Dewan Rakyat · 2 July 2009
15th Parliament, session 2, meeting 2 · 2,001 turns · 66,332 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Usul-Usul — MENANGGUHKAN BACAAN KALI YANG KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62: Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Mohamed Nazri bin AbdulBill
Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, Rang Undang- undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008; Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009; dan Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas)(Pindaan) 2008 yang dijadualkan sebagai nombor 4, 5 dan 6 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini ditangguhkan bacaan kali yang kedua dan ketiga dan dibawa ke Mesyuarat akan datang.”
Baiklah.
Usul-Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputuskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) (Pindaan) 2009; Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mengenai Laporan Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat Mengikut Peraturan Mesyuarat 80(A); dan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Pindaan) 2009; serta usul-usul di Nombor 7, 8, dan 9 yang dijadualkan dalam Aturan Mesyuarat hari ini serta ucapan-ucapan penangguhan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan hingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Peraturan mesyuarat.
Peraturan yang mana satu, Yang Berhormat.
Peraturan 20, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah mengenai risalah-risalah yang patut diberikan kepada semua Ahli Parlimen yang dikawal oleh Setiausaha Dewan Rakyat dan atas arahan Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa risalah mengenai Pricewaterhouse, Port Klang Free Zone yang dengan appendixnya telah pun diserahkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat sebelum sesi ini mula. Saya juga difahamkan bahawa Menteri Pengangkutan telah memberitahu media dan sebagainya, bahawa risalah-risalah termasuk appendix itu sepatutnya diserahkan kepada semua Ahli Parlimen. Memandangkan hari ini adalah hari terakhir we will be the laughing stock of the nation jika risalah-risalah itu disimpan di peti besi di Dewan Rakyat dan tidak dikemukakan kepada semua Ahli Dewan Rakyat. Apakah alasan yang tertentu dan apakah sebab ia dilambat- lambatkan memandangkan ini adalah fiasco scandal yang terbesar...
Cukuplah, Yang Berhormat.
Belum lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Tidak payah berucap, Yang Berhormat.
Bukan, ini berkaitan kerana Pricewaterhouse yang telah menunjukkan dengan mikronya, apakah kesalahan-kesalahan tertentu yang telah dibuat oleh Menteri-menteri Pengangkutan sebelum ini di mana kerugian dianggarkan sebanyak RM12.5 bilion, maka ini adalah satu urusan yang...
Just talk about the risalah. Cukuplah Yang Berhormat.
Patut disegerakan dan walaupun telah disegerakan dari PKFZ ke Setiausaha Dewan Rakyat, tetapi kenapa ia dilambatkan. Memandangkan...
Tidak payah berucap, Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua.
Tidak payah berucap.
Memandangkan “1Malaysia Performance Now”, apa itu makna “performance now” jika tidak diperform?
Ya, ya.
Yang Berhormat, saya ingin menegur kepada Yang Berhormat. Pertamanya, apabila mengemukakan peraturan mesyuarat tidak perlulah dihurai sebegitu panjang. Peraturan 21 yang disebut oleh Yang Berhormat adalah berkenaan dengan peraturan 20(1), adalah berkenaan dengan risalah- risalah yang dikemukakan di atas meja Ahli Yang Berhormat dan perlu ia dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua. Maknanya mana-mana risalah yang ada di atas meja ini adalah atas kebenaran oleh Tuan Yang di-Pertua. Soal yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tidaklah berkaitan dengan peraturan 20(1). Walau bagaimanapun, saya ingin memaklumkan bahawa saya telah diberitahu, dimaklumkan oleh pihak Parlimen bahawa risalah yang diminta daripada pihak yang berkenaan adalah risalah-risalah yang dikehendaki oleh PAC dan Setiausaha telah memohon dokumen-dokumen tersebut daripada pihak berkenaan untuk keperluan PAC.
Sekarang ini PAC masih lagi bermesyuarat dan belum memutuskan untuk mengemukakan laporan terhadap isu itu ke Dewan ini. Maknanya risalah yang dikemukakan itu bukanlah disimpan dalam peti besi, bukan untuk kegunaan mana-mana pihak tetapi setakat ini ianya adalah untuk kegunaan PAC yang sedang menyiasat perkara ini sehingga keputusan telah dibuat oleh PAC, conclusion telah dibuat, maka semua risalah itu akan dikemukakan ke Dewan ini. Sehingga sekarang ini PAC belum lagi mengadakan the final meeting on the matter. Oleh kerana itu perkara itu masih dalam simpanan dan tidak akan dikemukakan untuk Dewan...
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Speaker.
PAC adalah satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Dewan Rakyat. This is subsidiary body. Dia tidak..
Saya tahu Yang Berhormat dan kita telah bagi kuasa, bagi tanggungjawab kepada PAC untuk menyiasat mana-mana perkara sehingga...
Tuan Speaker, saya...
...PAC telah membuat conclusion of the matter than setakat itu, maka sehingga itulah laporan itu baru kemudiannya dikeluarkan.
Tuan Speaker, jangan kita tertakluk kepada apa yang dibuat oleh PAC.
Yang Berhormat, kita tidak boleh mengemukakan laporan berperingkat-peringkat. Maknanya PAC dipertanggungjawabkan untuk menyiasat perkara itu, maka sehingga selesai penyiasatan, maka barulah laporan itu akan dibawa ke Dewan.
Bermakna PAC can control Dewan Rakyat. PAC boleh control semua Dewan Rakyat.
Itulah prosedur yang kita guna pakai sekian lama, Yang Berhormat.
The highest...
Ini yang double standard. PAC kita tubuh, takkan kita tidak percaya. Ini peraturan.
Boleh PAC control Dewan Rakyat? PAC is more powerful than Dewan Rakyat.
Ini under 41. You know the rule kan?
Kita tidak boleh menerima laporan piece by piece until one decision. That’s all.
Akan tetapi Tan Sri tidak kata begitu.
Tuan Yang di-Pertua, takkan PAC perlukan 300 copies.
[Menyampuk]
Yang Berhormat, we have a rule, peraturan dalam Mesyuarat ini. Apa juga yang telah dibentang dan diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua, semua pihak harus menerima. Itulah penjelasannya, Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat dari Kepong adalah separti dengan Yang Berhormat dan boleh bertanya dengan Ahli Yang Berhormat Kepong tentang prosedur yang sebenar tentang perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, kalau saya boleh memberikan penjelasan.
Saya sudah buat keputusan over the matter. Kalau itu perkara yang sama, saya tidak akan layan lagi, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah menerima satu jawapan lisan.
Yang Berhormat, peraturan mesyuarat mengatakan apa juga perkara yang telah diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua, itu adalah keputusannya, Yang Berhormat. Saya telah deal terhadap perkara peraturan mesyuarat yang dikemukakan oleh Ipoh Barat, maka itulah keputusannya.
Saya ingin memberi penjelasan, Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah jawapan lisan...
Tuan Yang di-Pertua, begini Yang Berhormat Menteri tidak tahu tentang prosedur ini kah?
Yang Berhormat yang tidak jelas tentang prosedur PAC.
Ini adalah satu penjelasan daripada Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu jawapan daripada...
Cukuplah, Yang Berhormat.
Ini penerangan di mana laporan yang diberi kepada Ahli-ahli Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua.
Cukuplah, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, ketepikan semua pandangan mereka, terus jalankan tugas.
Ya, sila Setiausaha.
Laporan ini diberikan untuk didedahkan kepada Ahli-ahli Parlimen.
Yang Berhormat cuma berdiri on standing order dan standing order over the isu yang sama telah pun saya buat keputusan, perjelaskan kepada Yang Berhormat.
Ini penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri untuk mendedahkan laporan kepada Ahli Parlimen.
Saya pun baca laporan itu.
Tuan Yang di-Pertua, Menteri tidak cakap begitu. Menteri kata dia akan edarkan kepada semua Ahli Parlimen. Ini apa yang kita baca dalam surat khabar.
Ini ialah jawapan dari Menteri.
Apabila akan diedar, bermakna bukan bererti sekarang. Tunggulah.
[Menyampuk]
Sila Setiausaha. Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, PAC telah bermesyuarat semalam.
Over the same matter, saya telah pun perjelaskan, Yang Berhormat.
...Dalam isu yang sama. PAC juga tertanya- tanya...
Cukuplah, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 20(2). Ruling Tuan Yang di-Pertua tadi ialah 21. Saya bangkitkan iaitu tiap-tiap risalah mesyuarat yang telah diterima salinannya oleh Setiausaha, ini telah diterima, PKA telah serahkan itu hendaklah disifatkan telah dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat dan diperintahkan supaya terbentang di atas meja mesyuarat.
Baik.
Jadi, yang kita hujahkan ialah cetakannya 300 naskhah. Menteri Pengangkutan sebelum sesi ini bermula memberi jaminan akan terima di meja sebelum sesi berakhir. Itu perkara kedua.
Baik.
Yang Berhormat Tuan Speaker, disebut laporan semakan kedudukan atau position review Port Klang Free Zone yang dibuat oleh Pricewaterhouse Advisory Services Sdn. Bhd. telah didedahkan untuk pengetahuan umum pada 28 Mei. Keempat-empat surat sokongan turut terkandung dalam lampiran pada laporan tersebut. Laporan itu yang lengkap dengan lampiran telah pun dikemukakan kepada Urus Setia Parlimen pada 15 Jun untuk diedarkan kepada semua Ahli Parlimen.
Baik, terima kasih Yang Berhormat.
Mohon 20(2).
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin perjelaskan sekali lagi. Setiausaha Dewan Rakyat adalah juga merupakan Setiausaha kepada PAC. Permohonan untuk risalah itu dibuat oleh Setiausaha Dewan Rakyat atas kapasitinya sebagai Setiausaha PAC. Maknanya dia bertindak sebagai Setiausaha PAC dan risalah itu dibagi kepada PAC...
Ahli PAC boleh...
When the Speaker speak, nobody should speak. Atas kapasitinya sebagai Setiausaha kepada PAC, PAC belum lagi mengemukakan, belum selesai menangani masalah isu yang dikemukakan itu. Semua risalah itu adalah dalam pegangan PAC pada ketika ini dan setiausaha tidak boleh mengemukakannya. Apa juga yang dilaporkan dalam akhbar, apa juga pengertian- pengertian Yang Berhormat atas perkara ini, inilah penjelasannya. Setiausaha meminta dokumen itu atas kapasiti sebagai Setiausaha kepada PAC dan PAC belum lagi memutuskan perkara ini dan belum lagi selesai mengemukakan laporan akhirnya kepada Parlimen. Maka itu risalah itu tidak boleh dikemukakan secara berasingan kecuali dalam bentuk satu laporan akhir daripada PAC. Saya harap penjelasan ini adalah penjelasan yang paling jelas dan saya tidak lagi...
Maksud Tuan Yang di-Pertua, PAC seharusnya memperolehi dokumen ini tetapi setahu kami PAC pun termasuk Pengerusi belum terima.
Sudah.
Ini tidak boleh dijadikan...
Jangan buat itu jika Yang Berhormat tidak tahu-menahu perkara yang sebenarnya.
Ya, betul. Ahli Selayang adalah...
Saya rasa Yang Berhormat tahu ada Ahli-ahli Pembangkang di dalam PAC, please. Yang Berhormat boleh bertanya kepada Ahli-ahli Pembangkang di dalam PAC itu sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta sedikit lagi.
Cukuplah Yang Berhormat. Saya rasa perkara ini sudah diperjelaskan.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta sedikit sahaja panduan lagi. Di manakah dalam perkara peraturan mesyuarat ini yang menyebut bahawa sesuatu risalah itu hendaklah setelah dibincangkan dan diputuskan dan disiapkan laporannya oleh PAC sebelum ia dapat diagihkan.
Yang Berhormat, saya telah jelaskan tadi, Yang Berhormat.
Bolehkah ditunjukkan di mana peraturan yang dimaksudkan oleh Tuan Yang di-Pertua.
Saya telah perjelaskan tadi, dokumen itu diminta atas kapasiti sebagai Setiausaha kepada PAC. PAC yang hendak dokumen itu tetapi PAC belum lagi digest dokumen itu sehingga untuk laporan yang akhir. Ahli Parlimen akan dapat laporan akhir daripada PAC.
Mengapa 300 copy untuk PAC? Tidak mungkin Menteri Pengangkutan cetak 300 naskhah.
Yang Berhormat jangan salah faham. Ini soal pentadbiran.
Dia tidak fahamlah.
PAC yang minta. Laporan itu belum selesai didigest, diambil tindakan oleh PAC.
Batu tidak fahamlah. Kepala batu.
Ya, Setiausaha, di mana kita sekarang?
Tengok Kepong pun dia tidur. Dia tidak mahu dengar lagi.
Nampaknya Menteri Pengangkutan...
Ini Ipoh Barat pun pendapat sudah kerap.
Apa juga Yang Berhormat dengar, apa juga Yang Berhormat interpretasikan daripada statement mana-mana pihak, tetapi inilah kedudukan yang sebenarnya. I hope everybody is clear over this matter.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN (PINDAAN) 2009 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan 1996; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh
; dibaca kali yang pertama, akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG AMANAH LUAR PESISIR LABUAN (PINDAAN) 2009 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Amanah Luar Pesisir Labuan 1996; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Dr. Awang Adek Hussin]; dibaca kali yang pertama, akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT LUAR PESISIR (PINDAAN) 2009 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Syarikat Luar Pesisir 1990; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Dr. Awang Adek Hussin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat yang akan datang.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN (PINDAAN) 2009 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Dr. Awang Adek Hussin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat yang akan datang.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG YAYASAN LABUAN 2009 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, peraturan dan pembubaran Yayasan di Labuan dan perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Dr. Awang Adek Hussin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat yang akan datang.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2009 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, peraturan dan pembubaran perkongsian terhad dan perkongsian liabiliti terhadap Labuan dan perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Dr. Awang Adek Hussin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat yang akan datang.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI LABUAN 2009 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan peraturan perkhidmatan kewangan dan sekuriti di Labuan, penubuhan suatu bursa dan perkara lain yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh
; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat yang akan datang.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2009 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan peraturan perkhidmatan kewangan dan sekuriti Islam di Labuan dan perkara lain yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Dr. Awang Adek Hussin]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat yang akan datang.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (PINDAAN) (PINDAAN 2009) Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua
Yang Berhormat Tawau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan sambung perbahasan saya. Semalam saya bangkitkan isu tanah yang kontroversi di Sabah dan (e) itu seramai 202 orang peladang kecil yang telah bercucuk tanam atas tanah mereka di Tingkayu selama lebih daripada 20 tahun telah dihalau keluar kerana tanah mereka telah diperolehi syarikat-syarikat besar yang berkait hubung dengan bos-bos besar. Walaupun 171 orang peladang kecil telah mendapati court injunction pada Februari 2009, apabila 50 orang peladang tempatan yang ditemani peguam-peguamnya telah..
Penjelasan.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tidak... [Ketawa]
Yang Berhormat Tuaran, dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Nanti, tunggu saya habis dahulu ya.
Ada minta penerangan mengenai bos-bos.
Balik ke Sabah dan cakaplah.
Sudah tidak bagi jalan, tidak boleh bercakaplah Yang Berhormat.
Nanti, nanti. Tunggu saya habis dahulu ya. Apabila 50 orang peladang kecil tempatan yang ditemani pegawai-pegawainya telah pergi mengutip hasil tanaman, mereka telah diserang sehingga nyawa terancam oleh sekumpulan lebih kurang 100 orang termasuk pendatang asing tanpa izin yang di bawah majikan syarikat besar itu untuk menghalang mereka daripada memasuki ladang untuk mengutip hasil tanamannya. Keganasan mencetus dan akibatnya dua orang terbunuh, lima orang yang lain cedera parah termasuk peguam yang pergi menjalankan perintah mahkamah itu. Okey, saya akan beri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Tawau telah mengatakan bahawasanya ada syarikat-syarikat yang berkenaan itu dilindungi oleh bos-bos. Saya kira kalau disentuh perkara ini perlulah diperjelaskan kerana pihak masyarakat ingin tahu kalau Yang Berhormat tahu siapakah bos-bos ini.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Semua informasi ini sudah diserahkan kepada pihak berkuasa termasuk SUHAKAM. Mungkin kita hendak tahu siapa yang buat salah tentang masalah dan isu-isu yang penting ini. Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan kes tersebut mempunyai bukti..
Penjelasan.
Yang Berhormat Silam bangun Yang Berhormat.
Bumiputera Sabah..nanti.
Yang Berhormat Tawau.
Telah menduduki tanah untuk tujuan pertanian selama 20, hingga 30 tahun yang lalu.
Yang Berhormat Tawau.
Nanti, yang amat menyedihkan apabila tiada sebarang tindakan yang diambil untuk meneliti nasib bumiputera Sabah. Ini bukan sekadar satu kes sahaja or one of case dan kompelin-kompelin has gone to no man’s land, dengan izin. Justeru itu pihak-pihak berkuasa, kerajaan dikehendaki mengambil tindakan serius terutama sekali terhadap siasatan dan rekomendasi SUHAKAM. Apabila ordinan tanah diluluskan pada 1984, tanah-tanah tersebut yang sudah dicucuk tanam oleh bumiputera Sabah yang memiliki tanah-tanah itu di bawah Ordinan Tanah untuk bumiputera Sabah. Pada tahun 1984 tiada sebarang kerja ukur tanah dilakukan ke atas tanah-tanah yang diduduki itu.
Penjelasan Yang Berhormat Tawau.
Sebahagian tanah itu dikelas sebagai tanah hutan reserved.
Yang Berhormat Tawau mohon penjelasan.
Oleh itu sebahagian tanah yang tidak diduduki telah diperolehi oleh syarikat-syarikat besar.
Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Saya mohon penjelasan spesifik berhubung dengan tanah-tanah yang dilibatkan dari segi yang telah diperolehi atau dimiliki oleh penduduk bumiputera. Dari segi rang undang-undang tanah negeri Sabah kita sedia maklum iaitu dari segi pemilikan dan perlindungan yang diberikan kepada hak bumiputera itu memang terjamin. Saya mohon supaya Yang Berhormat tahu dari segi spesifiknya itu kita dapat kawasan tertentu sebab di tempat saya juga ada terlibat dalam soal-soal yang melibatkan SUHAKAM ini. Kejadian kes-kes yang melibatkan pergaduhan ini pun terdapat di kawasan saya. Kalau boleh sebab setakat ini pihak mahkamah dan SUHAKAM telah pun membawa ke peringkat mahkamah dan peringkat seterusnya. Kita berharap supaya Yang Berhormat Tawau lebih khusus dalam perkara ini. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Tuaran tadi. Kalau kita sudah tahu bahawa spesifik individu yang terlibat itu, maka kita boleh kemukakan dalam Dewan yang mulia ini sebab inilah tempat yang terbaik untuk kita dapat mengatasi masalah rakyat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Silam. Perwakilan Peladang Kecil rombongan mereka sudah melawat Parlimen tahun lalu dan saya pernah introduce mereka kepada Yang Berhormat Silam. Saya fikir Yang Berhormat Silam pun tahu apa yang berlaku tentang kejadian itu. Saya akan teruskan..
Mohon penjelasan Yang Berhormat Tawau.
Dia mahu kita semua tahu lah.
Yang Berhormat Tawau.
Hendak bagi jalan lagi Yang Berhormat?
Tidak.
Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Sebab kes itu di mahkamah. Saya minta jangan disebut dalam Dewan ini. Terima kasih.
Tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Saya tidak bagi jalan ya. Okey Tuan Yang di- Pertua.
Jaga negeri sendirilah.
Saya mendesak SUHAKAM, kementerian- kementerian yang berkaitan dan pihak berkuasa supaya memandang serius terhadap isu ini dan mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan isu-isu tanah yang sudah lama wujud di Sabah supaya keadilan diberi kepada orang-orang bumiputera, pemilik-pemilik tanah tempatan. Justice not only have to be done, justice must be seen to be done, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, SUHAKAM sentiasa dirujuk sebagai harimau tanpa gigi... [Tepuk] Kononnya kerana rekomendasi-rekomendasi yang diperincikan...
[Bercakap dalam bahasa Mandarin]
Terutamanya bertujuan melindungi kepentingan- kepentingan awam tidak diamalkan sama sekali oleh pihak-pihak berkuasa yang berkenaan. Saya juga ingin tahu, apakah tindakan yang diambil oleh kementerian untuk menyelesaikan persepsi ini? Perkara yang kedua ialah, mempertahankan hak asasi manusia untuk mendapat kewarganegaraan Malaysia di Sabah. Seperti mana yang saya selalu bangkitkan di perbahasan Parlimen berkaitan masalah ramai bumiputera Sabah, belum diberi sijil beranak, MyKad atau dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang. Inilah satu basic human rights of citizen for bumiputera in Sabah. Di sini saya berharap pelaksanaan Akta DNA yang diluluskan Parlimen baru-baru ini, bukan hanya terhad kepada bidang jenayah dan pengenalpastian forensik sahaja. Saya mendesak kerajaan supaya memperluaskan skop pelaksanaannya kepada mengenal pasti talian keluarga. Saya telah diberitahu bahawa kadangkala sangat susah untuk mengenal pasti talian keluarga, terutama dalam permohonan sijil beranak bagi bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu warga Malaysia yang kononnya telah melahirkan anak dalam kampung dan terdapat pendatang asing yang telah memperalatkan wanita-wanita Malaysia ini, untuk mendapatkan sijil-sijil beranak, untuk balasan faedah wang ringgit. Di bawah keadaan-keadaan yang ragu-ragu ini, pegawai-pegawai JPN sepatutnya diberikan kuasa untuk menggunakan ujian DNA untuk mengesahkan talian keluarga sebelum mula memproses permohonan berkaitan. Banyak keluarga di Sabah, khususnya bumiputera Sabah yang ada di antara adik-beradik yang masih belum menjadi warga negara. Mereka ini telah dirampas hak-hak warganegaranya, mereka tidak boleh belajar di sekolah, tidak boleh bekerja manakala pendatang asing tentulah telah terlepas dari kawalan rangkaian keselamatan. Perkara ketiga pula ialah, isu-isu aktiviti penyeludupan manusia adalah satu isu semasa. Laporan 2009 terhadap Trafficking In Persons atau TIP yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat, telah menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu di antara 17 buah negara yang tidak berusaha sungguh-sungguh untuk hentikan aktiviti menyeludup manusia atau human trafficking. Malaysia telah dilaporkan sebagai salah satu destinasi, satu negara punca dan satu negara transit untuk wanita dan kanak-kanak yang di seludup untuk tujuan komersial, seks, dan buruh yang dipaksa. Saya mendesak pihak-pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan akan dapat meneliti rekomendasi-rekomendasi the first AIPA, iaitu ASEAN Inter-Parliamentary Assembly Caucus yang dipengerusikan oleh Timbalan Speaker Parlimen Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Wan Junaidi pada April 2009, di Kuala Lumpur. Sejumlah sepuluh ahli negara-negara ASEAN iaitu, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Philipines, Singapore, Thailand, Vietnam, Brunei dan Myanmar telah bermesyuarat untuk membincangkan terms of references untuk membangunkan inisiatif- inisiatif legislatif terhadap penyelarasan undang-undang untuk memerangi jenayah-jenayah melintasi sempadan yang melibatkan penyeludupan manusia dan dadah. Sebuah protokol dalam ASEAN untuk memudahkan kerjasama dan penguasaan serantau adalah perlu untuk membanteras jenayah penting ini. Saya berharap agensi-agensi kerajaan dapat bekerjasama secara rapi dengan badan-badan bukan kerajaan atau NGO seperti Tenaganita dan lain-lain untuk memberi sokongan yang diperlukan kerana, wanita dan kanak-kanak itu enggan membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa rasmi, kononnya takut dilayan sebagai penjenayah, walaupun mereka adalah mangsa. Saya juga berharap Amerika Syarikat akan membentangkan serius terhadap isu ini daripada AIPA Caucus sebagai satu langkah positif di kalangan negara- negara ASEAN, khususnya Malaysia untuk memerangi aktiviti penyeludupan manusia, terutama di rantau ini. Akhir sekali, saya berharap pelantikan suruhanjaya-suruhanjaya pada masa hadapan akan lebih telus dan memenuhi Prinsip-prinsip Paris 1993, yang berkaitan dengan fungsi-fungsi Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan. Perlu juga diadakan satu proses yang lebih bercorak consultative supaya calon-calon yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang hak asasi manusia dapat dilantik.
Paling penting, saya berharap kementerian-kementerian yang berkaitan bertindak selaras dengan semua rekomendasi SUHAKAM, supaya mempromosikan sebuah masyarakat yang adil, saksama, demi kepentingan awam. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Putatan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya sungguh bertuah kerana diberi peluang untuk turut berbahas yang pertama, iaitu disambung dari pertama. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat pagi dan selamat sejahtera kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berwibawa, dan budiman. Hari ini adalah hari terakhir bagi kita, selamat turun padang, jumpa kepada rakyat mahupun sahabat saya dari Barisan Nasional dan saya mohon kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang supaya janganlah turun padang untuk mengelirukan rakyat lagi... [Ketawa] [Tepuk] Saya Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri untuk bersetuju, untuk bersetuju pindaan rang undang-undang ini diluluskan dan saya soal hak asasi ini, soal perikemanusiaan ini juga patut dimainkan peranan dalam Dewan ini. Semalam saya amat kecewa terhadap perangai Yang Berhormat Ipoh Barat, menjerit menghalau budak-budak yang tidak berdosa yang cameraman semalam. Ini tiada langsung perikemanusiaan... [Ketawa] Budak yang tak berdosa takut, bagaimana...
Yang Berhormat wakil RTM kah sekarang?
[Bangun]
Yang Berhormat Ipoh Barat yang berangan-angan menjadi Menteri Dalam Negeri...
[Ketawa]
Itulah gelagat beliau. Jadi kita akan kegelapan..
Penjelasan.
Ini baru mukadimah, duduk dulu. Menteri Dalam Negeri, adakah kita ini...
Point of order.
Point of order lagi, apa itu point of order, duduk. Itu betul... [Dewan riuh]
Kena duduklah, ikut peraturan.
Point of order. Duduk lah... [Dewan riuh] Apa Yang Berhormat, tidak berguna lah.
Tuan Yang di-Pertua mungkin terkejut dan kawan saya dari Putatan mungkin tidak tahu.
Which one? Jangan buang masa lah... [Dewan riuh]
Saya bangun atas point of order...
Point of order apa Yang Berhormat?... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]
...Bukan terhadap...
Point of order apa ini? Ini buang masa. Ini tiada perikemanusiaan.
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.
Tengok. Tiada perikemanusiaan langsung.
Point of order mana ini?
Buang masa dalam Dewan yang mulia ini.
Nombor mana?
Yang Berhormat Putatan. Biar saya putuskan Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua. Ini peraturan...
Peraturan Mesyuarat 36(6) Yang Berhormat.
Peraturan Mesyuarat 14 iaitu 14(1)(i) Statement by Ministers. Ministerial statement. Saya hendak tahu, memandangkan kita ada seorang Minister KPI. Adakah dia akan memberitahu Dewan Rakyat ini?... [Dewan riuh]
Tidak relevan.
Tidak. Sekejap... [Dewan riuh]
Yang Berhormat.
Duduklah ini floor saya. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua...
...Ini tiada ada kena mengena.
Tuan Yang di-Pertua faham...
Duduk. Ini floor saya.
Sebentar Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua faham apa yang saya sudah cakap?... [Dewan riuh]
Balik menoreh lah.
Saya hendak cakap sedikit mengenai ini kerana Menteri KPI ada di sini. Baru-baru ini ada masalah di Pulau Pinang mengenai tanah high chaparral di mana beliau telah...
Ini jauh. Ini bukan point of order.
...Mengagihkan tanah RM10...
Ini tiada bersangkut paut Tuan Yang di-Pertua.
...Tuan Yang di-Pertua, adakah beliau berani...
Tuan Yang di-Pertua, ini tiada perikemanusiaan...
Yang Berhormat.
...Ini membuang masa.
...Memberi keterangan selanjutnya di dalam Dewan ini supaya jangan...
Ini melewat-lewatkan masa ini Tuan Yang di- Pertua.
Ada Yang Berhormat?
Adakah beliau berani untuk mengambil stand hari ini kerana...
[Bangun]
...Kita memberi ruangan masa supaya satu pengisytiharan yang...
Cukup Yang Berhormat.
...Dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kabinet KPI, kalau tidak pergi minum kopi O... [Dewan riuh]
Yang Berhormat...
Terima kasih...
Saya perlu tegaskan bahawa peraturan mesyuarat harus digunakan dengan baik ya. Peraturan Mesyuarat 14 ini adalah atas urusan-urusan mesyuarat. Aturan urusan mesyuarat Yang Berhormat dan 14(1)(i) itu penerangan daripada Menteri. Akan tetapi saya tahu niat Yang Berhormat. Akan tetapi bukanlah ke atas statement yang dibuat oleh Yang Berhormat Putatan. Sila Yang Berhormat Putatan.
Point of order.
Apa lagi point of order?
Ini improper motive...
Ini tiada perikemanusiaan...
...Improper motive yang dibuat oleh...
Ini SUHAKAM..
...Peraturan Mesyuarat 36. yang dibuat oleh Yang Berhormat Putatan mengatakan bahawa saya menghalau kru-kru RTM.
[Ketawa]
Sebenarnya saya hendak menolong RTM semalam. [Dewan riuh] Saya sudi Tuan Yang di-Pertua, ini kerana apa yang dibangkitkan oleh Yang Sri Gading. Saya rasa Yang Berhormat Sri Gading as an elder...
Duduklah, main wayang.
...Yang berwibawa, very good. Perkara yang sangat mustahak yang telah dibangkitkan...
Cukuplah Yang Berhormat.
Saya sudi hendak ingin buat satu laporan polis...
Tuan Yang di-Pertua, dia membuang masa saya. Ini tiada berperikemanusiaan...
Yang Berhormat.
Dulu apabila RTM...
Teruskan Yang Berhormat.
...Apabila RTM tidak menyiarkan siaran langsung di Dewan yang mulia. Mereka minta, mereka marah dengan kerajaan. Apabila RTM bagi peluang...
Saya ingat Yang Berhormat mahu keluar dalam berita RTM...
[Bangun]
...Kerajaan, dia minta sambung...
Minta jalan Yang Berhormat. Yang Berhormat Seputeh hendak minta jalan...
Ini floor saya.
Yang Berhormat hendak bagi jalan Yang Berhormat?
[Bangun]
Sekarang mahu keluar dalam televisyen...
Duduk dulu...
...Baru cakap semua ini.
Duduk dulu.
Yang Berhormat Putatan mahu bagi jalan?
Tidak.
Duduk dahulu.
Dia bagi Yang Berhormat Kinabatangan.
Nanti saya. duduk dulu.
[Bangun]
Yang Berhormat Putatan, begini caranya Yang Berhormat. Yang Berhormat, jika ada orang yang bangun meminta jalan, saya akan minta persetujuan daripada Yang Berhormat...
Setuju Yang Berhormat Kinabatangan.
...Jika sekiranya Yang Berhormat tidak setuju, saya akan panggil...
Saya tidak setuju dengan Seputeh “ah moi”. [Ketawa]
Baik.
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.
Sila Yang Berhormat Kinabatangan.
[Bangun]
Amoi, duduk amoi... [Ketawa]
Minta jalan.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa di sini kita semua Yang Berhormat. Bukan ”amoi”. Tidak tahu apa ini?... [Dewan riuh]
Yang Berhormat duduk.
...Tidak tahu ini. Nanti ada budak ini sudah dengar?
Yang Berhormat duduk.
Apek ini dari mana?... [Ketawa]
Bersikaplah bertanggungjawab, semua Yang Berhormat.
Apa?
Semua Yang Berhormat duduk.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa kita perlu panggilan yang proper...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
“Amoi” jangan lah kita gunakan, begitu juga ”apek” pun jangan kita gunakan...
[Ketawa]
”Apek” pun jangan kita gunakan.
Tidak ‘ngam’ apa yang dia cakap itu Tuan Yang di-Pertua.
Apa amoi? Daripada mana Kinabatangan Yang Berhormat? Yang Berhormat Kinabatangan...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, sila Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.Mungkin memandangkan ini hari terakhir kita bersidang jadi mesti ada kelakar sedikit jugalah... [Ketawa] Jangan terlampau stress. Yang Berhormat Putatan, sedar kah Yang Berhormat bahawa sebilangan besar wakil rakyat pembangkang ini, mereka bukan lagi double standard, triple standard. Apabila isu tidak memihak kepada mereka, mereka kata tidak adil. Tidak ada perikemanusiaan. Akan tetapi kalau isu itu, walaupun bukan hak mereka, memihak kepada mereka. Mereka kata ini betul. Minta pandangan.
Terima kasih sahabat saya dari Kinabatangan. Itu memang betul. Kita sudah melihat Yang Berhormat Ipoh Timur berucap. Dia menari berjoget twist... [Ketawa] seolah-olah bercakap...
Ini sangka jahat lagi. 36.
...Seolah-olah kaki dia tidak terpijak di lantai...
Betul.
Bagaimana dia dapat berdiri? Saya pun tidak tahu. Mungkin ada kaki ketiga... [Ketawa]
Ini hak asasi...
Duduk dulu. Yang Berhormat Bukit Mertajam apabila Yang Berhormat Ipoh Barat dengan anak buah dia, anak Kuching... [Ketawa]
Yang Berhormat bukan dari Bandar Kuching?
Saya anak Putatan. Okey. Dia anak Kuching.
Yang Berhormat. Tidak boleh macam itu Yang Berhormat.
Bandar Kuching.
Perbahasannya bercelaru. Ada yang setuju, ada yang tidak. Dia sokong bila kita meliberalisasikan pembangunan ekonomi dalam FIC. Yang Berhormat Bukit Mertajam berdiri, menyokong. Ini perjuangan DAP lama sudah. Ya.
Yang Berhormat, 1Malaysia.
Betul lah.
Akan tetapi Yang Berhormat Ipoh Barat cakap jangan tergesa-gesa meluluskan. Jadi apabila dia lihat Ahli-ahli Barisan Nasional tidak minat sama sekali perbahasan pihak sana. Kita keluar. Ada orang yang melihat, mengira berapa...
Yang Berhormat Putatan. Boleh mencelah?
...Untuk minta berbelah bagi. Bila kita sudah menang, mereka kalah. Itu kita menang...
Peraturan mesyuarat...
...Perjuangan DAP.
Ya Yang Berhormat.
Mana, mana? Ini buang masa ini...
Tuan Yang di-Pertua, ”Jika perlu ada...
...Bukan perikemanusiaan...
...Satu, seseorang Ahli...
Yang Berhormat Seputeh buang masa lah...
Yang Berhormat.
...Bagi ucapan lah Yang Berhormat Seputeh.
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat...
Duduk dulu lah. Apa lagi guna mencelah...
Yang Berhormat Seputeh duduk lah..
Peraturan mesyuarat Yang Berhormat Putatan ya.
Jadi, mana perikemanusiaan?...
Duduk, duduk.
Yang Berhormat Putatan, peraturan mesyuarat.
Peraturan Mesyuarat 36(1). Seseorang Ahli Dewan apabila membahaskan rang undang-undang yang meminda akta induk. Hanya perkara-perkara yang berkaitan rang undang-undang itu sahaja yang dibenarkan bercakap dan tidak kepada perkara yang melibatkan akta induk... [Dewan riuh]
Tengok Yang Berhormat Ipoh Timur kah. Yang Berhormat Ipoh Timur lagi hebat.
Pergi balik lah belajar.
Yang Berhormat Ipoh Timur dengan Yang Berhormat Ipoh Barat pun sama lah... [Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara 36(1) telah pun saya ingatkan kepada Yang Berhormat semalam.
[Mencelah]
Bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat harus terikat kepada 36(1) dalam pindaan rang undang-undang pindaan. Hanya perkara-perkara hendak dipinda sahaja perlu dibahaskan dan tidak perlu menyentuh akta induk. Itu Yang Berhormat Seputeh telah pun saya ingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Parlimen semalam sebelum rang undang-undang ini dibuka untuk dibahas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman.
Penjelasan.
Benarkan saya ...
Ya sila.
Sahabat saya daripada Maran.
Terima kasih Yang Berhormat... [Ketawa] Minta diam lah sedikit pembangkang. Saya hendak bercakap ini, ini floor saya... [Ketawa] Dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Putatan. Saya...
Pinjam itu floor.
Saya terlalu kecewa Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya terlalu kecewa dengan sikap pembangkang seperti ini. Kita membahaskan masalah hak asasi manusia. Seolah-olahnya kita ini bukan manusia kah? Kalau kita dalam Parlimen ini bercakap yang bukan-bukan, ini satu sikap yang cukup tidak baik terutamanya daripada pembangkang. Kita dengar apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Tawau tadi, cukup menarik. Membahaskan, membela nasib masyarakat di tempat beliau dan sebagainya dan juga orang-orang lain dan juga termasuk Yang Berhormat Putatan. Ini perlu difikirkan. Saya ini sikap pembangkang cukup saya tidak suka. Contoh daripada Yang Berhormat Padang Serai. Hari ini dia tidak ada, ponteng agaknya.
Apabila satu ugutan berlaku pada beliau semalam, semua Yang Berhormat tahu baca. Ada orang ugut dia, hendak bunuh sebagainya, dia pun mintalah pertolongan polis. Akan tetapi apabila tidak ada seperti ini, polis dihina, dimaki, diherdik dan sebagainya... [Dewan riuh] Apakah ini sikapnya? Inilah sepatutnya kita perjuangkan. Kalau polis selama ini mengorbankan diri mereka, keluarga, harta dan anak-anak tetapi bila kita susah, inilah yang jadinya...
Baru ingat Tuhan.
Baru ingat... minta maaf, saya belum beri ini lagi, walaupun bukan floor saya, floor Yang Berhormat Putatan.
Saya minta Yang Berhormat, sebagai orang yang dipilih oleh rakyat berfikir sungguh-sungguh, bercakap yang betul. Jangan bila susah sahaja baru ingat orang, bila senang kita lupa orang. Putar belit... [Dewan riuh]
Putar belit.
Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya minta Tuan Yang di-Pertua gunakan kuasa yang ada. Jangan mudah- mudah gunakan peraturan ini. Yang Berhormat Putatan, setuju tidak dengan saya? Terima kasih... [Dewan riuh]
Setuju. Seratus peratus.
Saya tahu hari ini hari akhir, Yang Berhormat, tetapi tidak perlulah bising sangat macam ini.
Tengok, itulah soalnya...
Minta penjelasan.
...Soal perikemanusiaan, soal buang masa...
Yang Berhormat Putatan, ini hal- hal pengurusan.
...Yang tidak bertanggungjawab, gelagat-gelagat pembangkang, ini hak asasi manusia.
Hak asasi manusia? Yang Berhormat, kelmarin mungkin sebab hak asasinya telah dicemari, maka DAP Kedah mengisytiharkan diri keluar daripada Pakatan daripada Kedah. Pada mula-mulanya dia kata mereka satu hati, satu jiwa tetapi untuk selama-lamanya, untuk semua. Apa yang sudah berlaku?... [Dewan riuh] Mungkin hak asasinya sudah dicemarikah? Kita pun tidak tahu, siapa cemari siapa?
Yang Berhormat Ipoh Barat...
Jadi apa sudah berlaku dalam...
Ini bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat 36...
...Ini tidak ada peraturan, ini hak asasilah...
Ini tidak kena-mengena dengan anda.
Saya tanya...
Yang Berhormat, saya minta bertenang Yang Berhormat, bertenang ya.
Sebab, DAP di Kedah rasa hak asasinya telah dicabuli oleh pakatan lain.
Ya betul, betul.
Jadi apakah Yang Berhormat ingin meminta bahawa hak asasi dalam pembangkang pun kena diperbetulkan.
Ya, ya.
Sebab mereka jual manusia. Jadi apa pandangan Yang Berhormat? Saya nampak DAP lain diam-diam pula... [Dewan riuh]
Yang Berhormat Kinabatangan, saya tidak perlu menjawab kenyataan. Jelas sekali gelagat, kalau kita ikut Yang Berhormat Kepong macam budak yang baik, okey. Dia diam-diam, okey. Dia gentleman. Yang Berhormat Bukit Gelugor pun diam-diam, bukan macam anak-anak buah semua ini.
Balik kepada rang undang- undang, Yang Berhormat.
Soal Yang Berhormat Bagan Serai itu, dia juga berangan menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri, tetapi tiada kelayakan. Kalau Yang Berhormat Padang Serai ada di sini, mungkin dia...
Yang Berhormat Bukit Gelugor saya tengok boleh...
...Dia hanya layak jadi bodyguard kepada Yang Berhormat Ipoh Baratlah.
Ya.
Jadi saya teruskan, Yang Berhormat.
Minta penjelasan, Yang Berhormat Pasir Salak... [Ketawa]
Kalau saya tidak beri Yang Berhormat Pasir Salak, susah saya... [Ketawa]
Terima kasih, Yang Berhormat Putatan. Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat daripada Kinabatangan ada sebut masalah hak asasi di Kedah bagi setengah pihak telah dicemari atau dinafikan hingga berlaku pertelagahan di antara Pakatan, DAP dengan PAS. Di sana ugut-mengugut untuk keluar daripada Pakatan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Putatan, perkara ini bukan sahaja berlaku di Kedah, tetapi juga di Pulau Pinang. Saya tengok semalam, ya? Adakah Yang Berhormat anggap bahawa apa yang berlaku di Pulau Pinang, tunjuk perasaan daripada komuniti India, masyarakat India daripada Kampung Buah Pala yang...
Tuan Yang di-Pertua, 36(1).
...Mereka...
Patut berkaitan dan hanya boleh...
Ya, saya maklum, Yang Berhormat.
Jadi, satunya ialah berhubung...
Mungkin soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak, Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon boleh jawab.
Yang Berhormat, saya maklum, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, dia berangan dulu hendak jadi Gabenor, bukan Menteri Dalam Negeri, hendak jadi Mayor, Datuk Bandar Ipoh. Tidak jadi, itu yang dia sasau itu... [Ketawa]
Curi kerajaan, rampas kerajaan, mereka.
Dia hendak jadi Datuk Bandar Ipoh, tidak dapat jadi Menteri, Datuk Bandar pun jadi... [Ketawa] Inilah angan-angan, ya? Kuat sangat angan-angan, tidak jadi. Kemudian kerajaan pun sudah jatuh.
Peraturan 36(1)...
Jadi apa hendak buat? Mesyuarat bawah pokok?... [Ketawa] Hak asasi sudah dicemari... [Ketawa] Jadi ini berlaku di Pulau Pinang...
Six million dollar man...
...Iaitu masalah masyarakat India dan juga masalah seorang kaunselor PKR boleh diambil tindakan oleh Ketua Menteri untuk dibuang daripada Ahli Majlis kerana dia membantah tindak-tanduk Ketua Menteri. Ini pun satu hak asasi yang telah dicemari oleh kerajaan itu di Pulau Pinang. Nampaknya banyak pencemaran hak asasi ini.
Yang Berhormat Putatan, saya minta agar perkara 36(1) ini menjadi ingatan kepada Yang Berhormat untuk balik berbahas kepada rang undang-undang.
Tiada sangkaan jahat. Semua yang baik-baik.
Peraturan 36(1). Perkara rang undang-undang pindaan sahaja yang perlu dibahas.
Okey. Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Betul apa yang dinyatakan, diucapkan oleh sahabat tadi pasal tol. Bagaimana rakyat melihat pihak di sana yang bercelaru di peringkat kawasan masing- masing. Perak, Penang, bagaimana mahu memerintah kalau perangai yang macam itu? Rakyat boleh lihat. Jadi, hak asasi itu langsung tiada kalau sekiranya pihak pembangkang memerintah terutama sekali Yang Berhormat Ipoh Barat ada di sana... [Ketawa] Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu... [Disampuk] Apa lagi cakap saya, ini di floor saya...
Minta penjelasan...
...Kalau berdiri...
Minta penjelasan. Hak asasi, saya mohon hak asasi saya diberikan... [Ketawa] Perhatian, saya memohon kerjasama...
Hendak bagi jalan, Yang Berhormat Putatan?
Selepas ini, insya-Allah.
Okeylah, kawan ini kawan baik.
[Ketawa] Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Putatan. Yang Berhormat Pasir Salak sebut tadi adalah hasil kerja kotor daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dahulu, betul atau tidak?
Itu pelanggaran hak asasi...
Di bawah Menteri KPI...
Dia punya bekas Ketua Menteri, sini ada bukti. Pindah Pulau Pinang, kemajuan Pulau Pinang tidak ada lagi yang kita boleh soalkan. Ia terlalu maju ketika Yang Berhormat bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Senator yang menerajui Pulau Pinang dulu bukan... [Disampuk] Duduklah, duduk. Aku belum habis. Mulut ku ini baru mukadimah, ini bukan takut, ini saya hormat. Duduk dulu. Nanti saya bagi kemudian. Duduk. Jadi apabila saya melihat, Tuan Yang di-Pertua, satu pindaan kecil kepada 36(1), pindaannya hanya satu. Saya melihat, yang telah digubal dengan intelek- intelek Peguam Negara kita yang pandai. Sudah melihat, apa yang kita bincang, Yang Berhormat, termasuk intelek daripada Putatan? Tengok... [Ketawa] Jadi saya tiada perkara yang penting dibahaskan kecuali untuk meluluskan undang-undang... [Disampuk] Apa lagi? Okey... [Ketawa]
Terima kasih. Memandangkan Yang Berhormat Putatan tidak ada banyak masalah lain yang hendak dihuraikan.
Sebelum itu, Yang Berhormat, saya hendak dapat sedikit penjelasan mengenai hak asasi di mana Yang Berhormat telah mengatakan ada masalah di Pulau Pinang. Dan bukankah Yang Berhormat setuju dengan saya bahawa masalah yang wujud di Pulau Pinang sekarang, masalah tanah tersebut adalah disebabkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum itu, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon di mana tanah yang berharga lebih kurang RM200 satu square foot telah dijual oleh Yang Berhormat Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dengan keputusan...
Ah, mana boleh sebut nama?
...Untuk RM10, untuk RM10... Ini telah dibeli oleh kroni-kroni UMNO, di mana ini membuatkan masalah sekarang... [Dewan riuh]
[Bangun]
Jadi sebagai satu Menteri KPI, dia patut buat berani bangun dan memberi keterangan sekarang... [Dewan riuh]
Dia kerap kali paling tidak ada di Parlimen... [Tepuk]
[Bangun]
Berani pintu belakang atau berani pintu depan?
[Bangun]
Kalau berani..
Yang Berhormat
Tolong berdiri dan beri penjelasan.
Tak payah, saya sudah bagi laluan tadi.
Tuan Yang di-Pertua,
Ini hak asasi, hak asasi saya... [Ketawa]
Penjelasan
Hak asasi saya,
Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
[Bangun]
Ini hak asasi, jadi bila ada satu perkara, Tuan Yang di-Pertua.
Sudahlah, sudahlah.
Memandangkan Yang Berhormat Pasir Salak, dia pusing sini, dia pusing sini dia, kita tahulah dia.
[Ketawa]
Sudahlah Yang Berhormat Ipoh Barat.
[Ketawa]
Dia pandai, pergi sana pergi sini tetapi masalah yang... [Dewan riuh].
Yang Berhormat punya pendapat,
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat, dah menyimpang jauh dah perkara ini.
Saya..
Yang Berhormat Putatan, kalau dah habis boleh duduk Yang Berhormat.
Minta sikit saja.
Saya hendak jawab Yang Berhormat Ipoh Barat, tapi.
Sikit, yang Berhormat Putatan.
Betul kah sikit?
Sikit, sikit.
Yang Berhormat Putatan, sini.
Satu sentence, satu ayat.
Yang Berhormat hendak bagi jalan Yang Berhormat. Yang Berhormat Putatan hendak bagi jalan.
Sikit, sikit.
Terima kasih, Yang Berhormat bagi, terima kasih Yang Berhormat Putatan dan juga Tuan Yang di-Pertua. Apa yang berlaku di Pulau Pinang, dua, tiga hari sudah bukan tunjuk perasaan terhadap Kerajaan Barisan Nasional, tunjuk perasaan kepada Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang,
Who’s the culprit?
yang tidak puas
Siapa culprit tu?
Yang tidak puas hati kerana tindak tanduk Kerajaan Pulau Pinang, yang telah menafikan hak mereka..
Siapa culprit?
Ini dia, kalau mereka tidak berpuas hati.
Yang Berhormat, Yang Berhormat tak boleh macam tu.
Kalau mereka tidak berpuas hati dengan Kerajaan Barisan Nasional, tentu mereka menunjuk perasaan kepada Kerajaan Barisan Nasional,
Peraturan 36(1), Tuan Yang di-Pertua... [Menyampuk]
Ini as simple as that.
Peraturan 36(1) [Menyampuk]
Yang Berhormat Ipoh Barat, apa ini otak tak betul... [Dewan Riuh]
Yang Berhormat.
Terima kasih,
Bengonglah... [Menyampuk]
Yang berhormat Pasir Salak kerana membantu saya menjawab. Sikit, sikit.
Apa lagi?
Yang Berhormat hendak bagi jalan Yang Berhormat.
Saya hendak bagi penjelasan sikit kepada Yang Berhormat Putatan.
Dia, dia.
Satu sentence, satu sentence.
Okey.
Saya tak mahu bertengkar dan tidak hendak gaduh tetapi hanya bila Yang Berhormat Putatan sebut kata Pulau Pinang ini maju, hebat. Saya hendak beringat Lee Kuan Yew hadir ke Pulau Pinang. Lee Kuan Yew kata Pulau Pinang ni mundur daripada Seremban dan Ipoh... [Ketawa] Siapa punya kerja ini? Ini kerajaan dulu.
Usia 18 tahun punya kerja tu, sokong Lee Kuan Yew kah?
Yang Berhormat. Bertenang Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat
Tidak saya hendak peringatkan Yang Berhormat Putatan, terima kasih.
Yang Berhormat Putatan, saya minta Yang Berhormat balik kepada rang undang-undang... [Dewan Riuh]
Peraturan 36(1)... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, terima kasih kerana dapat mencelah daripada saya, tetapi tiada reaksi. Itu kenyataan Lee Kuan Yew, itu pendapat peribadi dia, tetapi bagi pendapat Yang Berhormat Putatan, Pulau Pinang maju... [Ketawa] Dulu dalam Kerajaan Barisan Nasional, confirm... [Tepuk]
Pandai tipulah kerajaan dulu.
[Ketawa] Jadi Tuan Yang di-Pertua yang budiman kerana memberi saya peluang berbahas, maka saya dengan sekalinya membuat slogan..
Satu Malaysia... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Oleh Perdana Menteri..
One Putatan... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
1Malaysia.
One Putatan... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
“Rakyat Didahulukan,
KPI diutamakan...
Pencapaian Diutamakan.” Termasuklah sahabat-sahabat saya, marilah kita bersatu padu mewujudkan Kerajaan Perpaduan, sekali lagi, sekian terima kasih.
[Bangun].
Pusing, pusing... [Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua, sejak semalam
Yang Berhormat Batu, saya baru bagi Yang Berhormat daripada Bebas tadi, minta maaf ya, Yang Berhormat Pasir Mas. Saya bagi Yang Berhormat Batu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyertai perbahasan ini dengan satu permulaan bahawa sebenarnya perbahasan kita ini semuanya tidak perlu dan kita sudah banyak buang masa dalam akta ini.
Kalau tak perlu, tak payahlah.
Ya betul. Sebab pada sesi Parlimen yang lalu, 26 Mac 2009, pindaan akta telah dibuat. Pada waktu itu kita tahu pindaan ini diputus tergesa- gesa dan kalau kita ikhlas, kita harus faham mengapa kita masih membuat pindaan kedua dalam masa yang tersingkat. Ramai yang di sebelah sana pun tidak faham, kalau kita ikhlas kita harus mengakui tujuan pindaan ini adalah kerana tekanan dari luar negeri. Ini telah diberitahu oleh Menteri sendiri pada sesi yang lalu Yang Berhormat Padang Rengas tidak ada di sini, dia di luar minum kopi dan membazirkan masa kita di sini. Dia mengaku kepada pihak media, kata dalam bahasa Inggeris saya quote, “The government were amend the Human Rights Commission (SUHAKAM) act again waktu itulah, in the beat to comply to the Paris Principle and not lose its A status.” Kata Menteri. Ramai di sini pun tidak diberitahu apa maksudnya A status atau B status? Kita sepatutnya hanya dapat penjelasan dari Yang Berhormat Padang Rengas. Kenapa kita terpaksa buat kerja dua kali? Pada waktu itu, pembangkang sudah cuba memberi input- input seperti ini dan tidak diterima. Kerajaan Barisan Nasional pilih untuk tunduk kepada tekanan daripada luar negeri dan tidak mahu mendengar pandangan daripada pembangkang atau masyarakat madani. Yang disebutkan masyarakat Madani ini, tetapi tak dengar cakap! Saya ingin membawa sedikit latar belakang kepada isu yang kita hadapi hari ini. Penubuhan SUHAKAM sepatutnya pada tahun 1999, adalah sebahagian daripada usaha untuk mematuhi atau mengikuti arus antarabangsa. Penubuhan itu sepatutnya telah melingkungi suara dari semua lapisan masyarakat termasuk Badan-badan Bukan Kerajaan, masyarakat madani atau NGO, supaya bersama-sama seluruh negara boleh mempertingkatkan lagi taraf hak asasi manusia...
Boleh minta penjelasan.
Ya boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Batu, pada pandangan Yang Berhormat, apakah itu golongan masyarakat Madani? Bagaimana kita hendak mentafsirkan dia ini masyarakat madani, dan ini separuh madani dan ini tidak madani?
Itu sebab sepatutnya kita tanya kepada Yang Berhormat Padang Rengas... [Ketawa] Kerana yang buang masa kita tentang mendefinisikan masyarakat madani adalah dari pihak Barisan Nasional. Sebelum ini kita telah cuba memberitahu bahawa semua NGO ini harus dikonsultasikan sebelum undang- undang ini diluluskan, tapi konsultasi ini tidak berlaku. Saya tidak ingin.
Ataupun mungkin Yang Berhormat, Yang Berhormat kita kena tanya Ketua Pembangkang, sebab yang saya tahu ungkapan madani ini selalu digunakan oleh Ketua Pembangkang dulu.
Ya, sewaktu beliau dalam Barisan Nasional... [Ketawa]
Ya lah. You pun sokong juga. You ini macam dia.
Saya.
Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Maran mahu mencelah.
Saya, saya tidak.
Sikit saja.
Saya tidak mahu menyertai satu perbahasan dalam polemik atau definisi madani. Saya ingin more specific dalam latar belakang mengapa kita harus bahaskan undang-undang ini, supaya Yang Berhormat Yang berhormat dari Barisan Nasional juga faham. Sebelum kita luluskan, kerajaan telah diberi dua minggu sebelum Mesyuarat Antarabangsa itu adalah sesi yang lalu pada Mac yang lalu. Kita telah diberi dua minggu untuk comply beberapa perkara. Kerajaan telah terima satu surat setahun sebelum isu ini dibangkit, bahawa SUHAKAM harus dipertingkatkan autonominya. SUHAKAM harus bertindak lebih independent supaya mereka boleh mempertingkatkan isu-isu piawaian hak asasi manusia. Satu tahun tidak berlaku apa-apa, kita tidak lihat ada usaha dari kerajaan, dua minggu sebelum Mesyuarat Akreditasi iaitu yang dikatakan, “The Accreditation Subcommittee untuk International Coordination Committees of National Institution for Protection and Promotion of Human Right atau dengan ringkasnya (ICC)” telah tegur Kerajaan Malaysia kerana tidak mengambil langkah yang positif untuk mempertingkatkan kedudukan hak asasi manusia. Ada beberapa perkara yang secara spesifik telah dibangkitkan oleh SCA atau Subcommittee On Accreditation ini:
(i) peruntukan mengenai proses pelantikan dan pemecatan Anggota Suruhanjaya sebagai Akta SUHAKAM ini tidak jelas dan telus; (ii) keperluan pengetahuan dan pengalaman berhubung dengan hak asasi manusia tidak diletakkan sebagai antara kriteria yang dilantik sebagai seorang Anggota Suruhanjaya; (iii) tiada peruntukan dalam Akta 597 berhubung penyertaan organisasi awam dan pihak lain dalam proses pelantikan dan pencalonan Anggota-anggota Suruhanjaya; (iv) tiada jaminan diberi dalam memegang jawatan sebagai Anggota Suruhanjaya berikutan kepada tempoh tahap dua tahun yang telah ditetapkan. Tambahan pula Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempunyai kuasa budi bicara penuh dalam pelantikan semula Anggota Suruhanjaya; (v) subseksyen 12(2) Akta 597 melarang SUHAKAM daripada menyiasat sebarang aduan berhubung dengan apa-apa tuduhan atau dakwaan pelanggaran hak asasi manusia apabila ianya menjadi perkara undang-undang di mahkamah; (vi) SUHAKAM tidak mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti hak asasi manusia antarabangsa di bawah anjuran Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu atau UNHRC. Keenam-enam point ini telah dikemukakan kepada Kerajaan Barisan Nasional sebagai peneguhan SUHAKAM ini tidak mematuhi piawaian atau standard antarabangsa. Itulah sebab kita hari ini kembali ke Parlimen ini untuk meminda supaya kita cuba mematuhi syarat-syarat yang telah diberi oleh ICC ini tetapi sehingga sekarang sungguhpun kita sudah dua kali membaca, dua kali kita bahas masih tidak memuaskan keenam-enam syarat ini.
Itulah sebab pendirian saya ialah saya tidak setuju untuk meluluskan pindaan ini kalau kita ingin memuaskan hati masyarakat antarabangsa, kembali ke meja untuk didrafkan semula. Masyarakat madani, apa yang disebut oleh masyarakat Madani. ERA Consumer Malaysia telah mengeluarkan satu statement bahawa mereka mengalu-alukan, ada minat untuk membahaskan isu SUHAKAM, mereka juga merasa, saya quote dalam satu statement oleh ERA baru-baru ini minggu lalu saya percaya “however we express grave disappointment over the matter and the timing of the tabling of such important bill. We questioned the intention of the government in bulldozing the act not giving enough time for the Members of Parliament to comprehend the content of the purposed amendments. Mereka juga berkata “the new amendments obviously like substance and do not correspond with the concerns raised by the International Coordinating Committee”. Ini adalah respons daripada masyarakat Madani dan juga International Accreditation Committee menyatakan kalau kita tidak mematuhi syarat-syarat ini SUHAKAM akan diturun taraf ke status B. Status B maksudnya SUHAKAM ini tidak bebas dan tidak dianggap sebagai satu badan yang mempunyai kredibiliti dalam siasatan serta dalam mengeluarkan kenyataan. Kita sudah banyak menghadapi masalah sebagai imej negara kita. Kita boleh pilih untuk tidak menghiraukan apa-apa sahaja tanggapan dari komuniti antarabangsa, Barisan Nasional boleh pilih begitu tetapi Yang Berhormat Padang Rengas datang sini untuk memujuk supaya kita luluskan undang-undang untuk mematuhi syarat antarabangsa. Kita harus membuat penetapan di sini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu. Pada pendapat Yang Berhormat Batu sama ada pindaan rang undang-undang ini buat kali yang kedua dalam masa tiga bulan sejak April yang lepas adakah kerajaan benar-benar memahami maksud The Paris Principles itu walaupun semasa ERA Consumer Malaysia mengeluarkan press statement begitu telah dirumuskan terdapat lima tiang tunggak yang dapat memastikan SUHAKAM benar-benar akur kepada prinsip-prinsip Paris Principal. Jadi saya hendak tanya cuma salah satu daripada lima prinsip Paris Principles itu sama ada SUHAKAM benar-benar telah diberi status sebagai satu competency yang kuasai judicial. Itu sahaja terima kasih.
Saya harap Yang Berhormat Menteri juga harus baca dokumen itu sebab yang ini problemnya ialah di sini ramai yang berbahas daripada Barisan Nasional pun tidak baca dan tidak faham apa itu The Paris Principles. The Paris Principles adalah satu dokumen yang core basic recommendation yang telah dipersetujui dan telah diluluskan oleh United Nations General Assembly pada tahun 1993 dalam menetapkan apakah maksudnya satu National Human Right Institution dan status yang telah dikategorikan ada tiga status: (i) bermaksud accreditation sebagai ahli atau anggota penuh dalam Majlis Hak Asasi Manusia Dunia; (ii) maksudnya kerajaan yang tidak mengikut syarat dan hanya mempunyai status observer dan tidak boleh mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam majlis; dan (iii) adalah negara-negara yang tidak demokratik langsung dan tidak membenarkan apa-apa kebebasan kepada national institution democracy mereka. Saya dalam tanggapan ini dua kali kita telah bahas pindaan ini tetapi kedua-dua kali kita gagal untuk mematuhi Paris Principles.
[Bangun]
Saya tidak hairan kalau sesi yang akan datang Yang Berhormat Padang Rengas akan datang kalau dia masih Menteri lagi akan kembali ke Parlimen untuk membuat pindaan ketiga.
Minta penjelasan.
Kalau kita tidak mahu hilang status kita sebagai status A.
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Batu dan Tuan Yang di-Pertua. Apabila disebutkan Paris Principles itu model Barat dari segi hak asasi manusia yang begitu... [Dewan riuh] Ya, Paris Principal yang disebutkan tadi kita mesti ikut.
Yang Barat itu Paris Hilton... [Ketawa]
Itu satu cara dan kaedah prinsipal yang mesti kita ikuti. Pihak pembangkang selalu mencontohi semua yang ada di luar, semua yang ada di luar. Sistem demokrasi Amerika, sistem demokrasi Barat untuk menunjukkan..., berilah peluang, semasa saya bercakap saya beri peluang. Ini Yang Berhormat cakap saya mencelah.
Jangan panjang lagi.
Sudah tidak tahan telinga dengar, apa fasal?
[Menyampuk]
Dengarlah, duduklah dahulu.
Ini floor saya. Saya sudah beri jalan...
Jalan apa? Saya hendak minta penjelasan. Dahulu Yang Berhormat minta penjelasan daripada saya, saya beri. Berapa kali saya beri?
Yang Berhormat Pasir Salak tidak faham langsunglah.
Ini Yang Berhormat Ipoh Barat, you balik Ipohlah. Jangan campur-campur lagi sini.
Tidak faham. Apa tidak faham? Bukan bermakna kita hendak ikut semua yang dianjurkan oleh pihak Barat. Prinsipal itu, prinsipal ini.Kita mempunyai acuan kita sendiri dari segi hak asasi manusia. Ya, bukan bermakna seperti mana yang dikehendaki oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Wah, boleh dia naik atas meja. Itu hak asasi lah. Naik atas meja dalam Dewan Undangan Negeri Perak, itu hak asasi kah?...
[Berdiri]
Ya, ringkaskan.
Okey, okey. Sudah simpang terlalu jauh...
Apa simpang terlalu jauh?
Okey, sebentar lagi. Saya cabar pihak sana, kalau tidak mahu mematuhi ini, tolak pindaan ini... [Tepuk] Saya beritahu kerana pindaan ini ditonton oleh pihak luar... [Dewan riuh] Ini bukan satu pindaan yang datang dari masyarakat madani di sini. Ini bukan satu pindaan yang kita sebut dari pembangkang, pembangkang beritahu mari kita bincang betul-betul, kita ada input. Input ini sepatutnya dengar dari sini. Okey, Menteri sudah masuk. Saya ingin dapat penjelasan dari Menteri. Betul kah kita ikut pindaan ini kerana ditekan oleh kuasa-kuasa luar? Kalau bukan ditekan oleh kuasa-kuasa keluar kita boleh ambil masa yang lebih panjang dengar cakapan dan dengar input-input dari masyarakat madani daripada NGO, baru kita bentangkan pindaan tetapi ada satu dateline dalam NGO, baru kita bentangkan pindaan.
Akan tetapi ada satu dateline yang telah ditentukan oleh kuasa dari luar dan sekarang Barisan Nasional yang kata mereka Nasionalistik mereka tidak mahu tunduk kepada kuasa luar sekarang paksa kita untuk bahaskan bill ini semasa...
Ini bukan ikut kuasa luar...
Ya, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Bukankah Malaysia itu salah satu daripada anggota United Nations dan badan yang telah mengeluarkan ICC dan juga Paris Principle itu, tidak lain tidak bukan ialah UNHCR bukankah Malaysia itu telah cabutkan diri daripada UN. Kalau lah kita hendak anggap Paris Principle itu sebagai sesuatu yang dianggap sebagai luar, tidak akan lah Malaysia sudah...
Bagaimana United State juga tidak mengikut banyak keputusan United Nations.
Itu saya rasa Yang Berhormat Pasir Salak ini dia sudah nyanyuk, dia sudah lupa hendak makan ubat pagi tadi... [Ketawa] Sebab itu dia..
Yang itu tidak perlu lah Yang Berhormat. That one is personnel Yang Berhormat. Tidak perlu komen macam itu Yang Berhormat.
Silakan Yang Berhormat Batu.
Dia mencelah tanpa meminta kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak tanya United State ada ikut kah semua keputusan United Nations?
United State bukan....[Dewan riuh]
Yang Berhormat, kedua-dua adalah mencelah Yang Berhormat. Tidak boleh berdebat macam itu ya... [Dewan riuh] Duduklah, duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat Jelutong cukuplah! Ya, teruskan Yang Berhormat Batu.
Buat malu sahaja.
Apa malu..., apa ubat?... [Dewan riuh]
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, ini Yang Berhormat Pasir Salak dia tidak tahu debate lah... [Dewan riuh]
Okey, saya...
Yang Berhormat Batu.
Saya menjelaskan di sini, saya ingin jelaskan di sini apa... [Dewan riuh]
Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Yang Berhormat Pasir Salak ini adalah floor saya.
Teruskan Yang Berhormat Batu... [Dewan riuh]
Ubat tidur lah. Pergi tidur.
Teruskan Yang Berhormat, teruskan... [Dewan riuh] Yang Berhormat, teruskan Yang Berhormat.
Okey, saya ingin jelaskan dalam nilai-nilai yang telah di maktub dalam Paris Principle ini telah dipersetujui oleh semua negara yang menyertai perbincangan. Ini bukan satu isu Barat atau Timur. Betul, Yang Berhormat Pasir Salak sebut Amerika Syarikat pun tidak mematuhi. Itulah sebab ICC juga kondem Amerika Syarikat...
Itu lah Yang Berhormat Jelutong tidak tahu, bodoh...
Janganlah celah macam ini.
Tarik balik... [Menyampuk]
Tarik balik unparliamentary language Yang Berhormat Pasir Salak. Tuan Yang di-Pertua, saya pohon unparliamentary language yang digunakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak dan minta maaf!
Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Yang Berhormat Ipoh Barat duduk... [Dewan riuh]
Unparliamentary…
Peraturan Mesyuarat, perkara 36(6), minta dia tarik balik.
Seoranglah bawa, tak payahlah semua bawa peraturan mesyuarat. Yang Berhormat saya setuju bahawa perkataan ”bodoh” terhadap Yang Berhormat Jelutong tidak sepatutnya diutarakan. Saya minta Yang Berhormat tarik balik.
Sebab dia memang bodoh... [Dewan riuh]
Suruh dia keluar... [Dewan riuh]
[Menyampuk]
Dia memang bodoh.
Tuan Yang di-Pertua!... [Dewan riuh]
Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Salak.
Bagaimana dia tidak bodoh kalau dia cakap pasal ubat, pasal itu, pasal ini. Orang bahas soal hak asasi manusia dia cakap fasal ubat. Bodoh lah itu.
Yang Berhormat, dalam Dewan kita tidak boleh menggunakan perkataan “bodoh” terhadap mana-mana Ahli Yang Berhormat.
Ia tidak boleh diguna tetapi dia bodoh.
Yang Berhormat,
Kenapa dia bangkit perkara yang tidak ada berkenaan...
Kalau tidak ikut Tuan Yang di-Pertua...
Sebentar Yang Berhormat, sebentar ya. Yang Berhormat Pasir Salak, saya minta Yang Berhormat tarik balik perkataan “bodoh” terhadap Yang Berhormat Jelutong.
Dia bawa perkara ini...
Ya, saya tahu...
Saya sudah sebut United State pun tidak ikut. Itu Yang Berhormat Batu pun setuju tetapi dia tidak setuju. Itu lah dia bodoh. Sekarang saya...
Yang Berhormat. Sila tarik balik Yang Berhormat... [Dewan riuh] Sila tarik balik Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat.
Tengok dia tidak mahu, seriuslah. Ini dia main-mainlah.
Sekarang boleh tarik balik... [Ketawa]
Saya tegaskan sekali lagi, SUHAKAM ini bila ditubuhkan pada tahun 1999 telah menikmati satu prestasi yang baik di komuniti antarabangsa. Itulah sebab kita di anugerahkan, dibagi status ‘A’ sungguhpun akta-akta SUHAKAM belum lengkap, belum secara total telah mematuhi semua syarat. Akan tetapi Malaysia adalah salah satu negara yang paling awal di ASEAN untuk menubuhkan satu institusi begitu dan Majlis Hak Asasi Manusia Antarabangsa telah memberi kita status ‘A’ dan juga memberi panduan kepada kerajaan Malaysia bagaimana institusi ini boleh dipertingkatkan. How it can be improved? Itu lah sebab semua anggota suruhanjaya, mereka agak frustrated kerana apa yang telah diberitahu kepada kerajaan tidak dipatuhi. Ini termasuk Pengerusi SUHAKAM sekarang, mereka juga exspress kerajaan telah... Saya petik sekali lagi Tan Sri Abu Talib Othman told the press, “we received a letter from the office of the High Commission of the Human Right last week” iaitu sidang yang sebelum ini. “We have 28 days to challenge observation of the sub community” iaitu kita akan... ”if not, action taken the sub community will recommend the ICC that SUHAKAM to be down graded”. Atas kecemasan ini, kerajaan bertindak. Semalam kita puji Tan Sri Simon Sipaun, the Vice Chairman of SUHAKAM. Beliau juga tegur katakanlah kalau kita diberi banyak masa. SUHAKAM telah maklum kepada kerajaan supaya cepat pindakan undang-undang ini supaya kita boleh mematuhi apa panduan yang telah diberi oleh ICC tetapi tidak ada tindakan. Saya ingin jelaskan juga bahawa sungguhpun Menteri telah kemukakan kali kedua tetapi kalau mengikut ICC, ada beberapa perkara yang belum kita memuaskan syarat. Pertama seksyen 5(1) hingga 5(6). Tiada penyertaan organisasi pihak lain dalam proses pelantikan dan pencalonan anggota-anggota suruhanjaya. Sungguhpun masyarakat madani dimasukkan dalam ini tetapi pelantikan itu tidak ada participation. Tidak ada penyertaan pihak lain, pihak yang independent. Kalau kita ingin mematuhi syaratnya, subseksyen 6 harus dipotong, subseksyen 7 harus disusun semula. Subseksyen 11A yang dikatakan selain daripada Ketua Setiausaha Negara dan Pengerusi SUHAKAM, Perdana Menteri hendaklah melantik tiga orang yang lain ini untuk menjadi anggota dengan pindaan ini. Tiga orang yang dikemukakan ini harus terdiri daripada masyarakat madani. Akan tetapi pilihan cara proses pemilihan ini tidak dijelaskan sama ada ini adalah ikut kesukaan Perdana Menteri atau kerajaan atau tidak.
Ini semua perkara yang telah dibangkitkan oleh masyarakat di Malaysia. Kita harap kita dapat ubah sikap supaya kita dapat satu suasana yang lebih konsultasi supaya dalam isu imej antarabangsa, kita benarkan peranan dimainkan oleh dua-dua pihak, dan apa yang kita cuba bagi input ini bukan bertujuan untuk memburukkan kerajaan, tetapi tujuan kita ialah supaya kita dipandang tinggi prestasi kita dalam dan antarabangsa. Saya ingin akhiri dengan contoh macam mana seleksi atau pilihan anggota Suruhanjaya ini kalau kita tidak dilantik secara telus, kita akan menghadapi masalah.
Salah seorang Suruhanjaya SUHAKAM yang kini adalah seorang lawyer yang terkemuka, Datuk Mohd Shafee yang dianggap kalau sebagai seorang commissioner, harus bertindak secara adil, bebas dan tidak melibatkan diri dalam politik. Akan tetapi kita tahu Mohd Shafee adalah peguam bela untuk UMNO dan juga dalam kes Altantuya dan kita juga masih tidak jelas ada dalam internet bahawa beliau telah ada SMS dengan pemimpin tertinggi kita yang kes ini masih belum disiasat. Saya dapat jawapan secara rasmi daripada Menteri, belum disiasat dan belum dijelaskan secara telus lagi. Kita juga dapati pada 8 Mei 2009 pukul 11.30, beliau sebagai anggota SUHAKAM hadir di DUN Perak. Alasan beliau, dia adalah lawyer kepada Menteri Besar yang digelar sendiri, yang haram, Zambry dan beliau berada di chamber dan memberi arahan kepada ADUN-ADUN..
Tuan Yang di-Pertua, perkataan “haram” Menteri Besar itu betulkan balik, tarik balik. Perkataan Menteri Besar Perak “haram”, tarik balik.
Okey, saya tarik balik “haram”. Saya tarik balik dan saya gantikan dengan perkataan “tidak sah”, “tidak sah”.
[Bangun]
Yang Berhormat Taiping tak payah bangun Yang Berhormat Taiping.
“Tak sah” pun tarik balik. Menteri Besar sekarang sah.
Pasir Salak tak sahlah.
Ini dalam anggapan saya, tidak sah itu.
Tak ada, bukan anggapan itu. Sini Dewan yang mulia.
Yang Berhormat.
Ini satu kes yang belum lagi diputuskan oleh mahkamah.
Tak ada. Ini sudah diputuskan oleh mahkamah. Tarik balik!
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Kalau tak sah semua ini Yang Berhormat Ipoh Barat boleh jadi balik...
Ini ada point of order atau apa?
Yang Berhormat, tarik balik bagi perkataan unparliamentary yang sebutan ini adalah ...
Kalau tidak bagaimana Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa Menteri Besar Kerajaan Negeri Perak sekarang tidak sah bila dah diputuskan oleh mahkamah!
Dia haram, dia haram.
Tak apalah Yang Berhormat, sekarang ini pun Yang Berhormat ....
Ini tidak mengikuti fakta. Ini mengelirukan. Mengelirukan!
Yang Berhormat, sekarang ini pun Yang Berhormat telah pertikaikan ungkapan yang dibuat oleh Yang Berhormat Batu.
Yang Berhormat Pasir Salak, you got it wrong lah. You don’t understand.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya bantu?
Tak ada bantu Yang Berhormat. Yang Berhormat, tak ada bantu. Kalau Yang Berhormat hendak bercakap, minta jalan daripada Yang Berhormat Batu. Itu prosedur dia Yang Berhormat.
Okey.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat dari Batu. Adakah Yang Berhormat dari Batu setuju di mana tindakan ada sesuatu pihak yang membawa pistol masuk ke bangunan Dewan Undangan Negeri sehingga ...
Jangan meleret-leretlah. Tarik balik itu perkataan “tidak sah” Menteri Besar Perak. Jangan bawa isu lain. Tak mahu dengarlah!
Perak Menteri Besar haram, Menteri Besar haram.
Haram, haram, haram.
Saya minta Yang Berhormat Batu untuk balik kepada rang undang-undang.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan di mana saya telah diberikan floor.
Ini dah kalah dah Exco. Negeri Perak dah tak jadi Exco dah! Baliklah!
Sebab itu saya katakan kita bantu Dewan ini supaya Tuan Yang di-Pertua kena berhati-hati. Jangan sampai Yang Berhormat Pasir Salak berlaku seperti dalam negeri Perak.
Janganlah. Tak jadi Exco dah, janganlah!
Tuan Yang di-Pertua, dia kunci dalam stor satu jam!
Yang Berhormat, saya berhati-hati Yang Berhormat. Apa jua yang saya katakan ini berlandaskan kepada pengertian saya terhadap standing order. Perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan rang undang-undang tak sepatutnya dibahas dalam perkara ini. Jadi bererti semua pihak terkeluar daripada perbahasan kita. Sebab itu saya minta Yang Berhormat Batu untuk balik semula dalam perbahasan ya.
Saya tidak mahu terkeluar daripada perbahasan. Saya hanya mempertikaikan cara kita melantik seorang Suruhanjaya, harus seorang yang berwibawa, seorang yang saya tidak mempertikaikan kecekapan Datuk Mohd Shafee dalam bidang undang-undang, tetapi seorang Suruhanjaya harus membuat pilihan yang tegas sama ada seseorang itu mahu bertindak secara independent sebagai seorang pesuruhjaya atau mahu teruskan karier dia sebagai seorang lawyer, dan juga seorang lawyer yang mengambil kes-kes yang melibatkan politik. So itulah sebab saya anggap kalau pelantikan kita tidak telus, kita membenarkan pesuruhjaya kita melibatkan diri dalam kes-kes politik dan akhirnya ia akan mencemarkan imej SUHAKAM, jadi akhirnya kita kembali kepada komuniti antarabangsa. Kerajaan dan juga imej Malaysia ini tercemar. Itulah sebab saya ingin dapatkan penjelasan kenapa Datuk Mohd Shafee masih tetap duduk dalam majlis SUHAKAM dan masih dianggap sebagai seorang pesuruhjaya setelah beliau telah melibatkan diri dalam banyak lagi kes-kes yang berkaitan dengan politik.
Akhir sekali saya ingin mendapatkan penjelasan empat soalan yang saya ingin kemukakan di sini supaya Menteri dapat jawab dalam perbahasaan pindaan ini. Setelah pindaan ini dibuat, pertama sekali saya ingin tanya, apakah jaminan-jaminan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai hak asasi manusia khasnya kepada rakyat yang menuntut keadilan dan terpinggir, dihormati, dikukuhkan. Adakah undang-undang ini cukup untuk memberi jaminan. Kedua, apakah peranan dan fungsi SUHAKAM setelah sepuluh tahun penubuhannya. Adakah SUHAKAM ini dihormati dan diperkasa oleh kerajaan? Masihkah relevan SUHAKAM di sisi kerajaan. Kalau relevan, adakah rekomendasi-rekomendasi daripada SUHAKAM ini diambil peduli dan diambil perhatian oleh pihak kerajaan? Ketiga, apakah Kerajaan Persekutuan mempunyai komitmen dan iltizam politik untuk melakukan reformasi perundangan secara menyeluruh agar sejajar dengan piawaian hak asasi manusia. Tidak ada gunanya kita hanya meluluskan satu Akta SUHAKAM, tetapi intinya atau nilai-nilai hak asasi manusia tidak diselaraskan dan dipinda undang-undang yang lain supaya kita boleh mengikut nilai-nilai hak asasi manusia. Akhir sekali, berhubungan dengan pindaan Akta SUHAKAM yang dibentangkan, apakah ianya cukup untuk memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki oleh ICC atau ianya hanya menemui kebuntuan seperti yang telah dialami oleh pindaan yang lalu. Sekian terima kasih.
[Bangun]
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta maaf kerana tidak lagi memanggil ahli-ahli untuk berbahas untuk rang undang- undang ini. Rekod saya menunjukkan sepuluh ahli telah berucap dan 26 ahli telah membuat pencelahan kepada mereka yang telah berucap. Saya rasakan cukuplah perbahasan dan penglibatan Yang Berhormat untuk rang undang-undang pada peringkat ini. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya di kesempatan awal ini saya ambil kesempatan untuk nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sepuluh orang Ahli Parlimen yang telah berbahas dan 26 yang telah mencelah, di mana seboleh mungkin akan apa yang dicatat akan saya cuba jawab dalam masa yang diberikan kepada saya untuk menggulung ini. Saya akan menjawab dan menggulung mengikut isu dan tidak mengikut giliran Ahli-ahli Parlimen mencelah ataupun mengambil bahagian dalam perbahasan. Pertamanya, Yang Berhormat dari Balik Pulau dan Tawau membangkitkan isu kedudukan SUHAKAM yang kini diturunkan kepada status ‘B’. Saya ingin membetulkan di sini, untuk makluman Yang Berhormat, sehingga hari ini SUHAKAM masih berada pada status ‘A’ dan tidak pernah diturunkan ke ‘B’ dan baru kita nak mengambil tindakan.
SUHAKAM telah diberi tempoh oleh ICC untuk mengambil langkah-langkah yang perlu terhadap pemerhatian yang dibangkitkan oleh ICC berhubung Akta A(1353). Status SUHAKAM hanya akan dinilai pada bulan Oktober atau November 2009. Ingin saya perjelaskan sekali lagi, bahawa SUHAKAM masih kekal di bawah status A. Yang Berhormat Balik Pulau membangkitkan berkenaan dengan tenure, Dato' K C Vohrah yang dulunya pernah menjadi pesuruhjaya tetapi tenure nya itu tidak dilanjutkan...
Penjelasan.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat, tempoh memegang jawatan bagi Dato' K C Vohrah bagi sesi 2008 hingga 2010 tidak dilanjutkan. Ini adalah atas permintaan beliau sendiri atas sebab-sebab peribadi. Kerajaan menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh Dato' K C Vohrah selama perkhidmatannya. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar untuk menyatakan bahawa kerajaan sengaja tidak melanjutkan perkhidmatan beliau.
Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?
Kepada siapa?
Ya, sila Yang Berhormat. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bolehkan Yang Berhormat Menteri memberitahu bila Yang Berhormat Menteri table kan pada 26 Mac 2009, untuk membawa beberapa rang undang-undang bagi menukar rang undang-undang yang asal. Pada masa itu, undang-undang itu di bawa dengan segara atas alasan yang sama juga iaitu ICC ada kehendaknya. Perlu mengikuti kehendak mereka, kerana kalau tidak kami akan di downgrade. Special case diberi pada hari itu di mana ramai di antara Ahli Parlimen tidak dibenarkan berbahas kerana tidak cukup masa. Hari itu juga, saya ingat lagi saya ada bangkitkan bahawa, bukankah kita telah menerima banyak notis beberapa bulan sebelum itu dan tindakan telah diambil. Maka ini akan mengakhiri perkara itu. Akan tetapi nampaknya selepas beberapa rang undang-undang itu dibawa ke Dewan yang mulia ini dan nampaknya ia tidak mengikut kehendak ICC. Jadi bermakna ada salah faham di antara ICC dan pihak-pihak kerajaan, yang ingin memastikan sesuatu... Tidak kena kepada kehendak ICC. Saya hendak tanya dengan tulus, apakah yang mereka perlukan? Nombor dua, adakah dengan perubahan undang-undang ini, bukankah ada undang-undang yang tertentu dalam Federal Constitutions yang bertentangan dengan Paris Principle dan macam mana kita akan mengatasi masalah ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Ipoh Barat sabar, kerana ini baru soalan yang kedua saya hendak jawab. Dia akan sampailah. Belum minum todi lagi kah?... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, cuma ada satu Yang Berhormat bangkitkan sebentar tadi iaitu, masa dahulu kita rush kerana memang betul Yang Berhormat. Tarikh yang muktamad yang telah diberikan oleh ICC kepada kita jatuh pada bulan April iaitu kira-kira sehari sebelum kita luluskan. Namun, kita telah menulis surat kepada mereka menyatakan bahawa rang undang-undang ini baru sahaja diluluskan dan oleh kerana itu, kita perlu mendapatkan orang kata apa? Tempoh masa dilanjutkan. Apabila mereka mendapat tahu tentang rang undang-undang yang kita luluskan pada sesi pertama tahun ini, maka mereka mendapati ada dua dan tiga perkara yang mereka rasa tidak menepati Paris Principle. Maka oleh kerana itu, mereka tulis balik kepada kita dan memberikan sehingga tidak silap saya bulan Jun. Akan tetapi saya telah mengadakan mesyuarat cepat untuk mengambil kira kehendak ICC ini. Kita maklumkan kepada mereka bahawa rang undang-undang ini akan dipinda di atas pindaan itu, dalam sesi ini. Maka kita tidak akan dapat menepati tarikh bulan Jun yang diberi iaitu tarikh kedua. Maka itulah, dengan bermurah hati mereka menulis balik menyatakan bahawa mereka membenarkan untuk kita melalui proses ini dan mereka memberikan masa sehingga bulan Oktober. Saya percaya kalau ianya diluluskan pada hari ini, maka tempoh masa Oktober itu dapat ditunaikan oleh kita. Jadi itu rentetan semenjak ianya dibentangkan, di mana Yang Berhormat kata the rush. Memang rush, itu kerana kita kena meet dateline tetapi dateline itu telah ditunda dua kali kerana untuk membenarkan kita melakukan pindaan terhadap rang undang-undang ini.
[Bangun]
Duduk dahulu. Tuan Yang di-Pertua, bagi saya dua..., Yang Berhormat Kubang Kerian bertanya, kerajaan harus memberi fokus kepada perjuangan dan hak Orang Asli. Masalah tanah adalah satu masalah utama bagi Orang Asli tidak kira sama ada di Semenanjung juga di Sabah dan di Sarawak, sekiranya ada Orang Asli di sana.
Sehubungan itu, SUHAKAM telah mengadakan beberapa forum bersama Orang Asli dan susulan itu, suatu laporan bertajuk dengan izin, Legal Perspectives on Native Customary Land Rights in Sarawak telah dikeluarkan pada tahun lepas. Dalam laporan tersebut, SUHAKAM mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula Sarawak Land Code 1958. Segala cadangan yang diutarakan oleh SUHAKAM akan dikaji dengan lebih teliti oleh kerajaan di Negeri Sarawak...
Mengenai Orang Asli. Mengenai Orang Asli.
Nanti dia...
Mengenai Orang Asli.
[Bangun]
Tunggulah. Nantilah dulu. Dia tidak bagi, jangan hendak potong. Sama kawan-kawan pun kedekut kah?
Yang Berhormat Batu.
Lepas ini Yang Berhormat Pasir Mas pula.
Siapa, siapa?
Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Tawau membangkitkan isu mencadangkan supaya wakil dari suku kaum diambil kira dalam keanggotaan jawatankuasa untuk melantik anggota SUHAKAM. Tafsiran masyarakat madani adalah luas untuk mencerminkan polarize representation yang tidak membeza-bezakan suku kaum, agama atau jantina. Pergunaan perkataan masyarakat madani dalam pindaan rang undang-undang ini adalah bagi maksud mematuhi Prinsip- prinsip Paris dalam hal pelantikan anggota. Masyarakat madani bermaksud, mengikut Prinsip-prinsip Paris, menurut Paris Principle masyarakat madani atau civil society terdiri daripada: (i) NGO responsible for human rights and efforts to combat racial discrimination, tread unions, concerned social and professional organizations. For example associations of lawyers, doctors, journalists and eminent scientists; (ii) trend in philosophical or religious thought; (iii) universities and qualified experts; (iv) Parliament; and (v) government department (if these are included, their representatives should participate in the deliberations only in an advisory capacity). Jadi, menurut Kamus Dewan, masyarakat madani bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian, dan kebendaan. Itu satu daripada definisi daripada Paris Principles dan satu lagi definisi daripada Kamus Dewan. Jadi kita mengatakan bahawa kita tidak mahu mengehadkan kepada satu-satu kumpulan etnik tetapi kita mahu polarize representation.
Boleh, boleh kepada Yang Berhormat Pasir Mas?
Nanti. Saya dulu. Ya, saya ingin kembali kepada isu status ini sebab dalam laporan tahun 2008, SUHAKAM, kita telah terima di sini. Saya dijelaskan kerajaan sudah terima. Di dalam perenggan 7, saya bacakan. "Pada tahun 2002, SUHAKAM telah diberi status ‘A’ dan jawatankuasa pada 2 September yang lalu, SUHAKAM telah mengesyorkan kepada kerajaan meminda Akta 597 untuk mematuhi Prinsip Paris seperti yang ditafsirkan oleh SCA untuk mengekalkan status SUHAKAM pada ‘A’.
Ini adalah laporan yang dibuat 2008. Kerajaan ada satu tahun untuk mematuhi ini. Sekarang we are running out of time. Saya juga ingin Yang Berhormat Padang Rengas beritahu kawan-kawan dari Barisan Nasional, kerajaan bukan di bawah tekanan antarabangsa. Sebelum ini kita telah cuba bawa dan Yang Berhormat Padang Rengas deny, telah menafikan bahawa kita gunakan sehari untuk putus ini adalah kerana perbincangan telah berlaku di Geneva ingin turunkan status kita. Yang Berhormat Padang Rengas waktu itu kata “No, I assure you, ini adalah kehendak kerajaan”. Akan tetapi tiba-tiba sekarang Yang Berhormat Padang Rengas setuju bahawa ini adalah kerana kita diberi dateline oleh Majlis Hak Asasi Manusia Antarabangsa.
Boleh saya sambung Yang Berhormat perkara sama? Yang Berhormat Menteri boleh saya...
Tuan Yang di-Pertua, apabila saya kata iaitu bahawa ini adalah di atas kehendak kerajaan, secara kebetulan ianya sama juga seperti tuntutan daripada ICC. Jadi kalau dia punya kehendak sama dengan kita, tidak boleh yang dikatakan iaitu bahawa kita tunduk. Akan tetapi kita kena ingat ini bukan soal tunduk. Ini soal iaitu bahawa ada badan yang memberikan status kepada kita. Begitu juga kalau sekiranya kita menganggotai ASEAN. Dalam prinsip-prinsip ASEAN itu ada menyatakan setiap anggota mestilah melakukan perkara-perkara ini. Kalau kita melakukan perkara-perkara ini, itu bukan bermaksud kita tunduk. Itu bermaksud sebagai ahli, kita mestilah comply dengan kehendak kelab yang kita menjadi anggota. Jadi ada perbezaan antara tunduk dengan compliance.
[Bangun]
Jadi Yang Berhormat Batu, jangan cepat untuk meletakkan kerajaan sebagai membuat sesuatu kerana ditekan oleh mana- mana badan-badan. Kita bukan ditekan, kita diminta untuk comply supaya kita punya keahlian itu dapat disambung. Jadi itu biasa dan kalau sekiranya kita tidak mahu, kita boleh keluar, begitu sahaja. Akan tetapi Malaysia warga United Nations di antara yang dihormati. Kita tidak mahu keluar daripada United Nations ataupun badan-badan di bawah United Nations kerana kita sudah menjadi Ahli Bangsa-Bangsa Bersatu sudah puluhan tahun di antara negara pertama 50 menjadi ahli.
Yang Berhormat.
Jadi dalam hal ini, jangan menyatakan iaitu bahawa ini tekanan. Ini kerana syarat yang sama juga diberikan kepada seluruh anggota-anggota negara dalam ICC ini. Bukan hanya dikenakan pada Malaysia sahaja.
Boleh Pasir Mas?
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat dia bertanya mengapakah KSN dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelantikan. Penubuhan jawatankuasa yang akan dirunding oleh Perdana Menteri iaitu di bawah seksyen 11(a) Akta A1353 adalah bagi maksud menjadikan proses pelantikan anggota SUHAKAM lebih telus. Oleh yang demikian spiritnya, rohnya penubuhan jawatankuasa ini adalah jelas bagi bermaksud ketelusan dalam pelantikan anggota SUHAKAM. Pelantikan KSN sebagai pengerusi tidak boleh dilihat sebagai mala fide. No mala fide here. Ini kerana komposisi jawatankuasa ini adalah seimbang iaitu akan turut melibatkan pengerusi SUHAKAM dan tiga orang anggota daripada masyarakat madani yang boleh terdiri daripada kalangan bekas hakim dan bekas anggota SUHAKAM. Jadi dia minoriti ya. Sudah tentu akan wujud check and balance dalam jawatankuasa ini dan sepertimana yang telah saya sebut kepada Yang Berhormat sebentar tadi, ianya tidak bertentangan dengan Paris Principles.
Ini kerana dalam Paris Principles juga telah menyebutkan iaitu bahawa government department ataupun wakil mereka boleh participate. Surat daripada ICC kepada kita tidak menyatakan bahawa mereka di antara sebab mengapa mereka hendak pertimbangkan semua status A kita. Tidak pula disebut bahawa kes yang tidak boleh menjadi ahli ini. Tidak disebut bermakna kita comply, maknanya boleh.
[Bangun]
Sekejap, sekejap. Sikit lagi. Satu- satu saya bagi nanti.
Penjelasan.
Nanti sekejap. Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak berkesempatan untuk mengambil bahagian dan juga tidak langsung mengganggu waktu mencelah. Akan tetapi saya ada dua tiga perkara untuk meminta penjelasan. Pertamanya hak asasi ini dikaitkan dengan masyarakat madani Paris Convention dan kita terikat dengan convention ataupun United Nations Convention mengenai dengan hak asasi. Saya hendak tanya apakah sebenarnya dari segi definisi hak asasi bagi Kerajaan Malaysia yang kita masyarakat majmuk dan berbagai bangsa dan kita semua tahu. Sebab saya menyatakan demikian hak asasi bukan bererti kebebasan sepenuhnya. Terutamanya kita bagi orang Islam khususnya kita ada al-Quran, kita ada hadis. Dalam sebuah negara rakyat ada negara, ada tinggal dalam sesebuah negara ada undang-undang negara yang mesti dipatuhi. Jadi ia tidak boleh dikatakan kebebasan mutlak. Demokrasi pun disebut demokrasi terpimpin. Jadi saya minta Yang Berhormat membuat penjelasan ini sebab sekarang ini rakyat sendiri pun keliru akibat daripada perkembangan misinformation, disinformation apatah lagi dengan perkembangan kemajuan Internet sekarang ini. Blogers-blogers yang menulis macam-macam yang menyebabkan rakyat menjadi keliru dan rakyat sendiri membentuk satu persepsi bahawasanya ada perkara-perkara yang dikira tidak betul dan tidak patut. Saya hendak bagi tahu contoh dari segi dalam konteks apakah ini hak asasi. Saya lihat dalam keluaran terbaru akhbar Suara Keadilan contohnya di mana ada Pemuda Keadilan meminta membuat bantahan terhadap kes yang dihadapkan kepada Ketua Pembangkang. Dalam akhbar ini mengatakan kes ini patut digugurkan dan ianya tidak bersalah. Jadi apakah ini bukan contempt of court, awal-awal lagi mereka telah intercept proses undang-undang yang sepatutnya berjalan di negara kita. Di mana kita tahu tidak ada siapa yang boleh mengatasi undang-undang. Jadi saya bertanyakan perkara ini sebab ini yang berlaku sekarang ini. Rakyat keliru apatah lagi dengan persoalan hak asasi yang saya maksudkan tadi sebab itu mesti diberi penjelasan hak asasi bagaimana, itu yang pertama. Kedua dari segi calon-calon yang hendak ditambah tiga orang ini. Tadi sudah dibangkit, ada mereka yang berkepentingan ataupun kewibawaannya dipersoalkan. Saya ingin mencadangkan, apakah Yang Berhormat setuju kalau boleh daripada tiga orang yang dilantik dan juga diberi pertimbangan juga tokoh-tokoh agama terutamanya sebab penduduk negara kita ini majoritinya penduduk Islam. Ada kait mengait dengan agama jadi elok kalau salah seorang daripada anggota ini daripada latar belakang agama. Ini yang saya rasa penting sebab saya hendak ambil contoh dari segi perkara- perkara yang membabitkan kepentingan orang ramai. Seperti di Kedah contohnya, hendak ditutup pusat penyembelihan khinzir saya tidak sebut babi sebut khinzir sebab khinzir ini mungkin boleh membawa mudarat sekarang ini pun selesema babi ataupun boleh mendatangkan bau yang busuk. Walaupun ada satu kaum yang berhak untuk memeliharanya tetapi dari segi kepentingan umum ia tidak lagi termasuk di bawah hak asasi sebab melibatkan kepentingan orang ramai.
Jadi keputusan Kerajaan Negeri Kedah menutup pusat penyembelihan ini adalah satu tindakan yang bijak. Ada juga waktu saya sokong PAS ini. Ini perkara yang baik tetapi tidak disokong oleh satu pihak. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan di sini iaitu bahawa kalau kita bicara tentang hak asasi tidak wujud hak asasi mutlak. Kalau ada pun di dalam hutan. Dalam jungle adalah. Oleh sebab itu tidak ada law dalam jungle itu. Binatang makan itu semua. Jadi hak asasi mutlak tidak ada. Setiap negara dalam dunia ini semuanya ada undang-undang kalau tidak ia akan dikenali sebagai lawless state. Lawless state tidak ada hak asasi lagi. Semua negara ada undang-undang dan undang-undang ini membatas tentang hak asasi manusia yang mana yang kita boleh buat dan yang mana yang kita tidak boleh buat. Jadi sebab itu untuk hendak menyatakan dimaksudkan hak asasi manusia ini kita boleh apa sahaja yang kita suka. Kepada saya, saya ingat kalau hendak mendefinisikan hak asasi kita ini ialah hak asasi kita ialah kita boleh buat apa sahaja yang kita suka sehinggalah kita menjejaskan hak asasi orang lain. Itu tidak boleh. Kita boleh ambil pisau, kita boleh tikam angin ikut suka hati kita tapi apabila kita sentuh badan orang lain itu telah melanggar hak asasi orang lain. Pada ketika itu maka hak asasi kita terhad. Jadi hak asasi mutlak tidak ada.
[Bangun]
[Bangun]
Berkenaan dengan calon-calon tadi dan hak asasi manusia di negara berkenaan itu akan ditentukan oleh undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen kita.
[Bangun]
Jadi setiap negara di mana yang hak asasi mereka dibenarkan ataupun dihadkan itu mengikut undang-undang yang digubal oleh Parlimen di negara itu dan tidak semestinya...
Bagaimana hendak menangani persepsi rakyat? Persepsi?
...Tidak semestinya semua negara sama undang-undangnya. Ada setengah negara sesuatu perkara itu dianggap sebagai hak asasi mereka tapi di negara lain mungkin tidak. Jadi itu terpulang kepada negara masing- masing. Bagaimana kita hendak menukar persepsi ini, itu saya serahkan kepada rakan saya Yang Berhormat Jelebu pasal beliau Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan. Benarkan kepada kebijaksanaannya untuk menukar persepsi ini.
Tapis RTM.
Kemudian berkenaan dengan calon- calon seperti Yang Berhormat Ipoh Barat sebut dan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas juga ada calon yang dilantik waktu dilantik sudah tentulah kita melihat bahawa dari beberapa segi dia tidak melanggar apa-apa peraturan tetapi selepas dia dilantik, maka tindakan dia selepas itu mungkin menampakkan iaitu bahawa dia bias kepada sesuatu kumpulan. Akan tetapi itu sudah kita lantik dan kita harapkan dia akan lebih menyedari bahawa selepas ini dia harus berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya untuk mengeluarkan kenyataan yang boleh menampakkan bahawa dia sudah pun mempunyai satu bias pendirian terhadap sesuatu isu. Perkara ini bukan sahaja kepada Shafie. Pengerusi SUHAKAM sendiri yang jelas mengatakan iaitu bahawa dia sebagai bekas AG bermakna orang yang kenal dan tahu tentang undang-undang dia harus lebih sedar iaitu bahawa apa juga yang dia cakap itu akan dapat mempengaruhi.
Dan Tan Sri Abu Talib selaku Pengerusi SUHAKAM membuat kenyataan iaitu bahawa mengikut pandangan dia di Perak itu mesti serah balik kepada rakyat. Dia pun juga buat kenyataan yang boleh daripada pihak Barisan Nasional mempertikaikan tentang naturalitinya. Akan tetapi itu tidak mengapalah. Kita fikirkan itu pandangan dia. Bukankah sebelah sana mengatakan iaitu bahawa kita harus memberikan kebebasan bersuara...
[Bangun]
Jadi kalau kepada mereka kebebasan bersuara ini hanya kepada orang yang menyokong mereka. Dia langsung tidak sebut tentang Tan Sri Abu Talib yang membuat kenyataan yang sebenarnya pada saya tidak betul...
[Bangun]
...Dan sebagai Pengerusi SUHAKAM tidak sepatutnya mengeluarkan satu kenyataan yang boleh menampakkan dia memihak kepada satu pihak yang lain yang bertikaian tentang isu yang begitu penting di dalam negara kita tetapi tidak sebut pun. Hanya sebut Shafie. Shafie hadir dalam program Barisan Nasional, hadir sana, hadir sini. Berlaku adillah Yang Berhormat.
Saya tidak kata dia hadir dalam program Barisan Nasional.
Sebab itu saya kata jangan lihat hanya daripada segi perkara yang menguntungkan Yang Berhormat sahaja. Saya tidak marah Yang Berhormat sebut tentang Shafie. Memang betul, saya setuju sebagai seorang pesuruhjaya mesti berhati-hati tapi be fair sebut sama tentang Tan Sri Abu Talib. Langsung tidak mempertikaikan.
[Menyampuk]
Ha, apa dia?
Saya ada kata.
Dia kata apa?
Mengenai Tan Sri Abu Talib.
Dia kata apa? Berkenaan dengan pandangannya mengenai SUHAKAM?
Bukan pandangan...
Tentang pilihan raya?
Dia ada kata, saya ada baca apa yang dia telah kata di Geneva.
Tak, saya hendak bagi tahu iaitu bahawa...
You cannot confide apa yang saya perlu kata.
Ya. Saya dalam Dewan...
Tetapi saya ada...
Yang Berhormat saya tak bagi jalan ini. Duduk dahulu. Nantilah. Lepas ini saya bagi. Ini pun sudah tidak ikut peraturan. Kalau kita hendak bercakap tentang peraturan kita sendiri juga kena patuhi peraturan dalam Dewan apatah lagi potensi yang ada di sana satu hari hendak jadi wakil rakyat. Kalau macam ini punya perangai dia tengok dia tak mahu jadi wakil rakyat. Jadi tak apa. Biar saya habis dahulu... [Tepuk]
Jadi Yang Berhormat Pasir Mas berkenaan dengan calon-calon daripada segi apa Yang Berhormat Ipoh Barat sebut saya setuju. Seorang pesuruhjaya mesti berhati-hati tentang apa yang dia hendak cakap sebab kerana dia mesti dinampakkan sebagai neutral. Jadi yang itu prinsip kita setuju. Ini mesti dikenakan kepada semua pesuruhjaya dan jangan kita selektif tentang siapa yang hendak kita salahkan dan tentang siapa yang hendak kita pujikan. Tuan Yang di-Pertua...
Boleh mencelah, boleh tanya soalan?
...Saya ingin pergi kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Yang Berhormat Pengkalan Chepa tidak ada kesempatan untuk berucap tapi dia mencelah. Mencelahnya pun tidak ada masalah kerana ada perkara- perkara Yang Berhormat bangkit. Yang Berhormat bangkit berkenaan dengan madani iaitu madani ini di popularize oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tapi Yang Berhormat kena ingat waktu itu Yang Berhormat Permatang Pauh adalah Timbalan Presiden UMNO. Bermakna segala apa yang dia cakap pada ketika itu dipengaruhi oleh budaya yang ada dalam UMNO tapi hari ini dia sudah keluar daripada UMNO jadi ketua pembangkang kita tengok tindakannya tidak madani langsung... [Ketawa] Jadi tidak madani langsung. Jauh daripada apa yang telah dia sebut waktu dia Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri dahulu. Saya tidak menafikan bahawa dialah yang mempopularkan. Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingat madani ini permaidani karpet sahaja rupanya ada madani daripada perkataan Arab. Namun yang madani kita maksudkan di sini ialah apa yang ditentukan oleh Prinsip Paris dan saya telah pun menyebutkan perkara ini dalam jawapan saya sebentar tadi. Madani yang dimaksudkan itu ialah apa yang dikehendaki oleh Prinsip Paris. Kemudian Yang Berhormat Ipoh Barat. Apakah latar belakang anggota Suruhanjaya SUHAKAM yang kini sedang berkhidmat? Saya baca ya. Pertama, Abu Talib - Pengerusi Undang-undang, latar belakangnya. Datuk Seri Panglima Simon Sipaun - Naib Pengerusi Welfare and Charity, dengan izin. Dato’ Chiam Heng Keng - Adult Lesson Psychology and Early Childhood; Dr. Mohd Hirman Ritom Abdullah - Indigenes People; Dato’ Asiah Abu Samah - Education; Dato’ Dr. Raj Abdul Karim - House and Family Development; Dato’ Dr. Abdul Monir Yaacob - Philosophy; Dato’ Choo Siew Kioh - International Relation. Tak silap saya dia formal diplomat. Tengku Datuk Nazihah Tengku Mohamed Rus juga International Relations, Profesor Dato’ Dr. Koo Kay Kim - Education; Dato’ Muhammad Shafee Abdullah - Criminal and Constitutional Law; Dato’ Siva Subramaniam a/l Nagaratnam - Education and Trade Union; Dato’ Dr. Denison JayaSooria - Social Issues and Public Sector Delivery; Dato’ Michael Yeow Onn Heng - Finance and Asian Strategy; Dato’ Khalid Haji Ibrahim - Public Sector; Datin Paduka Zaitoon Dato’ Othman - Law...
[Bangun]
Hendak tanya apa lagi? Sudah jawab dah ini.
Soalan saya bukan setakat qualification mereka. Saya ada tanya soalan adalah latar belakang mereka berkaitan dengan hak asasi. This is punctual joker di mana dilantik with the higher respect... [Dewan riuh] Sebagai commissioner nampaknya tidak ada kena-mengena. They have never articulated in their life mengenai hal-hal berkaitan hak-hak asasi. Itulah menjadi masalah Yang Berhormat. Ini kerana, kalau kita tengok di luar, di lain-lain negara ...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Ipoh Barat. Walaupun buat hujah begitu janganlah panggil mereka itu sebagai jokers.
Because outside world.
It’s not nice, it’s not nice.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua with the higher respect.
Panggilan mereka itu mungkin tidak layak.
Tidak layak. Saya sudah kata semalam mungkin...
Gunakan istilah begitu Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, semalam ...
How do you feel if somebody outside, call you also a joker.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Would you like to we call you a joker in Parliament?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Pick up the position because of the politic ...
Okey, beritahu bahawa mereka tidak layak, bukan joker.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Banyak sediakan tetapi the world is commenting ...
Tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, ini qualification. Kalau kita tengok rang undang-undang dalam pelantikan di luar negara, kebanyakan dari mereka adalah yang ada kena-mengena latar belakang dengan hak asasi, nombor satu. Nombor dua di antaranya adalah ada yang sangat berkualiti macam Tan Sri Abu Talib, tetapi dia tidak ada kena-mengena dengan hak asasi. Itu soalan yang saya bangkitkan semalam. Macam di negara Australia, New Zealand dan sebagainya kebanyakan orang yang dilantik sebagai commissioner, latar belakang mereka adalah dalam bidang guaman dan undang-undang. Itu satu perkara. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya ada bangkitkan mengenai KSU yang menjadi pengerusi. Di mana latar belakang beliau, beliau adalah agen kerajaan, kakitangan kerajaan. There is a conflict of interest. Walaupun International Coordinating Committee (ICC) tidak mengarahkan bahawa beliau sepatutnya tidak menjadi ahli, tetapi kita masyarakat madani di negara ini perlukan satu pengerusi yang tidak ada kena-mengena dengan kerajaan. Ini akan menunjukkan kebebasan, ketelusan dan transparency dalam tindak laku sebagai pengerusi. Ini adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian. Bukan sahaja kita kata Perdana Menteri atau Menteri tidak menjadi pengerusi, tetapi pelantikannya sebagai KSU, sebagai pengerusi menunjukkan ada kena-mengena backdoor transaction, di mana pelantikan esok hari oleh 18 commissioners semua ada berkaitan dengan kehendak kerajaan. Akhir sekali, saya ada tanya mengenai kenapa kita perlu ada 18 commissioners walhal satu negara macam India, 1.2 bilion penduduk hanya ada 5 commissioners sahaja...
Ini dalam isu yang sama.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelas sedikit kepada Yang Berhormat Ipoh Barat. Ada beza di antara anggota Suruhanjaya dengan jawatankuasa melantik, ada beza. Jadi, mengikut Paris Principles yang dikehendaki masuk, iaitu perkataan mereka mempunyai pengalaman dalam hak asasi. Itu untuk jawatankuasa yang melantik untuk memberikan nama. Akan tetapi, anggota Suruhanjaya ini kita terbuka kerana hak asasi manusia ini very wide. Sebenarnya, kalau kita kata kita mahu pada orang yang terlibat dalam isu-isu hak asasi manusia menerusi NGO, kemungkinan dia sendiri pun tidak tahu tentang hak asasi manusia, tetapi dia menganggotai NGO yang memperjuangkan human rights. Walhal ada orang seperti Tan Sri Abdul Talib dia pernah jadi Attorney General.
Akan tetapi dia tidak terlibat dalam NGO human rights. Apakah dia tidak layak? Jadi, kita kena beza antara siapa yang duduk sebagai pengerusi yang melantik itu dengan anggota Suruhanjaya itu. Jadi, pada sayalah anggota Suruhanjaya ini dalam isu human rights very wide. Ada yang terlibat dengan indigenous people. Maka, dia terlibat dengan indigenous people.
[Menyampuk]
Dalam penglibatan dia dengan indigenous people ini bukan sahaja dia membela hak asasi, tetapi mungkin ada perkara- perkara lain termasuk juga hak asasi indigenous people. Mungkin dia tidak secara khususnya, concentrate on indigenous people tentang isu-isu human rights, mungkin hal- hal lain. Akan tetapi, dia tahu juga tentang keperluan indigenous rights. Jadi, kita juga perlu pada pengalaman dia. Jadi, layaklah dia untuk menjadi anggota Suruhanjaya. Begitu juga dengan orang yang terlibat dengan education. Mungkin secara umumnya education, tetapi ada aspek education itu yang melibatkan human rights, yang dia tahu tetapi dia tidak terlibat dengan NGO human rights. Apakah kerana itu dia tidak layak? Jadi, sebab itu kita tidak boleh kata khusus dia mesti tahu tentang human rights baru dia boleh jadi anggota pentadbiran. Ini kerana bagi saya human rights ini in every life ada. Mesti dalam kerja-kerja itu kita akan tersentuh tentang human rights daripada aspek education, seperti saya sebutkan tadi, welfare and charity. Jadi, jangan kita terikat dengan perkataan mesti terlibat dengan isu-isu human rights. Walhal, isu human rights ini very wide ranging dan ada di dalam berbagai-bagai aspek dan sektor negara kita. Ya, itu pertama.
Okey, boleh celah dahulu?
Keduanya Yang Berhormat Ipoh Barat. Yang kita hendak complied ini ialah Paris Principles. Saya kira kita jangan meletakkan syarat yang lebih ketat daripada apa yang dikehendaki oleh Paris Principles.. Kalau Paris Principles kata boleh, maka bolehlah. Sebenarnya, tujuan kita untuk mengadakan KSN itu sebagai pengerusi, ialah kerana untuk menggunakan kemudahan- kemudahan yang ada kepada beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara, iaitu boleh mengarah mana-mana agensi-agensi kerajaan untuk mendapatkan maklumat, untuk menggunakan kemudahan itu. Agak sukar kalau sekiranya seorang yang lain daripada KSN duduk sebagai pengerusi katalah seorang yang terlibat dengan aktiviti NGO atau human rights Dia duduk sebagai pengerusi. Dalam mesyuarat mungkin ada keperluan untuk sesuatu perkara yang harus dilakukan, tetapi dia tidak ada facilitiesnya. Jadi, ini sudah tentu akan menyebabkan bukan melambatkan, tetapi sedikit menyulitkan dalam mesyuarat-mesyuarat yang memerlukan kepada jentera yang ada untuk mereka menjalankan tugas mereka dengan efisien dan cepat. Itu sahaja. Dia jadi pengerusi untuk menggunakan kemudahan dia...
Conflict of interest.
There is no conflict of interest here, sebab dia cuma jadi pengerusi satu daripada empat atau lima ahli jawatankuasa. Ini bukan jadi anggota Suruhanjaya. Jadi ahli jawatankuasa sahaja. Satu daripada lima. Kalau pandangan dia itu diambil kira, katalah dia boleh beri pandangan tetapi dia satu daripada lima sahaja. Yang empat itu boleh mengatasi dia. Ini hanya untuk memberi nama sahaja, belum tentu dia akan menjadi Suruhanjaya sebab dia cuma mencadangkan, akhirnya akan dilantik oleh Agong atas nasihat Perdana Menteri. Jadi, jangan bimbang Yang Berhormat. Dia sebagai pegawai kerajaan, dia bukan orang politik. Betul, dia dilantik oleh Perdana Menteri tetapi prinsip civil servant ialah, iaitu bahawa dia bekerja untuk kerajaan. Siapa juga yang menjadi kerajaan, apa yang diarahkan, ikutlah. Itu sahaja. Jadi, satu daripada empat yang kita gunakan kemudahan dia.
Boleh...
Tuan Yang di-Pertua.
Menteri ada banyak...
Jadi, Yang Berhormat Pengkalan Chepa saya sudah jawab. Kemudian, Yang Berhormat Ipoh Barat bertanya, adakah terdapat undang-undang lain yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Paris. Prinsip- prinsip Paris merupakan satu garis panduan yang diikuti oleh Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan, National Human Rights Institution bagi tujuan penubuhan National Human Rights Institution pelantikan anggota, komposisi anggota dan lain-lain.
Oleh yang demikian, Prinsip Paris ini tidak boleh terpakai kepada undang-undang lain kerana prinsip ini hanya menekankan kepada penubuhan national human right institution sahaja, untuk kita punya human rights sahaja, ia tidak digunakan untuk perkara- perkara yang lain. Yang Berhormat Pasir Mas, sudah jawab tadi. Apakah definisi hak asasi manusia di negara ini ada sedikit maklumat tambahan, hak asasi manusia di negara kita adalah mengambil kira Universal Declaration of Human Rights (1947), selagi ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Itu yang saya maksudkan. Setiap negara mesti ada undang-undangnya dan undang-undang tubuhnya. Yang Berhormat Batu, selepas ini Yang Berhormat Batu boleh bertanya, jangan merajuk Yang Berhormat Batu. Saya hendak jalan dua, beri ruang, jalan dua, beri ruang. Setelah pindaan dibuat, apakah jaminan-jaminan yang boleh diberikan oleh SUHAKAM bagi memastikan hak asasi manusia dapat diperlihatkan. SUHAKAM akan terus bekerjasama dengan pihak NGO dan kerajaan untuk mempromosi dan mempertahankan hak asasi manusia. Sebenarnya, adalah tidak benar kalau Yang Berhormat Batu mengatakan bahawa apa juga yang dicadangkan oleh SUHAKAM tidak diambil berat, dan mereka seolah-olah tidak langsung mempunyai gigi, maknanya tiada guna ada SUHAKAM ini...
Saya tidak sebut begitu.
Okeylah. Kalau tidak ada gigi pun maknanya, sia-sialah ada...
Tidak, tidak, tidak.
Tidak, apabila ada...cuba duduk...
Boleh bagi saya. Don’t put words into my mouth.
Tidak. Ini fahaman saya. Tadi Yang Berhormat sebut kata banyak cadangan yang diberikan oleh SUHAKAM itu atau apa-apa juga keputusan yang diberi itu maka, tidak diendahkan oleh kerajaan. Itu adalah tidak betul kerana sebenarnya, saya hendak sebut iaitu tindakan yang telah diambil oleh kerajaan hasil daripada syor dan cadangan SUHAKAM. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia atau SUHAKAM telah ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya, ini kita semua tahu iaitu diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000 dan laporan tahunan SUHAKAM mula diterbitkan mulai tahun 2000. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa peka terhadap cadangan dan syor-syor yang dikemukakan oleh SUHAKAM. Antara tindakan yang telah diambil oleh kerajaan hasil daripada syor dan cadangan SUHAKAM adalah seperti berikut: SUHAKAM mencadangkan agar diwujudkan satu suruhanjaya pelantikan kehakiman yang bebas bagi memulihkan imej dan mengembalikan keyakinan umum terhadap Badan Kehakiman Negara. Maka, susulan itu, suatu Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 telah diwujudkan dan berkuat kuasa pada 2 Februari 2009 walaupun ditentang hebat oleh pembangkang sewaktu saya membentangkannya. Akan tetapi, kita lulus. Kemudian, kerajaan juga telah meluluskan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007, selaras dengan cadangan SUHAKAM agar membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa kes-kes penderaan atau rogol bagi mengurangkan trauma yang dialami oleh mereka ketika menjalani proses siasatan dan pemberian keterangan di mahkamah. Ini pun telah dibentang dan dilulus dan hari ini menjadi akta.
Pelbagai undang-undang telah pun digubal untuk melindungi hak dan maruah wanita. Akta Anti Perdagangan Orang telah dilulus pada 24 Mei 2007 dan dikuatkuasakan pada 28 Februari 2008, hasil daripada cadangan SUHAKAM agar usaha perlu dipergiatkan untuk menghapuskan segala bentuk penyeludupan wanita dan kanak-kanak perempuan. Kerajaan juga menyedari kewajipannya sebagai negara, pihak kepada Konvensyen Penyingkiran Semua Segi Diskriminasi Terhadap Wanita atau CEDAW dan memastikan wanita dan kanak-kanak dan wanita di Malaysia menikmati perlindungan maksimum. Kerajaan juga telah menggubal Akta Orang Kurang Upaya sebagai mekanisme yang efektif untuk melindungi hak-hak Orang Kurang Upaya (OKU) selaras dengan pemerhatian SUHAKAM bahawa OKU berhak menikmati kehidupan sepenuhnya serta penglibatan dan peluang yang sama rata. Akta Orang Upaya 2008 tersebut telah pun diluluskan pada 24 Disember 2007 dan telah dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Kewujudan dan penguatkuasaan akta tersebut diharap akan dapat menjamin hak-hak Orang Kurang Upaya di Malaysia. Selain itu, kerajaan mewujudkan dasar yang memperuntukkan 1 peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU seperti dalam Pekeliling Perkhidmatan, Bilangan 3, tahun 2008. Tujuan pelaksanaan dasar ini adalah untuk membantu OKU yang memiliki kelayakan atau kemahiran diberi peluang menjawat jawatan di dalam perkhidmatan awam. Ini dibuat di atas pemerhatian SUHAKAM sendiri dan disyorkan kepada kerajaan. Kerajaan akan terus membantu SUHAKAM dan mempromosi ratifikasi dan pelaksanaan instrumen berkenaan...
[Bangun] [Mengetuk pembesar suara]
...Hak asasi selagi ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Yang Berhormat.
Satu, satu lagi. Satu ini saya bagi ya. Yang Berhormat Batu bertanya berkenaan adakah masih relevan supaya SUHAKAM berada di sisi kerajaan? Jadi, saya ingin menyatakan iaitu bahawa SUHAKAM sememangnya masih relevan seperti mana yang sudah saya sebut sebentar tadi bahawa banyak juga syor-syor mereka yang telah kita laksanakan. Akan tetapi, tidak semestinya apa yang disyorkan mengikut undang-undang yang disyorkan mereka itu diterima bulat- bulat oleh kita. Ini kerana, sebagai sebuah kerajaan kita juga ada fakta-fakta yang lain yang perlu kita pertimbangkan untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara kita yang mungkin kita tidak dapat menerima sesetengah daripada syor yang dibuat oleh SUHAKAM.
Boleh minta penjelasan?
Saya tidak mengatakan kerajaan langsung tidak... Menganggap SUHAKAM itu tidak relevan. Akan tetapi, saya ingin bawa di sini, janganlah selektif dalam mengutarakan contoh. Dalam laporan SUHAKAM ini, yang kita tidak pernah bahas dalam Parlimen, isu yang telah dibangkitkan adalah telah disenaraikan: (i) kebebasan berhimpun; (ii) kebebasan berpersatuan; (iii) kebebasan bersuara dan kebebasan media; (iv) penahanan tanpa bicara; (v) kematian dalam tahanan; (vi) hak pekerja asing; dan (vii) ketidakpatuhan Malaysia kepada teras prinsip buruk ILO. Inilah isu-isu yang telah dibawa oleh SUHAKAM. Akan tetapi, dalam senarai ini kita selektif sangat, tidak ada yang termaktub dalam sini pun. Saya ingin membawa kembali kepada isu pelantikan yang saya bawa tadi tidak diberitahu.
Apa bezanya Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Talib Omar ialah beliau mengeluarkan statement sebagai pendirian tafsiran beliau terhadap hak asasi manusia iaitu Dewan Undangan Negeri Perak wajar atau lebih baik dibubarkan supaya rakyat diberi hak untuk memilih semula. Itu adalah berbeza dengan seorang peguam yang juga pesuruhjaya yang dilantik dan bertindak bagi pihak satu parti dalam isu ini dan beliau juga aktif, bukan sahaja mewakili kes-kes politik tetapi, juga hadir di Dewan Undangan Negeri. Sehingga hari ini, beliau tidak ditegur, beliau masih memegang jawatan sebagai pesuruhjaya. Ini yang mengelirukan rakyat Malaysia. Adakah suruhanjaya boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti politik? Keluarkan pendapat yang mungkin memihak kepada satu pihak atau pihak yang lain. Itu biasa, saya anggap kita terima. Jika SUHAKAM mengatakan negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak mematuhi hak asasi manusia dengan menghalau penceroboh atau menggunakan penguat kuasa oleh PBT, itu kita terima teguran mereka. Akan tetapi, berbeza kalau mereka bertindak secara aktif dalam kes politik.
Boleh Yang Berhormat?
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tidak betul Yang Berhormat sebut. Pertamanya pengerusi itu tidak pernah pun disuruh buat kenyataan, dia saja yang nak buat kenyataan. Soal Dewan Undangan Negeri Perak bukan di bawah jurisdiction dia, dia tak perlu buat kenyataan itu tetapi dia buat, tetapi tidak mengapalah. Saya kira sebenarnya kalau macam Shafie pun, kalau sebelum ini dia pergi ke mahkamah dan hadir, dia dilantik kerana profesion dia, as a profesional untuk membela anak guam dia. Saya percaya iaitu bahawa sesiapa juga mesti membezakan di antara pelantikan dia ataupun pengambilan penggunaan khidmat dia sebagai seorang profesional, tidak bolehlah kita kata kemudian dia tidak boleh menjadi pesuruhjaya sebab itu hanya makan gaji, bukan makan gaji. Maknanya dia bekerja sebagai seorang peguam. Jadi khidmat dia dibayar untuk membela dan itu harus dipisahkan daripada seolah-olah dia seorang ahli politik, dia bukan ahli politik. Kalau dia jadi ahli politik, dia... dalam UMNO ini.
Akan tetapi maksud saya bukan sahaja bela dalam kes tetapi hadir dalam persidangan.
Yang Berhormat Batu, duduk.
Kalau dia hadir pun, sama juga macam ini keluar kenyataan di waktu ketika. Sepatutnya tidak boleh keluar kenyataan kerana perkara ini, macam Abu Talib tak boleh keluarkan kenyataan itu. Dia telah memihak kepada satu pihak dan waktu ketika mahkamah sedang membicarakan perkara itu, dia boleh dianggap sebagai sub judice, cuba untuk mempengaruhi hakim-hakim. Oleh sebab ini datang daripada seorang Pengerusi SUHAKAM, jadi itu boleh mempengaruhi hakim-hakim, itu lagi bahaya. Sebenarnya pada saya, dia tidak betul, dia punya pendirian tidak betul sebab soal Dewan Undangan Negeri di Perak yang pada hari ini kononnya Pakatan Rakyat kata dia dipilih oleh rakyat, ia tidak betul. Oleh sebab waktu pilihan raya, tidak ada Pakatan Rakyat, yang ada DAP, PAS, PKR. Sebenarnya saya nak beritahu, kalau nak dikatakan iaitu bahawa BN merampas, tidak betul, mereka yang merampas daripada BN kerana tidak ada Pakatan, tidak ada ...
Yang Berhormat.
[Bangun]
...Logic.
Dia bertanding atas, you lah... Logic. Dia bertanding DAP, rakyat Perak tidak mahu kerajaan DAP. Dia bertanding atas PAS, enam kerusi saja, rakyat tidak mahu kerajaan PAS. Dia bertanding atas PKR, rakyat tidak mahu kerajaan PKR. Kita bertanding Barisan Nasional, rakyat mahu kita sebab itu kita dapat 28 Kerusi... [Tepuk]
Kalau mengikut demokrasi berperlembagaan, parti yang mendapat kerusi yang terbanyak sekali hendaklah diberikan peluang pertama untuk menubuhkan kerajaan. Akan tetapi kita tidak dipanggil, ada kongsi gelap Pakatan Rakyat, mereka bermesyuarat sesama mereka, ambil tandatangan...
[Bangun]
[Bangun]
Ahli Yang Berhormat.
Ambil tandatangan, jumpa dengan Sultan mengatakan iaitu bahawa kami hari ini bersetuju. Bersetuju selepas rakyat buat pilihan, rakyat tidak pernah fikir untuk mengadakan Kerajaan Pakatan Rakyat sebab Kerajaan Pakatan Rakyat tidak wujud dalam pilihan raya. Kalau betul-betul berani, daftar nama Pakatan Rakyat, bertanding dalam pilihan raya akan datang. Itu sebenar demokrasi. Jadi saya nak beritahu di sini, saya punya pandangan berbeza dengan Abu Talib sebab itu dia tidak boleh buat kenyataan itu kerana dia bukan orang politik dan waktu dia buat kenyataan itu ialah waktu mahkamah sedang hendak membuat satu keputusan tentang kerajaan di negeri Perak. Dia sebagai seorang peguam, sebagai Pengerusi SUHAKAM tidak sepatutnya membuat kenyataan yang nampak memihak kepada satu kumpulan sahaja. Oleh sebab itu dia tidak boleh, kalau hendak dikira sebenar-benarnya di antara Shafie dengan dia, sepatutnya dia yang tidak layak untuk menjadi ahli suruhanjaya. Itu pandangan saya.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau boleh...
Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, ...
Ahli Yang Berhormat, kalau boleh soal pelantikan itu sudahlah, bermakna mesej itu sudah pun diketengahkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat.
Cerita lama.
Sudah Menteri, move on to a different point.
Yang Berhormat.
[Bangun]
Nak mencelah semalam tidak dapat chance.
Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas, Menteri tidak pun mengganggu Ahli-ahli Yang Berhormat. Akan tetapi bila Menteri menjawab, banyak gangguan.
Sebab dia takut saya cakap betul, sebab itu dia takut. Duduk dulu, saya tak larilah, duduk dulu. Biar saya jalan dua, lepas ini boleh bagi.
Boleh bagi penjelasan?
Sat lagi, saya kata jawab dua dulu, saya jawab dua dulu soalan, saya akan bagi, jangan takut Yang Berhormat Beruas, ketua you pun saya boleh bahas, tidak ada masalah, Yang Berhormat Beruas baru sepenggal saja. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubang Kerian, mana Yang Berhormat Kubang Kerian? Tak apalah saya jawab saja, tak ada apa-apa. Dengan pemasyhuran SUHAKAM dicadangkan supaya satu undang-undang digubal untuk mengganti Akta Keselamatan Dalam Negara. Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.
Walau bagaimanapun, kerajaan akan mengambil kira cadangan ini selaras dengan cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melakukan review terhadap undang-undang tersebut. Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh SUHAKAM tidak dipandang remeh oleh kerajaan. Malah kerajaan telah mengambil kira syor-syor yang dikemukakan oleh SUHAKAM seperti yang dilampirkan. Cuma yang berkenaan dengan ISA ini, Yang Berhormat ada bangkit berkenaan dengan kerana tahanan tanpa bicara. Yang Berhormat kena ingat, roh atau spirit di sebalik ISA ini adalah untuk hendak menjaga keselamatan negara. Kadang kala sebagai kerajaan kita mempunyai maklumat bahawa sesuatu perkara itu akan berlaku. Jadi sebelumnya ia berlaku, kita terpaksa mengambil pre-emptive action, prevention dan Orang Putih kata prevention is better than cure. Kalau selepas perkara itu berlaku, baru kita nak fikirkan kita sepatutnya buat itu, buat ini. Pada ketika itu kalau ramai yang sudah mati, apa gunanya peraturan baru kepada keluarga-keluarga yang mana sanak saudara mereka telah pun mati. Oleh sebab itu, the spirit ISA dalam penahanan tanpa bicara ialah untuk mengambil preventive action. Yang kalau mengikut undang-undang biasa, kita tidak boleh buat demikian dan kalau kita tidak buat demikian, kita juga akan dipersalahkan. Banyak perkara yang berlaku di negara-negara yang mana apabila sesuatu perkara berlaku, rakyat kata ‘kalau kerajaan dah tahu ada maklumat, mengapa tidak ambil tindakan, sekarang ini ramai dah mati, baru nak difikirkan’. Ini masalah kerajaan. Jadi kita kena ambil kira iaitu prevention, sesuatu tindakan awal perlu diambil berdasarkan maklumat yang ada pada kita. Jangan tunggu sampai ia berlaku baru kita nak ambil tindakan. Jadi ISA ini semangatnya ialah prevention. Saya setuju dengan Yang Berhormat, kalau tahanannya sampai 60 hari, saya tidak setuju itu, saya pun tidak setuju dengan pandangan Yang Berhormat kata Yang Berhormat tidak setuju kalau tahan sampai 60 hari. Kalau nak sesuatu perkara, kita nak siasat, kalau kita menahan seseorang itu berdasarkan maklumat yang kita tahu yang boleh menyebabkan satu perkara yang lebih besar akan berlaku yang akan menjejaskan keselamatan negara, kalau nak ditahannya itu biarlah yang paling minimum dan beri keutamaan untuk cari dalam masa katakanlah sekarang ini 60 hari, kita kata 30 hari. Dalam 30 hari itu mesti menjadi keutamaan kepada badan penyiasat, siasat maklumat yang kita terima tentang orang ini.
Boleh minta penjelasan?
Yang lain, kita ketepikan dulu. Jadi, saya boleh bersetuju dengan Yang Berhormat, iaitu, mungkin kita review keadaan-keadaan yang mana boleh, sebenarnya menjejas dan merugikan hak asasi seorang manusia itu. Timbangkan dengan keperluan Prevention Act. Kalau 60 hari, saya rasa, saya bersetuju. Itu terlalu lama, sebab kita menahan orang. Kalau kita tahan dia 60 hari, 60 hari tidak boleh dikembalikan balik kepada dia. Jadi, cuba cari kepada satu masa yang kita masa berpatutan. Perlu ditahan dan masa diberikan untuk badan penyiasat menyiasat. Kalau tidak, selepas itu, lepaskan dia dengan kita pertimbangkan. Tidak adilnya kalau kita tahan sampai 60 hari.
Boleh minta penjelasan Yang Berhormat?
Jadi, sebab itu, saya hendak kata, saya ingin menyatakan itu bahawa, kerajaan kita akan mempertahankan ISA dan kalau sekiranya ada review, itu ialah lebih untuk mengurangkan ruang-ruang yang boleh berlaku penyalahgunaan kuasa dan juga penjejasan yang tidak diperlukan terhadap hak asasi seorang manusia. Itu saya bersetuju, tetapi untuk abolition ISA, saya rasa, kerajaan ini tidak akan bersetuju.
Boleh Yang Berhormat?
Biar saya jawab dua dulu. Sekejap lagi saya beri jalan, ya? Jadi, raw nya ialah prevention, mengelak daripada satu malapetaka yang lebih besar, akan melibatkan hak asasi majoriti orang yang lain. Kita rasa boleh tahan seseorang itu, tanpa bicara.
ISA, Yang Berhormat Menteri.
Nanti sekejap. Kemudian Balik Pulau. Balik Pulau sudah jawab sudah. Satu lagi...
Ada satu lagi daripada Pasir Mas belum jawab.
Subjek Pengajian Hak Asasi. Yang Berhormat Balik Pulau. Yang Berhormat bertanya, mengapa subjek Pengajian Hak Asasi tidak diperkenalkan di IPTAR dan juga Fakulti Undang-undang? Ya, adalah diakui bahawa, tiada Pengajian Ijazah khusus dalam Hak Asasi Manusia yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan. Walau bagaimanapun, subjek Hak Asasi Manusia ditawarkan di bawah Ijazah Perhubungan Antarabangsa dan juga Ijazah Undang-undang sebagai elective subjects. Pelajar juga boleh membuat pengkhususan mengenai subjek tersebut di peringkat Sarjana antara universiti-universiti yang menawarkan khusus dalam bidang Ijazah Sarjana Muda, dan Ijazah Sarjana ini adalah seperti berikut, yang ada Hak Asasi Manusia ini. Universiti Malaya, Faculty of Arts and Social Science. Universiti Kebangsaan Malaysia, Faculty of Law. Universiti Utara Malaysia, College of Law, Government and International Studies. Ya, itu yang selain daripada law tadi. Yang Berhormat Beruas?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mendapat penjelasan, tadi dikatakan, SUHAKAM memberi kenyataan, bukankah ia berpatutan, kerana dari segi kenyataan yang dikeluarkan oleh SUHAKAM, mereka berasaskan prinsip Hak Asasi Manusia. Sementara hakim-hakim pula, mestilah mentadbir atau mengadili sesuatu kes berlandaskan undang-undang. Jadi, bagi saya, ia tidak, mencampuri kuasa hakim-hakim membuat sesuatu keputusan kerana, landasan ataupun asas pandangan SUHAKAM dan asas hakim-hakim membuat keputusan, adalah tidak sama. Kalaulah hakim sendiri yang telah melanggar, kita kata prinsip mengadili sesuatu kes berlandaskan undang-undang, adalah hak rakyat dan juga hak mana-mana badan lain untuk membuat pengulasan. Bagi saya, itu tidak melanggar ataupun, is not sub judice dengan izin, kerana hakim kalau tidak mengadili suatu kes berlandaskan undang-undang, mereka telah pun melanggar kod etika hakim itu sendiri dan boleh dibicarakan oleh Tribunal. Dalam kes di negeri Perak, di mana, jelasnya ada undang-undang yang mengatakan, terutamanya Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan mengatakan, pihak mahkamah tidak boleh mencampuri hal-hal Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri. Akan tetapi dalam penghakiman mereka, mereka telah melanggar peruntukan yang nyata ataupun jelas Perlembagaan Persekutuan. Jadi, adalah rakyat mempunyai hak, untuk mengatakan kenapa tidak membuat pengadilan mengikut peruntukan tersebut? Begitu juga di mana, di peruntukan di dalam Perlembagaan Negeri Perak, dinyatakan kuasa mutlak yang terakhir untuk memutuskan sama ada, sudah ada kekosongan di dalam Dewan Undangan Negeri, itu di tangan Dewan Undangan Negeri. Sebaliknya mahkamah pula menyatakan bahawa, Suruhanjaya Pilihan Raya pula yang mempunyai kuasa. Jadi, itu misalan kedua. Sebagai seorang pengamal undang-undang saya sendiri dan kita semua setuju bahawa, there should be no stay of execution of a declaration. Satu pengisytiharan itu, tidak boleh, kita gantungkan. Akan tetapi, di dalam kes di Mahkamah Rayuan, melalui seorang hakim sahaja, kita kata ‘stay’ penghakiman yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Itu tidak pernah. Jadi, pada masa itu...
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, yang kita bahas ini, hak asasi. Bukan macam mana seseorang hakim mengadili sesuatu kes.
Maksud saya, saya beri misalan di mana saya kata, SUHAKAM ini mempunyai hak apabila didapati hakim-hakim pun tidak mengikut prinsip-prinsip undang-undang, dan hak asasi rakyat untuk mendapat keadilan itu dicabuli. SUHAKAM mempunyai kuasa ataupun berhak untuk memberikan kenyataan dan begitu juga dengan mana-mana badan yang lain. Inilah pendirian kita supaya Hak Asasi Manusia di negara Malaysia tercinta ini, dapat dilindungi, kalaupun hakim-hakim pula yang melanggari undang-undang.
Tuan Yang di-Pertua, basic lah. Kalau semua peguam baca undang-undang dengan interpretasi yang sama, tidak perlulah ada mahkamah. Betul tidak? Tidak bolehlah kata pada hari ini, iaitu bahawa, semua peguam, kalau sudah semua peguam bersatu hati dalam apa hal sekali pun, interpretasi yang sama, apa perlu ada mahkamah? Jadi, Yang Berhormat tidak betul cakap macam itu. Hari ini pun, kalau di antara peguam, saya sudah tengok, macam kata di...
[Bangun]
Duduklah. Takut saya jawab...
Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Beruas.
Duduklah.
Be fair. Apabila Yang Berhormat bercakap, mesti mendengar.
Ya, saya sudah beri peluang cakap, saya dengar dengan tekun dan catat semua. Bila saya jawab, dengarlah. Kalau macam dalam pembangkang sendiri, di negeri Perak, kata iaitu bahawa, mahkamah tidak ada hak. Akan tetapi, dalam masa yang sama, berlaku Tuan Yang di-Pertua halau Yang Berhormat Puchong keluar. Ini Parlimen punya hal ini. Yang Berhormat Puchong keluar daripada Dewan, pergi ke mahkamah juga. Jadi, maknanya, asas dia, interference in Parliament. Ya, interference. Samalah. Ini satu parti dan itu satu parti. Keputusan yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak, dia beritahu, Yang Berhormat Beruas kata, tidak boleh campur tangan. Akan tetapi Speaker buang dia setahun tanpa gaji. Kemudian bawa kes ini ke mahkamah. Mana satu yang hendak pakai ini? Dalam satu parti pun, sepatut tidak boleh bawa ke mahkamah. Mahkamah tidak boleh campur tangan, tetapi dia bawa.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Bermakna dalam satu parti pun, berbeza pendapat. Jelas menunjukkan yang itu peguam dan yang ini pun peguam. Tidak ada satu peguam yang tidak ada semua peguam yang...
Yang Berhormat Menteri.
...Bersatu hati di atas interpretasi.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya buat pembetulan.
Ya, ya.
Saya bukan menghalau Yang Berhormat Puchong selama setahun. Itu usul daripada Dewan, dan Dewan yang mengenakan hukuman. Bermakna, lebih berat lagi. Sila.
Maknanya, ini hal Parlimen. Kalau hal Parlimen, kalau kita hendak guna prinsip non-interference, tidak perlulah bawa ke mahkamah, tetapi dia bawa juga. Jadi, bermakna, Yang Berhormat tidak perlulah hendak pusing-pusinglah.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].
Tidak ada. Nanti, saya tidak habis lagi jawab. Kita pergi ke mahkamah bukan sahaja untuk hendak mendapat keadilan. Kita pergi mahkamah untuk mendapat interpretasi berkenaan dengan Perlembagaan. Itu sebab kita pergi mahkamah, kerana ada dua interpretasi. Satu kata dia betul, sebelah sana kata dia betul.
Peranan mahkamah bukan hanya untuk memberi keadilan, dalam hal ini bukan hendak memberi keadilan. Orang ke mahkamah untuk mendapatkan interpretasi berkenaan dengan peruntukan di dalam Perlembagaan. Itu biasa di mana-mana negara. Jadi ini bukan satu urusan yang di campur tangan oleh mahkamah terhadap legislatif, tetapi sebenar kita pergi untuk mendapatkan satu penyelesaian berkenaan dengan interpretasi yang berbeza dua pihak, yang mana betul dan yang mana tidak betul. Itu sahaja kita pergi, tidak lebih daripada itu. Bukan mencampuri urusan menentukan siapa patut menjadi kerajaan ataupun tidak. Ia cuma hendak memberi interpretasi kerana ada pertikaian. Di mana-mana negara pun ada, pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan soal- soal Constitution, di mana-mana negara pun, kita hendak interpretation. Ia cuma memberikan kata ini interpretasinya, dan ekoran daripada itu apa yang berlaku itu terpulanglah. Ia hanya memberikan interpretasi, kalau tidak ke mana kita hendak pergi? Orang ini baca Perlembagaan cara ‘A’, orang ini cara ‘B’, hendak pergi ke mana, hendak suruh bunuh-membunuh? Tikam, perang, yang mana menang dia betul, itulah law of the jungles saya hendak beritahu. Jadi sebab itu Yang Berhormat, tidak ada berlaku campur urusan melainkan kita pergi untuk hendak mendapatkan interpretasi yang betul berkenaan dengan apa peruntukan yang ada dalam Perlembagaan. Sebab ada perbezaan itu sahaja, bukan campur tangan. Baik, saya hendak pergi ke...
Sedikit hendak bertanya.
Sedikit mencelah.
Yang Berhormat ada bangkit, saya hendak beritahu di sini...
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencelah...
Dia very selective. Apabila kena elok kepada dia, okey, apabila tidak elok kepada dia, tidak okey. Ini semua orang tahu...
Itu tidak betul...
Tuan Yang di-Pertua...
Yang teruk Yang Berhormat Menteri, telinga saya.
[Ketawa]
Ya, semua orang tahu..., jikalau peguam semua orang tahu perkataan sub judice. Atas apa alasan sekalipun apa pun waktu kes dalam perbicaraan kita tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan termasuk Pengerusi SUHAKAM...
Betul.
Ini adalah kerana Yang Berhormat sendiri sebut sebentar tadi di dalam ucapan hujahnya mempengaruhi, perkataan yang penting itu mempengaruhi...
Yang Berhormat Beruas pengamal perguaman mana?
Soal...dia peguam, Universiti Malaya, cerdik... Akan tetapi Lincoln Kirstein lebih cerdik lagilah, saya hendak beritahu... [Tepuk]
Saya hendak beritahu bukankah seorang bekas Peguam Negara Malaysia, Pengerusi SUHAKAM mengeluarkan kenyataan waktu kes sedang dibicarakan walaupun dia kata, “Ini saya beri kenyataan tentang hak asasi manusia”. Bukankah itu boleh mempengaruhi hakim yang sedang membicarakan itu?
Ya.
Ini peguam, bekas Peguam Negara bukan main-main, hari ini pula Pengerusi SUHAKAM. Tidakkah dia tertekan untuk memastikan supaya apa keputusan yang dibuat itu mesti sama seperti apa kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi SUHAKAM. Itu tekanan secara tidak nampak, sebab itu saya rasa setiap peguam dan Pengerusi SUHAKAM, bekas Peguam Negara, prosecutor number one suatu masa dahulu. Dia sendiri tahu apa yang dimaksudkan dengan sub judice. Sub judice ini atas apa alasan sekali pun tidak boleh dibincangkan, kalau kes sedang berjalan hendak bercakap saya kata, kalau dalam Dewan saya beritahu kata huruf ‘A’ itu salah, tidak boleh walaupun hanya merupakan sebagai satu pandangan sahaja kerana kes itu sedang dibicarakan.
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah?
Jadi Yang Berhormat Beruas, you peguam, you patut lebih faham tidak ada alasan munasabah untuk membolehkan seseorang itu membuat kenyataan kalau ianya dianggap sub judice dalam... It’s a rule of law...
Hakim boleh kata ini bukan undang-undang...
It’s a rule of law...
Itu pandangan dari segi...
Yang Berhormat...
Tidak boleh, it’s a rule of law...
Yang Berhormat, Yang Berhormat...mohon minta jalan.
Apa-apa pandangan...
Proved by law.
[Bangun]
Apa-apa pandangan yang dikemukakan semasa sesuatu kes sedang dibicarakan di mahkamah adalah sub judice, ia merupakan suatu rule of law. Tidak boleh...
[Menyampuk]
Tidak boleh, kes sedang berjalan..., tidak boleh, semua orang tahu tidak boleh. Sebab kalau kita benarkan sedikit merit akan menjadi pertikaian dan perbincangan berjalan. Akan tetapi untuk memudahkan keadaan, kes sedang bicara langsung kita tidak boleh sentuh termasuk dalam Dewan Rakyat kita. Tuan Yang di-Pertua, adakah akta SUHAKAM 2009 Pindaan untuk kali kedua atas desakan pihak antarabangsa? Saya telah sebut sebentar tadi, compliance, okey, compliance. Ia ini kalau kesannya kalau kita di downgrade daripada ‘A’ ke ‘B’, banyak implikasinya terhadap negara Malaysia termasuk mungkin kita tidak boleh mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat Human Rights Commission antarabangsa.Hanya pergi sebagai observer sahaja, dan macam-macam lagilah implikasinya. Sebab itu perlu untuk kita mempertahankan grade ‘A’ ini, by own means kita kena..., kita belum diturunkan lagi, kita kena pertahankan. Saya hendak sebut di sini iaitu kalau negara lain, Thailand ataupun Cambodia mereka itu masih grade ‘A’, itu bukan bermakna mereka lebih baik daripada kita kerana giliran mereka untuk direview belum sampai lagi.
Ini sekarang giliran..., ya betul, kenapa Yang Berhormat Beruas senyum pula? Saya tidak tipu di dalam Dewan ini, tidak pernah tipu di dalam Dewan. Sebab tidak mungkin kalau ada 150 SUHAKAM, SUHAKAM negara masing- masinglah tidak akan mereka hendak buat grading di dalam satu masa. Ada 150 itu dibuat kajian. Ada gilirannya, ini giliran Malaysia, review untuk negara Malaysia. Bukan bermakna bahawa Thailand tidak direview maka Thailad lebih baik kerana gilirannya belum datang lagi. Esok gilirannya datang tengoklah macam mana pula, apakah pula syarat-syarat yang akan diturun sama ada Thailad comply ataupun tidak. Jadi ia tidak berbangkit. Saya hendak sebut di sini Yang Berhormat, yang kita ubah ialah berkenaan dengan memasukkan perkataan Madanilah, mesti ada pengalaman di dalam civilized society yang kita baca. Tidak mengapalah Yang Berhormat, Yang Berhormat pun tahu ada di hadapan. Jadi, yang dahulu kita kata 11(a) bagi maksud subseksyen 5(2) adalah dengan ini ditubuhkan satu jawatankuasa yang terdiri daripada orang-orang yang berikut: (i) KSN yang hendaklah menjadi pengerusi; (ii) Pengerusi Suruhanjaya; dan (iii) tiga orang anggota lain daripada kalangan orang yang terkemuka yang akan dilantik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apa yang mereka tidak setuju kerana kita tidak masuk perkataan, “Mesti ada pengalaman dalam aktiviti-aktiviti hak asasi manusia”. Tujuan kita sebenarnya, ini lebih luas daripada apa yang mereka mahu kerana kalau kita menjurus kepada hanya mereka yang terlibat dalam civil society, kita bimbang bahawa seseorang itu tidak ada apa-apa pengetahuan tentang hak asasi manusia. Hanya menjadi pengerusi kepada NGO tidak membuat apa-apa kerja dan bagi kita mungkin mengikut Paris Principles itu sudah mencukupi, dia ada pengalaman. Jadi kita bimbang, takut orang-orang yang mungkin yang tidak layak sebenarnya tetapi kerana dia menganggotai civil society hak asasi manusia, sekali sekala ada demonstrasi secara haram, tunjuk muka, duduk di situ, itu sudah mencukupi, jadi kita tidak mahu begitu. Sebenarnya apa yang kita letak itu..., terkemuka, ini lebih luas.
Yang Berhormat Menteri, boleh minta penjelasan?
Jadi mengikut pandangan kita apa yang kita turun syarat iaitu tiga orang anggota lain daripada kalangan orang yang terkemuka. Mana tahu, Yang Berhormat Ipoh Barat suatu hari tidak menjadi wakil rakyat, tidak pernah terlibat di dalam civil society hak asasi manusia tetapi seorang peguam, bekas wakil rakyat..., ini di masa akan datanglah, bukan sekarang. Kalau saya hendak lantik Yang Berhormat Ipoh Barat, dia sudah tidak layak kerana tidak ada rekod menunjukkan bahawa dia terlibat dengan aktiviti-aktiviti civil society dalam soal hak asasi manusia...
Penjelasan, penjelasan...
Walaupun dia tahu dia cukup layak, saya tahu dia layak. Inilah yang menyebabkan kita merasakan iaitu apa yang kita mensyaratkan dalam undang-undang akta yang lalu, kita rasa dia lebih menepati dari apa yang dimahukan oleh ICC. Yang Berhormat sudah tidak ada peluang sebab tidak terlibat dengan NGO, tidak ada. Akan tetapi Yang Berhormat bagus, saya tahu...
[Menyampuk]
Orang cakap tidak percaya pula... [Ketawa]
[Ketawa]
Inilah masalahnya...
Yang Berhormat Menteri, penjelasan...
Dia tidak yakin dengan diri sendiri.
[Menyampuk]
Dia sudah buat klasifikasi pun, mungkin dia termasuk dalam golongan joker.
Ya, itulah... [Dewan riuh]
Yang Berhormat Menteri, penjelasan...
Lebih baik court jester lah saya ingat...
Yang Berhormat Menteri.
Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Sedikit penjelasan.
Sedikit penjelasan ini
...Untuk menjawab soalan Yang Berhormat dari Batu...dia hendak menunjukkan seolah-olah kita ditekan, kita bukan ditekan, compliance ya. Kita voluntary member, melainkan Yang Berhormat bersetuju kita keluar daripada ICC, then we can forget about human rights, tidak perlu ada langsung human rights, peduli apa? Peduli apa? Jadi soalnya bukan kita tidak mempedulikan apa yang Ahli- ahli Parlimen bahaskan dalam Dewan ini, kerana kita mempedulikan itulah kita masuk satu ayat daripada kalangan orang yang terkemuka iaitu lebih luas lagi. The net is cast wider untuk mendapat orang-orang yang tidak terlibat dengan khusus human rights activities menerusi NGO itu dilantik sebagai...
Penjelasan, penjelasan Yang Berhormat Menteri...
Saya mohon maaf kerana mengganggu train of thoughts Yang Berhormat Menteri. Sekarang sudah pukul 1.00 lebih, boleh sambung hujah yang begitu cantik di sebelah tengah hari.
Saya mula hendak kata sudah Tuan Yang di-Pertua kacau ini tetapi oleh kerana ayat yang terakhir itu saya akurlah... [Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat kita tempohkan sehingga pukul 2.30 petang nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, bagi meneruskan penggulungan ini saya ingin menyambung balik jawapan saya kepada Yang Berhormat Batu iaitu telah ditanya oleh ramai Ahli Parlimen iaitu mengapakah kita buat pindaan ke atas pindaan? Satu daripadanya sudah tentulah yang disebutkan sebentar tadi bahawa kita telah memberikan definisi peruntukan yang meluas berkenaan dengan mereka yang layak di kalangan tiga orang untuk menjadi Ahli Jawatankuasa menamakan pesuruhjaya-pesuruhjaya ini. Pertamanya ICC mahu mesti memasukkan perkataan yang terlibat dengan madani, aktiviti-aktiviti hak asasi manusia dengan civil society. Kita sebenarnya bagi lebih luas, saya jelaskan sebentar tadi. Keduanya ialah kerana di dalam undang-undang itu juga dimasukkan iaitu bahawa Perdana Menteri tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa itu. Jadi, kita bersetuju untuk mengeluarkannya. Ini bukan kerana kita tunduk.
Akan tetapi walaupun kita keluarkan ayat perkataan itu, “Bahawa Perdana Menteri tidak terikat dengan keputusan jawatankuasa”, namun kita tahu daripada segi amalan pelantikan apa-apa juga ahli-ahli suruhanjaya ataupun jawatan-jawatan yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan ia sememangnya merupakan dilantik oleh Tuan Yang di- Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Jadi, sememangnya kuasa itu ada kepada Perdana Menteri sama ada dia mahu menerima atau tidak mahu terikat dengan nama-nama yang dicadangkan. Kuasa itu memang ada. Jadi, tidak perlu kita masukkan maka kita merasa permintaan mereka supaya kita drop ayat-ayat itu kita bersetuju kerana ia langsung tidak menjejaskan tentang kuasa Perdana Menteri. Oleh sebab itulah kita bersetuju, sebenarnya tidak ada apa-apa. Jadi itu dua alasan yang dipersetujui dan saya telah meminta SUHAKAM memaklumkan kepada ICC bahawa kita dalam proses untuk membuat pindaan atas permintaan mereka dan ICC telah bersetuju supaya menangguhkan membuat keputusan sama ada kita duduk dalam status ‘A’ atau ‘B’ pada bulan Oktober. Ini bermakna kita mempunyai masa yang lama. Saya yakin dan percaya iaitu bahawa kalau kita luluskan rang undang-undang ini menjadi akta, kita comply dengan apa yang dimahukan oleh ICC, saya yakin dan percaya bahawa kita telah melakukan apa yang dimahukan oleh mereka dalam masa yang selesa kerana sekarang ini bulan Julai dan kita diberi tempoh sehingga bulan Oktober. Jadi kita selesa...
[Bangun]
[Bangun]
Saya minta Yang Berhormat Kuala Selangor.
Balik Pulau minta penjelasan sikit, boleh?
Kuala Selangor.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya terpaksa reverse gear sikit, Tuan Yang di-Pertua, kerana ingin untuk mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang perkara yang beliau sebutkan sebentar tadi, sebelum daripada akses tadi. Perkara ini saya kira sudah dua kali saya dengar di Dewan ini iaitu bersabit dengan penubuhan kerajaan selepas pilihan raya. Dalam ungkapan Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, umpama kongsi gelap. Saya mendapati Tuan Yang di-Pertua, selain daripada Malaysia ini, seluruh negara-negara demokrasi sama ada ala Westminster atau selain modelnya mewujudkan kerajaan gabungan (coalition) sama ada coalition setengah parti mahupun grand coalition seperti Jerman ini, semuanya selepas daripada pilihan raya, kecuali Malaysia. Malaysia ada 14 buah komponen-komponen parti Barisan Nasional bergabung dan memasuki pilihan raya semacam satu parti, lain modelnya. Jadi, Yang Berhormat Menteri sebutkan dua kali di Dewan ini. Memandangkan pembangkang ataupun dulunya Barisan, sekarang Pakatan, coalition government kami di negeri-negeri ini dianggap sebentar tadi dengan istilah yang beliau gunakan tadi iaitu “kongsi gelap” . Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri apakah amalan ini dianggap di luar garis demokrasi atau adakah ia lebih bertepatan dengan amalan-amalan semua demokrasi negara-negara lain sama ada Westminster ataupun yang bukan model ala Westminster. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, pertama, saya hendak katakan iaitu kalau kita bergabung sebelum kita menghadapi pilihan raya itu tidak menyalahi mana-mana peraturan atau amalan demokrasi bergabung sebelum pilihan raya, bertanding di atas satu lambang. Hari pun ini kita tengok sebenarnya apa yang dipanggil sebagai Pakatan Rakyat, dia pun sudah tiru kita sebab kita berjaya. Akan tetapi, Yang Berhormat, saya bersetuju iaitu apa Yang Berhormat sebut memang penubuhan kerajaan ialah selepas pilihan raya. Tidak dinafikan.
Cuma yang saya pertikaikan ialah pilihan pertama untuk menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya hendaklah diberikan kepada parti yang bertanding dalam pilihan raya atas satu lambang, kesempatan yang pertama untuk tubuh kerajaan kalau sekiranya parti bertanding satu lambang itu tidak menjangkau melebihi majoriti 50 peratus.
Sebab itu Yang Berhormat, demokrasi nombor satu di India, dalam dunia di India, biggest democracy, admirable. Pilihan raya baru-baru ini, kita ada 652 Kerusi kalau tidak silap saya, yang dipertandingkan dalam pilihan raya India baru-baru ini. Tidak ada satu parti yang bertanding atas satu lambang yang mendapat majoriti 50 peratus. Bermakna atas lambang satu, tidak boleh tubuh kerajaan. Jadi amalan demokrasi, presidennya menjemput parti yang terbesar mempunyai kerusi dalam Lok Sabha, Dewan Rakyat dia. Lok Sabha iaitu Kongres. Kongres cuma ada 206. Jauh daripada 50 peratus iaitu, mereka memerlukan 272 kerusi, iaitu 50 peratus tetapi dia cuma ada 206. Dia tidak panggil parti Barathiya Jenata Party (BJP) yang ada 116. Dia tidak panggil BJP untuk tubuh kerajaan, kesempatan pertama, tetapi dia panggil Kongres. “Walaupun kamu tidak ada lebih 50 peratus hendak tubuh kerajaan ini, kamu ada 206 kerusi sahaja, jadi kesempatan pertama aku bagi kepada kamu, Kongres, tubuhlah kerajaan. Kautim lah dengan mana-mana parti.” Jadi mungkin period nya diberi dalam masa seminggu ataupun dua minggu, mesti. Itulah betul demokrasi. Bermakna presiden panggil, bukan BJP, BJP cuma 116, dia panggil Kongres ada 206. “Kamu diberikan kesempatan yang pertama untuk menubuhkan kerajaan. Dua minggu aku bagi. Kalau gagal, aku panggil parti lain pula.” Begitu juga berlaku demokrasi di Israel. Jadi di Perak, kerusi yang ada bertanding 59. Barisan Nasional satu lambang iaitu lambang kati - 28 kerusi, DAP - 18, kemudian PKR - 7 dan PAS - 6. Kalau ikut amalan demokrasi, sepatutnya parti yang diberi kesempatan untuk tubuh kerajaan walaupun tidak capai 50 peratus, kita perlu 31, yang ada BN 28. Patutnya dialah diberi kesempatan dahulu, tubuh kerajaan. Itu amalan demokrasi kerana masa pilihan raya tidak ada Pakatan Rakyat sebab simbol tidak ada. Sebab itu kena panggil Barisan Nasional dahulu, bagi seminggu atau dua minggu. Mana tahu, kita boleh kautim kan? Sebab ini perkara biasa, berunding-runding. Mana tahu mungkin PKR hendak masuk. Hari ini pun kita tengok Pakatan Rakyat pun tidak tentu. Ada negeri bersama. Kita lihat Kedah pun sudah hendak keluar. Jadi kena bagi kesempatan pertama kepada Barisan Nasional yang mempunyai jumlah kerusi yang terbanyak mengikut parti dalam pilihan raya yang lepas, tetapi BN tidak diberi kesempatan, di hijack...
[Bangun]
Betullah, nanti sekejap. Jadi itu dia Yang Berhormat. Sebab kalau Pakatan Rakyat ini merupakan satu kumpulan yang didaftarkan dan bertanding dalam pilihan raya atas satu lambang. Patut di panggillah. Akan tetapi mereka tidak. Bertanding atas bulan, bertanding atas bulan pecah dan bertanding roket. Hari ini roket sudah tembak bulan di Kedah, roket sudah tembak bulan purnama, sudah hendak pecah dua. Jadi sebab itu dari segi untuk kesempatan menubuhkan kerajaan, sepatutnya Barisan Nasional diberikan kesempatan terlebih dahulu. Selepas itu kalau tidak boleh barulah panggil pula..., Bukan PAS ya. PAS ada enam sahaja. Kena panggil DAP. Selepas itu..., tetapi saya kata Barisan Nasional tidak diberikan kesempatan. Sebab itu saya kata ini kongsi gelap, tidak berdaftar. Apa-apa yang tidak didaftar mengikut undang-undang, kongsi gelaplah itu.
Baik, sedikit, kalau boleh saya engaged Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Persoalannya dalam amalan demokrasi di negara kita ini. Masalah untuk memberikan the first right refusal, kalau itulah istilahnya kepada Barisan Nasional sudah tidak lagi timbul kerana Barisan Nasional sudah pun berpakat sebelum. Maksudnya tidak ada lagi parti-parti lain yang dengan pakatan itu mereka mampu mencapai, mencecah simple majority, sebab sudah tidak ada parti yang hendak bersama dengan Barisan Nasional sebab 14 komponen parti sudah pun bersama.
Persoalannya di sini, kita tahu bagaimana kekangan untuk mewujudkan sebuah parti lagi. Di sini jugalah Pakatan ataupun Barisan yakni Barisan dahulunya Barisan Alternatif, sekarang Pakatan Rakyat. Oleh kerana itu dalam semangat rang undang-undang yang kita berbicara ini, hak asasi manusia, the right of political association dan sebagainya ini, human liberty ini. Undang-undang perlu dipermudahkan bagi sebuah lagi Pakatan, Barisan kah atau apa pun namanya tidak penting. Yang penting is the substantive matter dan form itu, maka wajar dalam amalan itu, returning officer ataupun SPR memberikan peluang kepada tiga komponen ini. Parti di Perak itu untuk menubuhkan sebuah kerajaan kerana dalam jumlah itu mereka mendapat lebih daripada simple majority iaitu 18, 7 dan 31, itu yang pertama. Yang keduanya, Yang Berhormat Menteri, kalau boleh sedikit lagi saya sebutkan. Ruang harus diperjelaskan bagaimana Pakatan ataupun ke arah negara mengamalkan sistem dua parti ini, kerana ini adalah kematangan dan kedewasaan demokrasi yang cukup baik untuk negara. Kita mengakui Barisan Nasional sekarang ini pemerintah tetapi ada satu masa nanti ketika Pakatan dapat diwujudkan sebagai satu entiti yang sah dari segi undang- undang, bukan kongsi gelap seperti mana yang Yang Berhormat Menteri sebutkan. Maka di sanalah akan berlaku two party system yang betul-betul menyeimbangkan negara ini. Seperti amalan demokrasi di Amerika, contohnya, Democrat lawan Republican, mahupun Labor lawan Conservative, United Kingdom. Saya ingat ke arah inilah, kita sama-sama bersepakat untuk mewujudkan demokrasi yang lebih baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua. Ada...
Sekali gus, sekali gus, isu yang sama.
Nanti, nanti, biar saya punya turn of thought, okay. Tuan Yang di-Pertua, yang penting ialah lambang yang bertanding waktu pilihan raya. Soalnya waktu Barisan Nasional bertanding, walaupun ia ada 14 komponen parti tetapi ia turun bertanding dan memberitahu kepada rakyat bahawa kami bersatu, bertanding atas satu lambang. Jadi dalam pilihan raya, tidak ada lambang MCA, tidak ada lambang UMNO, tidak ada lambang MIC, waktu bertanding dalam pilihan raya. Yang ada cuma lambang Barisan Nasional. Sebab itu ini satu kerajaan. Yang Berhormat pun saya hendak beritahu, amalannya memang begitu. Yang diambil kira ialah lambang waktu pilihan raya. That’s democracy dan itu amalan di mana- mana sekalipun sebab waktu pilihan raya, rakyat pada waktu dia mengundi, dia cuma nampak lambang BN dan tidak ada lambang Pakatan Rakyat. Saya setuju kalau Yang Berhormat hendak jadi two party system. Pertama sekali, yang mesti dilakukan daftar Pakatan Rakyat itu. Sampai sekarang sudah 15 bulan, bergabung di empat dan lima buah negeri dan hari ini jadi satu pasukan dalam Dewan, tidak daftar-daftar sampai sekarang... [Disampuk] Tidak ada masalah.
Boleh minta?
Nantilah, hormat sedikit PAS itu. Inilah nampak DAP control PAS di Negeri Perak ini... [Ketawa] Isu ini isu Perak. Biarlah PAS tanya, sabar. Kita nampak sangat di Perak, DAP control. Macam inilah, berlaku dalam Dewan ini. Biar saya selesaikan dahulu. Kemudian Yang Berhormat, amalan demokrasi juga kalau di Jerman, kita tengok, okey.
Di Jerman kita tengok di peringkat persekutuan, ada macam-macam parti. Ada CDU, semua ini Yang Berhormat pun tahulah. Orang politik kan? Namun kita tengok di peringkat Persekutuan, mungkin CDU ini dia bergabung dengan satu parti lagi iaitu CSU atau yang lain. Namun itu di peringkat persekutuan. Walaupun dia bergabung di peringkat di persekutuan, di peringkat negeri dia tidak. Inilah freedom yang diberikan. Sebab itu kita harus daftar. Hendak bertanding pilihan raya ini harus daftar lambang itu supaya orang tahu bahawa ini Pakatan Rakyat. Yang Berhormat sendiri pun sebut hendak menjadikan yang sah…
[Bangun]
Mohonlah kalau ia sudah menjadi satu hakikat di dalam Dewan Rakyat bersama. Kemudian di negeri-negeri pun bersama. Ceritanyalah. Namun pada saya di Kelantan itu Kerajaan PAS bukan PR. Di Kedah pun PAS juga. Itu demokrasilah. Namun soalannya kalau hendak jadikan two parties system, ikut di semua peringkat. Di Persekutuan pun bersama, di negeri pun bersama, daftarlah. Selepas itu kita lawan. Barulah adil. Sebab kalau di peringkat pilihan raya negeri-negeri, di kawasan majoriti Melayu di melihat PAS sebagai Islam. Dia melihat PAS sebagai Islam, dia undi PAS. Kami kalahlah sebab kami kafir. Dia lihat begitu…
Minta laluan Menteri.
Jangan merendah diri Menteri… [Ketawa]
Tidak! Begitulah. Ini realiti di bawah.
[Bangun]
Mereka tidak tahu pada ketika itu bahawa PAS waktu dia mengundi... Macam saya bertanding di kawasan, sit saya, state sit. Pada waktu itu mereka cuma nampak Islam berlawan dengan nasionalisme, okey? Namun kalau dia tahu pada ketika hendak mengundi itu bahawa PAS hendak bergabung dengan DAP, mungkin orang Melayu tidak mahu undi. Sebab itu saya kata sekarang, daftar.
[Bangun]
Ini juga merupakan satu bentuk penipuan kepada rakyat.
Menteri boleh luluskan ya?
Tidak ada masalah. Saya boleh jamin. Betul. Di dalam Dewan Rakyat.
[Bangun]
Ini pun sudah menjadi realiti.
Yang Berhormat, minta laluan.
Minta laluan.
Nanti. Jangan kacau saya, Menteri hendak jawab… [Ketawa] Ini kacau saya punya point of thought. Simpatilah dengan saya sebab saya perlu menjawab apa yang ditanya olehnya. Jadi sebab itu saya hendak katakan bahawa dalam soal Yang Berhormat bangkitkan ini demokrasi sebenarnya ialah memberi peluang kepada parti satu lambang yang mendapat kerusi terbanyak diberikan kesempatan pertama untuk menubuhkan kerajaan. Ia boleh berlaku. Jangan kata tidak boleh berlaku. Ini pun tiga sudah masuk. Walaupun Bebas tetapi menyokong kita. Benda ini boleh berlaku, jangan kata tidak boleh berlaku. Jadi soalan yang kedua Yang Berhormat mengatakan mahu sistem dual. Saya setuju, saya sokong. Check and balance. Saya rasa Pakatan Rakyat adalah satu pakatan pembangkang yang bagus. Duduk sebagai pembangkang sampai bila-bila. Kami kerajaan, Barisan Nasional… [Ketawa]
[Bangun]
Pakatan duduk sebagai pembangkang…
Jangan terlalu...
Itu harapan saya.
Oh, harapan.
Bukan bongkak.
Saya takut sahaja.
Saya puji.
Ya betul.
Saya puji. Saya kata memang sebagai pasukan pembangkang...
Namun kalah menang ini silih berganti Menteri.
Tidak mengapa. Ini harapan saya.
Itu apa yang Allah S.W.T. sebut di dalam al-Quran. Okey, baik…
Macam Yang Berhormat kalau ditanya pun, bercakap, mesti hendak menjadi kerajaan.
[Bangun]
Jangan kalau Yang Berhormat fikir kepentingan Yang Berhormat itu betul, bila saya ada kepentingan, saya bercakap, saya tidak betul.
[Bangun]
Harapan saya. Okey?
Mohon.
Nanti, nanti sebentar. Ikut peraturan. Jangan dengar telefon pula bila saya jawab. Bila saya menjawab jangan pakai telefon... [Ketawa] Saya katakan macam semalam. Hari ini tidak ada. Saya belum buta lagi. Saya kata nanti jangan pakai telefon ketika saya sedang menjawab kerana dia selalu amalkan bercakap telefon. Di dalam Dewan tidak dibenarkan menggunakan telefon tetapi dia pakai juga…
Boleh dapatkan penjelasan?
Menteri, boleh saya dapatkan sedikit penjelasan?
Nanti. Sebenarnya saya sudah jawab semua soalan Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya hendak berikan jalan kepada dua lagi.
Sedikit sahaja.
Yang Berhormat Pasir Mas ini.
Dua itu siapa? Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Pasir Mas, atau Yang Berhormat Ipoh Timur?
Yang Berhormat Ipoh Timur.
Silakan.
Beri peluang sedikit Yang Berhormat.
Ada satu lagi yang belum jawab lagi Yang Berhormat.
Ada sedikit lagi sahaja Menteri.
[Bangun]
Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa apa yang dikemukakan tadi adalah satu fallacy Perlembagaan dan undang- undang. Nasib baik dia tidak jadi law lecturer atau constitution lecturer. Kalau tidak jahanam negara ini… [Ketawa] Contoh Yang Berhormat berikan tadi mengenai India, Lok Saba dan lain-lain. Bukankah ada perbezaan besar dengan apa yang berlaku di Perak, oleh sebab di Perak tidak seperti di India. Di Perak, sungguhpun ada Barisan Nasional didaftarkan tetapi minoriti 29 sahaja. Betul. Semasa itu tidak ada Pakatan Rakyat. Namun pada pagi Ahad, pukul 3.00 petang, 9 Mac 2009 ketiga-tiga parti telah mempersetujui bahawa untuk menubuhkan satu kerajaan campuran. Wujud satu entiti, satu kolasi untuk menubuhkan kerajaan di Perak. Inilah yang disampaikan kepada Sultan Perak. Ini mengikut semua landasan prinsip demokrasi. Bukannya tidak wujud. Ada dapat pakatan itu. Kedua, lebih mustahak lagi pada masa itu 31 daripada 59. Bagaimana boleh jadi 28 mahu tubuhkan kerajaan? Jumlah 31 tentulah yang lebih layak untuk tubuhkan kerajaan. Walhal majoriti yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada masa itu ialah 56 peratus undi. Peratusan pengundi pun Barisan Nasional minoriti 44 peratus sahaja...
Tahu kah tidak?
Tahu kah tidak? Itu satu.
Tidak tahu.
Yang kedua. Namun bukankah Yang Berhormat Menteri setuju masalah pokoknya ialah mengenai dismissal Menteri Besar. Mengikut Perlembagaan tidak ada kuasa untuk dismissal Perlembagaan. Saya mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri kerana berani untuk melawan bos yang dahulu iaitu Tun Dr. Mahathir. Namun ada juga masa Tun Dr. Mahathir menyatakan dia benar. Lihat apa yang ditulis di dalam blog pada hari ini. Ini adalah mengenai dismissal Prime Minister ini, tidak ada kuasa. Bahawa mengikut artikel 43(5) dalam Perlembagaan yang serupa seperti dalam Perlembagaan Negeri Perak, Constitution Negeri Perak. Dengan izin: “Subject to clause 4, Ministers other than Prime Minister shall hold office during the pleasure of the Yang di-Pertuan Agong, unless the appointment of any Minister shall be revoked by the Yang di-Pertuan Agong on the advice of the Prime Minister but any Minister may resign his office. But since the Prime Minister does not hold office at the pleasure of the Yang di-Pertuan Agong, it must follow that he cannot be dismissed by the King but he has to resign from office if he fails to command the majority of the members of the House of Representative.” Sama seperti dalam state of constitution. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa mengikut apa yang kita ada dalam keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Sultan Perak ada kuasa untuk dismissed. Bererti Yang di-Pertuan Agong pun ada kuasa untuk memecat Yang Berhormat Pekan sebagai Perdana Menteri. Adakah terima logik itu?
Saya ingin ingatkan perbahasan ini sudah melencong jauh. Sekarang ini kita bercerita mengenai Constitution dan juga interpretation. Saya ingat tadi Yang Berhormat sudah menjawab mengenai soal interpretation cuma Yang Berhormat Ipoh Timur yang tidak ada di dalam Dewan.
Sedikit lagi Menteri.
Oh, I run away?
Semuanya saya sudah habis jawab. Namun mana yang belum dijawab itu akan dijawab secara bertulis. Pertamanya Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir ini peguam atau pun doktor?
Memang saya tidak terima pandangannya. Yang Berhormat adalah seorang peguam, dia doktor. Kalau hendak belah jantung jumpa dia. Hendak bercakap mengenai undang-undang tanya mahkamah. Saya tidak bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Tun Dr. Mahathir. Kalau hendak dikatakan bahawa Raja tidak mempunyai kuasa, ini adalah tidak betul. Lihat apa yang berlaku kepada Terengganu. Lihat apa yang berlaku kepada Perlis.
Itu adalah pelantikan bukan dismissal Tuan Yang di-Pertua.
Nanti. Mengenai kes di negeri Perak. Sepatutnya yang menjadi Menteri Besar bukan Yang Berhormat Bukit Gantang. Sama ada Yang Berhormat Taiping atau pun Yang Berhormat Beruas. Sebab dia datang...
[Bangun]
Relax, relax. Relax lah, apabila saya jawab, takut...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tengok. Takut... Kemudian, kalau di dalam Dewan. Saya hendak mengatakan bahawa soalan pertama Yang Berhormat tanya tadi, saya sudah jawab dengan panjang lebar untuk Yang Berhormat Kuala Selangor tadi. Saya sudah jawab. Tidak payah. Okey, ini dismissal. Baik. Yang Berhormat jangan tengok tentang perlembagaan. Ia ada constructive dismissal. Apabila you sudah hilang majoriti di dalam Dewan, you sudah hilang kelayakan kerana you minoriti. Sebab itu Tuanku Sultan panggil Ahli Dewan Undangan Negeri seorang demi seorang. Sewaktu hendak menubuhkan kerajaan dahulu pun baginda panggil seorang demi seorang. Pelantikan berdasarkan kita menjadi ketua kepada kumpulan yang mempunyai kerusi majoriti di dalam Dewan. Waktu ketika...[Disampuk] Tidak perlu vote of confidence. Vote of confidence, saya hendak beritahu, ia macam semasa hendak menubuhkan Kerajaan Negeri Perak selepas pilihan raya. Tidak ada persidangan pun untuk menunjukkan bahawa confidence mereka kepada Yang Berhormat Bukit Gantang pada ketika itu. Tidak ada pun, tetapi dilakukan pembentukan kerajaan itu luar daripada persidangan. Panggil, kumpul kongsi gelap dan tunjuk kami bersatu, tubuh kerajaan. Jadi, begitulah juga apabila hendak... Macam mana Yang Berhormat saya hendak beritahu kalau orang sudah datang jumpa, dia sudah hilang kepercayaan di Dewan, lepas itu dia hendak minta bubar. Tuanku setelah berpuas hati. Kalau hendak macam... Even in the Parlimen ini, saya hendak beritahu dalam soal dissolution of Parliament, Agong mesti berpuas hati. Kalau tidak, ia tidak boleh dissolved. Kalau tidak, bila-bila pun kita dissolve. Mana boleh. Baginda mesti berpuas hati iaitu bahawa Dewan sudah hilang majoriti ataupun keadaan yang memuaskan hati Baginda, baru ia boleh dissolved. Akan tetapi, orang yang pergi jumpa Baginda iaitu Menteri Besar yang pergi jumpa Baginda sudah hilang sokongan. Jadi, Baginda seboleh-bolehnya tidak akan mengadakan pilihan raya baharu kerana dalam Dewan itu, majoritinya pula telah bertukar kepada orang lain. Itu demokrasi. Jadi, kalau Tuanku tidak berpuas hati, Baginda tidak perlu dissolve dan apabila Dewan tidak dissolve.
[Bangun]
...Dan dia tahu bahawa Dewan boleh diteruskan kerana kumpulan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri ini bersatu hati menyokong seorang, maka yang baharu dapat sokongan itu akan menjadi Menteri Besar. Inilah amalan demokrasi. Jadi, saya ingat perkara Yang Berhormat sebut itu tidak betul. Saya ucapkan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, nasib baik Yang Berhormat Menteri tidak jadi hakim.
Tidak mengapalah.
Habislah kalau ada hakim... Jadi hakim. Judiciary habis Malaysia.
Penjelasan.
Walaupun saya tidak menjadi hakim...
[Ketawa]
Akan tetapi, apabila ada perbezaan pendapat tentang...
Penjelasan, penjelasan.
... Interpretasi perlembagaan, kita rujuk ke mahkamah, mahkamah pun sependapat dengan saya.
Kalau...
Sebab itu kita menang.
Kalau Yang Berhormat...
Jadi, Tuan Yang di-Pertua... Sudahlah. Terima kasih.
Kalau Yang Berhormat Menteri jadi hakim, rugilah Parlimen tidak dapat dengar ucapan yang begitu elok.
Rugi negara, bukan rugi Parlimen. Rugi negara!
Terima kasih, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal 1 dikemukakan kepada Jawatankuasa.
[Bangun]
Fasal 1. Ada yang berminat untuk bahas? Sudah tadi bahas. Sila Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan Pengerusi, saya ada kemukakan satu usul untuk meminda fasal 2. Fasal itu berbunyi macam ini, “Ada tiga anggota lain daripada kalangan...
Belum kita ke situ Yang Berhormat, fasal 2. Yang ini fasal 1.
Okey, okey. Alright. Fasal 1.
Yang Berhormat Ipoh Barat ini kita kena betul-betul prihatin. Kalau tidak... [Ketawa] Ada yang hendak bahas fasal 1?
Tiada.
Kalau tiada, fasal 1 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Minta maaf. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tahu mengenai pindaan ini. Kenapa ada pindaan atas pindaan? Asasnya. Itu saya hendak tahu.
Pada bulan sesi pertama dahulu, kita telah pun membuat pindaan kepada Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. SUHAKAM lah ya senang. Itu pada sesi lepas. Oleh kerana kita perlu comply kepada request daripada ICC, kita terpaksa membuat pindaan ke atas pindaan dahulu. Sebab itulah ia berbunyi pindaan di atas pindaan. Terima kasih. [Tiada perbahasan] Fasal 1 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (PINDAAN) (PINDAAN 2009) Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 2 – Pindaan oleh YB Ipoh Barat:Bill
Sila Yang Berhormat Ipoh Barat. You punya pindaan.
[Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya telah kemukakan satu pindaan yang berbunyi “Tiga orang anggota lain dan daripada kalangan orang yang terkemuka. Seorang daripadanya ialah Ketua Pembangkang yang akan dilantik oleh Perdana Menteri”. Tuan Pengerusi, saya membuat pindaan ini adalah asas yang mengikut prinsip- prinsip Paris. Iaitu encompassing seberapa banyak kalangan masyarakat yang ada kena- mengena dengan hak asasi. Kalau kita tengok Tuan Pengerusi, akta-akta hak asasi yang sama di luar negara. Kebanyakan dan kerap kali ada Ketua Pembangkang terlibat dalam hal-hal sedemikian. Ini saya berpendapat adalah satu opportunity di mana di negara ini juga, kita boleh memberi satu peluang dan supaya Ketua Pembangkang dapat mengambil bahagian dan dia tahu. Seperti practical experience yang kita ada di negara-negara lain, maka saya mengesyorkan bahawa satu perkara sedemikian, satu pindaan ini patut diambil kira dan jika boleh Majlis ini meluluskannya pada hari ini. Terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Tuan Pengerusi, satu lagi perkara adalah saya hendak tahu, dalam original text ini di mana Ketua Setiausaha Negara adalah Pengerusi dan ada beberapa anggota. Adakah keputusan-keputusan itu akan diumumkan kepada Parlimen apabila keputusan pelantikan dibuat dan apakah asas dari mana mereka membuat keputusan itu akan dikemukakan kepada Parlimen sebagai laporan?
Yang Berhormat Pasir Mas, lepas itu Yang Berhormat Balik Pulau dan seterusnya Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hendak tanya. Mengikut fasal ini hendak lantik tiga orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman praktikal. Kalau cadangan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat tadi, Ketua Pembangkang. Apakah Ketua Pembangkang ada pengalaman dan pengetahuan dalam soal hak asasi manusia ini? Saya bertanya demikian sebab hak asasi manusia ini, tadi saya bertanya demikian sebab tadi Yang Berhormat Menteri tidak jawab apabila saya bangun. Apakah tindakan menyoal mahkamah apabila seseorang itu dituduh di mahkamah, belum lagi dibicarakan, ada bantahan-bantahan dibuat, keluar news dalam akhbar Keadilan mengatakan yang dituduh itu tidak bersalah. Maknanya ini juga sub judice.
Jadi, kalaulah mengikut track record tindakan-tindakan seumpama ini yang kebetulannya juga Ketua Pembangkang, apakah beliau layak untuk duduk dalam suruhanjaya ini. Saya bersetuju, mesti seseorang itu berpengalaman dan berpengetahuan, tetapi tidak ada kepentingan. Kalaulah Ketua Pembangkang terpaksa duduk dalam suruhanjaya ini, maka Perdana Menteri sendiri juga kena menjadi anggota dan juga mewakili dari segi kepentingan. Sebab macam mana sekalipun, selagi mana ianya orang politik, he will be politicized, selagi mana ia tidak memenuhi kehendak dan hasratnya. Terima kasih.
Yang Berhormat Balik Pulau.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai subjudice yang dibangkitkan itu, saya hanya ingin membahaskan bahawa permohonan yang dibuat itu mengikut aturan Kanun Prosedur Jenayah dan juga peraturan-peraturan yang berkaitan. Banyak kes ditunjukkan bahawa di peringkat awal, kita boleh mohon untuk mengetepikan dan terpulang kepada mahkamah untuk menimbang tara permohonan tersebut. Itu sahaja jawapan saya. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri kerana saya kurang yakin bahawa cadangan pindaan ini akan menepati apa yang dikatakan dengan izin, the sub committee on accreditation on the international coordinating community of national institution for the protection and promotion of the human rights (ICC) kerana, antara perkara-perkara yang dibangkitkan ialah yang pertama memastikan pluralisme atau kepelbagaian di dalam apa yang dikatakan dengan izin, general observation dalam 2.1. Dengan khusus dikatakan antara isu dibangkitkan utama sekali ialah ensuring pluralism, yang bermaksud bahawa penglibatan yang pelbagai. Ini kerana yang ada dalam pelantikan sekarang ini ialah satu kelompok yang baginya terlalu homogeneous, tidak mewakili dan di sini jalan keluar mungkin kerajaan mencadangkan ialah dengan melibatkan masyarakat madani, civil society, itu satu aspek. Civil society di sini semalam saya hujahkan, adakah yang dimaksudkan civil society yang bermaksud kerajaan vis-à-vis atau NGO vis-à-vis kerajaan, ataupun masyarakat madani yang seperti dibahaskan semalam mempunyai satu maksud yang lain. Ini kerana, civil society itu sendiri memberikan konotasi yang berbeza, di dalam ruang-ruang yang berbeza. Jadi saya cadangkan semalam, yang dimaksudkan ialah NGO perlu diperjelaskan dan biasanya di dalam seksyen 2, di dalam istilah perlu dimasukkan. Kalau tidak menimbulkan satu tafsiran yang berbeza. Keduanya pula ialah, di dalam general observation tersebut juga dibangkitkan di dalam 2.2 dengan izin, selection and appointment of the governing body. Itulah persoalan pokoknya kerana isu yang dibangkitkan ialah isu kebebasan, dan antara isu kebebasan dibangkitkan ialah dengan izin dikatakan dalam general observation 2.9, guarantee of tenure for members of governing bodies. Ini kerana dalam hal ini sama juga dengan hakim, antara dibangkitkan kenapa Hakim Mahkamah Tinggi itu hanya boleh dilucutkan melalui tribunal dengan sebagainya, kerana timbul isu guarantee of tenure. Maka di sini yang dibangkitkan oleh ICC juga berkaitan juga dengan issue guarantee of tenure for members of governing body, iaitu suruhanjaya itu sendiri. Di sini saya mengatakan bahawa kalau yang melantik ialah Perdana Menteri, maka saya rasa katakanlah tidak ada ruang-ruang lain yang menjanjikan guarantee of tenure yang kita boleh buktikan untuk meyakinkan ICC, apa akan timbul ialah memang semacam yang saya ucapkan semalam, hak asasi manusia ini ialah berkaitan dengan izin, the tyranny of state, ataupun perkara-perkara penindasan yang dibuat oleh kerajaan pada hari ini, yang antara lain tidak mengikut undang-undang dan sebagainya. Ini bagi saya sebagai seorang acted Ketua Negara, Perdana Menteri. Satu perkara yang tidak menyenangkan, satu perkara yang bukan menggembirakan beliau, dan saya yakin itu akan menimbulkan kegusaran kepada suruhanjaya, sekiranya tidak ada mekanisme dalam menentukan guarantee of tenure.
Seterusnya saya juga ingin mencadangkan bahawa..., kita hendak mengangkat suruhanjaya ini supaya berbeza daripada jabatan-jabatan lain, memang universiti sendiri pun kita tengok ada kuasa Menteri Pendidikan melantik naib canselor dan sebagainya. Ini merupakan suruhanjaya, bagi saya dia mesti bersifat yang lebih tinggi dan menggambarkan statusnya sebagai suruhanjaya dan saya mencadangkan supaya pelantikan itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Dalam hal ini saya khuatir niat suci kerajaan untuk meyakinkan ICC, mungkin akan gagal kerana apa yang dikatakan oleh ICC pada pandangan saya tidak diterjemahkan dengan setepatnya. Pada pandangan saya, nanti cadangan yang kita bawa pada hari ini hanya mampu melengahkan seperti yang dikatakan tadi sehingga Julai, tapi apabila tiba Julai kelak, cadangan tersebut akan ditolak. Jadi saya sebelum perkara ini diluluskan, saya mencadangkan pihak kerajaan betul-betul memastikan ia menggambarkan aspirasi seperti yang dikatakan oleh pihak ICC, dalam cadangannya itu dengan izin, general observation.
Yang Berhormat Batu Gajah, selepas itu Yang Berhormat Machang.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya menyokong cadangan pindaan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Sebelum itu saya rasa pindaan yang dikemukakan oleh kerajaan adalah terkandung di bawah fasal dua ini. Ini kerana anggota suruhanjaya adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Perdana Menteri, yang hendaklah sebelum memberikan nasihatnya berunding dengan jawatankuasa yang disebut dalam seksyen 11A. Kita ada pindaan berkenaan dengan jawatankuasa anggotanya 11A yang dicadangkan oleh kerajaan dan Yang Berhormat Ipoh Barat. Akan tetapi, kerajaan mencadangkan untuk memotong seksyen 11A subseksyen 6 yang berbunyi, apa-apa pendapat, pandangan atau syor jawatankuasa apabila dirundingi oleh Perdana Menteri di bawah subseksyen 5(2) tidak mengikat Perdana Menteri. Persoalannya ialah dengan sekadar memotong subseksyen enam ini, di bawah 11A ini, saya rasa sudah tergantung. Apabila jawatankuasa telah dirunding, Perdana Menteri telah berunding dengan jawatankuasa, apakah keputusan atau syor jawatankuasa sekarang dengan selepas pindaan Yang Berhormat Menteri kerajaan ini? Apakah syor pandangan itu mengikat atau tidak mengikat? Ia telah melenyapkannya. Jadi saya rasa Yang Berhormat, sudah tidak jelas dalam pindaan. Saya rasa mungkin pihak kerajaan boleh menjelaskan selepas pindaan nanti diluluskan pindaan kerajaan ini yang memotong 11A(6), apa terjadi dengan syor jawatankuasa, mengikat atau tidak mengikat? Ia patut diperjelaskan, mengikat atau tidak mengikat Perdana Menteri apabila syor diberi oleh jawatankuasa itu. Saya rasa bukan sewenang-wenangnya hanya mengemukakan pindaan dan memotongnya sedemikian, perlu diperjelaskan. Itu sahaja Tuan Pengerusi.
Selepas Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Menteri jawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun menyokong cadangan pindaan yang diangkat oleh sahabat saya Yang Berhormat Ipoh Barat yang secara khusus menyebut tentang keanggotaan yang membabitkan Ketua Pembangkang. Saya juga memilih untuk menyanggah pendapat setengah di kalangan kita dalam Dewan, yang mempunyai selective memory, ingatan yang terpilih kerana hanya melihat kepada kes semasa. Belum pun perbicaraan bermula membabitkan Ketua Pembangkang pada bulan tujuh ini, telah pun dibuat laporan media kononnya telah pun menyentuh tentang kes itu. Saya katakan ingatan terpilih sebab, Yang Berhormat Permatang Pauh sebenarnya kalau kita selak balik, singkap balik insiden 1998 belum pun Malaysia mengetahui puncanya, akhbar Malay Mail telah pun menyiarkan afidavit lengkap oleh Musa Hassan, sedangkan mahkamah belum lagi dikemukakan dokumen itu.
Seharusnya setelah dokumen dikemukakan di mahkamah, barulah dianggap ianya public document tapi belum pun ianya dibentangkan dan dikemukakan kepada mahkamah pada waktu itu. Akhbar Malay Mail telah pun menyiarkan pada edisi pagi secara besar- besaran secara lengkap dan terperinci afidavit yang belum ditentukan kesahihannya.
Kemudian berlakulah perbicaraan melalui media yang meletakkan beliau di suatu sudut dan kemudiannya diserang bertalu-talu oleh akhbar, radio, dan TV. Itu hakikatnya. Jadi, seorang yang pernah melalui episod ini dia tahu seorang yang menjadi mangsa kepada pelanggaran hak asasi. Sudah tentu sedikit sebanyak ada kewibawaan untuk menjadi satu anggota yang lebih berwibawa. Sebab dia sendiri merupakan mangsa disepak, diterajang, dipukul, diaibkan, cara ditangkap, cara dibicarakan, cara dijatuhkan hukuman. Betul, dia dikatakan boleh memilih mana-mana peguam secara bebas dan dia memilih peguam terbaik. Akan tetapi ada di kalangan yang kata dengan izin, “Yes, he can hire the best lawyers. But there are some people who are in power who can hire the jugde.”... [Tepuk] Ini isunya. Sebab itu, sedikit pengalamannya itu boleh membantu agar kita tidak meletakkan diri kita pada ingatan terpilih, sudah tentu ada...
Laluan. Sedikit sahaja.
Sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Machang. Adakah Yang Berhormat Permatang Pauh selama-lamanya akan menjadi Ketua Pembangkang? Ataupun mungkin Ketua Pembangkang daripada Pekan pada masa akan datang? Jadi, saya minta sedikit komen dari Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Saya bersetuju sebab itu yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat adalah seorang Ketua Pembangkang. Boleh jadi suatu hari nanti Yang Berhormat Pasir Mas jadi Ketua Pembangkang dan kita sokong dia duduk dalam anggota ini. Beliau ada kriteria itu. Boleh jadi. Sebab beliau juga pernah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi. Beliau ditahan tanpa bicara dua kali. Saya belum pernah kena tahan. Beliau hak asasinya telah dilanggar. Sebab itu beliau akan lebih menjiwai jika...
[Bangun]
...Sekiranya beliau duduk... [Ketawa]
Boleh?
Ya? Tidak ada masalah.
Boleh? Saya tidak mahulah berbahas mengenai perkara ini sebab ia mengambil masa yang panjang. Bila Yang Berhormat sebut tadi, saya tahu Yang Berhormat menjawab apa yang saya bangkit. Kalau saya hendak ungkit memang ia menjadi panjang dan tidak habis. Akan tetapi saya ini berbeza dengan Yang Berhormat. Walaupun ditahan, saya pejuang tulen. Tidak bising. Tidak cari political mileage. Itu pendirian saya... [Ketawa] Sebab, seseorang pejuang, dia kena tanggung. Ini undang-undang. Keyakinannya begini. Akan tetapi kalau hendak sebut soal kelayakan Ketua Pembangkang yang ada sekarang, saya tidak mahu lah. Takut perbahasan nanti menjadi too personal. Cuma saya beri pandangan yang ikhlas. Saya bangkit tadi sebab, betullah dari segi pengalaman, kononnya seseorang itu ada pengalaman dia boleh duduk dalam jawatankuasa dan dia boleh membantu, betul dalam aspek itu. Akan tetapi kita kena tengok dalam gambaran yang lebih besar. Gambaran yang lebih besar, kalau hendak berhujah jadi panjang lah ceritanya. Jadi sebab itu saya pun limit. Tidak bercakap conscience saya. Bercakap lebih, kawan-kawan terasa. Jadi kadang-kadang telan mati mak, tercekik mati bapa. Akan tetapi apa-apa pun macam inilah Yang Berhormat Machang, perjuanglah apa Yang Berhormat fikir betul. Saya tetap dengan pendirian saya dan pandangan saya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya tidak ada percanggahan apa-apa dengan Yang Berhormat Pasir Mas sebenarnya. Tidak ada. Saya akui saya cuma insan kerdil berbanding Yang Berhormat Pasir Mas, pejuang tulen. Itu jelas. Cuma dalam pengalaman saya sebagai pejuang tulen, saya belum pernah kalah pilihan raya dan hilang wang deposit. Belum lagi. Saya belum ada pengalaman itu. Sebab itu Tuan Pengerusi...
Sudah jadi personal. Sudah jadi emosi. Terima kasih.
Sebab itu Tuan Pengerusi, ini soal yang kita angkat adalah saya sedang...
Yang Berhormat Machang tumpukan pada hak asasi.
...Memberikan rasional kenapa cadangan Yang Berhormat Ipoh Barat itu perlu diberikan pertimbangan oleh anggota Dewan. Rasional yang saya katakan adalah kalau syaratnya sebagai seorang pejuang hak asasi. Seorang yang menjadi mangsa kepada pelanggaran hak asasi juga seharusnya dilihat mempunyai kewibawaan untuk kita angkat sebagai sokongan bagi menyokong cadangan ini kerana hal-hal yang saya babitkan tadi. Sebab itu Tuan Pengerusi, oleh sebab cadangan ini saya fikir bukan hanya seperti yang disinggung oleh Yang Berhormat Titiwangsa, menjurus kepada satu personaliti tetapi kita merujuk kepada satu jawatan. Siapa sahaja boleh menduduki jawatan Ketua Pembangkang ini apakala undang-undang mengenainya kita luluskan pada tahap sekarang. Sebab itu, saya percaya bahawa syor ini ada kemunasabahannya, ada rasional yang layak kita sokong berdasarkan kepada hujah-hujah ringkas yang saya kemukakan tadi. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih di atas pandangan-pandangan. Jadi saya hendak pergi kepada Yang Berhormat Machang dulu sebab Yang Berhormat Machang ini masih dalam ingatan saya yang terakhir sekali. Yang pertama, Yang Berhormat Titiwangsa yang ‘jambu’ itu telah mencelah pada Yang Berhormat Machang... [Ketawa] Hendak disebut sekali lagi kah? Beliau kata mengapa tidak boleh Ketua Pembangkang? Apakah kerana Yang Berhormat Permatang Pauh Ketua Pembangkang? Satu hari nanti mungkin Yang Berhormat Pekan pula beliau kata. Kalau kita menggunakan alasan yang sama. Saya hairan juga mengapa sebelah sana takut kerana Perdana Menteri banyak kuasa? Tidakkah terfikir suatu hari mungkin juga Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Perdana Menteri. Jadi soalnya, itu bukan soalnya. Your argument is wrong, dengan izin. Itu bukan soalnya, individu bukan soalnya. Apa yang penting ialah seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Mas iaitu bahawa dalam perbahasan kita di peringkat dasar tadi pun yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat sebelah sana yang tidak mahu membangkit tentang kemarahan dan ketidakpuasan hati, dilantiknya Shafie kerana politik. Ramai cakap tadi dan saya bersetuju. Mengapa pula sekarang hendak masuk pula Ketua Pembangkang yang jelas memang politik. Jadi bercabang dua lidah ini. Lidah bercabang dua. Waktu menguntungkan dia, okey. Mahu. Waktu tidak menguntungkan...
Yang bercabang dua tu lidah biawak.
...Dia tidak setuju. Jadi sebab itu alasannya bukan peribadi. Kalau hendak dikirakan saya rasa yang betul Yang Berhormat Machang sebut tadi. Ketua Pembangkang itu memang layak sebab saya selalu tengok yang perkara baru yang kita masuk ini beliau kata, ”Tiga orang anggota lain daripada masyarakat madani yang mempunyai pengetahuan..”, saya ingat pengetahuan dia tidak ada, “..atau pengalaman praktikal dalam perkara hak asasi manusia.” Itu betul beliau ada. Bolehlah. Terpulanglah. Akan tetapi tidak payahlah hendak sebut Ketua Pembangkang.
Saya rasa Yang Berhormat Permatang Pauh sebagai individu, beliau memenuhi ini, pengalaman, praktikal dalam perkara hak asasi manusia. Macam saya sebut tadi, betul. Disepak, diterajang, dia ada pengalaman. Akan tetapi tidak payahlah masuk jawatan Ketua Pembangkang. Kerana jawatan Ketua Pembangkang pasti orang politik.
Telinga saya penuh Yang Berhormat. Masuk telinga kanan, masuk telinga kiri. Hujah cukup sungguh mantap. [Ketawa]
Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang keduanya, Yang Berhormat Machang kata ingatan terpilih...
[Bangun]
...Kerana Yang Berhormat Pasir Mas sebut surat khabar tadi. Beliau sekarang pula bercakap ingatan terpilih kerana surat khabar. Surat khabar mainstream menulis sesuatu perkara yang belum lagi dibicarakan telah pun dikatakan telah bersalah. Macam itulah juga Yang Berhormat Pasir Mas sebut tentang surat khabar sebelah sini. Bukan DAP, bukan PAS. PKR punya, Suara Keadilan. Terang-terang Yang Berhormat katakan tadi, telah menyatakan bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh tidak bersalah. Sama juga. Perkataan Orang Putih kata Yang Berhormat, “Two wrongs do not make one right”. Saya setuju. Akan tetapi ini luar daripada..
Penjelasan.
...Kita punya keupayaan melainkan kalau macam apa yang berlaku kalau Yang Berhormat tidak bersetuju, saya tidak boleh buat apa. Akan tetapi Yang Berhormat boleh buat police report mengatakan perkara subjudice telah berlaku kerana keadilan surat khabarnya itu telah pun membuat satu perkara yang subjudice, yang tidak sepatutnya dihukum oleh surat khabar, tetapi telah dihukum walaupun perbicaraan belum berjalan. Jadi perkara ini, dua kali lima sahaja Yang Berhormat sepuluh, jadi tidak payahlah...
[Bangun]
No, no, duduk lah. Saya jawab. Ini peluang saya jawab. Okey.
Mencelah sedikit.
Ketiga...
Boleh?
Tidak, tidak, nanti...
Lag sekejap tu bolehlah.
...Jadi Yang Berhormat Batu Gajah Tuan Pengerusi, dia kata iaitu bahawa bila sudah gugur jadi tidak adil. Sebenarnya kita comply apa yang dimahukan oleh ICC yang mahu kita gugur. Tidak ada motif politik. Gugur kerana tidak setuju dengan perkataan bahawa Perdana Menteri tidak terikat. Jadi kita gugur dan kita kosongkan. Kita kosongkan ini konvensyen, dalam apa-apa pelantikan sekali pun negara Malaysia merdeka 52 tahun. Konvensyennya dan dalam semua akta-akta yang melibatkan pelantikan dalam suruhanjaya ataupun jawatan-jawatan tertentu semuanya konvensyen amalannya ialah pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Di mana akta pun begitu. Takkan lah satu akta ini hendak dibezakan? Jadi, oleh kerana konvensyen, jangan takut sebab bercakap ini seolah-olah hari itu hendak tubuh kerajaan sudah. Jadi, kalau Perdana Menteri ada kuasa, by convention, satu hari lagi esok, kuasa ini milik sana. Takut apa? Nampaknya tidak yakin hendak form government, kot?... [Ketawa] Cakap sahaja. Sebab tidak dapat curi orang sebelah sini. Itu kerja dia, mencuri, ya? Itu Yang Berhormat Batu Gajah.
Kemudian, Yang Berhormat Balik Pulau. Yang Berhormat Balik Pulau, tidak ada perbezaan sama ada perbicaraan ataupun permohonan. Apabila permohonan, dia berlaku di depan hakim. Kedua-duanya itu, sama ada pihak sebelah sini dan pihak sebelah sana diberikan peluang untuk memberi hujah. Itu bicaralah itu. Jadi, perkara yang dibicarakan tidak bolehlah. Tidak usahlah hendak berkira. Kalau full trial sahaja itu perbicaraan. Dalam apa-apa hal sekalipun, kita mesti ada line. Tidak boleh kata kalau permohonan, itu tidak ada apa-apa. Tidak boleh begitu. Kerana permohonan itu juga sebahagian daripada trial itu. Sebelumnya trial itu datang, permohonan itu perlu dibuat. Akhirnya kalau ada keputusan daripada mahkamah, hakim, dia akan membawa kepada full trial. Macam dia minta sekarang ini, permohonan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh untuk tarik balik, kalau dulu sepatutnya Sessions Court yang mendengar kes dia, and then Tan Sri Gani Patail sign maknanya jadi pertikaian, bawa pergi ke Mahkamah Tinggi, mereka tidak setuju. Dia trial within a trial, iaitu permohonan dalam permohonan. Itu subtrial lah, sub judice lah kerana dia juga akan membawa kepada full trial nanti. Dan ini semua sebahagian, bukan asing...
[Bangun]
Jadi Yang Berhormat, tidak apalah, duduk, duduk, duduk. Duduk, tidak apa. Saya jawab ini.
Tidak faham-faham lagi.
Jadi tidak boleh asing-asing. Dia is part of the trial, ya? Part of the perbicaraan. Kemudian, Yang Berhormat Balik Pulau. Ya, Yang Berhormat bertanya, apakah dia tidak yakin, iaitu apa yang kita pinda ini, apakah nanti akan diterima? Tuan Pengerusi, apa yang kita buat ini adalah mengikut surat yang telah ditulis oleh ICC kepada kita menyatakan bahawa mereka mengalu-alukan apa yang dilakukan oleh kita dan dia menyebut dua, tiga perkara. Saya cuma baca sini, “Specific recommendations, accreditations, applications, dengan izin. Malaysia National Human Rights Commission of Malaysia, SUHAKAM, recommendation. The subcommittee recommends pursuant, Article 16(3) of the RSCC status, that consideration of SUHAKAM be deferred to the next session. SUHAKAM retains its A status during this period”. Jadi the subcommittee recommends, perkara yang dia rekomen itulah yang kita buat pindaan ini. Jadi pindaan ini berdasarkan surat yang ditulis kepada kita. Apa yang dia mahu dalam surat ini, kita lakukan. Jadi kalau dia cadangkan dua pindaan dan kita ikut pindaan itu, saya rasa we can feel safe to say that kita, dengan izin, we have followed and complied with their request dan tidak ada sebab untuk kita memikirkan bahawa dia akan tolak melainkan kalau Yang Berhormat Balik Pulau pergi ke Geneva pula, kacau mereka, racun kepala dia, suruh tolak apa yang kita buat...
[Bangun]
Tuan Pengerusi, duduklah, duduk. Okey, ya? Ini floor saya, dengan izin, you know better, this my floor, ya? Kemudian Tuan Pengerusi, kita menolak cadangan daripada Yang Berhormat Ipoh Barat. Tolak sebab pertama tadi politiklah, menyebut jawatan Ketua Pembangkang tidak bolehlah. Sebab kita bahas tentang itulah. Sedikit sahaja, ini pula hendak dengan jelas, Ketua Pembangkang. Jadi kita kena tolak, kerana itu memang elemen politik yang tidak dipersetujui oleh ICC sekalipun. Kemudian Tuan Pengerusi, yang last sekali, berkenaan dengan alasan, nama. Ini bukan amalannya, kerana kita ada suruhanjaya-suruhanjaya yang lain yang mana kita lantik. Kalau nama itu tidak diterima ataupun nama itu dicadang tidak perlu memberikan alasan kepada Dewan Rakyat. Maka oleh kerana itu, kita tidak akan laksanakan. Tuan Pengerusi, cadangan ditolak.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat dalam kertas pindaan hendaklah dipersetujukan. Pindaan dikemukakan bagi diputuskan; dan tidak disetujukan. [Kertas Pindaan adalah dilampirkan] Fasal 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga dan diluluskan
Usul Yang Berhormat Menteri Di Bawah Peraturan Mesyuarat 86(5) — Penyata Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat Mengikut Peraturan Mesyuarat 80AMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 26 Februari 2009, maka Penyata Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat Mengikut Peraturan Mesyuarat 80A dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR 1 Tahun 2009 hendaklah diterima dan dipersetujukan.”
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang Usul ini terbuka untuk dibahas.
Tuan Yang di-Pertua, point of order, Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua...
Point of order.
Saya ada point of order.
Yang Berhormat Bukit Gelugor dahulu.
Peraturan mesyuarat.
Seperti mana yang telah dihuraikan dalam laporan tersebut, Jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan...
Point of order, point of order...
Boleh saya benarkan Yang Berhormat Menteri dahulu untuk huraikan sebelum saya beralih kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sila.
Yang telah dikemukakan pada hari Khamis 26 Februari 2009, iaitu untuk menyiasat aduan dari Yang Berhormat Bukit Gelugor yang telah mengadu berlakunya perbuatan menghina Majlis pada hari Khamis 26 Februari 2009 dan mengambil tindakan bersesuaian mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat seperti pada tarikh yang berikut: (i) mesyuarat pertama - Rabu, 11 Mac 2009; (i) mesyuarat kedua - Selasa, 17 Mac 2009; dan (i) mesyuarat ketiga - Rabu, 18 Mac 2009. Insiden ini bermula dengan pertikaman lidah yang melibatkan Yang Berhormat Bukit Gelugor dengan beberapa orang daripada Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, seterusnya mencetuskan pertengkaran dengan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada hari Khamis 26 Februari 2009. Jawatankuasa mengambil keputusan untuk memanggil saksi-saksi yang terlibat dalam insiden tersebut dalam dua sesi berasingan iaitu pada 17 Mac 2009, hari Selasa dan 18 Mac 2009, hari Rabu. Setelah meneliti provisi-provisi dan fakta-fakta yang dikemukakan, jawatankuasa bersetuju bahawa satu berlaku kejadian menghalang Ahli-ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor daripada memasuki Dewan Rakyat. Mereka yang didapati menghalang Yang Berhormat Bukit Gelugor adalah empat orang ahli daripada Pergerakan Pemuda UMNO Selangor. Kesalahan ini adalah merupakan kesalahan menghina Majlis seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 9(e) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 iaitu; “menyerang, menghalang atau mencela mana-mana Ahli yang datang ke Majlis, atau meninggalkan Majlis atau kerana kelakuannya dalam Majlis atau berusaha memaksa mana- mana Ahli dengan kekerasan, celaan atau ancaman untuk menyatakan dirinya menyokong atau menentang. Apa-apa cadangan atau perkara yang belum selesai di hadapan, atau dijangkakan akan dibawa ke hadapan Majlis”. Terdapat Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dipilih oleh Majlis sebagai Ahli Jawatankuasa mengikut Peraturan Mesyuarat 80A enggan menyertai Jawatankuasa tersebut serta terdapat Ahli-ahli Yang Berhormat yang diperintahkan untuk hadir sebagai saksi enggan hadir untuk memberi keterangan dalam prosiding jawatankuasa yang dibentuk oleh Majlis Mesyuarat. Kesalahan-kesalahan ini adalah seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 9(a) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 iaitu tidak mematuhi apa-apa perintah untuk hadir atau untuk mengemukakan kertas-kertas, buku-buku, rekod-rekod atau dokumen-dokumen yang dibuat oleh majlis atau mana-mana jawatankuasa yang diberi kuasa sewajarnya. Bagi maksud itu, melainkan kehadiran atau pengemukaan itu dikecualikan seperti mana yang diperuntukkan dalam seksyen 19 Akta ini. Oleh yang demikian, jawatankuasa memutuskan dan bersetuju untuk menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 setiap seorang kepada empat orang daripada Pergerakan Pemuda UMNO Selangor yang didapati melakukan kesalahan
(i) Encik Lat Sharizan bin Abdullah, Ketua Pemuda UMNO Petaling Jaya Selatan. (i) Tuan Haji Megat Zulkarnain bin Omar Din, Ketua Pemuda UMNO Gombak. (ii) Encik Azahari bin Datuk Shaari , Ketua Pemuda UMNO Shah Alam. (iii) Encik Engku Md. Salleh bin Engku Abd. Jamal, Ketua Pemuda UMNO Serdang. Hukuman yang dikenakan ini adalah hukuman maksimum seperti yang diperuntukkan undang-undang mengikut seksyen 9, Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
Jawatankuasa amat memandang berat tentang keengganan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dipilih oleh Majlis sebagai Ahli Jawatankuasa, mengikut Peraturan Mesyuarat 80A untuk menyertai jawatankuasa tersebut serta keengganan Ahli-ahli Yang Berhormat yang diperintah untuk hadir sebagai saksi untuk hadir bagi memberi keterangan dalam prosiding Jawatankuasa dibentuk oleh Majlis Mesyuarat. Bagi mengelakkan supaya perkara sedemikian tidak berlaku lagi di masa hadapan, oleh yang demikian, Jawatankuasa bersetuju supaya dikenakan pencelaan ataupun admonishment oleh Tuan yang di-Pertua kepada ahli-ahli yang berkenaan iaitu: (i) Yang Berhormat Karpal Singh - Bukit Gelugor, saksi. (ii) Yang Berhormat Puan Fong Po Kuan - Batu Gajah, saksi. (iii) Yang Berhormat Tuan Lim Lip Eng - Segambut, saksi. (iv) Yang Berhormat Tuan N. Gobalakrishnan - Padang Serai, saksi. (v) Yang Berhormat Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang, saksi. (vi) Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang - Ipoh Timur, Ahli Jawatankuasa. (vii) Yang Berhormat Dato’ Kamarudin Jaffar - Tumpat, Ahli Jawatankuasa. (viii) Yang Berhormat Tuan R. Sivarasa - Subang, Ahli Jawatankuasa. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Saya mohon menyokong.
Terima kasih.
Sila Tuan Yang di-Pertua. Point of order.
Sila.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat Perkara 7(1). Tidakkah wajar untuk Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan perkara ini kerana Tuan Yang di-Pertua adalah pengerusi kepada Jawatankuasa yang membuat rekomendasi yang ada disuarakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Oleh itu saya cadang Tuan Yang di-pertua mengundur diri sebagai Pengerusi dalam perkara ini.
Cuba... [Ketawa] Ulang balik Yang Berhormat Bukit Gelugor. Peraturan Mesyuarat 7(1) tadi itu, cuba ulang balik, ulang balik.
Peraturan 7(1)?
Peraturan 7(1) ya, sila ulang balik. Ulang balik. Repeat.
Terus terang it is very clear.
But I want it to be repeated again.
“Tuan Yang di-Pertua tetaplah sebagai Tuan Yang di-Pertua tetapi jika ada kepentingan dalam satu perkara, Tuan Yang di-Pertua harus berundur”, undur diri as simple as that. You can understand that Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Bukit Gelugor, janganlah selalu mempunyai tabiat untuk memperkecil-kecilkan orang lain.
Terus terang. Tuan Yang di-Pertua menjadi...
Sama ada terus terang Yang Berhormat Bukit Gelugor, itu memperkecil-kecilkan, see...
Apa yang...
Dalam...
Tuan Yang di-Pertua harus mengerti.
Yang Berhormat Bukit Gelugor, kalau umpamanya laporan- laporan daripada Jawatankuasa itu, umpamanya laporan Jawatankuasa PAC, ia ikut dalam mesyuarat dan ia membentangkan laporan. Dalam soal ini saya sendiri tidak boleh membentangkan laporan oleh sebab saya Tuan Yang di-Pertua, maka seorang Yang Berhormat Menteri terpaksa membawa di dalam 80A. Saya tidak berkepentingan di sini atas sebab bahawa itu adalah keputusan Jawatankuasa sebagai rekomendasi, yang memutuskan ialah Ahli-ahli Majlis bukan saya, kerana selepas ini saya akan panggil supaya usul ini dibahas oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Selepas itu Ahli-ahli Yang Berhormat yang memutuskan kepada usul tersebut, terima atau tidak bukan saya yang memutuskan dan keputusan Jawatankuasa ini adalah bukan keputusan saya, itu adalah keputusan Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis ini juga yang menyebut nama-nama Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk saya sebagai Pengerusi. Jadi saya tidak nampaklah kepentingan di sini kerana bukan saya memberi hukuman.
Ini untuk hukuman.
Ya. Akan tetapi rekomendasi itu terpulang kepada Majlis untuk memutuskan sama ada menerima atau tidak.
Tuan Yang di-Pertua membuat rekomendasi dan oleh itu tidak wajar untuk Pengerusi...
Itu pendapat saya Yang Berhormat Bukit Gelugor, jadi kalau itu pendapat saya, kita terus berbalik kepada peraturan mesyuarat yang lain. Itu keputusan saya sebagai Tuan Yang di-Pertua, saya kata saya tidak ada kepentingan, maka muktamadlah itu di bawah Peraturan Mesyuarat 42, kecuali kalau Yang Berhormat Bukit Gelugor tidak setuju dengan itu, bolehlah bawa usul sendiri di peraturan mesyuarat lain. Bukankah begitu cara kita bermesyuarat? Sila.
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Point of order, Tuan yang di-Pertua,
Yang Berhormat Ipoh Timur yang terdahulu untuk point of order, sila.
Saya harap Tuan Yang di-Pertua...kita tidak mahu ada satu isu tentang perkara ini, sangat simple. Bahawa itulah rules and the nature of justice dan sangat jelas dan untuk kebaikan Parlimen dan juga jawatan Tuan Yang di- Pertua bahawa tidak sesiapa yang boleh menjadi judge of its own case, sungguhpun ini rekomendasi tetapi inilah satu keputusan di mana Tuan Yang di-Pertua ada terlibat dan saya...memang Tuan Yang di-Pertua ada kuasa, rail roll true. Oleh sebab kalau tidak barulah satu usul 44 yang ada majoriti, yang boleh over turn dan tidak ada, tetapi saya rasa ini tidak baik untuk imej Tuan Yang di-Pertua, tidak baik untuk imej Parlimen, saya harap Tuan Yang di-Pertua bolehlah dalam perkara ini rescues sendiri, bukan... nothing personel, it’s a basic principle of law involved.
Saya, Ahli Yang Berhormat, saya ucap terima kasih kepada pandangan Yang Berhormat Bukit Gelugor dan Yang Berhormat Ipoh Timur. Sejak saya menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, konsep saya clear, integriti Parlimen saya pertahankan. Dalam soal ini sudah saya pertimbangkan bahawa saya tidak ada interest dalam hal ini, saya bukan complainant. Saya cuma mempengerusi mesyuarat dan ini bukan keputusan saya, ini keputusan Majlis. Cuma rekomendasi itu penyata dibentang di atas meja, yang berbahas Ahli-ahli Yang Berhormat bukan saya membuat hukuman. Kalau saya menjatuhkan hukuman barangkali...kerana saya tidak pun mengundi dalam soal ini. Saya tidak boleh mengundi di bawah pelantikan saya, saya tidak boleh mengundi. Sila siapa yang ikut berbahas.
Peraturan Mesyuarat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Peraturan Mesyuarat 85. Saya hendak minta pandangan Tuan Yang di-Pertua Peraturan Mesyuarat 85 menyebut “Keterangan yang diambil di hadapan sebuah Jawatankuasa Pilihan serta apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa Ahli Jawatankuasa itu atau sesiapa juga sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis”. Jadi saya hendak minta ruling daripada Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada sidang akhbar yang telah diadakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Bukit Gelugor pada 30 Jun yang lepas. Sebelum perkara ini dibentang ke Majlis ini dan dalam sidang akhbar tersebut Tuan Yang di-Pertua boleh rujuk kepada rakaman video, disebut tentang keterangan tentang keputusan dan diberi pandangan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur serta Yang Berhormat Bukit Gelugor tentang keputusan atau pun syor yang telah dibuat oleh Jawatankuasa. Bagi saya itu adalah satu tindakan prejudicial pada yang dibentangkan pada hari ini. Kalau soal imej disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tadi, ini lagi teruk dari segi imej di mana Ahli-ahli Parlimen dengan impunity telah menyiarkan apa yang sebelum dibentang kepada Majlis sebelum Jawatankuasa. Jadi saya hendak minta pandangan Tuan Yang di-Pertua sama ada betul atau pun tidak sidang akhbar yang diadakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Bukit Gelugor itu melanggar peruntukan 85 dalam Standing Order Parlimen Malaysia. Terima kasih.
Bolehkah saya?
Boleh duduk.
Isu yang sama.
Yang Berhormat Ipoh Timur. Boleh saya buat ruling dahulu kepada Yang Berhormat Rembau?
Bukan, sebelum boleh bolehkah saya terangkan tentang perkara ini?
Saya tahu Yang Berhormat Ipoh Timur berdiri. Nanti dahulu. Nanti saya panggil Yang Berhormat Ipoh Timur.
Bukan, sebelum satu ruling dibuat mengenai perkara ini.
Nanti dahulu Yang Berhormat Ipoh Timur.
ini bersangkut paut.
Nanti dahulu Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya buat ruling dahulu kepada Yang Berhormat Rembau.
Bukan, Yang Berhormat Rembau sudah ada bangkit satu perkara di bawah Peraturan 85. Saya berdiri supaya ...
Siapa Tuan Yang di-Pertua ini?
Tuan Yang di-Pertua buat keputusan dengan apa yang kita kemukakan. Bukankah ini fair? Dengar dan selepas itu buat ruling, okey, mengenai perkara ini bukan perkara lain.
Oleh kerana Yang Berhormat Ipoh Timur sebagai penasihat sebuah parti yang begitu besar dan saya hormati dan lama dalam Parlimen, silakan.
Boleh? Perkara 85 yang berbunyi, “Keterangan yang diambil di hadapan Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa Ahli Jawatankuasa itu atau oleh sesiapa juga sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis”.
Apabila laporan itu di table dalam meja Dewan yang mulia ini dua hari yang lalu ialah hari Selasa kalau tidak silap, dia sudah memenuhi membawa penyata kepada Majlis. Apabila laporan itu tiba dalam Parlimen dan disenaraikan dalam standing order, itu sudah menjadi satu public document. Lebih baik balik Oxford lah, malu kepada Oxford Yang Berhormat Rembau, malu. Apa punya Oxford graduate... [Dewan riuh]
Yang Berhormat Ipoh Timur, perangai. Saya tanya soalan dia jawab Oxford.
Yang Berhormat Ipoh Timur, janganlah bersikap seperti ini Yang Berhormat Ipoh Timur.
You are...
Why you must always...
Kalau Yang Berhormat Ipoh Timur mahu berbahas, Yang Berhormat tidak boleh begini Yang Berhormat Ipoh Timur.
...You want to be personnel, isn’t it?
Ini sangat jelas.
Tuan Yang di-Pertua suruh duduk, duduk sahaja. Orang tua, duduk.
Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Rembau.
This is Malaya, lebih baik daripada Oxford…
Duduk.
Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Rembau. Duduk Yang Berhormat Rembau.
Apa Oxford jadi ...
Wei, kau orang tua dinosaur, sudah lapuk memang betullah Menteri cakap, ketua kongsi gelap.
Ini Ahli Parlimen apa yang jelas sudah di kabel ..
Yang Berhormat Ipoh Timur, kalau Yang Berhormat Ipoh Timur enggan juga kepada arahan saya untuk duduk, saya akan ambil tindakan kepada Yang Berhormat Ipoh Timur.
Boleh.
Ini publisiti murah DAP. Bodoh.
Okey, tengok.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mahu Ahli Yang Berhormat tarik balik perkataan bodoh itu. Tolong Yang Berhormat.
Saya tidak ada tuju kepada sesiapa Tuan Yang di- Pertua. Okey, beritahu saya, saya tuju kepada siapa. Ada saya sebut nama Yang Berhormat Ipoh Timur? Tolong beritahu, saya boleh tarik balik Tuan Yang di-Pertua dengan syarat tolong dengar balik, ada saya sebut? Dalam Peraturan kata tidak boleh ditujukan kepada mana-mana Ahli. Saya tidak ada sebut mana-mana Ahli. Macam mana saya hendak tarik balik.
Banyak pandai.
Apa bodoh.
Tuju kepada semua DAP.
Ahli-ahli Yang Berhormat, perkataan-perkataan unparliamentary sama ada ditujukan kepada sesiapa atau tidak, bolehkah kerana itu akan... Ahli-ahli Yang Berhormat yang berteriak-teriak ini pun tidak boleh. Yang Berhormat Ipoh Barat.
Yang Berhormat Bukit Gelugor yang mulakan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.
Bodoh... [Ketawa]
Tolong..., siapa tadi Ahli Yang Berhormat cakap itu?
Yang Berhormat Pokok Sena yang pertama.
Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong senyap Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelah sini cakap bodoh, sebelah sana pun cakap bodoh. Tidak mengapa saya akan lupakan sekarang tetapi apabila lagi sekali saya mendengar satu perkataan sebegitu, saya tidak teragak-agak untuk menggunakan kuasa. Okey, sekarang buat fatwa kepada apa yang dibangkitkan setelah dengar juga apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Sebenarnya apabila saya membaca reaksi-reaksi daripada Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap penyata dan laporan yang telah dibentangkan dua hari sebelum hari ini. Saya mulai bertanya kepada diri adakah ini satu perkara yang melanggar peraturan mesyuarat atau pun Parlimen kita ataupun mana-mana Parlimen? Apabila saya merujuk kepada semua bahan yang ada, perkara sebegini adalah contempt kerana belum lagi dibentangkan. Pembentangan dalam soal ini ialah apabila Menteri sudah membaca usul, barulah ia dibentangkan. Ahli-ahli Yang Berhormat, diam dahulu. Saya terbaca dalam satu insiden berlaku ini di England di mana satu laporan telah dibuat dan liputannya meluas oleh satu akhbar. Apabila perkara itu dibawa ke perhatian Tuan Yang di-Pertua kerana yang membawanya adalah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Speaker mengatakan betul, itu adalah hak orang awam untuk mengetahui tetapi the timing is wrong. Tidak boleh hendak ditunggu bawa dua hari barulah dibincang dan diberi keluar semua? Jadi dalam hal ini, walaupun saya terbaca demikian, walaupun perasaan saya waktu itu adalah contempt rupa-rupanya inilah budaya Parlimen Malaysia. Ini sudah menjadi kebudayaan kita. Dahulu pun kebudayaan kita budaya Parlimen Malaysia point of order sebelah pagi tetapi semua tahu tidak bolehlah waktu question time. Saya nyatakan dengan tegas bahawa selepas 11.30 boleh. Sekarang sudah jadi budaya, 11.30 baru point of order. Satu budaya yang baik, sama-sama kita pelihara. Saya sambung lagi Yang Berhormat Rembau. Terpulang kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang tahu dengan ahli sama ada panggil mesyuarat atau tidak. Saya sebagai Tuan Yang di-Pertua dalam hal ini saya tidak ada apa-apa, pokoknya saya dapat komen sekarang ini the matter rest. Silakan berbahas.
Penjelasan. Penjelasan daripada fatwa Tuan Yang di-Pertua tadi.
[Ketawa]
Petua! Petua!
Petua.
Petua. Tuan Yang di-Pertua, mengikut pengalaman saya yang agak cetek dalam Dewan Rakyat ini, setiap kali Order Paper ini ada tertulis tentang kertas-kertas ataupun laporan yang ditable kan setiap hari dan kalau saya mengambil contoh setiap kertas ataupun dokumen tercatat kertas status berapa dan sekian-sekian. Sekiranya benda ini ataupun setiap laporan itu bersifat sulit atau embargo sebagai contohnya Kertas Bajet maka ditulis dengan jelas, “Embargo” sehingga jam berapa pada hari tersebut.
Jadi saya rasa setelah saya meneliti dokumen ini, saya pun my first impression, dengan izin, kertas ini adalah bersifat umum. Sebab itu dibentangkan dan kalau begitu maksud Tuan Yang di-Pertua adalah elok dan wajar di lain kali kalau kertas ini juga diletak, “Embargo”, sehingga tarikh pada sekian, maksud kertas itu akan dibentangkan. Saya rasa itu akan membuat semua kertas-kertas ini kita faham ada yang berbentuk terbuka dan ada yang perlu kita simpan sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat sehingga tarikh kertas itu akan dibentangkan. Itu sekadar pandangan daripada saya.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Itu makanya awal-awal tadi saya mengatakan bahawa walaupun apabila saya membaca reaksi-reaksi daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang semua kita sedia maklum tetapi saya memikirkan bahawa perkara itu boleh diperbesarkan dan boleh tidak diperbesarkan.
Maka, saya tidak komen apa-apa. Jadi bersama-samalah kita ambil ingatan bahawa laporan Jawatankuasa sama ada PAC, Jawatankuasa yang diwujudkan di bawah 80A , atau pun Jawatankuasa yang diwujudkan atas pilihan Select Committee. Laporan- laporan itu dianggap rahsia sehingga ia dibentangkan secara formal. Itu sebagai ingatan, terima kasih.
Saya minta penjelasan mengenai... [Dewan riuh]
[Menyampuk]
Supaya kita tahu apa kuasa dalam bidang ini. Sebagai contohnya, laporan daripada Public Accounts Committee. Adakah ini bererti bahawa laporan daripada Public Accounts Committee baru menjadi public document apabila ia diterima oleh Parlimen. Adakah ini betul? Oleh kerana laporan PAC tidak pernah dibahaskan. Adakah ini bererti laporan PAC akan menjadi dokumen rahsia selama- lamanya, tidak reconciled?
Yang Berhormat Ipoh Timur, sepanjang ingatan saya, PAC sekarang ini masih lagi bermesyuarat. Belum habis lagi mesyuarat... [Dewan riuh]
Bukan, saya bukan sebut tentang prosiding PAC ini, mengenai Port Klang Free Zone scandal. Akan tetapi pada satu prinsip. Adakah laporan daripada Public Accounts Committee baru menjadi public document apabila ia diterima oleh Parlimen selepas satu perbahasan? Kalau ikut keputusan...
Itu keputusan saya Yang Berhormat. Saya tidak tahu keputusan Tuan Yang di-Pertua yang terdahulu.
Itu Tuan Yang di-Pertua, ini bererti bahawa semua PAC report of the past are secret documents. Oleh kerana baru sekali sahaja dalam sejarah Parlimen, ada satu perbahasan, inilah usul saya. Semua laporan PAC tidak pernah dibahaskan dan tidak pernah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Bukankah ini aneh?
Tidak semestinya apa yang salah dahulu, bermakna saya akan terpaksa ikut semuanya.
Ya, tetapi adakah laporan SUHAKAM sudah di table, itu secret documents? Oleh sebab tidak dibahaskan dan tidak pernah dilulus. Apa? Where are we? Saya rasa ini salah. Saya harap Tuan Yang di-Pertua balik semula. Oleh kerana ini, we will become a laughing stock.
Balik semula, mahu suruh saya belajar lagi?
Harap boleh kaji semula. I don’t mind! Parliament become a laughing stock. I don’t mind!
Setuju! [Menyampuk]
Sila, siapa yang mahu bahas? Silakan.
Saya mahu bahas.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bagi lah aku.
Siapa Tuan Yang di-Pertua?
Hah!... [Ketawa]
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya telah meneliti laporan Jawatankuasa pilihan yang telah ditubuhkan dan memang saya... Walaupun mungkin kita melihat bahawa si pelaku empat orang ini, Ketua Pemuda UMNO. Akan tetapi kita melihat ia merupakan satu permasalahan yang telah ditimbulkan dan meneliti laporan daripada jawatankuasa ini, dengan cadangan-cadangan iaitu dikenakan denda RM1 ribu seorang. Rasa saya adalah merupakan satu rekomendasi yang kita boleh terima. Ini pertamanya, untuk memberi pengajaran kepada semua pihak, bukan sahaja pemuda- pemuda UMNO ataupun Barisan Nasional. Akan tetapi mana-mana juga pihak termasuk pergerakan-pergerakan daripada pakatan Pembangkang. Ini supaya wakil rakyat itu dalam situasinya menjalankan kewajipan maka dia tidak boleh dihalang oleh mana-mana pihak, untuk menjalankan tugasnya di Dewan Rakyat yang mulia ini. Saya juga bersetuju bahawa lebih kurang sembilan orang atau pun wakil rakyat daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor sebagai saksi, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Bukit Bintang. Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Subang. Saya memang bersetuju, bahawa dikenakan pencelaan, sebab mereka ini menghina Majlis. Belum pernah berlaku dalam 50 tahun, kita baru merayakan ulang tahun Dewan yang mulia kita ini. Dalam 50 tahun belum pernah berlaku wakil-wakil rakyat menghina Majlis. Mereka tidak menghormati Majlis ini, kalau wakil rakyat tidak menghormati Majlis ini, siapa lagi yang kita harap? Orang menghormati Majlis kita. Kalau berhujah bukan alang-alang...
Point of order Tuan Yang di-Pertua.
Point of order apa? Baca dahulu.
Point of order Tuan Yang di-Pertua.
Duduk dahulu Yang Berhormat Kinabatangan.
Tidak, saya mahu dengar point of order mana?... [Ketawa]
Duduk dahulu, apabila seorang Ahli Yang Berhormat berdiri atas point of orders, duduk dahulu... [Ketawa] [Dewan riuh]
Point of order Tuan Yang di-Pertua.
Duduk dahulu. Apabila seorang Ahli Yang Berhormat berdiri atau pun point of order, duduk dahulu.
Kalau tidak ada, jangan. Don’t waste my time... [Ketawa]
Sila Yang Berhormat Ipoh Timur
Ya, saya harap bahawa Tuan Yang di-Pertua, dalam perkara ini. Oleh sebab saya ada baca verbatim...
Point of order berapa?
Point of order apa?
Tujuh.
Tujuh apa?
Bahawa Tuan Yang di-Pertua, ada pandangan- pandangan dalam laporan ini, yang Tuan Yang di-Pertua sendiri sebagai contohnya, “Yang Berhormat Lim Kit Siang pun kena juga, service is required in Parliament”. Ini Yang Berhormat, kebanyakannya Yang Berhormat ini...
Saya tahu, saya tidak...
Sebab itu jangan lah... Saya rasa dan saya boleh quote, kenyataan pendirian Tuan Yang di-Pertua sendiri...
Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk dahulu Yang Berhormat. Saya tahu, saya tahu apa...
Di mana Tuan Yang di-Pertua ada ambil pendirian.
Saya tahu apa yang saya sebut dalam Mesyuarat.
Ya!
Saya tahu laporan itu in verbatim.
Ya!
Akan tetapi Yang Berhormat, bukan saya yang menghukum Yang Berhormat semua ini...
Ya, tetapi...
Majlis.
I mean it’s here... [Ketawa]
Saya cuma mempengerusikan.
The whole country can read, the whole world can read. What Tuan Yang di-Pertua has…
Recommendation itu adalah dibuat kepada Majlis.
Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh fikir untuk kebaikan jawatan sendiri.
Saya sambung, bolehkah Tuan Yang di-Pertua?
Silakan.
Saya menyambung, bukan apa!
Peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kepada usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 86(5) ya. Jadi apa yang dikatakan Yang Berhormat Ipoh Timur adalah memang benar. Kalau kita meneliti...
Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua, bagi saya sedikit masa untuk membaca usul
Yang Berhormat, argument sama.
Maaf, maaf Tuan Yang di-Pertua, bagi peluang saya membaca usul... [Dewan riuh] Di mana usul yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri itu, adalah meminta Majlis ini untuk menerima bahawa rekomendasi keputusan, dan rekomendasi oleh Jawatankuasa hendaklah diterima dan dipersetujukan. Jadi, saya rasa Tuan Yang di-Pertua telah terlibat dengan sangat aktif.
Saya telah baca verbatim Jawatankuasa ini, dengan secara sangat aktif untuk membuat cadangan rekomendasi. Akan tetapi yang kita minta hari ini untuk diluluskan, adalah menerima dan mempersetujukan rekomendasi Jawatankuasa itu. Jadi saya rasa adalah wajar dan munasabah Tuan Yang di-Pertua mengundurkan diri... [Dewan riuh] Untuk sesi perbahasan usul yang ini. Saya rasa yang ini baru adil untuk semua Ahli Parlimen, yang terpentingnya mereka yang akan dikenakan hari ini, selepas usul ini diluluskan.
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Kalau umpamanya seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Ipoh Timur itu mendatangkan bahawa saya memihak, apa bezanya dengan apabila Ahli yang Berhormat ingkar kepada peraturan mesyuarat, dan saya bagi tahu, “Tolong lah, sudah lah Yang Berhormat...”, apa bezanya apabila saya mengarahkan Yang Berhormat keluar dari Dewan?... Tidak beza! Memang saya mempunyai pendapat-pendapat. Ada Yang Berhormat kadang-kadang apabila saya halau, pergi keluar, pendapat Yang Berhormat apabila sampai di luar bahawa saya tidak adil. Apa bezanya, yang waktu saya menghalau menggunakan kuasa di bawah 42, 43? Begitu juga saya mengeluarkan pendapat dalam mesyuarat oleh kerana saya nampak bahawa yang dibuat oleh Yang Berhormat itu melanggar peraturan mesyuarat. Jadi itu pendapat saya. Dan sekarang ini Ahli-ahli Yang Berhormat pula berbahas dan mengundi. Saya tidak terlibat pun dengan pengundian. Saya cuma mempengerusikan...
[Bangun]
Sila Yang Berhormat Kinabatangan.
Ya terima kasih. Banyak gangguan. Seharusnya Jawatankuasa Majlis ini tidak boleh berhujah kerana conflict of interest. Yang berhujah macam saya, saya bukan committee nya. Yang Berhormat Batu Gajah dia committee, tetapi dia ingkar...
Dah lah tak datang!
...Dia tidak hadir.
Minta penjelasan Yang Berhormat Kinabatangan.
Penjelasan boleh!
Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua terlibat....
Janganlah garang-garang. Buat la baik-baik...
...Dalam Jawatankuasa ini, bukankah itu conflict of interest? Dan terpaksa, dan mengambil peluang ini untuk mempengerusikan, bukan itu conflict of interest? Saya minta penjelasan.
Okey, saya jelas...
Kita ada seorang Timbalan yang lain yang tak terlibat ketika mesyuarat ini dihadiri oleh Tuan Yang di-Pertua sendiri. Kita ada seorang Timbalan yang lain.
Oh, tidak dengar kah? Duduk, saya mahu menjelas.
Itu bukan conflict of interest?
Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Kinabatangan, soal ini telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Apabila saya terangkan, Yang Berhormat Bukit Gelugor tidak lagi buat apa- apa kerana itu adalah tindakan saya, saya kata muktamad. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat, pendapat itu adalah semata-mata untuk integriti Parlimen, saya ucap terima kasih sangat.
Saya pun jaga integriti Parlimen tetapi setakat ini saya nampak saya dan Timbalan-Timbalan saya belum pun mencabuli peraturan mesyuarat yang menjejaskan integriti Parlimen. Jadi kenapa saya dipersoalkan sekarang?
Biar saya sambung Tuan Yang di-Pertua.
Sedangkan yang mempersoalkan ini kadang-kadang juga kalaulah umpamanya saya tidak bersifat sabar, ada di antara Yang Berhormat buka mulut saja boleh di bawah peraturan mesyuarat, dihalau tetapi saya tanya, apa beza dia apabila Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri berbahas, melanggar peraturan lepas itu saya buat tindakan, saya kata keluar dengan dalam satu mesyuarat yang saya pengerusi yang saya nampak bahawa ada perlanggaran mesyuarat ataupun convention Parlimen. Bagi saya tiada beza, sama tetapi yang beza dia di sini ialah bukan saya sendiri yang mengenakan hukuman. Yang mengenakan hukuman adalah Majlis sendiri. Kamu berbahaslah Ahli Yang Berhormat.
Terima kasih. Boleh saya teruskan Tuan Yang di-Pertua?
Hormat menghormatilah antara satu sama lain. Saya tidak mengundi pun. Saya cuma mempengerusikan mesyuarat. Sila.
Ya. Saya pun hairan dan saya cukup bersimpati dengan keadaan Tuan Yang di-Pertua yang dipertikaikan oleh pembangkang. Saya tidak nampak ada berat sebelah dalam situasi pada ketika ini dan sekarang ini saya sedang berbahas. Berbahas yang usul cadangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Majlis yang telah kita pilih sendiri. Selepas saya berbahas, Yang Berhormat yang lain bolehlah berbahas. Apa mahu pertikai sangat? Yang kita mahu pertikaikan ialah kewibawaan wakil-wakil rakyat yang telah dipilih oleh Majlis ini, oleh Parlimen yang mulia pada hari ini tetapi tidak memainkan peranan selaku Ahli Majlis yang kita amanahkan. Bermakna ini tidak amanah tetapi bercakap, berhujah seolah-olah terlalu amanah. Ini pecah amanah. Oleh kerana itu saya berdiri di sini, saya mengambil kesempatan bahawa saya memang menyokong penuh usul yang dikemukakan oleh jawatankuasa pilihan supaya denda yang dikenakan, RM1000 seorang itu kita perakui dan juga kita memperakui bahawa wakil-wakil rakyat sama ada yang menjadi ahli majlis juga menjadi saksi yang telah tidak memainkan peranan mereka juga dikenakan tindakan iaitu dikenakan celaan selepas ini. Saya menyokong usul ini Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Ada Yang Berhormat yang mahu berbahas di sebelah kiri?
Tuan Yang di-Pertua .
[Bangun]
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Mahu bahas? Sila.
Tuan Yang di-Pertua.
Nanti dulu Yang Berhormat. Biasanya selepas saya panggil BN, daripada pembangkang pula. Saya difahamkan Yang Berhormat Bukit Gelugor mahu ikut bahas. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dia saksi. Boleh kah berbahas? Tidak conflict of interest kah? Lagi conflict.
Yang Berhormat, yang itu sudahlah. Terima kasih.
Don’t put your hand in the hornet nest.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tak apa, tak apa. Sila.
Keadilan yang kita nak bentangkan, nak kita timbangkan. Kalau dia boleh, kalau Tuan Yang di-Pertua salah. Macam mana sebenarnya Dewan ini?
Terima kasih, terima kasih saja. Yang Berhormat Bukit Gelugor sila.
Tuan Yang di-Pertua ini baik sangatlah. Tuan Yang di-Pertua baik.
Kalau Tuan Yang di-Pertua keluar, dia tak akan cakap.
Sila.
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya berhujah tanpa apa-apa gangguan daripada mana-mana pihak.
Kalau begitu kita orang keluar semualah… [Dewan riuh]
Keluar, keluar. Keluar, keluar.
Tuan Yang di-Pertua, the House of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952, Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952. Ini adalah satu akta yang diluluskan dalam tahun 1952 apabila tidak ada Parlimen, tidak ada Dewan Rakyat, tidak ada Dewan Negara. Peruntukan yang digunakan ke atas keempat ketua Pemuda ini, keempat-empat ini bukan kurang ajar tetapi kurang bijak. Apa kesalahan dia Tuan Yang di-Pertua? Bolehkah kesalahan serius seperti apa yang terjadi dihukum di bawah seksyen 9(e) Akta Majlis Parlimen. Benar Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa ini adalah ditubuhkan untuk mengadakan satu enquiry dan lapor kepada Dewan yang mulia ini. Denda RM1,000. Dalam tahun 1952, tidak ada apa dikatakan ringgit. Masa itu dollar, USD1,000. Apa nilai USD1,000 apabila banding dengan RM1,000 sekarang? Adakah sepuluh kali ganda? Akan tetapi kesalahan denda tidak mencukupi. Apa yang harus dibuat adalah untuk pinda seksyen 9 ini dalam akta itu yang diluluskan dalam tahun 1952. Kesalahan menyerang, menghalang seorang Ahli Parlimen Tuan Yang di-Pertua, adalah satu kesalahan yang amat serius. Apa reaksi Ketua Polis Negara apabila kejadian ini berlaku? Polis tidak ada kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan dalam Parlimen. Benar Tuan Yang di-Pertua, polis tidak boleh masuk dalam Dewan yang mulia ini, Chamber ini tetapi apa yang berlaku luar daripada Dewan ini Tuan Yang di-Pertua, within the precinct of Parliament. Bolehkah pandangan Ketua Polis Negara ini dipertahankan? Apa yang harus dibuat masa itu Tuan Yang di-Pertua adalah untuk jaga imej Dewan yang mulia ini, mempertahankan kepentingan seorang Ahli Dewan Rakyat. Masa itu Tuan Yang di-Pertua harus mengarahkan polis untuk mengambil tindakan dan selepas itu keempat-empat makhluk ini dihadapkan ke mahkamah. Adakah Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini mengetahui dan sedar apa jadi peruntukan seksyen 124 Kanun Keseksaan? Jika seorang menghalang seorang Ahli Dewan Rakyat, apa hukuman?
Hukuman Tuan Yang di-Pertua, tidak melebihi tujuh tahun dengan denda atau kedua-duanya. Akta Majlis Parlimen Keistimewaan dan Kuasa tahun 1952 harus dipinda. Apa yang ada dalam peruntukan 124 Kanun Keseksaan harus dimasukkan dalam seksyen 9. Seksyen 9 harus dipinda. Akan tetapi itu adalah perkara yang lain.
Apa signal Tuan Yang di-Pertua? Apa signal kepada orang-orang yang ada niat untuk berani masuk dalam that precinct of Parliament? Intimidate seorang Ahli Parlimen denda seribu. Walaupun Tuan Yang di-Pertua ini jadi maksimum, itu bukan bermakna Tuan Yang di-Pertua jawatankuasa ini tidak ada kuasa untuk mengharapkan Ketua Polis Negara untuk mengambil tindakan. Di mana Tuan Yang di-Pertua jika dalam satu prosiding, timbul satu yang ada unsur-unsur jenayah, hakim ada kuasa untuk mengarahkan polis mengambil tindakan. Apa yang terjadi Tuan Yang di-Pertua, ini boleh terjadi kepada sesiapapun. Jika hari itu saya dibunuh, Tuan Yang di-Pertua, Ketua Polis Negara cakap polis tidak ada apa-apa kuasa dalam Parlimen. Pembunuhan Tuan Yang di-Pertua diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan seksyen 302. Hukuman mati mandatori. Akan tetapi jika itu berlaku di sini hari itu Tuan Yang di-Pertua, apa kuasa dalam tangan Parlimen?... [Beberapa Ahli menyampuk]
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Sudahlah.
Tuan Yang di-Pertua, Dewan yang mulia ini haruslah menjaga imej keistimewaan Dewan Rakyat. Di India, Tuan Yang di-Pertua apabila Jenata menjadi kerajaan di sana, Indra Gandhi dimasukkan dalam penjara. Parlimen India ada kuasa untuk membuat demikian. Kenapa tidak ada kuasa dalam negara ini?... [Beberapa Ahli menyampuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, senyap Ahli-ahli Yang Berhormat.
Harus ambil berat, Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat dan meneliti laporan ini. Tuan Yang di-Pertua tidak ambil berat. Buat komen- komen yang ada inciting. Komen daripada ahli dalam jawatankuasa ini. Ahli Yang Berhormat dari Bintulu, perkataan seperti ‘huha-huha’, apa ini ‘huha-huha’? Perkara ini serius. Ada laporan polis dibuat terhadap Ahli Yang Berhormat dari Bintulu outraging of the modesty of a women. Itu ada.
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Yang soal...
Perkara ini yang saya nyatakan ini, Tuan Yang di-Pertua adalah ini. Perkara ini adalah satu perkara yang serius.
Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Jika saya menyatakan ‘huhahuha’ terhadap laporan yang dibuat terhadap dia.
Keluar tajuk.
Bukan keluar tajuk tetapi untuk menunjukkan jawatankuasa ini tidak mengambil berat. Ini bukan rekomendasi. Muka surat 13 Tuan Yang di-Pertua, keputusan jawatankuasa. Bukan rekomendasi jawatankuasa. Bagaimana Tuan Yang di-Pertua boleh menduduki kerusi itu, mempengerusikan... [Dewan riuh] [Beberapa Ahli menyampuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong senyap, Yang Berhormat. Itulah makanya saya tidak ada interest. Maka apa pun disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor saya terpaksa tahan kerana saya tidak boleh ikut berbahas. Kalau saya boleh ikut berbahas, belum tahu lagi. Sila, Yang Berhormat.
Ini satu precedent. Precedent yang berbahaya. Jika Tuan Yang di-Pertua tidak berundur, itu bermakna ini jadi satu precedent yang tidak boleh dipertahankan. Which speak of natural justice, apa natural justice Tuan Yang di-Pertua apabila jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh Tuan Yang di-Pertua menjatuhkan hukuman. Hukuman ke atas Tuan Yang di-Pertua, saya, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Lim Kit Siang iaitu Ahli Parlimen Ipoh Timur, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Tumpat.
Bolehkah itu dipertahankan Tuan Yang di-Pertua? Kami tidak dipanggil. Tidak dipanggil untuk menunjukkan satu hukuman sebagai admonishment yang dijatuhkan ke atas kami. Apa ini admonishment? Tuan Yang di-Pertua bukan seorang headmaster. A meaning of admonishment Tuan Yang di-Pertua, rebut warn. Di mana? Di mana dalam Act the Houses of Parliament, Privileges and Powers Act di mana ada peruntukkan untuk menjatuhkan hukuman seperti itu. There is no provision dengan izin, in the 1952 to admonish anyone. Di mana, di mana?
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat ya. Oleh kerana Yang Berhormat tanya begitu, kalau saya tidak respons, bermakna seolah-olah itu betul. See, Ahli Yang Berhormat, pernah di Parlimen ini pada tahun 1991, seorang wakil rakyat telah di admonish...
Itu lain. Jika itu Tuan Yang di-Pertua...
Tidak. Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, tidak saya secara... [Dewan riuh]
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Apabila saya tidak...
Itulah, itulah sekarang Tuan Yang di- Pertua.
Apabila saya tidak... [Dewan riuh]
Peraturan 42.
Ini menunjukkan conflict of interest.
Yes.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Gelugor...
Bukan itu.
Jawablah.
Yang Berhormat Bukit Gelugor, apabila yang tanya saya begitu, saya terpaksa juga bagi Yang Berhormat. Sebetulnya Peraturan Mesyuarat 7 yang dibangkitkan adalah pelantikan Speaker.
Itu ada …..
Tidak ada conflict of interest ini Yang Berhormat. Itu makanya saya dengar.
Tuan Yang di-Pertua....
Akan tetapi jangan bercakap lebih-lebih daripada apa yang saya benarkan. Dalam perbahasan mana lain pun, tidak ada kena-mengena dengan ini pun. Pernah saya suruh Yang Berhormat berehat. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, saya buat provokasi itu tadi untuk menunjukkan kepada Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua ada ….
[Ketawa]
You felt into the trap.
No, no, no. Yang Berhormat, kalau saya tidak respons begitu seolah-olah Yang Berhormat misleading the Dewan.
[Menyampuk]
Yang Berhormat Batu Gajah, jangan campur. Jangan campur. Sila.
Itu menunjukkan Tuan Yang di-Pertua ada reaksi, reaksi kepada apa yang saya petik daripada laporan ini. Itu bermakna Tuan Yang di-Pertua ada conflict of interest dan harus berundur.
Ahli Yang Berhormat, kalau dalam perbahasan mana-mana pun, apabila seseorang Yang Berhormat berhujah, terpulang kepada Speaker untuk menegur sama ada itu menyeleweng atau tidak. Bergantung kepada fakta. Itu semua kita terima. Akan tetapi kadang-kadang apabila fakta sudah dibuat 36(12) oleh kerana perbahasan itu kita mahu berjalan dengan lancar, kita biarkan. Akan tetapi dalam soal ini, tidak ada soal perangkap dan tidak kenapa apabila saya tidak ingatkan begitu, seolah-olah perkara itu belum berlaku dalam Parlimen ini.
Apabila laporan itu pula dibuat, yang sekarang saya duduk di sini, saya tidak ingatkan kepada semua, saya rasa bukan semua Ahli-ahli Yang Berhormat tahu bahawa ada precedent pada tahun 1961.
Ini bukan laporan sahaja Tuan Yang di- Pertua.
Sila. Teruskan, sila.
Apa yang hendak dinyatakan, every word is here Tuan Yang di-Pertua, termasuk insulting behavior on the part of Tuan Yang di- Pertua dalam laporan ini. But we put that the other site Tuan Yang di-Pertua, di mana ada peruntukan untuk admonish. Ada dikatakan dalam laporan ini, ada satu precedent dalam tahun 1961. Di mana? Di mana dalam Hansard ada itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneliti itu.
Teruskan. Boleh lagi diberi kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Ini bukan bermakna Tuan Yang di- Pertua, jika ada satu kesilapan, satu keputusan yang tidak boleh diterima dalam tahun 1961, itu boleh diikuti. Tidak payah Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli dalam Jawatankuasa ini termasuk Tuan Yang di-Pertua menjadi sebagai sheep, just follow the 1961 precedent. Kamu dapat tahu daripada Menteri atau Tuan Yang di-Pertua sendiri di mana ada peruntukan itu? Tidak ada peruntukan. To be admonished Tuan Yang di-Pertua dengan izin, it is an insult to our intelligence. You cannot accept that. You got no right to in fact even to recommend them.
Kalau, Yang...
Apa cara? Apa cara?
Yang Berhormat Bukit Gelugor, kalau Yang Berhormat dengan cara berbahas begini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua bilang insulting, apabila Yang Berhormat bercakap pula bahawa you don’t even write, bermakna itu Yang Berhormat juga insulting. Apabila Yang Berhormat berbahas sepanjang ingatan saya semenjak saya menjadi Tuan Yang di-Pertua, semua perkataan insulting. Tidak pun mengikut peraturan mesyuarat...
Ini semua ada dalam laporan Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat. Sebetulnya Yang Berhormat, tadi ada Ahli-ahli Yang Berhormat mengatakan bahawa tidak perlu berucap. Sebetulnya Yang Berhormat awal-awal lagi daripada Hansard, apabila saya menerima usul daripada Menteri di bawah 80A, Yang Berhormat sudah cakap awal-awal tidak mahu mengikuti, tidak recognize Jawatankuasa ini.
Apa yang harus dibuat adalah untuk mengarahkan polis tangkap keempat-empat ini dan yang lain. Macam-macam ada dalam Tuan Yang di-Pertua, video yang ada dilihat oleh Tuan Yang di-Pertua.
Perkataan seperti ‘pukimak’ ada dalam itu? Tidak dengar itu? Tidak boleh main- main Tuan Yang di-Pertua dalam perkara serius seperti ini... [Disampuk] Sesiapa pun boleh datang di sini.
Yang Berhormat. Kita dengar Yang Berhormat. Selepas itu, Ahli-ahli Yang Berhormat ingin berucap, berucaplah.
Sesiapa pun boleh datang di sini Tuan Yang di-Pertua, boleh tampar Tuan Yang di-Pertua, can slap you, slap us. RM1,000 loose cash for these people. Ini orang bukan orang biasa Tuan Yang di-Pertua, Ketua Pemuda UMNO. Apa macam parti UMNO ini? Yang ada orang seperti ini. Tanpa parti ini Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya lihat dalam laporan tidak memberi apa-apa keterangan, hanya satu statement daripada dia. Seorang menjadi wakil bagi pihak yang lain. Bolehkah itu Tuan Yang di-Pertua, menjadi keterangan yang boleh diterima. Bagi Michael Cornelius dia memberi keterangan, dua hingga tiga saksi lain memberi keterangan. Mengapa keistimewaan kepada empat ini? Seorang memberi satu statement. Apa yang hendak diambil kira dalam ini? Keempat-empat ini minta maaf. Minta maaf daripada siapa? Bukan daripada mangsa, saya! Di mana ada itu Tuan Yang di- Pertua? Tidak ada apa-apa. Maaf. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pohon. Yang Berhormat Bukit Gelugor mohon mencelah boleh? Boleh?
Boleh, boleh.
Saya ingin merujuk kepada laman web Pemuda UMNO selepas dikenakan hukuman RM1,000. Perenggan yang kedua terakhir, menyebutkan bahawa salah seorang yang dihukum itu mengatakan, namun kita tidak sesekali memohon maaf kepada Karpal Singh yang merupakan seorang Ahli Parlimen yang tidak bertanggungjawab seperti mana yang saya katakan sebelum ini. Ini membuktikan bahawa, kenyataan Yang Berhormat Bukit Gelugor bahawa hukuman itu tidak memadai terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa... [Tepuk] Jadi, saya mohon pandangan ini sama ada permohonan maaf ini perlu dibuat sekali lagi kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor ataupun kepada Majlis... [Tepuk] Pohon penjelasan.
Apa yang harus dibuat Tuan Yang di- Pertua, keempat-empat ini datang ke Dewan ini dan minta maaf. Itu apa yang harus dibuat Tuan Yang di-Pertua, bukan RM1,000 denda. UMNO ada duit yang banyak Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Rembau, politik wang. Yang Berhormat Rembau ada banyak duit, politik wang... [Dewan riuh] Dia harus diam. Bukan gantung, harus dihadapkan dalam mahkamah Tuan Yang di-Pertua. Korupsi, kerana itu keputusan dibuat bukan...
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Jangan terlampau menjangkaui batas kerana itu sudah tuduhan. Jangan Yang Berhormat. Saya benarkan Yang Berhormat bahas dengan penuh...
Dia Ketua Pemuda sekarang. Ketua kepada semua empat ini dan yang lain Tuan Yang di-Pertua.
Mulut celupar ini Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Pasir Salak sudah... [Ketawa] Saya tidak mahu lagi ada campur. Yang Berhormat, saya ingatkan jangan sama sekali menggunakan perkataan yang unparliamentary kerana itu tuduhan. Jadi, cadangkan bahawa siapa nanti ikut bahas, hujah yang tidak boleh dibela di luar, janganlah keluarkan, elakkan. Silakan.
Saya mahu Tuan Yang di-Pertua nyatakan ini. Saya ingin mengarahkan Yang Berhormat Batu Gajah; Yang Berhormat Padang Serai; Yang Berhormat Bukit Bintang; dan Yang Berhormat Segambut untuk boikot inquiry ini. Saya yang buat itu Tuan Yang di-Pertua. Bagi ketiga-tiga yang lain Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Timur; Yang Berhormat Tumpat; dan Yang Berhormat Subang, apa kesalahan mereka?
Ada dikatakan dalam laporan ini di muka surat 14, kesalahan di bawah seksyen 9(a), Akta Majlis Parlimen Keistimewaan dan Kuasa tahun 1952, tidak mematuhi apa-apa perintah untuk hadir atau untuk mengemukakan kertas-kertas. Ini adalah bagi seorang saksi. Seorang saksi yang diwajibkan untuk hadir, untuk kemukakan kertas-kertas, buku- buku, rekod-rekod. Mana ada kesalahan dia? Bagaimana dan apa yang dibuat oleh ketiga- tiga Ahli Yang Berhormat ini memasuki dalam seksyen 9(a)?
Seksyen 9(a) Tuan Yang di-Pertua, talks about witness; “The attendance of the witness, the production of the documents by a witness,”…and the rest of it. Pada pandangan saya ketiga-tiga ini tidak ada membuat apa-apa yang boleh dikatakan adalah satu kesalahan di bawah seksyen 9A. Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, laporan ini tidak boleh diterima kerana ini bukan satu ajaran kepada keempat-empat Ketua Pemuda UMNO ini. Tuan Yang di-Pertua, keempat-empat itu harus dibawa ke dalam Dewan ini untuk minta maaf. RM1,000 fine, RM1,000 denda itu tidak bermakna. Saya harap...
Yang Berhormat, panjang lagi, panjang lagi?
Ya?
Panjang lagi?
Tak berapa panjang lagi... [Ketawa]
Terima kasih.
Apa yang saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua, ini satu laporan yang tidak boleh diterima kerana satu precedent. Dahulu pada tahun 1961, sekarang dalam tahun 2009, jawatankuasa ini mengikuti precedent itu. Untuk datang ke Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua ada risiko sekarang. Risiko kerana RM1,000 sahaja. Sesiapa pun boleh datang ke prosiding Parlimen ini Tuan Yang di-Pertua, untuk menyerang, menghalang, memukul, apa pun boleh dibuat. Saya harap Tuan Yang di- Pertua, Jabatan Peguam Negara boleh meneliti akta ini. Apa yang diperuntukkan dalam seksyen 9 tidak mencukupi. Tuan Yang di-Pertua, tak payah untuk saya buat cadangan itu. Di mana Law Revision Committee dalam Jabatan Peguam Negara? Ada berapa undang-undang yang harus dipinda Tuan Yang di-Pertua? Invasion of privacy dengan izin, peruntukan dalam Minor Offences Act 1955, maksimum denda adalah RM100. Maksimum RM100. Invasion of privacy. Satu undang-undang yang diluluskan pada tahun 1955. Saya merayu kepada dengan izin, the Law Revision Committee untuk meneliti undang-undang seperti ini. Kenapa saya cadang tadi Tuan Yang di-Pertua, peruntukan 142 harus dimasukkan dalam akta ini? We must be serious Tuan Yang di-Pertua. Dengan izin, if a Member of Parliament being intimidated and all he has to pay is RM1,000. Tuan Yang di-Pertua, we can’t do anything about it kerana ini peruntukan dalam seksyen 9. Ini maksimum. Saya harap Tuan Yang di- Pertua, Dewan yang mulia ini dan Ahli-Ahli Yang Berhormat dari Barisan Nasional, ini boleh jadi kepada sesiapa termasuk Tuan Yang di-Pertua.
Sudahlah Yang Berhormat. Ada peluang untuk bahas.
Saya harap Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang saya cadangkan tadi dibuat dengan segera. Terima kasih.
Terima kasih. Saya bagi laluan kepada Yang Berhormat Rembau dahulu. Ahli Yang Berhormat, ramai lagi yang mahu bercakap ini ataupun hanya satu dua orang sahaja daripada sebelah kanan dan sebelah kiri, kerana ini jelas.
[Bangun]
Ya, ya okey. Yang Berhormat, masa kita tidak banyak. Mesej itu very clear. Jadi, key Speaker sahaja yang saya minta, kalau boleh. Saya nampak Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap, Yang Berhormat Bukit Gelugor sudah bercakap...
Semua yang terlibat patutlah ada hak.
Sila Yang Berhormat Rembau.
Terima kasih. Kalau yang terlibat ada hendak cakap itu patut pergilah masa jawatankuasa panggil.
Ha!
Ini tak pergi. Lepas itu hendak cakap.
Bagi expert Oxford lah. Baliklah.
Duduk dahulu. Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan terima kasih izinkan saya bahas. Saya rasa terpanggil sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan pada waktu tersebut sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, cuma saya nampak Tuan Yang di-Pertua begitu generous tadi waktu saya bangkitkan soal peraturan mesyuarat walaupun mengatakan bahawa mereka contempt, Yang Berhormat Ipoh Timur dan juga Yang Berhormat Bukit Gelugor, tetapi tidak mengambil tindakan seterusnya. Akan tetapi saya cuma hendak bangkitkan tadi Yang Berhormat Ipoh Timur ada insult saya, dia kata waktu laporan ini diletak atas meja dikira sebagai dibentangkan, tetapi kalau dia pandai ataupun bukan kurang bijak, dia boleh baca Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul diedarkan kepada semua. Di situ disebut ”Dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5) dan keputusan usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 26 Februari 2009, maka Penyata Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 80A dibentangkan di atas meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan DR1 2009 hendaklah diterima dan dipersetujukan.” Jadi memang jelas bahawa apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur itu memang bukan sahaja salah tetapi memang kurang bijak kerana dia malas baca. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada laporan pula. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah mempengerusikan satu Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat atas kejadian yang berlaku pada 26 Februari 2009. Saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi bahawasanya ini adalah satu perkara yang serius, yang merupakan satu insiden yang kita sama-sama, sama ada daripada kerajaan Barisan Nasional ataupun daripada pembangkang tidak ingin melihat perkara tersebut berlaku lagi. Akan tetapi saya ingin menarik perhatian bahawasanya dalam siasatan, dalam perbincangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat ini, maka yang penting yang perlu saya tegaskan sekali lagi adalah pemimpin pergerakan pemuda yang terlibat iaitu empat ketua pergerakan pemuda yang daripada Petaling Jaya Utara, daripada Gombak, daripada Serdang dan juga daripada Shah Alam telah memberi keterangan bersama kepada jawatankuasa bukan sahaja keterangan regret tetapi penuh dengan contrition iaitu mereka telah memohon maaf kepada institusi Parlimen, kepada Majlis dan juga kepada Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun]
Yang Berhormat Batu saya baru mula, duduk dahulu. Nanti saya bagi laluan. Jadi saya melihat di sini, yang pertamanya mereka sudah kesal, sudah ada contrition, sudah ada acknowledgement, sudah ada satu pengakuan daripada kita, daripada pergerakan Pemuda UMNO bahawa kita tidak ingin melihat perkara ini jadi satu insiden yang boleh diulangi. Ini menggambarkan kematangan ahli-ahli pergerakan Pemuda UMNO yang datang kepada jawatankuasa dan memberi satu keterangan contrition, berbeza daripada yang terlibat daripada pembangkang yang langsung tidak menghormati jawatankuasa ini, tidak pernah hadir sekalipun untuk memberi keterangan.
Jadi, di situ kita melihat perbezaan antara pendekatan yang diambil oleh ahli-ahli atau pun Ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang terlibat dan juga daripada pihak pembangkang yang langsung tidak hadir sebagai saksi dan memberi keterangan dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya telah membangkitkan ...
Tuan Yang di-Pertua ...
Tidak payahlah Yang Berhormat Batu. Banyak lagi.
Tadi kata ...
Duduk, duduk sekejap. Duduk sekejap, nanti saya bagi ya. Mahu pergi mana itu Jurassic..., lari kah? Okeylah. Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya sebut tentang prinsip kemaafan daripada mereka yang terlibat, saya terpaksa tegaskan beberapa perkara yang saya rasakan perlu saya rasa disuarakan tentang insiden tersebut. Walaupun terkandung dalam laporan ini, tetapi saya rasa perlu menjadi public record dalam perbahasan kita ini. Pertamanya, seperti mana yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang, Ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO yang terlibat pada waktu tersebut tidak merancang untuk berjumpa dengan Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor. Mereka datang atas jemputan daripada Ahli Yang Berhormat daripada Mersing, pada waktu itu Timbalan Menteri Kesihatan yang mana beliau telah mengundang mereka datang ke Parlimen untuk menghadiri satu majlis. Mereka bukan premeditated...
[Bangun]
Duduk sekejap Yang Berhormat Segambut. Bukan premeditated. Bukannya mereka tunggu di situ untuk berjumpa dengan Ahli Yang Berhormat dari Bukit Gelugor. Ini adalah satu kebetulan di mana mereka apabila hendak balik telah terserempak dengan Ahli Yang Berhormat dari Bukit Gelugor. Jadi, insiden ini bukan premeditated. Itu yang pertama. Kedua, yang saya hendak tegaskan di sini bahawa tidak ada kekerasan langsung yang berlaku bersama dengan Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor. Waktu Yang Berhormat Segambut datang, waktu Yang Berhormat Padang Serai datang, waktu Yang Berhormat Batu Gajah datang, itu mungkin ada sedikit sebanyak tolak-menolak tetapi sebelum itu tidak ada sedikit pun kekerasan yang dilaksanakan atau pun dilakukan oleh Ahli Pergerakan Pemuda UMNO kepada Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor. Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh Mr. Michael Conilius iaitu pembantu peribadi kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor, warga negara India. Pembantu peribadi pun dia ambil orang asing...
[Ketawa]
Akan tetapi, ini dinyatakan oleh Mr. Conilius bahawa tidak ada sentuhan langsung daripada Ahli Pergerakan Pemuda UMNO atas tubuh badan Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor. Kalau ada pun, ada seorang yang letak tangan dia atas handle wheel chair dan bukannya badan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Jadi, soal kekerasan, soal physical violent, atau pun physical intimidation itu adalah satu perkara yang ada a stretch of truth daripada pembangkang.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Bukit Mertajam, saya berilah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Rembau. Di dalam takrifan sexual harassment atau pun keganasan itu. Bahawa keganasan itu bukan sahaja secara fizikal, keganasan itu, intimidation itu, atau sexual harassment itu boleh juga secara psychological dan juga verbal, secara percakapan.
Terima kasih
Jadi, saya tidak bersetuju dengan Yang Berhormat dari Rembau bahawa tidak ada fizikal .
Ya, ya. Saya rasa point yang baik.
That’s mean there is not an intimidation...
Point yang baik tetapi saya boleh nyatakan dengan jelas bahawa Ahli Pergerakan Pemuda UMNO tidak ada di sini untuk sexually intimidated Ahli Yang Berhormat dari Bukit Gelugor.
[Ketawa]
Kecuali sebaliknya, saya tidak tahulah tetapi, point of third.
Bukan seksual lah tetapi its still intimidation.
Point of third. Never mind, it’s okay, you can sit down.
[Ketawa]
Jadi, saya hendak pergi kepada insiden tersebut sebab semua ini terkandung dalam minuted dalam keterangan yang telah dibuat oleh semua saksi. Pertamanya, niat mereka bukan untuk intimidated, niat mereka bukan psychological intimidation, lebih lagi physical intimidation. Niat mereka adalah untuk minta clarification. Kalau kita tengok daripada portal rakaman Youtube. Awalnya, mereka cuma berdepan dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor yang telah dibawa oleh warga negara daripada India, Mr. Conilius dan mereka tanya kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor kenapa Yang Berhormat Bukit Gelugor telah keluar beberapa kenyataan? Lebih kepada clarification dan Tuan Yang di-Pertua sendiri dalam keterangan, beberapa ahli jawatankuasa telah merujuk kepada perkara bahawa ini adalah bermula dengan satu sesi di mana mereka tanya, minta penjelasan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor sama ada beliau masih tetap dengan pendirian yang telah dibuat dalam Dewan satu hari sebelum insiden itu berlaku. Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor nampak mikrofon telah berbunyi...
Penjelasan.
Penjelasan, okey.
Adakah Ahli Yang Berhormat dari Rembau cabar apa yang diputuskan oleh jawatankuasa ini. Saya baca apa yang ada dalam muka surat 13. “Kesalahan ini adalah merupakan kesalahan menghina Majlis seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 9(e) Akta Majlis Parlimen, Keistimewaan dan Kuasa 1952 iaitu menyerang, menghalang dan sebagainya.” Ini adalah satu finding oleh jawatankuasa ini. Adakah Ahli Yang Berhormat cabar finding itu?
Tuan Yang di-Pertua, kalau saya Yang Berhormat Bukit Gelugor, I wouldn’t talk about menghina Majlis. Baru tadi Tuan Yang di-Pertua telah buat ruling bahawa Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor pun telah contempt Majlis dengan menyiarkan laporan ini dahulu... [Tepuk] So, I don’t think you should talk about penghinaan Majlis. Saya cuma cakap circumstances, keadaan di mana ini berlaku walaupun akhirnya saya akan setuju dengan jawatankuasa, laporan ini tetapi saya cuma hendak bangkitkan circumstances keadaan. Saya tak hendak seolah-olah Yang Berhormat Bukit Gelugor dan rakan-rakan daripada sana bagi gambaran bahawa ini adalah keganasan yang premeditated, bahawasanya apa yang tidak berlaku, berlaku. Ini kerana saya hendak beri keterangan supaya kita dapat tahu apakah kebenaran dalam hal ini. Cukuplah Yang Berhormat Bukit Gelugor, tadi sudah berceramah begitu panjang dah. Orang pun bosan hendak dengar. Cukup.
Jadi, saya pergi kepada apa yang saya kata tadi. Ia bermula dengan perbincangan. Walaupun saya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh jawatankuasa. Ini soalan saya sebenarnya kepada Ahli-ahli jawatankuasa, soalan yang mungkin boleh dijawab kemudian. Bahawa apa sebenarnya yang ditafsirkan sebagai obstruction, sebagai halangan? Sebab kalau awalnya kita melihat video itu, dia cuma kepada satu soal jawab dan sudah tentunya saya mengakui ada cabaran. Dicabar oleh Pemuda UMNO Selangor untuk Yang Berhormat Bukit Gelugor mengulangi apa yang disebut. Nanti saya akan sebut apa yang, Yang Berhormat Bukit Gelugor sebut satu hari sebelum insiden itu berlaku. Akan tetapi, apabila saya betul-betul melihat, saya tengok video itu sendiri, semalam saya tengok Youtube.
[Bangun]
Cukuplah Yang Berhormat Bukit Mertajam, duduk dahulu. Saya belum habis lagi. Cukup! Saya tengok video itu sendiri. Mungkin ada unsur di mana Yang Berhormat Bukit Gelugor tidak boleh bergerak sebab seolah-olah nampak ada halangan daripada Ahli Pergerakan Pemuda UMNO, tetapi juga saya betul-betul melihat video ini. Saya nampak bahawa apabila Yang Berhormat Bukit Gelugor minta supaya ditolak oleh Mr. Conilius, Mr. Conilius tidak jalan sebab dia tengah cakap telefon. Bukan kerana dihalang. Yang Berhormat Bukit Gelugor banyak kali kata, “Michael let’s go, Michael let’s go.” Si Michael itu sedang bercakap telefon. Minta Yang Berhormat Puchong datang, minta Yang Berhormat Padang Serai datang, minta Batu Gajah datang, Yang Berhormat Segambut datang...
Penjelasan.
Itulah sebab wheel chair nya, kerusi rodanya tidak maju ke hadapan sebab si Michael itu, Mr. Conilius tengah cakap telefon. Saya tak hendak dispute. Saya cuma kata di sini obstruction itu berlaku mungkin sebab Pemuda UMNO ada di depan, satu. Akan tetapi, satu lagi barangkali mitigating circumstances Tuan Yang di-Pertua saya melihat video itu sendiri bila Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor “Michael let’s go, Michael let’s go.” Si Michael tengah cakap telefon sebab itu tidak boleh go...
Penjelasan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua ...
Penjelasan.
Yang Berhormat Bukit Mertajam tidak apalah. Bagi laluan kepada saya dahulu.
Saya minta laluan sahaja.
Nanti saya bagi laluan, nanti saya bagi laluan. Calm down, relax. Jadi, saya bangkitkan isu ini sebab Tuan Yang di- Pertua walaupun ini serius, saya tidak ingin melihat Ahli Parlimen dihalang. We have very serious business di Dewan Rakyat ini dan saya tidak hendak melihat Ahli Parlimen dihalang. Akan tetapi ada dalam perbincangan itu, kita set satu precedent, dengan izin. Kita set satu precedent. Apakah maksud obstruction dan halangan? Kalaulah macam disebut oleh seorang ahli jawatankuasa ini, saya tidak ingat siapa. Kalau hendak pergi bilik air, kalau ada pengundi kita daripada kawasan kita tidak dapat peruntukan tiba-tiba dia tahan kita macam itu. Adakah itu juga obstruction? Jadi, kita kena tengok betul-betul precedent yang kita set. Bukan sahaja compare apple to apple. Saya mengakui di sini mungkin kita melihat kepada satu insiden yang berbeza tetapi sebenarnya kita set precedent. Dengan adanya keputusan macam ini, apakah yang constitute?
Apakah yang dimaksudkan dengan sebagai halangan terhadap Ahli Parlimen. Banyak kali Ahli Parlimen keluar daripada Dewan disekat. Disekat oleh ramai orang daripada media, pengundi, NGO. Dahulu Yang Berhormat Pasir Mas kena sekat oleh Persatuan Orang Kurang Upaya. Sama juga dengan Yang Berhormat Kinabatangan disekat ya? Beliau disekat oleh Persatuan OKU. Kenapa kita tidak denda mereka? Sebab itu juga obstruction.
[Bangun]
Jadi kita perlu jelas dalam hal ini. Saya tidak hendak beri kepada Yang Berhormat Subang sebab Yang Berhormat Subang ahli jawatankuasa dan tidak hadir. Jadi Yang Berhormat Subang tidak perlu cakap.
Kalau berani berilah.
Tidak apa-apa..., tidak apa-apa.
Yang Berhormat Rembau mesti beri sebab.
Saya beri sahabat saya daripada...
[Bangun]
Yang Berhormat Rembau putar belitkan fakta. Berani sikit.
Petaling Jaya apa?
Yang Berhormat Rembau telah putar belitkan fakta.
No! No! No!
Orang hendak dengar macam mana Yang Berhormat putar belitkan fakta.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah buat keputusan...
Jangan bertengkar Ahli Yang Berhormat! Tolong jangan.
Yang Berhormat Subang ini tidak ada penghormatan kepada Jawatankuasa.
Tuan Yang di-Pertua...
You do need to respect the jawatankuasa...
Perkara macam ini...
...And you don’t even attend. First of all Tuan Yang di-Pertua...
Orang yang tercela.
His position is not even consistent...
Ahli-ahli Yang Berhormat yang dibahaskan ini adalah etika Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri! Bukan Tuan Yang di-Pertua yang ada interest. Kalau tidak timbul dengan soal-soal kalau berhujah lebih-lebih tidak ada berlaku 80A. Bukan etika saya! Bukan kerana ada interest saya! Sila.
Terima kasih. Hendak lagi? Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Rembau, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya berasa kecewa sedikit tadi mengenai ucapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Rembau di mana dia membandingkan sekatan yang diberikan di luar tempat dengan pihak wartawan, dengan pihak pengadu yang lain-lain berbanding dengan pihak yang menghalang perjalanan, yang bersikap kasar, yang berkata kasar dan yang bersorak-sorak. Mana boleh kita bandingkan macam itu? It is day and night. So how you can say that?
Okey.
So, how can you say that?
Terima kasih. Ini baru soalan standard Oxford. Bukan macam Jurassic punya dinosaur itu. [Ketawa] Memang betul! Mungkin perbandingan antara media itu tidak berapa tepat. Akan tetapi perbandingan dengan aktivis ISA yang masuk ke sini, HINDRAF yang dahulu masuk ke sini sekat saya minta hendak pin lencana memansuhkan ISA ke atas saya. Itu pun obstruction juga. Cuma saya minta consistency. Bukan saya hendak bela apa yang berlaku. Saya cuma minta consistency kerana kita buat keputusan yang penting hari ini. We set a precedent dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita mentafsirkan, memberi definition kepada apa yang consuetude yang merupakan sebagai satu halangan. Akan tetapi saya memulakan ucapan saya, perbahasan saya dengan premis bahawa kita setuju. Sebab itu kita mohon maaf. Akan tetapi kita cuma hendak memperhalus dengan terperinci, details yang telah disampaikan oleh Jawatankuasa ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beri rumusan bagi bab pertama. Pertamanya tidak premeditated, tidak ada sentuhan dan sebenarnya kekecohan ini berlaku selepas Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Pakatan Rakyat yang lain. Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Padang Serai dan semua datang ke situ barulah ada tolak-menolak. Sebelum itu tidak ada langsung sentuhan ke atas Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor...
[Bangun]
Jadi tafsiran kita tentang isu ini perlulah tepat. Ya, Yang Berhormat Batu.
Ya, saya berharap Yang Berhormat Rembau kembali kepada report page empat ini yang menyatakan bahawa jelas ada tahanan tidak beri Yang Berhormat Bukit Gelugor maju ke depan. Akan tetapi saya tidak mahu masukkan detail ini. Saya kecewa dengan sikap kalau kita datang sini sebagai seorang pemimpin yang ingin memohon maaf tetapi yang saya dengar hanya seolah-olah hanya hendak defend, hendak beri apology kepada satu behavior yang sepatutnya dengan izin, not acceptable at all. Hujah tadi seolah-olah defensive. Saya ingin bertanya sama ada Yang Berhormat Rembau sebagai pemimpin Pemuda UMNO mohon maaf bagi pihak Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan ini terhadap tindakan yang telah dikenakan yang tidak boleh diterima yang telah dilakukan terhadap Dewan ini. Terima kasih.
Saya akan sampai ke bab minta maaf ini tidak lama lagi. Jadi saya minta Yang Berhormat Batu bersabar sikit. Apabila saya tampil untuk berbahas, bukan bermaksud bahawa saya menghalalkan apa yang berlaku. Cuma saya minta penjelasan dan saya sendiri memberi penjelasan daripada perspektif sebagai Ahli Parlimen yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.
Boleh Yang Berhormat Rembau duduk sekejap dahulu. Saya mahu buat kenyataan sekejap, sikit sahaja. Ahli-ahli Yang Berhormat, insiden yang berlaku itu, semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang hadir dalam Dewan ini ataupun di luar Dewan, kita semua sudah maklum. Kamu tahu punca, sebab, siapa? Apabila berbahas, bahas dengan penuh berhemah. Search your soul, sama ada yang dibahaskan ini perlu kita bahas lain kali ataupun kita pendekkan. Setiap kita ada kesilapan.
Mari kita sama-sama buat satu tekad bahawa jangan perkara begini berlaku di Parlimen Malaysia ini. Saya sedih Yang Berhormat. Saya yang tidak kena mengena pun dituduh bahawa saya ada interest. Akan tetapi puncanya yang sebenar kita tahu daripada perbahasan, daripada Yang Berhormat yang kadang-kadang lepas cakap. Seperti Yang Berhormat Rembau tadi memanggil Jurassic. Tidak mengapa, saya biarkan begitu kerana Yang Berhormat Ipoh Barat tidak react. Perkara sekecil begini kalau boleh kita elakkan tidak adalah perbahasan menghabiskan masa kerana bercerita pasal hal Ahli-ahli Yang Berhormat, fasal tertib, semua kamu tahu. Tolonglah! Selepas Yang Berhormat Rembau siapa nanti yang berucap, berucap dengan baik. Tidak payahlah ramai-ramai satu dua orang sudahlah.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sudah search my soul [Ketawa] dan apabila kita melihat kepada insiden ini memang perlu kepada soul searching. Kita perlu tanya kenapa insiden ini berlaku? Sebelum saya sebut perkara ini, Tuan Yang di-Pertua sendiri telah sebut kenapa insiden ini berlaku? Kenapa sampai menimbulkan kemarahan Ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO yang datang ke sini untuk majlis yang lain tetapi apabila terserempak dengan Ahli Bukit Gelugor, berdepan dengan beliau cuma untuk bertanya soalan. Mengapa mereka begitu emosi saya hendak tanya? Pengerusi sendiri kata, sorry siapa tadi yang kena buang daripada Perak tadi? Apa yang you kata tadi? Kata samseng ya? Berdiri cakap! Kalau tidak berani duduk diam! Pengerusi sendiri cakap dalam keterangan yang telah diberi di dalam Mesyuarat Jawatankuasa, saya quoted “Pada masa yang sama, jangan pula Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempunyai standard yang terlampau tinggi, I’m not an ordinary person berpengalaman tujuh penggal sewenang- wenang melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas yang akan menimbulkan kekeruhan di sana. Itulah makanya kenapa ada Akta Hasutan”. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkit soal mitigating circumstances. Bukan saya minta agar denda ini dikurangkan. Cuma saya bangkitkan isu ini sebagai mitigating circumstances supaya secara rasmi di rekod dalam Hansard bahawasanya insiden ini berpunca bukan daripada Pemuda tetapi daripada Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor sendiri... [Tepuk] Ia bermula pada 25 Februari. Apakah root causes, perkara yang ada di depan kita pada hari ini? Bukannya tindakan daripada Pergerakan Pemuda. Bukannya reaksi daripada Pergerakan Pemuda tetapi root causes nya adalah keceluparan daripada Ahli Parlimen dari Bukit Gelugor... [Tepuk] Sampai hari ini Tuan Yang di-Pertua... tadi dia boleh dengan berani kata...
[Bangun]
Duduk Sekejap. I tengah syok ini...
Ini bukan hendak...
You potong stim betullah Yang Berhormat Batu.
Yang Berhormat Batu...
Ini cara hendak defend...[Dewan riuh]
Yang Berhormat Batu! Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, dalam perbahasan sememangnya begini. Jangan jadi Ahli Yang Berhormat kalau telinga nipis dan berkata tidak kuat.
Betul-betul.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jadi kita berbalik kepada root causes. Kenapa perkara ini telah berlaku? Tadi Yang Berhormat Bukit Gelugor dalam perbahasan telah nyatakan bahawa dia minta, dia tuntut, dia arah supaya Pemuda UMNO masuk ke dalam Dewan ini untuk memohon maaf.
Saya sebagai Ketua Pemuda, tak akan benarkan mereka mohon maaf kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Bukit Gelugor patut minta maaf kepada UMNO dulu... [Tepuk] Just for the record Tuan Yang di-Pertua, just for the record Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebut...
Yang Berhormat Rembau, jangan lebih-lebih nanti rosak meja kita Yang Berhormat. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, saya tak hentak meja, dia yang hentak meja, Yang Berhormat Kinabatangan, dia syok saya berucap. Tuan Yang di-Pertua, just for the record saya ungkap kembali Hansard. Ini semua ada permulaan, nothing comes from nothing, something comes from something. Perkara ini bermula daripada ucapan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor pada 25 Februari, sebelum insiden ini berlaku...
[Bangun]
Yang Berhormat Batu duduklah, Yang Berhormat.
Sikap macam ini, itulah sebab seribu kedai tutup.
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Duduk Yang Berhormat Batu, duduk Yang Berhormat Batu.
Ini merupakan satu, there’s no remorse…
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.
There’s no remorse on his side, that’s why we say if one thousand is not enough. Look at that.
Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu, duduk Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, apa dia? Premis saya, kita menerima...
Kepala batu!
Kita menerima tanggungjawab, kita acknowledge dan kita apologize kepada Parlimen tetapi ini soal Yang Berhormat Bukit Gelugor dengan apa yang berlaku. Yang Berhormat Bukit Gelugor pada 25 hari bulan Tuan Yang di-Pertua, “Saya mahu dapat tahu di mana pemuda UMNO ini, celaka ini dapat dua peluru ini”. Itu daripada Hansard, ini bukan saya letak perkataan dalam mulut Yang Berhormat Bukit Gelugor, ini keluar daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor sendiri.
Penjelasan, penjelasan.
Sekejap, sekejap, duduk dulu. I mean diam dulu, diam dulu... [Ketawa] “Kerana pemuda UMNO ini adalah celaka, kerana ini adalah apa yang benar, saya ada hak untuk bercakap apa yang betul, ini betul, kebenaran”.
Yang Berhormat Bukit Gelugor yang celaka.
Yang Berhormat Pasir Salak.
Saya sebagai...
Tuan Yang di-Pertua.
Kalau ada perkataan-perkataan sebegitu, jangan salahkan saya kalau saya mohon Ahli-ahli Yang Berhormat keluar.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat standing order, point of order.
Tuan Yang di-Pertua.
Point of order Tuan Yang di- Pertua, saya ingat berulang kali disebut oleh Tuan Yang di-Pertua perbuatan-perbuatan yang unparliamentariness. Dua hari ini kita dengar berkali-kali, ‘pondan tua, gila’.
Duduklah Yang Berhormat Machang.
Yang Berhormat Pasir Salak sudahlah.
Perkataan “Jurassic Park” tak pun kena tindakan, Yang Berhormat Bukit Gelugor cakap celaka pun tak kena tindakan. Jadi saya fikir tak berapa selesalah tengok dalam Dewan macam ini, kita bebas macam itu. Jadi saya ingat kena ada satu penegasan.
Mula dari mana?
Saya ingat perlu ada yang itu dulu.
Terima kasih Yang Berhormat Machang, terima kasih. Kalau ada Ahli Yang Berhormat Machang bercakap begitu, saya kena kerana seolah-olah saya tidak tegas. Apabila saya buat ketegasan, saya dianggap sebagai mengongkong perbahasan. Apabila saya menghalau seseorang kerana melanggar peraturan mesyuarat, unparliamentary. Jangan sama sekali kelemahan Ahli-ahli Yang Berhormat longgokkan di bawah bahu saya. Tolong jangan. Saya sebentar tadi rasa bahawa saya tidak patut duduk di sini kerana saya ada interest. Saya dengar dengan penuh kesabaran, Yang Berhormat Batu tidak boleh bersabar, begitu. Jadi tolonglah kerana yang dibahas ini pasal soal Ahli-ahli Yang Berhormat, rakyat di luar mahu bahas soal mereka. Itu kesediaan saya, Yang Berhormat Rembau teruskan dalam ruang lingkung peraturan mesyuarat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jadi soal melanggar peraturan mesyuarat, di sini berapa kali dilanggar peraturan mesyuarat, beberapa peraturan mesyuarat yang ada di bawah Peruntukan 36, keceluparan, sangkaan buruk, mengelirukan Dewan dikeluarkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya akui bahawa pada waktu itu dibangkit, telah dibantah dan sebagainya, saya kebetulan pada waktu itu tidak ada dalam Dewan. Akan tetapi saya telah mengadakan sidang akhbar, mencabar kerana Yang Berhormat Bukit Gelugor ini di dalam Dewan dia rasa kebal, dia boleh sebut. Tuduh satu tuduhan jenayah yang cukup besar kepada pemuda UMNO yang telah menghantar dua das peluru kepada beliau. Saya telah minta, cabar dia untuk mengulangi perkara ini di luar, di luar kekebalan Dewan ini tetapi tak dibuat, tak dibuat. Jelas nyata bahawa Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor telah mislead Dewan, telah keluarkan satu kepalsuan kepada pergerakan Pemuda. Jadi bukan saya nak kata perkara ini excuse, menjadi alasan kepada apa yang berlaku tetapi bayangkan kalau satu tuduhan macam itu dibuat, tuduhan yang melulu, tuduhan yang tidak berasas, keceluparan yang begitu luar biasa terhadap satu institusi politik. Maka saya percaya tidak hairanlah kalau ada ahli-ahlinya yang marah. Ini sebenarnya yang menjadi punca kepada masalah kita pada hari ini. Punca kita kepada masalah hari ini Tuan Yang di-Pertua adalah bahawa Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor dengan impunity, dengan impunity tanpa rasa segan silu berkali-kali ...
Penjelasan, penjelasan.
...Menyatakan perkara yang tidak benar dalam Dewan ini and he is allowed to do that and he continues to do that until today.
Penjelasan.
Tak, sebelum bagi penjelasan dalam penjelasan nanti.
Sikit.
Saya hendak tanya Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor, do you stand by what you said on the 25th of February dengan izin and if you stand by what you said on the 25th of February, can you please said outside so I can take you to the court.
Sikit.
Ya, ini dah berhenti berbahas sudah kah ataupun bagi laluan?
Penjelasan, penjelasan.
Saya sikit, penjelasan.
Okey, selepas itu Yang Berhormat jangan lama lagi ya sebab ada lagi yang hendak bercakap. Masa kita Yang Berhormat suntuk, jadi yang dibahas ini pun bukan hal rakyat, hal sendiri, jadi pandai-pandailah. Itulah yang saya kata tadi soul searching.
Tuan Yang di-Pertua, bukan Yang Berhormat Kuala Selangor, dia tak terlibat, saya bagi kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Rembau.
Tak, bagi saya kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor, buang masa, dia tak terlibat.
Sikit, tidak saya minta sikit.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuala Selangor, itu hak dia.
Tuan Yang di-Pertua, saya bagi Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Sila, sila Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak terlibat, betul.
Yang Berhormat Kuala Selangor, bagi pada Yang Berhormat Bukit Gelugor, itu hak dia.
Hakikat perkara ini, betul, betul.
Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Selangor... [Dewan riuh]
I have been listening to you.
Lain kali Yang Berhormat punya hak.
PAS dengan DAP pun sudah pecah, tak payah nak bela dia lagi, duduk sahaja. Di Kedah pun sudah pecah, duduk.
Provokasi UMNO, Pemuda UMNO di rumah Yang Berhormat Bukit Gelugor. Provokasi UMNO, Pemuda UMNO di rumah Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Malu, malu.
Ini peraturan apa ini Yang Berhormat Kuala Selangor?
You have selective amnesia, you choose to forget.
You have also forgotten that DAP and PAS have left each other, sit down!... [Dewan riuh]
Ini persoalan keadilan dan fakta, ini bukan persoalan parti. We are all here legislators. You have selective amnesia, you choose to forget.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat bersikap begini, saya akan jemput Menteri untuk gulung perbahasan kerana saya berhak, untuk itu ada kuasa saya. Ahli-ahli Yang Berhormat tiada kuasa. Sila Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Ahli Yang Berhormat dari Rembau ada cabar saya tadi. Jika cabaran itu daripada seorang yang boleh dihormati, seorang yang ada standard, bukan seorang yang ada didapati bersalah rasuah.
Okeylah, kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua. Dia tak nak cakap, dia tak nak ulangi, saya faham.
Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Yang di-Pertua, I have the floor, you gave me the floor.
Saya tarik balik Tuan Yang di- Pertua, sudah.
Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Saya ada hak sekarang, saya ada hak.
Saya tarik balik Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Saya ada hak Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya tahu, saya pun ada hak sebagai Tuan Yang di-Pertua di bawah peraturan-peraturan mesyuarat yang tertentu.
Dia cabar saya Tuan Yang di-Pertua.
Setahu saya dalam unparliamentary language ini, reflection to any member is not allowed.
It’s not a reflection, he is guilty of corruption.
What?
Korupsi.
Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Bukit Gelugor!
Tuan Yang di-Pertua, he is guilty of corruption, he is corruptor.
Tuan Yang di-Pertua, saya ...
He is corrupted.
Yang Berhormat Rembau, duduk dulu, Yang Berhormat Rembau duduk. Yang Berhormat Bukit Gelugor, boleh Yang Berhormat keluar daripada Mesyuarat... [Dewan riuh] [Tepuk] Tolong Yang Berhormat Bukit Gelugor, sila jalankan
Kenapa Tuan Yang di-Pertua?
Atas sebab apa?
Atas sebab apa? Ini orang yang corrupt, didapati bersalah korupsi oleh UMNO sendiri, bukan saya.
Itu fakta!
Itu satu kebenaran.
Sila, terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Orang yang corrupt boleh duduk dalam Dewan ini, dia ada hak.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Nanti dulu, nanti Yang Berhormat Rembau. Nanti dulu, sehingga Yang Berhormat Bukit Gelugor keluar daripada Dewan.
Angkat dia.
...Akan tetapi saya ulangi, Yang Berhormat Rembau seorang yang corrupt... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, saya minta diulangi apa yang disebut terhadap Pemuda UMNO, di luar.
Seorang corrupt.
Tuan Yang di-Pertua, yang berlaku ini antara dua-dua pihak.
Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Batu...
You tidak faham kah Bukit Gelugor? You don’t understand what is the issue at hand. You tidak faham apa isu yang kita bahaskan pada hari ini. Sila keluar.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Rembau.
Keluar
Yang Berhormat Rembau, duduk dulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, apa lagi yang perlu untuk dibuat sebagai seorang Yang di-Pertua, apa lagi?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Semua kebijaksanaan, kesabaran, penuh teliti dan sudah saya buat. Akan tetapi sengaja Ahli-ahli Yang Berhormat buat begitu. Bukan budak-budak. Bukan school kids. Tahu pun, yang dibahas hal sendiri.
Jadi, kalau ada lagi seperti apa yang saya dengar tadi, saya akan jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, kerana saya bertanggungjawab untuk menghabiskan masa Dewan ini. Kepada soal-soal hal Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri. Sila Yang Berhormat Rembau kalau tidak panjang lagi.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya, kita sudah sampai hujung tahap kesabaran kita. Bukan sahaja hari ini...
Minta penjelasan?
...Akan tetapi apa yang bermula, yang bermula... Tidak perlu Yang Berhormat Segambut. Tidak perlu mencelah lagi. Duduk! Daripada awal lagi saya bangkitkan isu ini, dengan impunity, patent of pathological impunity towards Parliament, daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor, celakalah, hantar pelurulah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, hari itu memang saya tidak hadir. Saya pohon, saya tulis surat kepada Yang di-Pertua, minta right of reply, seperti mana yang ada dalam Parlimen-parlimen di Australia, di Commonwealth. Diberi right of reply, tetapi Yang di-Pertua tolak right of reply saya dalam perbincangan jawatankuasa. Saya pun tidak tahu kenapa, kerana right of reply ini perlu untuk satu institusi yang di defame, yang reputasi kita dicela dalam Parlimen. Boleh memberi satu right of reply, hak untuk menjawab, seperti mana yang dituduh oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor kepada kita. Jadi Tuan Yang di-Pertua..., tidak apalah, hari ini saya keluarkan right of reply saya bahawa, saya nafikan sekeras-kerasnya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Hari ini juga, saya telah memberi Yang Berhormat Bukit Gelugor peluang untuk mengulangi perkara ini, agar memberi gambaran bahawa dia betul. Pendirian bahawa dia betul, bahawa Pemuda UMNO ini celaka, yang hantar dua peluru, tetapi dia tidak berani buat benda itu. Jelas pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, bahawa apa yang dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor itu, salah. Dia menipu dewan dan dikeluarkan kenyataan-kenyataan yang palsu terhadap pergerakan Pemuda. Itu kesimpulannya hari ini. Itu sebenarnya kesimpulannya hari ini.
[Bangun].
Walaupun akhirnya, sebagai rumusan, saya hendak gulung. Jadi tidak perlu Yang Berhormat Kuala Selangor... Duduk!
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta...
Inilah masalahnya Tuan Yang di-Pertua. Saya kata duduk, dia tidak mahu duduk. Inilah unparliamentary behavior.
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Saya minta Tuan Yang di-Pertua, perversion yang dia terus gunakan...
Saya malu. Duduk!
Perversion yang dia terus maintain dan sustain Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Selangor, seimbanglah. Apa yang saya dengar tadi daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor...
Betul. Tuan Yang di-Pertua...
...Daripada Yang Berhormat Rembau, seimbanglah.
...Dewan ini ingat bahawa, Pemuda pernah berdemonstrasi di rumah Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Itu bukan urusan...
Betul, tidak betul?
Bukan dalam rumah Yang Berhormat Bukit Gelugor, di luar. Berapa kali DAP, PAS dan Keadilan berdemonstrasi sana- sini. Kita tidak bising pun.
Siapa yang demonstrasi rumah Yang Berhormat Bukit Gelugor?
Duduk. Sudahlah.
Demonstrasi dekat Istana itu?
Yang Berhormat Pasir Salak.
Betul Yang Berhormat Pasir Salak...
Yang Berhormat Pasir Salak, sekali lagi Yang Berhormat Pasir Salak...
...Demonstrasi di luar rumah Yang di-Pertuan Agong. Kediaman Yang di-Pertuan Agong. Duduk...
Yang Berhormat Rembau, sudah habis Yang Berhormat Rembau? Sudah?
Belum lagi Tuan Yang di- Pertua. Belum lagi.. [Ketawa] Sebab banyak kali diganggu. Prinsipnya pada hari ini, kita terima, kita terima syor yang dikeluarkan oleh jawatankuasa... inilah, okey, kawan saya, Yang Berhormat Tangga Batu... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rembau.
Yang Berhormat Tangga Batu, jangan lagi jadi batu api, ya. [Ketawa]
Tidaklah. Batu tidak ada. Kepala batu mungkin ada. Yang Berhormat Rembau, berasaskan kepada fakta-fakta yang disebut Yang Berhormat tadi, adakah Yang Berhormat mencadangkan, ingin mencadangkan ataupun mengusulkan bahawa usul 30 dan 12, membawa Yang Berhormat Bukit Gelugor ke Select Committee untuk diambil tindakan seterusnya, supaya tidak menjejaskan kredibiliti Parlimen kita.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tangga Batu. Memang saya tempted. Saya begitu rasa tempted untuk buat sedemikian, tetapi nampaknya memandangkan sikap gentlemanly daripada Tuan Yang di- Pertua tadi. Walaupun Yang Berhormat Ipoh Timur contempt, walaupun Yang Berhormat Bukit Gelugor contempt, dia tidak pursue the matter. Jadi pada hari ini, kita drop sahajalah. Cuma pada dasarnya, on the record, kita nyatakan bahawa hari ini, kita setuju dengan syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa. Akan tetapi, jangan kita lupa kepada mitigating circumstance. Kenapa perkara ini berlaku? Kita perlu ada right of reply dan semua ini berlaku, kerana apa yang dikeluarkan oleh Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor. Jadi apabila sejarah melihat kepada insiden ini, jangan hanya melihat kepada apa yang terkandung dalam youtube pada 26 Februari. Iaitu satu pertelingkahan antara Pemuda dan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Akan tetapi, lihat juga kepada apa yang dikeluarkan pada 25 Februari. Sebab itu apabila Yang Berhormat Bukit Gelugor cakap, Pemuda UMNO perlu minta maaf kepada beliau, saya tidak beri. Sebenarnya Yang Berhormat Bukit Gelugor perlu minta maaf kepada Pemuda dan UMNO dahulu... [Tepuk] Tuan Yang di- Pertua, sebelum saya mengakhiri ini...
Minta sikit sahaja penjelasan, sebelum berakhir. Terima kasih Yang Berhormat daripada Rembau dan Tuan Yang di- Pertua. Bersetujukah Yang Berhormat daripada Rembau, kalau saya mengatakan bahawa, Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor ini, bukan sahaja dia bersikap begitu celupar terhadap Pemuda. Akan tetapi banyak pihak lagi, termasuk kepada Raja-Raja dan Sultan. Mentang-mentang Raja-Raja dan Sultan tidak boleh bersuara untuk memberikan respons dan reaksi, beliau begitu berani mengeluarkan kata-kata yang mencemarkan kewibawaan Sultan dan Raja-Raja kita. Ramai orang-orang yang taat kepada Sultan berasa tersinggung dan marah. Kalau kita ikutkan perasaan, memang kita gaduh dengan dia. Memang gaduh. Saya cakap betul, tetapi kita masih lagi boleh mengawal perasaan kita. Jadi, dengan sebab itu, kita ambil iktibar ini, beri peringatan kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor, jangan terlalu sangat. Jangan terlalu ghairah sangat. Berbuat begitu terhadap Pemuda UMNO, Raja-Raja Melayu,dan orang yang taat dan setia kepada Raja-Raja. Jangan, kalau hendakkan dia dihormati, hendak diri dia selamat, tidak diganggu dan digugat, jangan bersikap sedemikian.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya setuju. Dia berani keluarkan kenyataan terhadap raja sebab, Singh is King. Jadi, saya pun melihat dan sebut tadi, bahawa inilah masalah Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya ulangi lagi, bahawa dia ada pathological tendency to act with impunity. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya secara dasarnya terima syor yang dikeluarkan terhadap tindakan Ahli-ahli Pergerakan Pemuda. Secara rasminya, sekali lagi kita rakamkan permohonan maaf kepada Majlis dan kepada Yang di-Pertua, dan saya harap bahawa insiden ini tidak akan berlaku. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat, saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timur. Selepas itu, saya jemput lagi seorang daripada BN. Selepas itu, saya mahu jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tidak boleh. Maaf Tuan Yang di-Pertua...
Ahli-ahli Yang Berhormat, itu kuasa saya.
Maaf Tuan Yang di-Pertua, maaf. Saya mohon Tuan Yang di-Pertua, saya juga...
Sila Yang Berhormat Ipoh Timur, sila.
...Perlu diberi peluang. Saya juga terlibat dalam keputusan...
Saya juga. Saya juga
...Jawatankuasa.
Seharusnya kalau terlibat, tidak boleh bercakap, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kinabatangan.
Dia memalukan.
Saya sudah buat keputusan.
Tan Sri pun terlibat. Dia ada di sini.
Keluar dewan... [Dewan riuh]
Sila.
Tuan Yang di-Pertua...
Mana boleh?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua, saya pernah sebut tentang seorang yang menjadi penganggur yang terkaya di dunia, yang nampaknya hari yang sudah menjadi pemimpin mat rempit. Mengetuai...
Ini main personal, tidak boleh. Kenapa cerita peribadi orang? Ini tiada aturan... [Dewan riuh]
Yang Berhormat Kinabatangan, duduk Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Ipoh Timur, bolehkah Yang Berhormat Ipoh Timur mengelakkan daripada hujah yang mengundang kekecohan?
Ya. Oleh sebab tadi, kita dengar jurassic daripada mat rempit. Pemimpin mat rempit daripada Oxford... [Dewan riuh] Hari ini Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pagi ini ada satu upacara, celebrate 50th Anniversary Malaysia Parliament. Akan tetapi apa kita lihat sekarang? Kita go backward 50 years, bukan ke depan. Ya... [Dewan riuh] Inilah bukti-bukti, kenapa kita sudah ke belakang 50 tahun? Ya, suara ini dan tingkah laku ini, adalah bukti. Inilah bukti. Di hadapan kita, adalah satu usul untuk mengesahkan, meneruskan cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat mengikut peraturan mesyuarat 80A.
Ada tiga kategori Ahli-ahli Parlimen yang akan dihukum selain daripada empat orang daripada Pemuda UMNO. Selain daripada itu, ada lapan orang Ahli Parlimen akan dikenakan tindakan. Ada dua kategori, sebenarnya tiga kategori. Mereka yang datang ke Dewan ini dan di dalam perkarangan Parlimen mengugut, harass, obstruct, menghalang Ahli-ahli Parlimen dalam menjalankan tugas mereka. Kita ada satu champion, tadi kita dengar mengenai mitigation. Kalau kita mahu bincang mitigation, banyak boleh bahas. Bagaimana tingkah laku seseorang pemimpin mat rempit, tingkah laku mereka, latar belakang beliau untuk buat kenyataan yang hasutan. Saya ada sifat sebagai, a rabid racist. Bolehkah rabid racist stand up? Rabid racist tahun 2007, di mana? Kaum India telah dicerca, dihina siapa? Itulah pemimpin mat rempit daripada Oxford University.
Mana bukti, mana bukti, mana bukti..., you ada bukti?
Live telecast...
No, no, no... You ada bukti?
Tidak ada bukti...
Saya minta penjelasan...
Semua kaum India ada lihat...
Hendak minta penjelasan...
Live telecast UMNO General Assembly, Deepavali...[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat Rembau dan Ipoh Timur...
I heard you speaking...
No, no, no... Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Timur...
A rabid racist...
You repeat outside. Will you repeat outside?
Ahli-ahli Yang Berhormat Rembau dan Ipoh Timur... [Dewan riuh]
Minta maaf kepada masyarakat Indialah...
No, no, no, no,no...
Mat rempit!
I’ve never said that...
Minta maaflah...
Saya tidak pernah cakap. Saya tidak pernah cakap...
Shameless creature...
Kalau Ipoh Timur hendak buktikan keluar daripada Dewan...
Yang Berhormat Rembau, minta tolong...
Keluar daripada Dewan. Saya tidak bagi dia cakap sebab ini pembohongan yang cukup besar daripada Yang Berhormat Ipoh Timur. Ada bukti atau tidak?
Kita mahu bincang mitigation…
Ada bukti atau tidak?
Sebab itu, kita kalau mahu bahas mitigation, kita mahu bahas mengenai a rabid racist...
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur dan Ahli Yang Berhormat Rembau. Apabila yang dibangkitkan itu perkara-perkara yang boleh menimbulkan kekecohan, saya terpaksa bertindak.
[Menyampuk]
Apabila ada lagi hujah daripada Yang Berhormat Ipoh Timur yang mengundang seperti itu, ada kekecohan lagi, amaran saya yang terakhir saya juga akan suruh keluar, siapa sahaja. Sila Yang Berhormat Ipoh Timur teruskan.
Tadi kita dengar apa itu menghasut, kita diam dan sabar tengok oleh kerana kita tahu ini fitnah, dusta.
Yes, betul.
Kita dengar...
Yang Berhormat, jangan lagi ada ekor begitu.
Peraturan mesyuarat...
Ya.
Sila.
Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua. Awal-awal tadi Yang Berhormat Ipoh Timur mengatakan bahawa perbahasan kita hari ini...
Peraturan mesyuarat yang mana Yang Berhormat?
Peraturan 83(4). Perbincangan Jawatankuasa Pilihan itu hendaklah dihadkan kepada perkara yang diserahkan oleh Majlis kepadanya dan juga kepada apa-apa yang berkenaan dengan perkara itu seperti yang ditambah atau dihadkan oleh Majlis. Sebab Yang Berhormat Ipoh Timur kata tadi kes ini melibatkan dua atau mungkin tiga kategori. Yang ditentukan oleh Majlis ialah kes Pemuda UMNO menyerang atau mengepung atau mengugut dan sebagainya terhadap Yang Berhormat Bukit Gelugor. Yang kena hukumnya termasuk saksi-saksi, Ahli-ahli Jawatankuasa, ini di luar daripada apa yang dibolehkan oleh perkara Peraturan Mesyuarat 80A... [Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya belum, saya cuma mendengar, belum lagi saya buat keputusan. Saya akan buat keputusan, saya mahu dengar Yang Berhormat Tumpat.
Jadi saya nampak jelas dan laporan Jawatankuasa Khas ini pun bermula muka surat satu nombor dua, jelas. Terma rujukan bagi Jawatankuasa ini ialah berdasarkan usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada hari Khamis, 26 Februari 2009 iaitu untuk menyiasat aduan dari Yang Berhormat Karpal Singh, ahli bagi kawasan Bukit Gelugor yang telah mengadu berlakunya perbuatan menghina Majlis pada hari Khamis, 26 Februari 2009 dan mengambil tindakan bersesuaian mengikut Akta Majlis Parlimen Keistimewaan Kuasa 52, itu termanya. Jadi saya memohon panduan keputusan, pendirian daripada Tuan Yang di-Pertua bahawa sebenarnya hukuman dan perbincangan kita semestinya diputuskan kepada...
Terima kasih.
Yang ditujukan khas dan ini ditentukan oleh peraturan mesyuarat.
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Yang Berhormat, semua yang ditimbulkan itu termasuk yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat telah kita fikirkan. Yakinlah Yang Berhormat kerana saya Pengerusi, itu makanya saya juga mempengerusikan persidangan ini kerana saya tidak mahu timbul kekecohan. Kalau ada kekecohan saya juga mahu duduk sini sebagai Tuan Yang di-Pertua, kerana saya bertanggungjawab. Tanggungjawab saya, saya tidak mahu dipikul oleh timbalan-timbalan saya. Begini Yang Berhormat, apabila kita wujudkan jawatankuasa di bawah 80A pada hemat saya perkara itu perlu untuk penyiasatan. Maka itu seorang Menteri bawa usul. Dalam apabila kita bermesyuarat, Yang Berhormat sendiri adalah ahli Jawatankuasa, Yang Berhormat Subang ahli Jawatankuasa. Seandainya semua ahli Jawatankuasa yang dinamakan itu juga tidak menghadiri mesyuarat kerana pendirian partisan, macam mana boleh mesyuarat? Macam mana boleh ambil tindakan. Jadi apabila Yang Berhormat sendiri pada ketika itu dalam jawatankuasa kita mengharapkan Yang Berhormat Tumpat sendiri boleh beri pendapat, Yang Berhormat Subang sendiri boleh beri pendapat.
Tuan Yang di-Pertua, ada peraturan berkaitan dengan hal itu, 82(2) menyebut; “Jika seseorang ahli Jawatankuasa itu mati, atau jika jawatannya sebagai ahli itu telah menjadi kosong oleh kerana apa-apa sebab yang lain, maka Majlis atau Jawatankuasa Pemilih - ikut mana yang dikehendaki, hendaklah melantik seorang ahli lain jadi gantinya dan lantikan ini hendaklah...”
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Menurut syarat-syarat...
Yang Berhormat, yang itu pun telah difikirkan, oleh kerana atas sebab apabila sesebuah Jawatankuasa yang diputuskan oleh Majlis juga. Selepas itu ada keengganan untuk menjadi ahli bagi Jawatankuasa yang saya mempengerusikan itu, itu adalah satu contempt. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat baca laporan jelas, rekomendasi jelas, yang berbahas ini Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri. Yang dikenakan rekomendasi ini pun seminimum yang ada, yang didenda pun setinggi-tinggi yang ada, bukan tanggungjawab Jawatankuasa saya untuk menyatakan bahawa Akta Parlimen Privileges and kuasa ini adalah outdated. Ahli-ahli Yang Berhormat mengeluarkan pendapat itu, Yang Berhormat Bukit Gelugor mengeluarkan saya appreciate, dia menyeru kepada review kepada undang-undang, itu tugas Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan tugas Ahli-ahli Yang Berhormat, kesilapan Ahli-ahli Yang Berhormat, selepas itu mengambil helah secara teknikal, selepas itu longgokkan di bahu saya.
Saya tidak mahu itu Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi iktibar daripada ini, mana-mana kekurangan, akta outdated, buat cadangan. Kalau peraturan mesyuarat tidak betul, buat cadangan, kalau tindakan Tuan Yang di-Pertua tidak betul, buat usul. Jelas bahawa apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tumpat itu saya ucapkan ribuan terima kasih, tetapi itulah keputusan yang telah dibentangkan oleh Menteri dan sekarang Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas? Mesti dalam ruang lingkup peraturan mesyuarat selepas itu undilah, itu sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya tidak ada kepentingan lain tetapi kepentingan saya sendiri ialah jangan kecoh, jangan repetitive, jangan melemparkan hujah unparliamentary.
Mohon sedikit penjelasan, Tuan Yang di-Pertua. Saya agak kurang faham apa yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua tadi. Saya ingin mendapat penjelasan apakah dengan ketidakhadiran Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Subang telah menyebabkan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tuan Yang di-Pertua ini gagal untuk mengadakan mesyuarat? Saya mungkin boleh bersetuju bahawa pencelaan itu boleh diberikan jika mesyuarat itu gagal diadakan. Akan tetapi saya lihat daripada kertas ini mesyuarat tetap diteruskan dan rumusan keputusan telah dibuat.
Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena saya faham.
Jadi, ini bermakna bahawa tanpa persetujuan mereka juga boleh dibuat keputusan.
Boleh saya buat respons, Yang Berhormat Pokok Sena.
Jadi, kenapa harus pencelaan ke atas mereka ini?
Yang Berhormat Pokok Sena, saya faham. Saya buat respons. Kalau umpamanya ketidakhadiran Ahli-ahli Yang Berhormat itu atas alasan bahawa sakit, mesyuarat yang lebih penting, saya faham. Akan tetapi apabila ketidakhadiran itu merupakan satu pendirian partisan apa pula kalau saya bertanya kepada Ahli Yang Berhormat suatu hari nanti ada seorang Ahli Yang Berhormat daripada pembangkang yang berdiri bawa usul bawah 26(1)(p) tanpa notis untuk merujuk kepada seseorang Ahli Yang Berhormat daripada Barisan Nasional yang bagi pendapat saya perlu untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu telah pun ditentukan siapa-siapa yang hadir. Macam mana agaknya kalau ahli-ahli jawatankuasa daripada parti lain buat pendirian partisan juga? Adakah mati jawatankuasa itu selepas itu diberi hidup satu jawatankuasa balik lagi, itukah matlamatnya? Maka kesimpulan jawatankuasa apabila mengambil kira semua ini kerana ini adalah ekoran daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri, maka itulah yang kita buat rumusan dan hantar kepada Majlis untuk menimbang. Itulah sebabnya Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena, cuma setakat itu. Saya tidak mahu layan lagi kerana itu adalah keputusan saya sebagai Speaker dan itu adalah muktamad.
Penjelasan, peraturan mesyuarat.
Sila, sila.
Peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua.
Mana?
Peraturan Mesyuarat 86(5). Kita membentangkan untuk membahaskan usul ini. Jadi, kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya kenyataan itu dibuat atas Pengerusi Jawatankuasa atau sebagai Tuan Yang di-Pertua? Saya berpendapat bahawa Tuan Yang di-Pertua telah go into very detail kandungan dalam laporan jawatankuasa ini berkenaan ketidakhadiran ahli yang telah dipilih...
Berbalik lagi. Yang Berhormat Batu Gajah!
Maaf...
Ini berbalik lagi kepada soalan sama ada saya patut duduk di sini atau tidak.
Sebab sekarang ada perkembangan terbaru.
Sama juga.
Perkembangan terbaru di mana Tuan Yang di- Pertua telah membuat kesimpulan bahawa Ahli-ahli tidak hadir kerana pendirian partisan menjawab semasa perbahasan usul. Itu persoalannya. Kalau Ahli-ahli yang tidak hadir diminta show cause, minta jawab mengapa tidak hadir sebelum membuat sebarang rekomendasi. Semua ini boleh dielakkan dan jika Tuan Yang di-Pertua mengundur diri awal-awal ini semua boleh dielakkan.
Yang Berhormat Ipoh Timur, sila teruskan.
Saya pohon jawapan daripada Tuan Yang di- Pertua.
Jawapan saya adalah sama.
Tuan Yang di-Pertua telah terlebih batas!
[Menyampuk]
Yang Berhormat Batu Gajah, jawapan saya dan pendirian saya daripada awal tadi iaitu saya duduk di sini saya kata proper. Yang dibangkitkan di bawah peraturan mesyuarat 7 itu adalah pelantikan Speaker bukan oleh kerana pecuniary ataupun apa-apa interest. Tiada dalam peraturan mesyuarat kita tetapi oleh kerana saya sabar saya layan sahajalah. Cuma sekali sekala saya tinggikan suara, lepas itu saya rendahkan suara. Kalaulah saya tidak buat begitu, saya bersikap seperti apa hendak jadi dengan Speaker? Silakan, Yang Berhormat Ipoh Timur. Teruskan.
Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun Tuan Yang di-Pertua ada buat cadangan bahawa kalau ada apa-apa masalah bolehlah dibetulkan, kalau Tuan Yang di-Pertua ada buat keputusan yang salah boleh ada usul tetapi ini tidak operative. Apa guna ada usul di bawah peraturan mesyuarat 44 kalau semua tidak boleh timbul, muncul untuk satu perbahasan dan satu keputusan sama ada terima atau tidak terima, sama ada tidak ada ruang untuk review, kaji semula keputusan-keputusan yang ada dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua dan kita anggap salah. Akan tetapi tidak boleh dikaji oleh kerana usul tidak akan muncul untuk satu perbahasan. Bukan kita di dalam Parlimen-parlimen di mana ada konvensyen bahawa usul substantive motion seperti no confident motion, seperti motion untuk kaji semula keputusan Tuan Yang di-Pertua automatik adalah prioriti. Maka barulah cadangan-cadangan ada meaningful. Kalau tidak cadangan ini tidak ada meaning. Ini untuk cover-up sahaja. Saya harap mungkin Tuan Yang di-Pertua boleh buat satu keputusan baik semasa Tuan Yang di- Pertua menjadi Speaker apa usul-usul untuk kaji semula keputusan Tuan Yang di-Pertua dalam masa 48 jam akan dibahaskan dan diputus then it has meaning, otherwise no meaning.
Teruskan saya beri perhatian.
Harap boleh ambil pertimbangan dan kita boleh adopt dalam sesi-sesi yang akan datang.Sebenarnya Yang Berhormat Tumpat ada bangkitkan satu point yang sangat mustahak. Keputusan atau cadangan yang ada dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan ini adalah luar daripada bidang kuasanya oleh kerana luar daaripada terma-terma usul yang berbunyi dengan jelasnya bahawa: “Mengikut Peraturan Mesyuarat 80A, Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat mengambil ketetapan seperti berikut:-
(zzz) menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat aduan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor yang telah mengadu berlaku perbuatan menghina Majlis pada hari Khamis, 26 Februari 2009 dan mengambil tindakan bersesuaian mengikut Akta Majlis Parlimen Keistimewaan dan Kuasa 1992.” Point yang kedua ialah mengenai anggota-anggota. Terms of reference ialah kompelin daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Tidak kompelin terhadap lapan orang Ahli-ahli Parlimen dan tidak ada kompelin terhadap sendiri. Bagaimana jawatankuasa boleh buat recommendation untuk mencadangkan menghukum lapan orang Ahli Parlimen? Tuan Yang di-Pertua seorang peguam, ada went through a legal training and practice dan tahu what is ultra vires and what is intra vires. Oleh kerana Tuan Yang di- Pertua ada di sini sekarang adakah Tuan Yang di-Pertua setuju bahawa ini outside the scope of reference of the resolution? If you agree we can proceed, do you agree? Saya tanya oleh kerana Tuan Yang di-Pertua duduk di sana. Kalau Tuan Yang di-Pertua tidak duduk di sana saya tidak tanya....
Yang Berhormat, laporan ini adalah laporan.
Ya!
Terpulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas. Sekarang ini saya anggap Ahli Yang Berhormat berbahas dengan soal itu.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, saya duduk di sini sebagai Yang di-Pertua mempengerusikan dan saya tidak patut untuk sama ada jawab atau tidak.
Saya tidak mahu tanya Tuan Yang di-Pertua sebagai Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu tanya Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi Jawatankuasa ini. Bukankah ini di luar oleh kerana sebagai pengerusi adalah duduk mempengerusikan. Saya tidak mahu miss peluang ini. Bukankah bersetuju completely out of scope of terms and reference. Therefore seksyen mengenai cadangan menghukum lapan orang Ahli Parlimen tidak berasas. Kalau setuju kita tidak perlu bincang lagi.
Bahas, Yang Berhormat. Ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang hendak bahas?
Bukan, bukan, sebagai Pengerusi Jawatankuasa ini adakah sekarang bersetuju?
Saya tidak mahu jawab Yang Berhormat kerana saya duduk sekarang bukan sebagai Pengerusi Jawatankuasa, saya sebagai Yang di-Pertua.
Akan tetapi tidak nafilah.
Akan tetapi saya dengar semua.
Ya, saya tahu tetapi tidak nafi.
Yang you sebutkan itu Yang Berhormat bukan saya tidak dengar, saya dengar.
Tidak nafi mengenai kebetulan pendirian ini. The Speaker does not deny that it is out of scope oleh kerana act as Chairman of the Committee.
Saya tidak mahu komen, Yang Berhormat. Apabila you tanya saya..
Saya tahu. Kalau tidak silap perlu komen.
Apabila you tanya saya itu Yang Berhormat bawa saya untuk berbahas.
Bukan, kalau silap perlu komen.
Saya tahu itu, Yang Berhormat.
Kalau betul tidak mahu komenlah.
Teruskan, teruskan.
Itu pertama.
Berbahas dengan Speaker.
Tidak apa, sila.
Out of the scope completely. Completely outside of the scope. Kalau lapan orang Ahli Parlimen itu dalam tingkah laku mereka bersabit dengan urusan Jawatankuasa Pilihan ini adalah di anggap menyalahi keistimewaan hak dan privileges apa yang berlaku ialah satu usul yang baru dikemukakan di Dewan ini untuk rujuk mereka kepada Committee of Privileges.
That is what should be done, kalau betul. Inilah rule of law kita. Kita Parlimen, kalau kita Parlimen sendiri ketepikan rule of law, proper process, natural justice, we are laughing stock kepada rakyat Malaysia dan peguam. Kita ada ramai peguam. Tuan Yang di-Pertua sendiri adalah peguam... [Disampuk] Tidak boleh, unthinkable. Kalau betul, kita tidak boleh terima, kita tidak setuju tetapi kalau lapan orang yang sekarang mahu dihukum, Yang Berhormat Karpal Singh, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Subang. Wah, mereka ada melanggar hak keistimewaan, rujuk kepada Committee of Privileges supaya satu siasatan diadakan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. He is also the Chairman of the committee, tetapi terpulang kepada Committee of Privileges untuk buat keputusan dalam perkara ini dan bukan untuk dalam Jawatankuasa Pilihan dengan kuasa, dengan skop yang tertentu, yang terhad kepada apa yang diusul, diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Saya rasa kita orang yang percaya mengenai rule of law boleh bantah. That is incorrect. Bagaimana kita boleh meluluskan satu bahagian recommendation yang tidak dihalalkan, dibenarkan oleh usul ibunya. Itu yang pertama. Kedua, cadangan untuk nampaknya kepada Ahli-ahli Parlimen, khasnya Barisan Nasional, mereka lebih berminat bukan untuk menghukum empat orang daripada UMNO Youth, RM1,000 dan apa yang Yang Berhormat dari Bukit Gelugor kata benar, what is RM1,000 – loose cash, kacang putih, khasnya untuk Pemuda UMNO. Awash with money. Sebab itu ketua mereka richest unemployed in the world, unemployed mat rempit.
Tuan Yang di-Pertua sudah bagi amaran tadi.
Amaran, terus keluar. UMNO Youth, amaran kah? Siapa takut amaran UMNO Youth? Tidak ada orang takut amaran UMNO Youth.
Tuan Yang di-Pertua, tidak bagi apa?
Itu zaman dahulu.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Don’t turn your...
Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Menyampuk]
Yang Berhormat Ipoh Timur, kalau Ipoh Timur buat lagi gelagat seperti begitu dan Rembau react, dua-dua saya hantar keluar. [Ketawa]
[Menyampuk]
Buat sekali lagi, Yang Berhormat Ipoh Timur.
Ini saya kasi warning. Yang Berhormat juga repeat it, repeat it, sudah kasi warning. Buat lagi sekali, dua-dua kasi rehat. Sila.
...Itulah RM1,000 nothing at all, sangat murah untuk menjadi hero. Adakah kita mahu membenarkan mereka dengan RM1,000 boleh menjadi hero? Publisiti murah. Akan tetapi apa lebih mustahak ialah nampaknya ada Ahli- ahli Parlimen Barisan Nasional juga anggota-anggota dalam Jawatankuasa Pilihan ini yang berminat untuk menghukum keluar daripada bidang kuasa mereka untuk menghukum lapan orang Ahli Parlimen. Ini sangat jelas sesiapa yang baca verbatim prosiding termasuk Tuan Yang di-Pertua sendiri yang menunjukkan ada prejudis, ada bias, ada malice, mala fide.
Tidak apa, tidak apa, Yang Berhormat Ipoh Timur. Jangan, dia berbahas. Itu pendapat dia.
Oleh kerana benar Tuan Yang di-Pertua tidak affected, I’m telling the truth, you know I know... [Disampuk] Semua ada dalam sini. Saya tidak mahu baca semualah. Saya ada highlight tetapi satu soalan sahajalah. Ada seorang yang sangat mahu hukum, antara lain Lim Kit Siang. “Ya, Tuan Lim Kit Siang kata dia withdraw but ini dua orang lagi withdraw, dia ada syarat pula, ini sudah kira ugut sudah. Wah, Yang Berhormat Lim Kit Siang ini, Yang Berhormat Ipoh Timur ini, dia punya standard yang tinggi. Dia tahu mana boleh kena. Dia bantai, matilah. Orang pergi mati. Saya tarik diri, saya lari dulu. Ini dua orang jadi mangsa. Dia cakap ada letak syarat. Kenapa dia tidak mahu mati ini dua orang.” Dan lain-lainlah. “Akhirnya kita ada hantar surat, kita bagi surat, kita mesti ambil tindakan. Tidak boleh kata ambil tindakan kalau tidak, Tuan Pengerusi, lama-lama dia naik you punya kerusi, duduk sana, Tuan Pengerusi. Bukan Tuan Pengerusi jadi Speaker. Dia akan jadi Speaker.” Siapa orang itu? Kuala Dimensi Sdn. Bhd. Chief Executive Officer... [Tepuk]
PKFZ.
...Dan kita tahulah dia ada upah beberapa Ahli- ahli Parlimen di sini jadi spokesman beliau.
Yang Berhormat.
Ini sangkaan jahat. Ini sangkaan jahat.
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan.
Sangkaan jahat.
Yang Berhormat Kinabatangan.
Itu sangkaan jahat.
Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur, tolonglah Yang Berhormat. Yang Berhormat faham apabila buat reflection begitu tidak elok.
Ini daripada apa yang berlaku dalam Parlimen beberapa hari dahulu.
Yalah.
Juga hari ini.
Ya, tetapi Ahli Yang Berhormat, kalau lagi Yang Berhormat tidak sebut perkara begitu, saya tidak warning lagi.
Tadi in passing remark dan saya tidak mahu sebutlah apa dalam verbatim prosiding. Sebenarnya I think it is a disgrace.
Verbatim proceeding is a disgrace to Parlimen Malaysia. Malu saya baca. Sungguhpun saya jadi target, tidak apalah. Saya baca low standard, disgraceful and humiliating to the Parliament, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, you are inside here, full and total.
You are also inside Parliament, Yang Berhormat.
Yes, but I’m not inside this disgraceful document.
Penjelasan.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hendak minta tanya, dalam standing order seperti yang saya baca Standing Order 83, tidak ada perbezaan antara regulations yang diberikan terhadap Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Rights and Privileges dan Jawatankuasa Public Account Committee. Langsung tidak ada perbezaan. So kalau macam itu, adakah sepatutnya bila seseorang Ahli Jawatankuasa Kira-Kira tidak hadir ke sesuatu meeting, dia pun kena diberikan tindakan kepada House of Privileges dan kalau katakan ada agensi-agensi atau nanti satu hari lagi Backbencher Chairman diminta supaya menghadapi Jawatankuasa Kira-kira dia tidak datang, dia juga perlu diberikan abolishment ataupun punishment seperti apa yang dihadapi oleh pihak-pihak saksi-saksi dan juga ahli-ahli di Jawatankuasa Rights and Privileges.
Betul. Kalau ini kita mengikut semacam tadi saya sebut kalau laporan ini, bukan pada dokumen. Sungguhpun laid on the table, hari Selasa, bagaimana Parlimen operate dokumen-dokumen yang ada lay on the table 99 peratus tidak dibahaskan. Adakah mereka semua ini secret document under Official Secret Act? Tidak. Public Account Committee yang the best example. Selain daripada satu laporan PAC di mana saya ada kemukakan usul untuk perbahasan, mungkin 15 atau 20 tahun dahulu semua laporan PAC tidak pernah dibahaskan. Kalau kita beri masa, undi pun tidak dapat masa untuk dibahaskan. Ini silap. Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh semak semula perkara ini oleh kerana kalau tidak, again we become a laughing stock. Lapan orang Ahli Parlimen yang dicadangkan untuk tindakan diambil, sebenarnya tiga kategori. Dalam lapan Ahli-ahli Parlimen pun ada tiga kategori. Lima oleh kerana tidak menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa sungguhpun dipanggil. Tiga orang oleh kerana enggan menyertai jawatankuasa dan tiga orang itu ada pun dua kategori. Nanti saya sebut. Lima orang – Karpal Singh (Bukit Gelugor), Batu Gajah, Segambut, Padang Serai, Bukit Bintang.
Kenapa perlu diambil tindakan terhadap mereka? Saya sudah kata ini adalah di luar bidang kuasa. Namun kenapa perlu tindakan diambil? Kalau bukan oleh sebab Ahli-ahli yang merasakan inilah masa untuk membalas dendam. Membalas dendam sahaja, bukan untuk menjaga kemuliaan Parlimen. Oleh sebab kita patut hormat bahawa mereka merasakan Jawatankuasa ini bukan satu Jawatankuasa, satu badan yang terbaik untuk menangani isu ini. Mereka ada sebab. Bukannya tanpa sebab. Apa itu RM1,000, apa yang diperlukan adalah tindakan yang... RM1,000 pada tahun 1952 sekarang sudah berapa kali ganda? 50 kali ganda, 80 kali ganda..., apakah ertinya? Apa yang diperlukan adalah Penal Code. Kanun-kanun keseksaan di mana seorang yang disabitkan bersalah oleh sebab menghalang dan mengugut Ahli Parlimen dalam menjalankan tugas boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun. Mengapakah ini tidak dikaji oleh Jawatankuasa ini? Sama ada Jawatankuasa ini didapati mempunyai kesalahan tetapi penalti yang ada sangat ringan iaitu RM1,000. Cadangkan kepada Dewan yang mulia ini dan Dewan ini memutuskan perkara ini patutlah dirujuk kepada Peguam Negara supaya keempat-empat orang ini diheret ke mahkamah dan patut menghadapi penalti yang seberat-beratnya. Itu satu jalan.
Adakah ini dipertimbangkan? Tadi saya berikan sedikit cadangan bahawa lapan orang Ahli Parlimen dikenakan tindakan. Di luar bidang kuasa dia. Adakah ini dipertimbangkan di dalam Jawatankuasa? Tidak. Oleh sebab tidak ada di dalam verbatim reports. Adakah soalan ini ditimbulkan? Adakah kita mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap lapan orang Ahli Parlimen, adakah ini dibincangkan, apakah kedudukan Parliamentary, apakah kedudukan yang sebenarnya, dan ada advice kah? Semuanya tidak ada. Ini menunjukkan bahawa perkara ini tidak pernah difikirkan dalam Jawatankuasa. Sebab itulah tindakan tidak adil. Saya sebut lima orang yang tidak mahu menghadirkan diri. Ada sebab yang kuat. Kita perlu hormat kalau mereka mahu sabotaj hal yang lain. Mereka ada sebab yang kuat oleh sebab mereka tidak mempersetujui. Adakah kita tidak boleh tidak mempersetujui? Adakah tidak bersetuju merupakan satu kesalahan? Tidak. Tidak patut. Itu kategori pertama. Kategori kedua. Tiga orang Ahli Parlimen iaitu Ahli Yang Berhormat Subang, Ahli Yang Berhormat Tumpat dan saya sebenarnya ada dua kategori. Saya kategori sendiri. Mulakan dengan saya. Di atas sebab apakah, saya mahu tahu dan saya mahu tanya, bahawa saya melanggar seksyen 9(a) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa). Apa yang disebutkan ialah untuk tidak memenuhi apa-apa perintah untuk hadir atau untuk mengemukakan kertas-kertas, buku-buku, rekod-rekod atau dokumen-dokumen yang dibuat oleh majlis atau mana-mana Jawatankuasa yang diberi kuasa yang sewajarnya bagi maksud itu melainkan kehadiran atau mengemukakan itu dikecualikan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 19 akta ini. Tidak mematuhi apa-apa perintah. Apakah perintah yang saya ingkari? Apakah perintah yang saya tidak ikut? Apakah perintah yang saya tidak patuhi? Tiada. Namun saya sekarang didapati bersalah di bawah peraturan ini. What is my offence? Bolehkah Tuan Yang di-Pertua beritahu saya, what is my offence? Why are you putting me under this position? Can you tell me what have I done wrong? Can you? You cannot because I have done nothing wrong. Isn’t it? I have done nothing wrong. Why you put me here? Can you explain?...
Yang Berhormat.
Sebab itu duduk sana lah. Itu masalah. [Dewan riuh]
Yang Berhormat.
Itulah masalahnya. Duduk di sana. Itu masalah.
Itu bukan masalahnya Yang Berhormat.
Ya.
Tiada masalah di situ. Saya dengar Yang Berhormat punya perbahasan.
Ya. Okey.
Saya dengar.
So, there is nothing wrong. Ingkar mematuhi perintah. When did the perintah come? So, I am in a special category. Ahli Parlimen Subang dan Ahli Parlimen Tumpat a bit different category. Oleh sebab dalam surat meletakkan jawatan mereka ada satu paragraph. Apakah paragraph itu? “Manakala walaupun pihak kami telah memohon bahawa kes Yang Berhormat Puchong dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan untuk siasatan sama ada beliau boleh memberi justifikasi untuk tuduhan beliau yang dibuat di dalam Dewan bahawa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sekarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada hubungan dengan sesuatu kes pembunuhan ini ditolak. Yang Berhormat Puchong dikenakan hukuman 12 bulan penggantungan dan pada masa yang sama dinafikan hak memberikan hak penjelasan dan membela diri.
Jadi pihak Pakatan Rakyat sangat kecewa dengan tindakan berbeza ini dan telah membuat ketetapan dengan tidak mengambil bahagian lagi dalam jawatankuasa tersebut.” Adakah itu mengingkari perintah di bawah seksyen 9(a) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952? Tidak. Tentulah ada ruang untuk perbezaan pandangan bahawa selepas menjadi anggota satu Jawatankuasa Parlimen merasakan jawatankuasa itu tidak berdaya ke arah menegakkan keadilan atau tidak sesuai oleh sebab hilang macro objective untuk menarik balik basic political rights, basic fundamental rights and Parliamentary rights. Kenapa dihukum? Tidak patut.
Minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Ipoh Timur. Dari laporan ini saya mendapat gambaran seperti mana yang diterangkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur bahawa seorang anggota jawatankuasa pilihan tidak boleh menarik diri daripada jawatankuasa ini. Jikalau menarik diri atau resign dengan izin, itu sudah menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman kecelaan. Inilah yang kita dapat daripada laporan ini. Bagi saya ini dengan hormat, tidak masuk akal. Sebab mana- mana anggota, mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Dewan yang mulia ini termasuk apa-apa Select Committee, Public Accounts Committee, Committee of Selection, Standing Orders Committee. Semuanya, kalau seorang anggota memilih untuk menarik diri, dia ada hak itu atas sebarang alasan, atas pendirian politik. Sebagai contoh. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur. Kita akan ambil contoh PAC. Pengerusi PAC mengambil satu pendirian atau satu tindakan yang melanggar prinsip keadilan. Seorang anggota mengambil pilihan, “saya tarik diri atas isu itu.” Sekarang, adakah itu boleh dijawab oleh Pengerusi dengan hukuman kecelaan. Inilah logiknya yang saya nampak sekarang. Di mana, mana-mana anggota jawatankuasa ini boleh pilih untuk menarik diri. Itu adalah haknya. Seperti mana yang diperhatikan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi, 82 adalah jawapan untuk jawatankuasa sendiri. Katakan jikalau tidak cukup kuorum, dia mahu mengisi jawatan itu, dia boleh isikan. Kalau kuorum cukup, dia tidak mahu isikan, itu pilihan jawatankuasa itu. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur. Sebab saya nampak laporan daripada jawatankuasa ini has deviated, sudah lari daripada matlamat asal. Sekian, terima kasih.
Ya, betul. Seperti yang disebutkan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Logiknya, jika Ahli-ahli PAC tidak menghadirkan diri, mereka telah melanggar hak dan keistimewaan.Bolehkah kita senaraikan Ahli-ahli Parlimen PAC yang tidak hadir? Semua daripada Barisan Nasional. UMNO, MCA dan Barisan Nasional. Kenapa tidak diambil tindakan terhadap mereka?
Bahawa mereka sudah ingkar daripada mematuhi arahan dan sebab itu mereka melanggar hak keistimewaan atau oleh sebab mereka Ahli-ahli Barisan Nasional mereka ada impunity! Immune, apa pun boleh buat. Tidak. Dan saya harap inilah kita tahu sekarang masih adalah Barisan Nasional majoriti boleh cukup undi untuk paksa apa tidak sah, apa tidak halal, apa haram pun boleh diluluskan. Boleh putus ada majoriti, tetapi rakyat akan lihat, tunggulah. Next election you all will be thrown out in the garbage bin! [Dewan riuh] Kalau ini diteruskan, and you deserve to be thrown in the garbage bin because of the rubbish what you are doing now!... [Dewan riuh]
Lama lagi kah?... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Berapa lama..., takut kah? Mungkin tidak betul dia ini. Takut... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Apalah!... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tidak malu!
Takut... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Pergilah!... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Takut, takut... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Inilah head principles. Kita boleh defer, we can defer. Akan tetapi, as a basic perkara kita perlulah menegakkan keadilan, keadilan! Di sini tadi kita dengar mengenai mitigating circumstances. Apa Yang Berhormat Bukit Gelugor kata di sini, tetapi...
Yang Berhormat Kuala Selangor lah... [Menyampuk]
Yang Berhormat Kuala Selangor ada sebut adalah betul. Kalau kita mahu bincang mengenai mitigating circumstances. Apa yang berlaku di perkarangan rumah Yang Berhormat Bukit Gelugor di Pulau Pinang, di mana ada satu rombongan...
Lama lagi kah ini?... [Menyampuk]
...Gengster-gengster yang goon, yang mengugut Yang Berhormat Bukit Gelugor daripada UMNO Youth. Apa buat? Kata sekarang tidak mahu minta maaf. Saya mahu tanya, adakah Pemuda MCA, Pemuda Gerakan, Pemuda MIC, Pemuda lain-lain dalam komponen Barisan Nasional sokong pendirian tadi? Daripada Mat Rempit. Adakah sokong?... [Dewan riuh] Atau tidak berani pun kata tidak sokong!
Terpaksa... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Kita ada perasaan.
Ingat tidak ada perasaan kah?... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Kita ada perasaan apabila kita menjadi mangsa ketidakadilan. Dimangsakan dan dianiaya. Kalau ini boleh berlaku di Parlimen, tengoklah dan lihatlah mangsa-mangsa di luar Parlimen. Betapa perlu pembelaan. Kalau boleh berlaku di dalam the highest Dewan di Parlimen, this also can take place such kangaroo court proposal. Ini kangaroo court. Jadi, Tuan Yang di-Pertua you are a kangaroo’s Chairman!.. [Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Peraturan, peraturan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat tidak apa. Tidak apa Ahli-ahli Yang Berhormat, sebab Yang Berhormat Ipoh Timur ini standard dia terlampau tinggi... [Dewan riuh] Tidak apa.
Setuju, setuju... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
My standard is not a kangaroo standard. [Ketawa] My standard is a rule of law.
Rabbit, rabbit... [Menyampuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak apa Ahli-ahli Yang Berhormat, dia berbahas, itu pendapat dia. Tidak apa. Sila.
Kalau kita mahu satu kangaroo document inilah kangaroo document... [Menunjukkan satu dokumen] Kangaroo document! A shame for Malaysian Parliament for 50 years! This is the biggest shame of all!
Shame on you... [Dewan riuh]
Kalau ada conscious dan kalau ada soul, ada orang kata conscious, ada orang soul selalu mereka yang kata begitu tiada conscious, tiada jiwa. Kalau kita conscious, let’s be clear. Apa usul yang utama ialah mengenai empat orang UMNO Youth, terhad kepada itu. Mengenai lapan Ahli Parlimen, it is luar kuasa. Luar kuasa pada masa itu, tetapi saya tidak tahu, I’m talking to the deaf. Especially to that side... [Sambil menunjukkan tangan ke arah pihak barisan kerajaan] I’m talking to the deaf! We have to wait until next election when we had found people in there who are not deaf. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Sri Gading. Selepas itu, saya minta Menteri untuk menjawab.
Tuan Yang di-Pertua.
Saya pohon diminta peluang.
Ahli Yang Berhormat.
Peluang untuk berucap.
Ahli Yang Berhormat. Sudah saya...
Saya seorang daripada lapan orang...
Ya saya tahu Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, sana tiada seorang yang dihukum.
Ahli Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat...
Sini lapan orang dihukum dan saya salah seorang daripadanya.
Saya tahu. Sila, sila.
Ya, ya.
Mengapa saya tidak boleh diberi peluang Tuan Yang di-Pertua?
Sila.
Natural justice.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sama-sama mengambil bahagian...
Tuan Yang di-Pertua tidak boleh elak daripada tidak menjawab soalan saya. Mengapakah saya tidak boleh diberi peluang?
Sebab you cakap banyak.
Di dalam perbahasan...
Untuk mempengerusikan mesyuarat saya tanya soalan. Tuan Yang di-Pertua.
Berkaitan dengan Laporan Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 80A. Tuan Yang di- Pertua.
Ha, keluar dia?... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sesungguhnya berbahagia kita Tuan Yang di-Pertua dalam negara ini.
Ya?... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Berbangga kita Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Ipoh Timur sahaja. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Kita dikawal, kita diberikan dinding yang kuat oleh undang-undang yang ada dalam negara kita ini. Mungkin kalau tidak ada undang-undang yang tertentu, mengawal perasaan, rasa marah dan pelbagai perkara yang dilakukan oleh sesetengah daripada kita, mungkin hari-hari dalam negara ini, jalan raya akan disimbah dan dimandikan dengan darah. Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita bahaskan ini ada permulaannya dan ada puncanya Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak ada apa-apa, “Takkan tempua bersarang rendah”. “Kalau tidak ada angin, pokok tidak akan bergoyang.”... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, dalam negara ini, telah pun dipesan oleh pemimpin- pemimpin agung kita daripada sejak 50 tahun yang lalu. “Marilah jaga perpaduan antara satu sama lain.” “Marilah kita hormat-menghormati antara satu sama lain.” “Janganlah kita menyinggung perasaan antara satu sama lain.” “Kena jaga tutur kata dan tingkah laku.” “Jangan menghina antara satu sama lain.” Ada undang-undang yang mengawal kita supaya tidak berlaku apa-apa yang bertentangan dengan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi. Tuan Yang di-Pertua, kenapa ada ratusan laporan kepada polis? Ratusan laporan kepada polis yang dituju kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Kenapa orang lain tidak? Orang Melayu di ceruk rantau, di mana satu negara ini melaporkan kepada polis untuk diambil tindakan.
Dalam ukuran mereka, bahawa Yang Berhormat Bukit Gelugor ini biadab kepada bangsa Melayu! Biadab kepada Sultan!... [Tepuk] Ini dalam ukuran orang-orang yang membuat laporan.
“Kerana mulut, badan binasa.”... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat.
“Kerana mulut, badan binasa”, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Sri Gading.
Saya.
Elakkan untuk menggunakan perkataan-perkataan yang unparliamentary.
Insya-Allah Tuan Yang di- Pertua.
Semua okey tadi itu... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Jangan bising, tengah panas ini... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya cuma menggambarkan punca...
Yang Berhormat Sri Gading, boleh mencelah?
Jangan bagi. Tidak payah. Karang kacau. Duduk... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya cuma menggambarkan punca kenapa dan mengapa? Saya bukan Pemuda, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, apabila dikatakan ‘Pemuda UMNO celaka’, dalam hati saya menjadi getir dan hancur berderai, Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh] Kalau mungkin ketika ayat itu keluar dan saya masih Pemuda, saya tidak jamin kesabaran saya. Saya bukan peduli penjara tujuh tahun. Kadang-kadang maruah bangsa, maruah agama dan maruah diri ini lebih berharga daripada jail dan denda-denda yang lain... [Tepuk] Itu sebabnya ada Akta Hasutan.
Betul...
Ada ISA.
Betul.
Semua hendak mengawal supaya tidak akan berlaku perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan. Kita duduk dalam satu negara yang pelbagai kaum dan majmuk, kena jaga. Kata macam-macam tentang Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan. Sultan-Sultan ialah payung kepada negara ini dan kepada Melayu. Sultan menjadi satu lambang yang sangat mulia. Sentuh Sultan, apa berlaku pun kita tidak akan peduli.
Ini pandangan orang Melayu, tuan punya negara ini Tuan Yang di-Pertua. Bukan kita hendak menafikan orang lain tetapi ini sejarahnya. Jangan sentuh Raja-Raja Melayu. Sentuh Raja-Raja Melayu, orang Melayu akan hilang segala-gala perasaan.
Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita bincang latar belakang kita diberhentikan. Kenapa dia boleh go around the whole world?
Apa ini?
Tadi Yang Berhormat Ipoh Timur macam-macam boleh cakap... [Dewan riuh]
Duduklah Yang Berhormat Ipoh Timur. Tadi you cakap orang tidak bising!
Tuan Yang di-Pertua saya bercerita punca kenapa perkara ini boleh berlaku. Ada 222 Ahli Parlimen dalam Dewan ini, tidak ada seorang pun yang hendak menggalang mengaku...
Apa kena mengena dengan punca?... [Dewan riuh]
Orang lain selamat Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Control emosi! Yang Berhormat Batu, tolong duduk. Biar dia bercakap dahulu. Saya akan tegur kalau dia saya fikir menjangkaui peraturan mesyuarat. Sudah saya warning awal-awal. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya yang duduk di sini, saya yang mendengar segala hujah, sebelah kanan dan sebelah kiri.
Pepatah orang Melayu Tuan Yang di-Pertua, “terlanjur perahu boleh berpatah balik, terlanjur perkataan padah!”
Buruk padahnya!... [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua. Tiada siapa yang suka kalau Ahli Parlimen datang ke Parlimen dikacau, diganggu.
Tiada siapa yang suka. Kita pun memang tidak suka Tuan Yang di-Pertua. Ahli Parlimen adalah orang-orang yang penting, Yang Berhormat, tidak boleh diganggu gugat. Itu sebabnya apabila denda RM1,000, kita kata...
Sokong.
...Memang kita sokonglah. Empat orang Pemuda ini walaupun puncanya bukanlah salah mereka, bayarlah! Kalau tidak mampu bayar... [Dewan riuh] Boleh bayarlah Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, jadi inilah menjadi ingatanlah kepada kita di Parlimen ini janganlah mentang-mentang kita ada kekebalan kita boleh mengeluarkan cakap sesuka hati kita. Kita boleh menggelar orang sesuka hati kita. Kita boleh mengata orang sesuka hati kita. Tolong Tuan Yang di-Pertua, kita perlu menjaga juga perasaan 27 juta orang yang di luar yang tidak ada kesempatan datang macam kita dalam Dewan yang mulia, yang penuh dengan kekebalan ini. Jangan kita jadi bacul hanya dalam Dewan yang kebal ini sahaja, kita berani berkokok-kokok, dicabar orang luar untuk buat kenyataan, kita menjadi pengecut termasuk ‘anu’nya itu!... [Ketawa] Astaghfirullah al ‘Azim. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Luahkan perasan itu.
Saya tidak hendak ambil banyak masa Tuan Yang di-Pertua. Jadi pengajaranlah kepada kita, jagalah tutur kata kita supaya tidak menyinggung perasaan orang lain yang boleh mengambil tindak balas yang di luar dugaan kita. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong supaya apa yang dilaporkan ini kita terima.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada lima perkara yang hendak dijawab dan diminta penjelasan daripada saya selaku Menteri. Perkara yang lain-lain itu saya percaya telah pun dijawab oleh rakan-rakan saya dalam Barisan Nasional. Yang Berhormat Bukit Gelugor berkata bahawa tiada peruntukan admonishment di dalam Peraturan Mesyuarat dan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa 1952). Kalau kita lihat kepada seksyen 32 dan 34 memberi kuasa kepada Majlis untuk mengguna pakai segala kuasa dan keistimewaan yang dinikmati oleh House of Commons bermaksud ada melaksanakan convention admonishment. Ini boleh kita lihat buku Sir T. Erskine May berkenaan dengan Parliamentary Practice. Saya tidak perlulah baca seksyen 32 akan tetapi kalau siapa yang ada akta undang-undang ini boleh membaca seksyen 32 dan 34 yang jelas mengatakan bahawa daripada segi kuasa memang boleh digunakan admonishment. Dari segi duluan ataupun precedent, admonishment pernah dilaksanakan oleh Dewan Rakyat pada 24 April 1961 terhadap Ahli Yang Berhormat Tan Fok Kim. Boleh rujuk kepada Hansard 29 April 1961. Yang Berhormat Bukit Gelugor juga mengatakan bahawa peruntukan seksyen 9.
Penjelasan. Masalah di sini ialah kalau Yang Berhormat rujuk kepada usul yang dibawa oleh Yang Berhormat sendiri kepada yang diluluskan oleh Dewan ini, apakah bidang kuasa untuk jawatankuasa ini untuk membuat cadangan mengenai hukuman Ahli Parlimen lapan orang walhal ini tidak dalam terma-terma usul itu. Usul-usul adalah spesifik, terhad kepada kompelin yang dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Adakah Yang Berhormat setuju?
Saya jawab Yang Berhormat Bukit Gelugor dahulu. Dia bercakap second last. Tunggulah, belum habis lagi. Sabar ya. Yang Berhormat Bukit Gelugor mengatakan peruntukan seksyen 9A adalah untuk saksi, bukan untuk ahli jawatankuasa. Jadi hukuman itu tidak berketepatan. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Bukit Gelugor lihat, akan tetapi dia tiada di sinilah. Cuma kalau dia ada masa di luar nanti suruh dia baca.
Subseksyen 9(a) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 tidak mengkhususkan kepada saksi sahaja. Kalau saya boleh baca seksyen 9; “Majlis boleh untuk atau berkenaan dengan mana-mana kesalahan yang disebut kemudian daripada ini sama ada yang dilakukan oleh seseorang Ahli atau oleh mana-mana orang lain menghukum secara terus kerana menghina dengan denda tidak melebihi RM1,000”. Maknanya 9(a) membenarkan kita untuk mengambil tindakan dan tidak seperti mana yang disebut iaitu bahawa hanya boleh ambil tindakan kepada saksi sahaja dan tidak kepada jawatankuasa. Itu tidak betul. Yang Berhormat Bukit Gelugor juga bertanya mengapa tidak dikenakan tindakan di bawah 124 kanun keseksaan? Pemakaian untuk tindakan di bawah 124 kanun keseksaan, ia perlu dimulai dengan satu laporan polis. Jadi buatlah, kita tengok selepas ini. Yang Berhormat Ipoh Timur mengatakan bahawa tindakan terhadap lapan orang Ahli Berhormat adalah di luar daripada terma rujukan usul, untuk menyebut bahawa supaya jawatankuasa...kita perlu ingat usul menyebut bahawa supaya jawatankuasa menyiasat aduan dan mengambil tindakan bersesuaian mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952. Tindakan terhadap lapan orang Ahli Parlimen adalah merupakan selaras dengan peruntukan seksyen 9(a) yang saya sebut tadi, akta tersebut berhubung dengan ketidakhadiran Mesyuarat Jawatankuasa mengikut interpretasi kita boleh ambil tindakan.
Penjelasan.
Ada satu perkara yang dibangkit oleh...
Akan beri penjelasan atau tidak?
Sekejap, sudah hendak habis. Bilakah yang aku tidak beri? Duduklah.
Ya okey.
Duduklah.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tidak, dengan you tidak takut lah. Saya lebih muda.
Bukan macam Transport Minister. Lari ke Perancis.
[Ketawa]. Ini Yang Berhormat Padang Rengas.
MCA president.
Ini Yang Berhormat Padang Rengas. Cuma oleh kerana Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi, kita perlu ambil maklum iaitu apa juga hukuman yang kita ambil, mesti yang telah dibenarkan oleh akta. Kalau sekiranya 1952 memang betullah. RM1,000 ketika itu dirasakan besar akan tetapi kalau...
Akan tetapi kalau pada hari ini, dia dianggap sebagai begitu...yalah, Yang Berhormat Bukit Gelugor dia itu kaya jadi RM1,000 murahlah. Jadi kita tidak boleh buat apa-apa. Mungkin ini merupakan kecuaian kita bersama. Ini akta kita, tidak payah marah kepada Law Reform Committee dalam AG Chambers atau apa. Sepatutnya kita, Ahli Parlimen termasuk saya, termasuk mereka sebelah sana duduk dan fikirkan, tengok pada akta kita sendiri. Jadi kalau... [Disampuk]
Ahli Yang Berhormat, jangan mengganggulah, Ahli Yang Berhormat.
...RM1,000 dianggap sebagai murah memang betul, tetapi Jawatankuasa tidak boleh membuat tindakan luar daripada apa yang dibenarkan oleh akta. Jadi kalau maksimumnya seribu, seribu ringgitlah. Soalnya pada hari ini, kita harus... dan kita ada Jawatankuasa Select Committee. House Committee semua untuk mereka melihat kembali dan membuat cadangan pindaan supaya akta itu sesuai dengan tahun 2009. Jadi saya mengambil berat tentang perkara ini dan saya rasa sememangnya kita harus pinda, bukan akta untuk kita sahaja, hak istimewa kita tetapi juga akta-akta yang lain mesti selepas ini memastikan supaya kita pinda dan naikkan denda- denda mengikut kesesuaian pada masa ini. Jadi itu satu perkara yang berbangkit dalam perbahasan ini yang perlu kita ambil berat. Ya, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Timur. Penjelasan.
[Bangun]
Tidak ada penjelasan mahu tanya..., perbahasan pun boleh, bila-bila ada penjelasan. Adakah kerajaan sebagai mewakili kerajaan rela meminda usul dakwaan ini supaya perkara yang tidak patut di dalam ialah mengenai lapan orang Ahli Parlimen digugurkan?
Yang Berhormat Menteri-menteri, Tuan sekali...
Tuan Yang di-Pertua, daripada pihak kerajaan, kita tidak rela. Apa yang telah kita bentang, bermakna itu sama ada terima tidak terima, kita putus selepas ini. Saya mengatakan sebagai. We as Barisan Nasional, kita akan pastikan mengundi untuk menerima usul ini. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
Habis berucap ya?
Boleh bagi Yang Berhormat Gombak.
Sila.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Jawab Yang Berhormat Menteri ada mencadangkan tadi bahawa sekiranya sesuatu kes itu hendak dimulakan siasatan, maka ia memerlukan satu laporan polis sebelum kes itu dimulakan siasatan. Saya ingin bertanya, apakah jawatankuasa ini bercadang? Walaupun Yang Berhormat Menteri nyatakan tadi tindakan yang boleh ambil adalah mengikut peruntukkan yang sedia ada seperti hukuman denda sebanyak seribu ringgit dan itu merupakan satu jumlah yang maksimum di dalam seksyen yang telah diperuntukkan. Akan tetapi, saya kira untuk menjaga martabat dan integriti Dewan yang mulia ini, Tuan Yang di-Pertua, apakah jawatankuasa tidak boleh memulakan laporan polis untuk perkara ini disiasat di bawah satu kes jenayah supaya perkara ini tidak berulang di masa yang akan datang? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua...
Boleh saya sambung...lepas itu...
Duduk, duduk, duduk. Jangan kacau saya punya...Duduk.
Baik, baik, okey. Saya minta penjelasan sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, saya rasa jawatankuasa tidak ada masalah tetapi bimbang kita. Dalam kita mengadakan jawatankuasa untuk menyiasat perkara ini, tubuh badan yang menjadi mangsa tidak rela untuk dipanggil menjadi saksi dalam kes menyiasat untuk hendak membantu dia. Macam mana pula, sekarang pula, kita pula jawatankuasa tanpa persetujuan dia kita pula buat laporan walhal dia tidak memberi kerjasama dalam isu yang sama hendak membantu dia. Adalah lebih baik yang mangsa itu buat laporan sendiri. Mungkin nanti kalau kita buat, dia tidak bersetuju. Dalam kes kita mengadakan ini pun dia tidak mahu hadir dan kita tidak dapat memastikan kerjasama dia. Nanti kalau kita mengada- ada buat, kalau dia tidak bersetuju, dia masih lagi hidup. Dia masih lagi ada.
Jadi dialah patut buat aduan. Saya rasa kita punya pengalaman dalam kita hendak membantu dia dalam isu ini pun dia tidak beri kerjasama. Saya fikir lebih baiklah dia buat keputusan, takut-takut nanti kalau kita buat keputusan, dia pula tidak bersetuju.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar kalau kita lulus laporan ini dan menerima usul ini, kita akan buat satu precedent, dengan izin, yang tidak mungkin berlaku di mana-mana Parlimen, di mana seorang anggota jawatankuasa pilihan atau mana-mana jawatankuasa tidak boleh tarik diri daripada jawatankuasa itu? Adakah kita faham yang inilah the nonsense, dengan izin yang kita luluskan, kita akan lulus dalam sekejap lagi? Adakah kita faham itu? Saya minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, saya faham dan saya sedar bahawa kalau tidak bekerjasama dalam untuknya menyiasat sesuatu perkara, mungkin akan dianggap itu bahawa keputusan yang dibuat itu dan direkomen di sini tidak mendapat satu penyiasatan yang tepat kerana mereka yang dipanggil untuk memberi saksi dan mengambil bahagian tidak mahu mengambil bahagian. Jadi...
Saya bezakan...
Jadi, nonsense ini dimulakan oleh pihak sebelah sana.
Yang Berhormat Menteri...
Sebab you are doing the nonsense thing.
Our right to resign...
Tidak ada masalah untuk...
...Eh, bukan resign...
Saya bezakan saksi...
...Untuk datang yang sebenarnya, yang kita hendak bincang ialah masalah rakan, sahabat baik Yang Berhormat Subang.
Biar kita rasional...
Jadi the nonsense started from you.
No, no. Dengar ini...
Daripada Yang Berhormat Subang. Nonsense. Jadi kepada pihak kami, kalau...
...rasional...
Yang Berhormat Subang tanya, “Saya sedar?”, saya sedar. What’s your problem? Saya sedar. Kalau saksi tidak mahu mari...
Yang Berhormat Subang...
Adakah di dalam mahkamah, maka...tidak ada...you are doing the nonsense thing...
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, apabila Yang Berhormat Menteri menjawab, duduklah Yang Berhormat. Jangan dua orang bercerita. Sila duduk... [Dewan riuh]
Jangan cuba hendak menghalakan nonsense kepada pihak kami. You are doing the nonsensical thing yourself. Oleh kerana itu.., ini apa ini? Tuan Yang di-Pertua, ini apa ini?.. [Dewan riuh].
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Menteri, tolong duduk Ahli Yang Berhormat...Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri...
You are nonsensical. You are the one, nonsensical. Jadi kalau you, kalau pihak sana tidak mahu mari, we, kita tidak takut untuk membuat duluan. Kita tidak perlu untuk merujuk kepada mana-mana negara tetapi kalau kita fikirkan itu bahawa sebelah sana tidak mahu datang sebagai saksi, dan tidak mahu mengambil bahagian dalam jawatankuasa kita sendiri untuk menyiasat Ahli kita. Maka oleh kerana itu, saya hendak beri tahu, kita sedar apa yang kita buat dan kita pastikan undi selepas ini sama ada usul ini diterima ataupun tidak. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat... [Dewan riuh] [Ahli Pembangkang keluar Dewan]. Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih tinggal, duduk, Ahli Yang Berhormat. Tolong senyap. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 2 hendaklah sisetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Diputuskan, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5) dan keputusan Usul yang diluluskan oleh Dewan ini pada 26 Februari 2009, maka Penyata Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat Mengikut Peraturan Mesyuarat 80A dibentangkan di atas Meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan No. DR 1 Tahun 2009 hendaklah diterima dan dipersetujukan.”
Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti usul yang telah diluluskan tadi, saya memerintah supaya nama-nama ini masuk dalam Dewan iaitu Encik Lat Sharizan bin Abdullah, Tuan Haji Megat Zulkarnain bin Omar Din, Encik Azhari bin Datuk Shaari, Encik Ungku Mohd Salleh bin Ungku Abdul Jamal, ada ya? Saudara-saudara, dengar baik- baik ya. Saudara-saudara dikenakan denda sebanyak RM1,000 setiap seorang, dan saya ingin menegaskan bahawa sekiranya denda ini tidak dibayar dengan serta-merta, tuan-tuan sekalian akan ditahan. Jadi pastikan. Bentara, sila iringi keempat-empat ini keluar dan pastikan bahawa tujuan pembayaran itu dapat dijelaskan... [Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti usul yang telah diluluskan tadi, saya dengan ini, dengan dukacita apa pun terpaksa. Usul yang dipersetujukan tadi itu, telah dipersetujui. Jadi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang seperti berikut iaitu Yang Berhormat Tuan Karpal Singh (Bukit Gelugor), Yang Berhormat Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah), Tuan Lim Lip Eng (Segambut), Yang Berhormat Tuan N. Gobalakrishnan (Padang Serai), Yang Berhormat Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Yang Berhormat Lim Kit Siang (Ipoh Timur), Yang Berhormat Dato’ Kamarudin bin Jaffar (Tumpat) dan Yang Berhormat Tuan R. Sivarasa (Subang), seperti yang diluluskan oleh usul iaitu saya sedih bahawa mereka ini kita cela sebagai teguran... [Tepuk] Ambil iktibar daripada mereka ini supaya, lain kali Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara begini jangan berlaku dan apabila berbahas nanti, tolong berbahas dengan penuh berhemah.
Usul Yang Berhormat Menteri Di Bawah Peraturan Mesyuarat 86(5) — Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil Dan Sederhana (Pindaan) 2009Bill
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Pindaan) 2009 untuk meminda akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Ada siapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang merangkumi 99.2 peratus dari syarikat berdaftar, merupakan tulang belakang kepada ekonomi Malaysia setakat ini. Sektor PKS menyumbang 30 peratus kepada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) 56.4 peratus kepada pekerjaan, dan 19 peratus kepada eksport. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) pada 2 Mei 1996 untuk memacu pembangunan PKS dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan. Walau bagaimanapun SMIDEC bukanlah satu-satunya agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pembangunan PKS di negara kita. Selain daripada SMIDEC, 14 buah kementerian serta 60 agensi terlibat membangunkan PKS di Malaysia. Mengambil kira betapa pentingnya agenda pembangunan PKS, dilaksanakan secara bersepadu, adalah perlu satu rang undang-undang diperkenalkan agar usaha kerajaan untuk memacu pembangunan PKS dapat dilaksanakan dengan berkesan serta memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995 iaitu Akta 539. Pindaan akta ini harus dilakukan selaras dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 4 Jun 2008 supaya fungsi SMIDEC diperluaskan untuk memacu pembangunan PKS meliputi semua sektor ekonomi dalam usaha untuk mengukuhkan peranannya supaya menjadi lebih berkesan. Pindaan ini juga selaras dengan penambahan fungsi SMIDEC sebagai Agensi Penyelaras Pusat PKS, selain memberi sokongan perundangan terhadap transformasinya kepada SME Corp. Malaysia. Di samping itu juga, matlamat akta ini adalah untuk memperuntukkan penubuhan keanggotaan dan fungsi Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan sebagai Badan Penggubal Dasar yang tertinggi bagi pembangunan PKS. SME Corp. akan bertindak sebagai urus setia kepada Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan. Untuk makluman, kerajaan telah menubuhkan Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan pada 1 Jun 2004, bagi menzahirkan komitmennya untuk membangunkan PKS di peringkat tertinggi. Majlis ini menyediakan rangka kerja strategik supaya usaha antara agensi dalam membangunkan PKS lebih tertumpu dan selaras, bagi memastikan strategi dan program yang diwujudkan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Bagi menyokong pertumbuhan PKS ini, beberapa inisiatif utama telah dilaksanakan oleh Majlis antaranya ialah: (i) penyelarasan definisi PKS; (ii) penubuhan SME Bank; dan (iii) pelancaran Portal SME Info.
Dengan sokongan perundangan yang diperuntukkan di bawah seksyen 2(a), 2(b) dan 2(c), di bawah akta ini. Majlis ini ditubuhkan secara rasminya serta menyenaraikan keanggotaan dan fungsinya. Keanggotaan kementerian dan agensi dalam majlis ini adalah berdasarkan kepada peranan dan sumbangan masing-masing dalam pembangunan PKS dan keusahawanan. Manakala dari sektor swasta pula, keanggotaannya adalah terdiri daripada wakil persekutuan yang berkaitan dengan PKS, serta wakil-wakil dari sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian. Majlis juga berfungsi untuk: (i) merumuskan dasar dan strategi umum untuk memudahkan pembangunan keseluruhan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi; (ii) mengkaji semula peranan dan tanggungjawab kementerian dan agensi kerajaan yang berhubungan dengan pembangunan usahawan kecil dan sederhana, merentasi semua sektor ekonomi; (iii) mempertingkatkan kerjasama dan penyelarasan serta membimbing kementerian dan agensi kerajaan untuk memastikan pelaksanaan yang berkesan dalam dasar pembangunan dan pelan tindakan bagi perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi; (iv) menggalakkan dan mengukuhkan peranan sektor swasta dalam menyokong pembangunan keseluruhan perusahaan kecil dan sederhana, merentasi semua sektor ekonomi; dan (v) melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada Majlis di bawah akta ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman. Penubuhan Agensi Penyelaras Pusat PKS ini adalah hasil daripada keputusan Mesyuarat Majlis yang ketujuh yang dipengerusikan oleh Mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 13 September 2007. Mesyuarat tersebut antara lain telah bersetuju agar satu agensi PKS khusus ditubuhkan sebagai agensi tunggal dalam memacu pembangunan PKS bagi semua sektor ekonomi. Secara umumnya, agensi PKS ini akan diberi tanggungjawab untuk mencadangkan dan menyelaras dasar serta polisi umum bagi pembangunan PKS dalam semua sektor ekonomi, untuk pertimbangan Majlis. Berdasarkan pertimbangan tersebut, kementerian dan agensi akan merumus dasar dan program khusus mengikut mandat masing-masing untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam dasar umum yang diputuskan oleh Majlis.
Mesyuarat Majlis juga telah bersetuju agar fungsi SMIDEC diperluaskan untuk menjadi agensi PKS tersebut dan seterusnya: (i) menggubal, menyelaras, memantau dan menilai dasar pembangunan strategi serta program-program PKS, kementerian, dan agensi di semua sektor ekonomi; (ii) menjadi pusat rujukan bagi kementerian dan agensi kerajaan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan PKS; (iii) meningkat kerjasama dan penyelarasan antara kementerian dan agensi kerajaan bagi memastikan pelaksanaan dasar, pembangunan dan pelan tindakan PKS yang berkesan; (iv) bertindak sebagai agen pelaksana bagi program-program kerajaan sebagai yang ditentukan oleh Majlis; (v) memberi khidmat nasihat dan maklumat setempat kepada PKS; (vi) mewujudkan pangkalan data dan sistem maklumat yang komprehensif;
(vii) melaksanakan kajian mengenai pembangunan PKS; (viii) menyebar maklumat, menjalankan penyelidikan dan menganalisis isu berkaitan pembangunan PKS; dan (ix) bertindak sebagai urus setia kepada Majlis dan menjalankan fungsi-fungsi lain yang diputuskan oleh Majlis. Walau bagaimanapun agensi PKS ini akan terus melaksanakan fungsi SMIDEC sedia ada iaitu melaksanakan dasar dan program khususnya bagi sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan berkaitan perkilangan yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Selaras dengan fungsi barunya sebagai agensi PKS meliputi semua sektor ekonomi SMIDEC akan dijenamakan semula sebagai Small and Medium Enterprise Corporation Malaysia atau SME Corp Malaysia. SMIDEC melalui fungsinya yang sedia ada seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 539 telah pun diberi kuasa untuk menggalak dan menyelaras pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan. Oleh yang demikian, operasinya sebagai SME Corp. boleh diteruskan melalui pemantapan mekanisme sedia ada iaitu memperluaskan skop dan fungsinya yang meliputi semua sektor ekonomi dan memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkelayakan. Justeru itu, satu sistem saraan yang lebih kompetitif. Perlu disediakan untuk menarik tenaga kerja mapan seperti yang diperlukan dan fleksibiliti dalam pengurusan SME Corp. yang mana SME Corp. akan mempunyai bidang kuasa autonomi yang lebih luas dalam urusan pentadbiran akauntabiliti serta responsif kepada pembangunan PKS. Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini ialah sebagai mana berikut. Satu pindaan tajuk panjang; (i) Pindaan tajuk panjang Pindaan tajuk panjang kepada Akta 539 bertujuan untuk menggambarkan matlamat baru akta iaitu untuk menubuhkan Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan; dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia. Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan akan menjadi badan penggubal dasar yang tertinggi bagi pembangunan perusahaan kecil dan sederhana merentasi semua sektor ekonomi; (ii) Pindaan seksyen 1 Pindaan kepada seksyen ini bertujuan untuk meminda tajuk ringkas Akta 539 dengan menamakan akta kepada nama perbadanan yang baru yang akan dikenali selepas ini sebagai Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia 1995; (iii) Pindaan seksyen 2 Pindaan kepada seksyen ini bertujuan untuk memasukkan takrif pengerusi Majlis Perusahaan Kecil dan Sederhana. Ia juga bertujuan untuk meminda takrif perbadanan dan kumpulan wang. Manakala takrif aktiviti pengilangan dan industri kecil dan sederhana dipotong; (iv) Bahagian baru IA Bahagian baru IA dibuat bertujuan untuk mengadakan peruntukkan bagi penubuhan keanggotaan dan fungsi Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan;
(v) Pindaan seksyen 3 Pindaan ini bertujuan untuk mengubah nama perbadanan. Perbadanan akan dikenali sekarang sebagai Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia; (vi) Pindaan seksyen 4 Pindaan ini bertujuan untuk memasukkan wakil daripada dewan perniagaan sektor pembuatan, sektor perkhidmatan dan sektor pertanian, sebagai anggota perbadanan; (vii) Pindaan seksyen 12 Pindaan dibuat bertujuan untuk menyenaraikan fungsi baru perbadanan yang lebih luas; (viii) Pindaan seksyen 13 Pindaan dibuat bertujuan untuk memperluaskan kuasa perbadanan yang sedia ada termasuk kuasa untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana. Kuasa untuk memberikan pemberian dan kuasa untuk mengehendaki pemberian maklumat oleh perusahaan kecil dan sederhana. Ia juga bertujuan untuk memperbaik dan memperjelaskan kuasa sedia ada perbadanan; (ix) Seksyen baru 14A Seksyen baru ini bertujuan untuk memberi perbadanan kuasa untuk memberikan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana. (x) Seksyen baru 17A Seksyen baru ini bertujuan untuk memberi perbadanan kuasa untuk menubuhkan syarikat; (xi) Pindaan seksyen 18 Pindaan dibuat bertujuan untuk mengubah kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen itu. Kumpulan wang itu sekarang dikenali sebagai Kumpulan Wang Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana; (xii) Pindaan seksyen 19 Pindaan dibuat bertujuan untuk membenarkan kumpulan wang dibelanjakan untuk pembayaran pemberian dan pemberian pinjaman; (xiii) Pindaan jadual Pindaan ini dibuat bertujuan untuk meminda subperenggan 1(1) jadual dengan menggantikan kuorum bagi suatu mesyuarat perbadanan daripada empat anggota kepada satu pertiga daripada jumlah bilangan anggota perbadanan. Ia juga bertujuan untuk meminda sub perenggan 2(3) berbangkit daripada perubahan nama perbadanan; (xiv) Peruntukan kecualian dan peralihan Peruntukan ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian dan peralihan. Tuan Yang di-Pertua, PKS kini telah mencapai tahap produktiviti yang lebih tinggi dalam kesemua sektor utama ekonomi.
Walau bagaimanapun, pencapaian sebenar sektor PKS masih boleh dipertingkatkan lagi sekiranya kesemua program yang merupakan agenda pembangunan PKS ini dapat dilaksanakan secara bersepadu dan teratur. Krisis ekonomi yang sedang melanda dunia juga memberi kesan yang besar kepada PKS tempatan. Melalui kajian impact crisis economy dan kewangan global yang dilaksanakan oleh SMIDEC pada suku kedua tahun 2009 didapati 77 peratus daripada responden mengalami kesan negatif berbanding dengan hanya 22 peratus di bawah kajian pertama pada bulan November 2008. Justeru itu adalah amat penting segala usaha perlu difokuskan kepada pemulihan dan seterusnya pembangunan PKS.
Untuk mencapai hasrat ini, SME Corp. akan meneruskan peranan sekretariat dalam menyelaraskan keseluruhan rumusan dasar PKS dan penilaian prestasi program pembangunan PKS dalam semua sektor SME Corp., juga akan menjadi pusat maklumat, rujukan dan khidmat nasihat bagi PKS. Penubuhan sebuah agensi PKS yang khusus merupakan salah satu kaedah penambahbaikan struktur yang sangat penting dalam agenda pembangunan PKS yang bermatlamat membangunkan PKS yang berdaya saing dan berdaya tahan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Yang menyokong.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ya sebelum saya menjemput Yang Berhormat membahas, saya mintalah kalau ada yang bawa handphone itu belum boleh diguna pakaikan, minta tolong switch kan kepada silent ataupun meeting mod, terima kasih. Ini termasuk juga dengan pegawai-pegawai yang ada dalam Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama satu akta untuk meminda Akta Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana 1995. dibaca kali kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Yang Berhormat Lipis.
Terima kasih tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya membahaskan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Pindaan) 2009, hari ini. Pertama sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa industri kecil dan sederhana (IKS) berfungsi penting mengukuhkan asas industri negara. Sebagai mukadimah kepada negara, industri dan mengelak pergantungan kepada sensitiviti ekonomi global, IKS perlu dimajukan secara bersepadu dan menyeluruh, apa lagi dalam hubungan pengukuhan ekonomi jangka panjang. Kalau kita lihat dalam konteks pertumbuhan kilang, statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan 92.4 peratus daripada jumlah pertumbuhan kilang dalam sektor perkilangan adalah terdiri daripada IKS pada tahun 1975. Itu cerita 34 tahun dulu, kemudian angka itu agak menurun pada tahun 1985 dengan 92.1 peratus dan menurun lagi pada tahun 1992 pada tahap 89.6 peratus. sekarang saya tak pastilah berapa. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1995 pertumbuhan IKS dalam sektor perkilangan adalah 88.9 peratus. Jika gambaran pertumbuhan ini diambil kira, apakah agaknya sebab kepada penurunan itu dan kesannya kepada kestabilan asas ekonomi? Jadi saya hendak tahu apakah kedudukan sebenar pertumbuhan IKS sekarang? Adakah benar- benar IKS mampu berdiri sekarang, apatah lagi dalam era pelaksanaan liberalisasi buat negara sekarang ini? Cuba kita lihat penelitian yang dibuat, dalam sebuah buku ataupun tulisan pada tahun 1997, Malaysia Political Economy, yang mana pada tahun 1980-an, dengan adanya Dasar Ekonomi Baru pada masa itu dan dengan kepimpinan pada masa itu ingin mewujudkan kapitalis Melayu untuk konglomerat Melayu, jadi kepimpinan pada masa itu dikatakan berjaya mewujudkan kapitalis Melayu melalui Program Penswastaan.
Dan dengan demikian Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970 sampai 1990 berjaya meningkatkan ekuiti ekonomi dalam kit ekonomi yang ada pada masa itu. Inilah sebenarnya yang kita mahukan di mana usahawan-usahawan IKS dinaikkan martabat menjadi konglomerat Melayu. Sekarang ini saya tidak nampak akan konglomerat Melayu yang baru, yang ada hanyalah orang-orang lama sahaja hasil daripada Dasar Ekonomi Baru. Tuan Yang di-Pertua, tanpa menafikan kejayaan rekayasa sosial melalui DEB, pertumbuhan yang lebih seimbang dalam industri perlu diperhatikan supaya dalam kerangka menyeimbangkan ekuiti bumiputera dengan kaum lain, pertumbuhan IKS untuk mengelakkan penggantungan modal dan teknologi asing perlu kita perkemaskan. Oleh itu saya berharap kepimpinan sekarang dapat melihat lompang berkenaan menerusi agenda liberalisasi kewangan dan substruktur yang diumumkan menerusi polisi- polisi seterusnya bagi mempergiat usaha meningkatkan bilangan kelas menengah Bumiputera. Iaitu golongan berpendapatan lebih dari RM5,000 sebulan bermula daripada IKS itu sendiri. Kita tidak mahu lagi, pada sebelum-sebelum ini penumpuan khusus pada tiga desa warsa lalu iaitu mewujudkan syarikat payung yang dimiliki bumiputera dengan ayat lebih mudah iaitu untuk menghasilkan jutawan dan bilion one. IKS boleh berperanan untuk tumpuan kepada orientasi eksport, tetapi pengurangan kepada penggantungan modal dan teknologi luar. IKS dalam konteks ini boleh memperkukuhkan struktur asas pembangunan perindustrian negara yang sedia ada, kerana penggantungan ekonomi terlampau kepada pasaran antarabangsa menyebabkan ia sangat sensitif kepada keadaan, perubahan dan aktiviti ekonomi antarabangsa. Ini kerana IKS sebenarnya boleh berperanan sebagai alternatif kepada syarikat gergasi luar atau syarikat gergasi luar negara yang hanya datang ke negara ini semata- mata untuk mengaut keuntungan, tanpa memindahkan kepakaran teknologi untuk rakyat jelata negara ini. Paling mengecewakan apabila syarikat gergasi hanya datang ke negara ini ketika negara menawarkan buruh yang murah serta pelbagai pengecualian cukai dan mereka pulang semula ke negara asal atau berpindah ke negara lain yang menawarkan insentif lebih baik. Jadi saya percaya dengan tertubuhnya satu badan yang menyelaras segala bentuk IKS dan PKS ini, saya berharap dan dengan fungsi-fungsi telah diberikan, fungsi- fungsi baru saya berharap segala apa yang saya nyatakan tu akan berjaya dan tercapai. Jadi dengan kata-kata itu saya pohon menyokong.
Ya Yang Berhormat Kepong. Sila Yang Berhormat Kepong
Tuan Yang di-Pertua,
Kalau dapat ringkas Yang Berhormat ya , kita satu bill hendak habis semua Yang Berhormat.
Ya, saya pun nak habis.
Bagus Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, ini Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini memang satu sektor yang penting untuk negara ini, dan walaupun saya nak pendekkan, saya mempunyai beberapa cadangan supaya kita sama-sama memperbaiki keadaan bagi IKS ini. Saya berharaplah dengan tertubuhnya perbadanan ini, kita dapat mewujudkan sistem yang lebih sempurna untuk memelihara industri kecil dan sederhana di negara ini, termasuk program-program insentif-insentif itu pinjaman-pinjaman dan pembangunan untuk menjadikan IKS kompetitif, tahan lasak dan bertaraf dunia, dan kebanyakan IKS kita ini belum lagi mencapai tahap dunia. Di sini berpendapat bahawa pihak kerajaan walaupun sejak 1966 lagi sudah mewujudkan SMIDEC, dan SMIDEC pun berikhtiar untuk memainkan peranan. Akan tetapi setakat inilah bagi sayalah tidak begitu berjaya.
Saya memandangkan itu IKS ini yang terlibat dengannya sekurang-kurangnya ada 14 kementerian dan lebih 60 agensi. Ini bermakna susahlah bagi SMIDEC untuk menyelaraskan semua ini termasuklah Kementerian Perdagangan iaitu dan Industri Antarabangsa, yang susah untuk mengendalikan walaupun Yang Berhormat di situ Yang Berhormat Jerlun dia berpengalaman dengan vendor tetapi saya percaya beliau akan menghadapi masalah yang lebih besar daripada perusahaan vendor ini di IKS, dan membilang dari esa, mengaji dari alif, kita terpaksa dari pangkalnya untuk memelihara dan membangunkan IKS.
Tuan Yang di-Pertua, yang penting bagi ekonomi Malaysia kerajaan terpaksalah mengkaji dengan lebih mendalam apakah yang dihadapi oleh IKS kita sekarang ini. Saya akan bangkitkan beberapa perkara yang saya terima daripada pihak IKS dan di sini yang penting sekali bagi kementerian dan juga SMIDEC kita mesti memastikan semua insentif program dan linkages untuk IKS ini dilakukan dengan adil dan saksama. Matahari itu sama ada lembah atau gunung diterangi begitu sahaja. Kita mesti adil. Semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan langkah untuk menghapuskan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing atau MIS dan membabitkan pembelian kepentingan ekuiti penggabungan dan pengambilalihan tanpa menggantinya dengan peraturan baru. Ini bermakna kuota diberhentikan, kelonggaran yang baru sahaja dipraktikkan di 27 subsektor termasuklah telah banyak yang terlibat dengan IKS dan mudah-mudahan Kerajaan Persekutuan dapat melaksanakan kelonggaran ini dengan berkesan, bermakna dan berkekalan seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya hendak menekankan bahawa usaha untuk merapatkan jurang akan terus diadakan dengan efektif. Penyalahgunaan langkah affirmative action sama ada di IKS atau di bidang yang lain mestilah dielakkan. Kita tidak mahu menyaksikan lagi penyalahgunaan affirmative action walaupun diperlukan misalnya amalan penjualan kuota saham Malaysia Public of Offering atau IPO apabila harganya melambung sehingga kuota tidak tercapai haruslah dihapuskan. Di sini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa daripada 54 bilion ekuitinya yang diagihkan kepada bumiputera di bawah FIC hanya 2 bilion kekal manakala selebihnya dijual semula untuk memperoleh keuntungan segera. Di IKS kita mesti mengambil perhatian yang cukup untuk mengelakkan hal seperti ini, penyalahgunaan affirmative action ini. Salah satu fungsi perbadanan ialah dalam sektor pengilangan dan perkhidmatan untuk membangun sumber manusia dalam IKS. Jika sumber manusia tempatan dapat dibangunkan untuk memenuhi keperluan maka ia adalah amat dialu-alukan yang pada teorinya kalau kita boleh membekalkan sumber manusia tempatan maka ini akan menyelesaikan banyak masalah. Sementara itu IKS memerlukan pekerja-pekerja asing. Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa haruslah mempertingkatkan penyelarasan dan kepekaan kepada masalah-masalah yang berkaitan dengan pekerja asing. Seperti yang saya sebutkan tadi kerana pihak KPPA begitu menghadapi kementerian dan juga banyak agensi dan penyelarasan ini sudah tentu susah hendak diadakan. Tuan Yang di-Pertua, mengenai sumber manusia contohnya pada 19 Disember 2007 ketika hari kelepasan am enam pekerja asing di satu kilang ditahan oleh RELA daerah Gombak. Pihak ejen pekerja asing, polis dan Imigresen tidak mengambil tindakan kerana mereka pun tidak tahu mengapa enam orang ini ditahan. Banyak lagilah, ini salah satu contoh sahaja. Mereka dihantar kepada Pusat Tahanan Alor Gajah Melaka daripada Kuala Lumpur dan majikan terpaksa membawa surat mengesahkan pekerja-pekerja tersebut mempunyai kad kuning serta pergi ke Jabatan Imigresen di Shah Alam untuk membawa suratnya ke Melaka pada 13 Disember 2007 dan hanya tiga pekerja yang dilepaskan dan ejen para pekerja asing itu mengambil dua minggu lagi barulah baki tiga pekerja bagi syarikat ini dibebaskan pada 27 Disember 2007. Contoh ini menunjukkan kekangan yang dihadapi IKS dan KPPA mestilah memberi perhatian yang lebih kepada hal seumpama ini mengapa ia boleh berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, saya diberitahu bahawa keenam-enam pekerja, sebagai contoh sahajalah. Sebenarnya ramai lagi yang ditahan, ini sebagai satu contoh sahaja. Keenam-enam pekerja tersebut dilayan dengan buruk dan salah satunya disyaki dipukul. Ini tidak payahlah kita adakan tindakan yang kasar kepada pekerja-pekerja asing ini sehingga pihak Indonesia kata dia tidak mahu hantar. Tuan Yang di-Pertua... [Disampuk] Siapa yang cakap itu? Saya telah diberitahu bahawa pekerja asing sering diminta membayar wang kopi oleh pihak RELA, pihak polis, oleh imigresen dan sebagainya. Kalau tidak membayar mereka diugut akan ditangkap. Kita tidak mahulah menyaksikan hal ini sering berlaku di negara ini. Sejak daripada 2008 Jabatan Imigresen tidak mengeluarkan kad kerja lagi, adakah ini benar? Pada 13 Oktober tahun lepas sebuah syarikat memohon kepada Jabatan Imigresen di Shah Alam untuk 20 pekerja asing dengan RM24,000 draf bank. Tiga bulan kemudian jabatan itu memberitahu pemohon bahawa permohonan itu telah ditolak. Proses permohonan mengambil sehingga enam bulan dan pada 19 Februari tahun ini wang tersebut barulah dikembalikan. Tuan Yang di-Pertua, pekerja asing yang bekerja lima tahun memerlukan masa panjang untuk memperbaharui permit dan saya diberitahu bahawa wang kopi terpaksa dibayar kepada kakitangan jabatan-jabatan.
Inilah risiko IKS. Para pekerja yang bekerja lebih dari 10 tahun mempunyai kemahiran dan bukan senang untuk melatih pekerja yang baru. Sekarang majikan harus membayar RM1,330 bagi setiap pekerja dan para pengusaha IKS bimbang bahawa kadar ini akan dinaikkan 2, 3 kali ganda. Tuan Yang di-Pertua, terdapat masalah dengan agen pekerja asing. Misalnya, saya berharap Yang Berhormat dapat mengkaji, mengambil perhatian misalnya, Gateway Saujana Corporation Sdn Bhd, dikatakan mengambil alih agen-agen yang muflis, kadar pemprosesan permohonan telah dinaikkan dari RM350 seorang kepada RM600 seorang. Agen seperti ini menimbulkan banyak masalah termasuk pasport para pekerja dipegang dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, banyak masalah lagi yang dihadapi oleh pihak para pengusaha IKS misalnya, di sektor pelancongan IKS. Ada IKS yang berprestasi baik tahun lepas, dengan prestasi yang baik mereka menaikkan unjurannya tetapi mereka tidak sangka ada pandemik H1N1 dan ia menjejaskan pelancongan. Bukan saja pelancongan, ekonomi keseluruhannya. Mereka sedang menghadapi kesusahan. Bank- bank enggan memberi pinjaman. Kalau mereka pinjam dari ah long, mereka lebih cepat muflis. Inilah dan di sini Tuan Yang di-Pertua, kita tahu di kementerian itu kita mempunyai banyak linkages untuk menaikkan capacity dan capabilities IKS supaya ia menaikkan taraf perkhidmatan dan produk kepada taraf dunia. World class services and products. World class dan mereka mempunyai industrial linkage programmed, SME’s export advisory panel, skill upgrading programme, SMIDEX annual showcase enterprise, 50 award programme. Semua ini nampak elok. Akan tetapi tidak disebutkan. Tidak sampai kepada IKS dan di sini dan saya pun seronok juga, saya ada buat search dan online application. Saya berharap, online application ini dapat diperbaiki. Perbaiki misalnya dengan grant application, matching grant for business start ups, matching grant for product and process development, matching grant for certification and quality management system, matching grant for development and promotion of halal products, this is important. Halal products, matching grant for enhancing product packaging dan sebagainya. Ini semua nampaknya elok tetapi kalau kita melayari internet, dapat access, itu pun kita perlulah memperbaiki online access and online application supaya IKS dapat access dengan mudah, dapat dibantu dengan cepat. Di sini saya hendak menekankan IKS yang terlibat dengan makanan atau industri halal. Saya percaya Malaysia boleh menjadi dengan berjaya, pusat rujukan integriti halal dan industri pengeluaran serta dagangan makanan halal peringkat dunia. Ini adalah kerana di peringkat dunia ini kita tahu di dalam Negara- negara Pertubuhan Persidangan OIC ini yang mempunyai jumlah penduduk yang lebih daripada 1.8 bilion orang.
Malaysia mempunyai kebolehan dan kita mesti galakkan, termasuk IKS kita menceburi bidang ini dengan bantuan dari KPPA, SMIDEC, supaya kita dapat meningkatkan, menjadikan pusat rujukan integriti dan juga industri pengeluaran makanan halal peringkat dunia. Saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh berbuat demikian, mencapai satu kejayaan yang besar, tetapi saya nampak kurang sedikit penyelarasan dengan Perbadanan Pembangunan Industri Halal - SDC ini. Walau pun kita nampak ada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) sejak 2004 dan juga kita ada hubungan dengan gabungan halal sedunia dan di sini produk yang dieksport kepada OIC ini saya nampak sudah meningkat kepada hampir 4 bilion ringgit. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Saya berharap Malaysia pun boleh mengambil kesempatan ini untuk memajukan industri halal kita. Satu lagi masalah kerana yang terlibatnya tadi ada disebutkan lebih 14 kementerian dan lebih 60 agensi, bahkan juga dengan negeri-negeri dan koordinasi di antara negeri-negeri ini, tidak mencukupi. Oleh kerana itu menyarankan supaya penyelarasan dari kerajaan pusat, KPPA, dengan negeri-negeri di seluruh Malaysia ini, mestilah dipertingkatkan supaya IKS kita dapat dipertingkatkan tahapnya kepada tahap yang dunia. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat dari Tenom.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi saya ruang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Pindaan) 2009 dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat pembabitan IKS dalam pelbagai sektor bukan sahaja boleh menjana dan mengoptimumkan penggunaan buruh tetapi juga ia tidak terjejas sekiranya ada penarikan operasi dan juga pelaburan oleh firma atau syarikat antarabangsa yang beroperasi di negara ini. Akan tetapi dalam kemelut ekonomi yang dialami sekarang, saya juga melihat IKS, terutamanya bumiputera perlu dibantu atau diperkukuhkan lagi.
Ini kerana saya mendapat makluman bahawa sebahagian besar daripada mereka yang terbabit dalam IKS merasakan sangat tertekan khususnya dalam aspek modal ataupun pinjaman dengan bank kerana bank semakin memperketatkan pinjaman dan juga hanya memberikan kepada IKS yang boleh bersaing dan berupaya membayar balik pinjaman dengan segera. Tuan Yang di-Pertua, ini realitinya walaupun kerajaan telah mengumumkan pakej-pakej menarik bagi membantu IKS, kita tidak mahu ianya sedap didengar atau cantik ditulis di dalam kertas laporan sahaja. Jadi saya berharap sekiranya pihak kerajaan boleh menempatkan satu pusat sehenti yang diwakili oleh agensi-agensi kerajaan yang menyediakan dana untuk IKS dalam setiap kawasan-kawasan Parlimen. Ini bagi memudahkan urusan-urusan pengurusan pinjaman yang lebih efektif bagi mempercepatkan lagi pengagihan dana berkenaan bagi membolehkan pengusaha IKS dapat meneruskan operasinya. Di samping itu juga Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga perlu bekerja keras dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dalam kawasan pedalaman supaya pengusaha IKS dapat memasarkan produk-produk masing-masing dengan baik. Tuan Yang di-Pertua, kajian pernah menunjukkan di mana satu kawasan kampung di sebuah Negara Amerika Latin yang mempunyai keluasan ladang jagung yang cukup besar tetapi hubungan di kampung tersebut ialah jalan tanah merah. Jalan tersebut sejauh 30km daripada jalan utama yang bertar tetapi apabila kerajaan menjalankan projek jalan bertar di jalan tanah merah itu, usahawan IKS berasaskan pertanian di kampung itu telah berjaya meningkatkan jualan mereka sebanyak 200 peratus disebabkan hanya ada hubungan jalan yang baik. Jadi bermakna Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga bukan setakat membantu daripada segi aspek dana sahaja tetapi perlu melihat secara holistik dalam membantu IKS kita. Iltizam perlu dicapai dengan mengambil berat kepentingan yang perlu ada dalam jati diri usahawan.
Hakikatnya usahawan IKS di negara ini masih lagi memerlukan bimbingan profesional dan terlatih dalam pemasaran, pentadbiran perniagaan dan pengurusan sekiranya ingin bersaing sama tara dengan peserta global lain. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan memperkenalkan dana pembangunan sektor perkhidmatan yang khusus untuk meningkatkan kesedaran produk IKS, membantu usahawan berpotensi dan sedia ada untuk meningkatkan kemahiran teknikal serta membina penguasaan pasaran. Ketidakupayaan IKS dengan perubahan teknologi menyebabkan mereka terbabit dalam persekitaran perniagaan kurang mencabar dan berdaya saing sekali gus menjejaskan keupayaan mereka bersaing di peringkat antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, cara terbaik membantu usahawan IKS adalah dengan mendalamkan lagi kesedaran mereka terhadap kepentingan maklumat dalam bidang yang diceburi termasuk daripada segi pemasaran, khidmat nasihat profesional dan juga pengurusan. Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, aspek keusahawanan di dalam diri setiap usahawan berkait rapat dengan kesinambungan atau jangka hayat sektor IKS di negara ini. Ia wajar diterapkan sejak daripada kecil seperti memasukkan aspek keusahawanan dalam semua sukatan pelajaran sekolah ataupun institusi pengajian tinggi sebagai usaha memupuk minat para pelajar. Langkah ini dapat memberi pelajaran pengetahuan asas keusahawanan bagi membolehkan mereka berdikari dengan memulakan perniagaan di samping mewujudkan peluang pekerjaan sendiri. Dengan itu, saya mohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang yang dibentangkan. Tuan Yang di-Pertua, kita memang sokong usaha kerajaan untuk membangunkan sektor IKS dan saya hanya hendak tanya kepada kerajaan, selepas bertahun-tahun usaha oleh kerajaan terutama SMIDEC dengan kerjasama MIDA dan MATRADE, apakah keputusan daripada kajian-kajian yang dijalankan oleh pihak kerajaan? Saya sependapat dengan Yang Berhormat Kepong yang katakan memang ada banyak geran dan juga bantuan-bantuan yang lain kepada IKS tetapi seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat yang baru berucap, adakah ini hanya pengumuman yang manis atau dalam laporan sahaja? Berapakah peratus yang betul-betul sampai kepada IKS? Memang selalu dalam beberapa taklimat atau seminar yang saya hadir, saya nampak usaha kerajaan memang di sana terutama SMIDEC cuba untuk meminta IKS mengambil peluang-peluang ini dan juga tawaran atau bantuan oleh kerajaan. Akan tetapi dalam pengetahuan saya, ramai IKS masih tidak dapat menikmati geran atau soft loan ini kerana mereka memang katakan mereka tidak mampu memohon kerana keperluan atau syarat- syarat tertentu itu mereka tidak dapat mematuhi. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa SMIDEC ada geran-geran seperti yang dikatakan matching grant, regular location grant, R&D, proses peningkatan produk dan lain-lain dan saya juga pernah membantu IKS untuk membuat permohonan. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada SMIDEC kerana sudah berjaya untuk membantu mereka tetapi dalam pengalaman saya semasa saya membantu IKS ini, saya nampak memang bukan senang untuk IKS yang biasa untuk mendapatkan bantuan-bantuan daripada SMIDEC atau daripada kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa kajian oleh SMIDEC atau kerajaan memang ada dijalankan dan mungkin dapat beritahu kepada Dewan yang mulia ini kelemahan-kelemahan atau apakah sebab-sebab yang mengakibatkan IKS kita tidak boleh dibangunkan atau berkembang. Tadi Yang Berhormat Lipis pun berasa khuatir tentang kedudukan IKS di negara kita terutama semasa sekarang, perniagaan bukan senang. Kita kena bersaing bukan hanya dalaman tetapi dengan negara-negara asing terutama negara China dan juga beberapa negara di rantau ini.
Saya hendak beritahu kepada Dewan yang mulia ini, tiap-tiap IKS yang berjaya ini memang melalui satu jalan daripada industri keluarga sampai industri kecil dan sederhana, mereka kena mengumpul pengalaman melalui cabaran-cabaran atau risiko-risiko yang tinggi dan melalui pengalaman ini baru sampai ke satu tahap mereka boleh bersaing dengan syarikat-syarikat yang lain dan juga syarikat-syarikat dari luar negara. Akan tetapi mereka masih memerlukan usaha daripada pihak SMIDEC dan pihak kerajaan kerana bukan senang contohnya jika mereka tidak meningkatkan produk dan proses mereka, mereka akan ditinggalkan dalam pasaran yang amat bersaing pada masa sekarang. Saya ingin bagi satu contoh Tuan Yang di-Pertua, saya nampak usaha kerajaan dalam sektor IKS ini membantu bumiputera supaya dapat lebih usahawan bumiputera dan pada pengalaman saya, saya nampak bahawa bantuan ini selalu hanya dalam bantuan kewangan atau modal untuk mereka. Akan tetapi tak cukup mereka dilatih dalam bidang IKS ini dan terdapat banyak produk mereka adalah sama iaitu mereka terpaksa bersaing dengan satu sama lain dan not diversify dengan produk mereka atau jenis produk yang mungkin dapat market share yang lebih senang.
Dan kerana mereka tidak berpengalaman dan IKS terutama kaum Cina dalam IKS ini, sebab itu tidak pengalaman yang bertahun-tahun mereka dapat belajar atau berkembang bertahun-tahun dengan hardwork, dengan amat susah menghadapi cabaran ini. Namun begitu, untuk bumiputera ia in the middle sahaja, terus mereka dibekalkan mungkin kilang atau tapak perniagaan, mesin-mesin yang diperlukan dan mereka memulakan di tengah jalan. Sebab itu tidak ada pengalaman dari mula. Sebab itu dalam cabaran yang amat sama, sebab itu saya menghadapi mereka banyak amat sukar hendak melanjutkan. Mungkin selepas tiga empat tahun mereka sudah menghadapi masalah. Ini satu keadaan yang selalu sahaja saya hadapi dengan kawan-kawan kaum bumiputera yang memang ada niat, memang ada cuba hendak melibatkan diri dalam IKS. Satu lagi saya percaya bahawa mungkin SMIDEC atau kerajaan memang sudah tahu tentang keadaan ini iaitu IKS bumiputera semasa mereka mulakan, modal mereka terpaksa bergantung dengan bantuan daripada kerajaan. Sebab itu ada mesin atau lain-lain alat ini yang mereka beli ini di markup harganya kerana mereka perlukan modal ini untuk lain-lain yang tidak dapat ditawarkan oleh kerajaan. Oleh kerana ini, bayaran balik atau sedia insurans kepada pinjaman ini memang tidak mampu untuk mendapatkan keuntungan yang banyak. Sebab itu amat sukar untuk mereka mendapatkan keuntungan kerana tanggungan bulanannya amat tinggi. Ini adalah satu keadaan yang selalu saya difahamkan mengenai usaha mereka. Sebab itu mereka sampai tiga empat tahun mereka tidak mampu lagi dan perniagaan mereka atau kilang-kilang mereka ditutup. Atas sebab itu saya minta pihak kerajaan terutama SMIDEC. Salah satu yang saya ingin bawa ke Dewan yang mulia ini ialah tentang satu masalah iaitu tentang sales tax iaitu ceiling RM100,000. Itu sudah 30 tahun masih ceiling RM100,000. Ini tidak akan membantu IKS. IKS dalam semua sektor dalam IKS ini, sales tax RM100,000 ceiling ini ialah satu masalah yang amat ketara untuk mereka kerana mereka tidak dapat bersaing dengan produk-produk yang sama dari negara China yang lain. Kos-kos telah dibandingkan amat tinggi jika dibandingkan dengan kilang-kilang dari negara China. Sebab itu saya juga harap mungkin SMIDEC dapat membawa sales tax ini kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk mengkaji semula tentang ceilingnya. Tuan Yang di-Pertua, satu yang juga saya ingin minta pihak kerajaan mungkin dapat jelaskan kepada Dewan mulia ini apakah sebab soft loan atau dalam Pakej Rangsangan Kedua ini dan juga pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri soft loan yang dikatakan untuk membantu IKS atau SME ini memang sampai hari ini amat sukar mereka mendapatkan pinjaman dari bank, soft loan ini. Saya buatkan satu perbandingan. Pada hujung tahun 2006, semasa banjir yang amat teruk melanda beberapa negeri, di Melaka, Johor dan beberapa negeri. Kerajaan umumkan satu soft loan juga di gerenti oleh CGC untuk membantu perniagaan terutama IKS. Pada hujung tahun 2006, saya ingat memang semua IKS ini mereka amat berterima kasih kepada kerajaan kerana pinjaman dari bank ini senang didapati juga tanpa collect rules also.
Akan tetapi kali ini sungguhpun 80 peratus yang dijamin oleh CGC juga, tetapi sampai hari ini masih banyak IKS mengatakan mereka jumpa beberapa bank tetapi bank masih tidak membantu mereka. Ini modal untuk IKS pada masa sekarang amat penting dan saya harap..., mungkin bukan banyak bank dapat bekerjasama dengan kerajaan atau komersial bank. Saya ingat patut Bank Negara atau Kementerian Kewangan berusaha lebih kuat untuk mendapatkan kerjasama dari komersial-komersial bank ini untuk betul-betul berikan pinjaman soft loan ini kepada IKS. Tuan Yang di-Pertua, yang akhir yang saya ingin kemukakan semasa perbahasan ini ialah tentang satu lagi masalah yang amat penting untuk IKS iaitu tentang pekerja mahir. Saya difahamkan sungguhpun saya amat setuju dan menyokong dengan usaha kerajaan iaitu untuk memberikan peluang kepada pekerja tempatan, tetapi dalam IKS terutama dalam kilang pembuatan, amat kurang pekerja tempatan yang mahir terutama macam argon welder dan juga machine centre operator and programmer. Jika kita masih tidak membenarkan pekilang-pekilang ini mendapatkan pekerja mahir terutama dalam sektor- sektor pembuatan ini dari negara asing, mungkin kita lagi slow downkan perkembangan IKS. Dengan itu terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Jasin.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menghormati masa. Saya ringkaskan ucapan saya. Yang pertamanya saya ingin menyokong akta ini yang diperkenalkan memang cukup bertepatan sekali dengan masa apatah lagi dalam usaha kita untuk memperkasakan PKS. Pemilihan SMIDEC sebagai penyelaras untuk semua program ini adalah cukup bertepatan sekali. Selepas pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, pada ketika ini SMIDEC sebenarnya adalah di bawah pentadbiran Kementerian MITI yang hanya tertumpu kepada bimbingan, pemberian dan juga bantuan kewangan kepada sektor pembuatan sahaja. Jadi, kalaulah SMIDEC dipilih ataupun SME Corp. sebagai penyelaras untuk menentukan sebanyak 14 buah kementerian dan juga 60 buah agensi yang mempunyai berbagai-bagai program pembangunan PKS, saya lihat di sini, SMIDEC yang pada ketika ini di bawah kementerian seharusnyalah ditempatkan di satu lagi jabatan yang cukup bertepatan apatah lagi pindaan kita ini sebenarnya mempunyai keanggotaan Majlis yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan juga keanggotaan enam orang lain termasuk wakil-wakil daripada semua sektor. Saya ingin mencadangkan supaya PKS ini ataupun SME Corp. ini ditukarkan kepada Jabatan Perdana Menteri dan bukan di bawah Kementerian MITI kerana sebagai penyelaras, kita tidak mahu melihat supaya kementerian-kementerian yang lain akan terasa seolah-olah mereka diarah oleh SME Corp. dan perkara ini tidak harus berlaku. Kalau sekiranya SME Corp. ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, memang cukup selaras dengan Akta 539 ini, Akta Ibu yang sebenarnya untuk menyokong dan memperkukuhkan dengan perundangan bagi penubuhan Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana.
Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya, pada ketika ini, sebelum pembubaran Kementerian Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mentadbir SME Bank. Malangnya, SME Bank ini tidak dapat membantu terutamanya PKS-PKS kecil dan juga PKS mikro. Ini kerana dia tidak ada mempunyai portfolio micro financing. Sekarang, SME bank dialihkan pula tadbirannya di bawah Kementerian MITI. Saya ingin mencadangkan, kalaulah SME Corp. ini, kita letakkan di bawah tadbiran Jabatan Perdana Menteri yang keanggotaannya cukup jelas dalam akta ini. Bank SME pun diletakkan di bawah SME Corp. serta ditambah juga satu daripada portfolionya iaitu micro financing. Seterusnya, kita mahu melihat supaya SME Corp. ini benar-benar berkesan supaya diwujudkan pada setiap negeri Jabatan SME Corp. yang dapat memberikan perkhidmatan, khidmat nasihat, bantuan-bantuan kepada semua PKS-PKS kita.
Pada ketika ini, PKS adalah amat penting kerana ianya telah menyumbang sebanyak 32 peratus daripada KDNK negara. Pada masa yang sama, memberikan peluang pekerjaan kepada sebanyak 56 peratus sumber tenaga kerja dalam negara dan juga menjana sebanyak 19 peratus daripada eksport negara. Seharusnyalah, akta ini diberikan sokongan dan kita mahu melihat supaya SME Corp. ini diperkasakan dan dalam masa yang sama diberikan peruntukan secukupnya. Jangan lupa tentang perjawatannya sekali supaya ianya benar-benar dapat berkesan memberikan bantuan kepada pembangunan usahawan dan juga PKS, bukan sahaja PKS kecil bahkan PKS sederhana yang dapat sama-sama bekerjasama dengan MNC. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berapa minit Tuan Yang di-Pertua, 2 minit?
Kalau buat 10 minit boleh, 15 minit pun boleh.
Saya hendak 2 minit sahaja tetapi Tuan Yang di-Pertua bagi 10 minit. Terima kasih. Pertamanya, seperti yang rakan-rakan sebelum ini katakan. Antara tujuan mengapa kita membentuk rang undang-undang ini adalah salah satunya akibat ataupun berpunca daripada terbatalnya satu kementerian yang dahulu yang bertanggungjawab mentadbir urusan-urusan berkenaan dengan IKS termasuk juga SME dan SME Bank dan sebagainya. Saya melihat perkara ini bukan satu perkara yang begitu besar untuk diperbincangkan pada hari ini. Namun, melihat daripada sumbangan ataupun mengambil kira kedudukan IKS sebagai lebih daripada 50 peratus penyumbang kepada GNP negara dan daripada 50 peratus itu, golongan pengusaha ataupun peniaga bumiputera terdiri daripada 90 peratus yang berada dalam bracket SME ini. Dengan definisi modal berbayar atau modal pusingan mereka yang seperti kita susun semula semasa pembentangan belanjawan lalu iaitu di bawah tiga kategori iaitu RM250,000 ke bawah, RM250,000 sehingga RM10 juta dan selepas itu selebihnya. Jadi, kategori-kategori ini dibuat secara khusus dibuat pada pokoknya adalah untuk menjana semula atau menghidupkan semula aktiviti-aktiviti dalam tiga kategori ini dan sudah tentu kita mengharapkan bahawa ia dapat melihat secara khusus terhadap 90 peratus peniaga-peniaga bumiputera yang jatuh di bawah kategori IKS ini. Tuan Yang di-Pertua, kita telah banyak memberi kemudahan dan melihat industri- industri kecil dan sederhana ini sebagai satu kelompok yang diberi penekanan utama sebab saya fikir kerajaan kita sedar potensi yang ada selain daripada kebergantungan kita dalam aspek-aspek yang lain iaitu aspek pengilangan atau aspek yang lebih menjurus kepada corporate arrangement yang lebih besar, dengan izin. Namun, apabila kita mengumumkan beberapa polisi terutamanya polisi itu dilihat seperti meletakkan IKS ini di bawah payung ataupun kita seolah-olah bertujuan untuk membangunkan sektor IKS ini. Kita meletakkan sektor ini di bawah naungan atau membenarkan wujudnya penaungan atau protectionist daripada syarikat-syarikat korporat yang besar. Sebagai contoh, pada tahun lalu, kita telah membuat ketetapan bahawa syarikat-syarikat yang bermodal besar juga boleh menaungi syarikat-syarikat yang berstatus SME atau SMI dengan modal berbayar yang sedikit atas tujuan kita untuk memberi keupayaan kepada mereka dari segi pusingan modal. Akan tetapi, hakikat sebenarnya yang kita tahu, tujuan syarikat-syarikat penaung ini adalah untuk melihat kemudahan ataupun benefit yang kita beri termasuk benefit dari segi bidang percukaian. Banyak yang kita beri kepada syarikat-syarikat bersaiz kecil ini untuk dimanfaatkan dan oleh kerana kita telah membuka satu peluang atau satu kemudahan kepada syarikat yang boleh menaungi syarikat-syarikat kecil. Sudah tentu mereka melihat ini sebagai satu peluang yang begitu baik untuk menjana keuntungan lebih besar. Maksudnya, menunggangi syarikat-syarikat yang berstatus kecil.
Saya melihat syarikat-syarikat kecil terutamanya sebagaimana yang kita semua tahu 90 peratus adalah mewakili kepentingan perusahaan kecil bumiputera. Apabila kita meluluskan atau mengumumkan beberapa dasar liberalisasi juga termasuk di dalam bidang-bidang yang telah dimansuhkan kementeriannya itu dan kita serapkan ke beberapa kementerian. Kita lihat bahawa reallocation yang kita buat baru-baru ini bagi pihak kepentingan yang ada dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sahaja yang dibawa daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi lebih daripada RM72 juta yang kita agihkan semula. Agihan-agihan ini diserapkan ke beberapa kementerian termasuk juga dalam tujuan kita untuk mempertingkatkan keupayaan syarikat-syarikat yang bertaraf ini. Saya nampak, ini menambahkan lagi minat syarikat-syarikat besar untuk menaungi dan ini juga termasuk syarikat-syarikat luar yang mana polisi telah dibuat untuk memberi peluang kepada mereka atas tujuan membolehkan mereka memegang ekuiti asing sehingga setinggi 70 peratus yang dahulunya kita sekat kepentingannya terhad kepada 49 peratus. Ini menjadikan sektor-sektor ini yang kita anggap sebagai sektor atau benteng terakhir keupayaan ekuiti kecil bumiputera yang teramai ini. Pada saya dilihat pada pihak luar sebagai gadis sunti. Mereka cukup berminat untuk melihat potensi ini dan kita pula membuat satu polisi membuka pintu dengan beberapa tawaran yang begitu baik dan sudah tentu tidak akan dilepaskan peluang ini. Sebab itu saya berpandangan, sekiranya tidak ada satu keazaman yang tinggi untuk mengawal atau memperincikan perkara ini. Saya bimbang, satu masa dahulu juga kerajaan mengatakan kebimbangan kerana participation asing ini, foreign participation ini dilihat kebimbangan yang tidak terkawal. Dahulu, ia cuma mengambil kesempatan daripada polisi-polisi memberi peluang kepada penaungan syarikat-syarikat SMI atau SME. Akan tetapi, sekarang kita membuka dari level yang begitu tinggi iaitu kemasukan modal pegangan ekuiti asing yang cukup tinggi pada saya, 70 peratus.
Memang kita harap perkara ini dapat membawa satu kebaikan dan membantu akhirnya untuk juga katanya, sebagai penyumbang kepada modal pusingan. Memang benar tetapi ia akan dinaturalkan dengan wujudnya kepentingan asing, yang sudah tentu ingin memaksimumkan keuntungan. Kita juga telah memansuhkan atau menyusun semula fungsi FIC iaitu Foreign Investment Committee yang mempermudahkan kedudukan ini. Saya yakin elemen memberi insentif-insentif percukaian yang telah kita persetujui pada sesi yang lalu, menambah lagi minat mereka untuk datang. Kalau benar mereka melihat industri-industri ini sebagai satu model anak dara sunti, sudah tentu mereka amat cukup berminat dan mereka akan mempercepat dan memudahkan lagi kemasukan dan saya tidak nafikan bahawa akan ada juga kebaikan. Namun kita mahu negara kita atau pentadbir kita melihat aspek kepentingan ini tanpa menggadaikan pegangan yang sedia ada, yang juga sekali lagi merupakan kepentingan peniaga kecil ataupun golongan pedagang bumiputera yang selama ini memerlukan bantuan ataupun memerlukan partisipasi modal yang lebih besar. Tuan Yang di-Pertua, antara perkara yang cukup dibimbangkan di kalangan peniaga kecil, aspek koloniozapeliti yang disebutkan dalam satu magazine yang saya baca, iaitu kita membenarkan pegangan ataupun membenarkan penguasaan ke atas modal pusingan berskala kecil. Akan tetapi dari segi peratusannya besar, dipegang, dikongsi ataupun dikuasai pada akhirnya oleh pihak asing. Samalah seperti kita meletakkan kolateral, meletakkan sandaran, gadaian lebih kurang kepada satu pihak asing untuk menentukan pada satu masa, ekonomi kita akan pulih. Berlandaskan atau bersandarkan kepada keyakinan kita bahawa pihak asing akan membawa satu kesejahteraan baru terhadap ekonomi domestik kita. Konsep koloniazepeliti ini telah disebut di negara Mexico, yang akhirnya melihat kebergantungan atau dependency yang melampau terhadap pihak asing di atas aktiviti ekonomi domestik. Saya fikir perkara ini memang diminta atau diusahakan supaya dijauhi atau jauh daripada berlakunya dalam kedudukan ekonomi negara, yang pada ketika ini menghadapi masalah kemerosotan ataupun penguncupan.
Yang ini kita semua telah akui dan tidak ada perdebatan langsung tentang aspek ini cuma sekarang kita hendak fikirkan bahawa ada buffet action, yang perlu kita fikirkan dan saya rasa inilah ketikanya apabila kita membincangkan tentang rang undang-undang yang baru ini iaitu Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana. Kita harus mengambil kira perkara ini dengan begitu serius dan saya harap inilah masanya walaupun rang undang-undang ini dikemukakan di waktu penghujung, di mana saya anggap langsung tidak ada rakan-rakan kita yang dapat benar-benar meneliti perkara ini, tetapi akhirnya kita terpaksa luluskan juga. Saya merasakan perkara ini cuma satu rang undang-undang sahaja namun akibatnya cukup massive untuk kita lihat. Sekurang- kurangnya dalam dua atau tiga tahun lagi, iaitu zaman di mana pemulihan ekonominya hanya akan mengambil masa dalam tempoh itu. Oleh kerana Tuan Yang di-Pertua memberi saya 10 minit saya rasa ada beberapa saat lagi dan saya berhenti sebelum tempoh 10 minit. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Seputeh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ucapan saya singkat sahaja. Beberapa point sahaja. Nombor satu, kita mengiktiraf bahawa IKS ini adalah engine of growth di kebanyakan negara maju dan kita lihat perkembangan ekonomi di Taiwan adalah contoh yang paling baik, yang menunjukkan yang IKS memainkan peranan yang paling penting. Dalam era kemelesetan ekonomi dunia sekarang ini, sebenarnya yang hidup itu adalah IKS dan banyak syarikat besar yang berteknologi yang runtuh tapi yang hidup adalah IKS. Jadi Tuan Yang di-Pertua, di sini saya hendak buat beberapa cadangan. Yang pertama ialah, saya hendak mencadangkan kepada kementerian untuk cuba mengumpulkan IKS dalam satu bidang dan mengumpulkan mereka di satu tempat. Kita lihat, kalau kita pergi ke Taiwan ataupun negara China. Kita lihat di banyak bandar besar, sebenarnya IKS dalam sesuatu industri itu, misalnya mereka yang jual fesyen beg dan juga jam tangan, mereka dikumpulkan dalam satu bangunan ataupun satu tempat. Di Guangzhou saya pernah pergi, ada satu tempat yang dikumpulkan untuk jual jed batu hijau itu sahaja dan kita juga kalau hendak beli curtain ada beberapa tempat yang hanya untuk sesuatu barangan sahaja. Jadi, semua ini harus memerlukan cadangan dan rundingan di antara industri tertentu dengan pihak kerajaan. Saya hendak cadangkan bahawa di Malaysia ini, kita cuba wujudkan cluster industri IKS ,mengikut bidang-bidang tertentu. Kalau kita lihat di Bukit Bintang macam kita lihat Low Yat dan Jalan Imbi, di sana kita lihat banyak syarikat yang jual komputer, software semua itu sudah ada. Jadi mereka sudah wujudkan satu cluster. Jadi kalau kita hendak beli komputer dengan harga yang lebih murah atau hendak beli apa-apa software kita semua tahu kita pergi sana tentu dapat cari. Begitu juga berdekatan dengan Penjara Pudu, yang mana telah pun ada satu tempat untuk wholesale bagi fesyen yang telah pun diwujudkan. Jadi, saya difahamkan bahawa Persatuan Pembuatan Kasut di Malaysia, ini mereka memang berharap kerajaan boleh membantu mereka untuk mewujudkan satu shoe park atau shoe city, seperti apa yang terdapat di negara China yang besar-besaran itu. Kita tahu kita memang ada pakar-pakar dalam pembuatan kasut. Bonia sebenarnya dari Malaysia tapi mereka sudah mencapai status yang dikenali di merata dunia. Jadi saya hendak mencadangkan supaya kerajaan boleh membantu mereka mewujudkan satu shoe park, di satu tempat. Supaya teknik-teknik pembuatan kasut yang handal dari Malaysia ini. Kita boleh bantu mereka berkumpul di satu tempat, untuk dijadikan tempat pelancongan, tempat membeli-belah dan juga cuba untuk membangunkan mereka, sebagai shoe park di rantau Asia Tenggara. Tuan Yang di-Pertua, seksyen 14A yang saya lihat dalam rang undang-undang ini menyebut tentang kuasa untuk memberikan pinjaman. Seperti apa yang dikatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi, memang slow sangat.
Lambat sangat pinjaman yang para pengusaha IKS itu minta. Ada yang tunggu setengah tahun sehingga satu tahun pun tidak dapat. Lulus atau tidak lulus mereka pun tidak tahu. Jadi dalam waktu kemelesetan ekonomi ini kalau agensi kerajaan kita ini, yang sepatutnya mengeluarkan pinjaman kepada IKS masih berlengah-lengah, untuk meluluskan pinjaman atau tidak ambil serius. Keadaan ini akan memaksa pengusaha IKS ini bila mereka tidak dapat pinjaman daripada bank mereka cari ah long dan kita akan ada lebih masalah sosial lagi. Jadi saya hendak minta agensi ataupun kementerian ini mengambil perhatian tentang apa yang diluahkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat tadi. Di sini saya lihat di bahagian 1A, yang mana tentang penubuhan Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan ini ditubuhkan, ia diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Pengerusi. Lepas itu kita lihat ada Menteri Kewangan, Menteri Sumber Manusia, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Menteri Pelancongan, Menteri Pengajian Tinggi dan semua jawatan Yang Berhormat Menteri. Selepas itu ada Yang Berhormat Menteri Kerajaan dari Sabah dan Sarawak dan Ketua Setiausaha Negara. Sebenarnya ini satu Kabinet, ini mini Kabinet. Soalan saya ialah..., Okeylah kita boleh anggap yang Kerajaan Pusat mengambil berat tentang Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan tetapi how to move?
Dengan semua ini, Menteri Mini Kabinet ini adakah mereka akan duduk bersama mengadakan perancangan kerana semua ini Menteri dalam Kabinet dan juga diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi, saya hendak minta pihak Menteri menjelaskanlah adakah majlis ini mereka akan sentiasa adakan mesyuarat untuk membincangkan bagaimana membangunkan IKS ataupun semua ini, Menteri-menteri diwujudkan sebagai syor sahaja. Hanya wakil pergi, selepas itu wakil semua tidak berani buat keputusan. Selepas itu semua tidak jalan. Jadi, ini akan melambatkan apa yang dikehendaki oleh pihak kementerian. Di sini saya melihat Menteri Kerajaan Negeri Sabah yang bertanggungjawab bagi pembangunan dan industri di Sabah dan juga Sarawak itu termasuk dalam senarai majlis perbadanan ini. Soalan saya ini, saya tidak ada masalah dengan adanya wakil dari negeri Sabah dan Sarawak kerana negeri-negeri itu memang perlu pembangunan. Akan tetapi, di sini saya ingin menyerulah pihak kementerian dan pihak kementerian yang lain janganlah juga mengabaikan negeri-negeri Pakatan Rakyat di Semenanjung Malaysia. Ini kerana kila lihat sama ada di Selangor, di Pulau Pinang memang terdapat banyak IKS yang berada di Selangor dan juga di Pulau Pinang. Selalunya, kalau kita pergi ke tempat-tempat itu yang banyak adalah kilang haram. Di banyak kawasan perindustrian kerana cukai pintu yang dikutip oleh majlis perbandaran itu, majlis kerajaan tempatan itu memang tidak cukup. Mereka telah pohon lama daripada pihak kementerian khususnya Kementerian Kerja Raya dan sebagainya. Selalunya mereka dijanjikan pinjaman atau pun peruntukan, selepas itu wang tidak sampai. Tempat-tempat itu memang koyak sangatlah kita katalah. Semua jalan itu tidak betul dan banjir berlaku. Jadi, saya hendak minta pihak kementerian dan juga agensi-agensi yang lain janganlah ambil satu sikap kerana rakyat di sana undi Pakatan Rakyat itu sebabnya Kerajaan Pusat tidak mahu salurkan peruntukan kepada mereka. Sebenarnya, kalau sikap ini diambil yang rugi adalah ekonomi atau pun yang rugi adalah IKS kita secara keseluruhan. Jadi, saya hendak minta keadilan dipraktikkan dari segi memberi peruntukan. Akhirnya, saya hanya hendak minta juga pihak kementerian, selepas kita meluluskan pindaan rang undang-undang ini, saya berharap IKS di negeri Pakatan Rakyat boleh juga mengadakan kerjasama yang lebih rapat dan juga rundingan lebih erat dengan pihak kementerian. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Kubang Kerian, kemudian Yang Berhormat Menteri menjawab ya. Selama 10 minit Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mungkin tidak sampai 10 minit. Cuma saya ingin berterima kasih juga kerana memberikan keizinan untuk saya berkongsi beberapa pandangan dalam membahaskan rang undang- undang meminda Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana yang telah pun banyak diperkatakan oleh rakan-rakan sebentar tadi. Cuma saya ingin mengemukakan satu dua perkara sebagai menyambung. Pertama sekali tentang perisytiharan dua hari lepas daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang dasar liberalisasi ekonomi yang sudah barang pasti ianya juga melibatkan masa depan, implikasi terhadap industri kecil dan sederhana dalam negara kita. Pertama sekali yang saya ingin sentuh ialah apabila kita bercakap tentang kita memperluaskan atau pun kita membuka pintu negara kita kepada usahawan daripada luar untuk turut serta dalam erti kata untuk merangsang ekonomi negara kita ini, saya tidak berminat untuk membahaskan isu ini dari sudut perkauman. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Siapa-siapa sahaja yang menceburi bidang ini atau pun mereka telah berusaha menjadikan diri mereka sebagai usahawan dalam bidang ini adalah menjadi tanggungjawab bagi kerajaan untuk memberikan bantuan yang sewajarnya supaya industri kecil dan sederhana ini benar-benar dapat berfungsi sebagai satu sektor yang significant dalam merangsang dan membangunkan ekonomi negara kita. Apabila kita melihat tentang isu liberalisasi ekonomi ini, maka kebimbangan saya yang pertama adalah adakah itu sebagai satu jalan penyelesaian yang muktamad? Bagaimana kita melihat IKS negara kita ini gagal untuk menyumbang kepada kerancakan ekonomi terutamanya di saat kita menghadapi kemelut atau permasalahan ekonomi di peringkat global. Adakah dengan kita membuka pintu itu ianya memberikan satu kesan jangka pendek dan jangka panjang yang benar-benar dapat membantu dan mengangkat martabat Industri Kecil dan Sederhana negara kita di peringkat domestik tidak kiralah sama ada mereka ini dari parti mana atau pun dari kaum mana. Akan tetapi, yang penting ialah IKS ini diharapkan dapat menyumbang dan meneruskan aktiviti ekonomi mereka. Sebagaimana yang disebut oleh rakan-rakan sebentar tadi negara-negara maju yang ada pada hari ini seperti Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun, saya melihat mereka juga membangunkan ekonomi negara mereka berasalkan pada sektor atau pun Industri Kecil dan Sederhana ini. Di Jepun dan Korea Selatan terkenal dengan yang diistilahkanlah sebagai kotej industri. Daripada kecil mereka membangun dan mereka berkembang pesat di dalam menempatkan diri mereka dan melahirkan produk-produk yang berjenama dunia. Maka, di sinilah kita melihat yang pertama sekali apabila usahawan negara kita ini ingin dan berhasrat untuk menjadikan industri mereka, di sini saya melihat ada beberapa masalah birokrasi yang sering kali kita sebut dan kita bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Pertama sekali masalah birokrasi memberikan pinjaman, memberikan galakan kepada IKS ini. Ini masih lagi terdapat di mana seseorang usahawan itu yang ingin meminjam atau pun mendapatkan bantuan daripada pihak kementerian masih lagi ada sindrom sudah isi borang atau belum. Maksudnya borang kepada parti-parti tertentu. Ini adalah amalan yang tidak sihat. Kenapa pada peringkat yang ada pada hari ini masih lagi dilihat tentang isu borang itu. Ini kerana usahawan-usahawan ini perlu lihat dan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab seharusnya pergi melihat kilang kecil mereka ataupun tempat di mana mereka ingin membangunkan usaha mereka ini. Bukan mempersoalkan masalah sudah menjadi ahli, sudah isi borang atau belum. Ini tidak memberikan banyak manfaat kepada kita sedangkan kita banyak juga melihat mesin-mesin yang tersadai. Mesin-mesin yang diberikan bantuan percuma oleh sama ada kementerian-kementerian yang bertanggungjawab. Kementerian Pertanian sebagai contoh, Kementerian Usahawan dahulu yang tersadai, yang tidak digunakan kerana mereka hanya mengambil kesempatan di atas bantuan-bantuan yang diberikan kepada mereka.
Di sini saya melihat, tidak kiralah kaum mana pun, siapa pun, daripada parti mana pun, yang perlu kerajaan lihat pegawai-pegawai yang bertugas itu melihat dengan bertanggungjawab adakah mereka benar-benar membangunkan industri mereka. Di Kelantan, Terengganu sebagai contoh industri batik, industri keropok, makanan ringan, di Johor yang sangat popular perkampungan Parit Raja dengan Salleh Industry Food sebagai contoh, ini semua boleh kita jadikan contoh. Sama ada mereka parti mana, itu saya tidak menjadi masalah. Akan tetapi, dengan kilang yang mereka ada, dengan kemajuan yang mereka tunjukkan, dengan mutu bahan-bahan makanan ringan yang menjadi produk ini yang ada di kalangan yang telah pun dipasarkan di peringkat antarabangsa mereka yang seperti inilah yang sepatutnya diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Bukan lagi kita mengambil satu sikap yang 50 tahun ke belakang, siapa yang hendak mohon, hendak mendapatkan pinjaman, untuk mendapatkan galakkan ini berdasarkan parti mana ataupun puak mana.
Jadi, saya mengharapkan dan sekarang saya cukup bimbang sebab dahulu usahawan-usahawan kecil ini bergantung sepenuhnya, mereka ada rumah mereka. Rumah mereka iaitu Kementerian Usahawan kadang-kadang kementerian tidak ada. Saya sudah dengar juga rungutan kepada mereka ini antara pegawai-pegawai sendiri. Dulu kita ada rumah sendiri, sekarang kita menumpang rumah orang lain. Tidak sama, dulu ada rumah sendiri sekarang kita terpaksa duduk di bawah kementerian dalam bumbung yang lain. Jadi adakah ini semua akan menjejaskan peluang IKS ini. Saya harap ianya mendapat satu perhatian daripada pihak kerajaan. Keduanya, saya rasa yang perlu diberikan perhatian di sini ialah bagaimana kita melihat IKS ini daripada aspek yang disebut oleh rakan-rakan tadi bahawa kewujudan mereka ini sangat penting dan sangat signifikan. Dalam konteks kita menghadapi masalah ekonomi di peringkat global, kita buka ruang pintu kita pada pemilikan asing untuk masuk ke dalam negara kita. FIC dirombak semula. Adakah ini benar-benar akan menjadikan IKS kita ini jangak pendek dan jangka panjang, dapat bertahan, lebih maju ke hadapan, ataupun kita semakin kecil pemilikan ekuiti kita. PMB digantikan dengan Ekuinas. Ini masih lagi baru dan belum dapat dilaksanakan. Akan tetapi sebelum berlangsungnya atau sebelum berlakunya kegawatan ekonomi, sebelum dibubarkan Kementerian Usahawan dan Koperasi. Kalau kita menjawab dengan jujur dan saya rasa pada segi statistiknya pegawai-pegawai akan menjawab dengan jujur bahawa kita masih lagi gagal di dalam menempatkan IKS kita. Khususnya kalau kita hendak mengkhususkan dengan pencapaian IKS bumiputera. Sekarang kita terpaksa bersaing. Kita buka pintu lagi, kita liberal kan ekonomi kita. Bagaimana peranan yang saya lihat tentang sebab itu ulasan saya terhadap isu liberalisasi ini saya tidak menolak secara total. Akan tetapi kita melihat dari segi objektif tentang kebaikan dan keburukan dengan izin advantage dengan disadvantage daripada dasar baru ini. Sekarang ini saya rasa kalau pegawai boleh menjawab dengan jujur bahawa kita masih tidak dapat mencapai bagaimana yang diharapkan IKS kita, maknanya IKS kita di peringkat domestik ini telah dapat menepatkan diri mereka dan memajukan perusahaan mereka. Di samping itu kita juga perlu melihat bagaimana usahawan-usahawan sebagai contoh dalam bidang, saya ada sebut tadi tentang kejayaan Salleh Food di Johor. Kemudian sekarang ini ada suatu industri yang bersifat IKS ini seperti Radix Fried Chicken yang telah mendapat satu sambutan cukup luar biasa yang benar-benar boleh bercakap tentang kalau kita hendak ganti KFC sudah ada usahawan tempatan yang berjaya dengan Radix Fried Chicken ini yang telah ada banyak kedai ataupun outlets mereka. Saya mendapat faham bahawa mereka ada masalah untuk mendapatkan pinjaman. Bank Negara masih lagi tidak dapat meluluskan apa yang dikatakan usaha mereka untuk memfrancaiskan produk mereka.
Jadi saya harapkan juga supaya pihak kerajaan dapat melihat usahawan- usahawan yang telah berjaya ini yang mereka telah dari hari pertama memang bercita-cita dan mereka telah berjaya membangunkan produk mereka ini dan mereka telah berjaya pada hari ini. Mereka perlu mendapat bantuan dari pihak kerajaan sama ada bantuan kewangan dan bantuan-bantuan yang bersifat nasihat dan konsultan. Akhir sekali tentang bank-bank yang bersedia untuk memberikan pinjaman kepada IKS ini. Sama ada Bank Pembangunan Usahawan sendiri ataupun bank-bank yang lain saya melihat bahawa kerajaan perlu untuk bersifat lebih terbuka untuk berorientasikan untuk membantu mereka. Bukan berorientasikan kepada keuntungan semata-mata. Jadi saya suka mengambil contoh tentang isu ataupun kejayaan di Bangladesh tentang Grameen Banks sebagai contoh dengan syarat yang tidaklah begitu mengikat ataupun menekan usahawan-usahawan kecil ini bermula dengan modal yang kecil tapi hari ini berjaya mendapat satu tempat yang baik dan menerima hadiah nobel di atas usaha yang murni ini. Kita melihat usahawan-usahawan di negara Bangladesh ini dapat membina industri kecil ini. Setidak-tidaknya memperlihatkan satu contoh yang baik. Jadi saya mengharapkan supaya bank-bank yang bertanggungjawab untuk memberikan nasihat, bantuan kewangan terhadap IKS ini perlulah memperlihatkan perkara ini dan lebih proaktif dalam erti kata untuk membantu usahawan IKS dalam negara kita. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan, memberikan komen, teguran dan juga cadangan bagi perbahasan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Pindaan) 2009 ini. Perbahasan yang telah dijalankan menunjukkan bahawa perusahaan kecil dan sederhana ini menjadi tumpuan dan perhatian kepada semua. Ini kerana kita sedar bahawa ia menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi kita lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang agak meleset. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lipis telah membangkitkan mengenai statistik PKS dalam sektor perkilangan. Di mana beliau menyatakan bahawa nampaknya kadarnya menurun daripada tahun 1995, 19895,1992 dan seterusnya. Soalannya ialah mengenai berapakah peratus PKS dalam sektor perkilangan pada waktu dan ketika ini. Banci yang dijalankan oleh Jabatan Statistik pada tahun 2005 menunjukkan bahawa PKS dalam sektor perkilangan adalah pada tahap 96.5 peratus dari jumlah pertumbuhan perniagaan sektor perkilangan. Yang Berhormat Kepong pula membangkitkan beberapa perkara yang semuanya saya anggap penting. Pertamanya mengenai pentingnya kerajaan memberi tumpuan kepada insentif program dengan adil dan saksama katanya. Kerajaan sentiasa memastikan bantuan yang diberikan adil dan saksama mengikut objektif dan fokus program tanpa kira syarikat milikan Bumiputera mahupun tidak. Yang Berhormat Kepong juga membangkitkan mengenai soal liberalisasi di 27 sektor perkhidmatan yang sudah tentu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh PKS. Liberalisasi di sektor perkhidmatan ini terlalu awal untuk kita ukur impaknya pada waktu ini dan SMIDEC akan memantau keberkesanan proses liberalisasi ini terhadap PKS. Bagi menjawab soalan seterusnya oleh Yang Berhormat Kepong, mengenai kuota saham iaitu amalan kuota saham ini berdasarkan kepada kelayakan-kelayakan tertentu. Tidak ada sebarang diskriminasi kepada mana-mana pihak. Mengenai pekerja-pekerja asing sektor pembuatan pula MITI mengambil maklum mengenai apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong dan akan berurusan dengan pihak RELA. Yang Berhormat Kepong juga telah membangkitkan mengenai kadar yuran pemprosesan agen yang meningkat kepada RM600. MITI mengambil maklum juga mengenai perkara ini dan akan memaklumkan ke pihak imigresen. Beliau juga membangkitkan mengenai program-program SMIDEC yang perlu memberi impak kepada PKS.
SMIDEC sebenarnya sentiasa menjalankan kajian keberkesanan ke atas PKS dan antaranya mengenai online application juga yang telah dibangkitkan oleh beliau. Sehingga kini jumlah online application ialah 1,843 sejak tahun 2006. Kita lihat peningkatan daripada tahun 2006 berjumlah 279, 2007 -352, tahun 2008 – 782. Antara bulan Januari hingga Mei 2009 ini berjumlah 430. Maka ini menunjukkan satu peningkatan yang begitu memberangsangkan. Yang Berhormat Kepong juga membangkitkan mengenai kerjasama dengan Halal Development Corporation atau HDC untuk meningkatkan eksport barangan halal oleh PKS. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, SMIDEC dan HDC telah pun mula bekerjasama untuk memastikan pembangunan PKS dalam industri halal ini dapat ditingkatkan dari segi peningkatan keupayaan sehingga dapat dibawa ke pasaran global. Yang Berhormat Kepong juga membangkitkan mengenai koordinasi program PKS dengan negeri-negeri di seluruh Malaysia yang dianggap tidak mencukupi. Untuk memastikan program-program PKS ini dapat diselaraskan di negeri-negeri, maka SMIDEC telah pun mula membuka pejabat cawangan di setiap negeri di Malaysia ini kecuali negeri Perlis. Yang Berhormat Kepong juga apabila membangkitkan mengenai industri halal tadi, saya ingin menyatakan di sini bahawa MATRADE juga di bawah MITI sentiasa bekerjasama dengan HDC di dalam setiap program yang berkait dengan halal produk services. Contohnya di dalam program MIHAS seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kepong sendiri iaitu Malaysia International Halal Showcase. Juga di dalam specialize marketing mission dalam bidang halal ataupun SMM anjuran MATRADE di mana HDC juga turut serta dalam misi SMM ini. Yang ketiganya, kita bekerjasama dengan program yang diselaraskan oleh HDC. Contohnya seperti yang dianjurkan oleh HDC di negara China. Program ini juga dianjurkan dengan kerjasama Malaysian Islamic Chamber of Commerce ataupun MICC. Yang Berhormat Kepong telah membangkitkan soal pekerja asing yang sudah bekerja selama lima tahun didapati sukar untuk memperbaharui permit. Di bawah peraturan semasa setiap permohonan pembaharuan permit bagi pekerja asing yang melebihi lima tahun ini, perlu menghadiri kursus kemahiran terlebih dahulu sebelum kelulusan permit itu diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri. MITI juga menyokong dasar semasa sekiranya semua syarat-syarat pembaharuan permit ini dipenuhi. Yang Berhormat daripada Tenom juga membangkitkan beberapa perkara. Yang pertamanya mengenai peningkatan pengetahuan EKS dalam pemasaran dan khidmat nasihat. Tuan Yang di-Pertua, program peningkatan kemahiran EKS dilaksanakan oleh SMIDEC untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam pemasaran dan pekerja EKS yang mengikuti latihan ini hanya perlu membayar 20 peratus daripada yuran kursus. Yang Berhormat Tenom juga membangkitkan mengenai peri pentingnya kita jadikan keusahawanan ini sebagai satu kurikulum di sekolah. Suka saya nyatakan di sini bahawa SME dan University Internship Program dilaksanakan oleh SMIDEC untuk menggalakkan pelajar universiti menyertai bidang perniagaan setelah tamat belajar. Program ini mendedahkan pelajar-pelajar dengan dunia perniagaan serta meningkatkan keyakinan mereka untuk menyertai bidang perniagaan. Mengenai aspek perhubungan keusahawanan di semua peringkat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenom. MITI sebenarnya melalui Institut Keusahawanan Negara atau INSKEN telah melaksanakan program pembudayaan keusahawanan di pelbagai peringkat. Bermula dengan program perintis usahawan di sekolah rendah, kemudian program usahawan muda di peringkat sekolah menengah, seterusnya program keusahawanan siswa di institusi pengajian tinggi. Contohnya konvensyen program usahawan muda yang baru-baru ini diadakan, 26 hingga 29 Jun yang baru lepas ini. Di mana kita lihat para pelajar telah menunjukkan minat yang begitu baik untuk menceburi bidang keusahawanan ini.
Yang Berhormat Tenom juga membangkitkan mengenai modal dan pinjaman IKS. Tuan Yang di-Pertua, SME Bank telah terus memberikan pinjaman berdasarkan kepada viability projek dan pemohon memenuhi syarat dan terma dana tersebut. Kita tidak mengurangkan pinjaman yang diluluskan malah peruntukan bagi tahun 2009 adalah lebih tinggi berbanding dengan tahun 2008 di mana pada tahun 2009, jumlahnya ialah RM2.4 bilion manakala pada tahun 2008 jumlahnya RM2 bilion. Pinjaman juga telah diluluskan antara bulan Januari hingga Mei 2009 berjumlah RM897.5 juta untuk 468 pinjaman. Yang Berhormat Tenom juga membangkitkan mengenai isu berkaitan dengan infrastruktur yang tidak mencukupi untuk pembangunan IKS di kawasan luar bandar. Memanglah dengan membantu melengkapkan infrastruktur maka peruntukan perlulah disediakan di bawah rancangan pembangunan termasuk Rancangan Malaysia Kelapan dan Kesembilan. Perkara ini juga akan dikemukakan kepada pihak EPU untuk tindakan selanjutnya. Yang Berhormat Tenom juga membangkitkan mengenai EKS masih memerlukan bimbingan profesional pemasaran dan untuk meningkatkan kemahiran teknikal untuk lebih berdaya saing. Beliau juga membangkitkan mengenai ilmu berkaitan dengan pemasaran khidmat nasihat profesional. Tuan Yang di-Pertua, SMIDEC mempunyai program-program peningkatan pemasaran untuk meningkatkan pengetahuan EKS dalam bidang pemasaran ini. Di peringkat sekolah pula seperti yang saya katakan tadi kita ada SME University Internship Program di mana pemasaran ini juga diberikan penekanan. Yang Berhormat Kota Melaka membangkitkan beberapa perkara. Yang pertama mengenai berapakah peratusan PKS yang mendapat bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Setakat ini sejak SMIDEC ditubuhkan pada tahun 1996, SMIDEC telah menerima 31,769 permohonan. Sebanyak 23,200 ataupun 73 peratus telah diluluskan dan ianya berjumlah RM1.58 bilion untuk pelbagai jenis geran dan pinjaman. Kriteria pinjaman adalah sebenarnya amat longgar. Yang pertamanya syarikat sendirian berhad ataupun enterprise. Kedua, 60 peratus ekuiti dipunyai oleh rakyat Malaysia. Yang ketiga, terbuka kepada syarikat sedia ada dan bukan yang baru, 90 peratus pembiayaan yang layak dan kemudian pinjaman sehingga RM3 juta dan kadar pinjaman 2 peratus setahun. Yang Berhormat Kota Melaka membangkitkan mengenai masalah cash flow dan mengenai sales tax, 100,000 syiling dan juga soft loan yang sukar didapati. Cadangan ini akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk menaikkan siling ke tahap yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, EKS yang membayar cukai jualan juga diberikan kemudahan untuk membeli bahan-bahan mentah tanpa duti import dan cukai jualan. Kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank biasanya disebabkan oleh antaranya viability projek tersebut.
Walau bagaimanapun, usaha akan diperkemaskan untuk membantu PKS, supaya sub-marginal ini, melalui jaminan dari CGC. Yang Berhormat Jasin telah mencadangkan supaya SME Corp. diletakkan di bawah JPM. Beliau juga membangkitkan mengenai SME Bank. Tuan Yang di-Pertua, apabila SME Corp. Malaysia ditubuhkan, ia akan melapor terus kepada majlis, berkenaan fungsi-fungsi penyelarasan dan akan melapor kepada MITI, bagi pelaksanaan fungsi-fungsi yang sedia ada. SMIDEC pula telah mendapat 130 perjawatan baru, menjadikan keseluruhan perjawatan berjumlah 327, daripada 197. Ini mengenai isu perjawatan SME Corp. yang dicadangkan supaya diperkukuhkan oleh Yang Berhormat Jasin. Mengenai pembubaran MECD di mana, SME Bank sekarang ini terletak di bawah MITI, maka cadangan Yang Berhormat Jasin ialah, supaya SME Bank juga di bawah JPM. Cadangan SME Bank diletakkan di bawah SME Corp. ini, dan di bawah JPM ini, adalah satu isu dasar, Tuan Yang di-Pertua. Maka perlulah diteliti sebelum keputusan boleh dibuat, dan MITI akan mengkaji cadangan ini.
Yang Berhormat Jasin bangun, Yang Berhormat.
Ya, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memang menyambut baiklah. Tadi, sebenarnya, semasa saya buat cadangan tadi, dalam keadaan tergesa-gesa, kerana menghormati masa. Cadangan saya, supaya SME Corp. ini, diletakkan di bawah JPM, tidak di bawah MITI, kerana apa yang terjadi pada ketika ini MITI dilihat sebagai sebuah kementerian yang hanya menjurus kepada pelaburan dan juga perdagangan. Itu yang pertama. Yang keduanya, kalau SMIDEC ataupun ditukar penjenamaan baru ini, SME Corp., masih lagi di bawah MITI yang menjadi penyelaras kepada semua program-program usahawan, semua 14 kementerian dan 60 agensi tadi. Kalau ia hendak menyelaras, hendak memberi arahan, kita tidak mahu kementerian melihat seolah-olah MITI mengarahkan mereka. Mereka di bawah arahan MITI. Itu sebab saya cadangkan kalau boleh SME Corp. ini dialihkan, keluar daripada kementerian sebagai sebuah entiti, apatah lagi sebenarnya keanggotaan mereka dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri- menteri dan juga anggota-anggota yang lain. Bukan kerana apa, kerana kita hendak lihat, kalau dulu, sebenarnya SMIDEC hanyalah mempunyai kepakaran tentang sektor pembuatan tetapi apabila ditukarkan kepada SME Corp. ia mestilah menyeluruh kepada semua sektor ekonomi. Bukan sahaja pembuatan, bahkan pertanian dan juga perkhidmatan. Saya cadangkan tadi kalau boleh keanggotaan dia tadi, sekarang mereka cukup pakar dalam pembuatan. Semua ada dia punya yang hebat-hebat tetapi dalam pertanian, dalam perkhidmatan, kita mesti melengkapkan diri kita. Seharusnyalah dapat kalau boleh kita fikirkan, terutamanya SME Bank tadi yang tidak ada mempunyai portfolio micro financing, kerana sekarang kita hendak berikan perhatian kepada PKS mikro. Inilah sebenarnya sasaran kita yang ramai sekali ini, PKS mikro. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Jasin di atas cadangan tersebut. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kerjasama yang sedia terjalin di antara MITI dan kesemua kementerian-kementerian yang terlibat dengan PKS ini memang baik. Walaupun kita lihat bahawa kerja-kerja penyelarasan dengan 14 kementerian, 60 agensi kelihatan seolah-olah satu tugas dan tanggungjawab yang agak berat, yang sepatutnya dipikul oleh Jabatan Perdana Menteri. Akan tetapi sebenarnya dengan pengalaman yang sedia ada dengan MITI ini kami yakin sebenarnya bahawa MITI dapat memikul tanggungjawab ini dengan baik. Kerjasama yang sedia dijalinkan bersama dengan agensi-agensi kerajaan dan kementerian yang lain di dalam segala benda yang dilakukan oleh MITI contohnya dengan pihak imigresen, dengan pihak kastam, dengan pihak Kementerian Kewangan, dengan Bank Negara dan sebagainya memanglah berjalan dengan baik. Sebenarnya pada hemat kami, dengan terletaknya SME Corp. ini di bawah MITI dan juga SME Bank juga di bawah MITI, ia tidak menimbulkan sebarang masalah. Walau bagaimanapun, saya menerima baik cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Jasin dan oleh sebab ia satu isu yang berkaitan dengan dasar, maka sudah tentu ia perlu dikaji dengan teliti oleh pihak- pihak yang berkuasa dan untuk kita lihat bagaimana PKS ini dapat memanfaatkan sebaik mungkin cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Jasin tersebut. Selain daripada itu, Yang Berhormat Jasin juga membangkitkan mengenai micro financing di bawah SME Bank dan ini juga satu cadangan yang perlu dipertimbangkan kerana ia juga isu dasar. Ini juga akan dikaji oleh MITI. Yang Berhormat Jasin juga membangkitkan tadi mengenai perlunya SME Corporation ini diletakkan di bawah JPM. MITI pada masa ini bukan sahaja menumpu kepada sektor pembuatan malah juga di sektor perkhidmatan, juga diselaraskan oleh MITI. Ini adalah berikutan dengan liberalisasi sektor perkhidmatan yang telah diumumkan oleh kerajaan, oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Pengalaman yang sedia ada dengan MITI dalam bidang ini sebenarnya boleh digunakan untuk meningkatkan tahap kejayaan PKS.
Yang Berhormat Indera Mahkota telah membangkitkan beberapa perkara juga. Satunya, mengenai dasar liberalisasi dikhuatiri akan menjejaskan kepentingan PKS. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, sektor perkhidmatan yang telah diliberalisasikan dijangka tidak akan memberi kesan negatif kepada PKS tempatan kerana hingga kini tiada penglibatan oleh PKS tempatan di sektor-sektor yang telah diliberalisasikan. Yang Berhormat Indera Mahkota juga membangkitkan mengenai cadangan supaya diletakkan PKS di bawah naungan payung yang besar sebagai peluang yang baik untuk menjana keuntungan yang lebih besar. Tuan Yang di-Pertua, program yang sedia ada merangkaikan PKS kepada syarikat-syarikat besar iaitu melalui Industrial Linkage Program dengan izin. Malah program-program ini juga disandarkan kepada syarikat-syarikat multinasional - MNC, melalui Program Pembekal Global ataupun Global Supplier Program dengan izin, di mana PKS bukan sahaja menjadi pembekal kepada MNC di Malaysia, malahan MNC dalam operasi global mereka. Sehingga kini umpamanya, terdapat 43 pembekal TESCO di kalangan PKS domestik ini telah berjaya menerokai pasaran UK. Seperti yang kita tahu, TESCO juga mempunyai kedai-kedainya ataupun gedung- gedungnya di serata dunia termasuk jugalah di UK. Khususnya dalam pembekalan makanan-makanan halal ini, PKS tempatan Malaysia telah dijemput oleh TESCO untuk membekal barangan mereka sampai ke pasaran United Kingdom.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Indera Mahkota bangun.
Terima kasih Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, maksud saya yang itulah. Bukannya saya mencadangkan supaya PKS ini diletak di bawah naungan syarikat-syarikat besar atau syarikat milik asing tadi. Ini saya katakan tadi sebab pada tahun lepas, dalam belanjawan yang lepas, kita mencadang bahawa syarikat-syarikat yang dipatronage oleh syarikat-syarikat besar ini, mereka menggunakan kemudahan ataupun facilities yang kita tawarkan untuk tujuan syarikat- syarikat PKS tetapi oleh sebab ia bernaung atau being patronage by syarikat besar ini, maka syarikat besar ini melihat benefit ataupun facilities ini untuk mereka gunakan, mereka dapat. Jadi, ia naungkan atau ia naungi syarikat-syarikat kecil. Tujuan asalnya untuk kemudahan ini, facilities ini, bukan untuk membantu syarikat kecil.
Jadi, mekanisme untuk kita memastikan bahawa tidak wujud manipulasi di kalangan syarikat-syarikat besar ini kerana kita menyediakan facilities dan kemudahan ini kepada syarikat kecil diraih oleh mereka. Ini maksud soalan saya itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota di atas cadangan itu dan memang kita ambil maklum mengenai apa yang sedang berlaku. Seperti saya nyatakan tadi, kita lihat satu trend yang baru di mana apabila kita membuka pasaran kita kepada syarikat-syarikat asing yang besar-besar ini dengan memberi mereka permit dan pelbagai kemudahan, sudah tentu kita juga hendak mencari di mana kita juga bole memanfaatkan kewujudan mereka di sini kepada PKS-PKS tempatan. Seperti yang saya sebut tadi, contohnya dengan TESCO, di mana itu cuma satu contohlah tetapi saya lihat bahawa akan ada lagi banyak MNC besar-besaran ini yang akan lihat bahawa pengeluaran ataupun produk dan perkhidmatan tempatan kita sebenarnya berkualiti tinggi, bertaraf antarabangsa, yang memang layak untuk mereka bawa ke pasaran luar negara. Yang Berhormat Seputeh membangkitkan mengenai cluster industry, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh yang mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan cluster industry ini. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Seputeh, cluster industry petrokimia telah pun wujud contohnya di Kerteh dan Gebeng, dan cluster automotive pula wujud di sekitar Gurun dan Lembah Klang. Kita sedia maklum mengenai clustering yang dilaksanakan di negara China dan juga di Taiwan khususnya yang seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Seputeh tadi, kasut dan sebagainya. Memanglah clustering ini satu cadangan yang sedang diperinci oleh kerajaan buat masa ini dan memang dalam perancangan kerajaan untuk mewujudkan specialized park, dengan izin dan juga cluster.
Yang Berhormat Seputeh juga membangkitkan mengenai bantuan yang lebih kepada EKS untuk menangani kemerosotan ekonomi. Bagi membantu EKS, Tuan Yang di- Pertua, untuk meningkat tahap operasi mereka maka pelbagai bantuan diberikan oleh kerajaan. Di antaranya ialah: (i) pemberian 10 peratus pendahuluan geran selepas kelulusan; (iii) bayaran terus kepada pembekal bagi pembelian mesin dan peralatan; (ii) pengurangan kadar faedah bagi pinjaman daripada 4 peratus kepada 2 peratus dengan margin pembayaran dinaikkan daripada 85 peratus kepada 90 peratus; dan (v) pembiayaan di bawah geran bersamaan untuk permulaan perniagaan dinaikkan daripada RM40,000 kepada RM100,000. Yang Berhormat Seputeh juga membangkitkan mengenai pusat IKS setempat iaitu one-stop centre. Tuan Yang di-Pertua, SMIDEC telah pun mewujudkan pusat setempat PKS di SME Business Centre di pejabat SMIDEC. Terdapat di pusat ini pegawai-pegawai dari SME, daripada MIDF, daripada Maybank, daripada CGC dan lain-lain agensi. Pada bulan Jun sahaja baru-baru ini, seramai lebih 1,000 usahawan PKS telah mengunjungi Pusat Setempat PKS di SMEDEC ini dan jumlah ini adalah jumlah yang tertinggi pernah dicatat oleh SMIDEC.
Yang Berhormat Seputeh bangun Yang Berhormat.
Minta penjelasan, minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya apa yang saya maksudkan ialah bukan one- stop centre lah. Apa yang saya maksudkan ialah sama ada pihak MITI dan juga mungkin dengan kerjasama IKS, industri-industri tertentu mungkin juga dengan kerajaan tempatan, kita mungkin boleh developed satu cluster industry. Okey, misalnya electronic industry yang IKS, so katakanlah semua diletakkan di Shah Alam. Kita mungkin boleh buat satu shoe park, katakan kita buat di Sepang, jadi kita bawa semua dengan insentif yang diberi oleh MITI, semua IKS yang di dalam bidang tertentu kita kumpulkan dalam satu tempat bagi mereka untuk saling bantu-membantu. Sebenarnya ini sangat penting kalau kita hendak develop satu industri. Misalnya industri perabot di Sungai Buloh, semua enggan pindah macam mana kerajaan menggalakkan mereka beri diskaun, premium jika mereka enggan berpindah kerana mereka semua berada di satu kelompok, satu tempat. Mereka boleh, ada banyak bekalan barang-barang yang mereka saling perlu-memerlukan itu mereka boleh dapat dari tempat- tempat tertentu. Itulah cadangan saya, sama ada kerajaan boleh memberi insentif bagi pelbagai industri, kita ikutlah industri bidang-bidang tertentu kita letakkan dalam satu tempat, satu cluster. Ini cadangan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Itu cadangan yang baik sebenarnya. Memang kerajaan sedang timbangkan mengenai apa cara yang terbaik untuk kita wujudkan clusters dalam bidang-bidang tertentu. Kita sedia maklum mengenai industri kasut contohnya di negara China sekarang ini mengeluarkan 80 peratus daripada pengeluaran kasut sedunia buat masa ini melalui empat provinces di negara China itu. Contohnya di Chengdu di mana ianya cuma khusus kepada kasut perempuan. Jadi itu salah satu contoh clustering yang boleh kita teladani dalam bidang yang mungkin dikuasai oleh PKS tempatan. Jadi jawapannya Yang Berhormat ialah kita sedang dalam perancangan untuk mewujudkan clusters tersebut. Yang Berhormat Seputeh juga membangkitkan mengenai Majlis PKS Kebangsaan di mana ahli-ahlinya seperti satu mini Kabinet katanya... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, Majlis merupakan Jawatankuasa tertinggi memberi arah tuju dasar program serta insentif yang perlu diberikan kepada PKS. SMIDEC sebenarnya tidak memilih mana-mana negeri untuk pembangunan PKS kerana semua negeri mempunyai PKS masing-masing. SMIDEC telah menubuhkan seperti saya nyatakan tadi, pejabat- pejabatnya di semua negeri di negara kita ini kecuali negeri Perlis yang diawasi oleh negeri Kedah.
Minta penjelasan. Jadi kenapa Menteri Kerajaan Negeri Sabah, Menteri Kerajaan Negeri Sarawak ini dalam Majlis ini? Anggota Majlis ini. Jadi kenapa Selangor tidak ada? Pulau Pinang pun tidak ada. Ini soalan sayalah, jadi saya rasa seolah-olah ini berpihak kepada mereka. Itu saya tidak ada masalah, saya hanya hendak kata minta Kerajaan Persekutuan haruslah praktik keadilan kerana bagi negeri Selangor kita menyumbangkan 25 peratus daripada GDP kepada ekonomi negara. Jadi apa-apa insentif atau peruntukan, kementerian haruslah tidak mengabaikan negeri- negeri Pakatan.
Tuan Yang di-Pertua, sebabnya kita mewujudkan usaha untuk memberi perhatian kepada PKS ini ialah untuk membantu negeri- negeri yang agak terpinggir dari arus perdana. Atas sebab yang sama yang disebutkan Yang Berhormat Seputeh di mana Negeri Selangor seperti yang kita sedia maklum adalah negeri antara yang paling maju, memang paling maju di dalam negara kita ini. Sudah tentu kita perlu memberi perhatian kepada negeri-negeri yang agak tertinggal, itu saya kira antara sebabnya kita membenarkan wakil-wakil daripada Negeri Sabah dan Sarawak yang seperti selalu dengar di dalam Dewan yang mulia. Wakil-wakil negeri tersebut sentiasa membangkitkan soal keterbelakangan negeri-negeri ini dalam pembangunan ekonominya termasuk jugalah dalam pertumbuhan PKS ini. Jadi saya kira tidak salah, malah wajar untuk diberi sedikit keutamaan kepada negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak yang agak tertinggal ini.
Yang Berhormat Seputeh juga membangkitkan mengenai dapat kah Majlis boleh membuat keputusan bagi pembangunan EKS. Tuan Yang di-Pertua, Majlis Pembangunan PKS adalah bertujuan untuk membangunkan PKS dengan mengambil keputusan yang konkrit. Majlis ini yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, boleh mengarahkan sebuah kementerian untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk pembangunan PKS tersebut. Yang Berhormat Seputeh juga membangkitkan mengenai ahli-ahli dalam Majlis yang bukan dari negeri-negeri Pakatan Rakyat. Tadi pun telah saya nyatakan bahawa, kita sebenarnya mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat tadi dan sebenarnya seperti yang dua kali saya sebut tadi SMIDEC telah pun mewujudkan pejabat di semua negeri termasuk juga di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat kecuali negeri Perlis. Yang Berhormat Seputeh membangkitkan mengenai proses mendapatkan pinjaman yang kelihatan agak lambat. Di antara sebab mengapa permohonan pinjaman ini agak lambat diproses ialah kerana tidak lengkap borang permohonannya dan SMIDEC sentiasa berhubung dengan pihak pemohon untuk memastikan agar permohonan itu lengkap dengan dokumen-dokumen yang diperlukan. Selain daripada itu kelewatan pengeluaran pinjaman yang diluluskan juga disebabkan oleh proses penukaran hak milik aset yang dicagarkan kepada bank untuk pinjaman yang diluluskan. SME Corp. sedang berusaha untuk menyediakan skim bantuan berbentuk jaminan dan bridging financing, dengan izin, untuk mengatasi masalah kelewatan ini. Setiap bank mempunyai piagam pelanggan yang mana setiap permohonan yang lengkap diterima dan segala permohonan mestilah diputuskan sama ada lulus ataupun tidak, ataupun ditolak dalam tempoh waktu yang tertentu contohnya 30 hari. Yang Berhormat Kubang Kerian pula telah membangkitkan isu liberalisasi impak pengumuman yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dua hari yang lepas mengenai FIC.
Tuan Yang di-Pertua, dasar liberalisasi ini adalah satu garis panduan FIC akan memperkukuhkan PKS yang sekian lama diberi bantuan yang sewajarnya untuk meningkatkan keupayaan mereka. Dasar liberalisasi ini akan terus meningkatkan daya saing kerana adanya saingan yang timbul berikutan dengan dasar keterbukaan ini. Yang Berhormat Kubang Kerian telah membangkitkan mengenai masalah birokrasi memberi pinjaman atau galakan kepada EKS serta pegawai-pegawai perlu turun padang untuk melihat syarikat-syarikat itu sendiri. Tuan Yang di-Pertua, program-program yang disediakan oleh SME Corp. merangkumi program pembangunan dan program bantuan kewangan. Program khidmat nasihat juga disediakan di mana EKS boleh mendapat khidmat nasihat mengenai pasaran, teknologi, kewangan, sumber manusia. Sebelum permohonan geram atau pinjaman diluluskan pegawai SME Corp. akan turun padang melawat syarikat yang memohon untuk membuat pengesahan. Peluang ini juga diambil untuk memberi nasihat kepada PKS tersebut dari segi aspek pengurusan, pemasaran, pembungkusan, teknologi dan lain-lain lagi. Yang Berhormat Kubang Kerian juga menyentuh mengenai pembubaran MECD di mana agensi-agensi MECD dulu sekarang ini diserap di bawah MITI. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya terdapat tiga bahagian MECD yang digabungkan di bawah MITI iaitu bahagian pemasaran dan promosi, bahagian perancangan dan penilaian, INSKEN iaitu Institut Keusahawanan Negara, dan juga SME Bank. Tujuan penggabungan bahagian-bahagian di bawah MITI adalah untuk mengukuhkan usaha pembangunan usahawan khususnya usahawan bumiputera secara lebih selaras dan lebih bersepadu. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemukakan bagi diputuskan dan disetujukan. Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa Fasal-fasal 1 hingga 15 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis Sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
Usul-Usul Menteri Kewangan — AKTA TATACARA KEWANGAN 1957 Menukarkan Pinjaman Kerajaan Persekutuan Sebanyak RM757,459,247 Kepada Ekuiti Bank Pertanian Malaysia BerhadMotion
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan, “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan sub perenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya kerajaan menukarkan pinjaman Kerajaan Persekutuan sebanyak RM757,459,247 kepada ekuiti Bank Pertanian Malaysia Berhad, suatu syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan).” Tuan Yang di-Pertua, mengikut peruntukan di bawah seksyen 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957, wang dalam kedudukan kredit Persekutuan dengan mana-mana bank atau selainnya dipegang oleh Persekutuan boleh dilaburkan oleh Menteri dengan kelulusan resolusi Dewan Rakyat. Sehubungan dengan ini persetujuan Dewan yang mulia ini adalah dipohon bagi membolehkan kerajaan menukarkan pinjaman Kerajaan Persekutuan sebanyak RM757,459,247 kepada ekuiti Bank Pertanian Malaysia Berhad. Bank Pertanian Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Pertanian Malaysia 1969 telah dikorporatkan pada 1 April 2008. Bagi tujuan tersebut Bank Pertanian Malaysia Berhad [Agrobank] ditubuhkan di bawah Bank Pertanian Malaysia Berhad 2008 [Akta 684] sebagai syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan. Pinjaman-pinjaman yang terlibat telah diberikan oleh kerajaan kepada Agrobank secara berperingkat-peringkat sejak tahun 1977 selaras dengan fungsinya sebagai agen pelaksana dasar kerajaan terutamanya dalam sektor pertanian. Asas-asas penukaran pinjaman kepada ekuiti ini adalah seperti berikut: (ii) untuk menggalakkan pembangunan sektor pertanian yang lebih mantap selaras dengan tujuan dan kuasa Agrobank sebagaimana yang termaktub dalam perenggan 10(1) Akta Bank Pertanian Malaysia 2008;
(i) memenuhi ketetapan Bank Negara Malaysia ke atas Agrobank dari segi kadar kecukupan modal, capital adequacy yang bertujuan untuk melindungi para pendeposit serta mewujudkan sistem kewangan bank yang stabil dan efisien. Bagi tujuan memperkukuhkan kapasiti dan keupayaan Agrobank dan meningkatkan akses kepada pembiayaan pertanian adalah perlu bagi modal pembayar Agrobank yang kini berjumlah RM242,540,753 dipertingkatkan kepada RM1 bilion. Sehubungan itu kerajaan mengambil keputusan bagi menukar baki tertunggak pinjaman kepada Agrobank sehingga 31 Mac 2008 sebanyak RM757,459,247 iaitu prinsipal dan faedah kepada ekuiti dalam bank tersebut. Dengan cara ini Kementerian Kewangan tidak perlu menyediakan peruntukan untuk peningkatan modal berbayar berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ini terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Kepong.
[Menyampuk]
Saya sudah bincang dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan yang berasal dari Bachok... [Disampuk] Yang berasal dari Bachok, bukan Ledang. Bachok lebih baik daripada Ledang. Lebih prihatin kepada rakyat, lebih pandai untuk menguruskan bank... [Disampuk] Ya, ya ya. Di sinilah saya memang mempercayai bahawa Bank Pertanian Malaysia Berhad ini mestilah memainkan peranan yang lebih penting untuk memajukan pertanian di Malaysia ini dan kalau kita hendak meningkatkan ekuiti itu daripada RM300 juta kepada RM1 bilion ini. Ini memang kita perlu meningkatkan surveillance, kawalan ke atas bank ini supaya tidak berlakunya kecurangan dan sebagainya. Di sini saya hendak menanya apakah prestasi bank ini setakat ini sehingga kita perlu menambahkan aktiviti ini daripada Kerajaan Pusat dan dengan adanya ekuiti yang mencatat RM1 bilion ini? Adakah ini bermakna prestasi Bank Pertanian akan meningkat lagi dan juga apakah setakat ini non-performing loan (NPL) di dalam bank itu? Ini kita perlu tahulah sebab kalau NPL yang terlalu tinggi, kita tidak boleh terima. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, selepas itu Menteri menjawab.
Okey, tidak panjang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya kita tidak membantah Kementerian Kewangan untuk menambahkan ekuiti ke dalam Bank Pertanian Malaysia ataupun Agrobank sekarang daripada RM300 juta sehingga kepada RM1 bilion. Ini merupakan satu kapital yang tidak besar bagi sesebuah bank. Bank-bank yang lain pun mempunyai ekuiti yang lebih besar daripada Bank Pertanian. Akan tetapi, yang membimbangkan ialah wang-wang yang digunakan untuk capitalize ini, RM757 juta ini merupakan pinjaman yang telah pun diberikan kepada Bank Pertanian sejak 1976. Ini membimbangkan bahawa ini bermaksud sejak 1976, Bank Pertanian tidak mampu membayar balik wang-wang tersebut. Walaupun saya tidak ada angka-angka yang terperinci di sini, kita tahu Bank Pertanian merupakan satu bank yang agak tidak berprestasi begitu baik dari NPL, dari segi keuntungan antara bank-bank di Malaysia. Adakah ini merupakan satu jenis backdoor bailout di mana pinjaman yang telah dihulurkan kepada Bank Pertanian, sekarang Bank Pertanian tidak dapat membayar balik kepada kerajaan dan kerajaan mengambil langkah untuk, “Okay, let’s get rid of this back debt by capitalizing wang-wang ini dalam Bank Pertanian supaya kita tidak akan ada back debt RM757 juta dalam buku akaun Persekutuan.” So ini merupakan satu soalan yang terperinci. Soalan yang satu lagi telah pun ditanya oleh Yang Berhormat Kepong di mana kita mestilah tahu apakah prestasi Bank Pertanian pada tahun-tahun yang baru ini sejak ia menjadi satu Agrobank, lebih kurang dua, tiga tahun yang lalu. Adakah prestasinya telah pun menjadi lebih baik sejak kita mempunyai satu imej yang baru. Okey, terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat dari Kepong dan Yang Berhormat dari PJ Utara. Pertamanya, saya ingin memberi jaminan bahawa prestasi Agrobank akan menjadi lebih baik dan lebih kemas dari segi pengurusan kewangannya kerana Agrobank sekarang ini dimasukkan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia. Dahulunya tidak. Jadi dengan adanya DAFIA (Development Financial Institution Act), maka pengawalan adalah lebih baik dan lebih ketat. Jadi saya yakin bahawa prestasi Agrobank ini akan menjadi lebih baik. Saya ingin memberi sedikit gambaran tentang prestasi seperti mana yang diminta oleh kedua-dua Yang Berhormat. Pertamanya dari segi keuntungan sebelum cukai.
Dalam tahun 2009, adalah sebanyak RM117 juta dan keuntungan selepas tax nya ialah RM114 juta. Kalau dibandingkan dengan prestasi sebelum itu, maka ianya menampakkan lebih baik. Umpamanya pada bulan April, ini 31 Mei, bulan April hanya RM98 juta, bulan Mac RM61 juta, bulan Februari RM40 juta. Jadi ia ada peningkatan. Nampaknya ada kebaikan. Keduanya dari segi NPL memang NPL pada asalnya, grossnya ialah 8 peratus. Pada bersihnya NPL, nett NPL adalah 5.6 peratus. Mungkin tinggi sedikit kalau kita tengok dari segi bank-bank perdagangan yang mana sekarang ini saya kira hanya di bawah 4 peratus NPLnya. Akan tetapi kita mesti juga faham bahawa peranan Agrobank ini ataupun sebelumnya Bank Pertanian ini, ia adalah sebuah bank pembangunan membantu. Kalau dia strict sangat pun, nanti orang hendak pinjam pun tidak dapat juga. Jadi dia kena ada keseimbangan. Jadi inilah yang perlu dijaga dan saya rasa di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia ini, NPL ini akan menjadi satu petunjuk yang baik selain daripada petunjuk-petunjuk lain. Ada juga nampaknya yang bagus yang saya nampak dari segi loan growth. Loan growth nampaknya bagus, 36 peratus peningkatan pinjaman. Mungkin juga dengan adanya sumber kewangan yang baru, maka Agrobank ini sudah dapat memberi pinjaman dan pertumbuhannya agak menggalakkan iaitu36 peratus. Mungkin ini adalah tinggi dan keadaan sekarang ini memang kita hendak tinggi. Saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat PJ Utara, adakah ini backdoor bailout. Sebenarnya tidak kerana yang diberi pinjaman ini memang duit ini sudah ada di situ. Sekarang ini kerajaan hendak menjimatkan sebab kita hendak cari pula duit, hendak tambah jadi RM1 bilion, lagi susah. Baik kita capitalize yang ada. Bukannya kata dia tidak boleh bayar, maka kita capitalize. Kalau dia tidak boleh bayar, kita capitalize, jadi semakin menekan kita kepada bank ini. Bank ini perlu kepada sumber kewangan baru untuk bagi pinjaman, tiba-tiba duit baru tidak sampai, duit lama yang tidak dapat dikutip balik, kita capitalizekan. Sebenarnya it’s not like that, dengan izin. Bahkan rekod, saya ada tanya wakil bank tadi, rekod bayaran balik sepanjang tahun ini, ia sudah bayar kepada kerajaan sebanyak lebih kurang RM140 juta.
Pinjaman lebih kurang RM600 juta. Bayaran balik sudah ada tetapi jumlah pinjaman kerajaan kalau diambil kira dengan faedah dan sebagainya masih lagi tinggi. Jadi bolehlah kita anggapkan ini sebagai satu cara kerajaan untuk menyelesaikan masalah peningkatan modal Agrobank, tanpa menjejaskan prestasi Agrobank.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Keperluan untuk meningkatkan capital education ratio ekuiti kepada RM1 bilion. Adakah ia satu regulation daripada Bank Negara Malaysia? Apakah minimum yang perlu ditingkatkan?
Saya ada baca dalam teks tadi. Sebenarnya ia ditentukan oleh Bank Negara Malaysia sebanyak RM1 bilion, supaya menjamin keselamatan pendeposit-pendeposit yang ada menyimpan wang. Banyak juga deposit yang dikutip. Sekarang deposit yang dikutip adalah sebanyak RM5.9 bilion.
[Bangun]
Jadi modal perlulah ada secukupnya. Jangan hendak ambil, kutip wang deposit sahaja tetapi modal tidak ada. Nanti kalau apa-apa berlaku ia akan menimbulkan masalah. Jadi ini yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. Kerajaan hari ini memenuhi kehendak Bank Negara Malaysia tersebut dengan cara yang tidak terlalu banyak membebankan kerajaan.
Yang Berhormat Jasin bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat Jasin. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya ada satu soalan yang ringkas sahaja. Saya seronok mendengar bahawa Agrobank ini di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia. Pada ketika ini...Bantu saya jikalau saya tersilap Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memang sistem kewangan kita di antara yang terbaik. Pada ketika ini NPL kita adalah 2.2. Saya dengar tadi apabila NPL net tadi 5.6, maknanya tinggi sedikit lah. Kita faham kerana ini banyak daripada peminjam- peminjam kecil. Namun apakah langkah-langkah yang perlu kita lakukan supaya kita dapat mengurangkannya? Kerana average sekarang adalah 2.2 Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Ya lah. Saya pun ada sebutkan, kalau kita lihat dalam sistem Bank Perdagangan ianya kurang daripada NPL ini. Namun kita juga perlu mengambil kira keperluan untuk membantu peminjam-peminjam kecil. Juga dalam bidang pertanian yang semestinya mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan perniagaan-perniagaan yang lain. Namun apa yang penting sekarang ini ialah, apabila ia nya berada di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia maka dia ada laporan yang boleh dikatakan sepanjang masa, ada pemantauan yang dilakukan. Sekiranya didapati nilai pinjaman loan quality itu semakin tidak baik, maka sudah tentu Bank Negara Malaysia akan mengambil tindakan yang lebih rapi bersama dengan pengurusan bank. Jadi saya yakin ini akan menjadikan suasana pengurusan Agrobank yang lebih baik. Bahkan kita juga boleh lihat bahawa Ahli Lembaga Pengarah Agrobank juga sudah berubah dengan banyak ahli-ahli yang profesional. Pengerusinya juga seorang bekas banker daripada kumpulan Maybank umpamanya. CEO yang baru juga adalah berpengalaman yang ada di belakang kita. Saya rasa mereka tahu bahawa ini adalah peluang untuk mereka meningkatkan prestasi bank dengan cara yang prudent. Kita tahu bahawa tuntutan untuk pinjaman dalam sektor pertanian ini cukup banyak. Pada masa yang sama bank juga mestilah beroperasi dengan cara yang sustainable dengan izin, yang boleh berterusan. Jangan sehingga bank mempunyai masalah. Itu sahaja. Terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera di dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini di bawah perkara 7 hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Usul-Usul Menteri Kewangan — AKTA KASTAM 1967 (cid:2) Perintah Duti Kastam (Pindaan 2009) P.U.(A) 123 bertarikh 19 Mac 2009 (cid:2) Perintah Duti Kastam bagi barang-barang yang berasal daripada negara-negara ASEAN (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata)(Pindaan) 2009 P.U.(A) 124 bertarikh 19 Mac 2009. (cid:2) Perintah Duti Kastam (Pindaan)(No.2) 2009 P.U.(A) 2005 yang bertarikh 1 Jun 2009. (cid:2) Perintah Duti Kastam barang-barang berasal dari negeri- negeri ASEAN (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata)(Pindaan)(No.2) 2009 P.U. (A) 2001 bertarikh 1 Jun 2009. (cid:2) Perintah Duti Kastam barang-barang di bawah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Rapat antara Malaysia dengan Republik Islam Pakistan (Pindaan) 2009 P.U.(A) 2002 bertarikh 1 Jun 2009. (cid:2) Perintah Duti Kastam barang-barang di bawah program early harvest dan Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara Asia dan China (Pindaan) 2009 P.U.(A) 2003 bertarikh 1 Jun 2009. (cid:2) Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal dari Negeri- negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata). P.U.(A) 200 bertarikh 1 Jun 2009. (cid:2) Perintah Duti Kastam (Barang-barang di bawah Program Early Harvest dan Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara ASEAN dan China) 2008 [P.U. (A) 228] bertarikh 30 Jun 2008.Motion
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan. “Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (1), seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas bil. ST.43, ST.44, ST.52, ST.54, ST.55, ST.56, ST.57, ST.58 dan ST.59 tahun 2009 disahkan”. Perintah Duti Kastam (Pindaan 2009) P.U.(A) 123 bertarikh 19 Mac 2009. Perintah ini bertujuan untuk memansuhkan duti import 5 peratus ke atas produk-produk activated clay, activated bleaching earth and video games of a kind used with a television receiver. Ini adalah nama-nama teknikalnya. Keputusan ini dibuat untuk tidak lagi memberi perlindungan ke atas barangan ini memandangkan industri activated clay and activated bleaching earth telah lama tertubuh dan telah diberi perlindungan tarif yang lama iaitu semenjak tahun 1986. Bagi video games of a kind used with a television receiver pula, keputusan yang dilakukan ini tidak menjejaskan industri tempatan kerana tiada pengeluar tempatan bagi barangan ini. Perintah Duti Kastam bagi barang-barang yang berasal daripada negara-negara ASEAN (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata)(Pindaan) 2009 P.U.(A) 124 bertarikh 19 Mac 2009. Perintah ini merupakan pindaan susulan, consequential apabila kita meminda yang tadi, bagi memansuhkan duti import ke atas tiga barangan yang sama seperti di dalam Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2009 yang disebutkan tadi daripada negara ASEAN. Perintah Duti Kastam (Pindaan)(No.2) 2009 P.U.(A) 2005 yang bertarikh 1 Jun 2009. Perintah ini bertujuan untuk menukar unit ukuran bagi produk simen daripada kilogram kepada tan. Dengan penukaran ini pengimport tidak perlu mengisi lebih banyak borang eksport K2, semasa membuat ikrar dagangan dan juga semasa urusan memohon permit eksport kepada MITI. Ini untuk memudahkan sahaja sebenarnya kerana apabila menggunakan kilogram ini banyak angkanya yang perlu ditulis. Perintah Duti Kastam barang-barang berasal dari negeri-negeri ASEAN (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata)(Pindaan)(No.2) 2009 P.U. (A) 2001 bertarikh 1 Jun 2009. Ini adalah merupakan pindaan susulan, consequential bagi menukar unit ukuran bagi produk simen daripada kilogram kepada tan seperti di dalam perintah yang disebutkan di atas. Ini adalah consequential ya. Perintah Duti Kastam barang-barang di bawah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Rapat antara Malaysia dengan Republik Islam Pakistan (Pindaan) 2009 P.U.(A) 2002 bertarikh 1 Jun 2009. Ini juga adalah merupakan pindaan susulan, consequential di atas simen yang berhubung kait dengan perdagangan dengan negara Pakistan yang telah menandatangani perjanjian perdagangan dengan Malaysia. Perintah Duti Kastam barang-barang di bawah program early harvest dan Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara Asia dan China (Pindaan) 2009 P.U.(A) 2003 bertarikh 1 Jun 2009. Perintah ini merupakan pindaan susulan, consequential juga.
Bagi menukar unit ukuran bagi produk simen daripada kilogram kepada tan seperti di dalam Perintah Duti Kastam (Pindaan)(No.2) 2009 daripada negara China yang telah menandatangani perjanjian perdagangan dengan negara-negara ASEAN. Jadi ini adalah consequential satu daripada Pakistan, China dan juga daripada Jepun mengikut Perintah Duti Kastam P.U.(A) 2004 bertarikh 1 Jun 2009 pindaan susulan, consequential bagi menukar unit ukuran daripada negara Jepun.
Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal dari Negeri-negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata). Minta maaflah, saya pun kena baca, ini teknikal sangat. P.U.(A) 200 bertarikh 1 Jun 2009. Perintah ini disediakan untuk mengguna pakai kod dan struktur barangan mengikut Harmonized Tariff Nomenclature System HS 2007, supaya selaras dengan Perintah Duti Kastam 2007 yang merupakan perintah induk. Jadi, hendak samakan daripada penggunaan sembilan digit dahulu kepada sepuluh digit sekarang ini. Di samping itu, perintah ini juga memberikan pengecualian duti import ke atas empat produk tambahan iaitu travelling bags, suitcases, straw envelopes for bottles, manhole covers, gratings and frames kepada negara Myanmar, yang diluluskan pada tahun 2008 di bawah pakej ASEAN Integration System of Preference. Perintah nombor sembilan, Perintah Duti Kastam (Barang-barang di bawah Program Early Harvest dan Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara ASEAN dan China) 2008 [P.U. (A) 228] bertarikh 30 Jun 2008. Perintah ini disediakan untuk mengguna pakai kod dan struktur barangan mengikut Harmonized Tariff Nomenclature System HS 2007, supaya selaras dengan Perintah Duti Kastam 2007 yang merupakan perintah induk. Di samping itu, bagi memudahkan pentadbiran Kastam dan rujukan pengguna, perintah ini menggabungkan dua perintah terdahulu iaitu Perintah Duti Kastam (Barang- barang di bawah Program Early Harvest dan Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara ASEAN dan China) 2004 dan Perintah Duti Kastam (Barang-barang di bawah Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara ASEAN dan China) 2005. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Kepong, sila. Selepas itu, Menteri jawab.
Saya tidak akan sebutkan dengan panjang kerana tengok macam mana... [Sambil menunjukkan kertas statut] Begitu banyak. Berapa jam pun tidak boleh habis. Memang tidak boleh habis. Memandangkan Yang Berhormat Senator sudah bekerja kuat, kita pun hendak bagi galakanlah. Cuma pilih satu atau dua sahajalah kerana kalau... Ini bukan main ya. Mengenai Perintah Duti Kastam (Barang-barang di bawah Program Early Harvest dan Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara ASEAN dan China), tengok macam mana tebalnya. Begitu tebal dan banyak ya. Cuma Yang Berhormat sebutkan mengenai simen; hendak tukarkan daripada unit timbangan dan sebagainya memang itu adalah rasional. Kalau terlalu banyak kilogram pun susah juga. Di sini saya hendak tanyalah sebab saya dengar ada berkenaan dengan Jepun, adakah kita import daripada Jepun juga simen ini. Kita sendiri keluarkan simen di Malaysia. Adakah ini bermakna simen kita sudah tidak mencukupi untuk menampung keperluan di dalam negara dan kita perlu import daripada China dan pelbagai negara lagi. Di sini, banyak lagi. Bukan saja simen. Memang kertas statut ada sembilan jumlahnya di sini. Misalnya kertas statut 54, di muka surat 16 mengenai birds eggs dan sebagainya. Saya pun hairan jugalah kita import birds eggs pula. Apa gunanya birds eggs?
Diimport daripada negara-negara yang berkenaan, hairan juga saya. Daripada ini, kita nampak daripada China, bukan main. Misalnya kertas statut 52, di halaman 116.
Cepatlah sedikit... Sudah malam.
Itu bukan banyak, satu contoh saja. Kalau hendak ambil semua contoh itu, dua atau tiga jam pun tidak boleh habis. Yang Berhormat Tenggara itu, jangan bising Yang Berhormat Tenggara.
Malam Jumaat... [Ketawa]
Merapu, merapu sahaja.
Misalnya item 2512, siliceous fossil meals. Mengapa kita perlukan fossil meals pula di negara kita? Banyak lagilah, tetapi saya tidak akan sebutkan. Sekian, terima kasih.
Ya. Sila Yang Berhormat Menteri.
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya pun hendak kata begitu arif dengan benda- benda ini pun tidaklah sangat... [Ketawa] Sebab ini sebenarnya, benda-benda ini dibuat oleh MITI dan MIDA, tetapi oleh sebab Kementerian Kewangan yang menjaga Kastam, ini dibuat di bawah seksyen Akta Kastam, maka kita kena inilah. Cuma yang saya tahu simen ini, umpamanya apabila kita tukar daripada kilogram kepada tan metrik. Kalau kita hendak import 50,000 tan metrik. 50,000 tan metrik ini adalah 50 juta kilogram. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Satu borang hanya boleh 10 juta kilogram. Jadi, kena lima helai borang untuk 50,000 tan metrik, tetapi apabila kita tukar kepada tan metrik, ia satu borang sahaja. Jadi, perbezaannya adalah satu dengan lima borang. Cuma, consequential ini sebab peruntukan ini semua ada. Apabila kita ada FTA dengan China atau Pakistan, semua peruntukan ini sama. Soal sama ada kita import simen daripada China atau Pakistan itu saya minta maaf Yang Berhormat. Saya tidak tahu betul- betul. Akan tetapi, oleh sebab peruntukan ini ada dalam FTA kita dengan China dan Pakistan, maka kita kena tukar sama, consequential ya. Saya ingat tidak semestinya berlaku actual importation of cement barangkali lah, tetapi supaya dari segi undang-undang, kalau orang hendak import boleh. Itu sahaja Yang Berhormat. Saya harap Yang Berhormat pun fahamlah. Terima kasih Yang Berhormat. Saya cukup appreciate kepekaan Yang Berhormat. Boleh tengok dan merujuk pula itu, terima kasih. [Ketawa]
Okey, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan di bawah perkara lapan, yang telah dibentangkan sebagai kertas statut bilangan ST. 43, ST. 44, ST. 52, ST. 54, ST. 55, ST. 56, ST. 57, ST. 58 dan ST. 59 tahun 2009 disahkan, hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Usul-Usul Menteri Kewangan — AKTA CUKAI JUALAN 1972 (cid:2) Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai No.2) (Pindaan) (No.2) 2009 - [P.U.(A) 143/2009] bertarikh 10 April 2009 (cid:2) Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai No.2) (Pindaan) (No.3) 2009 - [P.U.(A) 144/2009]Motion
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Majlis ini mengambil ketetapan menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen(2) Seksyen 15 Akta Cukai Jualan 1972 supaya Perintah Cukai Jualan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST. 45 dan ST. 46 tahun 2009 disahkan. (i) Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai No.2) (Pindaan) (No.2) 2009 [P.U.(A) 143/2009] bertarikh 10 April 2009. (ii) Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai No.2) (Pindaan) (No.3) 2009 [P.U.(A) 144/2009] bertarikh 10 April 2009. Saya mohon untuk membentangkan kedua-dua Perintah Cukai Jualan tersebut secara bersekali memandangkan ianya adalah berkaitan. Kedua-dua perintah tersebut disediakan bagi mengemas kini dan menyelaras layanan cukai jualan ke atas beberapa produk yang tidak diambil kira semasa penyediaan Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai No.2) 2008.
Pindaan ini melibatkan penetapan kadar cukai jualan pada kadar 5 peratus untuk beberapa produk contohnya hasil laut seperti ketam, buah-buahan seperti limau kasturi, jus tomato dan sosej serta sebahagian produk tertentu berasaskan kayu seperti tiang rumah. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada yang menyokong.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang terbuka untuk dibahas.
Tuan Yang di-Pertua, yang penting sekali ialah kutipan untuk kastam eksais meningkat kepada RM30 bilion kalau tidak silap saya setiap tahun. Tak kan RM30 bilion itu kita hendak lepaskan begitu sahaja. Yang Berhormat Padang Rengas, di sini saya hendak memberi nasihat kepada Yang Berhormat Padang Rengas supaya kita mengambil perhatian mengenai hasil kita. Gaji pun dibayar juga kepada Yang Berhormat Padang Rengas daripada kutipan-kutipan hasil daripada negara ini. Jangan kita main-main. Kertas statut 45 dan 46 ini memang melibatkan banyak hasil laut, ketam, sosej, tiang rumah dan sebagainya. Dari mana kita import hasil laut seperti ketam. Sosej dari Eropah. Tiang rumah pun kita import juga atau jual kepada orang. Tiang rumah jual kepada orang atau kita import? Saya hendak tahu dari negeri mana. Sekarang sudah 9.42 malam saya pun hendak balik juga. Terima kasih... [Ketawa]
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Makanan-makanan ini sebenarnya saya nampak lebih daripada kawasan yang berhampiran kita. Kalau limau kasturi saya tidak tahu dari jauh mana datangnya. Ia mungkin dari Indonesia, dari negara Thailand. Jus tomato mungkin dari jauh sedikitlah. Sosej ini saya rasa pun dari jauh, saya pun tidak tahu dari Eropah kah Amerika kah... [Ketawa] Tiang rumah pula saya ingat banyak kita beli tiang rumah daripada seberang. Kebanyakannya tiang-tiang yang berukiran, kayu keras atau kayu jati. Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih kerana mengambil berat tentang masalah yang diketengahkan dalam Majlis ini. Sekian, terima kasih... [Ketawa]
Terima kasih Yang Berhormat . Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah perkara 9 yang telah dibentang sebagai Kertas Statut bilangan Statut 45 dan Statut 46 tahun 2009 disahkan hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Usul — MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 16(3) Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II [Datuk Hajah RohaniMotion
binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ucapan-Ucapan Penangguhan — Permasalahan Penangkapan Pendatang AsingAdjournment
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan kepada satu dialog polis dengan 150 orang penduduk di suatu kawasan perumahan di kawasan saya. Salah satu isu yang dikemukakan adalah masalah pendatang asing yang telah berlanjutan selama sepuluh tahun yang disyaki punca utama kes jenayah seperti kes pencerobohan rumah, kecurian dan pencederaan yang semakin meningkat di kawasan perumahan mereka. OCPD yang hadir diseru untuk mengambil tindakan segera untuk menangani masalah ini demi keselamatan para penduduk kawasan perumahan tersebut. Jawapan OCPD kepada para penduduk ialah pihak polis tidak dapat mengambil tindakan terhadap kes ini. Alasannya, jika pihak polis menyiasat dan menyerbu kawasan pendatang asing ini, dan selepas itu mendapati bahawa kesemua adalah pendatang asing secara haram, pihak polis tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk menempatkan pendatang asing ini selepas mereka ditahan.
Alasan ini amat mengecewakan sekali kerana ia mencerminkan sikap polis yang enggan berusaha untuk mengatasi isu keamanan yang dibangkitkan oleh rakyat. Terutama sekali kadar jenayah di Petaling Jaya adalah yang paling tinggi di negeri Selangor dari tahun 2000 hingga 2008. Dengan sikap OCPD ini yang tidak prihatin kepada kes jenayah yang dilaporkan, bolehkah kita berharap adanya perubahan baik terhadap kadar jenayah yang semakin meruncing di Petaling Jaya? Sikap ini hanya melanjutkan persepsi rakyat bahawa inilah bantuan polis yang sedia ada di negara kita, dan rakyat hanya boleh menerima sahaja keadaan keamanan yang sedia ada. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, adakah jawapan “tidak cukup ruang” OCPD ini merupakan “standard response” pihak polis terhadap masalah pendatang asing? Apakah tindakan yang pihak tuan telah ambil bagi menangani masalah kadar jenayah yang disebabkan oleh influx pendatang asing yang berleluasa, dan masalah kekurangan ruang untuk menempatkan pendatang asing yang ditahan yang dijelaskan sebagai “bottleneck” bagi pihak polis untuk mengambil tindakan sepatutnya? Perlukah rakyat jelata “put up” dengan situasi ini dan sentiasa hidup dalam rasa takut dan bimbang terhadap keselamatan mereka atas kekurangan tindakan tegas dan cepat dari pihak tuan? Polis Diraja Malaysia mempunyai lebih kurang 100,000 anggota untuk menghapuskan jenayah di negara kita. Mengapakah pihak polis mampu mengerahkan ribuan anggotanya secara cepat, cekap dan tegas untuk mengawasi dan menyekat ceramah-ceramah, majlis jamuan atau acara menyalakan lilin pihak pembangkang yang langsung tidak mencabuli keamanan dan ketenteraman; tetapi keberkesanan dan efisiensi yang sama tidak dapat dilihat dalam usaha menangani masalah-masalah pendatang asing dan kadar jenayah yang meningkat? Bukankah usaha menghapuskan jenayah sepatutnya merupakan tugas utama yang perlu difokuskan oleh pihak polis? Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Utara yang mengemukakan usul mengenai perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, dakwaan Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Utara bahawa Ketua Polis Daerah Petaling Jaya memberikan alasan kekurangan anggota dan tempat tahanan sebagai sebab pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas pendatang asing yang melakukan kesalahan jenayah adalah kurang tepat. Ingin saya tegaskan bahawa kementerian dan pihak polis tidak pernah sekali-kali mempunyai dasar atau ketetapan sebegitu. Saya yakin pihak polis sentiasa komited dalam usaha membendung dan memerangi jenayah. Namun tidak saya nafikan pihak polis mempunyai kekangan dari segi bilangan anggota terutamanya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Petaling Jaya di mana nisbah seorang anggota polis kepada bilangan penduduk adalah tinggi, namun pihak polis tidak pernah menggunakan alasan ini untuk tidak bertegas kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan. Malahan operasi pencegahan jenayah yang dilakukan oleh pihak polis dibuat secara berterusan dan dipergiatkan dari semasa ke semasa. Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh bilangan kes jenayah di daerah Petaling Jaya bagi tempoh Januari hingga Mei 2008 adalah sebanyak 4,675 kes manakala bagi tempoh yang sama pada tahun 2009 adalah sebanyak 4,053 kes iaitu penurunan sebanyak 622 kes atau 13.3 peratus.
Dari segi penyelesaian kes pula, 44 peratus berjaya diselesaikan bagi tempoh Januari hingga Mei 2009. selain itu pihak polis juga sentiasa mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat dengan jenayah termasuklah pendatang asing.
Dalam hal ini, pihak polis mengadakan operasi-operasi bersepadu dengan kerjasama Jabatan Imigresen, RELA, Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak berkuasa tempatan. Tuan Yang di-Pertua, pihak polis sentiasa memandang serius terhadap kes-kes jenayah yang melibatkan pendatang asing. Sebagai bukti, bagi tahun 2008 sehingga bulan Mei 2009, sebanyak 30 operasi khas telah diadakan di mana seramai 281 orang pendatang asing yang terlibat dengan kes jenayah telah ditangkap. Usaha berterusan yang dilaksanakan oleh pihak polis menampakkan hasil berdasarkan kes jenayah yang melibatkan pendatang asing menurun daripada 111 kes bagi tempoh Januari hingga Mei 2008 kepada 84 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2009. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bersetuju dengan dakwaan Yang Berhormat yang menyatakan bahawa pihak polis lebih memberikan tumpuan dalam menghalang parti pembangkang mengadakan ceramah-ceramah dan perhimpunan berbanding operasi pencegahan jenayah yang lain. Sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang yang profesional, polis perlu mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang melanggar undang-undang termasuklah ceramah atau perhimpunan sekiranya ia dibuat tanpa permit polis yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam. Dalam hal ini tidak timbul isu pihak polis mengamalkan pilih kasih dalam menguatkuasakan undang-undang. Tuan Yang di- Pertua, sebagai penutup, ingin saya maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa usaha mengurangkan kadar jenayah sentiasa menjadi keutamaan kementerian. Kementerian melalui PDRM sentiasa proaktif dalam mengurangkan kadar jenayah sama ada yang melibatkan rakyat tempatan mahupun pendatang asing. Tindakan secara berterusan perlu dilakukan walaupun pihak polis menghadapi kekangan dari segi kekuatan anggota. Apa yang penting di sini ialah masyarakat boleh membantu pihak polis dalam mengurangkan kadar jenayah dengan menyalurkan maklumat dan laporan berkaitan dengannya. Sekian terima kasih. Penggunaan Tenaga Solar Serta Tenaga Diperbaharui Lain
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, ketidakstabilan harga jualan minyak dan harga gas asli yang menyebabkan ketidakstabilan ekonomi dunia telah mendorong banyak negara di dunia ini untuk mencari sumber tenaga gantian. Banyak negara maju seperti negara di Eropah, China, Jepun, Amerika Syarikat dan sebagainya telah menggubal dasar yang kuat mempromosikan tenaga yang boleh diperbaharui ataupun Renewable Energy di negara mereka masing-masing. Pada tahun 2008 sahaja, hampir 6000 mw tenaga solar telah dijana kuasa di negara-negara tersebut. Tiga syarikat pembuatan produk utama dunia berkaitan sistem solar, iaitu Q-Cells, First Solar dan Sunpower telah pun menubuhkan kilang pembuatan teknologi solar ini di Malaysia. Akan tetapi, kesalnya kesemua syarikat tersebut tidak mengeluarkan produk untuk pasaran negara kita, tetapi ia dieksport ke negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Tuan Yang di-Pertua, apabila harga minyak dunia naik, Petronas terpaksa menanggung lebih banyak subsidi harga gas asli untuk TNB dan IPP menjana tenaga elektrik. Walau bagaimanapun, negara kita menerima cahaya matahari yang kuat setiap hari. Apabila negara-negara maju di dunia tengah kuat mempromosikan tenaga suria, kita perlu dengar kenyataan yang kurang konsisten daripada pihak kerajaan, di mana kenyataan untuk menggunakan tenaga nuklear dan tenaga suria dikeluarkan secara berselang-seli. Banyak pihak telah menyatakan bantahan terhadap cadangan kerajaan untuk menggunakan tenaga nuklear. Di antara alasannya adalah:
(i) tenaga nuklear ini mengandungi risiko yang tinggi, ia selalunya dikaitkan dengan terrorisme nuklear yang dikutuk oleh masyarakat dunia. Pengasingan di antara nuklear untuk menjana elektrik dan senjata adalah nipis; (ii) risiko pencemaran radioaktif yang mengancam nyawa manusia dan alam sekitar di mana kita masih belum mempunyai pengetahuan lengkap untuk menangani masalah ini sepenuhnya; (iii) kos menjana tenaga elektrik daripada tenaga nuklear adalah jauh lebih mahal berbanding dengan kos daripada tenaga yang boleh diperbaharui jika kita mengambil risiko aspek menyeluruh. Tenaga nuklear juga mengambil tempoh sekurang-kurangnya 15 tahun untuk dibangunkan dan sudah tentu kosnya akan naik dengan lebih tinggi dalam jangka masa terdekat; (iv) kos untuk menghapuskan kilang dan mengurus sisa nuklear juga adalah tinggi; (v) tempoh untuk menghapuskan sisa nuklear memakan masa 100,000 tahun baru boleh selamat disimpan dan memerlukan infrastruktur yang besar serta sokongan penuh daripada negara- negara lain. (vi) bagi Malaysia membangunkan tenaga nuklear, kita akan memerlukan sokongan penuh daripada negara-negara lain termasuk mendapatkan sumber nuklear bagi menangani sisa nuklear. Kesemua alasan tersebut membuktikan bahawa tenaga nuklear adalah amat tidak sesuai digunakan di Malaysia. Jadi, adalah amat penting bagi kerajaan untuk mengadakan dasar untuk menggalakkan orang ramai untuk menggunakan tenaga solar dan tenaga diperbaharui lain. Saya difahamkan kerajaan pernah melancarkan projek “Malaysia Building Integrated Photovoltanic” (MBIPV) pada 25 Julai 2005 oleh Menteri Tenaga Air dan Komunikasi dan beberapa insentif telah pun diberikan bagi projek MBIPV. Walau bagaimanapun, projek ini masih tidak mendatangkan impak kepada orang ramai kerana, kerajaan masih tidak mempunyai dasar untuk melaksanakan feed-in tariff (FIT) dan Tabung Renewable Energy seperti apa yang dilaksanakan di negara-negara maju. Bagi Tabung Renewable Energy pula, 2 peratus daripada kadar tarif elektrik patut digunakan sebagai sumber tabung, demi membolehkan orang ramai untuk mampu memasang sistem solar BIPV di bangunan masing-masing dan menjana sumber kewangan tambahan melalui penjualan tenaga elektrik kepada pihak utiliti. Dari segi jangka panjang, kos program feed-in tariff adalah lebih rendah berbanding dengan kos pemasangan stesen jana kuasa elektrik baru dan tenaga nuklear. Negara kita juga tidak perlu bergantung kepada negara asing bagi mendapatkan sumber bahan tenaga elektrik. Dengan pertambahan Jabatan Teknologi Hijau di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, saya ingin minta pihak kementerian untuk memberitahu Dewan yang mulia ini tentang rancangan kementerian untuk mempelopori tenaga solar. Saya juga ingin tanya kenapakah kementerian kelihatan mengadakan aktiviti yang mempromosikan tenaga nuklear, bukankah ini bercanggah dengan objektif untuk mempelopori tenaga hijau? Sekian terima kasih.
Menteri sila jawab.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Seputeh.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tenaga solar sememangnya merupakan salah satu sumber Tenaga Boleh Diperbaharui dengan izin, Renewable Energy (RE) yang amat berpotensi untuk dimajukan di negara ini memandangkan Malaysia sebagai sebuah negara khatulistiwa menerima sinaran matahari sepanjang tahun. Pancaran solar yang diterima oleh Malaysia adalah 20 peratus lebih kuat berbanding dengan negara-negara maju yang pada masa kini dikira maju dalam penggunaan dan penghasilan tenaga melalui solar PV seperti Jerman dan negara-negara lain di Eropah. Walau bagaimanapun, harga sistem solar yang tinggi menyebabkan aplikasinya tidak dapat dilaksanakan dengan meluas di negara ini. Oleh yang demikian, bagi menggalakkan penggunaan BIPV, kerajaan dengan kerjasama Global Environment Facilities (GEF) - United Nations Development Program (UNDP) melaksanakan program Malaysian Building Integrated Photovoltacis (MBIPV) pada tahun 2005. Projek MBIPV mensasarkan penjanaan elektrik dari sumber Tenaga Solar berjumlah 1,500 kW di sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). Program MBIPV telah menerima sambutan yang menggalakkan di mana sejak ia dilancarkan sebanyak 83 permohonan merangkumi kediaman dan bangunan di seluruh Malaysia telah pun diluluskan melalui lima (5) pusingan pendaftaran dengan kapasiti berjumlah 664.5 kW berbanding sasaran awal yang telah ditetapkan sebanyak 520kW.
Secara keseluruhannya, sehingga Jun 2009, program ini telah berjaya menurunkan kos sistem BIPV sebanyak 24 peratus iaitu dari RM25,391 per kWp berbanding harga pada tahun 2005 iaitu RM31,400 per kWp. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah merangka pelan tindakan tenaga boleh diperbaharui di mana tenaga solar adalah merupakan salah satu daripada tenaga boleh diperbaharui yang dikenal pasti selain dari biomass, biogas, mini hidro dan sisa buangan pepejal yang berpotensi untuk dibangunkan bagi penjanaan elektrik di negara ini. Dalam melaksanakan kajian ini, kementerian juga telah mempertimbangkan mekanisme-mekanisme bagi menggalakkan pembangunan RE yang telah dilaksanakan di negara-negara lain termasuklah Feed-In Tariff (FIT) dan Renewable Portfolio Standards (RPS), dengan izin. Pelaksanaan pelan tindakan ini apabila diluluskan oleh Jemaah Menteri kelak, dijangka akan memacu pembangunan RE di negara kita dengan pesat termasuklah penggunaan tenaga solar di mana terdapat mekanisme bagi membolehkan orang ramai dan entiti perniagaan terlibat secara langsung dalam penjanaan tenaga melalui solar PV. Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menyediakan bekalan elektrik yang mencukupi dan berdaya harap pada kos yang berpatutan kepada rakyat, kerajaan perlu mempelbagaikan sumber bahan api penjanaan seperti yang dibuat oleh negara lain di dunia ini. Setiap sumber penjanaan yang dipilih mempunyai peranan masing-masing bagi memastikan sistem pembekalan elektrik yang stabil kepada para pengguna. Contohnya, loji-loji jana kuasa arang batu yang lebih murah diperlukan bagi membekalkan keperluan base load, manakala loji-loji hidro pula diperlukan untuk memenuhi keperluan peak demand atau permintaan puncak. Tenaga solar atau RE secara amnya mainkan peranan untuk membantu menyokong sumber tenaga utama dalam penjanaan tenaga elektrik. Tuan Yang di-Pertua, dalam memenuhi permintaan elektrik yang semakin meningkat dan dianggarkan mencecah 23000 MW pada tahun 2030, kerajaan perlu mencari sumber alternatif yang dapat membekalkan elektrik dalam kuantiti yang besar dan pada kos yang munasabah supaya ia tidak membebankan para pengguna. Dalam konteks ini, serta mengambil kira kekangan yang dihadapi dalam penggunaan RE bagi menjana elektrik dalam kuantiti yang besar serta pasaran bahan api gas dan arang batu yang semakin competitive, nuklear dilihat sebagai option yang tidak dapat diketepikan bagi memastikan keselamatan bekalan elektrik negara pada masa hadapan khususnya pasca 2025.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan kebimbangan yang disuarakan oleh pelbagai pihak mengenai isu-isu pencemaran radioaktif yang dikaitkan dengan penggunaan nuklear sebagai penjanaan elektrik, ia merupakan isu-isu yang sememangnya dihadapi oleh semua negara yang bercadang untuk menggunakan nuklear bagi penjanaan elektrik. Malah, elemen penerimaan rakyat terhadap nuklear serta peningkatan kesedaran rakyat mengenai realiti nuklear adalah merupakan agenda utama yang perlu dilaksanakan sekiranya sesebuah negara itu bercadang untuk menggunakan nuklear bagi penjanaan elektrik. Ia merupakan satu proses yang pastinya akan mengambil masa yang panjang dan perlu dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Sidang Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Parlimen Kedua Belas telah berlangsung selama 12 hari dari 15 Jun 2009 hingga 2 Julai 2009. Saya bagi pihak Yang di-Pertua, ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama bagi membolehkan perjalanan Majlis Mesyuarat disempurnakan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai kerajaan, pegawai-pegawai Parlimen serta semua pihak yang turut terlibat dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat kali ini. Akhir kata, selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang tidak ditetapkan. Terima kasih. Dewan ditangguhkan pada pukul 10.04 malam.