Dewan Rakyat · 12 November 2009

15th Parliament, session 2, meeting 3 · 1,563 turns · 71,080 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Tiada Persidangan Dewan Rakyat Pada 26 November 2009

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis memaklumkan bahawa kerajaan telah memutuskan supaya tiada persidangan Mesyuarat Dewan Rakyat pada hari Khamis, 26 November 2009 berikutan cuti Hari Raya Aidiladha yang dijangka jatuh pada hari Jumaat, 27 November 2009. Permohonan ini adalah selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2), Peraturan- Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Dengan yang demikian saya memerintahkan bahawa semua soalan lisan pada hari tersebut dijadikan sebagai soalan bertulis. Sila.

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong · question

1. Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, sasaran jumlah rumah-rumah yang sepatutnya dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dengan menyatakan jenis-jenis rumah tersebut dan pencapaian setakat ini dengan memberikan angka-angka berasingan bagi rumah yang dibina oleh kerajaan dan pihak swasta untuk tahun 2008.

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menetapkan sasaran bagi membina rumah di bawah Program Perumahan Rakyat atau PPR dengan memfokuskan kepada golongan setinggan dan juga yang berpendapatan rendah. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak 6,706 unit atau 10 projek telah diusahakan. Sehingga 30 September 2009, kesemua projek tersebut masih lagi di dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Tuan Yang di-Pertua, minta maaf ya. Ini Yang Berhormat Menteri, dia selama-lama tidak ada dalam Dewan pun. Penggulungan Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawab semua Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi di mana Menteri?

Tuan Yang di-Pertua

Ya, terima kasih Yang Berhormat Kalabakan, terima kasih. Tidak mengapa Yang Berhormat Kalabakan, itu tidak melanggar peraturan mesyuarat. Sila, teruskan Timbalan Menteri.

Bagi pembinaan rumah-rumah yang dimajukan oleh pihak swasta, kementerian tidak menetapkan sasaran. Ini kerana keperluan rumah secara keseluruhannya adalah ditentukan oleh mekanisme pasaran dalam konteks permintaan dan juga penawaran. Pada tahun 2008, sebanyak 128,695 unit telah disiapkan dan bagi suku kedua tahun 2009 sebanyak 45,248 unit telah disiapkan merangkumi pelbagai kategori iaitu daripada kategori rumah teres sehinggalah kepada rumah berkembar dan juga rumah banglo. Terima kasih.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Projek perumahan swasta yang terbengkalai ini menyebabkan ramai pembeli terutamanya menanggung beban dan di samping itu mata kita pun berat kalau kita memandang keadaan rumah terbengkalai ini. Jadinya, sejauh manakah kejayaan kementerian dan kemampuan kementerian untuk menyelesaikan masalah ini dan di samping itu apakah usaha yang dibuat oleh kementerian dalam membela nasib pembeli yang terjejas ini dan jika sekiranya ada kementerian mengambil alih projek sakit ini, berapa lamakah ataupun berapa jangka masa yang begitu ideal untuk menyelesaikan masalah yang terbengkalai ini sama ada 1 tahun, 3 tahun atau pun berpuluh-puluh tahun? Ini kerana saya tahu ada sesetengah rumah terbengkalai ini dibiarkan begitu sahaja sampai ke 20 tahun, 10 tahun dan tidak siap-siap sampai sudah. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini daripada sejak tahun 1990 sehingga kini, 148 projek terbengkalai dan daripada itu kementerian dan juga kerajaan telah menyelesaikan sebanyak 12 projek yang telah pun siap dan telah pun mendapat CF sementara 49 projek dalam proses pemulihan dengan mempunyai pemaju penyelamat dan 87 projek lagi masih terbengkalai dan kementerian, kerajaan sedang berusaha untuk menyelamatkan projek-projek tersebut. Namun demikian sebagaimana makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, sebanyak 200 juta telah diperuntukkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kepada kementerian untuk menyelesaikan sedikit-sebanyak rumah terbengkalai. Bagi makluman Yang Berhormat, kita sedang dalam proses untuk mengenal pasti di mana projek-projek yang perlu kita pulih. Di antara kriterianya yang kita hendak pulih ialah projek yang sudah hampir siap misalnya projek 90 peratus, 95 peratus dan projek-projek yang telah lama terbengkalai, mungkin 10 tahun atau lebih daripada itu.

Itulah sebagai satu kriteria untuk kita menggunakan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi memulihkan rumah-rumah yang terbengkalai. Saya percaya bahawa RM200 juta ini juga sebenarnya tidak mencukupi daripada apa angka yang saya sebut tadi bahawa 87 projek lagi yang masih terbengkalai. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sekali lagi mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar dan guru pengiring daripada Sekolah Menengah Jeneri, kebetulan kawasan saya Tuan Yang di-Pertua... [Tepuk] Soalan saya Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri ialah kita nampak usaha-usaha penyelamat yang dilakukan oleh kerajaan dalam hal rumah terbengkalai ini telah lama berlaku. Sejak dari saya belajar dulu sampai sekarang nampaknya kementerian tunduk kepada kontraktor-kontraktor ataupun konglomerat yang membina rumah-rumah ini. Jadi saya ingin tahu bilakah kementerian agaknya boleh menyemak semula undang-undang perumahan ini untuk membolehkan kerajaan memberi tanggungjawab ataupun menghukum kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Sik. Saya juga ingin tahu bahawa Yang Berhormat kata tadi sejak daripada belajar lagi. Apakah rumah-rumah Yang Berhormat telah lihat itu sudah siap sekarang ini sejak daripada belajar itu? Jadi, kita memang mempunyai peraturan dan juga dasar untuk menyelamatkan rumah-rumah yang terbengkalai ini, tetapi kita juga tidak boleh terburu- buru untuk mengambil tindakan. Ini kerana kita ada peraturan-peraturan, prosedur- prosedur yang perlu dituruti apabila kita mengisytiharkan sesuatu projek itu terbengkalai. Yang Berhormat Menteri mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan projek terbengkalai setelah berpuas hati dengan laporan daripada pihak pegawai yang mengendalikan projek tersebut ataupun sebagai pegawai yang bertanggungjawab mengawal dalam projek tersebut. Apabila Menteri berpuas hati, maka kita akan mengambil tindakan dan memberitahu kepada pemaju bahawa kita akan mengisytiharkan projek ini projek terbengkalai.

Seterusnya, barulah kita mempunyai kuasa untuk mencari penyelamat- penyelamat ataupun berunding kembali dengan pemaju itu sama ada mereka juga masih bersedia untuk meneruskan projek tersebut. Terima kasih. [Soalan No. 2 – Y.B. Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) tidak hadir]

Khairy Jamaluddin bin Abu BakarUMNO · BNRembau · question

3. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau] minta Menteri Kewangan menyatakan, jumlah subsidi minyak yang ditanggung oleh kerajaan setakat ini bagi tahun 2009 dan jangkaan jumlah bagi tahun hadapan sekiranya mekanisme subsidi sedia ada dikekalkan.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Alor Star

Tuan Yang di- Pertua, pertama sekali terima kasih kepada Yang Berhormat Rembau. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah subsidi petrol dan diesel yang ditanggung oleh kerajaan sehingga September 2009 ialah RM3.54 bilion dan dianggarkan jumlah tanggungan subsidi bagi tahun 2010 ialah RM10 bilion sekiranya mekanisme sedia ada dikekalkan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kepada kerajaan yang prihatin kepada rakyat yang terus membantu melalui subsidi, terutamanya subsidi minyak. Namun, mekanisme subsidi yang sedia ada ini sepertimana yang kita semua tahu adalah tidak sustainable, dengan izin. Sebab itu semasa pembentangan belanjawan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memaklumkan tentang pelaksanaan pemberian subsidi minyak kepada kumpulan sasar dengan menggunakan MyKad akan datang. Jadi, saya pohon pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai beberapa perkara penting mengenai mekanisme baru ini iaitu kumpulan sasaran. Siapakah kumpulan sasaran ini? Adakah ia hanya kumpulan penerima bantuan kerajaan yang berpendapatan rendah sahaja dan bagaimana pula dengan yang berpendapatan sederhana? Ini kerana hampir 60 peratus rakyat kita berpendapatan bawah RM3,000 sebulan. Kedua, mekanisme pelaksanaan dan pemantauan yang akan digunakan di lebih 3,000 stesen minyak di Malaysia. Seterusnya, apakah formula baru antara harga subsidi dan harga pasaran dan apakah impak kewangan dalam bentuk penjimatan yang bakal dijana daripada penggubalan mekanisme baru ini? Bahagian yang kedua Tuan Yang di-Pertua adalah apakah jangkaan pendapatan kerajaan dari sektor petroleum untuk tahun 2010? Terima kasih.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Mengenai soalan tambahan yang ditanya oleh Yang Berhormat, saya ingin menegaskan di Dewan yang mulia ini bahawa melalui subsidi-subsidi yang diberikan oleh kerajaan, maka rakyat Malaysia pada beberapa tahun kebelakangan ini telah pun mendapat manfaat daripada subsidi dari segi harga minyak dan diesel yang begitu murah sekali. Kalau dikira di antara di Rantau Asia ini, kita yang paling murah sekali kecuali Brunei. Walau bagaimanapun, didapati beberapa tahun kebelakangan ini bahawa terdapat begitu banyak leakages, dengan izin. Maknanya subsidi yang diberikan walaupun menerima manfaat oleh peratusan besar rakyat Malaysia, tetapi masih terdapat leakages iaitu rakyat bukan Malaysia juga tumpang, masuk ke Malaysia tumpang menikmati subsidi yang diberikan oleh kerajaan. Oleh yang demikian, pada pembentangan bajet baru-baru ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan telah pun mempunyai satu rancangan. Iaitu mekanisme baru akan dibuat supaya hanya kumpulan sasar rakyat kita menikmati subsidi yang akan diberikan oleh kerajaan pada tahun depan. Buat masa ini, saya tidak dapat memberitahu tentang mekanisme pada keseluruhannya dengan terperinci sebab buat masa ini, kerajaan masih dalam proses untuk mengadakan rangkanya, macam mana mekanisme ini akan jadi. Hanya tahun depan bulan Mei sahaja, kita akan mula dengan subsidi mekanisme baru, di mana kumpulan sasar yang pertama, rakyat Malaysia, diberikan subsidi menerima manfaat. Kumpulan sasar yang kedua ialah golongan yang berpendapatan rendah dan golongan medium income.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Golongan high income itu mereka ini bolehlah, yang beli mungkin RON97, dia boleh beli, bayar lebih banyak. Akan tetapi, yang basic nya ialah kumpulan sasar harus di target, maksudnya these are the targeted group, tetapi mekanisme terperinci saya akan beritahu kelak. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah, sering kali dalam isu penstrukturan semula subsidi ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang menjadi concern kita adalah kumpulan sasaran yang selayaknya dapat, dapat. Subsidi diesel misalnya, satu kumpulan sasaran adalah nelayan, mereka layak dapat subsidi, tetapi Menteri Pertanian yang sekarang menjadi Timbalan Perdana Menteri memberitahu, angka subsidi, nilai subsidi diesel tinggi, tetapi angka tangkapan ikan rendah, maknanya dia jual minyak di tengah laut. Kementerian atau kerajaan kemudiannya memberi projek kepada Teras Kimia, sebuah syarikat untuk kesan mengenai penyelewengan subsidi, itu juga gagal. Baru- baru ini, kerajaan lancarkan pula kupon subsidi beras, tetapi tumpuan kita sekarang ialah subsidi minyak. Penstrukturan menguntungkan kerajaan dari segi penjimatan perbelanjaan. Timbalan Menteri jelaskan tadi belum lagi dikenal pasti mekanisme, baru di peringkat perancangan. Soalannya ialah Yang Berhormat Timbalan Menteri, Jabatan Perangkaan Malaysia menyebut pendapatan isi rumah rakyat Malaysia yang mendapat RM10,000 ke atas itu cuma 5 peratus. Cuma 5 peratus sahaja rakyat Malaysia yang berpendapatan RM10,000 ke atas. Maknanya kalau pendapatan rendah dan juga pendapatan sederhana Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, bayangkan sebagai sasaran penerima subsidi, angka ini masih lagi besar. Penjimatan subsidi kerajaan masih lagi tinggi sebenarnya apabila dilaksanakan.

Jadi Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah, sekali lagi saya ulangi, bagaimanakah kerajaan boleh memberikan jaminan bahawa rakyat yang berupa kumpulan sasaran yang paling layak boleh layak menerimanya melalui mekanisme penggunaan MyKad yang tadinya Yang Berhormat Menteri terangkan. Terima kasih.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat dari Machang. Tuan Yang di-Pertua, tadi saya lupa jawab soalan yang kedua itu oleh Yang Berhormat Rembau iaitu total revenue yang didapati oleh Kerajaan Pusat pada tahun 2008 adalah dalam lingkungan RM63 bilion dan tahun ini juga lebih kurang akan mencapai jumlah RM63 bilion juga iaitu merangkumi petrol income tax, royalti, dividen oleh Petronas, indirect tax dan juga export duty on crude oil. Ini adalah beberapa item di mana kerajaan mendapat pendapatan. Terima kasih Yang Berhormat Machang, maaf tadi. Di mana tidak kira apa jua sistemnya, jika ada mekanisme yang mempunyai elemen subsidi ini, memang kerajaan harus rugi, tidak kira berapa banyaklah. Bila ada subsidi, kerajaan kena ambil dari keuntungan semua untuk memberi subsidi kepada rakyat kita. Selama ini dari segi penggunaan petrol dan diesel, memang kumpulan-kumpulan yang diberikan subsidi adalah kumpulan nelayan, kumpulan bot sungai, kumpulan pemegang fleet card dan juga pengangkutan darat. Walaupun demikian, terdapat juga mekanisme-mekanisme yang ada masih terdapat leakages, dengan izin. Oleh yang demikian kerajaan bertujuan dalam bajet baru-baru ini kita ingin mengadakan satu mekanisme dan mekanisme bukan sahaja hanya untuk rakyat pada keseluruhannya iaitu kumpulan sasar akan dikenal pasti dengan sebaik mungkin dan kita tidak hendak macam dulu, orang asing masuk ke negara ini selama tiga hari, dia bawa banyak tong, dia pun boleh isi sampai maksimum, balik ke negara mereka, orang dari Singapura kah, orang dari negara Thai kah, sama juga. Yang penting sekali yang dikenal pasti ialah rakyat Malaysia yang akan menikmati subsidi ini. Kumpulan sasar yang kedua ialah golongan yang berpendapatan rendah. So setakat ini walaupun kita tidak boleh kenal pasti lagi untuk keuntungan, pendapatan sebulan berapa jumlah harus masuk dalam kumpulan sasar itu. Itu masih dikenal pasti oleh Kerajaan Pusat tetapi kita akan kerja dengan sedaya upaya, bertungkus-lumus supaya leakages yang pernah berlaku ini tidak diulangi tetapi hendak bagi jaminan 100 peratus ini saya tidak berani jaminlah.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Cuma kita ini berharap supaya kita semua dapat bekerja kuat dan dapat merangka satu mekanisme yang agak sempurna supaya leakages, walaupun ada, hendaklah di tahap minimum. Sekian, terima kasih. [Soalan No. 4 – Y.B. Dato’ Johari bin Abdul (Sungai Petani) tidak hadir]

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan, kita semua mengalu-alukan kehadiran pemimpin Republik Indonesia dan juga Presiden Republik China... [Tepuk] Dua tokoh negarawan dunia datang berturut-turut hari. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana ini sejarah yang jarang terbukti di negara lain.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Macam buang masa sahaja, Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]

Ini masalah negara yang sangat penting. Soalan saya Nombor 5, Tuan Yang di-Pertua.

Mohamad bin AzizUMNO · BNSri Gading · question

5. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta Menteri Pelajaran menyatakan, apakah perkembangan dalam memastikan kewujudan sekolah wawasan sesuai dengan matlamat 1Malaysia.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Batu Pahat

Waalaikumussalam warahmatullaah, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini Kementerian Pelajaran belum menjalankan kajian yang khusus untuk mengkaji kejayaan objektif integrasi kaum di sekolah wawasan. Objektif integrasi kaum di sekolah wawasan merupakan sesuatu yang sukar diukur dan dibuktikan melalui kajian semata-mata. Walau bagaimanapun, melalui pemantauan yang dijalankan, penglibatan guru dan pelajar di sekolah wawasan dalam pelbagai aktiviti seperti perhimpunan sekolah, sambutan Hari Guru, sukan sekolah dan sambutan hari-hari kebesaran lain yang melibatkan semua murid dan guru mendapatkan kerjasama yang erat antara murid, guru dan ibu bapa. Pada masa ini hanya satu kompleks sekolah wawasan yang melibatkan ketiga-tiga jenis sekolah. Sementara lima kompleks sekolah wawasan lagi hanya melibatkan penyertaan dua jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Langkah kerajaan mewujudkan kompleks sekolah wawasan yang berkongsi kemudahan dan persekitaran yang sama merupakan satu alternatif untuk memupuk perpaduan kaum. Dengan adanya konsep sekolah wawasan serta pelaksanaan Program RIMUP, KPM yakin kejayaan integrasi kaum boleh direalisasikan menerusi pelbagai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan secara bersama dan berterusan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pelik, Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang saya tidak faham, Tuan Yang di- Pertua. Bingung kita, Tuan Yang di-Pertua. Di negara ini sebut tentang sekolah, macam-macam sekolah ada, Tuan Yang di-Pertua – sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan – jenis kebangsaan ini pula macam-macam, Tuan Yang di-Pertua, ada sekolah jenis kebangsaan Cina, ada sekolah...

Tuan Yang di-Pertua, ini Sri Gading dia pakai 1Malaysia, bukan 1Malaysia ini, BN punya 1Malaysia... [Disampuk] Tidak boleh dibawa ke mari. Minta dia buka BN punya 1Malaysia, mana boleh digunakan... [Disampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan, teruskan soalan,Yang Berhormat Sri Gading. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] Okey, Tuan Yang di-Pertua. Selepas itu ada sekolah, Tuan Yang di-Pertua, namanya saya kurang faham, Tuan Yang di-Pertua, sekolah premium, sekolah bestari. Bestari ini pun bingung saya. Ada guru memanggil bestari, “b-e-s” tari, maknanya Inggeris dan Melayu. Bestari maknanya baik tarian atau bistari, “b-i-s” tari. Makna bestari ialah bijak dalam bahasa Melayu. Kita pun tidak faham mana satu yang dia pakai, sekolah wawasan – orang kampung saya panggil was-was an – sekolah integrasi, sekolah kluster.

Tuan Yang di-Pertua

Yang pelik, Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan semua jenis sekolah ini gurunya sama, Tuan Yang di-Pertua. Jadi tentulah nama-nama sekolah tujuannya, objektifnya, kata orang kampung saya tentu ada. Akan tetapi kalau guru itu guru yang sama, apakah matlamat penamaan atau jenama sekolah-sekolah ini akan sampai. Apakah kita hanya ingin menamakan untuk menunjukkan bahawa kita ke depan? Akan tetapi, pencapaian yang penting. Bottom line nya yang kita pentingkan, Tuan Yang di- Pertua, anak-anak kita. Ini satu. Kemudian, orang di kampung bertanya, merungut Tuan Yang di-Pertua, sekolah aku sekolah apa? Bestari kah, sekolah apa kah, sekolah kluster kah, semuanya ada di bandar, Tuan Yang di-Pertua. Bila kita hendak hapuskan perbezaan kampung dan bandar ini, Tuan Yang di-Pertua? Kementerian Pelajaran, saya tidak perlu hendak mengajarlah. Akan tetapi, apakah ini hanya teori sahaja cantik tetapi objektif dan hakikat seperti kata orang Indonesia mengambil sempena Presiden Susilo Bambang Yudhoyono datang, nol Tuan Yang di-Pertua, nol. Jangan kita guraukan...

Cukuplah Yang Berhormat.

Jadi saya ingin bertanya, ini persoalannya boleh atau tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri namakan 10 buah sekolah bestari, 10 sekolah wawasan yang terbukti pencapaiannya yang boleh dibanggakan dalam negara ini, 10 dan 10. Boleh namakan dalam Dewan ini untuk pengetahuan kita supaya apa teori-teori yang dikemukakan ini benar-benar mencapai matlamatnya. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Sri Gading bahawa pendidikan adalah sesuatu yang dinamik, yang penting ialah dasar pelajaran kebangsaan adalah satu, dasar kita adalah tetap satu, tetapi pendekatan kita untuk mencapai matlamat tersebut sudah tentu berbagai-bagai cara. Bagi saya tidak timbul kekeliruan dan masalah tentang adanya sekolah bestari, sekolah berprestasi tinggi, sekolah wawasan dan sebagainya, kerana itu adalah pendekatan yang kita lakukan untuk mencapai kepada matlamat dasar itu. Maka sekolah wawasan adalah satu daripada usaha kita untuk melihat sama ada ia mampu atau tidak mampu untuk dijadikan sebagai asas untuk kita kembangkan dan bagaimana kita mewujudkan perpaduan yang kita didik pada anak-anak kita daripada awal iaitu sekolah tiga aliran ini, diletakkan dalam suatu kawasan yang sama, berkongsi segala kemudahan untuk mereka bercampur. Setakat ini kita hanya ada enam sahaja, satu yang melibatkan tiga aliran, lima lagi hanya melibatkan dua aliran iaitu sekolah kebangsaan dan SJK(T), jadi tidak sampai 10 buah yang diminta oleh Yang Berhormat tadi. Sekolah bestari menekankan kepada ICT, maka kerana itu kita akan mengembangkan jumlah ini dari semasa ke semasa, sebagai contohnya sekolah berprestasi tinggi tahun hadapan akan ada 20 buah, tetapi sehingga tahun 2015, ia kan menjadi 100 buah sekolah. Akan tetapi, kalau sekiranya kita boleh kembangkan dalam tempoh 20 tahun, dengan kemampuan kewangan kita, semua sekolah di bandar dan di luar bandar menjadi sekolah bestari, sekolah berprestasi tinggi, sekolah wawasan dan sebagainya. Maka sudah tentu akhirnya kita dapat melakukan apa yang dikatakan matlamat kepada dasar pendidikan dan yang lebih penting daripada itu ialah merapatkan jurang pendidikan di bandar dan diluar bandar, terima kasih.

Boleh namakan sekolah 1Malaysia?

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Boleh saya tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa sekolah wawasan ini yang dimulakan, hajatnya pada mula adalah untuk menyatukan semua masyarakat di sekolah-sekolah tetapi nampaknya polisi ini telah gagal kerana ada ramai di antara masyarakat di negara ini yang kurang senang hati untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah wawasan. Baru-baru ini juga dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri bahawa kegagalan ini adalah satu perkara yang amat serius. Adakah kerajaan bersedia untuk menghapuskan sekolah-sekolah wawasan dan kita adakan sistem yang sedia ada iaitu sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah Tamil dan kalau boleh sekolah Inggeris dikembalikan semula. Jika tidak boleh, apakah alasannya? Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat, kerana itu saya lihat biasanya pihak di sebelah sana selalu kalau boleh mereka hendak tutup, tidak perlu buat dan sebagainya. PLKN pun hendak suruh tutup, program 1Malaysia pelajar sekolah kerana jambatan runtuh pun hendak suruh tutup juga...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Sampai anak kita mati?

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

...Sekarang ini sekolah wawasan pun hendak suruh tutup juga. Ini adalah kerja pihak pembangkang, sikit-sikit tutup, sikit-sikit tutup... [Dewan riuh]

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Kalau anak kita mati boleh? Yang Berhormat sudi hantar anak untuk...

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Duduk, saya hendak jawab. Bagi saya jawab dahulu.

Jawab tidak betul.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Kerana itu saya kata bahawa masalah kita ini ialah kerana kita sering menjadikan ini sebagai bahan politik, saya kata tadi kita mencuba di enam sekolah ini, saya tidak akan kata kita boleh hendak katakan kejayaan yang dalam tempoh yang terdekat, kita mencuba. Selain daripada itu, kita ada juga program RIMUP, oleh kerana hendak buat sekolah wawasan melibatkan kos, melibatkan sekolah baru maka apa yang kita ada ialah satu lagi program RIMUP iaitu sekolah-sekolah yang sedia ada yang berdekatan, kita satukan dalam satu program juga iaitu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Jadi kita menggunakan pelbagai cara, bukan satu cara sahaja, jadi jangan kerana kita tidak buat lagi banyak dan sebagainya, kita kata gagal. Ini masalah Yang Berhormat sebenarnya, terima kasih. Saya memang merasakan bahawa cadangan tukar nama sekolah 1Malaysia ini amat baik, kita akan pertimbangkan kerana kita tahu pihak pembangkang takut dengan perkataan 1Malaysia... [Ketawa]

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, mohon satu lagi soalan tambahan. Boleh Tuan Yang di-Pertua? Kerana ramai tidak hadir.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh Yang Berhormat, kalau saya benarkan nanti lain kali terpaksa saya benarkan.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Semua di antara kita bermasalah Yang Berhormat. Yang Berhormat Puan Nurul Izzah Anwar, Lembah Pantai.

Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh · question

6. Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan: (a) perkembangan terbaru tahap pembangunan dan pencapaian Multimedia Super Corridor (MSC) di Cyberjaya serta sumbangannya terhadap kemajuan teknologi kepada negara yang dapat di manfaat oleh rakyat; dan (b) keseluruhan kos perbelanjaan oleh Kerajaan dalam mewujudkan MSC termasuk perincian bayaran khidmat pakar kepada firma McKinsey.

Datuk Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Kota Marudu

Tuan Yang di-Pertua, untuk soalan bahagian A, sejak penubuhan MSC Malaysia, industri ICT kini telah menjadi salah satu industri yang terpenting di Malaysia. Menurut satu kajian yang dijalankan pada tahun 2007, MSC Malaysia telah menyumbang sebanyak 1.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar. Antara perkembangan terbaru dan pencapaian MSC Malaysia sehingga kini ialah sehingga 1 Oktober 2009 terdapat sebanyak 2,436 buah syarikat ICT yang telah diberi status MSC Malaysia. Daripada jumlah ini sebanyak 212 syarikat merupakan syarikat bertaraf dunia, 91 atau 43 peratus terdiri daripada syarikat multinasional dan 121 atau 57 peratus adalah syarikat tempatan. Syarikat berstatus MSC di Malaysia telah mencatatkan peningkatan nilai sejumlah jualan sebanyak RM21.75 bilion pada tahun 2008 iaitu daripada RM30.05 bilion pada tahun 2007 kepada RM21.8 bilion pada tahun 2008.

Datuk Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Kota Marudu

Manakala nilai jumlah eksport keseluruhan ICT oleh syarikat berstatus MSC Malaysia juga telah meningkat sebanyak RM70.09 bilion iaitu daripada RM9.6 bilion pada tahun 2007 kepada RM16.7 bilion pada tahun 2008, daripada jumlah jualan pada tahun 2008, RM7.09 bilion adalah nilai eksport manakala RM14.6 bilion adalah nilai jualan dalam negara. Daripada jumlah jualan ini juga, syarikat berstatus MSC Malaysia tempatan mencatat jumlah jualan sebanyak RM15.55 bilion. Syarikat MSC Malaysia milikan asing mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM6 bilion dan syarikat MSC Malaysia perkongsian iaitu 50-50 sebanyak RM200 juta. Seterusnya pada tahun 2008 MSC Malaysia telah mewujudkan sebanyak 92,201 peluang pekerjaan berbanding pada tahun 2007 iaitu sebayak 79,005 jumlah pekerjaan. Seterusnya, sejajar dengan matlamat utama MSC Malaysia, pembangunan MSC Malaysia akan diperluaskan di seluruh negara dan sehingga kini sebanyak 19 Cyber Cities dan Cyber Centers yang telah diberi status MSC Malaysia. Dari segi IP pula, International Properties sejumlah 2544 telah didaftarkan pada tahun 2008. Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan rakyat Malaysia termasuk pihak industri dapat sewajarnya dari segi pelaksanaan MSC Malaysia, pelbagai program telah dilaksanakan di bawah inisiatif MSC Malaysia. Antara-antara program yang telah dilaksanakan termasuk: (i) pembangunan aplikasi-aplikasi perdana MSC Malaysia; (ii) program pembangunan modal insan dan peningkatan kemahiran dan kepakaran; (iii) pembangunan usahawan technopreneur; dan (iv) pembangunan kandungan. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, untuk soalan bahagian B, sumber kewangan MDEC adalah daripada geran-geran kerajaan yang disalurkan melalui geran pembangunan dan geran pengurusan. Setakat ini MDEC telah pun menerima peruntukan geran pengurusan sebanyak RM300 juta dan geran pembangunan sebanyak RM925 juta di bawah RMK-8 dan RMK-9.

Datuk Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Kota Marudu

Untuk bayaran kepada firma McKinsey kerajaan telah membayar khidmat perunding bernilai RM9 juta bagi pembangunan konsep dan strategi bagi Koridor Raya Multimedia. Khidmat perunding tersebut adalah bagi tempoh kerja sembilan bulan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lembah Pantai.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan. MSC telah diwujudkan pada 1 Ogos 1996 dan diselenggarakan oleh Malaysian Development Corporation (MDC), dianggarkan lebih kurang 20 tahun diberikan sebelum MDC mencapai keseluruhan matlamatnya. Di bawah fasa satu yang berakhir tahun 2002 tanggungjawab MDC adalah untuk, antara lain menjayakan tujuh projek perintis flagship application, dengan izin. Apakah status projek tersebut kerana itu merupakan fasa pertama yang paling penting? Manakala di bawah fasa kedua, perancangan MDC sehingga tahun 2010 adalah termasuk sasaran untuk menghubungkan MSC kepada empat sehingga lima bandar cyber. Yang Berhormat Menteri tadi gariskan lebih kurang 19 cyber cities setakat ini. Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk meluaskan jaringan kepada bandar ICT di Selangor yang menjanjikan perkhidmatan broadband selaju satu gigabyte per second atau 100 kali lebih daripada sepuluh Mgbs yang dijanjikan oleh Telekom Malaysia? Ini sejajar dengan sasaran objektif untuk fasa kedua. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Berkaitan dengan program-program flagship yang telah pun ditanya tadi, saya ingin melaporkan bahawa dari segi ini tugas-tugas telah pun berjalan. Antara aplikasi yang telah pun dijalankan adalah program ataupun teknologi MyKad yang telah pun menjadi sasaran untuk pembangunan sektor-sektor tertentu termasuklah dalam pentadbiran awam dan juga dalam sektor pertanian. Flagship yang satu lagi adalah sekolah bestari. Setakat ini 88 buah sekolah di seluruh negara telah pun membangunkan sistem-sistem yang telah dibentuk. Ketiga, e-Kerajaan. Sukacita saya melaporkan bahawa dari segi kajian elektronik mungkin institut telah pun memberi status ke sebelas daripada 198 buah negara bagi Malaysia.

Sehingga ini sebanyak 1,200 perkhidmatan dapat diakses melalui www.malaysia.com.my dan sejumlah 1,283 perkhidmatan melalui perkhidmatan sms. Satu lagi yang telah pun dibangunkan adalah dari segi pembangunan tenaga manusia dan saya telah laporkan ini dalam jawapan saya yang pertama tadi. Dari segi jawapan kedua mengenai dengan perluasan MSC Malaysia. Seperti mana yang telah saya maklumkan tadi konsep ini telah pun berubah daripada asalnya, di mana kita pada mulanya ingin menentukan mereka semua di Cyberjaya. Akan tetapi akhirnya kita berpendapat bahawa ini bukanlah sesuatu yang optimum. Jadi sambil menarik seterusnya para pelabur tempatan dan antarabangsa, kita di kawasan Cyberjaya juga telah memperluaskan konsep di mana kita menubuhkan cyber city ataupun cyber centre di tempat-tempat yang layak untuk diiktiraf. Saya telah umumkan tadi 19 pusat telah pun diberi status dan beberapa ini adalah dalam kawasan negeri Selangor. Dari segi meng connect kan sekali gus dengan city keseluruhan, itu tertakluk kepada pengiktirafan kerana adalah kriteria-kriteria yang begitu ketat jadi mana-mana kawasan yang ingin diiktiraf hendaklah memohon dan memenuhi syarat yang ditetapkan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau.

Arau lagi.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Secara umumnya, kewujudan Koridor Raya Multimedia MSC ataupun Malaysian Biotech Corperation, MTDC ataupun MIMOS hari ini adalah sejajar dengan perkembangan teknologi global yang perlu kita hadapi. Kita melihat dari segi tahap competitive edge, di mana kita bergantung keupayaan kita dalam mencapai kecemerlangan dalam teknologi ini sebagai usaha-usaha penting kita yang perlu diberi penekanan dan dilaksanakan terus pada tahap yang lebih tinggi dari semasa ke semasa. Persoalannya di sini Yang Berhormat, bidang ini merupakan bidang baru dalam ekonomi dan boleh menjadi batu loncatan pembangunan ekonomi bumiputera dan bukan bumiputera yang lebih baik. Soalan tambahan saya bagaimanakah kerajaan membantu IKS bumiputera dan bukan bumiputera untuk meneroka peluang-peluang dalam bidang ekonomi baru ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian yang lebih berdaya saing.

Yang Berhormat Arau, sukacita saya maklumkan bahawa daripada 2,436 syarikat berstatus MSC sebanyak 585 syarikat mempunyai penyertaan bumiputera. Dari segi keseluruhan 2,436 ini 60 peratus sebenarnya adalah syarikat-syarikat tempatan. Dari segi perkembangan dan pembangunan MSC Malaysia seterusnya tumpuan MDEC dan juga kerajaan adalah untuk memberi perhatian yang lebih terperinci kepada syarikat-syarikat tempatan, iaitu pada 60 peratus sambil terus menarik pelabur-pelabur daripada luar negara. Akan tetapi untuk memperkukuhkan penyertaan SME, SMI di peringkat sektor ini, maka dalam roll-out MSC 2.0 tumpuan adalah begitu lebih berpihak kepada pembangunan sektor industri lokal iaitu kepada SMI dan SMEs. Yang Berhormat mengenai cadangan-cadangan tertentu dalam perkara ini pihak MDEC sedia untuk berdialog. Sekian, terima kasih.

Shamsul Anuar bin NasarahUMNO · BNLenggong · question

7. Dato’ Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan: (a) strategi atau langkah mengatasi masalah bencana alam seperti masalah banjir atau bencana di luar jangkaan terutama di kawasan berisiko tinggi; dan (b) apakah cadangan dan perancangan kementerian mengatasi masalah banjir di daerah kecil Lenggong.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Pensiangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya soalan ini telah dijawab oleh Menteri kelmarin apabila dia membuat penggulungan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan 2010. Namun demikian saya juga akan menjawab soalan daripada Yang Berhormat Lenggong dengan ringkas sahaja.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Pensiangan

Tuan Yang di-Pertua, mengikut kajian National Register of River Basin 2003 dengan izin, seluas 9 peratus daripada jumlah kawasan tanah di Malaysia atau 29,000 square kilometer adalah kawasan yang berisiko tinggi bagi kejadian banjir. Maka Rancangan-rancangan Tebatan Banjir (RTD) yang dibuat oleh kerajaan adalah berpandukan kepada kajian tersebut dan kejadian-kejadian banjir yang berlaku. Sehubungan itu strategi dan langkah mengatasi masalah banjir di kawasan berisiko tinggi ialah dengan membuat perancangan dan pelaksanaan projek-projek tebatan banjir bagi jangka pendek dan jangka panjang yang berbentuk struktur dan bukan struktur. Bagi menjawab persoalan (b) untuk mengatasi masalah banjir di daerah Lenggong, pihak JPS sedang melaksanakan kerja-kerja mengorek, mendalam dan melebarkan sungai-sungai dan kerja-kerja perlindungan tebing sungai, kerja-kerja membersih dan mendalamkan tasik dengan kos berjumlah RM687,000. Bagi menangani banjir di daerah kecil ini secara menyeluruh pihak JPS telah melantik perunding untuk menjalankan kajian banjir di Sungai Lenggong dan Sungai Temalung melibatkan kos sebanyak RM250,000. Sekian.

Terima kasih Menteri. Tuan Yang di-Pertua, semalam banjir, hari ini banjir lagi. Sudah sembilan kali banjir. Bacaan kaji cuaca menunjukkan sukatan hujan 160 milimeter berbanding kebiasaan 50 milimeter.

Ini menunjukkan perubahan yang berlaku amat ketara sekali dan menyebabkan kawasan-kawasan yang dalam kajian kementerian tadi memang banjir, malah kawasan yang tidak ada dalam kajian pun banjir. Saya percaya juga berlaku di kawasan-kawasan termasuk di Beruas. Soalan, saya bagaimana kementerian melihat perkara ini. Apakah terus berdasarkan kajian yang sedia ada atau membuat dan menyusun langkah baru dengan membuat kajian berasaskan kepada perubahan cuaca yang berlaku pada hari ini yang nampaknya berbeza? Apabila berlaku bencana yang di luar dugaan, apakah tindakan-tindakan segera kementerian. Apakah kaedah yang diguna pakai terutama sekali termasuk soal- soal perbelanjaan peruntukan segera bagi menyelesaikan masalah yang benar-benar menghantui rakyat jelata. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, mohon jawapan.

Terima kasih, untuk menjawab persoalan pertama sebentar tadi, kita tidak dapat lari daripada berpandukan daripada kajian. Kajian daripada perunding-perunding, daripada orang-orang yang pakar di dalam perkara ini dan kita juga akan mengambil kesemua fakta-fakta yang perlu kenapa banjir ini berlaku, kenapa cuaca berubah dan sebagainya. Apa yang saya tekankan di sini ialah sememangnya kita mengambil kira kesemua fakta-fakta untuk menjalankan kajian dan daripada kajian itulah kita dapat membuat sesuatu ataupun satu bentuk pelan tindakan untuk mengatasi banjir itu. Bagi menjawab soalan kedua, langkah-langkah yang kita ambil itu seperti mana yang saya katakan sebentar tadi ialah untuk mengambil langkah jangka pendek dan juga langkah jangka panjang. Walaupun cuaca itu akan berubah secara tiba-tiba dan mengakibatkan adanya banjir, tetapi kita bersedia. Kita cuba dengan sedaya upayanya untuk mengatasi kesemua ini. Namun, untuk penjelasan bagi langkah-langkah jangka pendek, maka kementerian saya melalui JPS melakukan pemantauan dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sungai-sungai yang bermasalah. Skop kerja itu ialah menebas, mencuci, mengorek, mendalamkan, dan sebagainya supaya aliran sungai itu berjalan dengan baik. Kerja-kerja ini dilaksanakan secara berterusan dari setahun ke setahun bergantung kepada peruntukan yang disediakan. Bagi langkah jangka panjang pula, kementerian merancang untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan seperti: (i) penyaluran sungai, melebar dan mendalamkan sungai; (ii) membina struktur kawalan hakisan dan pemeliharaan tebing;

(iii) membina bank dan struktur penghalang limpahan aliran sungai; (iv) membina semula infrastruktur lama yang tidak menepati keperluan semasa itu; dan (v) membina struktur kawalan dasar di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bertanya Yang Berhormat Menteri. Kenapa satu jalan yang amat senang dan mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada semua pihak untuk menyelesaikan masalah banjir terutama di negeri Perak ini tidak digunakan pakai iaitu kenapakah Kerajaan Persekutuan tidak membenarkan pasir sungai dijual kepada luar negara terutama di negara Singapura yang amat memerlukan pasir tersebut? Ini kerana, setiap kali semasa yang bertanggungjawab berkenaan dengan JPS Negeri Perak, setiap kali minta Kerajaan Persekutuan untuk mendapat peruntukan dikatakan tidak ada peruntukan yang cukup. Masalah utamanya ialah kerana pasir sungai tidak dapat dicuci. Kalau kita boleh menjual pasir sungai ke luar negara, kita menyelesaikan masalah banjir, kita mewujudkan satu industri pasir, rakyat dapat keuntungan, negeri dapat royalti dan kita menyelesaikan banjir tanpa peruntukan lebihan daripada kerajaan. Kenapakah win-win situation ini, maksudnya kenapa cara yang terbaik ini tidak diterima oleh Kerajaan Persekutuan hinggakan setiap kali hujan banjir di rata-rata tempat dan Kerajaan Persekutuan tidak ada peruntukan untuk menyelesaikan masalah ini.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya berpendapat soalan ini ada terlari sedikit dari soalan asal. Jadi, kalaulah boleh saya...

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Banjir ini setiap kali.

Tidak, ini pasal jual pasir. Selesaikan isu banjir.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya bercakap pasal banjir, Yang Berhormat cakap tentang pasir.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas.

Penjualan pasir ke Singapura... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat jangan bising Ahli Yang Berhormat. Biar saya yang menentukan sama ada soalan itu ada kaitan atau tiada. Jadi, kalau bising saya juga yang akan tentukan nanti. Yang Berhormat Beruas duduk Yang Berhormat Beruas.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Pihak swasta dibenarkan mengeluarkan pasir sungai ini, kita akan menyelesaikan masalah banjir. Isu di sini banjir, tak kan soalan saya tidak berkaitan?

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Sila Yang ada kaitan dengan (a) iaitu strategi langkah mengatasi masalah bencana alam iaitu cuma cadangan Yang Berhormat sama ada cadangan itu diterima atau tidak terpulang pada kerajaan. Sila Yang Berhormat.

Ini ada kaitan dengan penjualan pasir ke negara Singapura. Jadi, Tuan Yang di-Pertua kalau pasir itu betul- betul menghalang aliran air itu, maka terpaksalah kita membuat kajian sama ada kita jual atau tidak. Akan tetapi, saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini, kalaulah kita mengorek sungai itu, mengambil pasir itu, kita sendiri pun memerlukan pasir dan ada baiknya kita gunakan pasir itu dalam negara kita sendiri daripada menjual ke negara lain. Kita juga perlu pasir itu di dalam negara kita sendiri.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh dapat penjelasan lanjut Tuan Yang di- Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas, kalau saya benarkan penjelasan lanjut lagi maka tidak dapatlah kita menjawab soalan-soalan lain kerana Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain pun kalau dia tidak berpuas hati, dia minta penjelasan lanjut lagi.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Maksud saya di negeri Perak ini ...

Tuan Yang di-Pertua

Memadailah itu.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Banyak pasir lombong bijih yang mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila duduk Yang Berhormat.

Manikavasagam a/l SundaramPKR · PRKapar · question

8. Tuan S. Manikavasagam [Kapar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan: (a) apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan lebih ramai belia terutamanya belia dari masyarakat India untuk mengambil bahagian dalam program-program kementerian; dan (b) berikan pecahan mengikut kaum bagi tahun 2006-2009 peserta yang mengambil bahagian dalam program anjuran kementerian dan jumlah perbelanjaan.

Tuan Wee Jeck SengMCA · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan II · Tanjong Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk maklumat Yang Berhormat, kementerian sentiasa berusaha untuk memastikan program-program kementerian disertai seramai mungkin golongan belia berbilang kaum di negara ini termasuklah Malay-India. Bagi mencapai matlamat tersebut beberapa langkah telah dilaksanakan iaitu: (i) menyusun semula dan memantapkan program-program anjuran kementerian dari semasa ke semasa agar sentiasa memenuhi keperluan dan kehendak golongan belia pelbagai kaum; (ii) memberi ruang kepada persatuan-persatuan belia menganjurkan sendiri program-program yang memenuhi keperluan serta kehendak belia berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan; (iii) meningkatkan keupayaan pertubuhan belia bagi menggalakkan belia berpersatuan seterusnya dapat mengisi masa lapang atau masa senang mereka dengan aktiviti- aktiviti yang lebih manfaat; (iv) mengaktifkan gerakan dan persatuan belia hingga ke peringkat akar umbi menerusi pelaksanaan Program Satu komuniti Satu Persatuan; dan (v) mempergiatkan aktiviti-aktiviti promosi sama ada media elektronik mahupun media cetak seperti Program Radio Belia, Akhbar Sisipan Yo dan Program Hari Bertemu Belia dan berbagai-bagai program lagi. Kementerian turut mengambil pendekatan dengan melaksanakan program di lokasi-lokasi tumpuan pelbagai kaum serta menganjurkan hebahan di semua media masa dalam pelbagai bahasa.

Tuan Wee Jeck SengMCA · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan II · Tanjong Piai

Bagi menjawab bahagian (b), untuk makluman Yang Berhormat program- program yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan adalah berasaskan kepada tiga program utama iaitu Program Pembangunan Belia, Program Pembangunan Sukan, Program Rakan Muda. Ketiga-tiga program ini adalah terbuka untuk disertai oleh semua kaum di negara ini. Oleh yang demikian pecahan perbelanjaan dan bidang penyertaan adalah seperti berikut. Bagi tahun 2006, bilangan penyertaan adalah seramai 2.1 juta belia dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM63.3 juta. Bagi tahun 2007, bilangan penyertaan ialah seramai 2.4 juta belia dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM103 juta.

Tuan Wee Jeck SengMCA · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan II · Tanjong Piai

Bagi tahun 2008 pula bilangan penyertaan ialah seramai 2.72 juta belia dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM106 juta dan sehingga setakat ini, pada tahun 2009 bilangan penyertaan ialah 3.1 juta belia dengan jumlah perbelanjaan RM87 juta. Akan tetapi bilangan penyertaan belia dalam Program Rakan Muda mengikut pecahan kaum adalah seperti berikut. Bagi tahun 2007, jumlah penyertaan ialah seramai 694,000, belia Melayu ialah seramai 529,000 orang bersamaan dengan 76 peratus. Belia Cina seramai 80,000 orang atau 11.5 peratus, belia India seramai 70,000 bersamaan 10.1 peratus dan lain-lain seramai 15,000 orang bersamaan 2.4 peratus dengan kos keseluruhan sebanyak RM40 juta. Bagi tahun 2008 pula jumlah penyertaan belia adalah seramai 855,000 orang. Belia Melayu ialah seramai 611,000 bersamaan 71.4 peratus, belia Cina seramai 116,00 atau 13.6 peratus, belia India seramai 94,000 bersamaan 11 peratus dan lain- lain seramai 34,000 orang bersamaan 4 peratus dengan kos keseluruhan sebanyak RM37.5 juta. Bagi tahun 2009 pula sehingga setakat ini, jumlah penyertaan belia adalah seramai 1.5 juta orang. Belia Melayu ialah seramai 994,000 orang bersamaan 67.2 peratus, belia Cina seramai 105,000 orang atau 7.1 peratus, belia India seramai 174,000 bersamaan 11.8 peratus dan lain-lain 206,000 orang atau 13.9 peratus dengan kos sebanyak RM23.8 juta. Sekian terima kasih.

Tuan S. ManikavasagamPKR · PRKapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seperti mana sedia maklum, masyarakat India menduduki tangga teratas dalam kegiatan jenayah dan sering menjadi mangsa tembakan hantu oleh pihak Polis Diraja Malaysia... [Dewan riuh] They are the king dengan izin, sebagai mana terjadi di kawasan saya di Kapar. Baru-baru ini tiga orang adik-beradik dan sekeluarga menjadi mangsa, bersama-sama dua orang rakan mereka. Kalau terlepas tembakan pun golongan ini akan disumbat di penjara dan mengakibatkan masa depan mereka akan menjadi gelap selamanya. Manakala golongan penghisap najis dadah yang lebih berbisa serta mengakibatkan kerugian ekonomi lebih serius, diberi peluang untuk kembali ke pangkuan masyarakat melalui pelbagai program. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, mengapakah kementerian tidak memberi penekanan kepada mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah terutama belia-belia, peluang untuk memperbetulkan diri mereka serta latihan-latihan kemahiran diri sama seperti penagih-penagih dadah. Sekian terima kasih... [Tepuk]

Tuan Wee Jeck SengMCA · BNTanjong Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya bagi satu jawapan bahawa program yang telah dijalankan oleh kementerian dan kita nampak peningkatan, maknanya program-program yang dilaksanakan oleh kementerian dapat menarik minta belia untuk ambil bahagian. Kementerian sentiasa mengambil pelbagai langkah dan inisiatif untuk mendekati belia dan untuk mendengar suara belia. Jadi sebab itulah kementerian sentiasa mengatakan persatuan merupakan rakan kongsi kepada kementerian, ahlinya merupakan kawan kepada kementerian. Saya tidak pasti adakah Yang Berhormat sedar bahawa program-program tersebut kita jalankan dengan begitu lancar dan kerajaan sentiasa mengambil berat, memberi perhatian dan tidak mahu mana-mana golongan pun tercicir daripada pembangunan belia. Jadi, kalau dikatakan golongan sasaran kaum belia India, tahu kah Yang Berhormat sebenarnya pada tahun 2008 kementerian telah membuat satu keputusan melalui Program Rakan Muda Wawasan Desa Estet, kerajaan merancang khas untuk memberi peluang supaya menarik lebih ramai golongan belia India untuk ambil bahagian dalam pelbagai program. Kerajaan telah menyediakan RM854,000 pada tahun ini dan dengan sasaran mengadakan supaya kalau boleh menjalankan sebanyak 150 program dan sehingga setakat ini 122 program telah dijalankan melibatkan 18,300 orang belia India. Jadi saya nampak kerajaan telah khusus, begitu ambil berat kepada kaum belia India dan memperuntukkan satu program khas untuk kaum belia di seluruh negara agar mereka dapat menentukan dan merancang program sendiri, kesesuaian program mengikut cita rasa mereka supaya mereka dapat tarik lebih ramai untuk mengambil bahagian dan lebih banyak program untuk mengisi masa depan mereka. Sekian terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya percaya pihak kementerian telah melakukan program-program yang terbaik dan telah menyediakan dasar-dasar yang terbaik untuk penglibatan pelbagai kaum belia di dalam kegiatan-kegiatan kementerian. Tahukah Yang Berhormat Menteri bahawa ada tiga persatuan belia terbesar yang melibatkan kaum India iaitu, Kelab Bell Belia Tamil (KBBT), HYO dan juga MIYC. Saya dapat melihat bahawa ada pertubuhan yang mengambil inisiatif tersendiri dengan menyediakan satu dua jawatan kanan di dalam pertubuhan untuk kawan-kawan kita daripada masyarakat India. Saya hendak bertanya pihak kementerian dalam konteks pertubuhan belia, adakah kementerian akan mewajibkan serta mensyaratkan setiap pertubuhan belia di negara ini meletakkan jawatan kanan dan juga jawatan ahli jawatankuasa pertubuhan untuk rakan-rakan kita dari kaum India untuk menarik minat mereka menyertai pertubuhan-pertubuhan belia. Sekali gus dapat membantu menyelesaikan masalah yang disebutkan tadi. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Wee Jeck SengMCA · BNTanjong Piai

Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana yang kita maklumkan kementerian mempunyai Majlis Perundingan Belia Negara. Jadi Majlis Perundingan Belia Negara memainkan peranan yang amat besar dalam perencanaan, pemantauan, pelaksanaan dan penilaian program serta peningkatan pembangunan belia dan sekali gus menentukan hala tuju pembangunan belia negara. Jadi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, pertubuhan belia India ini adalah merupakan Ahli MPBN kepada keempat-empat persatuan tersebut. Selain daripada itu lantikan Menteri juga ada beberapa wakil daripada kaum belia India dan juga EXCO MPBN sendiri pun ada menghantar wakil daripada kaum belia India untuk menduduki MPBN ini, sebagaimana ia akan membincangkan, memberi pandangan yang saya katakan tadi. Jadi saya rasa iaitu bukan masalah. Mungkin kita boleh bincang untuk memperkasakan lagi tetapi haruslah ingat persatuan-persatuan sendiri pun merupakan satu NGO.

Tuan Wee Jeck SengMCA · BNTanjong Piai

NGO sendiri pun patut ada tindakan yang sesuai dan boleh memaklumkan juga kepada kementerian apakah keperluan. Kementerian sentiasa terbuka. Tadi saya kata persatuan merupakan rakan kongsi kepada kementerian. Jadi tak ada masalah daripada segi komunikasi kalau semuanya proaktif untuk duduk bersama, bincang bersama dan kita akan mengatasi masalah bersama. Sekian, terima kasih.

Nancy ShukriPBB · GPSSantubong · question

9. Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong] minta Menteri Pelajaran menyatakan, bagaimanakah kementerian boleh membantu mempercepatkan kenaikan taraf sekolah-sekolah di luar bandar agar pelajar-pelajar di luar bandar dapat menikmati kemudahan yang sama taraf dengan pelajar di dalam bandar.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya sedang giat melaksanakan program pembangunan luar bandar di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Program pembekalan elektrik 24 jam telah dilaksanakan bagi memastikan sekolah- sekolah luar bandar menikmati kemudahan elektrik. Di Sarawak, sebanyak 367 buah sekolah luar bandar dibekalkan set generator manakala di Sabah, KPM telah memperkenalkan sistem solar hibrid untuk memenuhi keperluan elektrik sekolah. Pada masa ini, sebanyak 78 buah sekolah telah pun menikmati kemudahan elektrik dalam pelaksanaan solar hibrid fasa satu. Program ini diteruskan pada fasa dua yang melibatkan 103 buah sekolah. Di Semenanjung pula, 11 sekolah dalam proses penyambungan talian grid ke sekolah dan 36 sekolah sedang dalam proses rundingan dengan TNB bagi membekalkan elektrik melalui solar hibrid. Usaha-usaha yang dilakukan ini bertujuan untuk menjadikan keseluruhan sekolah di Malaysia akan menikmati kemudahan elektrik 24 jam. Dengan terlaksananya kemudahan ini, ianya dapat memberi peluang murid-murid menikmati kemudahan asasi elektrik dan membuka peluang menggunakan peralatan ICT seperti komputer, internet, video, projektor dan lain-lain. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sudah membina 415 buah bilik darjah berkonsep kabin di 170 buah sekolah di luar bandar Sabah bagi menggantikan bilik darjah yang daif serta rosak selain mengatasi masalah kekurangan bilik darjah.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Batu Pahat

Pembinaan bilik darjah kabin ini dapat memberi keselesaan kepada pelajar- pelajar untuk meneruskan aktiviti pembelajaran di sekolah. Bagi di Sarawak pula, KPM sedang giat melaksanakan program menaik taraf sekolah-sekolah yang daif di luar bandar. Sebanyak 58 sekolah sedang dinaiktarafkan yang melibatkan pembinaan dan penaiktarafan bilik darjah, rumah guru dan asrama bagi memenuhi keperluan pihak sekolah. Pembinaan ini dapat memberikan murid-murid menikmati suasana pembelajaran yang selesa. Selain itu, 211 buah sekolah menikmati bekalan air bersih dalam program pembekalan air bersih di Sabah dan Sarawak manakala di Semenanjung, 266 buah sekolah sedang dibekalkan bekalan air bersih dengan kaedah sistem tube well ataupun telaga tiub. Terima kasih.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Daripada jawapan Timbalan Menteri tadi, kita boleh menilaikan di sini sama ada sesebuah sekolah itu mencapai kecemerlangan yang baik, tinggi ataupun dia punya peratusan daripada segi pencapaian kecemerlangan yang dicapai oleh sesebuah sekolah yang mempunyai peralatan ataupun kemudahan yang lengkap. Jadi, soalan saya yang kedua ialah sama ada pihak kementerian membuat penilaian tersebut dan adakah kementerian mengenakan sasaran supaya sekolah-sekolah di luar bandar ini dapat diberi kemudahan pada satu-satu tahap ataupun pada satu-satu masa yang tertentu. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, satu daripada tugas utama saya ialah untuk merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar. Saya sudah melawat 87 sekolah di pedalaman termasuklah di Long Pasia, Long Panai, Titum, Lenjan dan sebagainya tetapi apa yang sedang kita fikirkan selain daripada kita membangunkan fizikal sekolah tersebut terutama kemudahan bekalan elektrik dan air, kita juga memikirkan soal pengisian iaitu bahawa kita mahu menjadikan sekolah-sekolah di pedalaman ini, di luar bandar ini juga adalah sekolah-sekolah yang berprestasi tinggi yang melahirkan pelajar- pelajar yang berjaya dan cemerlang. Oleh kerana itulah bila menyebut soal pengisian ini, maka kita sedang merancang dan memikirkan soal rancangan pendidikan luar bandar ini supaya ia tidak sahaja melihat kepada soal-soal fizikal, kemudahan tetapi melibatkan kita mampu menghantar guru-guru yang cemerlang, guru-guru yang baik, guru-guru opsyen yang mencukupi sebab ada sekolah di pedalaman luar bandar ini, guru bahasa Inggeris pun tidak ada dan kadang-kadang ada guru mengajar Pendidikan Islam, mengajar Bahasa Inggeris. Yang ini yang kita akan merekrut guru Bahasa Inggeris seramai 13,000 orang dengan tujuan pengisian pendidikan di luar bandar ini dapat kita tingkatkan. Terima kasih.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tan Sri. Memang pengisian penting tetapi kalau air di sekolah bukan sahaja tidak bersih tapi tak ada. Tandas yang diguna oleh pelajar-pelajar busuk dan kemudahan-kemudahan untuk rekreasi tidak mencukupi. Yang menjadi tanda tanya Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya sekolah di luar bandar ini mudah dinaik taraf sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan sekolah bandar kerana di sekolah luar bandar, tanah cukup. Nak diwujudkan padang bola, dapat diadakan tapi tidak terurus, tak ada pagar. Jadi mungkin masalah peruntukan. Jadi saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua, memang pengisian penting tetapi dia kena seiring dengan kemudahan di luar bandar contohnya di Kelantan banyak sekolah-sekolah tak ada air termasuk di Pasir Mas. Ini Yang Berhormat boleh melawat. Jadi saya harap perkara ini dapat ditangani dan diberi perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran. Sekian, terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sebab itu saya jelaskan dan nyatakan tadi bahawa apabila kita melihat sekolah-sekolah di pedalaman, memang terlalu banyak kekurangan dan memerlukan penumpuan yang lebih terutamanya daripada segi peruntukan. Yang disebut oleh Yang Berhormat tentang masalah bekalan air, memang betul. Sebab itulah kita di Sarawak contohnya, kita menggunakan konsep tube well ataupun perigi tiub yang terbaik untuk membekalkan air bersih. Saya ambil contoh macam sekolah di Tutuh Apuh yang jauh ke dalam, ada 500 pelajar yang duduk di asrama tetapi menghadapi masalah bekalan air.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Mereka menggunakan air sungai tetapi air sungai pula adalah terlalu kuning kerana kesan pembalakan. Oleh kerana itulah, maka kita merasakan peruntukan untuk membina lebih banyak tube well dengan kontraktor-kontraktor yang bertanggungjawab ini adalah penting sebenarnya dan kita mendapati kebanyakan tube well di kawasan Semenanjung ini berjaya tapi di Sabah, Sarawak ini ada sedikit masalah dan ini akan menjadi perhatian kita terutamanya dalam Bajet 2010 di mana RM1.8 bilion yang diperuntukkan itu memang tujuannya lebih banyak kepada memperbaiki sekolah- sekolah di pedalaman dan kita sebenarnya memang mengutamakan supaya keselamatan pelajar terutama di sekolah-sekolah yang agak daif ini kita dapat perbaiki dengan segera. Terima kasih.

Amran bin Abdul GhaniPKR · PRTanah Merah · question

10. Tuan Amran bin Ab. Ghani [Tanah Merah] minta Perdana Menteri menyatakan, berapakah jumlah keseluruhan perbelanjaan yang sudah dikeluarkan kerajaan berbanding kemajuan projek Wilayah Pembangunan Pantai Timur (ECER)

Tuan S. K. DevamanyTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Tanah Merah. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, daripada sejumlah RM1.5 bilion yang dicadangkan diperuntukkan kepada ECERDC iaitu Eastern Corridor Economic Region Development Corridor, dengan izin, di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan untuk melaksanakan 82 projek setakat 1 Oktober 2009. Sebanyak RM480 juta peruntukan pembangunan dengan izin, development expenditure telah disalurkan.

Tuan S. K. DevamanyTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Dari segi kemajuan pelaksanaan projek pula, daripada 82 projek yang dicadangkan, sebanyak 54 projek atau 65.9 peratus telah pun dimulakan. Antara projek berimpak tinggi yang sedang dilaksanakan di kawasan ECER adalah seperti berikut: (i) Projek Pelebaran Jalan Persekutuan (Central Spine Federal Road) dari Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangai, Pahang; (ii) Kelompok Industri Polimer Kerteh, Terengganu; (iii) bandar pelabuhan Kuantan yang turut merangkumi projek peluasan Pelabuhan Kuantan; (iv) agropolitan Pekan Pahang; (v) agropolitan Gua Musang, Kelantan; (vi) pembinaan jalan pesisiran pantai Kampung Sedidi, Mersing; dan (vii) Program Pembasmian Kemiskinan di kalangan nelayan di sepanjang pesisiran pantai Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Tuan Yang di-Pertua projek-projek tersebut dan projek-projek lain yang dirangka di dalam Pelan Induk ECER akan memberi faedah jangka panjang kepada penduduk di ECER. Sebagai contoh, projek-projek agropolitan akan membantu dalam pembasmian kemiskinan yang melibatkan 1,450 peserta di Pekan. Manakala di Gua Musang pula, seramai 3,000 peserta akan terlibat dalam projek agropolitan ini. Selain daripada itu, di peringkat awal seramai 1000 nelayan dari 100 kampung di sepanjang Pantai Tumpa, Kelantan dan di Mersing Johor akan terlibat. Manakala untuk meraih pendapatan perumahan yang lebih tinggi, sebanyak RM1500 sebulan menerusi aktiviti-aktiviti pelbagai bantuan akan disalurkan. Selain itu, Projek Kelompok Industri Polimer Kerteh akan beroperasi sepenuhnya pada 2020 yang merupakan taman plastik bersepadu Malaysia yang pertama. Ianya mampu menarik pelaburan melebihi RM2 bilion dan dapat mewujudkan 8000 peluang pekerjaan. Selain daripada Hi-Essence Cabel Sdn. Bhd. yang membuka kilang wayar dan kabel, Syarikat Latenfield Pipe Industries Sdn. Bhd. dan FMD Poly Pipe Industries Sdn. Bhd. turut menyatakan komitmen melabur di Kelompok Industri Polimer Kerteh. Sokongan teknikal kepada para pelabur di Kelompok Industri Polimer ini akan disediakan oleh Petronas Polimer Technology Centre. Sekian terima kasih.

Tuan Amran bin Ab. GhaniPKR · PRTanah Merah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih pada Menteri. Soalan tambahan saya ialah memandangkan ECER ini melibatkan GLC-GLC yang hebat, apa yang saya hendak tahu di sini ialah berapa banyakkah duit ataupun pelaburan yang dibuat oleh Petronas setakat ini? Kalau tidak boleh jawab lisan bertulis pun tidak ada masalah. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua saya akan beri melalui tulisan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana jawapan yang telah diberikan yang berkaitan dengan ECER. Kebanyakan daripada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri ini dari segi peruntukan yang dinyatakan RM1.5 bilion untuk separuh penggal. Kita dimaklumkan lebih kurang RM2.6 bilion diletakkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Kebanyakan peruntukan kewangan ini dengan pelaburan yang akan dilakukan ini terletak di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Saya hendak tahu apakah sebenarnya perancangan pembangunan ECER ini untuk daerah Mersing kerana Johor merupakan sebahagian... Sebahagian daripada Johor iaitu Mersing merupakan sebahagian juga daripada Program ECER ini. Berapa banyakkah peruntukan yang akan diletakkan untuk Johor bagi daerah Mersing kerana jawapan Yang Berhormat Menteri tadi sekali lalu sahaja untuk Mersing. Saya merasa terujalah untuk tahu apakah sebenar perancangannya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua untuk soalan Yang Berhormat, saya ingin katakan bahawa ECER ini melibatkan seluruh koridor dari Kelantan, Pahang, Terengganu dan sebahagian daripada Mersing. Tempias pembangunan Johor itu banyak kepada Iskandar maka kita sudah ada pelan induk untuk merangkumkan Mersing dalam koridor pembangunan di sebelah pantai timur. Maka secara terperinci terlalu banyak projek yang perlu kita rangkakan di sini kerana sektor-sektor yang diberi tumpuan untuk projek-projek di Mersing adalah pertanian, pelancongan, pembangunan sosial dan infrastruktur. Oleh kerana petrokimia melibatkan Kerteh kerana aktiviti petrokimia banyak berlaku di sana maka empat sektor lain untuk keperincian setiap satu sektor ini. Apakah projek yang akan dijalankan dan telah dijalankan dan sedang dijalankan saya akan bagi senarai itu kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Hamim bin SamuriUMNO · BNLedang · question

11. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: minta Menteri Kewangan menyatakan, jumlah wang palsu yang dapat dirampas sepanjang tahun 2009 dan apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah pemalsuan Ringgit Malaysia.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Alor Star

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang. Untuk makluman Yang Berhormat bagi tempoh 1 Januari 2009 hingga 30 September 2009, jumlah wang kertas palsu yang telah dikesan dan dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia adalah sebanyak 48,555 keping. Sebahagian besar dari jumlah tersebut adalah terdiri daripada didominasi RM50 dan RM100. Jumlah ini adalah kecil iaitu 13 keping bagi setiap RM1 juta wang kertas dalam edaran. Kebanyakan wang kertas palsu tersebut mempunyai kualiti yang rendah kerana dicetak menggunakan pencetak warna biasa dan mudah dibezakan dengan wang kertas tulen. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, Bank Negara Malaysia telah pun mengambil pelbagai langkah untuk membanteras masalah pemalsuan wang ringgit Malaysia di mana antaranya ialah seperti berikut: (i) memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung ciri-ciri keselamatan yang perlu diketahui melalui pelbagai kaedah termasuk program pendidikan mata wang. Pengedaran juga risalah-risalah dan mengenai ciri-ciri keselamatan wang serta pameran-pameran mata wang; (ii) membantu pembekal-pembekal mesin atau vendor, dengan izin, dalam membuat penyelarasan terhadap mesin-mesin pengesahan ataupun pengiraan wang tunai yang diguna pakai oleh institusi-institusi perbankan dan kewangan;

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Alor Star

(iii) memberitahu institusi-institusi perbankan berkaitan kes penemuan mata wang palsu serta meminta kerjasama daripada mereka supaya lebih berwaspada dan melaporkan sebarang kes penemuan wang palsu yang dikesan di mana- mana cawangan masing-masing kepada Polis Diraja Malaysia; dan (iv) membantu Polis Diraja Malaysia dengan menyumbangkan peralatan serta maklumat statistik berhubung dengan penemuan wang palsu oleh cawangan-cawangan Bank Negara Malaysia serta institusi perbankan dan akhirnya mengeluarkan wang kertas siri baru dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik dan terkini seperti wang kertas RM50 siri keempat yang telah pun dikeluarkan baru-baru ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih jawapan daripada Timbalan Menteri yang cukup padat. Soalan tambahan saya ialah tentang laporan daripada internet, the Nation yang dipetik berkata wang palsu dalam bentuk mata wang not RM50 dicetak secara besar-besaran oleh sindiket di Thailand. Jumpa sebanyak 13,000 keping. Jadi yang ini Tuan Yang di-Pertua saya hendak tanya, adakah ini dalam pengetahuan kerajaan dan tindakan untuk memastikan bahawa tidak berlaku perkara yang seumpama ini yang saya percaya ada kaitan dengan kegiatan seludup terutamanya di Rantau Panjang. Sekian terima kasih.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat dari Ledang. Memang Bank Negara Malaysia termasuk juga dengan agensi-agensi keselamatan negara kita sentiasa berwaspada dan sentiasa mengawal situasi mengenai pencetakan wang haram ataupun wang palsu. Bukan wang haram minta maaf, wang palsu khususnya not palsu di negara kita.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Akan tetapi, setakat ini mengikut siasatan yang lanjut oleh Bank Negara Malaysia seperti saya katakan tadi, hanya terdapat 13 keping setiap juta Ringgit Malaysia yang dibuktikan sebagai wang palsu. Mengikut benchmark international, maksudnya pada puratanya international benchmark jika ia sampai ke tahap 20 keping setiap satu million, baru dianggap bahawa situasi perlu diperbaiki dengan tindakan keselamatan serta-merta. Setakat ini, memang kita di bawah paras itu lagi. Kita hanya memantau dan jika terdapat sindiket-sindiket ataupun individu yang terlibat dengan kegiatan wang palsu, maka tindakan di bawah undang-undang kita akan diambil terhadap mereka serta-merta. Sekian, terima kasih. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010Bill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2010 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.”

Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai

tersebut. [11 November 2009] Tuan Yang di-Pertua

Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia menyambung jawapan penggulungan, saya persilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membaca usul.

Usul — Waktu Mensyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan: “Bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di Peringkat Dasar dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 16 November 2009.”

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mohon kerjasama Ahli- ahli Yang Berhormat oleh kerana ada beberapa kementerian yang terutama sekali Menteri Kewangan belum lagi menjawab kepada perkara-perkara yang dibangkitkan dalam perbahasan. Jadi atas sebab itu, mohon kerjasama Yang Berhormat supaya kita dapat habis lebih awal. Kalau umpamanya tidak ada persoalan-persoalan yang kritikal yang perlu juga ditimbulkan dalam peringkat ini melalui celahan, maka berilah kepada Menteri-menteri yang menjawab tadi itu supaya soalan-soalan itu dapat dijawab secara bertulis. Kalau itu kita dapat buat, mungkin pada waktu perbahasan Jawatankuasa kita benarkan untuk timbulkan soalan-soalan yang belum dijawab. Begitu juga kepada Menteri-menteri, kalau menjawab jangan terlampau panjang lebar, khususkan kepada persoalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Yang Berhormat sewaktu perbahasan. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, hendak tanya sedikit. Hari ini hari Khamis malam Jumaat. Biasanya orang lelaki malam Jumaat ini kena balik rumah. Jadi, kalau disambung lagi, macam mana keadaan? Ini tidak patut sudah... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, itu sebabnya setiap persidangan saya ingatkan perbahasan lapan hari, menjawab empat hari. Akan tetapi, berkali-kali diingatkan, tidak ada juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang dapat mendisiplinkan diri. Jadi, sama-samalah kita menanggung apa yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi... [Ketawa] Saya, timbalan-timbalan saya dan pegawai- pegawai Parlimen juga terpaksa menanggung bersama... [Ketawa] Jadi, ini sebagai satu pengajaran. Sila Menteri Sumber Manusia menyambung perbahasan.

Datuk Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Sumber Manusia

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Klang telah membangkitkan perkara berkenaan dengan menetapkan gaji minimum.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Sedikit. Sebelum mengalih ke topik ini. Boleh saya tanya sedikit apa yang Yang Berhormat Menteri telah kata semalam iaitu cuti pada 16 September yang telah diisytiharkan oleh kerajaan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Saya hendak tahu tiga perkara dalam hal ini. Pertama, bilakah rang undang- undang itu berkaitan dengan diisytiharkan 16 September sebagai cuti awam akan di bawa ke dalam Dewan Rakyat? Adakah ia akan dimulakan pada tahun hadapan? Ketiga, kita semua tahu walaupun ada undang-undang tertentu mengenai perkara ini, cuti-cuti, tetapi ada ramai di antara majikan yang tidak memberi cuti pada hari tersebut. Apakah yang akan dikenakan oleh kementerian dan tindakan yang akan diambil supaya memastikan semua majikan mematuhi kehendak kerajaan ini. Terima kasih.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, semalam saya telah memberitahu bahawa cuti ini akan dimasukkan ke dalam Akta Kerja. Kita berharap untuk membawa pindaan kepada Dewan pada penggal pertama tahun akan datang. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pada tahun yang akan datang, 16 September akan menjadi sebagai satu cuti umum. Di bawah Akta Kerja, kalau ada pihak yang tidak memberi cuti ini melalui seksyen 99A, mereka boleh didenda sebanyak tidak lebih daripada RM10,000. Kalau diberi pelepasan, tetapi majikan mahu mereka kerja secara berterusan, mereka diwajibkan supaya diberi ganti dengan dua hari cuti kelepasan atau gaji untuk dua hari cuti kelepasan. Ini adalah di bawah akta seperti untuk cuti-cuti umum yang lain. Saya teruskan dengan isu gaji minimum. Tuan Yang di-Pertua, perkara pelaksanaan gaji minimum mestilah satu perkara...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Sebelum itu Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak beri jalan Yang Berhormat?

Saya habiskan ini sebelum saya beri mencelah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Okey, terima kasih.

...Mesti dikaji terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan. Beberapa isu dan soal yang patut dijawab sebelum isu gaji minimum ini dilaksanakan ialah: (i) adakah kemungkinan kalau menetapkan gaji minimum ia akan mengurangkan perwujudan peluang pekerjaan baru untuk pekerja-pekerja di dalam negara kita; (ii) apakah kesannya atas perusahaan atau perniagaan kecil yang tidak mampu untuk bersaing di pasaran dan yang ada kemungkinan akan menutupnya akibat daripada mendapatkan gaji minimum; dan (iii) apakah kesannya atas golongan kurang kemahiran dan yang baru-baru mula bekerja untuk mendapat kerja.

Kesan-kesan ini mesti dikaji. Lagi satu isu di negara kita ialah berkenaan dengan pekerja asing. Apakah kesannya menetapkan gaji minimum kepada pekerja asing? Kalau kita tengok kepada pengalaman di negara-negara yang lain, yang Ahli Yang Berhormat tahu ada negara-negara seperti Indonesia dan Bangladesh yang mempunyai gaji minimum, tetapi ini tidak menghalang ribu-ribu atau juta-juta orang pekerja daripada negara itu pergi ke negara-negara yang lain untuk mencari kerja. Maka, gaji minimum tidaklah satu penyelesaian kepada segala isu dan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Oleh itu, di dalam Malaysia semasa kita membuat satu keputusan untuk mendapatkan atau membuat gaji minimum, memang perkara- perkara yang sebegitu mesti diambil kira dan diberi tumpuan sebelum kita boleh membuat keputusan. Bagi peringkat kementerian, kita mempunyai satu sikap yang terbuka bahawa perkara ini dibincangkan lebih dalam, lebih telus di semua peringkat. Saya telah mencadangkan kepada kementerian supaya kita mempunyai dialog-dialog yang lebih terbuka dengan semua party yang berkenaan iaitu majikan, wakil-wakil pekerjaan dan publik. Ini supaya kita mendapat satu pandangan yang lebih luas tentang kebaikan, keburukan dan kesan-kesannya dan kalau dilaksanakan, apa kadar yang sesuai yang boleh diguna pakai supaya ini tidak akan membangkitkan kesan-kesan yang buruk kepada negara kita...

Penjelasan Yang Berhormat.

Menteri sedikit Menteri. Penjelasan.

Okey. Tadi Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat Menteri menyedari sekarang ini tindakan yang diambil Yang Berhormat Menteri baru-baru ini selepas isu Mantik Hani. Saya pun ketawa, ini juga menjadi bahan ketawa di mana Yang Berhormat telah mengambil langkah reaksi untuk memadam api yang sedang membakar selepas insiden Mantik Hani, di mana Jabatan Tenaga Kerja akan mula melawat majikan.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya rasa itu bukan caranya untuk melawan majikan atau lawatan mesra untuk tengok sama ada pembantu, pekerja asing atau domestic workers itu dalam keadaan yang baik atau tidak. Itu bukan langkahnya. Akan tetapi Yang Berhormat dari NGO telah mencadangkan agar di mana satu mekanisme diadakan untuk menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh domestic workers ini salah satu adalah pindaan kepada akta kerja tukar, domestic servant kepada pekerja domestik. Bukannya servant memberi makan seolah-olahnya hamba. Jadi itulah salah satu sebabnya di mana majikan enggan melepaskan mereka dan menganggap minda mereka adalah hamba, satu. Kedua adalah berkenaan dengan gaji minimum. Buat masa ini berbagai-bagai gaji yang berbeza jikalau workers dari Indonesia, dari Filipina, dari Cambodia gaji-gaji yang berbeza. Jikalau kita membaca surat khabar Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan kes melibatkan pembantu rumah adalah dari Indonesia dan satu lagi berkenaan Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong cuti satu hari untuk pekerja. Akan tetapi Yang Berhormat, mengapakah majikan enggan atau membantah ke atas cadangan ini? Ini kerana mereka telah membayar Tuan Yang di-Pertua surat pengambilan pekerja dengan placement fee yang tinggi, RM7000 hingga RM8000. Jadi mereka risau kalau lepaskan pekerja untuk bercuti mereka tidak datang semula ke rumah dan akhirnya mereka akan didenda Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, terima kasih Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jadi mungkin masalah ini mengapa majikan mempunyai minda yang sedemikian? Ini kerana domestic servant, hamba. Kedua adalah bayaran yuran pengambilan yang tinggi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat. Sudah panjang.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya bersetuju cuti sehari diberi. Ini kerana setiap orang mahu holiday atau bercuti sebab pekerja pembantu rumah ini tugasnya berat. Jaga anak Tuan Yang di-Pertua, cuci kereta, masak, jaga orang tua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jadi akar umbi mengapakah begitu banyak masalah deraan dengan layanan sedemikian untuk pembantu rumah asing ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Yang kenakan wanita...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah seperti berbahas Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat patut meneliti dari aspek itu...

[Bangun]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Bukan membuat lawatan mesra Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat boleh...

Penjelasan. Sedikit dari Balik Pulau... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, saya jawab selepas...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri teruskan Yang berhormat.

Yang Berhormat Balik Pulau dan Yang Berhormat Kuala Langat.

Yang Berhormat Kuala Langat, ya. Saya juga. Sedikit sahaja. Menteri, semasa Menteri memberi penjelasan sebentar tadi saya melihat sedikit kontradiksi. Mungkin Menteri boleh jelaskan kemudian kerana dalam satu segi Menteri menyatakan apa sebab-sebab gaji minimum inilah. Kerisauannya. Lebih kurang lima sebentar tadi bukan? Akan tetapi pada masa yang sama selepas itu Menteri kata kita patut panggil, dapatkan feedback. So, saya rasa bunyinya seolah-olah benda itu belum dibuat tetapi sudah ada jawapan. Itu satu kontradiksi. Kedua, saya ingin merayu kepada Menteri, isu gaji minimum ini mungkin sudah sampai ke satu tahap isu hak asasi manusia kerana cerita RM1,500 ini cerita perut, cerita makan. Cerita yang tidak cukup. Jadi persoalan saya kalau faktor-faktor yang dikatakan tadi itu, dia tidak masuk dalam faktor-faktor hak asasi manusia, tahu? Saya harap Menteri melihat gaji minimum ini sebagai isu human right atau pun human security. Baru kita dapat sama ada patut atau tidak patut, kadang-kadang dia bersifat necessity. So, saya merayu kepada Menteri melihat kenaikan harga itu. Jikalau hendak dilayan alasan-alasan seperti yang dikatakan sebentar tadi itu, itu lebih bersifat convenient. So, saya mohon penjelasan.

Yang Berhormat Tuaran.

Ya, saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Langat.

Terima kasih. Minta maaf Yang Berhormat Tuaran. Tunggu sekejap. Tuan Yang di-Pertua saya sebenarnya letih dengan alasan daripada sepuluh tahun berlalu dengan alasan mengapakah tidak boleh dikatakan gaji minimum? Saya teringat pada tahun 1974 apabila Allahyarham Tuan Abdul Razak bin Dato’ Hussein membuatkan satu warta wajib dibayar COLA ataupun SRA, special release allowances kepada semua majikan-majikan di kala ekonomi begitu memeritkan rakyat.

Jadi saya melihat daripada sudut gaji minimum ini apa yang telah dimaklumkan oleh Menteri begitu dukacita kerana alasan yang diberi tidak dahulu, belum dicuba dikatakan tidak dahulu. Jadi kita ini tidak berani. Kenapakah kita tidak berani? Ini kerana kita menggagap pekerja kelas 3. Kenapakah kita tidak buat? Baru hendak bincang. Bila mahu bincang, sampai bila..., 10 tahun, 20 tahun, atau saya menjadi Menteri Sumber Manusia esok baru benda ini boleh jadi?... [Ketawa] Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua...

[Bangun]

Saya letih dengan alasan-alasan. Saya mahukan konsisten tarikh bila kita hendak laksanakan kerana kalau diambil mekanisme syarikat kecil. Syarikat kecil buatlah syarat. Syarikatnya RM1 juta, RM5 juta layak dengan gaji minimum. Jikalau syarikat RM100,000, RM50,000 tidak perlu, tidak perlulah. Buatkan kolum bukannya susah sangat Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Sekian.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat... [Ketawa] Mahu beri laluan lagi yang Berhormat?

Yang Berhormat

Tidak ada.

Isu ini...

Saya jawab.

Isu yang sama Yang Berhormat.

Saya jawab. Cukuplah. Sudah cukup pandangan yang diberi.

Minta penjelasan Yang Berhormat. Isu yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Mahu beri laluan kah Yang Berhormat?

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Menteri mahu jawab dahulu yang Berhormat.

Saya akan jawab. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada pandangan. Itulah sebab saya cakap mahu mendapatkan pandangan. Sebentar tadi Yang Berhormat Balik Pulau ada beri tahu gaji minimum RM1,500 tetapi ada pihak yang telah mencadangkan RM900. ada pihak yang telah cadangkan RM700. So, apakah kadar yang sebenar? Apakah kadar yang patut? Itu pun tidak diselesaikan oleh mereka yang mencadangkan ada pelbagai jenis cadangan. Oleh itu, perkara ini bukan satu perkara yang boleh diambil remeh-temeh. Ia mesti dikaji dan dibincangkan lebih dalam dahulu sebelum kita boleh memutuskan. Sebentar tadi, Yang Berhormat Kuala Langat ada membincangkan kebetulan dia memberi satu cadangan yang baru. Iaitu kalau capital nya kurang, pinda gaji minimum. Ini satu pandangan yang baru. Tidak diberi sebelum ini. Oleh itu ada pelbagai jenis pandangan. Jikalau ini isu yang diperbesarkan, lagi beribu-ribu pandangan akan keluar. Oleh itu, sebagai satu kerajaan yang bertanggungjawab...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

...Memang di dalam melaksanakan satu perkara yang amat mustahak seperti ini memang kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan ini adalah pandangan yang bernas. Jikalau bernas.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Laluan.

...Dan kalau dilaksanakan mesti mendatangkan kebaikan untuk negara. Saya mahu teruskan dengan tajuk yang lain.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Menteri, sedikit sahaja Menteri... [Dewan riuh]

Seminit Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Menteri mahu teruskan Yang Berhormat.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Mesti ada tempoh kajian.

Isu berkenaan dengan statistik pengangguran.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, duduk yang berhormat.

Iaitu statistik tentang...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tempoh.

Full employment.. [Disampuk] Statistik untuk penganggur dan Yang Berhormat Seputeh...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Seminit sahaja Menteri.

Telah bangkitkan tentang isu database di dalam KSM dan untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan kajian penyiasatan tenaga buruh Labor Served of survey oleh Jabatan Statistik, kadar pengangguran negara pada masa ini adalah 3.6 peratus iaitu 450,000 orang pada suku kedua 2009. Kadar pengangguran ini telah menurun daripada 4 peratus pada suku pertama 2009 dengan pemulihan ekonomi negara. Untuk makluman Yang berhormat, bilangan pencari kerja yang mendaftar dengan kementerian melalui portal Jobs Malaysia sehingga 10 November adalah seramai 374,272 orang, yang mana daripadanya 38 peratus terdiri daripada mereka yang telah bekerja tetapi ingin mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Oleh itu, saya setuju bahawa pencari kerja yang mendaftar dengan kementerian tidak boleh dianggap sebagai menganggur dan tidak boleh digunakan sebagai petunjuk kadar pengangguran negara. Kementerian saya pada masa ini belum berhasrat untuk mewujudkan satu undang-undang khusus mewajibkan semua penganggur berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia dan di negara-negara lain di mana mereka mendaftar, ini adalah berkaitan dengan faedah-faedah pengangguran yang mereka mendapat. So, di negara di mana ada unemployment benefits memang di situ ada satu penggalakan supaya mereka yang menganggur mendaftar dengan negara supaya mereka akan mendapat faedah itu. Di Malaysia kerana kita tidak mempunyai sistem yang sedemikian maka tidak ada kepastian supaya mereka yang menganggur mesti mendaftar dengan negara Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya mesti bercakap mengenai minimum wage kerana saya membangkitkan dalam sepuluh tahun ini. Nombor satu, pendirian ini selalu berbeza. Pendirian oleh Yang berhormat Alor Gajah. Apabila dia menjadi Menteri mengatakan alasan pada masa itu - boleh tengok dalam Hansard, alasan untuk tidak mengadakan gaji minimum adalah kerana kerajaan mengatakan bahawa jika ada ia akan menghalang competitiveness pekerja-pekerja kita dengan pekerja-pekerja asing dan pelabur tidak akan datang ke negara ini. Itu alasan. Yang Berhormat Menteri sendiri pada sesi yang dahulu apabila kita bangkitkan mengatakan alasan yang baru iaitu bahawa memandangkan kejatuhan ekonomi, maka ini adalah masa yang tidak sesuai langsung. Hari ini kita terkejut terdengar ada empat alasan yang baru... [Disampuk] Empat kah atau 4 setengah itu cerita lain tetapi yang mustahak Tuan Yang di-Pertua adalah ini.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya selalu kata bargaining power of workers. Mereka tiada. Kita sebagai satu kerajaan, satu negara yang caring kepada rakyat, kepada pekerja-pekerja patut mengadakan gaji minimum. Itu yang saya katakan mengenai wage council di mana kita ada beberapa gaji kepada security officers dan sebagainya.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Kenapa sekali gus semua orang ditentukan dan adakah Yang Berhormat bersetuju di dalam hal ini berjumpa dengan National Caucus of Labor Committee di mana kita ada beberapa perkara yang ingin dibangkitkan. Ini perkara nombor satu. Nombor dua Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai statistik. Apabila saya bahas ada kecacatan kerana kalau kita tengok dalam reports dan dasar-dasar kerajaan ia tertakluk kepada apa yang diberi oleh kementerian dan source dari mana mereka mendapat statistik-statistik itu nampaknya bukan sahaja keliru tetapi nampaknya tidak benar kerana kita tidak tahu sebenarnya berapa peratus yang menganggur. Statistik yang sedia ada adalah dari Jabatan Tenaga Rakyat dan ini saya katakan kalau kita ada compulsory registration. Itu saya juga ada bahas mengatakan di mana-mana negara kalau kita Tuan Yang di-Pertua kalau ada full implement...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ringkaskan Yang Berhormat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

...Ada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Panjang sangat Yang Berhormat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

...Bayaran untuk dalam dole system. Kenapa Malaysia tidak ada sistem tersebut?

Yang Berhormat, mengenai gaji minimum. Saya sudah beri alasan tadi dan Yang Berhormat telah beritahu saya bahawa kementerian memberi cadangan-cadangan yang baru atau pandangan-pandangan yang baru. Di peringkat sana pun ada pandangan-pandangan yang baru, bukan yang sama. Baru- baru ini sahaja Yang Berhormat Kuala Langat telah memberitahu jikalau SME tidak boleh beri gaji minimum jangan masukkan mereka di dalam senarai. Ini satu pandangan yang saya tidak pernah dengar daripada mana-mana orang sebelum ini. Oleh itu, pandangan-pandangan kalau baru wujud itu adalah satu perkara yang baik, yang sihat. Kita menerima pandangan-pandangan ini sebelum kita pula membuat keputusan kerana keputusan ini kalau dilaksanakan mesti diteruskan dan kita mesti pasti ia mendatangkan kebaikan untuk negara dan pekerja. Itu mustahak.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Minta penjelasan.

Menjawab soalan tentang statistik, pandangan Yang Berhormat bahawa kita mewajibkan semua orang yang menganggur untuk mendaftar boleh diterima tetapi pelaksanaan itu bukan senang. Ia sudah menganggur. Ada akta untuk memastikan mereka mesti mendaftar. Apa yang kita akan buat kalau mereka tidak? Adakah kita akan mendenda mereka kalau tidak daftar dengan kerajaan kerana mereka menganggur atau memenjarakan mereka kerana tidak mendaftar kerana mereka menganggur? Tidak boleh. Ini adalah satu perkara yang tidak praktikal.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Minta penjelasan.

Di negara-negara yang lain mereka berdaftar kerana kalau mendaftar ada mendapat bayaran. Di negara kita, kita tidak mempunyai sistem macam itu. Jadi, itu adalah satu perkara yang lain. Bukan statistik pengangguran. Kalau unemployment benefit itu satu perkara yang besar, satu perkara yang lain saya tidak mahu bincangkan mengenai itu pada masa sekarang. Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan Yang Berhormat Ipoh Barat tetapi hari ini saya bersetuju dengan beliau kerana kita perlu ada statistik yang sebenarnya. Jangan kita digambarkan dengan statistik yang tidak tepat. Kita mahu tahu berapa sebenarnya graduan kita menganggur. Kenapa mereka menganggur? Kalau mereka mendaftar bermakna kita kena cari jalan supaya mereka ini mendapat peluang pekerjaan. Kenapa mereka tidak mendaftar? Sekarang kita rasa 3.5 peratus tetapi sebenarnya mungkin lebih daripada itu warganegara yang menganggur. Jadi kita kena tahu kalau ada database sedemikian kita wajibkan mereka mendaftar walaupun tiada benefit ataupun pembayaran seperti di Amerika Syarikat dan sebagainya tetapi sekurang-kurangnya kementerian ada rujukan yang tepat dan kementerian kena kaji group apa, kumpulan apa yang menganggur. Adakah di sektor buruh ataupun di sektor yang lebih baik dan sebagainya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau tiada kita akan terus membincangkan soal yang sama di Dewan ini tetapi tiada penghujungnya. Akhirnya kalau ekonomi negara merudum bermakna kita akan dilimpahi dengan pengangguran yang cukup banyak. Jadi saya rasa ini merupakan satu cadangan yang baik. Harus ditimbang oleh kementerian.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Boleh saya sambung Yang Berhormat? Saya sambung sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya apakah kementerian Yang Berhormat bercadang untuk menjalankan kajian iaitu dengan mengambil kaedah cadangan gaji minimum RM750 ataupun RM900. Ambil dua kaedah. Kajian ini dibuat untuk mengetahui jika ia dilaksanakan secara wajib, syarikat- syarikat private limited yang ada dalam negara ini berapa ramai akan diberhentikan kerja. Contohnya satu syarikat mempunyai pekerja 100 orang. Apabila gaji dinaikkan menjadi RM900 maka syarikat perlu bayar satu bulan RM90,000. Apakah syarikat mereka sekarang ini dari segi cash flow mampu untuk membayar gaji? Jika tidak, berlaku retrench secara besar-besaran. Jadi semua ini bergantung kepada maklumat statistik. Bukan sahaja soal competitiveness, bukan sahaja soal pelabur-pelabur asing kerana ada waktu kita hendak gaji tinggi, ada waktu orang kata cukup makan pun cukup. Saya pernah didatangi rakan-rakan yang tiada pekerjaan dan berkata berilah kerja. Cukup bayar sewa rumah dengan elektrik pun cukup. Ini yang complicated. Saya pun setuju gaji minimum tetapi perbahasan ini oleh kerana saya rasa elok kalau diadakan satu kaji selidik kedudukan yang saya sebutkan tadi. Sekian, terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, sedikit. Sambung sedikit sahaja. Yang Berhormat Menteri, boleh jawab sekali gus, insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sejak berlakunya kegawatan dan kemelut ini saya ingin tahu berapa banyak pula pengangguran yang berlaku berdasarkan baseline yang lebih awal tetapi baseline lebih awal pun kementerian tiada database atau pangkalan data yang lengkap. Satu masalah. Jadi sudah sampai waktunya supaya perkara yang dibangkitkan itu perlu dan wajib dibuat pendaftaran yang secara wajib walaupun kita tiada unemployment benefit dan sebagainya seperti negara-negara welfare state di barat tetapi perkara itu wajar dilakukan. Itu yang pertama. Kedua, saya hendak beralih sedikit perbincangan minimum wage ini Yang Berhormat Menteri. Untuk kita benar-benar menggapai dan memenuhi cita-cita Menteri Kewangan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melonjakkan negara daripada low middle-income trap kepada high-income ataupun berpendapatan tinggi ini perkara ini bukan hanya melihat kepada minimum wage walaupun itu satu kekangannya. Itu kekangan utamanya tetapi juga pada waktu yang sama kalau kita lihat kepada faktor-faktor lain. Yang Berhormat Menteri sudah sampai waktunya satu kajian menyeluruh. Contohnya ambil sahaja remuneration teaching profession sama ada universiti mahupun sekolah-sekolah berbanding dengan negeri tambak di sebelah sana, kita 10 tahun terkebelakang. Jadi oleh kerana itu, to move ekonomi negara kita ini memang income negara mesti dikaitkan dengan produktiviti, itu betul tetapi sudah sampai masanya juga di samping minimum wage...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit. Di samping minimum wage Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri kita perlu juga melihat kepada seluruh profesion supaya remuneration itu ataupun gaji itu lebih munasabah untuk kita capai satu usaha menganjak dan melonjak negara kepada berpendapatan tinggi. Itu mesti dengan produktiviti. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, jika saya ingat tadi, Yang Berhormat Menteri tadi sudah lepas mengenai minimum wage ya.

Ya, saya sudah bincang dan sudah beri penjelasan. Oleh itu, apa-apa perkara yang sudah dicadangkan tadi kementerian akan bincang di peringkat kementerian. Segala pandangan yang diberi termasuk yang diberi oleh Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Kinabatangan kita akan bincang di peringkat kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, isu perlindungan untuk pembantu rumah asing telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang dan di dalam sistem negara kita sistem perundangan sedia ada telah mencukupi untuk memberi perlindungan kepada pekerja asing wanita yang bekerja di negara kita. Undang-undang perburuhan terutamanya akta kerja telah memberi perlindungan hak-hak dan kebajikan kepada mereka. Mereka boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja dan akan diberi layanan untuk mendapat penyelesaian kepada apa-apa aduan yang...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Boleh minta laluan Yang Berhormat?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bangun]

Nanti saya habiskan ini. Bagi memastikan setiap pembantu rumah asing yang digajikan dan majikan yang menggajikan mereka memahami hak masing-masing satu buku garis panduan mengenai penggajian pembantu rumah asing akan dikeluarkan dan ini akan mengandungi tanggungjawab majikan, tanggungjawab pembantu rumah asing, tanggungjawab agensi pembantu rumah dan nombor telefon, alamat jabatan-jabatan yang boleh berhubung termasuk jabatan imigresen, polis, Jabatan Tenaga Kerja kalau mereka mempunyai apa-apa masalah dan buku ini akan diberikan secara percuma..

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Boleh?

...Kepada setiap PRA terutamanya kepada mereka yang pertama kali memasuki dan bekerja di dalam negara kita. Kementerian Sumber Manusia akan meneruskan kerjasama dengan media masa untuk menerangkan dengan lebih terperinci tentang tanggungjawab hak kebajikan dan kepentingan yang melibatkan majikan dan pekerja asing. Kerajaan memang sedar. Akan tetapi satu perkara yang kita mesti memahami, kita mempunyai lebih kurang 280,000 pembantu rumah asing di dalam negara kita. Kes-kes yang terdapat ialah kurang daripada 50 untuk satu tahun. Kes-kes penderaan ialah satu atau dua. Kalau dari peratusan ialah mungkin lebih daripada 99.9 peratus majikan Malaysia bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja mereka...

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Boleh Yang Berhormat?

Oleh itu perkara ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Habiskan dahulu Yang Berhormat.

...Tidak boleh dibesarkan dan kita pun telah menerangkan kepada negara-negara sumber bahawa majikan di Malaysia masih bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja-pekerja seperti di dalam negara-negara mana pun termasuk negara-negara sumber dari mana mereka datang.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Okey.

Ada manusia yang berlainan. Perkara ini tidak boleh diabaikan. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua jangan mempersoalkan hal ini.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat..

Sokonglah!

Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Okey, terima kasih. Yang Berhormat, walaupun sudah ada perlindungan untuk pekerja-pekerja asing, apakah Yang Berhormat sedar pekerja-pekerja pembantu rumah yang beragama Islam yang datang dari Indonesia contohnya, datang ke Malaysia mereka bekerja di rumah orang-orang bukan Islam. Ini bukan soal perkauman, ini soal agama dan bagi mereka yang beragama Islam, apabila bekerja di rumah bukan orang Islam, kita mendapat maklumat ada yang tidak benarkan sembahyang. Makanan orang Islam dengan bukan orang Islam ada juga berbezanya yang membabitkan soal pegangan agama. Jadi apakah pihak kementerian bercadang untuk mewujudkan satu peraturan, di mana pembantu-pembantu asing Islam daripada negara Indonesia ataupun dari mana-mana negara tidak dibenarkan bekerja di rumah orang bukan Islam.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ramai lagi pekerja lain yang bukan beragama Islam boleh mereka bekerja di rumah-rumah orang bukan Islam. Ini masalah menghormati agama. Ini memang terjadi sekarang ini. Bukan sahaja soal penderaan, ini juga satu beban dosa kalau tidak dibetulkan bagi pihak kerajaan. Sekian, terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh jawab sekali?

Dato' Ismail KassimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Arau.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Arau?

Dato' Ismail KassimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bangkitkan beberapa perkara berhubung dengan pembantu rumah ini. Yang Berhormat, mereka manusia, manusia bermakna layanan harus diberikan setimpal dengan apa yang..., tidak kira dari Indonesia, dari Filipina. Akan tetapi saya nampak ada sedikit perbezaan gaji atau dari segi upah. Saya memuji kerajaan setakat sekarang kita masih terkawal. Cuma yang menjadi isu besar, yang menyebabkan kes-kes di Indonesia yang mereka sekarang ini stop buat sementara waktu kerana kita tidak menyambung perjanjian untuk gaji minimum dan sebagainya yang diminta oleh pihak Indonesia.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, jika seseorang sedang berbahas, Yang Berhormat lain kena duduk Yang Berhormat.

Dato' Ismail KassimUMNO · BNArau

Jadi apakah tindakan yang dibuat oleh pihak kerajaan. Kalau kita membetulkan persepsi salah di antara kita dan Kerajaan Indonesia yang menyebabkan menjadi mainan media massa, sedangkan kalau hendak ikut kes- kes akan melibatkan penderaan ini, negara-negara Middle East pun saya ingat lebih besar daripada itu. Ada yang bawa balik anak setahun seorang.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tanya sahaja, jangan tumpang hujah.

Dato' Ismail KassimUMNO · BNArau

Jadi apa yang saya hendak kata di sini.... Yang Berhormat Kinabatangan sekejap, nanti dia akan bercakap panjang Tuan Yang di- Pertua. Jadi, Yang Berhormat yang perlu dijaga sekarang kita bagi sedikit pembelaan, dan juga kepada pembantu rumah khasnya dari Indonesia yang menjadi isu besar ketika ini, hingga ke peringkat kerajaan sekalipun.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sekali.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Habis itu Kinabatangan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Serai.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Selepas itu Kinabatangan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Menteri. Cara Yang Berhormat Arau hujah saya begitu ghairah sehingga saya lupa mahu duduk. Jadi Menteri, saya dengar dari Yang Berhormat Arau, dari Yang Berhormat Pasir Mas, saya jarang-jarang setuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas walaupun dia dari parti Bebas. Akan tetapi saya percaya Menteri harus memberi perhatian terhadap ini dan dalam Dewan ini beberapa hari yang lalu, apabila saya menyuarakan supaya cadangan SUHAKAM. Pada 11 Ogos tahun lalu, ada cadangan supaya dibenarkan pekerja-pekerja asing ini menubuhkan persatuan mereka. Cadangan saya adalah satu cadangan yang murni, ikhlas, jujur. Akan tetapi saya tidak tahu macam mana Menteri tidak boleh melihat kejujuran saya yang mengatakan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini mukadimah, ada soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Pasal isu persatuan ini telah pun dijawab semalam Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Isu pekerja asing.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ya kah jujur?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, jadi saya mahu tahu pendapat Menteri....

Yang Berhormat Padang Serai mana ada jujur?... [Ketawa]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi, hari ini pekerja-pekerja asing di negara ini kalau ada perangkaan kerajaan saya tidak setuju perangkaan yang diberi, sebab kebanyakan tempat kita melihat peratusan mereka yang bekerja tanpa permit dan pelbagai juga tanpa kawalan dan pelbagai masalah diwujudkan oleh pekerja- pekerja asing ini. Jadi seandainya cadangan saya untuk menubuhkan persatuan mereka jika persatuan itu dapat ditubuhkan oleh mereka, maka akan ada jaringan dan rangkaian seluruh negara, di mana mereka boleh mendaftar dan juga pihak berkuasa senang untuk menangani masalah-masalah ini melalui jaringan-jaringan yang dibina oleh pekerja-pekerja asing ini. Jadi Yang Berhormat Menteri, tolonglah prihatin kepada manusia-manusia ini sebab jawapan yang Menteri bagi itu bagaikan mereka itu bukan manusia.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini pun berhujah juga.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya juga hendak katakan kepada Menteri bahawa saya atau sesiapa pun tidak akan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Terima kasih, terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Menteri saya belum lagi habis.

Belum habiskah? Cukuplah cukup. Saya sudah faham.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Menteri sudah faham, tetapi saya hendak katakan di sini saya tidak akan menyokong seandainya...

Dato' Ismail KassimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Padang Serai, itu bukan pencelahan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

...Mereka mohon untuk permohonan parti politik.

Okey, okey terima kasih, terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kerana Menteri hari itu pandangan sengkek.

Cukuplah, cukup.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh minta sedikit? Terima kasih, saya tidak bahas. Bukan macam Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Bagan Serai, bahas, saya tanya. Menteri...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Padang Serailah, bukan Bagan Serai... [Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya banyak menerima pertanyaan SMS dan telefon. Kenapa terlalu sukar pada ketika ini untuk mendapat pembantu rumah asing ini, di mana masalahnya dan kenapa kita tidak boleh selesaikan sebab sama ada kakitangan kerajaan mereka ada kebimbangan, mereka tidak boleh bekerja sebab pembantu rumah tidak ada. Minta kalau boleh bantu selesaikan perkara ini. Ini baru tanya, jangan berhujah.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, perkara ini kena dibincangkan dengan lebih mendalam dan tengok seberapa besar isu ini dan membuat satu keputusan.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Bukan soal...

Saya boleh jawab tentang itu, tetapi saya terima pandangan yang diberikan supaya dibincangkan.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih.

Untuk memberikan keputusan di sini susah. Tentang..

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Ini serius ini. Ini perkara utama, perkara serius Yang Berhormat.

Terima kasih. Tentang isu hubungan di antara Malaysia dan Indonesia, akibat daripada isu pekerja-pekerja yang ada di sini. Itu tidak berkaitan dengan sambungan MoU, tidak. Sampai sekarang di dalam perbincangan kita isu gaji tidak dibangkitkan. Apa yang terjadi, punca perbincangan ini ialah tentang kebajikan pekerja-pekerja di sini dan kita telah mengadakan dua perbincangan sebelum ini di peringkat jawatankuasa, di mana isu-isu berkenaan sudah dibincangkan. Dan pada pagi ini pun sebelum ini dalam perbincangan dua hala, saya telah mendapat peluang untuk berjumpa dengan Menteri Tenaga Kerja dari Indonesia, di mana kita telah bincang tentang hal ini dan petang ini kita ada perbincangan khas dengan Menteri dan kita berharap melalui ini kita boleh menyelesaikan isu-isu ini supaya perhubungan rapat yang ada di antara Indonesia dan Malaysia boleh dikawal.

Ini Menteri sangat bagus.

Minta laluan sedikit.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Nanti dahulu, belum habis jawab macam mana hendak bagi laluan.

Saya telah memberi jawapan bahawa kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan semua pekerja di dalam negara ini termasuk pekerja asing diberi perlindungan, hak mereka dan kebajikan mereka terpelihara. Di dalam hal ini dan tanggungjawab itu kita akan meneruskan. Saya telah pun memberitahu semalam bahawa pekerja-pekerja asing yang di sektor-sektor tertentu mereka boleh menjadi ahli di dalam kesatuan-kesatuan sekerja yang sudah ada dan melalui keahlian di situ, mereka akan diberi perlindungan. Oleh itu, itulah pendirian. Saya akan teruskan isu latihan dan kemahiran.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rantau Panjang bangun, Yang Berhormat Menteri.

Sikit saja Yang Berhormat Menteri.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang saya tanya belum kena jawab, Yang Berhormat Menteri. Kenapa payah sangat?

Ya, kita akan bincang dan kalau pembekuan yang dibuat oleh Indonesia sudah diberhentikan, maka mereka boleh masuk balik dan penyelesaian boleh dicapai. Ya.

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik tentang isu kebajikan pekerja asing terutama kalau kita melihat beban yang ditanggung oleh pekerja-pekerja ini. Bukan sahaja mereka menanggung untuk membersihkan rumah, tetapi memelihara kanak-kanak. Kadang-kadang menjaga warga emas. Di masa yang sama kena jaga kebun, di masa yang sama kena masak dan sebagainya. Kadang-kadang berkongsi. Ini adalah satu perkara yang sangat membebankan. Mana mungkin dapat dilaksanakan oleh seseorang individu dengan tugas yang begitu banyak. Jadi saya harap pertimbangan ini diambil kira oleh pihak kementerian dalam menentukan kebajikan pekerja asing terutamanya. Kedua, saya ingin penjelasan apakah akta yang ada setakat ini terhadap warga pekerja-pekerja yang dirogol oleh majikan. Saya bertemu dengan satu kes bagaimana pekerja asing ini dirogol oleh majikan.

Namun begitu apabila membuat laporan polis, seolah-olah polis tidak mengambil ini satu perkara penting. Jadi penting hanya penderaan fizikal. Jadi sejauh mana perkara ini termaktub dari segi undang-undang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

...Dan apakah kerajaan bercadang untuk menggubal satu akta di masa akan datang untuk memastikan pekerja asing ini dibela.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat tidak membawa isu-isu yang baru.

Ini isu yang baru tetapi kes-kes rogol pekerja asing, pekerja tempatan atau sesiapa pun, polis yang akan menangani ini. Kalau laporan dibuat kepada polis dan undang-undang di negara kita akan mengambil tindakan ke atas itu. Yang Berhormat Selayang telah membangkitkan isu berkenaan dengan latihan kemahiran pekerja tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa meningkatkan usaha bagi menyediakan pekerja mahir yang diperlukan oleh industri untuk memastikan negara mempunyai tenaga kerja mahir yang mencukupi di semua kategori pekerjaan dan tahap kemahiran. Kerajaan telah mewujudkan Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembangunan Modal Insan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kementerian Sumber Manusia juga telah melancarkan Pelan Induk Latihan dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan bagi menyediakan satu landasan untuk mengeluarkan tenaga kerja mahir yang berkualiti dan relevan. Pelan induk ini merangkumi teras strategik memenuhi keperluan tenaga kerja mahir oleh industri melalui perluasan penggunaan prasarana latihan dan kepakaran daripada industri serta peralihan ke sistem latihan yang berbentuk industri...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Kementerian juga telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Keperluan Tenaga Kerja Mahir bagi pelaburan baru yang bertujuan memenuhi keperluan tenaga kerja mahir, para pelabur mengikut bilangan bidang dan tahap kemahiran atau pendidikan. Bagi memastikan negara mempunyai pekerja yang berkemahiran dan menepati kehendak industri, Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia dengan usaha sama industri telah membangunkan standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau NOSS sebagai penanda aras latihan di sebuah institusi latihan kemahiran. Justeru, lepasan daripada institusi latihan kemahiran mempunyai tahap kemahiran dan kebolehan pekerjaan yang tinggi dalam bidang masing-masing. Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya kerana ini benar-benar menggamit perhatian dan minat dalam rangka membina satu human capital yang mempunyai total productivity factor yang tinggi. Persoalan yang saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri ialah, bilakah akan dilaksanakan atau telah dilaksanakan dan apa ukuran kepada kejayaannya kerana kita telah lihat juga banyak dana ini dibekalkan atau diperuntukkan tetapi akhirnya yang diberikan adalah kepada badan-badan konsultan yang tidak pun sebenarnya terlibat dalam industri, they are not actually industrialist themselves, dengan izin. Mereka itu hanyalah barangkali golongan akademik dan tidak ada sebenarnya satu pengalaman yang mana track record menjadikan Kapitan of industry. Saya ingin tahu kerana ini adalah penting dari sudut kejayaan dan keberkesanannya. Bolehkah Yang Berhormat Menteri tolong perjelaskan? Terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua.

Tambahan sikit.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih. Kebelakangan ini Yang Berhormat Menteri, saya banyak dengar keluhan dan rintihan serta tangisan air mata dari kalangan masyarakat India mengenai Kolej Tafe yang menjadi milik MIED.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kolej Tafe ini yang mengeluarkan ramai pakar-pakar dalam bidang skilled workers ini dikatakan akan dianjakkan oleh bekas Menteri Kerja Raya S. Sammy Vellu dan juga masyarakat India berpendapat bahawa saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri...

Tuan Yang di-Pertua, ini luar...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, ini tidak payah masuk, Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini berkenaan dengan satu kolej yang mengeluarkan pekerja-pekerja asing dan dikatakan akan dibawa lari oleh seorang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Tidak berkaitan pun.

Ini luar daripada tajuk. Saya tidak akan jawab dan kita boleh bincang di luar dan Yang Berhormat telah pergi kah...?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, minta maaf Yang Berhormat. Isu ini tidak berkaitan dalam isu yang kita bahas.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

...Presiden dia tidak ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya minta Yang Berhormat duduk, Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, sebentar Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat duduk, Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Saya mahu Yang Berhormat Menteri jawab.

Saya hormat Yang Berhormat sebagai wakil rakyat tetapi tanyalah yang betul supaya boleh dapat jawapan yang betul.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tidak ada. Ini berkenaan dengan kolej yang mengeluarkan pekerja-pekerja mahir. Skilled workers...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Jangan gunakan. Ini keluar. Saya jawab tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor iaitu tentang ukuran kejayaan kita. Memang itu satu perkara yang...

Isu yang sama.

Kita pun telah mengambil kira. Salah satu perkara yang ada pada masa sekarang ialah lebih dari 70 peratus sampai 80 peratus daripada mereka yang keluar daripada institusi-institusi latihan kemahiran kita berjaya untuk mendapat peluang kerja di dalam jangka masa enam bulan. Ini adalah satu ukuran yang kita ada untuk menunjukkan bahawa mereka yang keluar mempunyai kemahiran yang cukup supaya diserap di dalam industri. Selain daripada itu, tentang tahap yang dicapai oleh mereka dan adakah ia cukup seperti yang dikehendaki oleh industri itu ialah satu soalan yang masih kita pun di dalam pelan induk yang telah dikeluarkan ini...

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

[Bangun]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

[Bangun]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Satu pendekatan baru di mana latihan-latihan yang akan dijalankan akan pada masa depan sudah dimulakan pada masa sekarang dan akan dibuat secara cooperation dengan industri.

Ini iaitu industri akan memainkan peranan yang lebih aktif di dalam penubuhan kurikulum untuk memutuskan tahap latihan dan industri akan menjadi tempat di mana latihan akan dibuat. So, melalui ini, kita akan memastikan bahawa mereka yang akan keluar ini akan mempunyai kebolehan dan kemahiran seperti yang diharapkan oleh industri. Boleh saya teruskan dengan...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sikit saja.

Okey, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Arau.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Ya. Yang Berhormat Padang Serai, saya dapat laluan, ya. Jangan super active. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bila kita bangkitkan tentang latihan yang kita berikan kepada semua pusat-pusat kemahiran sama ada bernaung di bawah Kementerian Yang Berhormat ataupun di bawah kementerian-kementerian yang lain, saya lihat penyertaan rakyat tempatan, rakyat kita seperti Yang Berhormat Kuala Selangor bangkitkan berkurangan sedangkan pemuda-pemuda kita ini mereka lebih memilih untuk tidak mahu masuk kerana mereka merasakan itu bebanan, tidak minat dan sebagainya. Kebanyakan seperti ABM, Pusat GIATMARA mengambil orang-orang asing. Di ABM contohnya. Pekerja asing mereka mendaftar, mereka bayar, mereka dapatkan sekeping sijil untuk pembinaan. Mereka kemudian keluar untuk pergi ke Dubai dan mana-mana negara Arab. Mereka dapat jadi site supervisor. Bermakna kata begitu diiktiraf oleh negara-negara lain tentang taraf, syllabus yang ada pada pusat- pusat kemahiran kita. Jadi apa langkah-langkah kementerian bagi menarik minat untuk memberi keutamaan kepada golongan muda yang ada di negara kita supaya peruntukan-peruntukan, tempat-tempat yang begitu baik, dengan equipment yang serba-serbi sofistikated dan terkini ini dimanfaatkan oleh rakyat kita dulu. Saya faham Giat Mara baru-baru ini offer kepada rakyat Thailand. Kita bagi elaun lagi untuk kursus menjahit kerana dibuka begitu lama tetapi tidak ada penyertaan rakyat tempatan. Kenapa ini harus terjadi, apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

Terima kasih Yang Berhormat. Memang salah satu daripada tanggungjawab kita ialah untuk memupuk lagi kesedaran di dalam kalangan pemuda-pemudi kita supaya memberi, melihat kepada bidang kemahiran sebagai satu kemahiran yang baik. Ini kerana di Malaysia ada satu tanggapan yang salah bahawa melainkan mendapat ijazah di universiti atau diploma di politeknik, latihan-latihan di institusi kemahiran dia nampak secara rendah.

Jadi mesti dipindahkan, minda ini dan di peringkat kementerian kita ada menjalankan banyak program motivasi dan program-program menambahkan kesedaran. Pada tahun yang lalu kita telah membawa penglibatan pemimpin-pemimpin di akar umbi termasuk penghulu, ketua-ketua kampung supaya mereka boleh bantu kita dalam usaha untuk menarik mereka untuk datang dalam program. Mengambil bahagian dalam usaha untuk meningkatkan penglibatan pemuda-pemuda negara kita, supaya mereka boleh masuk dan mendapatkan latihan di dalam bidang-bidang kemahiran. Kita akan jalankan berterusan.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Saya pun mohon kerjasama daripada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya boleh memainkan satu peranan yang lebih aktif dan proaktif. Untuk memastikan di kalangan rakyat kita, khasnya golongan muda, mempunyai sikap yang terbuka bukan sahaja untuk mendapat kemahiran tetapi sikap di dalam budaya kerja. Perkara itu pun menjadi satu isu, dan sikap untuk meninggikan produktiviti ini yang menjadi isu. Ini ialah satu masalah bukan sahaja untuk kerajaan tetapi masalah kepada semua orang supaya kita boleh menghadapi ini. Saya akan beralih kepada tajuk baru iaitu pelantikan Pengerusi Mahkamah Perusahaan (MP)...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon...

Nanti selepas ini. Mahkamah Perusahaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Sungai Siput. Tuan Yang di-Pertua, seorang yang dilantik sebagai presiden atau Pengerusi Mahkamah Perusahaan adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Seksyen 23A Akta Perhubungan Perusahaan telah menetapkan kelayakan bagi seorang Presiden dan Pengerusi Mahkamah Perusahaan. Kelayakan yang ditetapkan adalah tujuh tahun pengalaman sebagai seorang peguam bela dan peguam cara atau ahli perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atau perkhidmatan perundangan atau salah satu daripadanya. Selain daripada itu kelayakan perundangan kemahiran dan pengalaman dalam hal ehwal perburuhan apabila justification, kes juga suatu keperluan. Bagi mempercepatkan penyelesaian kes-kes rayuan pemulihan kerja, kementerian sentiasa berusaha untuk meningkatkan penyelesaian kes secara rundingan damai tanpa perlu dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan. Mahkamah Perusahaan sentiasa untuk mempercepatkan kes-kes yang dirujuk ke Mahkamah Perusahaan dan saya juga telah meminta supaya kes yang dirujuk kepada mahkamah diselesaikan dari tempoh lapan bulan mulai Januari 2010. Pihak kerajaan sedar tentang masa panjang yang diambil apabila satu keputusan Mahkamah Perusahaan dirujuk kepada Mahkamah Tinggi untuk semakan semula kehakiman atau judicial review. Meskipun dalam hal ini pihak kerajaan mempunyai hasrat yang tinggi agar setiap kes dapat diselesaikan sehingga peringkat Mahkamah Perusahaan sahaja. Namun pihak kerajaan tidak dapat menghalang mana- mana pihak mengambil tindakan lanjut terhadap keputusan Mahkamah Perusahaan melalui proses perundangan seperti memfailkan permohonan bagi semakan semula kehakiman di Mahkamah Tinggi. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan kini sedang mencari pendekatan- pendekatan baru yang terbaik bagi memperbaiki sistem yang sedia ada. Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.

[Bangun]

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada dua hal, pertama mengenai kes-kes dari Mahkamah Perusahaan di mana selepas satu keputusan dibuat mereka boleh merayu di Mahkamah Tinggi. Saya telah bangkitkan masalah ini lebih kurang sepuluh tahun dahulu di mana kerajaan menyatakan bahawa pada dasarnya ada polisi untuk menubuhkan satu Mahkamah Rayuan Perusahaan kerana ada specialty, ini kerana kita ada masalah di mana kes-kes dirayu ke Mahkamah Tinggi, hakim-hakim yang tidak berapa berpengalaman untuk membuat kes-kes ini. Apa sudah terjadi kepada projek tersebut? Keduanya, saya difahamkan kebelakangan ini Yang Berhormat Menteri, bahawa ada beratus-ratus kes yang belum dibuat keputusan untuk merujuk ke Mahkamah Perusahaan oleh kementerian. Bolehkah usaha dibuat supaya perkara-perkara ini dirujuk dan adakah KPI dikenakan untuk perkara-perkara berkaitan? Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri bersekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, isu yang saya bawa ialah isu selepas Industrial Court walaupun seksyen 23 menyatakan kelayakan hakim itu terlepas juga. Di mana Yang Arif Rajasegaran diarah supaya tidak dijadikan hakim disebabkan tidak tujuh tahun menjadi practitioner. Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya cakap pada perbahasan itu ialah selepas Industrial Court kita kena pergi ke High Court kalau kita mendapat kerunsingan ataupun tidak ada persefahaman, penyelesaian di Mahkamah Perusahaan. Yang saya maksudkan ialah selepas itu ke mana? Pakar-pakar buruh hanya ditarafkan Industrial Court, bila pergi ke Mahkamah Tinggi sudah lain bunyinya. Seperti mana di dalam mahkamah yang lalu, membuat keputusan bahawa memang dia melanggar Perlembagaan Persekutuan. Kes saya dengan MTUC tetapi hakim menjatuhkan yang cukup luar biasa, jadi cadangan saya ialah seperti mana yang saya beritahu bila masuk ke Mahkamah Persekutuan, hakim letak kepala di sini dia pening apa isunya?

Akhirnya dia membuat satu hukuman yang begitu mendukacitakan, sudah jadi satu award. Cadangan saya ialah tidakkah kementerian bercadang untuk mengadakan satu Mahkamah Tinggi Pekerja, Mahkamah Rayuan Pekerja dan Mahkamah Persekutuan Pekerja yang dikendalikan oleh pakar-pakar buruh dan bukan pakar-pakar criminal. Jadi ini yang saya maksudkan. Adakah Yang Berhormat Menteri ada kerangka begitu? Kalau tidak ada begitu terus kita ambil alih esok kita buat. Yang mana dahulu, didahulukan. Terima kasih.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, saya mahu tahu masa depan Tech macam mana, sebab tadi bila saya minta bangun...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Bila saya bangun, Yang Berhormat Menteri telah katakan saya boleh tanya kemudian. Jadi saya mahu tahu masa depan Tech macam mana sebab...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat saya tahu isu ini dan Yang Berhormat telah membuat siaran akhbar. Saya baca Malaysiakini pun Yang Berhormat telah buat isu ini. Isu ini tidak sesuai dibawa pada ketika ini.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Akan tetapi ini...

Biar saya jawab kepada apa yang telah dibangkit oleh Yang Berhormat Ipoh Barat dan yang telah dijelaskan Yang Berhormat Kuala Langat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kita sedang dalam penggulungan Menteri Sumber Manusia, tidak berkaitan dengan Tech Yang Berhormat.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Ini merupakan Kolej Tech yang menjadi tempat kemahiran pemuda-pemuda di negara ini. Jadi saya mahu Menteri ini apa masa depan Tech.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat.

Saya menerima kedua-dua pandangan yang diberi iaitu sebagai satu cara untuk menghadapi isu, di mana selepas keputusan sudah dibuat oleh Mahkamah Perusahaan apa tindakan yang sepatutnya boleh dilakukan. Memang pada masa sekarang ialah melalui sistem judicial review kedua-dua Yang Berhormat Ipoh Barat dan Kuala Langat telah memberikan cadangan-cadangan yang lain. Satu ialah untuk appeal tribunal untuk Mahkamah Perusahaan dan satu lagi ialah satu Mahkamah Khas untuk kes-kes perhubungan perusahaan di dalam peringkat Mahkamah Tinggi. Jadi biarlah di peringkat kementerian untuk membincangkan perkara ini sebelum saya memberi apa-apa pandangan.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Menteri, saya ada katakan sepuluh tahun dahulu, kerajaan telah mengisytiharkan...

Akan tetapi saya tidak boleh memberi apa-apa keputusan pada masa sekarang, tidak ada institusi sedemikian. Baru sekarang dicadangkan, kita telah pun menerima pandangan sedemikian daripada pihak-pihak yang lain. Termasuk Bar Council dan kita akan bincang kalau mahu di dalam caucus level di dalam Parlimen. Di mana kita boleh tengok apa langkah yang boleh diambil. Kalau ada langkah yang baik akan menjimatkan masa untuk rakyat memang kerajaan terbuka untuk sistem itu. Biarlah saya teruskan dengan isu yang dibangkitkan...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Menteri boleh jawab atau tidak Yang Berhormat Menteri berkaitan Tech, kaitan Tech dengan MIC dan masa depan syarikat AIROD...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

...Yang Berhormat Kuala Langat iaitu Syarikat AIROD iaitu untuk makluman Yang Berhormat Kuala Langat Syarikat AIROD mempunyai kesatuan dalaman iaitu Kesatuan Eksekutif AIROD Sdn. Bhd. dan Kesatuan Pekerja-pekerja AIROD Sdn. Bhd. yang mewakili para pekerja.

Oleh yang demikian, para pekerja di AIROD Sdn. Bhd. boleh menyalurkan ketidakpuasan hati mereka kepada kesatuan dan seterusnya kesatuan boleh mengemukakan isu ini kepada majikannya. Sekiranya tiada penyelesaian di peringkat rundingan di antara majikan dan kesatuan pekerja, perkara ini boleh dilaporkan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan untuk diambil tindakan sewajarnya. Oleh yang demikian telah ada mekanisme yang boleh diguna pakai oleh pekerja-pekerja untuk membela nasib mereka. Yang Berhormat Seputeh telah membangkitkan isu...

Yang Berhormat Menteri minta laluan, minta pencelahan.

Pengambilan pekerja asing.

Minta pencelahan AIROD.

Nanti, nanti.

AIROD, yang tadi AIROD.

Okey, sila.

Yang Berhormat Menteri sepertimana yang telah saya laporkan dalam perbahasan Tuan Yang di-Pertua, iaitu AIROD telah pun check off, yuran itu telah dibatalkan. Walaupun seksyen 25 mengatakan dibenarkan untuk dibuat check off yuran itu, tetapi sekarang ini pengurusan AIROD telah pun menarik balik setelah penyelesaian perjanjian bersama tidak dibuat. Mereka tekan kepimpinan pegawai-pegawai AIROD dan mereka mengambil ruang itu untuk memecahbelahkan. Apa yang dilaporkan, mereka merujuk kepada Yang Berhormat Menteri untuk penyelesaian tentang check off dan perjanjian bersama telah dibuat di mahkamah.

Soalan saya ialah tahap kementerian sekarang ini apa sudahnya? Adakah Menteri mengarahkan AIROD yang durjana ini tarik balik check off itu. Itu penting sebab check off itulah nadi kesatuan. Terima kasih.

Tindakan yang diambil oleh kementerian terhadap isu ini saya perlu kaji balik dan beri jawapan secara bertulis. Isu tentang pengambilan pekerja asing. Tuan Yang di-Pertua, ketika negara menghadapi krisis ekonomi, kerajaan telah mengambil langkah untuk membekukan kemasukan pekerja asing bagi sektor tertentu supaya peluang pekerjaan untuk pekerja tempatan tidak terjejas. Namun demikian, jika keadaan memerlukan, kerajaan sedia menimbang untuk memberi kelonggaran pengambilan pekerja asing bagi sektor pembuatan seperti elektrik dan elektronik, tekstil, perabot, sarung tangan getah dan plastik. Ini bertujuan memastikan supaya operasi kilang-kilang berkenaan tidak terjejas dan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pengimport dari seluruh dunia. Namun demikian, sebagai langkah jangka masa panjang, kementerian akan memastikan keutamaan penggajian pekerja tempatan sentiasa didahulukan. Yang Berhormat Sibuti pun telah membangkitkan berkenaan isu Sijil Kemahiran Malaysia level keempat. Dalam pembentangan Bajet 2010, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan kerajaan akan mengiktiraf SKM tahap 4 ke atas supaya setaraf dengan aliran akademik. Dengan pengiktirafan ini, pemegang SKM berkenaan layak memohon untuk berkhidmat di sektor awam, manakala bagi mereka yang berkhidmat di sektor swasta, dapat menikmati gaji setaraf dengan pemegang diploma. Bagi maksud tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam telah pun memberikan kerjasama sepenuhnya dengan hasrat kerajaan untuk memasukkan kelayakan SKM tahap 4, dan 5 setaraf dengan diploma dan diploma lanjutan sebagai salah satu kelayakan masuk dalam skim-skim perkhidmatan yang sedia ada. Kementerian sedang mengenal pasti keperluan pekerjaan baru melalui kajian analisis pekerjaan bagi menyokong dan melahirkan tenaga mahir yang mencukupi di dalam sektor-sektor yang dikenal pasti sebagai sumber pertumbuhan baru ekonomi negara yang menyediakan peluang pekerjaan ke arah high economy. Ini termasuklah pekerja mahir dalam bidang teknologi solar, teknologi hijau dan teknologi-teknologi yang baru.

[Bangun]

Yang Berhormat Klang telah membangkitkan tentang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, hendak beri jalan tidak, Yang Berhormat?

Celahan Yang Berhormat Menteri.

Nanti. Selepas ini. Berkenaan dengan isu Pakej Rangsangan Ekonomi. Kementerian Sumber Manusia telah diperuntukkan lebih kurang RM335 juta bagi melaksanakan program Train and Place di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 1 dan 2 sehingga sebanyak RM320 juta telah di commit bagi program ini untuk melatih seramai 35,926 orang untuk dibuat penempatan pekerjaan di dalam 17 sektor. Pada masa yang sama, kementerian telah mewujudkan 4,130 tempat pekerjaan kepada perantis-perantis di bawah Sistem Latihan Dual Nasional Khas. Selain itu, KSM juga telah memberikan latihan kepada 2,140 orang ibu tunggal dalam pelbagai bidang seperti menjahit, memasak, bakery dan andaman pengantin. Di samping itu, seramai 40,432 orang telah diberi kemahiran dalam bidang keusahawanan. Siapa tadi itu? Ya, Yang Berhormat Kuala Langat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seperti mana yang kita ketahui bahawa pekerja asing ini... Saya ke belakang sedikit sebab Menteri sudah laju ke depan. Iaitu mengapa ada sedikit ketidaksesuaian di antara pekerja tempatan dan pekerja asing dalam satu sektor. Saya ingin tegaskan bahawa pekerja asing ini memang terlindung di bawah Akta Pekerja 1955. Soalan saya ialah, kedapatan kebanyakan syarikat menggunakan pekerja asing dan melanggar Akta Pekerja 1955 terutama sekali dalam seksyen 60(a), iaitu bekerja lebih masa daripada apa yang diwajibkan. Jadi cadangan saya ialah, adakah kementerian memantau syarikat-syarikat yang telah mengambil pekerja asing dan mengajikan mereka dengan kerja sampai 12 jam, 16 jam tetapi gajinya tidak dikawal dalam bentuk perbezaan tempatan dan asing. Saya ingin sarankan bahawa kementerian harus memberikan amaran kepada semua yang mengambil pekerja asing supaya mereka ini patuh dan akur kepada Akta Pekerja 1955. Dengan yang demikian, akan mengangkat sedikit ruang pekerja tempatan untuk diisi dengan kesesuaian di bawah seksyen 60(m), iaitu keutamaan harus diberikan kepada pekerja tempatan. Pekerja asing ini sebagai pekerja sokongan yang boleh kita utilize kan untuk setiap sektor. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Berkenaan dasar pengambilan pekerja- pekerja asing. Kalau kita tengok dasar kerajaan, dari mulanya mereka mengatakan bahawa dasar ini adalah membenarkan pekerja-pekerja asing terutamanya di 3D itu. Akan tetapi, sekarang nampaknya dasar itu sudah menjadi keliru. Saya rasa tidak ada dasar langsung. Ia sesiapa juga asalkan tokeh-tokeh ada connection dengan kerajaan, mereka boleh membawa pekerja seberapa banyak yang mereka suka. Bagaimana kita dapat elakkan itu? Itu nombor satu. Kedua, bagaimana pekerja-pekerja asing mengambil pekerjaan-pekerjaan rakyat kita? Itu menjadi satu masalah yang sangat serius. Apa yang dibuat untuk mengelakkan daripada perkara ini terjadi?

Tuan Yang di-Pertua, pendirian kerajaan memang jelas bahawa kerajaan memberi keutamaan kepada pekerja-pekerja tempatan. Kita telah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan pekerja- pekerja asing tetapi apa yang berlaku ialah, seperti mana yang telah saya sebut tadi, selepas ekonomi dunia sudah pulih kembali, industri-industri kita seperti industri elektronik, glove manufacturing di dalam bidang furniture dan tekstil, mereka telah mendapat tempahan baru. Orders yang banyak daripada rakan perniagaan mereka dan pada masa itu mereka menghadapi kekurangan bilangan pekerja.

Apa yang telah mereka memberitahu kepada kita ialah, bahawa mereka telah berusaha untuk mendapat pekerja-pekerja tempatan tetapi tidak berjaya dan kalau kerajaan tidak membenarkan mereka untuk mendapatkan pekerja asing, maka mereka tidak boleh bersaing dalam industri ini dengan negara-negara yang lain dan ada kemungkinan mereka akan pindah ke negara-negara lain kerana kekurangan tenaga kerja. Kalau itu berlaku, kalau tiap-tiap majikan, kalau kita ambil keseluruhan bilangan pekerja di dalamnya, daripada pengurusan hingga ke bawah, kebanyakan hampir 70 peratus ialah pekerja-pekerja tempatan dan 30 peratus ialah pekerja-pekerja asing. Sekiranya 30 peratus pekerja asing mereka telah ada, maka 70 peratus yang lain adalah untuk pekerja tempatan mendapat peluang pekerjaan. Oleh itu, apabila kerajaan di dalam satu keadaan, dari segi ekonomi negara, dari segi pertumbuhan ekonomi dan dari segi untuk mengawal kebajikan 70 peratus pekerja tempatan yang kerja dalam industri-industri, kita mesti mengambil tindakan- tindakan yang diperlukan pada masa itu. Akan tetapi untuk jangka masa panjang, apa yang telah disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita semasa kita tuju ke era high skill economy, memang kita akan memberi tumpuan supaya rakyat kita dengan kemahiran yang lebih tinggi dan dengan pendapatan yang lebih tinggi, industri pun akan ubah daripada low skill labor intensive kepada high skill low labor industry di mana kita boleh mengurangkan keperluan pekerja-pekerja asing. Itulah hasrat kerajaan dan memang ini akan mengambil jangka masa untuk menjayakannya dan mencapai hasrat itu. So, di dalam hal itu, untuk sementara waktu kerana ada keperluan daripada industri, kerajaan telah membenarkan ini tetapi memang jelas saya memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan memang jelas di dalam pendirian kita memberi keutamaan kepada pekerja tempatan dan sebagai langkah jangka masa panjang untuk mengurangkan pekerja-pekerja asing. Tuan Yang di-Pertua, itulah isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan sebagai penutup...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan.

...Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Sedikit, sedikit.

...Yang telah membangkitkan...

Menteri, retrencment fund..

...Isu-isu berkaitan Kementerian Sumber Manusia...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

...Retrenchment fund...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

...Retrenchment fund.

...Retrenchment fund.

Retrenchment fund Tuan Yang di-Pertua, kita telah mengkaji ILO untuk membuat kajian dan mereka akan memberi laporan pertama sebelum bulan November dan laporan muktamad mungkin sebelum Mac 2010. Selepas mendapat laporan daripada ILO, kementerian akan membuat keputusan berasaskan cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh ILO.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Yang Berhormat Menteri, Sexual Harassment Bill, bila akan bawa ke Parlimen?

Untuk sexual harassment, kita telah cuba untuk bawa dalam sitting ini tetapi tidak berjaya. Kita akan bawa di sitting yang akan datang.

Yang Berhormat Menteri, saya hendak...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Sexual Harassment Bill?

Sexual harassment sebagai satu kandungan di bawah Akta Kerja.

Yang Berhormat Menteri saya minta dua. Satu saya sudah tanya dengan perbahasan yang lalu tentang pindaan di bawah Seksyen 30 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan juga saya memohon supaya seksyen 9 dipertimbangkan sebab kerana kes yang saya bawa Tuan Yang di-Pertua soal Nur Azian binti Dollah melawan Kelab Golf Negara Subang yang mana kes itu enam tahun dapat pampasan 24 bulan. Saya cadangkan Menteri supaya seksyen 30 ini dikaji semula dengan serius.

Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan electronic engineer.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat kerana telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dan kalau yang tidak sempat saya menjawab dalam peringkat ini.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya, electronic engineer.

Saya ingin memaklumkan bahawa Kementerian amat menghargai pandangan, cadangan,komen dan teguran yang diberikan. Kami akan mengambil perhatian ke atas segala tindakan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Menteri ini bukan kelas, tidak payah baca.

Kalau ada apa-apa perkara yang berbangkit, kita akan jawab secara bertulis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak salah Yang Berhormat dia sudah jawab. Dia kata mana-mana yang tidak dijawab akan dijawab secara bertulis jawapan... [Ketawa]

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Dulu Samy Vellu pun macam ini jawab tetapi bawa lari semua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sabar Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu dulu, sekarang tidak, okey.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Sekarang pengikut dia sama juga... [Dewan Riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya bercakap mengikut Peraturan Mesyuarat... [Dewan Riuh] Saya jemput Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan... [Dewan Riuh]

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Bera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian memberi pandangan dan teguran serta mengutarakan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ataupun KPDNKK. Pandangan-pandangan serta isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat akan membantu kementerian ini dalam usaha memperkukuhkan program-program serta dasar-dasar yang ada demi kebaikan rakyat bersama. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi maklum balas kepada perkara dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kalabakan dan Ahli Yang Berhormat Rantau Panjang mengenai penguatkuasaan gula yang diseludupi oleh negara jiran begitu juga yang berkaitan dengan penyeludupan petrol ke negara jiran. Memang kita sedari bahawa terdapat kes- kes penyeludupan gula dan petrol yang berlaku di kawasan sempadan sama ada ke Thailand, Indonesia, Filipina, atau Singapura.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Bera

Kes ini berlaku kerana harga yang jauh bezanya di antara negara kita dan negara jiran, misalnya di Thailand berharga RM2.50 dan di negara kita hanya berharga Rm1.45 kerana subsidi yang begitu besar yang diberikan oleh kerajaan. Bagi membendung penyeludupan ini secara berleluasa, pihak penguatkuasaan pihak KDNKK bekerjasama dengan authorities yang lain seperti Unit Pencegah Penyeludupan, pihak kastam, pihak marine, pihak polis, dan lain-lain dengan memperketat kawalan di sempadan. Pemeriksaan tidak hanya bukan terhadap lori-lori kontena tetapi juga kepada kereta-kereta kecil yang merentasi kawasan sempadan. Arahan juga dikeluarkan untuk merampas dan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang membawa gula walaupun jumlahnya kecil seperti 1kg sekalipun akan dikenakan tindakan rampasan serta tindakan undang-undang. Malah setiap kenderaan melalui sempadan akan diberikan senarai barangan yang tidak boleh dibawa merentasi sempadan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita mengalu-alukan segala tindakan pihak kerajaan untuk membanteras penyeludupan beras, gula dan keperluan harian yang lain. Soalan saya kepada Menteri adalah ini adalah penyelewengan, apakah tindakan pihak Kementerian terhadap penyelewengan kebocoran dalaman yang berlaku. Saya bagi contoh bulan depan rakyat Malaysia akan menanggung harga beras yang lebih tinggi kerana kerajaan tidak mampu lagi menawarkan subsidi beras kepada rakyat. Maka rakyat yang miskin semua perlu isi borang. Saya difahamkan 24 orang perlu diisi serta satu perkara yang amat memeranjatkan pihak sebelah sini ialah yang boleh tandatangan atau rekomen atau memberi sokongan untuk rakyat menerima kupon hanya Ketua Bahagian UMNO sahaja dan bukannya Ahli Parlimen. Saya hendak tanya ini tabung UMNO atau tabung wang rakyat, jika tabung wang rakyat, mengapa wakil rakyat terpinggir dan wakil rakyat diketepikan. Apa kena mengena dengan parti politik apabila kita wakil rakyat yang turun padang tahu sebenarnya siapa yang layak menerima kupon. Saya harap Yang Berhormat Menteri pandang serius terhadap perkara ini kerana kita sudah tidak tahan lagi, peruntukan sebelah sini sudah dirampas tetapi sehingga kali ini, borang pun tidak dapat tandatangan. Dulu Yang Berhormat Kuantan pernah bangkit perkara yang sama iaitu tentang borang kebajikan masyarakat, juga Ketua UMNO, apa kena mengena dengan parti politik. Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh jawab secara profesional. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, sebelum itu saya sambung lagi dengan kawalan sempadan tadi kerana ada kaitan, kebocoran di dalam negara juga kita sekat kerana tindakan-tindakan penguatkuasaan juga dijalankan terhadap pemborong, peruncit dan sebagainya di dalam negara. Saya hendak sambung mengenai tindakan yang kita ambil mengenai membasmi bekalan keluar ataupun diseludupkan ke luar negara, antaranya ialah melalui larangan eksport melalui jalan darat, tidak dibenarkan gula dieksport melalui jalan darat kerana bagi mengelakkan terjadi penyeludupan. Pegawai-pegawai Perdagangan Dalam Negeri ditempatkan di semua sempadan. Kita juga telah pasukan khas ataupun task force untuk menangani isu ini...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh bertanya Yang Berhormat Menteri?

Sekejap saya habiskan ini dulu. Pemeriksaan dan auditing di kilang-kilang pemborong dan industri, pihak kementerian meletakkan pegawai di setiap kilang gula supaya kita boleh pastikan setiap gula yang dikeluarkan di kilang dikesan berapa banyak jumlah yang dikeluarkan dan berapa banyak sampai ke tangan pemborong dan sebagainya. Ini untuk mengelakkan lori-lori yang membawa kilang tidak diselewengkan ke tempat lain.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Beras?

Ya, beras itu nanti saya cerita lain.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Tentang borang subsidi beras itu.

Ya, saya sambung, saya tidak lupa, saya profesional, saya jawab secara profesional, kita sama-sama profesional. Pemantauan lori saya sudah sebut. Tentang beras...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sebelum ke beras boleh saya tanya?

Sekejap saya jawab ini sebab soalan dikemukakan lebih awal. Dari segi beras, yang pertama, saya ingin menafikan mengenai tidak ada kerajaan tidak memberikan subsidi kerana kerajaan masih memberikan subsidi kepada beras ST15 tetapi memberikan subsidi kepada mereka yang berhak sahaja iaitu miskin, miskin tegar dan juga boleh miskin. Saya ingin memaklumkan bahawa selepas ini mungkin Yang Berhormat boleh mendapat jawapan lebih tepat kerana subsidi beras dan sebagainya terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menjawab selepas Kementerian ini dan boleh ditanya, cuma saya ingin sebutkan bahawa subsidi masih ada tetapi selama ini subsidi dinikmati oleh penduduk yang miskin tidak dinikmati penduduk yang miskin secara keseluruhan tetapi diselewengkan dan diambil kesempatan oleh mereka yang tidak berhak untuk mendapatkan subsidi.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, ingin tokok tambah sedikit. Soalan saya adalah kepada pihak kementerian,di mana kita dapati, sini dalam tangan saya ada borang, mereka yang memohon mesti dapat kelulusan daripada Ketua Bahagian UMNO tetapi ini subsidi wang rakyat bukan tabung UMNO. Ini bukankah bentuk salah guna kuasa dan penyelewengan?

Ya, penyelewengan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Menteri seorang profesional, saya hormat sebab itu saya tanya kepada Menteri, yang lain Menteri pun tidak perlu tanya...

Bukan, sebab saya katakan soalan itu perlu ditujukan kepada kementerian yang menjaga perkara ini. Jadi, saya tidak mahu jawab bagi pihak kementerian lain.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Soalan saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Jelas, jelas Yang Berhormat...

Di Kementerian Pertanian...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya mahu tanya, saya mahu tanya. Terima kasih, nampaknya Yang Berhormat Taiping tidak faham, dia salah kementerian. Kementerian ini menjaga harga-harga barang. Saya hanya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, dasar kerajaan, kita punya akta sudah cukup. Iaitu kita letakkan semua enforcement, penguat kuasa, sama ada di sempadan atau laut, udara mungkin belum adalah, tetapi masih ada juga penyeludupan berlaku. Di mana silapnya? Apakah penguat kuasa kita ini ada tidak bertanggungjawab, tidak amanah? Tidakkah kementerian membuat satu research, kenapa perkara sebegini masih berleluasa sedangkan kita ada imigresen, kita ada pegawai maritim, kita ada polis, ada tentera, ada penguatkuasa daripada kementerian, masih juga keluar benda-benda ini, boleh masuk boleh keluar. Di mana silapnya? Ini baru pertanyaan tepat, bukan macam Yang Berhormat Taiping, salah haluan...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Ini rasuahlah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu tidak tahu.

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan, sebenarnya tindakan sentiasa diambil, okey. Penyeludupan, kita tahu memang masih berlaku. Kalau kita lihat kawalan sempadan, saya percaya Yang Berhormat Kinabatangan jelas perkara ini, iaitu terutamanya di Sarawak, sempadan Kalimantan dan Sarawak misalnya, lorong-lorong tikus begitu banyak.

Saya ambil contoh satu kawasan di Serian misalnya, sempadannya luas di antara Serian dengan Kalimantan. Tidak ada pemisah yang jelas untuk menyekat barang-barang daripada Malaysia ataupun Indonesia untuk masuk dan keluar. Kalau sempadan di sebelah utara misalnya, ada diletakkan pagar yang memisahkan antara Thailand dan Malaysia untuk menyulitkan dari segi penyeludupan. Akan tetapi di Kelantan, di Rantau Panjang misalnya, sepanjang Kelantan hanya dipisahkan oleh satu sungai yang kecil. Di Sarawak tidak ada pemisahan sungai dan jalan darat dan sebagainya, tidak ada pagar, tidak ada sungai dan sebagainya. Saya tidak kata langsung tidak ada, saya setuju memang ada, tetapi kerana masalah-masalah tadi, kita tahu pegawai-pegawai yang terlibat di dalam penguatkuasaan, tidak boleh ditempatkan di setiap tempat, di setiap masa. Jadi, ini salah satu punca yang menyebabkan terjadi juga penyeludupan di kawasan-kawasan itu. Di Kuala Kedah misalnya, soal gula misalnya. Nelayan-nelayan bebas. Nelayan-nelayan di Kuala Perlis, kalau saya tidak silap Kuala Kedah atau Kuala Perlis, bebas untuk membawa ikan dan sebagainya pergi ke sempadan Thailand dan sebagainya, akhirnya memindah barangan-barangan secara kecil-kecilan, gula dan sebagainya. Jadi, perkara-perkara ini memang sentiasa berlaku. Mereka yang terlibat lebih ramai daripada penguat kuasa yang mampu untuk menjaga setiap inci bumi negara kita. Maka itulah akhirnya terjadi penyeludupan seperti ini. Walau bagaimanapun, yang penting ialah apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan perkara ini tidak berlaku dan saya sudah sebutkan langkah- langkah tersebut. Saya hendak buktikan bahawa hasil daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan daripada 1 Januari 2009 hingga 9 November 2009, sejumlah 90 tindakan kes telah diambil di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, sebanyak 208,413.20 kilogram bekalan gula telah dirampas dengan nilai rampasan sebanyak RM328,699.29, bermakna yang pentingnya ialah ada tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Serian, bangun Yang Berhormat .

Oh, saya sebut Serian tadi ya.

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri telah menyebut nama Serian tadi, maka saya terpanggil. Sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Serian, saya rasa terpanggil, mungkin satu untuk membela sedikit kementerian. Saya sebenarnya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana beliau sendiri telah pergi ke kawasan saya dan beliau tahu sebenarnya apa berlaku di kawasan saya. Sepertimana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, kawasan saya bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. Panjangnya luas, panjangnya begitu panjang. Jadi, sepertimana yang kita semua sedia maklum kerana selalu dibangkitkan di Dewan yang mulia ini, di kawasan parlimen Serian banyak jalan yang dipanggil sebagai “jalan-jalan tikus.” Maka tuduhan yang menyatakan bahawa gula diseludup ke Kalimantan, Indonesia dengan berleluasa, Yang Berhormat Menteri, saya fikir tidak begitu setuju sebab apa yang sebenarnya berlaku sebagai sebuah kawasan yang bersempadan dengan Kalimantan Indonesia, setiap hari beratus-ratus orang dari Indonesia telah berdagang, berkunjung ke Daerah Serian untuk berdagang. Maka katalah kalau seorang membawa tiga kilogram gula, kalau seratus orang ini bermakna 300 gula akan dibawa balik ke Indonesia. Bagi saya ini bukanlah gejala penyeludupan. Jadi, Yang Berhormat Menteri, memandangkan kawasan Parlimen Serian ini bersempadan dengan Kalimantan Indonesia, kawasannya terlalu luas. Adakah kementerian bercadang, apakah kiranya dapat mungkin menggaji orang-orang yang boleh menjadi informer, iaitu menempatkan mereka di kampung-kampung yang bersempadan dengan Kalimantan Indonesia. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Serian. Memang saya katakan bahawa bukanlah penyeludupan berlaku secara berleluasa, saya setuju. Memang ada penyeludupan, tetapi bukanlah secara berleluasa sebab kita sedang memantau perkara-perkara yang sedang dilakukan ini.

Sebenarnya, suka saya maklumkan bahawa istilah penyeludupan itu berlaku kerana mereka membawa keluar barang-barang yang tidak dibenarkan tanpa permit, sebab itu kita kata penyeludupan. Akan tetapi, bagi penduduk-penduduk di Serian, bagi penduduk-penduduk di Kalimantan yang bersempadan, mereka tidak menganggap itu sebagai satu penyeludupan kerana itu merupakan cara kehidupan seharian mereka...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Akan tetapi, sebenarnya itu penyeludupan.

...Itu penyeludupan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya.

Ya, dari istilah undang-undangnya, itu adalah penyeludupan, tetapi bagi mereka, mereka bukan menganggap penyeludupan, itu harian mereka. Serupa orang di Rantau Panjang, di Golok misalnya, mereka orang Rantau Panjang pergi ke Golok beli barang, orang Golok datang ke Rantau Panjang membeli barang dan sebagainya. Sebab itulah kita keluarkan arahan walaupun sekilo sekalipun gula, apabila dibawa melintasi sempadan, ia dianggap penyeludupan. Ini untuk memberi penjelasan kepada pihak yang berkaitan yang menganggap itu cara kehidupan seharian mereka supaya mereka memahami bahawa ini merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang. Kita juga mengeluarkan risalah kerana di sempadan Thailand misalnya, sempadan Siam-Rantau Panjang-Golok misalnya, mereka pergi balik hari-hari, dan kadang-kadang mereka tidak tahu apa yang mereka bawa itu salah. Maka sebab itulah kita mengeluarkan risalah yang bertulis dalam bahasa Melayu dan juga Thailand supaya setiap kereta yang merentasi sempadan daripada Thailand, kita berikan kepada mereka senarai list barang-barang ataupun senarai barang yang mereka anggap sebagai penyeludupan jika dibawa keluar dan sebagainya. Ini untuk menambahkan kefahaman kepada mereka. Kepada Yang Berhormat Serian, dari segi informer yang disebut tadi, saya ingin maklumkan memang pihak kementerian telah pun mempunyai peruntukan untuk membayar kepada sesiapa sahaja yang melaporkan kepada kementerian mengenai barang-barang yang disorok dan sebagainya, barang-barang yang diseludup dan sebagainya dan kita memberikan ganjaran iaitu reward kepada pemberi-pemberi maklumat ini. Jadi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat sambung petang Yang Berhormat.

Boleh kita sambung? Yang Berhormat Rantau Panjang saya sudah sebut tadi, mungkin hendak tanya, kita sambung petang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan ditangguhkan sehingga 2.30 petang. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri sambung.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, mengenai langkah pencegahan bagi mencegah penyeludupan petrol di kawasan sempadan beberapa tindakan telah pun diambil. Antara tindakannya ialah: (i) mengeluarkan arahan kepada semua stesen minyak di kawasan sempadan untuk tidak menjual minyak melebihi daripada 20 liter kepada kenderaan bukan warganegara Malaysia di dalam kawasan radius 10km; dan

(ii) kenderaan-kenderaan asing tidak dibenarkan, hanya dibenarkan membeli minyak untuk dituankan ke dalam kenderaan sahaja, iaitu tidak boleh mereka membeli minyak tong-tong dan sebagainya. Setiap CIQ akan diletakkan pegawai daripada pihak kementerian KPDNKK yang akan memeriksa meter kenderaan tersebut bagi memastikan bahawa minyak yang dituang tidak melebihi daripada 20 liter setiap kenderaan...

[Bangun]

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

[Bangun]

Tadi Yang Berhormat Rantau Panjang bangun dahulu dan kemudian saya beri pada Yang Berhormat Arau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin penjelasan daripada pihak Yang Berhormat adakah kementerian sedar bagaimana penyeludup- penyeludup ini menggunakan kereta plat tempatan? Bagaimana mereka memasukkan minyak di dua atau tiga, empat kali sehari berulang alik di sempadan dan mengangkut minyak dan disedut di keluar di sana dan datang balik ke sebelah negara kita dan dibawa balik menggunakan plat kereta tempatan. Kita dapati bagaimana kereta-kereta daripada luar ini mengubah suai tangki- tangki minyak mereka supaya dapat diisi minyak dengan lebih banyak. Jadi sejauh mana pemantauan ini dibuat oleh pihak yang berkaitan.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bangkitkan soal nelayan. Nelayan yang menggunakan lesen ‘C’ di kawasan perairan laut dalam. Hak untuk menjual minyak ini diberi kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK). Bermakna kata setiap bot laut dalam atau kumpulan ‘C’ ini mempunyai dua bot, satu bot pengiring di panggil bot tuas satu bot yang sebenarlah bot ibu. Bot yang ibu ini tidak balik, yang balik hanya bot tuas sahaja untuk mengambil minyak dan pergi balik. Saya di fahamkan inilah yang paling banyak terjadi penjualan minyak subsidi ini di tengah laut kepada nelayan asing, yang berlaku secara berleluasa kerana pemantauan amat sukar. APMM, tentera laut, perikanan tidak akan dapat membuat pemantauan kalau sesuatu terjadi jauh daripada daratan. Jadi sejauh mana pihak kementerian mengambil serius dan mengambil maklum perkara ini supaya tindakan yang sewajarnya untuk mengelak lebih banyak kerugian dialami oleh kerajaan.

Tuan Lim Lip SengDAP · PHSegambut

Yang Berhormat Menteri tadi kata minyak mesti diisi dalam kenderaan, tidak boleh diisi dalam tong. Saya hendak tanya bagaimana kementerian memastikan minyak itu diisi dalam kenderaan? Adakah kementerian akan menghantar meletakkan pegawai-pegawai di semua pam stesen minyak? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Memang kita tahu kedapatan kenderaan-kenderaan yang diubah suai untuk mengisi lebih banyak minyak di dalam kenderaan tersebut. Sebab itulah kalau saya, tadi saya sebutkan bahawa pegawai kita akan memeriksa meter minyak kereta tersebut. Kalau minyak itu diisi melebihi daripada 20 liter dan meter menunjukkan ia mengisi lebih daripada yang sepatutnya tindakan merampas kereta tersebut boleh dilakukan. Akan tetapi soal kenderaan tempatan tadi memang dari segi, kalau kenderaan luar yang membeli minyak itu memang senang dipantau. Akan tetapi kalau kenderaan tempatan tidak ada sekatan daripada pihak kita untuk mengenakan satu peraturan yang tidak membenarkan kenderaan tempatan membeli minyak dan sebagainya. Walau bagaimanapun laporan daripada orang ramai tentang perkara-perkara ini boleh disampaikan kepada pihak kementerian dan pihak kementerian bkn sahaja boleh bertindak untuk merampas kereta tersebut, akan tetapi juga boleh mengenakan tindakan undang-undang kepada syarikat-syarikat yang menjual minyak kepada kenderaan-kenderaan yang telah diubah suai tadi yang digunakan oleh warganegara luar.

Dan hukumannya adalah penalti di bawah kawalan Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu penalti sebanyak RM100,000 ataupun penjara dan juga lesen untuk menjual minyak bagi stesen tersebut boleh dirampas. Jadi itu adalah tindakan yang dilakukan. Mengenai apa yang dibangkitkan oleh pihak Yang Berhormat Arau tadi, kalau melibatkan diesel misalnya kita ada satu sistem untuk mengenal minyak yang di subsidi dengan tidak melalui satu sistem yang dipanggil nanotech iaitu kita boleh mengetahui minyak yang dibawa keluar itu sama ada minyak yang diesel yang di subsidi kepada nelayan atau tidak. Akan tetapi dari segi petrol saya akui bahawa memang saya sudah sebut awal-awal tadi bahawa pemantauan memanglah begitu sukar. Terutamanya yang melibatkan di laut dan sebagainya. Sebenarnya nelayan di Kuala Kedah atau Kuala Perlis, mereka lebih senang misalnya gula pun dibawa di dalam bot nelayan ini untuk pergi ke laut dan sebagainya. Kadang-kadang ada pertukaran barangan ini di tengah laut dan sebagainya. Memang kita akui dan pihak KPDNKK tidak mempunyai pegawai yang bertugas di laut dan sebagainya akan tetapi kita seperti saya sebut tadi kerjasama kita lakukan bersama di antara pegawai penguat kuasa KPDNKK bersama-sama dengan Pegawai Marin laut dan sebagainya, jadi itu sahaja yang boleh kita lakukan.

Bagi Yang Berhormat Segambut sebentar tadi, memang tiada pegawai yang diletakkan di setiap stesen untuk memastikan bahawa minyak tidak diisi ke dalam tong dan sebagainya. Memang agak sukar. Akan tetapi seperti yang saya sebutkan sebentar tadi, pemeriksaan di kawasan sempadan, di setiap CIQ itu kita letakkan pegawai kita dan akan memeriksa setiap kereta yang melalui kawasan-kawasan sempadan itu. Apabila melintasi, cross sempadan, apabila dibuka di alam ruang tempat menyimpan barangan di belakangnya, misalnya ada didapati ada minyak yang diisi di dalam tong maka tindakan boleh diambil. Jadi, saya teruskan. Bagi operasi membanteras penyeludupan berkaitan minyak petrol yang dijalankan dari 1 Januari 2009 sehingga 31 Oktober 2009, sejumlah 52 tindakan kes telah diambil di seluruh negara dan dari jumlah tersebut sebanyak 25,097 liter minyak petrol telah dirampas dengan nilai rampasan sebanyak RM44,406.30 dan operasi- operasi yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan bertegas terhadap penyeludupan yang berlaku sama ada petrol, gula, dan sebagainya. Pada masa ini tindakan yang diambil oleh kementerian adalah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Tindakan yang telah saya sebutkan sebentar tadi bahawa kesalahan pertama yang melibatkan penyeludupan boleh dikenakan kompaun minimum RM100,000 atau di penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. Manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula, peniaga akan dikenakan kompaun tidak melebihi RM250,000 atau di penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. Bagi kesalahan penyeludupan yang melibatkan badan korporat atau syarikat. Kesalahan pertama adalah dikenakan kompaun sebanyak RM250,000 manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya akan dikenakan kompaun tidak melebihi RM500,000. Selain itu juga, kerajaan sedang di dalam peringkat perbincangan bersama negara jiran kita mengenai pindaan border trade agreement iaitu melalui dengan izin, Malaysia-Indonesia 1970 Border Trade Agreement di mana melalui pindaan tersebut kementerian berharap agar 20 barangan kawalan kita dapat dikawal sepanjang masa. Barang-barang yang diisytiharkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dapat dikawal sepanjang masa dan antaranya merupakan barangan larangan eksport yang perlu diberi perhatian di dalam urusan perdagangan antara Malaysia dan Indonesia. Pada masa ini barangan larangan eksport yang dikuatkuasakan oleh kementerian adalah tepung dan diesel. Yang Berhormat Kinabatangan...

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Sedikit sahaja. Terima Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menarik perhatian Yang berhormat berhubung dengan satu lagi yang menggunakan kemudahan negara kita iaitu transshipment, maksudnya lori daripada Thailand ke Singapura yang menjadikan laluan kita hanya laluan semata-mata dan mereka menghantar barang ke Singapura. Akan tetapi masih mengisi minyak dan menggunakan kemudahan laluan negara kita. Kita ada agreement dalam hal ini tetapi tidak boleh difikirkan sesuatu yang mereka hanya menumpang lalu tetapi menggunakan segala kemudahan yang ada dalam negara kita.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ada menyediakan jawapan untuk perkara ini kerana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading. Jadi jawapan Yang Berhormat Seri Gading saya akan masukkan terus.

Yang Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua. Sebelum Yang Berhormat Menteri berpindah kepada tajuk lain...

Tidak pindah lagi.

Belum lagi.

Tidak pindah.

Saya hendak bertanya mengenai subsidi gula.

Boleh, ya?

Selepas saya jawab nanti...

Selepas...

Saya beri.

Terima kasih.

Ini kes hal subsidi, ya. Memang isu sekarang ialah subsidi kita sama ada gula, tepung, minyak masak termasuk juga petrol dan diesel. Petrol terutamanya dinikmati oleh warga negara asing termasuk seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau sebentar tadi. Mereka yang melalui ke negara kita, menggunakan jalan negara kita boleh mengisi minyak sebanyak mana yang mereka suka untuk melalui negara kita dan sebagainya. Oleh kerana itu pihak kerajaan sedang di dalam proses untuk mengkaji semula dari segi subsidi minyak ini tentang penerima-penerimanya dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan di dalam ucapan bajet beliau menyebutkan tentang penggunaan MyKad di dalam subsidi minyak ini. Jadi yang jelas bahawa selepas ini segala subsidi hanya boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja. Itu di peringkat awal. Itu yang jelas hanya rakyat Malaysia sebab rakyat luar tiada MyKad tetapi dari segi detail rakyat Malaysia yang bagaimana, kategori apa, dan sebagainya tentang minyak ini masih di alam proses perbincangan sama ada dari segi pendapatan atau dari segi kuasa kuda kereta atau dari segi jumlah liter yang boleh dibeli dan sebagainya itu akan dibincangkan secara lebih detail lagi. Akan tetapi yang pasti Yang Berhormat Arau, kita tidak akan benarkan subsidi ini dinikmati oleh warga negara lain kerana yang mempunyai MyKad sahaja yang boleh mendapat subsidi.

Terima Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin membangkitkan sedikit mengenai subsidi gula ini sebagai seorang doktor perubatan kalau saya katakan bahawa gula ini bukan satu makanan ruji atau makanan asas. Jikalau diikutkan rasa saya tidak patut di subsidi, tetapi oleh kerana keperluan yang ada subsidi gula seperti Yang Berhormat sebutkan sebentar tadi yang sekarang ini RM75 juta dan mungkin menjangkau kepada RM1 bilion.

RM720 juta.

RM720 juta dan akan menjangkau kepada RM1 bilion. Ini adalah satu bebanan yang amat besar kepada negara kita. Saya ingin mencadangkan supaya subsidi gula ini ditiadakan tetapi untuk kita mendapatkan harga yang lebih baik apa kata kalau kita membuka banyak lagi lesen untuk mengimport gula dan supaya gula yang dipasarkan itu adalah pada harga pasaran dan pengimport-pengimport gula, pembekal-pembekal gula perlu meletakkannya pada harga pasaran. Sekiranya ini dapat kita lakukan maka saya kira banyak masalah kita akan dapat dikurangkan.

Pertama, tiada lagi penyeludupan yang Yang Berhormat sebut tadi kerana gula kita mungkin harga lebih kurang. Thailand dengan Singapura dan Indonesia mungkin harganya lebih kurang, jadi tidak guna mereka hendak menyeludupnya. Kedua ialah tiada pihak yang akan menyorok gula lagi. Ketiga adalah belanja untuk menguatkuasakan subsidi ini, pemantauan di kilang-kilang gula dan sebagainya pun kita boleh kurangkan. Jadi kurang lagi kos kita dan akhir sekali saya lihat kempen untuk mengurangkan penggunaan gula kepada rakyat kita akan lebih berkesan kerana bahasa wang ini lebih berkesan untuk mengubah sikap kita. Cuma kalau ada kekhuatiran yang harga gula ini naik apabila harga pasaran naik dan pada ketika itu mungkin kementerian boleh mempertimbangkan subsidi yang hanya kepada sasaran- sasaran tertentu seperti yang digunakan untuk beras. Itu cadangan saya Yang Berhormat. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Seorang doktor. Terima kasih. Kita memang akan melancarkan kempen pengurangan gula pada awal Disember nanti. Saya amat berterima kasih...

[Bangun]

...Kepada Yang Berhormat kerana memberi pandangan ini kerana untuk makluman pihak kementerian sedang dalam kajian dari segi pemberian subsidi gula ini. Jadi nampaknya cadangan Yang Berhormat adalah ditiadakan terus subsidi gula. Itu satu pandangan yang saya rasa Yang Berhormat Pokok Sena mungkin tidak setuju dengan cadangan itu. Akan tetapi biar saya menjawab dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Lagi pun Yang Berhormat, Yang Berhormat Limbang bangun dahulu daripada Yang Berhormat Pokok Sena.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Jikalau hendak beri pun Yang Berhormat Limbang bangun dahulu.

Yang Berhormat Limbang. Okey. Saya ada jawapan untuk Yang Berhormat Limbang. Saya tidak lupa pada Yang Berhormat Limbang. Jadi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Duduk dahulu Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Limbang.

Sebenarnya memang kita membayar subsidi yang tinggi dan walau bagaimanapun jikalau kita buka import gula seluas- luasnya mungkin itu satu cadangan apabila ada lambakan gula tentu harga gula akan murah.

Akan tetapi, saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, pada hari ini harga gula di dunia adalah teramat tinggi. Sedangkan gula yang kita beli pada hari ini selain daripada subsidi, harganya rendah kerana kita mempunyai long term agreement. Apabila kita dapatkan waktu tarikh agreement kita ditandatangani untuk agreement jangka panjang ini, kita dapat membeli dengan harga yang rendah. Sebab itu subsidi yang diberi adalah tidak banyak. Waktu ini sebenarnya 70 peratus daripada import gula itu dengan harga yang lama, harga yang murah, tetapi 30 peratus daripada gula yang diimport adalah harga pasaran hari ini yang begitu tinggi. Maknanya, walaupun kita buka sekalipun kepada luar, harganya masih tinggi. Saya setuju dari segi kesihatan amat baik kalau kita kurangkan gula kerana dari segi kesihatan menunjukkan macam-macam penyakit gula, ibu kepada penyakit orang kata adalah gula. Akan tetapi kesan-kesan yang akan timbul apabila harga gula menjadi tinggi, barang-barang yang berkaitan dengan gula seperti susu, minuman dan banyak perkara lagi akan meningkat dan sebagainya. Namun begitu saya tahu sebagai doktor, kalau turun harga susu dan segala makanan yang manis adalah satu perkara yang baik. Jadi, saya akan ambil cadangan daripada...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

…Yang Berhormat Kota Raja ini sebagai satu perkara yang kita boleh pertimbangkan sewaktu kita mengkaji semula tentang subsidi gula. Akan tetapi, apabila kita naikkan harga gula nanti, saya harap jangan pembangkang mengatakan kerajaan tidak pentingkan rakyat sebab ini untuk kesihatan. Kalau Yang Berhormat Pokok Sena tidak setuju, saya pun tidak tahulah. Kita tengoklah.

[Bangun]

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu bagi saya apa yang saya lihat selama ini, ini bukan isu subsidi ataupun tidak. Isunya adalah isu monopoli. Isu monopoli kepada beberapa syarikat yang menguasai pengimportan gula ini. Kadang- kadang kita lihat bahawa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, yang rakyat luar seperti yang ada di sempadan negara kita yang dapat manfaat kerana juga dimainkan, dilakukan oleh mereka yang mengimport gula ini, yang dapat AP ini. Jadi sebab itu bagi saya bahawa apa salahnya seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi, sama ada diperbanyakkan bukan hanya kepada dua syarikat yang dimonopoli oleh Syed Mokhtar dan juga Robert Kuok, tetapi kepada beberapa syarikat yang lain ataupun satu penyelesaiannya ialah kerajaan sendiri yang mengimport gula. Jadi, kerajaan boleh kawal. Sekarang ini kita berhadapan dengan masalah apabila gula tiada kerana dimainkan oleh syarikat-syarikat ini. Jadi, sekarang ini kita lihat seumpamanya dialah kontrol gula, dialah kontrol beras. Trade Wing yang dimiliki oleh Syed Mokhtar yang mengambil alih Wong Tack baru-baru ini. Dia jugalah yang menguasai gula. Jadi, akhirnya mereka menguasai seluruh makanan yang merupakan keperluan kepada rakyat ini dikuasai oleh syarikat-syarikat ini. Jadi sebab itu bagi saya bahawa yang lebih baiknya adalah kerajaan yang mengambil alih untuk mengimport gula termasuk juga dengan beras.

Minta sedikit sahaja.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sambung sekali Menteri.

Sedikit sahaja. Satu minit. Boleh? Boleh teruskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetuju dengan cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Pokok Sena, bagaimana kerajaan perlu buat satu perubahan untuk manfaat kepada rakyat. Saya kira, sekiranya pasaran ini lebih terbuka, harga lebih stabil dengan keadaan ini, kita melihat ia boleh menjimatkan wang negara dan wang RM750 juta ini, saya cadangkan gunakan untuk membina tebatan banjir untuk menyelamatkan rakyat daripada banjir. Itu lebih baik.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sambung sedikit sahaja. Mungkin sudah sampai waktunya dan kita telah pun menampakkan satu nasional konsensus, satu persetujuan secara umum begitu, bahawa subsidi ini memang mencetuskan apa yang dikatakan sebagai distortion dalam market yang mengakibatkan di borders itu berlakunya pelbagai kegiatan-kegiatan seludup dan sebagainya, kerana apabila berlaku differential dalam harga, perbezaan dalam harga. Justeru kerana itu, saya mencadangkan apakah boleh kiranya Menteri sudah sampai waktunya kita secara national consensus bersetuju, bahawa subsidi kalau hendak dirumuskan perlu bersifat progresif. Jangan across the board kerana apa? Kalau kita ambil perhitungannya pun kita akan dapati bahawa percentage orang yang berpendapatan RM1000 dan orang yang berpendapatan RM20,000, membayar harga yang sama pada barang-barang keperluan seperti ini, tentunya berbeza keupayaan dan impaknya.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

[Bangun]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

...Itu yang dikatakan regresif. Akan tetapi, pada waktu yang sama saya mengingatkan kementerian supaya di sana perlu ada juga apa yang dikatakan sebagai Akta Persaingan, Antitrust Law kerana apa? Kalau kita lepas bebaskan kepada pasaran juga ia akan mencetuskan apa yang dikatakan sebagai pakatan, cartel semuanya itu. Jadi, jangan selesaikan masalah piecemeal lah Menteri.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Adakan, wujudkan, rumuskan sesuatu yang bersifat holistik integrated sifatnya penyelesaiannya. Kita mahu monopoli secara AP ini dihapuskan pada waktu yang sama kita mahu meletakkan juga Antitrust Law atau Akta Persaingan supaya benar- benar yang terbela itu adalah orang-orang berpendapatan rendah dan yang berpendapatan tinggi itu perlu bayar pada harga pasaran. Ini akan meletakkan satu keadilan kepada semua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri, kalau...

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Satu minit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

...Kita berterusan setiap seorang ada 10 soalan, 40 orang dalam Dewan saya ingat tidak boleh habis dua jam.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Seminit.

Saya hendak habis.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Ya. Mengenai monopoli sahaja. Mengenai monopoli.

Ha, mengenai monopoli.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menyokong pandangan rakan-rakan berhubung dengan monopoli ini. Ini kerana kita lihat pada mula-mulanya, monopoli ini diberi kepada kedua- dua syarikat ini dengan alasan mereka mengendalikan ladang-ladang tebu ini di peringkat..., right yang telah diberikan oleh kerajaan negeri kepada mereka sepenuhnya. Akan tetapi sekarang ini mereka beralih kepada tanaman lain. Ini kerana AP yang mereka dapat raw sugar yang diimport daripada luar negara lebih murah daripada yang dihasilkan dalam negara sendiri. Jadi, amat perlu dari sekarang monopoli daripada dua syarikat ini dikaji semula supaya ianya dilihat lebih dikawal oleh kerajaan terutamanya ketika kita menghadapi keadaan shortage dan sebagainya ini.

Kepada Yang berhormat-Yang Berhormat yang membangkitkan isu tadi, suka saya jelaskan bahawa terdapat empat syarikat yang terlibat di dalam pengimportan gula ini. Jadi, bukan satu. Kalau monopoli itu mungkin satu, tetapi empat syarikat yang terlibat. Walau bagaimanapun, pandangan Yang Berhormat itu akan diambil kira dan kita akan bincang perkara ini dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kerana ianya melibatkan soal dasar dan sebagainya. Dari segi Akta Persaingan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi, suka saya nyatakan di dalam Dewan ini bahawa Akta Persaingan iaitu untuk menyekat monopoli dan menyekat cartel telah pun disiapkan dan sedang di dalam pemeriksaan oleh Jabatan Peguam Negara. Kita menjangkakan kalau tidak ada masalah mungkin untuk bacaan pertama boleh dilakukan dalam Parlimen waktu sidang ini bagi kita membincangkan isu anti monopoli dan anti cartel tadi. Saya ingin meneruskan kepada isu yang terakhir. Yang Berhormat Kinabatangan ada, ada? Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Batang Sadong dan Yang Berhormat Serian menyentuh mengenai Program Penyeragaman Harga Barangan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang memerlukan peruntukan yang sewajarnya bagi menjayakan konsep 1Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, menerusi Program Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dengan peruntukan sebanyak RM96 juta, kementerian telah menjalankan satu program yang dinamakan Program 1Sabah 1Harga dan juga 1Sarawak 1Harga bagi memastikan penyeragaman harga bagi barang-barang yang bersubsidi, bagi menjamin penduduk terutamanya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak mendapat barangan bersubsidi dengan harga yang sama dengan yang dijual di kawasan-kawasan bandar dan sebagainya. Misalnya, saya beri contoh, gas. Satu tong gas, misalnya dijual kadang-kadang sampai RM40 satu tong di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah.

Akan tetapi dengan Program “1 Sarawak 1 Harga” ini ia dapat dinikmati dengan harga RM24.50 sama sahaja dengan kawasan di pedalaman termasuk juga di Semenanjung dan sebagainya. Kementerian juga melalui projek “1 Sabah 1 Harga” dan “1 Sarawak 1 Harga” ini telah memastikan barang-barang subsidi juga boleh diperoleh dengan jumlah yang mencukupi di kawasan-kawasan pedalaman di seluruh negara. Sehingga 21 Oktober 2009, sebanyak 41 kawasan di Sabah, 79 kawasan di Sarawak dan 46 kawasan di Semenanjung telah menerima barang-barang perlu seperti gula, tepung, minyak masak dan beras SG15 terus daripada pengeluar kepada harga kawalan kerajaan. Jumlah keseluruhan kawasan di Malaysia yang terlibat dengan projek bekalan barang perlu ini adalah 166 kawasan yang melibatkan 925 buah kedai runcit termasuk di kawasan luar bandar. Pelaksanaan projek ini dapat mengenal pasti kaedah efektif bagi pengenalan bekalan daripada pengeluar kepada pengguna khususnya di luar bandar dengan mengurangkan peranan orang tengah. Jadi Yang Berhormat sekalian walaupun pada waktu ini bajet ataupun di dalam belanjawan yang telah dibentangkan tidak menyebut tentang sama ada projek ini akan diteruskan ataupun tidak kerana tidak diperuntukkan bajet bagi program penyeragaman barang ini. Pihak kementerian sedang berusaha untuk berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi memastikan bajet yang dipohon untuk program ini dapat diberikan kepada kementerian supaya masalah perbezaan harga yang terdapat di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dapat kita selesaikan seperti yang telah kita lakukan pada hari ini.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Yang Berhormat Menteri, boleh bagi laluan sekejap, boleh? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berharap Yang Berhormat Menteri tolong push perkara ini sebab ini adalah satu mileage untuk kita di negeri Sarawak. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebutkan pasal satu silinder gas itu RM40. Kalau di kawasan yang lebih jauh di utara, bukan lagi RM40 Yang Berhormat Menteri, ia sampai RM100 lebih dari segi logistik ia. Jadi saya berharap perkara ini dikemukakan di Kabinet untuk mendapat persetujuan dan mendapat kelulusan untuk negeri Sarawak. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan bentangkan memorandum kepada Kabinet dalam waktu terdekat ini. Seterusnya izinkan saya menjelaskan kepada Ahli Yang Berhormat Batang Sadong berhubung dengan aspek mempergiatkan penyelidikan pembangunan dan pengkomersialan khususnya untuk mengintegrasikan aktiviti dengan izin, R&D dengan pendaftaran paten, hak cipta dan cap dagangan. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Ogos 2009 MyIPO telah menerima sejumlah 3,617 permohonan paten dan pembaharuan utiliti berbanding 3,368 pada bulan yang sama pada tahun 2008 lalu iaitu peningkatan sebanyak 1.1 peratus. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, 736 permohonan adalah permohonan tempatan manakala pada bulan yang sama tahun lepas, hanya 494 permohonan sahaja daripada permohonan tempatan. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 11.5 peratus dalam pendaftaran paten dan pembaharuan utiliti sehingga Ogos 2009 berbanding Ogos 2008. Ini menunjukkan bahawa usaha MyIPO untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan harga intelek semakin meningkat. Sejumlah 2,067...

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Yang Berhormat Menteri, sekali lagi boleh tak? Mengenai harta intelek tadi. Saya difahamkan di Sabah dan Sarawak, pendaftaran ini tidak dilakukan sebab semuanya berlaku di HQ, di Kuala Lumpur. Adakah kementerian mempunyai rancangan untuk membesarkan lagi skop tugas mereka di negeri Sarawak supaya ia tidak menjadi post office sahaja dengan izin dan supaya ia memberi peluang kepada mereka yang berdekatan di kawasan di negeri Sabah dan Sarawak, terpulang untuk menggunakan tempat yang ada di pejabat yang berada di Sabah dan Sarawak untuk mendaftarkan. Ini mungkin adalah salah satu daripada cara untuk kita menggalakkan orang ramai menggunakan peluang yang ada melalui MyIPO. Begitu juga dari segi program-program kesedaran kerana saya merasakan secara peribadi, program ini tidak begitu meluas sehingga mungkin ramai yang belum mengenalinya. Saya menggalakkan program seperti kesedaran ini dilakukan supaya pihak MyIPO mendapat generate revenue dari situ, dengan izin. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan mengkaji saranan Yang Berhormat tersebut. Kita akan melihat dari segi jumlah permohonan untuk paten, cap dagangan dan sebagainya dan jika didapati ada keperluan untuk mewujudkan atau memperbesarkan skop dan tanggungjawab pejabat di Sabah dan Sarawak, kita akan penuhi permintaan tersebut. Saya akan sambung sedikit iaitu dari segi statistik. Sejumlah 2,067 permohonan telah diberi geran paten dan sijil pembaharuan utiliti berbanding dengan 1,337 pada bulan yang sama pada tahun 2008. Daripada jumlah keseluruhan tersebut sebanyak 146 geran paten dan sijil pembaharuan utiliti adalah dari hasil permohonan tempatan manakala pada bulan yang sama tahun lepas hanya 116 permohonan sahaja dari pemohon tempatan. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 11.6 peratus dalam pendaftaran paten dan pembaharuan utiliti sehingga Ogos 2009 berbanding dengan Ogos 2008. Kita amat sedar bahawa kesedaran di kalangan rakyat masih perlu dipertingkatkan terutamanya di kalangan pengusaha-pengusaha IKS bagi mendapatkan cap dagang terhadap barangan keluaran mereka. Oleh itu MyIPO akan terus mengadakan pelbagai program bina upaya harta intelek, seperti seminar, bengkel dan latihan di peringkat kebangsaan kepada pelbagai kumpulan sasaran seperti penyelidik, pendidik, pengusaha IKS dan juga orang-orang awam.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Saya habiskan dahulu ya. Program ini dikendalikan oleh pusat latihan harta intelek. MyIPO telah meneruskan program outreach dan kempen kesedaran awam di seluruh negara yang bertujuan mempertingkatkan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan harta intelek di kalangan penuntut universiti, pelajar-pelajar sekolah dan juga masyarakat awam. Selain daripada itu MyIPO juga telah menganjurkan anugerah harta intelek sempena dengan sambutan hari intelek negara setiap tahun. Dengan adanya anugerah seperti ini ia dapat mencungkil pencipta baru yang masih muda serta dapat meningkatkan kesedaran mengenai hak harta intelek di semua peringkat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri, celahan. Inilah antara usaha dan kerja yang akan dapat sekali gus mengangkat industri tempatan, menjana dan menambah the knowledge intensive aspect of product-product tempatan. Dari sudut peruntukan saya tidak nampak ia diterjemahkan begitu kepada kepentingannya kerana ada penurunan yang agak ketara dari sudut peruntukan. Yang keduanya, apakah pada pandangan Yang Berhormat Menteri dan kementerian perkara-perkara yang menjadi gendala besar, kekangan, constraining factors yang tidak dapat, yang kita jana dan kita lipat gandakan usaha ini kerana kita telah jauh ke belakang dari sudut ini, dalam Enterprise Kecil Sederhana (SME). Maka inilah sepatutnya yang menjadi teras dan backbone kepada mengangkat kita sekali gus, kepada negara ataupun ekonomi berpendapatan tinggi. Terima kasih.

Seperti saya sebut tadi bahawa salah satu isu yang besar adalah dari segi awareness, dari segi kesedaran terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil, usahawan-usahawan IKS dan sebagainya. Mereka tidak nampak keperluan barang-barang mereka perlu mempunyai cap dagang dan sebagainya. Begitu juga dari segi soal paten dan sebagainya. Jadi sebab itulah saya sudah sebutkan tadi bahawa pihak kementerian akan meneruskan, melalui MyIPO akan meneruskan usaha untuk mempertingkatkan kesedaran dan sebagainya. Isu yang kedua adalah dari segi mungkin jangka masa yang ditunggu untuk memperoleh kelulusan satu-satu pendaftaran yang mungkin menyebabkan mereka agak merasakan begitu lama dan sebagainya, untuk memperoleh satu-satu pendaftaran paten dan juga cap dagang ini. Saya ingin memaklumkan bahawa segala permasalahan yang telah timbul, yang boleh menyekat kelancaran untuk pendaftaran dan sebagainya sedang diambil tindakan. Kita telah mengenal pasti, salah satunya adalah kerana kita selama ini kekurangan examiner atau pemeriksa untuk memeriksa produk yang dihasilkan itu. Kita telah pun menambah examiner dan dalam masa yang sama juga Akta Paten misalnya terlalu memberi ruang kepada pemohon-pemohon untuk mendapatkan penangguhan masa, extension yang begitu lama sampai lima tahun dan sebagainya.

Ini merupakan perkara-perkara yang menyebabkan kurang serius, kadang- kadang di kalangan pencipta-pencipta paten dan sebagainya untuk mempercepatkan pendaftaran mereka dan sebagainya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, jawapan yang cukup baik. Sementara saya mengakui dan mengiktiraf tentang pentingnya branding dan perkara-perkara seperti ini tetapi branding itu akhirnya adalah kepada satu produk Yang Berhormat Menteri. Yang paling penting adalah produk itu sendiri, kita berbicara tentang mengangkat produk-produk ini kepada satu yang bersifat knowledge intensive. Jadi perkara yang terdahulu sebelum kita brand kan produk kita itu, mesti punya keupayaan menjadi satu yang value added nya tinggi. Pertanyaan saya tadi apakah MyIPO ini terlibat sama dalam mengangkat keupayaan dan mengangkat knowledge intensity enterprises kita, itu yang lebih penting. Akhirnya bila produk itu sudah baik, branding itu memang cukup penting saya tahu. Jadi saya melihat itu sebagai the bottle neck, sebagai lompang yang perlu kita isi.

Yang Berhormat, sebenarnya dari segi penciptaan salah satu produk inovasi ini, pihak kementerian KPDNKK melalui MyIPO bekerjasama dengan pihak kementerian MOSTI di dalam membangunkan produk. Iaitu tanggungjawabnya, sebenarnya ada tiga, perkara yang perlu. Yang pertamanya adalah dari segi peringkat awal iaitu membangunkan R&D untuk produk tersebut. Saya rasa ini boleh menambahkan value ataupun value added kepada satu-satu produk itu melalui R&D, dengan izin. Selepas itu barulah MyIPO come into the picture dengan izin, iaitu selepas membuat R&D, membangunkan produk itu secara R&D, selepas itu barulah didaftarkan patennya. Untuk mengkomersialkan, commercialize kan, dengan izin produk yang telah dipatenkan itu, berbalik pula kepada MOSTI dan sebagainya. Jadi kita akan meneruskan usaha untuk memastikan setiap produk mempunyai value added dan sebagainya. Akhirnya, saya ingin menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Limbang, mengenai barangan yang dibawa ke Limbang melalui Brunei yang menyebabkan harganya tinggi. Sebenarnya sebelum ini, setiap lori pengangkut yang membawa barangan ke Limbang atau Lawas melalui Brunei tidak dikenakan sebarang caj. Akan tetapi pihak Brunei telah mengenakan pelbagai caj terhadap barang-barang yang melalui sempadan apabila, cross ataupun apabila melalui negara Brunei tersebut. Yang Berhormat, saya ingin maklumkan bahawa saya sendiri telah pun membawa perkara ini kepada pengetahuan pihak berkuasa Brunei, kepada Menteri yang berkaitan dan perkara ini telah pun dimaklumkan dan mereka sedang dalam mempertimbangkan perkara ini. Supaya segala caj yang dikenakan itu ditiadakan dan penduduk-penduduk di Limbang dan Lawas boleh menikmati harga yang lama seperti sebelum caj dikenakan dulu. Jadi sabar Yang Berhormat, kita tunggu, insya-Allah satu hari nanti saya akan datang ke Limbang dan Lawas untuk melihat sendiri perkembangan yang berlaku di sana. Jadi saya kira yang saya hendak sampaikan...

Tuan Hasbi bin HabibollahPBB · GPSLimbang

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja berkenaan tadi itu. Sebenarnya caj perkhidmatan transit itu, sebenarnya bukan hanya effect penduduk di Limbang dan Lawas, sebenarnya yang mengangkut itu adalah daripada Sabah sendiri terus sampai ke Kuching, barangan yang dibawa itu adalah di antara dua negeri ini yang sebenarnya Menteri. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih atas maklumat tambahan tersebut. Saya sekali lagi mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi saranan terhadap tanggungjawab kementerian saya dan insya-Allah kalau ada perkara-perkara yang terlepas pandang dan tidak dijawab, saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Terima kasih, assalamualaikum.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau semua boleh buat macam ini, dapatlah kita target dalam masa yang tak begitu lama sangat Yang Berhormat ya. Sekarang saya ingin menjemput menteri dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara berkaitan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani semasa perbahasan Bajet 2010 di peringkat dasar bagi Dewan Rakyat kali ini. Kementerian akan memastikan segala program dan projek melalui Bajet 2010 yang telah dibentangkan berkaitan pembangunan usahawan tani, peningkatan taraf hidup petani, penternak dan nelayan. Usaha memperkasakan bidang pertanian secara menyeluruh dilaksanakan dengan sempurna, agar memberi impak yang positif melalui sistem penyampaian yang baik supaya ianya dapat dinikmati oleh semua golongan rakyat sehinggalah ke peringkat akar umbi. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu berkaitan kementerian seramai 29 Ahli-ahli Parlimen yang terlibat dalam perbahasan ini. Sepuluh isu telah disentuh termasuklah isu Program Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR), penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPP), isu padi dan beras, isu pembiayaan pemberian subsidi bantuan pertanian, isu Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), pangkalan data, ternakan, perikanan, pemasaran dan tanah terbiar. Jadi saya harap mana-mana Ahli Yang Berhormat yang ingin mencelah ataupun mendapatkan penjelasan, biarlah kita mengikut tajuk-tajuk seperti yang telah saya nyatakan tadi supaya tidak berulang dalam kita mendapatkan penjelasan terhadap sesuatu isu. Tuan Yang di-Pertua, yang pertama mengenai Program SUBUR. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kalabakan atas keprihatinan beliau terhadap kementerian dan Program SUBUR ini. Yang Berhormat ada mencadangkan pemberian kupon diganti dengan wang tunai. Di sini saya ingin nyatakan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menggantikan baucar beras ini kepada wang tunai buat masa ini. Ini bagi memastikan penerima-penerima baucar ini akan menebus beli beras dengan peruncit-peruncit berbanding dengan pemberian wang tunai. Mereka yang menerima belum tentu akan menggunakan wang tersebut untuk membeli beras yang diperlukan oleh mereka.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Tanjong Karang

Kementerian telah mengambil tindakan memberikan taklimat kepada urus setia dan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen ataupun MPPP pada 12 Oktober 2009. Taklimat juga telah diberikan dalam mesyuarat MPPP mengenai kaedah pelaksanaan SUBUR. Di samping itu, garis panduan telah pun diedarkan kepada semua jabatan dan agensi di bawah kementerian. Kementerian dari semasa ke semasa akan memberikan taklimat mengenai SUBUR mengikut negeri- negeri dan juga melalui media-media massa. Garis panduan kepada peruncit dan pemborong juga dikeluarkan bagi memastikan pelaksanaan serta proses penebusan baucar kelak akan berjalan lancar. Yang Berhormat Hulu Terengganu, Pendang, Kuala Kedah, Pokok Sena dan Labis ada mengutarakan kebimbangan bahawa akan berlakunya diskriminasi dan ketidakadilan dalam pelaksanaan Program SUBUR. Di sini ingin saya nyatakan Sistem Maklumat Kemiskinan Nasional ataupun e-Kasih telah dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri ataupun ICU JPM bagi tujuan penyelarasan data dan maklumat kemiskinan nasional yang dikongsi bersama oleh semua agensi dan kementerian yang terlibat dalam program membasmi kemiskinan. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah pengguna bersama sistem maklumat ini. Data daripada Sistem e-Kasih adalah berpandukan isi keluarga golongan sasar iaitu miskin tegar dan miskin, manakala data e-Cari daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat berdasarkan kepada individu. Oleh sebab Program SUBUR ini berdasarkan kepada isi keluarga, maka telah diputuskan senarai e-Kasih akan digunakan. Golongan yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM1000 di luar bandar dan RM1500 di bandar adalah layak untuk menerima subsidi beras ini. Bagaimanapun ia tertakluk kepada jumlah isi rumah serta beberapa kriteria yang ditetapkan. Memang menjadi hasrat kerajaan...

Mohon laluan.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Dua yang bangun, Pasir Mas dengan Titiwangsa.

Titiwangsa dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Mana satu, Yang Berhormat?

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bagi saya habis dahulu pasal SUBUR ini, boleh? Nanti saya bagi tanya. Memang menjadi hasrat kerajaan bahawa Program SUBUR ini dilaksanakan bertujuan memastikan bekalan beras ST 15 peratus ataupun Beras Nasional sampai kepada golongan sasar iaitu miskin tegar dan miskin. Sebelum ini kerajaan telah melaksanakan tiga jenis subsidi untuk memastikan bekalan beras ST 15 peratus di Semenanjung dan Super 15 peratus di Sabah dan Sarawak mencukupi untuk golongan tersebut. Subsidi-subsidi ini ialah subsidi pengilang beras di Semenanjung, subsidi beras Super 15 peratus di Sabah dan Sarawak dan subsidi pengilang beras di Sabah dan Sarawak. Kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM60 juta sebulan tetapi beras ini masih tidak mencukupi di pasaran. Oleh itu melalui Program SUBUR diharapkan golongan sasar ini terus mendapat beras tersebut melalui kaedah yang telah ditetapkan...

[Bangun]

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Mana satu, Yang Berhormat Pasir Mas kah....?

Titiwangsa?

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Titiwangsa dulu.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pada sesi pagi tadi Ahli Parlimen Taiping telah menunjukkan satu keratan akhbar Cina yang menunjukkan salinan borang untuk projek subsidi beras ini. Di dalam borang itu, ada di bawah itu Ketua Bahagian UMNO yang perlu menandatangani borang tersebut. Saya ingin bertanya kepada Menteri pada hari ini, adakah borang ini yang akan digunakan? Adakah benar ini borang yang akan digunakan dalam projek subsidi beras ini? Adakah hanya Ketua Bahagian UMNO sahaja yang dibenarkan untuk memberi rekomendasi untuk seseorang itu mendapat bantuan subsidi beras. Kalau ini berlaku, ini satu perkara yang sangat malang kerana projek beras ini datang daripada tabung rakyat, duit rakyat yang diuruskan oleh kerajaan, bukan daripada tabung UMNO. Saya harap mendapat penjelasan. Terima kasih.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat, saya ingin memberi penjelasan. Pertamanya, tadi Yang Berhormat jawab tidak boleh diberi wang tunai oleh kerana kalau beri wang tunai, dia boleh salah gunakan, maka terpaksa guna kupon. Untuk ini, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat. Kalau kita bagi kupon sekalipun, apa jaminan mereka tidak boleh salah gunakan? Kupon pun boleh dia bagi jual kepada orang lain juga. Mana-mana yang kaki duit, dia cakap, “Saya ada kupon beras. Hendak pakai duit hari ini RM50, tukar dengan kupon.” Malah boleh bayar separuh dan ini boleh berlaku dengan orang kampung. Jadi cadangan untuk diberi wang tunai itu saya rasa ada baiknya kalau boleh dipertimbangkan sebab ada kaitan dengan masalah senarai e-Kasih ini. Syarat e-Kasih selalunya mesti di updated kan, sepanjang masa dan akan menjadi tugas harian dan berapa banyak kakitangan hendak guna untuk memastikan setiap kawasan Parlimen, senarai e-Kasih ini selalu updated dan orangnya mestilah orang yang berkelayakan e- Kasih satu, kebajikan satu.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Masalah orang kampung, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak kongsi dengan Yang Berhormat Menteri, tidak tahulah di Tanjong Karang, Sabak Bernam, saya tidak tahu. Kalau di Kelantan, e-Kasih juga ada syarat. Tidak cukup syarat, tidak boleh senarai e-Kasih. Begitu juga pihak kebajikan. Di Kelantan, contohnya, umumnya dia tidak kira kasih ke tidak kasih, dia tahu mereka ini orang susah walaupun anak lima, enam orang tetapi walaupun ada kerja seorang, tekanan bebanan hidup, dia tahu dia miskin termasuk di kalangan orang-orang UMNO. Maknanya apa yang akan berlaku nanti, katakanlah mereka ini AJK Cawangan UMNO, dia tidak ada dalam senarai e-Kasih. Memang dia tidak boleh pun sebab dia tidak layak. Maka dia akan bercakap di kampung, di kedai kopi, Tuan Yang di-Pertua, “Aku pun orang UMNO tidak dapat kupon ini.” Jadi akhir sekali siapa yang terjejas? Siapa yang akan rugi? Inilah selalunya berlaku kepada sokongan rakyat kepada parti pemerintah. Pemberian banyak tetapi masih tidak puas hati sebab tidak akan mencukupi sepanjang masa. Bagaimana kita hendak atasi ini? Sama juga dengan hal projek-projek. Saya tidak timbul soal proses dari segi ini UMNO ke, ini PAS ke, ini parti apa pun yang bakal menerima subsidi, siapa yang tidak terima, macam-macam alasan sebab siapa-siapa memerintah pun akan timbul masalah seumpama ini. Macam di Kelantan, subsidi baja, Yang Berhormat Menteri, dia senarai juga tetapi dia bagi pada orang PAS, orang UMNO tidak boleh. Sama sahajalah juga. So, to me that makes no difference tetapi tinggal lagi yang penting pada saya, semua rakyat dapat. Semua rakyat dapat tanpa mengira parti tetapi masalah senarai ini dan orang tidak faham e- Kasih ini. Ini e-Kasih, aku bukan e-Kasih kah, aku e-Benci, kerana tidak dapat kupon, ini e-Benci. Ini e-Kasih. Jadi saya percaya, Yang Berhormat, isu ini kritikal dan membawa kesan yang panjang kepada parti pemerintah. Saya hanya berkongsi pendapat. Saya tidak ada apa-apa hendak untung, tidak ada apa-apa hendak rugi. Ada orang tidak puas hati kepada UMNO sedikit, tidak puas hati kepada PAS sedikit, dia masuk Bebas, itu sahaja... [Ketawa] Saya sudah tertanam macam itu. Cuma saya tunggu juga tetapi tidak boleh ke mana pun. Cuma saya hendak beritahu, inilah masalah. Kita kena ingat, Tuan Yang di-Pertua, pergi ke bawah, pegawai-pegawai ada yang cekap, ada yang malas, ada yang macam-macam perangai. Ini perangai di bawah ini, selepas itu penyakit naik kepada Menteri. Penyakit naik kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri kata 1Malaysia, 1Malaysia, 1Malaysia, di bawah itu habis kelam-kabut yang menimbulkan rakyat tidak puas hati, akhir sekali tidak beri apa-apa faedah. Jadi masalah. Bagi saya, cukup baik cadangan yang wang tunai tadi sebab saya berpendapat dia tidak akan terasa sangat kalau orang lain tidak dapat. Kalau duit tunai itu terus masuk dalam akaun yang terima kebajikan, tumpang di situ. Kalau dia golongan miskin, dia dapat RM40 harga kupon, jadi RM300 dia terima RM250, jadi RM290. Masuk terus dalam akaun RM40. Selepas itu, sudah kita bagi duit, kerajaan sudah ikhlas, amanah hendak tolong dia orang, hendak salah gunakan dia orang, besok duit itu tidak boleh beri beras, lantak dia oranglah. Apa yang kita jadi masalah lagi? Sebab saya kata tadi, kupon pun boleh ditukar dengan duit. Orang kampung ini dia tidak ada duit dalam poket, kupon ada RM40, jumpa dengan Yang Berhormat Sri Gading, ada kupon RM40, hendak pakai RM20, ambil kupon ini. Habis, hancur.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey, Yang Berhormat, sudah cukup jelas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih. Jadi saya minta Yang Berhormat beri penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, ya.

Terima kasih. Pendang?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kalau sama, tidak payah sebut lagi, Yang Berhormat. Cakap sama sahaja dengan Pasir Mas sudah cukup.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Ini berkaitan.

Pendang dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Bagi Pendang dulu.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Menteri. Saya ada lihat temu ramah Menteri di Malaysia Hari Ini di TV3 hari itu mengatakan selain daripada pergi JKKP, rakyat juga boleh mendaftar melalui MADA, melalui LPP dan juga melalui Agrobank dan agensi-agensi yang lain di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Jadi kemusykilan yang timbul pada pagi tersebut, saya ada menerima panggilan daripada penduduk di kawasan saya mengatakan apabila dibawa pergi ke JKKP, dia kata hanya untuk orang-orang UMNO sahaja. Ini saya rasa sedihlah, saya hendak minta kepastian daripada Menteri, apakah ini terdapat di dalam borang tersebut seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Taiping pagi tadi. Jika sekiranya ini tidak berlaku ataupun tidak benar, saya rasa borang itu mungkin diselewengkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Yang Berhormat nanti, beri semua sebab semua cerita hampir sama, sila Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, isu tentang pemberian kupon ini, pada saya ada yang tersiar di dalam surat khabar ini, borang dinyatakan mesti mendapat pengesahan Ketua Bahagian UMNO. Saya hendak tanya, pertamanya adakah pemberian wang ini wang UMNO atau wang kerajaan? Keduanya, kenapa pula diminta untuk mengisi borang agama, asal rakyat miskin dia layak, mananya 1Malaysia? Apa yang pentingnya kita mesti memastikan tidak ada penyelewengan, ini wang rakyat, wang kerajaan tidak boleh diagihkan melalui Ketua Bahagian UMNO.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey Tuan Yang di-Pertua, supaya lebih adil, boleh beri saya satu copy biar saya tengok. Tolong ambil, saya hendak tengok, beri saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Beri kepada Bentara. Beri kepada Bentara. Tidak boleh hantar sendiri.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak tengok copy, bagi saya tengok, sebelum saya hendak baca saya hendak tengok. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, saya hendak tengok copy, beri saya tengok. Sebelum saya jawab saya hendak tengok sebab kalau - saya hendak beritahu maklumat yang lebih tepat, pergilah download di laman web kementerian, tidak ada sebut Ketua UMNO...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya saya tengoklah, saya tengok macam mana surat khabar Cina keluar surat khabar Melayu tidak keluar, kita hendak tengok.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya boleh tunjuk, kita ada iklan borang kita di dalam beberapa surat khabar berbahasa Melayu yang kita sudah keluarkan. Ini surat khabar Cina saya perlu tengok, mana dia dapat, mungkin DAP sabotaj ini, kita pun tidak tahu. Jadi masalahnya ialah saya akan jawab dan saya hendak beritahu bahawa Yang Berhormat kalau tidak puas hati pergi buka laman web kementerian, itu yang betul-betul original. Selain itu juga Yang Berhormat, bukan itu sahaja, saya juga dapat maklumat borang ini dijual. Borang ini dijual RM1 pun ada mereka jual satu borang. Ada juga yang beri borang dia pula guarantee, ada kata bagi RM1 gerenti dapat bantuan. Jadi saya hendak tengok surat khabar itu... [Meneliti surat khabar]

Datuk... Surat khabar Cina.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya tidak nampak ini. Saya tengok borang ini bukannya borang yang dikeluarkan oleh kementerian... [Tepuk] [Dewan riuh] Oleh itu saya hendak surat khabar ini, saya janji dengan Yang Berhormat kementerian akan saman, kita akan saman, kita akan dakwa surat khabar yang tidak bertanggungjawab kerana borang ini bukan...

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Kerana borang ini bukan borang yang dikeluarkan oleh kementerian... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Yang Berhormat Maran tunggu dulu...

Yang Berhormat Menteri, Saya ada borangnya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Yang Berhormat Maran tunggu dulu.

Saya boleh baca di sini dan tidak ada pun UMNO bahagian, ini satu penyelewengan... [Dewan riuh]

Keluar-keluar.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak apalah Yang Berhormat, inilah masalahnya pembangkang, selalu memperbesar-besarkan perkara yang tidak betul, semestinya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Bawa sini borang Yang Berhormat, bawa sini saya tengok borang juga... [Dewan riuh]

Yang berhormat Menteri, beri saya laluan... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Suruh Bentara hantar... [Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya, sila. Saya beri laluan kepada Yang Berhormat Sri Gading.

Tuan Yang di-Pertua, Beruas ini kaki DAP, orang kuat DAP... [Dewan riuh]

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Itu tidak betul, Tuan Yang di-Pertua kerana penyelewengan..

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Memang kaki kacau ini... [Dewan riuh] Kes berat.

Dalam zaman sekarang... [Disampuk] [Dewan riuh]

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kita mahu Menteri memberi arahan, ini laporan tidak betul... [Dewan riuh]

Ini memesongkan Dewan ini.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...Sebab itu di kawasan Taiping dan lain-lain tempat... [Dewan riuh]

...Tindakan, tindakan... [Dewan riuh]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Ada orang mengatakan hanya Ahli UMNO yang boleh memohon. Sebab itu kita mahukan penjelasan.

Kerja-kerja ini...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Penjelasan. Niat baik Tuan Yang di- Pertua.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Yang Berhormat sekalian, Yang Berhormat sekalian duduk Yang Berhormat.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Menyeleweng Dewan ini.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Beri arahan bukan hanya ahli UMNO sahaja yang boleh memohon.

Menyeleweng Dewan... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Yang Berhormat sekalian. Sila duduk Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri, ...sabotaj kerajaan...

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Menyeleweng Dewan.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, saya beri kepada Yang Berhormat Sri Gading... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Yang Berhormat Sri Gading, Sri Gading... [Dewan riuh]

Usaha yang baik oleh kerajaan hendak membantu orang-orang miskin tidak mengira bangsa, tidak mengira siapa...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Bagus saya sokong.

...cuba disabotaj oleh parti pembangkang terutama DAP...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kita sokong, tetapi tidak boleh... Salah... [Dewan riuh]

Ini ada unsur-unsur perkauman dalam usaha mereka mengapi-apikan perkauman... [Dewan riuh]

Saya rasa itu tidak betul. Saya bangkitkan hal ini. Laluan.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

...Pembangkang...

1Malaysia...

Tidak ada nama Ketua UMNO Bahagian, ini jahat. Sila siasat baik-baik... [Dewan riuh]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Borang itu tidak boleh keluar daripada UMNO.

Pembangkang menghasut rakyat.

Mungkin akhbar ini ada unsur-unsur perkauman hendak mengapi-apikan kebencian orang Cina kepada orang Melayu... [Dewan riuh]

Tuan Charles SantiagoDAP · PHKlang

Ini Dewan Rakyat ke pasar ini?... [Dewan riuh]

Laluan.

Sedangkan projek ini tidak mengira bangsa, tidak mengira parti, tidak mengira agama... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Minta tolong semua, yang lain duduk, seorang sahaja bercakap Yang Berhormat.

...Kementerian mengambil tindakan tegas supaya perkara seperti ini tidak akan berlaku.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Yang Berhormat Maran pun duduk juga.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, borang itu wujud..

Wujud apa?... [Dewan riuh]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Wujud. Itu!... [Dewan riuh]

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Saya cadangkan supaya disiasat...

...DAP penipu!..

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

...Jangan, tidak senonoh... [Dewan teramat riuh]

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Jangan tuduh DAP tanpa ada bukti. Siasat dahulu. Siasat dahulu. Jangan tidak senonoh. [Dewan riuh]

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Buat siasatan. Menteri buat siasatan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, borang itu wujud. Maka Menteri perlu ambil tindakan. Kita hendak Menteri ambil tindakan... [Dewan riuh]

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Menteri perlu siasat perkara ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat sekalian. Sila duduk... [Dewan riuh]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini kerja UMNO Taiping ini.

Bukan salah Menteri, usaha parti pembangkang yang memburuk-burukkan kerajaan... [Dewan riuh] [Beberapa Ahli pembangkang bangun] [Menyampuk]

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, bangun 10 pun, saya boleh jawablah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Duduk dahulu Yang Berhormat.... [Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Akan tetapi perlu berdisiplin, bangun semua, saya boleh jawab, benda yang benar, apa saya hendak takut tetapi jangan jadi macam kera dalam sarkas... [Disampuk] [Dewan riuh]

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Kera dekat situ.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Siapa Menteri, siapa kera?... [Dewan riuh]

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kita minta Menteri ambil tindakan tetapi UMNO yang membuat kacau.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Pembangkang ini sama seperti anjing menyalak... [Dewan riuh] [Beberapa Ahli pembangkang bangun] [Menyampuk dengan suara yang kuat]

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

...Menteri tidak senonoh!

[Bangun] [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Ini sudah shouting match ini, Yang Berhormat Menteri, tolong... [Dewan riuh]

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

...Menteri tidak senonoh! Tarik balik!... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Yang Berhormat sekalian, sudah, sudah. Duduk, duduk... [Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat faham tidak peribahasa Melayu?... [Disampuk][Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Duduklah Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk dulu, Yang Berhormat Jelutong duduk, Yang Berhormat Kubang Kerian duduk, Yang Berhormat Beruas duduk, okey yang belakang duduk, Yang Berhormat Kuala Krau, minta tolong Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, sila.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya boleh tarik balik kalau peribahasa saya salah... [Beberapa Ahli pembangkang bangun] [Menyampuk]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tarik balik.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

...seperti anjing menyalak bukit ini merupakan bukan peribahasa Melayu. Ini satu peribahasa Melayu!... [Dewan riuh]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Jangan berhelah, jangan berhelah... [Dewan riuh]

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tadi kera dalam sarkas. Ini anjing menyalak bukit, apa dia?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Ini perlu diambil tindakan sahaja.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tarik balik!... [Dewan riuh]

Tidak payah tarik, ini peribahasa.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini peribahasa Melayu... [Dewan riuh]

Sudahlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Saya tangguhkan Dewan dalam masa 10 minit... [Tepuk] [Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.39 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Mesyuarat disambung semula pada pukul 3.50 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, doa Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat duduklah dahulu Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Sri Gading, Kubang Kerian, Ahli Yang Berhormat kita hendak selesaikan masalah belanjawan ini Yang Berhormat. Jadi, minta tolong lah kalau tidak puas hati pun seorang-seorang berdiri. Tidak payah macam perang saudara. Kita ini bersaudara Yang Berhormat. Jadi, Yang Berhormat Sri Gading bercakap tidak payah panjang sangat, bukan berhubung dengan perkara ini tetapi soal kementerian ini Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Sri Gading. Masa kita malam ini. Malam ini, hari Khamis malam Jumaat. Ada dengar cerita orang kata hendak celebrate malam itu. Jadi, saya bukan salah seorang daripadanya lah.

Saya kesal peristiwa tadi Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sila Yang Berhormat.

Saya kesal. Yang Berhormat Menteri hanya membuat satu pembidalan. Tidak perlu maknanya pembidalan itu kita pertikai kan tetapi Yang Berhormat Jelutong mengatakan Yang Berhormat Menteri “babi”.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Point of order.

Jadi, ini ...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Tolong cek Hansard dahulu. Tolong cek Hansard.

Ialah.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Point of order Tuan Yang di-Pertua...

Hansard belum ada hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Cek Hansard, sila mulakan.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

Bukan soal siapa mulakan, tetapi penggunaan perkataan kita...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Akan tetapi huru-hara kerana kita minta Yang Berhormat Menteri ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Duduk Yang Berhormat Sri Gading, duduk Yang Berhormat Sri Gading.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Untuk semak dan investigate tentang keratan akhbar itu kerana akhbar itu ialah Sin Chew Jit Poh. Sin Chew Jit Poh ialah surat khabar Cina yang terulung di Malaysia. Kalau silap pun kita silap kan Sin Chew tetapi menuduh DAP di belakang segala pengkhianat itu adalah sesuatu yang boleh dikenakan menurut bahagian 36, 4, 6,dan juga 12. This is satu penghinaan kepada Majlis dan ahli yang menganggotai DAP Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Tidak payah Yang Berhormat Menteri, duduk. Yang Berhormat, saya boleh bersetuju dengan apa Yang Berhormat kata tetapi kita kena berhenti semua tuduh menuduh itu Yang Berhormat. Soalan parti UMNO, parti MCA di bawah, saya pun dengar banyak tetapi kita tidak ada pun orang bawak point of order. Jadi, apabila sekarang ini DAP kena kita hendak buat point of order. Tidak adil Yang Berhormat. Jadi, saya bersikap di tengah-tengah soal ini. Saya dengar. Tadi dikatakan ini bukan UMNO, UMNO punya borang dan sebagainya itu sepatutnya ini kerajaan punya borang. Kita tuduh kerajaan tetapi bukan parti Yang Berhormat. Jadi, kalau tadi dituduh UMNO, sekarang UMNO tuduh DAP jangan marah. Kita baling ...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Tuan Yang di-Pertua, ada juga ahli dalam Dewan ini yang telah memutarbelitkan perkataan ”babi” itu telah diutarakan. Saya suruh Hansard itu diteliti. Kalau tiada rakaman perkataan ”babi” itu diutarakan, saya mahu tindakan diambil ke atas Yang Berhormat Sri Gading.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik. Saya juga sudah dengar Yang Berhormat. Yang Berhormat Sri Gading, kalau tidak ada lagi Yang Berhormat Sri Gading...

Tuan Yang di-Pertua, kalau dia bercakap tidak menggunakan pembesar suara ini mungkin tidak masuk dalam Hansard. Soalnya tetapi kita dekat ini dengar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sri Gading, saya akan buat keputusan itu juga Yang Berhormat Sri Gading. Tidak payah panjangkan lagi, kita akan cek Hansard esok. Ya, bukan esok, hari Isnin. Kita akan cek Hansard.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Setelah dapat Hansard baru kita boleh buat keputusan.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, tuduhan berhubung dengan borang itu ada tulis UMNO, dikemukakan bukti. Tuduhan bahawa ini adalah kerja... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah lah, Yang Berhormat Shah Alam sudahlah.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kerja DAP tidak ada apa- apa bukti, main tembak sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya..., jangan ...

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia hendak kena ada bezanya. Kita kena bezakannya.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat Shah Alam. Baik Yang Berhormat Shah Alam, terima kasih.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Begitu juga dengan Yang Berhormat Kuantan, kalau perkara yang sama tidak payah. Kalau soalan kementerian...

Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tuan Yang di-Pertua.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya pohon sedikit penjelasan sahaja Tuan Yang di-Pertua. Hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Saya amat kesallah dengan apa yang berlaku tadi. Tidak seharusnya berlaku dalam Dewan begitu. Keadaan yang begitu kecoh dan huru-hara. Namun, mungkin apa yang berlaku tidaklah tanpa asas kerana saya sendiri pernah melalui perkara yang sama dengan Borang Cari iaitu borang yang dikeluarkan oleh kementerian. Ini saya rasa ada kaitan Yang Berhormat Menteri kerana perkara yang sama berlaku dan sebab itulah ada andaian dan persepsi pengalaman yang pahit itu yang dirasakan oleh teman-teman di sebelah sini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, sudahlah Yang Berhormat.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang kita mohon, Yang Berhormat Menteri lebih memahami keadaan ini dan memberi penerangan yang sepatutnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik, baik Yang Berhormat Kuantan. Saya ingat Yang Berhormat Menteri kita lupakan perkara yang telah berlaku itu. Teruskan dengan penggulungan Yang Berhormat.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Boleh beri peluang tidak Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Ini mengenai borang ini tadi sebab kita di pejabat kita, kita disuruh download dari internet. Jadi, apa yang saya nampak dari borang tidak ada pun nama UMNO. Bukan kerana kita tidak menyebelahi siapa-siapa dekat sini tetapi kita telah melewatkan mesyuarat kita sehingga kita terpaksa balik lewat malam ini padahal kebanyakan kita mempunyai majlis yang telah diurus untuk esok hari terutama sekali mereka yang jauh, dari Sabah Sarawak hendak balik naik kapal terbang. Itu sahaja, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

SilaYang Berhormat Menteri.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasihlah Tuan Yang di-Pertua. Saya pun pada mulanya, saya ingat hendak gentlemen juga, bagi peluang. Akan tetapi, macam Yang Berhormat Jelutong bangkitkan point of order, yang dia cakap itu tidak ada kena mengena. Bacalah yang disebut.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau saya sebut nama ahli, baru lah saya boleh kena tarik. Ini umum, mana ada menarik mana-mana peraturan kalau sebut mana-mana parti. Ini saya beri contoh lah Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kita sama-sama ini janganlah hendak guna point of order kalau tidak berapa faham apa yang hendak dicakapkan dalam point of order. Itu yang pertama. Kedua, saya hendak beritahu Yang Berhormat, ini soal borang. Saya sudah beritahu tadi ini borang kita yang betul. Saya sudah beritahu tadi kita akan siasat dan kita akan saman surat khabar ini kalau didapati betul-betul ada berunsur fitnah. Soalnya hari ini borang ini siapa-siapa pun boleh buat. Borang yang dalam surat khabar yang telah Yang Berhormat tunjukkan tadi tidak ada pun borang MOA, tidak ada pun lambang Kerajaan Persekutuan. Ini lambang yang asal, saya sudah beritahu tadi. Tidak percaya, balik download kita punya laman web, tengok sama tidak dengan borang Yang Berhormat bangkitkan daripada pagi pun saya dengar ada bangkitkan. Tadi pun ada bangkitkan, bangkitkan benda-benda yang sama. Akan tetapi, Yang Berhormat bangkitkan masalah borang, Yang Berhormat cuba mengambil kesempatan politik. Seolah-olah kita ini berpolitik untuk membantu rakyat. Kalau hendak cakap kita soal borang UMNO. Tadi Yang Berhormat Pasir Mas pun sudah cakap dah. Di Kelantan dia kata borang-borang bantuan apa semua beri pada orang PAS. Ini politik, kalau Yang Berhormat hendak bertengkar pasal kerajaan politik ini sampai esok pun tidak habis. Saya pun banyak point kalau hendak kira pasal politik di negeri Selangor. Wah, dulu sebelum jadi kerajaan marah sebab parti-parti pembangkang tidak diberikan peruntukan. Hari ini saya hendak tanya negeri Selangor, wakil rakyat Barisan Nasional jadi pembangkang, tidak dapat apa dia peruntukan. Kalau hendak tanya... [Dewan riuh] Jadi, jangan cakap lah. Kita sudah sama-sama berpolitik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Sudah, sudah...

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jangan bangkitkan soal remeh temeh lah Yang Berhormat, please lah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat, baik Yang Berhormat. Tidak payah ...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sudah bersedia bagi?

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak beri habis dahulu, kita pindah kepada tajuk lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, balik pada tajuk Yang Berhormat.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kemudian mengenai Yang Berhormat Pasir Mas bangkitkan mengenai beri wang tunai. Betullah. Kita fikir ada kebaikan juga wang tunai tetapi oleh kerana kita baru, kita perkenalkan. Saya tidak nafikan bahawa pelancaran yang pertama yang kita buat ialah kita mengambil nama senarai daripada e- Kasih. Untuk makluman Ahli Dewan bahawa e-Kasih ini telah pun dipersetujui oleh kabinet kerana hari ini kita tengok macam-macam agensi tiap-tiap kementerian, Kementerian Kebajikan, Kemajuan Luar Bandar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semua ada list masing-masing. Jadi, terlampau banyak sebab itu kita sudah putuskan melalui e-Kasih. Semua nama-nama ini dihantar kepada e-Kasih. Sebagai pelancaran pertama kita mengambil nama di dalam e-Kasih. Dalam e-Kasih, sekarang ini yang telah layak mendapat ialah lebih kurang 200,000 keluarga dan kita tidak nafikan bahawa dalam saya memberi taklimat kepada Ahli Parlimen, Yang Berhormat ada yang berkata nama dalam e-Kasih itu nama orang yang meninggal juga ada, masih lagi di dalam e-Kasih kerana itu kita kata buat yang pertama, langkah - phase yang pertama ini kita beri dahulu 200,000 keluarga yang ada dalam e-Kasih.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Pada masa yang sama, kita meminta supaya MPPP (Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen) untuk membantu kerajaan untuk kita mengemaskinikan senarai e- Kasih, prosedurnya senang. Tadi Yang Berhormat Pendang pun mendengar saya bercakap di dalam televisyen, terima kasih banyak Yang Berhormat kerana mendengar. Adakah saya kata UMNO, tiada. Saya kata boleh ke pejabat, kita ada agensi, kita ada 12 agensi. Pergi Agro Bank, pergi Jabatan Perikanan, pergi mana-mana ambil borang. Kalau kata borang tiada, ambil pada JKKK. Ambil borang, tidak semestinya dapat. Apabila borang ini diisi, borang ini nanti akan dibawa dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian. Di situ nanti akan ditapis oleh pegawai-pegawai saya. Tadi Yang Berhormat Pasir Mas mengatakan sekarang ini kekurangan di ICU, memang kurang tetapi kita sudah ada kerjasama dengan ICU di mana semua pegawai-pegawai di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang terlibat dengan proses ini akan dipanggil oleh ICU, akan diberi kursus bagaimana untuk membuat penilaian mereka yang layak ini dan hendak dikategorikan sebagai golongan miskin.

Dato’ Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi borang ini apabila masuk dalam Mesyuarat MPPP, MPPP akan proses. Dalam MPPP ini macam-macam wakil ada, pejabat pegawai kerajaan pun ada, kakitangan kita semua ada bincang. Jadi mana-mana nama nanti yang didapati was- was, pegawai-pegawai saya akan siasat semula di rumah, tengok semula betul atau tidak betul mereka ini. Kadang-kadang kita tengok pendapatannya RM450 tetapi boleh jadi anaknya atau rumahnya boleh jadi hebat, tanah sawahnya, benda-benda yang tidak nampak ada. Ini kerja-kerja yang dibuat oleh ICU. Jadi apabila nama-nama sampai kepada kementerian saya, kita akan hantar kepada ICU. Kemudian, ICU akan masukkan ke dalam senarai e-Kasih, dan senarai e- Kasih ini amat penting kerana matlamat kita, kita hendak menghapuskan masalah miskin tegar menjelang tahun 2010. Jadi kalau kita tiada senarai yang standard, bagaimana kita hendak menghapuskan masalah kemiskinan tegar. Oleh itu, dinamik e- Kasih ini akan sentiasa yang tidak ditambah kerana kita kata ini kita akan disemak enam bulan sekali. Cukup enam bulan kita akan semak, kita buat pemutihan.

Penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak semestinya apabila hari ini mereka dapat, mereka akan dapat sampai mati, tidak. Kita ikut senarai e-Kasih. Jadi saya ingat isu SUBUR ini...

Penjelasan. Saya bersetuju dengan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri cuma dalam senarai e- Kasih bagi Parlimen Kuala Krau tidak dimasukkan senarai-senarai atau nama masyarakat Orang Asli. Apakah kedudukan walaupun di dalam syarat-syarat tersebut disebutkan Orang-orang Asli juga layak untuk menerima. Jadi adakah semua atau diambil kira dari segi miskin tegar atau miskin bagi masyarakat Orang Asli. Terima kasih.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, seperti senarai Orang Asli, ada pula senarai dinamakan e-Damak. e-Damak ini adalah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Jadi semua senarai di bawah e-Damak ini juga kita akan mengambil kira untuk diberikan bantuan SUBUR, termasuk juga di dalam itu senarai rumah-rumah kebajikan yang ditubuhkan secara sukarela. Ini pun kita akan beri kemudahan-kemudahan yang disebutkan. Ya, sila.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sedikit Yang Berhormat. Saya hendak tanya Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen ini yang akhirnya akan membuat penentuan layak atau tidak layak, siapakah yang menganggotainya, siapakah pengerusinya, adakah melibatkan Adun-adun dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan Rakyat tanpa mengira parti politik. Terima kasih.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kita perlu faham tujuan MPPP ini ditubuhkan. Tujuan MPPP ini salah satu tugas sahaja untuk mendapat pengesahan nama daripada SUBUR.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Selain daripada itu, MPPP ini ditubuhkan untuk memastikan delivery system yang ada di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini kita sedia maklum ada 12 agensi. Kadang-kadang saya juga pernah menjadi backbencher, saya juga datang daripada kawasan pertanian. Kadang-kadang saya tengok agensi LKIM dengan perikanan, buat perkara yang sama, Barat Laut dengan jabatan pertanian buat mini estet, buat kelompok. Jadi tujuannya ialah untuk kita menyelaraskan program dan kita hendak memastikan bahawa apa yang telah kita umumkan supaya ia sampai kepada rakyat kerana ia berterusan terus kepada rakyat. Jadi kerana itu kita lantik pengerusi yang terdiri daripada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama ialah terdiri daripada MOA Incorporated, pegawai-pegawai kementerian yang ada di dalam satu-satu kawasan Parlimen, itu kumpulan yang pertama. Ahli yang kedua ialah mewakili pertubuhan- pertubuhan peladang, nelayan, pengerusi PPK, kemudian pemimpin-pemimpin masyarakat. Ini ahli-ahlinya. Kemudian ia dipengerusikan oleh Ahli-ahli Parlimen di mana Ahli-ahli Parlimen yang bukan daripada Barisan Nasional, itu kuasa Menteri untuk melantik gantinya kerana kita hendak memastikan bahawa duit dan dasar yang dibawa oleh Barisan Nasional ini dilaksanakan sampai ke peringkat bawah.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

[Bangun]

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

[Bangun]

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau saya beri kepada pembangkang menjadi pengerusi MPPP, jangan kata dalam mesyuarat, dalam Dewan pun kita bergaduh. Jadi itu tiada pada mana-mana undang-undang, tiada pada mana-mana peraturan yang mesti lantik mana-mana Ahli Parlimen. Itu hanya dilantik secara kuasa pentadbiran sahaja, tidak mengikut undang-undang dan peraturan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

hendak beri jalan Yang Berhormat? Yang Berhormat Arau bangun awal Yang Berhormat.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat bersetuju apabila sistem penapisan semula yang dibuat melalui agensi di bawah kementerian seperti mana yang dibuat oleh urus setia MPPP dan kita buat di peringkat kawasan Parlimen. Kita tidak kira, kita ambil kalau mereka petani, mereka petani, kalau mereka miskin, mereka miskin, tidak kira mereka hendak sokong siapa, tidak pernah ditanya soalan itu pun dan pada saya kita telah walaupun mungkin ketepatannya tidak sampai 100 peratus tetapi sudah menghampiri 95 peratus. Cuma saya hendak bangkitkan di sini Yang Berhormat tentang kita tidak mahu penyalahgunaan kupon ini berlaku jikalau ada di kalangan penerima yang saya faham mungkin akan berlaku mereka ambil cash di kedai, beri tiga kampit yang percuma itu jumlah mungkin hampir RM72. Bolehkah pihak kementerian memastikan bahawa hanya penerima yang mengambil beras itu kerana di dalam keadaan sekarang disebabkan banjir dan sebagainya yang berlaku ini, beras semakin berkurangan dalam pasaran dan mungkin kerajaan terpaksa memikirkan sesuatu untuk menjaga stockpile negara. Maka apakah langkah yang kita buat untuk memastikan bahawa kupon ini tidak disalahgunakan, dan ditukarkan dengan tunai ataupun kerajaan membenarkan ditukar dengan tunai?

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Menteri, boleh sambung sedikit.

Minta lalu, isu yang sama. Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat berkenaan dengan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen BN ataupun Adun Barisan Nasional ataupun Ketua Bahagian UMNO BN. Ini memang termaktub yang kita lihat apa yang telah diedarkan di seluruh negara. Jadi saya ingin penjelasan, apalah kiranya Ahli Parlimen yang bukan BN dijadikan juga ahli dalam komuniti ini kerana kita menjaga kepentingan rakyat dan saya hendak meminta jaminan daripada pihak kementerian supaya tidak berlaku salah guna kuasa ataupun penyelewengan.

Ini kerana dalam kes bantuan banjir ini satu realiti saya bercakap dengan fakta bukan main-main, bagaimana kita mendapati bantuan banjir ini hanya diberi kepada orang yang dipilih oleh yang tertentu. Saya beri contoh di dalam kawasan Parlimen saya. Saya mendapat aduan daripada rakyat, mereka yang betul-betul kena banjir tahun lepas tidak mendapat bantuan tetapi yang duduk di atas bukit tinggi ada yang mendapat bantuan. Apabila saya bangkitkan perkara ini maka kita dapati bagaimana orang yang ada kepentingan daripada pihak UMNO dan Barisan Nasional menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, baik Yang Berhormat.

Apa jaminan perkara ini tidak berlaku dalam isu beras ini?

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Satu kali Yang Berhormat Menteri dari Kota Belud.

Dr. Lee boon ChyePKR · PHGopeng

[Bangun]

Yang Berhormat Menteri, saya hendak menyatakan saya tidak bersetuju dengan Yang Berhormat Rantau Panjang ini. Dalam kawasan saya apabila berlaku banjir, ada satu kampung itu semuanya penyokong PAS, saya sendiri datang pikul beras, beri makanan, apa yang disampaikan oleh welfare, saya sendiri pikul, mengharung air. Jadi maknanya amanah yang diberi kepada Ahli-ahli Parlimen khasnya Barisan Nasional ini tidak pernah tergamak pun hendak menafikan ataupun hendak menidakkan hak kepunyaan rakyat yang patut diberikan pertolongan. Kita tahu pahala dan dosa ini, bukannya kita tidak tahu.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rantau Panjang tidak boleh bangun.

Dr. Lee boon ChyePKR · PHGopeng

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, hendak beri lagi Yang Berhormat?

Sedikit, Yang Berhormat Menteri sedikit kerana pertolongan ini melalui JPPP bukan melalui Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Belud.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua beri sama saya Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya hendak beritahu pengalaman saya Yang Berhormat Menteri sewaktu saya menjadi Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, banjir tiap-tiap tahun di Kelantan. Apabila kita bawa bantuan kepada kawasan-kawasan tertentu, ramai juga yang mengatakan di sana kerajaan Adun dan juga Ahli-ahli Parlimen PAS tidak memberi bantuan kepada mereka. Ini hakikatnya, ini hakikat. Jadi, saya rasa beginilah Yang Berhormat Menteri, saya ingin cadangkan...

Yang pilih kasih ini pemimpin PAS.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, ya.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya ingin cadangkan Yang Berhormat Menteri, kalaulah soal keahlian Pengerusi MP3 ini dipertikaikan, itu kita tolak tepi, tetapi kalau ada senarai-senarai yang dibawa oleh MP-MP pembangkang ini yang rakyat memerlukan, hantar kepada kami dan kalau tidak diberi juga, bawa kami ke muka pengadilan. Rasanya itu yang lebih penting. Soalan saya, sekejap Yang Berhormat Menteri, soalan saya. Cuma yang saya ingin soal ini ialah tugas dan fungsi MOA Inc. ini, saya dapati juga MOA Inc. ini mempunyai fungsi-fungsi seakan-akan sama dengan MP3 ini ataupun MPPP ini.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Jadi, ahli-ahli MOA Inc. ini pun agak keliru. Frekuensi mesyuarat, orang yang mesyuarat MOA Inc. ini juga orang yang sama. Jadi mungkin perlu penjelasan yang lebih jelas daripada Menterilah tentang MOA Inc. ini.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, terima kasih banyak. Itu barulah soalan yang bernas. Ini kalau nak cakap pasal politik Yang Berhormat, sampai esok pun tak habis. Saya nak cerita pasal macam mana orang PAS buat pada orang UMNO kat Tanjong Karang sampai esok pun saya boleh cerita macam-macam, kalau nak ceritalah. Malas nak cerita benda-benda yang politik ini, saya ingat Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh pun faham, Naib Presiden pun faham. Itu sebab orang- orang lama ini dia relax, tak ada bangun. Dia faham politik.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat, saya cadang Datuk Menteri bagi jawapan bertulislah. Kalau bercakap pun mengarut saja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tak payah cakap macam itu Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya sokonglah pasal kita tak ada masa ini, tak ada masa nak dengar jawapan macam ini. Tak payahlah, beri jawapan bertulislah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat-Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya cadangkan begitulah.

Tak ada masa, keluar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, teruskan Yang Berhormat Menteri.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya cadangkan keluarlah Yang Berhormat Shah Alam. Duduk dekat meja kopi. Minum kopi dekat luar... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Belud, duduk Yang Berhormat Kota Belud.

Ha inilah, inilah pembangkang. Takut dengan kebenaran.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Shah Alam dengan Yang Berhormat Pokok Sena minum kopi lagi baik.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tak, kita rasa boleh menjimatkan masa. Kita tak perlu tunggu sampai malam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat Menteri teruskan.

Keluar dengan kebenaran.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena, duduk Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sebab saya setuju tak payah. Yang Berhormat Batang Sadong kata dia orang nak balik ke Sabah, ke Sarawak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena, tak payah macam itu Yang Berhormat. Cukuplah. Yang Berhormat, kita sedang membincangkan isu yang serius Yang Berhormat, soal bantuan beras ini. Better Minister explain ya.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Betul Yang Berhormat kalau semua orang faham..

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Soal bantuan ini nak bagi, bagilah sajalah. Tak payah dok mai sini buat apa? Buat bising-bising saja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena, duduklah Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa ini? Siapa yang tanya? Kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat tak tanya, saya pun tak nak cakap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, teruskanlah Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang bangkitnya Ahli Parlimen!

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini beri jawapan politik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah, cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, saya rasa balik kepada isulah Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Pokok Sena nak bising ini pasal apa? Tunggulah giliran Yang Berhormat, tanya elok-elok.. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Yang Berhormat Pokok Sena duduk Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Lebih waras, lebih waras.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tak apalah Yang Berhormat. Saya tak apalah. Saya malas nak jawablah pasal kalau macam itu Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena tak payahlah.

Yang Berhormat Menteri berbuih-buih menjawab. Kalau Yang Berhormat PAS tak nak dengar, kami BN nak dengar jawapan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sri Gading.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ha, tak mahu dengar sudahlah!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, teruskan Yang Berhormat Menteri.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tadi Yang Berhormat Batang Sadong kata nak balik Sabah, Sarawak dan sebagainya. Kasihanlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena, duduk Yang Berhormat Pokok Sena.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, ini Yang Berhormat Pokok Sena dengan Shah Alam ini dok bising pasal apa? Masalah isu bai’ah pun berlainan pendapat, nak bising dengan kami. Sudahlah!... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, teruskan. Teruskan Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bukan nak beri jawapan.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya nak jawablah ini tapi janganlah kacau!

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini buang masa sahaja... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia orang ini main tuduh- tuduh, main jawapan politik.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Habis itu bagilah saya jawab, tak usah kacaulah saya jawab!

Tuan Yang di-Pertua, senang sahaja ini. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua senang sahaja ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Nak minta jalan Yang Berhormat?

Those who live in glass houses should not throw stones.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasihlah Yang Berhormat. Saya teruskanlah. You selesai isu bai’ah berdualah dulu... [Ketawa] Okey Yang Berhormat, saya ubah tajuk yang lainlah. Tajuk penubuhan PPP pun tadi saya dah terangkan dengan panjang lebar, saya pergi ke tajuk isu padi dan beras... [Dewan riuh]

[Menyampuk]

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa dia? Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Arau dan Sekijang mengenai isu ekuiti BERNAS sebanyak 31 peratus yang dikongsi syarikat asing iaitu Wong Tak Company Limited Hong Kong tidak lagi berbangkit. Ini kerana pengambilan saham tersebut telah pun dibuat mulai 2 November 2009 oleh Tradewind Malaysia Sdn. Bhd. Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Kuala Kedah mengenai isu monopoli, adalah dimaklumkan bahawa melalui Perjanjian Penswastaan BERNAS bertarikh...

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Sri Gading keluar, dia tak nak dengar... [Dewan riuh]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Sri Gading tak mahu dengar, Yang Berhormat Sri Gading tak mahu dengar. Duduk balik!

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini menunjukkan bahawa Yang Berhormat Sri Gading tak nak dengar pasal benda itu. Dia kata buang masa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena, duduklah Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tadi kata nak dengar, sekarang sudah keluar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, teruskan Menteri.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Macam ini Yang Berhormat Pokok Sena bertanding jawatan Presiden PAS menanglah esok. Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Kuala Kedah, adalah dimaklumkan bahawa melalui Perjanjian Penswastaan BERNAS bertarikh 12 Januari 1996, BERNAS diberi tempoh mengimport beras dan mengedar beras import selama 15 tahun dan akan tamat pada 19 Januari 2011. Kerajaan tidak boleh mengambil alih peranan BERNAS ini kerana perjanjian penswastaan ini masih berjalan mengikut peraturan yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sepitang ada menanyakan tentang peruntukan naik taraf jelapang padi Kota Belud. Bagi negeri Sabah, tumpuan dibuat bagi tanaman padi di kawasan Kota Belud. Kawasan yang berpotensi adalah seluas 8,502 hektar. Bagi tahun 2009, sebanyak RM5 juta diluluskan daripada perumahan Projek Tanaman Padi Komersial Sabah. Peruntukan ini digunakan untuk menaik taraf skim pengairan tamu darat dan kerja-kerja pembekalan, memasang dan menguji sistem pintu kawalan banjir di Marabau dan ‘Umbira Biran’.

Mohon laluan.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Minta laluan.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sat, dah tukar tajuk dah.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Ada pasal BERNAS ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya rasa habiskan ayat dulu Yang Berhormat ya, habiskan.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bagi habis dulu. Terima kasih. Walau bagaimanapun, peruntukan ini adalah tidak mencukupi dan peruntukan tambahan akan dipohon dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Sekijang.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Arau ke Yang Berhormat Sekijang?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sekijang. Yang Berhormat Sekijang awal bangun Yang Berhormat.

Yang Berhormat Sekijang bangun dulu Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Sekijang bangun dulu, Yang Berhormat Arau duduklah dulu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak berbalik semula tadi kepada pembelian BERNAS oleh Tradewind ini, sebab saya ingin tahu jugalah kalau benar kerajaan merestui pembelian BERNAS ini oleh Tradewind. Apakah asas-asas yang kita memberi kebenaran kepada Tradewind ini untuk membeli ekuiti dalam BERNAS ini, dan saya khuatir kerana Tradewind ini adalah satu syarikat awam yang mementingkan keuntungan dan apabila dia mengambil alih ini esok, mungkin satu masa nanti dia akan menjualnya balik. Jadi, saya ingin tahu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, silakan Yang Berhormat Arau.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masih tentang soal BERNAS. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat berhubung dengan golden share dengan izin, yang ada pada kerajaan. Kuasa kerajaan di dalam Syarikat Padi Beras Nasional Berhad ini. Jadi sejauh mana golden share ini memainkan peranan? Kalau ikut agreement saya bangkitkan dalam ucapan saya, tetapi saya tengok Yang Berhormat Menteri tak tengok. Saya masukkan agreement sekali di situ. Bermakna kata, dalam golden share, kerajaan ada kuasa untuk menentukan dasar-dasar yang dibuat oleh BERNAS kerana ini melibatkan staple foods, soal keselamatan dan kita dah terjadi sekali apabila floating share ini terlepas pada pegangan asing ataupun ekuiti pegangan asing, bermakna kata di masa-masa yang akan datang, kita juga tidak boleh membiarkan satu syarikat itu dia menguasai lebih banyak, kerana kita bimbang soal sebahagian daripada perniagaan yang dilaksanakan, tanggungjawab CSR yang patut dilunasi oleh syarikat ini berdasarkan daripada awal penubuhan dan perjanjian dengan kerajaan. Sepatutnya juga dilaksanakan seperti mengendali dan melaksanakan subsidi, menolong kilang- kilang bumiputera di bawah Skim Pusat Belian dan sebagainya atau SUMK dan lain- lain tapi di sini, sejauh mana kerajaan mengawal melalui seorang Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik dalam board BERNAS itu dapat mengawasi semua polisi dan dasar-dasar yang dibuat oleh BERNAS termasuk urusan pengimportan, dasar-dasar beras tempatan, penentuan harga dan lain-lain seperti mana yang berlaku sekarang ini.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat membangkitkan soal BERNAS ini. Sebagaimana yang saya telah nyatakan tadi bahawa syarikat yang dibeli oleh syarikat asing ini kita dah ambil. Dia ada sejarah dialah, saya ingat Yang Berhormat pun faham sejarah dia. Jadi, saya nak nyatakan bahawa dalam BERNAS ini, yang pentingnya ialah golden share tadi, yang kerajaan.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dalam BERNAS ini kita dua. Kerajaan ada share, golden share yang diwakili oleh Kementerian Kewangan dan juga daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Dua orang inilah yang akan menentukan segala dasar-dasar BERNAS. Juga dalam peraturan Syarikat BERNAS ini, Lembaga Pengarah tidak boleh dilantik daripada orang-orang bukan warganegara Malaysia mesti orang warganegara Malaysia. Ertinya kalau misal macam dahululah Hong Kong pegang shareholders, dia peganglah shareholder terbanyak tetapi dia tidak boleh menjadi Lembaga Pengarah BERNAS. Kemudian apa juga keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah ianya boleh di overrule, boleh ditukar diputuskan oleh dua orang ini tadi wakil daripada kementerian yang diwakili oleh KSU dan juga daripada Kementerian Kewangan. Sebagai contoh bila krisis beras dahulu berlaku kita ingat bila tiba-tiba harga naik mendadak kita paksa BERNAS. Walaupun harga beras di dalam negara begitu tinggi dibandingkan harga beras yang diimport begitu mahal, dia jual dekat Malaysia pada harga yang rendah. Kalau kita tidak ada kuasa dia tidak akan ikut cakap kita. Dia kata sebab apa dia hendak beli mahal jual murah. Akibat itu kalau kita tengok laporan Bernas kalau saya tidak silap dia rugi dekat RM57 juta kerana dia terpaksa mengikut arahan kerajaan menjual harga beras dengan kadar yang lebih murah daripada harga import. Jadi oleh kerana itu inilah di antara kuasa-kuasa yang kita ada. Untuk itu...

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Sedikit Yang Berhormat penjelasan.

Datuk Seri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sekejap. Untuk itu di kementerian kita telah tambah pula lagi kita cuba bagi dua kuasa lagi di peringkat kementerian. Satu di mana Datuk KSU, saya menjadi Lembaga Pengarah BERNAS supaya tidak ada timbul konfliknya kementerian melantik pula TKSU untuk menjadi Ketua Pengawal Beras dan Padi. Di kementerian kita asingkan supaya apabila dasar-dasar yang dibuat oleh Lembaga BERNAS walaupun kita ada golden share di situ ianya nanti bila kita hendak laksana kita ada check and balance.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masalah di sini masalah yang selalu berulang. Saya ambil satu contoh ketika kita membuat jana kuasa elektrik menggunakan arang batu tetapi kita bergantung kepada arang batu daripada Indonesia. Akan tetapi TNB tidak pergi sign dalam kontrak jangka panjang memastikan harga arang batu tidak naik. Akan tetapi negara-negara lain ini yang membuat cara dan teknik yang sama mereka masuk mereka sign agreement G to G basis, government to government basis yang menyebabkan kita mengendalikan konsesi lombong di tempat berkenaan kita dapat pertahankan harga. Begitu juga dengan BERNAS. Kita takut sekarang ini musim yang keadaan uncertainty ini dengan izin Tuan Yang di-Pertua yang wujud dalam keadaan cuaca tidak menentu yang menyebabkan keperluan kepada makanan terutamanya beras. Kalau jadi market panic seperti mana dahulu yang berlaku dalam negara, kita tidak puas soal Bernas itu cerita lain tetapi bila dia dapat kerajaan bayar margin dia akan dapat keuntungan. Tahun ini dia akan untung besar. Cuma saya hendak bagi tahu Yang Berhormat jangan lagi BERNAS membuat dealing terutamanya di Thailand hanya pada dua, tiga company. Contohnya APC. APC dia based di Bangkok patut dia pergi sendiri ke semua kilang-kilang di seluruh Thailand. Nakhon Sawan, Super Burin, Takon Sitamarat yang memang kilang-kilang padi utama dia pergi direct deal dengan kilang. Harga lebih munasabah, lebih murah. Jangan pakai orang tengah lagi, jangan pakai surveyor seperti mana yang berlaku pada zaman LPN dahulu yang menyebabkan harga mahal dan syarikat tidak berdaya saing di sini. Sign agreement 10 tahun sebab komoditi di Thailand dia kira harga macam bursa saham. Dia naik hari-hari, dia mungkin turun hari- hari. Jadi dalam keadaan sekarang mungkin persiapan perlu dibuat oleh pihak kementerian dalam menasihati Bernas menerusi golden share supaya polisi yang dibuat ini boleh menyebabkan kita tidak timbul panik ketika kita kekurangan beras dalam pasaran. Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Seri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang sedar masalah beras. Sebenarnya kita pernah menghadapi krisis beras pada tahun 2008 kalau tidak silap harga market luar negara begitu tinggi. Itu yang saya kata BERNAS kita paksa juga jual pada harga yang murah. Begitu juga kita baca surat khabar baru-baru ini berlaku di India dan di luar negara berlaku keadaan cuaca dan kita juga bimbang akan kenaikan harga beras di masa hadapan. Jadi untuk langkah pertama kerajaan telah pun menaikkan kita punya stockpile. Kita ada stockpile, kita yang boleh membakar dalam tempoh enam bulan. Kalau apa berlaku cukup stockpile kita ini untuk kita bekalkan beras. Dalam masa yang sama kalau kata Yang Berhormat tadi pengurusan Bernas ada melalui orang tengah yang itu mungkin di luar kawalan kitalah. Kita meluluskan dasar tetapi harga kita kawal. Setiap harga beras yang hendak dijual mesti diwartakan oleh pihak Menteri dan kena sign. Jadi kita yang menentukan harga bukannya Bernas. Jadi Bernas dia kena ikut harga yang ditentukan oleh pihak kerajaan. Gred Bernas saya bagi contoh sekarang ini bila sebut sahaja desak untuk naikkan beras ST5 kepada harga lebih mahal, kita kata tidak boleh. Kita juga untuk memberikan jangan dia banyak sangat jurang gred beras ini. Sekarang beras ada tiga gred ST15, ST10 dan ST5. So kita kata tidak boleh tiga gred sudah satu gred sahaja. Eh, dua yang tinggal ST 15 dan ST5. Jadi Yang Berhormat insya-Allah saya yakin bahawa segala keputusan- keputusan dasar yang dibawa oleh BERNAS mengenai kepentingan rakyat kerajaan akan kawal. Kita juga ada Akta Padi dan Beras Negara yang BERNAS kena ikut.

Datuk Seri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak beritahu Yang Berhormat kalau saya tidak silap ada tujuh, lapan kes kementerian saman BERNAS. Kita dakwa BERNAS ke muka pengadilan kerana mereka melanggar undang-undang yang sedia ada. Jadi ini menunjukkan kita tidak boleh bertolak ansur dengan BERNAS walaupun dia asalnya daripada kerajaan. Akan tetapi untuk menjaga kepentingan rakyat terutamanya beras kita akan mendakwa BERNAS kalau kita dapati BERNAS ini melanggar Akta Padi dan Beras ini.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Sedikit Yang Berhormat, sedikit sahaja. Saya hendak tarik perhatian Yang Berhormat apa yang disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi. Memang perkara ini cukup complicated sebab beras ini satu perniagaan yang lumayan. Beras ini orang makan hari-hari, berbilion perniagaannya. Jadi ringkasnya saya hendak minta Yang Berhormat kalau ada masa Yang Berhormat Arau dari Perlis dia sempadan Thailand, saya Pasir Mas sempadan Thailand di sebelah Selatan Thailand. Ini cerita beras masuk siapa pergi berunding dekat Bangkok, siapa-siapa yang atas nama jawatan macam-macam. Kita boleh duduk satu malam saya boleh bawa orang-orang Yang Berhormat boleh dengar cerita yang sebenarnya berlaku. Boleh tidak? Sekian terima kasih.

Datuk Seri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Insya-Allah saya pergi Kelantan nanti kita jumpa dekat Pasir Mas dan kita minumlah dekat mana-mana Yang Berhormat tunjukkan saya. Kalau penyeludupan ini bolehlah kita juga ada kuasa di bawah Akta Padi dan Beras.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Termasuk cerita BERNAS.

Datuk Seri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Memang ya, BERNAS yang salah.

Dato' Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Termasuk cerita BERNAS.

Datuk Seri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, BERNAS. Boleh. Saya sambung mengenai di Sabah tadi. Yang Berhormat Pasir Salak memohon kerajaan memantau pelaksanaan menaik taraf di Keriang Sungai Manik dan Pasir Salak bagi meningkatkan purata pengeluaran padi beberapa program seperti menaik taraf infrastruktur dan khidmat pengembangan telah dilaksanakan telah dilaksanakan oleh IADA Keriang Sungai Manik. Melalui peruntukan RM100 juta yang telah diluluskan sebanyak lima projek menaik taraf sistem pengairan sedang dijalankan melibatkan peruntukan RM67 juta dan dijangka siap pada Oktober 2010. Bagi menambah baik pulih tanah Program Pengapuran seluas 818 hektar dengan peruntukan sebanyak RM695,648 dan perataan tanah sawah seluas 1,416 hektar dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta dijalankan di bawah dasar jaminan bekalan makanan. Selain daripada bantuan-bantuan ini bantuan pemilikan jentera secara geran padanan ataupun matching grant dijalankan untuk membantu pesawah memiliki jentera sendiri yang melibatkan peruntukan sebanyak RM32 juta bagi tahun 2009 dan RM5 juta bagi tahun 2010. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pasir Mas kawasan seluas 500 ekar di KADA bukanlah tanah sawah yang disewakan tetapi tanah tersebut adalah milik petani. Kawasan yang dimaksudkan ialah projek ladang merdeka. Pada mulanya kawasan ini merupakan satu projek penyatuan tanah yang telah mula diperkenalkan oleh KADA sejak 1981. Melihat kepada kejayaan projek ini pada tahun 1991 KADA telah memperkenalkan konsep ladang merdeka. Melalui konsep ini satu pengurusan berpusat telah diwujudkan di mana KADA menguruskan dengan menempatkan seorang pegawai iaitu pembantu pertanian sebagai pengurus. Manakala pemilik tanah adalah sebagai pekerja ladang. Semua kos operasi adalah didahulukan oleh KADA yang mana kos ini akan dibayar melalui potongan ke atas pendapatan daripada hasil jualan padi di akhir musim. Pemilik tanah akan dapat semua keuntungan daripada projek ini. Untuk makluman Yang Berhormat jumlah keseluruhan bajet untuk KADA ialah sebanyak RM63 juta. Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Yang Berhormat Menteri, boleh minta laluan? Mengenai hal KADA ini. Saya hendak berkongsi dengan Yang Berhormat Menteri. Saya ada maklumat detail, bertulis yang disampaikan kepada saya oleh kakitangan KADA sendiri yang tidak puas hati. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri, betul dahulu tanah rakyat kemudian dijadikan Ladang Merdeka.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Di mana kerajaan memang membelanjakan banyak duit untuk membangunkan kawasan. Ia termasuk kawasan Bunut Susu, Tok Dimi dalam DUN Tendong Parlimen Pasir Mas. Akhir sekali diberikan sewa kepada orang luar. Orang di luar KADA dan orang di luar Kelantan. Sewanya saya diberitahu RM300 satu ekar. Manakala dalam program subsidi padi, kerajaan beri sebanyak RM2,200 subsidi yang meliputi pelbagai perkara, baja, benih dan seumpamanya. Jadi yang menyewa ini sudah untung RM1,900. Jadi petani dapat apa? Ini yang saya bangkitkan. Kemudian bukan sahaja setakat tanah, ladang disewa. Kemudian sewa pula, jentera menuai padi. Walaupun diletakkan dibawah khidmat ladang PKL tetapi disewa kepada orang luar KADA, di luar Kelantan. orang Cina daripada Kedah. Apabila orang Kelantan bercakap, orang kawasan bercakap. Saya minta Yang Berhormat Menteri siasat. Saya boleh duduk bersama dengan Yang Berhormat Menteri. Saya akan ceritakan perkara ini dengan jelas. Saya minta satu lagi Yang Berhormat Menteri apakah KADA ini, hendak buat apa-apa, mereka minta atau tidak kebenaran daripada lembaga pengarah atau buat ikut suka hati di peringkat bawah? Sebab ini melibatkan soal dasar. Nanti saya beri detail ini. Sekian, terima kasih.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sepatutnya Yang Berhormat lebih hebat jadi parti BEBAS. Mana yang tidak betul semua ditegur. Jadi banyak maklumat yang diberi. Ini yang saya baca, yang disediakan oleh pegawai. Ini yang menjadi dasar kita. Akan tetapi tengoklah saya pergi Kelantan Yang Berhormat, kita berdua sahajalah. Saya secara diam-diam dengan Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat tunjuklah.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Boleh.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kerana maklumat-maklumat, kerana dasar kita ialah rakyat didahulukan. Termasuklah kalau Yang Berhormat mengatakan KADA membuat dasar tanpa mengambil kira masalah rakyat. Ini bertentangan dengan kehendak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita sudah mengatakan bahawa apa-apa juga projek yang dibuat, mestilah memberikan faedah kepada rakyat. Bukannya kepentingan kepada syarikat atau pun mana-mana pihak. Kalau rakyat hendak itu, kita beri. Kerana itu saya akan pergi...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Pegawai yang membuat laporan itu saya bimbang takut pegawai itu pun sudah ada - saya bukan hendak menuduh mereka tetapi kadang-kadang, mereka ini pun perlu check latar belakang. Takut putus urat atau putus... macam-macam boleh jadi... [Ketawa] Terima kasih.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya akan pergi berdua sahaja dengan Yang Berhormat untuk berbincang, terima kasih. Kepada Yang Berhormat Sabak Bernam, sukacita saya memaklumkan bagi meningkatkan pengeluaran beras negara, kementerian merancang langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang seperti berikut. Langkah-langkah jangka pendek bagi meningkat pengeluaran beras dengan menyelenggarakan infrastruktur pengairan dan saliran, perataan tanah sawah, pembekalan input pertanian bagi meningkatkan kesuburan tanah seperti pembekalan kapur, pembekalan baja LPK, dan juga kawalan makhluk perosak. Tindakan memperkukuhkan khidmat sokongan dengan pemilikan jentera dan juga mekanisasi ladang. Langkah-langkah jangka panjang, tindakan jangka panjang dengan meningkatkan insentif penanaman. Membangunkan dan membina infrastruktur pengairan dan saliran baru seperti Empangan Besut dan juga Paya Peda di Terengganu. Khidmat sokongan penyelidikan dan juga promosi teknologi. Pada tahun 2009, peruntukan sebanyak RM1.78 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk meningkatkan hasil padi. Menurut Yang Berhormat Kuala Kedah, tentang keadaan infrastruktur dan saliran di kawasan Muda yang tidak memuaskan. Ingin saya nyatakan di sini kedudukan infrastruktur pengairan dan saliran kawasan Muda sehingga ini berada dalam keadaan yang baik. Proses menambahbaikkan bagi infrastruktur pengairan dan saliran ini telah diambil tindakan daripada masa ke semasa, dengan menggunakan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Peruntukan bagi pemulihan dan pembinaan infrastruktur ini berjumlah RM347.25 juta yang meliputi peruntukan RMK-9 berjumlah RM42.25 juta. Dasar Jaminan Bekalan Makanan berjumlah RM114 juta dan projek pembangunan NCER sebanyak RM188 juta. Kenyataan bahawa infrastruktur yang dibina mengalami kebocoran dan runtuh adalah tidak benar dan kalau benar-benar ada bukti, saya sanggup untuk pergi melihat dakwaan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah ini. Mengenai TEKUN, untuk makluman Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Parit dan Ahli Dewan yang mulia ini, TEKUN Nasional yang ditubuhkan pada 9 November 1998. Merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk melaksanakan Program Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Program ini diwujudkan bagi membantu usahawan kecil yang ingin memulakan dan meningkatkan perniagaan mereka melalui pembiayaan perniagaan dan perkhidmatan sokongan. Sehingga Oktober 2009, TEKUN Nasional telah mengeluarkan 191,192 pembiayaan bernilai RM1.41 bilion kepada 153,102 orang usahawan di seluruh negara. Untuk makluman Yang Berhormat, pembiayaan mikro kredit yang disediakan oleh kerajaan bukan sahaja hanya untuk Bumiputera, malah ia juga terbuka kepada semua kaum. Boleh didapati di sembilan buah institusi kewangan. Pembiayaan mikro kredit di kawal selia oleh Bank Negara. Banyak bank-bank lain yang bagi mikro kredit kepada bukan Bumiputera. Akan tetapi untuk program TEKUN, ia adalah khusus kepada kaum Bumiputera. Memandangkan objektif penubuhannya adalah untuk memberi proses pembiayaan kepada peniaga kecil Bumiputera yang tidak mempunyai akses kepada pembiayaan yang dilaksanakan oleh institusi kewangan lain seperti bank. Memandangkan kebanyakan mereka tidak mempunyai syarat kelayakan memohon pinjaman. Walaupun secara dasarnya program TEKUN adalah untuk kaum Bumiputera sahaja, namun demikian kerajaan turut mengarahkan TEKUN untuk menguruskan skim pinjaman khusus untuk kaum India melalui peruntukan khas di bawah Program Pembasmian Kemiskinan. Di bawah RMK-9 melalui EPU, iaitu sebanyak RM15 juta telah pun diperuntukkan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini telah pun mengumumkan peruntukan tambahan. Dalam Bajet 2010 sebanyak RM20 juta untuk kaum India. Ini menunjukkan bahawa kerajaan turut prihatin kepada keperluan kaum bukan Bumiputera yang menceburi bidang perniagaan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit ada menanyakan mengenai jumlah-jumlah peniaga PKS yang mencapai taraf jutawan melalui pembiayaan mikro kredit TEKUN Nasional. Adalah menjadi hasrat TEKUN Nasional untuk menjadi institusi yang mampu melahirkan usahawan cemerlang dan seterusnya mencapai taraf jutawan. Walau bagaimanapun, TEKUN Nasional tidak melaksanakan kajian pemilikan aset ke atas peminjam TEKUN, bagi mengetahui sama ada mereka telah menjadi jutawan atau sebaliknya. Sebaliknya TEKUN Nasional sedang mengumpulkan maklumat usahawan TEKUN yang berjaya di seluruh negara untuk dijadikan contoh kepada usahawan-usahawan lain. Ramai antara usahawan-usahawan TEKUN yang diberikan pinjaman kali kedua walaupun pinjaman pertama masih lagi ada baki kerana mereka merupakan pembayar hutang atau good paymaster. Isu yang seterusnya adalah pembiayaan Agrobank. Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Mas Gading ada menyentuh tentang pembiayaan dan bantuan daripada Agrobank. Agrobank sentiasa memainkan peranan memastikan objektif kerajaan menjadikan pertanian sebagai penggerak utama ekonomi negara tercapai. Kemudahan pinjaman dan pembiayaan kepada petani, penternak, nelayan dan pengusaha bidang pertanian disalurkan menggunakan dana kerajaan yang disediakan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Kementerian Belia dan Sukan. Bantuan kewangan yang diberikan dalam bentuk pinjaman mudah atau pun soft loan. Melalui pinjaman mudah berkenaan permohonan yang layak, pinjaman dan juga pembiayaan dikenakan kadar faedah atau kadar keuntungan yang rendah. Serendah 3.775 peratus sehingga 4 peratus setahun dikira atas baki bulanan berbanding dengan kadar yang dikenakan bank komersial.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Di samping itu, tempoh pinjaman diberikan adalah panjang sehingga 120 bulan. Permohonan yang tidak layak ditimbangkan di bawah pinjaman mudah akan dikenakan kadar komersial di mana pembiayaan menggunakan dana komersial Agrobank. Skim-skim pinjaman mudah adalah seperti berikut, Tabung Untuk Makanan, masyarakat perdagangan dan juga Bumiputera. Tabung Tanaman Semula Kelapa Sawit, tabung Skim Kredit Pengeluaran Makanan, Skim Pembiayaan Bot Perikanan, Skim Industri Kecil Sederhana, Skim Kredit Padi, Skim Pembangunan Pertanian Bukan Makanan, Skim Belia Tani dan Skim Usahawan Komersial Siswazah.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dalam membantu masyarakat khususnya pengusaha kecil dan sederhana dan lain-lain aktiviti pengeluaran dari cengkaman atau tindakan Ah Long atau pemberi kredit tidak sah, Agrobank ada menyediakan pinjaman-pinjaman yang tidak memerlukan apa- apa cagaran. Pinjaman yang diberi berbentuk mikro kredit. Skim ini terbuka kepada semua peringkat umur seperti berikut, pinjaman modal usahawan tani, skim mikro kredit pertanian, skim mikro kredit ESP, micro enterprise fund. Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Pasir Mas, Agrobank telah pun membiayai penanam padi di kawasan KADA sepanjang tahun 2009 sehingga 31 Oktober 2009. Agrobank telah membiayai 622 projek dengan jumlah RM3,339,000. Untuk makluman Yang Berhormat Tenom pula, bayaran insentif yang telah dikeluarkan sehingga 30 Oktober 2009 melalui kerjasama agensi-agensi terlibat adalah seperti berikut, Jabatan Pertanian telah membayar kepada 34,218 orang dengan nilai RM95.1 juta. Jabatan Veterinar membayar insentif kepada 17,517 penerima berjumlah lebih kurang RM189 juta. Jabatan Perikanan 6,414 orang sebanyak RM73 juta. Jumlah semua yang kita telah bayar kepada mereka yang layak menerima insentif ialah RM58,149 orang. Lebih kurang RM357 juta. Tuan Yang di-Pertua, mengenai pemberian subsidi, pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengkaji semula impak dan kaedah pelaksanaan program insentif dan subsidi kepada petani, penternak dan juga nelayan. Pendekatan baru subsidi ialah untuk mendorong petani melaksanakan amalan pertanian yang baik untuk meningkatkan pengeluaran hasil yang berkualiti. Menjawab pertanyaan mengenai subsidi padi bukit oleh Yang Berhormat Mas Gading, peruntukan di Sabah dan Sarawak telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2008. Pada tahun 2009, peruntukan sebanyak RM10 juta di Sabah dan RM14.5 juta di Sarawak. Peruntukan yang sama turut dibekalkan kepada negeri Sabah dan Sarawak. Jumlah ini adalah berdasarkan permohonan daripada Jabatan Pertanian Sabah dan Sarawak yang merupakan agensi yang bertanggungjawab mengedar dan memantau subsidi ini di kedua-dua negeri tersebut. Sebarang permohonan tambahan perlu dikemukakan kepada kementerian melalui Jabatan Pertanian Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, mengenai bantuan pertanian. Merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Kinabatangan tentang bantuan pertanian di bawah skim bantuan pertanian. Jabatan atau agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sememangnya telah dilaksanakan pemberian bantuan input dan peralatan bagi pelaksanaan projek. Sebagai contoh, bagi pelaksanaan projek ternakan madu lebah, bantuan pembelian input asas dan juga pelbagai peralatan seperti set peralatan lebah, botol madu dan koloni apis cerana. Sementara bagi projek ternakan ikan keli dalam sangkar dan ternakan ikan air tawar, Jabatan Perikanan juga ada memberikan bantuan teknikal, bantuan benih dan makanan serta bantuan pukat dan sangkar secara percuma untuk pusingan yang pertama. Untuk makluman Yang Berhormat Kinabatangan, berhubung bantuan pertanian, Yang Berhormat Setiu tentang kepada bantuan nelayan laut dan juga nelayan sungai, dan Yang Berhormat Dungun mengenai bantuan membasmi kemiskinan terutama kepada golongan nelayan miskin, kementerian melalui Jabatan Perikanan telah menjalankan berbagai program untuk meningkatkan dan mempelbagaikan pendapatan nelayan di negara ini. Bantuan ini disalurkan secara pinjaman peralatan kepada kumpulan sasar melalui beberapa program secara berkumpulan atau secara individu.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sebagai contoh, projek percubaan dan demonstrasi peralatan. Melalui program ini peralatan atau perkakas baru yang dapat meningkatkan keberkesanan ataupun produktiviti serta keselamatan seperti GPS, eco sounder, net hauler dan juga peralatan mesra sumber seperti circle hook yang dapat melindungi spesies penyu diperkenalkan dan diberi bantuan secara pinjaman kepada nelayan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, panjang lagi Yang Berhormat?

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Pelaksanaan projek ini disasarkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, panjang lagi Yang Berhormat?

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sedikit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Okey.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Pelaksanaan projek ini disasarkan dan mengembangkan penggunaan peralatan dan juga perkakas di kalangan nelayan. Tuan Yang di-Pertua, mengenai penyelidikan dan pembangunan atau R&D. Berhubung dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam...

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Menteri? Sebelum Yang Berhormat Menteri pergi ke topik yang lain, saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri mengulas tentang apa yang saya bahaskan berkenaan nelayan. Kerana Yang Berhormat Menteri sudah pergi kepada R&D.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya memang setuju dengan Yang Berhormat Kuantan. Akan tetapi kalau saya hendak baca ini memang tebal lebih 80 muka.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri boleh memberi jawapan secara bertulis.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sebab itu saya cuba skip. Kalau Yang Berhormat Kuantan bangkitkan mengenai isu nelayan, mengenai apa Yang Berhormat? Atau hendak saya bagi jawapan bertulis?

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Menteri, kalau diizinkan Yang Berhormat Menteri. Dalam perbahasan saya ada bercakap berkenaan dengan LKIM. Bagaimana LKIM Negeri Pahang tidak memberi kerjasama di dalam menyelesaikan masalah nelayan di Kuantan. Saya rasa itu merupakan satu tindakan yang cukup tidak bekerjasama dan profesionalisme di kalangan Pengarah LKIM sendiri yang menghalang pengurus persatuan nelayan berjumpa dengan saya untuk menyelesaikan masalah nelayan di Kuantan. Saya harap penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini isu spesifik, saya akan siasat dan ini juga ada kaitan dengan isu air batu mungkin. Isu kes air batu Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ada berjumpa dengan saya minta diselesaikan. Jadi, kalau isu air batu itu sebenarnya pada masa itu, ikan tiba-tiba banyak. Kemudian, kita telah selesaikan isu itu dengan persatuan nelayan. Akan tetapi, kalau ada isu-isu yang spesifik, saya perlu turun siasatlah.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Menteri, isu air batu itu saya akui dan memang sudah diselesaikan dan kita telah mendapat komitmen daripada NEKMAT sendiri bahawa mereka akan bina kilang dan sebagainya untuk jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Itu sudah kita selesaikan. Saya mahu Yang Berhormat Menteri memberikan pandangan Yang Berhormat Menteri berkenaan kenapa Pengarah LKIM mengarahkan supaya tidak berjumpa dengan saya. Ini saya hendak tahu pandangan daripada Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya telah pun maklum perkara ini, di mana Yang Berhormat kena ingat bahawa setiap mereka yang terlibat di dalam pertanian ini mereka ada persatuan mereka sendiri. Saya ambil contoh nelayan. Nelayan mempunyai persatuan nelayannya di bawah persatuan nelayan daerah ada, di bawah persatuan negeri pun ada, di peringkat kebangsaan kemudian NEKMAT.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kemudian, di setiap kawasan nelayan dan pertanian kita ada letak pegawai kita yang kita bayar gaji untuk membantu pertanian. Dalam mereka memilih pemimpin persatuan nelayan mereka, mereka tidak kira. Bercampur sama ada menyokong kerajaan atau tidak, mereka akan memilih sesama mereka. Sama juga dengan PPK dan sebagainya. Kerana itu, mungkin pengarah berpendapat bahawa isu ini isu masalah nelayan, mereka sudah ada persatuan masing-masing dan ada wakil sendiri, maka eloklah biarkan persatuan ini menyelesaikan masalah mereka melalui pertubuhan yang telah pun diiktiraf oleh pihak kerajaan. Kemungkinan kalau melalui orang-orang politik seperti parti pembangkang misalnya, ia akan jadi isu politik. Masalah rakyat tidak selesai tetapi masalah isu politik yang dibahaskan seperti mana yang berlaku kepada saya semasa di kawasan Tanjung Karang apabila Ahli Dewan Rakyat Sekinchan - DAP buat demonstrasi fasal isu benih padi yang dia pun tidak faham apa yang dia cakap. Jadi, ini mungkinlah.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Ya, okey Yang Berhormat Menteri ada kemungkinan-kemungkinan. Akan tetapi, saya mohon Yang Berhormat Menteri buat satu review sedikitlah berkenaan dengan apa yang berlaku kerana ini bukan hal politik. Ini masalah rakyat. Ini masalah nelayan dan takkanlah Wakil Rakyat tempat mereka mengadu, mereka pergi direct kepada persatuan, tidak boleh selesai. Mereka pergi kepada LKIM, tidak boleh selesai. Mereka minta bantuan Wakil Rakyat untuk jadi pemimpin yang memanggil dan mengajak bersama-sama berbincang dan berdialog. Pelbagai stakeholders sama ada persatuan nelayan, persatuan perikanan, LKIM dan NEKMAT semua memberi kerjasama.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Tiba-tiba saya ada SMS daripada Pengurus Persatuan Nelayan yang dibayar gaji oleh LKIM yang mengatakan bahawa pihak atasan beliau iaitu pengarah LKIM memberi arahan supaya tidak hadir dan apabila pegawai saya sendiri bertanya kepada Pengarah LKIM kenapa sudah satu seminggu kita buat keputusan untuk berjumpa, berdialog, berbincang untuk menyelesaikan masalah nelayan. Pengarah LKIM kata, “Oh, hari Sabtu.” Padahal dia tidak terlibat Yang Berhormat Menteri. Saya tidak hendak panjangkan cerita ini cuma saya pohon Yang Berhormat Menteri kita bersikap profesional. Kita tidak harus pilih pembangkangkah dan sebagainya. Wakil rakyat ialah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat yang seharusnya boleh mewakili suara semua rakyat. Ya, Yang Berhormat Menteri, saya harap itu diambil perhatian dan saya tak hendak panjang-panjang. Saya tidak hendak dengar Yang Berhormat Menteri beri alasan mungkin itu, mungkin ini. Saya tahu ceritanya, saya ada SMS nya dan saya ada maklum balas daripada semua pihak. Masalah itu telah pun selesai cuma saya minta bagi pihak kementerian, bagi pihak kerjasama masa hadapan.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Boleh saya tahu siapa selesaikan masalah ini?

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya jumpa dengan pihak NEKMAT dan pihak NEKMAT berbincang dengan saya bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini di masa hadapan jangka masa panjang berkenaan dengan pembinaan kilang air batu, berkenaan bagaimana kita hendak stok air batu lebih tinggi...

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, saya faham.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

...Dan saya juga mencadangkan kepada Persatuan Nelayan menjual at a loss kerana menjaga kerana PNK ialah peruncit monopoli. Saya hendak menjaga stakeholder juga, PNK juga. Akan tetapi saya kata perlu beri profesional servis. Jangan naikkan harga air batu daripada RM13 hingga RM19. Sell at a loss demi kepentingan nelayan. Jadi selepas kita bincang kita buat persetujuan jangka masa panjang dan jangka masa pendek cuma LKIM di sini harus bersikap lebih profesional. Saya minta itu sahaja daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, terima kasih. Terima kasihlah Yang Berhormat. Saya tahu isu itu sebab itu saya sudah cakap tadi bahawa isu Yang Berhormat cakap yang baru saya sudah sebut tadi.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Menteri sudah telefon saya. Yang Berhormat Menteri daripada Bera, dia telefon saya. Saya terus telefon ketua pengarahnya, “apa cerita ini.” Dia pun explain dengan saya. Saya kata, now you mesti selesaikan perkara ini. Tadi ertinya perkara ini, maaf saya cakaplah, kalau tanpa campur tangan Yang Berhormat pun benda ini kita sudah selesaikan. Itu yang pertama. Kemudian kita juga memang ada perancangan untuk kita membuat peti ais...

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Menteri, minta maaflah. Perkara ini tiap-tiap tahun masalah ini timbul. Kenapa masalah ini timbul tiap- tiap tahun? Masalah air batu ini masalah kecil sebenarnya Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, saya faham. Saya faham.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Masalah kecil, tiap-tiap tahun.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Baiklah, saya pun malas hendak... [Disampuk] dengan Yang Berhormat.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Janganlah kata baru hendak selesai. Masalah kilang air batu sudah setahun buat keputusan, baru hari ini ada komitmen selepas kita bising.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya minta Yang Berhormat Menteri tidak perlu beri alasan lagi. Cukuplah.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya tidak beri alasan. Yang Berhormat...

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Saya cuma minta Yang Berhormat Menteri take note.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, saya pun faham sebab ini masalah pembangkang. Bagilah saya terang juga tindakan yang saya ambil. Saya akui Yang Berhormat ambil tindakan. Saya pun tadi sudah terangkan saya dapat SMS daripada Yang Berhormat Menteri. Saya ada simpan lagi SMS itu. Saya pun terus telefon kepada ketua pengarah untuk menyelesaikan masalah ini segera. Dalam mesyuarat Post Cabinet, saya bangkitkan lagi perkara ini. Saya sudah dapat laporan terperinci. Ertinya bagi pihak LKIM dia tahu tindakan telah pun diambil dan saya juga sudah beri amaran kepada LKIM seperti mana Yang Berhormat cadangkan supaya ambil jangka masa panjang. Saya tanya ambil di mana air batu. Yang Berhormat tahu dia ambil air batu daripada mana?

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Selangor!

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ha, daripada mana dia ambil? Yang Berhormat tahu dia ambil air batu itu? Dari Sekinchan sana, dia ambil. Jadi saya tahu cerita ini. Jadi sebab itu Yang Berhormat saya hendak beritahu bahawa kita juga di pihak kementerian insya-Allah hands on tahu perkara-perkara ini. Terima kasih banyaklah di atas perhatian Yang Berhormat telah berikan. Saya hendak teruskan kepada penyelidikan R&D...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau dapat...

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Pasal apa ini?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Dua soalan untuk Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Pasal isu?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Isu pertanian dan isu nelayan.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini belum habis LKIM saya... [Disampuk]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri hendak masuk R&D. Sebelum Yang Berhormat Menteri masuk R&D saya minta...

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak, pasal perikanan saya belum sentuh lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak beri jalan Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya belum sentuh perikanan lagi.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Belum lagi?

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Belum.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Okey. Petani tadi?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh macam ini Yang Berhormat. Tidak boleh tawar-menawar begini.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tidak, saya minta untuk bertanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak beri jalan atau tidak beri jalan? Kemudian disuruh duduk.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okeylah, beri jalan.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Begitulah profesional. Tuan Yang di- Pertua, dua persoalan saya. Saya mendengar juga dalam apa-apa pun keadaannya tadi kita mendengar huraian yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri. Sekarang ini Yang Berhormat Menteri sudah ada apa yang dikatakan pangkalan data dan pangkalan data itu awal-awal disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri bertindih-tindan dengan yang lain tapi hari ini kita dengar satu pangkalan data yang boleh menjadi the overriding semua pangkalan data yang lain. Itu cukup meyakinkan kami. Persoalannya sekarang ini dengan adanya pangkalan data khususnya tentang petani tadi saya hendak tahu pertamanya, seluruh negara ini bukan hanya di Kuala Selangor, berapa? 200,000? 400,000? Household kah, person kah? Itu satu. Keduanya, dengan bermatlamatkan KPI pembasmian kemiskinan 2010 tahun depan Yang Berhormat Menteri, kalaulah benar-benar dengan peruntukan yang begini besar dengan semua perkara, dengan semua projek TEKUN segala-galanya, RM2.4 bilion pembangunan, RM2.2 bilion mengurus apakah Yang Berhormat Menteri yakin sekarang ini. Saya punyai nelayan, saya juga punyai petani di Kuala Selangor, di Asam Jawa, di Sungai Janggut, Sungai Sembilang, Tanjung Keramat. Jadi sekarang ini kita hendak tahu apakah sungguh-sungguh Yang Berhormat Menteri yakin dengan segala apa yang telah disusun, diatur dan dirancangkan, 2010 mengandaikan tidak berlaku lagi ketirisan dan kebocoran seperti apa yang telah berlaku, mampukah kita menangani persoalan kemiskinan tegar dan relatif di kalangan golongan berpendapatan rendah ini? Terima kasih.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor, jiran saya. Yang Berhormat sebut itu semua tempat saya bermain waktu saya kecil-kecil dahulu. Yang Berhormat daripada luar. Okey, Yang Berhormat. Saya faham Yang Berhormat. Mungkin besok keluar surat khabar, mungkin. Tengah hari tadi saya ada perjumpaan dengan semua pemimpin PPK seluruh negara dan pengurusan dan sejajar dengan agriculture flagship yang telah pun kita ada mesyuarat minggu lepas di mana kita telah minta supaya pangkalan data, profiling ini mesti wajib diadakan. Saya beri mereka enam bulan untuk PPK seluruh negara untuk mendapat data ahli-ahlinya. Berapa miskin, berapa kaya, apa bantuan yang sudah dapat tetapi tidak tanyalah parti PAS parti UMNO kita tidak suruh bubuhlah. Kita suruh bubuh secara detail seperti pendapatan keluarga dan kita hendak tahu sama ada bantuan sudah diberi seperti beri reban dan beri ayam. Adakah tinggal reban sahaja, ayamnya sudah hilang? Ini terima kasih, memang kita sudah ambil tindakan yang tadi saya telah buat statement. Mengenai ini kita berusaha. Kita berusaha bersungguh-sungguh untuk membasmi kemiskinan sebab itu Menteri-Menteri ada KPI. Saya sendiri ada KPI saya dan dalam KPI saya, dalam tempoh empat bulan saya sudah pilih 30 kawasan Parlimen. Tiap-tiap satu kawasan Parlimen saya pilih satu orang, orang miskin dalam tempoh sampai hujung bulan 12, kita telah pun membuat projek-projek membasmi kemiskinan.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sebagai contoh kalau kita hendak beri orang miskin kita tidak beri anak ayam. Kita beri ayam yang sudah besar itu untuk dibuat jual. Kita beri kambing, untuk orang miskin kita tidak beri anak kambing. Kita beri kambing yang sudah bunting itu supaya ia cepat dapat anak dan sebagainya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya ucap tahniahlah kepada Yang Berhormat Menteri. Sebab itulah hampir 30 tahun selepas Dasar Ekonomi Baru, kita masih bergelut dengan kemelut kemiskinan. Mudah-mudahan... Kita dapat.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasihlah. Yang Berhormat, miskin ini kita tidak boleh nafikan. Sebab itu bezanya, dahulu kita kata RM240 miskin, but now naik, ia relatif. RM420 pun miskin. Sebab itu dalam Islam diwajib bayar zakat. Jadi bermakna sentiasa ada orang miskin sebab itu kita perlu bayar zakat. Kalau tidak ada orang miskin macam mana kita hendak bayar zakat. Jadi relatif saya bersetuju bahawa kemiskinan kita ini memang sukar hendak atasi tapi ia makin meningkat. Kehidupan yang lebih baik macam dahulu kita miskin rumah kita atap nipah. Hari ini atap orang miskin bumbungnya sudah bumbung zink. Lebih baik daripada bumbung nipah lah sebagai contoh. Saya teruskanlah Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri jangan... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya tahu, saya faham apabila kita berdepan dengan kemiskinan walaupun di negeri sekaya Selangor ini di tempat-tempat yang saya sebut sometimes kita dapat saksikan abject poverty. Jadi oleh kerana itu janganlah kita berhelah. Saya bersama dengan Yang Berhormat Menteri. Apa pun yang dapat saya lakukan untuk membantu usaha untuk pembasmian itu kita akan lakukan.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Sebab itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dalam ucapan dalam bajet, dia memahami masalah nelayan. Saya pun Yang Berhormat kalau hendak cakap pasal miskin ini saya ingat ada autoriti cakap pasal miskin sebab saya datang daripada keluarga miskin. Saya hendak beritahu Yang Berhormat. Jadi sebab itu apabila saya tengok orang miskin di kawasan Yang Berhormat, di kawasan saya, saya beritahu mereka, semiskin-miskin mereka sekarang, hendak dibandingkan dengan kehidupan miskin saya, saya lebih teruk hidup daripada yang ada miskin pada hari ini. Ini kenyataan. Jadi sebab itu soal miskin ini di hati Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga insya-Allah di hati Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk kita membela nasib orang-orang miskin.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Cantiklah!

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, mengenai penyelidikan dan juga pembangunan.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Berhubung dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam mengenai baja organik, dimaklumkan bahawa penggunaan baja organik untuk menanam padi, baja organik telah digalakkan penggunaannya untuk penanaman padi dan kini tiga pengusaha diberi kontrak membekal baja organik kepada petani-petani padi dengan jumlah penanaman seluas 639,068 hektar. Penyelidikan penggunaan baja organik, penyelidikan mengenai keberkesanan baja organik dilakukan oleh MARDI tahun 2001 dan telah dilakukan ke atas beberapa jenis sayuran dan juga jenis tanah. Sebanyak 20 hingga 60 tan hektar baja organik bergantung kepada jenis sayuran dan tanah, diperlukan untuk mendapat hasil setimpal dengan baja tahi ayam yang lazimnya digunakan sebagai piawai. Penyelidikan juga telah dijalankan ke atas penanaman padi secara organik di mana empat tan kompos boleh meningkatkan hasil daripada tiga tan kepada empat tan per hektar. Bilangan pengusaha ataupun pengeluar baja organik. Pada awal tahun 2000, dianggarkan sebanyak 32 buah syarikat telah bergiat aktif di dalam pengeluaran baja organik. Walau bagaimanapun, data pengeluaran secara terperinci sukar diperoleh. Pada masa ini lebih kurang 10 buah syarikat masih mampu bertahan dan dianggarkan pengeluarannya adalah sebanyak 1,200 tan baja organik sebulan dengan harga jualan di antara RM400 dan RM500 per tan. Baja-baja organik yang diperkaya dengan unsur- unsur kimia pula dijual dengan harga RM750 hingga RM2000 per tan.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Pelesenan untuk mengimport baja organik. Pengimport baja organik memerlukan permit import yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Sehingga 30 Oktober 2009, sebanyak 367 permit telah dikeluarkan dengan anggaran kuantiti diimport sebanyak 15,851 tan. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi ke isu ternakan. Untuk makluman Yang Berhormat Petaling Jaya Utara yang bertanyakan tentang padang ragut pada tahun 2008, program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan industri ruminan yang mantap telah berjaya mengeluarkan pengeluaran daging lembu kerbau sebanyak 9.52 peratus iaitu 38,250 metrik tan berbanding dengan 34,936 metrik tan pada tahun sebelumnya. Kadar sara diri daging lembu kerbau telah menunjukkan peningkatan kepada 25.38 peratus berbanding 23.5 peratus tahun 2007. Kadar sara diri bagi daging kambing bebiri juga telah meningkat kepada 10.2 peratus yang menyumbang kepada 1,958 metrik tan pengeluaran daging kambing bebiri negara. Bagi meningkatkan pengeluaran daging ruminan, tiga sistem penternakan utama diamalkan oleh penternak-penternak. Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Kota Melaka, industri penternakan ayam dan babi telah mencapai tahap berdaya maju yang disasarkan oleh kerajaan dan sehingga kini, bekalan daging ayam dan babi adalah mencukupi untuk keperluan negara. Kemajuan kedua-dua industri yang diperoleh oleh pihak swasta ini adalah bertitik tolak dari bantuan kerajaan dalam bentuk bekalan baka yang produktif dengan disokong oleh perkhidmatan pengembangan yang baik kepada industri. Apabila kedua- dua industri tidak dapat berjalan dengan sendirinya...

Minta laluan sedikit.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

...kerajaan mengambil langkah untuk menumpukan kepada komoditi lain yang masih memerlukan bantuan kerajaan untuk mencapai tahap daya maju. Ya, Yang Berhormat.

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menarik perhatian Dewan iaitu apabila setiap kali datangnya Hari Raya Aidiladha, berpuluh- puluh lori yang membawa lembu-lembu dari negara jiran, diangkut ke negara kita yang diimport untuk tujuan korban. Jadi, saya ingin tahu dari sudut perancangan pihak pertanian. Perkara ini sudah berlarutan bertahun-tahun. Apa usaha yang dibuat oleh pihak pertanian untuk memastikan daging ini, terutama untuk korban ini, kita tidak perlu import sebab kita ada ladang-ladang untuk ternakan dan sebagainya. Namun, sampai hari ini untuk lembu korban kita terpaksa import. Jadi, apa usaha yang dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan bekalan daging negara ini dapat dibekalkan dari negara kita sendiri?

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Menteri, boleh saya tambah?

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ya, penternakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi dikatakan penternakan babi iaitu dengan swasta ini telah berjaya. Saya hendak bangkitkan satu perkara Yang Berhormat Menteri iaitu pencemaran yang sering digunakan kepada penternakan babi ini kerana dia punya treatment pond atau dia punya pond dan teknologi yang digunakan. Saya ingin bertanya bagaimana pihak kementerian dapat membantu atau dapat memperkenalkan satu sistem yang paling baik untuk mereka dan juga bantuan kewangan supaya kita dengan sekali gus akan kita kurangkan isu ini yang dikatakan mencemarkan alam sekitar.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai lembu ini Yang Berhormat Rantau Panjang, sebab sempadan dengan Thailand, tetapi sekarang ini musim banjir, tidak tahu lembu boleh masuk ke tidak. Saya sudah nyatakan tadi bahawa kita masih lagi mengimport lembu. Malah dari India sahaja kita import dekat 60 peratus. Kita masih lagi tidak cukup.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Namun demikian, kita sekarang ini sedang berusaha untuk memastikan daripada setahun ke setahun untuk meningkat seperti yang saya nyatakan tadi bahawa kalau hendak bandingkan penghasilan pengeluaran daging lembu, jika dibandingkan dengan tahun lepas, kita telah pun meningkat sebanyak 9.5 peratus. Dahulu 34,000 sekarang 38,000, dia naiklah 4,000. Jadi saya tidak boleh nafikan. Macam ayam juga. Ayam dahulu satu masa kita ingat bahawa apabila sampai musim raya sahaja ayam tidak cukup dan harga mahal, tetapi baru-baru ini alhamdulillah, kita lihat harga ayam kita dapat stabil, malah tauke ayam pula merungut kerana harga dia terlalu murah. Jadi saya kata tadi ayam, telur dan babi. Macam babi saya sebut tadi, ini sudah tidak perlu importlah. Memang kita tidak boleh import sudah. Hendak eksport pun kita tidak bagi. Mengenai kandang khinzir ini, kementerian kita pernah membuat lawatan. Kita hantar pegawai ke luar negara. Saya lupa nama negara tersebut untuk dia lihat kaedah, cara yang terbaik untuk jaga khinzir ini di dalam keadaan yang tidak menimbulkan keluh-kesah di kalangan masyarakat sekeliling. Tambahan lagi, kita sedia maklum bahawa kadang-kadang khinzir atau babi ini dia kadang-kadang mudah macam-macam penyakit boleh dapat. Oleh sebab itu kita kena berikan perhatian kepada sebab-sebab penyakit ini. Jadi, kementerian memang sudah hantar satu pasukan pergi ke luar negara untuk melihat. Itu saya tidak boleh bagi komen bila masa akan kita laksanakan.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Menteri. Saya ingin tambah sedikit. Saya setuju bahawa kementerian ada hantar rombongan dengan persatuan ke beberapa negara untuk belajar atau tengok cara mereka menternak babi. Didapati bahawa teknologi yang sesuai atau yang boleh juga dibina atau digunakan di negara kita, tetapi kerana hendak melibatkan kos yang amat tinggi. Atas sebab itu, tadi saya katakan penternak ini yang pertama, mereka tidak yakin hendak menambahkan lebih modal kerana mereka tidak dilegalized, tidak dapat permit atau yang legal standing untuk mereka meneruskan dengan ini. Sebab itu bank- bank, institusi kewangan pun tidak berminat untuk memberikan pinjaman. Jika kita hendak bawa teknologi yang sesuai untuk sektor ini, kementerian juga boleh cadangkan bagaimana dapat membantu mereka supaya kita win-win situation iaitu kita dapat kawal pencemaran dan juga kita dapat memastikan mereka ikut syarat-syarat yang ditentukan.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti Yang Berhormat nyatakan tadi, memang mereka ada membuat lawatan. Saya kurang pasti sebab apa mereka belum laksana, mungkin bajet dan sebagainya. Jadi, mungkin saya akan beritahu kemudian mengenai perkembangan hasil daripada lawatan mereka ini. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi ke isu perikanan. Untuk makluman Yang Berhormat Kuantan yang mengutarakan isu berkaitan isu LKIM, khususnya Kompleks LKIM Kuantan ada menyediakan sebuah kilang air batu yang berkapasiti 140 metrik tan sehari bersama 1000 blok ais yang mana setiap satu beratnya 140 kilogram. Kilang ini diuruskan oleh NEKMAT dengan nilai pelaburan RM1.5 juta. Ini saya sudah jawab tadi. Saya pergi kepada Yang Berhormat Kota Melaka ada memohon Kementerian menyatakan anggaran keperluan hasil laut di seluruh Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, permintaan pengguna bagi ikan laut pada tahun 2008 adalah sebanyak 1.1 juta tan metrik berbanding penawaran sebanyak 1.07 juta tan metrik iaitu 95.3 peratus daripada keperluan hasil laut untuk seluruh negara.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bagi perbandingan hasil tangkapan dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini, adalah pada tahun1998 sebanyak 1.2 juta tan metrik berbanding pendaratan ikan pada tahun 2008 adalah sebanyak 1.3 juta tan metrik iaitu peningkatan sebanyak 15 peratus. Pendaratan ikan di perairan pantai adalah stabil buat masa ini dan diharapkan dapat dikekalkan kemampuannya melalui penguatkuasaan Akta Perikanan 1985 yang bertujuan untuk memelihara sumber perikanan negara. Peningkatan yang ditunjukkan dalam tempoh tersebut adalah turut disumbangkan oleh aktiviti perikanan laut dalam. Untuk soalan berkaitan ZIA, langkah-langkah yang telah diambil bagi membangunkan ZIA adalah seperti menyediakan infrastruktur asas sistem kenaikan input operasi, peralatan mudah alih, perkhidmatan sokongan, perkhidmatan pemuliharaan sistem ternakan, perkhidmatan pengembangan, kemudahan makmal dan kemudahan pemasaran.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Di samping itu, kementerian turut mengadakan seminar-seminar berkenaan ZIA kepada pelabur dan juga kumpulan sasar untuk memaklumkan peluang-peluang yang ditawarkan oleh kerajaan di kawasan-kawasan Zon Industri Akuakultur ini. Tukun tiruan. Pada tahun 2009, Jabatan Perikanan Malaysia telah diberikan dua peruntukkan bagi membangunkan projek tukun iaitu peruntukkan pembangunan jabatan dan juga Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua. Peruntukan pembangunan jabatan. Peruntukan ini memang telah sedia ada dalam Projek Pembangunan Jabatan. Pada tahun 2009, sebanyak RM1.927 juta diterima yang melibatkan tujuh tapak. Pada tahun 2009, ia dilaksanakan di negeri Pahang, Melaka, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan juga Wilayah Persekutuan. Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua, projek ini mula dilaksanakan pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM7.5 juta. Ia melibatkan 35 tapak iaitu di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Kelantan, Selangor dan juga Labuan. Yang Berhormat Arau ada mencadangkan Akta Perikanan yang melibatkan zon penangkapan ikan diubah. Untuk makluman Yang Berhormat, sistem pengezonan menangkap ikan telah diwujudkan bagi memelihara sumber perikanan negara dan melindungi kepentingan setiap golongan nelayan terutamanya nelayan-nelayan tradisional. Antara faktor wujudnya sistem ini ialah konflik yang berlaku di antara nelayan tradisional dan komersial. Sistem pengezonan ini adalah seperti berikut.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

[Bangun]

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Untuk zon A dari sisir pantai. Daripada kosong batu nautika dan ke atas. Zon A adalah zon pembiakan serta tumbesaran anak- anak ikan. Maka ia tidak boleh dieksploitasi secara berlebihan.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, boleh tentang zoning. Beri saya bangkit sedikit.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak bagi habis. Sedikit.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Baik.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sehubungan dengan itu, ia diperuntukkan kepada nelayan-nelayan yang mengusahakan peralatan menangkap ikan tradisional yang lebih selektif dan mesra sumber seperti bubu, pukat hanyut dan lain-lain. Zon B. Lima batu nautika dan ke atas. Ia dibenarkan kepada nelayan yang mengusahakan vessel, komersial seperti pukat tunda dan pukat jerut dengan muatan vessel di bawah 40GRT. Walau bagaimanapun, ia turut menjadi isu kerana pencerobohan yang kerap dilakukan. Zon C - 12 batu nautika ke atas. Dikhaskan untuk vessel yang bermuatan 40GRT dan ke atas dengan peralatan tradisional dan juga komersial. Zon C (2) - 13 batu nautika ke atas. Ia diperuntukkan bagi vessel bermuatan 70GRT dan ke atas. Sistem original yang telah diwujudkan sejak empat puluh tahun yang lalu ternyata telah memberi kebaikan dalam pengurusan sumber perikanan negara secara mampan dan bertanggungjawab di mana pendatang ikan laut dapat terus dipertingkatkan. Ya, Yang Berhormat.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, tentang zoning ini, terdapat juga banyak negeri terutama di negeri Melaka. Projek tambak laut sedang dijalankan dan melibatkan sepanjang pantai dan sangat luas melebihi beribu ekar laut akan ditambak. Ini akan merosakkan kawasan untuk nelayan. Adakan zoning ini sudah diambil kira tentang projek-projek tambak laut ini dan juga satu, saya ingin beri perhatian kepada Yang Berhormat Menteri. Sungguhpun projek tambak laut ini saya tidak nampak ada sebarang projek akan dibina atau dibangkit untuk menolong nelayan yang terjejas atas projek tambak laut ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri?

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Ini mengenai pencemaran laut. Seperti Yang Berhormat nyatakan, kita tidak boleh nafikan kerana itu kita telah mengadakan rundingan. Berunding, bincang dengan pihak-pihak tertentu yang terlibat dalam proses-proses pemasaran kawasan-kawasan laut. Oleh kerana ia melibatkan juga jabatan yang lain dan juga di bawah kuasa-kuasa yang lain. Bukan saja tempat Yang Berhormat, di Langkawi pun sama.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Di Langkawi ini, bila kita buat ikan dalam sangkar kerana laluan bot itu tidak mengikut hala tertentu, dia punya gegaran menyebabkan ikan kadang-kadang ada juga yang bantut. Jadi ini memang perkara yang sedang dilihat secara serius oleh pihak kementerian untuk memastikan bahawa ikan-ikan yang ada dalam laut ini tidak terjejas dengan pembangunan-pembangunan yang kadang-kadang rancak dibuat pada satu- satu tempat. Terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Saya sependapat dengan Yang Berhormat Menteri iaitu kadang-kadang usaha telah dijalankan oleh Kementerian yang mewujudkan tempat-tempat untuk nelayan. Akan tetapi selepas projek tambak laut itu semua telah dirosakkan dan kita perlu buat, mulakan lagi dan ambil masa yang panjang supaya kita wujudkan kawasan untuk nelayan. Oleh sebab itu saya katakan projek ini langsung tidak ambil kira. Saya dipercayai bahawa sebahagian atau tidak salah saya tanah itu akan diberi kepada kerajaan negeri. Mengapa tiada projek khasnya untuk menolong nelayan yang terjejas? Terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Pada perkara yang sama lebih kurang. Apabila kita bercakap tentang projek-projek yang menjejaskan akhirnya nelayan. Yang saya maksudkan sini adalah program penternakan udang selebar seluas hampir 1,000 ekar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak payah bawa isu yang spesifik begini, Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Minta Yang Berhormat Menteri memberikan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya faham isu itu penting. I’m not questioning about the issue. I’m questioning about peraturan kita. Benda-benda yang tidak...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Hari itu semasa saya berucap...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Memang constrain ya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua kata bawa semasa Yang Berhormat Menteri menggulung.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Namun begitu kita bersidang banyak kali, Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya membawa rintihan nelayan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya tahu, Yang Berhormat. Saya tahu, Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Bagi saya dua minit saja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kita cuma ada masa lima jam dan empat kementerian lagi.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Bagi saya dua minit saya selesaikan. Dua minit saja. Jadi kita Yang Berhormat Menteri yang sedia maklum perkara ini. Apabila projek-projek seperti itu yang kita tahu banyak kebaikannya. Kita pun mahu menjadi pro business juga. Itu pun pendapatan kepada kerajaan negeri. Namun begitu akhirnya, sebab itu kita katakan tadi, awal tadi akhirnya yang terjejas adalah nelayan. Dan livelihood mereka itu, pendapatan mereka itu amat terjejas kerana itu penternakan udang ini yang bukan hanya itu. Mengeluarkan sisa-sisa yang juga menjadi toksik kepada kalong mereka pun terjejas. Jadi atas perkara ini, Yang Berhormat Menteri ke depan nanti pastikan kalau projek-projek seperti... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Memanglah kita ada pertikai. Bukan saja Melaka Yang Berhormat sebut malah di Pulau Pinang pun apabila membuat jambatan kedua dia menjejaskan nelayan-nelayan di kawasan persekitaran.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bila kita hendak buat pendapatan, melibatkan tanah dan sebagainya. Jadi ini memang di dalam pengetahuan kita dan kita memang berusaha untuk membela nasib nelayan-nelayan.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau kita lihat di antara golongan petani, penternak dan nelayan yang mendapat bantuan bulanan RM200 setiap bulan. Mereka pergi ke laut atau tidak pergi, duduk rumah pun, musim tengkujuh atau tidak, setiap bulan mereka akan mendapat RM200. Tentu RM200 itu tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya kerajaan bersimpati dengan nasib para nelayan dengan kita memberikan elaun-elaun bulanan. Tahun ini bajet yang dibentangkan kita mempunyai RM170 juta kita akan beri peruntukan kepada nelayan. Jadi memang kita sedar perkara ini bahawa pembangunan-pembangunan, penambahan lot dan sebagainya yang menjejaskan kumpulan-kumpulan nelayan. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pergi ke pemasaran. Yang Berhormat Langkawi ada menyentuh mengenai lambakan buah-buahan dalam pasaran. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui FAMA telah menyediakan program-program untuk membantu memasarkan produk usahawan tani tempatan khususnya di luar bandar yang seterusnya boleh meningkatkan jualan dan pendapatan mereka. Sehingga September 2009, FAMA telah berjaya membantu memasarkan produk petani dan usahawan IKS bernilai RM992 juta secara langsung dan tidak langsung menerusi projek-projek FAMA seperti berikut: (i) jualan terus melalui pasar tani; (ii) jualan terus melalui gerai buah-buahan segar; (iii) penyediaan perkhidmatan membeli produk usahawan tani secara langsung atau memadankan dengan pembeli swasta lain; (iv) jualan terus melalui Agrobazaar; dan (v) Kedai Rakyat. Di Langkawi sebanyak 12 buah Agrobazaar yang terdiri daripada sembilan Agrobazaar asas tani, sembilan Agrobazaar Kedai Rakyat yang diuruskan oleh 11 usahawan telah diwujudkan pada September 2009. Yang Berhormat Libaran ada menyebut mengenai ramai pendatang yang berniaga di pasar tani berbanding rakyat tempatan. Di sini ingin saya nyatakan bahawa syarat utama penyertaan di pasar tani adalah peserta merupakan warga negara Malaysia. Perkara ini menjadi kekuatan pasar tani serta menjamin pembangunan pasar tani dinikmati hanya oleh warga negara Malaysia. Berdasarkan rekod pendaftaran peserta, semua peserta pasar tani di seluruh negara merupakan warga negara Malaysia. Pendaftaran semula semua peserta pasar tani serta pembantu akan dijalankan pada bulan Disember bagi memastikan pengeluaran permit perniagaan untuk tahun 2010 adalah untuk warga negara Malaysia. Akan tetapi mungkin Yang Berhormat bangkitkan, ya ini susah hendak elak semua orang seperti itu. Bila sudah dapat diberi nama ‘Ali Baba’... Ini tidak boleh kata sesiapa, ini menjadi lumrah alam sehingga mungkin apabila kita sampai ke satu tahap masyarakat yang betul-betul ingin memajukan diri sendiri dengan cara yang susah supaya lebih berjaya. Seperti peribahasa Melayu, “berakit-rakit ke hulu berenang- renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.” Kalau ini kita boleh pegang maka kita boleh memajukan bukan sahaja diri kita malah negara kita. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Marang ada menyebut tentang petani- petani di pantai timur negara masih tiada pembaharuan dan peningkatan. Antara langkah yang diambil oleh kementerian melalui FAMA ialah dengan mewujudkan pasar tani dan juga gerai buah-buahan segar dan juga ladang kontrak dan juga kita membangunkan untuk memastikan bahawa Kedai Rakyat yang baru kita lancarkan akan dapat membantu petani-petani di luar bandar. Akhirnya mengenai tanah terbiar. Yang Berhormat Kinabatangan ada menyebut tentang membangunkan tanah terbiar untuk dijadikan tanah pertanian. Saya ingin tegaskan di sini, hari ini kita bukan sahaja kita hendak bangunkan tanah-tanah terbiar malah kalau ada projek-projek yang terbiar atau tergagal telah pun kita arahkan melalui kementerian untuk semua agensi menyenaraikan projek-projek yang tertinggal, kolam-kolam yang mungkin tidak diusahakan untuk disemak.

Datuk Seri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dan kita kalau perlu diiklankan dalam surat khabar kita iklankan supaya beritahu kepada rakyat yang berminat untuk dibangunkan tanah-tanah yang terbiar dan juga projek-projek terbiar. Begitu juga tadi Yang Berhormat Kuala Selangor kata mengenai data. Malah tadi saya telah meminta supaya kementerian bukan sahaja menyimpan data manusia, tetapi juga data-data tanah yang terbiar. Jadi apabila ada mana-mana rakyat yang berminat untuk menjadi usahawan, memajukan tanah, mereka taip sahaja laman web, sudah boleh tahu di mana ada tanah terbiar. Ini kita perlu usahakan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Tuan Yang di-Pertua, saya kira itu sahaja yang saya sampaikan. Saya minta jika ada mana-mana yang saya tidak menjawab jadi boleh berhubung dengan saya dan insya-Allah pegawai-pegawai saya akan memberikan jawapan bertulis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dato Sri Shahrizat Abdul JalilMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa Perbahasan Bajet 2010 Peringkat Dasar. Kementerian amat menghargai serta mengambil perhatian serius terhadap semua pandangan, saranan, cadangan serta teguran Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Batu Gajah membangkitkan mengenai fungsi KPWKM (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dalam membantu wanita yang memerlukan pembelaan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sejak penubuhan pada tahun 2001, kementerian merupakan penaju utama dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan pemerkasaan wanita. Kementerian menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi dalam mengarusperdanakan perspektif wanita di dalam penggubalan undang-undang, peraturan dan dasar-dasar serta pelaksanaan program dan aktiviti. Antara pencapaian kementerian berhubung penggubalan dasar dan pelan tindakan bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan daripada NGO dan aktivis wanita di antaranya adalah seperti berikut. Misalnya dasar 30 peratus, sekurang- kurangnya wanita mesti di peringkat membuat keputusan pada tahun 2004. Dasar Wanita Negara 2009 dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita yang telah diluluskan pada 23 Julai 2009 juga hasil daripada perundingan daripada semua pihak iaitu kerajaan, bukan kerajaan dan daripada semua peringkat dan pelan tindakan sekurang- kurangnya 30 peratus wanita di peringkat membuat keputusan. Pelan tindakan ini dijangka akan dibentangkan bagi persetujuan dan pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Kementerian menjalankan advocacy, audit perundangan dan peraturan serta memperkukuhkan jalinan kerjasama antara agensi terutama dalam menangani isu wanita yang merentasi semua aspek kehidupan dan juga kementerian dan agensi-agensi kerajaan. Langkah-langkah ini diambil melalui rangka kerja perundangan dengan menyemak dan meminda akta-akta berkaitan serta mengetengahkan isu-isu perundangan yang menjejaskan hak dan kesejahteraan wanita kepada agensi kerajaan yang bertanggungjawab. Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan program bagi peningkatan ekonomi dan kemahiran untuk menggalakkan wanita menceburi bidang pekerjaan serta menjana pendapatan. Antara program dan insentif tersebut ialah, program kepimpinan wanita, program-program peningkatan kapasiti wanita dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, Program Pengupayaan Ekonomi Wanita, Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal, Program Sutera Sari untuk golongan berketurunan India, program-program untuk caucus wanita- wanita Cina, Program Usahawan Tani (Agronita), Program Aspirasi Kreatif dan program yang terkini Program Home Managers. Pemberian geran pelancaran one-off untuk penubuhan taska di tempat kerja dalam sektor awam. Melalui Bajet 2007 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, geran...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sebelum pergi jauh. Walaupun semua pelan ini dilihat cantik di atas kertas kerana semua ini disediakan oleh konsultan-konsultan yang saya rasa dibayar mahal. Akan tetapi bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan apakah pencapaiannya umpamanya 30 peratus pembuat dasar adalah wanita. Kalau mengikut action plan, Beijing Action Plan for Women, 11 Action Plan ia sepatutnya dicapai pada tahun 2015 ataupun lebih awal lagi iaitu pada tahun 2005, kerana pelan tindakan itu disediakan pada tahun 1995.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya rasa kita perlu take stock. Kita perlu tahu. Kita semua tahu bahawa kita belum capai ini lagi. Jadi, bagaimana kita boleh mempercepatkan dan adakan satu route map, bilakah kita boleh capai? Tahun hadapan dalam beberapa bidang bagaimana? Bolehkah Menteri menjelaskan bila kita boleh capai matlamat sekurang- kurangnya 30 peratus pembuat dasar?

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh jawab bersama? Perkara yang sama, perspektif berbeza.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sila, Yang Berhormat Kuantan.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan 30 peratus wanita dalam proses membuat keputusan, kita lihat dalam Dewan Rakyat ini sendiri, kita ini under represented, dengan izin. Jadi kita di peringkat 10.8 peratus, sedangkan Parlimen- Parlimen lain di seluruh dunia sudah lebih tinggi daripada kita. Indonesia pun sudah sampai ke 17 peratus. Yang Berhormat Menteri, kalau boleh kongsi dengan kami ataupun berbincang sama-sama dengan kami bagaimana pelan tindakan kita untuk meningkatkan suara wanita dalam Dewan Rakyat ini sendiri. Ya, itu permohonan saya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ya, terima kasih...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak beri Yang Berhormat?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

...Yang Berhormat Menteri. Sebelum ini saya ada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri tidak beri.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya pohon ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya ada bangkitkan berkenaan gender gap index 2009. Walaupun dengan penubuhannya kementerian sejak 2001 sehingga hari ini, kita nampak gender gap index ini semakin menurun. Tahun ini, 101 manakala tahun lalu 96. Puncanya adalah political empowerment, di mana di situlah pencapaian 30 peratus. Tadi Yang Berhormat ada mengatakan mengarusperdanakan gender. Sebelum ini ada projek perintis analisa bajet gender 2003 kalau tidak silap, di mana telah melibatkan lima kementerian. Akan tetapi sehingga hari ini, dalam bajet yang kita teliti apakah ia menggunakan bajet gender? Itu saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Saya hendak maklumkan kepada Ahli Parlimen dari Batu Gajah, boleh tunggu sekejap tidak sebab saya akan menjawab kedua-dua soalan gender budgeting itu dan juga gender gap index selepas ini. Kepada dua lagi Ahli Yang Berhormat, saya hendak maklumkan bahawa sebenarnya pihak kementerian kita telah sediakan satu route map setelah kita berbincang panjang lebar dengan semua pihak, bagaimana kita hendak mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita mesti ada dalam membuat keputusan ini dalam masa terdekat. Pihak kementerian mungkin pada hujung tahun ini akan kemukakan route map ini untuk persetujuan Kabinet.

Dan insya-Allah, apabila dapat persetujuan Kabinet ini, saya percaya bahawa kita akan ada satu pelan strategik yang lebih tersusun dan terancang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Namun begitu, saya hendak maklumkan bahawa sejak adanya polisi ini, kita boleh nampak peningkatan. Walaupun bukan secara mendadak, tetapi sudah ada perubahan positif di dalam pembabitan dan peluang yang diberikan kepada wanita terutama dalam tempat-tempat membuat keputusan. Memang saya setuju bahawa di dalam bidang politik, kita mesti bekerjasama untuk menentukan suara wanita lebih lantang, lebih luas dan boleh lebih ramai lagi pemimpin wanita. Saya percaya bahawa, insya-Allah kita akan ke arah sana dan pihak kementerian, kita sedang mengawasi, melihat dan berbincang pelbagai modul yang telah pun dipraktikkan di banyak negara yang lain. Sama ada modul itu perlu ada peratusan minima sama ada dalam Parlimen atau lain-lain. Ini kerana dalam seluruh dunia, ia ada berbagai-bagai modul untuk menentukan lebih ramai wanita ada di tempat membuat keputusan. Saya rasa ini adalah satu isu di mana semua wanita sama ada dalam politik atau luar politik, dalam parti kerajaan atau bukan kerajaan, kita bersetuju bahawa mesti ada peningkatan yang lebih mendadak. Insya-Allah, bila kita bekerjasama seperti saya dalam Barisan Nasional, kita telah pun membuat beberapa pembaharuan. Alhamdulillah, baru-baru ini mungkin Yang Berhormat tahu dalam UMNO itu sendiri, sudah ada peningkatan pembabitan Wanita UMNO itu di dalam parti induk dapat diarusperdanakan bila ada pindaan. Saya percaya bahawa parti-parti yang lain sama ada Barisan Nasional mahupun pembangkang akan ke arah itu. Seperti mana saya kata di dalam politik... Ahli Parlimen dari Kuantan kata, memang betul. Saya sendiri tidak puas hati dan saya sendiri percaya bahawa keadaan ini akan berubah.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah berusaha untuk... Di dalam parti sendiri supaya UMNO juga menerima pakai sekurang-kurangnya 30 peratus pembuat dasar adalah wanita. Hari itu dalam ucapan saya, saya ada mencadangkan mungkin kita boleh timbang to amend, meminda undang-undang mengenai pilihan raya supaya menetapkan setiap parti sekurang-kurangnya mesti ada beberapa peratus. 30 peratus mungkin. Sekiranya 30 peratus itu terlalu banyak untuk dilaksanakan pada pilihan raya yang akan datang, kita boleh mula dengan 20 peratus. Saya rasa mungkin ini adalah satu cadangan yang kita boleh rundingkan. Yang Berhormat Menteri boleh bawa ke Kabinet untuk mendapat pandangan dari pihak kerajaan. Apakah pendapat Yang Berhormat Menteri?

Yang Berhormat, saya memang minat di dalam modul itu sebenarnya dan modul itu adalah di antara modul yang kita sedang kaji. Akan tetapi, saya tahu bahawa itu bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan overnight. Akan tetapi saya nampak bahawa, bila saya dengar apa yang Yang Berhormat kata, terutama kita pemimpin-pemimpin wanita sama ada dalam parti kerajaan atau bukan kerajaan, mungkin kita sebagai satu suara, kalau boleh bawa ke Parlimen ini. Saya selaku di antara mereka yang dipertanggungjawabkan dalam isu wanita, sudah semestinya akan setuju untuk kita bersama-sama memperjuangkan. Kalau boleh kita pinda Perlembagaan Negara untuk menentukan...

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

[Bangun]

...Ada setidak-tidaknya peratusan wanita mesti ada dalam Parlimen. Saya memang setujulah tentang perkara itu.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Boleh saya tanya Yang Berhormat? Sedikit sahaja.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Saya hendak tanya Yang Berhormat. Route map yang disebut dalam empowerment kaum wanita ini, apakah satu hari nanti Yang Berhormat ada impian untuk melihat Malaysia pada satu hari nanti kita dapat Perdana Menteri wanita seperti di Pakistan dahulu, Benazir Bhutto, di Germany sekarang ini, Angela Merkel. Jadi Yang Berhormat pun saya tengok seakan-akan Benazir Bhutto. Apakah impian Yang Berhormat ke arah itu? Sekian, terima kasih... [Ketawa]

Yang Berhormat, saya rasa bahawa impian itu bukan hanya impian wanita, tetapi saya tahu ramai pemimpin kaum bapa pun akan merelakan. Kalau ada pemimpin yang berkelayakan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan izin, why not?... [Tepuk] Jadi, menjadi tugas kita semua, bukan hanya saya ataupun Yang Berhormat dari Bukit Mertajam, tetapi semua Ahli Yang Berhormat yang ada pada hari ini untuk kita menyiapkan environment ataupun membuka jalan supaya satu hari nanti dengan izin, sooner than later akan ada anak Malaysia seorang wanita yang akan menerajui negara yang berkat ini.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memang juga bersetuju sekiranya kalau kita mampu, mengapa tidak wanita menjadi Perdana Menteri. Akan tetapi dalam keadaan sekarang, saya rasa jauh lagi kita boleh adakan seorang Perdana Menteri wanita. Mengapa? Ini kerana kita lihat bahawa pemimpin-pemimpin dalam parti akan menjadi pemimpin kerajaan, sekiranya UMNO boleh mengadakan satu Presiden wanita, barulah mungkin wanita ini boleh menjadi Perdana Menteri. Akan tetapi pada tahap sekarang, di dalam semua parti pun kecuali PKR yang pernah ada seorang Presiden wanita. Di dalam UMNO tidak pernah ada wanita yang dapat bertanding sebagai Timbalan ataupun Naib Presiden.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Jadi struktur parti ini perlu dirombak. Saya rasa UMNO memang boleh kerana ahli wanita UMNO begitu ramai sekali. Separuh daripada UMNO adalah wanita. Jadi kalau kita tidak mahu ada struktur seperti sekarang, ada sayap wanita tapi terus semua bertanding sebagai satu main body. Saya hendak tahu pendapat Yang Berhormat, bolehkah ini dijalankan?

Yang Berhormat dengan izin, anything is possible in politics. Kalau saya rasa kita tutup sayap, semuanya induk kalau macam di dalam UMNO 1.3 juta adalah ahli wanita, saya boleh bayangkan apa yang berlaku nanti di dalam parti. Namun begitu saya rasa yang mustahak ialah kita pemimpin yang ada pada hari ini Yang Berhormat, saya dan semua yang ada, kita mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab dan saya tahu semasa saya menjadi Menteri, saya berazam untuk menentukan bahawa perkara ini akan menjadi kenyataan suatu hari. Perjalanan itu secara tersusun dan terancang mesti bermula pada hari ini, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batang Sadong ingin tahu semua kawasan Parlimen dibekalkan dengan suatu tempat untuk wanita berkumpul untuk menjalankan aktiviti bagi mengasah kemahiran masing-masing untuk membantu mereka berdikari daripada segi ekonomi. Berhubung perkara ini, saya ingin memaklumkan bertitik tolak dari Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita menubuhkan Dewan Nur di kawasan Parlimen. Dewan Nur merupakan pusat aktiviti untuk wanita setempat menjalankan pelbagai program latihan kemahiran dan pembangunan kapasiti wanita. Setakat ini sebanyak sembilan Dewan Nur telah diwujudkan. Selain daripada Dewan Nur, aktiviti-aktiviti yang disebutkan juga dijalankan di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri di seluruh negara. Yang Berhormat Rantau Panjang minta penjelasan mengenai program yang dilaksanakan oleh kementerian berkaitan program pembangunan wanita di luar bandar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JPW mengadakan program-program pembangunan wanita di setiap kawasan Parlimen di seluruh negara dan ini merangkumi kawasan luar bandar. Program yang dijalankan termasuklah program kemahiran Jejari Bestari dan Kraf Kreatif serta program pembangunan kapasiti seperti seminar-seminar dan forum menangani keganasan terhadap wanita dan juga program kepimpinan Nur Bestari. Program Bestari dan Kraf Kreatif merupakan program dengan izin outreach yang dijalankan bagi melatih wanita dengan kemahiran yang dapat manfaat kan bukan sahaja untuk kegunaan sendiri malahan untuk menambah pendapatan melalui aktiviti keusahawanan. Yang Berhormat Balik Pulau membangkitkan isu berkaitan dengan ketiadaan peruntukan khusus bagi melaksanakan program khas bagi meningkatkan sektor ekonomi dalam Bajet 2010. Yang Berhormat memberikan contoh di Bangladesh yang mempunyai Program Mikro Kredit bagi ibu tunggal untuk menjadi usahawan yang berjaya dan mereka adalah pengguna dan peminjam yang baik.

Saya suka maklumkan Ahli Yang Berhormat bahawa kementerian akan menggandakan usaha untuk melaksanakan program-program pembangunan ekonomi wanita seperti latihan kemahiran, keusahawanan dan sebagainya di bawah Bajet 2010. Yang Berhormat Perdana Menteri semasa penerangan bajet baru-baru ini telah mengiktiraf peranan Jabatan Pembangunan Wanita untuk melahirkan 3,000 usahawan wanita yang baru menjelang 2011. Sasaran ini akan direalisasikan dengan menjalinkan kerjasama JPW dan di antara lain Amanah Ikhtiar Malaysia. Yang Berhormat Ampang pula bertanya tentang program-program yang digunakan di negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional. Saya ingin menjelaskan bahawa Jabatan Pembangunan Wanita melalui Pejabat Pembangunan Wanita negeri di seluruh negara termasuk di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan sentiasa menganjurkan program-program khusus untuk semua wanita. Yang Berhormat Ampang juga tanya mengenai status pembangunan wanita di Selangor, saya ingin maklumkan bahawa program-program di Selangor juga diteruskan. Yang Berhormat Batu Gajah juga ingin penjelasan sama ada perspektif wanita sudah dimasukkan di dalam semua perancangan penggubalan dan perlaksanaan program dan projek. Kepentingan dan kesejahteraan wanita terus diberi perhatian oleh kerajaan dalam penyediaan bajet dalam tahun 2010. Antara perspektif wanita yang jelas dimasukkan di dalam bajet termasuklah kemudahan taraf pemastautin tetap dipanjangkan kepada lelaki warga asing yang berkahwin dengan wanita warganegara Malaysia seperti mana yang diberikan pada wanita negara asing. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat jagaan harian dan pendidikan anak-anak. Ketiga, bagi tujuan ini kerajaan telah meluluskan sebanyak RM200,000 bagi setiap kementerian dan jabatan kerajaan untuk menubuhkan pusat jagaan harian ini dan program latihan, kemahiran dan keusahawanan akan diberikan kepada 3,000 wanita. Yang Berhormat Batu Gajah juga ingin tahu tentang keberkesanan gender...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan. Yang Berhormat mungkin kurang jelas, yang saya maksudkan bukan beberapa program Yang Berhormat tadi nyatakan. Dalam peruntukan bagi setiap kementerian, program-program pembangunan yang dirancang, apakah ada mengambil kira, ada banyak isu adalah cross cutting nya ialah Kementerian Kesihatan dengan HIV-AIDS... Semua program yang dirancang, impaknya ke atas wanita, apakah perspektif itu diambil kira. Bukannya Yang Berhormat menamakan beberapa program taska sahaja. Tadi ada saya kata sudah ada projek perintis sejak tahun 2003 di atas. Lima kementerian setakat ini apakah perkembangan untuk memastikan setiap program, setiap kementerian dan agensi mengambil kira perspektif gender. Mohon penjelasan.

Okey, Yang Berhormat bagi saya peluang untuk menghabiskan jawapan saya sebab saya akan bercakap tentang perkara itu. Untuk makluman Yang Berhormat, analisis bajet gender bukan merupakan satu pendekatan yang menyediakan peruntukan kewangan yang khusus untuk wanita dan lelaki. Sebaliknya analisis gender dibuat atas program-program tertentu bagi mengambil kira impak program berkenaan terhadap keperluan yang berbeza antara wanita dan lelaki. Sejak perlaksanaan analisis bajet gender kementerian-kementerian perintis iaitu Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Manusia telah mengaplikasikan analisis gender dalam cadangan anggaran Bajet 2010 dan 2011. Akan tetapi saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa perlu ada peningkatan di dalam cara kita mengendalikan bajet-bajet yang tersebut. Seperti mana yang saya katakan, di dalam perancangan di bawah kementerian, kita ada fasa. Ini adalah fasa pertama sebab saya amat memahami minda kerajaannya kalau pada awal tadi kita tuntut supaya ini perlu berjalan sebegitu rupa, percayalah Yang Berhormat apabila kita bercakap gender ini, memang betul ia lebih mudah apabila kita lihat di atas kertas ataupun di atas laporan tetapi tentang implementasinya akan menghadapi beberapa masalah. Ini mesti ada langkah yang diambil untuk kita menentukan environment nya lebih akan menerima perubahan. Siapa percaya selepas kita mendapat menentukan lima kementerian ini berjalan dengan agenda budgeting ini dengan laluan walaupun pada saya sendiri di Kementerian, kita rasa perlu ada pendekatan tapi ini akan membawa perubahan. Insya-Allah.

Saya hendak maklum kepada Yang Berhormat, kami di kementerian kita dengan izin tidak akan give up dan kita akan tentukan bahawa masa demi masa akan ada peningkatan dalam aplikasi ini. Yang Berhormat...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, kita rasa ada sedikit perbezaan apabila kita kata ada gender bajet dan analisis gender ke atas projek yang dijalankan oleh kerajaan. Akan tetapi saya rasa kita akan perlu laksanakan. Saya rasa ini adalah satu dasar yang boleh diterima pakai dan diterima semua kerana wanita merupakan separuh penduduk negara ini. Ini akan membuatkan bajet itu lebih berkesan sama ada memberi kesan kepada wanita ataupun perempuan kecil ataupun pihak lelaki.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Ini adalah seperti mengambil kaum atau mengambil tempat sebagai satu faktor dalam membuat budgeting, ini hanya mengambil kira gender. Jadi saya hendak bertanya bolehkah Yang Berhormat mengaturkan satu mesyuarat ataupun satu workshop di antara pihak yang bertanggungjawab untuk gender budgeting dengan Ahli- ahli Parlimen, secepat mungkin. Supaya kita dapat memberi input ke dalam RMK-10, dan juga kita boleh menjemput pakar-pakar di luar kerajaan. Mungkin kerajaan ada pandangan yang lain tetapi orang luar juga ada pandangan lain. Jadi saya minta supaya kita adakan satu perjumpaan, biarlah kita semua boleh memberi input, terima kasih.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Menteri, masih lagi tentang gender budgeting. Pada hari Sabtu dan Ahad ini, kita akan ada AFPPD Conference iaitu Conference untuk Ahli Parlimen wanita dan Menteri wanita di Asia Pacific. Saya diminta oleh Parlimen Malaysia untuk membentangkan satu kertas kerja berkenaan dengan gender responsive budgeting. Saya meminta daripada Researcher Officer Parlimen berkenaan, apakah inisiatif setakat ini oleh kementerian yang telah berjaya, yang kita boleh gunakan sebagai case study di Malaysia. Kejayaan-kejayaan Malaysia di dalam mencapai gender budgeting yang responsive begini. Akan tetapi sehingga saat ini kita belum mendapat maklum balas daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Maksudnya tidak ada case study, tidak ada maklum balas dan tidak ada pencapaian yang boleh kita banggakan. Ya, Yang Berhormat Menteri kata kita di peringkat awal, kita masih lagi di fasa satu, fasa permulaan. Saya kira di sini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat harus jelaskan kepada kami, kepada semua wanita apakah peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Adakah setakat sekretariat sahaja, mengharapkan kementerian lain, yang lima kementerian itu memikirkan sendiri ataupun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memainkan peranan sebagai advocate. Bagi mengenal pasti di manakah bidang ataupun area yang harus diambil insentif oleh kementerian- kementerian tersebut. Saya beri satu contoh ya, Yang Berhormat Menteri. Contohnya Kementerian Kesihatan, kita ada OSCC, di mana di One-Stop Crisis Centre (OSCC) ini, wanita-wanita yang didera dan wanita yang dirogol datang ke OSCC. Kita ada banyak kes yang menceritakan wanita ini tidak dapat berjumpa dan ditemui dan tidak dilayan kerana tidak cukup kakitangan. Kalau hujung minggu, berjam- jam wanita dirogol yang dirogol ini menunggu. Di sini tidakkah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memainkan peranan untuk advocate kepada Kementerian Kesihatan bahawa prioriti harus diberikan kepada memberi bajet untuk melengkapkan OSCC dengan kakitangan yang terlatih demi membantu wanita. Oleh kerana itu saya bertanya peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, adakah setakat sekretariat, facilitate ataupun advocate. Jadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat harus jelaskan kepada semua wanita di Malaysia, supaya kita benar-benar faham tentang gender budgeting ini, terima kasih.

Saya mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua Ahli Yang Berhormat, pertamanya untuk Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya akan tentukan bahawa kita akan adakan satu perjumpaan. Saya rasa itu satu cadangan yang baik, supaya pihak kementerian kita akan beri maklum balas dan juga pihak yang lain termasuk Yang Berhormat.

Kalau ada apa-apa kepakaran yang mahu kita berkongsi bersama, sebab apa jua yang membawa kebaikan kepada negara kita akan duduk berunding bersama. Jadi saya akan tentukan perkara ini berlaku dengan secepat mungkin. Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat, sebenarnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini melihat isu yang kita hendak perjuangkan. Macam untuk isu gender budgeting ini, ketiga-tiga peranan kita boleh mainkan sama ada sesetengah isu kita jadi sekretariat, ada sesetengah isu kita advocate dan ada setengah isu kita facilitate. Ini kerana isu wanita Yang Berhormat, tidak semudah itu untuk kita menangani dengan satu sahaja tindakan. Akan tetapi percayalah isu gender budgeting ini menjadi di antara isu perjuangan kementerian sendiri tanpa diminta oleh sesiapa, sebab kita juga mahu bahawa dengan adanya gender budgeting ini, lebih ramai wanita, outcome daripada bajet ini baik untuk wanita dan mesti ke arah itu. Tadi Yang Berhormat kata macam One-Stop Crisis Centre semua, saya hendak maklumkan kewujudan One-Stop Crisis Centre itu adalah di antara perjuangan bersama dengan kementerian juga. Akan tetapi saya hendak kata bahawa insya-Allah Yang Berhormat, kami di kementerian pun ada KPI dan kita hendak tentukan bahawa isu-isu seperti gender budgeting ini akan dapat dipertingkatkan...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat

Yang Berhormat Batu Gajah nanti sebentar, saya hendak habiskan ini ya. Yang Berhormat Batu Gajah turut bertanya tentang jurang perbezaan antara jantina lelaki dan wanita yang ketika ini jatuh ke 101 berbanding dengan tahun lepas iaitu tangga ke-96. Global Gender Gap Report 2009 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan 101 berbanding pada kedudukan 69 pada tahun 2008. Penurunan sebanyak lima anak tangga. Pengukuran jurang gender ini dibuat berdasarkan empat bidang utama yang dipilih iaitu penyertaan dan peluang dalam bidang ekonomi, pengupayaan dalam bidang politik, pencapaian pendidikan, kesihatan dan kelangsungan hidup. Kejatuhan nilai gender indeks Malaysia disebabkan oleh beberapa faktor di antaranya ketidaksesuaian faktor analisis yang menjadi ukuran lebih berdasarkan kepada faktor amalan antarabangsa. Keduanya, terdapat kriteria pengukuran yang digunakan juga menimbulkan keraguan, yang mana tidak menggambarkan pengukuran jurang gender sebenar. Akan tetapi lebih kepada program atau tindakan oleh sesebuah negara sebagai contoh dengan izin, birth attended by skill health staff yang sama sekali tidak berkaitan dengan jurang gender. Ketiga, di samping itu terdapat juga pengiraan dibuat berdasarkan kriteria yang tidak memihak kepada Malaysia ataupun negara-negara lain termasuklah Negara Islam seperti dengan izin, “Number of years of a female President or Prime Minister in the last fifty years.” Kriteria seperti ini akan menyebabkan score bagi negara-negara seperti Malaysia yang tidak pernah mempunyai Presiden atau Perdana Menteri wanita, dengan automatiknya akan jatuh score kita. Keempatnya, sekiranya indeks ini dibandingkan dengan indeks lain yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti Gender related Development Index (GDI) yang lebih mantap metodologi dan kriteria penilaiannya. Jika diperhatikan bahawa kedudukan negara yang dinilai dalam Index Global Genders Gap, tidak konsisten dengan kedudukan dalam GDI, you want to?

Tuan Billy Abit JooPRS · BNHulu Rajang

[Bangun]

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Hulu Rajang, yang minta dulu Yang Berhormat.

Tuan Billy Abit JooPRS · BNHulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya tentang gender budgeting. Saya tidak berapa pasti macam mana gender budgeting ini, adakah ini untuk membantu kaum-kaum wanita. Saya ingin bertanya di sini, sama ada dalam bajet kali ini, pihak Menteri ada membuat peruntukan khas bagi menyediakan peruntukan khas untuk membantu ataupun memberi ceramah dan sebagainya untuk kaum Penan, tua dan muda. Ini untuk menyedarkan mereka tentang hak-hak mereka sebagai perempuan ataupun sebagai rakyat Malaysia.

Yang Berhormat, saya hendak maklumkan bahawa pihak kementerian kita telah pun memulakan beberapa program untuk kaum Penan. Insya-Allah, saya akan tentukan bahawa program yang disarankan oleh Yang Berhormat itu akan kita beri perhatian. Akan tetapi kita akan memberi penekanan kepada isu-isu hak pengetahuan kepada mereka, hak-hak dan juga kesihatan, ekonomi dan lain-lain, insya-Allah. Kalau perlu diadakan program penerangan untuk gender budgeting ini akan kita masukkan sekali, Yang Berhormat Batu Gajah pula.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ringkas sahaja Yang Berhormat Menteri. Dua isu, satu berkenaan dengan maksud gender budgeting jelas Yang Berhormat Hulu Rajang telah menyatakan beliau kurang faham. Sebelum ini Yang Berhormat Menteri saya rasa Yang Berhormat Menteri perlu memberi taklimat atau pemahaman kepada Ahli-ahli Kabinet dahulu apa maksudnya bajet gender, gender budgeting. Saya hendak maklumkan Yang Berhormat hari itu Yang Berhormat, dua orang Menteri tidak faham apa maksud gender budgeting or bajet gender dan tidak faham apa maknanya mengarusperdanakan gender. Jadi saya rasa Yang Berhormat mesti mempunyai satu minda bahawa memperjuangkan dasar mengarusperdanakan gender...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat yang nombor dua lagi Yang Berhormat...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Bukannya satu perjuangan. Ya ringkas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

yang nombor dua lagi Yang Berhormat. Sudah faham Menteri itu.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Bukannya perjuangan kementerian sahaja akan tetapi perjuangan kesemua kementerian itu satu. Kedua, apakah kesimpulan daripada apa Yang Berhormat kata berkenaan Laporan Gender Gap Index. Apakah Yang Berhormat kata tidak perlu diambil titik beratkan memandangkan ia mengguna kriteria berbeza atau yang tidak memihak kepada negara kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri saya pun hendak tanya sedikit ini?.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kalau ada penjelasan ataupun perhubungan yang dibuat pada pihak Penan, saya cukup yakin kalau kita gunakan orang kita dari Semenanjung, orang Sarawak, Sabah dan sebagainya, ia tidak berkesan melainkan Orang Penan yang terdidik, yang pandai, yang graduate..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

...dipanggil masuk ke kementerian untuk memberi penjelasan baru mereka boleh mengetahui budaya mereka sendiri dan sebagainya.

Saya akan ambil maklum Tuan Yang di- Pertua. Pada Yang Berhormat Batu Gajah, saya hendak maklumkan bahawa itu tidak benar. Kita mengambil berat tentang isu ini. Cuma saya hendak maklumkan bahawa scoring yang dibuat oleh report-report seperti itu tidak semestinya selalu mencerminkan apa yang berlaku di sesebuah negara itu sebab ada faktor-faktor yang mempengaruhi scoring yang ada itu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Gajah juga memainkan isu penderaan kanak-kanak terutama melibatkan kes mangsa kanak-kanak. Kementerian memberi perhatian serius isu penderaan kanak-kanak dan memberi penumpuan pada tahun ini terhadap save childhood, dengan izin. Untuk merealisasikannya kementerian telah menggubal dasar perjuangan kanak-kanak yang bertujuan untuk melindungi kanak-kanak dan untuk memastikan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat menyedari bahawa aspek melindungi kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Rantau Panjang...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Isu kanak-kanak.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat ada NGO telah bertanya dan meminta kita menyampaikan, apakah tindakan susulan yang telah diambil ke atas kanak-kanak yang telah diselamatkan berumur lima tahun di mana Yang Berhormat Menteri ada sendiri menghadirkan diri di Mahkamah Majistret, apa yang terjadi kepada budak itu? Apakah selepas tamat tempoh perintah perlindungan ia telah dikembalikan kepada ibunya? Apakah bentuk kaunseling? Apakah bentuk tindakan susulan yang akan diambil oleh kementerian? Nampaknya ada NGO yang begitu prihatin kerana kes ini, mereka tidak langsung dapat maklumat apa tindakan susulannya. Ada yang maklumkan bahawa ada menyatakan bahawa pihak kementerian ada kata ini kes Menteri, seolah-olahnya segala maklumat tidak boleh disampaikan kepada orang awam selepas ini. Jadi saya pun prihatin apakah kedudukan sekarang? Di mana budak itu sekarang?

Yang Berhormat saya hendak maklumkan kita ada Akta Kanak-kanak. Isu kanak-kanak yang dengan izin, the best interest of the child menjadi prinsip perjuangan kita. Saya hendak maklumkan mungkin kes Yang Berhormat kata itu sebab banyak kes penderaan dan saya sendiri mengambil berat tentang kes-kes ini. Ada kes di mana yang saya rasa saya perlu turun sendiri untuk melihat, saya turun dan mungkin kes Yang Berhormat kata itu, saya hendak maklumkan bahawa insya-Allah setakat ini kanak-kanak itu masih ada dalam perlindungan Jabatan Kebajikan di salah satu daripada rumah kanak-kanak. Saya tidak dapat hendak maklumkan butiran lanjut sebab kami yang menjadi pelindung. Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan yang menjadi pelindung dan kita ikut tatacara dan kaedah-kaedah yang ada di dalam Akta Kanak-kanak. Isu kanak-kanak seperti ini terutama perlindungan dia sama ada kalau saya umum kepada semua apa yang kita buat, saya takut nanti beliau akan ada dalam keadaan merbahaya nanti. Yang Berhormat Kuantan.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini berkenaan dengan penderaan kanak-kanak Yang Berhormat Menteri. Kita menerima taklimat daripada NGO-NGO yang prihatin berkenaan dengan penderaan kanak-kanak. Kita cuba kenal pasti apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh semua masyarakat dalam kita menangani dan membanteras masalah ini. Adakah masalahnya berpunca dari segi undang-undang? Adakah masalahnya berpunca dari segi prosedur yang tidak jelas? Atau pun adakah masalahnya berpunca dari segi pelaksanaan? Jadi apabila kita berbincang dan kita mengenal pasti, kita dapati undang- undang agak melindungi kanak-kanak cuma perlu ada amendment sedikit sana sini. Prosedurnya juga agak teliti, berkenaan dengan mengendali kes penderaan kanak- kanak. Cuma kita kenal pasti bahawa masalah pelaksanaan ini merupakan masalah besar. Di dalam kita menangani isu-isu penderaan kanak-kanak, saya beri satu contoh Yang Berhormat Menteri, kita tahu dalam kes penderaan kanak-kanak peranan social worker itu amat penting kerana kanak-kanak itu apabila sudah dirogol contohnya, abused sexually tidak seharus melalui proses soal selidik yang begitu panjang, kadang- kadang sampai sepuluh orang yang hendak menyoal selidik. Seorang anak lima tahun, tujuh tahun, yang telah dirogol. Saya bertanya dan kita dapat maklumat bahawa sekarang ini social worker yang di bawah Kementerian Yang Berhormat Menteri sudah pun di deploy atau pun dihantar untuk menangani kes-kes kemiskinan. Sebab kemiskinan, poverty eradication dengan izin, ialah salah satu KPI NKRA di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri. Jadi saya dapat maklumat, Yang Berhormat Menteri tolong jelaskan kalau salah. Saya dapat maklumat bahawa social worker ini di hantar untuk mencari orang- orang susah, orang-orang miskin dalam kes poverty eradication. Sedangkan social worker ini sudah tidak ada lagi. Mereka harus memberi priority, keutamaan kepada menjaga, melindungi kanak-kanak yang sudah didera ini. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi penjelasan dalam perkara ini. Terima kasih.

Yang Berhormat, saya hendak maklumkan bahawa kita di kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya, kita bekerja sebagai satu pasukan. Kita tidak dapat referral untuk kes-kes penderaan kanak-kanak hari-hari. Maka dengan itu, program utama di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pada hari ini ialah projek untuk gempur kebajikan sebab semua Ahli Parlimen, Ahli Yang Berhormat juga yang menuntut supaya kes-kes kebajikan kita dapat dipercepatkan.

Jadi daripada pegawai social worker kita yang ada, hendak duduk di pejabat hendak tunggu kes penderaan, lebih baik saya hantar kepada mereka untuk turun ke padang sementara hendak menunggu ada kes-kes penderaan ini. Misalnya, saya hendak kata tidak ada satu kes penderaan kanak-kanak yang di bawa kepada perhatian, pertimbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang ditolak tepi. Saya hendak maklumkan bahawa permintaan saya supaya semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat turun ke padang, baru saya buat dalam masa sebulan dua ini, itu pun bukan kerana apa akan tetapi hendak membantu rakyat juga. Jadi saya hendak maklumkan, insya-Allah jangan khuatir bahawa kalau ada kes-kes penderaan di mana perlu perhatian daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, kita tidak akan ketepikan. Sementara ada kes-kes seperti ini atau masa terluang, maka pegawai- pegawai ini diminta sebab kita sebagai pegawai, tambah pula dalam Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, komuniti, kerja kita memang pelbagai untuk masyarakat.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya boleh simpati dengan banyak kerja. Akan tetapi kes keganasan ataupun rumah tangga ataupun kes penderaan kanak-kanak, ia bukan habis satu kali, it is not a one- off. Ia selalunya ambil masa yang panjang dan social worker perlu memberi kaunseling banyak kali. Jadi saya hendak tanya kepada setiap social worker yang mengendalikan kes-kes seperti ini. At one time, berapa kes satu orang yang boleh ambil? Jadi bukan saya rasa dan mereka yang mengendalikan kes-kes seperti ini mereka perlu dilatih dan bukan mereka yang turun padang untuk mencari itu, saya rasa itu latihan yang berlainan.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Pada waktu sekarang pun saya rasa kita kekurangan kaunselor. Walaupun saya bersimpati, tetapi kurang wajar juga kalau kita menghantar kaunselor membuat kerja yang lain dan pada waktu yang sama kita sudah kekurangan kaunselor. Itu yang pertama. Keduanya, saya rasa kita sudah berbincang selama ini dan wanita dan juga masyarakat adalah satu kumpulan masyarakat yang penting. Saya tidak melihat dalam ucapan bajet 2010 memberi kepentingan kepada gender dan masalah sosial. Sekiranya, seperti yang saya katakan kita mempunyai masyarakat yang civilize, satu masyarakat yang madani di mana semua keluarga bahagia. Jadi, kalau kita ada high income pun tidak berguna. Jadi, bolehkah Yang Berhormat Menteri meminta supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menambah satu trust di dalam bajet beliau supaya ia mendapat kepentingannya. Terima kasih.

Yang Berhormat, dalam perkara ini saya tidak bersetuju dengan Yang Berhormat sebab sebenarnya minta maaf ya, cara Yang Berhormat minta itu mungkin cara lain. Akan tetapi, pendekatan kerajaan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak adalah agak berlainan. Kalau Yang Berhormat tengok bajet beliau sebenarnya mengambil kira isu-isu sosial yang berlaku. Misal kata, apabila beliau meningkatkan bajet untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terutama untuk bantuan. Itu adalah juga satu langkah untuk membantu dan misal kata apabila beliau menentukan ekonomi negara itu melonjak dan kita di Malaysia ini tidak ada orang yang tidak ada pekerjaan. Di mana-mana saya pergi saya selalu katakan sebenarnya Kerajaan Barisan Nasional hebat kerana walaupun negara kita bukan negara kebajikan tetapi kita juara dalam membuat kebajikan. Apabila ekonomi negara kita melonjak maka tidak ramai yang menganggur. Semua kualiti hidup begitu baik. Itulah sebenarnya kebajikan kepada rakyat yang tersohor. Jadi, kalau hendak ikut dalam perkiraan itu, bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahun ini ialah bajet yang mengambil kira aspek sosial. Walaupun beliau tidak perlu untuk menjelaskan tetapi kalau Yang Berhormat meneliti bajet ini adalah untuk kesejahteraan rakyat. Apabila rakyat sejahtera, tidak miskin, sihat, ada peluang masa hadapan untuk pendidikan dan yang lain-lain. Itu sebenarnya mengubati masalah sosial yang ada di negara ini. Yang Berhormat saya minta maaf saya sudah beri ruang yang banyak...

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, berapa lama lagi Yang Berhormat?

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Berapa lama lagi Yang Berhormat?

Saya hampir habis teks saya...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.

Yang Berhormat, pada akhirnya...

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Bantuan itu Yang Berhormat Menteri bukan untuk wanita sahaja. Itu bantuan untuk semua. Itu yang saya khuatir hanya meminta bantuan social charity dan bukannya base right? Masalah seperti dadah, HIV dan remaja yang mengandung. Bagaimana untuk kita memberi attention atau perhatian kepada perkara ini? Seperti yang kita katakan the rights of the women and the children bukannya bantuan charity.

Yang Berhormat, saya baru sahaja katakan tadi bahawa hebatnya kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional, maka rakyat terpelihara, mempunyai masa hadapan dari semua aspek. Itulah cara terbaik untuk menangani isu kebajikan adalah langkah kebajikan yang terbaik. Kalau tidak semua habis menganggur di seluruh negara. Pada saya itu kebajikan yang terbaik. Apabila negara stabil politiknya walaupun diganggu, ekonomi mantap, dan masa hadapan yang terjamin. Itu kebajikan yang terbaik dan dengan sekali gus dapat menyelesaikan banyak masalah sosial yang kita hadapi. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Kuching, dan Yang Berhormat Ampang mengenai isu penderaan seksual ke atas kaum wanita Penan di Sarawak. Kementerian telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap kaum Penan pada 8 Oktober 2008. Antara terma rujukan jawatankuasa ini ialah menyiasat dakwaan penderaan seksual tersebut, mengenal pasti faktor penyebab, atau risiko yang dihadapi, dan membuat perakuan sewajarnya kepada kerajaan. Siasatan ke atas dakwaan kanak-kanak perempuan dan wanita Penan adalah di bawah bidang kuasa PDRM. Kementerian dimaklumkan bahawa pada masa ini, pasukan penyiasat khas yang ditubuhkan oleh PDRM masih lagi menjalankan siasatan. Laporan jawatankuasa bertindak ini telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 27 Mac 2009 menyatakan dakwaan penderaan itu oleh orang luar yang berurusan dengan kaum Penan termasuk pekerja syarikat pembalakan dan peniaga-peniaga memang berlaku. Laporan ini adalah hasil daripada kaedah siasatan yang diguna pakai iaitu melalui temu bual dan pemerhatian oleh ahli jawatankuasa bertindak semasa sesi lawatan diadakan. Bagaimanapun bagi setiap kes yang disyaki berlaku, ahli jawatankuasa bertindak mengalami kesukaran untuk mendapatkan tarikh sebenar kejadian yang didakwa oleh mangsa-mangsa kerana mereka sendiri tidak dapat mengingati tarikh sebenar kejadian. Jawatankuasa bertindak seterusnya telah melaksanakan tindakan susulan seperti berikut: (i) melaksanakan langkah-langkah untuk menangani isu penderaan seksual melalui peningkatan kesedaran kaum Penan terhadap isu keganasan terhadap wanita; (ii) pelaksanaan langkah-langkah untuk menangani isu pendaftaran kelahiran melalui pelaksanaan program outreach operasi pendaftaran bersepadu dan menempatkan dua pasukan unit khas bergerak di kawasan Baram;

(iii) pelaksanaan langkah-langkah untuk menangani isu kesihatan melalui penyediaan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi membolehkan perkhidmatan doktor udara dan perkhidmatan perubatan bergerak diteruskan; (iv) memberi latihan mengenai isu penderaan seksual kepada pegawai dan kakitangan kesihatan; dan (v) memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan bergerak dan menggembleng penglibatan kaum Penan itu sendiri dalam aktiviti promosi kesihatan. Kementerian melalui jabatan pembangunan wanita telah mengadakan beberapa perbincangan dengan Sarawak Women for Women Society. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Datuk Dr. Nurul, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita itu sendiri yang merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak dan dihadiri oleh Pegawai Jabatan Pembangunan Wanita dan Biro Wanita Sarawak. Tuan Yang Terutama, laporan jawatankuasa bertindak juga telah dikemukakan...Tuan Yang di-Pertua, kepada...

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Alhamdulillah.

...Pihak Polis Diraja Malaysia selaku ahli jawatankuasa bertindak peringkat kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan juga telah menubuhkan pasukan penyiasat khas yang bertanggungjawab untuk menyiasat kes ini di bawah PDRM. Pihak kementerian dimaklumkan pada masa ini, pasukan penyiasat khas masih lagi menjalankan siasatan. Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat berkenaan pandangan, saranan, dan teguran yang akan diberikan perhatian oleh kementerian untuk melaksanakan program-program dan aktiviti dengan lebih berkesan insya-Allah. Sekian. Assalamualaikum.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Menteri daripada Kementerian Luar Negeri.

Dato Lee Chee LeongMCA · BNTimbalan Menteri Luar Negeri II · Kampar

Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Bajet 2010 di peringkat dasar yang telah menyentuh tentang hal-hal Kementerian Luar Negeri. Di antara Ahli-ahli Parlimen tersebut ialah Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Langkawi dan Yang Berhormat Balik Pulau. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Marang telah menyentuh tentang pencerobohan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa. Berhubung dengan perkara ini saya ingin memaklumkan bahawa Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar pada 25 Oktober 2009 bagi membantah sekeras- kerasnya tindakan kejam rejim Israel itu. Kenyataan akhbar tersebut mengecam tindakan melampau pihak Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dan menyeru masyarakat antarabangsa supaya mendesak Israel mematuhi undang-undang antarabangsa bagi menghentikan serangan ke atas tempat- tempat suci. Ke arah itu juga, pada 1 November 2009, Jawatankuasa Eksekutif OIC telah mengadakan satu mesyuarat tergempar di Jeddah, Arab Saudi khusus bagi membincangkan pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa. Selaku Ahli Jawatankuasa Eksekutif OIC Malaysia menyertai mesyuarat tergempar itu dan menyampaikan pendirian tegas negara dalam mesyuarat tergempar tersebut.

Dato Lee Chee LeongMCA · BNTimbalan Menteri Luar Negeri II · Kampar

Oleh yang demikian, sebelum dibangkitkan oleh Yang Berhormat Marang di Dewan yang mulia ini, kerajaan Malaysia telah pun mengambil tindakan awal untuk turut serta dan melibatkan diri dalam Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC mengenai pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa pada 1 November 2009 di Jeddah, Arab Saudi.

Dato Lee Chee LeongMCA · BNTimbalan Menteri Luar Negeri II · Kampar

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sekijang pula telah menyentuh hubungan antara Malaysia dan Indonesia. Saya ingin menjelaskan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia sendiri semasa lawatan kerja beliau ke Jakarta bagi menghadiri Majlis Angkat Sumpah Presiden Republik Indonesia pada 19 sehingga 20 Oktober 2009, baru-baru ini telah menegaskan bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia adalah akrab dan kukuh. Mesej dari komitmen yang sama juga telah disampaikan kepada rakyat Indonesia melalui wawancara beliau di TV One Indonesia. Dalam hal ini, provokasi melampau dan liputan sensasi berlebihan terhadap isu-isu hubungan dua hala Malaysia-Indonesia ketika ini adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya daripada pihak media, isu-isu yang telah dieksploitasi oleh media Indonesia secara berterusan telah menyemarakkan sentimen-sentimen negatif seperti Gerakan Anti Malaysia. Namun demikian, golongan-golongan ini secara umumnya tidak mewakili kerajaan Republik Indonesia dan bertindak atas dasar individu serta bukan pandangan keseluruhan rakyat Indonesia. Sehubungan dengan itu, Kementerian Luar Negeri selaku barisan hadapan bagi menjaga kepentingan Malaysia di seberang laut, akan sentiasa menggunakan saluran diplomatik dan rundingan dua hala bagi memperkasakan hubungan baik antara kedua-dua buah negara dengan menggalakkan lagi kerjasama yang memfokuskan kepada perdagangan dan pelaburan. Interaksi yang aktif media kedua-dua buah negara dan pengukuhan persefahaman berdasarkan hubungan sejarah dan budaya yang sedia terjalin sejak zaman-berzaman. Saya yakin dengan adanya usaha...

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit. Fasal perhubungan Malaysia dengan Indonesia.

Dato Lee Chee LeongMCA · BNKampar

Ya.

Yang Berhormat Menteri, saya ingin memohon penjelasan apakah pendekatan dasar luar baru di dalam hubungan Malaysia dan Indonesia ini? Ini kerana terdapat sesuatu yang dipanggil dengan izin, political awakening atau kebangkitan politik. Itu disebabkan perkembangan teknologi yang antara lain apa yang berlaku di sesuatu tempat, contohnya di kampung saya di Balik Pulau, dalam masa satu minit atau dua minit akan sudah dapat diketahui oleh rakan di Indonesia. So, saya merasakan pendekatan yang lebih humane sifatnya, bersifat perikemanusiaan yang mana semalam saya memohon penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri kerana perkara-perkara dasar dalam negeri juga akan memberikan impak kepada dasar luar. Dalam hal ini saya merujuk khusus terhadap keputusan kerajaan Malaysia mengenai hukuman sebat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Timbalan Menteri boleh duduklah semasa Yang Berhormat bercakap.

Terhadap pekerja Indonesia. Sebab ada cadangan untuk mengkaji semula kerana saya merasakan itu telah menimbulkan sensitiviti rakyat Indonesia supaya kita bergerak ke depan ke arah mewujudkan rantau yang lebih harmoni sifatnya. Terima kasih.

Dato Lee Chee LeongMCA · BNKampar

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung penggulungan saya sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat Balik Pulau. Interaksi yang aktif media kedua-dua buah negara dan pengukuhan persefahaman berdasarkan hubungan sejarah dan budaya yang sedia terjalin sejak zaman-berzaman. Saya yakin dengan adanya usaha kolektif seperti ini, momentum hubungan kedua-dua negara akan dapat diperkukuhkan lagi demi kemakmuran dan keharmonian bersama. Tuan Yang di-Pertua, hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia tetap akrab dan teguh. Ini dizahirkan dengan lawatan Presiden Republik Indonesia pada 11 dan 12 November 2009. Sesungguhnya, ini membuktikan dengan jelas lagi nyata bahawasanya kedua-dua pemimpin mahukan peningkatan di dalam hubungan dua hala demi keberuntungan bersama.

Dato Lee Chee LeongMCA · BNKampar

Tuan Yang di-Pertua, dalam menjawab pertanyaan Yang Berhormat Dungun tentang dana untuk membantu rakyat Malaysia di luar negara, ingin saya memaklumkan bahawa Kementerian Luar Negeri mempunyai akaun wang amanah untuk tujuan tersebut. Tujuan akaun wang amanah yang diwujudkan bertujuan untuk memberi pendahuluan diri sebagai bantuan kepada warganegara Malaysia yang menghadapi masalah kewangan, terkandas dan daif di luar negara...

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua...

Dato Lee Chee LeongMCA · BNKampar

...Untuk pulang ke Malaysia.

Datuk Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, just prosedur biasa Tuan Yang di-Pertua. Apabila ada soalan, sebelum Timbalan Menteri menjawab pergi ke tajuk lain, beliau sepatutnya menjelaskan itu. Kalau tidak nanti, tajuk sudah lain. Boleh tidak kita merujuk kepada hubungan Malaysia-Indonesia yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau? Itu penting. Kalau Timbalan Menteri jauh, selepas itu mahu patah balik, bolehkah jelaskan itu dahulu?

[Menyampuk]

Dato Lee Chee LeongMCA · BNKampar

Yang Berhormat Balik Pulau, boleh ulang sekali lagi soalan tadi? [Ketawa]

Betul apa yang Ketua Pembangkang cakap itu apabila sudah jauh, kita akan lupa. So, kita respons dengan cepat. Yang Berhormat Menteri..

[Menyampuk]

Ya. Kita melihat hubungan Malaysia dan Indonesia ini memang berlangsung sekian lama. Banyak perkara positif yang telah berlaku. Semalam saya meminta penjelasan yang mana contohnya ketika kita kekurangan guru Matematik dan Sains, kita mendapat bantuan. Itulah terjadinya asas pendidikan yang kuat. Soalan saya, dengan era teknologi sekarang, dalam buku Dasar Luar dikatakan political awakening yang mana apa yang berlaku di Malaysia, mungkin di Balik Pulau, contohnya saya berlaku kasar terhadap pekerja asing Indonesia. Dalam beberapa minit, perkara itu akan masuk YouTube, akan terus disaksikan oleh rakyat Indonesia. Isu kita menyalahkan media itu masih cerita lama. Ini kita ada media baru yang amat pantas sikapnya. Jadi, saya memohon penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri, apakah cadangan dasar luar baru ke arah membentuk rantau yang lebih harmoni, yang lebih humane sifatnya? Ini kerana kita mahu apa-apa yang digagaskan dalam ASEAN itu, One Community Shared Destiny itu dapat dicapai. Itu tidak dapat dicapai kalau masih lagi ada perkara-perkara yang mengguris perasaan tetangga kita. Saya hanya ingin mohon penjelasan dan saya merujuk khusus ke arah cadangan mengkaji semula hukuman sebat terhadap pekerja Indonesia di negara kita.

Dato Lee Chee LeongMCA · BNKampar

Yang Berhormat Balik Pulau, saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat secara bertulis... [Ketawa] Sehingga 10 November 2009, bagi dana yang ada berjumlah RM964,000. Bantuan yang diberikan boleh dikategorikan dua situasi. Iaitu situasi biasa dan situasi bencana.

Dato Lee Chee LeongMCA · BNKampar

Dalam situasi biasa, seseorang pemohon atau waris hendaklah menandatangani sesuatu perjanjian dengan kerajaan dan membuat pembayaran balik pendahuluan diri secara ansuran mengikut kemampuan tanpa faedah. Pemohon biasanya adalah rakyat Malaysia yang terkandas dan daif, ditimpa musibah atau ditahan di luar negara. Situasi bencana adalah tidak, di mana...

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato Lee Chee LeongMCA · BNKampar

Saya ingin teruskan jawapan saya.

Sebelum, sebelum masuk topik lain. Tuan Yang di-Pertua, biasanya kalau jawapan bertulis ini, memerlukan data ataupun statistik, itu boleh kita tunggu laporan bertulis. Akan tetapi dalam perkara ini, ini soal dasar hubungan dua hala di antara Malaysia dan Indonesia yang sepatutnya Timbalan Menteri cukup mahir tentang perkara ini, tak payah tunggu secara bertulis. Keduanya, sekarang ini hubungan Malaysia dengan Indonesia ini terlalu mendesak. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun berkunjung ke Jakarta. Sekarang Presiden Indonesia masih berada di Kuala Lumpur. Jadi semalam pun Yang Berhormat Permatang Pauh ada di Jakarta. Maknanya isunya cukup mendesak. Jadi kalau kita hendak tunggu bertulis, itu hanya yang memerlukan data ataupun statistik. Saya mengharapkan Yang Berhormat Timbalan Menteri lebih mahir dalam isu-isu dasar yang melibatkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Indonesia. Saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberikan jawapan. Mungkin ringkas tetapi perlu jawab sekarang untuk keperluan Dewan pada petang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato Lee Chee LeongMCA · BNKampar

Yang Berhormat, saya ingat hubungan dua hala Malaysia dengan Indonesia dalam keadaan yang cukup baik. Saya rasa kebimbangan Yang Berhormat ini tidak akan timbul. Situasi bencana pula adalah dalam bantuan ditawarkan...

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta laluan. Tuan Yang di-Pertua, saya minta...

Dato Lee Chee LeongMCA · BNKampar

Yang Berhormat, saya ingat saya hendak menyambungkan penggulungan saya.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat kena faham, hubungan kerajaan dengan kerajaan mungkin baik. Kita bercakap tentang hubungan people to people, rakyat dengan rakyat. Kalau Yang Berhormat pergi ke Indonesia sangat berbeza. Kesan-kesan kudis, luka akibat contohnya hukuman rotan yang kita laksanakan kepada pesalah-pesalah pendatang asing Indonesia yang mereka balik dan menunjukkan kesan rotan yang mereka kena. Ini melukakan hati rakyat Indonesia. Mungkin bapak Presidennya dan bapak Perdana Menteri kita tak rasa tetapi rakyat dia rasa. Begitu juga kejadian-kejadian pembantu rumah yang didera, yang terbunuh. Ini melibatkan soal rakyat dengan rakyat. Bagi rakyat bawahan macam kami yang pergi ke sana kita lihat perkara ini berlaku. Jadi kita hendak tahu dasar. Apa dasar kerajaan? Adakah kerajaan dalam hendak memperbaiki hubungan rakyat dengan rakyat ini, bercadang antaranya hendak memansuhkan hukuman rotan terhadap pesalah-pesalah pendatang asing ini di Indonesia contohnya. Yang ini tak perlukan statistik Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato Lee Chee LeongMCA · BNKampar

Yang Berhormat, hukuman sebat ini adalah di bawah bidang Kementerian Dalam Negeri. Walau bagaimanapun kementerian luar negeri akan ambil perhatian. Tuan Yang di-Pertua, dalam menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun tentang bantuan kepada negara-negara dalam kesusahan, ingin saya tekankan bahawa pemberian bantuan kemanusiaan sama ada dalam bentuk kewangan mahupun barangan luar negara yang dilanda bencana merupakan salah satu daripada foreign policy tools yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk menjana impak positif hubungan antara bangsa negara dan mempertingkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Peruntukan bagi sumbangan bencana di peringkat government to government dengan izin yang lazimnya menggunakan peruntukan sedia ada di Kementerian Luar Negeri. Dalam keadaan tertentu di mana terdapat permintaan bantuan kemanusiaan dalam bentuk barangan oleh negara yang dilanda bencana, Kementerian Luar Negeri akan menyelaras bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam proses pelaksanaan penghantaran bantuan tersebut yang melibatkan agensi-agensi atau kementerian lain seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Langkawi telah menyentuh tentang usaha-usaha oleh bekas Perdana Menteri kita Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad mengenai penglibatan Malaysia di forum-forum antarabangsa.

Dato Lee Chee LeongMCA · BNKampar

Kementerian Luar Negeri bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Langkawi bahawa Kerajaan Malaysia harus meneruskan usaha memainkan peranan aktif dalam semua forum antarabangsa. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Luar Negeri sentiasa meninjau peluang-peluang serta isu-isu di mana Malaysia boleh memainkan peranan yang penting di dalam forum-forum berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, dalam menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, One Vision One Identity, One Community ini adalah moto ASEAN. Moto ASEAN ini juga merupakan tema sidang kemuncak sidang ASEAN Kesebelas yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2005. Moto ini dilahirkan daripada kesedaran dan aspirasi negara-negara anggota ASEAN untuk membentuk satu komuniti ASEAN yang bersatu padu melalui peningkatan kerjasama dan integrasi serantau. Memandangkan rantau ini memiliki kepelbagaian dari segi budaya, identiti dan masyarakat, kesemua negara anggota ASEAN perlulah bersama-sama menggerakkan penyatuan pemikiran. Makanya dalam mencapai matlamat pembinaan satu komuniti ASEAN untuk menjadikan ASEAN sebagai sebuah organisasi yang berteraskan masyarakat people oriented organisation melalui keutamaan..

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Balik Pulau, minta penjelasan sedikit. Sebab masih dalam Balik Pulau mengenai one vision tadi itu. Boleh ya? Boleh, sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato Lee Chee LeongMCA · BNKampar

Saya masih dalam ini one vision.

Ha! Saya ingat kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan masa kita terbatas, mungkin boleh difotostat untuk kita... Tak bukan, betul cadangan saya sebab kita perlukan penjelasan.

Dato Lee Chee LeongMCA · BNKampar

Kalau Yang Berhormat hendak, saya boleh fotostat juga.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ha!! Boleh fotostat..

Jadi, kita berhenti setakat inilah bagi kementerianlah. Sebab kita, cadangan saya Tuan Yang di-Pertua. Sebab kita mohon penjelasan. Boleh?

Dato Lee Chee LeongMCA · BNKampar

Okey, saya bagi secara... [Ketawa] Tuan Yang di- Pertua, demikianlah sahaja penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Saya berharap daripada penjelasan tersebut ini dapat menjawab soalan-soalan. Terima kasih.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua. Point of order, oleh sebab kita belum membuat apa-apa pertanyaan, dan Yang Berhormat Timbalan Menteri kata hendak jawab bertulis. Bertulis apa? Mesti ada soalan dahulu. Belum bertanya apa-apa pertanyaan lagi, tak ada soalan, dia hendak beri secara bertulis. Bolehkah Tuan Yang di-Pertua beri arahan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat. Saya akan bagi bertulis Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Ketawa] Bertulis juga? Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak beri jawapan bertulis kepada soalan apa? Boleh tak? Sila, beri itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tak apalah Yang Berhormat Wangsa Maju. Tak apalah. Bincang dekat luar, lepas itu minta penulisan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

No, sebab kita tak tahu. Kita hendak minta penjelasan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat. Tunggulah saya duduk kat saya, Yang Berhormat tanya.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tak sekarang ini kita menuju kepada... [Disampuk] [Ketawa] Oh, hendak jadi Menteri. Kena tukarlah tak lama lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, kita nak... terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang saya menjemput Menteri Pelancongan dari Kementerian Pelancongan untuk menggulung. Sila Yang Berhormat.

Dato' Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan semasa perbahasan Bajet 2010. Kementerian amat menghargai serta mengambil perhatian serius terhadap semua pandangan, saranan, cadangan dan teguran Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya terlebih dahulu di sini memberi maklum balas secara menyeluruh mengenai isu yang berkaitan dengan homestay memandangkan isu ini telah diutarakan oleh Yang Berhormat daripada Sibuti, Labuan, Lenggong dan Pasir Mas. Tuan Yang di-Pertua, program Homestay Malaysia kini diberi perkenan dan tumpuan yang serius oleh Kementerian Pelancongan sebagai salah satu produk pelancongan yang berpotensi tinggi untuk menarik ramai pelancong ke Malaysia dengan menawarkan satu bentuk pengalaman yang unik dari segi gaya hidup masyarakat kampung atau lifestyle village. Selain daripada itu, program Homestay Malaysia juga bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan serta taraf hidup masyarakat luar bandar di mana kekayaan dari industri pelancongan dapat dinikmati bersama oleh semua lapisan masyarakat. Ini juga dapat mengurangkan penghijrahan masyarakat luar bandar ke bandar. Melalui peningkatan promosi di pasaran domestik juga, program Homestay Malaysia dapat meningkatkan lagi tarian persahabatan ataupun building bridges dengan izin, di antara masyarakat desa dan masyarakat bandar. Kini penjenamaan semula produk homestay sedang giat dipromosikan oleh Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia di mana homestay tidak lagi diklasifikasikan sebagai kemudahan penginapan semata-mata seperti budget hotel atau resort. Sebaliknya konsep utama yang ditekankan bagi produk ini adalah lebih kepada produk pelancongan lifestyle atau yang berunsurkan pengalaman. Sehingga 30 September tahun ini, Kementerian Pelancongan telah mendaftarkan sebanyak 236 buah kampung yang terlibat dalam program homestay. Daripada jumlah ini sebanyak 3,283 buah rumah ataupun usaha telah menyertai program homestay ini dan menawarkan sebanyak 4,414 buah bilik untuk para pelancong. Jumlah kedatangan pelancongan ke homestay pula telah meningkat sebanyak 76 peratus bagi tempoh Januari hingga September 2009 iaitu seramai 107,000 orang berbanding tempoh yang sama tahun 2008 iaitu seramai 60,345 orang.

Laluan.

Nanti beri saya habis dulu.

Ya, hormat wanita.

Oleh itu purata occupancy rate dengan izin, bagi homestay telah menunjukkan peningkatan daripada 16.1 peratus bagi tahun 2008 kepada 18.3 peratus sehingga September 2009. Jumlah pendapatan yang telah dijanakan dari Januari 2009 hingga September 2009 juga turut meningkat sebanyak 90 peratus kepada RM6.8 juta berbanding RM3.6 juta bagi tempoh yang sama pada tahun 2008. Ini bermakna secara purata pada tahun ini, setiap rumah yang berdaftar sebagai homestay telah memperoleh pendapatan sebanyak RM2,680.00. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan menggalakkan penyertaan lebih ramai masyarakat luar bandar untuk menyertai program Homestay Malaysia. Walau bagaimanapun, salah satu prinsip utama dalam mewujudkan sesebuah homestay adalah kesediaan secara sukarela serta minat masyarakat sesebuah kampung untuk menyertai program Homestay Malaysia dengan memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan seperti;

(i) harus mempunyai sekurang-kurangnya 10 buah rumah bagi setiap homestay; (ii) mempunyai ke mudah sampaian dari segi perhubungan dan pengangkutan atau accessibility, dengan izin; (iii) mempunyai sikap act and think tourism dengan izin; (iv) menjamin tahap kebersihan dan keselamatan yang optimum; (v) melibatkan aktiviti-aktiviti masyarakat desa seperti menoreh getah, sawah padi, memancing serta memetik koko dan kelapa; dan (vi) permainan sukan tradisional dan kebudayaan seperti congkak, sepak raga dan tarian rakyat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sibuti mencadangkan peruntukan Bajet 2010 Kementerian Pelancongan disalurkan juga ke kawasan Parlimen Sibuti untuk tujuan homestay memandangkan ia berpotensi besar kerana berdekatan dengan kawasan Taman Negara Gua Niah, Taman Negara Lambir dan Taman Negara Laut Coral Blue. Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan Parlimen Sibuti mempunyai dua buah homestay yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan iaitu Homestay Kedayan dan Homestay Rumah Patrick Libau. Homestay Kedayan telah didaftarkan pada bulan Disember 2007, manakala Homestay Rumah Patrick Libau pula didaftarkan pada bulan Mei 2006. Bilangan pengusaha homestay yang terdapat di Homestay Kedayan ialah seramai 28 orang yang menawarkan bilangan bilik sebanyak 26 buah. Manakala bagi Homestay Rumah Patrick Libau pula mempunyai bilangan pengusaha homestay seramai 29 orang yang menawarkan bilangan bilik sebanyak 35 buah. Jumlah pendapatan yang telah diperolehi dari bulan Januari hingga September 2009 bagi Homestay Kedayan ialah sebanyak RM9,000 dengan kedatangan pelancong seramai 46 orang. Manakala pendapatan bagi Homestay Rumah Patrick Libau pula sebanyak RM3,000. Kementerian Pelancongan juga telah memperuntukkan sebanyak RM500 ribu kepada Homestay Rumah Patrick Libau untuk menyediakan tandas dan juga plant wall. dengan izin, ke Simpang Nipah. Kementerian akan sentiasa menyokong homestay di kawasan Yang Berhormat bila-bila masa diperlukan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Labuan mencadangkan supaya Kampung Air di Wilayah Persekutuan Labuan dibangunkan dengan infrastruktur serta kemudahan dan dijadikan satu pusat pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat, Wilayah Persekutuan Labuan telah diperuntukkan sebanyak RM8.49 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Kampung Patau Patau 2 adalah merupakan sebuah perkampungan air yang telah didaftarkan sebagai salah satu daripada tiga homestay di Wilayah Persekutuan Labuan. Homestay ini terdiri daripada 10 buah rumah yang menawarkan 15 buah bilik. Jumlah pendapatan yang telah diperolehi bagi homestay ini telah meningkat daripada RM12,000 pada Januari 2009 hingga September 2008 berbanding dengan RM14,460 bagi tempoh yang sama tahun 2009. Manakala bilangan kedatangan pelancong pula telah meningkat daripada 100 orang pada Januari 2009 hingga September 2008 kepada 1,230 orang dalam tempoh yang sama tahun ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lenggong juga mencadangkan supaya Kementerian Pelancongan membuat kawalan tentang kewujudan pelbagai homestay yang tidak berdaftar kerana jika tidak dikawal boleh menjejaskan homestay yang sedia ada. Terima kasih kepada Yang Berhormat kerana membangkitkan isu ini. Pihak Kementerian Pelancongan sentiasa memandang serius berkenaan penyalahgunaan istilah homestay dan kewujudan homestay yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pelancongan. Kementerian Pelancongan memberi penekanan khusus kepada kualiti, keselamatan serta keselesaan kepada pelancong yang menginap di homestay Malaysia. Dengan adanya homestays yang tidak berdaftar ini, ia akan menjejaskan imej serta kualiti jenama homestay yang sedia ada.

Untuk makluman Yang Berhormat, semua rumah-rumah dan homestay di Malaysia yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan harus diperiksa oleh pihak Kementerian Pelancongan, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Bomba dan pejabat kesihatan. Pengusaha homestay tersebut juga harus menghadiri kursus asas pelancongan desa dan juga semua rumah homestay yang telah berdaftar ini akan dipaparkan logo homestay. Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diselaraskan melalui mesyuarat penyelarasan

Bagi mengatasi isu ini, beberapa usaha sedang dilaksanakan di mana pihak Kementerian Pelancongan sudah mengenal pasti dan menyenaraikan homestay yang tidak berdaftar di seluruh negara. Setakat ini 117 buah syarikat atau individu telah dikenal pasti di seluruh negara yang menyalahgunakan istilah homestay. Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan telah dirancang untuk memastikan mereka menukar nama perniagaan sebelum dibenarkan untuk memperbaharui lesen perniagaan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, homestay adalah satu inisiatif pelancongan luar bandar atau dengan izin, rural tourism economy, yang memberi keutamaan oleh Kementerian Pelancongan. Salah satu komponen utama Bajet 2010 juga menekankan usaha membangunkan Program Homestay Malaysia bagi memastikan masyarakat luar bandar dapat meningkatkan pendapatan mereka serta mewujudkan perusahaan perniagaan kecil atau micro entrepreneurs, dengan izin, di kalangan pengusaha-pengusaha homestay. Matlamat Kementerian Pelancongan adalah untuk meningkatkan occupancy rate, dengan izin kepada 50 peratus melalui program-program latihan dan yang terancang serta promosi yang agresif dan efektif di pasaran domestik dan antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lenggong juga mohon penjelasan tentang apa yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelancongan bagi meningkatkan prasarana pelancongan di Lenggong terutamanya di kawasan-kawasan homestay Guar dan di lain-lain tempat di Lenggong selain daripada yang telah dan sedang dibina pada hari ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan mempromosikan Lenggong sebagai satu destinasi yang berteraskan ekologi, merujuk kepada pakej pelancongan yang sedia ada, setiap pelancong yang akan pergi ke Hutan Belum dan Homestay Kampung Beng akan singgah di kawasan Guar, Lenggong. Ke arah menyediakan kawasan Lenggong sebagai destinasi pelancongan yang menarik di bawah RMK-9, Kementerian Pelancongan telah memperuntukkan sebanyak RM4.65 juta bagi empat projek di kawasan Lenggong, Perak. Tiga daripada projek yang telah siap adalah: (i) menaik taraf jeti di kawasan Hentian Rehat & Rawat Tasik Raban, Lenggong – RM50,000; (ii) menaik taraf infrastruktur pelancongan di Lenggong, menaik taraf bangunan kuarters sebagai surau di Rumah Rehat Lenggong – RM100,000; dan (iii) menaikkan taraf kemudahan laluan pejalan kaki dan wakaf di Hutan Lipur Lata Kekabu, Lenggong – RM50,000. Manakala satu lagi adalah dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2010 adalah projek berikut: (i) membangun Tasik Raban atau Tasik Chenderoh Fasa 2, Lenggong dengan RM4.45 juta. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas mencadangkan supaya Kementerian Pelancongan turut memberi perhatian kepada mengukuhkan industri pelancongan di negeri Kelantan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat..

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Tuan Yang di-Pertua, tadi sebelum Yang Berhormat beralih tajuk.

Sekejap.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Homestay, homestay.

Okey, sila.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Saya tunggu lama, Yang Berhormat. [Disampuk]

Okey, terima kasih. Saya lupa.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tidak apalah, tetapi kita dengar. Akan tetapi Yang Berhormat pun kena akur juga kita yang mendengar ini tentu ada persoalan yang ditimbulkan. Cuma saya ingin bangkitkan beberapa perkara. Pengusaha homestay ini ia ada beberapa kategori. Ada yang diusahakan secara individu dan ada yang diusahakan menerusi kampung dan sebagainya, ikut kesesuaian tempat dan persekitaran tertentu. Cuma di sini saya bersetuju dengan kerajaan sebenarnya kalau produk-produk yang merupakan, yang boleh dipasarkan bagi menarik minat pelancong dalam dan luar negeri. Buktinya ada sebuah homestay di kawasan saya, Paya Guring, kampung yang pernah mendapat Anugerah Kampung Harapan Negara yang homestaynya boleh dikatakan ada 40 buah, 50 buah rumah di kawasan itu dapat menghasilkan produk yang dikira cukup baik dari segi nilai-nilai tradisi, suasana kampung dan sebagainya. Akan tetapi di sini masalah yang timbul di kalangan pengusaha homestay itu terutama yang melibatkan pengurusan di peringkat JKK dan kampung ialah masalah kewangan, dan baru-baru ini Kementerian Kewangan lulus RM200,000 kalau tidak silap saya, kemudian dikurangkan balik peruntukan itu. Jadi kalau boleh, Yang Berhormat, kita nampak sekarang ini, homestay ini berdaya saing dan berdaya maju. Apabila kita ada akses di peringkat internet, ramai pelancong dari luar negara datang untuk melihat suasana sebenar seperti yang dipaparkan di dalam internet berkenaan dan mereka tinggal dalam jangka masa yang beberapa lama. Sudah tentu ini akan meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat kampung. Jadi di sini usaha-usaha kementerian, fokus yang perlu diberi ialah bagaimana hendak mengetengahkan produk ini supaya menjadi satu bahan yang menarik minat pelancong-pelancong untuk datang ke homestay yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi.

Menteri, atas topik yang sama, homestay.

Okey.

Tadi Menteri mengatakan salah satu agenda homestay ini untuk menambah pendapatan masyarakat luar bandar. Saya setuju. Akan tetapi saya ingin merujuk khusus kepada projek homestay di Kampung Jalan Bahru, Balik Pulau – kampung saya, tempat saya dilahirkan, saya tinggal di situ – kalau saya tengok bagus usahanya dengan koperasi pelancongan bagus. Akan tetapi apa yang dikatakan oleh Menteri tadi mengenai pengalaman setempat dan sebagainya itu, saya membesar di situ, pengalaman yang kita bagi kepada orang yang datang bukan pengalaman itu pun. Saya tengok dekat sini, dia kata ada main gasing, ada macam-macam, tidak ada pun saya tengok yang hari- hari ini. Yang hari-hari biasa ini tidak ada, orang kampung tanya. So, kita tawarkan pengalaman yang tidak ada. Kita ada-adakan sebab saya takut nanti pengunjung itu dapat gambaran yang salah, kerana kita tidak bangunkan kebudayaan setempat. Satu. Pohon penjelasan. Seterusnya saya tengok ada dalam keadaan tertentu, pengunjung luar datang, orang Amerika datang, yang kita sajikan ialah karaoke. Dia hendak karaoke, saya ingat di Amerika lagi best... [Ketawa] Yang Berhormat Menteri, ini saya mahu program ini berjaya dan saya tahu ini kalau dimantapkan akan berjaya memantapkan masyarakat setempat. Seterusnya ialah dari segi aspek, dalam saya tengok perancangan itu memang untuk memperkasakan masyarakat setempat, tetapi kalau yang dikatakan pengalaman ladang herba, pengalaman massage, pengalaman macam-macam, itu hakikatnya di tanah Yang Berhormat tersebut.

Saya tidak hendak sebut nama. Saya tidak hendak mengaibkan, tetapi dari segi dasarnya, saya tidak mengaibkan Yang Berhormat tersebut. Tidak payah sebut sebab di sana ada tiga DUN, saya tidak hendak cakap. Akan tetapi orang kampung tengok, peruntukan semua datang ke tanah dia, buat pejabat dia pun di situ. Pekerja yang di kampung itu tidak ada seorang, tetapi pekerja asing yang diambil. Orang daripada luar. Akhir sekali dari aspek kualiti yang dibangkitkan oleh rakan saya tadi. Saya hendak Menteri jelaskan kepada saya satu rumah diperuntukkan untuk mengadakan bilik tandas yang sesuai, berapa satu rumah, RM5 ribu, RM10 ribu, boleh tolong jelaskan kerana kompelinnya ialah kualiti yang dibuat itu, mungkin kontraktor Kelas F yang diberi itu mungkin teman-teman mereka dan end product nya itu tidak setimpal dengan nilai peruntukan tersebut. Jadi saya mohon satu governance, satu kebudayaan, satu pengalaman. Akhir sekali saya hendak program itu lebih berjaya. Itu niat saya. Saya tahu itu satu agenda yang baik.

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Arau dan juga Balik Pulau yang begitu prihatin dan harapkan homestay berjaya. Yang pertama, memang selepas kajian yang kita buat kepada macam mana ada homestay yang maju, macam mana ada homestay yang tidak maju. Yang pertama adalah mempromosikan, kesedaran bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di dunia mengenai homestay. Mana-mana homestay yang maju, adalah pihak-pihak syarikat pelancongan yang menolong mereka mempromosikan. Sebab itu satu hala tujuan kita adalah menentukan pada akhir tahun ini atau awal tahun 2010, kita akan ada suatu promosi yang tetap hanya untuk homestay melalui elektronik. Itu yang betul, promotion atau promosi. Yang kedua, kewangan yang dibangkit oleh Balik Pulau dan juga Arau. Semasa kita bagi peruntukan kepada sebuah homestay, kita tidak bagi dia duit sahaja hendak bina bilik atau sebagainya. Betul kita bagi untuk tandas sahaja, sebab maklum balas yang kita dapat daripada pelancong seluruh dunia adalah semasa mereka pergi homestay, mereka tidak mahu homestay itu macam hotel. Dia mahu homestay itu macam betul-betul authentic homestay, dengan izin.

Mereka makan duduklah di lantai, guna tikar, makan guna tangan pun tidak apa kerana dia hendak authentic homestay. Sebab itu semasa saya turun padang, saya pergi kaji, terkejut saya dibuatnya saya lihat rumah itu ada langsir yang cantik, karpet, kusyen tidak payah. Itu mustahak tidak payah. Sekarang homestay yang maju di Manik Titik di Pulau Pinang, pergilah Yang Berhormat PKR, pergi jumpa Tok Awang di situ, saya pergi sebulan yang lalu. Dengan izin, simple rumahnya tetapi ramai pelancong pergi kerana authentic. Jadi tidak perlu kita nak katakan hendak beri kewangan yang banyak tetapi betul. Jadi content kita, kita bagi sebanyak RM2,500 sampai RM5,000 untuk naik taraf tandas sahaja. Tandas itu tidak perlu air panas, jika perigi pun tidak apa, homestay authentic. Jadi kualiti itu macam mana telus kita bagi balik kepada tuan rumah sebab dia hari-hari jaga, bina dan menaik taraf tandas itu dan bilik mandi. Kita tidak guna mana-mana kontraktor untuk menaik taraf tandas. Ketiganya Tuan Yang di- Pertua, memang betul Yang Berhormat Balik Pulau kata mengapa ada homestay yang tidak maju. Dulu homestay penginapan sahaja sekarang kita tukar falsafah, homestay adalah gaya kehidupan. Jikalau sebuah kampung tidak ada aktiviti-aktiviti yang tertentu, bagaimana kita nak promosikan homestay di seluruh dunia. Jadi kita pilih homestay yang ada potensi seperti kawasan saya. Kawasan saya Sungai Pasu. Sungai Pasu memang maju sebab di situ ada Taman Melur dan lain-lain. Jadi kita tidak kata semua kampung boleh jadi homestay. Jika kita hendak maju kita hendaklah berdisiplin dengan pilih mana-mana homestay yang maju dan mana yang tidak maju, apa yang mustahak kita tidak boleh bagi satu minda kepada pihak perkampungan kata melalui kerajaan beri duit, beri kewangan baru homestay boleh maju. Homestay boleh maju kerana aktiviti, sebab itu saya kata pihak penduduk di sebuah kampung perlu dengan izin, think tourism, at tourism, ingat ayat ini “Think Tourism at Tourism”. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua jikalau pihak-pihak kampung tidak menjaga kebersihan, pihak kampung itu tidak ada satu sikap yang menerima pelancong, bagaimana kita nak maju? Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas mencadangkan supaya Kementerian Pelancongan turut beri perhatian kepada memperkukuhkan industri pelancongan di negeri Kelantan. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Mas, Kementerian Pelancongan sentiasa mempromosikan negeri Kelantan dengan memberi fokus kepada produk-produk pelancongan yang berbentuk tradisi, budaya dan makanan, seperti Pasar Siti Khadijah, Gunung Stong, Taman Negara Kuala Koh, makanan tradisional seperti Nasi Seratus dan seni batik. Untuk makluman Yang Berhormat juga, salah satu produk pelancongan di Negeri Kelantan yang sedang diberi perhatian oleh kerajaan dalam memperkukuhkan industri tersebut adalah produk homestay. Sebanyak 163 buah rumah di Kelantan telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan yang menawarkan 163 buah bilik. Sebagai mengembangkan aktiviti pelancongan di negeri Kelantan, Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad telah memperkenalkan produk railway tourism, dengan izin di pasaran Singapura. Malaysia Rail Explorer dengan izin, adalah pakej baru yang dilancarkan pada bulan Oktober tahun ini bagi menarik minat pelancong dari Singapura menaiki kereta api ke negeri Kelantan dan tinggal di perkampungan homestay. Sebanyak enam pengusaha pelancongan dari Singapura sedang mempromosikan pakej ini. Inisiatif ini akan meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong Singapura ke negeri Kelantan terutama ke homestay. Promosi dan penempahan secara online telah dilaksanakan melalui laman web www.malaysiarailexplorer.com. Jumlah pendapatan yang telah diperoleh bagi homestay di negeri Kelantan dari Januari sampai bulan September 2009 ialah sebanyak RM43,000 manakala bilangan kedatangan pelancong ke homestay di Kelantan dari Januari hingga bulan September 2009 pula seramai 360 orang pelancong domestik dan 108 orang ialah pelancong luar negara dengan jumlah keseluruhan 468 orang pelancong. Bagi tahun 2008, Kementerian Pelancongan Malaysia telah menghoskan seramai 176 orang yang terdiri daripada perwakilan media dan ejen pelancongan asing di bawah Program Lawatan Mega untuk melawat produk-produk pelancongan di negeri Kelantan. Antara beberapa negara asing yang mengikuti program lawatan mega ini adalah seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Amerika Syarikat, Itali, Belanda, France dan lain-lain. Bagi memastikan pembangunan modal insan, kementerian melaksanakan kursus bagi kemahiran kepada penduduk tempatan terutamanya yang menjadi pemandu pelancong dan juru refleksologi. Dari segi pembangunan infrastruktur pelancongan, Kementerian Pelancongan sedia membantu semua kerajaan negeri termasuk negeri Kelantan dalam membangunkan dan mengukuhkan industri pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, di bawah RMK-9 sebanyak RM28.8 juta telah diperuntukkan bagi pembangunan sebanyak 52 projek pelancongan di seluruh negeri Kelantan, manakala di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sebayak RM4.2 juta telah diperuntukkan bagi membangunkan sebanyak 27 projek pelancongan di seluruh negeri Kelantan, satu para lagi, ya sila.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berhubung dengan peruntukan yang diberikan, kita nak majukan homestay ini kita ikut geografi, bermakna kita ikut kesesuaian tempat, dinilai dari segi sejarah, ada yang dinilai mengikut hutan dara terutama di Sabah dan Sarawak yang kita lihat masih boleh dimajukan. Jadi saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, kalau bolehlah untuk peruntukan di peringkat yang melibatkan kampung yang ada pengurusan yang baik, bolehkah kita pertimbangkan peruntukan yang kita nak salurkan untuk membangunkan homestay berkenaan, kita salurkan terus kepada jawatankuasa kampung, tidak melalui kontraktor. Dengan pengawasan yang diberikan oleh pegawai dari kementerian yang akan buat pemantauan supaya perancangan yang akan dirancang itu mengikut skill, kemampuan dan kehendak penduduk kampung berkenaan. Saya ingat ini lebih baik, kalau kita beri kepada kontraktor, ia nanti di sini hilang di sana hilang, hasilnya kita dapat sedikit sahaja.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Dan seterusnya kita minta kementerian kena sedarkan kerajaan negeri sedikitlah, kena ambil perhatian macam hujung bukit sampai masuk dalam Discovery Channel yang dilihat gambaran sebenar di kampung berkenaan. Inilah tradisi orang pergi pun, macam Yang Berhormat Balik Pulau bangkitkan tadi, hadrah ada, nilai budaya ada semua ada, suasana harmoni itu memang wujud dengan real atau sebenarnya. Jadi kementerian kena sedikit mengambil berat tentang perkara ini, apa pandangan Yang Berhormat?

Terima kasih, pandangan ini memang sesuai. Kita akan kaji pandangan ini sebab pada sekarang semua peruntukan yang Kementerian Pelancongan berikan, semuanya boleh dikatakan dipantau oleh JKR. Kita sendiri tidak ada pegawai teknologi untuk mengkaji itu. Kita sendiri pun hendak dapat 100 peratus punya kesan, maka kita punya wakil turun padang. Di sini juga jikalau mana-mana Ahli Yang Berhormat rasa di kawasan beliau ada potensi untuk homestay, boleh bawa kepada kita untuk kita bersama-sama kaji sebab kita memang harap dapat meluaskan program ini. Saya sendiri ada berhubung dengan Menteri Luar bandar, bagaimana dua kementerian boleh bekerjasama untuk menaik taraf. Sebab pada masa sekarang memang ada ramai lagi pihak di kampung rasa “Okeylah, kita buat homestay”, itu sahaja. “Saya buat rumah cantik boleh.” Tidak boleh begitu senang, banyak faktor untuk sesuatu homestay berjaya seperti promosi, aktiviti, satu pengalaman, satu perasaan yang sesuai yang membuatkan pelancong akan datang semula.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kanowit bangun di belakang.

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Ini Sarawak punya. Minta penjelasan dari kementerian berkenaan dengan homestay. Dahulu kita telah diberikan sedikit peruntukan untuk memajukan homestay di setiap kawasan Parlimen dan di kawasan saya di Kanowit telah disemak oleh agensi yang berkenaan, tidak ada satu pun homestay program diadakan. Jadi kita telah menyarankan supaya ianya dimajukan di kawasan Parlimen Kanowit sebab saya nampak banyak juga tempat pelancongan seperti rumah-rumah panjang yang tradisional yang akan menjadi tarikan kepada pelancongan. Akan tetapi ada syarat-syarat yang disebutkan bahawa tempat ini mesti dihubungi dengan jalan, satu daripadanya. Di kawasan saya banyak rumah-rumah panjang yang belum dapat dihubungi dengan jalan, kita masih menggunakan perahu. Itu salah satu daripada exclusion clause kepada peruntukan ini. Jadi saya minta kerana banyak kawasan-kawasan lain di Sarawak yang menghadapi masalah yang sama dan sebab itu tiap-tiap tahun, not even a cent daripada peruntukan digunakan di banyak kawasan di Sarawak. Terima kasih.

Ini kawasan luar bandar di Sarawak, boleh? Yang Berhormat Kapit, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya menyambung kepada apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kanowit, sebab saya pun mendengar apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Program homestay ini adalah untuk membantu meningkatkan tahap ekonomi di luar bandar. Itu memang baik, memang begitu cantik sekali. Akan tetapi di luar bandar di Sarawak saya hendak tahu dari Yang Berhormat Menteri, apakah langkah-langkah yang konkrit sekali untuk mempromosikan, membangunkan program ini sebab tadi kita telah mendengar dari Yang Berhormat Kanowit bahawa di kawasan beliau pun tidak ada. Di kawasan saya ada sebuah. Itu pun kawasan tersebut adalah daripada usaha saya pada tahun 2000 dahulu untuk mengenal pasti satu tempat di kawasan Parlimen Kapit. Selepas itu tidak ada pun. Kalaulah betul tujuan untuk membantu rakyat di luar bandar dari segi meningkatkan tahap sosioekonomi mereka dengan program homestay ini. Biarlah diadakan program atau usaha yang begitu konkrit sekali untuk membantu membangunkan industri homestay di luar bandar ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kanowit dan Yang Berhormat Kapit. Memang saya bersetuju homestay itu adalah ekonomi untuk luar bandar tetapi pada masa sekarang bukan semua kampung boleh ada potensi.

Saya beri senarai statistik homestay di seluruh Malaysia. Di Perlis tiga buah kampung, Kedah lapan buah kampung, Langkawi sebelas buah kampung, Pulau Pinang sembilan kampung dan Sarawak 21 buah kampung. Selebihnya di Perak 30 buah kampung, keduanya Negeri Sembilan 26 buah kampung, Sabah lagi lebih iaitu 39 buah kampung. Jadi kita mesti faham pada masa sekarang kita tidak boleh lagi meluaskan kepada semua kampung. Keduanya, saya tegaskan lagi, jikalau kita hendak membina homestay kita perlu menentukan homestay itu maju. Jikalau seorang penduduk kampung sudah bersedia tetapi tidak ada pelancong datang, apa yang dia rasa? Pada masa sekarang dengan izin, occupancy pada tahun 2008 hanya 16 peratus, maknanya satu tahun hanya 16 peratus sahaja, belum ada orang datang duduk, 40 hari sahaja. Oleh sebab itu kita sekarang menguatkan keadaan homestay yang kita ada. Keduanya, memang saya bersetuju di mana-mana kampung yang tidak ada accessibility, dengan izin, memang susah. Oleh sebab itu saya bersama Menteri Luar Bandar hendak buat satu road map dan kita buat fasa-fasa, di mana yang sesuai. Tuan Yang di-Pertua bila kita hendak membina homestay perlu ada pelancong pergi. Jikalau kita membina homestay tetapi tidak ada pelancong datang kita susah hati. Jadi untuk Sarawak pada masa sekarang kita ada 21 buah kampung yang ambil bahagian di dalam program homestay dengan 233 orang peserta. Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat Pasir Mas di antara projek-projek yang telah siap di kawasan Pasir Mas adalah seperti membaik pulih kemudahan awam produk pelancongan Taman Rekreasi Tengku Anis Lubok Jong, Pasir Mas, Kelantan dengan RM200,000. Menaik taraf kemudahan homestay di jajahan Pasir Mas, Kelantan serta kemudahan homestay Pulau Suri, Tumpat, Kelantan dengan RM400,000. Manakala projek dalam pelaksanaan ialah meningkatkan kemudahan pelancongan di pintu masuk Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan dengan RM5.4 juta. Untuk makluman Yang Berhormat saya selaku Menteri Pelancongan juga telah sering turun padang dan melihat sendiri perkembangan industri pelancongan di Kelantan. Serta mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan pelancongan seperti homestay dan pengusaha homestay. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lenggong juga ingin mengetahui apakah rancangan dan program yang telah dibuat oleh kementerian dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memajukan sektor agro pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat, agro pelancongan adalah satu produk pelancongan yang berkembang pesat kerana Malaysia menawarkan pelbagai aktiviti berkaitan dengan sektor pertanian dan perladangan kepada para pelancong. Malaysia sebagai negara yang kaya dengan hasil pertanian mempunyai hasil bumi yang subur dan sebagainya. Antara aktiviti yang mendapat sambutan dalam agro pelancongan ini adalah lawatan ke dusun buah-buahan dan ladang serta menoreh getah dan ladang kelapa sawit. Secara keseluruhannya sejumlah 44 buah ladang pertanian dan dusun buah- buahan telah dikenal pasti bagi mewujudkan pakej-pakej agro pelancongan. Tuan Yang di-Pertua, bukan kata semua tuan dusun buah-buahan minat ambil bahagian dalam agro pelancongan sebab mereka mesti menyediakan program-program tertentu. Pihak yang ada dusun tertentu hendak membuka pintu dusunnya untuk pelancongan, kita memang menggalakkan sebab kita ada ramai pelancong yang suka hendak pergi masuk dusun-dusun, mengutip buah dan juga menunggu durian jatuh. Oleh sebab itu kita memang mempromosi agro tourism dengan mikronya kepada kampung-kampung. Kementerian Pelancongan bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menubuhkan jawatankuasa bersama pembangunan industri agro pelancongan pada awal tahun ini. Tema rujukan utama bagi penubuhan jawatankuasa bersama ini adalah mengenal pasti dan menentukan dasar strategi peruntukan dan hala tuju agro pelancongan negara. Secara dasarnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merupakan agensi pelaksana bagi sektor agro pelancongan negara. Manakala Kementerian Pelancongan berfungsi dalam mempromosikan produk-produk agro pelancongan yang terdapat di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Strategi Kementerian Pelancongan melalui promosi ialah dengan membuat penjenamaan semula bagi menyerlahkan produk agro pelancongan dengan memasukkan senarai destinasi agro pelancongan dalam laman web Tourism Malaysia, peta Malaysia, risalah dan mengadakan program berasaskan pertanian seperti home stay. Agro pelancongan adalah merupakan komponen utama kepada produk home stay di mana ianya akan dipakejkan dengan aktiviti ekonomi. Kementerian menyarankan supaya produk dan program agro pelancongan diberi perhatian dan sokongan sewajarnya kerana ia akan dapat menjana sumber pendapatan kepada negara dengan memberikan manfaat kepada rakyat tempatan terutamanya di peringkat akar umbi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ledang mencadangkan supaya Kementerian Pelancongan turut mengambil bahagian yang lebih serius di dalam melangsungkan perayaan Hari Malaysia, bersama-sama dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan mengalu-alukan sebarang cadangan dan usaha bagi menggalakkan pelancongan di Malaysia khususnya di dalam sambutan pada peringkat kebangsaan seperti sambutan Hari Kebangsaan dan perayaan Hari Malaysia. Memandangkan perayaan Hari Malaysia mulai pada tahun hadapan akan diisytiharkan sebagai cuti umum, Kementerian Pelancongan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam usaha mempromosi kepada pelancong luar negara.

Umpamanya bagi Perayaan Hari Kebangsaan 2008, Kementerian Pelancongan Malaysia telah menghoskan seramai 399 orang yang terdiri daripada wakil-wakil media dan agen pelancongan asing di bawah Program Lawatan Mega untuk membuat liputan dan pendedahan mengenai sambutan hari kebangsaan. Pada tahun 2009, seramai 197 wakil media dan agen pelancongan asing dihoskan kerana majlis sambutan adalah secara sederhana kerana menghormati bulan Ramadhan. Antara negara-negara yang menyertai Program Lawatan Mega ini ialah daripada Singapura, Brunei, China, Jepun, Hong Kong, Qatar, Australia, Rusia, Jerman dan lain-lain. Dalam masa yang sama menerusi Pejabat Tourism Malaysia Luar Negeri, sambutan juga diadakan bersama dengan Pejabat Perwakilan Malaysia di pasaran tertentu seperti London, New York, Beijing bagi mempromosikan semangat kebangsaan budaya Malaysia dan pelancongan. Pada tahun hadapan, Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia akan menyambut Hari Malaysia dengan menghantar chef-chef dan kumpulan kebudayaan...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

Saya habiskan ayat ini. Untuk membuat persembahan di program Minggu Malaysia, kementerian juga akan menggunakan format yang sama seperti Mega Fame dalam mempromosikan sambutan Hari Malaysia pada tahun hadapan. Sila.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan juga terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya amat tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri mengenai dengan promosi pelancongan negara kita di luar negeri khasnya di Beijing. Saya ingin bertanya, saya difahamkan bahawa semua projek promosi, di negara China semua melalui dari PR Communication Company Limited. Syarikat ini telah dikawal oleh seorang asalnya daripada Taiwan yang bernama Grace Cheng Oh Yang Yun Sai. Beliau ini saya difahamkan juga adalah sahabat karib Yang Berhormat Menteri dan juga Grace Cheng Oh Yang Yun Sai ini mengawal satu syarikat di Malaysia yang bernama Darul World Wide Sdn. Bhd. yang juga diberi projek Tourism Call Center di Malaysia. Baru-baru ini untuk mempromosikan Malaysia di Shanghai Expo 2010, Kementerian Pelancongan memberikan kepada Syarikat Venture Farm Asia Sdn. Bhd. Pada bulan Jun 2009. Yang Berhormat juga sedar bahawa kita telah bangkitkan perkara Venture Farm Asia Sdn. Bhd ini di dalam Dewan yang mulia ini juga di mana syarikat ini di kawal oleh Grace Cheng Oh Yang Yun Sai juga dan juga terlibat dalam satu penipuan terhadap Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi mengenai dengan techno fund.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Venture Farm ini menggunakan satu syarikat yang palsu. XLW Incorporation USA Limited. Yang Berhormat Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi telah memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa techno fund yang diberi kepada Venture Farm ini telah dibekukan dan siasatan telah dijalankan. Ini telah diberi maklum kepada Dewan ini pada Jun 2009. Bolehkah Yang Berhormat Menteri jelaskan perkara ini dalam Dewan yang mulia ini untuk Malaysian Pavilion ini di Shanghai. Open tender nya yang pertama telah ditutup pada bulan April sebelum Yang Berhormat Menteri mengambil alih daripada Menteri yang dahulu pada 9 April 2009. Selepas Yang Berhormat Menteri mengambil alih Kementerian Pelancongan, Yang Berhormat Menteri membatalkan tender yang pertama. Pada masa tender pertama Venture Farm Asia Sdn. Bhd tidak masuk tender pada masa itu. Kementerian pula membuka tender yang kedua. Pada masa itulah Venture Farm Asia Sdn. Bhd masuk tender dan reserve price adalah RM20 juta. Venture Farm yang tiada latar belakang dalam pembinaan, tiada langsung, tidak pernah buat satu tandas pun, tidak pernah buat satu tangga pun, diberi projek ini. Tender price nya RM19.99 juta. Kurang RM1,000 sahaja dan Syarikat Venture Farm itu dapat tendernya. Yang Berhormat sila jelaskan. Bukankah ini satu conflict of interest. Grace Cheng Oh Yang Yun Sai ini juga terlibat dalam satu syarikat, Fuji Property Management Berhad Unlimited di Hong Kong yang mengawal semua management untuk Malaysia Hall, bangunan-bangunan, harta-harta yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia di Hong Kong. Beliau juga membuat semua renovation untuk semua bangunan di Hong Kong, telah berpuluh-puluh tahun dah. Pembantu Yang Berhormat Menteri pada masa menjadi Timbalan Menteri pada tahun 2003, Madam IBC juga telah joint jadi PR komunikasi company itu. Bukankah itu satu conflict of interest yang amat jelas. Bolehkah Yang Berhormat Menteri beri penjelasan mengenai dengan kenapa projek Tourism Call Center diberi kepada Grace Cheng Oh Yang Yun Sai juga? Kenapakah semua projek pengiklanan di negeri China diberi kepada syarikat dari PR Communication...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

...Yang dikawal oleh Grace Cheng Oh Yang Yun Sai ini. Bagaimana tender ini diberikan kepada Venture Farm sedangkan MOSTI telah buat keputusan untuk menyiasat skandal ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Wangsa Maju. Nampaknya Yang Berhormat memang fixated, fixation kepada Venture Farm.

[Menyampuk]

Tidak apalah. Okey dan saya tahu jikalau Yang Berhormat tidak bangkitkan perkara ini, saya tidak akan jawab kepada kementerian lain seperti yang dikata. Saya akan sahaja bercakap apa yang terjadi pada masa saya menjadi Menteri. Semasa Yang Berhormat kata dia rakan saya, saya memang ada ramai rakan. Beribu-ribu.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tidak apalah.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Grace Cheng Oh Yang Yun Sai sahaja.

Walaupun Yang Berhormat hendak beri satu implikasi, tidak apa. Kedua, Setiausaha saya, PA IBC sudah berhenti kerja dengan saya berapa lama. Dia hendak kerja apa di luar, mana saya tahu. Saya tidak boleh kata, “Eh, you sudah berhenti kerja dengan saya, you tidak boleh kerja di luar”...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

No,no. Sila duduk dahulu, hingga habis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, biarkan dia jawab Yang Berhormat.

Yang Berhormat, biar saya habis. Jadi, saya hendak jawab di sini berkaitan dengan Kementerian Pelancongan semasa saya bertugas. Shanghai Expo. Yang Berhormat, Shanghai World Expo adalah...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Bolehkah kita mulai dengan Darul World Wide?

Nanti, you tanya saya Shanghai Expo.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

You tanya Shanghai Expo, saya terang Shanghai Expo.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya pun membangkitkan Darul World Wide mengenai dengan Tourism Call Center.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Biarkan Yang Berhormat Menteri menjawab Yang Berhormat.

You beri saya jawab, beri saya jawab. Sila... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk dahulu Yang Berhormat, biarkan Yang Berhormat Menteri menjawab.

Tidak apa, pandai fixation, pandai hendak beri implikasi tidak apa. Shanghai Expo adalah satu ekspo sedunia yang dijalankan setiap empat tahun. Di ekspo itu, seluruh negara diberi peluang untuk menunjukkan warisan dan kekayaan negara. Semasa saya datang ke kementerian ini, pada 13 April tahun ini.

Pegawai tunjuk saya, model Malaysia Pavilion untuk World Expo dengan tema ‘Explore, Escape and Adventure’. Nasib baik saya ini sedikit pandai, bukan sangat pandai, sama dengan Yang Berhormat, sedikit pandai. Sila duduk. Saya terus berbincang dengan Pengerusi Shanghai Expo di Shanghai tanya dia apa tema Shanghai World Expo kali ini 2010. Tema dia apa, ‘Better City, Better Living’. Tuan Yang di-Pertua, model yang ditandakan ‘Escape, Explore, Adventure’ dengan tunjuk apa? Hutan? Mangrove swam? Apa bandar itu? Jadi pengerusi pun kata, Pengerusi Ekspo kata...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Biarlah itu habis, saya belum habis lagi. Kita respect each other dengan izin. Jadi Pengerusi Shanghai Expo sudah beritahu jikalau model sesuatu pavilion mana negara pun tidak ikut tema, bila-bila dia boleh reject. Mana Malaysia boleh beri pavilion kita reject. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri beri briefing kepada semua, pandai saya ya, terima kasih, kepada semua yang minat membina pavilion dengan juga beri pengiklanan (advertisement) di surat khabar dan briefing kita adalah, kita hendak menunjukkan Malaysia bandar Malaysia, 1Malaysia yang di mana kita ada bukan sahaja peluang untuk kerja tetapi untuk rekreasi, tetapi juga ada budaya dengan ada alam semula jadi, dengan juga ada sports dan sesuai kepada kekeluargaan. Yang Berhormat, bukan sahaja hutan, bukan sahaja mangrove, jadi saya beri briefing, buka tender (open tender) dan mana-mana syarikat yang minat perlu ikut syarat Kementerian Kewangan bukan Kementerian Pelancongan. Kementerian Pelancongan tidak ada mana-mana syarikat yang berdaftar dengan kita. Ikut Kementerian Kewangan dan ikut syarat Kementerian Kewangan dan juga dengan open tender dan memang ya. Yang Berhormat dengar baik-baik ini. Tuan Yang di-Pertua, dengan tidak ada VO, dengan tidak ada valuation…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Order.

...Order dan saya memang terkejut pada hari ini. Saya hendak tanya Yang Berhormat, valuation order di mana Yang Berhormat dapat maklumat kata ada valuation order. Tidak ada valuation order. Sepatutnya you memohon maaf kepada kementerian saya yang memberikan sesuatu maklumat yang salah kepada orang awam.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Sila duduk.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beri penjelasan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tamatkan di sini [Disampuk]...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Takut kah.

...Shanghai Expo dengan sini open tender. Apa lagi hendak dengan no valuation order, apa lagi hendak? Semua sudah telus.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Okey.

Tuan Yang di-Pertua ....

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan.

Cukup.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Takut sudah? Saya hendak tanya ..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak beri Yang Berhormat.

Saya tidak takut debat. Saya hendak bagi...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya hendak tanya sebab Yang Berhormat Menteri mengatakan menunjukkan warisan Malaysia dan gunakan Minangkabau, itu warisan Malaysia?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat hendak beri jalan Yang Berhormat?

Sila duduk. Tuan Yang di-Pertua, siapa kata warisan Minangkabau bukan satu warisan Malaysia? Saya minta penduduk Negeri Sembilan berdiri?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Hello, sila duduk. Kita punya... Sila duduk.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Arkitek itu yang digunakan arkitek di negeri China. Gunalah arkitek Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat ..

Sila duduk. Kita ‘Malaysia Truly Asia’, kita pelbagai kaum, siapa kata Minangkabau tidak seorang Malaysia? Patut mohon maaf daripada Negeri Sembilan sebab kita tahu Negeri Sembilan adalah dari warisan Minangkabau.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Sila duduk. Cukup. Tuan Yang di-Pertua, cukup masa. Saya beri cukup masa. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah cukup dengar...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Takutkah? Kalau begitu photostat sahajalah. Kalau begitu photostat sahajalah. Tidak perlu minta penjelasan. Takutkah?

Saya tidak akan jatuh track, tidak payah. You sudah tipu orang, orang tidak tipu saya. Tidak takut, takut apa? Sila duduk.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Jawablah mengenai dengan Darul Worldwide Sdn Bhd... Jawablah dari PR.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Yang Berhormat, sila duduk.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Jawablah dengan kenapa... [Disampuk] Dapat pengiklanan di negeri China.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri tidak beri jalan.

Sila duduk. Mengapa Yang Berhormat tidak bangkit PR negara-negara lain? Perancis, Switzerland, England, UK, semua ada PR. Semua PR ini mengikut syarat-syarat tertentu. Kedua...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Sila duduk.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Bukannya PR... dari PR community...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju.

Sila duduk, saya tahu. Tuan Yang di-Pertua, tengoklah Yang Berhormat. Dia ingat saya kata permanent resident, no, I kata press, PR agency. Press Relation, tidak akan saya bodoh macam itu. Tuan Yang di-Pertua, masa di mana-mana Tourism Malaysia ada, PR kita mengikut syarat tertentu dan siapa mempengerusikan itu? Ambassador, ketua embassy, bukan Kementerian Pelancongan. Semua PR agency di luar negara dipilih mengikut syarat-syarat tertentu mengikut syarat embassy. Cukup. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Itu kami hendak tahu sama ada... [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak beri jalan Yang Berhormat? Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri tidak beri jalan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kenapakah tali PR komunikasi di China yang dikawal oleh ‘Madam Grace Chen Oyan Yun Shai’ ini, semua diberikan projek-projek pengiklanan di negeri China, tidak melalui open tender dan..,

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak....

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

‘Madam Grace Chen Oyan’ ini adalah sahabat karib Yang Berhormat Menteri. Hendak saya sebut di luar? Saya sebut di luar kalau perlu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua. Tidak perlu di luar, sini cukup. Tuan Yang di-Pertua, saya ada ramai kawan termasuk you.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Akan tetapi kawan ini yang ..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju tidak boleh berbahas begini Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kerana itulah dapatkan projek yang banyak... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Saya tahu Yang Berhormat selalu hendak cari masalah dengan kita, tidak mengapa. Saya beritahu PR ini ...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Bukti yang sangat jelas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh berbahas begini Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, mana ada bukti valuation order yang diberikan. Mana bukti?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Okey, duduk dahulu. Saya hendak beri bukti ini. Saya hendak beri bukti takut pula.

Sila duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat minta bukti, saya hendak beri bukti sekarang. Duduk, saya hendak beri bukti ini.

Apa bukti? Sila duduk.... ]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat patuh kepada Peraturan Mesyuarat Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Sila duduk, saya belum jawab.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

Sila duduk. Saya sudah jawab kepada dia... [Dewan Riuh]

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, point of order. Suruh Yang Berhormat Menteri duduklah.

Saya jawab, you duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baiklah, point of order yang mana Yang Berhormat? Yang Berhormat Menteri, sila duduk. Point of order yang mana?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Duduk dahulu, point of order.

Saya panggil duduk dahulu. Ladies first, duduk dahulu... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, dia invoking point of order. I want evaluate which point of order is that.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri ini tidak faham peraturan.

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Point of order yang bohong itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Peraturan yang mana?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, point of order...

Point of order apa point of order?

Point of order apa?... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya minta di mana, mana satu point of order?

Mana satu?... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, duduk dahulu Yang Berhormat Menteri.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Duduk dahulu.

Tuan Billy Abit JooPRS · BNHulu Rajang

Jangan buang masa.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Duduk dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Which point of order?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri meminta ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya minta point of order yang mana Yang Berhormat?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Point of order. Dia minta ....

Tuan Billy Abit JooPRS · BNHulu Rajang

Jawab dahulu.

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Jawab point of order. Jawab dahulu. [Dewan riuh]

[Bangun]

Ini main-main. Buang masa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, teruskan.

Buang masa.

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Buang masa... [Dewan riuh]

Beri point of order. Yang Berhormat Wangsa Maju ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tiada point of order. Duduklah Yang Berhormat. Ya, teruskan Yang Berhormat Menteri.

Bagi point of order.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Itulah point of order. Bodohlah Menteri ini... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Tarik balik, kata Menteri bodoh tarik balik.

Apa dia kata?

Bodoh, Menteri bodoh.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tarik balik.

Menteri, dia kata Menteri bodoh.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Tarik balik, Menteri minta dia tarik balik. Menteri dia kata Menteri bodoh.

Yang Berhormat, sila duduk.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Bukanlah, oleh kerana minta...[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Wangsa Maju duduk dahulu.

Tuan Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

You are wasting our time.

Yang Berhormat ...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat. Saya sedang dengar.

Saya... [Dewan riuh]

You cakap macam mana ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat tarik balik ‘Menteri bodoh’. Itu bukan bahasa Parlimen Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Bodoh, oleh kerana dia minta bukti... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, there’s no tidak ada. Yang Berhormat yang lain minta duduk Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Siapa?... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Duduk dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Wangsa Maju, saya minta Yang Berhormat tarik balik perkataan ‘Menteri bodoh’ Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat tarik balik.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Sabarlah. Saya hendak itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Sila senyap Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Saya hendak beri penjelasan kerana dia minta bukti, kita...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak ada perbahasan Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat tarik balik perkataan ‘Menteri bodoh’. Itu sahaja Yang Berhormat. That’s all.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya, saya boleh tarik balik kerana...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat tarik balik!

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

...Menteri meminta bukti...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat tarik balik perkataan ‘Menteri bodoh’. Itu sahaja Yang Berhormat, tarik balik.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

...Tidak bijaklah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tarik balik perkataan ‘bodoh’, Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

...Ini kerana tak berapa bijak jugalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tarik balik dah Yang Berhormat. Sila teruskan Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat, saya selalu hormati Yang Berhormat Wangsa Maju tetapi pada petang ini habis.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tak payahlah, jawab.

Yang Berhormat Silam juga mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan sejumlah lebih kurang RM2 juta kepada kawasan- kawasan tertentu yang difikirkan strategik untuk dibangunkan sektor pelancongan sebagai asas kepada pembangunan perkhidmatan di masa akan datang. Sebagai contoh, rakyat di negara India, Sri Lanka dan Indonesia digalakkan untuk komited dan membangunkan aktiviti hiliran yang ada hubung kait dengan perkhidmatan. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi membangunkan industri pelancongan, setiap negara mempunyai gaya yang tersendiri berdasarkan potensi produk pelancongan yang ada. Di Malaysia, Kementerian Pelancongan sebagai agensi pusat mempromosikan produk pelancongan mengikut keupayaan dan potensi yang terdapat di negeri masing-masing. Bagi mempromosikan negeri-negeri, Kementerian Pelancongan telah mengenal pasti sepuluh ikon produk pelancongan sebagai strategi fokus bagi meningkatkan jumlah ketibaan pelancong. Umpamanya bagi negeri Sabah, antara ikon yang dipilih ialah Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Crocker Range, Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Tabin Wildlife Reserve, dan Maliau Basin. Pembinaan tempat-tempat pelancongan tertakluk kepada ciri-ciri kemudahsampaian yang disediakan oleh kerajaan negeri. Dalam menimbang dan melaksanakan projek-projek pembangunan di sektor pelancongan, impak terhadap ekonomi dan sosial penduduk tempatan merupakan salah satu kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

[Bangun]

Untuk makluman Yang Berhormat, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Pelancongan misalnya telah memperuntukkan sejumlah RM5.5 juta bagi projek-projek yang telah siap di kawasan Parlimen Silam seperti berikut: (i) meningkatkan kemudahan pelancongan di Resort Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu sebanyak RM3 juta dan peningkatan kemudahan pelancongan di Lahad Datu, Sabah, Gua Madai sebanyak RM2.5 juta...

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Tenom bangun.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Tadi menteri ada menyatakan sepuluh ikon yang akan dibangunkan oleh pihak kerajaan terutama di Sabah. Saya ingin mendapat penjelasan, bagaimana pula dengan taman-taman di Sabah seperti Taman Pertanian di Tenom dan juga taman- taman negara yang ada di Sabah. Saya minta penjelasan daripada Menteri.

Terima kasih. Sepuluh buah ikon ini bukan untuk kita bangunkan tetapi untuk kita promosikan dan juga bukan sahaja kita promosikan sepuluh buah ikon, tetapi kita akan fokus dengan selebihnya. Mana-mana yang ada potensi untuk menggalakkan pelancongan, kita akan promosikan seperti yang apa telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Katil mencadangkan peruntukan tambahan diberikan kepada Kerajaan Negeri Melaka yang memerlukan bantuan bagi menaik taraf kemudahan infrastruktur pelancongan bertujuan memperkenalkan produk- produk pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat, negeri Melaka telah lama dikenali sebagai destinasi pelancongan yang utama di negara ini. Berteraskan kepada kesan sejarah, warisan dan kepelbagaian budaya, negeri ini telah dapat menarik minat ramai pelancong asing dan domestik. Apabila Melaka telah disenaraikan sebagai warisan dunia UNESCO atau World Heritage Site, berdasarkan kajian hotel yang dibuat oleh Tourism Malaysia, kedatangan pelancong asing dan tempatan ke Malaysia pada tahun 2008 adalah seramai 4.3 juta kepada Melaka. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, bagi menaikkan taraf tarikan pelancongan yang sedia ada di World Heritage site ini, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Pelancongan telah memperuntukkan sebanyak RM95.8 juga bagi 98 projek pembangunan pelancongan di negeri Melaka. Ini bermakna, peruntukan ini adalah 10 peratus daripada jumlah peruntukan keseluruhan RMK-9 projek pembangunan Kementerian Pelancongan yang sebanyak RM992 juta. Projek-projek ini di antara lain melibatkan kerja-kerja menaik taraf landskap, menyediakan lampu, menaik taraf tandas dan penyediaan tempat letak kereta. Yang Berhormat Paya Besar mencadangkan supaya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kepong bangun.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya memang mengambil perhatian mengenai peruntukan RM95.8 juta untuk memperbaiki dan menaik taraf destinasi-destinasi di Melaka. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa di banyak tempat termasuk di Taman Negara Kinabalu dan sebagainya, penyelenggaraan itu sangat kurang. Baru-baru ini saya pergi ke Seremban. Seremban ia ada air terjun dan sebagainya. Ada destinasi tetapi saya nampak penyelenggaraannya sangat teruk sekali. Promosi tidak cukup dan penyelenggaraan itu tak boleh diterima, tidak mempunyai standard yang tinggi. Itulah saya berharap semua destinasi kita mestilah jaga seperti mana yang diperuntukkan RM95.8 juta. Kita mestilah jaga semua destinasi supaya destinasi- destinasi ini adalah di dalam keadaan yang baik sekali.

Terima kasih Yang Berhormat Kepong yang membangkitkan perkara ini. Memang penyelenggaraan sesuatu produk pelancongan suatu isu yang kita sangat-sangat risau. Apa berlaku sekarang adalah masa kita sudah membangunkan sesuatu produk seperti tandas, kita serah balik kepada majlis tempatan atau negeri dan jikalau negeri-negeri tertentu dan majlis tempatan itu tidak menyelenggarakan tempat ini, susah kepada kita. Sebab itu di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita akan cadangkan masa kita hendak memberikan apa-apa peruntukan kepada sesuatu produk, kita juga hendak menentukan mana majlis tempatan dan negeri-negeri yang boleh menyelenggarakan tempat itu. Itu memang satu isu. Sekarang, chalet-chalet, tandas-tandas banyak. Yang Berhormat sendiri pun nampak, sendiri dah tengok. Tidak dijaga dengan baik-baik. Macam mana?

Jadi ini adalah satu budaya, satu sikap yang kita perlu perbaiki dan perbetulkan. Yang Berhormat Pasir Salak, have I missed Yang Berhormat Paya Besar? Yang Berhormat Paya Besar mencadangkan supaya kerajaan membaik pulih dua buah kolam air panas dan tangga ke Bukit Panorama, Air Terjun Pelangi di Sungai Lembing, Air Terjun Pandan di Pancing dan Air Terjun Bekelah di Lepar yang menjadi daya tarikan pelancong sama ada dalam dan luar negara. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM190,000 bagi menaik taraf Air Terjun Pandan, Pancing yang mana telah siap pada 28 Oktober tahun ini, baru siap. Komponen- komponen projek tersebut termasuk dewan terbuka, bilik solat, bilik mandi dan tapak perkhemahan. Sehubungan dengan ini, saya mohon kerjasama Yang Berhormat untuk menjaga dan menyelenggarakan kawasan tersebut seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong. Saya harap kawasan ini jikalau dijaga dengan sebaiknya oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat tempatan, kita boleh selesai masalah ini. Kementerian Pelancongan akan sentiasa merancang untuk meningkatkan infrastruktur pelancongan dan sedia menimbang permohonan daripada kerajaan negeri sekiranya terdapat keperluan bagi menyedia dan menaik taraf kemudahan pelancong di kawasan-kawasan berkelah. Yang Berhormat Pasir Salak mencadangkan supaya Kementerian Pelancongan membangunkan kawasan kubur JWW Birch, kubur Dato’ Maharaja Lela, kubur Dato’ Sagor, kubur Si Putung dan juga kubur-kubur Raja-Raja Melayu, pejuang- pejuang, kapitan-kapitan Cina, India dan sebagainya sebagai produk pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan kubur-kubur pejuang yang bersejarah tidak terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan.

Memandangkan ianya melibatkan kawasan warisan yang tertakluk kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005, Akta 645 dan tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Warisan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Dalam perkara ini Kementerian Pelancongan telah memperuntukkan sebanyak RM500,000 bagi projek menyelenggarakan dan naik taraf bangunan dan monumen di Kompleks Pasir Salak yang akan siap pada hujung tahun ini dalam mempromosikan Pasir Salak sebagai destinasi bersejarah. Yang Berhormat Mas Gading mencadangkan supaya Kementerian Pelancongan membantu promosikan dan memberi peruntukan kepada kawasan tarikan pelancongan di kawasan Parlimen Mas Gading seperti Gua Feri, Gua Angin, Tasik Biru dan Batman Walk kawasan wall climbing. Untuk makluman Yang Berhormat Kementerian Pelancongan melalui Agensi Tourism Malaysia telah mengenal pasti beberapa lokasi pelancongan di kawasan Parlimen Mas Gading seperti Yang Berhormat telah sebutkan. Antara aktiviti promosi yang diadakan oleh pihak Tourism Malaysia adalah promosi melalui Sales Nations ke beberapa destinasi yang pelancong memang adventures. Seperti dengan izin Australia, Hong Kong, Jepun dan juga menonjolkan misi jualan negeri dan Cuti-cuti 1Malaysia Travel Fare. Juga mempromosikan melalui penajaan media-media luar negara dan negeri Sarawak dan juga menaja Mega Fare Agency Pelancongan dan juga media luar negara anjuran Malaysia. Kita harap pada tahun hadapan kita boleh jemput beberapa mega fare yang pakar cave tourism dengan izin, untuk buat lawatan kepada kawasan Yang Berhormat. Yang Berhormat Silam dan Yang Berhormat Batu Sapi mencadangkan supaya kerajaan terus membuat satu inisiatif bagi mewujudkan satu kawasan pelancongan yang berasaskan kepada eco pelancongan terutama di kawasan negeri Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat definisi mengikut istilah United Nations World Tourism Organization atau UNWTO. Ekopelancongan bermaksud perjalanan dan lawatan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada kawasan semula jadi untuk menikmati dan menyedari akan sifat-sifat semula jadi yang menggalakkan pemuliharaan alam sekitar membawa kesan rendah serta membolehkan melibatkan masyarakat tempatan di dalam aktiviti sosial ekonomi yang positif. Oleh yang demikian, ekopelancongan merupakan satu kawasan semula jadi yang bukan dibuat atau direka oleh manusia. Dalam hal ini Sabah merupakan sebuah negeri ekopelancongan yang telah sekian lama Tourism Malaysia mempromosikan ke seluruh dunia seperti Taman Negara Kinabalu, Taman Tamarind seperti Pulau Sipadan serta Pulau Marble dan juga termasuk kawasan Parlimen Silam yang mempunyai reserved hidupan liar Tabing di Lahad Datu.

Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Mas Gading juga mencadangkan supaya Kementerian Pelancongan membangunkan kawasan Sungai Perak dan bekas-bekas lombong biji timah sebagai kawasan sport tourism serta mempromosikan sport tourism, dengan izin, memandangkan ianya semakin berkembang dengan pesat dan diminati golongan muda. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Salak dan juga Yang Berhormat Mas Gading atas keprihatinan mengenai promosi segmen pelancongan sukan. Untuk Yang Berhormat sport tourism, pelancongan sukan adalah satu segmen yang sedang digunakan oleh Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia untuk menarik pelancong asing ke Malaysia. Pembangunan pelancongan sukan atau sport tourism adalah merupakan kerjasama di antara Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelancongan. Sukan ini sendiri adalah satu industri yang boleh memberikan pulangan kepada penggiatnya. Dalam hal ini Kementerian Belia dan Sukan menerajui pembangunan sukan dan infrastruktur. Kementerian Pelancongan melalui Tourism Malaysia pula bekerjasama dengan pengusaha-pengusaha pelancongan bagi mewujudkan pakej hospitaliti dan percutian...

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

[Bangun]

Bagi saya habis para ini. Percutian bagi menarik peminat sukan seperti tenis, golf dan F1 datang ke Malaysia yang menyaksikan dan terlibat dalam acara-acara sukan antarabangsa yang diadakan. Yang Berhormat tunggu saya habis pelancongan sukan dahulu. Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia telah mempromosikan acara sukan yang bertaraf antarabangsa sejak tahun 1998. Bermulanya dengan Sukan Komanwel, perlumbaan F1, Monsoon Cup, Le Tour De Langkawi, golf and tennis. Usaha-usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan dunia dengan promosikan acara sukan tempatan dan antarabangsa dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan. Usaha-usaha telah dibuat di dalam membangunkan kawasan Sungai Perak dengan menganjurkan Pesta Sukan Air. Ia diadakan setiap tahun bagi menggalakkan atlet sukan air. Kementerian Pelancongan juga sedang merancang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk membangunkan bekas-bekas lombong bijih timah sebagai kawasan sport tourism. Walau bagaimanapun pihak kerajaan negeri dan pihak swasta harus juga berganding bahu untuk membangunkan produk pelancongan tersebut. Kementerian Penerangan sedia untuk mempromosikan sekiranya kerajaan negeri mempunyai acara-acara dan aktiviti-aktiviti bertaraf antarabangsa sesuai untuk pelancong asing kepada sesuatu produk pelancongan. Sila Yang Berhormat.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak tanya satu cadangan dalam menyentuh isu eco tourism dan sport tourism. Apakah rancangan pembangunan pelancongan di Tree-top Walk di Kampung Sungai Sedim kawasan Parlimen Kulim yang mempunyai set up natural, hutan semula jadi sedia ada dengan kemudahan water sport yang sudah sedia ada. Juga mempunyai suspended bridge, jambatan tergantung yang dikatakan yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan sejauh satu kilometer. Akan tetapi kelihatan tempat itu tidak membangun langsung. Jadi apakah cadangan kementerian untuk membangunkan kedua-dua ecotourism dan juga sport tourism di kawasan yang sama. Bagaimanakah ataupun apakah cadangan kementerian untuk melibatkan penduduk kampung sekitar supaya mereka mendapat limpahan manfaat daripada projek tersebut. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Kementerian Pelancongan sudah memberikan peruntukan sebanyak RM3.7 juta untuk membangunkan Program Ecotourism di Kedah. Jadi saya sendiri tidak tahu apa yang bangkit ada di masuk di sini atau tidak. Jadi saya akan memberikan jawapan dengan secara bertulis. Jikalau tidak ada saya memang serius, tidak kisah negeri di bawah siapa. Jikalau memang Yang Berhormat rasa ada potensi boleh bincang dengan kita. Sebab kementerian kita selalu cari produk yang bertaraf sedunia. Jikalau tree top walk itu betul terpanjang di dunia kita guna. Sebab kita selalu datang Malaysia highest, taller, shorter, fattest semua kita hendak guna. Jadi saya mengalu- alukan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu bersama kita bagilah saya maklumat mengenai perkara ini.

Kedua, macam mana kita memberikan manfaat kepada pihak penduduk kampung, Homestay. Jikalau tempat situ tidak ada hotel macam tempat itu kata Arau, Perlis tidak ada banyak hotel. Jikalau kita hendak menggalakkan orang hendak membina hotel siapa hendak sebab keuntungan itu tidak tentu. Jadi kita melalui homestay. Jadi jikalau produk pelancongan di kawasan menarik jadi kita boleh kita kaji dan kita boleh bersama dengan kampung-kampung itu membina homestay. Akan tetapi perlu ada aktiviti-aktiviti yang tertentu jika tidak pelancong pun rasa boring dengan izinnya.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Jadi Yang Berhormat Menteri, saya cuma hendak minta kalau Yang Berhormat Menteri bersedia untuk menyediakan pegawai untuk turun bersama dengan saya ke kawasan tersebut...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang itu nanti bincang Yang Berhormat. Tulis surat kepada Menteri.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya hendak bertanya kerana masalahnya Tuan Yang di-Pertua, apabila kita bercakap dengan pegawai, beliau tidak berani kerana beliau kata ini negeri pembangkang. Mereka tidak tahu bagaimana hendak buat. Jadi, kalau Menteri sudah beri komitmen seperti itu, kalau boleh dapat beri komitmen terbuka kepada pegawai-pegawai yang mendengar ini, apabila kita berhubung jadi mereka sedia datang. Saya sudah berhubung dengan mereka tetapi, mereka tidak pasti sama ada boleh atau tidak boleh, bagaimana dengan keadaan yang kita sudah sedia ada kemudahan seperti itu, why not we use it?

Terima kasih. Saya di sini, saya yakin pegawai- pegawai kita tidak pilih kasih. Jadi, di bawah perkara ini kerana sesuatu peruntukan sudah ditetapkan, mana pegawai saya berani kerana semua peruntukan sudah ditetapkan dengan projek-projek yang tertentu. Oleh kerana itu Menteri perlu beri sesuatu arahan. Jadi tidak mengapa, kerana itu kita tidak tahu duit itu ada atau tiada. Kerana kita sudah pada akhir tahun ini dan kita akan mula RMK-10. Jadi kalau tidak boleh jalankan pada RMK-9, kita boleh masukkan ke RMK-10. Walau bagaimanapun, saya akan mengarahkan pegawai saya bersama Yang Berhormat dalam satu bulan ini bersama-sama pergi melawat dan mengkaji. Tidak kisah negeri siapa. Jika, Kementerian Pelancongan sahaja hendak membangunkan Malaysia sebagai satu destinasi pelancongan terunggul, tidak kisah negeri mana-mana, okey? Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Simpang Renggam ingin mengetahui adakah angka kedatangan pelancong yang telah diberikan oleh Kementerian Pelancongan mengambil kira kedatangan pekerja asing ke negara ini? Adakah mereka juga dianggap pelancong? Yang Berhormat juga ingin mengetahui angka kedatangan pelancong asing mengikut negara. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan mengguna pakai takrifan pelancong asing mengikut United Nations World Tourism Organization atau UNWTO dengan izin, iaitu pelawat sementara yang menetap sekurang-kurang satu malam dan tidak melebihi satu tahun di mana tujuan lawatan adalah untuk bercuti, untuk melawat rakan-rakan dan saudara, menghadiri seminar, mesyuarat dan aktiviti selain dari yang menjana pendapatan atau mengambil upah dari sebuah negara yang dilawati. Sehubungan itu, pekerja asing tidak diklasifikasikan sebagai pelancong asing dan oleh itu tidak diambil kira dalam angka kedatangan pelancong asing negara. Kemasukan bilangan pelancong asing bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini adalah 17.4 juta iaitu peningkatan sebanyak 6.4 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2008. Sepuluh buah negara kemasukan pelancongan yang tertinggi adalah seperti Singapura – 9.3 juta orang; Indonesia – 1.7 juta orang; Thailand – 1 juta orang; Brunei – 772,000 orang dan China – 735,000 orang. Yang Berhormat Batu Sapi menyarankan supaya kerajaan membantu dalam mempromosikan negeri Sabah kepada dunia luar untuk menarik lebih ramai pelancong. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan melalui agensi Tourism Malaysia telah mempromosikan negeri Sabah kepada pelancong di dalam dan luar negara.

Antara aktiviti promosi yang diadakan oleh pihak Tourism Malaysia adalah menyertai ekspo dan pameran antarabangsa seperti International Tourism Bourse atau ITB di Berlin, Moscow International Travel & Tourism, IMEX dan World Travel Market di London bagi memberi platform kepada pihak kerajaan negeri dan swasta negeri Sabah untuk mempromosikan produk pelancongan di Sabah. Kita tidak mempromosikan sesuatu negeri tetapi, kita menyediakan sesuatu platform, kita guna kementerian untuk mengadakan sesuatu pavilion yang tertentu. Membuat sales mission ke luar negara seperti Australia, China dan Hong Kong, Scandinavia dan lain-lain di mana keutamaan diberikan kepada negara-negara yang mempunyai penerbangan terus seperti Sabah. Sabah dipromosikan kuat kepada negara Scandinavia dan juga Eropah. Mereka sangat berminat dengan negeri Sabah sebagai sebuah negeri ecotourism, juga melalui kempen Malaysia Truly Asia imej produk pelancongan. Jikalau Yang Berhormat boleh lihat di CNN dan di CNBC. Semasa Malaysia Truly Asia dipertontonkan, imej Sabah terus boleh nampak dan juga lawatan program Mega dianjurkan untuk pihak agensi pelancongan dan juga media luar negara dari Amerika Syarikat; Itali; India dan banyak lagi negara kepada destinasi pelancongan Sabah dan juga mengedarkan risalah negeri Sabah ke luar negara. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Mas Gading menyarankan supaya Kementerian Pelancongan menyasarkan kumpulan pelancongan yang berkualiti tinggi dan mempunyai wang yang banyak di mana kumpulan sasar ini mampu berbelanja besar di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, pelancong asing yang datang ke Malaysia dibahagikan kepada kategori short stay, medium stay dan long stay, dengan izin. Seramai 22 juta pelancong asing telah datang pada tahun 2008 dan menyumbang sebanyak RM50 bilion kepada pendapatan negara. Secara purata, pelancong asing yang tinggal di Malaysia pada kadar enam hari empat malam dan purata perbelanjaan per kapita adalah sebanyak RM2,247. Bagi pelancong yang berkategori long stay adalah melebihi kadar enam hari empat malam. Pelancong berkenaan adalah dari kawasan Asia Barat; Eropah, Amerika Syarikat; Australia dan juga New Zealand. Selain dari itu, pasaran seperti China dan India juga turut menyumbang kepada pelancong berkategori berkualiti tinggi. Pada tahun 2008, pelancong yang tinggal yang melebihi 7 malam adalah dari negara Eropah yang menyumbang ketibaan pelancong seramai 1 juta dengan jumlah berbelanja sebanyak RM3.3 bilion. Rantau Amerika menyumbang 300,000 pelancong asing dengan berbelanja sebanyak RM1 bilion dan rantau Oceana seramai 500,000 dengan jumlah pelancong seramai RM2 bilion dan pasaran Asia Barat iaitu Arab Saudi; UAE dan Oman seramai 128,000 dan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1 bilion. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan mengadakan pelbagai usaha untuk menarik perhatian pelancong yang berkualiti tinggi dan mempunyai kuasa beli yang besar melancong ke negara ini. Tourism Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan menyasarkan kepada tiga segmen pelancongan yang berkualiti dan mampu untuk berbelanja iaitu golden third age, dengan izin, sophisticated office ladies, sophisticated office men. Mereka pembelanja yang tinggi. Kumpulan ini telah dikenal pasti sebagai kumpulan dan segmen yang mempunyai daya berbelanja besar dan mampu untuk melancong. Kementerian Pelancongan bekerjasama dengan agensi pelancongan tempatan untuk menggalak pakej-pakej pelancongan khas untuk kumpulan ini. Kumpulan G3A iaitu golden third age, SOL atau sophisticated office lady dan SOM iaitu sophisticated office men, mampu untuk melancong dan menggalakkan mereka menjalani aktiviti seperti membeli-belah, spa, sukan golf dan sebagainya. Di samping itu, Kementerian Pelancongan akan terus bekerjasama dengan para agensi dan berusaha kerajaan tempatan untuk menggalakkan pakej-pakej pelancongan yang lebih eksklusif dan merangkumi produk yang bersesuaian untuk kumpulan segmen ini.

Yang Berhormat Bukit Bintang mencadangkan supaya Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia memainkan peranan yang lebih berkesan, amanah dan bersungguh-sungguh dalam memastikan kedatangan pelancong asing terus meningkat.

Untuk makluman Yang Berhormat, peranan LPPM adalah untuk menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran bertujuan untuk menjadikan destinasi Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang terunggul di dunia. Bagi tempoh tahun 1999 hingga tahun 2008, bilangan pelancong asing ke Malaysia sudah melebihi dengan angka seperti berikut: |Tahun|Bilangan Pelancong (juta/orang)| |----:|-------------------------------| | 1999|7.9 juta | | 2000|10.2 juta | | 2001|12.7 juta | | 2002|13.7 juta | | 2003|10.5 juta |<END_TABLE_MARKER> Disebabkan wabak SARS terdapat penurunan iaitu: |Tahun|Bilangan Pelancong (ribu/orang)| |----:|------------------------------:| | 2004| 15000| | 2005| 16000| | 2006| 17000| | 2007| 21000| | 2008| 22000|<END_TABLE_MARKER> Walaupun negara menghadapi wabak SARS, JE, dan krisis ekonomi global serta wabak H1N1, Malaysia mampu menunjukkan pertumbuhan dua angka atau pada tahun ini diharap satu angka dari segi ketibaan pelancong asing. Semasa saya membentangkan data-data ketibaan pelancong asing ke Malaysia di Persidangan UNWTO di Astana Kazakhstan pada bulan 10 yang lalu, para delegasi yang hadir berasa kagum terhadap prestasi yang positif industri pelancongan di Malaysia sungguhpun menghadapi cabaran-cabaran yang saya sebutkan tadi. Semua data ketibaan pelancong ke Malaysia adalah data-data yang disahkan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan tiada sebarang perubahan dibuat. LPPM sentiasa amanah dalam mengeluarkan data-data pelancongan ini untuk rujukan semua pihak yang berkaitan, sama ada di dalam mahupun di luar industri pelancongan negara. Sebuah majalah pelancongan asing terkemuka iaitu Lonely Planet 2009 telah meletakkan Malaysia di antara 10 buah negara teratas sebagai destinasi pilihan pelancong yang menawarkan produk pelancongan bermutu tinggi dan value for money. Ini menunjukkan pengiktirafan dunia terhadap Malaysia sebagai destinasi pelancongan terpilih dan seterusnya membuahkan hasil usaha LPPM dan Kementerian Pelancongan melalui aktiviti-aktiviti pemasaran dan promosi yang telah dilaksanakan setakat ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jempol mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula. Silakan.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Dalam ucapan saya ada meminta supaya Kementerian Pelancongan mempertimbangkan semula tentang aktiviti untuk mempromosikan Malaysia dengan semua bahasa khasnya Tamil dikecualikan. Adakah kementerian bersedia untuk menggunakan semula bahasa Tamil dalam aktiviti mempromosikan Malaysia Tourism Malaysia? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih. Semasa kita menyediakan CD Malaysia Truly Asia sebagai satu bahan untuk kita mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa. For international marketing, dengan izin bukan untuk domestic marketing. Untuk pasaran domestik, kita menggunakan ‘Cuti-cuti 1Malaysia’. Malaysia Truly Asia adalah untuk pasaran antarabangsa. Sebab itu, kita mengikut kajian dan nasihat dari agensi di bawah pejabat Tourism Malaysia untuk kita menggunakan bahasa yang akan berkesan. Untuk India, siapa yang datang melancong ke Malaysia? Kita perlu kaji target kita. Semua ini adalah ada pendapat tertentu dan mereka semua fasih dalam bahasa Inggeris. Jikalau kita hendak menggunakan satu bahasa yang sesuai untuk negara India, kita perlu mengkaji bahasa Hindi. Kerana di India, bahasa rasminya adalah apa?

Termasuk English juga. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita tidak akan politicize perkara ini walaupun apa Yang Berhormat harap untuk saya buat sesuatu jawapan yang boleh jadi tidak dapat memuaskan.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

[Bangun]

Akan tetapi, saya mesti memainkan peranan saya untuk menentukan promosi yang kita lakukan cukup berkesan. Cukuplah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak beri jalan?

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Minta penjelasan.

Yang Berhormat Jempol...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak beri jalan Yang Berhormat Bukit Bintang.

Cukuplah satu soalan tambahan Yang Berhormat.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Ini soalan mustahak. Adakah pasaran Southern India iaitu masyarakat Tamil tidak mustahak? Oleh sebab ramai pelancong pun datang dari Southern India. Adakah pasaran ini tidak mustahak sehingga Kementerian Pelancongan tidak memandang berat terhadap pelancong-pelancong dari Southern India? Saya minta satu jawapan yang tepat.

Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Bintang begitu prihatin terhadap pasaran India. Terima kasih. Suatu hari saya jemput Yang Berhormat mengikut saya pergi ke India... [Ketawa] Kerana di India kita mempunyai target yang tertentu. India mempunyai penduduk seramai 1.2 bilion orang.

Bilion...

Bilion. Tidak mengapalah saya ‘kewek’ sedikit. Mek Kelate... [Ketawa] Jadi, sekarang pendatang tidak sampai 1 bilion, 1 juta. Sampai masa kita tahu hendak buat apalah. Akan tetapi, kita akan simpan cadangan Yang Berhormat Bukit Bintang. Yang Berhormat Jempol mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula masalah penstrukturan pegawai Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) agar mereka yang telah berjasa kepada negara dapat dipertimbangkan sewajarnya. Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) telah ditubuhkan pada tahun 2002 selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 9 Januari 2002. Objektif penubuhan MTPN adalah bertujuan untuk merancang, membangun, dan memperkukuhkan aktiviti pelancongan bagi menerokai peluang-peluang ekonomi yang wujud dan yang akan wujud. Juga, menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan industri pelancongan secara bersepadu dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan-badan bukan kerajaan dan juga meneruskan pembangunan produk-produk yang berkaitan dengan pelancongan. Menggiatkan pembangunan kemudahan dan perkhidmatan sokongan seperti perancangan, pelaksanaan dan persembahan acara-acara bertaraf antarabangsa dan merancang serta menyediakan program galakan insentif bagi meningkatkan kemajuan dan pembangunan industri pelancongan. Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun sejak MTPN ditubuhkan ia menghadapi berbagai-bagai masalah terutamanya daripada aspek pentadbiran sumber manusia. Semua pegawai dan kakitangan MTPN adalah dilantik lantikan secara kontrak untuk perkhidmatan contract for service, dengan izin. Di mana mereka dianggap sebagai bukan penjawat awam dan tidak dibayar imbuhan seperti KWSP, tiada kenaikan gaji tahunan, bonus, tiada kemudahan cuti bersalin, tiada cuti haji dan sebagainya. Disebabkan perkara tersebut, kementerian telah menerima rayuan dan memorandum daripada pegawai-pegawai dan kakitangan MTPN untuk diteliti dan menyelesaikan masalah ini. Sehubungan dengan ini, bagi menyelesaikan masalah tersebut Kementerian Pelancongan telah mengesyorkan supaya MTPN distrukturkan semula dengan menggaji pegawai tetap supaya pegawai dan kakitangan layak memperoleh imbuhan- imbuhan tetap kerajaan serta menjadi satu organisasi yang kukuh dan lebih berkesan.

Oleh kerana MTPN akan tamat pada 30 September 2009 dan digantikan dengan pejabat Kementerian Pelancongan Negeri mulai 1 Oktober kementerian telah mengambil langkah-langkah awal seperti berikut: (i) saya sendiri selaku Menteri Pelancongan, seawal bulan April 2009 tahun ini telah menasihatkan pegawai dan kakitangan supaya memohon jawatan lain sama ada dengan kerajaan atau swasta menyediakan mereka; (ii) memberi penjelasan awal kepada pegawai dan kakitangan MTPN dalam beberapa siri mesyuarat di Kementerian Pelancongan dan di peringkat negeri supaya bersedia dengan penutupan MTPN. MTPN patut ditutup pada bulan enam tahun ini tetapi kita memanjangkan masa itu sampai akhir tahun ini; (iii) mengadakan inisiatif awal dengan mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan meminta SPA memberikan pertimbangan khas kepada permohonan pekerjaan kakitangan MTPN yang ingin memohon jawatan di dalam sektor awam bersesuaian dengan kelayakan, kemahiran dan pengalaman mereka; dan (iv) mengatur dengan bahagian pengambilan khas SPA untuk menganjurkan sesi khidmat nasihat permohonan jawatan di bawah SPA untuk semua pegawai-pegawai dan kakitangan MTPN yang berminat untuk menyertai perkhidmatan kerajaan dan juga memohon kepada pihak Perbendaharaan supaya menimbang untuk melantik pegawai dan kakitangan MTPN yang layak secara contract for service, dengan izin, bagi ditempatkan di Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri selama satu tahun mula 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2010. Dalam tempoh ini diharapkan pegawai dan kakitangan MTPN akan mendapatkan pekerjaan yang lebih bersesuaian dengan kelulusan dan kemahiran mereka. Tuan Yang di-Pertua, dalam langkah dan inisiatif yang dinyatakan tadi pihak Kementerian Pelancongan percaya ia akan dapat membantu dan memberi peluang kepada pegawai, kakitangan MTPN untuk terus berkhidmat dengan kerajaan sama ada dengan Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri atau lain-lain agensi. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan motivasi serta jaminan dan peningkatan kerja mereka. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lenggong mencadangkan supaya Majlis Pelancongan Komuniti (MPK) diteruskan dan ditingkatkan peranannya. Untuk makluman Yang Berhormat sebagai percubaan Kementerian Pelancongan telah mengenal pasti sebanyak 90 kawasan untuk melaksanakan jawatankuasa percubaan atau pilot committee, dengan izin, Majlis Pelancongan Komuniti di seluruh Malaysia. Seramai 51 orang calon telah dikenal pasti dan diserahkan surat tawaran melantik sebagai pengerusi MPK. Walau bagaimanapun, sampai sekarang hanya 14 orang pengerusi yang bersetuju terima dan seorang sahaja pengerusi menolak tawaran pelantikan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, bagi calon yang ditawarkan dan tidak memberi maklum balas mereka dianggap menolak tawaran pelantikan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kewangan telah menetapkan peruntukan kewangan sebanyak RM5,800 bagi setiap MPK sahaja. peruntukan ini adalah untuk pembayaran elaun kehadiran mesyuarat. Elaun pengerusi MPK telah ditetapkan sebanyak RM300 bagi setiap mesyuarat dan manakala bagi Ahli Jawatankuasa bukan kerajaan pula adalah sebanyak RM150 bagi setiap mesyuarat dan mengikut syarat- syarat penubuhan MPK ini setiap MPK harus mengadakan mesyuarat sebanyak empat kali setahun sahaja bagi membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan dan pemuliharaan produk-produk pelancongan setempat. Minit Mesyuarat tersebut perlu dikemukakan kepada Kementerian Pelancongan untuk diteliti dan untuk tujuan membayar elaun kepada pengerusi dan Ahli Jawatankuasa MPK.

Untuk makluman Yang Berhormat, mengikut rekod kementerian ini sehingga 5 November tahun ini hanya satu MPK sahaja yang telah mengadakan mesyuarat iaitu pada 21 Ogos di mana Minit Mesyuarat tersebut telah dipanjangkan ke kementerian ini untuk kelulusan pembayaran elaun sebanyak RM1,950. Tiada Minit Mesyuarat diterima oleh kementerian daripada MPK lain. Jadi Yang Berhormat, program MPK ini adalah sebuah projek perintis sahaja untuk menguji keberkesanan penglibatan masyarakat di dalam industri pelancongan. Sehubungan dengan ini berdasarkan kepada kurangnya sambutan daripada komuniti setempat MPK didapati tidak berkesan dan ianya tidak akan diteruskan lagi. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Panjang lagikah Yang Berhormat?

Tak, satu muka lagi. Habis sudah. Okey, Tuan Yang di-Pertua saya ini memang ikut arahan Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya akan akhirkan ucapan saya sebab sudah habis pun semua. Tuan Yang di-Pertua, di sini Kementerian Pelancongan memainkan peranan untuk menentukan para pelancong yang datang ke Malaysia membawa hasil kepada negara kita. Jadi kita telah memainkan peranan yang penting dalam peningkatan wang asing, peningkatan guna tenaga dalam industri pelancongan, memupuk kerjasama dan meningkatkan pembangunan wilayah, mempelbagaikan asas ekonomi negara, menggalakkan pemahaman pelbagai budaya dan gaya hidup penduduk berbilang bangsa dan meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, peranan yang telah dimainkan oleh Kementerian Pelancongan telah memberi hasil sebanyak Rm50 bilion pada tahun 2008. Ini merupakan penyumbang kedua terbesar pendapatan asing kepada ekonomi negara kita. Justeru, untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pelancong yang berkualiti kita hendaklah bersama-sama menjaga kebersihan, meningkatkan perkhidmatan pelancongan sedia ada, memupuk sifat kemesraan pelancong. Ini merupakan sikap yang diperlukan dalam membentuk satu minda think tourism dan act tourism, dengan izin. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, pemain- pemain industri pelancongan dan juga semua Ahli Yang Berhormat kerana menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang unggul. Kementerian Pelancongan juga akan sentiasa menyokong Gagasan 1Malaysia; “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dalam pelaksanaan tugas. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Kementerian Kewangan.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Alor Star

Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Bajet 2010 khususnya yang membabitkan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Banyak perkara yang telah pun ditimbulkan semasa perbahasan tersebut dan Kementerian Kewangan akan memberi perhatian sepenuhnya terhadap semua pandangan dan berusaha melaksanakan saranan dan juga cadangan yang telah pun dikemukakan. Kementerian Kewangan juga akan memastikan bahawa pelaksanaan Bajet 2010 dapat mencapai matlamat yang disasarkan dan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi negara agar kemakmuran dapat dinikmati oleh rakyat keseluruhannya. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat penggubalan Bajet 2010 amatlah mencabar berikutan persekitaran ekonomi global yang tidak menentu. Kerajaan perlu melaksanakan pengurusan kewangan dengan penuh teliti bagi mengimbangi keperluan perbelanjaan yang telah meningkat dan pengurangan kutipan hasil di samping mencergaskan lagi semula pertumbuhan ekonomi negara serta menjamin kesejahteraan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh dan juga Yang Berhormat Lembah Pantai meminta penjelasan mengenai defisit kewangan Kerajaan Persekutuan yang berterusan meningkat serta pelaksanaan pembaharuan langkah fiskal yang meyakinkan.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Alor Star

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya terus komited kepada usaha melaksanakan langkah-langkah konsolidasi fiskal secara berperingkat bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara. Ini jelas ditunjukkan dengan pengurangan kadar defisit fiskal sebagai peratusan KDNK daripada 7.4 peratus pada tahun 2009 kepada 5.6 peratus pada tahun 2010. Bagi mencapai sasaran konsolidasi fiskal, perbelanjaan kerajaan akan dilakukan dengan lebih efektif, efisien dan secara berhemat serta menitikberatkan value for money, dengan izin.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Alor Star

Perbelanjaan bagi lebih mementingkan impak dan outcome bagi setiap program dan projek yang dilaksanakan. Manakala usaha sedang dilaksanakan untuk meningkatkan dan meluaskan lagi asas kutipan hasil kerajaan. Yang Berhormat Marang mengesyorkan supaya sumber hasil perlu dipelbagaikan...

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih mengenai defisit ya. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Saya hendak bertanya adakah kerajaan bercadang dalam jangka masa berapa tahun untuk mencapai semula yang boleh dikatakan balance bajet dan apakah pada masa itu, kalau dikatakan defisit bagi tiga tahun yang akan datang. Apakah jumlah hutang yang akan ditanggung oleh kerajaan pada masa tersebut. Adakah ini akan menjejaskan kedudukan kewangan di Malaysia di mana rating kita goyang sedikit. Dari A plus sudah turun ke A dan boleh jadi akan turun lagi, terima kasih.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya bagi setiap negara pun, bagi menguruskan negara dari segi perbelanjaan dan juga kutipan hasil menjadi satu masalah yang besar. Setakat ini saya berasa amat bangga memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa walaupun perbelanjaan kita, maksudnya bajet ini tidak dapat diimbangi or its a balance budget. Walau bagaimanapun, kita dapat memastikan bahawa defisit bajet kita ini tidak melebihi 5 peratus hingga 6 peratus dan setakat ini saya rasa kita dapat menentukan bahawa negara kita dapat berbuat demikian. Misalnya, adalah pada tahun 2000. Tahun 2000 adalah defisit 5 peratus. Ini amat tinggi dan sejak tahun 2000 itu kita melalui perbelanjaan yang cukup berhemat dan juga melalui strategik-strategik yang lain, kita dapat turunkan hingga ke 3.2 peratus dan pada tahun 2008 tidak sangkalah ada krisis ekonomi, maka defisit kita terus melonjak sedikit. Pada tahun ini kita rasa defisit kita akan sampai tahap 7.4 peratus dan dalam bajet yang akan datang ini tahun hadapan, kita akan melalui pelbagai langkah dan strategi supaya kita turunkan defisit ini hingga 5.6 peratus. Dari segi rizab antarabangsa kita pun cukup kukuh dan kita dapat bertahan supaya jika negara kita dilanda oleh krisis ekonomi yang lebih teruk lagi pun. Kalau katalah kita tidak dapat kutip apa jua kutipan hasil pun, kita masih boleh tahan 9 bulan melalui net import dari dalam unjuran Bank Negara .

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada dua orang bangun Yang Berhormat. Mana satu Yang Berhormat?

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Yang Berhormat Gopeng.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Boleh saya tambah sedikit? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menyambung sedikit daripada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tentunya setelah keputusan untuk meneruskan defisit bajet ini, maka to fund the defisit bajet itu adalah antara lainnya Timbalan Menteri juga tahu, adalah melalui borrowing.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Persoalan yang saya ingin tanya kepada Yang Berhormat timbalan menteri, kalau berlaku terus-terusan berlaku borrowing seperti ini, maka borrowing ini akan mengambil dan bersaing dengan private sector, yang kita mahukan mereka juga memacu pertumbuhan ekonomi negara. Jadi di situ satu aspek saya ingin Yang Berhormat Timbalan Menteri perjelaskan. Keduanya, itu juga akan mencetuskan apa yang dikatakan sebagai crowding out walaupun tidak ada isu interest rate lagi, kesemua perkara ini berat. Akan tetapi jika Timbalan Menteri menyebutkan tentang subsidi atau using the fiscal policy, dia akan menjejaskan juga micro economic impak, essentially inflation and growth. Tolong memberi penjelasan.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat, memang benar apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yang Berhormat hendak...

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Hendak tanya sedikit. Dua perkara sahaja dan pendek Tuan Yang di-Pertua. Yang pertama, soalan saya tadi adalah adakah kerajaan mempunyai target bila hendak balance budget, kita faham kenapa tahun ini, tahun lepas akan ada defisit. Sebab memang ekonomi tidak baik dan kita akan ada defisit. Akan tetapi ada target atau tidak dalam jangka masa medium term untuk mencapai semula balance bajet. Kedua, walaupun nampaknya defisit 5 peratus tidak tinggi sangat dan macam boleh sustainable tetapi masalah kita adalah bahawa satu sumbangan hasil daripada sektor petroleum terlalu tinggi sehingga setakat 40 peratus. Sumbangan ini adalah erratic boleh naik dan boleh turun ikut harga petroleum antarabangsa dan tidak dikuasai oleh kita. So, jenis sumbangan ataupun hasil yang dikutip dari sektor petroleum boleh jadi menjunam seperti apa yang terjadi tahun 2010 dan oleh sebab itu menggunakan 5 peratus defisit target itu, saya rasa agak tidak wajar. Terima kasih.

Timbalan Menteri, Yang Berhormat Balik Pulau sedikit sahaja, boleh..., sedikit sahaja?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, kalau soal sedikit minta ringkaskan sahaja.

Ya, ringkas sahaja, amat ringkas. Pertama sekali saya bukan orang ekonomi, cuma hendak tanya soalan Perlembagaan. Saya tengok dalam Perlembagaan ini fasal 97 adalah dikatakan Kumpulan Wang Disatukan. Antara lain dikatakan segala hasil dan wang bagaimanapun didapatkan atau diterima Persekutuan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini. Ringkasnya mereka kata hendak bagi duit yang disatukan ini mengikut Perlembagaan. Saya hendak tanya Timbalan Menteri, kalau boleh dijelaskan, setakat hari ini berapakah jumlah wang dalam Kumpulan Wang Persekutuan yang disatukan, sebelum kita bincang hendak dibagi-bagikan kepada negeri-negeri seperti yang diputuskan dalam Perlembagaan. Terima kasih.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Gopeng bangun Yang Berhormat. Bagi sekalilah.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Boleh? Terima kasih Timbalan Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tanya dua-tiga kali.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

...Lagi soal bajet defisit ini sebab apabila saya kaji Laporan Ekonomi 2009/2010 memang di bawah jadual 4.4 antara cara untuk mengurangkan bajet defisit adalah mengurangkan perbelanjaan pengurusan sebanyak RM22 bilion. Antara butirannya adalah perbekalan dan perkhidmatan subsidi dan sebagainya. Akan tetapi di bawah satu item, perbelanjaan lain dalam jadual tersebut kekurangannya adalah sebanyak RM18.2 bilion dalam satu item.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Boleh atau tidak Timbalan Menteri menjelaskan apakah yang dimaksudkan dalam perbelanjaan lain dalam item tersebut? Sebab kalau tahun 2009 perbelanjaan adalah RM28.68 bilion dan tahun 2010 kurang kepada RM10.41 bilion. Ini satu penjimatan yang begitu besar dalam item perbelanjaan lain. Terima kasih.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun bertanyakan soalan tambahan ini. Seperti yang saya katakan tadi memang kerajaan telah pun mengambil masa yang panjang, khususnya Kementerian Kewangan supaya kita dapat merangka satu mekanisme dalam bajet supaya defisit kita tidak terus akan meningkat. Yang Berhormat tadi ada bertanyakan... Iaitu Yang Berhormat Petaling Jaya Utara bertanya bilakah kita akan mengurangkan defisit ini? Kerajaan akan cuba sedaya upaya pada setiap tahun sebelum kita bentangkan bajet hadapan yang akan datang, kita perlu ambil segala langkah. Macam mana hendak kita boleh menurunkan defisit itu. Salah satu masalah supaya mengadakan satu defisit dan satu bajet untuk menyediakan fund bajet untuk tahun hadapan adalah untuk meminjamkan wang seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Memang kita tidak akan menggunakannya semata-mata. Pada keseluruhannya kita masih boleh, dalam negara kita menjana kutipan yang mencukupi. Oleh sebab itulah kita telah pun mengurangkan dalam bajet yang akan datang untuk tahun hadapan, mengurangkan segala perbelanjaan oleh kementerian-kementerian dalam lingkungan 15 peratus hingga 20 peratus.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Selain daripada itu juga, kita pula cari pula tempat mana kita boleh menaikkan lagi kutipan. Mungkin pada tahun ini kita pun pada kali pertama kita mempunyai charge perkhidmatan untuk kredit kad dan selain daripada itu kita tengok mungkin wajar dan munasabah supaya dapat mengekalkan balik RGPT dan ini akan dengan sedikit sebanyak akan bantu untuk mengimbangi bajet bagi negara kita ini. Selain daripada itu, consolidated account itu adalah satu akaun. Semua disatukan. Setakat ini saya tidak dapat beritahu hasil..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya ingat dari semua kumpulan yang terkumpul tahun inilah Yang Berhormat.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Hasil consolidated acount dalam buku itu saya tidak dapat beritahu sebab terlalu banyak butir-butir, bukan? Namun begitu ini adalah consolidated account...

Boleh bagi secara bertulis kalau...

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Boleh jugalah. Kita beritahulah. Consolidated account. Jumlah dia, bukan? Setakat hari ini, bukan? Dari consolidated account ini kita boleh keluarkan kepada semua perbelanjaan kepada kementerian-kementerian, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Tadi saya memang mengikuti apa yang disebutkan usaha-usaha untuk mengurangkan defisit. Memang ada usaha untuk mengurangkan. Namun begitu, dua perkara di sini. Yang pertamanya, perbelanjaan yang kurang produktif. Misalnya, dua pakej rangsangan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri terangkan. Jelaskan kepada Dewan yang mulia ini bagaimana sekarang dengan RM67 bilion pakej-pakej itu dan itulah yang salah satu faktor yang menyebabkan defisit yang begitu tinggi. Dengan demikian, bagaimana projek-projek rangsangan dapat dilaksanakan secara produktif. Yang pertama. Yang kedua, daripada hasil itu. Yang disebutkan tadi cair sini, itu credit card dan guna capital gains taxes yang bagi sayalah tidak begitu munasabah kerana tidak ada siling. Tidak ada siling. Saya akan bincang dengan Yang Berhormat apabila masalah capital gains taxes dijawab kelak.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat bertanya mengenai pakej rangsangan ekonomi. Itulah tadi I kata. Sebenarnya Kerajaan Pusat telah pun pada setiap tahun cuba dengan sedaya upaya mengurangkan defisit bagi negara kita, peratusan terhadap KDNK atau pun GDP tetapi kita tidak sangka pada tahun 2008, kita pula dilanda oleh krisis ekonomi. Maka, tiba-tiba defisit kita telah pun melambung.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Dari segi rancangan ekonomi pertama yang berjumlah RM7 bilion ini, setakat ini kita telah pun mengenai kerja-kerja dilancarkan di bawah Rangsangan Ekonomi Pertama, RM7 bilion kita sudah mencapai matlamatnya iaitu 95 peratus dengan bilangan projek sebanyak 61,374 dan setakat ini sebanyak RM6.4 bilion telah pun dikeluarkan kepada kontraktor. Bilangan projek yang siap adalah berjumlah 45,354. Belanja sebenarnya ialah setakat hari ini adalah 69 peratus. Bagi juga Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua ini, jumlah peruntukan yang telah pun dikeluarkan, dilancarkan, ialah RM8,605 ribu juta yang melibatkan 34,784 jenis projek dan setakat ini hanya 59 peratus dikeluarkan dan projek yang telah siap hanya 15,976. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, setakat ini kita belanja dari Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua, 31 peratus dan ia akan diambil sampai tahun depan supaya semua di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua ini akan di carry forward sampai ke tahun depan dan akan habis pada tahun depan. Balik kepada Yang Berhormat tadi, mengenai Yang Berhormat Gopeng. Mengenai perbelanjaan lain-lain itu, saya akan beri secara bertulis dia punya butir-butirlah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Marang mengesyorkan...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkenaan dengan pakej rangsangan tadi, saya hendak tanya adakah Kementerian Kewangan akan membuat satu laporan kepada Parlimen kerana kedua-dua pakej rangsangan ekonomi telah diluluskan oleh Parlimen. Sama ada ia akan dilaporkan balik kepada Parlimen. Sejauh mana keberkesanan dan projek-projek yang telah dilaksanakan. Terima kasih.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Sebenarnya Yang Berhormat, kita lebih telus kepada itu. Tidak payah tunggu sampai kita buat satu laporan kepada Parlimen. Bila- bila kita masuk dekat internet, kita dapat melihat. Kalau Yang Berhormat berminat, I boleh dia punya website dan kita boleh track dia punya projek di atas komputer itu. Yang Berhormat Marang mengesyorkan supaya sumber hasil perlu dipelbagaikan bagi memastikan kewangan negara yang mapan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan untuk mempelbagaikan sumber hasil kerajaan adalah selari dengan usaha yang sedang dilaksanakan. Ini termasuk pengenaan cukai perkhidmatan ke atas kad kredit dan cukai ke atas pelupusan hartanah, meningkatkan nilai dan membangunkan aset kerajaan, memaksimumkan penggunaan kemudahan ruang dan peralatan kerajaan untuk disewa, mengkaji pelaksanaan cukai perkhidmatan dan cukai jualan sedia ada dan juga menstrukturkan semula skim subsidi bagi mengurangkan lagi tanggungan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, ramai Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Permatang Pauh, Bagan, Jasin, Selayang, Kapit dan Rasah meminta penjelasan mengenai pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 dan RM25 setahun yang dikenakan ke atas pemegang kad kredit yang membebankan rakyat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan mengambil maklum terhadap cadangan Yang Berhormat iaitu tujuan pengenaan cukai perkhidmatan ke atas kad kredit adalah untuk memupuk tabiat berbelanja secara berhemat dan membendung berbelanja melebihi kemampuan khususnya di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Kerajaan tidak boleh memaksa institusi perbankan untuk menyerap kos cukai perkhidmatan berkenaan bagi pihak golongan tersebut. Walau bagaimanapun, cukai perkhidmatan ini tidak terlalu membebankan memandangkan kerajaan juga ada memberi insentif cukai lain seperti peningkatan pelepasan diri sebanyak RM1,000 dan pengurangan cukai pendapatan individu maksimum sebanyak 1 peratus daripada 27 peratus kepada 26 peratus. Berhubung dengan cadangan untuk membatalkan cukai perkhidmatan, cadangan ini tidak dapat dipersetujui buat masa ini kerana kerajaan masih yakin langkah ini akan mencapai objektif untuk memupuk tabiat berbelanja secara berhemat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

[Bangun]

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, hutang tidak berbayar (NPL) kad kredit pada September 2008 adalah berjumlah RM515 juta dan pada September 2009 pula telah meningkat sebanyak 22 peratus kepada RM628 juta. Yang Berhormat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak tanya. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa kerajaan tidak boleh memaksa syarikat-syarikat kad kredit untuk menyerapkan cukai perkhidmatan itu. Saya rasa saya perlukan penjelasan. Mengapa tidak boleh? Kalau kerajaan boleh mengenakan cukai itu kepada pengguna kad kredit, mengapa tidak boleh kenakan kepada syarikat tersebut? Kerana saya rasa itu logik untuk mengenakan RM50 ini supaya rakyat tidak menggunakan banyak perbelanjaan. Saya rasa itu tidak akan membantu kerana RM50, kalau seseorang itu hendak berbelanja lebih, tanpa berhemah, RM50 itu tidak akan membantu apa-apa. Namun begitu ini saya rasa akan meningkatkan beban kepada pengguna-pengguna kad kredit. Jadi saya rasa ramai Ahli-ahli Yang Berhormat telah mencadangkan supaya cukai ini kita tidak kata dia terus batalkan tetapi diserapkan ke syarikat kad kredit. Mengapa cadangan ini tidak boleh dikaji oleh pihak kerajaan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Labis bangun lagi Yang Berhormat.

Tuan Chua Tee YongMCA · BNLabis

Boleh tambah sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengenai caj kad kredit yang tidak boleh diserap oleh syarikat-syarikat. Baru-baru ini kita lihat CIMB dan Hong Leong Bank dan bank-bank kebanyakan mempunyai atau mengaut keuntungan amat besar. Saya juga berharap kerajaan dapat menimbangkan jika kad kredit syarikat ingin membayar RM50 ini, kerajaan tidak patut mengatakan siapa yang patut bayar wang ini, sekian terima kasih.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tambah sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Batu Gajah.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Saya kata cukuplah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya, saya. Beri wanita. Seorang wanita.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

[Ketawa] Seorang wanita.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Yang Berhormat tolonglah. Saya tunggu untuk bangkit isu ini.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat berilah wanita seorang, tidak banyak wanita tunggu.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa Yang Berhormat terus mengakulah. Bahawa bukannya untuk menggalakkan orang ramai berbelanja berhemah, tetapi untuk mengutip cukai. Akan tetapi yang sebaliknya telah menghukum mereka yang menggunakan kad kredit di mana mereka menjelaskan bayarannya setiap bulan Tuan Yang di-Pertua. Saya ada ini... Kalau berbelanja berhemat Tuan Yang di-Pertua, surat khabar saya contohlah, kita ada banyak kad di mana diberi balik rebate seperti Tesco. Kalau gunakan kad kredit RHB, ada 2 peratus rebate, petrol juga ada rebate kalau guna kad kredit tertentu. Sebaliknya membantu mereka, suri-suri rumah tangga dalam pembelian harian mereka ini, kemudahan asas ini, membantu mereka berjimat. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, kerajaan bukankah menggalakkan perniagaan elektronik, telah memperuntukkan RM28 juta, tetapi apabila kita menggunakan kemudahan ini memandangkan kadar jenayah meningkatkan ini, kerajaan sepatutnya mendengar suara-suara wakil rakyat orang ramai dari kedua-dua belah ini. Jadi saya rasa kerajaan patut membatalkan ini. Perdana Menteri kata RM50 sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik. Yang Berhormat Batu Gajah cukuplah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Akan tetapi ini memang membenarkan dan akhirnya membebankan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya mempunyai sub-kad untuk ibu bapa. Ada ramai lagi untuk anak-anak mereka kemudahan asas ini. Jadi cukai ini amat membebankan mereka khasnya yang menjelaskan bayaran bulanan mereka tiap-tiap bulan. Terima kasih. Saya mohon batalkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya ingat tidak perlu bangkit lagi kad kredit. Hampir semua Yang Berhormat tidak setuju.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yang Berhormat, saya setuju. Saya setuju semua memang tidak setuju.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Timbalan Menteri setuju. Ada yang bersetuju.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Saya setuju bahawa ramai di kalangan dari Yang Berhormat tidak bersetuju.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

[Ketawa]

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Akan tetapi dalam merangka bajet untuk sebuah negara ini bukan begitu senang, kita harus mengimbangi supaya ada juga kelonggaran kita beri kepada rakyat, ada juga kita perlu kutip. Memanglah sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah situ, memang semua tidak payah kutiplah. Lagi senang. Betul tidak? Ini memang tujuan kita tetapi tidak boleh. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kita harus mengkaji secara mendalam macam mana kita hendak uruskan kewangan ini. Saya hendak menjawab soalan tambahan Yang Berhormat daripada Labis dan seorang lagi, iaitu RM50 caj untuk kredit kad ini kalau institusi perbankan hendak bayar pun kerajaan tidak boleh buat apa. Betul tidak? Tidak boleh buat apa, tetapi ini akan menewaskan tujuan kerajaan supaya kita tidak mahu menggalak supaya rakyat kita hendak pergi berbelanja menggunakan kad sahaja. Apabila kita menggunakan kad kredit, we are using money, that is load. Kita pinjam dahulu, kita sekarang belanja. Selepas itu kita tidak dapat bayaran balik, NPL naik. Tidak mungkin kita sebagai wakil rakyat suka hendak tengok NPL kita terus naik?

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Pada akhirnya peratusan besar pemegang kad kita menjadi muflis. Ini adalah satu masalah kerana untuk...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Kota Belud.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Cukup, cukup Yang Berhormat. Cukuplah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

You are not on the ground Yang Berhormat.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Saya tidak jawab lagi ini...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kota Belud.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

You are not on the ground, masalah Yang Berhormat.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Kedua ini mengikut...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Kota Belud boleh?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ketatkan syarat-syarat pembelian kad kredit, kita boleh pastikan perbelanjaan berhemah.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Timbalan Menteri sini pula, Yang Berhormat Menteri, Barisan Nasional pula.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Mereka yang tidak mampu tidak akan diluluskan kad kredit.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Biar saya beri jawab dahulu. Yang Berhormat jangan jerit-jerit macam orang di pasar malam itu, tidak betul.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Timbalan Menteri, di belakang ini Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Hendak bantah kah, apa?

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kredit kad sedikit.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Kenapa sana bagi, sini tidak boleh bagi.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua… [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua yang beri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat sudah jauh malam Yang Berhormat.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya rasakan Yang Berhormat Timbalan Menteri, sewaktu Perdana Menteri membentangkan bajet, beliau ada menggunakan perkataan, apabila mengutip RM50 untuk credit card ini, terma yang digunakan untuk expand the tax collection base. So I think kita stick kepada yang itulah. Maknanya memanglah kerajaan mahu menambah, tetapi tidak salah ditambah jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk berhemah dalam perbelanjaan itu. Akan tetapi memang betul untuk collection penambahan. Saya hendak tanya sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri itu tadi penjelasan sahaja. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak tanya pandangan kadang- kadang daripada rakan-rakan di sebelah sana, saya mendengar perbahasan mereka daripada awal sampai habis. Ada yang tidak mahu menaikkan tax, mengenakan beberapa bayaran tetapi pada masa yang sama mahukan perbelanjaan ditambah, tidak mahu insentif diberi. Jadi saya tidak tahu kadang-kadang bagaimana mereka mahu balance the budget kalau mereka memerintah ini. Minta pandangan.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Memang benar... [Disampuk]

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Soalan itu untuk pakatan ini Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Cukup, cukup, cukup.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Soalan itu untuk sebelah sini, kita sedia jawab.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Saya tidak sempat hendak jawab you sudah berdiri.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tidak, soalan itu untuk sebelah sini. Kejap lagi kita hendak sambung.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Dengar dahulu. Memang betul Yang Berhormat Kota Belud, saya pun rasa hairan macam mana pembangkang kalau katalah mereka ini berjaya membentuk kerajaan. Bagaimana mereka ini hendak merekakan satu bajet yang boleh mengimbangi, kalau mereka ini hendak minta sahaja tidak mahu kerajaan kutip, Yang Berhormat memang benar apabila mereka kata kita bayar RM50 ini, caj perkhidmatan ini salah satu tujuan ini untuk melebarkan, broad-base tax kita. Akan tetapi saya tidak mahu cakap macam itu, kalau saya cakap macam itu memang pembangkang kata kerajaan tidak ada duit, hendak cari rakyat pula. ‘pi mai, pi mai’

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Memang benar.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

[Bangun]

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Baiklah Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri bukan itu jawapannya.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, tunggu saya habis dahulu, jangan...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Apa yang kami bangkitkan…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, sudah. Baik Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kita maksudkan...

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Dalam kita...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Rasah duduklah. Kalau hendak berbelanja berhemat, dalam Dewan perlu berhemah juga Yang Berhormat. Minta izin daripada saya bercakap Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu Gajah pun minta izin Yang Berhormat. Jadi, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini di negara kita terdapat 11 juta lebih kad kredit. Kalau 11 juta kad kredit, kalau 11 juta rakyat yang memegang kad kredit tidak mengapa lagi. Akan tetapi daripada 11 juta ini, pemegang kad kredit tidak sampai setengah, ini bermaksud kita mempunyai lebih daripada satu kad kredit. Tidak perlu kita mempunyai banyak kad kredit juga. Kalau kita hendak pakai satu pun sudah cukup.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Minta izin boleh.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

So dalam perkataan lain, ini adalah satu...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Tuan Yang di-Pertua, minta izin.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tujuan kerajaan ialah mengutip caj perkhidmatan pada tahun hadapan mungkin dari kutipan itu kerajaan boleh dapat balik lebih kurang.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Penjelasan.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

RM450 juta. Pada masa yang sama juga kita menggalak supaya rakyat kita berhemat dari segi perbelanjaan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Penjelasan.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Ya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mengakui bahawa hendak lebarkan tax collection ataupun lebarkan hasil kerajaan. Itu matlamat utama kerajaan bukannya hendak galakan pengguna berhemah, kerana yang utamanya ialah ini cadangan bukannya datang daripada pembangkang. Cadangan ini datang daripada Yang Berhormat Kapit, pihak barisan Nasional yang kita sokong bahawa cukai itu bukan dikenakan ke atas pengguna. Kalau katakan kerajaan tidak cukup hasil, katakan tadi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud, kita setuju kenakan cukai ini tetapi kepada syarikat kad kredit yang mengeluarkan kad kredit itu. Bukannya kepada pengguna. Kalau you kenakan pada pengguna, kalau mereka sudah ada NPL yang tidak boleh bayar, mereka sudah tidak boleh bayar. You kenakan kepada yang mampu bayar, setiap bulan mampu menyelesaikan hutang mereka tidak ada masalah. Jadi kalau kerajaan tidak cukup hasil dan mahu tingkatkan hasil, baik kita setuju middle approach, tetapi kenakan kepada syarikat kredit yang mengaut keuntungan bukannya pengguna. Mengapa itu tidak boleh dipersetujui oleh pihak kerajaan? Terima kasih.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yang Berhormat, tadi I sudah kata. Kalau institusi perbankan ingin menjelaskan RM50 ini, kerajaan tidak boleh buat apa. Betul tidak? Ini kerana ia adalah satu transaksi komersial. Jika institusi perbankan merasakan bahawa jika pemegang kad kredit ini lebih dan membayar RM50 untuk setiap pemegang kad kredit itu masih berbaloi, buatlah, tetapi kita tidak boleh buat apa. Kerajaan tidak boleh buat apa-apa. Betul tidak? Ini sama juga balik kepada keadaan yang biasa. Yang Berhormat Kota Belud minta penjelasan sama ada kedai-kedai dibenarkan mengenakan caj tambahan sebanyak 2 peratus ke atas pembelian menggunakan kad kredit. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara amnya peniaga-peniaga dilarang mengenakan caj tambahan ataupun surcharge kepada pelanggan ke atas barangan yang dibeli menggunakan kad kredit. Larangan pengenaan caj mengikut apa yang terkandung dalam peraturan syarikat penjenamaan kad seperti Master Card Worldwide dan Visa International.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Kita menasihati supaya pemegang-pemegang kad kredit, jika mereka ini berhadapan masalah seumpama ini, bolehlah membuat sepucuk surat hantar kepada ibu pejabat syarikat yang keluarkan kad kredit ataupun mereka boleh merujuk kompelin itu kepada Bank Negara Malaysia. Ramai Ahli Yang Berhormat juga termasuk Yang Berhormat Arau...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

...Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Gombak...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Menteri...

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

...Dan Yang Berhormat Tangga Batu...

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Penjelasan sedikit.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

...Ada menyentuh berkenaan cukai keuntungan hartanah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada dua orang bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Belud...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Soalan saya tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

...Dan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kota Belud. Soalan Kota Belud. Yang Berhormat Menteri, caj 2 peratus yang dikenakan oleh kedai-kedai di supermarket dan sebagainya ini adalah berleluasa. Saya rasa kalau Yang Berhormat pergi ke shopping mall sekarang ini, Yang Berhormat akan berdepan dengan suasana itu. Harga diletakkan menunjukkan sekian banyak harganya, tetapi apabila kita membuat pembayaran dengan kad kredit, dia kata ada special charge 2 peratus. Ini bukan isolated case, ia menyeluruh. Jadi, saya minta kalau boleh, dengan kuasa yang ada pada Kementerian Kewangan untuk meminta Bank Negara membuat suatu sweeping exercise dan menyaman ataupun menghukum empunya kedai yang mengenakan caj seperti ini. Terima kasih.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Soalan pendek.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Pendek sahaja. Bukan kritik, tetapi hendak tanya. Bukan kritik. Banyak juga credit card yang digunakan di tempat- tempat seperti restoran atau kedai, ia ada had minimum. Hanya membeli lebih daripada RM50, baru boleh guna kad. Adakah ia juga dilarang ataupun boleh digunakan mengikut syarat-syarat kad? Terima kasih.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih. Mengenai caj 2 peratus ini, saya boleh bersetujulah dengan pandangan Yang Berhormat sebab saya pun sentiasa jadi mangsa juga. Kadang-kadang kita pergi membeli-belah di kedai-kedai, apabila mereka fikir kita hendak bayar secara cash, mereka tidak kata kena 2 peratus. Apabila kita ambil kad keluar dari poket, terus kata kena bayar tambah 2 peratus. Saya selalu tanya hendak buat apa tambah lagi? Ini kad memang satu kemudahan, bukan? Mereka ini kata, bayar guna kad memang lebih lambat mereka dapat pembayaran, iaitu kadang- kadang melebihi satu bulan. Walaupun ini bukan satu sebab atau alasan yang boleh kita terima, cadangan Yang Berhormat mungkin ada baiknya juga. Kita pernah buat sekali dahulu dan didapati semua kedai itu, yang boleh mengguna kad untuk membeli barang-barangan sudah berhenti tidak caj 2 peratus. Lama-kelamaan, dia mula balik sebab Bank Negara sudah lupa. Tidak apalah, kali ini saya akan beritahu Bank Negara supaya kita kena beritahu pengeluar-pengeluar kad kebanyakan institusi-institusi perbankan supaya mereka ini harus lebih berwaspada dan mempunyai kawal selia yang lebih ketat agar semua kedai yang menyertai skim mereka ini, tidak boleh kenakan caj 2 peratus ini.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Ada lagi?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Mengenai Bank Negara ini. Mengenai credit card dan Bank Negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sementara Menteri mahu berjumpa dengan Bank Negara untuk selesaikan 2 peratus ini, saya minta kalau boleh tambah satu topik lagi. Ini berkenaan pembayaran untuk supplementary card. Saya minta Bank Negara melihat ini ya. Ada sesetengah bank yang apabila supplementary card itu, katalah statement nya itu 30 hari bulan. Setiap 30 hari bulan, statement keluar dan supplementary card ini, hadnya yang kita beri RM5,000. Katakanlah dia pergi ke luar negara dan dia habis menggunakan limit itu pada 10 hari bulan. Selepas itu, kita bayar pada 15 hari bulan, katakanlah RM5,000. Prinsipal bayar. Bank itu tidak membenarkan supplementary card itu menggunakan RM5,000 yang kita bayar itu ataupun RM10,000 yang lebih daripada minimum, sampailah kepada statement date which is 30th of that month. Maknanya, dia boleh menggunakan duit kita ini untuk dua, tiga minggu. Ini bank, saya boleh sebut nama bank ini, Hong Leong Bank. Jadi, kalau boleh minta Bank Negara melihat perkara ini. Saya rasa ini adalah satu praktis yang tidak betul. Kalau kita bayar, sepatutnya kita dapat akses kepada kredit itu almost immediately. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, perkara ini patutnya disoal dalam Jawatankuasa, Yang Berhormat.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yalah. Tidak mengapalah, nanti Yang Berhormat mungkin boleh soallah di Jawatankuasa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kalau semua menyoal perkara yang spesifik seperti ini, kita tidak boleh habiskan Yang Berhormat.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yalah itu. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pun mengenai soalan itu, mungkin boleh soallah di Jawatankuasa. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, amalan untuk mengenakan satu kadar cukai adalah sama seperti banyak negara lain yang telah pun dicontohi seperti China, di mana RPGT ataupun CKHT ialah 10 peratus, India 15 peratus, Korea 11 peratus, United Kingdom 18 peratus, Jerman 25 peratus, Brazil 21 peratus dan Denmark 28 peratus. Ini bermaksud bahawa tidak kira bila kita memperoleh hartanah, bila kita jual kita kena pula mengikut kadar seperti yang saya sebutkan di negara-negara berkenaan. Bagi Malaysia, kita hanya meletakkan RPGT itu sebanyak 5 peratus sahaja. Yang Berhormat Pasir Mas juga mencadangkan bagi hartanah yang bernilai di bawah RM1 juta, CKHT dikenakan sebanyak 2.5 peratus, manakala Yang Berhormat Bagan mencadangkan agar CKHT ditarik balik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan tersebut tidak dapat mencapai hasrat kerajaan untuk meningkatkan hasil cukai...

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

[Bangun]

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

...Memandangkan kebanyakan pelupusan hartanah melibatkan keuntungan yang kurang daripada RM1 juta. Yang Berhormat Indera Mahkota pula meminta penjelasan pengenaan CKHT tanpa threshold akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan tidak dapat mengatasi isu spekulasi. Yang Berhormat Gombak pula mencadangkan CKHT diteliti semula berdasarkan tempoh pemilikan hartanah. Begitu juga Yang Berhormat Bagan meminta penjelasan mengenai CKHT yang tiada had waktu pegangan hartanah dan adakah ia tidak menyalahi undang-undang? Manakala Yang Berhormat Jasin mencadangkan supaya CKHT 5 peratus dikenakan kepada hartanah yang dilupuskan selepas 5 tahun.

[Bangun]

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Untuk makluman Dewan yang mulia ini... Yang Berhormat hendak bertanya?

Mohon Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya meneliti ucapan Yang Berhormat Menteri. Walau bagaimanapun, saya memandang bahawa apa yang diusahakan oleh kerajaan semata-mata untuk meningkatkan pendapatan. Walaupun kita bezakan diri kita dari tahun 2009, kita jatuh 8.4 peratus pendapatan kita. Jadi, saya hendak tanya tentang kad kredit tadi. Unjuran ataupun revenue yang akan dikumpul oleh kerajaan sebanyak RM450 juta. Apa jadi unjuran kita ini kalau sekiranya pada tahun hadapan, semua orang yang pegang kad kredit ini pulang balik kad kredit kerana kita tidak mahu live in credit. Kita pulang balik kad kredit ini ataupun kita kurangkan, kita ambil satu sahaja. Apa jadi dengan unjuran kita RM450 juta?

Maknanya defisit kita akan terus melebar. Keduanya ekonomi negara kita masih memerlukan pakej rangsangan untuk tahun ini dan tahun akan datang. Untuk tahun akan datang sama ada unjuran belanjawan kita ini termasuk dengan Pakej Rangsangan Kedua atau tidak? Kalau tidak termasuk, maknanya perbelanjaan kita akan terus melebar dan begitu juga defisit kita. Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tambah sikit sahaja Timbalan Menteri, tolong jawab sekali boleh?

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tidak payahlah.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sikit sahaja, Menteri sama saja.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Satu saja.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Perkara yang sama lepas itu you boleh...

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yalah.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana persoalan kredit kad ini adalah penting, saya hendak minta Timbalan Menteri perjelaskan, kalau kita mengambil satu tindakan, satu measure, langkah-langkah seperti ini, jangan kita tidak tahu ia ada knock on effect. Kalau cash economy diharapkan berlaku dengan kita mengurangkan kredit ekonomi, ia menjejaskan persoalan consumption GDP=C+I+G+(X-M), Timbalan Menteri cukup faham. Jadi dengan kata lain kalau kita menjejaskan the consuming ability ataupun permintaan domestik dan keupayaan berbelanja, kita sudah mengekang persoalan pump priming yang sepatutnya digerakkan oleh private dan apanya selain daripada ‘G’ factors daripada perbelanjaan kerajaan. Jadi, yang kita pertikaikan bukan persoalan tidak boleh kena cukai tetapi dikenakan kepada issuers kepada institusi yang mengeluarkan kredit-kredit tersebut, itu saja. Satu lagi Timbalan Menteri, persoalannya kita punya national savings yang tinggi dan kita under invested as an economy. Itu pun satu lagi sumber, jadi jangan pandang duduk sahaja. Terima kasih.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat, untuk merangka bajet untuk setiap tahun ini, perubahan akan diadakan. Macam dulu, tahun lepas kita tidak ada RPGT, sekarang kita mempunyai RPGT untuk tahun hadapan. Bila habis tahun depan sebelum perangkaan bajet untuk 2011, maka pada masa itu kita akan melihat pada keadaan-keadaan keseluruhannya dan RM50 bukan satu perkara yang cukup besar bagi rakyat pun. Unjuran hasil dan defisit dalam tahun 2010 tidak mengambil kira pendapatan tambahan sebanyak RM450 juta ini daripada kad kredit, hasil tambahan adalah hasil pertambahan kerajaan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini macam tadi Yang Berhormat Jasin tadi tanya kalau pakej rangsangan yang kena ada itu, maksud defisit telah pun diambil kira tahun ini iaitu oleh kerana kita mempunyai pakej rangsangan, defisit kita telah pun melembung hingga 7.4 peratus dan pada tahun depan ada juga sebab dia carry forward ada setengah lagi tahun depan dan kita akan carry defisit ini untuk tahun depan juga tetapi lepas itu tidak ada, lepas itu kita balik ke normal track. Setakat ini kita masih mampu dengan kutipan yang ada dengan hasil yang kita peroleh sama ada dari petroleum dan dari lain-lain.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

kita masih boleh tahan lagi supaya negara kita dapat teruskan dengan program dan projek-projek yang ada di dalam rancangan kerajaan Malaysia. Pada masa yang sama kita berharap rakyat kita belanja dengan berhemat dan berhati-hati. Itu sahaja, tidak banyak kita hendak panggil rakyat kita membebankan. Ini kutipan RM450 ribu pun cuma satu anggaran setelah diandaikan pengurangan jumlah kad kredit mungkin selepas kena service tax ini mungkin mereka ini akan bagi balik juga. Bukan semesti kata kita dapat RM450 ribu ini. Baiklah Yang Berhormat untuk makluman Yang Berhormat langkah CPHT ini tidak menyalahi undang-undang memandangkan perintah pengecualian di bawah Akta Cukai Pungutan Hartanah 1976 telah pun diwartakan. Pindaan akta tersebut akan dibentangkan di Dewan yang mulia ini dan Rang Undang-undang Kewangan tahun 2009. Sebelum ini kerajaan pernah mengenakan CPHT sehingga 30 peratus ke atas pelupusan hartanah dalam tempoh kurang lima tahun. Tujuan pengenaan cukai tersebut adalah untuk menangani aktiviti spekulasi dalam, pasaran Hartanah. Namun begitu pengenaan CPHT sebanyak 5 peratus dalam bajet yang meliputi pelupusan semua jenis hartanah tanpa mengira tempoh pegangan adalah bertujuan untuk menambahkan hasil cukai kerajaan melalui keluasan asas cukai ataupun tax based...

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

[Bangun]

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Kadar 5 peratus ini adalah berpatutan kerana dikenakan ke atas keuntungan bersih selepas ditolak terus kos pemerolehan dan kos lain yang dinilai untuk menambah nilai hartanah tersebut seperti kos pengubahsuaian, kos bangunan fi perundangan berkenaan dengan hak milik tanah, kos pengiklanan dan fi broker...

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada tiga bangun Yang Berhormat.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Sekejap saya habiskan ini dulu. Di samping itu untuk meringankan cukai rakyat, kerajaan telah pun memberi pengecualian CPHT. Contohnya pelupusan dan hartanah dari suami dan isteri atau sebaliknya, antara ibu bapa dan anak dan datuk kepada cucu dikecualikan cukai, pengecualian cukai juga kepada individu juga diberikan juga ke atas pelupusan sebuah rumah kediaman sekali dalam seumur hidup, pengecualian cukai sehingga RM10 ribu ataupun 10 peratus daripada keuntungan, yang mana lebih tinggi juga diberikan kepada individu ke atas pelupusan hartanah.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan, bolehkah pihak kementerian dapat mempertimbangkan semula dan mengenakan siling walaupun ada pengecualian. Tadi ada disebutkan kecuali pengecualian itu, kita adakan siling sedikit misalnya selepas sepuluh tahun itu, kita kurangkan tiga, dua, satu peratus dan sebagainya. Saya ingat ini lebih adil dan itu soalan daripada Yang Berhormat Kota Belud kita di sini bukan tidak mahu kutipan cukai, kita mesti kutip, kalau tidak mana ada hasil. Jangan cakap macam itu lagi Yang Berhormat Kota Belud. Cuma bila kita kutip, kita kutip secara adil dan saksama, secara munasabah. Itu sahaja. Saya berharap Yang Berhormat dapat mempertimbangkan, saya akan bangkitkan berulang kali.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Timbalan Menteri sebab kalau kita tidak hadkan tempoh masa, apabila hendak buat perhitungan dari segi berapa banyak keuntungan dari segi pelupusan hartanah tersebut memang agak sukar apabila misalnya dibeli 20 tahun yang lalu. Lepas itu bina sebuah rumah, lepas itu rumah itu ditambah baik, lepas itu menjadi rumah yang lebih besar dan sekarang dijual. Dokumen-dokumen yang ada untuk membuktikan perbelanjaan yang terlibat dalam hartanah tersebut agak sukar diperolehi sepenuhnya. Jadi ada baik kita hadkan misalnya selama lima tahun ataupun dengan satu cara progresif, kalau pelupusan dalam tahun pertama lebih tinggi, kedua lebih rendah dan sebagainya. Akan tetapi kalau kita tidak ada mengehadkan, jadi dari segi documentation itu agak sukar untuk mereka yang menjual hartanah tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Isu yang kedua, saya harap dasar yang penting ini tidak boleh dikaji setahun setiap tahun sebab ini melibatkan investor dari luar negara dan sebagainya. Mereka mengharapkan satu dasar jangka masa panjang dan bukan dasar setahun dan akan tukar tahun depan dan sebagainya. Sekian Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, sekejap dengar cakap saya dahulu Yang Berhormat. Jangan cakap mic itu sebelum saya bercakap, minta kebenaran daripada saya dahulu. Sekarang saya hendak bercakap Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Dalam sistem yang diletak dalam peraturan kita ini, kalau satu isu, seorang, dua orang bercakap, tidak payah orang lain repeat lagi Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Itu sistem yang kita ada, melainkan kita pinda peraturan, ini semua RPGT, graduated scale dan sebagainya. Jadi itu semua isu yang sama, tidak perlu repeat lagi. Kalau satu yang isu lain boleh kita bangkitkan Yang Berhormat. Itu sahaja Yang Berhormat .

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Gopeng. Kedua-duanya pun minta lebih kurang sama. Buat masa ini saya percaya kerajaan tidak dapat memberi pertimbangan kerana kita telah pun bersama- sama mengkaji mengenai perkara ini dan didapati 5 peratus ini cukup rendah. Hasrat kerajaan untuk meningkatkan hasil tidak tercapai kalau semua kita hendak memberi konsesi dan saya juga tidak mengatakan apabila kita merangka bajet untuk tahun hadapan, semua akan ditukar dan diubah, tidak. Ada yang boleh diubah secara satu tahun ke satu tahun, ada yang secara agak lama juga. Bagi CKHT ini, telah banyak kita beri keistimewaan untuk anda, ibu bapa, anak. Selepas itu RM10,000 pula sebagai satu threshold, RM10,000 atau 10 peratus sebagai satu threshold yang mana lebih. Yang Berhormat tadi berkata, mungkin sudah hilang semua dokumen untuk berbelanja, untuk setiap kos-kos memperbaiki rumah, saya percaya ini adalah tanggungjawab tuan rumah sendiri. Yang Berhormat Selayang juga menyatakan CKHT akan memberikan kesan kepada sektor pembinaan dan perlu dibatalkan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada penjelasan mengenai CKHT sebentar tadi, kerajaan yakin langkah ini tidak memberikan kesan kepada industri pembinaan. Yang Berhormat Gombak mencadangkan duti setem ke atas hartanah bernilai RM25,000 dikenakan pada kadar 1 peratus sahaja. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di dalam Bajet 2009 kerajaan telah pun memberi pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus ke atas suratcara perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman tidak melebihi RM25,000. Di dalam Bajet 2008 pula kerajaan telah pun memberikan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus ke atas suratcara perjanjian pindahmilik bagi pembelian rumah kediaman tidak melebihi RM25,000. Duti setem tidak wajar dikurangkan lagi memandangkan ia akan menjejaskan hasil kerajaan. Yang Berhormat Permatang Pauh turut meminta penjelasan sama ada perlepasan cukai yang diberikan kepada individu seperti pembelian komputer dapat membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah, Yang Berhormat Rasah pula menyatakan pengurangan cukai pendapatan daripada 27 peratus kepada 26 peratus hanya menguntungkan golongan yang berpendapatan tinggi, manakala golongan berpendapatan sederhana dan rendah tidak menikmati sebarang kebaikan daripada pengurangan cukai ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Petaling Jaya Utara...

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

...Untuk...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

...Dia bangun lagi Yang Berhormat .

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tidak mengapa, tunggu saya habis dahulu. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, golongan yang berpendapatan rendah tidak dikenakan cukai pendapatan individu. Sebagai contoh, mereka yang belum berkahwin dengan gaji bulanan sebanyak RM2,300 satu bulan, juga tidak dikenakan cukai sama sekali. Bagi mereka yang telah berkahwin dengan dua orang anak di mana setiap pasangan bekerja dan jumlah pendapatan seisi rumah sebanyak RM6,000 satu bulan juga tidak dikenakan cukai pendapatan. Ini disebabkan pelbagai jenis perlepasan dan rebat cukai diberikan untuk meringankan beban cukai mereka yang bukan sahaja berpendapatan rendah, malah bagi mereka yang berpendapatan sederhana. Yang Berhormat Kuala Langat mencadangkan agar perlepasan cukai bagi anak sebanyak RM1,000 dinaikkan kepada RM3,000. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pemberian perlepasan cukai adalah bertujuan untuk mengurangkan beban cukai pembayar cukai dan bukannya menanggung sepenuhnya perbelanjaan yang dibuat. Cadangan Yang Berhormat akan menjejaskan kutipan hasil. Yang Berhormat Gombak mencadangkan kuasa Yang Berhormat Menteri Kewangan di bawah seksyen 129 diteliti semula. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kuasa Yang Berhormat Menteri Kewangan di bawah peruntukan Seksyen 129, Akta Cukai Pendapatan 1967 hanya boleh digunakan dalam kes-kes yang mempunyai sebab-sebab kukuh, keadilan dan kesaksamaan. Yang Berhormat Jasin mencadangkan supaya bayaran zakat oleh syarikat ditolak dari jumlah cukai yang dikenakan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bayaran cukai perniagaan adalah perbelanjaan yang tidak dibenarkan potongan untuk mengira cukai pendapatan, kerana perbelanjaan ini tidak dilakukan semata-mata dalam penghasilan pendapatan ataupun dengan izin, were not wholly or exclusively incurred in the production of the income yang dibenarkan. Namun bagi meringankan beban cukai pendapatan syarikat, konsesi atau kemudahan yang diberikan kerajaan untuk membenarkan potongan cukai kepada syarikat ke atas bayaran zakat adalah terhad kepada 2.5 peratus dari pendapatan agregat. Konsesi potongan cukai ini tidak wajar diperluaskan lagi sehingga menjadi rebat cukai kerana ini juga akan menjejaskan hasil kerajaan. Yang Berhormat Rasah pula minta penjelasan sama ada kerajaan tidak mempunyai hasil yang mencukupi sehingga memerlukan tambahan hari taruhan bagi menjana pendapatan negara serta mengapakah kod hasil perjudian tidak dimasukkan ke dalam Buku Anggaran Hasil. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak menjadikan pendapatan daripada cabutan khas sebagai sumber utama hasil pendapatan negara oleh kerana jumlah yang diterima adalah amat kecil. Pada masa ini tidak wujud kod hasil untuk perjudian dalam Buku Anggaran Hasil dan dikeluarkan oleh kerajaan atas sebab-sebab seperti pertama, hasil yang diterima oleh kerajaan daripada aktiviti perjudian adalah terlalu kecil jumlahnya berbanding sektor-sektor ekonomi yang lain. Tidak wujud justifikasi yang kukuh bagi mewujudkan kod cukai yang spesifik untuk hasil perjudian, adalah memadai hasil daripada aktiviti perjudian diterima atas kod hasil am atau pelbagai sahaja. Yang Berhormat Indera Mahkota...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Rasah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih, saya hendak tanya adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan berpendapat bahawa kalau RM100 juta atau RM200 juta itu adalah satu hasil yang kecil, kerana jawapan yang telah diberikan kepada Yang Berhormat Batu Gajah mengenai hasil daripada special draw dalam tiga tahun ini, iaitu tahun 2007 lebih RM100 juta daripada special draw sahaja. Hari-hari lain tidak termasuk lagi, special draw sahaja. Apa yang saya hendak katakan di sini ialah, yang pertama, jawapan daripada pihak Kementerian Kewangan mengatakan pada tahun 2009, hanya 12 kali special draw diberikan tetapi saya telah check bahawa tahun ini sahaja daripada bulan Januari sehingga sekarang, 36 hari Selasa telah ada special draw, dan kadang-kadang hari Selasa itu bukan sahaja satu syarikat ada special draw, ketiga-tiga syarikat sekali, Magnum 4D, Sports Toto, Da Ma Chai. Satu kali, ketiga-tiga syarikat sekali ada special draw, berpuluh kali dan purata pendapatan kerajaan dalam setiap hari special draw ialah lebih kurang RM10 juta. Kalau 36 hari sudah RM360 juta, kalau ada 50 ataupun 60 kali special draw sudah RM500 juta sehinnga RM600 juta.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Jadi saya hendak tanya mengapa kerajaan membenarkan kebanyakan special draw ini kerana special draw ini, tujuan asalnya, the purpose ialah... Saya masih ingat bahawa ia dimulakan semasa JE, masalah JE di Bukit Pelanduk. Kerajaan menambahkan special draw ini untuk mendapatkan dana, mendapatkan cukai itu dan disalurkan kepada pesakit-pesakit JE ini sebagai satu kebajikan. Akan tetapi sekarang tiada masalah petaka di negara kita tetapi dijadikan sebagi satu sumber hasil kepada kerajaan dan saya hendak tanya, saya rasa di kawasan Yang Berhormat juga ramai masyarakat ataupun pengundi masyarakat Cina. Penduduk di kawasan Yang Berhormat telah mengadu bahawa terlalu banyak special draw, tiap-tiap hari Selasa ada. Jadi mengapa kerajaan masih membenarkan walaupun ini dengan izin, defeat the purpose of special draw...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baiklah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Saya hendak bertanya morally, adalah salah kepada kerajaan untuk membenarkan special draw ini, mengapa kerajaan tidak membatalkan special draw ini?

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya jangan kita lupa, apabila saya mengatakan kutipan hasil mengikut perjudian ini merupakan kutipan yang agak kecil, ya agak kecil. Ini berlainan dengan bayaran tax ataupun bayaran kutipan pendapatan syarikat, corporation tax.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Bila saya sebut kata jumlah yang kecil ini adalah termasuk cukai perjudian, cukai duti kasino bila mereka hendak buat pembaharuan lesen, duti mesin slot bila setiap tahun mereka perlu buat pembaharuan dan kerajaan juga mengenakan caj bayaran untuk proses ini semua dan kutipan sebanyak itu amat kecil. Kita tidak perlu mempunyai satu akaun spesifik untuk itu. Bayaran ini akan terus masuk pada akaun Kementerian Kewangan. Selepas itu, ianya akan disalurkan kepada consolidated accounts. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] RM100 juta ini adalah agak kecil berbanding dengan RM148 bilion jumlah hasil kerajaan. Maksudnya ini merupakan salah satu bahagian yang kecil sahaja. Tidak begitu banyak. Banyak itu mereka akan bayar income tax, corporation tax itu yang lagi banyak. Mengenai special draw ini memang ianya diberikan untuk spesifik, tujuan Yang Berhormat memang benar, jika ada malapetaka kita boleh mengizinkan special draw supaya kutipan dana ini boleh membantu setengah-setengah lapisan masyarakat. Yang Berhormat harus mengambil kira ada malapetaka baru kita hendak mengadakan special draw. Memang banyak lagi seperti orang cacat, aktiviti-aktiviti semua ini memang kena bantu juga, bukan setakat malapetaka sahaja.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

[Bangun]

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Baiklah, Yang Berhormat Indera Mahkota mencadangkan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

[Bangun] Penjelasan, penjelasan.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

...Mempercepatkan bayaran balik cukai pendapatan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rasah bangun lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Penjelasan, penjelasan... [Dewan riuh]

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat bagi mempercepatkan... [Dewan riuh]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Penjelasan.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Bayaran balik cukai pendapatan berlebihan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Ini tidak menjawab soalan ini!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat sebentar, Yang Berhormat sebentar.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

LHDN telah mengambil tindakan berikut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak beri jalan Yang Berhormat?

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tidak apalah, sudah banyak.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Hendak jawab kenapa bagi? [Dewan riuh] Adakah kerajaan tidak cukup hasil untuk...

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Bagi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

...Bagi kebajikan? Kena ambil special draw untuk bagi kebajikan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Tidak jawab?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak beri jalan Yang Berhormat.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Kerana banyak lagi tidak boleh habis.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Masyarakat Cina disappointed dengan MCA lah!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rasah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Perkara ini yang diberikan perhatian oleh masyarakat Cina tidak berani diperjuangkan oleh MCA.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Bagi borang yang dikemukakan secara e-Filing pembayaran balik akan diproses dalam tempoh tiga puluh hari bekerja dari tarikh penerimaan borang tax return form. Bagi borang yang dikembalikan secara manual, bayaran balik akan diproses dalam tempoh 90 hari bekerja dari tarikh penerimaan borang return form dan dengan syarat dalam kedua-dua keadaan tersebut borang return yang dikembalikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah betul, teratur dan tidak tertakluk kepada kriteria audit. Yang Berhormat Labis mengesyorkan GST dilaksanakan dengan kadar yang bersesuaian yang tidak membebankan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerajaan kini dalam peringkat akhir kajian pelaksanaan GST khususnya untuk menilai impak sosial terhadap rakyat. Antara perkara yang diberikan perhatian di dalam kajian tersebut adalah mengenai tahap bebanan cukai yang mungkin ditanggung terutama oleh golongan berpendapatan rendah di samping merangka langkah-langkah yang terbaik bagi meminimumkan kesan bebanan cukai tersebut. Hasil kajian tersebut akan diteliti dengan lebih lanjut oleh kerajaan, sebelum membuat keputusan mengenai pelaksanaan GST. Kerajaan akan memastikan sekiranya GST dilaksanakan ianya akan memberi layanan cukai yang saksama kepada semua lapisan rakyat. Selain itu, kerajaan juga akan mengenakan GST pada kadar yang rendah serta memberi pengecualian tertentu kepada golongan berpendapatan rendah di samping tidak mengenakan GST kepada peniaga-peniaga kecil. Yang Berhormat Batu Sapi meminta penjelasan mengenai pelaksanaan GST di Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai kemudahan ICT yang lengkap dan keperluan untuk mengadakan sesi dialog mengenai GST di Sabah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebaik sahaja pengumuman mengenai pelaksanaan GST di Sabah diumumkan di dalam pembentangan Bajet 2005, kerajaan telah mula membentuk model GST, yang mana di dalam proses pembentukan model ini keperluan peniaga-peniaga kecil terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak telah di ambil kira. Model GST yang dibentuk akan memastikan peniaga-peniaga kecil tidak dikenakan GST. Kerajaan juga telah mengambil maklum akan kekurangan kemudahan sistem ICT di Sabah dan Sarawak dan akan mempertingkatkan lagi dari semasa ke semasa untuk tujuan pelaksanaan GST.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Pihak kerajaan akan menyediakan sistem ICT di stesen-stesen kastam bagi memberi kemudahan kepada pihak peniaga untuk menghantar borang penyata GST dan juga membayar GST. Dalam usaha untuk merangka model GST yang bersesuaian untuk dilaksanakan di Malaysia, kerajaan telah pun mengadakan beberapa siri konsultasi awam dengan pihak industri, jabatan-jabatan kerajaan dan juga pihak pengguna. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat konsultasi awam di Sabah telah diadakan berapa kali pada bulan Ogos 2005 termasuk yang terbaru, di mana kerajaan telah pun mengadakan perbincangan dengan pihak industri perhutanan dan perkayuan di Sabah pada 28 Oktober 2009. Sesi-sesi penerangan GST ini akan terus dijalankan dari semasa ke semasa ke seluruh negara. Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Bukit Bendera telah meminta penjelasan mengenai peruntukan sebanyak RM22 juta bagi tujuan kajian pelaksanaan GST. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat peruntukan yang dibelanjakan sebanyak RM22 juta tersebut adalah merupakan peruntukan untuk Perbelanjaan Mengurus Tahun 2010 yang diperuntukkan oleh Pejabat Panel Kajian Semula Cukai, Kementerian Kewangan dan juga Unit Tugas Khas GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga bagi program kerja untuk melaksanakan GST di Malaysia. Kos bagi menampung perbelanjaan kajian impak sosial yang sedang dijalankan oleh kerajaan adalah sebanyak RM99,000 sahaja, iaitu dengan menggunakan peruntukan tahun 2009. Yang Berhormat Bukit Bintang...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yang Berhormat ini meminta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Mengenai...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kita pernah dengar kajian-kajian seperti ini dibuat dan contohnya saya ingat dalam kajian Pelan Integriti Nasional pun kita, engaged the top brains and consulting firm seperti Jeremy David Pope. Akan tetapi RM22 juta Tuan Yang di-Pertua, saya masih sangsi, Australia melaksanakan perkara ini dengan satu referendum GST. Kita boleh debatlah tetapi tidak perlulah kita tahu ia satu yang - insya-Allah we want to see it progressive sebagainya. Akan tetapi RM22 juta Tuan Yang di-Pertua, we cannot account for that, please ini yang kita hendak pertikaikan at 10 peratus of that it, kita boleh siapkan.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Yang Berhormat Kuala Selangor, saya lupa tadi yang RM22 juta ini termasuk RM20 juta untuk sistem pengkomputeran, pengkomputeran itu besar. Bukan sahaja RM22 juta kita stuck di situ, tetapi termasuk kos dan proses dan mempunyai satu sistem komputer yang akan menganalisa segala- gala fakta dan bermacam-macam lagilah. RM2 juta ini termasuk dengan hal-hallah. Yang Berhormat Bukit Bintang minta penjelasan mengenai cukai eksais. Saya percaya ini adalah bersangkut dengan National Automotive Policy dan saya percaya beliau bolehlah bertanya kementerian berkenaan. Yang Berhormat Hulu Langat minta penjelasan mengenai cukai 15 peratus dikenakan kepada orang-orang ataupun knowledge workers, dengan izin yang bekerja di Wilayah Iskandar dan adalah tidak adil kerana di tempat lain di dalam negara cukai yang dikenakan adalah 26 peratus. Untuk makluman Dewan yang mulia ini galakan cukai yang diberikan kepada Wilayah Iskandar Malaysia menunjukkan komitmen kerajaan untuk membentuk model ekonomi baru yang berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi memandangkan ianya berpotensi tinggi untuk dimajukan dengan pesat, dalam memacu pembangunan Iskandar Malaysia pelaburan semata-matanya tidak mencukupi untuk mencapai objektif penubuhan Iskandar Malaysia.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Asas utama kejayaan ekonomi negara juga bergantung pada penawaran tenaga kerja teknikal dan profesional yang berpengetahuan dan bertaraf dunia. Kita sememangnya sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai ramai tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Walaupun demikian, kita masih kekurangan tenaga kerja yang berbakat yang dapat membantu dan menggembleng tenaga dalam memacu ekonomi negara kita. Oleh itulah galakan cukai sebanyak 15 peratus diberi kepada Iskandar Malaysia bagi mewujudkan lebih ramai pekerja berpengetahuan dalam meningkatkan lagi daya saing dan pertumbuhan ekonomi negara terutamanya Iskandar Malaysia.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Galakan cukai yang diberikan adalah sebagai pelengkap bagi menambah baik insentif yang sedia ada yang mana ia diberi bagi menjadikan Iskandar Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang lebih menarik dan membantu mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi wilayah. Di samping itu, ia akan membantu dan memudahkan Iskandar Malaysia dalam mempromosikan aktiviti- aktiviti yang ditawarkan dalam wilayah tersebut. Yang berhormat Jasin...

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Penjelasan, Iskandar.

Datuk Ronald KiandeeBERSATU · PNTimbalan yang di-Pertua · Beluran

Ya. Silakan Yang berhormat.

Tuan Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terutama sekali Menteri. Saya hendak minta tanya sebab skim 15 peratus income tax ini bagi Iskandar adalah satu skim yang memang unik boleh dikatakan oleh Perdana Menteri. Akan tetapi, juga ada kesan-kesan yang tidak patut di negara kita. Kalau kita memang bertujuan untuk menarik knowledge workers datang ke Malaysia, perkara tersebut perlu dilihat dari segi semua Malaysia. Kalau knowledge workers penting bagi Malaysia, kita bawa mereka dan kita berikan insentif kepada mereka katakan tax pun baik dan lain-lain insentif pun baik. Akan tetapi, sekarang ini kita hanya hadkan satu tempat sahaja di Iskandar. Bagi kita, apabila kita nampak perkara ini, Iskandar sudah jadi desperate sudah... [Dewan riuh] Macam tidak cukup orang pergi ke sana, tidak berdaya maju dan tiada industri pergi ke sana. Oleh sebab itu kena keluarkan satu polisi yang baru, 15 peratus bagi Iskandar sahaja. So minta penjelasan.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, Iskandar Malaysia ini telah pun ditubuhkan untuk mengadakan fast track supaya kita dapat mencapai matlamat rancangan Malaysia. Kalau kita hendak menubuhkan ekonomi, merubah ekonomi kita kepada ekonomi yang akan menjadi di mana rakyat kita mempunyai pendapatan yang tinggi, kita harus mengadakan satu skim, satu rancangan seperti Iskandar Malaysia. Sebenarnya, kita telah pun banyak mengkaji mengenai rancangan Iskandar Malaysia ini dan didapati bahawa memang kita cukup berani. Kalau kita tidak mengambil tindakan seumpama ini, sampai bila-bila negara kita tidak akan menjadi sebuah ekonomi yang mempunyai high income dan pendidikan yang tinggi. Maksudnya, dalam Iskandar Malaysia saya haraplah Yang Berhormat jangan kita mempertikaikan...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

...Tidak. Tidak pertikai.

...Kita harus mengorbankan...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

...Saya sokong.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

...asalkan pegawai-pegawai yang bekerja di situ betul-betul boleh membawa manfaat kepada seluruh negara, why not?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya sokong Timbalan Menteri. Cuma saya hendak bertanya sedikit. Jangan sampai hab yang sebenarnya adalah sepatutnya tarikan atas dasar ia membekalkan satu knowledge intensive environment menjadi tarikannya hanya berdasarkan monetary seperti ini. Kita sudah lihat betapa fast track seperti BioValley akhirnya menjadi bagaimana. Jadi, kita tidak mahu mengulang perkara ini.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Perkara yang dibangkitkan oleh sahabat saya Yang berhormat Petaling Jaya Utara tadi perlu dilihat, perkara itu apa critical success factors nya. Ia multi-factorial, bukan hanya 15 peratus cukai itu sahaja. Kita pun ada juga hab-hab yang lain yang kita pun mahu tarik knowledge workers dan knowledge workers ini dia tidak hanya tertarik dengan hanya insentif seperti itu Timbalan Menteri. Harap faham.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Saya faham. Saya tidak habis lagi tadi. Sebenarnya, bukan sahaja kita. Buat masa ini, memanglah kita menumpukan segala perhatian di Iskandar Malaysia dari segi cukai pendapatan ini dikurangkan kepada 15 peratus bagi orang-orang yang layak bekerja di situ. Akan tetapi, ini tidak bermaksud kita akan tertumpu di situ sahaja. Memang ada terdapat koridor-koridor yang lain dan kita akan rollout insentif kadar cukai 15 peratus ini kalau kita nampak kejayaan mula muncul di Iskandar. Pada masa depan, banyak koridor, Yang Berhormat kata jangan sahaja kita terhad kepada Iskandar. Saya setuju ya. Saya setuju.

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Minta penjelasan Dato’. Sekejap.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Tidak, tidak. Sedikit sahaja. Sedikit sahaja.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Saya ada 80 muka surat lagi... [Ketawa]

Tuan Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Sedikit sahaja Dato’.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jasin meminta penjelasan adakah peruntukan Bajet 2010 berjumlah RM191.5 bilion termasuk RM5 bilion pakej rangsangan yang telah diumumkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan Bajet 2010 sudah meliputi suntikan fiskal RM5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua. Yang Berhormat Jasin juga menyatakan sama ada negara masih memerlukan Pakej Rangsangan Ketiga bagi tahun 2010 dan adakah kerajaan bersedia dari segi kewangan dan minda rakyat. Untuk makluman Yang berhormat, selain daripada pelaksanaan dua pakej rangsangan, kita perlu ingat bahawa sebanyak RM191.5 bilion telah diperuntukkan dalam Bajet 2010. Sehubungan itu, impak daripada pelaksanaan pakej rangsangan dan juga perbelanjaan dalam bajet akan memperkukuhkan lagi proses pemulihan ekonomi negara sebab ada setengah lagi Pakej Rangsangan Kedua itu masih akan di carry forward, dengan izin, ke tahun depan supaya lebih banyak projek-projek masih belum dijalankan lagi. Selaras dengan prestasi ekonomi global dan domestik yang bertambah baik, kerajaan merasakan adalah tidak perlu untuk melaksanakan Pakej Rangsangan Ketiga. Mengikut unjuran kerajaan kita pada tahun depan, kadar pertumbuhan negara kita ataupun ekonomi kita adalah dalam lingkungan 1 peratus hingga 2 peratus, tetapi Bank Dunia telah pun membuat satu unjuran iaitu mereka ini cukup yakin bahawa kita akan mencapai economic growth of 4 peratus. Kita harap mereka ini betullah. Yang Berhormat Marang meminta penjelasan capitation grant diterima lewat bulan Disember. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemberian mengikut bilangan orang, that is capitation grant dibuat berdasarkan kepada peruntukan perkara 109(i)(a) Perlembagaan Persekutuan. Pemberian ini dibuat dua kali setahun iaitu bagi tempoh Januari hingga Jun dan Jun-Julai. Rekod Kementerian Kewangan menunjukkan bayaran bagi tahun 2007 hingga 2009 telah dibuat pada bulan Januari dan Julai. Tiada bayaran dibuat pada bulan Disember.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Penjelasan. Penjelasan ini capitation grant. Soalan saya ialah sama ada kerajaan akan mengkaji semula kadar pemberian hitung kepala ini ataupun capitation grant kerana ini telah lama tidak dikaji semula. Saya rasa ada banyak saranan daripada pihak kerajaan negeri dan Ahli Yang Berhormat meminta supaya Kerajaan Persekutuan mengkaji semula kerana ini merupakan salah satu sumber hasil yang utama kepada kerajaan negeri. Jadi, bilakah Kerajaan Persekutuan boleh mengkaji semula kadar perhitungan kepala ini? Terima kasih.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat. Di sini saya tidak berani menjawab bila mereka ini akan kaji semula sebab kriteria yang sudah ditetapkan dan diguna pakai oleh Kementerian Kewangan dan Kerajaan Pusat supaya pemberian capitation grant ini diberikan kepada setiap negeri mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat minta, saya akan beritahu juga Mesyuarat Majlis Kewangan Negara, supaya mereka ini dapat memberi pertimbangan sama ada sudah sampai masa atau tidak untuk mengkaji semula pemberian capitation grant ini. Yang Berhormat Ledang juga meminta penjelasan mengenai jalan keluar daripada pergantungan kepada subsidi yang banyak diperuntukkan oleh kerajaan.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan menyedari bahawa peruntukan yang disediakan bagi tujuan pemberian subsidi adalah besar setiap tahun. Dimaklumkan bahawa pada masa ini, kerajaan sedang membuat kajian secara menyeluruh ke atas pemberian subsidi. Kerajaan juga berusaha menambah baik pemberian subsidi agar dapat memastikan hanya golongan sasar yang telah dikenal pasti sahaja akan dapat manfaat dan mengelakkan lagi daripada berlakunya ketirisan. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara juga meminta penjelasan mengenai peruntukan Bajet 2010 yang lebih rendah, sama ada kerana kerajaan tiada wang atau pun kerajaan sedar peruntukan tahun-tahun terdahulu adalah tidak sustainable. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat-peringkat. Ini telah dibuktikan apabila kerajaan berjaya menurunkan kadar defisit pada 5.3 peratus pada tahun 2001 kepada 3.2 peratus pada tahun 2007. Namun, berikutan kegawatan ekonomi global, kerajaan telah pun mengumumkan beberapa pakej rangsangan yang telah pun menyebabkan kadar defisit melambung pada tahun ini ke paras 7.4 peratus. Walau bagaimanapun, kerajaan bertekad untuk mengurangkan kembali paras defisit kepada paras yang lebih mampan pada tahun 2010 dan seterusnya. Dalam keadaan ekonomi negara yang mula kembali pulih, jangkaan hasil kerajaan bagi tahun 2010 yang lebih rendah dan sasaran kadar defisit yang lebih rendah. Maka kerajaan telah mengurangkan peruntukan bagi perbelanjaan mengurus tahun 2010. Pengurangan peruntukan ini dibuat dengan mengambil pendekatan berbelanja secara berhemat dengan menyusun semula keutamaan perbelanjaan kementerian dan jabatan. Mengambil langkah-langkah penjimatan dan pengurangan kos operasi, mengurangkan belanja perjalanan dan penginapan, menangguhkan pembelian aset kurang keutamaan dan sebagainya. Langkah-langkah penjimatan ini akan diteruskan selaras dengan dasar perbelanjaan kerajaan yang lebih berhemat dan mengutamakan dengan izin, value for money. Kerajaan juga akan memastikan langkah penjimatan ini tidak akan menjejaskan prestasi perkhidmatan kerajaan untuk melaksanakan projek dan program pembangunan yang telah pun dirancang bagi tahun 2010. Yang Berhormat Arau mencadangkan pemberian bonus atau pun kenaikan elaun kepada kakitangan awam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemberian bonus kepada kakitangan awam kerajaan telah beberapa kali ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Keadaan ekonomi negara masih tidak menentu akibat krisis kewangan global dan telah menyebabkan hasil kerajaan terjejas. Tambahan pula, kerajaan terpaksa melaksanakan dua pakej rangsangan fiskal untuk mengelakkan ekonomi negara daripada terjerumus ke dalam kemelesetan yang lebih teruk. Walaupun dalam kedudukan sumber kewangan yang terhad bagi tahun 2009, kerajaan amat prihatin dan telah pun mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM500 kepada Kumpulan Sokongan dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional daripada gred 41 sehingga gred 54 serta pesara kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Jasin bangun.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mengucapkan tahniah kepada Timbalan Menteri yang telah memberikan penerangan yang cukup jelas sekali. Soalan saya yang pertama Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengenai pakej rangsangan.

Bukan bermakna saya hendak mencadangkan Pakej Rangsangan Ketiga. Memang ekonomi Malaysia pada ketika ini telah menunjukkan petanda-petanda awal kita akan pulih dalam jangkaan masa kita. Kecuali kalau ada sesuatu perkara yang negatif berlaku pada peringkat global kerana ekonomi kita adalah berasaskan ekonomi terbuka. Apa-apa juga yang berlaku di luar negara akan memberikan impak kepada kita. Jadi soalan saya sekarang, adakah kita membuat persediaan awal selaras dengan kemampuan kewangan negara. Yang keduanya Timbalan Menteri menyebut tentang subsidi tadi. Saya melihat subsidi kita daripada tahun 2007 ialah RM34 bilion, tahun 2008 kita turun pula RM23.5 bilion, tahun 2010 kita punya subsidi berjumlah sebanyak RM20.9 bilion termasuk subsidi makanan, subsidi pengangkutan dan juga subsidi minyak. Kita berharap semoga kerajaan akan menguruskan subsidi ini dengan lebih efisien lagi. Hanya soalan saya sekarang, dalam jangkaan kita, kalau kita terpaksa membuat subsidi minyak pada had atau harga berapa minyak dunia pada ketika ini yang terpaksa kerajaan berbelanja untuk subsidi.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat. Saya memahami apa yang ditanya oleh Yang Berhormat cuma saya hendak memberitahu bahawa kerajaan kita memang, walaupun dalam bajet ini telah pun mengambil kira jika terdapat double deep recession yang berlaku sama ada di mana-mana tempat. Memang bukan di Malaysia, tetapi kalau di Amerika Syarikat atau di negara Europe zone. Jika mereka ini masih tidak pulih dan bukan sahaja tidak pulih akan mengalami double deep recession, apakah persediaan kita? Kerajaan telah pun membuat persediaan dalam pakej rangsangan ini kita hanya terhad pada RM67 bilion. Jika adanya, katalah dunia ini akan dilanda sekali lagi double deep recession, kerajaan kita sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan cabaran yang mungkin akan berlaku. Pada masa itu, jika perlu baru kita ingat sama ada Pakej Rangsangan yang Ke-3 akan dilaksanakan atau tidak untuk mengaktifkan market kita atau pun supaya kita dapat memperhebatkan lagi consummation dalam kalangan komuniti dan masyarakat kita. Setakat ini kita amat kukuh setanding kita amat kukuh, institusi perbankan tidak mengalami sebarang masalah dan Bank Negara mempunyai rizab antarabangsa yang amat tinggi, yang boleh tahan selama sembilan bulan net import. Maksudnya kalau kita tidak ada apa hasil pun, kita boleh tahan sembilan bulan dengan rizab antarabangsa yang kita ada. So, Yang Berhormat jangan bimbanglah sangat mengenai itu. Mengenai subsidi pula, oleh sebab kita rasa apabila Kementerian Kewangan merangka bajet pada tahun depan didapati bahawa terdapat begitu banyak leakages. Oleh sebab itulah, dalam ucapan bajet oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Beliau telah pun menyebut, salah satu perkara yang boleh kita jimat adalah daripada segi subsidi. Beliau telah pun merujuk kepada subsidi minyak. Pada tahun depan, mulai bulan lima, satu sistem subsidi akan dikeluarkan oleh kerajaan, akan diperkenalkan oleh kerajaan supaya benar-benar rakyat Malaysia akan menerima manfaat daripada subsidi itu. Khususnya golongan yang berpendapatan sederhana, golongan yang berpendapatan rendah. Yang berpendapatan tinggi, kurang sedikit sebab mereka akan menggunakan kereta yang mempunyai CC yang lebih tinggi. Kalau CC yang lebih tinggi, mereka terpaksalah membeli minyak RON97. Minyak RON95 yang digunakan oleh orang biasa seperti kita, mungkin kita akan diberikan. Akan tetapi sistem ini kita tidak tahu lagi. Saya tidak tahu bagaimana hendak menerangkannya kepada Yang Berhormat di DFewan ini sebab setakat ini masih dikaji dengan teliti, bagaimana kita hendak memperkenalkan sistem subsidi minyak untuk tahun depan. Baiklah Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor telah memohon penjelasan sama ada pinjaman kerajaan akan menyebabkan kenaikan kadar faedah untuk pelaburan swasta dan menyebabkan crowding out.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pinjaman kerajaan melalui terbitan sekuriti Kerajaan Malaysia dan terbitan pelaburan kerajaan dibuat berdasarkan opsyen kalendar yang dikeluarkan oleh Bank Negara yang turut dipaparkan di laman web bagi Bank Negara bagi membolehkan syarikat swasta merancang penerbitan bon mereka. Kerajaan dengan dibantu oleh Bank Negara Malaysia akan sentiasa memastikan kecairan yang mencukupi di pasaran tempatan bagi mengelakkan persaingan dengan syarikat swasta yang akan menyebabkan kesan crowding out. Pinjaman kerajaan di pasaran tempatan adalah merupakan bench mark kepada pinjaman mereka ini. Yang Berhormat dari Ledang telah pun bertanya mengenai sistem pembelian rumah iaitu di bawah Al-Bai Bitaman Ajil dan untuk makluman Dewan yang mulia ini jangan bimbang sebab kerajaan ini memang sudah melalui Bank Negara Malaysia telah amat fasih dari segi sistem peminjam wang di bawah kaedah Islamik dan setakat ini memang semua pinjaman yang dijalankan adalah dijalankan dengan lancar dan kerajaan akan sentiasa berwaspada dan juga memantau keadaan ini. Yang Berhormat Marang mencadangkan supaya aktiviti kewangan Islam perlu diberikan peranan yang lebih luas kerana sistem kewangan konvensional sudah menunjukkan kegagalan. Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia adalah satu- satunya negara yang berjaya membina satu sistem kewangan Islam, pasaran modal Islam, industri takaful dan pasaran wang secara Islam seiring dengan sistem kewangan konvensional. Sistem ini di dokong oleh kerangka pegawai seliaan syariah, perundangan dan urus tadbir yang lengkap malah sistem kewangan Islam di Malaysia turut mendapatkan sokongan dari masyarakat bukan Islam juga. Yang Berhormat Sri Gading memohon penjelasan mengapa not RM50.00 ini tidak dicetak seperti not RM5.00 yang mana ia menggunakan polimer bagi mencegah perdagangan dan kewujudan duit palsu RM50.00 yang semakin berleluasa. Untuk makluman Dewan yang mulia ini bagi tempoh 1 Januari 2009 hingga 30 September 2009, jumlah wang kertas palsu yang telah dikesan dan dilaporkan kepada Bank Negara adalah sebanyak 48,555 keping. Saya percaya pagi ini saya telah pun memberikan jawapan yang agak terperinci kepada semua Yang Berhormat dan saya tidak perlulah hendak mengulangi jawapan saya yang saya bagi pada pagi ini dalam sesi soal jawab. Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga Yang Berhormat Kuala Langat telah pun meminta penjelasan mengapa KWSP tidak menyediakan skim anuiti. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, skim anuiti ini walaupun diperkenalkan oleh Bank Negara pada 1 Julai 2000, tetapi oleh kerana begitu banyak masalah di mana pencarum-pencarum ditipu oleh agen-agen insurans maka kerajaan berpendapat bahawa lebih baik kita memberikan kepada pencarum-pencarum iaitu RM1,000 dalam tafsiran pendapatan di situ untuk mereka ini khususnya membeli anuiti yang ada di pasaran. Jika mereka ini membeli anuiti, barulah mereka ini dapat menuntut sebanyak RM1,000 dari tafsiran cukai pendapatan mereka ini. Yang Berhormat Arau meminta penjelasan berkaitan jumlah aset yang telah dibekukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memberikan kuasa pembekuan harta kepada agensi penguatkuasaan undang-undang sebenarnya telah bersifat pencegahan iaitu bagi menghalang individu daripada menghilangkan harta tersebut dan membantu agensi penguat kuasa menjalankan siasatan bersabit jenayah pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan dengan lebih berkesan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berdasarkan maklumat daripada Pejabat Peguam Negara setakat 31 Oktober 2009, sebanyak 78 kes pengubahan wang haram telah dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan di bawah undang-undang tersebut. Kes-kes ini membabitkan 57 orang tertuduh dan melibatkan jumlah perolehan sebanyak RM897.3 juta. Setakat ini enam kes telah berjaya disabitkan kesalahan yang membabitkan pelucutan hak harta sejumlah RM150,786 manakala dua kes lagi didapati tidak bersalah. Selain itu kira-kira RM3.64 juta harta daripada sepuluh kes lain telah dilucut hak tanpa pendakwaan di bawah akta-akta tersebut, kes-kes lain pula masih di peringkat perbicaraan.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Simpang Renggam meminta penjelasan mengenai syarat-syarat untuk memohon pinjaman yang begitu ketat dikenakan kepada Pengusaha Kecil dan Sederhana ataupun PKS serta disyaratkan pula kepada mereka untuk tidak memohon pinjaman daripada bank lain pada masa yang sama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PKS adalah penting kepada pertumbuhan ekonomi negara kita dan institusi perbankan merupakan sumber pembiayaan terbesar bagi sektor ini. Menyedari hal ini pelbagai usaha telah diperkenalkan untuk menambah baik kemudahan jangkauan dan perkhidmatan institusi perbankan kepada PKS. Pada masa ini kesemua bank perdagangan mempunyai cawangan di setiap negeri untuk memudahkan penyaluran dana kepada sektor PKS. Dalam usaha untuk memastikan PKS mendapat akses yang lebih baik kepada pembiayaan daripada institusi perbankan, kesemua bank perdagangan telah mewujudkan satu unit khusus untuk berurusan dengan pelanggan PKS, mewujudkan unit aduan dan mengadakan piagam pelanggan berhubung pemprosesan pinjaman PKS. Di samping itu juga kesemua bank-bank perdagangan dikehendaki memaklumkan sebab-sebab penolakan pinjaman kepada permohonan secara bertulis. Bagi meringankan beban PKS menghadapi keadaan ekonomi semasa yang mencabar, institusi perbankan turut menyediakan bantuan kepada PKS termasuk menyediakan pembiayaan dengan terma yang lebih fleksibel, menawarkan khidmat nasihat, menstrukturkan semula pembiayaan dan selain itu Bank Negara Malaysia juga menggalakkan institusi perbankan untuk melaksanakan pemantauan yang kerap ke atas peminjam-peminjam PKS untuk memastikan mereka mampu menjelaskan bayaran balik kepada bank atas pembiayaan yang telah pun diterima oleh mereka ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan di sini bahawa kerajaan telah menyediakan satu bajet yang komprehensif bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus kukuh dan seluruh rakyat Malaysia menikmati segala hasil kemakmuran negara. Dengan ini saya memohon kerjasama semua pihak termasuk wakil-wakil rakyat daripada parti pembangkang, menyokong usaha murni kerajaan dan menjayakan pelaksanaan langkah dan program dalam Bajet 2010. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah pun mengambil bahagian di dalam perbahasan dan kita harap akan...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri habis landing... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Habis dah Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri landing.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, habis dah.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sikit, sikit. Boleh Timbalan Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dah habis Yang Berhormat?

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Boleh ya Yang Berhormat? Sikit, sikit ya. Bersabitan dengan apa yang sedikit waktu lalu dalam bulan April tahun ini di mana OECD country meletakkan black listed iaitu LOFSA, Labuan International Banking and Financial Centres yang akibat daripada itu saya dapati banyak rang undang-undang dibentangkan. Sekarang ini kita sudah ada apa yang dikatakan sebagai the Malaysian International Islamic Financial Centres yang secara langsung telah mengambil peranan dan semacam tidak lagi ada the reason there, reason of existence ini sebab utama diwujudkan tax heaven itu sudah tidak lagi. Jadi apakah kementerian sedang memikirkan bahawa ia boleh diletakkan terus di bawah apa yang dikatakan Malaysia Islamic Financial Centre (MIFC) ini? Yang Berhormat Timbalan perdana sedikit penjelasan.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Mengenai aduan yang dibuat oleh OECD termasuk juga penyenaraian hitam Labuan Financial Centre ini, saya ingin menjelaskan bahawa pihak OECD ini memang tidak begitu tepat sekali bila mereka ini memberi amaran dekat kita sebab mengikut pengetahuan kita, kita tidak melakukan apa-apa kesalahan besar.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Cuma kita terlambat sedikit dari segi memberikan jawapan kepada mereka dan kerajaan sedang mengambil tindakan untuk ‘merectifykan’ dan tidak lama lagi selepas ini kita mempunyai lapan undang-undang bagi LOFSA supaya kita memperkukuhkan lagi tahap perkhidmatan LOFSA di Labuan dan juga kita dapat dan berjaya mendapat sokongan dari banyak negara di Eropah supaya Labuan ini terus menjadi satu financial centre yang kukuh, yang terkemuka dan bukan tax heaven. Kita tidak pernah mengatakan Labuan adalah satu tempat dikenali sebagai tax heaven. Kita tidak, kita cuma akan memperkukuhkan Labuan sebagai satu offshore financial centre di rantau Asia ini. Baiklah Yang Berhormat. Terima kasih kepada semua dan kita harap bajet di peringkat dasar ini akan mendapat sokongan daripada semua. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis: “Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan WangPembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran- butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut hendaklah disahkan.”

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Isnin 20 November 2009. Dewan ditangguhkan pada pukul 10.13 malam.