Dewan Rakyat · 9 December 2009

15th Parliament, session 2, meeting 3 · 976 turns · 71,949 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Nancy ShukriPBB · GPSSantubong · question

1. Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, apakah perancangan pihak kementerian dalam memainkan peranan untuk menguatkan lagi penyerapan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat melalui media elektronik.

Puan Heng Seai KieTimbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong atas soalan yang dikemukakan dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, penerapan nilai-nilai murni melalui media elektronik sama ada di RTM mahupun stesen swasta merupakan salah satu usaha berterusan kementerian ini. Ia dilaksanakan bukan sahaja melalui rancangan-rancangan secara khusus seperti berita, bicarawara, rancangan agama dan majalah yang disiarkan malah merangkumi siaran iklan, rancangan hiburan dan drama-drama yang ditayangkan. Sebagai contoh, RTM memastikan semua siarannya termasuklah rancangan sitkom komedi mempunyai mesej tersendiri bertujuan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan penonton. Usaha ini dilaksanakan melalui siaran lagu-lagu patriotik pada waktu perdana oleh RTM. Bagi stesen swasta pula, penguatkuasaan lesen individu pemberi perkhidmatan aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah menetapkan beberapa syarat khas lesen. Di antaranya termasuklah tidak menyiarkan apa-apa jua kandungan yang bertentangan dengan budaya dan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia mahupun yang tidak menyumbang kepada aspirasi nasional. Dengan cara ini semua stesen secara tidak langsung dimestikan menyiar kandungan yang mengambil kira aspek budaya dan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian sentiasa menggalakkan stesen-stesen televisyen swasta untuk terus meningkatkan jumlah kandungan yang berkualiti bagi menerapkan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat. Selain itu, pihak-pihak stesen penyiar swasta juga diwajibkan untuk menyiarkan pesanan khidmat awam yang mengandungi nilai- nilai murni, kekeluargaan, kebudayaan dan kemasyarakatan di stesen-stesen kelolaan mereka. Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 242 iaitu pemegang lesen boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Sekian, terima kasih.

Puan Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebagai seorang ibu kepada tiga orang anak, saya amat risau apabila menonton TV, melihat apa yang disiarkan di televisyen. Jadi, saya hendak tahu bagaimanakah kementerian memantau media elektronik swasta supaya apa yang disiarkan tidak keterlaluan dan tidak terlalu memberi sumbangan negatif terhadap penonton terutama sekali kalau penonton itu daripada golongan yang muda yang cepat terpengaruh oleh unsur-unsur negatif ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, rangka kerja pengawalseliaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah menetapkan beberapa syarat khas lesen bagi siaran kandungan yang dipantau secara rapi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Selain daripada syarat khas lesen yang telah saya sebutkan tadi, sebenarnya pemegang lesen media elektronik swasta seperti stesen televisyen TV3, NTV7, 8TV dan TV9 perlu juga memastikan bahawa semua kandungan pra-rakam ditapis dan mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Lembaga Penapisan Filem sebelum ia boleh disiarkan di televisyen. Kedua, mereka juga perlu mematuhi kehendak kod kandungan yang didaftar SKMM dan juga tidak menyiarkan kandungan yang menyinggung sensitiviti agama, bangsa dan budaya mana-mana masyarakat di Malaysia. Untuk stesen Astro pula, stesen Astro juga diminta untuk menapis kendiri kesemua kandungan ataupun sesebuah rancangan tersebut sebelum ia boleh disiarkan berdasarkan garis panduan penapisan yang disediakan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Selain itu, garis panduan tersebut turut juga diguna pakai oleh pihak Lembaga Penapisan Filem dalam menapis kandungan siaran bagi stesen televisyen yang lain. Hasil pemantauan Tuan Yang di-Pertua, mendapati bahawa stesen-stesen TV dan radio swasta sememangnya menyiarkan banyak rancangan yang sarat dengan mesej-mesej positif serta berbentuk pengajaran dan nilai-nilai murni. Namun, ia diserapkan melalui pendekatan yang kreatif, menarik dan menghiburkan. Ini termasuklah bagi program-program remaja agar ia memberikan kesan positif kepada golongan tersebut. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan ada kod kandungan. Jadi saya hendak tahu, kalau jawapan saya bertulis pun bolehlah mengenai ini kod. Di antara mesej yang banyak dipaparkan di media elektronik terutamanya TV sekarang ini adalah filem-filem yang bercorak hantu, tahyul, seram sehinggakan kadang- kadang kanak-kanak hendak tengok pun dia tutup dengan jari dan melihat melalui celah jari sahaja kerana menakutkan. Jadi, apakah ini sebenarnya yang hendak didedahkan kepada kanak-kanak muda ini, anak-anak kita ini tentang perkara khurafat, tahyul dan juga menyeramkan ini? Ini adalah kerana banyak rancangan drama TV sekarang ini dari Indonesia atau dari Malaysia...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, saya ingat sudah faham Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat...

...Dan juga denda RM100,000 yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Berapa banyakkah syarikat yang telah dikenakan denda tersebut? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang dikemukakan. Sebenarnya dalam pemilihan program ataupun movie yang ditayangkan ataupun disiarkan dalam televisyen selain daripada nilai-nilai murni dan mematuhi syarat- syarat yang dikenakan, kita juga kena ambil kira tentang permintaan orang ramai khasnya penonton. Jadi pada masa kini memang adalah menjadi trend ataupun aliran semasa bahawa movie seram ini adalah menjadi jenis movie yang popular. Jadi, bagi menjawab soalan yang kedua yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi tentang berapakah kes yang telah pun didakwa dan dikenakan tindakan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga sekarang iaitu kalau kita rujuk kepada statistik yang ada, kes yang telah melanggar peruntukan syarat-syarat lesen di bawah seksyen 242, Akta Komunikasi dan Multimedia tahun 1988 ialah untuk tahun 2005 hingga tahun 2006 dari segi kandungan siaran, terdapat tiga kes yang telah dikenakan tindakan iaitu untuk stesen TV di mana ia melibatkan denda sebanyak RM30,000. Untuk tahun 2007 bagi stesen TV, terdapat lima kes dengan denda berjumlah RM195,000 dan untuk tahun 2008 ialah satu kes dengan denda berjumlah RM50,000. Bagi tahun ini, setakat ini ialah satu kes dengan denda berjumlah RM60,000. Bagi stesen yang telah dikenakan tindakan kerana kesalahan teknikal yang berkaitan dengan laporan kualiti liputan siaran dan juga kegagalan melaporkan kewangan tahunan untuk stesen radio ialah dua kes yang melibatkan denda sebanyak RM15,000 bagi tahun 2005 hingga tahun 2006.

Bagi tahun 2007 pula, untuk stesen radio ialah lima kes dan jumlah denda ialah sejumlah RM31,000 sementara bagi tahun 2008 ialah sebanyak empat kes dengan jumlah denda RM30,000. Bagi tahun 2009 pula sehingga kini tiada kes yang telah pun didakwa. Sekian, terima kasih.

Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang · question

2. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Kewangan menyatakan, jenayah internet banking yang berjaya dikesan dan tindakan yang diambil ke atas penjenayah dan bilangan aduan yang diterima dan amaun kehilangan yang dialami oleh pemegang akaun.

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Alor Star

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Untuk makluman Yang Berhormat, kes-kes jenayah perbankan internet secara lazimnya melibatkan aktiviti phishing iaitu jenayah siber yang merupakan kegiatan mencuri makluman peribadi pelanggan melalui e-mel, laman web palsu ataupun penipuan melalui sistem pesanan ringkas ataupun SMS. Maklumat yang diperoleh kemudiannya digunakan untuk memasuki akaun pengguna dan seterusnya membuat pemindahan wang secara tidak sah ke akaun pihak ketiga. Bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2009 dan berdasarkan laporan mengenai kes-kes penipuan melibatkan pemindahan melalui perbankan internet hanya sebanyak 1,191 kes telah dilaporkan yang melibatkan amaun kehilangan yang dialami oleh pemegang akaun pada sekitar 0.0003 peratus ataupun dalam lingkungan RM1 juta sahaja daripada jumlah keseluruhan nilai transaksi perbankan internet. Bank Negara Malaysia melalui kerjasama dengan pihak institusi perbankan, Polis Diraja Malaysia dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan telah pun mengambil beberapa tindakan untuk memastikan keselamatan sistem perbankan elektronik di Malaysia dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian berlakunya aktiviti-aktiviti penipuan. Tuan Yang di-Pertua, di antara langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan keselamatan penggunaan perbankan elektronik adalah seperti berikut: (i) Bank Negara Malaysia telah pun mengeluarkan garis panduan yang menggariskan langkah-langkah kawalan sistem keselamatan yang perlu dipatuhi oleh semua institusi yang menyediakan perbankan internet dan ATM; (ii) Bank Negara Malaysia juga telah mengarahkan pelaksanaan penentusahan dua faktor ataupun two factor authentication dengan izin bagi transaksi perbankan internet yang berisiko tinggi; (iii) penentusahan faktor pertama iaitu nama pengguna dan pin nombor akan dilengkapi dengan penentusahan faktor kedua melalui penggunaan alat penentusahan tambahan seperti kod kebenaran transaksi yang diperoleh melalui SMS, sijil digital, kad pintar ataupun token USB ataupun Universal Serial Bus Number; (iv) Bank Negara Malaysia juga sentiasa memantau aktiviti perbankan elektronik menerusi pemeriksaan berkala untuk memastikan institusi perbankan mematuhi garis panduan yang ditetapkan; (v) institusi perbankan juga perlu memastikan infrastruktur sistemnya adalah dilengkapi dengan kawalan keselamatan bagi mengesan dan melaporkan sebarang transaksi perbankan yang mencurigakan dan institusi perbankan dikehendaki melaporkan sebarang kejadian penipuan dengan segera kepada Bank Negara Malaysia; dan akhir sekali; dan

Dato’ Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Alor Star

(vi) institusi perbankan juga turut menjalankan program pendidikan dan kesedaran pelanggan secara berterusan bagi mendidik pengguna tentang keselamatan dan langkah-langkah berjaga- jaga terhadap penipuan perbankan elektronik seperti mengeluarkan kenyataan amaran yang dipaparkan di laman web institusi perbankan terminal ATM serta saluran komunikasi media.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya Yang Berhormat Bukit Bintang. Pendekkan soalan, saya mohonkan Yang Berhormat Timbalan Menteri pendekkan jawapan. Yang tidak disoal, jangan dijawab.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimanakah mekanisme yang digunakan untuk menjejaki penjenayah internet banking sama ada di dalam ataupun di luar?

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Memandangkan kesukaran dan lambatnya kes-kes aduan diselesaikan, apa jaminan kerajaan bahawa internet banking masih selamat. Adakah kerajaan akan memperkukuhkan lagi peruntukan undang-undang cyber dan perbankan kita untuk membanteras jenayah internet banking dari berleluasa? Terima kasih.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat dari Bukit Bintang. Kalau kita melihat daripada keseluruhannya angka-angka yang saya bagi tadi iaitu jumlah kerugian yang dialami oleh pelanggan institusi kewangan hanya dalam lingkungan RM1 juta. Akan tetapi, ini tidak bermaksud bahawa kerajaan tidak akan mengadakan lebih banyak lagi langkah-langkah untuk memperkukuhkan supaya penipu-penipu dalam internet banking ini akan terus berleluasa. Sebagai satu maklumat tambahan kepada Dewan yang mulia ini, transaksi perbankan internet, jumlah transaksi adalah RM50.3 juta di negara ini pada tempoh Januari hingga Jun 2009. Ianya melibatkan RM348.5 bilion tetapi kerugian yang dialami hanya dalam lingkungan RM1 juta sahaja. Kerajaan sentiasa juga melalui berbagai-bagai cara untuk mendidik supaya pengguna internet banking sentiasa berwas-was dan jangan kita dengan sewenang- wenangnya memberitahu kepada pihak-pihak pin number kita dan ciri-ciri keselamatan yang diberikan untuk pengetahuan pelanggan sahaja. Kita juga mempunyai undang-undang yang mencukupi untuk mendakwa penipu-penipu yang telah pun ditangkap oleh Polis Diraja Malaysia. Khususnya kita mempunyai satu undang-undang iaitu Akta Jenayah Komputer 1997. Di sini Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air boleh menggunakan akta ini untuk mendakwa pesalah-pesalah ataupun penipu-penipu yang ditangkap oleh Polis Diraja Malaysia. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum itu saya ingin mengalu-alukan pemimpin-pemimpin masyarakat daripada kawasan saya, Parlimen Kuala Krau, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri. Mengenai jenayah internet banking, ini juga dilakukan melalui pesanan ringkas melalui handphone kita. Sekarang ini rata-rata kawan-kawan kita menerima pesanan ringkas. Saya baca, “Nombor sim card anda telah terpilih untuk memenangi wang RM20,000 daripada Power Root Sdn. Bhd. Sila dail 017-896 9738. Terima kasih.” Ini juga melalui salah satu cara jenayah internet banking. Kita telah hubungi Power Root, Power Root kata tidak ada pesanan begini. Apabila kita hubungi nombor yang ini, dia kata sila berikan nombor akaun anda. Power Root beritahu saya sudah lebih daripada 10 aduan begini dan telah membuat laporan polis tetapi tidak ada tindakan, tidak ada tangkapan. Saya ingin tahu apakah langkah-langkah drastik kementerian ini bekerjasama dengan pihak Keselamatan Dalam Negeri untuk membanteras jenayah begini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Memanglah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat adalah salah satu jenis modus operandi yang sentiasa diguna oleh penipu-penipu melalui internet banking.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Satu lagi cara modus operandi ialah melalui phishing. Phishing ini maksudnya sentiasa mereka telefon kita, minta pelanggan-pelanggan institusi, bank-bank untuk memberikan nombor kredit kad dan termasuk juga dia punya nombor pin. Mereka ini akan melalui cara palsulah mengatakan mereka adalah dari Bank Negara. Mereka hendak tahu tentang maklumat peribadi kita, pelanggan bank. Ini harus diguna untuk dikawal oleh Bank Negara. Melalui juga laman web yang palsu supaya dia ini seolah-olah memberi gambaran bahawa mereka ini adalah pegawai dari Bank Negara. Akan tetapi sebenarnya mereka ini bukan, mereka ini adalah penipu. Kalau kita tidak berwas-was, tidak berhati-hati, kita akan ditipu. Kerajaan melalui Bank Negara sentiasa macam I kata tadi, melalui berbagai cara untuk mempertingkatkan lagi kesedaran di kalangan pengguna kredit kad. Supaya jangan kita senang-senang, sewenang-wenangnya bagi orang tahu, ini adalah maklumat peribadi. Kerajaan juga sentiasa berpakat dengan Polis Diraja Malaysia dari segi membuat penyiasatan bila adanya kes-kes seumpama ini ianya akan dirujuk kepada pihak polis. Pihak polis akan mengambil tindakan dengan secepat mungkin untuk menyiasat. Walaupun kita tahu bukan mudah bagi polis hendak dapat menangkap penipu-penipu melalui internet banking ini bukan senang. Sebab tiada maklumat yang mencukupi, tidak ada alamat yang boleh kita kesan cari sampai dapat. Sekian, terima kasih.

Khairy Jamaluddin bin Abu BakarUMNO · BNRembau · question

3. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan pendirian dan ketetapan kerajaan bagi Persidangan Perubahan Cuaca Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Copenhagen, Denmark yang dijadualkan berlangsung dari 7 hingga 18 Disember 2009.

Datuk Douglas Uggah EmbasPBB · BNMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Betong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor 15 daripada Yang Berhormat Kapit hari ini kerana kedua-dua soalan ini adalah berkaitan dengan isu yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pendirian Malaysia di Persidangan Negara-negara Peserta ke-15 Konvensyen Rangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Copenhagen nanti adalah seperti berikut:- (i) Protokol Kyoto perlu disambung selepas tamat tempoh komitmennya pada tahun 2012. Ini adalah penting kerana segala rangka pelaksanaan bagi pengurangan gas-gas rumah kaca terkandung dalam protokol tersebut; (ii) kita akan terus berpegang kepada prinsip common by the appreciated responsibility and respective capability, dengan izin. Ini bermakna setiap negara perlu memainkan peranan di dalam menangani isu perubahan iklim mengikut keupayaan dan kemampuan masing-masing; (iii) Malaysia akan menyeru negara-negara maju untuk menunaikan komitmen mereka untuk melaksanakan pengurangan gas rumah kaca yang lebih besar, deeper cut dengan izin iaitu sehingga lebih dari 49 peratus daripada tahun 1990 bagi tempoh komitmen kedua iaitu dari tahun 2013 sehingga tahun 2020 dalam Protokol Kyoto ini. Dalam hal ini Malaysia tidak akan bersetuju sama sekali dengan sebarang percubaan untuk mengenakan sasaran terhadap negara-negara membangun untuk mengurangkan gas-gas rumah hijau yang perlu ditunaikan ataupun legally binding target, dengan izin;

(iv) Malaysia juga akan menyeru negara-negara maju supaya menyediakan bantuan kewangan dan memindahkan teknologi hijau kepada negara-negara membangun tanpa sebarang syarat berdasarkan komitmen negara-negara maju di bawah UNFCCC selari dengan Pelan Tindakan Bali dari tahun 2007; dan (v) Malaysia juga akan memaklumkan persidangan tersebut dengan langkah-langkah mitigasi dan diadaptasi yang diambil oleh Malaysia secara sukarela bagi menangani isu ini di peringkat domestik. Mengenai dasar kerajaan bagi menangani isu ini, saya suka mengumumkan bahawa Kabinet dalam mesyuarat pada 20 November 2009 telah pun meluluskan Dasar Perubahan Iklim Negara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menghadiri Mesyuarat Tertinggi Ketua-ketua Negara pada 17-18 Disember 2009 di Copenhagen bersempena dengan Persidangan Perubahan Iklim ini. Kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah bukti komitmen Malaysia menangani isu ini. Sehingga kini seramai 110 ketua negara telah pun mengesahkan kehadiran mereka di persidangan tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Menteri. Umum ketahui bahawa masalah perubahan cuaca ini sudah menjadi masalah besar. Tahun ini sahaja sewaktu saya berada di tanah suci berlaku satu banjir besar di Jeddah, tidak pernah berlaku di negara pasang pasir. Jadi masalah yang agak kritikal dan umum ketahui juga bahawa antara masalah yang dihadapi di COP15, persidangan di Copenhagen adalah bagaimana kita dapat perjanjian yang datangnya satu komitmen daripada negara-negara maju untuk menyekat pengeluaran gas rumah hijau mereka. Jadi soalan saya kepada Menteri, adakah kita mencapai consensus di kalangan negara-negara membangun seperti mana di perundingan ekonomi ada G77 di mana kita bertindak sebagai satu badan lobby group untuk memastikan bahawa bukan hanya Malaysia satu negara yang kecil menyarankan kepada negara-negara yang maju supaya mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau tetapi negara-negara membangun secara satu blok telah memberi satu kata dua ataupun satu kedudukan dan pendirian yang tegas supaya ada perjanjian yang mendapatkan komitmen daripada negara-negara maju untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau mereka lebih daripada 49 peratus seperti mana yang disebutkan oleh Menteri tadi. Itu yang pertama. Kedua, soal pembiayaan kewangan daripada negara-negara maju yang disebutkan oleh Menteri. Adakah Malaysia juga memerlukan bantuan dan pembiayaan tersebut untuk langkah-langkah adaptasi kepada low-carbon economy? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Kalau kita mengikuti perjalanan persidangan di Copenhagen baru-baru ini, nampaknya semua negara di seluruh dunia telah pun sedar bahawa isu climax change ini adalah isu yang besar telah pun mengakibatkan berbagai-bagai kejadian seperti yang dialami oleh kita di sini. Maka apabila semua negara pergi ke Copenhagen, mereka mempunyai satu harapan bahawa ada satu perjanjian yang muktamad akan dicapai di Copenhagen supaya isu-isu ini dapat terus ditandingi oleh seluruh negara. Maka ke arah ini Malaysia adalah bersama-sama dengan blok G77. Pendirian kita adalah satu kerana kita berharap dengan kita sama-sama menggunakan blok ini, pengaruh kita dalam perbincangan ini akan lebih berkesan. Kalau kita berdiri sendiri sebagai satu negara yang kecil mungkin pengaruh kita tidak begitu berkesan sekali tetapi kita telah pun bersama-sama dengan G77 bahawa kita akan menyarankan bahawa negara-negara maju haruslah ataupun mestilah membuat satu komitmen di Copenhagen bahawa mereka akan mengurangkan emissions CO2 tidak kurang dari 49 peratus pada tahun 2020 dan kepada 80 peratus pada tahun 2050. Ini adalah penting kerana kalau ini tidak tercapai ianya akan membawa akibat yang lebih dahsyat kepada seluruh dunia.

Mengenai financing ini, memang satu isu yang telah pun dipersetujui daripada Bali Roadmap adalah bahawa negara-negara maju menyediakan bantuan kewangan kepada negara-negara membangun supaya untuk membolehkan negara-negara membangun meneruskan usaha-usaha untuk menandingi masalah ini dan bukan hanya kita memerlukan bantuan kewangan kita juga memerlukan teknologi-teknologi yang baru, yang low carbon yang dapat membantu kita untuk menukar cara amalan kita di industri-industri kita di negara kita ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak ucapkan selamat kembali kepada rakan kita Yang Berhormat Rembau, semoga mendapat haji mabrur, insya-Allah. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, persidangan di Copenhagen baru berlangsung semalam berakhir 18 Disember. Yang Berhormat Menteri semalam 8 Disember, Pengerusi G77, Lumumba Stanislaus-Kaw Di-Aping membuat kenyataan ekoran daripada kebocoran dalam media Denmark dan kebanyakan media utama di Eropah mengenai draf resolusi yang sekarang sedang disusun. Persidangan belum habis lagi, resolusi sedang dirangka dan peranan Denmark dikatakan sangat ketara bagi meluluskan dan merangka resolusi yang memberikan keuntungan yang berlebihan terhadap negara maju terutama dalam disiplin pelepasan gas emissions CO2 yang disebut tadi, 80 peratus menjelang tahun 2050. Dalam teks resolusi ini tempoh itu hendak dipanjangkan dan percentage itu hendak dikurangkan lagi. Jadi G77 membuat tindakan yang cukup proaktif. Wakil Malaysia tentu sahaja akan mengambil bahagian sebab itu pendirian Malaysia akan diperhatikan agar tidak berulang seperti insiden di Vietnam minggu lepas, Agensi Atom Antarabangsa luluskan resolusi mengutuk Iran dalam soal nuklear. 21 negara menyokong, enam abstained, tiga menentang dan Malaysia termasuk yang menentang, Venezuela dan Cuba. Wakil kita dipanggil balik. Dari sudut etika diplomasi, ini sangat memalukan negara. Apa jaminan di pihak Yang Berhormat Menteri agar insiden yang sama tidak berulang? Pendirian Malaysia juga harus diberikan ruang untuk mempengaruhi dari sudut ketetapan resolusi agar peranan negara-negara besar ini tidak semacam menjadikan bahawa persidangan itu sekadar satu event biasa. Resolusi itu jelas lop-sided, berpihak kepada mereka. Peranan Malaysia bagaimana? Terima kasih.

Yang Berhormat, tahniah Yang Berhormat kerana telah pun meneliti perjalanan persidangan di Copenhagen dengan begitu dekat sekali. Memang satu isu yang mengejutkan para peserta dalam Copenhagen adalah apabila terkeluar satu kebocoran teks kononnya teks yang disediakan oleh Denmark. Kita pun tidak pasti sama ada itu adalah teks sahih atau tidak tetapi ada kebocoran dalam teks itu. Apa yang membimbangkan kita bersama-sama dengan G77 adalah dalam teks itu ada disebutkan bahawa negara-negara maju juga akan dikenakan mandatory emission target. Ini adalah satu perkara yang bertentangan dengan apa yang dipersetujui dalam Kyoto Protocol dan Bali Roadmap. Kedua, dalam teks itu juga mencadangkan bahawa peranan UN mungkin akan dikurangkan. Ia akan dicadangkan dipindahkan kepada WTO. Ini juga kita tidak bersetuju. Jadi bagi Malaysia kita akan membuat pendirian yang sama dengan G77 bahawa: (i) negara maju haruslah melaksanakan Bali Roadmap 2007; dan (ii) bahawa tidak ada mandatory requirement untuk negara maju untuk membuat emission target. Kita juga memikirkan bahawa UN adalah satu badan yang sesuai untuk mengkoordinasi perkara ini dan saya akan memberi jaminan di sini negara Malaysia sentiasa berhubung dengan rakan-rakan kita dalam G77. G77 ini walau namanya G77 tetapi ada 134 negara ahli G77. Kita akan bersama-sama mereka untuk menentukan kepentingan negara Malaysia dan kepentingan negara membangun akan sentiasa dijaga. Terima kasih.

Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena · question

4. Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah mekanisme dan syarat-syarat untuk syarikat asing memiliki saham dalam syarikat tempatan yang berkepentingan negara.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Alor Star

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya menjawab soalan ini bagi pihak Jabatan Perdana Menteri. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, syarikat tempatan yang berkepentingan negara adalah syarikat yang terlibat dengan aktiviti yang melibatkan keselamatan, kepentingan awam dan dana awam. Melalui ucaptama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam persidangan Invest Malaysia pada 30 Jun 2009, beliau telah pun mengumumkan langkah meliberalisasi garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing ataupun Foreign Investment Committee (FIC) dengan izin, untuk membolehkan Malaysia terus kompetitif dan untuk mewujudkan pasaran modal yang lebih berdaya saing khususnya dalam konteks pertumbuhan dengan pengagihan.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Alor Star

Sehubungan dengan pengumuman tersebut, Foreign Investments Committee telah pun dibubarkan dan transaksi perolehan saham syarikat tempatan tidak lagi memerlukan kelulusan Economic Planning Unit dari Jabatan Perdana Menteri. Oleh yang demikian, pemilikan saham dalam syarikat tempatan yang berkepentingan negara oleh kepentingan asing adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pengawal selia sektor di bawah kementerian ataupun agensi kerajaan bagi sektor-sektor yang berkaitan. Sekian, terima kasih.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin dapat satu penjelasan walaupun tadi disebut berkaitan dengan terpulang kepada sektor kementerian yang terlibat dalam sektor masing-masing. Akan tetapi apa yang berlaku sebelum ini, walaupun pada waktu itu masih belum diumumkan liberalisasi ekonomi ini. Akan tetapi saya tidak nampak satu mekanisme yang cukup jelas untuk menjamin keselamatan, kepentingan negara, umpamanya dalam contoh Pantai Holding yang mempunyai pemilikan konsesi penswastaan kesihatan dalam negara kita. BERNAS yang terlibat dalam sektor padi dan beras iaitu sektor pemakanan. Ini dua sektor yang sangat strategik untuk negara kita. Akan tetapi akhirnya kita lihat bahawa timbul kelam kabut, terlepas kepada kepentingan asing, umpamanya Pantai Holding kepada syarikat kepentingan GLC dari Singapura. BERNAS kepada Hong Kong baru-baru ini. Jadi, apa sebenarnya jaminan keselamatan bahawa benda-benda ini tidak akan berulang supaya memastikan kepentingan negara kita ini tidak terjejas sebab saya lihat bahawa kadang-kadang umpamanya dalam konteks telekomunikasi. Saya difahamkan bahawa syarikat asing itu seolah-olah boleh memiliki kepentingan dalam syarikat tempatan ini sampai 30 peratus lebih. Umpamanya, macam DIGI Com dari Norway. Norway Telekomunikasi ini memiliki sampai 30 peratus lebih. Jadi kita bimbang selepas itu mereka akan dapat memiliki pasaran terbuka ini dengan lebih besar. Jadi apa jaminan?

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Untuk makluman Yang Berhormat, semua industri yang dianggap sebagai berkepentingan negara ataupun strategik ini memang harus mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk menjalankan perniagaan khususnya pemakanan seperti BERNAS, DIGI Com ataupun Pantai Holding. Semua ini melibatkan pelesenan permit yang diberikan oleh kerajaan pada setiap tahun dan di bawah pelesenan ataupun permit-permit yang dikeluarkan oleh kerajaan, memang terdapat satu senarai syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh syarikat- syarikat walaupun syarikat ini disenaraikan di Bursa Malaysia. Kerajaan juga hanya membenarkan jumlah saham tidak melebihi sekian peratusan khususnya 30 peratus supaya dapat dimiliki oleh sesiapa pun tidak kira sama ada orang tempatan, rakyat ataupun orang asing. Kalau ada sesiapa yang memiliki saham melebihi peratusan yang ditetapkan, maka mereka ini harus mengikut undang-undang syarikat, kena memberikan general offer umpamanya.

Dato' Chor Chee HeungMCA · BNAlor Star

Kita ambil satu contoh. Tadi Yang Berhormat sebut tentang BERNAS. Memang BERNAS disenaraikan di Bursa Malaysia dan sesiapa yang minat, boleh membeli saham secara terbuka di Bursa Malaysia dan memang benar ada satu kumpulan dari Hong Kong telah pun membeli sebanyak 30 peratus saham di BERNAS tetapi ini tidak sampai satu tahap yang membimbangkan kita sebab 30 peratus sahaja. Kalau melebih 33 peratus, maka pembeli itu harus membuka kepada siapa hendak jual pada dia semua dan kerajaan mempunyai syarat-syarat, macam saya kata dekat lesen yang diberikan oleh kerajaan, permit di mana orang asing tidak boleh duduk sebagai ahli pengarah di setengah syarikat-syarikat yang dianggap sebagai strategik dan lain-lain agensi kerajaan sentiasa memantau perkembangan ini. Walaupun demikian, saya hendak beritahu Yang Berhormat bahawa pihak EPU Jabatan Perdana Menteri sedang dalam peringkat terakhir untuk menggariskan kriteria-kriteria penentuan dan juga senarai-senarai sektor berkepentingan negara ataupun strategik dan melalui cara inilah mungkin kita boleh memperkukuhkan lagi pemantauan terhadap pemilikan saham di Bursa. Sekian.

Abu Bakar bin TaibUMNO · BNLangkawi · question

5. Dato' Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi] minta Menteri Kesihatan menyatakan: (a) sejak dilancarkan, berapa kali penggunaan ‘Sea Ambulance’ (b) membawa pesakit dari Langkawi ke Tanah Besar; dan (c) berapa lama masa yang diambil bagi satu-satu perjalanan danmengapakah kebelakangan ini pesakit terpaksa dibawa dengan feri, sistem yang lama juga.

Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Papar

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi. Tuan Yang di-Pertua, sejak dilancarkan pada 7 Mei 2009, sea ambulance ataupun ambulans laut telah membuat tiga perjalanan membawa pesakit ke tanah besar. Tempoh masa yang diambil untuk ke Kuala Kedah adalah selama satu jam setengah sementara untuk ke Kuala Perlis, tempoh masa adalah selama sejam. Tuan Yang di-Pertua, selain berfungsi sebagai ambulans laut, sea ambulance tersebut juga digunakan oleh Jabatan Laut untuk perkhidmatan seperti membantu di dalam disaster management dengan izin. Walau bagaimanapun pada 16 Mei 2009, sea ambulance ataupun ambulans laut Jabatan Laut Langkawi tersebut tidak dapat digunakan kerana mengalami kerosakan dan terpaksa melalui proses baik pulih. Sementara itu, pihak Hospital Langkawi tidak mempunyai pilihan selain menggunakan perkhidmatan feri yang beroperasi di Langkawi sebagai perkhidmatan alternatif ataupun tambahan untuk merujuk pesakit-pesakit ke tanah besar. Walau bagaimanapun Tuan Pengerusi, untuk pengetahuan Yang Berhormat Langkawi, sea ambulance ataupun ambulans laut tersebut telah pun diperbaiki dan mula beroperasi sejak awal Disember 2009 ini. Apa yang menjadi harapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan saya pasti yang menjadi harapan Yang Berhormat serta rakyat di kawasan Parlimen Langkawi bahawasanya ambulans laut tersebut dapat diselenggarakan dengan baik oleh Jabatan Laut Langkawi agar perkhidmatan penghantaran pesakit tidak lagi terjejas dan menyulitkan urusan merujuk kes ke tanah besar seperti yang berlaku sebelum ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ucap terima kasih kepada Kementerian Kesihatan dan juga Kerajaan Malaysia yang telah membekalkan sebuah ambulans laut bagi mengangkut pesakit-pesakit di Langkawi. Akan tetapi rasa kecewa sedikit kerana bot ini dibeli dengan harga yang agak mahal, RM8 juta lebih. Jadi, dengan perbelanjaan yang begitu besar dan gunakan untuk berapa minggu sudah tidak boleh guna.

Jadi saya rasa kecewa kerana di Langkawi, ada yang pernah mengatakan kepada saya, “Datuk, betulkah ini yang sea ambulance ini digunakan untuk membawa pesakit. Difahamkan Datuk, sea ambulance ini digunakan oleh staf ataupun pegawai-pegawai tertinggi kementerian ataupun kementerian lain yang datang ke Langkawi untuk melancong”. Inilah yang dikatakan oleh mereka. Itu persepsi mereka. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya kira sebelum dibeli hendaklah kita kaji betul-betul sama ada perlu ataupun tidak. Sekali lagi saya mintak kalau bolehlah, sewa sahajalah bot penumpang, on standby charter, bawa pesakit-pesakit tanpa ada passenger yang lain. Semua charter kerana kalau sewa Tuan Yang di-Pertua, hanya kos dia RM30 one way atau both ways, RM30 sahaja padahal kita belanja RM9-8 juta untuk ambulans laut ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat, sudah panjang sangat sudah Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Langkawi di atas soalan tambahan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, memang benar kita bersetuju kos yang terlibat di dalam pembelian sea ambulance ini begitu besar. Namun, untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebenarnya sea ambulance ini diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Laut Langkawi. Sekiranya benar apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat penggunaan sea ambulance ini telah disalahgunakan, saya berjanji dengan Yang Berhormat kita akan menyiasat perkara ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, menyedari mengenai kesulitan yang dialami oleh Hospital Langkawi, pihak kementerian telah meneliti beberapa opsyen. Antara opsyen itu adalah dengan mengadakan perkhidmatan ambulans laut yang khas untuk membawa pesakit. Ini kerana untuk pengetahuan Yang Berhormat, sejak sea ambulance tersebut rosak, kita terpaksa menggunakan laluan terminal feri biasa bagi mengangkut pesakit-pesakit kita. Ini telah menimbulkan pelbagai kesulitan kepada pesakit. Terdapat cadangan untuk mengadakan perkhidmatan ambulans laut yang khas hanya untuk membawa pesakit-pesakit ini. Diharapkan dengan pengangkutan khas ini, penjagaan pesakit akan lebih baik dan perjalanan untuk pesakit-pesakit ini akan lebih selesa. Dalam erti kata lain Yang Berhormat, kita hendak mengadakan perkhidmatan yang dibekalkan oleh pihak ketiga supaya kos-kos penyelenggaraan, sama ada untuk bot dan juga kakitangan diselenggarakan sepenuhnya oleh pihak ketiga. Dalam erti kata yang lain juga Yang Berhormat, kita ingin mengadakan satu perkhidmatan outsourcers sekiranya ini merupakan satu opsyen yang baik pada ketika ini. Selain daripada itu Yang Berhormat, kita juga bercadang untuk menempatkan pakar-pakar residen ataupun specialist di Hospital Langkawi. Tujuannya adalah untuk mengurangkan rujukan kes daripada Hospital Langkawi ke hospital-hospital yang ada di tanah besar seperti Hospital Alor Setar dan juga Hospital Pulau Pinang. Pada masa ini Yang Berhormat, untuk pengetahuan Yang Berhormat hanya terdapat empat orang pakar residen yang ada di Hospital Langkawi. Akan tetapi, saya memberi jaminan Yang Berhormat, apa sahaja keputusan yang diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan ia sudah tentu memberi penekanan kepada keutamaan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di kawasan Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Hulu Langat, ada lagikah persoalan? Saya ingat ini very specific soalan.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Berkait dengan ambulans Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, saya difahamkan perkhidmatan pra hospital termasuk khidmat ambulans ini akan diswastakan Jun ini. Jadi, sejauh mana proses ini berjalan dan berapa kosnya dan apakah implikasi kepada rakyat nanti? Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Langat. Cuma saya hendak pastikan sama ada Yang Berhormat merujuk kepada kes Langkawikah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Umum, sebelum ini sudah cakap.

Secara umum, kita tidak mempunyai perancangan yang holistik mengenai perkhidmatan ambulans, Yang Berhormat. Namun, saya tidak menolak bahawa terdapat cadangan untuk menswastakan perkhidmatan ambulans. Bagaimanapun, perkara ini masih di peringkat perbincangan dan sekiranya keputusan telah diambil, kita akan memaklumkan kepada Yang Berhormat. Insya- Allah, terima kasih.

Nasharudin bin Mat IsaPAS · PRBachok · question

6. Tuan Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, peruntukan undang-undang yang akan dikaji untuk mengelakkan wanita daripada didiskriminasikan.

Datin Paduka Chew Mei FunTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan rakyat, terutamanya golongan wanita. Ini kerana wanita memainkan peranan penting dalam pengukuhan institusi kekeluargaan dan pembentukan masyarakat yang sejahtera serta penyumbang kepada pembangunan negara. Dalam hal ini, rangka kerja perundangan adalah penting bagi memastikan wanita tidak didiskriminasikan. Usaha utama kerajaan dalam sistem perundangan ialah meminda Perkara 8 fasal 2 Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2001 dengan memasukkan perkataan “gender” bagi memastikan tiada sebarang bentuk diskriminasi berasaskan gender. Susulan pindaan Perkara 8, fasal 2 ini, beberapa akta lain telah dipinda iaitu Akta Pencen 1980, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Kanun Keseksaan. Pada masa ini, kerajaan sedang dalam tindakan untuk mengkaji undang-undang berikut: (i) Akta Kerja 1955 bagi memasukkan peruntukan mengenai langkah dan prosedur menangani gangguan seksual di tempat kerja; (ii) Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 bagi menangani isu-isu yang dikatakan mendiskriminasikan wanita termasuk isu poligami, pembayaran nafkah dan hak penjagaan anak; dan (iii) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bagi memperuntukkan antara lain perluasan takrifan keganasan rumah tangga yang meliputi aspek emosi, mental dan psikologi serta bagi memudahkan proses permohonan Perintah Perlindungan Sementara atau Interim Protection Order, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulannya pihak kerajaan komited untuk memastikan wanita tidak didiskriminasikan dalam semua aspek kehidupan. Walau bagaimanapun, memandangkan isu-isu berkaitan wanita merupakan isu yang merentas pelbagai sektor, kerjasama semua pihak adalah penting untuk sama-sama menggembleng tenaga dalam memelihara kepentingan dan kesejahteraan wanita, terutama dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang hak-hak wanita secara holistik. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum soalan tambahan saya, saya pertamanya ingin mengalu-alukan rombongan pimpinan Pemuda PAS Padang Terap yang ada bersama dengan kita pada pagi ini.

Tuan Yang di-Pertua, analisis statistik Indeks Jurang Gender bagi menilai ketidaksamaan gender dalam empat dimensi sepertimana yang telah dilaporkan ataupun disebut oleh mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun lepas ada menyebut dengan membuktikan bahawa ia telah berkurang iaitu daripada 0.340 pada tahun 1980 kepada 0.243 pada tahun 2006. Walau bagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengingatkan agar mana-mana pihak yang memperjuangkan gender equality ini, khasnya daripada kalangan orang Islam supaya tidak tersasar dalam perjuangan gender equality ini daripada ketentuan yang telah ditentukan oleh syariat Islam. Soalan saya adalah sepanjang tahun 2009, dan selaras dengan peruntukan undang-undang dan juga usaha untuk melakukan amendment kepada undang-undang yang telah disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi, saya ingin tahu berapakah jumlah kes diskriminasi terhadap wanita yang telah dilaporkan? Apakah jenis dan tindakan yang telah diambil terhadap pihak-pihak yang telah melakukan perkara tersebut iaitu termasuk dalam bidang profesional? Ini kerana saya difahamkan wanita tidak dibenarkan untuk menjadi pilot dalam sistem penerbangan Malaysia. Sedangkan saya lihat baru-baru ini di LIMA bagaimana diketengahkan ramai pilot wanita. Semalam dalam laporan akhbar, kita lihat pegawai-pegawai tentera daripada kalangan wanita yang sampai kepada jawatan yang amat tinggi. Jadi, saya ingin dapatkan penjelasan terhadap soalan tadi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bachok. Sebenarnya Gender Gap Index itu tidak ada kena mengena dengan apa-apa undang- undang, tetapi dengan bidang yang lain seperti peringkat membuat keputusan ataupun politik dan selain daripada itu. Untuk menjawab soalan jumlah kes diskriminasi, saya minta maaf kerana tidak ada angka dengan saya dan saya minta menjawab secara bertulis. Jenis diskriminasi itu termasuk juga sexual harassment dan juga perkataan-perkataan yang dikeluarkan semasa kita berkomunikasi. Untuk perkara tidak dibenarkan menjadi pilot ini, kita ambil maklum. Di sini saya hendak beri satu jaminan bahawa kementerian kita akan ambil perhatian dan kita akan cuba sedaya upaya untuk memastikan diskriminasi terhadap wanita ini akan dikurangkan walaupun saya rasa susah untuk kita menyifarkan diskriminasi ini pada masa setakat ini. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Parit Sulung.

Ini pun diskriminasi juga... [Ketawa]

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih. Terima kasih...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya terima tuduhan Yang Berhormat Sri Gading itu. Diskriminasi.

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Akan tetapi sebelum soalan tambahan saya, saya hendak mengalu-alukan kehadiran Puteri UMNO Bahagian Paya Besar... [Tepuk] Tahniah kepada kementerian di atas usaha-usaha yang begitu prihatin terhadap wanita di negara ini. Namun, tadi dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri ada mengatakan mengenai pindaan Akta Kerja 1955 yang akan merangkumi gangguan seksual di tempat kerja. Jadi saya hendak tanya, apakah perkembangannya dan kalau kementerian betul-betul serius dalam melindungi wanita terutamanya di tempat kerja, tidakkah mencadangkan Sexual Harassment Act itu lebih baik?

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Dan saya juga hendak tahu, apakah usaha-usaha kementerian terhadap wanita- wanita yang dijadikan courier dalam pengedaran dadah antarabangsa? Terima kasih banyak-banyak.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Parit Sulong. Walaupun Akta Kerja 1955 bukan di bawah kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, namun demikian oleh kerana pindaan ini adalah berkaitan dengan peruntukan-peruntukan berhubung dengan isu gangguan seksual, oleh itu saya juga mengambil kesempatan ini untuk memberi maklumat yang selanjutnya. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa sekarang tiada peruntukan khusus di bawah Akta Kerja 1955 yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja untuk mengarahkan majikan menyiasat aduan gangguan seksual di tempat kerja dan mengemukakan laporan kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja dalam tempoh 30 hari. Dalam hal ini, satu bahagian khas akan diwujudkan dalam akta ini sekiranya akta ini dipinda iaitu Bahagian 15(a) yang mengandungi definisi dan peruntukan bagi menangani masalah gangguan seksual di tempat kerja. Kedua, Ketua Pengarah Tenaga Kerja juga boleh mengarahkan majikan untuk menubuhkan mekanisme dalaman di tempat kerja bagi menangani gejala gangguan seksual dan peruntukan baru ini juga akan membolehkan Ketua Pengarah Tenaga Kerja menyiasat kes-kes berhubung dengan majikan sole proprietor. Peruntukan ini memberi perlindungan kepada semua pekerja tanpa mengira had upah. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini KSN telah menangguhkan pembentangan cadangan Rang Undang-undang Kerja ke Jemaah Menteri kerana KSN perlu membuat kajian semula mengenai cadangan pindaan ini berdasarkan ulasan dari kementerian kami. Ulasan kementerian kami ke atas cadangan pindaan Akta Kerja 1955 adalah seperti berikut: (i) di bawah cadangan pindaan Akta Kerja 1955 ini, Ketua Pengarah Tenaga Kerja diberi kuasa menggunakan budi bicara untuk mengarahkan mana-mana majikan untuk menyediakan sexual harassment complaint procedure dengan izin, dan procedure to enquired into such complaint. Dalam hal ini, KPWKM mencadangkan supaya penyediaan prosedur di bawah seksyen 81(a)(2) perlu ditetapkan tempoh pelaksanaan yang sesuai. Penetapan tempoh ini adalah bagi memastikan pihak majikan mengambil tindakan lebih serius berhubung isu gangguan seksual di tempat kerja; (ii) seksyen 81(c) memperuntukkan Ketua Pengarah Tenaga Kerja boleh menggunakan budi bicara untuk mengarahkan majikan membuat siasatan terhadap aduan gangguan seksual di tempat kerja. KPWKPM berpandangan bahawa bagi memastikan setiap majikan menyediakan prosedur aduan gangguan seksual dan menjadikan siasatan terhadap setiap aduan, Ketua Pengarah Tenaga Kerja hendaklah mengambil tindakan mengarahkan majikan berbuat demikian dan bukannya menggunakan budi bicara. Ia adalah sebagai satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dalam usaha menangani gangguan seksual. Sehubungan itu, KPWKPM mencadangkan supaya perkataan ‘may’ digantikan dengan perkataan ‘shall’ bagi seksyen 81(c) ini; (iii) KPWKM...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, panjang lagi Yang Berhormat?

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tuan Yang di-Pertua, ada soalan yang... Minta maaf. Ada soalan yang paling penting itu yang mengenai...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ini soalan undang-undang hendak baca semua panjang sangat, Yang Berhormat.

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Itu boleh beri secara bertulis.

Okey, saya akan..., okey, tidak mengapa.

Dato' Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang international wanita sebagai international courier dalam pengedaran dadah ini, apakah langkah-langkah ataupun usaha- usaha yang dibuat oleh kementerian untuk membantu mereka?

Ini adalah - Saya akan, biar saya lanjutkan mengenai Akta Gangguan Seksual itu. Mengenai Akta Gangguan Seksual itu tidak perlu digubal pada masa ini kerana kes gangguan seksual boleh ditangani dengan menggunakan peruntukan dalam kanun keseksaan dan masalah setakat ini bukannya masalah dengan undang-undang tetapi masalah dengan isu-isu kesedaran pihak berkuasa atau sikap berkuasa atau kesedaran mangsa dan juga sensitiviti terhadap isu gangguan seksual. Mengenai soalan mengenai dijadikan courier dadah itu, kita akan bekerjasama dengan pihak yang berkenaan dan kita akan beri bantuan sejauh mana yang kita dapat. Terima kasih. [Soalan No. 7 – Y.B. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah (Lenggong) tidak hadir]

Rashid bin DinPKR · PRMerbok · question

8. Dato' Rashid Din [Merbok] minta Menteri Pelajaran menyatakan, adakah satu peraturan diwartakan yang membolehkan guru-guru sekolah memberi kelas tuisyen. Bukankah ia lebih baik jika guru ini menggunakan kemudahan sekolah di mana mereka bertugas dan diberi ganjaran sewajarnya, supaya kos kelas tambahan itu boleh dikawal dan dapat dinikmati oleh pelajar yang kurang berkemampuan.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran ll · Batu Pahat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pelajaran memang telah mengeluarkan pekeliling bagi penglibatan pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran dalam pekerjaan luar seperti Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 1/2006. Garis panduan keputusan melakukan pekerjaan luar sekolah sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan, tujuan pekeliling ini untuk mengingatkan kepada pegawai dan kakitangan KPM tentang garis panduan dan peraturan tertentu jika melibatkan diri dengan aktiviti tersebut. Kelas tuisyen di luar sekolah ini diadakan secara berbayar dan selalunya diikuti oleh murid-murid dalam kalangan keluarga yang berkemampuan. Namun, terdapat juga program-program pendidikan yang memberi tumpuan khusus kepada murid miskin yang tidak berkemampuan agar mereka mendapat tambahan pendidikan seperti Skim Baucar Tuisyen (SBT) dan juga Skim Tuisyen FELDA yang diadakan dalam kawasan sekolah dengan menggunakan kemudahan sekolah. Bagi SBT (Skim Baucar Tuisyen), sejak pelaksanaannya pada tahun 2004, SBT telah memberikan manfaat kepada murid-murid tahap dua sekolah rendah di negara ini. Kajian Kementerian Pelajaran pada tahun 2005 mendapati secara keseluruhannya, intervensi program SBT memberi kesan positif terhadap pencapaian akademik murid bagi semua mata pelajaran yang ditawarkan dalam pakej ini. Kesan intervensi program SBT berbeza mengikut mata pelajaran, lokasi, jenis sekolah, kaum dan negeri. Terima kasih.

Dato' Rashid DinPKR · PRMerbok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang panjang lebar. Soalan tambahan saya pendek sahaja. Apakah prosedur-prosedur atau kaedah-kaedah yang dikenakan oleh kementerian ke atas pusat-pusat tuisyen swasta bagi memastikan pusat-pusat tuisyen ini mengikut dasar pendidikan mainstream dan juga memastikan apa-apa yang diajar di pusat- pusat tuisyen ini tidak bercanggah dengan agenda pendidikan negara dan lebih baik daripada yang mereka dapat di sekolah.

Dato' Rashid DinPKR · PRMerbok

Adakah satu perancangan ataupun pemantauan berkala yang dilakukan oleh kementerian untuk memastikan pusat-pusat tuisyen ini mengikut kaedah yang ditetapkan oleh kementerian. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Mengenai dengan pusat-pusat tuisyen swasta ini, kita bertindak berdasarkan kepada laporan ataupun kompelin daripada ibu bapa atau pelajar itu sendiri. Kita tidak melakukan tindakan berkala, tetapi apa yang berlaku ialah kelas tuisyen swasta ini juga sebenarnya melibatkan banyak agensi yang lain dari segi tindakan. Walau bagaimanapun, seperti yang saya sebutkan tadi bahawa jika sekiranya ada kompelin daripada pihak tertentu khususnya ibu bapa kita akan membuat siasatan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertamanya saya hendak mengucapkan selamat kembali kepada bakal haji kita termasuk menteri haji dan saya juga hendak ucapkan selamat datang pemimpin Kuala Krau dan juga Puteri UMNO Paya Besar sejiran dengan saya, sahabat baik saya. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, guru-guru yang menjalankan tuisyen ini cukup ramai termasuklah swasta dan sebagainya. Berapakah dalam rekod kementerian jumlah tuisyen yang telah dijalankan oleh guru-guru dan saya juga mendapat makluman sebab isteri saya juga seorang guru dan di kawasan luar bandar dapat juga maklumat adanya sebahagian guru-guru, saya mengucapkan terima kasih guru-guru yang adakan tuisyen ini. Terima kasih kerana usaha mereka baik termasuk di sekolah dan juga di luar-luar bandar, tetapi ada sebahagian daripada mereka dimaklumkan mengutamakan kelas tuisyen kerana mereka dapat duit daripada situ daripada kelas harian yang mereka lakukan. Ini menjadi rungutan ibu bapa. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah- langkah yang dibuat? Kita tidak mahu sebab kita harapkan guru mendidik anak menjadi orang yang baik. Jadi kalau mereka mementingkan keutamaan kepada pendapatan mereka, maka sudah tentulah matlamat kita menjadikan mereka guru tidak akan tercapai. Apakah langkah kementerian dalam menangani isu ini supaya harapan kita kepada kementerian dan guru-guru akan menjadi kenyataan? Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad ZarkashiUMNO · BNBatu Pahat

Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya dari segi data tadi saya setakat ini tidak ada data yang lengkap mengenai jumlahnya, tetapi ada dua perkara yang berbeza iaitu guru tuisyen yang memberi tuisyen berasaskan kepada program SBT tadi dan mungkin Yang Berhormat maksudkan ialah guru tuisyen yang membuat kelas-kelas tuisyen secara berbayar. Pekeliling kita sudah cukup jelas, sebab itu kita tahu ada guru-guru cemerlang matematik sebagai contohnya dia mengadakan kelas tuisyen dan kita dapati memang dia menjadi tumpuan, bahkan ada pelajar yang dari tempat jauh pun datang ke tempat guru tuisyen tersebut sebab dia mendapat gelaran guru cemerlang. Jadi sudah tentulah ibu bapa lebih yakin kepada guru tuisyen tersebut dan ini sebenarnya dari segi jumlahnya pun agak sukar untuk kita memantau. Cuma untuk makluman Yang Berhormat, ada juga kelas-kelas tuisyen yang dibuat melalui program SBT ini yang tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Maksudnya berlakulah sedikit pembaziran, iaitu ada pelajar-pelajar dia tidak berminat juga datang tuisyen walaupun kita beri dia baucar tuisyen, tetapi dia tidak datang. Yang ini memang kita akan berhentikan. Terima kasih.

Matulidi bin JusohUMNO · BNDungun · question

9. Tuan Matulidi bin Jusoh [Dungun] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, sejauh mana kejayaan Program Latihan dan Penempatan (3P) bagi pekerja yang diberhentikan, graduan dan remaja penganggur yang dianjurkan oleh kementerian serta nyatakan peluang pekerjaan yang dapat diwujudkan setelah menamatkan program tersebut.

Dato' Maznah MazlanTimbalan Menteri Sumber Manusia

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, selamat pagi. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Dungun di atas soalan tersebut. Kementerian Sumber Manusia bertanggungjawab untuk membantu pekerja yang diberhentikan kerja, graduan dan belia menganggur untuk mendapat pekerjaan. Bagi pekerja yang diberhentikan kerja yang gagal mendapat pekerjaan baru, graduan dan belia menganggur akan diberi latihan kemahiran baru ataupun latihan tambahan bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan. Untuk tujuan tersebut, kementerian telah diberi peruntukan untuk melaksanakan Program Latihan dan Penempatan atau lebih dikenali sebagai, dengan izin, Train and Place di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi satu dan dua dan melalui program ini pekerja- pekerja yang diberhentikan, graduan dan belia yang menganggur akan diberi latihan kemahiran oleh 305 penyelia latihan, dengan izin, training providers yang dilantik dan sehingga ini terdapat 82 jenis program latihan dalam 15 sektor yang sedang dijalankan. Kementerian Sumber Manusia telah menyediakan tempat latihan sebanyak 51,058 dengan perbelanjaan sebanyak RM349,998,700. Sehingga 1 Disember 2009 seramai 18,069 telah menamatkan latihan dan 5,693 telah mendapat pekerjaan dan lain-lain dalam proses penempatan dan jumlah pelatih yang mendapat pekerjaan akan bertambah apabila program ini berakhir pada 31 Januari 2010. Terima kasih.

Tuan Matulidi bin JusohUMNO · BNDungun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator Timbalan Menteri. Program Latihan dan Penempatan (3P) yang dilancarkan oleh Kementerian Sumber Manusia jelas untuk mengurangkan kadar pengangguran negara yang melibatkan pekerja yang diberhentikan, graduan dan mereka yang ingin meningkatkan taraf hidup dan juga remaja belia yang menganggur bagi mengisi 24,937 peluang pekerjaan di 80 sektor pekerjaan. Mereka yang menyertai program ini akan diberikan elaun RM500 kepada graduan dan RM500 hingga RM800 kepada mereka yang diberhentikan mengikut saiz program masing-masing dan dijanjikan juga peluang pekerjaan. Walau bagaimanapun, skim yang baik dan murni ini tidak mendapat galakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terus kepada soalan Yang Berhormat.

Tuan Matulidi bin JusohUMNO · BNDungun

Soalan tambahan saya, kenapakah program yang baik yang dilancarkan oleh Kementerian Sumber Manusia ini kurang mendapat galakan daripada kategori yang disebutkan tadi dan apakah modul yang diberikan ini tidak menarik minat mereka atau mereka memilih kerja mengikut selera mereka. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan Yang Berhormat tadi, saya agak kabur sedikit apa soalannya, tetapi mungkin maksudnya kurang sambutan. Begitu Yang Berhormat?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Itulah soalannya Yang Berhormat. Tanya dengan saya Yang Berhormat, insya-Allah saya akan jawab.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa mungkin anggapan Yang Berhormat itu tidak tepat kerana sehingga ini kita dapati kita terpaksa mengadakan satu proses yang begitu terperinci untuk memilih dan kita mendapat banyak lagi permohonan walaupun permohonan telah ditutup. Saya rasa tidak ada masalah daripada segi modul yang mana 82 jenis program daripada 15 sektor yang disediakan ini, kerana kita dapati ia mencakupi semua peringkat kumpulan sasar kita di semua tahap dan dari segi keberkesanannya, mungkin saya dapat memberi gambaran bahawa kita dapati apabila berlakunya krisis ekonomi di negara kita ini terdapat 36,119 orang yang kehilangan pekerjaan dan program ini telah membantu sebahagian daripada jumlah 36,000 yang dibuang kerja ini. Sebanyak 36.4 peratus telah mengikuti program ini, dan seramai 9,463 orang yang mana 2,082 telah tamat dan dapat pekerjaan. Kita dapati juga bahawa sejumlah 12,922 dapat kerja dengan latihan yang sedikit sahaja, yang tidak mengikuti program ini dan saya kira bahawa impaknya adalah sangat besar terutama sekali bagi mereka yang perlu latihan kemahiran yang baru atau perlu meningkatkan kemahiran mereka setelah dibuang kerja dan mendapat pekerjaan.

Setakat ini kita sedang memantau kemajuan program ini dan kita hanya dapat menilai perkara ini setelah ia tamat pada akhir Januari, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Hulu Langat - Kuala Langat. Saya selalu kata Hulu Langat, Kuala Langat ini... [Ketawa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya dan memberi ruang untuk soalan tambahan. Ketika pekerja diberhentikan dalam usia yang tidak pernah diambil pertimbangan, pekerja asing dilihat dalam keadaan pelbagai sektor bekerja tanpa mengira waktu. Soalan saya ialah adakah kementerian mengenal pasti pilihan khusus aliran yang popular supaya bila keluar dari program latihan ini mereka akan diburu oleh syarikat-syarikat untuk mendapatkan pekerjaan dan juga diberikan sijil yang diiktiraf oleh sektor swasta? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Soalan tepat dan cantik Yang Berhormat. Ringkas.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat yang sentiasa bersemangat dan begitu prihatin mengenai dengan isu-isu pekerja. Sebenarnya di dalam kita merangka modul ataupun jenis program, kita mempunyai satu jawatankuasa tripartite yang melibatkan pihak kementerian iaitu mewakili kerajaan, majikan dan juga pekerja. Kita dapati bahawa jenis-jenis program ini adalah dibuat berasaskan kepada keperluan pasaran. Kita juga dapati apabila diiklankan semua kursus-kursus ini ada permintaannya. Seterusnya tentang pensijilan, kita dapati bahawa program-program ini memang akan diberi sijil pengiktirafan di mana kita dapati Jabatan Tenaga Kerja bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran di kementerian ini di dalam memastikan bahawa program-program ini mendapat bukan hanya pengiktirafan tetapi juga proses-proses latihan yang diberi ini secocok dengan keperluan industri. Terima kasih.

M. Kulasegaran a/l V. Murugeson DAP · PHIpoh Barat · question

10. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat] minta Menteri Pengangkutan menyatakan: (a) bilangan kegunaan tayar toreh (regrooved tyres) di kalangan masyarakat di Malaysia; dan (b) bilangan kemalangan yang disebabkan oleh tayar toreh (regrooved tyres) bagi 5 tahun yang lalu.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan I · Kudat

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat kerana membangkitkan isu ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan belum memiliki perangkaan khusus mengenai bilangan kegunaan tayar toreh (regrooved tyres) di negara ini. Walau bagaimanapun, adalah dianggarkan penggunaan tayar toreh adalah sebanyak 3 peratus sehingga 5 peratus di kalangan pengguna jalan raya iaitu sekitar 200 ribu sehingga 300 ribu unit setahun daripada 6.7 unit tayar yang diramal berada di dalam negara ini. Sumber ini diperoleh berdasarkan maklum balas yang diterima dari pihak industri tayar. Untuk makluman Yang Berhormat, tayar toreh ini dipercayai kebanyakannya digunakan oleh kenderaan komersial di kawasan luar bandar secara off road. Bagi soalan yang kedua, berdasarkan maklumat PDRM perangkaan kemalangan disebabkan tayar buruk, botak, lusuh termasuklah tayar toreh ini adalah seperti berikut: |Tahun|Bilangan Kemalangan|Bilangan Maut| |----:|------------------:|-------------| | 2004| 25|17 orang | | 2005| 40|26 orang | | 2006| 51|14 orang | | 2008| 15|2 orang |<END_TABLE_MARKER>

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya hairan bahawa kita tidak ada angka yang spesifik mengenai tayar toreh digunakan di negara ini. Sebenarnya industri ini adalah satu industri yang sangat besar. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, di Amerika pada tahun 2000 dalam industri ini sebanyak USD2 bilion digunakan dalam recycling industry, perkara-perkara yang dibangkitkan dan dikatakan lebih kurang 60 peratus tayar toreh digunakan di Amerika. Ada undang-undang spesifik mengenai kawal selia penggunaan standard tayar toreh di Amerika, UK dan sebagainya. Soalan saya adalah adakah kita tahu keseriusan penggunaan tayar toreh kerana saya difahamkan ada kemalangan yang banyak di negara ini yang tidak dipastikan bahawa ia disebabkan oleh tayar toreh? Itu pertama. Keduanya, ini adalah environmentally friendly industry di mana tayar toreh in the long run akan membawa kebaikan kepada semua, menjimatkan petrol, related industry yang digunakan di dalam tayar toreh ini. Ketiganya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat soalan tambahan sebenarnya bukan satu, dua, tiga Yang Berhormat. Kalau hendak pandai..., ya

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Berkaitan, berkaitan. Memandangkan perkara ini adalah perkara yang sangat mustahak adakah kerajaan ada undang-undang yang ternyata untuk mengawal standard industri ini di negara ini? Jikalau tidak, adakah kerajaan tahu bahawa kita perlu mengambil tindakan supaya ada undang-undang untuk mengadakan standard tertentu kerana saya difahamkan bahawa 50 peratus perlu ditoreh sebelum tayar baru dipasang. It’s a high-end industry. Memandangkan negara-negara barat ada khusus berbilion ringgit dalam industri apa yang kita akan buat untuk memastikan bahawa semua yang ada di atas jalan raya adalah selamat?

Mungkin Yang Berhormat tersalah anggap bahawa sebenarnya di dalam negara ini yang kita regulate ialah berkaitan dengan industri retread tyres di mana retread tyres ini memang digunakan secara meluas di negara ini dan ianya dikawal serta mendapat persijilan MS224 iaitu standard yang diuji selamat dan memenuhi kriteria yang ditentukan oleh SIRIM. Manakala regrooved tires ini adalah tayar yang diimport oleh pengimport- pengimport dari luar negara dan tayar ini telah pun diregrooved oleh industri atau pengusaha kecil dan menjualnya dengan harga yang begitu murah. Akan tetapi keadaan tayar ini adalah tidak selamat. Bagi satu tayar misalnya dijual dalam harga RM20 sehingga RM30 dan ini menarik minat golongan yang tidak mampu untuk membeli tayar. Kita telah pun sedar dan memantau keadaan ini serta telah melihat bahawa ini adalah merupakan sesuatu industri yang boleh menambahkan masalah kepada keselamatan di jalan raya kita. Sebenarnya memang kita mempunyai peraturan-peraturan yang tertentu. Kementerian Pengangkutan memang telah pun meminda kaedah-kaedah kenderaan motor untuk memberikan peruntukan baru dan kaedah ini telah diwartakan. Ianya akan dilaksanakan pada tahun 2010 untuk menentukan bahawa kemasukan regrooved tyre ini dapat dikawal iaitu dengan menentukan pembelian atau kemasukannya ke negara ini haruslah mendapat AP untuk memastikan tayar ini memang selamat digunakan di dalam negara ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya Yang Berhormat Ranau. Saya nampak tiga kali duduk berdiri, duduk berdiri. Minat ya?

Datuk Siringan GubatUPKO · BNRanau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya begitu tertarik sekali apabila mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri terutama sekali kemalangan dan kematian mengenai dengan tayar toreh ini ataupun retread tyres. Akan tetapi, bagaimana pula kalau tayar yang original ini yang bukan tayar retread. Adakah ia merupakan kalis kemalangan dan kalis mati?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ringkaskan Yang Berhormat, masa kita Yang Berhormat.

Ya, boleh minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ranau, saya ingin memaklumkan di sini bagi tayar-tayar yang baru, memang tayar yang ada di dalam negara ini khususnya yang dikeluarkan di negara ini adalah mendapat pengiktirafan SIRIM dan piawaiannya memang telah kita tetapkan. Walau bagaimanapun, ingin saya nyatakan di sini bagi tayar baru sendiri pun sekiranya semasa hujan cengkaman tayar itu sendiri akan menurun 30 peratus . Oleh sebab itu, bagi tayar-tayar regrooved yang saya nyatakan tadi, sudah tentu ia lebih merbahaya daripada tayar yang baru ataupun tayar retread yang telah kita piawai. Terima kasih. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 10 Disember 2009.”

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2010 dan Anggaran Pembangunan 2010 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis. [Hari Keempat Belas] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 Jawatankuasa — Maksud B. 43 [Jadual] – Maksud P. 43 [Anggaran Pembangunan 2010] –Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya menjemput Yang Berhormat Jerai.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan semua Menteri. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Butiran 020300 - Bahagian Kemiskinan Bandar dan Butiran 04000 - Pembasmian Kemiskinan Bandar. Faktor terjadinya kemiskinan bandar ialah: (i) perluasan sempadan bandar; (ii) kekurangan pekerja warga bandar; dan (iii) persaingan pekerjaan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Golongan ini sebenarnya Tuan Pengerusi lebih terasa kemiskinan mereka daripada luar bandar disebabkan mereka berada di kawasan bandar. Jadi mohon kementerian untuk memastikan pengagihan peruntukan ini dapat diteruskan kerana kita dapati khususnya di semua bandar terdapat kawasan-kawasan kampung yang telah pun di isytihar bandar. Maka mereka secara automatik menjadi kemiskinan bandar. Butiran 070000 - Perancangan Bandar dan Desa, Butiran 070300 - Penyelidikan dan Pembangunan. Bagi memastikan perkampungan terus kekal di dalam kawasan bandar, saya mencadangkan mengehadkan kampung-kampung yang terdapat, mengekalkan ciri-ciri asal perkampungan tersebut dan memberi kemudahan seperti mana kemudahan terdapat di kawasan perumahan awam. Butiran 03100 - Kemajuan Perkampungan dan bajet RM55 juta ini perlulah diagih dan diberi supaya dapat kita selamatkan kampung-kampung tradisi yang terdapat di dalam kawasan bandar. Kemudian Butiran 080000 - Bomba dan Penyelamat Malaysia, Butiran 080400 - Operasi Kebombaan dan Penyelamat, dan Butiran 081000 - Akademi Bomba dan

Penyelamat Malaysia. Mohon pihak kementerian supaya mengadakan latihan bersama dengan bomba sukarela yang terdapat di seluruh negara kerana ini sering kali kita bertemu dengan bomba sukarela, mereka menyatakan mereka kurang mendapat pendedahan, teknik dan sebagainya bagi memadam, memberi bantuan kecemasan kepada yang menerima bantuan. Contohnya kemalangan, kebakaran dan sebagainya. Kita juga mendengar rungutan daripada pihak bomba dan penyelamat mengatakan pihak bomba sukarela, mereka tidak mementingkan hal-hal dari sudut punca untuk dibuat kaji selidik oleh pihak bomba dan penyelamat. Akhirnya tindakan mereka memusnahkan bahan-bahan bukti dan sebagainya. Jadi mohon kementerian mengadakan kursus latihan bersama. Kedua, saya bersetuju dengan rakan-rakan yang lain iaitu membekalkan alat pemadam api yang terkini dan canggih supaya dapat digunakan oleh pihak bomba sukarela dan juga memberi, membekalkan insurans dan elaun khas kepada mereka kerana mereka juga terdedah kepada ancaman nyawa, keselamatan dan sebagainya. Butiran 130400 - Bantuan kepada PBT bagi Pengurusan Sisa Pepejal. Di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal Pembersihan Awam 2007, ini yang berlaku di Kedah. Alhamdulillah, E-idaman Sdn. Bhd. telah masuk dan menguruskan sisa pepejal di bandar Alor Setar dan juga di Sungai Petani (MPSPK). Namun apa yang berlaku dalam masa tempoh sebulan ini, mohon kementerian supaya memantau syarikat ini lebih tegas dan keberkesanannya dalam melaksanakan projek penswastaan sisa pepejal ini. Oleh kerana didapati dalam masa sebulan yang lalu, didapati di kawasan-kawasan perumahan di dalaman, kawasan-kawasan perumahan di sebelah dalam agak lewat mereka mengutip sampah dan menyegerakan penggantian tong sampah yang sudah menjadi sampah. Maksud saya tong yang pecah, berlubang, berkarat dan sebagainya. Butiran 00500 - Pengurusan Sisa Pepejal yang peruntukannya RM983.5 juta. Kita mohon kementerian memberi penekanan dan penegasan kepada pihak swasta ini supaya isu sampah di Kedah, di bandar Alor Setar dan di Jerai dapat diatasi segera. Kemudian, ingin saya bertanya soal dengan projek kitar semula. Bagaimana hasil kejayaannya setelah mana pelbagai kementerian yang turut terlibat termasuk Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam usaha untuk menyelamatkan barang- barang kitar semula ini. Apakah kesan dan keberkesanannya perlu diteruskan atau dihentikan begitu sahaja? Kemudian Butiran 01513 - Program Perumahan Rakyat Dimiliki (PPR) ataupun rumah yang akan dijual. Butiran 01603 – Program Perumahan Rakyat Bersepadu, Skim Pinjaman Perumahan. Mohon kepada pihak kementerian supaya pertama sekali, isu Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) supaya lebih luas, lebih selesa walaupun tiga bilik ataupun bilik yang ketiga agak sempit dan seolah-olah stor sahaja. Jadi orang-orang miskin yang berkelayakan dipastikan selesa memandangkan orang Melayu ramai anak Tuan Pengerusi. Jadi saya mohon supaya akan datang rumah ini diubahsuai keluasannya. Bagi PPR di kawasan bandar, 11 tingkat hingga 15 tingkat yang bukan sekadar menyediakan rumah tetapi perlu dilihat dari sudut sosial yang berhadapan dengan isu-isu perumahan ini. Kemudian yang terakhir sekali, saya mohon kepada Butiran 36000 - Kempen Mencegah Kebakaran. Kempen ini perlu diwujudkan oleh pihak kementerian. Kesedarannya agak tinggi terutama di kawasan rumah setinggan di kawasan perumahan awam yang sudah lama supaya diingatkan bukan sekadar kempen tetapi supaya mereka melihat lalu lintas supaya dikemaskinikan semula dan sentiasa memberi panduan-panduan kepada pengguna-pengguna supaya dapat mengelak kebakaran secara besar-besaran terutama di perumahan setinggan yang terdapat di kawasan-kawasan pedalaman dan sebagainya. Jadi Tuan Pengerusi, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya memilih untuk membahaskan isu dalam kementerian ini adalah kerana kebanyakan kalau perhitungan saya sebagai Ahli Parlimen, lebih daripada separuh kerja kita ada kaitan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya ingin mula dengan Butiran 020100 - Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek yang berkenaan dengan projek terbengkalai.

Saya ingin membawa beberapa kes yang sangat konkrit, yang berlaku di kawasan Batu. Pertama sekali ialah projek perumahan di Taman Rowter. Projek ini melibatkan 24 unit rumah berkembar tiga tingkat dan 24 rumah berkembar dua setengah tingkat yang bernilai hampir RM800,000 seunit. Ada 32 pembeli menjadi mangsa kerana pemaju gagal menyiapkan projek ini dengan alasan kurang modal. Sebanyak 80 peratus wang telah dikeluarkan oleh bank dan hampir 60 peratus -80 peratus rumah sudah siap. Akan tetapi pada setakat ini, projek ini tidak diteruskan, pembeli telah mengadakan berbagai perjumpaan dengan kementerian tetapi tidak ada penyelesaian. Ini adalah satu kes yang sangat tipikal bagi banyak projek yang mencerminkan kelemahan dalam pengurusan pembangunan yang diuruskan oleh kementerian. Pemaju untuk Taman Rowter itu adalah satu syarikat yang namanya Kemajuan Rowter Sdn. Bhd. dan kontraktornya adalah Tiger Energy Sdn. Bhd. Pemilik kedua-dua syarikat adalah orang sama. Semasa menandatangani perjanjian S&P, Datuk William Tan Wei Lian, seorang Ahli MCA yang merupakan parti yang sama dengan Menteri Perumahan. Apabila gagal menyiapkan projek ini, Datuk William Tan melepaskan jawatan director dan menyerahkan kepada adiknya, dalam syarikat tersebut. Pembeli-pembeli telah cuba membawa kes ini dengan Jabatan Perumahan Negara tetapi gagal untuk mendapatkan penyelesaian. Ini saya anggap adalah satu perkara yang sangat serius kerana ini bukan sahaja berlaku di Batu tetapi juga di tempat-tempat yang lain. Kes kedua yang saya ingin bawa ialah satu kes pangsapuri kos rendah, tadi mewah, sekarang kos rendah, di Taman Pelangi, Sentul. Perkara ini saya telah beberapa kali bincang dengan Datuk Bandar dan juga saya dimaklumkan bahawa ini bukan di bawah kuasa DBKL. Saya ingin bertanya, projek ini sudah terbengkalai selama sembilan tahun dan tidak ada tindakan susulan. Apakah cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah ini? Ia juga menunjukkan ada kelemahan dalam undang-undang dan penguatkuasaan kementerian. Ketiga adalah, sekali lagi saya ingin membangkitkan isu Kampung Railway dan tanah-tanah yang telah dianugerahkan kepada YTL di kawasan Sentul. Sehingga hari ini kita tidak nampak ada satu komitmen yang jelas sama ada rumah kos rendah akan dibina Semasa projek ini diambil alih, penduduk tempatan telah dijanjikan untuk ditawarkan rumah kos rendah. Selepas itu saya ingin - Ini kes-kes yang belum dibina, tetapi secara sangat tipikal, banyak flat yang telah dibina juga menghadapi masalah. Contohnya flat Sri Murni, Selayang. Projek ini mengandungi lapan blok, flat yang hampir 1,000 unit rumah yang dimajukan oleh MBF. MBF telah lama gulung tikar di bawah Jabatan Insolvensi. Sehingga sekarang flat ini diuruskan oleh penduduk sendiri tanpa management company dan langsung tidak dapat mendirikan JMB yang secara formal. DBKL dan KPKT tidak peduli atau tidak prihatin dalam kes-kes sedemikian kerana ini dianggap sebagai projek swasta. Pangsapuri ini tidak ada CF dan kita tidak tahu apakah taraf pemilik tanah kerana banyak kemudahan yang sepatutnya dibina mengikut perintah pembangunan tidak disempurnakan. Jadi, memang penduduk-penduduk di sana dalam keadaan yang sangat “limbo”. Satu masalah yang besar bagi kes-kes seperti ini adalah lif. Saya mencadangkan sama ada

kementerian boleh fikirkan bagi peruntukan pinjaman kepada persatuan penduduk, JMC atau JMB yang menghadapi kesulitan kewangan untuk membaiki atau membeli lif yang baru. Dalam zaman moden sekarang, di Kuala Lumpur ini, banyak flat yang tinggi-tinggi, lif ini merupakan satu kemudahan awam seperti public transport. Saya harap perkara ini dapat dipertimbangkan. Seterusnya saya ingin beralih kepada Butiran 090000 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara, dan juga Butiran 110000 – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Kebetulan Copenhagen sedang mengadakan satu sidang kemuncak dunia tentang krisis alam semula jadi. Pengurusan sisa pepejal ini ada berkait erat dengan isu ekologi dan juga alam semula jadi. Setakat ini kita faham warga kota dan juga rakyat Malaysia menjana lebih daripada satu kilo sisa pepejal setiap hari, setiap orang. Setakat ini hanya 1 peratus hingga 2 peratus daripada sisa ini dikatakan dikitar semula atau recycle. Hanya 5 peratus daripada sampah ini dikitar semula di Kuala Lumpur.Setahu saya, kerajaan telah meletakkan satu strategi yang dinamakan Strategic Plan for Solid Waste Management. Saya ingin tahu setakat ini, apakah penilaian, perlaksanaan strategi ini dan sama ada yang di target iaitu 20 peratus sisa pepejal ini dapat di recycle dan dapat dilaksanakan. Setakat ini kita juga mendapati kebanyakan sisa pepejal ini masih digunakan sebagai landfill. Saya difahamkan lebih daripada 40 peratus ini adalah dalam dump site. Sama ada ini dapat dikurangkan kerana keadaan sekarang ini, dalam zaman moden. Kalau dibandingkan dengan Singapura, 44 peratus daripada solid waste nya telah dikitar semula dan hanya 10 peratus sahaja diuruskan dalam landfill. Saya ingin tahu, mengapa setakat ini Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam belum lagi mengemukakan garis panduan yang seragam untuk pengendalian sisa pepejal seluruh negara?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Gulung Yang Berhormat.

Saya juga rasa khuatir. Setakat ini kita belum ada penilaian. Setakat penswastaan sisa pepejal yang diadakan sekarang, kerajaan nampaknya akan terus melaksanakan penswastaan sepenuhnya di seluruh negara. Saya harap perkara ini kita dapat dipertimbangkan semula. Sebagai penutup, saya juga ingin tanya, apakah perbelanjaan kerajaan terhadap Alam Flora, SWM Environment Sdn. Bhd. dan E-idaman Sdn. Bhd.? Kalau kita ingin mengadakan penswastaan sepenuhnya, apakah prospek pekerja-pekerja yang kini bekerja dengan PBT? Apakah kriteria untuk memilih syarikat yang boleh menguruskan pengurusan sisa pepejal ini dengan baik dan efisien? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semalam telah diputuskan bahawa hari ini kita cuma memanggil Yang Berhormat Kuala Selangor, selepas itu Yang Berhormat Maran, dan selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ringkas- ringkas sahaja ini, kerana banyak yang telah disebutkan. Pertamanya, saya menyentuh Butiran 030000 – Tribunal Tuntutan Pembelian Rumah, Butiran 040000 – Perumahan Negara dan Butiran 050000 – Kerajaan Tempatan. Saya mulakan dengan merakamkan betapa usaha-usaha daripada kementerian KPKT menangani segala projek-projek terbengkalai di seluruh negara. Atas usaha itu, nampaknya wujud pelbagai kesudahannya. Saya ingin tekankan di sini, di samping menyebutkan juga di Kuala Selangor, terdapat projek-projek terbengkalai yang sekarang sudah menjadi masyhur. Contohnya di perumahan Bandar Alam Perdana di Bukit Cerakah dan juga Desa Bukit Kerayong. Namun saya ingin sebutkan di sini bukan dari sudut ingin menumpu kepada projek-projek tersebut. Akan tetapi menekankan peri pentingnya, saya kira usahasama dalam peruntukan itu, iaitu usaha kementerian KPKT bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, yang saya kira

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

kalaulah dapat digandingkan dan di gembleng usaha ini, maka projek-projek terbengkalai ini mampu juga ditangani oleh kerajaan negeri dengan peruntukan dan sokongan daripada kementerian, khususnya yang saya lihat sendiri. Ada projek-projek yang perlu juga semestinya mendapat sokongan KPKT. Contohnya, Kerajaan Negeri Selangor dan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) dengan Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, untuk mengenal pasti pertama-tamanya, menyenaraihitamkan pemaju-pemaju yang jelas telah memangsakan pembeli. Ini perlu dibuat secara bersungguh-sungguh. Kemudiannya untuk mereka ini, tidak diberikan sewenang-wenangnya projek-projek seterusnya, kerana saya dapati sebanyak 1,300 syarikat dan 4,000 pengarah telah di senarai-hitamkan. Saya ingat perkara ini sudah terlalu lama pemaju memangsakan pembeli dengan pelbagai cara yang saya kira, criminal pada sifatnya, jenayah. Apa pun, apa yang ingin saya sebutkan adalah keperluan KPKT memberikan pengeupayaan kepada Kerajaan Negeri dengan peruntukan, sokongan yang saya kira dengan polisi fiskal yang bersifat decentralization itu, dan memberikan peruntukan yang membolehkan juga kerajaan negeri membantu menangani projek-projek terbengkalai itu, itu pertama. Kedua, sedikit bersabit dengan pengurusan sisa pepejal yang telah disebutkan oleh kawan-kawan yang lain. Saya kira tidak perlu saya panjangkan. Cuma saya ingin tahu, apa kesudahan projek-projek perintis itu setelah dua akta iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Akta Perbadanan Sisa Pepejal diluluskan dan dilaksanakan sejak 2007 yang lalu? Berbanding dengan negara jiran kita, tidak perlulah selalu kita hendak membandingkan diri kita dengan mereka itu tetapi nampaknya kita jauh ke belakang. Apakah langkah-langkah kementerian untuk benar-benar menjayakan program ini? Secara lebih khusus saya ingin bertanya, kerana mendapat tahu kementerian dengan peruntukan sebesar RM983 juta itu, mereka yang telah diberikan penswastaan untuk mengurus sisa pepejal ini, contohnya di negeri Selangor, Alam Flora ini. Saya mendapati syarikat-syarikat yang mengambil sub-contracting untuk kerja-kerja mereka ini, saya difahamkan bahawa mereka tidak dibayar. Kadangkala hampir enam bulan, lapan bulan. Boleh gulung tikar ini, Tuan Pengerusi. Jadi, apa sebenarnya yang bermasalah di situ, yang pada akhirnya ia mesti dikembalikan kepada kementerian? Saya mengenal pasti masalah ini dan saya merasakan cukup kecewa kerana kontraktor-kontraktor ini membuat pengaduan bahawa mereka tidak dibayar enam bulan, lapan bulan. Oleh kerana itu, kita mendapati bahawa prestasi mereka tentunya terjejas. Jadi, itu perkara yang lebih spesifik yang saya ingin penjelasan daripada kementerian dan Menteri. Bagaimana untuk meningkatkan prestasi itu? Sedikit Tuan Pengerusi bersabit dengan Butiran 120100 – Elaun Mesyuarat JKKK dan JKKKP. Saya juga melihat kepada pentingnya Tuan Pengerusi, supaya JKKK ini diberikan keupayaan. Mereka itu adalah kerajaan di peringkat yang paling asas, setelah PBT. Mereka berperanan memelihara kesejahteraan dan kemakmuran kampung, tetapi benarkah mereka itu diberi satu elaun yang munasabah untuk mereka dapat menumpu dan memberikan penumpuan kepada usaha-usaha mereka? Jadi, saya minta perkara ini janganlah dipandang sepi, kerana atas kesungguhan mereka, kampung dan mukim diberikan kepimpinan yang baik. Oleh kerana itu, kita perlu membalas usaha mereka ini dengan satu yang lebih munasabah dari sudut elaun dan emolumen mereka. Saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Maran.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum itu Tuan Pengerusi, saya hendak mengucapkan selamat datang kepada pemimpin-pemimpin wanita dari kawasan saya, Parlimen Maran, dari New Zealand. Jauh, tetapi naik bas [Ketawa] Juga, pemimpin-pemimpin yang lain. Tuan Pengerusi, saya hendak menyentuh beberapa perkara dan terima kasih mengizinkan saya untuk menjadi pembahas terakhir ini... [Disampuk] Ya, FELDA New Zealand. Pertama ialah Butiran 010600 – Bahagian Sumber Manusia. Saya sebagai orang kampung mengucapkan terima kasih kepada PBT, boleh dikatakan keseluruhan PBT di negara kita, yang telah banyak berjasa dan memainkan peranan mereka di kawasan- kawasan bandar, sama ada Majlis Bandaran ataupun PBT yang kecil. Cuma Tuan Pengerusi, saya minta supaya kementerian memberikan perhatian. Kita mendapat juga rungutan daripada orang yang menerima perkhidmatan PBT ini. Dikatakan sebahagian daripada sesetengah PBT, sebahagian daripada kakitangannya semakin hari semakin tidak cekap atau dirungutkan tidak cekap dan sebagainya. Mereka yang cekap itu ada, saya tidak nafikan. Saya pernah bekerja di PBT, saya tidak nafikan. Jadi, akibatnya kenapa ini berlaku? Saya faham dan tahu Tuan Pengerusi ialah kerana jawatan di PBT ialah closed service dengan izin, jawatan tertutup. Maknanya, mereka ini tidak transferable, tidak boleh berpindah randah seperti PTD dan sebagainya. Jadi, sudah tentulah cabaran-cabaran ini mereka akan hadapi. Tambahan pula, sebahagian besar petugas-petugas atau kakitangan PBT ini adalah terdiri daripada orang tempatan itu sendiri. Maknanya kalau PBT ini berada di situ, maknanya 30 tahunlah mereka berada di tempat itu. Jadi saya kira, undang-undang kita buat, Tuan Pengerusi. Kita boleh ubah dengan menggunakan peraturan, sekiranya peraturan ini tidak lagi sesuai untuk kita laksanakan. Maknanya, kalau undang-undang, peraturan dan sistem yang ada itu, sistem perjawatan itu, tidak lagi sesuai diteruskan, maka perlu kita buat perubahan supaya kita dapat meninggikan kecekapan.

Kita hendak sekarang ini supaya kakitangan awam lebih cekap. Saya tidak nafikan ramai yang cekap. Akan tetapi, kadang-kadang akibat daripada seorang yang tidak cekap dan semakin menurun kecekapannya, maka dia akan menjejaskan kepada pegawai- pegawai yang lain. Oleh kerana itu dalam konteks PBT ini, apabila seorang pegawai kakitangan menimbulkan masalah disiplin kecuali apabila dibuang kerja. Maka sudah tentulah masalah itu akan selesai. Akan tetapi, kalau hanya dikenakan tindakan tatatertib biasa sahaja maka selagi itu mereka akan ada di dalam PBT tersebut dan ini memberikan kesan negatif kepada pekerja-pekerja yang lain. Jadi saya ingin bertanya kepada kerajaan kementerian, apakah kerajaan bercadang untuk mengubah sistem perjawatan ini? Kita buat secara open service dengan izin, maknanya perkhidmatan terbuka. Jikalau tidak boleh seluruh negara pun - Walaupun PBT ini di bawah kawalan kerajaan negeri, kalau tidak boleh seluruh negara pun kita buat dalam negeri sahaja. Maknanya kalau saya di Maran contohnya kita boleh tukar yang Maran pergi ke Temerloh, Temerloh pergi ke Bera, dan sebagainya. Maran, alhamdulillah sehari dua ini. Kita tahu kalau lama sangat mungkin ada juga masalahnya. Jadi, saya mencadangkan kalau boleh supaya kementerian buat kajian dan supaya jawatan di PBT ini dibuat secara open service - jawatan terbuka dan mereka ini boleh tukar ke mana-mana. Kalau mereka hendak balik pula ke kawasan tersebut mereka boleh balik semula ke kawasan tersebut. Itu yang pertama Tuan Pengerusi. Kedua ialah Butiran 020300 – Bahagian Kemiskinan Bandar. Saya berterima kasih kepada kerajaan secara kolektif kalau bersama dengan Kementerian Luar Bandar dan kementerian-kementerian lain dalam kita menangani masalah kemiskinan. Kemiskinan tegar, miskin, hampir miskin, dan hendak miskin kerana sekarang ini ramai orang hendak jadi miskin. Ini kerana mereka hendak dapatkan peruntukan daripada kerajaan. Ramai. Ini saya sebagai orang yang berpengalaman luar bandar saya akui hakikat ini Tuan Pengerusi. Saya ingin tahu umpamanya kita ada sekarang bantuan miskin luar bandar ini. Ini disebabkan ramai daripada penghuni-penghuni bandar, bagi yang telah ada rumah di

bandar tiada masalah. Mungkin yang tempat-tempat yang besar-besar ini tiada masalah. Akan tetapi, kadang-kadang bagi mereka yang baru datang ke Kuala Lumpur atau bandar. Lantas mereka tinggal di kawasan-kawasan setinggan dan mereka mengaku bahawa mereka miskin. Sebenarnya mungkin sebahagian daripada mereka ini ada rumah di kampung. Akan tetapi, oleh kerana hendak merasa duduk di Kuala Lumpur, ingat Kuala Lumpur ini okey. Memang okey pun Kuala Lumpur. Akan tetapi oleh kerana kita tidak bersedia, maka menyebabkan mereka ini menghadapi kesempitan hidup dan akhirnya mungkin silap-silap akan daftar sebagai orang miskin dan mereka layak untuk mendapat bantuan. Jadi, saya ingin tahu berapa ramai di antara yang mendapat bantuan kemiskinan luar bandar ini terdiri daripada setinggan-setinggan yang duduk di tanah haram dan sebagainya. Sebenarnya kalau kita kaji latar belakang mereka mungkin mereka ada tempat tinggal yang lebih besar di kampung mereka sendiri dan sebagainya. Jadi saya mohon kalau boleh kerajaan berikan perhatian kerana perkara ini kerana saya tidak mahu kadang- kadang masalah banjir pun berlaku Tuan Pengerusi. Apabila banjir ramai pendatang- pendatang asing yang datang ke tempat kita dan sebagainya. Ada pendatang-pendatang dari Thailand, Indonesia, dan sebagainya. Jadi walaupun kita berhak sebagai manusia membantu mereka tetapi kadang-kadang mereka juga lebih mendapat faedah daripada orang tempatan kita sendiri. Berikutnya Tuan Pengerusi ialah Butiran 050200 - Kemajuan Perkampungan. Saya tidak tahu apakah maksud kemajuan perkampungan ini? Kampung ini semua adalah kampung. Saya pun orang kampung juga. Jadi peruntukan yang diberikan di sini lebih kurang RM55 juta. RM6 juta dari segi pengurusan, dan RM55 juta dari segi pembangunan. Jadi apakah maksudnya dengan perkampungan ini? Berapakah jumlah perkampungan yang dimaksudkan ini? Apakah perkampungan ini termasuk kampung-kampung baru atau pun kampung- kampung baru yang dahulu kita wujudkan atas security reasons. Maknanya atas kepentingan keselamatan semasa zaman komunis dahulu. Jadi apabila ada masalah komunis maka kita wujudkan kampung baru dan kita tempatkan mereka di kampung ini dengan tujuan kita boleh kawal mereka. Saya melihat perkampungan ini bukan terhad kepada kampung baru sahaja tetapi juga melibatkan kampung-kampung yang lain termasuk kampung baru yang saya sebutkan sebentar tadi. Kedua, kampung baru ialah hasil daripada bencana alam. Umpamanya di kawasan saya ada Kampung Baru Chenor dan Kampung Baru Kening yang dahulu penduduk ini berada di tepi sungai dan setiap tahun dilanda banjir. Maka kita pindah mereka ini satu penempatan baru, kampung baru. Kita panggil kampung baru. Ketiga ialah penempatan-penempatan baru yang juga kampung tetapi mereka ini adalah terdiri daripada penduduk-penduduk miskin yang tujuannya kita hendak memberikan kesedaran ekonomi kepada mereka. Maka kita wujudkan satu kampung, kita centralised dan pusatkan mereka di sini. Kita dapat memberikan pembangunan kepada mereka. Apakah kemajuan kampung ini termasuk ketiga-tiga kampung yang saya maksudkan tadi? Jadi saya harap supaya kerajaan memberikan perhatian kepada ini. Saya mencadangkan kalau boleh di bawah Bekalan 43 - Butiran 050200 ini, kerajaan mengkategorikan perkampungan itu termasuk kampung-kampung yang saya sebutkan tadi supaya peruntukan, pembangunan, peruntukan sosial, dan sebagainya yang dapat disediakan oleh kerajaan kita tambah kepada peruntukan ini. Kita tambah sedikit dan kita berikan kepada kampung-kampung yang telah pun saya sebutkan tadi dan dengan cara ini kita akan dapat mengurangkan perbelanjaan yang mungkin kita boleh gunakan lebih kepada kampung-kampung tradisional yang berada di seluruh negara. Di negara kita ini tidak kiralah kampung Melayu, Cina, India, Orang Asli, dan sebagainya. Berikutnya Tuan Pengerusi ialah Butiran 080000 - Bomba dan Penyelamat Malaysia. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada pasukan bomba kerana tidak boleh kita nafikan jasa mereka walaupun kadang-kadang rumah terbakar, rumah habis baru

bomba sampai. Ini ada kelemahan-kelemahan yang perlu kita berikan perhatian. Akan tetapi terima kasih. Cuma saya hendak tanya kepada kementerian pili-pili bomba ini masih lagi tidak cukup. Umpamanya di kawasan saya Tuan Pengerusi dan Timbalan Menteri, pili-pili bomba di kawasan-kawasan FELDA New Zealand, walaupun nama di luar negeri tetapi nama ia Maran. Pili-pili bomba perlu lihat kerana apabila kebakaran, saya berapa kali turun ke FELDA New Zealand rumah terbakar tiada arah, sudah habis. Jadi kerana bomba tidak sampai lagi, perjalanan, dan sebagainya. Maka menyebabkan bantuan ini lambat sampai. Walau bagaimanapun kita tidak nafikan jasa diberikan oleh bomba. Seperti di tempat saya kita ada 12 buah FELDA, 48 JKK yang perlu kita berikan sokongan supaya mereka dapat membantu bomba dalam menyelamatkan mangsa-mangsa kebakaran ini. Satu lagi Yang Berhormat Pengerusi tentang bomba ini ialah saya minta tolong Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bangunan Ibu Pejabat Bomba Maran ini. Bangunan cantik, okey. Akan tetapi saya pergi baru-baru ini kita lihat jalan masuk di kawasan perumahan mereka saya minta kalau boleh luluskan peruntukan segera kepada pejabat bomba ini. Tidak banyak cuma RM1 juta sahaja. Kalau boleh lebih-lebih sedikit pun tidak mengapa yang penting mereka kadang-kadang mengorbankan nyawa dan keluarga mereka kerana tinggal anak-anak untuk menyelamatkan orang ramai. Akan tetapi keselesaan hidup mereka agar terbiar. Jadi saya harap ini dapat diluluskan kepada bomba kawasan saya. Satu lagi Tuan Pengerusi ialah bomba sukarela. Saya hendak tahu daripada kementerian berapakah jumlah bomba sukarela seluruh negara? Terima kasih kerana bomba sukarela ini tiada elaun, dan berjalan kerja sukarela tetapi mereka mempunyai hati yang cukup bersih dalam membantu rakyat. Di Maran kita ada lebih kurang dua atau tiga kalau tidak silap saya. Minta maaf kalau salah. Di Sri Jaya, Chenor, dan Sungai Jering. Jadi saya hendak tahu berapakah peruntukan diberikan oleh kerajaan kepada pasukan bomba sukarela ini yang sudah tentu dapat membantu pasukan bomba yang sebenarnya dalam menghadapi ancaman kebakaran di suatu tempat di kawasan kita? Akhir sekali Tuan Pengerusi ialah Butiran 080900 - Perancangan dan Penyelidikan. Saya tidak tahu apa sebenarnya perancangan dan penyelidikan ini. Cuma saya minta supaya kerajaan memberikan perhatian kepada bahagian ini sebab kadang- kadang kita dari segi R&D - research and development ini dengan izin, agak ke belakang berbanding dengan negara yang lain. Mereka gunakan cukup banyak peruntukan bagi research and development (penyelidikan dan pembangunan). Akan tetapi mungkin bagi tahap negara kita. Saya hendak ambil satu sahaja di kawasan PBT ini Tuan Pengerusi ialah dari segi perancangan keperluan pengangkutan awam. Di bandar raya saya tidak risau Tuan Pengerusi dan Timbalan Menteri kerana mereka ini mempunyai kemudahan-kemudahan yang cukup tetapi di bandar-bandar seperti Maran, Bera, dan sebagainya yang berhampiran dengan kawasan-kawasan luar bandar ini kemudahan pengangkutan awamnya tidak cukup walau pun ini di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi PBT berhak. Saya hendak mencadangkan supaya bahagian penyelidikan dan pembangunan ini membuat kajian di sini. Apa keperluan yang kita boleh ada di kawasan PBT? Ini kerana untuk makluman di kawasan saya Tuan Pengerusi, pelajar-pelajar sekolah pergi ke sekolah tiada bas. Bukan semua ayah mereka mempunyai kereta yang besar, kadang-kadang naik motosikal. Ayah-ayah hendak pergi ke kebun dan memotong getah. Lantas akhirnya anak membawa motosikal sendiri. Akhirnya berlaku kemalangan maka anak tadi mati katak. Kita harapkan anak-anak sekolah ini akan lahir sebagai modal insan yang akan membela masa depan negara kita tetapi sebaliknya berlaku. Oleh kerana itu, saya hendak mencadangkan supaya PBT mengkaji semula perkara ini. Ahli-ahli Majlis yang ada dalam Majlis fikirkan. Saya hormati Ahli-ahli Majlis ini tetapi biar fikirkan benda-benda yang boleh membantu masyarakat setempat. Umpamanya mewujudkan transport awam ini. Apa salahnya mungkin kalau dahulu kita ada bas mini di kawasan-kawasan bandar, kita adakan semula bas mini di kawasan bandar-bandar kecil.

Mungkin dengan subsidi daripada kerajaan. Mungkin orang kampung boleh bayar, tetapi mereka akan berulang pergi ke tempat kerja, pergi ke sekolah, anak-anak kita selamat dan sebagainya dan kita dapat wujudkan satu sistem pengangkutan yang baik. Jadi, Tuan Pengerusi saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana memberikan peluang kepada saya sebagai pembahas akhir dan saya memohon menyokong. Terima kasih.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih. Tuan Pengerusi, satu hal, semalam saya ada bangkit untuk...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada satu perkara iaitu Bukit Merah, rumah- rumah pangsa yang dibina oleh MK Land yang telah siap, tetapi tanah itu telah hangus. Saya difahamkan telah diambil balik oleh kerajaan negeri. Apakah...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat boleh...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

...Kawal selia oleh kementerian? Itu sahaja soalan saya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat boleh tanya Menteri nanti ketika menjawab ya.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Itu sahaja soalan saya.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, malam tadi sebelum jam 10.30, Tuan Yang di-Pertua telah membuat keputusan untuk memanggil empat orang tadi, itu sahaja. Selepas itu, diputuskan Yang Berhormat Menteri akan menggulung. Maknanya, hari ini kita akan laksanakan keputusan Tuan Yang di-Pertua yang telah dibuat itu. Walau bagaimana pun...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Pengerusi.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Saya tidak berpuas hati...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

...Sebab ini selalu kita tengok, kita tidak diberikan peluang.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya pun tidak puas hati.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya sedang bercakap Yang Berhormat. Itulah, susah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi, kita balik tengah malam Tuan Pengerusi, mereka ini sudah balik awal, tidak payah bagi chance lah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Ini Yang Berhormat Maran dia...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Telok Intan, this is…

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

...Repeat sahaja apa yang dikatakan oleh Ahli-ahli yang lain. Kita ada isu-isu yang baru.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Saya tidak suka jika saya bercakap, Yang Berhormat tidak dengar, Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Akan tetapi, kadang-kadang kita hendak cakap pun tidak dengar.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Saya haraplah sangat saya diberikan peluang...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat jangan berdegil Yang Berhormat. There is no reason for you to be like this, you know. Tidak ada sebab. Saya cuma memaklumkan keputusan yang telah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua, that’s all. Semalam sebelum 10.30...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Saya mintalah Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

...Keputusan telah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua. Kita harus patuh. Yang Berhormat masih ada peluang untuk mencelah dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Saya patuh, saya minta Tuan Yang di-Pertua akan kaji satu sistem yang baru, bukan ikut sistem lama sebab sekarang ini lain.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Kita berpandukan kepada standing order. Kecualilah standing order kita ubah, boleh bercakap ketika Tuan Yang di-Pertua bercakap, boleh mengubah keputusan Tuan Yang di-Pertua sesuka hati, kita boleh buat selepas kita ubah standing order. Akan tetapi, pada ketika ini, kita berpandukan kepada standing order. That’s all.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih, saya harap diberi peluang lain kali.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kedua-dua pihak, daripada pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang. Seramai 16 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam membahaskan bajet bagi tahun 2010 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang di peringkat Jawatankuasa daripada semalam sehinggalah pada tengah hari ini. Tuan Pengerusi, saya berharap apa-apa juga respons ataupun jawapan saya yang saya buat ini, saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat rasa berpuas hati dan jika sekiranya tidak berpuas hati, saya akan memberikan jawapan sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat mencelah. Namun, jika pencelahan itu tidak ada dalam rekod saya, saya akan minta dan mohon kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya saya dapat menjawab secara bertulis. Tuan Pengerusi, penggulungan saya akan mengikut isu-isu yang bermula dengan isu perumahan. Pertama, saya ingin menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Batu Gajah iaitu bilakah projek Taman Pinggir Rishah Hijau akan dipulihkan? Untuk makluman Yang Berhormat, projek ini sedang dipertimbangkan untuk dipulihkan di bawah peruntukan Bajet 2010. Seterusnya, kepada Yang Berhormat Langkawi...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan.

Sila.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih sebab mengambil langkah mempertimbangkan projek itu. Akan tetapi, saya ingin merayu sama ada pihak kementerian melibatkan saya bersama di dalam proses perbincangan agar saya boleh membantu

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

mengumpulkan semua pembeli-pembeli rumah yang terlibat. I am kept informed on the progress of the matter dan saya boleh memberikan kerjasama. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengalu- alukan kerjasama yang diberikan dan harap projek ini dapat siap dan dapat memberikan faedah kepada pembeli-pembeli ataupun kepada mereka yang berminat untuk memiliki rumah ini. Bagi Yang Berhormat Langkawi, adakah cadangan supaya perumahan dan rumah kedai...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Sedikit penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Sedikit penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini adalah satu perkara mengenai rumah yang dibina oleh Segi Objective di Bukit Merah yang parent companynya adalah MK Land Holdings Bhd. Saya difahamkan rumah pangsa ini telah dibina, tetapi tanah itu telah diambil alih oleh kerajaan. Bolehkah Yang Berhormat sebagai Timbalan Menteri, apakah kawal selia mengenai perkara itu? Kalau jawapan tidak boleh diberikan sekarang, tolong boleh beri jawapan bertulis...

[Bangun]

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Isu yang sama Yang Berhormat Timbalan Menteri. Minta maaf.

Ya.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai isu yang sama seperti di Laketown, ada satu lagi projek di Lembah Beringin. Satu projek yang dimulakan oleh Lembah Beringin Sdn. Bhd, anak syarikat Land & General Berhad. Sudah 20 tahun projek tersebut tidak dimulakan. Maka penduduk-penduduk yang telah keluar dari tempat itu sekarang telah menyewa rumah di kawasan sekeliling. Alasan Lembah Beringin adalah mereka telah digulung. Syarikat itu digulung. Jadi, apakah nasib pembeli-pembeli rumah yang telah memasuki perjanjian dengan Lembah Beringin Sdn. Bhd? Saya difahamkan bahawa pembeli-pembeli itu telah menghadapkan perkara ini kepada kementerian, tetapi sehingga ke hari ini tidak ada apa- apa keputusan atau penyelesaian kepada perkara ini. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan penjelasan untuk penduduk-penduduk tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan kedua-dua Ahli Yang Berhormat. Oleh sebab nampaknya soalan ini adalah soalan baru, jadi saya tidak ada apa-apa rekod di sini dan insya-Allah saya akan menjawab secara bertulis. Terima kasih. Bagi Yang Berhormat Langkawi, mengikut rekod kementerian buat masa ini, terdapat satu projek perumahan terbengkalai di Pulau Langkawi dan projek ini Palma Ria Kondominium. Kedua, pemaju asal PRJ (M) Sdn. Bhd, telah digulung pada 14 Disember 2006, dan mahkamah telah melantik Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) sebagai liquidator bagi projek ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kedai tidak tertakluk di bawah Akta 118.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh minta penjelasan? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Antara lain fungsi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah menyediakan perumahan kepada rakyat Malaysia. Setelah kita merdeka hampir-hampir 52 tahun, isu tidak ada rumah, kurang rumah masih dibicarakan. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kerajaan dan kementerian tidak boleh menyediakan rumah yang cukup kepada mereka yang memerlukannya? Mereka yang tidak berumah, tidak ada masa depan. Mereka yang tidak ada hala tuju sebab tidak ada rumah. Jadi, apakah sasaran kerajaan untuk rakyat Malaysia cukup rumah? Berapa tahun agak-agaknya daripada sekarang? Adakah perancangan besar yang

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

difikirkan oleh kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia kesemuanya yang mahu rumah boleh dapat rumah. Terima kasih.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh tambah sedikit.

Saya beri respons dahulu kepada Yang Berhormat Kinabatangan…

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ya, ini adalah bersamaan dengan Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sependapat dengan Yang Berhormat Kinabatangan iaitu sampai hari ini kita masih tidak dapat mengatasi kekurangan rumah untuk rakyat kita. Saya dapati dalam perancangan meluluskan projek pembangunan, terdapat semacam kuota untuk rumah kedai. Sedangkan kawasan itu memang kadang-kadang tidak ada keperluan ini. Kita lebih perlukan rumah kediaman.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Akan tetapi, dalam satu projek ini sebahagian besar peratusan dihadkan untuk pembinaan shop lot. Kita nampak shop lot yang kosong ini memang..., seperti di Melaka, di mana di kebanyakan tempat semua shop lot itu kosong sampai kena lelong, tetapi kekurangan rumah kediaman. Mengapa dalam pelan pembangunan ini kita perlu hadkan beberapa kuota untuk shop lot yang tidak diperlukan? Mengapa tidak ada kajian lebih menyeluruh semasa meluluskan projek perumahan? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, belakang bangun Yang Berhormat.

Dato’ Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua perkara berkenaan dengan rumah terbengkalai ini. Pertama, 2,000 unit rumah murah di Kampung Pandan. Ini adalah projek kerajaan, sehingga hari ini masih lagi belum dapat diduduki. Pada tahun 2004, semasa saya mengemukakan soalan kepada kerajaan negeri, saya dimaklumkan bahawa tidak ada jalan masuk. Jalan sudah siap, tetapi alasan yang kedua ialah banjir. Ban yang sama tinggi dengan bumbung rumah telah dibina oleh JPS tetapi juga Kuantan. Menteri lain pula yang mencelah. Sekarang ini apabila saya mengajukan pertanyaan lagi menyatakan bahawa paip bagi saluran najis itu tersumbat dan memerlukan peruntukan sebanyak RM1.8 juta. Jadi, saya berharap kementerian dapat menimbangkan permohonan kerajaan negeri. Kedua, berkenaan dengan rumah terbengkalai di Taman Desa Mesra, Kuantan dalam kawasan Parlimen Paya Besar. Saya rasa kedua-dua projek yang terbengkalai ini di dalam pengetahuan pihak kementerian, kerana pada tahun 2006 saya dan rombongan daripada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri telah berdialog dengan Ketua Setiausaha Kementerian dan memaklumkan bahawa tindakan akan diambil bagi membantu menyiapkan Taman Desa Mesra ini. Setakat hari ini, 78 buah rumah telah diduduki, tetapi tidak mendapat CF daripada pihak perbandaran. Jadi, minta kerajaan mengambil perhatian kepada kedua-dua projek ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan. Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan mempunyai sasaran untuk membina rumah. Walau bagaimanapun oleh sebab beberapa faktor yang kita sedia maklum di antaranya ialah masalah tanah yang kita kurang perolehi daripada negeri dan begitu juga dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, kita telah mempunyai sasaran 150,000 rumah PPR sepatutnya akan dibina, tetapi kita hanya berupaya dapat membina lebih kurang dalam 74,000 sahaja. Ini adalah di antaranya masalah tanah. Kedua, juga masalah dari segi peruntukan, kewangan dan sebagainya. Kerajaan memang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat. Oleh sebab itu kita berusaha bukan sahaja melalui kementerian atau Jabatan Perumahan Negara. Kita juga mengalu-

alukan pihak swasta untuk membina lebih banyak rumah kos rendah yang akan kita agih- agihkan kepada mereka yang ingin membeli rumah, terutama sekali mereka yang betul- betul belum lagi mempunyai kediaman ataupun rumah sendiri di mana mereka masih lagi menyewa. Bagi Yang Berhormat Kota Melaka, dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan di kawasan negeri mahupun di kawasan PBT adalah merupakan tanggungjawab pihak PBT itu sendiri untuk merancang, apakah projek-projek yang mereka buat di kawasan itu sama ada projek untuk komersial ataupun projek perumahan. Oleh sebab kita ada zon-zon tertentu. Ada zon komersial, industri dan perumahan. Jadi, terpulang kepada pihak PBT dan juga kerajaan negeri untuk menentukan zon-zon yang mereka ingin bangunkan di kawasan-kawasan PBT yang berkenaan. Bagi kementerian, apabila PBT mengesyorkan bahawa projek ini, kawasan ataupun zon ini dibina untuk komersial, maka kita tidak ada sebarang halangan sebab PBT telah pun meluluskan semua sama ada DPnya sudah pun diluluskan. Jadi, kita hanya mengeluarkan lesen pemaju sahaja yang ada pada kementerian setelah kita mendapat perakuan daripada pihak PBT ataupun pihak berkuasa tempatan. Bagi Yang Berhormat Paya Besar, oleh sebab rekod rumah terbengkalai sebanyak 2,000 unit ini tidak ada pada saya, jadi saya akan minta pegawai-pegawai saya yang ada di dalam Dewan ini akan merekodkan dan saya akan beri jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Begitu juga dengan masalah rumah di Taman Desa Mesra di Kuantan. Jikalau alasannya kerana masalah banjir, jadi ini juga kepada siapa yang harus kita salahkan? Apakah kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang harus bertanggungjawab? Ataupun pihak autoriti, pihak berkuasa tempatan yang seharusnya bertanggungjawab meneliti dan mengenal pasti sama ada kawasan itu banjir atau tidak banjir, atau kawasan itu sesuai atau tidak sesuai untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan? Jadi, kadang-kadang persepsi masyarakat mengenai apabila berlakunya rumah yang terbengkalai, rumah sakit ataupun rumah yang tidak siap, maka hanya ditumpukan kepada pihak kementerian. Bukan kementerian lari daripada tanggungjawab ini. Kita mempunyai tanggungjawab melalui beberapa enakmen, Akta Perumahan dan sebagainya, tetapi yang berkuasa di peringkat awal meluluskan pembangunan itu adalah pihak berkuasa tempatan atau PBT bersama dengan jabatan dan agensi kerajaan sama ada Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Bomba, Jabatan Kesihatan, local authority dan juga jabatan-jabatan berkenaan yang akan meluluskan projek-projek di kawasan-kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak PBT. Saya berharap perkara-perkara ini...

Boleh minta penjelasan sedikit? Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terpanggil dari luar apabila mendengar hujah-hujah Timbalan Menteri mengenai soal tanggungjawab ini. Persoalannya, kementerian menyatakan siapa yang bertanggungjawab? Adakah pihak PBT ataupun pihak kerajaan tempatan, di mana pihak kerajaan tempatan ini kalau kita mahu ambil seumpamanya negeri Sabah di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan negeri. Saya keliru peranan kementerian pusat ini, adakah ia langsung tidak mengambil tanggungjawab tentang permasalahan di peringkat PBT. Rakyat hendak tahu perkara ini. Jikalaulah kenyataan Timbalan Menteri ini bahawa pihak kementerian pusat tidak bertanggungjawab, siapa sebenarnya yang bertanggungjawab jika ada masalah di pihak PBT? Adakah kita biarkan masalah ini di peringkat PBT sahaja ataupun pihak kementerian langsung tidak mahu tahu hal masalah di peringkat PBT?

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya sedikit. Sungguhpun saya boleh terima bahawa kuasa untuk meluluskan atau membuat kajian ini daripada PBT.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Akan tetapi kalau kita bertanya di Parlimen, Menteri yang akan menjawab perkara ini juga adalah daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sebab PBT ini di dalam bidang kuasa kementerian ini. Oleh sebab itu, memandangkan kita tidak boleh menafikan bahawa kekosongan rumah kedai memang banyak di kawasan projek pembangunan bercampuran. Sehingga rumah kedai ini digunakan menjadi tempat bird’s nest, didiami burung layang-layang, atau digunakan sebagai kuarters pekerja asing di mana memang sudah menjadi satu kejadian yang kita tidak boleh nafikan. Apakah kementerian boleh buat untuk menasihatkan PBT ini supaya semasa meluluskan permohonan untuk pembangunan sesuatu projek diutamakan untuk rumah kediaman?

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

[Bangun]

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Memang inilah keperluan amat jelas. Keperluan rumah kediaman lebih di kawasan-kawasan tertentu terhadap rumah kedai. Terima kasih.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Boleh saya sambung tajuk yang sama Yang Berhormat Menteri? Saya dapat melihat Yang Berhormat Menteri berkaitan soal unjuran, apakah kementerian tiada kuasa untuk membuat satu kajian supaya unjuran ini lebih tepat. Ada kawasan yang rakyat memerlukan rumah dari segi unjurannya salah, kurang rumah dibina. Akan tetapi, di kawasan-kawasan yang rakyat tidak memerlukan rumah, berlaku lambakan rumah dan juga kedai-kedai. Jadi, apakah kementerian tiada bidang kuasa atau pun tiada strategi atau pun tiada perancangan supaya membuat satu unjuran yang tepat untuk selaras dengan kehendak rakyat?

Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Putatan, terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka, terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol. Bagi menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Putatan, kalau kita melihat bahawa setiap PBT atau pun negeri-negeri, mereka mempunyai enakmen tersendiri di bawah Local Ordinance. Jadi maknanya kuasa itu ada pada mereka. Kalaupun berlaku dalam sesuatu di dalam kawasan PBT, adalah merupakan kuasa PBT sama ada untuk melakukan sesuatu misalnya untuk mendenda mana-mana projek yang mereka rasa melanggar kuasa di bawah enakmen PBT, itu kuasa mereka. Bagi kementerian, kita hanya membantu, boleh menasihatkan, boleh mencadangkan kepada PBT, terpulanglah kepada PBT sama ada mereka mengikut nasihat kita atau tidak. Ini saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat Putatan lah. Ini yang berlaku. Jadi, tidaklah kementerian selalunya lepas tangan apabila ada aduan daripada misalnya pembeli-pembeli rumah. Kita ada Jawatankuasa Tribunal Tuntutan yang mana akan menerima aduan ini dan akan membantu menyelesaikan masalah yang sebenarnya, seharusnya diselesaikan oleh pihak PBT, pihak negeri. Akan tetapi oleh kerana kita ada akta itu, maka kita gunakan akta ini untuk membantu menyelesaikan masalah dan kadang- kadang alhamdulillah kita boleh berjaya, kadang-kadang juga kita tidak boleh berjaya. Jadi, ini satu makluman yang saya rasa perlu difahami oleh semua pihak terutama sekali Ahli-ahli Yang Berhormat. Ini kerana kita di kementerian meminta kepada Ahli Yang Berhormat bekerjasama dengan kita untuk menyelesaikan bersama dan Ahli Yang Berhormat juga bertanggungjawab dalam kawasan PBT walaupun Ahli-ahli Parlimen ini sebenarnya tidak mempunyai kuasa yang begitu banyak untuk campur tangan dalam PBT. Hanya Menteri di peringkat PBT atau pun menteri di peringkat negeri yang bertanggungjawab kepada PBT, Menteri itulah yang mempunyai kuasa yang mutlak memutuskan sesuatu sama ada mahu membuat untuk ini kepada kawasan PBT itu atau pun di sebaliknya. Jadi, itulah jawapan saya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Bagi Yang Berhormat Kota Melaka...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

...Saya juga akan konsisten dengan apa yang saya jawab bahawa perancangan untuk membina apa juga projek di kawasan PBT adalah merupakan kuasa PBT. Sebagaimana yang saya katakan juga sebagaimana syor Yang Berhormat supaya bolehkah kementerian menasihat kita? Hanya sekadar menasihati. Sama ada mereka menerima nasihat kita atau tidak maka, terpulanglah kepada pihak berkuasa negeri.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih. Kalau boleh saya celah sedikit Yang Berhormat Menteri?

Saya juga sebelum itu saya respons Yang Berhormat Jempol dan memang saya sangat percaya bahawa kita juga akan berusaha untuk memikirkan apa yang terbaik bagi kawasan-kawasan PBT dan apa yang terbaik untuk rakyat Malaysia supaya tidak lagi akan berlaku, tiada lagi perdebatan kita dalam Parlimen ini bahawa banyak rumah terbengkalai, banyak rumah yang tidak siap dan sebagainya. Pembangunan pula tidak sebegitu mengikut kehendak, ada kawasan-kawasan yang tidak memerlukan rumah dibina rumah, ada kawasan-kawasan yang memerlukan rumah tetapi dibina di sebaliknya. Jadi, ini pun satu syor yang baik dan saya percaya kementerian kita akan mengambil perhatian dan akan mengkaji tentang soal apa yang berlaku di setiap negeri atau pun di setiap PBT.

Tuan Pengerusi

Ya.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. Saya kira saya perlu bertanya di Dewan yang mulia ini untuk mendapatkan penjelasan untuk ke sekian kalinya lah. Mengikut faktanya, hanya 12 projek berkala yang selesai daripada 148 projek. Itu pun mungkin under reporting dan 49 sedang dipulihkan. Kita ingin tahu Tuan Pengerusi daripada kementerian dan Timbalan Menteri, apakah sudah sampai masanya kita ubah polisi, dasar? Ini kementerian tidak boleh berdolak-dalik kerana balik kepada persoalan dasar mesti kembali kepada Menterinya, Timbalan Menterinya dan kementeriannya. Kita tidak boleh mengulangi kerja yang sama dan mengharapkan keputusan yang berbeza Timbalan Menteri. That will be the climax of stupidity, dengan izin... [Dewan riuh] Maknanya, saya ingin bertanya apa yang menggagalkan kita untuk melaksanakan dasar bina dan jual? Apa, apa faktornya yang tidak dapat diperkasakan? Apakah kewangan, apakah implementasi..., apa ya? Sebab sudah sekian lamanya persoalan projek terbengkalai ini diulang-ulangi. Penjelasan yang sama dan mismatch tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Jempol. Itu satu hal yang saya kira kalau barulah hendak dikaji, satu masalah besar itu dari sudut policy makernya Tuan Pengerusi. Saya ingin tahu, sudah sampai waktunya kita selesaikan secara tuntas, bina dan jual dan jangan kita ulangi kerja yang sama walau sebaik mana pun kerana ia akan mengulangi natijah yang sama. Jadi, oleh kerana itu saya ingin tanya, bilakah dasar bina dan jual akan diperkasakan bagi menyelesaikan maslah projek terbengkalai ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya berharap Yang Berhormat Kuala Selangor juga apabila Kerajaan Pusat untuk mengkaji atau extend kita punya law di peringkat negeri supaya dapatlah minta supaya Kerajaan Negeri Selangor bersetuju sebab kerajaan-kerajaan negeri tidak bersetuju kadang-kadang dengan apa juga akta yang kita sampaikan kepada kerajaan negeri, mereka tidak setuju. Mungkin ada Ahli Yang Berhormat di sini yang pernah jadi Exco Kerajaan Negeri tahu mereka pertahankan hak mereka di negeri-negeri. Jadi ini yang masalahnya, itu sebab kita tidak boleh selaraskan dan kita pula tidak begitu drastik. Kalau boleh kita ada undang-undang. Kita pergi sahaja mungkin boleh tetapi, ini negara demokrasi. Jadi kita kena ikut, kena yakin, kena memberikan peluang kepada kerajaan negeri untuk berbincang dan memikirkan sama ada mereka bersetuju atau tidak. Bayangkan kalau... Untuk makluman Yang Berhormat, kalau kita extend kita punya undang-undang yang akan merugikan. Dalam pendapat mereka merugikan kerajaan negeri, mereka pastinya tidak akan bersetuju.

Jadi, ini di antaranya kerana kerajaan negeri hendakkan kuasa. Kerajaan negeri hendakkan kuasa sekurang-kurangnya jangan Federal ini, Kerajaan Pusat ini berkuasa sepenuhnya kepada kerajaan negeri. Ini masalahnya Yang Berhormat, jadi harus faham. Bukan kerajaan tidak bertanggungjawab...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya.

Bukan kerajaan tidak mahu memikirkan. Sudah difikirkan lama.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya.

Akan tetapi apabila kita melakukan sesuatu, masalahnya kerajaan negeri tidak bersetuju.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya. Saya cukup faham.

Sebelum itu...saya jawab dahulu. Saya jawab dahulu.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya cukup faham.

Saya jawab dahulu. Tentang bina dan jual, hanya satu sahaja sementara waktu ini satu syarikat. Saya lupa ia punya nama yang bersedia untuk melaksanakannya, yang lainnya tidak. Masalah kewanganlah, bank tidak memberi pinjaman dan sebagainya. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya kita sudah buka sudah dasar ini. Siapa yang hendak, boleh. Pada bila-bila masa kita bersetuju meluluskan kalau sekiranya ada pemaju kontraktor yang ingin membina, bina dahulu belakang jual. Tidak ada masalah.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Boleh celah sedikit?

Tidak ada masalah. Okey, terima kasih. Saya beri kepada peluang kepada Yang Berhormat Kuala Selangor tadi.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cukup menghormati pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kebelakangan ini pun kita sudah dapat lihat bagaimana berlaku perubahan atau pun dengan kata lain penghakisan kuasa kerajaan-kerajaan negeri di bawah amalan federalisme. Hari ini sudah berlaku pemindahan-pemindahan kuasa, tanah, air, sisa pepejal. Saya ingatkan Kerajaan Pusat tidak perlu meminta lebih daripada apa yang telah pun diberikan oleh kerajaan negeri. Akta-akta semua itu, paling-paling mutakhir penstrukturan air yang dulunya di bawah senarai kerajaan negeri sudah berpindah kepada senarai bersama. Begitu juga dengan sisa pepejal. Jadi saya ingatkan perkara itu difahami oleh Dewan yang mulia ini. Persoalannya sekarang ini apabila saya menyebut tentang bina dan jual. Ini adalah dasar. Dasar itu mesti berserta dengan satu komitmen yang antara lainnya adalah komitmen yang saya sebutkan dalam penghujahan saya tadi atau dalam komentar saya tadi pada awalnya ialah bersabit dengan peruntukan yang mesti ditunjukkan oleh Federal dengan apa yang saya katakan fiscal decentralization itu atau ‘tidak pemusatan kewangan’ Pusat. Mesti diberikan bersama juga peruntukan yang agak munasabah untuk kerajaan negeri membina pembangunan mereka. Memacu pembangunan mereka. Bayangkan Selangor memberikan revenue sebanyak RM12 bilion keseluruhan revenue daripada tax nya... [Tepuk] Hanya dapat pulangan hanya RM200 juta lebih ataupun RM300 juta. Itu adalah antara perkara yang kita boleh hujahkan. Saya tidak mahu terlibat dalam polemik di sini tetapi kerajaan-kerajaan khususnya di bawah Pakatan Rakyat bersedia untuk berikan apa yang terbaik untuk rakyat supaya kita bereskan secara tuntas masalah projek terbengkalai ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Balik Pulau sedikit Yang Berhormat Menteri.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Sambung sedikit.

Okey, Yang Berhormat Menteri dasar siap dan jual ini ada kaitan dengan permasalahan pembiayaan kewangan. Ini Yang Berhormat Menteri boleh mohon penjelasan daripada Menteri Kewangan. Sekarang ini dalam pembelian rumah, apa yang diuar-uarkan ialah pembiayaan melalui perbankan Islam iaitu Al-Bai' Bithaman 'Ajil. Yang sebenarnya bersesuaian ialah Al-Bai' Bithaman 'Ajil ialah apabila rumah itu sudah siap kerana perbankan Islam Al-Bai' Bithaman 'Ajil ini membeli satu benda yang sudah ada, sudah wujud. Yang sebenarnya yang kita ada sekarang apabila tidak siap, itu Bai’ Al-Istisna, kita order. Jadi, sebenarnya menggunakan dasar siap dan jual ini membantu dasar kerajaan mempromosikan perbankan Islam yang sedia ada sekarang ini ialah Al-Bai' Bithaman 'Ajil terutamanya BBA. Akan tetapi kalau dasar siap dan jual ini tidak diangkat, saya khuatir sekarang ini kerana ada percubaan di mahkamah untuk mencabar kesahihan produk iaitu Al-Bai' Bithaman 'Ajil dalam pembiayaan perumahan. Jadi ini saya rasa agak tidak selaras dengan Dasar Perbankan Islam dan ini sendiri saya tahu bahawa manfaatnya di antara dua, membangunkan perbankan Islam dan kedua yang penting lagi kepentingan masyarakat membeli rumah yang sudah siap. Jadi saya rasa kementerian dapatkan penjelasan daripada pakar syariah, mungkin daripada Bank Negara kalau perlu. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Terima kasih kepada Yang Berhormat Balik Pulau. Jadi...

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri boleh beri sedikit?

Sekejap, sekejap. Sebentar. Terima kasih kepada pertamanya bagi Yang Berhormat Kuala Selangor. Terima kasih atas komitmen Yang Berhormat. Jadi kalau ada apa-apa nanti, apa undang-undang yang dirasakan perlu kita pergi ke negeri Selangor dan negeri-negeri yang lain, saya harap Yang Berhormat dapat bantu kita. Sebab ini untuk menjayakan pembangunan negara. Saya pun tidak mahu berpolitik. Kalau boleh kita ketepikan politik tetapi untuk rakyat untuk negara. Jadi terima kasih atas komitmen tersebut dan mengenai dengan bina, siap dan jual ini, saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Balik Pulau apa masalah. Mungkin dari segi pinjaman atau bank dan sebagainya. Kita akan beritahu secara bertulis. Terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tentang pelaksanaan konsep build and sell. Saya cadangkan supaya kementerian menubuhkan satu tabung. Tabung let’s say, RM1 bilion untuk mengatasi masalah ini. So kita menggalakkan pemaju untuk bina pangsapuri kos rendah atau kos sederhana untuk menggalakkan konsep pelaksanaan build and sell ini. So bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri beri bajet tahun hadapan supaya kita tubuhkan satu dana untuk bantu pemaju ini dari segi pelaksanaan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Sebagaimana saya jawab dengan rakan-rakan yang lain sama juga. Oleh kerana ini merupakan dasar dan memerlukan kelulusan Kabinet, maka saya mengambil kira tentang cadangan-cadangan ini dan kementerian akan cuba untuk mengajukan kepada pihak Kementerian Kewangan khususnya dan kalau diterima, apa salahnya kalau ada RM1 bilion. Akan tetapi ini bukan komitmen saya, sebab adalah mengenai dengan dasar. Dasar ini perlu ada kelulusan daripada pihak Jemaah Menteri. Terima kasih.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya hendak tanya sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri fasal dasar tadi. Saya merujuk kepada dasar-dasar yang disebut. Kita ada Dasar Perbandaran Negara, Dasar Sisa Pepejal, Dasar Keselamatan ICT. Maksudnya kita belum ada dasar perumahan negara yang merujuk khas untuk mengatasi masalah pemilikan perumahan ini. Saya hendak kepastian ini sebab saya tengok dalam ini tidak ada dasar berkenaan dengan dasar perumahan atau dasar pemilikan perumahan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Kita sebenarnya sudah mempunyai beberapa dasar. Misalnya Dasar Rumah Kos Rendah.

Dasar Pemilikan Bumiputera sudah ada tetapi dasar untuk bina, siap dan jual ini - kita sudah ada, dasar ini ada tetapi cara mana untuk memperkembangkan lagi sama ada kita perlu menyediakan peruntukan atau menyediakan dana dan sebagainya, itu kita belum ada. Kita sekarang ini minta supaya pihak pemaju berunding dengan pihak bank untuk memajukan projek mereka. Jadi itu yang saya katakan tadi dasar ini perlu.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Maksudnya kita akan satu dasar baru berkenaan dengan isu ini?

Apa?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Maksudnya kita akan satu dasar baru berkenaan dengan isu ini? Atau pun kita akan...

Bukan, kita ada dasar untuk... [Disampuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, pada peringkat Jawatankuasa saya minta untuk tidak membahaskan perkara dasar. Di peringkat Jawatankuasa adalah peringkat yang spesifik dan perkara-perkara dasar tidak sepatutnya dibahaskan di dalam yang Jawatankuasa. Itu ingatan Yang Berhormat.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi, maksud saya, saya rujuk kepada butiran atau fungsi-fungsi yang ada di bawah Butiran ini. Akan tetapi ini ada disentuh berkenaan dengan tajuk dasar perumahan tadi. Bukannya peringkat dasar. Maksudnya Butiran berkenaan dengan isu yang kita bincangkan. Itu sahaja. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih. Yang Berhormat Teluk Kemang, status projek Taman Crystal Bersatu di Port Dickson. Untuk makluman, kementerian sudah sedia maklum bahawa sebahagian daripada projek ini telah dilelong oleh pihak Maybank. Pembida yang berjaya ialah Farcon Sdn. Bhd. Buat masa ini syarikat ini sedang melaksanakan pemulihan projek berkaitan yang dijangka siap pada tahun 2010. Isu berkaitan dengan hak pembeli asal dan tuntutan kelewatan akan dikemukakan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah atau di mahkamah untuk diputuskan selanjutnya. Ahli Yang Berhormat Simpang Renggam, bilakah projek perumahan Taman Seri Layang-layang, Kluang akan dipulihkan. Untuk makluman Yang Berhormat, pemaju projek ini telah pun digulung pada 13 Disember tahun 2004. Mahkamah Tinggi telah melantik tuntutan Soon and Company sebagai advokator projek ini.

Buat masa ini pihak kementerian bersama dengan KPT sedang berusaha untuk mendapatkan pemaju penyelamat. Kerja-kerja pemulihan akan mula dilaksanakan sebaik sahaja persefahaman di antara kontraktor dan pemaju yang menyelamat dicapai. Sekali lagi saya kembali kepada Yang Berhormat Telok Kemang. Peruntukan 2010 bagi PPR dimiliki. Bagi tahun 2010, peruntukan sebanyak RM11.6 juta dipohon bagi menyiapkan sebanyak sembilan projek melibatkan sebanyak 884 unit. Bagi peruntukan tahun 2010 bagi PPR disewa, sejumlah RM389,556,300 dipohon bagi menyiapkan 28 projek melibatkan 20,540 unit dan pemulihan pelaksanaan dua projek baru melibatkan 740 unit. Yang Berhormat Kuala Krau membangkitkan mengenai Projek Perumahan Rakyat Paya Suk. Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Perumahan Paya Suk di Parlimen Kuala Krau dijadualkan siap dan diserahkan kepada pihak Kerajaan Negeri Pahang pada Mac 2010. Yang Berhormat Tenggara mencadangkan Projek Perumahan Rakyat Dimiliki di kawasan Parlimen Tenggara. Cadangan ini akan dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Walau bagaimanapun, pertimbangan akan berdasarkan kepada kajian yang akan dilaksanakan.

Yang Berhormat Indera Mahkota bertanya apakah kadar pemilikan rumah di Malaysia. Saya ingin menyatakan bahawa untuk makluman Yang Berhormat, belum ada database mengenai pemilikan rakyat Malaysia di negara ini. Jadi, saya ingin menyampaikan bahawa...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Anggaran pun tidak ada?

Anggaran pun belum ada lagi. Jadi, kita akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja. Memandangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri mahu mengambil inisiatif di sini, ada kajian menunjukkan bahawa pemilikan rumah, property rights, dengan izin, akan menambah langsung kepada KDNK negara. Jadi, saya cadangkan supaya inisiatif ini perlu dipercepatkan.

Terima kasih, Yang Berhormat Balik Pulau. Cadangan akan diambil perhatian. Yang Berhormat Batu Gajah bertanya mengapa program BP.1 – Projek-projek Kecil Kawasan PBT tidak menunjukkan butiran projek yang akan dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, projek-projek di bawah program BP.1 merupakan projek-projek kecil yang berkaitan dengan kerja-kerja infrastruktur dan kemudahan awam. Projek ini bertujuan untuk membantu PBT menyediakan prasarana yang selesa bagi masyarakat setempat. Projek-projek tersebut akan ditawarkan secara sebut harga. Butiran projek disediakan mengikut negeri di mana peruntukan disediakan setelah bajet tahunan diluluskan. Ini juga berdasarkan kepada permohonan daripada seluruh PBT yang berkenaan. Yang Berhormat Batu Gajah juga menyatakan bahawa di bawah Program Keselamatan Awam – BP.10 telah diperuntukkan sebanyak RM785,000 bagi tahun 2010. Apakah tujuan bagi peruntukan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan tersebut adalah bagi mengadakan seminar, bengkel kepada PBT untuk memberikan pendedahan tentang rancangan 23 langkah dalam Program Bandar Selamat. Selain daripada itu juga, beberapa projek perintis PBT terpilih bagi pelaksanaan penambahbaikan kepada taman-taman rekreasi di kawasan PBT selaras dengan Program Keselamatan Awam. KPKT juga telah mengeluarkan pekeliling kepada semua PBT bagi mengadakan pemasangan CCTV di kawasan-kawasan yang dikenal pasti yang tinggi indeks jenayah dan juga kawasan yang panas pada tahun 2004. Di mana lokasi pemasangan CCTV tersebut adalah hasil daripada perbincangan dengan pihak Polis Diraja Malaysia. Selain daripada itu, KPKT juga telah mengambil inisiatif bagi pemasangan 496 CCTV di 25 PBT terpilih secara sewaan oleh perolehan tender terbuka. Yang Berhormat Batu Gajah juga bertanya sejauh manakah 23 langkah di bawah inisiatif Program Bandar Selamat dilaksanakan. Ada 23 langkah tersebut adalah penyediaan CCTV, pengasingan pejalan kaki, motosikal dan pembinaan billboard serta hadangan. Bagi tahun 2009, sejumlah 39 bandar telah dirujuk meliputi bandar di Majlis Bandar Raya dan juga Majlis Perbandaran. Mengenai dengan pelaksanaan 23 langkah tersebut daripada tiga bandar telah dilaksanakan dan kesemuanya 100 peratus dilangkah Shah Alam, Petaling Jaya dan Kuantan. Sebanyak 36 buah bandar telah dilaksanakan lebih daripada 80 peratus langkah. PBT juga seterusnya akan meneruskan meningkatkan usaha elemen keselamatan melalui perancangan atau pembangunan fizikal (PCAPPED). Yang Berhormat Batu Gajah juga menyatakan bahawa peniaga diminta memasang alat penapis minyak bagi premis makanan dan jika tidak, lesen tidak akan diperbaharui. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemasangan alat penapis minyak di premis makanan merupakan keputusan mesyuarat NKT yang dijadikan syarat dalam permohonan lesen premis makanan. Yang Berhormat Tenggara menyentuh mengenai Program BP.6 – Projek-projek Kecil di Kawasan Kampung Tradisional...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan. Dua perkara kecil yang saya minta penjelasan berkenaan peruntukan untuk projek kecil di kawasan pihak berkuasa tempatan. Persoalan yang timbul adalah kita menyedari bahawa PBT mempunyai masalah kewangan dan ada juga di antara PBT menghadapi masalah kutipan cukai taksirannya. Persoalan yang timbul adalah sering kali kita nampak baik kerana sekarang kita nampak Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan membantu PBT yang menghadapi masalah kewangan. Namun kerap kali kita nampak keadaan di bandar raya, mereka menggunakan peruntukan untuk tujuan yang tidak memanfaatkan orang ramai. Saya beri contoh, memasang pasu-pasu bunga yang besar di sepanjang jalan yang besar. Saya pernah kira di sepanjang jalan ada lebih daripada seratus buah pasu. Maksud saya pasu sahaja, tidak ada bunga. Pasu-pasu besar sepanjang jalan yang saya rasa tidak memberi sebarang manfaat kepada orang ramai. Itu persoalan saya. Saya risau projek-projek ini dan sebab itulah saya minta butirannya memandangkan peruntukan yang besar kepada PBT. Apakah projek yang dirancang dan dimohon itu akan memberi manfaat kepada orang ramai. Ini kerana jalan-jalan di taman perumahan ada yang sudah dalam keadaan rosak yang teruk tetapi tidak diperbaiki. Sebaliknya wang kutipan oleh PBT digunakan atas nama untuk mencantikkan bandar raya dengan meletakkan pasu-pasu bunga. Perkara kedua berkenaan dengan Program Bandar Selamat. Apakah kementerian dapat memastikan PBT tadi Yang Berhormat kata hanya tiga bandar sahaja yang telah menggunakan kesemua strategi langkah pencegahan jenayah. Apakah kementerian memastikan PBT memberikan keutamaan dalam aspek itu? Bandar raya kalau tidak selamat untuk orang ramai ia tidak bermakna dengan peruntukan yang banyak diberikan itu. Itu persoalannya, terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Batu Gajah. Sepatutnya soalan Yang Berhormat itu boleh dikemukakan kepada Dewan Undangan Negeri. Saya di kementerian ini hanya menyediakan peruntukan yang dipohon oleh PBT. Dia hendak buat landskap, pasang pasu atau hendak pasang apa pun itu di PBT yang merancang. Kita menyediakan peruntukan. Jika sekiranya Yang Berhormat rasa tidak puas hati dengan apa yang dilaksanakan oleh PBT di kawasan Parlimen Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh minta penjelasan daripada pihak PBT, pihak Majlis Perbandaran Kota Melaka dalam pelaksanaan projek-projek berkenaan. Jadi, saya bukan hendak lepas tangan. Pada awal tahun ini kita hantar peruntukan kepada PBT untuk melaksanakan sebahagian daripada projek-projek yang mereka rancang. Jadi, terpulang kepada PBT. Tender pun mereka buat. Sama ada tender, sebut harga atau apa sahaja pun, mereka yang buat. Kita hanya menyediakan peruntukan. Saya harap Yang Berhormat akan memahami tentang soal ini. Mengenai Program Bandar Selamat ini memang kerajaan akan terus memastikan keselamatan para penduduk dan masyarakat kita di Malaysia ini. Namun demikian apa sahaja yang orang hendak buat, dia akan buat juga. Contohnya, seperti satu kes penculikan yang berlaku di Bangsar. Di situ ada CCTV tetapi kes seperti ini pun berlaku juga. Orang yang menculik, merogol dan membunuh boleh dikenali melalui CCTV tetapi perkara seperti ini pun berlaku juga.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat boleh sambung sebelah petang nanti.

Terima kasih. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang ini. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri sambung.

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Terima kasih Tuan Pengerusi. Izinkan saya untuk menyambung mengenai dengan jawapan-jawapan dan respons dari pihak kementerian kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mengemukakan cadangan-cadangan dan juga saranan-saranan kepada kementerian saya. Yang Berhormat daripada Tenggara, Program B.6, P.6 – Projek-Projek Kecil Di Kawasan Kampung Tradisional. Pihak kementerian sedang merangka Pelan Induk Kampung Tradisional. Pada masa ini kajian masih dibuat oleh juru perunding. Dengan adanya pelan ini kelak, ia dapat membantu kementerian dan PBT merancang dengan lebih terperinci pembangunan infrastruktur kecil dan kemudahan awam di kawasan kampung tradisional. Yang Berhormat Tenggara juga membangkitkan tentang soal bagaimana dengan 64 langkah penambahbaikan yang dicadangkan untuk dilaksanakan oleh pihak kementerian. Kementerian mengiktiraf 64 langkah penambahbaikan yang dicadangkan untuk dilaksanakan dalam jangka masa pendek, sederhana dan juga panjang. Walau bagaimanapun, cadangan penambahbaikan tersebut telah dilaksanakan oleh kementerian seperti penubuhan Pusat Setempat (OAC), Pengeluaran Populasi atau pun CCC oleh profesional pelaksanaan Sistem e-PBT, memudahkan proses pengeluaran lesen perniagaan dan sebagainya. Inisiatif–inisiatif ini dilaksanakan oleh kementerian dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa. Yang Berhormat Parit Sulong membangkitkan mengenai Pasar Awam Batu Pahat yang uzur dan lebih daripada 50 tahun usianya, apakah status dan cadangan pasar ini dan berapa banyak peruntukan? Pihak kementerian tidak ada menerima cadangan untuk membina pasar baru bagi menggantikan pasar yang sedia ada yang telah dikatakan uzur. Untuk makluman, projek-projek di bawah B.1,P.1 pada amnya, merupakan projek-projek kecil yang ditawarkan secara sebut harga. Bagi projek-projek yang mempunyai kos tinggi, biasanya tidak dicadangkan di bawah skop aktiviti program tersebut. Kepada Yang Berhormat Simpang Renggam, pembinaan Pasar Simpang Renggam, tapak telah pun disediakan tetapi peruntukan tiada. Pasar yang dimaksudkan merupakan cadangan pembinaan pasar khinzir dengan anggaran kos sebanyak RM100,000. Permohonan peruntukan baru dibuat pada tahun 2010, di bawah peruntukan bajet yang akan disediakan. Yang Berhormat Bakri. Tiada lampu jalan raya di sepanjang Bakri dan Muar. Buat masa ini, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bakri, tidak ada permohonan ataupun dikemukakan oleh pihak Majlis Perbandaran Muar bagi maksud penyediaan lampu jalan raya tersebut. Walau bagaimanapun, jika sekiranya Yang Berhormat dapat menyarankan kepada pihak Majlis Perbandaran Muar, maka kementerian akan cuba untuk mempertimbangkannya. Yang Berhormat Balik Pulau, cadangan penubuhan PBT di Balik Pulau. Untuk makluman Yang Berhormat, proses mewujudkan PBT boleh dibuat oleh kerajaan negeri di bawah seksyen 3, Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kertas permohonan dari kerajaan negeri akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Saiz Perkhidmatan Awam atau dengan ringkasnya JPSPA sebelum dikemukakan ke dalam Mesyuarat Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan. Sehingga kini, kementerian belum menerima kertas cadangan penubuhan Majlis Perbandaran Balik Pulau daripada kerajaan negeri Pulau Pinang. Seperkara lagi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenggara ialah masalah mobilisasi anggota PBT.

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Bagaimana dengan cadangan menjadikan anggota PBT sebagai anggota perkhidmatan awam? Kementerian mengambil maklum akan keterangan di bawah perkhidmatan tertutup kepada anggota PBT, boleh menjejaskan penyampaian perkhidmatan PBT. Sehubungan dengan itu, cadangan untuk menjadikan anggota PBT sebagai anggota perkhidmatan awam atau guna sama sedang diperhalusi dan ia merupakan di antara langkah penambahbaikan KRIA National selaras dengan program transformasi kerajaan. Yang Berhormat Tenggara juga bertanyakan mengenai dengan prestasi pelaksanaan Program Local Agenda 21. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan Local Agenda (LA) 21, dimulakan pada tahun 2002 melibatkan Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Miri, Majlis Perbandaran Kuantan dan Majlis Daerah Kerian. Seterusnya pada tahun 2004, program ini diperluaskan kepada semua PBT bertarafkan Majlis Bandaraya dan juga Majlis Perbandaran. Sehingga tahun 2009, sebanyak 103 PBT telah melaksanakan Program LA atau Local Agenda 21 di mana pelbagai pelan tindakan telah dibentuk merangkumi aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar. Peruntukan RMK-9 adalah sebanyak RM29 juta manakala telah dicadangkan untuk ditambah pada RMK-10 menjadi sebanyak RM50 juta. Kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Limbang mengenai adakah inisiatif yang boleh diberikan kepada pihak swasta yang menyertai Program Local Agenda 21. Program Local Agenda 21 merupakan perkongsian pintar di antara pihak yang berkepentingan iaitu PBT, masyarakat dan juga pihak swasta. Di antara objektifnya yang disyorkan adalah meningkatkan penglibatan masyarakat dalam menyelesaikan isu perbandaran di samping mewujudkan perasaan kepunyaan di kalangan masyarakat dan pihak swasta di kawasan PBT. Yang Berhormat Balik Pulau juga membangkitkan iaitu mengenai penduduk di kawasan Balik Pulau memerlukan tempat untuk berekreasi atau adakah perlu supaya tempat-tempat rekreasi keluarga disediakan supaya penduduk dapat membawa keluarga berekreasi. Kementerian mengambil maklum dan menghargai cadangan Yang Berhormat. Kementerian sentiasa berusaha untuk menyediakan infrastruktur di taman-taman awam. Walau bagaimanapun dengan peruntukan yang terhad, program terpaksa dijalankan mengikut keutamaan dan kesediaan tapak yang ada memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Sekali lagi Yang Berhormat Bakri mengenai dengan masalah Taman Awam Tanjung Emas berhubung dengan projek mempertingkatkan Taman Awam Tanjung Emas yang telah disiapkan tiga tahun dahulu. Akan tetapi sekarang temboknya mula senget atau condong. Sebaik sahaja projek ini disiapkan ianya telah diserahkan kepada Majlis Perbandaran untuk diselenggarakan. Berhubung dengan soalan Yang Berhormat berkaitan dengan tembok yang condong. Kementerian melalui Jabatan Landskap Negara akan buat siasatan ke atas masalah tersebut. Yang Berhormat Bakri, mengenai kolam renang, baik pulih kolam renang Muar yang disebut oleh Yang Berhormat Bakri yang boleh diguna pakai oleh biawak-biawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek ini bukan merupakan projek di bawah skop aktiviti PBT I. Jadi walau bagaimanapun, kementerian tidaklah juga ingin lepas tangan sebab ini adalah merupakan kemudahan-kemudahan asas publik ataupun orang awam. Kita akan cuba bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan kerana penyelenggaraan kolam-kolam ini sepatutnya di bawah kementerian tersebut. Akan tetapi, oleh kerana dia diletakkan di Majlis Perbandaran yang berkenaan maka ada kaitannya pula dengan pihak kementerian. Saya berharap Yang Berhormat Bakri akan berpuas hati dengan apa yang saya maklumkan di sini. Apa-apa juga keputusan nanti kita akan sampaikan secara bertulis. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Seterusnya Yang Berhormat daripada Balik Pulau memohon memberikan senarai projek di bawah rancangan tempatan supaya dipantau bersama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, rancangan tempatan kawasan barat daya termasuk Balik Pulau dan kawasan timur laut telah disediakan seawal Rancangan Malaysia Ketujuh. Rancangan tersebut telah dikemas kini di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan bagi keseluruhan Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang merangkumi keseluruhan pulau. Rancangan disediakan oleh MPPP dan kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri menangguhkan publisiti terhadap rancangan tempatan tersebut di atas sebab-sebab tertentu. Saya tidak tahu apa sebab-sebab tetapi disebut di sini adalah atas sebab-sebab tertentu. Semasa proses publisiti tersebut, semua cadangan ini dan strategi pembangunan termasuk senarai projek dihebahkan kepada orang awam. Yang Berhormat Balik Pulau juga menyatakan bahawa apakah aspek-aspek perbandaran di Balik Pulau. Balik Pulau bertaraf pusat perkhidmatan utama di bawah hierarki perbandaran. Ianya merupakan kawasan sumber pertanian. Walau bagaimanapun, halangan-halangan utama pembangunan adalah isu accessibility dan juga halangan ke atas pegangan tanah. Walau bagaimanapun, ianya berpotensi untuk agropelancongan di masa yang akan datang. Tuan Pengerusi, saya ingin menjawab soalan atau dibangkitkan oleh Yang Berhormat Limbang. Cadangan untuk menubuhkan bomba sukarela menggunakan bot yang dilengkapi pam di kampung-kampung nelayan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggalakkan penubuhan pasukan bomba sukarela bagi kawasan-kawasan yang jauh daripada balai bomba. Seperti yang ditubuhkan di kawasan-kawasan kampung yang ada di seluruh negara. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ada menyediakan kemudahan-kemudahan asas seperti pam angkut yang boleh digunakan oleh Pasukan Bomba Sukarela. Yang Berhormat Simpang Renggam syor peruntukan tetap disyorkan kepada Pasukan Bomba Sukarela. Kerajaan menyediakan peruntukan yang khusus bagi Pasukan Bomba Sukarela. Akan tetapi, agihannya peruntukan ini adalah mengikut keutamaan dan keperluan mendesak termasuklah juga aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh bomba sukarela. Yang Berhormat Kuala Krau. Adakah anggota Pasukan Bomba Sukarela diinsuranskan? Adakah pihak kerajaan bercadang untuk membayar elaun kepada anggota bomba sukarela seperti askar wataniah? Buat masa ini anggota Pasukan Bomba Sukarela tidak dibayar apa-apa elaun atau insurans. Sesuai dengan statusnya sebagai Pasukan Bomba Sukarela yang berdaftar di bawah ROS. Walau bagaimanapun, kerajaan menyediakan keperluan asas seperti pakaian perlindungan keselamatan, peralatan pemadam api kebakaran dan menjalani latihan di bawah bimbingan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Yang Berhormat Kuala Krau juga membangkitkan tentang Jabatan Bomba tiada kawalan terhadap bomba sukarela kerana bomba sukarela berdaftar dengan ROS, Pendaftar Pertubuhan. Tiada tindakan disiplin yang boleh diambil atas masalah disiplin yang ditimbulkan oleh bomba sukarela menyebabkan Jabatan Bomba mendapat nama ataupun imej yang agak buruk. Walaupun pendaftaran pertubuhan bomba sukarela dibuat di bawah ROS, pengurusan dan pemantauan aktivitinya dibuat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Jika terdapat sebarang masalah dengan sesebuah pertubuhan bomba sukarela perkara itu boleh dilapor kepada ROS untuk diambil tindakan pembetulan. Setakat ini tidak ada masalah dasar berhubung dengan penubuhan bomba sukarela atau dengan ringkasnya PBS yang tidak dapat diselesaikan. Yang Berhormat Pasir Mas, banyak rumah terbakar tidak dapat diselamatkan kerana...

Tuan Pengerusi mohon penjelasan.

Tuan Pengerusi

Sila.

Terima kasih di atas jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri tentang elaun Pasukan Sukarela Bomba ini. Cuma adakah pihak kementerian bercadang selain daripada insentif atau elaun ini, ada insentif yang lain dalam bentuk bantuan pakaian seragam atau uniform atau bekalan-bekalan yang lain, peralatan yang lain untuk dibekalkan kepada Pasukan Sukarela Bomba ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Memang saya jawab tadi bahawa ada bantuan-bantuan seperti peralatan pemadam api, pakaian dan sebagainya. Akan tetapi, ianya mengikut keperluan oleh pihak jabatan ataupun pihak bomba sukarela.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi saya hendak minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan bomba ini, saya diberi maklumat bahawa ada pertukaran dasar berkaitan dengan penggunaan pangkat dalam bomba di mana dalam setahun, dua lepas, pemegang- pemegang pangkat bawah daripada crown dilupuskan pemakaian pangkat. Kemudian diambil pengambilan baru daripada kalangan pemegang diploma diberi pangkat seperti sarjan, koperal. Mereka yang sebelum ini berpangkat sudah tidak ada, tidak diberi pangkat itu. Jadi, apa rasional keputusan tersebut atau dasar itu dibuat berkaitan dengan penggunaan pangkat di kalangan anggota bomba ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu kerana soalan Yang Berhormat adalah soalan yang baru dan tidak...

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Boleh beri dalam bentuk bertulis ke apa?

Saya tidak ada rekod sama ada berlaku pertukaran polisi ataupun tidak. Bagaimanapun saya akan beri jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih.

Saya takut, saya bimbang saya salah.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Yang Berhormat Menteri boleh jelas sedikit tentang bomba sukarelawan. Di Taman Datuk Harun PJ tempat saya ada satu pasukan bomba sukarelawan yang memang ada kereta penyelamat. Akan tetapi, dia tidak terima apa-apa peruntukan daripada kementerian semenjak dahulu lagi. Tadi Yang Berhormat Menteri kata peruntukan itu hanya dikhaskan untuk aktiviti yang dijalankan. Saya hendak tahu apakah aktiviti yang dinyatakan itu? Ini kerana sukarelawan di Taman Datuk Harun dia setiap minggu memang mengadakan aktiviti, adakan program untuk mengajar orang umum tentang cara untuk menghadapi semasa berlaku kebakaran. Adakah ini satu aktiviti? Akan tetapi, mereka menunggu-nunggu peruntukan dan dapat surat bomba daripada Petaling Jaya kata mereka tidak ada peruntukan untuk mereka. Itu saya harap Yang Berhormat Menteri boleh timbangkan bagi peruntukan kepada pasukan ini. Terima kasih.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat satu lagi berkaitan dengan bomba, Tuan Pengerusi. Terima kasih Menteri. Ini berkaitan dengan penutupan Jalan Masjid India. Jawapannya yang diberikan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan mereka telah menutup Jalan Masjid India dan membina apa yang dikenali hari ini sebagai Bazar Masjid India tanpa kelulusan bomba.

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Ini jawapan yang diberi Menteri iaitu “Status terkini Jabatan Arkitek DBKL bersama Arkitek Juru Perunding MNE sedang menyediakan laporan kajian keperluan bomba untuk pembentangan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia".

Tuan Zulkifli bin NoordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Jadi, apa yang saya hujahkan hari itu adalah struktur telah dibina, jalan telah ditutup, tanpa kelulusan pihak bomba. Saya hendak tahu apa tindakan yang akan diambil oleh pihak bomba? Pada bulan Ogos tahun lepas, berlaku kebakaran di Wisma Yakin di tingkat 9, office satu firma guaman, bomba tidak boleh masuk dan office tersebut terbakar begitu sahaja. Bomba terpaksa pusing jauh masuk melalui jalan depan Semua House, baru boleh masuk. Itu pun tidak sampai ke kawasan Wisma Yakin disebabkan bazar tersebut, jalan yang terlalu kecil dan kenderaan yang begitu banyak, tidak ada laluan langsung untuk laluan keselamatan khususnya oleh bomba. Kawasan yang terlibat sekarang ini iaitu Jalan Melayu, Citin Hotel, Masjid India sendiri dan bangunan Wisma Yakin. Jadi, adakah bomba akan mengambil tindakan seperti mungkin mengarahkan DBKL membuka semula struktur tersebut ataupun apa langkah yang akan diambil oleh pihak bomba? Iaitu sebelum berlaku apa-apa yang kita tidak ingini. Terima kasih Timbalan Menteri dan Tuan Pengerusi.

Datuk Seri Panglima Lajim UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Pada kebiasaannya, kelulusan daripada bomba itu adalah wajib, tetapi pihak DBKL juga boleh melaksanakan setelah mereka comply ataupun melaksanakan apa yang diperlukan oleh pihak bomba, itu boleh. Jadi, pada saya, saya percaya bahawa DBKL tidak akan melaksanakan sewenang- wenangnya...

Tuan Zukifli bin NordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Akan tetapi, ini jawapan bertulis. Menteri...

Ataupun memang dia sudah ada mempunyai perbincangan dengan pihak bomba.

Tuan Zukifli bin NordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Tidak ada. Dia kata tidak ada dan kelulusan belum dapat lagi, tetapi bangunan sudah naik dan sudah digunakan dan jalan sudah ditutup. Sudah berlaku pun kebakaran di situ. Jadi, apa tindakan yang akan diambil oleh bomba? Ini jawapan Menteri dua hari lepas dalam Parlimen, dia kata masih lagi berbincang, bomba tidak pernah luluskan pun. Kita tidak mahu jadi macam di Terengganu atau Perak, apabila berlaku malapetaka, mereka akan salahkan bomba. Mereka katakan kita sudah dapat kelulusan. Bomba pula kata kami tidak pernah luluskan pun. Kita tidak hendak perkara macam ini berlaku. Kalau Yang Berhormat Menteri turun sendiri tengok kawasan Jalan Masjid India, struktur itu pun sudah tidak selamat dengan bumbung yang tercabut, sudah beberapa kali jatuh ke bawah. Jadi, saya harap ini yang saya beritahu Menteri, jawapan Menteri sendiri mengatakan belum dapat, masih berbincang. Saya baca balik, “Status terkini Jabatan Arkitek DBKL bersama Arkitek Juru Perunding MNE sedang menyediakan laporan kajian keperluan bomba”. Bangunan sudah jalan, sudah digunakan pun, kebakaran telah pun berlaku dan bomba tidak boleh masuk. Saya faham kalau masih berbincang, bangunan belum buat. Ini sudah buat, sudah pakai dekat lima, enam tahun pun. Kalau boleh saya hendak tahu apa tindakan yang akan diambil oleh pihak bomba, sama ada mengarahkan DBKL membongkar balik struktur tersebut atau apa langkah yang hendak diambil? Saya tidak mahu nanti apabila berlaku apa-apa kejadian, pihak bomba kata tidak tahu. Kita sudah beritahu dalam Parlimen ini. Saya faham Yang Berhormat Menteri, perkara ini tidak dibangkitkan dalam masa berbahas atas sebab masa. Jadi, kalau Yang Berhormat Menteri boleh dapatkan maklumat daripada pegawai dan apa tindakan yang diperlukan dalam bentuk bertulis. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Oleh sebab itu jawapan daripada DBKL, bukan jawapan daripada kementerian saya ya?

Tuan Zukifli bin NordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Apa yang saya boleh lakukan di sini ialah saya akan minta kepada pihak bomba untuk memberikan laporan kepada pihak kementerian dan saya akan laporkan semula kepada Yang Berhormat sendiri secara bertulis. Terima kasih.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan sedikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini berkenaan dengan pencegahan kebakaran Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sebenarnya amat risau sebab ada di antara kompleks- kompleks membeli-belah, demi keuntungan mereka menyewakan ruangan di halaman kedai-kedai mereka untuk adakan gerai-gerai kecil, lot-lot yang disewakan keluar, menjadikan laluan pengunjung ke kompleks itu terlalu sempit. Kadang-kadang saya fikir kalau berlaku kebakaran, bagaimana orang ramai boleh keluar dari kompleks itu dalam masa yang paling singkat? Apakah pihak kementerian ada memastikan jabatan bomba membuat pemantauan? Ada yang mengatakan undang-undang atau peraturan yang lebih ketat ke atas kompleks-kompleks membeli belah. Itu saya pohon penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Seperti juga yang saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kelulusan- kelulusan untuk pelan-pelan di semua premis-premis ini adalah merupakan PBT. Lesen pun untuk stalls ini adalah PBT. Jadi, pada saya sekiranya PBT meluluskan bahawa itu dibenarkan dan mendapat komen ataupun sokongan daripada pihak bomba, Kementerian Kesihatan dan pihak-pihak yang lain, maka itu tidak menyalahi dari segi peraturan ataupun undang-undang. Namun, sama ada itu mendapat kelulusan atau tidak, itu saya tidak tahu. Itu saya tidak boleh jawab sebab Yang Berhormat kata premis-premis di pasar raya. Jadi, ia mesti mendapat kelulusan sepatutnya kerana pengeluaran lesen kalau ia tidak mendapat kelulusan, ia tidak akan dapat trading licence untuk berniaga. Oleh itu, mesti ada komen daripada pihak bomba dan semua relevant agency ataupun jabatan untuk makluman Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato' Abdul Manan bin IsmailUMNO · BNPaya Besar

Tuan Pengerusi, minta laluan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertamanya, saya hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada jabatan bomba kerana kepantasan setelah menerima panggilan telah dapat menyelamatkan rumah saya dari terbakar keseluruhannya, cuma tiga bilik sahaja yang terlibat. Keduanya, saya hendak maklumkan bahawa bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah berjanji untuk membina sebuah balai bomba di Sungai Lembing, saya ingat tiga atau empat tahun dahulu. Jadi, sebagai langkah jangka pendek, pihak kementerian telah bersetuju supaya masyarakat di Sungai Lembing menubuhkan bomba sukarela dan alhamdulillah mereka telah menyempurnakan tugas mereka walaupun merupakan ahli sukarela, mereka telah menyelamatkan sebuah rumah di Sungai Lembing dari terbakar. Ketiganya, balai bomba di Taman Tas. Sukar untuk kenderaan bomba keluar daripada balai oleh sebab tidak ada jalan yang sempurna, mereka terpaksa melalui jalan kampung iaitu Kampung Lubuk Puyu, sedangkan dalam pelan kawasan tersebut sudah ada disediakan jalan raya. Jadi, saya berharap kalau dapat kementerian meluluskan peruntukan bagi membina jalan raya yang menghubungkan Balai Bomba Taman Tas di Kuantan dengan Kuantan Bypass bagi memudahkan kenderaan bomba keluar dengan pantas. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Pertamanya, terima kasih kepada Yang Berhormat yang memperakukan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Memang jabatan bomba prihatin apabila berlakunya panggilan kebakaran dan sebagainya. Mereka sebenarnya bertindak dengan cepat, tetapi beberapa perkara yang saya ingin maklumkan halangan-halangan yang berlaku, antaranya: (i) orang ramai tidak memberikan kerjasama. Walaupun siren berbunyi, tetapi tidak memberikan kerjasama;

(ii) masalah jalan raya sempit. iaitu di kiri kanan itu ada kereta- kereta yang parking di situ. Itu juga di antara halangan; dan (iii) pili-pili bomba ada kereta parking di situ. Itu juga sebagai halangan. Kadang-kadang persepsi masyarakat kita bahawa bomba kadang-kadang tidak cekap. Namun, sebenarnya bomba kita well-trained, cukup. Di peringkat internasional pun mereka bersama-sama dengan penyelamat lain. Di peringkat antarabangsa pun bersama bomba daripada negara kita Malaysia sebenarnya. Jadi, terima kasih kepada Yang Berhormat kerana dapat bawa perkara itu di Parlimen. Saya bagi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Mengenai dengan cadangan-cadangan Yang Berhormat, insya-Allah pihak kementerian akan mengambil perhatian walaupun Yang Berhormat bekas Menteri telah pun berjanji, tetapi mungkin tidak termasuk dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan kita akan kaji dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai dengan jalan raya itu, saya tidak tahu, saya tidak faham sama ada jalan raya tanggungjawab JKR atau tanggungjawab local authority. Jadi kalau tanggungjawab local authority, Yang Berhormat rujuklah kepada pihak berkuasa tempatan di kawasan itu supaya dapat membina jalan ataupun kalau under state, maka under JKR dan mintalah pihak JKR negeri supaya dapat membina jalan raya tersebut. Tuan Pengerusi, mengenai dengan Yang Berhormat Pasir Mas. Tugas pasukan bomba bukanlah sahaja untuk memadam kebakaran rumah yang terbakar, tetapi juga melindungi rumah-rumah yang berhampiran supaya tidak turut terbakar. Oleh itu, walaupun rumah-rumah yang terbakar tidak dapat diselamatkan kerana struktur binaan kebanyakannya daripada kayu, tetapi jabatan berjaya mengelakkan kebakaran daripada merebak. Ini di antara kadang-kadang yang orang marah. Apabila pasukan bomba ini sampai ke destinasi rumah terbakar, dia kata pasukan bomba tidak terus kepada rumah terbakar, dia pergi kepada rumah yang belum terbakar yang berhampiran. Sepatutnya itulah yang kita perlu buat untuk menyelamatkan rumah yang belum terbakar. Yang sudah terbakar itu memang sudah terbakarlah. Jadi itu kadang-kadang persepsi kita. Kita salahkan, ha ini rumah terbakar kenapa tak diselamatkan. Bomba ada standardnya, berapa banyak yang boleh dia selamatkan lagi. Jadi kalau dia selamatkan yang sudah 80 peratus terbakar, lagi selamat yang belum lagi terbakar. Jadi ini pun kadang-kadang di antara persepsi kita, persepsi masyarakat bahawa yang sudah terbakar tidak diutamakan, yang diutamakan yang belum terbakar. Akan tetapi, itu sebenarnya yang sepatutnya kita buat bukan sahaja kepada yang tidak terbakar, yang terbakar itu pun mungkin ada orang di situ, ada lagi mungkin harta benda yang boleh diselamatkan dan sebagainya. Kita akan selamatkan dua-dua. Jadi, saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat juga harus memahami apabila ada pertanyaan, bila kita mengadakan majlis berjumpa rakyat, maklumkan juga kepada rakyat bahawa bukan sahaja tugas bomba itu akan memadamkan rumah yang terbakar atau kedai yang terbakar, tetapi juga bersama untuk menyelamatkan rumah dan kedai-kedai yang belum terbakar. Mengenai dengan cadangan supaya pihak bomba mempunyai kereta bomba jenis 4x4 ataupun four wheel drive. Memang ada, bukan sahaja itu, kita ada juga bot-bot yang kecil, yang boleh menyelamatkan kawasan-kawasan yang terpencil, boleh juga menyelamatkan orang yang dilanda banjir yang tidak boleh lagi dilalui kenderaan. Kita ada pelbagai kemudahanlah yang ada pada Jabatan Bomba. Ini kerana untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat, bomba sekarang ini bukan sekadar untuk memadam api, tetapi terlibat dalam semua aspek keselamatan. Memindah orang daripada kawasan banjir, menyelamatkan orang di tanah runtuh dan terlibat dengan bangunan-bangunan yang runtuh, bangunan-bangunan tinggi yang terbakar dan sebagainya. Jadi semuanya sekarang ini dilakukan oleh Jabatan Bomba bersama-sama dengan penyelamat.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan sedikit boleh? Sedikit sahaja. Di Parlimen Balik Pulau antara yang dipohon ialah kekurangan ambulans untuk membawa mayat kerana bentuk muka bumi yang berbukit bukau di DUN Bayan Lepas, sebelah bukit sana di Telok Bahang sana sehingga yang diminta kepada Ahli Parlimen yang tidak ada peruntukan ini boleh tidak dibekalkan ambulans mayat. Ini betul, ini yang diusulkan. Memandangkan tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan ruang lingkup bomba yang menarik minat saya agar perkara ini boleh dipertimbangkan.

Yang Berhormat, saya bercakap pasal soal bomba bukan kereta mayat. Jadi sebagai Ahli Parlimen saya tahu, saya pun pernah jadi pembangkang. Waktu saya jadi pembangkang tiga tahun sembilan bulan, saya jadi pembangkang di peringkat negeri. Tidak ada peruntukan. Jadi saya berusaha sendiri untuk cari kereta jenazah. Jadi Yang Berhormat kena carilah, cari inisiatif. Kalau mahu menang di kawasan itu, cari inisiatif sendirilah dan bukan semua Ahli Parlimen daripada pihak Barisan Nasional ini pun ada peruntukan, tidak ada. Kecuali peruntukan Ahli Parlimen sahajalah, tetapi itu pun bukan mudah untuk digunakan Yang Berhormat. Jadi kalau Yang Berhormat hendak membantu rakyat sana, silalah cari inisiatif untuk cari peruntukan daripada pihak- pihak yang tertentulah bagi negeri-negeri yang diperintah oleh pihak parti pembangkang ataupun Pakatan Rakyat. Sekali lagi kepada Yang Berhormat Kuala Krau, adakah kebolehan dan peralatan bomba setanding di rantau ini. Jadi sebagaimana yang disebut bahawa ahli-ahli bomba kita, pegawai-pegawai bomba kita semuanya terlatih. Bukan sahaja berlatih di dalam negeri juga berlatih di luar negeri dan mereka setanding dengan ahli-ahli ataupun anggota-anggota bomba di seluruh dunia. Ini kerana kita juga akan dipanggil kalau ada masalah-masalah yang perlu kita buat untuk membantu menyelamat di negara-negara yang terlibat musibah. Yang Berhormat Kuala Krau juga membangkitkan tentang soal selain daripada 25 balai bomba yang ingin dibina di seluruh Pahang, diharap agar dapat juga dibina di Pusat Latihan Bomba di Pahang bagi meningkatkan mutu perkhidmatan para anggota khususnya di negeri Pahang. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini ada lima buah pusat latihan yang dimiliki oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Pasal bomba, boleh?

Lagi?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ada minat sedikit.

Tuan Pengerusi

Panjang lagi jawapan itu Yang Berhormat?

Sedikit sahaja.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan bomba.

Tuan Pengerusi

Berkenaan pencelahan itu limitkan sedikit oleh kerana kita sudah...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ya, setengah minit sahaja Tuan Pengerusi. Tan Sri yang budiman, terima kasih. Ini merupakan cadangan sebab saya tengok Pasukan Bomba dan Penyelamat ini ada satu seksyen di bawah itu menyelamat. Ada juga bomba dipanggil untuk tangkap ular, bawa turun kucing daripada pokok dan sebagainya. Ada tidak cadangan kementerian untuk gemblengkan Jabatan PERHILITAN yang khusus dengan elemen menyelamat binatang-binatang ini seperti binatang liar.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ada yang bahaya, ada yang kurang bahaya dan sebagainya digabungkan dengan pasukan bomba khusus untuk seksyen ini dan kita boleh jadikan unit ini satu unit yang popular daripada sudut menyelamatnya, khusus untuk binatang selain daripada keperluan untuk menyelamatkan nyawa manusialah. Ini kerana di negara-negara luar ada ditumpukan kepada isu ini supaya kita dilihat sebagai negara juga yang friendly kepada binatang, yang tidak menganiayai binatang dan sebagainya dan sekali gus untuk menolak tohmahan mengatakan ada agensi ini yang turut sama mengambil kesempatan untuk berniaga dan meraih keuntungan menjual binatang-binatang yang ditangkap ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Indera Mahkota, saya fikir seperti mana yang saya jelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat dan rakyat termasuklah juga menangkap ular, musnahkan sarang tebuan. Belum ada jabatan yang bertanggungjawab tentang sarang tebuan ini. Jabatan Bomba yang buat. Tangkap monyet, crocodile. Ini banyak kerja ini. Jadi, saya...

Tuan Pengerusi

Monyet mana Yang Berhormat? Monyet yang di hutan belantarakah ataupun yang mengganggu?... [Ketawa]

Kalau dimintalah, kalau diminta. Itu pun atas permohonan. Jabatan Bomba tidak akan datang kalau sekiranya orang itu tidak memohon. Misalnya baru-baru ini saya punya rumah, dekat rumah saya ada sarang tebuan. Saya panggil Jabatan Bomba, baru dia datang. Kalau tidak dia pun tidak datang juga sebab dia takut jangan kacau sarang tebuan, nanti dia kena serang pula. Setakat ini ada lima buah pusat latihan yang dimiliki oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia iaitu di Wakaf Tapai, di Kuala Kubu Baru, di Ipoh, di Kuching dan juga di Kota Kinabalu. Jadi maknanya Sabah dan Sarawak ini tidak dianaktirikanlah, ada, yang masih mampu menampung keperluan latihan anggota bomba di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Pili bomba tidak berfungsi di Taman Medan dan di Taman Datuk Harun. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa memantau dan menjalankan pemeriksaan pili bomba daripada semasa ke semasa untuk memastikan ianya berfungsi semasa kebakaran.

Di samping itu, bekalan air terbuka seperti sungai, tasik dan sebagainya boleh digunakan dalam kebakaran sekiranya berada berhampiran. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Langkawi membangkitkan tentang soal memohon kekerapan pembersihan pantai dipertingkatkan. Kerajaan memberikan perhatian serius terhadap kebersihan tempat- tempat yang menjadi tumpuan pelancong seperti di kawasan-kawasan pantai. Oleh yang demikian, pembersihan pantai telah dijalankan atau dijadikan satu skop dalam penswastaan pengurusan sistem pepejal dan juga pembersihan awam. Dalam hal ini perkhidmatan pembersihan pantai akan dipertingkatkan apabila penswastaan penuh akan dapat dilaksanakan. Yang Berhormat Balik Pulau juga membangkitkan tentang soal penswastaan. Bagi penswastaan pengurusan sistem pepejal, penduduk setempat diberi keutamaan untuk diberikan peluang pekerjaan. Adalah menjadi dasar kerajaan untuk memberikan keutamaan pekerjaan kepada penduduk-penduduk setempat dalam hal ini. Ini saya beri jaminan Yang Berhormat. Kementerian telah menetapkan agar penduduk-penduduk setempat diberikan keutamaan bagi mengisi jawatan-jawatan di sektor tertentu dalam syarikat konsesi. Yang Berhormat Limbang juga membangkitkan meminta kerajaan memberikan inisiatif kepada pekedai-pekedai yang terlibat dengan Program Satu Hari Tanpa Plastik...

Yang Berhormat Menteri, sebelum itu Yang Berhormat Balik Pulau tadi maksudnya cadangan penswastaan itu akan berlangsung, maksudnya sudah diputuskan atau pun masih di peringkat perancangan untuk saya menyediakan penduduk di Balik Pulau?

Untuk makluman Yang Berhormat Balik Pulau, penswastaan ini telah pun diluluskan tetapi belum dimuktamadkan bila tiga konsesi ini mengambil alih tanggungjawab ini kepada seluruh PBT di seluruh negara. Akan tetapi, untuk makluman ini tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Hanya di Semenanjung Malaysia sahaja. Dalam mengendalikan isu penggunaan plastik, kerajaan telah melihat pengurusan perkara ini secara holistik. Antaranya, kerajaan telah memperuntukkan beberapa peruntukan tertentu seperti penggunaan apa-apa kaedah atau cara lain bagi maksud mengurangkan penggunaan semula dan mengitar semula sisa-sisa pepejal terkawal dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Dalam jangka masa panjang bagi memastikan program kitar semula termasuk kitar semula bahan plastik diamalkan di semua peringkat masyarakat, kerajaan akan menyediakan mekanisme yang sesuai seperti pemberian insentif-insentif. Dalam hal Program Satu Hari Tanpa Plastik, penglibatan pekedai-pekedai amatlah dialu-alukan. Penglibatan mereka adalah penting bagi menjayakan dasar dan juga program kerajaan. Bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Ledang, apakah kemajuan pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dilaksanakan? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah diwartakan pada 30 Ogos 2007. Bagi menguatkuasakan akta tersebut, beberapa peraturan penting perlu disediakan. Dalam hal ini peraturan-peraturan tersebut sedang dimuktamadkan. Yang Berhormat Ledang juga membangkitkan walaupun perbendaharaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam telah diwujudkan, PBT masih lagi mengurus sisa pepejal di kawasan mereka. Bilakah tanggungjawab ini akan diambil alih? Untuk makluman Yang Berhormat, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan diambil alih oleh kerajaan daripada PBT sebaik sahaja Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam tahun 2007, Akta 672 dikuatkuasakan. Yang Berhormat Ledang juga menyatakan pekerja-pekerja yang bekerja dengan syarikat konsesi yang perlu diberi pembelaan agar mereka boleh berkhidmat dengan lebih baik. Menjadi dasar penswastaan kerajaan negeri, pekerja-pekerja kerajaan, pekerja- pekerja yang terlibat dengan fungsi yang hendak diswastakan akan diberi opsyen untuk menyertai syarikat. Bagi pekerja yang memilih untuk menyertai syarikat, mereka akan diberikan tambahan pendapatan sebanyak 17.5 peratus di samping kenaikan atau tangga gaji. Pekerja-pekerja juga akan menikmati segala kemudahan yang disediakan oleh syarikat termasuklah pemberian bonus bergantung kepada prestasi syarikat. Sekali lagi Yang Berhormat Langkawi membangkitkan, bilakah incinerator Langkawi akan berfungsi. Pembinaan incinerator Langkawi dijangka siap pada bulan Mac tahun 2010. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menjawab beberapa lagi perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Batu. Pertamanya mengenai dengan maklumat mengenai dengan Taman Pelangi di Sentul. Mesyuarat Bersama JPN pada 24 Julai 2009, pemaju telah pun membuat pembaharuan pelan kepada DBKL untuk memindahkan rumah kos rendah kepada rumah kedai. Proses sekarang ini adalah sebanyak 33 peratus dan patut siap pada tahun 2006. Nampaknya ada kelewatanlah. Yang Berhormat Batu juga membangkitkan mengenai Taman Rowther, pemaju Kemajuan Rowther Sdn. Bhd. 80 peratus siap. Mesyuarat terakhir dengan pembeli, pemaju dan tuan tanah telah diadakan pada 20 November 2009 dan telah bersetuju supaya pihak tuan tanah memulihkan projek tersebut. JPN sedang menunggu proposal pemulihan daripada pihak tuan tanah. Mengenai dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, kesukaran penubuhan JMB, pemaju bina rumah tidak berkualiti yang menyebabkan JMB terpaksa mengambil alih perumahan yang telah rosak. Pemaju tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan Kawalan dan Pelesenan 1996, Akta 118. Jadual ‘H’, Akta 118 menyatakan apa-apa kecacatan kepada bangunan dan harta bersama hendaklah diperbaiki dan diperbetulkan oleh pemaju dengan kos dan perbelanjaan sendiri dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh pembeli mengambil BP.

Penubuhan JMB tidak akan melepaskan tanggungjawab pemaju untuk membaik pulih kerosakan atau kecacatan seperti yang diperuntukkan dalam akta tersebut. S4(4), Akta 663 menyatakan bahawa badan itu, JMB hendaklah terdiri daripada pemaju dan pembeli, Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) yang menjalankan tugas. JMB diperuntukkan dalam seksyen S11(2) dengan peruntukan yang ada, jelas menunjukkan penubuhan JMB tidak bertujuan untuk menyebabkan pemaju melepaskan tanggungjawab tetapi sebagai satu mekanisme bagi pemaju dan pembeli tetap bersama bertanggungjawab bagi mengurus, menyelenggarakan bangunan mereka. PBT juga tidak bercadang memberi elaun kepada JMC. Cadangan ini akan memberikan implikasi kewangan yang begitu besar kerana jika dilaksanakan, ia akan menjadi satu dasar yang perlu dilaksanakan di atas semua kawasan pemajuan kos rendah, swasta, persendirian yang lain di seluruh negara. Di samping itu, terdapat peruntukan dalam Akta 663 membenarkan pembiayaan elaun anggota jawatankuasa mengikut apa-apa kadar yang diluluskan oleh pesuruhjaya. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Pasir Mas juga ada mengemukakan tentang pasar di Pasir Mas. Buat masa ini, kementerian tidak menerima sebarang permohonan. Itu sebab tadi saya tanda begini-begini itu. Mengenai dengan pembinaan pasar di Pasir Mas di bawah Program BP1, projek-projek yang dipertimbangkan untuk dilaksanakan adalah bagi projek-projek kecil yang kebiasaannya ditawarkan secara sebut harga. Daripada itu, penerimaan sesuatu projek bergantung kepada anggaran kos ataupun sebelum dipertimbangkan. Jadi, saya harap Yang Berhormat Pasir Mas dapat meminta pihak Majlis Daerah Pasir Mas supaya mengemukakan permohonan. Manalah tahu boleh dapat dipertimbangkan walaupun BEBAS...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerai memohon menambahbaik latihan bersama dengan Pasukan Bomba Sukarela. Kerajaan melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memang menggalakkan PBS ataupun Pasukan Bomba Sukarela mengadakan latihan bersama dengan anggota bomba sepenuh masa. Latihan ini kebiasaannya diadakan melalui jabatan bomba yang berhampiran dengan pasukan bomba berkenaan. Masalah yang dihadapi ialah komitmen daripada Pasukan Bomba Sukarela untuk menghadiri latihan kerana mereka mempunyai kerja lain. Yang Berhormat Maran, apakah kemajuan yang telah dicapai oleh Kementerian KPKT terhadap kampung-kampung sama ada kampung baru ataupun kampung tradisi dalam bandar. Kemajuan yang diberi kepada penduduk-penduduk kampung baru...

Tuan Pengerusi.

Saya bagi satu lagi. Penghabisanlah Yang Berhormat, pasal panjang lagi ini.

Tuan Pengerusi

Sila, sila.

Soal panjang soal lain Tuan Pengerusi. Panjangkah, besar, pendekkah. Ini soal yang... Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sebenarnya hendak bertanya apa syarat-syarat sesebuah kawasan atau sesebuah bandar atau sesebuah pekan boleh diberikan kemudahan untuk membina balai bomba? Kawasan Parlimen Sri Gading Tuan Pengerusi, ia dalam daerah Batu Pahat. Pembangunannya pesat, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi macam tidak respons sahaja saya punya....

Tuan Pengerusi

Itu yang menjawab, Yang Berhormat. Namun saya mendengar.

Akan tetapi semua dirujuk kepada Tuan Pengerusi. Itu peraturannya.

Tuan Pengerusi

Saya perlu menjawab juga, Yang Berhormat?

Tidak.

Tuan Pengerusi

Saya mendengar, saya mendengar.

Tidak. Namun, saya rasa bangga Tuan Pengerusi kalau Tuan Pengerusi memberikan perhatian kepada apa yang saya sampaikan kerana Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Sila teruskan. Sila teruskan.

Okey. Parlimen Sri Gading ini Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi belum datang ya kawasan saya... [Ketawa] Kalau saya jemput agaknya. Dia ada tiga kawasan perindustrian, masa Allahyarham Tun Hussein dahulu menjadi Perdana Menteri, dia mewakili kawasan ini. Saya sudah minta banyak kali tetapi tidak ada layanan Tuan Pengerusi kerana apabila kawasan perindustrian, sudah tentu dia disokong oleh pertambahan penduduk yang mendiami puluhan taman-taman perumahan. Daripada Batu Pahat, 23 kilometer daripada Balai Bomba Batu Pahat. Jadi itu sebab ada keperluan kita minta balai bomba di situ. Namun tiba-tiba di Rengit, Tuan Pengerusi. Rengit, sebuah perkampungan yang jauh lebih - bukan saya hendak mempertidakkan pula Ahli Parlimen Batu Pahat atau Timbalan Menteri Pelajaran. Tidak ada kawasan perindustrian. Jadi sebab itu saya hendak tahu apa keutamaan kawasan yang diberi balai bomba dan kalau agaknya boleh dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10, masukkanlah. Pekan Parit Raja menjadi salah satu lokasi untuk dibina balai bomba ataupun pasukan balai bomba. Itu permintaan saya, Tuan Pengerusi. Saya rasa satu permintaan yang munasabah daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Terima kasih Tuan Pengerusi, atas keseriusan. Betulkah bahasa itu?

Keseriusan!

“Keseriusan” itu Indonesia. Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim memang suka bahasa ini, “keseriesan”? Salah juga. Itulah Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah. Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah senyum tadi. Beliau angguk dan tengok saya. Barangkali yalah itu.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading. Sebenarnya, prasyarat bukan syaratlah peraturan sebenarnya. Kerajaan tidak memberi apa-apa syarat pun. Peraturan. Peraturan kerajaan ada. Pertamanya ialah peraturan untuk membina balai bomba di sesuatu tempat, pertama ialah kepadatan penduduk. Itu keutamaan. Yang keduanya, jauh daripada daerah-daerah yang sudah ada pejabat ataupun balai bomba di kawasan-kawasan yang berkenaan. Apatah lagi kalau ada industri dan sebagainya. Jadi, untuk meringankan beban Yang Berhormat dan juga keselesaan penduduk di situ, saya beri jaminan bahawa kita akan kaji dalam Rancangan Malaysia Ke-10, kalau ada keperluan seperti yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat. Kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang sungguh prihatin seperti ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Jadi, itu di antara kriteria yang boleh diberikan pertimbangan kepada permohonan Yang Berhormat daripada Sri Gading. Terima kasih. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Maran juga telah membangkitkan mengenai dengan apakah kemajuan yang telah diberi oleh kementerian. Ini saya sudah jawab sebentar tadi. Seterusnya, Yang Berhormat Maran juga menyatakan di sini ialah kekurangan pili bomba di kawasan FELDA. Jumlah anggota Pasukan Bomba Sukarela atau PBS di seluruh negara? Peruntukan untuk Pasukan Bomba Sukarela? Perkara ini disedari dan langkah-langkah untuk memasang pili bomba baru di kawasan-kawasan FELDA sedang diambil. Jumlah anggota Pasukan Bomba Sukarela di seluruh negara adalah sebanyak 13,210 orang iaitu terdiri daripada 370 pasukan di seluruh negara. Jumlah peruntukan berbeza-beza. Setiap tahun mengikut kemampuan kerajaan.

Seterusnya Yang Berhormat Jerai juga, apakah kesan dan keberkesanan Program Kitar Semula. Satu kajian telah dibuat dan impak ke atas projek perintis Kempen Kitar Semula iaitu di lapan buah tempat di Putrajaya ataupun telah dibuat iaitu pada tahun 2008. Hasil kajian mendapati Kempen Kitar Semula yang dilaksanakan tahun 2004 telah mendapat hasil dan jumlah barangan kitar semula adalah seperti berikut: |TAHUN|JUMLAH (kg)| |----:|----------:| | 2004| 73150| | 2005| 246131| | 2006| 370489| | 2007| 499422|<END_TABLE_MARKER> Kajian terhadap persepsi masyarakat di atas 853 responden, 5 peratus jumlah penduduk di kawasan hijau mendapati majoriti masyarakat telah sedar dan mengamalkan kitar semula. Yang Berhormat Maran juga tentang kecekapan PBT dan lain-lain.

Untuk makluman Yang Berhormat, KPKT sedang menjalankan kajian berhubung dengan cadangan menjadikan perkhidmatan PBT sebagai perkhidmatan awam sebagaimana memorandum Jemaah Menteri KPKT pada tahun 2003. Pada masa kini KPKT sedang memperhalusi cadangan mewujudkan perjawatan di PBT sebagai terbuka bagi membolehkan kakitangan PBT ditukar melalui usul kepada pindaan Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 selaras dengan program transformasi kerajaan JTP yang dilaksanakan melalui NKRA nasional. Hasil kajian akan dibentangkan seawal-awalnya pada tahun 2010. Yang Berhormat Kuala Selangor mencadangkan seperti KPKT bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai di negeri Selangor. Kementerian sentiasa bekerjasama dengan semua kerajaan negeri dalam usaha pemulihan projek-projek perumahan yang terbengkalai. Di antara usaha yang sedang dan telah diambil adalah seperti berikut: (i) mesyuarat bersama dengan semua kerajaan negeri dilakukan dari segi penyeliaan dan juga pemantauan, pemulihan dan penyelarasan pengeluaran CFO; dan (ii) memberikan kelulusan perlesenan ataupun permit jualan kepada mereka yang berkenaan dengan kadar yang segera. Hasil usaha tersebut, bilangan projek perumahan terbengkalai di negeri Selangor telah dikurangkan. Status yang terkini projek terbengkalai di negeri Selangor adalah seperti berikut: | Status |Bilangan| |----------------------------|-------:| |Siap dipulihkan | 1| |Sedang dipulihkan | 10| |Dalam usaha untuk dipulihkan| 29| |Jumlah | 40|<END_TABLE_MARKER> Yang Berhormat Maran juga membangkitkan tentang soal bomba sukarela. Jumlah pasukan bomba sukarela negara sehingga tahun 2009 adalah 317 pasukan.

Tuan Pengerusi

Panjang lagi Yang Berhormat?

Lagi 10 minitlah Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Sila.

Yang Berhormat Kuala Selangor masalah subkontraktor yang tidak dibayar oleh Alam Flora. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkhidmatan pengurusan sisa pepejal oleh Alam Flora Sdn. Bhd. di Selangor dan di Pahang serta di Kuala Lumpur adalah secara interim di mana PBT masih lagi bertanggungjawab untuk membayar perkhidmatan kepada subkontraktor. Dalam meringankan beban kewangan PBT yang kurang berkemampuan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada dasarnya kriteria yang ditetapkan KPKT telah memberikan bantuan kewangan yang bersamaan tiga bulan atau enam bulan, sembilan bulan yuran perkhidmatan. Inilah sebahagian daripada perkara-perkara yang dapat dibantu oleh KPKT kepada pihak swasta khususnya masalah kekurangan dana di PBT...

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Masa tidak cukup Yang Berhormat. Saya sudah bagi banyak peluang Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Seminit, seminit sahaja.

Tidak ada, tidak ada.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya ingin tanya kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Apakah KPKT meninjau apa sebenar-benarnya permasalahan di situ kalau sudah enam bulan atau lapan bulan tidak dibayar sebab payment back-to-back Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi payment itu begitu kerana akhirnya yang menjadi mangsa itu rakyat. Maknanya kalau subkontraktor tidak mampu kerana aliran tunainya, jadi yang menjadi mangsanya rakyat. Subkontraktor ini tentunya sudah dimangsakan dahulu. Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya minta sungguh-sungguh tolong perhatikan apa sebenarnya punca permasalahan tersebut? Kalaulah begini banyak peruntukan yang diberikan di mana delivery system itu, di mana ketirisan penyampaian itu? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Soalan yang sama Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau tidak jawab pun secara bertulis pun tidak apa. Saya hendak tahu yang soalan saya ini. Saya hendak tahu berapa kerajaan tempatan yang terlibat mengeluarkan bon-bon jaminan semasa dia membuat pinjaman daripada pihak swasta ataupun pihak luar. Saya dapati ada kerajaan tempatan yang membuat pinjaman dengan sama ada pihak luar atau pihak swasta di dalam negara dan mereka mengeluarkan seperti macam supporting guarantee cadangan untuk pembayaran balik dengan kadar bunga. Saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada ataupun berapa dan kerajaan tempatan mana yang melaksanakan kaedah ini? terima kasih.

Masa saya tidak begitu panjang jadi saya jawab secara bertulislah kedua-dua Yang Berhormat. Setuju ya? Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Tenggara juga membangkitkan mengenai dengan prestasi PBT dalam pelaksanaan program pembasmian kemiskinan bandar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tenggara, PBT di semua negeri mendaftarkan ketua isi rumah (KIR), rumah miskin dan rumah miskin tegar sepanjang tahun 2009. Antara PBT yang mendaftar bilangan KIR yang tinggi ialah seperti berikut: | PBT |Jumlah (orang)| |-----------------------------------|-------------:| |Majlis Perbandaran Kuala Terengganu| 1330| |Dewan Bandaraya Kuching | 1370| |Dewan Bandaraya Kota Kinabalu | 965| |Majlis Perbandaran Kulai | 600| |Majlis Perbandaran Pedawan | 1221|<END_TABLE_MARKER> Bantuan kepada PBT ini dan di PBT yang lain telah disalurkan dengan jumlah keseluruhannya ialah RM46.6 juta. Yang Berhormat Telok Kemang meminta penjelasan mengenai dengan peruntukan pembasmian kemiskinan dalam bandar. Program pembasmian kemiskinan dalam bandar ini akan dipindahkan.

Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat akan dipindahkan kita Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mulai 1 Januari 2010. Ini bukan atas apa- apa ataupun mungkin tidak keyakinan kerajaan kepada kementerian ini tetapi oleh kerana memberikan sedikit banyak fungsi kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, maka kabinet telah bersetuju supaya diberikan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk menyelaraskan Program Bantuan Kemiskinan Dalam Bandar. Ini kerana Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mempunyai tanggungjawab Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan. Jadi dengan adanya program pembasmian kemiskinan bandar ini diletakkan di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, maka mereka boleh juga membantu kepada bandar-bandar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Jadi, saya berharap kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pada persidangan yang akan datang Yang Berhormat akan menujukan ataupun membuat pertanyaan ini kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Adalah wajar bagi kementerian tersebut akan memastikan bagaimana peruntukan berkenaan digunakan dan disalurkan kepada golongan sasar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semasa kita di kementerian melaksanakan program ini hampir 90 peratus lebih telah kita laksanakan peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang miskin dalam bandar. Yang Berhormat Maran bertanya berapa ramai yang tinggal di kawasan setinggan yang benar-benar miskin. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memastikan mereka yang benar-benar layak menerima bantuan KPKT bekerjasama dengan pihak PBT untuk menyiasat dan memastikan status permohonan supaya mereka yang benar-benar layak sahaja yang diluluskan atau menerima bantuan. Jadi saya fikir Tuan Pengerusi saya telah pun menjawab ke 16 Ahli Yang Berhormat.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Tentang tragedi...

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan saya sudah jawab.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

PJ, Jaya Supermarket?

Ha?

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Laporan hasil siasatan Jaya Supermarket.

Terima kasih Yang Berhormat. Oleh kerana mungkin data tidak sampai kepada saya, saya akan menjawab secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Saya hanya hendak tahu bilakah hasil laporan akan diumumkan? Ini kerana orang tertunggu-tunggu ini!

Saya tidak dapat data di sini Yang Berhormat.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Sudah enam bulan siasatan ini dibuat dan laporan itu sudah di submit kepada Kabinet, tetapi kita rakyat di Petaling Jaya tertunggu-tunggu siapakah yang akan bertanggungjawab ke atas tragedi ini? Bilakah ia akan diumumkan kepada orang ramai? Saya hendak tahu bilakah tarikhnya? Terima kasih.

Yang Berhormat, oleh sebab data pada saya tidak ada, mungkin saya tercicir, tetapi saya akan beri secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Pada esok hari ataupun...

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Laporan bertulis itu sudah banyak kali promise, tetapi sehingga sekarang tidak beri saya langsung.

Saya akan pastikan Yang Berhormat akan mendapat jawapan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Jadi, saya tidak boleh percaya ini.

Antara sebabnya mungkin jawapan masih lagi dikategorikan...

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Bila boleh beri?

...Sebagai laporan yang sulit, mungkin belum lagi di...

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Saya hendak tanya, adakah laporan ini masih diklasifikasikan sebagai laporan sulit? Tidak bolehkah diumumkan kepada orang ramai? Sepertimana yang berlaku di Bukit Antarabangsa, bolehkah laporan ini diumumkan? Ia bukan disenaraikan sebagai Akta Rahsia. Terima kasih.

Untuk makluman Yang Berhormat, hasil laporan itu akan dikemukakan kepada pihak Kabinet dan terpulanglah kepada pihak Kabinet sama ada bersetuju atau...

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Ya, sudah dua bulan submit ke Kabinet, tetapi sudah buat keputusan atau belum? Saya hendak tahu.

Itulah saya belum ada data.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Saya kena beri jawapan kepada rakyat di sana.

Saya beritahu Yang Berhormat, saya belum ada detail di sini. Jadi, saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat sama ada laporannya sudah siap, di peringkat mana, sama ada dirahsiakan atau tidak, saya akan jawab kepada Yang Berhormat.

Tuan Haji Mohd. Nor bin OthmanUMNO · BNHulu Terengganu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak bertanya sedikit. Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak ada kesempatan untuk berbahas, kemudian saya hendak mencelah tadi juga saya nampak tidak ada ruang iaitu berkenaan dengan sungutan daripada pembeli-pembeli rumah. Kita dapati bahawa di samping kita menandatangani perjanjian untuk membeli rumah, ada lagi satu perjanjian iaitu berkenaan dengan penyelenggaraan dan kawalan keselamatan. Saya hendak bertanya kementerian mengawal ataupun tidak bagaimana kos penyelenggaraan tersebut? Ini kerana saya dapati bahawa pemaju akan mengambil kesempatan di mana mereka memperoleh keuntungan yang besar dengan menawarkan pakej kawalan keselamatan dan penyelenggaraan ini dan pembeli terpaksa menandatangani perjanjian kalau mereka ingin membeli rumah tersebut. Jadi, bagaimana tindakan kementerian? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Sepatutnya tidak berlaku. Perkara yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat ini bukanlah rumah kos rendah. Ini rumah high cost, bungalow dan sebagainya ataupun rumah-rumah yang boleh dimiliki oleh orang-orang berada. Betul ya? Jadi, memang kalau saya hendak beli, saya mesti sain perjanjian S&P, tetapi juga dalam rumah high cost ini mereka juga mempunyai JMB ataupun JMC. Sepatutnya apa jua kos yang dikenakan oleh pemaju, mereka runding dan berbincang atas keputusan bersama dalam JMC atau JMB. Sekiranya JMB bersetuju dan JMC juga bersetuju, jawatankuasa penduduk di taman itu atau kawasan itu bersetuju, maka itu adalah di atas persetujuan bersama.

Oleh itu, tidak ada sebab bagi pemaju untuk mencari keuntungan kerana mereka seharusnya memberitahu kepada pihak pembeli iaitu ini kos yang perlu dibayar tentang soal servis, sekuriti dan lain-lain lagi dan berapa yang dikenakan kepada setiap pemilik ataupun penghuni rumah-rumah yang telah mereka beli. Jadi saya fikir Yang Berhormat, perkara itu tidak akan timbul kalau sekiranya ada penyelarasan di antara JMB atau JMC dengan pihak pemaju dan juga penduduk di kawasan yang berkenaan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun selesai menjawab respons tentang perkara yang telah dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Tuan Yang di-Pertua, saya minta sedikit penjelasan kerana tidak diberi peluang untuk berbahas. Secara ringkas sahaja ya. Adakah skim dasar sewa untuk beli akan dilaksanakan di Tawau, Sabah? Ini kerana saya difahamkan skim ini sangat berjaya di Semenanjung Malaysia dan saya rasa dasar dan skim itu boleh membantu mengurangkan beban keluarga miskin atau membasmi kemiskinan di Sabah. Saya juga meminta rekomendasi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, kerana Timbalan Menteri ini adalah pemimpin dari Sabah - supaya skim itu boleh dijalankan di Sabah. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Sebenarnya, buat masa ini ialah skim ini hanya dimulakan di negeri Pahang dan juga di Wilayah Persekutuan. Ini nampaknya memang begitu berkesan dan rakyat begitu merasa proud kerana kerajaan prihatin bahawa mereka tidak lagi menyewa, tetapi mereka memiliki rumah ini. Sebagai satu dasar yang dibuat oleh kerajaan, kita daripada satu kes kepada satu kes, sekiranya kerajaan-kerajaan negeri yang berkehendakkan supaya rumah-rumah yang dibina oleh kerajaan, ini hanya skim PPR iaitu sewa dan milik, yang ingin menjual rumah itu, mereka boleh memohon kepada pihak kementerian dan kementerian akan majukan kepada pihak kerajaan. Sekiranya Kabinet bersetuju, maka kita akan jual rumah itu dan memberi keutamaan kepada mereka yang telah menyewa terlebih dahulu dengan skim-skim Rumah PPR di seluruh negara. Jadi bagi negeri Sabah, sekiranya negeri Sabah ingin menjual rumah-rumah ini, kemukakan permohonan kepada kementerian saya dan kementerian saya pula akan mengkaji dan kemudian kita akan sampaikan kepada Kabinet. Kita menyediakan Kertas Kabinet untuk dipertimbangkan oleh Kabinet. Terpulanglah kepada Kabinet sama ada mereka bersetuju atau tidak untuk menjual. Untuk makluman Yang Berhormat Tawau, kos pembinaan rumah ini ditanggung sepenuhnya oleh JPN iaitu Jabatan Perumahan Negara Kerajaan Persekutuan di bawah kementerian saya. Setelah siap akan diserahkan kepada PBT yang berkenaan, misalnya di Tawau di Majlis Perbandaran Tawau iaitu untuk mengendalikan, mengisi rumah itu untuk disewa, menyelenggarakan rumah itu dan menubuhkan jawatankuasa JMB ataupun JMC bagi mengatur urus mengenai dengan rumah-rumah yang disewa di kawasan misalnya di bandar Tawau dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, terpulanglah kepada kerajaan negeri sama ada mereka bersedia untuk menjual rumah ini kepada pihak yang membeli. Memang rumah ini akan meyakinkan rakyat bahawa rumah dibina dalam kos RM100,000 satu unit, kita hanya menjual dalam RM42,000 di Sabah dan RM32,500 di Wilayah Persekutuan, sepatutnya RM35,000 diskaun lagi RM2,500 tinggal RM32,500 sahaja. Ini adalah satu skim yang cukup prihatin dari kerajaan. Ini bukan untuk politik, tetapi untuk memberi kemudahan kepada rakyat tanpa mengira apa jua fahaman politik pun. Asalkan mereka layak dan pendapatan mereka tidak lebih daripada RM2,500 serta mereka telah tinggal di situ, keutamaan akan diberikan. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, nampaknya saya telah pun menjawab sama ada yang dibuat semalam, tengah hari ini dan sehinggalah ada juga yang bangun. Bagi pihak kementerian, sekali lagi saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Mudah-mudahan segala teguran, pandangan, suggestion yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat akan menjadi panduan kepada kementerian saya untuk melaksanakan dan menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh kerajaan melalui Bajet 2010.

Kita akan cuba dengan sedaya-upaya untuk menyelesaikan beberapa masalah yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Dalam kesempatan ini, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan saya mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada yang menyambut Hari Krismas dan selamat tahun baru kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Mudah-mudahan tahun 2010 akan memberikan satu impak yang besar kepada negara Malaysia. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,158,423,300 untuk Maksud B.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM1,158,423,300 untuk Maksud B.43 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM2,555,198,000 untuk Maksud P.43 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM2,555,198,000 untuk Maksud P.43 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2010.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 Jawatankuasa — Maksud B.45 [Jadual] – Maksud P.45 [Anggaran Pembangunan 2010] –Bill

Tuan Pengerusi

Maksud Bekalan B.45 dan Maksud Pembangunan P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Sebelum saya menjemput sesiapa, saya ingin membangkitkan peraturan mesyuarat. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat duduk dahulu kerana biasanya kalau Ahli Yang Berhormat bangkitkan peraturan mesyuarat, Tuan Pengerusi yang duduk mesti dengar apa pun. Peraturan Mesyuarat 35(7). “Tuan Yang di-Pertua atau Tuan Pengerusi boleh mengehadkan masa bagi Ahli-ahli berucap jika perlu.” Jadi dalam senarai ini yang menjadi panduan kami yang duduk di atas ini. Hari ini hari Rabu, kelmarin hari Selasa, memanglah kalau hari ini hari Rabu, kelmarin hari Selasalah... [Ketawa] Akan tetapi aturan di sini, di dalam guideline ini pada hari Rabu, Kementerian Sumber Manusia telah habis dibahas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga telah habis dibahas pada hari Rabu, tetapi pada hari ini, baru selesai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, selepas ini seperti yang saya sebut tadi Kementerian Belia dan Sukan. Jadi beginilah Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau terpaksa saya menggunakan kuasa di bawah 35(7) untuk catch-up dengan time, maka saya gunakanlah. Saya bagi Ahli-ahli Yang Berhormat 30 saat setiap orang, tetapi atas persetujuan semua bahawa ramai yang mahu berbahas, disiplinkan dirilah. Janganlah Tuan Pengerusi itu sentiasa menggunakan kuasa, berbahas tanggungjawab kita semua. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu telah cuba dua minit boleh cakap, ini Jawatankuasa, spesifiklah. Jadi saya mohon kerjasama, itu satu option saya gunakan kuasa, option kedua Ahli Yang Berhormat sendiri disiplinkan diri, option ketiga saya tender. Bermakna saya kata, Ahli-ahli Yang Berhormat siapa yang boleh bercakap dua minit, angkat tangan. Itu yang saya panggil dulu. Mana satu opsyen yang Ahli Yang Berhormat mahu, mana satu? Opsyen ketiga, pertama atau kedua - yang lima minit? Kerana kalau yang lima minit sudah saya kira, tidak juga kita boleh catch-up, kerana Menteri juga menjawab kadang-kadang terlampau panjang. Pencelahan jangan terlampaulah banyak, tolonglah.

Tuan Pengerusi

Kalau tidak saya gunakan kuasa dan jangan bilang yang Tuan Pengerusi ini jahat. Mana satu opsyen?.Okey, bangun-bangun siapa yang mahu bercakap, ini untuk Kementerian Belia dan Sukan...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Ini yang untuk hadir sahaja, yang tidak hadir pula, itu lain ceritalah. Sebab semalam saya duduk sampai 10.30 malam, saya kira berapa orang sahaja tinggal.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Tuan Pengerusi, saya ingin beri cadangan sedikit.

Tuan Pengerusi

Okey.

Dato' Ismail KasimUMNO · BNArau

Mereka yang tidak bercakap dalam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan patut diberi keutamaan.

Tuan Pengerusi

Okey, sekarang ini ada 18 orang yang berdiri. Jadi kalau boleh disiplin lima minit seorang, Menteri juga kalau ada di sini menjawab nanti jangan terlampau panjang kerana saya mahu perkara ini siap pada hari ini. Kementerian Belia dan Sukan, saya mahu hari ini juga siap. Okey, lima minit, pertama Yang Berhormat Sri Gading, saya mahu tengok Yang Berhormat Sri Gading kalau boleh berucap di bawah lima minit... [Ketawa]

Terima kasih Tuan Pengerusi, tidak termasuk masa mengambil nafas. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hendak bercakap satu perkara sahaja berkaitan dengan B.45, Butiran 020200 – Pembangunan Sukan.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat Sri Gading, saya mohon maaf dahulu, ada satu pengumuman saya ingin buat di sini. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengalu-alukan kehadiran Ahli-ahli Parlimen dari House of Commons dari United Kingdom. We are now being observed. We are now being observed by two Honorable Members from the Mother of Parliament House of Commons. So you better behave, welcome. [Tepuk] Semoga kehadiran mereka ke Dewan yang mulia ini akan mengeratkan lagi perhubungan antara Ahli-ahli Parlimen Malaysia dan Ahli-ahli Parlimen United Kingdom. Yang Berhormat Sri Gading, please proceed, under five minutes.

Tuan Pengerusi, B.45, Butiran 020200 – Pembangunan Sukan. Saya pun pelik Tuan Pengerusi, peruntukan bagi tahun 2010 dikurangkan sebanyak lebih kurang RM8 juta. Maknanya macam kementerian ini sudah tidak memberikan perhatian dan juga tumpuan kepada pembangunan sukan. Jadi tidak hairanlah agaknya kemungkinan mutu sukan kita tidak akan dapat ditingkatkan pada tahun 2010. Saya tidak tahu Tuan Pengerusi, di Laos, Sea Games ini, kita menyertai 23 daripada 26 acara dan antara acara yang telah pun disusun oleh kementerian bahawa kita dianggarkan ada 30 emas pencapaian. Tidak tahu Tuan Pengerusi, sama ada kita boleh capai ataupun tidak. Saya ambil contoh bola sepak, beberapa minggu lalu kita ucap tahniah kepada pasukan bola sepak wanita kita. Wanita kita dikalahkan oleh Vietnam atau lebih mudah Vietnam menang 8-0. Selepas itu kita dikalahkan oleh Thailand 14-0. Walaupun kita rasa bangga, kita mengalahkan Timor Leste 11-0 Tuan Pengerusi, Timor Leste ini kalau di Malaysialah, minta maaflah, agaknya ada satu kampung terpencil di Arau, saya ingatlah ataupun sebuah pasukan di Pokok Sena agaknyalah, taraf Timor Leste ini saya rasalah... [Ketawa] Jadi saya kadang-kadang hendak mencadangkan Tuan Pengerusi, mengikut apa yang dibualkan oleh rakan-rakan di kedai kopi, orang-orang kampung yang memberikan perhatian penuh kepada pasukan bola sepak tetapi pencapaian bola sepak kita masih, Yang Berhormat Kalabakan kata ranking kita ke-167. Jadi kadang-kadang orang di kedai kopi berbual Tuan Pengerusi, minta maaf ini Timbalan Menteri Belia dan Sukan ada ini, Menterinya sedang berada di Laos.

Orang kata lebih baiklah stadium ini Tuan Pengerusi diserahkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Jadi kita buat pasar tani, jual lembu, kambing, sayur-sayuran, ayam, itik, buah-buahan dan sebagainya.

Jadi petani kita ada tempat yang luas dan rakyat kita pun senang kerana stadium itu luas dan parking pun mudah. Malam-malam dia kata, kita sediakan pentas untuk artis dan buat persembahan artis. Jadi petani dapat cari makan, artis dapat cari makan dan rakyat pun mudah. Ini perbualan di kedai kopi macam tidak masuk akal Tuan Pengerusi, tetapi memandangkan kita berbelanja...

Tuan Pengerusi

Jangan lupa lima minit... [Ketawa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Walaupun berhenti menghormati Timbalan Yang di-Pertua datang ini? Jadi Tuan Pengerusi, sampai bila saya hendak tanya kementerian, apa agaknya usaha yang lebih kukuh, jitu dan yang lebih berkesan. Bagaimana hendak meningkatkan mutu bola sepak di kalangan pasukan bola sepak? Akan tetapi, nanti kementerian akan menjawab bahawa bola sepak ini bukan di bawah tadbir kementerian, tetapi di bawah tadbir FAM umpamanya. Persatuan Bola Sepak Malaysia dan sebagainya, jadi kita pun tidak faham Tuan Pengerusi. Kalau masing-masing kita membiarkan pasukan bola sepak kita ini, ia tidak sampai ke tahap yang sepatutnya. Bila Tuan Pengerusi, kita hendak melihat kecemerlangan bola sepak? Arab Saudi dan beberapa negara di Afrika, Arab Saudi ini Tuan Pengerusi, dahulu pakai kain dan pakai jubah main bola ini Tuan Pengerusi. Dia pun tidak sangka bahawa dia boleh masuk ke dalam ranking dunia yang disegani, begitu juga beberapa negara di Afrika yang miskin. Umpamanya Laos, Vietnam dahulu dan juga beberapa negara di Asia yang lebih miskin daripada Malaysia yang tidak ada kemudahan stadium beratus juta ini, tetapi mutu bola sepak dia...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik.

Begitu meningkat.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat sudah habis.

Sudah habis?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, sudah habis.

Tidak dapat...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ini pun saya sudah beri allowance Yang Berhormat.

Okey, maksud saya begini Tuan Pengerusi, saya ikutlah apa yang telah pun difatwakan oleh Tuan Pengerusi tadi dan yang Tuan Pengerusi ini. Bagaimana kementerian membuat sesuatu yang kita sekarang tidak hendak lagi, menoleh sesiapa, tidak hendak menuding jari kepada sesiapa. Macam mana tahap kualiti bola sepak kita boleh dipertingkatkan sehingga kita boleh sampai ke tahap yang amat membanggakan dalam sedikit masa lagi, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh B.45, Butiran 020000 - Pembangunan Belia dan Sukan. Saya hendak tanya pihak kementerian, apa matlamat dan sejauh mana pencapaian hasil daripada program semasa yang dibuat oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam musim pilihan raya di Manik Urai?

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Timbalan Menteri pun turun pergi, banyak program-program yang kita lihat, kursus jahitan, kursus bab pengantin, sulam menyulam dan sebagainya ini. Jadi sejauh mana program itu dapat meningkatkan kemahiran melalui klinik-klinik yang dibuat oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kemudian, apakah follow-up ke arah untuk meningkatkan kemahiran mereka itu supaya boleh mendatangkan hasil pendapatan yang lebih baik kepada golongan belia itu sendiri. Butiran 030200 dan juga P.45, Butiran 00100 - Institut Kemahiran Belia Negara. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan, pertama sekali berkaitan dengan projek IKBN ini. Beberapa banyak IKBN ini yang dibuat melalui tender runding terus dan beberapa banyak yang dibuat melalui tender terhad dan juga open tender. Saya ingin mendapatkan penjelasan berapakah projek-projek IKBN yang tergendala dan saya juga ingin mendapatkan penjelasan, berapa harga yang ditawarkan kepada IKBN di Bandar Penawar, Kota Tinggi kalau tidak silap saya diberikan kepada RASMA Corporation yang saya percaya bahawa Menteri Wilayah tahu, siapa punya RASMA Corporation ini? Saya hendak tahu bahawa adakah ini merupakan projek runding terus yang diberikan kepada RASMA Corporation dan bagaimana status projek tersebut? Keduanya ialah berkaitan dengan IKBN Tanah Merah yang berjumlah RM73 juta yang diberikan kepada SERAYA Resources Sdn. Bhd. Saya hendak tahu apa status projek itu sekarang? Apakah kita telah terminate SERAYA ini ataupun tukar kontraktor? Hendak teruskan ataupun tidak? Ini kerana saya difahamkan bahawa syarikat ini telah pun mendapatkan pendahuluan yang tentu, lebih daripada RM10 juta. Akan tetapi nampaknya projek itu seperti tergendala sehingga sekarang ini. Jadi saya mohon penjelasan. Saya juga ingin menyentuh Butiran 010200 – Perbadanan Stadium Merdeka, khususnya Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil. Saya ingin mendapatkan penjelasan, syarikat mana yang membekalkan kerusi tempat duduk di stadium tersebut? Baru-bari ini diumumkan apabila Kelantan bertemu Negeri Sembilan di final, berlaku kerosakan di kerusi tersebut. Dianggarkan kerusi itu berharga RM500 sebuah, hendak diganti. Jadi saya hendak tahu syarikat mana yang dapat projek membekal kerusi ganti ini. Pertama, syarikat asal yang membekalkan kerusi tersebut sekarang ini yang hendak membekalkan kerusi ganti ini, syarikat mana yang dapat, apa jenis kerusi itu? Jenama dan jenis kerusi itu saya hendak tahu juga. Ini sangat penting kepada kita semua sebab bagi saya bahawa, saya terkejut kerusi itu RM500. Saya duduk pun tidak begitu selesa. Saya duduk itu di tempat VIP, tidak selesa jadi tentulah tempat yang rosak ini tempat biasa. Jadi saya hendak tahu adakah benar ia berharga RM500. Kemudian, yang terakhir P. 45, Butiran 02301 - Penyelenggaraan kompleks dan kemudahan sukan negeri-negeri. Jadi saya hendak tanya berkaitan dengan keadaan Stadium Negeri Terengganu. Kabinet baru-baru ini telah pun membuat arahan supaya dibaiki segera dan saya telah pun membangkitkan perkara ini tetapi tidak ada jawapan daripada pihak Kementerian Kerja Raya kepada saya sehingga sekarang. Jadi saya hendak tahu, kerana ini di bawah pengendalian Kementerian Belia dan Sukan. Bagaimana Kabinet boleh membuat keputusan untuk dibaiki segera sedangkan Kabinet masih belum menerima laporan penuh termasuk daripada AROP Consultant, yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam teknologi bumbung yang berkaitan dengan teknologi space frame ini, yang digunakan di stadium Kuala Terengganu itu. Jadi, kontraktor yang bertanggungjawab itu diarahkan untuk membuat pembaikan sedangkan, mereka yang tidak ada pengalaman ini yang menyebabkan berlaku masalah keruntuhan itu. Mereka yang disuruh membuat pembaikan... [Ketawa] Saya tidak nampak apa kewajaran dan kemunasabahan kita berikan lagi kepada mereka. Jadi saya minta satu penjelasan yang jelas tentang ini, demi keselamatan. Kita tidak mahu kontraktor ini juga yang buat dan tiba- tiba selepas akan berlaku lagi keadaan yang tidak diingini. Ini keselamatan orang ramai termasuk keselamatan Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Terengganu, yang juga Tuan Yang di- Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Bintulu. Tadi Yang Berhormat Bintulu di luar, lima minit Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi, di sini saya mengambil peluang ini untuk menyentuh dua perkara. Mengenai Butiran 020000 - Pembangunan Belia dan Sukan dan Butiran 00603 - Kompleks Sukan Tawau. Saya memohon sekali gus mengenai pembangunan sukan dan kompleks sukan. Tuan Pengerusi, di sini saya mahu menyoal perkara mengenai pembangunan sukan. Saya mahu minta Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah sedar ataupun tidak sampai hari ini Kementerian Belia dan Sukan, atas isu pembangunan sukan, tidak mengambil berat tentang isu ini.

Contoh, tadi kalau tidak silap saya semasa on the way masuk ini Dewan, saya dengar Yang Berhormat Sri Gading ada persoalkan juga mengenai pembangunan sukan, isu bola sepak ini. Bukan bola sepak sahaja bermasalah, basketball pun bermasalah juga. Sehingga hari ini, sepak takraw dan semuanya pun sama juga. Kalau kita ingin membela nasib generasi muda ini dalam bidang sukan, kalau kementerian ini tidak bantu apa-apa kemudahan atau peralatan ataupun kewangan, bagaimana kita hendak membela nasib mereka ini? Bagaimana kita hendak adakan pertandingan itu semua? Kita berkali-kali tulis surat kepada kementerian memohon bantuan kewangan ini untuk aktiviti-aktiviti ini dijalankan daripada persatuan-persatuan tetapi kementerian langsung tidak ambil tahu. Sehinggakan, jawapan pun tiada. Berapa kali kita beritahu, tetapi kata, “Ya, ya, ya”. ‘Ya, ya, ya’, tetapi akhir sekali jawapan semua tiada. Saya ingat kawasan Tuan Pengerusi pun bermasalah sama, setuju kah tidak Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Itu, ”Ya, ya, ya!” Itulah jawapan, Yang Berhormat... [Ketawa]

Itu “Ya, ya, ya!” Yang Berhormat Menteri. Saya minta ini Yang Berhormat Timbalan Menteri jangan ”ya, ya, ya!” sahaja. Ini satu lagi isu, mengenai kompleks sukan. Kompleks sukan ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada sedar atau tidak, yang kita sekarang ini bina kompleks sukan ini selalunya bukan multi-purpose? Tidak boleh guna untuk multi-purpose. Kalau bila mana- mana satu-satu negeri mahu adakan pertandingan, contoh seperti basketball, susah hendak cari basketball court. Tidak dapat. Kadang-kadang kompleks sukan untuk kegunaan lain. Jadi saya mintalah kementerian kalau boleh, ambillah perhatian bila masa bina mana- mana kompleks sukan di mana-mana negeri atau tempat, ingatlah untuk beri ia ada multi- purpose untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sukan. Juga, memohon jasa baik untuk mengambil perhatian dan tolonglah bantu peruntukan bagi mana-mana persatuan atau NGO yang berminat dalam bidang sukan ini. Tolonglah ambil perhatian dan kaji perkara ini. Jangan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya nampak dia angguk sahaja tetapi jangan akhir sekali jawapan kosong juga, apa pun tiada. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020200– Pembangunan Sukan. Saya hendak tanya, peruntukan RM16 juta ini saya percaya untuk emolumen. Dalam konteks pembangunan sukan, kalau saya tengok senarai P.45, ia banyak berkaitan dengan peruntukan menaik taraf gelanggang sukan. Jadi, berapa banyak peruntukan untuk meningkatkan ahli-ahli sukan? Ini yang dibangkit oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi. Mengenai soal bola sepak, saya hendak tanya siapa yang bertanggungjawab membangunkan bola sepak ini dari segi peningkatannya? FAM atau Kementerian Belia dan Sukan? Setahu saya, FAM ini bertanggungjawab mengatur dan menganjurkan pertandingan, Piala FA, Piala FAM dan seumpamanya.

Dato’ Ibrahim AliPAS · PRPasir Mas

Untuk meningkatkan dan melahirkan ahli-ahli sukan, ini tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan di bawah Program Pembangunan Sukan. Akan tetapi saya tengok, banyak berhabis duit untuk fizikal. Kompleks itulah, kompleks inilah. Semua kompleks bangunan. Akan tetapi, hendak meningkat seperti kata modal insan ataupun peningkatan ahli sukan, tiada. Jadi saya hendak cadangkan di sini, oleh kerana masa tiada, banyak hendak cakap bab bola ini. Oleh kerana masa tiada, saya ingin cadangkan supaya Kementerian Belia dan Sukan mewujudkan segera Akademi Bola Sepak Negara, iaitu sama seperti Akademi Pembangunan Belia. Akan tetapi ini tertumpu kepada bola sepak, kerana bola sepak ini merupakan satu sukan di peringkat sejagat, ia adalah universal. Kalau boleh, wujudkan satu Akademi Bola Sepak Negara. Di situlah dipupuk dan ditingkatkan anak-anak muda supaya mereka dapat menjadi pemain-pemain bola sepak yang terkenal di dunia. Cameroon, Chad, negara-negara Afrika sekarang ini, pemain-pemainnya sudah pun masuk ke kelab-kelab FA di England ataupun Eropah. Facilities mereka tidak ada seperti kompleks yang ada di Malaysia ini. Mereka main di padang, dalam hutan, tepi laut. Di Brazil saya tengok, Tuan Pengerusi, saya pergi dahulu di Rio de Janeiro, mereka main bola di tepi laut, tepi pantai sahaja. Kita semua kompleks ada tetapi dari segi pembangunan ini tidak ada. Jadi, saya cadang di tubuh dan diwujudkan Akademi Bola Sepak Negara berkonsepkan seperti, hendak sebut Akademi Fantasia kah atau Akademi Al-Quran kah? Kumpul mereka di situ. Kalau tidak, KPI Kementerian Belia dan Sukan tidak meningkat. Itu satu. Kedua, 04005 – Program Kepimpinan Belia Negara, yang diperuntukkan sebanyak RM7,500,000. Ini duit ini, untuk kursus-kursus dan seminar-seminarkah? Ataupun ada juga duit ini diguna untuk pinjaman pembiayaan yang ada kena mengena dengan usahawan atau seumpamanya? Kalau setakat kepimpinan diperuntukkan RM7.5 juta, berapa ramai sudah dilatih belia-belia ini menjadi pemimpin? Sekarang ini jenayah meningkat disebabkan ramai di kalangan belia-belia yang runtuh akhlak. Jenayah meningkat, kita salahkan polis. Sebenarnya, ini tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan. Kalau jenayah meningkat, golongan belia banyak meningkat dalam konteks jenayah dan seumpamanya seperti keruntuhan akhlak, Kementerian Belia dan Sukan juga yang bertanggungjawab. Kalau tidak, apa guna ada Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian Belia dan Sukan ini buat apa, untuk tujuan apa? Untuk latih apa? Usahawan? MARA ada, bank ada. Semuanya bertindih. Banyak kementerian bertindih dari segi aktivitinya. Seakan-akan sama. Wujud usahawan sana, wujud usahawan sini tetapi tengok sana gagal, sini pun gagal. Akan tetapi sepatutnya ini ditumpukan. Saya harap di bawah Program Kepimpinan Belia Negara ini, dibuat lebih banyak mass program, melibatkan penglibatan ramai golongan belia dalam bentuk Rakan Muda tetapi hendak mengelak mereka ini terlibat dalam jenayah. Akhir sekali, 02400 – Gelanggang Sukan, yang diperuntukkan RM18 juta. Saya hendak berterima kasihlah kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan kerana beri dua gelanggang futsal di Pasir Mas. Dua gelanggang futsal ini diluluskan RM100,000. Saya minta tiga tetapi dapat dua. Cuma saya tidak tahu, bila hendak buat? Agak-agak pelaksanaannya sampai tidak tahun 2020?. [Ketawa] Agak-agaklah, saya hendak tahu sahaja. Kalau sampai tahun 2020, saya ucap tahniahlah sebab sehingga hari ini saya tidak nampak lagi. Jadi, sekian, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Arau.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga seperti rakan-rakan, ingin menarik perhatian kementerian berhubung 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan. Saya tidak hendak mempertikaikan soal peningkatan mutu bola sepak negara, cuma di sini saya ingin membangkitkan - Setiap kali kita buat program-program di peringkat akar umbi, kita biasanya tidak akan ada program susulan secara berterusan.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Setiap kali skuad yang dibentuk untuk mewakili negara daripada harimau, gajah atau apa-apakah tetapi akhirnya skuad-skuad itu bertaburan dan tidak menjadi satu pasukan yang kuat. Saya masih lagi, walaupun Yang Berhormat Pasir Mas telah mencadangkan supaya diwujudkan Akademi Bola Sepak Negara tetapi dalam keadaan kualiti yang ada di negara kita, kita belum lagi mampu mencapai tahap international. Ini kerana berdasarkan kedudukan jurulatih tempatan ataupun jurulatih import dari luar negara, itu pun masih belum mampu untuk membuat pengisian dalam keadaan mutu permainan yang sedia ada. Cuma, saya cadangkan beberapa kali, seperti mana yang dibuat di negara China, Jepun dan Korea, supaya menghantar 20 atau 30 orang dari umur 13 tahun untuk berlatih di akademi di luar negara, bukan di negara-negara Eropah tetapi di Brazil atau Amerika Selatan. Seperti mana yang kita lihat sekarang, pasukan China dan Jepun telah meningkat dengan mendadak termasuk peningkatan dalam liga negara mereka sendiri. Bila ia dilaksanakan, cuma pertukaran jurulatih sahaja dibuat tetapi hingga umur 19 tahun, mereka sudah balik dan mereka sudah mendapat skil yang luar biasa yang boleh membentuk kecemerlangan dalam bola sepak negara. Cuma di sini dari segi pembangunan sukan, kuasa-kuasa yang ada pada persatuan-persatuan sukan. Saya ingin tahu daripada pihak kementerian, kuasa untuk membentuk atlet dan program-program yang berkaitan dengannya telah diberikan sepenuhnya kepada persatuan-persatuan sukan. Kebanyakan persatuan sukan di negara kita ini mempunyai kepimpinan. Mereka pun main politik. Terlampau banyak main politik.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Pimpinan sukan pergi ke luar negara bertaraf five stars atau lima bintang dengan peruntukan itu. Akan tetapi, dengan pembangunan sukan kita lihat masih lagi dalam peringkat yang berpilih-pilih dan tidak mampu untuk mencapai satu tahap yang memuaskan. Boleh di sini Yang Berhormat, saya tahu mungkin dari segi akta di sini kita sudah memberi kuasa kepada persatuan sukan untuk membuat program pembentukan atlet. Akan tetapi, tidak bolehkah pihak kementerian mempunyai kuasa untuk campur tangan pada setiap kali kita lihat bagaimana persatuan yang dianggap kurang berkemampuan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini? Saya tidak mahu setiap kali Menteri-Menteri baru menerajui kementerian akan ada satu bench marking. Dia buat kelab Sukan Komuniti lah, Rakan Muda lah, rakan itu, rakan ini, dan sebagainya. Akan tetapi, apabila di peringkat bawahan kita telah menyahut cabaran kerajaan untuk menjayakan semua program ini nampaknya gagal untuk dibuat program penyusulan. Contohnya KSK saya Kelab Sukan Komuniti Tambun Tulang DUN Tambun Tulang dalam Parlimen saya menjadi naib juara Liga FM tahun 2009 iaitu tahun ini dan telah layak menyertai Liga Perdana. Budak kampung yang dilatih daripada program daripada sekolah rendah lagi dan tidak ada star pun dalam pasukan. Akan tetapi terpaksa tarik diri kerana tidak ada kemampuan kewangan. Jadi kita tarik diri kerana tidak ada kemampuan. Jadi mereka kecewa. Berapa ramai pemain bola sepak penduduk kampung mereka merasa sangat kecewa kerana kita tidak mampu untuk mengetengahkan mereka untuk bersaing dalam Liga Perdana dalam persada bola sepak negara. Jadi saya sudah hantar surat kepada Yang Berhormat Menteri tetapi tidak ada jawapan sampai kini sama ada bolehkah, tidak bolehkah, tolongkah atau pun apa saya pun tidak tahu. Jadi cukuplah. Kalau tidak boleh buat jadi jangan ada bench marking yang dibuat oleh kementerian hanya untuk tiap-tiap kali hendak beri nampak, mungkin sekarang KPI kita buat ini, ada nama program baru. Kemudian akhirnya akan terbiar dan macam itu sahaja kerana peruntukan susulan akan datang. Pembangunan Belia - Butiran 020300. Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian supaya dalam pembangunan belia saya bersetuju dengan rakan-rakan supaya peruntukan belia walaupun peruntukan berkurangan pada tahun ini tetapi tumpuan kepada belia amat penting. Saya mahu tumpuan kepada pembangunan yang berkaitan dengan Pembangunan Ekonomi Belia iaitu Butiran 020500 diberi tumpuan. Kita harus juga fokus kepada satu-satu bidang yang belia minati. Kita lihat sekarang di luar bandar pembangunan pertanian, penternakan, dan sebagainya, feedlot. Ini bidang-bidang yang boleh...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat...

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

...Diberi penekanan oleh...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

...Masa Yang Berhormat.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

...pihak kementerian. Akhir sekali, apakah yang telah dibuat oleh kementerian dalam menangani nasib belia Orang Asli seramai lebih 60,000 orang yang berada di dalam negara kita? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Nibong Tebal.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Tan Tee BengPKR · PRNibong Tebal

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya hendak sentuh tentang bidang sukan sahaja dan Butiran adalah 02000, 02007, dan 02301. Saya seorang Bekas Bendahari Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang iaitu saya ingin berkongsi pandangan saya mengenai bola sepak di dalam negara ini dengan rakan-rakan di sini. Buat masa sekarang, FAM tidak membantu semua persatuan bola sepak iaitu FA dalam negara ini. Pada masa dahulu apabila kita di bawah tajaan Dunhill, setiap pasukan menerima peruntukan sebanyak RM3.5 juta. Kini di bawah tajaan TM Net lagi teruk kerana mereka hanya menerima RM350,000 sahaja setahun. Semua pasukan semakin kekurangan peruntukan setiap tahun dan dalam mesyuarat FAM pada Ogos 2009 ini, mereka telah memutuskan bahawa mereka akan menunjukkan pasukan yang masih berhutang dengan jabatan-jabatan seperti KWSP, LHDN dan lain-lain. Pulau Pinang sangat bernasib baik kerana di bawah Pengerusi Yang Berhormat dari Bayan Baru. Kita berjaya menyelesaikan isu tersebut pada waktu yang ditetapkan... [Tepuk] Dan dapat bertanding lagi dalam musim yang akan datang. Jadi saya rasa banyak pasukan masih berhutang gaji kepada pemain-pemain, EPF, dan cukai pendapatan kepada jabatan-jabatan tersebut. Jadi hari ini pula kita mengetahui bahawa Kuala Muda Naza dan Pasukan UPB sudah terkeluar dari senarai pasukan bertanding dalam Liga Super ini. Tuan pengerusi, AirAsia telah menaja pengadil English Premier League selama dua tahun sejak tahun 2006. Pada Jun 2008 ini apabila krisis ekonomi melanda Amerika Syarikat di mana AIG iaitu insurans kompeni telah mengalami masalah kewangan, AirAsia pula telah mencadangkan kepada Manchester United jumlah USD100 juta untuk mengambil alih ruang pasukan MU itu. Berapa banyak yang boleh dilakukan untuk pasukan nasional kita dengan wang sebanyak USD100 juta ini? Adakah kita menggunakan pendapatan domestik yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk menaja pasukan luar negara sedangkan kita pun menghadapi masalah ekonomi dalam negara kita sendiri? Ini boleh diibaratkan kera di hutan disusukan, anak di rumah pula mati kelaparan. Saya mencadangkan kepada Menteri Kementerian Belia dan Sukan, mereka harus mengambil inisiatif untuk menghasilkan pendapatan yang lebih baik bagi membantu acara sukan di negara kita. Mereka boleh mendapatkan tajaan kewangan dari syarikat korporat seperti AirAsia, YTL, Maybank, PNB, dan lain-lain organisasi yang cukup kuat untuk mematikan standard sukan kita dinaikkan. Tuan Pengerusi, saya menggesa agar pihak kementerian memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk FAM supaya menyelesaikan krisis ini. Kementerian seharusnya tidak bertindak seperti pepatah orang Cina kata, “Anda mahukan kuda anda menjadi baik tetapi anda juga mahukan kuda anda tidak memakan rumput”. [Ketawa] Saya di sini juga ingin menyentuh sedikit tentang pasukan bola tampar Pulau Pinang. Untuk pengetahuan semua Ahli-ahli Yang Berhormat, pasukan ini telah menyumbangkan lebih kurang dua sampai tiga pemain untuk peringkat nasional. Akan tetapi di Pulau Pinang mereka langsung tiada tempat untuk berlatih. Kini mereka menumpang berlatih di gelanggang bola keranjang di Sekolah Menengah Chung Ling.

Tuan Tan Tee BengPKR · PRNibong Tebal

Mereka terpaksa beralah apabila terdapat acara yang perlu diadakan di tempat itu. Kisah sedih ini tidak berhenti setakat ini sebab apabila persatuan bola tampar memohon bantuan daripada Kerajaan Negeri, Ketua Menteri mahu mereka meneruskan latihan dalam kawasan beliau di Butterworth sedangkan semua pemain tinggal di Pulau Pinang. Jadi saya menggesa supaya kementerian boleh mengambil masalah ini secara serius dan saya amat berharap agar Kerajaan Persekutuan dan kementerian boleh menempatkan gelanggang mini untuk pemain-pemain berlatih dengan selesa. Lagipun saya hanya meminta satu gelanggang mini yang tertutup bukan satu stadium.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat.

Tuan Tan Tee BengPKR · PRNibong Tebal

Jadi akhir sekali saya amat berharap pihak kementerian boleh mempertimbangkan masalah ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sekijang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bercakap tentang Butiran 010100 dirangkumkan sekali dengan 020100 dan 020200. Tuan Pengerusi, saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih lah kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah pun meluluskan permohonan saya untuk menambah padang futsal di dalam Parlimen saya. Sebelum itu Tuan Pengerusi, pejabat Yang Berhormat Menteri ada menghubungi saya untuk saya menamakan tempat-tempat untuk dibina gelanggang futsal itu. Saya telah pun menyenaraikan tempat tersebut mengikut kepada keutamaan atau pun prioriti di dalam kawasan saya dan Yang Berhormat Menteri telah pun meluluskan cadangan saya itu. Akan tetapi malangnya apabila sampai di peringkat negeri, saya telah diberitahu oleh pegawai di peringkat daerah apa yang saya cadangkan itu telah pun bertukar. Ianya ditukar oleh Pengarah negeri di peringkat negeri Johor. Ini saya merasa tidak puas hati Tuan Pengerusi. Maknanya Pengarah, pegawai, dan kakitangan kerajaan ini setelah Yang berhormat Menteri meluluskan sesuatu perkara itu mereka boleh memindanya. Ini sebagai mana yang pernah kita perbincangkan di dalam Dewan yang mulia ini di peringkat delivery dengan izin Tuan Pengerusi atau pun di peringkat penyampaian atau pun di peringkat pelaksanaan masih ada lagi ketirisan. Walau pun telah ada arahan-arahan yang telah dikeluarkan tetapi mereka masih lagi mahu mengikut selera mereka.

Jadi Tuan Pengerusi, saya juga difahamkan bahawa pegawai ini juga telah dibiayai oleh pihak-pihak tertentu pula untuk suami isteri pergi melawat sampai ke Indonesia dan sebagainya. Oleh itu, saya ingin tahu apakah tindakan yang boleh dikenakan kepada pegawai ini kerana telah pun mengingkari arahan yang telah dikeluarkan daripada pejabat Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi. Perkara kedua yang ingin saya sentuh Tuan Pengerusi ialah di kawasan saya terdapat sebuah padang ataupun litar motosikal lasak ataupun motorcross Tuan Pengerusi. Ia telah dibina oleh para belia dan penduduk secara gotong-royong dengan tunjuk ajar daripada pihak-pihak yang pernah terbabit di dalam motor lasak ini. Setiap tahun mereka telah mengadakan kejohanan motor lasak di peringkat daerah dan ia mendapat penyertaan daripada bukan sahaja daripada daerah, tetapi juga penyertaan daripada seluruh negara. Bahkan ada juga daripada luar seperti Thailand, Vietnam dan USA juga ada mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Saya ingin tahu daripada kementerian, apakah bantuan yang boleh diberikan kepada mereka ini ataupun kelab ini yang telah berusaha secara gigih, mendapat sambutan yang begitu meluas sekali di peringkat daerah, negeri dan nasional? Setakat hari ini yang membiayainya adalah Ahli Parlimen sendiri dan kementerian ataupun Jabatan Belia mengatakan bahawa mereka tidak ada peruntukan dan sebagainya.

Maka inilah yang kita katakan bahawa apabila ada minat ataupun kemahuan daripada para belia itu, kita tidak mahu menyokong mereka untuk menjayakan sesuatu program itu. Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 020500 - Pembangunan Ekonomi Belia. Saya ingin bertanya kepada kementerian ataupun jabatan mengapakah skim pinjaman kepada belia ini diberhentikan? Skim bantuan perniagaan. Sehingga kini berapa ramaikah belia yang telah dibantu oleh kementerian dan telah pun berjaya? Berapa ramaikah yang telah gagal sehingga Oktober 2009? Berapa banyakkah tunggakan hutang ataupun pinjaman yang ada pada ketika ini dan cara mana kutipan dibuat? Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada mereka yang tidak membayar hutang ini? Sekian, saya menyokong Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Rasah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan badminton negara kerana terus cemerlang dalam Super Series Master di Johor Bahru baru-baru ini dengan merangkul juara dalam tiga kategori. Akan tetapi, saya juga ingin melahirkan rasa duka cita kerana difahamkan bahawa pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei telah menarik diri daripada SEA Games yang dikatakan bahawa beliau telah mengalami kecederaan. Saya harap alasan ini betullah dan bukannya ada alasan lain. Bagi saya, temasya-temasya sukan ini adalah penting untuk atlet-atlet kita, khususnya bintang-bintang sukan perlu menyertai kerana ia dapat mengharumkan nama negara. Walaupun temasya-temasya sukan seperti SEA Games ini tidak menawarkan ganjaran tunai, tetapi kita mahu mengingatkan bintang- bintang sukan kita, ahli-ahli sukan kita supaya jangan hanya fikirkan kejohanan-kejohanan yang menawarkan ganjaran tunai. Kita bukannya menentang mereka yang mengejar kejohanan-kejohanan yang menawarkan ganjaran tunai, tetapi tanggungjawab mereka yang lebih besar ialah membawa imej yang baik kepada negara, mengharumkan nama negara di pentas sukan antarabangsa. Ini kerana mereka mendapat latihan, dicungkil bakat mereka dan diberikan pendedahan melalui peruntukan daripada wang pembayar cukai. Maka adalah menjadi tanggungjawab kepada mereka untuk mengharumkan nama negara kita. Jadi, adalah penting untuk ahli-ahli sukan kita terus membawa imej yang baik negara kita di pentas sukan antarabangsa. Kedua yang ingin saya sentuh ialah berkenaan dengan Butiran 020500 - Pembangunan Ekonomi Belia. Kalau mengikut maklumat yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan, bilangan belia yang diberikan pinjaman dalam Skim Pembangunan Ekonomi Belia, tahun 2008 seramai 456 orang, tahun 2009 seramai 200 orang dan anggaran 2010 hanya 150 orang. Saya hendak mempersoalkan sejauh mana keberkesanan program-program pinjaman seperti ini? Bagi saya adalah lebih penting kepada pihak Kementerian Belai dan Sukan untuk memastikan iaitu golongan belia kita mempunyai akses kepada pinjaman daripada agensi- agensi kerajaan yang lain. Kalau hanya bergantung kepada pinjaman daripada Kementerian Belia dan Sukan, ini sememangnya tidak cukup kerana peruntukannya kecil dan tidak dapat membawa manfaat kepada ramai belia kita. Apa yang lebih penting ialah supaya Kementerian Belia dan Sukan pastikan pendedahan belia kita dan akses mereka kepada pinjaman-pinjaman daripada agensi-agensi kerajaan dan badan-badan yang lain kerana saya tahu bahawa banyak lagi agensi yang menawarkan pinjaman. Akan tetapi, sama ada golongan belia kita mempunyai akses kepada pinjaman-pinjaman tersebut, itu menjadi satu persoalan dan sama ada mereka boleh ataupun berjaya untuk mendapatkan pinjaman daripada agensi-agensi yang lain.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Jadi, saya harap Kementerian Belia dan Sukan dapat memberikan pertimbangan dan juga memberikan penekanan supaya mereka mempunyai pendedahan kepada pinjaman-pinjaman ataupun program-program pembangunan ekonomi dalam kementerian- kementerian dan agensi-agensi kementerian yang lain. Ketiga yang saya ingin bangkitkan ialah berkenaan dengan 00100 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Saya ingin menyeru kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan supaya mengkaji sama ada sudah tiba masanya IKBN ini diserapkan ke dalam sistem pendidikan negara. Bagi saya, ia adalah penting kepada golongan belia kita. Apabila mereka habis di peringkat SPM, yang penting ialah kerajaan perlu memastikan tidak ada mana-mana golongan belia kita ataupun anak-anak muda kita tercicir daripada sistem pendidikan negara selepas SPM. Hal ini kerana ramai yang tidak dapat meneruskan pengajian, mungkin dari segi akademiknya kurang baik, dari segi kewangannya tidak mampu untuk meneruskan di peringkat diploma, kolej ataupun universiti. Jadi, sudah tiba masanya untuk kita memastikan kalau mereka habis di peringkat SPM dan tidak dapat pergi ke tempat lain, ataupun ke kolej, diploma, degree dan sebagainya, adalah penting supaya Kementerian Belia dan Sukan memastikan mereka mendapat kemahiran. Sekurang-kurangnya dua tahun lagi pendedahan di peringkat kemahiran. Sudah sampai masanya pihak kementerian mengkaji IKBN ini diserapkan dalam sistem pendidikan negara supaya pastikan tidak ada mana- mana orang muda kita yang tercicir daripada sistem pendidikan selepas SPM. Selepas SPM kalau mereka tidak ada kemahiran, kelulusan akademik dan certificates, memang payah untuk mereka mendapat satu kerja yang baik. Jadi, saya rasa perlu Kementerian Belia dan Sukan untuk mengkaji dan memastikan setiap orang muda kita, kalau mereka dari segi akademiknya kurang mampu, sekurang-kurangnya di peringkat kemahiran itu ada kemampuan mereka supaya mereka dapat bekerja.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Akhir sekali, satu ayat sahaja 04005 - Program Kepimpinan Belia Negara. Saya hendak dapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, apakah bentuk kursus yang diberikan melalui Program Kepimpinan Belia Negara kita? Ini kerana saya harap kursus-kursus yang ditawarkan itu bukannya Biro Tatanegara. Saya harap diberikan penjelasan, bagaimanakah kursus-kursus ini membawa satu keberkesanan untuk memupuk kepimpinan di kalangan belia di negara kita? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Kota Belud.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perdebatan 020200 - Pembangunan Sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Bercakap mengenai bola sepak ini Tuan Pengerusi, kadang- kadang kita mendapat jawapan daripada kementerian, kata mereka bola sepak ini sama tarafnya dengan sukan-sukan yang lain. Kita mempunyai sembilan atau sepuluh, di mana Malaysia berada di dalam top 10. Tidak boleh begitu, Yang Berhormat Menteri. Bola sepak ini adalah satu sukan yang pada saya adalah sukan yang paling termasyhur, terunggul, yang menjadi sukan bukan sahaja dari segi semangat kesukanan, tetapi boleh menjadi alat perpaduan. Ini kadang-kadang kalau kita bertanya tentang kemajuan bola sepak, dikatakanlah, buat hendak bising pasal bola sepak sebab kita ini nombor top 10 dalam squash, bowling, lawn ball, equestrian, tomoi, gimnastik. Ini bukan satu perbandingan yang tepat. Bola sepak ini adalah satu sukan yang pada saya menjangkaui fahaman politik pun, yang itu di Stadium Shah Alam yang membakar kerusi itu, saya rasa bukan orang by partisan itu. Dia tidak melihat kepada parti. Malah saya pasti kalau Kelantan menang pada waktu itu mungkin Yang Berhormat Pokok Sena peluk dengan Yang Berhormat Jeli.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Itu pentingnya bola sepak ini Tuan Pengerusi. Jadi, saya minta supaya kita dapat perspektif yang betul. Jangan rangkumkan bola sepak ini dengan sukan-sukan yang lain. Kita berterima kasih kepada Datuk Nicole Ann David dengan skuasynya kita berterima kasih. Akan tetapi bola sepak ini perlu dilihat sebagai satu sukan yang paling utama di dalam negara kita. Jadi Tuan Pengerusi, kalau kita melihat daripada negara-negara yang lain, saya pernah sebut ini di Jepun contohnya pada permulaan Liga-J, J-League. Syarikat-syarikat korporat daripada Jepun dan GLC Jepun tidak pun mahu untuk memberi penajaan, sebab kata mereka ini tidak begitu penting kepada business mereka. Akan tetapi apabila diwajibkan oleh Kerajaan Jepun supaya GLC-GLC ini menaja pasukan-pasukan dalam J- League ini, maka sekarang Liga-J ini sudah terkenal ke seluruh dunia. Mengapa kita tidak buat di Malaysia? Kita wajibkan syarikat-syarikat besar terutamanya GLC. Celcom, RM500 juta untung tahun ini. Mengapa tidak boleh gunakan sedikit wang itu untuk membantu pembangunan bola sepak contohnya. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bolehkah tidak kita mewajibkan GLC yang berjaya mengaut untung yang begitu banyak ini wajibkan mereka untuk menaja setiap pasukan di dalam negara kita ini, negeri-negeri dan juga kelab-kelab ini? Kemudiannya Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya apakah inisiatif daripada kementerian? Ini kerana satu lagi komponen yang lebih besar dan penting dalam pembangunan bola sepak ini ialah kelab penyokong, fan club. Apakah usaha kerajaan dan kementerian khususnya untuk memberi sedikit kekuatan kepada fan club ini, kerana mereka inilah yang boleh menggembleng dan memberi sedikit semangat kepada penonton- penonton datang beramai-ramai ke stadium dan sebagainya? Adakah mereka ini diberi sedikit peruntukan kewangan kepada kelab-kelab penyokong yang rasmi? Memang banyak kelab penyokong yang mungkin tidak rasmi, tetapi yang rasmi bernaung di bawah football association masing-masing. Saya rasa perlu diberi peruntukan supaya mereka ini boleh mengadakan program-program mereka, menaikkan semangat penyokong-penyokong tempatan dan sebagainya. Tuan Pengerusi, kadang-kadang apabila kita bercakap tentang bola sepak ini, ia bermula jauh di tempat-tempat yang bermasalah. Kadangkala apabila majlis daerah ingin membuat sesuatu bangunan, kawasan pertama yang dikorbankan ialah padang majlis daerah. Kadang-kadang bagi sukan mereka berkompromi. Jikalau dahulu mungkin measurement padang bola itu cukup. Akan tetapi diambil sedikit 30 peratus dan dikecilkan measurement padang itu. Ada gol, penalty box dan sebagainya tetapi tidak mengikuti spesifikasi FAM. Begitu juga di sekolah-sekolah, apabila ada makmal komputer dibuat, kalau ada bangunan-bangunan tambahan yang perlu dibuat selalunya acap kali yang menjadi korban ialah padang bola sepak sekolah tersebut. Jadi, ini saya minta juga kalau boleh kementerian bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dan juga kementerian yang mengawasi majlis daerah ini supaya padang-padang ini dapat dipertahankan menjadi tempat untuk menjana talent di peringkat akar umbi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya. Okey. Itu sahajalah Tuan Pengerusi. Terima kasih banyak.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Jerai.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020200 - Pembangunan Sukan. Merujuk kepada isu Persatuan Sepak Takraw Malaysia.

Baru-baru ini Persatuan Sepak Takraw Malaysia telah pun mengumumkan iaitu penggunaan bola daripada Gajah Emas beralih kepada bola takraw bernama Salim yang dikatakan bukan produk ataupun hasil anak tempatan. Jadi, saya mencadangkan kepada KBS supaya melihat semula bola takraw Gajah Emas yang berada di Sungai Petani, Kedah di mana beroperasi semenjak 23 tahun yang lalu bermula dengan bola takraw rotan sehingga sekarang ini yang telah digunakan di seluruh dunia termasuk ke Amerika Selatan, Amerika Latin, Eropah dan sebagainya. Jadi, mengapa pihak Persatuan Sepak Takraw Malaysia tidak mengiktiraf bola tersebut bagi digunakan dalam pertandingan-pertandingan di dalam negara kita, tetapi lebih kepada bola luar yang bukan produk Malaysia? Ini juga menjadi sesuatu yang aneh bagi Persatuan Sepak Takraw Malaysia ataupun pemain-pemain sepak tuju ini yang menyoal, mengapa kementerian tidak bersungguh-sungguh mengatasi masalah PSM ini? Kemudian, saya merujuk kepada liga tempatan. Saya mohon kepada KBS supaya bertanggungjawab penuh melihat kepada keadaan bola sepak negara kita ini yang seolah- olah hilang semangat sokongan daripada dalam negara terutama anak negeri sendiri. Walau bagaimanapun, kita masih terdapat tiga negeri yang mempunyai penyokong tegar iaitu di Kedah, Kelantan dan Selangor. Saya yakin Timbalan Menteri merasai keadaan ini setelah FAM menarik balik lesen pemain import yang beraksi di negara kita menyebabkan sokongan anak muda dan remaja khususnya pada Liga-M agak menurun dan ada di kalangan negeri yang beraksi tanpa penonton. Kedua, pendapatan juga menurun hasil daripada jualan tiket yang berkurangan. Kedah pada 2009 tahun ini hanya berjaya menghimpun RM1 juta daripada collection tiket. Jadi, saya mohon kementerian supaya bertanggungjawab dan memberi kebenaran semula kepada FAM ataupun perbincangan seterusnya supaya ‘awang import’ ini dapat beraksi semula di dalam negara kerana ia merupakan satu tarikan. Negara jiran kita terus mengekalkan pemain import yang akhirnya dapat melahirkan bakat-bakat pemain di kalangan remaja mereka. Kemudian, Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia juga antara persatuan bola sepak yang sedang menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja yang sedang berlangsung ini, di mana saya difahamkan oleh pihak persatuan hanya memperoleh RM50,000 sahaja geran per kapita tahunan daripada KBS. Jadi, apakah layak satu persatuan Melayu Malaysia yang menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja- Raja setiap tahun hanya diberi RM50,000 sahaja sedangkan setiap negeri terdapat juga Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Kedah dan sebagainya? Peruntukan yang begitu kecil ini, apakah mampu untuk diagih dan menjadikan kejohanan itu lebih menarik dan mendapat sokongan di kalangan remaja? Kemudian Tuan Pengerusi, Butiran 020300 - Pembangunan Belia, iaitu kembalikan fikrah belia putih dan bersih setelah mana kita berhadapan dengan keruntuhan moral akhlak yang begitu dahsyat, sehingga kita dapati anak muda di kalangan muda mudi kita seolah-olah hilang identiti bangsanya masing-masing. Jadi, saya ingin tahu apakah acuan dasar utama KBS dalam mendukung pembangunan belia ini? Akhlak remaja adalah merupakan penanda aras pembangunan bangsa dan negara. Apakah modul yang digunakan pihak kementerian supaya kalangan remaja kita lebih cintakan Allah, Rasul dan agamanya sendiri supaya menjadi hijab pendinding kepada keruntuhan moral yang semakin dahsyat ini? Kementerian dipohon menjadikan masjid sebagai tempat pentarbiahan pendidikan di kalangan remaja kita. Rata-rata masjid didapati sudah berkurangan kehadiran kalangan anak-anak muda remaja. Apakah kementerian langsung tidak peduli hal ini supaya anak muda kita datang ke masjid dan sudah tentulah mereka akan menerima sumber ilmu, pengajian dan pentarbiahan, maka mereka dapat menghindari pelbagai penyakit yang melanda. Pohon kepada KBS bekerjasama dengan kementerian yang menjaga urusan agama supaya mengadakan program dan merujuk kepada Program Summer Camp yang dibuat oleh pihak swasta.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat sudah habis.

Okey. Sedikit lagi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, tidak ada sedikit lagi Yang Berhormat.

Kemudian, siapakah golongan anak muda dan menetapkan setiap perjawatan dalam KBS itu dari kalangan penjawat awam adalah guru-guru atau pun kelulusan agama memberi pandangan-pandangan untuk mengajar, mendidik anak muda kita keluar daripada kemelut sosial ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Parit.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyebut Butiran 020200 - Pembangunan Sukan bersama dengan Butiran 020300 - Pembangunan Belia. Mengenai pembangunan sukan, soal dan isu yang paling popular ialah cerita bola sepak. Sekarang ini pun skuad bola sepak negara kita sedang bertungkus- lumus mencari tempat separuh akhir Sukan SEA selepas menang dua kali. Cuma apa yang hendak saya sentuh ialah bolehkah pasukan-pasukan negeri ini diswastakan tanpa perlu lagi di bawah kerajaan negeri dan apakah kementerian boleh bersetuju dengan langkah yang drastik ini demi kemajuan bola sepak negara. Apabila diswastakan, mungkin saya percaya soal hutang yang masih belum berbayar kepada KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan lain-lain termasuk hutang dengan FAM bolehlah dilangsaikan dengan baik. Malahan, dari aspek kebajikan, pengurusan dan pentadbiran pasukan, pengurus, jurulatih dan pemain dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Selain daripada itu, soal pengurusan stadium dan elaun tertentu juga boleh ditambah nilai kerana apa yang saya fahami, setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia hendaklah mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Di samping itu, saya juga mengesyorkan supaya FAM sendiri mengorak langkah dengan menghantar pemain tempatan beraksi dalam Liga Eropah atau Amerika Latin. Tidak kiralah mereka ini beraksi di dalam liga divisyen tiga atau pun empat. Akan tetapi, yang penting mereka beraksi dalam suasana permainan yang berprestasi tinggi. Kita perlu melihat bagaimana negara Korea Selatan, Jepun, China malahan India sekalipun telah menghantar pemain-pemain tempatan mereka ke luar negara secara drastik. Tuan Pengerusi, mengenai perihal belia, Malaysia adalah sebuah negara yang pesat membangun dengan 65 peratus daripada penduduknya terdiri daripada belia. Maka, tidak syak lagi corak pembangunan yang berjalan adalah pembangunan yang bersifat dinamik. Cuma, yang ingin saya bertanya ialah bagaimanakah dasar pembangunan belia di laksana tanpa menjejaskan nilai kerohanian agama. Kalau kita lihat penyaluran roh Islam bukan sahaja melalui masjid, madrasah dan surau tetapi perlu disalurkan melalui organisasi yang lebih dekat dengan pergerakan dan kehidupan belia itu sendiri. Jadi, saya melihat juga aktiviti badan belia Islam agak kurang menonjol berbanding persatuan belia yang lain. Apatah lagi cabaran masa kini cukup mencabar dengan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi seperti dadah, seks bebas, pil khayal, ragut, pergaulan tidak tentu arah serta hiburan yang melalaikan. Saya ingin bertanya, sebenarnya persatuan belia yang berorientasi Islam dan apakah program-program yang sebenarnya dilaksanakan oleh persatuan tersebut dalam menarik minat belia-belia kita? Kalau kita lihat dalam setiap aktiviti badan belia di negara kita perlu menyedari agama dan rohani itu sama pentingnya dengan makanan jasmani. Tenaga belia tidak wajar dibazirkan dengan membiarkan mereka hanyut dengan keseronokan semasa sebaliknya perlu disalurkan melalui kegiatan yang dapat menguatkan kerohanian mereka. Jadi saya mencadangkan juga kementerian menerusi belia negeri dan daerah supaya secara langsung juga rapat dengan NGO Islam, pengurusan masjid dan surau. Ini termasuklah menyediakan pelbagai program menarik umpamanya pertandingan menyanyi berunsur ketuhanan dan Islam. Terima kasih. Saya menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Cuma dua perkara yang ingin saya bangkitkan di sini yang merujuk kepada Butiran 010200 - Perbadanan Stadium Merdeka (Kompleks Sukan Negara). Pengurusan sebanyak RM30 juta diperuntukkan. Yang Berhormat Menteri boleh beri secara terperinci tentang peruntukan ini. Saya difahamkan Stadium Merdeka akan dirobohkan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada pembangunan di mana surat khabar tempoh hari sudah melaporkan tempat ini akan didirikan satu bangunan yang tinggi yang setaraf dengan Twin Tower Petronas. Saya tidak tahu berita ini adalah benar atau tidak. So, saya hendak tahu tentang adakah Stadium Merdeka yang bersejarah ini patut dirobohkan? Kalau ya, saya harap Menteri dapat mengekalkan stadium ini kerana ia memang mempunyai sejarahnya. Tentang perkara kedua, Butiran ‘02100’ - Penyelenggaraan Kompleks dan Kemudahan Sukan Negara. Tentang penyelenggaraan atau maintenance Kompleks Negara Bukit Jalil, saya hendak tahu tentang kos penyelenggaraan tahunannya. Ini kerana sejak negara kita telah mengadakan Sukan Komanwel pada 1998 di Kompleks Sukan Bukit Jalil ini, sampai sekarang saya difahamkan setiap tahun kerajaan memberikan peruntukan yang amat banyak untuk maintenance stadium ini. Setakat ini, adakah Kompleks Sukan Negara ini dapat berdikari? Kalau saya lihat, memang ia dapat sewaan yang banyak dari konsert-konsert dan sewaan kepada orang lain. Saya cuma hendak tanya, berapakah kos sewa yang mereka dapat setiap tahun dan bolehkah ia menampung maintenance kompleks ini? Saya rasa itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Tenom.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin terus menjurus kepada Butiran 020200 – Pembangunan Sukan. Pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita mengenai penubuhan Pasukan Formula Satu (F1) 1Malaysia adalah suatu langkah di luar jangkaan kita. Saya melihat langkah sebegini Tuan Pengerusi adalah satu keberanian yang mahukan sesuatu kejayaan yang luar biasa. Atas pengumuman itu saya melihat lonjakan deras pasukan permotoran yang mana menjadi pembangunan sukan di negara kita ini terus diberi ruang dan peluang yang cerah. Tuan Pengerusi, malahan kita melihat bahawa iklan yang diraih melalui F1 ini iaitu F1 1Malaysia sebanyak 100 kali lebih baik daripada kos pelaburan bagi pasukan berkenaan. Ini saya ambil daripada kata-kata mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir. Jadi saya hendak tanya Tuan Pengerusi, selain daripada penglibatan sektor swasta dan juga GLC negara dalam pasukan ini, adakah Petronas juga akan terlibat dalam merealisasikan F1 Malaysia ini? Apabila penubuhan pasukan F1 Malaysia diumumkan, ia bukan setakat soal sukan permotoran itu sahaja tetapi ia juga boleh dilihat sebagai wadah penting untuk mempromosikan Malaysia kepada dunia. Satu lagi Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya apakah timbal balas yang diperoleh oleh pihak kementerian menerusi Pasukan F1 Malaysia ini? Saya juga ingin tahu Tuan Pengerusi , bilakah pengurusan Pasukan F1 Malaysia akan mengumumkan pemandu untuk Pasukan F1 1Malaysia? Adakah ianya sudah di senarai pendek atau bagaimana? Ini kerana kita dengar dalam media, kita dengar ura-ura mungkin Alex Yong, mungkin Fairuz Fauzy GP2 atau pun mungkin Jazeman Jaafar juara Formula BMW Asia. Di samping itu juga, saya ingin bertanya apakah keputusan membabitkan komposisi pasukan itu terdiri daripada gandingan rakyat tempatan dan asing dengan nisbah 30:70 bagi tahun pertama adalah rasional walaupun dikatakan pada tahun kedua dan seterusnya, nisbah itu akan menjadi rakyat tempatan dan asing dengan nisbah 70:30.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Kenapa pula pada tahun pertama itu dikatakan 30 peratus tenaga kerja anak tempatan ini merangkumi bahagian pentadbiran termasuk Ketua Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan, jabatan perundangan, sumber manusia dan pemasaran serta perhubungan awam? Tandus sangatkah kita dalam bidang komposit binaan automotif, rekaan enjin, jurutera electrical serta beberapa bidang kejuruteraan automotif berkuasa tinggi? Jadi saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian, kita perlu mempunyai komposisi iaitu 60:40 kerana pasukan ini sebenarnya milik rakyat Malaysia dan kita perlu juga menunjukkan dominasi kita dalam pelbagai aspek. Jadi saya berharap pihak kementerian boleh melihat soal ini dengan lebih serius untuk menunjukkan konsep 1Malaysia itu dapat dijayakan. Kita tidak mahu modal permulaan sebanyak RM168 juta untuk pasukan ini disia-siakan dan rakyat melihat semua ini.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Berkaitan juga dengan soal ini. Kalau kita hendak melihat sesuatu pembangunan sukan terus diperkasakan sama juga dalam sukan permotoran, apakah pihak kementerian juga mempunyai perancangan dalam menyediakan modal insan dalam sukan permotoran pasukan F1 tersebut. Tidakkah kementerian mempunyai hasrat untuk membuka institusi khas yang menyediakan pengetahuan lebih mendalam mengenai automotif dan juga industri permotoran berkuasa tinggi kepada rakyat Malaysia termasuklah kepada pelajar- pelajar kita. Bolehkah pihak kementerian menyediakan insentif tertentu bagi pelajar kita di universiti yang belajar dalam bidang berkaitan automotif dan sukan permotoran di samping pembangunan sukan yang menarik minat mereka menyertai pasukan F1 1Malaysia ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin juga menyentuh mengenai Program Ekonomi Belia. Di dalam pengenalan kepada kementerian ini, ada disebutkan tadi oleh salah seorang Ahli kita agar peruntukan yang semakin menurun dan juga jumlah belia yang akan menerima pinjamannya juga menurun, dengan peruntukan yang disediakan pun di dalam B.45 hanya lebih kurang RM16 juta, bukan. RM2.28 juta sahaja, satu jumlah yang kecil untuk pembangunan belia. Sedangkan yang tahu tentang hala tuju belia negara kita ini ialah Kementerian Belia dan Sukan dan hasrat untuk membawa belia ini ke arah mana bergantung kepada perancangan di Kementerian Belia dan Sukan. Jadi disebutkan juga tadi banyak peruntukan disediakan melalui skim-skim yang lain, di luar daripada kementerian. Saya tidak pasti apakah munasabah kalau kita cadangkan supaya dalam konteks pembangunan ekonomi belia ini, Kementerian Belia dan Sukan mengambil alih sebahagian daripada program pinjaman-pinjaman yang ada kaitan dengan pembangunan belia. Belia niagakah? Sama ada di TEKUN sana ada peruntukan untuk belia. Supaya dikendalikan oleh kementerian ini, memberikan sedikit kekuatan kepada kementerian ini bagi membina hala tuju para belia kita dalam bidang ekonomi. Seterusnya, 020200-Pembangunan Sukan. Saya hendak bertanya sama ada Kementerian Belia dan Sukan ini masih dengan izin, in full control of the sport of the country. Ini kerana kita melihat Tuan Pengerusi, beberapa sukan berprestasi nasional yang sepatutnya kita kuasai dengan baik tidak dapat kita kawal. Bola sepak sudah menjadi semacam topik tetap di Dewan ini. Hoki kita sudah merosot. Sepak takraw kita bermasalah besar. Jadi adakah kementerian masih dapat mengawal keadaan sukan di negara kita ini?

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Saya memahami seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi bahawa sukan ini kita telah berikan keupayaan kepada persatuan-persatuan sukan untuk mengendalikannya. Akan tetapi apabila prestasinya merosot dan imej negara terancam, saya rasa kita di kementerian ini perlu mengambil serius. Bola sepak contohnya. Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan sudah bertukar banyak kali dalam masa beberapa tahun tetapi bola sepak masih lagi dalam keadaan persatuan yang lama dengan masalah- masalah yang tidak dapat diuruskan dengan baik. Jadi, apa agaknya langkah kementerian supaya imej negara dalam bidang sukan ini tidak terus-menerus terjejas. Ketiga, Tuan Pengerusi ialah mengenai P.45, 02301 – Penyelenggaraan Kompleks dan Kemudahan Sukan Negeri-negeri. Juga disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi mengenai isu runtuhnya stadium di Kuala Terengganu. Kita dimaklumkan masih lagi di peringkat mengenal pasti punca dan ada juga berlaku, saya dimaklumkan tuding- menuding antara pihak-pihak profesional yang terlibat dalam pembangunan stadium ini. Ada yang mengatakan bahawa arkitek yang melukis memang diberikan idea hendakkan satu stadium yang canggih, atap yang tidak bertiang. Kalau boleh tiada tiang langsung. Macam langit tergantung. Akan tetapi tidak munasabahlah. Maka, diminta satu struktur seperti yang dibina tetapi pada masa yang sama pihak kejuruteraan tidak memberikan satu feedback yang baik sama ada struktur yang sebegitu rupa boleh menanggung kekuatan peralatan besi ataupun plastik digunakan untuk membinanya. Jadi, apakah perkara begini boleh berlaku dalam pembinaan satu struktur stadium yang begitu penting? Jadi kita hendakkan laporan yang menyeluruh mengenai perkembangan penyiasatan terhadap stadium ini kerana kosnya yang tinggi dan seperti yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Pokok Sena, sepatutnya kontraktor yang telah diberikan tanggungjawab ini mesti disenaraihitamkan seperti yang berlaku di Kuala Dipang. Tidak boleh diserahkan kepada mereka semula kalau dari segi pembinaannya tidak dapat menepati keselamatan dan juga struktur yang baik. Tuan Pengerusi, itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Limbang. Dua minit Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran P.45, 02001 – Kompleks Rakan Muda Daerah (KRMD). Di sini saya mohon kepada kementerian agar dapat membina sebuah Kompleks Rakan Muda Daerah di Parlimen Limbang. Keduanya, saya ingin menyentuh Butiran B.45, 020500 – Pembangunan Ekonomi Belia. Saya ucapkan terima kasih kepada kementerian kerana pada tahun ini ada 18 orang belia telah dapat menerima peruntukan sebanyak RM3,000 seorang untuk membangunkan perniagaan mereka. Jadi saya minta kepada kementerian agar meneruskan pada tahun hadapan peruntukan ini untuk belia-belia di kawasan saya. Di sini juga saya ingin memohon kepada kementerian sekiranya dapat memperuntukkan untuk membina litar dengan izin, motorcross di Parlimen Limbang kerana pada masa ini sukan itu amat popular di sana, di Wilayah Utara Sarawak di mana dapat menarik pelumba-pelumba dari Labuan, Brunei dan juga Miri. Jadi di sini walaupun ia hanya menggunakan gelanggang sementara, mereka masih juga datang untuk turut serta dalam perlumbaan ini. Jadi di sini saya minta kepada kementerian sekiranya dapat memperuntukkan untuk membuat gelanggang yang permanent. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran Pembangunan Belia. Saya ingin merujuk kepada Persatuan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS). Bukankah dalam taksiran Akta Belia, maksud belia adalah mereka di antara umur 15 tahun ke 40 tahun? Akan tetapi saya nampak dalam committee Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak, Presidennya ialah Yang Berhormat Dato’ Ahmad Abang Johari.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Umurnya lebih 60 tahun dan Timbalan Presidennya ialah Menteri Alam Sekitar dan umurnya juga 50 tahun atau mungkin sudah 60 tahun. Saya nampak senarai Naib Presidennya, itu ada Yang Berhormat Dato’ Jacob Dungau Sagan iaitu Timbalan Menteri MITI. Umurnya sudah 63 tahun dan lain-lain semua itu Naib Presiden sudah 50 tahun lebih atau 60 tahun. Setiausaha Agungnya juga 50 lebih tahun umurnya. Saya tahu Akta Belia is not extended to Sarawak tetapi sekiranya kita hendak membangunkan belia bukankah kerajaan harus memberi posisi dan tanggungjawab kepada belia. Adakah Barisan Nasional beranggapan bahawa belia di Sarawak tidak mempunyai upaya untuk memegang jawatankuasa dalam Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak? Oleh itu orang-orang tua semua yang memegang jawatan itu? Kita mestilah memberikan belia di Sarawak some positions and responsibility for them to decide what they want to do.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Bukanlah orang tua itu yang direct what they should do, oleh itu saya pohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya kita extend the Akta Belia kepada Sarawak. Biarlah kita memberhentikan amalan-amalan yang sebegitu, orang yang berumur 50-an, berumur 60 yang memegang jawatankuasa di pertubuhan belia, satu Pertubuhan SABERKAS pertubuhan belia terbesar di Sarawak. Itulah perkara pertama yang saya ingin sebut. Perkara yang kedua saya pohon supaya peruntukan diberi untuk membina satu squash court di Sarawak kerana kita masih tidak ada satu kompleks untuk melatih squash player di Sarawak. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya Yang Berhormat Silam.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh beberapa butiran. Pertama sekali butiran 020500 - Pembangunan Ekonomi Belia. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, setakat ini sejumlah lebih kurang 150 permohonan yang telah dikemukakan daripada Parlimen Silam tetapi belum lagi ada jawapan daripada pihak kementerian ataupun khususnya Pejabat Belia di negeri Sabah dan saya berharap supaya gerak kerja kementerian terutamanya untuk mewujudkan usahawan belia yang berjaya dan betul-betul komited sebab kita tidak mahu dia berbentuk sebagai suatu yang bersifat sementara. Ini suatu pembaziran kewangan rakyat dan negara ini kalau kita tidak khususkan dan latih mereka ini dengan bersungguh-sungguh. Kita berharap juga dengan Program Pembangunan Ekonomi Belia ini supaya pihak kementerian dapat mewujudkan suatu garis dasar yang berterusan, lebih holistik dan mengambil jangkaan masa yang panjang. Ini adalah disebabkan bidang yang mereka ceburi ini saya rasa bagi belia-belia yang tidak berminat dalam bidang sukan yang lain secara bersungguh-sungguh, mungkin dalam bidang ekonomi, mereka boleh meneruskan dan sebab itu saya berharap dan mohon penjelasan daripada pihak kementerian untuk perkara ini diambil perhatian. Setakat ini dari segi prestasi terutamanya di negeri Sabah, saya hendak penjelasan daripada pihak kementerian. Seterusnya Butiran 020700 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Sebenarnya Akademi Pembangunan Belia Malaysia ini kalau ianya dapat dilaksanakan dan gerak kerja lebih terfokus sebab yang kita dapati sekarang ini kenapa program pembangunan belia di negara ini tidak begitu terurus dan nampak macam bercelaru. Kemudian jati diri dan kekuatan personaliti setiap belia itu tidak begitu komited dan menyerlah dari segi pembangunan minda sahsiah mereka. Ini disebabkan mungkin ianya bersifat sementara dari segi perancangan kementerian dalam perkara ini. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, untuk akademi pembangunan belia ini sebab kita tahu modal insan yang sekarang ini memang kita tidak boleh lagi khususkan kepada satu pembangunan belia yang hanya dari segi tahap persaingannya itu hanya sederhana.

Ia mesti lebih mengkhususkan kepada critical thinking yang berdaya saing tinggi untuk membolehkan mereka ini untuk menjadi belia yang benar-benar boleh diharapkan. Ini kerana kita boleh hubung kait dengan masalah-masalah prestasi bidang sukan yang ada di negara ini. Kita dapati walaupun ialah kebetulan dari segi saiz fizikal rakyat Malaysia ini berbanding dengan sesetengah negara itu tidak begitu besar dan sebagainya. Akan tetapi, apa yang paling pentingnya di sini ialah melalui akademi pembangunan belia ini sebenarnya pembangunan secara menyeluruh. Kalaulah konsep akademi belia 1Malaysia itu perlu digerakkan dan prestasinya itu pun kita tidak ada tolak ansurlah melainkan belia itu benar-benar dia mahu komited untuk memastikan dia itu antara yang paling terbaik bukan hanya di negara kita tetapi di dunia. Seterusnya Butiran 02007 - Kompleks Sukan Komuniti. Pada sidang yang lepas, saya telah mencadangkan dan memohon kepada kementerian untuk mewujudkan kompleks sukan ekstrem di kawasan Parlimen Silam. Ini kerana kalau kita lihat bidang- bidang yang tertentu yang boleh menaikkan nama negara kita kalau selain macam contohnya skuasy, badminton, bola sepak, tetapi kita mahu juga melihat bagaimana kalau kita cuba tumpukan dalam bidang sukan ekstrem ini yang membolehkan negara kita menjadi terkenal dan juga memberi ruang kepada belia-belia yang berminat dalam bidang ini. Saya dapati perkara ini mungkin lebih sesuai sebab dari segi topografi di negeri Sabah itu banyak benda yang boleh kita wujudkan satu bidang sukan yang tidak mendapat di sesetengah tempat yang tidak begitu dominan. Jadi kita boleh khususkan dalam sukan ekstrem ini dan menyebabkan negara kita terkenal. Terima kasih kepada pihak kementerian memberikan kelulusan beberapa gelanggang sukan.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masa sudah habis Yang Berhormat.

Sedikit sahaja Tuan Pengerusi. Saya mohon ada beberapa gelanggang sukan yang di bina di kawasan saya, dari segi pelaksanaannya begitu perlahan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi saya minta supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memaklumkan dan bertanya kepada Pengarah Belia Sukan negeri Sabah kenapa pembinaan gelanggang tersebut begitu perlahan. Terima kasih. Saya mohon menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya Yang Berhormat Lembah Pantai.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pergi kepada maksud Pembangunan 43 iaitu Butiran 020200 - Pembangunan Sukan. Tuan Pengerusi, prestasi sukan di Malaysia sudah oleh ramai di sini berkait rapat dengan kurikulum serta ruang didikan yang disediakan daripada peringkat awal persekolahan. Walaupun saya bersetuju dengan pengumuman Yang Berhormat Timbalan Menteri, Isnin lalu. Beliau menyatakan bahawa “Sukan selaku kurikulum di sekolah akan diwajibkan”. Saya khuatir kerana pertamanya keputusan ini diambil tanpa merujuk kepada mana-mana kaji selidik. Ini berbeza dengan kes Australia di mana Badan School Sports Australia. Menurut laporan akhbar The Australian bertarikh 21 November 2009, ada saranan diberikan oleh kerajaan Pusat menurut Crafford Review of Sport yang diterbitkan supaya pendidikan jasmani dijadikan satu subjek wajib kurikulum di sekolah kerana mereka melihat prestasi sukan di sekolah-sekolah di Australia dalam 20 tahun lepas, rasionalnya banyak meleret ya, kebolehan fizikal atlet Australia itu menurun. Mereka katakan, kerana itu inilah rasional kepada kewajipan subjek Pendidikan Jasmani di Australia. Dahulu saya maksudkan kalau apa-apa keputusan yang diambil, janganlah ambil keputusan secara tergesa-gesa, perlu ada kaji selidik yang terperinci. Justeru saya ingin cadangkan dengan dasar Kementerian Pelajaran bukan dalam bidang ini sering berubah-ubah, dilihat tempang dan tidak menyeluruh. Saya pohon Kementerian Belia dan Sukan untuk mengambil alih Sekolah Sukan Malaysia. Saya kira dengan masalah bersepahnya sekolah-sekolah kluster, sekolah bestari, sekolah smart, mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau boleh menerima cadangan.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Eloklah sekolah-sekolah sukan di Malaysia di ambil alih oleh Kementerian Belia dan Sukan. Sekarang ini kita ada dua, satu Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar di Johor. Sekolah-sekolah ini merupakan sekolah elit khas untuk atlet-atlet di kalangan pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap yang lebih cemerlang. Saya dapat maklumat Tuan Pengerusi bahawa kurikulumnya terlalu berasaskan akademik. Saya sebut di sini, saya lihat daripada jam 6.30 pagi hingga 8.30 pagi sahaja latihan sukan, daripada 9.30 pagi sampai 2.30 petang itu kelas akademik. Manakala 2.30 hingga pukul 3 petang makan, 3.30 petang sampai 7 petang sampai latihan petang tetapi 8 malam hingga 8.30 malam makan lagi dan ada juga minum 10 malam hingga 10.30 malam. Pelajar di sekolah ini tiada diet yang khusus, mereka semua sama sahaja, yang angkat berat pun makan benda yang sama, yang berlari dan main bola sepak pun diet yang sama. Jadi, mungkin perlu kementerian memikirkan bagaimana untuk memperbaiki tahap prestasi mereka ini yang perlu digilap bakatnya daripada awal. Saya juga dapat maklumat bahawa hanya ada sebelas orang pemain bola sepak. Soalan saya kementerian perlu meneliti. Dia orang hendak main dengan siapa kalau sebelas orang sahaja? Setahu saya walaupun saya bukanlah arif dalam bola sepak, tetapi perlu ada dua team Tuan Pengerusi, satu team sahaja tidak jalan. Jadi, saya mohon kesediaan serta komentar kementerian berkenaan cadangan ambil alih demi kemajuan untuk sukan dan negara.

Puan Nurul Izzah AnwarPKR · PHLembah Pantai

Perkara yang terakhir Butiran 04005 - Program Kepimpinan Belia Negara. Peruntukan sebenarnya daripada RM17.97 juta turun kepada RM7.5 juta, kenapakah diturunkan? Saya harap dapat juga diberikan perincian program-program serta jumlah graduan iaitu mereka yang telah dilatih menerusi program ini dan kenapa peruntukan jatuh untuk tahun ini. Terima kasih.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

[Bangun]

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

[Bangun

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

[Bangun

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Jempol, Bakri dan Padang Terap, tiga orang. Yang Berhormat Jempol, sila Yang Berhormat.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Terima kasih Tuan Pengerusi. Kementerian Belia dan Sukan, B.45, Butiran 020300 - Pembangunan Belia. Pertama sekali, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana ada tuduhan pembangunan belia ini dianaktirikan. Daripada peruntukan yang ada berapa yang kita sediakan untuk pembangunan belia? Kedua, terdapat juga tuduhan mengatakan persatuan-persatuan belia Cina dan Tamil dianaktirikan dari segi bantuan. Padahal saya juga menerima masalah tentang kekurangan persatuan-persatuan belia Cina dan Tamil. Saya hendak meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, berapa banyak persatuan belia Melayu? Berapa banyak persatuan belia Tamil? Berapa banyak persatuan belia Cina yang ditubuhkan di seluruh negara? Seterusnya berkaitan dengan pembangunan ekonomi belia, saya juga ingin mendapatkan penjelasan kenapa begitu banyak usahawan-usahawan belia yang diwujudkan gagal? Adakah ini disebabkan oleh tidak mempunyai pegawai-pegawai teknikal yang dapat memberikan khidmat nasihat kepada belia-belia kita yang berniaga? Saya ingin mendapatkan penjelasan, adakah pegawai-pegawai teknikal ini ada diwujudkan di dalam kementerian kita? Perkara berikutnya tentang Kursus Kepimpinan Belia. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan berapa banyak ataupun berapa ramai pemimpin-pemimpin belia yang boleh menjana kecemerlangan persatuan belia yang dapat diwujudkan melalui

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

program ini? Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan melalui kementerian ini kerana telah memberikan Kompleks Rakan Muda yang sangat baik untuk membangunkan belia di Daerah Jempol. Namun demikian, saya melihat ada peluang untuk kita mempertingkatkan lagi kemudahan ini dengan menjadikannya sebagai tempat latihan, kursus dan sebagainya. Oleh yang demikian, saya memohon kepada kementerian supaya di naik taraf Kompleks Rakan Muda ini agar dewan yang sedia ada itu kalau boleh kita air-condkan, surat tempat mengadakan program ini diperbesarkan lagi kerana tidak seimbang dengan bilangan peserta dengan kemudahan yang sedia ada. Satu ketika dahulu, Rakan Muda amat popular. Saya hendak meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah kedudukan Program Rakan Muda yang ada di dalam negara kita sekarang ini? Tuan Pengerusi, perkara berikutnya ialah berkaitan dengan 020200 - Pembangunan Sukan. Saya ingin mendapatkan penjelasan dan terdapat banyak rungutan daripada peminat-peminat sukan negara, mereka mengatakan kementerian ini tidak membuat kerja. Atlet kita jika di peringkat sekolah dijayakan oleh Majlis Sukan Sekolah- Sekolah. Kalau di luar daripada sekolah, dijayakan oleh persatuan-persatuan sukan. Jadi, tidak ada baby ataupun atlet-atlet, ahli-ahli sukan yang dilahirkan oleh kementerian ini. Keluarga Misbun Sidek pun dilahirkan oleh ayah mereka, Nicol yang menjadi kebanggaan kita juga turut dilahirkan oleh ayahnya, yang dilahirkan oleh Yang Berhormat Menteri apa? Ini yang menimbulkan masalah. Kalau kita serahkan kepada persatuan-persatuan sukan pula, politiking mereka sangat teruk, priority mereka juga berbeza dari segi pengurusan antara melahirkan atlet, membangunkan atlet serta mewujudkan atlet yang cemerlang dengan perkara-perkara yang lain, kemudahan untuk mewujudkan atlet yang cemerlang itu ke bawah. Oleh itu, kalau ini berterusan, saya tidak fikir banyak cadangan-cadangan yang kita buat ini akan dapat memberikan perubahan dalam mempertingkatkan mutu sukan negara kita. Akhir sekali Yang Berhormat Menteri, Kompleks Sukan Bermotor Jempol. Ini mendapat tarikan daripada peminat-peminat sukan di dalam bidang sukan permotoran. Saya mencadangkan supaya kementerian menaik taraf Kompleks Sukan Bermotor Jempol ini kerana ia menjadi satu destinasi, bukan sahaja kepada peminat-peminat sukan bermotor di Daerah Jempol, Negeri Sembilan, tetapi juga dari seluruh negara, dari Perlis sampailah ke Johor, mereka datang berkampung di kompleks ini. Namun, banyak kerja yang boleh dilakukan dan perlu dibuat yang memerlukan sumber kewangan. Bolehkah daripada peruntukan ini, Yang Berhormat Menteri peruntukkan sebahagian untuk menaik taraf kompleks sukan bermotor ini supaya ia dapat memenuhi keperluan anak-anak muda yang sangat memerlukan sukan permotoran ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Bakri, ringkas sahaja ya.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya hendak habiskan ini.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Baik.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Selepas itu Yang Berhormat Padang Terap.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 00601 - Naik Taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri-negeri, di bawah P. 45. Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih di atas jawapan KPKT mengenai isu Kolam Renang Muar. Oleh sebab isu ini melibatkan dua kementerian, saya terpaksa membangkitkan isu ini sekali lagi supaya kementerian yang berkaitan mempertimbangkan peruntukan tentang isu ini.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Saya minta maaf jika rakan-rakan saya di Dewan yang mulia ini merasa bosan kerana terpaksa mendengar cerita yang sama sekali lagi. Saya cuma menjalankan tugas saya sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab dalam memaklumkan dan menekankan isu-isu di kawasan Bakri. Yang Berhormat Timbalan Menteri sahabat saya, maka hari ini saya tidak mahu mengulangi isu ini dengan cerita biawak yang saya bangkitkan semalam. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri akan bersependapat dengan saya bahawa Kolam Renang Muar yang terbengkalai lebih 15 tahun dan telah menjadi habitat biawak kini bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Saya cuma mengambil peluang ini untuk menunjukkan poster ini sekali lagi kepada semua... [Menunjukkan sebuah poster]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Okey cukup Yang Berhormat , cukup poster itu Yang Berhormat.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Okey.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Akhir sekali, walaupun kita semua dari latar belakang politik yang berlainan, tetapi rakyat tempatan mukim Muar yang sesanubari perlu diutamakan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Padang Terap, selepas itu menteri menjawab.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan terima kasih Tuan Pengerusi. ] Saya ingin menyentuh Butiran 020300 - Pembangunan Belia iaitu merujuk kepada Aktiviti 3 yang disebut dalam buku yang dibekalkan ini, “Melahirkan belia yang berorganisasi melalui penglibatan dalam aktiviti pertubuhan belia...”, dan akhir sekali ,“...meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa”. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, siapakah yang dipilih untuk mengikuti program- program ini? Setakat ini, berapa ramai yang sudah mengikuti program-program yang disebutkan di situ? Kedua, Butiran 020600 - Pentadbiran Negeri. Bolehkah pihak kementerian memberikan perincian yang berkaitan dengan allocation bajet yang diberikan mengikut negeri-negeri, termasuklah Negeri Kedah Darul Aman? Bagaimanakah ia diturunkan ke peringkat daerah atau mekanisme bajet tersebut diberikan sampai ke peringkat daerah? Seterusnya 00100 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Saya bersetuju dengan rakan-rakan yang lain bahawa pihak belia mestilah dilibatkan dalam arus perdana pendidikan negara. Saya ingin tahu berapa ramaikah graduan dilahirkan daripada IKBN ini? Bagaimanakah pihak kerajaan boleh memastikan tidak ada belia-belia yang tercicir? Iaitu terutama sekali mereka yang ketinggalan dalam aspek pendidikan untuk dilibatkan sama di dalam IKBN.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Butiran 02007 – Kompleks Sukan Komuniti (KSK). Saya ingin bertanya pihak kementerian berapa banyakkah kompleks atau KSK ini di daerah Padang Terap? Butiran 02301 – Penyelenggaraan Kompleks dan Kemudahan Sukan Negeri-negeri. Saya ingin bangkitkan tentang stadium-stadium dan juga kompleks-kompleks sukan yang dibina untuk tujuan terutamanya macam SUKMA akhirnya terbiar. Saya setujulah seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri tadi. Tadi beliau tunjuk gambar biawak, akan tetapi di Kedah ada pusat akuatik yang dibuat tidak boleh digunakan, akhirnya ikan karing yang masuk dalam kolam tersebut. Orang pun tidak boleh hendak berenang dalam pusat akuatik tersebut. Jadi apakah tindakan pihak kementerian untuk perbaiki apa yang telah berlaku ini?

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Butiran 02400 – Gelanggang Sukan. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, bajetnya RM86 juta. Berapa banyak yang diperuntukkan kepada daerah Padang Terap? Dan yang terakhir Program Kepimpinan Belia Negara. Saya ingin bertanya bagaimanakah kita boleh menghantar peserta-peserta kepada program-program ini dan adakah peserta-peserta ini dilibatkan dalam Program Biro Tatanegara. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Saya percaya sudah tentu sekiranya dibuat ataupun dilibatkan dalam Program Biro Tatanegara, mereka sudah tentu akan mempunyai jati diri yang lebih baik untuk meningkatkan kemampuan mereka sebagai belia yang menjadi harapan kepada negara. Saya ingat itu sahaja, terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan kita pohon jawapan daripada pihak kementerian. Assalamualaikum warahmatullah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato' Razali bin Haji IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan I · Muar

Auzubillahiminasyaitoonnirrajim. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 21 orang teman-teman wakil rakyat, Ahli Parlimen yang telah membangkitkan perkara-perkara berkaitan Maksud Perbekalan Pembangunan 45, Kementerian Belia dan Sukan. Tuan Pengerusi, kebanyakan perkara yang dibangkitkan adalah juga menjadi aspirasi yang dikongsi sama oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam kita mencapai perkara-perkara yang dimaksudkan. Ramai juga yang menyentuh tentang prasarana, ada yang menyentuh tentang perbelanjaan, ada yang bertentangan di antara satu sama lain apabila menekankan prasarana itu penting, ada yang kata prasarana terlalu banyak, ada yang mengatakan pembiayaan kepada atlet itu penting, tetapi ada yang mengatakan tidak ada tempat untuk bermain. Ada juga yang menyentuh tentang pertindihan di antara agensi, antara jabatan, antara kementerian kerana menyentuh kepada golongan sasar yang sama. Apa pun kepada Kementerian Belia dan Sukan kita mempunyai natijah untuk melihat bagaimana kita dapat bina belia di negara kita, dan bagaimana kita dapat meningkatkan mutu sukan di dalam negara terutamanya di kalangan atlet. Dan saya mengharapkan sebelum saya menjawab persoalan yang ada ini, persatuan-persatuan sukan, para atlet, para belia dapat mendengar keluhan bahawasanya Parlimen Malaysia cukup menitikberatkan tentang soal pembangunan belia di negara dan juga tentang pencapaian atlet-atlet kita yang bersaing. Sedarlah bahawa walaupun mereka jauh di pertandingan persaingan, namun kita di Parlimen ini akan mengikuti setiap satu perkembangan yang mereka lakukan dan saya sekali lagi mengucapkan terima kasih. Cumanya yang berlalu itu Tuan Pengerusi adalah sejarah. Sama ada baik atau tidak belia di negara ini adalah sejarah yang telah kita bina, sama ada baik atau tidak sukan di negara kita ini adalah sejarah yang kita bina, dan hari ini kita sedang mencari jalan bagaimana dapat sama-sama kita bangunkan agar di masa akan datang hari ini akan jadi sejarah yang baik. Pertama perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading mengenai soal pencapaian bola sepak negara di Sukan SEA. Selain daripada acara-acara yang sedang dipertandingkan, malam ini jam 7.00 waktu Malaysia jam 6.00 waktu Laos akan diadakan majlis perasmian cumanya bola sepak dan beberapa acara round robin akan berlangsung awal. Saya bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan menyambut baik walaupun disebut secara menyeluruh tentang menjadikan stadium sebagai kawasan ternak. Namun, kita menerima itu sebagai satu cabaran untuk kita memastikan pembangunan stadium yang kita bina itu dapat memberi manfaat khusus kepada pembangunan sukan di negara kita. Saya bersetuju bahawa mengikut prestasi semasa atlet negara pada masa ini, kita membuat sasaran sebanyak 30 hingga 35 pingat emas dapat kita capai.

Dato' Razali bin Haji IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri Belia dan Sukan I · Muar

Jumlah ini hadir apabila persatuan sukan yang mengepalai acara-acara 21 daripada 25 acara yang kita sertai juga diberikan oleh Majlis Sukan Negara sebagai satu badan pemantau. Itulah jumlah yang dapat kita capai walaupun jauh kurang daripada Korat. Akan tetapi, seperti yang kita ketahui separuh daripada acara hanya dipertandingkan di Laos inilah kali pertama Laos menjadi tuan rumah. Daripada jumlah yang tidak dinyatakan itu sebahagian besar adalah acara sukan yang menyumbang pingat kepada negara. Namun begitu, kementerian optimis kita boleh mencapai 30 daripada 35 sasaran pingat emas bergantung kepada sejauh mana kita dapat menyerap. Antara acara-acara yang kita jangka dapat memberikan pingat adalah akuatik terjun dan renang, karate, olahraga, menembak, wusyu, tekwando, pencak silat dan memanah. Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, status kedudukan Stadium Terengganu saya rasa JKR ada jawapan. Ini kerana kertas ataupun stadium ini adalah di bawah kendalian Kerajaan Negeri Terengganu, juga melibatkan JKR dan Kementerian Belia dan Sukan juga walaupun tidak mempunyai tangan terus kepada masalah yang berlaku, tetapi cukup mengambil berat kepada perkara yang dibangkitkan. Sebab itu Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan telah menyatakan perkara yang berlaku itu menyakitkan mata. Setelah kita siasat, yang boleh saya maklum kepada Dewan yang mulia ini, kertas siasatan tentang isu ini masih dalam penelitian Penasihat Undang- undang negeri Terengganu. Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif bersama dengan JKR negeri untuk mereka mengadakan proses tender bagi membersihkan stadium tersebut yang akan dilakukan dalam bulan hadapan. Kelewatan proses penelitian adalah kerana keruntuhan itu merupakan kes yang perlu disiasat. Memandangkan jika ia dibawa ke mahkamah, maka sebelum siasatan selesai kita tidak boleh bersihkan stadium tersebut. Namun begitu kementerian merasakan tujuh bulan untuk menjalankan siasatan agak terlalu lama. Saya nampak Yang Berhormat Pokok Sena. Okey.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isu yang saya bangkit tadi itu ialah kenyataan yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan sendiri, yang mengumumkan bahawa keputusan Kabinet iaitu mengarahkan supaya stadium tersebut dibaiki segera dan dipertanggungjawabkan kepada kontraktor yang membina stadium tersebut. Jadi ini isu yang saya katakan, bahawa kenapa Kabinet iaitu melalui kenyataan yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan boleh membuat keputusan dan kenyataan di waktu di mana belum ada satu hasil siasatan yang konkrit, yang menyeluruh apatah lagi report daripada konsultan yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Terengganu, iaitu Konsultan Arof yang punya pengalaman dalam teknologi space frame ini. Jadi, bagaimana kita boleh mengarahkan kontraktor yang tidak ada pengalaman dalam bidang ini dalam kerja-kerja ini untuk baiki semula? Walaupun saya tahu bahawa mereka masih dipertanggungjawabkan dalam syarat-syarat kontrak tersebut, tetapi isunya ialah mereka tidak ada pengalaman dalam kerja-kerja sedemikian. Ini menyebabkan berlaku keruntuhan. Jadi bagaimana kita hendak jamin keselamatan selepas itu?

Saya tidak sampai situ lagi. Sebenarnya maklum balas itu diterima oleh sebuah jawatankuasa bebas yang ditubuhkan. Itu yang dia memberikan saranan untuk Kabinet membuat keputusan. Kenapa antara lain syarikat kontraktor yang bina dan kemudian bangunan itu runtuh diberikan tanggungjawab untuk membina semula adalah kerana runtuhan itu masih lagi dalam tempoh kecacatan, defect liability period.

Oleh itu, mereka akan menanggung segala kos pembaikan kerana kalau kita lantik yang baru, sudah tentu ia akan melibatkan perbelanjaan yang baru. Disebabkan keruntuhan itu berlaku dalam tempoh kecacatan, maka syarikat yang telah pun kita berikan kontrak tersebut bertanggungjawab penuh pada pembaikan pulih Stadium Negeri Terengganu tersebut. Ada lagi?

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat kata ada satu jawatankuasa bebas. Saya pun tidak tahu jawatankuasa mana sebab saya difahamkan JKR sendiri pun baru memberikan laporan awal kepada Kabinet. Jadi, laporan awal ini tidak boleh dibuat satu rumusan yang tepat bagaimana cara pembaikan itu. Keduanya, walaupun semua kontraktor tersebut masih dalam tempoh kecacatan tetapi bagi saya sepatutnya kerajaan, Kabinet harus membuat satu keputusan supaya mereka dipertanggungjawabkan. Akan tetapi bukan mereka yang perlu membina. Akan tetapi mereka harus direkomenkan untuk memilih mana-mana kontraktor yang ada pengalaman dalam teknologi space frame ini. Kalau tidak nanti kalau “depa” juga yang buat, “depa” juga yang diberikan tanggungjawab, yang pentingnya mereka bertanggungjawab daripada segi kewangan untuk menanggung kos.

Ia yang pertama, ada stadium dibina. Kedua, runtuh. Ketiga, kita membuat siasatan, siasatan yang melibatkan jawatankuasa bebas. Jawatankuasa bebas melibatkan pihak JKR, pihak SPRM supaya kita dapat menilai segala bentuk perkara jika perlanjutan isu keruntuhan itu dibawa ke mahkamah. Kabinet membuat keputusan supaya ketiga-tiga buah syarikat bertanggungjawab penuh dalam pembaikan. Tidak bermakna dia bina. Pembaikan maknanya yang runtuh pada peringkat yang saya sebutkan tadi perlu dibina semula. Maknanya keputusan terakhir akan kita beri apabila sampai masanya. Buat masa ini, keputusan Kabinet maknanya kita sudah tahu, siapa yang bertanggungjawab penuh kepada keruntuhan iaitu tiga buah syarikat yang telah diberikan, award untuk pembinaan sama ada dia yang bina, sama ada kita buat keputusan orang lain bina, itu cerita lain. Yang penting jawatankuasa pun Jemaah Menteri telah pun memutuskan bahawa atas kertas pun tiga buah syarikat ini bertanggungjawab penuh untuk membaik pulih. Jawatankuasa bebas sedang menyediakan kertas kajian dan akan kemukakan. Saya percaya dalam masa terdekat, seperti Yang Berhormat Pokok Sena saya juga dan kami di Kementerian Belia dan Sukan ingin tahu apakah perkara selanjutnya yang boleh kita laksanakan. Buat masa ini yang boleh saya beritahu, siasatan telah pun selesai sebab itu tender pembersihan akan dikeluarkan agar keruntuhan itu dapat kita bersihkan segera kerana ia menyakitkan mata. Yang Berhormat Pokok Sena juga membangkitkan tentang pembinaan IKBN. Terima kasih banyak. Kita ada enam buah IKBN baru yang mana semuanya dalam proses pembinaan. Dibangkitkan tentang atau pun ditanyakan secara khusus mengenai status IKBN Bandar Penawar. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, kos untuk IKBN Bandar Penawar adalah sebanyak RM65 juta yang mana pembinaannya sudah pun mengikut jadual iaitu 73.37 peratus , IKBN Tanah Merah bernilai RM70 juta yang mana 78.6 peratus dan kesemua enam buah IKBN ini diberikan secara runding terus. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, tidak ada penamatan untuk syarikat yang mendapat atau memperoleh projek IKBN Tanah Merah kerana kelewatan hanyalah 12.9 peratus. Penamatan biasanya dibuat apabila satu projek itu dikategorikan sebagai projek sakit. Projek sakit ini biasanya kelewatan melebihi 20 peratus. Jadi, 12.9 peratus belum lagi dikategorikan sebagai sakit yang boleh kita tamatkan. Yang Berhormat Pokok Sena juga memberikan...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Persoalan mengenai pembekalan kerusi tempat duduk.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama saya hendak tanya bahawa mengapa dibuat dalam bentuk runding terus? Tidak dibuat dalam bentuk open tender yang membolehkan ada competitive price dalam hal

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

tersebut. Sebab bagi saya percaya bahawa kalau kita rujuk melihat kepada harga-harga yang selalu dibuat oleh JKR sudah tentu saya pasti tidak sampai seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Jadi, saya juga hendak tahu tadi ini ialah syarikat yang dapat ini siapa punya ini di Bandar Penawar dan juga di Tanah Merah. Apa nama syarikat itu, siapa punya? Rasma itu siapa punya syarikat?

Pertama, proses pemberian tender secara terbuka, terhad atau tertutup ataupun restricted tender adalah satu proses yang diterima pakai. Saya rasa kementerian kewangan boleh memberikan penjelasan dengan lebih terperinci. Akan tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat, atas sedikit pengalaman atau pengetahuan yang ada, biasanya runding terus ini dijalankan bagi pemilihan kontrak- kontrak tertentu sama ada perlu disegerakan atau melibatkan kemahiran. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, perkara ini telah pun diputuskan sejak tahun 2006. Yang boleh saya bagi kepada Yang Berhormat adalah jangka operasinya dan bila dijangka siap. Yang menjadi kepentingan kepada kami di Kementerian Belia dan Sukan, apa-apa juga cara, ia hendaklah dijalankan dengan baik dan boleh mencapai tarikh siap asal walaupun cara mana ia diberikan. Akan tetapi yang boleh saya sebut satu lagi, syarikat yang memperoleh Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar ialah Syarikat Rasma Corporation Sdn. Bhd. Pembinaan selama 104 minggu yang dijangka menyiapkan projek tersebut dan boleh mula mengambil pengambilan pelajar pada Julai 2010. Saya tidak ada maklumat siapa tuan punya Rasma Corporation Sdn. Bhd...

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

[Bangun]

Begitu juga dengan Tanah Merah.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Boleh tambah sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Tanah Merah, Seraya Resources Sdn Bhd.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

104 minggu. Dijangka siap pada 1 Julai 2011 yang boleh beroperasi mengambil pelajar-pelajar, pengambilan tahun pertama.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Saya sebelum itu pernah dengar tentang Rasma Corporation. Saya difahamkan Rasma Corporation itu sebelum Yang Berhormat Menteri Wilayah menjadi Menteri, Rasma ini kepunyaan beliau. So, betulkah kerana beliau Menteri Wilayah, beliau dapat kontrak secara runding ini? Tidak perlu tender langsung. Benarkah kerana itu? Company ini dapat kontrak itu? Terima kasih.

Kalau beliau dapat semasa beliau jadi Menteri, saya bersetujulah dengan Yang Berhormat. Beliau dapat sebelum jadi Menteri, kalau betul pun beliau. Ini kerana saya tidak ada laporan atau pun kenyataan yang mengatakan beliau dapat. Akan tetapi, kalau beliau dapat semasa beliau jadi Menteri, beliau perlu isytihar. Tidak betul...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Akan tetapi kalau sebelum jadi Menteri, ramai yang belum jadi Menteri ini dia jadi peniaga, usahawan...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya.

Petani, penganggur.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak mendapatkan yang Tanah Merah tadi. Pertama, berapa kelewatan itu sudah lebih daripada tempoh yang sebenarnya berapa lama sudah? Bulankah atau setahunkah atau sebagainya.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kemudian, yang berkaitan di Bandar Penawar ini ialah walaupun beliau dapat itu sebab itu saya tanya, perlu tanya Yang Berhormat Menteri Wilayah, beliau tahulah siapa punya. Akan tetapi kalau beliau dapat sebelum jadi Menteri pun, tetapi saya hendak sebutlah runding terus itu kalau beliau UMNOlah. Kalau beliau UMNO. Kalau beliau tidak UMNO, beliau tidak dapat. Seperti itu juga di Tanah Merah. Seraya itu bekas calon Barisan Nasional di Tanah Merah. Terima kasih.

Kedua itu saya tidak dengar. Saya hendak dengar dia bertanya berapa...[Ketawa] Bukan, kalau saya jawab nanti kita tidak habis nanti. Itu tidak mengapalah, beliau hendak sebut itu tidak mengapa. Nanti kalau saya tanya, saya jawab mesti tidak setuju. Akan tetapi, yang hendak kita tahu ini sebenarnya kelewatan ini saya pun rasa tidak berapa selesa, saya di kementerian. Kelewatan di Tanah Merah ini walaupun tidak lagi menjadi projek sakit, tetapi mendapat tumpuan penuh daripada kementerian. Pelbagai cara telah kita buat bersama dengan JKR. Walaupun semua projek ini rundingan terus, sebenarnya JKR juga terlibat daripada segi pemantauan dan daripada segi khidmat teknikal. Kementerian berpandukan kepada kertas yang disediakan oleh JKR dalam memantau tahap pembinaan. Kalau ikut perancangan awal, tarikh mula projek ialah pada 16 April 2009, dijangka siap pada 12 Oktober 2010. Kita sudah lewat 12.9 peratus sebab itu kelewatan itu menyebabkan operasi hanya boleh dimulakan pada Julai 2011.

Ini yang saya nyatakan bahawa apa juga cara biarlah cara itu cara yang betul dan apa yang kita buat itu betul. Ketidakmampuan syarikat akan terus kita bantu dan kita akan terus memberikan pandangan kerana pembayaran telah pun dibuat sebanyak RM15 juta bagi memastikan projek itu dapat kita selesaikan dan memberi manfaat pelajar-pelajar yang bakal kita isi di IKBN Tanah Merah. Yang Berhormat Pokok Sena juga membangkitkan tentang pembelian kerusi tempat duduk bernilai RM500 seunit. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, pembekal asal ialah Visual Trends Sdn. Bhd. dan syarikat yang membekalkan adalah PMS Prestige Multisystem Sdn. Bhd. Harga RM500 adalah anggaran kerana syarikat yang membekal ini tidak menjual kerusi ini satu-persatu. RM500 itu kita anggarkan itu kerana jumlah keseluruhan pembinaan sebab sebut harga dibuka kepada keseluruhan dan kerosakan itu berlaku bukan sahaja kerusi tetapi harga itu diambil selepas mengambil kira besi, konkrit, simen dan sebagainya untuk dilahirkan sebuah kerusi. Kita bukan beli kerusi satu-satu. Oleh sebab itu kita tidak ada nilaian. Cuma apabila kerosakan berlaku kita kena ambil kira jumlah kos secara keseluruhan dibahagi dengan jumlah kerusi yang ada. Maka, RM500 itu dapat kita terima sebagai satu unit. Apabila rosak kita terpaksa pecahkan balik konkrit yang ada dan itu juga menimbulkan kos. Kalau pecah bukan boleh pecah sikit tetapi ia akan pecah melibatkan satu kawasan yang luas. Oleh sebab itu kita lebih menggalakkan rakyat kita mengelakkan vandalisme dan jangan rosakkan terutamanya macam trek. Kalau trek satu sport yang kena mercun itu rosak, kita tidak boleh beri penilaian tempat rosak sebab ia tidak boleh buka di situ dan kita simen. Trek adalah trek, bukannya simen. Oleh sebab itu apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena mempunyai asas. Jenis kerusi ini adalah satu jenis yang tahan lasak, yang boleh tahan hujan dan panas. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, stadium kita tidaklah berbumbung penuh yang boleh menjamin mutu kerusi tempat duduk itu tahan untuk selama-lamanya. Yang Berhormat Bintulu menyebut tentang bantuan...

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Manek Urai.

Manek Urai. Sekejap nanti ada. Ini bab sukan dahulu. Yang Berhormat Bintulu bertanyakan tentang bantuan yang diberikan kepada Persatuan Sukan dan Persatuan Sukan Kebangsaan. Untuk makluman Dewan, pada tahun 2009 sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan untuk diberikan kepada 258 persatuan sukan yang berdaftar.

Ini persatuan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan. Manakala sejumlah RM11.78 juta disalurkan kepada Kelab Sukan Komuniti sebanyak 589 buah kelab. Manakala kementerian melalui Majlis Sukan Negara telah menyediakan bantuan kewangan kepada 44 Persatuan Sukan Kebangsaan. Sehingga September 2009 kementerian telah membelanjakan sebanyak RM31 juta daripada RM65 juta yang diperuntukkan. Jenis-jenis bantuan yang disediakan adalah untuk ataupun berasaskan kepada kertas penyediaan atlet, kejurulatihan, penganjuran kejohanan, kepegawaian, teknikal, kursus, seminar dan juga pengurusan kepada persatuan-persatuan. Perkara yang sama juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tetapi Yang Berhormat Pasir Mas ada menyatakan tentang pembinaan gelanggang serba guna. Buat masa ini memang disediakan dua tapak dan kita luluskan dua. Untuk Pasir Mas, insya-Allah kedua-dua gelanggang yang bernilai RM150,000 akan siap dalam tahun hadapan. Yang Berhormat Pasir Mas juga menyatakan tentang jumlah pemimpin belia yang telah dilahirkan pada tahun ini atas belanja yang disediakan. Untuk makluman Dewan, pada tahun ini sejumlah 95,775 pemimpin belia telah dilahirkan atas kursus-kursus yang disediakan daripada 894 program yang kita adakan. Program-program kebiasaannya melibatkan perkara-perkara jati diri, kesukanan nasional, program kepimpinan tertinggi dan Program Youth to Youth (Y2Y) yang menekankan kepada kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan. Maklumat detail ada pada saya tetapi saya rasa boleh bekalkan kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Arau membangkitkan tentang campur tangan kementerian kepada persatuan. Untuk pengetahuan Dewan, Kementerian Belia dan Sukan sebenarnya tidak boleh campur tangan dalam persatuan ataupun urusan pengendalian persatuan- persatuan sukan melainkan apabila wujud keadaan atau berlaku tidak pematuhan, compliance kepada Akta Pembangunan Sukan 1997 seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persatuan khususnya dari segi pentadbiran. Yang Berhormat Arau juga membangkitkan apakah tindakan KBS dalam usaha menangani nasib belia Orang Asli. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, KBS melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda telah melancarkan Program Rakan Muda Wawasan Desa Sektor Orang Asli sebanyak 32 buah kawasan terutama di Bera yang paling ramai sebenarnya. Sebanyak 32 kawasan penempatan yang telah kita kenal pasti dan saya boleh berikan mengikut negeri. Kedah ada satu projek, Perak ada tujuh, Negeri Sembilan ada empat, Pahang ada 11, Terengganu ada dua, Kelantan ada tujuh yang melibatkan Program Belia Orang Asli. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM196,000 bagi program- program tersebut. Di samping itu sebanyak 13 buah Kelab Rakan Muda Sektor Orang Asli telah diluluskan. Maknanya telah pun ditubuhkan. Yang Berhormat Arau mencadangkan pihak kementerian memberi tumpuan kepada ekonomi pertanian. Saya ingin membuat kenyataan di sini bahawa Tabung Ekonomi Belia pada tahun lepas sejumlah RM40 juta adalah satu jumlah yang sangat sedikit. Saya bersetuju dengan Ahli Yang Berhormat untuk jumlah RM40 juta berbanding dengan 11.8 juta belia dalam negara yang mewakili 45 peratus seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching adalah satu jumlah yang sangat besar jika dibandingkan dengan RM40 juta yang diberikan. Oleh sebab itu kementerian bersetuju untuk kita memberi pengkhususan kepada cadangan Yang Berhormat Arau agar diberikan penekanan kepada sektor pertanian. Namun bukan itu sahaja tetapi sektor-sektor lain kita laksanakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita telah mengadakan Seminar Peluang Niaga Tani kepada 1,350 orang peserta, Projek Bimbingan Usahawan Perintis Tani 50 orang dan Kursus Teknikal Tani seramai 300 orang. Yang Berhormat Sekijang bertanya mengenai gelanggang serba guna. Untuk makluman Yang Berhormat selain daripada boleh memberikan maklumat kepada kementerian, suka saya nyatakan bahawa syarat yang hendaklah dipenuhi dalam kita memutuskan satu-satu kawasan pembinaan gelanggang serba guna adalah kesesuaian tapak, kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan dan tuan punya tapak tidak ada halangan untuk pembinaan dan tidak melibatkan kos yang tinggi dalam kerja-kerja tanah.

Maka, ada kemungkinan tapak yang disebut tadi yang ditukar kerana perkara- perkara yang saya nyatakan di atas. Yang Berhormat Sekijang juga menyatakan tentang Skim Tabung Ekonomi Belia. Untuk pengetahuan Dewan, pinjaman Skim Tabung Ekonomi Belia ditangguhkan sementara kerana tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia adalah bersifat revolving fund iaitu kita kena kutip pembayaran baru boleh kita berikan lagi kepada pemohon yang baru. Sehingga Oktober 2009 seramai 1,200 orang belia telah mendapat pinjaman daripada RM41.4 juta yang saya nyatakan tadi. Sehingga Oktober 2009, tunggakan pinjaman adalah sebanyak RM1 juta yang melibatkan 217 orang. Pinjaman yang tidak membayar hutang akan dikenakan tindakan undang-undang seperti mana tabung-tabung pinjaman yang lain.

[Bangun]

Yang Berhormat Sekijang juga menyatakan tentang pembinaan motor lasak. Saya rasa Yang Berhormat Jempol pun ada menyatakan perkara yang sama dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain. Yang Berhormat Sekijang.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak berbalik tadi kepada tapak futsal ini. Sebenarnya tapak yang saya cadangkan itu adalah tapak tanah kerajaan. Yang dicadangkan balik ini ialah tapak yang belum tentu lagi kedudukannya. Oleh sebab itu priority yang kita beri mengikut kepada kesesuaian tetapi apabila sudah ditukar dan minta pula pengesahan daripada saya, inilah yang menjadi masalah. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Terima kasih, Yang Berhormat Sekijang. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat. Yang saya nyatakan tadi adalah perkara-perkara am dalam kita membuat penilaian tetapi bagi saya kes Yang Berhormat Sekijang adalah secara spesifik. Kita akan tengok kembali apa yang sebenarnya berlaku apatah lagi Yang Berhormat Sekijang membuat satu dakwaan bahawa wujudnya pembiayaan perbelanjaan kepada pegawai Kementerian Belia dan Sukan dalam apa yang dinyatakan tadi.

Jadi saya rasa kes kita boleh melihat kes Yang Berhormat Sekijang ini secara khusus berbanding apa yang saya nyatakan sebelum ini. Mengenai pembinaan gelanggang motor lasak, sebenarnya kompleks sukan adalah di bawah kerajaan negeri. Bukan saya ingin menyatakan bahawa Kementerian Belia dan Sukan melepas tangan. Sebenarnya ada banyak litar dalam negara tidak ada satu pun kepunyaan Kementerian Belia dan Sukan. Ini jelas apabila kita tengok di peringkat Jawatankuasa ini Tuan Pengerusi, tidak ada pun perbelanjaan untuk perkara-perkara yang melibatkan litar lumba ataupun litar lasak. Di Melaka ada satu di bawah kerajaan negeri. Begitu juga dengan kompleks sukan. Selain daripada Kompleks Sukan Bukit Jalil, selain daripada kompleks sukan di Pagoh ataupun di Melawati ataupun TPCA, lain-lain kompleks sukan adalah di bawah kendalian kerajaan negeri. Oleh sebab itu saya ingin menyarankan, kita sentiasa menyokong apa juga usaha yang dapat memenuhi minat orang muda akan kita turut serta. Akan tetapi, saya mengharapkan Ahli Yang Berhormat dapat juga menyatakan pandangan ini kepada kerajaan negeri masing-masing dan kita akan terus memberi bantuan dalam bentuk apa yang termampu dalam perbincangan-perbincangan yang lain kerana kementerian tidak mempunyai dana khusus untuk pembinaan trek, litar lumba ataupun perkara-perkara seumpamanya kerana ia melibatkan sejumlah perbelanjaan yang besar. Yang Berhormat Rasah bertanyakan tentang IKBN. Kita sudah mempunyai 15 IKBN yang beroperasi dan kita ada lagi enam dalam pembinaan. Kita menjangkakan dari jumlah ini di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh nanti, kita berupaya melahirkan 13,000 orang pelatih berbanding 10,000 orang pelatih yang ada sekarang. Syarat kemasukan sememangnya selepas lulus SPM. Walaupun begitu, had umum maksimumnya 30 tahun ke bawah.

Walaupun dia sudah lama habis SPM tetapi dia masih lagi boleh menyertai dan kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap pencapaian kerana kita percaya pelajar kelulusan IKBN – 80 peratus mendapat pekerjaan sama ada secara sendiri ataupun diambil oleh syarikat-syarikat kilang perindustrian. Ini kerana mereka ini adalah golongan yang separuh terlatih dan malang sekali walaupun telah dilatih oleh kementerian, bayaran yang diterima itu sangat rendah. Pada saya itu juga perlu kita lihat dan kita sedang melihat bagaimana pelajar yang telah kita latih separuh terlatih ini bila masuk di dalam industri pekerjaan dibayar dengan jumlah yang lebih patut kerana mereka ini memang menjadi kegemaran industri-industri yang ada. Mengenai penarikan diri Datuk Lee Chong Wei, saya ingin nyatakan di sini bahawa penarikan diri tidak langsung kena mengena disebabkan wang tunai. Tidak ada dalam sukan SEA. Sebenarnya untuk pengetahuan Yang Berhormat, dapat pingat emas pun ada bayaran. Akan tetapi untuk mengatakan semangat Datuk Lee Chong Wei itu tidak bermain kerana wang tunai tidak ada, saya rasa tidak berapa tepat. Akan tetapi saya ingin beritahu kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kita juga rasa tergempar dengan keputusan penarikan diri Datuk Lee Chong Wei. Akan tetapi, penarikan diri itu berlaku disebabkan kecederaan yang dialami di bahagian lutut semasa World Super Series semasa final di Johor dan kecederaan itu sudah pun berlaku sebenarnya semasa kejohanan World Championship di Hyderabad pada bulan Ogos. Kemudian dia membatalkan penyertaan di Denmark dan Perancis, kemudian menyertai semula di Hong Kong selepas berehat dan menjadi juara. Kemudiannya menyertai di China dan selepas itu kalau kita ingat, beliau kalah di pusingan pertama. Selepas itu juga beliau ada beritahu yang beliau mungkin tidak mahu menyertai Sukan SEA. Akan tetapi, kita tidak memberikan peluang kepada Datuk Lee Chong Wei untuk menyatakan bahawa beliau benar-benar cedera dan beliau kata beliau akan sertai balik. Akan tetapi, perkara itu berulang lagi semasa Kejohanan Super Series Masters di Johor Bahru yang akhirnya pihak ‘Dr. Soh Kay Yong’ merupakan panel kepada Pakar Ortopedik Institut Sukan Negara, telah memberikan pandangan bahawa beliau tidak boleh menyertai kerana potensi untuk mewakili negara di masa akan datang masih ada. Namun begitu, kementerian mengharapkan para atlet badminton yang ada ini boleh mengambil ini sebagai peluang untuk mereka juga mengukir nama di Sukan SEA di Laos.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak menuduh secara khusus kepada Datuk Lee Chong Wei. Hanya membuat satu general statement supaya bintang-bintang sukan kita yang telah menjadi profesional. Apa mesej yang saya katakan ialah supaya mereka jangan hanya bertumpu kepada kejohanan-kejohanan profesional atau sirkuit mereka tetapi juga apabila mewakili negara itu perlu dititikberatkan. Jadi saya tidak membuat tuduhan khusus kepada Datuk Lee Chong Wei. Hanya satu general statement untuk menyedarkan ataupun memberikan sedikit teguran. Saya hendak berbalik sedikit kepada IKBN tadi. Persoalan yang saya hendak timbulkan ialah apakah rancangan kementerian kerana di dalam inti pati ucapan saya tadi ialah mereka yang drop out di peringkat SPM. Saya rasa perlu ada satu usaha supaya memastikan tidak ada orang muda kita drop out di peringkat SPM. Apa yang saya hendak katakan, kalau mereka drop out di SPM, maka peluang untuk mendapat satu pekerjaan yang lebih baik itu amat berkurangan. Apakah perancangan pihak kementerian supaya memastikan diserapkan dalam sistem pendidikan negara agar sekurang-kurangnya mereka ada peringkat kemahiran selepas SPM. Apa yang semasa sekarang ada juga di kalangan muda kita drop out di peringkat SPM, mungkin terus pergi cari kerja. Tidak ada lagi satu kemahiran yang lebih khusus Jadi, apakah mungkin perancangan daripada pihak kementerian untuk mungkin seolah-olah satu program cari ataupun program memastikan mereka tidak ada drop out di peringkat SPM dan perlu ada satu sijil selepas itu. Terima kasih.

Boleh tambah sedikit Yang Berhormat? Tuaran ya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Sama dengan apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat daripada Rasah, iaitu mengenai dengan belia-belia yang tidak mendapat pencapaian di dalam SPM dan sebagainya dan menganggur. Akan tetapi di kalangan mereka ini kita dapati bahawa ada talen tersendiri. Umpamanya dalam bidang muzik dan kesenian. Akan tetapi saya lihat bahawa di negara kita ini apabila institusi sama ada tajaan kerajaan ataupun private, terlalu menitikberatkan kelulusan akademik. Jadi, ramai daripada mereka ini yang tidak dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang mereka mahir. Saya ambil contoh Tuan Pengerusi. Di Filipina umpamanya, hampir semua ataupun kebanyakan daripada ahli pemuzik mereka ini yang dieksport oleh negara ke seluruh benua di dunia ini tidak mempunyai kelayakan yang sempurna dari segi akademik, tetapi mereka diberi peluang untuk berlatih di dalam bidang yang mereka mahir. Jadi, adakah kementerian mempunyai rancangan untuk tackling ataupun mengambil kira mereka ini? Terima kasih.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, perkara yang dibangkitkan itu mungkin telah dibincangkan sejak tahun 1960-an. Oleh sebab itu pada tahun 1964, IKBN pertama di Peretak dibina iaitu untuk menyediakan tempat kepada drop out, yang tidak lulus SPM. Untuk mengelakkan mereka daripada tercicir, maka IKBN ini dibina pada tahun 1964. Oleh sebab itu cadangan ini saya tidak pasti dari mana kita hendak buat tetapi Kementerian Pelajaran sepatutnya boleh memikirkan. Akan tetapi untuk Kementerian Belia dan Sukan, mulai tahun 1964 telah kita bina Peretak yang pertama dan mengambil pelajar- pelajar ini dan pada tahun 2009 sahaja yang memohon untuk memasuki IKBN adalah seramai 50,654 orang. Akan tetapi kita hanya dapat menerima 8,264 orang sahaja. Menanti lagi enam IKBN yang bakal siap. Ini adalah di antara perkara yang menjadi keresahan Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Tuaran. Bagaimana dapat kita menyediakan safety net, jaringan untuk pelajar-pelajar yang tercicir ataupun yang gagal dalam SPM dapat diberikan tempat. Kalau ada Yang Berhormat berminat untuk tahu komposisi, 14 peratus daripada pemohon yang berjaya adalah Melayu, 24 peratus daripada pemohon yang berjaya adalah daripada kaum Cina, India sebanyak 11 peratus dan 38 peratus adalah daripada bumiputera Sabah dan Sarawak. Jadi saya bersetuju dengan Yang Berhormat Tuaran dari segi kelebihan Filipina dalam mengeksport penyanyi ataupun penghibur di merata-rata tempat, bukan di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Saya bersetuju.

Kita juga berharap dari segi kemahiran, percayalah Yang Berhormat mereka ini lebih cepat dapat kerja. Jika mereka dapat menggunakan kemahiran, mereka sepatutnya lebih segera berjaya daripada mereka yang hanya melihat kepada akademik. Kita juga mempunyai dua, tiga kursus yang mendapat tawaran sehingga ke luar negara iaitu hospitality perkhidmatan. Itu satulah yang banyak, yang lain semua untuk dalaman.

[Bangun]

Boleh ya? Okey.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Minta maaf Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi saya tidak ada dalam Dewan pasal ada perjumpaan dekat luar. Terima kasihlah Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi ada beri jawapan bahawa sebanyak 44 Persatuan Sukan Kebangsaan telah menerima peruntukan sebanyak RM31 juta daripada jumlah peruntukan RM65 juta. Akan tetapi, di sini saya mahu soal, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sedar atau tidak, dalam ini 44 persatuan sukan, walaupun kita tiada senarai mana-mana persatuan sukan yang telah terima - mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh bagi kita senarai lepas Dewan ini. Bagaimanapun, masalah ini - MABA pun satu, national level. Sampai hari ini, sejak 52 tahun merdeka, satu sen pun tidak terima daripada Kementerian Belia dan Sukan. Jadi, macam mana kita boleh kata ini national level, ini Persatuan Sukan Kebangsaan yang telah sudah menerima?

Ini pun satu aktiviti banyak bangsa, semua bangsa suka ini aktiviti basketball ini semua, terutama sekali kampung-kampung banyak suka ini basketball game ini semua. Kadang-kadang dia orang punya basketball court pun tiada. Jadi, macam mana Kementerian Belia dan Sukan tidak boleh dapat bantu langsung aktiviti ini basketball? Sekian, terima kasih.

Saya sendiri akan lihat. Saya tahu Yang Berhormat Bintulu tidak suka jawapan macam itu, tetapi saya hendak tengok sama ada betul MABA tidak pernah menerima bantuan seperti yang dinyatakan. Saya berharap kemudian nanti saya akan memberikan jawapan. Kalau tidak diberikan, saya hendak tahu apa alasan. Alasan yang diberikan kepada saya itu biarlah kukuh sebelum saya beritahu dekat Yang Berhormat Bintulu. Kalau tidak susah saya nanti. Mengenai pembinaan gelanggang, sebenarnya seperti yang saya nyatakan tadi, kita berharap gelanggang serba guna yang dibina, sehingga hari ini jumlahnya lebih kurang 800 gelanggang yang sudah siap. Gelanggang serba guna ini dibina di seluruh negara yang boleh dimainkan lima acara, futsal, sepak takraw, bola tampar, bola jaring dan bola keranjang. Kita mengharapkan gelanggang-gelanggang ini dapat dijadikan tempat untuk mereka yang berminat dalam sukan bola keranjang untuk bermain.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

[Bangun]

Ia disasarkan sebanyak 1,178 buah keseluruhan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Satu soalan pendek berkenaan dengan gelanggang serba guna ini. Saya pun mendapat tahu dan juga ada lihat bahawa ada gelanggang-gelanggang serba guna ini dibina di setiap DUN di peringkat DUN. Soalan yang saya hanya hendak tanya ialah siapakah yang bertanggungjawab untuk menyelenggarakan gelanggang-gelanggang serba guna ini? Ini kerana kita telah ada satu peruntukan untuk bina infrastruktur ini, tetapi kalau tidak ada satu penyelenggaraan yang baik, dalam dua, tiga tahun mungkin gelanggang ini akan telah diconteng, dirosakkan dan sebagainya. Jadi, saya rasa penyelenggaraan itu penting. Sama ada ini diselenggarakan terus oleh pihak kementerian di peringkat negeri ataupun oleh pihak PBT. Terima kasih.

Sebelum saya menjawab tentang penyelenggaraan sebab saya kena bertanggungjawab dengan kenyataan yang saya buat tadi. Saya pun akan semak juga jumlah ini, Yang Berhormat Bintulu tidak ada. Sukan bola keranjang secara keseluruhannya telah pun menerima sebanyak RM2.7 juta daripada tahun 2006 ke tahun 2009. Akan tetapi saya yakin jumlah ini boleh diperincikan, sama ada jumlah itu untuk pembiayaan pasukan kebangsaan atau disalurkan kepada persatuan, akan kita semak. Sehingga September 2009, RM431,618 telah pun diberikan untuk tahun ini. Mengenai gelanggang serba guna yang dibina, untuk pengetahuan Dewan, selepas dipilih tempat, biasanya masyarakat penduduk setempat itu akan menamakan siapa yang hendak jaga. Ini kerana beberapa perkara, pertamanya kos penyelenggaraan itu tidak boleh atau tidak perlu diletakkan kepada kementerian kerana kalau tidak kita terpaksa luluskan kos tambahan pula nanti. Jadi, untuk mengelakkan kos atau berjimat cermat itu kita serahkan kepada penduduk setempat yang biasanya memilih persatuan belia supaya mereka menentukan sendiri bagaimana hendak memelihara aset yang diberikan oleh kerajaan dan juga kalau perlu, dikenakan bayaran. Kalau kerajaan bina, nanti Yang Berhormat kata kenapa dikenakan bayaran? Bagilah percuma. Kalau bagi percuma, maka kita pula tanggung penyelenggaraan. Akan tetapi, kita hendak beri persatuan belia di kawasan itu mengambil tanggungjawab, mengenakan bayaran. Kalau yang duduk di Kuala Lumpur, gelanggang futsal sejam RM90, mereka boleh mengenakan RM30 kerana mereka tidak perlu keuntungan atau mereka boleh menggunakan RM10. Mungkin di Kuala Lumpur mengenakan bayaran lebih tinggi daripada di Sibuti, terserah. Apa yang penting, kerajaan berhasrat untuk memberikan gelanggang ini untuk digunakan.

Kita menjangkakan jangka hayat gelanggang ini lima tahun. Kalau boleh jaga lebih daripada itu bagus, kalau kurang bermakna adalah perkara yang tidak kena, sama ada dari segi pembinaan atau penyelenggaraan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, gelanggang itu juga disediakan dengan bilik air dan juga lampu untuk bermain di waktu malam yang ada kos untuk pembiayaan. Jadi, terserahlah kepada kawasan setempat sama ada JKKK, rukun tetangga atau persatuan.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak dapat penjelasan Yang Berhormat. Tidak semestinya yang menyelenggarakan itu persatuan belia. Kalau tidak ada persatuan belia, maknanya kalau persatuan penduduk yang wujud di situ, persatuan penduduklah. Kena dapat pasti itu.

Terserah. Kita mengharapkan persatuan belia, tetapi terlalu rigid sebab ini bukan bertulis. Kita pada peringkat awal hendak persatuan belia, tetapi dari segi melantik untuk implementasi itu rupanya ada orang lain yang lebih baik mengendalikan. Jadi, kita fleksibel dari segi itu. Natijahnya, kementerian akan serah kepada penduduk setempat untuk menentukan siapa yang akan mengendalikan gelanggang- gelanggang yang kita bina. Mengenai skim pinjaman...

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat.

Okey.

Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan maintenance ataupun senggara padang futsal tadi, saya hendak tanya adakah sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, peraturan-peraturan untuk penjagaan ini diturunkan ke daerah-daerah? Ini kerana ada setengah-setengah daerah itu, kadang-kadang persatuan belia induk yang menjaga, tidak diserahkan kepada cawangan. Jadi, nampak ada percanggahan di situ. Saya rasa perlu diberi penjelasan yang sejelas-jelasnya kepada pejabat belia daerah supaya mereka dapat menentukan pihak mana yang sepatutnya menjaga kawasan ini. Terima kasih.

Ini saya rasa apa yang dijawab di kementerian adalah perkara yang paling asas yang perlu diterima oleh semua dan kita hendak mendidik persatuan kita ataupun mereka yang dipertanggungjawabkan. Ini baru jaga satu gelanggang, belum jaga satu kompleks sukan. Kalau jaga satu gelanggang pun persatuan belia kita - yang berlaku itu - tidak dapat menjalankan tugas dengan baik, kita beritahu dekat dia kalau satu gelanggang pun kita salah guna, macam mana hendak bagi kepercayaan untuk dia jaga satu negara. Saya mengambil serius kalau ada persatuan-persatuan belia yang hanya menggunakan gelanggang itu untuk kumpulan masing-masing ataupun terlaku berkeras, ini juga adalah proses latihan kepada mereka yang akan kita pantau. Kementerian bersifat terbuka kepada apa juga maklum balas dalam inisiatif awalan menyediakan gelanggang ini. Lebih penting, ia dapat memberi manfaat kepada belia kitalah.

Yang Berhormat, boleh tambah sedikit? Tuaran lagi ya.

Okey.

Yang Berhormat, mengenai dengan futsal ini, saya ingin berkongsilah. Saya telah pun dijemput untuk merasmikan satu gelanggang futsal. Ia berjalan dengan baik dan diterima baik oleh penduduk tempatan.

Berkaitan dengan jawatankuasa pengendali kita tidak menghadapi apa-apa masalah. Tidak ada persatuan belia di tempat itu, tetapi rakyat tempatan itu oleh kerana penerimaan mereka begitu baik tentang facilities, jadi mereka telah membentuk satu jawatankuasa dan sedang berjalan sekarang dengan baik. Hanya Yang Berhormat pesanan daripada belia-belia, futsal yang didirikan ini tidak mempunyai bumbung dan mereka ini melihat futsal komersial yang berhampiran itu supaya mereka dapat bermain sepanjang hari. Jadi, bolehkah kementerian memikirkan masa depan untuk membina bumbung kepada futsal ini apabila bajet mengizinkan. Terima kasih.

Saya yakin perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran itu dibangkitkan oleh belia. Jadi sampaikan jawapan saya kepada belia di sana. Kalau kita bina bumbung untuk semua gelanggang ini kosnya tinggilah, tetapi bumbung ini biasanya untuk hujan, ribut dan panas. Kalau panas, main tengah panas kita kompelin susahlah, tetapi kalau hujan ribut buat apa main, duduklah di rumah. Akan tetapi beritahu dekat dia, tidak praktikal untuk buat semua ada bumbung dan saya tidak nampak kenapa perlu semua gelanggang itu ada bumbung. Akan tetapi kalau kerajaan beri duit lebih, nescaya semua gelanggang yang kita buat ini ada bumbung. Buat masa ini itulah sahaja yang kita buat, kerana kalau kita bina satu gelanggang lain daripada spec dengan tempat lain, Tuaran ada bumbung, ia akan mendatangkan masalah dan saya percaya itu bukan Yang Berhormat tanya, itu belia sana tanya. Beritahu dekat dia macam itu, kalau tidak nanti saya turun saya jumpa belia itu. Saya sambung, Yang Berhormat Rasah menanyakan tentang skim pinjaman perniagaan. Sehingga kini kita telah belanjakan dan saya sudah jawab tadi serta kursus- kursus yang dibangkitkan juga saya rasa panjang. Cumanya saya hendak menyentuh kursus yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Rasah mengenai kepimpinan adalah wanita lestari dan sebagainya. Yang Berhormat Jerai juga bertanya tentang kursus-kursus kerohanian. Kita mengadakan tadarus al-Quran, Program al-Quran. Tahun lepas sahaja kita ada Program Khatam al-Quran, penyertaan 21,900 orang. Peruntukan yang diberikan untuk tadarus RM575,000, penyertaan 28,570 orang. Apa pun kita buat, saya percaya yang hendak buat tadarus kita akan bagi tadarus, yang marah bina masjid lebih pun dia marah juga, tetapi pada saya soalnya ini negara berbilang kaum. Apa juga perkara yang dibangkitkan kita akan buat dan saya hendak beritahu Yang Berhormat Jerai, memang ada program-program berasaskan kerohanian seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit untuk orang Islam, orang Melayu ada kita buat. Kepada bangsa-bangsa lain, kepada kaum-kaum lain nyatakan sahaja program insya-Allah kementerian atas bajet yang diberikan kita akan buat juga. Dasar belia ditanya oleh Yang Berhormat Jerai. Saya hendak beritahu ada empat dasar utama iaitu: (i) Dasar Pembangunan Belia Negara; (ii) Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional; (iii) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007; dan (iv) Gagasan 1Belia 1Malaysia. Yang Berhormat Parit membangkitkan perkara yang hampir serupa dengan Yang Berhormat Jerai, cuma saya hendak tambah bahawa kita juga ada seminar sehari Program Pemantapan Akidah untuk generasi muda, Program Halaqah bersama TV9 dan program- program yang kita laksanakan mengikut takwim kalender hijrah, iaitu seperti Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Ibadah Korban, Israk’ Mikraj, Kempen Insan Komuniti dan Ihya’ Ramadhan. Ini semua adalah perkara-perkara yang dijalankan secara berterusan. Kementerian ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh Yang Berhormat Limbang mengenai Program Bimbingan Usahawan Muda tahun 2010, di mana kita memberikan bantuan belanja RM3,000 sebagai permulaan dan suka saya maklumkan bahawa itu adalah program perintis, walaupun ada kejayaan.

Akan tetapi tahun depan program tersebut telah pun dimansuhkan. Kalau betul ada sokongan banyak daripada semua wakil rakyat, kita akan sama-sama mengemukakan kembali kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan semula. Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan menyatakan tentang kos penyelenggaraan Kompleks Sukan. Kos tahunan yang diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan adalah sebanyak RM30 juta, sebab mengendalikan Kompleks Sukan yang besar itu kosnya sudah tentulah tinggi. Pecahan adalah utiliti sahaja RM5 juta, baik pulih bangunan dan peralatan RM22 juta, ikhtisas dan hospitaliti RM2.5 juta, kenderaan dan jentera RM500,000. Kos penyelenggaraan stadium tidak boleh ditampung oleh kerajaan, sebab itu kita juga mengenakan sewaan kepada mereka yang berhasrat dan kutipan hasil sewaan 2006 - RM7 juta, 2007 - RM6 juta, 2008 - RM7 juta dan jumlah ini juga akan digunakan kembali. Untuk pengetahuan, pembiayaan bayaran kakitangan ataupun mereka yang terlibat dalam Perbadanan Stadium Merdeka itu dibiayai oleh mereka sendiri atas kemampuan mendapat jumlah sewaan ataupun pendapatan. Mengenai soal peruntukan perbadanan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Boleh celah sedikit tentang kos maintenance yang begitu tinggi RM30 juta setiap tahun. Saya rasa ini satu angka yang sangat tinggi. Apakah pendekatan Kementerian Belia dan Sukan akan jalankan supaya kita dapat membantu Stadium Bukit Jalil dapat berdikari, bukannya setiap tahun kita bazirkan wang rakyat untuk membantu. Kita kena bantu mereka supaya mereka dapat berdikari supaya boleh dapatkan wang untuk menjalankan maintenance bukannya hanya dapatkan wang dari kerajaan semata-mata. Itulah saya hendak tahu, apakah program yang akan dijalankan untuk membantu Stadium Bukit Jalil ini? Terima kasih.

Kita pun hendak yang macam itu juga sebenarnya. Sebab itu kalau main bola, stadium tidak penuh kita pun kecewa juga. Kita suka pertandingan akhir di antara Negeri Sembilan dan Kelantan, FAM dapat banyak duit sebab duit kutipan itu dapat dekat persatuan dan selalunya untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita tidak usah ceritalah sesuatu yang ideal. Kalau tidak kerana perlawanan akhir itu yang datang minta free ticket, yang penuh itu pun minta tiket free. Hendak minta tiket percuma, nasib baiklah stadium perlawanan akhir itu penuh. Kalau tidak budaya di Malaysia ini dia hendak tiket free. Datanglah jumpa kementerian, datang jumpa FAM minta tiket free hendak masuk. Walaupun perlawanannya hebat, Manchester datang ke sini orang beli beribu-ribu pun ada juga datang minta free. Ini kita beritahu budaya beli tiket untuk membantu pembinaan stadium itu tidak ada. Oleh sebab itu kita menggalakkan supaya kalau ada kejohanan, marilah datang ramai-ramai tengok dan beli. Jangan datang ramai tengok tetapi minta free. Itu kalau berlaku insya-Allah kerajaan dan saya setuju tidak sepatutnya kerajaan membayar keseluruhan, kerana di tempat lain stadium itu dimiliki oleh pihak swasta ataupun syarikat. Ini kerana stadium adalah satu perniagaan, cuma di Malaysia ini siapa buat stadium - rugi. Saya tidak tahu, itu salah kerajaan, salah kita wakil rakyat atau salah rakyat, saya tidak tahu, yang penting buat masa ini itulah jumlah yang ditanya, itulah jumlah yang kita belanja dan marilah sama-sama kita cari jalan macam mana perbelanjaan kerajaan dapat dijimatkan. Yang Berhormat Bandar Kuching bertanya tentang pembinaan gelanggang skuasy. Seperti yang saya nyatakan tadi, buat masa sekarang kementerian tiada perancangan untuk membina gelanggang ini kerana tiada peruntukan yang diluluskan di bawah butiran-butiran yang ada di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, bukan setakat tahun depan, daripada mula Rancangan Malaysia Kesembilan memang tidak ada kos untuk kementerian bina gelanggang skuasy. Mengenai Kompleks Sukan Komuniti, kementerian dari semasa ke semasa seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Silam, sentiasa memastikan pendekatan untuk menyediakan kemudahan sukan adalah selari dengan trend.

Tadi dicadangkan untuk pembinaan sukan ekstrem dan ini saya setuju tidak semua tempat berminat untuk bermain yang sama dan makluman sebegini adalah satu perkara yang sangat kita alu-alukan supaya one size fits all, tidak terus kita laksanakan, yang akhirnya tidak memberi faedah kalau masyarakat di situ hendak ekstrem dan Yang Berhormat bangkit, kita akan cuba selaraskan mengikut minat dan trend golongan belia di sana. Mengenai Program Akademi Pembangunan Belia Malaysia atau APBM supaya tidak tertumpu kepada satu program, sebenarnya APBM mempunyai program-program melatih pemimpin belia di peringkat tinggi. Setiap program yang dilaksanakan menumpu kepada pembentukan pemimpin belia menjadi lebih profesional dalam semua bidang, dan sebenarnya peringkat kementerian masih lagi dalam peringkat perbincangan dan mengalu- alukan apa juga pandangan yang diberikan dalam kita membentuk modul mengenai Program Akademi Pembangunan Belia Malaysia.

Yang Berhormat Jempol bertanyakan tentang Kompleks Rakan Muda. Sebenarnya tidak semua tempat ada Kompleks Rakan Muda ini dan tahniah kepada Jempol kerana mempunyai Kompleks Rakan Muda dan saya merasakan apa juga perkara sebab kita memang ada dana penyelenggaraan mengikut kepada kesesuaian dan kita boleh terus berbincang, kemukakanlah permohonan supaya yang penting Kompleks Rakan Muda yang dibina di daerah itu tidak terbengkalai atas alasan-alasan yang tidak dapat kita penuhi. Daripada kita terus membazir, saya tidak nampak kenapa tidak boleh kita belanja sedikit lagi bagi kita membantu perkara yang dibangkitkan. Mengenai sukan ekstrem bermotor, telah saya nyatakan tadi seperti yang dibangkitkan. Yang Berhormat Bakri menyatakan tentang kolam renang Muar. Untuk makluman, kolam renang ini dalam kawasan saya. Sudah lebih 15 tahun, betul. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, ianya milik Majlis Perbandaran Muar. Sudah pun dikemukakan kepada kementerian tetapi daripada segi cost effective, kolam renang itu menggunakan teknologi pemulihan air dan segala-galanya yang lama. Daripada hendak baiki, pada kementerian baik buat baru. Bukan baiki, itu memang tidak boleh itu. Sebab yang di Bukit Jalil yang begitu canggih pun teknologinya telah terbelakang. Adalah lebih baik bina baru. Cumanya untuk pengetahuan Yang Berhormat Bakri, proses untuk membina itu bukan boleh ditentukan oleh kementerian. Ia bergantung kepada apa yang hendak dibuat oleh Majlis Perbandaran Muar. Jadi kita sama-samalah nanti beritahu dekat MPM untuk mencadangkan nak buat apa, dia belum putus apa dia nak buat dengan kolam renang yang ada biawak seperti yang dinyatakan tetapi pada saya, tidak usah tunjuklah benda itu lama- lama, malu kita di Muar.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bakri nak penjelasan?

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Sebab di sini, saya nak cakap ialah sebab yang saya tahu Kementerian Belia dan Sukan sudah baik pulih Stadium Muar yang menelan perbelanjaan lebih RM15 juta, telah siap baru-baru ini. Ini kerana di sini saya harapkan Yang Berhormat Timbalan Menteri akan mempertimbangkan meluluskan peruntukan kementerian yang dianggapkan tidak lebih daripada RM3 juta untuk mengubah cacat cela sebegini. Harap Yang Berhormat Menteri boleh mempertimbangkan.

Soalan macam sudah standby sahaja. Yang Berhormat, RM15 juta tidak betul. Stadium itu hanya RM3.9 juta dan untuk pengetahuan Yang Berhormat, stadium itu telah diusahakan sejak tahun 2003 kerana masalah pemilikan tanah adalah di bawah Kerajaan Negeri Johor. Kalau kita bina, bukan bina baru, repair pengubahsuaian RM3.9 juta. Selepas berbincang hampir berapa tahun itu daripada 2003 sampai 2009, enam tahun bawa ke Dewan Undangan Negeri kerana tanah adalah kuasa negeri dan penyelenggaraan di bawah MPM dan stadium itu bukan milik Kementerian Belia dan Sukan. Kita menggunakan seperti ada dalam perbelanjaan, penyelenggaraan kemudahan sukan.

Maknanya sebahagian besar daripada kemudahan penyelenggaraan sukan negeri Johor telah disalurkan ke Stadium Muar yang mana rakyat di Muar patut berterima kasih dan berbangga stadium yang menjadi mercu tanda itu akhirnya dapat dipulihkan selepas hampir 15 tahun tidak dapat digunakan. Akan tetapi bukan kementerian yang hendak buat dan saya sebagai Timbalan Menteri kebetulan Ahli Parlimen di situ, jangan sekali-kali diajar untuk luluskan peruntukan duit kerajaan untuk bina kolam renang. Tidak betul. Ini duit kerajaan dan tidak ada lagi keputusan untuk pembinaan. Namun begitu saya berkongsi dengan Yang Berhormat, perlu dilihat kolam renang yang sudah mula menghasilkan biawak. Kalau dijual pun harganya boleh tahan juga itu tetapi majlis perbandaran perlu mengemukakan cadangan kepada KPKT, kepada Kerajaan Negeri Johor kemudiannya barulah kita kementerian boleh memikirkan ada tidak dana untuk kita bantu membaiki kolam renang yang dimaksudkan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Limbang bangun, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab tentang Kompleks Rakan Muda tadi, saya ada menyuarakan tentang permohonan sebab untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri, di Sarawak pada masa ini hanya sebuah sahaja Kompleks Rakan Muda iaitu di Kuching. Ini kerana negeri Sarawak ini besar, apalah salahnya kalau permohonan saya ini untuk di kawasan utara Sarawak. Terima kasih.

Saya percaya, saya pun sudah berbincang dengan Yang Berhormat tentang hal lain. Apa juga perkara yang perlu, kita akan sama- sama selesaikan bergantung pada prosedur kewangan dan kemampuan kementerian tetapi saya sendiri percaya selepas lawatan ke Miri tempoh hari, banyak perkara yang boleh kita manfaatkan kerana belia di sana memang benar-benar mempunyai satu jati diri dan sokongan yang begitu tinggi kepada Yang Berhormat Limbang. Insya-Allah kita akan bincang dan perhalusi. Yang Berhormat Jerai bertanya tentang penggunaan bola takraw, Gajah Emas. Keputusan untuk menentukan bola yang mesti diiktiraf ini adalah ditetapkan oleh ISTAF dan mesti mendapat pengesahan daripada persatuan untuk digunakan dalam mana-mana aktiviti. Walau bagaimanapun, penggunaan boleh ini, Gajah Emas telah digunakan di peringkat dahulu lagi, di sekolah sudah lama. Walaupun bukan kepunyaan rakyat Malaysia tetapi business ataupun perniagaan yang dilakukan itu tetap memberikan faedah. Cuma penggunaan bola Salim yang diperkenalkan oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia akan terus disokong oleh kementerian dengan memberikan galakan penggunaan di peringkat akar umbi kerana ia bola sepak tempatan dan kita akan memberi galakan kepada syarikat negara yang menghasilkan bola tersebut untuk mempertingkatkan mutu sehingga dapat diterima oleh ISTAF dan persatuan-persatuan antarabangsa bagi digunakan dalam kejohanan-kejohanan yang lebih besar. Yang Berhormat Lembah Pantai bertanyakan tentang isu sekolah sukan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, semua sekolah berada di bawah Kementerian Pelajaran. Namun begitu, Kementerian Belia dan Sukan turut serta daripada segi teknikal. Perkara-perkara yang dibangkitkan itu semuanya dibincangkan di bawah Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang turut melibatkan Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan dan juga Kementerian Belia dan Sukan dan insya-Allah perkara-perkara yang dibangkitkan itu sebenarnya bukan perkara baru. Semua perkaranya betul cumanya jalan keluar kepadanya untuk saya umumkan hari ini tidak dapat dibuat dan saya yakin dalam masa terdekat, sebahagian daripada yang dibangkitkan itu akan diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa tersebut iaitu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri. Yang Berhormat Kuala Krai menyatakan tentang imej sukan. Sebenarnya perkara ini dibangkitkan oleh semua. Cuma saya nak khusus kepada yang dibangkitkan tadi di mana walaupun ada sukan penyampaiannya agak menurun namun terdapat banyak sukan yang kita masih boleh bertahan. Betul, hoki turun. Hoki wanita pernah satu masa dahulu menjadi penghormatan. Bola keranjang,

Sukan SEA lelaki dan wanita kita sering kali mendapat pingat emas tetapi sukan- sukan ini akan kita cari jalan keluarnya. Kita masih mempunyai kawalan kepada acara ini sebab itu ada masalah sedikit. Bila berbincang tadi pun rasanya ramai yang tidak begitu jelas tugas Majlis Sukan Negara, tugas Institut Sukan Negara, tugas persatuan di peringkat kebangsaan, tugas persatuan di peringkat negeri. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, FAM bukan hanya menentukan perlawanan tetapi sebenarnya seluruh pembangunan bola sepak itu berada di bawah FAM. Malahan semua persatuan begitu dan untuk menyatakan atlet kita berjaya hanya oleh mak bapak, tidak betul. Saya tidak hendak jawab tetapi pergilah tanya dengan Shalin Zulkifli, tanyalah dengan Datuk Nicol, tanyalah kepada Lee Chong Wei, tanyalah kepada Azizul ataupun Josiah Ng. Tanyalah kepada atlet-atlet ini, tanpa bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan, nescaya mereka tidak berada di tahap yang mereka kecapi hari ini. Ini hanyalah satu bayangan tetapi kalau hendak pengesahan, saya rasa atlet-atlet ini boleh menjawab bagi pihak. Betul, mereka dapat dikeluarkan oleh keluarga tetapi kejayaan adalah usaha sama daripada semua termasuk persatuan-persatuan dan pada saya, kalau kita lihat atlet yang berjaya, persatuannya berada dalam keadaan yang agak stabil. Jadi ini adalah kaitan, saya tidak kata begitu tetapi kebanyakannya begitu. Jadi kita kena bersihkan persiapan persatuan, kita kena pastikan kalau Tiger Wood bermula main golf pada usia dua tahun, jangan kita terkejut hari ini beliau merupakan jaguh golf dunia tetapi kita tidak pernah fikir dia main pada usia dua tahun. Jadi, serupa juga dengan yang lain-lain. Tidak boleh kita cungkil hanya di peringkat Majlis Sukan MSSM, MSSD tetapi dengan kerjasama semua, insya-Allah perkara ini dapat kita selesaikan. Saya ucapkan terima kasih atas concern.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Boleh sambung sedikit Yang Berhormat Menteri. Tentang dua tahun tadi.

Dato’ Haji Lilah YasinUMNO · BNJempol

Saya bimbang sekiranya kalau kita serahkan kepada Majlis Sukan Sekolah-sekolah, anak-anak kita yang bersekolah ini umur enam tahun ke atas tetapi kalau kita tengok di peringkat pra-sekolah, tadika, dia lari bawa buah pinang sahaja. Macam mana kita boleh tingkatkan kecemerlangan ini? Ada kebimbangan Yang Berhormat Menteri.

Sebenarnya saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Krai dan Jempol yang menyebut tentang perkara ini sebenarnya. Akan tetapi, kalau kita lihat kebanyakan ibu bapa tidak mengizinkan anak-anak mereka yang berpotensi untuk terus terlibat dengan sukan secara serius kerana mereka mahu anak mereka mendapat keputusan yang baik. Kecuali mereka yang berjaya hari ini seperti yang saya nyatakan tadi, ibu bapa adalah perkara atau pun elemen pertama dalam mengenal pasti. Shalin Zulkifli umpamanya, bermain pada usia 9 tahun dan beliau hilang tempoh masa sebagai anak muda yang dorongan itu diberikan oleh ibu bapa. Berapa ramai ibu bapa yang sanggup memberikan tumpuan bermain bowling berbanding UPSR pada usia 9 tahun? Oleh sebab itu, Majlis Sukan Negara tidak boleh memberikan penekanan. Begitu juga dalam sukan-sukan gimnastik umpamanya. Saya rasa Yang Berhormat Machang pernah sebut perkara ini di peringkat awal dahulu. Ada sukan-sukan tertentu yang boleh kita lahirkan pada usia yang sangat muda. Umur 20 tahun hendak masuk gimnastik ini, patah pinggang nanti, patah tulang. Akan tetapi, yang biasanya umur 9, 10, 11, 12 hingga 15 tahun. Akan tetapi di Malaysia ini mereka masih lagi berada di peringkat sekolah. Ada UPSR, ada PMR. Perkara inilah yang sedang kita bincang di dalam Jawatankuasa Kabinet Sukan di mana perlu dicarikan jalan tengah seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, syllabusnya juga perlu dibezakan. Mungkin dia belajar mata pelajaran Sejarah, bukan siang macam orang biasa. Mungkin di sebelah malam kalau acara latihannya di belah siang atau ada kejohanan.

Ini perkara-perkara yang saya rasa akan terus merancakkan usaha kita mencari jalan keluar dan saya mengalu-alukan apa juga pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat. Sudah tentu tidak ada jalan yang kekal tetapi akan...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Sekejap sahaja. Akan tetapi akan melahirkan keputusan yang baik. Saya ingin menyentuh tentang cadangan atau pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk melihat kembali kurikulum sukan sebagai salah satu kurikulum wajib di sekolah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai walaupun dinyatakan tadi tidak disandarkan kepada satu kajian yang khusus. Sebenarnya sudah ada dan kita dapati selepas tumpuan Kementerian Pelajaran satu ketika dahulu kepada keputusan ia telah banyak membunuh talent identification di kalangan atlet di negara kita. Oleh sebab itu, keputusan Kementerian Pelajaran yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran sangat-sangat kita alu-alukan.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Belud tidak duduk lagi Yang Berhormat. Sudah lama sudah.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ya, saya minta maaf Yang Berhormat Menteri, sama ada soalan saya tadi sudah dijawab sebab saya dengar nada itu macam hendak landing. Kalau tidak, boleh saya soal sekarangkah atau saya tunggu sampai Yang Berhormat Menteri. Belum landing lagi?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Okey, okey. Terima kasih. Minta maaf Tuan Pengerusi.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Tentang Stadium Merdeka itu, sudah jawab atau belum Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Stadium Merdeka pun saya belum jawab lagi. Beri saya jalan ya sebab tebal ini. Tidak habis kita ini. Yang Berhormat Padang Terap menyatakan apakah tindakan pihak kementerian untuk memastikan kesemua kemudahan sukan di SUKMA selepas penganjuran itu tidak terbiar? Sebenarnya, kerajaan negeri yang menganjurkan SUKMA mempunyai perancangan mempunyai perancangan untuk melaksanakan program-program dan aktiviti bagi mengoptimumkan penggunaan semua kemudahan sukan. Sebagai kementerian yang menjalankan tanggungjawab ini, kita memang mengharapkan supaya semua negeri dapat menjadi penganjur dan dengan cara itu dapat kita beri kemudahan dengan satu ingatan bahawa selepas ada kemudahan itu perlulah diselia. Sebab itu, saya tidak menafikan ada juga kerajaan negeri yang masih bergelumang dengan cara bagaimana untuk mengendalikan penyelenggaraan gelanggang yang dibina selepas sukan. Akan tetapi kita akan sentiasa untuk membantu sebagai contoh, bagi Kerajaan Negeri Melaka ia menganjurkan kejohanan Bowling Piala Dunia di Pusat Bowling Antarabangsa Ayer Keroh. Ini antara perkara yang perlu kita sokong kerana tempat itu juga digunakan sebagai venue dan selepas penganjuran SUKMA pada tahun 2010 nanti. Kita kena pastikan juga gelanggang bowling ini dapat kita teruskan...

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Laluan.

Kalau tidak ia akan menimbulkan masalah.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Laluan.

Ya, Yang Berhormat Padang Terap.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Okey, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang membangkitkan persoalan yang saya bangkitkan tadi berkaitan dengan kemudahan dan juga kompleks sukan. Saya timbulkan masalahnya ialah ada kompleks-kompleks sukan yang dibina, ia tidak ikut standard seperti mana yang dikehendaki yang berlaku. Di Kedah itu pusat akuatik sebagai misalnya, tidak boleh digunakan bukan disebabkan selepas daripada sukan ataupun kejohanan itu berakhir tetapi disebabkan masalah teknikal, pembinaannya yang tidak mengikut standard dan menyebabkan ia tidak boleh digunakan. Airnya, kualiti airnya katanya siapa yang berenang dekat situ akan kena gatal-gatal semua. Tidak ada orang hendak berenang, akhirnya ikan yang berenang dalam itu. Pertama. Kedua, lapang sasar. Ini contoh yang berlaku untuk SUKMA juga dibina dekat dengan RM3.5 juta. Jadi, tidak boleh digunakan juga sebab tidak ikut standard yang diperlukan. Akhirnya, menembak di tempat lain. Ini membazirkan wang rakyat. Kalau pusat akuatik RM3.5 juta lebih kurang. Jadi, ini mungkin tergesa-gesa untuk buat kejohanan juga oleh kerajaan sebelum daripada ini, akhirnya buat tetapi membazir wang rakyat termasuk saya. Bagaimana pihak kementerian melihat perkara ini. Saya inginkan penjelasan supaya ia tidak terus terbiar begitu. Terima kasih.

Saya setuju dengan Yang Berhormat mengatakan bahawa jangan kita bazirkan duit rakyat. Saya rasa perkara ini bukan satu perkara yang disengajakan. Macam mana pun kita jaga, ada juga satu, dua syarikat masa datang jumpa itu dia kata dia boleh buat semua. Kadang-kadang pemilihan syarikat untuk pembinaan itu pun kita kena ambil kira. Akan tetapi untuk saya mengatakan perkara itu berlaku dalam kes yang tertentu ini, tidak bolehlah saya nyatakan demikian kerana proses itu berjalan dengan begitu tersusun, akhirnya menjadi masalah. Hasil yang tidak baik ini biasanya yang kita bangkitkan sebagai pengajaran supaya kita jangan ulang. Saya pun setuju dengan Yang Berhormat. Banyak lagi kes, kalau Yang Berhormat ceritakan itu baru satu. Saya boleh cerita lagi banyak. Dalam pemerhatian kita dari segi kemudahan sukan yang dibina oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkaitan dengan soal yang disebutkan tadi bahawa ini kerana ada syarikat-syarikat kontraktor bila dia datang, dia kata dia boleh buat semua. Saya hendak katakan bahawa ini masalahnya apabila kita buat dalam bentuk tender runding. Tender runding itu, kita panggil kadang-kadangnya kita tidak ada ketulusan. Kita panggil itu kerana ada kepentingan, ada kroni dan sebagainya. Lalu, kadang-kadang tidak beri peluang kepada JKR sendiri yang mengendalikan proses ini untuk mengenal pasti syarikat-syarikat yang berkeupayaan. Keduanya, tidak ada tindakan serius ke atas mereka yang gagal memberikan satu kerja yang baik. Jadi, akhirnya dia dapat lagi projek-projek kerajaan. Jadi, akhirnya dia buatlah sambil lewa. Jadi, sebab itu saya minta perhatian supaya perkara ini harus diberikan perhatian yang serius. Kedua Yang Berhormat, soal kelangsungan selepas daripada SUKMA ini. Saya fikir bahawa perlu ada satu committee. Adakah di peringkat kementerian untuk melihat satu program yang lebih berinovasi untuk kita memanfaatkan venues sukan sempena SUKMA ini dapat dimanfaatkan di peringkat negeri. Sebab yang keduanya kerana hendak menganjurkan sukan di peringkat negeri ini Tuan Pengerusi, memerlukan peruntukan kos kewangan yang banyak. Jadi, ini pun satu problem kalau hendak buat peringkat negeri. Kemudian, peringkat daerah pula. Hendak hantar persatuan-persatuan sukan ke kejohanan pun menghadapi problem seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerai tadi kerana kita hendak anjurkan bola sepak pun jadi masalah.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini kerana menghadapi masalah kekangan kewangan. Jadi, kena ada satu jawatankuasa yang memikirkan perkara ini khususnya untuk membabitkan GLC’s yang kadang-kadang tidak nampak dari segi komitmen mereka untuk membantu pembangunan sukan secara menyeluruh. Asyik-asyik kita tengok Telekom Malaysia (TM) sahaja. Le Tour De Langkawi pun dia, bola sepak pun dia. Jadi itu sahaja. Jadi GLC yang lain ini tidak nampak ke hadapan dalam membantu membangunkan sukan negara kita ini.

Yang Berhormat Pokok Sena ini bagus. Cuma dia mesti tembak juga. Bagi bab tender itu saya rasa kita kena tengok jugalah, yang direct nego pun ada yang bagus. Maknanya bukan semua direct nego itu tidak bagus. Banyak yang baguslah. Ada yang tidak bagus. Tender terbuka pun bukan semua tidak bagus. Ada juga yang bagus tetapi banyak juga yang tidak bagus. Namun, isunya syarikat ini yang tidak bagus. Bukan kaedahnya tetapi ya lah syarikat itu. Kita kena tlihat syarikat yang buat jalan itu.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

[Bangun]

Jangan sebab dia reti buat rumah, kita beri buat jalan. Memang tidak jadilah jalan itu. Ya atau tidak?

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Namun cadangan tentang.

Dato' Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang bagi yang masalah. Syarikat itu tidak bagus, satu. Yang bagi itu pun tidak bagus. Yang luluskan itu.

Ya lah. Namun Yang Berhormat. - Itulah dia. Ini yang malas hendak jawab. Panjang jadi yang ini. Walaupun hendak tembak tidak tahu kementerian mana. Sekejaplah. Saya tidak jawab lagi. Sekejap sahaja. Yang Berhormat punya, Yang Berhormat pasal SUKMA tadi. Saya setuju dengan Yang Berhormat. Dari segi penganjuran SUKMA. Bagi negeri yang selepas menganjur, dia ada masalah tetapi bila kita lihat negeri yang hendak menganjur selepas Melaka ini pun berebut juga. Jadi kita mengambil iktibar bahawa daripada negeri yang sudah menganjur yang sengsara ini, yang hendak menganjur pun kena mengambil kira juga, yang kita hendak menganjur sahaja. Namun cadangan penyelesaian kepada ini masih belum ditemui. Yang Berhormat sebut itu kita akan terima sebagai mungkin salah satu cadangan kerana saya yakin setiap negeri ada syarikat-syarikat anak negerinya. TM itu Malaysia tetapi bagi negeri Melaka umpamanya mungkin ada satu syarikat anak negeri yang boleh kita terima sebagai satu cadangan, melihat kepada kesesuaian. Ya, Yang Berhormat Padang Terap.

Tuan Mohd. Nasir bin ZakariaPAS · PRPadang Terap

Saya setuju dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang mungkin ada syarikat-syarikat yang bermasalah. Namun di sana kita ada mekanisme. Sebagai contohnya kita ada konsultan yang akan memantau perjalanan projek tersebut. Kita boleh dapatkan daripada mereka, adakah benar- benar syarikat-syarikat yang mendapat projek ini yang mengikut spec yang telah ditentukan. Ini kita dapat laporan di peringkat konsultan pun tidak lepas. Ini menyebabkan seperti saya cakap tadi akhirnya terbuang begitu sahaja. Kemudian kita jump pergi ke negeri lain. Buat benda yang sama. Berlaku masalah yang sama. Di Terengganu bumbung runtuh. Jadi benda ini telah banyak berlaku ketirisan. Kalau tengok dalam laporan audit pun sampai berbilion-bilion, RM28 bilion. Jadi benda-benda macam inilah kita hendak elakkan. Jadi, terima kasih.

Tidak apalah. Itu kalau saya komen pun panjang juga lagi. Namun untuk pengetahuan Yang Berhormat, masa dia datang mula-mula itu dia mungkin ada kemampuan. Selepas itu apabila dia hendak buat ada masalah. Macam dahulu harga besi tengah mahal. Sekarang ini kalau bersihkan Stadium Terengganu itu pun besi tidak boleh hendak jual pun sangat. Namun waktu tengah mahal itu, kalau bersihkan banyak untung itu.

Namun, itu perbezaan dari segi kemampuannya. Saya ambil itu sebagai satu ingatan sebab saya pun tidak suka melihat kepada mereka yang mengambil peluang di atas kepayahan orang lain. Kita ada perancangan. Oleh sebab itu kita luluskan bajet yang kita susun. Bertahun-tahun kita hendak susun ini tetapi bila pelaksanaan yang sebenarnya, banyak menjejaskan kecepatan kita mencapai apa yang mungkin hendak kita sasar. Jadi kalau semua orang bertanggungjawab, semua orang buat baik, selesai masalah kita ini. Ini masalah hendak mengendalikan orang lebih susah daripada hendak mengendalikan kompleks sukan. Kepada Yang Berhormat Kuala Krai, saya ingin mengucapkan terima kasih atas cadangan untuk kita mengambil alih. Namun untuk pengetahuan Yang Berhormat, kemampuan untuk mengambil alih ini sebenarnya tidaklah praktikal kerana kita ada lebih kurang seratus lebih dana dalam negara kita yang dikendalikan oleh seluruh kementerian. Kalau macam belia tani ini ada di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, inovasi di MOSTI, Kementerian Pembangunan Usahawan, MARA dan seluruh ini adalah dimiliki ataupun dimohon oleh belia. Kita setuju sangat kalau diletakkan di bawah satu tetapi tidak ada kemampuan itu. Jadi kita hanya lebih, Tabung Akademi Belia ini memberi kepada pelajar lepasan IKBN. Selepas mereka berlatih buat rambut, buat kuih ataupun kerja-kerja permotoran, dia hendak berniaga. Maka kita akan gunakan daripada Tabung Ekonomi Belia. Keduanya, mereka yang terlibat dalam persatuan. Maknanya, hendak mohon TEB ini atau Skim Tabung Ekonomi Belia (STEP), mereka hendaklah menjadi ahli kepada mana- mana persatuan supaya dia selaras dengan usaha kerajaan menggalakkan belia berpersatuan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita baru ada 1.9 juta orang sahaja belia yang terlibat di dalam persatuan berbanding dengan 11.8 juta orang belia yang ada dalam negara. Jadi, tabung ini bukanlah kita hendak mengendalikan seluruh pembangunan ekonomi belia tetapi hanya untuk inisiatif di IKBN dan mengelakkan belia berpersatuan. Bagi yang lain itu biarlah kepakaran yang ada di pertanian ataupun di tekno ataupun di MARA dapat membantu mereka dengan pemantauan yang lebih dekat. Yang Berhormat Padang Terap juga bertanya tentang secara spesifik graduan. Saya rasa sekali lalu tadi pun saya sudah sebut dalam 8,000 lebih. Selepas itu bagaimana untuk memastikan tiada belia tercicir? Kementerian sebenarnya telah melonggarkan syarat untuk masuk IKBN. Paling minimum. Maknanya dia tamat tingkatan lima sudahlah supaya kita tidak membebankan. Itu pun hasrat IKBN ini. Saya hendak beritahu hujung-hujung tahun 2008-2009 sahaja tempat itu penuh tetapi sebab permohonan yang semakin meningkat saban tahun, kita bina lagi enam. Jadi kalau Yang Berhormat ada di kalangan belia-belia di kawasan Yang Berhormat yang mahu atau tercicir, silalah membuat permohonan. Kita ambil dua kali setahun. Januari dan Julai dan tidak ada masalah dari segi memayahkan sangat hendak masuk ini. Masuklah. Tidak ada masalah. Yang Berhormat juga bertanya tentang penyertaan dalam Program Belia Antarabangsa. Kita ada International Youth Forum. Selepas itu kita ada pertukaran belia dengan negara China dan kita ada program pertukaran belia Asia. Biasanya pemilihan ini kepada mereka yang berusia belia, 15 tahun sehingga 40 tahun dan mereka hendaklah menjadi ahli persatuan belia. Kita tidak boleh ada walk-in sebab kita kena selari dengan hasrat kita hendak menggalakkan belia berpersatuan. Jadi yang sudah ada 1.9 juta ini pun perlu diberi reward. Nanti dia tanya apa beza saya masuk persatuan belia tetapi yang pergi exchange program ini mereka yang tidak menyertai mana-mana persatuan. Maka itu tidak adil tetapi itu satu kriteria untuk kita memastikan ia selaras. Kemudian dia mestilah dicalonkan oleh pertubuhan itu sendiri. Kita ada hampir 5,800 persatuan belia yang sudah didaftarkan di bawah ROY. Permohonan ada 7,000 lebih. Jadi persatuan-persatuan ini yang akan mencalonkan siapa yang hendak diberi tempat dan biasanya pemberitahuan itu melalui majlis-majlis belia negeri, belia daerah yang disalurkan oleh Majlis Belia Malaysia supaya semua dapat tetapi itulah saluran yang digunakan termasuk dengan boleh berkomunikasi Bahasa Inggeris dan kena isi borang. Pada tahun 2009, seramai 1,840 orang telah mendapat tempat dalam kursus atau program-program pertukaran atau konvensyen belia seluruh negara.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, mencelah sedikit. Soal hendak menghantar belia menyertai pelbagai program di luar negara itu nampak mudah. Ada sahaja program, kita boleh hantar. Cuma soalnya bagaimana kita hendak lonjakkan belia dalam negara kita menjadi pemimpin belia di peringkat antarabangsa. Kita ada belia yang memimpin world youth forum peringkat ASEAN dan Asia. Oleh kerana sudah ada akta, maka kebanyakan mereka tidak lagi boleh memimpin dan kita ada vakum di situ. Jarak pemimpin baru untuk dilonjakkan mengambil alih badan- badan di seluruh dunia kerana sejarahnya negara kita memang memimpin pertubuhan belia dunia. Agaknya apakah langkah kementerian bila sudah ada akta ini, kita agak nanti tertinggal dan terlepas untuk memimpin banyak pertubuhan belia di peringkat dunia. Hendak tanya pandangan sahaja. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Saya rasa Yang Berhormat Lenggong juga mempunyai masalah yang sama ketika mengendalikan atau masih mengendalikan Majlis Belia Malaysia yang hendak dikongsi. Sebenarnya memang satu perkara yang sukar dan saya yakin kita akan sama-sama memastikan belia kita dapat bersaing. Pada saya antara perkara yang kita dapat daripada maklum balas adalah keyakinan belia kita apabila berada di pentas antarabangsa. Atas topik-topik tertentu mereka agak ketinggalan dari segi keyakinan. Dari segi maklumat ini saya rasa belia kita terdedah.

Keyakinan ini boleh lahir dengan pendedahan yang berterusan sama ada di peringkat dalam negara terlebih dahulu ataupun di peringkat luar negara kalau kita ada sumber kewangan yang banyak. Akan tetapi, perkara dapat kita bantu dengan memberikan peluang kepada generasi muda kita memegang ataupun memikul tanggungjawab dan amanah. Bukan hadir dalam satu-satu program hanya disediakan oleh kita, tetapi mereka sendiri mengendalikan apa juga bentuk perkara yang sesuai untuk diri mereka. Ini kerana cabaran yang ada pada orang muda hari ini tidak sama dengan cabaran yang ada pada orang yang terdahulu dan kejayaan itu bergantung kepada masa. Saya yakin dengan Akta Pertubuhan Pembangunan Belia 2007 ini, di mana mereka yang berusia 40 tahun ke bawah sahaja boleh menjadi ahli akan dapat menyerlahkan potensi kepimpinan di kalangan generasi muda kerana mereka tidak boleh lagi bergantung harap kepada pimpinan-pimpinan yang lebih berpengalaman yang berusia seperti yang ada pada hari ini. Saya yakin kalau mereka terpaksa buat, walaupun peringkat awal sebagai satu akta, tetapi lama-kelamaan mereka akan sedar bahawa tidak boleh terus-menerus bergantung harap kepada zon selesa kerana yang ada di dalam pertubuhan sebelum ini adalah mereka yang betul-betul berpengalaman. Kita mengharapkan bahawa potensi mereka akan dapat kita cungkil apabila mereka terpaksa mengendalikan persatuan- persatuan mereka secara sendiri. Yang Berhormat Padang Terap juga membangkitkan tentang KSK tiada di Padang Terap. Sebenarnya KSK ini memang banyak tempat tidak ada. Kita buat mengikut kemudahan di kawasan-kawasan tertentu. Tempat saya pun tidak ada. Jadi, ia pilih kalau penduduknya ramai, kawasan sekitar pun tidak ada kemudahan, maka ia akan dibina. Cuma dalam statistik kita, Besut sahaja yang ada kompleks sukan komuniti dan kompleks rakan muda secara serentak di dalam satu kawasan Parlimen. Lain itu biasanya kita agih-agihkan. Kemudahan banyak kita buat di semua tempat adalah gelanggang serba guna. Yang Berhormat Silam bertanya tentang 150 pemohon daripada STEB. Seperti yang saya nyatakan, kita sedang cuba mengutip semula hutang-hutang tertunggak kerana tabung STEB itu adalah tabung pusingan. Garis panduan kelulusan juga seperti yang saya nyatakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kalaupun ada dimulakan balik, senarai yang telah memohon yang sedang menanti pengumuman, saya rasa ramai yang hendak dengar, pemohonlah yang hendak dengar kenapa lama sangat tak lulus.

Jadi, kalau ada pun duit, mereka yang sudah tunggu lama sangat yang tidak lulus ini yang akan kita berikan keutamaan atau priority. Yang Berhormat Jempol bertanyakan tentang jumlah pertubuhan belia berdaftar dengan kementerian bercirikan kaum Melayu, Cina dan India. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, persatuan belia yang berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan sehingga hari ini, 7 Disember adalah seperti berikut: (i) pertubuhan belia Melayu - 4,003; (ii) pertubuhan belia Cina – 906; (iii) pertubuhan belia India – 591; (iv) lain-lain termasuk Siam dan sebagainya – 70; dan (v) pertubuhan bercampur di antara kaum iaitu 1Malaysia - 244 Mengenai program belia dianaktirikan berbanding dengan sukan, suka saya nyatakan bahawa program belia tidak pernah dianaktirikan kerana jumlah yang diberikan itu agak sekata. Malahan kalau dicampurkan pertubuhan belia dan rakan muda berbanding pertubuhan sukan, belia dapat lebih. Cuma mungkin laporan media ataupun cerita mengenai sukan itu lebih mendapat tempat berbanding belia. Namun, dari segi perbelanjaan sebenarnya pertubuhan sukan itu yang dianaktirikan kalau hendak tengoklah. Akan tetapi sebenarnya dua-dua tidak berlaku, bagaimanapun jumlah lebih besar kepada belia. Pada tahun ini, dari segi jumlah pemimpin belia yang telah kita latih adalah seramai 95,775 orang. Yang Berhormat Jempol juga tanya kenapa usahawan kita gagal. Saya tidak pasti belia itu dimaksudkan belia keseluruhan dalam negara ataupun belia di bawah Tabung Akademi Belia. Ini kerana setakat ini, seramai 1,309 orang peminjam usahawan belia, daripada jumlah tersebut 217 sahaja yang menghadapi masalah pembayaran balik, peminjam lain semuanya membayar mengikut jadual. Pada kementerian, jumlah kegagalan itu banyak berpunca daripada pemantauan berterusan yang diperlukan oleh mereka daripada kementerian. Ini mungkin kita akan sama-sama menghadapinya dan juga pengalaman ketika bersaing. Terdapat empat perjawatan bahagian teknikal yang diletakkan di bawah kementerian, dari segi pertanian umpamanya yang bekerjasama dengan pihak SIRIM, FAMA dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam memberikan khidmat nasihat bagi memastikan usahawan kita ini tidak tercicir. Yang Berhormat Bandar Kuching menyatakan tentang SABERKAS. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Akta Pertubuhan Belia ini sebenarnya tidak dikuatkuasakan atau terpakai di Sabah dan Sarawak. Justeru itu, masih belum atau tidak menjadi masalah kalau Presiden SABERKAS itu berusia 65 tahun kerana akta yang ada ini tidak terpakai. Namun begitu, sudah ada tiga pusingan perbincangan di antara Menteri Belia dan Sukan dengan Menteri Pembangunan Urbanisasi Sarawak dan Menteri Belia dan Sukan Sabah untuk mencari jalan bagaimana akta ini dapat kita pakai supaya perbelanjaan ataupun peruntukan kementerian dalam membantu belia di Sabah dan Sarawak itu tidak terhenti. Antara perkara yang mungkin kita laksanakan kerana SABERKAS berdaftar di bawah ROS, mungkin salah satu jalan ialah membina sayap belia di bawah SABERKAS dan sayap ini yang akan didaftarkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Mengenai cadangan Yang Berhormat Kota Belud bahawa tumpuan perlu diberikan kepada sukan bola sepak. Saya sangat bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Belud bahawa bola sepak adalah elemen perpaduan. Mungkin insiden di Stadium Nasional Bukit Jalil ada bendera parti dikibarkan itu tidak sepatutnya berlaku dalam sukan. Namun begitu, saya setuju sebab itu sukan bola sepak satu-satunya sukan yang dipilih dan diletakkan di bawah Sukan Prestasi Tinggi Kementerian Belia dan Sukan. Ada 14, 13 dipilih atas prestasi.

Bola sepak dipilih atas populariti kerana kita akui bahawa KPI Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan boleh merudum walaupun dapat 100 pingat emas di Laos, tetapi kalah bola sepak, orang boleh marah. Itu hakikatnya dan kita terima. Oleh sebab itu, persatuan dan pemain kena tahu perkara ini sangat mustahak. Bola sepak dimasukkan dalam salah satu daripada 14 Sukan Prestasi Tinggi yang diberikan tumpuan oleh kementerian melalui Majlis Sukan Negara. Bola sepak satu-satunya yang tidak disandarkan kepada pencapaian di peringkat rantau Asia ataupun dunia. Dari segi mewajibkan GLC yang disebut apa yang dilaksanakan di sesetengah negara, mungkin di Jepun, saya sebenarnya bersetuju perlu dicari jalan bagaimana bantuan kewangan secara berterusan. Kalau kita lihat hari ini, banyak persatuan bola sepak seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Arau, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah. Akan tetapi, memandangkan kos untuk bersaing terus dalam Liga Perdana memerlukan RM4 juta...

[Bangun]

...Menyebabkan KSK tersebut terpaksa menarik diri. Satu perkara yang menyedihkan.

Boleh?

Nanti kita sambung balik. Okey.

Ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya dok tunggu pasal bola sepak ini, tengah hot hendak bincang ini. Bola sepak ini yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi komitmen kerajaan kepada bola sepak di Malaysia ini sebagai salah satu tahap yang tinggi sebab ia permainan yang popular. Akan tetapi, untuk mengurus tadbir bola sepak di Malaysia ini perlu wang sebab ia sudah profesional. Saya sempat hadir mesyuarat di FAM baru-baru ini. Keluhan FAM ialah khususnya isu wang, isu support kewangan dan tentang sponsorship. Kita dahulu apabila Dunhill sponsor wangnya lumayan, lebih kurang RM35 juta setahun, tetapi sekarang TMNet hanya RM9 juta. Pendapatan FAM selain daripada sponsor ialah geran yang sungguh kecil daripada Kerajaan Pusat melalui Majlis Sukan Negara.

Jadi keseluruhan pendapatan FAM hanya RM16 juta untuk mentadbir dan mengendali wadah bola sepak Malaysia ini. Kita melalui zaman profesionalisme ini memang menghadapi masalah bukan hanya di FAM, termasuk negeri-negeri yang memberi feedback kepada FAM. Saya hendak mencadangkan dalam mesyuarat FAM baru-baru ini, kita kalau boleh hendak memohon geran daripada Kerajaan Pusat. Tadi salah seorang rakan iaitu Yang Berhormat Nibong Tebal mencadangkan sebanyak RM20 juta untuk diberi kepada FAM supaya dengan wang ini boleh membantu negeri-negeri dan juga membantu untuk meningkatkan tahap bola sepak di negara kita. Hanya bercakap bagaimana hendak perbetulkan dan memperbaiki permainan bola sepak tidak cukup. Ia kena ada wang. Isu Dunhill dan TM Net sudah menjadi masalah. Kekurangan lebih kurang RM20 juta itu, saya minta kalau boleh Kerajaan Pusat menimbangkan untuk memberi FAM satu geran. Terima kasih.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sekejap Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekali dengan bola sepak. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kota Belud duduk dahulu, beri saya peluang... [Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi. Bila bola sahaja semua orang akan menjurus kepada kewarasan khusyuknya melihat pembangunan sukan bola sepak. Saya melihat daripada perkembangan awalan sehingga sekarang bila mana bola sepak itu diangkat permainan yang begitu popular.

Saya kagum kerana itu adalah agenda utama Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan dalam memperkasakan kehebatan bola sepak kita ini. Saya agak sedikit kecil hati bila mana FAM telah pun melarang pemain bola sepak luar negara menyertai Liga Super kita. Melihat daripada sudut peningkatan prestasi pemain itu nampak menjurus kepada kemeruduman. Saya mencadangkan kementerian menggunakan kuasa yang ada untuk mencadangkan supaya pemain-pemain luar negara ini diberi ruang kembali dan diangkat kekuatan pasukan negara kita di dalam kancah persada dunia. Itu pandangan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Bayan Baru tadi minta RM20 juta. Sebenarnya Yang Berhormat Tuan Pengerusi, kalau kementerian ini sanggup meminta daripada Parlimen RM200 juta, saya rasa semua Ahli Parlimen ini akan selesaikan masalah itu. Tidak ada masalah sebab komitmen Ahli-ahli Parlimen dan juga kepentingan bola sepak ini tidak boleh dipertikaikan. Takkan RM20 juta tidak boleh, RM200 juta kita boleh beri. RM200 juta kita boleh beri, tiada masalah. Saya percaya dengan kewibawaan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Ahli-ahli Parlimen akan menyokong kelulusan peruntukan tersebut. Akan tetapi tadi Yang Berhormat menyatakan bahawa GLC akan mengkaji, apakah boleh kita minta GLC ini memberi tajaan? Saya kira Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau kita menyorot semula pengalaman kita dengan GLC ini, kalau kita hanya memberi opsyen kepada mereka, mereka tidak akan datang untuk memberi tajaan. Pengalaman di Jepun, syarikat-syarikat GLC Kerajaan Jepun hanya menaja apabila ada satu desakan daripada kementerian. Itu pun mereka liat dan malas sebab mereka hanya memberi pada awalnya. Itu bukan berdasarkan kepada kemahuan mereka supaya pasukan bola sepak Jepun itu meningkat, tidak. Mereka katakan, “Ah! Ini adalah sebahagian daripada bajet CSR sahaja!”. Akan tetapi apabila pasukan bola sepak Jepun, Liga-J ini sudah melonjak naik dan seluruh dunia sedang melihat mereka, berpusu-pusu syarikat-syarikat ini mahu menaja kelab-kelab dan juga pasukan-pasukan yang bertanding di dalam Liga-J. Jadi soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah ini bukan lagi soal minta mengkaji tetapi mewajibkan mereka terutamanya GLC yang untung beratus juta ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Bayan Baru telah pun memberi perspektif tentang sponsorship. Betullah bila kita pro cari duit sendiri sebab itu hasratnya, RM20 juta saya rasa tiada masalah. Yang Berhormat Kota Belud boleh beri RM200 juta... [Ketawa] Bukan dia beri tetapi bersetuju untuk meluluskan, kita luluskan. Akan tetapi, persoalan kepada kementerian berapa jumlah yang boleh menjadikan pasukan bola sepak kita ini terkenal atau ternama? RM20 juta? RM200 juta? Adakah dengan RM20 juta yang diminta itu kita boleh jadi nombor satu dalam dunia ataupun sama nombor 75 yang pernah kita capai pada suatu ketika dahulu?

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Ini adalah satu. Sekejaplah Yang Berhormat. Tiga orang bercakap. Saya dengar tadi saya hendak jawab dahulu. Saya akan beri Yang Berhormat sekejap lagi. Sekejap sahaja. Maknanya perkara ini perlu dilihat secara praktikal. Kalau minta RM20 juta kita beri akhirnya begitu juga apa lagi hendak cari? Takkan hendak beri lagi sebab itu perkara ini saya rasa Yang Berhormat Bayan Baru memang terlibat dalam sukan bola sepak maka kita cari jalan. Bukan soal RM20 juta atau RM200 juta. Seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kota Belud tentang GLC ini, tidak ada GLC yang hendak associate dengan izin, diri mereka, branding mereka with a loser. Tidak ada syarikat yang bila menaja itu kepada pasukan yang kalah. Dia akan membawa turun jenama mereka sama dengan pasukan yang dia taja. Oleh sebab itu apabila kalah sahaja dia lari. Semua orang hendak associate dengan a winner. Itu seperti Yang Berhormat Bayan Baru sebut yang boleh kita jadikan iktibar, tetapi Yang Berhormat Kota Belud memberi dimensi yang berbeza.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Perkara ini saya setuju tentang syarikat-syarikat GLC don’t want to associate with a loser, tetapi isunya chicken and egg sekarang ini. Kita wadah bola sepak Malaysia melalui zaman corruption, rasuah yang berat, yang turut menurunkan prestasi bola sepak di negara kita. Akan tetapi, sekarang ini kita hendak pulihkan semula. Saya rasa di peringkat FAM baru kita bincangkan dengan terperinci akan cara-cara. Pokoknya ialah wang! Kalau kita hendak cakap GLC dan seperti rakan saya Yang Berhormat Kota Belud cakap tadi, saya setuju. Kerajaan kena ambil iktibar untuk mendesak GLC untuk membantu. Saya pernah membawa perkara ini kepada Petronas sendiri dan pemimpin Petronas berkata, “Ah! Football? Forget it! Waste of time!”. Ini pimpinan di peringkat Petronas. Jadi kalau kerajaan boleh ambil iktibar untuk meminta Petronas yang 100 peratus owned by kerajaan. Kalau boleh beri beratus-ratus juta untuk F1, tidak begitu popular sport itu pun dan bukan kita top number one pun, apa salahnya kalau berpuluh-puluh juta itu beri sedikit kepada bola sepak. Saya yakin dan saya sebut RM20 juta sebab itu anggaran yang kami bincang di peringkat FAM. Kami rasa RM20 juta mencukupi untuk bermula. For a start to bimbing dan didik semula pasukan bola sepak Malaysia yang lebih mantap dan kuat pada masa hadapan. Insya-Allah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Boleh? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Selepas itu pula.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Bukan lelaki sahaja yang berminat dengan bola sepak ini, wanita juga. Jadi tadi kita dengar banyak sudah dibelanjakan tetapi belum ada yang berjaya lagi. Yang Berhormat Timbalan Menteri juga tadi ada mengatakan bahawa selalunya syarikat-syarikat besar tidak mahu diassociate dengan izin, the loser tetapi Yang Berhormat mungkin kalau kita concentrate kepada pasukan bola sepak wanita, sebab saya mengikuti bola sepak wanita ini sudah beberapa tahun, jadi saya lihat potensinya ada cuma tidak dikembangkan dan allocation juga diberikan kepada pasukan bola sepak ini terlampau sedikit kepada wanita. Secara general, apabila orang bercakap mengenai bola sepak semua lelaki, lelaki, lelaki sedangkan wanita juga berpotensi kalau dididik dan diberi semangat. Apa pendapat Yang Berhormat mengenai ini?

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Parit Sulong boleh bermain bolakah?... [Ketawa]

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Tuan Pengerusi, saya rasa bukan menjadi isu atau masalah berapa juta kita perlu. RM20 juta kah atau RM200 juta kah? Malaysia bukan seperti Timor Leste atau lain-lain negara yang dari asalnya bola sepak tidak begitu baik dan pintar. Dahulu Malaysia boleh lawan dan tewaskan Korea Selatan tetapi apa yang telah terjadi sekarang? Saya rasa ini adalah isu meritokrasi. Dalam pemilihan pemain-pemain, adakah pegawai-pegawai yang terlibat cuba mempengaruhi selection process? Ataupun adakah meritokrasi seperti dahulu di mana kita ada Soh Chin Aun, Santokh Singh dan Arumugam, apa yang telah terjadi sekarang? Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri setuju bahawa mungkin ada pengaruh dari segi meritokrasi dalam selection process pemain-pemain bola sepak negara kita?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sedikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri. Boleh ya Tuan Pengerusi? Saya tidak berapa selesa dengan mengatakan bahawa GLC ini tidak mahu memberi tajaan kerana sukan ini sukan yang kalah. Baru sebentar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa sukan ini adalah sukan yang paling popular dan terbukti di dalam pertandingan akhir di antara Kelantan dan Negeri Sembilan baru-baru ini, stadium penuh! Maknanya ada inherent demand di dalam negara kita ini. Cuma yang penting sekarang ini ialah seperti mana Yang Berhormat Bayan Baru berkata tadi chicken and egg. Bagaimana kita hendak menetaskan telur ini?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya bagi contoh semula kepada Jepun. Pada awalnya tidak ada orang pun yang tahu tentang Liga J ataupun pertandingan bola sepak di Jepun tetapi ada usaha kerajaan untuk “memaksa” GLC ini untuk memberi tajaan dan dikaitkan pula dengan kalau mereka malas pada mulanya untuk menaja dikaitkan dengan CSR mereka, perkara ini boleh berlaku. Jadi saya rasa perkara ini dengan keprihatinan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya faham pernah lama dalam kementerian ini, saya rasa idea ini boleh diketengahkan dan boleh dijadikan sebagai asas untuk menaikkan prestasi bola sepak kita. Terima kasih.

Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit sahaja. Pendek sahaja. Sudah disuruh atau belum GLC ini? Sudah disuruh dia tidak mahu atau belum disuruh lagi? Saya rasa kalau belum suruh kita cuba dahulu... [Ketawa]

Tuan Pengerusi maafkan saya. Inilah masalah apabila saya tidak habis menjawab dia masuk. Itu yang saya tidak sempat sampaikan apa yang hendak saya sampaikan. Tanya..., yang suruh itu apa? Tanya, yang minta atau kita paksa, seperti Yang Berhormat Kota Belud?

Arahan, komitmen kerajaan.

Arahan baru cadangan. Ya baru cadangan. Ini yang saya hendak beritahu tetapi dipotong tadi. Pertamanya saya kata, kawan-kawan pun sebut perkara yang sama. Yang Berhormat pun bersetuju bukan mengenai duit? Ada banyak perkara lain. Saya hanya memberi komen tadi bahawa yang ada sekarang tidak ada GLC yang hendak beri kalau kita tidak baik. Bukan bola sepak, kita tidak baik. Tidak ada orang hendak associate diri dia dengan perkara yang tidak baik. Perkara yang tidak berjaya, jadi kena cari jalan keluar. Saya belum sempat komen apabila dipotong jadi tidak sempatlah komen. Akan tetapi, kalau kita hendak paksa perkara itu akan memberi kesan lain. Contoh, mana juga insentif yang diberikan kerajaan akan kehilangan hasil. Boleh kita paksa, dia kata kita sudah bayar 28 peratus cukai kepada kerajaan, jadi gunalah duit itu umpamanya. Kalau hendak suruh paksa, boleh, akan terpaksa diwujudkan insentif-insentif tertentu. Oleh sebab itu saya katakan tadi perkara yang dicadangkan itu boleh diambil kira tetapi bukan Kementerian Belia dan Sukanlah yang memutuskan. Kita boleh paksa semua syarikat mesti paksa ikut mana yang orang hendak bagi paksa ini? Ini kerana negara ini bebas, berniaga pun bebas kecuali syarikat-syarikat...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Jawatankuasa.

Itu maksudnya.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Jawatankuasa.

Okey, jawatankuasa.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Jawatankuasa Pembangunan Sukan mungkin.

Mungkin kita akan bawa kepada peringkat Jawatankuasa Kabinet umpamanya. Jadi kita akan bawa . Oleh sebab itu komen saya tadi perkara yang dicadangkan itu meletakkan satu GLC dengan satu pasukan, boleh selepas kita dapat daripada kementerian tertentu dari segi paksaan itu. Paksaannya bagaimana.

Boleh kongsi maklumat, sedikit sahaja?

Kita bincang di sini pencapaian. Saya beri contoh bola sepak di San Francisco, Nike masuk bukan tujuan untuk menang atau kalah kerana telah dibuktikan bahawa pendekatan bola sepak juga boleh menyumbang ke arah pembasmian domestic violence.

Itu tahap yang lain kerana apa yang jurulatih ajar, you will be tough but hanya di dalam padang tetapi bukan dengan wanita di rumah. Itu dimensi yang satu lagi dan saya tidak masuk ke tahap itu. Akan tetapi kenapa perkara itu berlaku? Kerana model CSRnya itu telah mengarah ke situ. Persoalan saya arahan tadi CSR ini sebab saya yakin bahawa baru-baru ini Yang Berhormat Menteri ada bercakap mengenai CSR tetapi apabila ditekankan sedikit oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, tambahan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang kita tengok komitmen sebegini, saya ingat boleh berlaku... [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sri Gading Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, saya kagum dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri ini.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat masih pengerusi sepak takraw?

Ya, saya pengerusi sepak takraw... [Ketawa]

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Allah! Kalah jugak!... [Ketawa]

Dalam jawapan tadi ada tiga belas jenis sukan yang dititik beratkan di dalam negara ini. Bola sepak kerana popularnya dan rakan-rakan di Parlimen semua bercakap, bercerita, meminta, memohon, memberikan pandangan, memberikan idea, apa lagi, apa lagi? Semuanya kalau disimpulkan ialah masalah fulus, fulus... Jadi, kalau benar-benar kita komited bahawa bola sepak ini popular dan diberikan perhatian besar oleh rakyat kenapa tidak? Kenapa tidak Yang Berhormat Tuan Pengerusi, kenapa tidak? Mari kita usahakan peruntukan yang terbesar untuk bola sepak. Ratusan juta kalau duit menjadi masalah, yang menjadi kelemahan, kemunduran, halangan, galangan, duit? Pembangunan stadium yang beratus-ratus juta sebenarnya memang hendak dikhususkan kepada bola sepak. Kenapa tidak kerajaan dengan berani, Kementerian Belia dan Sukan bawa ke meja kita untuk kita berikan sokongan ratusan juta disediakan untuk perkembangan bola sepak? Kenapa tidak? Janganlah kita tuding menuding antara satu sama lain. Tuding menuding ini pun sebenarnya tidak memberikan jawapan dalam hendak memajukan sukan bola sepak yang dikatakan popular dalam negara ini. Saya harap mari kita ubah paradigma kita. Betul Yang Berhormat Pokok Sena?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Betul Yang Berhormat.

Paradigma kita ya? Daripada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri bawalah sampai kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yalah, puncanya di sanalah. Betul tidak?... [Ketawa] Mohon satu peruntukan yang besar dan beri kepada persatuan-persatuan bola sepak tidak... [Ketawa] Allah! Bola sepak negeri-negeri, FAM. Berapa dia hendak? Itulah kalau kita bercakap tentang cukai rokok, kerajaan berkata begitu begini walhal ini merupakan sumbangan besar kepada bola sepak. Pada tahun 70-an dan 80-an bola sepak berkembang kerana duit yang banyak. Maknanya puncanya duit! Kenapa tidak?

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Syarikat rokok bukan memberi rokok tetapi memberi duit.

Ya dia beri duit. Kita pun bukan hendak rokok bukan?... [Ketawa] Jadi itulah...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Pengerusi sedikit sahaja. Saya hendak cadang yang kita sudah bincangkan masalah duit tadi, apa salah pihak kementerian sendiri kita wujudkan satu tabung bola sepak negara? Bukan sahaja untuk satu atau dua GLC.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apa yang dimaksudkan tadi bukan hanya untuk Petronas tetapi semua syarikat GLC yang telah mendapat keuntungan yang banyak menabung malah saya percaya peminat-peminat bola sepak negara kita pun bersedia untuk menabung RM1 seorang asalkan pembangunan bola sepak itu harus dilakukan secara yang baik.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dengan blue print yang lebih menyeluruh.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Sri Gading ingin mencelah. Yang Berhormat Sri Gading ataupun ini?

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya beri ini, sebab kalau tidak nanti macam mana kita hendak menguruskan pengurusan bola sepak di semua peringkat, umpamanya di negeri Perlis. Kalau tidak habis semua Presiden Negara isytihar bankruptcy “mampus, teruk”.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, saya bukan mencelah, beliau sudah duduk. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri... [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Tidak boleh, beliau sedang mencelah itu.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, saya minta daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sri Gading belum habis Yang Berhormat.

Maknanya kalau Yang Berhormat Pokok Sena mencelah saya, saya boleh jawab terus... [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sri Gading belum habis lagi.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Sri Gading sudah habis, beliau sudah duduk. Sudah habis tadi ini.

Ya?... [Ketawa]

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi saya minta, tetapi yang pentingnya perlu ada satu blue print. Saya percaya bahawa kita tidak boleh capai kehebatan bola sepak ini dalam masa yang terdekat. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Perlulah ada time framenya, saya tidak tahu waktu zaman Menteri Belia dan Sukan yang dahulu daripada Bera ini ada buat satu mekanisme untuk hendak mengenal pasti kelemahan dan sebagainya. Adakah itu sekarang masih wujud dan masih berfungsi untuk memastikan supaya sukan bola sepak kita ini dapat dicapai dalam satu peringkat yang lebih baik, selepas ini.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat, sedikit ya. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bersetuju dengan rakan-rakan, bukan soal kita hendak mengambil keuntungan syarikat, termasuk yang di bangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi. Keuntungan yang mereka ada, bukan yang sebelum ditolak cukai.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Tanggungjawab CSR ini yang perlu sebenarnya ditunaikan, banyak sangat syarikat besar di negara kita berjanji, bukan sahaja pada bidang sukan malah untuk memberi sumbangan kepada perkara-perkara lain yang berkaitan dengan soal-soal perumahan rakyat termiskin, berjanji kepada kerajaan. Mereka dibantu oleh kerajaan dalam pelbagai segi untuk mereka mencapai keuntungan kepada syarikat berkenaan tetapi apabila sampai CSR, mereka mula membuat perkiraan-perkiraan yang tertentu. Jadi, apa salahnya kalau setakat tiga juta bagi syarikat- syarikat besar untuk setahun. Saya ingat sudah lebih daripada mencukupi untuk kita membangunkan sukan bola sepak negara. Kita boleh ambil jurulatih yang bertaraf lima bintang ‘A’ class, tidak perlu lagi kita ambil yang memang di Liga Perdana England, La-Liga dan Itali, semua sudah tidak terpakai baru kita bawa jadi jurulatih kita. Pada orang yang sama, orang yang dari segi idea dan kreativitinya sudah menurun sudah tidak ada kemampuan untuk membuat. Jadi kalau boleh biar pihak kementerian bincang dengan FAM elok-elok dalam perkara ini...

[Bangun]

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Untuk pastikan bahawa donation ini dapat kita buat, buat dalam paksaan dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam perkara ini. Akan tetapi, kesedaran syarikat-syarikat konglomerat yang besar-besar ini beri sumbangan kepada kerajaan semula atas kesedaran untuk membangunkan sukan nombor satu negara ini.

Saya hendak tambah sedikit...

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Di negeri-negeri sama ini.

Boleh tambah sedikit ya?

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Ya.

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak beritahu bila kita bincang dan sembang di sini berkenaan bola sepak, bola sepak ini unik. Kalau Malaysia score gol pembangkang dan Barisan Nasional boleh dakap, peluk dan cium sebab seronok... [Ketawa] Ini kerana berkenaan bola sepak ini dia unik, kalau kita sokong pasukan Malaysia. Jadi saya cadang, dia adalah faktor yang lebih kuat daripada 1Malaysia. Kalau kita guna 1Malaysia untuk hendak mengeratkan ataupun mengadakan unity, kita boleh gunakan bola sepak ini sama. Bajet untuk 1Malaysia ini potong sedikit dan beri pada FAM. Terima kasih... [Ketawa]

Tuan Pengerusi

Ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, main bola sepak 60 minit sahajakan ataupun 90 minit, kalau main bola. Jangan sahaja lebih 90 minit kita bincang berkenaan hal bola sepak... [Ketawa]

Tuan Pengerusi, terima kasih.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Pengerusi, waktu tambahan pun perlu ada. Main bola, waktu tambahan pun ada juga... [Ketawa]

Tuan Pengerusi

Masa Yang Berhormat singkat...

Ya, betul.

Tuan Pengerusi

Jadi kalau di sini biar penalti shoot out sahaja, jadi cepat... [Ketawa]

Akan tetapi Tuan Pengerusi, saya rasa nama perbahasan peringkat Jawatankuasa itu telah pun diserlahkan dalam perbincangan tadi yang benar-benar dalam bentuk Jawatankuasa. Ingin melihat pasukan bola sepak itu diletakkan...

Tuan Pengerusi

Oleh sebab itu saya ingatkan jangan lebih daripada waktu bermain betul-betul di padang... [Ketawa]

Kecederaan...

Tuan Pengerusi

Sila.

Akan tetapi pada saya, begitu banyak cadangan yang pada saya akan dapat kita lahirkan seperti Yang Berhormat Arau mencadangkan GLC menyumbang atas nama bola sepak, dipaksa ataupun tidak menjadi masalah. Yang Berhormat Pokok Sena memberi cadangan yang sangat baik, untuk semua orang menabung.

Tuan Pengerusi

Kalau ikut suggestion Yang Berhormat Bayan Baru tadi, untuk 1Malaysia bola sepak berhenti kita politik Yang Berhormat... [Ketawa]

Ya, betul dan bola sepak... [Ketawa] Tuan Pengerusi, bola sepak bukan sahaja dapat menyatukan rakyat tetapi bola sepak dapat menyatukan Ahli Parlimen. Sama ada sedar ataupun tidak tadi, kita telah pun menunjukkan betapa pentingnya bola sepak. Akan tetapi jika GLC tidak dengar kita cakap ini, surat khabar beritahu bahawa dalam perbincangan ataupun perbahasan belanjawan concern Ahli Parlimen kepada tahap pencapaian bola sepak. Kalau pun tidak capai kepada kedudukan yang kita harapkan tetapi hasil daripada bola sepak itu cukup merangkumi semua pihak. Oleh sebab itu saya rasa hendak cerita panjang pun semua sudah tahu, dan perkara ini akan kita bawa untuk...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri, cadangan... [Ketawa]

Cadangan...

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Setengah minit sahaja.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kota Belud lagi lontar bola Yang Berhormat.

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Pengerusi, ini amat penting Tuan Pengerusi. Di Sabah Tuan Pengerusi, kalau kita score, dengan pendatang izin pun kita peluk... [Ketawa] Di stadium itu, dengan “pak om” dan semuanya itu. Semua kita peluk. Betul kata Yang Berhormat Bayan Baru, ini sukan perpaduan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita mula dengan GLC yang mendapat monopoli daripada kerajaan. Ini kalau mereka kata, kalau tidak gunakan perkataan paksaan, kita kata desak. Start dengan syarikat-syarikat yang mendapat monopoli daripada kerajaan. Saya boleh kira semuanya itu, yang mendapat lesen secara monopoli, tanah konsesi untuk perladangan. Ini berjuta-juta dan beratus juta ringgit keuntungan setiap tahun Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

Jadi tidak perlu bayar cukai?

Dato’ Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Dia bayar cukai Tuan Pengerusi, akan tetapi CSR... [Ketawa] Dia ada satu komponen lagi, CSR dan seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Arau tadi this is before tax jadi saya minta kita start dengan ini. Ada Celcom contohnya, RM500 juta, untung baru-baru ini, kalau tidak kita buka tel co ini kepada 100 buah syarikat lagi. Mungkin beri Celcom dengar, mereka perlu menaja pasukan kebangsaan.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Pengerusi, minta... Yang Berhormat tadi kata, mengharapkan GLC dengar. Saya rasa kita tidak boleh mengharapkan GLC dengar perbahasan kita, pihak kementerian mesti bawa...

Okey, kalau begitu jangan potonglah cakap saya.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bawa kepada Kabinet...

Inilah masalahnya, saya tidak habis lagi...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jangan hendak harap mereka hendak cakap kita, kalau tidak ada arahan daripada Kabinet.

Yang Berhormat Pokok Sena, saya beri laluan itu supaya janganlah kita potong sehingga apa yang saya hendak cakap itu, tidak sempat hendak faham. Jadi janganlah timbul dahulu, nanti bila beliau sudah habis cakap, saya sambung dan saya akan tiba di situ balik. Bukan bermakna kita lupa yang itu, tanggungjawab kita di kementerian kita akan bawa, kita ada Jawatankuasa Kabinet. Saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, beliau dengar dan beliau tahu. Jangan terkejut kalau diumumkan nanti ada satu dana yang disediakan, sebab itu komitmen yang diberikan oleh kita semua, yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sri Gading. Akan tetapi bila jadi itu, adalah atas usaha semua, tidak perlu kita hendak kata siapa buat. Akan tetapi GLC ini seperti yang saya nyatakan tadi, mereka kata mereka bayar tax sebagai komitmen, yang Yang Berhormat Kota Belud cuba cadangkan tadi adalah perkara CSR. Ditambah oleh rakan-rakan yang lain dengan cara baik, yang ini kita akan buat dan kalau ada satu dana disediakan. Cuma saya lontarkan di peringkat awal tadi, yang kita hendak kejar ini Malaysia bola sepak nombor satukah ataupun nombor 75? Hendak dapat duit banyak ini, kita hendak jadi macam mana? Itu cerita lain. Jadi itu kita perlu pula melihat dari segi FAM nya, dan untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis Sukan Negara sedang menyiapkan satu kertas yang saya percaya perkara yang di bawa dalam perbahasan ini akan kita muatkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, bagaimana untuk kita meningkatkan sukan bola sepak. Percayalah, seperti Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian juga memandang serius kepada tahap pencapaian sukan bola sepak yang satu-satunya telah berjaya menyatukan parti-parti yang ada di dalam negara pada hari ini. Lama kita cari jalan, rupanya bola sepak... [Ketawa] Kepada Yang Berhormat Telok Intan, banyak perkara yang disebut adalah perkara ulangan yang biasanya menjadi kebimbangan. Belum pernah dalam sukan bola sepak pemilihan pemain dijadikan alasan menyebabkan kegagalan, dari segi rasuahnya, itu memang ada. Akan tetapi bola sepak belum pernah, sukan lain kita jangan sentuh, bola sepak belum pernah dan saya rasa kita jangan teruskan perkara ini, sebab tidak pernah.

Saya beri jaminan bahawa pemain bola sepak dipilih secara merit, dan kalau ada siapa-siapa pemain bola sepak yang tidak dipilih untuk mewakili pasukan negara kerana warna kulit atau anutan, tolong laporkan kepada saya. Saya sendiri akan ambil tindakan. Kepada pertanyaan mengenai sama ada Petronas, ini bukan bola sepak ya, tetapi ditanya, saya akan jawab sekali. Untuk menggunakan Petronas menaja kerana membuat perbandingan dengan Formula 1. Pada saya, kita hendak kalau boleh Petronas terlibat, tetapi saya rasa tidak wajar kita kata gabungannya dengan F1 itu gagal, kerana mereka tidak akan suka dengar. Walaupun kita hendak duitnya itu untuk bola sepak dengan menyatakan bahawa pelaburannya dengan Pasukan Sauber gagal, pada saya itu tidak wajar. Ini kerana saya sendiri tahu nama Petronas itu menjadi satu nama syarikat petroleum gergasi di dunia kerana associationnya dalam sukan Formula 1. Habis sudah mengenai bola sepak. Masa pun sudah tamat tentang bola sepak. Ada lagi dua, tiga sahaja. Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenom tentang sama ada pasukan Petronas terlibat dalam sukan Formula 1, ia masih lagi dalam peringkat perundingan. Saya tidak dapat memberikan kata putus hari ini. Memang perbincangan itu masih ada sama ada Petronas, yang setelah terhenti menaja Pasukan BMW Sauber kerana tidak bertanding pada tahun hadapan, menyertai Formula 1 Lotus 1Malaysia atau tidak? Perbincangan sedang dijalankan. Keuntungan kepada negara banyak seperti yang saya bincangkan. Cumanya, kita diberi maklum bahawa pemandu kepada pasukan ini telah pun dikenal pasti seorang, manakala seorang lagi bergantung kepada penajaan yang bakal mereka bawa. Saya rasa pihak pasukan akan membuat pengumumannya nanti. Akan tetapi sehingga hari ini, 25 peratus daripada petugas kakitangan Pasukan Formula 1 1Malaysia itu adalah terdiri daripada rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, memanglah kita sebagai rakyat Malaysia ingin menyatakan 100 peratus sepatutnya petugas itu terdiri daripada negara kita.

Akan tetapi, sukan Formula 1 adalah sukan berteknologi tinggi yang mana kita mengharapkan teknologi itu akan beralih dan akhirnya kita akan dapat rakyat kita 70 peratus berbanding orang luar 30 peratus yang terlibat dalam pasukan tersebut. Akan tetapi buat masa ini, 25 peratus daripada petugas adalah rakyat Malaysia. Mengenai pertanyaan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan tentang sama ada Stadium Merdeka akan dirobohkan. Sebenarnya, tidak langsung timbul soal Stadium Merdeka dan Stadium Negara akan dirobohkan. Malahan, kedua-dua buah stadium ini telah diwartakan sebagai bangunan warisan dalam negara, yang mungkin kita buat, bukan roboh. Akan tetapi, kita akan terus memelihara dan membaikpulih untuk menjadikan kedua-dua stadium itu sebagai stadium kebanggaan warisan kita. Saya ingin membuat penjelasan itu kerana khuatir perkara ini akan memberikan satu perkara yang tidak tepat. Saya tidak tahu Yang Berhormat dengar dari mana, tetapi tidak ada. Kita akan angkat kedudukan kedua- dua buah stadium ini yang telah banyak menyumbang, sama ada dari segi sukan ataupun dari segi kemerdekaan negara kita. Sekian Tuan Pengerusi.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Manek Urai tidak sebut lagi.

Manek Urai nanti saya berilah, sebab Manek Urai itu spesifiklah. Kita tidak buat kajian mengikut kawasan pilihan raya.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Mana boleh!

Kita buat.., saya hendak cakap ini.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, ini kerana saya...

Tuan Pengerusi.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak tanya, Tuan Pengerusi.

Ya, Tuan Pengerusi.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini sebab ada kertas di tangan saya ini.

Kertas apa?

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kertas yang berkaitan dengan perancangan program di Manik Urai.

Siapa yang buat?

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jabatan Belia dan Sukan

Mana saya tahu... [Ketawa]

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Eh, mana boleh tidak tahu.

Tuan Pengerusi, ini apa tanya macam ini?

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini Yang Berhormat terlibat. Jadi saya hendak tanya, macam mana hendak menggunakan peruntukan di kementerian dan juga di bawah Jabatan Belia dan Sukan ini untuk program-program yang ada kepentingan politik? Pilihan raya bagi pihak Barisan Nasional. Yang Berhormat terlibat, ada berjumpa dengan saya. Pergi mandi air sungai dengan saya... [Ketawa] Jadi kalau lihat di sini, ada pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan yang bertugas di setiap peti undi. Kemudian, ada ketua peti undi daripada UMNO dan Barisan Nasional. Jadi nampak sungguh program itu, program yang menyalahgunakan duit Jabatan Belia dan Sukan ini untuk kepentingan politik. Jadi sebab itu, saya hendak tanya bagaimana perkara ini boleh diamalkan oleh Barisan Nasional? Apa kesannya dari program-program yang dibuat itu kepada belia itu sendiri?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Pengerusi, saya tidak sempat hendak bertanya tadi, tetapi boleh juga kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jawab secara bertulis. Itu pun tidak mengapa. Saya hendak bertanya berkenaan dengan projek yang dimansuhkan.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ada sembilan item yang mengatakan dari tahun 2008 dahulu projek yang sama telah dilaksanakan sehingga kepada tahun 2010, tetapi keputusan untuk tahun hadapan kita mansuhkan. Ada lapan projek ini. Peruntukan ini memang dari tahun ke tahun, yearly basis, dengan izin yang diberi. Jadi, saya hendak tahu, kalau boleh secara bertulis pun tidak mengapa. Di muka surat 678, ada tujuh atau lapan program atau projek di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang dimansuhkan. Saya hendak tahu apa jadi dengan peruntukan sebelumnya sehingga status perkara itu dimansuhkan. Terima kasih.

Mengenai Manek Urai, saya tidak ada bahan seperti yang dirujuk. Akan tetapi kalau hendak tahu apa yang dilakukan, program dijalankan sepanjang masa di mana-mana tempat pun. Cumanya, kebetulan ketika itu ada berlaku pilihan raya. Akan tetapi kalau perkara itu... [Disampuk] Ya lah, berilah kepada kita, buat laporanlah... [Disampuk] Saya hendak rujuk, kalau tidak bagaimana saya hendak jawab.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bukan program sepanjang masa, program ini khusus untuk pilihan raya di Manek Urai. Ada dengan nama ketua peti undi, kemudian Pegawai Belia dan Sukan yang akan menjaga peti-peti undi tertentu. Ini mana boleh Yang Berhormat kata Yang Berhormat tidak tahu. Yang Berhormat turun pergi mandi jumpa saya di sungai itu... [Ketawa] Apa Yang Berhormat hendak berbohong ini?

Tidak, bukan bohong. Betullah kita mandi sama. Bukan mandi sama, Yang Berhormat mandi...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Takkan Yang Berhormat kata...

...Saya tidak mandi.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Yang Berhormat tidak tahu. Suruh buat report pula. Saya tanya ini. Ini suratnya. Ini, ada di sini.

Betul! Tidak mengapalah. Tidak, maksud saya Tuan Pengerusi, betullah kita mandi, Yang Berhormat mandi, saya tidak. Yang Berhormat mandi pakai kain, saya datang dengan seluar singsing sahaja.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya... [Ketawa]

Maksudnya, saya tidak ada kertas itu. Saya tidak ada kertas itu, bukan nafikan. Bila saya tidak tahu, dan kita mandi itu pun bukan saya mandi dengan penggerak ataupun nama yang disebut itu. Saya mandi dengan Yang Berhormat sahaja. Jadi, dia memang ada di situ buat kerja dia, cuma saya tidak tahu. Untuk soalan hari ini, saya tidak tahu. Jadi, saya akan cuba dapatkan apa Yang Berhormat maksudkan. Nanti Yang Berhormat serahkan kertas pada saya, sebab kalau saya...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Saya ingat Yang Berhormat Menteri, itu bukan isu lagilah.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dari 14 Jun...

Itu sudah lepaslah.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Sehingga 11 Julai, iaitu dalam waktu...

Jadi...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Kempen pilihan raya.

Nama saya ada di situ tidak, tidak ada kan? Maknanya...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini bukan isu nama.

No, maksudnya begini...

Ini isu kementerian. Isu kementerian.

Ya lah, isu kementerian ia sepanjang masa berjalan.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya tidak kata masalah dia...

Ya, program itu sentiasa berjalan

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Akan tetapi bagaimana program di bawah Kementerian Belia dan Sukan...

Kan saya sudah katakan tadi...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Tiba-tiba boleh diadakan program ini...

...Saya akan balik tanya apa Yang Berhormat tanya.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Semasa pilihan raya?

Yang Berhormat rujuk satu dokumen yang saya tidak ada. Kalau kita rujuk benda itu ada dalam buku belanjawan kita yang tebal itu yang sama-sama ada, tidak apalah. Ini Yang Berhormat ikut pakai Yang Berhormat manakah...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, saya rasa saya sudah bahas tadi, Tuan Pengerusi. Sepatutnya pegawai boleh membekalkan maklumat...

Ya, okey.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Itu kepada beliau.

Itu sebab saya kata sebelum saya duduk tadi...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tadi bila saya bangun tanya di peringkat awal waktu Yang Berhormat jawab soalan saya, saya kata Manik Urai, dia kata sekejap, akan ada kemudian. Jadi, saya rasa Yang Berhormat tidak boleh bermain politik seperti itu. Yang Berhormat janji dengan saya tadi, kemudian hendak jawab. Bermakna bahawa Yang Berhormat ada maklumat.

Yang Berhormat hendak checkkah apa yang ada atas ini? Saya kata, sebab dia - Yang Berhormat pun tahulah benda ini, bila kita buat, dijawab dan dihantar. Tidak dihantar kepada saya maknanya tidak adalah. Itu sebab saya kata...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Maknanya, pegawai Yang Berhormat tidak buat kerjalah.

Ya, cakaplah macam itu.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pegawai tidak buat kerja. Maknanya...

Pegawai yang tidak buat kerja, bukan saya tipu. Tadi kata saya tipu. Saya kata...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya tidak kata tipu, cuma tidak betul... [Ketawa]

Tidak betul samalah. Yang Berhormat pun tidak pandai.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi, saya percaya bahawa sebenarnya dia cuba lari daripada membincangkan isu ini, Tuan Pengerusi.

Siapa lari?

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat sendiri.

Saya hendak lari macam mana? Saya tidak ada bahan.

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat sendiri janji pada saya Yang Berhormat akan ada.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ya, saya janji.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sepatutnya bagi saya bahawa, waktu menjawab soalan saya tadi itu mesti sudah ada jawapan-jawapan yang berkaitan ini.

Masalahnya tidak ada.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak ada, mengapa, apa tidak ada? Saya minta penjelasan. Saya minta satu jawapan...

Saya hantar secara bertulis.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Jawapan yang clear daripada...

Saya hantar secara bertulislah!

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Persoalan yang saya bangkitkan dan kenapa...

Tuan Pengerusi...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Pegawai tidak membekalkan.?

...Tidak selesai begini, Tuan Pengerusi.

Memang tidak selesai.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Pokok Sena begini, tidak selesai.

Tuan Pengerusi

Saya yang sebetulnya Yang Berhormat Sri Gading, saya mahu tiup wisel sudah ini, tetapi tidak ada wisel dibawa di sini.

Tiup wisel sahaja Tuan Pengerusi.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bola sepak tidak macam itu.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat keluar dari bola sepaklah jadi macam ini.

Ini tidak selesai macam ini.

Tuan Pengerusi

Tidak apa.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kalau bola sepak, kita tidaklah cakap di sini baik-baik.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Itulah bola sepak, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Lain kali saya simpan wisel di sini...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini luar dari bola sepak. Di luar padang.

Tuan Pengerusi

...Boleh saya tiup wisel.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Luar padang ini, Tuan Pengerusi.

Jangan layan dia.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Di luar daripada padang bola sepak.

Saya hendak beri jaminan ini dalam Dewan, kita semua angkat sumpah. Kalau ada dalam catatan saya tentang Manek Urai saya tidak baca, salah besar saya. Akan tetapi kalau betul tidak ada, Yang Berhormat salah besar menuduh saya.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, saya...

Tidak hendak cerita panjang. Saya akan beri Yang Berhormat secara bertulis mengenai...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jawapan bertulis daripada...

...Perkara yang dibangkitkan...

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Apa yang saya bangkit dan...

...Dan saya akan tanya pegawai saya.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

... Juga kenapa pegawai tidak boleh memberikan bekalan itu kepada Yang Berhormat.

Saya akan tanya pegawai. Itu tanggungjawab saya. Cuma, saya tidak ada dalam ini. Itu maksudnya.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi, isunya ialah duit kementerian disalah gunakan untuk kepentingan politik Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Parlimen Manek Urai.

Okey, terima kasih ya. Kepada Yang Berhormat Indera Mahkota, antara perkara yang dibangkitkan sebenarnya menjadi keresahan kita apabila tiga program besar di mana penyelarasan Rakan Muda itu berjumlah lebih kurang RM26 juta tidak ada pada tahun hadapan. Perkara begini yang sepatutnya kita mengharapkan Ahli-ahli Yang Berhormat membantu kementerian kerana RM26 juta untuk pengetahuan Ahli Yang berhormat, 21 peratus bajet Kementerian Belia dan Sukan dikurangkan daripada tahun 2009 berbanding tahun 2010 di mana jumlah lebih kurang RM85 juta pengurangan yang melibatkan sembilan perkara atau tujuh perkara itu, tetapi tiga perkara 100 peratus tidak ada. Ini termasuk sumbangan kepada badan-badan luar negara berjumlah RM6 juta dan juga tentang penyelarasan Rakan Muda. Ini antara perkara yang...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat, Yang Berhormat tahu atau tidak saya merujuk kepada perkara apa ini?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tahu ya?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Dia ada sembilan perkara termasuk pembinaan stadium-stadium negeri, program pembangunan usahawan...

Kejap, kejap.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Peruntukan dia sebenarnya tiap-tiap tahun ada. Cuma dikatakan klasifikasinya tahun 2010 dimansuhkan program itu. Maksudnya bukan program baru.

Saya tidak kata program baru pun.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Okey.

Saya kata program itu ada tahun 2009.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Okey.

Tidak ada pada tahun 2010.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ya.

Dia ada dua...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Jadi maksudnya, Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi itu yang terkurang peruntukan dia, tetapi yang ini terus dimansuhkan langsung.

Itu saya cakap.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Mahu tahu kenapa?

Itu saya cakap, penyelarasan Rakan Muda, RM26 juta itu 100 peratus tidak ada. Yang Berhormat baca buku, saya tidak perlu baca, saya tahu yang itu. Jadi, saya...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Akan tetapi...

...Saya hendak ucap terima kasih, sebab itu saya kata...

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Saya tidak sebut detailnya lagi. Saya cuma beritahu...

Yalah..

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

...Sembilan items ada di sini.

Tidak mengapa. Oleh sebab itulah Yang Berhormat masih baca buku, saya tidak perlu baca. Untuk pembangunan Yang Berhormat, ia bukan beri ikut tahun, ia beri ikut Rancangan Malaysia. Katakan itu spesifikasinya katakan RM10 juta untuk tempoh 5 tahun, kita sudah belanja 4 tahun, maka tahun yang terakhir itu memang tidak ada. Itu pembangunan. Saya tadi membezakan di antara belanja mengurus dengan belanja pembangunan. Kalau katakan gelanggang serba guna, saya hendak beritahu Yang Berhormat daripada 1178 diluluskan. Benda itu patut dibina daripada tahun pertama Rancangan Malaysia Kesembilan sehingga habis iaitu tahun hadapan. Jadi, program itu berlanjutan lagi kerana kita baru hanya dapat bina 886, yang baki itu boleh lagi kita belanjakan pada tahun hadapan. Akan tetapi, ada umpamanya menyelenggarakan kemudahan sukan di negeri- negeri, duit itu sudah habis tahun kedua pun. Maka tidak akan ada lagi pada tahun-tahun berikutnya kerana itu perbelanjaan pembangunan yang disasarkan oleh kerajaan dalam tempoh Rancangan Malaysia lima tahun sekali, bukan seperti mengurus tiap-tiap tahun ada perbelanjaan. Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat telah sama-sama menjayakan. Saya percaya apa yang kita buat ini adalah untuk masa depan belia dan masa hadapan sukan negara kita. Sekian, wabillaahi taufik

Terima kasih. Ini sebagai ingatanlah. Ini Kementerian Sumber Manusia kalau boleh betul-betul saya mohon kerjasama. Bagi parti-parti umpamanya seperti PKR, DAP, PAS dan backbencher, pilih umpamanya PKR siapa shadow Kementerian Sumber Manusia begitu juga DAP because ada lagi usul 66(9) yang saya terima untuk kementerian yang kita akan bincang lagi yang berikutnya. Jadi, masa kita betul-betul tidak cukup. Jadi, kali ini kita gunakan sistem Parlimen yang betul iaitu menggunakan shadow. Siapa nanti shadow ini pilih satu dua orang yang boleh. Peringkat Jawatankuasa begitu juga, tolong. Jikalau tidak kita tidak boleh habis. Di sini banyak lagi kementerian yang akan dibincangkan. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM326,322,200 untuk Maksud B.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM326,322,200 untuk Maksud B.45 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM510,467,000 untuk Maksud P.45 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan. Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM510,467,000 untuk Maksud P.45 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2010.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 Jawatankuasa — Maksud B.46 [Jadual] - Maksud P.46 [Anggaran Pembangunan 2010] -Bill

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.46 dan Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Kuala Langat. Saya difahamkan beliau ini shadow untuk sumber, jadi precise. Selepas itu, daripada BN kalau ada begitu juga. Kali ini kalau bolehlah di bawah sepuluh minit begitu.

Terima kasih Tuan Pengerusi yang bijaksana...

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

...Memberi ruang pertama untuk saya bicarakan soal Maksud B.46 di atas keprihatinan dan sebentar tadi kita bertengkar bermati-matian, sekarang kita lupakan sekejap Belia dan Sukan, kita pergi kepada Butiran 030100. Tuan Pengerusi, kekeliruan berlaku apabila 52 tahun kemerdekaan berlalu. Namun tahun ini, isu seksyen 26(1)(a) di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 telah pun dibangkitkan oleh pengarahnya dan terpaksa diheret ke Mahkamah Tinggi, atas apa alasan pun tidak tahu. Namun demikian, ini akan mencederakan hubungan di antara Kesatuan Sekerja di dalam negara ini dengan Kementerian Sumber Manusia yang saya anggap bermulanya satu episod union busting. Saya melihat daripada kekeliruan dan juga kerunsingan ini, apabila surat pekeliling telah pun diaturkan kepada semua kesatuan, seolah-olah memberikan kuasa majikan untuk memecat setiap pemimpin dalam setiap kesatuan itu, dalam erti kata bahawa tidak berkepentingan apabila mereka telah pun dibuang kerja. Ini memberikan kuasa yang cukup luas kepada majikan untuk mengatur kepimpinan dalam setiap persatuan sekiranya mereka tidak bersependapat dengan pihak kesatuan. Saya menganggap bahawa kalau inilah perkara yang dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia, ini boleh mencemarkan kemuliaan kementerian itu sendiri. Ini adalah satu perkara yang tidak boleh diterima kerana walaupun insya-Allah kes ini akan didengar semula untuk keputusan di Mahkamah Tinggi pada 23 Januari 2010 ini, namun ia tidak memberikan keselesaan kepada implementasi yang dibuat oleh kementerian untuk mengekang pergerakan kesatuan dalam negara ini. Tuan Pengerusi dalam kita menjimatkan perbelanjaan, saya melihat daripada sudut pejabat di seluruh Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak di dalam Jabatan Hal Ehwal Sekerja yang beroperasi seperti mana yang ada di lapan kawasan: (i) Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis; (ii) Perak; (iii) Selangor dan Wilayah Persekutuan;

(iv) Kuantan, Terengganu, dan Kelantan; (v) Melaka dan Negeri Sembilan; (vi) Sabah; (vii) Sarawak; dan (viii) Johor. Saya berpandangan bahawa pembaziran di atas sikap urus tadbir ini harus dikuncupkan supaya operasi ini, di kawasan Perak boleh dilakukan di kawasan Selangor dan Wilayah ataupun di Negeri Sembilan dan Melaka dicantumkan dengan Selangor. Di atas sikap itu, operasi urus tadbir itu dapat diberikan minimum dan penggajian juga dapat diberikan sedikit pengurangan perbelanjaan. Tuan Pengerusi, dalam butiran yang sama, dalam isu pengiktirafan dibuat buat kali kedua, saya ingin memaklumkan bahawa cara pengiktirafan itu tidak mengikut cara demokrasi semasa iaitu apabila pengiktirafan itu hendak dibuat, ia harus diambil daripada permulaan pengiktirafan itu dilakukan. Jikalau sekiranya pengiktirafan itu dibuat lima atau empat tahun, penama ataupun mereka-mereka yang memohon menjadi kesatuan itu harus diambil daripada peringkat awal dan ini memberikan ketidakseimbangan daripada penghasilan awalan sekiranya berlaku undi sulit.

Saya memohon kepada kementerian untuk mengkaji semula tentang peraturan undi sulit yang sebenarnya tidak relevan dalam keadaan sekarang, kerana ada peringkat masa yang diambil tidak sesuai untuk kita menunggu tiga hingga empat tahun kemudian kita buat secret ballot. Ini memberikan kesan yang tidak baik kepada kesatuan, dan lanjutan itu saya percaya dengan kelewatan yang dilakukan oleh pihak kementerian penyebab kepada banyak kesatuan hilang majoritinya. Tuan Pengerusi, atas itu saya berpandangan bahawa satu mekanisme baru dari segi undi sulit kalau tidak menggunakan verification sekalipun, ia perlu dirubah dalam keadaan semasa. Ini kerana ia diperlukan untuk memberikan ruang kepada pekerja itu untuk memilih sama ada mereka memerlukan kesatuan ataupun menolak kesatuan. Merujuk kepada Butiran 030200, pindaan terhadap undang-undang di bawah Akta Perusahaan 1967. Saya sebenarnya Tuan Pengerusi dari dahulu lagi saya ada maklumkan seksyen 30 ini adalah seksyen membunuh kaum pekerja. Seksyen ini telah pun saya laporkan berkali-kali kerana apabila kita dibuang kerja, ia difailkan di bawah seksyen 20 unfair dismissal. Seksyen 20.3, Yang Berhormat Menteri kena beri kewajaran atau tidak kes ini masuk ke mahkamah. Yang Berhormat Menteri kata tidak. Bila Yang Berhormat Menteri kata tidak terpaksa diangkat di Mahkamah Tinggi. Kemudian balik ke Mahkamah Perusahaan, kemudian datang balik ke Mahkamah Tinggi. Ditolak majikan tidak setuju, pergi pula ke Mahkamah Rayuan. Menang di Mahkamah Rayuan, ditolak pergi ke Mahkamah Persekutuan akhirnya lapan tahunlah episod pembuangan kerja berlaku. Hasilnya seksyen 30 Tuan Pengerusi dapat dua tahun, kerja dipotong lagi 18 bulan. Selepas itu reinstead, ini yang berlaku kepada Norazani Dollah lawan ‘K.GNS’ di Mahkamah Tinggi. Saya melihat daripada sudut ketidakselesaan ini, saya tidak faham apa relevan yang menyebabkan kepada pindaan itu dibuat pada Februari 2007 yang telah diwartakan pada 2008, menganggap ini sebagai satu tindakan yang diambil oleh kementerian penyebab kepada ratusan, ribuan dan jutaan pekerja hidup dalam keadaan ketakutan bila- bila masa mereka boleh dibuang kerja. Apabila mereka dibuang kerja, berlakulah episod sengsara Tuan Pengerusi. Ini yang saya rasa cukup gundah-gulana, Yang Berhormat Menteri boleh cakap oh! Di sini, di sini, di Australia enam bulan di Filipina - Ya benar, tetapi ini undang- undang kita mengizinkan majikan meneruskan tanpa ada sekatan sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Deritanya siapa? Mangsanya siapa? Mangsanya ialah pekerja. Sinisnya saya bicara, adakah dengan itu Yang Berhormat Menteri boleh tersenyum? Makannya kenyang kerana mangsanya itu datangnya daripada akar umbi.

Tuan Pengerusi, saya mohon supaya Kementerian Sumber Manusia kaji sedalam- dalamnya dengan hati yang terbuka supaya melihat seksyen 30 ia tidak berlaku kepada kita. Ya benar, tetapi jangan lupa, anak, cucu, rakyat yang kita wakil. Jangan kita abaikan mereka dengan menyeronokkan korporat-korporat, dalam masa yang sama rakyat menjadi mangsa kepada kerakusan tanpa fikiran yang kita buat. Apa salahnya seksyen 30 dikekalkan. Kenapa kita pandu mahkamah untuk menjatuhkan hukum? Ha! Zalim Tuan Pengerusi, zalim! Di bawah Butiran 010600, saya mencadangkan gaji minimum mengangkat martabat kemiskinan. Cakap bicara tidak boleh. Bagaimana tidak boleh, tidak buat lagi. Tidak payah dirujuk, benda ini simple sahaja. Tahun 1974 Tuan Pengerusi, Allahyarham Tun Abdul Razak memberikan COLA kepada semua rakyat ketika itu. Ekonomi merudum dan Allahyarham Tun Abdul Razak mencerminkan keprihatinan beliau terhadap rakyat. Ha! Inilah dia yang kita perlu. Selepas itu termenung, sebab apa, tidak ada yang memikirkan bagaimana untuk kita mengestablishkan gaji yang minimum. Susah sangatkah perkara ini? Bincang, bincang, bincang, kaji kerangka. Bila..., bila?... [Ketawa] Jangan sampai saya menjadi Menteri Sumber Manusia. Ha! Itu jam, saya akan lakukan dengan segera Tuan Pengerusi... [Ketawa] Tanpa ada pun arahan dikeluarkan. Ini penting kerana kita bicarakan soal kemiskinan.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, saya rasa pada ketika ini biar saya puji diri saya. Saya dapat sekarang ini mencungkil bakat-bakat shadow... [Ketawa] Selepas ini saya akan panggil satu shadow daripada PAS pula. Sila teruskan.

Ini Tuan Pengerusi bukan omongan kosong.

Tuan Pengerusi

Ya, sila.

Tangisan daripada rakyat bawahan yang melihat daripada bagaimana mereka boleh diangkat kadar kemiskinan tegar ini Tuan Pengerusi. Saya melihat ini, dan ini bukan berfaedah kepada saya, tidak. Ini faedah kepada rakyat. Ini bukan kata bicaranya Yang Berhormat Kuala Langat mengangkat kemiskinan, tidak. Kerajaan mendapat kredit daripada ini Tuan Pengerusi, tetapi mengapa sukar sangat? Mengapa? Kalau ini yang menjadi perhitungan, awas! Rakyat tidak pernah berkompromi dari segi untuk mengangkat martabat mereka dan perjuangan hidup mereka. Ini saya memberikan amaran kepada Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Rujukan Butiran 030000 laporan Menteri telah menyatakan beberapa kes telah dirujuk. Saya melihat daripada laporan perbelanjaan ini, tetapi saya tidak nampak berapa kes yang telah Yang Berhormat Menteri Sumber manusia tolak di bawah seksyen 20.3. Saya memohon supaya Yang Berhormat Menteri dapat memberikan angkanya berapa daripada tahun 2008-2009 yang ditonjolkan dalam seksyen 20.3 ini. Sebab bagi saya jelas kewajaran mengangkat kes ini ke Mahkamah Perusahaan perlu diutamakan. Saya melihat daripada sudut pengolahan daripada mahkamah ini Tuan Pengerusi, di aspek syariah kita ada Mahkamah Tinggi Syariah yang setaraf dengan Mahkamah Tinggi. Di dalam industri ini, Mahkamah Industri ini tidak ada satu mahkamah yang specialist atau pakar dalam bentuk perundangan buruh. Saya mencadangkan di dalam Mahkamah Perusahaan ini ia terbina satu lagi institusi yang dipanggil Mahkamah Tinggi Pekerja, di mana rujukan daripada Mahkamah Perusahaan ini boleh diangkat kepada Mahkamah Tinggi ini yang dipakari, yang dikendali, yang diterajui oleh mereka yang benar- benar pakar. Saya lihat pergi ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan, Hakim akan tepuk dahi dahulu bila kita berhujah, kerana dia tidak faham apa yang kita berhujah... [Ketawa] Ini kerana ini bersangkut paut dengan permainan atas pengalaman undang-undang yang berhubung kait di mana yang membentuk satu hukuman yang mencerminkan atas seksyen ini melibatkan seksyen itu. Contohnya yang saya buat, ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenang walaupun retrenchment, tetapi ia perlu dibuat mengikut procedure yang telah ditetapkan oleh undang-undang dalam bentuk undang- undang yang sebenar.

Oleh sebab itu saya cadangkan di Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Menteri cuba memikir sejenak, kalau kita hendak membantu di dalam kepakaran jarak itu, apa salahnya kalau kita wujudkan sebab Mahkamah Perusahaan ini Tuan Pengerusi dibuat pada tahun 1967. Sebelum tahun 1967, setiap pekerja yang dibuang dalam negara ini akan dibawa ke Mahkamah Tinggi. Apabila tahun 1967 itu dibuatnya akta ini dan mahkamah ini, diangkat untuk menerajui, memimpin untuk pekerja-pekerja khusus. Saya merayu kepada kementerian supaya memikir secara serius bagaimana untuk kita mewujudkan next daripada Industrial Court itu kepada Mahkamah Tinggi Pekerja yang dikendalikan oleh pakar-pakar yang terlibat secara langsung.

Yang Berhormat Kuala Langat, sedikit penjelasan. Boleh?

Bolehkah Tuan Pengerusi?

Sedikit sahaja Tuan Pengerusi pasal mahkamah. Yang Berhormat Kuala Langat, sekarang ini ada perkembangan terbaru, kita ada Mahkamah Tinggi mengkhususkan rasuah seperti di Shah Alam. Kita ada mahkamah khusus mengenai harta intelek. Ada mahkamah khusus mengenai keluarga. Saya terpanggil kerana Yang Berhormat Kuala Langat mengatakan diwujudkan pada tahun 1967. Mahkamah Syariah, saya rasa baru ini pemantapan, pindaan 121(a), ketika awal tahun 1990-an. Jadi apa pandangan seorang tokoh pekerja mengenai perkembangan terbaru sebegini terhadap nasib pekerja.

Ho! Tuan Pengerusi. Inilah yang telah saya katakan seimbangan. Bila mana Yang Berhormat Balik Pulau bicara soal semua itu ada pengakhir kepada bicaranya. Akan tetapi pekerja ini tidak. Oleh sebab selepas Industrial Court, Tuan Pengerusi ia tidak menjadi satu laluan mudah dan jadi sukar, kerana mereka yang mengendalikan itu tidak ada hala tuju yang konsisten. Oleh sebab itu saya mencadangkan dengan merendahkan diri saya semaksimumnya, bukan meminta sedekah, tetapi memohon supaya kementerian mengkaji dengan teliti perlu atau tidak perlu wujudnya satu institusi yang akan merangkumi dan juga memberikan tumpuan sekhusus-khususnya kepada pekerja.

Tuan Pengerusi yang budiman, saya merujuk kepada Butiran 050100 - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Saya keliru Tuan Pengerusi di atas beberapa perkara menggalakkan pekerja kontrak melalui ejen pekerja. Inilah bermula episod hak pekerja yang lebih teruk daripada pekerja asing. Kontrak melalui agensi Tuan Pengerusi sebenarnya berkontrak. Jikalau berkontrak ini faedahnya tidak dapat, aku hendak dia, aku ambil, tidak hendak I sack you. Tuan Pengerusi, ini permainan yang tidak begitu sihat yang dilakukan oleh persetujuan kementerian setakat ini berapa lesen yang dikeluarkan mengikut negeri-negeri? Itu soalan saya dan berapa ramai pekerja-pekerja setakat setiap sektor yang menggunakan pekerja agensi ini? Persoalan ini harus dijawab kerana ini menjurus kepada permainan ke atas pekerja agensi. Tolong memaklumkan undang-undang yang melindungi pekerja agensi ini dan adakah ini yang dinamakan satu jenayah terancang? Kata-kata ini dalam bentuk untuk mendapatkan jawapan di bawah mana syarikat pekerja agensi ini dilindungi? Ini kerana, saya takut Tuan Pengerusi ia akan memberi satu ruang yang luas kepada majikan- majikan yang mengambil pekerja kontrak melalui agensi kemudian yang kayanya dan senang mewah ialah agensi, tetapi pekerja tidak mendapat faedah daripada itu. Rujukan kepada Butiran 050300 - Jabatan Tenaga Kerja Sarawak. Tuan Pengerusi, di Sabah dan Sarawak apabila kelayakan untuk mendapat faedah daripada Akta Pekerja 1955, di Semenanjung Tuan Pengerusi. Tentang ini slow sikit pasal Tuan Pengerusi orang Sabah dan saya orang Semenanjung ada beza. Di Semenanjung kelayakan kita RM 1,500 Tuan Pengerusi. Di Sarawak RM 2,500 Tuan Pengerusi.

Saya mohon kepada kementerian letakkanlah nilai itu sama rata - RM2,500 kelayakan mereka kalau tidak Tuan Pengerusi, bila mana tidak ada perjanjian bersama ini akan mengizinkan pihak majikan membayar lebih masa seperti mana yang dibuat contoh oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menzahirkan dengan begitu konsisten 16 September bayar bergaji dengan triple pay dan Yang Berhormat Menteri pun bersetuju, jadi dikira RM1,500 bukan RM2,500. Saya hendakkan ini satu keadilan yang konsisten. Sarawak dapat RM2,500 atas gaji kelayakan untuk Akta Pekerja. Saya merayu bahawa satu pindaan harus dilakukan dengan segera untuk melayakkan pekerja Semenanjung juga atas kategori RM2,500. Kembali kepada... Akhir sekali Tuan Pengerusi, sekejap lagi saya akan habis. Sambungan daripada Majlis Penasihat Buruh Negara. Berapa kali saya menyoal dan berapa kali mesyuarat ini diadakan. Saya mencadangkan MPBN ini ditukar kepada Majlis Buruh Negara disertai oleh tiga kumpulan tripartite. Satunya pekerja, satu majikan MEF pekerja MTUC Tuan Pengerusi dan satu lagi kerajaan. Saya hendak minta supaya Bar Council juga dimasukkan kerana setiap pindaan rang undang-undang itu dibuat haruslah disertai oleh pakar-pakar dalam bidang itu. Saya mencadangkan demikian kerana memberi satu penghormatan kepada mereka yang mengamalkan undang-undang menyertai setiap kali berlakunya satu pindaan yang dilakukan, kalau tidak Tuan Pengerusi hancur buncai undang-undang itu dan menjadi kelam kabut. Jadi yang demikian rayuan saya kepada kementerian supaya memasukkan sebagai satu daripada penglibatan kumpulan Bar Council ialah keperluan untuk penyertaan dalam Majlis Buruh Negara ini dan selepas itu usul ini boleh diteliti dan boleh dibahaskan dalam bentuk terhadap undang-undang buruh dan code of conduct. Inilah yang saya maksudkan bahawa sebelum diusulkan ia telah dicerminkan dan diteliti dengan semaksimumnya, barulah kesilapan pindaan itu dibuat pada tahun 2007 tidak berulang. Tuan Pengerusi, ribuan terima kasih kerana memberi ruang kepada saya.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau boleh kita siapkan pada malam ini bagi kementerian ini. Sekarang sebelum saya panggil yang lain, saya panggil dahulu shadow. Siapa yang saya panggil sekarang ini Yang Berhormat Pasir Putih shadow mewakili PAS. Selepas itu saya panggil DAP, Yang Berhormat Ipoh Barat mewakili DAP shadow. Selepas itu suara wanita dan baru saya panggil daripada BN, Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Silam. Kalau tiada lagi di sini terpaksa Yang Berhormat Menteri menjawab dan bersedia. Silakan Yang Berhormat Pasir Putih.

Tuan Muhammad bin Haji HusainPAS · PRPasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 010500 – Dasar Sumber Manusia. Tuan Pengerusi, isu yang besar sekarang yang kita hadapi dalam negara kita ialah isu pengangguran. Walaupun pengangguran ini bukanlah satu isu baru di Malaysia kita ini, tetapi ekoran daripada kemerosotan ekonomi dunia, Malaysia dijangka akan mencatat kadar pengangguran setinggi hampir 4.5 peratus pada tahun 2009 ini. Kebanyakan pekerja hilang pekerjaan ialah dalam bidang berkenaan iaitu elektrik ataupun elektronik, serta banyak juga dalam yang berkaitan dengan automotif. Tuan Pengerusi, jumlah pekerja yang akan berhenti pekerjaan dijangka akan mencapai hingga kepada 400,000 orang. Bilangan pengangguran ini adalah dua kali ganda kalau kita bandingkan pada sepuluh tahun yang lalu. Kadang-kadang untuk mengelakkan daripada membayar pampasan kepada pekerja, sesetengah majikan mengurangkan hari bekerja, waktu bekerja ataupun gaji pekerja. Ini menyebabkan pekerja tidak dapat menanggung kos hidup yang tinggi. Kerana itulah Tuan Pengerusi, kita minta supaya pusat-pusat latihan yang banyak ditubuhkan dengan peruntukkan yang banyak ini macam-macam yang kita jumpa seperti ELP ataupun pusat-pusat pengajian tinggi yang menyediakan sumber manusia ini berada dalam berbagai-bagai-bagai jurusan.

Tuan Muhammad bin Haji HusainPAS · PRPasir Puteh

Saya ingin tahu sejauh mana ia dapat menyelesaikan masalah pengangguran ini? Walaupun banyak latihan diberi kepada pekerja kita, tetapi mungkin peluang-peluang pekerjaan tidak ada. Ia menyebabkan pekerja-pekerja atau rakyat kita tidak mendapat pekerjaan dalam negara kita sendiri. Kita mesti ingat bahawa kalaulah pengangguran ini terus berlaku dalam negara kita, ia akan mengakibatkan tumbuh ataupun timbulnya ketidakstabilan sosial dalam masyarakat kita. Jadi, adakah kerajaan membuat satu kajian yang besar mengenai masalah sosial yang berlaku dalam negara kita ini ialah hasil daripada pengangguran ini yang menyebabkan timbulnya jenayah ragut dan sebagainya ini adalah hasil daripada pengangguran rakyat kita. Tuan Pengerusi, kerana itu tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah pengangguran ini dalam pakej rangsangan ekonomi yang baru dahulu adalah tidak berkesan. Tindakan kerajaan mengambil lebih banyak pekerja adalah tidak praktikal kerana ini hanya akan menurunkan keberkesanan pegawai kerajaan itu sendiri. Pusat-pusat latihan semula untuk pekerja yang diberhentikan tidak sesuai. Penganggur yang menghadiri kursus-kursus tersebut tidak dapat menyara hidup keluarga mereka kerana masa telah digunakan untuk menjalani latihan.

Tuan Muhammad bin Haji HusainPAS · PRPasir Puteh

Jadi, latihan tersebut pula tidak menjamin peluang pekerjaan kepada mereka malah penganggur tidak berkeyakinan terhadap dasar tersebut. Kerana itu saya mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan satu tabung pembuangan pekerja supaya dalam masa yang pembuangan pekerja itu berlaku, supaya pekerja tadi dapat menjaga atau pun dapat memberikan - Dapat kita salurkan bantuan itu kepada pekerja yang kehilangan kerja tadi. Begitu juga Tuan Pengerusi, adakah pengangguran ini berlaku adalah kerana ilmu-ilmu kemahiran yang diajar di pusat-pusat latihan atau pun di pusat-pusat pengajian tinggi yang menjadi sumber kepada pekerja kita ini adalah tidak selaras atau pun tidak sama dengan peluang-peluang pekerjaan yang telah disediakan oleh kerajaan? Jadi, kerana itulah saya mencadangkan supaya kerajaan boleh menukarkan atau pun memindahkan pusat-pusat latihan ini atau pun kursus-kursus latihan ini kepada bidang- bidang yang baru yang boleh kita lakukan atau pun bidang yang sekarang ini nampak kerajaan beri tumpuan kepada bidang industri pertanian umpamanya. Jadi, kursus-kursus kita tidaklah sarat kepada kursus teknikal yang dibuatkan oleh kerajaan selama ini tetapi ialah kursus lebih kepada bidang-bidang baru yang kerajaan sedang teroka. Kalau tidak kita akan menghadapi masalah lagi pada masa-masa akan datang nanti. Jadi, kita mengharapkan bahawa masalah pengangguran ini ialah dijadikan satu masalah yang besar yang kerajaan mesti selesaikan. Yang kedua Tuan Pengerusi, saya mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula dasar pekerja asing kita supaya apa yang berlaku sekarang ini tidak akan menjejaskan pekerja-pekerja tempatan kita atau pun tidak menambahkan lagi pengangguran kepada pekerja tempatan. Umpamanya Tuan Pengerusi, kalau kita lihat di - Bagaimana boleh kerajaan membenarkan pekerja-pekerja asing ini berada di tempat- tempat yang sepatutnya pekerja kita boleh duduk? Atau pun kita letakkan bahawa pekerja- pekerja asing diletakkan di tempat-tempat yang khusus atau pun di ladang-ladang dan sebagainya. Akan tetapi kita lihat di hotel-hotel umpamanya, kebanyakan ialah pekerja asing yang bekerja atau di tempat yang lain yang sepatutnya ditempatkan oleh pekerja- pekerja tempatan. Jadi, bagaimana dasar kerajaan yang menyebabkan kita akhirnya pengangguran kepada rakyat kita tempatan inilah bertambah sampai hari ini. Itu sahajalah Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ipoh Barat. Selepas Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Kuantan. Selepas itu Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Silam.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya terus ke isu mengenai 03000 iaitu Industrial Relation Office. Saya difahamkan Tuan Pengerusi, bahawa kebelakangan ini Idaman di mana servis-servis dengan izin saya baca:

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

(i) collection and disposal of municipal solid waste; (ii) public cleansing – green cutting drain, cleaning, road sweeping and clearing of illegal dump solid waste. Semua ini akan diambil alih oleh Idaman. Di Perak sekarang mereka telah mula. Itu ada satu yang dasar Kerajaan Persekutuan tetapi yang menjadi berkaitan dengan kementerian adalah saya difahamkan 5,000 ke 7,000 pekerja-pekerja di semua MPT akan dibuang kerja. Semalam ada laporan dibuat di mana Sri Manjung ada pekerja-pekerja yang telah berkhidmat untuk lebih ada 20 tahun, ada 15 tahun, 5 tahun, ada orang yang bekerja dengan kontrak and although dengan permanent basis telah diberi arahan tertentu oleh municipal council supaya memasuk kerja dengan Idaman. Soalan saya, apakah yang dibuat oleh kawal selia oleh kerajaan khususnya kementerian supaya pekerja-pekerja ini dapat menikmati semua apa yang diperuntukkan dalam undang-undang supaya mereka tidak dianiayakan? Saya khuatir bahawa pekerja- pekerja ini akan dipaksa keluar dari kerja dengan MPT tadi dan terpaksa melaporkan bekerja dengan Idaman, kalau tidak mereka akan digugurkan. Apakah kawal selia yang dibuat oleh kementerian supaya kita ini adalah antara 5,000 ke 7,000 pekerja di seluruh negara di mana mereka berpendapatan rendah di antara RM1,000 ke RM1,400, ada tanggungan, ada obligasi-obligasi yang tertentu di mana mereka perlu protection daripada kementerian supaya mereka dapat pada akhirnya, mereka tidak dianiayakan. Saya difahamkan bahawa beberapa representasi telah dibuat kepada kerajaan negeri di mana ada perkaitan dengan kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Hanya di semua Kerajaan Pakatan Rakyat, kita tidak langsung setuju kepada Idaman untuk mengambil alih proses ini. Oleh kerana itu, semua pekerja-pekerja di sana di MPT tiada masalah langsung. Di negeri Perak sehingga bulan Februari di mana rampas kuasa, tiada masalah langsung walaupun saya sendiri telah diberitahu Idaman telah membuat approach kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih semua services. Berkaitan dengan ini, privatization. Bukan satu privatization Tuan Pengerusi, tetapi ‘prioritization’ di mana kita memkompromi pekerja-pekerja. Jadi, soalan dengan khususnya adalah apakah kawal selia oleh pihak kementerian dan apakah mereka ini tidak akan dianiayakan? Selain daripada itu, saya telah bangkitkan perkara di mana kita tidak ada angka- angka yang tetap, tepat dengan kementerian di mana berapakah betulnya pengangguran. Baru-baru ini dalam satu jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mengatakan bahawa kita telah mencapai full employment iaitu sekarang kadar pengangguran adalah 3.5 peratus. Yang Berhormat Pasir Puteh sebelum itu mengatakan ada 400,000 orang kemungkinan yang penganggur. Ini ada satu contradiction. Mungkin Yang Berhormat mungkin fikir bahawa sebagai kerajaan, mereka lebih arif, mereka tahu semua. Akan tetapi, saya telah bangkitkan memberitahu bahawa angka kerajaan adalah the basis. Dari mana mereka mendapat angka-angka adalah daripada Jabatan Tenaga Raya di mana orang-orang yang penganggur mendaftar. Soalan saya adalah pekerja- pekerja yang tidak mendaftar, tidak tahu mendaftar. Bagaimana keadaan mereka? Saya khuatir sebenarnya di negara ini unemployment ini sangat tinggi. Pengangguran ini sangat tinggi, bukan full employment. Kalau betul-betul full employment, kalau kita tengok di seluruh dunia, semua negara di mana ada full employment semestinya berikut ada unemployment benefit. Kenapa kita tidak boleh memberi unemployment benefit kepada pekerja-pekerja yang tidak dapat kerja atau pun menjadi penganggur? Ini menunjukkan dengan satu inconsistency oleh kerajaan. Nampaknya ‘either way, I win’, bermakna macam mana pun pekerjalah yang perlu membiayai semua kesusahan, kerajaan mesti menang.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Akan tetapi, inilah perkara yang perlu diambil kira bagaimana satu kerajaan yang prihatin kepada pekerja-pekerja negara ini dapat menolong mereka, mendapat angka supaya statistik-statistik boleh dipercayai. Selain daripada itu Tuan Pengerusi, ini mengenai Butiran 04300 - Institut Latihan Perindustrian (ILP) Nibong Tebal. Saya hairan iaitu Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal. Apa itu? Sepuluh tahun dahulu Tuan Pengerusi, di Dewan ini Yang Berhormat Menteri telah memberi akujanji bukan kepada orang lain, kepada saya di Hansard, di report bahawa tanah warisan rakyat India akan diambil oleh kerajaan, kementerian ini dan satu institut akan dibina dinamakan Institut NTS Arumugam Pillay. Saya lagi ingat sepuluh tahun dahulu semasa bajet selalu dimentionkan NTS Arumugam Pillay. Kerajaan kata ini adalah satu di antara tiga mereka memberi akujanji akan menunaikan kepada masyarakat India: (i) institut itu selalunya akan dinamakan Institut NTS Arumugam Pillay; (ii) seberapa yang boleh kelebihan pekerja-pekerja di institut tersebut adalah dari masyarakat India; dan (iii) murid-murid yang belajar itu khususnya the majority akan diberi kepada keutamaan kepada masyarakat India.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, nombor satu kenapa kerajaan sudah lalai? Kenapa nama N.T.S Arumugam Pilllay disingkirkan daripada peruntukan-peruntukan dibuat? Is it fashionable not to recognize the minorities? Bila mahu harta itu berjuta-juta ringgit, kerajaan memberikan janji, saya boleh ikut, no problem. Ini harta warisan masyarakat India. Kerajaan ingin menolong membina satu kolej untuk menolong masyarakat India tetapi selepas 10 tahun, semua lupa. Saya harap Yang Berhormat Menteri akan serius dalam perkara ini, nombor satu, nombor dua. Nombor tiga, saya difahamkan lecturer di sana di antara berapa lecturer hanya dua, tiga orang sahaja masyarakat India. That was a promise made. A promise is meant to be full filled. Not to be broken. Tuan Pengerusi, selain dari perkara itu adalah mengenai pekerja-pekerja asing. Di mana baru-baru ini di luar negara, saya baru baca Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Bangladesh mengatakan bahawa mereka tidak akan membenarkan kemasukan pekerja-pekerja asing ke Malaysia. Apa pendiriannya? Saya hendak tahu, nombor satu kerana pada tahun 1999, itu adalah kali pertama freezing of Bangladesh workers. Selepas itu dibuka balik, sekarang ditutup. Kenapa dan apakah alasan dan adakah, saya difahamkan ada ramai di antara pekerja- pekerja yang di mana telah membayar deposit untuk datang ke negara ini. Bukan saya hendak mempelawa mereka masuk. I am against foreign workers. Akan tetapi jangan kita aniaya mereka. Saya harap kerajaan boleh fikir perkara itu dan berkaitan dengan ini, apakah pendirian kementerian kepada pekerja-pekerja illegal. Saya difahamkan ada lebih kurang 1.2 juta di negara ini. Adakah mereka akan diberi amnesty? Kalau tidak mengapa? Kita pernah memberi amnesty dan supaya semua pekerja dapat di register. Berkaitan dengan ini adalah pekerja-pekerja pelarian. Pelarian dari luar negara yang ada di sini difahamkan ada lebih 150,000 orang. Apakah usaha kementerian supaya mereka yang ada di sini lebih dari satu tahun, dua tahun, tiga tahun. Apakah yang boleh dibuat oleh kementerian atau cuci tangan mengatakan ini bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri, ini bidang kuasa Kementerian Luar Negara, ini bidang kuasa semua kementerian melainkan Kementerian Sumber Manusia. You must be realistic. Ini satu perkara yang boleh kita tolong dan walaupun saya boleh kata, saya sudah kata semua ini Tuan Pengerusi, saya berkata bahawa kita tidak perlu pekerja-pekerja asing di negara ini. Itu stand saya. Saya kata seberapa yang boleh. Saya ada kata Tuan Pengerusi, dengan mengadakan ramai di antara pekerja- pekerja asing, mereka mengambil peluang pekerjaan kita di kilang-kilang...

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, selamat datang Yang Berhormat Kepong. Di antaranya di mana pekerja kita tidak diberikan keutamaan, pekerja kita diberhentikan dan pekerja asing diambil. Ada case law – case law di Industrial Court, beberapa kes di mana menunjukkan ini perkara yang betul. Ini bukan saya kata I am just pulling out the thin hair. Selain dari itu, pekerja- pekerja di rumah. Yang Berhormat Menteri kata mereka tidak tanya mohon RM800, Indonesia mengatakan mereka memohon dan kita ada memorandum of understanding, klausa-klausa di sana semua sangat kabur, very vague. Antaranya adakah mereka ada hak untuk mendapat pasport semasa bekerja? Adakah appropriate accommodation akan diberi kepada mereka? Kalau kita lihat perkataan-perkataan yang diguna di memorandum of understanding, semua ini very loose end, very easy dengan izin, very easy to be drafted but it is meaningless. Low protection to the workers dan ini adalah perkara yang perlu diambil kira. Akhir sekali Tuan Pengerusi, ini mengenai penganggur-penganggur ini negara ini di mana graduan-graduan, murid-murid yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris di mana ada kursus-kursus yang semestinya mereka selepas belajar menjadi penganggur. Apa yang dibuat ini bukan perkara yang baru dalam sepuluh tahun ini. Beberapa kali perkara ini telah dibangkitkan di mana mismatch. Apakah yang telah dibuat oleh kementerian? Apakah perundingan yang telah dibuat oleh kementerian supaya kita ada satu situasi di mana apabila sebelum keluar dari universiti kita, murid-murid telah di booked oleh kilang, telah di booked oleh majikan. Bukan semasa mereka keluar selepas enam bulan, kerajaan menubuhkan satu kursus untuk mereka yang fasih dalam bahasa Inggeris, fasih dalam bahasa Mandarin, fasih dalam etika, baru boleh dapat kerja. Apa yang dibuat oleh kementerian, apakah kawal selia-kawal selia dalam hal ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Tuan Pengerusi, di bawah kepala B. 46 dengan ini saya ingin membahaskan hanya satu butiran iaitu Butiran 040100 berkenaan dengan Program Keselamatan, Kesihatan dan Kesejahteraan Pekerja. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak Menteri berkenaan dengan keselamatan pekerja wanita khususnya pekerja wanita apabila mereka bekerja shift malam. Apakah undang-undang dasar atau polisi kementerian yang boleh melindungi pekerja wanita apabila mereka bekerja pada shift malam dan sekiranya sesuatu berlaku ke atas mereka di tempat kerja, apakah undang-undang yang boleh melindungi mereka dan mengembalikan hak mereka? Saya ingin membawa satu kes di dalam hal ini. Satu kes yang berlaku di Kuantan, di salah satu hotel di Kuantan di mana seorang supervisor wanita disuruh bekerja night shift Tuan Pengerusi. Walaupun beliau tidak suka ataupun takut, beliau terpaksa bekerja kerana itu adalah sebahagian daripada apabila dia signed kontrak untuk bekerja. Pada malam itu - Pada shift malam dekat kaunter depan beliau seorang sahaja dan ada seorang sahaja sekuriti. Pengawal sekuriti dan pada malam kejadian itu berlaku, sekuriti itu pergi ke belakang dan pekerja wanita ini, supervisor hotel ini diserang di tempat kerja dan diserang dengan screw driver diletakkan di leher dan diragut rantai beliau serta ditarik baju beliau. Malangnya, pihak pengurusan tidak ambil tahu berkenaan dengan perkara ini. Malah pihak pengurusan tidak menemani pekerja ini ke balai polis untuk membuat laporan polis. Bukan sahaja pihak pengurusan tidak menemani beliau ke balai polis, pihak pengurusan tidak membuat laporan polis berasingan kerana apabila ada serangan kecurian berlaku di hotel, kalau ke bilik tetamu contohnya guess room tentu sekali pihak pengurusan mesti membuat laporan polis.

Puan Hajah Fuziah SallehPKR · PHKuantan

Akan tetapi dalam kes ini apabila seorang pekerja wanita diserang di tempat kerja, pihak pengurusan tidak mengikut, menemani ke balai polis, malah tidak membuat laporan polis juga tidak menemani pekerja wanita itu ke hospital sehinggalah pekerja wanita ini trauma (traumatize) dan terpaksa mengambil cuti kerana dalam keadaan ketakutan. Tidak juga mendapat panggilan daripada pihak pengurusan selama tiga hari. Jadi dalam keadaan trauma itu, pekerja ini terpaksa mengambil cuti kerana tidak sanggup pergi bekerja dan dengan keadaan tidak mendapat perlindungan dan simpati daripada pihak pengurusan. Kemudian lebih malang lagi, apabila pihak pengurusan mengarahkan pekerja ini bekerja shift malam satu minggu selepas daripada kejadian tersebut. Apabila pekerja itu minta budi bicara, pihak pengurusan kata “apa mereka kisah, ini hal kamu dan kamu kena akur”. Kemudian pekerja kata, “suami tidak izin.” Suami tidak izin pergi kerja malam sebab keselamatan, pihak pengurusan kata, “itu hal kamu, kalau suami hendak cerai pun, ikutlah. Itu masalah kamu.” Jadi ini merupakan satu kemusykilan kepada saya seorang Ahli Parlimen wanita apabila mendengar seorang wanita tidak mendapat perlindungan di tempat kerja di dalam kawasan saya sendiri dan di dalam hotel yang dimiliki oleh kerajaan juga. Kerajaan ada syer di situ. Jadi saya hendak tahu dari pihak kementerian, apakah boleh dikenakan tindakan ke atas majikan tersebut dan apakah tindakan kementerian dalam hal ini dan bagaimanakah pekerja ini boleh mendapat hak dia sebab sekarang ini pekerja itu sudah pun berhenti kerja, tidak sanggup lagi, sudah hilang mata pencarian dan bagaimana kita boleh membela nasib seorang pekerja dan khusus seorang pekerja wanita dari segi keselamatannya? Saya rasa kes ini ialah kes penganiayaan Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Ledang. Selepas Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Silam. Selepas itu Yang Berhormat Telok Intan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga hanya satu butiran Tuan Pengerusi. Tidak banyak. Saya sealiran atau sependapat banyak perkara dengan Yang Berhormat Kuala Langat, tetapi dia tidak ada di dalam ini. Mungkin walaupun gaya saya tidaklah seperti beliau. Saya hendak fokus di sini ialah tentang gaji minimum. Saya harap pihak kementerian ataupun pihak kerajaan tidak menutup pintu dan terus menerima perbincangan demi perbincangan di luar tentang gaji minimum. Walaupun mungkin di peringkat kementerian, tidak boleh menguatkuasakan tentang gaji minimum ini, tetapi saya harap pihak kementerian akan terus mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat di luar sana, terutamanya syarikat-syarikat besar supaya mengambil contoh kepada gaji yang ditawarkan oleh pihak kerajaan. Saya masih ingat lagi dulu, apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan kenaikan gaji. Salah satu daripada ayat yang dilafazkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada masa itu ialah diharapkan supaya sektor swasta akan mengikut jejak langkah sektor awam dalam banyak aspek, termasuklah gaji yang ditawarkan oleh pihak kerajaan. Ertinya merangkumi juga gaji minimum. Tuan Pengerusi, sekarang ini saya masih banyak menerima aduan daripada syarikat-syarikat yang mengajikan pekerja-pekerja di sektor keselamatan, terutamanya kita panggil ”jaga” atau pegawai keselamatan yang menjaga atau menjadi ”jaga” kepada premis-premis, terutama sekolah-sekolah. Tugas keselamatan di sekolah-sekolah ini diswastakan, ada tendernya dan sebagainya, malangnya ramai di kalangan pekerja-pekerja yang bekerja di sektor swasta yang berkaitan dengan keselamatan menjaga sekolah- sekolah ini dan seumpamanya mendapat gaji di bawah RM500, Tuan Pengerusi. Oleh sebab itulah kalau di peringkat kita, walaupun kita mungkin agak sukar untuk menguatkuasakan kerana faktor-faktor lain, tetapi sekurang-kurangnya ada satu garis panduan supaya gaji yang dibayar kepada pekerja-pekerja dalam apa sektor sekalipun tidak di bawah daripada garis kemiskinan iaitu kalau di luar bandar RM720.

Akan tetapi, kalau gaji yang ditawarkan atau yang dibayar ialah RM500, RM600, RM400, itu di bawah Tuan Pengerusi, bawah dari garis kemiskinan. Malahan ada pekerja Tuan Pengerusi yang mengadu kepada saya yang bekerja dengan sektor keselamatan ini yang menjadi “jaga” di sekolah-sekolah menerima gaji bawah RM400, bawah paras garis kemiskinan tegar. Maksud saya Tuan Pengerusi, perkara-perkara inilah yang sewajarnya dilihat oleh pihak kementerian. Saya yakin pihak kementerian telah berbincang dengan sektor swasta, banyak berbincang dengan majikan-majikan, tetapi saya lebih suka mengambil pendekatan supaya ada di kalangan pegawai kementerian yang membuat semakan di peringkat bawah. Mungkin laporan yang diterima oleh pihak kementerian tidak tepat, masakan jika tidak mengapa ramai di kalangan pekerja-pekerja yang datang berjumpa wakil rakyat mengadu tentang pendapatan mereka yang amat kurang di bawah RM500 malahan yang ada di bawah garis kemiskinan tegar dan sebagainya. Ini Tuan Pengerusi adalah perkara- perkara yang perlu dilihat. Nombor dua Tuan Pengerusi, apabila kerajaan - walaupun ini tidak ada dalam akta, menaikkan had umur bersara daripada 55 tahun ke 56 tahun, sekarang 58 tahun. Salah satu daripada teladan yang boleh diikut oleh sektor swasta ialah juga menaikkan had umur bersara. Kalau di luar negara Tuan Pengerusi, di UK umpamanya, umur persaraan di sektor swasta ialah 60 tahun. Akan tetapi, di negara kita walaupun tidak digazetkan, tidak diwartakan, masih kekal 55 tahun sedangkan di sektor awam telah pun dinaikkan ke paras 58 tahun. Ertinya kita sebenarnya cuba menggalakkan. Saya faham kerajaan cuba menggalakkan supaya sektor swasta juga mengikut jejak langkah kerajaan, tetapi nampaknya setakat ini saya belum dengar ada majikan ataupun syarikat yang menaikkan umur bersara daripada 55 tahun kepada 56 tahun. Dahulu semasa kita naikkan kepada 56 tahun umur bersara di peringkat perkhidmatan awam, sekarang 58 tahun pun jauh untuk mereka sambut. Inilah Tuan Pengerusi, perkara-perkara yang saya fikir mungkin cabaran kepada pihak kementerian. Rumusannya saya ingin bertanya, setakat ini, apakah respons Yang Berhormat Menteri, di kalangan majikan-majikan di sektor swasta, terutamanya syarikat- syarikat besar terhadap dua perkara ini iaitu gaji minimum dan had umur bersara iaitu sebagaimana yang sekarang ini telah menjadi satu perkara yang diperjuangkan dan berhasil di sektor awam. Jadi, kita hendakkan supaya sektor swasta juga mengikut jejak langkah kerajaan itu. Sekian, terima kasih.

Boleh tumpang sedikit soal...

Tumpang boleh, nanti sekejap. Minta izin Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tumpang sedikit. Saya ingin minta pendapat tentang ataupun pandangan daripada Yang Berhormat Ledang soal kenaikan gaji ini yang selalunya dituntut oleh kesatuan kerja ini mengikut Butiran 030000. Saya telah pernah dikunjungi oleh kesatuan- kesatuan kerja ini untuk mendesak para majikan untuk menaikkan gaji yang membandingkan gaji-gaji pekerja di lain syarikat atau syarikat yang bersangkut paut dengan kerajaan ataupun GLC. Malangnya, para majikan ini sukar untuk mendapatkan satu persetujuan gaji minimum dan kenaikan gaji para pekerja ini. Soalan saya Yang Berhormat Ledang, adakah pihak kementerian menetapkan had masa untuk menyelesaikan masalah di antara majikan dan pekerja ini dan berapa lama masa untuk menyelesaikan? Adakah pihak kementerian membuat satu perundingan di luar? Berapakah outstanding ataupun tunggakan kes-kes ini yang belum diselesaikan oleh pihak kementerian? Minta pandangan daripada Yang Berhormat Ledang.

Tuan Pengerusi, sebelum saya tutup, saya hendak jawab sedikit sahaja iaitu menjawab pertanyaan ataupun pandangan daripada Yang Berhormat Putatan. Oleh sebab itulah tadi saya bertanya kepada pihak kementerian, sejauh ini apakah kemajuan terhadap banyak rundingan antara kementerian dan juga majikan- majikan di sektor swasta tentang perkara-perkara yang berbangkit seperti gaji minimum dan lain-lain?

Saya harapkan juga supaya ada target tertentu supaya ada cahaya di hujung sana seperti yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Yang Berhormat Kuala Langat. Sekian Tuan Pengerusi, saya menyokong.

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Silam. Selepas Yang Berhormat Silam Yang Berhormat Telok Intan, selepas itu ada lagi Yang Berhormat yang hendak cakap?

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

[Bangun]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Okey selepas ini Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Kepong dan Menteri menjawab ya. Sila teruskan.

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya juga turut membahaskan Maksud Bekalan B.46 dengan merujuk kepada beberapa butiran.

Kalau kita lihat peranan kementerian ini, memang berusaha untuk melahirkan modal pekerja ataupun sumber manusia yang akan bertanggungjawab untuk memajukan sektor ekonomi negara kita ini, dalam semua bidang yang memang bersesuaian dengan dasar yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sekarang ini, yang menekankan kepada sumber ekonomi yang berasaskan kepada berprestasi tinggi, terutama yang menjadi tanggungjawab dan peranan kepada setiap masyarakat pekerja di negara kita ini. Secara tidak langsung ini akan membentuk dan dapat melahirkan manusia yang ada niche dengan izin, ada keunikan dan ada kelainannya dalam menjalankan tanggungjawab dalam bidang pekerjaan yang mereka ceburi dan usahakan. Tuan Pengerusi Butiran 010300 iaitu Pengurusan Sumber Manusia. Saya mendapati ada beberapa isu yang berbangkit dalam pengurusan sumber manusia di bawah kementerian ini, terutama yang berhubung kait dengan tenaga pekerja yang datang daripada negeri Sabah dan Sarawak iaitu dari segi elaun perkhidmatannya Tuan Pengerusi. Saya mendapati serta menerima pandangan dan rungutan daripada masyarakat kita terutamanya di negeri Sabah yang mengatakan bahawa, jika mereka ditawarkan untuk berpindah ke Semenanjung, kadar elaun perkhidmatan mereka masih pada tahap yang dikekalkan untuk Sabah dan Sarawak. Sedangkan apabila mereka berpindah ke Semenanjung ini, dari segi kos sara hidup lebih tinggi daripada apa yang mereka peroleh di negeri Sabah. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian untuk mekanisme bagaimana pada masa akan datang supaya kementerian ini berusaha untuk menarik minat rakyat di negeri Sabah dan Sarawak ini untuk berkhidmat di Semenanjung. Kalau dari segi elaun perkhidmatan itu dapat diselaraskan dan juga dari segi justifikasi dan keadilan dapat dinikmati bersama, sebab sudah tiba masanya apa pun dasar yang digubal oleh kementerian ini sesuai dengan mahu menjaga hubungan keharmonian semua pihak. Dasar itu biar menyeluruh dan kalau boleh kita kena mengambil kira bahawa seperti elaun perkhidmatan ini, kita lebih menekankan untuk meningkatkan elaun perkhidmatan pekerja atau sumber manusia yang berasal daripada negeri Sabah dan Sarawak. Ini disebabkan untuk membolehkan proses asimilasi atau proses integrasi dapat dijalankan dengan sebaiknya. Selain daripada itu juga, saya ingin menyentuh butiran yang sama tentang sumber manusia. Lebih kurang ada 9,000 lebih tenaga pekerja yang sekarang ini bekerja terutamanya di kawasan perladangan kelapa sawit di negeri Sabah khususnya di kawasan bandar sahabat dan kebanjiran tenaga pekerja daripada negara jiran kita ini, dilihat kalau dari segi keuntungan kepada pengusaha ataupun perladangan itu memang baik. Mungkin mereka boleh mengenakan upah gaji yang lebih murah berbanding dengan mengambil tenaga pekerja daripada masyarakat setempat ataupun orang tempatan. Akan tetapi masalahnya sekarang ini, saya mendapati bahawa sumber tenaga ini tidak mempunyai kemahiran berbanding dengan tenaga pekerja daripada negara jiran atau tenaga kerja asing ini.

Jadi, di sini saya ingin menyarankan kepada pihak kementerian agar mengambil satu pendekatan untuk mewujudkan satu latihan yang boleh menyebabkan tenaga kerja yang ada di tempatan itu berminat dalam bidang-bidang terutamanya perladangan. Ini kerana kalau dari segi kadar gaji, kita mencadangkan supaya kementerian dapat menggubal satu dasar yang sesuai dan peluang-peluang apa yang mereka akan peroleh di kawasan perladangan yang dapat menarik minat mereka untuk bekerja. Kita tahu kerja yang melibatkan dalam ladang ini berat dan mungkin dari segi perkadaran gaji itu disesuaikan dengan kehendak setempat, saya rasa peluang ataupun minat tenaga kerja yang sebelum ini tidak mengetahui keistimewaan yang dapat diperoleh dengan bekerja di ladang. Saya memuji tindakan pengurusan FELDA yang sekarang ini. Untuk membolehkan mereka menarik pekerja terutamanya generasi muda yang lepasan universiti dan lepasan sekolah menengah atas seperti tingkatan enam, yang mana kadar gaji yang ditawarkan sekarang ini bermula dengan lebih kurang RM800, kemudian mereka ada kemudahan perumahan dan sebagainya. Saya berharap supaya pihak kementerian juga mengambil suatu pendekatan yang boleh menyebabkan sumber manusia di kalangan generasi muda ini, kerana kita dapati juga dari segi kadar bilangan generasi muda 45 peratus sehingga 46 peratus menjelang 2012 terutamanya seperti di kawasan negeri Sabah. Peluang-peluang ini akan menyumbang juga supaya mereka dapat mendukung kerajaan yang ada sekarang ini dan secara tidak langsung kita juga dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan masalah sosial yang timbul hasil daripada faktor jumlah pengangguran yang semakin meningkat kebelakangan ini. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh Butiran 010600 iaitu Dasar Perburuhan. Gaji pekerja-pekerja kontrak di semua sektor, misalnya kita dapati banyak kilang yang baru dibuka di kawasan Semenanjung yang mengambil pekerja daripada negeri Sabah dan saya mendapati banyak masalah yang berbangkit setelah mereka bekerja di kilang-kilang tersebut, kadar gaji, dari segi perlindungan, bagaimana hubungan antara majikan dan pekerja itu serta kementerian ini. Kalau boleh saya ingin mencadangkan kepada Kabinet, supaya pihak kementerian mengadakan satu perjumpaan dalam masa dua bulan sekali bagi memastikan kebajikan pekerja itu dan hubungan dengan pihak kementerian dan majikan dapat dijaga dengan baik. Kelangsungan ini boleh membantu golongan dari segi tahap kecekapan mereka sederhana serta kadar gaji sesuai dengan kelulusan mereka dan mereka akan berminat untuk terus bekerja dengan kilang-kilang yang menawarkan peluang-peluang pekerjaan, setidak- tidaknya mereka dapat menampung sara hidup mereka sendiri. Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, iaitu dari segi pusat-pusat latihan yang saya dapati di negeri Sabah contohnya di Institut Latihan Perindustrian di Sandakan. Dari segi peruntukan yang saya nampak untuk negeri Sabah, kalau dari segi naik taraf terlalu sedikit dan saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian dalam bajet yang ada sekarang ini untuk menambah melalui special allocations dengan izin. Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kementerian di masa akan datang untuk mewujudkan tambahan selain daripada Institut Latihan Perindustrian di Sandakan juga di kawasan Pantai Timur seperti yang hampir ke kawasan Tawau, Semporna dan Silam. Dari segi Pantai Timur ini, agihan dan peluang-peluang untuk rakyat di kawasan Pantai Timur untuk mendapat latihan dalam bidang pekerjaan masih terlalu terhad dan kita juga tahu untuk mereka berulang alik ke Kota Kinabalu ataupun tempat-tempat lain memang jauh Tuan Pengerusi. Jadi, saya berharap supaya pihak kementerian dapat mempertimbangkan untuk mewujudkan Institut Latihan Perindustrian ataupun apa-apa bidang yang baru dan perlu dicetuskan, yang dicipta oleh pihak kementerian sendiri.

Sesuai dengan hasil kementerian ini untuk melahirkan modal bekerja yang berkemahiran tinggi yang bertaraf dunia dan sesuai pula dengan dasar yang ada sekarang ini, kita menekankan kepada industri perkhidmatan yang memang semuanya memerlukan tenaga manusia yang competent, yang mahir dalam apa juga sektor yang mereka buat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa] Kita juga berharap selain daripada peluang-peluang pekerjaan yang ada di negara kita ini, yang ditawarkan oleh kerajaan kita oleh industri atau syarikat yang ada di negara ini, kita juga mahu mengeksport modal insan yang ada di negara ini untuk ditempatkan di negara lain. Sudah tentunya ia boleh membantu dari segi pertumbuhan ekonomi di negara kita di masa akan datang. Ini kerana kalau sebagai contohnya kalau kita lihat di negara- negara jiran kita terutamanya negara Filipina, dekat dengan hari Krismas ini pada 23 dan 24 hari bulan ini semua rakyat yang ada di negara Filipina yang bekerja di luar negara itu, mereka akan menghantar wang untuk keluarga mereka. Dari segi perolehan, perpindahan wang itu boleh menyumbang kepada pertumbuhan GDP yang baik kepada negara kita. Jadi saya menyarankan kepada pihak kementerian di masa akan datang, apabila mewujudkan pusat-pusat latihan ini kita tidak mahu lagi yang berasaskan kepada low ataupun medium skilled workers itu. Kita mahu ia yang berasaskan kepada kualiti yang tinggi yang menyebabkan tenaga pekerja yang ada di negara kita ini di mana juga mereka dipasarkan, diletak ataupun mahu memberi perkhidmatan kepada negara-negara lain masih diterima dan menjadi rebutan kepada semua industri. Saya menyokong Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Telok Intan. Kalau dapat ringkaskan Yang Berhormat. Malam ini kita hendak habiskan kementerian ini.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pergi terus kepada Butiran 030100 – Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja di negara kita. Sampai bilakah kementerian ingin terhadkan atau mengadakan sekatan terhadap penubuhan kesatuan sekerja di negara kita khususnya kepada sektor elektronik. Seterusnya mengenai National Retrenchment Fund. Saya tahu pada bulan Mac tahun ini kerajaan telah mengumumkan bahawa tidak berhasrat untuk menubuhkan fund tersebut. Saya rasa ini lebih penting sekarang di mana lebih kurang 1,000 pekerja Nikko Electronics telahpun diberhentikan kerja dan satu National Retrenchment Fund harus ditubuhkan untuk kes-kes seperti itu. Saya ingin juga tanya kepada kementerian, apakah kadar pengangguran pada masa ini dan pengangguran dari segi sektor profesionalisme dan sektor-sektor lain? Saya juga pohon untuk satu institut latihan perindustrian boleh ditubuhkan ataupun satu pusat latihan teknologi tinggi boleh ditubuhkan ataupun beroperasi di kawasan Hilir Perak khususnya Telok Intan, jika boleh. Akhirnya saya ingin menyentuh pada Butiran 030200 - Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Butiran 030300 -Mahkamah Perusahaan. Saya rasa tidak wajar untuk Menteri menjadi halangan kepada seorang pekerja untuk pergi ke mahkamah. Dari semua aspek rakyat Malaysia, bila ada satu perselisihan faham atau hendak saman atau dibela diri mereka ada peluang pergi ke mahkamah. Saya tidak faham mengapa seorang pekerja di bawah seksyen 20, Akta Perusahaan Perhubungan Perusahaan dihalang. Lebih-lebih lagi saya tahu Menteri membuat kewajipan statutori di bawah akta tersebut. Akan tetapi, akhirnya apa salahnya pekerja tersebut pergi ke mahkamah perusahaan di mana mahkamah perusahaan ditubuhkan khusus dan khas untuk pekerja. Apa salahnya mereka bawa kes mereka ke mahkamah? Ada satu kes baru-baru ini seorang pekerja gajinya hanya hampir RM600 sebulan sebagai operator mesin. Beliau dipecat dari jawatannya dan beliau telah rujuk kes ini ke Jabatan Perusahaan tetapi Menteri telah mendapati kes ini tidak wajar dirujuk ke mahkamah. Beliau telah failkan satu permohonan ke semakan kehakiman dengan izin, judicial review application dan gagal di Mahkamah Tinggi.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Akan tetapi apabila beliau gagal di Mahkamah Tinggi, beliau tidak dapat rayu ke Mahkamah Rayuan hanya sebab beliau tidak mampu yuran dan kos atau fee pemfailan di Mahkamah Rayuan sebab di Mahkamah Rayuan beliau harus membayar deposit sahaja kepada Mahkamah Rayuan, RM500. So dengan izin, just because of this financial disability, he was prevented from going to the Court of Appeal. Akan tetapi, kita ada kes-kes yang dirayu dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan kes itu wajar dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan. Jadi saya ingin tahu dari Menteri, berapakah kes- kes yang tidak dirujuk oleh Menteri dan kemudiannya pada peringkat semakan kehakiman dibenarkan oleh mahkamah? Jadi, adakah apa ini membawa faedah kepada Menteri atau kementerian sebab saya rasa Mahkamah Perusahaan khusus untuk pekerja dan dengan izin, let the worker have his or her day in court dan Menteri tidak sepatutnya menjadi halangan. Apa sebabnya Menteri sanggup sain, menandatangani afidavit demi afidavit beribu-ribu afidavit untuk menghalang pekerja pergi ke mahkamah? Itu saya rasa tidak wajar. Satu lagi Menteri tidak boleh main peranan arbiter of fact and law, dengan izin. Menteri tidak boleh menjadi adjudicator atas isu-isu fakta dan undang-undang, itu tugas mahkamah bukan Menteri. Apabila kita ada jaminan di Perlembagaan Persekutuan Artikel 8, all person are equal before the law and equal protection of the law. Jadi apa sebab seorang pekerja tidak boleh pergi ke Mahkamah Perusahaan untuk canvass kes mereka akan tetapi dilarang oleh Menteri. Saya tahu itu ada kewajipan untuk Menteri buat sedemikian. Akan tetapi saya rasa ini adalah bertentangan dengan hak-hak yang ada di bawah Artikel 8, Perlembagaan Persekutuan. Saya rasa seksyen ini harus dipinda dan kalau tidak boleh dipinda pun Menteri boleh terus apabila dirujuk terus kepada Mahkamah Perusahaan. Tidak perlu Menteri untuk seorang pekerja gaji RM400, RM500 duduk di pejabat kaji fail dan sain afidavit, larang pekerja pergi ke mahkamah. Itu tidak wajar saya rasa. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri yang saya telah membangkit isu ini beberapa kali dahulu. Saya harap Yang Berhormat Menteri akan mengambil satu tindakan sewajarnya. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sungai Siput.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi. Empat point sahaja saya akan ringkas. Satu ialah Butiran 010500 - Dasar Sumber Manusia. Satu ancaman yang dihadapi oleh pekerja Malaysia ialah taktik menkontrakkan kerja ataupun contractualization of labour. Satu contoh konkrit ialah kilang simen APMC di Sungai Siput di mana pada tahun 1995, bahagian housekeeping telah diswastakan. Sebelum itu mereka di dalam checkroll mereka dapat gaji basic RM30 sehari, mereka jadi ahli kesatuan. Akan tetapi bila mereka di kontrak, mereka hilang keahlian mereka dan mereka menjadi pekerja di bawah kontraktor. Selepas beberapa tahun, oleh kerana persaingan antara kontraktor, tiap kali kontraktor tamat ada persaingan antara kontraktor sebut harga kontrak itu diturunkan. Tiap kali pekerja diberitahu “saya ini terpaksa potong gaji you, jika you mahu terima kita dapat kerja, jika tidak terima kita akan hilang kontrak”. Jadi sampai sekarang selepas 15 tahun gaji pekerja di housekeeping, kontrak itu turun daripada RM30 sehari ke RM20 sehari. Inilah kesannya sistem contractualization ini pada pekerja biasa.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Jadi pada saya, saya rasa kaedah kontrak ini harus disekat, hanya untuk kerja sementara sahaja, untuk kerja yang seasonal, dengan izin.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Untuk kerja yang berterusan, mereka mesti masuk checkroll dan perlu ada undang-undang untuk menghalang majikan daripada menggunakan kaedah kontrak untuk mengurangkan gaji. Jadi, saya harap Kementerian Sumber Manusia kaji secara mendalam perkara ini kerana ia berlaku di banyak kilang. Satu isu yang betul-betul mengancam kebajikan pekerja kita. Kedua ialah Butiran 030000 - Keharmonian Perhubungan Perusahaan. Saya mahu bertanya kepada kementerian satu soalan yang penting, apakah pendirian kementerian kita terhadap gerakan kesatuan sekerja? Adakah kerajaan menerima bahawa gerakan kesatuan ini adalah satu peranan yang penting untuk menjaga kepentingan pekerja, untuk meningkatkan keselamatan di tempat kerja? Jika jawapannya ya, mengapakah ada pelbagai sekatan yang telah digubal untuk melemahkan gerakan pekerja? Umpamanya 26.1(a) Akta Kesatuan Pekerja, “Seorang pekerja yang dibuang kerja oleh majikan serta-merta hilang keahlian dalam kesatuan”. Beliau tidak boleh dibela oleh kesatuan. Mereka tidak boleh terus menjadi pengerusi atau pun setiausaha dalam union dia jika itu post dia. Jadi, seksyen seperti ini 26.1(a) dalam Akta Kesatuan Pekerja ini, menghalang kesatuan, melemahkan kesatuan. Jadi, jika jawapan Menteri ialah ya, union, kesatuan ada satu peranan yang penting, undang-undang seperti 26.1(a) ini harus diubahsuai. Ketiga, akta gaji minima. Ini telah disebutkan oleh beberapa orang. Saya tahu kerajaan enggan. Dikatakan ini jika kita bawah ini akta gaji minima ada beberapa sektor yang tidak boleh bersaing. Saya akan bagi cadangan yang konkritlah. Apabila MTUC minta untuk gaji minima sebanyak RM900 sebulan, mungkin ini boleh dibawa secara berperingkat. Untuk tahun pertama, tahun depan ini, RM500. Tahun 2011, RM600. Next year, dibawa ke RM700. Peringkat demi peringkat untuk beri setiap sektor ubahsuai. Juga kita boleh cadang, kita beri potongan cukai kepada majikan-majikan, syarikat- syarikat yang dapat laksanakan ini, kita beri potongan cukai untuk bantu mereka. Satu akta gaji minima akan memberi beberapa kelebihan kepada kita. Satu pasaran dalam Malaysia akan berkembang. Pengilang atau peniaga kecil kita ada satu pasaran yang lebih besar. It helps the economy. Kedua, simpanan KWSP untuk pekerja kita akan bertambah. Sekarang pada masa ini dalam tiga atau empat tahun selepas mereka bersara, savings mereka semua habis. Jika gajinya lebih besar, ini akan bantu pekerja yang akan bersara. Ketiga, kenaikan gaji pekerja akan mendorong majikan untuk meningkatkan kemahiran dan kapasiti pekerja. Ini akan membantu kita membawa negara kita ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi. Jadi, ada beberapa kelebihannya. Jadi, saya harap kementerian akan mengambil satu langkah yang berani untuk mewujudkan satu akta yang baik. Last sekali, masalah pekerja asing. Saya akan ceritakan satu masalah, satu kes Shanmugam. Dia tidak dibayar gaji selama satu tahun oleh majikannya. Dia pergi ke Jabatan Buruh untuk membuat aduan majikan batalkan permit. Apabila kita bawa dia ke imigresen dan mendapatkan dia pas khas untuk sementara kita teruskan dengan kesnya. Sekiranya dapat pas, perlu bayar RM100 hanya untuk satu bulan tetapi tidak boleh kerja. Apabila kita minta untuk permit gantian, imigresen tidak boleh beri permit gantian. Jadi, how are they? Bagaimana dia ini akan menjaga diri, membeli makanan, duduk di satu tempat jika dia tidak dapat kerja? So jika seperti ini, langsung tiada keadilan untuk pekerja asing. Jika mereka ambil kes terhadap majikannya, mereka harus dibenarkan dapat permit kerja sementara daripada majikan yang lain. Jika tidak, there is no meaning at all. Jadi, saya harap perkara-perkara ini akan dijawab oleh Menteri. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Arau.

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi maksud P.46 Butiran 08200 - Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Saya ingin hendak menegaskan di sini bahawa pihak kementerian harus memberikan perhatian secukupnya dan serius supaya segala perancangan kerajaan ini berjaya dan menjadi kenyataan kerana dalam sistem SLDN ini, semacam wujud perkara-perkara negatif untuk golongan yang gagal atau pun tercicir. Jadi dalam hal ini, apakah pihak kementerian telah merangka program strategi pemasaran yang inovatif dan efektif dalam usaha mengikis pendapat atau pun pandangan, persepsi negatif dikalangan ibu bapa dalam usaha menarik masuk pelajar-pelajar yang berkualiti ke program ini? Dalam hal ini, apakah strategi kementerian untuk mengatasi masalah ini sebagaimana SLDN ini kita dapat integrasikan dengan Kementerian Pelajaran berhubung dengan memartabatkan sekolah-sekolah vokasional bagi memenuhi keperluan pekerja mahir di negara kita pada masa yang akan datang. Seterusnya, Butiran 050000 - Pentadbiran Undang-Undang dan Standard Perburuhan. Dalam hal ini, majikan adalah wajib untuk menjaga para pekerja terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini. Jadi, kita minta pihak kementerian bertindak terhadap majikan yang gagal memberitahu kepada jabatan kerja 30 hari lebih awal mengenai isu memberhentikan pekerja, memotong gaji atau menawarkan Skim Pemisahan Sukarela atau VSS. Ini kerana dalam diri saya sendiri sejauh mana pemantauan dibuat oleh pihak kementerian terhadap pekerja-pekerja terutama di syarikat- syarikat besar yang sama ada kaedah pemberian ganjaran berdasarkan perkiraan tertentu sama ada ia telah ditetapkan oleh pihak kementerian atau pun sesuka hati dibuat oleh pihak syarikat. Kita sedia maklum kalau mereka ini keluar dengan sejumlah wang yang tertentu pun mereka akan membuat pelaburan dan kadang-kadang pelaburan atau perniagaan yang diceburi itu gagal, bermakna kata mereka akan kembali pada tahap yang tidak mempunyai pendapatan dan berada pada tahap kemiskinan. Jadi, dalam hal ini kita sering mendengar isu ini terutamanya pekerja swasta yang didedahkan oleh media dan juga gaji yang rendah, cuti tahunan dibekukan kemudian elaun lebih masa tidak diberikan oleh pihak majikan. Jadi, kaedah pembelaan yang sewajarnya untuk memastikan bahawa para pekerja kita mendapat pembelaan yang sewajarnya. Jadi, dalam hal ini strategi kerajaan untuk memastikan kebajikan pekerja terutamanya pekerja-pekerja swasta adalah selalu terjamin dan terpelihara. Seterusnya tentang isu penderaan pekerja Indonesia ini masih berlaku dan berterusan. Kita sedar konflik ini telah dimainkan oleh media dan pihak tertentu di Indonesia dengan begitu hebat. Jadi, jalan penyelesaian isu ini saya ingat pihak kementerian pun sudah beberapa kali menyebabkan penangguhan kemasukan pekerja-pekerja baru selepas perjanjian. Saya tidak tahu sama ada ia telah ditandatangani oleh pihak kementerian dengan kerajaan Indonesia dalam membawa masuk pembantu asing ini. Akan tetapi dalam hal ini, kita minta sebagai jiran kita yang terdekat supaya pihak kementerian berhati-hati dalam menangani isu ini dengan sebaik mungkin supaya perkara-perkara yang melibatkan soal tindakan yang telah kita ambil kepada majikan yang bersalah sepatutnya juga kita hebahkan kepada penduduk di sana menerusi media massa kita. Terakhir, Butiran 020000 - Kemajuan Guna Tenaga Manusia dan Butiran 020200- Perkhidmatan Latihan. Jadi, adakah kursus-kursus yang terdapat di IKBN telah ditauliahkan oleh pihak MQA dalam usaha memastikan kualiti di IKBN terpelihara? Kalau tidak, mengapakah perkara ini masih lagi dibiarkan berterusan kerana semua walaupun melibatkan kementerian-kementerian lain. Jadi, dalam MQA yang akan membuat pemantauan untuk kita pastikan kualiti pengajaran atau pun syllabus yang diajar di IKBN supaya dapat menjadi syllabus yang dapat membina kemahiran yang bertaraf antarabangsa sekurang-kurangnya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri, tadi saya tunggu Yang Berhormat Kepong berdiri tetapi tidak berdiri. Jadi, sebab saya tidak ada pilihan lagi Yang Berhormat.

Datuk Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Sumber Manusia

Tuan Pengerusi, saya mohon mengucapkan...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya mohonlah Yang Berhormat dihabiskan malam ini juga.

Ya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan beberapa pandangan yang baik dengan tujuan meningkatkan lagi taraf pekerja-pekerja dalam negara kita. Beberapa isu telah disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Kebanyakannya adalah isu-isu yang lama yang kita sudah bincang dalam Dewan ini beberapa kali. Salah satu daripada isu yang telah dibangkitkan ialah tentang seksyen 26A tentang pekerja yang dipecat dan tidak boleh mewakili pekerja di dalam kesatuan. Seseorang pekerja biarpun mereka menjadi seorang pemimpin kesatuan sekerja atau seorang pekerja biasa mesti mematuhi beberapa ciri-ciri dan arahan yang ditentukan oleh majikan. Mereka mesti bekerja sebagai seorang pekerja yang bertanggungjawab menunaikan keperluan majikan. Kalau ada situasi di mana seseorang pekerja patut dipecat oleh sebab-sebab tertentu termasuk sebab-sebab disiplin contohnya, walaupun mereka menjadi seorang pemimpin kesatuan sekerja ini tidak menghalang majikan supaya mengambil tindakan ke atas mereka. Ini adalah hak seorang majikan sebagaimana seorang pekerja yang mempunyai hak. Di dalam undang-undang, kalau di dalam keadaan sedemikian seseorang pekerja telah diambil tindakan dan selepas itu mereka tidak lagi menjadi pekerja di dalam institusi atau majikan itu bolehkah mereka mewakili pekerja-pekerja yang ada di dalam institusi itu sebagai pemimpin kesatuan sekerja? Itulah isunya. Di dalam keadaan itu, memang mereka akan menghadapi kesukaran untuk mewakili pekerja-pekerja yang bekerja di dalam majikan itu. Pada masa yang sama, ada kemungkinan mereka tidak akan mendapat pengiktirafan daripada pekerja bahawa mereka sebagai pemimpin kesatuan sekerja. Isu lain yang telah dibangkitkan ialah keadaan di mana majikan seolah-olahnya untuk memberhentikan seseorang pemimpin melakukan dengan cara-cara yang negatif. Oleh kerana seseorang telah menjadi pemimpin sekerja, dengan tidak ada sebab yang munasabah beliau diberhentikan sebagai seorang pekerja. Dalam keadaan sedemikian, pekerja itu mempunyai hak untuk membuat aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan dan selepas itu mereka boleh mendapat keadilan dalam Mahkamah Perusahaan. Ini sudah ada dalam sistem perundangan kita.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Oleh itu, dalam isu union busting ini kalau ada ciri-ciri yang membuktikan bahawa majikan telah berbuat sedemikian dengan niat untuk memecat seorang pemimpin kesatuan sekerja, hak mereka ada dilindungi melalui Mahkamah Perusahaan. Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Ini adalah mengenai ketua-ketua atau pekerja-pekerja fulltime union apabila mereka dibuang kerja oleh majikan. Itu sememangnya terjadi di beberapa tempat. Selepas itu Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa perkara itu dirujuk kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan dan rujuk kepada Yang Berhormat Menteri. Ini adalah soalan yang perlu dijawab. Saya difahamkan bahawa ada banyak kes yang belum dirujuk. Ini disebabkan kerana Yang Berhormat Menteri adalah seorang yang baru satu setengah tahun menjadi Menteri. Maka ada kes-kes yang beratus-ratus malah dikatakan beribu-ribu yang belum dirujuk. Saya masih ingat lagi pada tahun 2004 hingga tahun 2009 kerap kali apabila perkara ini dibangkitkan baru tindakan diambil oleh Yang Berhormat Menteri sebelum Yang Berhormat.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Bolehkah Yang Berhormat Menteri beri satu kepastian bahawa semua tunggakan kes itu akan dirujuk? Pertama, ia against the practice – ia akan melambatkan kes-kes yang hendak diselesaikan di Mahkamah Perusahaan.

Terima kasih, Yang Berhormat. Pihak kementerian saya melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan telah mengambil beberapa langkah untuk tindakan proses rujukan itu iaitu daripada mula diadukan di peringkat negeri hingga dirujukkan ke Mahkamah Perusahaan dan mempercepatkan seboleh-bolehnya. Harapan kita ialah supaya pada tahun hadapan kalau boleh kes-kes dirujuk dalam tempoh sembilan bulan daripada waktu mereka menerima aduan di pejabat negeri. Pada tahun ini, bilangan kes yang saya tidak rujuk mungkin kurang daripada 200 kes sahaja. Ini berbanding dengan kes-kes yang telah dirujuk sebanyak lebih daripada 1,000 kes. So, lebih kes yang dirujuk kalau dibandingkan dengan kes-kes yang tidak dirujuk. Kita sedang membuat pelbagai jenis usaha untuk melicinkan, menghalusi dan memperbaiki sistem ini supaya sebagaimana yang diberitahu oleh Yang Berhormat, saya pun mempunyai tanggungjawab untuk memastikan supaya proses itu berjalan lebih cepat supaya mendapat keadilan kepada pekerja.

[Bangun]

Oleh itu sekiranya ada halangan dalam sistem ini, kita akan mengatasinya dan berharap kita boleh memperbaiki proses merujuk ini supaya boleh dirujukkan dengan lebih cepat lagi. Yang Berhormat Kuala Langat.

Terima kasih, Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri kerana membicarakan soal seksyen 26(1)(a) yang mengatakan bahawa tindakan diambil oleh majikan itu dispute di bawah seksyen 20. Soalan yang kita bangkitkan ialah sejak tahun 1955 hingga pada hari ini - merdeka tahun 1957. Pada tahun 2008 diusulkan satu pekeliling mengatakan sekiranya pekerja itu dipecat, ia tidak layak memegang jawatan dalam kesatuan. Dalam proses keadilan, mahkamah sahaja yang boleh menentukan sama ada pekerja itu bersalah ataupun tidak. Kalau majikan berniat jahat terhadap pekerja, benar, kita boleh membuat seksyen 20. Namun, kewajaran seksyen 20.3 itu hak Menteri. Yang Berhormat Menteri kata tidak wajar maka kes itu diangkat ke Mahkamah Tinggi. Soalan yang kita bangkitkan oleh kesatuan di dalam MTUC ialah kenapa kementerian bersekongkol dengan memberikan arahan bahawa pekerja itu tidak layak memegang satu pun jawatan dalam kesatuan mewakili pekerja sedangkan dia tidak didapati bersalah oleh mahkamah pada ketika itu. Mohon penjelasan.

Mengikut akta, kalau seseorang dipecat walaupun hak mereka untuk mewakili sebagai pemimpin itu sudah hilang tetapi hak mereka sebagai seorang pekerja untuk mendapat perlindungan di bawah akta itu kekal supaya hak mereka untuk mendapat reinstatement atau apa-apa sebagai pekerja mereka boleh diberi dan mereka boleh diwakili oleh kesatuan sekerja. Hak mereka sebagai seorang pekerja untuk tujuan memberi keadilan itu memang dikekalkan. Akan tetapi, isu mereka dibenarkan memegang jawatan mereka sampai keputusan yang dibuat oleh mahkamah itu adalah satu isu yang kita telah mendapat penjelasan. Dari segi itu, kalau seorang tidak menjadi seorang pekerja pada masa itu, mereka mewakili kesatuan sebagai seorang pemimpin dan pada masa itu mereka bukan seorang pekerja di dalam majikan itu. Saya sudah sebutkan sebab-sebab di mana dalam keadaan itu mereka sendiri akan menghadapi kesukaran dan dari segi diterima oleh pekerja-pekerja yang lain. Mereka juga akan menghadapi kesukaran kerana mereka mungkin tidak akan menerimanya sebagai seorang pemimpin. Inilah isunya. Di dalam kes ini memang kita memberi tumpuan yang ‘berat’ untuk memastikan keadilan sentiasa dikekalkan dan kes-kes ini kalau diberi mempunyai ciri-ciri yang menunjukkan bahawa mereka telah dipecat atau ditamatkan tanpa sebab-sebab yang munasabah kes-kes ini dirujuk supaya mendapat keadilan.

Isu yang lain tentang pengiktirafan iaitu secret ballot yang telah dijalankan untuk memberi pengiktirafan sesuatu kesatuan sekerja. Tuan Pengerusi, kita pun mahu isu diselesaikan secara cepat. Kalau ada situasi di mana ada kelewatan dalam memberi pengiktirafan dalam proses ini, ada beberapa isu yang kadang-kadang di luar kawalan kementerian.

Kadang-kadang maklumat yang diberi oleh pihak majikan atau maklumat yang diberi oleh pihak yang mewakili kesatuan itu tidak cukup. Apabila kita memohon untuk mendapat maklumat yang sesuai, ini semua mengambil masa. Oleh sebab beberapa isu dan sebelum akta itu digazet, memang saya mengakui ada beberapa kes yang belum diiktiraf. Sekarang kes akta sudah digazet. Sekarang kita sudah mula memproses beberapa pengiktirafan yang telah diterima dan telah dibuat kepada pihak kementerian dan kita akan secepat mungkin menjalankan undian sulit seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang supaya boleh dibuat secara cepat. Saya berharap semua pihak boleh bekerjasama di dalam hal ini dengan memberi segala maklumat yang diperlukan oleh kementerian supaya proses pengiktirafan ini boleh dijalankan secara cepat. Isu satu lagi yang dibangkitkan ialah seksyen...

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Perkara penting sekarang saya hendak bicarakan ialah bilamana kita memohon pengiktirafan, berlakulah atas apa Yang Berhormat Menteri cakapkan tadi, apabila proses itu diambil empat tahun atau tiga tahun. Apa yang saya bicarakan ialah diambil kira daripada pengiktirafan tiga tahun yang lalu. Dalam tiga tahun itu, ada yang meninggal, ada yang medically boarded, ada yang telah berhenti kerja, tetapi dikira daripada tarikh pengiktirafan itu. Cadangan saya ialah perlu ada satu pindaan yang dibuat di atas pengiktirafan itu, diambil pada masa itu. Kita tidak boleh kira orang yang sudah meninggal dijadikan sebagai perkiraan undian. Inilah satu sebab kenapa kesatuan gagal dapat pengiktirafan kerana majoritynya tidak ada. Terima kasih.

Terima kasih. Saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Saya terima pandangan itu dan kita akan kaji balik supaya keadilan sentiasa dikekalkan. Saya bersetuju kita tidak boleh harapkan seorang yang sudah meninggal dunia untuk datang mengundi. Perkara ini akan saya kaji balik supaya ia adil untuk semua pihak. Di dalam seksyen 30, perkara ini sudah dibincangkan dengan panjang lebar beberapa kali dan saya telah diberitahu walaupun undang-undang sudah mengehadkan back wages sampai 24 bulan, apa yang kita sedang buat di peringkat kementerian ialah supaya operasi kita, sistem perkhidmatan kita ialah selaras dengan apa yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Kita sedang usahakan ke arah di mana tiap-tiap kes yang dirujuk kepada pihak kementerian boleh diselesaikan dalam masa 24 jam. Kalau kita boleh mencapai tahap itu, tidak ada perbezaan di antara apa yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan apa yang telah diikuti atau diamalkan oleh kementerian. Itu ialah harapan kita kerana tujuan pemindaan yang telah dibuat pada Februari 2008 itu adalah untuk memberi keadilan kepada pihak majikan juga. Ini kerana Yang Berhormat mesti sedar bahawa di dalam sistem perundangan yang memberi keadilan kepada seseorang pekerja, sistem itu mesti menjaga dan mengawal keadilan kepada pihak majikan juga. Bagi sebab-sebab yang di luar kuasa mereka, kadang- kadang kes sudah mengambil jangka masa yang panjang iaitu tiga tahun atau empat tahun.

Kalau majikan didenda untuk membayar satu bayaran yang begitu tinggi bukan kerana sebab-sebab yang di bawah kawalan mereka, itu tidak nampak sebagai satu keadilan kepada pihak majikan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita bercakap tentang akta itu dikongkong oleh Akta Perusahaan 1967. Kita tidak mengambil iktibar daripada keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Saya menampakkan di sini bahawa ikatan daripada seksyen 30 itu tidak merungkaikan penyelesaian 24 bulan sebab undang-undang negara kita ini unik, Akta Perusahaan boleh diangkat ke Mahkamah Persekutuan. Kalau Yang Berhormat Menteri bicaranya soal mengawal 24 bulan itu menjadi satu platform untuk kita menyelesaikan secara peringkat itu, tidak akan menyelesaikan di peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Saya cadangkan supaya rang undang-undang harus dikaji semula atas seksyen 30 ini dengan tidak membenarkan satu ikatan dalam skop itu. Saya mohon Yang Berhormat Menteri supaya memikirkan - kes yang berlarutan, saya bicara berkali-kali kes Nur Azamin lawan kes GNS, enam tahun reinstate, tetapi bayarannya 24 bulan. Mana adilnya empat tahun yang balance itu? Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri kaji semula demi untuk pekerja berjumlah 11.23 juta ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya mintalah Yang Berhormat Menteri. Kalau macam inilah cara kita, mungkin pukul 12 malam pun tidak boleh habis.

Terima kasih Yang Berhormat terhadap pandangan- pandangan itu. Isu yang lain ialah tentang minimum wage. Ini telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat dan memberi pandangan serta isu minimum wage saya telah pun menjelaskan beberapa kali iaitu kita memang terbuka kepada prinsip itu. Akan tetapi apa yang kerajaan mesti pastikan semasa kita melaksanakan satu sistem minimum wage, apa kesan-kesannya ke atas sistem perindustrian di dalam negara kita? Salah satu daripada kesan yang kita khuatir, ialah: (i) adakah ia akan mengurangkan peluang-peluang pekerjaan untuk pekerja kita? Itu adalah satu; (ii) adakah ia mengurangkan peluang-peluang kerja kepada sektor- sektor vulnerable iaitu contohnya OKU, part-time workers, orang tua yang kadang-kadang kerja dengan gaji yang rendah, tetapi untuk mereka itu adalah bermakna dan sangat diperlukan oleh mereka untuk menyara kehidupan mereka. Adakah kalau satu sistem minimum wage dilaksanakan, perkara-perkara ini akan menjadi satu halangan yang tidak akan membenarkan sektor-sektor ini untuk mendapat pekerjaan? Pada masa yang sama, saya menerima hakikat bahawa sistem pengajian di dalam negara kita memang ada sektor-sektor yang rendah. Perkara itu mesti diberi tumpuan dan cara mesti disediakan untuk mengatasinya. Salah satu cara yang diamalkan pada masa sekarang ialah melalui Majlis Penetapan Gaji. Kerajaan telah menetapkan beberapa majlis di mana kita boleh menetapkan gaji minimum untuk beberapa sektor termasuk sektor keselamatan yang telah dibangkitkan oleh salah seorang daripada Ahli Yang Berhormat tadi. So melalui itu, kita berharap dan sekarang kita sedang berusaha untuk sektor tekstil, elektronik, hospitaliti dan keselamatan serta mengkaji balik beberapa Majlis Penetapan Gaji yang telah ditetapkan untuk sektor-sektor yang lain.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

[Bangun]

Memang tadi ada Ahli Yang Berhormat dari Ledang telah memberi pandangan bahawa mengadakan perbincangan.

Itu yang sedang dilakukan oleh pihak kita untuk mendapatkan pandangan yang berbeza dari semua pihak tentang macam mana kita boleh mengarah ke hadapan dalam usaha untuk menetapkan gaji minimum, kalau boleh ditetapkan. Kerajaan tidak menutup pintu di dalam hal ini. Kita memang mempunyai satu sikap yang terbuka, tetapi sesuatu keputusan yang dibuat oleh kementerian, kalau selepas itu pelaksanaan dibuat, mestilah keputusan yang baik terhadap pekerja dan terhadap negara. Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masalah yang sering kita dengar tentang gaji minimum, khususnya mereka yang terlibat iaitu rakyat-rakyat Malaysia yang bekerja di ladang-ladang kelapa sawit dan sebagainya. Gaji mereka kurang daripada RM400 atau RM500 setiap bulan. Jadi, adakah kerajaan merancang untuk mengadakan sesuatu dasar di mana gaji minimum untuk seluruh negara berdasarkan taraf kehidupan akan dilaksanakan di negara ini? Hal ini kerana apa yang saya perhatikan, setiap hari di banyak tempat, ada rakyat- rakyat Malaysia, khususnya yang saya lihat di kawasan saya sendiri, menerima dan membawa balik gaji kurang daripada RM300 atau RM400. Jadi, saya mahu tahu kalau kerajaan akan adakan satu ataupun cuba introduce satu dasar yang baru, di mana dimestikan supaya semua majikan untuk pekerja-pekerja rakyat Malaysia, paling kurang gajinya adalah sesuatu yang boleh menyara hidup keluarga mereka.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sudah menjawab isu berkenaan dengan gaji minimum apa yang patut ada tentang dasar. Saya sudah beritahu bahawa kita masih mempunyai sikap yang terbuka, sedang kaji kebolehannya. Kalau semua kita boleh mengadakan satu sistem yang tidak akan menjejaskan peluang-peluang pekerjaan pada masa sekarang, juga memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja mereka, kerajaan memang akan melaksanakan itu. Untuk menjawab mengenai dengan pekerja-pekerja ladang. Gaji mereka dikawal oleh CA iaitu Collective Agreement yang dibuat di antara NUPW iaitu Kesatuan Sekerja yang mewakili kebanyakan dari mereka dengan MAPA, iaitu institusi yang mewakili majikan. Oleh itu memang di dalam sistem pekerja-pekerja ladang yang kerja di dalam ladang- ladang, yang menjadi ahli di dalam MAPA mereka sudah mempunyai gaji minimum. Gaji minimum yang mereka mempunyai ialah apa yang telah ditetapkan di dalam Collective Agreement mereka. Ini dikaji pada dua tahun sekali mengikut sektor iaitu beza kepada mereka yang menoreh getah, yang menuai buah dan untuk pekerja-pekerja yang lain. Gaji itu ada beberapa komponen di dalamnya. Salah satu daripadanya iaitu gaji harian, elaun yang pelbagai sebab, pelbagai jenis dan sebagainya. Di sektor perladangan pun contohnya kalau you ambil kerja am. Saya ada nampak, ada pekerja am yang telah mendapat gaji yang sampai RM1,800 atau RM2,000. Pada masa yang sama saya pun nampak seperti apa yang Ahli Yang Berhormat cakap, mereka yang dapat RM400. So, apa yang mereka boleh peroleh sebagai gaji adalah kadang-kadang berbeza daripada satu pekerja kepada satu pekerja yang lain. Ini kerana cara macam mana bekerja dan sikap mereka bekerja dan berapa kesudian mereka untuk bekerja dengan lebih kuat. Kalau satu gaji minimum ditetapkan pada satu masa memang segala Collective Agreement yang akan ditandatangani pada masa itu mesti lebih daripada gaji minimum yang telah ditetapkan. Lagi satu isu ialah tentang...

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Minta maaf Yang Berhormat Menteri. Apa yang saya maksudkan ini MAPA adalah satu badan di luar kerajaan, NUPW badan yang di luar kerajaan. Dasar-dasar dibentuk dilaksanakan oleh kerajaan. Jadi, sesuatu dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan itu mereka mesti kena ikut. Jadi, apa yang saya pohon adalah supaya kerajaan memastikan supaya dasar itu ada satu standard yang tinggi, selaras dengan tahap kemampuan satu keluarga itu hidup di negara ini. Seperti kata attitude pekerja dan sebagainya itu, itu memang betul tetapi kadang-kadang apa yang berlaku adalah pemilik ladang selalunya suka memberikan keseluruhan kerja di ladang itu kepada seorang kontraktor yang kemungkinan kroninya, supaya setiap hasil daripada pekerja itu sebahagian pergi kepada kontraktor itu.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Jadi ini yang saya pelajari. Sebab itu saya harap kalau seandainya kerajaan tetapkan satu dasar dengan cepat, maka rakyat akan terbela. Itu yang saya pinta.

Terima kasih. Ya kalau di dalam satu masa, jika kita mempunyai satu kaedah gaji minimum memang ini patut diikut oleh Kesatuan Sekerja pun semasa mereka menandatangani CA. Isu yang lain ialah yang dibangkit tentang outsourcing agency. Sekarang kerajaan memang telah mengawal supaya bilangan outsourcing agent tidak ditambah iaitu lesen-lesen baru tidak diberi kepada mereka. Bilangan pekerja yang mereka boleh bawa ialah bilangan pekerja yang mereka sudah diberi kebenaran untuk membawa. Pada masa sekarang kita sedang memperbaiki sistem ini dengan lebih baik iaitu kita telah mewajibkan bahawa tiap-tiap outsourcing agency bila mereka membawa seseorang pekerja mereka mesti melaporkan dengan sistem JCS kita, supaya kita mempunyai senarai tentang pekerja-pekerja yang ada di dalam sistem mereka. Masa mereka pindah dari satu majikan kepada satu majikan kita telah mewajibkan supaya mereka memberitahu kementerian bahawa pemindahan ini sudah diberi. So kita sedang beri ke arah supaya kegiatan outsourcing agency ini dikawal dengan lebih baik, supaya mereka tidak menyumbang satu keadaan di mana negara kita akan dibanjiri dengan pekerja-pekerja asing yang terlampau banyak. Ada satu lagi isu yang telah dibangkit ialah tentang kelayakan di bawah Akta Kerja yang membolehkan ia naik daripada RM1,500 kepada RM2,500. Satu kajian sedang dibuat, dan pada keseluruhannya Akta Kerja kita nampak macam mana cari langkah-langkah yang boleh dibuat untuk memastikan akta ini sesuai dengan masa, juga sesuai untuk memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja dengan mengambil kira perkembangan yang ada pada masa sekarang. Isu yang dibangkitkan supaya ahli-ahli daripada Bar Council menjadi ahli di dalam...

Yang Berhormat Menteri, saya minta penjelasan sebelum pergi kepada Bar Council.

Soalan saya Yang Berhormat Menteri ialah yang pertama sekali ialah tentang pekerja agensi itu. Adakah mereka ini terlindung di bawah Akta Pekerja 1955? Ini kerana masa berlalu dan ianya akan merugikan. Kedua, berkenaan dengan mengangkat RM1,500 itu. Saya dimaklumkan sebelum ini ketika saya menjadi Naib Presiden MTUC, kadar itu telah pun dipersetujui di peringkat perbincangan antara tripartite ini dan RM2,000 itu telah pun dipersetujui. Akan tetapi persoalan saya ialah kita tidak mahu ada perbezaan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung. Sarawak diberi RM2,500 sedangkan Semenanjung RM1,500. Konsesinya ialah bila mana RM1,500 itu, itu yang dipanggil dikira dalam overtime dan sebagainya. Apa yang saya maksudkan ialah tidak bolehkah kita menyelaraskan semuanya sekali RM2,500 untuk tidak membezakan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak?

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Yang Berhormat Menteri mengenai pekerja juga. Kebelakangan ini saya sering melihat bahawa ada ramai yang datang berkunjung jumpa dengan Yang Berhormat Menteri khususnya di lobi Parlimen dan sebagainya. Juga minggu lalu ada satu kumpulan daripada Persatuan Gunting Rambut. Di mana mereka mengatakan bahawa kepakaran penggunting-penggunting rambut di negara ini memang kurang dan mereka memang tidak dapat menggaji. Saya melihat setiap tahun, saya mendengar bahawa mereka ini kena kerap datang berkunjung dan lobi kepada Menteri dan sebagainya. Oleh kerana kehendak pada masa ini dan juga kehendak di negara ini sehinggalah masalah kekurangan ini selesai. Tidak bolehkah kerajaan mengadakan dasar di mana mereka dibenarkan khususnya ini gunting rambut dan juga sami-sami tokong. The temple priest.

Tuan N. GobalakrishnanPKR · PRPadang Serai

Kita harap kerajaan akan dapat menangani. Ini bukan satu masalah atau isu yang besar. Akan tetapi, mereka terpaksa selalu berkunjung dan mereka akan datang ke Parlimen jumpa dengan kita. Kita akan kata lebih baik jumpa dengan Yang Berhormat Menteri sendiri. Saya percaya ini juga menjadi satu beban yang besar kepada Yang Berhormat Menteri juga.

Saya setuju Yang Berhormat. Itu menjadi satu beban yang besar kepada saya. Akan tetapi, dasar untuk membenarkan pekerja-pekerja asing di dalam satu-satu sektor, ini ditetapkan oleh Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita. Di dalam sektor perkhidmatan itu tidak dibenarkan kecuali beberapa service macam cleansing service dan sebagainya. Isu sami tidak jadi isu kerana kita sudah membuat keputusan untuk membenarkan sami datang ke negara ini iaitu tiap-tiap satu kuil satu atau kalau ada dua dan ini sedang berjalan secara licin. Isu tukang gunting rambut. Salah satu isu lagi ialah isu pembantu-pembantu atau pekerja di restoran. Ini kerana di restoran kita memberi kelulusan untuk tukang masak, tetapi bukan pembantu di dalam. Ini semua dibuat oleh kerajaan dengan diasas kepada dasar kita untuk mengurangkan bilangan pekerja-pekerja asing ada yang ada di dalam negara kita. Kalau boleh memberi peluang-peluang ini kepada pekerja tempatan, contohnya pembantu di restoran. Itu tidak memerlukan kepakaran.

So, kerja ini memang boleh diberi kepada pekerja tempatan. Kalau gaji yang diberi sesuai dan suasana kerja yang diberi ialah selaras dengan apa yang diharapkan oleh pekerja tempatan. Kadang-kadang kerana isu ini, gaji yang paling rendah dan suasana kerja yang ada dalam restoran 24 jam itu tidak memberi penjanaan

Tuan Pengerusi, bolehkah kita beza perbahasan kita antara dasar dengan jawatankuasa.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, saya tidak faham Yang Berhormat. Saya pun tidak faham juga. Saya sudah beritahu, saya tidak kira pukul 10.00 malam sebelum pukul 10.30 malam saya akan tamatkan ini Yang Berhormat. Kalau hendak bincang sangat dengan Yang Berhormat Padang Serai, sila Yang Berhormat. Saya bukan melarang. Persoalannya kita kena tahu sini ada beberapa kementerian lagi. Tugas dan tanggungjawab saya menghabiskan cerita ini.

Ya, terima kasih. Ya, betul. Biarlah isu daripada segi dasar. So, pada masa itu yang diikuti sebab selainkan kita membawa kepada jawatankuasa dan satu pemindahan dibuat kepada keputusan yang telah dibuat sebelum itu. Isu yang dibangkitkan tentang pengangguran dan ada butiran pengangguran 4.5 peratus dan selepas itu 3.5 peratus iaitu pada masa krisis ekonomi memang kadar pengangguran naik kepada 4.5 peratus dan pada masa sekarang ia sudah turun kepada 4.3 peratus. Ini kita mendapat daripada Department of Statistic dan melalui National Employments reReturn. Ada cadangan yang dibuat supaya mereka yang menganggur mendaftar dengan kementerian. Mereka yang mendaftar dengan kementerian dan cuba mencari kerja sahaja bukan mereka menganggur. So, memang ada satu-satu bilangan yang menganggur tetapi tidak mendaftar dengan pihak kementerian dan pada masa sekarang kita tidak mempunyai apa-apa cadangan untuk memaksa mereka untuk mendaftar. Ini kerana walau kita buat sedemikian, saya memang sedar bahawa sukar untuk melaksanakan cadangan atau arahan itu dan ada soalan yang dibangkitkan tentang Tabung Pembuangan Kerja. Saya sudah menjawab dahulu bahawa kita telah mengkaji ILO untuk buat kajian dan kita berharap di dalam bulan tiga laporan mereka akan keluar dan asas kepada apa yang telah dicadangkan kita akan membuat keputusan tentang Tabung Pembuangan Pekerja. Yang Berhormat Ipoh Barat tertanya-tanya tentang E-Idaman dan pekerja-pekerja yang akan jadi mangsa di dalam projek penswastaan yang akan dijalankan itu.

Sebagai seorang pekerja memang mereka mempunyai segala perlindungan yang ada di bawah Akta Kerja dan kalau penswastaan ini tidak memberikan hak yang telah ditetapkan memang Jabatan Tenaga Kerja akan memastikan bahawa mereka akan diberi perlindungan segala hak mereka daripada segi pampasan diberi dalam proses penswastaan itu. Yang Berhormat Ipoh Barat telah membangkitkan tentang ILP Nibong Tebal. Saya pun bersetuju bahawa masa ini dibina, keputusan dibuat bahawa itu diberi keistimewaan dan saya sedang memantau perkara dalam segi bilangan pelatih-pelatih yang ada memang jumlah pelatih India memang lebih daripada institusi yang lain. Walaupun demikian, kegunaan nama itu kalau dari segi rasmi tidak digunakan sentiasa, saya akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan apa yang telah dipersetujui pada masa dahulu semasa institusi itu dibina, ianya itu kerana tanah itu diberi oleh seorang India kepada South India Labor Fund dan selepas itu diperoleh oleh kerajaan dan selepas itu ditubuhkan institusi ini apa yang telah dipersetujui yang telah termasuk dalam Hansard itu diamalkan dan dilaksanakan di peringkat kementerian. Isu berkenaan dengan pekerja-pekerja asing Bangladesh.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Sebelum Yang Berhormat hendak alih, sedikit mengenai TS Arumugan. Saya rasa ini adalah perkara yang mustahak kerana ini nampaknya ada sistem baru di mana dengan tiba-tiba nama TS Arumugan telah hilang dari buku ini kerana ini satu janji yang dibuat pada sepuluh tahun dahulu kepada saya semasa itu oleh Menteri. Saya harap kesalahan ini jangan dibuat kerana saya telah bangkitkan tahun dahulu sahaja tetapi tahun dahulu saya difahamkan nama itu digunakan tetapi sekarang as we go on we forget who actually donated the land.

Saya setuju dengan pandangan yang dibuat. Tentang pekerja-pekerja asing, kementerian I mean kerajaan iaitu melalui jawatankuasa telah membuat keputusan untuk membekukan pekerja-pekerja daripada Bangladesh dan pada masa pembekuan sekarang masih kekal dan pembekuan akan diteruskan melainkan di dalam sesuatu keadaan kerajaan membuat keputusan yang lain daripada segi dasar. Mengapa ini dibuat, ini adalah di atas pandangan yang telah diberi oleh Kementerian Dalam Negeri dan isu tentang pembantu rumah Indonesia. Ya, Ahli Yang Berhormat memang menyedari bahawa beberapa isu telah berbangkit tentang pekerja- pekerja pembantu rumah daripada Indonesia sampai Indonesia telah membuat satu keputusan bahawa mereka tidak akan menghantar pembantu rumah daripada Indonesia sampai kita menyelesaikan beberapa isu yang dibangkitkan oleh mereka. Kita telah mengadakan perbincangan yang sudah ada tiga kali sampai sekarang dengan kedua-dua negara di isu-isu yang berkenaan ini sudah dibincangkan ialah kebanyakan itu tentang kebajikan mereka. Isu gaji ini walaupun kita dengar daripada media masa dan sebagainya tetapi daripada perbincangan kita ini sampai sekarang kita tidak membincangkan satu kadar gaji yang ditetapkan. Kita sampai sekarang telah mempersetujui gaji dari kedua-dua belah pihak, itu yang ada di bawah kontrak. Saya berharap di dalam mesyuarat yang akan datang ini perkara ini boleh diselesaikan. Ada satu isu yang telah dibangkitkan tentang...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Boleh sedikit mengenai pembantu kerja dari Indonesia. Yang Berhormat Menteri boleh beritahu macam mana kementerian boleh memastikan bahawa pekerja-pekerja asing ini gaji mereka akan dibayar bulan-bulan. As an example saya beritahu macam pekerja di rumah saya, siapa tahu saya actually membayar kepada mereka and dengan izin, it’s very easy to cheat them. Kita boleh hantar because they don’t have bargaining power dengan izin, langsung dan saya rasa tidak ada monitoring dalam hal ini macam mana kita boleh usaha. We must help these workers, macam mana kementerian dapat?

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Macam sayalah saya kata, until now lebih kurang 10 tahun, not a single time mereka datang untuk memastikan adakah gaji telah dibayar atau pekerja yang dihantar balik gaji telah dibayar. It is between me and the worker. Saya rasa ini adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian.

Tuan Pengerusi, satu langkah yang telah dibuat dan akan dilaksanakan adalah untuk memerlukan tiap-tiap pekerja asing atau pembantu rumah itu untuk mengadakan satu akaun bank dan majikan diwajibkan supaya segala bayaran dibuat melalui akaun bank. Ini akan membenarkan pihak kementerian kalau ada aduan bahawa majikan tidak bayar, kita akan menggunakan akaun itu sebagai bukti untuk memastikan bahawa gaji sudah dibayar. Ini adalah satu perkembangan baru di dalam beberapa langkah yang sedang diambil demi meningkatkan lagi kebajikan pekerja-pekerja asing. Isu tentang shift malam yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kuantan. Setiap pekerja yang ada di dalam negara memang diberi perlindungan melalui beberapa sistem perlindungan yang ada di dalam negara kita. Salah satu daripada sistem ialah Akta Pekerja, selain daripada itu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. So dalam Akta Keselamatan Pekerja, seseorang pekerja mesti mempunyai hak untuk bekerja di dalam suasana yang selamat. Kalau ada ancaman daripada segi suasana kerja itu kepada tempat kerja mereka memang majikan itu boleh diambil tindakan berasaskan kepada undang-undang itu. Oleh itu keselamatan seseorang pekerja diberi satu tumpuan yang tinggi oleh kerajaan melalui sistem perundangan dan tindakan boleh diambil ke atas majikan yang tidak memberi keselamatan itu. Isu-isu yang lain ialah diberi perlindungan melalui Akta Kerja. Ada cadangan supaya umur bersara di sektor swasta ditetapkan. Ini adalah satu faktor yang kita sedang bincang di peringkat kementerian dan sedang tengok macam mana, apakah ada kebaikan atau keburukan kalau kita menetapkan satu umur minimum sebelum yang diwajibkan untuk seseorang kerja di dalam sektor swasta kerana sektor swasta sekarang Akta Kerja telah memberi secara luas. Satu itu antara pekerja dan majikan, tidak ada satu masa yang ditetapkan. Oleh itu, ini memberi ruang supaya seseorang majikan boleh meminta pekerja itu kerja lebih daripada 55 tahun, itu tidak ada halangan kalau ada persetujuan di antara majikan. So ada ruang, kelonggaran ada di akta itu. Oleh itu, mungkin di masa pengamalan ada kebanyakan daripada majikan itu menggunakan sistem kerajaan sebelum itu 55 tahun sebagai garis panduan mereka untuk menetapkan waktu. Ya Yang Berhormat Kuala Langat.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Persoalannya ditimbulkan oleh Yang Berhormat Ledang ialah dari segi penguatkuasaan dalam bentuk...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Ledang bangunkan? Tidak payahlah Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat Ledang itu tunggu Yang Berhormat Ledang bangun.

Okey, saya ada...

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kuala Langat, saya berhentikan Yang Berhormat. Minta maaf Yang Berhormat.

Okey, saya terus kepada Akta Pekerja sendiri.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Tidak payah Yang Berhormat. Sudah banyak sangat Yang Berhormat bangun.

Ini masa hadapan Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Saya tahu ia penting Yang Berhormat. Ini bukan pasar kita bincang macam ini Yang Berhormat.

Bagi saya ruang sedikit sahaja Tuan Pengerusi. Sedikit, sedikit sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Dewan ini lain Yang Berhormat. Ini kita sudah buat budaya kita sendiri Yang Berhormat.

Sedikit sahaja Tuan Pengerusi. Sedikit sahaja. Kita mencadangkan supaya diberikan penguatkuasaan tentang had umur itu untuk melengkapkan kepada syarikat-syarikat kecil yang tidak mewartakan sebagai satu perjanjian bersama dan kita tidak ada dalam Akta Pekerja umur had 55 tahun. Ia diamalkan kerana zaman British itu diamalkan. Jadi kita mencadangkan supaya had umur itu dikuatkuasakan seperti mana yang berlaku dalam GLC - 58 tahun. Adakah kementerian bercadang ataupun bersedia untuk mengkaji dalam konteks untuk mengimplementasikan dalam Akta Pekerja itu. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pekerja-pekerja daripada Sabah datang ke Semenanjung dan sebaliknya. Apa kelebihan yang boleh diberi supaya mereka boleh tarik kerja daripada Sabah dan Sarawak kepada Semenanjung. Ini terpulang kepada majikan dan pekerja untuk memberi ruang untuk memberi ganjaran yang lebih ada di bawah Akta Pekerja. Terpulang kepada majikan dan pekerja untuk membuat satu keputusan bahawa mereka dibuat allowance yang lebih banyak kerana mereka pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain tetapi di dalam Akta Pekerja memang kita tidak mempunyai syarat-syarat untuk tiap-tiap keadaan menetapkan. Akta memberi satu dasar, lepas itu terpulanglah kepada majikan dan pekerja untuk menetapkan cara macam mana mereka menunaikan apa yang telah diberi atau dibenarkan melalui akta. Ada cadangan supaya satu latihan institusi dibina di Pantai Timur di Sabah. Kita akan mengambil kira pandangan ini dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Ada juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Intan bahawa kita telah menyekat kesatuan sekerja daripada sektor elektronik. Baru-baru ini kerajaan telah memberi keputusan bahawa kita membenarkan union. Sebelum itu kesatuan sekerja di sektor elektronik dibenarkan satu in house union dan baru-baru ini selepas perbincangan dengan MTUC dan pihak-pihak yang lain setuju bahawa secara regional union for electronic workers iaitu five regional union di seluruh Malaysia dibenarkan. Saya diberitahu satu permohonan akan sampai untuk membuat di satu regional. So, ini akan memberi peluang supaya pekerja-pekerja di dalam sektor elektronik boleh menjadi wakil kesatuan sekerja. Beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu mengapa Menteri mempunyai kuasa untuk menentukan bahawa satu kes boleh dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan atau tidak dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan. Ini ialah satu perkara yang telah ada di dalam akta dan pada masa sekarang kita sedang di dalam usaha untuk melicinkan proses ini. Kalau saya selepas melicinkan dan lihat macam mana proses baru ini akan berjalan, berpendapat pada satu ketika bahawa kuasa Menteri boleh keluar dengan ada institusi yang lain yang lebih berkesan supaya proses rujukan ini boleh dibuat, kita akan kaji itu. Memang ini ialah satu perkara yang dalam sistem undang-undang dan ini ialah satu tanggungjawab besar kepada Menteri tetapi kita mematuhi itu tetapi kita sedang mengkaji apa yang boleh dibuat untuk melicinkan dan menghalusi lagi sistem ini. Kalau ada satu ketika lepas kita menubuhkan cara-cara baru ini boleh berjalan secara baik dan lebih cepat dan efisien, maka pada masa itu keperluan Menteri untuk merujuk tidak akan bangkit. Soalan tentang pekerja asing yang sudah tidak dibayar gaji tetapi masa pergi ke sistem untuk mendapatkan keadilan daripada sistem perundangan tetapi tidak dibenarkan tinggal di dalam negara, tidak dibenarkan kerja di dalam negara. Memang kita sedar tentang itu. Di dalam Mahkamah Buruh iaitu Labor Court apa yang kita telah menetapkan, kalau boleh semua kes tentang pekerja asing diselesaikan dalam tiga bulan. Untuk masa itu, KDN akan memberi kebenaran supaya mereka mendapat pas. Isu yang seterusnya ialah membolehkan mereka kerja pada masa itu.

Pada masa ini kita sedang berbincang perkara ini dengan KDN untuk macam mana kita boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja asing supaya mereka mendapat keadilan daripada sistem perundangan kita.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan. Yang Berhormat Menteri, saya ada bangkitkan perkara ini sebelum ini di mana semasa kes ini dalam Mahkamah Buruh mereka terpaksa mendapat satu visa daripada kementerian untuk berada di negara ini supaya kes mereka boleh habis selesai di Mahkamah Buruh. Visa itu saya difahamkan kena ada bayaran dan sudah tidak ada kerja. Ini menyusahkan mereka. Bolehkah Yang Berhormat Menteri berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri supaya mereka diberi pengecualian supaya diberi keutamaan sehingga kes diselesaikan. Saya sendiri ada buat kes mengenai perkara ini untuk sembilan orang pekerja asing yang mengambil masa lebih kurang satu tahun. Majikan sangat seronok dan berharap ia akan dilambatkan dan pekerja asing ini akan lepas ke luar negara.

Terima kasih di atas pandangan ini. Kita akan kaji. Isu berkenaan hak pekerja kontrak telah dibangkitkan. Pekerja kontrak seperti pekerja- pekerja yang lain, hak mereka diberi perlindungan di bawah Akta Pekerja. So, segala perkara yang dilindung di bawah Akta Pekerja untuk pekerja-pekerja yang lain, diberi kepada pekerja-pekerja kontrak itu. Di dalam sektor perladangan baru-baru ini kita telah menambahbaikkan sistem ini di mana walaupun seseorang kerja dengan kontraktor yang digaji oleh sesuatu majikan perladangan kita telah mohon supaya semua pekerja ini mesti daftar dengan majikan iaitu perladangan dan mereka mesti dibayar EPF, SOCSO dan segala bayaran yang diwajibkan ke atas mereka. Melalui ini segala hak untuk pekerja-pekerja yang walaupun di dalam pengurusan seseorang kontraktor tetapi hak mereka untuk mendapat segala bayaran yang sepatutnya diberi melalui sistem perundangan kita ada dikekal. Isu SLDN dan...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Sedikit mengenai pembayaran SOCSO. Untuk ramai di antara pekerja kontrak sambilan tidak ada bayaran SOCSO dibuat langsung. Soalan saya adalah bagaimana kawal selia yang dibuat dan di mana mereka bila injured masa bekerja mengambil banyak sangat masa untuk proses claim mereka. Kita lihat dalam surat khabar selalu mengatakan bahawa kelambatan mereka mengambil bukan berbulan- bulan tetapi bertahun-tahun. Macam mana Yang Berhormat Menteri dapat berusaha untuk menyelesaikan perkara ini dengan seberapa segera yang boleh.

Kalau mereka seorang pekerja kontrak yang dibayar gaji harian atau bulanan, mereka memang memberi hak supaya SOCSO dibayar oleh majikan dan kalau ada kelemahan di dalam proses ini saya akan minta pihak PERKESO untuk memantau perkara ini lebih rapat untuk memastikan semua pekerja yang kerja secara kontrak ini. Sekarang melalui kalau mereka daftar dengan perladangan tidak jadi isu. Mungkin yang di luar itu mungkin itu jadi isu tapi kita akan semak keadaan dan pastikan bahawa hak mereka diberi perlindungan. Sistem latihan di dalam negara kita khasnya sistem SLDN dan sistem...

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Lambat bayaran, saya tanya lambat bayaran pampasan.

Lambat bayaran. Biasanya kerana kemalangan masa kerja kalau boleh bayaran dibuat di dalam beberapa minggu sahaja melainkan keadaan di mana mungkin laporan tidak diterima secara baik, majikan tidak beri laporan dan kalau ada documentation yang tidak sesuai mungkin akan lewat.

Kalau semua sudah sesuai, tidak ada halangan mengapa di dalam beberapa minggu bayaran boleh diberi kepada mereka iaitu mangsa kemalangan semasa mereka bekerja. Beberapa langkah menambah baik telah diambil di dalam sistem latihan yang dibuat di dalam kerajaan untuk memastikan bahawa pelatih-pelatih yang keluar daripada institusi-institusi latihan kita mempunyai tahap kemahiran yang tinggi.

Salah satu daripada sistem itu ialah sistem SLDN. Sistem SLDN mempunyai kelebihan kerana ia memerlukan seseorang pelatih itu, selain mendapatkan latihan di dalam institusi, menjalankan latihan di dalam industri. Ini akan memberikan mereka pengalaman yang lebih baik dan pengalaman yang lebih sesuai dengan keperluan industri. Sistem ini diteruskan. Saya ingat ada yang berjaya dan kebanyakan daripada mereka berjaya mendapatkan kerja. Untuk mereka yang keluar daripada institusi-institusi latihan perindustrian kita, lebih daripada 70 peratus daripada mereka mendapat kerja di dalam enam bulan. Itu butiran. Macam mana kita mendapat butiran ialah semasa mereka keluar dan datang untuk konvokesyen mereka, maklumat diperolehi oleh tiap-tiap pelatih yang telah keluar. Daripada segi itu dikumpulkan dan dipastikan bahawa mereka sudah mendapat kerja. Lebih kurang 60 peratus sampai 70 peratus mendapat kerja di dalam enam bulan. Jadi, sekarang di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh kita sedang usahakan satu arah di mana meninggikan lagi taraf dan tahap latihan yang diberi di dalam institusi- institusi kita. Ini akan meninggikan lagi mutu kemahiran termasuk kemahiran-kemahiran yang baru dan kemahiran multi skill iaitu kita mahu mewujudkan satu golongan tenaga pekerja yang mempunyai kemahiran bukan sahaja di dalam satu bidang tetapi di dalam beberapa bidang. Ini adalah selaras dengan perkembangan yang berlaku di dalam seluruh dunia. Ada isu yang dibangkitkan tentang VSS dan apa yang dibuat untuk monitor. Seseorang pekerja yang mengambil VSS, mereka mempunyai segala hak di bawah Akta Kerja. Oleh itu, semasa satu majikan dibuat VSS, mereka sebelum itu kena memberitahu kepada pihak JTK iaitu Jabatan Tenaga Kerja bahawa mereka akan membuat VSS skim. Selepas itu, mereka akan buat dan pihak kementerian melalui Jabatan Tenaga Kerja akan memantau supaya segala hak mereka dikawal dan perlindungan diberi supaya mereka mendapat segala pampasan yang mereka layak untuk mendapatkan asas kepada sistem perundangan. Akhirnya ialah soalan berkenaan pengiktirafan MQA. Di dalam bidang kemahiran, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran dan melalui sistem annual access iaitu National Occupation Skills Standard menjadi perbadanan yang menjadi MQA untuk skill development iaitu kita menjadi pihak yang mengiktiraf dan mengeluarkan Sijil SKM. Oleh itu, walaupun untuk pengajian yang lebih tinggi dibuat oleh Sistem MQA tetapi untuk bidang kemahiran, sistem yang menentukan standard dan pihak yang mempunyai kuasa untuk mentauliahkan sijil dan institusi ialah pihak JPK di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Yang Berhormat Menteri, saya ingin minta penjelasan tentang cadangan yang saya buat tadi, Mahkamah Khas untuk pekerja dan juga keduanya memasukkan Bar Council sebagai tripartite dalam setiap rang undang-undang yang dibuat?

Terima kasih. Kedua-dua isu ini iaitu isu yang pertama ialah untuk mewujudkan satu institusi khas. Adakan institusi di bawah Mahkamah Tinggi yang khusus kepada kes-kes pengurusan perusahaan ialah perkara yang kita sedang memberi tumpuan secara serius dan sedang kaji kerana kita pun nampak kalau ada satu institusi seperti itu. Itu akan mengurangkan masa yang diambil oleh pekerja untuk mendapatkan keadilan. Pada masa sekarang pun, kalau ada pemindaan dibuat kepada mana-mana akta, kita sentiasa mengambil kira pandangan yang dibuat oleh pihak Bar Council melalui merujuk dengan mereka dan minta mereka memberi feedback. Akan tetapi, di dalam analisis memang perwakilan terhad kepada tiga pihak iaitu majikan, pekerja dan kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM582,394,100 untuk Maksud B.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM582,394,100 untuk Maksud B.46 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM678,031,000 untuk Maksud P.46 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2010 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM678,031,000 untuk Maksud P.46 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2010.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, saya ingin memperingatkan Yang Berhormat. Saya ingat cadangan daripada Yang Berhormat Kuala Langat dan juga Yang Berhormat Ipoh Barat tadi banyak yang baik tetapi pengalaman saya, 20 tahun dalam Dewan ia tidak habis di situ sahaja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Susul dengan memo, bincang dengan pegawai-pegawai kerajaan. Akhirnya kalau Yang Berhormat betul-betul menunjukkan rasional dan sokongan alasan yang munasabah, saya cukup yakin kementerian akan menerima cadangan-cadangan sedemikian. Terima kasih.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2010 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2010 Jawatankuasa — Maksud B.47 [Jadual] - Maksud P.47 [Anggaran Pembangunan 2010] -Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Kepala Bekalan B.47 dan Kepala Pembangunan P.47 di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan terbuka untuk dibahas.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sri Gading.

Tuan Pengerusi, saya amat berbesar hati atas kesabaran Tuan Pengerusi. Di hujung-hujung Dewan ini, saya berterima kasih kerana memberi saya peluang untuk bersama-sama dalam membahaskan B.47, P.47 Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Saya hendak menyentuh dua perkara sahaja. Pertama 030400 - Istana Budaya dan yang keduanya ialah 050000 - Jabatan Penyiaran dan juga 050100 - Rancangan Dengar. Akan tetapi, lebih baik yang pertama ini tentang Penyiaran. Saya hendak ucapkan setinggi-tinggi tahniah, syabas kepada RTM, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di atas kekuatan dan keistimewaan Radio Klasik Nasional. Radio Klasik Nasional - Menggamit Memori, benar-benar sebuah stesen radio yang memberikan kepuasan kepada semua lapisan rakyat dalam negara ini. Saya rasa terhibur Tuan Pengerusi dalam perjalanan tiga, empat jam bertemankan Radio Klasik Nasional kerana rancangan-rancangan atau pengisiannya begitu memberikan kesan yang menghiburkan, memberikan pendidikan, memberikan pelajaran dan sebagainya. Saya berharap Radio Klasik Nasional ini akan terus dijaga dengan rapi oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kerana satu-satunya radio yang dapat mengimbau nostalgia kita. Tidak ada radio macam ini yang menyiarkan lagu-lagu tahun 40-an, 50-an, 60-an, 70-an dan yang istimewanya juruhebah-juruhebah yang mengendalikan rancangan- rancangan ini dia boleh membuat keterangan siapa pengubah lagu, siapa penulis lirik.

Ini amat memberikan satu kenangan dan ini menjadi satu kekuatan sebagai satu penghargaan kepada seniman-seniman artis-artis kita yang silam, yang sebelum ini tidak ada stesen radio yang berbuat seperti ini.

Saya berharap penerbit-penerbit rancangan ini teruslah menggali perkara-perkara yang boleh memberikan tambahan maklumat kepada pendengar-pendengar. Saya difahamkan, semakin hari semakin bertambah peminatnya. Hari ini jumlah peminatnya sudah jutaan dan yang lebih uniknya ia juga digemari oleh bukan sahaja orang-orang Melayu, tetapi rakyat dalam negara ini berbilang kaum. Inilah satu antara keistimewaannya. Saya Tuan Pengerusi, minta maaflah. Saya mungkin orang yang agaknya mempunyai perasaan yang menghargai. Bukan sahaja lagu-lagunya itu memberikan kesan kepada zaman kita muda-muda dahulu. Hari ini pun saya masih muda lagi... [Ketawa] Antara yang menarik ini ialah suara juruhebahnya. Suara juruhebah wanitanya Tuan Pengerusi, amat menghiburkan suaranya. Juruhebah ini saya tidak tahulah wajahnya, tetapi suaranya amat menarik. Dia lunak, lunaklah. Segala kerunsingan kita apabila mendengar suara juruhebah wanitanya khususnya, dia boleh jadi...

Bermakna itu.

Tidak ada makna apa-apa, tetapi sebagai manusia yang ada naluri, dia suka benda-benda yang lunak macam ini. Begitu juga dengan lelakinya. Suara-suara yang memikat, garau. Jadi, saya ucapkan tahniah kepada Radio Klasik Nasional - Menggamit Memori betul-betul menggamit memori. Saya mendengar, waktu saya muda-muda di Singapura Tuan Pengerusi, suara-suara juruhebah seperti inilah, Siti Hawa Zain dan banyak lagi. Jadi, teringat kita. Jadi, saya hendak mengingatkan kementerian, kalau hendak mengambil juruhebah, jangan tengok mukanya, tetapi dengar suaranya. Lainlah kalau di televisyen. Televisyen memang kita hendakkan rupa dan juga suara. Namun kalau radio, bagi sayalah, suara itu amat penting. Dalam hubungan inilah, saya berharap gaji mereka ini, gaji mereka ini supaya biar setimpal. Dia didengar oleh jutaan orang dan janganlah kita mengabaikan kebajikan mereka. Saya berharap supaya Kementerian Penerangan berilah gaji yang setimpal kepada satu tugas yang profesional seperti ini, yang menggunakan suara yang boleh menghilangkan berbagai-bagai kerunsingan manusia mendengar suaranya. Ini sudah macam jadi ubat. Macam sayalah. Saya tidak tahu Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Putatan juga tidak tahulah. Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Putatan ini jenis orang kasar. Saya ini jenis orang macam Tuan Pengerusi jugalah... [Ketawa] Saya tahu Tuan Pengerusi pun suka ini. Radio Klasik Nasional ini. Kalau rancangan Masihkah Kau Ingat... [Ketawa] Nama Masihkah Kau Ingat. Selepas itu Dari Hati ke Hati. Saya Tuan Pengerusi, balik daripada Parlimen ini, betul-betul kita 5.30 petang. Itulah permulaan Dari Hati ke Hati. Banyak lagi rancangan-rancangan yang menarik-menarik, Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Radio Klasik Nasional - Menggamit Memori ini betul-betul menggamit memori. Dahulu saya pernah mencadangkan supaya disiarkan lagu-lagu klasik berbagai- bagai bangsa, Arab, Inggeris, Hindustan. Alhamdulillah telah pun disempurnakan dan saya telah dimaklumkan bahawa orang memang menunggu ini, menunggu rancangan ini. Dia punya terkenang lagu-lagu Marking Call, lagu-lagu If I give my heart to you... [Sambil bernyanyi] Ya lah, orang di luar kata nanti apalah Ahli Parlimen merepek ini. Namun, saya hendak melahirkan rasa penghargaan kepada Radio Klasik Nasional ini. Cuma saya hendak buat saranan di sini, juruhebah Islam ini dia memberi salam pendek sangat. Assalamualaikum. Cukup. Bukan salah, tetapi saya suka kalau boleh ditiru macam juruhebah TV3. Dia penuh. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Ini cadangan sayalah. Walaupun dia memberi salam itu sebenarnya tidak salah, tetapi terlalu ringkas. Kalau bolehlah. Jadi, itulah gaji kakitangan Radio Klasik Nasional - Menggamit Memori ini haraplah diberikan perhatian dan saya pun memang telah pun mendengar bahawa ura-ura Yang Berhormat Menteri hendak menyemak gaji-gaji ini tetapi, jangan semak sekadar naik hanya naik.

Akan tetapi bagilah satu kadar yang lebih lumayanlah sebagai penyiar untuk mereka dapat rasa bahawa khidmat mereka kepada masyarakat satu Malaysia, dia didengari oleh satu Malaysia. Jadi, sesuaikanlah supaya benar-benar memberikan kepuasan. Saya yakin dan percaya mereka akan bekerja lebih keras untuk kebaikan rakyat Malaysia. Kedua, berkenaan Istana Budaya ini. Saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Penerangan yang telah membenarkan Istana Budaya mementaskan satu drama yang hebat sedang ditayangkan saya dengar disambung - Natrah - diarahkan oleh Erma Fatima. Saya harap Kementerian Penerangan memperbanyakkan pementasan-pementasan yang seperti ini yang memang saya tengok malam itu memang full houselah. Tiket RM150 pun habis. Maknanya, sambutan masyarakat kepada pementasan yang bermutu seperti ini sebenarnya akan mendapat tempat dan di Kuala Lumpur ini orang sudah jelak juga tengok wayang. Jadi, agaknya telah beralih minat rakyat Malaysia, khasnya di Kuala Lumpur ini kepada menonton drama. Cuma saya difahamkan, saya berbual dengan kakitangan di situ, soal gaji juga. Artis-artis yang mengambil bahagian, kakitangan dan pegawai-pegawai Istana Budaya ini (IB) ini, begitu tidak memuaskan hatilah kepada sesetengah pihak. Saya juga berharap kalau tidak kita perjuangkan nasib mereka di Parlimen ini, tidak ada siapa yang tahu tentang permasalahan mereka. Jadi, saya berharap Kementerian Penerangan memberikan perhatian-perhatian kepada kakitangannya yang telah berkhidmat kepada masyarakat begitu baik. Jadi, inilah sahaja Tuan Pengerusi. Sementara kita ada seminit ini sebelum kawan yang lain menyambung satu minit. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

[Ketawa] Yang Berhormat Kepong.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Belum buka lagi Yang Berhormat itu. Ucaplah sikit, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Putatan bukan Pengerusi, tetapi beliau cakap ikut kehendak sahaja. Itulah masalah. Saya hendak sebut berkenaan mengenai halaman 571, 040000 - Komunikasi.

Tuan Pengerusi (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Baiklah Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Esok hari Yang Berhormat Kepong sambung semula ya. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari Khamis, 10 Disember 2009. Terima kasih. Dewan ditangguhkan pada pukul 10.30 malam.