupakan satu, rasa saya bukan penyelesaian. Kita di sini mencari sesuatu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang kita hadapi. Bukan mencetuskan masalah-masalah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Justeru itu, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan, mana-mana akta yang sudah lapuk, yang tidak lagi boleh diguna pakai dalam era 21 ini, saya rasa, harus diketepikan, dan kita masukkan dengan akta-akta yang boleh meyakinkan rakyat, dan juga meyakinkan pendatang-pendatang pelabur-pelabur dari luar berhubung dengan negara kita. Saya juga ingin mencadangkan, suruhanjaya ini hendaklah mempunyai satu badan penerima aduan, dan juga badan penyiasatan, berfungsi seperti Jabatan Pendakwa Raya Negara. Kalau kita lontar semua masalah aduan kepada Pejabat Peguam Negara, sedangkan pada hari ini masih banyak kes tertunggak yang tidak dapat diselesaikan. Bermakna, kita bukan menyelesaikan masalah. Sebab di sini alasannya, diwujudkan, menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Jadi, benarkah kerajaan serius menangani masalah ini? Kalau benar, apa susah sangat, mana yang tidak tepat, kita keluarkan. Apa yang perlu kita bimbang? Kalau kita benar-benar memberi keselesaan kepada rakyat. Saya tidak nampak ada masalah-masalah yang kita hadapi bersama-sama dengan rakan-rakan, sekiranya niat ini benar-benar tidak ada niat politik semata-mata, tetapi tidak lain dan tidak bukan, untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi selama ini. Jadi, suruhanjaya ini kena ada kuasa. Kalau semua dirujuk kepada AG Chamber, bukan saya tidak ada keyakinan, tetapi sudah jelas, dia tidak ada kemampuan menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh kita pada hari ini. Justeru itu, jangan cuma sekadar melepas batuk di tangga. Oleh sebab keperluan, maka kerajaan sediakan satu draf akta, yang tidak boleh langsung memberikan keyakinan kepada kita sendiri. Saya terus-terang. Saya memang berhasrat untuk menyokong akta ini tetapi dengan syarat, bahawa harus ada perubahan-perubahan, macam seksyen 22, dia kata sini, suruhanjaya hendaklah mempunyai, kenapa tidak buang ”hendak” itu? Suruhanjaya mempunyai kuasa. Begitu ia jelas. Apa mahu hendak-hendak. Ini tidak masuk akallah. Saya terus-terang. Kalau suruhanjaya ini tidak mendatangkan kebaikan untuk rakyat, saya tidak akan memihak kepada akta ini. Akan tetapi kalau ia kita buat untuk kepentingan rakyat dan negara, memberikan kita keyakinan, saya tidak ragu-ragu, sebab tidak ada yang kita bimbang. Apa yang kita bimbang? Kalau kita berniat baik untuk menentukan hala tuju, bagaimana rakyat kita dipermudahkan? Jangan dianiaya polis, jangan dianiaya oleh pihak imigresen, jangan dianiaya oleh maritim dan sebagainya, sebab mereka tidak ada tempat mengadu. Adu kepada polis, kalau masalah polis, macam- macamlah alasan dia. Jadi, suruhanjaya inilah, satu-satunya tempat, tapi betulkah dia berfungsi seperti suruhanjaya yang kita harap-harapkan? Ataupun tahun akan datang lagi, akan ada lagi akta yang serupa. Ini rasa saya, membazir, membuang masa, dan membazir wang rakyat. Jadi, saya mencadangkan, supaya wakil-wakil rakyat melihat, meneliti satu demi satu kepentingan-kepentingan akta ini. Jangan kita melihat secara politik semata-mata, tetapi kita lihat daripada segi logik, daripada penerimaannya, dengan pandangan-pandangan kita, dan kalau kita sama-sama, saya rasa ada keyakinan, maka akta ini akan menjadi satu realiti, dan boleh membantu generasi bangsa kita dan menyediakan ruang lingkup kepada seluruh rakyat Malaysia, di mana mereka sudah pasti mendapat pembelaan yang sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan. Saya bangun untuk membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP). Mengikuti pidato Yang Berhormat Kinabatangan, menarik perhatian bahawa, ada beberapa kesangsian dari rakan dari Barisan Nasional sendiri tentang beberapa peruntukan yang harus dikemas kini, dan saya ucap tahniah di atas keberanian dan kelantangan rakan Yang Berhormat Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat, khususnya Yang Berhormat Ipoh Timur ada menyentuh tentang latar belakang, dan dia ada kaitan dengan apa yang hendak saya ketengahkan, kerana rang undang-undang ini, dari segi hasratnya adalah penting. Bukan semata-mata sebagai reaksi terhadap kritikan tentang, bobroknya sistem atau kelemahan bidang penguatkuasaan atau rasuah, yang menjadi barah.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Akan tetapi, apa-apa usaha dalam memantapkan negara hukum, maka isu kewibawaan institusi dianggap penting. Oleh yang demikian, saya ingin menyentuh dan mengambil perhatian Tuan Yang di-Pertua, memandangkan beberapa rang undang-undang ini terlalu penting yang hendak dipaksa kita luluskan dalam masa yang terlalu singkat. Suruhanjaya Integriti, Etika Kehakiman, Bank Negara Malaysia, Rang Undang-undang Keluarga, dan Akta Insurans. Kalau kita teruskan, ia akan menghalang ramai rakan-rakan Ahli Parlimen dari mengambil pendirian. Menyentuh rang undang-undang SIAP ini, saya ingin memulakan dengan menyentuh maksud keselamatan dalam negara. Sanctity of life and property, dengan izin, adalah sebahagian perkara asas dalam maqasib syariah itu sendiri. Matlamat syariah itu tidak terlepas daripada meletakkan amanah kepada pemerintah untuk menjamin keamanan rakyat. Kita akui bahawa Malaysia umumnya, negara aman. Akan tetapi, kita tidak boleh nafikan, masalah jenayah dan kebimbangan rakyat, sehinggakan di beberapa kawasan perumahan, rakyat memilih untuk mengadakan peraturan sendiri, kawalan sendiri, kerana mereka anggap kawalan keselamatan oleh pasukan polis, gagal menjamin keselamatan mereka, sama ada di bawah seliaan bekas Menteri Dalam Negeri dulu, ataupun Menteri Dalam Negeri sekarang. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh ketepikan permasalahan ini, dan menganggap, seperti mana sebahagian daripada rakan saya dari Barisan Nasional yang mengatakan, bahawa kita mengambil satu sikap yang terlalu negatif, menganggap bahawa, tidak ada kedamaian dan keamanan negara. Saya tidak mahu mewakili pandangan itu, kerana kita akui negara kita, relatifnya, lebih aman. Akan tetapi, kita tidak boleh biarkan kadar jenayah meningkat dan prestasi pasukan penguatkuasaan, sama ada polis, atau maritim, atau kastam, atau imigresen dihinggapi daripada tuduhan-tuduhan, apatah lagi kalau berasas. Oleh sebab itu, beberapa tahun dulu, bekas Perdana Menteri, membentuk Suruhanjaya IPCMC, memberi cadangan yang agak mengejutkan, dan ini dibahaskan. Saya percaya di peringkat Jemaah Menteri berulang-kali, menerima bantahan kuat dari Ketua Polis Negara dan pasukan polis. Akhirnya, kerajaan mengalah, dan saya difahamkan kerajaan mengalah.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya hendak berterus-terang dengan Tuan Yang di-Pertua, kononnya imej pasukan polis Melayu ini akan tergugat. Orang-orang Melayu, polis Melayu di semua peringkat ini akan didera dengan beberapa tindakan kalau mengikut syor suruhanjaya IPCMC. Fahaman pertahankan Melayu, imej Melayu walaupun ada kepincangan, ada rasuah, ada penyelewengan, ini tidak tepat. Saya lebih berbangga dengan polis umumnya dan polis Melayu yang wibawa, yang profesional, yang tidak rasuah. Mengapa harus kita pertahankan kalangan yang rasuah? Ramai anggota polis yang bekerja dengan cukup baik, prestasinya cukup baik, tahap pengorbanan perkhidmatan yang cukup membanggakan, mengapa harus polis diperangkap semata-mata untuk mempertahankan beberapa kerat orang atasan polis yang bersekongkol dengan samseng, kongsi gelap, sindiket haram dan perjudian dan kita memaksa negara kita dan Parlimen termasuk Kerajaan Barisan Nasional tunduk kepada kelompok ini. Saya tidak mahu buat kenyataan melulu tanpa bukti dan asas. Kalau saudara yang mempertikai, baca dalam Laporan Suruhanjaya IPCMC, cukup untuk membuktikan satu suruhanjaya yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara yang menjelaskan betapa negara kita menghadapi satu keadaan yang getir lantaran kecuaian pimpinan dan sebahagian daripada anggota polis yang menyebabkan imej dan tahap profesionalisme polis itu juga dikompromi. Ada yang mengatakan bahawa isu rasuah ini bukan semata-mata diikat dengan Suruhanjaya Integriti kerana ada MACC – benar, itu isu lain. Setakat ini telah heboh, uar- uar tentang MACC, pelaksanaannya entah ke mana. Kes-kes yang kita lapor, berbulan- bulan, saya ingat laporan yang saya kemukakan tiga, empat bulan yang lalu baru ada jawapan minggu lalu daripada Menteri mengatakan perkara tersebut dirujuk kepada MACC.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sudah enam bulan, soalan pun belum diangkat. Jadi kalau ini yang berlaku, maknanya pelaksanaan MACC itu juga harus dipersoalkan dan kemampuan mereka harus dipertikai. Ada pandangan sebelum ini yang menyebut tentang rekod satu negara yang dahulunya dibaluti dengan permasalahan rasuah, jenayah dan tahap profesionalisme rendah seperti Hong Kong mampu diatasi dengan perundangan yang lebih tegas, pimpinan polis yang lebih profesional dan cukup wibawa dan ini berlaku seperti mana disaksikan di Hong Kong. Berlaku di New York, di bawah Giuliani, tegas, keras. Ini bukan sedikit kontroversi kerana ketegasan tetapi kerana kejayaan membersihkan pimpinan pasukan polis daripada terlibat dengan komplot, samseng, rasuah dan penjenayah besar. Mengapa kita tidak menunjukkan sedikit pun keupayaan untuk melakukan sedemikian. Lihat sahaja berpuluh laporan, bukan terhadap Menteri. Hari ini kita bicara soal Menteri terhadap pimpinan pasukan polis negara. Bagaimana hendak diharapkan kita menambah keyakinan kepada polis. Hari Ini hendak menyelamatkan imej polis Melayu kononnya dan saya tidak setuju. Saya tidak pernah setuju dengan andaian bahawa polis Melayu itu disamakan, sinonim dengan rasuah. Beberapa pimpinan polis, ya, tetapi kita imej polis itu dipulihkan dan memulihkan tahap profesionalisme, kewibawaan dan meletakkan orang yang cukup amanah memikul tanggungjawab ini. Kalau tidak, kita ini seolah-olah sebahagian daripada pimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Seolah-olah terlalu takut kerana ada rekod dan fail, maka menyerah semuanya kepada polis walaupun tahu sesungguhnya rekod polis sedemikian rupa. Laporan pertama, seorang pegawai polis berpangkat Assistant Superintendent Police, Jabatan Jenayah Komersial, Jalan Dato’ Onn, Hong Kin Hock yang menerima arahan daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk mengumpul maklumat mengenai kegiatan ceti haram di kawasan Johor dan Melaka, sindiket Ah Long, Tangkak Kia – dia kirim lima detektif untuk mengambil tindakan. Kemudian dapat tangkap Ah Kooi, Ah Seng, Ah Hang dan seorang yang bergelar Tengku, didedahkan. Kemudian 20 Januari 2007, kawannya dikenali sebagai Richard, rapat dengan Tan Sri Ketua Polis Negara membantu kawan-kawan dalam pasukan polis untuk naikkan pangkat. Ini satu tuduhan, pengakuan bersumpah seorang pegawai tinggi polis terhadap penglibatan Ketua Polis Negara dengan sindiket haram. Pada 24 Mac, Ah Kooi dan Ah Sang dan Tengku Johor memaklumkan ACP Hamzah Md Som – sumber itu juga mengesahkan tentang tindakan Ketua Polis Negara terhadap pegawai Hong Kin Hock, ASP Cawangan Operasi tadi. 22 Mei, beliau menjalankan serbuan Ops. Tiong di Kondominium Heritage, Setapak kerana tindakan itu beliau dipanggil oleh Tan Sri Ketua Polis Negara menanyakan tentang tindakan tersebut. Beliau melaporkan dan mengatakan bahawa beliau terpaksa merakam segala pendedahan haram yang dibuat memandangkan di Skudai dan sebagainya. Hal ini tidak disenangi dan pegawai yang berkenaan melaporkan kepada Ketua Pengarah JSJK dan pegawai yang berkenaan kemudian telah dikenakan tindakan tatatertib. Jadi risikan terhadap kegiatan ceti haram dan risikan ke atas OT Ong yang membabitkan nama Tengku untuk memperolehi maklumat mengenai ceti haram telah menyebabkan dia dikenakan tindakan dan dia telah membuat pengakuan bersumpah. Ada tindakan? Tidak ada.

Penjelasan. Terima kasih Permatang Pauh tetapi sebelum itu saya hendak mengucapkan syukur kerana anak-anak buah saya di belakang, daripada Sungai Mati selamat sampai kerana negara kita aman... [Tepuk] Hendak melihat Permatang Pauh kita berhujah. Begini, saya hendak meminta penjelasan daripada Permatang Pauh tentang laporan-laporan tadi yang kemungkinan juga itu satu serangan-serangan daripada pihak tertentu yang bertujuan untuk menafikan atau yang cuba menghalang.

Saya bukan hendak mempertahankan Ketua Polis Negara, tetapi kemungkinan juga itu adalah satu serangan daripada pihak tertentu kepada Ketua Polis Negara yang bertujuan untuk membanteras segala penyelewengan terutamanya berkaitan dengan jenayah peras ugut, kongsi gelap dan sebagainya, kemungkinan juga.

Adakah kita boleh berfikir ke arah itu, kemungkinan yang boleh berlaku berbanding jika sekiranya kita menerima maklumat itu sebagai serangan pula kepada Ketua Polis Negara dan kepada pegawai-pegawai yang dimaksudkan tadi?

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Ini saya bacakan akuan bersumpah pegawai kanan polis. Saudara bicara soal kemungkinan. Dia ada beza di situ. Akuan bersumpah kemudian dihantar kepada bekas sahabat saya Tun Dr. Mahathir. Di dalam makluman beliau juga dan kemudian dihantar kepada bekas Menteri Dalam Negeri, Kota Tinggi yang sekarang ini banyak rehat. Jadi...

Sedikit sahaja, minta maaf.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya tidak jatuhkan hukuman. Saya kata ada aduan bersumpah pegawai tinggi polis, harus ada siasatan rapi. Bukan satu, puluhan rekod begini. Kita sebaik sahaja ada laporan, orang besar tidak salah semua. Ini masalah kita. Ada laporan daripada polis, ada kes jenayah yang banyak. Jawapan pertama, yang pertama tak salah ialah Ketua Polis Negara. Yang bawah ini kena terajang. Ada kes mati, yang kena hukum gantung, yang di bawah ini. Yang atas, lepas semua. Ini sikap yang kita kena ubah. Bukan saya nak kata tetapi yang saya kesalkan ini, siasatan tidak ada, siasatan tidak telus. Ini menyebabkan kita mengekalkan orang yang disabitkan dengan kes-kes yang serius. Risiko yang dibuat oleh pegawai-pegawai ini kerana membuat akuan bersumpah itu besar. Jadi oleh yang demikian, sebaiknya ada siasatan bebas yang rapi. Itu kebijaksanaan IPCMC.

Boleh sedikit lagi, sedikit lagi. Minta maaf Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya cuma terfikir tadi iaitu pada satu ketika kita dilambakkan dengan banyak kenyataan bersumpah ini. Oleh sebab itu apabila orang awam terima kenyataan bersumpah ini, kita sudah mula ragu-ragu dengan kenyataan bersumpah. Apa pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh?

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, sekali.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa semua kenyataan bersumpah ini kalau dianggap oleh orang yang disebut dalam kenyataan bersumpah ini yang melakukan sesuatu perkara itu, kalau dianggap kenyataan bersumpah ini tidak betul, orang itu boleh ambil tindakan kepada orang yang membuat kenyataan bersumpah ini. Akan tetapi saya difahamkan sehingga hari ini, hatta Ketua Polis Negara sendiri pun tidak mengambil apa-apa tindakan kepada pegawai-pegawai polis yang telah pun membuat akuan bersumpah ini.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Yang Berhormat Pokok Sena lebih bijak dari segi undang-undang daripada Yang Berhormat Ledang. [Ketawa] Sebab pengakuan bersumpah ini, kalau buat tuduhan melulu ia salah dari segi jenayah. Maknanya tidak.. saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang. Kalau katakan jangan kita ambil pengakuan bersumpah itu sebagai muktamad, ini hanya satu tuduhan. Akan tetapi tuduhan pengakuan bersumpah itu adalah satu jenayah seandainya tidak dipertahankan dengan bukti. Oleh sebab itu orang yang membuat tuduhan melulu boleh diambil tindakan oleh orang yang dituduh. Di dalam kes ini sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena, yang tindakan diambil itu mengikut kuasa Ketua Polis Negara tidak dari segi undang- undang negara kita dan imej serta nama tidak dipertahankan. Keduanya, Raja Kumar, anggota polis detektif sarjan, IPK Johor - D7. Pada 16 Jun 2005 di pejabat IPD, JB Utara, Ng Swee Min, tanya sama ada beliau mahu masuk ke cawangan IPK - D7. Permulaan, recruitment, kemudian dia ditugaskan di restoran seafood. Tuan Yang di-Pertua dan untuk makluman Yang Berhormat Ledang, tuduhan- tuduhan ini dengan terperinci. Maknanya kalau saya detektif sarjan, saya kata jam 3.20 petang. Saya pergi ke restoran seafood kawasan Taman Selaseh Jaya, Skudai, bertemu Ng Swee Min iaitu di dalam rekod.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Itu bezanya kenyataan melulu dengan kenyataan pegawai polis. Rekod itu boleh disiasat. Kalau ada kesalahan, tindakan boleh diambil. Akan tetapi apa yang pentingnya ialah bila sampai di pejabat IPD - JB, terima telefon lelaki Cina dari Muar, nombor telefonnya diberi. Lelaki itu dari Botak Seng, ejen empat nombor ekor haram yang tinggal di kawasan Kesang, Muar. 22 hari bulan, pergi lagi untuk kemungkinan masuk ke D7. Di Balai Skudai, kereta menunggu, seorang lelaki nama panggilan ‘Tengku’ berada dalam kereta. Sampai di restoran, tanya mengenai pekerjaan dan layanan serta jaminan kemudian jumpa pegawai atasan DSP Ahmad Zambri. Pada 1 Julai dia minta cuti. Semuanya dia letakkan secara detail, terus dengan tarikh yang bersandarkan kepada rekod kerja polis beliau. Dia lakukan serbuan, tindakan yang biasa, tangkap. Badan seorang samseng, lengan ada tatoo, rantai emas, semuanya dijelaskan. Nama bekas penjenayah, Ong Chee Keong, tinggal di Senai... [Disampuk] Ong Chee Keong, bukan Wee Chee Keong. Baik, kemudian risikan lagi. Yang penting di sini ialah setelah buat tangkapan kes berkaitan sindiket ekor haram, kegiatan samun, kegiatan bunuh dan semua maklumat yang diberikan dan disalurkan itu diketepikan dan beliau oleh yang demikian, buat ikrar tentang subahat dan penyelewengan yang berlaku. Ketiga, Mohd. Yusof bin Ahmad, ini betul-betul mewakili pelbagai kaum. India, Cina, Melayu. IPD Polis Kluang. Pegawai polis, Assistant Superintendent Police Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kluang, Johor. Dia diarah mengambil tindakan kepada penganjur judi ekor haram bersama Cheng Yew atau Ah Chai. Kemudian pada Mac 2005, waran tangkap dan tahanan terhadap Ah Chai dikeluarkan. Selepas enam bulan dalam buangan, Ah Chai kemudian telah dibebaskan dan telah memenangi kes habeas corpus, benar. September 2005, Ah Chai masih meneruskan kerjanya sebagai penganjur perjudian ekor haram di kawasan Kluang. Beliau menyerbu counting centre dan menangkap 4 orang. Pada 30 Mac 2007, mereka ditangkap di bawah seksyen 31 Ordinan Darurat dan dibawa balik ke IPK Johor. Pada 7 April 2007, telefon daripada D7 Johor, DSP Ng Fook Long bertanya kepada saya adakah Ah Chai, isterinya dan Ah Chin dari group M.I.M.I., penganjur judi ekor haram.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Pada 8 April sehari selepas mereka dibebaskan saya telah berjumpa Ah Chai di bandar Kluang. Ah Chai berkata kepada saya yang dia tidak berpuas hati terhadap saya kerana telah menganiayainya. Saya bertanya bagaimana dia boleh bebas? Ah Chai beritahu ada seorang kawannya baik dengan IGP sekarang. Saya bertanya lagi kepada Ah Chai adakah orang itu bernama Tengku? Ah Chai hanya tersenyum sahaja. Sejak dari itu saya merasakan bahawa group Ah Chai mungkin bernaung di bawah Tengku dan berkaitan dengan Ketua Polis Negara. Saya mengatakan, “bahawa sebagai seorang pegawai polis saya merasa amat tertekan, bahawa tindakan saya mematuhi arahan pegawai atasan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah, membuat rakaman risikan ke atas Ah Chai yang membabitkan nama Tengku boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib dan dipindahkan tugas ke Bahagian Logistik. Saya menganggap ini sebagai penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik saya.” Manimaran a/l Palaniapan, kesnya lebih kurang sama. Saya tidak akan kesemuanya tetapi saya hendak ceritakan bagaimana dalam sistem, kita boleh biarkan hal yang sedemikian dan mempertahankan jenayah. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Yang Berhormat Menteri semua bercakap soal integriti, Suruhanjaya Integriti, banteras rasuah dan negara, hukum dan undang-undang. Apabila pegawai kanan polis keluarkan kenyataan akuan bersumpah, tindakan terhadap mereka diambil mengikut jalur hukum polis bukan jalur undang-undang. Ikrar bersumpah yang ditangani oleh Sarjan Mejar Manimaran a/l Palaniapan: “Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis saya tertekan dengan tindakan saya menjalankan tugas.” Ini juga berkait dengan kes Tengku Goh Cheng Poh. Sebenarnya “Tengku” ini, bukan Tengku Goh Cheng Poh kerana kuasanya dan hebat pengaruhnya dengan Ketua Polis Negara, dia diangkat sebagai Tengku.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Satu lagi kes Chai Boon Chye..., orang Melaka anjur GRO, terlibat kongsi gelap, buat pengakuan bersumpah, dia berhubung, dia bayar kepada pegawai-pegawai atasan sebanyak USD40,000, kemudian bayar lagi USD20,000. Kemudian permohonan lagi berjumlah USD40,000 dan diminta tindakan menutup, kemudian ditipu dan tindakan masih diambil terhadap beliau yang menjalankan kegiatan GRO haram. Mohd. Yasin bin Malek, anggota Polis Sarjan di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang. Kes yang lebih kurang sama, yang mana dia bersama kawannya telah pergi ke rumah Tan Sri Ketua Polis Negara, di mana Sarjan Mejar Yasin diarah tukar ke Terengganu. Ini adalah kerana dia menjalankan tanggungjawab menyiasat Ah Chai dan oleh yang demikian tindakan diambil terhadap beliau. Ini sebahagiannya yang saya dinyatakan di sini. Oleh sebab itulah sebelum kita sambung soal Suruhanjaya Integriti, perkara ini harus kita selesaikan. Apa ertinya kita diminta bahaskan Suruhanjaya Integriti, Badan Kehakiman dan Suruhanjaya Anti Rasuah, tetapi hal-hal yang demikian kita biarkan seolah-olah dengan suruhanjaya ini menyelesaikan masalah rasuah. Saya katakan bahawa mustahil akuan bersumpah ini tidak diketahui kerana sekali lagi saya ulang, akuan bersumpah ini sampai, kemudian dikirim kepada Menteri Dalam Negeri dan juga diangkat oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir untuk tindakan kerajaan. Akan tetapi sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan. Malah satu perkara yang amat membimbangkan ialah apabila Ketua Polis Negara dikaitkan dengan ketua sindiket penjenayah, BK Tan. Ada persepsi di kalangan pegawai- pegawai tinggi polis, kalau hendak minta tukar dan hendak dinaikkan pangkat maka penglibatan BK Tan ini perlu. BK Tan seperti sudah tahu pengaruhnya besar termasuk di kalangan beberapa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, tidak semua. Saya harap dapat dihentikan kerja-kerja yang sedemikian...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rembau.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Di antara lain, Suruhanjaya Integriti ini juga...

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Rembau berdiri.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Permatang Pauh kerana sekali lagi membenarkan saya mencelah. Saya tidak berapa faham, kalau dikatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh bahawa masalah-masalah yang telah dibangkitkan tadi perlu diselesaikan dahulu sebelum kita bincangkan dan bahaskan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Permatang Pauh, bukankah tujuan kerajaan mencadangkan suruhanjaya ini adalah khusus untuk menangani masalah-masalah seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Yang Berhormat bangkitkan tadi soal masalah yang berhubung kait dengan rasuah, kepincangan, disiplin, governance dalam Polis Diraja Malaysia. Inilah suruhanjaya yang kita hendak tubuhkan supaya dapat dibuat siasatan oleh suruhanjaya ini. Banyak kali Yang Berhormat dan juga rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat tadi seolah-olah mengatakan bahawa suruhanjaya ini tidak ada kuasa siasatan, “mail box”, satu “posmen”, satu “post box”. Akan tetapi jelas di sini walaupun kuasanya tidaklah menyeluruh seperti mana IPCMC dan saya pun agak kecewa sebab tidak cukup menyeluruh tetapi sekurang-kurangnya ada kuasa siasatan. Sudah tentu isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi boleh disiasat oleh suruhanjaya ini. Jadi, saya tidak faham logik Yang Berhormat yang mengatakan bahawa kita ketepikan sahaja suruhanjaya ini, tidak sokong kerana kita hendak selesaikan masalah- masalah seperti mana akuan bersumpah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Sudah tentulah ini adalah cara penyelesaian yang pertama. Kalau Yang Berhormat boleh setuju bolehlah kita melihat keberkesanannya. Terima kasih.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Kalau kita benar- benar serius hendak ambil tindakan banteras rasuah belum ada Suruhanjaya Integriti ini cukup undang-undang termasuk Suruhanjaya Anti Rasuah untuk menjamin keberkesanan tindakan, kalau kita ada political will untuk ambil tindakan. Akan tetapi kalau tidak ada political will satu penambahan Suruhanjaya Integriti tidak akan membawa perubahan yang besar. Oleh yang demikian saya tidak mengatakan bahawa..., tadi saya sebut ada kebijaksanaan Suruhanjaya Integriti. Yang Berhormat Rembau dia tidak berapa teliti dengar. Ada beberapa peruntukan yang sangat lemah. Cadangan IPCMC itu cukup ketat tetapi disangkal kerana takut itu seolah-olah menekan anggota polis yang kebanyakannya Melayu. Jadi, dibangkitkan isu Melayu untuk menghalang IPCMC. Saya tidak setuju. Isu Melayulah patut kita angkat untuk menjaga isu governance, isu integriti kerana budaya Melayu itu tidak harus disamakan dengan budaya samseng dan rasuah. Akan tetapi oleh kerana Yang Berhormat Rembau sebut, memang dalam nota saya seksyen 22, seksyen 26, seksyen 41(a). Adalah harapan, mudah-mudahan dengan adanya Suruhanjaya Integriti ini semangat akan tambah sedikit. Namun saya hendak tanya sedikit, apa dia cacat cela MACC sekarang yang sampai boleh di biar puluhan rekod ini tanpa tindakan. Apa masalahnya? Apa masalah dengan undang-undang yang ada sekarang? Kita hendak tingkatkan undang-undang ini supaya keberkesanannya ada. Saya akui, saya tidak pertikaikan Yang Berhormat Rembau dari segi itu. Akan tetapi jangan jadikan alasan kita terpaksa adakan undang-undang ini kerana masalah yang ada. Tidak betul! Kalau tidak ada political will buatlah undang-undang banyak mana pun. Oleh sebab tidak ada political will lah maka dia jadi undang-undang yang bagi leceh dan remeh yang hilang kekuatan semangat integriti yang sepatutnya.

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya tidak hendak panjang lebarkan polemik ini. Cuma apa yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Permatang Pauh seolah-olah dengan adanya MACC, undang-undang ini adalah superfluous ataupun tidak perlu diadakan. Akan tetapi Yang Berhormat Permatang Pauh juga mungkin tidak teliti baca Rang Undang-undang Suruhanjaya Anti Agensi Penguatkuasaan. Ini bukan hanya berhubung kait dengan rasuah tetapi berhubung kait dengan tindakan penguatkuasaan semua agensi penguatkuasaan.

Jadi bukan hanya kes rasuah tetapi salah guna kuasa dan sebagainya. Jadi di situ saya minta diperbetulkan sebab saya percaya disebut bahawa undang-undang ini tidak perlu diadakan kerana superfluous kerana bertindih dengan MACC itu tidak tepat. Saya juga sangkal kenyataan Yang Berhormat Permatang Pauh tadi seolah-olah kita menolak IPCMC ataupun ada pihak yang menolak IPCMC kerana merupakan satu ancaman terhadap pihak polis yang dikatakan Melayu. Tidak ada mana-mana pihak daripada Barisan Nasional yang bangkitkan isu soal perkauman dalam isu ini. Yang Berhormat Permatang Pauhlah orang pertama yang bangkitkan soal perkauman dalam perbahasan ISAP ini... [Tepuk] Kita tidak, kita tidak, kita cuma bimbang penolakan daripada pihak polis, kita bimbang penolakan daripada pihak PDRM kerana mungkin IPCMC itu tidak dapat diterima dan akan mengganggu gugat moral polis. Di mana kerajaan ada satu pilihan sama ada hendak terus dengan IPCMC dengan ambil risiko di mana penolakan daripada pasukan polis itu akan mengganggu gugat moralnya, melaksanakan tugasnya ataupun mengadakan satu rang undang-undang walaupun tidak menyeluruh, tidak sampai 100 peratus cadangan seperti mana IPCMC sekurang-kurangnya ada safeguard untuk memastikan bahawa abused of power ataupun penyalahgunaan kuasa oleh pasukan polis dan juga pasukan penguatkuasaan yang lain itu dapat ditangani...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Jadi saya harap, sorry siapa tadi? Kalau berani berdirilah. Jadi saya harap Yang Berhormat Permatang Pauh di sini jangan buruk sangka terhadap suruhanjaya ini sebab saya percaya walaupun ini langkah yang kecil seperti mana yang disebut adalah langkah yang penting. Terima kasih.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih, Yang Berhormat Rembau sebut langkah yang kecil jadi saya terimalah. Langkah yang kecil tetapi penting, dah 51 tahun patutnya langkah yang besarlah. Dah bahas soal massive corruption dalam polis, bahas soal inadequacy dalam undang-undang, maka kalau nak buat suruhanjaya, buat yang berkesanlah. Bunyi bukan main hebat, kita nak buat satu agenda perubahan yang betul-betul memulihkan kewibawaan dalam sistem dalam negara, kalau betul, lakukan. Jadi soal perkauman yang saya sebut tadi, saya tidak mahu balah kalau dengan Yang Berhormat Rembau. Akan tetapi Yang Berhormat tidak boleh sangkal dan saya pun bincang dengan ramai rakan-rakan Yang Berhormat dan mereka juga merayu, mereka kata jangan tekan sangat soal IPCMC, kena jaga jugalah moral polis terutama Melayu yang majoriti, saya dengar tetapi sebab itu saya memilih untuk mengulas ini kerana rakan-rakan kita, anggota polis yang berwibawa tidak harus terperangkap dengan beberapa kerat polis yang rasuah. Kita harus bezakan tujuannya tetapi kalau dah sekarang kalau kerajaan tolak IPCMC dan pilih dengan Suruhanjaya Integriti berilah kekuatan yang lebih. Janganlah bagi satu rang undang-undang yang begitu lemah. Saya tahu bahawa tujuannya itu ialah untuk melebarkan supaya melibatkan jabatan-jabatan yang lain. Saya tidak ada masalah kerana permasalahan hendak memperkemaskan, meningkatkan penguasaan dan sebagainya. Akan tetapi biarlah saya sambung yang saya sebut tadi Tuan Yang di-Pertua, beberapa kekurangan nyata dalam rang undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Siput bangun Yang Berhormat.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Tadi Yang Berhormat Permatang Pauh mengatakan bahawa MACC ini ada berpuluh-puluh aduan, laporan polis yang tidak disiasat. Saya ingin minta kenyataan, penjelasan, adakah ini bergantung pada tidak ada pengasingan kuasa. MACC ini tidak bebas untuk buat siasatannya dan jika ya, keanggotaan suruhanjaya ini juga adalah dipilih, dilantik oleh Agong atas nasihat Perdana Menteri. Adakah ini juga, commission baru ini juga ada kelemahan yang sama iaitu dilantik oleh Perdana Menteri dan tidak begitu bebas, tidak ada pengasingan kuasa. Terima kasih.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, umumnya masyarakat setakat peringkat awal meletakkan harapan besar kepada MACC tetapi saya telah tengok perjalanan tindakan mereka sekian lama, ternyata ada masalah dan persepsi umum masyarakat ialah bahawa mereka terlalu tunduk kepada kuasa eksekutif dan pengaruh pimpinan politik negara. Ini dengan sendirinya menghakis keyakinan yang selama ini kalau pun yang sedikitnya ada terhadap MACC. Kita beberapa kali bangkitkan umpamanya, kes Perak sebagai yang nyata, belum pernah MACC secekap itu tetapi bila menyentuh mana-mana ADUN pembangkang atau dari Pakatan Rakyat, terus dengan kenyataan, dengan tindakannya. Akan tetapi kalau yang menyentuh pihak lain iaitu hampir membisu seribu bahasa. Ini tidak mencerminkan satu negara yang menghormati hukum, cakaplah bagaimanapun dan jeritlah sekuat mana pun, ia tidak akan merombak dasar. Kita harus terima, ada masa kita diangkat, diberi amanah, ada masa kita terlempar ke bawah. Akan tetapi satu hal yang prinsipal ialah jaminan tentang hak asasi dan juga peruntukan yang fundamental dalam Perlembagaan negara, jaminan semua rakyat. Ini sebabnya mengapa kita teruskan perbicaraan ini walaupun tidak menyenangkan setengah pihak. Ada rakan-rakan yang menganggap bahawa kita hanya memilih untuk hanya membantah dan membangkang, tidak. Kalau Yang Berhormat teliti ucapan saya semasa membahaskan MACC, pendirian saya cukup jelas, saya mewakili pandangan yang meletakkan penghormatan yang tinggi kerana MACC dalam bentuk yang lalu, Badan Pencegah Rasuah pernah menjadi satu badan yang dihormati oleh kawan dan lawan, oleh pihak Barisan Nasional dan juga pembangkang pada ketika itu tatkala dipimpin oleh Dato’ Harun Hashim.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Bukan suatu yang janggal, undang-undang itu terbatas tetapi kepimpinan yang berwibawa ada integriti dan berani, maka dijalankan. Sekarang ini undang-undang itu berubah dengan begitu besar, peruntukan yang cukup kuat, jawatan tertinggi pun bukan main tinggi lagi, gelaran pun lebih hebat tetapi kuasa, jiwa kerdil sekali. Jadi sebab itu beda dia, bukan soal undang-undang. Undang-undang ini membantu kita.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai tergamit untuk mahu tumpang minta penjelasan juga Yang Berhormat... [Ketawa]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih. Kita dengar bahawa terdapat banyak salah guna kuasa dalam perkhidmatan polis khususnya di peringkat tertinggi. Jadi suruhanjaya yang akan dibina ini, mereka juga akan membuat siasatan dan sebagainya, kemudian akan majukan mungkin kepada pihak polis untuk mengambil tindakan tatatertib dan sebagainya. Bolehkah kita percaya bahawa pimpinan polis itu khususnya bila melibatkan Ketua Polis Negara yang terlibat secara menyeluruh dan juga apabila kita melihat bahawa di negeri Perak berlakunya masalah-masalah yang diwujudkan oleh pegawai-pegawai polis sendiri. Masalah negeri Perak itu, di mana campur tangan polis dan sebagainya dan apabila kita bawa hal ini kepada suruhanjaya ini, mereka siasat kerana mereka akan ada enforcement mereka sendiri dan mereka siasat dan apabila mereka majukan, bolehkah kita percaya bahawa pimpinan polis akan mengambil tindakan kepada polis-polis yang telah menerima arahan daripada mereka sendiri. Mungkin IGP kita yang memberi arahan dan apabila suruhanjaya ini, selepas siasatan mereka mendapati bahawa pegawai-pegawai polis di Perak atau pegawai-pegawai polis di Johor telah salah guna kuasa. Maka mereka akan majukan, kalau mereka majukan kepada Bukit Aman untuk ambil tindakan, bolehkah kita percaya bahawa Bukit Aman akan ambil tindakan terhadap pegawai-pegawai polis itu.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai, saya tidak berhasrat sambung panjang sangat tentang apa yang telah saya sebut tadi tetapi yang membimbangkan kita ialah bila ada pimpinan polis, rekod sebegitu sekali dipertahankan. Ini maknanya pimpinan politik tidak ada political will untuk memperbetulkan keadaan. Seolah-olah bergantung pada orang yang begitu cacat dan lemah untuk pertahankan apa, wallahualam.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Apabila kita sebut umpamanya kes kematian dalam lokap jawapan macam sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan kata, ditakdirkan mati, matilah. Akan tetapi, tidak semudah itu. Apabila kita dalam jagaan polis mati, itu sama ada dia Hindu, atau Muslim atau Sikh atau Cina tanggungjawab kita mengadakan siasatan yang rapi dan terbuka nyawa seseorang. Saya hendak ulang Yang Berhormat Kota Tinggi pun ada dalam maqasib syariah itu jaminan kita bahawa negara hukum itu adalah janji, sumpah kita, jamin keamanan dan maslahat setiap orang sanctity of life and property dan dignity dia. Jangan kita ingat kerana orang itu hina di bawah dan bukan daripada kelompok kita, kita boleh jejak sesuka hati. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Oleh sebab itu siasatan rapi dan terbuka harus diadakan. Bagaimana mungkin ini berlaku kalau ada sentiasa tindakan-tindakan untuk menutup sehingga tidak ada maklumat dan penyiasatan yang telus dan terbuka. Berapa kes yang berlaku? Kemudian menembak mati suspek. Ada orang mengata tetapi ini gengster yang haram. Ya, buat siasatan dan jelaskan betul-betul biar rakyat tahu. Kalau tidak apa yang berlaku ialah kita melakukan jenayah, harapkan pagar, pagar makan padi. Siapa yang akan jaga guards ini kalau jenayah itu dilakukan? Sebab itulah mereka sewenang-wenang, apabila perkara itu berlaku perkara perhimpunan haram sedikit, pakai baju hitam, semua menjadi satu masalah. Kita berikan satu bidang kausa dan ruang cukup kuat luar biasa kepada polis kerana pimpinan politik yang paling lembap dan tidak mempunyai kewibawaan, sehingga mereka seolah-olah terperangkap takut sekali, tukarlah Menteri Dalam Negeri berapa orang pun, begitulah.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Apa tindakan polis di biar begitu. Jawab di Parlimen segala apa yang disiapkan oleh Ketua Setiausaha dan Ketua Polis Negara dibaca begitu sahaja tanpa langsung merasakan bahawa tanggungjawab mereka ialah mempertahankan undang-undang dan negara seperti sumpah yang mereka buat di negara ini. Saya hanya ingin menyambung sedikit kerana ini bukan hanya pandangan bukan sebagai Ketua Pembangkang sahaja....

Minta laluan.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sudah baca laporan SUHAKAM, sudah baca laporan IPCMC, siapa dari IPCMC daripada pembangkang? Ketua Hakim Negara dahulu, Ketua Polis Negara dahulu? Kalau bukan, tidak bolehkah kita baca secara terbuka dan telus? Terimalah sedikit, tidak apalah sedikit teguran kepada Barisan ataupun kerajaan minta ada pindaan. Tidak bolehkah kita ambil sikap terbuka? Apakah kerana kita ada kuasa merasakan sebagai Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri kita boleh buat apa sahaja tidak boleh orang pertikai termasuk orang yang kita anggap sebagai tidak mendukung 100 peratus pendapat kita, maka pandangan mereka ditolak semuanya? Ini yang berlaku dalam kes IPCMC. Baca laporan SUHAKAM, siapa ketua SUHAKAM, bekas Peguam Negara yang mengatakan penangkapan begini tidak boleh, tindakan sewenang- wenangnya kasar, dan ganas terhadap penunjuk perasaan secara aman tidak boleh dibenarkan. Ini bukan pendapat daripada barisan pembangkang. Kenapa hendak hukum kami sahaja setiap kali menyuarakan pandangan-pandangan seperti ini? Saya juga setuju kalau bekas Menteri Dalam Negeri mengatakan kita mesti tegas dalam menghadapi jenayah yang kita biarkan gerombolan-gerombolan menimbulkan kerosakan harta benda. Saya setuju. Saya bukan mewakili pandangan, kita bersetuju dengan penjenayah’. Ini soalnya sekarang siapa bersengkongkol dengan penjenayah. Ini yang membimbangkan. Tengok, bahan bukti dalam simpanan polis, ingat tidak, kes kecurian syabu yang bernilai RM1 juta di bilik kebal Kontinjen Ibu Pejabat Polis Johor Bahru. Boleh bayangkan Malaysia. Akan tetapi kita lebih baik daripada Burma, saya setuju. Jangan ambil, kemudian kes culik, kes rogol. Apabila ada laporan polis dibuat di balai polis Larkin, ditolak. Penjenayah besar dibebaskan dari tahanan, laporan terbaru oleh pegawai penyiasat, Pegawai Kanan Datuk Mat Zain Ibrahim termasuk laporan pengakuan bersumpah kenyataan beliau, terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara, tidak ada tindakan. Maknanya semua yang buat laporan itu semuanya orang yang penjenayah belaka kerana dia menyentuh kedudukan pemimpin-pemimpin negara dan Ketua Polis Negara. Oleh sebab itulah saya minta kerajaan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri-menteri yang berkaitan dalam membentangkan dan meminta kita memberikan pandangan terhadap Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 ini mengambil kira pandangan yang kita bangkitkan. Ya Yang Berhormat Ledang masih bersemangat lagi.

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya juga terdorong sebenarnya tidak setuju sekiranya pasukan polis mana-mana sekalipun menggunakan kuasa yang ada untuk melindungi untuk berpihak kepada mana- mana sekalipun yang melanggar undang-undang. Saya juga tidak setuju kalau ada mereka yang patut kita simpati, dihukum atau diseksa. Akan tetapi soalan saya Yang Berhormat Permatang Pauh ialah semasa Yang Berhormat Permatang Pauh menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu, adakah situasi sama berlaku dan apakah tindakan Yang Berhormat Permatang Pauh pada masa itu. Sekian, terima kasih.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Saya tidak menafikan memang ada beberapa keterlanjuran. Cuma tidak seteruk sekarang, itu pertama. Keduanya, sudah habis ketawa? Ada beberapa langkah yang dicadangkan ada juga tindakan diambil dan sudah tengok rekod Ketua-ketua Polis Negara yang mengambil langkah-langkah sedemikian, tindakan-tindakan yang diambil tidak semuanya sama, tetapi teguran-teguran diberikan dan saya akui ada kelemahan-kelemahan. Oleh sebab itu dari semasa ke semasa harus kita betulkan dan pengalaman itu mengajar kita. Saya tidak nafikan, saya bukan hendak pertahankan semasa saya Timbalan Perdana Menteri semua keadaan jenayah tidak ada, ampun Tuanku semuanya baik belaka, tidak betul.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Akan tetapi sekarang ini jangan teruskan keadaan sehinggakan apabila kita kemukakan bukti-bukti yang nyata yang saya tahulah kalau dahulu, mungkin ada satu dua bekas Menteri saya tidak tahu. Kalau ada kes yang dibangkitkan oleh pembangkang, kalau ada rekodnya dengan buktinya perkara itu mesti sampai untuk makluman Jemaah Menteri. Dia tidak boleh, kalau ucapan politik biasa itu kita biarkan. Kalau kenyataan keras berdasarkan dokumen atau bukti, Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir masih menuntut supaya perkara itu diperhatikan dan dijawab. Ada juga beza dia. Walaupun saya tidak setuju semuanya dengan Tun Dr. Mahathir, tetapi saya harus akui dalam hal ini...

Laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Machang di belakang Yang Berhormat.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya nampak Yang Berhormat Pasir Mas senyum apabila saya puji bekas Perdana Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh.Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju apabila bertanyakan apa beza dahulu waktu Yang Berhormat Permatang Pauh dalam kerajaan dan sekarang. Ada perbezaan. Kalau saya katakan bahawa dahulu bekas Timbalan Perdana Menteri tidak kena pukul dengan Ketua Polis Negara, kemudian apabila sudah kena pukul teruk, pemimpin-pemimpin negara sebut Yang Berhormat Permatang Pauh cederakan diri sendiri sebab hendak tutup perkara itu. Yang Berhormat Permatang Pauh juga apakah bersetuju bahawa ada laporan SAC 1 Datuk Mat Zain Ibrahim dia dilantik oleh polis untuk siasat kes Yang Berhormat Permatang Pauh kena pukul oleh Ketua Polis. Yang Berhormat Permatang Pauh ditangkap oleh pasukan polis, dibawa dalam kenderaan polis, dijaga oleh polis, disumbat dalam lokap polis, dikawal oleh polis, dipukul oleh polis, disiasat oleh polis. Apa jawapannya? Hasilnya ialah tidak tahu siapa pukul. Itu rekod.

Sebab itu bila kita berbahas tentang Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti. Betul banyak agensi penguatkuasaan. Akan tetapi tumpuan kita kepada polis sebab latar belakang itu menyebabkan timbul rasa pesimis. Kita tidak membuat sweeping statement bahawa semua polis itu bobrok, teruk. Tidak. Rumah saya dimasuki pencuri, saya buat laporan polis Machang. Dua minggu selesai. Dapat tangkap. Alhamdulillah. Tahniah. Kemudian jiran saya dimasuki pencuri juga rumahnya. Kes selesai dalam masa tiga minggu selesai. Alhamdulillah. Ini yang pegawai-pegawai bawah ini bagus, dedikasi. Yang kita bicarakan sekarang ialah perangai dua tiga kerat pemimpin atasan yang bersekongkol dengan segala macam bentuk jenayah dan diberikan pula fakta-fakta. Apakah penubuhan Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti ini menjadi jawapan kepada penyelesaian itu? Saya secara peribadi sebagai Ahli Dewan Rakyat, saya katakan saya pesimis. Laporan Md Zin Ibrahim itu sendiri dan laporan siasatan Suruhanjaya Diraja menyebut dengan jelas perbuatan jenayah telah berlaku pada malam 20 September dan disaksikan oleh pegawai-pegawai tinggi Datuk Mior Che Hussien, Datuk Ghazali Amin, Datuk Yaakob Md Amin, Datuk Ramli Yusof tahu perbuatan itu berlaku dalam lokap. Jenayah berlaku, mereka diam terhadap jenayah. Mereka menyembunyikan jenayah. Apa jadi pada mereka? Naik pangkat. Naik pangkat. Apakah orang-orang macam ini bila duduk dalam institusi ini, institusi ini boleh ada integriti dan rakyat hendak kita minta dan yakinlah. Saya pernah bangkitkan ini dan bos lama saya Yang Berhormat Kota Tinggi sebut, tidak apalah Yang Berhormat Machang. Move onlah. Lupalah. Let’s forgive and forget. Betul.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Kota Tinggi.

Forgivable mungkin but unforgettable. Sebab itulah Yang Berhormat Permatang Pauh, saya tahu, saya tidak mendorong Yang Berhormat Permatang Pauh untuk mengungkit perkara yang Yang Berhormat Permatang Pauh sendiri terbabit. Akan tetapi kalau diri kita sendiri terkena, kita rasa lain. Diaibkan, dipukul, ditendang, disepak, diterajang, ditempeleng.

Sebut sajalah istilahnya. Yang Berhormat Rembau tidak kena... [Ketawa] Ya. Yang Berhormat Permatang Pauh tidak kena. Sebab itu Yang Berhormat Rembau kata yakinlah, cukuplah kita bergerak... [Tepuk] Betullah. Sebab itu.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Rembau tidak jadi Menteri pun.

Sebab itu.

Untuk makluman Yang Berhormat Machang, saya pernah kena dipukul oleh FRU. Saya pernah kena... [Ketawa] For the record, Piala Malaysia tahun 1989.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Rembau.

Saya simpati.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang mencelah tidak boleh dicelah... [Ketawa]

Saya simpati dengan Yang Berhormat Rembau. Ya maksudnya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Lagi panjang Yang Berhormat?

Sedikit sahaja. Bezanya adalah, Yang Berhormat Rembau berada di sana bersama kita. Kalau di sini Yang Berhormat Rembau menyertai kami misalnya dalam perhimpunan aman... [Tepuk] Yang Berhormat Rembau pasti akan disambut dengan gas pemedih mata. Akan tetapi kalau Yang Berhormat berada di sana menghantar nota bantahan kepada Condoleezza Rice, Yang Berhormat Rembau akan dikawal dan diberi laluan mudah... [Tepuk]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ya.

Itu bezanya. Itu beza bukan di sini...[Tepuk]

Saya rasa perbetulkan fakta sedikit, tidak dikawal, tidak diberi laluan mudah.

Sebut, nanti minta dengan Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dihalang oleh FRU, ditentang oleh FRU...

Tuan Yang di-Pertua.

Ini Yang Berhormat Machang ini tidak betul.

Saya ingat laluan yang betul dengan Yang Berhormat Permatang Pauh.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Rembau jangan gusarlah.

Apa Yang Berhormat Padang Serai?... [Ketawa]

Faktanya ialah bila kita buat perhimpunan politik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan Yang Berhormat Permatang Pauh, itu cara dia itu, corner balik ke situ. [Ketawa] Minta penjelasan Yang Berhormat Permatang Pauh. Nanti Yang Berhormat Rembau minta laluan. Isunya ialah ada amalan double standard. Kalau kita mengadakan perhimpunan di kampung, di Kuala Ketil, di Jitra, di Kebun 500 kawasan Pokok Sena. Gas, pemedih mata ditembak bertalu-talu. Diambang Pilihan raya Bukit Selambau, diserang bertalu-talu. Sebut satu insiden Rembau pernah kena gas pemedih mata. Sebut. Ada kena?

Tidak adalah.

Ada kena? Tidak ada... [Ketawa] Sebab itu bila Yang Berhormat Rembau.

Sebab saya bukan jahat macam you... [Ketawa]

Bila Yang Berhormat Rembau buat perhimpunan, Yang Berhormat Rembau akan mendapat liputan muka depan. Anak muda yang hebat Utusan Malaysia tunjukkan begitu. Akan tetapi kalau kami, ini pengkhianat, pengacau ketenteraman awam. Itu label untuk kami. Nampak double standard dia. Sebab itu alhamdulillah saya bersyukur Yang Berhormat Kota Tinggi baru bersama saya sudah lepas daripada azab tanggungjawab menjaga polis ini... [Ketawa] Ya. Ini satu kenikmatan sebenarnya... [Tepuk] Satu kenikmatan yang saya. Terima kasih.

Bawa saya ke dalam... [Ketawa] Saya boleh bercakap panjang...

Terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Kota Tinggi sudah insaf... [Ketawa]

Senyaplah sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Yang Berhormat Machang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Lagi panjang Yang Berhormat?

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tidak. Dekat hendak habis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Dekat hendak habis?

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya pun tidak hendak bermaksud untuk memanjangkan kes.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Dia sudah menjadi pasar Yang Berhormat.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ia. Tidak. Bukan aib kah, pukul itu sudah berlalu. Saya pun sudah memaafkan. Sudah. Saya pun hendak sambung dengan tugas-tugas sekarang, mudah-mudahan kekejaman, kezaliman... [Tepuk] Cuma itu seperti mana Yang Berhormat Machang saya tidak lupakan kerana ia harus jadi pengajaran. Mudah-mudahan ia tidak berlaku kepada orang lain. Sebab itu sebaik berlaku kes pembunuhan Kugan atau orang lain, baik untuk Melayu, untuk Cina, untuk India, untuk Dayak dipukul untuk dianiayai saya terasa lebih daripada yang lain. Bukan kerana saya dendam apa yang berlaku terhadap saya akan tetapi saya tidak mahu lah apa yang saya alami itu berlaku kepada orang-orang lain apatah lagi kedudukan yang lebih rendah dan tidak berupaya mendapatkan bantuan guaman ataupun liputan media dan sebagainya.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ini sebabnya mengapa kita memilih untuk membahaskan isu integriti ini secara yang serius dan mengharapkan ada perubahan benar-benar tidak ada political will di kalangan pimpinan kerajaan yang menjamin dan menjanjikan sesuatu. Kita tersentuh tadi umpamanya laporan polis tetapi banyak hal lain yang berkaitan saudara lihat Tuan Yang di- Pertua tahu tentang laporan suruhanjaya video V.K. Lingam, saya bangkitkan kerana tidak ada nampak kesungguhan sama sekali untuk melihat dan mengambil tindakan semata- mata kerana yang terlibat itu hanya orang-orang besar. Bagaimana tentang Jabatan Imigresen? Sekarang ini ada satu kontroversi di antara Malaysia dan Indonesia kerana kedudukan PATI dan juga TEKAI yang disebut pekerja Indonesia. Kita tidak mengesahkan atau bersetuju dengan langkah kemasukan pekerja-pekerja asing secara haram akan tetapi kita juga tahu sindiket agen-agen yang sah ini juga banyak terdiri daripada yang menindas, yang mengambil upah yang besar. Cuba kita ambil senarai siapa yang dapat yang menjadi agen-agen yang sah ini? Orang yang hendak mengambil ribuan ringgit daripada seorang pekerja yang amat miskin untuk mendapat RM800 sebulan. Terpaksa bayar RM7,000, RM8,000 kepada agen. Sistem ini disebut perhambaan moden. Ia sah dari segi undang-undang. Jadi isunya bukan dari soal undang-undang, isunya kezaliman. Maknanya kita berjuang ini dan merdeka untuk menolak sistem perhambaan. Eksploatacija harlon parlom, dengan izin. Penindasan manusia ke atas manusia. Akan tetapi yang berlaku sekarang ialah kita mengadakan satu peraturan dan melantik agen- agen di kalangan penyokong-penyokong kita. Menghalalkan penindasan ini atas nama agen pekerja. Kemudian setelah datang, beberapa tindakan berlaku dan hari ini bukan baru Tuan Yang di-Pertua, kerana sudah ada banyak siasatan banyak kajian dan cadangan- cadangan tindakan akan tetapi tidak upaya dilakukan seolah-olah kerana tidak ada political will kerana yang melibatkan agen pekerja asing itu terlalu ramai orang-orang yang berkepentingan. Sekarang ini kalau perlu kita kirim pulang pekerja asing tanpa izin, pulang lah. Kirimlah pulang dengan baik. Bukan cara dengan mendera, bukan cara dengan merotan mereka.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Satu tindakan yang sangat zalim. Kita memperkenalkan undang-undang merotan orang yang tidak mempunyai permit datang bekerja. Hukuman ini cuba kita bayangkan orang Malaysia pergi ke Perancis atau orang Algeria pergi ke United Kingdom ditangkap dan dirotan oleh pemerintah Perancis dan pemerintah United Kingdom. Akan timbul demonstrasi besar-besaran umat Islam seluruh dunia kerana kezaliman negara Eropah. Bayangkan kita di sini merotan rakan-rakan kita dari negara jiran... [Tepuk] Jadi sebab itu hal-hal ini undang-undangnya betul tetapi tidak ada integriti dan tidak ada kewibawaan. Kita boleh tegas, kirim pula dengan cara hormat dan baik tetapi pekerja yang kita tidak perlukan. Namun kita tidak boleh aniaya dan menzalimi pekerja-pekerja ini walaupun mereka terdiri di kalangan yang paling miskin dan terpinggir. Kita lihat orang-orang yang datang ke negara kita baik dari Myanmar, Bangladesh atau Indonesia itu di kalangan masyarakat kelas bawahan yang paling miskin di kalangan rakyat di sana. Untuk kita mengapa-apakan dan sia-siakan mereka itu tindakan yang cukup tidak berperikemanusiaan apatah lagi apabila kita merampas sedikit sebanyak saki-baki kekayaan yang ada pada mereka. Semasa saya berada di penjara Sungai Buloh melihat ratusan pekerja-pekerja asing. Indonesia, India, Burma dan Bangladesh masuk. Bila mereka masuk sampai di penjara semuanya sehelai sepinggang. Baju buruk dan seluar buruk. Bila ditanya mana pergi, mustahil dia datang tanpa RM10 dalam poketnya. Semuanya diambil oleh pegawai- pegawai penguatkuasaan kita. Apakah mampu kita menghukum orang? Kita tidak tahu. Namun apakah tidak wajar kerajaan dan jabatan menyiasat puluhan ribu yang ditangkap. Bila ditangkap masuk penjara semuanya sehelai sepinggang. Tidak ada satu sen dan harta atau pakaian juga wang ringgit di kalangan mereka. Bolehkah Malaysia yang dibanggakan sebagai negara maju, negara bertamadun yang menghormati hukum membiarkan perkara ini berlaku?

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sebab itu saya pohon badan-badan penguatkuasaan dalam konteks ini imigresen juga membantu kita membaiki nama dan imej imigresen yang umumnya baik. Saya secara peribadinya tidak pernah menghadapi masalah. Saya tidak pernah dengar masalah oleh rakan-rakan saya baik di Kuala Lumpur atau di Seberang Jaya di Jabatan Imigresen. Namun kenyataannya ialah bahawa salah laku dan rasuah ini masih berlaku dan ini harus diperbetulkan. Kita juga harus lihat kerana dalam suruhanjaya ini melibatkan juga Jabatan Pengangkutan Jalan. Ada yang mengatakan bahawa penguat kuasa dari JPJ ini lebih ditakuti daripada polis trafik. Ini persepsi kerana dilibatkan sogokan baik melibatkan bas sekolah. Bas sekolah angkut anak-anak kita. Oleh sebab kos bertambah akibat terpaksa membayar beberapa orang pegawai tertentu maka kos bertambah dan anak yang menggunakan bas, lori dan van sekolah itu terpaksa dibebankan dengan bayaran yang bertambah. Jabatan Kastam dan Eksais Diraja pun begitu juga. Walaupun pada umumnya kita akui prestasi mereka, tetapi tangkapan dan rampasan itu dikaitkan. Saya ada sedikit pengalaman bekerja dengan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja yang umumnya cukup membanggakan. Namun memang ada kes-kes tertentu. Ada di perairan dua kapal mencuri balak dari Indonesia. Dibawa dengan kapal besar. Bila ditanya pegawai, dia tidak nampak. Kalau dua jarum dibawa lari saya faham dia tidak nampak. Dua kapal tidak kelihatan. Maka terpaksa diambil tindakan terhadap pegawai yang berkenaan. Ia tidak semestinya menjejaskan jabatan, tetapi ia menunjukkan bahawa kita harus teliti untuk memastikan hal ini tidak berlaku. Ini juga melibatkan AP kenderaan kerana kemasukan kenderaan yang tidak mempunyai AP yang masuk yang dapat diselamatkan melalui proses tertentu dan juga tindakan Jabatan Pendaftaran. Jadi secara umumnya memang kita akui Suruhanjaya Integriti itu memberikan skop yang cukup luas sebagai agensi penguatkuasaan walaupun memperluaskan dari segi tanggungjawab daripada IPCMC. Namun kelemahannya seperti yang saya sebutkan tadi ialah kerana tidak mempunyai kekuatan, tidak ada keupayaan pendakwaan, tidak boleh menyiasat dalam seksyen 22 dan seksyen 26 seperti yang saya sebutkan tadi dan juga kelemahan yang besar iaitu tidak ada keupayaan untuk mengambil tindakan yang berkesan mengikut seksyen 4(1)(a). Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan sekali lagi terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri ada usul.

Usul — WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin AbdulMotion

Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul tujuh malam ini dan sehingga selesai ucapan-ucapan penangguhan dan selepas itu Majlis mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 30 Jun 2009.”

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri Perdagangan dan Industri I · Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, saya pohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hal saya merujuk kepada Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009. Sekali lagi terima kasih di atas peluang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan mukadimah ini dengan mengingatkan diri saya di waktu perbahasan rang undang-undang ini, saya tidak mempunyai apa-apa niat untuk mencari apa jua political mileage ataupun menyinggung mana-mana pihak. Namun pandangan saya ini semata-mata bagi menjalani kewajipan saya sebagai Ahli Dewan Rakyat. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini kita semua mengetahui adalah suatu rang undang-undang bagi tujuan untuk menentukan bahawa agensi penguatkuasaan lebih bertanggungjawab mempunyai integriti sebagaimana dipertanggungjawabkan terhadap peranan masing-masing dan tugas masing-masing. Di dalam rang undang-undang ini disenaraikan 21 agensi. Saya meneliti dan saya dapati kalau ikut pandangan saya Tuan Yang di-Pertua ada enam agensi yang saya kategorikan sebagai kumpulan ‘A’ iaitu Polis Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Perikanan. Enam agensi ini merupakan agensi beruniform yang kakitangannya begitu ramai dan peranannya begitu penting. Namun kalau hendak dibahaskan tentang apa yang berlaku dalam agensi-agensi ini bersabit dengan rasuah atau penyalahgunaan kuasa mungkin kita bersidang enam bulan pun tidak habis untuk membahaskan apa yang berlaku. Contohnya saya hendak sentuh soal Polis Diraja Malaysia kemudian nanti. Namun saya hendak ambil yang ringkas-ringkas sebab saya tidak mahu buang masa mengulangi perkara-perkara yang sama setiap kali perbahasan tetapi memusatkan kepada perkara-perkara yang penting. Kita lihat contohnya Agensi Anti Dadah Kebangsaan yang bertanggungjawab memerangi dadah sehingga kita mewujudkan Akta 39(b), mandatori gantung. Namun pengedaran dadah masih meningkat, tidak juga reda. Aktiviti perniagaan dadah ini adalah aktiviti yang lumayan yang boleh membawa ke tali gantung. Kalaulah kita ada penguatkuasaan yang boleh dirasuahi tentulah ramai yang akan terlepas daripada tali gantung. Ia melibatkan pihak ramai yang tidak mungkin tidak diketahui oleh banyak pihak yang kita tidak boleh menyalahkan secara total kepada pihak-pihak tertentu sebab ia melibatkan individu-individu yang sepatutnya bertanggungjawab memikul tanggungjawab dan amanah melaksanakan undang-undang. Sama juga dengan Jabatan Alam Sekitar. Untuk menentukan masalah alam sekitar kita tidak terganggu, tidak rosak tetapi sehingga kita lihat berlaku kecurian kayu balak. Kayu balak ini bukan kecil. Satu batang kayu balak pun beratnya berpuluh tan tetapi kayu balak juga boleh dicuri dan terlepas daripada tindakan undang-undang. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Begitu juga kita lihat Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Ini tempat kutip cukai.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang tidak sedikit cukai yang dapat dikutip untuk menampung Khazanah Negara, tetapi tidak sedikit juga mungkin terlepas daripada pungutan cukai ini. Saya daripada Pasir Mas dekat dengan Sungai Golok dan saya tahu bagaimana aktiviti kemasukan barang- barang Thailand ke Malaysia. Sememangnya kadang-kadang waktu malam seperti pekan koboi yang mungkin penguat kuasa tidak cukup. Akan tetapi kepantasan mereka yang menyeludup lagi pantas sebab ini soal keuntungan besar ataupun soal cari makan, periuk nasi mereka. Apa pun ia juga membabitkan ketelusan dan ketegasan. Jabatan Pengangkutan Jalan pun sama. Kita lihat Jabatan Pengangkutan Jalan yang bertanggungjawab untuk menentukan keselamatan jalan raya, lori-lori yang besar-besar termasuk haulage dan ini juga tidak sedikit. Kalau kita tidak amanah, kita rasuah, operator perniagaan, syarikat-syarikat haulage tidak sedikit dan besar. Saya percaya pihak kerajaan pun memahami apabila saya sebut. Begitu juga Jabatan Perikanan, kita tahu tidak sedikit mereka yang mendapat subsidi diesel, menjual diesel di tengah laut. Jadi kalau nak disenaraikan memang panjang lebar masalah integriti agensi-agensi penguatkuasaan ini.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Maka sebarang usaha untuk meningkatkan prestasi supaya mereka lebih telus, lebih bertanggungjawab, saya mengalu-alukan Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan ini dan persoalannya ialah bagaimana penguatkuasaan ini nanti. Penguatkuasaan ini menjadi persoalan pokok dan saya nak kaitkan pula nanti dengan perkembangan semasa dalam negara kita ini. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, kita lihat dalam rang undang-undang ini diperuntukkan, mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada suruhanjaya ini kepada penguat kuasa-penguat kuasa yang menyalahi undang-undang. Akan tetapi saya lihat juga budaya rakyat Malaysia, Tuan Yang di-Pertua, tidak ramai yang suka berbuat aduan. Contohnya sekarang ada pihak, ada sesetengah pihak dengan izin, demotivated kerana kononnya bila membuat aduan tidak ada tindakan diambil. Akan tetapi yang lebih demotivated Tuan Yang di-Pertua, kepada mereka yang membuat aduan kepada polis ataupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, dan tak lama lagi Suruhanjaya Penguatkuasaan. Agensi kerajaan ini ialah mereka tak mahu buang masa, sebab bila mereka buat aduan mereka dipanggil ke balai polis, mereka dipanggil di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, berjam-jam untuk merekodkan statement, berkali-kali mereka kena pergi. Apatah lagi saya percaya kali melibatkan penguatkuasaan yang berpangkat, yang beruniform, ada bintang pula di atas bahu tu nanti, yang melihat kelakuan mereka yang tidak betul, menerima wang ringgit rasuah di tepi jalan ataupun dalam gelap, ataupun dalam kereta, ataupun di padang golf, ataupun di kasino, di mana-mana saja boleh dibayar, tetapi mereka mungkin tidak berani dan tak mahu membuat laporan. Ini kerana dari segi psikologinya atau dari segi melihat dia ni orang kecil, maka yang buat ni orang besar, orang berpangkat maka ia berlalu begitu saja. Saya nak tanya, selain daripada proses aduan yang diperuntukkan di bawah undang-undang ini, sepatutnya juga aduan secara sulit dan kita sudah ada Akta Perlindungan Saksi dan juga mereka yang memberi maklumat sulit dan didapati wujudnya kes ada prima facie nya, maka orang yang membuat aduan ini sepatutnya diberi ganjaran sebagaimana pemberi maklumat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Mungkin ini boleh mendorong orang ramai, orang awam yang biasa membuat laporan dan aduan paling tidak nanti kos naik turun buat laporan, kos naik turun ke pejabat suruhanjaya nanti yang dipanggil kemudian menjadi saksi, mereka juga harus diberi ganjaran ataupun diberi motivasi. Apa bentuk boleh difikirkan oleh pihak kerajaan tetapi supaya paling tidak mereka merasakan bukan saja mereka dilindungi tapi mereka juga diberi ganjaran di atas tindakan mereka membuat laporan ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, banyak dah undang-undang yang dah dibuat, sebelum ini Suruhanjaya Pelantikan Hakim, kemudian Suruhanjaya Pencegah Rasuah, sekarang Agensi Penguatkuasaan. Semua ni kita mengalu-alukan tetapi satu perkara yang saya cukup bimbang, trend yang berlaku dalam negara kita ni Tuan Yang di-Pertua, beberapa tahun kebelakangan inilah, iaitu kita semua tahu tidak ada siapa yang boleh mengatasi undang-undang, Nobody is above the law. Itu prinsipnya dan apabila kita kata tiada siapa di atas undang-undang, maka sudah tentu untuk memastikan ia undang-undang yang dibuat ini mempunyai juga integriti. Tentu saya bersetuju dengan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang lain, yang mahu segala laporan maklumat ataupun perkara-perkara yang disebut oleh Ahli-ahli Parlimen sebelum saya tadi diberi perhatian dan diambil tindakan. Setiap kes-kes yang disebut mesti dijawab dengan telus, yang boleh meyakinkan rakyat, dengan tidak secara sepintas lalu. Sebab apa saya mengatakan demikian sebab ada juga trend sekarang ni, Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita tahu ada, saya sendiri agak peribadi mengakui ada kes-kes tertentu yang patut diberi penjelasan, kalau ia tidak ada kes, tidak cukup bukti jawab dengan jelas dan terang dan yang boleh diyakini. Bukan secara sepintas lalu. Sebab sudah berlaku trend di Malaysia satu persepsi sindrom yang saya tengok di mana rakyat sendiri sekarang ni dah menjadi mahkamah, mereka sendiri menjadi mahkamah. Ada kes yang diputus oleh mahkamah, seseorang itu bersalah tetapi rakyat mengatakan itu tidak bersalah, itu konspirasi, orang ini dizalimi walaupun mahkamah telah membuat keputusan berdasarkan fakta kes yang ada, dia didapati bersalah. Ada juga persepsi seseorang itu didapati bersalah dan telah dihukum bersalah walaupun tidak didakwa di mahkamah dan kesnya tidak dibawa ke mahkamah.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Kenapa demikian boleh berlaku? Ini persepsi yang berlaku dalam negara sekarang. Kalau ini berterusan undang-undang sudah tidak bermakna lagi. Undang-undang dan Perlembagaan tidak ada apa-apa erti lagi bagi kita Tuan Yang di-Pertua. Kalau rakyat sudah mengambil pendekatan dan pendirian membuat satu pegangan bahawasanya si anu bersalah, walaupun tidak didakwa di mahkamah, si anu tidak bersalah walaupun sudah didakwa di mahkamah. Ini satu trend yang cukup membimbangkan. Kenapa ini berlaku? Mungkin ini berlaku kerana kerajaan juga sendiri mungkin tidak konsisten. Apa yang didakwa sebelum ini ada selective prosecution sehingga rakyat sendiri boleh membuat andaian sendiri. Sepatutnya saya sudah sampai ke peringkat walau ada keskah, tidak ada kes, ada bukti cukup atau tidak cukup, memang dia boleh membazir wang rakyat, tetapi bawa ke mahkamah, biar mereka yang disebut dan dikaitkan dari segi persepsi kerana rasuah atau menyalahgunakan kuasa biar mereka membersihkan diri mereka dalam mahkamah daripada kita tutup kes dan mengatakan ia tiada kes. Sekarang ini sebab itu saya dengar ada unsur-unsur perbahasan dan saya baca juga ada pihak-pihak akhbar tabloid, mingguan, sekarang ni sudah buat adjustment, di mana ada pihak-pihak tertentu akan menghadapi mereka mempunyai kes ke atas diri mereka. Dalam menghadapi kes ini, awal-awal lagi di bawah persepsi rakyat, ini satu konspirasi. Ini sudah macam seolah-olah dah ditanam dalam keraguan rakyat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sebab itu dalam soal urusan Polis Diraja Malaysia Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempertahankan kalau ada kes-kes spesifik yang betul-betul genuine sebagaimana yang dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat supaya diambil tindakan tetapi tidak boleh kita mengambil kira secara total bahawa kita sudah hilang kepercayaan seluruhnya kepada sistem kepolisan negara kita. Tidak sepatutnya begitu tetapi saya tengok seolah-olah ada usaha nak discredit institusi polis ini kerana ada pihak-pihak tertentu sedang berhadapan dengan kes-kes tertentu. Maka sebagai persiapan untuk minda rakyat, maka awal-awal lagi diberi gambaran bahawasanya institusi polis ini tidak boleh dipercayai. Saya bimbang, takut ada kecenderungan demikian kerana perkara ini boleh berlaku dan sudah pun berlaku sebelum ini. Bererti undang-undang kita akan menjadi sia-sia, tidak ada makna. So, awal-awal lagi persepsi ini sudah pun ditanam dalam pemikiran rakyat. Contohnya saya beritahu, kita lihat berapa kali kes isu politik Perak dibangkit? Berkali-kali di Dewan Rakyat ini dan kita semua tahu Dewan Rakyat ini tidak ada kuasa untuk membubarkan Dewan Rakyat Perak, kuasa itu di bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perak tetapi kita bangkit dalam Dewan ini. Sebelum ini ada kes mahkamah, yang mana Menteri Besar yang sekarang ini didapati pada awal perbicaraan tidak sah, maka bila tidak sah, bukan main lagi saya tengok kegembiraannya dan waktu itu tidak dipersoalkan sistem kehakiman. Menteri Besar sekarang yang ada sekarang pula bawa ke Mahkamah Rayuan, menang di Mahkamah Rayuan. Maka dipersoalkan pula, apakah ini keputusan yang adil ataupun tidak adik. Maka ianya berterusan, begitu juga kes-kes lain yang saya lihat..

Minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Bukit Gantang bangun Yang Berhormat.

Terima kasih Pasir Mas, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mencelah dan bertanya kepada Pasir Mas. Oleh sebab menyatakan bahawa Dewan Rakyat ini tidak ada kuasa untuk mempengaruhi supaya hak rakyat negeri Perak diberikan dengan dibubarkan Dewan Undangan Negeri. Boleh dikatakan semua agensi, individu-individu, pengamal-pengamal undang-undang Perlembagaan Persekutuan, pakar-pakar menyatakan bahawa kemelut negeri Perak ini hanya dapat diselesaikan dengan adanya pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak. Jadi tidakkah satu perkara yang paling-paling baik dan wajar dalam Dewan ini kerana mereka yang terlibat yang merampas kuasa pada 5 Februari itu berada dalam Dewan ini dan mereka ini menjadi pimpinan Barisan Nasional.

Jadi saya ingin bertanya, kenapa pula Dewan ini tidak ada kuasa untuk mempengaruhi pimpinan-pimpinan yang merampas hak rakyat negeri Perak supaya diberikan hak mereka memilih kerajaan mereka. Kami akur keputusan rakyat kalau mereka memilih Pakatan Rakyat, sudah tentu kami setuju, kalau mereka menolak Barisan Nasional, sudah tentu kami setuju juga... [Ketawa] Jadi untuk itu, saya ingin memberikan penjelasan.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Memang itu pandangan Yang Berhormat tetapi kalau tidak silap saya, tidak semestinya Kerajaan Pusat ataupun Perdana Menteri, kalau dia nak menasihat ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak untuk bubar Dewan, tidak semestinya Sultan Perak bersetuju untuk bubar. Kalau dilihat dari segi ada ruang undang-undang untuk dia membuat demikian. Mampukah untuk memaksa seorang Sultan, tidak semestinya. Ini yang kita kena faham. Mungkin kalau dari segi undang-undang ada peruntukan mengatakan seseorang Menteri Besar dalam waktu dia menguasai majoriti di Dewan Negeri, pada waktu itu ada peruntukan undang-undang mengatakan Sultan wajib, mesti menerima nasihat Menteri Besar untuk membubar Dewan tersebut. Akan tetapi di waktu Yang Berhormat menjadi Menteri Besar, bukan saya nak memihak. Ini a matter of academic. Waktu Yang Berhormat menghadap Ke Bawah Duli Sultan Perak untuk bubar DUN, waktu itu tiga ADUN sudah lari. Yang Berhormat sudah hilang majoriti dan wakil-wakil rakyat yang lain dipanggil oleh Sultan Perak termasuk yang tiga, yang membuktikan mereka menguasai majoriti. Jadi sekarang ini kalau kerajaan kita pula ke Perak atau Perdana Menteri ataupun Menteri Besar menghadap sultan Perak, kalau Sultan kata “Saya tak nak bubar Dewan”, nak buat macam mana? Ini persoalannya. Kita jangan anggap benda ini remeh, tanggungjawab masing-masing dan peranan masing-masing ada. Itu pandangan saya Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengatakan kecenderungan persepsi, nak memperbetulkan persepsi rakyat, menjatuhkan hukum ini. Ini satu perkara yang cukup bahaya, yang tidak baik kepada negara, yang tidak baik kepada negara, saya ulang tidak baik. Sebab awal-awal lagi dah ditanam demikian rupa, bila kena kepada kita, kita kata undang-undang tidak adil, bila tak kena kepada kita, waktu itu kita lupa, siapa kita waktu kita memerintah ataupun sewaktu kita mempunyai kuasa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Beruas bangun Yang Berhormat.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencelah dengan Pasir Mas. Tidak pernah Pakatan Rakyat kata, apabila kita menang, mahkamah itu baik dan kalau kalah, mahkamah itu tidak baik. Kita konsisten, setiap kali kita menang, kita mohon untuk membubarkan DUN, apabila kita kalah dan dikatakan Barisan Nasional ada majoriti, kita pun minta Barisan Nasional bubarkan DUN. Tidak pernah kita kata, grab on to power, kita hormat hak rakyat untuk memilih pucuk pimpinan. Adakah Yang Berhormat Pasir Mas, bersetuju sama ada kalau pun Barisan Nasional yang majoriti atau Pakatan Rakyat majoriti, kita hormati, mesti hormati hak rakyat untuk memilih, setuju tak?

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya menghormati pandangan Yang Berhormat, tapi soal setuju atau tak setuju, itu hak pandangan saya dan saya juga tidak nak menidakkan apa Yang Berhormat bangkitkan. Cuma saya hanya memberi pandangan umum iaitu untuk mengajak rakyat supaya mulai sekarang, biarlah proses undang-undang berjalan mengikut apa yang sepatutnya dan kita jangan awal-awal lagi membuat persepsi orang itu bersalah, orang itu tidak bersalah dan seumpamanya. Ini mesej yang saya hendak sampaikan supaya keluhuran undang-undang dan Perlembagaan Negara kita ini, dihormati dan dapat dilaksanakan. Akan tetapi ianya sukar untuk dilaksanakan kalau kita sendiri ada pihak-pihak tertentu, kerana kepentingan politik dan kepentingan dirinya, cuba nak mengalih perhatian, divert the attention, divert the issue, kerana masalah yang tertimpa ke atas dirinya dan untuk mengalih pandangan ini dengan mewujudkan satu suasana keraguan di kalangan rakyat, bersabit dengan perjalanan undang-undang negara kita ini.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Biarlah ianya berjalan dengan seperti biasa dan bergantung kepada facts, facts of the case. Saya percaya tidak mudah sesuatu kes nak dikonspirasikan iaitu kalau ada kes- kes yang melibatkan orang-orang besar dan kes-kesnya pula kita tahu melibatkan banyak pihak. Suatu hari nanti orang yang kena zalim, akan menerima hukumannya. Saya sentiasa berdoa..

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sebagai orang Islam, tidak kira siapa, iaitu sesiapa sahaja yang dizalimi, hari ini nampak dia kena zalim tetapi dia kata dia tidak zalim, insya- Allah suatu hari nanti, Allah Taala akan membalas mereka yang buat zalim ini. Manakala seorang pemimpin kena sabar dan seseorang pemimpin besar, dia mesti melalui ujian demi ujian, musibah demi musibah tetapi kalau awal-awal lagi dah melenting, orang nampak itu tindakan orang kata guilty conscious. Guilty conscious ini maknanya, belum kita diadili, belum pihak berkuasa membentangkan kes yang sempurna dan dibentangkan, maka awal- awal lagi kita cuba mengalih pandangan rakyat, itu pandangan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ini nak bagi peluang lagi Yang Berhormat?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menanya kepada Yang Berhormat Pasir Mas, adakah Pasir Mas bersetuju bahawa semua hakim dalam negara kita ini harus menjalankan tugas dan mengadili mana-mana kes mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada dan kalau mereka mentafsir undang- undang tidak berlandaskan undang-undang yang jelas yang telah diperuntukkan oleh sama ada Perlembagaan Persekutuan, atau Perlembagaan Negeri ataupun undang-undang. Kalau hakim sedemikian tidak menjalankan tugas dan mengadili sesuatu kes mengikut undang-undang, kita harus menyuarakan rasa prihatin kita dan rasa kecewa kita.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya bagi dua contoh, seperti dalam kes di negeri Perak, Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa kehakiman tidak boleh campur tangan dalam isu-isu Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri. Akan tetapi dalam keputusan Mahkamah Persekutuan mereka telah mencampuri hal-hal DUN Negeri Perak. Dalam Perlembagaan Negeri Perak, dijelaskan bahawa siapakah yang menentukan sama ada sesuatu kerusi sudah kosong atau tidak? Itu dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Negeri Perak bahawa DUN Negeri Perak yang akan membuat keputusan muktamad. Akan tetapi Mahkamah Persekutuan telah menyatakan bahawa Election Commission ataupun Suruhanjaya Pilihan Raya yang mempunyai kuasa sedemikian, yang menyebabkan kita semua terperanjat. Bukankah kes-kes dalam sedemikian, kita sebagai rakyat yang mendaulatkan undang-undang harus menunjukkan rasa prihatin dan juga kekhuatiran kita, bahawa kehakiman sekarang ini tidak mengadili sesuatu kes mengikut peruntukan yang begitu jelas. Walaupun dalam Perlembagaan Persekutuan ataupun Perlembagaan Negeri. Setujukah Yang Berhormat Pasir Mas dengan saya bahawa hakim-hakim kita mestilah mengadili sesuatu kes mengikut peruntukan undang-undang seperti yang termaktub dalam undang- undang dan Perlembagaan Negara kita. Ini supaya rakyat tahu dengan tepat apakah undang-undang yang ada dalam negara kita ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Pasir Mas, panjang lagikah Yang Berhormat?

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Berapa banyak masa lagi Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sebab kita melihat masih banyak yang hendak bercakap Yang Berhormat.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya baru berucap 10 minit, tidak sampai 10 minit lagi lagipun. Ada pihak berucap berjam-jam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya tahu Yang Berhormat. Saya tahu, itulah saya...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Jadi, saya akan cuba ringkaskan Tuan Yang di- Pertua. Saya selalu bersikap bertanggungjawab dan saya menghormati masa rakan-rakan yang lain. Cuma saya hendak sentuh kepada perkara-perkara yang saya rasa penting untuk mendapat perhatian. Jadi, jawapan kepada Yang Berhormat Beruas tadi, memang saya bersetuju dengan tanggungjawab hakim-hakim. Sebab itu kita kena terima keputusan hakim, waktu ia memihak kepada kita ataupun tidak memihak kepada kita. Kalau kita tidak mahu hakim-hakim mencampuri urusan, di Dewan Rakyat ini pun kita ada peraturan. Dijelaskan dalam peraturan, kita tidak boleh sentuh tubuh badan hakim, tetapi kita ada juga sentuh. Jadi, kita sentuh hal Ketua Hakim Negara, kita sentuh macam- macam dan kita juga campur urusan mereka. Walaupun saya tidak berbuat demikian, tetapi saya hendak mengingatkan memang saya bersetuju. Akan tetapi, apa pun persoalannya Tuan Yang di-Pertua, pilihan raya paling lama lima tahun sekali. Kadang-kadang empat tahun. Masa berjalan empat ke lima tahun bukanlah begitu lama. Kalau kita betul, dan saya yakin rakyat pun ada pendiriannya yang akan ditentukan nanti. Sebab itu saya katakan tadi, akan sampai waktunya, sesiapa sahaja yang tidak adil, yang zalim akan menerima padahnya. Cuma, kalau tidak hari ini, besok. Kalau tidak besok, lusa. Tidak lusa, setahun. Tidak setahun, dua tahun. Akan sampai waktunya. Sebab itu ada juga kadang-kadang kita dengar pendapat yang memang betul, iaitu setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, ada sebabnya dan hikmah ini mungkin ke arah kebaikan. Kita tidak tahu. Maka sebab itu pemimpin-pemimpin besar seperti yang saya katakan tadi, ia menerima ujian ini. Kalau kita hendak jadi pemimpin besar, kita lihat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dulu pun bagaimana. Rasulullah dizalimi, dianiaya, tetapi baginda sabar, tidak melenting dan tidak mudah menuduh orang lain, “Ini konspirasi”. Baginda biarkan, sampai pada tahapnya, kebenaran akan terserlah. Sebab itu saya bangkitkan perkara ini, sebab ada kecenderungan. Ada kecenderungan kes-kes tertentu yang saya sebutkan ini. Sudah ada pihak-pihak cuba memesongkan sebagai persiapan mental rakyat untuk mengalih pandangan, supaya jika ianya disabitkan kesalahan nanti, ini satu konspirasi dan ini tidak betul. Jadi, ini yang saya rasa tidak baik. Bukan sahaja untuk kes ini, tetapi apa sahaja kes. Apa sahaja kes, ianya tidak boleh diganggu dan kalau ada, kita tidak puas hati mengenai kes-kes yang disebut tidak ada tindakan, boleh disebut. Dalam Dewan Rakyat ini pun ada kes sama disebut berulang kali. Saya pun sudah naik cuak dengar. Perkara yang sama diulang berpuluh-puluh kali. Pihak kerajaan pun kenalah juga jawab atas kes-kes tertentu dengan terang dan nyata supaya ianya tidak disalahertikan. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, mengenai rang undang-undang ini, soal pelaksanaannya nanti, kita memang tahu dan semua pun tahu, semua rakyat tahu dan saya pun tahu. Terlalu banyak sudah undang-undang yang kita ada, tetapi soalnya sejauh mana ketegasan kita hendak melaksanakan undang-undang ini. Dari segi Jabatan Polis, saya juga berpengalaman, tetapi saya tidak hendak ungkit lagi. Saya tidak pernah ungkit apa yang saya pernah lalui. Saya tidak hendak jadikan isu politik. Cuma tinggal lagi, bagi polis kalau berlaku sesuatu terhadap rakyat, polis lambat bertindak, kita kata polis lemah atau polis tidak bertanggungjawab. Apabila polis bertindak tegas, kita kata pula zalim, tidak usul periksa atau tidak siasat. Jadi, ada waktu kita put the police dalam keadaan yang serba salah. Apatah lagi kalau yang membangkitkan peranan dan tugas polis ini ialah parti-parti politik. Baru-baru ini saya, Tuan Yang di-Pertua, berkesempatan bertemu dengan Ketua Polis Negara. Bukan saya seorang, 20 rombongan. Dua jam setengah dengan pegawai- pegawai kanan. Saya minta dan kita bangkitkan macam-macam perkara. Saya dapat simpulkan pengertiannya, kadang-kadang polis ini pun jadi masalah juga pada mereka, untuk melaksanakan undang-undang sebab ada juga campur tangan politik. Desakan- desakan daripada luar ataupun arahan daripada pihak atasan. Ada kes-kes tertentu yang membabitkan keselamatan, pihak polis telah membuat keputusan bahawa orang ini boleh mengancam keselamatan negara, ada pula parti politik pergi mendesak supaya dibebaskan.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Pihak kerajaan pula memikirkan kalau tidak bebas, nanti kumpulan kaum ini akan berasa gelisah dan tidak akan menyokong parti pemerintah. Maka kita buat keputusan politik, kita bebaskan orang yang demikian. Jadi, bermakna kita de motivated pasukan pegawai polis. Ini kita tidak address the issue. Yang kita tahu, hendak menyeronokkan kita sahaja. Asalkan kita untung dari segi politik dan parti politik, kita biarkan. Kita tidak tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Yang polis-polis di peringkat bawah atau tengah yang ada kes rasuah, maka diambil tindakan. Akan tetapi, kita tidak boleh membuat persepsi sehingga polis begitu susah dan sukar untuk melaksanakan tanggungjawab mereka bagi menjaga keamanan negara ini. Negara kita ini, seperti “telur di hujung tanduk”, masyarakat majmuk. Sekarang ini dalam keadaan kewujudan terrorism yang boleh berlaku macam-macam. Di Pakistan, kita lihat sesama umat Islam bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri, di Afghanistan, dan di Lebanon. Tadi sudah disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan dan saya ulang balik, apa yang berlaku di Selatan Thailand dan Filipina. Sekarang ini, kita kalau berlaku bencana, paling tidak pangsapuri runtuh dan rumah runtuh atas bukit, itu pun sudah riuh-rendah. Bas masuk gaung, kita sudah berteriak. Belum lagi sampai kepada peringkat yang boleh mengganggu nyawa orang-orang yang tidak bersalah seperti di negara-negara berkenaan. Akan tetapi, polis kita letakkan dalam keadaan yang cukup susah apabila ada campur tangan seumpama ini. Kalau polis tidak betul, biar. Mereka tidak betul dan tindakan harus diambil, tetapi kita tidak boleh buat persepsi tuduhan secara total dengan hendak demoralize institusi ini sebab orang ini adalah Ketua Polis. Ketua Polis ini satu ketika dahulu pernah menyiasat kita dan hari ini dia jadi Ketua Polis Negara. Maka kita ada kes, kita tidak hendak menidakkan kerana kredibilitinya. Itu tidak betul sebab fakta kes ada di depan, boleh dibahaskan dan diolah oleh peguam-peguam dalam mahkamah. Ini hujah saya Tuan Yang di-Pertua. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, dalam rang undang-undang ini, yang saya sebutkan ini, banyak sudah peruntukan-peruntukan yang ada. Ada Akta Hasutan, ada satu dua kes diambil; dan kes di mahkamah ini bukan senang hendak selesai, berlarutan bertahun-tahun dan ada orang bijak pula dari segi menghadapi mahkamah. Dia boleh minta pula bicara dalam bicara, minta itu, minta ini, satu kes boleh berlarutan lima hingga lapan tahun. Akta Hasutan ada, tetapi tidak digunakan sepenuhnya bagi mereka yang mengganggu gugat peruntukan-peruntukan asas perlembagaan negara, sukar kita hendak ambil tindakan. Kemudian, sudah wujud Suruhanjaya Pelantikan Hakim, masih lagi dipersoalkan, masih lagi tidak telus. Begitu juga Suruhanjaya Badan Pencegah Rasuah, dan sekarang masuk yang ini. Malah, saya tanya Tuan Yang di-Pertua satu soalan yang hari ini naik nombor 24 tidak dapat dijawab oleh Menteri yang berkenaan, tetapi diberikan kepada saya.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya tanya satu soalan kepada Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan bercadang untuk menggubal dan mewujudkan undang-undang atau peraturan di mana seorang rakyat boleh dilucutkan kerakyatannya jika mereka mengungkit perkara-perkara asas Perlembagaan Negara di bawah fasal 153 dan fasal 152 serta mana-mana pihak yang mencemar nama baik Malaysia seperti memorandum yang dibuat oleh HINDRAF kepada Kerajaan British di mana tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh dilucutkan kerakyatan Malaysia. Penghinaan yang mereka buat tidak berasas. Amat memalukan dan manusia seumpama ini tidak layak menjadi rakyat Malaysia. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Di dalam jawapan panjang lebar tetapi ada di bawah perkara (b), di bawah perkara Bab 2, Bahagian III Perlembagaan Persekutuan. Disebut Bahagian B, Perkara 25 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk melucutkan kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran dan penaturalisasian sekiranya Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan sebagai tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Kalau kita tahu ada pertubuhan haram yang boleh menuduh Kerajaan Melayu Islam melakukan ethnic cleansing, berlaku pembunuhan setiap minggu dalam lokap yang di heboh di seluruh dunia, penuh dalam website dan internet yang merosakkan nama negara. Kenapa tidak digunakan peruntukan ini untuk melucutkan warganegara mereka? Kalau mereka tidak mahu jadi rakyat, mereka tidak puas hati dengan negara ini, mereka boleh keluar daripada negara ini dan peruntukan ini ada. Saya bangkitkan perkara ini sebab tidak ada mana kita buat undang-undang kalau kita tidak bertindak tegas. Betul ada tindakan, mungkin tidak popular. Tidak boleh dapat sokongan rakyat tidak popular tetapi itulah yang dikatakan pimpinan. Ada waktu kita ikut pandangan ramai kerana pandangan ramai itu betul. Ada waktu demi kerana kita kata keluhuran undang-undang dan Perlembagaan, kita mesti bertidak walaupun tidak popular. Bukan kerana undi tetapi kepentingan agama, bangsa dan negara. Kalau tidak ada ertinya sebab itu dahulu “Kepimpinan Melalui Teladan”, “Cekap, Bersih, Amanah”, macam-macam slogan datang. Kita sudah kaya dengan slogan. Kerajaan negeri pun ada slogan, pembangkang pun ada slogan, Kerajaan Pusat pun ada slogan tetapi soal pelaksanaannya bagaimana? Kalau ini tidak tegas ia hanya menambah beban kewangan negara sahaja. Tidak mudah saya percaya untuk menangani masalah golongan badan penguat kuasa ini. Mereka ramai, cara mereka beroperasi..., mereka pun bijak. Mereka pun pandai untuk melepaskan diri daripada undang-undang dan undang-undang ini pula kalau tangkap tidak ada bukti tidak boleh buat apa. Ianya bergantung kepada bukti so kalau salah pun moral tetapi tidak boleh ambil tindakan. Maka sebab itu kita kena lihat tindakan yang diambil bukan sahaja dari segi bukti, ada hulur wang yang berlaku dan ada pihak menerima. Di kalangan kakitangan kerajaan saya perlu tahu, jabatan kerajaan, kakitangan kerajaan, majoritinya mereka memang berkhidmat untuk negara tanpa mengira kaum. Kita perlu beri penghormatan 52 tahun, tanpa kakitangan kerajaan tidak mungkin Malaysia menjadi sebegini. Akan tetapi dalam ramai kakitangan ada juga yang orang kata kambing hitam. Sama juga dengan ahli politik. Dalam ramai-ramai ada juga kambing hitam tetapi kalau ada kambing hitam dalam kalangan politik, tidak bererti semuanya kambing hitam. Kalau ada satu dua dalam polis yang kambing hitam, tidak semua polis itu kambing hitam. Ianya specific gift kepada golongan tertentu. Begitu, tidak semua yang kita boleh tuduh mereka ini begitu tetapi satu perkara yang nyata kalau kakitangan kerajaan yang kita lihat terutama yang berpangkat, hidup mewah, kita tahu berapa gaji dia, tetapi hidup mewah pegawai penguat kuasa ini. Berapa banyak dia dapat duit gaji tetapi cara kehidupan mereka mewah, bagaimana? Tentu boleh disiasat, memang sudah ada peruntukan pun. Jabatan Hasil Dalam Negeri masuk, Badan Pencegah Rasuah masuk tetapi akhirnya bergantung kepada fakta juga. Masalah fakta ini yang menjadi masalah. Bukti itu hendak dapat bukti itu. Ukuran bukti itu macam mana? Ianya semua umum but when go to court selagi ia tidak dapat bukti beyond reasonable doubt, ia tidak akan menjadi kes. Tidak ada prima facie, perbicaraan menghabiskan masa. Mungkin inilah setengah-setengah kes tidak dibawa ke mahkamah tetapi dikatakan kes-kes ini kerana ada arahan pihak-pihak tertentu untuk ditutup. Mungkin betul, mungkin tidak betul kerana masalah bukti-bukti ini. Jadi sebab itu kita tidak boleh buat retorik semata-mata. Innuendo, ucapan-ucapan retorik untuk mencari political mileage. Ia mesti spesifik...

Penjelasan.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya Tuan Yang di-Pertua, saya, saya hendak habis sudah.

Sedikit-sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Tadi Yang Berhormat Pasir Mas ada menyebut tentang fakta sebab saya hendak kaitkan dengan banyak juga kes di mana kerajaan kalah di dalam perbicaraan apabila

seorang itu mendakwa kerajaan salah mengambil tindakan terhadap pegawai kerajaan, salah mengambil tindakan terhadap kakitangan kerajaan, makna salah fakta. Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Mas tentang kerajaan kalah dengan pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah mendakwa pihak kerajaan? Terima kasih.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Memang sudah ada kes, bukan sahaja apabila kalah ini dapat kerja balik, kerajaan terpaksa membayar ganti rugi yang tidak sedikit. Maka sebab itu, ini yang saya katakan menjadi kerumitan. Bercakap mudah tetapi semuanya Tuan Yang di-Pertua saya bangkitkan tadi, saya ulang balik saya tidak ada niat untuk mencari political mileage dan untuk menegakkan benang yang basah bagi mana- mana pihak. Saya hanya bercakap perkara yang benar. Oleh itu saya berharap apatah lagi kita Ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab apabila kita disabitkan kesalahan, kita dituduh. Saya percaya kalau kita tidak bersalah, tetap kita tidak bersalah. Satu hari ada pembelaan, Allah Taala akan tunjuk. Cuma yang saya tidak suka yang saya tidak boleh terima apabila belum apa-apa lagi kita sudah menyiapkan ataupun mengatakan kita dizalimi, kita begitu, kita begini, akhir sekali susahlah undang-undang hendak dilaksanakan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu saya turut menyokong Rang Undang- undang Suruhanjaya Integriti ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mengambil bahagian di dalam membahaskan rang undang-undang seperti rakan- rakan yang lain. Saya tidak keberatan untuk menyokong rang undang-undang ini kerana ada political will di situ. Ertinya ada usaha kerajaan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk menyatakan beberapa perkara yang saya kutip daripada rakan-rakan dalam perkhidmatan awam yang sangsi terhadap kesan kepada rang undang-undang ini terhadap persepsi. Satu persepsi di mana seolah-olah rang undang-undang ini adalah hasil daripada prestasi perkhidmatan awam yang buruk satu ketika, yang dikaitkan dengan rasuah, yang dikaitkan dengan penyelewengan dan lain-lain lagi yang ada kaitan dengan perkhidmatan awam terutamanya yang berkaitan dengan bidang penguatkuasaan. Inilah Tuan Yang di-Pertua, perkara yang banyak saya kutip daripada rakan-rakan dalam perkhidmatan awam. Mereka sangat sangsi, mereka rasa tertekan seolah-olah mereka adalah dalam kumpulan yang patut dihukum, yang sewajarnya dikenakan rang undang-undang ini kerana persepsi satu ketika yang sangat buruk terhadap mereka. Jadi Tuan Yang di-Pertua, di satu sudut kita mendengar hujah daripada Yang Berhormat Menteri daripada pihak kerajaan ialah untuk meningkatkan taraf, imej, persepsi yang baik perkhidmatan awam. Tuan Yang di-Pertua, kita banyak mendengar laporan-laporan yang dibentangkan di mana-mana sekali pun, dalam surat khabar, dalam media massa yang lain, pendakwaan ataupun siasatan yang dilakukan ke atas banyak kes-kes yang melibatkan perkhidmatan awam terutamanya anggota perkhidmatan awam.

Jadi ini Yang Berhormat satu perkara yang harus kita lihat jangan nanti perkhidmatan awam lebih tertekan kerana persepsi tersebut. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya meminta supaya satu penjelasan yang sebenar-benarnya daripada pihak kerajaan supaya tujuan rang undang-undang ini diadakan ialah untuk menaikkan semula imej perkhidmatan awam, bukan bererti kita hendak menghukum ataupun bukan bererti kerajaan hendak menghukum anggota perkhidmatan awam hanya kerana beberapa perilaku daripada siasatan, daripada pendakwaan seperti yang disebut oleh Pasir Mas.

Banyak juga kes-kes kerajaan kalah daripada tindakan ataupun hukuman yang dikenakan kepada perkhidmatan awam kerana fakta yang kurang dan sebagainya dan kerajaan ataupun perkhidmatan awam tidak boleh mengambil tindakan yang gopoh gapah. Kadang-kadang terpaksa mengambil masa yang lama kerana siasatan dan pendakwaan juga mestilah dibuat dengan tertib, mestilah dibuat dengan cermat supaya akhirnya sesuatu pendakwaan dan siasatan itu, walaupun ianya berkaitan dengan sesuatu rang undang-undang ataupun peraturan akhirnya yang benar-benar salah, yang benar- benar salah dihukum dan mereka tidak terlepas. Akan tetapi ada banyak kes juga yang umumnya mengetahui Tuan Yang di- Pertua, yang umumnya mengetahui mereka ini salah, mereka ini melakukan penyelewengan umumnya mengetahui tetapi akhirnya lepas kerana fakta yang kurang. Jadi Tuan Yang di-Pertua, maksud saya tadi ialah hanya segelintir sahaja yang melakukan perbuatan-perbuatan seperti yang disebutkan oleh rakan-rakan tadi, tidak semua. Bukannya semua anggota perkhidmatan awam yang melakukan perbuatan yang jijik itu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya membawakan hasrat rakan-rakan ini supaya semangat anggota perkhidmatan awam ini dipulihkan balik. Ini kerana saya yakin setelah mereka bekerja bertungkus-lumus siang dan malam, setelah jasa mereka begitu banyak kepada negara akhirnya kerana nila setitik rosak susukah santankah sebelanga. Akhirnya, ataupun hanya kerana esok seekorkah dua ekor kerbau membawa lumpurkah membawa apa lagi, rosaklah yang lain-lain. Yang ini kita tidak mahu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Jasin bangun Yang Berhormat.

Sila.

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Ledang. Sebenarnya apabila disebut tentang perkhidmatan awam tadi, tujuan rang undang-undang ini diperkenalkan adalah semata-mata untuk mempertingkatkan lagi integriti, agensi-agensi penguatkuasaan. Sebenarnya agensi-agensi penguat kuasa ini banyak dan mereka sebenarnya cukup berjasa. Selain daripada menentukan keamanan, kesejahteraan bahkan agensi-agensi ini semua sebenarnya telah menyumbang kepada pendapatan dan revenue negara. Kita lihat kalau daripada sumber pendapatan kita, misalannya indirect tax atau cukai yang tidak secara langsung. Daripada kastam menyumbang sebanyak 18.3 peratus daripada pendapatan negara. Selepas itu, dengan izin non-revenue tax yang dipungut daripada imigresen, daripada JPJ daripada saman polis dan lain-lain jabatan, menyumbang sebanyak 21.4 peratus daripada pendapatan negara. Itu satu Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya ada kawan-kawan yang menyebutkan daripada pembangkang, kononnya kawalan negara ini cukup teruk sekali, tapi saya hairan kerana kita dapat hidup dalam aman dan makmur kerana saya hendak rujuk kepada satu indeks yang telah dibuat oleh sebuah badan bebas dunia, iaitu dipanggil Indeks Keselamatan Global yang memberikan kedudukan Malaysia ke tempat 26 daripada dalam GPI Indeks Keselamatan Global tahun 2009 daripada 144 buah negara. Indeks ini Tuan Yang di-Pertua, adalah satu data yang menunjukkan bahawa bukan sahaja negara ini aman bahkan rakyatnya tidak mempunyai masalah. Jadi saya hendak mintakan penjelasan daripada Yang Berhormat Ledang.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya hendak sentuh tentang yang dibangkitkan oleh Jasin, terima kasih. Kutipan hasil yang dibuat oleh anggota penguat kuasa khususnya di peroleh oleh pihak kastam. Kalau Tambak Johor sahaja satu tahun tidak kurang daripada 1.2 bilion. Banyak hasil Johor di situ, jadi negeri lain tolong dengar-dengarlah ya. Itu pihak kastam yang mengutip. Akan tetapi persoalan tadi ialah sebenarnya kita pada tahap yang ke-26. Memang betul kita aman. Ini pun kadang-kadang kita tidak bersyukur dengan suasana yang ada dalam negara. Ini semua adalah sumbangan daripada anggota keselamatan, anggota penguat kuasa. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya persoalkan tadi, jangan mereka dihukum hanya kerana persepsi tercetus begitu besar kerana perbuatan segelintir manusia tadi.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya bimbang kerana walaupun rang undang-undang ini hanya menyentuh kepada integriti agensi ataupun anggota penguat kuasa tetapi ia umpama cubit paha kiri, paha kanan terasa dan sebaliknya. Agensi penguat kuasa ini adalah umumnya perkhidmatan awam ertinya anggota perkhidmatan awam lain juga terasa seolah-olah mereka selama ini jahat tidak berjasa dan sebagainya. Satu perkara juga saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, semua anggota agensi penguat kuasa ini ada Ketua Jabatan masing-masing... [Disampuk] Paling tidak pun ada Ketua Pengarah masing-masing. Bos kepada Ketua Pengarah adalah Ketua Setiausaha. Bos kepada Ketua Setiausaha Kementerian yang berkaitan adalah KSN. Saya hendak tanya adakah KSN, adakah KSU, ataupun Ketua Pengarah yang tidak terlibat secara terus dengan penguatkuasaan ini terlepas daripada rang undang-undang ini atau hanya mereka yang terlibat secara terus sebab arahan tetap datang. Arahan terakhir ataupun penilaian terakhir, akhirnya tetap datang daripada ketua masing-masing yang di atas sekali, Tuan Yang di-Pertua. Jadi ini persoalan-persoalan Tuan Yang di-Pertua yang kita mesti lihat yang saya minta pihak kerajaan menjelaskan sejelas- jelasnya bahawa rang undang-undang ini bukanlah semata-mata kerana hendak menyahut sahaja rayuan, desakan kepada satu pihak terutamanya yang berkaitan dengan IPCMC dan kita tahu IPCMC terpaksa kita sekalikan dengan agensi penguat kuasa yang lain kerana tidak adil kepada saya kalau polis sahaja yang kita kenakan rang undang-undang yang ketat, sedangkan anggota penguat kuasa yang lain terlepas. Ataupun kalau tidak terlepas seolah-olah kita hendak menjurus kepada pihak polis semata-mata seolah-olah polis adalah agensi penguat kuasa yang paling buruk sekali berbanding dengan anggota penguat kuasa yang lain, sedangkan ada lagi penguat kuasa seperti Kastamnya, JPJ, dan lain-lain lagi termasuk RELA yang semuanya pada saya juga terdedah dengan rasuah dan sebagainya. Walaupun sedikit tetapi saya fikir perlu juga kita lihat secara bersama. Tuan Yang di-Pertua, soalnya sekarang ialah seperti yang disebut oleh pihak Yang Berhormat Pasir Mas tadi soal fakta. Kesediaan kita untuk mengambil sesuatu tindakan ke atas sesuatu kesalahan, kemudian kita kaitkan dengan apa juga rang undang-undang sama ada kita berjaya atau tidak. Sama ada kita mampu melaksanakan di peringkat pelaksanaan. Sebenarnya selama ini pun kita sudah ada banyak undang-undang yang berkaitan. Kalau perkhidmatan awam, anggota perkhidmatan awam, ada Perintah Am bab D dan sebagainya. Ada peraturan disebut di situ. Perintah Am Bab D, adakah Perintah Am Bab D ini ataupun peraturan-peraturan yang lain tidak lengkap, tidak cukup kuat untuk menghukum tetapi kepada saya sebenarnya kita kurang berkesan dari segi pelaksanaan. Akan tetapi sekiranya perkara yang sama berlaku, maknanya setelah kita luluskan rang undang-undang ini, situasi yang sama kita masih tidak berkesan melaksanakan rang undang-undang akhirnya kita balik semula kepada keadaan yang asal. Kita masih lagi menerima persepsi-persepsi yang tidak baik yang menjadi kesan dan menerima putaran ganas ini ialah anggota perkhidmatan awam dan yang paling mendukacitakan apabila dikatakan bahawa anggota perkhidmatan awam gagal.

Sudah tentulah Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Jasin ya, pasal tadi dia tanya. Sudah tentulah, sudah tentulah yang gagal itu kerajaan yang memerintah. Kepada saya Tuan Yang di-Pertua, siapa pun kerajaan yang memerintah, sekiranya anggota perkhidmatan awam gagal menjalankan tugas, sebenarnya memberi kesan kepada kerajaan. Oleh yang demikian, mesti ada satu penjelasan bahawa yang melaksanakannya ialah anggota perkhidmatan awam terutamanya penguat kuasa ini dan ia tidak semestinya secara langsung menggambarkan hasrat dan tujuan ataupun perilaku kerajaan yang memerintah. Kita faham anggota perkhidmatan awam ini adalah di bawah pentadbiran ataupun kepimpinan kerajaan yang memerintah tetapi kita juga mesti terangkan kepada rakyat bahawa sebenarnya jika gagal pun sesuatu pelaksanaan itu, ada banyak kes sebenarnya kerana ketidakberkesanan perkhidmatan awam dan saya setuju dengan pendapat rakan- rakan yang lain, sebenarnya yang menyebabkan gagal ini adalah segelintir manusia sahaja dan yang penting ialah usaha kita untuk melaksanakan sesuatu undang-undang ataupun peraturan.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, secara kebetulan umumnya ataupun 90 peratus anggota perkhidmatan awam terutama anggota penguat kuasa ini tadi disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh adalah orang-orang Melayu. Ini kita tidak boleh nafikan. Mengapa jadi begitu ramai Melayu? Kita balik pada sejarah. Satu ketika dulu memang betul ramai orang-orang bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, tetapi satu tempoh tertentu orang Melayu begitu ramai dalam perkhidmatan awam kerana pada ketika itu gaji sektor perkhidmatan awam jauh ke belakang dibandingkan dengan sektor swasta. Maka tidak ramai orang yang bukan Melayu tertarik dengan perkhidmatan awam. Inilah kesan dia sekarang. Kesannya sekarang kerana dulu orang tidak tertarik. Sekarang perkhidmatan awam jauh lebih baik daripada segi gaji Tuan Yang di- Pertua berbanding dengan sektor-sektor swasta. Dulu kita jauh ke belakang, sekarang kita depan. Perkhidmatan awam ini ke depan, bukan kita ke depan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Gaji Ahli Parlimen macam mana Yang Berhormat?

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Gaji Ahli Parlimen?

Kita ini bukan perkhidmatan awam... [Ketawa]

Gaji Ahli Parlimen tambah juga.

Tambahkah?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tambah juga.

Saya ingat saya tidak terdorong ke arah itu... [Ketawa]

[Bangun]

Ya, sila. Sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ledang. Dia sebut gaji saya bangun pasal gaji dah kurang. Tuan Yang di-Pertua, mungkin Yang Berhormat Ledang ingin menyebut tentang ketidakseragaman ataupun ketidakserataan kadar penglibatan kaum di dalam perkhidmatan awam tetapi saya ingin melihat lebih kepada fungsi-fungsi suruhanjaya ini yang mungkin Yang Berhormat apa kata kalau kita tambahkan satu lagi ruang bagi suruhanjaya ini melihat dan mengenal pasti bahawa antara sebab-sebab mengapa kerapnya berlaku kegiatan tidak berintegriti di kalangan anggota penguat kuasa ialah kerana gaji, ganjaran serta saraannya yang diterima jauh lebih rendah berbanding dengan negara-negara lain. Saya percaya Yang Berhormat, kalau kita melihat dalam konteks pendapatan, cara yang paling mudah untuk mendapat pendapatan yang lebih lumayan ialah dengan mempunyai mahkamah- mahkamah di jalanan. Apabila berlaku negotiation di antara penguat kuasa dan juga yang bersalah kerana ia lebih kepada win-win situasi, menang-menang. Yang rugi hanyalah kerajaan. Jadi kalau ini sering berlaku, si pesalah yang melanggar undang-undang pun lebih rela membayar separuh daripada membayar harga penuh lebih-lebih lagi rakaman ataupun rekod pesalah tidak akan ada di dalam fail-fail mereka. Jadi apa kata Yang Berhormat kalau suruhanjaya ini juga diberikan satu peranan besar iaitu di samping menjalankan siasatan terhadap aduan-aduan oleh orang ramai, mereka juga mengkaji daripada segi pendapatan, daripada saraan dan juga dari segi elaun-elaun yang diterima oleh penguat kuasa ini yang boleh mengekang mereka daripada mengamalkan kegiatan tidak berintegriti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Jiran saya sebab mak dia dalam kawasan Ledang.

Pertama saya nak sebut Tuan Yang di-Pertua supaya ucapan dia masuk dalam ucapan sayalah kan. Cuma satu perkara Tuan Yang di-Pertua, laporan semalam 40 peratus anggota perkhidmatan awam di peringkat bawah ini gaji bersih mereka tidak cukup makan iaitu 40 peratus. Itu pada saya sangat serius. Kita tidak boleh sentiasa memberi. Makna, apa yang mereka tuntut kita beri ataupun kerajaan beri tetapi kepada saya kita perlu didik supaya mereka ini tahu mengurus kewangan masing-masing. Maknanya kita pakai baju ikut ukur badanlah. Walau bagaimanapun, kerajaan juga bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan asas yang cukup. Rumah kediaman ataupun elaun-elaun yang berpatutan mengikut kawasan bandar. Sekarang ada tetapi pada saya tidak cukup. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya melawat kawasan rumah kediaman JKR. Memang uzur dan saya yakin Tuan Yang di-Pertua, saya yakin bukan sahaja di tempat tersebut tetapi di seluruh negara. Ini pada saya sangat serius. Maknanya kerajaan didik mereka untuk memakai baju mengikut ukur badan tetapi pada masa yang sama harus juga dilihat kemudahan yang disediakan. Kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan disediakan oleh pihak kerajaan. Berbalik pada soal tadi Tuan Yang di-Pertua, yang soal umumnya orang Melayu tadi dan mereka ini adalah ramai anggota perkhidmatan awam. Kepada saya, di satu sudut segelintir ini bermasalah. Di sinilah Tuan Yang di-Pertua, peranan JAKIM untuk beri mereka tarbiah. Walaupun mereka mungkin berpangkat besar, tak salah. Kita ada JAKIM. Tarbiah mereka, didik mereka. Agak dah liat sangat baru kita buang. Jangan JAKIM pun buat hal. Macam begitu. Ini soal segelintir manusia kita nak jaga. Pada saya, bukannya payah sangat, cuma dua tiga orang terlibat. Saya sebut peringkat awal tadi, dua tiga orang sahaja buat hal tetapi seolah-olah semua. Kasihan anggota perkhidmatan awam, anggota penguat kuasa ini. Seolah-olah semuanya buruk belaka. Jadi, JAKIM ada peranan, JAKIM pada saya ada peranan. Mereka sepatutnya memberikan satu formula, satu tarbiah yang baik kepada mereka yang terlibat ini sebab kadang-kadang kita nak dakwa, tak cukup fakta. Ada peranan di situ. Jadi Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya merumuskan janganlah kita menghukum semua anggota ataupun agensi penguat kuasa termasuklah perkhidmatan awam yang lain kerana kita sebenarnya terpengaruh ataupun tertarik, ditarik oleh persepsi-persepsi jahat daripada siapa pun, daripada pihak mana pun akhirnya ia menjejaskan kerajaan keseluruhannya. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dimaklumkan perbahasan akan kita tamatkan sampai tamat persidangan pada hari ini dan untuk memberi ruang kepada lebih ramai yang berbahas, saya ingin hadkan masa perbahasan kepada 20 minit seorang. Saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang saya untuk terus membahas Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita membaca kamus, apa yang dimaksudkan integriti? Saya ingin menerangkan di sini maklumat yang saya peroleh. Integriti adalah bermaksud jata diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakap. Tuan Yang di-Pertua, ada yang menyatakan bahawa rang undang-undang ini lebih baik daripada Suruhanjaya Aduan Khas 2007 yang telah ditarik balik. SCC. Yang Berhormat Rembau ada kata beliau kecewa dengan rang undang-undang ini kerana mendapatinya kurang menyeluruh tapi ini langkah kecil meminta agar Ahli-ahli dalam Dewan ini menerima rang undang-undang ini.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, memang benar rang undang-undang ini lebih baik secara amnya daripada Suruhanjaya Aduan Khas yang sudah ditarik balik itu sebab suruhanjaya ACC itu hanya terpakai ke atas pegawai penguatkuasaan yang menjalankan kuasa di bawah tugas rasminya sahaja. Akan tetapi, rang undang-undang ini meliputi pegawai penguat kuasa yang menjalankan atau bukan menjalankan tugas rasminya. Rang Undang- undang Suruhanjaya di hadapan kita ini juga merangkumi di mana suruhanjaya boleh menyiasat mana-mana pihak yang bukan pegawai penguat kuasa. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, apakah Dewan yang mulia ini, Ahli-ahli dalam Dewan yang mulia ini hanya mahu menerima satu rang undang-undang yang lebih baik daripada SCC itu sahaja atau kita hendak yang terbaik? Yang terbaik tentulah IPCMC di mana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja. Mengapakah Dewan yang mulia ini tidak boleh dibentangkan satu rang undang-undang yang terbaik?

Penjelasan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Untuk memastikan... Maaf saya tiada masa. Bahawa barisan hadapan pegawai penguatkuasa...

Tidak sokong. Tidak sokong.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Kita adalah terdiri daripada mereka yang berintegriti untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap sistem pentadbiran mereka yang menjalankan...

Hendak sokong. Hendak sokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak beri laluan?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Maaf Tuan Yang di-Pertua, saya tiada masa. Secara amnya Tuan Yang di-Pertua, saya nampak rang undang-undang ini, kandungannya saya baca seksyen demi seksyen. Kesimpulannya yang saya boleh buat adalah kandungan rang undang-undang kongsi peranan, suruhanjaya, jawatankuasa aduan, pasukan petugas ini samar-samar. Nampaknya kerajaan mempunyai sikap berdolak-dalik, hendak buat, tidak mahu buat untuk memastikan pegawai penguatkuasaan ini mempunyai integriti yang paling tinggi nilainya. Macam ada niat, tiada niat berdolak-dalik dan rang undang-undang saya, kalau Yang Berhormat Ipoh Timur mengatakan ia tiada gigi, saya mengatakan bergigi, bergigi susu sahaja. Bergigi susu... [Dewan riuh] Bukan gigi kekal, bukan gigi taring. Bergigi susu Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Rembau mengatakan walaupun tidak menyeluruh tetapi, ia suatu langkah permulaan. Ya, memang ada kuasa menyiasat. Suruhanjaya ada kuasa menyiasat, menerima semua keterangan, memanggil saksi, mengeluarkan waran penangkapan tetapi, selepas itu apa yang ia boleh buat? Ia boleh rujuk-merujuk sahaja. Rujuk-merujuk kepada pihak berkuasa tatatertib, rujuk-merujuk kepada MACC, rujuk-merujuk kepada Pendakwa raya, itu sahaja. Berhenti di sana sahaja. Jikalau pihak berkuasa tatatertib, MACC, Pendakwa raya tidak bertindak, apa boleh buat? Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini senyap, senyap. Saya ingin merujuk seksyen ke seksyen. Tuan Yang di-Pertua, mengapakah rang undang-undang ini mengecualikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, seksyen 1(5). Ia tidak terpakai, akta ini, jika rang undang-undang ini diluluskan, ia tidak terpakai ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Jikalau kita membaca Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, akta tersebut, kuasa pegawai suruhanjaya begitu luas. Seksyen 10 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, akta tersebut mengatakan bahawa Pegawai Suruhanjaya mempunyai segala kuasa dan kekebalan seorang pegawai polis yang dilantik di bawah Akta Polis. Jikalau PDRM boleh berada atau terpakai akta ini ke atas PDIM di bawah jadualnya, mengapa Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dikecualikan jika, Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ini mempunyai kuasa seperti polis PDRM di bawah Akta Polis? Saya hendak tahu jika ada penyalahgunaan kuasa, ada salah laku di kalangan pegawai suruhanjaya, siapa memantau mereka? Sekarang seperti ini Tuan Yang di-Pertua, integriti MACC sudah tercabar.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Telah terhakis kerana MACC lebih fokus ke atas cow and cars yang telah diucapkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. MACC tidak nampaknya bebas, kalau wujudnya keadaan sedemikian, siapa boleh memantau MACC, kalau Suruhanjaya Integriti yang akan diluluskan oleh Dewan ini tidak terpakai ke atas MACC? Tuan Yang di-Pertua, perkara yang seterusnya ialah Tuan Yang di-Pertua kalau kita lihat seksyen 5. Seksyen 5 menyatakan bahawa keanggotaan suruhanjaya. Akan tetapi, adalah senyap, senyap kerana latar belakang kategori yang boleh dilantik untuk menduduki suruhanjaya ini, ia tidak memberi penerangan kecuali, kata mereka yang layak dilantik sebagai suruhanjaya jika dia bukan atau tidak pernah menjadi seorang pegawai penyiasat. Jikalau dia pernah, dia tidak layak tetapi, ia tidak dinyatakan dengan terang apakah latar belakang, kepakaran dan pengalaman? Senyap. Jadi, bagaimana kita boleh mengadakan satu suruhanjaya yang begitu tingginya, tugas yang begitu pentingnya dalam akta rang undang-undang ini senyap, berkenaan kelayakan mereka. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan berkenaan Keanggotaan Jawatankuasa Aduan juga, seksyen 16 yang saya nampak peranannya sebenarnya lagi penting daripada pesuruhjaya. Mengapa? Sebab Jawatankuasa Aduan yang akan menilai aduan-aduan yang telah diterima oleh suruhanjaya. Akan tetapi, apakah ada menyatakan kelayakan mereka, pengalaman mereka dan kepakaran mereka yang boleh dilantik? Senyap Tuan Yang di-Pertua. Lihat seksyen 16, senyap. Kita lihat seksyen 16(2), jawatankuasa am ini mempunyai kewajipan menerima aduan salah laku, menentukan jenis salah laku dan juga menjalankan penyiasatan awal. Jawatankuasa Aduan ini akan menyarankan menulis laporan apa tindakan yang patut diambil oleh suruhanjaya dan dia boleh menolak kes, membuat cadangan kepada suruhanjaya agar merujuk kes ini terus ke atas, kepada pihak berkuasa tatatertib tanpa sebarang penyiasatan yang dijalankan oleh pegawai suruhanjaya. Jawatankuasa Aduan hanya perlu membuat penyiasatan awal, assessment, menilainya secara am sahaja dan boleh seterusnya merujuk kes, menyarankan suruhanjaya merujuk kes kepada pihak berkuasa tatatertib atau jika ia bersifat jenayah kepada Pendakwa Raya. Jadi, peranan, fungsi Jawatankuasa Aduan ini sangat penting. Keanggotaannya mesti tercatat dalam kelayakannya mesti tercatat dalam rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan kepada seksyen 22 di mana saya juga sudah mencadangkan pindaan kepadanya. Jikalau kita mahu memastikan satu Suruhanjaya Integriti ini untuk memastikan barisan hadapan penguatkuasaan yang kita ada adalah berintegriti, berkaliber, bersih dan menjalankan amanahnya dengan baik, suruhanjaya ini mesti diberi gigi taring. Akan tetapi, jikalau kita lihat seksyen 22(1) memang jelas, mengatakan suruhanjaya boleh mempunyai kuasa menyiasat apa-apa salah laku. Kita baca seksyen 22(1), berpendapat suruhanjaya nampaknya amat penting, boleh menyiasat apa-apa salah laku. (cid:2)(cid:2)(cid:2)(cid:2)

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Namun begitu apabila kita membaca seksyen 22 subseksyen 2 dan 3, dia kata dia boleh merujuk jika kes itu adalah bersifat tatatertib kepada pihak berkuasa tatatertib. Subseksyen 3 merujuk aduan salah laku yang bersifat jenayah kepada pendakwa raya. Mengapakah suruhanjaya mengurangkan kuasanya sendiri? Mengapakah menjadikannya seperti messenger, Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu buat masa ini semua jabatan-jabatan, agensi-agensi mempunyai jabatan atau bahagian tatatertibnya sendiri. Mengapa kita perlukan suruhanjaya ini ? Sebab kita berpendapat, pihak berkuasa tatatertib atau disciplinary board di dalamnya, dalamannya tersebut tidak efisien. Kita ada Public Complaint Bureau. Kita dapati ia tidak efisien. Sebab itu orang ramai tidak ada keyakinan. Kita tengok PDRM pelbagai masalah. Sebab itu kita ada Suruhanjaya Diraja yang mencadangkan IPCMC disebabkan mekanisme dalaman mereka tidak berjaya. Sebab itu kita adakan suruhanjaya ini. Namun begitu kesannya Tuan Yang di-Pertua, kita baca seksyen 22(2) dan seksyen 22(3) di mana memberi kuasa kepada suruhanjaya membuat rujukan. Berbalik kepada mekanisme dalaman agensi tersebut yang sebenarnya sepanjang masa ini telah gagal.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kalau Tuan Yang di-Pertua, kita baca seksyen 24 di mana suruhanjaya boleh menerima begitu banyak kes di mana dia boleh menerima apa-apa aduan berkenaan tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis. Apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguat kuasa pada pendapat suruhanjaya adalah tidak munasabah, tidak adil, menindas atau berdiskriminasi. Apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh pegawai penguasa yang pada pendapat suruhanjaya dilakukan atas motif yang tidak wajar. Perlakuan apa-apa kesalahan jenayah itu (g) oleh pegawai penguat kuasa. Dia boleh terima. Dia boleh terima tetapi seksyen 22 membenarkannya setelah menerima dan menyerahkannya balik kepada pendakwa raya, kepada pihak berkuasa tatatertib. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi contoh apa yang dimaksudkan salah laku. Rasuah! Suruhanjaya kata rasuah ini di bawah MACC. Kalau contohnya seorang polis ada terima aduan suruhanjaya ada polis rasuah atau polis menggunakan keganasan atau tidak mengikut prosedur di lokap. Ini di bawah apa? Apakah suruhanjaya ini mempunyai kuasa untuk menyiasat atau suruhanjaya akan mengambil shortcut iaitu rujuk kepada polis. Ini bersifat jenayah rasuah, rujuk kepada MACC. Rasuah, amalan rasuah di bawah MACC. Keganasan, salah guna kuasa dalam lokap, pegawai polis contohnya ini adalah kerana perkara ini, apakah ini adalah di bawah lingkungan tatatertib? Kalau sedemikian, apakah kes atau aduan yang ditinggalkan untuk suruhanjaya untuk membuat siasatan? Tuan Yang di-Pertua, pemberian tender contohnya di mana ada yang membuat penawaran yang lebih baik tetapi tidak diberikan kepada pihak itu tetapi diberikan kepada pihak yang lain. Ini isu tatatertib, Tuan Yang di-Pertua atau isu salah laku? Kalau pegawai penguat kuasa melambat-lambatkan atau sengaja mengeluarkan notis atau saman, itu isu tatatertib atau isu salah laku? Itu persoalannya. Bolehkah Dewan yang mulia ini menjelaskan apakah kategori kes yang dimaksudkan salah laku di mana sini diberi kuasa untuk suruhanjaya rujuk-merujuk. Apa kes yang ditinggalkan yang boleh disiasat oleh suruhanjaya, Tuan Yang di-Pertua? Tadi saya kata samar-samar. Tidak jelas. Memang benar rang undang-undang membenarkan suruhanjaya atas inisiatifnya kalau kita baca seksyen 28. Inisiatifnya kalau suruhanjaya berpuas hati bahawa perkara itu mempunyai kepentingan yang saya nyatakan kepada orang ramai atau bahawa demi kepentingan awam untuk membuat sedemikian, suruhanjaya boleh memulakan siasatan walaupun tiada aduan. Akan tetapi bolehkah kita diberi kepastian dan keyakinan bahawa suruhanjaya ini akan bebas. Tidak berpolitik dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak Tuan Yang di-Pertua, untuk mengambil inisiatif menyiasat aduan atau kes-kes yang kita sampaikan. Suruhanjaya boleh kata ini tatatertib. Kita serahkan kepada pihak berkuasa tatatertib. Tuan Yang di-Pertua, apabila suruhanjaya diberi kuasa untuk merujuk kes kepada pihak berkuasa tatatertib tanpa satu siasatan yang mendalam, hanya bergantung kepada syor jawatankuasa aduan, satu penyiasatan awal sahaja ambil tindakan rujuk-merujuk kepada MACC, kepada pihak berkuasa tatatertib dan kepada pendakwa raya. Jika pihak berkuasa tatatertib dan pendakwa raya dalam masa 30 hari hanya perlu memberi maklum balas apa yang telah dibuatnya. Itu sahaja. Itu sahaja. Tiada apa-apa boleh dibuat kalau pihak berkuasa tatatertib atau pendakwa raya kata ‘kami sedang menjalankan siasatan’, ‘kami telah memanjangkan perkara ini kepada bahagian mana-mana’. Itu sahaja. Apakah suruhanjaya ini boleh mengambil tindakan yang lain untuk memastikan bahawa satu keputusan yang adil diberi kepada pengadu? Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini senyap. Rang undang-undang ini senyap! Kalau ACC kata yang telah ditarik baliklah, ACC ada kata ada kuasa rujuk-merujuk tetapi ACC ada kata suruhanjaya ini boleh memohon kemajuan bulanan tindakan diambil oleh pihak berkuasa tatatertib. Bulanan. Boleh meminta kemajuan bulanan tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa tatatertib. Namun begitu, ini tiada. Senyap! Mana ada gigi, Tuan Yang di-Pertua. Suruhanjaya ini. Walaupun siasatan jika suruhanjaya ini berpendapat mahu menjalankan siasatan ada salah laku, selepas semua siasatan dibuat, apa dia boleh buat, Tuan Yang di-Pertua? Selepas satu penyiasatan dibuat di bawah seksyen 30, suruhanjaya boleh membuat syor tentang hukuman yang patut dikenakan ke atas pegawai penguat kuasa berkenaan dan merujuk perkara itu.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Merujuk lagi walaupun suruhanjaya mendapati ada salah laku dan mencadangkan apa hukuman yang boleh diambil terhadap pegawai penguat kuasa. Namun begitu dia tidak boleh menguatkuasakan hasil siasatannya. Apa dia buat? Dia merujuk kepada pihak berkuasa. Sama juga kalau suruhanjaya ini telah membuat siasatan mengumpul semua maklumat dan mendapati satu kesalahan jenayah telah dilakukan oleh pegawai. Apa dia boleh buat? Kalau kita baca seksyen 30 subseksyen 1(b), dia kata suruhanjaya hendaklah merekodkan dapatannya dan membuka laporan dan kertas penyiasatannya dan merujuk perkara itu kepada pendakwa raya. Rujuk saja!

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran ll · Batu Pahat

Bukan gigi taringlah!

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Itu gigi susu, saya kata tadi. Merujuk saja walaupun suruhanjaya mendapati telah berlaku satu salah laku juga bersifat jenayah. Rujuk saja kepada pendakwa raya walaupun sesuatu penyiasatan yang mendalam telah dijalankan dan kalau apa perlu dibuat? Telah rujuk kepada pihak berkuasa tatatertib. Ini kurang sikitlah. 14 hari kena maklumkan apa keputusan dan tindakan yang telah diambil. Pendakwa raya boleh maklumkan dalam masa 14 hari apakah tindakan yang telah diambil. Itu sahaja. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, ringkas lagi. Sikit saja. Dua tiga seksyen lagi. Kita lihat Tuan Yang di-Pertua, di bawah seksyen 3 Tuan Yang di-Pertua, suruhanjaya sebenarnya telah diperuntukkan kuasa boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Dia boleh membawa tindakan tetapi Tuan Yang di-Pertua, seksyen 53 kata, “Tindakan tidak boleh diambil kecuali dengan keizinan bertulis pendakwa raya”. Bagaimana kita boleh memastikan pendakwa raya ini adalah bebas? Jika pendakwa raya ini perlu memelihara orang bawahannya, itu Tuan Yang di-Pertua, dan akhirnya Tuan Yang di- Pertua, saya ingin merujuk kepada seksyen 45. Saya terkejut Tuan Yang di-Pertua, seksyen 45 menyatakan, “Seseorang yang melakukan perbuatan menghina terhadap seorang pesuruhjaya melakukan satu kesalahan, dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya”. Apa dimaksudkan perbuatan menghina? Saya baca 45 subseksyen 2(b), “Apa-apa perbuatan tidak hormat atau apa-apa kejian atau ugutan terhadap seseorang pesuruhjaya pada bila-bila masa dan mana-mana tempat lain kerana dia menjalankan sifatnya sebagai seorang pesuruhjaya”. Apakah ini bermakna apabila ada Ahli-ahli Parlimen atau NGO-NGO yang berpendapat bahawa pesuruhjaya telah gagal atau lemah di dalam menjalankan tanggungjawabnya atau keputusannya, nampaknya tidak bebas, tidak adil atau tidak bertindak, apakah ini membuatkan seseorang itu boleh dikenakan seksyen 45? Walaupun ada kritikan, apakah ia boleh dipandang sebagai satu perbuatan tidak hormat kepada pesuruhjaya dan boleh dikenakan hukuman seperti saya katakan tadi penjara tempoh tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih seratus ribu atau kedua- duanya. Mengapakah diberi peruntukan sedemikian? Apakah pesuruhjaya kita tidak boleh menerima sebarang kritikan? Kalau kritikan boleh dilihat sebagai perbuatan tidak hormat, kalau kita baca definisi ini, ia melingkungi apabila kita membuat kritikan. Jadi saya pohonlah Tuan Yang di-Pertua, saya pohon ahli-ahli dalam Dewan yang mulia ini, kita tak mahu a better bill, we want the best bill. Kita bukan kata sekadar, “Oh, tak apalah, terima dululah, tengok berkesan atau tidaklah, bagilah sedikit masa lah”. Itu tidak memadai. We want the best, agar memastikan pegawai penguatkuasaan, keyakinan orang ramai dipulihkan dan mereka pegawai penguatkuasaan yang berintegriti tinggi menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik-baiknya. Sekian terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Labuan.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua memberikan peluang Yang Berhormat Labuan untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009. Saya agak tertarik kepada yang disuarakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi. Rang undang-undang ini cuma mempunyai gigi susu. Saya rasa gigi susu juga penting kerana anak kecil yang menyusu, kalau gigi susu itu keras, kalau dia gigit terasa juga. Jadi sedikit sebanyak seolah-olah beliau juga hampir bersetuju dengan cadangan-cadangan ini walaupun tidak sepenuhnya. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan...

Penjelasan sedikit boleh, Yang Berhormat Labuan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Pasal gigi susu Yang Berhormat?

Lebih kurang. Yang Berhormat Labuan, saya mendengar hujah Yang Berhormat Batu Gajah dan beliau bermula dengan terjemahan integriti itu dan saya percaya beliau tekun melihat kamus, tak tahulah kamus apa dilihat. Jadi mungkin juga boleh sarankan Yang Berhormat Batu Gajah suruh lihat makna “penghinaan” dan “kritikan”. Apa beza “kritik” dan apa beza “hina”? Boleh Yang Berhormat sarankan demikian kerana Yang Berhormat mula tadi dengan membidas hujah beliau. Terima kasih, Yang Berhormat.

Terima kasih, supaya saya tidak memanjangkan benda ini, terserahlah kepada beliau untuk menginterpretasikan apa yang dimaksudkan tadi. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya tidak akan mengulas tentang integriti polis kerana integriti polis ini terlalu sudah banyak dibidas dan seolah-olah polis ini tidak ada taring dalam Malaysia ini. Akan tetapi janganlah sampai begitu kerana saya rasa kalau tidak ada polis di Malaysia ini, kita juga susah. Apa masalah, kita buat laporan polis, kalau kita kena serang, kita buat laporan polis, bermakna polis masih mempunyai peranan yang tinggi di Malaysia ini. Jadi keamanan yang ada kita nikmati sekarang adalah yang telah pun dilaksanakan oleh polis. Mungkin sebahagian tidak berintegriti tetapi secara keseluruhan, saya rasa Malaysia masih mempunyai polis-polis yang baik. Apa yang saya mahu ketengahkan di sini Tuan Yang di-Pertua, adalah salah satu agensi yang terlibat di dalam Suruhanjaya Integriti Penguatkuasaan ini adalah kastam. Seperti mana di Labuan, Labuan adalah salah sebuah pulau bebas cukai. Jadi saya ingin mengimbau kembali. Seperti mana yang saya pernah suarakan pada masa-masa yang lalu, kalau kita lihat di Labuan, kontena yang masuk, yang terdiri daripada minuman keras, beer dan liquor, dengan izin. Hampir seratus kontena setiap bulan. Kita bayangkan, kalau seratus kontena setiap bulan masuk ke Labuan, hampir seluruh penduduk Labuan boleh mandi dengan bir. Banyak itu, seratus kontena. Jadi, ke manakah perginya barang-barang tersebut? Kita bayangkan kalau seratus kontena, satu tahun mungkin dalam 1,200 kontena. That is a lot of beer and liquor in Labuan. Jadi saya lihat di sini, secara langsung ataupun tidak langsung, saya rasa ada unsur-unsur penyeludupan ataupun smuggling antara Labuan sama ada tanah besar Sabah, Sarawak dan juga tempat-tempat lain, mungkin juga direct transshipment atau sebagainya. Apakah tindakan-tindakan yang akan diberikan oleh kerajaan? Apakah mereka-mereka yang bertugas seharusnya mencegah ataupun memonitor kemasukan benda tersebut? Kalau kita lihat, kalau ada yang masuk dan ada yang keluar, sekurang- kurangnya kita lihat ke mana hala tuju yang keluar? Jadi di manakah kuasa ataupun tanggungjawab jabatan-jabatan tersebut yang berkenaan kerana secara kasar kita lihat Labuan seolah-olah macam transit point untuk benda-benda tersebut. Sebagai Ahli Parlimen dari Labuan, saya rasa saya juga kurang senang dalam hal ini kerana majoriti penduduk di Labuan adalah lebih daripada 70 percent beragama Islam. Jadi dalam hal ini, saya rasa kerajaan juga harus memainkan peranan. Diharapkan, dengan adanya rang undang-undang yang akan kita sokong ini, insya-Allah, dapat memantau perkara-perkara tersebut supaya kalau status duty-free itu betul-betul gunakan status duty-free secara yang terbaik.

Jangan ada orang-orang tertentu mengambil kesempatan menggunakan status duty-free Labuan untuk mereka menyeludup benda-benda yang haram ini. Yang kedua, iaitu tentang pendatang haram. Ini mungkin tugas imigresen, di Sabah dan Labuan, saya rasa masih banyak masalah-masalah pendatang haram tersebut. Ini juga harus diadakan pemantauan, kerana kalau kita lihat selama 50 tahun lebih kita sudah merdeka, undang-undang sudah pun kita laksanakan tetapi kelemahan yang ada pada kita adalah pemantauan, enforcement yang mana seolah-olah walaupun ada undang- undang, tetapi kita tidak melaksanakan secara telus. Diharapkan juga dengan adanya undang-undang baru ini, undang-undang tambahan. Undang-undang penguatkuasaan ini dapat mengurangkan pendatang-pendatang haram atau pendatang tanpa izin di Labuan kerana baru-baru ini, kita mengalami musibah di Labuan. Hampir 400 rumah pelarian sebenarnya yang terbakar di Labuan tetapi saya rasa sebahagian daripadanya adalah mereka-mereka yang tidak mempunyai identiti yang lengkap, yang mana kita istilahkan sebagai pendatang tanpa izin.

Penjelasan...

Jadi kita lihat kerajaan telah pun membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membantu mereka yang mengalami kebakaran dan juga termasuk orang-orang yang tidak mempunyai identiti yang lengkap.

Yang Berhormat, penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Labuan telah menyentuh tentang isu pendatang tanpa izin di Sabah saya ingat, termasuk Labuan. Isu pendatang tanpa izin (PTI) ini berkait rapat dengan isu kad pengenalan yang palsu dan yang disyaki tidak palsu. Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat masih ingat satu ketika dahulu kita ada satu Jawatankuasa Integriti juga integriti iaitu badan Parlimen yang dipengerusikan seorang Yang Berhormat Menteri dan ahli-ahlinya terdiri daripada Ahli Parlimen daripada kerajaan dan juga pembangkang. Apabila jawatankuasa ini menerima laporan daripada awam, satu mesyuarat telah diadakan dan Jabatan Pendaftaran Negara dan juga imigresen telah dipanggil ataupun summoned to appear before the committee. Akan tetapi kedua-dua jabatan ini enggan untuk datang. Sehinggakan Pengerusi Jawatankuasa tersebut telah meletakkan jawatan atas dasar prinsip bahawasanya tidak guna wujud Jawatankuasa Integriti itu kalau jabatan- jabatan yang dipanggil itu ingkar untuk hadir. Jadi Yang Berhormat, ini juga satu Suruhanjaya Integriti. Adakah Yang Berhormat memikirkan dengan peruntukan dalam akta ini adakah ia lebih berkuasa dan mampu untuk memanggil, menyiasat ataupun menjalankan interview terhadap jabatan-jabatan berkenaan berbanding dengan Jawatankuasa Integriti Parlimen iaitu Parliamentary Branch. Minta pendapat Yang Berhormat. Terima kasih. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Memandangkan Jawatankuasa Integriti yang telah pun ditubuhkan seperti mana Yang Berhormat nyatakan, tidak melaksanakan fungsinya, diharapkan kerana sesuatu yang tidak berfungsi dan juga sesuatu yang baharu. Kalaulah betul-betul rang undang-undang ini iaitu Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang mana 21 agensi tersebut termaktub ataupun termasuk dalam senarai di sini. Saya rasa tidak mustahil untuk mereka dipanggil dan diberikan petunjuk yang lebih baik kerana dari apa yang kita lihat, kalau betul- betul gigi susu tadi yang mempunyai taring sedikit akan berkuasa, insya-Allah benda ini akan dapat diselesaikan. Apa yang kita lihat bukannya rang undang-undang ataupun kuasa-kuasa yang diberikan tetapi yang penting adalah komitmen kita untuk menjalankan tugas tersebut. Kalau kita komited dengan tugas kita, saya rasa semua rang undang-undang yang ditubuhkan akan dilaksanakan dengan baik. Masalahnya adalah kita tidak komited dengan apa yang kita buat.

Itu masalahnya, jadi insya-Allah dengan adanya ini, mungkin satu undang-undang tambahan dapat dilaksanakan dan akan dapat melaksanakan tugas yang telah pun diberikan tadi. Kedua, adalah seperti Yang Berhormat Tuaran nyatakan tentang kad pengenalan palsu. Begitu juga di Labuan dan Sabah. Kita juga begitu hairan terlalu banyak, masalah- masalah kad pengenalan yang palsu, bukan juga palsu tetapi yang dilihat adalah menyerupai MyKad dan diterima oleh mana-mana kerajaan. Jadi ini bermakna walaupun cara pembuatannya tidak mengikut prosedur dan peraturan tetapi kad pengenalan tersebut adalah kad pengenalan asli, yang boleh dipakai dan digunakan di mana-mana sahaja. Jadi inilah yang kita lihat kadang-kadang kalau ikut prosedur untuk menjadi permanent residential iaitu penduduk tetap mengambil waktu lima ke tujuh tahun. Akan tetapi kadang-kadang ada waktunya, tidak sampai lima tahun sudah pun mempunyai MyKad. Jadi di manakah silapnya? Ini yang penting adalah pemantauan kepada mereka yang mempunyai kuasa terutamanya di bahagian Jabatan Pendaftaran. Ini harus kita pantau sebaik-baiknya supaya perkara yang berlaku di Sabah dan juga Labuan tidak akan berterusan. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan Terima kasih. Tadi Yang Berhormat Tuaran pun ada sebut mengenai Jawatankuasa Integriti yang ada di dalam Parlimen. Akan tetapi nampaknya usaha Jawatankuasa Integriti disabotaj sehingga tidak boleh buat apa- apa persiapan laporan. Sungguhpun masa itu kerajaan lama dan Yang Berhormat Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri di hadapan saya, ada berkata bahawa dalam Parlimen yang baru bahawa Jawatankuasa Integriti akan ditubuhkan supaya usaha yang dibuat di Parlimen yang lalu akan tidak menjadi sia-sia. Setelah 15 bulan tidak ada usaha untuk menubuhkan Jawatankuasa Integriti, adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan Perdana Menteri baru ini tidak begitu komited kepada integriti atau akan adakah Yang Berhormat pun akan menggesa bahawa Jawatankuasa Integriti yang patut ditubuhkan seperti yang ada dalam Parlimen dahulu.

Itu cuma mungkin perception sahajalah. Akan tetapi walau macam mana pun, walau pun sudah 15 bulan saya rasa kementerian juga mempunyai tanggungjawab dan juga saya rasa benda ini akan diteruskan. Mudah-mudahan sekiranya ada rang undang-undang ataupun Agensi Penguatkuasaan ini dapat kita laksanakan, saya rasa yang sudah lama itu boleh kita gantikan dengan ini, kerana ianya juga sedikit sebanyak dapat membantu dan menyelesaikan masalah. Tujuan kita adalah untuk penyelesaian masalah. Apa jua undang-undang yang ditubuhkan kalau kita tidak laksanakan maka semua masalah tidak akan selesai. Jadi saya harapkan apa yang disuarakan tadi, akan sama-samalah kita lihat. Kita kena cuba dahulu benda yang baru ini. Mudah-mudahan ia akan dapat menyelesaikan masalah. Tujuan kita adalah untuk penyelesaian masalah bukan mencari itu dan ini. Jadi yang saya teruskan tadi mengenai IC palsu dan sebagainya. Diharapkan pihak kementerian ataupun agensi tersebut dapat betul-betul melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kerajaan demi untuk kepentingan rakyat. Kalaulah rakyat asing dengan mudah mendapatkan legal document seperti itu, di manakah komitmen kita sebagai ketua-ketua jabatan dan juga pegawai-pegawai yang ditauliahkan oleh kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Seterusnya dalam hal ini kita bayangkan, kalau kita sendiri ke Filipina ataupun ke Indonesia tanpa dokumen, saya rasa belum sempat kita mendarat di pelabuhan, kita sudah kena suruh balik. Kenapa kita terlalu fleksibel dalam hal ini, untuk memberikan peluang kepada mereka-mereka ini datang ke negara kita secara berleluasa tanpa memberikan hukuman yang begitu berat. Contohnya dalam hal pendatang tanpa izin, bukan sahaja pendatang asing pembantu di Malaysia yang kononnya dianiaya, bukan semua yang menganiaya. Itu sahaja melihatkan liputan media daripada Indonesia sehingga memburuk-burukkan negara kita Malaysia.

Kita dapat lihat kalaulah benda ini berlaku kepada kita, Indonesian illegal immigrant pun datang ke tempat kita. Kita cuma tangkap dan dibagi makan terus dihantar pulang. Akan tetapi kalaulah orang kita yang datang ke Indonesia macam itu mungkin tidak sempat pulang. Mungkin dikurung dan dihukum dan sebagainya. Kita tidak tahu kerana tidak ada pengalaman orang-orang Malaysia jadi pendatang tanpa izin di Indonesia mahupun di Filipina. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya yang saya akan bangkitkan adalah Jabatan Perikanan. Saya juga mempunyai pengalaman di Labuan mahupun di Sabah. Apa yang kita lihat ialah komitmen jabatan tersebut terhadap perairan di kawasan kita, kerana sebahagian daripada nelayan-nelayan asing ini, yang kebanyakannya terdiri daripada suku kaum Filipina telah pun merosakkan batu karang kita dan sebagainya, yang mana pengeboman ikan-ikan di laut begitu berleluasa. Akan tetapi tangkapan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan terhadap mereka-mereka yang mengebom ikan ini sedikit sekali.

Sedangkan aktiviti tersebut hampir setiap minggu berlaku, tetapi tangkapan beberapa percent sahaja yang berlaku. Konon dengan alasan peralatan tidak cukup, bot kurang laju dan sebagainya. Ini bukan satu alasan sebenarnya. Kalau betul-betul kita kekurangan peralatan, kita haruslah, I think kerajaan kena committed untuk memberikan mereka bot-bot laju dan sebagainya ataupun peralatan yang canggih untuk mengelakkan benda-benda tersebut. Kalaulah benda ini berleluasa sampai 10 atau 20 tahun lagi, saya rasa kita di Malaysia juga sudah kekurangan makanan laut yang mana ini adalah sumber makanan utama kepada negara kita. Apakah kita akan merasakan benda-benda ini akan berlaku berterusan jadi generasi kita yang akan datang juga tidak akan menikmati lagi makanan laut yang begitu bagus, terutamanya. Ini adalah kerana di Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak pengeluar ikan dan udang yang berkualiti tinggi. Jadi diharapkan kepada agensi-agensi yang berkaitan dapatlah memberikan komitmen yang tinggi kerana saya rasa setiap agensi kerajaan mempunyai rang undang- undang tersendiri. Kalaulah mereka mematuhi rang undang-undang yang ada, saya rasa tanpa ini pun sudah cukup. Akan tetapi oleh sebab mereka juga tidak mematuhi rang undang-undang yang sudah sedia ada, saya rasa dengan adanya Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 akan dapat membantu semua masalah yang saya nyatakan tadi. Terima kasih. Saya turut menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tahu ramai lagi yang hendak membahaskan rang undang-undang ini. Seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Yang di-Pertua sebentar tadi bahawa perbahasan ini perlu kita hentikan malam ini juga. Maka saya mohon maaf kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berminat untuk berbahas itu kerana saya tidak dapat benarkan. Lain kali kita akan benarkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bahas. Banyak sudah pendapat yang kita dengar daripada wakil-wakil rakyat yang membahaskan rang undang-undang ini. Oleh yang demikian, saya minta kalau boleh Menteri yang menjawab.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, terutamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 ini. Ramai Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan saya tidak berkesempatan untuk menyebut semua di dalam ucapan awal saya ini. Saya bermula dengan Yang Berhormat Kepong, tadi ada sekarang sudah tiada. Beliau telah menyatakan pandangan beliau bahawa suruhanjaya untuk begitu banyak agensi tidak begitu berkesan. Saya ingin katakan di sini bahawa kita perlu lihat terlebih dahulu penguatkuasaan rang undang-undang ini dan beri peluang kepada suruhanjaya ini melaksanakan fungsi-fungsinya. Sekiranya setelah beroperasi dan terdapat apa-apa kelemahan, maka kita akan perbaiki kelemahan tersebut supaya suruhanjaya dapat menjalankan fungsinya dengan baik dan efektif.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Kerajaan telah meluaskan bidang kuasa suruhanjaya integriti ini supaya meliputi agensi-agensi penguatkuasaan lain kerana mengambil kira bahawa di masa hadapan mungkin akan berbangkit isu dan aduan, salah laku terhadap agensi-agensi penguatkuasaan selain Polis Diraja Malaysia. Kerajaan tidak mahu setiap kali berlaku isu yang menyentuh, sesuatu agensi penguatkuasaan tertentu, satu suruhanjaya baru perlu ditubuhkan. Kelak kita akan dibanjiri dengan jumlah suruhanjaya yang banyak untuk menangani setiap agensi penguatkuasaan. Memadailah dengan adanya satu suruhanjaya integriti ini untuk menangani pelbagai agensi penguatkuasaan sebagai, one-stop agency. Yang Berhormat Kepong juga telah menyentuh tentang kekosongan 20 peratus kakitangan di dalam Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Boleh minta jalan?

Nanti saya habis Yang Berhormat Kepong...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Baik.

Untuk makluman Yang Berhormat Kepong, kekosongan tersebut berlaku apabila berlakunya kenaikan pangkat dan pertambahan 500 perjawatan baru yang diluluskan pada September 2008. Kekosongan ini sedang diisi dan seramai 139 orang pegawai lantikan baru telah melaporkan diri. Pengambilan pegawai dan kakitangan SPRM akan dibuat secara berterusan untuk memastikan SPRM dapat berfungsi dengan berkesan. Merujuk kepada komen Yang Berhormat tentang kebebasan SPRM yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, saya ingin memaklumkan bahawa SPRM diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri hanya bagi tujuan pentadbiran dan urusan Parlimen sahaja. Secara operasi SPRM adalah bebas dan bagi tujuan untuk meningkatkan lagi ketelusan, maka diwujudkan beberapa Jawatankuasa Pemantau iaitu Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Jawatankuasa Aduan, Panel Penilaian Operasi dan Panel Perundingan dan Pencegah Rasuah yang akan membantu menasihati dan memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Merujuk kepada soalan Yang Berhormat Kepong mengenai penempatan dan kakitangan Suruhanjaya Integriti...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Penjelasan.

Boleh saya... Saya kena pergi Kota Melaka dahulu.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Okey, boleh.

Lain kali saya jawab jangan keluarlah.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Jangan lari, balik sekarang.

Tidak, saya tidak lari. Bila saya lari Yang Berhormat, tidak pernah lari. Itu lain, ini Padang Rengas. Ingin saya memaklumkan bahawa buat ketika ini Suruhanjaya Integriti ini akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Peletakan Suruhanjaya Integriti di bawah Jabatan Perdana Menteri juga adalah bagi tujuan pentadbiran sahaja dan tidak akan menjejaskan kebebasan Suruhanjaya Integriti menjalankan fungsinya. Buat masa ini jumlah kakitangan Suruhanjaya Integriti ini belum dapat ditentukan lagi. Walau bagaimanapun kerajaan akan memastikan bahawa Suruhanjaya Integriti ini dilengkapkan dengan bilangan kakitangan yang mencukupi bagi membolehkan Suruhanjaya Integriti menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya dengan efisien dan efektif. Seksyen 14 dan 15 akta yang dicadangkan memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk melantik apa-apa bilangan pegawai dan kakitangan yang perlu serta mengambil khidmat perunding.

Suruhanjaya juga diberi kuasa untuk meminjam mana-mana pegawai daripada mana-mana agensi penguatkuasaan lain untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsi dan kuasanya. Selain itu jika Suruhanjaya Integriti memerlukannya seksyen 20 akta yang dicadangkan membolehkan suruhanjaya menggunakan khidmat mana-mana kakitangan atau kemudahan sesuatu jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan atau berkanun dan mana-mana pegawai penguat kuasa dari mana-mana agensi penguatkuasaan untuk membantu suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya. Jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau berkanun dan agensi penguatkuasaan itu berkewajipan untuk membantu suruhanjaya sekiranya suruhanjaya memerlukan bantuan itu. Mengenai pertanyaan Yang Berhormat Kepong mengenai pertindihan peruntukan antara Suruhanjaya Integriti ini dengan SPRM, ingin saya maklumkan bahawa tidak berlaku apa-apa pertindihan kerana Suruhanjaya Integriti akan merujukkan aduan mengenai kesalahan rasuah kepada SPRM untuk siasatan. SPRM ditubuhkan dengan khusus bagi menangani masalah rasuah, apa yang dilakukan oleh Suruhanjaya Integriti selepas merujukkan sesuatu aduan kepada SPRM di bawah seksyen 27 akta yang dicadangkan ini ialah untuk memantau tindakan SPRM. SPRM perlu menyiasat aduan itu dan menyampaikan dapatannya, findings, dengan izin, dapatannya kepada Suruhanjaya Integriti dalam masa 30 hari selepas SPRM menerima aduan itu daripada Suruhanjaya Integriti. Dengan itu tidak berlaku apa-apa pertindihan peruntukan antara Suruhanjaya Integriti degan SPRM. Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tadi ada sentuh tentang one-stop agency iaitu kerana tidak mahu terlebih banyak suruhanjaya sebab itu disatukan. Saya nampak dalam 21 agensi ini tidak nampak ada agensi-agensi yang akan melibatkan, selalu permintaan untuk dapatkan CF. Ada beberapa agensi yang perlu memberikan surat sokongan dan di antara ini ada satu ruangan selalu terlibat tentang penyalahgunaan kuasa atau melibatkan rasuah. Sebab itu saya hendak tanya mengapa Jabatan Bomba tidak terkandung dalam 21 agensi itu. Sebab ini ialah salah satu agensi yang ada terlibat dengan penguatkuasaan terutama dalam safety measure atau fire safety. Sebab itu mengapa dia tidak termasuk dalam 21 agensi itu.

Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin sebutkan di sini iaitu senarai ini tidak eksotik. Bermakna bahawa di masa-masa yang akan datang ianya boleh ditambah ataupun dikurangkan. Jadi kemungkinan pada peringkat ini balai bomba itu tidak dimasukkan. Ini kerana dari segi penguatkuasaan ada perbezaan sikit. Bomba ia tidak ada kuasa penguatkuasaan seperti polis, kastam, imigresen kerana ia melibatkan laporan orang terhadap sesuatu perkara yang berlaku dan ia pergi sama ada hendak memadamkan api ataupun menyelamatkan kucing di atas pokok sebagai contoh. Akan tetapi sekiranya ada tindak kelakuan mereka yang dianggapkan sebagai kurang ajar kah pegawai-pegawai itu, maka kesalahan itu boleh dilaporkan kepada badan disiplinnya untuk diambil tindakan. Namun saya hendak sebut di sini, senarai ini tidak exhaustive. Kalau ada justifikasi dan keperluannya, saya tidak fikir iaitu bahawa kerajaan akan mengecualikan mereka daripada senarai yang dianggap sebagai badan penguat kuasa yang harus dikawal oleh SIAP ini.

[Bangun]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Sikit, minta penjelasan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri yang katakan tentang kerja seharian yang bomba terlibat dalam menyelamatkan atau memadamkan api. Saya bukan sentuh tentang ini, sebab sekarang keperluan untuk kerajaan tempatan. Bomba perlu satu padang dan sign board pun perlukan kelulusan dari bomba.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Jika renovation ataupun ubah suai ini perlu juga dapat surat kelulusan dari bomba termasuk kalau bangunan yang baru ini. Ini satu ruangan saya bagi kepada penguatkuasaan ini mungkin terlibat dalam kes-kes penyalahgunaan kuasa atau rasuah. Oleh sebab itu saya anggap bomba sepatutnya termasuk dalam suruhanjaya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat Yang Berhormat Kota Melaka memberi satu hujah yang saya rasa perlu dipertimbangkan. Perkara ini boleh kita lakukan sebab saya sebut sebentar tadi senarainya tidak exhaustive. Yang Berhormat Ipoh Timur, tidurkah?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut mengenai MACC, mengenai beberapa komuniti yang diadakan. Akan tetapi adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa nampaknya tidak berkesan dan enam bulan ini tidak ada apa-apa kemajuan yang boleh mempertekankan kepercayaan orang ramai terhadap MACC yang lebih baik daripada ACA. Kalau tidak boleh mewujudkan perasaan rakyat bahawa MACC lebih baik, lebih berkesan daripada ACA apa guna menubuhkan satu MACC. Satu contoh ialah oleh kerana nampaknya MACC ialah bertanggungjawab bukan untuk membanteras rasuah tetapi untuk membantu parti memerintah untuk berikan agenda. Apa yang berlaku, kita ada satu jawatankuasa bukan Parliamentary Select Committee tetapi satu jawatankuasa yang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen. Akan tetapi apabila PAC mengadakan satu siasatan mengenai skandal Port Klang Free Zone dan Chief Commissioner MACC hadir dan pagi itu sebelum dia menghadiri dia ada jumpa Yang Berhormat Menteri dalam pejabat beliau, saya tahu. Bukankah benar bahawa Chief Commissioner ditanya beberapa soalan mengenai skandal PKFZ. Dia enggan bekerjasama, kata tidak tahu atau tidak boleh beri apa-apa keterangan. Kalau begitu apa guna jawatankuasa ditubuhkan terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen untuk memantau MACC. Bukan ini menunjukkan bahawa MACC sebenarnya bukan mekanisme yang tidak memuaskan hati. Kenapa dalam Rang Undang-undang SIAP ini apabila ada peruntukan bahawa semua perkara yang ada melibatkan korapsi patutlah dirujuk kepada MACC dan bukan disiasat sendiri oleh SIAP. Inilah satu ciri-ciri yang tidak memuaskan. Oleh kerana itu akhirnya korapsi akan bermaharajalela, lebih teruk di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menafikan bahawa sememangnya Chief Commissioner MACC berjumpa dengan saya pada pagi itu... [Disampuk] Ini kerana tidak ada masalah apa. Saya bertanya kepada dia mengapa tidak hadir apabila PAC panggil dia. Ini kerana PAC merupakan badan yang ditubuhkan di bawah peraturan Parlimen kita dan mesti dihormati oleh semua. Kalau KSU sekali pun dipanggil kena datang. Dia memberitahu kepada saya iaitu sebenarnya dia mempunyai satu mesyuarat yang terlebih awal yang telah ditentukan, sebab itu dia tidak dapat datang. Oleh kerana menghormati kehendak PAC, dia menyuruh Ketua penyiasat iaitu saudara Syukri untuk hadir. Cuma saya kata iaitu bahawa lain kali surat itu jangan tulis mengatakan dia mempunyai satu mesyuarat yang lebih penting. Itu yang saya difahamkan. Saya katakan lebih baik kalau ditulis, “Saya terpaksa menghadiri satu mesyuarat yang telah terlebih dulu diputuskan.” Itu yang saya panggil dia. Kemudian saya bertanya dengan dia, apakah sebab- sebabnya mengapa kalau tidak boleh diberikan kenyataan kepada PAC. Dia memaklumkan kepada saya, “Menteri, PKFZ ini merupakan satu perkara yang sedang disiasat oleh SPRM maka dia terikat. Termasuklah kepada PAC dia tidak boleh menzahirkan perkara-perkara yang sedang dalam penyiasatan.” Dia telah menyebut seksyen-seksyen tertentu di bawah SPRM. Jadi saya menerimalah penjelasan dia dan saya kata, “Ini kena pergi jumpa dengan mereka. Kalau ini merupakan alasan, kena bagi tahu kepada mereka.” Oleh sebab itu dia pergi jumpa. Tidak lebih daripada itu. Jangan Yang Berhormat fikirkan iaitu bahawa saya telah memberitahu kepada dia, “Jangan jawabkah, apakah...” Maka dengan itu sebenarnya saya menyiasat daripada dia di atas aduan-aduan yang dibuat oleh PAC. Jadi itu sahaja...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

[Bangun]

Apa lagi?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Mengenai perkara ini. Penting oleh kerana Yang Berhormat Menteri ada mengakui.

Benda dalam siasatan...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya ucap syabas oleh kerana keterangan itu. Akan tetapi bukankah benar bahawa sebenarnya, apa PAC mahu antara lain ialah mengenai kes-kes yang sudah tutup. Oleh kerana sungguhpun PKFZ di buka semula, tetapi ada kes empat laporan yang dibuat kepada ACA daripada tahun 2004 kepada 2007 yang ada disiasat ada ditutup mengenai skandal Port Klang Free Zone. Bukankah tanggungjawab MACC ialah memberitahu, melaporkan kepada PAC apa yang ditanya apa, kenapa kemajuan empat kes itu. Bukan tanya mengenai live inquiry tetapi apa yang ditutup. Kalau ini pun tidak boleh diberitahu, kenapa MACC boleh umumkan mengenai tindakan boleh diambil terhadap Menteri Besar Selangor mengenai cows and cars. Oleh sebab itu MACC dikenali sebagai ‘Malaysian Agency for Cows and Cars’, kenapa?

Tuan Yang di-Pertua, penyiasatan itu adalah live penyiasatan. Jadi ada perkara-perkara yang saya fahamkan penyiasatan PFKZ itu belum ditutup. Akan tetapi kalau sekiranya ada aduan-aduan yang telah dibuat terlebih dahulu ianya masih lagi dalam penyiasatan dan tidak boleh kita benarkan keluar setengah dan dalam masa yang sama penyiasatan masih live, tidak boleh. Dia ada berkaitan. Penyiasatan itu ialah kepada PKFZ secara keseluruhan. Oleh sebab itu dia tidak boleh menzahirkan satu-satu fakta yang difikirkan itu adalah merupakan penyiasatan keseluruhan bukan section by section, sebab itu dia tidak boleh zahirkan.

Saya percaya sampai masanya nanti semuanya akan terbongkar dan saya yakin, iaitu bahawa MACC, mereka bangga dengan kebebasan yang ada kepada mereka. Saya sebenarnya tidak langsung diberitahu tentang perkembangan. Kalau saya sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab kepada MACC, tidak boleh diberitahu walau sedikit pun tentang apa-apa hasil penyiasatan, mana mungkin boleh diberitahu kepada orang lain. Oleh sebab itu, kita biarlah mereka siasat. Cuma Yang Berhormat, saya harap Yang Berhormat sabar sedikit. Sabar sedikit, dan jangan ada sikap prejudis dan negatif terhadap MACC ini. MACC ini, cattle and cowskah, cars and cowskah, itu Yang Berhormat punya pandangan. Bagi sebahagian besar daripada masyarakat, tidak menganggap MACC sebagai cars and cattlelah, ataupun cows.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Kenapa MACC dibenarkan untuk membuat pengumuman mengenai cows and cars terhadap Menteri Besar Selangor, tetapi tidak boleh memberitahu apa-apa yang berlaku dalam Port Klang Free Zone scandal, RM2.5 bilion scandal. Kenapa..., ada perbezaan? Apa perbezaan?...

Perbezaan dia, apabila tentang cars and cattle ini, hanya pengumuman mengatakan iaitu bahawa, penyiasatan telah siap, dan tindakan mungkin akan diambil. Begitu sahaja. Walhal, PKFZ ini, penyiasatan telah pun berjalan. Jadi, faktanya sama saja. Dalam PKFZ, diberitahu penyiasatan sudah berjalan. Dalam cattle and cow, dia memberitahu bahawa penyiasatan telah habis, dan pendakwaan mungkin akan dibuat. Jadi, apa benda yang dianggap sebagai bias nya. Perkaranya sama saja. Sila Yang Berhormat Gombak.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menjelaskan dalam Dewan ini bahawa, memberi jaminan bahawa Jabatan Perdana Menteri, tidak akan mempengaruhi operasi SPRM. Untuk meningkatkan lagi operasi SPRM, beberapa jawatankuasa dibentuk supaya prestasi dan performance SPRM itu dapat dipertingkatkan.

Akan tetapi, apakah Yang Berhormat Menteri sedar, salah satu jawatankuasa yang dibentuk itu, Jawatankuasa Khas SPRM ini sudah lebih lapan bulan jawatankuasa ini dibentuk, baru ada satu mesyuarat yang diadakan, iaitu minggu lepas? Jadi, bagaimana mungkin SPRM dapat berfungsi dengan lebih efektif dan berkesan? Apabila setelah dilancarkan lebih lapan bulan yang lalu, jawatankuasa khas ini, yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Kangar, saya ingat, mengambil masa lapan bulan untuk mesyuarat. Saya tidak nampak jaminan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, bahawa dengan pembentukan jawatankuasa-jawatankuasa ini, SPRM mampu meningkatkan prestasi dalam menjalankan operasi mereka. Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri tidak berpuas hati kalau sekiranya mana-mana panel ataupun jawatankuasa yang dibentuk tidak bermesyuarat. Saya sebenarnya bertanya setiap kali, bukan saja kepada Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kepong, sudahkah mesyuarat ataupun belum? Saya dimaklumkan iaitu bahawa ceritanya sudah mahu mengadakan mesyuarat, tapi disabitkan oleh sebab peletakan jawatan Perdana Menteri. Ini disebabkan ada berlaku rombakan Jemaah Menteri Kabinet, dan seorang daripada wakil yang dipilih, iaitu Yang Berhormat Muar. Dia telah pun dilantik menjadi ahli pentadbiran. Jadi, oleh sebab itu, pengerusi tidak meneruskan mesyuarat dan menunggu, supaya digantikan pihak Yang Berhormat Muar itu dengan yang baru, dan ini yang dikatakan... Walau bagaimanapun, saya difahamkan telah pun bermesyuarat sekali. Saya tidak dapat hendak mengesahkan, tapi saya difahamkan telah pun bermesyuarat kerana saya kata itu bahawa, tidak mengapalah, kalau hendak diganti pun, kita ganti nanti, tapi bermesyuaratlah dulu. Akan tetapi, jangan kerana kelemahan satu-satu panel ataupun jawatankuasa, kita menyatakan ini merupakan kegagalan. Kegagalan itu, jawatankuasa itu sahaja. Itu pun, saya tidak menganggap sebagai gagallah, mungkin ada sebab-sebab tertentu. Akan tetapi sememangnya Yang Berhormat, saya tidak berpuas hati. Sememangnya saya bertanya setiap kali, bilakah mereka akan bermesyuarat, kerana selaku Menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen, saya sendiri juga merasa tidak gembira, kerana jawatankuasa ini tidak bermesyuarat.

Penjelasan, Tuaran. Terima kasih Yang Berhormat. Persoalan saya ini, ada kaitan dengan soalan dari Yang Berhormat Kota Melaka, iaitu tadi, Yang Berhormat telah mengatakan bahawa, senarai agensi-agensi di bawah akta ini, bukanlah exhausted. Maknanya, kemungkinan ada agensi yang lain akan dimasukkan, tapi saya lihat semua agensi ini, adalah agensi nasional ataupun peringkat nasional. Apakah kerajaan ada perancangan untuk memasukkan agensi peringkat kerajaan negeri, sebab Tuan Yang di-Pertua ada juga kes-kes di mana, banyak aduan mengenai dengan salah laku oleh kakitangan jabatan negeri? Jadi, apabila mereka ini sudah exhausted dari segi tempat mengadu, mereka membawa, akhirnya kepada Ahli Parlimen bawa ke Dewan ini. Apabila kita bawa perkara itu, ada jawapan bahawa ini perlu dirujuk kepada Dewan Undangan Negeri. Saya ambil contoh, dengan ringkasnya Yang Berhormat, kes di mana, seorang Pegawai Polis telah dituduh merampas tanah orang dan ada baru-baru ini ada pembunuhan berlaku, di mana kes tanah yang telah dipohon oleh pemilik tanah, dengan sahaja sudah berbuah, tapi tiba-tiba ada syarikat yang merampas sehinggakan ada mereka ini iaitu pemilik tanah itu mati dibunuh. Nampaknya, walaupun ini dibawa ke mahkamah, tetapi dalam saluran selari dengan akta ini, apakah dalam keadaan ini, kerajaan mempunyai perancangan di masa depan untuk memikirkan, to identify mana-mana agensi kerajaan negeri untuk dimasukkan di masa depan? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, kita jangan silap. Kita jangan merasakan itu bahawa semua masalah ini kita hendak longgokkan kepada SIAP. SIAP ini hanya, daripada segi salah laku seorang pegawai dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Itu pun, kalau ia merupakan rasuah, pergi ke MACC. Kalau ia merupakan jenayah, sudah tentu. Itu merupakan jenayah jadi laporkan kepada polis.

Jadi, apa contoh Yang Berhormat sebut tadi, kalau Yang Berhormat kata itu polis yang dianggapkan salah laku itu ialah polis, kalau sudah pun dibuat laporan kepada MACC, kerana elemen rasuah, maka kita serahlah kepada MACC. Akan tetapi, kalau sekiranya, dia melibatkan salah laku seperti orang kata waktu penyiasatan seperti pukul sebagai contoh. Itu barulah boleh hantar kepada SIAP. Jadi, Yang Berhormat jangan silap. Dari Yang Berhormat sebut tadi pun, saya pun tidak tahu agensi pihak penguatkuasaan negeri mana itu?

Minta maaf Yang Berhormat. Saya boleh terangkan sedikit. Ini bukan soal mengenai anggota polis. Persoalan pokoknya ialah tindakan oleh kakitangan Jabatan Tanah. Apabila semua holders itu memohon dulu, dan syarikat belakang, maka syarikat yang dapat tanah. Itulah ada pertembungan apabila tanah-tanah itu diusahakan. Ini berkaitan dengan salah laku pegawai-pegawai dalam jabatan. Ini saya perlu jelaskan. Persoalan saya tadi, sama ada dalam kes ini mungkin di masa depan, agensi ataupun jabatan kerajaan negeri yang bukan hanya tertumpu kepada Sabah tetapi mungkin negeri-negeri yang lain juga, dapat difikirkan untuk dimasukkan selepas mungkin kajian yang terperinci. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini, apa yang difikirkan oleh kerajaan ialah untuk memastikan supaya agensi dalam jadual itu, hanya agensi persekutuan. Agensi persekutuan yang boleh kita mengawal dan memantau.

Jadi kita setakat ini tidak berhajat untuk meletakkan agensi negeri dalam kita punya senarai ini kerana kadangkala ia juga akan melibatkan soal Perlembagaan yang perlu diatasi terlebih dahulu kerana ia merupakan agensi negeri dalam Perlembagaan kita ada pembahagian, State List, Common List dan Federal List. Sebab itu kita, akta di peringkat Parlimen hanya boleh memantau kepada agensi-agensi Persekutuan sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Sungai Siput atas sokongan beliau terhadap rang undang-undang ini walaupun dengan bersyarat iaitu bahawa ada beberapa perkara yang difikirkan perlu dipinda dan ini kita akan bangkit dalam peringkat Jawatankuasa. Cuma di peringkat ini saya ingin menyatakan iaitu bahawa Yang Berhormat Sungai Siput ada bertanyakan tentang pelantikan dan pembatalan pelantikan pesuruhjaya di bawah rang undang-undang ini yang mengikut beliau menumpukan terlalu banyak kuasa di tangan eksekutif. Beliau mencadangkan proses pelantikan ini dikendalikan oleh satu pihak yang berasingan yang bebas daripada eksekutif. Sebenarnya, Yang Berhormat, satu pihak yang berasingan, bebas daripada eksekutif ini, siapa lantik dia? Mesti juga ada pelantikan yang dibuat kerana tidak boleh seseorang itu muncul dan mengatakan bahawa sayalah commissioner siap kerana ia mesti ada pelantikan dan pelantikan itu mengikut kita punya Perlembagaan sudah tentulah pelantikan itu untuk mendapat kekuatan dan pengiktirafan. Dia mesti merupakan pelantikan yang dibuat oleh Agong atas nasihat Perdana Menteri. Inilah amalan selama hari ini, amalan yang dibenarkan oleh Perlembagaan. Saya juga ingin memaklumkan iaitu bahawa peruntukan yang ada dalam seksyen 5 dan 7 adalah peruntukan lazim yang ada dalam perundangan lain, yang lain pun yang berkaitan dengan penubuhan sesuatu suruhanjaya. Kita tidak boleh menganggap bahawa sesuatu pelantikan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong menyebabkan orang yang dilantik itu tidak bebas ataupun bahawa telah ada campur tangan eksekutif dengan niat yang tidak baik. Sesuatu kuasa pelantikan Yang di-Pertuan Agong tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya. Begitu jugalah jika Yang di-Pertuan Agong membatalkan sesuatu pelantikan itu. Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat Sungai Siput supaya Suruhanjaya Integriti ini diberikan kuasa menghukum. Saya ingin menyatakan bahawa cadangan itu adalah tidak wajar. Kita tidak boleh ada keadaan di mana suruhanjaya bertindak sebagai penyiasat. Kemudian dia juga menjadi pengadil dan dia juga pendakwa dan dia juga penghukum dalam masa yang sama. Ini bertentangan dengan rukun undang-undang.

Lagi pun Perlembagaan Persekutuan telah memberikan kuasa mengenakan hukuman tatatertib kepada suruhanjaya perkhidmatan masing-masing. Hanya pihak berkuasa tatatertib yang telah diberikan kuasa menghukum boleh menjatuhkan hukuman bagi sesuatu kesalahan tatatertib, juga badan yang sewajarnya dari segi undang-undang dan keadilan asasi untuk menjatuhkan hukuman bagi kesalahan jenayah ialah mahkamah dan perkara ini telah diperuntukkan oleh Perlembagaan dan undang-undang. Selain itu, Yang Berhormat dari Sungai Siput juga telah membangkitkan fasal-fasal dan undang-undang lain yang memberikan kekebalan kepada pegawai-pegawai di bawah bidang kuasa undang-undang itu. Beliau membabitkan...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, boleh bagi laluan sedikit?

Nanti saya habis, saya jemput. Beliau membangkitkan kekhuatiran beliau bahawa pegawai-pegawai itu diberikan perlindungan dari tindakan mahkamah walaupun melakukan apa-apa salah laku. Saya ingin memaklumkan bahawa Yang Berhormat bagi Sungai Siput tidak perlu khuatir tentang peruntukan kekebalan itu kerana peruntukan kekebalan yang diperuntukkan dalam satu undang-undang bukanlah suatu kekebalan yang menyeluruh. Ia bukan satu blanket protection. Perlindungan itu hanya diberi bagi tindakan pegawai yang dibuat secara suci hati, in good faith. Jika pegawai itu tidak bertindak mengikut undang-undang dan prosedur, mereka boleh dianggap tidak menjalankan tugas mereka in good faith, dengan izin, dengan suci hati, pegawai-pegawai sedemikian tidak mendapat perlindungan undang-undang dan dia boleh didakwa. Juga jika aduan terhadap pegawai itu dibuat kepada Suruhanjaya Integriti ini, aduan itu boleh disiasat oleh suruhanjaya. Peruntukan kekebalan diberikan untuk membolehkan pegawai penguat kuasa menjalankan tugas mereka dengan efektif. Kekebalan itu sentiasa tertakluk kepada perjalanan tugas dengan suci hati. Jika tiada perlindungan daripada tindakan mahkamah diberikan kepada pegawai penguat kuasa, mungkin tiada seorang pun yang ingin menjadi pegawai penguat kuasa. Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri dalam huraian mengatakan akta ini yang dicadangkan adalah untuk mempertingkatkan integriti agensi penguatkuasaan, mengurangkan salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa. Tadi Yang Berhormat Menteri katakan tidak wajar untuk SIAP ini menghukum hanya menjalankan siasatan. Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri iaitu semasa menjalankan siasatan, kalau kita dapati bahawa salah guna kuasa atau integriti terlibat kerana penglibatan ahli-ahli politik atau parti politik yang kerana mereka adalah pegawai penguat kuasa ini ada latar belakang politik atau ketua mereka terlibat dalam parti politik. Oleh kerana itu baru mereka boleh menyalah guna kuasa. Saya ada beberapa contoh tetapi saya tidak ada masa untuk berbahas. Juga barangkali adalah kerana tiada syarat atau dasar atau undang-undang yang jelas dan ini mengakibatkan, memberikan satu ruangan untuk mereka terlibat dalam penyalahgunaan kuasa atau kes-kes rasuah. Adakah SIAP ini ada jawatankuasa perundangan atau ia ada hak untuk mencadangkan pindaan kepada agensi-agensi yang terlibat supaya semasa menjalankan siasatan boleh juga membaikkan keadaan kerana saya dapati beberapa kes. Ada tiga kes yang saya tanda. Jika ada masa, boleh saya sentuh di Dewan ini kerana bukan hanya kita nampak dengan jelas sahaja mereka terlibat dengan salah guna kuasa atau rasuah. Ada punca-punca yang mengakibatkan ini. Ada juga kadangkala bukan pegawai penguat kuasa yang hanya nampaknya terlibat dengan menyalah guna kuasa. Yang sebenar bukan kerana ada punca-punca yang lain. Sebab itu, adakah SIAP ini ada mainkan peranan untuk mencadangkan pindaan atau mencadangkan mengubah keadaan ini supaya dapat mengurangkan ruangan untuk penyalahgunaan kuasa dan juga kes-kes yang rasuah.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebut sebentar tadi iaitu bahawa jikalau sekiranya ada perkara yang dilakukan oleh pegawai- pegawai penguat kuasa ini yang kita dapati ia merupakan satu kesalahan tatatertib atau apa kah, SIAP boleh siasat. Sebenarnya dalam prosedur-prosedur tertentu secara pentadbiran mereka boleh menentukan apakah dia punya prosedur untuk kerja dia yang dibenarkan, tetapi yang lain-lain itu mungkin kalau dia perlu dipinda akta, kita perlu pinda akta atas perkara-perkara lain.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi bahawa suruhanjaya ini tidak ada kuasa untuk mendakwa tetapi dia hanya diberikan dalam seksyen 30 iaitu mengesyorkan kepada pihak pendakwa raya dan kepada lembaga tatatertib badan-badan yang berkenaan, agensi-agensi yang berkenaan. Jadi saya lihat di sini bahawa kalau dalam SPRM dia diberikan ketua pesuruhjaya, kalau tidak silap saya diberikan kuasa penolong pendakwa kalau saya tidak silap, tetapi dengan syarat mendapat keizinan daripada pihak pendakwa raya untuk membawa kes tersebut. Akan tetapi dalam akta ini tidak ada langsung peranan suruhanjaya ini untuk sekurang-kurangnya mendapatkan endorsement ataupun mendapat persetujuan daripada pihak pendakwa raya untuk membawa kes ini. Ia hanya diserahkan kepada pendakwa raya sedangkan kalau dalam seksyen 68 IPCMC, ikut cadangan asalnya, IPCMC ini, suruhanjaya ini diberikan kuasa untuk meminta pula alasan daripada pendakwa raya.

Tuan Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kenapa tindakan tidak diambil ke atas kes ini? Ini langsung tidak ada. Maksudnya suruhanjaya ini hanya kemukakan syor, kemudian kalau pendakwa raya hendak ambil, ambillah. Kalau tidak ambil pun tidak ambillah. Kalau Lembaga Tatatertib itu hendak ambil tindakan pun, ambillah. Kalau tidak ambil pun, tidak ambillah. Jadi akhirnya saya tengok macam jawatankuasa penyiasat UMNO, Disiplin UMNO. Jawatankuasa Siasatan dalam amalan salah laku politik wang dalam UMNO.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Cantik tadi pencelahan itu tetapi..

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, tidak, ini, ini... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Ada sedikit terlebih...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, tidak, itu yang akan mengindahkan lagi penghujahan saya itu Tuan Yang di-Pertua. Ini sebab contohnya di dalam UMNO, dia ada Jawatankuasa Siasatan kemudian diberi kepada jawatankuasa Tindakan Disiplin. Jadi Jawatankuasa Tindakan Disiplin sahajalah yang ambil. Begitu juga dengan SPRM. Di dalam menyiasat kes-kes amalan salah laku politik wang ini, pada musim pemilihan UMNO yang baru-baru ini, dia pula telah mengkategorikan, “Oh, ini kesalahan tatatertib. Hanya diserahkan kepada parti untuk ambil tindakan”. Bila diserahkan pula kepada Jawatankuasa Tatatertib, Jawatankuasa Tatatertib kata, UMNO kata, “Ha, memang dia ini bersalah, politik wang seperti Yang Berhormat Rembau". Akan tetapi dia boleh bertanding juga. Yang ini Tun Dr. Mahathir dok marah. Sehingga dia kata bahawa di dalam UMNO ini, jika sesiapa yang terima duit rasuah itu, dia beli benda, benda haram macam dia makan babi. Jadi, hak orang bagi rasuah pula, saya tak tahulah sama ada depa jadi tauke babi, wallahualam.

Tuan Yang di-Pertua

Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri faham itu Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi saya mintalah penjelasan. Akan tetapi Yang Berhormat ini tidak terlibat dengan amalan politik wang. Dia tidak terlibat dengan pemilihan. Dia bagus, dia bersih. Muka pun cun, ha!... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua kena banyak bersabarlah. Ini biasalah Ahli Parlimen PAS. Kalau dia tak buat macam tu, tak sah. Jadi cuma saya hendak menyebutkan di sini, dan begitu juga saya harap Yang Berhormat Pokok Sena pergi tanya balik Tun Mahathir semasa dia menjadi Perdana Menteri dahulu, adakah benda ini semua? Tanya dia baliklah. Saya tidak berurusan dengan dia. Jadi macam ini, dia siap ini, kita tidak berhajat untuk memberikan ia kuasa mendakwa kerana ia merupakan badan yang memantau di atas aduan yang dibuat oleh orang ramai kalau mereka tidak berpuas hati dengan badan-badan penguatkuasaan. Ini kerana kita kena ingat iaitu bahawa yang boleh mendakwa mengikut perlembagaan kita ialah jabatan peguam negara dan betul seperti Yang Berhormat sebut semacam MACC, dia terlibat secara terus berkenaan dengan masalah rasuah. Oleh sebab itu untuk memudah dan memendekkan proses, kita berikan dan minta kepada peguam negara menurunkan kuasa kepada MACC untuk mendakwa. Akan tetapi Yang Berhormat kena ingat, kalau benda itu dianggap sebagai jenayah, maka kita serahkan kepada pihak polis untuk mendakwa. Minta maaf, untuk polis menyiasat dan untuk AG membuat keputusan sama ada mahu mendakwa ataupun tidak. Begitu juga kalau dalam kes-kes rasuah. Kita serah kepada MACC. Akan tetapi ini merupakan satu badan yang mana orang ramai merasakan daripada segi kesalahan yang tidak merupakan jenayah. Kesalahan yang tidak ada elemen rasuah. Akan tetapi sebagai kata memaki hamun orang ramai atau tidak menjalankan tugas dia, jadi yang jenis ini yang diadukan kepada SIAP. Akan tetapi kalau sekiranya ada orang itu yang membawa kes yang ada berbau jenayah, maka kita halakan kepada polis untuk menyiasat. Kita tidak berhajat untuk hendak mengambil alih tugas yang sudah wujud yang patut diambil tindakan oleh MACC ataupun jenayah yang patut diambil oleh polis. Kita cuma menerima aduan kalau orang itu tidak berpuas hati dengan tingkah laku ataupun soal disciplinary. Itu pun kita hala balik kepada jawatankuasa disiplin, badan penguat kuasa masing-masing. Akan tetapi ada perbezaan di sini, semua perbicaraan itu dijalankan secara terbuka. The public is there. Jadi kalau sesuatu perkara itu diadukan kepada SIAP, dan SIAP maknanya dia sendiri boleh menyiasat ataupun dia serahkan kepada pihak Peguam Negara. Pada masa- masa yang lepas, tidak siapa tahu kalau Peguam Negara kata NFA, no further action. Tidak ada alasan. Akan tetapi sekarang kalau ada orang yang tidak berpuas hati mengapa Peguam Negara tidak ambil tindakan, maka inilah badannya untuk kita mengadu supaya kita akan mendapat ulasan daripada Pejabat Peguam Negara mengapa tindakan tidak diambil. Yang dahulunya kita tidak tahu langsung. Jadi sebab itulah, badan ini bukan badan untuk hendak mendakwa. Badan ini ialah untuk menerima aduan daripada orang ramai terhadap perjalanan badan-badan penguat kuasa yang tidak memuaskan hati mereka. Pendakwaan mesti dilakukan oleh peguam negara lagi. Itu tuntutan Perlembagaan. Jadi sebab itu, badan ini ialah badan untuk memantau. Kalau dahulu kita kata BPA ini sebagai posmen sahaja. Akan tetapi sekarang, siap ini orang adu, okey kalau kita kata anggap ini sebagai soal disiplin polis, kita hantar balik kepada polis. Kita juga boleh siasat dan kita juga boleh rekomen SIAP mengatakan iaitu bahawa pada pandangan kami sepatutnya dia kena diambil tindakan disiplin dan diberikan masa 14 hari untuk respons sama ada mereka akan mengambil tindakan mengikut recommendation ataupun tidak. Jadi ada feedback dia. Dahulu tidak ada. Dahulu macam BPA, aduan mari dia tengok-tengok, ha ini pergi ke polis, tak habis. Akan tetapi yang ini dia ada kuasa. Kalau dia tidak berpuas hati dia menyiasat sendiri. Akan tetapi akhirnya kalau terpaksa dilakukan pendakwaan, maka pendakwaan itu mesti dibuat oleh pihak peguam negara seperti yang dituntut oleh Perlembagaan Malaysia...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan.

Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat kata kalau bersifat jenayah rujuk kepada pendakwa raya. Kalau yang bukan bersifat jenayah, boleh sampaikan aduan kepada suruhanjaya.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Contoh kalau tatatertib, kena pegawai kastam kena rujuk balik ke pihak berkuasa tatatertib Jabatan Kastam. Apa yang ditinggalkan untuk Suruhanjaya Siasatan kalau macam itu?Jenayah pergi pendakwa raya, bukan jenayah pergi balik ke pihak berkuasa tatatertib. Itu persoalannya, satu. Kedua, ini pihak rang undang-undang membenarkan tanpa sebarang siasatan awal oleh Suruhanjaya terus merujuk sahaja. Ini ada dua bahagian. Satu, selepas penyiasatan dan satu sebelum, terus sahaja membuat rujukan. Ini perkara kedua. Ketiganya Yang Berhormat kata tidak boleh menerima aduan, menyiasat dan menghukum. Kalau Yang Berhormat merujuk, betulkan saya kalau saya silap. Merujuk kepada seksyen 3. The commission may sue and be sued in this name. Jadi apa maksud seksyen ini? Jadi saya mohon penjelasan. Yang akhirnya, kalau kita rujuk seksyen 23 yang begitu luas kuasa suruhanjaya dan definisi salah laku di mana saya bagi contoh, kalau aduan seorang pegawai polis telah dibuat, pegawai polis tidak menjalankan tugasnya, tidak membuat penyiasatan, itu apakah dipanggil salah laku di bawah rang undang-undang ini agar Suruhanjaya Polis siasat atau ini di bawah tatatertib dan sampaikan balik kepada pihak berkuasa tatatertib? Jadi, saya mohon penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama saya sudah sebut tadi. Dahulu, kalau sekiranya tatatertib, kemudian orang mengadu kepada pihak polis iaitu koperal itu telah lakukan kesalahan tatatertib. Jadi, dahulu orang akan membuat aduan kepada katalah koperal kita pergi kepada polis. Jadi pada ketika itu, apa yang berlaku selepas itu kita tidak ada apa-apa. Kalau tidak siasat oleh pihak polis pun kita tidak tahu, okey? Akan tetapi sekarang, kita sudah tahu bahawa kita tidak percaya kita bagi peluang pertamanya kepada polis untuk menyiasat. Katalah seorang ‘A’ marah kepada koperal kerana tingkah lakunya, jadi dia kompelin.

Pertama sekali dia merayu kepada pihak disiplin polis dan polis tidak mengambil tindakan. Senyap. Dua bulan tidak ada apa-apa. Itulah sekarang orang itu boleh mengadu kepada SIAP dan SIAP apabila mengadu apa aduannya? “Tuan, saya telah buat laporan kepada polis tentang tingkah laku seorang koperal, dilaporkan dua bulan dulu sampai sekarang tidak ada tindakan”. Yang itulah yang SIAP akan ambil tindakan, bukan bermakna SIAP ini terus apa kesalahan terus kepada dia. Ini adalah satu ruang untuk mereka yang aggrieved. Ia ikut prosedur. Kesalahan koperal lapor kepada pihak polis itu dan polis tidak ambil tindakan. Kita tidak puas hati barulah kita pergi kepada SIAP. Apa yang SIAP lakukan ialah bahawa sama ada dia hendak beri peluang balik kepada polis memaklumkan: “Ini ada satu aduan terhadap koperal tentang tingkah lakunya. Laporan telah dibuat, mengapa tidak ambil tindakan”, ataupun pilihan dia untuk dia menyiasat terus. Dia ada kuasa. Itu terpulang kepada dia sama ada hendak hantar balik dan tunggu. Dalam masa dua tiga minggu bagi balik. Kalau tidak ada kita menyiasat sendiri. Ini sebenarnya satu ruang yang kita buka untuk mereka yang merasa they have been aggrieved daripada the lack of action daripada satu-satu badan penguatkuasaan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Keduanya, siasat ini, saya sebut sebentar tadi dia ada kuasa untuk siasat terus kalau dia mahu. Akan tetapi bagi kita memikirkan daripada dia..., kita ada satu badan SIAP yang begitu besar dengan pegawai-pegawainya yang ramai, lebih baik kita serah dulu kepada polis untuk siasat semula iaitu aduan terhadap dia. Kalau kita tidak berpuas hati dengan alasan yang diberi barulah badan kita sendiri yang menyiasat. Ini ruang yang diberikan kepada SIAP untuk mengambil tindakan. Ketiga Yang Berhormat sebut, itu Yang Berhormat silap. Seksyen 3 ini kita menganggapkan SIAP ini can sue and be sued dari segi dia sebagai badan korporat kerana SIAP ini dibenarkan untuk membeli tanah, mengadakan bangunan dia sendiri dan boleh mengadakan kontrak membeli tanah.

Jadi apa yang dimaksudkan dengan seksyen 3 ini ialah ia menjadi satu badan korporat, dia boleh menyaman orang yang melanggar kontrak yang dia buat dan dia juga boleh di saman. Akan tetapi tidak bermaksud sebagai satu badan pendakwa yang boleh menyaman orang. Tidak begitu.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih di atas penjelasan Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi saya hendak tanya, apakah ada safety net kepada pengadu yang mengadu telah ada salah laku oleh pegawai penguat kuasa. Kalau kita tengok seksyen 30, walaupun siasatan telah dijalankan oleh suruhanjaya dan mendapati telah ada salah laku tatatertib dan mengesyorkan tentang hukuman kepada pihak berkuasa tatatertib, pihak berkuasa tatatertib hanya perlu dalam masa 14 hari memaklumkan mengenai tindakan dan keputusannya sahaja. Di sini tidak mewajibkan pihak berkuasa tatatertib untuk mengambil tindakan atau mengambil cadangan hukuman atau menguatkuasakan hukuman yang telah disyorkan oleh suruhanjaya ini. Apa safety net untuk pengadu? Kalau dalam kes ini apabila pendengaran awam telah diadakan oleh suruhanjaya dan pihak berkuasa tatatertib tidak mengikut syor hukuman oleh suruhanjaya tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang disebut oleh Yang Berhormat, yang penting saya hendak underline, “pendengaran awam”. Pendengaran awam bermaksud perkara ini sudah bukan lagi menjadi rahsia, orang sudah tahu. Ini termasuklah jugalah recommendation yang dibuat oleh SIAP ini diketahui umum bahawa sebenarnya recommendation dibuat supaya orang itu dibuang. Maka, pihak kita mesti beri opportunity kepada pihak yang sana untuk memberi penjelasan. Mengapa kalau kita cadangkan pegawai itu dibuang? Jadi kita kena bagi peluang kepada dia. Kita recommend dia dibuang. Akan tetapi mungkin ada alasan-alasan yang diketahui oleh mereka mengapa mereka tidak boleh mengambil keputusan untuk dibuang tetapi cuma untuk suspend kerja. Kita kena dengar juga tetapi dia sudah tidak boleh lari sebab ini pendengaran awam. Jadi, agak sukar sebenarnya bagi sesuatu badan disiplin untuk tidak mengikut recommendation daripada SIAP kerana dia terpaksa memberi satu alasan yang kuat mengapa dia tidak menjalankan hukuman seperti yang dicadangkan. Ini semua ialah dalam soal kita natural justice, peluang untuk memberi penjelasan. Ini semua kita beri supaya akhirnya nanti supaya keputusan terakhir, yang muktamad kita buat biarlah ia merupakan satu keputusan yang telah pun difikir banyak kali dan telah pun dihujahkan. Maka, ia akan menjadi satu keputusan yang cukup baik. Dia tidak boleh lari sebab yang saya sebut tadi, “pendengaran awam”. Orang sudah tahu dah, mestilah beri alasan yang cukup kuat mengapa dia tidak boleh ikut hukuman seperti yang di recommend oleh SIAP itu...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

[Bangun]

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada tiga yang bangun, Yang Berhormat.

Saya hendak beri Yang Berhormat Balik Pulau.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mohon penjelasan kepada satu permasalahan saya rasa yang mudah, tetapi saya rasa saya takut SIAP yang cuba disiapkan itu mungkin tidak berapa “siap”. Maksud saya itu ialah kita cuba mengangkat integriti pegawai penguat kuasa, itu satu cerita yang baik. Saya ingin mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, kenapa di dalam Rang Undang-undang SIAP ini secara intentional, dengan izin, pihak Peguam Negara, ya, memang dia menggunakan kuasa pendakwaan dan penguatkuasaan, itu yang akan bakal dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi persoalan saya di sini, gerak-gerak kerja penguatkuasaan akan berakhir kalau di dalam satu kesalahan ialah akan berlaku pendakwaan, tetapi bayangkan di dalam mekanisme yang ada ini tidak ada satu pun mekanisme akauntabiliti terhadap proses pendakwaan itu sendiri.

Ini kerana yang ada sekarang ini di dalam Perlembagaan Malaysia, kuasa pendakwaan itu tidak boleh dipertikaikan, fasal 145(3). Jadi, persoalan saya seolah-olah kuasa pendakwaan oleh Peguam Negara itu amat berkuasa, seolah-olah dengan izin, he’s the most powerful man, theoretically speaking. Jadi, bagi rakyat yang melihat, kalau mendakwa penguat kuasa tetapi natijahnya esok di peringkat pendakwaan tidak ada satu mekanisme, saya mengatakan bahawa SIAP ini, it falls short of the completion untuk mencapai matlamat kerajaan sebagai satu integriti penjawat awam, sistem kerajaan yang baik dapat ditunjukkan. Ini kerana satu perkara yang fundamental, pihak pendakwaan itu tidak dapat dicheck and balance di peringkat pendakwaan kerana tidak ada ruang itu. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat apa yang Yang Berhormat pertikaikan ini bukan kuasa institusi itu. Mungkin Yang Berhormat pertikaikan individu. Kalau satu kuasa, pada saya, saya suka seorang AG yang powerful sebab dia juga boleh dakwa saya. Biarlah dia powerful. Bukan sahaja dia mendakwa orang tertentu maknanya dia juga boleh mendakwa Menteri kalau Menteri itu melakukan kesalahan. Jadi, saya kira isu Yang Berhormat bukan soal institusi Jabatan Pendakwa Raya itu, Yang Berhormat mempertikaikan individu yang Yang Berhormat rasa kurang percaya. Oleh sebab itu saya ingat, soal individu dengan soal kuasa bagi saya, kalau Yang Berhormat beritahu saya, let him be powerful. Biar dia powerful, benar-benar powerful. Dia hendak dakwa... Saya pun kata macam BPR, saya pun kena dakwa dan saya memang menyokong BPR yang bebas sebab without fear or favor. Apa Yang Berhormat bangkit itu ialah bukan soal institusi. Itu soal Yang Berhormat tidak percaya kepada individu yang mengisi Kerusi itu.

Mungkin kita boleh perbetulkan...

Itu satu persoalan yang lain. Saya kira tidak ada satu, kalau Yang Berhormat ada cadangan yang baik yang boleh memastikan iaitu bahawa Peguam Negara ini merupakan satu institusi yang kuat, yang boleh menjalankan tugasnya tanpa bimbang dan takut, by all means, cadangkan...

Saya hendak tambah, Yang Berhormat Menteri.

Akan tetapi saya kira Yang Berhormat punya isu di sini ialah individu, ini bukan soal prosedurnya itu sebab pada saya Yang Berhormat sendiri cakap, nampaknya Peguam Negara ini all powerful. Pada saya, let it be sebab kalau begitu tidak ada siapa yang akan terlepas daripada dia didakwa kerana melakukan apa-apa kesalahan. Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambut dan melanjutkan perbahasan ini Yang Berhormat Menteri kalau boleh Yang Berhormat memberikan kerana saya mendapati istilah yang digunakan oleh Yang Berhormat Balik Pulau adalah fall short of, saya mendapati bottle necknya di situ. Kalau siap ini boleh melepasi garis itu dari segi bukan hanya membuat rekomendasi tetapi diberikan kuasa to compel. Itulah istilah yang tepatnya supaya di sana mereka boleh menekankan supaya tidak hanya membuat cadangan dan recommendation tetapi akhirnya berkesudahan dengan satu yang lebih dihajati bagi..., di sebalik rang undang-undang ini dibentangkan. Itu yang hendak dicapai tetapi you fall short of melepasi garis itu dan ini yang merupakan satu yang agak malang yang tidak berkesampaian nampaknya. Kalaulah hanya terperangkap dengan 145(3) dalam Federal Constitution itu maknanya segala pada AG tetapi we can now empower, kita boleh memperkasakan suruhanjaya ini kalau kita melepasi garis itu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, lain kali Yang Berhormat Kuala Selangor, kalau saya jawab datang awallah. Saya sudah kata kita tidak berhajat untuk memberikan satu suruhanjaya kuasa untuk menyiasat, membicarakan, mengadili dan menghukum, dipegang oleh satu kuasa...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Itu saya faham.

Memang is meant to be, dengan izin, fall short of that, kita tidak izinkan kerana kalau satu institusi itu boleh menyiasat, ia sudah mempunyai satu hubungan dengan orang yang disiasat. Ini akan kompromikan kes dia, mungkin dia boleh dalam bahasa yang kasar kautim dia boleh kautim. Sekarang macam mana, kamu hendak kena yang ini atau yang itu, jadi itu memberikan peluang kepada dia mungkin terbuka untuk rasuah. Sebab itu kalau dia menyiasat, dia menyiasat. Kalau dia mendakwa, dia mendakwa. Kalau dia mengadili, dia mengadili. Akhirnya menghukum. Ini pun saya tengok ada kenyataan daripada beberapa ahli pembangkang yang memarahi seorang hakim yang buat keputusan untuk rotan, dia hendak rotan sendiri. Tidak boleh, ini juga yang dipertikaikan tetapi pada hari ini, yang ini juga yang mereka hendak beri. Jadi saya pun keliru juga, confused dalam perkara ini. Jadi tidak usah, pada saya elok kita asing-asingkan...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Saya hendak beri kepada, ...kita bagi peluang pada semua, ini wanita PAS ini, Yang Berhormat Titiwangsa.

Yang Berhormat Titiwangsa.

Titiwangsa.

Titiwangsa.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun sebenarnya tidak ada hendak cakap isu yang besar-besar sangat sebab apa yang saya hendak katakan di sini, minta maaf dululah Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cakap ini ialah Menteri yang tidak ada integriti. Sebab apa, bercakap tentang integriti, bercakap tentang isu besar-besar, ini dalam Parlimen sini, penguatkuasaan tak boleh dibuat di atas pihak Ahli-ahli Parlimen dan tetamu-tetamu mereka untuk merokok. Cerita apa bab integriti Tuan Yang di-Pertua? Tidak guna, tidak usah cakaplah... [Ketawa]

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kena dengan orang perempuan baru tahu.

...Ini menunjukkan ada apa sekali pun, ada SIAPkah tak SIAPkah, yang berlaku adalah Menteri tidak ada integriti. Macam mana penguat kuasa hendak datang, Menteri ini tidak ada integriti, Menteri tidak boleh hendak arahkan, Menteri Kesihatan pun tidak ada integriti. Dia kata akan panggil penguat kuasa, mana penguat kuasa? Sekarang tidak boleh masuk dalam itu Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh masuk. Ruang itu memang telah dikuasai, malah ada satu port itu, penulis- penulis upahan itu lagi galak, sangat galak. Apa cakap pasal integriti, minta maaflah, tak payah ada SIAPlah, selesai masalah itu dulu, baru bercakap hendak buat SIAP itu.

Buat misalan lainlah, buat misalan lainlah...

Tuan Yang di-Pertua, tak apalah, saya rasa pertamanya saya tengok Parlimen tidak ada termasuk dalam 21 bahagian penguatkuasaan ini. Tidak ada,

Kementerian Kesihatan, Penguat Kuasa Kementerian Kesihatan...

Saya tengok tidak ada dalam ini, nama sajalah Parlimen...

Kementerian Kesihatan.

Jadi..., dan itu terpulanglah kepada Ahli Parlimen kerana kita selalu bangga dengan mengatakan bahawa kita punya Parlimen ini bebas. Jadi kalau kita merasakan mereka hendak merokok, mereka hendak pilih satu tempat untuk merokok, itu hak dialah juga. Akan tetapi tidak apalah Yang Berhormat, saya tengok Yang Berhormat pun sudah jambu, sekarang sudah tidak pakai cermin mata...

Tepatlah saya kata, memanglah jambu-jambu pun nenek orang ini. Tepatlah saya kata Menteri tidak ada integriti.

Tidak, saya sudah sebut tidak termasuk dalam 21 ini pun, badan yang kita kawal ini ya, Parlimen tidak masuk. Jadi saya ingat, lagipun di luar daripada tajuklah...

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat.

Dan hanya akan merosakkan hujah kita yang sedang berjalan dengan begitu baik sekarang ini. Boleh saya teruskan dahulu?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Ada sedikit mengenai 26.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ada sedikit Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

26, 27.

Saya pergi kepada Yang Berhormat Kubang Kerian, banyak masa lagi, esok boleh lagi. Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat telah menyentuh isu perbicaraan kes Altantuya, saya ingat kes ini kita tidak usah bincanglah kerana ia masih ada lagi rayuan dan tidak boleh sebenarnya untuk..., perlu hormati, suruh hormati, jadi kita hormatlah. Mengenai RELA pula, RELA telah dimasukkan ke dalam jadual sebagai salah satu agensi penguatkuasaan yang dipantau oleh Suruhanjaya Integriti. Mana-mana orang boleh membuat aduan terhadap anggota penguat kuasa RELA kepada Suruhanjaya Integriti ini jika berlaku apa-apa salah laku. Yang Berhormat Kubang Kerian juga telah membangkitkan tentang soal mengenai masalah gangguan oleh kongsi gelap dalam tugas yang dijalankan oleh pihak polis terutama pegawai-pegawai dari D7 yang menyiasat kes kongsi gelap, perjudian dan pelacuran di kontinjen Johor. Yang Berhormat juga sebut mengatakan bahawa maklumat ini terkandung dalam salinan afidavit yang dimiliki oleh Yang Berhormat Kubang Kerian. Ini adalah satu kenyataan yang sukar diulas kerana memang tugas anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah terutama dari D7 ialah untuk membanteras kegiatan kongsi gelap, perjudian dan pelacuran. Ugutan dan kadangkala cubaan untuk mempengaruhi keberkesanan tindakan pegawai-pegawai D7 ini ialah rintangan yang sentiasa harus diharungi oleh pegawai polis. Walaupun begitu sekiranya Yang Berhormat bagi Kubang Kerian mempunyai maklumat yang terkandung dalam afidavit tersebut, adalah wajar maklumat itu diserahkan kepada sayalah ya. Yang Berhormat sebut kata apabila Ketua Poliskah, polis baru yang datang, mereka sambut semua, yang inilah yang kita buat SIAP ini supaya Yang Berhormat boleh mengadu kepada SIAP. Jadi berilah kepada saya dan kita akan ambil siasatan kerana tanpa saya meneliti kandungan tersebut, sukar perkara ini diulas kerana ketiadaan fakta pada saya. Apa yang boleh saya maklumkan di sini ialah kerajaan memberikan komitmen untuk membanteras apa-apa kegiatan jenayah termasuklah kegiatan kongsi gelap, perjudian dan pelacuran. Atas komitmen tersebutlah, usaha untuk membuat penambahbaikan kepada PDRM dan agensi penguatkuasaan lain dibuat secara berterusan. Akta yang dicadangkan ini juga telah diperbuat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk penambahbaikan PDRM dan agensi penguatkuasaan yang lain. Sesiapa yang mempunyai aduan terhadap mana-mana pegawai penguat kuasa termasuk pegawai polis boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Integriti untuk disiasat. Ya, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak pergi balik kepada persoalan berkaitan dengan Peguam Negara tadi. Satu, saya tengok dalam jadual ini, Peguam Negara tidak ada, Jabatan Peguam Negara tidak disenaraikan sebagai badan yang dimasukkan dalam jadual SIAP ini. Saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri bahawa Peguam Negara perlu diberikan kuasa yang luas dalam hendak mendakwa. Soalan pokoknya Yang Berhormat Menteri, mechanism hendak check and balance tidak ada dengan Peguam Negara ini. Peguam Negara walaupun seorang yang terpelajar tetapi kadang-kadang dia buat kesilapan. Jadi bagaimana kita hendak mempersoalkan tindak-tanduknya. Contohnya kalau dia buat keputusan yang kita rasa tidak sesuai.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang terbaru berlaku apabila Peguam Negara buat keputusan tidak merayu pada satu kes yang dia kalah. Sedangkan menjadi satu amalan sejak turun temurun Peguam Negara yang kita biasa duduk dengan Peguam Negara, kita tahu automatik, kalah sahaja kes kita fail appeal dahulu. We will decide, whether we want to proceed or not. Akan tetapi dalam kes ini dia buat keputusan tidak mahu memfailkan rayuan. Jadi apa mekanisme yang ada untuk memantau tindak tanduk Peguam Negara seperti ini sebab itu perlu sebagai contoh di Amerika, Peguam Negara boleh dipanggil ke Dewan untuk menjawab tetapi di sini tidak ada. Kalau tengok daripada draf SIAP ini, tidak ada. Jadi mungkin tidak cukup siap. Jadi kalau boleh Yang Berhormat Menteri timbangkan memasukkan Jabatan peguam Negara ke dalam senarai badan yang akan dipantau oleh SIAP.

Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Peguam Negara bukan satu agensi penguatkuasaan untuk dipantau oleh Suruhanjaya Integriti. Kuasa pendakwa raya datangnya daripada Perlembagaan Persekutuan dan kalau sekiranya apa jua keputusan yang kita tidak berpuas hati yang diambil oleh Peguam Negara. Seperti yang dilakukan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugur, dia boleh merayu kepada mahkamah untuk revisit, untuk melihat balik keputusan yang telah dibuat. Jadi itu ada jalan dia. Akan tetapi ia bukan satu badan penguat kuasa ataupun agensi penguat kuasa yang diletak sebagai agensi yang dipantau oleh kita. Tuan Yang di-Pertua...

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Nanti sekejap, hendak jawab Yang Berhormat Ipoh Timur punya dahulu.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Hendak jawab? Okey, nanti saya hendak minta penjelasan, okey.

Lepas itu boleh penjelasan. Ada bahas kah tidak?... [Bertanya kepada Yang Berhormat Pokok Sena] Tidak sempat. Nanti dahulu, hormatlah Yang Berhormat Ketua Pembangkang, dia lama. Saya hendak menjawab dia punya dahulu. Yang Berhormat Ipoh Timur meminta Yang Berhormat Menteri menjelaskan kenapa Kabinet mengemukakan Rang Undang-undang SIAP dan bukannya IPCMC seperti mana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja, adakah kerana bantahan dari PDRM? Kerajaan bertanggungjawab untuk mengkaji semua 125 syor yang dikemukakan dalam laporan Suruhanjaya Diraja kepada Yang di-Pertuan Agong dan IPCMC ini merupakan satu daripada 125 syor. Bidang kajian termasuk mendapatkan maklum balas dari agensi-agensi yang berkaitan kerana bagi tujuan penambahbaikan Polis Diraja Malaysia, kerajaan terpaksa melihat aspek perkhidmatan, prasarana, dasar sedia ada, sama ada undang- undang perlu digubal atau dipinda dan menyediakan bajet yang mencukupi, pendeknya bagi melaksanakan kesemua syor 125 suruhanjaya tersebut perlu ada perancangan teliti terlebih dahulu. Maklum balas dari PDRM juga telah diminta dan agensi tersebut telah mengemukakan pandangan kepada kerajaan. Dalam isu IPCMC ini PDRM tidak bersetuju dengan beberapa peruntukan dalam rang undang-undang yang dicadangkan.

Pihak kerajaan setelah mengkaji maklum balas tersebut, berpandangan demi kepentingan rakyat dan negara pada keseluruhannya Rang Undang-undang SIAP ini dijadikan undang-undang yang akan memberikan ruang yang lebih baik untuk kepentingan awam. Daripada IPCMC atas pertimbangan IPCMC hanya terhad kepada PDRM sahaja. Sedangkan SIAP akan merangkumkan semua agensi penguat kuasa di negara ini. Yang ini yang kita timbangkan. Saya mendengar juga hujah daripada Yang Berhormat Machang. Dia pun kata tidak semua yang tidak baik. Ada polis di Machang, baik. Rumah Yang Berhormat Machang kena rompak dua minggu dapat tangkap. Ada satu lagi dalam tiga minggu dapat. Jadi dia kata yang tidak baiknya dua, tiga. Jadi janganlah kerana dua, tiga yang difikirkan tidak baik, kita hukum semua pihak tenaga police force ini kerana tiga, empat kelakuan yang tidak boleh diterima. Itu adalah tidak adil dan sebab itu saya telah perjelaskan daripada awal tadi, jangan pula nanti kalau satu lagi agensi yang terlibat dengan aduan kita bentuk pula satu lagi suruhanjaya. Akhirnya nanti kita ada nanti 21 suruhanjaya nanti. Sebab itu kita fikirkan bahawa lebih baik kita adakan satu sahaja untuk mengatasi masalah yang sama iaitu aduan terhadap agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan, sila.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Mohon penjelasan. Daripada keterangan Yang Berhormat Menteri mengenai apa Yang Berhormat Machang kata ada insinuation, ada tuduhan bahawa majoriti pihak polis black sheep, tidak. Saya mahu menegaskan bahawa tiada apa-apa tuduhan bahawa majoriti anggota polis atau pegawai polis mereka tidak bertanggungjawab, cuai, tidak ada apa-apa implikasi. Kita tahu bahawa majoriti pihak polis adalah bertanggungjawab. Akan tetapi oleh kerana ada percentage daripada pihak pasukan polis yang tidak bertanggungjawab, yang ada corrupt, sebab itu perlu satu reformasi dan perlu cadangan untuk membetulkan imej dan prestasi pihak polis. Mengenai tentangan pihak polis terhadap IPCMC, kita boleh faham sebab-sebab ialah semacam tidak ada rayuan dalam cadangan yang dibuat oleh Royal Police Commission tidak ada final, muktamad dan ini di bantah kerana tidak ada rayuan. Ini kita boleh terima, ada proses rayuan bahawa tidak ada lagi peruntukan yang lain semacam kenapa terhad kepada pihak polis sahaja dan penguatkuasaan yang lain tidak pun perlu ada satu external over sack mechanism mengenai prestasi mereka. Ini pun kita rasa boleh bincang. Namun apa yang kita tidak boleh menerima ialah bahawa ugutan atau merupakan satu revoked oleh pihak polis yang buat ultimatum kata dua kepada Kabinet bahawa kalau Kabinet teruskan dengan cadangan IPCMC bahawa pegawai polis akan menentang. Bukankah ini satu insubordination kenapa ini dibenarkan tetapi ini satu perkara. Apa yang mustahak di sini ialah IPCMC, sungguhpun kerajaan ada kaji respons-respons dari pihak polis mengenai cadangan IPCMC oleh Police Royal Commission. Bukankah benar sebenarnya apa yang termaktub dalam Rang Undang-undang SIAP ini jauh lebih sekali daripada apa yang dicadangkan oleh Royal Police Commission dan di sini adalah rang undang-undang yang siap sedia oleh Royal Commission Inquiry mengenai kuasa skop IPCMC yang jauh sekali daripada apa yang kita ada dalam Rang Undang-undang SIAP. Kenapa ini diketepikan, pertama. Kedua, kenapa kita ada satu Rang Undang- undang SIAP di mana bukan sahaja ada 21 kategori yang jatuh di bawah budi bicara kuasa jurisdiction SIAP ini. Bukankah lebih baik mengasingkan, kita terima objection pihak polis kenapa mereka diasingkan, perlu dipantau. Semua agensi dan penguatkuasaan perlu dipantau, tetapi perbezaan oleh kerana pihak polis seramai 100,000 anggota ada tanggungjawab khas dan tujuan Royal Police Inquiry ialah terhad khusus kepada prestasi polis, tanggungjawab yang mustahak untuk menjaga keselamatan rakyat jelata supaya kurang kadar jenayah, untuk membanteras rasuah, untuk uphold human rights tetapi mana boleh kita lihat daripada rang undang-undang ini bahawa penubuhan SIAP boleh mencapai tiga matlamat itu. Sebab itu kenapa, ini mustahak cadangan pokok, cadangan IPCMC, Royal Police Inquiry tidak diterima. Sampai sekarang Yang Berhormat Menteri belum memberi jawapan Yang Berhormat diterima.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya hendak tanya Menteri boleh habis kah ataupun sambung esok Yang Berhormat.

Esoklah, nak layan Ipoh Timur ini.

Usul — MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 16(3) Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato’ Kong Cho Ha]: Tuan YangMotion

di-Pertua, saya mohon mencadangkan, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Ucapan-Ucapan Penangguhan — Masalah JMB dan Cadangan Pindaan TerhadapnyaAdjournment

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, demi menyelesaikan masalah pembeli rumah di projek perumahan strata, Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] diwujudkan supaya pembeli dan pemaju boleh menyelenggarakan harta bersama sebelum hak milik strata sesebuah bangunan dikeluarkan. Walau bagaimanapun, banyak kelemahan berlaku sehingga menimbulkan pertelingkahan antara pemaju, pembeli dan Badan Pengurusan Bersama (JMB), selepas Akta 663 dilaksanakan. Akta 663 ini kelihatan tidak mampu menangani isu-isu penyelenggaraan harta bersama di projek perumahan strata yang sangat kompleks. Kelemahan Akta 663 yang ketara adalah seperti berikut: (i) banyak peruntukan dalam akta ini menggariskan tanggungjawab pemaju dengan jelas, tetapi kesannya akta ini tidak menetapkan peruntukan yang memberi kuasa kepada Commision Of Building (COB) untuk mendakwa pemaju, sekiranya pemaju tidak melaksanakan tanggungjawabnya seperti gagal membentangkan akaun audit projek dan sebagainya; (ii) Akta 663 terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, manakala Akta Hak Milik Strata 1985 [Akta 318] di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Keadaan ini menyebabkan wujudnya keadaan di mana tiada penyelarasan di antara kedua-dua akta berkaitan. Dengan itu berlakulah pertindihan tanggungjawab antara JMB di bawah Akta 663, dengan pemilik asal atau pemaju semasa tempoh permulaan di bawah Akta 318, serta tanggungjawab pembeli untuk membayar caj perkhidmatan kepada akaun Kumpulan Wang Penyelenggaraan yang ditadbir di bawah JMB atau Kumpulan Wang Pengurusan yang ditadbir oleh pemaju. Saya terima banyak keluhan daripada pembeli di mana JMB tidak dapat ditubuhkan di projek kemajuan mereka yang telah membuka buku daftar serata kerana peruntukan akta 663 telah mengecualikan penubuhan JMB bagi kawasan pemajuan yang telah ditubuhkan Perbadanan Pengurusan di bawah Akta 318.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ini mengakibatkan hak pembeli untuk terlibat secara langsung dalam urusan penyelenggaraan harta bersama, tidak dapat diberikan. Selain itu, perbezaan terma yang diguna pakai antara 663 dan Akta 318 juga mengakibatkan kekeliruan apabila JMB dan MC ditubuhkan. Kesannya, ahli jawatankuasa pengurusan bersama terdiri daripada lima hingga 12 orang di bawah Akta 663, manakala Majlis Perbadanan Pengurusan, terdiri daripada tiga hingga 14 orang di bawah Akta 318. Justeru itu, kekaburan dalam Akta 663, perlu dimasukkan dalam kaedah Akta 663 yang perlu diwujudkan segera oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyarankan tribunal atau Mahkamah Khas Pesuruhjaya Bangunan perlu diwujudkan supaya penguatkuasaan yang berkesan dapat dijalankan, dan pertikaian yang melibatkan semakan perundangan dapat diselesaikan dengan cepat dan efektif. Selain itu, saya mencadangkan kerajaan supaya mengambil inisiatif untuk menjadikan lif di bawah pemajuan strata kos rendah sebagai infrastruktur dan aset kerajaan melalui kaedah pajakan dan diinsuranskan, untuk mengurangkan beban pembeli yang tidak mampu membiayai kos penyelenggaraan lif yang sangat tinggi, di samping masalah vandalisme yang kerap berlaku. Rintihan dengan isu pemotongan bekalan air dan elektrik yang hampir berlaku di semua projek perumahan serata, saya mencadangkan supaya pindaan kepada Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] atau Enakmen Perbekalan Air 1997 dan Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] dibuat dengan memasukkan peruntukan yang membolehkan pemakaian bil meter air dan elektrik harta bersama, dichargekan terus kepada pembeli, supaya setiap pembeli bertanggungjawab terhadap penggunaan air dan elektrik kepada petaknya dan harta bersama dan pemotongan bekalan air dan elektrik hanya melibatkan pembeli yang tidak membayar bil air dan elektrik. Sekian terima kasih.

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Seputeh. Kementerian sedar mengenai dengan beberapa kelemahan yang terdapat dalam peruntukan Akta 663, khususnya berkaitan dengan peruntukan kuasa Pesuruhjaya Bangunan, untuk mendakwa pemaju gagal melaksanakan tanggungjawabnya. Walau bagaimanapun, makluman Dewan yang mulia ini, Akta 663 telah menyatakan beberapa peruntukan kuasa pendakwaan kepada pesuruhjaya bangunan terhadap pemaju seperti berikut: (i) seksyen S5(5), kegagalan menjalankan mesyuarat pertama oleh pemaju. Penalti jika sabit kesalahan, didenda tidak lebih daripada RM20 ribu atau tiga bulan penjara; (ii) seksyen 17(7) kegagalan pemaju menghantar penyata laporan akaun dan maklumat berkaitan akaun penyelenggaraan bangunan seperti yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya Bangunan. Penalti jika sabit kesalahan, didenda tidak kurang daripada RM10 ribu atau tidak lebih dari RM100 ribu dan tambahan RM1 ribu bagi setiap hari kesalahan yang diteruskan selepas sabitan; (iii) seksyen 20, larangan mengutip surcaj sebelum pembukaan akaun penyelenggaraan bangunan dan pemilikan kosong oleh pemaju atau badan. Penalti jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM100 ribu atau dipenjarakan tidak lebih dari setahun atau kedua-duanya sekali; (iv) seksyen 21, kegagalan pemaju bagi projek siap sebelum dan sebagai contoh pada 12 April 2007, dan Perbadanan Pengurusan MC, sebelum ditubuhkan menyerahkan akaun penyelenggaraan yang diaudit kepada Pesuruhjaya Bangunan, penalti jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari RM10 ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali; dan

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

(v) seksyen 31, kesalahan kegagalan pemaju mendepositkan kepada Pesuruhjaya Bangunan bagi maksud membaiki harta bersama selepas disiapkan. Penalti jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih daripada RM5 ribu dan tambahan tidak lebih dari RM50 setiap hari, jika diteruskan selepas sabitan. Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga sedar mengenai dengan masalah pengurusan yang dihadapi oleh penghuni-penghuni rumah berstrata. Oleh yang demikian, kementerian sedang melakukan beberapa usaha seperti berikut: (i) sedang melaksanakan usaha penambahbaikan Akta Bangunan Dan Harta Bersama [Akta 663], dengan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan, pindaan Akta 663, melibatkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, Jabatan kerajaan dan Pesuruhjaya Bangunan di kawasan pihak berkuasa tempatan; dan (ii) menubuhkan jawatankuasa bersama di antara jabatan, ketua tanah dan galian, dan jabatan perumahan negara bagi menyelaraskan peruntukan undang-undan berkaitan dengan pengurusan bangunan yang mempunyai hak milik strata yang terdapat dalam Akta Bangunan Dan Harta Bersama [Akta 663] dan Akta Hak Milik Strata [Akta 318]. Antara keputusan jawatankuasa bersama tersebut adalah menghasilkan dua akta yang lebih khusus. Akta 663 akan meliputi semua hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan. Manakala penyelenggaraan bangunan dan harta bersama sahaja dan Akta Hak Milik Strata akan hanya melibatkan hal-hal berkaitan hak milik dan pendaftaran hak milik ini. Bermakna penyelarasan yang dilakukan dengan cara termasuklah penyelesaian dari segi interpretasi, pentadbiran, terminologi, kaedah, peraturan jadual, kuasa pegawai dan hal-hal lain.

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Kementerian berpendapat cadangan penubuhan terminal pada masa ini adalah tidak perlu segera kerana segala aduan dan semakan pertikaian boleh dikemukakan kepada pihak berkuasa negeri masing-masing bagi mendapatkan keputusan. Lif merupakan sebahagian daripada harta bersama dalam sebuah kawasan pemajuan. Pada masa ini, tiada hak milik khusus dikeluarkan kepada mana-mana bangunan dan kawasan harta bersama. Oleh yang demikian, urusan pajakan lif tidak dapat dijalankan. Walau bagaimanapun, peruntukan sedia ada tidak menghalang badan pengurusan bersama JMB memasukkan cadangan menginsuranskan lif sebagai salah satu perbelanjaan pengurusan di kawasan pemajuan tersebut. Bagi cadangan pindaan Akta Industri Bekalan Air 2006 [Akta 665] atau Enakmen Perbekalan Air 1997 dan Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], ianya terletak di bawah bidang kuasa kementerian yang lain. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, sila. Projek Petrokimia dan Industri Maritim di Sungai Pulai

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih untuk memberi ucapan penangguhan di dalam Dewan yang mulia ini. Di sini, saya ingin menyuarakan tentang Projek Petrokimia dan Industri Maritim di Sungai Pulai. Saya rasa kecewa kerana projek berkenaan telah pun bercanggah dengan akta-akta dan polisi Malaysia yang diwartakan untuk melindungi sumber semula jadi. Kajian Pelan Perancangan Pembangunan Zon Pantai Selatan Negeri Johor yang telah dijalankan pada tahun 1991.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara dan kajian Wetlands International dengan izin, telah mengatakan kawasan Sungai Pulai sebagai kawasan sensitif tahap pertama. Mengikut definisi Akta Kualiti Alam Sekitar 1987, kawasan sensitif pertama tidak boleh digunakan untuk penanaman, pembalakan dan projek besar-besaran. Hanya projek impak kecil seperti sektor pelancongan, penyelidikan dan pendidikan boleh dijalankan. Kenapa projek-projek mega di tapak tersebut diluluskan? Mengikut seksyen 34(A) Akta Kualiti Alam Sekitar, pembangunan projek mega yang terdapat dalam lampiran empat perlu menjalani Laporan EIA terperinci. DEIA, pembalakan hutan paya bakau melebih 500 hektar. Dalam kes projek ini ialah 913 hektar perlu menjalani DEIA. Namun hanya komprehensif EIA dilaksanakan setakat ini dan mendapat kelulusan walaupun laporan itu serba kekurangan dan terdapat kesilapan ketara. Jabatan Pengairan dan Saliran menetapkan bahawa pembangunan di kawasan hutan paya bakau persisiran pantai perlu mempunyai zon penampan sekurang-kurangnya 400 meter dari pinggir pantai. Dalam kes Sungai Pulai, projek petrokimia dan industri maritim dijalankan hingga ke pinggir sungai. Akta Perikanan 1985 menetapkan bahawa kawasan pembiakan perikanan dan dugong perlu dilindungi. Namun projek ini akan memusnahkan kawasan bakau serta rumput laut yang merupakan sumber makanan dan perlindungan haiwan terancam, dugong dan kuda laut. Mengikut Protokol Persetujuan Ramsar Antarabangsa, negara kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga integriti, ekologi, tapak Ramsar di Sungai Pulai. Cadangan projek adalah kurang dari 1km dari tapak Ramsar Sungai Pulai. Mempunyai saiz lebih kurang 10 peratus daripada tapak Ramsar. Maka risiko ancaman amat tinggi. Persetujuan Convention of Biological Diversity (CBD) dengan izin yang ditandatangani pada tahun 1994 oleh Malaysia akan tergugat oleh cadangan projek petrokimia dan industri maritim di Sungai Pulai. Ia mencerminkan ketiadaan komitmen kita di arena antarabangsa. Industri petrokimia akan memberi kesan ketara terhadap kesihatan penduduk yang duduk berhampiran lingkungan kurang dari 1km akibat pelepasan polycyclic aromatic hydrocarbon (PAH) dengan izin dan bahan toksik lain. Cadangan projek petrokimia dan industri maritim di Sungai Pulai telah melanggar polisi dan Akta-akta Institusi Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang dirangka untuk menjamin perlindungan sumber asli. Ia juga mengancam kesihatan penduduk sekitar. Saya menyahut bantahan daripada pihak NGO, penyelidik, para nelayan dan komuniti kampung untuk memberhentikan projek ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, sila Menteri jawab.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Pensiangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Bakri kerana menunjukkan minat dalam isu environmental impact assessment untuk industri petrokimia dan maritim di Sungai Pulai, Johor. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Laporan Kajian Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling atau Environmental Impact Assessment (EIA) untuk cadangan projek pembangunan industri petrokimia dan maritim di kawasan di Sungai Pulai telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 23 Julai 2007. Kajian EIA ini mengambil kira kajian amalan impak cadangan langkah kawalan yang dicadangkan oleh pemaju projek di dalam laporan EIA. Kajian EIA ini adalah komprehensif dan telah mengenal pasti isu-isu kritikal secara terperinci serta telah memenuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekitar tahun 1974. Laporan EIA tersebut melibatkan penyelidikan tapak bagi pembangunan industri petrokimia dan maritim di Mukim Sungai Serkap.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Pensiangan

Untuk pembangunan industri ini di atas tapak projek, pemaju projek dikehendaki mengemukakan laporan EIA secara berasingan dengan skop kerja yang terperinci bagi memastikan impak pencemaran kualiti air, udara, bunyi bising dan sebagainya dapat dilihat lebih jelas. Daripada segi konsepnya, pemaju projek telah mencadangkan aktiviti penstoran dan blending dan tidak melibatkan pelepasan gas atau bendasing ke udara. Untuk makluman Yang Berhormat juga, bersesuaian pembangunan dan jarak yang selamat atau zon penampan di antara aktiviti petrokimia dan maritim ini dengan penempatan penduduk adalah berdasarkan kepada keputusan ramalan impak di dalam kajian EIA. Kelulusan laporan EIA yang dikeluarkan kepada pemaju projek adalah dengan syarat-syarat yang cukup ketat dan langkah-langkah kawalan yang perlu dipatuhi oleh pemaju. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa isu-isu kritikal cadangan projek seperti impak kepada tanah lembap Ramsar Sungai Pulai yang bersempadan dengan tapak projek hutan paya bakau ekosistem Sungai Pulai dan kejadian banjir diambil kira sepenuhnya oleh pemaju dalam perancangan dan pelaksanaan projek. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga pukul 10 pagi, hari Selasa, 30 Jun 2009. Dewan ditangguhkan pada pukul 7.21 malam.