Dewan Rakyat · 4 November 2009

15th Parliament, session 2, meeting 3 · 856 turns · 70,368 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Salahuddin bin AyubAMANAH · PHPulai · question

1. Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan, bilakah tuntutan royalti minyak Kerajaan Negeri Kelantan akan dibuat pembayaran oleh Petronas.

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul RazakUMNO · BNPerdana Menteri · Pekan

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Kubang Kerian pada hari ini bersama dengan soalan-soalan berkaitan isu tuntutan royalti petroleum oleh Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Tumpat pada 12 November, Ahli Yang Berhormat Rantau Panjang pada 25 November dan Ahli Yang Berhormat Kuala Krai pada 26 November 2009, secara sekali gus memandangkan bahawa ia berkisar mengenai perkara yang sama.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah meneliti isu tuntutan royalti petroleum oleh Kerajaan Kelantan dengan mendalam dan terperinci dari pelbagai sudut termasuk sudut perundangan berkaitan kuasa-kuasa kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara. Dari segi perundangan negeri seperti Kelantan dan Terengganu hanya mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti bagi sumber petroleum yang dihasilkan dari perairan negeri tersebut. Dalam hal ini, perairan negeri masing-masing adalah ditakrifkan sebagai kawasan yang terletak tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur daripada tikas air surut (low water mark) dengan izin, atau pesisir pantai negeri tersebut. Pada masa ini, tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan negeri Kelantan dan Terengganu. Oleh itu dari segi perundangan, Kerajaan Negeri Kelantan tiada hak untuk menuntut pembayaran royalti petroleum seperti juga negeri Terengganu. Meskipun peruntukan perundangan ini adalah jelas, Kerajaan Persekutuan sebelum ini telah memperuntukkan wang ihsan untuk negeri Terengganu dengan mengambil kira pengeluaran petroleum yang terletak di luar perairan negeri tersebut. Peruntukan wang ihsan juga telah dipertimbangkan berasaskan keperluan pembangunan negeri Terengganu serta tahap pendapatan rakyatnya. Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memastikan pertimbangan yang adil dan saksama diberikan kepada semua negeri agar tiada lapisan rakyat yang terpinggir dalam menikmati manfaat pembangunan negara. Oleh itu, negeri Kelantan juga wajar diberi pertimbangan yang sama oleh Kerajaan Persekutuan sekiranya terdapat aktiviti pengeluaran petroleum di luar perairan negeri tersebut sungguhpun dari segi perundangan negeri Kelantan tidak berhak untuk menerima apa-apa bayaran. Dengan ini saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menyediakan peruntukan wang ihsan bagi negeri Kelantan sama seperti negeri Terengganu... [Tepuk] Keputusan ini juga mengambil kira keperluan untuk terus membangunkan negeri Kelantan dan juga meningkatkan kesejahteraan rakyatnya selaras dengan arus pembangunan perdana negara. Petronas telah memaklumkan kerajaan bahawa pada masa ini hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil atau producing field dengan izin, dan ia terletak di luar perairan negeri Kelantan. Medan tersebut adalah Medan Bumi Selatan yang terletak dalam Blok PM 301.

Pemberian wang ihsan kepada negeri Kelantan akan mengambil kira pengeluaran dan penjualan petroleum daripada Medan Bumi Selatan. Penyaluran wang ihsan tersebut akan dibuat setelah maklumat terperinci mengenai jumlah pengeluaran gas serta tatacara berkaitan dimuktamadkan. Peruntukan pertama wang ihsan bagi negeri Kelantan dijangkakan pada tahun 2010, tahun hadapan. Bagi memastikan pengagihan wang ihsan ini dibuat dan dapat dinikmati manfaatnya secara langsung oleh rakyat negeri Kelantan, peruntukan wang tersebut akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan serta program pembasmian kemiskinan dalam negeri Kelantan yang dilaksanakan secara telus oleh Kerajaan Persekutuan setelah berunding dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Keputusan yang diambil oleh Kerajaan Pusat Persekutuan pada hari ini mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati manfaat daripada pembangunan negara selaras dengan pendekatan inclusive dan semangat 1Malaysia yang diamalkan oleh kerajaan.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah menjawab soalan saya. Soalan tambahan saya cukup jelas bahawa adakah selama ini di bawah Akta 144 yang jelas Petronas telah membayar royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas nama royalti bukannya ihsan? Jadi wang ihsan ini timbul setelah Kerajaan PAS yang memerintah, dirampas haknya pada waktu itu tahun 2000.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Jadi, saya mempertikaikan jawapan Yang Amat Berhormat. Kami rakyat Kelantan memperjuangkan hak kami. Tidak ada bumi Malaysia tanpa negeri Kelantan dan pantai negeri Kelantan. Sebagaimana Akta 144, Petronas memberikan wang royalti kepada rakyat negeri Terengganu. Tidak timbul masalah wang ihsan. Rakyat Kelantan minta maaf, bukan peminta sedekah. Rakyat Kelantan mahukan hak mereka... [Dewan riuh][Tepuk] Hak sebagai the rights under the Constitution. Jadi saya mempertikaikan, adakah selama ini di bawah Akta 144, bagaimana di atas semangat federalism, memang Petronas membayar wang royalti kepada Terengganu atas nama royalti bukan wang ihsan. Minta penjelasan... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat yang berkenaan hendak mempolitikkan isu ini... [Ketawa] Tidak habis- habis dengan politik dia.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

1Malaysia Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, 1Malaysia. Buktikan 1Malaysia.

Saya tidak tahu Tuan Yang di-Pertua, apa yang penting? Apa yang pentingnya ialah kita sediakan dana ini untuk manfaat rakyat Kelantan... [Dewan riuh]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Apa yang penting adalah hak, hak yang mesti diiktiraf.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam tidak elok begitu.

Tidak ada, tidak ada. Apa yang penting untuk rakyat Kelantan dan saya beri jaminan bahawa rakyat Kelantan akan mendapat manfaat sama prinsipnya seperti rakyat negeri Terengganu.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, tambah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sri Gading.

[Ketawa] Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih memberi saya peluang untuk soalan tambahan. Inilah jenis manusia Tuan Yang di-Pertua, sudah diberi pun tidak berterima kasih... [Dewan riuh] Dari jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, tidak betul ini! Kita manusia...

Duduklah dahulu. Duduk, duduk, duduk. You punya soalan jelas menunjukkan bahawa tidak ada berterima kasih. Jelas seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ini bukan masalah manusia bukan manusia...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini bukan soal pemberian. Ini sebenarnya soal hak. Bagi ikut saluranlah. Ini rompak rakyat...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Sri Gading, tarik balik.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tarik balik perkataan, tarik balik... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat.

....Wang ini akan disampaikan kepada rakyat, golongan sasaran.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri Gading duduk dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak ada dan menteri-menteri lain tidak ada, Ahli-ahli Yang Berhormat mahu yb Menteri datang untuk menjawab. Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada dan menteri-menteri lain datang untuk menjawab, Ahli-ahli Yang Berhormat syok sendiri, bercerita sendiri, bertengkar sendiri... [Dewan riuh] Apa ini? Yang Berhormat Sri Gading, tolong tanya pertanyaan. Jangan ada campur aduk politik... [Dewan riuh] Sila.

Tuan Yang di-Pertua...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tidak payah hendak bodek bos!

Saya nampak apa yang dipersoalkan setelah jelas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan jawapan yang jelas bahawa wang ini dikhususkan kepada kepentingan kebajikan pembangunan rakyat negeri Kelantan. Apa masalahnya? Apa masalahnya?

Tuan Yang di-Pertua

Soalan.

Soalannya ialah saya berharap wang ini benar-benar sampai mengikut saluran yang dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan yang mempunyai hak kepada wang ini. Jadi misalan, kepada jabatan pembangunan negeri...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Orang Kelantan menolak BN lah! Hormat sedikit!

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam!

Ini, ini, soalnya Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, sediakan wang ihsan kepada Sabah dan Sarawak. Wang ihsan kepada Sabah dan Sarawak juga, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat! Ahli-ahli Yang Berhormat... Soalan Yang Berhormat Sri Gading.

Wang ihsan, wang ringgit mahu! Lain apa-apa semua dia lawan Kerajaan Persekutuan. Ini jenis apa Tuan Yang di-Pertua? Inilah sebab kita tidak percaya... [Dewan riuh]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Orang Kelantan sudah menolak BN lah, faham lah.

Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita sokong seratus peratus, tolonglah! Tolonglah salurkan pada tahun hadapan kepada rakyat melalui saluran yang ada kaitan dengan Kerajaan Persekutuan kerana ini hak Kerajaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sila.

Ia lebih berbentuk ulasan daripada soalan... [Ketawa][Dewan riuh] Akan tetapi, saya hendak tekankan Tuan Yang di-Pertua, bahawa yang pentingnya ialah semangatnya, prinsipnya. Semangatnya kita hendak tolong rakyat Kelantan. Itu satu.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Prinsipnya adalah keadilan! Keadilan! Hak mesti diiktiraf!

Duduk, duduk, duduk. Duduk dahulu. Yang Berhormat duduk! Tidak reti bahasa Yang Berhormat ini!... [Ketawa] Saya hendak beritahu bahawa bila kita hendak tentukan apa bentuk projek untuk kesejahteraan rakyat, kita akan rundingkan dengan Kerajaan Negeri Kelantan.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Disampuk] Bukan hak Kerajaan Pusat untuk berbincang. Ia merupakan hak rakyat Kelantan, hak rakyat negeri Kelantan!

Saya sudah beri jaminan dan kita akan melaksanakan secara telus. Saya belum habis lagi. Duduk. Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri, saya akan arah Ahli Yang Berhormat yang berdiri selepas ini untuk keluar sejam, dua untuk rehat di luar... [Ketawa] Sila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merakamkan bahawa saya tidak puas hati.

Nanti, nanti, saya tidak habis lagi.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Jawapan dia tidak memuaskan hati.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kubang Kerian,

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya tidak puas hati.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Kerian, duduk Yang Berhormat Kubang Kerian. Duduk Yang Berhormat Kubang Kerian. Duduklah Yang Berhormat Kubang Kerian! Soalan ini telah diletakkan pada soalan pertama. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang menjawab. Jadi, jawapan itu kalaupun umpamanya tidak baik di dengar telinga, dengarlah kerana itu kan Parlimen! Sila Yang Amat Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua, yang penting sekali ialah kita hendak tolong rakyat Kelantan. Selepas itu, kita ada semangat hendak runding dengan kerajaan negeri. Apa yang hendak dipertikaikan lagi?... [Dewan riuh] Apa yang penting sekali, rakyat Kelantan akan mendapat manfaat daripada pemberian wang ihsan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak puas hati dengan jawapan itu. Ini merupakan satu persoalan yang cukup penting.

Tuan Yang di-Pertua

Saya beri Yang Berhormat Rantau Panjang.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Rantau Panjang dari Kelantan. Yang Berhormat Rantau Panjang juga ada soalan yang dijawab pada hari ini. Sila Yang Berhormat Rantau Panjang.

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat kerana memberi laluan kepada saya. Saya ingin penjelasan. Kenapakah sebelum ini kerajaan tidak pernah mempertimbangkan hak rakyat Kelantan untuk diberi wang ihsan? Setelah kami menuntut berhempas pulas, baru sekarang ini hendak dipertimbangkan. Apa jaminan kerajaan supaya wang ini disalurkan kepada kerajaan dan bukan kepada JPP Kerajaan Persekutuan?... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, selama ini Kerajaan Kelantan tidak ada hak hendak terima... [Dewan riuh] sebab ini melibatkan kawasan pertindihan. Sekarang ini kita dapat sahkan bahawa...

Kerajaan Kelantan...

...Ada blok yang boleh dipertimbangkan. Oleh Sebab itu kita akan pertimbangkan dan kita akan pastikan rakyat Kelantan akan mendapat manfaat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua...

Jawapan tidak memuaskan hati.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Yang Berhormat Kuala Krau.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Ini merupakan persoalan yang penting Tuan Yang di-Pertua. Jawapan ini tidak betul Tuan Yang di-Pertua. Ia menanya...

Tuan Yang di-Pertua

Sudah tiga soalan tambahan saya beri laluan. Ahli-ahli Yang Berhormat... [Dewan riuh] Kalaulah Ahli-ahli Yang Berhormat berdegil... [Dewan riuh]

Hello, hello.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

BN kena tahu beza ihsan dengan royalti.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kami ingin tanya apa maksud 1Malaysia?

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, ahli-ahli Yang Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua. Mohon dijawab... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Ismail bin Mohamed SaidUMNO · BNKuala Krau · question

2. Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah sebab dan faktor-faktor yang meyakinkan sehingga Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Kerajaan Malaysia dapat memainkan peranan utama untuk menganjurkan dialog antara agama melibatkan pelbagai negara bagi menjamin persefahaman antara penduduk dunia berbilang bangsa dan agama.

Tuan A. Kohilay Pillay a/l G. AppuTimbalan Menteri Luar Negeri I

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Dewan yang sedia maklum, Malaysia adalah sebuah negara yang mana penduduknya terdiri daripada berbilang kaum, bangsa dan agama yang hidup bersama dalam keadaan selamat, aman dan harmoni. Ini mencerminkan kesepakatan yang wujud dalam masyarakat Malaysia dan juga menonjolkan ciri-ciri ideal yang boleh dicontohi oleh masyarakat antarabangsa. Cadangan Presiden Amerika Syarikat yang meminta Malaysia untuk memainkan peranan utama dalam menganjurkan dialog antara agama adalah bukti dan hasil penglibatan aktif Malaysia setiap tahun dalam siri-siri dialog antara agama di peringkat antarabangsa. Dalam siri-siri dialog ini, Malaysia telah banyak menyumbangkan idea dan pengalaman sebagai sebuah negara yang terdiri dari pelbagai bangsa, budaya dan agama. Ini adalah sokongan padu Malaysia terhadap inisiatif-inisiatif yang menjurus ke arah perpaduan dan keamanan sejagat.

Tuan A. Kohilay Pillay a/l G. AppuTimbalan Menteri Luar Negeri I

Antara siri-siri dialog antara agama yang telah dihadiri secara aktif oleh Malaysia adalah seperti United Nations-Alliance of Civilizations, Asia-Europe Meeting Interfaith Dialogue and Asia-Pacific Regional Interfaith Dialogue. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Malaysia juga telah menganjurkan tiga siri persidangan antarabangsa dalam bidang dialog antara agama. Dialog-dialog tersebut adalah Who Speaks for Islam? Who Speaks for the West? Pada tahun 2006, Islam and the West - Bridging the Gap pada 2007 dan Muslim World and the West - Bridging the Gap pada tahun 2008. Pada 20 hingga 22 April 2009, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar dengan kerjasama International Peace Foundation telah menganjurkan satu sesi dialog dalam siri Bridges Asean yang juga menumpukan terhadap usaha-usaha mewujudkan keamanan sejagat.

Tuan A. Kohilay Pillay a/l G. AppuTimbalan Menteri Luar Negeri I

Selain itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita juga telah menzahirkan Gagasan 1Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama serta mengukuhkan semangat setia kawan Malaysia. Justeru, cetusan idea ini menggambarkan kesediaan kita untuk terus berusaha meningkatkan perpaduan dan rasa hormat-menghormati antara satu sama lain. Malaysia juga bersedia berkongsi konsep 1Malaysia dengan masyarakat antarabangsa demi mempertingkatkan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Faktor-faktor di atas adalah sebab-sebab utama mengapa Malaysia dipandang tinggi di mata dunia dan adalah menjadi satu kebanggaan bagi semua masyarakat Malaysia apabila sumbangan kita dihargai oleh masyarakat dunia. Cadangan daripada Presiden Amerika Syarikat itu juga dapat dilihat sebagai satu penghargaan dan penghormatan kepada Malaysia. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas dasar dan pendekatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kejayaan Menteri Luar kita walaupun kali pertama jadi Menteri, tetapi telah meyakinkan negara-negara Barat khususnya. Peranan utama juga dibantu oleh wanita pertama negara kita, isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam memainkan peranan untuk menganjurkan aktiviti kebajikan dan keamanan sejagat... [Tepuk] Faktor itu juga telah menyumbang kepada keyakinan negara-negara Barat bahawa agama Islam bukan agama pengganas. Soalan saya, sejauh manakah kita telah mengorak langkah supaya negara kita terus menjadi negara penggerak atau negara tuan rumah untuk diadakan dialog antara agama-agama ini? Apakah kepentingannya kepada negara kita sendiri? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, memang tepat sekali soalan dari Yang Berhormat tadi, sepertimana saya menyentuh sedikit akan sejarah Islam iaitu dalam Syahifah Madinah mengatakan Al-Ummah Al-Islamiah... [Disorak] Iaitu di mana betapa pentingnya perpaduan dan hubungan antara satu negara dengan negara lain. Jadi, begitu banyak dialog-dialog juga diadakan antara agama di peringkat antarabangsa diwujudkan demi keamanan sejagat. Ini telah pun mendapat sokongan antarabangsa sejak terjadinya keganasan 11 September 2001. Beberapa siri dialog yang telah diadakan dan matlamatnya yang tersendiri iaitu; (i) untuk mengatasi masalah prejudis serta salah tanggapan yang terdapat di kalangan masyarakat dunia yang berbilang agama dan bangsa; (ii) untuk memupuk persefahaman dan rasa hormat- menghormati antara semua penganut agama dan kepercayaan; (iii) untuk menggalakkan perbincangan di kalangan wakil dari pelbagai agama yang menjurus ke arah meleraikan perselisihan faham yang berlaku di dalam masyarakat. Maka itu, beberapa dialog-dialog yang telah diadakan dengan jayanya dan Malaysia juga turut terlibat menghantar delegasi-delegasi untuk aktiviti-aktiviti. Antaranya Alliance of Civilizations, di mana setakat ini tiga persidangan telah pun diadakan. Kedua ialah Asia-Europe Meeting (ASEM), di mana lima mesyuarat telah pun diadakan. Begitu juga Asia-Pacific Regional Interfaith dialog di mana lima persidangan atau dialog di kalangan anggota rantau Asia Pasifik telah diadakan. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam, jangan terlampau panjang soalan tambahan.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Nampak gaya soalan bocor tadi. Yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah jemputan itu dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat sebelum atau selepas peristiwa demonstrasi angkat kepala lembu? Kedua, sekiranya benar kerajaan Barisan Nasional bertujuan untuk menzahirkan sikap toleransi dan hormat-menghormati di antara agama, mengapa tidak ada tindakan terhadap Yang Berhormat Tanjong Karang dan Yang Berhormat Sembrong yang telah memainkan peranan yang begitu hebat untuk menggalakkan demonstrasi itu diadakan? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi keluar dari topik. Jadi, saya tidak berhasrat hendak menjawab. Sekian terima kasih.

Jawablah!

Soalan pun dia tidak tahu tanya... [Dewan riuh]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini fasal bukan soalan bocor ya, tidak ada jawapan.

Abdul Halim bin Abdul RahmanPAS · PRPengkalan Chepa · question

3. Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa] minta Perdana Menteri menyatakan, sejajar dengan konsep 1Malaysia di mana Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, apakah kerajaan bersedia untuk mengkaji kaedah pengundian pos di kalangan angkatan tentera, polis dan isteri mereka secara terus.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Wa’alaikumussalaam warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan pilihan raya yang dilaksanakan oleh SPR adalah berdasarkan kepada kerangka undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya yang telah ditetapkan. Berasaskan kepada kerangka perundangan tersebut, SPR telah pun melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengendalikan pilihan raya yang telus, bebas dan adil di negara ini. Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, telah 12 kali pilihan raya umum dan lebih daripada 50 pilihan raya kecil di Malaysia telah disempurnakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah yang besar. Namun begitu, SPR terus komited untuk menambah baik proses pilihan raya di Malaysia, termasuk melakukan beberapa perubahan dan penambahbaikan terhadap urus tadbir dan undang-undang serta peraturan-peraturan pilihan raya. Mengenai pengundi pos atau pengundi tidak hadir, seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, Perkara 119 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan hak mengundi bagi kumpulan kategori ini. Dalam melaksanakan urusan pengundian bagi pengundi tidak hadir ini, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 telah digubal. Undi pos ialah kertas undi sama ada untuk pilihan raya Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang dikeluarkan kepada seseorang pengundi tidak hadir yang mendaftar sebagai pemilih pos di dalam daftar pemilih ataupun mana-mana pemilih berdaftar yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia di bawah Peraturan 3(1)(b) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003. Berdasarkan hakikat ini, SPR masih berpendapat bahawa sistem pengundian pos yang sedia ada masih lagi relevan sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam Peraturan 2, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 tersebut. Ini kerana melalui sistem pengundian tersebut, memberi peluang kepada semua anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia dan pasangan masing-masing, anggota polis dan pasangan.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Pasukan Gerakan Am (PGA) meliputi yang bertugas dalam negara. Pegawai, kakitangan dan pasangan mereka yang bertugas di luar negara serta pelajar-pelajar dan pasangan yang menuntut sepenuh masa di luar negara untuk menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masing memilih wakil rakyat yang mereka sukai melalui proses pilihan raya yang bebas dan telus tanpa perlu mengabaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing sama ada sebagai anggota keselamatan mahupun sebagai kakitangan kerajaan ataupun pelajar di luar negara. Namun begitu ini tidak bermakna SPR tidak bersedia untuk melakukan usaha pengupayaan dan penambahbaikan dalam pengurusannya. Malah SPR sentiasa responsif terhadap perubahan-perubahan semasa melakukan proses rekayasa demi untuk memantapkan lagi sistem pilihan raya, sekali gus demokrasi di Malaysia. Ini termasuklah mengkaji cara yang lebih efektif sebagaimana untuk memantapkan lagi sistem kemudian pos yang sedia ada.

Dato' Haji Ab. Halim Ab. RahmanPAS · PRPengkalan Chepa

Terima kasih atas jawapan Menteri. Sebahagian daripada jawapan itu saya boleh bersetuju, tetapi ada perkara-perkara yang tidak boleh dibuat pembaharuan pulih SPR kerana di luar bidang kuasa dia. Misalnya pembersihan daftar pemilih daripada tahun 1957 sampai sekarang yang masih lagi sekarang ini ada lebih kurang 2.6 juta orang yang mati 40, 50 tahun dahulu. Apa yang boleh dibuat oleh SPR ialah mulai 2002 sampai sekarang boleh dibersihkan. Ini berkehendak kepada kerajaan membuat decision untuk membersihkan itu. Kedua mengenai kaedah undi pos. Kaedah ini bukan termaktub dalam Perlembagaan, ia termaktub dalam peraturan yang dibuat oleh SPR dan peraturan ini dibuat sejak tahun 1957, tidak sesuai kalau ISA, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri sendiri hendak kaji, kenapa kita tidak boleh kaji? Jadi dua perkara penting yang mesti dikaji. Pertama sekali Borang 2. Borang 2 ini sebenarnya tidak perlu. Kalau dahulunya perlu kerana mereka berada di luar. Sekarang ini berada di kem dan di sekeliling kem tidak perlu lagi. Sekiranya tidak ada Borang 2 ini sebahagian besar tentera tidak ada fear factor dengan izin. Kebimbangan nama mereka kemudian mereka diawasi. Keduanya peraturan misalnya isteri ini jadikan pengundi awam. Pihak tentera boleh menubuhkan polling station di luar kem, boleh menubuhkan di situ semua boleh. Kenapa tidak ada kajian? Soalan saya adakah kerajaan berhasrat untuk menggantikan undi pos ini dengan pengundian awal seperti yang dilakukan di Thailand kepada tentera, pengundian awal kepada tentera dan isteri. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama saya hendak sebutlah, kalau Yang Berhormat kata iaitu ada 2.5 juta yang sudah mati masih ada, yang betul pengundi hantu dan dia tidak boleh mengundi pun. Itu betul pengundi hantu. Akan tetapi, tidak betul Yang Berhormat sebut itu kerana kita membuat pembersihan ini pada setiap enam bulan kalau tidak silap saya, selalu diadakan dan kita akan membersihkan apabila kita menerima maklumat daripada JPN tentang kematian seseorang itu, baru kita boleh keluar daripada daftar. Jadi untuk mengatakan bahawa kita tidak membersihkan, itu satu kenyataan yang tidak betul dan saya tidak fikir 2.5 juta yang telah pun meninggal dunia masih lagi berdaftar. Kalau itu masih lagi ada, memang pengundi hantu dan hantu memang tidak boleh mengundi Tuan Yang di-Pertua. Keduanya Yang Berhormat sebut kaedah-kaedah, betul, tidak salah. Memang kaedahnya di bawah peraturan-peraturan Suruhanjaya Pilihan raya. Akan tetapi, saya baru sebut tahun 2003 bukannya tahun 1957. Saya sebut dalam jawapan saya tadi dan berkata menurut kaedah-kaedah tahun 2003, bermakna kaedah ini telah pun berubah dan paling terakhir kita tukar kaedah ini pada tahun 2003, bukan pakai tahun 1957. Ketiga Yang Berhormat, Yang Berhormat berkata bahawa pengundi pos dan isteri dia, isteri dia kena dijadikan sebagai awam. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita mendaftar mengundi, kita memilih kawasan di mana kita mahu jadi pengundi. Kalau isteri itu ikut suami ditempatkan di Sarawak, dan dia mendaftar pengundi sebagai pengundi di Pengkalan Chepa, macam mana dia hendak pergi Pengkalan Chepa? Dia dengan suami dia, sebab itu dia pun kena mengundi sama juga dengan suami dia. Tidak boleh, susah, logistik pun tidak mungkin. Berpuluh ribu isteri kepada pegawai kerajaan. Jadi maknanya kalau kita hendak suruh dia pergi mengundi di tempat mana dia hendak mengundi, maka ini akan menyebabkan kos besar, dia terpaksa balik Pengkalan Chepa. Dia hendak mengundi Yang Berhormat, sebab itu Yang Berhormat menangkan? Jadi kalau kita halang dia, suruh balik juga mengundi Yang Berhormat sudah rugi berapa undi sudah itu? Sebab itu kita benarkan dia mengundi ikut suami dia di mana suami dia ditempatkan. Keempat Yang Berhormat berkata bahawa kita kena buat pengundian itu di luar. Pertamanya polis dan tentera ini sememangnya mengikut jawatan kerja dia, dia memang duduk asing daripada orang awam, itu pertama. Dalam setiap apa sekalipun termasuklah mengundi. Nombor dua Yang Berhormat, waktu mengundi, suruhanjaya telah mengarahkan kepada pihak tentera atau polis untuk membenarkan wakil daripada parti yang bertanding dalam pilihan raya untuk duduk melihat perjalanan pengundian itu sendiri walaupun dia ada dalam kem. Boleh. Kemudian waktu dia hendak membilang undi, dia bilang undinya di waktu lepas jam lima habis pengundian, pada ketika itu baru dikira undi dan pada ketika itu memang ada wakil daripada parti-parti yang bertanding. Sebab itu cadangan Yang Berhormat untuk hendak hapuskan undi pos itu ditolak oleh kerajaan.

[Bangun]

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya setuju bahawa kajian boleh kita buat untuk mengemaskan pelaksanaan undi pos ini supaya lebih licin dan sebagainya. Cuma saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, setakat ini berapakah kompelin ataupun bantahan yang dibuat oleh parti pembangkang terhadap peranan Suruhanjaya Pilihan raya ataupun undi pos dan sebagainya apabila parti Barisan Nasional kalah? Soalan dia. Sebab kita hendakkan keadilan. Saya tanya, berapa kompelin yang dibuat oleh pembangkang kalau betul pembangkang hendak adil? Berapa kompelin yang dibuat kepada SPR undi pos dan sebagainya apabila Barisan Nasional kalah? Betul tidak soalan saya..., betul? Beberapa Ahli Barisan Nasional: Betul.

Apabila kita kalah, kita kompelin, bila kita menang tidak pernah kompelin. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri. Berapa kompelin yang ada? Biar, kita hendak keadilan. Ini peranan Suruhanjaya Pilihan raya, kita kena adil. Terima kasih banyak.

Sebenarnya Yang Berhormat saya tidak ada statistik. Akan tetapi secara logik saya boleh bercakap, waktu pilihan raya apabila Barisan Nasional kalah, dalam pertandingan termasuk kalah undi pos, kita tidak kompelin. Yang itu memang kosong saya hendak bagi tahu. Akan tetapi, dalam pilihan raya di mana pembangkang kalah dan dia kalah juga undi pos yang itu banyak kompelin. [Dewan riuh] Jadi Yang Berhormat buat kesimpulan sendirilah.

Tuan Haji Khalid bin Abd.SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita kompelin sistem undi pos.

...Terlalu banyak. Jadi sebab itu...

Tuan Haji Khalid bin Abd.SamadAMANAH · PHShah Alam

Sebelum mengundi belum menang sebelum kalah... [Dewan riuh]

Sebab itu saya hendak bagi tahu...

Tuan Haji Khalid bin Abd.SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita sudah kompelin sistem undi pos. Saya minta Yang Berhormat jangan berpolitik dalam jawapan Yang Berhormat Menteri.

Apabila dia menang, undi pos...

Tuan Haji Khalid bin Abd.SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri kita kompelin sistem undi pos. Terima kasih.

Yang Berhormat saya ingat wakil Ahli Parlimen Parti Islam Semenanjung ini semua bagus macam yang menanya soalan.

Tuan Haji Khalid bin Abd.SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita menegakkan keadilan.

Dia mengajar orang yang betul. Dia berdiri tanpa keizinan dan tidak tahu peraturan.

Tuan Haji Khalid bin Abd.SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita menegakkan keadilan.

Bila saya menjawab, dia tidak boleh bangun.

Sudah kena buang pun.

Namun begitu pokoknya....

Tarik balik! Tarik balik!

Tarik balik, tarik balik, tarik balik!

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak terima. Tidak tarik balik baik tidak payah.

Namun begitu soalnya, kita tidak simpan. Saya tidak ada statistik tetapi yang pastinya kalau BN menang, pembangkang kalah, mereka protes undi pos. Namun begitu kalau BN kalah mereka menang, mereka tidak protes. Itu yang sebenarnya.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kompelin sebelum ataupun selepas keputusan pilihan raya?

[Bangun]

Order apa dipakai ini? Ini bukan order PAS Selangor tahu?

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya soalan tambahan?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gombak, tiada soalan tambahan lagi.

Satu lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah dua soalan tambahan. Tiada lagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, sudah pukul 10.40 pagi, siaran langsung sudah tiada... [Ketawa] Jadi tidak perlu berebut mike begitu.

Lilah bin YasinUMNO · BNJempol · question

4. Dato' Haji Lilah Yasin [Jempol] minta Menteri Kerja Raya menyatakan: (i) apakah perancangan kementerian untuk menaik taraf Felda Pasir Besar ke jalan utama Keratong; dan (ii) berapakah peruntukan yang sudah diluluskan untuk projek ini mula dan bila dilaksanakan.

Dato' Shaziman bin Abu MansorUMNO · BNMenteri Kerja Raya · Tampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan dari Felda Pasir Besar ke jalan utama Keratong atau dikenali sebagai Jalan Felda Utama Palong, FT1283 adalah jalan di dalam Rancangan Tanah Persekutuan Felda yang merentangi Felda Pasir Besar di Tampin dan Felda Palong di dalam daerah Jempol seterusnya bersambung ke Jalan Bahau-Keratong, FT011 di daerah Rompin, Pahang. Jalan Felda Utama Palong, FT1283 ini adalah sepanjang 38 kilometer di mana 36 kilometer berada di dalam daerah Tampin dan Jempol, Negeri Sembilan manakala dua kilometer lagi terletak di dalam daerah Rompin, Pahang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak RM850,000 telah disediakan untuk kerja memperbaharui muka ataupun resurface dan mengecat jalan road marking untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut. Kerja-kerja ini telah pun siap dilaksanakan pada 30 Ogos 2009 yang lalu. Ingin juga dimaklumkan bahawa pada masa ini kementerian tidak mempunyai perancangan untuk menaik taraf atau melebar jalan FELDA Utama Palong tersebut memandangkan jalan sedia ada masih dapat menampung jumlah trafik semasa di jalan tersebut. Walau bagaimanapun, Kementerian Kerja Raya akan sentiasa memantau jumlah aliran trafik di jalan berkenaan dan bersedia untuk menaik taraf laluan berkenaan jika terdapat keperluan khususnya dari peningkatan trafik. Terima kasih.

Dato' Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Tuan Yang di-Pertua, saya dapat melihat apabila FELDA melalui kerajaan kita telah pun berjaya melonjakkan ekonomi peneroka FELDA, anak-anak peneroka FELDA juga berjaya dalam bidang masing-masing. Kuasa beli yang ada kepada masyarakat FELDA begitu tinggi sehinggakan begitu banyak kenderaan yang dapat dibeli oleh peneroka FELDA dan juga anak-anak peneroka FELDA. Saya mencadangkan supaya jalan ini dibesarkan lagi dan sehubungan dengan itu, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah perancangan dibuat oleh kerajaan untuk membina satu lagi jalan baru bagi membolehkan lonjakan ekonomi di kawasan Negeri Sembilan Timur di mana begitu banyak rancangan tanah FELDA berada di kawasan tersebut.

Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Jempol. Sebagaimana yang saya ketahui, Yang Berhormat adalah jiran sebelah saya. Malah sebahagian daripada yang disebutkan dalam soalan ini, FELDA Pasir Besar ini dulu kawasan Yang Berhormat. Kini, semenjak persempadanan semula telah masuk ke Parlimen Tampin. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi jalan-jalan FELDA ini, sebagaimana yang saya katakan tadi, jalan ini aliran trafiknya masih rendah tetapi sekiranya ada keperluan di masa akan datang, maka pihak kementerian ini akan menaik taraf jalan ini. Pada masa ini, ia bertaraf R2. Kita akan menaik tarafnya. Setidak-tidaknya kita boleh melebarkan road shoulder dengan izin Tuan Yang di-Pertua untuk memudahkan sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Anak-anak generasi kedua FELDA yang telah berjaya pada hari ini untuk balik ke kampung dan sebagainya. Berhubung dengan kemajuan jalan-jalan yang ingin dibina di Negeri Sembilan Timur, pada masa ini Unit Perancang Jalan Kementerian Kerja Raya sedang bekerja dengan rapat dengan setiap negeri di dalam negara ini untuk mengumpul data-data untuk membuat perancangan pembinaan jalan-jalan baru bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh tidak lama lagi. Antara aspek-aspek yang diambil kira oleh Kementerian Kerja Raya untuk pembinaan jalan-jalan raya baru ini adalah dari segi aspek sosial dan ekonomi dan juga pandangan-pandangan peringkat negeri. Kawasan-kawasan mana yang hendak dimajukan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berkenaan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengemukakan soalan berhubung menaik taraf lebuh raya yang berada di sekitar kita hari ini. Salah satu lebuh raya yang menjadi bebanan kepada pengguna ialah MRR2 kerana jumlah trafik yang menggunakan MRR2 ini telah melebihi daripada sasaran ketika pembinaan lebuh raya yang berkenaan. Pembinaan Lebuhraya DUKE itu walaupun telah memberikan manfaat yang cukup besar kepada pengguna dan merupakan salah satu lebuh raya yang baik dari segi logistik, namun kemunculan DUKE Highway ini juga telah memberikan satu bebanan kerana trafik yang keluar daripada DUKE Highway ke dalam MRR2 ini juga telah meningkatkan lagi jumlah trafik. Saya pernah menanyakan soalan yang sama kepada Menteri yang lalu mengenai bottleneck yang berlaku di MRR2 ini iaitu di interchange Pandan Indah. Salah satu bottleneck yang memberikan kesesakan yang luar biasa pada setiap masa kepada pengguna di MRR2. Kementerian telah pun memberikan jawapan beberapa bulan yang lalu bahawa sejumlah peruntukan telah pun disiapkan untuk melebarkan interchange yang berkenaan. Saya ingin mendapat jaminan daripada Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian apakah peruntukan ini akan digunakan dalam masa yang terdekat dan bilakah usaha-usaha dan kerja pelebaran interchange ini dapat dilakukan bagi melonggarkan sedikit kesesakan yang berlaku di MRR2? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Gombak. Daripada satu soalan naik taraf kawasan kampung ke satu soalan meningkatkan taraf lebuh raya. Berhubung dengan lebuh raya yang Yang Berhormat sebutkan tadi, MRR2. Sebenarnya semalam pun Yang Berhormat telah bertanya dengan saya ketika saya ingin keluar daripada Parlimen dan saya telah jelaskan kepada Yang Berhormat bahawa projek naik taraf interchange Pandan Indah Yang Berhormat sebutkan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat kerana pada masa ini tender juga telah dipersetujui oleh Kementerian Kewangan kerana masalah ini sebenarnya telah dibangkitkan sebelum Yang Berhormat jadi Ahli Parlimen lagi. Masalah ini agak lama dan pada masa ini kita telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan supaya masalah ini diselesaikan secepat yang mungkin. Terima kasih. [Soalan No.5 – Y.B. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) tidak hadir]

Alexander Nanta LinggiPBB · GPSKapit · question

6. Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, keluasan kawasan tanah di Sarawak di mana RISDA membangunkan ladang-ladang getah. Bagaimanakah RISDA menentukan tempat di mana ladang-ladang tersebut dibangunkan. Adakah RISDA akan membangunkan ladang getah di kawasan Parlimen Kapit pada masa yang terdekat ini.

Dato' Haji Hasan bin MalekUMNO · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah l · Kuala Pilah

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kapit. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah memulakan operasi di negeri Sarawak pada 16 Oktober 2008 dengan pembukaan pejabat RISDA negeri di Kuching dan juga pejabat RISDA bahagian ataupun PRB Betong di daerah Saratok. Operasi dimulakan di bahagian Betong kerana kedudukannya di tengah-tengah kawasan zon getah ataupun di sekitar rubber-belt tetapi RISDA telah pun mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk memperluaskan operasinya secara berperingkat ke bahagian-bahagian yang lain tertakluk kepada potensi tanah bergeran dan juga kawasan getah tua. Anggaran keluasan ladang getah di Sarawak berjumlah 157,163 hektar dan seluas 7,848 hektar adalah di bahagian Kapit yang berpotensi untuk menyertai program Pembangunan Tanam Semula RISDA dengan getah tertakluk kepada permohonan tanam semula dari masyarakat setempat.

Dato' Haji Hasan bin MalekUMNO · BNTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah l · Kuala Pilah

Setakat ini belum ada permohonan yang diterima dari bahagian Kapit. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat permohona,n RISDA akan memproses permohonan yang diterima dengan kadar segera bagi membolehkan kawasan Kapit dibangunkan di bawah Program Tanam Semula RISDA. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kapit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Baiklah nanti saya akan bagi tahu mereka di Kapit untuk membuat permohonan. Soalan tambahan saya, bolehkah jelaskan kaedah yang diguna pakai oleh RISDA dalam mengendalikan pembangunan ladang getah atau mini estet ini? Bagaimanakah dengan penglibatan tuan punya tanah dalam skim RISDA ini? Apakah jaminan dari kementerian iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah agar kawasan-kawasan yang dipilih untuk pembangunan RISDA ini nanti betul-betul kawasan yang amat memerlukannya, di mana belum ada pembangunan atau kurang pembangunan seumpama ini bagi memberi peluang kepada kesemua lapisan masyarakat? Sekian, terima kasih.

Dato’ Haji Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat Kapit yang pada saya menggambarkan keprihatinan Yang Berhormat wakil kawasan tersebut kepada rakyat. Meletakkan rakyat dahulu daripada yang lain-lain. Jadi kita akan ambil perhatian permohonan sampai... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Yang gelak ini gelak barukah ini?

Dato’ Haji Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Memang biasalah itu Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Siapa Yang Berhormat selalu gelak begitu?

Dato’ Haji Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Ini biasalah sikap dia. Bagi kita nampaknya rakyat itu didahulukan dan kita akan memberikan perhatian yang serius khususnya permohonan daripada Kapit itu sendiri. Berbalik kepada soal kaedah yang digunakan oleh RISDA untuk membangunkan kawasan-kawasan ini kita sebenarnya ada dua kaedah. Yang pertamanya secara individu dan satu lagi tanam semula secara berkumpulan. Yang individu ini bermaksud individu yang mempunyai geran-geran tanah. Dia memohon kepada RISDA dan kita akan memberi bantuan kepada individu ini. Maknanya secara kecil-kecilan. Manakala yang satu lagi ialah tanam semula secara berkumpulan. Dalam soal berkumpulan ini pula ada dua kaedah. Satu sama ada kita buat melalui Tanam Semula Berkelompok (TSB) dan satu lagi Tanam Semula Komersial (TSK). Dalam tanam semula individu ini kerja-kerja menanam semula dan pengurusan kebun diurus sendiri oleh pekebun kecil atau tuan tanah ataupun dengan mengupah orang lain untuk menjayakan kebun mereka. Maknanya individu sendiri menguruskan. Maknanya direct RISDA kepada individu berkenaan.

Dato’ Haji Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Satu lagi yang secara berkumpulan, berkelompok tadi apa yang disebut tadi, kaedah pengurusan dan pembangunan di mana kebun-kebun berdekatan digabungkan untuk ditanam semula secara bersama dan serentak. Terdapat dua model pembangunan tanam semula berkumpulan, iaitu Tanam Semula Berkelompok (TSB) dan Tanam Semula Komersial (TSK). Bagi yang berkelompok itu adalah satu kaedah di mana penanaman semula itu dibuat secara berkumpulan dan diuruskan oleh satu jawatankuasa yang dilantik di kalangan pemilik-pemilik kebun atau waris atau ahli keluarga mereka. Peserta melantik jawatankuasa sebagai pemegang Surat Wakil Kuasa (SWK) dan bertanggungjawab untuk menguruskan kebun dan menerima bantuan tanam semula daripada RISDA bagi pihak mereka secara berkelompok tadi. Manakala yang secara komersial pula ataupun TSK kaedah ini menggunakan bergerak penanaman semula secara berkumpulan, di mana kebun-kebun dibangunkan oleh anak syarikat RISDA sendiri iaitu RISDA Plantation Sdn. Bhd. daripada peringkat tanam semula sehinggalah kepada peringkat pengeluaran hasil. Peserta-peserta dikehendaki bersetuju melantik RISDA Plantation Sdn. Bhd. sebagai wakil kuasa menerima bantuan dan bertindak sebagai agen pengurusan. Jawatankuasa projek TSK yang saya sebutkan tadi terdiri daripada kalangan peserta diwujudkan bagi memantau kemajuan projek. Kesimpulan yang boleh saya peroleh daripada penjelasan tadi maknanya RISDA tidak pernah memencilkan, meminggirkan peranan pekebun-pekebun kecil ataupun pemilik-pemilik tanah tadi. Secepat mungkin dalam apa cara sekali pun kita cuba melibatkan peserta-peserta ini untuk turut sama melihat, memantau dan memastikan projek mereka ini berjaya. Bagi pihak kita, kita memberi jaminan. Kalau dalam keadaan sistem ini berjalan baik saya rasa tidak ada masalah, berjaya projek ini. Walau bagaimanapun, ini tertakluk jugalah kepada izin Allah SWT belaka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kanowit.

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. RISDA ini baru bermula menjejakkan kaki di Sarawak dalam tahun 2008 dan apa yang telah dijelaskan oleh Timbalan Menteri adalah amat memuaskan, tetapi saya melihat tujuan RISDA ke Sarawak dahulu untuk menanam semula kawasan-kawasan yang sudah ditanam oleh getah, ladang getah. Akan tetapi masalah di Sarawak keadaan tanah ini adalah tidak mempunyai geran dan tadi ditegaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah cuma tanah yang mempunyai geran akan dimajukan oleh RISDA. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berapa besarkah tanah seperti di Kapit tadi yang telah dijelaskan dalam lingkungan 7,000 lebih hektar yang mempunyai geran. Saya juga difahamkan bahawa baru-baru ini RISDA juga ingin membangunkan tanah yang terbiar di Sarawak dan saya pun khuatir adakah tanah terbiar ini adalah tanah yang mempunyai geran atau tidak? Terima kasih.

Dato’ Haji Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Kanowit. Menggambarkan sekali lagi tentang prihatinnya wakil-wakil rakyat Barisan Nasional ini. [Ketawa] Meletakkan rakyat didahulukan daripada yang lain-lain. Bagi menjawab soalan tadi Tuan Yang di-Pertua, saya melihat soal tanah ini adalah soal kuasa daripada pihak kerajaan negeri. Bagi pihak RISDA kita tidak ada apa-apa halangan. Kalaulah misalnya sama ada tanah ini di bawah the native NCR ataupun dipunyai individu tertentu. Kalau misalnya pihak kerajaan negeri memberikan kelulusan ataupun perakuan bagi membolehkan mereka berurus dengan RISDA, pihak kita tidak ada apa-apa halangan. Jadi maknanya ini tertakluklah kepada persetujuan daripada pihak kerajaan negeri sendiri sama ada native land itu ataupun kepada geran- geran yang dipunyai oleh individu tertentu. Terima kasih.

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Boleh satu lagi soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Minta maaf Yang Berhormat Ranau. Sudah ada dua soalan tambahan.

Yusmadi bin YusoffPKR · PRBalik Pulau · question

7. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [Balik Pulau] minta Menteri Pelajaran menyatakan, kriteria dan syarat-syarat yang digunakan bagi menentukan bantuan kewangan kepada para pelajar di sekolah-sekolah.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia adalah antara negara di dunia yang masih lagi mengamalkan pendidikan percuma. Kerajaan Barisan Nasional yang adil dan baik hati ini sememangnya telah memberi komitmen yang tinggi dalam menyediakan peluang pendidikan kepada kanak- kanak dalam umur persekolahan. Sebagai usaha untuk memastikan setiap kanak-kanak pergi ke sekolah dan menerima keadilan dalam pendidikan, kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada murid-murid khususnya murid-murid dari golongan miskin dan tidak berkemampuan di seluruh negara. Ada 18 jenis bantuan kewangan yang diberikan pada tahun 2009 yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM3.6 bilion iaitu: (i) Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM); (ii) Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP); (iii) Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU); (iv) Skim Biasiswa Sukan (SBS); (v) bantuan pakaian seragam pasukan beruniform; (vi) Program Pelajar Projek Khas (SPP); (vii) elaun murid berkeperluan khas (OKU); (viii) bantuan geran per kapita; (ix) bantuan makanan prasekolah; (x) bantuan makanan sekolah; (xi) Yuran Khas Sekolah (YKS); (xii) bantuan kokurikulum ke sekolah; (xiii) Rancangan Makanan Tambahan (RMT); (xiv) Program Susu Sekolah; (xv) Skim Bantuan Tuisyen (SBT); (xvi) Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT); (xvii) bantuan jaket keselamatan; dan (xviii) yuran peperiksaan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Batu Pahat

Daripada segi kelayakan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat, sebenarnya kriteria kelayakan wajib yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pemberian bantuan yang disediakan oleh KPM adalah seperti berikut: (i) warganegara Malaysia; (ii) bersekolah di sekolah kerajaan atau di sekolah bantuan kerajaan; (iii) memenuhi kriteria kelayakan khusus mengenai jenis bantuan; dan (iv) tiada sempadan politik. PAS kah, PKR kah, UMNO kah DAP, semuanya dapat termasuklah anak Yang Berhormat sendiri. Terima kasih.

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Walaupun panjang lebar mengenai jenis bantuan dan sedikit sahaja daripada segi kriteria dan syarat- syarat yang merupakan teras soalan saya. Walau bagaimanapun, saya ingin menanya balas. Apakah pendekatan yang diambil oleh kerajaan hari ini mampu menangani permasalahan pembaziran seperti yang dilaporkan dalam Auditor General baru-baru ini, satu.

Seperti yang dikatakan tadi, tanpa mengenal batasan politik saya melihat seperti yang Yang Berhormat Menteri maklum, mempunyai pengalaman di England. Di England, di peringkat pendidikan ada yang dipanggil Board of Governors di peringkat setempat dan keperluan kewangan sekolah tersebut adalah disediakan oleh sekolah tersebut dan diberikan kepada Board of Governors dan Board of Governors ini juga yang akan memantau daripada segi auditnya dan sebagainya dan saya rasa pendekatan itu lebih mengangkat governance aspek kewangan pendidikan terutama sekali bagi mengelakkan apa yang kita lihat di dalam Auditor General Report. So persoalan saya, bagaimana perkara ini boleh ditentukan sekiranya wakil penduduk setempat tidak dipanggil seperti yang ditunjuk di dalam Board of Governors di mana diwakili oleh parti politik setempat, wakil sekolah dan juga wakil ibu bapa. Saya rasa mereka ini semua mohon penjelasan. Apa pandangan Yang Berhormat mengenai pendekatan tersebut untuk mengelakkan permasalahan governance di dalam bantuan kewangan di negara kita.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat. Sebab itu saya kata tadi bahawa setiap bantuan yang diberikan ini syarat-syaratnya ialah mengikut bentuk bantuan tersebut. Contohnya kalau Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAM), penerima ialah sebanyak 650,000 dan kita berbelanja hampir RM400 juta dan oleh kerana itu kita tahu berlaku ketirisan dalam soal pemberian ini dan sebenarnya apa yang berlaku ialah di setiap sekolah, dipengerusikan oleh guru besar ataupun pengetua itu sendiri dalam memilih mereka yang layak. Dengan kata lain bahawa ini melibatkan PIBG, guru dan guru besar tersebut dan akan disahkan oleh penghulu ataupun ketua kampung dan oleh kerana itulah untuk tahun ini dan tahun hadapan, kita akan menggunakan apa yang disebut sebagai senarai dalam e-Kasih yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan negara untuk memastikan bahawa mereka yang benar-benar layak sahaja yang menerimanya. Sebenarnya kalau ikutkan Bajet yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk tahun 2010, hanya RM2.8 bilion sahaja disediakan untuk bantuan kewangan sedangkan pada tahun 2009, kita berbelanja hampir RM3.6 bilion. Sudah tentulah banyak penjimatan yang boleh dilakukan khususnya daripada segi ketirisan ini dan oleh kerana itu kenapa kita akan menggunakan e-Kasih sebagai satu cara pemberian bantuan ini. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa sebenarnya ada beberapa bantuan kewangan yang semua murid layak. Itu yang saya kata yang kaya dan sebagainya pun dapat. Contohnya ialah yuran peperiksaan awam melibatkan RM219 juta. Semua dapat, semua dibayar. Yuran makanan asrama, ibu bapa bayar RM1 sahaja daripada jumlah makanan sehari itu. Katalah RM13, parent tidak kiralah apa kedudukan bayar RM1 sahaja tetapi kalau sekiranya kita cuba nak naikkan ataupun tidak beri percuma kepada ibu bapa yang anak dia masuk sekolah asrama penuh, ia akan jadi isu terutama oleh PKR ini yang suka mempolitikkan isu ini. Sebab itu orang kata PKR ini ‘Parti Keliru Rakyat’. Ha, ini yang jadi masalah kita tetapi kalau pembangkang setuju, menyokong, dia tidak ada masalah. Sebab itulah maksudnya saya kata bahawa kalau saya tengok bantuan kokurikulum ke sekolah, semua dapat. Ini maksudnya tidak ada kira latar belakang pendapatan termasuklah yuran sekolah. Selain daripada yuran peperiksaan, yuran sekolah pun semua dapat walaupun RM4.50 termasuk anak Yang Berhormat, termasuk siapa tadi yang bising ini Yang Berhormat Kuala Langat kah apa. Terima kasih.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ini berkenaan dengan bantuan kepada anak-anak murid dan juga ketirisan yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, apa pandangan, apa pendirian Kementerian Pelajaran tentang konsep membekalkan makanan kepada murid-murid di sekolah-sekolah rendah di luar bandar yang berasaskan kepada sistem kantung ini ataupun retort pouch system ini yang mana sistem ini akan dapat membekalkan zat makanan yang telah pun dikenal pasti oleh SIRIM dan juga bahan kimia yang telah wujud sekian lama untuk menggantikan sistem yang ada sekarang ini di mana kita memberi wang tunai kepada PPD dan juga guru-guru besar untuk membuat ataupun menyediakan makanan kepada murid-murid sekolah ini. Saya melihat Kementerian Pelajaran masih lagi tidak membuat keputusan yang tepat dalam hal ini kerana banyak ketirisan yang berlaku dalam sistem pemberian makanan percuma ini. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Sebelum itu saya ingin menyatakan di sini bahawa untuk RMT atau Rancangan Makanan Tambahan, yang menerima bantuan RMT ini ialah sebanyak 771,506 orang melibatkan RM270 juta. Tujuannya Tuan Yang di-Pertua ialah untuk memastikan anak- anak kita terutama di pedalaman ini mendapat makanan yang berzat. Saya Tuan Yang di-Pertua sudah banyak, pergi ke kawasan pedalaman, kawasan Orang Asli di Sabah dan Sarawak. Jadi dengan adanya Rancangan Makanan Tambahan ini, mereka mendapat makanan yang berzat untuk membantu mereka supaya cergas daripada segi pembelajaran sebenarnya dan oleh kerana itu, kita merasakan bahawa ini adalah program yang baik sebenarnya dan kadang-kadang ia juga membantu untuk memastikan ibu bapa ini anak dia pergi ke sekolah supaya anak dia makan. Kadang-kadang di rumah belum tentu dia makan juga kerana kemiskinan dan sebagainya tapi daripada segi cara pengagihan ini memang kita cuba memperbaikinya daripada semasa ke semasa untuk memastikan bahawa sistem yang digunakan itu benar-benar tidak berlaku pembaziran ataupun ketirisan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed, Sekijang.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon jawapan soalan nombor lapan dengan pembetulan TKS menjadi IKS.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Baharum bin MohamedUMNO · BNSekijang · question

8. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, penyertaan produk keluaran syarikat pembekal perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan dalam pembekalan ke pasar raya besar.

Dato' Tan Lian HoeGERAKAN · BNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Gerik

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) dalam memasarkan produk mereka di hypermarket dan pasar raya tempatan dan asing di Malaysia seperti Carrefour, Tesco, Giant retail, Jusco, Mydin, The Store, Sunshine dan UO Superstore. Kementerian mengadakan program usaha sama dengan hypermarket dan pasar raya tempatan dan asing di Malaysia dengan menganjurkan program Produk Malaysia Cita rasa Kita atau singkatannya PMCK.

Dato' Tan Lian HoeGERAKAN · BNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Gerik

Melalui program tersebut, pengusaha IKS tempatan yang mempunyai produk yang berpotensi untuk dimajukan akan dijemput untuk menyertai program PMCK. Melalui program PMCK pengusaha IKS diberi platform untuk mempromosi produk keluaran mereka bagi dipertimbangkan oleh hypermarket dan pasar raya untuk tujuan di senarai tetapkan. Sejak dari tahun 2003, sebanyak 36 program PMCK telah dianjurkan. Sebanyak dua program PMCK telah diadakan bagi tahun 2009 iaitu di AU2 Keramat dan di Tesco Melaka. Manakala, sepanjang Oktober hingga Disember 2009 sebanyak sembilan lagi program PMCK akan dianjurkan di beberapa buah negeri seperti Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan dan Sabah. Selain itu, kementerian ini akan menganjurkan Program Suaian Perniagaan atau dengan izin business matching antara pengusaha IKS dengan hypermarket dan pasar raya tempatan dan asing pada 20 hingga 22 November 2009 di Mid Valley Exhibition Center, Kuala Lumpur. Format penganjuran program ini melibatkan pihak hypermarket dan pasar raya tempatan dan asing di Malaysia seperti Carrefour, Giant, Tesco, Mydin, The Store, Econsave, UO SuperStore dan Pasar raya Sunshine yang akan dijemput untuk menilai serta memilih produk-produk pengusaha IKS yang dipamerkan untuk di senarai tetapkan di cawangan masing-masing. Ekspo ini juga akan dibuka kepada orang ramai dan juga kepada orang awam setelah selesai sesi suaian perniagaan. Perniagaan PMCK dan program suaian perniagaan oleh kementerian ini sudah pasti akan membantu pengusaha IKS untuk menyenaraikan tetap produk mereka di hypermarket dan pasar raya yang berkenaan. Sehingga 31 Disember 2008, secara purata sebanyak 6,000 produk IKS tempatan telah berjaya di senarai tetap di hypermarket dan pasar raya tempatan dan asing di Malaysia. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan. Walau apa pun program yang dijalankan oleh kementerian yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, tetapi sehingga kini hanya kurang daripada 9 peratus daripada 30 peratus yang ditetapkan oleh kementerian, produk IKS kita dapat menembusi ke pasar raya yang besar ini. Jadi, soalan saya memandangkan lesen pasar raya ini dikeluarkan oleh kementerian sendiri, apakah tindakan yang lebih berkesan sekiranya ada pasar raya- pasar raya ini yang masih lagi enggan mahu menerima produk-produk IKS ini dengan berbagai-bagai alasan penolakan mereka. Kadang-kadang walaupun mereka terima tetapi mereka dengan berbagai-bagai alasan kadang-kadang tidak dapat dipenuhi oleh IKS itu sendiri seperti bayaran lewat, kemudian ada caj yang tersembunyi dan lain-lain lagi. So, minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Dato’ Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, kita sedia maklum bahawa walaupun IKS cuba sedaya upaya untuk membawa produknya ke hypermarket dan untuk memenuhi matlamat 30 peratus produk keluaran IKS bumiputera di senarai tetap di semua hypermarket khususnya di hypermarket asing selaras dengan garis panduan penyertaan asing di Malaysia 2004 ini. Pihak kementerian sebenarnya telah pun mengambil banyak inisiatif seperti mengadakan perjumpaan dengan IKS-IKS tempatan untuk mengetahui masalah- masalah mereka secara mendalam dan terperinci. Kita juga telah pun meletakkan komitmen kementerian untuk membawa pihak IKS dengan hypermarket khususnya hypermarket asing ini yang terdiri daripada Carrefour, Tesco, Giant, Jaya Jusco ataupun Aeon di mana mereka telah pun bersemuka dan segala permasalahan mereka, telah pun dibincangkan secara mendalam. Kita dapati bahawa pihak hypermarket asing ini telah pun bersetuju untuk mengambil lebih banyak daripada produk-produk IKS. Kita telah dapat selesaikan seperti credit term dengan izin daripada tiga bulan dapat diturunkan pada satu bulan. Begitu juga masalah-masalah seperti yang dihadapi oleh hypermarket dari segi kualiti, dari segi packaging dan sebagainya telah pun dibincangkan secara mendalam. So, itu adalah langkah yang telah kita ambil. Yang Berhormat Menteri KPDNKK telah pun menetapkan bahawa sasaran untuk 20 peratus produk keluaran IKS bumiputera ini wajib disenarai tetapkan menjelang 2012 ini kepada semua iaitu hypermarket khususnya hypermarket asing ini, dan ini sedang kita pantau di semua hypermarket asing yang ada di negara kita. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Memanglah saya tidak menafikan usaha yang dilakukan oleh kementerian sehingga tersenarainya produk IKS. Akan tetapi persoalan sekarang, realiti yang berlaku. Maknanya, on the ground nya, hanya tinggal senarai. Dari segi pemasaran produk itu tadi di hypermarket, peratusnya terlalu kecil. Ini kerana pertama sekali ialah halangan-halangan yang dilakukan oleh pihak syarikat-syarikat berkenaan. Kalau boleh saya sebut contoh, produk yang dikeluarkan oleh Persatuan Nelayan Kuala Kedah hendak dimasukkan ke dalam salah sebuah hypermarket yang ada hendak kena bayar deposit sampai RM25,000. Ini masuklah dalam senarai tetapi on the ground apa yang boleh dapat? Kedua ialah apakah kerajaan sedar bahawa dari segi sistem pemasaran yang ada itu sendiri menyekat IKS ini untuk mendapat tempat di pasaran-pasaran hyper ini sendiri, sedangkan kita yakin bahawa produk IKS ini bukan tidak ada kualiti, mereka ada kualiti. Kalau kita pergi The Mall depan PWTC itu sendiri pun, cuba cari tengok mana produk yang dikeluarkan oleh IKS. Kita belanjakan begitu besar buat The Mall, berjuta-juta ringgit tetapi hendak cari produk IKS lebih-lebih lagi yang halal cukup sulit hendak dapat. Jadi, ini sebenarnya, kita tidak hendak jawapan hanya tulis atas kertas tetapi realiti on the ground tidak ada apa pun. Buat promosi tetapi habis promosi habis cerita. Tiada benda pun. Kita pergi cari dalam pasaran, tidak ada benda yang dipromosikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya tiada soalan yang dikemukakan. Walaupun pihak kementerian mungkin melihat perkara ini secara serius, dan memang kita di pihak kementerian selalunya berada di peringkat on the ground untuk memastikan bahawa produk-produk IKS ini berada di semua hypermarket khususnya di hypermarket-hypermarket asing.

Dato’ Tan Lian HoeGERAKAN · BNGerik

Selain itu kita akan juga secara berterusan mengadakan dialog dan perjumpaan dengan IKS bersama dengan hypermarket asing untuk memastikan bahawa 30 peratus daripada produk IKS ini akan menembusi hypermarket asing ini. Sekian, terima kasih.

Zahrain bin Mohamed HashimPKR · PRBayan Baru · question

9. Dato' Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru] minta Menteri Kewangan menyatakan, berita tentang kerugian yang dialami oleh Rapid KL dan Rapid Penang dan sebab-sebab kedua-dua syarikat ini diambil alih oleh Syarikat Prasarana Sdn. Bhd.

Dato’ Dr. Awang Adek HussinTimbalan Menteri Kewangan II

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. atau Rapid KL telah mencatat kerugian semasa sebanyak RM67,700,160.00. Kadar tambang yang rendah serta kedudukan perbelanjaan operasi yang tinggi disebabkan kenaikan kos membaik pulih serta penyelenggaraan bas dan LRT telah memberi implikasi negatif ke atas prestasi kewangan Rapid KL. Walau bagaimanapun, keputusan kerajaan pada 17 Jun 2009 yang lalu yang bersetuju dengan penetapan had kadar tambang baru bagi perkhidmatan pengangkutan awam, bas, teksi dan kereta sewa yang terkawal, kadar tambangnya dijangka dapat memberi impak positif terhadap hasil Rapid KL. Bagi tahun kawasan berakhir 31 Disember 2008 juga, Rapid Penang Sdn. Bhd. atau Rapid Penang mengalami kerugian semasa sebanyak RM7,679,131.00. Antara faktor utama yang menyumbang kepada kerugian tersebut adalah disebabkan oleh peningkatan kos operasi serta repair dan maintenance ke atas bas- bas Rapid Penang yang digunakan pada peringkat awal operasi. Pengambilalihan Rapid KL dan Rapid Penang oleh Prasarana adalah bagi menjadikan Rapid KL lebih fokus dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang dan Rapid Penang di Pulau Pinang. Melalui pengambilalihan tersebut, Rapid KL dan Rapid Penang akan memberi tumpuan kepada operasi perkhidmatan pengangkutan awam sementara Prasarana akan menjadi pemilik aset dan memberi tumpuan kepada perkara-perkara melibatkan dasar. Pengambilalihan tersebut juga dijangka akan dapat mengatasi masalah integrasi pengangkutan awam. Di antara Prasarana selaku pemilik aset serta Rapid KL selaku operator perkhidmatan bas dan rel di Lembah Klang dan Rapid Penang selaku operator perkhidmatan bas di Pulau Pinang. Ini memandangkan masing-masing mempunyai akauntabiliti kewangan dan misi operasi yang berbeza. Pengambilalihan ini juga dijangka dapat membolehkan Prasarana bersama Rapid KL dan Rapid Penang merancang secara bersepadu peranan masing-masing sebagai pemilik aset utama dan juga master operator. Pengambilalihan ini juga akan memberi lebih sinergi kepada Kumpulan Prasarana sebagai penyedia perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih moden dan dinamik terutamanya dari segi kemudahan pengangkutan yang lebih selesa dan reliable serta pengurusan operasi dan kewangan yang lebih baik. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri, tetapi cara jawapannya macam pengambilalihan Rapid KL dan Rapid Penang ini nampak macam cara bailout, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, bilakah bailouts ini hendak berhenti? Apakah syarat-syarat dan kriteria apabila kerajaan menolong atau bailout syarikat-syarikat terutama syarikat rakan-rakan kerajaan ini di mana wang rakyat digunakan untuk membantu bailout ini. Jadi apakah kriteria dan syarat-syarat itu? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya pengambilalihan Rapid KL dan Rapid Penang ini adalah bertujuan untuk memastikan perkhidmatan awam dapat disediakan berjalan dengan baik dan licin. Ini semata-mata untuk kemudahan rakyat kerana kalau pengambilalihan ini tidak dapat dibuat dan sekiranya operasi pengangkutan awam ini tidak dapat berjalan dengan baik, sudah tentu ia menimbulkan masalah di kalangan rakyat kerana ini adalah pengangkutan asas.

Oleh kerana negara kita sudah mencapai tahap kemajuan yang menuju ke arah negara maju, sudah tentu perkhidmatan ini mestilah juga bermutu, selesa dan baik seperti hari ini bas-bas yg disediakan dengan penyaman udara. Jadi ini semua lebih penting sebenarnya daripada mengambil alih secara bailout yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Soal kita hendak panggil yang bailout kah, pengambilalihan kah, yang pentingnya apakah perkhidmatan asas seperti ini perlu terus diwujudkan oleh kerajaan. Cara yang dilaksanakan melalui Prasarana ini adalah untuk memastikan ianya diteruskan dengan keadaan yang lebih terurus, lebih baik dan lebih efisien. Memang rata-rata di dunia ini perkhidmatan bas dan rel ini tidak semestinya mendatangkan keuntungan. Ini satu hakikat kerana ia merupakan perkhidmatan sosial. Tambah- tambah lagi kalau bas-bas yang disediakan ini terpaksa melalui jalan-jalan yang sebenarnya penumpang tidak ramai tetapi mereka masih juga memerlukan kemudahan ini. Sebab itulah kalau dibiarkan oleh pihak swasta semata-mata, barangkali tidak ada bas-bas yang memasuki jalan-jalan ini. Jadi perkara-perkara ini Yang Berhormat, kita perlu ambil kira dan yang pentingnya di akhir-akhirnya kemudahan asas untuk rakyat itu perlu disediakan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Speaker. Setelah saya tekun mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan, adakah kementerian bercadang setelah melihat daripada kerugian yang dialami dan tidak memungkinkan pengangkutan ini mendapat hasil yang begitu lumayan, apa kata kalau kerajaan sendiri mengambil alih secara total pengangkutan untuk rakyat ini? Ini menampakkan bahawa rakyat melihat daripada prospek kerajaan yang prihatin. Kalau kita melepaskan bailout kepada syarikat-syarikat GLC dan sebagainya, ini kesannya banyak argument. Jadi saya cadangkan apa salahnya Kementerian Pengangkutan mengambil alih secara total dan memberikan pengangkutan terus kepada rakyat walaupun ia mendapat penurunan pendapatan tersebut.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Rapid KL dan Rapid Penang adalah dimiliki sepenuhnya oleh Prasarana dan Prasarana dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. Jadi tidak timbul yang kerajaan tidak mengambil alih perkhidmatan ini. Cuma disusun atur melalui syarikat-syarikat supaya ianya dapat dijalankan dengan lebih baik, dengan mempunyai budaya kerja mengikut kaedah swasta yang sepatutnya lebih menguntungkan dan lebih baik. Jadi pemilikan tidak menjadi isu di sini kerana masih lagi berada di bawah pemilikan kerajaan sepenuhnya.

Juslie bin AjirolUMNO · BNLibaran · question

10. Datuk Juslie Ajirol [Libaran] minta Perdana Menteri menyatakan, bentuk bantuan yang diberikan kepada golongan miskin dan miskin tegar serta langkah pro- aktif bagi membantu golongan tersebut terutama ketika waktu ekonomi masih tidak menentu sekarang.

Tuan S. K. DevamanyTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Libaran. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menyedari bahawa untuk merealisasikan hasrat pembangunan dengan pengagihan atau dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, growth with distribution, golongan miskin dan miskin tegar haruslah terus dibantu supaya mereka dapat keluar daripada kepompong kemiskinan. Bagi tujuan itu, kerajaan melalui lima agensi atau kementerian utama untuk makluman Yang Berhormat iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pelajaran dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Melalui agensi-agensi yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan telah melaksanakan pelbagai bentuk program atau bantuan.

Tuan S. K. DevamanyTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Ini adalah untuk membantu setiap golongan yang terlibat, meringankan bebanan keluarga dan membina keupayaan diri untuk mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan. Untuk makluman Yang Berhormat, program atau bantuan ini dapat dikategorikan kepada lima keperluan asas untuk golongan yang betul-betul dengan izin, vulnerable seperti bantuan sewa rumah, Program Bantuan Rumah, Program Makanan Tambahan Seimbang. Selain itu, kerajaan juga meletakkan asas- asas lain untuk mengeluarkan golongan miskin itu daripada PJK. Kategori peningkatan ekonomi merupakan program kedua seperti Program Peningkatan Pendapatan, Program Projek Champion (PC) dan Quick Win Project.

Tuan S. K. DevamanyTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Seterusnya yang ketiga itu adalah kategori bina insan, Program Bina Insan seperti Program Latihan dan Kemahiran, Program Pembangunan Minda Insan dan Program Motivasi dengan izin untuk menyediakan mereka for social preparation. Seterusnya, Program Sosiokebajikan seperti bantuan orang tua, bantuan kurang upaya dan bayaran untuk rawatan hemodialisis. Terakhir sekali adalah bantuan untuk kategori pendidikan untuk anak dalam keluarga miskin dan miskin tegar yang masih dalam sistem pelajaran, seperti bantuan dari Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin seperti yang dikatakan tadi oleh Yang Berhormat daripada Kementerian Pelajaran. Seterusnya untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan secara proaktif ingin memastikan bahawa tidak ada golongan yang terpinggir daripada bantuan-bantuan ini. Maka, kerajaan telah menggunakan kaedah poverty mapping, dengan izin, berdasarkan sistem e-Kasih yang sedang diuar-uarkan dan digunakan sekarang secara agresif. Untuk mengesan kumpulan sasaran secara lebih tepat dan menyelaraskan tindakan antara agensi dan jabatan agar program itu segera disampaikan dan tidak bertindih, kerajaan juga melaksanakan need analysis, dengan izin, untuk memastikan keperluan sebenar keluarga yang berkenaan supaya bantuan yang bersesuaian dapat disalurkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab telah pun berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam dan selepas itu mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 5 November 2009”.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010Bill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2010 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.”

Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut. [3 November 2009]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Tangga Batu.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Peraturan mesyuarat.

Datuk Haji Idris bin Haji HaronUMNO · BNTangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Tangga Batu sila duduk dahulu. Peraturan mesyuarat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tidak apa. Beri laluan sekejap sahaja.

Datuk Haji Idris bin Haji HaronUMNO · BNTangga Batu

Sabar.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, semasa soalan question time...

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat yang mana Yang Berhormat?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Peraturan Mesyuarat 26. (1)(d) dan 26.(1)(p) bersekali dengan Peraturan Mesyuarat 80, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ataupun Committee of Privileges. Peraturan Mesyuarat 80...

Tuan Yang di-Pertua

26...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

PM 26.(1)(d); 26.(1)(p); dan Peraturan 80, Committee of Privileges.

Tuan Yang di-Pertua

Ya sila.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan laluan yang cukup bermakna ini. Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua pada pagi tadi mendengar penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga sifatnya selaku Menteri Kewangan. Dalam jawapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, Dewan yang mulia ini mendengar jawapan itu dan merakamkan bahawa perkara-perkara yang disebutkan antara lainnya sebagai syarat merujuk kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang ada pada saya ini. Sebagai pensyaratan untuk negeri diberikan royalti 5 peratus itu adalah bahawa ia mesti berada dalam tiga nautical mile bersamaan dengan enam kilometer. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974, pensyaratan yang disebutkan oleh Menteri itu tidak langsung diperuntukkan di situ. Kalau ada pun rujukan kepada tiga nautical mile itu Tuan Yang di-Pertua, ia adalah daripada akta yang lain yang bersabitan dengan persoalan pengurusan negeri dan perairan. Lalu Tuan Yang di-Pertua, saya atas dasar mewujudkan dan membela the sanctity of contract, kesucian termeterainya perjanjian yang hari ini sudah semakin terjejas persepsi dan tanggapan masyarakat antarabangsa terhadap kita.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Lalu Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dirujuk kepada Committee of Privileges kerana bukan sahaja itu, bahkan istilah yang digunakan juga mengikut Laporan Kewangan Petronas paling mutakhir negeri-negeri Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan itu, istilah yang digunakan adalah pembayaran royalti dan bukan wang ihsan. Atas dua perkara ini Tuan Yang di-Pertua, saya minta atas budi bicara dan kebijaksanaan Tuan Yang di-Pertua untuk compliance kepada peraturan yang saya bangkitkan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat telah membangkitkan Peraturan Mesyuarat 26.(1)(d) dan peraturan mesyuarat itu tidak berkenaan kerana peraturan mesyuarat itu membicarakan tentang pemberitahuan notis untuk usul.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan dua Peraturan Mesyuarat di sana 26.(1)(p) bersekali dengan 26.(1)(d). Semasa Yang Berhormat Menteri menjawab, ia adalah dalam sesi soal jawab yang saya tidak boleh membangkitkan standing orders. Saya menghormati peraturan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua. Maka sekarang ini saya mengusulkan perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, dalam sesi soal jawab apa pun jawapan yang telah ditimbulkan oleh siapa sahaja termasuk Perdana Menteri. Kalau mempunyai bukti-bukti tertentu bahawa itu diselewengkan, ada tiga syarat sudah saya sebut beberapa kali: (i) fakta yang disebut itu adalah memang tidak betul; (ii) apabila yang menjawab itu mengetahui bahawa fakta itu tidak betul dan terus meneruskan juga hujah bahawa dia tahu fakta tidak betul; dan (iii) mempunyai niat untuk menyelewengkan. Setelah itu, barulah peraturan-peraturan mesyuarat itu timbul. Jadi, jawapan- jawapan tadi daripada Yang Amat Berhormat bagi saya tidak melanggar peraturan mesyuarat mana-mana pun. Oleh sebab, itu adalah sebagai jawapan daripada Yang Amat Berhormat. Sekian.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat saya telah buat keputusan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Jelasnya Akta Kemajuan Petroleum 1974 tidak meletakkan syarat tiga nautical mile Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Saya telah buat keputusan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Ini semua retoriklah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat telah saya buat keputusan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Itu jelas membuat pembohongan di Dewan yang mulia ini. Jelasnya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, ini Akta Petroleum, Akta 144 yang jelas menunjukkan bahawa perkara 4, pembayaran tunai oleh perbadanan khususnya oleh Petronas.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi, kenapa hari ini dia datang membawa satu penyelewengan, pembohongan ke dalam Dewan yang mulia ini?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, telah saya buat keputusan Yang Berhormat. Kalau keputusan saya itu juga diragui, buat usul seperti yang termaktub dalam peraturan mesyuarat kita. Jangan bertengkar dengan hal yang sebegitu. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Apa yang saya sebut itu adalah kebijaksanaan bagi pendapat saya Yang Berhormat, tetapi masih lagi mempersoalkan.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, telah saya buat keputusan Yang Berhormat. Bagi saya, apa yang disebut itu tidak melanggar apa-apa peraturan mesyuarat pun kerana memandangkan ada tiga syarat tadi yang saya sebut...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah Yang Berhormat Ipoh Barat, sudah. Sila Yang Berhormat Tangga Batu. Sila

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, peraturan mesyuarat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua...

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim...

Tuan Yang di-Pertua

Yang ini baru bermula...

Alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiin...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

...Wabihi nasta’iin...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya dapatkan...

...wassolati wassalaamu a’la asyrafil anbiya‘i walmursaliin wa’ala aalihi waashaabihi ajma’iin...

Tuan Yang di-Pertua

20 minit sahaja.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua ...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah. Kalau hendak persoal perkara itu, sudahlah. Kalau tidak puas hati, bawa usul.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan, peraturan mesyuarat sahaja.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Ada hubungan dengan apa yang disebutkan tadi?

Peraturan apa? Yang Berhormat Ipoh Barat cakap apa itu? Dia sebut peraturan.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Boleh saya merujuk kepada 36(12) Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, telah tadi saya buat keputusan.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan mengenai...

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan 36(12) ada tiga syarat.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Saya tahu, telah saya buat keputusan tadi Yang Berhormat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya rasa itu adalah yang padat, yang kena kepada bahas yang dibawa oleh kawan saya bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengelirukan. Maka, ini adalah perkara yang merangkumi yang bermaksud 36(12), if that’s not misleading the House what else is this? I think directly... Tuan Yang di-Pertua, can I just explain Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Ipoh Barat, duduk Yang Berhormat. Saya telah buat keputusan iaitu untuk sesuatu perkara yang boleh bersabit 36(12) ada tiga syarat; fakta salah, yang membuat kenyataan itu tahu bahawa fakta itu salah dan yang membuat kenyataan itu berniat untuk menyeleweng. Dalam tiga perkara ini, bagi pendapat saya, tidak dapat dipenuhi. Maka, keputusan saya ialah apa yang disebut tadi itu tidak melanggar peraturan mesyuarat. Kalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak puas hati dengan keputusan saya atau juga peraturan mesyuarat kita yang mengatakan bahawa buat usul.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, I think we have got it wrong.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah, sudah Yang Berhormat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

It’s not civil intention we’re talking about. Impute, impute, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Jangan kita habiskan masa dengan perkara seperti begini. Sudah Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, munasabahkah seorang Perdana Menteri...

Tuan Yang di-Pertua

Sudah saya buat keputusan Yang Berhormat. Sudah saya buat keputusan Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

...Akta yang jelas seperti ini...

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Tangga Batu, sila 20 minit.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

...Takkan tidak tahu, Tuan Yang di- Pertua? Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Selepas Yang Berhormat Tangga Batu Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sila, teruskan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua...

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya mereka ini belajar.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah, sudah saya buat keputusan. Sila Yang Berhormat Tangga Batu.

Lesson number one, keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tangga Batu teruskan ucapan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk mengucapkan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah. Duduk dahulu Yang Berhormat Tangga Batu. Duduk dahulu.

Bagi sebiji.

Tuan Yang di-Pertua

Apabila Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan di bawah peraturan mesyuarat kita, keputusan itu adalah muktamad, sama ada keputusan itu diragui atau tidak. Kalau diragui, ada juga peraturan mesyuarat kita yang membenarkan Ahli-ahli Yang Berhormat buat usul.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Tuan Speaker, Perak berbeza. Semua Speaker yang dibuat Perak semua tidak dipakai.

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah. Apabila sudah saya buat keputusan, itulah keputusan saya.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Apa sudah berlaku Tuan Yang di-Pertua?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Biar bagi peluang saya. Minta maaf. Bagi peluang kepada saya kerana keputusan Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Gajah, sudahlah.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Soalan itu very clear.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua ...

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, minta maaf Tuan Yang di-Pertua tetapi dalam peraturan mesyuarat ini...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Tuan Yang di-Pertua, kita hormat Tuan Yang di-Pertua, tetapi Perak mengapa tidak macam ini? Apabila Tuan Yang di-Pertua Perak buat keputusan, kena halau keluar?

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengatakan bahawa keputusan saya adalah muktamad, pertama. Kedua, keputusan saya adalah muktamad. Ketiga, keputusan saya adalah muktamad dan kalau umpamanya diragui, buat usul. Kalau ada lagi yang berdiri, saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan Ahli-ahli Yang Berhormat kerana menghabiskan masa dalam perbahasan. Sila Yang Berhormat Tangga Batu, 20 minit dan selepas itu Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sila.

Lesson number one, keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Tangga Batu.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Sokong hendak menjadi Menteri kah ini?

Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kerana Tuan Yang di-Pertua mengundang saya untuk terlibat sama dalam perbahasan ini. Saya percaya perbahasan ini adalah amat penting kerana bajet yang dibentangkan berada di ambang RMK-10 dan di akhir RMK-9 bertemakan 1Malaysia Kemakmuran Bersama. Saya yakin Bajet 2010 mempunyai langkah-langkah dan strategi bagi negara untuk menghadapi cabaran-cabaran ekonomi global yang tidak menentu pada hari ini. Oleh sebab itulah kerajaan telah memberikan penekanan kepada usaha melakukan transformasi secara besar-besaran melalui inovasi dan menyeluruh melalui gagasan yang dilaung-laungkan iaitu gagasan 1Malaysia. [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar] mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, di samping cabaran-cabaran seperti yang disebutkan di dalam pembentangan bajet, pertumbuhan kecil di Amerika Syarikat lebih kurang 1.5 peratus dan eksport Malaysia yang masih rendah direkodkan pada Julai 2009 iaitu - 22.8 peratus, kita yakin dan percaya kerajaan telah berusaha untuk menggariskan pelan-pelan tindakan untuk mengembalikan maruah kita dalam bidang pencapaian negara dalam bidang ekonomi. Kita percaya salah satu daripada cabaran ekonomi yang telah digariskan oleh kerajaan ialah apabila kita mempunyai kemasukan foreign direct investment yang agak rendah iaitu pada tahun 2008, kurang lebih USD8.1 bilion berbanding dengan pengaliran keluar pelaburan Malaysia yang masih tinggi iaitu lebih kurang USD14.1 bilion. Tuan Yang di-Pertua, saya yakin dan percaya antara kaedah untuk kita menarik pelaburan asing di negara kita ini ialah dengan menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan yang mesra kepada pelanggan-pelanggan di peringkat antarabangsa. Apabila Yang Amat Berhormat mengumumkan RM5 bilion peruntukan bagi memperbaiki perkhidmatan ataupun pembahagian tenaga di negara kita, ia adalah merupakan satu langkah yang agak besar. Kita dapat melihat bahawa tenaga elektrik adalah merupakan salah satu daripada faktor kejayaan kritikal negara kita di dalam mengindustrikan kegiatan-kegiatan bagi kita diletakkan di dalam peta industri antarabangsa. Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan juga mengumumkan bahawa SAIDI kita akan berada di tahap 700 minit. SAIDI ini Tuan Yang di-Pertua adalah supply availability deviation index iaitu satu angka tunjuk yang meletakkan negara kita ini di peta antarabangsa dan dalam kaedah pembahagian penyampaian bekalan elektrik kepada pengguna-pengguna.

Apabila Yang Amat Berhormat memperuntukkan RM5 bilion bagi pembinaan penjana-penjana tenaga, sekarang kita ada enam thermal power stations yang besar, kemudian kita ada tiga mini hydro power stations yang besar dan kita akan menambah lagi penjana-penjana tenaga ini untuk mencapai SAIDI 700 minit bagi setiap pelanggan. Ini merupakan satu angka yang tidak dikira sebagai pencapaian yang besar. Tahap 700 minit, kalau kita kira Tuan Yang di-Pertua, dia lebih kurang satu bulan, satu jam setiap pelanggan akan mengalami bekalan elektrik. Kira satu bulan satu jam itu tidak berada langsung di dalam peta negara-negara maju di dunia kerana negara Jepun telah meletakkan tiga minit per customer per year, tiga minit untuk satu pelanggan pada satu tahun mengalami gangguan bekalan elektrik. Kalau 700 minit itu kita jauh berada di belakang. Saya kira angka ini perlu dikaji secara terperinci dan perlu dilihat oleh pembekal utama tenaga negara iaitu Tenaga Nasional. Saya percaya kita mempunyai satu contoh yang baik Tuan Yang di-Pertua, Putrajaya umpamanya. Putrajaya telah hampir mencapai kurang dari satu minit gangguan bekalan bagi setiap pelanggan pada satu tahun. Di Melaka kita ada satu lagi kawasan iaitu kawasan Melaka International Trade Centre di mana kita juga mencapai angka satu minit untuk satu pelanggan pada setiap tahun. Kita kena berpegang kepada untuk mencapai pencapaian satu minit gangguan bekalan bagi setiap pelanggan pada setiap tahun ini, kita memerlukan penyediaan penjana-penjana tenaga yang reliable, yang berdaya harap, yang efisien, sistem penghantaran yang cekap, kemudian sistem pembahagian yang juga menepati kehendak dan cita rasa pelanggan. Ia memerlukan satu perubahan yang amat besar Tuan Yang di-Pertua. Jadi, harapan saya supaya pihak pembekal tenaga negara iaitu Tenaga Nasional untuk menyemak semula apabila angka 700 minit bagi setiap pelanggan mengalami gangguan pada setiap tahun itu. Itu adalah satu angka yang saya kira amat besar jika kita bandingkan dengan negara-negara maju yang lain di dunia. Singapura Tuan Yang di-Pertua, setiap pelanggan di Singapura mengalami gangguan bekalan kurang dari tujuh minit pada setiap tahun. Jadi, ini adalah antara petunjuk-petunjuk yang menunjukkan sesebuah negara itu boleh bersikap mesra pelanggan, terutamanya di dalam konteks industri.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang menggembirakan kita semua ialah apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan yang kita akan bergerak ke arah pembangunan teknologi hijau apabila telah mengumumkan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai bandar yang akan dikaitkan dengan kehidupan rakyat di sana yang meletakkan teknologi hijau ini sebagai agenda utama. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya isu teknologi hijau ini telah menjadi satu sebutan di seluruh dunia, lebih-lebih lagi kita telah diingatkan lebih kurang 1,400 tahun dahulu di dalam al-Quran, Allah Taala mengingatkan kita semua tentang bagaimana Allah Taala menjadikan bagi kita semua api yang terbakar daripada bahan-bahan yang hijau, di dalam Surah Yasin ayat yang ke-80. Tuan Yang di-Pertua, di seluruh dunia manusia yang boleh dikategorikan sebagai pakar menceritakan tentang bagaimana greenhouse gas ini, kesannya telah menyebabkan dunia ini ke arah kepanasan. Satu ketika dahulu, tenaga yang berpunca daripada matahari telah boleh diukur di atas muka bumi ini pada kadar -18°C, tetapi bayangkan hari ini ia telah meningkat, suhu yang berada di permukaan bumi dan juga di permukaan laut kita telah berada pada tahap 14°C yang kalau mengikut kiraan dunia ini tidak boleh bertahan lama. Tuan Yang di-Pertua, apa yang perlu kita sedari ialah kepanasan dunia ini adalah disebabkan oleh kegiatan-kegiatan manusia yang berpunca daripada sikap yang tidak bertanggungjawab. Kita tahu bahawa sejumlah tenaga yang dipancarkan oleh matahari lebih kurang 235 watt per meter square sampai ke bumi dan perlu dipancarkan balik dalam kaedah 50-50, tetapi apa yang berlaku hari ini keseluruhan tenaga yang dipancarkan daripada matahari sampai ke bumi dan dihantar balik ke angkasa lepas adalah dalam 85 peratus campur tolak 15 peratus. Ini menunjukkan bahawa kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini, tidak langsung mengendahkan kesannya kepada alam sekitar. Tuan Yang di-Pertua, apabila Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan mengisytiharkan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Hijau, perlu diingat bahawa setiap komponen yang terdapat di bandar Putrajaya dan Cyberjaya ini perlu ke arah memberikan penekanan kepada aspek-aspek mengekalkan kemakmuran dunia dalam kaedah pencemaran.

Pertama sekali kita dapat tahu bahawa di Putrajaya kita ada sebuah power station, Thermal Power Station yang telah beroperasi lebih kurang 25 tahun dan hari ini kalau kita nak merealisasikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Hijau. Kita perlu bergerak ke arah mengubah Thermal Power Station itu kepada penjana tenaga yang berasaskan kepada renewable energy yang menggunakan bahan-bahan sisa buangan tumbuhan, buah-buahan dan sebagainya. Ini memerlukan satu inisiatif yang amat besar, peruntukan yang amat besar dan saya menyarankan supaya pihak kerajaan untuk memperuntukkan sejumlah wang supaya boleh dibina sebuah penjana kuasa besar yang boleh menjana sekurang-kurangnya 100-200 megawatt berasaskan kepada bahan-bahan buangan seperti tumbuh-tumbuhan, bahan-bahan hijau, buah- buahan dan lain-lain lagi. Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama kita perlu mengingat bahawa bukan sahaja penjanaan tenaga memerlukan ciri-ciri teknologi hijau ini tetapi dalam konteks penghantarannya, transmission linenya, distribution systemnya, semuanya ke arah konsep mempertahankan teknologi hijau dan perlu diingat bahawa faktor kejayaan kritikal untuk merubah sikap masyarakat ke arah kesedaran terhadap kepentingan teknologi hijau ini ialah untuk mendidik bagaimana masyarakat tahu setiap tindakan mereka yang menambah kepanasan global ini walaupun mereka hanya melakukan perkara-perkara yang kecil, kegiatan-kegiatan yang kecil tapi boleh menyumbang kepada kenipisan ozon dan juga kepada kepanasan dunia kita. Boleh saya sarankan supaya perkara ini diambil juga oleh Kementerian Pelajaran supaya memasukkan syllabus teknologi hijau ini kepada anak-anak muda kita supaya mereka tahu sebenarnya tindakan mereka ke arah kemusnahan alam ini, boleh menyebabkan dunia ini tidak bertahan lebih lama lagi. Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama dinasihatkan juga supaya setiap kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang ada di Putrajaya dan Cyberjaya untuk menghayati semangat Bandar Hijau yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ini, supaya mereka menggunakan teknologi-teknologi tenaga yang boleh diperbaharui. Saya difahamkan ada bangunan-bangunan yang telah dibina untuk menepati kriteria teknologi tenaga yang boleh diperbaharui ini tetapi ia hanya seperti gajah putih. Umpamanya salah satu daripada kaedah yang amat popular dan telah pun diguna pakai di negara maju sekian lamanya, lebih daripada 30 tahun District Cooling System di mana pendingin hawa itu tidak lagi menggunakan tenaga elektrik, tetapi menggunakan air batu yang telah dibekukan di bawah-bawah bangunan. Kita hanya menggunakan kipas ataupun blower untuk meniup angin sejuk ini supaya persekitaran kita akan berada dalam suasana yang nyaman dan pada masa yang sama kita tidak menggunakan tenaga-tenaga yang berpunca daripada haba dan juga heat and thermal. Jadi Tuan Yang di-Pertua, banyak bangunan yang telah dibina sedemikian tetapi dibiarkan kerana kesedaran pelaksana-pelaksana projek ini tidak sampai ke tahap merasakan bahawa setiap cadangan, setiap perancangan itu menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran dunia di dalam konteks kepanasan global. Kita juga mempunyai satu lagi kaedah iaitu kaedah night water pumping, di mana kita mengepam air daripada kolam, sungai pada waktu malam. Pada ketika kehendak maksimum berada di peringkat minimum pada waktu malam, pada ketika itu pam-pam air, motor-motor air digunakan untuk mengepam air daripada tanah rendah ke tanah tinggi dan kemudian air ini pada keesokannya digunakan untuk menjana tenaga elektrik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat ada satu minit lebih lagi.

Wah, ini cakap tentang keselamatan dunia Tuan Yang di-Pertua. Saya ada tiga isu nak bawa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kita rakyat Malaysia dapat itu Yang Berhormat.

Saya percaya apa yang diletakkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan menggunakan inovasi iaitu menukar masalah kepada peluang, mencari ruang bagaimana kita boleh menyumbang kepada keselamatan dan keamanan dunia. Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang saya ingin bawa di Dewan yang mulia pada hari ini ialah bagaimana sebelum kita sampai kepada penjanaan tenaga elektrik melalui bahan nuklear. Saya percaya pemikiran, kepakaran perlu digarapkan supaya kita sentiasa mempertahankan kaedah nuklear ini sebagai agenda yang terakhir di dalam penjanaan tenaga di negara kita.

Saya yakin dan percaya ini perlu dilakukan oleh semua kementerian bagi memberikan pendedahan kepada anak-anak buah mereka supaya mereka tidak berasa asing apabila bercakap tentang keamanan dan keselamatan dunia kita di masa hadapan. Saya rasa cukuplah setakat itu Tuan Yang di-Pertua, cukup sekadar saya dapat menyampaikan mesej yang dunia kita kini berada di dalam bahaya kalau kita membenarkan kegiatan-kegiatan yang bersifat merosakkan dunia yang memang ditegah oleh setiap kepercayaan terutamanya dalam konteks penebangan-penebangan pokok di hutan-hutan.

Satu pesanan saya kepada kementerian yang bertanggungjawab dengan alam sekitar jumlah empat juta pokok bagi negara yang sedang membangun di Malaysia pada hari ini yang diletakkan sebagai gantian kepada kerosakan yang telah dilakukan adalah amat kurang sama sekali. Saya menyarankan supaya kementerian yang menjaga alam sekitar mempunyai inventori yang lengkap tentang pokok yang telah ditebang dan pokok yang bakal ditanam. Pada saya, kadar satu penduduk satu pokok adalah amat bersesuaian. Dengan lain perkataan, pada setiap tahun kita perlu menanam sekurang-kurangnya 25 juta pokok supaya pokok-pokok ini boleh menghasilkan oksigen dan bahan-bahan lain untuk kehidupan yang sempurna bagi manusia di negara kita dan sejagat, insya-Allah. Sekian, Tuan Yang di-Pertua saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang ini untuk membahas belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, komponen Parlimen adalah Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Yang di-Pertuan Agong tetapi Dewan Negara - Badan ini Tuan Yang di-Pertua walaupun dikatakan adalah upper house dalam negara ini, adakah Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan Negara layak untuk duduk di sana? Saya bagi satu contoh Tuan Yang di-Pertua, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Dia ada di sini hari ini. Adakah dia layak untuk datang ke sini menduduki dalam Dewan Rakyat?... [Tepuk] Bolehkah seorang Ahli Yang Berhormat dalam House of Lords masuk ke dalam House of Commons? Tidak boleh. Tidak ada peruntukan United Kingdom seperti itu. Tidak layak kerana dia ada di sini dan saya beri dia peluang untuk mendengar apa yang saya akan utarakan sekarang. Dalam kempen Pilihanraya Umum 2008 Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon ada atas rekod dan dia mengatakan jika dia kalah di kawasan Batu Kawan, dia tidak akan menerima satu posisi sebagai Senator. [Tepuk] Adakah ini benar? Saya beri peluang kepada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon adakah beri kenyataan seperti itu?

Tuan Yang di-Pertua, biar saya memberi penjelasan.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Saya tanya dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Akan tetapi Yang Berhormat ada 20 minit Yang Berhormat.

Saya minta jalan.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Ya, 20 minit tetapi ini tajuk penting untuk Pulau Pinang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya sila.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Ada memberi jaminan.

Boleh, saya boleh memberi penjelasan.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

No, adakah memberi jaminan bukan penjelasan. Saya tidak tanya penjelasan.

Saya memberi penjelasan.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tidak. Adakah memberi jaminan seperti itu?

Saya memberi penjelasan.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Saya tidak mahu penjelasan. Adakah memberi jaminan?

Tuan Yang di-Pertua, beliau tidak munasabah. Saya hendak memberi penjelasan beliau tidak beri saya memberi penjelasan.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Bukan, bukan penjelasan. Adakah mengatakan seperti itu?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ini bukan mahkamah!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, dalam peraturan kalau ada Menteri yang dikehendaki untuk memberi penjelasan beliau akan memberi dalam masa yang berlainan daripada masa Yang Berhormat berucap.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Akan tetapi dia sudah bangun.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jadi Yang Berhormat teruskan ucapan. Kalau beliau perlu memberi penjelasan biar di bawah peraturan.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Beliau sudah rela bangun tetapi beliau mengelirukan Dewan ini tidak mahu jawab apa yang saya tanya tadi. Beliau mahu memberi penjelasan. Mana ada penjelasan? Tidak ada penjelasan bagi seorang pengkhianat seperti Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Pengkhianat kepada rakyat dalam Pulau Pinang. Bukan beliau sahaja Tuan Yang di-Pertua dalam Kabinet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Presiden MCA kini Yang Berhormat Menteri Pengangkutan beliau pun memberi jaminan apabila jika beliau kalah dalam undi tidak percaya dalam persidangan MCA baru-baru ini beliau pun tidak menunaikan apa yang beliau janji kepada MCA. Bolehkah Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat seperti itu duduk dalam Dewan yang mulia ini? Tidak boleh. Saya juga mengalu-alukan apa yang dinyatakan oleh Public Accounts Committee iaitu satu rekomendasi yang dibuat untuk menyiasat bekas Menteri Pengangkutan Chan Kong Choy kalau saya tidak silap. Bukan beliau sahaja. Bagaimana dengan Ling Liong Sik? Ini pun Presiden MCA pada satu masa. Bolehkah rakyat ada kepercayaan khasnya masyarakat Cina ada kepercayaan dalam pemimpin- pemimpin seperti ini? Lebih daripada itu Tuan Yang di-Pertua... MACC. Kelmarin Ahli Yang Berhormat dari Sabak Bernam dengan empat orang lain ada dituduh di mahkamah. Tuan Yang di-Pertua, kelima-lima ini adalah ikan bilis. Di mana ikan yu? Gergasi ikan yu? Di mana these giant octopuses yang sorokkan wang rakyat ke dalam poket sendiri. Adakah MACC berani untuk siasat pemimpin-pemimpin atasan dalam Barisan Nasional? Bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo ada beberapa pertuduhan ada dibuat ke atas beliau mengenai rasuah. Tiada apa-apa penyiasatan dijalankan ke atas beliau, kenapa?... [Tepuk] Kenapa ada selective prosecution? Kenapa pemimpin-pemimpin atasan dalam Barisan Nasional tidak dituduh? VK Lingam. Tuan Yang di-Pertua, bagi pita VK Lingam satu Royal Commission of Inquiry ada ditubuhkan. Rekomendasi ada dibuat iaitu beliau dituduh bagi beberapa kesalahan tetapi apa keputusan Peguam Negara? Tidak ada kes ke atas beliau. Khasnya satu saksi penting tidak boleh dikesan.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Kelmarin Tuan Yang di-Pertua saya ada menanya Timbalan Menteri Dalam Negeri, siapa saksi penting ini. Tiada jawapan. Dia memberi jawapan bertulis. Tuan Yang di-Pertua, jika saksi penting itu adalah Puan Jayanti dia jadi saksi utama dalam Royal Commission of Inquiry. Jayanti adalah saksi yang tidak boleh dikesan, saya boleh membawa Jayanti ke Parlimen ini untuk menjadi saksi ke atas VK Lingam ini.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Semua ini Tuan Speaker adalah perkara-perkara yang penting. Akan tetapi, kerajaan tidak mengambil berat ke atas perkara-perkara seperti ini. Dalam Dewan ini Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Puchong menjadi mangsa. Kami perlu Tuan Speaker pergi ke mahkamah untuk mendapat satu pengisytiharan bahawa elaun-elaun dia yang ada dirampas, rampas melalui satu usul dalam Dewan yang mulia ini, tidak sah. Saya ada namakan, namakan Tuan Speaker Dewan Rakyat sebagai defendan yang pertama. Adakah Speaker Dewan Rakyat akan membawa kes ini kepada Mahkamah Rayuan? Dua minggu sudah luput Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, sampai hari ini tidak ada apa-apa notis rayuan yang difailkan.

[Bangun] [Berjalan meninggalkan Dewan]

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Jangan lari Dr. Koh Tsu Koon...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

...Yang aib dalam sejarah Parlimen pada kali yang pertama, mahkamah ada memutuskan keputusan-keputusan dalam Dewan yang mulia ini adalah subject to judicial review. Ini memalukan Dewan ini Tuan Speaker. Menteri yang membawa usul itu dalam Dewan yang mulia ini Tuan Speaker adalah seorang lawyer, tidakkah mengetahui tidak boleh mengadakan satu usul di mana elaun seorang Ahli di Dewan yang mulia ini tidak boleh dirampas. Ini kerana elaun-elaun ini Tuan Speaker adalah dijamin oleh peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Khasnya Tuan Speaker, Article 64, Perlembagaan Persekutuan. Bagaimana Tuan Speaker dalam tahun 2004, usul seperti yang ada dibawa ke atas Ahli Yang Berhormat dari Puchong ada dibawa ke atas saya. Enam bulan Tuan Yang di-Pertua elaun saya dirampas. Bagaimana dengan Ahli Yang Berhormat dari Batu Gajah? Dalam tahun 2001, satu usul seperti itu ada dibawa dalam Dewan yang mulia ini. Enam bulan elaun Yang Berhormat dari Batu Gajah dirampas. Adakah kerajaan, dan khasnya Dewan yang mulia ini kembalikan kepada saya dan Ahli Yang Berhormat dari Batu Gajah elaun-elaun yang ada dirampas Tuan Speaker dan bolehkah Dewan yang mulia ini pohon maaf?...

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

...Ini kerana apa yang dilakukan ke atas saya dan Ahli Yang Berhormat dari Batu Gajah adalah satu perkara yang tidak boleh dimaafkan. Tuan Yang di-Pertua, Altantuya... [Dewan riuh] Kes Altantuya Tuan Speaker. Siapa, siapa yang lakukan pembunuhan Altantuya? Apa motif dua anggota polis ini yang ada disabit dan dihukum mati untuk membunuh Altantuya? Abdul Razak Baginda Tuan Speaker dia dilepaskan, itu nasib dia. Dalam mahkamah yang lain di mana dia akan disabitkan tidak beberapa lama lagi. Bukan dalam dunia ini...

Akhirat ya.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Akhirat. Akhirat ya... [Ketawa]

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Decipher of Altantuya Tuan Speaker itu adalah memalukan negara ini. Jadi apabila dia datang ke Malaysia Tuan Speaker sebagai seorang tourist, siapa bertanggungjawab ke atas kematian dia. Tuan Speaker, saya ada memfailkan satu kes ke atas Abdul Razak Baginda, kedua-dua anggota polis ini yang menjadi ‘Fall Guy’. Dia ada ‘Fall Guy’ dan kerajaan kerana dua anggota polis ini adalah dalam Kerajaan Malaysia Tuan Speaker, dan apa yang dibuat oleh dia apabila pembunuhan ini berlaku, within the scope, and arising out of employment, dengan izin...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya, kita ini dalam mahkamahkah atau dalam Dewan Rakyat?

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

What he said?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat Kinabatangan tanya, “You are in a court or in...?”

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terus sahaja Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Ini pun satu mahkamah.

Betul. Mahkamah rakyat.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Dalam kes itu Tuan Speaker, kerajaan bertanggungjawab. Walaupun kes civil ini tidak didengar sehingga hari ini Tuan Speaker, adakah kerajaan rela untuk selesaikan kes ini luar daripada mahkamah? Pembayaran pampasan kepada keluarga Altantuya, dia ada dua anak dan satu anak adalah mentally challenge Tuan Speaker. Saya merayu khasnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana ada dikatakan dia ini terlibat dalam pembunuhan ini. Bersihkan nama dia...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Point of order Tuan Yang di- Pertua. Kes ini sedang dipertimbangkan di mahkamah dan Yang Berhormat ini pun terlibat sama. Seharusnya tidak boleh dibincangkan, tidak boleh dibahaskan dalam Dewan ini.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Speaker, ini kes civil...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sebab ia melanggar, sebab dalam pertimbangan mahkamah.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Ini kes civil yang tidak didengar sampai hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Saya cadang adalah untuk menyelesaikan kes ini luar daripada mahkamah. Boleh. Itu bukan sub judice.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Bukit Gelugor ada satu minit lagi Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Itu bukan sub judice.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada satu minit lagi Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Baiklah Tuan Yang di-Pertua. Satu tajuk yang lain. Adakah benar?

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Adakah benar Tuan Yang di-Pertua, Kabinet dalam satu mesyuarat approve satu peruntukan RM600 juta kepada AirAsia dan AirAsia adalah sebuah private company? Saya mahu mendapat tahu Tuan Yang di-Pertua daripada kerajaan adakah itu benar? Jika itu benar bolehkah Kerajaan melalui Kabinet approve kan RM600 juta kepada satu private company? Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa tajuk yang lain tetapi kerana tidak ada masa barangkali...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Bangkitkan dalam Jawatankuasa Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Baiklah Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Thank you. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sekijang. Sebelum Yang Berhormat Sekijang berhujah, saya hendak memberi penjelasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi. Soalan dan prinsip sub judice ini ataupun sub judice` ialah perkara itu kita bincangkan soalan the fact ataupun perkara-perkara yang boleh mempengaruhi mahkamah. Kalau tidak, kalau sebut kes belum lagi sudah sampai ke soalan sub judice. Sekian sahaja Yang Berhormat. Yang Berhormat Sekijang silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Bajet 2010 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga selaku Menteri Kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, saya terus kepada perkara pertama yang saya akan bangkitkan ialah tentang pengambilan alih BERNAS oleh Tradewinds Berhad. Tradewinds Berhad telah pun memutuskan untuk membuat tawaran secara terbuka kepada pemegang-pemegang saham minoriti termasuklah kepada Wang Tak Company Limited yang memegang saham BERNAS sebanyak 31.52 peratus dan juga kepada Gandingan Bersepadu yang memegang saham sebanyak 22.24 peratus dengan pembelian harga sesaham RM3.08 sesaham. Tradewinds Berhad adalah merupakan suatu syarikat awam yang berasaskan kepada keuntungan yang bertanggungjawab kepada pemegang-pemegang sahamnya. Persoalannya, saya ingin tahu adakah Tradewinds Berhad ini telah mendapat kebenaran ataupun lampu hijau daripada kementerian ataupun daripada kerajaan untuk mengambil alih ekuiti di dalam BERNAS ini? Jika telah mendapat lampu hijau atau kebenaran, saya ingin tahu apakah rasionalnya kerajaan memberi laluan kepada Tradewinds Berhad ini dan tidak kerajaan sendiri melalui pembelian terus oleh kerajaan sebagaimana yang pernah kita buat semasa pembelian kepada syarikat-syarikat awam yang lain di mana kerajaan beli dan menarik semula daripada penyenaraian dan diletak terus di bawah penguasaan kerajaan sendiri? Silakan Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Sekijang. Kita semua maklum bahawa BERNAS ini diberi kuasa oleh kerajaan sebagai satu-satunya syarikat yang mengendalikan lesen beras negara. Jika kita lihat pula senarionya, ia telah melebarkan usahanya melalui Tradewinds Berhad dan membuka share market dalam suasana terbuka. Bukankah ini suatu penganiayaan jika boleh dibuat begini maka tidak perlu melantik satu-satunya syarikat itu sebagai ejen tunggal? Lebih baik kita buka lesen ini kepada semua syarikat. Biar bersaing secara sihat. Saya rasa ini satu penganiayaan dan kerajaan harus melihat bahawa jangan lagi diamalkan memberi satu lesen kepada satu individu sahaja. Jika seperti ini cara berniaga, saya pun boleh kaya. Saya harap perkara ini Yang Berhormat cadangkan kepada kerajaan untuk review segala-gala yang melibatkan pengusaha-pengusaha yang memonopoli secara sendirian. Terima kasih.

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawabnya. Saya juga khuatir bahawa dengan pembelian ini nanti di mana Tradewinds Berhad ini adalah sebuah syarikat awam yang mementingkan keuntungan, dikhuatiri nanti apabila ia membeli dan kemudian kita memberi ruang kepadanya ditakuti nanti akan menjadi seperti lari dari mulut buaya, masuk ke dalam mulut harimau. Akhirnya, kerajaan terpaksa bail out, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya beralih kepada perkara yang lain Tuan Yang di-Pertua kerana masa pun singkat. Saya juga berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan yang telah membina banyak gelanggang futsal khususnya di kawasan luar bandar dan di kawasan-kawasan Parlimen. Akan tetapi, saya ingin bertanya kepada kementerian, mengapakah pengurusan gelanggang futsal ini diletakkan kepada pihak ketiga? Tidak diuruskan sendiri yang mana menimbulkan berbagai-bagai persoalan dan tidak ada papan tanda yang menunjukkan bahawa gelanggang futsal ini dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan di bawah Kerajaan Persekutuan? Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga yang ingin saya bangkitkan ialah mengenai industri halal. Industri halal di Malaysia harus kita perkasakan. Langkah kerajaan tepat sekali kerana nilai eksport makanan halal Malaysia ke negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam ataupun OIC amat memberangsangkan apabila mencatatkan jualan RM2.26 bilion pada tahun 2007. Nilai eksport makanan halal yang ke negara berkenaan akan meningkat kepada RM3.2 bilion. Manakala, saiz pasaran makanan halal di Malaysia pula dianggarkan sebanyak RM29 bilion pada tahun ini. Nilai pasaran halal ini akan meningkat 2.5 peratus pada setiap tahun. Namun, apa yang mengejutkan pada masa ini ialah negara bukan Islam seperti Amerika Syarikat, Argentina, Australia, Kanada, China, India, New Zealand, Thailand, dan banyak lagi negara-negara lain telah menguasai pasaran halal ini. Senario ini membuktikan bahawa pembabitan kita sebagai orang Islam dalam industri halal dunia ini masih di tahap yang rendah. Usaha kerajaan untuk memajukan industri halal negara dalam Bajet 2010 ini termasuklah antaranya cadangan menggubal Akta Halal dengan Majlis Agama Islam Negeri bagi pembangunan, pengawalseliaan, dan penguatkuasaan.

Keputusan kerajaan mengembalikan semula pensijilan halal kepada JAKIM memang dinanti-nantikan kerana integriti jabatan itu sudah pun diakui kerana sudah memikul tanggungjawab mengeluarkan Sijil Halal iaitu sejak pengesahan status makanan dan barang-barang gunaan diperkenalkan pada tahun 1974 lagi. Dengan beberapa pendedahan terhadap kes pemalsuan sijil halal yang mengejutkan orang ramai sebelum ini, pengguna menjadi lebih berhati-hati. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga tentang hal ehwal agama Islam mengenai pelbagai logo halal yang ada ketika ini dan memohon supaya kerajaan menetapkan setiap logo halal mempunyai nombor kelulusan ataupun nombor rujukan daripada JAKIM. Saya juga memohon tindakan penguatkuasaan diambil bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan di dalam penggunaan logo halal ini. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan mengenai langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi meningkatkan jumlah hotel yang mempunyai Sijil Halal serta nyatakan jumlahnya.

Saya juga ingin menyentuh berhubung dengan Islamic Manufacturing Procedure (IMP) bagi menghasilkan produk yang bertaraf ‘halalan thoyyiba’, ataupun halal dan baik. Kita dapati banyak barang import yang telah ada logo ataupun ada tanda halal dari negara luar terutamanya daripada Thailand, Eropah dan sebagainya. Apakah langkah kerajaan bagi memastikan produk luar negara ini halal? Sejauh manakah pemantauan dan tindakan JAKIM bagi memastikan produk-produk tersebut halal mengikut piawaian JAKIM? Adakah JAKIM bercadang mengeluarkan senarai produk halal luar negara ini bagi kepentingan pengguna Islam di dalam negara ini? Saya ingin menyentuh komitmen kerajaan dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan jentera pentadbiran kerajaan bagi memperkukuhkan kedudukan kewangan kerajaan. Dalam hubungan ini kerajaan menimbangkan untuk memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan GST untuk meningkatkan pendapatan hasil cukai. Pendekatan GST adalah kaedah terbaik untuk mengenakan cukai kepada golongan sasar yang akan dibayar hanya bagi memperolehi barangan dan perkhidmatan. GST boleh menjadi sumber utama dan ia tidak menjejaskan perolehan kerajaan dalam apa juga situasi ekonomi. Sama ada ketika ekonomi dalam keadaan baik ataupun tidak. GST juga adalah kaedah yang terbaik untuk mengenakan cukai kepada golongan berpendapatan tinggi. Jika ada GST, golongan yang mempunyai kuasa beli yang tinggi akan dikenakan cukai dengan setiap pembelian yang dilakukan. GST akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada. Disebabkan faktor dan kebaikan yang telah saya nyatakan tadi, dan hasil yang dikutip oleh kedua-kedua cukai ini yang tidak memuaskan setakat hari ini. Kelemahannya ialah walaupun cukai jualan dan cukai perkhidmatan dikutip oleh syarikat-syarikat perniagaan, tetapi telah berlaku ketirisan di mana syarikat-syarikat ini telah gagal menyerahkan kutipan kepada kerajaan dalam jangka waktu yang ditetapkan. Ini adalah masalah utama yang perlu diatasi sebelum cukai GST diperkenalkan. Mekanisme yang lebih cekap dan efisien perlu disusun supaya hasil kerajaan dapat dikutip dan membendung serta mengelakkan penipuan oleh syarikat-syarikat perniagaan. Saya ingin menyentuh tentang cukai perkhidmatan RM50 yang dikenakan kepada setiap kad kredit utama dan RM25 untuk setiap kad kredit tambahan. Langkah kerajaan ini saya percaya akan mencapai matlamat untuk menggalakkan perbelanjaan berhemah. Akan tetapi saya ingin melihat masalah kad kredit ini daripada sudut yang berbeza iaitu tindakan bank-bank yang mengeluarkan kad kredit ini, yang membiarkan kad kredit ini tidak berbayar dan menjadi non performing loan (NPL) hingga 10 atau 15 tahun tanpa sebarang tindakan. Kad kredit yang asalnya RM5,000 telah menjadi RM10,000 ataupun RM12,000 setelah 10 hingga15 tahun. Saya mengerti bahawa pemegang kad kredit ini perlu menjelaskan pinjamannya, tetapi tindakan bank yang seolah-olah tidak cekap dan membiarkan pinjaman ini tidak berbayar dan tidak ada tindakan diambil untuk mendapatkan pinjaman kad kredit ini menyebabkan pemegang kad kredit terperangkap dalam masalah bayaran balik pinjaman. Saya ingin mendapatkan penjelasan Kementerian Kewangan, berapakah bilangan pemegang kad kredit yang telah dikategorikan sebagai NPL sejak 10 tahun kebelakangan ini dan jumlah tunggakan pinjaman kad kredit sehingga hari ini?

Saya ingin mencadangkan agar semua pinjaman kad kredit yang telah dikategorikan NPL 10 tahun dan ke atas ini dihapus kira oleh bank-bank atas alasan kecuaian dan ketidakcekapan bank-bank mendapatkan semula pinjaman dan melindungi kepentingan pemegang kad kredit ini. Pada masa ini terdapat kira-kira 1.6 juta kakitangan awam di seluruh negara. Sememangnya setiap kali pembentangan bajet, kumpulan yang sentiasa menanti dan menaruh harapan adalah kakitangan kerajaan. Maka itu saya melihat sokongan padu daripada kakitangan awam perlu dilihat secara teliti sebagai mana menghargai sokongan yang telah mereka berikan selama ini. Antara yang dinantikan ialah pemberian bonus dan kali ini satu bayaran khas RM500 telah diberikan kepada penjawat awam bagi gred 41 hingga 54 dan pesara-pesara wajib. Bagi kumpulan sokongan mereka telah pun menerima bayaran tersebut sebanyak RM500 juga. Cuma cadangan saya pada masa depan, sekiranya kerajaan dapat menimbangkan pemberian bonus dalam bentuk saham misalnya, sebagai contoh kakitangan bumiputera bolehlah ditawarkan Amanah Saham Bumiputera dan bukan bumiputera, mungkin juga kita boleh tawarkan Amanah Saham 1Malaysia ataupun sebagainya. Ini juga satu bentuk insentif yang dilihat tidak merugikan mana-mana pihak sekalipun. Malah iaitu juga dilihat sebagai dorongan ke arah usaha menabung dan melabur dengan cara yang berhemah. Penggunaan jalur lebar, dalam ucapan bajet ada menyentuh hal yang berkaitan penggunaan jalur lebar terutama pakej netbook termasuk jalur lebar untuk 100,000 pelajar universiti. Pelepasan cukai pakej langganan sehingga RM500 setahun. Berdasarkan fakta yang diperolehi pembangunan prasarana perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi sehingga satu gigabyte sesaat, membabitkan kos RM15.2 bilion dalam tempoh sepuluh tahun akan meningkatkan kelajuan sambungan Internet dan komunikasi serta kadar penembusan jalur lebar di kalangan isi rumah di Malaysia kepada 50 peratus pada tahun 2010. Ini secara langsung turut meningkatkan lagi daya saing, kadar produktiviti seterusnya pertumbuhan ekonomi negara serta mutu pendidikan, sektor perubatan dan perkhidmatan sosial. Berdasarkan penilaian awal sumbangan penembusan jalur lebar yang lebih laju kepada nilaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dianggarkan RM6.68 bilion atau 1 peratus menjelang 2010. Saya melihat walaupun ia membabitkan kos tinggi ia memberikan kesan positif secara menyeluruh kepada hampir semua sektor yang akhirnya boleh membantu mengembangkan ekonomi negara. Namun apa yang mendukacitakan ialah kelewatan syarikat-syarikat yang mendapat lesen yang mempertingkatkan capaian jalur lebar berkelajuan tinggi ke seluruh negara. Bagaimana rakyat hendak melanggan jalur lebar sedangkan kemudahan masih gagal meliputi setiap kawasan di dalam negara ini. Jadi kita hendak tahu kenapa syarikat-syarikat ini masih gagal membekalkan perkhidmatan tersebut? Untuk makluman tahun ini adalah ulang tahun yang ke-40 kelahiran Internet dan rakyat negara ini baru menikmati kemudahan ini sejak kira-kira 15 tahun yang lalu. Saya juga ingin tahu, mengapa pelepasan cukai sehingga RM500 bagi langganan jalur lebar hanya setakat 2012 sahaja dan apakah rasionalnya? Saya ingin menyentuh hubungan Malaysia dan Indonesia, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah pun mengunjungi negara tersebut bagi menghadiri Majlis Angkat Sumpah Presiden Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono di Jakarta. Memang ada kemesraan itu tetapi yang saya lihat ialah kemesraan di peringkat elitis atau pemimpin tertinggi sahaja.

Akan tetapi, sejauh mana hubungan mesra itu wujud di antara rakyat kedua- dua negara ini? Inilah persoalan-persoalan yang perlu ditanya dan apakah langkah- langkah yang diambil bagi pihak kita dan pihak Indonesia sendiri. Yang saya nampak ialah peperangan antara media Malaysia dan media Indonesia, yang memberikan liputan sensasi sehingga menyemarakkan semangat kenegerian masing-masing.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat ada satu minit lagi.

Sentimen anti Malaysia oleh kumpulan extremist Indonesia memuncak sehingga sanggup membakar bendera Malaysia dan menyebut ‘ganyang Malaysia' sebagaimana yang pernah disebut oleh pemimpin mereka satu ketika dahulu.

Oleh itu saya ingin mengetahui sejauh mana kerjasama di antara Malaysia dan Indonesia ini dapat diperteguhkan kerana baru-baru ini kita mendengar ada satu tarian yang saya sendiri tidak pernah dengar tarian ini, yang telah menjadi perbalahan di antara kedua-dua negara ini dan kita bagi pihak Malaysia nampaknya berdiam diri dan mereka di Indonesia dengan rakyatnya membalut dahi dan membakar bendera kita, seolah-olah tidak ada apa yang kita lakukan untuk memberikan kedua-dua buah negara ini supaya berada di dalam keadaan yang berbaik-baik seperti mana yang sebelum ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa Yang Berhormat.

Perkara yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, yang ingin saya sentuh ialah tentang gempa bumi. Gempa bumi yang berlaku di dalam negara kita ini memang tidak sekuat mana. Yang mana ia berlaku kurang daripada 3.5 pada skala Richter. Apa yang ingin saya tahu ialah apakah kesannya kepada infrastruktur kita seperti MRR2, bangunan-bangunan pencakar langit kita yang selama ini mungkin kita tidak tahu serta tidak melihatnya. Walaupun gegaran kita 3.5 skala Richter tetapi ia telah berlaku lebih daripada 30 kali di dalam negara kita. Apakah kesan daripada gegaran ini dan apakah langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk mengelakkan kesan-kesan yang lebih teruk berlaku kepada negara kita kerana kita tahu bahawa Lembaga Getah Malaysia ada mengeluarkan satu peralatan yang dieksport ke luar untuk menyerap gegaran, tetapi kita tidak pernah mengguna pakai dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya mohon untuk menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat, sila Yang Berhormat Baling.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk dapat bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat dasar bagi Bajet 2010 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan. Terdapat beberapa perkara yang insya-Allah saya cuba mengambil kesempatan untuk berkongsi pandangan di Dewan ini....

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sebelum Yang Berhormat memanjangkan ucapan, saya mengingatkan Yang Berhormat ada 17 minit sebelum kita menangguhkan Dewan. Kalau tidak habis dalam masa itu, Yang Berhormat kena sambung selepas pukul 2.30 petang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali sebagaimana yang telah ditimbulkan sebelum ini oleh sahabat-sahabat Yang Berhormat yang lain, menyentuh mengenai dengan peruntukan yang diperuntukkan bagi mempergiatkan industri halal. Tadi Yang Berhormat Sekijang juga turut memberi pandangan. Bagi saya bercakap mengenai halal dan haram ini adalah suatu perkara yang besar... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Yang halal itu jelas, yang haram juga jelas, perkara yang timbul di antaranya adalah benda-benda yang syubahat...”. Sebagaimana yang dinyatakan dalam pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, umat Islam harus sedar bahawa kedudukan di dunia hari ini berjumlah melebihi daripada 1.8 bilion. Jadi dengan kedudukan ini, maka kita dapat lihat melalui kajian yang pernah dibuat bahawa produk halal sudah pun meningkat kepada atau mencecah USD2.1 bilion setahun. Saya sebut angka ini bukan dari sudut perspektif untuk melihat bagaimana keuntungan yang boleh diambil dari sudut ekonomi tetapi angka ini juga turut menterjemahkan bahawa bagaimana tanggungjawab atau taqlifiyah kita, lebih-lebih lagi bagi kita umat Islam di Malaysia ini dalam menangani permasalahan yang timbul dari segi halal haram. Kalau kita turut sama memikul tanggungjawab atau taqlifiyah ini, mudah- mudahan kita dirangkum oleh Allah SWT, sebuah negara yang dirahmati dan diberkati. Itulah harapan dan doa kita sebenarnya. Sebab itu apabila saya melihat RM24 juta yang diperuntukkan dalam bajet ini kepada industri halal, bagi saya bukanlah kita tidak mengalu-alukan dan tidak mendukung sejumlah itu. Akan tetapi realiti dan hakikat sebenarnya bagi melaksanakan maksud halal haram yang sebenarnya, mungkin kita memerlukan satu jumlah peruntukan yang lebih besar.

Walau bagaimanapun, dengan peruntukan yang ada ini, pertama sekali yang saya ingin timbulkan apabila diperkatakan penjanaan dalam perkara pertama, kedua, ketiga dan keempat yang telah diucapkan dalam pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, maka perlu kita lihat semuanya ini memerlukan suatu pelaksanaan yang berhemah dan pelaksanaan yang bertanggungjawab. Dalam persoalan pelaksanaan berhemah dan bertanggungjawab ini, sudah tentulah pertama sekali kita perlu lihat sejauh mana kedudukan kita menyediakan Akta Halal. Berulang kali kita mendengar suatu penegasan di Parlimen ini bahawa kerajaan sedang merangka untuk mengadakan suatu ‘Akta Halal’ untuk dibentangkan di dalam Parlimen. Akan tetapi yang penting di sini, saya ingin tahu bilakah dateline atau timeline nya, kerana selagi mana Akta Halal ini tidak diluluskan oleh Dewan ini, maka sebenarnya segala keputusan-keputusan atau segala perancangan yang hendak kita jalankan ini tidak akan ke mana-mana. Inilah ruang dan kesempatan yang akan dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sehingga sebagaimana pertemuan dengan masyarakat kita dalam seminggu dua yang lalu pun masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan meletakkan kononnya produk iaitu adalah halal daripada JAKIM misalnya. Akan tetapi sebenarnya, apa yang didapati oleh pihak penguatkuasaan JAKIM itu sendiri, contohnya baru-baru ini di dalam botol kicap itu sendiri dimasukkan benda yang tidak halal. Saya juga ingin tahu apakah di dalam kedudukan ini pihak kerajaan akan membuat sesuatu dalam perancangan pembinaan makmal halal. Ini kerana makmal halal ini perlu, kalau kita lihat semalam, didedahkan oleh salah sebuah makmal daripada sebuah Universiti Sains Malaysia yang berkesempatan untuk membuat suatu penyelidikan dan kajian. Maka, didapati daripada seratus jenis yang mereka selidik di dalam makmal ini daripada produk kesihatan, didapati hanya terdapat lebih kurang 30 peratus daripada produk kesihatan yang diuji di makmal USM ini, contohnya yang menggunakan kapsul daripada babi. Jadi, kalau kita lihat dari segi ini, ramai di kalangan umat Islam khususnya rasa macam tertipu. Hendak tidak makan ini ubat?

Boleh mencelah?

Akan tetapi kalau makan, kapsulnya itu adalah babi. Ini disahkan oleh pihak makmal USM.

Sedikit, sedikit sahaja.

Boleh sedikit sahaja. Yang Berhormat Maran sudah bercakap tadi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Baling. Saya tertarik dengan pendekatan yang dibawa oleh Yang Berhormat Baling. Kita faham bahawa konsep Islam bila masalah makan, minum ataupun penggunaan ini ialah halalan thoyyiba. Maknanya, halal dan baik. Saya sebenarnya hendak sebut juga apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Baling itu tadi. Cuma Yang Berhormat Baling, ini merupakan hidup mati kita. Maknanya, dunia dan juga akhirat. Saya hendak bertanya dan minta pandangan Yang Berhormat Baling, apakah ini mungkin disebabkan oleh..., kita ada JAKIM, tetapi sejauh mana peranan JAKIM ini dalam institusi ataupun agensi-agensi yang mengeluarkan produk- produk ini.? Dahulu kita pernah bercakap, kalau rasalah JAKIM belum ada kekuatan enforcement dan sebagainya, apa salahnya kita tambah pegawai-pegawai kita? Kita hendak pastikan supaya apa juga produk makanan dan juga yang disebutkan kapsul untuk ubat-ubat tadi, melibatkan orang-orang yang ada background agama supaya mereka ini boleh memberikan pandangan dan memberikan pengetahuan kepada mereka yang terlibat. Ini supaya akhirnya, kita dapat mengeluarkan barang-barang yang halal yang boleh dimakan oleh kita dan digunakan oleh Islam dan sebagainya. Terima kasih, minta pandangan.

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Memanglah itu pandangan yang bagi saya tidak ada percanggahannya dan kita boleh setuju. Cuma Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bukan saya tidak berminat untuk berkongsi pandangan di Dewan ini, tetapi oleh kerana...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa 20 minit, Yang Berhormat.

...Masa begitu cemburu, jadi saya minta maaf kepada sahabat-sahabat yang lain yang memang sama-sama kita prihatin tentang ini. Berbalik kepada soal JAKIM itu tadi, memang saya rasa pernah daripada dahulu, iaitu sejak perbincangan di peringkat awal untuk mewujudkan pensijilan halal di peringkat JAKIM ini. Kita telah mengemukakan pandangan supaya syarikat-syarikat yang memohon untuk mendapatkan pensijilan halal ini perlu ada suatu penguatkuasaan. Ia tidak hanya merupakan satu volunteer ataupun suatu bentuk yang sukarela. Kepada jawapan yang telah diberi di Parlimen ini pada Yang Berhormat Titiwangsa baru-baru ini seolah-olah memperlihatkan bahawa terpulang kepada sesebuah syarikat itu atau sebuah pihak yang terlibat itu untuk memohon Sijil Halal ataupun tidak. Kalau dia pohon kita beri, kalau tidak pohon kita tidak beri, seolah-olah begitu. Jadi, seolah-olah kedudukan halal ini sebenarnya tidak ada suatu penguatkuasaan sebab yang rasa memang jelas kerana kita tidak ada akta. Ini yang penting. Kita bercakap halal mungkin RM24 juta ini, RM100 juta pun, RM1,000 juta dan sebagainya kita peruntukkan, tetapi akan jadi begitu sahaja. Hambar sebab kita tidak ada akta. Saya tidak mahu salahkan JAKIM, kerana JAKIM akan bertindak di atas bidang kuasa yang diberikan. Akan tetapi, kalau sudah tidak ada bidang kuasa, tidak ada akta, tidak ada apa, apa yang dia hendak bertindak? Setakat pergi berdakwah, bersuara, dia halau keluar begitu sahaja. Ini wallahualam. Jadi selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh sebagaimana logo halal tadi. Logo halal ini adalah suatu benda yang besar maknanya, merupakan suatu seolah-olah macam suatu permit khas. Jadi, di samping syarikat- syarikat atau pihak-pihak produk makanan dan sebagainya ini untuk mendapatkan logo halal JAKIM, maka kita perlu memberi suatu kuasa kepada JAKIM untuk menemu duga dan membuat pemeriksaan. Setelah diluluskan, apa salah kita peruntukkan kepada JAKIM itu sendiri, mungkin melalui pihak kerajaan ini, melalui JPA nya, suatu..., kalau boleh saya gunakan istilah Kader Post yang ditempatkan... Pegawai JAKIM ditempatkan di syarikat berkenaan dan semasa penempatan pegawai tersebut, syarikat berkenaan bertanggungjawab untuk membayar gaji kepada pegawai itu. Dalam tempoh sekian-sekian masa, maka pegawai ini juga sebagaimana pegawai-pegawai JPA yang lain. Dia bertukar dari suatu tempat ke suatu tempat, dari suatu syarikat ke suatu syarikat. Jadi dengan sendirinya, pemantauan kita dan gerak kerja kita untuk memastikan produk halal ini lebih dipertanggungjawabkan. Saya rasa yang ini pun kita suarakan waktu saya duduk di JAKIM dahulu pun. Sudah lama, tetapi sampai hari ini nampaknya, boleh suara sahajalah. Wallahualam. Selepas ini, saya harap pihak Kementerian Kewangan terutama sekali sahabat saya dari Tambun ini yang sudah pun alhamdulillah, jadi Menteri Kewangan II, saya yakin beliau adalah di antara orang yang amat prihatin dalam persoalan-persoalan yang sebegini. Kalau penggiat seni kita boleh beri sampai RM3 juta, yang ini lebih besar daripada itu. Takkanlah pihak kerajaan agak berat sangat, kedekut sangat hendak bawa keluar untuk menjamin benda ini praktikal. Halal ini dapat dilaksanakan sebaiknya. Saya tidak sempat mungkin hendak sentuh penggiat seni ini, tetapi saya... Seterusnya, saya tertarik dengan Halal Industry Development Corporation ataupun HDC yang disebut juga di sini supaya merupakan satu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Oleh sebab itu saya rasa, sebelum kita bawa HDC ini dalam MITI ini sendiri, saya rasa sudah sampai masa untuk kita menggerakkan juga usahawan bumiputera ini yang mempunyai logo halal ini dapat masuk di pasar raya-pasar raya besar tempatan khususnya, dan juga di luar negara. Ini kita hendak bercakap masalah antarabangsa, tetapi produk-produk halal kita di hypermarket yang ada dalam negara sebagaimana soal jawab lisan pada pagi tadi pun, saya rasa nampak tidak kecapaian. Kalau saya sebut di sini, di Kedai Mesra Petronas di seluruh negara, tidak lebih 30 peratus produk pembekal Muslim yang terjamin halal ada di situ. Maknanya 70 peratus, 80 peratus daripada produk atau barang pasaran yang ada di Kedai Mesra Petronas itu sendiri pun, ada yang waswas tentang halalnya. Kalau ini JAKIM hendak pergi ke Kedai Mini Mesra, apa hak dia? Mana undang-undang yang diperuntukkan kepada dia dan sebagainya. Begitu juga Tuan Yang di-Pertua dengan masalah penyeludupan produk yang diragui halal di entry point negara. Sekarang ini kita nampak ayam import, ekor lembu, kepak ayam yang dibakar macam sate. Kita puas fikir beribu-ribu ekor ini disembelih di mana? Jadi, ini semua barang-barang import...

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

[Bangun]

...Daging import dan begitu juga...

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Laluan sedikit.

Okey, okey. Tadi beri pada Barisan Nasional, ini beri pada kawan sendirilah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Akan tetapi ini tidak ada tambahan masa, Yang Berhormat.

Dr. Lo' Lo' Mohamad GhazaliPAS · PRTitiwangsa

Sedikit-sedikit sahaja. Setengah minit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Baling, adakah pernah Yang Berhormat Baling mendengar bahawa ada lori yang membawa potongan-potongan ayam, bukan ayam seekor, lori kontena dari negara jiran yang di bawa masuk dan ditahan dan didapati bahawa produk yang di bawa itu adalah produk yang diragui kehalalannya. Jadi kontena ini bawa masuk produk ini untuk dijual kepada peniaga-peniaga yang menjual seperti kata tadi, kepak ayam yang dibakar dan mungkin juga tomyam yang biasa kita suka pergi membeli ataupun makan malam di tempat-tempat tersebut. Minta pandangan Yang Berhormat Baling.

Ini saya rasa bukan setakat rungutan, tetapi juga pernah terpampang di dada-dada akhbar sebagainya yang saya rasa suatu perkara yang perlu kita titik beratkan. Inilah di antara perkara-perkara yang saya sebut tadi, penyeludupan produk yang diragui halal itu sendiri. Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya, adakah di dalam peruntukan halal ini suatu peruntukan termasuk menambah penguatkuasaan dan juga peralatan pemantauan produk yang di bawa masuk atau di import tadi yang boleh diragui status halalnya daripada memasuki negara? Ada yang datang dengan Mas Kargo dan ada yang datang melalui berbagai-bagai entry point dalam negara. Apakah mekanisme yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahawa produk yang masuk itu tadi adalah terjamin halal? Akhir sekali dalam perkara halal ini, bukan akhir sekali dalam perbahasan saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat sambunglah pada waktu petang nanti. Ada 5 minit lagi Yang Berhormat.

Okey, okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan sesi pagi ini kita tangguhkan dahulu dan mesyuarat hari ini akan disambungkan semula pada pukul 2.30 petang nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Baling untuk menyambung perbahasan lima minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menyambung apa yang telah saya bincangkan sebentar tadi iaitu berbalik semula kepada Sijil Halal atau pun logo halal JAKIM ini. Apakah logo halal ini telah dipatenkan? Jikalau belum, saya mencadangkan supaya pihak kerajaan mempatenkan bagi memudahkan pemantauan dan penguatkuasaan. Begitu juga dalam kenyataan yang telah diberikan jawapan lisan di Dewan ini pada suatu ketika dahulu, hampir 3,000 buah hotel di negara kita ini sendiri, hanya terdapat 18 buah sahaja yang diberikan atau yang layak untuk mendapat sijil halal. Ini bermakna, hotel-hotel yang beroperasi dalam negara kita ini, jelasnya masih diperakui tidak halal. Jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pada ketika itu kerana pihak hotel enggan, disebabkan mereka memerlukan belanja yang besar untuk menyediakan dapur-dapur halal. Saya rasa hujah-hujah dan alasan yang seumpama ini oleh pihak pengusaha hotel ini, pihak kerajaan tidak perlulah memberi layanan yang sebegitu rupa. Sampai masanya pihak kerajaan mewajibkan supaya hotel-hotel yang ada di dalam negara kita ini wajib untuk mendapatkan sijil atau pun pengiktirafan halal daripada pihak berkuasa kerajaan iaitu pihak JAKIM itu sendiri.

Begitu juga yang menjadi tanda tanya kepada saya, kenapa dalam keadaan dan kedudukan yang sebegini jelas masih function yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan dan pihak-pihak kementerian difahamkan masih berleluasa menggunakan hotel-hotel 5 bintang atau 4 bintang dan sebagainya yang belum mendapat pengesahan halal. Seperkara lagi yang saya ingin sentuh Tuan Yang di-Pertua, mengenai tauliah. Ini bukan kerana isu sehari dua ini terhadap tangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa JAIS kepada Dr. Asri, tetapi sebenarnya apa yang saya ingin sentuh tauliah itu dari segi konsep dan kedudukannya keseluruhan. Sebenarnya, roh kepada tauliah itu sendiri adalah untuk mengawal. Mengawal daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menyelewengkan ajaran-ajaran Islam atau fahaman-fahaman Islam yang boleh memesongkan masyarakat daripada landasan yang sebenar. Itu sebenarnya tauliah diwujudkan atau tauliah dienakmenkan, tetapi bukan tauliah itu untuk menyekat. Oleh sebab itu, kepada orang yang kita sudah kenali latar belakang dia, kita kenal di mana pengajian dia, maka janganlah kita berkeras dalam pelaksanaan semata-mata kerana tidak ada tauliah. Saya sendiri dua tiga tahun yang lepas yang lepas pernah dikepong di Selangor kerana mereka kata saya tidak ada tauliah. Saya kata waktu saya jadi imam besar kenapa tidak datang tangkap? Jadi, ini satu perkara yang cukup pelik. Sewaktu sudah tidak jadi imam besar, salah kerana tidak ada tauliah. Sewaktu menjadi imam besar, tidak mengapa tidak ada tauliah. Ini undang-undang apa? Oleh sebab itu, kita perlu berbalik semula kepada roh wujudnya tauliah. Tauliah ini saya sebut sebentar tadi untuk mengawal siapa sahaja yang kita rasa daripada tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan menyelewengkan ini. Begitu juga jikalau kita fikir secara logik pun, seorang guru atau seorang penceramah, seorang ustaz, ulama misalnya pendakwah di dalam negara, mana mungkin setiap satu negeri perlu ada satu tauliah? Jikalau 14 buah negeri di Malaysia, seorang ustaz perlu ada 14 buah tauliah. Poket mana dia hendak letak? Undang-undang ini perlu dilihat semula. Mungkin kesesuaian ada pada satu ketika dahulu. Akan tetapi, kita sudah melintasi batas itu. Kita sudah dunia tanpa sempadan dan macam-macam lagi yang kita ada. Apakah ini kita hendak praktik lagi? Kedudukan ini tidak perlu dikaji semula? Kadang-kadang kita dikecam seolah-olah macam peraturan agama yang ada dalam negara ini tidak up-to-date dan sebagainya. Jikalau satu tauliah sudah ada misalannya, suatu penyelarasan perlu dibuat. Maka satu tauliah selaraslah untuk seluruh negara. Saya rasa hujah untuk mengatakan bahawa urusan agama ini adalah state matter atau hak negeri-negeri, itu perlu disemak dan perlu dikaji semula tanpa kita menyentuh hak-hak keistimewaan yang ada pada negeri masing-masing. Akan tetapi, demi untuk membawa satu approach dan pendekatan supaya Islam kita ini nampak cantik dan nampak baik, perlu difikirkan semula. Mungkin kalau sudah ada satu tauliah daripada Perak misalnya atau dari Kedah, takkanlah negeri lain hendak menafikan apa yang ada di Kedah, apa yang ada di Perak? Ini kerana tauliah itu sendiri adalah satu autoriti yang telah diberi oleh Duli- Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan-Sultan sebagai ketua agama bagi negeri-negeri. Apakah hak negeri lain untuk persoalkan kuasa dan kedaulatan Tuanku bagi sesebuah negeri, misalnya. Lebih-lebih lagi dalam konteks kita dengan teknologi moden. Penceramah agama ataupun sebagainya dari Angkasapuri. Bagaimanakah disiarkan melalui televisyen ke seluruh negara? Bahkan jangkauan lebih daripada itu, sampai ke dunia luar. Jikalau ceramah di Angkasapuri dirakam dan disiar secara langsung, bagaimanakah negeri lain hendak cerita bab tauliah? Ini benda-benda yang harus dikaji semula supaya kita tidak mahulah peraturan Islam dalam negara ini seolah-olah suatu peraturan yang agak terlalu jauh ke belakang.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu perkara lagi iaitu sebagaimana yang saya katakan tadi, kalau kerajaan bermurah hati untuk memperuntukkan RM3 juta kepada penggiat seni, bagaimanakah pula kepada penggiat dakwah? Tidak ada langsung penggiat dakwah. Zaman mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, kerajaan berhabis duit banyak untuk mengadakan kursus pendakwah negara. Ada yang ke INTAN dan sebagainya. Dan waktu itu mungkin saya sendiri pun pernah terlibat. Kursus Pendakwah Negara. Habis, apakah cerita kepada pendakwah ini sekarang? Yang mungkin berjuta dihabiskan duit. Tidak bolehkah dalam bajet ini diperuntukkan? Ini yang sekarang mungkin sudah berpencen, Kadi pencen apa dan sebagai nya. Menambahkan sedikit saraan duit minyak kereta mereka. Bukan saya tidak bersetuju dengan penggiat seni. Kalau hendak dibincangkan ini mungkin lebih daripada RM3 juta diperlukan. Akan tetapi dengan syarat bergiatlah dalam seni. Akan tetapi seni itu tidak lari daripada batas Islam. Tidak lari daripada batas budaya tempatan dan kita menentang penggiat-penggiat seni yang cuba memasukkan elemen-elemen lain ataupun yang membawa masuk unsur-unsur liar yang tidak berakhlak, yang tidak bertamadun, yang bercanggah dengan budaya tempatan. Ini perlu dikawal oleh pihak kementerian berkenaan dan yang ini kalau boleh kita jaga. Kita bersetuju. Sebab itu kita sendiri kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, banyak filem beliau. Di sebalik seronok ketawa tetapi ada pengajarannya. Pengajaran yang berkesan. Sampai hari ini masyarakat tidak jemu. Mungkin sahabat saya daripada Sri Gading pun setuju. Yang Berhormat Pasir Salak lagi lah setuju. Ini walaupun nampak ada joke di situ, tetapi pengajaran besar di situ. Begitu lah kita hendak penggiat seni kita ini jangan terlalu kebaratan sehingga apa-apa yang dibuat oleh Barat kita merasakan up-to-date nya, ialah meniru Barat, 100 peratus. Lupa budaya tempatan, lupa kesusilaan bangsa dan agama. Lupa kita ini siapa? Jadi kalau itu boleh dilihat, saya merasakan RM3 juta memang tidak mencukupi. Mungkin RM10 juta dan mungkin lebih daripada itu. Lebih-lebih lagi kita perlu cari gali seni yang ditanam mulai budaya al-Quran. Al-Quran memberikan pengajaran banyak dalam hal ini. Apakah boleh kita terjemahkan al-Quran itu sendiri bukan sahaja dari segi language, dari segi bahasa kepada bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Inggeris dan sebagainya. Akan tetapi al-Quran itu harus diterjemahkan rohnya dalam bentuk tindakan itu tadi supaya kita dapat lihat dan menyerlahkan lagi...

[Bangun]

...kesuciannya iaitu untuk dapat dirasai, dihayati dan dihargai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sri Gading bangun, Yang Berhormat.

Ya boleh. Okey, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat daripada Baling. Walaupun kita berlainan parti tetapi fahaman kita bersama. Saya menyokong kuat sangat peruntukan kepada dakwah ini harus digandakan. Ini penting seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Baling. Kadang-kadang kita mengambil apa yang daripada Barat. Ambil semua. Saya melihat penggiat-penggiat seni hari ini, bukan hendak menuduh semua, hilang jati diri Melayu nya. Bukan macam Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, seperti mana yang disebutkan tadi. Hiburan-hiburan, tetapi jati diri sebagai anak bangsa tetap ada. Akan tetapi hari ini nampak lagu-lagu, saya bertanya anak muda saya. Anak muda lah. Saya kata, “Seronok kah Anuar engkau dengar, kebetulan nama nya Anuar Lee. Fiil nya lain. Itu yang disoalkan namanya...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Saya kata, “Seronok kah engkau dengar lagu-lagu ini? Tidak seronok abah. Habis buat apa dengar? Tiada pilihan”, kata nya. Tiada pilihan. Maknanya kita perlu balik semula semangat seperti mana yang dicontohkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Jadi saya setuju sangat supaya peruntukan kepada pendakwah ini untuk menentukan bahawa anak bangsa akan tetap tegak berdiri sebagai orang yang betul-betul bermaruah berlandaskan agama Islam. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading dan untuk peruntukan kepada pendakwah dan penggiat seni yang tadi itu. Saya masukkan sebahagian daripada ucapan saya. Cuma satu lagi sebagai penggulungan, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh, mungkin ini berkaitan juga sedikit dengan Kementerian Penerangan. Saya merasakan Astro ini sudah melampau. Ia banyak sangat hiburan. Seolah-olah mahu tidak mahu secara tidak langsung sebenarnya sekarang ini tokoh pendidik negara ini ialah Ananda Krisnan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Bukan orang lain sudah. Mahu tidak mahu kita perlu mengakuinya, 24 jam. Yang baik kita katakan baik. Yang memberikan education, pendidikan atau apa-apa sebagainya okey. Akan tetapi kalau daripada segi percentage lah kita menjadi liar, mengajak kita menjadi liar, runtuh akhlak dan sebagainya. Walaupun lesen diberikan oleh kerajaan melalui Kementerian Penerangan, tetapi tidakkanlah pula Kementerian Penerangan yang sekarang ini Yang Berhormat Menteri pula, yang saya merasakan dengan degree yang ada takkan kita tidak boleh kawal. Cukup lah Ananda Krisnan mendidik rakyat Malaysia. Saya merasakan bukan daripada segi masalah bangsa, tetapi approach dan pendekatan yang dibawa. Takkan kita hendak menggadaikannya. Kita ada institusi pengajian tinggi, menengah, dan sebagainya daripada pelbagai bidang. Alih-alih yang mengambil alih daripada semua itu untuk mendidik, yang menerapkan cara pendekatan dan pemahaman dan sebagainya ialah Ananda Krisnan. Saya merasakan itu menghormati masa yang diberikan kepada saya oleh Tuan Yang di-Pertua. Dan sekali lagi...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Sudah habis?

Masa yang diberikan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Sambung.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah habis sudah Yang Berhormat.

Itu mereka bersetuju sambung. Bolehlah lima minit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Ini dakwah juga ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah habis Yang Berhormat, ya?

Okey lah. Saya menghormati Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah. Saya hormat Tuan Yang di-Pertua, yang kemudian nanti mudah dapat lagi lah ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sipitang.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Sesuai dengan temanya 1Malaysia kemakmuran bersama. Bajet 2010 telah menggarapkan keprihatinan dan gagasan besar 1Malaysia, menggapai harapan untuk kemakmuran bersama. Ternyata rakyat sentiasa menjadi keutamaan dan didahulukan dalam semua lapangan. Bajet tahun 2010 mengangkat tinggi martabat rakyat tanpa melupakan kepentingan sejagat. Memacu pertumbuhan, menggerakkan pembangunan, bestari Malaysia di persada dunia kerana strateginya dirangka cukup pragmatik. Negeri Sabah dan juga Sarawak terpisah di Laut China Selatan dan agak terkemudian kemajuan fasa pembangunan berbanding dengan Semenanjung terus diberi perhatian yang setimpal. Mengisi harapan setiap sudut hati rakyat yang setinggi Gunung Kinabalu dan sebesar Gua Niah. Terima Kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kita ungkapkan dalam dua rangkap pantun: Tenang air di hujung tanjung, Damai indah pandangan kampung, Kami terasa kini disanjung, Perhatian kerajaan tinggi dijunjung... [Tepuk] Damai indah pandangan kampung, Merpati dan nuri bersilang terbang, Kami teguh bersatu menjunjung budi, Budi Perdana Menteri sentiasa dikenang. [Tepuk] Penyediaan peruntukan pembangunan yang besar tahun hadapan kepada Sabah dan Sarawak sangat dihargai dan dialu-alukan. Dengan pembelaan yang diberikan itu, kini kami berasa tidak lagi berada di pinggiran dan apatah lagi kerajaan telah mengumumkan menjadikan 16 September yang merupakan tarikh keramat bagi kami Sabah dan Sarawak sebagai cuti umum seluruh negara. Pengisytiharan ini sungguh bermakna buat kami dan saya simpulkan dalam satu puisi ringkas.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

16 September bersatulah kita di perhatian ini, Bersila di atas padang merdeka, Berpayung di bawah pohon yang satu, Terlindung dari panas membara, Menganyam lebar tikar perpaduan, Bersilang jalur kepelbagaian, Melakar sejarah sebuah bangsa, Satu negara 1Malaysia.

Yang Berhormat Sipitang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat hendak beri jalan, Yang Berhormat?

Boleh?

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Saya tidak beri jalan, masa pendek.

Sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Beliau tidak beri jalan, Yang Berhormat.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Tuan Yang di-Pertua, saya menumpukan perbahasan ini hanya kepada beberapa isu spesifik. Pertama dari sudut pertanian menjana kemakmuran. Perkataan “kemakmuran” yang melengkapi tema Bajet 2010 ini membawa pengertian besar dalam jalur kehidupan masyarakat tani juga nelayan dan penternak. Malaysia bermula sebagai negara pertanian sebelum melangkah ke sektor ekonomi, pembuatan dan industri. Justeru kita tentunya tidak boleh lari daripada ekonomi teras. Peruntukan RM6 billion yang disediakan tahun hadapan bukan calang-calang, cukup besar dari segi amaun membawa bersama gagasan sebesar itu juga mentransformasikan sektor pertanian sebagai enjin menjana pertumbuhan dari peringkat penanaman sehingga kepada rangkaian pemasaran. Untuk memastikan tercapainya usaha kerajaan menarik lebih ramai usahawan tani muda sebagaimana yang digariskan dalam Bajet 2010 ini tentu sekali ia menuntut pembelaan usaha bersepadu. Jabatan dan agensi kerajaan menggalas tanggungjawab rakyat pula memikul tanggungjawab dan amanah. Jika krew sudah dijana tentu kita akan pantas melihat hasilnya, insya-Allah.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Terpenting daripada semua inilah peranan institusi yang terlibat dalam bidang pertanian. Justeru itu saya ingin menyarankan di Dewan yang mulia ini agar usaha yang dilakukan untuk memperkasa fungsi dan peranan institut pertanian seluruh negara dari sudut kurikulum dan sistem pembelajaran, latihan dan praktikal dengan menerapkan amalan pertanian baik, tenaga pengajar yang terlatih dan berkemahiran, kemudahan asas dan prasarana dan memasukkan program inkubator untuk melatih dan membimbing belia dan graduan untuk menjadi usahawan tani. Mungkin sudah tiba masanya bagi kerajaan mempertimbangkan untuk menaik taraf institusi-institusi pertanian yang di negara ini sejajar dengan usaha melahirkan lebih ramai usahawan tani. Negeri Sabah umpamanya mempunyai beberapa institusi pertanian seumpamanya seperti Institut Latihan Pertanian Timbang Menggaris, Kota Belud, dan Institut Latihan Pertanian Bersepadu, Penampang di Kota Kinabalu. Barangkali boleh difikirkan untuk menaik taraf institut pertanian ini dan juga memberi peruntukan untuk menjadikan sebuah kolej universiti dengan pengajian bermula di peringkat diploma. Usaha ini bukan sahaja mampu melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi tetapi juga meramaikan graduan tani dan kepakaran atau skill, dengan izin, yang berfokus kepada bidang masing-masing yang akhirnya menjadi mereka sebagai usahawan tani sejajar slogan “Pertanian Sebagai Satu Perniagaan”. Usaha ini boleh dijayakan dengan jaringan kerjasama agensi yang berkaitan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Belia dan Sukan, Universiti Putra Malaysia, Agrobank dan Wilayah Pembangunan Koridor. Kita juga tertarik dengan usaha kerajaan menerusi Bajet 2010 untuk menaik taraf dan membaik pulih sistem infrastruktur pengairan dan luar jelapang. Ia dikatakan akan memberi manfaat kepada 180,000 petani dengan peruntukan sebanyak RM137 juta. Penyediaan kemudahan sistem pengairan ini wajar diberi perhatian utama memandangkan ia menjadi antara faktor pembantutan pembangunan tanaman padi. Misalnya, projek jelapang padi yang dilaksanakan di daerah Kota Belud Sabah tidak mencapai sasaran yang berpunca daripada masalah yang berkenaan. Adakah jelapang padi Kota Belud Sabah ini diberikan peruntukan seperti dalam peruntukan belanjawan? Justeru dengan komitmen kerajaan menerusi Bajet 2010 ini diharapkan ia membawa sinar baru kepada petani khususnya pesawah yang tentunya memberi kami harapan agar sebahagian daripada 180,000 petani yang disebutkan datang dari Sabah dan sebagainya akan mendapat nikmat daripada peruntukan RM137 juta. Fokus yang kedua ialah pendidikan menjadi keutamaan. Dalam bidang pendidikan saya tertarik dengan beberapa pendekatan menarik kerajaan memperkasa bidang ini. Pimpinan tertinggi meletakkan aspek ini sebagai keutamaan dan sememangnya ia harus diangkat sedemikian kerana ia prasyarat bagi membina sebuah tamadun bangsa dan meningkat martabat umat. Kementerian Pelajaran yang kini diterajui oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menggalas tugas yang tidak terbatas. Usaha meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan menjadi keutamaan selaras dengan matlamat untuk membangunkan modal insan yang berkualiti tinggi. Untuk tujuan ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM30 bilion kepada pendidikan rendah dan menengah yang bakal memberi manfaat kepada 5.5 juta pelajar di seluruh negara. Sebagaimana yang disebut dalam Bajet 2010 peruntukan tersebut merangkumi pelbagai aspek termasuk sejumlah RM1.6 bilion bagi pembinaan 80 buah sekolah baru, 1,100 buah blok tambahan dan 347 projek gantian sekolah. Peruntukan ini adalah untuk pembinaan sekolah kebangsaan, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dan sekolah mubaligh (mission school) dengan izin. Di samping itu sebanyak RM1.1 bilion disediakan untuk mengubahsuai dan menaik taraf termasuk sekolah di seluruh negara, Sabah dan Sarawak. Untuk itu saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini agar dapat kiranya menjenguk keperluan sekolah-sekolah kami di seluruh negara Sabah yang sangat berkurangan terutama sekali saya ambil contoh di Sipitang. Taburan penduduknya berselerakan penuh kepayahan dan di sesetengah tempat anak-anak kecil di sekolah terpaksa berjalan kaki menuruni bukit dan juga mengharungi sungai. Satu peristiwa yang sungguh menyayat hati terjadi di kawasan saya Sipitang pada tahun lalu. Seorang pelajar perempuan mati lemas setelah pacuan empat roda yang ditumpanginya dihanyutkan oleh air deras ketika meredah menyeberangi sungai. Mayatnya masih dalam keadaan sempurna, berpakaian sekolah ditemui di beberapa hari kemudian, tersangkut pada akar kayu di dasar sungai yang deras.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Ketika mayatnya diangkat keluarga, saudara mara dan teman-teman sekolahnya meratapi pemergiannya. Mungkin tragedi ini tidak mendapat liputan meluas media perdana. Justeru tidak ramai orang yang mengetahuinya. Akan tetapi itu sebenarnya adalah realiti kepayahan kami di bumi Sabah. Ia gambaran betapa susahnya rakyat mendapat ilmu, terpaksa bergadai nyawa mengharungi perjalanan penuh cabaran untuk datang ke sekolah. Tragedi yang menimpa si gadis ini cuma sebahagian contoh kepayahan sebahagian warga kami yang jauh. Justeru pada kesempatan ini saya memohon serendah hati setulus niat agar dapat kiranya pihak kementerian menimbangkan untuk mendirikan sebuah sekolah menengah rendah berasrama di sebuah lokasi di sekitar kawasan perbukitan antara Long Pasia, Meligan dan Mendolong dalam daerah Sipitang yang saya wakili di mana di Long Pasia dan pekan Sipitang terpaksa menaiki kenderaan dengan jalan penuh gravel dan tanah merah, sejauh empat hingga empat setengah jam lamanya. Kawasan ini sebenarnya memerlukan sebuah sekolah menengah rendah bagi menampung keperluan anak-anak dari pelbagai kampung yang penduduknya lebih daripada 3,000. Sekolah menengah rendah terdekat ialah Padang Berempah dan Pekan Sipitang yang perjalanannya mengambil masa sekitar empat setengah jam. Kawasan Long Pasia merupakan perkampungan paling terpencil di kawasan saya. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran di pertengahan tahun ini yang telah merasai bagaimana penderitaan dan kesengsaraan untuk datang ke kawasan ini dan beliau telah melawat kawasan Long Pasia. Menyelami lebih daripada jauh, iltizam Bajet 2010 ini, saya sebagai bekas guru secara peribadi rasa tersanjung dengan pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan kepada warga pendidik khususnya Pengetua dan Guru Besar.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Penghargaan sungguh bermakna bagi sekolah yang menunjukkan prestasi yang cemerlang, di mana kerajaan bersetuju memperkenalkan ‘New Deal’ ataupun bai’ah baru bagi menghargai jasa dan prestasi para Pengetua dan Guru Besar. Juga disebut bahawa kerajaan akan menentukan sasaran prestasi yang perlu dicapai oleh Pengetua dan Guru Besar dan sekiranya sasaran tersebut dicapai, ganjaran berbentuk insentif kewangan dan bukan kewangan serta autonomi dalam mentadbir sekolah akan diberikan. Semua ini pasti menjadi pembakar semangat kepada para guru untuk lebih dedikasi dan komited mendidik anak-anak bangsa kita. Tentunya semua ini dilakukan atas prinsip kebertanggungjawaban demi melahirkan generasi hari muka yang berkualiti dan cemerlang. Satu lagi aspek menarik dalam bajet ini ialah tawaran pakej net book termasuk perkhidmatan broadband percuma kepada pelajar universiti sementara kita menyokong penuh usaha dan pendekatan ini. Kita juga mahu pihak kementerian melihat keperluan dan kemudahan berkaitan ICT di sekolah-sekolah di luar bandar khususnya termasuklah di negeri Sabah dan Sarawak. Saya terpanggil mengutarakan ini kerana kita telah lama dibelenggu dengan masalah projek makmal komputer yang terbengkalai di Sabah. Sebagaimana diketahui umum makmal komputer adalah kemudahan utama di sekolah-sekolah yang mendapat akses dunia internet. Akan tetapi sedihnya dilaporkan bahawa terdapat kira-kira 150 makmal komputer yang terbengkalai di negeri Sabah termasuk sebahagiannya adalah di kawasan Parlimen saya di Sipitang. Kita berharap agar Kementerian Pelajaran mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan untuk mengenal pasti punca dan seterusnya mengambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan ini. Ia tidak boleh dibiarkan berterusan kerana boleh menjejaskan kualiti pendidikan untuk jangka masa yang panjang. Dalam bidang ketiga ialah saya fokuskan kepada pembinaan ibu pejabat polis IPD. Tuan Yang di-Pertua, setahun yang lalu saya telah pun menyuarakan rasa sedih dan pilu serta terharu dan sedikit malu tentang kedaifan Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang yang terpaksa menumpang di flat berek kuarters kakitangannya sedangkan Sipitang merupakan pintu masuk terpenting di negara kita melalui Sarawak, Kalimantan dan juga Brunei. Terletak di lokasi sempadan berdekatan dengan Sarawak, Brunei dan Kalimantan, IPD Sipitang kelihatan tidak sepadan dengan imej sebagai bandar sahabat sempadan seperti Bukit Kayu Hitam di utara tanah air. Semestinya memberi keyakinan kepada setiap orang supaya tenang dan senang hati tatkala mereka datang bertandang dengan rangkaian lebuh raya menghubungi Beaufort, Kota Kinabalu dan Pantai Barat dan Tenom sehingga ke Keningau pedalaman, Sipitang menjadi sebagai bandar sahabat yang bukan sahaja kelihatan selamat, tetapi seharusnya sentiasa dalam keadaan yang makmur dan selamat.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Kawasan tapak bagi pembinaan bangunan IPD Sipitang yang dicadangkan itu sudah tersedia dan jika ada kelulusan kerja boleh dibuat bila-bila masa. Justeru satu langkah drastik diharap dapat diambil oleh Kementerian Dalam Negeri bagi melihat keperluan ini dari sudut yang lebih luas dan perspektif yang menyeluruh. Selaras dengan prinsip bidang keberhasilan utama NKRA menyediakan jaminan keselamatan kepada masyarakat. Menerusi Bajet 2010 kerajaan telah pun meletakkan sasaran untuk mengurangkan indeks jenayah ke tahap yang paling minimum sebanyak 5 peratus. Pembinaan bangunan baru IPD Sipitang diharap tidak lagi terlepas pandang apatah lagi jika kita melihat angka peruntukan yang begitu besar disediakan bagi tujuan pencegahan jenayah dan jaminan keselamatan dalam bajet ini. Begitu pun, penghargaan harus disuarakan dan disampaikan kepada kerajaan atas keprihatinan dan tindakan menaikkan taraf Ketua Polis Daerah Sipitang, OCPD Sipitang daripada Assistant Superintendent yang sebelum ini kepada Deputy Superintendent ataupun DSP selepas saya bangkitkan dalam ucapan belanjawan pada tahun lalu. Rasionalnya jawatan dan pangkat polis sudah dinaikkan, maka wajar kini bangunan dan pejabat pula dinaiktarafkan. Seterusnya saya fokus kepada pelancongan secara ringkas. Sepintas lalu ingin saya memuji usaha kerajaan untuk membangunkan, merancakkan industri pelancongan peruntukan disediakan, pendekatan yang dilaksanakan tentu sahaja mampu untuk menjadikan bidang ini sebagai penjana pertumbuhan ekonomi. Dari dasar laut membiru, hutan menghijau, gunung-gunung memukau dan sungai-sungai jernih, berair kristal sehingga kepada semut-semut, unggas dan mawas, semuanya menjadi khazanah yang amat berharga. Tidak syak lagi potensi industri ini sangat tinggi daripada ekopelancongan dan agro pelancongan hingga kepada pelancongan dan pelancongan kesihatan. Jika perancangan menepati harapan, jika unjuran memenuhi sasaran, negara akan memperoleh pendapatan tinggi dari industri ini. Lihat sahaja perangkaan tersebut menunjukkan sehingga Ogos tahun ini jumlah kemasukan pelancong asing meningkat 4.4 peratus kepada 15 juta berbanding 14 juta dalam tahun 2008. Salah satu strategi kerajaan memajukan bidang ini ialah dengan meningkatkan kualiti infrastruktur pelancongan. Apabila menyebut hal ini tentu sahaja berkait rapat dengan prasarana seperti kemudahan pengangkutan udara dan darat. Mewakili sahabat-sahabat daripada negeri di bawah bayu, saya agak terkilan dan tertanya-tanya dengan kelewatan penyiapan fasa kedua projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu atau KKIA merupakan lapangan tebang kedua terbesar selepas Lapangan Tebang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA. Sudah pun lama terlewat daripada jadual penyiapan asal sedangkan ia merupakan pintu masuk utama pelancong asing ke negeri Sabah. Sehingga kini kerja-kerja pembinaan fasa kedua pengubahsuaian terminal lama begitu perlahan sedangkan fasa pertama melibatkan pembinaan terminal utama begitu cepat disiapkan. Pada hari Isnin lepas ketika mengambil penerbangan daripada Kota Kinabalu untuk ke mari ke Kuala Lumpur, saya sempat meninjau dari tingkap bangunan dan ternyata ia masih tidak banyak berubah berbanding dengan bulan-bulan yang lepas. Jika ini keadaannya, kita khuatir ia boleh menjejaskan kemajuan industri pelancongan negeri dalam jangka masa panjang malahan ia mungkin membawa kesan kepada usaha menjadikan KKIA sebagai hab penerbangan serantau sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pengangkutan. Kepada kementerian berkenaan, tengok-tengoklah dan tinjaulah apa sebenarnya yang menyebabkan kerja penyiapan projek KKIA ini terlajak jauh daripada jadual dan sasaran. Tuan Yang di-Pertua, sebagai penggulungan tiga strategi utama bajet ini iaitu untuk memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan serta mengutamakan kesejahteraan rakyat menggambarkan iltizam tinggi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menakhodakan zaman dan berusaha menunaikan janji dan memenuhi harapan rakyat. Huraiannya mengenai pelbagai program kegiatan rakyat menunjukkan betapa kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya dan tentunya dilakukan dengan mengambil kira hakikat bahawa pilihan raya sudah berlalu dan kini tiba masanya kita bagi kerajaan mengagihkan apa yang dijanjikan sebelum rakyat tampil menagih. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2010, yang berjumlah RM191.5 bilion ini menelusuri keperluan dan meresapi denyut nadi rakyat. Sememangnya ia suatu persembahan tulus dan ikhlas daripada kerajaan yang berjiwa rakyat.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Secara umumnya saya menyimpulkan bahawa bajet tersebut merupakan suatu belanjawan terbaik mengambil kira kepentingan semua peringkat masyarakat baik di bandar mahupun di desa. Saya akhiri dengan sebuah rangkap pantun; Masuk hutan pakai sepatu, Takut kena gigitan pacat, Kalau kita selalu bersatu, Semua kerja mudah muafakat. Sekian, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Ampang.

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua telah memberikan saya peluang untuk bersama membahaskan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23 Oktober yang lalu. Belanjawan ataupun Bajet 2010 kali ini telah dibentangkan penuh semangat dengan cita-cita serta janji daripada pihak kerajaan yang ingin menjurus kepada mengarahkan negara menuju ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan serta mengutamakan kesejahteraan rakyat. Sebagai antara kelompok kecil golongan wanita yang menjadi Ahli Dewan Rakyat ini saya merasakan wujud satu desakan yang kuat untuk mengupas, mengulas, mengkritik dan menyaran tentang isu-isu yang berbangkit dengan berpaksikan kepentingan dasar untuk mengangkat martabat serta kebajikan wanita secara amnya.

Ini kerana aneka ragam masalah yang melilit golongan wanita selama ini bukanlah sebagai takdir Ilahi Tuan Yang di-Pertua tetapi sebagai akibat daripada proses sosial yang tempang kerana tindakan manusia. Oleh itu, mahu ataupun tidak serangkaian perubahan struktur daripada yang tempang kepada yang berkesetaraan perlu dimulai dari lingkup terkecil iaitu institusi kekeluargaan hinggalah ke praktik kenegaraan. Mengikut Teori Equilibrium, telah dibangunkan untuk melihat keperluan kebersamaan untuk saling melengkapi agar kelebihan dan kelemahan setiap pihak boleh diharmonikan dalam usaha pembangunan negara madani. Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara yang saya sebutkan di atas sengaja saya jadikan mukadimah untuk difahamkan kepada teman-teman di dalam Dewan yang mulia ini terutamanya golongan lelaki yang ramai agar sekurang-kurangnya dapat faham bahawa lelaki dan wanita memang diciptakan berbeza tetapi tidak untuk dibeza- bezakan. Ini adalah asas yang penting untuk memahami isu-isu gender yang menjadi topik perjuangan golongan wanita dalam masyarakat kita yang perlu dijalankan secara konsisten dan berterusan. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang perbahasan bajet di dalam Dewan ini, saya banyak mendengar hujah-hujah yang menyentuh perkara-perkara pembelaan untuk bangsa-bangsa tertentu. Wakil Rakyat UMNO menceritakan tentang hak orang Melayu, MCA menceritakan tentang hak orang Cina, MIC menceritakan tentang hak orang India. Akan tetapi jelas wakil rakyat Barisan Nasional dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kerajaan BN meminggirkan keperluan se-komponen yang lebih besar iaitu golongan perempuan di Malaysia. Peranan dan keupayaan orang perempuan dalam pembangunan negara haruslah dimanfaatkan dengan satu pendirian yang lebih tegas dan matang. Sudah tiba masanya Kerajaan Malaysia mengambil serius di atas perkara ini memandangkan prestasi wanita Malaysia yang dilaporkan dalam Global Gender Gap Index oleh World Economic Forum tidak langsung memberi satu gambaran bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang membangun. Menurut laporan tersebut, kedudukan keseluruhan Malaysia melorot jatuh dari tempat ke-92 pada tahun 2006, ke tempat 96 pada tahun 2007, ke tempat 99 pada tahun 2008 dan terus tersungkur 101 pada tahun 2009 dari 134 negara. Ini ada empat aspek utama yang dinilai iaitu peluang dan penglibatan ekonomi, kita terletak di tangga 104. Dari segi pencapaian dan pembelajaran, di tangga 77. Dari segi health dan survivor, kita di tangga 103, pembudayaan politik di tangga 113. Kedudukan Malaysia jauh terpelanting di bawah negara-negara Afrika dan benua India. Filipina pada keseluruhannya duduk di tangga ke-9 Tuan Yang di-Pertua.

Satu lagi perkara yang terang dan nyata di sini ialah usaha-usaha Kerajaan BN adalah retorik semata-mata dan saya terkilan dan malu bagi pihak warga perempuan di Malaysia kerana pada tahun 2006 juga kerajaan BN melancarkan Jawatankuasa Kabinet Gender Inequality and Non Discrimination. Dari laporan ini jelas bahawa tidak ada kesungguhan langsung dan membuktikan sikap Kerajaan BN hanya pandai bermain kata. Inilah tabiat Kerajaan BN, 1Malaysia cakap tidak serupa bikin. Tidak ada pelaksanaan yang jelas dan pemantauan yang serius, wanita Malaysia jauh ketinggalan. Apa yang ketara dari bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah perhatian kepada seorang perempuan sahaja dengan peruntukan RM100 juta kepada Program PERMATA Negara. Saya tidak mahu 1Malaysia...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Ampang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Minta maaf, saya tidak bagi jalan.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Akan tetapi ini penting sebab sama-sama wanita Yang Berhormat.

Saya tidak mahu slogan 1Malaysia menjadikan ‘1Malaysia, 1Perempuan didahulukan, RM100 juta diutamakan’. Ini yang kita tidak mahu... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Mana boleh takut macam itu Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, maka saya seru...

Yang Berhormat, kalau...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah pinggirkan wanita Yang Berhormat!

Saya seru di Dewan yang mulia ini...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah pinggirkan wanita!

Kalau sudah buat tuduhan, bagilah, kata tadi meminggirkan orang perempuan.

Tidak payah, Yang Berhormat Sri Gading, tidak payah kerana saya memang tidak kasi wakil...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat kena dengar juga, sekarang KSU pun wanita Yang Berhormat.

Yang Berhormat ini cakap tidak serupa bikin.

Cakap tidak serupa bikin!

Ubahlah tabiat tidak bertanggungjawab Kerajaan BN demi masa depan rakyat Malaysia.

Inilah Yang Berhormat cakap...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tidak boleh macam itu, apa yang telah diberi oleh Kerajaan Barisan Nasional, Yang Berhormat tidak pernah berterima kasih pun!

Yang Berhormat pun tidak beri peluang kepada perempuan. So macam mana?

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tidak boleh macam itu Yang Berhormat... [Dewan riuh]

Inilah yang dinamakan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Parit Sulung, duduklah Yang Berhormat.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

...Sebanyak 14 peratus Yang Berhormat.

Tidak mahu cakap sekarang. Dulu jadi Menteri kenapa tidak buat? Duduk, duduk, duduk! Waktu jadi Menteri tak nak buat apa-apa, sekarang sudah jadi backbenchers baru hendak cakap...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat tidak boleh buat accusation macam itu Yang Berhormat. Dasar Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan wanita!.. [Dewan riuh]

Duduk, duduk. Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, teruskan Yang Berhormat.

Jawatankuasa Kabinet Kesetaraan dan Kesaksamaan Gender haruslah lebih berdaya dalam mengangkat agenda dasar wanita Malaysia. Segala wawasan dan matlamat wanita negara haruslah diterap di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan dan terus menjadikannya salah satu KPI dilengkapi dengan pelan tindakan, mekanisme pelaksanaan dan sistem pemantauan yang rapi. Prestasi dinilai dari tahun ke tahun dan tidak bersikap ad hoc dan reaktif. Tuan Yang di-Pertua, sekitar awal tahun 2000, ada unsur pengarusutamakan gender dan budget cross cutting pada lima kementerian iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan juga Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 1Malaysia hangat-hangat tahi ayam, buat program tidak ada satu pelaksanaan pun. Amat mengecewakan, sepatutnya ketika ini kita sudah sampai ke tahap meneliti hasilnya dan teruskan agenda wanita negara...

Yang Berhormat Ampang.

...Di kementerian-kementerian yang lain dan membincangkan bagaimana penyertaan sekurang-kurangnya 30 peratus itu boleh dimanfaatkan oleh wanita Malaysia.

Boleh bagi saya peluang?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Saya tidak mahu bagi jalan kepada Wakil Rakyat Barisan Nasional terutamanya orang lelaki kerana mereka ini tidak prihatin tentang keperluan orang perempuan.

Astaghfirullah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sri Gading duduklah. Tidak apalah, biarlah dia berucap.

Lailahaillallah, bagilah peluang.

Ketika harga minyak hendak dinaikkan mereka menyokong sedangkan ibu-ibu di kawasan mereka sedih, menderita untuk membeli barang dengan harga yang mahal. Tuan Yang di-Pertua, program meningkatkan mutu hidup, taraf kesedaran sosial, ekonomi dan politik, program pembudayaan wanita patut sudah dilaksanakan dan membuahkan hasilnya. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat haruslah lebih berdaya untuk mengangkat dasar wanita negara dan tidak hanya bersifat menumpang seperti melukut di tepi gantang. Tuan Yang di-Pertua, atas dasar ini saya mencadangkan sudah tiba masanya satu kementerian yang khusus mengurus tadbir hal ehwal pembudayaan wanita sangat patut diwujudkan. Kementerian ini bertanggungjawab memberi tumpuan melaksanakan dasar wanita negara untuk memartabatkan wanita Malaysia.

Selagi ini tidak direalisasikan, draf tindakan bertimbun-timbun dari tahun ke tahun, Menteri bertukar ganti, Menteri di kitar semula, Menteri pintu belakang, tahap daya saing wanita Malaysia akan terus melorot di persada dunia. Satu Bengkel Pelan Tindakan telah diadakan pada Oktober 2008. Hasilnya satu draf pelan tindakan bersepadu telah disediakan dan boleh diguna pakai sebagai panduan pelaksanaan ke arah pembudayaan wanita Malaysia. Saya harap draf tersebut dapat diguna pakai dan tidak dibazirkan seperti lazimnya. Sifat terkutuk semula jadi 1Malaysia yang suka membazir harus ditegur Tuan Yang di-Pertua kerana Allah Taala berfirman maksudnya, pembaziran itu adalah saudara syaitan. Peruntukan RM1.1 bilion tidak langsung membantu malah mempamerkan kelemahan tahap kepekaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam menilai peranan wanita Malaysia dalam pembangunan negara. Pecahan RM1.1 bilion, 11 peratus sahaja untuk pembangunan dan 89 peratus digunakan untuk pengurusan. Dari bajet RM1 bilion, 75 peratus digunakan untuk program one-off, program one-off ini sudah jelas tidak ada hala tuju dan tidak mempunyai matlamat panjang melainkan untuk membeli undi. Malah dalam ucapan bajet, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri amat bangga memperkatakan lebih RM600 juta untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat digunakan untuk program kesejahteraan rakyat iaitu memberi sumbangan kepada golongan yang perlu. Sepatutnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak harus berbangga, kalau bajet untuk memacu ekonomi berpendapatan tinggi maka nisbah pengagihan peruntukan haruslah berat kepada bajet pembangunan sebagai usaha untuk membangunkan ekonomi orang miskin. Dari tahun ke tahun, sepatutnya nisbah peruntukan pembangunan mengatasi peruntukan pengurusan sebagai bukti kejayaan program-program ekonomi yang dilaksanakan dari tahun ke tahun. Peruntukan 2010 ditambah dari RM933 juta kepada RM1.1 bilion, tambahan 12 peratus. Akan tetapi nisbah untuk pembangunan jatuh dari 16 peratus ke 11 peratus.

Berdasarkan kepada fakta-fakta yang disebut tadi jelas dengan wujudnya satu kementerian yang baru iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat banyak kelemahan yang ada insya-Allah akan dapat di atasi. Seperti satu contoh saya hendak beri di sini Tuan Yang di-Pertua, permasalahan wanita kaum Penan, kementerian yang ada sekarang terbukti tidak bermaya langsung. Surat yang mudah pun tidak mahu terjawab apabila ditanyakan perihal Laporan Jawatankuasa Bertindak mengenai kes penderaan seksual wanita Penan, sepuluh bulan menanti dan setelah wanita Keadilan menziarahi pejabat Menteri barulah mengaku bahawa laporan tersebut boleh didapati dari Jabatan Pembangunan Wanita. Melalui usaha wanita Keadilan laporan itu disebarkan kepada media dan umum. Kenapa Menteri berdolak- dalik? Inilah misteri Bollywood 1Malaysia. Sehingga sekarang Menteri masih tidak berdaya untuk merancang tindakan selanjutnya untuk membantu mangsa dan membawa penjenayah ke muka pengadilan. Terima kasih kepada Kerajaan Pulau Pinang dan Kerajaan Selangor yang telah menghulurkan bantuan sebanyak RM30,000 dan RM50,000 untuk membantu mangsa- mangsa ini dan kaum wanita Penan. Lagi amat menghancurkan Tuan Yang di-Pertua, apabila kerajaan Sarawak mengambil sikap denial, tidak mengaku. Ramai wakil rakyat di sini sudah sebutkan juga masih tidak mengaku juga lagi, Ketua Menteri Sarawak. Beliau juga adalah Timbalan Ketua Menteri dan juga Pengerusi Hal Ehwal Penan tidak langsung peduli dan terus bersikap arrogant. Wakil Rakyat Sarawak sepatutnya bersuara dalam kes penganiayaan ini. Terkini Yang Berhormat Menteri Pembangunan Tanah, Dato’ Seri Dr James Jemut Masing mengesyorkan...

Sarawak, Sarawak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Kapit bangun Yang Berhormat.

...Untuk soal siasat Menteri wanita. Lucu sekali...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Apakah susah sangat untuk ketiga-tiga agensi ini untuk duduk berbincang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Ampang tidak bagi jalan Yang Berhormat.

...Mengenai permasalahan tersebut dan mengambil langkah agar jenayah tertangkap dan mangsa tidak terus teraniaya. Inilah sikap pass the bark 1Malaysia. Satu lagi contoh Tuan Yang di-Pertua, OSCC iaitu One-Stop Crisis Centre. Kajian setakat ini menunjukkan bahawa kes-kes keganasan terhadap wanita yang dilaporkan kepada hospital-hospital yang mengoperasikan OSCC telah meningkat. Hospital-hospital yang benar-benar mengoperasikan OSCC ialah enam hospital di Selangor dan satu di Pulau Pinang. OSCC telah lama diperkenalkan sejak tahun 1986, tetapi tidak mendapat sambutan kerana rata-rata rakyat tidak arif tentang perkhidmatan dan kewujudannya. Di samping itu perkhidmatan kepakarannya, professionalism yang perlukan dalam menangani kes-kes penderaan, keganasan fizikal dan seksual rogol dan sebagainya masih jauh dari yang diharapkan. Peningkatan kes-kes berkenaan yang dilaporkan di Selangor telah meningkat kerana rakyat di Selangor telah mengetahui dengan lebih dekat kerana Kerajaan Negeri Selangor telah membuat satu - menjadikannya satu daripada program merakyatkan ekonomi Selangor. Jadi, dengan ini ramai lagi rakyat negeri Selangor faham ketua- ketua komuniti berupaya menjadi agen perubahan dalam proses menangani krisis keganasan dalam masyarakat dengan lebih berkesan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang kes beberapa perkara yang saya ingin tujukan kepada kementerian. Apakah kelembapan perkhidmatan OSCC berjumlah lebih 100 pusat di seluruh negara dan kurang pengetahuan mengenai oleh rakyat Malaysia sedang perbaiki? Apakah usaha-usaha Kementerian Kesihatan dalam terus meningkatkan kepakaran dan perkhidmatan dalam menangani kes-kes keganasan yang dibawa ke OSCC? Berapakah bajet yang diperuntukkan untuk menyebar luaskan pengetahuan mengenai OSCC di kalangan rakyat Malaysia khususnya di negeri Selangor? Berapakah pula bajet khususnya kepada negeri Selangor juga yang diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan OSCC di dalam berterusan membina pasukan pakar dan pengurusan yang profesional. Sikap memilih, satu lagi perkara yang saya ingin sentuh di sini Tuan Yang di-Pertua. Sikap memilih kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terhadap wanita di Malaysia. Semenjak Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor, Jabatan Pembangunan Wanita yang di bawah pengendalian kementerian telah tidak memberikan kerjasama sewajarnya kepada Kerajaan Negeri Selangor. Khususnya terhadap portfolio Kerajaan Negeri Selangor Hal Ehwal Wanita tidak diketahui apakah kegiatan program dan usaha JPW untuk kepentingan wanita Selangor khususnya dan wanita Malaysia amnya. Bahkan tidak pelik jika perkara yang serupa berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain. Tidak ada musyawarah, perkongsian maklumat dan perbincangan bersama untuk meningkatkan pembangunan menyeluruh wanita di Selangor. Sikap dan perbuatan kementerian yang diketuai oleh Yang Berhormat Senator Menteri sangat bercanggah dengan sikap dan nilai yang dilaung-laungkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri inclusivity. Ini memang tidak dilakukan oleh Kementerian Wanita. Ini sekadar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melelong-lelong konsep 1Malaysia. Inilah ‘1Malaysia kena lelong’. Di samping itu Majlis Pembangunan Wanita negeri Selangor pula telah dimansuhkan sebaik sahaja kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor. Ia juga merupakan mekanisme kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam memelihara kepentingan wanita-wanita di peringkat negeri. Sekali lagi menunjukkan kegagalan kementerian, Senator, Menteri mempraktikkan laungan lantang inclusivity. Kementerian ahli Yang Berhormat Senator Menteri telah memilih kasih dalam memelihara kesejahteraan wanita di Malaysia. Perlu diingatkan bahawa Selangor mempunyai bilangan wanita teramai dan sebahagian besar mereka adalah pembayar cukai pendapatan. Amatlah tidak wajar, tidak adil, tidak objektif dan tidak profesional dalam rangka untuk membangun, memaju dan mengukuhkan kesejahteraan wanita di seluruh pelosok negara. Ahli Yang Berhormat Senator bersikap pilih kasih dalam situasi ini. Jadi apakah ini dasar 1Malaysia, Menteri pintu belakang? Berapakah peruntukan kepada Majlis Pembangunan Wanita Negeri di peringkat negeri Selangor? Begitu juga berapakah peruntukan terhadap yang serupa di peringkat negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan? Apakah aktiviti program-program yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan? Kita pun tidak tahu.

Apakah rancangan dan peruntukan dalam pembinaan infrastruktur dan penyediaan rumah-rumah peninggalan wanita, warga emas, OKU dan kanak-kanak di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak? Masih lagi menjadi tanda soal. Di sini saya juga mengambil peluang untuk menyentuh tentang isu dalam kawasan saya. Isu pelarian Myanmar. Isu pelarian rakyat Myanmar ke negara ini sudah mula menjadi isu yang besar. Ampang sendiri merupakan atau antara kawasan yang wujudnya koloni dan merupakan kawasan penempatan tidak rasmi bagi golongan pelarian ini. Saya telah beberapa kali menganjurkan pertemuan bersama ketua-ketua masyarakat ini dalam usaha untuk memahami permasalahan mereka dan menyampaikan rasa prihatin serta menyampaikan pandangan mengenai kedudukan mereka. Kini telah tiba masanya satu garis panduan jelas diambil dan arahan berkaitan dikeluarkan. Sebagai negara yang tidak mengakui status pelarian ini, Malaysia seharusnya memikirkan cara yang terbaik untuk menangani isu ini sebelum menjadi barah yang membebankan. Kita hairan bagaimana golongan ini dibenarkan masuk dan tinggal di Malaysia. Mereka diberikan taraf pelarian oleh United Nations, namun tidak dibenarkan bekerja dan anak-anak mereka tidak boleh didaftarkan ke sekolah. Jika tidak ada langkah pengawalan dan penempatan yang sesuai, bagaimanakah mereka ini dapat meneruskan kelangsungan hidup. Perlu diingatkan bahawa mereka ini beragama Islam kebanyakannya. Tanpa garis panduan yang jelas, besar kemungkinan anak-anak yang tidak dibenarkan ke sekolah ini akan menimbulkan masalah sosial dan mereka yang tidak dibenarkan bekerja akan terdedah kepada pelbagai kemungkinan untuk meneruskan survival. Kini adalah masa yang paling sesuai untuk pihak kerajaan membuat keputusan dan mengambil tindakan. Tindakan segera perlu diambil bagi memutuskan status mereka sama ada ingin diberi perlindungan atau dihantar pulang. Untuk kedua-dua tujuan ini pula, golongan ini ditempatkan secara berkelompok dan dalam kawalan. Bagi menjaga kebajikan mereka serta menjamin keselamatan rakyat Malaysia sendiri. Kita tidak mahu mereka kemudiannya dieksploitasi seperti yang berlaku kepada kebanjiran warga Filipina di negeri Sabah. Jadi akhir sekali untuk menggulung Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengakhiri perbahasan saya pada ruang yang diberikan kali ini dengan menyimpulkan sebuah isu dasar yang menjadi fokus sebentar tadi. Kesemua ini mendorong kepada keperluan serius tentang peranan wanita yang seharusnya diberi tempat yang penting bagi memastikan kebajikan wanita terbela. Seterusnya tentang Menteri Pembangunan Wanita untuk memainkan peranan yang lebih meluas bagi memastikan bukan sahaja Kementerian Wanita malahan kesemua kementerian yang melaksanakan polisi-polisi dan dasar yang mesra wanita. Kesemua perkara di atas perlu mempunyai tindakan yang jelas yang perlu diukur dan dipantau keberkesanannya dan pelaksanaannya. Besar harapan saya agar input yang disebutkan tadi dapat memberi manfaat kepada negara yang kita cintai. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menambah di sini dan ingin menegaskan bahawa sudah tiba masanya satu ‘Kementerian Pembudayaan Wanita’ diwujudkan untuk memberi tumpuan ke atas pembangunan wanita Malaysia untuk mengangkat dan melaksanakan agenda wanita negara.

Memandangkan Menteri yang ada sekarang hanya mampu menerajui program sumbangan hamper kepada OKU, warga emas dan ibu tunggal dan seangkatan dengannya. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih dan saya harap semoga Bajet 1Malaysia Kemakmuran Bersama tidak menjadi Bajet 1Malaysia Komisen Bersama. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Rembau.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim dan assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberikan saya mengambil bahagian dalam perbahasan untuk Belanjawan 2010. Saya ingin mengehadkan perbahasan saya kepada beberapa perkara yang penting yang saya pohon penjelasan daripada pihak kementerian dan juga daripada pihak kerajaan akan hujah-hujah yang akan saya ketengahkan pada petang ini.

Yang pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh tentang dasar cukai ataupun Dasar Percukaian Negara di mana pada Belanjawan 2010 ini, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri telah menyatakan bahawa kajian menyeluruh tentang GST sedang dibuat untuk kita buat keputusan. Kerajaan dan juga Parlimen bakal buat keputusan sama ada GST ini perlu diperkenalkan ataupun tidak. Di sini saya ingin bangkitkan soal teori dan juga soal prinsip mengenai GST ini di mana saya memahami bahawa GST ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk meminda Dasar Percukaian ataupun Taxation Policy, dengan izin, kerajaan untuk memastikan bahawa base yang mana pendapatan government revenue itu dapat dikutip ataupun dapat dipungut, diperluaskan lagi. Ini adalah satu langkah yang saya rasa kalau kita ikut pemikiran liberal ekonomi, ia adalah satu langkah yang tepat di mana kita kurangkan direct taxation ataupun percukaian secara langsung dan kita meningkatkan percukaian secara tidak langsung di mana apabila ada perbelanjaan, kita cukai di peringkat perbelanjaan tersebut. Akan tetapi untuk kita bawa satu perimbangan dari segi teori dan praktiknya, saya ingin mencadangkan agar kajian ini perlu menyeluruh kerana di sini keutamaannya bukan hanya dari sudut pendapatan kerajaan ataupun government revenue tetapi juga dari segi beban rakyat. Kalau kita lihat dari segi GSTnya tanpa kita melihat kepada model-model yang diguna pakai di seluruh dunia, GST sebenarnya dalam satu bentuk adalah satu percukaian yang regresif, bukannya percukaian yang progresif. Maksudnya, apabila kita ada percukaian yang regresif, mereka yang ada di pendapatan yang rendah adalah mereka yang diberi kesan yang paling besar sekali dari segi percukaian dan bukannya mereka yang duduk di tangga ataupun pendapatan yang tinggi. Saya hendak bagi contoh, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita ambil contoh bahawa cuma 10 peratus sahaja daripada rakyat Malaysia buat waktu ini membayar cukai manakala bagi mereka yang tidak membayar cukai pula berdasarkan kepada kajian Household Income Survey, Perbelanjaan Isi Rumah 2005 oleh Jabatan Perangkaan Negara, perbelanjaan bagi makanan dan minuman bukan alkohol yang meliputi keperluan seperti beras, gula, ayam dan sebagainya bagi seluruh rakyat Malaysia secara puratanya adalah dalam lingkungan 31 peratus. Jadi bagi 90 peratus yang tidak membayar cukai ini, mereka tidak dikenakan cukai yang tinggi melainkan sales tax dengan apa yang menjadi bahan-bahan ataupun barang-barang keperluan mereka. Namun begitu, apabila GST diperkenalkan, maka impaknya adalah sangat tinggi bagi mereka, bagi 90 peratus ini yang pada hari ini tidak membayar cukai secara langsung dari segi income tax. Kalau kita melihat dari segi kadar food exposure rate yang perlu dibayar oleh golongan tersebut, maka ia akan meningkat apabila pendapatan penduduk ini berkurangan. Sebagai contoh, kadar pecahan perbelanjaan bagi makanan dan minuman bagi golongan yang berpendapatan antara RM1,000 hingga RM2,000, kadarnya adalah 25 peratus manakala bagi yang berpendapatan kurang daripada RM500 pula, kadarnya setinggi 38.8 peratus. Maksudnya, buat mereka yang berpendapatan rendah, exposure mereka kepada perbelanjaan untuk bahan-bahan perlu ini yang barangkali bakal dikenakan GST ini adalah tinggi dibandingkan dengan mereka yang berpendapatan tinggi. Kalau kita membandingkan pula golongan pembayar cukai dengan purata perbelanjaan makanan dan minuman yang rendah dengan puratanya pada kadar 34 peratus sahaja. Maksudnya, yang berpendapatan tinggi ini, exposure mereka kepada perbelanjaan untuk makanan dan minuman kurang daripada mereka yang berpendapatan rendah. Kalau kita lihat dari segi amnya, daripada kajian yang saya buat, perbelanjaan untuk bahan-bahan ataupun barang-barang perlu ini, GST ini kebarangkaliannya membawa satu elemen regresif kepada taxation policy kita. Di samping itu juga kita harus mengambil maklum bahawa golongan di luar bandar secara puratanya membelanjakan hampir 30 peratus daripada pendapatan mereka untuk makanan dan minuman yang bakal dikenakan GST ini berbanding dengan kurang daripada 20 peratus, 18 peratus daripada mereka golongan bandar, yang duduk di bandar. Jadi melalui GST ini kita bimbang, saya bimbang akan menambahkan beban kepada golongan penduduk kampung dan desa di mana exposure mereka lain daripada mereka yang duduk di bandar. Pada hemat saya, GST ini lebih sesuai diguna pakai apabila kebanyakan rakyat sudah membayar cukai secara langsung, direct taxation income tax yakni secara puratanya pendapatan mampu membayar cukai. Sekiranya tidak, ini akan membawa kepada satu pemindahan beban kepada rakyat yang tidak membayar cukai seperti mana yang dicadangkan oleh GST seperti mana yang ada.

Di samping ini juga, kita kena mengambil maklum akan kesan GST kepada perusahaan kecil dan sederhana. Industri kecil dan sederhana. Persatuan Pengilang Malaysia telah mengeluarkan kenyataan memohon kajian semula akan pelaksanaan GST ini. Mereka juga merujuk kepada kes Hong Kong di mana 98 peratus dari ekonominya di dokong oleh SME yang telah membuat kajian dan membuat keputusan untuk tidak melaksanakan GST. Maksudnya di peringkat bawah bukan sahaja di peringkat bawah keluarga tetapi di peringkat bawah untuk usahawan kecil dan sederhana, GST ini akan memberi kesan ataupun beban yang agak ketara sekali. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Rembau. Kajian yang dibentangkan itu menunjukkan kononnya bahawa indirect taxation ataupun taxes dalam bentuk GST, Goods and Services Taxes membawa kesan kepada golongan berpendapatan rendah yang lebih teruk ataupun lebih membebankan. Dengan sebab itu dipanggil regresif atau kebelakangan. Itu apa yang berlaku dalam negeri-negeri lain sebelum ini Yang Berhormat buat kajian. Akan tetapi tidak bermakna apabila kerajaan melaksanakan satu GST di negara kita ini, tidak ada satu kaedah yang boleh kita memastikan bahawa golongan yang berpendapatan rendah ini tidak menanggung beban kerana istilahnya Goods and Services Taxes. Goods, dengan izin, it can be any goods. Not necessarily goods consumed buy the lower income group and also not necessarily services yang digunakan oleh kumpulan berpendapatan rendah. Mungkin inilah barang-barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh mereka yang berpendapatan tinggi. Yang itu yang akan dikenakan taxes yang sepatutnya.

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Salak yang begitu peka dan begitu mahir dalam pemikiran ekonomi. Saya akan cuba menghuraikan dan menjawab sedikit sebanyak kerisauan dan juga cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Terima kasih tadi. Sebab itu saya setuju sangat dengan pandangan Yang Berhormat Pasir Salak bahawa tidak semestinya apabila kerajaan hendak memperkenalkan GST ini, dia berbentuk amat regresif. Cuma saya bangkitkan dari segi kalau kita tidak mengambil maklum tentang elemen regresif GST ini, maka kita tidak akan senaraikan beberapa produk sama ada goods ataupun services yang bakal dikecualikan. Jadi di sini saya ingin bagi satu contoh bahawa menunjukkan GST ini dapat diadakan satu compensation di mana apabila Australia telah mengenalkan sistem cukai GST, mereka telah memperkenalkan satu pakej pampasan. Pakej pampasan ini dapat memberi satu compensation kepada golongan-golongan tertentu supaya mereka ini tidak merasakan beban daripada GST. Jadi ini antara sistem yang boleh kita kaji apabila dibuat. Saya bangkitkan contoh ini adalah untuk kita kaji sepenuh-penuhnya supaya GST ini tidak menjadi beban kepada rakyat. Di samping itu juga, seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi, kita boleh ada variable system dalam implementation of GST, dengan izin.

Di samping ini, hujah mengatakan bahawa kadar GST boleh diubah dan disesuaikan berdasarkan kepada jenis barangan tersebut. Sebagai contoh, kadar GST dibuat lebih tinggi bagi barangan mewah untuk golongan berpendapatan tinggi daripada kadar barangan lain. Namun secara teorinya, GST ini cuma efektif apabila kadar sama dikenakan pada setiap tahap rantaian penambahan nilai. Kalau tidak, ia susah untuk kita letak dalam supply chain di mana kita akan kenakan cukai itu untuk produk-produk tertentu dan sebagainya. Oleh sebab itu, inilah elemen regressiveness yang perlu kerajaan kaji sebelum GST ini diperkenalkan. Sehubungan dengan itu, saya menyokong kajian social impact study yang bakal dibuat oleh kerajaan berkenaan pelaksanaan GST ini. Saya juga berharap kerajaan mengkaji model-model dan pengajaran serta best practices.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Saya sudah dekat hendak habislah.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit sahaja. Just one question. Short question for you.

Next round lah sebab pakar ekonomi sudah berucap cukuplah. Seorang pakar ekonomi cukuplah.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Soalan pendek sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor. Tidak bagi jalan Yang Berhormat. Cukup Yang Berhormat.

One economic expert at one time... [Ketawa]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Rembau. Twenty two million.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh macam ini Yang Berhormat. Dia tidak bagi jalan, tidak bagi jalanlah.

Saya tahu dia hendak tanya pasal RM22 juta itu.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

RM22 juta itu boleh tolong beri komen sedikit?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Rembau teruskan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Itu lebih penting Yang Berhormat.

...140 negara telah melaksanakan GST. Jadi, banyak tempat yang boleh dikaji GST ini dan saya harap kajian ini dapat dibuat secara menyeluruh. Soal tadi itu, saya percaya Yang Berhormat Menteri akan jawab. Saya hendak pergi kepada masalah pemanasan global atau pun perubahan iklim. Dengan mengatakan bahawa sebenarnya kita perlu kepada satu kepimpinan daripada Malaysia menjelang Persidangan Copenhagen pada bulan hadapan di mana kita harus melihat diri kita sebagai kuasa besar alam sekitar, sebagai satu environmental super power. Kalau kita melihat Malaysia adalah salah satu daripada 17 negara mega biodiversiti yang mana diiktiraf oleh European Commission on Biodiversity dan kita menjadi hos kepada 70 peratus daripada spesies dunia. Jadi, kepimpinan Malaysia dalam hal perubahan iklim atau pun hal pemanasan global ini diperlukan, dan saya amat mengalu-alukan penubuhan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia, green technology dan penekanan yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dalam bidang green technology ini. Cuma saya ingin bangkitkan satu inisiatif dan satu cara yang perlu difikirkan oleh kerajaan. Perlu diambil maklum oleh kementerian bagaimana kita dapat leverage dengan izin, apa yang menjadi satu pasaran karbon kredit yang cukup besar dalam dunia. Kalau tidak silap saya, Malaysia dianggarkan mempunyai 100 juta tan kredit karbon dan dijangka bernilai lebih daripada RM6 bilion buat waktu ini dengan penglibatan syarikat-syarikat swasta tempatan. Jadi, satu industri yang cukup besar yang kalau kita tidak tahu bagaimana hendak leverage, maka kita tidak akan kekalkan pendapatan dan keuntungan di Malaysia yang bakal akan diambil oleh syarikat-syarikat antarabangsa yang akan mendagangkan ataupun trade karbon kredit tersebut. Saya hendak bangkitkan satu inisiatif. Inisiatif ini dipanggil inisiatif mengurangkan emisi dari pembasmian hutan atau reducing emissions from deforestation and degradation dengan izin, ataupun REDD. Inisiatif ini merupakan satu contoh di mana dana boleh disalurkan terus kepada komuniti tempatan, bukan melalui agensi kerajaan tetapi terus kepada komuniti tempatan sama ada di Sabah, Sarawak atau pun di Semenanjung Malaysia. Komuniti ini boleh memastikan bahawa pembalakan tidak melebihi kadar maksima dibenarkan. Di bawah inisiatif ini, negara- negara maju akan bayar komuniti tempatan kita untuk memastikan bahawa tidak ada pembalakan yang melepasi had yang telah ditentukan oleh kerajaan dan juga yang telah dipantau oleh agensi-agensi antarabangsa. Di sini, saya melihat bahawa skim ini membawa satu peluang yang besar kepada kita, di mana kita boleh bawa satu usaha untuk magnetize, untuk memberi nilai kepada masyarakat-masyarakat tempatan di Malaysia ini untuk mendapat pulangan pendapatan dan juga keuntungan daripada usaha untuk kita selamatkan hutan-hutan kita. Skim ini memang wujud, di mana pada hari ini kalau tidak silap saya, skim ini dijalankan di Reserve Juma di kawasan Amazon di Brazil dengan satu kejayaan yang besar, di mana bank pelaburan antarabangsa Merrill Lynch bersama dengan World Bank masuk untuk membuat pelaburan. Apabila komuniti tempatan itu melindungi

hutan mereka, mereka dibayar dan juga mereka dapat sedikit daripada, ataupun separuh daripada pulangan yang datang daripada karbon kredit yang dijual oleh Merrill Lynch di pasaran antarabangsa. Jadi saya harap kerajaan kaji perkara ini. Akan tetapi, kita juga wajar memastikan bahawa kadar bayaran yang kita dapat daripada pasaran karbon kredit antarabangsa ini yang disalurkan kepada negara kita berdasarkan kepada skim-skim seperti RED ini, berpatutan. Jangan kita terima sedikit sahaja dan yang dapat keuntungan besar adalah syarikat-syarikat bank pelaburan antarabangsa yang jual karbon kredit kepada negara-negara maju yang memerlukan karbon kredit ini di bawah Protokol Kyoto dan sebagainya, tetapi akhirnya komuniti yang melindungi hutan-hutan di Malaysia dan di tempat lain ini tidak dapat nilai yang sebenar. Saya harap, bukan sahaja kita memulakan skim-skim ini untuk menunjukkan kepimpinan Malaysia dalam bidang pemanasan global dan perubahan iklim, tetapi juga kita nilai natural resources kita, sumber asli kita dengan baik supaya kita tidak di short- change dengan izin, oleh bank-bank antarabangsa. Sila Yang Berhormat Kota Belud.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Tuan Yang di-Pertua, beberapa tahun yang lepas berkenaan dengan carbon emission ini dan juga carbon credit trading ini, kerajaan ada menguar-uarkan untuk menubuhkan satu exchange di Malaysia. Sekarang isu itu sudah tidak kedengaran. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat Rembau, apakah patut kerajaan sebagai sebuah negara yang ke depan, untuk mencadangkan kepada kerajaan semula untuk menubuhkan satu exchange di Malaysia ini?

Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Belud, sebab masalah pada hari ini banyak daripada karbon kredit ini di price ataupun nilai ini ditentukan di pasaran antarabangsa. Jadi apabila nilai itu ditentukan di pasaran antarabangsa, kita temui masalah yang sama seperti komoditi-komoditi biasa di mana, apa yang menjadi aset adalah pegangan kita iaitu nilai yang sebenarnya kita letakkan kepada aset tersebut tetapi di price kan ataupun dinilaikan di pasaran antarabangsa. Jadi saya harap kementerian boleh melihat kepada skim sebegitu untuk memastikan bahawa komuniti tempatan dapat diberi peluang untuk turut menyertai dalam bidang ini. Juga, nilai tersebut perlulah berbaloi untuk mereka turut mengambil bahagian dalam usaha untuk kita melindungi hutan tropika kita. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya hendak sentuh tentang inovasi. Perkara ini penting sebab Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dalam teras bajetnya telah sebut tentang usaha kita untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi. Kalau kita hendak jadi negara berpendapatan tinggi, ia tidak ada jalan pintas. Mungkin ada jalan pintas seperti sedikit sebanyak kita boleh naikkan gaji dan sebagainya, tetapi akhirnya, kalau kita tidak tingkatkan produktiviti, kalau kita tidak tingkatkan total faktor produktiviti, kalau kita tidak tingkatkan innovation, research and development, commercialization dengan izin, dan sebagainya, kita tidak ada asas untuk meningkatkan ekonomi kita kepada ekonomi berpendapatan tinggi ataupun high income economy. Jadi sebab itu saya amat tertarik sangat dengan usaha kerajaan dan komitmen Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kepada inovasi. Salah satu strategi yang cukup penting dalam Belanjawan 2010 adalah untuk mempergiat pendidikan, pembangunan dan commercialization melalui penubuhan sebuah Pusat Inovasi Negara. Pusat Inovasi Negara ini adalah satu usaha di bawah Kementerian Sains dan Teknologi dengan kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Akan tetapi, saya cuma hendak tanya kepada kerajaan sebab pada tahun 2002 seorang pakar teknologi, seorang saintis yang bernama Dr. Sadeg Mustafa Faris telah dijemput ke Koridor Raya Multimedia untuk menubuhkan satu centre, satu pusat yang dinamakan InventQjaya. InventQjaya ini ditubuhkan dengan geran ataupun pinjaman daripada kerajaan sejumlah RM437 juta. Malangnya, InventQjaya ini terpaksa dibawa ke mahkamah dan terpaksa di wind up kerana tidak dapat jelaskan ke mana perginya pinjaman yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Pinjaman asalnya adalah RM437 juta tetapi pinjaman yang telah disalurkan, telah di disburse dengan izin, adalah RM228 juta. RM228 juta itu seolah- olah hangus, hilang. Jadi, saya harap bahawa kes seperti InventQjaya ini, yang mana digembar-gemburkan sebagai satu pusat inovasi yang akan melahirkan patent, trade mark, dan segala-gala new discovery dari segi sains dan teknologi dan sebagainya, tidak berulang dalam cadangan Pusat Inovasi Negara ini.

Saya hendak tanya bagaimana modus operandi Pusat Inovasi Negara? Siapakah yang qualified, yang ada kelayakan untuk menjadi pengarah? Apakah structure ia dan sebagainya? Apa yang paling penting sekali kalau kita lihat dari segi R&D ialah R&D sahaja tidak akan menghasilkan inovasi.

R&D itu perlu dicommercialize, dengan izin. Kalau kita lihat kadar commercialization kita pada Rancangan Malaysia Kelapan, hanya 3.4 peratus. Kalau setakat ini Rancangan Malaysia Kesembilan meningkat sedikit kepada 12 peratus, tetapi masih tidak cukup. Kadar commercialization ini perlu kepada penglibatan daripada sektor swasta. Oleh sebab itu, soalan saya kepada kerajaan nanti adalah sama ada Pusat Inovasi Negara ini yang akan dikendalikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama dengan Kementerian Pengajian Tinggi, apakah peranan sektor swasta dan adakah kita hendak bagi tax incentive kepada syarikat-syarikat swasta yang menggunakan discovery ataupun penemuan teknologi daripada Pusat Inovasi Negara ini dan universiti-universiti kita untuk dicommercialize? Buat masa ini, tidak ada apa-apa tax incentive bagi syarikat-syarikat kita yang pergi dan menemui satu discovery yang telah dibuat di peringkat universiti dan bawa perkara tersebut untuk dicommercialize. Jadi, saya harap ada skim insentif juga untuk melibatkan sektor swasta terus dalam dasar ataupun pelan inovasi ini. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali adalah soal Dana Industri Kreatif. Kalau kita cakap tentang inovasi, tidak cukup kita cakap tentang sains dan inovasi. Kita perlu juga cakap tentang kreativiti dalam bentuk seni dan sebagainya. Jadi, saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah menubuhkan satu Dana Industri Kreatif sebanyak RM200 juta buat permulaan ini untuk filem, drama, muzik, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan ataupun local content. Akan tetapi, kaedah saluran RM200 juta ini buat permulaan adalah melalui Bank Simpanan Nasional. Saya hendak tanya sama ada Bank Simpanan Nasional ini ada kemahiran, expertise untuk menilai projek-projek kesenian, filem, animasi, sains grafik dan sebagainya? Setahu saya, core competency Bank Simpanan Nasional bukan kepada teknologi tinggi, inovasi atau kreativiti. Jadi, saya hendak tahu, bukan saya mempersoalkan bahawa dana ini diberikan kepada Bank Simpanan Nasional. Perlu ada satu entiti yang menyalurkan dana ini kepada industri tersebut, tetapi adakah BSN equipped buat waktu ini untuk menilai segala proposal yang datang kepada mereka nanti untuk mendapatkan pinjaman daripada dana tersebut? Saya bangkitkan perkara ini sebab ada rungutan daripada industri. Saya ambil contoh industri filem tempatan. Industri filem tempatan diiktiraf di peringkat dunia. Saya rasa tidak kurang daripada 50 filem independent, berkecuali kita di Malaysia, disiarkan, ditayangkan di pesta-pesta filem antarabangsa dunia, sama ada di Amsterdam, Vancouver, Cannes, San Francisco, Busan dan sebagainya. Malangnya, tidak ada pembiayaan yang cukup bagi filem-filem independent kita. Filem-filem independent ini adalah filem-filem yang diiktiraf oleh antarabangsa. Seperti mana juga industri perfileman Korea. Pada satu ketika dahulu, industri filem tempatan Korea hanya 25 peratus daripada filem yang ditonton di Korea, tetapi pada hari ini lebih daripada 60 peratus kerana banyak pembiayaan dan pelaburan telah diberi kepada Korean wave, wave of independent Korean film makers, dengan izin, untuk menjadi satu industri content yang begitu hebat sekali di Asia. Jadi, saya harap kerajaan akan melihat kepada perkara ini dan memberi pembiayaan yang cukup. Bukan kerana tidak ada bakat, bukan kerana tidak ada talent. Talent itu cukup ada dengan film makers kita, cuma tidak ada pembiayaan yang cukup dan pelaburan yang cukup daripada GLC sama ada GLC ataupun kerajaan.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Pohon laluan.

Saya bagi yang terakhir ya, Yang Berhormat Arau sila.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya ingin berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat berhubung dengan dana yang diberikan oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan industri seni di negara kita.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Akan tetapi, bukan setakat modal sahaja yang mencetuskan sesuatu yang terbaik terutama Yang Berhormat bangkitkan tentang contoh Korea ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, adakah unsur-unsur ataupun elemen-elemen lain seperti memaparkan tema jati diri, sense of belonging sebagai jati diri bangsa itu di antara usaha-usaha terpenting yang orang boleh menilai budaya kita, yang lebih daripada modal sebenarnya yang sepatutnya diketengahkan dalam hal ini.

Saya setuju dengan Yang Berhormat Arau dan saya ingin maklumkan bahawa banyak daripada filem independent kita yang ditayangkan di pesta-pesta antarabangsa ini sebenarnya bawa satu identiti, tetapi identiti ini sebenarnya subjektif. Apa sebenarnya identiti yang boleh menunjukkan jati diri? Mungkin bagi kita lain, untuk orang lain pula lain. Itulah keunikan bidang seni, subjektivitinya. Satu benda yang beauty itu adalah dinilai dengan siapa yang menonton, siapa yang melihat. Jadi, kita harus melihat kepada pencapaian mereka. Sudah tentunya kalau mereka ini diterima 50 filem bermula dipelopori oleh Allahyarhamah Yasmin Ahmad diterima di seluruh dunia, apakah kita di sini tidak memberi sokongan kepada mereka untuk memajukan industri filem tersebut? Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan perkara ini sebab tanpa kita beri penekanan kepada industri yang kreatif ini, inovasi kita ini tidak ada jiwa, tidak ada soul. Kita perlu memberikan jiwa kepada pembangunan industri kreatif, industri inovasi kita. Kalau inovasi kita hanya formula, hanya equation yang ditulis dalam buku tanpa ada jiwa, tanpa ada identiti sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi, kita akan menjadi sebuah negara tanpa karakter, identiti dan jiwa. Jadi, saya harap apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri/Menteri Kewangan bangkitkan soal 1Malaysia, negara yang diperkasakan melalui inovasi, biarlah inovasi itu inovasi yang berjiwa, yang menampakkan identiti kita sebagai satu tamadun bangsa yang maju. Terima kasih. Saya sokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuantan.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kerana mengizinkan saya turut serta di dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat dasar dengan membawa perbahasan di dalam beberapa aspek. Pertama, strategi bajet dan pelaksanaannya. Strategi Bajet 2010 bertumpu kepada tiga perkara iaitu; (i) memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi; (ii) memastikan pembangunan holistik dan mapan; (iii) mengutamakan kesejahteraan rakyat. Adalah diharapkan strategi ini sungguh-sungguh mencerminkan bahawa pihak kerajaan mahu mendengar rintihan rakyat terbanyak. Strategi ini juga menunjukkan bahawa Kerajaan BN turut mendengar saranan-saranan membina daripada pihak Pakatan Rakyat sebelum ini. Strategi yang nampak komprehensif di atas kertas mestilah diterjemahkan dengan baik pula oleh pihak pelaksana. Tidak semestinya apabila satu-satu strategi nampak cantik dan komprehensif, ia akan dapat dilaksanakan dengan cantik dan baik juga. Harapan saya, semoga semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan dapat memahami strategi ini dengan baik, dapat membina budaya kerja efektif dan cemerlang serta membina kerangka pemikiran positif untuk sama-sama menjayakan strategi di atas. NKRA. Pemilihan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) merupakan bidang-bidang yang memang seharusnya diberikan tumpuan. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri KPI dalam Dewan yang mulia ini pada 2 November 2009 bahawa pemilihan NKRA ini ialah setelah mengambil kira maklum balas daripada pelbagai sudut dan pelbagai agensi, termasuk maklum balas daripada kajian persepsi orang awam, pihak media, Merdeka Centre, competitiveness index dan Laporan Transparency International.

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya turut meneliti pengukur prestasi, agenda bertindak serta sasaran yang telah ditetapkan buat keenam-enam bidang ini. Akan tetapi, saya masih belum yakin dengan kesungguhan pihak kerajaan di dalam pelaksanaannya. Kenapa saya berkata demikian? Ini adalah kerana pihak kementerian terbabit tidak cukup telus di dalam berkongsi KPI mereka. Mengapa berlaku demikian? Adakah kerana pihak kementerian takut untuk diukur prestasi mereka kelak? KRA dan KPI. Tuan Yang di-Pertua, formulasi Bidang Keberhasilan Utama (KRA) bagi satu-satu skop kerja adalah berasaskan atau berpandukan kepada satu- satu strategi. Daripada strategi akan dikenal pasti KRA, kemudian KPI. Begitulah proses formulasinya Tuan Yang di-Pertua. Maka, sekiranya strategi bajet ialah pembangunan holistik dan mapan, di mana inisiatif yang diambil dalam pelaksanaan strategi tersebut antaranya ialah teknologi hijau dan pemeliharaan alam sekitar, maka KRA seharusnya ialah Bidang Keberhasilan Utama di dalam inisiatif tersebut. Memberi insentif kepada bangunan yang mencapai taraf GBI ataupun Green Building Index merupakan satu usaha yang dialu-alukan. Akan tetapi, bagaimana pula dengan usaha mengurangkan pengeluaran karbon ataupun carbon emissions reduction daripada kenderaan-kenderaan? Bagaimana pula usaha pengurangan greenhouse gas emissions?

Puan Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Apakah pula inisiatif kerajaan di dalam aspek ini? Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata di dalam ucapannya bahawa kerajaan akan memberi keutamaan kepada barangan dan perkhidmatan yang mesra alam sekitar dan mematuhi standard produk teknologi hijau dalam perolehan kerajaan. Saya amat mengalu-alukan kenyataan ini. Akan tetapi, saya juga ingin lihat komitmen di dalam menentukan sasaran dan KPI kementerian. Di News South West Australia, satu negeri yang meletakkan pemeliharaan alam sekitar sebagai sebahagian dari state pelannya telah pun mensyaratkan kereta- kereta Menteri mereka dan bas-bas awam supaya menuruti kiraan pengeluaran karbon di bawah tahap tertentu. Apa pula komitmen kerajaan kepada ayat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas? Bagaimana dengan kereta-kereta Menteri kita dan pengangkutan awam kita? Saya menyarankan pihak kerajaan bersungguh-sungguh menghapuskan kegunaan polystyrene di samping membuat perancangan tersusun dalam mengurangkan kegunaan beg plastik di supermarket. Masukkan inisiatif ini ke dalam KPI kementerian. Kemudian, kuatkuasakan, didik orang ramai, banyakkan program advocacy, barulah sungguh-sungguh dan komited namanya. Bagaimana pula dengan Kyoto Protokol yang berakhir pada tahun 2012?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh minta penjelasan?

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya ini, masa singkat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sedikit sahaja.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Sedikit sahaja.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita pun telah menyuarakan penggunaan beg-beg plastik ini sebab inilah punca pencemaran utama dalam alam sekitar kita. Bangladesh merupakan sebuah negara yang miskin, yang mundur tetapi berani mengetengahkan satu akta baru iaitu tidak mengizinkan penggunaan beg-beg plastik. Akan tetapi, negara kita masih lagi berterusan. Apakah Yang Berhormat mencadangkan supaya kerajaan kena tegas dalam soal ini untuk menjamin keselamatan masyarakat Malaysia untuk masa akan datang? Terima kasih.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan kerana setuju dengan saya. Itulah yang kita hendak lihat, kerajaan bukan sahaja tegas tetapi meletakkan KPI dan kemudian deliver. Buktikan bahawa kerajaan sungguh-sungguh. Itu yang saya maksudnya. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya ingin bertanya Tuan Yang di-Pertua, bagaimana pula dengan Kyoto Protokol yang akan berakhir pada tahun 2012?

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Sejak persetujuan pada tahun 1997, Malaysia tidak langsung menyebut komitmen untuk mematuhinya. Seluruh dunia sudah bercakap tentang going green, orang tua, orang dewasa malah kanak-kanak di merata pelosok dunia sudah ada kesedaran tentang going green. Sedangkan Malaysia hanya baru bercakap tentang GBI. Ini tidak mencukupi Tuan Yang di-Pertua. Saya tegaskan ianya tidak merupakan usaha yang sungguh-sungguh. Tuan Yang di-Pertua, saya amat-amat ambil berat dan prihatin tentang kualiti bumi yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita nanti. Oleh sebab itulah saya sentiasa menyoal berkenaan pembinaan kilang LYNAS yang akan memproses lanthanide atau rare earth di Gebeng, Kuantan di mana sisa buangannya nanti mengandungi sisa-sisa radioaktif. Setakat ini semua pihak masih belum boleh meyakinkan saya berkenaan perihal selamatnya penyimpanan sisa buangan bahan radioaktif ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sekiranya kita tidak boleh yakin dengan keselamatannya, mengapa kita tidak suruh sahaja pihak LYNAS membawa sisa pemprosesan rare earth balik ke Australia? Mengapa tidak? Mengapa kita harus simpan sisa buangan radioaktif di perut bumi kita sedangkan kita semua tahu bahawa radioaktif ini jangka hayat, half lifenya ratusan tahun dan akan masih kekal di perut bumi Kuantan buat satu jangka masa yang begitu lama selepas LYNAS menutup kilang nanti. Ketika itu siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kebocoran di tempat penyimpanan sisa buangan radioaktif ini? Tuan Yang di-Pertua, KPI pengangkutan awam. Kerajaan telah meletakkan pengangkutan awam bandar sebagai salah satu NKRA untuk memudahkan mobiliti rakyat bagi menjalankan aktiviti harian. Langkah kerajaan dalam usaha ini dialu-alukan. Saya ingin menyarankan beberapa perkara di bawah iaitu:- Pertama, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sekiranya dijadualkan bermula operasi pada 2010, maka tidak cukup dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meminta mempercepatkan penubuhannya. Saya hendak dengar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri letakkan sasaran tarikh penubuhan SPAD dan juga sasaran tarikh mula operasi sebagai salah satu KPI. Beroperasi mula tahun 2010 seperti dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak cukup spesifik sebagai sasaran KPI. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kedua, peruntukan kewangan mesti melihat kepada pengangkutan awam bandar di seluruh negara dan bukan sahaja tertumpu di ibu negara. Di Kuantan, kawasan saya sudah tiada perkhidmatan bas bandar selama hampir dua tahun. Baru- baru ini kerajaan mengumumkan peruntukan RM79 juta untuk pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu di Kuantan. Akan tetapi, kalau bas bandar pun tidak ada saya tidak nampak rasional membina terminal bas bersepadu. Tuan Yang di-Pertua, yang lebih memerlukan pengangkutan awam ialah pesara, ibu-ibu tunggal, orang miskin, nelayan. Sudahlah di Kuantan itu tiada teksi bermeter. Sekarang ini teksi bandar di satu hentian pun disekat kerja mereka. Bagaimana prioriti yang ditetapkan oleh pihak kerajaan? Saya pohonlah bagi pihak rakyat Kuantan bagi memenuhi keperluan rakyat biasa untuk lebih prihatin tentang perihal bas bandar ini. Jadi, kalau ada terminal bas bersepadu tetapi tidak ada bas bandar tidak guna Tuan Yang di-Pertua. KPI Kementerian Pembangunan Wanita, saya kira sudah tentu meletakkan sasaran 30 peratus penglibatan wanita di dalam semua peringkat membuat keputusan sebagai KPI utamanya. Walaupun saya tahu bahawa draf pelaksanaan strategi penyertaan 30 peratus wanita sudah pun disiapkan oleh pakar runding UNDP. Namun, pihak Kementerian Pembangunan Wanita masih berahsia, masih tidak bersikap terbuka, masih tidak mengajak Ahli-ahli Dewan Rakyat dari kalangan wanita memberi pandangan dan maklum balas. Malah, strategi penyertaan menambah penyertaan Ahli Dewan Rakyat wanita yang kini hanya di peringkat 10.8 peratus yang jauh ke bawah berbanding dengan Parlimen-parlimen lain di dunia pun tidak pernah dibawa berbincang dengan kokus wanita. Kementerian Wanita seolah-olah duduk di dalam kepompongnya sendiri tanpa mengiktiraf pandangan pihak lain. Tolonglah. Saya bercakap kepada Kementerian Wanita supaya kita boleh menjangkau di luar batasan politik demi kepentingan wanita. Memerangi rasuah. Langkah memastikan negara berada di kedudukan yang lebih baik dalam indeks persepsi rasuah antarabangsa adalah satu langkah yang terpuji. Saya berpendirian bahawa komitmen memerangi rasuah mestilah dibuat secara sungguh-sungguh dan penggubalan Whistleblower Act merupakan satu perkara yang dinanti-nantikan.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Bila ianya akan dibentangkan di Dewan Rakyat mesti dinyatakan dan diletakkan sasaran sebagai KPI kementerian. Tidak cukup, hendak kata ada Whistleblower Act tetapi letakkan sasaran bila akan dibentangkan. Sementara akta itu diluluskan, saya menyarankan supaya pihak kementerian menyediakan satu prasarana yang kondusif serta praktikal bagi memudahkan pemberi maklumat tampil ke hadapan supaya ada prosedur serta garis panduan yang membolehkan pemberi maklumat yang ikhlas untuk menampilkan diri secara selamat. Satu budaya berteraskan integriti juga perlu dipupuk dan apabila dikembarkan dengan prosedur yang jelas, tentu sekali kita mampu memulihkan imej negara dari rasuah. Saya juga menyarankan supaya pihak SPRM dan kerajaan tidak merendahkan imej mereka di mata masyarakat dan di mata dunia dengan mengambil tulisan-tulisan dari blog sebagai bahan asas untuk bertindak, menyiasat dan menangkap seseorang. Di masa yang sama, laporan-laporan polis terhadap salah guna kuasa dan rasuah tidak diambil tindakan dan disiasat. Bukankah ada disparity dengan izin di sini Tuan Yang di-Pertua. Pada 3 November, SPRM menghadapkan ke mahkamah lima orang atas tuduhan salah guna peruntukan kewangan termasuk dari golongan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Sekiranya ini benar menunjukkan tiada pendakwaan terpilih, maka saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri kenapa aduan dan laporan terhadap rasuah dan salah guna kuasa bekas Menteri Besar Selangor tidak diambil tindakan dan disiasat? Akan tetapi, aduan dalam blog digunakan sewenangnya sebagai asas untuk menyiasat seorang pembantu peribadi kepada Exco Kerajaan Negeri.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh minta sedikit penjelasan.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya minta maaf. Saya tidak cukup masa.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Pasal Khir Toyo tadi, Khir Toyo.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Tidak payah sebut nama, semua tahu.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak, MACC sudah buat penyiasatan.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Sekiranya kita serius bahawa menangani persepsi berkenaan rasuah di negara...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Itu fakta tidak betul.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Maka, persepsi rakyat dan persepsi dunia...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, robot cakap.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Berkenaan dengan pengurusan aduan dan laporan rasuah serta prosedur soal siasat mesti dinilai semula dan mesti diperbaiki.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Memajukan sektor pertanian. Saya mengalu-alukan rangkap dari ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang berbunyi, “Saya sentiasa mahukan pentadbiran kerajaan ini prihatin terhadap keluh kesah dan rintihan golongan seperti petani dan nelayan.” Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga berkata, “Kita faham akan jerih payah mereka menongkah arus kehidupan, memugar tanah, bergelut dengan badai demi mencari rezeki. Jadinya untuk membela untung nasib golongan ini, sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan akan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah hampir RM2 bilion.” Ini apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, Kuantan merupakan di antara pangkalan perikanan terbesar di dalam negara dan bagi pihak para nelayan di Kuantan khususnya, saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan ini. Maka justeru itu saya menyeru pihak LKIM yang ditubuhkan sebagai agensi pelaksana kepada hasrat membantu nelayan ini di mana kita tahu bahawa objektif LKIM ialah untuk memperbaiki kedudukan sosioekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan, juga memperkembang dan memajukan perusahaan perikanan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya amat berharap supaya LKIM dapat memberikan khidmat yang terbaik dan profesional dalam menyahut cabaran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Malah komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah diperkukuhkan lagi oleh ucapan Ketua Pengarah LKIM dalam laman web rasmi LKIM yang berkata, “Satu realiti yang kita tidak dapat nafikan adalah bahawa perlunya masyarakat nelayan kita dibantu bagi meningkatkan kualiti hidup mereka.”

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Mohon laluan, Yang Berhormat Kuantan. Mengenai perikanan.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Sedikit ya Yang Berhormat Arau, sedikit sahaja.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Ya, kawan, boleh ya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuantan.

Tuan Yang di-Pertua

Kenapa Ahli-ahli Yang Berhormat berunding senang sahaja? Kalau Tuan Yang di-Pertua yang menegur, tiada siapa yang mahu mendengar. Kenapa begitu ya?... [Ketawa] Sila Yang Berhormat Arau, pendekkan.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Sedikit. Ya, kerana saya berkongsi tentang masalah industri perikanan negara ini yang dilihat sekarang ini walaupun pelbagai usaha telah dibuat oleh kerajaan tetapi sehingga kini kita melihat industri ini masih belum sampai ke peringkat kompetitif yang diharapkan disebabkan oleh di antara halangannya ialah Akta Perikanan itu sendiri yang meletakkan zon-zon menangkap ikan yang menyebabkan - terutamanya di kawasan saya, ia kecil sahaja pantai tetapi kalau pemilik lesen C1, mereka tidak ada kawasan untuk menangkap ikan dan kebanyakannya telah ditangkap oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia kerana menangkap ikan di kawasan zon yang salah. Jadi pada pandangan Yang Berhormat, Akta Perikanan ini kadang-kadang menyebabkan ada juga kelemahan yang cukup besar. Adakah ianya perlu diubah bagi memastikan industri perikanan ini berdaya saing?

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Arau, bukan sahaja Akta Perikanan, banyak lagi perkara-perkara yang harus kita review demi membantu nelayan. Jadi saya sambung, Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan LKIM tadi. Kita dengar apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang dikatakan oleh Ketua Pengarah LKIM, tetapi ia tidak dihayati oleh pemegang- pemegang amanah yang menjawat jawatan di peringkat akar umbi. Baru-baru ini saya menerima aduan dari pihak nelayan di Kuantan. Sebelum ini aduan demi aduan berkenaan dengan subsidi diesel, perkhidmatan LKIM sudah pun saya bahaskan di Dewan yang mulia ini. Akan tetapi, aduan yang baru-baru ini menjurus kepada harga air batu yang melambung terlalu tinggi. Harga biasa satu blok ialah RM13, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, pada 17 dan 18 Oktober sewaktu hasil tangkapan meningkat, harga air batu telah melambung kepada RM20 dan RM19 pada dua hari berturut-turut. Ini disebabkan kilang pembekal tidak dapat menampung keperluan air batu yang diperlukan, maka mereka terpaksa membeli di luar, sampai ke Kuala Selangor, sampai ke Tok Bali yang menyebabkan kos pengangkutan melambung dan akhirnya nelayan sebagai pengguna terpaksa menanggung kos tersebut. NEKMAT merupakan pemborong air batu di Kuantan, Persatuan Nelayan Kuantan pula merupakan peruncit, LKIM pula seperti yang kita semua ketahui merupakan agensi yang seharusnya membantu mereka, malah gaji Pengurus Persatuan Nelayan Kuantan dibayar oleh LKIM. Dalam usaha saya mencari jalan penyelesaian berkenaan hal harga air batu tadi dan juga sebagai langkah proaktif supaya permasalahan ini tidak timbul lagi pada masa-masa hadapan kerana pada bulan Oktober selalunya peningkatan hasil tangkapan ikan bertambah. Saya telah mengambil inisiatif mengajak pihak NEKMAT, pihak Persatuan Nelayan Kuantan dan juga pihak LKIM untuk berunding secara konstruktif dan membina. Namun, pertemuan pada 31 Oktober yang telah diatur dan dipersetujui satu minggu sebelumnya dihalang oleh Pengarah LKIM sendiri di mana arahan beliau ialah supaya Pengurus Persatuan Nelayan Kuantan tidak dibenarkan hadir di dalam pertemuan tersebut. Malah alasan yang diberikan beliau kepada pegawai saya di saat- saat akhir tidak munasabah sekali iaitu pertemuan tersebut diadakan pada hari Sabtu, hari orang tidak bekerja, sedangkan semua pihak telah pun bersetuju dengan tarikh tersebut sebelum itu. NEKMAT telah memberi kerjasama, Persatuan Nelayan Kuantan telah memberi kerjasama, akan tetapi LKIM? Semata-mata kerana mereka yang menjadi pembayar gaji, mereka boleh membuat sesuka hati?

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Pengarah pula boleh beri arahan supaya Pengurus Persatuan Nelayan jangan hadir ke pertemuan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, adakah begitu? Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri kerana Menteri selalu berkata bahawa beliau bersifat terbuka dan saya pohon pihak Yang Berhormat Menteri menjawab dan memberikan sedikit bimbingan kepada pengarah yang tidak mesra nelayan ini serta jangan pula nanti dikenakan tindakan ke atas pengurus yang mahu beri kerjasama kepada seorang Ahli Parlimen Pembangkang. Buat makluman, jalan penyelesaian kita capai walaupun tanpa kehadiran wakil LKIM, namun kita tidak boleh biarkan perkara ini berterusan. Tuan Yang di-Pertua, di manakah sifat profesionalisme LKIM di sini? Di manakah rangka pemikiran perkhidmatan profesional LKIM di dalam membantu nelayan menyelesaikan permasalahan nelayan? Sekiranya seorang Pengarah LKIM tidak boleh memberi kerjasama kepada seorang Ahli Parlimen yang ikhlas memperjuangkan nasib nelayan, bagaimana mungkin institusi ini dapat benar-benar mencapai hasrat membantu nelayan. Lain pula dalam hal Projek Perumahan Nelayan Bunut Rendang yang diwartakan pada satu ketika sebagai projek perumahan terbesar untuk nelayan.

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit lagi Yang Berhormat ya.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Pada mulanya projek ini di bawah LKIM, kemudian diserahkan kepada kerajaan negeri. Sudah 10 tahun masih terbengkalai dan saya cadangkan Kerajaan Pusat mengambil balik projek ini sebagai salah satu daripada projek terbengkalai untuk diselesaikan dengan segera. Saya ingin mengambil masa beberapa minit yang akhir ini untuk bercakap berkenaan dengan penambahbaikan Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, Parlimen merupakan institusi bebas dan di Dewan yang mulia ini diluluskan undang-undang yang menentukan pentadbiran negara. Saya juga sentiasa hormat kepada Tuan Yang di- Pertua yang sentiasa menyarankan supaya kita berusaha menjadi Parlimen bertaraf dunia. Saya ingin bertanya sama ada perkara berikut akan dilakukan dalam menyahut cabaran Parlimen bertaraf dunia ini: (i) Jadikan Parlimen satu badan yang benar-benar bebas dari kuasa eksekutif. Kita tidak perlu ada Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen – walaupun Yang Berhormat Padang Rengas kawan saya tetapi saya tidak ada personal attack dalam hal ini; (ii) Pentadbiran hal Parlimen harus diletakkan di bawah satu jawatankuasa bebas yang bertanggungjawab hanya kepada Speaker dan Parlimen. Di Parlimen lain di dunia, pihak legislatif memang bebas dan terpisah dari campur tangan eksekutif. Mampukah kita membebaskan diri kita dari campur tangan eksekutif ini?; (iii) Peruntukan bajet perlu dibuat untuk membiayai seorang ahli penyelidik yang merupakan staf peribadi kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membantu Ahli-ahli Dewan membuat penyelidikan yang lebih rapi dan mantap. Di Indonesia, Ahli Parlimen mendapat dua staf peribadi, Tuan Yang di-Pertua yang dibayar gaji oleh Parlimen. Mengapa kita tidak melihat ke arah itu?; dan (iv) Pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Tetap perlu dibentuk yang merangkumi pelbagai kepentingan awam perlu ditubuhkan dan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen kedua-dua belah pihak, Pakatan Rakyat dan BN. Draf rang undang- undang tidak seharusnya digubal oleh Pejabat Peguam Negara. Ianya harus digubal oleh badan bebas di bawah penyeliaan Jawatankuasa Pilihan Khas Tetap ini dan kemudian mengambil kira pula pandangan semua stakeholder, dengan izin, dalam masyarakat. Sekiranya penambahbaikan Parlimen dalam aspek ini dapat dilaksanakan, barulah boleh kita mengatakan bahawa kita, Parlimen bertaraf dunia. Saya berharap kita bersungguh-sungguh meletakkan kayu ukur yang bertaraf dunia demi menaikkan taraf Parlimen kita ke taraf world class.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Semoga dengan usaha yang bersungguh-sungguh, keikhlasan semua pihak, sikap profesionalisme, kerjasama yang melangkau batas-batas politik, baru memungkinkan kita untuk sampai ke tahap cemerlang mengisi hasrat yang diutarakan dalam masa kita maju ke hadapan. Tuan Yang di-Pertua, sekian perbahasan saya di atas Bajet 2010 bertajuk ‘Satu Malaysia, Kemakmuran Bersama’. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ya, sila.

Tuan Henry Sum AgongPBB · GPSLawas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan Bajet 2010 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan yang mulia ini petang 23 Oktober yang lalu. Bajet sebanyak RM191.5 bilion yang berteraskan kepada kesejahteraan rakyat diharap membawa perubahan landskap di kawasan luar bandar agar seimbang dengan bandar. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan melalui bajet ini kerajaan perlu memberi tumpuan terhadap pelaksanaan projek-projek yang sudah diluluskan termasuk projek yang tertangguh sekian lama agar tidak menjejaskan integriti kerajaan. Sebaliknya menambah sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Sehubungan itu saya ingin bertanya kepada kementerian berkenaan: (i) bilakah pelaksanaan CIQ sempadan Sarawak dengan Indonesia di Ba’kelalan dimulakan; (ii) pembesaran Lapang Terbang Bario; (iii) medan perniagaan Lawas; dan (iv) pembinaan beberapa buah R&R di sepanjang lebuh raya dari Kuching ke Lawas sejauh lebih 1,000 kilometer yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi projek penting untuk rakyat Lawas yang tertangguh pelaksanaannya sejak ianya diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh ialah hospital baru daerah Lawas. Saya tidak berpuas hati dengan jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri Kesihatan terhadap soalan lisan saya pada 27 Oktober lalu, yang menyatakan Hospital Lawas baru telah dirancang pada Rancangan Malaysia Kesembilan. Walau bagaimanapun, ianya terpaksa ditunda kerana menghadapi masalah tapak tanah. Tapak baru masih dalam proses untuk dikenal pasti.

(i) projek tersebut diluluskan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh; (ii) Yang Berhormat Menteri dan kementerian tentu sedar bahawa bangunan Hospital Lawas yang sedia ada sudah uzur dan telah disahkan tidak selamat untuk dihuni oleh JKR tetapi sehingga kini masih diguna pakai; dan (iii) tapak tanah untuk hospital baru sebenarnya sudah dikenal pasti dan mengikut kontraktor yang dilantik tapak itu tidak sesuai kerana tanah gambut. Kemudian atas permintaan Kementerian Kesihatan waktu itu sebidang tanah yang bukan tanah gambut dikenal pasti oleh Jabatan Tanah dan Surveyor Sarawak. Apabila isu land compensation, dengan izin timbul kerana tanah berkenaan bukan milik kerajaan, maka Kementerian Kesihatan menolak tapak itu dan bersetuju balik ke tapak asal yang disediakan oleh kerajaan negeri. Tuan Yang di-Pertua, pada Persidangan Parlimen awal tahun ini Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa pelaksanaan hospital baru daerah Lawas akan bermula pada bulan Jun 2009 ini. Apabila tidak ada tanda-tanda ianya dimulakan saya bertanyakan dan Yang Berhormat Menteri sendiri memberitahu saya waktu itu pada bulan Julai tahun ini projek tersebut akan dijalankan sebulan kemudian, next month kata beliau bererti bulan Ogos lepas. Tuan Yang di-Pertua, persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri sekarang, adakah Kementerian Kesihatan bersedia untuk membayar land compensation ke atas tapak tanah baru yang mengikut beliau masih dalam proses untuk dikenal pasti. Jika tidak ianya alasan kosong semata-mata.

Soalan saya, adakah projek ini pasti dijalankan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini? Tuan Yang di-Pertua konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Prestasi Diutamakan memberi kelegaan dan keyakinan kepada rakyat khususnya kaum etnik minoriti Sarawak yang merasakan diri mereka terpinggir. Seolah-olah mendapat jaminan dan harapan baru untuk bersama-sama dengan kerajaan membela nasib masa depan anak bangsa mereka sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan apa yang kawan saya Yang Berhormat dari Belaga hujahkan semalam di Dewan yang mulia ini mengenai nasib masyarakat Penan dan etnik minoriti lain yang tergolong di bawah kaum Dayak dan Orang Ulu di Sarawak. Tahap ekonomi sebahagian besar kaum Dayak, Orang Ulu dan Penan ini adalah paling rendah dan pendapatan mereka di bawah paras kemiskinan. Nasib mereka sama dengan kaum Orang Asli Semenanjung yang mendapat perhatian penuh kerajaan. Saya menyeru kepada Kerajaan Pusat untuk membantu masyarakat peribumi Sarawak dan juga Sabah supaya tidak terus ketinggalan ditelan arus pembangunan. Untuk tujuan tersebut, saya syorkan kepada kerajaan supaya dapat mengasingkan satu dana khas sebanyak RM100 juta satu tahun untuk membantu masyarakat kaum Dayak, Orang Ulu dan Penan di Sarawak. Jika tidak dikhuatiri menjelangnya Wawasan 2020, masyarakat tersebut akan ketinggalan. Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk membawa pelancong masuk ke daerah Lawas tidak membawa hasil disebabkan perhubungan jalan raya dan udara yang tidak sempurna. Bagi pelawat dan pelancong datang ke Lawas daripada Miri yang merupakan pintu masuk terpaksa menggunakan jalan raya dari Miri ke Lawas memakan masa lima hingga sepuluh jam tertakluk kepada rintangan feri di Sungai Penderuan dan pos kawalan imigresen di Sungai Tuju, Kuala Lurah, Puni dan Mengkala. Alternatif lain ialah melalui perhubungan udara menggunakan penerbangan twin otter yang tidak berkapasiti untuk membawa semua penumpang. Oleh demikian, saya mohon agar kerajaan memberi pertimbangan serius terhadap permohonan pembinaan sebuah lapangan terbang baru untuk Lawas yang boleh mengendalikan pendaratan kapal terbang jenis Fokker 50. Sementara itu mohon ditambah kekerapan...

Boleh minta laluan sebentar.

Tuan Henry Sum AgongPBB · GPSLawas

Ya.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya terpanggil apabila Yang Berhormat Lawas menyentuh soal ketidaksuaian untuk melawat kawasan Lawas. Saya rasa ada pada ketika dulu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mencadangkan satu nama lebuh raya dinamakan Pan Borneo yang mulai daripada Kota Kinabalu melalui Lawas hinggalah ke Kuching. Bagaimana pendapat Yang Berhormat jika kita timbulkan lagi perkara ini supaya kerajaan dapat melihat jika betul-betul projek ini dapat dilaksanakan pada masa yang terdekat.

Tuan Henry Sum AgongPBB · GPSLawas

Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan pergi ke perkara yang sama. Saya mohon agar kerajaan memberi pertimbangan serius terhadap pembinaan sebuah lapangan terbang baru untuk Lawas yang boleh mengendalikan pendaratan kapal terbang jenis Fokker 50. Sementara itu mohon ditambah kekerapan twin otter dari Lawas-Miri, Miri-Bario-Ba’kelalan-Miri dan dari Lawas-Ba’kekalan-Lawas. Bagi perhubungan darat Miri-Lawas-Miri, saya minta supaya feri di Sungai Penderuan yang merupakan the missing link dalam perjalanan ini dilaksanakan segera. Jika pihak Kerajaan Brunei terbabit dalam soal ini, sila bawa mereka ke meja perundingan supaya masalah rakyat ataupun pengguna-pengguna jalan utama ini dapat diselesaikan. Sehubungan ini, saya ingin bertanya kepada kerajaan apa terjadi dengan cadangan pembinaan jalan yang menghubungkan Miri, Long Lama, Limbang, Lawas dan Sipitang di Sabah? Cadangan ini baik kerana akan wujudnya satu rangkaian jalan raya kita sendiri dan bukannya melalui negara jiran Brunei lagi. Ini menjawab persoalan Yang Berhormat tadi.

Tuan Henry Sum AgongPBB · GPSLawas

Tuan Yang di-Pertua, masalah para kontraktor untuk melaksanakan projek kerajaan di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak yang berpunca daripada indeks kos bahan binaan yang ditetapkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia berdasarkan harga di tiga kawasan sahaja iaitu Kuching, Sibu dan Miri perlu diselesaikan agar tidak menjejaskan prestasi pelaksanaan projek.

Tuan Henry Sum AgongPBB · GPSLawas

Tuan Yang di-Pertua, harga bahan binaan di setiap tempat ataupun daerah tidak sama. Contoh di kawasan saya di Bario harga satu pek simen RM150 dan di Ba’kelalan harga purata ialah RM70 sementara di Lawas RM22. Oleh itu adalah tidak wajar jika pihak kerajaan menggunakan indeks kos bahan binaan berdasarkan harga di tiga kawasan dan haruslah mengambil kira harga pasaran di setiap daerah. Tuan Yang di-Pertua, hospital daerah Lawas menghadapi kekurangan doktor. Setakat yang saya diberitahu, hanya dua orang doktor sahaja yang mengendalikan urusan di Hospital Lawas, seorang di wad dan seorang di klinik. Pesakit-pesakit yang datang ke klinik terpaksa beratur awal pagi untuk menunggu giliran, kadang-kadang sehingga petang hari barulah mendapat giliran. Keadaan demikian amat tidak memuaskan dan saya minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar segera. Selain itu, masalah tidak cukup kenderaan khususnya ambulans yang sangat diperlukan untuk menghantar pesakit yang dirujuk ke Hospital Miri dan Kota Kinabalu perlu diselesaikan oleh pihak kementerian. Di samping itu, disebabkan masalah geografi dan perhubungan, saya minta Kementerian Kesihatan menempatkan seorang doktor pakar di Hospital Daerah Lawas. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan sebahagian peruntukan yang diperlukan untuk jalan raya di kawasan saya di Lawas khasnya jalan raya dari Lawas ke Ba’kelalan. Saya difahamkan dengan peruntukan sebanyak RM35 juta yang disediakan kerajaan hanya dapat menyelesaikan 35 kilometer daripada jarak sejauh lebih kurang 150 kilometer jalan Lawas ke Ba’kelalan dan Bario yang dicadangkan. Tuan Yang di-Pertua, saya merayu kepada kerajaan agar peruntukan yang seterusnya disediakan oleh kerajaan supaya projek penting ini dapat direalisasikan. Sekian, saya menyokong.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010. Tuan Yang di-Pertua, selepas pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya keesokan harinya balik ke Kuala Terengganu, kawasan saya dan orang ramai mereka hanya bertanyakan soalan yang cukup mudah selepas pembentangan bajet pada tahun ini. Mereka tanya apa yang kami dapat dari bajet ini? Saya tidak sempat jawab, mereka sendiri yang jawab. Mereka kata bonus sebulan gaji tidak dapat, subsidi dipotong, minyak mungkin naik harga, kad kredit kena caj lebih setahun, tidak termasuk yuran tahunan yang dikenakan. Itu antara keluhan awal yang dibuat oleh rakyat di peringkat bawahan. Tuan Yang di-Pertua, saya dengan keterbatasan waktu saya hendak fokuskan kepada soal isu royalti petroleum Terengganu yang sudah sepuluh tahun masih tidak dapat diselesaikan dan saya amat kesal pada pagi tadi apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menafikan hak rakyat dan Kerajaan Kelantan untuk mendapat hak royalti padahal perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan ditandatangani pada 9 Mei 1975. Tuan Yang di-Pertua, semenjak Akta Kemajuan Petroleum PDA, Petroleum Development Act diluluskan pada tahun 1974, kira-kira 75 tahun yang lalu di mana Petronas diperbadankan dalam tempoh 35 tahun, Petronas telah bayar sebanyak RM471 bilion kepada kerajaan selain daripada subsidi gas sebanyak RM97 bilion. Kita tahu kebergantungan hasil kerajaan daripada sumber petroleum adalah cukup tinggi dan cukup ketara. Pada tahun lepas tahun 2008, jumlah sumbangan Petronas pada kerajaan dalam bentuk royalti, cukai, dividen dan duti eksport ialah sebanyak RM61.6 bilion dan dianggarkan pada tahun lepas juga tahun 2008 kumpulan Petronas telah menyumbangkan contribute dengan izin 43.5 peratus hasil kekayaan kepada hasil kerajaan pusat. Jumlah bayaran yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan-kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat terus meningkat, tidak termasuk Kelantan kerana dinafikan sebagaimana yang dimaklumkan pada pagi tadi. Pada tahun 2004, RM19 bilion meningkat tahun 2005 RM32.1 bilion. Tahun 2007, RM50 bilion dan pada tahun ini dijangka meningkat sampai RM74 bilion. Dalam tempoh tahun 2000 hingga Oktober 2009, Petronas sepatutnya bayar royalti sebanyak RM16.6 bilion kepada Kerajaan Terengganu, sebelum dinafikan hak dan dirampas, Petronas telah bayar royalti petroleum kepada Kerajaan Terengganu sejak dari tahun 1978 sehingga tahun 2000 selama 22 setengah tahun berjumlah RM7.2 bilion.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Setelah diluluskan Petroleum Development Act 1974, Petronas telah menandatangani dengan semua kerajaan-kerajaan negeri termasuk Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain seluruhnya. Perjanjian Petronas dengan negeri Terengganu telah ditandatangani pada 22 Mac 1975, dengan Kelantan saya sebut tadi 9 Mei 1975. Terengganu sign dahulu. Maka tidak timbul soal wang ihsan. Jadi selain daripada akta dan perjanjian, ada satu lagi surat perjanjian yang bertarikh 16 September tahun 1987 antara Petronas dengan Kerajaan Terengganu berhubung dengan persetujuan pengiraan bayaran royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh Petronas bagi pengeluaran petroleum. Computation of royalty payment the government of the state of Terengganu by Petronas for this production of petroleum, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, tahun ini dijangka 42 peratus hasil negara diperoleh daripada sumber petroleum. Sumber petroleum ini datang dari Terengganu, dari Sarawak, dari Sabah, dari Kelantan dan Terengganu sebagai pengeluar terbesar petroleum menyumbang hampir 63 peratus daripada sumber petroleum negara. Negeri Terengganu sendiri Tuan Yang di-Pertua, secara tradisi untuk sekian lama bergantung sehingga 80 peratus hasil negeri daripada royalti petroleum untuk belanja mengurus dan pembangunan negeri, tetapi hingga kini sudah 10 tahun, hak rakyat dan Kerajaan Negeri Terengganu terhadap royalti petroleum ini dinafikan. Hasil petroleum dari Terengganu dan Sabah, tetapi rakyat miskin paling ramai juga dari Sabah dan Terengganu. Something has gone wrong somewhere, ada sesuatu yang tidak kena untuk sekian lama. Dari tahun 2000 hingga tahun 2008, Petronas telah bayar royalti kepada negeri Sabah sejumlah RM2.81 bilion, kepada negeri Sarawak RM9.89 bilion tetapi sampai bila hak rakyat dan negeri Terengganu hendak dinafikan.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan perkara ini kerana mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, saya ingat tarikhnya iaitu pada 14 Jun 2008 buat kenyataan berjanji untuk bayar balik, serah balik, kembalikan royalti petroleum ke negeri Terengganu. Menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu, waktu saya mula bertanding untuk Parlimen Kuala Terengganu hampir setahun yang lalu. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang sekarang menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang berkempen dan menyerahkan replika cek RM408 juta kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu dan dilaporkan dalam Berita Harian, dalam beberapa akhbar perdana, Berita Harian melaporkan di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata “Kerajaan Pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu dengan menyerahkan wang royalti kepada kerajaan negeri sebanyak RM408.6 juta”, sebut royalti tak timbul soal Wang Ehsan. Katanya lagi saya ikut apa yang disebut dalam Berita Harian, “Kabinet juga memutuskan pemberian Wang Ehsan akan dihentikan kerana Kerajaan Pusat menghormati perjanjian yang termaktub dengan Kerajaan Terengganu berhubung dengan pembayaran royalti’, tetapi ini semua fakta yang tidak betul Tuan Yang di- Pertua. Ini fakta pembohongan kerana apabila saya semak laporan Ketua Audit Negara untuk kerajaan negeri Terengganu, dinyatakan bahawa pembayaran sebanyak RM408.6 juta ialah baki peruntukan dana khas bagi tahun 2007 dan tahub 2008 yang berjumlah RM408.6 juta itu yang sepatutnya telah diterima dibayar pada Disember 2008. Itu hakikatnya, jadi Tuan Yang di-Pertua, Ikan siakap, senohong, ikan duri, Mula-mula cakap bohong lama-lama mencuri... Lepas itu merompak. Tanda-tanda orang munafik Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Lepas itu jadi Perdana Menteri.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

...Apabila dia berjanji dia mungkir, apabila diberi amanah dia khianat. Tuan Yang di-Pertua, isu royalti Terengganu ada dua komponen, pertama ialah bayaran 5 peratus kepada kerajaan negeri oleh Petronas seperti mana dalam perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan negeri dengan Petronas pada 22 Mac 1975 dan pembayaran ini dibuat dua kali setahun pada bulan Mac dan pada bulan September setiap tahun. Oleh sebab sudah berjanji hendak bagi waktu kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu, tetapi sudah hampir setahun tidak bagi lagi tetapi hari ini timbul balik duit Wang Ehsan.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Sepatutnya dia bayar, ini tidak, timbul masalah. Komponen kedua ialah, bayaran balik jumlah perbelanjaan di bawah peruntukan dana khas dari wang royalti petroleum Terengganu yang digunakan oleh kementerian-kementerian, agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri dan juga Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang berjumlah RM8.31 bilion. Kementerian, agensi, jabatan-jabatan kerajaan menggunakan duit negeri Terengganu untuk digunakan bagi perbelanjaan kementerian masing-masing termasuk Syarikat Perumahan Negara. Ini tidak termasuk lagi RM1.3 bilion yang masih dipegang Kementerian Kewangan yang belum diserahkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengemukakan bajet. Temanya seperti mana yang tercatat, “1Malaysia, Kemakmuran Bersama”. Canangkan pengagihan kekayaan negara yang adil dan saksama. Bercakap soal pembangunan yang seimbang antara wilayah dan antara negeri, slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Saya hendak tanya kerajaan, mana ada negeri- negeri lain di Malaysia ini selain daripada Terengganu yang mana peruntukan pembangunan dan pembiayaan projek-projek oleh kementerian dan jabatan kerajaan pusat dibiayai oleh daripada duit dana khas hasil royalti negeri Terengganu. Jumlahnya cukup besar, RM7.7 bilion digunakan. Banyak projek yang dirancang dan dilaksanakan di negeri Terengganu oleh kementerian menggunakan duit negeri, tidak diambil kira keperluan dan keutamaan sebenar rakyat negeri ini dan jelas membazir dan ini diakui sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu sendiri, wujud salah guna dan penyelewengan dana khas persekutuan yang disalurkan kepada kementerian. Ini disahkan oleh laporan audit. Kalau ada masa saya hendak sebut satu apa yang disebut oleh audit, tetapi sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran perbelanjaan kesemua peruntukan oleh kementerian daripada tahun 2001 hingga 2005, sebanyak RM443.25 juta untuk bina sekolah baru, membina blok-blok baru tambahan untuk bilik darjah di seluruh negeri Terengganu, ia belanja RM443.25 juta, guna duit dana khas buat sekolah di Terengganu. Ini tidak ada perancangan sampai terdapat 42 buah sekolah yang muridnya tidak sampai 152 orang. Negeri-negeri lain juga dapat duit royalti Terengganu, negeri Kedah dapat, Kelantan dapat, Perlis dapat, Pahang dapat, Negeri Sembilan pun dapat dana khas ini. Diagih macam duit ayah dia sahaja, duit bapak dia sahaja. Ini yang berlaku dan dilaporkan oleh audit. Apa yang buat saya terasanya Tuan Yang di-Pertua, dia beri kepada Kelantan, bukan beri kepada Kerajaan Negeri Kelantan, dia beri kepada Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, digunakan untuk projek politik. Saya ambil contoh...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kuala Terengganu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat ada menyebut bahawa keputusan Kabinet bahawa kerajaan akan membayar kembali royalti kepada negeri Terengganu kemudian Yang Berhormat ada menyebut bahawa perjanjian dibuat antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Kelantan yang meletakkan syarat tiga batu nautika. Ini bermakna adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa penjelasan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pagi tadi yang mengatakan bahawa Kelantan dan Terengganu tidak berhak mendapat royalti adalah merupakan satu pembohongan yang besar yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam Dewan yang mulia ini? [Tepuk].

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pokok Sena. Kalau itu alasan diberi, Sabah dan Sarawak juga tidak ada hak untuk mendapat royalti. Ini realiti, itu sebabnya bila royalti Terengganu diagih kepada negeri-negeri lain, sebagai contoh negeri Kelantan, ia dapat dari tahun 2001 hingga 2005, RM53 juta walaupun tidak banyak. Ini sampai tahun 2005 sampai sekarang saya tidak tahu. Negeri Kedah dapat RM40 juta yang sedapnya Tuan Yang di-Pertua, antara yang di sebut oleh audit ialah pembayaran antara duit yang digunakan ialah pembayaran sumbangan bagi program pusat tuisyen anjuran Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani. Negeri Perlis, Perlis kecil pun dapat juga RM35 juta duit dana khas ini daripada tahun 2003 hingga tahun 2005, negeri Pahang dapat RM34 juta dan antara yang digunakan ialah RM6 juta dikeluarkan kepada Jabatan Pembangunan Negeri Pahang pada bulan Disember 2002 dan disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya daerah Pekan untuk menampung pembinaan Kompleks Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Resam Melayu Negeri Pahang. Negeri Sembilan lagi syok, dapat duit sebanyak RM41.4 juta dan sebahagian daripada duit itu iaitu RM4.5 juta digunakan bagi projek ubahsuai rumah tetamu Kerajaan Negeri Sembilan untuk kediaman rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan. Ini antara yang dilaporkan Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Antara senarai projek kementerian dan jabatan kerajaan di Terengganu, tadi saya sebut di negeri lain, di Terengganu, yang menggunakan duit dana khas dibelanjakan oleh kementerian untuk buat projek di Terengganu termasuk projek jalan raya seluruh negeri, RM800 juta tapi pengakuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, tidak tahu bahagian jalan yang dibuat, dalam hutan? Tahu-tahu bila nak minta balik tanah daripada kerajaan negeri. Tidak ada perancangan. Lebuh raya Pantai Timur (LPT2) jumlah kos projek ialah RM3.7 bilion dan dia menggunakan 50 peratus duit negeri sebanyak RM1.8 bilion.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Naik taraf terminal dan juga naik taraf landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Naik taraf terminal RM130 juta, naik taraf landasan RM530 juta. RM660 juta semuanya digunakan dana khas duit negeri Terengganu. Mana ada dalam negara ini lapangan terbang dibina oleh Kementerian Pengangkutan menggunakan duit negeri. Monsoon Cup pun begitu, RM360 juta. Monsoon Cup ini perbelanjaan tidak dihantar kepada audit untuk diauditkan kos dan juga perbelanjaan-perbelanjaan yang digunakan. Begitu juga tidak diberikan laporan untuk diauditkan. Ini Monsoon Cup di negeri Terengganu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, soal airport sebagai contoh lapangan terbang. Kalau kita hendak ambil mudah Tuan Yang di-Pertua, kita ada tanah. Kita cari duit, kita buat rumah. Bila siap rumah yang kita bina kita beri sewa tapi hasil sewa orang lain yang kebas. Buat airport guna duit negeri tapi airport tax orang lain yang ambil. Negeri Terengganu tidak dapat manfaat. Serupa juga macam lebuh raya yang saya sebutkan tadi. Jadi itulah sebabnya Tuan Yang di-Pertua, belanja duit dengan cara yang tidak berkat ini, menggunakan duit dengan tidak ikut prosedur, menggunakan duit orang bagi membina beberapa perkara yang saya sebutkan tadi, akhirnya Tuhan hendak tunjuk, banyak perkara yang telah berlaku. Projek dan pembangunan yang dibuat banyak yang runtuh, banyak yang mendap, yang bocor. Ini senarai yang sempat saya catatkan untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan diakui sendiri dalam persidangan Dewan. Sebagai contoh, Dewan Sekolah Menengah Bukit Besi bumbungnya runtuh. Dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai runtuh, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin juga bumbungnya runtuh. Pusat Akuatik Batu Burok bocor dan tidak boleh guna, Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak juga mendap, lapangan terbang harga begitu mahal tapi silingnya runtuh dan bocor. Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal bocor dan yang terakhir Masjid Batu Putih Kemasik bumbungnya runtuh. Itu belum termasuk lagi satu menara telekomunikasi yang jatuh, runtuh di atas bangunan pusat khidmat salah seorang ADUN UMNO di Hulu Besut, Terengganu. Tuan Yang di-Pertua, yang kita harap dari segi apa yang saya sebutkan tadi bila berlaku keruntuhan, berlaku kebocoran, mendap dan macam-macam perkara yang berlaku, Menteri turun, Menteri Besar pun turun. Tubuh jawatankuasa penyiasat tapi sampai sekarang tidak ada disebutkan secara jelas apa punca berlaku keruntuhan- keruntuhan tersebut. Yang kita hendak persoalkan, di mana agensi-agensi kerajaan. Jabatan Kerja Raya, PBT, SPRM yang sepatutnya mengawal. Kalau satu, dua bangunan itu mungkin barangkali atas kesilapan-kesilapan kecil tapi satu demi satu runtuh dalam waktu dan masa yang cukup pendek, ini satu benda yang tidak kena yang berlaku dan perlu diberi perhatian yang serius. Yang lebih mengecewakan Tuan Yang di-Pertua, apabila saya dapati Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri tidak mengadakan mesyuarat. Kalau PAC di peringkat Parlimen dia mesyuarat tentang apa juga penyelewengan yang berlaku, dia sudah hantar juga laporan kepada Parlimen macam hari ini kita dapat laporan berhubung dengan projek pembangunan zon bebas pelabuhan Klang - PKFZ sebagai contoh...

Tuan Yang di-Pertua

Seminit lagi Yang Berhormat.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Akan tetapi Terengganu tidak mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Seminit lagi.

Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid EndutPAS · PRKuala Terengganu

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya harap sungguh-sungguh supaya pengalaman dan apa yang berlaku di Terengganu. Sudahlah hak rakyat dan negeri dinafikan, perbelanjaan pula digunakan untuk membuat projek dan juga pembangunan yang tidak ikut kehendak, priority dan keutamaan rakyat dan tidak mengambil kira pandangan rakyat. Ini sepatutnya dihentikan dan kita harap dalam membincangkan bajet yang dikemukakan, dalam kita mengemukakan pandangan supaya kita lebih bertegas, supaya jangan berulang laporan demi laporan Ketua Audit Negara saban tahun. Tiap-tiap tahun mengulangi perkara yang sama daripada atas sampai ke bawah termasuklah di negeri-negeri lain dan tidak terkecuali Terengganu yang cukup banyak yang saya sebutkan tadi supaya tidak akan berlaku lepas pada ini. Saya ucapkan terima kasih atas kesempatan yang diberikan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila yang tinggi sedikit... [Ketawa] Sila Yang Berhormat Lanang.

Datuk Tiong Thai KingSUPP · BNLanang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dihormati kerana telah membentangkan belanjawan bagi tahun 2010 yang begitu bersifat prihatin dan penyayang untuk manfaat seluruh rakyat jelata. Rakyat jelata termasuk sektor business berkeyakinan tinggi terhadap kestabilan dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan di bawah pimpinan Kerajaan Barisan Nasional. Saya berasa amat gembira kerana kesudian Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberi pertimbangan serta peruntukan istimewa kepada negeri Sabah dan Sarawak dalam belanjawan kali ini. Rakyat kedua-dua negeri di Malaysia Timur ini akan tetap memberi sokongan padu kepada Kerajaan Barisan Nasional jika kepentingan mereka dipelihara dan kebajikan mereka dipertingkatkan. Sehubungan itu, saya ingin membentangkan beberapa isu seperti berikut. Yang pertama, masalah yang dihadapi sekolah-sekolah Cina. Rakyat jelata berketurunan Cina menerima baik polisi terbuka kerajaan terhadap sekolah-sekolah Cina, namun saya bagi pihak mereka ingin merayu pertimbangan kerajaan dalam perkara-perkara berikut: Pertama, Kementerian Pelajaran dalam meluluskan cadangan sekolah untuk membangunkan atau mempertingkatkan prasarana sekolah mengenakan syarat bahawa kementerian hanya akan mempertimbangkan kelulusan tersebut apabila tabung pembangunan tersebut mencapai sebanyak 80 peratus daripada jumlah kos pembangunan. Syarat tersebut adalah dianggap tidak praktikal oleh kerana lembaga- lembaga sekolah sememangnya telah mencadangkan projek pembangunan sekolah berasaskan keyakinan tinggi terhadap sumber kewangan. Adalah jarang sekali kita mendengar sesebuah tabung pembangunan sekolah menghadapi masalah tidak mampu untuk menyiapkan projek pembangunan sekolah. Lagipun kerajaan tidak menjadi penjamin dalam pembangunan sektor tersebut. Syarat tersebut telah mengakibatkan kelewatan dalam pembangunan ataupun penambahbaikan prasarana sekolah. Saya merayu agar kerajaan mempertimbangkan semula polisinya supaya memberi pengiktirafan rasmi pada sekolah-sekolah Cina. Kini negara-negara seperti Singapore, China, Taiwan mahupun Australia telah memberi pengiktirafan kepada sijil- sijil yang dikeluarkan oleh sekolah-sekolah Cina. Tidak dapat dinafikan sekolah-sekolah Cina di negara ini telah menghasilkan golongan pelajar yang cemerlang. Ramai daripada tokoh-tokoh negara turut merupakan graduan-graduan sekolah-sekolah tersebut. Saya merayu agar kerajaan dapat mempertimbangkan perkara tersebut berasaskan konsep 1Malaysia iaitu memberi pengiktirafan kepada sistem pendidikan tanpa mengira bahasa dan kaum di negara ini. Ini akan membolehkan pelajar-pelajar sekolah-sekolah Cina berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di negara sendiri dan bukannya di negara luar yang mungkin mengakibatkan brain drain.

Datuk Tiong Thai KingSUPP · BNLanang

Kedua, Program Pembasmian Kemiskinan Bandar iaitu PPKB. Tuan Yang di- Pertua, Program Pembasmian Kemiskinan Bandar telah diperkenalkan oleh kerajaan dalam RMKe-9 sebagai satu skim bantuan bagi mereka yang berada di kawasan bandar dan berpendapatan di bawah garis kemiskinan. Program ini telah membantu ramai rakyat daripada golongan miskin untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan mereka melalui bantuan yang diberi.

Datuk Tiong Thai KingSUPP · BNLanang

Namun, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahkan pihak-pihak berkuasa tempatan supaya menangguhkan penerimaan permohonan baru selepas bulan Oktober 2009. Walaupun ekonomi negara telah menunjukkan tanda- tanda pemulihan daripada krisis ekonomi akibat kenaikan harga minyak, ramai lagi rakyat jelata yang masih berada di bawah garisan kemiskinan. Saya menyeru pihak kerajaan agar mempertimbangkan semula keputusan untuk menangguhkan atau memberhentikan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. Ketiga, masalah pemanasan global. Tuan Yang di-Pertua, masalah pemanasan global dan perubahan iklim telah menjadi suatu isu yang hangat diperbincangkan oleh masyarakat antarabangsa. Peningkatan suhu bumi telah menimbulkan kebimbangan pencairan ais yang serius di kutub bumi dan seterusnya meningkatkan paras laut. Negara kita Malaysia tidak terkecuali daripada merasa kesan pemanasan bumi ini. Contohnya, kejadian banjir yang tidak terkawal sejak akhir-akhir ini merupakan suatu tanda kesan pemanasan bumi. Walau bagaimanapun, ramai lagi yang tidak menghiraukannya, malah ada di antara kita tidak ambil peduli langsung tentang isu ini. Kerajaan Malaysia haruslah mengambil tindakan segera untuk menangani masalah pemanasan global yang kian mencapai suatu tahap yang membimbangkan. Ini termasuk mengadakan polisi dan penguatkuasaan kita terhadap pengurangan pembakaran bahan api melalui pengangkutan; perindustrian; pembangunan tanah dan penebangan hutan secara tidak mampan. Kita harus juga mempertimbangkan tahap penggunaan kenderaan, peralatan atau mesin yang lebih mesra alam. Selain daripada penguatkuasaan, program kesedaran punca dan kesan pemanasan global amatlah penting dilaksanakan oleh agensi-agensi tertentu. Program- program seperti program kitar semula, compost, penjimatan elektrik dan air dan sebagainya boleh diadakan dalam bentuk kempen kesedaran di kalangan rakyat. Maka, program-program tersebut boleh diterapkan dalam kokurikulum sekolah supaya murid- murid sekolah akan mengamalkan gaya hidup yang mesra alam apabila mereka menjadi dewasa. Rakyat haruslah dididik supaya menyemak semula gaya hidup kita untuk mengurangkan kesan terhadap pemanasan bumi. Negara kita haruslah mencontohi negara-negara lain dalam usaha mengurangkan sisa pepejal yang telah menelan banyak peruntukan kewangan kerajaan dari segi pengurusan tapak pelupusan. Selain itu, tapak-tapak pelupusan turut mengeluarkan kes-kes rumah hijau yang memburukkan lagi kesan rumah hijau dan pemanasan bumi. Pihak-pihak berkuasa tempatan teringin untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti pemisahan sisa domestik dan pengurangan beg plastik. Namun, inisiatif seumpama itu tidak berkesan jikalau tidak memperuntukkan perundangan yang mewajibkan pemisahan sisa domestik dan pengurangan beg plastik. Negara-negara seperti China, Taiwan dan negara lain telah melaksanakan amalan-amalan supaya beg-beg plastik yang diminta daripada pasar raya, akan dikenalkan ‘H’ dan ini telah membantu usaha mengurangkan penggunaan beg plastik. Tuan Yang di-Pertua, keempat, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC). Tuan Yang di-Pertua, dua bekas Perdana Menteri mahupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang telah menyuarakan komitmen mereka dalam membanteras gejala rasuah di negara ini. Ini dipertingkatkan lagi dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada tahun lepas. Namun, keberkesanan suruhanjaya dalam membanteras gejala rasuah masih belum nampak dengan jelasnya. Suruhanjaya masih terdapat ruang untuk diperbaiki dan dipertingkatkan. Saya ingin tanya, berapakah jumlah kes aduan yang diterima oleh pihak MACC dalam tahun 2009? Daripada jumlah itu, berapa kes yang telah mula disiasat dan berapa kes pula yang telah MACC bawa? Tuan Yang di-Pertua, seperti yang diperuntukkan di setiap kawasan Parlimen, kawasan saya terus diperuntukkan banyak projek-projek di dalam kampung iaitu PJK. Saya ingin merujuk kepada projek-projek jalan kampung, iaitu projek nombor PJK08P211009 untuk menaik taraf jalan Duri Pasang ke Sungai Namang yang diperuntukkan sejumlah RM150,000 pada tahun 2008. Skop projek melibatkan penurapan jalan utama Duri Pasang ke Sungai Namang. Namun, pemeriksaan saya mendapati bahawa projek tersebut telah disahkan siap dengan bayaran padahal jalan utama tersebut tidak diturap.

Datuk Tiong Thai KingSUPP · BNLanang

Sebaliknya, peruntukan tersebut telah digunakan untuk menaik taraf sebatang jalan persendirian di kawasan berdekatan. Atas aduan penduduk-penduduk di sana, saya telah menyarankan mereka agar laporan dibuat kepada pihak MACC yang telah pun menjalankan siasatan. Namun, MACC belum lagi membuat sebarang keputusan terhadap siasatan kes tersebut. Saya ingin tahu apakah status siasatan MACC terhadap kes ini?

Datuk Tiong Thai KingSUPP · BNLanang

Di sini, saya ingin menyeru agar pihak kerajaan terutamanya Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak dapat menyalurkan wang peruntukan projek-projek seperti PJK dan PIAS secara terus kepada pihak-pihak berkuasa tempatan. Maklumlah badan-badan pelaksanaan dalam kes ini, pejabat-pejabat daerah tidak mempunyai kakitangan teknikal seperti jurutera yang mampu menyediakan spesifikasi teknikal projek dan juga menyelia pelaksanaan projek-projek pembangunan. Selalunya, nilai akhir projek yang telah disiapkan adalah jauh lebih kurang daripada nilai peruntukan yang sebenar akibat ketidakmahiran dalam penyeliaan. Saya juga ingin bercadang Tuan Yang di-Pertua agar Ahli Parlimen diberi ruang untuk membuat verifikasi ke atas dokumen tawaran tender dan dokumen penyiapan projek sebelum pembayaran dibuat agar kes-kes penyelewengan dikurangkan dan kualiti pelaksanaan projek dapat dipertingkatkan. Saya merayu agar MACC dapat mempertimbangkan keberkesanan mereka dalam siasatan kes yang saya sebut tadi agar tahap accountability sumber kewangan awam dapat dipertingkatkan. Tuan Yang di-Pertua, saya sokong. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Selepas itu Yang Berhormat Lubok Antu dan selepas Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Serdang. Semua ini mahu bercakap juga ya? Sila Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan atas peluang untuk melibatkan diri dalam perbahasan bajet yang telah dibentangkan baru-baru ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya akan menyentuh perkara yang berkaitan dengan sistem pelaksanaan perundangan syariah dalam negara kita dengan memulakan isu yang berlaku baru-baru ini terhadap mantan mufti negeri Perlis iaitu Dr. Mohd Asri Zainal Abidin. Pada saya, isu tersebut sebagai satu pembuka mata dan minda bagi kita melihat kelemahan sistem pentadbiran, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang yang dikatakan Islam dalam negara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya berkesempatan dalam perjalanan ke New York sebagai wakil Malaysia ke sidang Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini, membaca satu buku bertajuk Islam at Crossroads tulisan seorang tokoh ilmuwan Islam, Syeikh Muhammad Asad atau nama asalnya Leopold Weiss, seorang yang berasal daripada keluarga Yahudi di Poland. Di dalam buku yang ditulis pada tahun 1963 dan diolah semula tahun 1986, sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1992, beliau menanyakan satu soalan yang amat pertinent, dengan izin, iaitu ke mana hala tujuan yang dituju oleh umat Islam? Dengan pengalaman beliau melihat pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniah, melihat kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniah Turki, kemudian memeluk agama Islam dan berkhidmat dengan beberapa kepimpinan negara umat Islam sehingga menjadi penasihat kepada King Saud. Menjadi Duta Besar Pakistan ke Bangsa-Bangsa Bersatu dan kemudiannya menulis banyak buku seperti Road to Mecca dan lain-lain. Beliau melihat bagaimana umat Islam setelah penjajahan, mendapat kemerdekaan yang sepatutnya mereka kembali kepada cara hidup dan sistem asal mereka mengikut al-Quran dan Sunah, tetapi memilih untuk mewarisi apa yang telah diberikan oleh penjajah Barat kepada mereka. Apa yang kita nampak dalam isu Dr. Asri ini ialah berkenaan tauliah. Tuan Yang di-Pertua, isu tauliah ini adalah satu isu yang telah diwariskan daripada penjajah. Tujuan diadakan peruntukan itu, seperti di Selangor diletakkan di bawah Seksyen 166 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, 1952 [Enakmen No.3 tahun 1952], Selangor.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Tujuan diletakkan di situ oleh penjajah adalah untuk menyekat pengembangan dan penyampaian Islam oleh para ulama’, tuan-tuan guru, ustaz-ustaz, pendakwah, dai’e, penceramah, aktivis Islam, dan pejuang-pejuang Islam daripada menggunakan surau dan masjid untuk menghalang umat Islam daripada mendapat maklumat dan juga untuk menghalang daripada dibangkitkan semangat perjuangan di kalangan umat Islam. Oleh itu, penjajah telah menggubal Seksyen 166 tersebut dengan bertujuan untuk menyekat perkara tersebut. Maka, kita dapat melihat setelah kita merdeka, di mana peruntukan itu dibuat tahun 1952, setelah kita merdeka tahun 1957. Kita menciplak dan meneruskan warisan penjajah itu dengan mewujudkan, seperti contoh di Selangor, Seksyen 119 Enakmen Jenayah Syariah Selangor, tentang perkara yang sama iaitu menyekat seseorang, termasuk ulama’ untuk memberikan ceramah ataupun menyampaikan khutbah di mana-mana surau atau masjid, sehinggakan perkara ini dan peruntukan ini disalahgunakan oleh jabatan-jabatan agama negeri. Contohnya di Selangor, mantan Almarhum Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Dato' Ishak bin Baharom. Beliau menjadi Mufti Selangor bertahun-tahun. Setelah dilucutkan jawatannya atas kehendak mantan Perdana Menteri dahulu, tiba- tiba beliau menjadi public enemy number one, dengan izin, di Selangor. Dihalang daripada berceramah, disekat daripada berkhutbah, pernah dihalau daripada masjid yang mana satu ketika beliau yang menjadi muftinya. Kita melihat contohnya Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak dihalang daripada menyampaikan ceramah, khutbah, tazkirah, dan kuliah di negeri Johor. Seorang mufti yang masih lagi mufti diberikan pelbagai anugerah oleh kerajaan, tetapi tidak boleh menyampaikan ceramah, kuliah dan tazkirah di negeri Johor. Kita melihat contoh Dato’ Ismail Kamus, semasa di Jabatan Perdana Menteri beliau yang menandatangani dan memberi tauliah. Hari ini, beliau dihalau tanpa tauliah. Seorang ulama’ besar Dato’ Dr. Harun Din hari ini dihalau, disekat dan sedang berceramah dicabut mikrofon. Tidak dibenarkan untuk beliau berceramah hanya kerana berlainan lambang, sedangkan beliau seorang ulama yang diiktiraf. Kita lihat contohnya, seorang ulama mufasirin yang diiktiraf di Timur Tengah dan lain-lain negara, Dr. Abdullah Yassin. Bukan sahaja tidak dibenarkan berceramah malahan ditahan, ditangkap, digari, dibawa ke mahkamah dan dituduh dengan tuduhan menyampaikan ceramah tanpa tauliah hanya kerana mengupas ayat 15 surah al- Baqarah. Jadi, kita nampak bagaimana keperluan tauliah ini telah disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu. Dalam kes Dr. Asri ini kita tidak tahu. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata beliau tidak tahu, ini soal negeri. Kita cukup yakin bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak ada kena mengena dalam isu Dr. Asri ini. Jadi, siapa yang bertindak? JAIS bertindak atas siapa? Jabatan Agama Islam Negeri lain yang bertindak menghalang orang ulama, mufti, pendakwah, dan penceramah daripada menyampaikan ceramah, mereka bertindak atas siapa?

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Kita melihat akhir-akhir ini Majlis Agama Islam muncul seperti hantu tidak bertuan, bertindak sesuka hati mereka dan mengikut serakah tanpa garis panduan yang jelas. Kalau mufti, ulama dan ilmuwan tidak dibenarkan berceramah, apakah garis-garis panduan? Apakah kelayakannya yang membolehkan mereka ini menyampaikan ceramah? Jadi saya minta kepada Yang Berhormat Menteri untuk memberikan penjelasan, apakah kayu pengukur yang digunakan untuk membolehkan seseorang itu mendapatkan tauliah? Malahan saya ingin mengusulkan supaya perkara yang berkaitan dengan prasyarat mendapatkan tauliah ini dihapuskan.

Yang Berhormat Kulim Bandar Baru minta penjelasan sedikit. Yang Berhormat Kulim Bandar Baru, saya melihat dengan perkembangan teknologi Tuan Yang di-Pertua, apakah bezanya seorang ulama mempunyai blog, facebook dan peminat. Blog, saya rasa jutaan, mungkin lebih dan mungkin ratusan ribu. Bagaimana kita hendak mengurus perkara ini? So bagi saya persoalan pentauliahan ini merupakan satu dasar yang lapuk, sama juga seperti dasar ceramah yang perlukan permit. Di sini dengan perkembangan teknologi perkara ini perlu diperhalusi dan kalau tidak ia akan jadi satu mockery kerana saya rasa seorang ulama akan lebih mudah berdiskusi kalau dalam kes Ustaz Asri di rancangan Astro sendiri saya rasa penontonnya itu lebih ramai daripada ceramah setempat. Itu saya rasa perlu dikaji perkara tersebut.

Satu minit Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, adakah Yang Berhormat menyedari ada tujuh orang ulama yang berlatarbelakangkan PhD, maknanya pengetahuan di peringkat PhD, masih lagi tidak diberi kelayakan ataupun tauliah mengajar di negeri Selangor ini. Terima kasih.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Terima kasih sahabat saya daripada Yang Berhormat Balik Pulau dan Yang Berhormat Titiwangsa. Menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau, ini yang menjadikan kita ini bahan ketawa pada hari ini. Program Dr. Asri di Astro mengikut ratingnya adalah tiga juta penonton. Apakah JAIS hendak terpa ke Astro semasa beliau sedang memberikan ceramahnya? Bagaimana dengan blog beliau yang mempunyai lebih daripada sejuta visitors? Bagaimana dengan ustaz dan ustazah yang mengajar di sekolah-sekolah, universiti-universiti? Kita jadi bahan lawak dan tidak mengikut teknologi yang ada pada hari ini. Paling malang seperti kata Yang Berhormat Titiwangsa tujuh orang, bukan sengaja saya tidak tahu, bukan sahaja saya tahu, malahan tiga antaranya saya sedang bela akibat mereka ditahan dan ditangkap kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah. Mereka adalah tokoh ilmuwan, pemikir Islam yang mempunyai PhD, berbanding dengan pegawai-pegawai JAIS. Jadi, ini yang lebih menjadikan kita bahan ketawa terutama bagi orang yang tidak faham, kenapa perlu ada hingga 14 tauliah? Kita ada tauliah di Selangorkah atau Kedahkah tetapi tidak boleh berceramah di Perak. Apakah agama Islam di Terengganu atau Johor berbeza? Sampaikan perlu tauliah-tauliah ini? Jadi sudah tiba masanya perkara ini diperhalusi dan diselesaikan. Saya sering mendengar jawapan-jawapan yang selalu sebut kata, masalah ini kerana masalah negeri dan Raja-Raja tidak setuju. Pada saya bukan pada Raja, tetapi penasihat-penasihat keliling Raja-Raja ini. Adakah mereka benar-benar beritahu ke bawah Duli Tuanku masalah sebenarnya yang dihadapi? Adakah Tuanku sebenar-benarnya tahu diberikan taklimat yang jelas dengan keadaan yang dihadapi oleh umat Islam? Jadi, saya ingat tidak boleh kita berselindung di sebalik samping atau tengkolok Tuanku-Tuanku untuk menutup kelemahan kita dalam isu tauliah yang merupakan warisan penjajah yang sudah lapuk dan tidak boleh pakai dalam era tanpa batasan hari ini. Seterusnya melanjutkan hujah atau bahas berkaitan dengan pentadbiran undang-undang Islam dalam negara kita ini, Tuan Yang di-Pertua, kita melihat contohnya baru-baru ini bila berlaku kes Kartika dihukum rotan oleh Mahkamah Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas. Kita lihat bagaimana kelemahan sistem penguatkuasaan dan pelaksanaan seperti yang dibangkitkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Parit Buntar, rotan pun tidak ada, tukang rotan pun tidak ada. Saya bangkit kerana salah satu usul yang saya failkan di dalam kertas mesyuarat, salah satu usul ialah kita mesti mencari jalan untuk memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah, iaitu kuasa pelaksanaan dan penguatkuasaan. Saya pernah bangkitkan di sini contohnya bagaimana seorang suami atau seorang isteri mendapat perintah di Mahkamah Syariah Selangor, suami itu boleh mengelakkan penguatkuasaan perintah itu hanya dengan pindah ke Kuala Lumpur. Dia boleh duduk di balik pintu gerbang berdekatan Petaling Jaya dan dia boleh senyum sambil lambai- lambai kepada isterinya. Isterinya tidak boleh buat apa-apa dengan perintah Mahkamah Syariah Selangor yang dia dapat. Selain itu, banyak contoh yang berlaku bagaimana contohnya kes harta pusaka yang berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Bila keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah tentang pembahagian pusaka, hartanah dan lain-lain, salah seorang yang terlibat boleh lari atau pergi ke pejabat tanah failkan kaveat, habis. Perintah Mahkamah Syariah tidak boleh dilaksanakan, bila kita bawa perintah Mahkamah Syariah ke pejabat tanah, dia tidak iktiraf dengan mengatakan ini perintah Mahkamah Syariah, awak kena pergi ke Mahkamah Sivil untuk menarik balik kaveat ini. Ini masalah yang sedang kita hadapi contohnya bila isteri dapat perintah potongan gaji suami terhadap majikan, pergi kepada majikan, kemudian majikan boleh senyum dia tolak ke tepi kerana Mahkamah Syariah tidak boleh menguatkuasakan ke atas yang bukan Islam. Syarikat-syarikat yang menggaji suami-suami ini dia bukan Islam dan tidak diiktiraf sebagai seorang Muslim. Jadi ini masalah, hakikat yang sedang dihadapi oleh umat Islam. Tambahan juga Mahkamah Syariah tidak ada, walaupun mahkamah diberikan persamaan bidang kuasa tetapi tidak ada penghormatan dan pengiktirafan contohnya dalam kes Kartika. Kita lihat bagaimana kumpulan-kumpulan tertentu seperti Sister’s in Islam openly, secara terbuka mempertikaikan keputusan Mahkamah Syariah memperlekehkan.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Bukan sahaja mereka dengan berani dan biadab memfailkan permohonan di Mahkamah Sivil untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Tidak cukup dengan itu mereka kumpul kawan-kawan mereka di dalam satu NGO, JAG dan membuat kenyataan akhbar menghina hukuman yang telah dijatuhkan sebagai cruel, inhuman. Malahan mereka sampai ke tahap menuntut supaya semua enakmen jenayah syariah di negeri-negeri yang ada dalam Malaysia ini dikaji semula dengan tujuan untuk dihapuskan. Apa lagi yang kita hendak tunggu? Kenapa sampai ke hari ini tidak ada tindakan terhadap Sisters in Islam? Saya tanya soalan di dalam Parlimen, dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dengan jawapan mengatakan bahawa - saya tanya kenapa tidak ada sebarang tindakan terhadap Sisters in Islam diambil? Apa tidak dibawa ke Majlis Fatwa Kebangsaan? Jawapan Yang Berhormat Menteri isu Sisters in Islam telah dirujuk ke Majlis Fatwa pada 23 sehingga 25 Jun 2009, apakah statusnya? Apakah kedudukannya? Apakah tindakan yang telah diambil sampai hari ini mereka boleh lagi ke sana dan ke mari mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan? Kita melihat contohnya Tuan Yang di-Pertua, kegiatan kumpulan Sisters in Islam ini, kita hendak dialog apa lagi dengan mereka ini, daripada dahulu, kini dan selamanya...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas berdiri Yang Berhormat.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Beruas hendak tanya atau hendak...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Hendak buat penjelasan, pandangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menanyakan Yang Berhormat Kulim Bandar Baru, apakah pandangan Yang Berhormat sama ada injunksi agama itu katakan tidak boleh minum arak itu adakah lebih baik secara pujukan ataupun menggunakan paksaan undang-undang? Kalau ia dijadikan undang-undang haruslah ia dilaksanakan secara adil kepada semua orang Muslim yang ada di Malaysia.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya nampak ramai kita boleh lihat orang-orang Islam, mereka minum di hotel ataupun tempat yang high class tetapi tidak diambil tindakan tetapi orang awam yang biasa, kalau minum arak mereka akan didakwa, itu pada hemat saya tidak adil kalau undang-undang mahu digunakan hendaklah digunakan ke atas semua, baru ia dinamakan adil. Apakah pandangan Yang Berhormat Kulim, mana yang lebih baik secara pujukan atau melalui undang-undang? Kalau undang-undang, saya rasa harus dijalankan secara adil.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Beruas. Kartika ditangkap ketika sedang minum di hotel lima bintang, bukan di tepi jalan. Tindakan telah diambil terhadap Kartika ketika minum di Club Med, tindakan telah diambil terhadap mereka dari golongan atasan yang minum di kelab ternama di Zouk Club, itu kelab orang-orang atasan Yang Berhormat Beruas, bukan kelab-kelab ikan bilis, jadi saya rasa tindakan yang diambil adalah sama rata, sama rasa, cuma belum sama rotan. Dari segi kaedah pendekatan Islam, kita mengamalkan sikap, untuk pengetahuan Yang Berhormat Beruas, di dalam Islam kita mengamalkan kedua- duanya, “ta' muru nabil ma'ruf, watan hau na 'anil mungkar”. Kita bukan sahaja mendidik orang agar jangan melanggar lampu trafik tetapi kalau mereka langgar juga lampu trafik, kita akan hukum. Kita akan didik orang Islam dan saya boleh beritahu Yang Berhormat Beruas dan sahabat-sahabat yang bukan Islam yang lain, tiada orang Islam yang tidak tahu meminum arak adalah haram. Kalau dia kata dia tidak tahu, saya ingat tidak tahu dia duduk di mana. Tiada orang Islam yang tidak tahu meminum arak itu haram, mereka juga tahu bukan sahaja haram, mereka juga tahu akibatnya jika meminum arak. Oleh itu, soal pendidikan, soal pemujukan tidak timbul bagi orang yang beragama Islam. Mereka tahu dan kita akan cuba didik dari semasa ke semasa. Disebabkan itu kita bangkitkan soal tauliah tadi, supaya penceramah, pendakwah boleh pergi ke surau dan masjid untuk memberitahu dan apabila buat juga baru kita akan mengambil tindakan tanpa mengira pangkat dan tanpa mengira siapa. Tuan Yang di-Pertua, saya sedang membincangkan sistem institusi Islam, kenapa ada yang tidak diambil tindakan? Daripada dahulu sampai sekarang, mereka adalah antara golongan yang menyokong wanita menjadi imam serta boleh membaca khutbah seperti yang berlaku kepada Dr. Amina Wadud di Amerika. Mereka menyokong tindakan beberapa NGO agar orang Islam boleh murtad dalam kes Azlina Jailani, menjadi satu pihak yang terlibat sebagai pihak ketiga dalam kes di Mahkamah Persekutuan, dan terbaru mereka mempertikaikan hukuman rotan terhadap Kartika.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Satu hukuman yang sudah qat’ie di dalam Hukum Syarak, jadi saya sekali lagi mendesak supaya tindakan tegas diambil terhadap mereka. Saya tidak faham kenapa tindakan tidak boleh diambil ke atas mereka, sebagaimana yang telah diambil terhadap Kumpulan al-Arqam contohnya, kalau dengan al-Arqam kita tekan sehingga ke lubang cacing, sampai mereka tidak boleh bernyawa. Akan tetapi dengan Sisters in Islam ini, apakah masalahnya? Adakah kerana tiga anak bekas Perdana Menteri ada di situ? Saya ada gambar tiga orang anak bekas Perdana Menteri. ‘The First Daughter Speak Out’ dengan izin, di dalam akhbar The Star Mac 2006. Siapa mereka? Marina Mahathir anak mantan Perdana Menteri. Siapa mereka? Hanis Hussien anak mantan Perdana Menteri, kakak kepada Menteri Dalam Negeri. Siapa mereka? Nori Abdullah anak mantan Perdana Menteri, isteri Ketua Pemuda. Apakah kerana mereka ada di dalam Sisters in Islam, maka tindakan tidak boleh diambil, terlalu lesu, lemah sampai tidak berani ambil tindakan? Jadi saya harap supaya tindakan segera diambil supaya tidak berlaku salah faham dan fitnah di kalangan umat Islam, dengan kemunculan golongan- golongan nyamuk seperti ini. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat masa...

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Lagi satu isu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercakap tentang isu qazaf. Saya telah bertanyakan soalan kepada Yang Berhormat Menteri mengapa sampai hari ini, tiada tindakan yang diambil terhadap kes yang difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hukuman qazaf kepada mereka yang terlibat. Jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri kerana kononnya Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan mendahulukan tindakan yang sedang diambil dalam kes sivil. Pada saya ini satu penghinaan kerana Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil jelas di bawah Artikel 121(1A) mempunyai bidang kuasa yang setaraf seperti yang diputuskan juga di dalam kes Mahkamah Persekutuan, Azlina Jailani. Mengapa Ketua Pendakwa Syarie hendak menunggu kes sivil, sedangkan beliau boleh mengambil tindakan berdasarkan hukuman dan sistem yang berbeza. Pada saya ini adalah satu penghinaan oleh Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan juga oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana tidak mahu mengambil tindakan menerusi prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan dalam laporan qazaf yang telah difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya memohon supaya kita menjadikan kes yang berlaku kepada Dr. Asri ini sebagai satu pembuka mata untuk kita untuk melangkah, memartabatkan dan mengembalikan maruah sistem perundangan Islam dalam negara kita ini, wallahualam. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Lubok Antu.

Tuan William NyallauPRS · BNLubok Antu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk turut serta berbahas sempena pembentangan Bajet 2010 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang mana bertemakan ‘1Malaysia Kemakmuran Bersama’. Bajet tersebut telah menggembirakan Yang Berhormat Kapit dan saya lihat dia gembira dan begitu juga Yang Berhormat Lawas dan Yang Berhormat Simunjan. Walaupun demikian, saya juga berharap kawasan-kawasan Parlimen lain di Sarawak akan mendapat dari bajet tersebut. Menggunakan peluang ini juga, saya terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah melawat Lubok Antu pada bulan Julai yang lalu untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk Batang Ai kerana mengundi Barisan Nasional Walaupun demikian, ada yang mengatakan penduduk Batang Ai telah mengundi Barisan Nasional kerana masih memakai cawat. Saya fikir baru-baru ini di Bagan Pinang, lebih 5,000 majoriti Barisan Nasional juga menang. Di sini saya ingin mengatakan bukan disebabkan penduduk Lubok Antu memakai cawat mengundi Barisan Nasional tetapi kerana Barisan Nasional adalah harapan kami untuk mendapatkan, membantu khasnya kami yang di luar bandar bagi memajukan projek-projek yang amat kami perlukan.

Tuan William NyallauPRS · BNLubok Antu

Berbalik kepada perkara yang diketengahkan mengenai kawasan saya, saya sebagai Wakil Rakyat mewakili penduduk luar bandar sudah tentu perkara-perkara yang diketengahkan adalah berhubung kait mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat luar bandar. Masalah-masalah luar bandar yang dimaksudkan sudah tentu kerana adalah kekurangan keperluan asas seperti jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik serta penduduk-penduduk luar bandar yang kebanyakan daripada mereka masih kekurangan pendidikan, kekurangan sumber kewangan tetapi mereka mempunyai kelebihan iaitu mempunyai banyak tanah yang masih terbiar untuk dimajukan di Sarawak. Dengan itu saya ingin mengesyorkan kepada pihak kerajaan supaya memberi fokus bagaimana hendak meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar dengan membangunkan khasnya tanah adat bumiputera yang sudah lama terbiar. Tanaman yang saya cadangkan adalah tanaman getah, kerana ia adalah salah satu sebab yang paling sesuai untuk meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar khasnya di Sarawak. Dalam perkara ini saya cadangkan agar pihak RISDA yang telah pun mengembangkan sayapnya ke Sarawak sejak satu tahun yang lalu.

Tuan William NyallauPRS · BNLubok Antu

Saya amat gembira sekali dari jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada soalan dari Yang Berhormat Kapit yang mengatakan tiada masalah untuk memajukan tanah-tanah hak bumiputera, menggunakan kuasa penghulu atau kuasa pihak negeri Sarawak. Dengan ini saya berharap sangat pihak RISDA supaya lebih agresif untuk memajukan pekebun kecil, penanam getah, kerana di Sarawak pekebun kecil, penanam getah adalah satu- satunya yang memberi pendapatan yang amat lumayan kepada penduduk-penduduk luar bandar. Satu lagi pertanian yang saya syorkan adalah tanaman sawit. Mengikut rekod di pihak MPOB kawasan Sarawak, lebih 10,000 permohonan untuk mendapatkan bekalan benih sawit berkualiti dan bekalan baja. Akan tetapi, peruntukan di Rancangan Malaysia Kesembilan hanya RM7 juta sahaja untuk diagihkan kepada Sarawak. Peruntukan ini hanya dapat meluluskan di antara 300 hingga 500 permohonan sahaja. Jadi, oleh kerana permintaan untuk mendapatkan insentif benih sawit yang berkualiti begitu banyak, saya memohon supaya lebih banyak lagi peruntukan diberi pada MPOB supaya penduduk-penduduk yang mengusahakan pekebun-pekebun kecil ladang sawit akan dapat memperkembangkan atau memperluaskan projek-projek ladang sawit mereka. Satu lagi saya syorkan, untuk projek-projek di kawasan Lubok Antu adalah penternakan ikan akuakultur di empangan Batang Ai. Kawasan Batang Ai amatlah sesuai sekali untuk penternakan ikan tilapia akuakultur disebabkan air yang bersih dan jernih yang boleh mengeluarkan ikan tilapia yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, semasa lawatan Yang Amat Berhormat ke Lubok Antu, pada masa itu beliau telah mengumumkan akan membesarkan projek akuakultur di empangan Batang Ai sebagai hab makanan bagi ikan air tawar untuk dibekalkan kepada sekolah-sekolah seluruh Sarawak. Saya harap pengumuman ini bukan semata-mata pengumuman, saya harap ianya akan jadi kenyataan kerana kebanyakan penternak akuakultur di Batang Ai sejak kenaikan harga minyak tahun lepas dan harga baja, kebanyakan mereka sudah gulung tikar. Jikalau perkara ini berlaku saya harap mereka yang pernah membuat penternakan akuakultur ini diambil perhatian, diberi keutamaan di masa akan datang. Perkara keempat yang saya hendak ketengahkan di sini adalah prasarana luar bandar. Dalam pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau telah mengumumkan RM2.3 bilion untuk membina dan menaik taraf infrastructure di kawasan luar bandar termasuk RM857 juta untuk pembinaan 510km panjang jalan luar bandar dan 311km jalan kampung. Jadi saya berharap peruntukan ini juga akan dikembangkan ke kawasan-kawasan Parlimen lain termasuk Lubok Antu. Jalan-jalan yang saya rujukkan di sini adalah jalan Ulu Sekerang yang menghubungi lebih kurang 50 rumah panjang, lima sekolah rendah, sebuah klinik desa dengan penduduk lebih 5,000 orang. Mereka yang tinggal di kawasan ini hanya dapat menggunakan sungai sebagai mod pengangkutan jalan untuk mereka turun, naik ke pasar sama ada berurusan dengan kerajaan atau membawa hasil pertanian mereka. Di sini saya ingin mengambil satu insiden yang belum lama berlaku, di mana perempuan yang mengandung hendak melahirkan anak dibawa ke klinik terpaksa melahirkan anak di perahu. Jadi saya berharap kawasan ini diambil perhatian dengan serius oleh kerajaan.

Tuan William NyallauPRS · BNLubok Antu

Satu lagi jalan yang saya pohon di sini adalah jalan Hulu Lemanak, jalan Ulu Engkai. Jalan tersebut baru sahaja diumumkan kelulusannya untuk pembinaan hanya 7km sahaja. Saya harap, oleh kerana jalan ini yang jauhnya 36km lebih, bererti masih banyak kewangan diperlukan. Kawasan ini serupa dengan Ulu Sekerang yang menggunakan pengangkutan untuk turun naik ke bandar hanya melalui sungai sahaja. Satu lagi perkara, saya juga merujuk kepada ucapan Yang Amat Berhormat mengenai antara lain untuk memantapkan sistem bank, perbankan dan sistem kewangan. Akan tetapi sangat menyesalnya di Pekan Lubuk Antu jangan dikatakan memantapkan bank, satu bank pun tidak ada. Jadi orang Lubuk Antu hanya berurusan dengan bank di bandar Sri Aman yang jaraknya adalah 80km. Jadi sebab-sebab yang dijawab oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri pada masa itu amatlah tidak tepat. Kawasan Lubuk Antu mempunyai penduduk lebih kurang 30,000 orang, aktiviti ekonomi di Lubuk Antu ada dua puluh lima kedai, tiga pasar tani, dua puluh empat kedai sedang dalam pembinaan, dua buah sekolah menengah, dua puluh buah sekolah rendah, 13,000 hektar ladang sawit yang dibangunkan oleh SALCRA dan satu lagi oleh pihak swasta dan sebuah lagi kilang sawit. Mengikut rekod perbendaharaan di pejabat daerah, transaksi kerajaan di pejabat daerah adalah di antara 500,000 hingga 700,000 satu bulan, sejumlah ini tidak termasuk dengan pegawai-pegawai kerajaan, pekerja-pekerja ladang yang berurus dengan bank di Sri Aman. Jadi dengan justifikasi ini, saya berharap pihak kerajaan yang berkuasa, yang ada kuasa dengan bank seperti Bank Simpanan Nasional atau Agrobank supaya mempertimbangkan, membuat atau mengarahkan supaya bank-bank ini membuka cawangan beroperasi di Lubok Antu. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya ambil perhatian adalah ucapan yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah meningkatkan modal insan dan menggalakkan kemahiran tenaga kerja seperti yang diumumkan dalam Bajet 2010. Kerajaan telah meluluskan RM1.3 bilion bagi membiayai pengurusan dan naik taraf politeknik dan kolej-kolej di seluruh Malaysia. Di Sarawak, politeknik dan kolej hanya terdapat di bandar-bandar tetapi di luar bandar tidak ada satu pun. Penduduk luar bandar tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah politeknik di bandar kerana mereka miskin dan kesuntukan wang dan saya memohon supaya satu politeknik akan dibuat di kawasan saya untuk menempatkan anak-anak di luar bandar dari bahagian Sri Aman, Betong dan Sarikei. Dengan berbuat demikian, anak-anak kita di luar bandar akan dapat menikmati kemahiran untuk mereka bekerja di bandar-bandar dan lebih-lebih lagi untuk persediaan untuk bekerja di kawasan SCORE yang akan dibina di negeri Sarawak di mana saya dimaklumkan sebanyak 1.5 juta kerja-kerja akan ditempatkan di kawasan tersebut nanti. Oleh yang demikian, saya berharap kerajaan akan mempertimbangkan kerana tapak untuk politeknik tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak baru-baru ini.

Tuan William NyallauPRS · BNLubok Antu

Di samping itu saya ingin mengambil perhatian masalah Sekolah Menengah Lubok Antu. Sekolah Menengah Lubok Antu telah dirancang dan dibina untuk penempatan Tingkatan Tiga sahaja. Setelah 10 tahun yang lepas, ia dinaiktarafkan ke sekolah menengah untuk penempatan sehingga Tingkatan Lima. Akan tetapi bilik asrama, bilik kelas, dan bilik guru tidak pernah ditambahkan dan mereka tinggal seperti sardin di asrama begitu juga di kelas yang penuh sesak sudah tentu akan menurunkan prestasi mereka ditambah kebanyakannya adalah orang yang tinggal di luar bandar. Begitu juga bilik-bilik guru di SMK Lubok Antu mereka terpaksa kongsi satu meja untuk mereka duduk membuat tugas-tugas mereka dan dengan keadaan tidak kondusif, sudah tentu mengurangkan motivasi mengajar di tempat tersebut. Oleh itu, saya harap kerajaan mengambil tindakan serius untuk menangani masalah ini dengan kadar yang segera. Satu lagi adalah aspek menambahkan kemudahan kesihatan. Saya bersetuju dengan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ingin menempatkan Klinik 1Malaysia di tempat perumahan atau di bandar-bandar supaya kesesakan di klinik-klinik dapat dikurangkan kerana saya sendiri pernah merasai untuk mendapatkan rawatan di poliklinik menunggu sampai 4-5 jam. Jadi saya rasa program ini sudah tentu akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan untuk orang yang sakit tidak serius seperti demam, batuk, dan selesema. Jadi saya berharap walaupun program ini akan dilaksanakan di bandar tetapi saya memohon supaya tidak lupa kepada mereka di luar bandar dan mereka juga seharusnya perlu diambil perhatian. Contohnya di Lubok Antu, Klinik Desa Lubok Antu telah dibina 50 tahun lepas dan ianya memerlukan klinik yang lebih selesa dan tapak pun sudah sedia ada. Jadi tiada sebab ianya tidak dapat dibina.

Tuan William NyallauPRS · BNLubok Antu

Begitu juga Klinik Desa di Engkilili yang tapak pun sudah disediakan dan memandangkan klinik desa ada yang sudah uzur juga tidak sesuai untuk pesakit- pesakit datang yang menunggu masa begitu lama di tempat yang sempit. Jadi saya berharap kedua-dua klinik desa ini dapat dipertimbangkan sewajarnya. Perkara yang terakhir saya sentuh di sini ialah mengenai keselamatan sempadan. Saya amat kesal dengan pembinaan CIQ di sempadan Kalimantan, Indonesia dengan Malaysia di daerah Lubok Antu kerana setakat ini telah tergendala dan terbengkalai. Saya berharap pihak yang berwajib supaya menggantikan kontraktor yang tidak mampu meneruskan projek ini dengan segera kerana projek ini saya anggap paling penting kerana ianya akan dapat mengawal kedatangan PATI-PATI dari Indonesia. Ini kerana Lubok Antu bersempadan dengan Kalimantan dan banyak jalan tikus yang boleh dimasuki dengan senang dari Indonesia. Saya berharap perkara ini diambil tindakan segera oleh pihak berwajib supaya kemasukan PATI-PATI ke Sarawak dan Malaysia amnya dapat dikawal melalui sempadan Lubok Antu yang amat polos...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, masa Yang Berhormat.

Tuan William NyallauPRS · BNLubok Antu

Okey. Oleh itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berdiri]

Tuan William NyallauPRS · BNLubok Antu

Atas kesediaan memberi peluang kepada saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sila, Yang Berhormat Serdang berbahas.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2010. Selaras dengan tujuan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti tinggi dan juga untuk meluaskan akses pendidikan yang berkemampuan, kerajaan dalam Bajet 2010 akan memberi ganjaran kepada pelajar yang cemerlang dalam pendidikan. Sebagai galakan kerajaan akan antara lain menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar- pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010. Memanglah ini satu polisi yang baik. Saya sokong polisi ini dengan sepenuh-penuhnya. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya polisi ini bukan satu polisi yang baru. Sebelum tahun 2006 memanglah semua pelajar dari universiti yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama, pinjaman PTPTN mereka akan ditukar kepada biasiswa. Akan tetapi polisi ini telah dibatalkan atau ditamatkan pada tahun 2005. Sekarang kerajaan berniat untuk melaksanakan semula polisi ini pada tahun 2010. Dengan erti kata lain hanya pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama antara tahun 2006 hingga tahun 2009, golongan ini pinjaman PTPTN mereka tidak dapat ditukar kepada biasiswa dan golongan ini haruslah membayar semula pinjaman PTPTN mereka walaupun mereka telah belajar dengan begitu rajin dan walaupun mereka telah mencapai satu keputusan yang begitu cemerlang. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini adalah amat kurang adil kerana saya telah terima satu e-mel daripada seorang graduan yang bernama Wong Hui Chiun. Beliau memasuki universiti pada tahun 2005 dan oleh sebab beliau datang dari sebuah keluarga yang bukan begitu kaya, beliau telah belajar dengan bersungguh-sungguhnya dengan harapan bahawa pada satu hari yang akan datang pinjaman beliau akan ditukar kepada biasiswa. Pada tahun ini apabila beliau menamatkan pengajian beliau, beliau mendapat kelas pertama daripada Fakulti Kejuruteraan. Akan tetapi, apa yang amat mengecewakan adalah permohonan beliau untuk menukar pinjaman PTPTN beliau kepada biasiswa telah ditolak atas alasan bahawa polisi ini telah dibatalkan pada tahun 2006. Saya rasa ini adalah amat kurang adil Tuan Yang di-Pertua. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan haruslah memberi galakan yang sama kepada semua pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang. Sekarang slogan ‘1Malaysia’ sudah menjadi satu slogan yang begitu terkenal tetapi persoalannya sekiranya memang kita hanya ada 1Malaysia tidak ada 2Malaysia ataupun 3Malaysia. Kenapa ada layanan yang berbeza antara graduan kelas pertama sebelum tahun 2010 dan graduan kelas pertama selepas tahun 2010?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Jadi saya haraplah bahawa kerajaan bolehlah melanjutkan polisi yang baik ini supaya graduan cemerlang antara tahun 2006 hingga tahun 2009 mereka juga boleh menikmati manfaat polisi ini. Itu hasrat saya. Tuan yang di-Pertua, memanglah saya menyokong segala usaha kerajaan pusat untuk memperkasakan institut pengajian tinggi awam supaya IPTA kita adalah lebih berdaya saing dan dapat meningkatkan ranking mereka berbanding universiti- universiti lain di dunia. Akan tetapi sekiranya kita lihat universiti-universiti luar negeri yang berprestasi tinggi seperti Universiti Oxford, Universiti Cambridge ataupun Universiti Harvard, mereka mendapat ranking yang tinggi. Mereka menjadi top university dengan izin bukan sahaja kerana mereka telah mencapai satu tahap akademik yang begitu tinggi. Memanglah pencapaian tahap akademik ini adalah satu faktor tetapi ia bukan faktor yang tunggal. Universiti-universiti tersebut merupakan top university dengan izin di seluruh dunia kerana mereka telah banyak melahirkan pelajar-pelajar yang prihatin terhadap pembangunan negara, perkembangan masyarakat, dan juga pelajar-pelajar yang berfikiran kritik. Inilah modal insan yang kita kata berkualiti tinggi. Inilah modal insan yang masyarakat kita perlu. Saya rasa di Malaysia kita juga mempunyai pelajar-pelajar universiti yang mempunyai kualiti sebegini.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Akan tetapi, hari ini saya hanya ingin sebut lapan orang pelajar daripada Universiti Malaya yang telah menunjukkan ciri-ciri sebegini. Mohd Haafizuddin Abirerah dan juga Abu Ubaidah Amir. Mereka adalah anggota-anggota Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. Mereka telah pada 16 Mac 2009 yang lalu, mengundang wakil rakyat yang paling muda di seluruh negara dan juga Setiausaha kepada Menteri Besar Selangor iaitu Yang Berhormat Nik Nazmi untuk menyampaikan ucapan perasmian dalam Mesyuarat Agung persatuan mereka. Manakala kita ada enam orang pelajar daripada Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya yang telah mengundang Exco Kanan Selangor dan juga merupakan Yang Berhormat Seputeh untuk menghadiri satu program debat pada bulan September yang lalu. Enam orang pelajar PBCUM itu telah menganjurkan pertandingan debat dalam bahasa Cina yang bertajuk, “Antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, yang mana lebih menggelisahkan”. Kesemua ini adalah aktiviti-aktiviti yang sihat, Tuan Yang di-Pertua. Apakah kesalahannya untuk mengundang pemimpin-pemimpin politik untuk menyertai aktiviti- aktiviti mereka di kampus berkenaan? Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional juga telah banyak dijemput untuk menyertai aktiviti-aktiviti pelajar dalam kampus. Sebagai contohnya, Menteri KPI kita juga telah masuk ke kampus UM pada 25 September tahun ini untuk merasmikan satu pertandingan tarian Singa. Pada 5 Oktober, ADUN Kuala Kubu Bharu iaitu Yang Berhormat Wong Koon Mun telah juga masuk ke kampus UM untuk merasmikan satu persembahan malam Pesta Tanglung. Pada 24 Jun tahun ini, wanita pertama Malaysia iaitu Datin Seri Rosmah juga telah melawat kampus Universiti Malaya. Beliau telah menerima sambutan yang begitu hangat sampai ada pelajar-pelajar yang menconteng dinding untuk menyambut kehadiran beliau. Dalam insiden-insiden tersebut, apabila pelajar menjemput pemimpin- pemimpin daripada Barisan Nasional untuk memasuki kampus Universiti Malaya, tiada masalah. Semua okey. Akan tetapi, apabila ada pelajar yang mengundang pemimpin- pemimpin daripada Pakatan Rakyat, malah sekarang pihak universiti mengambil prosiding tatatertib terhadap kelapan-lapan orang pelajar ini. Jika mereka dibuktikan bersalah, mereka masing-masing boleh dikenakan tindakan antaranya diberikan amaran keras, denda tidak melebihi RM200, digantung ataupun dipecat daripada universiti. Tuan Yang di-Pertua, kelapan-lapan pelajar tersebut pada mulanya telah dipanggil untuk menghadirkan diri ke perbicaraan pada 12 Oktober tahun ini. Akan tetapi setelah menunggu selama dua jam, mereka dimaklumkan bahawa kes perbicaraan mereka telah ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditentukan. Namun begitu, kurang daripada 24 jam, notis baru telah dikeluarkan kepada kelapan-lapan pelajar ini dan kali ini mereka diminta untuk menghadirkan diri ke perbicaraan kes mereka yang dijadualkan pada 20 Oktober 2009. Pada hari itu, perkara yang sama berlaku. Mereka diminta hadir pada pukul 9 pagi tetapi mereka menunggu selama 2 jam dan pada pukul 11 pagi, mereka dimaklumkan bahawa kes mereka ditundakan untuk kali kedua. Pegawai-pegawai berkenaan enggan memaklumkan sebab-sebab perbicaraan itu ditangguhkan dan menyatakan bahawa ini adalah kuasa universiti untuk menangguhkan prosiding.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Tuan Yang di-Pertua, pelajar-pelajar yang dituduh ini juga tidak dibenarkan diwakili oleh peguam. Tindakan ini jelaslah membunuh aktivisme mahasiswa dan melanggar hak-hak asasi mereka. Penangguhan kes tanpa sebarang sebab adalah satu penyeksaan mental. Ada pelajar yang datang dari Penang untuk menghadiri prosiding ini tetapi masa mereka disia-siakan sahaja. Tindakan pihak universiti yang melampau haruslah dibetulkan dengan serta-merta. Saya berharap bahawa Kementerian Pengajian Tinggi boleh memberikan perhatian terhadap peristiwa ini supaya pihak Universiti Malaya menarik balik pertuduhan mereka terhadap semua pelajar. Isu ketiga yang saya ingin sentuh pada hari ini adalah mengenai kebebasan media. Kebebasan bersuara dan meluahkan pandangan haruslah dilihat sebagai asas di mana hak asasi lain yang membenarkan, mengetengahkan pandangan dan menerima maklumat tersadai. Ada juga Artikel 9, “Dekorasi Hak Asasi Manusia” telah menerangkan bahawa setiap orang manusia mempunyai kebebasan bersuara dan meluahkan pandangan. Ini merangkumi kebebasan untuk meluahkan pandangan tanpa gangguan dan juga menuntut, menerima dan menggunakan maklumat idea-idea melalui sebarang media. Sementara Perlembagaan Negara kita menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan juga berkumpul di bawah Artikel 10. Akan tetapi, peruntukan ini dilihat lemah sahaja kerana pelbagai rintangan telah dikenakan apabila hak ini dipraktikkan. Sudah banyak berlaku campur tangan politik terhadap penggunaan Internet dan halangan terhadap kebebasan bersuara individu melalui media. Sudah sampailah masa untuk kerajaan menggubal undang-undang yang mengancam kebebasan rakyat untuk meluahkan pandangan mereka. Para wartawan dan juga pihak NGO telah lama menuntut supaya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan dan menginstitusikan peruntukan undang-undang demi menjamin kebebasan media di Malaysia. Akan tetapi, sampai hari ini akta ini dikekalkan dengan justifikasi yang tidak relevan terutamanya menggiatkannya dengan keselamatan dan kepentingan awam. Media haruslah dihargai ke atas peranan mereka sebagai entiti keempat dan harus dibenarkan untuk berkhidmat secara bebas daripada politik kepartian. Segala campur tangan dalam keputusan editorial harus dihentikan dengan serta-merta seterusnya membolehkan mereka menentukan kandungan mereka secara bebas. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sudah sampai masa untuk menubuhkan satu jawatankuasa pilihan yang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen daripada semua parti politik untuk mengkaji semula keadaan kebebasan informasi dan juga kebebasan bersuara di Malaysia serta juga untuk mengenal pasti perubahan-perubahan yang diperlukan dalam semua akta yang melibatkan media. Akta-akta seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan haruslah dimansuhkan. Sementara Akta Komunikasi dan Multimedia harus dikaji semula demi memastikan bahawa tiada ugutan terhadap kebebasan penulisan atau penulis, wartawan dan penerbit. Selain daripada itu, tiada justifikasi yang boleh diterima untuk campur tangan politik dalam industri media dan juga tiada pemilikan media monopoli sama ada dalam atau merentasi sesebuah media. Saya mengharapkan bahawa rakan-rakan di sebelah sana juga akan menyokong cadangan saya supaya bersama-sama kita menjamin kebebasan entiti keempat. Sekian sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya berharap bahawa cadangan saya akan dipertimbangkan dengan sewajarnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Klang. Saya tahu dia menunggu dari semalam.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan empat isu untuk perhatian Dewan yang mulia ini dan juga untuk kementerian yang berkenaan. Isu pertama ialah mengenai kegawatan ekonomi yang berlanjutan. Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2010 yang mengatakan Malaysia akan mengalami pertumbuhan ekonomi negatif sebanyak 3 peratus hingga 4 peratus untuk tahun 2009. Soalan saya ialah apakah strategi persediaan kerajaan kalau crisis global berlanjutan hingga 2010?

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Ini adalah penting memandangkan pelaburan dari luar negara (Foreign Direct Investment) termasuk pelaburan peniaga-peniaga tempatan telah turun, eksport negara jatuh, competitiveness ataupun kapasiti daya saing negara kita dengan negara-negara lain telah jatuh tiga tangga menurut World Economic Forum dan Malaysia telah jatuh dua tangga dalam laporan Doing Bussiness yang diterbitkan oleh Bank Dunia. Menurut penyelidikan Inside Asia Research Group yang diumumkan dua hari lalu, keyakinan pengguna-pengguna Malaysia terhadap ekonomi Malaysia adalah dalam tahap rendah. Menurut laporan mereka, consumers atau pengguna dengan izin, “View of the current economy is still negative and consumers overall are slightly dissatisfied with their financial well being. General feeling among consumers is that this is a bad time to buy major households products”. Akan tetapi, menurut laporan yang sama ini – daripada Inside Asia Research Group di negara-negara Asian lain seperti Singapore, Indonesia dan Thailand, kepercayaan dan keyakinan golongan pengguna-pengguna terhadap ekonomi masing- masing telah meningkat secara signifikan. Adalah jelas bahawa pihak pelabur asing dan tempatan termasuk pengguna-pengguna tempatan tidak ada keyakinan dan confidence terhadap ekonomi Malaysia? Oleh kerana keadaan yang runcing ini, apakah persediaan ataupun strategi kerajaan kalau krisis ekonomi berlanjutan ke tahun depan iaitu 2010? Soalan ini harus diambil berat oleh pihak kerajaan. Menurut Robert Laurel dan ahli pakar ekonomi selaku penasihat kepada Chief Economist kepada Bank Dunia - Joseph E.Stiglitz, mengatakan dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, “The US recession is nowhere near an end and the economies third quarter rate…” iaitu di Amerika Syarikat, “...of 3.5 peratus the first expansion in more than a year won’t carry into 2010” I underlined di sini, won’t carry into 2010. Menurut Stiglitz, expansion atau tingkat pertumbuhan 3.5 peratus sangat bergantung kepada pelbagai langkah stimulus atau perangsang yang diimplementasikan oleh pentadbiran Obama. Apa yang kita teliti di Amerika Syarikat ialah pertubuhan ekonomi was the result of a government driven stimulus package and that is not sustainable dalam jangka panjang. Pada amnya, kita dapati bahawa negara-negara Asean yang lain di Asian, pakej perangsang ekonomi masing-masing telah menolong negara-negara seperti Singapura, Thailand dan Indonesia pulih balik dan telah mengalami pertumbuhan negatif. Malah, dalam konteks ASEAN hanya Malaysia yang masih belum pulih daripada krisis ekonomi global. Akan tetapi kita di Malaysia implementasikan pakej perangsang ekonomi lebih awal daripada negara-negara lain di rantau ini tetapi masih dalam territory negatif. Saya cadangkan supaya kerajaan telus dan accountable dalam pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi I dan II yang berjumlah RM67 bilion. Kerajaan harus memberitahu rakyat: (i) berapa pekerjaan (jobs) yang telah diwujudkan sepanjang pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi I dan II; (ii) berapakah peratus pertumbuhan dalam ekonomi didorong oleh kedua-dua pakej rangsangan ekonomi ini; dan (iii) adakah kerajaan sudi menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ataupun Parliament Select Committee untuk menyemak pelaksanaan dan impak pakej rangsangan ekonomi. Dalam konteks ini saya minta kerajaan menjelaskan perbelanjaan sebenarnya dalam pakej rangsangan untuk sekolah-sekolah Tamil dan sekolah Cina. Beberapa sekolah menerima peruntukan dan status perbelanjaan wang ini. Isu kedua yang saya hendak bangkitkan ialah tahap pinjaman sektor rumah tangga. Pada pandangan saya adalah dalam tahap yang harus dirisaukan oleh pihak kerajaan. Pinjaman sektor rumah tangga daripada bank-bank meningkat daripada 34.4 peratus dalam tahun 2000 kepada 55.59 peratus pada tahun 2007. Peningkatan sebanyak 21.5 peratus dalam tempoh tujuh tahun. Tambahan lagi nisbah hutang ataupun pinjaman rumah tangga (KDNK) atau ratio of household debt (GDP) telah melambung daripada 47 peratus dalam tahun 2000 kepada 67 peratus pada tahun 2007 peningkatan sebanyak 20 peratus dalam tempoh tujuh tahun. Manakala pinjaman sektor business dari institusi kewangan turun daripada 65.6 peratus dalam tahun 2000 kepada 44.1 peratus dalam tahun 2007.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Tuan Yang di-Pertua, fenomena ini adalah luar biasa. Ini adalah kerana selalunya pinjaman sektor perniagaan adalah lebih tinggi daripada sektor rumah tangga tetapi di Malaysia, the other way around. Fenomena ini harus membimbangkan pihak kerajaan dan harus diambil serius oleh pihak pemerintah. Mengapakah fenomena ini harus dipandang serius oleh kerajaan? Ini adalah kerana rumah tangga-rumah tangga di negara kita dan pengguna-pengguna di Malaysia terpaksa pinjam dari institusi kewangan atau dapat kredit untuk menampung perbelanjaan keluarga harian. Dalam kata lain, tanpa pinjaman daripada bank-bank dan institusi kewangan, keluarga- keluarga di Malaysia kemungkinan besar akan mengalami kualiti hidup yang lebih rendah atau dalam keadaan kemiskinan. Jelas, keluarga di Malaysia sangat bergantung pada pinjaman bank untuk menampung kos kehidupan yang tinggi. Ini adalah pada pandangan saya satu trend yang berbahaya. Satu lagi sumber pinjaman ialah melalui pinjaman daripada ah long. Tidak ada angka rasmi mengenai pinjaman haram ini. Namun jelas bahawa rumah tangga kita dan komuniti perniagaan khususnya perniagaan kecil dan sederhana sangat bergantung pada pinjaman daripada ah long. Akan tetap,i hutang dan pinjaman yang tinggi seharusnya ditangani dengan cepat oleh pihak kerajaan. This is because dengan izin, the Malaysian family is living on borrowed money. Pada pandangan saya, masalah pinjaman ini diakibatkan gaji rendah yang diterima oleh pekerja-pekerja di negara ini. Dengan kos kehidupan yang tinggi termasuk gaji benar yang semakin hari hilang nilai oleh kerana inflasi, maka pekerja-pekerja whether the blue collar or white collar workers, tidak dapat menampung kehidupan harian keluarga-keluarga mereka. Ini adalah pada pandangan saya satu fenomena yang menghendaki perhatian serius kerajaan. Oleh kerana itu, kerajaan harus mempertimbangkan beberapa strategi termasuk melaksanakan gaji minimum untuk membantu para pekerja untuk mengatasi masalah pinjaman dan hutang. Satu lagi isu yang berhubung kait bersabit dengan hutang rumah tangga ialah caj baru yang dikenakan ke atas kad kredit iaitu sebanyak RM50 untuk principal card holders dan RM25 untuk supplementary card holders. Pendapatan kerajaan menerusi sumber ini adalah lebih kurang RM555 juta daripada lebih kurang 11 juta pemegang kad kredit. Apa yang dikhuatiri ialah caj RM50 dan RM25 ini akan diperoleh daripada orang yang memerlukan bantuan kewangan tetapi dengan caj ini ia akan menjadi satu beban kewangan kepada pemegang kad kredit khususnya pekerja-pekerja dan golongan berpendapatan rendah. It becomes a double whammy for pemegang kad kredit. Oleh kerana itu saya cadang kerajaan menarik balik (withdraw) dasar ini demi kepentingan golongan pekerja-pekerja dan kumpulan berpendapatan rendah. Dalam konteks ini, visi kerajaan untuk menukar corak ekonomi dan menuju ke satu ekonomi berpendapatan tinggi adalah dialu-alukan. Malangnya dalam pembentangan Perbelanjaan 2010, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak menggariskan atau memberi definisi atau menerangkan ciri-ciri ekonomi pendapatan tinggi. Apa yang jelas ialah masa sudah sampai untuk meninggikan gaji benar untuk pekerja-pekerja Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketiga yang saya ingin bangkitkan ialah kemiskinan bandar. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2010 mengatakan bahawa kemiskinan di bandar di Malaysia telah meningkat. Memandangkan bahawa penduduk di bandar adalah 63 peratus daripada penduduk Malaysia, maka kemiskinan bandar adalah masalah yang serius.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Untuk mengatasi kemiskinan ini yang diakibatkan oleh kos kehidupan yang tinggi dan masalah perumahan, kerajaan telah memperuntukkan RM48 juta. Tambahan lagi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan bahawa dengan izin, to address urban poverty in the holistic manner, the role of Ministry of Federal Territories will be strengthen and expended to include urban poverty and education - Nation wide. Including those with monthly income below RM3,000. For these iaitu seperti mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan, I propose that Ministry of Federal Territories should know be known as a Ministry of Federal Territories and Urban Wellbeing. Kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini menandakan radical departure in public policy. Ini adalah sebab kerajaan selama ini, selama beberapa dekad sebenarnya telah menggunakan paras garis kemiskinan, poverty line index yang tidak realistik dengan poverty line index yang baru ini which is a better measurement of urban poverty. Paras garis kemiskinan yang digunakan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu pada tahun 2007 adalah seperti berikut:

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

(i) paras garis kemiskinan bandar bagi Semenanjung Malaysia adalah RM720; (ii) Sarawak, RM830; dan (iii) Sabah RM960. Dengan PJK ini, anggaran bilangan rumah miskin adalah 235,000 dan break down di bandar adalah 75,000 dan luar bandar adalah 160,000. Akan tetapi, kalau kita membandingkan data distribusi pendapatan rumah tangga yang telah diberikan ke Parlimen pada tahun 2008 dengan garis kemiskinan yang baru dikeluarkan iaitu RM3,000, maka anggaran kemiskinan akan melambung tinggi. Khususnya, anggaran kemiskinan untuk seluruh negara sekarang mungkin adalah 49.2 peratus atau 33.1 million rumah tangga dan golongan ini boleh diklasifikasikan dalam golongan miskin. Ini bermaksud bahawa lebih kurang 50 peratus atau setengah daripada rumah tangga di Malaysia adalah dalam kategori miskin. Kemiskinan di bandar adalah dianggarkan lebih kurang 1.95 juta rumah tangga. Ini bermakna, 60 peratus daripada jumlah rumah tangga di bandar adalah di bawah apa yang dikatakan kemiskinan. Ini bermakna Tuan Yang di-Pertua, kemiskinan di bandar adalah lebih besar daripada kemiskinan di luar bandar. Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah gagal untuk membasmi kemiskinan di Malaysia. Malah, ini mendemonstrasikan bahawa dasar kerajaan yang menswastakan perkhidmatan asas, dasar gaji rendah termasuk ekonomi liberal telah memburukkan keadaan kemiskinan di Malaysia. Oleh sebab itu, soalan yang boleh dikemukakan ialah apakah peruntukan belanjawan sebanyak RM40 million ini mencukupi mengatasi kemiskinan? Lagipun, peruntukan ini hanya disalurkan ke Kementerian Wilayah Persekutuan. Adakah Kementerian Wilayah Persekutuan mempunyai kapasiti, kemampuan serta pengalaman untuk mengatasi kemiskinan structural ini? Bagaimana pula dengan menangani atau mengatasi kemiskinan di bandar-bandar lain seperti di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan dan Johor? Peruntukan ini hanya diberi kepada Wilayah Persekutuan, di mana kita dapati 10 daripada 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Adakah peruntukan sebanyak RM48 juta ini satu sogokan kepada warga Wilayah Persekutuan supaya undi dan menyokong Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang? Kalau kerajaan melaksanakan ketulusan dan prinsip kesamarataan dalam hal ini iaitu menangani kemiskinan di semua bandar di Malaysia, maka adalah wajar peruntukan untuk mengatasi kemiskinan ditingkatkan dan diagihkan kepada semua negeri termasuk negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan bahawa kemiskinan di bandar adalah dalam tahap yang bahaya, saya cadangkan satu kementerian baru ditubuhkan dan dinamakan Kementerian Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan Bandar. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai dasar perubahan iklim. Saya mengalu-alukan langkah yang telah diambil oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam menyediakan dasar perubahan iklim seperti yang dimaklumkan oleh Menteri. Dasar tersebut akan dibentangkan kepada Kabinet pada bulan ini. Walau bagaimanapun, saya meragui sama ada proses penggubalan dasar tersebut melibatkan perundingan dengan NGO-NGO alam sekitar dan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk memastikan dasar yang akan diterima pakai nanti adalah berkesan, difahami dan disokong oleh mereka dan rakyat jelata. Saya berharap dasar perubahan iklim negara akan membimbing pembangunan Malaysia ke arah ekonomi karbon rendah atau low carbon economy, memandangkan pemanasan bumi akan mendatangkan kesan buruk, tidak kira sama ada negara maju ataupun negara sedang membangun seperti Malaysia. Dasar yang amat penting ini harus merangkumi pembaikan sistem pengangkutan awam, pengurangan pemakaian bahan bakar fosil, pembangunan tenaga boleh diperbaharui semula, renewable energy dan menggalakkan skim keberkesanan pemakaian tenaga ataupun energy efficiency.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada satu minit lagi Yang Berhormat.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Saya berharap Malaysia akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pendirian Kumpulan Negara-negara Membangun yang diketuai oleh kumpulan G77 dengan memastikan Kyoto Protocol akan diteruskan dan menolak sebarang perjanjian baru yang dicadangkan oleh negara- negara Annex I iaitu negara-negara yang membangun yang ingin negara yang dianggap pesat membangun seperti China dan India juga diwajibkan untuk mengurangkan pelepasan karbon mereka.

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Ini adalah kerana perjanjian baru yang diingini oleh negara-negara maju adalah tidak adil, memandangkan mereka setakat ini bukan sahaja tidak berjaya mencapai sasaran pengurangan pelepasan karbon mereka dalam fasa atau Kyoto Protocol, malahan mereka juga telah gagal menunaikan janji mereka dari segi peruntukan kewangan dan teknologi untuk membantu negara-negara membangun untuk terus membangunkan ekonomi mereka secara mampan. Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Menteri dan khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah strategi kerajaan untuk meningkatkan wealth ownership kaum India memandangkan kaum India hanya mempunyai 1.1 peratus daripada kekayaan negara pada masa ini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Langkawi.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk saya turut serta mengambil bahagian di dalam membahaskan bajet tahun 2010. Tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan kerana membentangkan bajet yang pada keseluruhannya amat baik serta selari dengan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Saya berharap agar semua rakyat Malaysia menerimanya dengan hati terbuka bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah jujur, ikhlas dan bekerja semata-mata untuk rakyat. Saya sebagai mewakili rakyat Langkawi khasnya dan Malaysia amnya, amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan kerana telah mengumumkan 16 September sebagai Hari Malaysia dan hari cuti umum. Sepatutnya tarikh 16 September patut dijadikan atau dirayakan semenjak dari dahulu lagi. Di sini izinkan saya merakamkan tahniah dan terima kasih kepada mereka- mereka yang berjuang untuk negara dan pejuang Malaysia yang terdahulu. Moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat kepada mereka. Kita amat bertuah sekali dan berterima kasih kepada mendiang Tan Sri Temenggong Jugah (Datuk kepada Yang Berhormat Kapit), Tun Openg, Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman bin Ya'kub, Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan dan Tan Sri Datuk Tiong Hiew King dari Sarawak, Tun Mustapha, Tun Fuad Stephens, Datuk Salleh Sulong dan lain-lain dari Sabah.

Mereka telah bersama-sama memujuk dan meyakinkan Cobbold Commission bahawa rakyat Sabah dan Sarawak ingin menyertai kerjasama dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tanggal 16 September. Tanggal tersebut adalah hari keramat untuk rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak. Almarhum Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail, Tun Tan Siew Sin, Tun Sambathan adalah kita mengalu-alukan ucapan terima kasih di atas segala-galanya. Kita perlu memainkan peranan aktif dalam forum antarabangsa. Saya amat bernostalgia sekali dengan apa yang dilakukan oleh zaman Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Beliau ke sana ke mari seluruh dunia untuk mempromosikan Malaysia dan pihak swasta yang mengikutinya amat berjaya sekali dalam bidang mereka untuk berdagang termasuklah Petronas yang berjaya mendapat tempat di bumi Afrika, rantau Asia termasuk Kazakstan, Pakistan malahan negara-negara Eropah sekalipun. Saya masih ingat Yang Amat Berhormat telah mempelopori semangat Malaysia Boleh dalam bidang perniagaan. Malahan memainkan peranan penting dalam urusan meraih sokongan perniagaan antarabangsa sama ada Afrika, negara Arab, Bosnia, Albania, Perancis, Jepun, Afrika Selatan, Argentina, Korea, Taiwan, China, India, Pakistan, Iran malahan Sudan dan Afrika Timur. Ia melibatkan jaringan yang akrab di antara Malaysia dan negara-negara yang lain. Maka dengan itu, tercetuslah polisi atau Dasar Pandang ke Timur yang meminta rakyat Malaysia mencontohi kerja kuat, integriti dan jati diri kebanyakan orang Jepun, Korea dan Taiwan. Kewujudan Dialog Selatan-Selatan, South-South Dialogue dan Dasar Memakmurkan Jiran ini telah membawa Malaysia terpilih sebagai pengerusi OIC dan NAM. Disebabkan kejayaan inilah juga menjadikan Malaysia walaupun sebuah negara kecil, tetapi mempunyai suara yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa.

Saya berharap pihak kerajaan akan terus berusaha agar Langkawi International Dialogue (LID) dapat diteruskan dan Malaysia juga hendaklah memainkan peranan penting di dalam mempelopori Southern Africa International Dialogue (SAID). Maka dengan ini sahajalah Malaysia akan terus menjadi terkenal dan menyerlahkan lagi keupayaan kita di kalangan negara dunia ketiga dan yang lain. Tuan Yang di-Pertua, masalah pengangkutan di Langkawi. Dalam pembentangan bajet yang lepas, saya telah menyatakan bahawa Kementerian Pengangkutan hendaklah turun ke padang melihat dengan sendiri apa situasi yang berlaku. Akan tetapi, amatlah malangnya kurang perhatian terhadap apa yang telah disuarakan oleh saya. Sekali lagi berlaku kesesakan di Jeti Kuala Perlis dan Kuala Kedah. Keadaan ini lebih serius apabila air surut. Saya hendak Kementerian Pengangkutan, sama ada Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri, KSU atau lain- lain pegawai atasan turun meninjau apa yang berlaku di kedua-dua jeti tersebut. Lawatan tersebut hendaklah dilakukan pada ketika air surut. Seperkara lagi ialah masalah kecetekan perairan di Kuala Perlis. Pada sesi yang lepas, Yang Berhormat Menteri telah memaklumkan kepada saya bahawa kos untuk mengorek perairan Kuala Perlis mencecah RM18 juta setahun. Pada tahun lepas, kementerian telah menjalankan kerja-kerja mendalamkan perairan pada bulan Mac dan April, tetapi pada bulan Julai dan Ogos, ia kembali kepada keadaan asal. Malahan apabila kecetekan berlaku dan terus berlaku kembali sehinggakan feri terpaksa menunggu kerana hanya dua atau tiga buah feri yang boleh berlabuh di pelabuhan. Saya mencadangkan agar ditebus guna tanah di Kuala Perlis dan Kuala Kedah dengan menggunakan sumber kewangan yang diperuntukkan setiap tahun itu dan diadakan terminal feri baru di atas tanah yang ditebus guna tersebut. Kepada sesiapa yang biasa menggunakan Jeti Kuala Perlis, sudah tentu mengetahui dan memahami keadaan apabila air surut kerana dasar laut ternampak sehingga 2 km jauh ke laut. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak rakyat Langkawi mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana memenuhi keperluan kami untuk mendapatkan sebuah sea ambulance setelah lama berjuang untuk mendapatkannya sejak sekian lama. Sea ambulance yang berharga RM8 juta telah diserahkan pada 7 Mei 2009 yang lalu. Walau bagaimanapun, amat mendukacitakan sekali kepada kami penduduk di Langkawi kerana sea ambulance tersebut hanya mampu beroperasi di dalam tempoh satu minggu sahaja dan sempat membawa pesakit ke tanah besar sebanyak tiga kali dan selepas tarikh 15 Mei 2009 hingga kini, ia tidak boleh digunakan lagi akibat kerosakan. Situasi ini amat memalukan pihak kerajaan kerana ia mencerminkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakyat. Buat masa ini, pesakit terpaksa dibawa ke Tanah Besar menerusi cara lama iaitu dengan menaiki feri penumpang yang sama sekali tidak sesuai kepada pesakit. Saya mencadangkan supaya diadakan sebuah helikopter yang ditempatkan dan dikelolakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang berpangkalan di Langkawi untuk menggantikan sea ambulance yang ada sekarang ini. Ini kerana penggunaan sea ambulance adalah sistem lama yang mengambil masa yang lama untuk membawa pesakit dari Langkawi ke tanah besar. Sudah tentu saya ingin slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan diaplikasikan dalam hal ini. Kementerian Pertanian, saya amat bersetuju dengan slogan Pertanian adalah Perniagaan yang diuar-uarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ekoran dari slogan ini, para petani mengambil inisiatif untuk menyahut seruan kerajaan dengan menceburi bidang pertanian. Namun, sebaliknya berlaku apabila hasil dikeluarkan. Petani menghadapi masalah pemasaran yang amat mengecewakan. Di manakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh jabatan dan agensi yang terlibat dalam membantu petani sehingga berlakunya lambakan hasil dan kejatuhan harga yang melampau. Petani terpaksa mogok, melonggok sayur-sayuran, masuk media dan baru diambil tindakan. Apakah ini sejajar dengan slogan yang dicadangkan oleh kerajaan atau memenuhi KPI yang ditetapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ataupun juga sesuai dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’? Pada musim buah-buahan, berlakunya lambakan kerana selalunya buah- buahan bermusim ini masak serentak seperti durian, manggis, dokong, rambutan, cempedak dan lain-lain lagi. Semuanya datang serentak, menyebabkan harga turun terlalu rendah sehinggakan petani, orang kampung di luar bandar membiarkan buah- buahan tersebut di atas pokok tanpa dipetiknya.

Tuan Yang di-Pertua, mesti ada penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh petani. Mesti ada. Takkanlah kita hendak membiarkan petani di luar bandar merana disebabkan harga buah-buahan yang rendah serta tidak laku di pasaran? Akan tetapi, harga buah-buahan di Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru dan Pulau Pinang, harganya agak mahal, tetapi di kampung-kampung harganya murah serta tidak laku. Inilah peranan kerajaan, agensi kerajaan seperti FAMA yang perlu memainkan peranan yang aktif dalam usaha meningkatkan pendapatan petani. FAMA hendaklah menghubungi serta menghubungkan pengusaha (producer) dan pengguna (consumer). FAMA juga hendaklah proaktif di dalam mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh petani. Saya bersembang dengan Yang Berhormat Arau yang telah meneliti apa yang berlaku di Thailand. Apa yang telah dilakukan di Thailand, pihak swasta mempunyai jaringan tersendiri dengan pasaran di luar negara. Mereka mengumpulkan buah- buahan dan barangan pertanian yang bernilai berbilion ringgit untuk dijual di pasaran antarabangsa. Di Malaysia, kita mengeksport barang pertanian lebih kurang RM400 juta sahaja, tetapi itu pun heboh memberitahu rakyat.

Perkara kecil walaupun dibuat dengan baik mampu memberi kesan yang besar kepada rakyat. Saya meminta FAMA ‘think out of the box’ untuk mencari jalan yang terbaik, kita mengeluarkan buah-buahan kita sama ada sebagai buah-buahan, tetapi juga kita perlu menghasilkan produk sampingan, jus mangga, manggis, dokong, cempedak dan apa sahaja yang diperlukan oleh masyarakat antarabangsa. Saya telah melihat apa yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan tertentu seperti Sime Darby, United Plantation, IOI Berhad, Guthrie, FELDA, Golden Hope Plantation yang jauh melangkah ke hadapan bukan sahaja sebagai pengeksport minyak kelapa sawit, tetapi juga mengeksport barangan yang luas seperti marjerin ataupun lain-lain oil and olean produk. Pihak FAMA ataupun kajian telah memikirkan sesuatu untuk menentukan segala produk yang dikeluarkan oleh peladang, petani, dalam pasaran yang baik. Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi ialah berkenaan dengan kenderaan. Saya menyokong ke atas saranan ahli-ahli Yang Berhormat yang lain iaitu kita perlu pihak PUSPAKOM menjalankan, meneliti, kenderaan yang lebih 15 tahun. Ini adalah kerana akan membantukan usaha kerajaan untuk membantu rakyat. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua Saya turut menyokong.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana mengizinkan saya untuk membahas Bajet 2010. Di samping belanjawan yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas dasar mendukung kesejahteraan semua rakyat tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan, agama dan ideologi. Saya ingin menegaskan supaya pihak kerajaan benar-benar serius dalam menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai. Dari kajian oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor setakat 30 Jun 2009, data mencatatkan sejumlah 48,360 unit rumah atau premis yang terbengkalai dan apa yang amat mengejutkan dan mendukacitakan ialah lebih ¼ daripadanya adalah projek yang telah siap dibina melebihi 80 peratus. Dari statistik ini adalah pelik kenapa projek yang hampir-hampir siap tetapi tidak dapat diselesaikan maka kemungkinan ada progress claim dengan izin telah pun dilunaskan para pemaju 100 peratus oleh pihak bank. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk masalah utama yang melibatkan pemaju-pemaju perumahan. Saya pohon kerajaan mengambil tindakan drastik demi keutamaan rakyat. Laksanakan penguatkuasaan terhadap pemaju dengan tegas. Masalah ini terjadi bukanlah pada tujuh, lapan tahun lalu bahkan ia berlaku lebih 10 tahun. Bagaimana sesuatu kepincangan dan kelewatan projek perumahan boleh berlaku dan berulang-ulang setiap tahun. Dalam konteks statistik jika sekali atau dua kali berlaku kesilapan atau kepincangan, maka boleh dianggap ianya kesilapan manusia. Akan tetapi jika berbelas- belas tahun kes yang sama berlaku berulang kali dan pastinya melibatkan beratus-ratus projek rumah terbengkalai, maka kepincangan ini bolehlah dianggap disengajakan sama ada oleh pihak pemaju atau individual-individual berkepentingan yang berkaitan dengan bank, pihak pakar perunding, ahli politik yang menaungi syarikat pemaju perumahan dan sebagainya.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya sejak dahulu hingga kini semua Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang disandang oleh parti MCA seolah-olah terhad kuasanya. Mereka ini lebih cenderung ke arah masalah parti mereka sendiri daripada menyelesaikan masalah rakyat.

Datuk Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Yang Berhormat PJ Selatan. Berkaitan dengan isu rumah terbengkalai di mana peruntukan RM200 juta yang saya percaya bahawa adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa penyelesaian yang dikemukakan oleh Menteri Kewangan itu bukan merupakan satu penyelesaian yang boleh menyelesaikan masalah berpanjangan. Saya percaya bahawa tahun hadapan bajet juga akan diperuntukkan lagi sejumlah RM200 juta atau RM40 juta untuk mengatasi masalah rumah terbengkalai. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa apa yang patut dilakukan sekarang ini ialah mengubah dasar pembinaan perumahan daripada dasar jual bina kepada bina dan jual? Hari ini apa yang berlaku adalah menyebabkan kerana pemaju-pemaju ini tidak berkeupayaan mereka jual dahulu baru mereka bina.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jangan panjang sangat Yang Berhormat. Habis masa Yang Berhormat PJ Selatan nanti.

Datuk Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi, ini memangsakan kepada pengguna-pengguna.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Ya, saya memang setuju dengan Yang Berhormat Pokok Sena. Masalah sekarang konsep jual dan kemudian bina merupakan masalah utama yang kita hadapi dan saya rasa Yang Berhormat Menteri sudah beritahu Dewan ini tentang mereka akan kaji tentang konsep bina dan kemudian jual. Akan tetapi, sampai sekarang kita tidak dapat maklumat yang terperinci tentang konsep ini sama ada konsep ini akan dilaksanakan atau hanya berhenti di sini sahaja. Saya hendak merujuk kepada Yang Berhormat Menteri KPI. Bolehkah seseorang Menteri, Timbalan Menteri menggunakan masa sebelah petang dari 1 petang hingga 5 petang untuk menghadiri mesyuarat parti? Apa yang berlaku semalam semua Menteri, Timbalan Menteri MCA menghabiskan masa mereka menghadiri mesyuarat parti. Adakah urusan parti lebih penting daripada urusan kerajaan atau untuk menghadiri mesyuarat di Parlimen? Apakah KPI terhadap Menteri atau Timbalan Menteri terutamanya Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Beribu-ribu orang rakyat menderita dan pembeli rumah teraniaya oleh pemaju perumahan sejak dahulu seolah-olah tidak dapat buat apa-apa. Aduan terhadap pihak tribunal kepada pihak media cetak siaran di televisyen, memorandum, bantahan, demonstrasi di hadapan pejabat pemaju dan sebagainya. Semua ini tidak memberi kesan langsung tanpa penghujung. Bahkan pengerusi ataupun pengarah semua agensi yang disebut tadi telah bersilih bertukar ganti. Akan tetapi, aduan rakyat dan pembeli rumah yang teraniaya ini tidak ada penyelesaiannya. Segala usaha untuk menuntut hak mereka sebagai pembeli yang sah di sisi undang-undang adalah sia-sia. Daripada keseluruhan projek yang terbengkalai ini 78 peratus adalah yang melibatkan perumahan rakyat dan hanya 22 peratus yang melibatkan projek komersial. Ini membuktikan tingginya peratusan melibatkan masalah rakyat yang membeli rumah kediaman. Ini adalah serius dan perlu ambil perhatian dan tindakan demi kebajikan rakyat. Boleh Yang Berhormat Menteri menyatakan berapakah kes berkenaan pemilik pemaju perumahan ini yang didenda atau dipenjarakan? Sebenarnya kesalahan yang mereka lakukan amat serius dan melibatkan kepentingan umum. Biasanya apa-apa kesalahan yang mengakibatkan kepentingan umum ini dikenakan hukuman mandatori, tetapi nampaknya pelaksanaan undang- undang seolah-olah tidak ada. Pemaju seolah-olah bebas didakwa dan seakan ada kepincangan dari segi penguatkuasaan oleh kementerian. Maka di Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, saya pohon Menteri berikan makluman yang terperinci pendakwaan yang dikenakan terhadap pemaju perumahan dan peratusannya serta berapakah ramai individu yang dihukum atau dipenjarakan setakat ini. Di sini saya mencadangkan pihak Menteri tunjukkan kuasa yang ada memastikan pemilik asal pemaju perumahan yang culas didakwa dan dipenjarakan. Ketahuilah pembeli yang menjadi mangsa rumah terbengkalai ini sangat menderita. Potongan gaji oleh pihak bank dan kos membayar sewa rumah menyebabkan mereka menggunakan wang gaji mereka di antara 40 peratus hingga 60 peratus. Ini belum lagi dikira kos harian untuk perjalanan pergi dan balik kerja serta bayaran pinjaman kenderaan. Justeru itu demi kesinambungan hidup, ada yang terpaksa bekerja lebih masa dan ada juga isteri terpaksa keluar bekerja.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Tuan Yang di-Pertua, adalah pelik apabila mendapati individu yang pernah menerajui syarikat projek perumahan tetapi projeknya tidak siap, tergendala atau terbengkalai tetapi pemilik asalnya tidak dikenakan apa-apa tindakan bahkan boleh pula menjalankan projek perumahan lain. Di samping itu, maklumat risikan mendapati bahawa apabila pemilik pemaju ini merasakan tidak dapat menampung kos projek yang belum siap, maka nama pemilik atau ahli lembaga syarikat itu akan ditukar kepada nama orang lain atau sesiapa sahaja yang sanggup menjadi kambing hitam dengan diberi imbuhan. Oleh itu, apabila berlaku kebankrapan syarikat pemaju, nama pemilik asal pemaju perumahan itu terselamat daripada disenaraihitamkan. Maka pemilik yang durjana ini akan menubuhkan pula syarikat perumahan yang baru. Menjadi bertambah kaya lagi dan berulang permasalahan rumah terbengkalai ini. Jadi saya mencadangkan jika berlaku projek terbengkalai ini, sila buru. Cari siapa pemilik asal pemaju perumahan untuk didakwa. Jangan diam semudah itu memindahkan milik syarikat kepada orang kedua dengan melepaskan tanggungjawab. Tuan Yang di-Pertua, didapati projek perumahan terbengkalai ini selalu melibatkan rumah kos rendah dan sederhana. Jarang ia melibatkan projek mewah atau komersial. Ini menunjukkan terdapat keutamaan dalam menyiapkan projek mewah yang melibatkan orang-orang kaya tetapi masalah perumahan rakyat miskin yang menjadi mangsa iaitu projek rumah murah dipandang sepi. Jadi kalau ini berterusan, maka doktrin 1Malaysia akan jadi sia-sia. Mungkin akan jadi doktrin ‘2Malaysia’ iaitu satu keutamaan untuk orang kaya dan satu keutamaan tindakan tidak ambil kisah aduan rakyat miskin. Di sini saya berharap kementerian dapatlah memahami hati dan derita rakyat pembeli rumah kos murah dan sederhana yang teraniaya seterusnya mengambil tindakan segera yang berkesan. Bagi projek perumahan yang telah siap pula, ada yang lancar pengurusannya dan ada juga yang bermasalah. Contohnya, masalah flat-flat di Kampung Dato Harun, Kampung Medan, di kawasan Parlimen saya, Petaling Jaya Selatan. Tuan Yang di- Pertua, sekali lagi kerajaan berusaha membantu setinggan-setinggan sejak dahulu lagi dengan memindahkan mereka ke rumah-rumah flat. Tujuannya membasmi kemiskinan dengan sasaran kerja setinggan sifar. Masalahnya ialah para setinggan ini telah biasa hidup dan serba serbi percuma atau kos mengurus yang murah. Apabila tinggal di flat, masalah lain pula timbul. Ketika ini, keluarga mereka bertambah besar. Kos sara hidup bertambah dan makin meningkat sedangkan mereka termasuk dalam kelompok rakyat miskin. Semasa setinggan ini mula berpindah ke flat, tidak ramai yang tahu di mana kos yang akan mereka tanggung. Ditambah lagi dengan bayaran air, elektrik, cukai pintu, duit angkut sampah, kos pengurusan flat dengan izin, maintenance dan lain-lain. Pastinya mereka tidak mampu. Apabila kerajaan memperkenalkan sistem pengurusan bersama iaitu dengan izin, Joint Management Body (JMB), ramai di antara mereka tidak bersetuju. Bukan mereka sengaja ingkar tetapi mereka tidak mampu disebabkan mereka telah lama mengamalkan budaya dapat percuma ketika hidup setinggan dahulu. Ini mendatangkan masalah. Pihak pemaju tidak dapat menyerahkan pengurusan flat-flat ini kepada persatuan penduduk atau wakil-wakil mereka dalam JMB. Di samping itu juga, pemaju tidak bertanggungjawab mengakibatkan flat-flat ini tidak diselenggara dengan baik. Kualiti infrastruktur sangat teruk, lif banyak yang rosak dan masalah ini kerap pula berlaku. Bagaimana pemilik-pemilik flat ini yakin dan mahu mengambil alih pengurusan dari pihak pemaju jikalau masalah ini tidak selesai. Maka, ramai penduduk dari setinggan ini tidak sanggup ke hadapan mengambil tanggungjawab JMB ini. Kos mengurus bangunan sangat tinggi kerana segala kedaifan bangunan adalah berpunca dari sikap pemaju yang membina flat-flat murah ini dengan kualiti yang sangat rendah. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan kerajaan mengambil tanggungjawab memperuntukkan dana untuk kos baik pulih bangunan-bangunan ini. Kos untuk meningkatkan infrastruktur dan persekitarannya dan juga kos untuk membaik pulih lif-lif yang tidak berfungsi. Maksud saya untuk kediaman perumahan kos rendah sahaja. Begitu juga diharap ada peruntukan untuk kos pengurusan Lembaga Pengurusan Bersama (JMB). Di sini ada kepincangan dalam menguruskan kelancaran hak milik strata dan pemindahan tugas pengurusan dari pihak pemaju kepada Lembaga Pengurusan Bersama.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Oleh itu saya mencadangkan pihak kementerian hendaklah menguatkuasakan ketetapan agar setiap pengerusi JMB, setiausaha dan bendahari JMB ini diberi hak atau insentif kerja dalam JMB iaitu elaun yang sesuai. Kementerian boleh menggubal akta untuk peruntukan ini. Sesungguhnya, tugas-tugas mereka atas nama badan berkecuali atau NGO tetap menanggung impak beban dari segi risiko, emosi, mental dan pengorbanan. Banyak masa dan tugas menguruskan persatuan penduduk dan sebagainya. Tambahan pula dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, tugas mendapat bayaran pengurusan dari pemilik-pemilik rumah mengundang beban masalah. Risiko diboikot cemuhan dan pertelingkahan. Semoga cadangan ini diambil perhatian oleh pihak kementerian. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya juga ingin memohon Yang Berhormat Menteri Kerja Raya atau Menteri Pengangkutan mengambil keutamaan tindakan proaktif segera berkenaan dengan kesesakan tol di Plaza Tol Damansara Utama iaitu di Lebuhraya Utara-Selatan, Plaza Tol Sunway di Lebuhraya Damansara-Puchong dan juga Plaza Tol Seksyen 17 Petaling Jaya di Lebuhraya SPRINT yang mana ia amat sesak sekali sebelum masuk tol dan selepas melalui tol. Di mana rasionalnya jika rakyat membayar kos tol untuk mendapatkan perjalanan yang lancar tetapi masih lambat, menanggung kos minyak, gangguan emosi dan pembaziran masa dengan berlakunya kesesakan ini. Sebenarnya, kesesakan laluan trafik berlaku kerana perjalanan kenderaan yang terhenti semata-mata untuk membayar tol. Apakah mungkin kerajaan dapat melaksanakan pembayaran dengan cara pembayaran elektronik (electronic billing) dengan izin, yang dibuat dengan pemotongan bayaran tol melalui akaun bank penggunaan seperti mana yang dilaksanakan di negara lain. Bukankah kerajaan selalu mengwar-warkan tidak mahu ketinggalan dalam era kemajuan dan mahu setanding dengan negara serantau. Cara e-Billing ini dapat mengelakkan pemandu memberhentikan kenderaan mereka apabila membuat bayaran tol yang menjadi punca kesesakan. Selain itu, bilakah kerajaan demi mengutamakan hasrat rakyat untuk mengambil alih konsesi syarikat tol di negara ini atau memansuhkannya khususnya tol di New Pantai Express Highway (NPE) iaitu di Plaza Tol PJS 2 bersebelahan dengan Kampung Dato Harun. Walaupun kerajaan memansuhkan kutipan tol yang menghala ke Kuala Lumpur, tetapi plaza tol yang menghala ke arah Sunway masih wujud. Jalan ini adalah laluan asal oleh penduduk di sekitar. Sebelum itu, ia bukan jalan baru cuma dinaiktarafkan sahaja. Selama ini penduduk memang menentang kewujudan tol ini. Masalah kewujudan plaza tol ini juga menyebabkan banyak kenderaan masuk ke perumahan Kampung Dato Harun dan menyebabkan kesesakan yang amat teruk. Selain itu, keselamatan penduduk terus terjejas. Pencemaran udara oleh kenderaan juga menjejaskan kesihatan penduduk. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga ada mengumumkan pemberian diskaun bagi tol iaitu dalam musim perayaan untuk perjalanan antara pukul 12.00 tengah malam sehingga pukul 7.00 pagi dan juga rebat (rebate) dengan izin, bagi penggunaan Touch n Go yang mana penggunaan sebanyak 80 kali atau lebih dalam masa sebulan. Berapakah jumlah wang yang telah direbat kepada pengguna jalan raya setakat ini? Sejauh manakah insentif ini benar-benar membantu rakyat? Saya pohon kerajaan menyatakan berapakah jumlah keseluruhan kos yang ditanggung oleh kerajaan dari kedua-dua diskaun tersebut. Saya juga ingin tahu apakah status kerajaan mengambil alih semua konsesi tol di negara ini. Adakah kemungkinan kerajaan membeli atau mengambil alih konsesi ini khasnya Lebuh Raya Utara Selatan?

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dinyatakan pemilik kad kredit dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 dan RM25 untuk sub kad.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada satu minit Yang Berhormat.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Saya gulung. Bila cukai perkhidmatan ini dikenakan, pastinya pemilik kad kredit ingin mengurangkan kad. Mereka ingin membatalkannya tetapi pasti tidak dibenarkan oleh bank kerana banyak lagi hutang yang belum dijelaskan. Mereka tidak mampu untuk menyelesaikan hutang kad kredit yang sedia ada. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kena maklum bahawa kebanyakan yang menggunakan kad kredit ini adalah orang yang berpendapatan sederhana dan pertengahan, tidak mewah dan selalunya berhutang terlebih dahulu untuk belanja disebabkan gaji yang sedia ada tidak cukup menampung kos hidup harian. Mereka terpaksa menggunakan kad kredit. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Memang kita tidak menggalakkan seseorang itu memiliki banyak kad kredit, belanja besar atau berhutang, tetapi rakyat kita memiliki kad kredit sebelum ini kerana pihak bank sendiri yang membuat kempen-kempen melampau dengan pelbagai tawaran dan janji manis asal sahaja memiliki kad kredit yang baru, walaupun bank tahu seseorang itu ada kad kredit. Cukai perkhidmatan kad kredit yang diperkenalkan seakan-akan menghukum ke atas pemilik credit card yang sedia ada, yang mempunyai satu atau dua kad atau mempunyai rekod pembayaran yang bagus. Kalau kerajaan berhasrat untuk tidak menggalakkan seseorang itu memiliki kad yang banyak, apa salahnya orang yang memiliki kad hanya satu atau dua kad. Mengapa golongan ini dihukum dengan cukai perkhidmatan ini? Oleh itu, saya mencadangkan cukai perkhidmatan RM50 bagi kad kredit dimansuhkan atau wajib ditanggung sepenuhnya oleh pihak bank sendiri. Jikalau kerajaan terus mengamalkan cukai perkhidmatan kad kredit ini, dianggarkan 5,000 agen kad kredit akan hilang kerja mereka. Kebanyakan agen kad kredit ini hanya mempunyai kelulusan SPM atau lebih rendah kelulusannya. Akan tetapi, mereka boleh mendapat purata pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan. Jikalau mereka hilang pekerjaan ini mereka susah untuk mencari kerja lain. Mana boleh dapat pendapatan yang setanding kerana kelulusan mereka yang tidak tinggi. Saya harap kerajaan kaji semula tentang cukai perkhidmatan kad kredit RM50 yang dikenakan. Sekian sahaja ucapan saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Dungun.

Tuan Matulidi bin JusohUMNO · BNDungun

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Selamat sejahtera dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan Bajet 2010 yang merupakan keprihatinan kerajaan untuk membela rakyat sesuai dengan iltizam kerajaan untuk membina negara dengan semangat 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan dan Prestasi Diutamakan”. Pertamanya ingin saya menyentuh tentang hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat. Antaranya ialah melalui menambah kemudahan kesihatan awam. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM14.8 bilion bagi mengurus, membina dan menaik taraf kemudahan hospital dan klinik. Saya ingin menimbulkan di Dewan yang mulia ini berhubung keperluan untuk membina Hospital Daerah Dungun. Kerajaan telah meluluskan RM80 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, tetapi telah digugurkan di bawah Kajian Separuh Penggal RMK-9. Kementerian Kesihatan seterusnya mengatakan bahawa projek ini akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kementerian Kesihatan sendiri mengakui dan menyedari akan keperluan pembinaan sebuah hospital. Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa kos hospital ini dianggarkan berjumlah RM180 juta iaitu pertambahan RM100 juta dari kos awal. Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa projek Hospital Daerah Dungun dibina pada tahun 2010 melalui jawapan bertulis pertanyaan di dalam Dewan yang mulia ini. Hospital ini khabarnya akan dibiayai melalui Public Financial Initiative (PFI). Saya ingin mendapatkan penjelasan Kementerian Kesihatan terutamanya bagaimanakah kerajaan bercadang hendak menggerakkan usaha untuk mendapatkan kos pembinaan hospital itu melalui Public Financial Initiative. Kedua, adakah kerajaan bercadang membina hospital ini secara penswastaan seperti melibatkan penyertaan kerajaan negeri, syarikat swasta dan pelabur individu?

Tuan Matulidi bin JusohUMNO · BNDungun

Ketiga, adakah kerajaan berhasrat menjadikan hospital ini sebagai hospital pakar atau medical specialist centre? Saya percaya Kementerian Kesihatan akan mengambil kira faktor pendapatan penduduk Dungun kerana kita khuatir hospital ini akan mengenakan bayaran yang tidak mampu dibayar oleh penduduk tempatan. Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2010 itu menunjukkan komitmen kerajaan bagi memperkasa perusahaan kecil dan sederhana - PKS. Pada masa ini terdapat 79 bentuk dana pinjaman dan geran PKS berjumlah RM8.8 bilion dan akan diperkemaskan kepada 33 jenis dana serta diselaraskan oleh SME Corp. Kerajaan juga memperuntukkan RM530 juta bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan PKS termasuk RM281 juta kepada perbadanan negeri dan RM57 juta untuk pembelian ruang niaga, penyediaan infrastruktur luar kawasan, perindustrian dan skim kilang bimbingan di bawah SME. Sehubungan dengan ini saya ingin mencadangkan agar perbadanan negeri dan pihak berkuasa tempatan atau PBT diberikan bengkel. Di Dungun kita telah pun ada kawasan industri kecil seperti di Pulau Serai dan Bukit Pauh. Masalahnya banyak bengkel kereta motor yang berselerakan termasuk di kawasan perumahan. Saya berpendapat sampai masanya lebih banyak bengkel didirikan bagi menyusun penempatan semula bengkel di kawasan PBT. Dengan itu perbadanan negeri wajar membina lebih banyak kilang bimbingan khususnya untuk membangunkan industri kecil berasaskan desa. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan turut menitikberatkan untuk menambahkan pengangkutan awam dalam Bajet 2010, malah menjadikan perkhidmatan awam bandar sebagai salah satu NKRA. Saya memohon kerajaan supaya mengambil perhatian juga masalah pengangkutan awam antara bandar seperti antara Kuala Lumpur dan Dungun dan Kuala Terengganu serta antara negeri contohnya antara Wilayah Persekutuan ke Terengganu. Mobiliti rakyat antara bandar ke bandar amat tinggi umpamanya dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur tidak kurang 80 buah bas sehari atau lebih 3,000 orang dengan masa perjalanan tujuh jam. Pagi kita kehilangan 21,000 jam bekerja. Negara-negara maju seperti Jepun dan Eropah memastikan sistem pengangkutan awam yang cekap dan efisien bagi mengurangkan kehilangan apa yang diistilahkan sebagai masa bekerja atau working hours dengan izin, bagi memastikan produktiviti rakyat. Dalam hubungan ini saya menggesa Kementerian Pengangkutan supaya mempercepatkan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan segera beroperasi bagi membentuk dasar pengangkutan darat nasional termasuk membuat pelan induk pengangkutan awam yang lebih komprehensif. Sehubungan dengan itu juga saya ingin menarik perhatian Kementerian Pengangkutan supaya menjalankan segera kajian kemungkinan bagi perkhidmatan kereta api ke Terengganu kerana pengguna tidak boleh selamanya bergantung kepada perkhidmatan bas ekspres sahaja yang kadar tambangnya terus naik. Pelbagai alasan sentiasa diberikan oleh pengusaha bas ekspres untuk menaikkan harga tambang bas seperti harga minyak naik, harga alat ganti naik dan sebagainya. Kita boleh menjangkakan tambang bas akan terus naik dari semasa ke semasa. Kita telah pun merdeka selama 52 tahun. Sampai masanya Kementerian Pengangkutan mengambil perhatian yang serius untuk membangunkan rangkaian perkhidmatan kereta api nasional termasuklah ke Terengganu yang dapat menghubungkan rangkaian kereta api lain seperti Pahang dan Kelantan. Inilah sesuatu yang tidak dapat digambarkan oleh rakyat untuk dilaksanakan, tetapi terus menjadi impian rakyat Terengganu untuk mempunyai perkhidmatan kereta api. Kita menyedari kos untuk mengadakan rangkaian perkhidmatan kereta api double track adalah tinggi dengan pelaburan jangka masa panjang, tetapi kerajaan perlu berpandangan jauh untuk melihat kepentingan perkhidmatan kereta api bagi generasi 20 hingga 50 tahun akan datang, rancangan perlu dimulakan.

Tuan Matulidi bin JusohUMNO · BNDungun

Sesungguhnya seribu langkah itu bermula daripada satu langkah. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan sama ada kerajaan bersedia memberikan kebenaran kepada syarikat swasta selain Keretapi Tanah Melayu Berhad untuk menjalankan operasi perkhidmatan kereta api di Terengganu. Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2010 mengemukakan strategi kedua iaitu memastikan pembangunan holistik dan mapan bagi membolehkan negara menjadi sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi. Pembangunan secara tuntas dan mapan. Negara memerlukan modal insan berkualiti tinggi dan kemahiran yang bersesuaian.

Tuan Matulidi bin JusohUMNO · BNDungun

Bagi mencapai matlamat ini pertamanya kerajaan mengambil inisiatif dengan meningkatkan modal insan berkemahiran tinggi. Yang keduanya, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Kerajaan telah mengumumkan NKRA bagi meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan dengan empat komponen kecil NKRA akan diberikan tumpuan iaitu: (i) meningkatkan pendidikan prasekolah RM48 juta; (ii) meningkatkan kadar literasi dan numeri RM30 juta; (iii) mewujudkan sekolah berprestasi tinggi, RM20 juta; dan (iv) mengiktiraf pengetua dan guru besar sekolah. Kerajaan memperkenalkan New Deal atau Bai'ah Baru untuk memberikan insentif kewangan dan sebagainya jika sasaran prestasi dicapai. Bagaimanapun, kerajaan tidak menyatakan apakah indicator untuk seorang Pengetua dan Guru Besar serta jumlah ganjaran dan bentuk insentif yang ingin diberikan. Kerajaan juga tidak menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan untuk program ini. Oleh itu, saya memohon pertama, kerajaan menjelaskan jumlah peruntukan yang disediakan bagi program ini dan keduanya indicator bagi sasaran prestasi Pengetua dan Guru Besar dijelaskan secara jelas dan objektif. Tuan Yang di-Pertua, saya amat mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk melahirkan dan membangunkan modal insan dengan menjaga kebajikan golongan pelajar dan memperkasa institusi pengajian tinggi awam. Dalam hubungan ini, saya menekankan betapa pentingnya program pembelajaran seumur hidup atau long life learning dengan izin dimantapkan dan diperkasakan. Pada masa ini, kebanyakan daripada IPT memberikan potongan kepada pelajar warga emas berumur 60 tahun ke atas mendapat pengurangan sehingga 50 peratus untuk yuran pengajian bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah dan sarjana. Sementara itu, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) memberikan pengurangan sehingga 75 peratus kepada pelajar yang lahir 31 Ogos 1957 untuk mengikuti pengajian sarjana dan doktor falsafah (PhD). Saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Pengajian Tinggi mempertimbangkan agar semua IPTA memberikan pengurangan sehingga 50 peratus yuran pengajian kepada semua pelajar yang berumur 50 tahun ke atas untuk mengikuti pengajian sarjana dan doktor falsafah bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan sebagai usaha untuk melahirkan modal insan berkualiti bagi membangunkan negara. Saya juga memohon Kementerian Pengajian Tinggi memanjangkan insentif ini kepada semua Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara juga, Ahli Dewan Undangan Negeri yang ingin melanjutkan pengajian daripada peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan tahniah dan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Negeri dan lain-lain agensi yang terbabit dalam usaha membawa balik pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia dari Padang baru-baru ini. Dalam masa berlakunya bencana di luar negeri, nyata kerajaan amat prihatin tentang kesusahan yang dialami oleh rakyat Malaysia. Saya di sini ingin mendapat penjelasan tentang tabung kecemasan untuk rakyat Malaysia apabila berlaku bencana di luar negara. Adakah dana yang diberikan kepada Kementerian Luar Negeri cukup untuk menolong rakyat Malaysia yang mengalami kemalangan dan bencana di luar negara. Sudah tentu apabila rakyat Malaysia yang berada dalam kesusahan, tempat mereka meminta bantuan adalah kedutaan-kedutaan Malaysia di luar negeri. Adalah diharapkan dana yang diberikan kepada Kementerian Luar Negeri adalah cukup untuk perkara ini. Kerajaan juga sering menyalurkan bantuan kepada negara-negara yang mengalami bencana melalui Kementerian Luar Negeri. Adakah dana ini daripada peruntukan yang sedia ada daripada Kementerian Luar Negeri ataupun kerajaan memberikan dana lain kepada Kementerian Luar Negeri? Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2010 - saya juga ingin menarik perhatian bahawa kawasan saya mempunyai 1,200 nelayan yang sentiasa resah gelisah, hari-hari sudah lebih 15 tahun mereka menunggu seperti menunggu durian runtuh kerana muara ini sentiasa cetek dan mereka boleh ke laut apabila menunggu air pasang. Apabila air surut, mereka berhenti, terhenti dan menunggu sehingga sampai giliran air pasang. Ini sudah memakan masa selama 15 tahun. Apakah hasrat kerajaan kita untuk membangun, meningkatkan pendapatan golongan nelayan yang hari-hari menadah tangan untuk terus ke laut tetapi malangnya mangsa terus mengalami keadaan airnya cetek. Saya sudah pun berulang kali bercakap perkara ini.

Tuan Matulidi bin JusohUMNO · BNDungun

Nelayan yang berjumlah 1,200 orang ini yang mencari punca pendapatannya hanyalah di laut sahaja dan apabila airnya cetek, mereka tidak dapat meneruskan tugas dan tanggungjawab mereka ke laut kerana terpaksa menunggu air pasang. Saya berharap dan mencadangkan kepada kerajaan supaya mengambil ini sebagai satu kecaknaan kepada rakyat supaya harapan kita untuk mensifarkan kemiskinan terutamanya kepada keluarga nelayan akan dapat dihapuskan dan sekali gus mereka akan dapat berbahagia dan senang dengan kerajaan yang mentadbir negara. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya itu sahaja yang dapat saya bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan dasar ini dan akhirnya saya berdoa semoga niat ikhlas Kerajaan Barisan Nasional dalam Bajet 2010 ini untuk membela semua lapisan rakyat sebagaimana yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin yang menyifatkan Bajet 2010 adalah belanjawan rakyat dan antara terbaik yang pernah dibentangkan. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya berterima kasih kerana dapat menyertai ucapan perbahasan saya. Pada saya, tahun 2010 adalah tahun terakhir dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan dan dalam rancangan yang kesembilan ini sepatutnya kita telah menyaksikan satu negara yang matang dan integrasi yang sepenuhnya. Kita berasa bersyukur bahawa baru-baru ini, kebelakangan ini kita dapati banyak perbincangan tentang masalah integrasi nasional di mana Sabah dan Sarawak harus diberi fokus yang penting. Dengan itu saya mengalu-alukan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mengisytiharkan 16 September sebagai cuti kebangsaan tetapi integrasi nasional ini tidak boleh tercapai hanya kita mengumumkan hari cuti. Yang sebenarnya isu pembahagian kekayaan yang lebih adil kepada rakyat Sabah dan Sarawak harus dirancang dengan baik. Saya tidak rasa segan mengatakan selama ini Sabah dan Sarawak telah dilayan seperti tidak berbeza daripada tanah jajahan oleh Kuala Lumpur di mana kita lihat sumber baik pun sumber alam atau kewangan Sabah dan Sarawak ini kebanyakan telah dimonopoli oleh sekerat golongan yang kecil dan autonomi untuk membuat keputusan penggunaan sumber untuk kebaikan rakyat Sabah dan Sarawak sehingga hari ini belum tercapai. Saya hanya ingin secara konkrit bawa contoh yang di bawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Kita bangga kerana Menteri ini adalah datang dari Sabah tetapi sifat jajahan ini bukan sahaja kita lantik orang dari sana dan kita bebaskan dari struktur pembahagian kekayaan yang tidak adil.

Saya telah membangkitkan isu ini di luar Dewan ini dalam sidang akhbar tetapi sekali lagi saya ingin bawa soalan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sabah dan Sarawak. Setahu saya kontrak-kontrak BELB yang merupakan berjuta-juta ringgit Malaysia ini telah diberi kepada kontraktor-kontraktor yang tidak mempunyai kelayakan atau kelulusan. Saya ambil contoh, prosedur-prosedur KKLW dan Kementerian Kewangan ini tidak dipatuhi. Contoh kelulusan kontraktor ini tidak ada kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga dan juga tidak berdaftar dengan pusat khidmat kontraktor serta tidak mempunyai sijil pendaftaran taraf bumiputera. Saya dapati bahawa sebelum Menteri campur tangan dalam pemberian BELB ini, Sabah diperuntukkan dengan peruntukan RM230 juta yang diputuskan pada mesyuarat 26 Mac 2009 selepas Menteri sendiri menjawat sebagai Menteri dalam projek yang sama telah melonjak ke RM350 juta. Ini berita baik. Akan tetapi, secara teliti kalau kita mengikut keputusan Kementerian Kewangan sebelum ini BELB di Sabah dibahagikan kepada beberapa zon. Zon 2 iaitu Daerah Kota Belud, Tuaran, Ranau dan juga zon 3 iaitu Daerah Kudat dan Kota Marudu. Sarawak zon 2 bahagian Mukah dan Bintulu. Zon 4 bahagian Betong dan Samarahan. Semua zon-zon ini telah secara spesifik ditentukan oleh Kementerian Kewangan bahawa harus dijalankan secara tender terhad di kalangan 10 kontraktor tempatan yang berkelayakan. Akan tetapi, setelah campur tangan Menteri, kontrak-kontrak tender terhad ini telah dihapuskan dan secara rundingan terus diberi kepada syarikat-syarikat yang bermodal RM2 atau RM100 dan tidak mempunyai sijil-sijil dan kelayakan yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan. Adakah ini cara yang baik untuk membantu pembangunan di Sabah dan Sarawak?

Lebih teliti, kita dapati bahawa projek RM150 juta BELB ini telah ditawarkan kepada Shoreview Sdn. Bhd. Pada tahun 2009 pemegang saham utama syarikat ini adalah Obyu Sdn. Bhd. Manakala syarikat ini dimiliki oleh Dato’ Haji Bustari Haji Yusuf merupakan Penolong Bendahari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan juga Ahli Lembaga Pengarah yang merupakan Yang Berhormat Fadillah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Adakah Menteri boleh memberi penjelasan perkara-peraka ini sama ada sumber pembangunan ini jatuh ke tangan yang sepatutnya. Saya harap perkara ini diambil perhatian yang serius kerana apabila kita sebut pembangunan dan juga menyatupadukan masyarakat Malaysia ini kita tidak boleh hanya bergantung kepada slogan sahaja tetapi harus mengambil tindakan yang konkrit untuk mengeratkan lagi jurang pembangunan yang berbeza di kalangan dua wilayah iaitu di Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Saya ingin sentuh lagi isu Wilayah Persekutuan. Tahniah, Kementerian Wilayah Persekutuan sekarang dinamakan semula dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Kesejahteraan bandar ini bukan setakat nama sahaja tetapi dia harus dilaksanakan secara konkrit atau realisasikan impian warga di Wilayah Persekutuan. Kita boleh namakan satu kementerian tetapi kalau urus atau prosedur kita menguruskan kementerian ini dengan cara yang tidak adil, pertukaran nama ini tidak bermakna. Saya sekali lagi ingin bawa satu contoh. Kalau kesejahteraan bandar ini bermaksud penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga kecil dipinggirkan, ini tidak membawa makna. Di kawasan saya iaitu satu lot tanah yang lotnya 14141 Mukin Setapak hak milik PN 4751, di mana didapati bahawa tanah ini yang telah 30 tahun diguna pakai oleh penjaja-penjaja kecil or peniaga-peniaga kecil yang menjual makanan dan pelbagai perniagaan kecil telah didapati tanah ini telah diberi kepada Gerakan Belia 4B Negeri Selangor. Apa kaitan satu pertubuhan Belia 4B Selangor ini dapat tanah dari DBKL dan warung-warung dan gerai-gerai kecil yang sudah menggunakan tapak ini selama 30 tahun telah dikeluarkan. Saya ingin dapatkan penjelasan dari Menteri Wilayah, adakah dasar pembahagian tanah ini dijalankan dengan telus dan dengan berapa premium jumlah tanah premium yang telah dibayar oleh Gerakan Belia 4B Negeri Selangor untuk memperolehi tapak tanah tersebut. Pada masa yang sama, saya juga ingin mempertikaikan konsep kesejahteraan bandar. Wilayah Persekutuan bukan semuanya bandar. Kita harus ingat, banyak tempat, ada sesetengah tempat di Wilayah Persekutuan masih lagi adalah kawasan perkampungan termasuk di Ibu Kota Kuala Lumpur. Di kawasan saya di Batu, didapati Kampung Chubadak, Kampung Padang Balang, Kampung Delima dan banyak lagi kampung-kampung tradisi ada yang didirikan sejak 250 tahun yang lalu. Di mana kita mengatakan kita hendak menjaga kesejahteraan rakyat tetapi kampung-kampung ini telah menghadapi risiko kehilangan status sebagai kawasan warisan budaya orang Melayu yang telah menduduki kota Kuala Lumpur ini beratusan tahun. Kehilangan kampung ini kepada pembangunan yang mendirikan kondominium atau pusat-pusat perdagangan yang pesat ini tidak boleh diganti kerana kita faham Kuala Lumpur ini bukan sahaja satu tempat penghuni untuk orang-orang yang hendak mencari kekayaan tetapi tradisi Kuala Lumpur ini harus dipelihara. Oleh itu saya cadangkan kita mengkaji balik KL Draft Plan 2020 yang telah dirancang untuk menghapuskan kampung-kampung tradisi ini dan didirikan dengan projek-projek komersial dan projek kediaman pesat yang dikatakan moden. Sepatutnya satu pembangunan yang alternatif di mana budaya, tradisi ini dapat co exist dengan era moden kita. Dengan ini, saya juga berharap pada keseluruhan satu pengurusan Kementerian Wilayah dan DBKL yang lebih telus, saya telah berkali-kali memohon pihak Menteri dan juga Datuk Bandar untuk memberi penjelasan tentang bajet DBKL adalah satu wilayah yang begitu besar di mana bajet DBKL tidak pernah dibahaskan di mana-mana platform atau forum. Ini amat tidak adil kepada warga KL dan juga tidak memberi peluang bagi Wakil-wakil Rakyat di Kuala Lumpur ini memberi input kepada perancangan bandar raya Kuala Lumpur

Seterusnya saya ingin bangkitkan isu perumahan. Kalau kita sebut kesejahteraan warga kota, perumahan adalah sangat penting. Saya setuju konsep pemilikan rumah untuk warga kota tetapi rancangan atau pengumuman yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini untuk menjual rumah PPR kepada penghuni-penghuni PPR. Pertama sekali kita harus ingat projek PPR ini diwujudkan bukan untuk mempertingkatkan hak milik kepada warga kota.

Projek PPR adalah perumahan untuk orang-orang miskin. Saya secara prinsip tidak membantah penjualan PPR tetapi banyak perkara yang belum kita selesai dan belum jelas. Antaranya, pihak DBKL hanya mengehadkan empat buah bank yang ditawarkan pinjaman dalam program ini. Bunga yang dikenakan adalah 5 peratus hingga 6 peratus. Faedah ini di luar kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah. Bank seperti BSN atau Bank Rakyat boleh mengenakan faedah yang lebih rendah kepada golongan tertentu seperti OKU, warga emas atau ibu tunggal dan lain-lain lagi. Selain daripada masalah ini, masalah penyelenggaraan pada masa akan datang kelak. Masalah penduduk-penduduk sudah menghadapi kes seperti management dan maintenance. Selepas rumah-rumah ini dijual yang kita khuatir ialah pihak DBKL akan cuci tangan dalam semua isu yang secara kolektif seperti maintenance fees, maintenance lift dan juga cat semula atau pembangunan semula apabila flat PPR ini sudah uzur. Ini memang di luar kemampuan golongan rakyat miskin untuk melakukan ini di mana pihak pemerintah harus campur tangan. Pada masa dan ketika ini, sudah banyak flat swasta yang dihuni oleh penduduk-penduduk yang berpendapatan rendah sudah menghadapi masalah lif tidak dibaiki, masalah kekotoran, pelbagai masalah sosial tetapi ini tidak ada sesiapa yang boleh menangani. Kita khuatir dalam 10 tahun atau 5 tahun yang akan datang, flat PPR yang telah dijual juga menghadapi masalah ini. Saya juga ingin dapat penjelasan daripada DBKL yang telah melancarkan Supervisory Control and Data Acquisition, SCADA System di kawasan PPR dan perumahan awam yang menelan belanja RM4.8 juta dengan 130 CCTV. Apa terjadi dengan sistem ini? Flat yang telah dijual kepada pemiliknya sama ada sistem atau servis seperti ini akan terus dibekalkan oleh DBKL atau tidak. Saya juga ingin membawa perhatian kepada Dewan ini bahawa semua isu ini sepatutnya kita boleh bincang di peringkat Lembaga Penasihat DBKL. Akan tetapi, malangnya sehingga sekarang pihak kerajaan masih tidak ingin mengakui bahawa kerusi-kerusi Parlimen di Kuala Lumpur ini kebanyakan dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Sebanyak 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur, 10 diduduki oleh Pakatan Rakyat. Lembaga Penasihat DBKL, 15 orang ahli ini, satu pun tidak datang dari Pakatan Rakyat. Kawasan saya amat bertuah, Ketua Bahagian UMNO, Ketua Bahagian MIC dan Ketua Bahagian GERAKAN – ketiga-tiga bahagian Batu ini dilantik dalam Lembaga Penasihat DBKL. Akan tetapi, adakah lembaga ini dapat berfungsi secara adil dan efisien tanpa penyertaan bagi majoriti dalam ibu kota ini. Saya tidak menyatakan pembahagian ini harus dibuat mengikut kepartian tetapi sekurang-kurangnya input daripada Wakil Rakyat di Kuala Lumpur harus didengar dan menjadikan lembaga ini lebih inclusive. Saya harap kita juga mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan sama ada pelantikan ini telah diperkenankan oleh Agong atau tidak kerana dalam Perlembagaan, ini adalah satu prosedur yang wajib dan kita harap kalau Yang di-Pertuan Agong belum lagi memperkenankan, senarai lembaga penasihat ini dapat disemak semula. Penyertaan kita dalam proses perbincangan dan pengurusan Kuala Lumpur ini bukan sahaja setakat dalam lembaga tetapi sebagai Ahli Parlimen, saya tetap menghadapi banyak masalah bahawa pihak berkuasa sehingga sekarang tidak ingin mengambil satu attitude yang inclusive. Saya akan cepat ini. Saya kesal, minggu lepas Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah melawat kawasan Batu, melancarkan satu program di Masjid Sayidina Hamzah dianjurkan bersama oleh pihak masjid dan Jabatan Islam Wilayah Persekutuan, tetapi Ahli Parlimen tidak dijemput dalam program rasmi ini. Sungguhpun kita sebagai warga Malaysia yang ingin juga menjunjung kasih Baginda sebagai rakyat yang taat setia kepada sistem Perlembagaan Beraja ini tetapi kita telah diexclude dalam prosedur ini. Saya harap ini dapat dibetulkan dalam pentadbiran. Akhir sekali, satu lagi, saya harap juga isu-isu sekolah di kawasan saya di mana Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan cadangan untuk membina sebuah sekolah yang kini masih berada di dalam Flat Sri Perak dan pemindahan ini sampai sekarang sudah hampir 20 tahun belum diluluskan. Kalau Menteri Wilayah Persekutuan betul-betul komited kepada kesejahteraan rakyat, kita harap ini dapat diuruskan secepat mungkin. Akhir sekali, saya harap juga dalam membolehkan kita membahaskan ekonomi ini secara telus, kita perlukan informasi yang cukup. Saya juga kesal beberapa soalan yang saya telah kemukakan kepada Bank Negara tetapi saya tidak dapat jawapan yang memuaskan.

Baru-baru ini saya ingin tahu apakah jumlah pengirim dana ke luar negeri yang telah melanggar seksyen 30 dan seksyen 35, Akta Pengutipan Wang 1998 di antara pelanggaran 2006 hingga 2009, didapati 114 kes yang di dalam siasatan tetapi hanya satu sahaja dihukum kerana melanggar akta ini. Saya ingin dapatkan penjelasan tetapi pihak Bank Negara tidak memberi sebarang maklumat, bagaimana kita hendak bahas jika maklumat ini tidak telus. Dengan itu saya harap semua ini dapat dibaiki dan membolehkan kita sebagai rakyat Malaysia dan juga Wakil Rakyat untuk membentuk satu bajet yang betul-betul mesra rakyat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tenggara.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera kepada semua yang ada pada hari ini. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberikan ruang untuk saya turut serta dalam perbahasan Bajet 2010. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah pun mengemukakan bajet yang mengutamakan rakyat dan berorientasikan pencapaian sejajar dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Ini amat menepati janji bahawa tiada rakyat yang akan terpinggir. Saya amat bersetuju dengan hasrat kerajaan untuk menyusun semula program dan proses penyampaian sistem perkhidmatan kerajaan, supaya lebih efisien dan produktiviti dapat dipertingkatkan dengan sumber yang terhad. Tuan Yang di- Pertua, bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan awam, saya juga mahu tahu adakah kerajaan akan menyemak semula manual prosedur kerja dan sasaran kerja tahunan setiap kakitangan perkhidmatan awam supaya lebih objektif dan komprehensif? Adakah kerajaan akan menghidupkan semula Program Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) bagi meningkatkan lagi prestasi dan produktiviti kakitangan awam dan dijadikan KPI setiap kementerian dan jabatan. Anggota perkhidmatan awam perlu didedahkan secara meluas dan terkini tentang budaya kerja cemerlang, terutama pendedahan budaya kerja swasta. Saya mahu penjelasan daripada kerajaan, adakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan Program Pertukaran Kakitangan Kerajaan dan Swasta? Adakah kerajaan akan juga mewujudkan peluang supaya kakitangan awam boleh mengikuti latihan dan kursus bermutu yang dianjurkan oleh pihak-pihak perunding swasta dan sebagainya dengan kos ditanggung oleh kerajaan? Saya juga ingin mencadangkan supaya Institut Tadbiran Awam (INTAN) memperkemaskan kursus dan menyediakan lebih banyak lagi kursus- kursus R&D. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang inisiatif kerajaan membangunkan teknologi hijau. Tahniah kepada kerajaan kerana telah berjaya menggubal Dasar Teknologi Hijau Negara. Peruntukan sebanyak RM20 juta untuk aktiviti kesedaran mengenai budaya hidup mesra alam perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baik mungkin. Pusat Teknologi Hijau Negara perlu menyediakan pelan tindakan segera. Antaranya, penggunaan beg plastik dan merancakkan semula Program Kita Semula dan Penjagaan Alam Sekitar. Saya juga mahukan maklumat bagaimanakah PBT dapat berperanan dengan lebih aktif lagi dalam menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara ini? Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks pasaran guna tenaga Malaysia, kerajaan telah pun mengunjurkan sejumlah 4,749 pekerja akan diberhentikan oleh 102 majikan dalam suku tahun pertama 2009. Akan tetapi, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia telah pun mengunjurkan seramai 200,000 hingga 400,000 pekerja akan diancam dengan kemungkinan untuk diberhentikan kerja pada tahun ini. Peranan kerajaan bukan sahaja menyelamatkan majikan-majikan, tetapi juga menyelamatkan isi rumah negara daripada di badai kegawatan pendapatan. Pengangguran di kalangan bumiputera amat ketara sekali. Mengikut Ahli Majlis Ekonomi, Datuk Dr. Zainal Aznam Yusof menyatakan bahawa sejak 40 tahun yang lalu, pengangguran di kalangan bumiputera adalah lebih tinggi berbanding dengan kaum lain khususnya kaum Tionghoa dan juga India. Perangkaan pengangguran negara secara keseluruhannya adalah 3 peratus hingga 4 peratus, tetapi pengangguran di kalangan bumiputera telah pun mencecah 5 peratus hingga 6 peratus dan diikuti oleh kaum India.

Kaum Cina pula hanyalah di bawah 3 peratus sahaja. Saya ingin menyarankan agar Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan juga agensi yang berkaitan meneliti profil pengangguran secara lebih terperinci kerana kadar pengangguran di kalangan bumiputera ini adalah terlalu tinggi. Sekali gus mencetuskan implikasi sosial selain daripada ekonomi. Semenjak tahun 2008 lagi, puluhan ribu telah pun hilang pekerjaan, diberhentikan kerja secara sementara, bekerja dengan pengurangan gaji ataupun hari bekerja dan lebih daripada 100,000 pekerja tidak dibenarkan membuat kerja lebih masa. Justeru itu, mengurangkan pendapatan mereka kepada gaji pokok di bawah RM700 sebulan dan menurunkan taraf hidup mereka, malah sehingga di bawah garis kemiskinan. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian Sumber Manusia dalam menangani masalah pengangguran ini secara makro selain daripada langkah dan tindakan secara mikro khusus kepada pekerja industri termasuk melalui Program Latihan Industri dan Program Penempatan Dalam Industri. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pengangguran di kalangan pekerja industri, pengangguran di kalangan graduan juga membimbangkan. Kira-kira 150,000 graduan institusi pengajian tinggi tempatan telah pun menamatkan pengajian setiap tahun, iaitu 80,000 lepasan IPTA dan 70,000 lepasan IPTS. Mengikut sistem kajian pengesanan graduan yang telah pun dicatatkan pada tahun lalu, daripada 88,220 graduan IPTA, seramai 44,525 atau 50.5 peratus telah pun mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian. Seramai 19,198 ataupun 21.7 peratus tidak mendapat pekerjaan dan selebihnya telah pun melanjutkan pelajaran ataupun mengikuti latihan. Bagaimanapun, jumlah bagi IPTS tidak menggambarkan data keseluruhan graduan yang telah berjaya mendapat pekerjaan dan menganggur kerana tidak semua IPTS di seluruh negara ini berdaftar dalam sistem kajian pengesanan graduan ini. Oleh itu, saya mengharapkan agar semua IPTS diwajibkan mendaftar graduan di dalam sistem ini bagi membolehkan satu pangkalan data graduan peringkat nasional diwujudkan secara komprehensif. Masalah pengangguran di kalangan siswazah terutamanya masalah kebolehpasaran untuk mendapatkan pekerjaan berpunca daripada kekurangan ataupun kelemahan dari segi soft skill seperti imej dan keterampilan diri, komunikasi ICT dan juga bahasa Inggeris. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, apakah langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk menghasilkan graduan berkualiti yang bukan sahaja mempunyai kemahiran, kepakaran dan ilmu, tetapi juga mempunyai soft skill bagi membolehkan bersaing dalam pasaran pekerjaan? Sejauh manakah Pelan Perancangan Strategi Pengajian Tinggi Negara membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan ini? Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berhubung dengan Program Pembasmian Kemiskinan. Saya amat mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk mencapai sifar kemiskinan tegar menjelang tahun 2010. Masalah kes kemiskinan telah pun berlanjutan sejak sebelum merdeka sehingga kini. Akan tetapi, kerajaan terus berusaha mengurangkan kadar kemiskinan daripada 60 peratus pada tahun 1957 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007. Kerajaan mensasarkan penurunan kadar kemiskinan kepada 2.8 peratus bagi tahun 2010. Masalah kemiskinan tegar berlaku kepada semua kaum tidak terhad kepada satu-satu kaum. Dalam hubungan membela nasib golongan miskin, kerajaan akan memastikan tidak ada mana-mana kaum yang akan tertinggal ataupun terpinggir. Saya amat mengalu-alukan langkah kerajaan bagi menangani kos sara hidup yang semakin membebankan, terutama krisis ekonomi dengan melaksanakan bidang keberhasilan utama negara, NKRA untuk membasmi kemiskinan tegar pada 2010 serta meningkatkan lagi pendapatan dan juga taraf hidup rakyat. Antara langkah yang diambil ialah memberikan bantuan melalui pendekatan e-Kasih dan juga membantu isi rumah Orang Asli. Dalam hubungan ini, saya ingin menyarankan kepada kerajaan supaya mengemaskinikan pendaftaran e-Kasih dan juga memberikan fokus kepada isi rumah Orang Asli. Kerajaan hendaklah menjadikan iltizam untuk membasmi kemiskinan tegar khususnya dan kemiskinan relatif amnya. Saya mahukan penjelasan daripada kerajaan Tuan Yang di-Pertua, berapa banyakkah projek ekonomi yang berdaya maju yang telah pun berjaya dilaksanakan? Di mana, telah menjana pendapatan dan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat Orang Asli agar mereka dapat dikeluarkan daripada garis kemiskinan. Adakah kerajaan menilai kembali sama ada apa juga perancangan pembangunan sosial dan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan, berjaya mencapai matlamat untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli?

Ini kerana, saya perhatikan perubahan yang kita harapkan berlaku kepada masyarakat Orang Asli tidak begitu memberangsangkan.

Saya juga ingin menekankan betapa pentingnya masalah kemiskinan di bandar untuk diatasi. Paras garis kemiskinan di bandar yang diguna pakai untuk mengklasifikasikan golongan miskin di negara ini sudah tidak relevan dan tidak sesuai untuk dijadikan panduan bagi penyaluran sebarang jenis bantuan, terutama yang membabitkan golongan miskin di bandar. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar PGK ini dikaji semula supaya menggambarkan keperitan hidup yang sedang ditanggung oleh rakyat di bandar, situasi sebenar di setiap bandar kerana penduduk di Johor Bahru tidak boleh disamakan dengan Kuala Lumpur. Justeru itu, kajian perlu dibuat secara teliti dan satu PGK lebih tepat berdasarkan kepada kawasan perlu disediakan. Tuan Yang di-Pertua, bantuan sara hidup, sewa rumah yang diselaraskan dan dikendalikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan seterusnya diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan perlu dipertingkatkan dari segi kecekapan dan efisien kerana saya perhatikan proses kelulusan dan pengeluaran bantuan amat lewat, sedangkan permohonan bagi program PPKB ini terus meningkat. Kelulusan yang diharapkan tidak berlaku seperti yang dimahukan oleh rakyat. Saya amat mengalu-alukan langkah kerajaan dalam Bajet 2010 ini. Meletakkan tugas untuk menentukan kesejahteraan penduduk bandar ke atas Kementerian Wilayah Persekutuan menjadi sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Ia adalah merupakan satu petanda jelas kerajaan sedar perlu ada cara yang lebih berkesan dan efektif untuk menolong rakyat mengharungi kehidupan dan juga cabaran-cabaran di bandar. Saya mengharapkan pembentukan kementerian yang baru ini akan berupaya menghasilkan satu pelan tindakan yang lebih menyeluruh dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan penjelasan daripada kementerian baru ini berhubung dengan pelan tindakan yang akan dirangka meliputi pelbagai aspek kehidupan di bandar. Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2010 telah menyediakan laluan bagi kita mencapai matlamat untuk melakukan transformasi ekonomi dan melonjakkan negara keluar daripada kepompong yang selama ini telah menyekat potensi sebenar. Kini terserah kepada semua rakyat untuk menggerakkannya dan untuk kerajaan menjayakannya. Kita harus mula menghayati wawasan dan juga agenda yang tersirat dalam bajet yang telah pun dinyatakan demi manfaat bersama. Saya dengan ini mohon menyokong. Terima kasih.

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan status khas untuk Sabah dalam Malaysia, hak dan kepentingan kami yang tersenarai dalam 20 perkara dalam perjanjian Malaysia. Hari ini kita melihat bahawa secara sistematik telah diketepikan dan kita dilayan agak tidak adil. Dalam anggaran nasional, kita melihat jumlah peruntukan berkurang dari tahun ke tahun. Hal ini mencerminkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak adil terhadap Malaysia Timur dan ini tidak memenuhi konsep 1Malaysia. Oleh kerana itu kami meminta perbincangan dan mendesak semua untuk menghormati 20 perkara itu. Pada ekonomi di luar bandar, ia merupakan satu integral dan matlamat pembangunan nasional. Ini sangat penting bagi ratusan ribu orang miskin dalam kemiskinan tegar luar bandar di Sabah. Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan untuk membantu orang-orang miskin ini? Tiada langkah positif dan tindakan tegas untuk membanteras kemiskinan, tetapi kami hanya berulang kali mendengar pengumuman satu demi satu. Sabah mempunyai kurang pembangunan ekonomi yang pesat yang masih belum disentuh dan dieksplorasi. Intervensi kerajaan diperlukan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di kawasan luar bandar. Selain itu, pengusaha swasta perlu didorong oleh kerajaan dengan bantuan untuk melabur dalam lingkungan pertanian atau pembangunan pertanian dan untuk kejaminan makanan yang penting di Malaysia. Bagi melaksanakannya kita haruslah menyediakan cara seperti percuma menggunakan tanah dari tanah kerajaan dan juga bantuan kewangan yang mencukupi.

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Sabah dan Sarawak boleh menjadi hab produksi makanan untuk Malaysia oleh kerana luas kawasan dan dana yang boleh disediakan. Pelabur asing dan syarikat- syarikat pertanian telah menunjukkan minat ke atas perkara ini. Mengenai perkhidmatan kesihatan di Sabah, kami menghadapi masalah tidak mempunyai blok utama selama satu tahun di Hospital Besar Kota Kinabalu. Kita perlukan penyelesaian masalah ini dengan segera dan kita tidak boleh menunggu hingga Rancangan Malaysia Ke-10 untuk menerajui tower block di rumah sakit ini yang akan dibina. Jelas bahawa ada beberapa tindakan yang boleh dilaksanakan dengan segera. Rakyat Sabah sangat kecewa atas hal ini apabila dibandingkan dengan perbelanjaan berbilion-bilion ringgit untuk membina rumah sakit yang besar di luar bandar Sabah, ia adalah kewajipan Kerajaan Persekutuan untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang baik bagi rakyat Sabah. Kami juga ingin mempersoalkan nisbah bekalan perkhidmatan kesihatan, mengapa kerajaan hanya memperoleh 40 peratus manakala sektor swasta 60 peratus? Bolehkah kerajaan menjamin bahagian yang lebih besar? Sabah memerlukan lebih banyak doktor pakar, tenaga perubatan dan alat-alatan yang canggih, kemudahan untuk memastikan bahawa kesihatan rakyat Sabah diambil berat oleh Kerajaan Persekutuan. Pembangunan infrastruktur di Sabah sentiasa terakhir dalam Senarai Anggaran Persekutuan dan kami mendapat peruntukan yang kecil. Itulah sepatutnya selepas 40 tahun dalam Malaysia, kita masih mempunyai jalan yang terburuk di Malaysia. Jalan sangat penting kepada penduduk luar bandar untuk mengangkut hasil pertanian dan barang-barang lain. Jalan yang buruk akan mendatangkan kos yang lebih tinggi bagi penduduk luar bandar. Masa hadapan akan jadi teruk, terutama berkenaan peruntukan untuk membaiki infrastruktur. Sabah dan Sarawak sepatutnya diberikan peruntukan yang lebih besar untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur yang tidak kita nikmati selama beberapa dekad. Jika BN masih mahu Sabah dan Sarawak sebagai fix deposit, dengan izin, maka dia mesti diberikan layanan adil kepada negeri Sabah dan Sarawak. Jika kita mahu melihat pertumbuhan ekonomi yang positif di Sabah, pembangunan industri harus digalakkan. Hal ini telah ketinggalan di belakang kerana berbagai-bagai faktor yang mempengaruhi dan yang paling jelas adalah kurangnya sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dan tambahan pembiayaan daripada institusi kewangan kita. Pelabur asing tidak minat melabur kerana bekalan tenaga dan air sangat mahal dan bekalan tenaga yang tidak menentu. Pasaran tidak cukup kondusif untuk menarik pelabur terutama tersekat oleh kekurangan bahan mentah dan pekerja biasa, sistem infrastruktur buruh dan lemah dalam persidangan antarabangsa. Oleh kerana itu, kerajaan harus memberikan insentif yang menarik untuk mempromosikan dan menarik pelabur industri asing ke Sabah. Ini haruslah diterangkan dengan jelas dan dimasukkan dalam anggaran. Ada juga keperluan bagi kerajaan untuk memperkukuhkan peranan persatuan industri dengan perkembangan teknologi dalam rangka untuk kemajuan industri di Sabah. Pembahagian pendapatan minyak dan gas yang diterima oleh Sabah semakin berkurangan dalam beberapa tahun lalu. Hal ini adalah disebabkan oleh penurunan pengeluaran minyak mentah dan gas dan tambahan pula dipengaruhi oleh harga antarabangsa. Ada keperluan mendesak untuk membolehkan Sabah memiliki perkongsian yang lebih besar tentang mother earth’s gift, dengan izin. Permintaan ini berulang kali disebutkan oleh rakyat Sabah selama ini tidak kira dari pembangkang atau parti berkuasa.

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Kami perlu wang untuk pembangunan di Sabah. Untuk rakyat Sabah, untuk keadilan dan kesejahteraan, kita menyuruh Kerajaan Persekutuan meningkatkan bahagian atas pendapatan minyak dan gas, sumber manusia dan modal ia merupakan masalah penting untuk diselesaikan. Situasi yang serius di Sabah ini iaitu brain drain dengan izin, dan pemuda Sabah lari dari Sabah untuk mengambil graduate di luar negeri atau negara lain. Hanya di Kuala Lumpur ada lebih kurang 160,000 anak muda Sabah kerja di pelbagai sektor. Kerajaan harus menetapkan cara dan sistem untuk memberikan banyak peluang kerja di negeri Sabah. Peluang kerja yang banyak dibuat oleh kerajaan sering diisi oleh pekerja asing, legal atau illegal dengan izin, ini adalah kerugian besar, kita latih pemuda kita, tetapi orang lain di luar Sabah memakai kepakaran mereka.

Dr. Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Dengan ini kerajaan perlu merancang langkah-langkah untuk melindungi pelaburan kami dalam sumber manusia dan modal. Kerajaan telah gagal untuk menghapuskan Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah dan berapa yang sudah mendapat MyKad? RM50 juta dibelanjakan pada tahun lalu tentang menerusi orang- orang ini. Nampaknya tidak berkesan. Ada 2.5 juta pekerja asing daripada jumlah keseluruhan 12.5 juta pekerja di Malaysia, orang-orang asing terdiri hampir 20 peratus daripada tenaga kerja di Malaysia. Mereka menghantar jumlah anggaran RM1 bilion setiap tahun ke negara asal mereka. Ini mencipta arus pemindahan wang, kerajaan harus merancang satu sistem untuk menangani perkara ini. Barangkali menggunakan pekerja tempatan, gaji, faedah yang menarik atau mengarahkan pekerja wanita mekanisasi dan automatiksasi seperti ini akan memberi kesan dalam jangka panjang. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bergembira dapat mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 yang bertemakan 1Malaysia Kemakmuran Negara. Sudah tentu kita mengharapkan bahawa bajet yang berjumlah RM191.5 bilion ini akan dapat dinikmati dan dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Kita mengharapkan bajet ini akan dinikmati dengan adil dan saksama, tidak ada kumpulan yang rasa terpinggir dan tersisih, tidak ada kumpulan yang rasa kenyang, muntah dan tidak ada rasa kurus tak dapat menikmati. Malah saya amat yakin warga asing pun akan dapat menikmati bajet yang kita bahaskan pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan bahawa dan saya rasa sedih. Warga asing telah digunakan untuk menjaga keselamatan negara kita, keselamatan di hotel- hotel, keselamatan di perumahan-perumahan, macam saya ajar kepada anak murid saya dahulu salah satu faktor kejatuhan Melaka ialah kerana menggunakan orang- orang asing sebagai tentera upahan. Tuan Yang di-Pertua, saya telah berbincang dengan pemandu teksi, mereka mula menyuarakan rasa kebimbangan sebab pemandu-pemandu teksi sekarang sudah pun diceburi dan melibatkan warga asing ini. Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun kita mengharapkan bahawa semua rakyat, semua penduduk akan dapat menikmati dan janganlah seperti kata orang, mengharapkan bulan jatuh ke riba. Kita kena berusaha untuk mendapatkan habuan kita sebagaimana yang dikatakan oleh pepatah “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” orang Sarawak tentu faham. Tuan Yang di-Pertua, kita amat yakin bahawa peranan swasta amat penting memacu perkembangan ekonomi negara kita dan kita sokong langkah kerajaan menggalakkan pelaburan swasta dengan menyediakan persekitaran mesra peniaga. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, idea ini bukanlah idea baru malah kerajaan kita telah pun melaksanakan dasar penswastaan. Namun begitu, apakah pegawai-pegawai kerajaan kita yang merupakan pelaksana sebenarnya faham dan bersedia menyahut seruan ini? Apakah kita telah kenal pasti kerenah-kerenah birokrasi, halangan-halangan untuk melaksanakan persekitaran mesra peniaga ini. Kita mahu pegawai-pegawai kerajaan kita berubah sikap, bekerja dengan lebih cepat dan lebih pantas. Kita mengharapkan bahawa piagam pelanggan yang ada di dinding-dinding bukan sekadar hiasan, ia harus dipatuhi dan dilaksanakan sebaik mungkin sebagaimana yang kita janjikan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian bagaimana lambat dan sukarnya bila kita hendak melaksanakan sesuatu projek ataupun program pembangunan terutamanya di kawasan-kawasan PBT ataupun kawasan-kawasan perbandaran. Pelbagai kerenah yang kita hadapi daripada jabatan-jabatan sehingga ianya memakan masa yang bertahun-bertahun yang menyukarkan bahawa program pembangunan itu dilaksanakan. Saya masih ingat Tuan Yang di-Pertua, Menteri Belia dan Sukan telah pun mengisytiharkan tentang pembinaan gelanggang rakyat untuk dinikmati oleh belia-belia kita hampir setahun, namun sampai sekarang pun masih tidak terbuat kerana kerenah-kerenah birokrasi ini. Tuan Yang di-Pertua, dasar penswastaan diharapkan dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan kita. Kita harap matlamat ini kekal apabila sesebuah agensi itu diswastakan.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Dengan penswastaan, pengurusan agensi akan lebih cekap dan yang selalu mengalami masalah akan dapat dirungkai. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya tidak begitu setuju sekiranya agensi-agensi yang berdaya maju itu diswastakan kerana ianya merupakan satu tindakan yang tidak menguntungkan kita dan kita harapkan bahawa penswastaan harus diberi kepada agensi-agensi yang bermasalah untuk menggambarkan bahawa penswastaan itu membawa kepada kebaikan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian bahawa agensi kerajaan yang diswastakan yang dikenali sebagai GLC, jangan lupa asas penswastaan mereka. Mereka mesti meletakkan bahawa kepentingan rakyat yang diutamakan sebagaimana moto kerajaan, rakyat didahulukan. Mereka kena ingat syarikat masih milik kerajaan, kepunyaan rakyat bukan milik kumpulan mereka sahaja. Mereka hanya diamanahkan untuk menguruskan syarikat tersebut, mereka bukan sahaja harus memikirkan soal-soal keuntungan yang membolehkan dinaikkan gaji elaun pengurusan ataupun dibayar bonus untuk beberapa bulan. Tuan Yang di-Pertua, kita juga ingin menarik perhatian kepada GLC ini supaya memberi bimbingan kepada rakyat-rakyat yang termiskin. Sebagai contoh saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua, bagaimana lokeknya, kedekutnya TNB untuk menyambung bekalan elektrik ke rumah- rumah PPRT ataupun kepada rumah-rumah rakyat yang terpencil sehingga mereka sanggup melihat kegelapan di rumah-rumah tersebut kerana mereka tidak mampu untuk membayar kos pembinaan tiang elektrik ataupun penyaluran tersebut. Oleh yang demikian, kita mengharapkan bahawa agensi-agensi kerajaan yang diswastakan itu supaya memberi perhatian supaya rakyat dapat menikmati pembangunan yang diadakan di negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bercakap mengenai pihak swasta ini yang cenderung, yang berminat untuk meraih keuntungan dan kekayaan dengan menjualkan bangunan-bangunan yang sedia ada. Yang Berhormat Jasin dahulu telah memperkatakan bagaimana pihak MAS sekarang telah menuju kepada keruntuhan dan kerugian, walaupun satu ketika dahulu mereka telah mengambil tindakan dengan menjual aset dan bangunan yang ada.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Malah di kawasan saya di Hulu Terengganu, bangunan yang disediakan oleh pihak TNB untuk dijadikan kawasan perumahan kakitangan juga telah dijualkan kepada pihak swasta dan ini merupakan langkah yang tidak bijak kerana saya dapati bahawa kerajaan bersusah-payah untuk mengambil alih membeli aset-aset ini tetapi dengan mudah dijual oleh pihak-pihak swasta. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian berkenaan dengan Kementerian Pengangkutan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Kita telah dikejutkan dengan peristiwa kemalangan jalan raya sehingga kita gelarkan negara kita sebagai salah satu daripada negara yang paling kerap berlaku kemalangan. Kita dapati pada tahun ini bahawa kemalangan telah meragut nyawa semasa Ops Sikap Hari Raya baru-baru ini seramai 261 orang iaitu satu angka yang sangat besar. Oleh itu, kita mengharapkan bahawa kerajaan bersungguh-sungguh untuk mengkaji dan membuat sesuatu supaya kemalangan ini dapat dikurangkan ataupun dielakkan sama sekali. Tuan Yang di-Pertua, saya teringat kepada tindakan-tindakan oleh pihak Kementerian Pengangkutan dalam usaha untuk mengatasi masalah kemalangan ini. Dahulu kita diperkenalkan dengan pemakaian topi keledar untuk penunggang- penunggang motosikal. Kemudian dilanjutkan lagi dengan pemakaian ataupun pemasangan kotak hitam apabila bas ekspres berlaku kemalangan. Tidak cukup dengan itu, mereka telah memaksa dan meminta pengusaha-pengusaha lori memasang lampu dan loceng di kepala lori sekiranya lori tersebut dipandu dengan laju. Kemudian ditambahkan pula dengan pemakaian tali pinggang keledar di bahagian belakang kereta dan dipasang pula kamera di sepanjang perjalanan dan kemudian tahun hadapan kalau kita luluskan di Dewan ini kerajaan akan memperkenalkan pula pemeriksaan ke atas kereta-kereta yang berusia 15 tahun di pusat pemeriksaan PUSPAKOM. Tuan Yang di-Pertua, saya kadang-kadang terfikir adakah cadangan- cadangan dan rancangan-rancangan ini merupakan rancangan yang ikhlas. Saya bimbang dan takut kalau-kalau rancangan ini merupakan rancangan yang ada udang di sebalik batu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ya!

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Ada udang di sebalik mi. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita lihat pemasangan kotak hitam kita dapati bahawa syarikat bas terpaksa mengeluarkan belanja dan yang untungnya ialah pembekal- pembekal kotak hitam.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Apabila kita minta pihak lori memasang lampu kita dapati tersenyum pembekal-pembekal lampu tersebut. Apabila kita lihat pemasangan kamera di sepanjang perjalanan akhirnya kamera menjadi tugu kayu mati yang tidak berfungsi lagi. Akan tetapi tauke kamera terus tersenyum lebar kerana mendapat keuntungan. Saya juga bimbang takut kalau-kalau pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM ini juga merupakan agenda untuk mengaut keuntungan mudah di atas penderitaan orang-orang miskin yang mempunyai kenderaan yang berusia lanjut. Oleh itu, saya mengharapkan bahawa rancangan ini harus ditarik balik sebab belum tentu ada kepastiannya kenderaan yang berusia lanjut itu merupakan punca kemalangan di jalan raya. Tidak betul?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Betul! Sokong!

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Kata Yang Berhormat Jasin, orang lama lagi keras. Saya tidak tahu. Tuan Yang di-Pertua, tahun lepas kita dikejutkan dengan keruntuhan kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa. Semalam bukit runtuh lagi di Selayang. Tadi Yang Berhormat Kuala Terengganu menyenaraikan runtuhnya bangunan-bangunan. Maka riuh seluruh negara. Pemimpin bising, rakyat pun bising. Tuduh-menuduh di antara satu sama lain tetapi bukit runtuh lagi, rumah rebah lagi. Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian saya mencadangkan kepada setiap kementerian ataupun kepada setiap jabatan supaya menubuhkan unit khas supaya penyelenggaraan dan penyeliaan ini merupakan aspek yang mesti diwujudkan dalam tadbir urus negara kita. Kita minta supaya unit ataupun Jabatan Penyeliaan dan Penyelenggaraan ini bertugas sepanjang masa. Membuat pemeriksaan setiap masa secara berkala bukan sekali-skala apabila berlaku keruntuhan dan kerosakan. Dengan sebab ini saya dapati bahawa sekiranya ada unit khas yang membuat penyeliaan dan penyelenggaraan ini, maka kita dapati bahawa ketua jabatan harus bertanggungjawab sekiranya berlaku keruntuhan dan kerosakan di setiap jabatan ataupun di setiap agensi dan sekiranya perkara ini berlaku kalau pegawai yang baik kita beri hadiah, pegawai yang cuai harus diberi hukuman. Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan rancangan kerajaan untuk membasmi kemiskinan.

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

[Menyampuk]

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Kata Yang Berhormat Parit sulung, Menteri Besar jangan diberi penyapu sudah. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan pembasmian kemiskinan. Kerajaan kita ini kerajaan adil. Kerajaan kita ini kerajaan yang pemurah. Tidak terkira banyaknya bantuan dan sumbangan yang diberikan kepada rakyat kita. Kalau di sekolah pagi waktu sampai di sekolah diberi rancangan makanan tambahan walaupun kadang- kadang murid tidak makan. Harganya RM1.80 seorang. Kita memberi bantuan buku teks percuma walaupun kadang-kadang buku teks tidak dibaca dan tidak dibawa pulang ke rumah. Kemudian kita beri lagi biasiswa, kita beri bantuan pakaian, kita beri bermacam-macam dan pada enam hari bulan ini kerajaan akan umumkan lagi tentang subsidi dan bantuan beras kepada rakyat termiskin. Kita minta supaya rakyat yang mendapat subsidi ini merupakan rakyat yang benar-benar berhak diberi secara adil dan saksama. Tiada perbezaan, tiada pilih kasih, tidak berdasarkan kepada agama, bangsa apatah lagi fahaman politik. Yang berhak pasti, mesti diberi. Akan tetapi siapakah yang berhak itu? Siapakah yang menentukan yang layak dan yang tidak layak? Kalau ditanya kepada wakil rakyat pembangkang tentu mereka akan menyenaraikan penyokong-penyokong mereka yang sepatutnya diberi bantuan tetapi kerajaan kita adil. Kerajaan kita adil beri kepada semua orang yang layak sama ada ia anak orang kerajaan ataupun ia anak orang pembangkang. Cuma yang kita mengharapkan kalau sudah beri itu ucap terima kasih.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Pohon penjelasan Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Jangan tangan yang memberi itu digigit pula sebab orang kata kalau diberi...

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Pohon penjelasan.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

...Akan tetapi tangan digigit maka ini menggambarkan kita yang tidak bersyukur.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Saya macam biasa. Tentu saya akan beri laluan kepada mana-mana rakan yang ingin mencelah. Silakan.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya begitu tertarik dengan hujah daripada Yang Berhormat Hulu Terengganu tadi berkaitan dengan Skim SUBUR subsidi beras untuk rakyat tetapi tahu atau tidak Yang Berhormat bahawa borang untuk memastikan orang yang mendapat Skim SUBUR ini mesti dikenal pasti ada tiga kategori. Pertamanya ialah JKKP bermakna Jawatankuasa Peringkat Persekutuan. Kalau di peringkat negeri Kedah ketua kampung tidak ada hak. Yang keduanya agensi yang berkenaan. Yang ketiganya diluluskan oleh MPPP yang dilantik di kalangan Ahli Parlimen kerajaan sahaja. Jadi di manakah keadilan? Cuba tolong bagi penjelasan kepada rakyat supaya benar-benar mendapat penjelasan dan keadilan seperti mana yang dikehendaki oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih, Yang Berhormat. Itulah saya katakan tadi kalau tanya kepada pembangkang dia akan senaraikan penyokong-penyokong dia. Tanya kepada Kerajaan Barisan dia akan beri kepada semua. [Tepuk] Sebab itu kita pilih wakil daripada Kerajaan Barisan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Maran bangun, Yang Berhormat.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Hendak mencelah juga ini.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Kita dalam Dewan ini adalah orang yang menjalankan tugas untuk menyampaikan tanggungjawab, amanah dan sebagainya kepada mereka yang berhak iaitu kumpulan sasar. Bukan Ahli Parlimen yang berhak, kumpulan sasar. Yang berhak ialah penduduk miskin, tidak perlu kita bagi kepada Ahli Parlimen. Yang penting ialah kita akan menyampaikan kepada orang miskin yang layak mendapat beras ini tidak kiralah Pembangkang atau sebagainya. Tidak beri pun tidak apa sebab kita mampu.

Tuan Haji Ahmad KassimPKR · PRKuala Kedah

Pengesahannya itu. Pengesahan Ahli Parlimen dalam PBP itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh mencelah, Yang Berhormat.

Saya minta pandangan sama ada Yang Berhormat Ahli Parlimen Barisan Nasional ini mampu lagi untuk menjalankan kerja untuk menyampaikan walau orang Barisan Nasional termasuklah pembangkang. Yang Berhormat bersetuju dengan saya ataupun tidak?

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Tentulah saya setuju. [Ketawa] Macam mana pula tidak setuju, bukankah saya sudah sebutkan awal-awal tadi orang kerajaan ini, orang Barisan Nasional ini orang yang adil sebab itulah kita berikan subsidi kepada semua rakyat. Tuan Yang di-Pertua, namun demikian kita masih menghadapi masalah untuk mengenal pasti siapakah yang benar-benar layak. Kalau kita ini berfikir macam Pembangkang, kita tidak rasa masalah apa-apa. Beri sahaja kepada kaum kita. Oleh sebab kita orang yang adil hendak minta supaya yang menerima itu orang yang layak kita rasa perlu dikemaskinikan senarai e-Kasih yang diguna pakai. Kalau kita macam sebelah sana, kita pakai sahaja senarai kita habis cerita, macam yang dia orang gunakan. Tuan Yang di-Pertua, senarai e-Kasih ini mempunyai pelbagai masalah dan oleh yang demikian kita mengharapkan supaya senarai e-Kasih ini dikemas kini supaya penerimanya betul-betul, benar-benar orang yang layak menerima bantuan ini. Sekali lagi saya tegaskan bahawa kita tidak mengira sama ada dia itu beragama apa, berbangsa apa, berkulit warna apa dan berfahaman politik apa pun sekali insya-Allah kita akan beri sekiranya mereka layak untuk menerima subsidi tersebut.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, saya juga kadang-kadang teringat, hendak sebut takut. Tidak sebut rasa terbuku tentang tugas kita ini sebagai wakil rakyat. Wakil rakyat ini kita minta dia bekerja bersungguh-sungguh bukan kerja main-main. Biar dia kerja sepenuh masa bukan dia bekerja sebagai sambilan. Jangan wakil rakyat ini banyak menghabiskan masanya untuk mengurus urusan perniagaannya sendiri sehingga rakyat terabai. Kita nampak, kita lihat, kita tengok bagaimana ada wakil-wakil rakyat yang...

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Saya tidak sebut BN, saya tidak sebut pembangkang. Itulah mentaliti pembangkang. Kalau tidak baik terus kata kepada Barisan Nasional. Kalau baik, dia. Kita bukan macam itu, kita ini yang baik itulah kita kena pakai. Oleh itu kita dapati bahawa sesetengah wakil rakyat banyak menghabiskan masa dan tenaga mereka untuk mengurus perniagaan dan syarikat mereka. Malah ada wakil rakyat yang tidak masuk ke Dewan Rakyat sanggup menerima gaji sebab yang mereka penting ialah gajinya bukan tugas di Parlimen ini.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Berniaga apa benda tu?

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Macam-macam dia berniaga. Terutamanya yang jadi peguam dan jadi lawyer... [Ketawa] Samakah?

Sama sahaja!

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak tahu, yang saya tahu peguam itu dan lawyer... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian untuk membolehkan...

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Tanjong Karang pun peguam juga!

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Untuk membolehkan wakil rakyat ini bertugas sepenuh masa tentulah tidak manis, tentulah tidak sesuai kalau Ahli Parlimen tarafnya sama dengan Gred 54 ataupun ADUN itu sama tarafnya Gred 48. Kecil hati ADUN bila naik kapal terbang Pengarah Pelajaran duduk di depan, dia orang duduk di belakang. Oleh yang demikian untuk membolehkan kita bertugas... Baru-baru ini saya dengar ada wakil rakyat daripada Pembangkang – terlupa saya hendak tahu, dia minta supaya dinaikkan gaji hakim. Dia kata gaji hakim ini masih rendah. Dia kata kalau gaji hakim ini tinggi menarik peguam-peguam untuk jadi hakim. Akan tetapi saya ada seorang kawan yang berjawatan Pesuruhjaya Kehakiman. Pendapatannya, dia beritahu kepada saya melalui surat GL gajinya lebih daripada RM31,000. Itu pun kata kawan saya daripada Pembangkang masih rendah lagi hendak naik lagi. Dia tidak perlu 24 jam membela rakyat, yang kita ini? Yang mati-mati minta - tidak tahulah. Jadi inilah Tuan Yang di-Pertua, bahawa sesungguhnya bagi membolehkan kita bekerja sepenuh masa apa salahnya kalau kita pun bolehlah dianggap samalah dengan Pesuruhjaya Kehakiman... [Tepuk] Eh, setujukah? Pembangkang setuju? Saya tahu Pembangkang tidak setuju sebab hendak tunjuk kepada rakyat bahawa tidak hendak, dia tidak sokong tetapi bila dapat dia yang lebih ambil! Ini saya sudah faham benar. Saya tahu inilah mentaliti rakan-rakan kita di sebelah sana, Tuan Yang di-Pertua. Ha, ini ada kawan kita ini beri kepada saya perbandingan bagaimana kedudukan MP di Singapura dan di Indonesia. Dia kata MP di Malaysia jauh lebih rendah. Saya rasa itu semua orang tahu. Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati, saya tidak berhajat untuk bercakap lebih panjang dan saya tentulah menyokong bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Sekian, wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabaarakatuh. Salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua terutamanya mengucapkan terima kasih saya kepada Tuan Yang di-Pertua atas kebenaran untuk turut sama berbahas dalam sesi perbahasan dasar bajet.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Semalam dikatakan bahawa satu jamuan makan malam diadakan oleh Menteri Kewangan bagi meraikan staf Kementerian Kewangan yang telah bekerja bersungguh-sungguh selama enam bulan untuk menyediakan bajet yang dibentangkan pada 23 hari bulan yang lalu dan sebagai penghargaan terhadap tugas-tugas sehingga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berasa bajet ini bajet yang terbaik agaknya, baik pertama yang beliau bentangkan. Kemudian setelah enam bulan bekerja kuat saya yakin kakitangan Kementerian Kewangan memang telah bekerja kuat dan kita telah dengar juga beberapa siri consultation, dengan izin daripada semua pihak telah dibuat dengan harapan yang lahir adalah suatu belanjawan yang lengkap, yang telah melalui proses penyelidikan dan kajian yang sebaiknya supaya kalaupun berlaku perbahasan tegur- menegur, kritikan-kritikan tetapi tidaklah sampai satu perubahan besar akan berlaku. Selang beberapa hari semasa kita sedang berbahas ini Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengatakan bahawa ada beberapa perkara mungkin akan dikaji semula.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Baru seminggu lebih bajet yang dibentangkan sudah hendak dikaji semula. Ertinya macam tidak siap dikaji. RPGT misalnya mungkin dikaji semula setelah mendapat pandangan balas daripada the relevant stakeholder dengan izin atau sesiapa yang berkenaan yang berkaitan dengan industri real property. Jadi 6 bulan ini para Menteri, iaitu Timbalan Menteri Kewangan tidakkah mereka meneliti dengan kajian yang teliti kesan kalau hendak mengenakan semula RPGT ini tanpa mengira tempoh pemegangan hartanah ini? Saya rasa semua kita di Dewan ini memahami bahawa kesannya terhadap industri hartanah ini akan menjejaskan dan kita telah dimaklumkan ada kajian bahawa dalam tempoh seminggu selepas belanjawan ini dibentangkan sudah terdapat penurunan dari segi vibrancy ataupun keceriaan di dalam industri hartanah ini kerana kenaikan ataupun pengenaan semula RPGT ini. Jadi ini menggambarkan bahawa tidak dijalankan satu kajian yang teliti ke atas perkara ini. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Ini satu perkara yang saya rasa mesti dikaji dan dilihat dengan teliti pada masa-masa akan datang dalam pembentukan bajet supaya tidak berulang bahawa dalam tempoh 2, 3 hari sudah ada pengumuman kajian semula details daripada bajet ini. Kita juga dengar sambil lalu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut tentang goods services tax ataupun GST yang kalau dalam tahun 2005 dahulu dimaklumkan GST ini akan dimulakan pada Januari 2007. Akan tetapi pada bajet kali ini disebut sepintas lalu. Mungkin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun tidak bersedia, tidak cukup maklumat, tidak menjalankan suatu kajian yang teliti buruk baik kesannya terhadap pengeluar barangan, terhadap pengguna-pengguna GST ini. Maka disebut sambil lalu sahaja tidak mendetailkan perkara ini. Jadi apa yang telah dibuat selama 6 bulan penyediaan bajet ini? Sampaikan dikatakan memerlukan sejumlah wang RM22 juta untuk membuat kajian tentang pelaksanaan GST ini. Hendak kaji negara-negara yang telah melaksanakan, hendak hantar mungkin wakil kita pergi melihat pelaksanaan GST di negara-negara lain, mengkaji kesan buruk baiknya. Kalau diumumkan 2005 dan hari pembentangan bajet ini disebutkan pula akan dikaji semula, ertinya bajet ini tidak melalui satu proses persediaan yang baik. Main-main dan tidak serius. Hanya hendak sebut sepintas lalu kononnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahu ada benda yang disebut GST tetapi tidak melalui proses kajian yang menyeluruh. Jadi Tuan Yang di-Pertua, pagi ini pula kita dengar pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian, pemberian wang ihsan kepada negeri Kelantan kerana setelah beberapa ketika sejak tahun 2004, produk petroleum ini dikeluarkan dari perairan offshore Kelantan ini, baru teringat hendak bagi wang ihsan. Itu pun kerana dibangkitkan oleh pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan beberapa bulan yang lalu setelah meneliti laporan-laporan ekonomi negara yang menggambarkan memang ada hasil petroleum sama ada bentuk petroleum cair ataupun gas daripada perairan Kelantan. Kalau tidak ditemu maklumat ini agaknya kerajaan terus berdiam, tidak akan menyentuh langsung perkara ini. Semasa pilihan raya kecil Manik Urai, kita masih ingat Timbalan Perdana Menteri yang mengepalai kempen Barisan Nasional menjanjikan katanya esok atau lusa Petronas pada ketika itu akan memberikan penjelasan mengenai tuntutan kerajaan Kelantan terhadap royalti minyak ini. Sampai ke habis pilihan raya tidak ada penjelasan dari Petronas. Kenapa?

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Tiba-tiba pada pagi ini disebutkan bahawa kerajaan akan memberikan wang ihsan, bukannya pun royalti dan telah dibahaskan, telah dibincangkan, dipertengkarkan tadi dan insya-Allah perkara ini tidak akan terhenti kerana kita tidak boleh menerima selain daripada royalti. Itu hak rakyat Kelantan. Wang-wang ihsan ini adalah, wang ihsan lah katakan. Hendak beri, beri. Tidak hendak beri, tidak. Kita tidak boleh terima ini. Ini pernah berlaku di Terengganu sehingga menganiaya kerajaan negeri dalam proses pentadbiran dan pembangunan negeri di bawah pentadbiran PAS satu ketika dahulu. Jadi kita tidak mahu ini berlaku semula. Jadi kita menuntut royalti sebagaimana diberikan kepada negeri-negeri lain Sabah, Sarawak dan Terengganu. Walaupun ada kaveat di situ, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata Terengganu pun sebenarnya wang ihsan. Dia tidak sampai hendak menyebut Sabah dan Sarawak kerana kita tahu kalau sebut Sabah dan Sarawak akan mengungkit lagi masalah yang cuba dipendamkan oleh pemerintahan pusat tentang masalah dengan Sabah dan Sarawak. Kita mahu status pemberian 5 peratus ini atas nama royalti minyak. We will not accept less than that dengan izin. Kita menuntut supaya semua pembayaran ini dibuat sejak mula ianya ataupun proses pengeluaran bahan petroleum ini berlaku di perairan Kelantan ini. Kita juga diberitahu dalam sidang akhbar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa wang ihsan petroleum ini akan sebagai tambahan kepada wang ihsan RM7 bilion yang telah pun diberikan atas nama program-program pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan. Ertinya yang dalam RMK-9 itu pun dianggap wang ihsan juga. Ini apa ini? Jadi jangan mempermainkan terminologi-terminologi ini. Jangan seolah-olah hendak menyamakan malah kita pun terkejut kalau dalam RMK-9 itu pun wang ihsan, mana yang dikatakan tanggungjawab kerajaan federal kepada kerajaan negeri ataupun semua siri pembangunan ataupun perancangan pembangunan lima tahun ini atau adakah ini dianggap wang ihsan? Wang ihsan sahaja sedangkan ini tanggungjawab sebenar daripada hasil yang dikutip di seluruh negara oleh Kerajaan Pusat mesti dibelanjakan di negeri-negeri. Jadi janganlah meletakkan rakyat di negeri ini terasa semacam at the mercy ataupun di bawah ihsan pemimpin-pemimpin Kerajaan Pusat. Tadi Yang Berhormat Dungun ada membangkitkan tentang beberapa janji dalam RMK-9 dan saya hendak menyebut tadi apa yang disebut tadi tentang hospital misalnya. Di Kuala Krai saya sudah bangkitkan banyak kali dalam Dewan ini dan saya hendak sebut sekali supaya ia dirakamkan lagi bahawa Hospital Kuala Krai yang merupakan hospital kedua terpenting di negeri Kelantan di bawah Kementerian Kesihatan yang telah dijanjikan hospital baru diluluskan di bawah RMK-9. Tanah sudah diperoleh tetapi akhirnya seperti Dungun juga wang tidak ada hendak dibawa pada RMK-10. Jadi kita khuatir perkara-perkara semacam ini walaupun disebutkan tadi dengan bangganya bahawa inilah belanjawan yang mengambil kira seluruh rakyat tetapi yang penting dari segi pemberian dan layanan kesihatan tidak ditumpukan sepenuhnya. Kalau di Amerika Syarikat, kedudukan populariti Barack Obama sebagai presiden jatuh dengan teruk kerana persoalan perkhidmatan kesihatan. Jadi jangan main-main kalau rakyat marah. Di Kuala Krai hospitalnya sempit, bilik bedahnya ada satu sahaja hendak dikongsi dengan semua disiplin pembedahan, surgery, mata, pembedahan ‘scissoring’. Semuanya di situ. Jadi bagaimana kita hendak melaksanakan program kesihatan yang cukup efisien kalau perkara yang penting ini dilewat-lewatkan dan dilambat-lambatkan dan rakyatlah yang berada dalam keadaan menanggung masalah ini? Tuan Yang di-Pertua, kita juga melihat bahawa hasil pendapatan negara merosot. Foreign Direct Investment jatuh merudum. Mungkin negara-negara lain juga kurang mendapat FDI. Mungkin alasan utama kita ialah masalah ekonomi dunia yang jatuh maka memang pelabur-pelabur asing tidak masuk. Akan tetapi kita dimaklumkan beberapa negara seperti Vietnam, Indonesia, India atas apa juga sebab mendapat FDI yang tinggi.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Apakah kesan ekonomi dunia tidak terkesan terhadap mereka, hanya terhadap FDI ke Malaysia? Jadi ini menimbulkan persoalan dan saya rasa puncanya ialah hilang keyakinan dunia untuk menghantar wang mereka dilaburkan di negara kita ini. Ini satu perkara yang malang dan kita harus mengambil tindakan yang segera untuk memulihkan imej kita. Ada orang kata sistem dalam negara kita ini menyusahkan perniagaan. Ada yang mengatakan bahawa beberapa peraturan, beberapa undang- undang yang menekan hak asasi manusia di negara ini sebagai puncanya.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ada yang berkata imej Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri menyebabkan orang tawar hati untuk datang ke Malaysia. Pagi ini dalam konteks royalti yang saya sebutkan tadi. Perjanjiannya jelas 5 peratus royalti kepada negeri-negeri yang semuanya telah menandatangani perjanjian dalam Akta Pembangunan Petroleum itu. Akan tetapi, hari ini diberi definisi bahawa yang dikatakan hak milik negeri iaitu ialah 3 batu nautika dan sebagainya. Jadi ini sudah kita mempertikaikan kemurnian, kesucian sesuatu perjanjian, sanctity of the agreement. Jadi kalau suatu kerajaan sendiri boleh berdolak-dalik dengan satu perjanjian yang telah dibuat secara hitam putih, bagaimana agaknya pelabur asing boleh menaruh kepercayaan bahawa pelaburan mereka akan selamat di sini kerana ada pihak yang mungkin sedia untuk mengetepikan perjanjian yang telah dibuat dengan hitam putih sehingga menjejaskan pelaburan mereka. Jadi ini mesti diambil kira dengan segera.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Penjelasan. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa tindakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang jelas bertentangan dengan Akta 144 Petroleum dan juga perjanjian yang dibuat dengan Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan? Itu merupakan satu bentuk pelanggaran kepada prinsip Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-undang.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Komen saya itu ringan, ini lagi berat dan saya rasa lebih betul. Sepatutnya ini diambil kira oleh pentadbiran negara kita. Kalau satu prinsip rukun negara kita pun boleh dilanggar, maka kita rasa ini akan menjejaskan imej kita.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kalau berucap, lain kali ingat pasal selepas tadi point of order tengah hari, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak sebut mana-mana akta. Cuma Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata perundangan. Dia tidak sebut Akta Petroleum dan sebagainya. Begitu juga Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor. Mengatakan tadi bahawa appeal cuma 14 hari, kita check, sebulan sebetulnya. Jadi kadang-kadang kita menganggap bahawa ada wakil rakyat yang mengelirukan atau memesongkan fakta, tetapi apabila kita check, yang bercakap itu yang menyelewengkan fakta. Hati-hati... [Ketawa] Ini kerana kita check High Court Rules, kita ada masa untuk appeal satu bulan, bukan dua minggu. Sila.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, yang kita check ini undang-undang itulah.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Barat, I’m also a lawyer.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang kita baca undang-undang itu dia kata kena bagi cash payment, ditulis dalam akta itu. Tidak apalah. Jadi apa pun, imej negara kita harus dipulihkan dengan satu kepimpinan yang lebih baik. Akan tetapi kalau kita berdolak-dalik begini, saya khuatir ia akan terus menjejaskan imej kita. Kemudian banyak diperkatakan mengenai hasil negara yang berkurangan. Kita pun tidak tahu macam mana kita hendak menambah hasil ini kerana tidak didetailkan. Akan tetapi saya nampak satu perkara walaupun kecil, tetapi satu usaha untuk menambah pendapatan negara walaupun tidak disebut iaitu berkenaan RM50 cukai pada kad kredit. RM11 juta, lebih kurang RM500 juta, tidak banyak. Walaupun ini bukan disebut sebagai hasil untuk menambah hasil negara, tetapi akhirnya RM500 juta ini hasil. Hujahnya ialah untuk mengelakkan ramai daripada pemegang kad-kad kredit ini bankrap kerana tidak boleh bayar. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa bagi sesetengah pengguna kad kredit, dengan izin this RM50 is the last draw that breaks the camel’s back. Mungkin RM50 kena ini terus bankrap. Kalau hendak kata untuk menggelakkan bankrap mengenakan RM50, adakah kita ingat orang akan berhenti memakai kad kredit, membuang kad kredit, memotong dua hanya kerana RM50. Tidak ada. Kad kredit ini Tuan Yang di-Pertua, sudah menjadi satu keperluan yang hampir digunakan oleh semua orang. Pelajar sudah guna kad debit untuk membuat pengeluaran wang, pengguna-pengguna pun menggunakannya di pasar raya-pasar raya.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Jadi, bukan suatu lagi perkara luxury ada kad kredit, ini kepentingan. Jadi saya mencadangkan supaya pengenaan RM50 cukai ini dibatalkan. Kalau hendak kenakan juga, saya rasa biarlah orang yang kalau kena pun dia tidak terjejas. Contohnya pemegang kad platinum yang pendapatannya sampai setengah juta baru layak. Yang ini bukan kena RM50, tetapi kena RM5,000 pun tidak menjadi masalah kepada mereka. Akan tetapi mengenakan RM50 kepada pemegang kad kredit dan kad debit yang biasa, yang standard ini saya rasa tidak wajar. Dua minit lagi Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Nanti saya tegur Yang Berhormat, sila.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

[Ketawa] Mengenai point yang seterusnya mengenai Approve Permit, ataupun AP di bawah MITI ini, katanya akan diberhentikan enam tahun dari sekarang, 2015. Saya rasa tujuan AP ini sepatutnya bukan hanya membolehkan peniaga-peniaga kenderaan mengimport kereta dan menjualkannya dan peroleh keuntungan kepada mereka. Akan tetapi AP ini harus dikongsi oleh pengguna, rakyat yang hendak membeli kereta ini supaya dapatlah kereta yang sepatutnya mahal itu kurang kerana cukainya dikurangkan mungkin kalau AP itu sendiri 30 peratus atau 40 peratus boleh jimat cukai, 15 peratus dikongsi kepada pengguna, 15 peratus lagi kepada pemegang AP sepatutnya begitu. Akan tetapi, bagi orang yang berniaga ini pada mereka keseluruhan 30 peratus hingga 40 peratus ini boleh kepada peniaga. Dalam pada itu disalahgunakan lagi. Ada yang mencetak atau menggunakan AP palsu lagi untuk menambah pendapatan mereka dengan cara yang salah. Jadi ini pada saya satu penyelewengan dan saya setuju supaya disegerakan kajian ataupun pemberhentian pemberian AP ini supaya level playing field kepada seluruh pengusaha dan peniaga dalam sektor industri kenderaan ini. Kalau tidak, kita bayangkan kalau diberikan AP untuk mengimport kereta-kereta Porsche, kereta-kereta Ferrari, Lamborghini, kalau 30 peratus - 40 peratus cukai diselamatkan, ianya bererti RM300 ribu atau RM400 ribu diperolehi oleh pemegang AP ini, cukup banyak. Jadi diambil RM10 ribu dikatakan untuk tabung membantu industri bumiputera dalam sektor kenderaan ini. RM10 ribu daripada RM300 ribu atau RM400 ribu pemegang AP Ferrari, AP Lamborghini ini, apa maknanya? Jadi bukan dapat membantu. Kalau hendakkan hasil balik kepada kerajaan, saya rasa soalan AP ini mesti ditangani dengan segera dan tidak menunggu tahun 2015 yang pada saya tempoh ini akan digunakan oleh pemegang AP ini sungguh-sungguh, make hay while the sun shines, kata orang ya. Jadi ini tidak akan membantu pembangunan industri, ini tidak akan membebaskan para-para entrepreneur bumiputera ini pada satu usaha yang tidak bergantung kepada bantuan-bantuan sebegini pada masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua

Seminit lagi.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Seminit. Yang terakhirnya, semalam semasa kita bersoal balas mengenai PTPTN, Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut bahawa kalau dibiarkan hutang ini tidak dikutip, kita akan kehilangan RM42 bilion pada tahun 2020 ini. Saya harap beliau tidak serius menyebut ini hanya projeksi on paper sahaja dan tidak menunggu sampai kemungkinan RM42 bilion ini berlaku kerana kalau betul-betul timbul masalah kerugian ini, saya rasa lebih besar daripada PKFZ yang kita debatkan, RM12 bilion. Ini RM42 bilion.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Jadi, untuk usaha harus diambil oleh kerajaan supaya memastikan bahawa wang ini tidak kehilangan dan dapat diperoleh semula. Saya juga mencadangkan seperti ramai kawan-kawan kita mencadangkan, kalau bolehlah PTPTN ini bersikap lebih belas ihsan dalam mengenakan faedah yang menyusahkan. Kalau boleh juga dikembalikan kepada struktur lama semasa kita mula membangunkan negara ini. Pemberian biasiswa menggantikan pinjaman dan memudahkan pula conversation daripada pinjaman kepada biasiswa. Tidak hanya menunggu first class. Berapa ramai yang dapat first class? Saya rasa panjangkan sedikit kepada second class. Paling tidak pun second class upper ataupun yang setaraf dengannya. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput dulu daripada BN dan selepas itu Yang Berhormat Kuala Kedah, okey? Don’t worry. Setiap mesti ada... Siapa daripada BN? Yang Berhormat Kota Kinabalu? Yang belakang sana sekali, Yang Berhormat Sibuti.

Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Limbang.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Limbang. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi laluan kepada saya untuk turut serta membahaskan Belanjawan 2010. Saya amat teruja dengan pembentangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang memastikan belanjawan ini adalah mesra rakyat di mana mementingkan keselesaan penghidupan rakyat diberi perhatian. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Dengan ketiga-tiga strategi yang telah diatur dan dirancang dengan pencapaian yang mantap lagi bijaksana oleh sesiapa juga yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya, saya yakin ia akan dapat direalisasikan dan rakyat akan menikmatinya dengan penuh rasa syukur. Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat di kawasan saya yang sentiasa memberikan sokongan kepada kerajaan. Sebagai peringatan kepada yang tidak pasti ataupun lupa, kedudukan kawasan saya ini ialah terletak di antara dua daerah negara jiran iaitu negara Brunei Darussalam. Sebagai kawasan yang berkongsi sempadan dengan negara jiran yang kaya raya, maka amatlah ketara sekali apa juga perbezaan baik dalam aspek infrastruktur dan apa juga facility yang lain. Rakyat dapat melihat apa juga perbezaan di depan mata mereka sendiri dan membuat perbandingan. Bukan senang hendak berjiran dengan orang kaya. Apatah lagi ia merupakan sempadan antarabangsa dan adalah salah satu pintu masuk ke negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, masih banyak lagi kawasan-kawasan kampung dan rumah-rumah panjang yang tidak dapat dihubungi dengan jalan raya. Kalau adapun, hanyalah bekas-bekas jalan balak yang daif yang telah pun ditinggalkan. Dengan keadaan sekarang, sara hidup meningkat, kos pengangkutan makin meningkat terutama sekali di kawasan-kawasan yang hanya dapat dihubungi dengan menaiki perahu. Saya memohon kepada pihak kerajaan supaya menyediakan peruntukan dan mempercepatkan pembinaan dan menaik taraf jalan-jalan raya untuk menghubungkan kawasan-kawasan luar bandar ini demi untuk keselesaan, keselamatan dan kemudahan rakyat seterusnya mengatasi masalah sosioekonomi. Jalan-jalan utama yang mesti dibina dan di naik taraf di kawasan saya sekurang-kurangnya ke tahap R3 ialah jalan seperti jalan-jalan Telahak, Meritam, Buang Abai dan Pengkalan Rejab. Saya juga mengucapkan terima kasih dan syabas kepada kerajaan khususnya kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana kerja pembinaan untuk fasa 1 dan fasa 2 telah pun bermula pada 15 Oktober 2009 sepanjang 11 kilometer. Saya memohon kepada kerajaan untuk menyiapkan baki jalan ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh sepanjang tujuh kilometer. Juga jalan yang menjadi keutamaan ialah Jalan Batu Danau, Pengkalan Jawa, Bawang Obor, Ukung dan Ulu Lubai. Jalan ini akan memberi manfaat kepada 10 buah rumah panjang dan lapan buah kampung dan tiga buah sekolah kebangsaan. Pada masa ini, kawasan ini hanya dapat dihubungi melalui sungai. Tuan Yang di-Pertua, jalan utama persekutuan dari Kuching hingga ke Limbang dan terus ke Sabah setakat ini hanya mempunyai satu laluan dan itu pun terpaksa merentasi dua daerah negara Brunei Darussalam. Di Sarawak, sejak ia dibina dalam awal tahun 80-an, jambatan di Sungai Pandaruan di Limbang yang bersempadan dengan daerah Temburung negara Brunei Darussalam belum lagi dibina sehingga hari ini. Bridge embankment di kedua-dua belah tebing sungai sudah lama tersedia, malahan sejak tahun 80-an lagi. Pada masa ini, hanya dua buah feri beroperasi di sungai tersebut. Sebuah feri dimiliki oleh syarikat dari Malaysia dan sebuah lagi dimiliki oleh syarikat dari negara jiran, yang mana beroperasi secara bergilir-gilir atas dasar perkongsian sungai. Inilah juga perkara yang menghalang pergerakan licin rakyat Malaysia dari Sabah ke Sarawak. Feri hanya beroperasi sehingga 9 malam dan ditambah pula dengan queue yang panjang dan akan menjadi bertambah teruk pada hujung minggu dan musim perayaan, di mana panjang queue ini boleh mencecah hingga dua kilometer jauhnya. Saya mencadangkan Kerajaan Persekutuan agar dapat mengadakan rundingan dengan pihak Kerajaan Negara Brunei Darussalam untuk membina jambatan merentasi Sungai Pandaruan ini yang dianggap sebagai the only missing link dengan izin, di sepanjang jalan persekutuan utama Malaysia Timur.

Perkara ini telah menjadi masalah kepada rakyat kedua-dua negara. Rakyat di kawasan saya ternanti-nanti dengan penuh harapan akan hasil perundingan antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Ke Bawah Duli Sultan Brunei pada 6 Ogos 2009 yang lalu. Rakyat Sabah, Sarawak dan saya rasa juga penduduk negara jiran, amat mengharap pembinaan jambatan ini di bincang dalam mesyuarat tersebut. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, lebar sungai itu hanyalah 50 meter. Di samping itu juga, rakyat ternanti-nanti akan perbincangan atau hasil perbincangan antara negara kita dengan negara jiran untuk perkara-perkara seperti caj perkhidmatan transit yang dikenakan oleh negara jiran terhadap lori-lori dan kereta-kereta komersial. Hasilnya, kos barangan tempatan naik dan dipindahkan kepada consumer. Perhubungan antara kedua-dua negara pada masa ini adalah di tahap yang terbaik dan adalah diminta agar Wisma Putra sebagai lead agency untuk mengatur segala perbincangan yang melibatkan antara dua negara ini. Apa yang saya suarakan ini hanyalah suara-suara rayuan rakyat yang mahu susah payah, keselesaan kehidupan mereka diberi perhatian dan didahulukan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, pada masa ini masih banyak lagi tempat di kawasan hulu di bahagian Limbang yang belum mendapat bekalan elektrik daripada sistem grid. Pada masa ini, bekalan elektrik hanya dijana menggunakan generator. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membekal dan memasang generator kepada 429 buah sekolah rendah di pedalaman Sarawak dengan kos berjumlah mencecah RM1 bilion pada tahun 2008. 34 buah daripadanya di dalam kawasan saya. Ingin saya mencadangkan juga agar pihak kerajaan tidak lupa untuk menyediakan peruntukan untuk penyelenggaraannya agar ia dapat bertahan lama sementara menunggu bekalan daripada sistem grid. Adalah didapati kapasiti-kapasiti generator yang dibekalkan ke sesetengah sekolah itu jauh lebih besar daripada keperluan sekolah. Saya mencadangkan dan memohon kepada Kementerian Pelajaran sekiranya lebihan wattage tenaga ini diagihkan kepada kampung-kampung kecil atau rumah-rumah panjang sederhana saiznya yang terletak di pedalaman berdekatan atau sekeliling sekolah tersebut sebagai langkah sementara. Saya maklum bahawa kajian mestilah dibuat terlebih dahulu. Saya memohon agar pihak kerajaan menyediakan peruntukan dalam Belanjawan 2010 ini dan mempercepatkan pembekalan elektrik luar bandar dari sistem grid ke kampung-kampung, rumah-rumah panjang dan juga ke sekolah-sekolah pedalaman ini. Begitu juga dengan bekalan air. Pada masa ini, kebanyakan kawasan di luar bandar menggunakan air hujan dan juga air sungai. Tempat yang terlibat adalah kawasan kampung dan rumah panjang di sepanjang sungai dan berdekatan dengan jalan-jalan raya yang dicadangkan seperti yang saya sebutkan tadi. Saya merayu bagi rakyat di kawasan saya supaya bekalan air luar bandar ini dipercepatkan pelaksanaannya dan memohon kerajaan menyediakan peruntukan dalam Bajet 2010 ini secara khususnya di kawasan saya. Apa yang menjadi keutamaan ialah kawasan- kawasan di sepanjang Ulu Pandaruan sepanjang jalan Medamit dan sepanjang jalan menuju ke Tedungan dan Oil Palm Scheme Road. Tuan Yang di-Pertua, dengan kedudukan geografi kawasan Limbang yang terletak di antara dua daerah negara jiran, di mana sempadan negara jiran ini akan ditutup pada jam 10 malam kecuali pada keadaan tertentu sehingga jam 12 malam jika queue terlalu panjang. Jumlah pesakit yang dihantar ke Hospital Miri pada tahun 2006 dan 2007 sahaja ialah 420 orang untuk referral dengan izin, untuk mendapat rawatan pakar di Hospital Miri. Ini adalah disebabkan ketiadaan klinik pakar asas di kawasan Limbang.

Kes-kes ini termasuklah kes-kes kecemasan baik malam mahupun di siang hari. Kos menghantar pesakit-pesakit ini menelan belanja yang tinggi, tidak termasuk kos yang ditanggung oleh orang-orang yang pergi ke sana secara persendirian. Saya mendapat maklumat bahawa peruntukan untuk menghantar pesakit-pesakit ini adalah menggunakan peruntukan pengurusan jabatan kesihatan dan bukannya peruntukan khas atau khusus untuk menghantar pesakit. Ini boleh membantutkan sesetengah core business jabatan kerana kekurangan atau kehabisan peruntukan dan akhirnya menjejaskan servis kepada rakyat.

Untuk ke Miri kita terpaksa melalui negara jiran dan kes-kes kecemasan yang berlaku pada malam hari terpaksa menunggu sehingga keesokan harinya. Itu pun ada di antaranya yang tidak sempat hendak dihantar. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang adalah dicadangkan supaya sebuah klinik pakar asas berserta dengan sekurang-kurangnya dilengkapi dengan perkakas dan peralatan yang lengkap dibina dan ditempatkan di Hospital Limbang. Tidak payah ada pakar sepenuh masa ditempatkan di sana, tetapi yang penting ialah apabila pakar melawat ke Limbang, dia dapat membuat rawatan di sana. Pada masa ini, pakar-pakar datang ke Limbang, dia hanya membawa sebuah beg kecil, dia check sana, dia check sini, dia suruh ke Miri juga akhirnya untuk mendapatkan rawatan. Inilah masalahnya, serba-serbi mahal untuk keluar dari Limbang, lebih lagi untuk orang-orang kampung penyokong kuat kerajaan kita. Jawapan bertulis berbelit-belit. Ini kali ketiga saya tanya soalan perkara ini. Tiga jenis fakta jawapan yang berbeza. Bagi saya, apa sudah jadi? Pesan saya, janganlah dimain-mainkan kesetiaan dan sokongan rakyat ini. Di samping itu juga, saya memohon agar kerajaan membina Klinik Desa 5S yang baru di perkampungan Telahak di sepanjang Sungai Limbang, di Long Napir dan di pekan Nanga Medamit, di mana projek-projek ini telah diluluskan di Rancangan Malaysia Kesembilan. Pada tahun lepas, saya telah diberitahu ia akan dilaksanakan pada tahun ini. Tengok senarai tahun ini pula, kosong pula peruntukkannya, sedangkan tapak-tapak untuk klinik sudah pun disediakan oleh penduduk kampung dengan percuma. Saya ingin memberi bayangan kita di Dewan yang mulia ini senario di mana orang sakit sedang diusung pada satu pagi di waktu malam. Pada pukul satu pagi di waktu hujan turun dengan lebatnya, menuju ke tebing sungai, sungai pula yang surut, tetapi sungai jauh dan terpaksa berjalan di tanah becak untuk naik ke perahu untuk dibawa ke hospital. Di hospital pula keputusan dibuat, pesakit terpaksa dihantar ke Miri. Hendak naik helikopter, tidak boleh terbang malam. Hendak guna ambulan, sempadan pula telah tutup. Di tambah lagi, pesakit tidak ada pasport. Bertawakal sahajalah akhirnya sementara menanti hari esok. Tuan Yang di-Pertua, dengan keadaan kawasan Limbang yang terletak di antara dua daerah negara jiran, ia telah menjadi laluan masuk pelancong ke negara kita. Walau bagaimanapun, seiring dengan pergerakan keluar masuk pelancong ini juga, laluan ini telah menjadi pintu masuk gejala sosial, gejala maksiat yang membawa kepada keruntuhan akhlak dalam masyarakat. Adalah amat menyedihkan lagi, memalukan apabila sampai di sempadan Limbang dengan negara Brunei Darussalam, apabila mendapati pusat-pusat hiburan tidak berlesen tumbuh bagai cendawan selepas hujan dengan tidak terkawal. Malahan pemandangan turut dicemari dengan longgokan botol-botol minuman keras yang terdapat di mana-mana sebagaimana dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan. Pusat-pusat hiburan yang dikendalikan oleh rakyat tempatan ini bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong asing, malahan turut didatangi warga tempatan. Selain menjadi pusat hiburan, pusat-pusat ini turut menjual minuman keras malahan dengan harga yang murah. Ini telah membawa kepada kerosakan imej kawasan Limbang itu sendiri, malah menjadi punca keruntuhan akhlak apabila golongan remaja dan belia didapati turut mendatangi tempat-tempat hiburan ini. Tiga minggu yang lalu, satu artikel dalam Berita Harian bertajuk “Ayam Sangkar”, tajuk simbolik sebagai kegiatan pelacuran, penganiayaan, penipuan terhadap rakyat asing yang melampaui batas. Selaku wakil rakyat, saya tidak malu untuk menyatakan bahawa ia adalah betul dan telah lama berleluasa. Aktiviti berjalan seolah- olah tiada undang-undang. Saya berterima kasih atas pendedahan ini kerana kalau wakil rakyat cakap banyak nanti dikata tidak percaya atau terlalu banyak mencampuri tugas-tugas agensi kerajaan. Saya minta mana-mana agensi yang dipertanggungjawabkan agar bertindak sebenar-benarnya tentang perkara yang telah didedahkan. Robohkan sangkar-sangkar ayam ini dan ambil tindakan terhadap tuan-tuan punya sangkar-sangkar ayam itu. Minggu lepas pula, muka depan akhbar-akhbar tempatan, penangkapan pengedar syabu terbesar di Lapangan Terbang Limbang yang datangnya daripada Johor. Syabas saya ucapkan kepada pihak polis. Bagaimana pula dengan yang sudah terlepas masuk selama ini? Saya minta agar semua agensi yang dipertanggungjawabkan bertindak ke atas gejala yang menghancurkan masa depan modal-modal insan negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, pengangkutan awam di negeri Sarawak adalah jauh ketinggalan dibandingkan dengan di Semenanjung. Masih banyak prasarana seperti terminal-terminal, perhentian-perhentian bas, kenderaan awam diperlukan. Pihak LPKP Sarawak telah pun memohon peruntukan kepada Menteri untuk pembinaan terminal- terminal bas ekspres dan bas-bas transit di Sarawak. Adalah diharapkan negeri Sarawak akan diperuntukkan dalam Bajet 2010 ini untuk pembinaan terminal-terminal ini. Begitu juga dengan keadaan pejabat LPKP itu sendiri yang menyewa bangunan kedai sudah mencecah lebih 20 tahun. Adalah dipohon agar pihak kerajaan menyediakan peruntukan dalam Bajet 2010 untuk membina pejabat baru yang mana ia juga akan digunakan sebagai pejabat SPAD Sarawak nanti. Di samping itu, adalah diharapkan juga Kerajaan Persekutuan dapat membantu menaik taraf pengangkutan awam di negeri Sarawak dengan menyediakan peruntukan untuk mengganti bas-bas lama dan operasinya dijalankan oleh pengusaha- pengusaha tempatan, terutamanya di bandar-bandar utama di negeri Sarawak, di samping membaiki servis kepada orang awam. Tuan Yang di-Pertua, pada pilihan raya yang lalu, penduduk di kawasan Limbang telah memberi sepenuh sokongan kepada saya untuk membawa masalah- masalah yang dihadapi mereka ke dalam Dewan yang mulia ini. Justeru, saya telah menyebutkan beberapa keadaan yang diharapkan akan mendapat pembelaan segera daripada pihak kerajaan. Adalah sewajarnya kepercayaan diberikan oleh rakyat di kawasan Limbang ini dibalas dengan diberi perhatian dan tindakan segera bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi, yang bukan sahaja akan membawa kepada keselesaan dan kemakmuran penduduk setempat, bahkan akan mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Sudah tiba masanya mereka yang tinggal di kawasan-kawasan ini turut merasai nikmat kemerdekaan dan pembangunan sesuai dengan bajet mesra rakyat ini. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kuala Kedah.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan bajet bagi tahun 2010. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan beberapa isu yang walaupun telah disebut oleh rakan-rakan Ahli Parlimen sama ada kerajaan ataupun pakatan, tetapi untuk memperkasakan, memperkemaskan lagi isu-isu tersebut. Pertamanya, berkaitan dengan projek PERMATA. Kita mendapat pandangan daripada pelbagai pihak, rungutan, bantahan, memo, termasuk daripada pertubuhan- pertubuhan bukan kerajaan, mengapakah bajet RM100 kepada program PERMATA ini diberikan terlalu besar. Kalau kita membuat perbandingan RM100 juta ini dengan sebuah agensi kerajaan, saya ambil contoh sahaja Parlimen. Tahun hadapan, kita mendapat peruntukan untuk Parlimen sebanyak RM66.2 juta. Kalau kita tengok di dalam buku belanjawan yang telah ditunjukkan kepada kita, tahun 2007 kita mendapat RM77 juta, tahun 2008 kita mendapat RM75 juta, makin turun. Tahun 2009 kita mendapat RM70 juta, tahun 2010 kita mendapat RM66 juta. Ini bermakna, peruntukan untuk sebuah Parlimen yang kita anggotai dengan segala prasarananya yang ada, dengan pembangunan, dengan perkhidmatannya hanyalah tidak sampai RM100 juta. Inilah yang menjadi masalah kadang-kadang sebahagian daripada Ahli-ahli Parlimen kita, termasuklah Tuan Yang di-Pertua, terpaksa berulang alik ke Sabah, kadang-kadang naik AirAsia sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Bukan kadang-kadang Yang Berhormat, selalu.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Selalu?... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Kerapkali.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Bukan sekadar itu, Tuan Yang di- Pertua, hanya mendapat untuk naik 1st class itu sesi pertama dan penghujung. Kalau sekarang ini sebulan, dua bulan, dua bulanlah layaknya. Akan tetapi, kalau Ahli Parlimen, alhamdulillah setiap minggu kita boleh berulang alik. Jadi, kesian kepada Tuan Yang di-Pertua. Kalau ditambah peruntukan untuk Parlimen bukankah lebih baik lagi? Akan tetapi, RM100 juta ini diberi kepada projek PERMATA. Ahli-ahli Parlimen, saya merujuk kepada buku belanjawan, tidak jumpa! Di mana projek RM100 juta PERMATA ini? Di mana tersiratnya?

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Bila saya buka laman web, saya dapati projek PERMATA ini di bawah Jabatan Perdana Menteri. Saya teliti satu demi satu, berulang kali. Di manakah bajet RM100 juta untuk PERMATA ini dicatat, sama ada di bawah jabatan yang sedia ada ataupun agensi yang sedia ada ataupun di bawah one-off project, tidak ada. Ini amat mendukacitakan. Sudah barang pasti banyak persoalan yang ditimbulkan tentang RM100 juta ini.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Tuan Haji Ahmad KassimPKR · PRKuala Kedah

Ya, Yang Berhormat Pokok Sena. Bagi laluan sikit.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya rasa Yang Berhormat silap, mungkin Yang Berhormat tidak teliti habis dalam buku bajet itu di Jabatan Perdana Menteri. Saya tidak mahu Yang Berhormat menimbulkan keraguan pada Dewan. Sebenarnya ada satu ruang iaitu Jabatan Kak Ros.

Tuan Haji Ahmad KassimPKR · PRKuala Kedah

Saya pun terkejut juga dengan Yang Berhormat Pokok Sena ini. Jabatan Kak Ros, jabatan baru. RM100 juta Yang Berhormat-Yang Berhormat. Saya rasa kalau projek ini diberikan kepada Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Batang Sadong ataupun tempat-tempat yang lain untuk projek infrastruktur, air bersih. Saya amat berterima kasih kerana itu sewajarnya tetapi projek PERMATA yang dikatakan overlapping dengan Jabatan KEMAS ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri supaya memberikan penjelasan mengapakah Kak Ros ini terlibat dalam menyediakan bajet, RM100 juta ini banyak Tuan Yang di-Pertua, banyak RM100 juta ini! Apabila diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dia buat statement di luar negara. Apa kepentingan dia? Apa jawatan dia yang menyebabkan dia layak untuk memberikan kenyataan dan sebagainya? Kita tahu dia menjadi pengerusi tetapi ini sudah menjadi conflict of interest dan mengapakah peruntukan sebanyak itu? Bolehkah kita buat pemantauan sebelum berlaku kebocoran, sebelum wang rakyat dibazirkan ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya? Di manakah KPI yang akan hendak diukur tentang projek ini? Saya tahu KEMAS mendapat sekitar RM400 juta tetapi kenapakah Projek PERMATA dan kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Parlimen membuka laman web PERMATA ini, saya tengok sangatlah daif Projek PERMATA ini yang diketengahkan. Kita juga nak tahu tentang bilangan petugasnya, di mana jabatannya, berapakah peruntukan-peruntukan yang lebih spesifik supaya kita boleh membahaskan di bawah projek ini. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang ingin saya sebut ialah berkaitan dengan skim SUBUR iaitu Skim Subsidi Beras Untuk Rakyat seperti mana dihujahkan rakan saya daripada Hulu Terengganu tadi. Kita meneliti tentang skim SUBUR ini dan ini kerajaan cuba untuk nak memberikan subsidi beras kepada dikatakan rakyat miskin tegar sekitar 43,500 orang yang mendapat pendapatan kurang daripada RM450 sebulan dan juga untuk miskin bandar sekitar 150,000 orang yang mendapat pendapatan kurang daripada RM1500 sebulan dan miskin yang mendapat sekitar RM1,000 ke bawah dan juga untuk Orang-orang Asli. Akan tetapi, jumlah yang diberi ini kalau kita bahagikan dengan 222 kawasan Parlimen di dalam Malaysia kita, sekitar 900 orang sahaja satu kawasan Parlimen. Okey, itu tidak menjadi persoalan. Yang kita nak persoalkan bagaimana mengenal pasti individu-individu yang terlibat di dalam skim kemiskinan ini? Apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu tadi berkaitan dengan soal keadilan. Yang kita minta ialah satu sahaja supaya semua Ahli Parlimen layak untuk memberikan autoriti tentang kelayakan orang-orang yang berada di dalam kawasannya. Tidak kira sama ada dia daripada Barisan Nasional kah, daripada Pakatan Rakyat, biarlah mereka yang mendapat mandat yang dipilih oleh rakyat yang diberi autoriti untuk hendak memastikan orang miskin atau tidak.

Tuan Haji Ahmad KassimPKR · PRKuala Kedah

Jangan buruk sangka mengatakan kalau Pembangkang ini pilih orang-orang pembangkang sahaja. Itu andaian ataupun tuduhan yang tidak cermat daripada rakan saya di sebelah sana. Berikan keadilan. Sekarang dalam borang itu Tuan Yang di- Pertua, JKKP yang akan kenal pasti orang miskin. Kedua agensi berkenaan. Dia mohon kepada agensi mana? Sama ada kalau agensi MADA maka pegawai MADA lah, kalau KADA, pegawai KADA lah, kalau Bank Pertanian, pegawai Bank Pertanian. Akan tetapi, yang ketiganya ialah Ahli MPPP. Siapa itu MPPP? Mengapa tidak dilantik di kalangan Ahli Parlimen sahaja? Akan tetapi saya tahu Kementerian Pertanian, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ini ada, sekarang sudah balik dan isu ini sangat dipolitikkan dan lusa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan merasmikan, akan melancarkan skim ini di Sungai Besar di Sabak Bernam kawasan Yang Berhormat Menteri Pertanian. Jadi apa yang ingin saya persoalkan ialah pertamanya mengapakah program yang seindah ini, sebaik ini, sebanyak ini peruntukan tetapi berlaku diskriminasi. Pada kami, berilah keadilan kepada semua Ahli Parlimen yang layak, yang telah dipilih oleh rakyat untuk menandatangani borang, untuk mengenal pasti. Kita tahu kadang-kadang bukan sekadar itu, maklumat yang diperolehi daripada e-Kasih juga dipersoalkan terutamanya daripada negeri-negeri Pakatan Rakyat. Mengapa persoalkan? Berikanlah kepada kakitangan kerajaan, mana-mana kerajaan untuk mengenal pasti orang-orang yang miskin, miskin tegar, orang-orang yang terlalu miskin untuk memastikan bahawa mereka layak. Kita juga bimbang tentang Projek SUBUR ini. Tentang kualiti beras dan siapa yang nak supply beras? Kalaulah sekarang ini beras yang kita makan 15 peratus ataupun 10 peratus beras hancur, mungkin apabila dibagi kupon ini mungkin beras bukan 15 peratus tetapi 20 peratus atau 25 peratus dan ini amat memberikan kesan kepada rakyat kita yang miskin. Tuan Yang di-Pertua, inilah di antara perkara.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Tuan Haji Ahmad KassimPKR · PRKuala Kedah

Ya, Yang Berhormat Pokok Sena sekali lagi.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua. Adakah Yang Berhormat tahu bahawa pelancaran yang akan dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 6 hari bulan ini di Sungai Besar telah pun bermula dengan satu suasana dan keadaan yang meragukan. Contoh saya nak bagi tahu kepada Yang Berhormat dan juga kepada Dewan, FAMA yang menjadi tuan punya penganjuran membuka tender bagi pemasangan khemah, kanopi, Arabian Kanopi. Dibuka tender dan diberikan borang. Tarikh tutupnya ialah sepatutnya pada 2 hari bulan iaitu pada hari Isnin baru-baru ini. Tiba-tiba pada hari Sabtu, khemah sudah pun dipasang. Orang yang pergi pada hari Isnin, pergi-pergi tengok khemah sudah dipasang. Ditanya khabar, khemah itu dipasang pada hari Sabtu. Mungkin Yang Berhormat Sabak Bernam pun boleh tahu macam mana keadaan ini boleh berlaku. Ini saya ada dokumennya. Jadi macam mana keyakinan kepada rakyat bahawa pembahagian beras ini juga boleh berlaku adil kalau pelancaran ini pun berlaku dalam keadaan yang sangat meragukan.

Tuan Haji Ahmad KassimPKR · PRKuala Kedah

Ya, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Itu baru ada elemen-elemen permulaan sudah ada unsur-unsur rasuah, sudah ada unsur-unsur penyelewengan. Kita tidak jamin untuk Program SUBUR ini boleh terus subur berkembang tanpa ada penyelewengan. Jadi kita minta supaya benda itu betul-betul telus. Berikan ketelusan dalam pelaksanaan program. Itu sahaja yang kita minta supaya biarlah rakyat yang benar-benar miskin mendapat manfaat daripada apa yang telah kita berikan kepada mereka melalui bajet ini. Jadi inilah di antara perkara berkaitan dengan SUBUR. Ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan soal isu BERNAS walaupun rakan-rakan saya, beberapa Ahli Parlimen juga menyebutkan. Ini suara daripada rakyat bahawa minta kerajaan ambil alih balik BERNAS. Walaupun ada pandangan yang lebih ekstrem daripada itu supaya BERNAS dikembalikan kepada LPN tetapi biarlah BERNAS ini kita kerajaan yang monopoli. Bukanlah pihak luar yang monopoli. Sekarang ini Wang Tak Company daripada Hong Kong yang menguasai 31.36 peratus daripada saham syer BERNAS. Walaupun sudah ada pandangan dan sudah ada tindakan supaya Tradewinds ini mengambil alih majoriti syer atas desakan daripada rakan-rakan Parlimen supaya kita yang menguasai syer dalam BERNAS tetapi banyak juga persoalan yang hendak dibangkitkan. Siapa yang punya Tradewinds ini supaya Menteri bagi penjelasan. Bukan sekadar siapa yang punya, siapakah di belakang Tradewinds ini supaya dia benar-benar telus hak rakyat Malaysia.

Tuan Haji Ahmad KassimPKR · PRKuala Kedah

Kita tidak persoalkan. Yang penting jangan industri yang begitu strategik, begitu penting kepada negara ini dikuasai oleh pihak luar. Ini adalah di antara perkara yang kita perlukan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Rakan saya Yang Berhormat Pokok Sena sekali lagi.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bersetuju bahawa isunya bukan pemegang saham itu orang luar ataupun orang dalam. Isunya ialah monopoli. Bagi saya Yang Berhormat, kalau pun orang dalam, warganegara Malaysia sekalipun, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary atau sesiapa sahaja yang menguasai BERNAS tetapi kalau ia yang memonopoli akhirnya bahawa rakyat, pengguna sendiri akan menjadi mangsa. Jadi, isunya sekarang ialah isu monopoli. Kita memang tidak bersetuju watak syarikat asing menguasai sektor strategik dalam negara kita. Kita juga tidak setuju bahawa rakyat negara kita juga memonopoli dalam sektor strategi dalam negara kita.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pokok Sena bahawa itu yang ingin saya sebut persoalan kepada isu BERNAS ini bahawa apa yang lebih pentingnya ialah harga beras semakin turun supaya rakyat mendapat manfaat. Akan tetapi apabila monopoli, ia menentukan harga beras. Jadi, ini di antara benda yang tidak sihat. Rakan-rakan saya daripada kerajaan juga mencadangkan perkara yang sama. Jadi, biar Yang Berhormat Menteri mendengar keluhan daripada semua Ahli Parlimen bahawa kita sepakat supaya kalau rakyat hendak didahulukan berikan pendahuluan kepada rakyat dalam bentuk yang cukup baik. Saya sudah bangkitkan isu dalam persoalan saya berkaitan dengan projek 10 tan dalam bentuk soalan. Jadi, saya bersetuju bahawa industri padi ini, industri beras ini harus disuburkan lagi dengan pendapatan ataupun peningkatan di sawah padi, di bendang supaya hasil yang kita peroleh sehingga kita tidak bergantung kepada pihak luar. Keempat, Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyentuh tentang di bawah projek pembangunan pertanian. Saya ialah orang yang terlibat dalam bidang pertanian mengetahui bahawa di antara faktor-faktor penting dalam industri pertanian ini ialah soal infrastruktur khususnya pengairan. Kalau pertanian tidak baik, salirannya tidak ke mana. Itu di antara perkara. Saya bercakap bukan mewakili kawasan saya sahaja, kawasan Muda. Yang saya minta supaya Menteri yang berkenaan menyebut kalimat yang betul kerana beliau Menteri. Kawasan Muda, kawasan Kemubu. Jangan disebut MADA. MADA itu agensi. Jadi, biar smart sedikit Menteri, kawasan Muda, kawasan Kemubu. Kawasan Muda, Muda Agriculture Development Authority yang agensinya ialah MADA. Bukan sekadar MADA sahaja walaupun MADA mendapat limpahan yang cukup banyak. Alhamdulillah, terima kasih tetapi kawasan-kawasan yang lain, yang infrastrukturnya kurang memuaskan. Yang menjadi persoalannya ialah bajet yang sebesar itu apabila turun dalam bentuk pelaksanaan ia makin menipis oleh kerana terlampau banyak projek ini di subkan. Beberapa kali sub, akhirnya orang yang betul- betul membuat projek saliran ini mendapat jumlah peruntukan yang terlalu kecil. Ini yang menjadi persoalan. Mereka bangkitkan, mereka tidak boleh buat prasarana yang baik, akhirnya prasarana tidak sampai satu tahun rosak, pecah dan sebagainya. Kerana apa? Mereka tidak mendapat turunnya, bajet itu tidak sampai, bocor di tengah jalan. Ini adalah di antara perkara supaya Yang Berhormat Menteri Pertanian alert, supaya Menteri Pertanian sedar tentang isu-isu berkaitan dengan infrastruktur pertanian. Kelima, Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan soal Laporan Ketua Audit Negara khususnya kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat dan secara umumnya. Apabila saya mendengar penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa Ketua Setiausaha Negara dilantik menjadi jawatankuasa khas untuk meneliti tentang laporan audit, ini satu perkara yang amat mengejutkan saya kerana apa yang saya dapati apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata, saya baca daripada akhbar Berita Harian, beliau kata “Kita bukan hendak cari salah, kita bukan hendak hukum orang, cuma kita hendak mengheret orang yang tidak amanah ke muka pengadilan”.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Jadi, saya lihat ungkapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang bukan hendak mencari orang salah, bukan hendak hukum, cuma hendak heret sahaja. Jadi, saya rasa mesti ada benda yang tidak kena. Akan tetapi, apa yang lebih penting itu ialah berkaitan dengan kemampuan Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat perkara berkaitan dengan salah laku agensi-agensi yang di bawah kelolaan beliau. Ini yang menjadi persoalannya. Bukan sekadar itu, negara kita Tuan Yang di-Pertua sudah menjadi tunggang-langgang kerana kita tubuhkan Suruhanjaya Diraja yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong tetapi akhirnya Suruhanjaya Diraja dibatalkan oleh Jabatan Peguam Negara khususnya dalam isu tape VK Lingam. Jikalau pertubuhan membuat AGM, Mesyuarat Agong luar biasa, satu badan yang tertinggi di dalam pertubuhan, tiba-tiba Kak Ros batalkan pula. Bukan Kak Ros, ini Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Beliau batalkan pula keputusan. Jadi, seolah-olah siapa yang berkuasa di sini? Kalau Suruhanjaya Diraja pun tidak laku, kalau AGM pun tidak laku. Kalau Tuan Yang di-Pertua buat keputusan tiba-tiba mahkamah boleh batalkan. Jadi, ini di antara perkara-perkara menyebabkan masyarakat kita makin keliru.

Tuan Yang di-Pertua

Bukan saya. Saya ingin perbetulkan Yang Berhormat. Bukan Tuan Yang di-Pertua yang membuat keputusan. Kalau Yang Berhormat dalam fikiran menyebut mengenai Yang Berhormat Puchong, itu usul dan yang menentukannya Majlis. Bukan saya Yang Berhormat.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Ya. Parlimen buat keputusan.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, begitu.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Ya, betul. Parlimen buat keputusan.

Tuan Yang di-Pertua

Ini di depan Tuan Yang di-Pertua pun menyelewengkan fakta juga. Jangan begitu, hati-hati Yang Berhormat.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Saya merujuk kepada Tuan Yang di-Pertua di negeri Perak.

Tuan Yang di-Pertua

Sebut kalau di mana-mana di tempat... [Ketawa] Sila teruskan.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Jadi, Dewan yang tertinggi di peringkat negeri, di peringkat Parlimen jadi tidak. Biar kita berada di atas landasan yang benar, di atas landasan keadilan yang ingin kita perjuangkan. Jadi, kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, saya mendapati bahawa saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Krai bahawa bajet kali ini, bajet gopoh-gapah. Tersangat gopoh-gapah. Saya tidak tahu kemampuan Menteri Kewangan. Ini bajet sulung beliau tetapi sangat gopoh-gapah. Belum selesai kita bincang soal dasar dalam masa dua minggu, belum selesai tiba-tiba ada perubahan. Contoh perubahan, apabila didesak tentang dasar automatif, kenderaan, bertalu-talu oleh rakan-rakan daripada kerajaan, rakan- rakan daripada pembangkang supaya dikaji balik, akhirnya kerajaan membuat kenyataan bahawa mereka akan kaji balik dasar automatif yang membebankan rakyat. Belum selesai dasar, baru dua minggu dibincang di Parlimen sudah ada kajian. Bermakna, bajet ini dibuat dalam keadaan yang cukup gopoh-gapah, kelam-kabut, semata-mata hendak mendesak.

Tuan Yang di-Pertua, minta sedikit penjelasan boleh? Boleh Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Ya. Sila Yang Berhormat Balik Pulau.

Saya menekuni perbahasan daripada Yang Berhormat Kuala Kedah. Cuma, semasa saya menekuni ini saya terjumpa satu peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan berkaitan di bawah Perkara 108 Majlis Kewangan Negara yang antara lain menyatakan adalah menjadi kewajipan Kerajaan Persekutuan berunding dengan Majlis Kewangan Negara berkenaan dengan pemberian kepada negeri-negeri. Dipendekkan ia berkaitan dengan pengurusan kewangan negara daripada kutipan cukai dan sebagainya daripada negeri. Kalau dikatakan gopoh-gapah dan boleh dibuat pindaan sewenang-wenangnya sebegitu, saya khuatir maruah negeri, maruah Kerajaan Pusat seperti yang digambarkan dalam perlembagaan yang menunjukkan mesyuarat mesti diadakan tiap-tiap 12 bulan menggambarkan satu penutupan yang ketat bagi menjaga maruah negeri dan rakyat. Akan tetapi, kalau gopoh-gapah ini berbunyi macam tidak berperlembagaan sikapnya. Mohon penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit lagi Yang Berhormat ya.

Tuan Haji Ahmad KasimPKR · PRKuala Kedah

Ya, memang. Terlampau banyak kita buat dalam menyusun Belanjawan Negara ini tidak mengikut Perlembagaan negara. Ini di antara perkara yang cukup serius dan harus diteliti. Sebenarnya, satu lagi contoh yang saya ingin sebut ini ialah soal kaji balik. Saya dengar berita kaji balik tentang caj cukai kepada kad kredit. Baru dua minggu kita bahas. Masing-masing mengkritik, akhirnya kerajaan ubah. Kenapa perkara itu tidak diteliti tentang perkara-perkara tersebut kalau hendak kenakan cukai kepada rakyat. Akan tetapi apa yang ingin saya sebut, kesimpulan daripada hujah Yang Berhormat Balik Pulau tadi ialah ketika membuat belanjawan ini Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan tidak mengadakan dialog dengan agensi- agensi. Tidak mengadakan dialog dengan rakyat, tidak mengadakan dialog dengan kerajaan negeri, tidak mendapat pandangan daripada akar umbi. Jadi, hanya duduk di tingkat empat, membuat bajet. Akhirnya, bentangkan kepada kita supaya kita luluskan. Ini di antara perkara yang cukup serius Tuan Yang di-Pertua. Kerana apa? Kita mengadakan bajet yang cukup kelam-kabut dan akhirnya kita menolak bajet ini kerana bajet ini tidak memberikan kesan yang positif kepada rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Nerus, ya. Kita habiskan dahulu kuala-kuala ini... [Ketawa] Hulu-hulu semua sudah bercakap.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena berkali-kali berdiri mencelah. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk turut sama membahaskan Bajet 2010 yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan baru-baru ini. Umumnya rakyat telah memberi reaksi yang baik terhadap Bajet 2010 walaupun ia mungkin tidak mampu memuaskan semua orang di atas permintaan yang dibuat. Apa pun kerajaan telah meletakkan asas yang meyakinkan berteraskan konsep 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Saya gembira kerana kerajaan terus meletakkan pendidikan sebagai sektor paling atas dalam senarai kepentingan bajet yang dibentangkan setiap tahun. Jelas sekali pendidikan atau penguasaan ilmu masih menjadi teras kepada kejayaan yang dicapai. Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai pendidikan prasekolah yang sudah tentu ada hubung kait secara langsung dengan sektor pendidikan. Orang kata, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kelemahan dan kegagalan di awal pendidikan itu akan membentuk kegagalan yang melahirkan masyarakat yang dihasratkan oleh kerajaan. Apakah yang kita tahu mengenai prasekolah ini selain kerajaan sendiri yang menyediakan sekolah untuk anak-anak ini, pelbagai pihak termasuk pembangkang juga mewujudkan perkara ini. Apakah yang kita lihat mengenai situasi ini? Secara jujur kadangkala ia dibiarkan dan dilihat terbiar. Maksud saya, tidak ada penyelarasan mengenai dasar prasekolah di negara ini sehingga ada pihak sengaja mengambil kesempatan mewujudkan premis prasekolah tersendiri termasuk menghasut anak-anak kita membenci pemimpin kerajaan. Saya juga mempersoalkan mengapa wujudkan Tadika Perpaduan, Tadika KEMAS dan banyak lagi tadika yang diwujudkan oleh agensi-agensi kerajaan. Itu belum termasuk lagi tadika-tadika yang diwujudkan oleh pembangkang seperti Pasti dan lain-lain. Telah berlaku lambakan yang melampau dalam hal ini yang sebenarnya. Tuan Yang di-Pertua, tadika yang diwujudkan oleh kerajaan bukannya tidak bagus atau tidak baik, malah mereka telah berjaya dalam melahirkan anak-anak yang berjiwa besar.

Menyedari hakikat itulah, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar segera mewujudkan penyelarasan terhadap dasar pendidikan di tadika atau prasekolah ini agar satu kaedah yang bersifat sepakat, malah jika kita perlu wujudkan satu agensi khusus bagi mengurus hal tadika ini, maka kita perlu wujudkan tanpa ragu-ragu lagi. Tuan Yang di-Pertua, semua anak kita sama ada di Tadika KEMAS, Perpaduan atau sebagainya, selepas itu akan pergi ke sekolah yang sama iaitu sekolah kerajaan. Pertindihan tanggungjawab dan kaedah serta dasar sebagaimana yang berlaku sekarang amat merugikan. Apatah lagi apabila ia sengaja diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Bagi saya, apabila wujudnya penyelarasan dasar ini, satu mekanisme berkait bentuk tindakan kepada mereka yang mengingkari dasar tersebut perlu diwujudkan. Kita juga mahu ia diselaraskan dasar ini nanti wajib dipatuhi oleh semua pihak termasuk parti pembangkang. Apabila itu dapat dilaksanakan, saya optimis bahawa masalah yang berkaitan dengan hal prasekolah ini dapat ditangani dengan kemampuan yang jauh lebih berkesan. Tuan Yang di-Pertua, mungkin perkara yang saya hendak sebut ini remeh kedengarannya, namun bagi saya apabila ia dikaitkan dengan rakyat, walau sebesar mana pun, ia tetap penting di jiwa saya. Sebagai pemimpin, kitalah yang menterjemahkan apa yang kita katakan “Rakyat Didahulukan”. Tuan Yang di-Pertua, anak-anak kita yang di Tingkatan Enam, siapakah yang memandang mereka dan memberikan tumpuan kepada mereka. Di sekolah, pelajar Tingkatan Enam ini dianggap sudah terlalu tinggi dan tidak diberikan perhatian lagi oleh pelajar-pelajar lain. Malah dalam keadaan tertentu, mereka bagaikan terasing di sekolah sendiri. Harus dilihat bahawa pelajar Tingkatan Enam ini, mereka adalah pelajar pra universiti dan adakah mereka masih relevan atau wajar mereka berada di sekolah biasa sebagaimana sekarang? Bagi saya, sudah tidak sesuai bagi mereka begitu. Pengekalan mereka di sekolah biasa akan menyebabkan mereka gagal dibentuk untuk membentuk karakter yang boleh menyumbang ke arah melahirkan pemimpin pelapis negara. Selain faktor sukatan pendidikan, persekitaran juga menjadi hal yang menyebabkan mereka bagaikan terasing atau diasingkan.

Oleh itu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, melalui ucapan perbahasan ini, saya ingin mencadangkan...

Laluan, Yang Berhormat Kuala Nerus.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada hendak bagi laluan?

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Setiu bangun.

Tidak balik baru tahu... [Ketawa]

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya hendak minta penjelasan Kuala Nerus mengenai prasekolah. Tadi disebutkan bahawa ada prasekolah tadika daripada swasta seperti Pasti dan juga ada daripada kerajaan. Saya mendapat maklum bahawa yang Pasti ini tidak diiktiraf oleh kerajaan, tetapi kerajaan telah memperuntukkan untuk tahun depan sebanyak RM48 juta. Kalau kerajaan tidak mengiktiraf, adakah Kuala Nerus bersetuju supaya kerajaan mengambil tindakan dan menutup Pasti atau membahagikan duit RM48 juta ini kepada Pasti dan semua rakyat, kalau Pasti itu bagus. Maknanya kita gunakan sebahagian daripada kokurikulum ataupun kurikulum untuk terutamanya pelajaran agama.

Kita sarankan kepada rakyat supaya menghantar anak mereka ke Tadika KEMAS dan juga Tadika Perpaduan. Oleh itu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, melalui ucapan perbahasan ini saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar mewujudkan khusus sekolah untuk pelajar Tingkatan Enam agar mereka dapat bergerak dan mengikuti pendekatan pendidikan yang lebih sesuai dengan usia dan kelayakan mereka.

Saya amat percaya bahawa melalui kaedah ini imej pelajar Tingkatan Enam akan terus melonjak dan sudah tentu ia akan membangkitkan semangat untuk meningkatkan pencapaian ilmu mereka dari semasa ke semasa. Saya juga percaya ribuan pelajar Tingkatan Enam sedang menunggu hal yang saya cadangkan ini menjadi kenyataan dalam tempoh yang sesingkat mungkin. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini mungkin juga telah dibangkitkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat. Masalah pengangkutan adalah isu yang tidak pernah selesai. Ia diperkatakan dan dibangkitkan dalam banyak forum sama ada kita sedar atau tidak, apabila ia dibangkitkan ia merupakan mesej bahawa ia satu masalah yang benar-benar berlaku. Sejajar dengan konsep “Rakyat Didahulukan”, isu pengangkutan awam ini perlu diberi perhatian tanpa berlengah lagi. Mengikut pemerhatian saya, isu ini berlaku disebabkan gagalnya kita mewujudkan keseimbangan dan penyelarasan antara pertambahan kenderaan, infrastruktur berkaitan pengangkutan awam dan pembangunan di sesuatu kawasan.

Ini dapat dilihat apabila ada kawasan-kawasan tertentu yang dibangunkan tetapi taraf jalan raya masih dibiarkan terus kekal dengan wajah yang lama. Pada masa yang sama pertambahan kenderaan menjadi kian ketara. Tuan Yang di-Pertua, begitu juga di kawasan-kawasan bandar isu ini menjadi perkara yang dibangkitkan rakyat. Kerajaan tidak seharusnya memandang mudah hal ini kerana ia melibatkan kepentingan serta kebajikan rakyat. Kegagalan kerajaan dalam hal ini akan menyebabkan rakyat marah dan bencikan kerajaan sedangkan kerajaan berpandangan mereka telah melakukan yang terbaik untuk rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya khuatir pembangunan dan pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan tenggelam dengan kemarahan rakyat dan geram akibat isu pengangkutan awam yang menyentap perasaan mereka. Saya cadangkan satu kaedah dan dasar yang drastik dan realistik dibentuk bagi memastikan masalah-masalah ini diselesaikan secara muktamad. Saya percaya ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat di Parlimen ini sependapat dengan saya bahawa ada banyak pembangunan yang dilaksanakan di kawasan masing-masing tidak setaraf dengan kemudahan pengangkutan awam apatah lagi pengangkutan awam. Setiap pengangkutan mestilah dibuat secara holistik dan pembangunan diterima baik oleh rakyat bukan sebaliknya. Tuan Yang di-Pertua, ketika membentang Bajet 2010, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga ada menyebut mengenai penubuhan Klinik 1Malaysia. Saya menyokong usaha tersebut kerana ia jelas dapat membantu rakyat dalam menyelesaikan masalah kesihatan mereka. Dalam keadaan kita sedang pantas dalam pembangunan negara soal kesihatan adalah isu yang wajar diutamakan. Bagaimanapun Klinik 1Malaysia ini hanya memberi fokus kepada penduduk di kawasan bandar. Mereka yang tinggal di luar bandar bagaimana pula nasib mereka. Apakah masalah penduduk di kawasan luar bandar yang berkait dengan isu kesihatan yang selalunya mereka sibuk di waktu siang, mereka bekerja membanting tulang mencari rezeki. Di waktu malamlah biasanya mereka mahu ke klinik jika ada masalah. Di hospital kerajaan walaupun telah ada Unit Kecemasan namun ia telah menyebabkan penduduk segan untuk membuat rujukan jika mereka tidak terlibat dengan kes-kes kecemasan walaupun mereka sebenarnya mereka sedang sakit. Lalu klinik swasta menjadi tumpuan mereka. Saya memahami akan beban mereka dalam hal ini. Oleh itu selaras dengan persetujuan kerajaan untuk mewujudkan Klinik 1Malaysia. Besar harapan saya untuk mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini agar kerajaan bersetuju menaik taraf klinik desa di kawasan luar bandar agar ia boleh beroperasi lewat hingga jam 10.00 malam. Saya tidak fikir kerajaan perlu melabur banyak dalam hal ini kerana kemudahan infrastruktur sudah ada dan cuma mungkin peningkatan kos dalam soal penggunaan tenaga kerja atau sumber manusia sahaja. Jika hal ini dapat dilaksanakan rakyat di kawasan luar bandar akan menarik nafas lega kerana mereka boleh mendapat rawatan sepanjang masa tanpa membebankan mereka. Pastinya saya fikir rakyat di kawasan luar bandar ini akan lebih merasai pendekatan rakyat didahulukan jika cadangan ini benar-benar menjadi kenyataan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyentuh mengenai program kerajaan dalam menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat. Saya lihat tujuan dan matlamat kerajaan dalam hal ini amatlah murni.

Ia mahu memperkasa kebajikan rakyat kerana memahami kehendak serta keperluan rakyat terhadap perumahan. Saya sedar bahawa tidak mungkin setiap permintaan atau tuntutan mampu dilaksanakan serentak. Bagaimanapun, sejauh manakah program pembinaan rumah mampu milik ini telah dilaksanakan pihak berkaitan, itulah persoalannya. Jika mengambil kira keperluan perumahan di kalangan rakyat apa yang jelas mereka masih berhadapan dengan masalah. Saya mempersoalkan keberkesanan program-program ini dan menyarankan kepada kerajaan tingkatkan usaha penambahbaikannya. Tuan Yang di-Pertua, saya mungkin tidak boleh memberikan angka yang tepat tetapi apa yang saya tahu dan faham keperluan terhadap perumahan mampu milik ini agak mendesak. Dengan pertambahan penduduk yang kian ketara selain sektor kepesatan pembangunan itu sendiri, maka berlakulah apa yang saya maksudkan tadi. Oleh itu kerajaan melalui agensi-agensi berkaitan perlulah bekerja keras bagi menangani masalah ini agar ia nanti tidak menjadi satu masalah yang menjadi pekung serta merugikan kerajaan, negara. Maksud saya pembinaan rumah mampu milik di seluruh negara mestilah diperbanyakkan dengan apa cara sekalipun. Ya, saya tidak nampak apakah halangannya bagi menjayakan program ini. Saya juga berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menipu dalam permohonan untuk memiliki rumah mampu milik ini. Tidak wajar diskriminasi tertentu dalam hal ini sehingga ia benar-benar menafikan hak rakyat yang berhak. Kerajaan tidak mempunyai pilihan lain selain bertindak secara drastik kerana saya juga bimbang bahawa kemungkinan semakin banyak penipuan di sebalik semakin banyak rumah mampu milik didirikan kerajaan. Justeru itu, keseimbangan dan strategi pihak berkaitan mestilah tepat agar hal-hal ini tidak menjadi halangan untuk rakyat mengecap hak mereka. Tuan Yang di- Pertua, saya juga ingin menyarankan beberapa perkara kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar memberi perhatian kepada yang pertama, mempercepatkan sistem proses pindah milik ataupun kelulusan tukar nama bot nelayan yang sekarang memakan masa antara empat hingga dua belas bulan. Saya tidak faham kenapa ia perlu memakan masa yang lama. Walhal untuk memindah milik kereta, ia tidak memakan masa yang lama, memerlukan satu atau dua hari sahaja. Juga untuk memudahkan pindah milik bot ini kepada anak atau waris atau kepada mana-mana yang berminat walaupun mereka tidak lagi nelayan yang aktif’. Saya hendak sentuh Tuan Yang di-Pertua ialah sistem beri lesen bot fiber glass ini kepada nelayan-nelayan pantai. Ia harus diperbanyakkan terutama di negeri-negeri seperti Terengganu yang pantainya sepanjang 240 kilometer yang masa kini saya difahamkan ia adalah amat sedikit berbanding dengan negeri- negeri lain. Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan pengurusan dan perkhidmatan yang tidak mesra nelayan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, ada satu minit lagi Yang Berhormat.

Dato' Mohd. Nasir bin IbrahimUMNO · BNKuala Nerus

Oleh Jabatan Perikanan dan juga Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Adalah disarankan mesti diwujudkan kaunter luar masa pejabat terutama hari-hari cuti bagi nelayan untuk mereka berurusan dengan Jabatan Perikanan atau LKIM untuk menyelesaikan masalah mereka tanpa menjejaskan mereka turun ke laut mencari rezeki. Tuan Yang di-Pertua, harapan saya kejayaan bajet ini bukan sahaja menjadi kejayaan kita dan kejayaan negara tetapi juga kejayaan rakyat jelata. Jika mereka bangga dengan kita, jangan mimpi pembangkang mahu bertakhta. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada satu, dua, tiga, empat, lima. Nama Yang Berhormat Beruas sudah disimpan oleh Tuan Yang di-Pertua, dekat ini saya panggil Yang Berhormat Beruas.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya berhujah berkenaan dengan Bajet 2010 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menggariskan tiga strategi untuk membolehkan negara kita ini memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Inilah satu strategi pertama yang dinyatakan oleh beliau dan strategi kedua ialah memastikan pembangunan holistik dan mapan dan ketiga mengutamakan kesejahteraan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya amat sedih bahawa dalam keadaan yang ada di negara kita ini, pihak kerajaan masih mempermainkan dengan slogan-slogan untuk memutar-belitkan keadaan sebenar dan menyimpang rakyat daripada mengetahui keadaan sebenar. Berkenaan dengan strategi pertama iaitu memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, daripada apa yang telah dibentangkan dalam Dewan ini, saya rasa tidak ada mana-mana gejala ataupun unsur-unsur yang boleh kita katakan dapat menaikkan pendapatan rakyat Malaysia ke satu tahap berpendapatan tinggi. Kita tahu ini hanyalah satu slogan sahaja dan tidak ada agenda yang terperinci yang mapan dan dapat memajukan rakyat untuk mendapatkan pendapatan yang tinggi. Ini adalah kerana daripada apa yang dilaporkan eksport negara telah merosot sebanyak 23.4 peratus dalam tempoh separuh tahun 2009 dan indeks pengeluaran industri pun merosot sebanyak 12.7 peratus. Untuk mendapatkan pendapatan yang tinggi, kita perlu mengeluarkan barangan dengan izin niche broach product yang orang lain tidak ada ataupun produk-produk di mana kita dapat menjual dengan harga yang tinggi untuk membolehkan ataupun memberi perkhidmatan yang baik supaya kita dapat mendapat pendapatan yang tinggi. Tuan Yang di-Pertua, dari laporan yang telah dibentangkan di Dewan ini kita dapati kerajaan hanya menggunakan 0.6 peratus KDNK dalam dengan izin research and development sementara di Amerika Syarikat mereka menggunakan 3 peratus daripada KDNK, di Republik Korea 3.5 peratus dan di Taiwan 2.4 peratus. Negara- negara ini sudah maju ke depan dan mereka telah menetapkan satu jumlah yang tinggi untuk R&D. Kalau negara kita masih tidak menaikkan jumlah peruntukan untuk R&D, kita tidak akan dapat mengeluarkan barangan yang boleh menaikkan pendapatan rakyat kita. Tuan Yang di-Pertua, kita pun mendapati bahawa negara kita dalam bajet pun telah dikurangkan untuk tahun depan dan jumlah pembangunan pun merosot. Jadi kerajaan tidak ada wang untuk membolehkan pembangunan yang lebih pesat. Tambahan pula hutang negara telah bertambah dari RM306 bilion kepada RM363 bilion iaitu hutang setiap rakyat Malaysia sekarang ini adalah RM15,000 setiap orang dan jumlah pendapatan tahun depan dan tahun-tahun akan datang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar hutang tersebut. Jadi pada pandangan saya, pada masa depan dan akan datang kerajaan tidak ada kemampuan untuk mengeluarkan jumlah yang besar untuk pembangunan dan yang boleh mendatangkan pendapatan tinggi untuk rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, perkara sedemikian sebenarnya tidak harus berlaku tetapi malangnya di bawah pentadbiran Barisan Nasional yang begitu boros dan terdapat banyak ketirisan wang bajet dan juga rasuah dan lain-lain penyalahgunaan wang rakyat dalam 12 tahun yang baru-baru ini, negara kita telah mengalami bajet defisit sebanyak 12 tahun. Sungguhpun pendapatan kerajaan daripada wang petroleum 12 tahun ini setiap tahun bertambah kalau dibandingkan dari tahun 1997, pendapatan kerajaan daripada petroleum adalah RM19 bilion dan ia bertambah sehingga kepada RM70 bilion dalam tahun 2008. Sebenarnya kalau tidak ada rasuah, tidak ada pemborosan dan ketirisan Malaysia akan mendapat wang yang begitu banyak beratus bilion yang dapat menolong negara kita untuk maju ke depan dan membolehkan rakyatnya mendapat pendapatan yang lebih tinggi tetapi malangnya oleh kerana hutang yang semakin hari semakin bertambah ini saya rasa tidak mungkin kita dapat mencapai matlamat kita untuk membolehkan rakyat kita mendapat pendapatan yang tinggi. Tambahan pula Tuan Yang di-Pertua, pelabur asing ke negara kita ini telah merosot pada RM19.7 bilion kepada RM3.6 bilion sahaja. Jadi kalau tidak ada pelabur asing, ini bermaksud ekonomi kita akan lembap dan untuk mendapat pendapatan yang tinggi adalah tidak mungkin untuk rakyat Malaysia. Oleh sebab environment dengan izin yang tidak kondusif dan tidak baik dan juga kerana polisi diskriminasi perkauman yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional ramai pelabur-pelabur Malaysia atau tempatan telah ke luar negara dan dari satu laporan yang saya baca pelabur-pelabur Malaysia yang telah keluar daripada Malaysia telah melebihi jauh melebihi jumlah pelabur asing yang datang ke Malaysia iaitu melebihi RM8 bilion tahun yang lepas.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jadi ini bermaksud dengan semua unsur-unsur yang telah saya nyatakan atau ingredient yang telah saya nyatakan tadi, ini bermaksud ekonomi negara kita ini tidak akan seperti yang dijanjikan oleh kerajaan bahawa kita boleh mendapat pendapatan yang tinggi untuk rakyat kita.

Yang Berhormat Beruas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Bagi Yang Berhormat Maran Yang Berhormat?

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Bagi saya habis point.

Sedikit sahaja Yang Berhormat. Sebab saya beri dia makan nasi lemak tadi.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh.

Akan tetapi saya tidak consider rasuah, sahabat. Yang Berhormat Beruas, saya tidak nafikan ada di mana- mana kelemahan kita tetapi saya minta kalau boleh, boleh tak saya apabila saya duduk semeja dengan Yang Berhormat tadi saya rasa cukup seronok, kalaulah pembangkang seperti ini membawa pemikiran yang rasional. Apa salahnya kalau kita tahu kelemahan di tempat A umpamanya, kita sama-sama perbetulkan tetapi bukan sentiasa menuding jari kepada kerajaan. Yang Berhormat, kita hari ini semua mendapat faedah daripada kerajaan. Sebelum adanya kerajaan ini, semua kerajaan Barisan Nasional. Saya hendak kita rasional, kita sebagai Ahli Parlimen, biarlah apa yang kita cakap sebagai orang yang bijak supaya kita mencari jalan. Ini apabila sedikit ini, kerajaan rasuah, sedikit ini, penipuan Kerajaan Barisan Nasional. Kakitangan kerajaan kita ada juga yang terlibat, yang degillah, yang bagus memang banyak tetapi saya hendak kalau boleh perkataan itu. Saya rasa kalau semua bekerja dengan baik, semua bertanggapan baik, tidak memfitnah, tidak menuduh dan unsur-unsur yang menghasut masyarakat, saya rasa kita boleh berjaya sebab kalau musnah negara ini, bukan saya sahaja yang musnah, bukan Barisan Nasional sahaja yang musnah, semua Yang Berhormat akan musnah sama. Apa salahnya kita bawa cara pendekatan, ubah sedikit, yang tidak betul, kita betulkan. Saya kalau tidak betul, saya marah kerajaan. Saya buat begitu Yang Berhormat, saya apabila makan nasi, saya bagi Yang Berhormat nasi tadi, saya nampak okey gaya tetapi sudah bantai balik kerajaan... [Ketawa]

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Maran. Apa yang penting, kita mesti mentadbir negara kita dengan jujur seperti yang Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak telah mentadbir dalam 10 bulan sahaja tanpa menaikkan apa-apa jenis cukai ke atas rakyat, kerana ini telah mendapat pendapatan lebihan RM100 juta, lebih kita kata satu pendapatan yang rekod dalam sejarah negeri Perak dan juga dalam Laporan Auditor General, Pejabat Auditor General memuji pentadbiran kerajaan Pakatan Negeri Perak kerana telus dalam pentadbiran kewangannya adalah excellent lebih 90 lebih peratus.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kalau Barisan Nasional boleh mentadbir dan negara Malaysia ini, setiap tahun kita mesti ada baki berpuluh-puluh bilion. Seperti yang telah dilaporkan di akhbar baru- baru ini dalam The Star, dinyatakan bahawa pada tahun yang lepas dianggarkan melalui rasuah dan pemborosan dan pentadbiran yang tidak baik, kita telah kerugian RM20 bilion. RM20 bilion ini boleh membina 20 universiti dan ratusan sekolah kalau perlu. Tuan Yang di-Pertua, yang pentingnya kita mesti serius, kalau sesiapa yang menyeleweng, sesiapa yang rasuah, terutamanya kes-kes yang besar mereka mesti didakwa di mahkamah. Kita nampak SPRM hanya tangkap ikan bilis sahaja, yang berapa ribu ringgit atau berpuluh ribu ringgit tidak ada langsung yang mendakwa mereka yang terlibat dalam berpuluh-puluh juta atau ratusan juta ataupun bilion, melainkan kerajaan serius terhadap rasuah, akan hanguslah negara tercinta kita ini. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu untuk negara maju ke depan kita mesti mendaulatkan undang-undang dan orang mesti percaya kepada sistem kehakiman negara kita dan jenayah mesti turun dan rasuah dibanteras. Tuan Yang di- Pertua, dalam krisis negeri Perak, kita nampak dengan ketara bahawa kedaulatan undang-undang itu diketepikan dan kita juga nampak rakyat mula tidak ada keyakinan kepada kehakiman negara kita kerana dikatakan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Pasir Salak bangun Yang Berhormat.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Bagi saya habis dulu Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Orang kampung ini Yang Berhormat.

Dari Perak ini.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh, boleh tetapi bagi saya habiskan dahulu. Tuan Yang di-Pertua, kalau rakyat Malaysia sendiri tidak ada keyakinan kepada pihak polis kerana tidak mengikut undang-undang malah melanggar undang-undang, kalau rakyat sendiri tidak ada keyakinan kepada kehakiman, bagaimanakah orang luar ada keyakinan kepada sistem pentadbiran negara kita. Kalau kita lihat apa yang berlaku di negeri Perak sama ada pada 3 Mac di mana pihak polis menyekat ADUN- ADUN daripada masuk ke Dewan Undangan Negeri sehingga terpaksa bersidang di bawah pokok. Sungguhpun pada masa itu tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikan bahawa V. Sivakumar adalah Speaker yang sah. Polis tidak mengambil arahan daripada Speaker yang sah yang memang diiktiraf oleh kedua-dua pihak. Begitu juga bagaimana polis masuk ke Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei dengan keras dan kasar dan telah mengasari ADUN- ADUN Dewan dan juga secara paksa mengeluarkan V. Sivakumar dan mengurung beliau. Ini telah menjadi krisis terbesar di negeri Perak dan juga di Malaysia dan telah disaksikan oleh seluruh dunia. Begitu juga pihak polis telah membuat kucar kacir pada satu makan malam di Sitiawan di dewan sekolah yang pada mulanya aman tenteram sehinggalah polis yang menyebabkan kekecohan. Begitu pada 26 Mei, berpuluh-puluh hingga melebihi 100 rakyat jelata dan ADUN-ADUN ditangkap oleh polis. Begitu juga pada 2 September, persidangan DUN negeri Perak digugat dan dihalang oleh pihak polis. Kita juga nampak pada 28 Oktober di mana ratusan polis berada di persekitaran Dewan Undangan Negeri kerana ada persidangan. Tuan Yang di-Pertua, jelas kepada kita semua bahawa polis telah melanggar undang-undang. Kalau bukan polis yang melanggar undang-undang, ini bermaksud orang yang ditangkap itu telah melakukan kesalahan tetapi sampai pada hari ini tidak ada seorang pun daripada lebih dari 100 orang yang ditangkap itu didakwa di mahkamah. Jadi siapa yang betul, siapa yang salah. Kita mesti ada kepastian undang-undang, kalau bukan orang yang ditangkap itu salah, itu bermaksud polis telah melakukan kesalahan dengan sewenang- wenangnya menangkap 100 lebih orang ini tanpa sebab. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Pasir Salak bangun, hendak bagi?

Bolehlah, sudah panjang lebar ini. Okey terima kasih.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Sebenarnya belum habis lagi, okey bolehlah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Beruas. Saya ada pertanyaan, pertama sekali semasa Pakatan memerintah negeri Perak, berapa banyak pasir yang kerajaan Pakatan punggah daripada bumi negeri Perak dan dijual ke Singapura secara haram? Tolong jawab dengan ikhlas dan betul. Saya pun mendapat berita bahawa kerajaan Pakatan membenarkan perkara itu berlaku kononnya ada penglibatan daripada istana. Saya sudah selidik, tidak ada penglibatan daripada pihak istana berhubung dengan penjualan pasir secara haram ke Singapura. Itu yang pertama, ini penting dijawab kerana Yang Berhormat bukan main lagi kononnya anti penyelewengan dan anti penyalahgunaan kuasa. Keduanya, Yang Berhormat Beruas juga bercakap bahawa orang lain, Barisan Nasional, polis dan sebagainya, semua melanggar undang-undang, tidak hormat undang-undang, mencabuli undang-undang. Sekarang saya hendak tanya, apakah tindakan pemimpin-pemimpin Pakatan khususnya DAP yang menjadi dalang besar dalam perkara ini, mencabar pelantikan Menteri Besar oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak itu mengikut peruntukan-peruntukan yang ada dalam Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak itu. Bukankah itu satu perbuatan yang mencabar undang-undang? Tidak menghormati undang-undang, tidak menghormati kedudukan Raja dan kuasa Raja dalam Perlembagaan. Bukankah ini juga bukti yang nyata bahawa Pakatanlah yang tidak hormat kepada undang-undang, melanggar undang-undang dan menjadi pengkhianat kepada negeri dan negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Beruas ada tiga minit untuk jawab ataupun tidak jawab.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Boleh injury time sedikit?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak boleh Yang Berhormat, kalau injury time orang lain tidak boleh cakap Yang Berhormat. Yang Berhormat beritahu mana satu DAP tidak mahu cakap ambillah masanya.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Okey, Tuan Yang di-Pertua. Ingin saya memberitahu kepada Dewan ini di bawah Barisan Nasional, jualan bukan pasir, hanya silika sahaja.

Jawab soalan.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Memang kerana polisi Kerajaan Persekutuan, pasir tidak dibenarkan jual ke luar ke negara. Hanya silika dibenarkan. Di bawah Barisan Nasional, hanya satu syarikat monopoli menjual silika ke luar negara dan di bawah Pakatan Rakyat kita telah membuka kepada lebih kurang 13 pengusaha untuk menjual silika yang dibenarkan. Untuk soalan kedua, esoklah. Kita menghormati undang-undang, marilah kita pergi ke Mahkamah Persekutuan esok di mana Mahkamah Persekutuan akan menetapkan siapakah Menteri Besar sah negeri Perak. Tuan Yang di-Pertua, di bawah seksyen 124, Kanun Keseksaan adalah jelas bahawa sesiapa yang menghindar atau menghalang ADUN-ADUN daripada menjalankan kerja mereka telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum sampai tujuh tahun penjara, tetapi memang banyak kali ADUN-ADUN dihalang, diheret dan dikasari. Sampai hari ini belum ada seorang pun anggota polis yang didakwa di mahkamah. Tuan Yang di-Pertua, Mahkamah Majistret di Ipoh pun telah digunakan ataupun menjadi satu sayap kepada kerajaan Barisan Nasional hinggakan pada 1 September dan juga 27 September, sehari sebelum kedua-dua persidangan itu, mahkamah telah mengeluarkan perintah untuk melarang orang ramai daripada mendekati DUN Negeri Perak. Sebenarnya permohonan ex-partite, iaitu mendengar satu pihak sahaja hanya boleh digunakan kalau ada urgent emergency cases. Akan tetapi, persidangan-persidangan ini memang telah diberitahu sekurang-kurangnya 14 hari sebelumnya. Jadi ini menunjukkan bahawa mahkamah pun dipergunakan. Ini tidak baik untuk Malaysia kerana orang ramai dan rakyat asing tidak akan mempunyai keyakinan kepada sistem kehakiman kami, rakyat dengan senangnya boleh dipergunakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, masa Yang Berhormat habis sudah ya.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, kalau tidak boleh turut undang-undang kecil macam ini sahaja Yang Berhormat, saya tidak fikir Yang Berhormat boleh ikut yang besar. Ini kecil sahaja. Berhenti bila sudah habis masa. Saya dahulu Yang Berhormat, kalau Tuan Yang di- Pertua kata berhenti, setengah sentence pun saya akan berhenti.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Okey, sudah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sila duduk Yang Berhormat. Baru kita tunjuk yang kita patuh kepada peraturan.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Betul, bagi gulungkan supaya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...Ucapan ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Sudah.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya hormati Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ini contoh Yang Berhormat.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...dan ingin saya menyatakan di sini di negeri Perak, di mana Tuan Yang di-Pertua tidak dihormati oleh Barisan Nasional dan mahkamah campur tangan dan menetapkan kuasa Tuan Yang di-Pertua bahawa Tuan Yang di-Pertua tidak boleh menggantungkan orang daripada persidangan.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Itu pun satu perkara yang ingin saya bangkitkan di sini yang menunjukkan sehingga mahkamah dipergunakan untuk mengehadkan kuasa Tuan Yang di-Pertua. Memang saya hormati Tuan Yang di-Pertua dan saya akan memberhentikan ucapan saya sungguhpun ada empat point lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Setiu.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang walaupun di saat-saat akhir. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah membentangkan satu bajet yang menarik serta berwawasan. Apatah lagi, biasanya kalau selepas bajet kalau dinaikkan gaji ataupun diberi bonus biasanya adalah berlaku kenaikan harga barang-barang, tetapi pada kali ini tidak pun berbunyi apa-apa. Bererti bajet yang telah dikemukakan itu memenuhi hasrat rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon kepada kerajaan iaitu sebanyak RM820 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi pembangunan laut dan juga perkhidmatannya. Saya memohon supaya kerajaan di bawah peruntukan ini memberikan kemudahan untuk menambah dan memperbaiki satu pelabuhan lama di negeri Terengganu yang mana pelabuhan ini merupakan pelabuhan yang amat penting yang digunakan oleh semua rakyat Terengganu, yang mana terdapat 8,700 nelayan di Terengganu. Pelabuhan ini ialah Pelabuhan Chendering yang merupakan satu-satunya pelabuhan yang telah dibina pada tahun 1978 lagi, tetapi saya difahamkan penambahbaikan kemudahannya telah pun dimohon beberapa kali dengan Kerajaan Pusat dan sehingga sekarang masih belum terbina. Ada beberapa perkara Tuan Yang di-Pertua mengenai kepentingan Pelabuhan Chendering ini, iaitu kalau Pelabuhan Chendering ini tidak dapat digunakan untuk mendarat, maka nelayan di Terengganu akan mendaratkan hasilnya sama ada di Tok Bali ataupun di Kuantan, Pahang yang memakan masa tidak kurang daripada lapan jam. Jadi dengan keadaan yang demikian, peruntukan kerajaan yang sebanyak ini diharapkan dapat membantu nelayan di Terengganu khususnya di pelabuhan Chendering yang menggunakan pelabuhan ini tidak kurang daripada 3,000 nelayan termasuklah 40 vessel besar yang menampung 2,500 nelayan. Selain itu juga Tuan Yang di-Pertua, saya memohon kerajaan supaya meneruskan bantuan kepada nelayan termasuk nelayan di laut dan juga nelayan di sungai. Kedua-dua nelayan ini amat penting dan merekalah yang menjadi pembekal ikan kepada kita. Jadi dengan keadaan yang demikian, peruntukan yang sebanyak itu insya-Allah dapat diagih-agihkan dengan sama rata, selain daripada bantuan lain yang diberikan kepada nelayan bagi membasmi kemiskinan. Saya juga mencadangkan kepada kerajaan supaya meneruskan bantuan Fiberglass enjin dan pukat yang telah pun diberi di bawah LKIM. Ini kerana bantuan ini telah pun diberhentikan sejak tahun 2005 sehingga sekarang. Diharap pada tahun hadapan kerajaan dapat meneruskan bantuan ini bagi menjamin sama ada nelayan pantai ataupun nelayan darat ataupun nelayan sungai dapat meningkatkan pendapatan mereka. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga sangat menyokong dan berterima kasih di atas Program SUBUR. Golongan sasarnya adalah kepada golongan miskin dan juga miskin tegar. Oleh kerana perkara ini banyak berbangkit, saya cadangkan supaya kakitangan kerajaan Gred 17 dan ke bawah juga diberi bantuan SUBUR ini secara automatik. Selain itu, saya juga mencadangkan supaya setiap bulan Ahli Parlimen juga diberi beras yang sama bagi menentukan bahawa apa yang rakyat makan, maka pemimpin pun makan. Tidak timbullah syak wasangka kepada pemimpin bahawa beras yang diberi tidak bagus. Kalau rakyat diberi tiga kampit, Ahli Parlimen diberi satu kampit sebulan pun sudah cukup dengan gred yang sama. Ahli Parlimen tidak makan banyak, rakyat yang makan banyak. Jadi dengan demikian, adalah adil dan pembangkang pun tidak perlu rasa cemburu sebab perkara ini belum lagi diberi sudah ada rasa cemburu, tidak tepat, terpesong dan sebagainya. Jadi, pada bulan Disember nanti kerajaan perlu beri dengan cadangan saya tersebut supaya sama-sama dapat mengecapi bahawa Program SUBUR ini merupakan program yang benar-benar subur. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa setakat itulah dan saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar] Tidak boleh berdirikah Yang Berhormat ini?... [Ketawa] Sila Yang Berhormat Bagan Serai.

Alhamdulillah, Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di- Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Dia penat duduk tunggu.

...Kerana memberi peluang kepada saya sebagai yang akhir untuk berucap mengambil bahagian dalam pembentangan Belanjawan Negara 2010 iaitu ‘1Malaysia Kemakmuran Bersama’ oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Tuan Yang di-Pertua, telah banyak rungutan yang diluahkan di Dewan yang mulia ini oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dengan masalah pengurusan perolehan kerajaan yang telah dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara. Sebagai contoh, di Kementerian Pelajaran yang telah membeli pokok dan tanaman seni taman untuk Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa (2) di Pasir Puteh, Kelantan dengan pembekal tempatan secara pembelian terus. Kementerian membayar sebanyak RM57,493 bagi kerja membekal, menanam, menyelenggara, merawat dan menyiram pokok dan tanaman seni taman. Sekolah tersebut mengikut Laporan Ketua Audit Negara, telah membayar sebanyak RM880,000. Lebih mahal kalau kita bandingkan 880 peratus. Alangkah begitu mewahnya kerajaan berbelanja. Juga didapati kerja-kerja penyelenggaraan ataupun pembaikan di empat buah sekolah bernilai sebanyak RM0.94 juta tidak dibuat dengan sempena sama ada tidak disiapkan sepenuhnya atau tidak pun berkualiti. Di Sabah, Kelantan, Melaka, Kedah dan Selangor pula, sebanyak 15 buah sekolah dan beberapa kerja penyelenggaraan atau pembaikan yang bernilai sebanyak RM111,533 iaitu 7.8 peratus daripada RM1.43 juta tidak dilaksanakan, tetapi kontraktor yang terlibat telah pun mendapat pembayaran sepenuhnya.

Macam mana ini? Pelik sungguh. Tuan Yang di-Pertua, didapati juga satu lagi projek terbengkalai dalam pembinaan infrastruktur di kawasan pertanian seluas 30 ekar yang baru dibangunkan iaitu di kawasan Sungai Pinang Dua, Kawasan Selingsing iaitu di Bagan Serai kawasan saya sendiri. Projek ini sepatutnya siap pada November 2006 tetapi kerja membersihkan kawasan, membina ban keliling dan parit bernilai RM175,800 tidak diteruskan oleh kontraktor kerana faktor cuaca dan keadaan tapak yang berpaya. Tidak apalah, itu alasan dia. Akan tetapi, apakah logiknya bayaran sebanyak RM111,731 untuk kerja siap sebanyak 63.5 peratus sedangkan kerja-kerja sebenarnya hanya 50 peratus sahaja? Bagaimana perkara tersebut boleh berlaku? Cuba fikirkan. Pelik bukan? Memang pelik. Ini mestilah ada sesuatu seperti mana yang dinyatakan, mungkin ada udang di sebalik mi ataupun batu yang ada.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

[Bangun]

Inilah suatu perkara yang kita akan perhatikan sesuatu yang mana mereka yang terlibat ini patutlah dan mestilah diseret ke muka pengadilan dan biarlah ini menjadi sebagai satu teladan jika sekiranya kerajaan benar-benar hendak membanteras rasuah yang ada. Nampaknya terdapat banyak ruang untuk melakukan penyelewengan oleh pegawai- pegawai berkenaan. Hendak dakwa mereka dalam sesetengah kes mereka telah mengikut prosedur dengan membuat sebut harga dengan memanggil empat atau lima buah syarikat, tetapi syarikat yang dijemput itu telah membuat perjanjian cartel. Selain itu juga, lain-lain prosedur seperti kajian pasaran tidak dibuat sebagaimana mengikut pandangan Ketua Audit Negara bahawa didapati kementerian ataupun Jabatan Pendidikan Negeri (PPD) tidak menjalankan kajian pasaran sepertimana mengikut kehendak Arahan Perbendaharaan 169 sebelum sesuatu pembelian dibuat. Apakah logiknya contoh-contoh di atas masih berlaku? Tidak malukah perkara ini masih berlaku? Cerita ini adalah cerita lama. Sudah lama kita dengar cerita Maggi Mee, screw driver yang harganya berlipat-lipat ganda. Adalah amat memalukan kerana mereka ini adalah pegawai-pegawai yang rata-ratanya terdiri daripada bumiputera. Sungguh malang. Malang sungguh malang. Saya ingin cadangkan agar mereka yang terlibat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada orang berminat, Yang Berhormat. Hendak bagi peluang atau tidak bagi?

Tidak, sebab masa pun singkat sangat. Terima kasih.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Helo, member!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Di luar, Yang Berhormat. Selepas ini kita hampir tamat – di luar.

Yang terbabit dikenakan surcaj dan tindakan yang lebih berat kerana amat mencemarkan. Orang- orang Melayu dan juga bumiputera, yang ini yang pedih, sakit juga. Pastikan prosedur untuk mendakwa ataupun surcaj perlu dikaji semula supaya dipermudahkan. Walaupun jaminan kerajaan telah dibuat, maka sama-samalah kita tunggu apakah tindakan oleh kerajaan itu setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Selain itu saya cadangkan kesemua pegawai yang tersebut diberikan kesedaran tentang iman, ilmu, amal dan juga akhlak sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Marang patutlah diberikan perhatian khas. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa pegawai-pegawai kerajaan ini sentiasa diberikan dengan latihan iaitu BTN, jadi eloklah kita adakan satu unsur tentang empat item yang saya sebutkan tadi supaya memberi kesedaran kepada mereka tentang iaitu sebagaimana yang telah pun dinyatakan pagi tadi oleh Yang Berhormat Gelugor yang mengatakan bahawa akhirat itu ada. Jadi, sedarkan yang itu. Tuan Yang di-Pertua, selain itu juga kalau Yang Berhormat Kinabatangan dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain pada 26 Oktober yang lepas telah merungut berhubung dengan rancangan Klinik 1Malaysia oleh Kementerian Kesihatan. Perkara ini perlulah dikaji semula kerana di kawasan saya di Kuala Gula amatlah mengecewakan. Pusat kesihatan tersebut telah dibangunkan sekitar tahun 2004. Khabarnya di antara yang tercanggih bangunannya dan infrastrukturnya, tetapi sungguh malang kerana struktur bangunan utamanya didapati salah satu daripada tiangnya telah lari daripada beam dan sengit – hendak rebah. Tempat kediamannya pula mendap dan tidak selamat untuk didiami. Saya telah melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kerian dan sehingga bulan Ogos lepas khabarnya tidak ada tindakan yang dilakukan. Mengenai kemudahan di pusat-pusat kesihatan di kawasan Bagan Serai pula rata-ratanya terdapat keluhan kakitangan terhadap kekurangan ambulan. Apa jua kiranya perkara tersebut diambil perhatian yang serius. Ini ada satu cerita iaitu ceritanya dahulu tidaklah lama sangat, kira-kira sebelum PRU ke-12 yang lalu di mana satu projek Hospital Daerah Kerian yang dahulunya sibuk sangat dilancarkan dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak. Pada ketika itu Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun membuat janji dalam masa dikatakan enam bulan sahaja hospital ini akan terdiri. Saya amat kecewa sehingga hari ini tidak ada apa-apa pun yang berlaku di tapak tersebut. Ke mana pergi peruntukannya? Ke mana perginya? Langsung tidak ada apa-apa. Yang kita tahu bahawa perkara itu dibuat tergesa-gesa sahaja dalam masa enam bulan. Memang kita fikirkan perkara ini tidak akan berlaku. Ini kalau kita perhatikan, bahawa ini namanya sebagai satu projek pilihan raya. Pasal apa? Bila kalah jadi tidaklah perlu dibuat. Kalaulah betul-betul dengan slogan, “Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan”, ayuh, sila beri, nyatakan bilakah agaknya projek tersebut akan dijalankan. Fikirkan betul-betul. Kalau kita perhatikan saya pun pening. Pening, terutama bila sekarang ini bingung bila melihat keadaan bila berlakunya suatu kemalangan sama ada di Masjid Tinggi ataupun Telok Medan.

Masa cukup... [Ketawa]

Berilah peluang dulu. Sudah pasti kita akan dapati bahawa daripada Bagan Serai dia akan melalui pekan Bagan Serai pergi ke Parit Buntar. Dalam masa setengah jam perkara yang sama, dia akan bawa balik ke Taiping. Aduh! Pening! Kasihanlah orang yang dalam itu sudah sakit – ini kita bawa dari Masjid Tinggi pergi ke Parit Buntar, dari Parit Buntar balik pergi ke Taiping. Apalah salahnya kalau sekiranya kita ada kemudahan hospital di Parit Buntar tadi dengan kelengkapan yang cukup insya-Allah perkara ini dapat diselamatkan. Bukan apa, duit minyak lagi, masanya lagi, orang yang sakit itu lagi. Susah hendak cakaplah.

Jadi, apa yang peliknya tadi? Memanglah kita perhatikan jika sekiranya kalau betul-betullah kerajaan yang hendakkan tadi sebagaimana yang kita katakan slogan yang ada harap-harapkanlah iaitu kita dapatlah membangunkan hospital di Parit Buntar tadi. Sebenarnya hospital itu berada di Simpang Lima iaitu di kawasan saya. Dengan kata lain kami memang mengharapkan dengan hospital yang ada. Berbalik kepada cerita mengenai dengan Kuala Gula tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, saya akan gunakan kuasa saya di bawah Peraturan Mesyuarat 12(3) untuk melanjutkan supaya Yang Berhormat Bagan Serai habis berucap. Yang Berhormat ada tujuh minit lagi.

Ada 7 minit? Okey, alhamdulillah. Mengenai dengan Kuala Gula tadi, Pusat Kesihatan Kuala Gula sebagaimana yang saya katakan tadi, ia dibina di satu tempat di hujung kampung, di mana terdapat lebih kurang dalam 5,000 orang penduduk sahaja. Mengikut kajian yang saya lihat, didapati bahawa pelawat iaitu yang pusat tadi hanya mempunyai purata pesakit hanya 20 orang sahaja sehari, 20 orang. Akan tetapi, hospital tersebut dibina di situ. Tidak tahulah, apa dia punya motif kita tidak tahu. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu juga terdapatnya kelewatan tindakan PTG Perak mengambil tindakan terhadap permohonan penternak-penternak udang dan burung walit di Kuala Kurau dan juga di tempat-tempat lain, mereka telah memohon sejak pada tahun 2004. Apa sebab dilengah-lengahkan? Kalau kita perhatikan, apabila dilengah-lengahkan, tindakan tersebut sebenarnya akan merugikan pendapatan kepada kerajaan negeri. Apa sebab tidak hendak buat? Katakan bahawa dia ada piagam dan macam-macam itu, piagam sahaja dibuat. Akan tetapi, kerjanya wallaahu a’lam. Itu dia punya ceritanya. Di samping itu, saya ingin menarik perhatian kepada Yang Berhormat sekalian bahawa masalah tanah di Beriah iaitu satu tanah di mana berhampiran dengan kolam Bukit Merah iaitu dengan MK Land di Bukit Merah. Tanah itu memanglah menjadi rebutan sekarang ini. Yang saya peliknya, tanah itu berlapis-lapis. Seorang pengusaha asal mendapati dia telah dikenakan saman bahawa dia telah menceroboh. Sebab apa? Geran itu dibagi kepada orang lain. Jadi, ada satu kes di mana seorang petani, dia kena surat untuk membayar hutang iaitu sebanyak RM1.2 million kerana atas tanah pinjaman yang di cagarkan geran tanah dia itu seluas 3 ekar sebanyak RM1.3 million hendak dibayar oleh petani tadi. Kesian petani tadi, Mat Saad bin Ladin. Kesian, hamba Allah itu! Orang tua! Hendak dapat itu dia kata, macam mana saya boleh pinjam duit tadi, RM1.3 million? Buat apa? Dia kata peliknya juga bank itu macam mana dia boleh bagi? Wallahu a’lam bissawaab. Tidak tahulah macam mana saya pun. Dia datang terhegeh-hegeh, kesian orang tua ini datang. Pasal dia mengadu. Ini Yang Berhormat macam mana saya hendak buat ini? Ada hutang saya hutang banyak-banyak. Bila dia gadai? Tidak ada gadaian pun. Okey. Tuan Yang di-Pertua, yang satu masalah apabila kita bincangkan tentang masalah kemiskinan tegar pula, apa yang saya ingin utarakan ialah dengan sikap masyarakat kita. Kita tidak akan dapat menghapuskannya kalau masyarakat sendiri tidak mahu mengubahnya, sebagaimana Allah SWT telah berfirman di dalam al- Quran, ayat 11 Surah ar-Raad, iaitu Guruh yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubahnya. Dan apabila Allah menghendaki keburukan sesuatu kaum maka tiada sesiapa pun dapat menolaknya dan sesekali tidak ada pelindung kepada mereka selainnya Dia”. Cuba Yang Berhormat sekalian merenungkan sejenak, kenapa warga Indonesia, Afghanistan, Bangla dan yang lain-lain datang ke sini? Mereka ini kebanyakannya yang senang-senang dan hidup mewah-mewah. Kenapa? Apa sebabnya? Mengapa mereka boleh hidup senang lenang? Keluarga saya sendiri pun merupakan pendatang dari Banjar Masin. Saya bukan hendak kata, hak tok saya dahululah, bukan... Saya memang warga negara sini sudah lama sudah. Akan tetapi, kelompok keluarga kami boleh dikatakan hidup mewah juga jika dibandingkan dengan orang tempatan Melayu. Kenapa kemiskinan sekarang ini berlaku? Ubahlah sikap, ubah sikap kita. Lihat sekeliling. Tengok macam mana hidup pendatang-pendatang ini. Mereka bekerja bertungkus-lumus dan tidak memilih jenis kerja untuk menyara hidup. Mereka ini tiada siapa untuk digantung harap. Ayuh, sedarlah wahai kaumku.

Bangunlah dari lena dan mengorak langkah di bumi kita yang subur dan kaya ini. Rebutlah peluang-peluang yang ada yang disediakan oleh pemerintah. Tuan Yang di-Pertua, saya mendapati apa yang terdapat di Kerian, di bawah projek PPRT di Beriah yang terletak di pedalaman. Apa yang menjadi persoalan saya ialah apakah peluang-peluang pekerjaan yang ada pada mereka? Cuma yang ada di sekeliling mereka ialah kebun-kebun kelapa sawit. Tidak terfikirkah para perancang dahulu mengenai bagaimana persiapan peserta tadi akan menyara hidup mereka? Cuba kita fikirkan. Sebab apa di dalam satu-satu ini, kita mestilah merancang memikirkan apakah peluang-peluang pekerjaan yang kita boleh cipta atau boleh berikan atau adakan untuk mereka ini. Selain dari itu juga, untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat terutamanya di Bagan Serai dan di kawasan-kawasan lain ialah dengan meningkatkan pendapatan mereka. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, 90 peratus daripada penduduk yang terlibat adalah terlibat di dalam sektor pertanian iaitu pesawah. Keadaan mereka di sesetengah tempat seperti di Alor Pongsu, Kampung Padri, Sungai Rawa, Parit Jawa sentiasa bergenang dengan air.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah dekat nak habis Yang Berhormat.

Dekat hendak habis? Ya, okey saya habiskan ini. Sedih! Kalau saya perhatikan bahawa mereka berada di sekeliling air, jadi tidak boleh apa-apa. Yang paling menyedihkan sekali iaitu kira-kira lebih kurang 100 ekar sawah di kawasan Semanggol telah tiga musim tidak dapat menuai hasil. Kerana apa? Ini kerana jentera tuai tidak boleh masuk disebabkan oleh tanah yang sentiasa ditakungi air. Bayangkanlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya...

Sedikit lagi, sikit lagi. Bayangkanlah satu ekar 100 ekar padi yang sedang menguning tidak dapat dituai. Kesian dia! Jadi, dengan kata lain, apa yang saya harapkan bahawa sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi bahawa kita cuba berilah perhatian kepada sistem perparitan yang ada. Jadi, dengan kata lain, saya harapkan pihak JPS dan juga IADA, Integrated Agriculture Development Authority mengambil tindakan segera. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Paya Besar.

Dato’ Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Boleh saya sambung esok?... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Belum saya panggil sambung sudah tidak hendak berucapkah Yang Berhormat?... [Ketawa] Saya ada 15 minit Yang Berhormat.

Dato’ Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

[Ketawa] Ini kacau.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat, sila.

Ingat dia tidak ada idea sudah!

Dato’ Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan. Saya sambung esok Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baiklah Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat. Malam-malam ini sudah gagap nampaknya... [Ketawa] Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ambil nota Ahli- ahli yang hendak bercakap dalam buku ini, insya-Allah esok. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Khamis, 5 November 2009 dan selamat malam. Dewan ditangguhkan pada pukul 10.38 malam.