Dewan Rakyat · 25 November 2009
15th Parliament, session 2, meeting 3 · 478 turns · 37,086 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan] minta
(a) berapakah peruntukan yang diperuntukkan kepada Majlis-majlis Perbandaran di Sabah; dan (b) apakah kaedah pengagihannya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pelbagai bentuk peruntukan telah disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Sabah. Antara peruntukan yang disalurkan adalah untuk tujuan melaksanakan Program Pembangunan seperti projek-projek kecil pembangunan di PBT, Program Kebersihan, Program Local Agenda 21, dan Program Keselamatan Awam. Bagi tahun 2009 di bawah belanja pembangunan peruntukan berjumlah RM79,096,735 telah disediakan kepada PBT-PBT di negeri Sabah yang meliputi RM42.45 juta untuk melaksanakan program-program projek kecil pembangunan di PBT, RM626,000 untuk Program Kebersihan, RM83,000 untuk Program Local Agenda 21 dan RM200,000 pula untuk Program Keselamatan Awam serta peruntukan tambahan sebanyak RM35.74 juta untuk projek-projek kecil pembangunan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua. Di bawah belanja mengurus pula sebanyak RM30,280,966.15 telah diperuntukkan yang meliputi pemberian sumbangan membantu kadar berjumlah RM26.15 juta, pembayaran emolumen kepada kakitangan OSC (kontrak) berjumlah RM1.19 juta dan bantuan pembayaran bil lampu jalan dan lampu isyarat untuk jalan-jalan Persekutuan dalam kawasan PBT berjumlah RM2.93 juta. Untuk tahun 2009, kementerian melalui Jabatan Landskap Negara memperuntukkan sebanyak RM1.053 juta untuk menaikkan taraf taman awam dan penyelenggaraan landskap dan taman awam di PBT-PBT Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selain daripada jenis-jenis peruntukan yang tersebut di atas, mulai tahun 2010 geran tahunan juga akan diberikan kepada PBT-PBT di negeri Sabah. Untuk tujuan itu peruntukan berjumlah RM34.56 juta juga akan disediakan. Tuan Yang di-Pertua, secara dasarnya pengagihan peruntukan pembangunan kepada PBT-PBT dibuat melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Sebelum itu pihak PBT di Sabah akan mengemukakan senarai cadangan projek melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan untuk pertimbangan dan kelulusan untuk dilaksanakan. Projek-projek yang telah diluluskan ini akan dilaksanakan oleh PBT-PBT dan penyaluran peruntukan bagi tujuan pembayaran akan dibuat melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Untuk Belanja Mengurus, pengagihan dibuat dengan cara terus kepada PBT-PBT di Sabah melalui kaedah electronic fund transfer untuk bantuan OSC dan bantuan bil elektrik. Untuk SMK bayaran itu dibuat melalui Pejabat Perbendaharaan Sabah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, peruntukan melalui PBT-PBT ini adalah untuk memberi perkhidmatan dan pembangunan di dalam kawasan pentadbiran PBT-PBT sahaja. Terima kasih.
Yang Berhormat Kalabakan. Ringkaskan soalan, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya gembira kerana saya dengar banyak peruntukan disalurkan tetapi walaupun ada kegembiraan, saya mahu tahu sama ada peruntukan yang diberikan kepada Sabah adalah setimpal kalau dibandingkan dengan peruntukan yang diberikan kepada PBT-PBT atau Majlis-Majlis di Semenanjung Malaysia. Jadi saya mahu minta kalau Menteri ada butir-butir, saya mahu dijawab di dalam Dewan, kalau tidak mungkin secara bertulis, berapa bandingan di antara PBT-PBT atau majlis di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya peruntukan-peruntukan yang disalurkan untuk kaedah mengurus semua itu adalah tertakluk kepada dasar di bawah Akta 245. Akan tetapi untuk peruntukan pembangunan, ia di atas permohonan dari PBT- PBT dan juga untuk negeri Sabah melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Jadi kalau dibandingkan untuk tahun yang akan datang, geran tahunan yang akan diagihkan kepada negeri Sabah sebanyak RM34.559 juta dan ini merupakan lebih daripada 10 peratus dari jumlah yang diagihkan untuk seluruh negara yang lebih kurang RM300 juta sahaja. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Kalabakan, Majlis Perbandaran Tawau selama ini tidak dianaktirikan. Seperti di negeri Sabah, jumlah pengagihan untuk pembangunan adalah RM79 juta untuk 22 PBT di negeri Sabah. Majlis Perbandaran Tawau mendapat RM4.741 juta dan merupakan di tangga yang ketiga tertinggi di Sabah. Untuk belanja mengurus juga sama di mana Majlis Perbandaran Tawau juga di tangga yang ketiga dan Majlis Perbandaran Tawau mendapat RM4.926 juta dari sejumlah RM30 juta yang diagihkan ke 22 PBT di negeri Sabah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Menteri, Kota Kinabalu ialah sebagai gateway to Borneo. Peruntukan dari kementerian sangat kecil, hanya RM4 juta. Saya hendak tanya Menteri, bolehkah timbang atas tambahan peruntukan untuk DBKK dalam tahun yang akan datang? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Sebenarnya Dewan Bandaraya Kota Kinabalu begitu penting sekali untuk kita yang merupakan gateway negeri Sabah. Oleh kerana itu kementerian KPKT tidak mengabaikan dari segi peruntukan untuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di mana Dewan Bandaraya Kota Kinabalu consistently adalah dalam tangga yang tertinggi dalam pengagihan peruntukan misalnya dalam sumbangan membantu kadar SMK. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mendapat hampir RM10 juta dari RM26 juta yang diagihkan untuk negeri Sabah dan untuk belanja pembangunan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mendapat hampir RM5 juta dari RM79 juta yang diagihkan dan untuk belanja mengurus juga dari sejumlah RM30 juta yang diagihkan untuk negeri Sabah. Jadi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mendapat lebih dari RM10 juta. Itu adalah jawapan saya dan untuk masa-masa yang akan datang dan kalau ada keperluan yang tertentu, kementerian saya juga sedia membantu semua PBT di negeri Sabah bukan sahaja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Sabah sahajakah Yang Berhormat?
2. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [Balik Pulau] minta Menteri Pelajaran menyatakan, pendirian kementerian mengenai campur tangan politik terhadap sistem dan hal ehwal pendidikan negara. Apa keputusan kementerian terhadap cadangan agar hal ehwal pendidikan dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Pendidikan yang dianggotai oleh tokoh-tokoh pendidikan dan bukan orang politik.
Waalaikumsalam dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia bertanggungjawab membuat keputusan bagi melaksanakan segala dasar pendidikan serta bertanggungjawab mentadbir seluruh sistem pendidikan. KPM diterajui oleh seorang Menteri dengan dibantu oleh dua orang Timbalan Menteri termasuk saya. Bagi memastikan kelicinan pentadbiran, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia selaku ketua pentadbir bertanggungjawab kepada Menteri Pelajaran dalam segala operasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Ketua Pengarah Pelajaran pula mengetuai dan bertanggungjawab penuh dalam bidang profesional. Kedua-dua pegawai tertinggi ini menjadi sumber rundingan Menteri Pelajaran mengenai seluruh dasar pelajaran dan pelaksanaannya. Kementerian Pelajaran ditadbir secara profesional oleh pegawai-pegawai yang komited tanpa dipengaruhi oleh pendirian parti politik. NKRA kerajaan iaitu memberikan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan membuktikan kesungguhan kerajaan memberikan keadilan kepada rakyat tanpa mengira latar belakang politik mereka. Oleh itu penubuhan Suruhanjaya Pendidikan amat-amat tidak diperlukan.
Terima kasih. Saya sudah menjangkakan itu tetapi mohon penjelasan. Saya yakin Menteri yang pernah berada di Amerika Syarikat, di United Kingdom dan sebagainya arif mengenai cadangan paragraph 17 UNESCO, arif mengenai Deklarasi 5, arif mengenai Bologna dan sebagainya di mana antara lain Tuan Yang di-Pertua, mengatakan antara prasyarat world class academic institution, dengan izin, ialah autonomy and academic freedom. Akan tetapi di sini saya mohon penjelasan yang saya maksudkan di sini sebenarnya bukan kebebasan yang bukannya untuk membuat sewenang-wenangnya iaitu kebebasan mutlak. Bukan itu yang saya maksudkan, kerana itu Menteri akan cakap tidak boleh. Saya tahu itu. Akan tetapi yang saya maksudkan di sini ialah kebebasan dan autonomi untuk para pendidik agar cadangan-cadangan mereka ini dipakai. Maksudnya bukan seperti yang dijawab oleh Menteri tadi, kami kerajaan, kami tahu, kami kawal, maksudnya masih lagi politik lama. Politik talk down, ini maksudnya yang orang pendidik, mereka yang cadang Menteri kena ambil secara seriously bukan another way around. Itu yang saya maksudkan sebagai...
Soalan Yang Berhormat. Ini bukan masa beri preaching dengan Menteri Yang Berhormat.
Minta maaf Tuan Yang di- Pertua kerana soalan ini untuk masa depan anak bangsa.
Sebenarnya saya hendak minta Yang Berhormat ringkaskan soalan dan jawapan tadi tetapi Yang Berhormat fikirkan.
Minta maaf Tuan Yang di- Pertua kerana soalan autonomy academic freedom, ia conceptual. I have to explain, minta maaf. Timbalan Menteri, mohon penjelasan. Yang saya maksudkan hanya freedom, kebebasan supaya orang akademik ini rasa cadangan mereka ini diterima. Itu pandangan saya. Mohon penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Sebenarnya di dalam amalan pendemokrasian pendidikan di negara kita, kita memang terbuka untuk menerima segala pandangan. Oleh kerana itu kita sering mengadakan seminar, konvensyen dan sebagainya dan sememangnya kita sering merujuk kepada pakar-pakar dalam bidang pendidikan dalam sesuatu dasar yang kita mahu laksanakan.
Kita tidak pernah menafikan pandangan mereka ini apatah lagi pakar-pakar yang sedia ada di dalam Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran adalah satu kementerian yang mempunyai pegawai yang paling ramai sekali, hampir 12 ribu orang, dekat lapan buah bangunan. Jadi, maksudnya di sini memang kita mengurus tadbir pendidikan negara ini, apatah lagi kita mempunyai Dasar Pelajaran Kebangsaan. Kita sudah tentu tidak akan mengurus pendidikan kita ini...
Yang Berhormat Menteri, saya betulkan, Dasar Pelajaran tidak ada, yang ada Dasar Pendidikan.
Ya, sebab itu...
Yang Berhormat Menteri Pelajaran, Dasar Pelajaran tidak ada.
Beri saya jawab Yang Berhormat, sebab itu saya kata bahawa Dasar Pelajaran Kebangsaan kita adalah jelas, ini memang ada dalam akta kita dan sebagainya. Saya tahu kebimbangan Yang Berhormat ialah tentang soal campur tangan politik. Kita tidak akan mencampurkan politik, kita tidak akan mempolitikkan anak- anak kita yang masih kecil, apatah lagi yang ada di Tadika. Kadang-kadang di pihak sanalah yang selalu mempolitikkan Tadika macam PASTI... [Ketawa] Kita tidak sebab itu Yang Berhormat selalu sangat hendak minta suruhanjaya, apabila buat SPRM pun akhirnya tidak percaya juga pada SPRM. Inilah politik. Terima kasih.
Yang Berhormat Hulu Langat minta tolonglah, jangan. Tolonglah, ini bukan tempat clown ya. Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian iaitu salah satu daripada komponen penting dalam urusan pendidikan ini ialah berkenaan dengan Skim Perkhidmatan Guru. Saya dapati bahawa Skim Perkhidmatan Guru ini memang daripada asalnya diuruskan oleh bidang profesional, oleh pihak guru. Namun begitu, apabila sampai ke peringkat kenaikan pangkat, perjawatan dan sebagainya, ia telah diambil alih oleh pihak JPA. Saya dapati bahawa proses kenaikan pangkat ataupun perjawatan kepada pihak guru ini berjalan dengan lambat kerana pihak yang menguruskannya bukan merupakan pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan bercadang supaya pengurusan kenaikan pangkat guru ini 100 peratus diuruskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Ini supaya kekosongan-kekosongan jawatan yang ada, umpamanya jawatan guru cemerlang yang masih lagi banyak tidak diisi akan dipercepatkan dalam proses kenaikan pangkat guru-guru. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Hulu Terengganu. Sebenarnya, kita ada dua, yang pertama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang berkaitan dengan soal pengesahan taraf berpencen dan sebagainya. Keduanya ialah Bahagian Sumber Manusia di Kementerian Pelajaran, iaitu menguruskan soal kenaikan pangkat. Walaupun Bahagian Sumber Manusia ini ditadbir oleh PTD, bukan mereka yang latar belakang dan asalnya sebagai pendidik tetapi hingga setakat ini, kita sentiasa memantau dan memastikan bahawa soal-soal kenaikan pangkat pegawai-pegawai pendidikan kita ataupun guru-guru kita adalah mengikut perkara-perkara yang sudah ditentukan. Terutamanya dari segi kecemerlangan, senioriti dan kita tidak menjalankan dasar pilih kasih dalam soal pelantikan tersebut. Terima kasih.
3. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, apakah usaha pihak kementerian untuk mengatasi kekangan utama kepada usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pesaing penting dalam bioteknologi yang dianggap sebagai bidang masa depan, seperti mana yang telah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, bahawa kita gagal untuk melahirkan, high caliber science, technology and innovative human capital.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut rekod daripada pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tidak ada catatan mengenai penggunaan perkataan gagal dalam persoalan tersebut. Apa yang ada ialah kenyataan belum mencapai sepenuhnya matlamat untuk melahirkan high caliber science, technology and innovative human capital. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah mengenal pasti bahawa bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan baru dan berpotensi berdaya saing di peringkat global. Melalui adanya Dasar Bioteknologi Negara yang telah dilancarkan pada April 2005, Malaysia berhasrat untuk muncul sebagai pusat pendidikan dan komersial bioteknologi yang penting dirantau ini. Semasa Dasar Bioteknologi Negara digubal, kerajaan telah mengenal pasti kelemahan- kelemahan yang akan melambatkan pertumbuhan industri bioteknologi negara dan perlu diatasi. Antara kelemahan yang telah dikenal pasti ialah: (i) Kumpulan Kritikal Saintifik dan rangkaian industri yang lemah; (ii) sistem pengurusan Harta Intelek yang belum mantap; (iii) bekalan kepakaran yang terhad; (iv) bilangan syarikat bertaraf dunia yang terhad untuk meningkatkan standard dan mewujudkan persaingan; (v) keperluan terhadap pemain global tempatan; (vi) keperluan terhadap pembabitan modal teroka yang lebih kukuh; (vii) melatih saintis dan penyelidik dalam bidang bioteknologi di bawah program National Science Fellowship, dengan izin; dan (viii) menambah kepakaran tempatan dalam bioteknologi melalui Program Brain Gain dan Program The Explorer. Sungguhpun demikian, dasar tersebut telah digubal secara komprehensif bagi menangani kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti tadi. Tindakan-tindakan yang telah diambil untuk pihak kerajaan dalam meningkatkan dan memperbaiki kelemahan tersebut ialah seperti berikut: (i) menubuhkan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp); (ii) memperkenalkan status BioNexus serta konsep BioNexus; (iii) mengadakan Program Latihan Khas Keusahawanan Bioteknologi (BeST) kepada graduan; (iv) Program Rakan BioNexus dan Program Latihan Pengurusan Harta Intelek; dan (v) bekerjasama dengan California Institute of Quantitative BioScience bagi meningkatkan keupayaan universiti-universiti tempatan untuk mempromosikan hasil penyelidikan; dan (vi) mengadakan program padanan teknologi (technology match matching) antara syarikat tempatan dan antarabangsa untuk perolehan teknologi (technology acquisition) dalam mempercepatkan pembangunan industri bioteknologi Malaysia. Kerajaan juga telah menubuhkan Institut Kecemerlangan Bioteknologi yang akan menjadi pusat penyelidikan bioteknologi yang berasaskan kepada teknologi pelantar (platform technology). Institut-institut tersebut ialah Institut Agrobioteknologi (ABI), Institut Genom Malaysia (MGI) dan Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPHARM). Selain daripada menjalankan penyelidikan teknologi pelantar, institut-institut ini juga akan menjadi pusat aktiviti-aktiviti bioteknologi yang menghubungkan akademik, industri dan institusi penyelidikan lain dalam dan luar negara. Dalam usaha menggalakkan pelaburan antarabangsa, kerajaan telah mewujudkan Malaysian Life Sciences Capital Fund (MLSCF) iaitu dana modal teroka untuk membuat pelaburan di dalam bidang sains hayat.
MLSCF akan melabur di dalam bidang-bidang berdaya maju tinggi di dalam dan luar negara dengan sasaran minimum peratusan keuntungan. Selain daripada MLSCF, kerajaan juga telah mewujudkan Malaysian Debt Ventures, iaitu sebuah GLC modal teroka untuk industri bioteknologi. Saya ingin tambahkan yang terkini iaitu pada Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi (BIOIAP) pada 19 November 2009 yang lalu, kerajaan mengambil maklum pandangan pakar bahawa bagi memastikan Malaysia dapat memperkukuh dan memperkembangkan aspek inovasi dan penyelidikan dalam pembangunan dengan lebih pantas, perlu diwujudkan institusi penyelidikan cemerlang yang mempunyai program dan kurikulum yang melibatkan penyelidikan termoden dan terkini. Serta ia dapat menghasilkan rangkaian (networking) bersama pihak industri global di dalam bidang sains hayat, khususnya bioteknologi. Sehubungan dengan ini, kerajaan telah pun bersetuju dengan penubuhan sebuah institusi cemerlang iaitu Malaysian National Innovation Centre (MyNIC) serta jaringan Innovation Centres of Excellence (ICOE) di bawahnya bertujuan untuk memperkasakan daya inovasi penyelidikan dan pembangunan di dalam negara. Inisiatif ini juga merupakan strategi yang dapat menarik perhatian saintis dan penyelidik tempatan yang berkemahiran tinggi di luar negara untuk pulang dan bekerja di Malaysia. Ini memberikan manfaat yang besar, khususnya dalam usaha meningkatkan lagi keupayaan penyelidik tempatan. Terima kasih.
[Bangun]
Amat komprehensif jawapan. Ada soalan lagi Yang Berhormat? Sila Yang Berhormat Silam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana sudi sendiri datang menjawab soalan yang dikemukakan daripada Parlimen Silam dan sesungguhnya jawapannya sungguh komprehensif dan menyeluruh, ini membuktikan komitmen kerajaan. Namun persoalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, oleh sebab komprehensif dan secara menyeluruhnya perancangan kementerian ini, apakah fokus utama yang akan menjadi keutamaan pada pihak kementerian ini setelah MyNIC yang akan dilancarkan menjelang tahun hadapan ini untuk membolehkan ianya lebih terarah, dan lebih fokus tentang peranan dan tanggungjawab kementerian itu serta menjadi ikutan dan garis panduan kepada rakyat di negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat dari Silam atas minat dalam perkara ini. Sememangnya MyNIC yang sedang kita gubal dan kita sedang buka untuk input-input daripada semua pihak termasuk Ahli-ahli Parlimen dan juga ada seminar-seminar tertentu yang sedang dan akan dikendalikan, dan juga input-input panel IAP antarabangsa dalam bidang teknologi, tetapi satu-satunya ialah memang memupuk dan mematangkan lagi sifat inovasi di kalangan semua lapisan masyarakat khususnya di peringkat industri, akademia dan kerajaan dan juga di peringkat akar umbi. Kedua ialah untuk menaiktarafkan centres of excellent yang sedia ada di institusi pengajian tinggi serta juga di institusi-institusi penyelidikan dan juga di peringkat swasta daripada segi fasiliti-fasilitinya. Seterusnya mengredkan centres of excellent ini kepada apa yang kita sebut innovation centres of excellent di bawah jaringan NIC ini. Dan kita juga bercadang supaya selain daripada membiarkan pusat-pusat kecemerlangan ini berada di mana mereka berada, kita bercadang juga untuk mengumpulkan mana yang boleh di satu tempat, di mana aktiviti inovasi itu boleh diperhatikan daripada bidang ICT, bidang bioteknologi, bidang industri teknologi, bidang creative art dan seterusnya. Jadi, ini dalam proses dan mana-mana Ahli Yang Berhormat yang mempunyai input, sila e-mel kepada saya secara peribadi ataupun hantarkan idea- idea kepada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dan kita bercadang perkara ini dibuka untuk perbahasan meluasnya pada awal Januari sebelum dia dilengkapi untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Cadangan-cadangan dan juga pembukaan pusat-pusat inovasi ini saya rasa sangat cantik. Saya hendak bertanya kepada Menteri, sedarkah Menteri malam tadi selepas kita habis bersidang, balik ke rumah dan menonton televisyen Astro, ada sebuah filem yang dilakonkan oleh Michael Douglas dengan Demi Moore, tidak tahulah sebutan betul atau tidak yang di dalamnya bercakap mengenai perkembangan teknologi komputer ini, cukup jauh. Betul atau tidak, itu filem. Cuma apabila disebut di sana suatu projek Malaysia, namanya Projek Malaysia dalam filem itu, projek digital, Digicom...
Ringkaskan Yang Berhormat.
Jadi soalannya, sedarkah Menteri bahawa filem itu memberikan kempen yang negatif terhadap industri di Malaysia, di mana dikatakan udara kotor sehingga proses pembangunan komputer ini bahaya, kemudian yang sepatutnya digital dibuat secara manual. Walaupun ini filem tetapi tidakkah ini menjejaskan imej kita dalam konteks inovasi ini? Terima kasih.
Kepada Yang Berhormat Kuala Krai, terima kasih atas sentuhan itu. Saya belum ada peluang untuk menelitinya tetapi pihak kementerian saya sendiri akan ambil tindakan untuk melihat dalam satu dua hari ini, tetapi sekadar untuk mengatakan bahawa daripada segi perkembangan sektor ICT di Malaysia dengan adanya Multimedia Super Corridor. Dua minggu yang lalu kita telah mengadakan mesyuarat panel antarabangsa, iaitu penasihat kepada MSC dan masih penekanan oleh ahli-ahli panel yang terdiri daripada pakar-pakar di peringkat antarabangsa, hampir daripada semua continent, dengan izin, mengatakan bahawa pencapaian negara Malaysia dalam bidang ini masih dalam peringkat yang disegani oleh negara lain. Namun kita perlu melakukan langkah-langkah untuk hendak lift forward di dalam bidang ini, dan satu-satunya ialah mematangkan industri-industri ICT tempatan dan bukan memfokuskan sahaja untuk membawa syarikat-syarikat antarabangsa di sini. Daripada segi soalan kotor, I think itu adalah satu tuduhan kerana semalam saya merasmikan satu majlis bersama dengan outsourcing companies dan memberi sijil-sijil kepada mereka. Outsourcing companies ini antaranya ialah mentadbir data centres yang world class dan tidak kurang daripada MSC 100 company, 30 peratus daripada mereka adalah outsourcing companies yang mengendalikan data centres dan data centres ini tidak boleh hidup kalau suasana itu kotor ataupun kuasa power itu, tenaga tak mencukupi dan seterusnya. Jadi saya akan menelitikan itu, tetapi itulah ulasan kita. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat, tidak ada lagi dah Yang Berhormat.
4. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching] minta Perdana Menteri menyatakan, berapa jumlah peruntukan pembangunan telah diluluskan untuk bandar raya Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri dalam tahun 2007, 2008 dan 2009. Berapa daripada jumlah yang diluluskan itu telah dibelanjakan?
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kuching mengenai soalannya. Tuan Yang di-Pertua, sehingga 16 Oktober 2009, peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan dan perbelanjaan untuk bandar raya Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri bagi 2007, 2008 dan 2009 begitu panjang sekali senarai jumlahnya, banyak sangat. Untuk Bandar Kuching sahaja saya akan baca kerana ini memerlukan suatu yang Yang Berhormat Bandar Kuching sendiri mahu. Yang lain saya boleh beri dalam bentuk jawapan nanti.
|Tahun|Peruntukan (RM/juta)|Dibelanjakan (RM/juta)|Peratus (%)| |----:|-------------------:|---------------------:|-----------:| | 2007| 578| 442| 76| | 2008| 589| 548| 93| | 2009| 755| 295| 39|<END_TABLE_MARKER> Senarai nama projek-projek itu begitu panjang sekali di mana begitu besar sekali ini, 23 muka surat. Saya akan bekalkan jawapan ini kepada Yang Berhormat nanti.
Secara bertulis Yang Berhormat?
Ya, Yang Berhormat Bandar Kuching.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi kata akan beri saya senarai projek-projek itu. Saya mengucapkan terima kasih dan bolehkah Yang Berhormat juga membekalkan maklumat bahawa sama ada nama kontraktor projek itu dan sama ada pelantikan kontraktor itu melalui open tender atau direct negotiation. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, amalan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ada menggunakan kaedah-kaedah yang dikatakan tadi. Satu melalui tender untuk kontraktor-kontraktor yang mempunyai niche, iaitu technicality yang tertentu untuk kerja-kerja tertentu diadakan negotiate tender. Maka Yang Berhormat boleh bincang dengan kita kerana projek itu begitu banyak sekali. Secara spesifikasi boleh jumpa saya secara peribadi untuk mendapat maklumat. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Ini soalan Sarawak Yang Berhormat ya. Jangan cerita hal lain.
Ya, ya. Saya hendak tanya pasal jawapan yang diberi. Saya lihat bahawa ada bajet yang diluluskan yang begitu besar, tetapi penggunaannya khususnya untuk 2009 kalau tidak silap saya hanya 39 peratus sahaja, lebih kuranglah daripada apa yang telah diluluskan. Maka, saya hendak tanya apakah dasar kerajaan dalam keadaan-keadaan yang sebegini, di mana satu senarai projek telah pun diberikan dan anggaran keperluan telah pun diluluskan, tetapi akhirnya penggunaannya jauh berkurangan. Adakah ini diambil kira sebahagian daripada KPI pihak PBT, di mana mereka tidak melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan.
Dalam keadaan yang sebegitu rupa, saya hendak tanya mengapa pula kita selalu belanja lebih daripada bajet dalam kita punya nasional bajet sedangkan dalam kementerian yang berkenaan sini, kita melihat bahawa jumlah yang diperuntukkan tidak digunakan. So dalam keadaan begitu bagaimana kita selalu tiap-tiap tahun ada satu permohonan untuk bajet tambahan. Dua soalan ya, saya harap Timbalan Menteri boleh jawab terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Yang pertama itu, seyogia diingatkan bahawa apabila Rancangan Malaysia Kesembilan dirancang, diasaskan pada tahun 2005 dan pelaksanaannya telah dibentuk pada reka bentuknya telah diwujudkan pada 2006. Dalam tempoh dua tahun semasa mantan Perdana Menteri kita iaitu Pak Lah, maka wujudlah konsep pembangunan koridor. Maka apabila ada dua konsep ini, ada pertindihan projek antara koridor dengan Rancangan Malaysia Kesembilan.
Maka ada projek-projek tertentu di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan yang telah dirancang, terpaksa ditukar kepada koridor. Maka di dalam koridor kita lihat ada peruntukan sebanyak RM1.52 bilion yang telah komited dalam Rancangan Malaysia Kesembilan yang sama. Satu, yang kedua ini kenapa kurangnya yang digunakan bila pelaksanaan berlaku? Ada banyak isu berkaitan dengan tanah berkaitan dengan local government dengan izin, kerajaan tempatan dan pelbagai perkara yang perlu diselaraskan. Maka kita masih ada 2010 untuk menghabiskan Rancangan Malaysia Kesembilan. Kita ada setahun lagi. Kita tunggu selepas tahun hadapan, apakah pelaksanaannya dapat disempurnakan seperti mana yang telah diperuntukkan. Yang kedua ini, kenapa selalunya ada kos yang akan melepasi anggaran yang dilakukan. Saya rasa itu yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Shah Alam. Kenapa ada selalunya siling lebih daripada apa yang telah dirancang dan dianggarkan, adakah itu yang ditanyakan oleh Yang Berhormat? Mungkin minta penjelasan dahulu.
Timbalan Menteri minta penjelasan dengan saya... [Ketawa]
Tidak payah Yang Berhormat, tidak payah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu adakah itu yang ditujukan tadi soalannya. Saya boleh jawab kalau itu...
Yang Berhormat, saya tidak bagi cara ini Yang Berhormat.
Okey, okey. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat tadi, kadang-kadang kosnya melampau sedikit kerana baru-baru ini kita ada dalam tempoh tiga tahun lalu, kita ada kemelesetan ekonomi dan sebelum itu kita ada harga kos minyak yang begitu melambung. Maka, sudah tentunya kos untuk construction, contohnya infrastruktur dan kos-kos yang lain tetap akan meningkat bersama. Maka ini adalah berdasarkan kepada keadaan semasa dan ini adalah di luar dugaan di luar perancangan. Maka ini berlaku dalam semua ekonomi dalam semua projek. Maka ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dikawal. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin memperingati kita semua bersamalah. Soalan tambahan hanya satu Yang Berhormat, tidak boleh dirangkai, tidak boleh dua. Jadi Menteri mendengar boleh ada opsyen, kalau hendak jawab ataupun tidak hendak jawab. Ini dalam peraturan 24(3)(ii) Yang Berhormat. Kita peringat sama sendiri.
Saya bagi penerangan pada soalan dia secara bertulis.
Tidak apa Yang Berhormat, saya bukan menegur Yang Berhormat. Saya menegur semua termasuk saya sendiri.
5. Tuan Ding Kuong Hiing [Sarikei] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, adakah pihak kementerian bercadang menambahkan peruntukan di bawah RMK-10 untuk pertukaran penambahbaikan paip air jenis AC (Asbestos Cement) kepada jenis HDPE (High Density Polyethlene) dan menambah bilangan loji air di seluruh negeri Sarawak khasnya di kawasan Parlimen Sarikei berikutan peningkatan permintaan bekalan air di kawasan luar bandar. Jika tidak apakah faktor-faktor.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa memantau kemajuan pelaksanaan program penukaran paip agihan dan retikulasi dan paip hubungan yang sedang dijalankan di seluruh negara secara berperingkat mengikut keutamaan dan usia paip-paip air di setiap negeri.
Kekerapan berlakunya paip air pecah dan bocor terutamanya paip-paip jenis asbestos cement dengan izin dan kebanyakannya telah usang dan berusia lebih 30 tahun telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada punca kepada masalah gangguan bekalan dan kualiti air minum yang tidak memuaskan. Untuk menggantikan keseluruhan paip di seluruh negara, ia akan memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi. Justeru bagi menangani masalah ini, program penggantian paip-paip AC atau asbestos cement tersebut perlulah dilaksanakan secara peringkat mengikut keutamaan di setiap Rancangan Malaysia. Program penggantian paip ini adalah sebahagian daripada program pengurangan kadar kehilangan air tidak berhasil atau NRW iaitu non revenue water. Program tersebut merupakan agenda tetap kerajaan dan sejumlah peruntukan disediakan di setiap negeri dalam satu-satu Rancangan Malaysia lima tahun adalah dianggarkan 30 peratus dari jumlah peruntukan. Tuan Yang di-Pertua, bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh kementerian telah difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak juga telah bercadang untuk memohon peruntukan melalui kementerian ini bagi pembinaan loji rawatan air baru dan menaikkan taraf loji-loji sedia ada di seluruh negeri Sarawak. Bagi kawasan Parlimen Sarikei, Kerajaan Negeri Sarawak bercadang untuk memohon peruntukan bagi menaik taraf pembinaan loji rawatan air di Bayong, Sarikei. Loji ini perlu dinaikkan taraf berikutan peningkatan permintaan bekalan air di kawasan sekitarnya. Kapasiti loji air Bayong setakat ini adalah 33 juta liter sehari dan perlu dinaikkan taraf sampai 140 juta liter sehari. Dengan peningkatan tersebut loji ini dijangka mampu memenuhi permintaan bekalan air di kawasan Sarikei, Bintagor, Tanjong Manis dan kawasan-kawasan sekitarnya. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan soalan saya. Tuan Yang di-Pertua, menurut laporan dari JKR Sarikei bahawa perkara non revenue water dengan izin, telah berlaku akibat kebocoran paip air dan jumlahnya dijangka hampir 50 peratus. Selain daripada itu, kebanyakan rumah di kawasan luar bandar telah dipasang dengan pili air tetapi tiada bekalan air seperti yang dirungut oleh penduduk kawasan saya. Persoalannya apakah strategik kementerian bagi menyegerakan masalah ini diatasi dan boleh dikatakan serius.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di seluruh Sarawak NRW ini tidak setinggi seperti yang disebutkan iaitu 50 peratus. Maklumat yang kita dapati terima daripada pihak negeri ialah NRW ini adalah lingkungan 29 peratus setiap tahun. Walau bagaimanapun, kalaulah kehilangan di kawasan Sarikei ini sampai 50 peratus dari segi NRW ini, saya rasa ini adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian yang rapi.
Saya inginlah berbincang dengan pihak negeri kerana program untuk mendapatkan infrastruktur baru bagi bekalan air ini adalah secara pinjaman daripada negeri. Oleh sebab itu maka saya kenalah berbincang dengan pihak negeri sama ada penukaran paip-paip di kawasan Sarikei ini boleh diutamakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 nanti.
[Bangun]
Terima kasih Yang Berhormat. Tidak payahlah Yang Berhormat, ini soal Sarikei Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tidak payahlah Yang Berhormat. Menteri pun sudah cakap sudah akan ambil tindakan Yang Berhormat.
6. Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, bilangan dan lokasi Pusat Jagaan Kanak-kanak yang ditubuhkan oleh kementerian supaya membolehkan ibu-ibu tunggal keluar bekerja.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat melaksanakan Program Sokongan Sosial bagi membantu ibu bapa termasuk ibu-ibu tunggal keluar bekerja melalui pewujudan Taska Komuniti iaitu pusat pengasuhan dan jagaan kanak-kanak yang berumur di bawah empat tahun untuk golongan ibu bapa yang berpendapatan rendah. Iaitu mereka yang berpendapatan di bawah RM2000 sebulan di bandar dan RM1200 di luar bandar. Sehingga bulan Oktober 2009 sebanyak 36 buah Taska Komuniti telah diwujudkan di lokasi seperti berikut: | Tempat |Jumlah Taska Komuniti| |--------------------------------|--------------------:| |Selangor | 6| |Perak | 4| |Johor | 2| |Sarawak | 3| |Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur| 4| |Negeri Sembilan | 2| |Pahang | 2| |Kedah | 2| |Kelantan | 2| |Terengganu | 3| |Sabah | 2| |Melaka | 1| |Labuan | 1| |Pulau Pinang | 1| |Perlis | 1| |Jumlah | 36|<END_TABLE_MARKER> Program ini telah memberi manfaat kepada seramai 490 orang kanak-kanak. Sekian terima kasih.
Ya Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih. Timbalan Menteri, memandangkan kita ada lebih kurang 250,000 buah keluarga yang dipimpin oleh ibu tunggal dan kita hanya ada 36 buah pusat asuhan kanak-kanak. Memandangkan ini untuk ibu-ibu tunggal ini jika mereka hendak keluar kerja mereka terpaksa keluar kerja untuk cari pendapatan untuk keluarga. Akan tetapi bila mereka keluar kerja dia perlu bantuan child care centre yang juga dengan harga yang kos yang tidak begitu tinggi. Jadi nampaknya apa yang kita bekalkan sekarang jauh kurang daripada apa yang diperlukan oleh kumpulan ibu tunggal 250,000 pada masa ini. Jadi apakah cadangan strategik daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk kendalikan masalah ini. Adakah cadangan untuk memberi peruntukan kepada NGO seperti Kesatuan Penduduk untuk mengendalikan perkhidmatan ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya sempena Hari Wanita 2005 pada 25 Ogos 2005, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada masa itu telah pun mengumumkan Taska Komuniti iaitu sebanyak sepuluh buah Taska Komuniti akan ditubuhkan bermula dari tahun 2006. Inilah mengapa sampai ke hari ini kami telah pun ada 36 buah Taska Komuniti dan projek ini akan diteruskan. Untuk maklumat Yang Berhormat sebenarnya kementerian kita bekerjasama dengan NGO-NGO untuk menubuhkan dan memperbanyakkan lagi Taska Komuniti dengan beri peruntukan untuk NGO-NGO yang mengendalikan iaitu kita beri sebanyak RM55,000 geran untuk penubuhan dan geran tahunan RM64,000 setahun kepada Taska Komuniti yang dikendalikan oleh NGO.
Di bawah Pelan Tindakan Pembangunan Wanita salah satu strategi untuk mengukuhkan dan mengekalkan kedudukan wanita dalam pekerjaan. Juga memastikan semua wanita dari keluarga yang miskin mereka dapat keluar bekerja. Kita telah pun memastikan majikan menyediakan kemudahan dan sokongan kepada wanita bekerja. Sehubungan itu aktiviti umum yang digariskan untuk mencapai objektif ini adalah: (i) menggalakkan persekitaran kerja mesra keluarga seperti mewujudkan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja, mengamalkan waktu kerja fleksibel dan menyediakan kemudahan cuti untuk menjaga anak; (ii) menggalakkan penubuhan taska dalam komuniti serta pusat penjagaan kanak-kanak di luar waktu persekolahan; dan (iii) menggalakkan penubuhan dan pengurusan taska melalui kaedah tanggungjawab sosial korporat. Selain daripada Taska Komuniti, kementerian juga telah pun beri peruntukan kepada pihak sektor awam yang menubuhkan taska di tempat kerja di agensi-agensi kerajaan. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Ledang hendak tanya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana ibu-ibu tunggal ini ramai bermasalah dan perlu dibantu, adakah pihak kementerian bercadang untuk menubuhkan pusat-pusat ibu tunggal. Di mana mereka boleh dilatih, mereka boleh membantu mengasuh anak mereka dan pada masa yang sama banyak syarikat-syarikat yang boleh jadikan pusat-pusat ibu tunggal ini sebagai vendor mereka dan mereka boleh sub kerja. Kerja kilang tertentu boleh di sub di pusat-pusat ibu tunggal dengan kerjasama semua pihak, NGO dan industri kilang dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang. Walaupun pada masa kini kita tidak ada lagi cadangan untuk kita menubuhkan pusat ibu tunggal. Akan tetapi melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kementerian telah pun menyediakan banyak program-program kemahiran dan latihan. Juga telah pun bekerjasama dengan NGO-NGO supaya kita dapat beri latihan kepada mereka. Di bawah kementerian juga kita telah pun melancarkan beberapa program di akar umbi melalui Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga di semua kawasan Parlimen. Sekian, terima kasih.
7. Dato' Haji Lilah Yasin [Jempol] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) apakah pelan tindakan Dasar FELDA sebagai gedung makanan negara; dan (b) sejauh manakah penglibatan peneroka FELDA di Jempol dalam pelaksanaan dasar ini, dan apakah faedah yang diperoleh.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Amat Berhormat, (a) Gedung makanan negara dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 7 Julai 2009. Dengan matlamat menjadikan FELDA sebagai pusat pengeluaran makanan berskala besar. Ia adalah suatu dimensi baru FELDA yang sebelum ini hanya menumpukan kepada pengeluaran sawit dan getah. Ini bagi menampung keperluan negara memandangkan kita masih mengimport bahan makanan yang begitu besar daripada negara luar. Justeru itu matlamat penubuhan gedung makanan negara adalah:
(i) menjadikan FELDA sebagai salah satu pengeluar utama makanan negara; (ii) meningkatkan produktiviti setiap isi rumah peneroka; (iii) memaksimumkan penggunaan tanah kosong di rancangan melalui aktiviti pertanian; (iv) memberi peluang pekerjaan kepada warga peneroka dan masyarakat luar; dan (v) menjana pendapatan tambahan kepada warga peneroka. FELDA mensasarkan matlamat ini akan dicapai sepenuhnya dalam tempoh sepuluh tahun. Oleh itu program ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pertama, tempoh 2010 hingga 2014 dan fasa kedua, 2015 hingga 2019. Fasa pertama, FELDA akan memberi tumpuan kepada pengeluaran empat jenis produk iaitu lembu pedaging, cili kulai, pisang berangan dan ikan tilapia. Berdasarkan permintaan sekarang yang tinggi di pasaran tempatan dan pengeluaran yang kurang. Fasa kedua, fokus utama untuk meningkatkan pasaran domestik dan menembusi pasaran eksport selain terlibat dalam aktiviti hiliran dan mencipta produk wilayah sebagai pengeluar global. Gedung makanan negara akan di laksana menggunakan konsep contract farming. Modal permulaan dan infrastruktur sebanyak RM750 juta dikeluarkan oleh FELDA manakala pelaksanaannya dilakukan oleh pengusaha.
Pendahuluan modal yang dikeluarkan FELDA akan diperoleh semula apabila potongan dibuat daripada hasil yang dihantar ke FELDA dan lebihan hasil akan dikembalikan kepada pengusaha. FELDA mensasarkan pengeluaran makanan tersebut akan dijual dalam pasaran terbuka. Untuk daerah Jempol, sebagai permulaan sebanyak 18 buah rancangan akan terlibat dalam Gedung Makanan Negara melibatkan aktiviti pengeluaran ikan tilapia, lembu pedaging dan cili kulai. (b) Disasarkan seramai 635 pengusaha akan terlibat iaitu 22 pengusaha dalam pengeluaran ikan tilapia, 63 pengusaha lembu daging dan 550 pengusaha cili kulai. Apa yang jelas faedah yang diperoleh daripada pelaksanaan program ini ialah lebih ramai peneroka akan terlibat dalam aktiviti contract farming yang secara tidak langsung dapat membantu membuka lebih banyak ruang pekerjaan dan menambah pendapatan peneroka melalui aktiviti bukan ladang. Program Gedung Makanan Negara juga adalah merupakan satu transformasi menjadikan pengusaha FELDA sebagai petani moden dengan amalan teknologi yang sesuai. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dasar ini menjadi kebanggaan masyarakat peneroka seluruh negara tetapi ada kebimbangan dari segi kejayaan pelaksanaannya kerana apabila FELDA melancarkan edible garden, ada yang berjaya tetapi banyak yang gagal. Soalan saya kepada Menteri, apa jaminan ataupun bukti-bukti yang kukuh, asas yang mantap yang membolehkan kementerian melancarkan dasar ini iaitu menjadikan FELDA sebagai gedung makanan negara dan sejauh mana usahawan-usahawan FELDA, anak-anak peneroka FELDA dapat dilibatkan.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, edible garden ialah tanaman sayuran, tanaman dapur yang ditanam di sekitar rumah peneroka di seluruh negara. Memanglah kadang-kadang ada yang berjaya, ada yang gagal tetapi kita bukan bermula daripada kosong apabila kita melancarkan Gedung Makanan Negara ini, saya ingin memaklumkan bahawa setakat ini ada 20,703 orang peneroka terlibat tetapi mereka terlibat dalam skala kecil dan tidak berapa terancang. Antaranya lembu daging ada 18,655 pengusaha terlibat dengan 100,080 ekor lembu, pelbagai pisang, 630 pengusaha sudah terlibat dengan 4,457 hektar tanaman pisang, pelbagai cili 249 peneroka telah terlibat dengan 1,220 hektar dan pengeluaran pelbagai ikan, 1,169 peneroka dengan 1,492 kolam yang telah sedia ada. Jadi kita tidak bermula daripada kosong dan kita sekarang ini ingin meningkatkan lagi apa yang telah dilaksanakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri. Saya difahamkan bahawa ini ada kaitan dengan Gedung Makanan Negara. Saya difahamkan bahawa FELDA telah membeli perniagaan industri gula daripada Kuok Brothers. Jadi saya mohon, soalannya ialah sejauh manakah khabar itu benar atau tidak oleh kerana saya difahamkan ini dilaksanakan pada 30 Oktober yang lalu dan berapakah nilai pembelian itu dan juga apakah sebenarnya rasional pembelian industri gula ini. Sekian.
Terima kasih. FELDA sebenarnya sebelum ini lagi telah ada ladang tebu di Chuping, negeri Perlis dan kita telah pun melibatkan diri dalam perniagaan itu. Bererti selama ini tidak ramai yang mengetahui bahawa FELDA bukan hanya getah dan sawit tetapi juga melibatkan dalam pengeluaran tebu dan gula. Oleh kerana itu adalah wajar apabila peluang ini kita perolehi, maka segala usaha dibuat untuk mengambil alih perniagaan daripada Kuok Brothers yang berkaitan dengan yang disebut. Segala hal yang detail tentang perkara itu tidaklah perlu saya nyatakan di sini kerana ia masih lagi dalam proses perbincangan yang belum lagi muktamad. Terima kasih.
8. Tuan M. Manogaran [Telok Intan] minta Menteri Pelajaran menyatakan, peruntukan asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia sering kali tidak diikuti di Malaysia oleh pihak berkuasa seperti polis dan penguatkuasaan termasuk mahkamah-mahkamah kita. Adakah kerajaan berhasrat untuk menjadikan pengajian dan pengetahuan mengenai hak-hak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi manusia di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mata pelajaran Perlembagaan Persekutuan tidak diajar sebagai satu mata pelajaran khusus di sekolah-sekolah tetapi dimasukkan sebagai isi kandungan dalam beberapa mata pelajaran khususnya Sejarah, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan serta Pendidikan Moral. Dalam mata pelajaran Sejarah, murid didedahkan kepada latar belakang perkara tersebut berdasarkan rentetan peristiwa iaitu melalui tema Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat di Tingkatan 5. Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan pula membincangkan semangat patriotik dalam tema Malaysia Negara Berdaulat di Tingkatan 4 yang menekankan kepada unsur patriotik, sistem pemerintahan negara serta hak dan tanggungjawab warganegara. Ia turut menyentuh perkara seperti sejarah Perlembagaan Malaysia, penggubalan Perlembagaan dan Keluhuran Perlembagaan. Manakala melalui mata pelajaran Pendidikan Moral, elemen Perlembagaan Malaysia turut ditekankan. Antara elemen-elemen yang diberi penekanan adalah nilai berkaitan hak asasi manusia yang meliputi melindungi hak kanak-kanak, menghormati hak wanita, melindungi hak pekerja, menghormati hak golongan kurang upaya dan melindungi hak pengguna dan nilai berkaitan demokrasi dan berkaitan demokrasi pula meliputi aspek mematuhi peraturan dan undang-undang serta kebebasan bersuara dan kebebasan beragama. Jadi Yang Berhormat, memang ada, semua ada. Cuma Yang Berhormat tidak ada masa hendak tengok ini. Terima kasih.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tahu memang dengan khususnya tiada perkara ini mengenai Perlembagaan diajar di sekolah. Itu pasal saya tanya soalan itu. Jadi, apa-apa ciri yang ada sekarang saya rasa tidak mencukupi sebab saya bagi contoh, semalam mahkamah telah memberikan penghakiman bahawa seorang suspek atau saksi tidak boleh disoal pada waktu malam tetapi IGP kita kata kalau begitu dia hendak tutup balai polis... [Ketawa] Jadi ini menunjukkan IGP kita tidak ada kefahaman tentang peruntukan Perlembagaan dan hak asasi manusia. Jadi soalan saya menjurus kepada itu. Bolehkah Kementerian Pelajaran meningkatkan pengajaran hak asasi manusia dan Perlembagaan Persekutuan. Dahulu dalam titah Baginda pun telah menumpukan kepada hak-hak dalam Perlembagaan Persekutuan.Jadi saya rasa kementerian dan kerajaan tidak memberi kepentingan. Seperti fasal 8, dengan izin, “All persons are equal before the law and equal protection of the law” Jadi mana kita dapat pengetahuan dan persefahaman dari Menteri-Menteri kerajaan, sekolah-sekolah dan lain-lain agensi seperti polis.
Tidak perlu Yang Berhormat, sudah cukup panjang soalan itu.
Soalan saya, ada hasrat kah tidak? Itulah soalan saya. Bukan ada kah tidak ada. Ada tetapi tidak adalah. Kita tahu ada tetapi tidak ada selalu.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya tidak ada perbezaan dengan Yang Berhormat. Cuma saya kata tadi memang perkara ini sudah dimasukkan dalam pelajaran-pelajaran yang tertentu, elemen-elemen ini. Cuma barangkali yang menjadi masalah kita ialah bagaimana kita hendak mendidik mereka ini menghayati perkara ini. Jadi soal, kaedah, pedagogi untuk kita hendak supaya mereka menghayati perkara ini memang satu persoalan yang kita berusaha dari semasa ke semasa untuk meningkatkannya. Saya yakin bahawa dengan percubaan demi percubaan untuk kita menjadikan pendidikan kita ini lebih dihayati, maka insya-Allah kita berjaya sebenarnya menanamkan kefahaman soal pentingnya hak asasi manusia ini. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk menubuhkan Kelab 1Malaysia di mana dalam kegiatan kokurikulum Kelab 1Malaysia ini dapat juga mengisi tentang pendidikan Perlembagaan Negara, ulasan berkaitan dengan Rukun Negara dan juga hak-hak asasi manusia.
Kelab 1 MCA.
Sebenarnya apabila kita memulakan 1Malaysia sebagai satu gagasan, ia bukan satu slogan, ia gagasan yang ada enam NKRA keberhasilan yang akan menilai kejayaan kerajaan mentadbir di mana time framenya ialah pada 2012. Oleh sebab itu kita di pihak Kementerian Pelajaran sudah pun mengadakan program-program perkhemahan 1Malaysia sebagai contohnya. Tujuannya ialah untuk mendidik..
Tiga orang, tiga anak...
Akan tetapi soal cadangan untuk mewujudkan Kelab 1Malaysia ini kita akan pertimbangkan sebab Kementerian Pelajaran akan melaksanakan cadangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menubuhkan asrama 1Malaysia yang mana asrama 1Malaysia inilah yang mendidik anak-anak kita supaya lebih menghayati spirit yang ada di dalam makna kepada 1Malaysia ini. Saya yakin pembangkang pun sebenarnya suka dengan Gagasan 1Malaysia ini.
[Soalan No. 9 - Y.B. Tuan Teng Boon Soon (Tebrau) tidak hadir]
10. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) apakah statistik pembuatan dan jualan kereta Savy dan Juara yang dicapai oleh Proton; dan (b) berapakah kerugian atau keuntungan yang dicatatkan oleh Proton bagi kedua-dua jenis kereta ini, termasuk kos penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, (a) Bagi model Savy, jumlah pengeluaran ialah sebanyak 38,460 buah dan jualan tempatan adalah sebanyak 28,761 buah manakala eksport pula adalah 6,026 buah. Manakala model Proton Juara pula pengeluaran adalah sebanyak 3,490 unit dan jualan adalah 3,422 unit. Proton Savy merupakan model semasa dalam barisan produk Proton serta masih lagi dijual di pusat-pusat jualan Proton. Model ini juga turut mendapat sambutan baik di pasaran negara- negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Kos pelaburan termasuk kos R&D bagi model Proton Savy adalah sebanyak RM504 juta manakala hasil jualan daripada model ini bagi tempoh lima tahun sehingga September 2009 adalah sebanyak RM694 juta sebanyak dengan jumlah yang terjual 28,671 unit. (b) Keuntungan operasi, operating margin untuk model Savy adalah sejumlah RM115 juta manakala bagi model Proton Juara, kos pelaburannya adalah kecil iaitu berjumlah RM38 juta sahaja kerana ia merupakan model yang mengikut model Mitsubishi, tidak banyak perubahan yang dibuat. Walaupun model ini dilihat kurang mendapat sambutan namun hasil jualan daripada model ini telah mencecah sebanyak RM116 juta dan keuntungan operasi untuk model ini adalah sejumlah RM13 juta. Terima kasih.
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Perusahaan Automobil Nasional (Proton) telah ditubuhkan sejak 25 tahun yang lalu dan selama ini amat bergantung kepada pasaran tempatan seolah-olah pasaran luar negara diabaikan. Satu sebab mengapa ia tidak laku di pasaran dunia adalah kerana tahap kualitinya yang tidak dapat bersaing dengan jenama kereta lain. Ini terbukti salah satu kereta Proton yang dipasarkan di Australia di mana kereta Proton jenis ini hanya mendapat standard satu bintang berbanding dengan jenis kereta lain yang biasanya mendapat empat ataupun lima bintang. Sebenarnya kereta yang mempunyai standard satu bintang ini tidak boleh dijual di pasaran sebab ia tidak selamat. Maka persoalan saya, bagaimanakah kementerian memastikan kereta Proton dapat bersaing dengan kereta lain di dunia dan bukannya hanya semata-mata tertumpu di pasaran tempatan yang selama ini mendapat perlindungan dari Kerajaan Malaysia? Juga setakat ini berapakah peratusan dari jumlah keluaran kereta Proton yang dapat dipasarkan di pasaran dunia? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebagai contoh bagi tahun 2008 dan 2009 financial year jumlah kereta Proton yang dipasarkan dan dijualkan di domestik adalah sebanyak 108,405 unit.
Jumlah eksport pada masa yang sama ialah 18,426 unit. Memang Yang Berhormat kita mengakui bahawa Proton masih lagi perlu mempertingkatkan kemampuan memasarkan kereta-kereta Proton di luar negara. Ini adalah sesuatu yang sedang dikaji oleh Proton bagaimanakah kaedah yang membolehkan kereta-kereta Proton ini dipasarkan di luar negara. Barangkali dengan usaha sama dengan syarikat-syarikat pengeluar kereta di luar negara ataupun juga dengan cara strategic partnership yang masih lagi terbuka dalam usaha Proton untuk memajukan penjualan kereta bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara. Terima kasih.
Yang Berhormat Jasin.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya penjualan kereta adalah satu daripada indicator atau penunjuk kepada pembangunan ekonomi kepada sesebuah negara. Pada ketika ini industri automotif melainkan ada usaha sama dengan pemain-pemain automotif yang terkemuka kalau tidak syarikat itu akan terus tidak dapat bersaing dalam keadaan yang cukup mencabar pada ketika ini. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri kita telah mencuba dengan sedaya upaya untuk mencari rakan kongsi, usaha sama akan tetapi sehingga sekarang tidak berjumpa. Apakah sebenarnya pendekatan kerajaan untuk memastikan supaya Proton terus dapat bersaing bukan sahaja untuk luar negara tetapi dapat memuaskan hati pengguna-pengguna di dalam negara. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Inilah soalan yang merupakan soalan yang penting pada hari ini iaitu bagaimanakah Proton dapat mencari rakan kongsi ataupun menjalankan usaha sama dengan syarikat-syarikat di luar. Memang ada usaha-usaha yang dilakukan sekarang umpamanya di negara China barangkali satu cara untuk memasarkan kereta Proton di negara China adalah dengan mempunyai usaha sama dengan syarikat di sana yang telah pun beroperasi. Pada masa yang sama kalau dilihat dari segi prestasi dalam pasaran tempatan, kita lihat sejak terakhir ini ada peningkatan dari segi prestasinya berdasarkan kepada prestasi kewangan suku kedua yang baru sahaja diumumkan di mana Proton telah mencatat keuntungan untuk separuh tahun pertama sebanyak RM168 juta. Ini sebenarnya lebih baik daripada yang dianggarkan untuk seluruh tahun 2009 dan 2010. Ini menunjukkan bahawa Proton juga semakin mampu dengan model-model baru yang dikeluarkan seperti Persona, Saga dan Exora nampaknya sambutan semakin baik di pasaran tempatan. Proton hari ini telah kembali menguasai lebih 30 peratus pasaran tempatan yang dahulunya turun ke angka 20-an tetapi sekarang kembali kepada 31 peratus. Terima kasih.
11. Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah [Limbang] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, dapatkah kerajaan menubuhkan sebuah kolej di kawasan Limbang sama ada institut kemahiran dan vokasional memandangkan keadaan geografi Limbang yang berada di antara dua daerah Negara Brunei Darussalam amatlah menyulitkan untuk keluar dengan perlunya memiliki pasport dan kos perjalanan yang tinggi sedangkan ramai golongan yang memerlukan institut kemahiran atau vokasional ini.
Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat penubuhan sesebuah kolej komuniti adalah dibuat berdasarkan kepada keperluan semasa serta berpandukan kepada kajian need analysis dengan izin, di mana di antara faktor yang diambil kira adalah jumlah bilangan penduduk, jumlah bilangan pusat atau institusi latihan kemahiran awam yang terdapat di kawasan berkenaan, tahap kapasiti institusi-institusi berkenaan, pembangunan dan aktiviti industri setempat, potensi bilangan pelajar yang akan memasuki kolej komuniti dan mempunyai peruntukan.
Sehubungan itu berdasarkan kepada kajian tersebut sukalah saya menyatakan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi akan mencadangkan penubuhan sebuah kolej komuniti induk di Limbang dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh nanti.
Tuan Yang di-Pertua, turut dicadangkan untuk dilaksanakan penubuhan kolej komuniti dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh di Sarawak ialah di Sri Aman dan Sarikei. Saya menyebut kedua-dua kawasan Parlimen ini kerana Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan telah mengemukakan pertanyaan dalam mesyuarat ini. Kementerian berharap cadangan tersebut akan mendapat pertimbangan positif daripada pihak agensi pusat nanti. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin hendak bertanya juga sekiranya kerajaan dapat mengadakan branch campus, ini cadangan. Sekiranya betul-betul kerajaan tidak dapat mengadakannya di Limbang sebagaimana saya tanyakan iaitu institut kemahiran atau vokasional tadi, selain dari community college yang dicadangkan untuk dibina dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Apakah dapat kerajaan mengadakan branch campus untuk institut kemahiran ataupun sekolah-sekolah vokasional daripada Miri yang berdekatan, sekiranya kerajaan tidak dapat mengadakan kolej yang penuh di Limbang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang tadi saya sebut cadangan sekarang ialah penubuhan sebuah kolej komuniti di Limbang dan kami berharap cadangan ini dapat berjaya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, pada masa sekarang selain daripada universiti-universiti yang terdapat di Sarawak, terdapat dua buah politeknik berasrama penuh di Sarawak iaitu di Kuching dan Mukah. Di kedua-dua politeknik ini masih lagi mempunyai banyak ruang untuk pelajar baru. Misalnya di Kuching, kapasitinya ialah 5,000 orang pelajar tetapi kini terdapat 3,700 orang pelajar. Manakala di Mukah pula, kapasiti pada masa kini ialah 400 orang dan enrolmen baru sekarang lebih kurang 300 orang. Apabila dibangunkan sepenuhnya kapasitinya akan meningkat kepada 3,600 orang. Asrama di Kuching terdapat 1,859 orang pelajar yang tinggal di dalamnya yang boleh menampung seramai 2,258 orang. Di Mukah pula, kapasiti asrama sekarang ialah hampir 300 orang dan terdapat 250 orang pelajar yang tinggal di sana.
Tuan Yang di-Pertua...
Kuala Selangor bertanya hal Sarawak ini.
Soalan penting ini, soalan dasar.
Baiklah Yang Berhormat, sudah dua kali.
Sudah dua kali, tadi pun soalan penting Tuan Yang di-Pertua, soalan tadi itu soalan piping. Itu soalan negara juga tetapi tidak mengapa. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, persoalan ini cukup penting kerana kita dapati bahawa penubuhan kolej-kolej komuniti ini bukan sahaja di Limbang bahkan di seluruh negara Tuan Yang di-Pertua, ia meninggalkan kesan persaingan...
Ringkas, masa kita sudah singkat Yang Berhormat.
Ya, meninggalkan kesan persaingan kepada IPTS. Saya ingin tahu kalau ini menjadi persaingan kepada IPTS, tentunya IPTS akan tergendala. Apakah tiada satu dasar kerajaan supaya daripada mereka terus dengan kolej komuniti ini di mana pun, apakah lebih baik ia boleh diberikan ruang kepada IPTS supaya tidak nampak sangat persaingan kerana banyak IPTS yang terpaksa menanggung persaingan yang agak tidak on the level playing field. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya kebimbangan ini tidak akan berlaku kerana objektif penubuhan kolej komuniti adalah untuk memberi laluan alternatif kepada para lepasan sekolah menengah yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi yang lain.
Di samping itu, kolej komuniti sebagai hub pembelajaran sepanjang hayat juga memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan latihan dan kemahiran secara berterusan ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan. Antara latihan yang disediakan adalah untuk mempertingkatkan kemahiran dan melatih semula pekerja untuk keperluan tenaga kerja setempat dalam membantu meningkatkan tahap sosioekonomi mereka. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, kolej komuniti sebenarnya lebih menjaga penduduk-penduduk di kawasan setempat dan ia berbeza dengan IPTS-IPTS yang kita ada sekarang. Sekian. [Soalan No. 12 – Y.B. Tuan Ooi Chuan Aun (Jelutong) tidak hadir]
13. Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, bilakah Jalan Pagoh-Parit Sulong, Johor akan dinaiktarafkan memandangkan jalan tersebut adalah jalan utama laluan pengangkutan awam seperti bas ekspres menghubungkan Batu Pahat dengan Lebuh Raya Utara-Selatan.
Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jalan Pagoh-Parit Sulong ini adalah merupakan jalan negeri iaitu J23 dan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Jalan ini dikategorikan sebagai jalan satu lorong dua hala atau dengan izin, two lanes single carriage way dengan isi padu kenderaan sebanyak 5,509 buah kenderaan sehari dan masih berupaya untuk menampung trafik semasa. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, sekiranya jalan negeri ini diputuskan untuk dinaiktarafkan dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan, ia perlu diwartakan dahulu sebagai Jalan Persekutuan sebelum apa-apa kerja dapat dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya. Kementerian Kerja Raya seterusnya akan mencadangkan pelaksanaan jalan ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh sekiranya mendapat kelulusan agensi pusat dan peruntukan yang mencukupi. Sekian, terima kasih.
Ada lagi soalan Yang Berhormat soalan ini?
Ada sedikit sahaja.
Beri sedikit sahaja Yang Berhormat.
Terima kasih. Kalau betul pun Yang Berhormat Timbalan Menteri ia adalah jalan di bawah kerajaan negeri, saya juga tadi mengalu-alukan juga cadangan supaya sekiranya ada peruntukan. Saya tidak mahu dengar perkataan ‘sekiranya’ dan saya harap kementerian dapat memohon terus dan meluluskan terus. Kerana hendak masuk ke kawasan ini, lalu Pagoh. Pagoh ini pun di tempat Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Yang Berhormat Batu Pahat pun kadang- kadang lalu juga di situ, banyak yang melalui. Jadi saya harap kementerian dapat memberikan komitmen untuk membangunkan lagi jalan ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya kalau dapat Yang Berhormat Parit Sulong merujuk pihak kerajaan negeri untuk mencadangkan dan kita akan terus memberi perhatian yang serius kepada jalan ini. Sekian, terima kasih.
14. Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, bilakah pihak kementerian akan membenarkan perhimpunan aman diadakan di tempat yang selesa dan selamat seperti di stadium atau seumpamanya bagi mengimbangi keperluan hak untuk berhimpun dan kepentingan keselamatan awam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kerajaan sedang mengkaji Akta Polis 1967 termasuk peruntukan seksyen 27 akta tersebut dan juga lain-lain undang-undang yang ada berkaitan dengan perhimpunan.
Saya harap Menteri dalam soalan tambahan saya, saya rasa hendak buat kajian ini sudah lama.
Saya minta supaya bagi menyelesaikan segala permasalahan perhimpunan yang dikatakan mengganggu orang awam dan sebagainya dapat diselesaikan jika kerajaan bersedia untuk menyediakan tempat di mana kita boleh berkumpul dan membuat demonstrasi secara aman. Minta penjelasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan perkara ini, memang Kementerian Dalam Negeri ada mempunyai cadangan untuk melihat berkaitan dengan peruntukan untuk mengadakan perhimpunan awam yang mana diadakan di sesuatu tempat yang khusus. Ini memerlukan pindaan-pindaan dalam undang- undang yang berkaitan terutamanya Akta Polis, seksyen 27 dan ada juga peruntukan- peruntukan yang lain yang ada hubung kait dengan peruntukan ini. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat, sekian sahaja sesi soal jawab pada pagi ini, Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, baik Yang Berhormat. Duduk! Tidak apa, cukuplah Yang Berhormat. Tunggu masa kementerian bahas nanti Yang Berhormat bangkit. Insya-Allah, kalau saya duduk, saya akan bagi Yang Berhormat.
Kalau boleh yang dikatakan hendak kaji, tidak payah kaji... [Ketawa] Untuk stadium pun hendak kaji. Berhimpun di stadium pun hendak kaji. Seksyen 27 ini tidak patut...
Sediakan dia pulau Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat.
Sediakan dia pulau.
Perlukan satu kementerian kajian.
Duduk Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, kita tidak gembira ialah Perdana Menteri kata boleh gunakan stadium untuk berhimpun. Akan tetapi, di negeri Perak apabila Pakatan Rakyat hendak berhimpun di stadium tidak dibenarkan. Itu tidak payah pinda undang-undang pun boleh diadakan undang-undang sekarang sebab itu jawapan tidak tepat... [Dewan riuh]
Baik Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Kalau berhimpun tidak senonoh susah juga... [Dewan riuh]
Lebih baik jaga bolalah... [Dewan riuh]
Stadium ditutup.
Terima kasih Yang Berhormat, saya pada hari ini sebenarnya telah bersedia untuk memberi keputusan berhubung dengan kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong, tetapi malangnya oleh sebab Yang Berhormat Jelutong dan Sri Gading tidak ada di Dewan, dengan itu saya terpaksa menangguhkan keputusan yang bakal saya buat. Terima kasih Yang Berhormat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2010 dan Anggaran Pembangunan 2010 dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketujuh] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 Jawatankuasa — Maksud B.24 [Jadual] – Maksud P.24 [Anggaran Pembangunan 2010 ]Bill
Saya minta Yang Berhormat daripada Petaling Jaya Utara untuk menyambung ucapan. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 401000 - Pembangunan Perindustrian di bawah Kementerian, International Trade and Industry. Hanya dua perkara sahaja. Perkara pertama adalah mengenai Approved Permit (AP). Setiap tahun kementerian mengeluarkan 60,000 lebih AP kepada pengimport kereta dan tahun ini, bagi tahun depan, Yang Berhormat Perdana Menteri telah mengemukakan dalam ucapan bajet dia bahawa setiap AP yang dikeluarkan akan dikenakan kos sebanyak RM10,000 setiap AP. Ini adalah satu langkah ke arah yang betul iaitu AP ini tidak patut diberi secara percuma kepada pihak pengimport kereta yang mendapat keuntungan yang lumayan daripada pengimportan kereta dengan AP yang dikuasai oleh mereka. [Tuan Pengerusi mempengerusikan Jawatankuasa] Akan tetapi, soalan saya ialah kenapa kerajaan langsung tidak mengambil cadangan untuk melelongkan AP ini sebab harga pasaran AP ini ialah lebih kurang RM40,000 dan boleh jadi lebih tinggi. Kalau RM40,000 boleh dapat dicapai, hasil yang dapat dikutip oleh kerajaan bagi semua AP yang dikeluarkan adalah lebih kurang RM2.4 bilion. Sekarang RM10,000 hanya dapat mengutip RM600 juta. Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah untuk melelongkan AP? Ini supaya hasil bagi kerajaan yang amat berkurangan pada tahun depan akan dapat ditingkatkan dengan sebanyak lebih kurang RM1.8 bilion lagi. Kita hendak kemukakan cukai baru kepada kad kredit, RM500 juta dapat dikutip. Kita hendak kemukakan cukai baru kepada penjualan hartanah, lebih kurang RM500 juta juga boleh dikutip. Kalau kita hapuskan cukai-cukai ini dan kita lelongkan AP sahaja, kita akan dapat hasil yang melebihi RM1.8 bilion, jauh lebih banyak daripada cukai-cukai yang lain. So kita hendak tahu kenapa kerajaan tidak melelongkan AP ini? Kalau kita hendak melelongkan AP ini, sepatutnya kita tidak payah tamatkan polisi AP. Ini sebab kalau 60,000 AP dikeluarkan untuk mengawal pengimportan kereta dan dilelongkan secara terbuka, polisi ini akan dapat diteruskan sebab kita hendak hadkan berapa kereta import boleh masuk. Akan tetapi, kita boleh teruskan polisi ini supaya kerajaan terus mendapat hasil yang mencukupi daripada AP.
So kita harap kerajaan akan mempertimbangkan tentang perkara. Polisi ini pun telah dilaksanakan secara successfully di negara-negara seperti Singapura melalui prinsip COE di mana kalau demand tinggi, harga AP naik, kalau demand rendah, harga AP turun. So kita harap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara ini. Perkara yang kedua adalah mengenai Convention Centre yang terbesar di Malaysia yang semalam ada dikemukakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya hendak tanya, apakah rasional projek ini ditawarkan kepada NAZA TTDI untuk membinanya? Kalau mengikut Top Property Developers yang disenaraikan oleh The Edge setiap tahun, NAZA TTDI tidak masuk pun dalam top 15 yang ada dalam senarai tersebut, termasuk Sime Darby, SP Setia, Sunway City, IGB dan lain-lain. Apakah yang istimewa yang hanya NAZA boleh buat, yang menyebabkan projek ini ditawarkan secara rundingan terus dan tidak mempunyai tender terbuka atau tender terhad pun tidak apa, asalkan ada tender untuk membuat perbandingan. Perkara ini tidak ada tender langsung. Kita pun hendak tanya kenapa pembinaan projek ini dibayar dengan tanah dan bukan dengan cash? Ini kerana kalau bayar dengan tanah, ada dua masalah iaitu perkara pertama tidak ada open tender, perkara kedua juga tidak ada open tender. Pertama, pembinaan Convention Centre tidak ada open tender dan kedua, penjualan tanah tidak ada open tender. Saya hendak quote balik Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kita, apa yang disebut tahun lalu, Disember 2008. Dia kata, dengan izin, “Open tenders to ensure transparency and value for money as well as to generate more income, will be the way- forward for the government. Deputy Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak said, the government would ensure that a large portion of government procurement would be via open and restricted tenders”. Di samping itu, “Najib said that, the government planned to maximize income on all its existing assets, including on parcels of land that have not been developed, via open tender”. Ini termasuklah tanah yang telah pun diberikan kepada NAZA TTDI di kawasan Hartamas, satu prime land yang cukup mahal. Pada tahun ini juga, bulan April, beliau mengatakan bahawa this method (direct negotiations) of awarding contracts should be replaced with open and restricted tenders. “Opting for the tender system will curb corruption and bring back the people’s confidence in the government” So kita hendak tanya kenapa Kementerian MITI tidak mengikut apa yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Perkara ini telah pun ditawarkan kepada pihak NAZA TTDI tanpa sebarang tender. Kalaulah tender tidak dapat diadakan, boleh atau tidak Kementerian MITI mengemukakan atau membentangkan semua perkara mengenai projek ini kepada pihak Parlimen supaya kita dapat lihat secara telus cara rundingan ini telah pun diadakan dan cara kontrak ini telah pun ditawarkan kepada pihak NAZA. Sebab kita tidak hendak sekali lagi ada projek-projek seperti PKFZ di mana semasa ditawarkan...
Tuan Pengerusi, boleh saya mencelah sedikit?
Semuanya okey. Bila jawapan diberikan di Parlimen semuanya telus, semuanya okey.
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Akan tetapi enam tahun kemudian masalah menjadi besar. Projek yang bernilai RM1.8 bilion telah meningkat kepada setinggi RM12.5 bilion.
Saya hendak bertanya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, adakah convention ini perlu sebab saya tengok sekarang Putrajaya Convention Centre dan juga KLCC tidak dapat digunakan sepenuhnya? Adakah convention yang baru ini perlu didirikan?
Ini adalah satu perkara yang benar, bahawa Putrajaya Convention Centre ini kos pembinaannya pun lebih kurang RM600 juta dan pada tahun ini hasil yang dikutip oleh Putrajaya Convention Centre adalah hanya RM2.5 juta sahaja, iaitu kalau diteruskan kita perlu 300 tahun to break even dan itu pun jika tidak ada maintenance kos langsung. Kalau tidak ada maintenance cost, kalau tidak ada staf, RM2.5 juta, perlu 300 tahun selepas 300 tahun kita mendapat balik wang capital kita. So, kalau macam itu mengapa kita masih lagi terus membina convention centre- convention centre di sekeliling Lembah Klang yang kita pun sudah ada banyak convention centre, Sime Darby Convention Centre,, Kuala Lumpur Convention Centre dan lain-lain. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum saya panggil siapa yang berucap saya mohon kerjasama daripada semua, kerana by 12.30 pm, I want the Minister to answer. Jadi kita ada tiga kementerian untuk disiapkan pada hari ini, jadi kita tidak bersidang sehingga jauh malam, pukul 5.30 we stop. So I want three daripada Barisan Nasional, three daripada Pakatan Rakyat dan setiap daripada Pakatan Rakyat ini, I want representative, daripada DAP satu sama PKR satu. So, sekarang ini next, okey Yang Berhormat Jempol.
[Bangun]
[Bangun]
Terima kasih.
So, pilih ya kalau Yang Berhormat Tumpat bercakap bagi pihak PAS, Yang Berhormat Tumpatlah. So on PKR side, DAP – Yang Berhormat Kota Melaka. Okay, then one from PKR. Sila Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin menyentuh Maksud P.24 - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri merujuk kepada Butiran 020000 - Perancangan Strategik iaitu merujuk kepada 020200 – Bahagian Dasar dan Strategi. Saya melihat bagaimana MIDA mempromosikan tanah-tanah industri untuk dijual sebagai langkah mempromosikan sektor industri negara di luar negara, bagi menarik pelabur-pelabur asing melabur modal dalam negara kita secara pakej. Pakej ini sudah tentulah hanya dapat dibuat apabila infrastruktur kawasan- kawasan industri ini seperti bekalan air, tenaga elektrik, jalan-jalan industri ini dapat dibangunkan, barulah kita boleh buat pakej dan bolehlah dapat dijual pakej tersebut. Amat malang nasib pembangunan kawasan-kawasan industri di kawasan luar bandar, jadi saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri apakah dasar ini tidak boleh diubah? Daripada membangunkan kemudahan-kemudahan industri kawasan dalam bandar diubah kepada kawasan luar bandar juga. Seperti di Negeri Sembilan sebelah timur yang amat ketinggalan dalam bidang industri. Saya ingin mendapat penjelasan, apakah kedudukan terkini berkaitan dengan perancangan pembangunan industri Feldajaya? Di mana kita mempunyai 100 ekar tanah akan tetapi tidak dapat dibangunkan kerana kekurangan peruntukan. Saya yakin dan percaya kalau ini dapat dibuat, kita boleh menjual kawasan industri ini kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur modal di kawasan perindustrian baru di luar bandar, dan seterusnya dapat menjana ekonomi di kawasan luar bandar dan memberikan peluang-peluang kerja dan seterusnya mendapat faedah kepada semua masyarakat di kawasan Negeri Sembilan timur. Tuan Pengerusi, Butiran 080000 – Perbadanan Perindustrian Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia).
Tuan Pengerusi, kraf tangan yang diadakan ataupun dihasilkan oleh pengusaha- pengusaha kecil di daerah Jempol, hari ini dapat menembusi pasaran kota besar London. Kraf tangan-kraf tangan ini dijual di shopping-shopping complex besar seperti Harrods. Adakah perancangan daripada kementerian khususnya dalam bidang perindustrian kecil dan sederhana ini bagi menaik taraf bengkel-bengkel penghasilan industri kecil ini. Oleh kerana permintaannya tinggi, hasilnya juga bagus. Peluang-peluang pekerjaan dapat kita sediakan tetapi kawasan perindustrian ataupun bengkel-bengkel industri kraf ini tidak kita bangunkan. Apakah perancangan daripada kementerian untuk membantu sektor ini? Saya berharap kementerian akan dapat memperuntukkan sebahagian daripada kewangan ini bagi menaik taraf bengkel tersebut dan juga memberikan latihan-latihan secara lebih tinggi kualiti dan mutunya kepada pekerja-pekerja, dan menambah dari segi kuantiti pengeluaran kerana demand ataupun permintaan berkaitan dengan kraf ini juga tinggi. Akan tetapi pengeluarannya amat terhad oleh kerana modalnya kecil, bengkelnya juga kecil, pekerjanya tidak terlatih dan bermutu tinggi. Akan tetapi kalau ini dapat kita buat lonjakan, saya yakin dan percaya kraf tangan daripada Jempol ini akan dapat kita pasarkan dengan lebih besar pada masa yang akan datang. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Tumpat.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi keizinan untuk kita sama-sama membahaskan MITI ini, dan saya ingin khusus merujuk kepada Butiran 040000 - Pembangunan Perindustrian dan 050000 – Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). Tuan Pengerusi, sebagai mana yang kita maklum suasana ekonomi global masih lagi belum pulih sepenuhnya. Malah ada berita-berita terkini yang kita dengar memberikan gambaran bahawa kemungkinan seolah-olah serangan baru akan kena kepada seluruh ekonomi dunia, hasil daripada kelemahan-kelemahan yang masih tidak semuanya didedahkan sepenuhnya. Khususnya dalam soal sistem kewangan dunia dan lebih khusus lagi sistem kewangan kuasa-kuasa besar dunia, iaitu Amerika Syarikat dan Eropah. Oleh sebab itu, maka saya bersama-sama dengan semua Ahli Yang Berhormat, mengharapkan supaya MITI ini, memberikan tumpuan yang cukup teliti tentang masa depan ekonomi negara kita. Saya ingin merujuk kepada butiran tadi, kepada persoalan yang kita dengar sebagaimana hasil lawatan saya yang ringkas ke Doha, Qatar. Juga daripada laporan-laporan dan makluman-makluman lain ada tanggapan bahawa negara kita tidak begitu agresif, tidak begitu bersungguh-sungguh ke negara-negara yang seharusnya menjadi punca dan sumber kepada pelaburan untuk negara kita. Secara khusus misalnya di Negara-negara Teluk, di kota Doha itu misalnya apabila saya minum pagi di bilik ataupun di coffee house hotel di sana, maka yang ramai saya lihat dan bercakap ialah dengan peniaga-peniaga, pelabur-pelabur daripada Singapura. Mereka memperkenalkan diri mereka daripada Singapura. Ada sekali itu selepas minum pagi saya dalam tergesa-gesa hendak ke hotel persidangan ditunjukkan sebuah koc, sebuah bas, saya naik ke dalamnya rupanya semua orang Singapura dan urusannya bukan ke conference yang saya hendak pergi. Akan tetapi membawa pedagang-pedagang daripada Singapura ini untuk melihat tempat-tempat di Doha yang berkaitan dengan perniagaan mereka. Jadi ini contoh yang kita dengar. Begitu juga saya dimaklumkan bahawa pameran dagang di Dubai yang diadakan pada sekitar awal tahun ini dilihat dan diperhatikan oleh rakan-rakan Malaysia juga di sana, dan yang daripada sini sebagai tidak mendapat sambutan yang baik daripada kalangan masyarakat ataupun kumpulan sasar yang kita hendak supaya mereka itu hadir, di pameran-pameran seperti itu untuk kita tarik mereka melabur ke dalam negara kita. Jadi, saya harap ini akan menjadi tumpuan kementerian yang lebih-lebih lagi untuk menarik pelabur-pelabur ke dalam negara kita. Seterusnya saya ingin merujuk kepada projek yang dicadangkan, diutarakan dan yang diumumkan iaitu rancangan untuk mewujudkan saluran paip minyak dan gas sama ada dari negeri Kedah dan juga negeri Perak.
Paip minyak itu akan melalui Semenanjung Malaysia dan berakhir di Pantai Timur. Sama ada cadangannya di Bachok atau pun ada juga cadangannya di Tumpat dan juga mungkin di Tok Bali, Pasir Puteh. Saya ingin mengetahui lebih lanjut, apakah peranan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh kementerian untuk menjayakan cadangan-cadangan ini? Ini kerana saya yakin ia mempunyai keuntungan yang besar kepada negara kita. Ia juga memberikan peluang sekali lagi untuk negeri-negeri seperti Kedah dan juga Perak bersama-sama dengan Kelantan dan mungkin Terengganu untuk menerima hasil daripada suatu cadangan yang dengan izin, inovative yang akan membolehkan suatu industri penting negara dan antarabangsa iaitu minyak dan gas dilaksanakan melalui perwujudan secara kasarnya paip gas dan minyak itu. Akan tetapi, secara kesan kepada rakyat sama ada kalau satu cadangan itu malah satu tempat di mana dengan izin, tank farm Tuan Pengerusi akan diwujudkan di Jeli supaya minyak itu diletakkan di tangki-tangki di Jeli. Kemudiannya, dibawa ke pelabuhan untuk kapal-kapal pula mengambilnya dan dibawa ke pasaran sama ada Jepun, Korea sebagainya. Jadi, saya harap kementerian memberikan tumpuan, galakan dan mempercepatkan lagi usaha-usaha ini supaya ia dapat dilaksanakan dengan baiknya. Ketiganya Tuan Pengerusi, di bawah tajuk ini, saya ingin juga mengetahui kementerian sekarang masih kekal memberikan tumpuan yang tinggi pada apa yang dipanggil IMP dengan izin, Industrial Master Plan atau Pelan Induk Perindustrian. Yang mana kita difahamkan di peringkat IMP3 sekarang ini untuk mewujudkan suatu program pembangunan industri negara kita ini yang terancang. Baik kita terima pada dasarnya. Ada rancangannya tetapi kita hendak tahu dalam berbagai-bagai slogan baru, idea-idea baru, penonjolan dasar-dasar baru dan sebagainya. Di manakah tahapnya setakat ini bagi perancangan IMP ini? Kita sekarang ini mendengar pula ada Model Ekonomi Baru yang sedang dirancang oleh kerajaan. Kita ingin mengetahui, apakah MITI dengan perancangan baru ini ada dilakukan hubung kaitan yang sesuai supaya janganlah kerana dijangkakan akan ada model ekonomi baru, maka tumpuan yang seharusnya kita berikan kepada IMP3 ini dikurangkan? Akhirnya yang dirancang, belum tahu ke mana dan bila akan diumumkan dan dilaksanakan yang sudah pun dirancang yang sudah pun mungkin sebahagiannya dilaksanakan, tidak dilaksanakan dengan lancar oleh sebab wujudnya keadaan yang tidak menentu seperti ini. Jadi, inilah Tuan Pengerusi soalan-soalan saya dan harapan-harapan saya kepada Yang Berhormat Menteri MITI. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Jasin. Selepas Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mulakan yang pertama Butiran 19508 - Program Promosi dan Pemasaran Usahawan Kecil dan Sederhana (SDSI) atau Satu Daerah Satu Industri. Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak kementerian yang telah dapat meneruskan showcase SDSI yang telah diadakan sejak enam tahun yang lalu yang mendapat sambutan yang cukup hebat. Memilih Melaka sebagai venue tetap iaitu di MITC. Apa yang saya hendak tanya kepada Menteri, kita hendak lihat kalau boleh SDSI ini benar-benar memberikan makna selain daripada produk- produk yang dipilih pada setiap negeri untuk dipamerkan, yang mendapat sambutan hebat. Kita hendak melihat kalau boleh produk-produk ini bukan sahaja hebat di pasaran Malaysia bahkan boleh menembusi pasaran antarabangsa. Untuk itu, kita ingin melihat kalau boleh penyertaannya bukan sahaja daripada pembuat produk. Bahkan daripada dengan izin, quality buyers daripada luar negara. Supaya mereka dapat benar-benar melihat kehebatan produk-produk yang kita persembahkan.
Keduanya, pada dua tahun yang lalu, Yang Berhormat Menteri pada ketika tersebut telah pun bersetuju. Selain daripada menentukan supaya MITC Melaka sebagai venue tetap, kementerian bercadang untuk membuat sebuah bangunan. Di mana kita akan mempamerkan semua produk secara terus-menerus. Oleh kerana kita kekurangan peruntukan, maka MARA telah dilantik untuk membeli sebanyak 26 buah rumah kedai dalam kawasan MITC juga. Di mana 12 buah daripadanya diberikan kepada usahawan- usahawan dan 14 buah rumah kedai lagi diperuntukkan kepada tiap-tiap negeri supaya tiap- tiap negeri mengambil sebuah rumah kedai untuk mempamerkan produk masing-masing. Apa yang terjadi, hanya Melaka sahaja yang mengambil dua buah rumah kedai. Negeri-negeri lain tidak mengambil bahagian langsung. Jadi terpaksalah Melaka membiayai semua kos dan mengambil keempat belas buah rumah kedai ini. Kita pun tidak mengetahui apa produk-produk yang hendak kita pamerkan. Kita melihat kalau boleh biar negeri masing-masing kalau boleh mengambil bahagian dan mempamerkan produk-produk mereka di premis yang telah ditetapkan. Keduanya, saya pergi kepada Butiran 030100 – Bahagian Dasar dan Rundingan Pelbagai Hala. Malaysia telah memeterai satu perjanjian dengan Singapura pada tahun 1961 untuk penjualan air. Rundingan pertama akan tamat pada tahun 2011 iaitu Malaysia menjual air kepada Singapura sebanyak 350 juta gelen sehari dengan harga 3 sen setiap 1,000 gelen. Perjanjian kedua akan tamat pada tahun 2060 dengan harga yang sama tetapi volume nya kurang 250 juta gelen sehari. Dalam masa yang sama Malaysia membeli pula, Johor membeli pula air mentah, air yang telah dirawat dengan harga sebanyak 50 sen setiap seribu gelen. Tadi kita jual 3 sen setiap seribu gelen. Jadi, persoalan saya, apakah pendirian negara? Sama ada kita mahu meneruskan perjanjian ini atau kita menutup perjanjian ini atau kita mahu berunding semula. Ini kerana saya masih ingat satu pendirian daripada kerajaan satu ketika dahulu, kita tidak mahu membangkitkan apa-apa juga hal-hal tentang masalah kedua negara termasuk perjanjian air kerana kita telah membatalkan pembinaan jambatan bengkok. Keduanya soalan saya, apakah negeri Johor bersedia? Ini kerana pada ketika ini Johor bergantung sebanyak 37 juta gelen air sehari yang disuling, yang dirawat dibeli daripada Singapura dengan harga 50 sen setiap seribu gelen. Ketiga, kalau kita sentiasa hendak menjaga hati kawan, apakah kesan yang akan kita tanggung daripada perasaan rakyat Malaysia sendiri? Dalam masa yang sama, kita jangan lupa Singapura juga berkeupayaan mengeluarkan airnya sendiri daripada air disuling iaitu NEWater sebanyak 100 ribu gelen sehari. Akan tetapi, mereka memerlukan sekarang 350 juta gelen sehari. Dalam masa yang sama saya hendak menyebutkan di sini, Singapura bukan sahaja mendapat keuntungan daripada pembelian air daripada Malaysia bahkan dalam masa yang sama, Singapura juga menjadikan airnya sebagai satu komoditi yang cukup lumayan sekali. Ini kerana mereka menjual air dengan harga yang lebih tinggi kepada semua kapal yang berlabuh di negara mereka.
Seterusnya saya pergi kepada perkara 030400 – Bahagian Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Mesyuarat APEC yang baru lalu, sebenarnya menjadi satu sejarah, di mana semua negara telah berikrar untuk mengeratkan lagi perhubungan terutamanya selepas berlaku krisis ekonomi. Semua negara termasuk Amerika juga berikrar dan menyatakan komitmen mereka tentang perdagangan bebas. Akan tetapi masalahnya bagaimana untuk kita mengerakkan semua sekali persetujuan sehingga kita berjaya selaras dengan perjanjian Doha dan juga WTO ini. Kerana untuk mewujudkan perdagangan bebas, kita mungkin akan menghadapi banyak rintangan dan masalah. Kerana kita terpaksa melaksanakan berbagai-bagai perlindungan terhadap industri-industri kita yang terancam di negara-negara tertentu ataupun di Malaysia misalnya, industri yang mungkin terancam adalah kereta negara. Seperti yang kita bincang pagi tadi, kalau kita tidak dapat mewujudkan satu rangkaian ataupun kerjasama dengan pemain-pemain automotif yang terkemuka, industri ataupun industri automotif negara kita tidak akan ke mana.
Selagi tidak ada usaha untuk menentukan industri terancam ini, maka perdagangan bebas ini tidak akan berjaya. Seterusnya saya pergi kepada perkara 030600 – PEMUDAH. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas komitmen kerajaan untuk mewujudkan PEMUDAH ini, iaitu satu pasukan petugas khas, PEMUDAH cara perniagaan iaitu kerjasama erat di antara kerajaan dan sektor swasta bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian awam yang berkaitan dengan urusan perniagaan. Soalan saya, adakah kerajaan negeri akan memberikan kerjasama erat terutama dalam hal-hal pertukaran status tanah terutamanya e-Tanah. Apatah lagi sekarang kita sedang menghadapi satu masalah yang belum dapat kita selesaikan, e-Tanah kita hendak operasikan pada bulan Oktober yang lalu kerana pada ketika ini, semua pentadbiran tanah sama ada pindah milik, kita masih lagi menggunakan pengurusan tanah secara berkomputer. Selepas itu kita gunakan laris pula untuk memungut cukai, selepas itu kita gunakan perkara-perkara lain yang berhubung tanah dengan manual. Ketiga-tiga ini tidak boleh diintegrasikan, sama ada e-Tanah yang akan diperkenalkan nanti akan mengambil kira masalah yang dihadapi oleh pentadbiran tanah ini. Jadi itu sahaja yang dapat saya sampaikan, terima kasih, saya menyokong.
Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin bahas atas pembangunan perindustrian, 050000 – Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan juga 080000 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, SME Corp. Malaysia dan kementerian memang membantu pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana dengan memberikan pinjaman soft loan dan juga geran-geran bersamaan (matching grant) ini ialah salah satu yang amat minat oleh SME. Sungguhpun kementerian sering kali termasuk Menteri dan Timbalan Menteri ada memberi taklimat atau memberi keterangan tentang permohonan dan apa jenis bantuan yang boleh diberikan kepada SME. Akan tetapi satu persepsi orang ramai iaitu dengan izin Tuan Pengerusi, very nice to hear, very hard to get. Sungguhpun saya mengakui bahawa memang geran bersamaan ini memang boleh dipohon dengan sendiri atau syarikat sendiri dan saya juga ada pengalaman untuk membantu SME dan mendapat kelulusan dari SME Corp. Malaysia. Akan tetapi ramai dari SME di negara kita ini memang tidak berapa tahu cara untuk memohon dan apa keperluan- keperluan untuk permohonan ini. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri bahawa sudah ada sindiket-sindiket yang dikatakan, kumpulan sindiket ini termasuk dengan konsultan dan pegawai bank dan pegawai dari SME Corp. Malaysia. Sindiket ini sudah bergiat atau beroperasi di beberapa negeri. Di Melaka saya difahamkan beratus ribu telah ditipu oleh sindiket ini dan laporan polis pun sudah dibuat. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, apakah perkara ini telah dimaklumkan kepada Yang Berhormat dan apakah nasihat dari kementerian. Saya ingin mencadangkan kepada SME Corp. Malaysia, iaitu bolehkah satu senarai konsultan-konsultan yang diberi kuasa untuk membantu SME memohon geran atau lain-lain keistimewaan atau bantuan dari kementerian? Sebab tiap-tiap orang mengatakan ia sebagai konsultan dan boleh menolong pengusaha dan dengan peratusan 30 peratus selepas mendapat geran tetapi sebelum geran itu dapat diperoleh mereka hendak upfront, beberapa puluh ribu upfront diminta, Mengikut pengalaman saya, amat sukar kita hendak tahu status permohonan kerana bukan senang untuk dapat menghubungi pegawai yang in charge yang memberitahu kita tentang statusnya dan kelemahan ini sudah menjadi satu peluang untuk sindiket-sindiket ini operate. Satu lagi saya ingin cadangkan bahawa pengusaha-pengusaha SME ini memang terikat atau menjadi ahli kesatuan-kesatuan masing-masing. Bolehkah kementerian ini dengan berhubung dengan persatuan ini atau recommend oleh persatuan ini, di antara ahli mereka yang berhak atau mempunyai syarat-syarat yang ditentukan oleh kementerian supaya mereka boleh mohon geran-geran atau bantuan kewangan yang lain.
Sebab saya difahamkan daripada beberapa persatuan, mereka memang hendak tolong ahli mereka tetapi mereka tidak cukup maklumat dan tentang geran-geran atau lain- lain bantuan kewangan yang dibekalkan oleh kementerian. Tuan Pengerusi, satu lagi yang ingin saya sentuh ialah tentang MIDA. Dalam sektor pembuatan, memang satu yang tidak boleh kita nafikan iaitu satu keadaan yang tidak boleh nafikan, kekurangan juruteknik mahir terutama dalam sektor pembuatan machinery yang sekian lama ini kita bergantung pada argon welder atau juruteknik dari negara-negara asing, salah satu adalah negara Bangladesh. Saya difahamkan bahawa pekerja asing dari negara Bangladesh ini telah dibekukan dan saya hendak tanya MIDA, adakah expatriate dari negara Bangladesh masih boleh dibenarkan, sebab ini amat penting untuk sektor pembuatan terutama dalam industri machinery kerana kita hendak eksportkan machinery dan kita bersaing dengan negara-negara ASEAN yang lain. Pengeksport sekarang menghadapi satu masalah yang ketara iaitu kekurangan juruteknik terutama argon welder, machining centre operator, yang juruteknik atau pekerja tempatan masih tidak cukup untuk mengoperate. Itu sebab dua perkara ini saya harap dapat satu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Ada dari BN? Ada? Ada dari PKR? Tidak ada. Okey, Yang Berhormat Sepanggar, penghabisan dan selepas itu saya mahu Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma ingin menyentuh mengenai dua butiran. Butiran pertama mengenai 030000 – Perdagangan Antarabangsa, di mana saya difahamkan bahawa pada tahun 2011, pengimportan kereta- kereta terpakai dan alat-alat ganti kereta yang terpakai akan dihentikan. Jadi, ini tentu sekali akan mengakibatkan ramai pengusaha kereta terpakai ini, khasnya di Sabah lebih kurang 100 pengusaha akan gulung tikar. Maka, saya ingin tahu daripada kementerian ini sama ada, ini masih dikekalkan bahawa tahun 2011 akan dihentikan pengimportan ini? Ini tentu sekali akan mengakibatkan banyak implikasi di mana pada ketika ini, banyak kereta yang di jalan raya yang masih boleh digunakan walaupun ia agak berusia 15 tahun. Akan tetapi, kalau mahu membeli alat-alat yang baru, tentu sekali ini tidak feasible. Maka, itu sebab kita minta bahawa pengimportan alat-alat ganti kereta-kereta terpakai ini harus diteruskan demi untuk penduduk-penduduk di luar bandar yang masih memerlukan kereta-kereta seperti ini. Inilah sebab saya rasa, bagi penduduk-penduduk luar bandar, kita tidak mampu untuk membeli kereta baru yang begitu mahal sekali pada ketika ini. Maka, itu sebab saya mohon supaya buat kajian semula supaya pengimportan ini tidak dihentikan pada tahun 2011. Kedua, mengenai Butiran 080000 – Perbadanan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). Khasnya di Sabah, apa yang kita nampak pada ketika ini yang ada kejayaan sedikit ialah dalam perusahaan kayu-kayan, di mana pengusaha- pengusaha boleh mengusahakan dengan menggunakan kayu tempatan. Akan tetapi, banyak juga kayu tempatan yang sukar kita peroleh, contohnya kayu-kayu yang lebih bermutu. Makanya, kita import dari negara-negara jiran. Apabila kita import dari negara- negara jiran, tentu sekali ini menggunakan banyak dokumentasi. Maka ini juga saya mohon supaya dalam pengimportan itu, harus diperbaiki supaya tidak begitu banyak dokumentasi, dan juga untuk menjalankan pengeksportan ini, haruslah diberi keutamaan, oleh kerana ini adalah satu-satunya industri yang kita dapat lihat di Sabah ini agak ada potensi sedikit. Mengenai dengan perusahaan yang lain, tentu sekali ini ada sedikit masalah sekarang ini di mana freight charges, misalnya pengangkutan perkapalan ini begitu tinggi sekali. Maka dengan ini saya minta supaya kerajaan membuat kajian semula dan juga memberi satu insentif kepada pengusaha-pengusaha kecil di Sabah ini supaya mereka dapat menjayakan perusahaan mereka. Contohnya di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP).
Agak sukar bagi seseorang pengusaha untuk mengusahakan perindustrian kecil- kecilan ini oleh kerana pertama, mereka tidak diberi insentif dan yang kedua, mereka sukar untuk menembusi pengeksportan luar negara disebabkan agak kurang atau lembap promosi daripada Kerajaan Pusat ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian membahaskan di peringkat Jawatankuasa Belanjawan 2010 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Saya mohon untuk menjawab isu- isu yang dibangkitkan dengan izin Tuan Pengerusi. Kalau tidak sempat saya jawab semua sebelum pukul 1, saya mohon sedikit masa untuk sambung di sebelah petang bermula pukul 2.30 petang. Saya amat menghargai pandangan-pandangan yang telah diberikan oleh Ahli Yang Berhormat dan insya-Allah mana yang baik, kita akan ambil kira dan melaksanakan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia, pengguna dan pelabur sama ada dalam negeri mahupun luar negeri. Saya memilih Tuan Pengerusi, untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan pagi ini kerana ia dengan izin, masih lagi fresh dalam memory dan saya akan, jika ada masa saya akan menyentuh isu-isu yang dibangkitkan semalam. Bermula dengan Yang Berhormat Sepanggar yang baru sahaja bercakap. Apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Sepanggar ialah cadangan supaya alat-alat ganti yang diimport. Kita secara staged dengan izin, secara beransur-ansur kita kenakan sekatan di mana bermula Jun 2011, kita akan ada kaedah untuk mengurangkan pengimportannya. Pertama saya hendak sebut bahawa ia akan dilaksanakan secara beransur-ansur. Beransur-ansur ini, yang pertamanya dari segi masanya dan yang keduanya dari segi alat- alat komponen. Kalau katakan ada 1,000 alat komponen, staged bermakna, tidak semestinya day one, hari pertama Jun 2011 kita mansuhkan pengimportan semua 1,000 alat komponen. Itu yang dimaksudkan dengan perkataan beransur-ansur itu atau staged. Staged juga bermaksud bahawa bulan Jun 2011, bukan semuanya tidak dibenarkan. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang memberikan pandangan. Bukan sahaja Yang Berhormat Sepanggar, malah beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain juga. Sebenarnya kita sudah pun mengadakan perbincangan sebelum digubal dasar ini dengan pihak stakeholders. Jelas bahawa ada lagi pandangan-pandangan yang kita terima selepas diumumkan dasar ini. Maka, kementerian merancang bermula bulan Januari untuk dengan izin, engage mengadakan pertemuan lanjut dengan mereka. Saya ada terima beberapa memorandum termasuklah daripada Dewan Perniagaan India Perak, Sabah, Johor dan kita mengambil perhatian cadangan-cadangan yang diberikan. Insya-Allah, bulan Januari kita akan adakan pertemuan dengan mereka untuk mendapat pandangan. Akan tetapi saya hendak tegaskan sekali lagi bahawa diumumkan dasar ini, disebut dengan jelas beransur-ansur. Beransur-ansur itu ada dua kaedah. Pertama, masanya dan yang keduanya bilangan komponennya. Masanya walaupun disebut Jun 2011, beransur bermakna bermula dan yang keduanya bilangan komponen juga kita tetapkan. Jadi, itu saya hendak beri penjelasan tentang kenyataan yang telah dibuat oleh kerajaan. Jadi, saya ingin memberi jaminan di sini. Berkaitan dengan cadangan supaya dikurangkan birokrasi dokumentasi industri kayu-kayan, kita ambil perhatian dan kita akan berjumpa dengan mereka untuk mencari jalan bagaimana boleh kita kurangkan kerenah birokrasi tersebut. Berkaitan dengan KKIP, ini ada kaitan dengan freight charges, ini satu isu yang besar dan sedang ditangani oleh kerajaan melalui Dasar Kabotaj dan juga Kementerian Pengangkutan. Seterusnya saya merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka. Pertama berkaitan dengan sindiket. Yang Berhormat tanya sama ada saya dengar ataupun sama ada perkara ini sampai ke pengetahuan saya, sama ada sindiket ini terdapat dalam memohon geran?
Di Malaysia ini memanglah satu fenomena bukan sahaja dalam sektor Industri Kecil dan Sederhana, ada banyak lagi sektor. Sindiket-sindiket memang timbul dari semasa ke semasa dengan izin ada pihak tertentu yang bit the system untuk mendapat keuntungan atau pun mencari makan. Itu sebabnya kerajaan telah menubuhkan PEMUDAH, mengurangkan kerenah pentadbiran, mengurangkan proses permohonan, dan lain-lain. Ini lah untuk menghapuskan sindiket. Kita mengakui bahawa salah satu motivasi sindiket ini timbul ialah oleh sebab kerenah pentadbiran, sukar untuk mendapat sesuatu, sukar membuat permohonan, dan borangnya panjang-panjang. Ini antara motivasi kerana ada sindiket. Jadi kita sedar ini berlaku sebelum ini. Akan tetapi akhir-akhir ini, saya hendak maklumkan Yang Berhormat Kota Melaka saya tidak ada laporan dan jika Yang Berhormat ada maka saya sudi untuk menerimanya. Sebenarnya semua geran ini kita tidak lantik mana-mana konsultan untuk memohon permohonan. Mereka hendak pohon direct atau secara langsung kepada pihak SME Corp dan jika ada kes-kes di mana sindiket menipu dan lain-lain ditubuhkan maka saya mahu Yang Berhormat daripada Kota Melaka untuk menyusul dengan pihak kementerian. Berkata dengan status permohonan perkara ini memang Yang Berhormat pernah cadangkan kepada saya. Yang Berhormat mahu supaya diperbaiki lagi agar status permohonan ini boleh umpamanya online. Ini kita sedang cari kaedahnya. Jadi kadang-kadang kalau berurusan melalui telefon mungkin sukar. Ini kita akan perbaiki lagi. Saya hendak maklumkan bahawa akhir-akhir ini oleh kerana kemelesetan ekonomi yang kita hadapi dan bilangan permohonan bertambah maka memang ada kesesakan dari segi pemprosesan atau pun processing permohonan-permohonan yang diterima. Saya keluarkan kenyataan dua hari lepas. Sebelum ini cuma 300 permohonan sebulan sekarang 1000. Pertama kerana ekonomi gawat, kedua kerana ada kemudahan ini berbentuk geran. Geran but definition dengan izin free atau percuma itu amat popular sekali. Ini telah menimbulkan kesesakan tetapi kita telah buat keputusan permohonan-permohonan yang diterima sebelum 30 November akan dibuat keputusan sama ada dapat atau pun tidak sebelum akhir tahun ini. Jadi saya ingin memberi jaminan mana-mana permohonan yang belum mendapat keputusan permohonan geran ini kita akan maklumkan sebelum akhir tahun ini. Bagi permohonan yang diterima 30 November itu ke atas point. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri saya memang setuju apa Yang Berhormat Menteri katakan bahawa permohonan ini buat secara direct kepada SME Corp. Akan tetapi kita tidak boleh nafikan bahawa memang ramai di antara SME ini mendahului konsultan. Ada konsultan yang memang gendering, dengan izin. Dia yang dapatkan mungkin konsultan fee 20 peratus atau 30 peratus supaya mereka jalankan semua dokumen free application yang lain atau mungkin perlu ada write on behalf of the company projection. Itu yang memang ramai di antara SME kita tidak mampu berbuat begitu. Oleh sebab itu sebentar tadi saya ada cadangkan bahawa memandangkan keadaan ini memang di antara permohonan ini ramai pemohon mendahului konsultan. Adakah kementerian atau SME Corp ingin mengadakan satu senarai konsultan yang dikhaskannya untuk diberi kuasa membantu SME ini? Jikalau tidak seperti persepsi orang ramai, it is very nice to hear but very hard to get. Terima kasih.
Terima kasih. Berkaitan dengan nice to hear, hard to get, dengan izin, Tuan Pengerusi. Oleh kerana beberapa bantuan ini dalam bentuk geran memang lah semuanya mahu. Kita ada tiga, empat jenis bantuan. Pertama geran, geran makna free. Keduanya, interest free loan atau pinjam tiada kadar faedah, ketiga soft loan 2 peratus hingga 3 peratus kaedah faedah. Keempatnya pinjaman dengan izin, a commercial term. Jadi empat jenis bantuan yang diberikan. Jadi geran ini yang paling senang sekali. Jadi memanglah dengan izin, nice to hear, dan memang sukar untuk dapat kerana ini wang rakyat dan kita memegang amanah rakyat. Pastikan bahawa geran oleh sebab ia free hendaklah kita pastikan bahawa ia menepati kehendak yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Itu sebabnya dalam memproses geran ini kerajaan perlu teliti kerana ia bukan pinjaman, tiada faedah, faedah rendah atau pun commercial loan. Ia merupakan geran. Jadi setahu saya tidak ada konsultan yang dilantik. Apa pun kita akan perhebatkan lagi outreach program. Memang ini sepanjang masa. Yang berhormat pun pernah pergi ke SME Corp mengikut kata Yang Berhormat dan ada help desk. Ada pegawai-pegawai yang ditugaskan khusus dan kita akan perbaiki lagi dan di kebanyakan buah negeri ada pegawai SME Corp. Insya-Allah kita akan perbaiki lagi perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakyat. Berkaitan dengan kekurangan juruteknik mahir...
[Bangun]
... Juga Kota Melaka...
Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja tentang outreach ini. Sebentar tadi saya ada cadangkan melalui persatuan industri-industri tertentu. Adakah outreach ini juga akan mempertimbangkan cadangan ini?
Ya, memang Tuan Pengerusi. Memang itu yang dilakukan dan kita akan perhebatkan lagi outreach termasuklah bersama-sama persatuan- persatuan SME yang terdapat di seluruh negara. Berkaitan dengan kekurangan tenaga mahir ini satu perkara memanglah satu masalah besar yang kita hadapi dan daripada beberapa buah negara Yang Berhormat sedia maklum yang kita tidak benarkan termasuklah daripada Bangladesh. Memanglah kilang-kilang dan syarikat-syarikat banyak yang memohon kepada kerajaan untuk membawa masuk pekerja asing dan Yang Berhormat dalam Dewan ini juga yang marah kepada kerajaan kerana kenapa termasuklah Ipoh Barat dan lain-lain kenapa kerajaan ini terlalu linear walhal ramai pekerja-pekerja Malaysia yang mampu dan ingin bekerja. Ini satu perkara yang amat rumit dan kerajaan telah pun buat keputusan bahawa kita hendak kurangkan pergantungan kita kepada pekerja-pekerja asing termasuklah dari Bangladesh. Akan tetapi kerajaan tahu bahawa bagi sesetengah pekerjaan termasuklah juruteknik mahir ini memang kita perlu dan memang kerajaan membenarkannya tetapi daripada beberapa buah negara tidak dibenarkan. Jadi untuk makluman juga kita sedang merangka kerajaan melalui Jawatankuasa Kabinet dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri sedang merangka cara-cara bagaimana kita hendak tingkatkan bekalan. Bekalan pekerja mahir tempatan. Masalahnya sekarang ini ialah kekurangan pekerja tempatan atau pun setengah-setengah pekerjaan itu tidak diminati oleh rakyat tempatan atau pun gaji yang ditawarkan itu mungkin terlalu rendah. Jadi isu ini isu yang penting dan ditangani oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Saya mengakui bahawa kita belum lagi dapat selesai sepenuhnya. Akan tetapi dalam jangka panjang ini sudah pasti satu aspek yang harus diberi penekanan oleh kerajaan. Seterusnya Yang Berhormat Jasin membangkitkan tentang Program SDSI di Melaka. Memanglah perancangan awalnya ialah untuk 12 atau pun 26 pintu kedai. Sebanyak 12 untuk usahawan 14 untuk negeri dan memang Melaka sahaja yang mendudukinya. Ini satu perkara yang mendukacitakan dan pihak kementerian masih lagi sedang berbincang dengan pihak-pihak berkenaan. Ini lah pusat pameran dan jualan SDSI di fashion city Melaka. Pihak kementerian untuk makluman Yang Berhormat program ini adalah di bawah MARA dan seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, MARA adalah di bawah kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah. Maka itu kita akan bincang dengan SDSI, programnya di bawah MITI tetapi rumah kedai di Melaka ini di bawah MARA dan kita akan berbincang dengan rakan-rakan kita di MARA bagaimana untuk kita selesaikan masalah ini. Kita ucap terima kasih Kerajaan Negeri Melaka kerana memberi sokongan begitu baik untuk kita menganjurkan program SDSI dalam masa dua minggu setengah, tiga minggu lagi di Melaka dan kita harap ini akan melonjakkan lagi pencapaian industri luar bandar dalam negara kita. Saya kurang pasti tentang janji dua tahun lalu untuk membina satu bangunan walau apa pun hari ini tidak ada perancangan dalam bajet tahun depan untuk kita bina satu bangunan untuk pamer produk-produk seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jasin sebentar tadi.
Berkaitan dengan air...
[Bangun]
Rundingan... Yang Berhormat sebut butiran tadi, ini adalah...
Yang Berhormat Jasin berdiri, Yang Berhormat.
Saya habiskan mengenai air dahulu. Ini adalah bukan di bawah MITI, ini melibatkan Wisma Putra dan pihak-pihak lain. Saya tiada maklumat tentang 20112060, hal-hal berkaitan dengan kos air yang dijual di Singapura kerana ia melibatkan kementerian yang lain dan mungkin Yang Berhormat boleh bangkitkan apabila tiba masanya.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan terima kasih atas keyakinan yang telah diberikan oleh kementerian terhadap kerajaan negeri Melaka. Walau bagaimanapun, SDSI ini mempunyai satu potensi yang amat besar sekali. Satu ketika dahulu kita membuat satu kerjasama dengan beberapa negara, dengan Jepun yang menjadi pengerusinya iaitu OVOP - One Village One Product ataupun di Thailand dipanggil One Tambon One Product - OTOP. Akan tetapi, SDSI kita sebenarnya tidak dapat menonjolkan bukan sahaja produk- produk kita tidak dapat dipasarkan ke negara mereka bahkan kita hendak lihat kalau boleh ada rangkaian di antara negara-negara peserta dalam OVOP ini. Banyak negara yang menyertai supaya dapat sama-sama mengambil bahagian dalam showcase ini dan kita hendak dalam masa yang sama ada quality buyers yang kita jemput. Jadi, MITI memang cukup tepat sekali lah supaya ia dapat melihat apakah potensi-potensi produk yang telah dikeluarkan oleh usahawan-usahawan tempatan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Memang itu cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat semasa berbahas tadi dan Yang Berhormat tadi mengulangi cadangan tersebut dan saya mengucapkan terima kasih. Cadangan Yang Berhormat adalah supaya kita bawa quality buyers daripada luar negara untuk datang ke Melaka semasa diadakan SDSI di Melaka dalam masa tiga minggu lagi. Jadi, insya-Allah kita akan usahakan perkara ini. Memang benar kita hendak pasarkan barangan ini bukan sahaja dalam negara kita Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Dua lagi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin. Yang pertama ialah industri kereta kita Proton. Yang Berhormat bercakap mengenai strategic partner, rakan kongsi yang strategik. Saya ingin maklumkan di sini bahawa memang pihak Proton sedang berbincang dengan beberapa pihak yang berkenaan dan saya bersetuju, dan kita semua dalam Dewan ini bersetuju malah rakyat Malaysia semua bersetuju bersama dengan kerajaan iaitu tanpa sebuah strategic partner ataupun sebuah syarikat yang menjadi atau merupakan strategic partner maka, amat sukar untuk Proton menangani cabaran yang semakin tinggi pada masa ini. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada pandangan Yang Berhormat berkaitan dengan perkara ini. Akhir sekali Yang Berhormat Jasin...
Penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Berhubung dengan Proton, saya hendak minta respons daripada Yang Berhormat Menteri apakah sebenarnya matlamat industri automotif kita? Matlamat yang sebenarnya. Adakah semata-mata untuk mengeluarkan kereta bagi keperluan rakyat tempatan pada harga yang rendah dan memenuhi keperluan pengangkutan dalam negara? Atau adakah kita hendak mewujudkan satu industri seperti negara maju yang lain? Jepun, Korea dan beberapa negara barat yang menjadikan industri automotif mereka itu sebagai satu sektor yang membangunkan ekonomi negara mereka dengan mengeluarkan produk-produk kereta yang dieksport ke luar negara dan menjana pendapatan yang begitu besar sekali.
Kita melihat Proton sudah pun bertahun-tahun, puluhan tahun tetapi kita masih ditakuk lama. Kenapa ini boleh berlaku, kenapa ini boleh berlaku? Kenapa kita masih lagi memperkatakan soal mencari strategic partner, sedang memikirkan, sedang merancang, sedang berunding, sedang itu, sedang ini? Apakah kita tidak mempunyai political will? Tiada keupayaan untuk membuat keputusan? Jangan jadi kita teragak-agak dan teragak- agak. Buat perkiraan apa risikonya, apa peluangnya, apa cabarannya dan buat keputusan daripada itu. Kalau kita memikirkan takut itu, takut ini, takut itu, takut ini, risiko itu, risiko ini, sampai bila kita hendak membuat keputusan? Sudah hampir 30 tahun industri automotif kita ini. Masih lagi kita keluarkan satu model, dabik dada. Keluar satu model, dabik dada. Kemajuan, berapa buah kereta yang kita eksport ke luar negeri? Boleh dibilang dengan jari dan hasil pendapatan foreign exchange begitu kecil sekali. Jadi, saya rasa walaupun kita telah mengeluarkan kereta nasional, saya tidak begitu berpuas hati dengan kejayaan industri automotif kita. Kita masih mengimport kereta. Saya minta Yang Berhormat Menteri sebagai seorang Menteri yang berkaliber sekali menerajui Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan bertanggungjawab tentang pembangunan industri automotif ini, gunakan peluang ini, kesempatan ini untuk mewujudkan satu industri automotif yang sama taraf dengan industri automotif di negara lain seperti Korea dan Jepun dengan izin, if they can do it, we also can do it... [Tepuk] Kalau mereka boleh, kita juga boleh. Saya sudah pergi Jepun, saya sudah pergi ke Korea, saya sudah pergi berjumpa beberapa pengeluar kereta di dunia ini. Mereka bukan genius, mereka bukan Superman, bukannya terlalu hebat tetapi mereka mempunyai komitmen, will power untuk melakukan sesuatu. Kita boleh melakukannya sama hebat seperti mereka juga. Ini penting kalau kita hendak membangunkan negara kita menjadi sebuah negara kelas pertama dan juga berpendapatan tertinggi. Bagaimana rakyat Malaysia boleh diangkat pendapatannya ke satu tahap yang tinggi kalau kita masih bergantung kepada primary industries sebagai pengeluar-pengeluar komoditi semata-mata. Kita mesti menjadi pengeluar barangan perkilangan, barang teknologi, barang yang lebih tinggi nilainya di antara lain ialah kereta. Jadi, kalau kita bercakap soal new economic model, kita bercakap model ekonomi baru, kita bercakap soal hendak meningkatkan per kapita daripada 3000 kepada 10,000, kita perlu melonjak, melompat jauh ke atas...
Yang Berhormat Pasir Salak, cukup itu Yang Berhormat.
Tidak. Ini semua Tuan Pengerusi, kita ini sudah bahas perkara ini. Konon kita hendak buat itu, hendak buat ini tetapi, pendapatan rakyat Malaysia selain daripada yang kaya-raya di pekan ini, rata-rata pendapatan Malaysia jauh ke bawah dibandingkan per kapita yang kita persoalkan. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Pasir Salak. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain sudah faham. Menteri sudah faham itu.
Dahulu beliau marah kita cakap seperti itu.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Pasir Salak ialah pakar di antara kita di dalam Dewan ini. Pakar paling ulung dalam bidang automotif, memang beliau banyak pengalaman dalam bidang ini dan banyak memberi pandangan kepada kerajaan. Terima kasih kita ucapkan kepada Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak mungkin terbaca kenyataan daripada Managing Director, Pengarah Urusan Proton sehari dua yang lalu di mana target Proton ialah untuk mengeksport 30,000 unit kereta. Jadi sebelum ini 20,000 unit sahaja seluruh negara kita mengeksport kereta. Memang benar, salah satu Yang Berhormat tanya tadi apa objektif kita perkenalkan industri kereta. Pertama ialah untuk mendapatkan teknologi canggih, teknologi high-tech. Kedua ialah untuk menyediakan kenderaan kereta pada harga yang munasabah kepada rakyat Malaysia. Ketiga untuk memenuhi pasaran tempatan. Keempat ialah untuk mengeksport.
Ini antara objektif kenapa kita perkenalkan industri ini dan dalam tempoh 25 tahun lebih, Proton telah melabur lebih RM8 bilion dalam industri ini dan telah banyak menyumbang kepada negara kita. Kita tidak dapat pertikai cumanya Yang Berhormat mahu kita lonjakkan sama ada kerajaan ada political will. Jadi, saya hendak jelaskan di sini bahawa insya-Allah kita akan pastikan political will itu ada dan daripada apa yang saya telah amati, perbincangan dengan mereka memang beberapa perubahan akan berlaku dalam konteks strategic partnership tadi. Jadi, harap Yang Berhormat bersabar dan kita tunggulah perancangan yang akan dibuat oleh Proton untuk...
Yang Berhormat Menteri, mohon penjelasan.
...Melonjakkan lagi industri ini ke tahap yang lebih tinggi. Silakan.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya hendak bertanya lanjutan daripada Dasar Automotif Negara tadi. Adakah pihak kementerian juga mengambil kira dalam kerangka Dasar Automotif Negara ini tentang kepentingan untuk mewujudkan asset based ownership, dengan izin, kepada rakyat Malaysia yang berhajat untuk memiliki atau melabur dalam nilai wang mereka kepada membeli kereta-kereta nasional, kereta-kereta buatan tempatan. Perkara ini pernah ditimbulkan kerana kita lihat nilai kenderaan-kenderaan yang dikeluarkan atas jenama-jenama tempatan ini agak jauh berbeza dengan nilai buku kenderaan itu sebagai aset. Sebagai contoh, kalau nilai sebenarnya RM50,000 dijual dengan harga RM80,000 ataupun kereta yang sama mempunyai nilai buku dalam lingkungan RM20,000 ke RM21,000 kita jualkan kepada rakyat Malaysia dengan harga RM40,000 ke RM50,000. Dengan adanya peranan institusi kewangan yang memberi pinjaman, menawarkan pinjaman dan sebagainya sehingga sesetengahnya sembilan tahun dan peminjam-peminjam ini dikenakan bayaran bulanan yang berjadual mengakibatkan mereka terpaksa menanggung hutang ini sehingga sembilan tahun. Sedangkan kita tahu nilai (value) kenderaan ini hanya boleh bertahan nilai bukunya sehingga tahun keenam paling lama. Jadi, ini bermakna kita menggalakkan sifat profiteering activity ini kepada syarikat- syarikat kewangan untuk melihat pembeli rakyat tempatan ini sebagai market potensi besar mereka untuk meraih keuntungan. Sedangkan kita tidak ada satu sandaran nilai yang logical untuk kita pegang atau kita harapkan kepada mereka sebagai satu kepunyaan harta mereka sedangkan nilai itu sebenarnya sudah kosong. Adakah dasar automotif ini mengambil kira juga kedudukan ini? Sekiranya perkara ini berlanjutan sehingga sepuluh tahun akan datang, saya bimbang atau kita bimbang bahawa dasar automatif ini hanya menekankan kepada untuk menjual atau melariskan produk kereta-kereta buatan tempatan tanpa mengambil kira ikatan yang kita kenakan kepada pengguna ataupun rakyat kita dalam memegang nilai aset yang sebenarnya tidak wujud lagi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, saya kurang pasti kebenaran pandangan Yang Berhormat Indera Mahkota tentang aset tidak wujud. Kita semua tahu bahawa walaupun tempoh pinjaman lima, enam atau sembilan tahun, saya tidak pasti sama ada ada institusi yang sanggup memberi pinjaman yang begitu lama. Yang Berhormat mungkin lebih tahu tetapi aset itu bukan kosong. Setahu saya kalau kita jual kereta setelah kita selesai pinjaman ataupun belum selesai pinjaman, ada nilainya, bukan kosong. Jadi...
Yang Berhormat Menteri, sebenarnya nilai buku ini tidak ada kalau diambil kira tentang depreciation value. Ini kita terima sebagai convention, yang depreciation value kita kenakan kepada nilai aset yang digunakan mengikut tempoh.
Tuan Pengerusi, kita berdebat atas satu perkara yang theoretical. Kita boleh sambung lagi selepas ini dengan Yang Berhormat tetapi isunya mungkin ialah harga kereta yang agak tinggi di negara kita. Persepsinya begitu. Sebenarnya, bukan sahaja di negara kita, banyak lagi negara di dunia, kereta ini memanglah satu luxury item. Harga itu pertamanya ialah manufacturing cost. Keduanya ialah cukai-cukai yang dikenakan dan ketiga ialah margin yang dikenakan oleh pengedar. Jadi, inilah komponennya. Pada masa ini kita dapati harga di Malaysia ini tinggi, tetapi kita rasa agak berpatutan dalam konteks inflasi dan juga pendapatan dalam negara kita. Memanglah ada ruang mungkin Yang Berhormat berpendapat untuk mengurangkan harga kereta. Seperti sedia maklum, kita mengenakan cukai kepada mereka yang membeli kereta, eksais dan duti import. Duti import eksais ini khususnya duti eksais merupakan satu sumber pendapatan. Jadi, konsep kita ialah untuk kita mahu pemilik kereta menyumbang sedikit kepada kemajuan negara dengan menyumbang kepada duti eksais. Itu antara sebab harga kereta mahal. Jika kita hapuskan atau mansuhkan duti eksais, maka permohonan- permohonan Yang Berhormat untuk projek-projek di kawasan Parlimen ataupun Rancangan Malaysia Kesepuluh memanglah agak sukar untuk kerajaan memenuhi segala permohonan itu.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa harga kereta di negara kita yang amat tinggi berbanding dengan negara jiran seperti Thailand kerana terpaksa membayar cukai yang tinggi seperti cukai eksais. Rakyat jelata, khususnya kakitangan kerajaan dan juga rakyat biasa terpaksa membeli kereta yang terlalu mahal disebabkan membayar cukai eksais ini. Adakah kita nampak contoh di negara jiran seperti Thailand, harga Honda City hanya dijual dengan harga RM40,000 di negara jiran kita. Akan tetapi, dijual di sini hampir RM90,000 iaitu 100 peratus tinggi berbanding dengan negara Thailand. Adakah kerajaan berhasrat untuk menurunkan duti eksais ini dan memberi harga yang lebih rendah? Jadi, rakyat jelata boleh membeli kereta dengan lebih murah kerana ramai rakyat menderita disebabkan terpaksa membeli kereta dengan harga yang begitu tinggi berbanding dengan harga yang dijual di negara jiran kita. Minta satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Pertamanya, dakwaan Yang Berhormat Bukit Bintang tadi mengatakan bahawa harga Honda City di Thailand RM40,000 dan harga di Malaysia RM90,000 adalah tidak benar. Perbezaan harga RM50,000 itu adalah tidak benar. Setahu saya, perbezaannya tidaklah banyak sangat. Ada perbezaan tetapi sedikit sangat perbezaannya. Akan tetapi, kalau Yang Berhormat kata RM40,000 dengan RM90,000 dengan perbezaan RM50,000 adalah tidak benar. Saya mohon Yang Berhormat memberi kepada saya dokumen-dokumen untuk membuktikan dakwaan Yang Berhormat tadi. Keduanya berkaitan dengan duti eksais seperti yang saya maklumkan tadi, kerajaan mengenakan sedikit cukai kepada pengguna untuk menyumbang kepada kemajuan negara. Jadi, kalau semuanya tidak ada cukai, kita dalam Dewan hari ini berbahas belanjawan mengurus dan juga pembangunan datangnya daripada cukai. Cukai ini ada macam-macam, termasuklah duti eksais. Jadi, kalau kita cuma hendak bincang perbelanjaan tanpa merujuk kepada cukai, ini tidak logik dan tidak realistiklah.
[Bangun]
Memang tindakan ini baik jika kita mampu. Kalau kerajaan mampu, memang tidak ada masalah tetapi dalam konteks sekarang kerajaan perlu kenakan cukai, cukai pendapatan, cukai eksais dan duti yang lain untuk membolehkan kita membelanjakan wang negara bagi tujuan-tujuan yang kita bahaskan dalam Dewan ini.
Yang Berhormat Menteri.
Ya. Cukuplah itu. Ini hal-hal berkaitan Kementerian Kewangan sebenarnya. Duti-duti ini saya tidak ada hak untuk bercakap tentang duti. Cuma saya sebagai anggota kerajaan boleh memberi jawapan secara umum, tidak boleh khusus.
Yang Berhormat Menteri, boleh...
Yang terakhirlah mengenai ini.
Saya hendak sambung sikit sahaja lagi.
Yang Berhormat Taiping, sila.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengalu-alukan usaha Yang Berhormat Menteri menyebut memang kerajaan perlu menambahkan pendapatan supaya kerajaan tidak terus terjerumus ke kancah defisit yang berturut-turut selama 13 tahun. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar, sebenarnya kerajaan di bawah mantan Perdana Menteri telah membuat pengumuman, di mana semua AP akan dibasmi menjelang 31 Disember 2010. Ini adalah janji; janji kerajaan Barisan Nasional tetapi nampaknya janji tidak dikotakan. Sekarang ini di bawah National Automotive Policy (NAP) baru AP telah dilanjutkan lima tahun lagi. Inilah sebabnya pelabur asing berasa kerajaan tidak ada pendirian tetap. Hari ini janji macam ini, esok buat yang lain pula. Lusa pula dasar yang lain.
Apakah pandangan Yang Berhormat? Dan yang kedua mengikut pendapatan dari AP, walaupun belanjawan ini telah memperuntukkan setiap AP ini dapat RM10,000 tetapi mengikut jumlah statistik MITI tahun lepas, MITI telah mengeluarkan 15,078 AP. Jika setiap AP hanya dapat RM10,000, kita hanya dapat RM158 juta sahaja tetapi Yang Berhormat Menteri pakar, memang sedar nilai AP di pasaran sekurang-kurangnya RM40,000. Mengapa demi menambahkan pendapatan kerajaan supaya membawa manfaat kepada rakyat, sistem pemberian AP dibuat secara tender terbuka supaya semua dan tidak hanya tertumpu kepada 80 hingga 90 orang AP King sahaja yang menikmati faedah dan atas kerugian negara dan bangsa kita. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat membuat pengubahsuaian dasar untuk membawa manfaat kepada rakyat dan negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan beberapa Ahli Yang Berhormat lain. Saya memang bercadang hendak menjawab perkara ini oleh kerana dibangkitkan boleh saya jawab terus. Pertama, memanglah pada peringkat awalnya sistem AP ini pengumumannya ialah Disember, 2010 tetapi selepas itu dipinda kepada 2020 dan yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ialah untuk menarik balik. Betul Yang Berhormat kata 2010 tetapi ada pengubahsuaian 2020 dan kita sebenarnya tarik balik lima tahun dan sekarang ini 2015. Itu yang pertama, penjelasan. Kedua, berkaitan dengan lelong 10,000 dan lain-lain yang RM300 juta itu adalah anggaran yang dibuat oleh Menteri Kewangan apabila membentangkan belanjawan, anggaran dalam buku revenue estimate itu adalah anggaran. Jadi kalau 20,000 sahaja, maka RM200 juta. Jadi kalau tahun lepas saya kurang pasti tetapi bukan RM158 juta, bukan RM115,800. Lebih daripada itu, setahu saya 25,000 tahun lepas, maknanya kalau berasaskan tahun lepas kira-kira RM250 juta. Jadi itu berasaskan jangkaan kerajaan sekiranya 30,000 dikeluarkan maka RM300 juta. Jadi kalau 10,000 maka RM100 juta. Jadi itu angka-angka yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Jadi persoalannya kenapa tidak dilelong, dibuka untuk semua dan kalau begitu mengikut Yang Berhormat Petaling Jaya Utara umpamanya kita boleh teruskan dengan AP ini sampai bila, kita lelong. Itu cadangan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara apabila berucap kali yang pertama jam 11.30 pagi tadi.
Jadi untuk ini saya hendak maklumkan bahawa yang pertamanya apa jua dasar, kita harus ada peralihan ataupun transition face, apa jua yang hendak dibuat, Yang Berhormat pun hendak buat sesuatu, kita tidak boleh bribe. Lebih-lebih lagi dasar ini ialah untuk membantu bumiputera dalam bidang motor trade ini, kerana apabila dasar ini diperkenalkan 30 tahun yang lalu memang tidak ada bumiputera dalam motor trade, Yang Berhormat pun tahu semua. Hari ini pun memang tidak ramai lagi. Itu sebabnya dasar AP ini diperkenalkan supaya bilangan bumiputera dalam bidang ini bertambah. Pertama. Kedua, hasrat kerajaan adalah supaya mereka daripada benefit privilege atau keistimewaan yang diberikan ini dapat mengembangkan perniagaan untuk terlibat dalam bidang-bidang yang lain untuk mempelbagaikan perniagaan mereka. Jadi yang pertama untuk membantu penyertaan bumiputera dan yang keduanya untuk membolehkan mereka ada tapak untuk mempelbagaikan, untuk menceburi bidang-bidang lain. Itu dasarnya. Jadi itulah yang kita lakukan. Kalau kita buka semua sekarang, kita merasakan ini akan menimbulkan banyak masalah kerana mereka sudah melabur setengahnya RM10 juta. Dasar-dasar sebelum ini yang memberi gambaran seolah-olah ia akan berterusan selama-lamanya, maknanya AP ini akan sampai bila-bila, sampai kiamat kita katakan. Jadi oleh hal yang demikian, maka ada di antara mereka yang telah melabur RM10 juta, RM50 juta. Jadi dengan izin, we have got to be fair. Kita harus adil kepada mereka. Itu sebabnya mengambil kira pertimbangan tersebut, kita telah buat keputusan bukan 2020, kita tarik balik lima tahun, 2015.
Minta penjelasan.
Seterusnya saya hendak maklumkan dalam hal ini bahawa kita telah mulakan satu proses audit. Audit ini di mana kita telah pastikan bahawa mereka yang tidak menjalankan perniagaan sendiri seperti yang telah disyaratkan kita tidak akan berikan AP. Jadi mengikut perancangannya maksimum 30,000 tetapi tahun ini umpamanya cuma 25,000 sahaja, sekitar itu sahaja kerana beberapa buah syarikat yang didapati tidak menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan. Jadi saya ingin memberi jaminan di sini bahawa tahun depan dan saya sudah pun memanggil mereka, telah mengadakan perbincangan dengan mereka, telah memberi amaran kepada mereka bahawa tahun depan kita akan bertegas. Kalau dahulu memang tidak ada sebelum ini tidak ada audit, tidak ada sebarang pemantauan. Oleh hal yang demikian mereka boleh berbuat apa sahaja. Jadi bermula tahun depan, kita sudah mula proses audit tahun lepas lagi sebelum saya masuk kementerian, saya melaksanakannya, bermula tahun depan kita akan tegas dalam melaksanakan audit findings, dengan izin. Jadi saya hendak minta kefahaman Ahli Yang Berhormat, yang pertama kita harus ada tempoh peralihan dan kita harus peka kepada masalah yang mungkin timbul kerana mereka telah melabur berpuluh dan beratus juta, meminjam dengan bank dan lain-lain. Maka itu kita rasa elok kalau kita ada kompromi. Komprominya antara 2010 dengan 2020 sebelum ini maka jalan tengahnya ialah 2015. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai dasar AP untuk membantu bumiputera. Perkara tersebut kita tidak bantah, kita tidak kata tidak boleh tetapi untuk membantu kaum bumiputera pun boleh ada lelong terbuka bagi semua peniaga bumiputera untuk mengambil bahagian dalam sektor ini. Untuk membantu bumiputera tidak sepatutnya bermaksud pemberian AP ini adalah mengikut cara yang ditentukan oleh kementerian sahaja, iaitu ikut siapa yang dia hendak beri, kementerian berikan kepada dia. Boleh juga terbuka kepada semua bumiputera dan kita rasa untuk mempertingkatkan daya persaingan dan juga business bumiputera, kita tidak patut memberikan keuntungan kepada syarikat-syarikat ini melalui satu AP. Mereka tidak patut untung daripada AP tersebut, iaitu harga beli RM10,000 tetapi boleh terus dapat keuntungan RM30,000 daripada AP dan yang patut kita berikan adalah khas dia boleh dapat AP untuk mengimport kereta tetapi keuntungan anda perlu datang daripada pengimportan kereta dan bukan kerana mendapat AP.
Itu cara kita meningkatkan daya persaingan mereka, kalau tidak mereka hanya dependent daripada RM30,000 yang mereka boleh untung daripada AP sahaja. Kita hendak mereka untung daripada business dan bukan daripada AP yang diberikan oleh kerajaan yang mengehadkan pengimportan kereta. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, saya mohon izin untuk wind up perkara ini.
Ya, sila.
Dan saya hendak sentuh satu lagi Yang Berhormat Jasin tadi. Mengenai perkara ini saya ingin memaklumkan seperti saya sebutkan tadi perkara ini amat rumit, sudah 30 tahun menimbulkan pelbagai kontroversi dalam dan luar Dewan, amat memeningkan kepala. Bukan tidak ada satu penyelesaian yang jelas tetapi yang penting lagi ialah kita harus ada satu process transition. Itu yang kita buat pada hari ini dan kalau kita buka kepada semua umpamanya seperti mana Yang Berhormat katakan, kita dapati bahawa ada juga kelemahan. Bukan tidak ada kelemahan dan yang akan monopolinya mungkin beberapa orang tertentu juga yang mampu, mungkin dua tiga orang dari segi hasil mungkin bagus. Akan tetapi dari segi kalau kita hendak bantu bumiputera mereka yang kaya-raya mungkin merekalah yang dapat semua sekali.
Akan tetapi sekarang pun bagi empat orang sahaja.
Satu orang sahaja. Jadi dapat kita bantu beberapa ratus orang, dari seorang sahaja dapat manfaat. Jadi cadangan Yang Berhormat, kita sudah kaji semua sekali dan kita rasakan it is not perfect lah dengan sempurna. Ada kelemahan juga Yang Berhormat sebut tadi tidak semestinya betul dan baik belaka. Jadi saya hendak sentuh satu lagi yang berkaitan Yang Berhormat Jasin tadi sebelum saya pergi Tuan Pengerusi, PEMUDAH dan kerajaan negeri berkaitan status cukai tanah ini kita memang sedar, bahawa banyak isu walaupun kita ada e-Tanah, sistem komputer memang banyak kemajuan di peringkat negeri.
Menteri, sebelum Menteri beralih kepada PEMUDAH.
Ada lagi masalah-masalah dan ini diketahui oleh PEMUDAH dan PEMUDAH sentiasa engaged bersama-sama dengan kerajaan negeri untuk membaiki keadaan ini dan kita harap kerajaan negeri akan bekerjasama dengan PEMUDAH dan Kerajaan Pusat untuk memastikan hal-hal berkaitan dengan tanah dapat dibereskan dalam masa yang singkat, walaupun kita mengakui sudah banyak perubahan sudah berlaku tetapi masih lagi banyak ruang untuk kita meningkatkan kecekapan kita dalam bidang tukar tanah iaitu...
Boleh beri kebenaran, balik sedikit sahaja.
Okey, ada masa boleh.
Sedikit, saya cuma hendak katakan saya menyokong dan saya mengucapkan tahniah kerana keberanian untuk mewujudkan sistem audit tadi atas isu AP sebab perkara ini sepatutnya sudah lama kita buat, cuma saya hendak tahu kalau boleh ada penerangan dan penjelasan sedikit kaedah mana kita hendak guna atau mungkin ada model yang kita hendak ikut. Kemudian apa fokus Yang Berhormat Menteri tentang findingnya apabila kita buat audit atas sistem yang kita buat berkenaan AP ini sudah berpuluh-puluh tahun agaknya. Terima kasih.
Masa dengan izin Tuan Pengerusi, saya selesaikan hal ini. Jadi audit ini telah dimulakan tahu lepas, hujung tahun lepas dan tahun ini diteruskan dan ini akan dilakukan dua kali setahun dan ada syarat-syaratnya, umpama syaratnya ada dua saya sebut, satu ada show room dan kedua kena menjalankan perniagaan dengan sendiri. Jadi sebelum ini didapati ada yang tiada show room pun, ada yang tidak buat sendiri pun, ada yang ada modal rendah pun. Ini antara syarat-syarat yang telah dilanggar.
Jadi kita akan pastikan, mereka yang diberi kemudahan dan keistimewaan ini akan menepati segala syarat dan tindakan tegas akan diambil dan dua audit akan dibuat setahun dan saya bagi jaminan di sini bahawa kerajaan mengambil kira pandangan Yang Berhormat. Perkara ini amatlah rumit dan kita harap satu masa nanti perkara ini tidak lagi menjadi isu perdebatan di dalam dan di luar Dewan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menyambung jawapan.
Tuan Pengerusi, seperti kita sedia maklum Tuan Yang di-Pertua pagi tadi memaklumkan Dewan akan tamat bersidang pukul 5.30 petang. Jadi bagi mengambil kira, kita ada satu lagi kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, saya mohon izin Tuan Pengerusi, untuk tamat pukul 3.30 petang kerana kalau tidak, tidak ada chance kawan kita untuk bercakap pada hari ini. Jadi saya ada 55 minit ya.
Last ini Tuan Pengerusi...
Pada petang saya akan terus menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan. Saya bermula dengan Yang Berhormat Tumpat.
Yang Berhormat Bukit Bintang bangun Yang Berhormat.
Menjelaskan sedikit...
Belum mula lagi.
Bukan tentang tadi ada Yang Berhormat Menteri mengatakan...
Yang Berhormat sudah jumpa di luar, saya sudah. Tadi Yang Berhormat Bukit Bintang sudah jumpa saya di luar.
Bolehkah saya mencelah sedikit?
Dia hendak masukkan dalam Hansard untuk KPI... [Ketawa]
Dia ada maklumat.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada mengatakan harga, perbandingan antara Malaysia dengan negara jiran Thailand. Ada yang benar yang dikatakan, Honda City yang dijual di Thailand. Ini harga yang baru, hanya 524,000 Baht, maknanya hanya 50,000 roughly, around Malaysian Ringgit. Manakala di Malaysia, dijual hampir RM90,000, bermakna ada beza. Jurang perbezaan perbandingan antara Malaysia dengan Thailand amat besar. Di Japan harga Honda Civic hanya dua juta Yen sahaja.
Bermakna RM70 ribu lebih dalam ringgit Malaysia, Honda Civic yang lebih high quality. Ini bermakna rakyat jelata di Malaysia terpaksa membayar cukai yang mahal berbanding dengan harga yang dijual di Jepun atau Thailand berbanding dengan Malaysia. Saya minta kerajaan, khususnya kementerian MITI memantau harga pengusaha, dalam harga mereka yang menjual kereta di pasaran negara kita, harus dipantau. Memastikan mereka tidak mengaut untung yang besar dan juga cukai eksais harus diturunkan untuk manfaat semua rakyat jelata. Ini satu permintaan dari rakyat.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang, sudah masuk dalam... [Ketawa] Jadi yang pertamanya, Yang Berhormat Bukit Bintang tadi kata 40 dan 90, sekarang ini Yang Berhormat Bukit Bintang kata 50 lebih dan 80, jadi itu yang saya kata tidak betul. Yang Berhormat Bukit Bintang sudah jelaskan pada saya bahawa memang ada perbezaan tetapi tidaklah macam Yang Berhormat sebutkan pagi tadi. Keduanya Yang Berhormat Bukit Bintang minta pantau, insya-Allah kita akan pantau perkara ini. Terima kasih dan apa pun saya akan semak lagi. Yang Berhormat Bukit Bintang ada beri angka- angka dan saya pun ada angka-angka di sini dan kita akan membuat perbandingan. Saya mula dengan Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Tumpat, ada pergi ke Doha, Qatar, saya pun ada pergi juga. Saya pergi lebih dahulu daripada Yang Berhormat Tumpat, sebulan yang lalu saya pergi ke Doha. Saya hendak maklumkan bahawa memang benar promosi kita di negara Teluk ini mungkin berkurangan berbanding dengan promosi di negara lain, itu kebenarannya. Keduanya kita mengakui kebenaran tersebut dan tindakan- tindakan telah pun diambil. Kita telah tubuhkan satu task force di kementerian dan saya sudah pun melawat beberapa buah negara Teluk. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah beberapa kali ke negara Teluk dan tahun depan kita merancang Timbalan Perdana Menteri juga akan pergi ke negara Teluk. Memang kita akui hakikat bahawa kita perlu meningkatkan lagi dengan lebih agresif promosi di Qatar dan negara-negara Teluk yang lain. Ada dua bentuk pelaburan, yang pertama ialah pelaburan outward bound ataupun cross border iaitu pelaburan Malaysia di Qatar umpamanya. Kedua ialah pelaburan Qatar di Malaysia. Kita tidak menghalang rakyat Malaysia melabur di Qatar, kita ada beberapa buah syarikat umpamanya New Doha International Airport, runway di buat oleh syarikat Malaysia. Ramai rakyat Malaysia tidak tahu. Kita ada sebuah steel fabrication plant dimiliki oleh syarikat Malaysia sebagai contoh, itu pelaburan Malaysia di luar negara. Keduanya pelaburan Qatar di Malaysia, Qatar umpamanya ada dua pelaburan besar. Pertama pelaburan dalam Pavilion shopping complex dan yang kedua dalam sebuah Bank Islam di negara kita. Jadi Qatar adalah sebuah negara yang memang kita beri tumpuan dan saya telah melawat negara tersebut. Kita hendak menggalakkan lagi lebih banyak lagi pelabur Qatar melabur di Malaysia. Kita bukan hendak menghalang rakyat Malaysia melabur di luar negara tetapi kita lebih beri tumpuan rakyat luar negara melabur di negara kita. Kalau bercakap tentang Singapura, mereka pada masa ini lebih banyak menumpukan perhatian kepada pelaburan di luar negara. Pelaburan rakyat Singapura di Arab Saudi, Qatar dan lain-lain, jadi itu sedikit perbezaan antara Malaysia dengan Singapura. Yang Berhormat Tumpat juga bertanya tentang status beberapa projek untuk menyalurkan minyak daripada Pantai Barat ke Pantai Timur. Saya maklumkan bahawa kita ada dua jenis projek, satu ialah untuk membina kilang penapisan minyak ataupun oil refinery yang keduanya ialah untuk menyalurkan minyak mentah daripada Selat Melaka, Kedah, Perak dan lain-lain ke Pantai Timur termasuklah Kelantan. Untuk refinery ada dua syarikat telah diberikan lesen, untuk pipeline ada tiga sekurang-kurangnya cadangan yang telah dikemukakan kepada pihak MIDA. Kita sudah pun menimbangkan dan dalam peringkat terakhir pertimbangan tersebut, cadangannya ialah untuk membawa minyak mentah daripada Pantai Barat ke Pantai Timur, seterusnya ke negara China dan pasaran lain. Jadi kita tidak menghalang syarikat ini untuk menubuhkan syarikat berkenaan. Cuma oleh kerana pada masa ini kita dapati setelah berbincang dengan mereka, kita belum nampak ini sebagai satu industri strategik.
Kalau industri strategik kita berikan final status iaitu pengecualian cukai, kalau ia tidak strategik maka kita tidak berikan status ini. Jadi pendirian kerajaan pada masa ini ialah kita tidak menghalang syarikat-syarikat ini untuk membuat kemudahan berkenaan tetapi pada masa ini, kecuali mereka boleh membuktikan sebaliknya. Kita tidak bercadang untuk memberikan insentif kerana kita berpendapat industri berkenaan bukanlah strategik sangat. Lagipun jika dikecualikan cukai ia akan menjejaskan hasil negara. Itu soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat.
Akhir sekali Yang Berhormat Tumpat, berkaitan dengan IMP3 dan The New Economic Model. IMP3 ini bermula 2006 sehinggalah 2020, tempoh 15 tahun. Ia menumpukan perhatian kepada industri high tech, high value added. Ini antara industri yang diberi perhatian dan memang kita akan kaitkannya dengan model ekonomi baru yang sedang dirangka oleh kerajaan. Pihak MITI telah pun mengadakan beberapa perbincangan dengan pasukan yang diketuai oleh Tan Sri Amirsham Abd Aziz mengenai perkara ini dan kita akan pastikan bahawa IMP3 yang sedang berjalan, sedang dirancang dan telah pun dilaksanakan jika perlu kita akan ubah suai, jika perlu berdasarkan kepada model ekonomi baru yang sedang dirancang oleh kerajaan. Seterusnya Yang Berhormat Jempol bertanyakan apa perancangan untuk kawasan perindustrian di Jempol. Seperti yang saya pernah maklumkan dalam Dewan ini saya telah melawat Jempol tiga bulan yang lalu, telah dimaklumkan kepada saya oleh Yang Berhormat Jempol. Kita sudah berbincang dengan FELDA...
Tuan Pengerusi...
Dan FELDA memaklumkan bahawa mereka ada perancangan. Masalahnya ialah peruntukan. Secara umunya kawasan perindustrian ini dibangunkan oleh kerajaan-kerajaan negeri dan kalau dahulu kerajaan menyediakan pinjaman umpamanya di Kelantan ada, Terengganu ada, Selangor ada melalui SEDC. Kerajaan negeri, kerajaan menyediakan pinjaman, dibangunkan kerajaan negeri. Itu satu kaedah membangunkan sesuatu industri. Yang keduanya ialah dibangunkan oleh swasta. Ini ada lebih 200 industrial estate atau kawasan perindustrian di seluruh negara termasuklah yang dibangunkan oleh sektor swasta dan kita ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol. Pegawai saya sudah pun mengadakan beberapa perbincangan dan kita ada program di Jelebu, jiran Yang Berhormat dalam tempoh seminggu dua lagi dan mungkin kita boleh teruskan perbincangan berkaitan dengan perkara ini. Berkaitan dengan cadangan supaya kraf tangan hasilnya dinaiktaraf bengkel dan juga dipasarkan ke luar negara. Memang kita dan rakan-rakan yang lain, kerajaan selalu mempromosikan, sentiasa mempromosikan kraf tangan negara dan mengenai naik taraf bengkel ini apa perancangan kerajaan, pertanyaan Yang Berhormat Jempol. Kita ada peruntukan tetapi dalam bentuk pinjaman, pinjaman oleh SME Bank dan setakat ini kira-kira RM100 juta telah pun dibelanjakan oleh PKS bagi menaikkan taraf bengkel mereka. Jadi itulah antara isu-isu yang dibangkitkan pagi tadi iaitu dari jam 11.30 pagi hingga 1 petang. Sekarang saya mohon izin...
[Bangun]
Tuan Pengerusi...
Yang Berhormat Jempol bangun Yang Berhormat.
Penjelasan.
Satu sahaja.
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sekadar mahu sekali lagi mendapat penjelasan daripada Menteri khususnya dari segi The Industrial Master Plan yang ketiga yang sewajarnya membawa kita kepada 2020 itu, bermula 2006.
Kebelakangan ini nampaknya macam ia telah mengambil a back seat atau bagaimana dalam pelbagai pengenalan baru dan segala yang agak semacam out of sync nampaknya, yang tidak ada kesejajarannya. Saya pun memerhatikan ini akan menjejaskan our industrial policy atau adakah kita akan menunggu juga NEAC untuk membawa model itu ataupun kita sudah mengakui bahawa ia perlu di revise semula. Contohnya macam kita bercakap tentang dynamic clusters ataupun lebih yang saya sukar memikirkan sekarang ini adalah National Automobil Policy itu yang saya ingat kita perlu bersedia membuat pengakuan bahawa kita mungkin telah silap strateginya lebih awal dahulu. Sepatutnya kita menjadikan negara ini satu auto manufacturing business atau auto component industry yang merupakan satu region hub yang baik dan mempunyai daya saing yang seperti Thailand. Sekarang ini Indonesia is playing the catch up game. Akan tetapi kita terperangkap di situ. Bagaimana kalau minta Menteri buat penjelasan sedikit? Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Jempol bangun Yang Berhormat.
Persoalan pokok yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi ialah berkaitan dengan IMP3. Saya hendak maklumkan dua perkara. Yang pertamanya, tidak ada perancangan yang statik, perubahan-perubahan berlaku. Umpamanya, tiada sesiapa yang menjangkakan krisis ekonomi akan melanda seluruh dunia. Tiga tahun lepas, semua ramalan mengatakan bahawa negara-negara akan terus mara ke hadapan dan akan terus mencatatkan pertumbuhan yang baik. Hari ini Amerika Syarikat hampir tersungkur, Eropah begitu juga. Jadi, tidak ada yang statik. Yang keduanya, rancangannya ini adalah merupakan rolling plan. Kita dari semasa ke semasa membuat pengubahsuaian tetapi terasnya sama. Terasnya kita hendak galakkan umpamanya, high tech industries umpamanya, itu masih lagi merupakan teras kita. Walaupun ada model ekonomi baru, ia akan merujuk juga kepada IMP3 dan kita harus peka dengan keadaan semasa dan oleh hal demikian kerajaan dari semasa ke semasa membuat pengubahsuaian yang sewajarnya. Saya..., Yang Berhormat Jempol kerana 3.30 saya hendak berhenti, banyak lagi. Selepas ini saya hendak cakap tentang daya saing, hendak cakap pasal FTA, hendak cakap pasal MATRADE, hendak cakap pasal usahawan, hendak cakap fasal foreign direct investment. MATRADE ini satu isu yang saya yakin ramai Yang Berhormat hendak dengar. Saya bagi satu lagi, selepas itu saya teruskan. Sila.
Selepas itu Yang Berhormat tidak mahu dicelah lagi, sila Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tengok dasar kementerian hanya promosikan pelabur luar melabur modal datang ke negara kita lebih banyak. Sebenarnya satu bidang lagi iaitu usaha untuk meningkatkan penambahan modal di kalangan industri-industri kecil yang ada dalam negara kita ini macam terabai. Jadi industri kecil ini sebenarnya banyak di kawasan luar bandar. Jadi apa perancangan kerajaan sehubungan dengan perancangan bersama-sama dengan FELDA tadi untuk memberi peluang mewujudkan peluang kepada industri kecil ini berkembang dengan menyediakan infrastruktur yang lebih baik dan memungkinkan mereka menambah modal untuk dibesarkan industri mereka.
Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Jempol. Yang pertamanya, tidak benar kita tumpu perhatian cuma kepada usaha-usaha menarik pelaburan luar. Sebelum ini strategi kita ialah 70-30. Ada70 peratus usaha diberikan kepada inisiatif menarik pelabur asing, 30 peratus dalam negara. Sekarang ini kita telah ubah dasarnya 50-50. Tumpuan yang sama diberikan kepada pelaburan asing dan pelaburan luar negara. Dalam tempoh terdekat, kita ada satu program secara besar-besaran juga untuk mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh korporat tempatan bagi mencari jalan bagaimana mereka boleh menyumbang dengan lebih hebat lagi kepada peningkatan pelaburan dalam negara. Jadi bermula tahun hadapan, strategi kami di kementerian ialah 50-50 iaitu tumpuan yang sama kepada pelaburan dalam dan luar negara. Berkaitan dengan PKS, kita ada telah tubuhkan SME Corp.
Malaysia yang Ahli Yang Berhormat di sini luluskan undang-undangnya bulan Julai yang lalu. Sudah pun berfungsi 2 Oktober dan tujuannya untuk menyelaraskan perkembangan PKS dalam negara kita dan insya-Allah program-program akan dimantapkan lagi. Saya telah maklumkan kepada Yang Berhormat Jempol dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain, SME Corp. Malaysia akan sentiasa bersedia untuk membangunkan industri luar bandar. Bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain FELDA, MARA dan lain-lain. Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sekarang Tuan Pengerusi, dalam masa 40 minit ini saya hendak sentuh lima, enam perkara bermula dengan daya saing yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Ipoh Timur dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain. Jadi saya yang pertama hendak maklumkan bahawa kerajaan memandang serius perkara ini dan tindakan-tindakan telah pun diambil untuk membaiki daya saing Malaysia. Sebagai makluman, kita ada tiga laporan antarabangsa, iaitu Doing Business yang diterbitkan oleh Bank Dunia, World Competitiveness Yearbook oleh IMB dan Global Competitiveness Report. Ini tiga laporan yang dikeluarkan dan kedudukan Malaysia sentiasa kita pantau dan tindakan untuk kita untuk memantapkan PEMUDAH yang telah ditubuhkan lebih dua tahun yang lalu adalah dalam usaha untuk kita mengurangkan kerenah, dalam usaha kita meningkatkan lagi kedudukan ranking Malaysia kerana kita tahu ranking juga mempunyai peranan dalam menentukan daya saing Malaysia. Dalam konteks Malaysia umpamanya, beberapa isu yang dibangkitkan termasuklah laporan Doing Business 2010 dibangkitkan tentang umpamanya berkaitan dengan menguatkuasakan kontrak di mana kita dapati Malaysia berada di bawah dealing with construction permits dan enforcing contracts.
Ini antara isu-isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud. Kerajaan sedar perkara ini dan kerajaan sudah pun mengarahkan pihak MAMPU dan agensi kerajaan yang lain untuk mengurangkan masa memproses permohonan permit untuk menubuhkan one- stop centre, one-stop shop dan untuk mempertingkatkan perkhidmatan secara dalam talian. Ini antara tindakan-tindakan yang sedang diambil sebagai langkah bagi mengurangkan kerenah dan dengan itu kita dapat mengurangkan masa. Jadi kalau ikut rank, kita memang starting a business, dealing with construction permits dan beberapa perkara lain kedudukan Malaysia agak rendah dan ini antara lain kenapa kedudukan kita turun daripada 21 tahun lalu, tahun ini turun kepada kedudukan 23 dalam Ease of Doing Business yang diterbitkan oleh Bank Dunia. Jadi saya ingin memberi jaminan di sini, kerajaan bertekad untuk meneruskan usaha-usaha ini dan kita cukup yakin bahawa pada masa akan datang dengan usaha- usaha ini kita akan dapat meningkatkan lagi prestasi Malaysia dalam beberapa ukuran daya saing yang dibuat oleh badan-badan antarabangsa. Itu berkaitan dengan daya saing. Seterusnya saya hendak merujuk kepada isu-isu berkaitan dengan FTA yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud, oleh Yang Berhormat Indera Mahkota, oleh Yang Berhormat Kepong dan juga oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Ini antara beberapa Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan tentang FTA. Pertamanya yang dibangkitkan ialah status bilateral FTA ataupun FTA antara Malaysia dengan negara-negara asing yang lain bukan dengan kelompok-kelompok ekonomi tetapi negara asing umpamanya dengan Amerika Syarikat. Persoalan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas umpamanya apa status FTA dengan Amerika Syarikat. Seperti yang telah saya maklumkan melalui media, pada masa ini Amerika Syarikat kurang berminat untuk meneruskan rundingan berkaitan dengan bilateral FTA ini antara Malaysia dan Amerika Syarikat dan juga dengan negara-negara lain. Tumpuan Amerika sekarang ini ialah untuk mengadakan regional FTA dan inisiatif terbaru yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat di mesyuarat APEC kira-kira sepuluh hari yang lalu ialah apa yang dipanggil TPP iaitu Trans-Pacific Partnership. Jadi mengambil kira perkembangan terkini, maka saya akan mendapat mandat baru daripada Kabinet Malaysia. Mandat ini yang pertamanya untuk menghentikan jika difikirkan sesuai rundingan yang bermula tahun 2006 lagi dengan Amerika Syarikat berkaitan bilateral FTA.
Mandat yang kedua ialah apakah pendirian kita berkaitan dengan Trans-Pacific Partnership yang telah diutarakan oleh Amerika Syarikat dan setelah Kabinet memberi mandat kepada Kementerian MITI, maka kita akan teruskan perundingan sewajarnya. Berkaitan dengan FTA lain seperti Chili dan India, saya ingin maklumkan bahawa rundingan masih lagi berjalan. Minggu ini pun ada perundingan dengan Chili. Dengan India, satu dua perundingan telah pun diadakan berkaitan dengan bilateral FTA. Dengan India, kita tidak menjangka masalah yang besar, dengan Chili ada beberapa isu termasuklah berkaitan dengan minuman seperti wain dan minuman-minuman keras yang lain. Ini antara isu yang kita hadapi dengan Chili. Mereka mahu kita buka pasaran. Baru-baru ini Perdana Menteri kita berjumpa dengan Presiden Chili di Singapura dan kita telah membuat persetujuan bagi meneruskan rundingan untuk muktamadkan FTA antara Malaysia dengan Chili. Satu lagi persoalan yang ditanya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ialah apa status rundingan dengan EU, ASEAN dengan EU. Pada masa ini, pendirian ASEAN sebagai satu kumpulan ialah pihak EU telah menyatakan bahawa perkara ini dengan izin has been put on hold, di KIV dan tidak ada kemajuan. Ini antara lainnya oleh kerana isu Myanmar, ada juga hal-hal lain berkaitan dengan competition policy dan juga government procurement yang menjadi halangan untuk kita meneruskan rundingan dengan EU. Maka pada masa ini pihak EU menyatakan bahawa kita berehat sekejap rundingan ASEAN dengan EU berkaitan dengan FTA. Satu lagi, Yang Berhormat Indera Mahkota ada bertanya tentang AFTA. AFTA ini ialah FTA di kalangan negara-negara ASEAN. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kita ada dua fasa. Fasa pertama ialah untuk negara-negara yang maju, Malaysia, Singapura, enam buah negara dan satu fasa lagi ialah untuk negara-negara kurang maju yang dipanggil CLMV countries iaitu Myanmar, Laos, Kampuchea dan Vietnam. Untuk negara kumpulan kedua, mereka akan mula menurunkan tarif sehingga kosong pada 2015 bagi enam negara termasuk Malaysia yang lebih maju, 2010. Persoalan Yang Berhormat ialah sama ada kenapa tidak kita samakan? Jadi maknanya kenapa tidak kita mulakan semua ini pada 1/1/2010. Jadi saya telah jawab tadi soalannya. Jawapannya ialah oleh kerana negara-negara ini telah pun diberi pertimbangan memandangkan mereka berada pada tahap pembangunan yang lebih rendah, maka negara ASEAN bersetuju mereka mengurangkan tarif kepada kosong bermula tahun 2015. Itu jawapan kepada Yang Berhormat Indera Mahkota. Yang Berhormat Kepong, dua soalan Yang Berhormat Kepong...
[Bangun]
Okey.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Menteri, saya hendak ke belakang sedikit. Soal yang FTA itu saya sudah jelas dan saya rasa saya berpuas hati. Cuma berkenaan dengan rundingan yang dah ditamatkan ataupun dibatalkan, itu berkenaan dengan FTA dengan Amerika Syarikat. Penjelasan yang saya hendak daripada Menteri kalau boleh sejauh mana perkara ini boleh menjejaskan jumlah ataupun volume kerjasama dagang di antara dua kerana Amerika dengan Malaysia ini di antara rakan dagang yang tertinggi daripada segi volume pelaburannya. Adakah FDI kita juga akan terjejas ataupun mungkin ada unjuran semasa yang dibuat oleh kementerian sekiranya ditarik balik atau dibatalkan minat Amerika terhadap perjanjian ini. Sebenarnya mereka sudah lama insist ataupun desak supaya kita menandatangani tetapi kita sudah beberapa orang Menteri telah bertukar tangan dan perkara ini telah kita lanjutkan kemuktamadannya begitu lama sehingga dalam status sekarang mereka tidak lagi berminat. Adakah kesan ataupun impak yang barangkali negatif daripada segi mereka membatalkan atau mungkin mengubah hala tuju FDI mereka di kawasan sekitar yang kata Trans-Pacific Partnership tadi? Terima kasih.
Tuan Pengerusi, kita tidak menjangkakan ia akan menjejaskan pelaburan perdagangan dengan Amerika Syarikat. Lagipun itu merupakan kehendak negara Amerika Syarikat sendiri, bukan kehendak kita.
Kita memang pendirian kita, memang kita berhasrat untuk meneruskan rundingan bermula 2006 lagi kita sudah tubuhkan 19 working groups. Sudah banyak mesyuarat banyak kali dan minggu lepas pun wakil daripada Amerika Syarikat berada di Kuala Lumpur untuk meneruskan perbincangan perkara ini. Jadi, ia tidak akan menjejaskan perdagangan pelaburan kerana ini kehendak Amerika Syarikat. Lagipun FTA dengan Amerika Syarikat ini bilateral ada beberapa cabaran. Pertama ialah berkaitan dengan perolehan kerajaan di mana Amerika Syarikat dan beberapa buah negara juga mahu kita buka 100 peratus kepada penyertaan luar negara. Ini akan menjejaskan dasar kita berkaitan dengan bumiputera umpamanya. Mereka juga menekankan tentang dasar saingan yang agak tinggi piawaiannya, standard tinggi dan ketiga ada peruntukan berkaitan dengan buruh, perburuhan yang mana standardnya tinggi. Jadi memanglah ada cabaran. Kalaupun kita meneruskannya, ada cabaran. Jadi, memang swasta mahu sangat FTA ini tetapi oleh kerana ini merupakan pendirian Kerajaan Amerika Syarikat, kita yakin tidak ada kesan dan seperti sedia maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang ini, semalam berada di Amerika Syarikat berjumpa dengan pelabur-pelabur di Amerika Syarikat. Satu pelabur yang berminat melabur dalam bursa saham, yang kedua pelabur-pelabur berminat dalam foreign direct investment. Jadi, saya sudah pun mendapat laporan daripada pegawai kita di New York, sambutan amat membanggakan. Inilah usaha-usaha kita untuk terus mempromosikan Malaysia di Amerika Syarikat. Pada awal bulan depan, MIDA dipimpin oleh Pengerusi MIDA akan ke Amerika Syarikat diikuti oleh beberapa kerajaan negeri termasuk negeri Yang Berhormat Indera Mahkota juga, Negeri Pahang ada dalam rombongan tersebut untuk menarik pelabur-pelabur Amerika Syarikat ke Malaysia. Jadi usaha ini berterusan. Yang Amat Berhormat berada di sana, MIDA berada di sana minggu depan dan kita yakin dengan adanya usaha ini termasuklah kita sudah ada duta yang merupakan seorang anggota kita dalam Dewan ini. Insya-Allah kita akan dapat mencapai kejayaan. Yang Berhormat Kepong membangkitkan dua perkara berkaitan dengan APEC. Yang pertama, apa kepentingan APEC kepada Malaysia, yang kedua peranan swasta.
Saya hendak maklumkan memanglah peringkat awal kita mempunyai pendirian yang berbeza dengan negara lain berkaitan APEC. Pada masa itu kita ragu-ragu tentang inisiatif ini kerana ia mungkin akan menjejaskan kepentingan kita. Pada hari ini kita yakin bahawa ada faedah daripada penyertaan kita dalam APEC. Maka ia penting bagi negara kita Malaysia. Sebanyak 21 buah negara ekonomi yang menjadi anggota APEC ini. Satu kumpulan yang penting kerana ia merupakan satu persatuan ataupun persatuan yang menghimpunkan kesemua negara-negara utama di Asia Pasifik. Jadi kalau kita tidak menyertai kumpulan ini sudah pasti akan menjejaskan pandangan kita. Kedua Yang Berhormat Kepong bertanya berkaitan dengan peranan swasta. Saya ingin maklumkan bahawa akhir-akhir ini kita telah melibatkan swasta dengan lebih hebat lagi dalam pertemuan APEC. Di Singapura Perdana Menteri kita menyertai APEC CEO Summit yang Ahli Yang Berhormat telah pun baca laporan Bernama. Dalam The Star pun ada, Utusan Malaysia pun ada yang memberi liputan yang amat baik tentang penyertaan Perdana Menteri kita dalam CEO Summit. Hadir lebih 1000 orang seluruh dunia tokoh-tokoh perniagaan. Jadi Yang Berhormat telah memaklumkan tentang perubahan-perubahan yang sedang berlaku dalam negara kita yang menjadikan pelaburan dalam negara kita lebih baik. Jadi saya hendak maklumkan Yang Berhormat Kepong APEC penting bagi negara kita dan swasta memang memainkan peranan yang amat besar dalam hal ini. Sebelum saya pergi kepada MATRADE saya hendak jelaskan beberapa perkara. Pertama berkaitan dengan usahawan. Yang Berhormat Parit ada bertanya tentang mata pelajaran keusahawanan di sekolah dan juga di universiti. Saya hendak maklumkan bahawa ini merupakan satu aspek yang penting kementerian untuk menerapkan budaya keusahawanan. Seperti sedia maklum kerajaan sudah pun wajibkan pelajaran keusahawanan di universiti dengan dua credit hours. Semua universiti dikehendaki untuk memastikan para pelajar ada asas keusahawanan.
Sehubungan itu kementerian telah menyediakan peruntukan umpamanya tahun ini RM15 juta kepada universiti bagi menjalankan program keusahawanan. RM5.9 juta untuk sekolah menengah dan RM2.1 juta untuk sekolah rendah. Ini menunjukkan bahawa kita memang benar-benar memberi perhatian usaha-usaha bagi meningkatkan keusahawanan dalam negara kita. Tuan Pengerusi seterusnya hal-hal berkaitan dengan promosi pelaburan dan juga MATRADE. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Maran yang bertanya tentang perkara ini bahawa pada tahun 2004 dan 2009, sebanyak 50 misi telah diadakan yang dipimpin oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Saya juga diingatkan bahawa selain daripada Menteri MITI, Perdana Menteri juga seperti yang berlaku sekarang ini dan Timbalan Perdana Menteri juga akan membantu dalam usaha mempromosikan pelaburan kita dan ini akan diteruskan. Ia melibatkan kos RM48.6 juta setakat ini. Setakat ini kos ini adalah kecil berbanding dengan hasil umpama hasil jualan yang kita perolehi untuk semua misi tersebut ialah RM584 juta, pelaburan berpotensi RM27.2 bilion. Jadi ini secara ringkasnya hasil daripada segala usaha promosi yang telah kita laksanakan untuk menggalakkan pelabur dan juga pengusaha berdagang dengan negara kita Malaysia. Jadi kita mempromosikan produk kimia, mesin jentera, produk berasaskan kelapa sawit, peralatan pejabat. Ini antara bidang-bidang yang kita beri penekanan. Yang Berhormat Maran juga bertanya tentang pulangan. Ini MATRADE saya akan cerita lepas ini ya. Jadi ada satu lagi satu, dua perkara lagi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Umpamanya bertanyakan tentang SEF dana eksport perkhidmatan ataupun service export funds. Saya hendak maklumkan bahawa RMK-9 peruntukannya RM145.8 juta. Hari ini dikurangkan sedikit RM119 juta. Ini merupakan matching grant yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha. Ia bertujuan untuk mempertingkatkan peluang kejayaan syarikat bagi mengeksport ke luar negara untuk membida projek di luar negara, memperluaskan skop pembinaan skop perkhidmatan. Ini adalah selaras usaha kerajaan kerana hari ini kerajaan memberi tumpuan kepada sektor perkhidmatan. Jadi kita menyediakan peruntukan agar besar bagi menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia untuk meningkatkan eksport barang-barang perkhidmatan ke luar negara. Saya tidak mahu pergi lebih mendalam mengenai perkara ini. Yang Berhormat Arau membangkitkan beberapa perkara bertanyakan tentang langkah- langkah baru diambil kerajaan untuk mempromosikan pelaburan. Saya cukup faham bahawa keadaan hari ini agak gawat berbanding tahun lepas dari segi FDI inflow dalam negara kita. Kita telah longgarkan sektor servis, kita telah longgarkan peraturan FIC, kita telah meningkatkan lagi promosi kita. Baru-baru ini kita ada INTRADE umpamanya kita anjurkan MIHAS iaitu pameran barangan halal. Pelbagai usaha dilakukan dan kita juga menganjurkan ‘Folks CO’ Conference baru-baru ini. Kita juga menjadi tuan rumah kepada World Chambers Congress 2009. Ini usaha-usaha kita yang telah kita lakukan dan saya ingin beri jaminan kepada Yang Berhormat Arau bahawa usaha ini akan kita teruskan bagi memastikan kita terus dapat perhatian pelabur asing untuk melabur dalam negara kita. Yang Berhormat Arau juga membangkitkan tentang keberkesanan pejabat MIDA luar negara dan di Amerika Syarikat. Beliau minta supaya dikaji semula. Kita sudah pun memulakan exercise ini dan bermula Februari tahun hadapan kesemua pejabat-pejabat MIDA, MITI dan MATRADE luar negara akan disusun semula. Proses perbincangan sudah pun dimulakan dan kita jangka bulan Februari tahun hadapan kita akan dapat memantapkan kehadiran kita di luar negara. Dengan itu kita harap akan lebih berkesan untuk menarik pelabur dan rakyat asing berdagang dengan negara kita Malaysia...
[Bangun]
Sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tidakkah dalam keadaan sekarang kita harus mengamalkan dasar berhati-hati? Kita ambil contoh satu hubungan kita dengan China. Mungkin kita boleh berbangga apabila lawatan Presiden China ke negara kita dan sebagainya.
Akan tetapi kita lihat what is yours we have to share. Apa yang ada pada kita, dia hendak share kepada kita. Kita offer kepada China semua projek kerajaan tetapi pelaburan GLC kita di China melibatkan SimeDarby dan sebagainya terlalu besar peruntukkannya. Kita bimbang apakah langkah susulan? Mungkin saya tidak dapat gambaran di sini hanya bukan setakat kita bagi lesen terbuka perbankan, Projek Double Railway Segamat dan juga China Harbour untuk second bridge di Pulau Pinang. Jadi kita mahu yang lebih daripada itu. Jadi jangan nampak kita bagi apa yang ada dalam negara kita tetapi return investment yang akan kita perolehi daripada China. Contohnya macam ini sikap berhati-hati yang perlu diamalkan oleh kerajaan dalam hal ini.
Ya lah harus ada keadaan win-win. Maknanya kita mahu supaya ia tidak menguntungkan satu pihak sahaja dalam kes contoh yang disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi. China merupakan sebuah negara yang penting. Kalau campur China dengan Hong Kong (ACR) ini ia merupakan rakan dagangan Malaysia yang pertama yang paling besar ini. Jadi begitulah pentingnya China. Jadi kita baru-baru ini kita semua tahu jambatan kedua mengenai Bank ICBC, mengenai Gemas project dan lain-lain. Pada masa yang sama kita ada juga GLC Yang Berhormat sebut tadi SimeDarby, Petronas negara China. Jadi hubungan kita adalah atas dasar win-win dan memang kita selalu berhati-hati. Kita yakin bahawa perdagangan boleh menguntungkan kedua-dua belah pihak. Kerajaan selalu peka dengan hakikat bahawa kita pastikan syarikat-syarikat kita dan negara kita juga mendapat faedah daripada hubungan dagangan dan pelaburan dengan negara asing. Sebelum saya pergi kepada MATRADE Yang Berhormat Arau ada juga membangkitkan tentang pelaburan dalam alternative energy. Jadi pada masa ini yang paling berjaya dalam solar. Solar ini di Melaka ada, di Kulim ada, di Cyberjaya pun ada. Tiga buah syarikat multi nasional daripada German dan Amerika Syarikat dengan Quesell, Sun Power dan juga First Solar. Ini nama-nama syarikat yang merancang untuk melabur. Ketiga-tiga syarikat ini tidak kurang daripada RM6 bilion dalam tiga buah syarikat. Ini satu bidang yang baru yang dipromosikan oleh kerajaan. Jadi untuk makluman Yang Berhormat memang kerajaan bertekad untuk menggalakkan pelaburan dalam bidang green energy, alternative energy, green technology. Tiga buah syarikat multi nasional yang saya sebutkan tadi merupakan kejayaan kita setakat ini. Kita masih lagi aktif untuk mempromosikan bidang-bidang baru tersebut.
Akhir sekali, satu isu hari ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, juga dibangkitkan Yang Berhormat oleh Ipoh Timur dan Yang Berhormat Pasir Mas iaitu berkaitan dengan MATRADE, pusat exhibition, pameran. Saya hendak jelaskan pada peringkat awal ini, kita ada dua jenis sekurang-kurangnya, satu ialah konvensyen, yang keduanya ialah exhibition. Konvensyen ini ialah untuk conference, 100 orang sehingga 1000 orang dan kalau kita tengok kepada PICC umpamanya, ia lebih berbentuk konvensyen untuk kita adakan persidangan antarabangsa dalam negara. Satu lagi jenis ialah exhibition. Ini untuk pameran. Jadi ada dua perbezaan. Tadi Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan beberapa Ahli Yang Berhormat ada bandingkan beberapa projek di Malaysia iaitu KLCC, PICC dan lain-lain, juga PWTC ada perbezaan. Itu yang pertama yang saya hendak sebut. Yang keduanya saya hendak maklumkan bahawa MATRADE memang ada bangunan di Jalan Duta dan tiada ruang yang besar untuk kita pamerkan barangan dan perkhidmatan Malaysia. Dalam satu tahun tidak kurang 10 pameran besar diadakan. Yang kecil kita ada juga ruang pameran kekal di bangunan MATRADE dan setiap masa diadakan pameran, tidak cukup tempat, maka dipasang khemah-khemah dan ini melibatkan kos yang tinggi, parking juga kelam kabut dan MATRADE sudah lama berhasrat untuk mengadakan sebuah pusat pameran bertaraf antarabangsa. Itu sebabnya MATRADE telah membuat cadangan kepada kerajaan dan saya hendak maklumkan Yang Berhormat bahawa pada bulan Mac 2007 iaitu hampir dua tahun setengah yang lalu kita menerima cadangan daripada Syarikat Naza TTDI dan bulan Disember 2007 iaitu dua tahun yang lalu kerajaan telah membuat keputusan untuk menerimanya.
Jadi perkara ini berlaku dua tahun yang lalu, telah menerima cadangan untuk membina pusat exhibition bertaraf antarabangsa kerana kita tiada satu pusat exhibition yang lengkap. Satu lagi saya hendak maklumkan ialah pusat ini bukan semata-mata pusat dagangan ataupun pusat exhibition. Ia merupakan satu metropolis baru. Pada masa ini kita tahu bahawa KLCC dahulunya padang lumba kuda. Kita yang tinggal di Ampang umpamanya, berhadapan dengan traffic jam setiap hari Sabtu dan Ahad. Hari ini bagaimanapun KLCC menjadi jenama yang begitu unggul bagi negara kita Malaysia. Ada konvensyen, ada shopping complex, ada hotel, ada apartmen dan hari ini kita boleh katakan bahawa KLCC menjadi satu ikon bagi dunia, bukan sahaja bagi Malaysia. Jadi pusat pameran MATRADE di Jalan Duta ini adalah berkonsep yang sama. Bukan semata-mata pusat konvensyen ataupun pameran tetapi satu metropolis baru di Kuala Lumpur, satu pusat pertumbuhan baru. Bukan sahaja hendak buat bangunan tetapi melibatkan hotel, apartmen, office, parking dan lain-lain. Ini di antara komponen-komponen projek ini dan ia melibatkan gross development value yang besar oleh kerana ia melibatkan pembangunan yang komprehensif. Tuan Pengerusi, saya hendak maklumkan bahawa kerajaan membuat pertimbangan yang teliti sebelum kita membuat keputusan. Keputusan dibuat pada bulan Disember 2007, perundingan sudah pun dimuktamadkan dan sudah pun dibuat perjanjian penswastaan. Pertama, saya hendak maklumkan bahawa nilai tanah yang kita serahkan kepada syarikat, kira-kira 62.5 ekar itu, nilainya RM197 juta. Itu nilai yang dibuat oleh penilai kerajaan (government valuer). Nilai projek yang dapat pada kerajaan ialah RM628 juta. Kita hendak buat projek ini tetapi kerajaan tidak mempunyai peruntukan mencukupi, maka dibuat keputusan ia dibuat secara penswastaan, PFI. Jadi nilai lands walk, tanah MATRADE Centre ini ialah 13 ekar untuk pusat pameran, 62.5 ekar lagi adalah untuk dibangunkan oleh Syarikat Naza TTDI dan nilai RM197 juta tetapi pulangan kepada kerajaan ialah RM628 juta.
[Bangun]
Seterusnya, Tuan Pengerusi, kita sekarang ini sedang menggalakkan industri MICE ataupun convention and exhibition.
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara bangun.
Jadi kita jangka dengan adanya pusat yang bertaraf antarabangsa ini, maka ia akan menarik lagi industri pelancongan ke negara kita. Seterusnya saya hendak maklumkan bahawa Syarikat Naza TTDI ialah sebuah syarikat yang dengan izin, reputable. Ia membangunkan Taman Tun Dr. Ismail, membangunkan kawasan Mayang Sutera di Shah Alam dan juga membina hypermarket di Shah Alam dalam tempoh yang lebih pendek daripada yang dijadualkan. Jadi syarikat ini syarikat yang berwibawa dalam property development dan kerajaan berpuas hati bahawa kita telah membuat pilihan yang tepat, lebih-lebih lagi kerana kita telah mempunyai peruntukan RM628 juta di mana kita boleh gunakan walaupun ada wang tersebut, boleh kita gunakan untuk tujuan-tujuan lain. Itu adalah di antara pertimbangan yang digunakan oleh kerajaan dalam membuat keputusan. Kita merasakan ia keputusan yang tepat dan ia akan membuka peluang pekerjaan dengan adanya hotel, apartmen, shopping complex di sekeliling dan konsepnya exhibition ini ia perlu dilengkapkan dengan kemudahan lain. Kalau PICC umpamanya cuma konvensyen, tiada hotel dan apartmen. Jadi ia tidak boleh dibandingkan dengan pusat- pusat yang lain dan dengan terbinanya pusat ini, ia merupakan salah satu daripada pusat terbesar di rantau ini. Jadi dengan itu kita harap ia akan menarik, pertama MATRADE memang perlukan space, ruang ini kerana tidak kurang daripada sepuluh pameran utama dibuat setiap tahun dan memang tempatnya tiada. Kedua, saya cukup yakin bahawa ia akan membawa kepada pembangunan yang pesat di satu lagi kawasan Kuala Lumpur. Kalau dahulu KLCC, maka hari ini satu kawasan baru dapat dibangunkan. Kalau KLCC hari ini menyediakan peluang pekerjaan kepada tidak kurang 50 ribu orang bekerja di kawasan itu.
Dahulu cuma kuda bekerja di sana. Setiap minggu kuda round, pusing, tiada peluang pekerjaan. Hari ini tidak kurang 50 ribu orang yang bekerja di KLCC, di Petronas Towers, di Hotel Mandarin dan pusat konvensyen. Jadi kita menjangkakan ia akan menjadi pusat pertumbuhan yang baru dan mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada puluhan ribu rakyat Malaysia apabila siap dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rasa kita tidak mempertikaikan keperluan MATRADE untuk ada satu tempat membuat exhibition. Kalau ada sepuluh exhibition, boleh jadi kena bina yang sendiri miliknya exhibition centre ataupun kita boleh sewa daripada exhibition centre yang sedia ada sekarang. Akan tetapi yang kita khuatir adakah ini merupakan satu projek yang terlampau besar? Apakah pulangan yang akan diberikan kepada kerajaan dalam jangka masa, katakan sepuluh tahun selepas projek ini telah pun diselesaikan. Adakah pengiraan cash flow telah pun diambil kira? Ini merupakan satu projek besar yang mempunyai tanggungan yang amat berat, boleh jadi bukan kepada pihak kerajaan tetapi kepada pihak Naza juga kerana Naza, walaupun ia merupakan satu syarikat... Boleh jadi bukan yang teruk tetapi ia bukan merupakan satu syarikat yang amat besar dari segi pembangunan hartanah. Oleh itu, kita hendak tahu apakah kajian terhadap projek ini and the returns to the government dalam jangka masa sepuluh tahun ataupun 15 tahun. Adakah pengiraan ini telah pun betul-betul disemak? Jangan nanti macam PKFZ kata tentu akan untung tetapi kita lihat 30 tahun, 40 tahun masih tidak akan even. Itu yang kita bimbang.
Ya, ringkaskan Yang Berhormat.
Kita juga hendak tanya kenapa... Walaupun keputusan untuk membuat rundingan telah pun dibuat dalam tahun 2007 pada bulan Disember tetapi kenapa pada dua tahun ini tiada perubahan dibuat jikalau difikirkan bahawa open tender adalah lebih sesuai untuk mendapatkan value yang lebih baik kepada kerajaan. Saya hendak question, kalau tanah itu betul-betul bernilai RM197 juta dan kos pembinaan adalah RM628 juta then thank you very much to Naza for bearing the RM400 juta difference in cost. Itu tidak masuk akal. Why would a private company dapat bayaran sebanyak tidak sampai RM200 juta, tetapi rela membiayai kos pembinaan sebanyak lebih daripada RM600 juta? Tentu ada udang di sebalik batu.
Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat.
So ini perkara yang penting yang telah pun dikeluarkan dalam semua media dan media luar negeri. Ini sepatutnya dijawab secara terperinci. Kita rasa harga yang diberikan kepada tanah 197 hanya merupakan lebih kurang tidak sampai RM70 satu kaki. Kalau kita check The Star hari ini, tanah di kawasan Hartamas jauh lebih tinggi daripada RM70 satu kaki. Kita hendak bertanya kenapa tidak lelongkan tanah tersebut kepada pembeli dengan harga yang tertinggi, kemudian gunakan wang tersebut dan gunakan open tender untuk mencari kontraktor yang memberikan harga yang terendah untuk membina convention centre tersebut. Itu adalah soalan saya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, saya hendak ingatkan pembangkang tiga perkara. Pertama apabila kita bina lapangan terbang di Subang, Ahli Dewan kita ini menyatakan ataupun mengkritik kerajaan, katanya lebih banyak nyamuk daripada manusia di Subang. Jelas kepada kita bahawa projek ini adalah satu projek yang amat penting bagi negara kita. Pertama, Subang Airport ya. Keduanya, Yang Berhormat Ipoh Timur pernah menyatakan bahawa apabila kita membuat Jambatan Pulau Pinang, ini membazir. Sekarang ini Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Pulau Pinang hendak supaya dibuat second link.
Ketiganya, pembangkang pernah berkata Putrajaya membazir. Hari ini pembangkang hendak masuk ke Putrajaya pula. Jadi, saya hendak ingatkan pembangkang...
[Menyampuk]
...Kita Kerajaan Barisan Nasional melihat kepada long term.
Yang Berhormat.
Kita melihat kepada jangka panjang. Kita tidak lihat untuk hari ini...
Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.
Kita membuat untuk anak cucu, anak cucu Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Kami mengkritik Jambatan Pulau Pinang bukan kerana tidak perlu tetapi kerana membina dengan kos yang terlampau tinggi.
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, duduk Yang Berhormat.
Itu bukan kritikan kita. Kritikan kita bukan tidak payah ada jambatan. Kritikan kita kos terlalu tinggi bagi kerajaan.
Itu baru mukadimah, baru permulaan... [Ketawa] Jadi, itu sebagai permulaannya. Keduanya, Tuan Pengerusi seperti yang saya maklumkan tadi akan ada sembilan blok pejabat, empat blok kondominium dan tiga blok hotel dibina di sini. Kalau tengok KLCC memanglah pada suatu masa, tidak ramai yang mungkin mahu bangunkan KLCC. Kita tengok kepada Sungai Besi, The Mines, dahulu dia jual RM4 satu kaki sahaja. 10, 15 years ago ada Ahli Dewan yang ada tanah, saya tahu di Mines Resort, sekarang sudah RM200 satu kaki persegi. Kita tidak boleh bandingkan dahulu 2007 Yang Berhormat, sekarang sudah 2009. Memang angka berubah dari sehari ke sehari. Jadi, dengan pembangunan KLCC umpamanya, dahulu memang harga rendah, tetapi sekarang ini lebih RM1,000 per square foot, apartment dan lain-lain building di sana. Apa yang saya hendak maklumkan di sini, dengan pembangunan bersepadu ini (integrated development) akan memberi pulangan yang besar kepada syarikat, itu mungkin disebabkan syarikat ambil risiko. Ini risiko yang diambil oleh syarikat. Jadi, jangan kita buat tohmahan ada bawah tanah atau bawah meja. Ini niat jahat daripada Yang Berhormat ya.
Ini bukan bawah tanah atau bawah meja.
Ini perkembangan komersial.
Kenapa kalau tidak ada value, ada value untuk pembinaan syarikat lain pun boleh letak value dalam pembinaan dan mereka akan masukkan dalam harga yang mereka tender untuk membeli tanah tersebut.
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Tuan Pengerusi, saya hendak tegaskan bahawa kerajaan telah meneliti perkara ini sehabis-habisnya. Pada tahun 2007 telah dibuat keputusan dan rundingan harga telah dimuktamadkan dan kita berpuas hati bahawa kita mendapat dengan izin, value for money. Saya hendak nyatakan di sini bahawa golongan atau future generations akan mengesahkan apa yang disebut di sini bahawa projek ini adalah projek ikonik yang besar dalam negara kita. Ia akan membawa kawasan pertumbuhan baru di Kuala Lumpur dan akan memberi banyak manfaat kepada negara. Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Kita boleh sambung lepas ini di luar.
Satu lagi kenapa Naza diberikan? Adakah kerana Naza merupakan AP king yang telah mendapat banyak AP kemudian dapat pula kontrak untuk membina property dengan MITI?
Tuan Pengerusi, rakan saya telah pun bersedia. Hari ini habis pukul 5.30. Selamat Hari Raya Aidiladha. Jumpa balik minggu depan. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Terima kasih Yang Berhormat.
Menteri pun tahu yang Menteri punya hujah tidak sustainable, Menteri.
Sudah habis Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara..
Menteri kata stop 3.30.
Flawed, flawed. Argument Menteri flawed.
Duduklah Yang Berhormat.
Menteri pun tahu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM535,440,800 untuk Maksud B.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM535,440,800 untuk Maksud B.24 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM2,283,672,000 untuk Maksud P.24 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM2,283,672,000 untuk Maksud P.24 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2010.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 Jawatankuasa — Maksud B.25 [Jadual] – Maksud P.25 [Anggaran Pembangunan 2010] -Bill
Kepala Bekalan B.25 dan Kepala Pembangunan P.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terbuka untuk dibahas..
[Bangun]
Bakri.
Yang Berhormat Kuala Krau.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Limit minit sahaja. Saya ingin merujuk kepada 020500 – Pembangunan Koperasi. Dalam ini saya tercari-cari tentang Kepala atau yang berkenaan dengan Bank Kerjasama Rakyat, mungkinlah Bank Kerjasama Rakyat ini di bawah Pembangunan Koperasi atau di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Saya hendak memuji pengurusan Bank Kerjasama Rakyat termasuk juga Menterinya yang telah bekerja kuat dan Bank Kerjasama Rakyat ini telah banyak membantu masyarakat luar bandar di dalam memberikan kemudahan pinjaman.
Soalnya, banyak permintaan daripada orang ramai yang ingin menjadi ahli Bank Kerjasama Rakyat ini agar dapat bank ini membuka semula atau mendapatkan dana yang lebih besar daripada kerajaan untuk membolehkan ahli-ahli baru dapat menyertai Bank Kerjasama Rakyat ini. Ini kerana pulangan menjadi ahli koperasi melalui Bank Kerjasama Rakyat ini mendapat dividen 15 peratus dan ditambah lagi kalau sepuluh tahun menjadi ahli, ditambah 5 peratus lagi kalau tidak silap saya. Saya juga ingin menyentuh tentang Koperasi juga, dahulu kita mendengar Koperasi Bela Rakyat ini di peringkat Ahli Dewan Undangan Negeri. Saya ingin tahu berapakah koperasi atau KOBERA ini telah ditubuhkan di seluruh negara, khususnya bagi negeri Pahang. Saya nampak banyak lagi KOBERA ini tidak ditubuhkan untuk membantu rakyat miskin kerana sahamnya diberikan secara percuma kepada rakyat miskin. Ketiga, saya juga tercari-cari tentang Suruhanjaya Syarikat Malaysia, di manakah letaknya? Saya percaya bahawa kemungkinan Syarikat Suruhanjaya Malaysia ini juga di bawah kementerian ini. Saya ingin tahu di manakah butirannya supaya dapat kita menyentuh tentang Syarikat Suruhanjaya Malaysia ini. Saya berterima kasih kerana pihak Menteri dan SSM ini telah membuka operasi atau cawangannya di Temerloh dan dapat membolehkan masyarakat setempat ataupun peniaga-peniaga membuka dan juga berurusan dengan SSM ini dengan lebih cepat. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Saya menyokong.
[Bangun]
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ingin menyentuh tentang satu perkara tentang Butiran 03000 – Konsumerisma dan juga, 030200 – Hal Ehwal Pengguna. Saya ingin mendedahkan satu penipuan kepada pengguna yang bercorak saham, sistem jualan langsung atau skim jualan bercorak piramid yang masih berlaku sejak dahulu sehingga kini tanpa penghujungnya. Apakah pihak kementerian tiada langsung peruntukan khas atau akta yang betul-betul boleh membendung mengatasi masalah ini? Kes yang ingin saya sebutkan di sini berlaku di Selangor, Johor, Melaka dan juga negeri-negeri lain. Lebih 200 orang warga Singapura telah menjadi mangsa dan laporan polis telah pun dibuat, tetapi masih tiada tindakan diambil oleh pihak polis ataupun kementerian berkenaan.
Penipuan ini dilakukan oleh syarikat atas nama Island Red Cafe Francais Sdn. Bhd., yang diasaskan oleh individu bernama Teow Eyi Fatt. Modus operasi perniagaan tersebut adalah skim jualan langsung dan bercorak piramid dengan menawarkan pembelian saham bernilai RM6,901 sesaham. Kira-kira 3,000 orang telah terpedaya dan melabur pulangan yang dijanjikan adalah RM300 sebulan selama lima tahun kepada setiap pelabur. Jumlah pulangan selepas lima tahun adalah RM18,000 termasuk wang tunai dan baucar, di mana setiap pelabur dijanjikan pulangan untung sebanyak RM10,100 selepas lima tahun. Pada 15 Oktober 2007, kedai pertama Island Red Cafe ini dibuka di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Pada 1 Januari 2009 pula rancangan dibuat untuk mendapatkan keahlian seramai 10,000 orang dengan yuran masuk dikenakan sebanyak RM360. Pada Mac 2009 tahun ini, kedai Island Red Cafe dibuka secara francais sebanyak melebihi 20 buah. Yuran pelaburan kedai ini pula adalah RM600,000. Ini adalah satu jumlah wang yang sangat besar. Segala outlook Island Red Cafe ini dibuat dengan begitu cantik dan ini menarik ramai orang perseorangan untuk melabur dalam skim bercorak piramid ini. Pada Jun 2009 baru-baru ini pula, tanpa kebenaran semua pemegang saham atau pelabur-pelabur iaitu Teow Eyi Fatt telah memindahkan modal pelaburan dan hak syarikat ini kepada pemilikan individu. Jumlahnya dianggarkan sebanyak RM6 juta.
Sesungguhnya penipuan yang serius ini juga telah pun menular secara berterusan hingga ke Indonesia dan Thailand. Selepas Jun 2009, bayaran pulangan keuntungan yang dijanjikan iaitu RM300 sebulan kepada setiap pelabur tidak lagi diberi atas alasan syarikat dalam proses penyusunan semula iaitu restructuring. Individu yang mengambil alih Island Red Cafe Francais Sdn. Bhd. berkata beliau pun telah tertipu dan mereka tidak dapat berbuat apa-apa jaminan terhadap 3000 orang pelabur ini. Sekarang pelabur-pelabur ini telah menjadi mangsa. Kes banyak didedahkan dengan panjang lebar oleh akhbar-akhbar berbahasa Cina tetapi kurang dibuat liputan oleh media lain. Namun persoalan di sini ialah mengapa kes-kes sebegini tanpa penghujung? Apakah masalah akta yang tidak sempurna atau masalah penguatkuasaannya? Apakah peneraju skim piramid ini kebal dari segi undang-undang atau kementerian tidak cekap untuk menghidu penipuan dan operasi ini? Apakah kementerian hanya menunggu hingga ada laporan polis dibuat baru tindakan hendak diambil? Sedangkan ketika kementerian menyedari penjenayah kolar ini yang menggelapkan wang berpuluh-puluh juta ini masih bebas. Saya berharap kementerian dapat menyiasat syarikat Island Red Cafe Francais Sdn. Bhd. dan mengambil tindakan segera terhadap syarikat ini. Jika ia melanggar akta yang sedia ada, maka ambillah tindakan terhadap individu yang bernama Teow Eyi Fatt kerana Teow Eyi Fatt masih bebas keluar masuk ke negara-negara lain dan kini sedang menggunakan cara yang sama membuat penipuan di Thailand dan Indonesia. Saya juga ingin memohon kerajaan supaya membuat kempen kesedaran menjauhi skim penipuan ini secara konsisten dan serius di dalam televisyen atau media-media seperti mana iklan menyuruh rakyat menjauhi meminjam daripada Ah Long atau Kempen Anti Merokok yang dilakukan sekarang. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Parit Sulong.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pendek sahaja, bagi Maksud Bekalan 25, Butiran 020000. Pertama, saya hendak minta kementerian untuk maklumkan status pasaran produk IKS tempatan dalam pasar raya besar sama ada dalam negeri dan luar negeri. Kedua, apakah strategi yang telah dibuat oleh kementerian dalam membantu pengusaha-pengusaha IKS tempatan ini tercapai sebab banyak kali dibuat promotion dengan izin, banyak kali kementerian maklumkan bahawa kementerian hendak membantu pengusaha-pengusaha IKS ini. Jadi saya hendak tahu sama ada ianya tercapai atau tidak kerana Tuan Pengerusi, kalau kita lihat cara pasar raya besar itu, kalau dia letak barang- barang produk tempatan ini selalunya di tempat yang tidak strategik. Maksudnya, sepatutnya dia kena letak sama level dengan mata. Apabila kita pergi kita tidak perlu mendongak untuk membeli barangan ataupun kita tidak perlu mencangkung. Kadang-kadang terpaksa mencangkung, tunduk-tunduk hendak cari barangan tempatan itu, Yang Berhormat Menteri pun ada. Jadi saya hendak tahu apa dasar kementerian mengenai perkara ini. Ada atau tidak pegawai-pegawai tinggi daripada kementerian yang berjumpa dengan tuan punya-tuan punya pasar raya ini ataupun mungkin pegawai tinggi tidak pergi sebab kadang-kadang dia hantar pegawai rendah. Bila pegawai rendah ini, kadang-kadang tauke-tauke ataupun tuan punya pasar raya ini tidak layan.
Yang Berhormat, pegawai rendah itu fiziknya ataupun pangkatnya?... [Ketawa]
Jangan, selalunya fizikalnya mantap- mantap... [Ketawa] Okey sambung, itu yang saya hendak pastikan sebab perkara ini adalah satu perkara yang serius. Kalau tidak kita tidak akan tercapai walau berapa banyak kempen pun yang dibuat oleh kementerian. Lagi satu kalau kita tengok di dalam buku yang dibekalkan, buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2010 ini, muka surat 324 bullet yang ketiga nombor satu. Ia ada menyebut di situ membantu sektor IKS memasarkan produk- produk mereka di pasar raya besar asing di dalam negara dan juga di luar negara.
Jadi bagaimana dengan pasar raya tempatan seperti Giant? Adakah pasar raya tempatan ini tidak dikira sebagai strategik untuk membantu pengusaha-pengusaha IKS tempatan ini untuk memasukkan produknya. Kita tidak boleh ambil ringan walaupun asingkah, tempatankah, kita harus pastikan bahawa usahawan-usahawan IKS ini dapat dibantu...
Mohon laluan, sikit sahaja.
Okey.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Parit Sulong. Sebenarnya Yang Berhormat saya hendak betulkan balik, bukan soal salah pegawai tetapi kerana barangan itu tidak ada promoter, ketidakmampuan syarikat itu hendak meletakkan promoter yang jadi barangan itu duduk bawah, tepi, kiri, kanan dan sebagainya. Kalau ada promoter, ia akan ada di depan, itu sebenarnya. Apa pandangan Yang Berhormat?
Promoterkah atau apa ini Yang Berhormat Arau? Ini bahaya ini, sensitif ini sebab selalu promoter ini perempuan, jangan, sebab Ahli Parlimen Parit Sulong ini perempuan Yang Berhormat. Akan tetapi kita teruslah, perkara ini sebenarnya kalau ada pemantauan daripada kementerian, ianya dapat kita bantu untuk sampai ke sasaran. Saya terus pergi ke butiran yang seterusnya iaitu Maksud Pembangunan P. 25, Butiran 04004 – Pembangunan Francais. Dalam Aktiviti 4 Yang Berhormat Menteri, muka surat 327, saya tengok anggaran syarikat francais ada 200, francaisor 10. Ini anggaran bagi tahun ini iaitu tahun 2009. Saya tengok anggaran untuk tahun 2010 pula, nombornya tidak berubah. Jadi saya hendak tanya kementerian, mengapa tidak ada penambahan ataupun kesungguhan untuk memajukan bidang francais ini di Malaysia? Apakah kekangan yang dihadapi oleh kementerian dalam membantu untuk menambah bilangan terutama bilangan syarikat francaisor. Juga saya hendak tahu bagi tempoh 2007 hingga 2009, berapakah bilangan usahawan bumiputera yang telah dapat dilahirkan melalui program pembangunan francais. Terima kasih banyak-banyak.
Yang Berhormat Bakri.
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020000 – Perdagangan Dalam Negeri dan sekiranya ada kesempatan, saya akan sedikit menyentuh tentang Butiran 030000 – Konsumerisme. Tuan Pengerusi pada pertengahan tahun ini iaitu apabila negara menghadapi sedikit masalah kenaikan atau fluctuation dalam harga minyak petroleum di pasaran dunia, kita telah membuat keputusan untuk menaikkan harga minyak dan dijenamakan semula dalam RON 95 dan RON 97 dengan dua tanda harga yang baru dengan sedikit kenaikan. Kebetulan perkara itu telah diputuskan untuk dilaksanakan hanya beberapa hari sebelum tarikh hari perayaan yang penting di dalam negara kita iaitu Hari Raya Aidilfitri. Berikutan dari keputusan tersebut kita dapati bahawa ke semua transaksi-transaksi berubah. Apa yang hendak minta penjelasan di sini ataupun keterangan di sini, adakah semasa kita membuat keputusan untuk menaikkan sedikit kedudukan harga atau di pam minyak-minyak tersebut, kita mengambil kira kaedah penyusunan purata kutipan untuk reconciling consumer price index kita dalam tersebut. Ini adalah kerana musim perayaan terutama musim perayaan yang besar berlaku perubahan yang ketara dari segi turun naik atau fluctuation dalam indicator untuk kita mengira indeks harga pengguna kita. Selalunya tempoh musim perayaan ini tidak boleh menggambarkan seluruh tahun kalender kita atas pengiraan item-item yang tertentu untuk kita menghasilkan satu indeks yang terkini.
Saya hendak tanya kepada pihak kementerian, apakah kaedah yang terbaru atau terkini diambil kita untuk menghasilkan kadar atau pun indeks harga pengguna untuk kita beritahu atau kita hebahkan kepada pengguna di seluruh negara barangkali untuk tujuan mereka memahami dan membuat persiapan sekiranya perkara ini perlu lagi dilakukan oleh kerajaan di masa hadapan terutamanya kedudukan harga minyak di pam ataupun di pasaran yang ada di dalam negara kita. Tuan Pengerusi, di antara barang yang menjadi national interest atau national security selain daripada beras, kita juga membuat beberapa bentuk kawalan harga ke atas barang-barang keperluan harian seperti ayam, daging, sayur, gula, gandum, beras dan sebagainya. Kita lihat bekalan gula dalam masa beberapa bulan yang lalu sehingga sekarang juga masih lagi mempunyai sedikit kesan negatif dari sudut permintaan dan penawaran. Sehingga Julai 15 haribulan yang lalu kita dapati terdapat 22 aduan yang formal, secara jelas dibuat di seluruh negara termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Perlis, Kedah dan hampir keseluruhan termasuk di Sabah dan Sarawak mempunyai aduan-aduan ini. Ini dinyatakan dan dilaporkan dalam The Star pada 3 Ogos yang lalu. Berikutan kegawatan yang juga dihasilkan daripada permintaan keperluan penggunaan gula di dalam negara kita, kita dapat dengar banyak saranan dan di antara langkah yang agak popular dinyatakan terutama oleh persatuan-persatuan pengguna yang mewakili masyarakat setempat bertanyakan sama ada, ada kemungkinan pihak kerajaan atau kementerian untuk mencadangkan penggunaan atau penghasilan gula gantian untuk kegunaan masyarakat umum Malaysia. Ini kerana sebahagian pendapat mengatakan gula gantian ini adalah lebih baik dari segi kandungannya dan dari segi kesan negatifnya iaitu kandungan glukos yang agak seimbang dari segi penggunaannya. Mungkin ini tidak berapa signifikan daripada sudut kesihatan, namun adakah pengeluaran atau memperkenalkan gula gantian dalam penggunaan masyarakat kita boleh ditimbang atau kita mempunyai rancangan lain berkenaan dengan hasil ini kerana negara seperti Brazil dan India serta negara di sekitar Hong Kong dan Thailand agak popular dengan pengeluaran. Saya rasa teknologi pengeluaran gula gantian ini bukan satu perkara yang belum pernah dianggap sebagai alternatif utama untuk gula tebu atau gula yang kita gunakan sekarang. Tuan Pengerusi untuk Butiran 040000 – Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Peringkat Negeri, saya melihat sebanyak RM119 juta telah kita peruntukan untuk tahun hadapan untuk tujuan pentadbiran, seluruh pejabat kementerian di seluruh negara di setiap negeri. Laporan yang ada yang dibekalkan kepada kita hanya menyentuh tentang aktiviti-aktiviti pemeriksaan, aktiviti-aktiviti berkala, aktiviti-aktiviti rasmi yang dibuat setiap tahun. Dari segi jentera, dari segi mekanisme pengurusan jabatan atau kementerian ini, kita mempunyai seluruh anggota, jentera pentadbiran lengkap di segenap atau di seluruh pelosok negara. Adakah satu beban jawatan yang tinggi terhadap kakitangan ini menyebabkan berlaku masalah tradisi seperti masalah ketidakcukupan, masalah cetak rompak yang juga menjadi satu agenda yang besar di bawah kementerian kita ini. Kita dapat lihat bahawa satu isu berkenaan dengan penafian perwakilan guaman di Tribunal Pengguna juga dibangkit dan diminta kita bangkitkan yang jelas menunjukkan bahawa walaupun kita mempunyai perancangan yang cukup rapi dan teliti dengan adanya pejabat-pejabat malah daerah, sepatutnya dan seharusnya aktiviti ini mudah dihidu, dirangka strateginya sekurang-kurang mengekang atau menghalang daripada berkembang. Banyak aktiviti cetak rompak masih lagi diperkatakan. Mengikut kajian yang saya dapati sendiri oleh beberapa persatuan pengguna mengatakan 59 peratus daripada bahan- bahan bercetak rompak ini, hasilnya adalah kerana permintaan yang begitu tinggi. Di antara sektor yang mendapat fokus utama dari segi permintaannya adalah dari sektor perisian komputer yang mana kita dapati 69 peratus perisian komputer masih digunakan oleh syarikat-syarikat di dalam negara ini terutamanya adalah yang mewakili ataupun dihasilkan secara cetak rompak. Laporan ini juga menggariskan bahawa lebih daripada USD369 juta setahun, langganan ataupun transaksi yang diraih kerana permintaan dan penawaran dalam perisian komputer yang bersifat cetak rompak.
Selain itu juga industri yang berkaitan dengan cetak rompak ini sudah tentu melibatkan industri hiburan seperti muzik dan juga industri yang melibatkan hiburan berbentuk video dan juga filem. Menteri sendiri telah memberi beberapa kali penjelasan termasuk kalau boleh disebut di sini seperti laporan The Star pada 4 Mei yang lalu. Pada masa itu kita dihendaki memberi alasan atau memberi pandangan kepada satu tohmahan yang diberi oleh pihak-pihak luar seperti yang dicatatkan atau dilaporkan oleh The Star, menyebut, “Malaysia is among nations on US copyright privacy watchlist”.
Maksudnya, kita menjadi negara yang diperhatikan kerana kita terlibat dengan urusan dan barangkali mereka memberi persepsi yang kita menggalakkan aktiviti-aktiviti ini. Mereka juga mengaitkan laporan ini juga mengaitkan bahawa aktiviti copyright ini berkait rapat dengan aktiviti-aktiviti counterfeit yang lain seperti counterfeit dalam bentuk salinan perfileman, salinan CD, salinan artifak dan sebagainya. Mereka mengembangkan pertuduhan ini dan dikaitkan dengan munasabahnya mengatakan Malaysia juga turut menjadi tempat transisi kepada pengedaran dan penghantaran barang-barang yang juga terlarang seperti elemen-elemen drug dan juga aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan moral yang baik sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai bekas Pengerusi Negara Islam (OIC). Mereka mengatakan ini dengan jelas dalam beberapa laporan termasuk majalah-majalah yang agak reputable di peringkat antarabangsa...
Ya, habiskan Yang Berhormat Indera Mahkota.
Perkara yang terakhir Tuan Pengerusi, saya berharap berkenaan dengan consumerism ini saya berharap pihak kementerian boleh menyatakan apakah langkah-langkah utama seperti yang dijanjikan pada pembentangan yang lalu mengatakan pihak kementerian akan mengambil langkah drastik, langkah utama untuk membendung kegiatan ini terutama juga yang dibangkitkan oleh rakan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tadi iaitu perkara yang melibatkan tentang skim-skim transaksi bawah tanah, skim transaksi black economy. Seperti juga yang pernah dibincangkan oleh semua rakan-rakan yang lain terdahulu, saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana....
[Bangun]
Tidak perlu saya bangkitkan semula di sini. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Ledang.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih.
Semalam perjanjian dengan Tan Sri, beliau cakap boleh tolong beri Yang Berhormat Bakri berucap.
Yang Berhormat Bakri.
Pukul 9 malam. Beliau beri pada Yang Berhormat Bakri... [Ketawa]
Saya beri Yang Berhormat Ledang dulu, Yang Berhormat Bakri.
Okay, terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya masuk B.25, tajuk Butiran 030000 – Konsumerisma. Satu perkara sahaja, yang lain saya tidak sentuh. Jimat masa.
Saya hendak bercakap Tuan Pengerusi tentang perlunya Akta Perlindungan Pengguna ini diperbaharui, bukan tenaga sahaja Tuan Pengerusi diperbaharui, Akta Perlindungan Pengguna perlu juga diperbaharui kerana kita mengambil kira kalau saya merujuk kepada data yang ada ini di peringkat kementerian sendiri telah pun menerima banyak tuntutan pengguna yang disalurkan kepada Tribunal Pengguna melebihi 10,000 kes. Aduan yang diterima oleh FOMCA juga telah meningkat daripada 917 pada tahun 2008 kepada 1129 pada tahun 2009. Memandangkan angka ini akan terus meningkat setelah banyak timbul kesedaran dan sebagainya. Akan tetapi pada masa sama juga, suasana ekonomi kita telah pun jauh berkembang dan lebih rumit di mana kita akan berdepan dengan AFTA, maknanya kita tidak boleh lari daripada suasana globalisasi dan liberalisasi perdagangan yang semuanya berkaitan rapat dengan bukan sahaja ekonomi, bukan sahaja perdagangan tetapi juga pengguna yang ramai dalam negara kita. Ini semua boleh menyebabkan pengguna boleh menerima kesan yang agak negatif kerana mereka juga adalah akhirnya pengguna kepada barang-barang yang di bawa masuk ke dalam negara Malaysia. Salah satunya mungkin dulu harga mahal, tiba-tiba menjadi murah dan tidak ada value yang sesuai dengan umur sesuatu barang yang mereka beli. Seolah-olah mereka tertipu dan sebagainya. Pada masa sama juga sekarang zaman perdagangan siber. Banyak barang boleh dibeli bukan sahaja dalam negara kita, malah di luar negara melalui kemudahan internet. Dengan transaksi yang canggih, pertama kualiti barang, kedua barang sampai atau tidak dan sebagainya. Ini semua ada kaitan dengan kecanggihan serta kerumitan kepenggunaan zaman sekarang. Akhirnya Tuan Pengerusi, pengguna yang rugi kerana kita bimbang akhir-akhir ini peniaga-peniaga boleh mengeksploitasikan segala kemudahan yang ada untuk tujuan keuntungan mereka semata-mata akan tetapi akhirnya pengguna yang tertipu. Jadi perkara-perkara ini Tuan Pengerusi, boleh kita timbangkan setelah mengambil kira suasana yang berlaku secara terang-terangan seperti iklan-iklan yang mengelirukan supaya pengguna membeli barangan yang berlebihan. Banyak iklan yang dipaparkan bukan sahaja di laman maya akan tetapi juga di gedung-gedung perniagaan. Ada tawaran- tawaran membeli barangan lebih, kemudian ada bonus, ada point tertentu akan tetapi point hanya boleh bertambah sekiranya membeli barang-barang yang lebih. Akan tetapi kadang-kadang barang itu hanya indah di luar tetapi di dalam meragukan. Kadang-kadang tidak boleh digunakan akan tetapi pembeli tertipu kerana hendak menambah point bonus tersebut. Ini semua perkara-perkara Tuan Pengerusi, yang perlu dilihat dalam keadaan sekarang yang perlu kepada saya supaya Akta Perlindungan Pengguna ini dapat dilihat balik. Saya tidak cukup masa untuk membincangkan tentang perkara-perkara yang ada dalam akta tersebut satu persatu akan tetapi secara konsepnya Tuan Pengerusi, ialah ia perlu dipinda bersesuaian dengan situasi semasa supaya akhirnya pengguna-pengguna dalam negara Malaysia yang ramai ini dapat kita bela dan bersesuaian rapat, sangat bersesuaian dengan konsep 1Malaysia, satu pengguna, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sekian, terima kasih, saya menyokong.
Tuan Pengerusi, lima minit sahaja. Pendek sahaja.
Tidak boleh macam ini Yang Berhormat Bakri, tidak boleh begitu. Saya hendak beri pada Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak merujuk kepada Butiran 02000 – Perdagangan Dalam Negeri. Sebagaimana seorang rakan tadi bangkit mengenai dengan syarikat jualan langsung. Syarikat jualan langsung ini tumbuh seperti cendawan. Saya hendak tahu berapa jumlah sekarang ini syarikat jualan langsung yang dipermitkan, yang dibenarkan atau yang mendapat permit untuk menjalankan perniagaan. Apakah Yang Berhormat Menteri sedar banyak syarikat jualan langsung ini memang seperti yang disebut tadi secara khusus, akan tetapi kebanyakannya memang tumbuh seperti cendawan dan mengambil keuntungan cepat.
Jadi saya minta kalau boleh syarat-syarat penubuhan syarikat jualan langsung ini dikaji semula dan diperketatkan, iaitu antara yang mereka mudah buat duit apabila mereka mendapat lesen mereka mula mencari ahli dan bayaran ahli katakan RM100 kah, RM80 ke RM200 dengan memberi sedikit produk ataupun sebuah beg yang kecil akan tetapi cuba bayangkan kalau 100,000 mendaftar, berapa banyak mereka dapat pungut. Ini yang nampak elok tetapi ini yang berlaku sekarang ini. Saya hendak minta boleh tak Yang Berhormat Menteri jelaskan nama-nama syarikat jualan langsunglah yang dikira ada reputasi sama ada ianya milik asing ataupun milik tempatan ataupun pergabungan asing dan tempatan. Yang kita kira memang mempunyai prestasi yang tinggi dan memang menjalankan perniagaan yang bersih dan telus. Kadang-kadang kenyataan seumpama ini Yang Berhormat boleh memberi rangsangan kepada pengedar, mereka-mereka yang berminat dalam aktiviti jualan langsung terutamanya yang mengambil bahagian banyak sekarang ini termasuklah siswazah menganggur ataupun mereka-mereka yang hendak menambah pendapatan akan tetapi akhirnya terjerumus dalam kegiatan syarikat jualan langsung yang tidak bertanggungjawab. Itu perkara yang pertama.
Perkara yang kedua Tuan Pengerusi, saya hendak merujuk kepada pejabat perdagangan di peringkat negeri. Sedikit sahaja bab ini. Ini masalah penguatkuasaan. Yang Berhormat tolong check tengok, pantau selalu pengarah-pengarah negeri dengan pegawai- pegawai penguat kuasa ini. Mereka ini ada kaitan dan bertanggungjawab dari segi penguatkuasaan dengan memantau soal harga, soal penyeludup terutamanya. Jangan ada sesetengah ini menjadi tali barut kepada penyeludup-penyeludup ataupun mereka yang menyembunyikan stok-stok makanan. Akan tetapi oleh sebab mereka dilayan oleh tauke- tauke tertentu, mereka dilepaskan. Saya lihat ada satu atau dua kehidupan mereka cukup mewah. Tidak perlu saya beritahu. Cuma saya hendak memberitahu, tolong perhatikan sebelum rungutan orang ramai. Akan tetapi perkara ini berlaku di peringkat negeri terutamanya yang membabitkan pengarah-pengarah, kakitangan di peringkat penguatkuasaan negeri. Kemudian Tuan Pengerusi, 080600 iaitu Bayaran Pegawai Pemantau Harga. Ini saya hendak mengetahui berapa ramai jumlah sekarang ini. Adakah kakitangan ini masih lagi diambil, ditambah ataupun yang dahulu diambil kontrak akan diserap sebagai kakitangan tetap? Saya cuma hendak tahu. Akhir sekali Tuan Pengerusi, ini masalah Perkembangan Pembangunan Perniagaan – 020000. Saya hendak sebut sekali dengan 060000 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong, masalah barang-barang IKS atau barang-barang tempatan sukar hendak mendapat tempat di gedung-gedung besar. Dahulu saya pernah bercakap di bawah kementerian pertanian, cadangkan FAMA, tubuhkan gedung pasar raya seperti Tesco, Giant tetapi FAMA lebih suka dengan konsep sekarang. Apa kata saya hendak mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, sekarang ini banyak koperasi. Tidak tahu berapa jumlah koperasi yang aktif dengan yang tidak aktif. Akan tetapi duit banyak. Saya tahu. Di bawah Suruhanjaya Koperasi pun banyak duit. Kenapa tidak koperasi yang ada ini bergabung? Kementerian sendiri initiate dua, tiga atau empat buah koperasi bergabung dan menubuhkan satu pasar raya seperti Giant, Tesco, Jaya Jusco, Carrefour dengan meletakkan nama-nama yang hebat di mana produk-produk tempatan IKS dapat dikumpulkan di seluruh negara. Kemudian koperasi ini menjadi operatornya, menjalankan gedung ini. Saya percaya ia akan memberi keajaiban nanti. Kita lihat di negeri China. Cuba Yang Berhormat lihat di negeri China. Lihat di Seng Seng di Aulu Seng Seng. Bagaimana barang-barang di negeri China ditempatkan di satu gedung seperti sekarang. Bertingkat-tingkat. Semua barang yang ada di situ daripada hasil buatan rakyat negeri China. Kenapa kita tidak boleh buat untuk IKS kita di sini? Ia akan menjadi pusat pelancongan. Cuba kita lihat di Mangga Satu dan Mangga Dua di Indonesia, contohnya. Bagaimana barang-barang tempatan disusun, dijual begitu murah dan menjadi tumpuan. Kita ini barang-barang tempatan, di ceruk sana, di ceruk sini.
Tidak ada tempat yang hendak diletakkan. Hendak masuk dalam gedung besar pun tidak boleh. Manakala kita ada banyak bangunan yang digunakan atau tidak digunakan, boleh dibina sendiri. Dibuat konsep ala kadar pun asalkan ia gedung. Tempat membeli-belah mesti pengunjung-pengunjungnya ramai. Ini sahaja saya nampak jalan hendak membantu barang-barang tempatan ini dapat dipromosikan dan mendapat tempat. Kalau tidak, hendak harap kepada gedung- gedung besar ini, tiada Tuan Pengerusi. Saya hendak mencari budu pun tidak dijumpai. Saya pergi ke sesetengah pasar raya ada. Akan tetapi ia terceruk di belakang. Jadi bukan masalah promote atau tidak promote. Sebab kita tahu tauke gedung-gedung ini milik siapa. Apabila gedung ini siapa punya, mesti ada sedikit sebanyak pertimbangan persahabatan. Dia kenal orang itu, kenal orang ini. Barang orang ini pun selalu supply nya cukup. Ada hubungan baik. Tentu dia akan bagi keutamaan. Pilih kasih dalam dunia sekarang ini tetap akan berlaku. Jadi, tiada cara lain. Saya hendak mencadangkan supaya koperasi kita yang ada, yang mana “hidup segan mati tidak mahu”, digabungkan dan diambil inisiatif supaya mereka ini menubuhkan pusat gedung-gedung raya ini di bandar-bandar besar. Saya percaya insya-Allah SWT, boleh memberikan kejayaan kepada peniaga-peniaga IKS dan juga koperasi itu sendiri untuk membuat keuntungan daripada dikaut keuntungan ke luar negara oleh pelabur- pelabur asing melalui barang-barang mereka. Terima kasih Tuan Pengerusi.
[Bangun]
Yang Berhormat Labuan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin turut berbahas sedikit mengenai Butiran 040600 – Pejabat PDNKK Wilayah Persekutuan Labuan. Apa yang kita lihat, walaupun pejabat ini wujud di Labuan, tetapi masalahnya harga barangan di Labuan terutamanya barangan makanan masih tinggi berbanding dengan tempat-tempat lain. Walaupun kalau kita bandingkan dengan Semenanjung Malaysia memang jauh lebih mahal. Bermakna lebih kurang dalam 30 peratus atau 40 peratus lebih tinggi daripada barangan yang ada di sini. Jadi, apakah langkah-langkah kementerian untuk mengimbangi harga barangan yang ada di Labuan yang mana harga barangan di Labuan itu berbanding dengan Kota Kinabalu pun masih Kota Kinabalu atau Sabah jauh lebih murah? Jadi, apa yang saya difahamkan, ini disebabkan oleh sistem pengangkutan. Yang mana harus diangkut dengan kapal daripada... Kebanyakan barangan daripada Semenanjung Malaysia dan sebagainya dan diturunkan di Kota Kinabalu terlebih dahulu dan diangkut dengan pengangkutan darat ke Labuan. Apakah tiada langkah-langkah lain daripada kerajaan untuk mengimbangi harga barangan tersebut atau pun sistem pengangkutan yang ada supaya kita di Labuan juga sama-sama dapat menikmati harga barangan yang sama seperti yang dinikmati oleh Sabah dan juga di Semenanjung Malaysia? Kalaulah gaji orang-orang Labuan itu lebih tinggi 30 peratus, saya rasa tidak ada masalah. Akan tetapi, apa yang kita faham, semua gaji ataupun sistem gaji yang ada untuk orang-orang kerajaan sama sahaja di seluruh Malaysia. Ini seolah-olah pendapatan atau ekonomi kita di Labuan secara automatik 30 peratus jauh lebih rendah berbanding dengan penduduk-penduduk di Semenanjung Malaysia. Jadi, kita harapkan kerajaan harus lebih bekerja keras dalam hal ini terutamanya Pejabat PDNKK supaya keseimbangan tersebut dapat kita atasi. Dengan ini, orang-orang Labuan juga dapat menikmati harga barangan yang seimbang seperti mana yang ada di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak. Kedua adalah tentang Butiran 030200 iaitu Hal Ehwal Pengguna. Apa yang kita lihat di Labuan sekarang ini, sudah ada perubahan jenis petroleum yang dijual dengan izin, di pump station. Kita di Labuan ataupun sebahagian daripada di Sabah, petrol station tidak menjual RON97 seperti yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Apakah sebab-sebab perkara ini berlaku?
Saya mengharapkan kepada pejabat pengguna atau pun kementerian dapat melihat hal ini supaya kita sama-sama menikmati apa jua yang ada di Semenanjung Malaysia semuanya juga harus ada di Labuan atau Sabah dan Sarawak. Jadi, keseimbangan tersebut kerana inilah yang dikatakan 1Malaysia tetapi seolah-olah kita tidur sebantal, sama-sama memerintah tetapi tidak mimpi bersama. Jadi, diharapkan kerajaan atau kementerian dapat melihat hal ini. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada satu perkara sahaja iaitu 020000 – Perdagangan Dalam Negeri. Saya mohon Menteri melihat bagaimana pertumbuhan hypermarket di pekan-pekan menjadi begitu hebat sekali sekarang ini? Nampaknya rakyat tempatan memang menyambut baik kehadiran hypermarket khususnya yang mempunyai pelaburan dari luar negara. Pelabur-pelabur dari luar negara. Cumanya ada pekan-pekan yang ada hampir lima atau enam hypermarket di sesebuah pekan. Isu yang hendak saya bangkitkan Tuan Pengerusi ialah hypermarket ini beroperasi canggih, cantik. Akan tetapi, ia ada implikasinya yang lain. Ada hypermarket yang memulakan perniagaan pada awal pagi dan tutupnya lewat malam. Isu yang timbul ialah retail outlet. Sementara pengunjung-pengunjung berduyun-duyun ke hypermarket, implikasi direct nya ialah retail outlet.
Anak-anak tempatan yang berniaga ini banyak yang mati kerana dalam hypermarket ini macam-macam dijual daripada budu sampailah ke benda-benda besar, semua ada di situ. Jadi pelanggan-pelanggan lebih berminat untuk ke hypermarket. Akan tetapi yang jelasnya retail outlet yang employ banyak anak-anak tempatan atau retail outlet yang memang anak-anak tempatan buka kedai kecil, buka kedai-kedai sekitar yang begitu lama duduk di kawasan ini, disebabkan oleh kewujudan hypermarket yang terlalu banyak dan mereka beroperasi dalam jangka waktu yang panjang membuatkan banyak outlet ini mempunyai masalah.
Minta celah boleh?
Okey, dua minit.
Terima kasih Tuan Pengerusi, apabila menyebut tentang hypermarket dan sebagainya, saya teringat tentang jualan satu benda yang dipanggil explorer control oleh satu syarikat yang bernama K-Link. K-Link ini mempunyai perdagangan melalui multilevel, mereka telah membeli barangan explorer control ini yang diperbuat oleh satu syarikat Turki, di mana syarikat Turki itu telah membuat explorer control ini dan memperdagangkan di negara kita. Explorer control ini adalah satu benda yang digunakan untuk mengelak explosion. Explosion yang mungkin terjadi apabila kereta bertembung dalam accident dan petrol itu terbakar dan bila menggunakan explore control ini kereta itu terselamat daripada letupan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Barang ini dijual dengan harga lebih kurang RM400 oleh Syarikat K-Link ini, tetapi kebelakangan ini..
Ini untuk perjelas kah ucapan?
Ini hendak meminta penjelasan mengenai...
Saya, apa yang disebut itu, saya tahu Yang Berhormat, bermakna masa Yang Berhormat Sungai Petani habis.
[Bangun]
Yes, I finished dalam 30 saat, saya hendak tanya barang ini, explore control ini hari ini sudah disalah guna dengan ditukar nama tetapi jenama ini tanpa safety certificate, sedang dilanggankan kepada rakyat Malaysia, jadi saya minta supaya ini disiasat dan tindakan diambil mengikut Butiran Penguatkuasaan 030100. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, saya minta Menteri mungkin melihat apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Padang Serai, tetapi saya hendak menutup hujah saya di sini ialah harus ada satu polisi yang lebih friendly kepada outlet anak-anak tempatan di Malaysia. Hypermarket boleh berniaga tetapi saya kira masa mereka berniaga haruslah bersesuaian. Kalau sampai larut malam, ini memberikan masalah kepada anak-anak tempatan yang berniaga. Seperti yang kita lihat di Australia Tuan Pengerusi, di Perth contohnya ada gedung-gedung perniagaan yang regulation nya cukup ketat, jam lima ia mesti tutup. Ini kerana memberi peluang kepada outlet, retail outlet survive, sebab itu retail outlet diminta tutup jam tujuh, sementara supermarket diminta tutup jam lima. Bermakna pelanggan- pelanggan mempunyai peluang setelah dia habis shopping di supermarket, dia boleh pergi ke retail outlet. Kalau sekiranya kita membiarkan tanpa melihat cara supermarket dan hypermarket beroperasi, saya yakin retail outlet yang hampir kesemuanya anak-anak Malaysia akan menghadapi masalah dan kita lihat...
[Bangun]
Sekarang ini pekan-pekan besar, sama ada PBT memang beria-ia benar untuk mengajak supermarket, hypermarket masuk ke bandar-bandar mereka, silakan.
Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya Yang Berhormat Sungai Petani, kalaulah sekiranya Yang Berhormat bersetuju bahawa dalam rangka yang dikatakan Akta Persaingan itu, bagi mengelak monopoli seperti ini ataupun persaingan yang tidak sama rata seperti ini, maka ia perlu diperuntukkan dalam Akta Persaingan ataupun competition policy yang kita minta kerajaan mengambil kira, sehingga menjejaskan retail shop ataupun retail outlet daripada yang dikendalikan oleh rakyat tempatan, bersetuju kah Yang Berhormat Sungai Petani kalau perkara itu diperhitungkan oleh kerajaan, terima kasih.
Saya amat bersetuju dengan saranan Yang Berhormat tadi, sebab akhirnya kita melihat sementara hypermarket membuat keuntungan yang besar tetapi keuntungan akan dibawa keluar selepas mereka membayar cukai. Akan tetapi retail outlet ialah anak-anak Malaysia yang akan reinvest, yang akan bukan sahaja reinvest keuntungan dalam negara kita tetapi juga employment yang diberikan di samping memberikan employment, mereka juga established ekonomi setempat. Jadi kita tidak akan terdedah dengan masalah-masalah apabila keseluruhan perniagaan dikontrol oleh dua, tiga kerat giant supermarket ini tetapi akhirnya retail outlet yang sengsara pada masa hadapan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ya, Yang Berhormat Arau.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian sebelum itu tentang IRC atau Ireland Red Cafe yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tadi, saya ingin tahu daripada pihak kementerian.
Sejauh mana kawalan dibuat terhadap Ireland Red Cafe ini, kerana mereka membuat kutipan in advance iaitu dengan menggunakan kad perbelanjaan, bermakna kata kena bayar dahulu dalam certain amount RM500, RM700 dan sebagainya. Akan tetapi usaha-usaha memasarkan francais ini masih diteruskan walaupun berlaku krisis dan mungkin saya ingat tidak mendapat kebenaran daripada Bank Negara terlebih dahulu, jadi harus diberi siasatan terperinci supaya tidak ada lagi mana-mana pihak yang tertipu berhubung dengan Ireland Red Cafe, IRC ini. Saya ingin menarik perhatian maksud bekalan B.25, Butiran 060000 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia, SKM. Iaitu saya ingin menyentuh sedikit tentang kewibawaan koperasi di negara kita. Kita mengetahui bahawa pembangunan pesat institusi koperasi ini, sejak merdeka sehingga ke hari ini adalah memberangsangkan dan serta mampu menjana ekonomi yang lebih mampan dan progresif. Malah kita lihat berupa sektor koperasi telah menjadi penyumbang ketiga kepada pembangunan ekonomi di negara kita. Jadi apabila kita melihat kemajuan yang telah dicapai menerusi beberapa koperasi tempatan yang tersenarai dalam 150 koperasi dalam Perikatan Koperasi Antarabangsa iaitu ICA di kalangan negara membangun, merupakan di antara yang boleh membanggakan seperti Bank Rakyat, seperti yang ditimbulkan oleh rakan-rakan tadi, FELCRA, Cooperative City Limited, Persatuan Koperasi Pelaburan, FELDA, Koperasi Tentera, Koperasi Kebangsaan Pembangunan Tanah, Koperasi Kakitangan Petronas, Koperasi Serba Usaha Makmur, Koperasi SEJATI, Koperasi Polis Diraja Malaysia, ANGKASA, Koperasi Kedai Buku Universiti dan lain-lain yang kita lihat ahlinya mencecah hampir lebih enam juta kerana melibatkan pusingan aset RM42.5 bilion. Jadi kalau kita lihat apa yang berlaku ini, dari segi pentadbiran dan pengurusan koperasi, ia harus ditadbir mengikut undang-undang, terutamanya berdasarkan seksyen 45 Akta Koperasi 1993, di mana Ahli Lembaga Pengarah dilantik mesti menjalankan tugas dan terikat dengan tanggungjawab berdasarkan perundangan koperasi. Akan tetapi apa yang saya bangkitkan tentang sekali lagi tentang penyelewengan yang berlaku di ANGKASA. ANGKASA ditubuhkan pada tahun 1971, yang mewakili kira-kira 5000 koperasi yang mempunyai keanggotaan berjumlah kira-kira enam juta orang ini dan aset yang sekitar yang saya sebutkan tadi lebih RM47 bilion yang membabitkan dua ahli jawatankuasa penyelewengan yang berlaku ini penyelewengan kewangan dalam Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia ini, membabitkan dua ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan, JKT ANGKASA iaitu bagi melindungi aset RM3.5 bilion milik koperasi itu. Saya ingin tahu setakat ini sejauh mana pihak kementerian memandu Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam usaha kementerian ini rebranding koperasi ini ke arah memperkukuhkan sektor ini supaya lebih mampan, stabil, teratur dan urusan pentadbiran dan aktiviti perniagaan dapat berjalan dengan lancar.
Sejauh mana tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah penyelewengan kewangan dalam Angkasa ini. Selain itu, saya ingin mencadangkan supaya koperasi ini dibuat merger supaya ia menjadi lebih relevan dan lebih besar dari segi modal, jumlah aset serta menjadikan perniagaan lebih berdaya tahan, maju dan saing. Jadi, apakah usaha-usaha yang dibuat? Contohnya FELDA yang kita lihat menjadi koperasi payung supaya kejayaan yang telah dicapai walaupun FELDA ini di bawah pengawasan langsung Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tetapi secara tidak langsung kita mahu koperasi-koperasi lain mengambil contoh dan panduan supaya koperasi-koperasi besar ini disatukan menjadi satu kumpulan koperasi antarabangsa yang bukan sahaja boleh mengendali pasaran di dalam negara, bahkan dapat menghidu peluang-peluang perniagaan yang lebih baik di peringkat antarabangsa. Contohnya kita ambil apa yang berlaku di Belanda, koperasi Royal Cosun yang merupakan sebuah koperasi yang menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa dari segi sektor pemakanan. Koperasi ini telah berusia lebih dari 100 tahun. Keahliannya pun hanya setakat 12,000 orang sahaja pada tahun 2008, tetapi kita lihat bagaimana mereka telah membela nasib penanam-penanam sugar beet dan bagaimana mereka telah mencari jalan melalui R&D hingga dapat memasarkan dan menguasai pasaran makanan di peringkat antarabangsa.
Jadi, ini adalah tanggungjawab pihak kementerian menerusi SKM, supaya visi kita lebih nampak jelas ke hadapan dalam memastikan koperasi kita bukan setakat berjaya di dalam negara, bahkan di luar negara juga. Terakhir ialah Butiran 070100 – Maktab Kerjasama Malaysia. Saya ingin tahu setakat ini, Maktab Kerjasama Malaysia telah dinaikkan taraf menjadi Universiti Koperasi. Jadi, setakat mana perkembangan untuk kita mengeluarkan Ijazah Bachelor of Business Administration in Cooperative Management ini? Adakah telah bermula ataupun masih di peringkat kajian? Bagaimanakah kaedah syllabus yang dibuat menerusi Jawatankuasa ini, supaya MKM ini benar-benar memikul tanggungjawab bagi mengisi visi masyarakat dan negara dalam menjadikan pendidikan koperasi ini bertaraf dunia. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Kepong hendak cakap ya?
Saya hanya pendek sahaja Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, mengenai Perdagangan Dalam Negeri – Butiran 020000. Di dalam Perdagangan Dalam Negeri tadi, kita nampak seperti mana saya pernah dengar apabila saya berada di United Kingdom mengenai hypermarket dan kedai-kedai runcit. Di England dipanggil grocers. Akan tetapi saya berharap Yang Berhormat dapat menyeimbangkannya. Tadi kita dengar kita menjejaskan kedai-kedai runcit dan sebagainya. Akan tetapi, kita pun tidak boleh menghalang hypermarket. Tidak boleh. Ini trend dunia. Mungkin hypermarket boleh memainkan peranan yang tertentu. Satu niche itu untuk peruncit. Di sini saya berharap pihak kementerian dapat mengadakan satu formula di mana kita boleh menyeimbangkan fungsi hypermarket dan fungsi niche peruncit supaya para peruncit boleh hidup di dalam negara ini. Saya nampak di sini pun kadangkala di stesen minyak pun menjadi peruncit pula. Bukan sahaja kerana hypermarket, malah hampir semua saya nampak di stesen-stesen minyak menjadi kedai peruncit juga. Itu kita menuduh hypermarket sahaja. Memang saya berharap Yang Berhormat pun dapat meneliti apakah masalah yang menjejaskan para peruncit di negara kita ini. Mengenai masalah pengguna Tuan Pengerusi, pengguna ini memang, walaupun kita di sini dari semasa ke semasa, saya nampak itu Yang Berhormat pun ada sebutkan mengenai konsumerisme dan kita pun ada begitu banyak laporan yang memantau aktiviti untuk pengguna. Di sini, saya menasihatkan Yang Berhormat berhati-hati mengenai amalan yang tidak beretika. Ini termasuk farmasi-farmasi yang boleh dikirakan sebagai perdagangan di bawah kementerian juga. Di farmasi ini Tuan Pengerusi, kadangkala kita nampak benda-benda atau ubat- ubat yang tidak seharusnya dibekalkan atau dijual oleh farmasi tetapi dijualkan. Ubat-ubat yang mempunyai kesan sampingan yang teruk dijual di merata-rata tempat. Kita nampak mereka jual. Ini kerana tiap-tiap kali saya ada nampak kesan-kesan daripada ubat yang dijual mengikut kehendak sahaja, dan ini memang tidak beretika. Bagi saya, usaha Yang Berhormat belum mencukupi untuk memantau penguatkuasaan dan juga memberi pendidikan dan maklumat kepada orang ramai supaya jangan beli benda-benda yang tidak diizinkan oleh undang-undang. Saya berharap dengan itu Yang Berhormat dapat mengambil perhatian. Bukan sahaja kita hendak jaga Tasik Bera. Walaupun penjagaan di Tasik Bera pun boleh diperbaiki kerana di Tasik Bera itu pun sudah tercemar. Kita mesti menjaga mengenai konsumerisme, dan juga peruncit-peruncit supaya diseimbangkan dengan fungsi hypermarket. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian untuk menyentuh satu, dua perkara di bawah P.25 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan khususnya berhubung dengan Pembangunan Perniagaan, Butiran 020200; Pembangunan Perniagaan Usahawan, Butiran 020300; dan juga Pembangunan Francais, Butiran 020400. Saya ingin meminta perhatian dan juga tindakan daripada Yang Berhormat Menteri berhubung dengan peluang yang diberikan oleh supermarkets kepada usahawan- usahawan atau peniaga tempatan yang kebanyakannya terdiri daripada usahawan kecil. Daripada pengamatan kita, barang-barang yang dibekalkan oleh pembekal tempatan atau pengeluar tempatan sama ada barangan industri kecil, sederhana, mahupun hasil-hasil pertanian dan penternakan, biasanya diletakkan di tempat-tempat yang tersorok, bukannya di kaunter-kaunter yang boleh menunjukkan bahawa barangan-barangan tersebut barangan yang berkualiti.
Ini menyebabkan bahawa peluang untuk usahawan dan perniagaan peniaga- peniaga amatlah sedikit terjejas. Mereka tidak diberi peluang sebagaimana pembekal- pembekal yang lain. Padahal, kalau kita tengok barangan-barangan lain yang diberikan keistimewaan ataupun, dengan izin, prominent, barang-barang itu pun tidaklah sehebat mana kualitinya dibandingkan dengan barang-barang keluaran tempatan juga barang- barang import. Jadi, di sini pihak penguat kuasa kementerian bukan sahaja memantau dari segi harga dan stok supaya pembeli tidak teraniaya disebabkan manipulasi harga, manipulasi stok barang, penyorokan pembekalan barang-barang, tetapi juga memantau dari segi praktis ataupun tindak tanduk peniaga besar terhadap peniaga kecil. Adakah mereka itu mematuhi dasar kerajaan? Dasar kerajaan amat jelas iaitu supermarkets ini dibenarkan beroperasi dengan tujuan selain daripada membenarkan mereka menjual barang-barang import, tetapi mereka juga mempunyai tanggungjawab sosial dan tanggungjawab negara, national interest, dengan izin, iaitu untuk turut membantu membangunkan perniagaan masyarakat tempatan. Jadi, kalau tidak ada penguatkuasaan yang rapi, kita dapati supermarkets ini lebih mementingkan keuntungan. Namun, saya rasa mereka tidak akan rugi kalau mempromosi barang-barang keluaran tempatan. Barang tempatan dan hasil tani begitu banyak sekali. Sayur-sayuran, buah-buahan, penternakan, dan sebagainya. Banyak keluaran kita tetapi tidak mendapat tempat yang membolehkan pemasaran mereka itu memberikan pulangan yang lumayan sebab tidak disokong oleh pihak penguat kuasa dan supermarkets yang merupakan badan-badan korporat gergasi itu. Jadi, apakah faedahnya kita membenarkan supermarkets seperti Tesco, Giant, dan berbagai-bagai-bagai nama kalau hanya mereka datang ke dalam negara kita ini untuk mengaut dan mengambil peluang di atas kuasa beli (purchasing power) di kalangan rakyat dan mengaut keuntungan. Keuntungan itu pula dibawa pulang ke negeri masing-masing oleh pelabur-pelabur asing. Kita tidak menentang pelaburan asing. Kita mengalu-alukan pelaburan asing tetapi pelaburan asing dalam bidang perniagaan yang seperti ini bukanlah satu pelaburan yang kritikal kerana tidak melibatkan teknologi dan kepakaran yang hebat. Begitu juga dari segi modal, saya tidak fikir bahawa pelabur-pelabur ini membawa ratusan juta ringgit untuk dilaburkan bagi tujuan membuka pasar raya-pasar raya ini. Mereka hanya membawa sedikit modal. Selain daripada itu, modalnya diperoleh daripada institusi-institusi kewangan dalam negara. Jadi, modal mana yang dibawa oleh mereka itu yang sangat kita perlukan. Kita perlu modal. Foreign direct investment tetapi modal yang kita perlukan ialah dalam bidang-bidang kritikal yang rakyat tempatan tidak mampu, tidak berupaya dan tidak berkebolehan. Kalau hanya berniaga, trading, marketing, importing, itu siapa pun boleh melakukannya. Saya rasa kerajaan mempunyai skim-skim bantuan kewangan ataupun kemudahan kewangan yang begitu banyak sekali diberikan atau diperuntukkan untuk usahawan-usahawan kita untuk membuka perniagaan, trading, marketing seperti ini kalau sekiranya diuruskan dengan baik.
Satu lagi iaitu berhubung dengan francais, perniagaan francais. Apa yang kita lakukan berhubungan dengan francais ini? Francais-francais yang ternama dan established, ada nama atau brand dan permintaannya begitu baik daripada pembeli, inilah francais- francais daripada luar negara. Pakaian, kenderaan, permotoran, jentera, kosmetik dan ubat- ubatan, semuanya francais-francais luar negeri. Namun, kebanyakan daripada francais ini masuk ke dalam negara kita ini dibawa oleh pemegang francais daripada luar. Tidak kurang juga syarikat-syarikat Singapura yang mendapatkan francais sesuatu produk bagi kawasan Asia Pasifik, termasuk Malaysia ini, mereka buka kedai-kedai dan outlets untuk menjual barang-barang keluaran multinasional syarikat-syarikat luar negara ini atas nama pemegang francais. Bagaimanakah ini boleh berlaku? Kenapakah kerajaan tidak memandu dan memantau? Mungkin sahaja bukan secara paksa atau wajib kerana kita tidak suka kepada sektor perniagaan yang tertakluk ataupun ditekan oleh dasar-dasar kerajaan yang tidak friendly kepada perniagaan. Kita mengamalkan business friendly tetapi dalam pada itu, kita juga jangan lupa bahawa bagaimana kita hendak memajukan peniaga-peniaga tempatan sebagai pemegang-pemegang francais kalau tidak mereka ini dipandu dan dibimbing? Saya mengesyorkan kepada kementerian supaya mengenal pasti apakah produk- produk keluaran daripada luar negara yang mempunyai pasaran dan permintaan dalam negara kita ini yang mana pengeluarnya bercadang untuk menjual barangan mereka. Kerajaan mengenal syarikat-syarikat dan produk-produk ini, seterusnya membantu mendapatkan francais terus kepada peniaga-peniaga tempatan. Sekiranya pengeluar- pengeluar dan manufactures luar negara ini tidak begitu selesa dengan syarikat-syarikat kecil ini untuk memegang francais mereka, kita punya syarikat-syarikat kerajaan, GLC yang boleh meyakinkan mereka. Kita boleh menjadi pemegang francais yang berjaya bagi produk mereka. Setelah itu, syarikat kerajaan ini, GLC ini boleh melantik usahawan-usahawan tempatan untuk menjadi dealer kepada francais-francais yang dipegang ini. Umpamanya kalau sebuah syarikat memegang francais jentera pertanian daripada negeri China, sebuah syarikat seperti UMW (United Motor Works).
Ia dapatkan francais daripada pengeluar jentera pertanian daripada negara China ataupun Jepun atau Korea atau Germany. Setelah ia mendapat francais ini sebagai pemegang francais dengan hak-hak mengimport dan hak-hak pengedaran, mereka melantik pula agen-agen atau dealer-dealer di seluruh negara. Setiap bandar, setiap kawasan dilantik agen-agen pula kepada syarikat pemegang francais utama ini. Dan dengan ini, memberi peluang pertumbuhan pengembangan masyarakat peniaga tempatan tidak kira sama ada bumiputera atau tidak bumiputera untuk mendapat peluang dalam bidang perniagaan francais. Saya sebutkan ini kerana pihak-pihak pengeluar daripada luar, mereka akan melihat kewibawaan track record, financial strength, dengan izin, pemohon-pemohon yang hendak mendapatkan francais daripada mereka. Dengan sebab itu dari segi francais kereta seumpamanya, dahulu bekas ataupun mantan Menteri Perdagangan menyebutkan bahawa beliau bersedia untuk memberikan AP mengimport kereta kalau siapa juga, kalau anda...
Satu minit lagi Yang Berhormat.
Ya?
Satu minit lagi.
Ya. Kalau anda boleh mendapatkan francais daripada syarikat pengeluar. Jadi biasanya untuk mendapatkan francais ini, tentulah syarikat-syarikat kecil tidak mampu. Hanya orang-orang besar, syarikat besar sahaja yang mampu dan kalau ini tidak dibantu oleh kerajaan makanya yang besar bertambah besar, yang kecil kekal kecil, yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat, kalau berucap bunyi macam dalam dasar saya ingat tiap-tiap seorang pun tidak boleh habis dalam 15 minit. Jadi, ingat peraturan dalam Jawatankuasa itu berbeza, bukan ucapan dasar. Jadi Yang Berhormat Bakri tidak perlu on microphone itu sampai dipanggil. Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Pengerusi.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi, semalam perjanjian dengan Tuan Pengerusi, beliau kata beri peluang kepada saya. Takkan perjanjian tidak laku?... [Ketawa] Yang nombor dua Tuan Pengerusi, saya sudah bangun tiga kali semasa saya hendak berucap 30 minit Tuan Pengerusi berhentikan saya di lapan minit. Kali kedua ketika Kementerian Pertanian, Tuan Pengerusi panggil saya jangan berucap, saya pun ikut. Takkan saya yang mewakili 55,000 penduduk Bakri tidak dapat berucap di Dewan yang mulia ini... [Dewan riuh]
Baik Yang Berhormat. Saya dengar Yang Berhormat. Saya dengar Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kalau saya tanya kawasan-kawasan yang lain itu banyak berpuluh-puluh ribu juga Yang Berhormat. Yang Berhormat Bakri saya minta Yang Berhormat Bakri duduk. Yang Berhormat Hulu Langat, sila.
Tidak. Kalau Menteri beri jawapan bertulis pun okey.
Yang Berhormat Bakri, saya menghormati Yang Berhormat berperangai begitu dalam ini tetapi sekarang Yang Berhormat berlainan sedikit. Minta Yang Berhormat Hulu Langat Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk Maksud B.25, Butiran 060000 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang berjumlah RM75 juta. Saya ingin mendapat penjelasan dari segi koperasi KOBERA yang ditubuhkan di DUN-DUN, berapakah jumlahnya yang wujud sekarang dan yang berdaya maju? Dan berapakah jumlah geran yang telah pun diperuntukkan untuk KOBERA ini? Saya juga berharap Suruhanjaya Koperasi Malaysia tidak mudah memberi geran kepada koperasi-koperasi dalam bentuk untuk melaksanakan projek-projek mereka, umpamanya saya difahamkan ada koperasi yang memohon geran daripada SKM untuk melaksanakan projek pemeliharaan ikan keli tetapi ikan kelinya tiada. Jadi, itu merugikan kerajaan dan berkait dengan itu saya berharap SKM dapat memberi pinjaman modal kepada koperasi-koperasi untuk melaksanakan projek-projek mereka. Saya juga ingin mendapat penjelasan sejauh mana pembayaran balik pinjaman-pinjaman dari segi skim pinjaman modal ini dibuat oleh koperasi-koperasi? Yang kedua dalam butiran yang sama, satu masa dahulu koperasi telah pun menganjurkan “Satu Produk Satu Daerah” untuk memasarkan produk-produk daripada daerah masing-masing, dan sejauh mana perkara ini dapat dilaksanakan oleh koperasi- koperasi dengan bimbingan SKM? Dan saya setuju dengan pandangan sahabat-sahabat daripada Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Arau yang mengatakan patut kita ada merging koperasi- koperasi untuk memasarkan produk-produk secara bersama-sama, sama ada mewujudkan supermarket dan sebagainya. Akan tetapi saya berpengalaman, kita telah mewujudkan koperasi institusi pengajian tinggi iaitu kita namakan GAKUB, tetapi mungkin peringkat awalnya berjaya tetapi akhirnya sama sahaja nasib dengan koperasi-koperasi lain. Yang kedua Butiran 070100, dan Maksud P.25, Butiran 14000, iaitu Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) sebagaimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri yang lepas menyatakan, bahawa MKM akan mengeluarkan graduate bertaraf diploma dan juga degree.
Jadi, saya ingin penjelasan sejauh mana ataupun berapa bilangan pemegang- pemegang diploma dari MKM ini yang telah dikeluarkan ataupun dihasilkan bagi membantu koperasi-koperasi kecil dalam pengurusan mereka? Dan dalam masa yang sama, saya juga berharap MKM akan terus menyediakan kursus-kursus kemantapan kepada kakitangan- kakitangan koperasi kerana berdasarkan pengalaman kita, banyak koperasi yang telah pun merosot atau rugi disebabkan oleh penipuan kakitangan-kakitangan koperasi dan juga disebut tadi mungkin Lembaga Pengarah. Jadi maknanya, kementerian perlu memantau, memberi kursus-kursus kemantapan supaya koperasi-koperasi ini terus maju kerana ia merupakan satu sektor yang penting di dalam menjana ekonomi negara kita. Sekian sahaja, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Batang Sadong.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus menjurus kepada Butiran 041400 – Pejabat PDNKK Negeri Perlis, khususnya untuk negeri Sarawak. Saya mengemukakan perkara ini sebab apa yang kita ketahui ialah ada beberapa orang pegawai pemantau harga dilantik di setiap kawasan Parlimen. Jadi, apa yang saya ingin bertanya kepada pihak kementerian adalah, adakah kementerian menilai prestasi mereka ini sebab baru-baru ini kita baru hendak melaksanakan projek SUBUR tetapi saya dimaklumkan bahawa harga beras yang sepatutnya RM17 untuk 10 kilo sudah naik kepada RM21. Jadi, kita hendak mengetahui sama ada, adakah di kalangan pemantau harga ini mengetahui perkara ini dan telah melaporkan kepada pihak kementerian? Jadi dari situ kita tahu bahawa mereka betul-betul menjalankan tugas mereka dan kita memuji tindakan mereka kalau ini ada diambil perhatian. Seterusnya ialah Butiran 060000 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Saya hendak bertanya juga mengenai berapakah bilangan koperasi seluruh negara ini dan khususnya di negeri Sarawak? Kita hendak tahu juga apakah kategori koperasi yang ditubuhkan itu, yang betul-betul cemerlang supaya kita dapat menggunakannya sebagai satu contoh untuk kita menggalakkan koperasi yang ditubuhkan. Ini kerana saya difahamkan bahawa setiap kawasan Dewan Undangan Negeri ditubuhkan KOBERA. Jadi, bagaimanakah prestasi KOBERA ini di setiap Dewan Undangan Negeri supaya kita dapat berkongsi pengetahuan mengenai koperasi-koperasi yang berjaya di Malaysia ini khususnya di negeri Sarawak? Kita tahu bahawa setiap kawasan mempunyai kekuatan masing-masing. Jadi, mungkin kita boleh mempelajari dari satu sama lain.
Akhirnya, Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh kepada Butiran 02504 – Skim Jaminan Usahawan Kecil dan juga Butiran 00100 – Program Latihan Perdagangan dan Kepenggunaan. Oleh kerana kita tidak banyak mempunyai maklumat mengenai perkara ini, mungkin yang lain ada, saya hendak tahu juga bagaimanakah menyertai kedua-dua program ini supaya kita boleh juga menguar-uarkan kepada rakyat di kawasan kita. Itu sahaja. Terima kasih.
Yang Berhormat Telok Intan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud Bekalan 25 mengenai Butiran 020500 – Pembangunan Koperasi. Saya bersetuju dengan rakan saya tadi yang mengatakan terdapat ramai ahli koperasi yang telah tidak menerima dividen mereka. Saya ingin membawa ke perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa ada satu kes yang diutarakan kepada saya mengenai koperasi pekerja am atau pekerja buruh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mana apabila bersara ahli-ahli itu tidak dapat balik dividen, caruman ataupun pelaburan daripada koperasi tersebut. Saya ingin tahu apa yang telah terjadi dan adakah apa-apa pemantauan dibuat terhadap koperasi-koperasi ini dari segi kedudukan kewangan, pembayaran dividen dan juga audit- audit yang dijalankan ke atas koperasi-koperasi pada keseluruhannya, khususnya koperasi yang saya sebutkan tadi.
Mengenai Butiran 030200 – Hal Ehwal Pengguna, saya dapati masih banyak kedai runcit ataupun kedai-kedai lain tidak menyenaraikan harga barang-barang seperti yang diperlukan. Oleh itu pengguna-pengguna ataupun pembeli tidak dapat membandingkan harga dengan tempat-tempat penjualan lain. Saya juga ingin membawa ke perhatian Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini kita dapat laporan hal-ehwal daripada CAP Pulau Pinang mengenai penggunaan gula yang terlalu banyak oleh rakyat kita di mana ia akan menjadi ancaman kepada kesihatan rakyat Malaysia pada masa depan. Pada masa sekarang pun kita mengalami ancaman daripada penggunaan gula yang tidak ada sekatan. Jadi, saya ingin tahu apakah program-program atau langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah penggunaan gula. Seterusnya Butiran 030300 – Tribunal Tuntutan Pengguna (Ibu Pejabat). Apakah langkah ataupun tindakan yang diambil oleh kerajaan ataupun kementerian terhadap pemaju-pemaju rumah (housing developers), dengan izin, yang telah gagal untuk membayar bayaran yang ditentukan atau diputuskan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna. Selepas pendengaran perbicaraan ataupun selepas mereka pergi ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Tinggi mengekalkan award yang diberi oleh tribunal itu adakah mereka membuat bayaran atau jika mereka enggan apakah tindakan diambil terhadap pemaju- pemaju yang ingkar itu. Seterusnya Butiran 080600 – Bayaran Pegawai Pemantau Harga. Kami diberitahu bahawa kementerian pada tahun lepas telah mengambil lebih kurang 2,000 orang pegawai untuk pemantauan harga. Apakah kesan setelah berbuat demikian dan adakah pengambilan pegawai-pegawai ini membawa hasil atau faedah kepada orang ramai? Mengenai Butiran 10801 – Technoprenuer Bumiputera. Saya ingin tahu adakah rancangan ini juga ada untuk bukan bumiputera iaitu technoprenuer. Seterusnya saya juga ingin tahu apakah program-program yang dianjurkan oleh kementerian di kawasan Telok Intan. Sekian sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Tenom.
Terima kasih.
Saya tahu Yang Berhormat sudah bangun lapan kali.
Ya. Betul, Tuan Pengerusi.
Jadi, jangan marah, Yang Berhormat, ya?
Tidak marah. Sabar menanti. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya juga ingin turut membahas Butiran 030100 – Penguat Kuasa . Tuan Pengerusi, sebagaimana yang kita lihat pada hari ini masalah yang makin serius iaitu masalah lama iaitu penjualan kepingan multimedia seperti CD, VCD dan juga DVD haram yang kita lihat hari ini semakin lama semakin berleluasa. Ia bukan sahaja di pusat membeli belah tetapi mereka pada hari ini juga berani menjual kepingan multimedia haram di tempat umum seperti di kedai-kedai, kediaman, depan restoran makanan segera, di hadapan 7-Eleven dan juga turut menjual dari individu ke individu dari rumah ke rumah. Ini juga seiring dengan perkembangan teknologi kita pada hari ini. Mereka juga dapat menerima tempahan kepingan multimedia haram ini menerusi SMS ataupun video 3G. Saya melihat mereka pada hari ini begitu berani untuk menjual VCD-VCD haram ini dan aya mengesyorkan kepada pihak kementerian supaya kalau boleh penguatkuasaan itu janganlah buat secara bermusim. Kalau boleh pertingkatkan lagi usaha-usaha untuk membanteras VCD-VCD haram ini.
Kalau tidak silap saya, Tuan Pengerusi, baru-baru ini pihak kementerian juga hendak membuat pindaan terhadap Akta Hak Cipta 1987 yang mana membolehkan individu yang memiliki sekeping cekera padat akan juga mendapat hukuman. Apa yang penting ialah saya melihat kementerian haruslah melihat sekali lagi cara atau tindakan halus yang boleh membanteras penjualan multimedia haram ini. Saya juga mengesyorkan di Dewan yang mulia ini supaya pemberi-pemberi maklumat di kalangan orang ramai diberikan ganjaran serta-merta berdasarkan kepada maklumat dan juga nilai rampasan yang telah dilakukan. Apabila ganjaran dan tindakan yang ad hoc barulah secara perlahan-lahan penguatkuasaan itu mula berkesan. Apa yang penting, Tuan Pengerusi, petugas penguat kuasa juga perlu sentiasa bersiap sedia dan kementerian hendaklah menambah lebih ramai lagi anggota penguat kuasa. Seperti di tempat saya, Tuan Pengerusi, kementerian cuma ada satu sahaja. Kalau tidak silap saya di bahagian pedalaman ada satu sahaja iaitu di Keningau. Kalau kita ada masalah di kawasan saya di Tenom kita terpaksa memanggil pegawai-pegawai yang ada di Keningau untuk turun ke Tenom. Begitu juga dengan daerah-daerah yang lain di sekitar pedalaman seperti Tambunan dan Nabawan. Sekiranya terdapat aduan ataupun yang berkaitan dengan pihak kementerian maka terpaksalah. Jadi, saya mengesyorkan supaya bilangan pegawai-pegawai penguat kuasa ini perlu ditambah dan begitu juga dengan kemudahan mereka seperti kenderaan. Kita di kawasan pedalaman, Tuan Pengerusi, jalan rayanya teruk. Jadi kenalah bagi kenderaan yang sesuai supaya pegawai-pegawai kita akan dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik. Berkait juga dengan soal penguatkuasaan, baru-baru ini saya terbaca satu pembongkaran tentang kegiatan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Lembah Klang yang menggunakan perisian komputer cetak rompak dalam operasi mereka bagi menjimatkan kos pentadbiran. Berdasarkan maklumat itu kegiatan berkenaan dikesan dalam sebuah penguatkuasaan kementerian di sebuah IPTS di Shah Alam. Selepas menerima maklumat awam dan merampas lapan set komputer yang bernilai RM24,000 yang mengandungi pelbagai perisian cetak rompak. Ini adalah satu masalah yang besar, Tuan Pengerusi.
Saya juga mendapat maklumat antara kesalahan mereka ialah menggunakan perisian cetak rompak yang membabitkan seperti Adobe Photoshop, Adobe Acrobat, Adobe Illustrator, Adobe Dreamweaver, Adobe Plus, Adobe Fireworks dan lain-lain perisian seperti Microsoft Windows, Microsoft Visual Studio. Ini baru di Lembah Klang Tuan Pengerusi, bayangkan jika sekiranya ianya berlaku di seluruh negara kita. Jadi saya mengesyorkan supaya penggunaan perisian komputer ini diberikan pelepasan cukai kepada IPTS dalam memastikan imej IPTS kita tidak terjejas dan supaya ianya tidak memburukkan lagi negara kita sebagai hub pendidikan serantau. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, sejauh manakah pihak kementerian bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan setiap IPTS menggunakan perisian komputer yang original sejajar dengan kehendak pembelajaran dan pendidikan tulen. Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 050000 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), yang menjadi masalahnya ialah muat turun. Ini dijadikan sebagai business haram, maksud saya muat turun ini Tuan Pengerusi, daripada komputer dan daripada telefon bimbit menjadikan business haram kepada pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Umpamanya Tuan Pengerusi, muat turun video yang tidak baik ke dalam telefon bimbit yang dijalankan secara berleluasa di kedai-kedai telekomunikasi atau gerai-gerai komunikasi. Mereka ini sambil berniaga di bawah lesen yang sah tetapi pada masa yang sama mereka menjalankan perniagaan muat turun secara haram. Jadi sejauh manakah saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian tentang perkara ini dan lebih memburukkan lagi Tuan Pengerusi, muat turun juga banyak dilakukan ke atas lagu-lagu.
Ini lagu-lagu yang melibatkan penyanyi tempatan ataupun karyawan tempatan dan ini secara tidak langsung Tuan Pengerusi, boleh menjatuhkan industri seni negara kita. Jadi saya ingin tahu sejauh manakah Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau pun MyIPO menangani soal masalah tadikerajaan kerana apa yang saya faham tentang MyIPO ialah dimana dipertanggungjawabkan untuk memantau pembangunan dan juga pengurusan sistem harta intelek iaitu merangkumi patent, tanda niaga, reka industri, hak cipta dan juga perlindungan rekaan di negara kita. Jadi dalam soal yang dibangkitkan Tuan Pengerusi, apakah mekanisme-mekanisme yang boleh membanteras kegiatan haram ini? Untuk makluman Dewan yang mulia seperti mana dikatakan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota, Malaysia adalah antara negara yang paling tinggi merekodkan kes pencerobohan harta intelek. Walaupun kita mempunyai mahkamah harta intelek tetapi saya tidak berapa yakin di atas sikap acuh tidak acuh di kalangan rakyat di negara kita. Ini kerana kepentingan harta intelek amat tinggi, ia adalah hak milik minda seseorang merangkumi rekaan asli, penciptaan, tanda niaga ataupun aplikasi guna sesuatu idea. Dalam bidang perniagaan ia adalah hak bagi pemilikan pengetahuan. Komponen penting ke arah mencipta kejayaan malah harta intelek adalah kelebihan utama yang boleh membezakan kejayaan sesebuah syarikat yang lain manakala dalam pasaran global yang semakin berdaya saing, melindungi harta intelek seseorang adalah sangat mustahak. Jadi saya pohon kepada pihak kementerian, langkah-langkah drastik untuk memperbetulkan keadaan sedemikian kerana sekarang negara kita pun sedang pesat membangun dan pelabur-pelabur memerlukan suatu security yang mana dapat meyakinkan pada setiap apa yang dilaburkan di dalam negara kita. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Ya, Yang Berhormat Balik Pulau.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya yakin Menteri akan menjawab soalan ini, Menteri sudah senyum. Saya untuk maksud Bekalan 25, 010300 – Dasar dan Perancangan. Yang Berhormat Menteri, pada pandangan saya saranan Perdana Menteri untuk menjadikan negara ini ekonomi berasaskan inovasi dan kreativiti saya rasa membayangkan kementerian Yang Berhormat Menteri antara kementerian yang paling penting. Untuk tujuan itu, saya pertama sekali ingin mengait isu dasar iaitu isu mengenai pendekatan keusahawanan dan perdagangan yang diguna selama ini. Pertama sekali saya ingin menyoal bila dasar amalan perdagangan adil akan dipastikan dilaksanakan di negara ini kerana saya melihat komitmen yang baik daripada mantan Menteri dahulu, Johor Bahru dan saya mengalu-alukan akta tersebut kerana tanpa akta tersebut, pada pandangan saya tidak lengkap agenda perdagangan yang adil dalam negara ini. Soalan pertama. Kedua, mengenai 030100 – Penguatkuasa (Ibu Pejabat), iaitu di bawah Butiran 030000 – Konsumerisma. Saya memohon jawapan dari Menteri, sejauh mana pendekatan penguatkuasaan ini berjaya sebenarnya ke arah memperkasakan. Itu spesifik soalannya kerana saya ingin mencadangkan pada masa yang sama kepada kementerian bahawa pendekatan yang diambil suatu ketika di negara Peru kemudiannya diangkat oleh UNDP yang diberi nama, dengan izin, legal empowerment for the poor, mengambil aspek..., kita panggil property rights dan juga business rights. Di sini pertama sekali yang dibuat ialah sebelum dilakukan penguatkuasaan ini kerana pada pandangan mereka ia tidak membawa banyak hasil ke arah keusahawanan atau perdagangan. Apa yang dibuat pertama sekali ialah mendaftarkan kita panggil dengan izin, informal businesses terlebih dahulu berapa banyak sebenarnya ini di dalam negara ini sebelum difikirkan hendak didakwa dan di apa, kerana pada pandangan mereka informal businesses ini tidak mendatangkan hasil kepada negara kerana ia tidak termasuk di dalam yang boleh di cukai dan sebagainya kerana ia tidak formal.
Saya sekurang-kurangnya di Balik Pulau dan saya tengok juga di Malaysia secara umumnya terutama di Semenanjung, sektor informal business ini iaitu mereka yang berniaga dengan baik tetapi tidak ada registernya, secara ROB nya, enterprise nya dan sebagainya dan itu sukar bagi kerajaan untuk mengenakan cukai ataupun mengembalikan atau menyumbang ke KDNK kita. Jadi pada pandangan saya, saya mencadangkan permudahkan apabila sudah dapat bilangan berapa ramai informal businesses ini, enterprise ini, maka difikirkan kenapa masalah mereka ini tidak mendaftar. Adakah masalahnya literasi, adakah permasalahannya pengurusan, adakah permasalahannya bersifat teknikal. Jadi saya melihat di kala ekonomi yang sebegini, di kala ekonomi informal yang saya rasa memang kadang-kadang tidak tergugat, belum lagi black market economy, saya mencadangkan kementerian mengambil pendekatan empowerment, memperkasakan informal businesses ini dan kemudian dengan mendekati mereka dan saya mohon penjelasan mengenai dasar tersebut. Seterusnya Menteri, yang ketiga mengenai Butiran 010400 – Pengurusan Maklumat. Saya ingin mencadangkan kerana saya melihat aspek perdagangan di dalam negara ini berkembang agak baik tetapi alangkah lebih baik sekiranya kementerian mengambil pendekatan apa yang dipanggil memperkasakan juga melalui maklumat iaitu pada pandangan saya apa yang dipanggil connectivity is productivity itu perlu digunakan sebagai strategi di kala ekonomi sekarang. Pendekatan yang sama telah berlaku di Bangladesh ketika mana Grameen Bank dimulakan yang mana di fasa pertama ia berjaya tetapi daya tambah teknologi seterusnya ialah apabila wujudnya Grameen Phone kerana mengikut kajian di MIT, ibu-ibu tunggal yang menjadi peminjam kepada Grameen Bank ini dapat menambah hasilnya apabila kita menggunakan teknologi IT. Di luar bandar terutamanya, handphone lah, telefon bimbitlah yang merupakan lebih berkesan berbanding dengan pendekatan komputer yang sering kali diberi alasan pembekalan dan sebagainya.
Saya yakin di luar bandar, hand phone ini boleh dikatakan kebanyakan dan mungkin semua rakyat Malaysia tidak kira latar belakang, peringkat sosial tarafnya mempunyai hand phone ini dan fikirkan pendekatan ini. Seterusnya di bawah pendekatan yang sama, saya mencadangkan juga bahawa kerana perkara ini telah diangkat di peringkat world economic forum tetapi saya tengok kurang di dalam negeri tetapi sekurang- kurangnya telah diangkat oleh Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini iaitu apa yang dipanggil social entrepreneurship iaitu yang bukan sahaja mengangkat agenda berapa untung suatu perdagangan itu boleh dibuat tetapi ia bermula dengan bagaimana hendak menyelesaikan permasalahan sosial. Saya bagi contoh, Grameen Bank bermula untuk menyelesaikan permasalahan ibu tunggal tetapi pada masa yang sama, dibuat untung dan untung itu kembali kepada masyarakat. Pada pandangan saya, mungkin di dalam pelan strategi kementerian, bukan sahaja daripada segi mempermudahkan dari segi perdagangan dan sebagainya dengan pembiayaan-pembiayaan dan sebagainya. Saya yakin kalau niatnya daripada awal dan saya yakin itulah niat kerajaan apa yang dipanggil pembasmian kemiskinan, poverty eradication, saya merasakan kalau itu yang ditekankan di peringkat awal, kita akan dapat bukan sahaja usahawan-usahawan yang kita panggil seperti fly by night ataupun tumbuh seperti cendawan pada hari ini esok sudah tidak ada tetapi usahawan-usahawan yang lain dengan jiwanya, passionate nya terhadap menyelesaikan masalah rakyat dan pada masa yang sama mendapat keuntungan. Keempat, saya ingin menanya kementerian, di bawah Butiran 030200 – Hal Ehwal Pengguna, pada pandangan kementerian, mungkin kementerian mempunyai indicator- indicator yang lebih jelas iaitu sejauh mana ilmu kepenggunaan ini, consumerisme ini sampai kepada masyarakat kerana di dalam Parlimen saya sekurang-kurangnya mereka masih lagi tertipu.
Maksudnya kadang-kadang baru ini, macam-macam produk-produk perniagaan mungkin bersifat multilevel, ada yang bersifat kita panggil, bagaimana saya hendak cakap, multilevel dan mungkin ada skim-skim yang saya rasa sekiranya kementerian pada kali ini mengkhususkan create an enlighten consumer, maksudnya consumer yang faham akan haknya, saya rasa pendekatan penguatkuasaan, pendekatan pemantauan yang saya rasa agak mustahil untuk kementerian menyelesaikan permasalahan menggunakan pendekatan tersebut apatah lagi di kala korupsi indeks yang makin parah dan saya rasa apa yang diangkat oleh Yang Berhormat Tenom dan teman-teman seperti Yang Berhormat Indera Mahkota mengenai permasalahan harta intelek itu, ia ada kaitan khusus dengan permasalahan korupsi. Jadi saya yakin untuk soalan yang kelima iaitu saya mohon jawapan Menteri mengenai harta intelek ini kerana pada pandangan saya, sekali lagi ia amat berkaitan dengan saranan kerajaan pada hari ini mahukan ekonomi yang inovasi dan kreatif. Kita bukan mengharapkan ia jadi seperti bio polis di Singapura yang mendapat pengiktirafan yang tinggi tetapi saya hanya sedikit ke belakang, mahu mengangkat sekurang-kurangnya hasil kreativiti masyarakat di luar bandar yang mana tidak tahu apa proses patennya, tidak tahu apa proses trademark nya, tidak tahu apa proses copy right nya itu, mereka diperkasakan dan saya yakin apabila hak perundangannya itu dikawal, nilainya akan tinggi dan yang untungnya pengusaha, karyawan dan yang akan diperkasakan ialah ekonomi negara yang memberikan keuntungan kepada negara secara keseluruhan. Jadi saya memohon penjelasan daripada kementerian, sejauh mana perkara ini diberi perhatian dan perkembangannya sehingga tahap mana terutama untuk pengusaha-pengusaha di luar bandar. Itu sahaja. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Langkawi.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya satu sahaja iaitu 030100 iaitu Penguatkuasaan (Ibu Pejabat). Tuan Pengerusi, terdapat penyalahgunaan banyak yang dibekalkan iaitu minyak diesel ataupun minyak petrol yang dibekalkan kepada orang tertentu. Sepatutnya ia pergi kepada orang-orang tertentu tetapi ia pergi ke lain. Saya berasa sangsi berkenaan dengan cara-cara kita menguatkuasakan undang- undang ini kerana sekarang ini apa yang difahamkan sedang berlaku ialah penggunaan diesel dan petrol telah disalahgunakan. Saya nyatakan di sinilah, Langkawi, Kuala Perlis, Kuala Kedah dan Bukit Hitam. Sejauh manakah penguatkuasaan ini dilakukan oleh kementerian kerana kalaulah ini berlaku, kerajaan akan kehilangan berjuta-juta ringgit, berpuluh juta ringgit kerana disebabkan penyalahgunaan ini. Satu lagi ialah selalunya kita beri Nano-Tech kepada diesel ataupun petrol tetapi sekarang sudah tidak digunakan, tidak guna lagi. Jadi apabila tertangkap, orang tidak tahu adakah ini khas untuk diesel ataupun petrol yang disubsidikan ataupun tidak. Jadi, saya memohonlah kepada pihak kementerian untuk terus menggunakan Nano-Tech ini kerana ia adalah salah satu cara untuk membanteraskan perkara ini. Satu perkara lagi ialah apabila kita guna Nano-Tech ini, maka pihak APMM dapat membezakan yang mana subsidi, yang mana tidak subsidi. Maka berlakulah apa yang berlaku di Langkawi di mana sebuah feri yang telah menggunakan diesel subsidi ditahan dan ditangkap kerana menggunakan diesel subsidi. Itulah, saya ingat perkara ini dapat diambil perhatian oleh kementerian supaya teruskan usaha untuk memberi dan menguatkuasakan apa yang telah dikatakan tadi. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Bakri.
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 030200 – Hal Ehwal Pengguna di bawah B.25.
Kebelakangan ini, para pengguna mesej sering diganggu oleh penghantaran mesej daripada akaun nombor 399220 yang berdaftar di bawah mesej yang akan mencajkan bayaran sebanyak RM5 bagi satu SMS yang diterima. Untuk makluman Tuan Pengerusi, para pengguna mesej yang tidak bernasib baik ini dicaj RM5 bagi setiap SMS setiap hari oleh akaun tersebut tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian untuk mesej SMS. Bila pengguna cuba memberhentikan khidmat hantaran mesej melalui nombor telefon yang tertera dalam mesej yang diterima, tiada orang yang menjawab. Apabila pengguna mengadu kepada pusat khidmat Maxis yang berdekatan supaya hantaran mesej sebegini dihentikan serta-merta, pihak Maxis menyatakan bukan hal mereka untuk memberhentikan. Sebaliknya Maxis hanya bertanggungjawab untuk menyewa akaun ini kepada syarikat tertentu untuk hantaran mesej.
Saya ingin bertanyakan pandangan Menteri tentang cara perniagaan Maxis yang membiarkan sesuatu syarikat berdaftar di bawahnya untuk mengaut keuntungan dengan cara yang mudah yang mungkin memperolehi pendapatan berpuluh ribu sehari melalui hantaran mesej sampah tanpa memelihara hak pengguna. Apakah perlindungan undang- undang untuk menjamin hak pengguna dalam isu ini dan apakah penguatkuasaan ke atas peniaga yang menidakkan hak pengguna? Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada 030300 – Tribunal Tuntutan Pengguna (Ibu Pejabat) di bawah B.25. Perkara yang saya ingin bangkitkan di sini ialah di antara jenis-jenis tuntutan yang boleh dikemukakan di tribunal, salah satu jenis ialah keselamatan perkhidmatan. Keselamatan perkhidmatan didefinisikan sebagai standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan atau kelas perkhidmatan. Pada Disember tahun 2008, satu kemalangan berlaku di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Seorang bayi yang bernama Lai Yok Shan terpaksa kehilangan tangan kirinya atau ketinggalan peralatan bedah seperti forceps dalam perut selepas pembedahan tidak patut dibiarkan berlaku oleh pihak hospital tersebut. Saya juga ingin memaklumkan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Salah satu orang pathologist yang menjalankan pembedahan mayat dalam kes kematian mendiang Teoh Beng Hock juga datang dari hospital tersebut. Namanya ialah Dr. Khairul Azman Ibrahim. Keputusan yang dibuat oleh Dr. Khairul bukan saja menunjukkan ketidakmampuan dalam tugasnya, sehingga Kerajaan Negeri Selangor perlu menjemput pakar dari negara jiran kita untuk menjalankan pendedahan kali kedua. Sejauh yang apa saya dimaklumkan, hospital tersebut mempunyai Sijil ISO 9002 dan UKAS dari British. Namun sedemikian, dalam pengertian perkhidmatan yang dikemukakan oleh kementerian, perkhidmatan jagaan kesihatan yang dibekalkan atau akan dibekalkan oleh profesional jagaan kesihatan atau oleh kemudahan jagaan kesihatan tidak dimasukkan dalam perkhidmatan kementerian. Soalan saya ialah, adakah kementerian merancang mengadakan usul-usul supaya melingkungi perkhidmatan perubatan dalam perkhidmatan kementerian. Jika tidak, mengapa? Terima Kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Saya hendak tanyakan Yang Berhormat. Panjangkan Yang Berhormat itu, sedikit sahaja Yang Berhormat? Saya hendak habiskan Yang Berhormat dua-dua ini. Selepas itu Menteri menjawab. Sudah banyak sangat, Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya hendak kemukakan satu masalah sahaja. Di bawah Butiran 030100 – Penguatkuasa (Ibu Pejabat), dan Butiran 030200 – Hal Ehwal Pengguna. Ia berkenaan dengan kawal seliaan untuk kad-kad kesihatan.
Syarikat insurans beri kad, dia cakap manis, bila sampai masa untuk claim balik, mereka cari pelbagai alasan untuk nafikan. Jadi saya mahu bawa satu kes, Puan Kamala Sivalingam di Sungai Siput di mana dia ambil kad insurans 2008, selepas beberapa bulan dia jatuh di pasar dan mengalami kecederaan di lutut. Dia dimasukkan ke hospital dan bilnya mencecah RM5,000 lebih. Apabila dia claim, syarikat insurans menyiasat sejarahnya dan mendapat tahu pada tahun 1997, 12 tahun yang dahulu dia telah masuk ke hospital untuk pembedahan rahim dan tidak tercatit dalam borang permohonannya. Dia kata you sudah tipu kita dan tidak mahu bayar. Walaupun pembedahan rahim tidak ada kaitan dengan lututnya. Mereka tidak hendak bayar. Apabila saya bertanyakan kepada pesakit, dia kata dia tidak tahu tulis dan ejen yang tulis borang itu. Dia telah beritahu ejen dan ejen memberitahu ini sudah lama berlaku dan tidak penting dan tidak tulis. Apabila saya cuba bantu dia sampai ke Biro Pengantaraan Kewangan di Bank Negara, nombor rujukan dia adalah L11697. Akan tetapi sejak bulan Mei saya buat aduan itu dan sampai sekarang, mereka tidak dapat selesaikan masalah ini. Apabila saya, baru pagi ini saya menelefon mereka, mereka berkata dia ada lebih kurang 1000 kes yang mereka belum selesai, kes macam ini. Pada masa yang sama, hospital swasta itu telah keluarkan notice of demand, akan bawa dia ke mahkamah. Actually, dengan izin, justice delayed is justice denied. Jadi saya syorkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri tubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji kad- kad kesihatan untuk memastikan apakah prestasi mereka. Sekarang ada 1000 kes di Biro Penghantaran. Adakah perlu kita patut mengetatkan regulasi terhadap kad-kad ini supaya rakyat kita tidak ditipu macam ini, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai, selepas ini Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyebut dua perkara. Pertamanya mengenai Pembangunan Perniagaan. Kita melihat banyak pusat ekspo untuk perdagangan dalam negeri yang kecil ini tetapi ianya berupa pembinaan beberapa khemah-khemah di tanah lapang, bawa beberapa peniaga- peniaga mempamerkan barang-barang, itulah yang dipanggilkan ekspo. Tidak ada satu yang kelihatan canggih dan teratur. Jadi saya hendak mencadangkan kementerian memikirkan, kalau tadi MITI, Perdagangan Luar bercakap mengenai konvensyen atau exposition center. Apalah kiranya kalau kementerian ini memikirkan satu pusat perdagangan untuk perniagaan dalam negeri untuk peniaga-peniaga kecil dan dalam konteks IKS ini untuk mempamerkan barangan mereka secara lebih teratur. Saya yakin tidak akan sampai 600 juta tetapi kesannya kepada peniaga-peniaga kecil ini sungguh baik. Yang keduanya, dalam P.25, 13002 – Pengembangan - Pembudayaan. Kita ada satu kempen untuk tidak menggunakan beg plastik di dalam pasar raya-pasar raya dan diterima baik tetapi masih ada, misalnya pasar raya Giant masih lagi memberikan beg plastik kepada pelanggan-pelanggan. Saya hendak mencadangkan supaya edaran beg plastik ini tidak makin bertambah. Malah dikurangkan, kementerian mengambil suatu tindakan memastikan semua pasar raya tidak lagi mengeluarkan beg plastik ataupun sebarang bekas untuk membawa barang balik. Ini dibuat di negara-negara lain yang maju. Jadi pembeli-pembeli yang datang, pengguna yang datang, mereka bersedia membawa beg plastik mereka sendiri. Dia akan menggunakannya. Kalau tidak ada mungkin mereka terpaksa membeli dengan harga yang tinggi di pasar raya itu, beg-beg yang lain. Akan tetapi...
Yang Berhormat bawa beg plastik sendiri?
Bawa beg plastik sendiri dalam...
Buat macam itu Yang Berhormat. Bermula dengan kita sendiri.
Kita sudah mula itu, itu cadangan saya. Kalau boleh dalam pembudayaan ini ataupun surat khabar lama kita bungkus- bungkus bawa balik atau bawa kotak pun tidak apa. Asalkan kita tidak menambah circulation beg plastik ini di dalam pasaran kita, Tuan Pengerusi, terima kasih.
Terima kasih, sila Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahasa dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ini. Saya ingin merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau. Yang Berhormat Kuala Krau bertanya mengenai sama ada Bank Rakyat akan membuka ataupun akan menambah syer ataupun sahamnya kepada orang ramai kembali. Saya ingin memaklumkan bahawa pihak Bank Rakyat memang mencadangkan untuk menambahkan sahamnya sebanyak RM500 juta di dalam tahun 2010. Walau bagaimanapun, itu adalah peringkat cadangan dan ianya perlu diluluskan oleh Mesyuarat Agung Bank Rakyat sendiri ...
Yang Berhormat, saya cukup yakin masih panjang jawapannya.
Masih panjang lagi. Sebelum saya sambung, saya hendak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua.
Baik Yang Berhormat, sambung semula jawapan pada hari Isnin, 30 November 2009. Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Ahli-ahli Yang Berhormat semua, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan maaf zahir dan batin. Ahli-ahli Dewan, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari Isnin 30 November 2009. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.32 petang.