Dewan Rakyat · 16 March 2010
15th Parliament, session 3, meeting 1 · 957 turns · 38,846 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongAddress / budget
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan sukacitanya saya memaklumkan kepada Majlis ini iaitu pada 15 Mac 2010, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah berkenan menyampaikan Titah Ucapan Diraja dalam Parlimen. Saya telah menerima salinan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda itu dan seterusnya sekarang saya mengarahkan supaya salinan titah ucapan itu dibentangkan di atas meja Mesyuarat dan seterusnya dicetak dalam Penyata Rasmi. [Teks Titah Ucapan adalah seperti di lampiran]
Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Memperkenankan Akta-Akta
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam Mesyuarat Penggal yang lalu seperti berikut:- 1. Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009; 2. Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009; 3. Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas)(Pindaan) 2008; 4. Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009;
5. Akta Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009; 6. Akta Perbekalan 2010; 7. Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2008; 8. Akta Kewangan (No.2) 2009; 9. Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009; 10. Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009; 11. Akta Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009; 12. Akta Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009; 13. Akta Yayasan Labuan 2009; 14. Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009; 15. Akta Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009; 16. Akta Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Islam Labuan 2009; 17. Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009; 18. Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009; dan 19. Akta Suruhanjaya Tenaga(Pindaan) 2009.
Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Perutusan Daripada Dewan Negara
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang- undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen penggal yang lalu. Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang. [Setiausaha membacakan Perutusan] “22 Disember 2009 Perutusan Daripada Dewan Negara Kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-undang yang berikut tanpa pindaan: 1. Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009;
2. Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil, Perusahaan Getah (Pindaan) 2009; 3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Berhad) Peruntukan Khas (Pindaan) 2008; 4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009; 5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009; 6. Rang Undang-undang Perbekalan 2010; 7. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008; 8. Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2009; 9. Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009; 10. Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009; 11. Rang Undang-undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009; 12. Rang Undang-undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009; 13. Rang Undang-undang Yayasan Labuan 2009; 14. Rang Undang-undang Perkongsian Terhad Dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009; 15. Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009; 16. Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Islam Labuan 2009; 17. Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009; 18. Rang Undang-undang Pasaran Modal Dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009; dan 19. Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009. Yang Ikhlas, t.t. YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah Gagasan 1Malaysia telah berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama buat masa sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini serentak dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Kepong pada hari ini serta soalan daripada Yang Berhormat Jempol pada 23 Mac, Yang Berhormat Mas Gading pada 25 Mac dan Yang Berhormat Hulu Terengganu pada 5 April.
Baik.
Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” adalah satu...
[Masuk ke dalam Dewan] Semua Ahli Pembangkang: [Bangun] [Tepuk]
...adalah satu falsafah induk yang merentas...
[Menyampuk]
Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” adalah satu falsafah induk yang merentas dasar dan pelaksanaan. Ini kerana matlamat akhir 1Malaysia adalah perpaduan nasional yang mana pencapaiannya telah menjadi matlamat nasional secara berterusan semenjak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun dahulu, ia telah menjadi keutamaan pentadbiran-pentadbiran Perdana Menteri yang terdahulu bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman. Hari ini kerajaan akan meneruskan perjuangan untuk mencapai perpaduan nasional yang lebih sempurna sebagai matlamat perdana. Usaha untuk mencapainya bukan usaha yang bermusim. Ia adalah titik permulaan sebermula negara mencapai kemerdekaan tetapi tiada titik noktah. Perpaduan nasional adalah usaha yang memerlukan pembajaan dan penjagaan yang berterusan. Tugas ini diwarisi dari satu generasi Malaysia ke generasi yang berikutnya. Tanpa perpaduan nasional, maka kestabilan politik yang menjadi kunci kepada kemakmuran dan kemajuan negara tidak akan dapat diwujudkan. Prinsip pertama perpaduan nasional tidak boleh dipaksa ataupun diinstitusikan melalui penggubalan undang-undang semata-mata. Untuk berkekalan, ia harus datang secara sukarela hasil kesedaran setiap individu bahawa untung nasib mereka akan terpelihara secara kolektif. Sesungguhnya perubahan kerangka minda atau mindset merupakan perkara asas titik tolaknya pencapaian Gagasan 1Malaysia.
Prinsip kedua ialah dasar dan pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua kaum. Dengan ini tiada mana-mana kelompok etnik akan terasa terpinggir atau marginalized. Perpaduan nasional lebih mantap jika prinsip ini dapat dihayati dan diterima pakai. Waima apa pun perlu ditegaskan Gagasan 1Malaysia tetap berpaksi kepada Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Prinsip dan semangat Perlembagaan Negara akan sentiasa menjadi landasan pembentukan perpaduan nasional. Kejayaan perpaduan nasional boleh diukur dari sikap rakyat Malaysia pelbagai kaum terhadap saudara mereka dari kaum yang berbeza. Tahap terendah perpaduan nasional adalah sikap toleransi terhadap perbezaan yang wujud. Tahap kedua perpaduan nasional adalah penerimaan sepenuhnya terhadap perbezaan yang ada, manakala tahap ketiga perpaduan nasional yang merupakan tahap tertinggi adalah meraikan perbezaan. Dalam tahap ketiga ini, perbezaan bukan lagi menjadi punca persengketaan tetapi telah berubah menjadi sumber kekuatan. Penghalang terbesar pada kejayaan pencapaian 1Malaysia atau perpaduan nasional yang lebih sempurna adalah kebimbangan serta ketakutan akibat prasangka dan prejudis yang tidak ditangani. Oleh itu kita semua rakyat Malaysia harus ikhlas memeriksa prasangka dan prejudis masing-masing kerana jika tidak, kita berisiko untuk menzalimi saudara-saudara kita. Janganlah kita terus memegang kepada prasangka dan prejudis tanpa mengetahui kebenaran yang pasti. Marilah kita bergerak dari mendefinisikan identiti kita berasaskan perbezaan yang wujud sesama kita kepada mencari titik- titik persamaan. Tembok-tembok yang lama harus kita runtuhkan, manakala jambatan-jambatan baru harus pula kita bina. Saya ingin jelaskan bahawa kefahaman Gagasan 1Malaysia mestilah dilihat bersekali dengan ungkapan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Ini adalah kerana apa pun tindakan kerajaan akan lakukan, fokusnya perlulah menjurus kepada kepentingan rakyat dan tindakan yang mementingkan pencapaian dan keberhasilan. Program seperti pelancaran Klinik 1Malaysia adalah cerminan gagasan ini. Di samping itu saya berbangga dan bersyukur kerana dengan sambutan rakyat terhadap gagasan ini seperti disaksikan dalam lawatan-lawatan tinjauan mesra, walkabout yang saya telah lakukan sama ada di kawasan seperti Pantai Dalam, Petaling Street, Brickfields atau Lachau Ulu di Sarawak. Kena sebut betul- betul [Ketawa] Hari ini Gagasan 1Malaysia sudah menjadi pergerakan massa di akar umbi dan tidak tinggal sebagai inisiatif top down, dengan izin atau prakarsa kerajaan semata-mata. Saya berasa kagum bahawa sebutan “Salam 1Malaysia” sudah menjadi kelaziman ramai pihak [Tepuk] Tambahan pula banyak inisiatif daripada rakyat sendiri untuk meraikan dan mengenal pasti dengan lambang 1Malaysia secara simbolik seperti Perkahwinan 1Malaysia di antara empat pasangan di Kapar baru-baru ini yang terdiri daripada dua pasangan Melayu, satu Cina dan satu India yang disaksikan oleh saya sendiri. Simbol 1Malaysia juga sudah menjadi sangat popular digunakan oleh badan korporat, badan sukarela dan juga sebagai simbol dan motif dalam bentuk pakaian. Untuk 1Malaysia berjaya, ia memerlukan komitmen semua pihak. Kita tidak mempunyai pilihan lain selain berjaya mencapainya. Alternatif kepada kejayaan 1Malaysia adalah sebuah negara Malaysia yang berpecah-belah, tidak
stabil dan lemah demi untuk anak-anak kita. Ini bukanlah masa depan yang kita dambakan. Kerajaan yakin dan percaya Gagasan 1Malaysia boleh menjadi formula nasional yang boleh memupuk kewujudan bangsa Malaysia dan seterusnya berjaya menyatukan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas jawapan yang telah diberi sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya sampai kepada soalan, saya ingin menyatakan bahawa rakyat di Sarawak amat berbangga dengan Gagasan 1Malaysia ini [Tepuk] kerana pendekatan ini telah membolehkan banyak lagi projek pembangunan infrastruktur asas dibina untuk mereka. Juga dengan adanya pelbagai NKRA, banyak masalah yang membebankan rakyat selama ini mula ditangani dan diselesaikan. Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional [Tepuk] Now, soalan saya, saya memohon penjelasan dan pandangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apa dia perbezaan antara Gagasan 1Malaysia kita ini dengan konsep Middle Malaysia yang telah diumumkan oleh DAP pada National Conference DAP di Ipoh baru-baru ini. Kedua, apakah sepatutnya pihak pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan, NGOs di negara kita boleh buat untuk membantu untuk menjayakan Gagasan 1Malaysia ini dan terakhir, sila nyatakan juga bagaimana dengan keistimewaan bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Negara kita akan terus terjamin dan dapat dilindungi dalam konteks Gagasan 1Malaysia ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa usaha pihak tertentu untuk memperkenalkan Middle Malaysia ini sebagai reaksi kepada 1Malaysia [Disampuk] [Ketawa] Apabila Gagasan 1Malaysia semakin popular, tiba-tiba timbul satu usaha baru.
Kononnya atas nama Middle Malaysia tapi pada pengamatan ramai Middle Malaysia ini merupakan re-branding Malaysian Malaysia. [Tepuk] Malaysian Malaysia telah pun ditolak oleh rakyat... Seorang Ahli Pembangkang: Eh, belum tahu!
...terutama sekali rakyat peribumi tidak dapat menerima Malaysian Malaysia. Jadi bila tidak dapat diterima lebih baik re-brand. Jadi timbullah Middle Malaysia. Kedua Tuan Yang di-Pertua, Middle Malaysia kah, Malaysian Malaysia kah tidak pernah berpaksi kepada Perlembagaan negara dan sejarah negara kita. Manakala ketiga bezanya ini sebagai slogan retorik tapi 1Malaysia bersekali dengan tindakan Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan [Tepuk] Jadi ada banyak bezanya. Dari segi soalan kedua dan ketiga tadi macam mana boleh membantu kejayaan 1Malaysia saya kata bahawa 1Malaysia ini boleh kita hayati melalui pelbagai pendekatan dan cara. Saya hendak supaya sambutan ini kepada konsep Gagasan 1Malaysia ini menjadi satu sambutan pergerakan massa. Jadi kita boleh lihat pelbagai usaha yang boleh kita lakukan dengan pelbagai kegiatan seharian yang boleh dilakukan oleh rakyat berasaskan kepada semangat dan prinsip 1Malaysia.
Ketiga, 1Malaysia tetap berpaksi kepada Perlembagaan Negara. Jadi soal keistimewaan rakyat peribumi tidak boleh dipersoalkan. Terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Bukit Gelugor. Mintak maaf Yang Berhormat, Yang berhormat Permatang Pauh akan naik memberi soalan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, 1Malaysia ini bukan konsep yang baru. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jadi copycat yang besar. [Tepuk] Malaysian Malaysia apa yang dihajatkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tapi apa yang penting adalah ini soalan yang ingin saya tanya. Jika 1Malaysia adalah brain child Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah keperluan besar untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersihkan diri sendiri. Altantuya.
Yang Berhormat. Soalan tambahan yang berkaitan Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Dalam Mahkamah Tinggi di Shah Alam nama dia disebut...
Yang Berhormat.
...tetapi dia tidak jadi saksi.
Saya minta Yang Berhormat soalan tambahan yang berkaitan.
Saya datang ke soalan itu. Kedua, Mohd. Saiful Azlan...[Dewan riuh]
Yang Berhormat.
...Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dikaitkan dengan satu konspirasi...
Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat terus kepada soalan tambahan yang berkaitan Yang Berhormat.
...tetapi tidak berani untuk jadi saksi. Soalan tambahan saya adakah...
Are you okay Yang Berhormat?
...Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ingin bersihkan diri? Kedua, seorang bernama Nasir Safar kalau saya tidak silap...
Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat berhenti Yang Berhormat.
Dia jadi satu pegawai khas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dari kementerian Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri. Nasir Safar ini ada menyatakan orang India datang ke negara ini sebagai pengemis [Tepuk]
1Malaysia.
Perempuan Cina dari negara China datang ke negara ini sebagai pelacur.
1Malaysia.
Yang Berhormat.
Itu sudah terkeluarlah. Tuan Yang di-Pertua, sudah terkeluarlah.
Rakyat dalam negara ini boleh menyatukan jika ada pegawai seperti ini dalam kementerian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bolehkah dapat penjelasan?
Terkeluar sama sekali tapi soalan yang ketiga ini maknanya kalau ada individu yang buat apa-apa kenyataan yang bertentangan dengan dasar kerajaan khususnya dengan Gagasan 1Malaysia tindakan akan diambil terhadap mereka dan tindakan telah pun diambil terhadap pegawai yang berkenaan.
Yang Berhormat Ranau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Soalan tambahan saya adakah Gagasan 1Malaysia juga mengambil kira jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dari segi berbilang kaum dan agama melalui pelaksanaan kuota sistem bagi perpaduan nasional? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kita berharap bahawa perkhidmatan kerajaan dapat mencerminkan penyertaan yang seimbang antara semua kaum. Walau bagaimanapun, ia juga mesti juga diambil kira di atas prinsip kelayakan ataupun merit untuk diterima oleh kerajaan dan di samping itu kita juga berharap sektor swasta juga mengambil sikap yang sama untuk membuka peluang kepada penyertaan pelbagai kaum dalam badan- badan swasta dan syarikat-syarikat swasta.
Point of order Tuan Yang di-Pertua, point of order. Ini berkenaan dengan 1Malaysia.
Yang Berhormat, point of order selepas ini Yang Berhormat.
Point of order mengenai 1Malaysia [Dewan riuh] Ya, huru-haralah, huru-hara. Ini tidak ada tertib. Ini point of order mengenai 1Malaysia di mana soalan saya ada ditolak sungguhpun ia mengenai...
Kita sudah buat keputusan tidak ada point of order.
Mempertahankan 1Malaysia.
Cukuplah Yang Berhormat.
Bagaimana ia boleh menunjukkan keseriusan kerajaan untuk 1Malaysia dan soalan saya ini ialah meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan yang akan diambil terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dikuasai oleh UMNO kerana memusnahkan Gagasan 1Malaysia menerusi agenda racist dan agama sempit mereka memfitnah Kerajaan Pakatan rakyat negeri Pulau Pinang serta Ketua Menterinya sebagai anti Melayu dan anti Islam. [Dewan riuh]
Cukuplah Yang Berhormat.
Itu Yang Berhormat punya anak!
Jaga kroni, kroni, kroni!
Jika Gagasan 1Malaysia boleh ditolak bagaimana...
Duduklah Yang Berhormat.
...bahawa Kerajaan Barisan Nasional dan Perdana Menteri serius...
Kroni, kroni! Jaga kronikah?
...Serius dalam perkara ini?
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta diam Yang Berhormat. Kita ada...
Itu soalan kronilah!
Yang Berhormat, kita ada ketetapan di Dewan ini. Point of order hanya akan di deal selepas sesi soal jawab apatah lagi point of order yang tidak kena-mengena dengan point of order. Saya rasa soal itu adalah soal pentadbiran yang boleh kita selesaikan bukan dalam sesi soal jawab ini. Saya minta Yang Berhormat Permatang Pauh.
Soalan tambahan kah?
Soalan asal. Soalan kedua Yang Berhormat.
Soalan kedua. Ini kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sedia jawab jadi sepatutnya Tuan Yang di-Pertua beri laluan.
Sudah cukup Yang Berhormat. Peraturan mesyuarat cuma boleh dua soalan tambahan Yang Berhormat.
Itu budi bicara Tuan Yang di-Pertua kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri setuju jadi Tuan Yang di-Pertua patut beri laluan.
Soalan kedua Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur itu adalah soal peraturan yang penting. Tidak boleh kita tolak soalan sewenang-wenangnya. Sepatutnya diberi pertimbangan isu itu dan isu ini kita akan bangkitkan kemudian sekali lagi. Terima kasih. 1Malaysia ini kena sabar sedikit. Tuan Yang di-Pertua, soalan kedua.
2. Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan sejak liberalisasi beberapa perkhidmatan diumumkan kerajaan tahun lepas, mengapa nilai pelaburan asing masih terus merosot berbanding beberapa negara jiran serta nyatakan faktor- faktor kemerosotan tersebut dan impaknya kepada ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, ekonomi dunia mengalami kemerosotan sejak separuh kedua tahun 2008 berikutan krisis kewangan di Amerika Syarikat. Berikutan itu mengikut Laporan UNCTAD ataupun Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pelaburan asing telah menurun dengan ketara iaitu sebanyak 39% berjumlah USD1.7 trilion pada tahun 2008 kepada USD1.0 trilion pada tahun 2009. Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang diterima oleh Malaysia juga mengalami penurunan pada tahun lalu. Berdasarkan pelaburan yang diluluskan oleh MIDA, jumlah ini telah menurun daripada RM46.6 bilion pada 2008 kepada RM22.1 bilion pada tahun lalu. Beberapa negara jiran juga tidak terkecuali menerima impak yang sama dalam kemasukan FDI iaitu Singapura dan Thailand telah menunjukkan penurunan kemasukan FDI pada tahun lalu. Masing-masing sebanyak 19.5% dan 54.3%. Penurunan pelaburan asing ini adalah berikutan persekitaran antarabangsa yang kurang memuaskan yang mana kesemua negara mengalami kemerosotan dalam pelaburan asing iaitu sebanyak USD700 bilion secara keseluruhannya. Ini juga disebabkan oleh keadaan yang semakin kompetitif untuk mendapat pelaburan asing di mana Malaysia perlu bersaing dengan negara- negara di rantau ini. Walaupun terdapat penurunan pelaburan asing pada tahun lalu, Malaysia masih lagi menarik beberapa pelaburan besar. Di antara pelaburan ini termasuklah Tokoyama dari Jepun dengan pelaburan sebanyak RM5.5 bilion akan mengeluarkan polysilicon di Sarawak, Syarikat Sun Ben dari Hong Kong akan melabur RM5.2 bilion untuk mengeluarkan solar glass di negeri Sabah. Pada petang ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan merasmikan Majlis Pecah Tanah Kilang Coca Cola di Nilai yang melibatkan pelaburan keseluruhan sebanyak RM560 juta dalam tempoh empat tahun dan RM1.3 bilion dalam tempoh 15 tahun akan datang. Mengenai bahagian kedua soalan iaitu impak kepada ekonomi negara, oleh kerana pelaburan merupakan salah satu daripada penggerak utama ekonomi negara maka pengurangan pelaburan telah menjejaskan prestasi ekonomi. Di mana ekonomi negara kita seperti sedia maklum menguncup sebanyak 1.7% tahun lalu.
Walau bagaimanapun ini tidak menjejaskan peluang pekerjaan dalam negara kerana kadar pengangguran telah menurun dari 3.7% tahun 2008 kepada 3.6% tahun lalu. Selain itu keadaan ekonomi negara masih kukuh disebabkan oleh pakej rangsangan yang diperkenalkan oleh kerajaan berjumlah sebanyak RM67 bilion. Ini telah menggerakkan prestasi ekonomi negara suku keempat tahun lalu yang mana telah berkembang sebanyak 4.5%. Pada tahun ini ekonomi negara mungkin berkembang sebanyak kira-kira 5%. Kerajaan menjangkakan pelaburan asing dan juga pelaburan domestik akan meningkat pada tahun ini berikutan keadaan ekonomi dunia yang semakin baik.
Terima kasih penjelasan Yang Berhormat Menteri. Ada beberapa pertimbangan pokok yang harus kita berikan tentang perubahan struktural yang diperlukan di negara kita. Pertama, Yang Berhormat Menteri merujuk kepada Laporan UNCTAD. Laporan UNCTAD menunjukkan kedudukan Malaysia dari segi keupayaan menarik pelabur merosot ke tangga 62 berbanding dengan tangga enam pada tahun 1995, itu isu pokok. Keduanya dari segi angka yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri di Asia Tenggara, Malaysia RM2.1 bilion pelaburan asing dan Singapura RM75.7 bilion, Thailand RM32.67, Vietnam RM27, Indonesia RM27. Yang membimbangkan bukan soal merosotnya pelaburan asing akan tetapi hilangnya daya tarikan Malaysia sebagai menarik pemodal dan pelaburan asing. Kita lihat Intra ASEAN, Intra ASEAN pun kita kalah kepada Indonesia 27.6%, Thailand 22.8%, Vietnam 21.2%, Malaysia 15% [Tepuk] Soalannya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, jawapan sekadar kita menerima pelabur itu tidak pernah dipertikai. Isu pokoknya ialah mengapa Malaysia dengan semua slogan baru dan gagasan baru masih terkebelakang berbanding dengan negara-negara yang dulunya pernah jauh ketinggalan dengan Malaysia. Itu menunjukkan hilang keyakinan pelabur pada isu pemerintahan dan poor governance dan endemic corruption di negara kita [Dewan Riuh] [Tepuk]
Sila Yang Berhormat Menteri.
Dua isu Tuan Yang di-Pertua. Yang pertama angka-angka yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, saya tidak tahu di mana dipetik angka-angkanya [Dewan riuh] Angka-angka yang ada...
Itu angka UNCTAD - Disember 2009. UNCTAD Report. You have to do your homework.
Angka-angka... [Dewan riuh] Homework di sini.
Sendiri tidak baca. [Dewan riuh]
Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Singapura USD18.3 bilion, Thailand USD4.6 bilion. Angka-angka yang... [Dewan riuh] Ini angka-angka yang jauh berbeza. Saya tidak mahu Ketua Pembangkang putar belit angka-angka semata-mata untuk menegakkan benang yang basah [Dewan riuh]
Yang Berhormat...
Itu yang pertama. Kedua, saya ada angka- angka di sini, [Sambil mengangkat laporan] Yang Berhormat Permatang Pauh. Keduanya berkaitan daya saing. Kita mengakui bahawa keadaan semakin kompetitif akan tetapi ini bukan bermakna bahawa kedudukan kita telah merosot begitu teruk. Pertamanya saya hendak tekankan bahawa kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah akhir-akhir ini termasuklah penubuhan PEMUDAH umpamanya tahun 2007. Sudah tiga tahun di mana beberapa pembaharuan telah pun dilakukan yang menjadikan Malaysia salah sebuah pusat tarikan utama bagi pelabur asing. Saya hendak sebut bahawa beberapa pelabur yang menyatakan bahawa antara sebab kenapa mereka memilih Malaysia adalah kerana adanya kestabilan politik dan dasar-dasar yang jelas di Malaysia umpamanya sebuah syarikat Spirit Aero System yang melabur kira-kira RM500 juta di Subang. Apabila mereka membuat pertimbangan sama ada untuk melabur di Malaysia ataupun negara-negara lain termasuk India, maka antara pertimbangan yang digunakan ialah daya saing yang terdapat di Malaysia. Kita tidak mempertikaikan bahawa keadaan semakin mencabar dengan wujudnya China, India dan lain-lain akan tetapi untuk menyatakan bahawa kita telah mengalami kemerosotan yang ketara adalah tidak benar. Dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan telah meyakinkan pelabur-pelabur tentang keupayaan Malaysia untuk terus menarik pelabur tersebut. Kalau kita tidak ada tarikan memandangkan syarikat-syarikat Tokoyama dari Jepun dan Sun Ben dari Hong Kong hendak melabur di sini. Manakala Coca Cola membuat keputusan untuk melabur di negara kita. Maka saya ingin menegaskan di sini bahawa langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam tempoh dua tiga tahun ini selain daripada infrastruktur yang baik di negara kita Malaysia, infrastruktur fizikalnya, infrastruktur softwarenya dengan langkah- langkah telah diambil oleh kerajaan, pembaharuan government transmission programme yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang telah meningkatkan keyakinan pelabur. Itu sebabnya kita menjangkakan tahun 2010 ini menjangkakan bahawa, tahun lepas memang kita mengakui angkanya merosot. Ini tidak boleh kita sembunyikan, ini benar berlaku, ini adalah berikutan daripada [Dewan riuh] kemerosotan seluruh dunia bukan Malaysia sahaja yang mengalami kemerosotan. Akan tetapi tahun ini kita cukup yakin dengan langkah-langkah yang diambil kerajaan dan transformasi kerajaan yang telah diumumkan pada bulan Januari lalu, maka keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia bukan sahaja pelabur asing malah pelabur dalam negara juga akan meningkat.
Yang Berhormat Rembau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada 22 April tahun yang lepas kerajaan telah mengumumkan liberalisasi dalam 27 subsektor perkhidmatan tanpa kriteria ekuiti. Antaranya perkhidmatan pelancongan, pengangkutan dan sebagainya. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, bolehkah Yang Berhormat Menteri nyatakan tahap penglibatan syarikat-syarikat bumiputera dalam subsektor-subsektor perkhidmatan tersebut sebelum diumumkan liberalisasi itu dan jika ada apakah perubahan sejak liberalisasi tersebut diumumkan dan dilaksanakan sejak satu tahun ini. Terima kasih.
Pada akhir April tahun 2009 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan liberalisasi 27 subsektor dalam sektor perkhidmatan.
Saya ingin menyatakan di sini bahawa penglibatan bumiputera dalam kesemua 27 sektor tersebut adalah kecil. Kemasukan pelabur asing sejak diumumkan langkah-langkah tersebut tidaklah ketara kerana ia baru diperkenalkan. Oleh yang demikian, kedudukan bumiputera tidak terjejas. Pertamanya kerana bumiputera dalam kesemua 27 subsektor tersebut adalah kecil pegangan ekuitinya. Kedua, kita tidak melihat kemasukan pada masa ini belum nampak kemasukan ketara pelaburan asing dalam 27 subsektor berkenaan.
3. Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Kewangan menyatakan:- (a) apakah mekanisme yang digunakan untuk pelaksanaan petrol bersubsidi berpandukan kapasiti kereta dan berapakah peruntukan yang diagihkan untuk pelaksanaan polisi ini; dan (b) adakah pihak kementerian sedar akan kelemahan polisi ini. Sebagai contohnya, pemandu yang meminjam kereta pemandu kereta lain akan menghadapi masalah pengisian petrol tidak bersubsidi.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan-soalan daripada 14 orang Ahli-ahli Yang Berhormat seperti berikut. Soalan daripada Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Sri Gading kerana soalan-soalannya adalah sama isunya.
Baik Yang Berhormat.
Seperti mana kita maklum, kerajaan telah mengumumkan pada 4 Mac 2010, kerajaan tidak akan meneruskan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi petrol. Keputusan ini adalah dibuat setelah mengambil kira pandangan daripada semua pihak dalam negara kita. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan kepada soalan yang diberikan. Soalan tambahan, adakah kajian terperinci serta menyeluruh telah dan sedang dilaksanakan dalam memastikan subsidi minyak diesel dan petrol benar- benar dinikmati oleh rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah? Apakah usaha-usaha yang dibuat setakat ini untuk membendung berlakunya penyeludupan haram secara berleluasa ke negara jiran? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di- Pertua, kedua-dua isu ini diambil dan dipandang berat oleh kerajaan. Buat masa
ini subsidi masih diguna pakai oleh rakyat. Mengenai dengan penyeludupan, kita meminta supaya pihak penguatkuasaan menguatkan proses penguatkuasaan mereka. Dari segi kedudukan kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat, kita sedang mengkaji keseluruhan subsidi di negara kita. Kita dapati bahawa, daripada segi subsidi, insentif dan juga bantuan yang disediakan oleh kerajaan pada tahun 2009 berjumlah RM32.1 bilion. Kalau kita ambil dari konteks bantuan secara tidak langsung, ia menjadi lebih daripada itu. Bermakna, negara kita menjadi sebuah negara yang memberikan subsidi yang terbesar di dunia. Kita sedang mengkaji bagaimana untuk kita mengurangkan subsidi tersebut dalam bentuk yang gradual dan dapat menjaga kepentingan vulnerable group. Ini penting kerana untuk masa depan negara, kita perlu subsidi ini digunakan dalam sektor-sektor yang produktif dan bukan dari segi penggunaan. Terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Bachok.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, sekurang-kurangnya ada dua polisi kerajaan yang terpaksa ditangguhkan kerana ada bantahan. Pertamanya, daripada Pakatan Rakyat dan juga daripada rakyat sendiri, [Tepuk] GST dan juga hal yang berkaitan dengan subsidi petrol. Saya ingin mencadangkan, daripada mengadakan cadangan-cadangan yang bersifat flip-flop, lebih baik pandangan rakyat ini didapatkan terlebih dahulu. Contohnya, GST yang baru ditarik ataupun yang ditangguhkan bacaannya, lebih baik ditarik dan tidak dibaca terus atau dilaksanakan demi untuk kepentingan rakyat. Merujuk pada hal yang berkaitan dengan petrol, saya ingin bertanya mengenai penguatkuasaan polisi untuk mengawal petrol yang disubsidi kepada bukan warganegara, seperti Thailand dan Singapura. Contohnya, mengehadkan pembelian ke atas petrol dalam kawasan 50 kilometer dari kawasan sempadan antarabangsa. Soalannya, adakah polisi ini berkesan? Apakah langkah-langkah pencegahan dan hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah melanggar polisi berkenaan? Terima kasih.
Tuan Yang di- Pertua, kita mempunyai satu dasar bagi kenderaan warga asing, tidak boleh membeli lebih daripada 20 liter dalam kawasan radius 50 kilometer. Sekiranya berlaku kesalahan, kereta tersebut akan disita. Mengenai dengan GST Yang Berhormat bangkitkan tadi, kerajaan membuat keputusan supaya kita tangguhkan untuk mendapat makluman daripada masyarakat dengan lebih efisien lagi. Ini bukan kerana pembangkang, Yang Berhormat. Ini adalah kerana seperti mana kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, “Rakyat Didahulukan....[Dewan Riuh] Jadi, dalam memberikan keutamaan kepada rakyat, kita mahu mendengar apakah pandangan rakyat mengenai perkara itu. Terima kasih.
[Bangun]
Saya menjemput Yang Berhormat Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail.
Ada 14 buah kawasan yang mencadangkan soalan ini. Takkan tidak boleh tambah satu.
[Menyampuk]
Berilah peluang, Tuan Yang di-Pertua.
Saya minta maaf Yang Berhormat. Saya beri dua soalan tambahan untuk soalan ini.
4. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang] minta Menteri Pelajaran menyatakan bilangan sekolah dalam kategori-kategori seperti ‘smart school’, sekolah kluster, sekolah premier, sekolah kawalan dan sekolah berprestasi tinggi dan apa lagi klasifikasi sekolah yang akan dilaksanakan oleh kementerian pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, Salam 1Malaysia. Sistem pendidikan di negara ini sentiasa melalui proses transformasi dan penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk menjamin kualiti pendidikan negara berada pada tahap yang tinggi. Langkah tersebut seiring dengan matlamat kita untuk menjadi negara yang maju berlandaskan Model Ekonomi Baru menjelang 2020. Melalui proses transformasi tersebut, pelbagai pendekatan, kaedah dan program dilakukan dalam membangunkan pendidikan termasuklah kepada institusi pendidikan yang ada di negara ini. Namun, institusi pendidikan yang ada sekarang ini masih merujuk kepada Akta Pendidikan 1996. Terdapat tiga kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan iaitu institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan dan institusi pendidikan swasta. Tuan Yang di-Pertua, klasifikasi sekolah ataupun dalam Akta Pendidikan 1996, disebut institusi pendidikan seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat merupakan program khusus yang diwujudkan bagi memudahkan fokus dalam sesuatu aspek agenda pendidikan. Selain daripada itu, memberi fokus pada sesuatu agenda pendidikan, sekolah juga di klasifikasi atau dilabel berdasarkan tujuan tertentu. Sebagai contohnya:- (i) Smart school sebanyak 88 buah memberikan tumpuan pada pembelajaran secara interaktif berasaskan ICT; (ii) sekolah premier sebanyak 48 buah merupakan sekolah yang memperkukuh unsur sejarah dan tradisi menjadi kebanggaan negara; (iii) sekolah kawalan sebanyak 103 buah merupakan satu label yang diberikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengawal kemasukan murid bertujuan menjadikan sekolah tersebut cemerlang; (iv) sekolah kluster iaitu sebanyak 120 buah merupakan sekolah-sekolah yang menunjukkan kecemerlangan dalam kelompoknya mengikut kebitaraan masing-masing; dan
(v) sekolah berprestasi tinggi atau SBT pula adalah pengiktirafan yang diberikan pada sekolah-sekolah yang menunjukkan kecemerlangan secara berterusan dan mengekalkan kecemerlangan daripada pelbagai aspek sejak sekian lama. Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya dalam era persaingan global, kejayaan masa hadapan negara bukan sahaja bergantung kepada kekayaan alam tetapi memerlukan modal insan yang berpengetahuan, kreatif, inovasi, berintegriti, memiliki daya usaha yang kuat untuk menjadikan model ekonomi baru negara. Sehubungan dengan itu, pembangunan modal insan yang secara holistik akan melibatkan pengukuhan keseluruhan sistem dan institusi pendidikan negara bagi memastikan setiap individu berpeluang untuk menyerlahkan potensi dan bakat secara maksimum.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya mendoakan Yang Berhormat Menteri dalam jawatan apa pun yang bertanding dalam MCA semoga sukses [Ketawa] Berbalik pada soalan tambahan, isunya ialah isu jurang taraf pencapaian sekolah bandar, luar bandar dan pedalaman.
Kita ada 10,000 sekolah di seluruh negara. Kementerian ada sistem gred dan telah tahu sekolah yang tinggi pencapaiannya dan sekolah yang tercorot pencapaiannya. Dengan adanya klasifikasi mengikut sistem SBT ini, saya lihat senarai sekolahnya. Tujuannya ialah hendak menjadi penanda aras baru bagi pembangunan dan mutu pendidikan negara. Aspek yang ditekankan dalam standard kualiti Pendidikan Malaysia ialah keupayaan daya saing. Itu ciri yang sempat saya baca dalam dokumen itu. Bagaimanakah dengan Sekolah Tun Fatimah jikalau kita hendak bandingkan dengan Sekolah Charok Kudung di Pendang? Sekolah Nawa hendak dibandingkan dengan Sekolah Bukit Damansara. Sekolah Menengah Jabi hendak dibandingkan dengan Malay College Kuala Kangsar. Sekolah di Tombongan, Matok, Pukak, Kiulu, Baram, Lawas dan di Kapit, mereka tidak mampu bersaing. Kita tidak bermula di garis permulaan yang sama. Isu dan soalan yang saya hendak kemukakan ialah kenapa mesti kementerian terlalu obsess dengan klasifikasi sekolah? Kluster kecemerlangan, smart school dan segala macam. Kenapakah tidak boleh ditumpukan kepada meningkatkan kemudahan prasarana di sekolah-sekolah yang dikategorikan dalam kelompok daif? Bangunannya seperti kandang kambing. Bekalan air dan elektrik tidak cukup, ya. [Tepuk] Guru yang tidak cukup. Saya fikir ini isu pokok yang mesti diberikan tumpuan kerana kriteria, standard kualiti pendidikan itu tidak sama sekali memihak kepada sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman. Jauh sekali daripada menghayati semangat 1Malaysia.
Yang Berhormat.
Jadi bagaimana Timbalan Menteri harus memberikan respons terhadap perkara ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya apabila kita menyebut tentang SBT, Sekolah Berprestasi Tinggi mungkin ia patut dilihat dari pelbagai dimensi. Ini kerana bukan sahaja diumumkan SBT. Ada juga
dibuat pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran bahawa kita juga akan melihat sekolah berprestasi rendah. Bermakna mereka yang tercorot daripada 200 buah sekolah yang berprestasi rendah juga akan dipilih. Kita hendak menggunakan perkataan bottom-up, bermakna kita akan mengenal pasti 200 buah yang paling rendah dari segi prestasi dan bagaimana kita hendak menganjakkan prestasi itu kepada prestasi yang lebih tinggi. Bermaksud kalau kita ada sekolah berprestasi tinggi dan dipilih berdasarkan skor komposit sekolah dan juga apa yang telah diketahui oleh semua iaitu berdasarkan penaksiran kendiri, bukan sahaja kita melihat gred purata sekolah berdasarkan peperiksaan awam. Jadi ada dua aspek itu. Bagi mereka yang gagal atau belum lagi memasuki SBT memang ada cara untuk kita membimbing mereka. Jadi bagi yang berprestasi rendah seperti mana yang telah diumumkan. Mereka akan diberi satu program khas dan kita ada school improvement program. Bagaimanakah kita hendak menganjakkan dari segi kecemerlangan akademik dan pada waktu yang sama kita ada juga program mentoring dengan sekolah-sekolah berprestasi tinggi. Jadi ini secara tingkasnya, kita melihatnya dalam satu pakej yang lebih holistik dan bukan semata-mata melihat kepada beberapa buah sekolah sahaja. Berbalik kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang infrastruktur dan keperluan guru. Sebenarnya kita tidak abaikan aspek itu dan malahan kita memberikan peruntukan yang terbanyak kepada Sabah dan Sarawak dari segi pembangunan prasarana. Kita sedar bahawa kita perlu melakukan lebih banyak usaha. Oleh sebab itu, Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran turun ke padang khususnya ke Sabah dan Sarawak setelah memberikan peruntukan yang begitu banyak untuk kita memperbaiki keadaan. Jadi saya rasa ini memang satu perkara yang telah dikenal pasti dan sedang diambil tindakan. Keperluan guru pula menjadi satu amalan ataupun polisi kita untuk menempatkan guru yang berpengalaman untuk mengajar di sekolah-sekolah luar bandar dan itu juga merupakan satu pendekatan baru yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat. Terima kasih.
Yang Berhormat Bagan Serai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh] Soalan saya ialah apakah bentuk jaminan atau pun keistimewaan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar jaguh kampung yang telah mencapai kecemerlangan jika dia tidak dipilih ke sekolah yang telah dibincangkan sebentar tadi. Itu soalan saya. Terima kasih.
Tidak adakah salam kebebasan?
Terima kasih Yang Berhormat. Bagi pelajar yang cemerlang, sebenarnya berdasarkan kepada prestasi dalam peperiksaan awam misalannya UPSR atau PMR. Kita akan mengenal pasti pelajar yang cemerlang khususnya mereka yang di luar bandar. Keutamaan akan diberikan kepada golongan yang kurang berada untuk mereka menghantar anak mereka ke sekolah berasrama penuh. Di situlah banyak sekolah kluster dan juga di kalangan itu ada pula sekolah berprestasi tinggi, jadi kita akan memberikan pertunjukan yang terbaik kepada anak-anak yang dari luar bandar. Jadi saya rasa itu memang satu pendekatan yang utama. Keduanya, kalau kita melihat dari segi keperluan atau kapasiti untuk kita menampung pelajar tidak cukup. Maka kita telah mewujudkan sekolah kawalan dan sekolah premier untuk membolehkan mereka masuk ke situ juga. Jadi kita mempunyai multi
prompt approach dengan izin untuk kita memastikan mereka yang boleh belajar khususnya anak-anak miskin dapat pendidikan yang terbaik sampailah mereka ke universiti. Terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed.
5. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan sejauh manakah keberkesanan untuk mewajibkan pelajar asing mesti menghadiri kuliah 40% untuk terus diberikan permit meneruskan pengajian mereka di negara ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, di antara syarat yang perlu dipatuhi oleh pelajar antarabangsa ketika memohon menyambung semula pas pelajar ialah mematuhi keperluan kursus dengan menghadiri sekurang-kurangnya 80%, bukannya 40% Yang Berhormat. Sebanyak 80% daripada keseluruhan jadual kelas dan mencapai keputusan akademik yang baik. Kegagalan mencapai keperluan ini akan menyebabkan status pas pelajar tidak akan dilanjutkan. Pengesahan maklumat berkenaan kehadiran ke kuliah dan keputusan akademik akan dibuat oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebelum permohonan itu dimajukan kepada pihak imigresen untuk kelulusan. Pada dasarnya Tuan Yang di-Pertua, penetapan syarat-syarat seperti ini mampu menapis permohonan agar mereka yang benar-benar layak sahaja diluluskan lanjutan pas pelajar. Dari semasa ke semasa Kementerian Pengajian Tinggi akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri khususnya Jabatan Imigresen Malaysia dan agensi- agensi kerajaan yang lain dalam meningkatkan keberkesanan kelulusan berkaitan pelajar antarabangsa. Terima kasih.
Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya sejauh manakah kementerian boleh memantau pelajar-pelajar asing ini dan boleh mengenal pasti bahawa mereka yang datang ini betul-betul pelajar tulen. Ini kerana kita mendapati bahawa ada di antara pelajar-pelajar ini yang menggunakan kesempatan belajar di sini dan ada sesetengahnya menjalankan kegiatan-kegiatan yang begitu terancang misalnya perlakuan jenayah, menjalankan perniagaan, dan termasuk juga menjadi anggota pengganas antarabangsa. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Saya faham maksud soalan Yang Berhormat. Namun demikian berdasarkan kepada data yang ada di kementerian itu. Kes-kes yang merupakan kes jenayah yang melibatkan pelajar antarabangsa dan ini berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia pada tahun 2009. Jumlah pelajar antarabangsa yang terlibat dalam kes jenayah semua sekali ada 17 kes iaitu enam kes ugutan jenayah, empat kes merusuh, tiga kes curi, dua kes cabul, satu kes rogol, dan satu kes mendatangkan kecederaan. Walaupun jumlah ini kecil tetapi kita menganggap ia adalah serius dan kerana itu kita telah meningkatkan proses pemantauan pelajar- pelajar antarabangsa ini dari dua aspek.
Pertama ialah dari aspek kemasukan mereka. Kita mengetatkan syarat kemasukan pelajar-pelajar antarabangsa. Kedua, kita menyediakan garis panduan yang baru untuk pemantauan mereka dari semasa ke semasa. Malahan dari segi memperkemaskan kriteria pengambilan pelajar antarabangsa, sekarang ini kita memberikan tumpuan untuk mengambil seboleh-bolehnya pelajar antarabangsa yang ditaja oleh kerajaan mereka atau oleh organisasi atau pembiaya daripada negara mereka supaya memastikan pelajar itu adalah pelajar yang benar-benar memenuhi kriteria yang dikehendaki. Di samping itu, kita juga sedang dalam proses untuk mengguna pakai sistem dengan izin, non-objection certificate terhadap pelajar antarabangsa iaitu sijil sokongan daripada kedutaan negara asal yang mengiktiraf kelayakan mereka. Kita juga mengetatkan syarat, sekiranya pelajar itu tidak hadir tiga hari berturut-turut ke kelas, maka IPT mesti melaporkan kepada kita dan jika tujuh hari berturut-turut tidak hadir ke kelas, maka tindakan mesti diambil. Malahan bagi IPT yang tidak mematuhi syarat-syarat ketat yang dikenakan oleh kementerian, kita mengambil tindakan yang tegas. Contohnya sehingga 30 November 2009, sebanyak 29 IPTS telah ditarik lesen kerana mengambil pelajar antarabangsa - bukan ditarik lesen mereka. Tidak dibenarkan lagi mengambil pelajar antarabangsa kerana tidak mematuhi syarat-syarat yang ketat yang telah kita tentukan. Terima kasih.
Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya faham bahawa kita perlu memantau kemasukan pelajar asing dan juga menjaga kepentingan negara kita. Akan tetapi, saya rasa dengan mengadakan banyak syarat seperti ini, adakah ia juga akan menjejaskan hasrat kita untuk menjadikan negara kita sebagai pusat pendidikan cemerlang serantau? Sekiranya kita adakan syarat- syarat seperti ini, daya tarikan kita akan jatuh. Syarat-syarat ini, adakah berkesan untuk memastikan bahawa pelajar dari negara asing ini tidak akan seperti dalam jenayah? Sekiranya mereka menyalahkan undang-undang negara kita, kita boleh deport mereka tetapi bukan dari segi kemasukan. Ini kerana yang dikatakan oleh Menteri hanya ada 17 kes sahaja tetapi berapa ribu pelajar asing yang masuk? Satu syarat yang menetapkan bahawa IPTA mesti melaporkan kalau pelajar tiga hari tidak menghadiri kelas. Ini saya rasa hanya berlaku kepada pelajar-pelajar di primary school [Dewan riuh] Akan tetapi, kalau kepada pelajar di IPTA, saya rasa ini merupakan satu syarat yang akan menjadi laughing stock kepada internasional. Jadi...
Yang Berhormat.
...Bagaimana kita boleh mengadakan syarat yang lebih meaningful dan berstandard antarabangsa? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak tahulah sama ada kita ini jadi laughing stock kerana mengenakan syarat atau kita akan jadi laughing stock kalau ikut cadangan Yang Berhormat.
Mengikut data pada bulan November 2009, kita ada lebih kurang 73,000 orang pelajar antarabangsa daripada 150 buah negara yang menuntut di IPT di seluruh tanah air. Saya katakan tadi jumlah kes jenayah itu kecil, itu adalah berbanding kepada jumlah lebih kurang 73,000 orang pelajar. Kita harus adakan syarat ini Tuan Yang di-Pertua. Kami bertemu dengan ibu bapa pelajar-pelajar yang datang dari luar negara dan kami mengadakan pertemuan juga dengan pelajar-pelajar antarabangsa. Memang mereka sendiri menyatakan bahawa ada keperluan dengan syarat ini untuk menjamin keselamatan mereka juga. Jadi, bukan soal mereka ini sekolah rendah ataupun mereka ini di peringkat IPT. Syarat-syarat itu adalah syarat-syarat keselamatan. Syarat kemasukan yang saya fikir Yang Berhormat maksudkan tadi ialah syarat-syarat kemasukan yang boleh menarik pelajar terbaik. Ini bukan soal syarat kemasukan, ini ialah kursus-kursus yang boleh menarik kemasukan pelajar-pelajar misalnya dari negara-negara maju dan negara-negara contohnya, negara Eropah ataupun negara Amerika Utara. Kalau kita lihat, lima negara yang paling ramai jumlah pelajar mereka di negara ini ialah China, Indonesia, Iran, Nigeria dan Yaman. Jumlah pelajar dari negara-negara maju sangat kecil. Saya beri contoh United Kingdom, kita ada 150 orang sahaja pelajar mereka di sini. Pelajar kita di United Kingdom ada lebih kurang 12,000 orang. Jadi, di situ ada ketidakseimbangan. Kita hendak jadikan Malaysia ini sebagai hab pendidikan tinggi serantau Tuan Yang di-Pertua, ialah menarik pelajar yang terbaik. Jadi, syarat-syarat yang saya sebutkan, yang soalan asal dari Yang Berhormat Sekijang ialah merujuk kepada soal keselamatan iaitu mahu tidak mahu kita mesti lakukan dan saya yakin ia tidak menggugat soal daya tarikan. Daya tarikan yang lebih penting ialah kita perlu mengadakan kursus-kursus yang baik dan universiti-universiti kita mesti meningkatkan prestasi mereka untuk menarik pelajar lebih ramai dan pelajar yang lebih baik datang ke sini. Terima kasih.
6. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Pertahanan menyatakan hasil siasatan dalaman, SPRM dan polis ke atas kehilangan dua enjin jet pejuang yang kemudiannya dikesan di Uruguay. Apakah kesan ke atas keselamatan alat kelengkapan tentera apabila satu lagi skandal kapal selam dibeli tidak boleh menyelam. Nyatakan kos pembelian dan kehilangan wang atas kedua-dua alat kelengkapan yang cacat ini.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat pada hari ini dan saya sekalikan kerana kesemuanya adalah berkaitan.
Baik Yang Berhormat.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat...
Yang Berhormat, Yang Berhormat perlu sebut kawasan.
Ya. Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Telok Intan, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Alor Gajah dan Yang Berhormat Kubang Kerian. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kes kehilangan enjin pesawat F-5E adalah di bawah siasatan pihak Polis Diraja Malaysia dan dikendalikan oleh Jabatan Peguam Negara bagi proses perundangannya. Di samping itu juga, kes ini telah disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atau PAC dan menunggu dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Kerajaan memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan dengan rapi dan telus supaya penjenayah akan menerima hukuman yang setimpal. Kes kehilangan dua buah jet ini adalah satu perbuatan mencuri yang dilakukan oleh anggota bawahan. Kejadian tersebut dilakukan tanpa penglibatan daripada mana-mana pegawai atasan TUDM. Laporan kejadian kehilangan enjin berkenaan telah dilaporkan kepada polis pada bulan Ogos 2008 iaitu dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh kehilangan enjin tersebut dan bukan mengambil masa selama 18 bulan sebagaimana yang didakwa oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Kehilangan enjin ini telah disedari setelah empat bulan berlaku dan seterusnya TUDM melakukan siasatan dalaman yang mengambil masa tiga bulan sebelum memutuskan membuat laporan polis. Faktor yang menyumbang kepada kehilangan enjin pesawat berkenaan adalah disebabkan oleh kecuaian beberapa individu. Pada masa kejadian, pihak TUDM sedang melaksanakan proses pemantapan sistem pengkomputeran yang sedia ada. Manakala mengenai kos pula, perolehan enjin berkenaan dilakukan pada tahun 1972 yang pada ketika itu berharga US121,000 atau bersamaan dengan RM303,000 tiap-tiap sebuah. Berkaitan kedudukan enjin pesawat F-5E berkenaan yang telah dijumpai berada di Amerika Selatan, ianya di bawah bidang kuasa Pejabat Peguam Negara dan pejabat tersebut sedang mengusahakan untuk membawa ia balik ke Malaysia. Bagi mengatasi kelemahan tersebut dan mengelakkan kejadian sedemikian supaya tidak berulang, TUDM telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan ke tahap yang lebih tinggi dan memastikan semua arahan dan prosedur keselamatan dikemaskinikan supaya kejadian yang sama tidak akan berulang lagi.
Kementerian juga berpendapat bahawa tiada keperluan bagi mengeluarkan kertas putih mengenai isu enjin, kehilangan enjin berkenaan kerana kementerian ini berpendapat ia akan dapat dijelaskan melalui kertas yang akan dibentangkan di Dewan ini dan kami percaya rakyat masih berkeyakinan tinggi terhadap keupayaan Angkatan Tentera Malaysia di dalam mempertahankan kedaulatan negara. Secara amnya Angkatan Tentera Malaysia sentiasa berusaha menjamin keselamatan negara supaya berada di tahap yang tinggi. Kehilangan dua enjin pesawat F-5E berkenaan tidak sedikit pun menjejaskan keupayaan TUDM dalam menjalankan tanggungjawab memandangkan enjin tersebut malah pesawat tersebut bukan merupakan pesawat tempur persada barisan depan, ia hanya sebagai pesawat latihan. Mengenai kapal selam, ia telah dapat diselesaikan
kerana ia masih dalam jaminan dan merupakan tanggungjawab pembekal untuk mengatasi masalah ini sepenuhnya.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh Panglima Tentera atau Ketua Turus Panglima Tentera Tan Sri Dato' Seri Azizan Ariffin yang menyatakan bahawa kehilangan atau kecurian enjin jet ini mungkin adalah tips of the iceberg dan kerana ada kemungkinan bahawa enjin-enjin atau kelengkapan tentera lain mungkin hilang sejak 2007. Oleh itu, kerana ia adalah suatu perkara yang amat serius tentang kecacatan atau kelemahan yang timbul, adakah kerajaan bersetuju untuk menubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas kecurian dua enjin jet pejuang ini supaya kita dapat gambaran yang telus dan accountable? Kerana ia melibatkan keselamatan negara, integriti kelengkapan senjata dan juga kredibiliti pemimpin. Saya rasa tidak seorang pun akan percaya bahawa seorang Sarjan TUDM mampu mencuri dua enjin jet, macam mana seorang boleh angkat dua enjin jet di mana satu enjin mempunyai keberatan satu tan, kecuali dia adalah Superman. So disebut oleh itu saya rasa kita perlu mempunyai satu gambaran jelas yang pertama, supaya ia tidak berlaku lagi dan yang kedua memastikan semua kelemahan dapatlah ditutup, minta satu Suruhanjaya Siasatan Diraja dapat diadakan. Kedua tentang kapal selam yang tidak boleh selam. Ini adalah satu perkara yang serius Tuan Yang di-Pertua, kerana kalau kita beli kereta, viper tidak boleh pakai tidak apa, itu kita boleh tukar tetapi kalau kereta tidak boleh jalan, kita akan minta kereta ini ditukar dengan kereta baru [Tepuk] So di sini bolehkah bertanya, sungguhpun jaminan tetapi saya rasa kita sudah tidak percaya lagi dengan kapal selam yang tidak boleh selam, sampai Yang Berhormat Menteri pun tidak berani selam bersama-sama dengan kapal selam [Ketawa] Bolehkah untuk keselamatan Yang Berhormat Menteri supaya dia boleh selam dengan selamat. Bolehkah kita minta pembuat Scorpène Submarine ini, tidak mahu submarine ini lari, ini kita tidak boleh percaya, tidak boleh pakai demi keselamatan anak-anak kelasi dan anak-anak kapal selam ini, anggota tentera kita, kita minta dia tukar kapal selam yang baru [Tepuk]
Betul.
Ini kita hantar balik. Sekian, terima kasih.
Saya ingat Ketua Menteri ini cakap lemah lembut, rupa macam bapa dia juga [Ketawa] Suruhanjaya Diraja ini Tuan Yang di-Pertua, tidak perlu kerana PAC telah diberikan taklimat dan kertas itu akan dibentangkan di Dewan ini. Apabila ia dibentangkan di Dewan ini penyebaran akan dilakukan kepada umum dan secara telus semua akan mengetahuinya. Yang Berhormat jangan menuduh bahawa ada pegawai atasan yang terlibat, memang benar bukan sarjan itu seorang yang angkat. Oleh sebab kes ini masih kes di mahkamah, saya takut sub judies kalau perkara ini saya bincangkan di Dewan yang mulia ini. Sekadar, saya cukup menyebutkan bahawa memang beliau bersekongkol dengan beberapa orang pegawai bawahannya [Dewan riuh] Bersekongkol dengan pegawai bawahan, biar mahkamah menentukan, pegawai bawahan. Biar mahkamah menentukannya tetapi menuduh ada pegawai atasan lihat Yang Berhormat Kepong ada wakil di dalam taklimat pada ketika itu...
[Bangun]
...Tunggu dulu, itu plan...
Akan tetapi saya tidak tuduh...
Yang Berhormat.
Tunggu dulu,
Yang Berhormat tunggu dulu. Tadi saya tidak tuduh..
...Duduk, duduk.
To be fair lah,
...Duduk, duduk.
Saya tidak tuduh langsung
...Duduk, duduk.
Tadi saya, Tuan Yang di-Pertua...
Tidak boleh, ini sesi soal jawab Yang Berhormat...
Saya tidak tuduh langsung,
...Duduklah
Saya tidak sebut pun pegawai atasan.
So, dalam perkara ini ya, saya tidak mahu menutup kelemahan. Dalam perkara ini saya diminta oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bukan ada agenda saya untuk ada sesetengah orang melaga-lagakan saya dengan Perdana Menteri. Saya diminta oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mendedahkan perkara ini supaya umum mengetahui bahawa tidak ada konspirasi dalaman oleh pihak atasan terhadap perkara ini.
Macam mana boleh tahu tidak ada konspirasi kalau belum ada siasatan?
Tidak ada kena mengena Yang Berhormat.
Duduk, duduk, duduk...
Cepat sahaja buat keputusan.
Duduk, duduk, duduk...
Ini menunjukkan konspirasi.
Yang Berhormat Shah Alam duduk.
Duduk, duduk, duduk...
Soal siasatlah dahulu.
Tuan Yang di-Pertua, siasatan telah dilakukan oleh pihak Provos Marsyal.
Sudah, Mahkamah buat apa?
Yang Berhormat Shah Alam.
...oleh pihak polis.
Duduk Yang Berhormat Shah Alam.
...Soal siasat semua keputusan diketahui bahawa...
Duduk Yang Berhormat Shah Alam.
Yang Berhormat Shah Alam cerita fasal kalimah Allah lah nanti. Yang kedua, kapal selam, kapal selam! Yang Berhormat, yang rosak itu penutup sahaja, sekarang ini dalam warranty dan telah diperbaiki dan telah boleh menyelam. Saya jemput Yang Berhormat menyelam bersama-sama dengan saya supaya Yang Berhormat tidak juga takut untuk menyelam... [Dewan riuh]
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Sri Gading.
Saya terima cabaran Yang Berhormat Dato’, tidak ada masalah, saya terima cabaran, tetapi saya minta Dato’ sahaja...
Yang Berhormat Bagan.
...tukar baru, itu yang kita minta untuk keselamatan, kita tukar baru! [Dewan riuh] Jangan pakai yang lama ini, tidak boleh selam kita tidak mahu lagi.
Yang Berhormat Sri Gading.
Karang selam tidak boleh timbul.
Yang Berhormat Shah Alam.
Nanti timbul masalah.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, selamat pagi Tuan Yang di- Pertua.
Selamat pagi Yang Berhormat Sri Gading.
Saya hendak tabik pada Menteri Pertahanan [Ketawa]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tabiklah.
[Menyampuk]
Saya tabik Kerajaan Barisan Nasional [Dewan Riuh] Ini floor saya, hak saya bercakap selagi Dato’ tidak mengganggu dan menahan, inilah tandanya kerajaan yang telus [Ketawa] Telus, kerajaan yang berani.
[Menyampuk]
Telus bukan fulus.
Kerajaan yang berani berdepan dengan rakyat. Ini soal kecurian. Ini bukan soal politik. Akan tetapi pihak pembangkang sebenarnya tidak ikhlas menanyakan perkara ini bukan soal kepentingan negara tetapi kepentingan hendak mencari keuntungan politik kerana mereka memang pakar tentang putar belit fakta.
[Menyampuk]
Tidak perlu suruhanjaya, saya faham Yang Berhormat Menteri, fasal benda ini akan dibawa ke dalam Parlimen ini. Apakah Ahli-ahli Parlimen tidak merasa bertanggungjawab dan rasa bahawa dia dihargai kerana kes ini hendak dibawa kepada Parlimen, sepatutnya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Apa soalan?
Ini soalanlah [Ketawa] Yang Berhormat Menteri seorang yang pandai, bijaksana, dia tahu mana soalan, mana...
Tuan Yang di-Pertua, budaya bodek bukan soalan.
Ya, awal-awal dia ‘dok’ tabik-tabik sahaja.
Sri Gading tidak mengamalkan bodek, yang bodek parti pembangkang .
Itulah yang bodek.
Ketua yang tidak begitu pun dibodek, diampu juga. Itu sebab empat orang keluar daripada pakatan pembangkang kerana mereka tidak mahu membodek, yang tinggal ini semuanya membodek. [Dewan Riuh]
Soalan tiada.
Yang Berhormat Menteri, agak-agak, ini soalannya. [Ketawa] Ini soalannya Yang Berhormat Menteri, agak-agak, saya tidak mahu jawapan yang tepatlah [Dewan riuh] ... kerana ada perkara-perkara yang lain, yang tepat juga akan dijawab, bila agaknya seberapa segera bawa ke Parlimen perkara ini? Saya harap penjelasan, agak- agak kerana Yang Berhormat pun tahu ada galangan-galangan yang tertentu hendak menyiapkan laporan bukan laporan cerita yang remeh ini. Cerita yang berkaitan dengan kepentingan negara. Bilakah agak-agaknya? Itu soalan saya Tuan Yang di-Pertua.
Ya.
Terima kasih.
Ya.
Tuan Yang di-Pertua, agak- agak dalam bulan ini juga... [Ketawa] Drafnya telah kami siapkan dan kami telah kemukakan dan insya-Allah dalam bulan ini juga laporan ini akan dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Jadi ertinya kami proaktif, kami telus, kami mahu menyebutkan bahawa tuduhan pembangkang yang memutarbelitkan sebagai bahan-bahan kempen mereka yang spinning...
[Menyampuk]
...perkara ini adalah agenda politik yang sempit.
[Menyampuk]
7. Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] minta Menteri Kewangan menyatakan, jumlah pinjaman perniagaan dan persendirian (business and personal loans) oleh bank-bank dan institusi-institusi kewangan yang lain tempoh RMK-9 mengikut pecahan kaum dan jenis perniagaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan memberi statistik pinjaman terkumpul pada 31 Disember 2009. Itu menggambarkan kedudukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sehingga 2009. Jumlah pinjaman kepada semua peminjam, ini di institusi perbankan adalah sebanyak RM783.4 bilion. Sektor Perniagaan RM303.5 bilion, 38.7% keseluruhan pinjaman. Pada isi rumah RM432.2 bilion iaitu 55.2% daripada keseluruhan. Bagi institusi kewangan pembangunan jumlahnya adalah RM83.1 bilion. Pecahannya RM31.2 bilion kepada sektor perniagaan atau 37.5%, manakala isi rumah RM48.7 bilion iaitu 58.6%. Dari segi pinjaman institusi perbankan bila kita banding pinjaman terkumpul pada penghujung tahun 2005, iaitu sebanyak RM558.1 bilion, bermakna bahawa tambahan pinjaman antara 2006 sehingga 2009 adalah sebanyak RM225.3 bilion. Dari segi pecahan jenis perniagaan adalah pada 31 Disember 2009, pembinaan 4.6%, pembuatan 9.7%, perkhidmatan kewangan 7%, wholesale, retail, restaurant, hotel dengan izin, 7.7%, agriculture dengan izin, 2.4%. Dari segi sektor isi rumah, residential dengan izin, 25.7%, credit card sebahagian daripada 8.2%, kenderaan 13.4% dan pembelian sekuriti 2.6%. Terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Yang di-Pertua, saya membaca di dalam akhbar yang mengatakan bahawa ada penyelewengan di peringkat pemberian pinjaman oleh pengurus-pengurus bank dan institusi kewangan di mana peminjam dikehendaki melantik konsultan, membayar komisen kepada konsultan. Ini menyulitkan pihak peminjam untuk mendapatkan pinjaman
daripada bank. Sejauh mana perkara ini benar dan apa tindakan kerajaan dalam hal ini? Kesempatan ini juga saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, iaitu bagi menjayakan agenda ekonomi bumiputera dalam jangka panjang, kita memerlukan sumber kapital yang besar. Adakah kerajaan dapat melakukan satu kajian melalui satu laboratory seperti mana yang diadakan sekarang untuk mengunjurkan berapa bilion atau trilion keperluan peniaga bumiputera dalam jangka masa atau tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk benar-benar mencapai matlamat 30% penguasaan ekonomi negara. Terima kasih.
Tuan Yang di- Pertua, soalan pertama mengenai dengan konsultan ini saya perlu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Walau bagaimanapun saya ingin menyatakan bahawa di bawah BNM link, pihak individu boleh membuat laporan kepada pihak Bank Negara sekiranya terdapat apa-apa kesulitan mengenai dengan permohonan pinjaman termasuklah sekiranya ada bank-bank yang meminta supaya peminjam mengadakan konsultan. Mengenai perkara kedua, iaitu saiz dana yang perlu dikumpulkan bertujuan melaksanakan agenda bumiputera, perkara ini akan saya bincang di kementerian dalam bentuk perbincangan dalam lab yang sedang dilaksanakan. Apa yang sedang dilakukan di lab kita mengkaji pelbagai sektor termasuk melihat dari segi household income yang melibatkan semua kaum. Bagaimana hendak meningkatkan household income kerana kita dapati peratusan rakyat kita atau isi keluarga yang berpendapatan bawah daripada RM3,000 itu cukup besar bilangan. Jadi perkara ini akan kita bincang seterusnya, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya memerhatikan meskipun apa yang dikatakan sebagai hutang isi rumah berbanding KDNK tidaklah separah Amerika Syarikat atau United Kingdom kerana kita lebih kurang pada statistik yang dikemukakan itu masih jauh, masih dalam paras 60% GDP. Namun ianya telah melepasi paras yang diperhatikan dalam krisis 1997 dahulu. Ini jelas merupakan satu yang merunsingkan dan saya minta Yang Berhormat Menteri yang telah merakamkan betapa kita telah terperangkap dalam pendapatan isi rumah yang rendah sementara mahukan private consumption ini yang memacu juga pertumbuhan. Saya ingat keseluruhan perangkap ini saya tidak jelas bagaimana mahu dirungkaikan dan kalau mungkin sebelum kerajaan membentangkan model ekonomi baru itu boleh Yang Berhormat Menteri berikan sedikit lightening atau sedikit alignment ataupun sedikit penjelasan tentang perkara ini. Terima kasih.
Tuan Yang di- Pertua, mengenai dengan model ekonomi baru, apa yang akan berlaku pada hujung bulan ini, pihak Majlis Penasihat Ekonomi Negara akan menyerahkan laporan mereka kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sehingga laporan itu dikemukakan, jadi biarlah kita tunggu. Kerajaan pula akan mempamerkan untuk makluman rakyat dan rakyat boleh memberikan input pada maklumat tersebut. Saya ingat kita tunggu apabila ia dipamerkan, itu kita tahu apakah kandungan new economic model ini, terutama dalam konteks untuk meningkatkan pendapatan isi rumah. Terima kasih.
8. Dato’ Kamarul Baharin bin Abbas [Telok Kemang] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan:
(a) kejayaan matlamat meningkatkan kos efisensi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedangkan sejak menandatangani perjanjian dengan Penjana Kuasa Bebas (IPP), bagi 2008: 45% (atau RM9.4 bilion) daripada kos operasi keseluruhan dibayar kepada IPP yang beroperasi setakat hanya 40% kapasiti; dan (b) apakah kerajaan akan meneruskan perjanjian penswastaan seumpama ini pada masa akan datang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, (a) Berdasarkan laporan tahunan TNB bagi tahun 2008, kos yang dibayar oleh TNB kepada Penjana Kuasa Bebas (IPP) adalah sebanyak 42% atau RM9.5 bilion daripada kos keseluruhan operasi TNB iaitu RM21.5 bilion. Dari segi kapasiti penjanaan, IPP menyumbang sebanyak 67% atau 13,397 megawatt daripada jumlah kapasiti terpasang iaitu sebanyak 19,743 megawatt pada tahun 2008.
Daripada 42% kos yang dibayar kepada penjana bebas, 20% adalah bayaran kapasiti dan 22% adalah bayaran bagi tenaga yang sebahagian besarnya adalah kos bahan api. Bagi meningkatkan kecekapan operasi, pihak TNB telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kos operasinya seperti:- (i) meningkatkan produktiviti pekerja; (ii) mengurangkan catuan bekalan tidak berjadual atau unplanned outages dengan izin; (iii) mempergiatkan kerja penyelenggaraan peralatan dan infrastruktur bagi mengelakkan kerosakan; (iv) memantau kos-kos perolehan; dan (v) mengurangkan perbelanjaan pentadbiran di samping merancang serta melaksanakan belanjawan yang berkhemah bagi perbelanjaan modal dan operasi. Peningkatan kecekapan operasi TNB boleh dilihat melalui pencapaian-pencapaian seperti berikut:- (i) Penurunan system average interruption duration index (SAIDI) daripada 150 minit gangguan setahun pada tahun 2005 kepada 72 minit pengguna setahun pada tahun 2009 iaitu penurunan sebanyak 52%; dan (ii) penurunan unplanned outage rate sebanyak 69% daripada 9.4% pada tahun 2004 ke 2.9% pada
tahun 2009, di mana pencapaian ini adalah lebih rendah dari penanda asas atau benchmark di peringkat dunia. Pada masa yang sama pihak kerajaan sentiasa memantau prestasi perkhidmatan TNB agar kualiti perkhidmatannya dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Contohnya ialah pelaksanaan kajian audit pengurusan dan kejuruteraan ke atas TNB yang dijalankan pada tahun 2009 dan laporan ini akan dibentangkan sebaik sahaja laporan ini siap. (b) Tuan Yang di-Pertua, konsep penswastaan akan terus dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2010 bagi menggalakkan hubungan kerjasama public private partnership di mana sektor swasta akan memainkan peranan utama sebagai penggerak pertumbuhan ekonomi negara. Oleh yang demikian pelaksanaan projek penjanaan melalui IPP akan diteruskan pada masa hadapan tetapi akan dilaksanakan secara tender terbuka dan kompetitif atau competitive bidding. Ini akan memastikan projek penambahan kapasiti penjanaan di masa akan datang diperolehi melalui kaedah yang lebih telus dan kompetitif. Terma-terma perjanjian pembelian dan harga juga akan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi mencerminkan dengan lebih saksama. Aspek pembahagian dan penanggungan kos dan risiko yang ditanggung oleh pihak kerajaan dan swasta serta tanggungjawab sosial pihak swasta. Selain daripada itu kerajaan akan memberikan tumpuan kepada aspek value for money, semasa menilai cadangan projek-projek penswastaan dan private finance initiative atau PFI yang baru ini. Sekian terima kasih. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab lisan telah tamat]
Usul — Jalan-Jalan Masuk Ke ParlimenMotion
“Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa- apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari
Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini; dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu”.
Ada sesiapa menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah usul oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri... [Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah usul ini dibahaskan dahulu sebelum kita lulus.
Usul ini tidak boleh dibahas Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah... [Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua, point of order mana ada kata bahawa usul ini tidak boleh dibahas? Convention usul ini tidak dibahaskan, ini convention oleh kerana ini yang biasa tetapi ini tidak bererti ada peraturan mencegah satu perbahasan dalam usul. Semua usul boleh dibahaskan dan kita rasa kita perlu membahaskan usul ini.
Yang Berhormat, tiada pelanggaran peraturan Yang Berhormat.
Tidak ada pelanggaran. Untuk mencegahkan perbahasan, ini telah melanggar peraturan mesyuarat... [Tepuk]
Yang Berhormat.
Kita mahu tahu atas apa peraturan mesyuarat tidak ada satu perbahasan. Kita mahu Tuan Yang di-Pertua tunjuk mana itu peraturan yang mencegahkan satu perbahasan.
Yang Berhormat, cukup.
Kalau Yang Berhormat tidak boleh sekarang, saya cadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan supaya Yang Berhormat boleh semak balik supaya sama ada keputusan itu selaras dengan peraturan mesyuarat. Oleh kerana kita rasa itu hak Dewan Rakyat ini, Dewan yang mulia ini supaya kita boleh bahas apa-apa usul yang dikemukakan termasuk usul Menteri di hadapan kita. Ini mustahak sebab Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri meminta bahawa kita memerintahkan Ketua Polis Negara. Beliau kata semalam, dia akan berhenti. Dia tahu siapa akan jadi Ketua Polis Negara....
Yang Berhormat, there is nothing to do with that Yang Berhormat. Tiada kena-mengena.
Ya, sebab itu kita perlu satu perbahasan. Kita insist, saya rasa kita akan perlu insist hak kita. Hak kita tidak boleh dicabuli mengenai perkara ini.
Cukuplah Yang Berhormat. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan bahawa usul yang dikemukakan tanpa bahas ini tidak melanggar sebarang peraturan mesyuarat.
Bukan, tidak. Kalau tidak diperlukan, perlu dalam peraturan mesyuarat.
You are talking about convention, Yang Berhormat bercakap tentang convention. Convention mana Yang Berhormat ikut?
Bukan, peraturan mesyuarat. Kalau tidak boleh dibahaskan, perlu ada dalam peraturan mesyuarat. Adakah dalam peraturan mesyuarat berkata bahawa usul ini tidak boleh dibahaskan?
Equally, di mana peraturan mesyuarat menyatakan bahawa ianya harus dibahas dan tidak boleh diluluskan tanpa bahas.
Boleh, oleh sebab tidak ada apa-apa prohibition, ini bererti kita boleh bahas.
Ya, the same. Sama juga Yang Berhormat,..
No! The Speaker cannot abuse his powers.
Jika peraturan mesyuarat silent bahawa ianya diluluskan tanpa bahas, kita tidak melakukan sebarang pelanggaran peraturan.
Tidak boleh. Speaker tidak boleh abuse, salah guna kuasa untuk mencegahkan sesuatu perbahasan.
Baik.
Kita mahu bahas perkara ini.
Kita mahu bahas. Kita mahu bahas.
Dewan tidak berjalan macam ini Yang Berhormat.
Bukan, ini mustahak.
I want this, saya nak ini..tidak berjalan macam itu. Kita berpandukan kepada peraturan mesyuarat.
Oleh sebab pada masa lampau, isu ini yang konvensional oleh kerana kita tidak ada masalah. Tiada masalah oleh kerana satu order kepada Ketua Polis Negara supaya membebaskan semua jalan- jalan. Sekarang masalah sudah timbul di mana Ketua Polis Negara, apa kedudukannya? Nampaknya sama ada dia bebas atau tidak bebas daripada Yang Berhormat Menteri [Dewan riuh] doctrine of separation of powers sudah dijejaskan dan sebab itu kita perlu bahas usul ini...
Duduklah Yang Berhormat.
Khasnya, apa lagi? Police transition, apa ini? Datuk Seri Hishamuddin yesterday said that, “Inspector General Police will be replaced, as part of transition plan involving other senior officers, but decline to say when…”
Yang Berhormat.
Dia boleh buat keputusan bahawa IGP akan digantikan, apa ertinya sekarang kita mahu satu usul.
Saya kecewalah Yang Berhormat ini. Yang Berhormat, isu IGP letak jawatan tidak berkaitan dengan isu ini... [Dewan riuh] Jangan mix kan itu, jangan campurkan Yang Berhormat.
Mungkinkah ada connection.
Tuan Yang di- Pertua, mohon pohon kuasa perkara 43, perkara 44 Tuan Yang di-Pertua...
...Jikalau IGP dibawa ke Jemaah Menteri, mengapa kita perlu satu usul?
Keputusan Pengerusi adalah muktamad Tuan Yang di-Pertua.
Ini menunjukkan kita perlu satu perbahasan.
Tuan Yang di- Pertua.
Doctrine of separation sudah dijejaskan.
Duduklah Yang Berhormat.
Nampaknya, Ketua Polis Negara bukan satu cabang yang bebas dan independent.
Duduklah Yang Berhormat. Mahu jadi Ketua Pembangkang kah?
Duduk Yang Berhormat.
...Apa yang kena, perlu ada satu perbahasan.
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Kita minta adakan satu perbahasan.
Saya...
Kita minta boleh? Di mana peraturan mesyuarat kata tidak boleh dibahaskan?
[Menyampuk]
Yang Berhormat, usul ini akan dipanggil secara suara. Ada peraturan mesyuarat jika ia...
Mana peraturan mesyuaratnya?
Dengar dahulu. Sit down. Jika Yang Berhormat tidak bersetuju bahawa panggilan secara suara ini nanti, Yang Berhormat boleh minta division. Ada peraturan mesyuarat.
No, we are not asking for division. We are asking for debate and then division. Hak ini tidak boleh dinafikan. Bagaimana kita mahu membahaskan perkara ini.
[Bangun]
Selain daripada peraturan mesyuarat adalah jelas dalam perkara ini. jikalau tidak boleh dibahaskan mengapa bawa usul?
Mana peraturan mesyuarat?
Where does the peraturan mesyuarat kata tidak boleh bahas.
Bahas dahulu selepas itu undi.
...It is must be reasonable. Tuan Yang di-Pertua must be reasonable.
Yang Berhormat you must be reasonable also. Saya putuskan bahawa...
No.
...Usul ini dibawa secara tidak dibahaskan. Kita akan mengambil pungutan suara.
Kita minta...
No, kita patut bahaskan perkara ini...
Kita patut tunjukkan perkara ini. Tuan Yang di-Pertua tunjukkan di mana.
Mana peraturan mesyuarat?
Kita cadangkan kita tangguhkan mesyuarat, we refer back to peraturan mesyuarat sama ada atau tidak ada.
Kita mahu Tuan Yang di- Pertua refer to us mana peraturan mesyuarat. Jikalau ia boleh dibahaskan kita mahu ia dibahaskan juga.
Tangguhkan mesyuarat, check back sahaja.
Saya tidak boleh tangguhkan mesyuarat Yang Berhormat.
[Menyampuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Kalau begini, ia salah guna kuasa Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, tidak ada pelanggaran peraturan mesyuarat.
Tunjukkan di mana bahawa kita tidak boleh bahaskan? Kenapa tidak keluarkan arahan bahawa...
Jikalau tidak ada pelanggaran, tunjuk.
Usul ini telah pun kita buat dalam bentuk yang sedemikian untuk sekian lama Yang Berhormat.
Pada masa dahulu pernah bahas dalam perkara sebegini.
Untuk sekian lama.
Mahu check Hansard? Dahulu saya pernah bahas.
Pada sesi dahulu kita tidak pernah bahas isu ini.
Yes.
Akan tetapi ada sesi sebelum itu.
Yes, akan tetapi pada masa itu tidak ada Ahli Parlimen yang mahu bahas. Tuan Yang di-Pertua sila check balik.
Cukup Yang Berhormat.
Saya pernah bahas dahulu isu seperti ini. Mengapa dibuat perbahasan? Oleh sebab Ketua Polis Negara...
Ahli-ahli Yang Berhormat, usul Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang telah dibacakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan… [Dewan riuh]
Kita minta dibahaskan. Tuan Yang di-Pertua, kita minta dibahaskan. Kita mahu usul ini dibahaskan sebelum ia keputusan dibuat. Kita mahu dibahaskan.
Debate!
We want debate! Kita mahu bahaskan usul ini!
Duduk Yang Berhormat.
Ada 15 orang tidak cukup [Dewan riuh]
Kita mahu bahas usul ini. Kita berdiri untuk mengatakan kita mahu bahas usul ini.
Yang Berhormat duduk. Call for division. Duduk.
No, kita dibahaskan dahulu sebelum berbelah bahagi. Tuan Yang di-Pertua. Kita mahu bahas usul. Jikalau usul tidak boleh dibahas mengapa dibawa ke Dewan?
This is out of order Yang Berhormat. You cannot be shouting seperti itu. Tidak boleh, jangan berucap seperti ini Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, usul ini...
You are out of order.
No, I am following the procedure asking for the perbahasan ...
Cukuplah. Saya minta tadi, adakah Yang Berhormat memanggil division, mana 15 orang?
No, kita minta dibahaskan.
Jika tidak ada 15 orang, usul tadi telah pun diteruskan.
Ada 15 orang, sila berdiri.
[Bangun]
Sudah berdiri 15 orang [Dewan riuh]
Kita mahu bahas dahulu.
Kita mahu bahas dahulu.
Mana ada satu Parlimen yang usul tidak boleh dibahas.
Kita bahas dahulu baru undi.
Tangguhkan mesyuarat, check peraturan mesyuarat, check precedence, apa kedudukan yang baik... [Dewan riuh]
Are you standing for 15 orang untuk division?
No, we are standing 15 orang untuk bahas usul.
[Bangun] [Dewan riuh]
Kita minta untuk bahas!
Check back the role!
Ini berkenaan kepentingan Dewan.
Yang Berhormat, usul ini adalah untuk kebaikan Ahli Yang Berhormat semua.
Kebaikan tetapi tanpa usul, for the other aspect kita perlu bahas.
It should not be begini.
Ini usul yang amat penting.
Mengapa tidak perlu perbahasan?
[Menyampuk]
Menteri duduk di sini senyum. Menteri boleh jawab. Kita mahu bahas usul ini. Menteri tolonglah minta untuk diusul [Dewan riuh]
Yang Berhormat saya katakan usul dalam bentuk ini tidak melanggar sebarang peraturan mesyuarat [Dewan riuh] Jika Yang Berhormat bercakap tentang convention dan Yang Berhormat juga minta agar dibahaskan dan Yang Berhormat mengatakan bahawa usul jika tidak dibahaskan adalah melanggar peraturan mesyuarat, saya minta di mana peraturan mesyuarat yang mengatakan jika tidak dibahaskan ia melanggar peraturan mesyuarat... [Dewan riuh]
[Menyampuk]
Kerana keputusan saya pagi ini usul ini dibawa secara konvensyen bahawa ia tidak dibahaskan dalam Dewan ini. That is it. Itu keputusan saya Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, itu saya tahu. Mana ada peraturan mesyuarat yang kita tidak boleh bahas.
[Menyampuk]
Apa yang berlaku di dalam Polis dan IGP isu yang berlainan dengan usul kita, nothing to do with that.
Kita mahu bahas usul ini. Tuan Yang di-Pertua, kita mahu tahu usulnya dan peraturan mana?
Usul ini untuk kebaikan Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita semua. Saya terima. Tidak ada agenda. Cukup di situ.
Keluarlah, keluar... [Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat pada saya usul ini telah pun diluluskan.
Tidak, mana ada lulus. Kita mahu bahaskan sebelum lulus.
Sudahlah Yang Berhormat Padang Serai,duduklah. Gantung baru tahu.
Ini sudah langgar...
Yang Berhormat Padang Serai hendak masuk Bebas itu.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 33(1). “Apabila sesuatu usul telah dicadangkan dan disokong jika berkehendakkan disokong, maka Pengerusi hendaklah mengemukakan masalah kepada Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa Majlis Mesyuarat sebagaimana tersusun cakap usul itu. Sesudah itu masalah itu bolehlah dibahaskan...” [Tepuk]
Boleh. Oleh sebab itu saya katakan kita tidak melakukan sebarang pelanggaran terhadap peraturan mesyuarat. Maybe bolehlah dibahaskan. Kita memilih secara konvensyen untuk tidak dibahaskan.
Kalau begitu pindaan Perlembagaan pun tidak perlu bahas.
Saya rasa masalah ini telah selesai Yang Berhormat. Cukup Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, when in doubt bukankah ini lebih baik kita membahaskan. Apa salahnya kita berbahas? Bukankah ini kita boleh sokong? Bukankah di sini tempat untuk kita membahaskan?
Tuan Yang di-Pertua, maybe itu apabila ada orang yang mahu bahas dan perlu diberi ruang untuk membahaskan. Itulah maksudnya maybe. Bukan...
Saya tidak fahamlah dengan pembangkang ini... [Dewan riuh]
Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat duduk sebelum apa-apa berlaku kepada Yang Berhormat. You are out of order.
Saya tidak faham ini Yang Berhormat Padang Serai ini... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, menurut 33(1), Tuan Yang di-Pertua sendiri kata, maybe.
Dia sendiri tidak tahu apa yang dia cakap itu.
Maybe itu, apabila ada orang mahu bahas perlu diberi ruang...
Don’t argue lah Yang Berhormat. Saya tidak perlu layan Yang Berhormat.
You are sitting as President where we are going to be left out. You are teaching us something to do badly... [Dewan riuh]
No, no. Setiausaha.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa adalah untuk nama baik Dewan ini untuk membahaskan.
Sudah jelas Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Sila Yang Berhormat Kuala Krau.
PAS, PAS ikutlah DAP...
Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Bismillahhir Rahmannir Rahiim.
Ikut DAP itulah. PAS jangan risau.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Waalaikumussalam.
Salam sejahtera, salam 1Malaysia [Tepuk] Sebelum saya memulakan ucapan saya, kita merakamkan dukacita dengan perangai kawan-kawan kita parti-parti pembangkang... [Tepuk] Tahniahlah Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Tumpat yang mengikut gelagat DAP. Beberapa Ahli Barisan Nasional: Ya... [Tepuk]
Kita ingatkan Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Tumpat dan juga rakan-rakan yang lain bersama-sama hendak mempertahankan agama Islam kita, tetapi dukacita bersama-sama dengan kawan-kawan...
Tuan Yang di-Pertua...
Hendak mencelah Yang Berhormat?
...Politik murahan mereka.
Ini cemuhan yang berat.
Duduk-duduk. Tak ada laluan, tak ada laluan, duduk!
Tarik balik!
Tarik balik Yang Berhormat Kuala Krau.
[Bangun]
[Bangun]
Tarik balik tu...
Tarik balik Yang Berhormat Kuala Krau. Tidak ada kena-mengena.
Duduklah.
Tarik balik!
Tarik balik!
Yang Berhormat Kuala Krau, tarik balik.
Yang Berhormat Kuala Krau, tarik balik.
Ini tiga orang tidak ikut keluar? Naib Presiden tidak keluar?... [Ketawa]
Sebelum itu saya ingin merakamkan... [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Daripada PAS turut minta...
Tarik balik, tarik balik...
...Terima kasih. Saya beri laluan nanti.
Yang Berhormat Rompin, tolong bagi tahu Yang Berhormat Kuala Krau, tarik balik...
Tarik balik, tarik balik...
Kami tidak duduk.
Kami tidak akan duduk selagi....
Kami tidak duduk selagi tidak tarik balik.
...Selagi tidak menarik balik, PAS tidak memperjuangkan Islam, kami tidak akan...
Standing Order 36(6)....
Yang Berhormat...
Terima kasih...
36(6)...
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di- Pertua...
Duduk.
Tarik balik.
Minta tarik balik Tuan Yang di- Pertua.
Duduk, duduk Yang Berhormat.
Saya sedia duduk.
Yang Berhormat...
Kalau diberikan...
Yang Berhormat minta saya dengar, tetapi Yang Berhormat tidak dengar cakap saya... [Ketawa] [Tepuk] Duduklah Yang Berhormat.
Peraturan Mesyuarat 36(6).
Duduk, duduk, duduk! Apa peraturan-peraturan?
Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kehadiran pemimpin-pemimpin kawasan saya yang begitu ramai... [Tepuk] Kehadiran tuan-tuan, saudara-saudara memberikan semangat, apatah lagi dengan kehadiran kedua-dua isteri saya... [Disorak] [Tepuk]
Standing order. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Ada standing order.
Marilah kita...
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Yang Berhormat Kuala Krau...
Itu macam mencabar Ahli Parlimen yang lain itu... [Ketawa] Duduklah.
Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua. Minta izin.
Yang Berhormat Kuala Krau duduk dahulu.
Yang Berhormat Kuala Krau... [Menunjukkan isyarat tangan supaya duduk]
Okey, yang lain duduk, yang angkat buku cuba baca apa benda itu.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36, “Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli yang lain”. Ahli PAS memang kita daripada Parti Islam SeMalaysia. Apabila katakan kami tidak memperjuangkan Islam, itu adalah satu penghinaan dan ia menyinggung perasaan kami. Saya harap Tuan Yang di- Pertua minta Yang Berhormat Kuala Krau tarik balik.
Mana Presiden?
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Krau menyebutkan Yang Berhormat Marang dan menyebutkan Yang Berhormat Bachok, Presiden Parti Islam SeMalaysia PAS.
Yang Berhormat, seorang-seoranglah. Tidak cukupkah seorang bercakap Yang Berhormat.
Tuan Yang di- Pertua, saya ingat sahabat-sahabat kita ini tidak mendengar apa yang saya cakap.
Yang Berhormat...
Saya berasa kecewa PAS memperjuangkan Islam tetapi mengikut tindakan...
Yang Berhormat Kuala Krau, dengar saya juga.
Okey, terima kasih.
Saya dengar dalam Dewan Yang Berhormat, saya yang boleh dikatakan very senior dalam Dewan ini Yang Berhormat. Saya sudah dengar banyak cerita macam ini. Yang satu tidak perjuangkan ini, yang itu tidak memperjuangkan mana-mana. Semua berlaku sudah dalam Dewan ini. Takkan hari ini kita sebut sedikit terus melenting Yang Berhormat... [Ketawa] Jadi oleh kerana benda ini, kita sendiri yang membuat perangai, membuat kelaziman kita sendiri Yang Berhormat. Jadi saya tidak perlu menarik, tetapi membuat ingatan juga Yang Berhormat Kuala Krau tidak payah repeat kan perkara itu lagi ya...
[Bangun]
Yang Berhormat Kuala Selangor, sila duduk Yang Berhormat.
Terima kasih sahabat saya... [Disampuk] Yang Berhormat Kuala Selangor, saya ingat dengan rakannya tidak faham dengan apa yang sebut tadi. Saya sebut, saya agak kecewa, PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam, tetapi mengikut tindak tanduk DAP.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua....
Saya sebut, saya tegaskan...
Betul atau tidak?
...Memperjuangkan Islam tetapi apabila tiba isu untuk menjaga keamanan...
Tuan Yang di-Pertua, tolong minta semak Hansard.
...Untuk menjaga ketenteraman, untuk memastikan Ketua Polis Negara memberikan keselamatan....
Semak Hansard esok.
...Kita semua termasuk ahli-ahli pembangkang, tetapi kita hendak bahas, apakah tujuan perbahasan itu, untuk membuang masa kita sahaja. Kita hendak memastikan keselamatan kita terjamin. Datang ke Parlimen ini dalam keadaan masa yang tepat. Tidak ada masalah-masalah yang timbul, tidak ada demonstrasi dan sebagainya. Adakah itu kerana tujuan sesuatu untuk memburuk-burukkan Kementerian Dalam Negeri, untuk menjatuhkan imej Ketua Polis Negara. Kita terikut-ikut dengan tari mereka. Itu maksud saya... [Tepuk]
Izinkan kita berbahas.
Duduklah.
...Apa penghujahan kami.
Hey! Apa ini?... Inikah PAS?
Yang bercakap satu pihak sahaja. Izinkan kita berbahas, baru tahu hujah kami.
Saya bagi laluan kepada Yang Berhormat Kinabatangan.
Dia bagi, saya bukannya... Keluarlah!
Pergi tidurlah, pergi tidur. Pergi kahwin lainlah, pergi kahwin lagi, kahwin lain.
Kalau hati kata... Pergi tidur, nanti banyak lagi...
Okey Yang Berhormat. Yang Berhormat dua-dua sudah puas hati?
Dia bagi saya Tuan Yang di-Pertua.
Tidak apa Yang Berhormat. Biar Yang Berhormat Kuala Krau, nada itu biar macam biasalah Yang Berhormat... [Ketawa]
Dia bagi saya ruang Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat...
[Menyampuk]
Yang Berhormat Kuala Krau. Tuan Yang di-Pertua, ‘sisi’ pada hari ini iaitu membahas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan pembangkang rata-rata keluar. Maka saya ingin mengusulkan supaya pembangkang...
‘Sesi’ kah, ‘sisi’?
...Tidak diberikan peluang langsung untuk membahas sebab mereka tidak menghormati Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setujukah Yang Berhormat semua? Semua Ahli Barisan Nasional: Setuju.
Tidak payah bagi. Dia tidak hormat apa kita bagi?
Yang Berhormat Kuala Krau sila.
Terima kasih, ucapan Yang Berhormat Kinabatangan menjadi sebahagian daripada ucapan saya. Marilah kita terlebih dahulu mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana memberi kita kekuatan dalam menjalankan amanah rakyat untuk kita bersama-sama sekali lagi menghadiri sidang Dewan Rakyat yang mulia ini untuk Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, bagi Parlimen Kedua Belas. Amanah yang dipertanggungjawabkan adalah selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah”, iaitu surah al-Qashash ayat 26. Ayat ini menerangkan bahawa sesungguhnya kekuasaan yakni wilayah itu mempunyai dua rukun asas. Iaitu kekuatan dan amanah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan disoal berkenaan orang-orang yang dipimpinnya”. Riwayat Bukhari dan Muslim. Ayat ini menunjukkan seorang Muslim adalah seorang yang menyedari tanggungjawab dan amanahnya sebagai pemimpin apatah lagi untuk keluarga, rakyat dan negara. Justeru, segala kelalaian, kecuaian dan keterlaluan terhadap perintah Allah dan rasulnya akan disoal di hadapan Allah SWT. Tuan Yang di- Pertua, saya Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said Ahli Dewan Rakyat Malaysia bagi kawasan Kuala Krau negeri Pahang Darul Makmur dengan ini memohon untuk mencadangkan Usul Menjunjung Kasih Kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekarang iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al- Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al- Muktafi Billah Shah kerana sudi berangkat menyampaikan Titah Ucapan di Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-12 pada hari semalam bersamaan dengan 15 Mac 2010, 29 Rabiul Awal 1431 Hijrah.
[Bangun]
Sila Yang Berhormat Sri Gading.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krau. Hebat Yang Berhormat ini. Dia boleh bawa dua-dua sekali ke sini... [Ketawa] Akan tetapi, ada juga sahabat saya dia tidak berani dua-dua bawa, satu pun dia tidak berani bawa... [Ketawa] Tidak usahkan dua-dua, satu pun dia tidak berani bawa. Dari semalam kita hendak tunggu, dia tidak berani. Agaknya, apa ilmu Yang Berhormat Kuala Krau inilah? Cubalah beri sahabat kita ini. Yang Berhormat Kuala Krau ini ada ilmu, beri-berilah sahabat saya yang lagi seorang. Tidak tahu siapa namanya, off the record lah.
Terima kasih sahabat saya, ayahanda saya Yang Berhormat Sri Gading.
Belum habis lagi, saya belum habis. Ini serius, ini serius. Apa yang dilafazkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau, Firman Allah SWT, hadis al-Syarif, sabda Rasulullah amat benar, betul dan tepat. Memang itulah yang diperintahkan oleh Allah SWT. Itulah yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Akan tetapi sayang seribu kali sayang, ada sahabat kita faham, tahu ayat itu tetapi kerana politik dan kepentingan dunia yang sedikit, nampaknya mereka sudah lari daripada perjuangan yang diuar-uarkan selama ini. Mereka sanggup, sanggup mereka mempertidakkan firman itu untuk mengikut puak yang sepatutnya tidak boleh diikut kerana pegangan mereka seperti itu tetapi sayang, sayang. Jadi saya harap rakyat yang ramai dan saya minta Yang Berhormat Kuala Krau menyeru rakyat yang ramai berfikirlah secara terbuka, timbanglah secara adil mana yang sepatutnya diikut, mana yang sepatutnya ditinggal. Saya harap ulasan daripada Yang Berhormat Kuala Krau.
Terima kasih kanda saya yang juga banyak ilmunya tentang perkara sama yang saya sebut “dua”. Lebih-lebih lagi kanda saya lebih daripada dua, tiga dan saya dengar- dengar nak jadi empat, cukup kuota... [Ketawa] Sahabat yang sebelah dengar- dengarnya begitu juga, dua, tiga tetapi yang sebenarnya belajarlah daripada isteri- isteri saya, saya tidak ada ilmu. Ditokok tambah rencahnya dengan Yang Berhormat sebelah saya, Yang Berhormat Tenggara yang memberikan rangsangan... [Ketawa] Berbalik kepada perkara pokok tadi mengenai amanah dan juga tanggungjawab. Sebenarnya orang yang layak menerangkan kepada kita tentang kepincangan parti-parti pembangkang, tidak lain tidak bukan kita mengalu-alukan empat orang ahli kawan-kawan kita daripada PKR menjadi Ahli Parlimen BEBAS. Ada juga yang disebut begitu kecewa keluar daripada PKR kerana disangkanya nak memperjuangkan Melayu dan Islam tetapi sebenarnya adalah untuk periuk nasi masing-masing sahaja. Saya percaya Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu sudah tidak sabar- sabar hendak berucap kenapa meninggalkan orang yang dia sangat sayang, Yang Berhormat Permatang Pauh. Katanya banyak perkara, banyak isu semuanya berada di dalam poket Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
Tidak perlu, Yang Berhormat. Nanti Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu yang cerita, Yang Berhormat.
Jadi kita dengarlah cerita dan beliau adalah yang paling layak bersama kawan-kawan lagi tiga orang, Yang Berhormat Bayan Baru. Kita juga sekarang baru empat, sudah tujuh. Saya kira belum berakhir dengan angka tujuh. Akan bertambah-tambah lagi blok Ahli Parlimen BEBAS dan saya percaya Yang Berhormat Pasir Mas akan menjadi Ketua Whip bagi blok BEBAS. Akan tetapi sayang, Yang Berhormat Pasir Mas belum sampai lagi. Yang Berhormat Sri Gading, hendak mencelah lagi? Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu ini dia bukan sahaja mendapat sokongan daripada rakyat Kulim Bandar
Baharu, malahan peminatnya seluruh negara. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu terkenal, seorang pejuang Islam yang tulen. Apabila beliau berada di PKR, inilah satu-satunya tiang seri PKR yang memperjuangkan Islam. Jadi apabila beliau keluar, rasa lega seluruh pejuang-pejuang Islam kerana beliau tidak mahu lagi bersekongkol dengan parti yang tidak memperjuangkan Islam. Apakan daya tiang seri Islam dalam PKR ini sudah keluar. Maknanya sekarang PKR kosong daripada memperjuangkan Islam. Bagaimana pendapat Yang Berhormat Kuala Krau?
Saya bersetuju sangat dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading. Kita semua seluruh negara tahu tentang sejarah dan latar belakang dan sikap perjuangan yang ada pada Yang Berhormat Kulim Bandar Baru, yang sentiasanya mempertahankan agama Islam dan Melayu serta bumiputera di dalam negara kita. Yakinlah bahawa parti serpihan daripada UMNO tidak akan lama hayatnya dan akan terkubur dalam sedikit masa lagi. Kita masih menunggu sahabat saya Yang Berhormat Indera Mahkota kalau-kalau berhajat bersama-sama dalam blok BEBAS ini. Cantik, segak orangnya, tahniah.
[Bangun]
Belum beri lagi, hendak sudah?
Boleh. Terima kasih, belum berhajat lagi.
Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, usul saya adalah seperti berikut, Tuan Yang di- Pertua. “Bahawa suatu ucapan yang tidak seperti ini dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang Dipertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.” Tuan Yang di-Pertua, biarlah saya mulakan dengan kata-kata ini sebagai mukadimah. Tinggi bukit gilang-gemilang, Air laut tenang-tenangan, Budi sedikit tidak kan hilang, Itu menjadi kenangan-kenangan.
Ayam rintik di pinggir hutan, Nampak dari tepi telaga, Budi yang baik jadi ingatan, Seribu tahun terkenang juga. Tuan Yang di-Pertua dan ahli sidang Dewan yang mulia ini, sempena di bulan Rabiulawal yang mulia ini dan hari yang baik ini, saya dengan penuh rasa rendah diri bersama-sama dengan Ahli Dewan Rakyat dan seluruh negara ingin mengucapkan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan keluarga Diraja di atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada 22 Januari 2010. Begitu juga ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Ghazali Shafie, mantan Menteri Dalam Negeri, anak Pahang, kelahiran Kuala Lipis, yang juga pada suatu masa menjadi Ahli Parlimen Kuala Lipis ketika itu menganggotai Jemaah Menteri pada tahun 1970 hinggalah ke pertengahan tahun 1984 telah meninggal dunia pada 24 Januari lalu.
Begitu juga kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, sahabat saya Yang Berhormat Pulai, Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed. Di mana Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat lebih sinonim dengan Kementerian Penerangan dan pernah menjadi Ahli Parlimen Johor Bahru Barat pada tahun 1969 sebelum ia ditukar kepada Parlimen Pulai selama 30 tahun. Kini diwakili anaknya Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed sekarang. Arwah Tok Mat meninggal dunia pada 1 Januari awal tahun ini. Kedua-dua mantan Ahli Dewan Rakyat ini telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada pembangunan rakyat, negara dan agama. Dengan itu saya pohon kepada Dewan Rakyat yang mulia ini untuk bertafakur seketika, selama 1 minit yang mana beragama Islam bersedekah dengan bacaan al-Fatihah dan bukan beragama Islam bertafakur mengikut cara agama masing-masing. Al-Fatihah... [Bertafakur sebentar] Terima kasih. Tidak lupa juga saya dan Ahli-ahli Dewan Rakyat mendoakan kesejahteraan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang telah selamat menjalani rawatan lanjut pembedahan lutut di sebuah klinik pakar dalam pemulihan ortopedik traumatologi dan kardiologi di German baru-baru ini. Semoga Tuanku terus dirahmati dan dikurniakan kesihatan yang baik. Tidak lupa dan tidak terlambat juga buat saya mengucapkan tahniah kepada pemain perseorangan badminton negara dan juga pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Seluruh England edisi ke-100. Inilah yang kita mahukan, satu tahap kecemerlangan yang dapat memartabatkan nama negara di persada antarabangsa. Sebelum ini pun kali terakhir kita memenangi kejuaraan perseorangan dalam kejohanan yang sama ialah menerusi Muhammad Hafiz Hashim pada tahun 2003. Manakala kategori beregu menerusi Koo Kien Keat, Tan Boon Heong pada tahun 2007. Syabas sekali lagi pada Datuk Lee Chong Wei di atas kejayaan tersebut bersama-sama dengan ketua jurulatih dan team nya. Tuan Yang di-Pertua sebelum saya memanjangkan perbahasan sulung titah ucapan terima kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dalam Dewan Rakyat yang mulia ini, saya mengambil ruang ini bagi mengutuk sekeras-
kerasnya tindakan tiga akhbar Sweden yang menerbitkan dan menyiarkan lakaran menghina Nabi Muhammad SAW yang menggambarkan kepala Nabi junjungan besar kita, badan anjing sebagai bahan pameran di sebuah pusat warisan budaya negara Sweden. Saya selaku Ahli Parlimen Dewan Rakyat Malaysia sekali lagi mengutuk keras dan memohon Kerajaan Sweden memohon maaf kepada seluruh umat Islam di seluruh pelosok dunia akibat kejahilan warga negaranya yang bernama Lars Vilks yang tidak menghormati agama Islam. Tidakkah mereka terfikir disebabkan kejadian tersebut boleh memberikan kesan yang tidak baik seperti mana yang berlaku pada tahun 2008. Sebuah akhbar Denmark, Politiken yang menyiarkan perkara sama dan kemudiannya mendapat kecaman masyarakat Islam seluruh dunia. Saya mendesak supaya pihak Kerajaan Sweden memohon maaf dan juga menarik balik terhadap lesen-lesen yang telah dikeluarkan kepada surat khabar tersebut. Saya juga menggesa seluruh umat Islam dalam negara ini bersama- sama memboikot barangan keluaran Sweden selagi Kerajaan Sweden tidak memohon maaf kepada kita umat Islam. Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada perkara pokok, sejak semalam saya telah memerhatikan perubahan kedudukan Ahli-Ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini. Nampaknya teman saya iaitu sahabat saya Yang Berhormat Pasir Mas, terima kasih selamat datang dalam keadaan segak tersenyum lebar kerana sudah bertambah rakan dalam blok BEBASnya. Tahniahlah Yang Berhormat kerana mungkin tidak lama lagi yang saya sebut tadi akan menjadi Ketua BEBAS. Lebih-lebih lagi Yang Berhormat Pasir Mas sekarang pun sudah menjadi Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (PERKASA). Hebat orangnya gagah perkasa kerana berjaya menghimpunkan 76 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu. Lebih hebat lagi sefahaman saya, orang UMNO, orang PKR dan PAS juga berada di bawah NGO tersebut dan Yang Berhormat Pasir Mas begitu hebat orangnya. Saya kira kalau kita lihat gambar ini yang menyebutkan mempertahankan benteng, hak Melayu Yang Berhormat Pasir Mas dalam Sinar, Sinar Harian ini begitu serius, begitu mahu mempertahankan supaya negara kita terus memartabatkan Islam, Melayu dan bumiputera di dalam negara kita. Tidak kurang juga saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Nibong Tebal, Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu kerana berada di tempat duduk baru. Barisan Nasional sentiasa mengalu-alukan ke atas perubahan-perubahan sebegini berlandaskan prinsip dan perjuangan yang seharusnya telus berprinsip dan tidak bercanggah dengan paksi Perlembagaan yang kita dukung sekarang. Lebih ramai berhijrah dari blok sana lebih baik dan saya kira bukan sekadar tujuh akan bertambah-tambah lagi sedikit masa lagi. Kita yakinlah bahawa Barisan Nasional akan mendapat kuasa majoriti dua pertiga di dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingin juga mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Walaupun PKR telah kehilangan kerusi kurang satu majoriti daripada DAP tetapi di atas ihsan kawan- kawannya DAP dan juga PAS telah memberi sokongan kepada Yang Berhormat Permatang Pauh atas ihsan tersebut. Sudahlah gagal untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional cita-cita 16 September 2008 tidak berjaya rupa- rupanya terbalik kot. Maka PKR ramai Ahli-ahli Parlimennya telah bertindak keluar dan tidak yakin lagi dengan perjuangan Pakatan Rakyat.
Tuan Yang di-Pertua dalam titah ucapan Seri Paduka Baginda telah menyentuh secara komprehensif hal-hal berkaitan nikmat kemakmuran, keselamatan dan keamanan yang di kecapi oleh negara. Apatah lagi ucapan Tuanku kali ini adalah yang pertama di bawah tampuk pemerintahan Perdana Menteri Malaysia yang keenam yang kita kasihi Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, yang juga Ahli Parlimen Pekan. Saya mengamati dalam ucapan tersebut Tuanku telah menyentuh perihal 1Malaysia, enam bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA). Pemulihan ekonomi negara, subsidi bagi meringankan bebanan rakyat, model ekonomi baru, liberalisasi sektor pembuatan dan perkhidmatan di samping kepakaran Malaysia dalam perbankan Islam dan kedudukan Malaysia sebagai pusat sukuk terbesar dunia. Serta menyeru rakyat Malaysia mencapai kecemerlangan mengikut bidang masing-masing. Keprihatinan Tuanku juga telah menyentuh soal Penglibatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) agar lebih berdaya saing. Koperasi dan sistem francais, pelancongan, sektor pertanian, sukan, pendidikan, program PERMATA Negara, industri kreatif, teknologi hijau, sektor awam, hubungan antarabangsa, FELDA, kemiskinan dan pembangunan luar bandar termasuk Orang Asli dan Sabah serta Sarawak. Golongan wanita dan orang kurang upaya (OKU) tidak terkecuali serta kesejahteraan bandar dan kesihatan, di samping Tuanku turut peka dengan komitmen Kerajaan Barisan Nasional yang komited dalam isu perubahan iklim dan pemanasan global. Dalam ucapan Tuanku ada mengingatkan kepada kita soal perpaduan dan saling menghormati antara kaum dan agama serta kebebasan bersuara. Apatah lagi dalam media baru seperti blog sebagai asas keselamatan negara terus terpelihara.
Agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti Polis Diraja Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat atau RELA, dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta peranan Angkatan Tentera Malaysia turut disentuh. Saya melihat Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah seorang Raja yang berusaha bersungguh- sungguh untuk memperoleh keredaan dan kepercayaan rakyat di bawah pimpinan Kerajaan Barisan Nasional selaras dengan ketentuan syarak seperti mana yang diperkatakan atau disabdakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya dengan maksud: “Pemimpin kamu yang terbaik ialah mereka yang kamu kasihi mereka dan mereka mengasihi kamu. Kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu dan pemimpin kamu yang paling jahat ialah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu. Kamu melaknati mereka dan mereka melaknati kamu”, diriwayatkan oleh Muslim. Seharusnya rakyat Malaysia perlu berasakan kesyukuran yang tinggi di mana Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu dalam negara kita ini cukup menjaga keperluan dan mengutamakan ketika mereka memerlukan dengan tidak mengelak daripada menunaikan permintaan mereka. Di dalam kesempatan ini juga saya menjunjung kasih di atas perasmian Jambatan Kuala Krau yang bernilai RM61 juta yang telah dirasmikan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Walaupun jambatan ini tidak ada di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan tetapi atas berkat daulat Tuanku telah memohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan alhamdulillah telah terbina dan
memberikan keselesaan kepada penduduk di luar bandar di dalam kawasan Parlimen Kuala Krau. Dalam Titah Ucapan Seri Paduka Baginda, saya telah mengamati secara teliti Tuanku menzahirkan ungkapan dukacitanya sebanyak tiga kali yang berkaitan: (i) ada pihak-pihak di dalam dan luar negara mengambil kesempatan menangguk di air keruh sehingga menggadaikan ketenteraman awam dan maruah negara; (ii) banyaknya timbul fitnah, pembohongan dan putar belit fakta terutamanya dalam media baru seperti blog; dan (iii) Tuanku telah menyentuh soal sifat dan perilaku Yang Berhormat yang ada sebahagiannya tidak mencerminkan keperibadian sebagai seorang wakil rakyat. Saya sendiri mengingatkan diri saya sendiri dalam soal ini supaya tidak terkeluar daripada landasan-landasan yang seharusnya kita perlu mengetahui bahawa tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat yang kita wakili perlulah mengikut saluran yang betul. Malu kita sebagai wakil rakyat apabila ditegur oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin dua penggal berturut-turut yang menunjukkan betapa Tuanku serius dalam soal ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam buku yang pernah saya baca yang ditulis oleh Dr. Khaled bin Ali bin Mohamad Al Ambari seorang pensyarah bertaraf profesor madya di Universiti Ajman, di UAE bertajuk “Sistem Politik Islam menurut Al- Quran, Al-Hadis dan Pendapat Ulama Salaf” yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu, kita lihat pada muka surat ke 200 ada menyebut sepuluh asas yang perlu dijaga, yang perlu dipelihara oleh para pemerintah untuk memastikan kepentingan orang ramai terjaga serta keadilan itu tercapai, (i) apabila sesuatu perkara berlaku kepada orang ramai, dia hendaklah menganggap dirinya sebagai rakyat dan pemerintah itu adalah orang yang lain. Setiap sesuatu yang tidak disukai untuk diri sendiri juga mesti dielakkan daripada orang lain; (ii) jangan menganggap penantian seseorang yang memerlukan untuk mendapatkan pertolongan daripadanya sebagai satu kehinaan kerana Allah SWT telah memerintahkannya menyegerakan bantuan kepada yang memerlukan; (iii) jangan menghabiskan waktunya untuk kepuasan syahwat dan mesti berusaha agar sebahagian waktunya adalah untuk mentadbir hal ehwal kerajaan serta rakyat; (iv) berusaha sedaya upaya agar sesuatu perkara itu diperolehi dengan mudah dan penuh kemesraan. Rasulullah SAW telah berdoa untuk para umara’ dengan bersabda, “Ya Allah, barang siapa yang dilantik menguruskan sesuatu perkara untuk umatku dan dia menyusahkan mereka, maka Engkau sukarkanlah urusan mereka tetapi sesiapa yang dilantik menguruskan sesuatu perkara untuk umatku dan dia memudahkan mereka, maka Engkau mudahkanlah urusannya”, riwayat Muslim.
(v) berusaha sekadar tenaga dan kemampuannya untuk memperoleh kepercayaan dan restu rakyat terhadapnya berteraskan nilai-nilai syarak; (vi) jangan berusaha mendapat restu seseorang sehingga melanggar keredaan Allah SWT dan hendaklah mendahului tuntutan syarak terhadap kedudukan kepentingan dirinya; (vii) sekiranya rakyat memerlukan hukuman, maka hendaklah berlaku adil tetapi sekiranya mereka memohon simpati, maka hendaklah mengampunkan mereka dan tidak mengingkari sekiranya berjanji kepada mereka; (viii) berusaha merapati para ulama yang muttaqin, bertakwa dan soleh untuk mendengar peringatan serta nasihat mereka; (ix) bersungguh meninggalkan sifat bermegah, bongkak dan garang; dan (x) memastikan bukan sahaja dirinya tidak melakukan kezaliman tetapi juga perwakilan, anggota tenteranya serta semua yang di bawah pentadbirannya kerana kesan daripada kezaliman akan mempercepatkan keruntuhan sesebuah kerajaan. Saya berani jamin selagi mana sepuluh asas tersebut dipelihara dalam pemerintahan kita, Kerajaan Barisan Nasional, maka kekuatan kerajaan, kemakmuran serta keamanan akan semakin bertambah dan menghasilkan kesan yang positif serta keadilan yang boleh menundukkan hati-hati manusia. Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebut sebentar tadi sebenarnya adalah tertera selama ini dan dipegang oleh negara kita yang tercinta sebagai sebuah negara berdaulat selama hampir 53 tahun jika diambil kira bulan kemerdekaan pada Ogos tahun ini yang bertunjangkan demokrasi berparlimen, Raja Berperlembagaan. Asas sepuluh ini sebenarnya inti pati terhadap apa yang diperjuangkan oleh Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu serta kepimpinan rakyat di bawah Parti Perikatan dahulu dan sekarang Barisan Nasional. Jadi saya tidak faham mengapa masih ada rakyat negara kita yang masih tidak bersyukur dengan ketamadunan Malaysia yang dibina dengan titik peluh dan keringat tulang empat kerat pemimpin dahulu dan sekarang. Mengapa masih ada pihak-pihak dalaman masih cuba untuk merosakkan ketenteraman yang dicapai sekarang. Kalau kita lihat secara realitinya, pihak-pihak dalaman tersebut inilah sebenarnya perosak kepada bangsa, negara dan agama. Apabila dilihat usaha dari dalaman tidak berjaya, maka pihak-pihak ini pula mendapat bantuan dari luar. Inilah dukacita Tuanku yang telah menzahirkan dalam ucapan Tuanku semalam yang telah saya sebutkan pada awal perbahasan saya. Sebagai contohnya, mengapa sibuk sangat 50 Ahli Parlimen Australia mendesak kerajaan kita menggugurkan pertuduhan kes liwat Yang Berhormat Permatang Pauh? Inilah yang saya maksudkan pihak-pihak tertentu ini yang banyak memutar belitkan dan membuat fitnah. Ini pun dukacita Tuanku yang melihat terlampau banyak fitnah dan pembohongan berlaku pada masa sekarang. Apa yang istimewa sangat pada Ahli-ahli Parlimen Australia ini? Tidak cukupkah sokongan-sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen pembangkang sedia ada sehingga meminta bantuan Ahli-ahli Parlimen dari luar negara, apakah maknanya
ini? Maknanya Yang Berhormat Permatang Pauh sendiri tidak yakin dengan ahli- ahli parlimen pembangkang Malaysia sendiri. Kalau ini pun tidak nampak oleh Ahli-ahli Parlimen pembangkang, sebenarnya ahli-ahli parti pembangkang ini sudah kronik. Sebab itulah saya percaya empat orang kawan kita, Ahli-ahli Parlimen BEBAS, telah dapat terbuka hati dan mahu meninggalkan parti PKR...
Yang Berhormat Kuala Krau, boleh mencelah?
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau tentang kesyukuran kita kepada Allah SWT di negara kita. Saya, Tuan Yang di-Pertua, di mana-mana saya bercakap, saya tidak pernah meninggalkan harapan saya kepada masyarakat, kepada penduduk di mana di FELDA dan sebagainya bahawa kita bersyukur kepada Allah SWT kerana negara kita ini sebuah negara yang cukup aman, penuh dengan pembangunan.
Banyak projek kemajuan dibuat oleh kerajaan. Daripada dahulu Yang Berhormat Kuala Krau, sampai sekarang, saya tidak nampak di mana parti lain kecuali parti Kerajaan Barisan Nasionallah yang membangunkan. Jadi, perkara ini cukup serius. Saya minta kalau boleh kita ingin mencadangkan sesuatu. Saya minta mungkin Yang Berhormat boleh mencadangkan. Apakah langkah yang perlu kita buat supaya kita memastikan rakyat selama ini termasuklah pemimpin pembangkang yang ramai ini, sebelum ini mereka dulu susah namun hasil daripada pembangunan Kerajaan Barisan Nasional, mereka mendapat pendidikan bantuan kerajaan dan sebagainya, mereka senang lenang. Namun akhir-akhir ini, mereka tidak berterima kasih pun bahkan menghasut rakyat, menghasut anak muda supaya menghancurkan kerajaan dan sebagainya. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat? Apakah langkah yang perlu kita buat supaya perkara ini dapat kita pertahankan dan saya bimbang suatu hari nanti apabila perkara ini dibiarkan, negara kita akan hancur. Masa itu bukan sahaja pembangkang yang hancur. Kalau dia hancur, tidak apa, Yang Berhormat. Biarlah dia hancur tetapi saya tidak rela anak saya hancur. Apakah pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini? Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Maran. Kita semua bersetuju terbukti Kerajaan UMNO dan juga Barisan Nasional sejak daripada dahulu lagi, sejak daripada Perikatan telah memperjuangkan kemerdekaan dan seterusnya membangunkan negara kita dengan begitu aman dan tenteram. Selamat kita duduk di dalam negara kita. Inilah yang dikatakan peranan-peranan kita sebagai pemimpin- pemimpin, wakil-wakil rakyat, sebagai penjawat-penjawat awam dapat meneruskan tradisi untuk membela rakyat, untuk memastikan kesejahteraan rakyat ini terbela. Maka marilah kita bersama-sama untuk membangunkan negara kita, memastikan konsep 1Malaysia yang telah disebutkan panjang lebar oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi tadi dapat kita laksanakan dan kita dokong bersama-sama. Presiden PAS dan juga Yang Berhormat Marang sendiri telah menentang keras sebarang campur tangan asing termasuk tindakan sekumpulan Ahli
Parlimen Australia yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia pada 20 Februari 2010. Dalam laporan tersebut, Yang Berhormat Marang ada menyebut, sebagai sebuah negara yang berdaulat, Malaysia tidak rela menjadi mangsa campur tangan pihak asing dan atas alasan tersebut, PAS akan sama-sama memperjuangkan kedaulatan negara lebih-lebih lagi Malaysia adalah sebuah negara Islam dan ia mesti dipertahankan daripada campur tangan negara asing yang bukan Islam. Ini kenyataan YB Marang selaku Presiden PAS. Saya juga mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan di dalam BNBBC dan juga Pergerakan Pemuda UMNO dan NGO yang lain telah menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Australia di atas tindakan 50 orang Ahli Parlimen Australia tersebut. Saya tidak tahulah kenapa Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Bukit Gelugor setuju dengan kenyataan Yang Berhormat Marang tersebut? Hendak menegakkan negara Islam, hendak memastikan negara Islam kita di dalam negara kita. Saya anggap Yang Berhormat Marang ini adalah pemimpin yang banyak tahunya...
[Bangun]
Dalam ungkapan adat ada dijelaskan; “Tahu duduk pada patutnya, tahu tegak pada layaknya, tahu kata yang berpangkal, tahu hujan yang berpokok, tahu serai yang berumpun, tahu ayam yang berinduk, tahu rumah yang tertua, tahu kampung yang berpenghulu”. Jelas sejelas-jelasnya PAS di dalam Pakatan Rakyat menunjukkan pendirian dalam soal tersebut. Jadi apa lagi yang hendak ditunggu-tunggu oleh Ahli-ahli Parlimen Pembangkang yang lain. Tinggalkanlah sahaja Pakatan Rakyat ini ataupun PKR dan penuhi sajalah blok BEBAS...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Jasin bangun Yang Berhormat.
...Dan berjuang bersama-sama dengan Barisan Nasional. Sila, sahabat saya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krau. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana ucapan Yang Berhormat Kuala Krau begitu bernas sekali. Saya begitu leka mendengar. Apabila Yang Berhormat Kuala Krau menyebut tentang campur tangan asing daripada Ahli-ahli Parlimen Australia adalah satu campur tangan yang tidak beretika. Saya hendak mencadangkan kepada Yang Berhormat Kuala Krau supaya Dewan yang mulia ini mengutuk sekeras-kerasnya campur tangan asing di atas apa juga sektor apatah lagi dalam sektor kehakiman dalam negara kita. Kadang-kadang saya pun hairan Tuan Yang di-Pertua. Ada orang diberikan keistimewaan yang begitu melampau kerana kedudukannya. Kalaulah orang-orang biasa macam kita dituduh, saya tidak mahu menyebut sesiapa kerana saya tidak mahu mencampuri urusan kehakiman. Kalau orang biasa macam kita dituduh, selepas itu dihukum. Kalau kita orang yang benar-benar, tidak takut tentang hukuman dan kita tahu kita tidak bersalah, kenapa kita takut menghadapi mahkamah?[Tepuk] Keduanya Yang Berhormat Kuala Krau, memang saya akur apa yang telah dinyatakan oleh Duli Yang Amat Mulia Yang di-Pertuan Agong dukacita tentang terdapat banyak perbuatan fitnah dan pembohongan serta putar belit dalam media baru. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Kuala Krau.
Kalaulah kesalahan ini dilakukan di akhbar-akhbar biasa, ada kata-kata fitnah, dengan serta-merta kita mengambil tindakan kalau ia ada hubung kait dengan kesalahan-kesalahan jenayah. Apakah tindakan kerajaan berhubung dengan kesalahan-kesalahan, fitnah-fitnah, perbuatan pembohongan dan putar belit yang dilakukan dalam internet. Adakah kerajaan berkeupayaan untuk mengambil tindakan yang sama? Terima kasih. Saya minta pandangan Yang Berhormat Kuala Krau.
Terima kasih sahabat saya. Memang kita akhir-akhir ini begitu merasa berdukacita di atas tindakan sesetengah rakyat kita yang bukan sahaja tidak lagi menghiraukan undang-undang di dalam negara tetapi sudah lagi tidak tahu untuk memahami dan menjadi budaya adat resam Melayu kita. Hormat-menghormati, apatah lagi dengan tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap blogger atau yang telah menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan juga yang menghina di dalam blog, yang menghina Ketua Puteri Ampang. Kedua- dua mereka ini telah meninggal dunia. Kita sudah hilang adat ketimuran kita dan kita sudah semacam-macam anak muda belia kita sudah tidak tahu rasa simpati atau melahirkan kasih sayang terhadap kita sesama kita. Oleh sebab itulah kita sama-sama menyeru, menggesa kementerian yang berkenaan mengambil tindakan yang tegas kepada blog-blog yang selalunya menimbulkan isu-isu yang fitnah-memfitnah, isu-isu yang tidak berasas, yang boleh menggagalkan pendekatan konsep 1Malaysia kita untuk perpaduan nasional di dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, keangkuhan 50 orang Ahli-ahli Parlimen Australia ini juga yang cuba mencampuri hal ehwal dalam negara kita sebenarnya telah mencemar semangat negara-negara Komanwel yang sepatutnya menghormati kedaulatan yang telah dikecap oleh negara-negara berdaulat. Kita Ahli-ahli Parlimen sendiri menganggotai dan menjadi Ahli Persatuan Parlimen Komanwel, CPA, malahan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif CPA adalah daripada Yang Berhormat Semporna. Sepatutnya Ahli-ahli Parlimen daripada negara-negara Komanwel lebih memahami soal perlembagaan negara. Saya mencadangkan supaya Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif CPA menggunakan kuasa menggantung Ahli-ahli Parlimen Australia yang terlibat sekiranya ada peruntukan kerana telah mencemarkan nama baik CPA itu sendiri serta menggantung keahlian mana-mana ahli Parlimen Malaysia yang sama-sama bertindak seumpama itu. Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita adalah sesuatu perkara yang baik. Bak kata pujangga, ”Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan”. Inilah reaksi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sebaik mengambil tampuk pemerintahan negara pada 3 April 2009 yang lalu yang mana slogan, ”Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, telah diusahakan secara bersungguh-sungguh supaya rakyat dan negara terus mengecap kemanisan. Pagi tadi Yang Amat Berhormat telah menjelaskan bahawa konsep 1Malaysia ini mestilah dibaca dan diterjemahkan bersama-sama dengan ungkapan slogan ”Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Buktinya Klinik 1Malaysia tidak sampai dua bulan telah beroperasi di seluruh negara sejumlah 50 buah klinik. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tahniah juga kepada penjawat-penjawat awam terutamanya doktor dan jururawat dan juga kakitangan yang bertugas sehingga larut malam.
Jadi saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan dalam konsep 1Malaysia ini “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” di mana diumumkan bayaran bagi wad dimansuhkan pada 1 April 2010 bagi sejumlah 1,253,026 penjawat awam dan bagi pesara pula adalah 528,583 orang. Inilah yang dikatakan konsep 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Apa yang penting pemahaman rakyat terhadap Gagasan 1Malaysia perlu diteruskan dengan pelbagai cara. Berdasarkan fakta dan laporan media setakat 16 Januari yang lalu, tiga juta rakyat Malaysia daripada tujuh juta orang selaku responden tidak memahami Gagasan 1Malaysia melalui penggunaan cara khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Manakala tinjauan secara bersemuka membabitkan sejumlah 12,212 responden memberikan kesimpulan yang hampir sama di mana 40% tidak memahami Gagasan 1Malaysia. Saya percaya keputusan yang tinggi itu kerana tidak memahami Gagasan 1Malaysia disebabkan ia masih sesuatu perkara yang baru dan memerlukan usaha berperingkat-peringkat. Sehubungan itu saya mencadangkan supaya Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan menggunakan pelbagai kaedah menerangkan 1Malaysia secara holistik. Gunakanlah media- media baru seperti blog, facebook, twitter dan sebagainya bagi mendekati rakyat Malaysia dalam usaha menjayakan agenda kerajaan terhadap 1Malaysia. Kita boleh lihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sendiri yang mempunyai facebook dan mempunyai seramai kira-kira 120,000 rakan internet. Kesudian Yang Amat Berhormat bertemu dan beramah mesra bersama rakan internet facebook Yang Amat Berhormat, Sabtu lalu membuktikan Gagasan 1Malaysia itu dapat diterima pakai oleh generasi muda di dalam negara kita. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan keindahan internet adalah meruntuhkan benteng antara kita. Maksudnya ia boleh merapatkan soal bangsa, agama dan usia di bawah Gagasan 1Malaysia tersebut. Ini trend masa kini malahan saya mencadangkan supaya syarikat-syarikat telekomunikasi umpamanya Telekom, Celcom, Maxis dan DiGi turut terlibat dengan penerangan Gagasan 1Malaysia menerusi cerapan multimedianya sama ada berbentuk video phone, MMS selain SMS yang disebutkan tadi. Mungkin dengan penghantaran cerapan multimedia kepada setiap pemilik telefon bimbit yang dilaksanakan setiap masa akan menjadikan rakyat Malaysia lebih memahami agenda kerajaan untuk 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia kini berada di persimpangan. Pada tahun - ya sila.
[Bangun]
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Tahniah. Saya inginkan penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Kuala Krau tentang cadangan Yang Berhormat Kuala Krau supaya penghebahan Gagasan 1Malaysia ini diperluaskan menggunakan kaedah yang terbaru iaitu media baru ertinya menggunakan internet. Akan tetapi persoalannya sekarang ialah bagaimana kita hendak menggalakkan seluruh rakyat Malaysia terutamanya golongan muda supaya dapat mencerapi internet sedangkan, tujuannya baik tadi hendak meluaskan pemahaman tentang Gagasan 1Malaysia, tetapi persoalannya sekarang ialah penggunaan internet kosnya mahal. Jikalau saya bandingkan dengan negara yang lain kos yang dikenakan oleh telco untuk kita melayari
internet masih mahal. Di Kemboja misalnya saya bandingkan dengan di Kemboja sebab saya baru balik dari Kemboja, di sana kosnya terlalu murah, 1% murah! Maknanya kita 99% lebih mahal berbanding dengan Kemboja. Jadi adakah Yang Berhormat Kuala Krau mencadangkan supaya syarikat telco, kita desak, kerajaan desak supaya memberikan kadar kos yang lebih murah supaya segala peluasan ini dan segala hasrat kita seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau tadi dapat diperluaskan dan mencapai tahap pemahaman di dalam tempoh yang singkat? Apa pendapat Yang Berhormat Kuala Krau?
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Ada dua pendekatan yang boleh kita gunakan. Pertama seperti mana yang saya sebutkan tadi, tanggungjawab sosial bagi syarikat-syarikat gergasi di dalam negara kita, Telekom, Celcom, Maxis dan DiGi. Ini diberikan cerapan secara percuma melalui MMS dan juga SMS atau berbentuk video phone. Jangan gunakan caj ini kepada pengguna-pengguna. Berapa juta di dalam negara kita yang telah menggunakan khidmat handphone atau telefon tangan kita ini yang boleh kita terima melalui SMS, MMS dan juga videophone. Bagi video phone paparkan pada skrin-skrin handphone generasi-generasi muda tentang kegiatan aktiviti yang dijalankan oleh pemimpin-pemimpin kita dalam Barisan Nasional, syarahan yang pendek, petikan-petikan dan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, petikan-petikan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri dan sebagainya. Keduanya, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Ledang supaya pihak kerajaan dan syarikat gergasi yang mempunyai operasi jalur lebar atau internet ini mesti memberikan subsidi atau diskaun kepada pengguna- pengguna internet ini untuk memahami terhadap konsep 1Malaysia ini sebagai satu tanggungjawab sosial. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia kini berada di persimpangan. Pada tahun 1991, kerajaan menzahirkan azam bagi mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju menjelang tempoh itu dengan matlamat pembangunan yang merangkumi aspek-aspek ekonomi, kerohanian, politik, sosial, psikologikal dan juga kebudayaan. Bagi...
Mohon laluan Tuan Yang di-Pertua. Boleh kah?
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Itu dekat sana, dekat-dekat, bisik-bisik sahaja cukuplah.
Saya hendak bisik tetapi dua orang kuatnya ada di atas saya tidak berani... [Ketawa] Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik tadi dengan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Ledang dan juga penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Kuala Krau. Saya hendak bertanya pandangan dan pendapat Yang Berhormat Kuala Krau ini penerapan kefahaman konsep 1Malaysia ini kepada rakyat bukan sahaja kepada generasi remaja muda yang ada pada hari ini tetapi bagaimana perlu
diterapkan kefahaman konsep 1Malaysia ini dengan memulakannya dalam diri anak-anak dalam sistem pendidikan negara yang ada pada hari ini? Agaknya bagaimana cadangan Yang Berhormat supaya konsep 1Malaysia ini bukan sahaja difahami oleh rakyat yang terdiri daripada yang dewasa mahupun yang remaja termasuklah kepada anak-anak yang berada di dalam sistem pendidikan negara ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya kira guru-guru boleh memainkan peranan yang penting di dalam menerangkan, menerapkan pemikiran pelajar-pelajar kita, anak- anak kita yang masih di bangku sekolah untuk memahami Gagasan 1Malaysia ini. Contoh yang paling mudah sekali, baru-baru ini saya telah merasmikan sukan tahunan bagi Sekolah Menengah Seri Bahagia. Senang sahaja pendekatan yang dibuat oleh pihak pengetua dan sekolah tersebut iaitu dengan mengadakan nama-nama rumah sukan, pertandingan menghias rumah sukan dan nama-nama rumah sukan itu slogannya “1Malaysia” dan nama-nama pemimpinnya adalah berbagai-bagai kaum tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan kita seperti Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambanthan dan juga Tun Hussein Onn. Nampaknya melalui sukan juga boleh menerapkan konsep 1Malaysia ini, kita bersama-sama duduk dalam keadaan penuh perpaduan nasional di dalam negara kita. Sila.
Tuan Yang di-Pertua minta izin.
Ya silakan.
Yang Berhormat Kuala Krau hendak pindah tajuk tetapi saya lebih berminat untuk memanjangkan sedikit perbincangan tentang syarikat-syarikat telekomunikasi. Yang Berhormat, syarikat telekomunikasi ini diletakkan satu tanggungjawab yang amat berat iaitu di samping mereka memikirkan kepuasan pelanggan, pada masa yang sama mereka terpaksa meletakkan profitability keuntungan itu sebagai di atas segala-galanya. Jadi apabila keuntungan ini diletakkan sebagai faktor penentu kejayaan syarikat, mereka tidak boleh membawa idea-idea seperti mempromosikan semangat 1Malaysia atau dasar- dasar yang dibawa kerajaan tadi sebagai kaedah mereka untuk menyelesaikan tanggungjawab sosial mereka.
Lebih-lebih lagi ada syarikat telekomunikasi kita ini meletakkan pegawai- pegawai daripada luar negara (ekspatriat) yang langsung tidak mempunyai rasa patriotik kepada negara kita. Seperti Telekom umpamanya, meletakkan pengarah logistik mereka seorang yang berbangsa Eropah. Jadi, di mana sebenarnya kita hendak menerapkan semangat ini apabila ketua kepada operasi ini adalah seorang yang tidak ada rasa cinta dan sayang kepada negara kita? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu sahabat saya. Kita telah tahu bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah mengumumkan bahawa ada tanggungjawab sosial yang mesti dimainkan oleh syarikat gergasi kita termasuk juga GLC dan sebagainya.
Kerajaan juga telah menyediakan potongan-potongan atau dikecualikan cukai-cukai tertentu untuk memberikan tanggungjawab sosial seperti kita boleh mempromosikan dan memberikan penerangan-penerangan kepada rakyat di dalam negara kita terhadap konsep 1Malaysia ini. Saya percaya bahawa apabila privilege dengan izin, atau kemudahan-kemudahan, keistimewaan ini diberikan kepada syarikat gergasi besar, maka syarikat gergasi besar ini akan membantu kerajaan kerana mereka juga memerlukan bantuan kerajaan di dalam menjayakan aktiviti ekonomi masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya...
[Bangun]
Ringkas Yang Berhormat.
Ringkas sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya tertarik tadi apabila Yang Berhormat Jasin, kemudian dijawab oleh Yang Berhormat Kuala Krau, sebelum itu Yang Berhormat Tenggara menyebut tentang tanggungjawab sosial oleh pihak syarikat-syarikat telco ini termasuklah badan-badan penyiaran seperti TV, radio dan sebagainya. Saya hendak puji RTM. Boleh katakan iklan tentang 1Malaysia ini berkumandang siang dan malam. Itu satu perkara yang kita harus puji. Akan tetapi saya hendak bercakap tentang syarikat-syarikat TV yang lain terutamanya Astro. Apa salahnya, apa pandangan Yang Berhormat Kuala Krau, sekurang- kurangnya kalau syarikat TV yang lain seperti Astro ini juga dapat memaparkan, maknanya mesti ada impak tentang tanggungjawab mereka terhadap merealisasikan dengan lebih mendalam supaya benar-benar menjadi satu gagasan yang betul-betul dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat Kuala Krau bersetuju, ini adalah salah satu media yang paling berpengaruh. Jadi, saya harap dapat Yang Berhormat Kuala Krau ulas perkara ini kerana saya sangat berharap supaya perkara ini lebih ditekankan kerana kita hendakkan peranan telco ini termasuk badan-badan penyiaran lebih menjurus ke arah itu untuk tempoh yang ada ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya bersetuju bahawa RTM adalah satu syarikat penyiaran yang ke hadapan sedikit berbanding stesen-stesen TV swasta, TV3, Astro dan sebagainya. Namun begitu, sekilas kita perhatikan bahawa TV3 contohnya, pada siaran pagi, daripada enam pagi hingga sepuluh pagi iaitu Malaysia Hari Ini dan juga melalui TV1 Selamat Pagi Malaysia dan juga nampak dalam tv8, 8TV ini juga ada tetamu-tetamu yang dipanggil untuk menjelaskan tentang konsep 1Malaysia ini. Tetamu itu bukan sahaja daripada kalangan kementerian, Menteri-menteri, universiti-universiti, pensyarah-pensyarah, para akademik dan juga usahawan- usahawan yang telah berjaya untuk menceritakan bagaimana perpaduan nasional mesti kita teruskan untuk menjamin 1Malaysia ini berjaya...
[Bangun]
[Bangun]
Sila Yang Berhormat Kinabatangan dahulu, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Gagasan 1Malaysia bukan satu perlembagaan baru bahkan ianya diterjemahkan untuk merealisasikan generasi masa depan Malaysia ini mengetahui apa itu negara Malaysia. Sedarkan Yang Berhormat bahawa di pihak kerajaan, kepimpinan yang tinggi berusaha keras melihat bahawa gagasan ini diterima pakai. Malangnya, apakah Yang Berhormat menyedari belum ada pun satu agensi kerajaan atau pun mana-mana kementerian, dalam letterhead mereka, logo mereka diletakkan 1Malaysia? Ini bermakna mereka tidak memainkan peranan ke arah merealisasikan hasrat murni Perdana Menteri ini. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat? Kita sibuk bincang tetapi kita tidak sedar. Saya sedar, mungkin Yang Berhormat tidak menyedari kerana tidak disentuh. Dahulu kita kalau kerajaan buat satu dasar contohnya, kempen bahasa “Bahasa Membudayakan Bangsa”, “Mencegah Dadah”, disimpan dalam letterhead. Ini tidak ada. Cuba periksa mana satu kementerian yang ada logo 1Malaysia. Minta pandangan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya percaya ramai Menteri, Timbalan Menteri yang hadir dalam Dewan ini yang mendengar ucapan, pandangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Ada kementerian yang saya percaya telah menggunakan letterhead konsep 1Malaysia ini.
Tidak ada Yang Berhormat. Satu pun belum ada.
Saya ingat Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah akan timbul dalam jawapannya. Ada agensi-agensi yang lain, yang telah menggunakan juga konsep 1Malaysia di dalam aktiviti masing-masing. Cuma, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan supaya konsep 1Malaysia ini, dari segi letterhead dan juga apa-apa signboard dan sebagainya yang dijalankan oleh kementerian dan agensi mestilah diwajibkan menggunakan logo 1Malaysia. Yang Berhormat Maran, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan, saya Yang Berhormat Parlimen Maran sudah pakai logo 1Malaysia, di bawah ini. Yang Berhormat Kuala Krau, terima kasih banyak. Saya tertarik dengan slogan 1Malaysia ini. Tadi kita membicarakan tentang adanya mungkin GLC, syarikat-syarikat yang kadang-kadang tidak prihatin tentang spirit atau pun semangat kerajaan untuk melahirkan perpaduan, jati diri pada anak bangsa kita, rakyat negara kita dan sebagainya. Cuma saya tidak tahu Yang Berhormat Kuala Krau. Mungkin kita boleh cadangkan. Selama ini kita ada Biro Tata Negara atau pun pusat-pusat latihan yang melatih pegawai kerajaan, pegawai awam, JKK, ketua kampung, penghulu dan sebagainya dalam membina ataupun menanam semangat jati diri atau pun cintakan negara, utamakan perpaduan dan sebagainya. Akan tetapi GLC ini, tidak tahu saya. Saya ingin mencadangkan kalau boleh agensi di bawah kementerian mana, mungkin Kementerian Penerangan dan sebagainya supaya mengadakan program khas kepada GLC ataupun syarikat-syarikat yang terlibat dengan
komunikasi ini. Mereka diberikan kesedaran supaya mereka bukan sekadar mengaut keuntungan di negara kita tetapi memastikan peranan mereka juga sama, selari dengan kerajaan dalam kita membina Gagasan 1Malaysia ini dan dalam masa yang sama kita membina rakyat kita supaya mereka cintakan negara, cintakan perpaduan, keamanan dan sebagainya. Minta pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.
Pertama Yang Berhormat Maran, saya ucap tahniah kerana telah menggunakan slogan konsep 1Malaysia di dalam letterhead Yang Berhormat Maran. Saya juga bersetuju dan mengambil ucapan Yang Berhormat Maran dimasukkan di dalam sebahagian pada ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan kepada ucapan saya. Bagaimanapun sepanjang perjalanan menghala matlamat ke arah sebuah negara maju, pelbagai cabaran dan dugaan berlaku seumpamanya krisis kewangan Asia pada 1997, Wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan H1N1 serta sejak kebelakangan ini, krisis kewangan dan kemerosotan ekonomi global. Bagi menghadapi segala cabaran itu, negara di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dilihat melangkah jauh ke hadapan apabila dengan beraninya mengadakan program bagi memberikan tatapan kepada rakyat terhadap pelan hala tuju untuk Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang mulanya dijuarai sejak April 2009 iaitu seawal usia pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Yang Berhormat Kuala Krau, panjang lagikah ucapan Yang Berhormat?
Baru satu pertiga Tuan Yang di-Pertua.
Satu pertiga. Baik Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Jam sudah pukul 1.
Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan pada sesi pagi hari ini ditangguhkan dahulu dan Dewan akan bermesyuarat semula jam 2.30 petang nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau untuk menyambung perbahasan.
Bismillahhir Rahmannir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Tuan Yang di-Pertua, nampak macam belum cukup kuorum.
Setiausaha kira berapa orang.
Yang Berhormat Kota Melaka, kawan pun mahu kacau kah?
Kurang daripada 25 orang, kita akan bunyikan loceng selama dua minit. [Loceng dibunyikan]
Setiausaha kira semula. Ahli Yang Berhormat, saya berpuas hati bahawa syarat kuorum telah dipenuhi..
Ini pembangkang tak betullah, dia dua, tiga orang, dia panggil kuorum, dia punya orang tidak datang. Saya minta surat khabar maklumkan di newspaper esok bahawa pembangkang tidak memainkan peranan mereka dalam Dewan.
Tuan Yang di-Pertua, isu di sini ialah pihak Barisan Nasional yang buat pengucapan, mesti you punya orang sendiri mesti ada.
Ucapan tidak kira tapi berapa orang sahaja pembangkang.
Your own people must be there.
Yang Berhormat.
Saya minta surat khabar lapor bahawa pembangkang punya wakil rakyat dua, tiga orang sahaja dalam Dewan.
Menteri pun tidak cukup.
Sila Yang Berhormat Kuala Krau.
Bismillahhir Rahmannir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung perbahasan saya dan terlebih dahulu saya mengalu-alukan pemimpin-pemimpin wanita dari kawasan Parlimen Tangga Batu. Saya juga mengambil kira pandangan Yang Berhormat Kinabatangan supaya pendedahan sebenar, supaya fakta itu tidak diselewengkan bahawa kuorum tidak cukup bukannya daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional. Pada masa yang sama pelan itu adalah sebahagian Gagasan 1Malaysia yang mana Perdana Menteri juarai bersama tekad di bawah agenda NKRA iaitu dengan janji dan komitmen kerajaan bagi mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pelajar, mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar dan terus berusaha demi mempertingkatkan pengangkutan awam di bandar. GTP yang dirancang dan dilaksanakan kerajaan sebenarnya memperlihatkan betapa kerajaan Barisan Nasional sanggup berkorban dan melaksanakan pembangunan negara berteraskan kepada peningkatan kehidupan rakyatnya sejahtera, selamat serta bahagia. Dalam menghadapi pelbagai cabaran
politik dan ekonomi, apa yang dapat dilihat kerajaan pimpinan Barisan Nasional sentiasa mendahulukan rakyat dalam sebarang konsep pembangunan yang hendak dilaksanakan. Saya petik nukilan Tenas Effendy dalam buku bertajuk “Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2002 yang cukup banyak erti dan pengajarannya, ini berkaitan pemimpin yang banyak relanya di mana setiap tanduknya atau sifat sebegini akan menjauhkan dirinya sebagai sifat mementingkan diri sendiri, sombong dan angkuh. Sifat rela ini akan membawa pemimpin kepada jalan yang diredhai oleh Allah SWT yang membawa manfaat sebesar-besarnya bagi umat yang dipimpinnya, ungkapan rela seperti berikut, “...Rela berkorban membela kawan; rela dipijak membela yang hak; rela mati membalas budi; rela belengas kerana tugas; rela berbagi untung rugi; rela beralah dalam menang; rela berpenat menegakkan adat; rela berbebat membela umat; rela binasa membela bangsa”. Inilah yang dimaksudkan bahawa kerajaan Barisan Nasional selama ini sentiasa berusaha dalam merelakan setiap tindak tanduk yang boleh menguntungkan rakyat semata-mata. Saya amat berharap jika GTP ini mampu dijiwai semua lapisan masyarakat, apatah lagi dengan agenda 1Malaysia yang mahu melihat kesepaduan negara dan masyarakat lebuh utuh maka tiada alasan bagi mana- mana pihak untuk mengetepikan agenda dan isi perjuangan menerusi GTP demi melihat kejayaan Malaysia terutama dalam menuju sasaran Wawasan 2020 yang bertekad bahawa Malaysia akan bergelar negara maju menjelang tahun 2020. Jika gagal misi ini, bukan sahaja kerajaan dilihat gagal, malah seluruh rakyat Malaysia termasuk anggota politik pembangkang juga gagal dalam membina survival Malaysia yang terbaik. Alangkah baiknya jika semua kakitangan awam di bawah kepimpinan Perdana Menteri sekarang termasuk mereka yang berada di bawah negeri pimpinan pakatan pembangkang lebih menjiwai rakyat. Ertinya ialah sebarang tindakan dilaksanakan berunsurkan kemanusiaan dan keinsanan yakni tidak membuat sesuatu keputusan yang boleh menyusahkan rakyat dengan jerat proses birokrasi yang keterlaluan sehingga imej kerajaan dan pegawainya dalam melaksanakan GTP ini dilabelkan kemudahannya oleh masyarakat pengguna sebagai pegawai yang hanya mengikut buku panduan tanpa ada unsur insani. Saya melihat inilah cabaran besar kepada kerajaan termasuk juga Menteri dan kumpulan pegawai yang bersama mereka seharusnya lebih sedar akan tanggung jawab mendukung GTP dan pada yang sama mereka harus sedar setiap tingkah laku pegawai dan penjawat awam ini turut sama mendapat penilaian rakyat.
Jika tidak, sia-sialah pelan hala tuju GTP yang didokumenkan dalam bentuk buku tebal selain dalam bentuk cakera padat untuk tatapan dan penilaian rakyat. Isu ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia tidak terkecuali dengan cabaran ekonominya....
[Bangun]
[Bangun]
Tuan Yang di- Pertua, mohon mencelah sedikit.
Tangga Batukah?
Yang Berhormat Hulu Terengganu dahulu.
Yang Berhormat Hulu Terengganu...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima Yang Berhormat Kuala Krau. Saya tertariklah tentang keberkesanan perkhidmatan awam di ketika ini. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan dasar yang diamalkan oleh kerajaan iaitu dengan melanjutkan tempoh pegawai-pegawai kerajaan terutamanya di peringkat atasan dari setahun ke setahun dalam bentuk kontrak kerana ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelapis-pelapis. Kadang-kadang timbalan kepada pengarah itu terlepas jawatan pengarah kerana dasar kerajaan yang menyambung jawatan ketua pengarah. Bagaimana pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya percaya Jabatan Perkhidmatan Awam ada mekanisme yang tertentu yang boleh mengkaji dan menilai dari segi kebolehan dan kebijaksanaan seseorang pegawai atasan. Oleh sebab itulah di dalam perjumpaan di antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan pegawai-pegawai perkhidmatan awam di PICC baru-baru ini telah menjelaskan dan meminta supaya Jabatan Perkhidmatan Awam mengkaji semula dan tentang Sistem Pool yang dilaksanakan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, kerana yang akan saya sebut nanti lebih kurang 40 hingga 50 pegawai yang berpangkat JUSA duduk di dalam keadaan tindakan yang tergantung iaitu dalam keadaan bentuk duduk di Sistem Pool yang ada di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam. Ini juga saya bersetuju supaya tindakan melanjutkan kontrak pihak pegawai-pegawai tertinggi yang tidak lagi boleh memberikan sumbangan kepada kerajaan hendaklah dikaji semula supaya peluang kepada pegawai-pegawai tinggi yang muda-muda ini boleh memimpin dan melaksanakan tanggungjawab untuk misi nasional dalam pendekatan 1Malaysia ini. Terima kasih. Yang Berhormat Tangga Batu...
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Terima kasih juga kerana mengalu-alukan puan-puan dan cik-cik daripada Parlimen Tangga Batu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat menyebut tentang GTP yang akan menjadi satu tanda untuk kita mencapai Wawasan 2020 yang saya percaya ia adalah merupakan salah satu daripada langkah proses yang panjang dan kita tahu Malaysia 2020 adalah satu suasana di mana negara yang maju diisi dengan pengisian iaitu kumpulan masyarakat dan orang-orang individu yang berfikiran berdaya maju. Yang Berhormat, pada pandangan Yang Berhormat, adakah langkah- langkah yang diambil kerajaan pada hari ini dalam ulasan Yang Berhormat sebentar tadi dengan meletakkan RELA sebagai paksinya, keredaan, kerelaan dan sebagainya adalah sebagai langkah yang terbaik untuk kita menyatakan pada tahun 2010, tinggal sepuluh tahun lagi dan ini ukurannya dan ukurannya ini dan beberapa perkara lagi yang perlu kita lakukan sehingga Malaysia menjadi sebuah negara maju. Adakah kita berada di tapaknya pada hari ini di tempat yang tepat pada tahun 2010, begini keadaannya dan pada tahun 2020 nanti, keadaannya begitu? Bolehkah Yang Berhormat berkongsi dengan saya? Terima kasih.
Terima kasih di atas pandangan Yang Berhormat Tangga Batu. Semenjak daripada tampuk pemerintahan negara di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang, nampaknya ada perubahan-perubahan yang telah dilakukan dan pendekatan- pendekatan yang dilakukan dan dapat dimainkan bersama oleh pegawai-pegawai di peringkat tertinggi. Jadi tahniah kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam di peringkat tertinggi dan juga bawahan serta di kawasan-kawasan kerana memahami pendekatan yang hendak dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apa yang paling penting sekali ialah ungkapan kata-kata hikmat daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, “Kita tidak boleh mencapai negara kita sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020 kalau kita tidak sama-sama mempertingkatkan, menjaga keharmonian negara dan juga pemikiran kita mestilah mempunyai pemikiran yang berubah dari semasa ke semasa dan kita mahu perpaduan nasional ini dapat kita jaga bersama”. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan tentang...
[Bangun]
Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Lipis bangun, Yang Berhormat..
...Ekonomi. Sedikit sahaja sahabat saya, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat daripada Kuala Krau. Jadi menyambung apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat daripada Hulu Terengganu tadi, kalau kita melihat di peringkat atasan, ada pegawai kontrak. Kalau kita melihat di peringkat entry point, di peringkat masuk pun, kadang-kadang banyak diambil pegawai-pegawai kontrak terutamanya dalam Gred 41 di banyak jabatan kerajaan. Mereka ini setelah berkhidmat begitu lama dan sebagainya, mereka juga kadangkala diberhentikan, ditamatkan kontrak mereka dan menyebabkan mereka yang kadang-kadang telah ada komitmen dan berumah tangga dan sebagainya terpaksa mencari pekerjaan-pekerjaan lain. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat kalau pegawai-pegawai ini sebenarnya selepas beberapa tahun diambil sebagai pegawai kontrak dan kita masukkan mereka sebagai pegawai tetap? Terima kasih.
Yang Berhormat Lipis semacam sudah baca saya punya idea-idea dan pemikiran untuk saya bentangkan di dalam Dewan yang mulia ini. Begitulah cadangan saya supaya lebih daripada 60,000 pekerja-pekerja kontrak yang ada ini hendaklah diserapkan sebagai kakitangan yang tetap. Jadi terima kasih kepada Yang Berhormat Lipis dan saya jadikan sebahagian daripada ucapan saya. Seterusnya kepada isu ekonomi. Malaysia tidak terkecuali dengan cabaran ekonominya. Atas elemen tersebut, kerajaan sentiasa memikirkan cara- cara terbaik dalam memastikan kestabilan pembangunan ekonominya berada di landasan. Negara yang kini sedang memperkembangkan pengurusan ekonomi pintar ataupun intelligent economy management dengan izin, membuktikan setiap kali pusingan ekonomi global berada pada paras kegawatan, seluruh dunia kelihatan bergelut dan berusaha mencari jalan penawar kepada kemelesetan ekonomi yang berlaku. Di dalam setiap kegawatan, Malaysia tidak ketinggalan memikirkan dan bertindak untuk mengemukakan mekanisme yang mampu, bukan sahaja untuk
mengubat krisis ekonomi daripada meresap jauh ke dalam negara malah muncul dengan ubat tertentu yang boleh dicontohi pula oleh negara lain. Justeru itu, saya melihat Malaysia berjaya mengantarabangsakan konsep pemulihan dan pembangunan ekonominya. Disebabkan pengalaman serta pemikiran yang tidak pernah jumud, Amerika Syarikat dan institusi kewangan antarabangsa termasuk tabung mata wang antarabangsa IMF serta Bank Dunia kini dilihat dalam diam- diam menciplak gaya Malaysia bagi mengatasi permasalahan ekonomi mereka.Ramai ahli ekonomi antarabangsa kini mengikut jejak pakar ekonomi terkemuka seperti Profesor Joseph Stiglitz yang awal-awal lagi mengiktiraf kepintaran Malaysia dalam merawat ekonomi bermasalah. Kalau kita lihat Malaysia berjaya menghasilkan gaya tersendiri dalam merawat ekonomi negara berasaskan model rawatan ekonomi era Tun Dr. Mahathir yang dapat disimpulkan sebagai gaya ‘Mahathir-economisme’ iaitu berasaskan acuan pemikiran Dr. Mahathir yang mampu mengambil risiko dan menyelesaikannya dalam acuan isme atau kerangka pemikiran dan tindakan tersendiri. Justeru, Malaysia harus berbangga dengan keupayaan membina gaya tersendiri dalam memimpin negara berhadapan krisis dan pergolakan ekonomi dunia. Kini di bawah kepimpinan pengurusan ekonomi pintar yang diterokai oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib dengan slogan kepakaran sedia ada, kemungkinan model terkini menjurus kepada cara pemikiran ‘Najisme’ untuk menjadi model terbaru ekonomi Malaysia. Inilah yang ada di dalam GTP dan NKRA yang ditekan sepanjang hampir setahun lalu dan membuktikan pencapaian 4.5 peratus pertumbuhan ekonomi negara yang dicapai pada suku terakhir tahun lalu.
Pada Ahad lalu, laporan media pada 14 Mac 2010 ada menyebut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyasarkan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi tidak kurang daripada 6% bagi tahun ini. Sejarah kejayaan Malaysia mengatasi kemelut ekonomi dipaparkan pada tahun 1985 yang juga berada di dalam keadaan gawat pada kadar pertumbuhan negatif 1% mampu diatasi dan tumbuh pada 1.2% pada tahun 1986 serta terus meningkat ekonomi mencecah 8.7% pada tahun 1988. Kalau kita lihat fasa krisis ekonomi berlaku ulangan pada tahun 1998 telah menjadikan negara yang hyper pesat sekali lagi mengalami pertumbuhan kepada negatif 7.5%. Betapa kepintaran mengurus ekonomi terbukti, Malaysia berjaya bangun dan mencipta semula pertumbuhan sebanyak 5.8% pada tahun 1999 yakni satu pertumbuhan mendadak sebanyak 13.3% membuktikan Malaysia berjaya tanpa sokongan skim bantuan ekonomi Barat. Tuan Yang di-Pertua, ekonomi negara kita menguncup sebanyak 6.2% bagi suku pertama tahun lalu. Namun, kerajaan telah menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK bagi tahun lalu di antara negatif 1% hingga positif 1% kepada negatif 4% hingga negatif 5%. Tidak mustahil dengan kepintaran pengurusan ekonomi inovatif dan kreatif kali ini, kepimpinan negara akan mampu mencipta satu lagi keajaiban menerusi kepintaran rawatan ekonomi ala Malaysia untuk mengelak ekonomi negara dari terus menguncup. Inilah yang dimahukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menyasarkan ekonomi tumbuh lebih 6% pada tahun ini seperti mana tadi telah saya sebutkan. Antara perancangan utama ialah untuk memperkenalkan Model Ekonomi Baru atau MEB. Kita semua tahu bahawa gerakan usaha telah bermula
dalam pakej tersebut yang menggaris pemula sebuah MEB yang berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tinggi bagi mengangkat kita kepada kedudukan sebagai negara yang berpendapatan tinggi dalam tempoh sedekad ini. Malahan, MEB tersebut adalah untuk mengubah kedudukan kita daripada bergantung kepada asas pengeluaran yang menggunakan pekerja separuh mahir dan buruh murah kepada industri teknologi tinggi dan sektor perkhidmatan moden yang bergantung kepada pekerja mahir dan berpendapatan tinggi. Saya difahamkan pelaksanaan MEB ini akan memerlukan rombakan dasar secara besar-besaran dan komprehensif dalam pelbagai aspek, tetapi amat penting kepada masa depan Malaysia. Malahan saya mencadangkan supaya perlu membuat perubahan asas dalam strategi di samping perubahan minda. Saya mencadangkan supaya kerajaan menerima pakai pendekatan holistik yang akan mencetus persaingan dalam semua sektor ekonomi. Ini akan secara sistematik merangsang proses inovasi sebagai kunci utama kepada nilai tambah dan mempromosi sumber tambah nilai tinggi seperti pendidikan swasta, pelancongan kesihatan, ICT, industri kreatif dan bioteknologi. Dalam konteks ini, adalah kritikal untuk mengekalkan momentum melalui dasar-dasar yang mesra pasaran dan yang boleh mencipta sumber pertumbuhan baru dalam sektor perkhidmatan. Akan tetapi yang agak membimbangkan dan merisaukan ialah soal membabitkan hak serta kepentingan Melayu dan bumiputera. Saya mengesyorkan kepada kerajaan supaya tidak terburu-buru mengumumkan MEB ini. Ianya perlu diperhalusi agar kepentingan Melayu dan bumiputera terbela selaras dengan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan. Yang Berhormat Pasir Mas sendiri pernah bersuara kepada kerajaan supaya perlu memastikan setiap dasar yang ditetapkan di dalam MEB perlulah berteraskan kepada peruntukan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan agar tidak menimbulkan kemarahan di kalangan orang Melayu hingga menjadi isu politik. Kita tidak mahu kerajaan gopoh mengumumkan MEB, dasar kesungguhan atau tindakan affirmative, dengan izin, bagi menjaga kepentingan kaum majoriti mesti diteruskan agar pembahagian kekayaan negara diagihkan dengan adil, paling tidak pun berdasarkan nisbah Dasar Ekonomi Baru. Sebenarnya semua orang perlu faham mengapa kita memperkenalkan DEB dan sekarang MEB. Banyak negara lain di dunia pun mengamalkan dasar seperti DEB. Misalnya, di India dinamakan, Dasar Pertumbuhan dan Kesamarataan, di China, Dasar Pertumbuhan Inklusif dan di Eropah sendiri, dasar pertumbuhan meluas. Malah, Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan Bank Dunia juga bersetuju bahawa tindakan affirmative yang saya sebutkan tadi diperlukan dan penting demi kestabilan rakyat. Ketidaksamaan akan membawa kepada ketidakstabilan...
Yang Berhormat Kuala Krau, minta penjelasan sedikit, boleh?
Saya habiskan dahulu ya. Kalau ini pun pembangkang tidak faham, saya tidak tahulah di atas apakah dasar yang perlu dilaksanakan. Saya percaya apabila dasar ini dapat diumumkan pada 30 Mac ini, sama-samalah sama ada Kerajaan Barisan Nasional dan juga pembangkang boleh bersama-sama untuk menjayakan dasar MEB ini. Sila Yang Berhormat Balik Pulau.
Yang Berhormat Kuala Krau, sedikit sahaja.
Saya kira selamat datang ke blok yang baru ya.
Ya? Tidak menariklah... [Ketawa] Yang Berhormat Kuala Krau, sebab penjelasan Yang Berhormat Kuala Krau tadi itu membebankan Perdana Menteri. Yang pertama dia mahukan Model Ekonomi Baru. Pada masa yang sama dibebani dengan cabaran Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan dan sebagainya. Seolah-olah macam tidak mahu. Itu satu. Kedua, tadi dikatakan bahawa affirmative action yang dibuat di negara luar, itu untuk kelompok minoriti... [Tepuk] Jadi, di mana yang model ekonomi barunya itu kalau kita sama-sama boleh kongsi dengan kita di Dewan ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Krau.
Saya...
Tajuk yang sama.
Pendek sahaja ya.
Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai Model Ekonomi Baru yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, adakah Yang Berhormat setuju bahawa kita perlu pergi ke dasar ekonomi yang baru dari NEP yang diamalkan selama ini, sebab NEP telah gagal untuk mengambil kira kepentingan kaum minoriti? Itu sebab pada pilihan raya yang lepas, kaum minoriti telah tolak Barisan Nasional dan sekarang Perdana Menteri turun padang, menteri-menteri turun padang, bukan mereka betul-betul kasih kepada rakyat tetapi mereka tidak ada pilihan lain, terpaksa turun padang untuk dapat balik undi-undi yang telah hilang pada pilihan raya yang lepas. Juga bandingan kepada China dan India seperti rakan saya katakan tadi...
Ya, saya faham.
...Itu adalah satu program untuk minoriti. Di Malaysia lain. Di Malaysia kita ada program khas untuk majoriti. Hanya di Malaysia kita dapat seorang jutawan bumiputera boleh beli rumah dan dapat diskaun 15% atau 7%. Only in Malaysia, dengan izin. Jadi, bolehkah Yang Berhormat beri penjelasan bagaimana Malaysia berbanding dengan negara China atau India? Lain dasar mereka. Jangan putar belit.
Terima kasih kepada kedua-dua rakan saya tadi. Yang paling penting sekali kita tengok jaminan daripada kerajaan. Jaminan daripada kerajaan, jaminan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya yang terbaru, jaminan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan II yang memberi jaminan bahawa dasar MEB ini tidak ada kaum di dalam negara kita yang tertinggal. Akan tetapi, dasar ini tidak boleh lari daripada paksi Perlembagaan. Itu yang paling penting. Semangat DEB dan juga paksi Perlembagaan mesti kita tidak boleh lari. Ia diteruskan dan semua pihak ditambah baik dan akan diberi perhatian. Tidak ada mana-mana kaum di dalam negara kita akan ketinggalan di dalam dasar MEB yang akan diperkenalkan pada 30 Mac.
[Bangun]
Pakar ekonomi hendak bertanya nampaknya. Sila Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Kuala Krau. Saya... [Mengetuk-ngetuk mikrofon] Mikrofonnya tidak berapa bagus... [Ketawa] Saya telah mendengar tadi ucapan daripada pencelahan daripada Yang Berhormat Telok Intan dan juga Yang Berhormat Balik Pulau. Kedua-dua ini lawyer. Dia mana tahu hal-hal ekonomi, tetapi orang cakap ekonomi, hendak juga menyampuk.
Hendak menyampuk juga. Bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut New Economic Model bukan bermaksud bahawa sebagaimana yang didakwa oleh Yang Berhormat Telok Intan, Dasar Ekonomi Baru telah gagal membela nasib golongan minoriti seperti masyarakat India. Berapa ramai orang India yang telah berjaya di bawah Dasar Ekonomi Baru dan Yang Berhormat sendiri itu sebagai contoh. Tidak sedar diri kah? Yang Berhormat sudah berjaya. Yang Berhormat dahulu asal daripada mana? Dari mana kedudukan Yang Berhormat dahulu? Saya hendak tanya. Tolong jawab.
Jawab, jawab!
Saya berjaya usaha sendirilah.. [Dewan riuh]
Tak ada Yang Berhormat.
Usaha sendiri bukan macam you subsidi.
Yang Berhormat Telok Intan tidak boleh. Dia...
Came up on my own not like you projek, projek UMNO. Jangan lupa projek UMNO.
Yang Berhormat sekolah di mana? Siapa yang bina sekolah untuk Yang Berhormat pergi sekolah?
Kita bayar cukai!
Siapa yang bina sekolah kalau bukan Kerajaan Barisan Nasional.
Dari cukai bapa saya bayarlah.
Yang Berhormat Telok Intan.
Bukan free macam you.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Steady, steady, steady. Do not worry, dengan izin. Berapa ramai masyarakat India, dahulu saya sudah sebut, kerja datang ke Malaysia ini dibawa oleh penjajah Inggeris. Betul atau tidak? Bekerja di ladang-ladang and many of them dengan izin pakai cawat pun. Tidak pakai seluar, tidak pakai kain pun tetapi hari ini sudah menjadi berjaya, no problem. We have no qualm about that dengan izin. Kita terima sebagai rakyat Malaysia tetapi jangan pula mempertikaikan apa yang kerajaan telah buat.
Okey, berbalik kepada dasar New Economic Model. Baca dahulu apa yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dia bermaksud... Walaupun belum lagi diumumkan secara detail, terperinci tetapi dari segi maksud Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah untuk menjadikan Malaysia ini high income country. Faham tidak apa high income country? Iaitu untuk menjadikan rakyat Malaysia ini berpendapatan tinggi seperti negara maju Jepun, Korea, Jerman, USA dan sebagainya. Ini matlamatnya. Bukan sebab kerana kegagalan dari segi membela nasib golongan minoriti. Jadi jangan diputarbelitkan. Ini niat baik daripada kerajaan, daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baru, ada wawasan baru, ada idea baru kenapa tidak beri sokongan. Apa salah kita beri sokongan? Apa rugi? Rugi takut tidak dapat undi? Tidak boleh bertanding di Teluk Intan takut kalah. Ini yang dalam kepala ini narrow political minded dengan izin.
[Bangun]
Sudahlah, tidak laku sudah modal itu. Sudah ramai yang keluar, duduk di situ... [Menunjukkan ke arah Ahli Bebas] Eh, tidak ada pula dekat situ.
Yang Berhormat Pasir Salak okey? Yang Berhormat Pasir Salak, boleh?
Ini Yang Berhormat Kuala Krau...
Perlu jawablah ini.
...Saya hendak bagi chance orang lain mendengarlah. Yang sudah tulis itu edar sahaja, tidak payah hendak baca-baca lagi. Sekian, terima kasih... [Ketawa]
Ha, lebih baik fotostat bagi sahajalah.
Terima kasih kepada...
Bagi fotostat sahajalah. Ini panjang lebar buat apa? Saya hendak jawab Yang Berhormat Pasir Salak bolehkah?
Tidak boleh. Mana peraturan baca dahulu... [Ketawa] Yang Berhormat Telok Intan, Yang Berhormat sama dengan saya.
Saya tidak takut Yang Berhormat Pasir Salak lah.
Yang Berhormat Kuala Krau, boleh saya mahu jawab sedikit...
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tidak boleh, tidak boleh. Tidak ada peraturan.
...Itu makhluk di sana.
Yang Berhormat.
Ya, saya mahu jawab.
Ya, teruskan Yang Berhormat Kuala Krau.
Jadi apa peraturan- peraturan ini Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di- Pertua, saya ingin teruskan. Pada Jumaat lalu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyatakan bahawa MEB ini akan diumumkan dalam dua peringkat pada 30 Mac depan. Kita tidak khuatir dengan kebebasan atau wisdom Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana kita tahu apa yang dilakukan untuk rakyat dan negara. Akan tetapi saya hendak tahu adakah kerajaan telah berjumpa dan mengambil kira pihak-pihak berkepentingan seperti contohnya Dewan Perniagaan Melayu, Persatuan-persatuan Usahawan Bumiputera dan Persatuan Penjaja Kecil yang saya kira harus diberikan perhatian utama. Keputusan untuk mempamerkan dokumen MEB kepada rakyat sememangnya dialu-alukan sebelum ianya dilaksanakan sepenuhnya. Saya tidak mahu kita mengulangi kesilapan yang boleh membawa ke arah kontroversi seperti mana yang berlaku yang disebut oleh parti pembangkang kata Dasar Ekonomi Baru ini gagal. Kita mahu keadilan itu kita mahu kelak dalam model ekonomi baru boleh melonjak pemilikan ekuiti bumiputera lebih 18% seperti mana yang ada sekarang. Tuan Yang di-Pertua, tidak keterlaluan kalau saya mencadangkan supaya kerajaan menyasarkan orang Melayu mencapai tahap 65% di dalam bidang ekonomi di bawah dasar MEB ini untuk menebus kembali martabat agama, bangsa dan negara. Kita tidak mahu melihat orang Melayu umpama katak balik semula ke dalam tempurung yang duduk diam dan selesa dengan keadaannya serta berpuas hati dengan pencapaian sedikit yang dimiliki. Oleh itu, saya menyeru kepada syarikat-syarikat multinasional dan juga korporat yang diterajui Melayu supaya memberi kesungguhan bagi membantu usahawan Melayu yang lain. Kita boleh lihat sendiri secara realitinya, lihat sahaja deretan kedai hanya menampakkan dominasi satu kaum sahaja. Kalau kita hendak lihat pun peniaga atau usahawan Melayu yang dominasi, itu pun hanya di penempatan kampung atau di dalam kawasan majoritinya orang Melayu sahaja. Saya hairan apakah lonjakan-lonjakan yang sebenarnya kerajaan lakukan selama ini. Kita mempunyai TEKUN, kita mempunyai MARA, kita mempunyai pelbagai dana di bawah berbagai-bagai kementerian tetapi kita masih lagi tidak nampak dominasi orang Melayu dalam ekonomi dan perniagaan. Memang ada orang Melayu yang kaya-raya tetapi setakat bersepah sahaja belum cukup membanggakan kita. Maknanya soal liberalisasi yang dikatakan membawa limpahan kepada rakyat terutamanya kepada bumiputera menjadi isu yang perlu kita tangani...
[Bangun]
Penjelasan.
...Bersama.
Penjelasan.
Sekejap. Saya habiskan ayat ini. Kita boleh gagal di tanahair sendiri...
Minta penjelasan juga.
...Sekiranya kerajaan tidak komited dalam soal sebegini. Seharusnya usahawan Melayu perlu menguasai rantaian networking termasuk soal membekal, mengedar dan memborong. Inilah resipi yang ada dalam rantaian business kaum Cina. Mereka bukan setakat beroperasi di dalam negara ini tetapi telah mengantarabangsakan di pelosok dunia menerusi China Town. Yang Berhormat Tangga Batu dahulu ya.
Tangga Batu berdiri dahulu.
Selepas itu saya bagi Yang Berhormat Kota Raja.
Yang Berhormat, saya cuma terpanggil untuk berdiri apabila Yang Berhormat menyeru korporat- korporat Melayu untuk menyara pekerja-pekerja Melayu. Saya kira mungkin kalau lebih baik Yang Berhormat sebut semua korporat, Melayu, bukan Melayu untuk menyara pegawai-pegawai Melayu yang kompeten, yang berkelayakan, yang mempunyai kepakaran. Saya kira perlu diperbetulkan ke arah itu. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya memang setuju. Ini termasuk korporat- korporat yang ada di dalam negara. Contoh kalau kita sebut Telco atau dalam TM ini ramai pekerja-pekerja atau jawatan-jawatan yang tertinggi adalah daripada warganegara asing. Saya percaya bahawa Yang Berhormat Tangga Batu mempunyai maklumat-maklumat yang tertentu yang akan ditimbulkan di dalam perbahasan. Jadi saya bagi peluang Yang Berhormat Kota Raja sedikit.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Tadi Yang Berhormat Kuala Krau menyebut tentang program-program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Program TEKUN, program MARA dan banyak lagi seperti FAMA, MARDI semuanya adalah untuk membantu kaum bumiputera. Sesetengah program itu sudah 52 tahun dan ada yang berdekad-dekad sudah. Akan tetapi apakah agaknya Yang Berhormat, program-program ini gagal menghasilkan cita-cita kerajaan dan cita-kita kita orang Melayu? Jadi adakah pada pandangan Yang Berhormat kalau kita panjangkan lagi, unjurkan lagi keistimewaan ini lagi 50 tahun. Maka kaum Melayu boleh setaraf dan setara dengan kaum lain ataupun mungkin kita perlu ada perancangan yang lain, yang lebih tidak bersifat menyuap dan sehingga orang kata suap sampai termuntah dan tidak membina jati diri sendiri dan kemantapan diri sendiri. Terima kasih.
Boleh minta penjelasan juga?
Yang Berhormat Taiping, okey. Lepas Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat rakan saya. Saya rasa terpanggil dan juga tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat tetapi saya hendak beritahu Yang Berhormat sewaktu dahulu kita selalu sebut Melayu glokal, berdikari, semangat jaya diri.
Akan tetapi nampaknya Yang Berhormat tidak setuju dengan semangat dan wawasan baru supaya Melayu sebagai bangsa yang agung dapat berdikari.
Sebaliknya malah menyeru dan menggunakan perkauman sebagai salah satu usaha utama dalam perbahasan. Saya hendak tanya Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat sedar mengikut majalah The Malaysian Business baru-baru ini, antara orang paling kaya di Malaysia adalah anak bekas Perdana Menteri dengan jumlah hartanya RM1,100 juta, anak Tun Mahathir. Kedua, adik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hartanya RMRM1,107 juta. Ketua Pemuda UMNO yang sewaktu dahulu dakwa diri menganggur tetapi kaya dapat beli saham ECM Libra RM9 juta. Adakah ini bukan contoh ataupun ini adalah menunjukkan kegagalan dasar kerajaan yang hanya menjayakan UMNO Putera dan bukannya membantu Melayu orang kampung yang betul-betul miskin, pekerja kilang, penoreh getah, petani-petani? Inilah bukti pertama iaitu bukti di mana kerajaan gagal untuk membantu Melayu dan Pakatan Rakyat akan bantu Melayu bangun dengan bangsa-bangsa lain dalam negara ini. Sekian terima kasih.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat, saya cuma hendak tanya semenjak DEB diperkenalkan hinggalah DEB tamat, adakah waktu itu kebanyakan Menteri-Menteri yang memegang tampuk-tampuk kementerian yang penting terdiri daripada orang Melayu? Kedua, adakah di waktu itu pegawai-pegawai khususnya KSU-KSU terdiri daripada orang Melayu? Pegawai-pegawai kerajaan terdiri daripada pegawai-pegawai Melayu? Pensyarah-pensyarah dan juga pemimpin-pemimpin institusi pengajian tinggi majoritinya orang Melayu? Kalaulah kebanyakan pimpinan ini terdiri daripada orang Melayu termasuk Menteri-Menteri Kabinet, apakah yang menyebabkan akhirnya DEB ini gagal capai matlamatnya? Adakah disebabkan oleh orang bukan Melayu? Ataupun ada yang tidak kena di mana-mana dalam pentadbiran apabila dia diamanahkan kepada pihak yang diamanahkan? Terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih kepada - Saya jawab dahulu. Okey, Yang Berhormat Rembau.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya mengambil peluang ini pertamanya untuk menjawab sedikit apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Taiping tadi. Dia tadi, tuduhannya terus kepada saya mengatakan bahawa sewaktu saya beli saham saya menganggur. Saya hendak jelaskan di sini bahawa waktu itu saya tidak menganggur saya memang kerja, kerja dengan syarikat tersebut. Jadi saya tidak akan minta dia tarik balik sebab Yang Berhormat Taiping ini dia penipu. Jadi dia jenis yang tidak tahu hendak tarik balik. Kalau saya minta dia tarik balik pun dia tidak akan tarik balik. Yang Berhormat Taiping ini, ini...
Tengok, yang sebut bohong tetapi dakwa orang buat. Inilah orang jahat macam itu.
Yang Berhormat.
Sit down, duduk.
Yang selalu sebagai political...
Duduk, duduk duduk.
Inilah caranya...
Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Rembau sekarang sedang mencelah Yang Berhormat.
Kalau Yang Berhormat Taiping ada bukti...
Saya kata sewaktu dahulu...
Yang Berhormat tidak boleh berdebat macam ini.
Kalau Yang Berhormat Taiping ada bukti bahawa...
Bukan.
Apa yang disebut itu...
Sewaktu dahulu...
Yang Berhormat Taiping, saya minta Yang Berhormat duduk, ya.
Itu yang pertama, ya. Pertama, jadi penipu, confirm, duduk. Kedua, saya hendak minta penjelasan daripada...
Tuan Yang di-Pertua, tarik balik. Tarik balik.
Saya tidak akan tarik balik, Tuan Yang di-Pertua.
Ini, Ketua Pemuda UMNO ini tidak layak.
Saya tidak akan tarik balik, Tuan Yang di-Pertua sebab ini memang perkara yang betul..
Dia buat bohong dalam Dewan ini, ini panggil orang lain penipu.
Ini perkara yang betul bahawa dia telah tipu dia telah bohong...
Ini adalah cara unparliamentarian yang disebut oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong semalam. Inilah cara panggil...
Yang Berhormat, saya cuma berpegang kepada Peraturan Mesyuarat. Peraturan Mesyuarat...
[Menyampuk]
Nanti, Yang Berhormat. Nanti, Yang Berhormat, duduk. Peraturan Mesyuarat sekarang mengizinkan Yang Berhormat Yang Berhormat Rembau untuk mencelah Yang Berhormat Kuala Krau. Saya tidak boleh benarkan Yang Berhormat untuk berdebat dengan Yang Berhormat Rembau. Tidak boleh.
Tuan Yang di-Pertua, akan tetapi Tuan Yang di-Pertua boleh buat ruling.
Sit down, sit down.
Yang Berhormat provoke, Yang Berhormat provoke.
Bukannya untuk mengucapkan bahasa kurang sopan dalam Dewan ini.
Lain kali kalau hendak cakap adalah bukti...
Cukup, Yang Berhormat. Yang Berhormat Taiping.
[Menyampuk]
Yang Berhormat Taiping.
[Menyampuk]
Yang Berhormat Taiping, thank you. Sit down, sit down. Good boy [Ketawa] Yang Berhormat Kuala Krau, saya cuma hendak penjelasan sedikit. Ini soalan rantaian nilai. Kita cakap soal usahawan bumiputera dan sebagainya. Saya setuju bahawa perlu ada satu pendekatan dalam model ekonomi baru ini untuk melihat kepada persaingan dan sebagainya. Itu kita semua setuju. Cuma salah satu masalah adalah rantaian nilai. Contohnya, saya bagi contoh kontraktor. Kita sudah lama bagi preferential treatment kepada kontraktor-kontraktor usahawan bumiputera. Akan tetapi masalahnya berlaku ketirisan dalam struktur industri tersebut. Dalam rantaian nilai itu, kalau kita tengok dari segi pembekal bahan-bahan pembinaan itu semua dikuasai oleh pengusaha-pengusaha yang tidak disengajakan datang daripada satu kaum. Apabila rantaian nilai dan struktur industri tersebut itu memang sudah dikenal pasti dikuasai oleh satu kaum, maka kita ada masalah dari segi ketirisan dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan itu tidak sampai kepada matlamatnya. Jadi apakah nasihat dan juga pandangan Yang Berhormat Kuala Krau untuk memastikan bahawa kali ini apa sahaja yang kita buat dapat mencapai objektif utama seperti mana yang dikehendaki oleh kerajaan? Terima kasih.
Terima kasih, kepada Yang Berhormat Rembau. Sebelum itu saya...
[Bangun]
Saya hendak jawab ini. Nanti banyak terlupa. Ada banyak lagi, baru satu per empat saya punya bahan ini. Yang Berhormat Kota Raja, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Raja. Sebab itulah pandangan saya supaya masyarakat Melayu dan juga bumiputera mesti berubah dari segi pemikiran. Jangan terlalu sangat bergantung kepada dana dan juga subsidi bantuan kerajaan. Ini adalah masalah yang rata- rata diakui di seluruh negara di peringkat akar umbi. Pusingan pertama soalnya tekun memberikan pinjaman RM30,000 untuk menternak ayam kampung. Pusingan pertama dengan nilaian RM30,000 itu berjaya, berjaya dikeluarkan, dihasilkan dan dijual. Akan tetapi bila pusingan kedua tidak berjaya kerana wang yang sudah menjadi modal dan juga sedikit keuntungan digunakan untuk kegunaan yang lain. Ini kerana sikap kita. Oleh
sebab itulah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengajak pemikiran rakyat Malaysia terutama orang Melayu dan bumiputera mesti berubah. Seperti juga yang bekas Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir yang telah mahu mengubah pemikiran orang Melayu. Jangan sangat hendak bergantung kepada tongkat yang diberikan oleh kerajaan. Namun begitu dalam dasar yang hendak diperkenalkan kita juga mestilah tidak meninggalkan kaum- kaum yang lain dan memastikan kaum Melayu dan bumiputera terus terbela menerusi paksi dan juga perlembagaan negara kita. Terima kasih Yang Berhormat Rembau tentang apa yang disebut itu saya bersetuju dan saya jadikan sebahagian daripada ucapan saya. Saya hendak teruskan, Yang Berhormat Rembau dan rakan-rakan yang lain. Kalau tidak Yang Berhormat Taiping mengatakan saya racist, saya bersikap perkauman. Itu tidak betul. Saya tidak pernah dalam ucapan saya bersikap perkauman. Cuma saya mengutarakan bahawa kehendak masyarakat Melayu bumiputera yang masih lagi ketinggalan. Oleh sebab itu kalau kita sebut kaum Cina yang berjaya di dalam negara kita ini fakta yang tidak boleh kita nafikan. Deretan kedai-kedai, hak pasaran seperti mana Yang Berhormat Rembau katakan tadi, sektor perindustrian, perniagaan dan pembekal-pembekal semuanya dimonopoli oleh kaum Cina yang ada di dalam negara kita. Sebab itulah kalau tidak keterlaluan saya sebutkan kalau kita ada China Town apakah salahnya kaum Melayu boleh mengantarabangsakan produk dan perniagaan masing-masing. Kita memperkenalkan mengantarabangsakan orang Melayu pula ada Malay Town.
[Bangun]
Yang Berhormat Pasir Mas, merdeka kita. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kuala Kurau. Saya hendak...
[Menyampuk] Kuala Krau.
Krau, Kuala Krau. Saya tengoklah di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat bila sedikit disentuh mengenai dengan serangan racist kita selalu mudah menjadi apologetik. Saya hendak tanya Yang Berhormat, pada tahun 1999 menjelang pilihan raya Pertubuhan Suqiu mengumpul 2,095 pertubuhan NGO Cina, membuat 86 perkara tuntutan di bawah 17 perkara. Apakah itu tidak racist? Itu sejarah dan tidak pernah pun orang Melayu bising. Terus berdiam diri memendam rasa oleh kerana memikirkan soal perpaduan.
Saya mendengar Yang Berhormat berhujah bersabit dengan soal masalah kedudukan ekonomi orang Melayu tongkat dan tidak tongkat tadi. Kalau saya hendak bercakap menjadi panjang. Saya akan bahas nanti. Perkara ini mesti dibetulkan, persepsi ini. Once and for all. Jangan kita terperangkap dengan mainan pihak-pihak tertentu yang sentiasa memperbesar perkara ini. Jadi, saya hendak meminta Yang Berhormat, do not be apologetic. Kalau hendak membela orang Melayu, bela Melayu betul-betul. Bukan soal kita racist tetapi kita hendak menjaga kepentingan nasional. Ini kerana hukum demokrasi, kaum majoriti adalah agenda nasional. It is not a question of Malay atau pun bumiputera. Dengan ini, sekian terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.
Yang Berhormat.
Oleh sebab itu dalam ucapan saya, saya ada mencadangkan tidak keterlaluan saya mencadangkan 65% pasaran ekonomi ini dikuasai oleh kaum bumiputera dan juga Melayu. Kita hendak supaya orang Melayu juga boleh menjadi jutawan yang cukup berjaya terutama dalam bidang business jualan langsung, e-dagang, koperasi dan sistem francais bergabung untuk mewujudkan new world order business Malay town, dengan izin di seluruh dunia.
Yang Berhormat Beruas bangun Yang Berhormat.
Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Beruas, saya hendak beralih ke tajuk saya yang lain. Banyak lagi soal yang saya hendak timbulkan ini.
Yang Berhormat Kuala Krau.
Nanti saya beri peluang.
Kalau boleh minta penjelasan sahaja.
Saya beri peluang dalam isu yang lain. Tuan Yang di-Pertua...
Berkenaan dengan segala pendirian.
Tidak beri Yang Berhormat.
Dalam ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Agong ada menyentuh soal koperasi dan juga francais. Pada 8 Mac yang lalu di padang Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita yang dikasihi dari Parlimen Pagoh telah melancarkan “Satu Komuniti Satu Koperasi” yang cukup menarik dan menepati seperti mana yang telah dikehendaki oleh di bawah GTP. Lihat sahaja pertumbuhan ekonomi dan koperasi yang saya boleh sifatkan sebagai outstanding output. Contoh terbaik Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Bank Rakyat Berhad, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, Koperasi Permodalan FELDA Berhad. Bank Rakyat terus mengukir nama sebagai sebuah bank koperasi yang unggul bagi orang ramai termasuk kerajaan dan badan korporat. Kini memberikan kepercayaan penuh kepada semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pembiayaan komersial dan industri kecil dan sederhana. Bank koperasi ini mencatatkan prestasi kewangan kukuh dengan meraih keuntungan sebelum cukai dan zakat sejumlah RM668.5 juta dalam tempoh 6 bulan pertama tahun lalu iaitu peningkatan sejumlah 29.6% berbanding dengan RM515.7 juta yang diraihnya dalam tempoh sama tahun 2008. Kita lihat pula Koperasi Angkatan Tentera Malaysia yang ditubuhkan pada bulan November, 1960. Bermula menerusi aktiviti pinjam-meminjam terus memperluaskan lagi aktiviti lebih bermanfaat kepada anggota dari sebuah syarikat
peminjam–meminjam, Koperasi Tentera terus berkembang pada 1 November 1975 kepada koperasi serba guna dan mempelbagaikan aktivitinya dalam bidang perniagaan bermula 1981. Sehingga bulan September 2008, Koperasi Tentera memiliki lebih 143,000 orang anggota yang terdiri daripada anggota tentera sama ada yang masih berkhidmat mahu pun yang sudah bersara dan penjawat awam yang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan. Koperasi Tentera yang mempunyai modal kumpulan wang anggota sebanyak RM768 juta mencatat keuntungan sebanyak RM139.5 juta. Apa yang kita mahu sekarang ialah kerajaan menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia lebih drastik menumpukan kepada institusi keluarga dan persatuan penduduk selaras dengan “Satu Komuniti Satu Koperasi” ini. Masalahnya sekarang ialah kurangnya pendedahan dan bimbingan, turun ke padang, tidak boleh lagi pelanggan mencari produk tetapi produk mencari pelanggan pula. Pegawai-pegawai SKM ini perlu proaktif menjalankan kerja-kerja penerangan dan bukan sahaja setakat menunggu ada seminar atau ekspo sahaja. Slogan ‘Rakyat Didahulukan’ perlu disemai dalam tanggungjawab masing-masing. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa gerakan koperasi yang diperkenalkan di negara ini sejak 1920-an lagi dan berjaya membantu golongan makan gaji dan petani mengatasi masalah hutang sekali gus menjadikan gerakan koperasi terus berkembang selama lebih 80 tahun dan diterima baik oleh masyarakat.
[Bangun]
Sebenarnya banyak contoh...
Yang Berhormat Kuala Krau.
Koperasi Komuniti yang berjaya. Umpamanya Koperasi Pembangunan Keluarga Haji Muhammad Perak yang menjadikan dan berjaya mengumpul 624 orang ahli keluarga sebagai ahli koperasi dan jumlah pegangan saham sebanyak RM380,262. Koperasi ini menjalankan business perladangan, pengurusan resort, Kem Bina Semangat dan lain-lain. Ini cukup hebat dan boleh dibanggakan oleh Melayu dan bumiputera menerusi perniagaan koperasi. Silakan Yang Berhormat Arau, sahabat saya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya dari Kuala Krau. Saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat berhubung dengan soal perkembangan koperasi di negara kita. Cuma di sini kita lihat koperasi yang berdaya saing harus, ia harus dipimpin oleh pimpinan yang mempunyai kelayakan dan juga idea. Terutamanya kita lihat sekarang ini apa yang berlaku di negara kita kebanyakan badan-badan koperasi dipimpin oleh mereka yang telah pencen atau pun bersara yang menyebabkan masa dan pengisian dan soal perkembangan idea untuk menaikkan dan mengurus tadbir koperasi dengan baik tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Berbanding di negara maju yang dilihat koperasi ini menguasai sektor ekonomi seperti di Belanda dan sebagainya. Jadi, dalam hal ini, apakah pandangan Yang Berhormat dalam memastikan pengurusan koperasi kita dapat menarik golongan muda untuk terlibat secara langsung? Apakah usaha yang boleh dibuat oleh kerajaan dalam mengatasi kekurangan tenaga pengurusan dalam bidang koperasi di negara kita?
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sebab itu saya menyebutkan tadi, SKM ini selepas di... Dahulu ada Pegawai Pengembangan Koperasi dan sekarang ini SKM telah dilantik di setiap Parlimen ada Pegawai Pengembangan Koperasi. Saya berharap SKM dan juga Pegawai Pengembangan Koperasi ini bersama-sama turun padang mengadakan perbincangan-perbincangan dengan komuniti-komuniti, JKKK, JKKR dan juga NGO-NGO yang ada di dalam negara kita supaya pemahaman, pendedahan mengenai perjalanan untuk menubuhkan koperasi, bagaimana untuk menjaga aliran wang tunai dan sebagainya dapat didedahkan kepada pemimpin-pemimpin pada peringkat komuniti. Jadi, saya ingin meneruskan. Sebenarnya banyak contoh lain iaitu Koperasi Penduduk Pangsapuri Idaman Taman Pauh iaitu koperasi pangsapuri pertama yang didaftarkan di Pulau Pinang dengan jumlah keahlian 110 orang dan 9 orang pekerja. Koperasi ini menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan, pembersihan dan penyelenggaraan bangunan dan kedai runcit. Berdasarkan kajian yang saya buat, perangkaan terkini pada 31 Disember 2009 menunjukkan bilangan koperasi di dalam negara kita berjumlah lebih 7,000 buah dengan anggota seramai 6.65 juta orang, modal syer sebanyak RM9 bilion dan aset bernilai RM61 bilion. Kalau kita melihat jumlah sumbangan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar bagi tahun 2008 menunjukkan penambahan dengan output meningkat pada RM6.67 bilion berbanding RM6.1 bilion pada tahun 2007. Pada tahun 2008 juga koperasi menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dengan jumlah pelaburan dalam koperasi meningkat pada RM8.1 bilion berbanding RM7.79 bilion pada tahun 2007. Manakala pemilikan aset koperasi juga meningkat kepada RM49.7 bilion pada tahun 2008 berbanding RM47.4 bilion pada tahun 2007. Tuan Yang di-Pertua, bagi menyokong ekonomi supaya terus pulih projek- projek pembangunan perlu mengikut jadual yang dirancang. Soal ini penting kerana pada pertengahan tahun ini akan bermulanya Rancangan Malaysia Kesepuluh juga menandakan tirai Rancangan Malaysia Kesembilan yang genap tamat lima tahun tempohnya pada 31 Mac ini dilabuhkan. Saya percaya ramai pihak menunggu pelancaran RMK-10 ini dengan harapan akan membawa rahmat baru pada masa depan mereka, keluarga dan negara. Bagi golongan peniaga, mereka mengharapkan akan ada banyak projek pembangunan yang boleh mereka sertai. Atas faktor itu, jika kita lihat menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak 880 projek pembangunan yang disenaraikan dengan kos sejumlah RM15 bilion. Tentulah harapan peniaga menggunung. Jumlah itu adalah sebahagian daripada program dan projek bernilai RM220 bilion yang dilaksanakan kerajaan mengikut Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dalam tempoh 2005 sehingga 2010.
Walaupun jumlah peruntukan RMKe-10 belum diketahui, namun projek- projek pembangunan untuk pembangunan fizikal dan projek kesejahteraan rakyat perlu diteruskan seperti sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, berlandaskan zaman teknologi yang pesat membangun, tahap perkembangan ekonomi tidak terkecuali dengan kepantasan e-Ekonomi yang tidak pernah kita menjangkau kotak pemikiran kita. Berdasarkan
statistik yang saya peroleh seramai kira-kira 200 vendor tempatan mendapat manfaat Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) bernilai RM11.3 bilion sejak 2008 sehingga kini membabitkan kontrak bernilai ratusan juta ringgit.
[Bangun]
Sekejap ya kakanda. Saya juga mengambil peluang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan menerusi pelan jalur lebar negara di mana perancangannya 50% penembusan jalur lebar akan diadakan di seluruh negara. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kerana dikatakan jalur lebar Pekan dan Kuantan adalah sehebat dan setanding jalur lebar di Singapura. Baru-baru ini Kuantan adalah bandar pertama yang menggunakan HSBB di mana 30,000 penyambungan ke rumah dan pejabat dengan kos sejumlah RM150 juta. Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang.
[Bangun]
Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Kuala Krau yang banyak menyentuh perkara-perkara yang ada kaitan dengan kehidupan. Sebentar tadi beliau menyentuh tentang Rancangan Malaysia Kesepuluh. Beliau tidak mendetail kan. Tak tahu saya agaknya selepas beliau menceritakan tentang jalur lebar ini. Dia akan meneruskan hujah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Yang Berhormat Kuala Krau sahabat saya yang berjiwa rakyat. Kebanyakan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dia benar-benar berjiwa rakyat. Dia juara rakyat, dia tidak main politik benda-benda yang retorik yang tidak ada masuk akal. Ini kelebihan Ahli Parlimen Barisan Nasional dan dia tidak menipu rakyat. Asyik berpolitik 24 jam. Hah, ini contohnya seperti Yang Berhormat Kuala Krau inilah. Rancangan Malaysia Kesepuluh sebenarnya bagi setengah-setengah rakyat dia seperti lampu ajaib Aladdin. Tuan Yang di-Pertua pernah dengar cerita Aladdin ini, ya?
Ya, pernah Yang Berhormat.
Faham betul ya?
Ya.
[Ketawa] Bagi rakyat di kampung, menunggu sangat Rancangan Malaysia Kesepuluh ini boleh menyelesaikan masalahnya kerana telah ditunggu. Yang Berhormat Pokok Sena selalu kacau daun lah. [Ketawa] [Disampuk] Masalah-masalah yang menimpa rakyat seperti banjir umpamanya. Jikalau setakat banjir kilat sahaja. Ini kadang- kadang Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, dan kerana longkang tersumbat. Akan tetapi kadangkala banjir yang melanda sesuatu kawasan yang meliputi puluhan ribu ekar, dia memerlukan biaya. Betul ya, biaya itu cakap Melayu ya? Biaya itu cakap Melayu kah atau cakap Indonesia?
[Menyampuk]
Melayu ya?
[Menyampuk]
Itulah. Kalau bertengkar soal tadi iaitu soal usul kerana hendak jaga Parlimen tidak buang masa. Ini pembangkang... Jadi, apakah harapan Yang Berhormat Kuala Krau? Agaknya lain tempat, lain kawasan, lain negeri, lain daerah, lain kampung, lain Parlimen, kita memerlukan keutamaan. Jadi pihak perancang Rancangan Malaysia Kesepuluh ini faham kah tidak? Jawabnya faham. Akan tetapi apakah benar-benar faham. Ini kerana kadang-kadang yang membuat dasar ini beberapa tahun yang lalu menjadikan dasar lima tahun Malaysia Ketujuh. Dia sudah tidak ada lagi dalam merancang Malaysia yang Kesembilan. Mungkin dia sudah tidak ada juga dalam rancangan menyediakan perancangan Malaysia yang Kesepuluh. Jadi soal pengetahuan dan rentetan. Betul kah itu Dato’ rentetan itu dalam Bahasa Melayu? Rentetan masalah sesuatu kawasan itu mungkin sudah tidak begitu jelas kepada perancang yang merangka kerangka Rancangan Malaysia yang Kesepuluh. Oleh sebab itu, kadangkala sampai berpuluh-puluh tahun jalan seperti Kapit. Jalan di Kapit misalannya berbelas tahun tidak dapat diselesaikan sedangkan keutamaan bagi Yang Berhormat Kapit sebagai contohlah di Sarawak atau di Sabah, Yang Berhormat Kinabatangan sendiri. Yalah, Yang Berhormat Kinabatangan ini keutamaan dia sudah lain.
Eh!
[Ketawa]
Tidak. [Ketawa] Bukan maksud saya dia mungkin minta lapangan terbang.
Ini sangkaan jahat.
[Ketawa]
Ya. Yang Berhormat Kuala Krau sudah bangun Yang Berhormat.
Jadi Yang Berhormat Sri Gading...
Apa pendapat sahabat saya Yang berhormat Kuala Krau. Terima kasih.
Jadi Yang Berhormat Sri Gading...
Yang Berhormat Beruas bangun lagi Yang Berhormat.
Yang Berhormat Sri Gading sebentar, ya. S ebenarnya Yang Berhormat Sri Gading faham. Kita mempunyai satu agenda sahaja. Kita mempunyai satu Perdana Menteri sahaja. Tekad kita Perdana Menteri telah sebut berulang-ulang kali adalah Program Pembangunan untuk Kesejahteraan Rakyat. Apabila dia sebut program pembangunan untuk kesejahteraan rakyat, kita memainkan peranan penting. Jadi sengajalah Yang Berhormat Sri Gading hendak bertanya. Dia sebenarnya faham. Jadi, Yang Berhormat Beruas sedikit sahaja selepas itu Tuan Yang di-Pertua saya hendak terus...
Ya. Panjang lagi kah Yang Berhormat?
Saya hendak teruskan ucapan...
Yang Berhormat.
Minta sampai pukul 4.30 petang Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak dapatkan pandangan daripada Yang berhormat Kuala Krau. Sebentar tadi ada dikatakan kerajaan akan membelanjakan RM150 juta untuk jalur lebar secanggih yang ada di Singapura di Pekan dan saya difahamkan pelaburan ini kita tidak akan tambah pulangan yang setimpal. Sebenarnya jalur lebar yang ada mencukupi untuk kawasan Pekan. Apakah pandangan Yang Berhormat Kuala Krau? Adakah kita perlu membelanjakan wang sejumlah sebegitu banyak untuk jalur lebar yang canggih ini sementara banyak lagi tempat-tempat di negara kita ini yang masih tidak ada elektrik dan air atau pun jalan raya yang baik untuk kampung-kampung. Apakah pandangan dalam hal ini dan adakah kita patut sokong kerajaan membelanjakan wang begitu banyak untuk perkara yang bagi kita tidak begitu tepat pada masa ini? Satu lagi perkara yang ingin saya dapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Krau kerana saya tidak begitu faham tentang pendirian dia ialah sebentar tadi dinyatakan tentang memang model ekonomi baru kita berharap negara dan rakyat kita boleh mendapat pendapatan yang kita boleh katakan tinggi sementara kita tahu di seluruh dunia sama ada di Singapura atau mana-mana negara maju jikalau mereka hendak ekonomi mereka maju dan rakyat mendapat pendapat yang tinggi mereka tidak kira bangsa atau kerakyatan.
Mereka cuba mendapatkan pakar-pakar ekonomi ataupun apa-apa pun bidang termasuk di Singapura di mana Temasek, syarikat negara, mereka menggaji tokoh-tokoh korporat yang canggih ataupun yang daripada luar negara. Bukan orang Singapura, bukan orang China ataupun orang tempatan. Untuk memastikan lonjakan ekonomi mereka dan setiap perkara yang mereka buat itu diketuai oleh orang-orang yang berkebolehan supaya pendapatan negara boleh melonjak tinggi. Akan tetapi sementara itu, Yang Berhormat Kuala Krau tadi apa yang saya dengar, masih menekankan kalau boleh mestilah diberikan kepada orang Melayu sahaja. Apakah pendirian dalam hal ini? Kita tahu Tuhan ini mencipta seluruh umat manusia. Jadi, ada yang pintar dan yang cerdik bukan dari orang Melayu sahaja tetapi dari semua bangsa. Apakah pendirian dalam hal kerajaan kita ini menggaji orang-orang yang berkebolehan ini datang ke negara kita dan kalau boleh kepakaran dalam perubatan, tidak perlulah seperti Yang di-Pertuan Agong dan lain-lain Menteri terpaksa ke luar negeri untuk mendapatkan perubatan yang begitu mahal di luar negeri.
Okey Yang Berhormat Beruas. Kita faham.
Kalau boleh, mereka datang ke Malaysia untuk tubuhkan hospital-hospital dan kepakaran. Walaupun bukan orang Melayu, adakah ia disokong oleh Yang Berhormat Kuala Krau?
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Mengenai jalur lebar, sudah saya nyatakan bahawa sejak 2008 lagi. Manfaatnya kepada masyarakat vendor ini, 200 vendor tempatan. Selain daripada itu, Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah memulaukan atau meninggalkan daripada Program Kesejahteraan Rakyat seperti bekalan air, api dan sebagainya. Kalau kita lihat pula kepada KDNK iaitu akan naik menyumbangkan kepada 0.6% dan mewujudkan 100,000 pekerjaan menjelang 2017. Ini bukan untuk orang lain, untuk rakyat kita, untuk kemudahan, keuntungan dari segi ekonomi bagi masyarakat dalam negara kita. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, kita juga mahu GLC seperti TM, walaupun dalam peringkat pelaksanaan awal projek HSBB dapat memberikan manfaat kepada syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan dalam negara kita secara lebih meluas lagi. Jangkaan aras peningkatan ini dijangka bertambah walaupun ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu untuk vendor dan perniagaan tempatan, saya percaya pembabitan TM dalam teknologi dan sistem baru untuk HSBB boleh mewujudkan lebih 4,000 pekerja baru dalam ekosistem projek itu yang mana TM selaku perunding luar dan vendor projek terbabit untuk menawarkan perkhidmatan bagi skop projek dari segi sistem akses gentian dan infrastruktur teras IT. Tuan Yang di-Pertua, isu pendidikan. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pelajaran kerana kejayaan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran dalam melakukan pelbagai transformasi pendidikan melalui pendekatan baru yang lebih kreatif dan inovatif bagi melahirkan pelajar cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga menyeluruh sehingga mampu bersaing di peringkat global. Tuanku dalam titah baginda ada menyebut tentang pendidikan prasekolah, sekolah berprestasi tinggi dan tanggungjawab GLC menjadikan sekolah tertentu sebagai sekolah anak angkat bagi meningkatkan pencapaian sekolah-sekolah tersebut. Pendidikan prasekolah. Sehubungan dengan itu, saya ingin menyentuh tentang pendidikan prasekolah yang menjadi tumpuan Kementerian Pelajaran memandangkan prasekolah adalah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dan kerajaan melaksanakan pelbagai langkah menjadikan sistem pendidikan terus relevan dan mencapai matlamat. Pada masa kini, hanya lebih kurang 342,000 pelajar atau 60% sahaja mengikuti pendidikan prasekolah sedangkan pendidikan prasekolah ini amat penting untuk memberi pengalaman pembelajaran yang holistik dalam aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi. Kerajaan menyasarkan peningkatan 20% atau lebih 440,000 pelajar menjelang 2012. Saya ingin mendapat penjelasan Kementerian Pelajaran berhubung bilangan kelas prasekolah baru yang akan dibina dan guru yang diperlukan. Kerajaan sebelum ini berhasrat mengambil guru berkelulusan ijazah untuk mengajar prasekolah dalam usaha menyediakan guru terlatih bagi pendidikan awal kanak-kanak. Sehingga kini, berapa ramaikah guru berijazah yang telah dilatih dan mengajar sebagai guru prasekolah? Di samping itu, usaha untuk membangunkan bilik darjah prasekolah ini dijangka akan memerlukan sokongan syarikat berkaitan kerajaan, GLC. Sehingga kini, sudah adakah GLC yang membantu kerajaan membangunkan kelas prasekolah terutamanya di pedalaman? Saya ingin mencadangkan agar kerajaan memberi insentif kepada GLC-GLC tersebut untuk membantu kerajaan membangun kelas prasekolah terutama di luar bandar. Saya juga ingin
mencadangkan GLC-GLC ini bukan hanya terlibat dalam membangunkan bilik darjah tetapi di dalam kemudahan-kemudahan yang lain.
[Bangun]
Ambil contoh di kawasan saya, di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Tekal dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ”Beong”. Kedua-duanya berada di dalam kawasan estet. Minta maaf saya katakan, peranan GLC dalam ladang tersebut, ladang Sime Darby, langsung tidak memberikan perhatian terhadap keadaan prasarana jalan dan sebagainya. Saya menyeru supaya GLC-GLC ini bukan sahaja melihat kepada keuntungan, berilah tanggungjawab sosial sebagaimana yang telah disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang Berhormat Rembau, sedikit sahaja Yang Berhormat Rembau. Banyak lagi.
Ya. Celahan ringkas sahaja. Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Krau. Saya setuju sangat kelas-kelas prasekolah ini diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran agar diberi pendedahan kepada anak-anak kita sebelum masuk ke alam pelajaran yang formal. Akan tetapi masalahnya sekarang ini, saya tidak tahu di Kuala Krau berlaku ataupun tidak. Akan tetapi di kawasan saya, ada sedikit masalah di mana pengambilan untuk kelas-kelas prasekolah Kementerian Pelajaran ini bertindih dengan KEMAS. Perkara ini sebenarnya dibangkitkan oleh banyak pekerja-pekerja dan juga pegawai-pegawai KEMAS, guru-guru KEMAS, Tadika KEMAS. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Kuala Krau sama ada kelas prasekolah Kementerian Pelajaran ini, sama ada ia boleh mengambil alih terus apa yang dibuat oleh KEMAS melalui tadika-tadika KEMAS ataupun perlu ada satu garis panduan dan syarat-syarat yang lebih ketat? Jadi, tidak ada apa-apa pertindihan antara kedua-dua program ini yang saya rasa kedua-dua program ini ada kelebihan masing-masing. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Memang masalah itu juga wujud saya kira di dalam mana- mana kawasan Parlimen di dalam negara kita. Sebab itu rakan-rakan kita sebelum ini telah membahaskan bahawa terdapat pertindihan di antara pengambilan prasekolah KEMAS dan juga Jabatan Perpaduan Negara. Saya percaya bahawa kedua-dua atau ketiga-tiga kementerian ini akan menyeragamkan bagaimana pengambilannya. Ada juga ketikanya, pelajar prasekolah ini terpaksa mengikuti kelas KIA2M iaitu kelas intervensi awal iaitu menulis dan membaca. Tidak seperti mana pelajar yang lepasan daripada tadika KEMAS dan Perpaduan. Oleh sebab itulah saya percaya bahawa pihak kementerian, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengamati ucapan saya akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, satu cadangan yang amat menarik oleh Kementerian Pelajaran adalah untuk memperkenalkan kemasukan Tahun Satu pada usia enam tahun berbanding tujuh tahun ketika ini. Cadangan ini adalah selaras dengan amalan negara maju lain termasuklah di rantau ini. Kebaikannya pula langkah ini akan membolehkan pelajar memasuki universiti serta pasaran kerja setahun lebih awal. Cadangan ini adalah wajar memandangkan kanak-kanak sudah mengikuti pembelajaran peringkat prasekolah. Halangannya ialah kapasiti
sekolah untuk menampung 500,000 pelajar baru bagi setiap tahun. Oleh itu sekiranya bebanan ini dapat diatasi, maka wajarlah cadangan ini dipertimbangkan kerana maklum balas yang diperoleh oleh rakyat agak positif. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan berhubung cadangan ini dan bilakah cadangan ini akan dapat dimulakan? Soal ini penting kerana kita mahu ianya selari dengan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan misalnya Program PERMATA Negara yang tujuannya melahirkan generasi baru yang akan memacu negara ke masa hadapan yang lebih cemerlang seperti mana yang diucapkan oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam. Dalam Bajet 2010, telah dinyatakan sebanyak RM100 juta diberi peruntukan, disediakan bagi memperluaskan Program PERMATA di 233 pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara. Setakat ini, Program PERMATA telah diperkenalkan di sebanyak 457 pusat jagaan dan ianya berjaya mendidik hampir 18,000 kanak-kanak.
Saya percaya berlandaskan Program PERMATA yang komprehensif ini ia sudah boleh melahirkan generasi-generasi awal yang pintar. Jangan lupa bukan setakat Malaysia sahaja yang telah memperkenalkan untuk melahirkan generasi- generasi pintar dalam usia yang muda. Isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Dasar PERMATA Negara, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat lawatan ke New Delhi School yang menempatkan pelajar cemerlang dalam lingkungan tiga hingga 17 tahun. Ini bermakna Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam soal-soal sebegini, yang saya berpandangan bahawa tonggak kekuatan Malaysia pada masa depan adalah mewujudkan seberapa ramai modal insan yang cemerlang. SBT iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi. Tuan Yang di-Pertua, Tuanku juga bertitah berhubung insentif Kementerian Pelajaran memberikan pengiktirafan kepada SBT sebagai usaha untuk melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan negara khususnya sebagai anjakan baru dalam memperkasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain meningkatkan aktiviti kokurikulum dalam usaha membentuk sahsiah cemerlang di kalangan generasi muda. Tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran yang telah mengumumkan 20 buah sekolah SBT pada 26 Januari 2010 yang lalu. Pengiktirafan ini bukan sahaja mengambil kira pelbagai aspek pencapaian bermula dengan kecemerlangan akademik dan kokurikulum, sehinggalah kepada sumbangan pihak sekolah kepada negara. SBT yang terpilih ialah sekolah berasrama penuh sepuluh buah, sekolah menengah harian empat buah dan sekolah rendah enam buah. Antara sekolah berasrama penuh yang mendapat pengiktirafan ini ialah Sekolah Dato’ Abdul Razak (SEDAR) Seremban, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Seri Puteri, Kolej Tengku Kursiah dan Sekolah Tun Fatimah. Saya turut berbangga kerana Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang turut terpilih mendapat pengiktirafan ini. Sebagai bekas pelajar KISAS, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga KISAS, guru-guru, pelajar-pelajar, ibu bapa dan PIBG. SBT ini diberikan pelbagai kuasa autonomi dalam menguruskan sekolah bagi memastikan kecemerlangan A+ tercapai dalam semua bidang. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada 7,987 pelajar yang mendapat kelulusan cemerlang di dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 yang diumumkan minggu lalu. Tahniah kepada Kementerian Pelajaran kerana seramai 255 calon meraih gred tertinggi A+ dalam semua mata pelajaran. Tahniah kepada bekas pelajar saya juga Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang yang menduduki tempat kedua keseluruhan dengan pencapaian 97 pelajar memperoleh 11A dan juga Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh juga di dalam kawasan Parlimen saya yang juga telah menduduki tempat yang kelapan di dalam sepuluh sekolah yang cemerlang di dalam negara. SBT ini sewajarnya menjadi penanda aras kecemerlangan yang dicontohi sekolah-sekolah lain. Lebih banyak sekolah diharapkan akan meningkatkan kualiti dan menjadi SBT. Sebagai bidang keberhasilan utama negara NKRA dalam pendidikan, kerajaan meletakkan sasaran untuk mewujudkan 100 buah sekolah berprestasi tinggi menjelang 2012. Apakah perancangan kementerian untuk mencapai matlamat ini khususnya dalam melahirkan pelajar dan sekolah berprestasi tinggi dari luar bandar? Berhubung dengan pendidikan ini, saya juga ingin menyentuh tentang sekolah menengah kebangsaan agama yang bilangannya agak terhad di setiap daerah sedangkan ramai ibu bapa yang berhasrat menghantar anak mereka mengikuti pengajian aliran agama. Justeru itu kerajaan adalah disarankan supaya lebih banyak SMK Agama di seluruh negara bagi menampung permintaan ibu bapa. Saya juga mencadangkan kalau tidak keterlaluan setiap satu daerah satu SMKA akan dibina. Selain itu juga saya ingin mendapat penjelasan kerajaan berhubung sekolah menengah dan sekolah rendah agama rakyat dan negeri yang dikatakan banyak tidak didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, SABK. Kita menyedari pentingnya sekolah-sekolah agama ini didaftarkan bagi meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah, melengkapkan prasarana, menyediakan bantuan kewangan dan memelihara kebajikan guru serta murid. Berapakah jumlah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) yang tidak didaftarkan. Apakah halangan yang menyebabkan sesetengah sekolah ini tidak berminat untuk mendaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)? Bahasa Melayu tonggak bangsa, sekali lagi dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga ini, saya ingin membangkitkan sekali lagi soal pengajaran bahasa Melayu untuk subjek Sains dan Matematik. Keputusan sudah diketahui umum dan saya sekali lagi mengingatkan supaya pelaksanaan bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains tidak faham apa yang diajarkan kerana tidak menguasai bahasa Inggeris atau guru juga tidak berkemahiran mengajar dalam bahasa terbabit. Kementerian perlu memperbetulkan segera hala tuju untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris. Pastikan tempoh pembelajaran, tempoh mengajar bahasa Melayu diperbanyakkan supaya pelajar- pelajar sekolah menguasai bahasa itu dengan baik. Ini tidak kira sama ada aliran Melayu atau sekolah-sekolah yang mempunyai aliran Cina dan juga Tamil. Saya mencadangkan supaya tempoh masa mengajar bahasa Melayu ini mestilah ditambah berbanding dengan tempoh masa mengajar bagi bahasa Tamil dan juga Mandarin.
[Bangun]
Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat, ada yang bangun Yang Berhormat.
Sila.
Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya tentang pengajaran bahasa Melayu di sekolah Cina. Baru- baru ini kita terbaca berita tentang aduan bahawa kertas bahasa Cina dalam Darjah Satu sekolah Cina itu didapati amat sukar, yang tidak boleh difahami oleh pelajar. Jadi ramai NGO juga sedang menyentuh perkara ini. Saya hendak tahu adakah mungkin Yang Berhormat boleh memberi penjelasan ataupun menyampaikan satu cadangan kepada Kementerian Pelajaran, semasa menggubal kurikulum bahasa Melayu bagi sekolah-sekolah rendah tidak semata- mata menggunakan mereka yang dinamakan pakar-pakar bahasa. Perlu juga kita meminta jasa daripada kalangan guru-guru sekolah rendah yang benar-benar memahami kemampuan dan kebolehan kanak-kanak dalam Darjah Satu dalam pembelajaran bahasa kebangsaan. Jadi itu adalah penting, kalau kita selalu hendak menonjolkan ataupun hendak menunjukkan bahawa standard bahasa di peringkat Darjah Satu amat tinggi di Malaysia. Saya rasa itu satu perbuatan, satu langkah yang tidak boleh diterima oleh guru-guru yang biasa. Jadi saya harap dalam penggubalan kurikulum bahasa Cina itu kita perlu juga mengundang atau menggunakan sepenuh-penuhnya kepakaran di kalangan guru-guru sekolah rendah, apakah pandangan Yang Berhormat.
Saya percaya bahawa Yang Berhormat Menteri Pelajaran mendengar dengan penuh teliti, saya jadikan ucapan dan pertanyaan Yang Berhormat Tebrau sebahagian daripada ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, menaikkan taraf Politeknik premier, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah menaik taraf tiga daripada 27 politeknik sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, yang baru-baru ini sebagai politeknik premier iaitu Politeknik Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Shah Alam, Politeknik Ungku Aziz (PUO) Ipoh dan Politeknik Johor Bahru (PJB). Ia merupakan langkah yang bijak bagi perubahan dan transformasi pendidikan politeknik memandangkan fungsi politeknik dalam menjana modal insan yang lebih berdaya saing bagi keperluan industri. Saya percaya hubungan yang lebih akrab dapat dijalinkan antara politeknik-politeknik ini dengan industri supaya lebih ramai pekerjaan tempatan dapat memasuki industri bagi menggantikan pekerja asing. Langkah ini juga akan menarik lebih ramai kelulusan SPM untuk menceburi kerjaya sebagai pekerja profesional dan mahir. Sehubungan dengan itu saya memohon sebuah politeknik dibina di kawasan Parlimen Kuala Krau dan untuk menjadi pemangkin pembangunan pendidikan dan industri di Kuala Krau. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu FELDA. Saya hendak menyentuh isu FELDA yang sejak akhir-akhir ini menyaksikan kesepakatan pembangkang berusaha keras mempengaruhi peneroka FELDA di seluruh negara khususnya di Pahang.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mensyuarat] Saya difahamkan negeri Pahang menjadi pertaruhan Pakatan Pembangkang untuk menawan negeri kelahiran saya dalam PRU ke-13 akan datang. Malah saya ada mendengar muncul individu-individu yang sanggup menjaja cerita yang tidak benar di kawasan FELDA untuk menagih simpati peneroka agar memihak kepada mereka. Apa yang dikesalkan terdapat segelintir peneroka terutama genarasi kedua yang terpengaruh dengan diayah yang ditaburkan itu. Saya hanya mendapat tahu buku tulisan Mazlan Aliman bertajuk “FELDA; Dulu Tolong Sekarang Ah Long.” Banyak fakta yang salah. Saya belum berkesempatan membaca buku itu tetapi Pengarah Pembangunan Komuniti...
[Menyampuk]
Saya hendak tanya. Dengar dulu ucapan saya. Dengar dulu ucapan saya Yang Berhormat Pokok Sena. Pembangunan ini. Ini sumber. Pengarah Pembangunan Komuniti dan Koordinasi FELDA Encik Mohamad bin Ibrahim telah berkata, banyak fakta yang ditulis di dalam buku tersebut tidak tepat selain memaparkan segala usaha yang dilakukan oleh FELDA adalah buruk belaka dan menekan peneroka. Malah...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sabarlah, sabarlah. Yang Berhormat Pokok Sena pun tidak baca juga. Malah...
Khatam tiga kali dah.
Ada tempatnya. Malah...
Tuan Yang di-Pertua, laluan.
Saya tidak bagi laluan ini.
Sedikit sahaja.
Malah saya juga menerusi research dan makluman peneroka sendiri ada memaklumkan ada pihak- pihak tertentu sekarang ini aktif dalam menawan hati peneroka untuk membenci kerajaan. Malahan mereka ini menggunakan generasi kedua dalam memecahbelahkan masyarakat FELDA yang terbukti selama ini menyokong kuat kerajaan. Kalau hendak diceritakan sejarah..
Laluan. Laluan Tuan Yang di-Pertua.
Saya tidak bagi laluan.
Sedikit sahaja tentang ini. Takkan tidak berani kut?
Ianya seiring kemajuan negara hampir 53 tahun mencapai kemerdekaan.
Yang Berhormat Titiwangsa jangan kacau dia tidak baca buku itu.
FELDA juga melalui transformasi yang pesat dengan pembangunan. FLEDA kini mampu menjadi satu gagasan yang berjaya sebagai agensi pembangunan tanah paling berjaya bukan sahaja di Malaysia malah di dunia sehingga sebagai contoh kepada beberapa negara lain yang sedang membangun. Malah kehidupan peneroka kini jauh lebih baik berbanding suatu ketika dahulu dan hasil perladangan mereka membolehkan mereka menikmati pendapatan selesa. Pada awal penubuhan 53 tahun dahulu, FELDA memberi tumpuan kepada usaha membuka ladang, tanah dan memberikan kehidupan baru kepada rakyat di negara ini ketika itu. Perjalanan masyarakat FELDA banyak perubahan daripada mereka yang tidak bertanah kepada mereka yang bertanah. Manakala anak mereka menjadi orang yang berjaya dan peneroka juga orang yang berjaya. Kejayaan itu adalah satu putaran kehidupan yang begitu besar buat peneroka FELDA. Kejayaan itu dikecapi warga FELDA. Itu adalah hasil idea dicetuskan Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak, ayah kepada Yang Amat Berhormat Ahli Parlimen Pekan, Perdana Menteri kita yang memikirkan program pembangunan luar bandar untuk menangani isu kemiskinan yang secara langsung meningkatkan taraf hidup rakyat. Era tanah rancangan bermula Pelan Pembangunan Komprehensif dan Sistematik dikenali Rancangan Pembangunan Melayu Lima Tahun. Antara agensi kerajaan dalam pelaksanaan rancangan dipelopori beliau ialah FELDA menerusi Akta Kemajuan Tanah 1956. FELDA ditubuhkan dengan peruntukan modal kerja sebanyak RM10 juta, dan sebab itu FELDA tidak menoleh ke belakang lagi. Untuk menjadi peneroka FELDA, peserta dipilih dari anak muda yang sihat, bertenaga untuk meneroka kawasan hutan di lereng bukit, lembah dan kawasan hutan di pedalaman. Peserta FELDA di peringkat awal pembukaan tanah terpaksa membanting tulang empat kerat bekerja di kawasan penghuni manusia adalah minoriti, tinggal di rumah kecil tanpa bekalan elektrik, air paip atau sebarang kemudahan lain. Berdasarkan sejarah FELDA, FELDA Lurah Bilut adalah tanah rancangan yang pertama yang dibuka membabitkan kawasan seluas 5,171 hektar pada 1 April 1958. Kumpulan pertama peneroka yang menyertai tanah rancangan adalah seramai 28 orang dari Datuk Keramat Kuala Lumpur tiba pada 2 Ogos 1959. Manakala kumpulan kedua 30 orang tiba pada 7 November 1959 diketuai oleh Hashim Abdul Samad dari Sabak Bernam Selangor. Sehingga kini Lurah Bilut menjadi penempatan 616 keluarga membabitkan 400 Melayu, 169 Cina dan 47 India. Selepas Lurah Bilut sebanyak 316 lagi tanah rancangan dibuka di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak. Kejayaan yang dikecapi oleh FELDA ialah hasil penat lelah seramai 104,846 rakyat Malaysia yang dipilih sebagai peneroka yang membangunkan sejumlah 480 kawasan seluas 853,313 hektar bagi kawasan pertanian, perladangan dan penempatan. Jadi saya berharap supaya peneroka-peneroka terutama generasi kedua, peneroka kini celik minda supaya memikirkan yang mana satu baik dan buruknya, yang mana satu intan dan belian kerana semuanya terletak di tangan mereka.
Yang tidak baca buku sahaja [Ketawa]
Apa pun saya anggap pihak-pihak tertentu sebagai musang tersesat yang masuk ke FELDA termasuk juga Yang Berhormat Pokok Sena [Ketawa]
Yang baca buku semua percaya.
Termasuk Yang Berhormat Pokok Sena musang sesat. [Ketawa] Isu berkaitan kenderaan perdagangan. Saya ingin membangkitkan isu-isu berkaitan kenderaan perdagangan yang mana antara isu yang dibangkitkan ialah meningkatkan kadar premium insurans bagi kenderaan awam. Kalau sekarang kadar premium insurans meningkat antara 4% hingga 46% berikutan kajian semula kadar tarikh motor, ia dianggapkan purata bayaran premium insurans sebuah bas ialah RM4,160, dan teksi RM2,879 setahun. Syarikat-syarikat insurans pula enggan memberikan perlindungan insurans pihak ketiga kepada kenderaan pengangkutan awam kerana tiada had dalam jumlah tanggungan yang ditetapkan dalam Akta Insurans 1996. Saya mencadangkan supaya Akta Insurans 1996 dikaji, dan dipinda bagi mengehadkan jumlah tuntutan perlindungan insurans pihak ketiga dan menyediakan tabung untuk insurans kenderaan pengangkutan awam berkelompok bagi menjamin jumlah premium yang praktikal kepada pengusaha. Di samping itu saya melihat kenderaan perdagangan ini tidak menggunakan NGV secara meluas. Kalau kita lihat penggunaan NGV merupakan bahan bakar alternatif bagi menjimatkan kos operasi dan meningkatkan perkhidmatan yang mesra alam. Kos pengubahsuaian enjin kenderaan kepada NGV ialah di antara RM2,800 kepada RM4,000 bagi teksi, dan RM50,000 sehingga RM80,000 bagi bas. Saya juga mencadangkan agar peruntukan untuk menggalakkan penggunaan NGV ini disalurkan di bawah Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam bagi pinjaman dan Petronas bagi geran dengan skim yang seperti berikut:- (i) pinjaman ubah suai NGV merupakan skim pembiayaan pinjaman yang mudah dan mesra kepada pengusaha yang memiliki kenderaan untuk menukar kepada NGV. Jumlah pinjaman adalah 50% daripada jumlah kos penukaran kepada NGV; (ii) geran pemadanan ubah suai teksi NGV sebanyak 50% daripada jumlah kos ubah suai kepada NGV; (iii) geran teksi monogas NGV merupakan geran pembiayaan kepada pengusaha untuk membeli teksi monogas NGV. Geran yang ditawarkan adalah berjumlah RM4,500 untuk satu kenderaan dengan maksimum 200 unit setahun; dan (iv) geran pemadanan ubah suai bas NGV dan geran pembelian bas monogas NGV mengekalkan dan menambah peruntukan geran yang sedia ada. Geran sedia ada memperuntukkan sejumlah RM20,000 bagi ubah suai dan RM50,000 bagi pembelian bas monogas yang baru. Di samping itu juga saya ingin membangkitkan soal insentif kerajaan untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam yang mana pembelian kenderaan pengangkutan awam dan peralatan tambahan seperti GPS dan speed limiter serta pembangunan sistem ETKT, yang mana pengusaha sekarang mendapatkan
pembiayaan Tabung Khas Pengangkutan Awam iaitu Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam (TPPA) dan juga institusi kewangan komersial. Saya melihat tambang perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini masih pada kadar yang rendah yang mewujudkan jurang yang agak besar antara pulangan pendapatan berbanding kos operasi. Saya mencadangkan supaya menambah peruntukan TPPA untuk pembelian kenderaan baru dan peningkatan kualiti kenderaan dengan kadar pulangan yang lebih murah. Dicadangkan agar peruntukan ini disalurkan terus kepada SME Bank, Bank Rakyat dan MARA serta bank-bank komersial terpilih yang mana sebelum ini hanya disalurkan kepada Bank SME sahaja. Kerajaan juga boleh menyediakan insentif kewangan pada pengusaha bas sebagai galakan untuk menggantikan kepada bas yang baru. Tuan Yang di-Pertua, isu pembangunan luar bandar dan wilayah, membangunkan Orang Asli. Tuanku turut bertitah mengenai peningkatan taraf Orang Asli dan juga menghapuskan kemiskinan tegar di kalangan mereka.
Selepas 53 tahun merdeka, banyak kejayaan dan pembangunan dinikmati masyarakat Orang Asli di bumi Malaysia ini. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah dipertanggungjawabkan untuk memainkan peranan aktif untuk membantu Orang Asli agar golongan ini mampu berada seiring dengan masyarakat lain yang sudah maju di negara ini. Semakin ramai Orang Asli yang berjaya dalam pendidikan, memasuki pengajian tinggi, maju dalam bidang keusahawanan, malah ada wakil Orang Asli dalam Dewan Negara. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli terus melaksanakan peranannya dengan memberikan segala bantuan dan kemudahan yang diperlukan kepada Orang Asli dari segi input pertanian, perumahan, keusahawanan, pendidikan dan kesihatan. Begitu juga semua ini akan hanya dapat memberikan manfaat kepada Orang Asli jika mereka sendiri ada kesedaran dan kemahuan untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Orang Asli untuk membuka minda dan pemikiran masyarakat Orang Asli untuk menerima perubahan demi kebaikan generasi masyarakat Orang Asli. Masalah Orang Asli ialah dari segi pemilikan tanah kepada Ketua Isi Rumah Orang Asli sebagaimana yang ditakrifkan mengikut seksyen 3 Akta Orang Asli, di mana hak tanah adalah untuk selama-lamanya. Sekiranya masalah ini dapat diatasi, sebenarnya kita sudah berjaya menyelesaikan separuh dari masalah Orang Asli. Dasar ini akan memberi faedah kepada 19,900 Ketua Isi Rumah Orang Asli iaitu 72% daripada keseluruhan 27,841 KIR, di mana setiap satu KIR akan diberikan tanah ladang seluas 0.8 hektar hingga 2.4 hektar dan tapak rumah seluas 0.2 hektar sehingga 0.5 hektar bagi membolehkan mereka keluar dari kancah kemiskinan tegar. Kira-kira 30 tahun lalu, KIR miskin tegar Orang Asli hampir 100%. Pada tahun 2006, kadar kemiskinan tegar dapat dikurangkan kepada 9,003 buah keluarga tetapi kini jumlahnya berkurangan kepada 4,307 buah keluarga sahaja.
Mohon.
Sekejap ya. Dalam bajet 2010, usaha diteruskan untuk membasmi kemiskinan sifar dan untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar pada tahun 2010 dengan meningkatkan kemudahan dan prasarana di perkampungan Orang Asli dari segi perumahan, jalan perhubungan, bekalan elektrik dan bekalan air, meningkatkan kemudahan
kesihatan menerusi peruntukan sejumlah RM41.4 juta. Sila Yang Berhormat Maran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat bawa tentang Orang Asli dan sekarang ini Orang Asli adalah satu masyarakat peribumi di negara kita yang perlu kita bela. Cuma, kita akui bahawa banyak pembangunan telah dibuat oleh kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli khususnya di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Luar Bandar dahulunya dan juga agensi-agensi lain. Akan tetapi kita lihat, kadar pertumbuhan itu masih lagi agak perlahan, Cuma, saya ingin mendapat sedikit pandangan Yang Berhormat Kuala Krau daripada sahabat-sahabat, kerana saya kira Orang Asli lah satu-satunya peribumi ataupun kaum bumiputera yang mempunyai akta sendiri iaitu Akta 134. Saya mendalami juga akta ini tetapi banyak benda yang perlu kita berikan perhatian supaya kadar persaingan antara Orang Asli dengan kaum-kaum lain, bumiputera Melayu, bumiputera di Sabah dan Sarawak, kaum India, Cina sebagainya yang boleh kita pertingkatkan. Apakah ini di antara sebab yang membawa perkara kepada kurangnya persaingan ataupun pembangunan Orang Asli kerana mereka ada akta sendiri? Maknanya, mereka rasa mereka lebih terkawal dan terjamin. Di dalam akta itu cukup memberikan faedah yang cukup besar kepada mereka, tetapi menyebabkan mungkin mereka agak ketinggalan dari segi persaingan ini. Jadi apakah Yang Berhormat ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan memberikan perhatian yang serius supaya kita dapat mengubah dan meminda atau memberikan perhatian kepada akta ini agar dapat kita pinda di mana yang perlu supaya peluang, pembangunan Orang Asli dapat kita capai dengan baik? Kadang-kadang Yang Berhormat Kuala Krau, saya terkilan ada sesetengah sekolah, kadang-kadang cuba sesetengah tempat hendak mengeluarkan Orang Asli daripada sekolah mereka kerana menganggap bahawa pencapaian Orang Asli ini rendah. Sedangkan pada saya, pemikiran mereka seperti juga kita, otak tuhan beri sama seperti kita. Akan tetapi jika kita tidak memberi peluang kepada mereka, sudah tentu mereka tidak mendapat peluang yang baik. Apakah cadangan supaya akta ini dikaji semula dan dilihat supaya ia dapat memberikan persaingan hebat kepada kaum Orang Asli dalam kehidupan yang lebih baik. Terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Krau, diperingatkan Yang Berhormat kata pukul 4.30 akan menghabiskan perbahasan.
Dia baca sahaja itu. Bukan dia buat sendiri. Macamlah kita tidak tahu.
Macam - Ini Yang Berhormat Pokok Sena, pernah dengar [Bercakap dalam bahasa Arab] Terjemahannya dia sudah lupalah itu. Dia dahulu ajar saya. Dia terlupa sebab banyak sangat politik. Terima kasih Yang Berhormat Maran. Selain daripada akta, kita juga mesti memperkasakan Jabatan Orang Asli dan pegawai- pegawainya mesti turun padang bersama dengan penggerak-penggerak Orang Asli. Kita tidak mahu masyarakat Orang Asli ini terus tercicir akibat daripada kerenah birokrasi di dalam negara kita. Seterusnya...
Akta tidak jawab pun, tidak baca akta pun.
Itu saya kata pada akta tadi, tidak dengarkah?
Tadi tidak baca akta itu.
Saya tidak ada masa ini, 2.30 hingga 4.30.
Yang Berhormat Kuala Krau jangan layan Yang Berhormat ini, Yang Berhormat. [Ketawa]
Strategi pembangunan Orang Asli pada tahun 2010 ialah dengan tiga negeri diberi keutamaan penempatan tersusun iaitu di Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Program pembangunan ekonomi bagi aspek penggunaan ladang dan penyeliaan ladang, tumpuan diberikan kepada negeri Kelantan, Melaka, Pahang dan juga Perak. Sementara itu, Projek Bimbingan Usahawan dan banyak input pertanian diutamakan kepada Negeri Sembilan, Pahang dan Perak. Saya juga ingin menyentuh bagaimana kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Orang Asli di kawasan saya iaitu Sekolah Kebangsaan Penderas, di mana sekolah ini sekolah kebangsaan, sekolah rendah tetapi dia ada asrama harian. Sekolah Harian tetapi berasrama. Ini boleh memastikan supaya masyarakat Orang Asli ini terdedah kepada mahu minatnya belajar dan pagi-pagi dia sudah duduk di asrama tidak ada peluang bagi ibu bapanya untuk memujuk dan mengajaknya bekerja di ladang dan pergi mencari rezeki di hutan. Sebagai contoh yang boleh saya sebut, bagaimana Sekolah Kebangsaan Penderas ini telah berjaya menjadi sekolah cemerlang kategori Orang Asli dengan mendapat tempat pertama di peringkat kebangsaan. Hadiah-hadiah yang dimenangi adalah seperti berikut: (i) Setiap guru dan kakitangan sekolah diberikan sagu hati sejumlah RM500 setiap orang; (ii) untuk pembangunan sekolah, sejumlah RM100,000; (iii) untuk pembangunan naik taraf sekolah, sebanyak RM90,000; (iv) untuk bantu mengajar, sebanyak RM100,000; (v) hadiah lawatan untuk murid ke Medan, Indonesia sebanyak RM100,000; (vi) hadiah lawatan untuk guru ke Langkawi, sebanyak RM50 ribu; dan (vii) hadiah lawatan untuk guru besar ke Jerman bagi melawat sekolah-sekolah kluster. Inilah contoh-contoh pendidikan sekolah Orang Asli yang boleh kita jadikan dan saya mencadangkan Sekolah Kebangsaan Orang Asli ini hendaklah dibina bersama dengan asrama bagi membolehkan mereka ini memberikan tumpuan kepada bidang pelajaran. Saya akur, walaupun banyak lagi perkara yang saya hendak sebut, saya akur dengan janji saya dengan Tuan Yang di-Pertua untuk menghabiskan pukul 4.30 atau sebelum pukul 4.30. Jadi, saya hendak memberi ungkapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas di
PICC pada 19 Mac 2010. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebut, “para bijak pandai menyebut, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Dua prinsip penting kepada pentadbiran iaitu kepada penjawat awam, pertamanya mahu kehidupan rakyat hari ini lebih baik daripada hari semalam dan kehidupan maju pada masa hadapan akan lebih baik daripada hari ini. Ke arah matlamat itu, kerajaan perlu terus mengkhidmati rakyat dengan memakmurkan kehidupan serta memelihara kebajikan mereka. Kedua, mengerakkan ekonomi negara dan meletakkan kembali atas landasan pertumbuhan sihat serta mapan. Jadi, saya menyeru kepada penjawat- penjawat awam, janganlah kita menunggu sesuatu isu dan masalah rakyat apabila keluar dalam TV3 menerusi Aduan Rakyat, keluar dalam surat khabar Sinar Islam, Sinar Harian dan sebagainya, barulah kita hendak bertindak. Peganglah kata-kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam majlis perdana tersebut, janganlah kita melambatkan apa yang kita boleh selesaikan di saat ini kepada detik, minit, jam, hari, minggu, bulan, mahupun tahun yang berikutnya. Marilah sama-sama kita mendukung supaya konsep 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dapat kita terjemahkan di dalam kehidupan negara kita. Tuan Yang di-Pertua...
Hidup Yang Berhormat Kuala Krau.
Terima kasih.
Kempen Membaca perlu buat juga.
Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk menyatakan rasa penghargaan setinggi-tinggi terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk membawa usul menjunjung kasih ini.
Saya percaya Dewan yang mulia ini akan terus menjadi saksi kepada kejayaan Malaysia pada masa-masa akan datang dan kita sematkan keikhlasan, kesungguhan, amanah dalam urusan kita sebagai pemimpin. Saya berdoa supaya kita dalam apa jua perkara yang cuba kita laksanakan akan mendapat keredaan daripada Allah SWT dan saya yakin kalau kita terus jujur, ikhlas, yakin dan amanah, rahmat dan keberkatan itu akan diberikan kepada kita jua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Jangan lupa baca yang itu. [Ketawa]
Terima kasih Yang Berhormat, silakan Yang Berhormat Labis.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan ini saya Ahli Parlimen bagi kawasan Labis memohon untuk menyokong usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tahun 2009 merupakan tahun yang mencabar. Lanjutan daripada krisis kewangan di Amerika Syarikat dan penurunan eksport serta harga komoditi yang turun secara mendadak disebabkan masalah kemelesetan ekonomi negara- negara maju, telah menyebabkan kadar pertumbuhan negara terjejas.
Maka, pada tahun 2009, di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Pakej Rangsangan telah diumumkan untuk mengurangkan impak disebabkan penurunan eksport serta permintaan tempatan yang menurun. Akhirnya untuk tahun 2009, GDP negara kita adalah -1.7% berbanding dengan ramalan -3%. Ini disebabkan GDP pada suku keempat mencatatkan GDP yang menggalakkan iaitu 4.5%. Di antara sebab pemulihan GDP ialah eksport serta juga pelaksanaan Pakej Rangsangan yang telah diumumkan. Untuk tahun 2010 adalah diramalkan GDP negara kita adalah 5% dan kita mengharapkan keadaan ekonomi akan bertambah stabil. Tidak lama lagi tahun 2020 akan sampai. Tinggal 10 tahun sahaja. Jikalau kita ingin menjadi negara maju dan status negara berpendapatan per kapita tinggi melebihi RM59,000 menjelang tahun 2020. Pertumbuhan ekonomi Malaysia mesti mencapai kadar pertumbuhan tahunan sekurang- kurangnya 6% dalam tempoh 10 yang akan datang. Akan tetapi, pada masa ini pendapatan kasar negara kita hanya setakat menduduki atau mencapai USD7,000 hingga USD7,500 dan menduduki tempat ke-85 dunia ini. Seperti mana yang kita tahu, tahap awal pembangunan negara kita adalah sektor pertanian kemudian kepada perindustrian serta industri eksport dan kadar pertumbuhan atau pendapatan kasar negara pencapaiannya boleh dikatakan memuaskan. Pada permulaannya, kita dapat mencapai kadar pertumbuhan yang diingini kerana kita memiliki infrastruktur yang baik, kestabilan politik dan sosial, sistem pentadbiran kerajaan dan juga sistem perundangan negara yang memuaskan berbanding dengan negara-negara jiran. Akan tetapi, sekarang kita berada di tempoh kritikal pembangunan ekonomi dan perlu mengkaji semula sistem ekonomi untuk melonjak kepada satu bentuk model ekonomi baru. Terdapat banyak perubahan yang perlu dilaksanakan jika kita ingin mencapai wawasan 2020. Dari segi FDI, dahulu kita biasanya boleh dikatakan sentiasa di dalam kategori top lima untuk menarik FDI, tetapi keadaan pada masa kini boleh dikatakan amat menyedihkan. Apa yang mengelirukan ialah kalau kita dengar jawapan kementerian mengenai jawapan kadar FDI, kita tidak akan mendapat gambaran bahawa ia adalah satu masalah besar. Keadaan adalah sentiasa memuaskan atau kita telah mencapai matlamat FDI pada tahun tersebut. Jikalau kita lihat statistik peratus FDI berbanding GDP, ia telah menurun daripada purata 6.3% di antara tahun 1990 dan 1997 hingga 3.3% pada tahun 2008. FDI pada tahun 2009 juga adalah amat rendah iaitu RM12.2 bilion sahaja untuk sembilan bulan berbanding dengan RM74.91 bilion pada tahun 2008. Apa yang juga jelas adalah Malaysia bukan lagi dikatakan prioriti pelabur asing kerana dikatakan Negara Indonesia serta Vietnam atau Thailand telah dapat menarik lebih banyak FDI pada tahun lepas. Walhal, negara-negara jiran terus maju dan di samping itu dari segi menarik pelaburan, kita menghadapi persaingan daripada negara-negara yang lain kerana pada hari ini kita sudah tidak ada labour cost rumah murah atau surplus labour. Vietnam dan Indonesia mempunyai banyak surplus labour, maka, tiada daya tarikan untuk pelabur melabur di Malaysia. Sebaliknya kita bergantung pada Indonesia dan negara-negara lain untuk pekerja asing. Tambahan pula, dasar pengambilan pekerja sentiasa berubah dan tidak menentu menyebabkan pelabur keliru dan pelabur inginkan kerajaan yang tetap dengan dasarnya dan bukan berubah-ubah dari segi pekerja-pekerja asing. Walaupun kita telah mempunyai banyak perindustrian, tetapi kita menghadapi kerumitan untuk mencapai nilai tambah yang tinggi dalam proses perindustrian kerana terlalu bergantung pada pekerja asing yang kononnya berkos
rendah. Ini menjadi satu perangkap kepada kita kerana terlalu bergantung pada pekerja asing, kebanyakan syarikat tidak memberi perhatian kepada usaha bagaimana kita hendak meningkatkan kemahiran dan produktiviti negara kita. Singkat kata, kita terlalu bergantung pada kuasa horse power atau kuasa kuda, daripada kuasa ilmu atau kepintaran kerana ia lebih ketara, senang dilihat keputusannya dan tidak memerlukan sebarang penukaran business model. Jikalau kita begitu ketagih dengan pekerja asing sehingga sekarang, kalau pekerja asing dikatakan begitu penting sehingga kalau tidak ada pekerja asing maka ekonomi kita akan terjejas atau lumpuh. Ini adalah kerana kira-kira 20-25% daripada bilangan pekerja kita terdiri daripada pekerja asing termasuk pendatang asing haram. 60% pekerja asing adalah di dalam sektor pertanian dan perindustrian. Maka, dengan adanya pekerja asing syarikat-syarikat masing keberatan untuk menginovasi dan melabur dalam teknologi jimat buruh dan teknik- teknik pengeluaran baru. Salah satu contoh kebergantungan kita adalah sektor pertanian untuk kelapa sawit. Mengikut ramalan atau matlamat tahun ini, Malaysia dijangka mengeluarkan sebanyak 18 juta tan kelapa sawit. Akan tetapi ini mungkin akan terjejas sekiranya kekurangan pekerja asing. Masalah ini mungkin dapat dikurangkan sekiranya syarikat-syarikat menggunakan mesin sabit untuk kelapa sawit matang merangkumi 2 juta hektar. Penggunaan sekitar 40,000 mesin sabit dapat mengurangkan tenaga pekerja asing seramai 66,000 orang. Akan tetapi, sama ada pelaburan atau pekerja asing yang memastikan matlamat pengeluaran kelapa sawit itu tercapai, saya tidak boleh tentukan dan ia bergantung pada polisi kerajaan serta keputusan syarikat-syarikat. Ini adalah salah satu sebab kadar pelaburan secara sendirian untuk syarikat-syarikat menurun dengan begitu ketara. Untuk Rancangan Malaysia Kesembilan, matlamat kita adalah 9%, tetapi kita mengalami penurunan 0.4% setiap tahun dari tahun 2006 sehingga sekarang. Sebelum krisis kewangan pada tahun 1997, pelaburan persendirian adalah 30% daripada GDP. Sekarang ia hanya 11% daripada GDP. Walau bagaimanapun, untuk negara kita membangun kita memang perlu pekerja asing kerana kekurangan pekerja di Malaysia dan populasi negara kita yang tidak besar. Jika semua yang menganggur mendapat kerja, ia masih tidak mencukupi kerana pada masa kini pekerja asing di negara kita dianggarkan di antara dua hingga 2.6 juta. Akan tetapi, polisi mengenai pekerja asing yang dikatakan piecemeal mengelirukan syarikat-syarikat sehingga mereka yang ingin meningkatkan pengeluaran atau kapasiti kadang-kadang terpaksa berpindah atau reallocate dari Malaysia atau membayar bayaran yang tinggi kepada syarikat– syarikat out-sourcing.
Polisi yang konsisten setelus adalah perlu dan harap dapat mengurangkan masalah rasuah yang sering kita dengar mengenai pekerja asing. Langkah mengehadkan tempoh pekerja asing kepada lima tahun juga ada implikasi terutamanya jika banyak latihan serta pengalaman yang dilabur oleh syarikat- syarikat tersebut. Sebagai contoh, baru-baru ini pekebun-pekebun sayur sedang mengalami masalah untuk mendapatkan sijil dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk pekerja-pekerja asing yang telah menjalani latihan disebabkan keputusan untuk membekukan pengeluaran sijil. Ini tentu akan menyebabkan masalah pembaharuan lesen dan juga menyebabkan pengeluaran sayur yang mungkin terjejas.
Selain itu terdapat juga mereka yang mengatakan terdapat perbezaan polisi di antara kementerian. Sebagai contoh, untuk satu gerai, Kementerian Sumber Manusia membenarkan lima pekerja asing untuk setiap gerai. Manakala kementerian atau pihak Imigresen hanya membenarkan seorang. Siapa yang betul, saya pun tidak tahu. Oleh itu tidak kira sama ada kerajaan ingin mengurangkan pekerja asing memberi permit had masa membenarkan hanya sesetengah pekerja asing masuk atau menaikkan levi. Kita memerlukan satu polisi yang tetap, konsisten dan bukannya bertukar setiap tahun. Satu rancangan perlulah dilaksanakan mengikut keperluan ekonomi dan kadar pertumbuhan negara untuk meramal pekerja asing yang diperlukan dalam jangka masa pendek, pertengahan dan panjang. Di samping itu memandangkan keperluan pekerja asing sama ada mahir atau tidak mahir sudah tiba masanya satu jabatan ditubuhkan atau satu kementerian yang ditetapkan hanya untuk mengendalikan hal ehwal pekerja asing supaya satu tindakan bersepadu termasuk pemantauan, kebajikan dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Dari segi infrastruktur pula, walaupun kita mempunyai bangunan yang lengkap serta sistem jalan raya yang boleh dikatakan memadai, tetapi dari segi IT negara kita ketinggalan. Malaysia merupakan negara yang pertama mengiktiraf kepentingan IT melalui penubuhan Multimedia Super Corridor pada tahun 2001. Akan tetapi negara-negara lain telah mendahului kita dalam prasarana IT yang mana kelajuan muat turun Internet di negara kita hanya 2.2 Mbps berbanding dengan Korea Selatan yang jauh tinggi iaitu 23.6 Mbps dan Singapura 8 Mbps. Kadar rakyat Malaysia yang menggunakan broadband hanyalah 30% berbanding dengan Korea Selatan 19.7%. Kita bercakap sahaja hendak mempertingkatkan kelajuan internet serta menaikkan connectivity negara kita. Malah di Dewan ini internet juga tidak cepat. Kebanyakan pengusaha ingin menjangkakan mereka boleh berupaya bekerja melalui komputer riba ketika berulang alik dalam kereta api mahupun kereta. Mereka juga menjangka bahawa mereka mampu melakukan persidangan video walaupun berada di mana-mana. Namun kelajuan muat turun setakat ini masih belum dapat mencapai untuk membuat semua kerja ini dan boleh dikatakan kurang memuaskan. Maka, pengumuman kerajaan untuk melaksanakan program rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi adalah wajar dan saya berharap dari segi pelaksanaan, Telekom Malaysia dapat mencapai sasaran 50% penembusan jalur lebar secepat mungkin. Ini kerana penembusan jalur lebar memberi positif impak kepada...
[Bangun]
Ada yang bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Gopeng bangun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Labis. Saya tertarik dengan ulasan daripada Yang Berhormat Labis di mana beliau mengkritik prestasi Kerajaan Barisan Nasional mengenai Foreign Direct Investment, broadband dan MSC. Adakah beliau bersetuju bahawa perkara-perkara sedemikian membayangkan kegagalan Kerajaan Barisan Nasional? Terima kasih.
Itu sahaja soalan? Sebenarnya ini bukan kegagalan. Kalau kita lihat dari segi Rancangan Malaysia, sejak Rancangan Malaysia Pertama sehingga sekarang, setiap Rancangan Malaysia kita telah dapat mencapai boleh dikatakan kadar pertumbuhan yang dirancang. Akan tetapi untuk
Rancangan Malaysia Kesembilan, oleh kerana kemelesetan ekonomi dan boleh dikatakan faktor-faktor yang tidak boleh diramalkan, malah boleh dikatakan semua dunia termasuk Amerika Syarikat juga sedang mengkaji sistem ekonomi mereka. Oleh itu ia bukan mengatakan kegagalan. Ia cuma perubahan dan pembaikan yang kita harus lakukan. Maka, ini adalah kerana...
Boleh mencelah?
Okey.
Terima kasih. Tahniahlah kalau Yang Berhormat Labis dapat mengaku bahawa memang ada kepincangan dalam pelaksanaan dasar. Cuma kalau kita lihat daripada fakta, misalannya apabila Wawasan 2020 dilancarkan. Sasaran adalah untuk pertumbuhan ekonomi 7% setiap tahun berturut-turut dan sekarang kita sudah boleh dikatakan mengalih goal post. Kalau dahulu kita katakan 7%, sekarang kita kurangkan kepada 6%. Kalau dahulu sasaran kita untuk Wawasan 2020 adalah supaya per capital income dalam lingkungan USD20,000 sekarang kita kurangkan kepada USD15,000. Bukankah ini menunjukkan kegagalan dari segi perancangan dan juga apabila sudah gagal kita bukan menghadapi secara head on, tetapi mengalih goal post untuk mencapai matlamat, sekian.
Di sini saya ingin mengulas, saya tahu setiap kerajaan mempunyai masalahnya yang tersendiri termasuk kerajaan negeri di Selangor. Apabila mereka meramalkan untuk mendapat pendapatan sebanyak RM150 juta untuk pasir, saya tidak tahu sama ada mereka boleh mencapai matlamat ini. Oleh itu sama ada ini akan mengalih goal post saya tidak tahu. Akan tetapi di sini saya ingin hanya menceritakan bahawa kita perlulah berusaha untuk memastikan matlamat serta wawasan dapat dicapai. Oleh itu pada akhir bulan ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengumumkan satu new economic model agar kita boleh melonjak atau mengadakan perubahan- perubahan yang perlu supaya kita dapat mencapai Wawasan 2020. Terima kasih. Ini adalah kerana penembusan jalur lebar memberi positif impak kepada kadar pertumbuhan ekonomi dan peningkatan penembusan jalur lebar adalah salah satu kriteria untuk memastikan negara kita dapat bertambah maju. Jika kita dapat mencapai sasaran 50%, ia akan meningkatkan GDP negara kita sebanyak 1% dan memberi peluang kepada pekerjaan kepada hampir 135,000 orang. Salah satu cabaran untuk menyelesaikan masalah pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah kekurangan kepakaran tenaga Malaysia. Masalah yang sepatutnya diberi perhatian ini bukan satu isu baru, malah telah dibangkitkan berulang kali dari semasa ke semasa. Menurut kajian World Bank, Sistem Pendidikan Malaysia juga merupakan salah satu sebab Malaysia tidak dapat menambah nilai ekonominya kerana graduan yang tidak mempunyai pengetahuan dalam sektor nilai tinggi seperti bio teknologi. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh kita hanya dapat mencapai 18% daripada matlamat 60 penyelidik saintis serta engineers dalam setiap 10,000 pekerja. Malah di negara maju seperti US dan Jepun, terdapat 90 profesional tinggi untuk setiap 10,000 pekerja. Dari segi pekerja 80% dari pekerja di Malaysia hanya mempunyai pendidikan sehingga sekolah menengah atau SPM. Kalau dari segi pekerja asing pula, kita pula menarik kebanyakan pekerja buruh yang meningkat setiap tahun dari 9% jumlah pekerja pada tahun 2000 hingga 19% pada tahun 2008. Sebaliknya pekerja asing mahir kian menurun dari 83,200 pada tahun 2000 hingga 36,800 pada tahun 2008. Ini jelas menunjukkan kekurangan pekerja untuk membolehkan negara meneruskan pertumbuhan ekonomi yang diingini.
Tanpa tenaga pekerja yang sesuai dan mencukupi ia adalah susah untuk mengekalkan kadar pertumbuhan negara kita dan menarik pelabur tempatan atau asing.
Selain daripada masalah kekurangan pekerja tempatan, negara kita juga mengalami masalah brain drain. Tidak boleh dinafikan kerana disebabkan globalisasi terdapat persaingan global untuk mendapat mereka yang berbakat dan berpengalaman, berpotensi serta mempunyai pengetahuan yang tinggi. Dari segi ini, rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran dan berbakat biasanya direbut oleh negara-negara lain dan syarikat asing. Dunia semakin kecil, orang lebih mudah untuk bertukar dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Jika Malaysia ingin mencapai Wawasan 2020, pekerja yang berilmu adalah penting. Akan tetapi pada masa ini kita menghadapi masalah brain drain yang serius. Menurut Timbalan Menteri Luar Negeri, seramai 300,000 lebih orang warga Malaysia telah berhijrah dari tempoh Mac 2008 hingga Ogos 2009. Saya berharap ini adalah tidak betul atau tidak benar kerana bayangkan tiap-tiap bulan, 19,000 orang keluar atau tiap-tiap hari seramai dua Ahli Dewan Rakyat hilang. Saya pun pernah bertanya dengan Timbalan Menteri untuk menyemak atau memeriksa semula angkanya tetapi tiada jawapan lanjutan darinya. Terdapat faktor-faktor yang mendorong orang berhijrah dan juga terdapat faktor-faktor yang secara langsung atau tidak langsung menggalakkan rakyat kita berhijrah. Nombor satu, mempunyai polisi yang tidak konsisten. Dari segi polisi kita sering dengar mengenai dengan usaha kerajaan untuk melatih serta membentuk modal insan yang berbakat. Berbagai-bagai inisiatif dijalankan tetapi malangnya kita tidak begitu agresif atau mempunyai rancangan serta program jangka masa panjang untuk mengekalkan sumber manusia di Malaysia dari segi penempatan kerja dan pembangunan kerjaya. Graduan atau post graduate sering rasa kecewa dalam penempatan kerja terutamanya pelajar sarjana dan doktor yang balik ke Malaysia selepas belajar. Perasaan kecewa dan tidak puas hati adalah salah satu sebab kita kehilangan mereka yang berkebolehan. Dasar dan program untuk menggalakkan serta mengekalkan sumber manusia di negara kita haruslah berdasarkan kriteria yang rasional. Kerajaan harus mengadakan polisi dasar sumber tenaga manusia dengan jelas dan pelaksanaannya juga mesti selaras dengan semangat dan matlamat polisi. Kadang-kadang terdapat juga mesej yang bertentangan. Contoh sesetengah pelajar yang ditaja oleh kerajaan dibenarkan bekerja di luar negara selepas tamatnya pelajarannya.
[Bangun]
Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak.
Okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Labis. Ini saya hendak dapatkan penjelasan yang jelas lagi kalau boleh berkenaan dengan brain drain. Sedap cerita brain drain, brain drain. Sebenarnya...[Disampuk]
[Menyampuk]
Kumpulan macam mana? Ada masalah ini daripada tadi ini.
[Menyampuk][Ketawa]
Orang bercakap brain drain, kita bercakap brain drain tetapi sebenarnya kumpulan yang mana ini yang keluar yang kata menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara kita, dalam sektor apa? Ekonomi ini banyak sektor. Jadi kita jangan buat general statement hingga memburukkan kerajaan tidak pasal-pasal [Gangguan pada sistem pembesar suara] Ini dia orang ini apa hal ini? Apa dia? Jadi saya hendak minta Yang Berhormat Labis, kita jangan terikut-ikut dengan orang-orang tertentu yang hendak memberikan gambaran yang negatif kepada negara kita sebab soal brain drain kalau Yang Berhormat kata ada dari segi dasar sumber manusia, dasar berhubung dengan bayaran gaji, Yang Berhormat rasa saya berfikir bahawa gaji mesti eloklah, tinggilah dan juga employment benefit dengan izin, terms of employment must be attractive dengan izin baru mereka boleh bekerja dalam negara kita, bukan begitu? Akan tetapi persoalannya yang hendak menggunakan pakar-pakar ini, so call the experts sama ada PhD holders, masters whatever sektor swasta. Bagaimana kerajaan hendak membuat satu dasar yang memaksa kepada sektor swasta memberikan gaji tertentu kepada sumber-sumber tenaga ini. How do you do it? Kita ekonomi bebas, kita free economy, laissez-faire, demokrasi, boleh kita beritahu kepada bank, Hong Leong Bank or Public Bank, gaji general manager mesti RM50,000, RM100,000 sebulan, boleh? Kalau tidak nanti tidak ada orang hendak kerja dengan bank itu dan yang hendak menggunakan pakar-pakar dalam sektor awam ini tidak banyak. Dalam sektor awam, polis, tentera, civil service tidak perlu! Hendak brain yang di dalam pemikiran kita itu hebat-hebat sangat. So let’s talk dengan izin you know, benda yang praktikal, pragmatik, realistik. Jangan retorik, political statement yang tidak memberikan keuntungan kepada imej kerajaan dan di sini saya ambil kesempatan juga. Tadi ada Yang Berhormat Gopeng. Yang Berhormat Gopeng ini doktor kalau tidak silap saya tetapi dia hendak campur juga. Dia kata kenapa - bertukar-tukar, dahulu projection economy – 7% sekarang ubah jadi 6%, 4%. Dia tengok patient dekat klinik, mana ada dia baca ini. Dia tidak perasankah bahawa Amerika pun, ekonomi Amerika, US economy now dengan izin what is happening? Berapa banyak bank yang bankrap? Berapa banyak syarikat yang bankrap? General Motors, wind up close up. Jadi kalau ini boleh berlaku dalam negara seperti USA and then negeri- negeri yang maju di Eropah sana. Mereka pun berubah-ubah juga, target dan sasaran pertumbuhan ekonominya mengikut keadaan ekonomi dunia dan kita di Malaysia sebuah negara yang juga ekonomi kita inter-independent, export oriented. Kita terdedah kepada ekonomi dunia yang berubah-ubah. So ada masa naik, ada masa turun, naik turun, naik turun tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa Malaysia daripada masa kita mencapai kemerdekaan sehingga hari ini pertumbuhan begitu pesat sekali dan kita diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang berjaya.
Soalan Yang Berhormat.
Jadi soalannya bagaimana Yang Berhormat Gopeng ini begitu suntuk sangat pemikirannya buat statement yang begitu sempit, yang memalukan kepada pihak pembangkang Pakatan Rakyat dan juga Parti Keadilan [Ketawa]
Boleh beri laluan?
Nanti, saya jawab brain drain dahulu. Okey, masalah brain drain ini...
[Ketawa]
...bukanlah boleh dikatakan retorik politik. Kebanyakan negara termasuk jiran kita Singapura juga mengalami masalah ini kerana selain dari gaji, quality of life, banyak faktor juga yang menyebabkan brain drain. Selain itu bukannya semua dari pihak swasta atau profesional, ada juga yang pelajar dan juga ada yang boleh dikatakan ingin balik tetapi akhirnya tidak balik. Oleh itu apabila saya habis baru mungkin Yang Berhormat boleh faham. Okey, saya beri Yang Berhormat Gopeng.
Terima kasih Yang Berhormat Labis. Saya terpanggil untuk respons kerana memang ada tuduhan terhadap saya tadi. Cuma saya hendak ceritakan sebelum saya respons, ceritakan sedikit berkenaan dengan cerita Albert Einstein ini.
Boleh berbahaskah Tuan Yang di-Pertua?
Ini Albert Einstein ini... [Disampuk]
Tidak, boleh berbahaskah?
Dia pernah cerita so apabila kita sentiasa membandingkan kita dengan orang yang bodoh atau pun kurang pintar, seorang yang kurang pintar pun mungkin anggap dia seorang yang genius.
Jadi kalau negara kita ini memang sebuah negara yang membangun ini 10 tahun dahulu negara yang membangun 20 tahun dahulu memang negara yang membangun adakah kita akan kekal sebagai negara yang membangun dalam lima tahun akan datang, 10 tahun akan datang ataupun 30 tahun akan datang. Jadi ini perkara yang penting yang saya anggap ini kalau kita hendak banding dengan negara lain misalannya antara 10 tahun kebelakangan ini. Kalau dulu misalannya Turki, dulu per kapita income kurang daripada kita sekarang sudah jauh melebihi kita, Brazil, Mexico dan sebagainya. Kalau kita banding 30 tahun sebelum ini Korea Selatan, Taiwan, Singapura, Hong Kong sekarang kita sudah jauh ketinggalan. Adakah kita selalu banding negara kita ini dengan Zimbabwe, Bangladesh ataupun Laos dan sebagainya. Ini perkara yang penting sekiranya kita masih dalam fikiran sedemikian kita ini tidak akan terus maju. Saya hendak tanya respond daripada Yang Berhormat Labis adakah ini betul, sekian.
Okey, untuk soalan tadi saya ingin Yang Berhormat juga memahami kerana negara kita adalah negara majmuk, di mana tidak ada satu majoriti kaum. Boleh dikatakan oleh itu dari segi dana-dana semua perlu diagihkan dengan lebih adil. Oleh itu ia mungkin dari segi subsidi juga
menyebabkan masalah kerajaan tidak mempunyai dana yang cukup untuk menyalurkannya kepada industri atau kementerian atau untuk dasar-dasar yang lebih menguntungkan kepada kerajaan. Baik saya teruskan. Selepas bekerja...
Yang Berhormat boleh?
Nanti, nanti.
Pasal...
Selepas bekerja di luar negara beberapa tahun pekerja mendapat kemahiran atau graduan-graduan mendapat kemahiran dan pengalaman serta tahap gaji yang tertentu. Pekerja akan mengalami kerugian gaji jika bekerja dengan Kerajaan Malaysia dan balik kerana gaji permulaannya kebanyakannya tidak melebihi RM3,000 sebulan. Keadaan ini mendorong mereka untuk tidak kembali ke Malaysia. Semakin lama mereka menetap di luar negara kemungkinan untuk mereka kembali ke Malaysia semakin kecil. Pendedahan dan pengalaman di luar negara adalah tidak ternilai kepada profesion seperti saintis dan technopreneur yang muda. Maka jika kita membenarkan mereka untuk bekerja sementara di luar negara maka kita mesti adalah rancangan untuk menarik balik mereka dan menyumbang balik pada negara kita. Selain itu, terdapat juga persepsi tidak adil yang wujud kerana menurut kalau kita boleh memetik saranan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Nazir Razak, menyarankan kerajaan mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru dan bagaimana negara boleh menarik minat bagi mereka yang berbakat. Pada dasarnya objektif NEP adalah murni untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum, menstruktur semula masyarakat Malaysia supaya tiada sesuatu kaum yang dikaitkan dengan ekonomi atau pekerjaan tertentu. Ini semua sokong dan saya jadi isu adalah pelaksanaan dan pemantauan yang terlalu lemah. Ini menyebabkan kaum bumiputera mempunyai persepsi bahawa adalah lebih baik terdapat segelintir mereka yang mempunyai persepsi bahawa adalah lebih baik mereka yang berkemampuan untuk tinggal di luar negara kerana tidak mempunyai peluang kerjaya atau masa depan yang cerah.
Yang Berhormat hendak beri atau tidak?
Saya...
Sikit-sikit sahaja.
Okey-okey.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya juga sebenarnya hendak berkongsi kerisauan yang sama pasal sebut pasal brain drain ini. Sebenarnya memang saya ikuti telah ada dua orang Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia yang mengesahkan. Memang kita menghadapi masalah brain drain. Saya rasa perkara ini agak jelas kalau kita rujuk Hansard yang dahulu memang ada dinyatakan kerisauan kementerian terhadap isu ini. Cuma saya hendak tanya secara ikhlas, sebab Yang Berhormat Labis sebagai wakil untuk menyokong usul tadi, yang dibincangkan baru sekejap tadi
berkenaan dengan kerisauan kita kepada brain drain kerana tarikan di negara luar lebih baik dari segi upah, dari segi ganjaran dan sebagainya menyebabkan kita menghadapi masalah tersebut. Sekarang ini kita juga ada masalah yang terkini di dalam sistem pembelajaran, pendidikan termasuk jugalah latihan. Kita tengok perkara ini akhirnya menjurus kepada brain drain. Sekarang ini kita tahu dan semua faham belanjawan lalu, cadangan dahulu telah membuat pemotongan yang begitu besar dalam belanjawan pendidikan. Implikasinya, banyak kes-kes di mana pihak sekolah terpaksa mencatu, membuat catuan terhadap belanjawan ataupun perbelanjaan masing-masing dan ada setengah termasuk setengah sekolah di semi-urban yang terpaksa membebankan atau memindahkan tugas ini kepada PIBG untuk pungutan wang tambahan untuk aktiviti. Ada setengah itu, hendak beli cat pun minta ibu bapa dan permintaan ini disalurkan melalui murid-murid sekolah. Anak saya juga termasuk, balik ke rumah minta kata guru minta beli satu tin cat. Saya kata tidak payah satu tin, beri sepuluh tin pun tidak apa. Hendak cat sekolah, bilik darjah kerana katanya terlalu usang. Ini benar-benar berlaku dan kalau kementerian hendak saya boleh bagi fakta ataupun maklumat berkenaan kes ini. Akan tetapi dalam masa yang sama jumlah kanak-kanak sekolah atau murid-murid sekolah di sekolah rendah terutamanya melebihi 800,000 orang di seluruh negara. Kalau di campur menengah rendah dan tinggi mungkin kita ada lebih pada 1.5 juta. Dan ini adalah peringkat di mana transisi tidak lama selepas itu akan memasuki alam ketiga iaitu alam pekerjaan dan kerjaya masing-masing. Kita mencadangkan di dalam Dewan dahulu dan kita telah pun bersetuju memperuntukkan RM200 juta untuk program kanak-kanak prasekolah yang terlalu kecil melalui program PERMATA.
Yang Berhormat saya ingat sudah jauh sangat soalan brain drain ini.
Sedikit sahaja, ini pun brain drain juga, Permata.
Saya tahu Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat.
PERMATA pun brain drain juga.
Saya tahu Yang Berhormat, ringkaskan.
Okey. Jadi soalan saya tanya tadi secara ikhlas, saya hendak tanya. Adakah kita tumpu kepada prasekolah ini yang kanak-kanak yang belum membesar ini dengan peruntukan begitu besar RM200 juta akan tetapi kita potong ataupun kita abaikan dan nampak gayanya kepakaran yang sedang membesar. Adakah ini boleh dilihat sebagai kita mewujudkan generation gap. Maksudnya yang kecil ini kita beri tumpuan, yang sedang hendak kita guna untuk menampung atau menyelesaikan masalah brain drain ini kita abaikan. Yang Berhormat setuju dengan polisi ini? Terima kasih.
Saya jawab dahulu [Ketawa] Okey, tadi saya ingat saya pun hilang apa yang ditanya sudah panjang sangat. Akan tetapi apa yang ingin saya ulaskan dari apa masalah yang telah Yang Berhormat kemukakan adalah masalah infrastruktur. Masalah infrastruktur tidak boleh dikatakan menyebabkan satu brain drain.
Infrastruktur apa?
Infrastruktur kerana you kata.
Yang Berhormat saya telah beritahu tadi, saya sudah beritahu saya memahami masalah Yang Berhormat Labis. Kalau soalan itu, soalan Yang Berhormat bukan bersyair.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Nantilah saya belum ulaskan. Sabar!
Yang Berhormat Labis.
Sabar! Sabar. Saya tengah mengatakan bahawa tadi Yang Berhormat mengulaskan sebagai contoh mengecat bilik darjah. Adakah mengecat bilik darjah akan menambah pendidikan seseorang di sekolah? Memang tidak akan.
[Menyampuk]
Oleh itu RM200 juta untuk sekolah PERMATA adalah boleh dikatakan langkah yang wajar dan perlu dilakukan kerana pendidikan kalau kita melihat trend perkembangan di negara-negara maju dan di negara membangun memang perlulah kita mendidik dari umur kecil. Malah saya menghantar anak saya ke sekolah prasekolah. Tiada masalah untuk itu. Oleh itu ia bukanlah faktor yang menyebabkan brain drain. Jadi setujulah?
[Menyampuk]
Tak setuju yang mengatakan apa mengurangkan perbelanjaan. Kalau infrastruktur tak adalah. Saya bagi Yang Berhormat Rembau.
Terima kasih Yang Berhormat Labis. Saya hendak balik sedikit pada brain drain yang sebenarlah yang dibangkitkan tadi. Saya rasa satu isu yang penting yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labis. Dalam hal ini saya minta supaya dalam ucapan Yang Berhormat Labis menyambung kepada apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi.
Kita hendak minta angka yang sebenar sebab angka yang diberi oleh kerajaan ini ada angka 300,000, ada angka yang mengatakan 20,000 saintis. Jadi, seolah-olah memberi gambaran tidak ada angka yang tepat tentang brain drain ini sebab kita dengar banyak anecdotal evidence. Cerita-cerita yang kita dengar daripada rakan-rakan dan sebagainya tentang penghijrahan ke negara-negara lain, itu yang pertama. Kedua, kita umum tahu bahawa brain drain ini bukan spesifik kepada Malaysia. Ini berlaku dalam satu konteks global war on talent. Semua kejar bakat- bakat ataupun pekerja-pekerja yang ada kemahiran yang sama, daripada pool yang sama. Malaysia tidak terkecuali daripada apa yang berlaku seperti mana Yang Berhormat Labis kata tadi di Singapura pun menghadapi masalah yang sama. Kalau daripada Kuala Lumpur dia pergi ke Singapura, daripada Singapura dia pergi Hong Kong, daripada Hong Kong dia pergi London, daripada London dia
mungkin pergi ke New York. Jadi dia kejar, dia kejar seluruh dunia dan yang ketiga, brain drain ini tidak terhad kepada rakyat Malaysia yang bukan Melayu sahaja. Ada yang mengatakan bahawa ramai yang berhijrah ini adalah rakyat Malaysia yang berketurunan bukan Melayu tetapi saya difahamkan bahawa ramai yang keluar daripada Malaysia, berhijrah daripada Malaysia juga adalah profesional-profesional daripada kumpulan bumiputera. Soalan saya kepada Yang Berhormat Labis dalam hal ini adalah bagaimana kita betul-betul nak selesaikan masalah brain drain ini. Tadi ada beberapa cadangan tentang dasar-dasar yang boleh digubal, konsistensi dasar kita dan sebagainya. Mungkin daripada segi struktur gaji tetapi kalau kita lihat, mereka ini pergi kepada pusat-pusat kecemerlangan dalam kerjaya masing-masing. Kalau seorang profesional itu adalah profesional dalam bidang perbankan, contohnya perbankan pelaburan, investment banker, sudah pasti dia tidak akan duduk di sini. Malah kalau dia ada kemahiran sedikit, contohnya mungkin Yang Berhormat Labis dulu, dia akan pergi Singapura. Lepas Singapura dia akan pergi Hong Kong macam cerita saya tadilah. Lepas Hong Kong dia akan pergi ke London, the centre of the financial world. Jadi di sini bagaimana kita nak tarik balik brain drain ataupun reverse brain drain ini, brain gain kalau sekiranya dalam profesion-profesion tertentu, kita tidak ada centre of excellence. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh rantau Asia Tenggara, itu yang kedua. Ketiga, tadi soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak, private sector problem bagaimana kita nak legislate tetapi ada juga masalah di mana ramai daripada saintis kita yang boleh dapat tempat di universiti tempatan kita ini tidak diberi peluang. Mungkin itu adalah brain drain yang boleh kita reverse sekiranya universiti-universiti tempatan ini bagi peluang kepada mereka untuk balik, bagi research grant yang cukup kepada mereka sebab saya buat research, ada profesor-profesor kita yang duduk di Harvard, di Cambridge, di Oxford malah yang tidak datang balik kerana tidak diberi peluang oleh universiti-universiti tempatan. Maka, oleh sebab itu kita ada dalam putaran ganas kesederhanaan, vicious cycle of mediocrity. Kita tak dapat tarik balik mereka ini dan kita terperangkap dalam middle income gap sebab apabila kemahiran itu tidak kembali, kita tidak boleh tingkatkan lagi pendapatan kita kerana tidak dapat produktiviti yang meningkat kerana mereka yang ada bakat ini tidak kembali. Jadi bagaimana Yang Berhormat Labis cadangkan kita pecahkan putaran ganas tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Cadangan, saya belum habis faktor-faktor. Nanti saya beri cadangan. Mengenai angka yang boleh dikatakan yang telah Timbalan Menteri berulas di Dewan ini, saya juga telah bertanya. Oleh itu, pada permulaannya saya juga mengatakan bahawa saya harap angka ini salah dan tetapi kerana saya tidak mendapat boleh dikatakan jawapan yang lebih lanjut, maka pada masa ini kita haruslah menerima angka yang boleh dikatakan telah diberi oleh Timbalan Menteri. Daripada segi masalah negara jiran, walaupun negara jiran atau negara Singapura mengalami masalah brain drain, mereka mempunyai program brain gain yang memuaskan. Oleh itu, daripada segi penduduk dan pekerja kalau kita lihat daripada trend, dia masih boleh mengatakan menambah bilangan penduduk di negaranya daripada 2 juta sehingga sekarang 4 juta walaupun terdapat masalah-masalah tersendirinya. Selain itu, kalau kita melihat daripada segi brain gain untuk negara-negara seperti India, negara India bukan negara yang boleh dikatakan mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi dan juga boleh dikatakan centre of excellence tetapi mereka dapat menarik balik orang-orang di U.S dan di negara-negara maju untuk balik menyumbang dan boleh dikatakan national service. Selain itu, kalau
kita lihat daripada rakyat Malaysia yang berhijrah, itu saya tidak ada angka, maka saya tidak boleh membuat kesimpulan dan saya berharap mungkin Menteri atau Timbalan Menteri dapatlah memberi gambaran yang lebih jelas. Maka, saya berharap agar Model Ekonomi Baru atau New Economy Model yang akan diumumkan dapat menyelesaikan masalah ini di mana semua kaum dibela asalkan mereka mempunyai bakat atau miskin. Semua perlu dijaga kerana kita rakyat Malaysia. Selain itu, daripada segi pendidikan, dulu kebanyakan ibu bapa menghantar anak mereka menuntut di universiti luar negara, namun pada hari ini semakin bertambah ibu bapa menghantar anak mereka pergi meneruskan pendidikan sekolah menengah mereka. Bagi mereka yang tidak berkemampuan, mereka memilih pendidikan menengah swasta di sini. Ini menjelaskan perkembangan sekolah menengah swasta pada tahun kebelakangan ini. Menurut Stewart Forbes, Pengarah Eksekutif Malaysian International Chambers of Commerce and Industry, kekurangan peluang pendidikan dan kemerosotan kualiti pendidikan adalah salah satu sebab penghijrahan cendekiawan. Kalau Malaysia boleh mempertingkatkan kualiti pendidikan, sekurang-kurangnya negara boleh mengurangkan rakyat berhijrah untuk mendapat pendidikan tinggi di luar negara. Walau bagaimanapun, faktor gaji juga adalah satu faktor yang mendorong orang berhijrah. Dalam segi ini, kerajaan perlulah melihat sama ada gaji minimum perlulah diimplementasikan di negara ini. Maka, masalah-masalah atau faktor-faktor yang menggalakkan remaja atau pekerja serta sumber manusia Malaysia berhijrah harus dikurangkan. Pada masa yang sama, program untuk menarik balik pekerja atau brain gain yang memenuhi keperluan negara kita perlu dilaksanakan. Pada masa ini, keputusan program brain gain yang sedang dijalankan adalah kurang memuaskan. Program pertama untuk menarik balik ke negara kita adalah Program Kembali Ahli Sains atau Returning Scientist Program yang dimulakan pada tahun 1995 diikuti dengan Program Kembali Pakar pada tahun 2001 dan Brain Gain Malaysia yang merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Kesembilan pada tahun 2006. Program Malaysia My Second Home yang dilancarkan pada tahun 2004 juga merupakan sebahagian usaha untuk menarik bakat luar negara dan orang kaya untuk datang negara kita tetapi program-program ini tidak mendapat sambutan hangat. Sebagai contoh, Returning Scientist Program hanya menarik 93 ahli penyelidik saintis dan jurutera dalam pelaksanaannya selama tiga tahun. Di antaranya, 70 orang adalah rakyat luar negara manakala 23 orang adalah rakyat Malaysia. Returning Program Expert yang masih berlangsung menarik sekurang- kurangnya 600 orang kembali ke Malaysia sejak dilancarkan. Masalah yang kita lihat dalam program-program brain gain ini ialah kerana mereka mengehadkannya dalam segi pembebasan cukai sahaja. Program-program brain gain mestilah mengambil kira beberapa perkara seperti berikut: (i) Mencari sebab dasar menyebabkan para pekerja itu tidak kembali. Usaha harus dilakukan untuk mengenal pasti faktor-faktor dorongan dan tarikan yang akan menarik mereka untuk kembali. Pengecualian cukai peribadi dan kereta mungkin tidak cukup untuk menarik mereka kembali; (ii) pakej insentif tidak harus tertumpu kepada pekerja sahaja tetapi juga perlu menumpu kepada keluarganya juga. Kita harus tahu rakyat Malaysia yang bekerja di luar negeri mungkin mempunyai keluarga. Jika keperluan tidak
dipenuhi, pekerja tidak akan kembali. Keperluan keluarga termasuk lokasi perumahan, peluang pekerjaan bagi pasangan dan pendidikan untuk anak-anak, ini semua adalah faktor-faktor yang mungkin tidak dikompromikan dan oleh itu brain gain pada masa ini tidak mendapat sambutan yang hangat; dan (iii) selain itu, program brain gain sekarang ini tidak menyediakan green lane atau laluan hijau kepada mereka yang kembali. Pemohon yang berjaya perlu melalui prosedur birokrasi untuk memohon pengecualian cukai dan penduduk tetap untuk pasangan dan anak yang bukan warga Malaysia.
Proses ini memakan masa yang panjang dan akhirnya ada yang berputus asa. Di bawah program sekarang, para pekerja dan keluarganya menanggung semua risiko. Setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Sumber Manusia, para pemohon mesti bertindak sendiri. Tiada bantuan atau panduan yang diberi untuk mencari pekerjaan atau perniagaan. Maka pakej insentif haruslah memberi bantuan dalam proses mencari kerja, penubuhan perniagaan dan penempatan keluarga. Ini adalah kerana, kalau mereka adalah betul-betul profesional yang ingin kita tarik balik, maka dari segi mencari pekerjaan atau menubuhkan perniagaan, ia mungkin tidak sukar. Kita juga harus melihat keadaan domestik untuk memastikan penduduk kita kekal di sini juga. Malaysia My Second Home membolehkan orang asing yang tinggal di Malaysia membawa masuk satu kereta bebas cukai. Sekarang, tiada pesara Malaysia yang menyimpan wangnya di sini dan tinggal di sini mendapat tawaran seperti berikut. Tidak hairanlah wang keluar dari Malaysia. Kita juga harus mengkaji kemungkinan dengan mengurangkan cukai atau pengecualian cukai kepada pesara jika kereta adalah hasil buatan Malaysia sebagai ganjaran tinggal di Malaysia. Kerajaan boleh menetapkan syarat-syarat tertentu seperti kereta tidak boleh dijual dalam masa lima tahun. Kerugian Malaysia membawa perolehan kepada negara lain. Kerajaan perlulah mengambil tindakan supaya mengekalkan atau menarik balik pekerja yang berbakat. Selain itu, sistem ekonomi kita tiada daya persaingan hari ini kerana banyak elemen subsidi. Mengurangkan subsidi ini, banyak syarikat akan mengalami kerugian atau boleh dikatakan mungkin hanyut. Kenapa? Kalau kita lihat elektrik dan gas petrol, semua tidak boleh naik. Apabila kita mengurangkan atau kerajaan mengurangkan subsidi, rintihan rakyat, aduan rakyat termasuk parti- parti pembangkang akan memperalatkan ini demi kepentingan politik-politik mereka dan mengorbankan kepentingan negara. Di Malaysia, kerajaan menghabiskan sejumlah wang besar untuk memberi subsidi kepada syarikat dan rakyat di negara ini. Subsidi di ramal memakan sebanyak RM20 bilion untuk tahun 2010 dan ini tidak termasuk subsidi untuk sektor kesihatan dan pendidikan. Untuk syarikat-syarikat, dari segi pengeluaran dan perusahaan, kerajaan boleh dikatakan telah memberikan subsidi secara tidak langsung melalui diesel serta gas. Oleh itu harga rendah untuk eksport serta kegunaan tempatan adalah kerana terdapatnya subsidi. Harga subsidi gas saya ingat semua Yang Berhormat sudah tahu. Oleh itu saya tidak akan ulas di sini. Kalaulah subsidi diguna untuk menjana, mengeluarkan barang atau perkhidmatan untuk kegunaan rakyat Malaysia, maka ia adalah berpatutan. Namun begitu, kalau barang yang di subsidi telah dieksport, maka yang benar-benar untung
adalah rakyat luar negeri. Betul. Bolehlah kita katakan syarikat yang untung membayar cukai tetapi sama ada wang subsidi yang diberi berbanding dengan cukai yang dikutip, mana yang lebih tinggi, saya tiada amaunnya. Maka saya tidak boleh membuat kesimpulan sama ada ia telah memberi lebih banyak kebaikan kepada kita. Namun walaupun subsidi membolehkan kos pengeluaran negara kita lebih rendah dari negara di mana tiada subsidi, ia menyebabkan kita tidak mengutamakan peningkatan produktiviti menggunakan tenaga mahir atau teknologi kerana tiada keperluannya. Dalam jangka masa panjang, kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian untuk menghapuskan kawalan harga dan subsidi. Mungkin tidak semua serta-merta tetapi secara berperingkat dalam suatu masa yang ditetapkan seperti lima tahun. Malaysia adalah sebuah negara kecil di mana subsidi diberikan kepada setiap orang tanpa mengendahkan status kewangan atau status kewarganegaraan. Sering kali rakyat tidak menyedari unsur subsidi oleh kerajaan dalam hidup harian dan cara penyampaian subsidi yang tidak adil lebih menguntungkan orang yang kaya daripada rakyat yang miskin. Siapa yang harus menerima bahagian subsidi yang lebih banyak? Seorang kaya yang memandu Mercedes membayar petrol pada harga yang sama berbanding bagi orang miskin hanya menggunakan motosikal membayar tarif gas yang sama...
[Bangun]
...seperti rakyat lain yang tinggal di perumahan kos rendah. Malahan orang kaya juga...
Yang Berhormat Rembau bangun lagi, Yang Berhormat.
Sikit saja.
Okey.
Last. Terima kasih Yang Berhormat Labis. Saya hendak tanya soalan berbalik kepada soalan subsidi kepada syarikat-syarikat yang eksport. Syarikat-syarikat yang melabur di sini. Saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat Labis. Apa akan jadi kepada syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia atau kita punya daya saing dari segi FDI sekiranya dua ketagihan ekonomi Malaysia pada waktu ini iaitu pekerja asing dan juga subsidi ini dirombak. Memang kita hendak rombak kedua-dua ini sebab untuk jangka masa panjang kita melihat bahawa ini adalah satu penghalang kepada kemajuan ekonomi negara kita. Pekerja asing terutamanya yang tidak berkemahiran tinggi dan juga subsidi. Namun begitu ada juga yang mengatakan banyak daripada pelaburan asing yang kita menerima sejak mutakhir ini adalah kerana destinasi Malaysia ini dilihat baik kerana dapat api ataupun elektrik dengan kadar yang murah dan dapat pekerja-pekerja iaitu pekerja asing dengan kadar yang murah juga. Jadi bagaimana kita hendak transition, kita hendak berubah daripada satu kedudukan kepada satu kedudukan yang lain tanpa gangguan kepada pembangunan kita. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan Yang Berhormat Rembau. Saya mungkin tidak ada jawapan yang lengkap kerana saya tidak dalam boleh dikatakan kementerian. Namun, jika kalau kita lihat dari segi pengeluaran kos, walaupun pada masa ini kita masih boleh dikatakan bergantung kepada pekerja asing dan subsidi masih kekal, FDI juga telah menurun. Ini adalah kerana
kita boleh dikatakan bukan low cost producer lagi. Ini adalah kerana kita juga tiada surplus labour. Maka, sudah tiba masa kita bukan sahaja boleh dikatakan menitikberatkan sama ada dia murah atau tidak, kualiti yang sedang dicari oleh pelabur-pelabur.
[Bangun]
Oleh itu tanpa mengurang atau merombak masalah subsidi dan pekerja asing, syarikat-syarikat di Malaysia mungkin akan terperangkap dalam - Oleh itu, untuk merombak semula, saya juga bercadang agar kerajaan mempunyai boleh dikatakan rancangan jangka panjang step by step macam mana kita melihat dan oleh itu saya berharap boleh dikatakan new economic model ini mempunyai sedikit sebanyak jawapan macam mana kita ingin melonjak kepada ekonomi yang berpendapatan tinggi. Okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Labis. Kalau kita menganalisis, kenapa FDI sekarang ini trend beralih kepada negeri China, Vietnam dan Cambodia. Kenapa? Sebabnya faktor kos di sana lebih murah daripada Malaysia. It is a cost factor. Jadi mereka menjadi lebih kompetitif oleh kerana kos yang lebih rendah. Jadi kita di sini tidak mampu lagi menyediakan labor cost yang rendah. Kita kena faham ini. Kalau kita hendak kata buang semua pekerja yang low cost labor ini, dengan izin you will increase more in competitiveness dari segi kita hendak menarik FDI. Jadi, jangan blame. Jangan salahkan ekonomi Malaysia tidak kompetitif kerana kita punya cheap labor cost. Kita tidak lagi it’s no longer cheap. Investors FDI is going to the cheaper or cheap murah punya labor cost, Cambodia, Vietnam dan juga di negeri China. Jadi kita hendak menganalisis, hendak memberikan blame atau tuduhan kepada negara ini, biarlah kita lihat dahulu sebenarnya faktor sebenarnya kenapa arah aliran FDI itu menjurus kepada negara kita. Kalau kita hendak menjadikan Malaysia ini kompetitif dari segi untuk mendapatkan FDI. Kita kena fikir bagaimana kita hendak mengurangkan cost of doing business.
Selain daripada labor cost, kos-kos yang lain seperti corruption umpamanya. Corruption ini pun satu cause factor yang membebankan peniaga. Rasuah ini perlu kita banteras dan rasuah ini bukan sahaja monetary, bukan dari segi kewangan tetapi dari segi penyalahgunaan kuasa, berlagak berkuasa, melambat-lambatkan permohonan, tidak melayan permohonan, tidak menjawab surat ataupun macam-macam lagi yang berlaku birokrasi. Inilah faktor-faktor yang menyebabkan kita tidak competitive dari segi doing business. Kita sangat mengalu-alukan dasar yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang baharu ini untuk mengatasi masalah ini. Dengan GTPnya, Government Transformation Programme, beliau tidak mahu lagi birokrasi yang boleh melambat- lambatkan dan juga beliau mahu pegawai kerajaan atau civil service yang lebih cekap, lebih bertanggungjawab, lebih amanah dan lebih telus. Semua ini membawa satu perubahan bukan reformasi tetapi transformasi. Itu yang salah PKR dahulu, parti Keadilan dia reformasi, perkataan yang lebih sesuai ialah transformasi. Yang Berhormat Permatang Pauh silap.
Okey Yang Berhormat Labis.
[Ketawa] So, sebagai Pengerusi FELCRA saya berharap Yang Berhormat juga boleh dikatakan meningkat daya saing FELCRA.
Untuk jawapan mengenai pekerja asing dan subsidi saya tidak bercadang ianya boleh dihapuskan serta-merta. Saya juga telah mengatakan keperluan pekerja asing tetapi kita perlulah ada rancangan. Kita tidak boleh dikatakan tidak menerima hakikat bahawa kita tidak mempunyai tenaga kerja yang surplus, yang berlebihan berbanding dengan negara China dan Vietnam. Ini adalah salah satu boleh dikatakan proses perubahan yang negara kita perlu alami ataupun perlu jalankan agar kita boleh beranjak dari negara berpendapatan tengah kepada negara berpendapatan tinggi. Saya tidak di sini mengatakan blaming the economy atau apa, tetapi saya cuma memberi analisis dan faktor sahaja.
Yang Berhormat Labis sedikit? Beri peluang sedikit.
Let me finish. Ada banyak lagi nanti. Malah orang kaya juga mempunyai akses untuk penjagaan kesihatan dan perubatan seperti rakyat yang miskin. Kerajaan telah mencuba untuk menstrukturkan semula sistem pengedaran subsidi untuk mengurangkan pembaziran dan kebocoran. Dari segi electric tariff telah dinaikkan beberapa kali dan untuk penggunaan yang tinggi harganya bertambah mahal dengan berdasarkan konsep mereka yang berkemampuan akan menggunakan lebih banyak elektrik. Malah untuk tahun ini ada yang menyatakan tarif elektrik dijangka naik. Dalam kenaikan electric tariff dan selaras dengan matlamat untuk mengeluarkan atau mengurangkan pengeluaran karbon dioksida Malaysia, maka jika terdapat kadar kenaikan ia seharusnya lebih kepada mereka yang mampu bayar. Dari segi penstrukturan petrol subsidi, kerajaan pernah memberi wang tunai kepada rakyat apabila rakyat memperbaharui cukai jalan dan sebanyak RM2.5 bilion telah dibayar tetapi sistem ini juga mempunyai banyak kelemahan kerana ia tidak terhad kepada bilangan kereta dimiliki seseorang. Orang yang bermotosikal mungkin menerima bantuan yang terlalu rendah dan sebagainya. Baru-baru ini Ron95 juga telah diperkenalkan untuk mengurangkan subsidi diikuti dengan langkah mengehadkan jumlah petrol yang dipamkan oleh kereta asing. Malah sistem rombakan petrol yang dijangka diumumkan juga telah ditunda dan sistem penggunaan MyKad juga tergendala. Saya ingin bertanya kos pembelian MyKad reader dan sama ada ianya telah dipasang di semua stesen minyak. Pelbagai keputusan yang diumumkan dan kemudian dibatalkan sehingga ia bukan sahaja mengelirukan orang tempatan malah orang luar juga. Malahan keputusan yang sering bertukar akan merumitkan dan menjejaskan usaha menarik pelancong harian yang datang berbelanja menyumbang kepada ekonomi kita. Pada masa ini penguatkuasaan sedang dijalankan untuk memastikan kereta asing tidak boleh mengepam melebihi had yang ditetapkan tetapi ia masih tidak menyelesaikan masalah bahawa mereka yang pergi dari satu stesen minyak ke satu stesen minyak untuk mengisi minyak atau mengelakkan orang tempatan dari menjual minyak subsidi ke negara jiran. Penstrukturan petrol adalah penting dan tidak boleh kita berlengah-lengah. Baru-baru ini terdapat satu petikan akhbar yang menceritakan seorang wanita mendapat pendapatan sebanyak RM1,200 dengan hanya menjual petrol atau diesel subsidi dan kerjanya hanya beberapa jam sehari. Walaupun dia telah ditangkap dan boleh dikatakan dalam bail dia masih meneruskan kerjanya kerana terlalu senang dan lumayan. Di samping itu terdapat juga pemberkasan satu sindiket diesel yang menjual hampir 112,000 liter diesel yang mengaut keuntungan di antara RM67,000 sehingga RM145,000
sehari. Maknanya satu tahun adalah RM24 juta sehingga RM52 juta. Kalau sindiket ini telah berlarutan sejak 1997 apabila subsidi ini diperkenalkan maka amaun yang kita mungkin hilang adalah sebanyak RM288 juta. Saya tidak pasti berapa sindiket serupa yang masih giat menjalankan aktiviti mereka. Pada jangka masa pendek penguatkuasaan oleh kementerian harus dipertingkatkan untuk mengurangkan kebocoran tetapi ia bukan cara penyelesaian yang terbaik. Selain itu untuk tahun ini dijangka kita membayar subsidi sebanyak RM1 bilion untuk beras dan RM1.0 bilion untuk gula di mana saya percaya banyak pembaziran dan pembocoran yang berlaku. Subsidi yang diberi untuk perkhidmatan kesihatan dan pendidikan juga tidak mungkin berterusan kerana had pendapatan kerajaan dan jika rakyat betul-betul ingin meningkatkan mutu pendidikan serta kesihatan maka satu sistem baru di mana sesiapa yang mampu bayar haruslah dikenakan caj penuh dan bukannya mendapat perkhidmatan percuma atau menikmati subsidi yang besar. Dalam usaha bagi menghapuskan subsidi dan kawalan harga seperti petrol dan beras, gula, minyak masak dan sebagainya, kerajaan harus memperkenalkan sistem yang telus dengan memberi kepentingan kepada jaringan keselamatan sosial termasuk memberi bantuan kebajikan kepada rakyat miskin, miskin tegar, orang kurang upaya, orang tua dan penganggur serta meningkatkan sistem pengangkutan awam negara kita. Sudah tiba masanya kerajaan memberi bantuan wang secara langsung. Soalan berikutnya apakah kelayakan secara berperingkat untuk mereka menerima bantuan secara langsung dari kerajaan? Kadar kemiskinan yang digunakan oleh EPU sudah terlalu lama. EPU perlu mengkaji kadar serta syarat kelayakan dan frekuensi pengedaran. Sebelum sebarang pelaksanaan proses ini haruslah melibatkan pendapat serta perbincangan dengan persatuan-persatuan atau NGO-NGO supaya boleh mendapat satu proses yang boleh dikatakan komprehensif. Selain itu walaupun GST tidak akan dibentangkan di sesi Parlimen ini, kementerian patut membentangkan Anti-Profiteering Bill atau anti perlindungan pengambilan keuntungan berlebihan untuk memastikan subsidi diselaraskan atau dikurangkan. Peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga barang atau perkhidmatan secara berlebihan.
Yang Berhormat, lagi panjang ucapannya Yang Berhormat ?
Ada lagi.
Ya.
Panjang lagi?
Saya bertanya Yang Berhormat.
Oh okey.
Lagi panjangkah?
Berapa panjang?
Ya.
Ada 40 minit.
Sila Yang Berhormat.
Sebagai contoh apabila harga petrol naik sehingga RM2.70 banyak barang yang naik harga tetapi tidak turun kepada harga asal apabila harga petrol turun ke RM1.80 sen. Perundingan ini harus mempunyai peruntukan agar tindakan undang-undang tegas boleh diambil ke atas mereka yang bersalah untuk mengurangkan masalah excessive profiteering. Dalam penentuan penerima selain daripada mengikut sistem e-Kasih, kerajaan patut merangkumi mereka yang telah diluluskan melalui program e-Cari atau sebarang program yang mengesahkan mereka adalah berpendapatan rendah dan perlu diberi pertolongan yang sewajarnya. Kementerian Kebajikan, Pertanian dan juga jabatan-jabatan negara patut bekerjasama supaya senarai yang lebih lengkap dan mempunyai maklumat komprehensif dapat digunakan untuk sistem pengedaran subsidi secara tunai dan terus kepada rakyat. Subsidi penstrukturan tidak harus tertakluk kepada barang komoditi atau barang harian tetapi dalam jangka masa panjang meliputi pendidikan serta kesihatan. Sebenarnya pemberian subsidi secara umum merupakan sesuatu yang memudaratkan kita. Apabila ada subsidi maka boleh dikatakan..
Yang Berhormat boleh sambung esok Yang Berhormat?
Ya, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Rabu 17 Mac, 2010. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.
DR.16.03.2010 I