Dewan Rakyat · 25 March 2010
15th Parliament, session 3, meeting 1 · 1,419 turns · 63,433 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan sama ada kementerian mempunyai perancangan untuk mewujudkan ‘One Stop Centre’ khusus dalam bidang keusahawanan wanita sebagai rujukan untuk usahawan wanita.
Bismillaahir Rahmaanir Rahim, Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan daripada Parlimen Batang Sadong, saya bagi pihak Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat ingin mengucapkan kepada semua keluarga Polis Diraja Malaysia, Selamat Menyambut Hari Polis. [Tepuk] Kami terutamanya wanita amat menghargai jasa perkhidmatan beliau untuk menentukan keselamatan negara seluruhnya. Terima kasih saya ucapkan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyediakan Dasar Wanita Negara serta Pelan Tindakan Pembangunan Wanita yang baru yang merupakan satu kesinambungan daripada Dasar Wanita Negara yang digubal pada tahun 1989. Dasar dan pelan baru ini telah dilancarkan semula pada Hari Wanita 2009 pada 25 Ogos oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dasar dan pelan tersebut berhasrat menjamin pembangunan dan keupayaan wanita dengan mengarusperdanakan kepentingan wanita untuk mencapai potensi sepenuhnya dalam perancangan dan pembangunan negara untuk kita bersama-sama mencapai kesaksamaan gender. Pelan ini mengandungi 13 sektor termasuklah wanita dan ekonomi. Dalam pelan tindakan tersebut, turut dijayakan perancangan serta program dan aktiviti untuk membangunkan wanita dalam sektor ekonomi. Pelan ini Tuan Yang di-Pertua, menyatakan penglibatan pelbagai agensi untuk membangunkan usahawan wanita. Antaranya SME Corp. dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di bawah MITI. Selain itu, turut dinyatakan penglibatan agensi yang menyediakan pembiayaan perniagaan seperti AIM, TEKUN, MARA, Agrobank dan juga agensi-agensi di bawah kerajaan-kerajaan negeri. Di sini jelas menunjukkan bahawa usaha untuk membangun usahawan- usahawan wanita mesti dipikul bersama oleh pelbagai pihak dan agensi kerajaan. Walau bagaimanapun, Kementerian Wanita turut memainkan peranan aktif dalam membangunkan usahawan wanita menerusi penyediaan program-program
dedicated seperti latihan kemahiran dan latihan asas keusahawanan yang disediakan melalui Jabatan Pembangunan Wanita. Di antaranya, untuk tahun 2009, Program I-KIT (Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal), Jejari Bestari dan Agronita. Peruntukan yang telah disediakan adalah sebanyak RM4.09 juta untuk melaksanakan program-program kemahiran tersebut yang dimanfaatkan oleh lebih kurang 8,000 daripada usahawan wanita. Selain itu, kementerian juga menjalankan program asas keusahawanan seperti Bengkel Keusahawanan Wanita, Persidangan Usahawan Wanita, Latihan Asas Keusahawanan dan Dialog Memperkasakan Wanita. Tuan Yang di-Pertua, sebagai memudah cara wanita yang berminat untuk menceburi dalam bidang keusahawanan, kementerian turut menyediakan booklet direktori Skim Pembiayaan Mikrokredit yang menerangkan tentang skim-skim pembiayaan mikro kredit yang disediakan oleh pelbagai agensi. Akhir sekali, di bawah National Key Result Areas dengan izin, kementerian telah mensasarkan seramai 4,000 orang usahawan pada penghujung tahun 2012. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah salah satu daripada kementerian di bawah sektor sosial. Oleh yang demikian, kementerian buat masa ini belum ada perancangan untuk mewujudkan One Stop Center khusus untuk wanita dalam bidang keusahawanan kerana keusahawanan merentasi semua sektor. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya meneruskan soalan tambahan saya, saya ingin nak mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar dari Parlimen Sabak Bernam sebab datang ke Parlimen. [Tepuk] Seterusnya soalan tambahan saya, tadi Yang Berhormat Menteri sendiri telah menjawab dengan begitu komprehensif dan banyak maklumat untuk wanita. Cuma apa yang saya ingin cadangkan di sini serta sebagai satu persoalan untuk kita semua. Walaupun banyak agensi yang mengendalikan urusan niaga daripada segi latihan ataupun maklumat mengenai perniagaan ini, sebagai Kementerian Pembangunan Wanita, saya tidak menyentuh fasal keluarga dan masyarakat kerana ini khusus untuk wanita.
Saya di Sarawak mengetuai satu NGO wanita. Walaupun kita bukan sebagai satu jabatan, kita sering kali ditanya mengenai banyak hal termasuk hal- hal niaga. Jadi, adakah mungkin di sini kementerian mempunyai perancangan untuk mewujudkan mungkin hotline niaga untuk membantu para wanita yang ingin mengetahui mengenai usaha niaga ini supaya hotline ini boleh dijadikan satu pusat untuk mengambil maklumat yang ingin diketahui oleh mereka yang ingin melibatkan diri dalam perniagaan. Seterusnya hotline ini akan menggunakan network ini untuk mendapatkan respons daripada agensi-agensi berkaitan. Jadi daripada situ kita boleh juga membantu meningkatkan ekonomi rakyat untuk mereka dapat mencapai pendapatan tinggi. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat mengalu-alukan cadangan yang begitu baik daripada Ahli Parlimen Batang Sadong. Sudah semestinyalah pihak kementerian akan mengkaji kemampuan dan saya akan tentukan jika kita dapat dengan izin, in fact I think it’s a great idea Yang Berhormat dan kita akan menentukan ianya menjadi kenyataan. Saya hendak maklumkan sebenarnya di kementerian. Tuan Yang di-Pertua, kita ada satu tagline di mana dengan izin saya hendak berkongsi dengan Ahli Yang Berhormat iaitu ‘Investing In Women Is A Smart Economics’. Saya harap bahawa semua terutama
pemimpin-pemimpin akan menghayatinya dan membantu wanita untuk berjaya terutama di dalam bidang ekonomi. Hasrat kami di kementerian biarlah tiap-tiap wanita di Malaysia ini mempunyai dompet mereka sendiri kerana kalau hendak ikut hati wanita, mereka tidak mahu minta duit daripada sesiapa. Biarlah dapat pendapatan mereka sendiri. Saya juga hendak mengucapkan terima kasih di Parlimen kepada Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kerana beliau begitu mengambil berat sekali tentang usahawan wanita dan beliau hadir di Parlimen pada hari ini dan saya harap bahawa usaha beliau akan dapat diteruskan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan diberi tadi. Cuma saya hendak tanya juga...
Ini hari wanita Yang Berhormat. Minta maaf yang lain. Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat wanita.
Tak apa, kalau ada yang gender sensitive, kita alu-alukan juga soalan daripada mereka. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut tentang...
Tuan Yang di-Pertua, ini Hari Polis Tuan Yang di-Pertua, bukan Hari Wanita.
Itu memang tidak gender sensitive, Yang Berhormat Kinabatangan itu! Okey, so, jadi tadi Menteri ada sebut tentang penglibatan MITI, AIM, TEKUN, MARA dan Agrobank dalam peruntukan RM49 juta dana untuk keusahawanan bagi wanita. Adakah pihak kementerian membuat pemantauan daripada pencapaian program-program tersebut di kalangan wanita? Keduanya mengenai NKRA yang bahawa disasarkan 4,000 usahawan pada penghujung tahun 2012. Setakat ini yang saya tahu kementerian belum lagi berjaya untuk mendapatkan data-data gender disaggregated analysis yang mana membantu untuk memantau dan juga tentang performance ataupun prestasi wanita dalam bidang keusahawanan. Jadi kalau ini masih lagi tidak dapat dilakukan, bagaimana kementerian hendak mendapatkan angka-angka statistik yang dapat membantu kementerian dalam perancangan masa depan untuk wanita dalam smart economic dan sebagainya yang telah disebutkan tadi? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya hendak maklumkan bahawa semua program yang dijalankan di bawah kementerian kita mempunyai data yang terperinci sekali, sudah semestinya 4,000 usahawan yang kita hendak lahirkan kita ada database dan semua fakta mengenai mereka. Untuk pemantauan di kementerian-kementerian yang lain, kita telah minta bahawa biarlah semua line ministry dengan izin itu mempunyai satu sistem pemantauan yang efektif dan efisien. Terima kasih.
2. Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan senarai kawasan-kawasan yang mengguna pakai serta melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar di Malaysia. Setakat ini berapa peratuskah kejayaan program ini dalam mencapai objektifnya.
Bismillaahir Rahmaanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Kuantan, Program Pembasmian Kemiskinan Bandar dilaksanakan dan diguna pakai oleh semua negeri yang mempunyai taburan orang miskin kecuali Wilayah Persekutuan Putrajaya kerana tiada golongan miskin ataupun miskin tegar di Putrajaya. Program Membasmi Kemiskinan Bandar sememangnya telah berjaya mencapai objektifnya. Berdasarkan bancian pendapatan isi rumah dengan izin, household income survey pada tahun 2007 yang melibatkan 40,000 isi rumah di seluruh negara, peratusan kadar kemiskinan di bandar didapati telah turun. Kadar kemiskinan tegar telah turun daripada 0.4% pada tahun 2004 kepada 0.3% pada 2007. Kadar kemiskinan pula turun daripada 2.5% pada tahun 2004 kepada 2% pada 2007. Malah mengikut statistik status kemiskinan daftar e-Kasih pada 1 Mac 2010, seramai 1,449 keluarga telah keluar daripada kemiskinan di mana bagi Negeri Pahang sahaja melibatkan 83 keluarga.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak berapa dengar jawapan kepada bagaimanakah kejayaan tersebut sedangkan apabila Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa peratus kadar kemiskinan tegar telah pun turun dan kemiskinan tegar juga telah berjaya diperangi. Akan tetapi, saya ingat dua tahun lepas apabila saya bertanya di Dewan yang mulia ini berkenaan dengan paras garis kemiskinan itu sendiri, berkenaan dengan kayu ukur itu sendiri, saya mengatakan bahawa kayu ukur kita dan cara kita mengukur kemiskinan itu sudah tidak boleh diguna pakai lagi dan ianya terlalu primitif. Negara-negara di South Africa pun tidak lagi menggunakan cara mengukur paras garis kemiskinan seperti di Malaysia. Saya bertanya kepada Dewan ini, bagaimana mungkin kita melihat negara-negara yang lebih dekat dengan kita bagaimana mereka mengukur dan bagaimana mereka memerangi kemiskinan seperti di Philippine contohnya dan jawapan Yang Berhormat Menteri ialah pada ketika itu, dua tahun yang lepas bahawa paras garis kemiskinan akan dikaji. Tuan Yang di-Pertua, paras garis kemiskinan...
Soalannya, Yang Berhormat.
Paras garis kemiskinan ini terlalu rendah. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apa sebenarnya polisi, apa sebenarnya dasar untuk memeranginya? Bagaimana hendak keluarkan mereka daripada kemiskinan ini? Contoh saya kata, contoh. Apabila kita ada peneroka bandar, apabila kita ada orang-orang yang setinggan di bandar, apabila ada peneroka dan pemaju (developer) perlu ambil tanah dan perlu buat development di situ, apakah dasar kerajaan memastikan bahawa mereka-mereka yang tinggal di situ ada penempatan, ada rumah? Saya ada banyak kes. Di Kuantan sendiri pun ada kes di mana ada pemaju yang terpaksa menghantar perintah mahkamah. Saya tidak nafikan bahawa itu hak mereka akan tetapi apakah dasar, polisi kerajaan di dalam memastikan bahawa mereka ini ada penempatan, bahawa mereka ini tidak homeless, bahawa mereka ini tidak merempat?
Baik Yang Berhormat, jangan berucap Yang Berhormat.
Itu saya harap Menteri dapat beri jawapan. Terima kasih.
Saya toleransi soal ini.
Tuan Yang di- Pertua, saya rasa soalan itu sudah banyak menyimpang. Walau bagaimanapun, apa yang telah ditunjuk dari segi langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan, saya rasa kita punya sistem untuk mengira miskin tegar dan juga miskin yang kalau dibandingkan dengan Philippine saya rasa lebih baik. Saya rasa lebih ramai orang miskin di Philippine dan kalau pengkhususan untuk orang kementerian saya adalah kepada miskin bandar, jadi miskin bandar.
Untuk makluman Yang Berhormat, di Kuantan sendiri beberapa program kita telah berjaya untuk mengurangkan mereka daripada miskin tegar iaitu mengikut apa yang saya ada di sini. Di mana di Kuantan sendiri ada 12 miskin tegar, miskin 77 keluarga dan mudah miskin 143 keluarga. Jadi program-program telah dijayakan di kawasan Yang Berhormat sendiri. Jadi kepada isu-isu pembangunan, saya rasa tidak ada kaitan di sini Tuan Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun saya rasa banyak program pembangunan atau redevelopment yang dibuat dalam Wilayah Persekutuan khususnya telah mengambil kira kepentingan penduduk-penduduk setinggan. Kita tidak pernah tolak seorang pun jadi homeless. Bermakna apabila kita menggalakkan ataupun mengalu-alukan pembangunan, kita pastikan mereka yang dipindah ada tempat untuk dipindahkan. Hanya ada pihak-pihak tertentu yang menggalakkan supaya mereka ini tidak berpindah. Itulah apa yang telah berlaku.
Tidak betul itu, di Johor sekarang ini dekat Kampung Kempas, [Dewan riuh] ramai yang sedang dihalau, tidak ada pampasan.
Beradablah sedikit Yang Berhormat Shah Alam.
I think kita Yang Berhormat, reflect good manner kita sendiri.
Betul.
Kadang-kadang rasa terkilan, I am not from the good family juga, bukan family yang mempunyai latar belakang budaya yang elok. Akan tetapi saya boleh, minta tolonglah.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, jawapan dia tidak betul.
Tidak betul, tetapi bukan cara begitu menjawab Yang Berhormat.
Beradablah sedikit Yang Berhormat Shah Alam.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sekarang ini di Kampung Kempas ada orang yang sedang diusir keluar.
[Bangun]
Sudah Yang Berhormat, saya tidak hendak jawab dengan Yang Berhormat. Saya tahu Yang Berhormat perangai macam itulah. Saya sudah duduk di sini lama juga. Lagi pun comparison dengan Philippines, salah. Saya tahu Philippines, saya ada business di sana. Di Sibu sahaja mempunyai 300,000 street urchin, peminta sedekah di street, 300,000, saya pergi sana. Pergi ke Magellan's Cross, beri satu peso, dan beratus yang datang minta.
[Bangun]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Bangun]
Jadi, Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya bukan membela sesiapa tetapi yang benar tetap benar. Memang kalau banding negara kita dengan negara-negara jiran kita, kita negara syurga. Di sini di bandar raya tidak ada peminta sedekah, tidak ada yang tahan kereta. [Dewan riuh] Akan tetapi di Philippines, Indonesia dan Thailand, ini pembangkang sudah butakah mata dia? Yang Berhormat Shah Alam sudah tidak tahu persoalannya. Soalan, soalan tambahan... [Disampuk]
Yang Berhormat Kinabatangan selalu minta sedekah di Parlimen ini.
Saya memang mengalu- alukan langkah dan hasrat murni kerajaan untuk melihat bahawa rakyat dalam bandar juga boleh dikategorikan sebagai rakyat yang mampu membeli. Justeru itu langkah-langkah yang diusahakan oleh kerajaan ini menampakkan komitmen dan kesungguhan dan apakah Yang Berhormat setuju dan percaya bahawa salah satu faktor untuk mengurangkan kemiskinan ini dengan kerajaan menetapkan gaji maksimum mereka yang bekerja di bandar raya?
Gaji minimum.
Ya, gaji minimum.
Terima kasih Ahli Parlimen dari Kinabatangan. Berkenaan dengan gaji minimum, saya rasa di peringkat Jemaah Menteri perkara ini telah dibincangkan tetapi keputusan belum dibuat. Hanya mungkin dalam pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam New Economic Model, hujung bulan ini ataupun dalam pertengahan bulan, perkara-perkara ini mungkin akan dibincangkan. Jadi itulah yang saya boleh jawab dan terima kasih atas komen Yang Berhormat berkenaan perbandingan antara Malaysia dengan Philippines. Saya rasa satu perbandingan yang tidak tepat langsung, iaitu Malaysia dengan Philippines jauh sangat. Terima kasih.
Perbandingan kaedah.
Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad.
Tuan Yang di- Pertua, sebelum saya mengemukakan soalan saya, izinkan saya membuat pembetulan sedikit. Iaitu perkataan NCR sebenarnya NCER iaitu Northern Corridor Economic Region.
3. Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad [Kangar] minta Perdana Menteri menyatakan jenis projek yang dirancang untuk negeri Perlis di bawah NCER yang telah berjaya dilaksanakan semenjak tahun pelancarannya dan apakah jenis projek yang akan dilaksanakan untuk negeri Perlis bagi tahun 2010 ini.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Kangar kerana mengemukakan soalan mengenai NCER. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, projek dan program di bawah Wilayah Koridor Ekonomi Utara (NCER) dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, bagi negeri Perlis yang telah dirancang untuk dilaksanakan adalah dalam bidang pertanian, pembuatan, infrastruktur dan pembangunan modal insan. Sejumlah tujuh projek ataupun program dilaksanakan di negeri Perlis khususnya, di mana tiga projek adalah khusus untuk kepentingan negeri dan empat projek itu merangkumkan projek pelbagai negeri yang turut melibatkan negeri Perlis. Senarai projek dan program yang melibatkan negeri Perlis adalah seperti berikut, tiga projek khusus untuk manfaat negeri Perlis adalah: (i) Pembangunan Zon Industri Pauh; (ii) membaik pulih dan menaik taraf pangkalan feri Kuala Perlis; dan (iii) depot kontena dalaman Padang Besar. Empat projek yang turut melibatkan negeri Perlis, yang merangkumkan keseluruhan kawasan NCER adalah: (i) Program peningkatan hasil padi; (ii) pusat sumber digital; (iii) Edu Citi-Tel; dan (iv) Beliaku mahir. Dalam hal ini, dari segi kemajuan semua projek ataupun program tersebut, ia masih dalam pelaksanaan dan akan diteruskan pada tahun ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan saya tadi. Saya hendak tahu tentang projek Edu Citi-Tel ini, di manakah projek itu akan dilaksanakan di negeri Perlis? Sebab saya difahamkan bahawa projek perintisnya telah pun dimulakan di Taiping, di mana 58 pelajar daripada darjah 5 telah diambil. Saya hendak tahu di manakah projek ini akan dilaksanakan di negeri Perlis?
Terima kasih Yang Berhormat. Projek Educational City Hostel iaitu Edu Citi-Tel ini adalah program di mana pelajar-pelajar miskin daripada kawasan luar bandar akan di tempatkan di kawasan bandar, dalam bentuk asrama. Mereka akan dihantar ke sekolah-sekolah premier dan mereka
akan didedahkan kepada kualiti pembelajaran dan pengajaran yang tinggi. Program ini sedang dilaksanakan, lokasinya adalah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Arau. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sama-sama orang Perlis boleh tanya dekat belakang Yang Berhormat.
Saya dengar jawapan Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan tujuh projek utama yang telah dilaksanakan ataupun yang sedang dirancang. Soal depoh kontena, jeti Perlis, meningkat hasil padi dan sebagainya. Saya cuma hendak tanya secara khusus, bila saya semak dalam bank data negeri Perlis dan Jabatan Statistik, Perlis ini di kalangan negeri-negeri utara Yang Berhormat Menteri, mempunyai peratus kemiskinan tegar yang paling tinggi. Negerinya kecil, populasinya juga rendah, sekarang datang satu program besar, Koridor Utara di mana Perlis adalah sasaran, tetapi setakat ini Yang Berhormat Menteri, peratusan kemiskinan tegar itu, Perlis paling tinggi di utara. Saya hendak tanya bagaimana Yang Berhormat Menteri boleh menerangkan impak tujuh program itu, baiki jeti Kuala Perlis, bagaimana boleh bantu kurangkan ini? Depot kontena, bagaimana boleh bantu kurangkan ini? Ataupun bila, berapa lama sebenarnya sasaran untuk keluarkan penduduk Perlis dalam kategori miskin tegar ini daripada lingkaran itu? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan kepada miskin tegar. Untuk makluman Yang Berhormat, miskin tegar di Arau adalah 5, Kangar 52 dan Padang Besar 8. Maka mungkin kategori miskin itu dan mudah miskin itu ada ketara sedikitlah. Akan tetapi dari segi miskin tegar, masih dalam rekod yang kita ada dan seperti apa yang saya beri tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, kita ada agensi-agensi yang memberi fokus kepada memperkasakan golongan miskin pada peringkat yang lebih tinggi supaya mereka keluar daripada kemiskinan. Dalam konteks koridor juga kita memang ada salah satu objektif dan visinya untuk mengatasi masalah miskin tegar. Akan tetapi dalam konteks keseluruhannya, pendekatan yang digunakan ialah kalau pembangunan itu holistik di mana kalau kita menuju ke arah negara memperkasakan sektor swasta, membawa kepada kaedah teknologi tinggi dan canggih dalam perindustrian dan pembuatan, membawa kepada ekonomi domestik yang kompetitif, membuat sistem penyampaian yang lebih agresif, maka saya rasa tempias dan juga kesannya akan sampai kepada peringkat yang miskin. So, kita berharap bahawa semua projek-projek...
Tuan Yang di-Pertua, miskin tegar di Arau lima itu saya rasa tidak logik.
Akan tetapi rekod yang ada...
Yang Berhormat Arau, ini bukan cara Yang Berhormat.
344.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, biar Menteri menjawab dahulu Yang Berhormat. Kalau tidak betul itu, itu lain cerita yang Berhormat.
Sheikh! Ane, ane! [Menunjukkan dokumen]
Untuk makluman Yang Berhormat, terutama Yang Berhormat di sebelah sana itu, Yang Berhormat Machang. Projek-projek yang kita beri di bawah itu, empat projek khususnya melibatkan peningkatan hasil padi, pusat sumber digital dan Edu Citi-Tel melibatkan golongan ini untuk menaikkan tonnage hasilan padi supaya mereka boleh keluar daripada kancah kemiskinan dan membawa pelajar-pelajar miskin ini dari kawasan di luar itu untuk pergi ke bandar bagi memperkasakan. Seterusnya, Beliaku Mahir ini, kita ambil pelajar- pelajar yang gagal dan lemah, membawa dan melatih mereka untuk industri- industri berkenaan. Kepada Yang Berhormat tadi, tolong semak, mungkin sudah dibekalkan tetapi belum verifikasi lagi. Saya minta supaya Yang Berhormat buat verifikasi kepada e-Kasih dan kalau ada rakyat yang terkeluar dan tidak termasuk, sila perkasakan. Itu hala tuju negara, terima kasih.
4. Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah pihak kerajaan telah mengenal pasti rungutan usahawan mengenai kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh mereka berikutan penstrukturan semula agensi-agensi yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh kerajaan bagi menangani permasalahan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon jawab soalan ini bersama soalan Yang Berhormat Sabak Bernam pada 13 April akan datang.
Baik Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar bahawa terdapat rungutan daripada usahawan bumiputera mengenai masalah-masalah yang mereka hadapi sejak pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) pada bulan April 2009. Rungutan ini dikenal pasti melalui sesi dialog dengan dewan-dewan perniagaan, perbahasan dalam Dewan ini, maklum balas daripada NGO bumiputera dan juga media massa. Seperti yang pernah saya terangkan sejak sesi kedua Parlimen tahun lalu, program-program MECD masih lagi diteruskan. Bezanya, program-program ini tidak lagi berada di bawah satu kementerian ataupun di bawah satu bumbung. Tuan Yang di-Pertua, di antara fungsi utama yang diteruskan adalah program MARA umpamanya, TEKUN dan APKP. Walaupun di tempatkan di kementerian lain tetapi masih lagi diteruskan program agensi tersebut. Agensi ini masih lagi menjalankan fungsi bagi membantu usahawan bumiputera. Beberapa bahagian MECD telah dipindahkan ke MITI iaitu Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), bahagian promosi dan pemasaran, bahagian perancangan dan penilaian serta SME Bank. Selain itu, MITI telah mengambil alih beberapa aktiviti program yang melibatkan usahawan bumiputera.
Mengikut maklum balas yang diterima Tuan Yang di-Pertua, akhir-akhir ini rungutan-rungutan ini telah berkurangan sedikit. Ini adalah hasil daripada dialog yang kami adakan dengan NGO bumiputera, persatuan dan dewan perniagaan serta majlis-majlis penerangan yang telah diadakan dari semasa ke semasa. Setakat ini tidak kurang daripada 10 sesi dialog seperti ini telah diadakan oleh saya dan juga timbalan-timbalan saya di seluruh negara, termasuk juga di Sabah dan Sarawak. MITI terus memantapkan usaha untuk membantu usahawan bumiputera termasuklah meneruskan bantuan pembiayaan di bawah SME Bank dan SME Corp serta membantu penyertaan usahawan dalam aktiviti promosi yang dianjurkan oleh MATRADE, SME Corp, Perbadanan Industri Halal dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan banyak maklum balas yang diterima daripada pelbagai individu dan persatuan perniagaan mengenai Model Ekonomi Baru, saya ingin memaklumkan bahawa MITI telah mengambil inisiatif untuk mengaturkan pertemuan di antara dewan perniagaan dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan Yang Berhormat Tan Sri Amirsham Abdul Aziz pada hujung bulan Februari yang lalu. Mereka berterima kasih kepada kerajaan kerana diberi peluang dan ruang untuk memberi input kepada penggubalan Model Ekonomi Baru. Tuan Yang di- Pertua, seterusnya bagi memantapkan lagi usaha membantu usahawan bumiputera dan hasil daripada pandangan masyarakat peniagaan bumiputera termasuklah di dalam Dewan ini, MITI akan mewujudkan sebuah pusat rujukan dan bimbingan usahawan bagi memberi khidmat nasihat dan konsultasi keusahawanan yang akan beroperasi dalam tempoh sebulan ini, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri yang telah pun memberikan penjelasan atas beberapa rungutan. Sebab saya melihat Tuan Yang di-Pertua, antara rungutan- rungutan yang di rungut oleh usahawan-usahawan bumiputera ini ialah kesukaran mereka untuk mendapatkan peluang daripada institusi kewangan khususnya sepertimana SME Bank. Begitu juga dengan mereka mengatakan bahawa tidak seperti yang dihebohkan tentang keupayaan usahawan bumiputera dalam syarikat-syarikat yang berteknologi tinggi yang menghadapi kesukaran-kesukaran untuk mendapat peluang tertentu. Begitu juga saya melihat bahawa banyak langkah yang telah digariskan oleh pasukan petugas pelaksanaan nasional dalam Rancangan Malaysia Kesembilan itu tidak ada satu tindakan susulan. Jadi persoalan saya di sini bahawa, macam yang di sebut oleh Yang Berhormat tadi, oleh kerana berlaku berselerak, agensi-agensi institusi yang dulunya berada dalam satu bumbung ini, apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan wujudnya satu penyelarasan? Saya masih tidak nampak ada satu penyelarasan. Saya ingin mendapat penjelasan sama ada adakah kerajaan bersedia untuk mengembalikan Kementerian Pembangunan Usahawan ini? Mewujudkan kembali Kementerian Pembangunan Usahawan ataupun mewujudkan pusat setempat untuk menyelaraskan semua agensi-agensi ini supaya memberikan kemudahan-kemudahan yang lebih baik kepada usahawan ini. Begitu juga berkaitan dengan beberapa projek-projek pelaksanaan kerajaan, umpamanya usahawan-usahawan kecil seperti baru-baru ini Persatuan Kontraktor Bumiputera Melayu di negeri Kedah mengadakan tunjuk perasaan terhadap MMC dan juga GAMUDA.
Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.
Kerana kita tahu bahawa projek kerajaan yang memakan jumlah berbilion itu tidak diagihkan kepada kontraktor-kontraktor bumiputera, khususnya projek-projek kecil ini. Ini juga antara masalah yang dihadapi oleh mereka. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, banyak soalan Yang Berhormat Pokok Sena tadi. Pertama, berkaitan dengan sama ada kerajaan hendak mengembalikan MECD dalam bentuk terdahulu? Kerajaan telah menjawabnya bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan semula MECD yang dibubarkan dan tugas-tugas telah pun dipindahkan kepada lapan kementerian yang lain. Jadi mengenai pusat setempat, saya sudah jawab tadi dalam tempoh sebulan. Sekarang ini pun kami di MITI memainkan peranan ini. Kami mengadakan banyak pertemuan dengan NGO bumiputera dan hasil daripada pertemuan tersebut, kami salurkan maklumat. Sama ada berkaitan SME Bank yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi, di Bank Negara ada satu pusat bernama LINK yang membolehkan usahawan membuat aduan tentang masalah yang dihadapi oleh mereka dalam mendapat pinjaman ataupun pembiayaan. Aduan ini memanglah biasa Tuan Yang di-Pertua, bukan semua yang dapat diberikan pertimbangan oleh kerana ada syarat-syarat tertentu sebelum memperoleh pinjaman tersebut. Akan tetapi sekarang ini berkaitan dengan bank, kita sedar masalah yang ada dan di Bank Negara sudah pun ada pusat setempat yang sedemikian. Untuk hal-hal umum seperti yang disebutkan dalam perenggan terakhir jawapan saya tadi, maka kita akan wujudkan pusat setempat. Sementara itu, memang sudah pun ada pusat rujukan dan di kementerian saya MITI, memang tugas ini telah kita ambil alih daripada MECD dan kita salurkan segala isu dan masalah yang dihadapi kepada pihak yang berkenaan. Saya memberi jaminan bahawa walaupun peranan MECD ini telah pun dibubarkan dan dipindah kepada lapan agensi, kerajaan tetap memperjuangkan agenda bumiputera, masalah-masalah termasuklah kontraktor dan lain-lain tetap diperjuangkan dan insya-Allah, kita akan terus pastikan bahawa kegiatan dan aktiviti ini akan dimantapkan dan diperkasakan lagi di masa hadapan termasuklah dengan adanya pusat setempat yang kita wujudkan dalam tempoh sebulan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya melihat apabila perubahan berlaku daripada MECD ke MITI Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) seolah-olah berlaku ada missing link di situ. Ini kerana setiap kali saya membuka laman web INSKEN ini, ia menyatakan sampai sekarang pun di hadapan saya ini saya tengok, pendaftaran latihan keusahawanan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. Jadi kalau dahulu hampir setiap bulan INSKEN mengadakan latihan asas keusahawanan tetapi sejak berpindah ke MITI ini sampai sekarang tidak ada. Jadi mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, tahun lepas apabila berlakunya pemindahan, beberapa urusan pentadbiran dan kewangan terpaksa diselesaikan. Apabila muktamad akhir tahun lepas, yang pertama pentadbiran dan yang kedua kewangan, maka sebelum itu, sebelum dimuktamadkan memang kita mengakui bahawa terdapat beberapa isu dan masalah yang dihadapi oleh INSKEN dan beberapa program tidak dapat kita laksanakan. Akan tetapi tahun ini
saya dimaklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM79.3 juta telah pun disediakan kepada INSKEN untuk latihan dan INSKEN sudah pun memulakan programnya semula. Jadi maklumat Yang Berhormat Lipis tersebut benar, sebahagian tahun lepas telah pun diperbaiki pada hujung tahun lepas dan hari ini INSKEN sudah pun berfungsi semula untuk melatih usahawan bumiputera khususnya mengenai program-program pendedahan awal kepada usahawan bumiputera. Sekian, terima kasih.
5. Datuk Ir Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu] minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah hutang yang dikategorikan sebagai ‘yang tertangguh’ dari semua pemegang kad kredit di seluruh negara pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Tangga Batu, baki tertunggak outstanding balance dari pemegang kad kredit pada akhir tempoh Januari 2010 berjumlah RM27.1 bilion. Daripada jumlah baki tertunggak tersebut, sebanyak RM24.7 bilion merupakan baki semasa, current balance, sebanyak RM2 bilion merupakan baki lebih tempoh dan RM500 juta merupakan baki tidak berbayar. Jumlah kad kredit yang wujud dalam negara ialah sebanyak 10.8 juta. Jumlah pemegang kad utama, principal card holders ada seramai 2.7 juta orang. Jumlah urus niaga yang menggunakan kad kredit adalah sebanyak RM69.3 bilion. Mengambil kira RM27 bilion jumlah tertunggak, bermakna jumlah hutang yang dijelaskan ialah sebanyak RM42 bilion. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Angka-angka yang diberikan itu tidak merupakan salah satu daripada tujuh kejutan daripada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, kalau dahulu berhutang ini ia merupakan satu penghinaan, tetapi hari ini berhutang ini seolah- olah telah menjadi satu kebanggaan kerana dengan gaya berhutang kita mungkin dapat memiliki kemewahan dunia. Yang Berhormat Menteri, budaya...
Soalan Yang Berhormat.
Ya, ini hendak beri soalan. Soalannya ialah, apakah peranan kementerian di dalam membentuk budaya belanja berhemah iaitu memikirkan pendapatan lebih daripada perbelanjaan? Kedua...
Yang Berhormat, kalau orang kata dalam peraturan kita satu soalan, kalau hendak soal dua, tiga itu pandai-pandai lah gunakan. Jangan satu, dua, nampak salah sangat.
Saya tidak pandai tentang itu tetapi Yang Berhormat Pokok Sena cukup pandai di sana tadi, lebih daripada 120 perkataan. Amerika Syarikat dan UK telah meletakkan negara mereka di dalam keadaan berhutang apabila lebih daripada 100% rakyat mereka hidup dalam berhutang. Jadi apa mekanisme kawalan yang ada di peringkat kementerian supaya fenomena yang sama di Amerika Syarikat tidak berlaku di negara kita? Akhirnya, apakah yang dilakukan oleh kementerian untuk memberikan galakan kepada pemegang-pemegang kad kredit supaya beralih kepada kad debit daripada kad kredit? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Sedikit gambaran untuk melihatnya dalam satu perspektif yang lebih menyeluruh iaitu satunya dari segi baki tertunggak yang disebutkan tadi. Ini merupakan 6.3% daripada pinjaman isi rumah. Jumlah yang tertunggak oleh pinjaman yang dibuat oleh isi rumah ini yang melibatkan credit card hanyalah 6.3%. Kedua, dari segi NPL kad kredit ini berbanding dengan NPL yang wujud dalam sistem perbankan, ia hanya merupakan 1.9% sahaja. Jadi ini tidak merupakan satu masalah yang dianggap membimbangkan buat pada masa ini. Namun begitu, beberapa langkah telah diambil oleh kementerian melalui Bank Negara Malaysia untuk memastikan penggunaan kad kredit ini adalah secara berhemah dan wajar. Satunya ialah dari segi pemasaran kad kredit, kita lihat kalau dahulunya pemasarannya begitu agresif di lapangan terbang dan seumpamanya, sekarang ini dengan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara maka pemasaran yang agresif tersebut telah pun dapat dielakkan. Tidak lagi wujud, bukan secara agresif tetapi panggilan-panggilan yang dibuat pada masa yang tidak sepatutnya, dan juga sebagai satu usaha untuk mengetatkan pengeluaran kad kredit ini, dalam tahun 2009 umpamanya, daripada jumlah yang memohon hanya 48% sahaja yang diluluskan. Pada masa yang sama, Bank Negara juga mempunyai agensi khidmat nasihat AKPK ini yang menasihatkan pengguna supaya tidak terjebak dalam masalah penggunaan kad kredit ini. Jadi segala usaha ini kita nampak buat masa ini penggunaan kad kredit adalah masih terkawal dan tidak membimbangkan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Menteri. Menyentuh tentang pemasaran itu tadi, sekarang memang tidak kelihatan tempat-tempat pemasaran kad kredit ini sepertimana yang disebutkan tadi tetapi diberikan kad kredit ini tanpa perlu membuat sebarang permohonan. Contohnya, saya sebutkan Maybank, kita buat loan, once loan itu diluluskan dapat sahaja loan tersebut dan akan disusuli dengan kad kredit tanpa sebarang permohonan daripada pengguna. Satu trend lagi yang saya lihat sekarang ini adalah ada satu kaedah baru yang digunakan untuk memudahkan pembayaran hutang kad kredit dengan peminjam kad kredit boleh memindahkan hutang kad kredit kepada satu syarikat lain dengan sistem penstrukturan semula hutang kad kredit dengan pelan bayaran ansuran mudah yang baru dan kaedah- kaedah yang katanya lebih rendah. Adakah ini dipersetujui ataupun dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia dan adakah seperti mana yang disebut tadi pemasaran itu telah dibuat sebarang kawalan terhadap pembelian kad kredit tanpa sebarang permohonan? Terima kasih.
Ya, semua yang dilaporkan ini adalah selari dengan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Sekiranya ada perlakuan yang tidak selaras, maka Bank Negara Malaysia biasanya memberhentikan amalan tersebut. Perlu diingatkan bahawa penggunaan kad kredit ini secara keseluruhannya tidak menimbulkan masalah. Hanya ada segelintir yang memang berhadapan dengan masalah. Kita perlu juga memahami bahawa kad kredit ini hanya merupakan satu kemudahan untuk pengguna menggunakan kad kredit untuk pembayaran secara elektronik. Maknanya, tidak perlu bawa banyak wang yang berketul-ketul.
Ini satu kemudahan di mana-mana sahaja. Jadi jangan anggap bahawa kredit kad ini semestinya sesuatu yang menimbulkan masalah. Ia lebih banyak
mendatangkan kebaikan. Kalau pun ada bank yang menghantar kad kredit kepada pengguna, biasanya bank ini pun dia lihat orang yang dihantarnya bukannya sembarangan. Orang-orang yang mampu dan mempunyai rekod yang baik, bahkan mereka yang dikeluarkan kad kredit ini mestilah mereka yang mempunyai rekod yang bersih dalam CCRIS. Ini satu keperluan yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia. Sesiapa yang ingin mendapat kad kredit mesti diproses melalui CCRIS. Bermakna dia tidak ada rekod pembayaran yang tidak baik. Jadi ini satu kemudahan yang diberikan kepada pengguna yang mampu dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Ini satu penghormatan. Jikalau Yang Berhormat atau rakan-rakan yang merasakan ini tidak perlu, maka hantar sahaja semula, tidak ada masalah. Terima kasihlah penghormatan yang diberikan ini tetapi saya sudah ada lima kad kredit umpamanya Yang Berhormat kata. Maka, saya berterima kasih dan kalau saya hendak nanti saya akan minta. Terima kasih.
6. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sama ada kerajaan atau pihak syarikat konsesi yang menanggung kos diskaun dan pengecualian bayaran tol bagi 17 buah lebuh raya sempena Tahun Baru Cina dan jumlah wang ringgit yang dibiayai oleh pihak berkenaan untuk insentif ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemberian diskaun dan pengecualian tol sempena musim perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini adalah inisiatif kerajaan melalui beberapa siri perbincangan dengan syarikat konsesi. Hasil daripada perbincangan ini, syarikat konsesi telah bersetuju untuk menanggung kos pemberian diskaun dan pengecualian tol bagi musim perayaan tersebut. Ini juga adalah merupakan sebahagian inisiatif kerajaan untuk menggalakkan syarikat konsesi mengambil bahagian dalam program tanggungjawab korporat sosial ataupun corporate social responsibility kepada pengguna-pengguna lebuh raya. Lebih dari itu, syarikat-syarikat konsesi dengan rela hati apabila diminta, ingin mengambil bahagian untuk memeriahkan suasana musim perayaan di negara ini sejajar dengan semangat 1Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 17 buah lebuh raya telah melaksanakan pemberian diskaun ataupun pengecualian bayaran tol sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada tahun 2010 ini. Jumlah implikasi kewangan yang ditanggung oleh syarikat konsesi bagi pelaksanaan program tersebut adalah anggaran RM1.3 juta. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi implikasi kos yang telah dibayar oleh syarikat-syarikat konsesi ini hanya RM1.3 juta. Saya rasa ini hanyalah kacang putih bagi syarikat-syarikat konsesi itu. Saya beri contoh LITRAK, keuntungan sebelum cukai pada tahun 2008 adalah sebanyak RM142.7 juta. Bagi Plus Expressway Berhad, keuntungan selepas cukai adalah RM1 bilion. Jadi sekarang mereka memberi rakyat kacang putih sahaja. Mana seimbangnya ini dengan slogan rakyat didahulukan? Saya hendak tanya, saya tahu bahawa Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur kadar tol mereka akan dikaji semula kerana pampasan telah diberi kepada mereka pada tahun 2008 dan juga 2009. Pada masa yang sama, kita ada lapan lebuh raya bertol yang sepatutnya kadar tol mereka dinaikkan pada tahun 2009 tetapi telah diminta untuk tundakan kenaikan tol itu. Jadi maksudnya pada tahun ini ada 10 lebuh raya bertol yang akan naik tol. Jadi saya hendak minta satu jawapan daripada Menteri sekiranya memanglah pencapaian adalah diutamakan. Jadi saya mintalah berikan rakyat jelata satu
jawapan yang jujur sama ada 10 lebuh raya bertol ini, kadar tol mereka akan dinaikkan pada tahun ini...
Ya, Yang Berhormat. Panjang sangat Yang Berhormat.
Ataupun kerajaan akan terus memberi pampasan kepada syarikat-syarikat ini? [Dewan riuh] Itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Serdang. Dia minta saya satu jawapan sahaja. Jawapan saya mudah, bahawa pada masa ini Unit Perancangan Ekonomi telah membuat kajian dan telah dibawa ke makmal dan ia akan dibentangkan ke Jemaah Menteri dan dari situ kita akan membuat keputusan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebentar tadi kita dengar jawapan daripada Menteri dan juga komen daripada Yang Berhormat Serdang, iaitu dia kata syarikat konsesi untung berbilion. Saya ingin tanya kepada Menteri, selain daripada memperoleh keuntungan, berapakah pula pelaburan ataupun perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh setiap syarikat pada setiap tahun untuk memperbaiki dan untuk menaik taraf jalan-jalan lebuh raya dan juga lain-lain yang berkenaan? Kita jangan lihat semua bottom line. Kita perlu lihat financial statement itu secara keseluruhan. Inilah masalahnya perasaan dengki tidak sudah-sudah daripada pihak pembangkang. [Ketawa] Tengok berapa untung...
Ini wakil syarikat kah?
Tengok orang...
Wakil Rakyat kah atau wakil syarikat?
Tengok orang pakai kereta besar, rumah besar...
Yang Berhormat.
Rasa dengki. Ini orang kaya sedikit, rasa dengki. Perangai tidak sudah-sudah...
Soalan.
Yang Berhormat.
Saya minta Menteri tolong jelaskan.
Wakil Rakyat kah atau wakil syarikat?
Terima kasih Yang Berhormat dari Pasir Salak. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum bahawa peruntukan perbelanjaan untuk menaik taraf jalan raya ataupun lebuh raya adalah begitu tinggi. Kebanyakan syarikat-syarikat konsesi ini membelanjakan sebahagian besar daripada perolehan mereka adalah untuk menaik taraf dan memastikan keselamatan di lebuh-lebuh raya yang mereka miliki. [Disampuk] Begitu juga dengan jalan-jalan raya yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya sendiri.
Sebentar tadi sebenarnya, apabila Yang Berhormat Serdang kata peruntukan yang mereka beri untuk program-program ini adalah kecil, nilainya mungkin RM1 juta lebih, ini sebenarnya tidak pernah dilakukan sebelum ini. Cuma, atas rasa ingin bersama-sama dengan rakyat Malaysia apabila kita minta kalau boleh kita kata musim-musim perayaan memberi diskaun dan sebagainya, syarikat-syarikat ini tampil ke hadapan dengan rela hati memperkenalkan sistem-sistem diskaun dan ada syarikat-syarikat ini memberi satu hari percuma kepada pengguna-pengguna lebuh raya mereka semata-mata untuk menunjukkan sokongan mereka kepada pengguna-pengguna lebuh raya. Jadi saya ingin jelaskan bahawa pada masa ini kerajaan mengambil kira dari segi harga tol yang dikenakan kepada pengguna-pengguna lebuh raya. Oleh sebab itu, kerajaan berhati-hati untuk menentukan kadar kenaikan tol pada tiap-tipa kali semasa kenaikan. Terima kasih.
7. Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan bilangan Program MAHA yang telah dilaksanakan pada tahun 2009 dan yang akan dilaksanakan di seluruh negara pada tahun ini. Nyatakan perancangan kementerian dalam membantu petani dan penternak serta IKS berasaskan pertanian memasarkan hasil produk mereka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 2009, sebanyak tiga Program Mini MAHA di peringkat negeri telah dilaksanakan, iaitu di Kedah di Kubang Pasu, Selangor di Sungai Besar, dan Sarawak di Miri. Pada tahun 2010 pula, kementerian telah melaksanakan satu Program Mini MAHA di negeri Johor dan merancang untuk melaksanakan di lima buah negeri lagi iaitu di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Negeri Sembilan. Seterusnya pada bulan November, Program MAHA peringkat kebangsaan akan diadakan di Serdang di mana program ini diadakan setiap dua tahun sekali. Sementara itu, dalam usaha membantu petani dan penternak serta IKS berasaskan pertanian memasarkan hasil produk mereka, kementerian melaksanakan program-program seperti berikut; (i) Melaksanakan pelbagai program pemasaran di dalam dan juga di luar negara; (ii) melaksanakan program pengiklanan pemasaran; (iii) membangunkan pusat pengumpulan dan pemasaran produk; dan (iv) memberikan geran dan pembiayaan seperti geran pemadanan, pembungkusan, pelabelan, penjenamaan, dan penyediaan rak-rak dan ruang pemasaran. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menyediakan pelbagai ruang pasaran dengan perwujudan pasar-pasar tani, agrobazar, kedai rakyat, agrobazar k-shoppe, pasar raya, dan gerai buah-buahan segar serta yang terbaru Karavan Tani dan motosikal tiga roda. Saluran pemasaran ini disediakan bagi membolehkan produk mereka dipasarkan secara terus kepada pengguna.
Sukacita saya maklumkan bahawa Program 1Malaysia Best akan dilancarkan oleh kementerian pada bulan April 2010. Ia bertujuan sebagai endorsement brand kepada produk-produk berasaskan pertanian dan industri asas tani di peringkat nasional. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Speaker. Tahniah atas usaha kementerian untuk mendekati rakyat melalui program-program yang dianjurkan oleh kementerian dan saya dapati banyak mendapat maklum balas positif. Di samping Mini MAHA, apakah lain program-program yang akan dianjurkan oleh kementerian dalam usaha mendekati rakyat ini terutamanya yang berada di luar bandar dan juga di kawasan pedalaman? Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, dalam usaha untuk membantu rakyat terutamanya usahawan IKS di Parit Sulong, jenama ‘Parit Sulong To You’ telah dibangunkan. Jadinya saya juga hendak tahu, adakah ada bentuk-bentuk bantuan kepada usahawan-usahawan ini yang boleh membantu mereka untuk menuju ke arah menembusi pasaran yang lebih besar seperti pasaran hypermarket dan luar negara? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Parit Sulong. Kita telah menyusun beberapa program untuk mendekati rakyat. Selain daripada Mini MAHA, kita juga ada program MOA Bersama Rakyat, kita juga ada program Pelancaran Menambahkan Pendapatan Rakyat, kita juga ada program Hari Bertemu Pelanggan dan kita juga ada seminar dan bengkel yang diadakan kepada peserta-peserta yang terlibat di dalam program-program Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Mengenai program To You Parit Sulong?
Parit Sulong To You.
Oh. Parit Sulong To You. [Ketawa] Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas usaha yang dibuat oleh Ahli Parlimen Parit Sulong di mana telah berjaya membantu ramai usahawan di kawasan Parit Sulong. Ini sesuai juga dengan dasar kerajaan untuk memastikan satu daerah, satu industri. Hasil usaha daripada Ahli Parlimen Parit Sulong, saya dimaklumkan beberapa program telah pun dijalankan di kawasan Parit Sulong. Antaranya, pasar tani telah pun diwujudkan dan telah mencatat jualan sebanyak RM500,000 dan telah memberi peluang kepada 44 orang usahawan tani. Sebuah gerai buah- buahan segar juga telah berjaya memberi ruang pasaran produk bernilai RM453,000 manakala sebuah agrobazar k-shoppe pula telah berjaya memasarkan produk bernilai RM185,000 bagi tempoh lima bulan mulai Oktober 2009. Jadi kalau semua Ahli Parlimen seperti Ahli Parlimen Parit Sulong mengambil berat membantu kementerian untuk memperbanyakkan produk-produk industri asas tani, insya-Allah kementerian akan sentiasa memberikan bimbingan, bantuan dan sekarang ini kita juga berusaha supaya produk-produk industri asas tani ini bukan sahaja dijual di supermarket-supermarket tempatan tetapi juga akan dipasarkan di peringkat antarabangsa. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang bantuan-bantuan kepada petani
khususnya di kawasan saya ini petani-petani kebanyakannya adalah petani padi, di kawasan MADA khususnya. Ini kerana itulah antara untuk mengurangkan kos mereka punya kegiatan dan ini akan menambahkan pendapatan mereka. Akan tetapi keluhan yang mereka timbulkan kepada saya baru sebentar tadi, khususnya di kawasan MADA iaitu bantuan input pertanian. Mereka hanya daftar sekarang ini untuk musim pertama tahun 2010 ini, hanya daftar baja campuran dan urea sahaja. Racunnya, kupon traktornya, tidak ada sekarang ini. Jadi apabila pergi ke pejabat MADA, tidak ada. Sedangkan di luar kawasan MADA masih lagi memberikan apa yang saya sebutkan tadi. Sedangkan saya difahamkan bahawa projek ini sepatutnya tamat pada tanaman musim kedua tahun 2010. Jadi saya hendak minta penjelasan kerana itu yang diminta oleh petani-petani MADA untuk Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Barulah soalan profesional, tiada libat politik. [Ketawa] Jadi saya jawab pun secara profesional. Akan tetapi daripada soalan itu, Yang Berhormat mungkin agak salah faham. Ia ada dua isu. Isu yang pertama tadi apabila Yang Berhormat campur aduk mengenai bantuan-bantuan produk industri asas tani, itu adalah di bawah program IAT. Akan tetapi apabila Yang Berhormat bangkit mengenai masalah petani- petani di MADA, ini ialah program di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan yang telah pun diperkenalkan oleh Yang Berhormat dari Kepala Batas ketika itu. Memang benar Dasar Jaminan Bekalan Makanan kita telah didasarkan daripada tahun 2008 sehingga tahun 2010 dan dua tahun telah pun berlalu dan alhamdulillah kita telah mendapati hasil yang cukup positif dalam menambahkan produktiviti produk-produk makanan di dalam negara kita. Masalah Yang Berhormat bangkitkan tadi, memang sekarang ini – oleh kerana bajet ini kita baru lulus tetapi insya-Allah peruntukan sekarang ini sedang dalam proses untuk kita hantar ke pihak-pihak bukan sahaja MADA tetapi juga ke jabatan-jabatan yang lain. Saya memberikan jaminan bahawa Dasar Jaminan Bekalan Makanan yang begini baik yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan, kita akan teruskan untuk kita menambahkan lagi produktiviti produk-produk pertanian di dalam negara kita. Jadi jangan susah hati orang MADA. Sabar, insya-Allah kita akan beri sampai tahun 2010. Memang ada lagi dua musim. Terima kasih banyak.
8. Dato’ Rashid Din [Merbok] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah tindakan kerajaan untuk menangani isu kekurangan pekerja di ladang kelapa sawit akibat pembekuan kemasukan pekerja asing. Dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan pekerja/rakyat tempatan melibatkan diri dalam sektor perladangan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak membekukan pengambilan pekerja asing untuk sektor perladangan. Dasar pengambilan pekerja asing yang diamalkan pada masa ini adalah berasaskan nisbah seorang pekerja untuk lapan hektar ladang sawit. Dasar ini telah berkuat kuasa semenjak tahun 2006 lagi. Kerajaan sering mendengar rungutan daripada rakyat tempatan bahawa kadar upah yang ditawarkan oleh syarikat perladangan adalah rendah dan tidak
menarik. Ini adalah antara penyebab kenapa rakyat tempatan kurang berminat untuk bekerja di sektor perladangan yang seterusnya pula menyumbang kepada masalah kekurangan pekerja. Selaras dengan dasar kerajaan yang telah diputuskan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin pada 17 Julai 2009, untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan menggalakkan rakyat tempatan melibatkan diri di dalam sektor perladangan ini, kerajaan telah menjalankan langkah-langkah berikut: (i) Menggalakkan syarikat-syarikat perladangan menggunakan kaedah mekanisasi dalam mengendalikan ladang-ladang mereka. Contohnya penggunaan galah penuai tandan sawit bermotor yang dikenali sebagai cantas; (ii) memastikan syarikat-syarikat perladangan menyediakan kemudahan asas seperti perumahan, klinik kesihatan, sekolah, bekalan air dan elektrik di kawasan ladang dan di kawasan yang berhampiran ladang bagi memudahkan dan menggalakkan penduduk tempatan bekerja di ladang; (iii) menggalakkan syarikat-syarikat perladangan menyediakan kemudahan pinjaman dan insentif tertentu seperti pinjaman untuk pembelian motosikal serta elaun pengangkutan; dan (iv) menganjurkan program peningkatan kesedaran di kalangan rakyat tempatan terutama anak-anak dan pelajar sekolah termasuk IPTA dan IPTS seperti kursus- kursus dan ceramah-ceramah kerjaya melalui agensi- agensi di bawah kementerian. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru rakyat tempatan untuk tampil merebut peluang mendapatkan pekerjaan di sektor ini. Ahli-ahli Yang Berhormat juga diminta untuk menguar-uarkan kepada para belia di kawasan masing-masing mengenai kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh syarikat-syarikat perladangan ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam soalan mengapa pekerja-pekerja asing boleh terima upah atau gaji yang lebih rendah daripada pekerja-pekerja tempatan, saya rasa disebabkan oleh dengan izin, threshold pendapatan mereka untuk hidup lebih rendah daripada pekerja-pekerja tempatan.
Pekerja-pekerja tempatan kena bayar EPF, bayar SOCSO, bayar kad kredit, bayar kenderaan dan rumah. Soalan saya adalah, adakah kementerian sedar dan apakah tindakan kementerian untuk menurunkan perbezaan narrow down the gap threshold tadi untuk menarik lagi pekerja-pekerja tempatan untuk bekerja di ladang-ladang? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sektor perladangan ini mempunyai dua aktiviti utama iaitu upstream dan downstream. Kebanyakan pekerja-pekerja asing digunakan di ladang-ladang di kawasan di mana ladang-ladang memerlukan pekerja-pekerja buruh yang mengerjakan kerja-
kerja yang agak berat. Manakala di peringkat downstreamnya dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kita banyak menggalakkan supaya mereka menggunakan pekerja tempatan. Sebab itu kita mengadakan beberapa kursus melalui agensi-agensi kerajaan untuk menentukan bahawa pekerja-pekerja tempatan akan sentiasa diberikan peluang yang lebih baik daripada pekerja-pekerja asing. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam sektor perladangan, kebergantungan kita kepada pekerja asing yang menjangkau sebanyak 300,000 pada ketika ini adalah sangat menggerunkan. Walaupun kita terpaksa menghadapi pengaliran wang keluar dan juga menghadapi masalah sosial, dalam masa yang sama kita mengambil pendekatan mengekalkan pengambilan pekerja asing kerana kita tidak dapat menarik minat pemuda-pemuda ataupun belia-belia menceburkan diri dalam bidang ini kerana kebanyakannya tinggal dalam kawasan pedalaman. Dalam masa yang sama kita akan menghadapi satu tekanan.
Soalannya, Yang Berhormat. Masa kita tidak panjang lagi.
Baik. Tekanan kita kerana negara Indonesia adalah menjadi pengeluar utama pada ketika ini. Soalan saya, selain daripada insentif yang telah digariskan oleh Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan bercadang untuk memberikan satu pendapatan ataupun gaji yang meyakinkan selain daripada kawasan tempat tinggal yang lebih kondusif untuk menarik minat pemuda-pemuda kita menceburkan diri dalam bidang perladangan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Jasin. Seperti yang saya jelaskan tadi bahawa sekarang ini kerajaan sedang membuat program-program untuk memberikan penggalakan kepada pekerja-pekerja tempatan untuk berkecimpung dalam sektor perladangan ini. Kursus-kursus yang kita berikan ini adalah untuk meningkatkan lagi aktiviti pekerja-pekerja tempatan ini untuk mendapat pendapatan yang lebih tinggi daripada pekerja-pekerja asing. Contohnya dari segi program mekanisasi ladang- ladang, kita hendak dikhususkan kepada pekerja-pekerja tempatan supaya pendapatan yang diberikan itu dapat diberikan agak setimpal daripada pekerja- pekerja asing yang ada. Inilah program-program yang kita buat. Selain daripada itu, kita sedang mengadakan lab bersama dengan industry players dengan izin untuk memikirkan apakah cara untuk kita dapat menarik beberapa lagi peluang pekerjaan yang diberikan kepada pekerja-pekerja tempatan supaya dapat mengurangkan pekerja-pekerja asing digunakan dalam ladang-ladang yang sedia ada dalam negara kita. Sekian, terima kasih.
9. Datuk Raime Unggi [Tenom] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:- (a) jumlah persatuan belia yang aktif dan tidak aktif mengikut negeri pada tahun 2007 hingga 2009; dan (b) senaraikan nama persatuan belia yang aktif dan tidak aktif mengikut negeri.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga 31 Disember 2009, kementerian telah menerima permohonan pendaftaran pertubuhan belia sebanyak 7,169 buah persatuan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kesemua pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan ini adalah dianggap sebagai pertubuhan-pertubuhan belia yang aktif berikutan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 ini baru beroperasi sejak diwartakan pada 26 Julai 2007 dan dikuatkuasakan mulai 31 Disember 2007. Justeru, jumlah dan perangkaan bagi pertubuhan belia yang tidak aktif hanya akan diperolehi menjelang akhir 2010 ini iaitu selepas tempoh tiga tahun pendaftaran pertubuhan-pertubuhan di bawah akta ini. Bagi menjawab soalan (b), kesemua 7,169 buah persatuan belia yang aktif, saya memohon untuk mengemukakan kepada Yang Berhormat Tenom secara bertulis.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Tuan Yang di- Pertua, kita melihat bahawa golongan belia pada hari ini adalah merupakan tulang belakang kepada pembangunan modal insan kita. Kita tidak boleh lari daripada lingkungan golongan belia tersebut. Jadi soalan tambahan saya Tuan Yang di- Pertua, apakah disebabkan ramai lagi pemimpin-pemimpin belia yang melebihi lingkungan umur 40 tahun yang menyebabkan banyak persatuan belia tidak aktif dan juga apakah program pihak kementerian iaitu program Rakan Muda selama ini yang telah ditubuhkan adakah ia masih lagi relevan dengan masyarakat kita pada hari ini? Mohon penjelasan, Tuan Yang di-Pertua.
Melalui Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, semua pemimpin kesatuan belia hendaklah berusia 40 tahun ke bawah. Ini adalah salah satu cara untuk kita mengatasi persepsi ataupun kemungkinan belia-belia tidak mahu terlibat dalam persatuan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tenom.
Untuk Semenanjunglah.
Ya, untuk Semenanjung. Soalan? [Ketawa] Untuk Sabah dan Sarawak...
Saya hanya bantu jawab. [Ketawa]
Disebabkan disebut, sebelum menimbulkan persoalan lain, saya ingin menyentuh juga. Untuk Sabah dan Sarawak, mesyuarat terakhir pada Februari 2010 masih lagi sedang mencari jalan keluar bagaimana Akta 668 ini dapat diterima pakai di Sabah dan Sarawak dan mesyuarat seterusnya akan berlangsung di Sabah pada bulan Mei di antara Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Belia dan Sukan Sabah dan Sarawak. Insya- Allah kita akan dapat satu kata putus mengenai perkara tersebut. Mengenai Program Rakan Muda, semasa sebelum pelaksanaan penguatkuasaan Akta 668 ini, kepimpinan belia terdiri daripada mereka yang berusia lebih daripada 40 tahun dan Rakan Muda diperkenalkan antara lain untuk menjadikan satu alternatif bagi kita mengasah minat anak muda melalui program- program Rakan Muda. Akan tetapi setelah kita wartakan dan kuatkuasakan Akta 668 ini, sudah tentulah Program Rakan Muda ini akan dilihat semula bagaimana kaedah yang terbaik untuk dilaksanakan terus oleh pertubuhan-pertubuhan belia memandangkan mereka yang berada dalam pertubuhan-pertubuhan belia hari ini
adalah mereka yang tergolong daripada pemimpin berusia di bawah umur 40 tahun.
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi persoalannya merujuk kepada 40% warganegara adalah merupakan golongan belia. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah mekanisme dan peraturan ataupun yang lebih tegas menjamin belia bebas daripada gejala sosial, dadah dan sebagainya? Sebab kita melihat belia telah dimanjakan sehingga diberikan kebebasan dan dengan kebebasan itu menyebabkan berlakunya perzinaan dan pergaulan bebas. Apakah Kementerian Belia dan Sukan tidak mampu ataupun masih bimbang untuk bertegas dalam hal-hal berkaitan dengan syarak, program-program yang misalnya lelaki dan perempuan? Akhirnya program yang dianjurkan itu, kita harap Kementerian Belia dan Sukan bukan sekadar mengadakan program tetapi lebih kepada kebimbangan selepas program itu. Apakah jaminan pihak kementerian terhadap golongan belia ini? Terima kasih.
Usaha untuk mendekati kumpulan generasi muda belia, 15 hingga 40 tahun yang terdiri daripada 11.6 juta penduduk dalam negara kita, tidak ada jaminan yang boleh kita berikan selain daripada kerjasama di antara semua pihak. Antara jalan keluar yang telah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional adalah kejayaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Belia yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang akan menggabungkan seluruh kementerian dan agensi, kerana kita faham belia yang berusia 15 hingga 40 tahun bukan sahaja menjadi tanggungjawab Kementerian Belia, tetapi ada juga belia yang masih di sekolah, Tingkatan Tiga hingga Tingkatan Enam, belia yang berada di IPT swasta ataupun awam, belia yang berada di sektor pekerjaan di bawah Sumber Manusia dan ini adalah tugas yang perlu dimainkan oleh seluruh kepimpinan. Kalau diletakkan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan sahaja, sudah tentu kita tidak dapat memberi jaminan kerana ambil contoh belia yang terlibat di bawah PLKN sahaja sudah ratusan ribu jumlahnya. Jadi pada saya soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah sangat sesuai dan sangat wajar untuk kita ambil peranan setiap seorang daripada kepimpinan, dan langkah awal yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional dan dengan mewujudkan Jawatankuasa Kabinet Belia adalah jalan keluar yang kita harapkan dapat memberikan jaminan bahawa belia kita akan bebas daripada segala perkara- perkara yang merugikan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini mengalu- alukan kehadiran delegasi daripada The National Council of Bhutan yang diketuai oleh Honorable Dashodashosonamkinga, Deputy Chair Person of The National Council of Bhutan. Diharap lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara Parlimen Malaysia dan The National Council of Bhutan. [Tepuk]
10. Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang] minta Menteri Pelajaran menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menambahkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah. Berikan alasan bagi jawapan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, konsep pendidikan di Malaysia bertunggakan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Kurikulum persekolahan digubal bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Kurikulum ini digubal sesuai untuk semua murid, sama ada lelaki ataupun perempuan. Pada masa ini KPM berpandangan tiada keperluan untuk menambah program kepekaan jantina secara khusus ke dalam kurikulum sekolah kerana pengisian kurikulum telah mengambil kira keperluan semua murid, sama ada lelaki atau perempuan. Walaupun terdapat beberapa mata pelajaran yang digubal cenderung kepada sesuatu jantina, namun KPM tidak pernah menyekat peluang bagi semua murid untuk mengikuti mata pelajaran berkenaan. Contoh, mata pelajaran Vokasional MPV seperti Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut, Ekonomi Rumah Tangga turut ditawarkan kepada murid lelaki. Begitu juga mata pelajaran Automotif Kenderaan, Amalan Bengkel Mekanikal ditawarkan kepada semua pelajar termasuk pelajar perempuan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Timbalan Menteri menjawab mengenai tentang mata pelajaran, bukan mata pelajaran yang sedia ada yang tidak ada diskriminasi gender, maknanya penuntut lelaki ataupun perempuan boleh mengambil kursus apa yang mereka pilih. Akan tetapi soalan saya adalah bertanyakan tentang, adakah kementerian bercadang untuk menambahkan satu kurikulum ataupun syllabus mengenai kepekaan gender, di mana kita lihat pada masa sekarang gejala sosial yang banyak menganiayai kaum wanita? Jadi di peringkat sekolah harus kita adakan segmen yang mana memberikan revival ataupun kembalikan pengetahuan ataupun semangat untuk menghormati orang perempuan terutamanya, memandangkan 50% penduduk negara kita sekarang adalah wanita. Jadi sudah tiba masanya untuk kementerian memikirkan bagaimana kaum wanita ini harus diberikan penghormatan dan tidak dianiayai seperti apa yang terjadi sekarang. Sejajar dengan apa yang disebut dalam al-Quran bahawa... [Membaca sepotong ayat al-Quran]
Yang Berhormat.
Jadi mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak faham tentang ayat yang saya sebut.
Tidak perlu Yang Berhormat.
Mungkin boleh tanya kepada Menteri dan atas konsep ini maka orang perempuan itu harus diberikan perlindungan dan ia harus bermula dari peringkat persekolahan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Walaupun saya tidak faham apa Yang Berhormat sebutkan tadi, tetapi sudah pasti yang penting saya faham apa itu kepekaan jantina. Seperti mana yang saya
katakan Yang Berhormat, saya menjawab sama ada ia akan dijadikan sebagai satu mata pelajaran secara khusus atau dimasukkan secara khusus, jawapan saya tidak, kerana kita telah mengambil kira keperluan lelaki dan perempuan. Itu yang pertama. Saya juga melihat ataupun mendapat takrifan tentang gender sensitiviti, yang ini memang diambil kira oleh satu jawatankuasa yang menggubal kurikulum kita dari masa ke semasa dan kita memang berpandukan kepada apa juga yang termaktub dalam Perlembagaan. Saya difahamkan dalam Artikel 8, dan kita masukkan kesaksamaan gender dan kita berpandukan dalam Falsafah Pendidikan Negara kita berpandukan kepada Perlembagaan, maka saya rasa itu secara tersirat juga dimasukkan dalam syllabus kita. Saya rasa secara halus atau secara settlenya ia telah dilakukan dan saya rasa kita akan memperkemaskinikan. Dan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat termasuklah bagaimana kita memerangi domestic violence, dengan izin, saya rasa ini adalah komponen- komponen yang kita masukkan dalam Pendidikan Moral ataupun dalam Sivik yang kita ajar kepada pelajar. Saya rasa ini diambil kira tetapi ia tidak secara khusus dan mungkin secara tersirat di dalam kurikulum kita. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran yang nampak penat sekarang ini dan kita harap, kita doakan supaya Timbalan Menteri kita maju jaya.
Ringkaskan Yang Berhormat, masa kita tidak ada lagi Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memanglah menjadi amalan Kementerian Pelajaran dari dulu, sekarang dan akan datang mengamalkan pendemokrasian pendidikan dengan memberikan persamaan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan jantina. Dasar Kementerian Pelajaran berbentuk...
Yang Berhormat kalau ringkas itu, soalan sahaja. Minta maaf Yang Berhormat.
Okey.
Soalan, kalau tidak ada soalan saya panggil orang lain Yang Berhormat.
Nantilah sekejap dulu...
Soalan Yang Berhormat.
Okey, soalannya apakah tindakan Kementerian Pelajaran untuk mengatasi masalah longgokan guru-guru di sekolah-sekolah, di mana kita dapati bahawa sekolah-sekolah di bandar kebanyakannya terdiri daripada guru-guru perempuan sementara di kawasan pedalaman kebanyakannya guru-guru lelaki akibat daripada dasar perikemanusiaan yang diamalkan oleh kementerian kita? Terima kasih.
Baik, cantik soalan itu Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya kita menghormati kaum wanita. Dalam kita mengaturkan tugas kepada guru-guru
wanita, kita mengambil kira kebahagiaan keluarga itu. Kalau kita menghantar seorang guru wanita mungkin dalam kawasan pedalaman itu 3P3, ia amat susah dan untuk menyeberangi sungai bukan satu perkara yang mudah. Maka kita terpaksa atas budi bicara kementerian kita menghantar mereka yang lebih lasak untuk berdepan dengan cabaran ini. Ini dari segi kita membuat pertimbangan dari segi itu. Yang pertama. Yang kedua, berikutan longgokan guru ini. Sebenarnya kementerian dalam proses membuat redeployment terhadap guru-guru dan melihat opsyennya dengan erti kata yang lain, sebenarnya kita tidak memilih sama ada jantina lelaki atau perempuan untuk dihantar ke kawasan bandar atau kawasan pedalaman.
Kecualilah untuk kawasan yang memang kita perlukan tenaga guru lelaki untuk berdepan dengan cabaran besar. Jadi saya rasa kita tidaklah melihat perempuan itu harus diletakkan di kawasan bandar ataupun luar bandar. Kita tidak secara khusus dan kita melihat opsyen guru tersebut. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahaja sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 18(1). Saya pada pagi ini menerima satu surat daripada Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) berkenaan dengan pihak ketiga dalam PDRM yang dikatakan perkara ini sebelum ini telah pun dibangkitkan dalam sesi pertanyaan jawab lisan pada hari Selasa, 23 Mac yang lalu. Dan dengan itu, usul ini telah ditolak dalam kamar. Jadi saya di sini ingin menyatakan bahawa apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri semasa soal jawab lisan adalah terlalu ringkas, sedangkan ini adalah satu perkara yang sangat penting. Seluruh saya percaya sama ada pihak di sini ataupun pihak Barisan Nasional di sana juga dan pegawai-pegawai kerajaan tertanya-tanya tentang perkara ini. Sempena Hari Polis ke-203 hari ini, saya memohonlah kepada Tuan Yang di-Pertua agar menerima usul ini untuk kita bahaskan kerana ini adalah satu perkara yang menyentuh keselamatan negara. Bayangkan pencerobohan berlaku secara langsung dalam institusi yang kita anggap paling selamat iaitu PDRM (Polis Diraja Malaysia). [Dewan riuh] Ya, bagaimana kita boleh merasakan perkara ini tidak penting? Walaupun mungkin saya boleh bercakap di dalam – boleh bangkitkan di dalam perbahasan akan tetapi dengan masa yang begitu terhad saya kira kita patut berbincang, kedua-dua pihak ini berbincang dan mendapat penjelasan khusus daripada Yang Berhormat Menteri. Jadi saya mohonlah daripada Tuan Yang di-Pertua untuk membuat satu ruling yang baru tentang perkara ini dan menerima usul ini untuk dibahaskan. Terima kasih.
Yang Berhormat, sebagaimana biasalah Yang Berhormat, kalau keputusan telah dibuat oleh Speaker, saya tidak boleh duduk di sini menjadi tempat rayuan untuk di reverse kan keputusan yang telah dibuat. Yang Berhormat sendiri telah menyebut bahawa perkara ini telah dibangkit pada 23 Mac oleh Yang Berhormat
Rasah dan Yang Berhormat Menteri juga telah menjawab. Kalau dibincangkan pun hari ini saya cukup yakin jawapan yang sama juga akan diberi. Yang kedua, kita masih dalam perbincangan untuk membahaskan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maknanya peluang kita untuk membahas soalan ini ada terdedah di hadapan kita Yang Berhormat. Yang Berhormat sendiri pun belum berbahas. Ya, saya boleh memberi Yang Berhormat peluang untuk berbahas. Jadi falsafah ataupun dasar di sebalik P.M.18(1) Yang Berhormat ialah memang tidak ada peluang untuk membahaskan isu tersebut dalam agenda harian kita. Jadi, itulah kenapa peluang itu di beri di bawah P.M.18(1). Jadi di sini kita mempunyai peluang dan ruang dan benda ini bukan lagi perkara yang perlu dipercepatkan kerana telah diketahui ramai dan telah di jawab dalam Dewan. Jadi dengan itu Yang Berhormat, saya menolak. Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Menteri, usul.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.00 malam ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 29 Mac 2010.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Jadi saya juga berhubung dengan perkara ini saya mintalah Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada rancangan hendak balik ke kampung itu mintalah dibatalkan dahulu pada malam ini khususnya orang Sarawak dan orang Sabahlah. [Dewan riuh] Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya masih membuat satu keputusan perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat Batu berhubung dengan perbahasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bayan Baru. Saya telah minta kedua-dua Ahli Yang Berhormat supaya hadir di Dewan pada pagi ini kerana saya telah bersedia untuk membuat keputusan. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, ini yang dikatakan oleh
Yang Berhormat Bayan Baru yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu. Saya bacakan teks ucapan 18.3.2010.
Akan tetapi kalau Yang Berhormat Batu balik, pergi check tengok accident yang bawa kereta, yang orang mabuk pun berlaku juga. Kalau dengar percakapan oranglah. Akan tetapi” – di sanalah tamatnya statement yang menjadi kerisauan Yang Berhormat Batu dan membuat pencelahan dan minta supaya menarik balik. Jadi apabila saya potongkan garis statement itu, saya serah dengan ordinary reasonable person on the script, the test untuk mengetahui sama ada benda ini mendatangkan satu makna yang tertentu. Tidak ada seorang pun boleh memberi makna yang tertentu kepada statement itu. Jadi dengan sendiri tidak ada implikasi menuduh sesiapa. Apabila saya tanya dengan seseorang lagi dia kata, “Mungkin kalau saya pandu kereta saya dari sini pergi ke Perlis, berjumpa orang mabuk di jalan raya.”, bukan menuduh sesiapa. Jadi Yang Berhormat, dengan keadaan yang sedemikian saya tidak boleh to give meaning dengan izin, towards thing that had no meaning dalam statement itu. Dengan itu saya menolak Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua.
Ya, boleh Yang Berhormat. Tunggu dahulu Yang Berhormat, saya dengar. Saya boleh beri peluang mendengar Yang Berhormat. Yang masalahnya saya beri peluang mendengar...
Ya...
Kita kekurangan masa untuk berbahas. Itu sahaja.
Saya hanya serahkan kepada kebijaksanaan Tuan Yang di-Pertua. Hanya dalam isu ini, dalam semua ayat, kita kata dalam isu linguistik ini, ayat-ayat ini tidak ada makna selain daripada ia diletakkan dalam konteks. Pada waktu itu saya berdiri untuk celah dan juga membangkang sesuatu yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bayan Baru. Selepas itu, beliau menuju balik kepada saya suruh saya duduk dan bangkitkan isu ini. Padahal dua hari sebelum itu, memang saya menghadapi accident dan ada blog-blog yang telah menuduh bahawa saya membawa kereta secara mabuk. Saya anggap dalam konteks ini, Yang Berhormat Bayan Baru telah mengeluarkan sesuatu tuduhan yang tidak benar.
Baik Yang Berhormat.
Itu sebab saya...
Saya faham Yang Berhormat.
Saya bantah... [Dewan riuh]
Saya menghormati Yang Berhormat dari Batu ini. Beliau perangai gentleman, lemah lembut, jadi saya menghormati. Akan tetapi Yang Berhormat, masih perkara yang sama walaupun dibaca dalam semua konteks pun, melainkan saya terlibat, baru saya mengetahui.
Akan tetapi kepada orang lain yang tidak terlibat, tidak mengetahui latar belakang, dia tidak dapat, jadi we cannot dengan izin, stretch the meaning too far, itulah sebabnya. Otherwise, kita will face a trouble dalam Dewan ini. Apa sahaja kita sebut ada interpretasi yang kedua yang boleh diberi. Jadi itu kita kena halang, sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan, saya kena jagakan peraturan ini Yang Berhormat, supaya tidak menjadi satu used dan abused yang prevalent. Itu sahaja Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Batu.
Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang
Yang Berhormat Serdang menyambung 15 minit, selepas itu saya sudah berbincang dengan rakan saya kerana banyak saya nampak semalam masih menunggu untuk bercakap. Saya turunkan sedikit kepada 15 minit. [Dewan riuh]
[Menyampuk]
Sekarang 20 minit Yang Berhormat. Jadi saya bincang dengan dua, tiga orang Ahli Parlimen termasuk Yang Berhormat dari PJ Utara yang mencadangkan boleh dipendekkan sedikit. Jadi saya...
Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua...
Seorang, seorang Yang Berhormat, saya tidak dengar Yang Berhormat. Saya hendak dengar dari Yang Berhormat Pokok Sena dahulu.
Yang Berhormat, saya rasa kita boleh tambah satu hari lagi kerana Rang Undang-undang GST sudah pun dimaklumkan bahawa tidak akan dibaca untuk kali kedua. Jadi saya cadangkan bahawa kita sudah pun kekurangan - sedangkan GST kalau dibahaskan, ia mengambil masa yang lama, yang panjang, jadi kita tidak payah bahaskan.
Baik Yang Berhormat, saya sudah dengar Yang Berhormat, ringkas sahaja cukup. Yang Berhormat Kota Melaka apa hendak cakap?
Saya sokong.
Sama juga, Yang Berhormat PJ Utara?
Saya sokong.
Sokong yang mana satu? 15 minit?
[Menyampuk]
Itu saya tidak boleh buat keputusan lagi, itu biar..
[Bangun]
[Bangun]
Tambah hari dan kekal 20 minit.
Kementerian belum buat usul Yang Berhormat, saya dalam konteks satu hari sahaja keputusan saya ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon supaya kita menambahkan tiga hari lagi untuk membahas.
Itu saya akan bawa.
Kami rasa rakan- rakan dari sebelah pun sokong supaya tambahkan hari.
Saya hendak dengar juga wakil Kapit.
Jadi, saya rasa siapa yang sokong, siapa yang sokong sekarang untuk menambah tiga hari perbahasan?
Sokong, sokong.
Sokong semua ahli, BN bangunlah. [Dewan riuh]
[Bangun]
Baik Yang Berhormat, nanti saya bincang dengan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, ini tugas kami untuk menyuarakan Dewan ini, kalau kita tidak membahas, jadi kita tidak bekerja.
Kita akan cuai menjalankan kerja kita, tugas kita, jadi saya mohon supaya ditambah tiga hari.
Baik Yang Berhormat, tidak payah ada reason lagi Yang Berhormat, saya sudah terima dan semua Ahli Parlimen nampak bersetuju. Yang Berhormat Kapit?
Saya bersetuju Tuan Yang di- Pertua kalau kita jangan potong masa 20 minit ini sebab kita dari Sarawak banyak benda hendak dibangkitkan dalam Dewan ini.
Setuju tidak setuju Yang Berhormat?
Saya setuju kita jangan potonglah.
Yang Berhormat Ranau?
Saya setuju 15 minit. [Ketawa]
Okeylah Yang Berhormat, baik Yang Berhormat. Sila.
Yang Berhormat Ranau bagi tiga minit cukuplah.
Yang Berhormat Serdang sambung 15 minit lagi tinggal Yang Berhormat. Selepas ini saya akan berjanji berbincang dengan Menteri, semua boleh dapat tidak mengusul tambah satu hari untuk perbahasan ini. Itu janji saya Yang Berhormat.
Terima kasih.
Terima kasih, sila Yang Berhormat Serdang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, semalam saya memaklumkan kepada Dewan ini bahawa Sabah mempunyai bekalan elektrik yang paling teruk di seluruh Malaysia. SAIDI Sabah pada tahun 2009 adalah 2,284 minit setiap pengguna, itu angka SESB tetapi mengikut angka yang diberi oleh Yang Berhormat Miri, SAIDI Sabah pada tahun 2009 adalah 2,870 minit. Yang Berhormat Miri juga telah janji bahawa kerajaan akan memastikan bahawa SAIDI Sabah akan mencapai sasaran 700 minit setiap pengguna pada akhir tahun ini. Hari ini saya ketepikan soalan sama adakah sasaran ini adalah realistik atau tidak? Akan tetapi dalam pandangan saya, biarpun sasaran 700 minit setiap pengguna ini dicapai pada akhir tahun ini, bolehkah kita rasa bangga terhadap pencapaian itu? Kita lihat di Sarawak, pada tahun 2006 SAIDI adalah 355 minit, pada tahun 2008 SAIDI Sabah adalah 273 minit, sepuluh kali ganda lebih baik daripada Sabah. Begitu juga di Semenanjung, jauh lebih baik daripada Sabah,
pada tahun 2008 SAIDI Semenanjung adalah 87.3 minit setiap pengguna, itu adalah 30 kali lebih baik daripada Sabah. Jadi saya hendak tanya, anggaplah bahawa kita dapat capai sasaran 700 minit ini, bolehkah kita rasa bangga? Bolehkah kita cakap bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang berprihatin yang mengambil berat tentang kepentingan rakyat? Bukan sahaja bekalan elektrik di Sabah teruk, sistem perubatan di Sabah juga teruk sangat. Di Tuaran, kita ada sebuah hospital yang langsung tidak ada katil hanya wujud di Malaysia, di Sabah. Di Keningau, walaupun ada sebuah hospital yang cantik tetapi setakat ini hanya 30% bangunan itu digunakan kerana kekurangan infrastruktur dan juga kakitangan. Di Kota Kinabalu, hospital yang dipanggil sebagai rumah sakit orang-orang Sabah, sekarang memang menjadi sebuah rumah yang sakit. Saya merujuk kepada sepucuk surat yang ditulis oleh seorang doktor dari
“Mr. Wong ialah seorang orang tua yang mengalami masalah sesak nafas yang serius, pergi minta rawatan di Likas Hospital. He was found to have severe pneumonia on chest X-ray. He was then admitted to the High Dependency Unit of Queen Elizabeth Hospital, 30 minutes away for treatment. Keadaan beliau bertambah baik enam hari kemudian. He was then transferred to the normal ward for further recuperation. A bed was urgently needed one day later and Mr. Wong was then shipped off to Hospital Bukit Padang. At last he did not improve. At Hospital Bukit Padang was devoid of the necessary equipment and setup for managing emergency. Mr. Wong was then resent back to QEH for further management. More tests were required and therefore Mr. Wong was then sent back to Sabah Medical Centre for a CT scan. I’m not sure what happened to Mr. Wong thereafter. The formation of the QEH-SMC-Likas, Ling Zhi-Bukit Padang Medical maze has brought total cures in healthcare services in Sabah. The unassuming Sabahan patients are constantly playing a wicked game of musical chest, being transported around for one hospital to another according to their changing healthcare needs. There is not one single centre that can address a patient as a whole. A lady in labor will be told that she cannot do so in QEH. While a fitting patient are whisked away from Likas to QEH. A child with a broken limp may go to SMC but the surgery can only be done in Likas. Elderly Mr. Wong is merely one of many such victims. Patients has been died due to the lack of emergency equipment and the deficiencies set up” Tuan Yang di-Pertua, kita lihat bahawa di Sabah bekalan elektrik tidak bagus, health care sistem mereka, sistem perubatan mereka juga begitu teruk. Bagaimana dengan infrastruktur yang asas seperti sistem perparitan, paip air, bekalan air. Di Kampung Tuarid Liawan, 1.5 km dari pekan Keningau, sistem perparitan langsung tiada. Apabila hujan, mesti banjir. Di Kampung Piah, 8km dari pekan Keningau, selama 15 tahun mereka mempunyai paip air tetapi selama ini, sampai hari ini paip air mereka langsung tidak ada air punya. Di Inanam, keluarga miskin tegar sampai hari ini masih beratapkan langit dan berlantaikan bumi.
Yang Berhormat Serdang, bagi laluan sedikit.
Sekejap, biar saya habiskan kerana saya ada 15 minit.
Sikit-sikit.
Di pekan Menggatal, KDN tempatan tiada pengenalan dan surat kelahiran tetapi orang asing dari Indonesia dan Filipina diberi kad pengenalan palsu. Sebelum Malaysia...
Minta laluan sedikit, Yang Berhormat Serdang.
Nanti saya siap, saya akan beri laluan.
Sikit Yang Berhormat Serdang.
Banyak sangat fitnah, perlulah bagi ruang.
Sebelum Malaysia dibentuk, pelbagai perjanjian yang manis telah dibuat kepada Orang-orang Asli. Perjanjian...
Kalau datang sekali sahaja di Sabah, dua jam di Sabah, cerita pasal Sabah.
Nanti selepas saya siap, saya akan beri laluan okey, sila duduk sekarang. Be a gentleman. Perjanjian-perjanjian yang paling penting telah dicatat di satu batu sumpah yang terletak di depan bangunan Pejabat Daerah Keningau dan sebalik pula rakyat-rakyat Sabah di dalam imperial bersumpah taat setia kepada kerajaan Malaysia. Salah satu perjanjian yang diberi adalah bahawa agama bebas di Sabah.
Yang Berhormat Serdang.
Adakah perjanjian ini ditunaikan? Sebelum tahun 1963, nation schools di Sabah bebas untuk belajar agama Kristian.
Minta penjelasan, boleh sudah?
Di sekolah...
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Tidak! Sebagai satu subjek...
Yang Berhormat.
Yang Berhormat beri laluanlah. Fasal Sabah tadi.
Akan tetapi selepas 16 September 1963 mission school disekat...
Dua jam Yang Berhormat di Sabah, sudah expert fasal Sabah.
Atau tidak dibenarkan mengajar agama Kristian...
Duduklah Yang Berhormat.
Saya sudah cakap, selepas saya habiskan ucapan, saya akan beri laluan. Tidak faham kah itu? Simple bahasa pun tidak faham kah.
Sekarang, itu fasal Sabah.
Fasal Sabah.
Sila duduklah, okey. Perjanjian kedua, tanah-tanah di Sabah dikuasai oleh Kerajaan Sabah tetapi kita lihat sekarang hak KDN untuk mendapatkan tanah mengikut native’s right ditindas. Sebahagian besar kawasan tanah mereka di Sabah sekarang diberi kepada FELCRA, FELDA dan syarikat-syarikat kroni. Ketiga, adat- istiadat anak rakyat Sabah dihormati, dipelihara oleh kerajaan tetapi kita lihat...
Yang Berhormat.
...Walaupun rakyat KDN taat setia kepada Raja dan negara...
Tuan Yang di-Pertua, ini baru dua jam datang ke Sabah, jadi expert, Tuan Yang di-Pertua.
Itu apa yang saya dengar.
Dua jam! [Dewan Riuh]. Dua jam datang ke Sabah, jadi expert.
Ini adalah hakikat!
Yang Berhormat Serdang, berilah.
Yang Berhormat, duduk.
Ini tidak adil!
Ini adalah hakikat atau tidak? Bagaimana saya boleh kesan bahawa...
Ini tidak adil!
Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Lenggong, duduklah Yang Berhormat.
Dalam dua hari saya boleh lihat semua ini...
Itu semua general.
Tidak mengikut peraturan. Duduklah.
Kenapa Yang Berhormat tidak dapat lihat? Sila duduk Yang Berhormat Kota Belud, ini floor saya.
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Be a gentleman, okey.
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat datang ke Sabah, jadi expert.
Yang Berhormat Kota Belud.
[Menyampuk]
Selepas itu tuduh, fitnah.
[Menyampuk]
Duduk dahulu.
2 jam lebih baik daripada 50 tahunlah. [Dewan Riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, selain daripada Yang Berhormat Serdang, saya minta yang lain duduk.
Yang Berhormat Serdang, beri Lenggong.
Yang Berhormat Lenggong.
Yang Berhormat Serdang itu fast learner.
Beri Lenggong lah, Yang Berhormat Serdang.
Dua jam lebih baik dari 50 tahun.
Saya belum habis ucapan saya lagi. Boleh faham bahasa Malaysia atau tidak? [Dewan riuh] Adat istiadat anak Sabah dihormati dan dipelihara oleh kerajaan. Itu perjanjian ketiga. Akan tetapi sekarang walaupun rakyat KDN taat setia kepada raja dan juga kepada negara, bangsa KDN tidak terdaftar. Mereka didaftar ataupun dikenal sebagai lain-lain sahaja. Buku “The Golden Son of the Kadazan” telah diharamkan pada tahun 1976. Jadi saya rasa bahawa sudah masa untuk kita menyiasat semula sama ada aspirasi rakyat Sabah dan juga rakyat Sarawak apabila menyertai Malaysia adalah dikotakan atau dikhianati.
[Bangun]
Jadi memanglah saya menyokong cadangan Yang Berhormat Ipoh Timur bahawa Suruhanjaya Diraja ini dibentuk sekiranya Barisan Nasional begitu yakin bahawa polisi-polisi ataupun pemerintahan mereka adalah begitu bagus. Jangan takut! Kita bentukkan Suruhanjaya Diraja ini dan lihat apakah jawapan daripada rakyat terutama...
[Bangun]
...Rakyat-rakyat dari Sabah dan Sarawak. Ya, Yang Berhormat Kota Belud.
Ya, okey.
Yang Berhormat, saya?
Saya sudah habis tetapi masih ada masa bukan? Jadi saya beri laluan. Saya kotakan janji saya, tidak seperti Barisan Nasional.
Ya, Yang Berhormat Kota Belud.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali, menjadi expert dalam dua jam ini agak memeningkan kepala saya. Dia datang ke negeri Sabah, lihat longkang, [Disampuk] lihat jalan, selepas itu membuat satu fitnah mengatakan KDN tidak diberikan IC. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat, kalau betul-betul yakin dan mahu menyelesaikan masalah ini, kalau ada sesiapa daripada kalangan sahabat kita daripada KDN yang tidak mendapat IC, kita beri nama. Kita beri. Menteri Dalam Negeri sudah beberapa kali beritahu, “Datang, tidak ada masalah”. Akan tetapi kalau contohnya jumpa dengan orang yang mungkin jauh, yang mungkin isolated case dan mengatakan itu adalah satu perkara yang berleluasa di negeri Sabah, itu tidak adil Yang Berhormat. Itu tidak adil. Jadi saya mintalah...
[Bangun]
Kalau pun datang, saya pun tahu Sabah penting untuk kemenangan Pakatan Rakyat. Itu sebabnya datang. [Disorak]
[Bangun]
Hari-hari Yang Berhormat Ipoh Timur datang fitnah, tuduh pergi ke kawasan saya dan sebagainya. Datang pergi ke kedai kopi, 30 orang yang datang.
Cukup! Cukup! Saya sudah dengar.
Tolong jelaskan.
Yang Berhormat Serdang, penjelasan.
Saya rasa sekiranya – walaupun saya pergi ke sana untuk dua atau tiga hari, sampai hari ini mungkin sudah tujuh hari tetapi itu hakikat-hakikatnya yang saya nampak. Akan tetapi nampaknya Ahli Parlimen dari Sabah terutamanya daripada Barisan Nasional mereka buta sahaja. Tidak dapat lihat bahawa KDN-KDN memang ada yang tiada IC. Saya rasa sekiranya Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang prihatin, pergilah ke tempat pedalaman untuk membuat pendaftaran dengan KDN-KDN yang tinggal di tempat pedalaman. Itu tugas, itu tanggungjawab sebuah kerajaan, betul atau tidak? Saya beri Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Terima kasih Yang Berhormat Serdang.
Tadi janji hendak beri Lenggong.
Tidak gentleman, saya tidak beri.
Boleh ambil giliranlah. Yang Berhormat Serdang, saya minta penjelasan adakah ia benar bahawa kalau Yang Berhormat sedang pergi ke Sabah dua jam sahaja boleh dapat begitu banyak
masalah, kalau benar-benar tinggal di sana satu bulan [Tepuk] tidak habis masalah akan dibawa ke Parlimen ini. Kalaulah masalah dari Sabah itu dibawa daripada Yang Berhormat Serdang, apakah kerja yang dibuat oleh Yang Berhormat dari Sabah? Apakah kerja yang mereka buat selama 50 tahun ini?
Minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat Serdang. Penggal lalu, soalan Yang Berhormat Tuaran, dia sering kata masalah KDN tidak ada IC. Nampaknya dia masih ada sedikit concern, boleh cakap kebenaran dalam Dewan ini. Nampaknya Yang Berhormat Tuaran itu, adakah dia setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Serdang atau Yang Berhormat Kota Belud?
Yang Berhormat Serdang boleh menjawab dan tamatkan.
Seorang lagi boleh atau tidak?
Tidak boleh. Habiskan Yang Berhormat.
Lenggong.
Ramai yang hendak berucap, Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat.
Beri Lenggonglah.
Sedikit sahaja.
Sedikit.
Terima kasih Yang Berhormat Serdang. Yang Berhormat Kinabatangan selalu uar-uarkan Sabah ini sentiasa membangun di bawah Barisan Nasional tetapi adalah fakta yang tidak boleh dipertikaikan negeri Sabah di bawah Barisan Nasional 50 tahun kini adalah negeri yang paling miskin, papa kedana di seluruh Malaysia. [Dewan riuh]
[Bangun]
Adakah ini adalah angkara Barisan Nasional atau jasa Barisan Nasional?
Yang Berhormat. Habiskan Yang Berhormat.
Ya, saya akan habiskan ucapan saya. Saya rasa memang betullah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, Yang Berhormat Bandar Kuching dan juga Yang Berhormat Taiping. Walaupun kita dari Semenanjung tetapi kita apabila pergi ke Sabah, kita boleh nampak banyak isu. Saya memang terkejut apabila seorang Ahli Parlimen dari Sabah menafikan bahawa KDN-KDN di Sabah tidak ada IC. Ada segolongan yang tidak ada IC. Saya rasa sikap penafian seperti ini tidak healthy. It is not good for the Sabahan. Oleh yang demikian, saya tegaskan satu lagi bahawa saya rasa satu Suruhanjaya Diraja haruslah dibentuk supaya kita boleh menyiasat sama ada perjanjian-perjanjian yang tercatat di batu sumpah itu adalah dikotakan atau dikhianati. Sekian sahaja, ribuan terima kasih.
Yang Berhormat Kota Belud. [Dewan riuh]
Terima kasih yang bijaksana Tuan Yang di-Pertua kerana memilih pilihan yang tepat untuk Barisan Nasional.
Yang Berhormat Serdang, tunggu Yang Berhormat Serdang.
Ini soal kemiskinan Yang Berhormat. Saya sudah beberapa kali katakan Tuan Yang di-Pertua, negeri Sabah memang betul...
[Bangun]
Kita katakan miskin dari segi jumlahnya, memang betul. Akan tetapi saya selalu bercakap dalam Dewan ini, kita perlu lihat dalam konteks yang besar, Yang Berhormat Serdang. Sewaktu kami bebas dan merdeka tahun 1963, kemiskinan di negeri Sabah 60% hingga 70%, ada kawasan yang sampai menjangkau 100%. Sekarang ini tahun 2004, kemiskinan sudah jatuh ke tangga 24%. Pada tahun 2007, 16%. Memang betullah jika di bandingkan dengan Semenanjung Malaysia, memang betul jauh lagi. Akan tetapi untuk menidakkan kebaikan, keberkesanan program Kerajaan Barisan Nasional di negeri Sabah yang menurunkan kadar kemiskinan daripada 70% kepada 24%, Yang Berhormat perlu iktiraflah. Itulah kejayaan Barisan Nasional.
Yang Berhormat Kota Belud, Lenggong sedikit.
Tuan Yang di-Pertua...
Saya minta mencelah.
Saya banyak sangat mahu cakap.
Yang Berhormat Kota Belud.
Yang Berhormat Kota Belud.
Saya juga ingin menyangkal kenyataan Yang Berhormat Permatang Pauh.
Hendak beri jalan Yang Berhormat?
Tidak. Tidak.
Minta...
Yang Berhormat Lenggong. dan Yang Berhormat Shah Alam, minta duduk.
Yang Berhormat Kota Belud.
Penjelasan.
Hendak beri jalan?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyangkal apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh.
Apabila saya minta berucap, dia minta penjelasan...
Tuan Yang di-Pertua saya ingin membincangkan, membawa perhatian Tuan Yang di-Pertua terhadap satu tuduhan yang dibuat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dalam ucapan beliau. Beliau mengatakan dalam ucapan beliau semasa membahaskan ucapan membahaskan Titah Diraja, dia mengatakan satu kawasan di Merotai di mana Kerajaan Negeri Sabah begitu zalim mengeluarkan orang-orang, individu-individu daripada kawasan tersebut. Saya ingin memberi fakta. Banyak fakta ini Tuan Yang di-Pertua tetapi 15 minit saya tidak tahulah saya boleh selesaikan.
20 minit Yang Berhormat, 20 minit.
20 minit? Saya cuma hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua, kawasan yang dikatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh itu adalah kawasan forest reserved kelas 1, protection forest reserved yang juga menjadi water catchments, vital water catchments di Tawau dengan izin. Apabila kawasan ini pada tahun 1977, 1970-an hingga 1980- an sewaktu dari zaman penjajah lagi sewaktu kawasan ini dibuka dan banyak rumah panjang digunakan dibina untuk pekerja-pekerja ladang pada waktu itu. Kem-kem balak ini telah menjadi semi-permanent walaupun tanah ini telah diklasifikasikan forest reserved kelas 1. Banyak masalah yang telah dibuat oleh mereka-mereka yang masuk dalam kawasan ini secara haram. Jadi itulah sebabnya kerajaan meminta supaya encroachers ini dengan izin Tuan Yang di-Pertua dikeluarkan. Saya cuba akan beri information ini kepada Menteri yang berkenaan untuk menjawab dalam masa sesi menjawab daripada Menteri. Tuan Yang di-Pertua, GST. Ramai kawan di sebelah sana mengatakan GST ini ditangguhkan kerana kejayaan mereka kononnya menekan kerajaan. Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, tiga hari sebelum pengumuman kerajaan, kerajaan telah berjumpa dengan Barisan Nasional Backbenchers Club. Semua Ahli MP daripada Barisan Nasional berbincang dengan kerajaan terutamanya Menteri Kewangan II. Perbincangan dalam itu dengan cara berhemah bukannya demonstrasi. Kita meluahkan perasaan kita dengan cara yang tertib tanpa memudaratkan keselamatan negara, imej negara dan berbincang dengan kementerian. Maka itu kementerian memikirkan mungkin perlu - tidak ada kerajaan yang akan tunduk kepada demand dari pembangkang. Jangan hendak mimpi kata GST ini ditunda kerana pembangkang. Tidak! No way! No way! Ianya dipinda kerana apabila Barisan Nasional backbenchers kami semua datang berjumpa berdialog secara berhemah. Berjumpa dengan Menteri mengatakan ini perkara yang belum lagi diselesaikan. Maka itulah kerajaan telah menangguhkannya.
Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Belud.
Sebentar saya akan bagi selepas ini.
Sedikit sahaja Yang Berhormat Kota Belud.
[Bangun]
GST, GST Yang Berhormat Kota Belud.
Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga...
Fasal Merotai tadi itu kata hendak jelas.
Yang Berhormat Kota Belud tidak bagi jalan lagi Yang Berhormat.
Duduklah dahulu.
Duduk Yang Berhormat.
Itulah jangan letak sangat telinga itu, brand Bluetooth itu. Tidak boleh dengar nanti Yang Berhormat Shah Alam. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi komen sedikit tentang apa yang telah diumumkan...
Saya dengar kamu tidak jawab.
...Oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam tentang broadband service, high speed broadband service ini. Saya cuma ingin mengingatkan kepada kerajaan, saya amat menyokong dan amat berbangga kenyataan yang telah dibuat, pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Akan tetapi kita minta supaya berhati-hati. Semalam saya dalam perbahasan twitter - saya pun mempunyai twitter, Tuan Yang di-Pertua. Ramai kawan termasuk saudara Yang Berhormat Rembau berada dalam twitter saya. Ramai yang minta supaya kalau boleh kita jangan ulangi kesilapan lalu di mana apabila kita memberi laptop, komputer kepada sekolah ini, banyak perkara yang masih, yang tidak diperkemaskan terutamanya after sell service. After sell service kawan-kawan dalam twitter mengatakan kalau boleh biarkanlah dipertanggungjawabkan kepada kontraktor yang memberi yang menjual komputer itu kepada kerajaan. Begitu juga dengan mobile clinic mesti diadakan dan sebagainya. Jadi banyak yang telah diminta. Saya minta kalau boleh kerajaan kali ini jangan kita ulangi masalah- masalah yang telah menghantui kita sewaktu kita beri komputer yang begitu banyak dan membuat polisi yang tergesa-gesa pada tahun-tahun yang lepas.
Boleh minta penjelasan?
Tuan Yang di-Pertua saya...
Bolehkah Yang Berhormat Kota Belud?
Sekejap sekejap. Alamak bos. Okey, sekejap sahaja ya bos.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. [Disampuk] Yang bising apa ini? Ini sarkaskah? Ini bukan sarkas, ini Dewan Rakyat.
Inikah rupa bos. [Ketawa]
Yang Berhormat Kinabatangan yang sarkas ini, clown.
Yang lain diam Yang Berhormat.
Ini raja sarkas mahu kena train dahulu, mana dia punya ketua? Yang Berhormat Kota Belud, rata-rata rakyat negara ini bersyukur sebab semalam telah dilancarkan jalur lebar dan juga jalur lebar berkelajuan tinggi. Kita memang maklum bahawa penggunaan jalur lebar ini memang khusus kebanyakannya penghuni bandar, di Lembah Klang inilah bermula. Walau bagaimanapun dengan pengumuman 288 di Sabah dan 287 di Tawau untuk menyeimbangkan penggunaan jalur lebar ini, apakah Yang Berhormat merasakan bahawa ini merupakan satu langkah yang bijak yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memberi ruang lingkup yang luas ke arah dunia maya ini dan sekali gus mengurangkan jurang perbezaan di antara bandar dan luar bandar? Bukan seperti pembangkang bising seperti burung tiong tidak tahu apa dia cakap.
Bos maknanya Timbalan Pengerusi BNBBC yang bijaksana. Itu sebabnya saya panggil bos. Yang Berhormat, saya setuju. Kita seperti mana yang saya katakan, kerajaan ini kerajaan yang bertanggungjawab. Malam semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan satu demi satu pembaharuan di dalam negara. Berbanding dengan rakan-rakan kita pembangkang, ceramah, ceramah, ceramah setiap malam. Itulah sebabnya kadang-kadang saya bukan hendak kata apa, ini tidak silap saya...
Dia punya ceramah, ceramah fitnah sahaja.
Ceramah fitnah. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada beberapa perkara lagi. Satunya ialah tentang - Yang Berhormat Shah Alam dengar ini, ini penting Yang Berhormat Shah Alam. Ini ada kena mengena dengan parti Yang Berhormat Shah Alam ini. Saya ingin membawa perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada alternatif bajet. Selama ini Pakatan Rakat mengatakan mereka mahu mewujudkan satu sistem dua parti, sampai sekarang saya tidak melihat perkara ini berlaku. Apa yang berlaku adalah cacamerba, tidak ada seorang pun yang bercakap tentang isu yang sepatutnya mereka cakap. Tidak ada idea, semua tangkap muat sahaja. Jadi saya melihat apakah Pakatan Rakyat ini mempunyai alternatif bajet sebab bajet ini adalah merupakan pandangan terhadap philosophy dan juga penekanan setiap parti itu. Bajetlah satu-satunya dokumen yang amat penting untuk menunjukkan sama ada parti itu haluannya bagaimana. Jadi saya mencari, tidak ada bajet dari Pakatan Rakyat Tuan Yang di-Pertua, yang ada ialah daripada
DAP Alternative National Budget 2010. Ini dia Tuan Yang di-Pertua, warna merah ini. [Sambil menunjukkan sebuah buku] Saya tidak tahulah apakah ini bajet...
Boleh Yang Berhormat Kota Belud?
Belum lagi.
Okey, okey.
Belum lagi, belum lagi.
Pastikan, pastikan make sure you give me.
Saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, kenapa DAP membuat satu bajet alternatif bersendirian? Kenapa tidak diletakkan logo Pakatan Rakyat? Apakah PAS, Parti Keadilan tidak dibawa berbincang dalam Alternative National Budget 2010 DAP ini? Saya melihat Tuan Yang di-Pertua di dalam bajet ini yang merupakan impian DAP, saya beritahu di sini di dalam muka surat yang pertama iaitu saya hendak beritahu Tuan Yang di- Pertua. Lim Guan Eng, Secretary-General Democratic Action Party Malaysia mengucapkan tahniah kepada beberapa orang yang menulis bajet ini terutamanya kepada Yang Berhormat dari Petaling Jaya Utara. Akan tetapi saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua...
Terima kasih kerana membaca ya.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu siapa yang buat bajet ini?
Beritahu! Biar orang tahu, biar PAS tahu, biar PKR tahu.
Mesti baca dengan teliti ya.
Tuan Yang di-Pertua, bajet ini diilhamkan oleh National Public Secretary dan MP for Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Former Lim Guan Eng Economic Advisor, Teh Chi Chang, Lee Kok Yew, Cheah Yi Peng, Lew Yin How, Lee Ming Keong, Ho Horng Yih, Dr. Wong Wing Thye daripada Universiti Carlifornia Davis dan seorang yang berbangsa, mungkin berbangsa Indialah ini Sugashini Kandiah. Mana orang Melayunya?
[Ketawa]
Saya beritahu kenapa Tuan Yang di-Pertua. Oh! Yang Berhormat Taiping ketawa ya. Saya hendak tanya, saya hendak beritahu...
Itu proposal daripada DAP, PAS dan Keadilan tidak ada.
Ini adalah DAP Alternative Budget.
Inilah masalah. Tidak tahu, jangan cakap melulu.
Yang Berhormat kena minta jalan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu. Di dalam dokumen yang amat penting ini...
[Menyampuk]
...Yang diserahkan kepada rakyat Malaysia sebagai alternatif Bajet 2010 DAP walaupun mereka tidak mahu berkongsi dengan PAS dan Keadilan, tidak ada satu pun peruntukan yang diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat, sekolah Agama, kepada pembangunan orang Melayu, agama Islam, tidak ada. Satu pun tidak ada. Walaupun begitu, tetapi untuk sekolah Cina, mereka berjanji untuk mewujudkan sekolah Cina lebih kurang 160 buah sekolah Cina.
Yang Berhormat, adakah ini bajet alternatif racist?
Memang. Tidak ada satu ringgit pun yang telah diperuntukkan untuk pembangunan.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat, hendak beri jalan Yang Berhormat?
Tidak, belum lagi. Nanti saya beri.
Apabila Kerajaan Pulau Pinang beri peruntukan agama 1% tambahan, di mana Yang Berhormat Kota Belud! [Dewan riuh]
Yang Berhormat Kota Belud sudah janji.
After this. Let me finish.
Adakah Yang Berhormat Kota Belud bantah supaya kita semua tidak boleh bina?
Minta penjelasan, Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya terpaksa beritahu, maklumkan sekali lagi. Kalau hendak minta jalan, mencelah, kena minta izin daripada yang sedang berucap. Jika tidak diizinkan, Yang Berhormat terpaksa duduk. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, bajet ini...
Tidak beri laluan Yang Berhormat, tidak boleh. Cukuplah.
Yang Berhormat Kota Belud, bolehkah hendak minta laluan?
Bajet ini memberi peruntukan...
Yang Berhormat Kota Belud.
Yang Berhormat Telok Intan, sebentar Yang Berhormat.
...Kepada local government election.
Mengapa tidak beri? Takutkah?
Memikirkan tentang modal insan.
Yang Berhormat Telok Intan duduk lah.
Takut DAP kah?
Tentang housing, semuanya ada di dalam ini.
Yang Berhormat Kota Belud takut DAP kah? [Dewan riuh]
Akan tetapi untuk mengatakan untuk pembangunan orang Melayu, agama Islam, sekolah agama...
Yang Berhormat Kota Belud takut DAP kah? Takut pakatankah?
Ahli Yang Berhormat Telok Intan. Sebentar Yang Berhormat Kota Belud.
[Bangun]
Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Ranau.
Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Kota Belud. Bolehkah Yang Berhormat memberitahu Dewan yang mulia ini berapakah bajet yang terkandung dalam bajet DAP ini?
Adalah, saya rasa kalau saya tidak silap Yang Berhormat Ranau, RM136 bilion, RM130 bilion, lebih kurang macam itulah.
Yang Berhormat Kota Belud.
Mungkin daripada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tetapi asasnya Tuan Yang di-Pertua...
Kata sudah baca tetapi tidak tahu.
Yang Berhormat.
Saya mengatakan bahawa inilah bajet alternatif. Kalau PAS tidak ada bajet alternatif, diam.
Yang Berhormat Kota Belud, penjelasan.
Ini harus ada diperjuangkan. Kenapa dalam bajet alternatif ini...
[Menyampuk]
Tidak ada peruntukan untuk memajukan agama Islam, untuk sekolah agama Islam...
[Menyampuk]
Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Untuk orang-orang Melayu Bumiputera.
Yang Berhormat Kota Belud.
Tuan Yang di-Pertua, membuat tuduhan mengatakan bahawa ini mengubah...
Kalaulah dikatakan Tuan Yang di-Pertua, beliau mengatakan bahawa ini mengubah bajet alternatif...
Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Telok Intan.
Tidak tahu jangan cakap. [Dewan riuh]
Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Lenggong.
Belum jawab saya. Ada beri...
Yang Berhormat Kota Belud, Kota Belud. [Dewan riuh]
Yang Berhormat. Tiada debat macam ini Yang Berhormat.
Dia takut ya.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Tuan Yang di-Pertua, seperti juga yang ingin ditanya... Saya kaum bangsa Iban di Sarawak, saya hendak tanya di dalam alternatif bajet yang ada pada Yang Berhormat Kota Belud itu, adakah tidak dan berapa telah diagihkan oleh bajet ini untuk menangani segala masalah di luar bandar Sarawak? Yang penting sekali di dalam kes untuk memberi surat lahir dan kad pengenalan kepada semua yang belum ada di pedalaman Sarawak.
[Bangun]
Boleh jawab sekali Yang Berhormat?
Yang Berhormat Kota Belud, sekali, sekali.
Telok Intan.
Beri di belakang dahulu, Yang Berhormat Lenggong.
Yang Berhormat Lenggong dahulu. Yang lain duduk Yang Berhormat.
Sekejap, 30 saat Yang Berhormat.
Yang Berhormat Kota Belud, gentlemen.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Sebenarnya bukan PAS tidak ada bajet alternatif tetapi bajet itu, itulah yang PAS juga sokong. [Ketawa]
Itu saya setuju, itu saya setuju.
Tetapi hendak tambah sedikit, sedikit.
Kalau sudah... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, inilah masalahnya kerana apabila nanti Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Persekutuan...
Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Belud.
DAP mempunyai MP yang lebih ramai. Itulah sebabnya nanti decisional bajet itu akan berlandaskan DAP punya bajet. Ini sebabnya.
Bolehkah? Sedikit sahaja, sedikit sahaja.
Ya.
Minta laluan.
Terima kasih.
Minta penjelasan. [Dewan riuh] Beri laluan secara gentlemen.
Yang lain duduk Yang Berhormat, yang lain duduk. Yang Berhormat Kinabatangan.
Saya dahulu, saya dahulu. Saya ini orang Melayu keturunan suku Sungai. Kami kecewa di Sabah melihat alternatif bajet daripada pembangkang. Kalau inilah mahu jadi pemerintah, yang tukang buat bajet pun orang luar, hancur negara kita! Setuju kah Yang Berhormat?
Itu tidak betul. Berilah peluang untuk kita beri penjelasan.
Berilah laluan. [Dewan riuh]
Yang Berhormat, no, it’s okay. Tidak salah. Tiada kesalahan pun Yang Berhormat Kota Belud tidak beri jalan kepada yang lain. It is a choice Yang Berhormat, it goes the same. Tidak apa, nanti Yang Berhormat berucap nanti, boleh bangun berucap. Bantai balik. [Dewan riuh]
Akan tetapi disebut-sebut.
Tuan Yang di-Pertua, yang dia tanya saya buat apa? Tanya kepada Yang Berhormat Bagan.
Dia hendak mewakili PAS. [Dewan riuh]
Kenapa benda itu tidak dimasukkan di dalam alternatif bajet?
Dia hendak mewakili DAP, adakah ini benar?
Apa Yang Berhormat Kinabatangan?
Bajet itu tanya kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara kenapa.
Yang Berhormat, duduklah, duduklah.
Tuan Yang di-Pertua, kalau gentlemen berilah laluan. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara beri, Kuala Selangor boleh beri. [Dewan riuh]
Yang Berhormat Kota Belud beri laluan.[Dewan riuh]
Duduk, duduk.
Yang Berhormat Kota Belud beri laluan.
Sekejap, sekejap.
Sekejap? Janji?
Bawa bertenang. [Dewan riuh] Sahabat saya Yang Berhormat...
Malulah PAS, jadi peguam bela DAP.
Menteri mana boleh kutuk. [Dewan riuh]
Sudahlah, sudahlah. Malulah jadi peguam bela DAP.
Malulah, Menteri tidak boleh buat ‘lagu’ itu. [Dewan riuh]
Ahli Yang Berhormat Telok Intan. Yang Berhormat Rembau.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud.
Selepas itu DAP.
Satu pendedahan yang saya rasa cukup menarik tentang economic decision making daripada Pakatan Rakyat. Saya hendak tanya soalan kepada Yang Berhormat Kota Belud. Agaknya kenapa Yang Berhormat Kota Belud rasa bahawa economic decision making - keputusan ekonomi ini di Pakatan Rakyat diswastakan?
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Diswastakan daripada PAS dan Keadilan kepada DAP.
Peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat.
Yang Berhormat Rembau, sebentar Yang Berhormat. [Dewan riuh] Yang lain diam, yang lain diam.
Takutlah tu.
Tuan Yang di-Pertua...
Peraturan mesyuarat yang mana, Yang Berhormat?
Jangan berucap, ya. Peraturan mesyuarat, ya!
Peraturan Mesyuarat 36(12), “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli ini boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.”
Itu bukan mengelirukan. Nampak tidak buku itu? Nampak buku itu?
Tuan Yang di-Pertua.
Dia baca bajet yang ditulis Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, itu yang diperlukan. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, beliau mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.
Yang lain diam.
Dan cuba supaya kenyataan itu di catit di dalam Hansard. Ini adalah cubaan untuk menyelewengkan fakta.
Tidak ada kena mengena.
Itu sebabnya adalah tidak adil beliau meneruskan tuduhan ini tanpa membenarkan pihak di sini untuk membetulkan fakta.
Saya sambung Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Kota Raja.
Belajar lagilah peraturan mesyuarat.
Yang Berhormat Kota Raja, kita sama-sama mendengar Yang Berhormat Kota Belud sedang
membaca satu presentation bajet yang dibuat oleh sebuah parti. Pada saya setakat ini P.M36(12) tidak dilanggar oleh Yang Berhormat Kota Belud.
Satu keputusan kenyataan, saya serah kepada...
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, dia membaca dokumen itu dan dia bukan menyatakan ianya bajet DAP, dia kata ianya bajet Pakatan Rakyat. Saya katakan itu tidak benar.
Tidak apalah Yang Berhormat. Nanti Yang Berhormat berucap boleh clarify perkara-perkara itu. [Dewan riuh]
Saya serahkan kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia untuk mencelah.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.
Ya.
Soalan saya mudah sahaja. Kenapa agaknya economic decision making ini diswastakan, di sub-con kepada DAP oleh PKR dan juga PAS?
Saya rasa, di Barisan... [Dewan riuh]
APCO lagi hebat.
Duduk dahulu, duduk dahulu.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Untuk makluman, ini perangai pembangkang. Ini perangai pembangkang, dia mencelah tidak ikut peraturan.
Yang Berhormat Kota Belud buat tuduhan, jadikan Parlimen bahan ketawa. [Dewan riuh]
Yang Berhormat.
Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Kota Belud...
Duduk, duduk Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Adakah dasar ekonomi ini...
Point of order, peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Adakah dasar ekonomi ini disokong kerana tidak ada ...
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(12). Saya hendak jelaskan di sini memang ada kekeliruan
yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud kerana dengan kenyataan tadi bahawa tidak ada belanjawan Pakatan Rakyat tahun 2010. Dia tidak sebut bahawa untuk tahun 2009 memang telah ada belanjawan Pakatan Rakyat.
Baik, baik.
Yang disebutkan hari ini adalah belanjawan DAP, parti komponen tetapi tidak semestinya sebelum ini...
Itu confirm, confirm. [Dewan riuh]
Andaian ini mengelirukan rakyat. [Dewan riuh] Saya hendak bangkitkan. [Dewan riuh]
I challenge your motion... [Dewan riuh]
Ada belanjawan dari tahun 2010, di sub-con kepada DAP. [Dewan riuh]
Semua parti membawa proposal masing-masing. [Dewan riuh]
Saya balik kepada soalan saya... [Dewan riuh]
Yang Berhormat Lembah Pantai, duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat yang lain duduklah Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]
Yang Berhormat, saya melihat bahawa ucapan ini adalah ucapan yang dibuat oleh Ahli Parlimen. Yang Berhormat tidak perlu react macam ini. Saya bagi contoh tadi di mana Yang Berhormat Serdang berucap tentang masalah tanah NCR di Sabah, yang itu bukan Sabah, itu Sarawak. Biarkan itu jadi sebahagian daripada ucapan Ahli-ahli Yang Berhormat, nanti Yang Berhormat berucap, you can make the stand macam Yang Berhormat Kota Belud tadi, dia rebut balik Yang Berhormat Serdang, you can do that.
Yang Berhormat, boleh saya perjelaskan sedikit? Untuk pertimbangan Timbalan Yang di-Pertua, apa yang dibentangkan adalah bajet DAP...
Ini apa ini? Mana ada floor...
Yang Berhormat Kinabatangan duduk dahulu Yang Berhormat..
Dengar dahulu Yang Berhormat Kinabatangan, cukuplah...
Apa ini? Berucap atas apa ini?
P.M.36(12) menyatakan the misleading is here Tuan Yang di-Pertua. Persoalannya yang dibentangnya adalah bajet DAP, tidak dinafikan wujudnya bajet Pakatan yang dibincangkan bersama.
Yang Berhormat, saya mendengar dari awal tadi.
Jadi oleh kerana itu...
Sudah, cukuplah.
Yang Berhormat Rembau dan juga Yang Berhormat Kota Belud mengatakan bahawa kalau ada bajet DAP, Pakatan tidak ada bajet. Itu kesilapan besar.
Baik Yang Berhormat, saya mendengar awal tadi, Yang Berhormat Kuala Selangor! Cukuplah Yang Berhormat.
Yang Berhormat Rembau menyebutkan bahawa kita sokong kepada DAP, jadi that is misleading, itu yang mengelirukan...
Saya tengok asasnya tadi, awal tadi Yang Berhormat Kota Belud berucap pun dia katakan bahawa dia memetik bajet DAP..
Lalu dia mengatakan bahawa PAS tidak ada bajet.
Tuan Yang di-Pertua...
Nanti Yang Berhormat petik pulalah bajet PKR...
Yang Berhormat cukuplah Yang Berhormat. Saya bagi balik kepada Yang Berhormat Kota Belud.
Itu isu sub-con Yang Berhormat Rembau, jangan salah faham, tidak ada isu sub-con kepada APCO..
Masih lagi floor saya ya? Saya...
Jangan marah!
Yang Berhormat, yang lain duduk Yang Berhormat...
Bawa bertenang...
Ini bukan EGM, ECM Libra.
Saya hendak bagi lesson in coalition politics kepada Pakatan Rakyat. Lesson in coalition politics [Dewan riuh] di peringkat Barisan Nasional, 13 parti dan kita hanya bentangkan satu bajet dalam Parlimen Malaysia, bukan dua bajet, tiga bajet... [Dewan riuh]
UMNO punya bajet... [Dewan riuh]
[Bangun]
Ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. [Dewan riuh] Saya minta semua duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang lain duduk Yang Berhormat Simpang Renggam duduk, Yang Berhormat Kuala Selangor duduk, duduklah Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya minta Yang Berhormat Kota Belud untuk menyambung dan habiskan..
Masa habis, masa habis..
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang bijaksana. Memang betul apa yang dikatakan oleh Ketua Pemuda Pergerakan UMNO Malaysia, kita sebiji, satu buah, satu organisasi yang meletakkan kesatuan sebelum apa-apa. Saya beri kepada Parti GERAKAN.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud, saya jarang mencelah. Saya ingin bertanya satu soalan ringkas, adakah Yang Berhormat Kota Belud nampak ada semangat kononnya semangat ketuanan rakyat dalam bajet yang diuar-uarkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur?
Banyak, kita pentingkan rakyat dan bukan mengikut kaum. [Dewan riuh]
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, bawa bertenang.
Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Belud..
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat ramai kekhuatiran kawan-kawan tentang peruntukan-peruntukan yang tidak termasuk di dalam ini. Saya cuba mengatakan mungkin rakan saya daripada Parti DAP ataupun Pakatan Rakyat akan bangun mengatakan, “Oh! ini hanyalah draf atau ini hanyalah satu gambaran secara am.” Akan tetapi pada saya Tuan Yang di-Pertua, apabila peruntukan tentang agama Islam, tentang kepentingan orang Melayu seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan...
Yang Berhormat hendak bagi kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara?
...Tidak disentuh secara khusus.
Tidak bagi Yang Berhormat, very clear view, duduklah Yang Berhormat.
Saya beri kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan be specific.
Saya spesifik kalau diberikan. Betul tidak kalau kita katakan satu bajet tidak kira daripada Pakatan Rakyat, daripada DAP, daripada Barisan Nasional tidak akan melingkungi semua polisi kerajaan? Itu soalan pertama. Keduanya, betulkah action speak louder than work? Kerajaan Pulau Pinang telah memperuntukkan RM300,000 yang tidak pernah Kerajaan Barisan Nasional buat kepada sekolah-sekolah agama di Pulau Pinang dan kita memberi gaji yang paling tinggi untuk guru-guru KAFA di seluruh Malaysia, betul tidak? Bukankah itu kepentingan Kerajaan Pulau Pinang yang kita buat sebagai Pakatan Rakyat kepada rakyat dan yang beragama Islam.
Yang Berhormat Kota Belud, minta penjelasan.
Terima kasihlah pakar yang telah melahirkan dokumen DAP Alternative National Budget 2010. Saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Kota Belud, minta penjelasan.
Mereka ini tidak faham tentang kegelisahan orang-orang Melayu dan bumiputera. Saya menjelaskan kalaulah...
Yang Berhormat Kota Belud, minta penjelasan.
Sebentarlah, this is my floor, please respect my floor, then I say sit down for a while, let me answer your National Publicity Chairman. Saya melihat inilah kelemahan yang ada dalam Pakatan Rakyat ini Tuan Yang di-Pertua, kegelisahan orang Melayu, bumiputera, ini satu dokumen yang penting. Retorik ceramah malam-malam itu saya pun – kadang-kadang itu entertainment...
Minta penjelasan.
Sekejap, sekejap Yang Berhormat Kinabatangan. Saya melihat dokumen ini sebagai satu inti pati perjuangan. Kalaulah dikatakan, ditakdirkan Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Persekutuan...
[Menyampuk] Pakatan Rakyat kah DAP?
Yang Berhormat Shah Alam duduk.
Dengar ini, apabila nanti Pakatan Rakyat memerintah kerajaan ini, apakah DAP sebagai parti komponen terbesar di dalam Pakatan Rakyat tidak mahu supaya Alternative National Budget ini menjadi asas kepada Bajet Pakatan Rakyat? Itu sebabnya saya bertanyakan di mana input bumiputera di dalam DAP Alternative National Budget ini, di mana? Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, saya mengatakan – adalah juga mengatakan tentang RELA, RELA hendak dimansuhkan lepas itu saya hendak tanya, dalam dokumen ini, civil servant, perkhidmatan awam dalam keadaan sekarang orang tidak ada mempunyai masalah ekonomi susah mahu cari jalan, kalaulah DAP...
Yang Berhormat, sudah habis masa Yang Berhormat.
Sekejap, saya beri kepada Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat setuju tidak kita kena perbetulkan fakta yang diuar-uarkan, digembar-gemburkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang perlu tingkatkan peruntukan keagamaan di Pulau Pinang daripada RM12 juta kepada RM24 juta, sedangkan Kerajaan Persekutuan telah beri kepada peningkatan orang Islam berbilion-bilion, ini baru juta-juta, wang itu pun [Dewan riuh] baru RM24 juta, DAP sudah membohong. [Dewan riuh]
Yang Berhormat Kota Belud, saya minta Yang Berhormat habiskan.
Duit Baitulmallah, bukan duit kerajaan negeri punya!
Ya, saya rasakan Yang Berhormat Kinabatangan sepatutnya menjadi sebahagian daripada pencipta altenatif Bajet 2010 ini.
Yang Berhormat Kota Belud.
Sekejap, sekejap, saya hendak habiskan.
Habiskan Yang Berhormat.
Dalam keadaan ekonomi yang begitu merudum sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, DAP, ekonomi dunialah..
Ekonomi merudum mai mana pula?
Mesti dengar ini, dengar!
Mana ada merudum, tidak betul Yang Berhormat Kota Belud ini, Menteri Kewangan kata okey. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua..
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Taiping, saya minta Yang Berhormat Kota Belud untuk menghabiskan. Kalau dia diganggu, dia tidak akan berhenti, Yang Berhormat. Habiskan. Tidak payah ganggulah, tidak payah ganggu.
Malulah pembangkang, pelajar tengok dekat belakang itu.
Terima kasih. Tenang, tenang sedikit. Di dalam dokumen ini ada mengatakan bahawa DAP akan mengecilkan perkhidmatan awam. Mereka akan mengurangkan saiz perkhidmatan awam. Saya faham, saya faham Yang Berhormat Petaling Jaya Utara mempunyai asas-asas yang mungkin boleh membantu hujah-hujah beliau tetapi dalam keadaan tahun 2010 ini, dalam keadaan ekonomi yang begitu merudum ini, dalam keadaan ekonomi dunia yang begitu menekan ini, apakah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua faham kenapa mereka berbuat begini?
Saya pula.
Mereka mahu mengurangkan perkhidmatan awam, RELA akan dimansuhkan. Ini semuanya adalah golongan- golongan bumiputera yang perlu dibantu. Itu sahaja. Kenapa perlu mengecilkan perkhidmatan awam? Ini janji mereka.
Saya minta Yang Berhormat Kota Belud petik paragraph yang kata saya hendak mengecilkan civil service.
You can rebuke me later on.
Petik paragraph itu. Bacalah situ, ada atau tidak? Benarkah dalam itu saya ada kata begitu?
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Di dalam mengecilkan, mengurangkan saiz perkhidmatan awam.
Yang Berhormat Kota Belud, minta penjelasan.
Yang Berhormat Kota Belud, habiskanlah Yang Berhormat.
Okey, saya faham Tuan Yang di-Pertua. Inilah saya mahu kalau boleh rakyat mengetahui. Masalahnya sekarang ini Tuan Yang di-Pertua...
Minta penjelasan.
...Pakatan Rakyat tidak boleh, tidak mampu menjadikan sistem dua parti ini. Mereka mahukan PAC, kononnya untuk check and balance. Saya hendak tanya, di Selangor siapa Pengerusi PAC? Di Kelantan, siapa?
Minta penjelasan.
Di Pulau Pinang, siapa? Ini hipokrasi. Mereka mahu PAC supaya diketuai oleh pembangkang.
Minta laluan.
Di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka adalah...
Dia tidak bagi, Yang Berhormat.
...Dipengerusikan oleh orang- orang DAP.
Tidak payahlah, Yang Berhormat.
Dia takut DAPlah itu.
Yang Berhormat.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya faham, saya faham. Tidak apalah, selepas ini Ahli-ahli Yang Berhormat boleh berdiri dan memberikan pandangan masing-masing.
Anak jantan mana takut.
Satu lagi yang saya ingin katakan, di dalam alternative budget ini Tuan Yang di-Pertua, mereka DAP mencadangkan supaya caruman majikan dinaikkan daripada 12% kepada 15%. Saya ingin pandangan daripada Malaysian Employees Federation. Dalam
keadaan sekarang ini perlukah lagi ditambah cukai bebanan kepada pengusaha- pengusaha ini? Ini semua termaktub di dalam ini.
GST, GST.
Termaktub. Kalau GST, ia hentam tetapi selepas itu minta majikan-majikan ini menambah caruman daripada 12% kepada 15%. Lidah bercabang. Bercanggah.
[Menyampuk]
Yang Berhormat Kota Belud, itu DAP punya proposal.
Ini membebankan, inilah hak mereka.
Kalau dasar-dasar Pakatan Rakyat.... [Disampuk] Tolong baca dasar-dasar pakatan bersama.
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Common policy...
Yang Berhormat Kuala Selangor adalah pakar ekonomi tetapi ada baca tidak?
Sudah ada dibukukan. Dasar- dasar Pakatan Rakyat, common policy framework Pakatan Rakyat, tolong baca sedikit.
Tolonglah. Itu...
Kalau tidak tahu...
Itu manifesto.
Jangan dibahas.
Itu manifesto, bukan bajet.
Ha, jangan tidak tahu.
Manifesto adalah satu statement yang menyeluruh. Yang Berhormat Kuala Selangor pakar ekonomi, sepatutnya Yang Berhormat Kuala Selangor masuk dalam komiti Yang Berhormat Petaling Jaya Utara untuk membangkitkan kepimpinan orang Melayu di dalam dokumen ini.
Itu hak mereka, tetapi ini pakatan bersama. Ini dasar-dasar Pakatan.
Saya rasa Tuan Yang di- Pertua, itu sahaja yang ingin saya katakan.
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Common policy framework Pakatan. Tolong Yang Berhormat Kota Belud jangan mengelirukan Dewan sekali lagi.
Yang Berhormat Kuala Selangor, terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasihlah Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang. Saya mohon menyokong. [Tepuk]
Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya yang sudah saya tunggu dua, tiga hari lalu untuk mengambil bahagian dalam usul yang ada depan Dewan yang mulia ini sekarang. Tuan Speaker, dalam Dewan ini, seseorang yang menjadi Ahli Yang Berhormat dan dipanggil oleh Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain sebagai Yang Berhormat. Apakah bermakna Yang Berhormat Tuan Speaker the meaning of The Honorable, so and so? Adakah dalam Dewan ini, Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat yang boleh dipanggil sebagai Yang Berhormat? Ahli Yang Berhormat dari Kulim Bandar Baharu, saya harap dia ada di sini sekarang.
Ada, ada.
Saya harap Yang Berhormat dari Bayan Baru ada di sini sekarang. Saya harap Yang Berhormat Bagan Serai ada di sini sekarang. Saya harap Yang Berhormat Nibong Tebal ada di sini sekarang dan saya harap ‘katak’ ini dari Pasir Mas ada di sini sekarang.
[Menyampuk]
Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Mas Ahli Dewan Yang Berhormat. Tidak payahlah ‘katak’ Pasir Mas. Tidak boleh macam itu, Yang Berhormat.
Tarik balik, tarik balik.
Dia sendiri terima diri dia sendiri sebagai ‘katak’. Akan tetapi tidak apa, ini orang yang kecil, kami boleh ketepikan dia. Tiga ekor daripada PKR.
Mana ada ekor?
Tuan Speaker, ada yang letak jawatan sebagai Ahli PKR tetapi ada dalam Dewan ini sebagai BEBAS. Kepada yang di dalam Dewan ini, Ahli Yang Berhormat dari Kulim Bandar Baharu ada menyatakan apabila dia mengendalikan kes bagi Chief Inspektor Azilah dalam kes Altantuya, dia ada ditawarkan. Dia tidak cuma dapat tetapi barangkali adalah duit atau lumayan yang lain, yang mengatakan dia ada disuruh untuk membuat satu surat sumpah, statutory declaration untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam pembunuhan Altantuya. Tuan Speaker, Altantuya adalah dibunuh dalam negara ini tetapi yang perlu adalah untuk menentukan siapa yang harus dibuat, bawa ke mahkamah untuk jawab dalam pembunuhan itu, Tuan Speaker. Apa motif dua anggota polis ini untuk membunuh Altantuya. Tidak ada apa-apa motif. Siapa yang harus dibawa ke mahkamah Tuan Speaker, untuk jawab atas pembunuhan Altantuya?
Saya cabar Ahli Yang Berhormat dari Kulim Bandar Baharu untuk menyatakan siapa yang pihak ketiga ini, pihak yang menyuruh dia untuk membuat satu surat sumpah untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam pembunuhan Altantuya.
Kenapa sekarang empat tahun selepas perbicaraan dimulakan dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam, dengan izin why now four years later Ahli Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu membongkar apa yang dikatakan satu bombshell dalam Dewan yang mulia ini? Adakah dia rela untuk dalam Dewan ini atau luar dari Dewan ini untuk membongkar siapa third party ini? Adakah dia berani untuk membuat satu laporan polis Tuan Yang di-Pertua? Oleh kerana jika itu boleh dibuktikan dia membuat satu laporan polis yang palsu, dia boleh membawa ke mahkamah dan disabit untuk memberi satu laporan yang palsu. Dia tidak ada di sini hari ini. Akan tetapi saya rela berjumpa dengan dia luar Dewan ini untuk mencabar dia Tuan Yang di-Pertua, namakan pihak yang menyuruh dia membuat satu statutory declaration. Ahli Yang Berhormat itu bukan Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini sahaja, dia seorang peguam. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, dia jadi pengkhianat bukan kepada parti PKR sahaja Tuan Yang di-Pertua, tetapi dia mengkhianati pengundi-pengundi dia di kawasan Kulim Bandar Baharu. Di Pulau Pinang Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bayan Baru mendapat beberapa keistimewaan di negeri itu. Baru-baru ini dia dianugerahkan dengan pangkat Dato’ Seri. Adakah orang ini layak untuk mendapat darjah itu? Kelakuan dia Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini membuat beberapa tohmahan di Dewan yang mulia ini ke atas pemimpin-pemimpin dalam PKR. Empat ekor ini Tuan Yang di-Pertua, dan bukan dalam PKR sahaja bukan bermakna PKR dilemahkan. Lebih baik untuk Tuan Yang di-Pertua empat-empat ekor ini menerima cabaran saya sekarang. Perkara 48(6) Tuan Yang di-Pertua, dalam Perlembagaan Persekutuan berbunyi; ”jika seseorang Ahli Yang Berhormat letak jawatan dia tidak boleh dalam tempoh lima tahun selepas itu bertanding dalam Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil.“ Ini diberi sebagai Tuan Yang di-Pertua sebab atas mana khasnya Ahli Yang Berhormat Pasir Mas ada mengatakan dia tidak boleh meletakkan jawatan. Jika tidak ada peruntukan perkara 48(6) dalam Perlembagaan dia rela untuk letak jawatan dan bertanding semula dalam kawasannya. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, dalam Perlembagaan Persekutuan ini jadi undang-undang yang terutama dalam negara ini ada peruntukan yang lain. Saya rujuk kepada perkara 52(1) Perlembagaan Persekutuan, ini boleh digunakan...
Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Ingin mencelah sedikit.
Ingin bagi Yang Berhormat?
Ya.
Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya mengikuti desakan dan cabaran yang dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, meminta Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu yang dianggap telah mengkhianati pengundi-pengundinya untuk
meletakkan jawatan demikian juga dengan Ahli Yang Berhormat Bayan Baru. Akan tetapi perkara yang sama telah dilakukan oleh Yang Berhormat Tawau dan Yang Berhormat Sepanggar. Kenapakah perkara ini tidak dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor ataupun desakan dan cabaran itu dilakukan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor kerana kelantangan suara Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu tidak sehaluan dengan kehendak DAP. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Bukit Gelugor? Terima kasih.
Hendak dua-dua Yang Berhormat Tawau dan Yang Berhormat Sepanggar kalau tidak silap saya keluar dari Barisan Nasional. Dia ada dalam Dewan ini sebagai ahli parti SAPP. [Tepuk]
Tetapi dia bertanding dalam Barisan Nasional, bukan SAPP.
Kedua-dua Yang Berhormat ini tidak mengkhianati, bukan pengkhianat kepada pengundi-pengundi dalam kawasan masing-masing.
Dia bertanding atas tiket Barisan Nasional Yang Berhormat. Ingat itu, Barisan Nasional bukan logo parti SAPP.
Saya sudah jawab. Jika mahu terima, terima. Jika tidak terpulang kepada Yang Berhormat.
Yang Berhormat Bukit Gelugor double standard.
Saya balik kepada perkara 52(1). Beberapa Ahli Barisan Nasional: Jawablah dahulu. Jawab.
Apa yang dilakukan adalah hanya ini sahaja. Jangan menghadiri sidang Parlimen ini untuk enam bulan dan itu bermakna Tuan Yang di-Pertua, kawasan itu jadi kosong. Akan tetapi tidak ada apa-apa halangan, tidak ada apa-apa peruntukan dalam perkara 52(1) yang halang Yang Berhormat itu untuk bertanding semula dalam kawasannya untuk menunjukkan adakah dia mendapat sokongan daripada pengundi-pengundinya. Saya cabar Tuan Yang di-Pertua, keempat-empat Ahli Yang Berhormat dari PKR menerima cabaran saya. Tuan Yang di-Pertua, perkara 48(6) ada termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan dalam tahun 1988 oleh kerajaan masa itu yang diketuai oleh Tun. Dr. Mahathir Mohamed. Tujuan masa itu meminda Perlembagaan untuk memasuki perkara 48(6) adalah untuk menghalang ahli-ahli Yang Berhormat dari Semangat 46 yang menyatakan dengan umum ahli- ahli itu akan letak jawatan dalam dua, tiga bulan untuk membolehkan satu pilihan raya kecil dalam kawasan masing-masing.
Untuk mendapat peluang daripada pengundi-pengundi dan itu Tuan Yang di-Pertua jadi satu perimeter, adakah kerajaan dalam satu pilihan raya kecil, sokongan oleh pengundi-pengundi bukan dalam kawasan itu sahaja tetapi seluruh negara? Itulah tujuan untuk mengadakan pindaan itu, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi Dr. Mahathir barangkali lupa, lupa tentang ini, Perkara 52(1).
Tuan Yang di-Pertua, apa yang penting adalah untuk sesiapa menduduki dalam Dewan ini ada sokongan daripada pengundi-pengundinya. Tuan Yang di- Pertua, di dalam kawasan Bayan Baru ada 27,000 pengundi. Di kawasan Nibong Tebal ada 20,000 pengundi dan jika saya tidak silap di kawasan Kulim Bandar Baharu ada lebih kurang 18,000 pengundi. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat ini tidak ada hak selepas dia menjadi BEBAS untuk menduduki di sini, di dalam Dewan yang mulia ini. Apa yang penting Tuan Yang di-Pertua ialah menentukan siapa yang ada di sini boleh dipanggil Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, dalam Dewan yang mulia ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyatakan mengenai konsep 1Malaysia. Tuan Yang di- Pertua, 1Malaysia bermakna ada sama rata, tidak ada diskriminasi di antara semua kaum di dalam negara ini. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, adakah konsep itu diimplementasikan? Tuan Yang di-Pertua, dalam Mahkamah Persekutuan hanya ada seorang yang bukan Melayu. Seorang berketurunan Cina, Dato’ Seri James Foong dan dalam mahkamah itu ada 12 orang hakim. Ini adalah sama dengan Mahkamah Rayuan di Mahkamah Tinggi dan mahkamah- mahkamah lain dalam negara ini. Kami terima Tuan Yang di-Pertua, bahawa ada keistimewaan untuk orang-orang Melayu dalam negara ini. Masa dahulu ada satu ratio four to one tetapi sekarang Tuan Yang di- Pertua, itu tidak diikuti. Saya harap kerajaan boleh memberi expression kepada konsep 1Malaysia ini. Akan tetapi untuk menentukan konsep ini boleh menyatupadukan semua rakyat dalam negara ini, apa yang penting adalah untuk mengadakan pemimpin-pemimpin berkaliber. Bersih, cekap dan amanah itu jadi slogan pada suatu masa di dalam Kerajaan Barisan Nasional. Bersih! Saya memberi satu contoh Tuan Yang di-Pertua. Duta ke Amerika Syarikat, Ahli Yang Berhormat dari Rompin Tuan Yang di-Pertua, dia dilantik sebagai duta ke United States tetapi adakah Yang Berhormat ini layak untuk dilantik sebagai duta ke negara itu?
Boleh gulung Yang Berhormat.
Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum dia hilang Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Rompin ada menghadapi satu pertuduhan. Satu laporan polis ada dibuat terhadap dia. Tuan Yang di-Pertua, laporan polis itu adalah mengenai Ahli Yang Berhormat dari Rompin...
Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat mengatakan sifat seseorang Ahli tidak boleh dibahas di dalam Dewan. Be careful.
Ini relevan Tuan Yang di-Pertua kerana jika mengadakan satu kerajaan yang bersih, menentukan pemimpin- pemimpin bersih.
Peraturan Mesyuarat 36(9), dalam apa-apa perbahasan, tidak boleh disebutkan kelakuan atau sifat siapa-siapa Ahli di dalam Dewan.
Boleh Tuan Yang di-Pertua jika ia adalah berasas, jika ada bukti.
Saya minta Yang Berhormat tidak melanggar P.M.36(9).
This is Tuan Yang di-Pertua, satu laporan polis ada dibuat. Dia mencabul kehormatan seorang perempuan. Apa jadi kepada laporan polis itu? Kenapa dia tidak turun dalam mahkamah, Tuan Yang di-Pertua? Bagi pembangkang Tuan Yang di-Pertua, berapa laporan polis ada dibuat?
Yang Berhormat, boleh minta izin?
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Oleh sebab jiran saya tidak ada di sini tetapi saya terasa juga kerana ini menyentuh peribadi. Beranikah Yang Berhormat menyebut perkara ini di luar sana? Sebab yang kita tahu, orang yang menuduh dia dahulu pun sudah tarik balik. Akan tetapi saya minta Yang Berhormat kalau berani, keluar kenyataan itu di luar Dewan. Terima kasih.
Ini bukan perkara yang harus dibuat luar dari Dewan ini. [Ketawa] Tugas saya adalah untuk membangkitkan perkara ini di sini kerana...
Yang Berhormat, minta maaf.
Ya.
Oleh sebab ramai yang mendengar, dia tidak tahu apa implikasinya. Kalau di luar sana, Yang Berhormat Rompin, jiran saya ini akan ambil tindakan undang-undang terhadap Yang Berhormat. Itu maknanya disebut di luar Dewan untuk makluman anak-anak di belakang ini. Terima kasih.
Tindakan undang-undang harus diambil atas Ahli Yang Berhormat dari Rompin.
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Kalau ada laporan polis - dan di satu masa Tuan Yang di-Pertua, ada kemungkinan dia akan dibawa ke mahkamah tetapi tidak ada apa-apa dibuat oleh Peguam Negara.
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Ini adalah satu perkara yang serius, sama daripada Peguam Negara sebab-sebab mana tindakan tidak diambil terhadap Yang Berhormat dari Rompin. Saya ingat itu adalah satu perkara yang harus dipercepatkan kerana imej negara, Tuan Yang di-Pertua. Jika kita boleh ada seseorang seperti Ahli Yang Berhormat dari Rompin dilantik sebagai duta, dan jika dia tidak layak untuk memegang jawatan itu, itu bermakna imej negara terjejas - and that Tuan Yang di-Pertua, ought to be done as soon as possible. Kerajaan yang harus bukan mempertahankan dia di sini. Tuan Yang di-Pertua, jika laporan polis ada dibuat oleh gadis itu dan ada dibuat, dan jika tidak ada apa-apa tindakan diambil atas Ahli Yang Berhormat dari Rompin, itu bermakna gadis itu membuat satu laporan polis yang palsu. Itu bermakna gadis itu harus dibawa ke mahkamah. Ada dua pilihan di sini.
Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya mahu daripada kerajaan apabila Yang Berhormat Menteri jawab, untuk jawab perkara ini dengan tulus ikhlas bagi kepentingan negara. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat boleh sambung petang, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Ahli-ahli Yang Berhormat adalah dimaklumkan bahawa perbahasan Titah Ucapan Diraja dilanjutkan sehingga hari Isnin, 29 Mac 2010. Jawapan oleh Menteri-menteri ke atas perbahasan Titah Diraja akan dimulakan pada hari Selasa, 30 Mac 2010 sehingga 1 April 2010, selama tiga hari. Yang Berhormat Bukit Gelugor sudah habis ya? Dijemput Yang Berhormat Rembau.
Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya turut serta dalam perbahasan Titah daripada Yang di-Pertuan Agong. Saya mewakili rakyat Rembau ingin Menjunjung Kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah baginda pada minggu yang lepas untuk merasmikan sesi Parlimen pada kali ini. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa yang suntuk saya hanya ingin menyentuh beberapa perkara sahaja. Bermula dengan usaha yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dari Pekan semalam iaitu Pelancaran Jalur Lebar (High Speed Broadband) oleh Telekom Malaysia. Satu usaha yang saya melihat memberi satu kesan yang cukup baik dari segi asas kepada Model Ekonomi Baru kepada ekonomi yang berteraskan kepada ilmu pengetahuan dan menjadi satu fundamental basis atau asas kepada usaha untuk meningkatkan dan mengangkat ekonomi Malaysia kepada satu ekonomi yang berpendapatan tinggi. Kita tidak boleh nafikan bahawa antara batu asas yang paling penting dalam ekonomi yang berpendapatan tinggi ini adalah untuk kita memastikan bahawa rakyat Malaysia dapat diberikan ilmu. Antara perkara yang penting untuk kita menyediakan prasarana di mana ilmu ini dapat diberi kepada rakyat Malaysia dengan pantas, cepat dan tanpa apa- apa sekatan adalah infrastruktur telekomunikasi ataupun high speed broadband, dengan izin. Jadi saya ucapkan tahniah pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana semalam dapat melancarkan satu usaha yang pada suatu ketika dahulu dua tahun dahulu bila diumumkan menjadi impian rakyat Malaysia tetapi
hari ini menjadi kenyataan iaitu dapat diberikan high speed broadband ataupun jalur lebar yang pantas kepada rakyat Malaysia. Saya juga berharap bahawa kerajaan akan terus teliti sebab saya difahamkan bahawa high speed broadband ini sebahagiannya dibiayai oleh kerajaan sebanyak RM2.4 bilion manakala RM8.9 bilion adalah daripada Telekom Malaysia. Jadi oleh sebab itu saya harap bahawa - oleh kerana kerajaan telah membiayai separuh ataupun sebahagian daripada high speed broadband initiative ini, kita dapat pastikan bahawa kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Telekom Malaysia melalui perkhidmatan UniFi ini dapat dikekalkan pada paras yang tinggi. Kita tidak mahu melihat keadaan berlaku seperti dahulu di mana melalui perkhidmatan Streamyx contohnya, kita hanya dapat jaminan best effort ataupun usaha yang terbaik daripada Telekom Malaysia yang kadang kalanya, yang puratanya tidak sampai pun satu megabit per second atau biasanya lebih kepada 500 kilobyte per second. Kita harap dengan adanya sistem baru ataupun perkhidmatan baru iaitu HSBB bahawa apa yang dikatakan best effort daripada Telekom Malaysia ini dapat betul-betul sampai. Kalau sekiranya dikatakan bahawa pakej itu adalah 20 megabit per second, biarlah piagam dan juga jaminan daripada Telekom Malaysia itu sampai kepada 20 megabit per second. Ini kerana apa yang saya hendak bangkitkan di sini pakej yang disediakan oleh Telekom Malaysia sepertimana yang diumumkan pada hari ini bukanlah dikatakan pakej yang murah. Pakej yang agak tinggi sedikit. Kalau kita lihat kepada pakej 20 megabit per second, ia disediakan pada harga RM249.00 setiap bulan dengan had 120 gigabytes yang mana kita boleh muat turun. Jadi saya harap kerajaan berbincang dengan Telekom Malaysia supaya pakej ini boleh disediakan kepada harga yang lebih kompetitif dalam masa yang akan datang memandangkan kalau kita lihat kepada harga broadband di seluruh dunia malah di rantau Asia Tenggara, harganya menurun. Kita harap bahawa cap ataupun had 120 gigabit ini dapat difikirkan semula supaya dapat unlimited kepada pelanggan-pelanggan yang ingin kepada perkhidmatan tersebut. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan soal broadband ini juga bahawa kita tidak boleh hanya hadkan soal broadband ini atau jalur lebar ini kepada pelanggan biasa atau consumers. Kita harus juga melihat kepada bagaimana broadband atau jalur lebar ini boleh menjadi satu usaha atau satu pemangkin kepada penarikan pelabur asing yang lebih banyak lagi. Di sini saya ingin merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh Pengurus Negara Intel, Mr Riaz Patel pada November 2009 yang mengatakan bahawa antara kekangan kepada pelabur asing adalah hak-hak pendaratan kabel bawah laut ataupun Submarine Cable Landing Rights dengan izin, masih lagi dimonopoli oleh Telekom Malaysia manakala kalau kita lihat kepada negara- negara jiran kita contohnya di Thailand, hak Submarine Cable Landing Rights ini telah diliberalisasi atau dibuka kepada syarikat-syarikat swasta. Mereka dapat menjual secara wholesale broadband dengan harga-harga yang lebih kompetitif kepada sektor swasta. Antara sebab yang disebut oleh beberapa pelabur-pelabur asing termasuklah Pengurus Negara Intel Electronics mengenai competitiveness ataupun saingan Malaysia sebagai destinasi kepada pelabur asing adalah kos yang tinggi yang terpaksa dibayar oleh syarikat-syarikat yang melabur di sini untuk broadband. Ini adalah sentimen yang telah disampaikan oleh pelabur-pelabur daripada Amerika Syarikat, Australia dan sebagainya. Jadi saya harap kerajaan boleh serius melihat bukan hanya kepada penyediaan high speed broadband kepada
pelanggan-pelanggan di bandar tetapi usaha untuk membuka industri tersebut dalam bentuk ataupun dalam perkara khusus iaitu Submarine Cable Landing Rights yang sekarang ini dimonopoli oleh Telekom Malaysia untuk memastikan bahawa penyediaan jalur lebar untuk syarikat-syarikat sudah diperluaskan.
Yang ketiga, mengenai dengan jalur lebar. Ini perkara penting iaitu jurang digital. Saya amat berterima kasih kepada kerajaan atas usaha HSBB. Memang usaha yang bagus untuk bandar dan pusat-pusat pelaburan tetapi jangan kita lupa bahawa usaha kita untuk bawa kemudahan jalur lebar ini perlu diadakan tanpa jurang digital yang terlalu besar. tanpa satu jurang yang wujud antara bandar, antara pusat-pusat pelaburan dengan kawasan-kawasan yang terpencil yang dikatakan underserved areas, dengan izin. Oleh sebab itu saya ingin merujuk kepada Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat ataupun Universal Service Provider Fund (USP Fund) yang ada dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang mana pada hari ini kalau tidak silap saya dana tersebut sudah sampai mencecah RM5 bilion. Ini kerana di bawa akta tersebut ataupun di bawah peraturan tersebut daripada tahun 2003, setiap syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi mesti menyumbang sebanyak 6% daripada revenue ataupun jualan tahunan mereka kepada USP Fund tersebut. Jadi soalan saya di sini dan apa yang saya bangkitkan di sini adalah setakat akhir tahun 2008 mengikut publicly available information, hanya RM314 juta ataupun 7% daripada dana yang dikutip dalam USP ini telah dibelanjakan untuk bawa kemudahan telefoni, kemudahan broadband, kemudahan wireless dan sebagainya kepada kawasan-kawasan terpencil contohnya di Sabah, Sarawak dan juga di Semenanjung Malaysia. Jadi saya harap supaya USP Fund ini dapat digerakkan, dapat dibelanjakan dengan cara yang terbaik untuk memastikan bahawa HSBB ini terus berjalan untuk kawasan-kawasan bandar, untuk kawasan-kawasan pelaburan dan sebagainya. Akan tetapi masalah jurang digital untuk kita bawa kemudahan ini kepada kawasan-kawasan luar bandar, desa, kampung dan sebagainya dapat kita laksanakan dengan baik. Sebab bagi sayalah, kunci kejayaan mereka di kawasan luar bandar ini adalah pendidikan dan ilmu. Kalau mereka dapat itu dengan kemudahan ini, dipanggil Broadband for General Population (BBGP) di bawah National Broadband Initiative ini, saya percaya kita akan dapat melihat lebih banyak lagi pembangunan yang berlaku serta taraf dan mutu pendidikan meningkat di kawasan-kawasan luar bandar. Jadi saya harap dapat sedikit penjelasan daripada kerajaan tentang usaha untuk digunakan USP ini sebab saya percaya MCMC adalah agensi kerajaan yang paling kaya daripada segi simpanan USP tersebut. Sampai RM5 bilion dan saya ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri juga kerana semalam diumumkan bahawa RM1 bilion daripada USP Fund ini akan dibelanjakan untuk memberi komputer riba bagi pelajar-pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan juga untuk membuka 1,105 e-Kiosk di seluruh negara. Jadi satu usaha untuk menggunakan USP Fund ini dengan baik bagi kemudahan tersebut. Cuma saya harap daripada segi kelayakan penerima komputer riba ini yang akan disediakan dengan segala bentuk internet access dan sebagainya, biarlah diberi secara adil dan saksama kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Contohnya di kawasan Sabah, Sarawak dan sebagainya - rakan-rakan saya. Biarlah bagi keutamaan kepada mereka yang mana pada hari ini mereka
tidak ada akses langsung dari segi kemudahan wireless dan juga dari segi kemudahan komputer riba. Ya, saya bagi kepada Yang Berhormat Kapit.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya tertariklah, terpanggil untuk masuk sedikit ini sebab begitu prihatinnya hujah Yang Berhormat Rembau tadi mengatakan kami di luar bandar di Sarawak, di Kapit. Sedar atau tidak Yang Berhormat Rembau ini, satu contoh saya boleh bagi untuk penjelasan lagi mengapa kita memerlukan sangat untuk dibuat pada luar bandar di Sarawak. Kalaulah hendak menempah tiket kapal terbang, kalau di Sarawak kami menggunakan tiket belon katanya tetapi kapal terbanglah - pesawat ini. Kalau kita menempah melalui online, ia murah. AirAsia kadangkala RM9 sahaja tetapi kemudahan ini tidak ada kepada kami di luar bandar. Maka terpaksa kami beli di kaunter harga beratusan ringgit. Jadi ini contoh yang begitu asas tetapi benar sekali. Jadi terima kasihlah Yang Berhormat Rembau.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kapit, saya masukkan sebahagian daripada ucapan saya. Terima kasih di atas keprihatinan. Tuan Yang di-Pertua, saya minta berapa minit lagi ya?
Saya akan beritahu Yang Berhormat.
Okey, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak pergi kepada satu lagi isu iaitu satu isu yang telah dibangkitkan dalam surat khabar Berita Harian tiga hari yang lepas. Berdasarkan kepada anggaran Kementerian Pengajian Tinggi beberapa tahun yang lepas, kita diberitahu bahawa ada lebih kurang dalam 60,000 siswazah yang menganggur tetapi angka ini berbeza daripada tahun ke tahun. Mengikut satu kajian yang dijalankan oleh Persatuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) pada tahun ini, mendapati bahawa salah satu sebab utama daripada pengangguran ini adalah kekurangan latihan industri. Daripada ini, saya bangkitkan apa yang telah dicetak dalam Berita Harian dua atau tiga hari yang lepas mengatakan bahawa Persatuan Majikan-majikan Malaysia (Malaysian Employee’s Federation) dengan izin, telah mendedahkan ada pelajar universiti yang menjalani latihan praktikal yang sebenarnya disediakan untuk memberi latihan industri kepada mereka, diberi tugasan remeh termasuk membuat salinan fotostat dan membancuh minuman untuk pegawai atasan. Ini bukan hasrat disediakan latihan industri untuk pelajar-pelajar universiti ataupun mahasiswa. Mereka ini disediakan latihan industri sebagai kredit mereka supaya mereka sedia untuk masuk ke dalam alam pekerjaan dan apabila mereka membazirkan waktu apabila ditempatkan di syarikat-syarikat tertentu dengan membuat kerja seperti membuat salinan fotostat, bancuh kopi dan sebagainya, perkara ini tidak memberi nilai tambah kepada mereka. Mengikut penelitian Malaysian Employee’s Federation, punca utama masalah ini disebabkan bahawa pihak universiti dan juga Kementerian Pengajian Tinggi masih lagi tidak menyediakan sukatan latihan sebagai garis panduan standard untuk diikuti syarikat yang menerima pelajar berkenaan. Maksudnya, pelajar-pelajar ini semuanya keluar daripada universiti, dapat kredit untuk ditempatkan di syarikat-syarikat tertentu tetapi oleh kerana tidak ada garis panduan, mereka dibiarkan begitu sahaja. Akhirnya tidak ada nilai tambah dan tidak ada apa-apa hasil daripada program tersebut. Jadi dengan itu saya harap dan saya cadangkan kerajaan dapat mencetus kepada satu usaha sama perkongsian antara pihak universiti dan pihak swasta untuk menimbal dan
merangka modul dan syllabus bagi latihan tersebut - praktikal bergantung kepada bidang yang diikuti sama ada dipelajari oleh pelajar berkenaan. Di samping itu, pihak kementerian dan universiti hendaklah berusaha memantau proses latihan ini agar pihak majikan tidak hanya mendapat bekalan buruh murah bagi kerja atau aktiviti yang tidak menambah nilai kepada pelajar. Saya juga mencadangkan agar kerajaan mengkaji untuk memberi insentif galakan seperti potongan cukai lebih bagi syarikat yang mengambil pelajar bagi latihan industri dan siswazah. Manakala di pihak universiti pula sewajarnya menyediakan perlindungan insurans kepada pelajar yang menjalani latihan industri tersebut. Ini perkara pokok Tuan Yang di-Pertua, sebab kalau kita lihat usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi pendapatan, untuk memastikan bahawa kita dapat ganti pelajar ataupun pekerja-pekerja asing, kita kena pastikan bahawa siswazah kita, mahasiswa kita adalah ready, bukan unemployable - bukan hanya unemployed tetapi unemployable. Kita kena pastikan bahawa segala kemudahan yang telah disediakan oleh universiti untuk memastikan bahawa mereka ini adalah employable dan bukan hanya employable tetapi employable dalam kerja-kerja yang mendapat pendapatan yang tinggi. Ini dapat dilaksanakan dengan baik. Jadi saya pohon kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan bahawa isu ini dapat diselesaikan. Satu lagi isu Tuan Yang di-Pertua, akhir. Ini saya masuk kepada bab politik pula. Dua isu itu isu yang berhubung kait dengan ekonomi, bagaimana kita dapat meningkatkan lagi pendapatan negara dan sebagainya. Isu politik yang pertama. Saya tertarik dengan ucapan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Malangnya beliau tidak hadir dalam Dewan sekarang ini. Akan tetapi tadi sebelum lunch break, beliau telah berucap dan beliau telah bangkitkan soal laporan polis yang telah dibuat kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen daripada Rompin yang kebetulan juga adalah Tuan Terutama Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Memandangkan Yang Berhormat Rompin tidak ada di sini, Yang Berhormat Padang Besar pun tadi mencelah tetapi tidak dapat jawapan yang memuaskan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya ingin bangkitkan perkara ini dan jelaskan perkara ini bagi pihak mereka yang hadir dalam Dewan. Tadi Yang Berhormat Bukit Gelugor mengatakan bahawa laporan polis telah dibuat terhadap Yang Berhormat Rompin tetapi tidak didakwa. Saya agak keliru sedikit sebab Yang Berhormat Bukit Gelugor ini adalah seorang peguam - bukan peguam baru tetapi peguam lama. Akan tetapi seolah-olah dia tidak faham bahawa laporan polis ini tidak semestinya didakwa. Banyak laporan polis yang kita buat terhadap Pembangkang, tidak didakwa juga tetapi tidak menjadi masalah. Beliau mengatakan seolah-olah laporan polis dibuat dan tanya, syak bahawa perkara ini tidak dibawa kepada mahkamah, seolah-olah perkara itu automatik perlu dibawa ke mahkamah dan sekali gus telah mencemar imej Yang Berhormat dari Rompin. Yang Berhormat Padang Besar tadi telah bangun dan minta supaya Yang Berhormat dari Bukit Gelugor mengulang kenyataan tersebut di luar Dewan tetapi beliau tidak bersetuju, tidak sanggup mengulang di luar Dewan, jadi saya tidak faham.
Yang Berhormat Rembau, sedikit sahaja.
Sekejap, saya hendak habiskan dahulu ini dan selepas itu saya hendak pergi kepada ini. Kedua, saya hendak bangkitkan soal laporan polis. Dia kata bahawa laporan polis, sebab itu mencemar imej Malaysia apabila kita hantar Yang Berhormat Rompin menjadi duta besar dan sebagainya. Saya hendak nyatakan dan jelaskan di sini bahawa Kerajaan Barisan Nasional cukup jelas clear dalam hal ini. Apabila seseorang itu didakwa, kita tidak leave any room for ambiguity dengan izin. Kita telah minta dengan rekod dan sejarah kita, pemimpin kita yang telah didakwa di mahkamah sama ada bekas Menteri Besar Selangor yang telah didakwa di Australia, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. Sama ada bekas Menteri Tanah Persekutuan Tan Sri Kasitah Gaddam apabila didakwa di sini, mereka semua letak jawatan. Clear dasar Kerajaan Barisan Nasional. Apabila kita didakwa, kita minta pemimpin kita jelas atau clearkan nama mereka sebelum sambung dalam jawatan tersebut ataupun sebelum dibenarkan untuk pegang apa- apa jawatan. Akan tetapi dalam hal ini saya hendak tanya apakah stand pembangkang? Sedangkan Ketua Pembangkang sendiri didakwa di mahkamah tetapi terus dilantik dan dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang. Ini double standard. Kita di sini tidak ada masalah. Bila didakwa, kita minta pemimpin kita bela diri dahulu, clear your name first selepas itu comeback after that dengan izin. Akan tetapi dalam hal ini saya cukup jelas. Saya minta supaya Yang Berhormat Bukit Gelugor fikir sebelum bawa ucapan ini dahulu. Ini soal maruah kerajaan dan negara kita. Hantar duta besar kita yang baru sahaja kena laporan polis tidak didakwa pun, tetapi akhirnya mereka kata imej kita dicemari dan sebagainya. Minta diulang di luar Dewan, tidak sanggup buat demikian. Akan tetapi saya bangkitkan soal Ketua Pembangkang itu saya dalam hal ini saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor kerana sekurang-kurangnya Yang Berhormat Bukit Gelugor ini konsisten. Yang Berhormat Bukit Gelugor ini kata bahawa Ketua Pembangkang telah gagal dalam usaha 16 September dan perlu letak jawatan. Ini dalam blog Yang Berhormat Wangsa Maju. Ini konsisten kerana dia kata Yang Berhormat Permatang Pauh tidak layak lagi menjadi Ketua Pembangkang. Ini ucapan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu semalam bahawa ini adalah jelas bahawa ada pemimpin kanan dalam Pakatan Rakyat yang sudah rasa Yang Berhormat Permatang Pauh tidak layak memegang jawatan Ketua Pembangkang. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Saya mahu penjelasan Yang Berhormat Rembau kerana kita pun sama-sama concern mengenai calon yang kita hantar ke luar negara terutama sekali sebagai duta kerana ia merupakan lambang maruah seperti dikatakan tadi. Tahu tidak Yang Berhormat Rembau, kes yang dikaitkan kerana laporan polisnya ada tetapi tidak ada pendakwaan sebelum peguam Dato’ Shafie Abdullah masuk. Ini fakta tanpa insinuation. Kes itu merujuk kepada pendakwaan berkaitan molestation. Ada kes yang bersifat compoundable di antara pihak-pihak tertentu kalau ditarik balik kes tidak perlu diteruskan pendakwaan. Kes ini bukan merujuk kepada satu kes yang dipanggil a compoundable offence dengan izin iaitu merujuk kepada kesalahan kepada negara, an offence against state. Oleh sebab itu dalam falsafah Islam lain. Walaupun dalam kes bunuh, tetapi kalau keluarga maafkan, kes itu boleh selesai. Akan tetapi dalam kes common law – saya rasa Yang Berhormat Rembau lebih faham, dia pun belajar master di UCI.
Ringkaskan soalan Yang Berhormat.
Soalan saya ialah, apakah pilihan kerajaan ketika mana kita mahu kembalikan keyakinan orang luar, kita berdepan dengan pilihan seorang pemimpin – Yang Berhormat Rompin sebab saya tidak mengatakan dia salah di tahap ini, mengapa pilihannya itu? Ini kerana dasar yang lalu ketika Tun Abdullah Badawi membicarakan perkara yang lebih tinggi daripada perkara biasa iaitu integriti. Integriti ini melangkaui perundangan. Ujian kepada integriti ini lebih tinggi. So, saya memohon penjelasan kepada Yang Berhormat Rembau yang sudah tentu amat arif tentang Pelan Integriti Nasional yang kurang dibicarakan sekarang, lulus kah ujian Yang Berhormat Rompin ini untuk kita bawa sebagai duta besar ke Washington di mana mahu mengembalikan, walaupun beliau sebenarnya dikaitkan dengan kes Jack Abramoff walaupun tidak dikaitkan? Saya mohon penjelasan.
Yang Berhormat Rembau ada satu minit lebih.
Saya tidak tahu macam mana hendak jawab sebab ayat terakhir itu walaupun dia dikaitkan dengan Jack Abramoff walaupun tidak dikaitkan. Jadi di situ pun saya tidak tahu macam mana penjelasan...
Dikaitkan.
Yang dia pohon tanpa bukti.
Jawatankuasa disiplin UMNO, Yang Berhormat Rembau didapati bersalah. [Ketawa]
Sahaja dibangkitkan kes laporan polis yang tidak bawa kepada pendakwaan. Jadi saya tidak perlu jawab di situ. Cuma, saya ingin akhiri dengan menyambung...
Mencelah sedikit.
Boleh mencelah sedikit tidak?
Sekejap...
Satu minit lagi Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat beri, tidak ada masa lagi untuk menjawab.
Saya hendak sambung sedikit dengan apa yang Yang Berhormat Kota Belud katakan tadi. Ini perkara penting. Ini soal konsistensi sebab dipohon tiap-tiap kali Dewan Rakyat konsistensi daripada Barisan Nasional dan pemerintah Barisan Nasional tetapi sedikit sahaja kita minta konsistensi daripada pihak sebelah sana di mana pendedahan Yang Berhormat Kota Belud pagi tadi yang jelas bahawa Dasar Ekonomi Pakatan Rakyat itu disubkontrakkan kepada DAP oleh Keadilan dan PAS. Inilah konsistensi yang tidak ada langsung di kalangan Pakatan Rakyat. Saya beri lagi satu contoh yang terkini dan hangat diperkatakan iaitu pilihan raya kerajaan tempatan, local government election.
Saya ingin menyatakan di sini bahawa tidak ada konsistensi, yang minta kerajaan Selangor, Pulau Pinang, DAP dan Keadilan, tetapi PAS diam diri dalam hal ini. Kerajaan Negeri Kelantan tidak cakap langsung tentang local government election. Kerajaan Negeri Kedah tidak cakap langsung tentang local government election.
[Bangun]
Malah, dalam Common Policy Framework - duduk Yang Berhormat Kuala Selangor, duduk. Saya akan beri laluan. Sekejap. Malah, dalam Common Policy Framework disebut dicairkan daripada komitmen untuk diadakan pilihan raya local government kepada komitmen untuk memperkukuhkan local government. Jadi, di sini macam mana hendak percaya kepada satu pakatan yang kononnya satu pakatan, kononnya hendak ada two party system tetapi sebenarnya berpecah. Dalam soal pokok iaitu dalam pilihan raya kerajaan tempatan pun tidak ada kata sepakat.
Mencelah sedikit.
Dua kerajaan negeri sokong, dua lagi tidak sokong. Dalam Common Policy Framework dicairkan supaya tidak ada komitmen daripada PAS dan daripada Keadilan. Saya hendak tambah lagi Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Rembau, mencelah sedikit sahaja.
Yang Berhormat Rembau, masa sudah habis Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor, dia tidak beri laluan Yang Berhormat.
Isu konsistensi. Saya tidak ada masa. Nanti Yang Berhormat Kuala Selangor boleh bangkit dalam ucapan, saya tidak ada masa. Ini isu konsistensi tadi Yang Berhormat Kota Belud bangkit memang betul mengatakan supaya dituntut Pengerusi Jawatankuasa Kira- kira Wang Negara (PAC) diberi kepada pembangkang. Akan tetapi di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat tidak diberi Pengerusi PAC kepada Barisan Nasional. Dalam negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, peruntukan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Barisan Nasional tidak diberi, sedangkan dalam Dewan ini dituntut supaya diberi peruntukan kepada mereka. Di mana konsistensi keadilan yang dituntut? Sedangkan di Selangor saya dapat banyak rungutan daripada kontraktor-kontraktor kecil yang ada sedikit kaitan dengan UMNO, bukan sahaja tidak diberikan kontrak tetapi disenaraihitamkan. Bukan sahaja tidak dibenarkan masuk ke dalam tender tetapi disenaraihitamkan terus kerana ada hubungan dengan UMNO. Apakah dasar keadilan? Kita cakap soal kebebasan media. Pembangkang cakap fasal kebebasan media. Kita semua tahu bagaimana wartawan daripada Utusan Malaysia dihalang untuk masuk ke sidang akhbar.
Jangan one way sahaja kalau berani.
Bagaimana TV Selangor ini adalah media yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Kalau berani jangan one way sahaja. Beri laluan, kita tengok.
Di Selangor ini langsung tidak beri coverage kepada Barisan Nasional. Propaganda tool untuk Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor. Jadi, di mana keadilan? Saya bangkit isu ini Tuan Yang di-Pertua...
Baik, masa sudah habis.
Masa dah habis. Cukup, cukup, cukup.
Ini pembohong.
Sebagai konsistensi. Tidak mahu terima kebenaran. You must be consistent dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Saya akan tamatkan ucapan saya. Cuma, saya hendak minta supaya kita ada konsistensi. Jangan kita dengar syarahan daripada sana sahaja kata kita salah dan kita tidak betul dan sebagainya. Sebenarnya Pakatan Rakyat ini lagi buruk daripada Barisan Nasional Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk] Dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.
Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Saya konsisten Yang Berhormat. [Ketawa]
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan laluan untuk saya turut terlibat dalam perbahasan Titah Diraja pada petang ini. Tadi saya sebut Yang Berhormat Rembau mungkin tidak perasan. Beliau juga didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO tetapi beliau tidak meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO.
Sama juga dengan Dato’ Zaid Ibrahim yang masuk Keadilan, yang disambut dengan karpet merah.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sungguh gembira pada sesi Parlimen pada kali ini kerana dapat memperlihatkan agar rakan-rakan dari Barisan Nasional yang cuba memainkan peranan yang cukup baik untuk memperkasakan, untuk belajar bagi memperkasakan kedudukan diri mereka sebagai pembangkang pada masa yang akan datang. [Tepuk]
Jadi banyak seperti bajet DAP diperbahasakan dalam Dewan yang mulia ini. Jadi saya lihat bahawa itu menunjukkan mereka cukup memperakui DAP dan rakan-rakan Pakatan Rakyat ini merupakan parti yang layak untuk menduduki kerajaan. [Tepuk] Maknanya banyak lagi kekurangan. Saya boleh beri kursus bagaimana untuk menjadi pembangkang yang baik. [Ketawa] Saya lihat bahawa genap dua tahun Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini pun begitu juga dalam
akhbar Utusan Malaysia dan arus perdana banyak mengatakan, “Oh! Pakatan Rakyat gagal!” Jadi gambaran itu menunjukkan bahawa peranan mereka sebagai pembangkang untuk menjadi penafi kepada kejayaan yang telah pun dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang kami memerintah. Jadi, terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Rembau, dan juga rakan-rakan yang lain. Begitu juga kalau kita lihat akhir-akhir ini di negeri Kedah pun UMNO dan Barisan Nasional membuat demonstrasi tetapi ada 30 orang. [Ketawa] Demonstrasi kepada Kerajaan Negeri ada 30 orang. Oleh sebab itu saya beritahu kepada UMNO Kedah, saya hendak beri kursus bagaimana hendak membuat demonstrasi. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyebut dua atau tiga perkara pada petang ini. Pertama, berkaitan dengan persoalan isu keselamatan negara kita. Ini kerana saya melihat bahawa kebimbangan yang amat sangat apabila dilihat bahawa pengurusan persoalan keselamatan negara kita ini seperti tidak dapat dikawal dengan baik. Ini membabitkan persoalan institusi-institusi keselamatan dan pertahanan dalam negara kita. Seperti yang telah pun diperakui yang didedahkan oleh Menteri Pertahanan sebelum ini berkaitan dengan pertama sekali ialah pembocoran rahsia penting kerajaan yang membabitkan negara-negara asing dan juga membabitkan kedutaan negara asing yang ada di Kuala Lumpur. Bagi saya bahawa ini satu perkembangan yang tidak sihat dan berlaku di dalam negara kita ini kerana memberikan satu gambaran bahawa seolah-olah kita telah terdedah segala maklumat penting yang berkaitan dengan soal rahsia negara kita ini kepada negara-negara luar. Oleh sebab itu, persoalan yang saya hendak bangkitkan pada petang ini ialah pertama sekali, sehingga sekarang kerajaan tidak pun memberikan satu pemakluman kepada masyarakat dan rakyat siapa daripada warga Kementerian Pertahanan, khususnya warga tentera sendiri yang terlibat dalam penjualan rahsia atau pun membocorkan rahsia penting negara kita ini. Saya percaya mungkin rahsia penting ini yang dimaksudkan kita hendak tahu apa yang dikatakan rahsia penting? Apakah rahsia yang berkaitan dengan soal keselamatan dan pertahanan dalam negara kita? Jadi sehingga sekarang Menteri Pertahanan masih belum memperjelaskan kepada kita bahawa siapa yang terlibat dan apakah bentuk tindakan yang telah diambil ke atas mereka yang terbabit untuk membocorkan rahsia tersebut. Kedua, kita telah dimaklumkan bahawa ini membabitkan kedutaan negara asing. Kita tidak diberitahu bahawa negara mana. Sepatutnya bagi saya bahawa rakyat harus diberitahu negara mana, kerana apabila kita lihat ada pihak negara luar yang dilihat kononnya yang mencampuri urusan-urusan dalam negara kita, kerajaan, pihak UMNO Barisan Nasional begitu menempelak negara-negara asing. Akan tetapi mengapakah apabila negara-negara asing yang telah dilihat bukan sekadar mencampuri tetapi cuba melakukan pengintipan terhadap negara kita ini, tiba-tiba kerajaan tidak bersedia untuk berkongsi maklumat ini dengan masyarakat dan rakyat khususnya. Bagi saya bahawa kerajaan harus boleh berkongsi maklumat itu dengan Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan Parlimen ini. Ini sangat penting untuk saya dapatkan makluman ini. Kita hendak tahu negara mana dan apakah tindakan yang telah pun dibuat oleh kerajaan negara kita ini? Apakah kedutaan negara asing ini telah dipanggil? Kalau pun tidak diusir keluar daripada Kuala Lumpur tetapi sekurang-kurangnya bagi saya, kita tahu bahawa apakah kedutaan negara itu telah diberikan amaran keras terhadap perbuatan mereka yang boleh menggugat keselamatan dalam negara kita ini.
Oleh sebab itu bagi saya bahawa saya sangat berkehendak kepada kerajaan harus berterus terang dan berani untuk mendedahkan negara mana. Saya takut bahawa apabila kerajaan dalam jawapan yang diberikan oleh Menteri Pertahanan kepada salah seorang Ahli Parlimen dalam negara kita ini kerajaan tidak perlu mendedahkan negara mana dan kerajaan telah menyelesaikan melalui proses diplomatik, apakah kerajaan takut untuk berhadapan dengan negara tersebut? Jadi ini harus diambil perhatian dan saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan. Kedua ialah berkaitan soal pembocoran rahsia ini. Apabila kerajaan telah mengumumkan pelantikan kepada APCO Worldwide Incorporated iaitu sebuah syarikat yang kononnya untuk diberikan tanggungjawab untuk menguruskan komunikasi media baru. Saya, Tuan Yang di-Pertua, walaupun soal kerajaan hendak menafikan bahawa tidak ada kaitan dengan 1Malaysia yang dinasihatkan oleh APCO ataupun tidak itu satu persoalan yang lain. Nanti kita dengar penjelasan yang akan dibuat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Akan tetapi bagi saya bahawa soalnya sekarang ini kenapakah kerajaan melantik APCO? Ini isunya. Apa perlunya kerajaan melantik APCO? Apakah tidak ada syarikat-syarikat yang saya anggap bahawa APCO ini dia memainkan peranan sebagai perunding media? Apakah tidak ada kepakaran itu pada syarikat-syarikat perunding media yang terdapat di dalam negara kita? Umpamanya, syarikat-syarikat sepertimana yang pernah dibuat oleh kerajaan sebelum ini dalam kempen-kempen pilihan raya, pernah mengambil syarikat yang dimiliki oleh Lim Kok Wing umpamanya untuk tujuan Kempen Pilihan Raya sebagai Pengurus Media dan kempen kepada UMNO dan Barisan Nasional. Apakah tidak ada syarikat seperti mana Black Pencil, syarikat yang berkaitan dengan kepakaran dalam media yang dimiliki oleh seorang yang bernama Ali Muhammad? Banyak lagi syarikat yang kalau hendak bercakap soal bumiputera dan orang Melayu yang dimiliki kepakaran itu oleh orang Melayu dan bumiputera yang terdapat dalam negara kita. Tiba-tiba kerajaan mengambil syarikat yang dimiliki oleh orang asing yang ada kaitan dan hubung kait dengan gerakan Zionis antarabangsa dan juga negara haram Israel. Saya tidak faham bagaimanakah kerajaan mengambil tindakan dan langkah yang seperti ini? Dalam satu masa dia menjerit kononnya bahawa anti- Israel, menentang Zionis - kezaliman yang dilakukan oleh Israel terhadap umat Islam di Palestin dan sebagainya. Akan tetapi dalam masa yang sama dia mengambil syarikat yang di dalam syarikat tersebut merupakan pemuka-pemuka dan pembesar-pembesar negara haram Israel yang pernah berkhidmat dengan negara haram Israel. Jadi bagi saya, umpamanya orang sepertimana Doron Bergerbest Eilon umpamanya, bekas ketua bahagian dan kawalan keselamatan di bawah agensi keselamatan iaitu Israel Security Agency (ISA) yang bertaraf mejar jeneral. Dia ini bertaraf mejar jeneral dan juga merupakan founder kepada sebuah syarikat yang ada kaitan dengan APCO iaitu ASERO umpamanya. Begitu juga dengan bekas ambassador ke Israel iaitu Itamar Rabinovich bekas Presiden Universiti Tel Aviv, Shimon Stein bekas Duta Israel ke Jerman umpamanya yang juga bekas Menteri dan bekas Pengarah Kawalan Senjata Kementerian Luar Israel. Ini antara mereka yang duduk dalam Majlis Penasihat kepada APCO Worldwide. Jadi isunya Tuan Yang di-Pertua ialah saya memahami bahawa tugas mereka ini sebagai perunding media. Walaupun disebut atau tidak disebut sebagai perunding media tetapi disebut dalam menangani masalah komunikasi media
baru. Apakah komunikasi media baru? Komunikasi media baru ialah alat untuk hendak memposisikan...
[Bangun]
...Dalam pemikiran masyarakat dan rakyat negara kita ini tentang dasar kepimpinan yang ada pada Perdana Menteri kita dan juga Kerajaan Barisan Nasional.
Yang Berhormat Pokok Sena.
Itu tujuan mereka. Ini tujuan melantik APCO. Kalau melantik APCO hanya sekadar hendak membuat twitter atau facebook, dan sebagainya saya kira bahawa Perdana Menteri sudah ada facebook dan twitter, dan sebagainya.
Yang Berhormat Pokok Sena.
Maknanya ini antara yang saya katakan komunikasi media baru. Sekejap, ya. Akan tetapi kalau sekadar itu, saya kata bahawa anak saya pun boleh buat facebook. [Ketawa] Anak saya tolong dan boleh buat facebook atau twitter kepada saya. Akan tetapi ini bermakna bahawa komunikasi media baru itu hanya sebagai alat tetapi sebenarnya bagi saya bahawa peranan APCO ialah untuk memposisikan dalam pemikiran kepala otak rakyat Malaysia, oh! Perdana Menteri kita seorang yang baik, bagus, kerajaan dan dasar kita, dan sebagainya. Tujuannya ialah hendak mengembalikan keyakinan yang sudah runtuh di kalangan masyarakat dan rakyat terhadap kepimpinan dan juga Kerajaan Barisan Nasional.
Ya. Sedikit sahaja Yang Berhormat Pokok Sena. Saya agak bingung sedikit sebab di dalam jawapan Yang Berhormat Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon di dalam soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang, antara tanggungjawab APCO Worlwide ialah menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej negara di luar negara. Pada pandangan saya, ia merujuk juga kepada aspek-aspek dasar luar negara. Adakah dasar yang dicadangkan itu sesuai, bagus? Sehingga hari ini apabila Amerika sendiri membuat ketetapan mengenai penempatan haram Israel sekarang, satu dunia telah membuat ketetapan, Indonesia telah melakukan ketetapan yang kuat, kita masih lagi berdiam diri. Nasihat apa itu? Imej sebagaimana sebenarnya yang mahu dijadikan kepada negara kita oleh penasihat sebegini?
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Itu menunjukkan bahawa kerajaan kita sudah menjadi tali barut kepada kumpulan seperti ini, kepada pengganas dunia. Bagi saya sebab itu mereka tidak berani untuk menyatakan pendirian mereka sepertimana yang dinyatakan oleh negara-negara lain. Baik. Isunya Tuan Yang di-Pertua apa yang saya sebutkan tadi ialah apabila APCO dilantik untuk menjadi perunding media kepada Kerajaan Barisan Nasional dan juga kepada kepimpinan Perdana Menteri kita ini, ini bermakna bahawa ia akan mendedahkan segala maklumat rahsia penting dalam negara kita
ini kepada sebuah syarikat asing, dan syarikat yang ada kaitan dengan gerakan Zionis antarabangsa dan juga negara haram Israel. Ini bagi saya bahawa – sebab kalau tidak, bagaimana mereka hendak memberikan nasihat untuk membantu kerajaan bagi menaikkan kembali imej kerajaan dan juga kepimpinan Dato’ Sri Mohd. Najib, Perdana Menteri kalau mereka tidak punya maklumat yang cukup apatah lagi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan demography information, bermakna maklumat demografi. Ini sangat berbahaya! Walaupun saya tahu bahawa demography information itu bukan bermakna bahawa tahun hadapan Israel hendak menyerang kita tetapi ini sangat penting untuk syarikat-syarikat luar, negara-negara luar yang tujuan mereka ialah untuk satu jangka masa yang lebih panjang terhadap kepentingan mereka di dalam negara kita. Jadi bagi saya, saya kira bahawa suatu yang sangat membimbangkan saya apabila kerajaan melantik syarikat yang seperti ini dan menafikan kebolehan syarikat-syarikat anak tempatan yang terdapat dalam negara kita. Saya masih lagi boleh berkira kalau diberikan kepada syarikat tempatan. Syaratnya mestilah dengan open tender dan sebagainya untuk melihat dari segi persaingan, kebolehan dan sebagainya. Akan tetapi, ini pun kepada syarikat luar negara kita ini pun dibuat – saya tidak tahu bagaimana proses mereka mendapatkan khidmat syarikat tersebut. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan, berapa fee yang dibayar kepada syarikat ini? Walaupun ada yang mengatakan 20 hingga 30 juta, saya hendak tahu dalam ringgit Malaysia ataupun US dolar. Akan tetapi, bagi saya bahawa ini satu pembayaran yang sangat tinggi sebab saya berhak untuk mendapat maklumat ini kerana ini membabitkan wang negara, wang rakyat apabila diguna. Untuk apa tujuan diberikan kepada syarikat yang boleh mendatangkan kesan yang sangat buruk kepada masa hadapan negara kita ini? Maklumat ini sudah tentu bahawa – maklumat yang akan diperoleh oleh APCO nanti boleh dijual kepada pihak-pihak yang lain. Ini berlaku dalam kes Perang Teluk yang pertama sehingga menyebabkan Israel mengebom tempat-tempat yang strategik ini kerana mendapat maklumat daripada syarikat telekomunikasi. Apabila ia ada kepentingan dengan Amerika, maka Amerika kata, kalau dia hendak ini, maka dia perlu jual maklumat yang ada kepada mereka. Jadi saya kira bahawa ini sangat berbahaya kepada masa hadapan. Saya minta penjelasan seperti mana yang telah saya sebutkan tadi. Saya hendak tahu mengapa syarikat seperti Lim Kok Wing ini tidak diberikan sedangkan selama ini kerajaan menggunakan khidmat Lim Kok Wing. Apakah kerajaan sudah hilang kepercayaan kepada Syarikat Lim Kok Wing? Sedangkan kerajaan melaungkan 1Malaysia ini “Rakyat Didahulukan”. Mengapa Amerika didahulukan? [Ketawa] Mengapa Israel didahulukan? Mengapa Zionis didahulukan? Mengapa rakyat Malaysia dibelakangkan? Jadi ini yang saya mohon penjelasan. Kemudian yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan kehilangan enjin jet, walaupun Yang Berhormat Padang Besar selaku Pengerusi PAC telah membuat kenyataan. Dia mengatakan bahawa tiada yang terlibat di peringkat pegawai tinggi dan sebagainya. Itu tidak mengapa. Itu dia punya – tetapi yang hairannya ialah macam mana ia boleh hilang ini? Disebut oleh Yang Berhormat Padang Besar dalam satu kenyataannya, di stor yang disimpan ada 400,000 Yang Berhormat Tumpat ya? Sebanyak 400,000 equipments spare part termasuk yang
kecil-kecil ini. Yang kecil tidak hilang, yang besar boleh hilang. Yang ini saya pun hairan macam mana kecurian dan kehilangan ini boleh berlaku. Akan tetapi, isu yang saya hendak bangkitkan di sini ialah kerajaan mengatakan bahawa kita sudah jumpa enjin tersebut di Uruguay. Saya hendak minta penjelasan daripada kerajaan, yang dikatakan enjin itu ada di Uruguay itu ada di kedaikah? Di kedai macam orang jual enjin-enjin burukkah ataupun depa jumpa enjin itu duduk di kapal terbang, duduk di jet? Keadaan, kedudukan enjin itu macam mana sehinggakan kita terpaksa lantik wakil di Uruguay untuk membuat proses, untuk membawa balik ini? Adakah ia duduk di jet? Bagi saya, kalau ia duduk di jet, walaupun kenyataan Menteri Pertahanan kata nilainya sudah rendah, RM300,000, enjin kita pun sudah kondem, sebenarnya bagi saya bahawa tidak kondemlah benda itu kalau boleh duduk di jet. Bagi saya bahawa kenapa orang hendak curi kalau kata bahawa ia tidak lagi berguna untuk kepentingan negara kita, kepentingan sebagai enjin kepada pesawat? Jadi ini yang saya minta kerana orang pun hairan macam mana Malaysia ini boleh ada jet...
Sila gulung.
Boleh ada jet yang tidak ada enjin. Israel ini ia ada jet setakat tidak ada pilot sahaja. Dia pun hairan, dia kata hendak perang macam mana dengan Malaysia ini, depa lagi hebat. Sebab apa? Jet di Malaysia tiada enjin, jet Israel ia boleh ‘recky’, ia tiada pilot, ia pakai remote sahaja, ia pakai radar. Yang ini di Malaysia dia kata, jet pesawat pejuang depa ini tiada enjin, dia kata lagi hebat. [Ketawa] Macam orang Melayu main wau itulah. [Ketawa] Pakai lepas tali naik. Akan tetapi isunya saya hendak tanya ialah bagaimana kedudukan enjin itu? Adakah enjin itu dijumpai di stor, di kedai enjin-enjin lama ataupun ia dijumpai berada pada body kapal terbang, body jet? Ini sangat penting. Akhir sekali, saya hendak sebut ialah berkaitan dengan soal pihak ketiga yang didakwa oleh Ketua Polis Negara yang memberikan arahan kepada pegawai polis. Ini saya hendak minta penjelasan daripada pihak Menteri Dalam Negeri memperjelaskan kepada saya dan juga kepada Dewan ini, siapa yang dimaksudkan. Maknanya dia perlu mintalah penjelasan daripada Ketua Polis Negara supaya dia boleh datang ke sini, dia jawab. Jangan datang ke sini, dia beritahu kepada kita tanya kepada Ketua Polis Negara. Dia sebagai Menteri perlu tanya Ketua Polis Negara, beri jawapan siapa dia pihak ketiga, saya hendak bawa jawapan ini ke dalam Parlimen. Adakah bermaksud juga yang dimaksudkan oleh Ketua Polis Negara pihak ketiga itu termasuk pihak ketiga yang mengarahkan Sirul dan juga Azila untuk membunuh Altantuya? Ini kita hendak tahu, adakah pihak ketiga yang mengarahkan mereka sebab Sirul mengatakan dalam mahkamah bahawa dia menjadi kambing hitam kepada pihak lain yang berada di luar daripada mahkamah. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Lanang. Ini tidak ada politiklah Yang Berhormat. Saya cukup yakin. Orang Sarawak semua. [Ketawa] Sila Yang Berhormat Lanang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, melalui Dewan yang mulia ini saya mohon untuk
menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan serta menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Kedua Belas. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah menjalankan dan melaksanakan konsep 1Malaysia yang sungguh berkesan terutamanya bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Konsep 1Malaysia Tuan Yang di-Pertua, disambut baik oleh kaum-kaum bukan bumiputera. Kebimbangan mereka selama ini terhadap keadilan dan kesaksamaan polisi-polisi kerajaan telah dijelaskan. Kerajaan haruslah mengambil langkah positif untuk mengenal pasti dan menghapuskan sebarang polisi atau amalan yang tidak selari dengan konsep 1Malaysia. Sehubungan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membentangkan beberapa isu seperti berikut. Pertama, masalah-masalah yang dihadapi sekolah-sekolah Cina. Rakyat jelata berketurunan Cina menerima baik polisi terbuka kerajaan terhadap sekolah- sekolah Cina baru-baru ini. Sehubungan itu, saya ingin mengutarakan beberapa isu untuk pertimbangan pihak Kementerian Pelajaran. Pertamanya, saya merayu agar kerajaan mengekalkan semula polisinya supaya memberi pengiktirafan rasmi kepada sekolah-sekolah Cina. Baru-baru ini Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pelajaran supaya mengkaji semula isu berkaitan pengiktirafan sijil- sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina dan seterusnya masalah belajar sekolah menengah Cina mendapatkan tempat di universiti awam. Di negara-negara seperti Singapura, China, Taiwan mahupun Australia telah memberikan pengiktirafan kepada sijil-sijil yang dikeluarkan oleh sekolah-sekolah Cina. Tidak dapat dinafikan sekolah-sekolah Cina di negara ini telah menghasilkan golongan pelajar yang cemerlang. Ramai daripada tokoh-tokoh negara turut merupakan graduan-graduan sekolah-sekolah tersebut. Saya merayu agar kerajaan dapat mempertimbangkan perkara tersebut berasaskan konsep 1Malaysia iaitu memberi pengiktirafan kepada sistem pendidikan tanpa mengira bahasa dan kaum di negara ini. Ini akan membolehkan pelajar-pelajar sekolah- sekolah Cina berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di negara sendiri dan bukannya di negara luar yang mungkin mengakibatkan brain drain dengan izin. Keduanya, Kementerian Pelajaran dalam meluluskan cadangan sekolah untuk membangunkan dan mempertingkatkan prasarana sekolah mengenakan syarat-syarat bahawa kementerian hanya akan mempertimbangkan kelulusan tersebut apabila tabung pembangunan tersebut mencapai sebanyak 80% daripada jumlah kos pembangunan. Syarat tersebut adalah dianggap tidak radikal oleh sebab lembaga sekolah-sekolah sememangnya telah mencadangkan projek pembangunan sekolah berasaskan keyakinan tinggi terhadap sumber kewangan. Adalah jarang sekali kita mendengar sesebuah tabung pembangunan sekolah menghadapi masalah tidak mampu untuk menyiapkan projek pembangunan sekolah. Lagipun, kerajaan tidak menjadi penjamin dalam pembangunan sekolah tersebut. Syarat tersebut telah mengakibatkan kelewatan dalam pembangunan ataupun penambahbaikan prasarana sekolah. Ketiga, kami berharap tahap persefahaman di antara Tionghoa dan Kementerian Pelajaran dapat dipertingkatkan demi manfaat sekolah-sekolah Cina. Kami berharap liberalisasi dialog dapat diadakan di kedua-dua pihak agar segala
konflik dan salah faham dapat diselesaikan. Kedua, mempertingkatkan bantuan kebajikan. Tuan Yang di-Pertua, dalam merealisasikan hasrat untuk menjadi sebuah negara yang ingin mewujudkan masyarakat penyayang, kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan kebajikan bulanan kepada mereka yang miskin dan kurang upaya. Namun begitu, kami telah menerima rayuan daripada penduduk-penduduk yang mendapat bantuan kebajikan ini untuk menambahkan bantuan bulanan ini memandangkan jumlah yang diberikan sekarang ini amat kecil dan tidak dapat membantu mereka yang teramat miskin dan kurang upaya ini. Dengan harga barangan dan perkhidmatan melambung naik, adalah wajar kerajaan menyemak semula bantuan bulanan kebajikan yang sedia ada demi manfaat golongan miskin dan kurang upaya. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang kes penipuan dalam perniagaan terutama kes penipuan yang membabitkan agensi pelancongan dan kes penipuan kepada pemilik telefon bimbit melalui sistem pesanan ringkas. Tuan Yang di-Pertua, kes penipuan orang awam oleh agensi pelancongan sering dilaporkan di media massa. Biasanya orang awam yang ingin melancong akan membayar sebahagian kos pelancongan atau deposit dengan izin, kepada agensi pelancongan tetapi akhirnya perjalanan pelancongan dibatalkan. Sementara agensi pelancongan tidak memberikan balasan atau perniagaan sudah ditamatkan semasa mereka ingin menuntut pembayaran balik wang pendahuluan. Memandangkan kebanyakan mangsa kes penipuan ini melibatkan warga tua dan golongan yang berpendapatan sederhana, kerajaan harus mengambil perhatian terhadap kes penipuan ini. Pihak polis dan pihak berkenaan yang lain harus menjalankan siasatan untuk menjaga hak pengguna agar kes penipuan seperti ini tidak akan berulang lagi. Selain mengambil tindakan terhadap agensi pelancongan yang menipu orang awam, kerajaan juga harus mengambil langkah untuk membantu agensi pelancongan dalam meningkatkan perniagaan dan perkhidmatan mereka agar mereka berdaya saing semasa menghadapi saingan pembelian tiket pesawat online dan saingan yang hebat dalam persekitaran ekonomi global. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya bilangan kes penipuan oleh agensi pelancongan yang berlaku di negara kita bermula daripada 1 Januari 2009 sehingga kini. Tuan Yang di-Pertua, telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang digunakan secara meluas oleh kebanyakan lapisan masyarakat. Penggunaan telefon bimbit membawa banyak kemudahan kepada pemiliknya. Berikutan penggunaan telefon bimbit yang meluas, kes penipuan kepada pemilik telefon bimbit melalui sistem pesanan ringkas sering berlaku di negara kita. Oleh itu, orang ramai telah dimaklumkan supaya berwaspada dengan penipuan ini melalui apa-apa jabatan. Namun, kes penipuan kepada pemilik telefon bimbit masih lagi berlaku melalui taktik ala pesanan yang berlainan. Selain meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kes-kes penipuan ini, apakah usaha yang telah diambil oleh pihak polis dan pihak berkenaan yang lain untuk menangani masalah ini agar pemilik telefon bimbit tidak menjadi mangsa baru kepada orang yang berniat jahat? Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin masuk dalam perbahasan kali ini.
Bulan depan merupakan ulang tahun yang pertama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan sebelum saya masuk dalam ucapan saya yang saya telah sediakan, saya ingin menjawab sedikit apa yang telah pun dikatakan oleh rakan saya sebelah sana Yang Berhormat Kota Belud. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud kerana rela membentangkan Bajet DAP ke dalam Parlimen untuk dibahaskan. [Tepuk] Saya juga harap kalau boleh Yang Berhormat Kota Belud boleh macam usul yang dibawa atas Yang Berhormat Permatang Pauh, bawalah usul mengenai Bajet DAP untuk dibahaskan dalam Parlimen supaya kita boleh tahu yang mana, bajet daripada DAP atau daripada bajet Barisan Nasional yang lebih baik untuk rakyat Malaysia. Akan tetapi yang mengecewakan saya sedikit adalah saya rasa fikiran yang bersifat perkauman apabila beliau membaca nama-nama penulis bagi bajet ini dan berkata bahawa ini semua orang Cina dan ada satu boleh jadi orang India dan tidak ada orang Melayu. Saya rasa sifat ini memang tidak betul, memang masalah Barisan Nasional, ini bersifat perkauman. Bagi kita, apabila Ahli Parlimen DAP menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yang Berhormat Permatang Pauh sebagai bakal Perdana Menteri, kita menyokong beliau bukan kerana dia seorang Melayu tetapi kerana dia seorang pemimpin yang dapat membawa banyak manfaat dan kebaikan kepada rakyat di Malaysia. [Tepuk]
[Bangun]
Kita tidak lihat warna kulit Yang Berhormat Permatang Pauh dan ini merupakan satu sifat yang perlu kita ubah di negara kita. Saya tidak mahu beri jalan dahulu. Saya pun, kalau ada masa, saya..
Sikit sahaja.
...Akan beri. Okey, kalau ada masa saya akan beri. So...
Cerita bajet lah.
Saya faham, okey.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
...Dan saya hendak menjawab juga tuduhan Yang Berhormat Kota Belud bahawa DAP tidak mengambil kira orang beragama Islam dan orang Melayu. Saya juga ingin menunjukkan statistik-statistik yang jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang diketuai oleh Yang Berhormat Bagan mengambil berat tentang kepentingan Sekolah Agama Rakyat di Pulau Pinang dan kita boleh tengok peruntukan kepada sekolah agama rakyat di Pulau Pinang telah meningkat daripada RM1 juta pada tahun lalu sehingga RM1,700,000...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Banyak...
Banyak, you kena tahu bajet bagi Pulau Pinang hanya tidak sampai RM400 juta setiap tahun dan kita tengok kerajaan di Melaka, kerajaan di Johor, apa mereka buat dengan sekolah agama rakyat? Melaka memotong elaun guru-guru kelas agama di negeri sehingga tinggal RM10 sahaja. Elaun Melaka tinggal RM10 sahaja.
Oh! itulah UMNO.
Elaun bersalin guru- guru agama Johor kena dipulangkan semula kepada kerajaan. Itulah apa yang terjadi Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan Negeri Melaka, Negeri Johor. Manakala di Pulau Pinang kita tetap meningkatkan peruntukan kepada Hal Ehwal Agama Islam daripada RM12 juta sehingga RM24 juta tahun ini walaupun ekonomi merosot seperti apa yang diakui oleh Yang Berhormat Kota Belud. Walaupun kita mempunyai tekanan ekonomi di Pulau Pinang kerana sektor pembuatan itu merosot, kita tetap meningkatkan peruntukan kepada hal ehwal Islam. Kenapa? Sebab kita ada dasar yang mengikut keperluan dan bukan mengikut perkauman. [Tepuk] Kalau ada keperluan sekolah agama rakyat yang sekian ini dipinggirkan oleh Kerajaan Barisan Nasional, kita akan membantu sekolah agama rakyat. Saya hendak tanya, saya rasa rakan saya Yang Berhormat Rasah akan juga berucap dalam ucapan dia dan saya hendak tanya bila pihak DAP sekarang yang membantah banyak special draw yang diadakan oleh syarikat-syarikat perjudian di Malaysia, kita hendak kurangkan, Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO ada dengar tidak? Sekarang kita nampak ada cerita Barisan Nasional akan memperkenalkan perjudian sukan.
World cup.
Kita bantah! Barisan Nasional, adakah Barisan Nasional berani bantah perjudian-perjudian sukan? Kita minta sokong, sokong sama-sama membantah pelaksanaan perjudian sukan di negara kita ini. Kita tidak mahu ban sukan secara terus, secara langsung tetapi kita mesti ada had, kita kena ada had kerana kita tidak mahu meningkatkan beban terlalu banyak pada rakyat kita. Saya hendak meneruskan pada ucapan saya...
[Bangun]
Yang Berhormat Rasah cepat ya.
Sikit, sikit, sikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak pinjam floor daripada Yang Berhormat PJ Utara untuk bertanya kepada pandangan daripada rakan-rakan di sebelah sana khususnya Yang Berhormat Kota Belud dan khususnya kepada Yang Berhormat Rembau. Apakah pandangan dan pendirian terhadap sports betting ini, kerana Yang Berhormat Rembau saya tahu dia peminat sukan, peminat Manchester United dan juga Timbalan Presiden FAM kerana saya rasa ini akan memberikan kesan yang secara terus kepada kualiti sukan kita, bola kita, bola sepak kita sudah begitu teruk sekali. Kalau ada sports betting ini takut nanti kualiti badminton kita juga akan terjejas, mungkin nanti ada pertaruhan dalam Thomas Cup pula. Jadi saya harap, saya hendak pinjam mungkin floor dari Yang Berhormat PJ Utara untuk tanya pandangan daripada rakan-rakan di sebelah sana. Terima kasih.
Saya tambah sedikit sahaja, 30 saat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat PJ Utara, semasa Mantan Perdana Menteri menolak cadangan daripada Berjaya untuk dikemukakan atau diberikan lesen ya, jelasnya Mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mengizinkan special draw itu atau lesen itu. Akan tetapi nyata dalam pemerintahan Perdana Menteri hari ini, ia mahu diberikan, bahkan telah pun diberikan dan perjudian sukan pun hendak diberikan dan dipertimbangkan.
Bagaimana agaknya, apakah telah tinggal Islam Hadari Pak Lah Badawi? Terima kasih.
Yang itu kita minta menteri memberikan penjelasan kepada Dewan ini.
Boleh mencelah sedikit?
Sorry, let me go on first.
Perjudian, perjudian, perjudian.
Let me go on a bit.
Sebab minta penjelasan.
Let me go on a bit first, I got far a bit here…
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya hendak akui semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri pada masa satu tahun lalu, saya ada rasa boleh jadi ekonomi kita akan pulih kerana nampaknya pada masa itu Yang Amat Berhormat mempunyai azam yang cukup kuat untuk merombak semula ekonomi kita. Beliau telah mengumumkan dengan rapid fire secara rapid fire beberapa polisi untuk memulihkan semula keyakinan kepada ekonomi kita termasuklah pembatalan keperluan untuk ada 30% pemilikan saham bumiputera termasuklah liberalisasi kepada 27 subsektor ekonomi perkhidmatan sektor perkhidmatan dalam ekonomi kita. Walaupun kami boleh pertikaian antara polisi-polisi tersebut termasuklah bagi 27 sektor tersebut sebenarnya memang tidak ada involvement, penglibatan daripada business bumiputera tetapi kita ambil feels good tentang perkara tersebut, sebab ini merupakan langkah-langkah yang penting, baby step tetapi penting untuk memajukan ekonomi kita tetapi sampai hari ini macam sudah stuck, sudah tidak ada lagi, masih nyanyi lagu yang sama dan antara polisi-polisi yang telah pun diumumkan sejak bajet yang lalu, banyak pula yang kena buat U-turn. Ini Kerajaan Barisan Nasional macam sudah jadi kerajaan U-turn yang lebih teruk daripada pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini.
Kita ada real estate, real property gain tax yang 5% itu yang diumumkan semasa bajet. Kita bantah kuat-kuat di sini pada awalnya tetapi tidak hendak dengar. Selepas itu, lepas tiga bulan, buat u-turn. Buat u-turn hadkan hanya lima tahun sahaja. Ini menjadikan keyakinan terhadap policy making Kerajaan Barisan Nasional kurang. Ramai pelabur antarabangsa bila hendak masuk melabur di Malaysia, mereka takut. Kenapa? Bila-bila masa kerajaan Barisan Nasional boleh tukar fikiran, tukar undang-undang. Tahun 2007 beri bebas cukai, selepas mereka masuk, kita tukar, kenakan cukai. Ini tidak berlaku adil kepada pihak pelabur yang mengambil undang-undang di Malaysia sebagai face value. Regulation risk di Malaysia telah meningkat. Kita ada lihat skim subsidi petrol yang tiada terus subsidi yang dikatakan akan dilaksanakan pada bulan Mei. Diumumkan secara terkejut dan ditarik balik secara terkejut selepas tiga bulan. Kenapa? Sampai hari ini kita pun tidak jelas
sama ada polisi ini. Cara pelaksanaan pun kita tidak tahu. Akan tetapi sudah tarik balik. Masalahnya bukan tarik balik, perbelanjaan telah pun dibuat. Lebih daripada RM100,000 telah pun dibelanjakan untuk melaksanakan sistem ini. Selepas itu ditarik balik, syarikat-syarikat yang melaksanakan sistem ini gembira. Wang dapat dikutip tetapi tidak perlu habiskan kerja.
[Menyampuk]
Tidak perlu habiskan kerja. Satu u-turn yang cukup besar. Kami setuju dari segi prinsip bahawa orang yang kaya tidak patut disubsidikan, orang yang miskin kita patut tolong. Akan tetapi kita mesti praktikal dari segi perlaksanaan. Kalau kita tidak praktikal, apa polisi, apa masalah pun akan gagal. Kita nampak cukai...
[Bangun]
[Ketawa] [Menunjukkan isyarat tangan]
Apa ini? [Sambil menunjukkan isyarat tangan]
Tidak cukup masa. [Ketawa]
Apa itu? Oh, tolong ya?
Ya, tolong.
Okey, all right.
Boleh ya?
You have my mercy, you have my mercy this time. .
Thank you, thank you.
[Ketawa]
Appreciated. Kita nampak cukai GST ditarik balik selepas dibentangkan dalam Parlimen. Postpone kata “dia”. Kata kerajaan, kita postpone kerana kita hendak berunding dengan rakyat. Kita hendak ambil feedback. Yang kita hairan itu, mengapa feedback ini tidak diambil sebelum undang-undang dibentangkan dalam Parlimen? Manakala Kerajaan Barisan Nasional buat polisi dahulu, buat dasar, kemudian bentangkan, selepas dapat bantahan baru tarik balik.
Rujuk rakyat.
Baru rujuk rakyat.
[Ketawa]. Consistency.
Ini tidak masuk akal. This is not the way to run the countries economy. Kita lihat GST - termasuk GST sedikit sahaja. Logik kerajaan untuk melaksanakan GST adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil sektor petroleum. Kami setuju! Tidak patut bergantung begitu banyak kepada sektor petroleum tetapi cara mengurangkan kebergantungan kepada sektor petroleum bukannya meningkatkan cukai kepada rakyat jelata. Itu bukan caranya.
Caranya adalah untuk meningkatkan produktiviti rakyat supaya pendapatan mereka meningkat dan pada masa yang sama apabila pendapatan meningkat, cukai yang dibayar oleh rakyat akan terus meningkat kepada kerajaan. Itu caranya! Apa terjadi kepada RM217 bilion yang dikutip daripada Petronas dari tahun 2004 sehingga 2009? Sepatutnya – soalan ini ditanya oleh Tun Dr. Mahathir juga. Sebenarnya wang ini patut dilabur dalam ekonomi kita dan menyebabkan peningkatan produktiviti pekerja-pekerja Malaysia. Akan tetapi selepas lima tahun, kita tidak melihat peningkatan produktiviti yang mencukupi untuk cover the lost of income daripada sektor petroleum. Kerajaan selalu kata kita hendak menjalankan GST kerana 100 lebih negara telah pun melaksanakan GST. Akan menjadi negara maju selepas kita melaksanakan GST. Itu pun tidak betul. Kerajaan Hong Kong, Kerajaan Amerika Syarikat menolak GST. Kerajaan Amerika Syarikat menolak GST kerana kos untuk mengendalikan GST terlalu tinggi dan masalah ini pun ditimpai oleh kerajaan- kerajaan maju yang lain yang melaksanakan sistem GST seperti Australia dan UK. Semua ada masalah-masalah seperti ini. So, GST ini bukan satu miracle cure yang akan memulihkan ekonomi kita. Kita rasa ada banyak cara lain untuk kerajaan memperbaiki ekonomi kita, menjimatkan wang dan menambahkan pendapatan. Selain daripada pusingan- pusingan “U”, u-turn yang saya katakan tadi, kerajaan telah menunjukkan indecisiveness yang teruk sekali dalam beberapa perkara yang lain seperti penstrukturan semula konsesi-konsesi tol. Apabila Yang Amat Berhormat menjadi Perdana Menteri bulan April lalu, beliau ada berkata, “Tiga bulan dari sekarang EPU akan mengumumkan satu penstrukturan, satu pelan penstrukturan bagi tol”. Tarikh permohonan itu ditolak ke bulan Ogos, ke Disember, sampai hari ini dan tidak tahu sampai bila. Kenaikan tarif elektrik sudah ditangguh dua kali. Masalahnya bukan kenaikan harga elektrik, masalahnya kenapa beban ditingkatkan kepada rakyat tetapi struktur penjana tenaga bebas tidak distruktur semula. Kenapa subsidi yang begitu banyak masih dihulurkan kepada pihak penjana bebas? Kita rasa tidak adil kerajaan berpihak kepada IPP tetapi meningkatkan beban kepada rakyat. Yang paling kritikal sekali, New Economic Model (Model Ekonomi Baru) yang merupakan pillar, terutama pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kerap kali ditangguh sejak tahun lalu. Kenapa? Pakatan Rakyat sebenarnya amat bangga kerana akhirnya kerajaan mengakui kelemahan- kelemahan dasar-dasar ekonomi kerajaan, Dasar Ekonomi Baru selama ini. DEB telah gagal meningkatkan kadar pemilikan ekuiti bumiputera selama 20 tahun sejak tahun 1990. Kadar pemilikan stagnant pada kadar 19.4% yang dicapai pada tahun 1990 adalah 19.2% sahaja. Kita baca dari Pelan Hala Tuju Kerajaan sendiri. [Sambil memegang sebuah buku] Apa yang dikatakan dalam ini, “Hasil DEB yang tidak diingini ialah rasa kehilangan hak diskriminasi, malah rasa geram yang dirasai oleh bukan bumiputera. Terdapat juga jurang pendapatan yang semakin besar dalam komuniti bumiputera”. Yang kaya menjadi lebih kaya, yang miskin terus miskin. Itulah apa yang terjadi kepada rakyat miskin di Sabah. “Faktor-faktor ini telah mendorong rakyat-rakyat Malaysia terutamanya golongan profesional untuk bekerja dan tinggal di luar negeri, di negara-negara yang lebih maju dari segi ekonomi dengan faktor penarik dan lain-lain.” Ini daripada kerajaan sendiri yang mengakui bahawa polisi selama ini telah gagal. Kita amat bangga kerana ada satu fikiran yang baru daripada kerajaan
melalui New Economic Model. Kita akan sokong sepenuhnya jika New Economic Model yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini adakan satu sifat iaitu sifat kompetitif dan merit yang disokongi oleh dasar affirmative mengikut keperluan dan bukan mengikut perkauman. Kita berkata begitu kerana kita fikir ia adalah penting mengikut keperluan kerana bila kita ikut keperluan...
Ya, sila gulung Yang Berhormat.
Okey, habiskan section ini sahaja. Bila mengikut keperluan, rakyat miskin bumiputera akan dibantu tetapi apabila kita ikut kaum, yang kaya bumiputera masih dapat bantuan dan yang kaya berpengaruh itu can best exploit that particular policy. Kita harap kerajaan tidak akan diberikan tekanan atau menerima tekanan daripada pihak- pihak perkauman seperti PERKASA yang dipimpin oleh seorang yang masuk dalam Dewan melalui tiket Pakatan Rakyat, tiket PAS.
Tiket PAS.
Kalau bertanding sebagai BEBAS hilang deposit.
Hilang depositlah.
So, kita harap kerajaan tidak akan menyerah kepada pihak-pihak perkauman seperti ini dan teruskan perjuangan supaya semua rakyat Malaysia akan benar-benar didahulukan, dan pencapaian barulah boleh dicapai. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat kerana mengikut masa itu. Sila Yang Berhormat Kapit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta mengucapkan berbanyak syukur dan menjunjung kasih titah ucapan Baginda Tuanku semasa pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-12 ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu perkara yang amat penting untuk saya bangkitkan kali ini dan kalau ada masa mengizinkan, saya mungkin ada dua tiga perkara yang lain. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh pasal perkara pembangunan perindustrian minyak sawit di Sarawak. Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk menerangkan masalah yang dihadapi oleh Sarawak dalam pembangunan industri perladangan minyak sawit. Ada di antara masalah ini juga dihadapi oleh pengusaha-pengusaha di negeri lain. Seperti kita sedia maklum, Malaysia merupakan negara kedua terbesar pengeksport minyak sawit di dunia dengan pendapatan hampir RM100 bilion setahun. Ini bukan sahaja satu komponen dalam kemasukan wang ke negara kita tetapi ia penyumbang terbesar kepada hasil negara. Sudah sememangnya kita mengiktirafkan peranan yang dimainkan oleh pelbagai agensi di bawah Kementerian Perladangan untuk membantu dan memajukan industri minyak sawit tetapi kita mesti bersedia untuk memperbaiki suasana pelaburan negara kita dari semasa ke semasa.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kekurangan pekerja, dalam masa beberapa tahun, kita dapati keengganan rakyat Malaysia untuk mengisi kekosongan pekerjaan dalam industri perladangan walaupun pelbagai agensi telah cuba memujuk mereka. Saya dimaklumkan bahawa antara sebab-sebabnya ialah kerja di ladang kotor, panas, susah, tempat kerja ini jauh dari tarikan yang ada di bandar. Lebih banyak kerja boleh diperolehi di bandar-bandar. Kita mesti akui mengenai hakikat ini dan menerima ianya adalah akibat daripada pembangunan pesat negara kita juga, the price of success mungkin. Tindakan Kementerian Sumber Manusia adalah tepat dengan membenarkan pengambilan buruh asing dan mereka memantau keadaan ini di ladang-ladang kelapa sawit. Saya terperanjat apabila melihat buah kelapa sawit menjadi busuk akibat kekurangan tenaga buruh. Saya lebih terperanjat apabila diberitahu oleh tuan punya estet – Kenapa kelapa sawit menjadi busuk akibat kekurangan tenaga buruh. Saya lebih terperanjat oleh sebab diberitahu oleh tuan punya estet pembaziran ini mencecah sehingga 10% dari jumlah pengeluaran keseluruhan. Pembaziran ini tidak sepatutnya berlaku jika kita mahu memajukan sehingga satu juta hektar estet sawit di Sarawak seperti yang kita sasarkan. Jika kita anggarkan harga buah sawit segar pada kadar RM500 setan, Tuan Yang di-Pertua, ini bermakna pembaziran ini mencecah sehingga RM1.25 bilion setahun bagi negeri Sarawak. Kita tidak mampu membazir wang sebanyak itu tahun demi tahun. Tuan Yang di-Pertua, semua agensi yang terlibat mestilah bekerjasama untuk memastikan bekalan tenaga kerja kepada ladang-ladang sawit adalah mencukupi untuk mengelakkan pembaziran akibat buah sawit menjadi busuk. Kita sepatutnya membenarkan lebih banyak pekerja asing bekerja di ladang sawit untuk meningkatkan pendapatan hasil dari eksport. Kita mesti mengkaji semula dasar-dasar kita untuk membolehkan buruh dari beberapa negara luar bekerja di sini, bukan hanya bergantung pada satu negara untuk satu sumber sahaja. Ini boleh mengelakkan ataupun mengurangkan masalah sosial yang mungkin timbul. Bekalan buruh ini dapat diperbaiki jika kos yang berkaitan dapat dikurangkan. Maksud saya oleh kerana sekarang kosnya begitu membebankan kepada pengusaha-pengusaha ladang sawit oleh kerana hendak mendapatkan tenaga buruh ini, banyak yang perlu dibelanjakan dulu. Ini adalah perkara yang mustahak yang ada kaitan dengan kemajuan negara dan saya ingin menyeru Kementerian Sumber Manusia supaya mengambil langkah pertama untuk memudahkan pengambilan buruh asing secara berterusan untuk pembangunan industri minyak sawit di negara kita supaya kita dapat memperolehi pulangan maksimum untuk negara kita. Ini saya khusus kepada industri perladangan, saya tidak menyentuh memudahkan mengambil tenaga buruh asing ini di sektor yang lain, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelas dalam perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara berkaitan iaitu rejim percukaian di industri kelapa sawit ini. Baru-baru ini saya berjumpa dengan beberapa tuan punya estet sawit di kawasan sebagai memberi perkhidmatan kepada rakyat. Saya terkejut juga apabila dapat tahu bahawa tuan punya estet ini terpaksa membayar levi dan ses berdasarkan kepada harga minyak sawit mentah dan bukan berdasarkan atas prestasi syarikat atau syarikat itu mendapat keuntungan atau kerugian. Sebagai contoh ya, levi keuntungan diasaskan kepada harga minyak sawit dan bukan pada keuntungan yang diperolehi, bagaimana perkara ini boleh terjadi Tuan Yang di-Pertua. Subsidi minyak masak adalah ses yang dikenakan kepada pengeluaran atau pengeluar juga berdasarkan pada harga minyak mentah.
Ini bermakna, estet-estet sawit yang baru mula seperti mana yang banyak ada di Sarawak juga mestilah membayar ses walaupun dia belum lagi memperoleh hasil yang sepenuhnya. Ini nampaknya sistem percukaian yang tidak begitu adillah boleh dikatakan begitu. Kos pengeluaran di Sarawak adalah di antara tertinggi di negara kita. Pada masa kini adalah dalam lingkungan 55% hingga 60% lebih tinggi dari negeri yang lain ataupun khususnya di negeri-negeri semenanjung. Ada sebab teknikal mengapa ini berlaku. Pokok muda yang baru mula ditanam di Sarawak tidak mengeluarkan hasil sebanyak pokok yang matang yang terdapat di semenanjung Malaysia ini. Harga baja dan ubatan lain adalah lebih tinggi, begitu juga dengan kos pengangkutan. Jadi syarikat minyak sawit di Sarawak membayar cukai yang tinggi jika levi dan ses diasaskan kepada harga minyak atau pengeluaran minyak sawit mentah dan bukan atas keuntungan yang diperolehi. Tuan Yang di-Pertua, mungkin kita ada peluang oleh kerana cukai GST akan dilaksanakan kelak, ia memberi peluang kepada Kementerian Kewangan untuk mengkaji semula cara cukai dibuat dan yang berasaskan keuntungan dan bukan pada tahap harga minyak sawit mentah. Apa yang saya difahamkan harga minyak sawit bukan menjadi petunjuk keuntungan. Jadi kita perlu menstrukturkan semula cukai yang berdasarkan kepada prestasi dan keupayaan sesebuah syarikat. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara penting berkaitan dengan ini iaitu berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan di industri kelapa sawit juga. Mengikut rekod Lembaga Minyak Sawit Malaysia iaitu MPOB menunjukkan sejumlah RM4.7 million atau juta hektar tanah ditanam dengan kelapa sawit. Angka eksport minyak sawit bagi tahun 2009 dijangkakan akan mencecah RM53 bilion dari pengeluaran 17.6 juta tan minyak sawit mentah. Kementerian Perindustrian, Perladangan ada perancangan untuk mempertingkatkan produktiviti dan memperluaskan lagi tanaman kelapa sawit bagi menambahkan lagi pendapatan negara kita. Seperti semua yang sedia maklum,projek pertanian berskala besar sukar kita terus laksanakan di Semenanjung kerana mungkin tidak ada tempat atau keluasan tanah yang ada dan starikat estet yang sedia ada sekarang mahu datang ke Sarawak untuk mendapatkan tanah negeri atau tanah adat NCR untuk memperluaskan perniagaan mereka. Ini kita alu-alukan juga. Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan seluas 720 hektar tanah NCR untuk dimajukan bersama sebagai estet kelapa sawit. Permohonan ada diterima untuk memajukan lagi 300,000 hektar tanah NCR.
Tanah NCER ini termasuk dalam tanah gambut, ini yang penting. Kawasan tanah gambut ini sangatlah sensitif untuk dimajukan sebagai estet kelapa sawit kerana ada aktivis yang memperjuangkan perubahan cuaca global yang berasa sangat bimbang kerana apabila tanah gambut itu - peat soil dimajukan, penyebaran gas greenhouse ini akan berlaku. Akan tetapi untuk tidak memajukan tanah gambut ini bukanlah satu pilihan atau option yang baik kerana negeri Sarawak ada seluas 1.6 juta hektar tanah gambut yang mesti kita bangunkan juga. Cara untuk maju ialah melalui membuat penyelidikan dan pembangunan atau R&D Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Ada banyak pusat penyelidikan terletak di merata-rata tempat di seluruh negara kita. Ini termasuk salah sebuah di tempatkan di Sesang - di kawasan Saratok, Sarawak.
Mengikut penerbitan MPOB, ia menunjukkan bahawa MPOB ada membuat penyelidikan dalam pelbagai bidang seperti ganoderma, anai-anai dan bagworm. Mengapa pula tidak ada penyelidikan dibuat atas tanah gambut (peat soil) ini yang begitu penting untuk kita memajukan industri sawit ini di Sarawak? Umpamanya, apakah caranya untuk mengurangkan pengeluaran gas greenhouse ini apabila tanah gambut diusahakan? Bolehkah pengeluaran gas ini dikawal melalui kandungan air dalam tanah gambut? Bagaimanakah sifat tanah gambut kawasan tropika berbanding dengan tanah gambut di kawasan tampered? Apakah ubatan yang perlu ditaburi untuk mendapatkan hasil buah sawit yang optimum? [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, ini penting oleh kerana negara-negara asing yang memang menekankan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) yang pada sekarang kalau mengikut kalau negara kita hendak menurut syarat-syarat yang diletakkan dalam RSPO ini, sudah tentunya begitu sukar bagi negara kita terutamanya negeri Sarawak untuk memperluaskan atau mengembangkan lagi industri sawit ini kerana ia berdasarkan kita memerlukan penggunaan tanah gambut yang seperti mana saya telah bangkitkan tadi. Oleh kerana itu kita harus melihat, kita harus membuat usaha yang lebih gigih dalam perkara ini. Kita mohon MPOB lebih fokus membantu kita di Sarawak dalam hal ini. Bagaimanakah kita boleh meningkatkan pengeluaran hasil kalau tidak dijalankan kajian saintifik? Saya sangat kecewa MPOB mempunyai ses sebanyak RM11 bagi setiap tan minyak sawit mentah, akan tetapi kajian yang boleh membantu estet Sarawak tidak dijalankan. Saya mohon penjelasan daripada kementerian, setakat ini bagi penjelasan: (i) berapa banyak kajian telah dibuat atas tanah gambut ini; dan (ii) sila berikan senarai tajuk-tajuk kajian yang telah dibuat ini untuk pengetahuan kita dan untuk kita lebih lagi mengetahui ataupun yakin dalam apa yang MPOB boleh buat bagi kita di Sarawak. Saya ingin mencadangkan sebahagian daripada pungutan ses ini disalurkan kembali ke Sarawak untuk membolehkan kajian saintifik ataupun untuk membolehkan lebih banyak lagi kajian saintifik mengenai tanah gambut ini dijalankan. Tuan Yang di-Pertua, seperti saya katakan tadi walaupun saya bercakap bagi pihak tuan punya estet di Sarawak, apa yang dikatakan tadi juga menjejaskan estet-estet lain yang terdapat di dalam negara kita. Untuk menambahkan pendapatan hasil daripada eksport minyak sawit, kita mesti menyelesaikan masalah-masalah tenaga kerja, percukaian dan kajian yang boleh menjejaskan industri ini. Saya yakin dengan kerjasama dari rakan-rakan yang menggerakkan jentera kerajaan, masalah-masalah ini dapat diatasi. Tuan Yang di-Pertua, kalau ada masa lagi saya ingin menyentuh satu perkara iaitu saya difahamkan bahawa peruntukan kewangan bagi perbelanjaan mengurus tahun 2010 ini bagi jabatan kerajaan banyak berkurangan jika dibandingkan dengan peruntukan mengurus yang diterima pada tahun 2009. Dikhabarkan ataupun difahamkan kepada saya bahawa sesetengah peruntukan berkurangan sehingga 40% dan 50% dari jumlah peruntukan yang diperoleh.
Sekiranya ini benar-benar berlaku, saya percaya ini sedikit sebanyak akan menjejaskan prestasi penyampaian perkhidmatan awam kepada orang ramai khasnya kepada institusi pendidikan di negara khususnya di negeri Sarawak. Ini adalah bertentangan dengan hasrat kerajaan memberikan keutamaan kepada pencapaian dengan slogan, ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. Dengan kekurangan peruntukan khasnya peruntukan perjalanan pegawai, maka agak sukar pegawai turun padang bagi membuat pemantauan berterusan ke sekolah-sekolah bagi melahirkan sekolah berprestasi tinggi lebih-lebih lagi di pedalaman Sarawak ataupun di negeri Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa implikasi ini seperti mana yang telah saya terangkan tadi. Oleh kerana peruntukan diberi, saya tahu di Sarawak terlalu sedikit berbanding dengan tahun yang lepas. Implikasi ini bermakna guru tidak dapat keluar sekolah untuk menjalankan tugas rasmi seperti penglibatan dalam sukan, kursus dan tugas rasmi yang lain yang memerlukan urusan di luar sekolah dan yang penting juga untuk pembangunan sekolah dan anak-anak kita. Jadi, ada lagi maklumat yang saya tahu iaitu di negeri Sarawak kekurangan kadang-kala sehingga 70% kurang untuk tahun 2010 ini berbanding dengan tahun 2009 untuk pegawai-pegawai kanan di Jabatan Pelajaran di Sarawak untuk mereka berjalan keluar dan menjalankan tugas-tugas rasmi seperti yang saya sebutkan tadi. Juga implikasinya bermakna pergerakan pegawai daripada jabatan. Tadi saya sebutkan pada peringkat sekolah dan sekarang saya menekankan pada peringkat jabatan pelajaran negeri, jabatan pelajaran bahagian dan daerah. Jadi, ini bermakna kalaulah pegawai-pegawai ini terhad kemampuan mereka untuk pergi ke sekolah-sekolah untuk pemantauan dan sebagainya. Ada yang juga mengatakan kepada saya kalaulah kami dikehendaki datang ke Kuala Lumpur untuk tugas rasmi atau berjumpa dengan Menteri ataupun mengikuti kursus dan sebagainya yang penting bagi pelajaran, nampaknya dengan keadaan bajet yang begitu terhad ini mungkin kami terpaksa menempah tiket kapal terbang pergi online mungkin mendapatkan AirAsia RM9, Kalau tidak dapat, mungkin tidak akan pergi ke Kuala Lumpur. Oleh kerana itulah gambaran yang diberikan kepada saya oleh sumber- sumber informasi yang memberitahu kepada saya kalaulah pemberian atau peruntukan diberi kepada jabatan pelajaran negeri ini begitu terhad, memang sukar bagi mereka menjalankan tugas mereka. Tidak perlulah saya hendak menegaskan oleh kerana semua yang semestinya tahu negeri Sarawak ini sebesar tanah besar Semenanjung Malaysia. Bayangkan untuk pegawai-pegawai ini hendak menjalankan tugas lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara lagi. Oleh kerana saya pun ini hendak bergegas ke KLIA - saya hendak balik ke Kuching sebab esok ada urusan di kawasan saya di Kapit. Saya turun ke kawasan saya walaupun mungkin ada beberapa minit lagi untuk saya, biarlah saya berikan kepada kawan atau rakan- rakan yang lain sebab saya pun hendak bergegas ke lapangan terbang untuk naik... Bye-bye, jumpa lagi. [Ketawa] Dengan itu Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan terima kasih dan saya...
Tidak habis lagi Yang Berhormat?
...Menyokong Titah Ucapan Diraja ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Terima kasih di atas ruangan yang diberikan untuk saya turut serta membahaskan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Pertamanya berkisar debate dalam Dewan ini tentang isu transformasi di sebelah sana dan dasar-dasar yang berkait dengan usaha ini.
Keduanya saya fikir tidak boleh lari daripada serangan bertubi-tubi oleh bekas teman parti Keadilan yang menggolongkan diri mereka sebagai kuasa ketiga. Nampaknya kuasa ketiga sekarang begitu pelbagai. Ada yang mengganggu Ketua Polis, ada yang mengganggu SPRM dan sekarang ada juga yang mengganggu perjalanan sidang Parlimen. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian kepada proses transformasi. [Seorang Yang Berhormat terjatuh]
Apa yang berlaku Yang Berhormat? Bangun, bangun.
Okey.
Teruskan.
Saya akan menumpukan kepada isu transformasi dan saya hendak mulakan dengan beri makluman Tuan Yang di-Pertua dan semua teman-teman di dalam Dewan tentang jawapan yang saya terima. Ini kerana sekarang kita banyak bercakap tentang pakar runding, juru perunding, consultant. Saya menanyakan tentang kos lapan makmal Pemandu untuk tempoh masa dua tiga bulan. Saya mendapat tahu sejumlah RM6.5 juta dibayar untuk tempoh ini sahaja kepada konsultan-konsultan termasuklah Ernst & Young's, E-TOS dan McKenzie. Ini belum termasuk kos sewaan yang hampir menelan RM650,000. Bukan niat saya Tuan Yang di-Pertua untuk memerangi para consultant dan juru perunding. Suami saya pun seorang consultant berserta ramai teman- teman lain yang berkhidmat dengan syarikat-syarikat seumpamanya. Akan tetapi yang saya tekankan peringkat pelaksanaan kita amat lemah sekali. Daripada track rekod kerajaan sebentar tadi Yang Berhormat Tony Pua, maaf Yang Berhormat PJ Utara mengutarakan dasar-dasar yang gagal flip-flop, u-turn. Jadi di peringkat pelaksanaan memang hancur kerana bercakap tentang lebih 50 tahun ini sejarah pengalaman yang begitu hebat hendak bandingkan dengan kelemahan Pakatan Rakyat. Akan tetapi cerminlah diri sendiri dahulu. Saya pergi kepada pertamanya dalam sistem pendidikan. Saya ambil sendiri daripada Ringkasan Eksekutif Program Transformasi Kerajaan. Dinyatakan kegagalan PPSMI melalui keputusan Trends In International Mathematics and Sciences Study (TIMSS), di mana pada tahun 2007 20% daripada pelajar-pelajar Malaysia gagal mencapai tahap minimum. Gagal mencapai tahap minimum dalam Matematik dan Sains. Ini berbanding dengan hanya 5% ke 7% pada tahun 2003 tahun di mana PPSMI diperkenalkan. Dasar yang begitu besar menelan belanja RM3 bilion akhirnya gagal dan yang menerima kesan negatif ini adalah pelajar, anak-anak kita sendiri.
Kita juga kesal dengan cara bagaimana ibu bapa yang menyokong PPSMI. Saya mungkin tidak menyokong tetapi kita kena beri ruang kepada mereka yang tidak sokong dengan pendirian kita ini untuk bersuara. Walau cuba dinafikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran tetapi Pengarah Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur, Mohd. Adnan Deraman, bila mengeluarkan amaran keras kepada PIBG di sekolah-sekolah untuk tidak membincangkan dasar yang bertentangan dengan dasar kerajaan. Persoalannya terlalu kerap sangat kesilapan dilakukan terutamanya dengan Menteri Pendidikan yang terbaru. Mana mungkin tidak wujud rasa sangsi mahupun tidak puas hati. Tambahan saya ingin sebut di sini, transformasi manakah yang akan berjaya jikalau kita melayani, cara kita melayani bukan sahaja pelajar, mahasiswa mahasiswi, mak bapak mereka pun kita layan sebegini. Mana perginya sikap kerjasama dengan stakeholders Tuan Yang di-Pertua. Bukankah pandangan mereka amat penting jikalau kita hendak menjayakan mana-mana program transformasi dan sebagainya. Saya juga ingin sebut contoh penangkapan tujuh mahasiswa menyertai demonstrasi memprotes sistem undian e-voting. Saya sebut kerana saya sempat bercakap dengan Ketua Polis Kuala Lumpur semasa melawat masjid saya yang dicemari dengan kepala babi hutan. Beliau mengeluh. Beliau kata bahawa pelajar mahasiswa ini hendak demonstrasi pun dalam ruangan universiti cukuplah tidak payah bawa ke Kuala Lumpur. Akan tetapi pada masa yang sama bila mereka hendak adakan Program Kongres Mahasiswa Nasional, dia jemput saya dan juga Yang Berhormat Senator Menteri walaupun Menteri tidak hadir, dipaksa tukar tempat bertemu sampai tiga kali. Ini Tuan Yang di-Pertua jenis tekanan yang diberikan. Jadi di satu sudut kata tidak boleh demonstrasi tetapi bila mereka sewa dewan pun jadi masalah. Ini bukan cakap kosong bukan dakwaan memang di peringkat Malaysia kini pun memberi laluan kepada mereka. Saya juga mendapat makluman bahawa setiap kali kita – ini telah disebut berkali-kali oleh banyak Ahli Parlimen. Setiap kali kita bertukar Menteri setiap kali itulah dasar dan projek baru diperkenalkan. Saya meneliti belanjawan terutamanya dari tahun 2008, 2009. Atas alasan kegawatan ekonomi antara bajet kementerian- kementerian dikurangkan adalah bajet Kementerian Pendidikan. Dikurangkan hampir 40% tetapi pakar runding dibayar juga Tuan Yang di-Pertua. Jadi kita kena tengok pendidikan. Pertamanya, ia dikorbankan tetapi juru perunding apa pun program kita akan dengan suka hati membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk merangka pelan-pelan yang tidak boleh dilaksanakan pun. Pada 16 Mac 2010, jumlah peruntukan yang diberikan untuk Skim Bantuan Tuisyen, bantuan pakaian sekolah uniform, bantuan makanan asrama, Rancangan Makanan Tambahan dan elaun murid keperluan khas termasuk juga bantuan sukan dan kurikulum sejak tahun 2000 hingga 2009. Tahun 2008, 2009 kurang untuk Skim Bantuan Tuisyen 35%, untuk bantuan kokurikulum sekolah sebanyak 23.63% dan bantuan makanan asrama kurang 22.2%. Terakhir Rancangan Makanan Tambahan kurang sebanyak 45.51% daripada tahun 2009. Jadi inilah yang merupakan satu kebimbangan kerana apa pun yang kita lakukan jangan sekali-kali kita pinggirkan isu pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, saya terus pergi kepada contoh kedua walaupun disebut banyak tadi oleh Yang Berhormat PJ Utara tentang pelaksanaan ekonomi, kelemahannya. Rakyat Lembah Pantai menyahut pengumuman tentang persediaan negara mewujudkan satu model ekonomi baru dengan berlapang dada. Malangnya tajuk DEB kalau disebutkan itu sukar untuk dipisahkan daripada
agenda politik pelbagai pihak sehinggakan perbincangan yang sihat atau rasional hampir mustahil hendak dibuat. Saya ingin memetik kata-kata Yang Berhormat Gua Musang dalam program semasa beliau melancarkan buku ‘No Cowardly Past’ oleh mendiang James Puthucheary. Dengan izin; “The NEP was drag back to live by UMNO Youth six years ago because it was and remains the most low-cost way to portray oneself as Malay champion”. Jadi banyak orang membangkitkan isu mempertahankan Dasar Ekonomi Baru kerana ia merupakan cara yang terbaik untuk menunjukkan cara paling murah untuk menunjukkan, membuktikan bahawa seseorang Melayu itu pejuang nasionalis yang terhebat. Saya ingin kita membawa isu ini meneliti secara objektif. Saya kupas cadangan Azam Haris, columnist The Edge, bila kita menilai keberkesanan, kita kena lihat program-program MARA, PNB atau PNS sebelumnya. Berapakah jumlah syarikat bumiputera yang berjaya sehingga tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur? Mungkin boleh diteliti. Kedua, bercakap tentang syarikat-syarikat bumiputera yang besar. Contoh sama ada Malayan Banking, CIMB, Tenaga Nasional, Proton, Malaysian Airline System, UEM Group atau syarikat-syarikat yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar, Tan Sri Azman Hashim, Datuk Mukhzani Mahathir atau syarikat seperti SAPURA dan Scomi. Berapakah ramai usahawan bumiputera yang mendapat latihan misalannya atau dibantu terus business mereka menerusi syarikat-syarikat ini? Apakah kesan berganda, nilai berganda daripada penganugerahan kontrak Matrade kepada Naza TTDI? Berapa ramai usahawan bumiputera yang masih sengsara dibantu melalui penganugerahan kontrak sebegini? Itu yang perlu kita tanya.
Kadangkala bila kita polemikkan isu ini, nampak seorang businessman Melayu yang kaya raya tidak mewakili 1,000 lagi yang masih sengsara. Hendak dapat pinjaman bank pun tidak boleh, yang banyak kena gulung tikar itu lagi. Oleh kerana itu saya harap cadangan-cadangan ini kita pergi kepada statistik, buat penilaian sebaik mungkin supaya mudah untuk semua pihak menerima dan membantu ekonomi kita ke depan. Kita perlu juga mengakui realiti semasa ekonomi sekarang ini. Kebergantungan hampir 50% pada hasil minyak dan kehilangan aliran bakat keluar daripada negara hampir 300,000 rakyat antara Mac 2008 hingga Ogos 2009. Sejumlah 4,000 rakyat Malaysia yang membuang kewarganegaraan mereka. Tahun 2009 dua kali ganda daripada tahun sebelumnya. Ini termasuk juga orang Melayu. Oleh kerana itu saya fikir tidak ada pilihan pada kita merangka model baru untuk melonjak ke hadapan. Saya fikir tidak perlu membuang masa hendak menyerang Ketua Pembangkang sementara negara dibiarkan terpakai-kapai tanpa haluan. Di mahkamah pun ada serang, di luar sana sudah serang, enam tahun pun sudah dimasukkan penjara pada waktu itu. Tadi Yang Berhormat Rembau sebut tentang consistency. Saya mungkin tambah sedikit di sini kes Ketua Pembangkang itu berlainan daripada kes sama ada Kasitah Gadam ataupun Tan Sri Muhammad Taib. Ini kerana wujudnya Laporan Justice in Jeopardy Malaysia 2000 yang mengaitkan Yang Berhormat Bagan dan kes Yang Berhormat Permatang Pauh, mengatakan bahawa jelas ada pengaruh eksekutif dalam kedua-dua penghakiman bila dijatuhkan hukuman. Apakah tindakan kerajaan sehingga ke hari ini? Kita jangan cakaplah tentang ada kes-kes kecil, jerung-jerung kecil ini dikenakan tindakan. Akan tetapi
bila bercakap tentang keperluan kehakiman, bila kehakiman itu digunakan sedemikian rupa, tidak ada tindakan susulan. Pendakwaan terpilih berlaku berkali- kali. Ini penting Tuan Yang di-Pertua dan saya fikir tidak boleh kita hendak cakap, hendak guna contoh-contoh sebegini untuk memperkuatkan kes. Pergi kepada latar belakang barulah kita boleh meneliti dan membuat keputusan secara adil. Beberapa dasar walaupun sudah disebut oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, saya hanya ingin sebut sekali lagi sebelum saya pergi ke cadangan susulan saya. Iaitu dalam masa enam bulan sahaja begitu banyak dasar yang diperkenalkan tetapi di saat-saat akhir ditarik balik. Dasar-dasar ini adalah merupakan tanggungjawab kerajaan yang sudah lama memerintah untuk memastikan setiap dasar yang dipilih itu terus dilaksanakan secepat mungkin kerana melengah-lengahkan apa-apa pelaksanaan akan menjejaskan ekonomi kita. Itu bukan cakap politik, memang itu kebenaran hakikat sebenar. Pertama, two tiered scheme subsidi petrol diperkenalkan pada 1 Mei ditarik balik mengakibatkan kehilangan berjuta-juta wang negara. Kedua, pengenaan 5% cukai keuntungan hartanah RPGT. Walaupun pembangkang yang lantang bersuara tetapi kita juga mewakili segmen terbesar masyarakat di luar sana. Jadi tidak bolehlah kata kalau pembangkang cakap itu tidak boleh pakai. Pembangkang cakap itu, dia pembangkang dia mewakili suara rakyat. Jadi kalau benar, ikutlah. Apa susah sangat. Terlalu bongkak kadang kala. Bukan kadang kala, setiap kali tetapi saya perlu – kita bersikap adil. Adalah 1% atau 2% itu dia adil – kadang kala. Saya juga ingin menyebut yang ketiga bila undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan ditangguhkan pembentangannya saya fikir kerajaan akan teruskan. Jadi sebelum dilaksanakan GST ini, saya gesa kerajaan jangan lengahkan masa perkenalkan Akta Anti Pencatuan (Anti Profiteering Act) dalam masa terdekat. Berdasarkan satu kertas kerja Tuan Yang di-Pertua, yang dibuat oleh International Monetary Fund (IMF) bertajuk VAT Refunds: A Review of Country Experience oleh Graham Harisson dan Russell Krelove, kertas kerja ini membuat analisa kepada 36 buah negara dan di mana dikenal pasti sistem rebatlah yang merupakan “tumit Achilles” kepada sistem VAT atau GST. Kelemahan ketara dalam sistem GST adalah sistem rebat. Jadi kita perlu pastikan Anti Profiteering Act dilaksana bukan serentak dengan GST tetapi jauh sebelum GST bagi memperkukuhkan dan memperincikan cukai sekarang supaya mudah nanti dan kita dapat perbaiki semasa kutipan rebat dan pemberian rebat dibuat. Melalui undang-undang ini, peniaga-peniaga yang ingin mengambil keuntungan semasa pelaksanaan GST dapat dikenakan tindakan undang-undang. Kita pasti dan yakin inflasi tentunya akan timbul buat sementara waktu semasa pelaksanaan awal cukai GST seperti yang berlaku di Australia dan Singapura dan inilah merupakan langkah seterusnya. Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya akhiri perbahasan menjunjung kasih, saya ingin menyebut satu bidalan lama yang mungkin bersesuaian dengan situasi hari ini. Pabila raja kerenah, Pabila gundik menabur fitnah, Pabila pembesar kurang amanah, Pabila kepercayaan rakyat kian punah, Itulah tandanya negara akan musnah.
Saya sambung pula perumpamaan saya sendiri. Pabila regu menjadi seteru Pabila hilang akal budi, Itu tandanya tergadai sudah maruah dan harga diri. Tuan Yang di-Pertua, rakyat melihat bagaimana hancurnya institusi utama negara kita iaitu kehakiman. Memang benar kerajaan dilihat seperti untuk memperbaiki sistem kehakiman tercemar. Namun, apakah hasilnya? Saya sebut tadi tentang Laporan Justice in Jeopardy Malaysia 2000 dan semua pun maklum dengan rekomendasi Suruhanjaya Diraja V.K. Lingam yang akhirnya tidak mendatangkan apa-apa hasil. Kenapa? Ini kerana tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang walaupun jelas dalam Kod Etika Hakim itu memang salah. Sejarah membuktikan di mana ketika krisis kehakiman 1988, tribunal yang telah ditubuhkan untuk menangani krisis tersebut adalah tribunal yang tidak bebas dan berkepentingan. Akhirnya walaupun dua abad telah berlalu krisis kehakiman kita masih membarah. Itulah sebabnya bila kes Yang Berhormat Permatang Pauh berjalan di mahkamah 10 tahun kemudian pada tahun 1998, kita melihat bagaimana kesan daripada krisis kehakiman mewarnakan seluruh episod perbicaraan dengan begitu hodoh sekali. Sekali gus menghapus sama sekali kewibawaan sistem kehakiman negara. Kerosakan yang berlaku tahun 1988 bukan sahaja gagal diatasi tetapi sampai ke hari ini pihak eksekutif masih terus memandu dan dilihat punyai pengaruh dalam badan kehakiman kita. Pada tahun 2004, seorang Hakim Mahkamah Tinggi dengan secara sukarela mengakui bahawa beliau dihubungi oleh Ketua Hakim dan diarahkan membuat keputusan mengikut yang ditetapkannya. Sekali lagi integriti badan kehakiman yang masih belum pulih dari peristiwa hitam 1988 mendapat tamparan hebat.
Minta penjelasan kalau boleh.
Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Yang Berhormat Lembah Pantai bercakap tadi berkenaan dengan sistem kehakiman dan bagaimana terdapat pertuduhan pilihan dan juga bagaimana kita lihat kes-kes di mana terdapat interference, dengan izin. Saya hendak tanya Yang Berhormat Lembah Pantai, kadang kala kita lihat apa yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara baru-baru ini, beliau sendiri menyatakan bahawa memang benar bahawa dalam kes-kes tertentu ada pihak ketiga yang campur tangan dalam hal-hal keputusan yang dibuat dalam kes-kes tertentu. Kita kena faham bahawa Ketua Polis Negara tersebut 10 tahun lalu menjadi pegawai penyiasat dalam kes Ahli Parlimen Permatang Pauh. Ini adalah revelation by the same IO bahawa memang beliau rela membenarkan diri beliau dipengaruhi oleh keputusan pihak-pihak ketiga. He himself is admitting it. So, bukankah ini menjadi satu keadaan di mana jelas bahawa bukan sahaja isu ini menjadi satu perkara yang dikata ataupun dicakap, is not only spoken about by many people but juga terdapat admission daripada pihak beliau sendiri iaitu pegawai penyiasat masa dahulu.
Soalannya, apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan? Adakah kita akan membiarkan sahaja dia sendiri kata begitu, tetapi kita langsung tidak ambil tindakan, dibenarkan dan teruskan sebagai Ketua Polis Negara. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih.
Boleh gulung lepas ini Yang Berhormat.
Okey saya akan gulung. Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya harap dapat dimasukkan sekali apa yang beliau sebut dalam ucapan saya dan hari ini juga bila telah dikhabarkan sensasi daripada ucapan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, terus-menerus Ketua Polis Negara dengan tidak sabar-sabar lagi hendak menyiasat sedalam mungkin, adakah ada wujud konspirasi untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri beliau. Inilah sikap yang kita harapkan daripada Ketua Polis Negara bila bersabit dengan sebarang kes sekalipun, tetapi bila yang berkait dengan pihak kerajaan, nampak sangat politiknya di situ. Saya fikir bila kita cakap soal profesionalisme, bercakap dengan izin, you perform your duties without fear or favour, jadi sepatutnya jangan dianaktirikan, dipinggirkan atau dimangsakan sesiapa yang dilihat melawan kerajaan. Rakyat bukan buta tuli dan saya fikir bila disebut oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, siapa yang didakwa, diheret ke mahkamah? Siapa yang diberikan perlindungan dan tidak dipanggil pun sebagai saksi dalam mahkamah? Bila bercakap di luar sana, ceramah, saya sendiri mendapat statement satu persatu daripada pihak polis, untuk apa? Saya dan Yang Berhormat Batu menganjurkan makan malam dan kami dilihat melanggar permit kerana ada lambang Keadilan. Akan tetapi ini jelas kerana orang di luar sana bila bercakap tentang kes jenayah ragut, masalah itu berleluasa. Jadi saya fikir tak ada pilihan, kita perlu menukar tampuk kepimpinan teratas Ketua Polis Negara itu sendiri. Akhir kata sebagai kesimpulan Tuan Yang di-Pertua, saya fikir menyebut tentang gagasan 16 September, saya mahu akui ini bukanlah usaha persendirian dan bukan juga agenda peribadi. Ini merupakan satu gagasan rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang berkredibiliti, disanjung tinggi dan disegani. Saya yakin ahli-ahli Dewan cukup bijaksana untuk membezakan penghijrahan Sheikh Guevara contohnya dengan Thaksin Shinawatra. Begitu juga penghijrahan mereka dengan penghijrahan gagasan rakyat 16 September. Benar ia tidak dapat direalisasikan, namun kesannya amat dalam. Buat pertama kali kita mengakui 16 September sebagai cuti umum, itu satu kejayaan penting kerana dahulu orang tidak kisah pasal Sabah dan Sarawak, sekarang saya rasa Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak patut bergembira, bersyukur dan berlapang dada apabila cadangan dikemukakan oleh Yang Berhormat dari Serdang. Maksudnya kita prihatin, kita mahu pastikan Sabah dan Sarawak itu diberikan maknanya apabila bergabung dengan Malaysia, bukan dianaktirikan seperti mana pembangkang dianaktirikan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya berharap agar apa pun yang berlaku seperti Yang Berhormat Kota Belud katakan pagi tadi, bagus untuk promosikan belanjawan DAP, tetapi saya minta bantuan segerakanlah permohonan supaya Pakatan Rakyat itu menjadi pertubuhan, kita belum sempurna lagi tetapi ke arah itu. Bila jadi pertubuhan nanti, sudah diluluskan dan barulah boleh berganding dengan seteru untuk mewujudkan
sistem dua parti. Ini banyak kekangan, jangan sebut pasal kelemahan, sebut juga kekangan yang dibawa oleh kerajaan. Terima kasih dan saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Lenggong.
Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dahului perbahasan saya dengan mengucapkan terima kasih atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan sidang tempoh hari yang saya sifatkan amat baik kerana menyentuh pelbagai perkara. Sebab itulah titah yang begitu baik yang akhirnya menampakkan kegusaran di kalangan rakan-rakan pembangkang kerana begitu jelas Tuanku nampaknya ikhlas memuji Kerajaan Barisan Nasional. Pendekatan baru kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mendekati rakyat tanpa melalui banyak protokol dengan turun padang ke kawasan tertentu, di kampung-kampung baru merupakan satu pendekatan yang cukup baik dan ini mesti diteruskan. Saya juga harap ia dapat diikuti oleh seluruh pemimpin dan jentera kerajaan kerana melaluinya banyak masalah rakyat dapat segera diselesaikan. Saya juga berharap supaya usaha ini diteruskan dan dapat diadakan di kampung-kampung dan luar-luar bandar kerana amat penting dan rakyat juga memang menanti kehadiran ramai pemimpin turun ke akar umbi. Seperkara lagi, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana melaksanakan NKRA dan GTPA, inilah satu-satunya kerajaan yang begitu berani untuk meletakkan standardnya bagi dinilai oleh rakyat. Namun demikian, saya juga minta kerajaan misalnya Kementerian Kerja Raya, walaupun kita difahamkan bajetnya kurang, tetapi terus memberi perhatian dan tumpuan bagi melaksanakan projek-projek mengikut jadual dan memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang ada hubung kait dengan kepentingan rakyat. Apa juga janji yang telah diakui untuk dilaksanakan, harap dapat dilakukan dan mana-mana projek yang sedang dilaksanakan sekarang, pemantauan haruslah dibuat supaya kualiti projek tersebut dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan. Dalam pada itu saya juga minta supaya memberi tumpuan kepada penyelesaian beberapa masalah rakyat dan saya bagi contoh umpamanya di kawasan saya yang melibatkan perlunya penggantian dan pengubahsuaian lima buah jambatan utama yang menjadi punca kepada masalah banjir iaitu di Kampung Sumpitan, Kampung Chain, jambatan Kampung Bor, di Taman Kota Tampan dan di Kampung Tampan Air. Ini antara contoh-contoh projek yang perlu diberikan perhatian kerana ia melibatkan masalah rakyat. Rakyat juga tentu ternanti-nanti pengumuman model baru ekonomi negara, bagaimana kerajaan mahu melaksanakannya supaya membolehkan rakyat di lonjak agar mendapat pendapatan tinggi. Justeru itu saya harap walau apa pun dilakukan, kepentingan rakyat harus diberikan keutamaan. Apa pun yang telah termaktub dalam Perlembagaan, kepentingan bumiputera harus dipertahankan sebagaimana yang kita junjung selama ini. Walaupun kita menghadapi cabaran dalam membangunkan ekonomi negara, saya sekali lagi mengharapkan supaya perkara-perkara yang melibatkan kepentingan rakyat, misalnya dalam soal pendidikan, tuntutan perjalanan guru- guru, elaun mereka bertugas, baucar tuisyen, atau apa juga perkara yang melibatkan pelbagai kementerian yang terus selama ini dinikmati oleh rakyat mesti
diberikan perhatian, dan terus diberi keutamaan dan tumpuan juga harus diberi kepada program-program berkaitan penambahan pendapatan, meningkatkan keselesaan rakyat di semua peringkat. Kesihatan rakyat kita tahu kerajaan memberikan keutamaan. Justeru itu saya memuji langkah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melaksanakan konsep 1Malaysia dengan mewujudkan Klinik 1Malaysia. Saya mohon agar ia diperbanyakkan dan diluaskan di kawasan-kawasan luar bandar, di semua tempat yang kurang kemudahan kesihatan termasuklah di Setiu, di Lenggong dan juga di kawasan-kawasan lain yang saya lihat bahawa ini amat memberi impak besar dan sesungguhnya membantu rakyat di semua peringkat. Saya juga ambil kesempatan kerana kerajaan janji untuk meluluskan RM28 juta bagi pembinaan Pusat Kesihatan Lenggong, saya tengok sudah pun diiklankan. Ini merupakan janji yang telah ditunaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Bidang pertanian merupakan satu bidang penting yang boleh membantu rakyat di peringkat bawah, bagaimanapun saya percaya untuk memastikan perancangan setiap dasar yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan, tentu mengharapkan pegawai dan jentera kerajaan di peringkat akar umbi dapat melaksanakannya dengan baik. Sebab itu saya minta agar kementerian mempertingkatkan agensi-agensi di bawahnya, dan saya harap supaya kerajaan memperbanyakkan lagi peruntukan dan menambah lagi pegawai-pegawai kementerian supaya setiap dasar yang ingin dilaksanakan oleh kementerian, khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dapat dilaksanakan dengan baik kerana memiliki pegawai-pegawai yang berkebolehan dan cukup.
Oleh kerana itu juga saya mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana mewujudkan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan walaupun dipertikaikan semalam oleh Pasir Puteh tetapi sebenarnya majlis ini amat baik dan kita memuji langkah tersebut. Cuma mungkin penambahbaikan boleh dilakukan. Misalnya, dengan memberi kuasa lebih kepada Majlis Pembangunan Pertanian ini ataupun menambahkan peruntukan supaya lebih banyak bantuan dapat disalurkan melalui MPPK kepada rakyat di peringkat bawah. Justeru itu juga saya percaya usaha kerajaan juga perlu diberikan tumpuan dalam soal menambahkan bekalan makanan negara supaya ia sentiasa selamat dan cukup dan kerana itu juga saya mohon supaya kerajaan, khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberikan sokongan dan membantu untuk melaksanakan projek Lenggong Agro Valley yang sedang diusahakan ini yang memberikan tumpuan kepada empat bidang utama. Pertamanya, Tapak Kekal Pola Makanan (TKPM), usahawan industri asas tani, Zon Eksklusif Akuakultur dan juga ternakan haiwan yang sekarang ini begitu giat dilaksanakan dan kita mahu laksanakan dengan lebih tersusun oleh projek baru Lenggong Agro Valley. Saya harap projek ini akan mendapat sokongan yang penuh daripada kerajaan, khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Begitu juga dalam bidang pelancongan, ia amat penting kepada negara dalam usaha untuk meningkatkan bidang ini saya percaya aspek promosi penting dan harus diberikan perhatian. Saya lihat promosi yang dilaksanakan sekarang ini agak perlahan dan tidak konsisten. Sebab itu usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan oleh kerajaan melalui kementerian untuk menarik lebih ramai pelancong luar datang ke negara kita, apatah lagi menarik pelancong-pelancong yang berkualiti yang boleh memberi dan membelanjakan begitu banyak wang ke dalam negara ini dan
membawa pelancong berkenaan ke kawasan-kawasan luar bandar dengan sendirinya akan meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar. Walau bagaimanapun, saya bimbang dengan kebanjiran begitu banyak rakyat asing yang mungkin menyalahgunakan pas pelancongan dan tidak pulang ke negara mereka dan terus kekal di sini dan dengan sendirinya merosakkan imej negara. Apatah lagi dengan melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang- undang termasuklah kita lihat hari ini, wanita-wanita muda yang berkeliaran dan begitu banyak di kawasan bandar dan saya harap Kementerian Dalam Negeri untuk segera mengambil tindakan dalam perkara ini supaya ianya tidak merebak dan dibimbangi akan menukar imej kita ini kepada imej yang tidak baik dan sudah tentu akan merosakkan pandangan kita kepada masyarakat luar. Saya percaya dan berharap supaya Kementerian Dalam Negeri bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk melakukan sesuatu, memulihkan imej di kawasan-kawasan negatif di Kuala Lumpur. Misalnya di Lorong Haji Taib di Jalan Tuanku Abdul Rahman, kita minta supaya kerajaan beri perhatian kepada kawasan tersebut, tukar supaya ia membawa imej baru dan sudah tentu ia memberi kebaikan kepada kita semua. Tuan Yang di-Pertua, golongan belia penting. Saya baca wawancara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Utusan Malaysia baru-baru ini dan begitu jelas bagaimana Perdana Menteri memberi perhatian dan memberi komitmen tinggi kepada golongan muda. Sudah tentu untuk memastikan apa yang diingini oleh kerajaan, khususnya Perdana Menteri ini, maka saya percaya Kementerian Belia dan Sukan harus memainkan peranan besar dalam perkara ini. Saya harap oleh kerana golongan belia penting, mereka adalah pewaris kepada negara ini, maka penambahan peruntukan harus diberi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk membolehkan mereka merangka lebih banyak program bagi kepentingan generasi muda. Pun demikian, saya minta supaya Kementerian Belia dan Sukan, kalau dahulu Program Rakan Muda merupakan satu program yang cukup baik, saya harap jangan kita ubah konsep Program Rakan Muda ini kepada menubuhkan organisasi tertentu yang akhirnya menjadi pesaing kepada gerakan belia pada hari ini. Pada saya, Kementerian Belia dan Sukan dan Gerakan Belia tidak harus menjadi pesaing. Mereka harus menjadi rakan kongsi terbaik untuk membolehkan peranan sama-sama dilakukan bagi membuat lonjakan besar kepada kepentingan generasi muda dalam negara ini. Dan kerana itu juga saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan, khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dan kepada Menteri Belia dan Sukan kerana akhirnya, dalam sesi yang lepas saya banyak kali bercakap tentang perkara ini, dan sewaktu memimpin Gerakan Belia juga, saya bercakap perkara ini dan akhirnya kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia. Saya ucapkan terima kasih dan saya percaya melalui Jawatankuasa Kabinet ini, peranan besar boleh dimainkan dengan melibatkan semua kementerian bagi memberi fokus kepada usaha-usaha membangunkan Gerakan Belia dalam negara ini melalui Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia.
Mencelah boleh? Boleh celah?
Boleh.
Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Saya
ucapkan syabas kepada Yang Berhormat Lenggong dan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan. Cuma, selepas Akta Belia dilaksanakan di mana pemimpin belia terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah, saya mendapat dakwaan bahawa pergerakan belia semakin malap dan layu. Saya minta pandangan Yang Berhormat, apakah dakwaan ini betul dan apakah sebab- sebabnya? Ini kerana dahulu pemimpin-pemimpin belia terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun, 50 tahun dan sebagainya. Jadi kita perlu pertahankan belia ini kerana mereka adalah masa hadapan negara kita. Minta pandangan Yang Berhormat.
Saya percaya bahawa...
Mohon laluan, Tuan Yang di-Pertua. Satu lagi, Yang Berhormat.
Okey, okey.
Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Lenggong tadi menyatakan bahawa Program Rakan Muda ini adalah merupakan satu program yang sepatutnya dirancakkan kembali kerana Program Rakan Muda ini adalah menjadi identiti kepada anak- anak muda yang ada termasuklah anak-anak belia kita. Akan tetapi saya perhatikan Yang Berhormat, kalau dahulu semasa pelancaran Program Rakan Muda, kita dengar lagu dan muzik Rakan Muda itu menjadi siulan kepada anak- anak muda yang ada dan mereka merasa ghairah untuk menjayakan 12 gaya hidup melalui Program Rakan Muda, tetapi bila berubah – Menteri berubah, semua berubah, program pun berubah dan kesinambungan kepada program itu tidak menampakkan kesungguhan untuk menjayakannya. Jadi saya harap pada kali ini dengan Menteri Belia dan Sukan kita yang canggih ini, yang mahu berkhidmat dengan dahsyat ini, saya harap Program Rakan Muda ini dapat dihidupkan kembalilah dan apakah cadangan Yang Berhormat...
[Masuk ke dalam Dewan]
Ha, itu dia menteri kita. Apakah cadangan Yang Berhormat kepada menteri supaya menteri dapat mengghairahkan kembali Program Rakan Muda ini supaya ia menjadi gaya hidup kepada anak-anak muda yang ada? Mohon penjelasan. Terima kasih.
Saya bila sebut ghairah itu saya tidak berani hendak jawab itu tetapi saya ingat Yang Berhormat Menteri akan jawab. Cuma, saya percaya kemampuan kementerian, khususnya Yang Berhormat Menteri mampu untuk buat dan rangka semula Program Rakan Muda supaya diberi nafas baru, disesuaikan dengan kehendak generasi muda hari ini yang sudah berubah dan cukup berbeza. Cuma asasnya kita harap ia menjadi program dan tidak disusun menjadi organisasi. Jika ia menjadi organisasi, ia akan menyaingi Gerakan Belia hari ini. Jadikan semula program yang cukup baik sebagaimana dahulu dan saya percaya Yang Berhormat Menteri mampu dan saya difahamkan mereka sedang merangka untuk menggerakkan semula perkara ini dan saya berharap apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tenggara tadi dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Maran tadi. Kita akui antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah bagaimana pemimpin baru selepas akta itu ditubuhkan, mampukah mereka untuk meneruskan
kesinambungan perjuangan idealisme Gerakan Belia. Saya percaya kita harus berikan kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin muda dan saya yakin dengan adanya konsep rakan kongsi antara kementerian dengan Gerakan Belia, mereka sama-sama mampu menjadi rakan kongsi terbaik untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan Gerakan Belia dan belia dalam negara ini terus terbela. Apatah lagi dengan wujudnya Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia. Cuma satu perkara lagi saya dengar ucapan dan Titah Tuanku berkaitan dengan bidang sukan. Pentingnya kegiatan sukan untuk menjana ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan. Cuma kebetulan Yang Berhormat Menteri ada dan dia dengar, saya cuma hendak tanya mengenai satu isu berkaitan dengan Persatuan Tekwando Malaysia. Saya difahamkan mereka mendapat notis pembatalan daripada pesuruhjaya sukan. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Ini kerana kita difahamkan dan kita tahu bahawa Persatuan Tekwando Malaysia ini, ahlinya lebih daripada 300,000 di sekolah-sekolah, di institusi pengajian tinggi, di kampung, di bandar-bandar, di daerah, di negeri, cukup banyak persatuan ini.
Alangkah malangnya kalau ianya dibatalkan dan ia akan menimbulkan banyak masalah terutama sekali kepada jurulatihnya, kepada ahlinya. Saya dihubungi ramai termasuk ahli-ahli kelab tekwando di peringkat akar umbi, sudah beli baju, tidak boleh pakai lagi, sudah ada tali pinggang hitam dan sebagainya, tidak boleh digunakan lagi, tidak boleh diiktiraf. Apakah perkara ini boleh terjadi? Saya harap ianya dikaji semula. Kalaupun ada pertubuhan lain yang hendak diwujudkan, biarkan pertubuhan itu terus diwujudkan tetapi pertubuhan tekwando ini mintalah dikekalkan. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi jawapan ke atas perkara ini.
Mohon laluan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Menteri. Saya adalah merupakan penasihat kepada Persatuan Tekwando daerah Kota Tinggi. Belum ada tali pinggang lagi, tetapi lebih baik daripada tali pinggang hitam. Jadi saya minta supaya Yang Berhormat Menteri dapat mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Lenggong kerana ahli-ahli yang menjadi kepada persatuan, contohnya di daerah Kota Tinggi ini semuanya datang daripada anak-anak yang sedang menuntut di sekolah-sekolah rendah dan juga di sekolah-sekolah Menengah. Ada juga yang sudah menubuhkan persatuan di peringkat sekolah. Jadi saya menyokong penuh kepada cadangan Yang Berhormat Lenggong dan saya harap Yang Berhormat Lenggong akan terus memperjuangkannya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Masuk juga ucapan tersebut dalam ucapan saya. Masih lagi pembangunan generasi muda tetapi kali ini pada Kementerian Sumber Manusia. Saya hendak tanya mengenai Pusat Latihan Teknologi Tinggi (i-Tech). Saya difahamkan sudah siap di Taiping dalam bidang mikro elektronik, di Maran, Terengganu, di Kemaman, di Miri dan beberapa tempat yang lain. Ada yang sudah siap, ada yang dalam pembinaan. Malah sudah pun dilantik difahamkan kontraktor tertentu untuk membekalkan peralatan di pusat-pusat latihan teknologi tinggi. Kenapa sehingga kini ia tidak dilaksanakan? Kalaupun ada perancangan dalam kementerian untuk menambahkan kursus baru, saya harap apa yang telah pun dirancang diteruskan, boleh ditambah juga kursus-kursus baru. Sebab itu saya minta perkara ini diberikan penjelasan kerana ia cukup penting bagi membolehkan generasi muda dapat menambahkan
ilmu melalui pusat-pusat latihan yang sekarang ini begitu banyak ditubuhkan oleh kerajaan. Kita bercakap tentang kebebasan bersuara dan kerajaan hari ini kita tengok memberikan kebebasan tersebut, membolehkan rakyat untuk bercakap. Akan tetapi kita hendaklah sedar bahawa kebebasan bersuara tidak bermakna membolehkan kita bercakap apa sahaja sehingga menyalahi undang-undang, yang membimbangkan kita hari ini, dia bercakap menyalahi undang-undang. Oleh sebab itu saya ingin mengingatkan diri saya dan rakan-rakan saya yang lain supaya apa pun hendak kita perjuangkan, kita harus sama-sama mempertahankan kedaulatan negara ini dan tidak menyalahi undang-undang dan peraturan yang sebagaimana telah termaktub dalam Perlembagaan. Ini pun diingatkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu Titah Ucapan merasmikan sidang ini. Seperkara lagi Yang di-Pertuan Agong sebut soal fitnah. Dalam agama kita pun sama ada Islam dan saya percaya agama–agama lain kita tidak digalakkan untuk memfitnah dan memburukkan orang lain. Kita dengar begitu dahsyat sekali. Saya terkejut apabila Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu membuat pendedahan yang menggambarkan seolah-olah fitnah begitu hebat sekali. Saya hairan rakan-rakan saya terutama sekali di kalangan PAS ini sudah tahu sebahagian daripada pemimpin di kalangan mereka membuat fitnah begini, apakah lagi sebab mahu terus kekal dan bersama dengan golongan yang sentiasa membuat fitnah ini. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat, boleh gulung.
Saya amat bersetuju apabila Yang di-Pertuan Agong sebut bagaimana perlunya merapatkan jurang bandar dan luar bandar. Apatah lagi untuk meningkatkan lagi usaha-usaha menambahkan infrastruktur di kawasan luar bandar. Oleh sebab itu saya mengambil kesempatan dalam perbahasan Titah Ucapan ini untuk memberikan peluang kepada saya dan meminta supaya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah untuk merealisasikan pembinaan jalan daripada Kampung Talong ke Kampung Batu Ring. Inilah satu-satunya jalan yang di kawasan saya tidak ada lagi yang hari ini hanya dihubungi melalui jalan air sahaja, bukan di Sabah dan Sarawak di kawasan saya pun ada. Satu sahaja. Oleh sebab itu saya harap dapat dilaksanakan termasuklah meningkatkan kualiti bekalan air bersih di Kampung Bukit Sapi, Kampung Chepor, Kampung Luat, Kampung Beng dan Kampung Batu Ring. Kalau kedua-dua isu ini dapat diselesaikan, saya menang majoriti lebih 5,000 saya ingat kali ini saya akan dapat lebih lagi insya-Allah. Akan tetapi yang penting saya harap kita sabar-sabar mengekalkan perpaduan. Walau apa sekalipun berbeza politik, kepentingan negara mesti dipertahankan. Saya harap Yang Berhormat Telok Intan kalau kita mahu dan sayangkan negara ini, janganlah kita langgar undang-undang. Itu sahaja, terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin menjunjung kasih di atas Ucapan Titah Tuanku dan saya cuma hendak bawa tiga perkara sahaja dalam perbahasaan ini Tuan Yang di- Pertua. Pertama tiang seri kepada negara ini ialah perkhidmatan awam. Tiang seri ini kalau tidak kuat, tiang seri ini di mana-mana rumah pun kalau reput, runtuhlah
rumah. Oleh sebab itu dalam mana-mana negara, perkhidmatan awam menjadi begitu penting. Malah di mana-mana negara juga perkhidmatan awam menjadi neutral. Ini kerana kerajaan pergi dan datang, kabinet ditubuhkan Kabinet dibubarkan. Malah semasa dalam waktu-waktu berkempen untuk pilihan raya, apabila Dewan dibubarkan, kerajaan tidak ada, yang mentadbir sebuah negara seperti Malaysia ialah perkhidmatan awam. Oleh sebab itu pegawai-pegawai yang menyertai perkhidmatan awam, mereka masuk perkhidmatan awam, bukan kerana menjadi the last job. Saya yakin ramai pegawai di hadapan kita yang masuk dalam perkhidmatan awam kerana sayangkan perkhidmatan awam. Look forward to become officer of the civil service atau kerana rasa terpanggil untuk menjadi sebahagian daripada perkhidmatan awam. Keduanya sudah pasti mereka yang menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam tentulah mereka yang berkualiti. Untuk melepasi saringan sebelum dilantik menjadi pegawai dalam perkhidmatan awam bukan suatu yang mudah. Oleh sebab itu apabila Yang Berhormat Kota Belud mengatakan bahawa kenapa pihak-pihak tertentu ingin mengecilkan perkhidmatan awam dan adakah ingin mengecilkan pasukan Melayu dalam perkhidmatan awam, saya ingin membetulkan, pegawai-pegawai yang berada dalam perkhidmatan awam mereka berada dalam perkhidmatan awam bukan kerana color, bukan kerana warna tetapi kerana kualiti mereka dalam perkhidmatan awam tersebut. Jadi jangan menganggap kerana mereka orang Melayu sebab itu dia jadi pegawai. Tidak. Mereka berada di sana kerana kualiti mereka. Mereka berada di sana kerana kepimpinan mereka. Mereka berada di sana kerana komitmen mereka sayangkan negara ini. Tuan Yang di-Pertua, sudah pasti mereka juga berada di sana dengan cita-cita. Mereka ingin menjadi – sudah tentu pegawai yang tertinggi sekali dalam perkhidmatan awam. Saya yakin sebagai – saya juga bekas pegawai PTD. Cita- cita saya apa dia? Ingin menjadi KSN, sudah pasti. Kalau tidak boleh menjadi KSN, KSU. Itu sudah tentu cita-cita kita. Akan tetapi malangnya Tuan Yang di- Pertua, akhir-akhir ini kita lihat kerajaan begitu ghairah untuk menyambung perkhidmatan-perkhidmatan pegawai-pegawai tinggi ini, sama ada dalam perkhidmatan PTD ataupun perkhidmatan-perkhidmatan lain.
Malah kita dikejutkan dalam satu perkhidmatan kastam, contohnya. Ketua Pengarah Kastam yang sudah pencen akhirnya dipanggil balik untuk meneruskan perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah. Seolah-olah tidak ada lagi orang lain yang layak untuk menjawat jawatan tersebut. Malah dalam satu jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri kepada saya apabila saya bertanya tentang adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk melatih pegawai-pegawai bawahan untuk mengambil alih jawatan tinggi, jawapan yang diberikan adalah kerajaan sedia mempunyai pelan ataupun dasar-dasar yang sentiasa digubal untuk memastikan latihan-latihan diberikan secukupnya bagi pegawai-pegawai muda naik ke atas dan akhirnya menjawat pegawai-pegawai tinggi, jawatan-jawatan tinggi. Tuan Yang di-Pertua, jelas kita lihat baru-baru ini kerajaan juga telah mengumumkan bahawa perkhidmatan KSN sekali lagi disambung. Perkhidmatan KPPA yang ada juga disambung dan beberapa jawatan KSU juga disambung. Dalam perkhidmatan awam, jika satu KSU disambung untuk setahun, akan ada 25 orang yang tidak akan naik pangkat. Oleh sebab tidak naik pangkatnya mereka
bukan kerana mereka tidak layak tetapi oleh sebab ada seorang yang mahu mengekalkan jawatan dia, maka sudah tentulah pegawai-pegawai di bawah yang tersangkut ini akan merasa demotivated. Apatah lagi dalam keadaan tekanan yang ada sekarang. Saya baru berjumpa tiga, empat orang pegawai di luar tadi. Saya kata tinggal di mana? Ada yang tinggal di Seremban, bekerja di Kuala Lumpur. Dia keluar selepas subuh dan dia balik sebelum isyak. Bayangkan! Apatah lagi yang sedang hujan begini, pastinya sampai pukul 11 malam. Jadi pegawai-pegawai begini mengharapkan apabila ada peluang untuk naik pangkat tetapi oleh kerana kerajaan memberikan sambungan perkhidmatan kepada pegawai-pegawai yang sudah berpencen wajib ini, sudah pastilah mereka akan rasa demotivated. Di samping itu, kita juga meminta pegawai-pegawai ini walaupun berhadapan dengan kerenah ahli-ahli politik khususnya eksekutif, tetapi saya memohon kepada mereka yang bertugas dalam perkhidmatan awam, cekalkan semangat tuan-tuan kerana seperti yang saya katakan, government come, government go. Oleh sebab itu kita memohon supaya perkhidmatan awam remain neutral. Saya faham ada pegawai-pegawai perkhidmatan guna sama yang berkhidmat di Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Ada yang berkhidmat di Pulau Pinang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Akan tetapi mahu tidak mahu, suka tidak suka, bahawa kita berkhidmat dengan kerajaan of the day. Rakyat yang kita serve bukanlah orang-orang yang menyokong satu-satu parti itu tetapi rakyat yang kita serve ialah rakyat yang memang rakyat yang membayar cukai dan mereka berhak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat. Oleh sebab itu saya memohon kepada pegawai-pegawai yang sentiasa berkhidmat dengan penuh cekal agar remain neutral, kerana akhirnya yang akan memberikan judgment sama ada pegawai-pegawai ini berkhidmat dengan baik ataupun tidak, bukanlah ahli politik kerana ahli politik come and go. Akan tetapi rakyat yang diberikan di bawah akan memberikan judgment kepada saudara- saudara. Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua ialah tentang dana harta. Saya semalam melalui sebuah bangunan cantik, Marinara Tower di Jalan Tun Razak dan lihat bangunan yang cantik ini sudah bertahun-tahun tidak diduduki. Jadi saya buat sedikit research dan akhirnya berjumpa dengan owner kepada bangunan ini. Puan Marina Yusoff rupanya owner kepada Marinara Tower ini. Jadi saya bertanya kepada dia, apakah masalah dia? Rupa-rupanya saya dimaklumkan – saya minta kerajaan, malah ada ucapan dari Yang Berhormat Pasir Salak mengatakan di manakah orang Melayu, di manakah usahawan-usahawan Melayu? Akan tetapi nampaknya ada seorang usahawan Melayu yang membina bangunan yang tinggi dengan cantik tetapi disebabkan beliau mempunyai masalah sedikit dengan pihak-pihak tertentu, khususnya waktu itu beliau tidak menyokong bekas Perdana Menteri – Tun Dr. Mahathir tetapi menyokong Tengku Razaleigh dalam perbalahan politik yang berlaku, akhirnya dia di penalized. Sudah sekian lama saya kira keadaan itu berlaku dan akhirnya bangunan yang dibina itu terbengkalai. Atas usaha gigih seorang wanita, ibu tunggal ini, akhirnya bangunan itu siap. Akan tetapi masalah teknikal yang tidak selesai dengan Bank Negara membuatkan bangunan itu akhirnya terbiar. Bayangkan sebuah menara yang tinggi yang dimiliki oleh anak Melayu, ibu tunggal ini, tidak bolehkah pihak-pihak
kerajaan – saya tidak tahu pihak mana yang terlibat tetapi yang saya yakin ialah pihak Danaharta telah menganiayai beliau dan telah merampas harta beliau. Sekarang ini saya dimaklumkan pihak Danaharta walaupun telah tamat hayat umurnya mengikut akta tetapi telah pun memberikan bangunan tersebut kepada anak syarikat Danaharta dan ia akan dibolot oleh tiga, empat orang yang berada di dalam syarikat tersebut. Saya mohon, saya tidak tahu latar belakang sejarahnya. Akan tetapi saya rasa sudah tentu kerajaan khususnya UMNO yang mahukan anak Melayu tertegak tinggi di bandar-bandar, inilah masanya untuk membuktikan bahawa UMNO boleh membantu seorang wanita, ibu tunggal, anak Melayu yang betul-betul gigih dalam membangunkan usahawannya. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk Yang Berhormat Menteri Pengangkutan melihat kembali cara-cara lesen memandu diuruskan. Walaupun dalam jawapan yang saya tanya baru-baru ini dan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa ada kaedah bahawa sekiranya orang- orang kampung yang tidak celik komputer boleh dikecualikan tetapi rata-rata Tuan Yang di-Pertua, ini tidak terjadi. Orang-orang kampung yang tidak tahu komputer untuk dapatkan lesen L ini, dia kena lalui bermacam-macam modul. Di antara modul yang terpaksa dilalui ialah mesti lulus komputer dan masa yang diberikan cukup terhad dengan soalan yang banyak. Kalau dia gagal, dia kena kembali untuk mengambil peperiksaan komputer ini dan dia kena bayar RM17. Sekali – RM17, dua kali, tiga kali sampailah dia lulus. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini tidak adil. Apa yang lebih parah lagi, pihak yang mengendalikan kelas-kelas komputer bukanlah milik kerajaan, bukan milik JPJ. Jadi sudah pasti ada pihak-pihak yang tidak akan memberikan peluang untuk mereka belajar free, kena bayar juga. Saya dimaklumkan di tempat saya di Sungai Petani, saya tidak tahulah di tempat lain, bahawa pihak yang mengendalikan komputer boleh ‘kau tim’ dengan orang yang hendak belajar untuk lulus tetapi bayarannya hingga RM800. Maknanya orang yang hendak ambil exam itu duduk tekan button komputer tetapi ada trainer yang akan beritahu tekan apa, tekan apa, ‘A’, ‘B’ atau ‘C’ – jawapan yang betul dan akhirnya dia lulus. Akan tetapi kena bayar berapa? RM800. Ini suatu yang tidak adil. Jadi saya tidak tahu di tempat lain berlaku atau tidak, tetapi di Sungai Petani berlaku. Jadi saya mohon supaya kaedah komputer ini saya ingat mungkin ada kaedah lain rasanya. Kalaupun dia lulus 100% dalam sesi komputer, belum tentu yang dia tidak melanggar undang-undang di jalan raya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak sebut yang akhir sekali iaitu tentang sisa pepejal. Yang Berhormat Timbalan Menteri ada mengatakan bahawa kerajaan melalui akta telah meluluskan supaya sisa pepejal dikendalikan oleh pihak Persekutuan. Di utara, E-idaman mengambil alih pembersihan dan juga pengangkutan sampah, manakala di tengah – Alam Flora dan di Selatan ialah Southern Waste. Saya tidak faham mengapa isu kutip sampah ini menjadi minat kepada Kerajaan Persekutuan? Sejak kerajaan-kerajaan mana-mana negeri pun ditubuhkan, bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia, kerajaan tempatanlah yang menguruskan tentang sisa pepejal atau sisa pembersihan. Oleh sebab wujudnya akta ini, ia telah menyebabkan banyak masalah.
Masalah yang paling besar ialah kutipan sampah dan pembersihan bandar yang dilakukan oleh pihak swasta tetapi pengurusan tapak sampah itu milik kerajaan tempatan. Lebih parah lagi oleh kerana ianya swasta seperti e-Idaman, ia sudah tentu syarikat yang mengutamakan keuntungan. Jadi bagaimana syarikat yang mengutamakan keuntungan akan memberikan yang terbaik kerana dia juga
ada profit yang terpaksa difikirkan, sedangkan kalau dia serah balik kepada kerajaan tempatan, kerajaan tempatan ialah sebuah kerajaan yang tidak memikirkan tentang profit atau keuntungan. Jadi saya rasa kerajaan harus memikirkan masalah ini. Biarlah masalah kutipan sampah pembersihan diberikan balik kepada kerajaan tempatan kerana mereka lebih tahu masalah di tempat mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya menyokong. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuaran.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bangun untuk turut serta dalam perbahasan ke atas ucapan terima kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Tuanku merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Kedua Belas 15 Mac yang lalu. Ucapan saya ini ringkas sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya menggariskan secara mengikut atas dasar-dasar kerana sesuai dengan corak Titah Diraja dan kalau masa mengizinkan saya akan sentuh satu dua perkara yang khusus. Tuan Yang di-Pertua, Titah Seri Paduka Baginda menggariskan hala tuju Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan baru semenjak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil alih tampuk pimpinan negara. Gagasan 1Malaysia yang dicetus Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menghembuskan satu harapan dan semangat baru kepada rakyat Malaysia pada keseluruhannya tanpa mengira kaum, agama dan keturunan. Inti pati 1Malaysia ialah keadilan kepada semua. Saya petik huraian dari buku Program Transformasi Kerajaan yang berbunyi, “Perpaduan aspirasi di kalangan rakyat Malaysia adalah prasyarat bagi mencapai Wawasan 2020”. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah sangat bertepatan sekali dan saya ingat tiada di kalangan rakyat Malaysia yang mahu mempertikaikan hakikat ini. Dalam soal perpaduan ini semua pihak harus menghayati dan mengamalkannya dengan erti yang sebenarnya. Kita harus menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia adalah terdiri daripada berbagai kumpulan etnik. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini boleh menjadi kekuatan dan boleh juga menjadi kelemahan dalam usaha kita untuk membangunkan negara Malaysia yang berteraskan keadilan untuk semua kaum. Ini bergantung kepada cara kita mengurus dan mengguna pakai ciri-ciri kepelbagaian ini. Pendek kata, semua rakyat Malaysia adalah sama rata dan tiada ‘tuan’ dan tiada ‘bukan tuan’. Ini adalah sejajar dengan teras pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan yang menggariskan. Saya petik, “Satu negara yang mengharapkan agar semua warga Malaysia melihat dirinya terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia dan barulah melihat dirinya berdasarkan bangsa, agama, kawasan geografi dan latar belakang sosial.” Dengan izin, “A nation where it is hoped every Malaysian perceives himself as Malaysian first, and by race, religion, geographical region or socio-economic background second”. Akan tetapi harus juga wujud trafik dua hala – two way traffic. Kerajaan juga harus melihat setiap individu rakyat Malaysia sebagai rakyat Malaysia dahulu. Tuan Yang di-Pertua, mungkin ada pertanyaan timbul kenapa perlu ada satu lagi gagasan pentadbiran dan pembangunan negara. Setiap penggantian Perdana Menteri lahir gagasan baru. Tun Abdul Razak dengan ekonomi baru, Tun Dr. Mahathir dengan Wawasan 2020, Yang Berhormat Tun Abdullah Badawi
dengan slogan Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan sekarang ini 1Malaysia. Adakah Gagasan 1Malaysia ini satu kesinambungan gagasan yang lampau atau ianya bersifat baru yang diperlukan untuk menangani kaedah yang baru yang dihasilkan oleh dasar-dasar dahulu? Dalam dokumen Program Transformasi Kerajaan pihak kerajaan mengakui, saya petik... [Disampuk]
Laluan.
... Bahawa...
Minta sedikit. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Mungkin saya perlu penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Tuaran mengenai gagasan-gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri terdahulu dan yang terbaru adalah dibawa Perdana Menteri kita yang menyebut 1Malaysia ini is not a stand alone punya slogan. Ia bukan slogan 1Malaysia sahaja tetapi perlu diikuti dengan “People First, Performance Now” perlu diikuti. 1Malaysia “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”, maknanya kena disebut sekali bertiga itu supaya tidak menimbulkan kecelaruan seperti yang dibawa oleh pembangkang dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Ya saya bersetuju seharusnya disebut ketiga-tiga tetapi yang paling popularnya Yang Berhormat adalah 1Malaysia yang saya kira the head and the leading word bagi ketiga-tiga. Jadi saya ingin petik daripada buku Program Transformasi Kerajaan iaitu kerajaan mengakui bahawa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru juga membawa kepada kaedah yang tidak diduga, unexpected result termasuk kemunculan ekonomi dwi kelajuan (dual speed), meluaskan ketidaksamarataan, peningkatan perasaan tidak berpuas hati dan bilangan rakyat berbakat meninggalkan negara kian meningkat. Ini dari buku Program Transformasi Kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung tinggi pengakuan ikhlas kerajaan ini kerana ia mencerminkan keadaan sebenar. Sesungguhnya prasyarat kejayaan sesuatu dasar ialah ianya harus berlandaskan permasalahan yang tepat dan ianya direka bentuk dan didasarkan tepat kepada kaedah yang sebenarnya, real situation. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia perlu berbincang dan bertindak sama secara terbuka dan telus berlandaskan semangat 1Malaysia dalam erti yang sebenarnya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara secara khusus yang saya percaya sangat penting untuk diberi perhatian dan tindakan affirmative secara serius kalau kita mahu Gagasan 1Malaysia ini berjaya. Pembangunan ekonomi negara dan rakyat harus berasaskan kepada perpaduan di kalangan seluruh lapisan rakyat tidak kira fahaman politik, agama dan bangsa. Perpaduan hanya dapat dipupuk jika sekiranya rakyat merasakan bahawa semuanya mendapat tempat dan peluang yang adil dalam sistem pemerintahan negara. Dalam sesebuah negara yang mempunyai rakyat majmuk, usaha untuk menyatupadukan rakyat adalah menjadi satu cabaran yang amat sangat, the big challenge. Semenjak merdeka kerajaan telah mengerahkan banyak tenaga dan perbelanjaan kepada program perpaduan. Namun pada hari ini kita melihat bahawa kerajaan masih lagi diburu, malahan unsur-unsur perbalahan kaum, racial polarization sering timbul di sana sini. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak dapat nafikan bahawa Dasar Ekonomi Baru banyak membantu kaum bumiputera maju dalam banyak segi walaupun ada
pihak yang berpendapat bahawa ianya hanya membantu segelintir bumiputera sahaja. Sementara itu pihak bukan bumiputera merasakan tersisih walaupun hak mereka tidak diabaikan. Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks Sabah, saya tidak menafikan bahawa Dasar Ekonomi Baru sedikit sebanyak telah membantu bumiputera minoriti di sana. Namun, ramai ahli kaum bumiputera minoriti merasakan bahawa mereka tidak menikmati tahap pembangunan setara dengan kaum bumiputera di Semenanjung Malaysia. Orang-Orang Asli juga masih ketinggalan dalam banyak aspek pembangunan. Dalam satu pertemuan dengan mantan Perdana Menteri tidak lama dahulu iaitu Tun Mahathir Mohamad, keadaan pemimpin-pemimpin mewakili kaum bumiputera minoriti ini telah mengutarakan keadaan mereka di Sabah dan Sarawak. Pada beliau dan respons beliau dalam dialog tersebut ialah the famous “terlepas pandang”. Beliau berjanji untuk membuat program yang khusus membantu kumpulan ini. Persoalannya ialah kenapa ini harus berlaku? Adakah ini disebabkan kerana kumpulan minoriti ini telah lenyap dilihat di dalam kumpulan bumiputera yang besar, umpama setitik hujan jatuh ke laut? Ini disebabkan dalam jumlah kira-kira 80% pencapaian Dasar Ekonomi Baru untuk bumiputera, tidak ada statistik yang wujud yang menunjukkan tahap pencapaian kaum bumiputera minoriti di Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengatakan bahawa Sabah dan Sarawak ini menjadi fixed deposit kepada kerajaan dan kedua-dua wilayah ini menjadi contoh kepada gagasan 1Malaysia khasnya dari segi perpaduan kaum. Kaum bumiputera minoriti ini adalah sebahagian daripada fixed deposit. Akan tetapi, kalau bunga atau interest yang diberi kepada fixed deposit ini terlalu kecil seperti bunga yang diberi oleh Bank Simpanan Nasional sekarang, kita khuatir bahawa fixed deposit ini akan terlepas dari tangan kita. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi, saya yakin kuat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah ikhlas dalam rancangan beliau untuk membuat satu perubahan kepada negara Malaysia. Ini memerlukan keikhlasan oleh semua lapisan pelaksana program ini sama ada di peringkat kementerian ataupun jabatan. Janganlah ia masih wujud amalan sesetengah ahli pentadbir dalam jabatan yang mengamalkan diskriminasi dalam pengambilan kakitangan kerajaan dan kenaikan pangkat mahupun dalam penyampaian khidmat kerajaan berdasarkan etnik dan agama. Secara ikhlas saya menyatakan di sini bahawa apabila kita sebagai wakil rakyat melawat kawasan-kawasan kita di Sabah, kita sering mendengar keluhan daripada kaum bumiputera minoriti khususnya kaum Kadazan Dusun menyatakan bahawa mereka ini merasakan mereka adalah second class bumiputera. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan berlaku adil jika saya tidak menyatakan bahawa banyak program kerajaan yang baik dan bersifat racial blind. Maksud saya ialah program tersebut dilaksanakan secara adil dan tidak mengandungi apa-apa unsur diskriminasi kaum. Saya ambil contoh antara lain ialah program CARI, SUBUR dan IKHTIAR. Bentuk diskriminasi dalam program ini hanyalah antara orang miskin dan orang yang bukan miskin. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kementerian yang berkenaan dan saya harap kementerian-kementerian yang lain harus berani memperturunkan amanat kepada kakitangan bawahan untuk menghakiskan sama sekali segala amalan diskriminasi ini.
Tuan Yang di-Pertua, apabila wujudnya keadilan ekonomi dan sosial ini, barulah kita yakin perpaduan dapat dipupuk dengan mudah dan justeru itu tenaga sepadu rakyat dapat dikerah untuk pembangunan negara. Semangat kekitaan akan wujud dan sekali gus semangat patriotisme akan menjadi lebih kental dan rakyat berbakat tidak lagi akan meninggalkan negara. Tuan Yang di-Pertua, Persekutuan Malaysia telah dibentuk berasaskan satu Perlembagaan yang menjamin kebebasan beragama dengan agama Islam dihormati dan diterima sebagai agama rasmi negara. Kita telah pupuk kebebasan ini sekian lama dan rakyat dapat hidup secara rukun dan damai. Malaysia telah terkenal di persada antarabangsa sebagai satu negara yang harmonis dengan tahap toleransi beragama yang cukup tinggi. Namun, kita sedih di atas insiden kontroversi penggunaan istilah Allah oleh surat khabar gereja Katolik - The Herald. Memandangkan perkara ini masih lagi dalam pertimbangan mahkamah, maka saya tidak mahu membincangkan perkara ini secara detail. Bagaimanapun saya berharap kerajaan dapat mencari jalan untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya. Saya menyokong usaha untuk menyelesaikan hal ini secara perundingan di luar mahkamah. Jika sekiranya terpaksa juga mahkamah yang membuat keputusan, maka rakyat Malaysia harus menghormati keputusan dan Perlembagaan Negara harus dijunjung dan dipertahankan. Saya sedih menyaksikan ada pihak-pihak yang menolak keputusan mahkamah apabila keputusan mahkamah tidak memihak kepada mereka, malahan disusuli dengan tindakan menyerang gereja dan masjid. Sesungguhnya, insiden ini telah menjadi satu detik sejarah hitam kepada Malaysia. Rakyat keseluruhannya mengharapkan agar kerajaan mengambil tindakan yang tegas dan pantas ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Tuan Yang di-Pertua, saya gembira melihat bahawa salah satu daripada teras program reformasi kerajaan ialah mencari penyelesaian masalah polarity agama dan budaya ini. Ini termasuklah usaha untuk menggalakkan persefahaman lebih melalui panel perundingan. Dalam hal ini, saya mencadangkan badan inter- religious council yang pernah dicadangkan dahulu diaktifkan semula. Saya faham ada pihak yang tidak merestui council ini. Namun, saya berpendapat bahawa perundingan dan perbincangan melalui council ini hanya menguntungkan kita dan tidak akan merugikan. Dalam usaha kerajaan untuk mentransformasikan kerajaan kerana isu agama ini sangat penting untuk rakyat majmuk Malaysia, saya mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar satu kementerian sekurang- kurangnya satu jabatan khas ditubuhkan untuk menangani dan mengurus hal-hal agama supaya apa juga isu agama dapat dibendung sebelum ia menjadi kontroversi umum. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu agama ini juga, saya memohon kepada kerajaan agar dapat menyelesaikan kes penahanan buku Injil oleh pihak kastam. Saya difahamkan buku-buku ini diterbitkan di Indonesia. Mengapa pula Indonesia membenarkan sedangkan kita di Malaysia tidak membenarkan? Dalam semangat 1Malaysia saya harap ia dapat diselesaikan. Selain daripada itu, saya harap insiden pengintipan dua pemberita daripada surat khabar Al-Islam ke dalam satu upacara keagamaan gereja Katolik tidak berulang lagi kerana tindakan kedua-dua pemberita itu telah menyinggung perasaan orang- orang Katolik.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu perkara secara ringkas. Ini adalah berkaitan dengan permohonan kad pengenalan oleh anak-anak daripada kaum campuran antara rakyat Malaysia dengan rakyat warga asing. Khasnya dalam konteks Sabah, kebanyakannya berkahwin dengan warga Indonesia dan Filipina. Ramai anak-anak mereka yang menghadapi masalah dalam permohonan kad pengenalan. Masalah ini menjadi rumit apabila mereka ini memasuki persekolahan di peringkat menengah oleh sebab ketiadaan dokumen. Tuan Yang di-Pertua, ramai daripada mereka yang terlibat ini berusaha bertahun-tahun tanpa penyelesaian di jabatan di Kota Kinabalu. Jabatan Pendaftaran Negara meminta mereka untuk datang ke Putrajaya untuk ditemu duga. Ramai daripada mereka ini yang terdiri daripada orang miskin di mana mereka tidak ada wang untuk terbang ke Putrajaya. Saya tahu Tuan Yang di- Pertua, beberapa kes dalam tangan saya yang melibatkan tiga orang anak dalam satu keluarga yang memohon kad pengenalan. Sudah dua tahun mereka berulang-alik, naik turun pejabat pendaftaran di Kota Kinabalu dan tidak ada penyelesaian. Akhirnya, mereka ini mendapat surat daripada Putrajaya, sila datang ke Putrajaya untuk mengurus. Tuan Yang di-Pertua, bayangkanlah orang kampung yang tidak ada wang ini, mengapa perlu mereka ini berbelanja sekian mencari wang membelanjakan tiket kapal terbang dan penginapan untuk tiga orang anak ke Putrajaya. Mengapa tidak Kementerian Dalam Negeri khasnya Jabatan Pendaftaran Negara memberi dan menurunkan kuasa ini kepada Jabatan mereka di Kota Kinabalu? Mengapa perlu di Putrajaya? Kita mempunyai slogan ‘Rakyat Didahulukan’. Ini bukan ‘didahulukan’ Tuan Yang di-Pertua, ini ‘membebankan’ sehingga memerlukan mereka datang kepada wakil rakyat kita menulis surat. Apabila mereka menjawab surat daripada keluarga ini, kita hanya mendapat salinan sahaja mengatakan tindakan sedang diambil. Tuan Yang di-Pertua, pada satu ketika dahulu di dalam Dewan ini saya telah menyentuh satu isu mengenai dengan satu kes seorang ibu yang kehilangan kad pengenalan dan apabila mendapat ganti, kadnya berwarna merah. Bererti, dia menjadi warganegara sekali gus menjadi pendatang. Kita timbulkan hal di dalam Dewan ini dan oleh sebab kita timbulkan perkara ini, Menteri pada masa itu terbang ke Kota Kinabalu menghadiahkan kad pengenalan. Tuan Yang di-Pertua, mengapa perlu wakil-wakil rakyat membuat individual case di dalam Dewan ini dengan izin? What happen to our pentadbiran dengan izin? Yang Berhormat Sungai Petani baru sahaja telah menyentuh tentang pentadbiran kakitangan kerajaan. Mengapa ini berlaku? Saya ingin tanya kepada kerajaan dan saya cadangkan kes ini bukan kecil. Banyak lagi kes seperti ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta kepada Menteri masukkan perkara ini ke dalam KPI kementerian. Dahulukan rakyat dan jangan membebankan mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah berkali-kali di dalam Dewan ini menyentuh masalah pendatang haram dan isu kad pengenalan palsu di Sabah. Sehingga sekarang tidak ada tindakan yang dibuat. Jikalau dihitung dari segi saiz masalah ini, sudah tentu satu perkara penting dalam KPI kerajaan.
Oleh sebab saya sudah bosan mengulangi perkara ini berkali-kali, maka saya tidak mahu mengulangi lagi dalam Dewan ini. Saya hanya memperingatkan bahawa kalau masalah ini tidak ditangani secepat mungkin, defixed deposit itu akan menjadi defisit nanti. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengundur diri saya ingin menyentuh beberapa perkara secara ringkasnya dengan izin. Penting ini Tuan Yang di-Pertua, satu ialah mengenai dengan isu pekerja asing.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Di Sabah ini pihak majikan kita telah merasa masalah kekurangan pekerja termasuk pekerja asing. Ini khasnya dalam sektor perladangan. Kita tahu bahawa sektor perladangan ini besar dan banyak dibangunkan di Indonesia juga oleh syarikat-syarikat Malaysia. Tawaran gaji di Indonesia itu sama dengan apa yang ditawarkan oleh majikan di Sabah. Jadi, ramai daripada mereka ini sudah kembali kepada tempat mereka kerana they got the same paid. Jadi Tuan Yang di-Pertua, satu ketika dahulu kerajaan telah menawarkan Program Pemutihan kepada mereka ini khasnya pekerja-pekerja daripada Indonesia dan Filipina. Program ini berhasil untuk regulize yang tidak ada dokumen. Akan tetapi masih ramai lagi yang tidak dapat diproses. Jadi dalam konteks kekurangan pekerja ini Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya satu lagi Program Pemutihan diadakan oleh kerajaan supaya mereka ini yang masih duduk di Sabah ini dapat di regulize dan mereka mendapat pekerjaan. Jadi, saya terbaca dalam surat khabar kerajaan mahu atau tidak mahu mengadakan pemutihan. Jadi cadangan kita ialah adakan satu lagi pemutihan supaya mereka ini dapat di regulize. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa tidak mengizinkan. Kita dapati bahawa kes-kes HIV di Sabah ini banyak. Khasnya mereka yang pernah bekerja di sini. Wanita-wanita remaja yang bekerja di sini mungkin di kelab-kelab dan sebagainya banyak yang telah dijangkiti oleh HIV. Now, satu keadaan yang menjadi persoalan kepada saya Tuan Yang di-Pertua, saya ada dua kes yang saya tahu. Apabila seseorang itu meninggal disebabkan HIV, jenazahnya dibalut dan dikirim kepada keluarga dan diperintahkan supaya ianya dikebumikan secepat mungkin. Keluarga itu tidak diberitahu secara terang-terangan apakah sebab kematian. Saya hadir dalam satu upacara pengebumian, coffin itu wrap dan terus dikebumikan dan saya bertanya kepada ahli keluarga sebab apa saudara ini meninggal? Tidak ada penerangan. Now, the negative part dengan izin Tuan Yang di-Pertua, apakah si meninggal itu mendapat HIV daripada luar ataupun daripada keluarga? Dengan izin, how can we know that this disease is from the family? Dia cakap pihak berkuasa, pihak hospital tidak memberitahu kepada keluarga sebab kenapa dia meninggal. Jadi cadangan saya ialah keluarga itu harus diberitahu dan kalau perlu diperiksa secara perubatan. Ini sama dengan apabila seseorang menghidapi penyakit denggi, maka satu krew daripada hospital menyembur kawasan, memeriksa setiap ahli keluarga. Saya harap ini dijalankan. Mungkin ada juga keluarga yang sengaja tidak mahu memberitahu sebab ini, HIV ini masih dalam tahap memalukan kalau ada ahli keluarga mereka yang menghidap HIV tetapi ini tidak membantu. Kalau ada di kalangan ahli keluarga yang ditinggalkan itu menghadapi HIV, maka this is a hidden case. Kerajaan tidak tahu, jadi saya pohonlah supaya kerajaan mengambil tindakan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya mohon melalui Timbalan Menteri...
Dua kali sudah akhir itu.
Ini Hospital Tuaran, Tuan Yang di-Pertua. Saya dapat jawapan daripada Timbalan Menteri. Saya sudah ketengahkan. Hospital ini tidak ada bed. Jadi jawapan ini projek fasa kedua ini akan dijalankan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sampai bilakah kita akan
menunggu, Tuan Yang di-Pertua? Saya mohonlah dipercepatkan. Jadi akhir kata Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja. Saya mohon menyokong kepada ucapan menjunjung kasih kepada Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memulakan ucapan saya dengan memetik satu perenggan daripada Ucapan Titah Tuanku yang berbunyi; ”Semua program dan projek yang dilaksanakan akan berasaskan kepada keperluan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Kerajaan akan terus membela nasib golongan berpendapatan rendah dan yang memerlukan.” Tuan Yang di-Pertua, pada awal bulan Januari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan keputusan kerajaan untuk memperuntukan sebanyak RM15 juta sebagai bayaran pendahuluan nafkah kepada ibu-ibu tunggal atau anak yang telah memperoleh perintah nafkah tetapi gagal dipatuhi oleh suami atau bapa. Niat ini adalah murni untuk membantu kaum ibu tunggal dan anaknya untuk meringankan beban kehidupan mereka sementara menunggu proses pelaksanaan penguatkuasaan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah terhadap suami atau bapa. Saya menyokongnya. Akan tetapi persoalan yang timbul Tuan Yang di-Pertua, menjadi tanda tanya ialah mengapakah untuk kaum ibu tunggal atau anak yang beragama Islam sahaja? Bagaimanakah pula dengan ibu tunggal atau anak yang beragama bukan Islam? Bagaimana pula dengan ibu tunggal atau anak yang mengalami masalah tuntutan nafkah juga penguatkuasaan perintah nafkah di Mahkamah Sivil? Kesulitan yang dialami oleh ibu tunggal atau anak Islam yang beragama Islam dan bukan Islam di dalam proses penceraian ini, apakah bezanya? Perdana Menteri pernah menyatakan mahu menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia. Isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah dilaporkan menyatakan mahu menjadi ibu kepada semua rakyat Malaysia. Ini sejajar dengan Gagasan 1Malaysia. Peruntukan RM15 juta seharusnya bersifat insklusif dan bukannya eksklusif semasa kerajaan membuat keputusan untuk membantu wanita yang memerlukan bantuan. Mengapakah ibu tunggal atau anak ini dilayan berbeza? Mengapakah membezakan wanita atas dasar agama? Kerajaan telah banyak membeza-bezakan rakyat Malaysia, warganya mengikut kaum, mengikut bumiputera bukan bumiputera, menyokong Pakatan atau Barisan Nasional. Kini ia melibatkan pemberian bantuan isteri dan anak mengikut agama. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan telah jelas menyatakan tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara atas antaranya kaum. Saya telah mengemukakan satu pertanyaan di Dewan yang mulia ini dan telah diberi jawapan sebab peruntukan RM15 juta ini kerana ia dipohon oleh Jabatan Kehakiman Syariat Malaysia. Saya tidak ada masalah dengan pemberian peruntukan ini kepada jabatan ini. Sebentar tadi saya telah menyatakan pendirian saya. Akan tetapi saya hendak tahu bagaimanakah pula dengan ibu tunggal atau anak beragama bukan Islam? NGO-NGO wanita telah banyak kali menyampaikan memorandum kepada kerajaan agar meneliti semula akta berkaitan dengan pemberian tuntutan nafkah, Law Reform (Marriage and Divorce) Act. Akan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.
Yang Amat Berhormat mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet Gender. Jadi siapakah yang gagal memainkan fungsi apabila memutuskan untuk membantu segelintir sahaja ibu tunggal atau anak yang beragama Islam sahaja dan mengetepikan panggilan-panggilan, keluhan-keluhan, permintaan-permintaan ibu tunggal atau anak yang beragama bukan Islam? Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkannya agar kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam kadar yang segera. Selepas suara-suara telah dibangkitkan, saya membaca laporan menyatakan kabinet secara prinsipnya akan mempertimbangkan untuk memberi bantuan kepada ibu tunggal atau anak yang bukan beragama Islam.
Saya hendak tahu apakah perkembangannya, berapakah peruntukan yang akan diberikan kepada mereka? Tuan Yang di-Pertua, memberi bantuan melalui peruntukan RM15 juta ini, saya sedia maklum adalah bantuan secara pendahuluan kepada ibu tunggal atau anak semasa menunggu penguatkuasaan perintah daripada mahkamah. Ini adalah satu langkah atau pendekatan jangka pendek sahaja. Pada pendapat saya, adalah perlu kalau kerajaan prihatin kerana kesulitan yang dihadapi oleh ibu atau anak yang melalui proses penceraian ini adalah kerajaan perlu mengenal pasti kelemahan undang-undang yang terlibat, Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan. Bilakah ia akan dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini? Bilakah ia akan dikemaskinikan? Tadi saya katakan Law Reform (Marriage and Divorce) Act. Bilakah tindakan akan diambil? Tuan Yang di-Pertua, sudah berulang kali kami di sini telah membangkitkan keperluan untuk meminda akta yang mempunyai pelbagai kelemahan, yang gagal memberi perlindungan kepada wanita. Akan tetapi, nampaknya tiada tindakan yang diambil. Sudah berapa lama Tuan Yang di- Pertua? Sekurang-kurangnya tiga penggal saya dalam Dewan ini, berulang kali suara-suara kami bangkitkan akan meminda undang-undang yang gagal atau lemah dalam aspek melindungi wanita. Apabila Hari Wanita disambut, kita dengar suara Yang Amat Berhormat kata, “Kami melindungi, kami menghargai sumbangan-sumbangan wanita dan meminda Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan”. Itu tahun 2001, sekarang sudah tahun 2010, Tuan Yang di-Pertua. Bukan sahaja itu, kalau kita meneliti dalam Perlembagaan Persekutuan, kita sendiri juga masih mempunyai perkara atau peruntukan yang mendiskriminasikan warga Malaysia, wanita ini. Tuan Yang di-Pertua, kita lihat Perkara 15 yang memperuntukkan kewarganegaraan melalui pendaftaran. Peruntukan ini memberi kewarganegaraan kepada perempuan yang bersuamikan warganegara Malaysia. Akan tetapi, ia adalah senyap atau tiada peruntukan kepada wanita Malaysia yang bersuamikan lelaki asing. Tidak ada peruntukan. Betul Yang Berhormat Tangga Batu? Sokong? Perkara...
Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, pasal dia sudah panggil nama saya sebab saya pun sudah lama tidak berbincang dengan Yang Berhormat ini. Yang Berhormat ini bercakap tentang wanita dan kita semua akur, akui tentang kehebatan wanita sehinggakan pepatah ada mengatakan, “tangan yang mengayunkan buaian itu, wanita itu juga mampu menggoncang dunia”.
Saya hendak tanya Yang Berhormatlah, kadang-kadang saya lihat Yang Berhormat dan rakan-rakan bercakap tidak serupa bikin. Pada pilihan raya yang lepas, kita letak dua calon wanita, DUN Bachang dan DUN Ayer Keroh. Akan tetapi, kawan-kawan Yang Berhormat kempen mengatakan wanita tidak bagus jadi wakil rakyat, tidak boleh keluar rumah dan sebagainya. Kalah calon wanita daripada BN di DUN Ayer Keroh dan DUN Bachang itu. Macam mana Yang Berhormat hendak jelaskan itu? Cakap tidak serupa bikin. Sepatutnya dalam pilihan raya pun perlu sokong juga wanita, bagi menang.
Ini pembohong. Mana ada kita kempen wakil wanita.
Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Melaka.
Ini kawan Yang Berhormat yang kempen kata wanita tidak bagus. Di DUN Bachang dan DUN Ayer Keroh Yang Berhormat ada sebut wanita tidak boleh keluar rumah.
Okey. Sudah Yang Berhormat.
Tidak bagus, tidak boleh perform. Saya ingat lagi.
Tidak pernah buat ini.
Yang Berhormat Kota Melaka, orang mencelah tiada celah Yang Berhormat. [Ketawa]
Saya beri laluan Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Kota Melaka, saya beri laluan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Saya rasa Yang Berhormat Tangga Batu ini tidak jujur.
Memang.
Tunjukkan bukti yang kita ada sebut begini. Jangan datang sini hendak – bukan berlakon di sinilah. Kita bahaskan lebih jujur dan...
Saya tanya Yang Berhormat, betul tidak Yang Berhormat berkempen mengalahkan calon wanita di kedua-dua DUN tersebut?
Kempen calon Barisan Nasional yang kita kalahkan tidak kira wanita atau lelaki.
Tengok, tengok Tuan Yang di-Pertua. Tidak kira wanita. [Ketawa] [Dewan riuh]
Ya. Kita kalahkan calon Barisan Nasional.
Ini sudah macam kampunglah, Yang Berhormat.
Sepatutnya bila BN bertanding calon wanita, jangan lawan.
Yang Berhormat Tangga Batu duduklah tolong.
Ini gender. [Ketawa] Sebab itu calon Barisan Nasional...
Yang Berhormat Kota Melaka, pandang sini Yang Berhormat.
Ya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, yang penting kita kalahkan calon Barisan Nasional kerana kelemahan Barisan Nasional dalam mentadbir Kerajaan Negeri Melaka. Ini kerana calon-calonnya itu tidak dipercayai, tidak diyakini oleh rakyat, tidak diyakini oleh penyokong Barisan Nasional. Mereka tidak mahu mengundi calon mereka. Sebab itu kita menang. Bukan katakan kita seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tangga Batu.
Itu bukan menyoal Yang Berhormat. Itu bercerita Yang Berhormat.
Ya. Apakah pandangan Yang Berhormat Batu Gajah bahawa kempen kita untuk kalahkan calon lawan tidak kira dia lelaki atau perempuan? Itu yang penting. [Ketawa]
Ya. Yang Berhormat Kota Melaka telah menjelaskan situasi yang sebenar. Saya beri laluan Yang Berhormat Shah Alam.
[Ketawa]
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa Yang Berhormat Tangga Batu ini pun sudah tiada isu. Sebenarnya dalam soal pilihan raya ini, yang penting kita hendak tentukan bahawa calon yang menang adalah calon yang akan membawa agenda rakyat. Kalau sekiranya calon itu adalah seorang wanita tetapi dia khianat amanah yang hendak diberikan oleh rakyat kepadanya, maka kita perlu ketepikan. Dia dikalahkan bukan kerana dia wanita seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu. Itu satu pembohongan. Dia dikalahkan oleh kerana dia daripada Barisan Nasional yang tidak memahami makna amanah dan pentadbiran yang cekap dan bersih. Betul tidak? Saya rasa inilah yang ingin kita jelaskan supaya Yang Berhormat Tangga Batu ini dia boleh balik tidur, baliklah dengan baik.
Yang Berhormat Batu Gajah beri saya tambah sedikit. Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingatlah Yang Berhormat Tangga Batu sengaja mengelak. Kita juga ada calon perempuan iaitu Kota Laksamana yang kita kalahkan calon BN lelaki. Jangan cuba hanya sebutkan dua...
Baik Yang Berhormat. Biarlah. Saya ingat memanglah kalau kita bertanding itu kita hendak menanglah. Tidak kira wanita atau lelaki. Bukan soalan isu Yang Berhormat kadang-kadang. Yang Berhormat sila.
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Kota Melaka. Jadi Yang Berhormat Tangga Batu, lain
kali hendak bangkit minta penjelasan, berhati-hati dengan kata-kata. Kalau memang mahu menghargai sumbangan wanita, kebolehan dan kemampuan wanita, pastikan lebih ahli-ahli UMNO wanita diberi peluang, sebab sebelum ini mereka pernah membangkitkan bahawa kurang kerusi diberi kepada mereka untuk bertanding. Ya, Yang Berhormat Tangga Batu. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan ucapan saya. Tadi saya mengatakan Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan. Ada satu peruntukan lagi ialah Perkara 14(1)(b) di bawah Bahagian 2, Jadual Kedua yang memperuntukkan bahawa kewarganegaraan melalui penguatkuasaan undang-undang bagi orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia yang memperuntukkan di mana seseorang yang lahir di luar Persekutuan, maksudnya di luar negara ini, bapanya masa kelahiran adalah warganegara, ia boleh mendapatkan kewarganegaraan melalui penguatkuasaan undang-undang. Akan tetapi, ia sunyi atau senyap, tiada peruntukan kepada anak atau bayi yang lahir di luar Persekutuan di mana ibunya adalah warganegara Malaysia. Jadi, saya rasa sudah sampai masanya. Sudah tunggu lama. NGO wanita juga bersuara, kami juga di sini sudah bersuara berulang-ulang kali. Menteri pun tukar, tukar dan tukar tetapi masih tiada pindaan atau cadangan dibentangkan di dalam Dewan ini kepada kedua-dua perkara ini. Jangan beri alasan bahawa kami ingin melindungi wanita. Jangan senang-senang berkahwin dengan warga asing. Itu alasan tidak boleh diterima lagi. Wanita sekarang mampu membuat pilihan yang cerdik. Juga ada lelaki yang berkahwin dengan isteri asing yang mengalami masalah. Jadi saya harap pemikiran kerajaan ke depan kalau memang hendak menghapuskan diskriminasi terhadap wanita, pindalah Perkara 15, Perkara 14, memberi peruntukan yang adil dan saksama untuk wanita.
Yang Berhormat Batu Gajah, Lenggong.
Hendak tanya, baik-baik ya, Yang Berhormat Lenggong. [Ketawa]
Okey. Kerajaan Barisan Nasional memang mengiktiraf dan meletakkan wanita di tempat yang sebetulnya. Saya bagi contoh, tengok Pakatan Rakyat PKR, Presiden wanita tetapi tidak ada kuasa. Ada ketua umum juga. Bukan iktiraf wanita, ini boneka sahaja.
Saya bertanding jadi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, surat watikah disain oleh Presiden Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, bukan orang lain. UMNO ada UMNO.
Saya hendak tanya UMNO. UMNO pernah ada Presidennya wanita? Ada? Ada berapa orang Menterinya wanita? Timbalan Perdana Menteri pernah wanita di bawah pimpinan Barisan Nasional?
Sain sahaja surat tetapi calon orang lain yang tentukan.
Yang Berhormat Batu Gajah, Presiden UMNO ada wanita, Datin Seri Rosmah Mansor. [Ketawa]
Yang Berhormat Batu Gajah, siapa yang cakap ini?
Yang Berhormat Batu Gajah, sain surat memanglah Presiden tetapi tentukan calon orang lain.
Sila duduk Yang Berhormat.
Jangan cuba menegakkan benang yang basah.
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Orang lain yang tentukan calon.
Cukup, cukup Yang Berhormat Lenggong cukup.
Kalau sain sahaja...
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan ucapan saya.
Yang Berhormat, sepatutnya kita bersamalah Yang Berhormat membela wanita. [Ketawa]
Ya.
Ini adalah satu perkara yang boleh kita bersama Yang Berhormat.
Negara kita Tuan Yang di-Pertua, menurut buku perangkaan dari kementerian, kita ada 49.1% populasi wanita dalam negara ini. Jadi apabila saya bangkitkan isu wanita, haraplah ahli-ahli Barisan Nasional jangan mempermain-mainkan isu itu, tidak baik. Jadi saya hendak masuk ke isu kedua Tuan Yang di-Pertua, NKRA. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Polis kali ke-203. Saya menyokong segala usaha dan tindakan yang diambil untuk menaiktarafkan kemudahan PDRM. Pemberian elaun tambahan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada pegawai polis diharap diperbaiki kebajikan mereka dan kita telah diberitahu dalam Dewan ini berulang kali sejak sesi mesyuarat bermula, bahawa salah satu bidang NKRA ialah jenayah dan sasarannya mengurangkan indeks jenayah sebanyak 5%, dan jenayah jalanan sebanyak 20% sahaja bagi akhir tahun ini. Kita telah dimaklumkan kejayaan PDRM mengurangkan peratusan jenayah jalanan sebanyak 7.6% bagi suku keempat tahun lalu. Itu satu usaha yang baik. Akan tetapi persoalan yang timbul Tuan Yang di-Pertua, di mana saya pernah bangkitkan tetapi tidak diberi jawapan, mengapa tiada maklumat statistik jenayah yang diberitahu atau disiarkan untuk pengetahuan orang umum dalam laman web PDRM? Ia hanya dapat diberitahu apabila Menteri membuat pengumuman. Selain itu, kita tidak dapat maklumat sama ada bulanan ke bulanan atau mingguan ke mingguan keadaan jenayah dalam negara ini. Ada 14 jenis jenayah ini. Jenayah harta benda, jenayah kekerasan. Maklumat tiada langsung keluarkan daripada laman web PDRM. Mengapa begitu? Mengapa sembunyikan maklumat itu? Mengapa tidak boleh bagi statistik agar kita boleh bersama-sama memantau perkembangan situasi keselamatan awam ini. Ini yang pertama.
Kedua adalah bagaimanakah kerajaan menyukat persepsi orang awam mengenai keselamatan awam ini? Kerajaan boleh bergembira menyatakan telah mencapai 7.6% penurunan jenayah jalanan. Itu syabas! Akan tetapi bagaimana hendak menyukat persepsi orang ramai? Kalau tanya saya Tuan Yang di-Pertua, saya masih risaukan keselamatan ahli keluarga saya apabila mereka berada di tempat awam ataupun bersendirian di rumah mereka masing-masing. Saya masih risaukan keselamatan mereka. Jadi saya hendak tahu bagaimana menyukatkan persepsi orang awam terhadap keselamatan awam ini? Tuan Yang di-Pertua, saya melihat buat masa ini satu langkah yang diambil oleh kerajaan amat jelas atau dicerminkan adalah lebih ramai polis on the street, di jalanan terutama di hot spot. Saya nampak kelmarin di Brickfields dan di kawasan saya juga dan lain-lain kawasan apabila saya memandu kenderaan, maka saya nampak lebih banyak kenderaan polis yang membuat rondaan. Akan tetapi persoalan yang hendak saya timbulkan Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah kerajaan boleh memastikan semua pegawai polis yang membuat rondaan ini memberikan keutamaan kepada pencegahan jenayah dan bukannya kes-kes trafik atau jenayah-jenayah lain? Tuan Yang di-Pertua, apabila saya memandu kenderaan, saya melalui jalan saya, kerap kali melihat dua, tiga orang polis menggunakan bendera merah menghayun-hayun menghentikan motosikal yang melalui hadapan mereka. Apakah yang dikatakan spot check ini dibenarkan atau pegawai polis trafik berdiri di sepohon pokok dan...
Gulung Yang Berhormat.
Gulung dah.
Ya.
Kita boleh nampak kenderaan selepas itu dihentikan selepas mereka melalui lampu isyarat. Apakah ini dibenarkan? Beritahu agar kami masing-masing boleh memantau sama ada ini keutamaan pihak polis atau apakah ini sah yang dilakukan oleh polis. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin membangkitkan berkenaan sekolah berprestasi tinggi. Saya ingin menyatakan saya agak risau apabila penekanan terlalu banyak ke atas pencapaian akademik. Akan timbul pelajar kurang cemerlang akan diketepikan. Pihak sekolah mula memilih pelajar yang cemerlang baru terima mereka masuk ke sekolah tersebut dan juga ibu bapa mula memilih sekolah yang cemerlang dengan menukar alamat. Jadi saya harap pihak kementerian akan memberikan perhatian kepada perkara ini dan akhirnya berkenaan dengan cabutan khas. Saya rasa pihak kementerian menganggap kami seolah-olahnya tidak tahu mengira atau tidak faham matematik. Sebelum ini dia kata telah mengurangkan – saya ada jawapan cabutan khas daripada 27 hari kepada 20 hari. Akan tetapi saya buat pengiraan setiap syarikat mempunyai peluang yang lebih banyak untuk mengadakan cabutan khas. Itu saya akan sentuh diharap dapat diberikan perhatian. Itu sahaja, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Ya Yang Berhormat Tawau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, yang memberikan peluang kepada saya mengambil bahagian Menjunjung Kasih Atas
Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mula berbahas ingin saya menjelaskan bahawa saya bukan seorang Ahli Parlimen BEBAS individu, tetapi saya adalah seorang Ahli Parlimen BEBAS berparti SAPP dan ini untuk makluman Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, adalah sangat menyusahkan bahawa banyak masalah dihadapi oleh rakyat di Sabah, Tawau khususnya, yang tidak diselesaikan dan seterusnya menimbulkan ketidakselesaan dalam kehidupan harian mereka seperti gangguan bekalan elektrik dan bekalan air yang terus- menerus. Jalan yang buruk terutamanya jalan ladang. Peningkatan kos makanan dan barang-barang terutama kos yang tidak seimbang. Makanan dan barangan antara Sabah dan Semenanjung Malaysia yang membebankan rakyat. Kekurangan peluang kerja bagi kaum muda rakyat negeri Sabah. Kehilangan tanah hak adat mereka. Semua masalah ini perlu koordinasi yang lebih baik di antara kerajaan-kerajaan negeri dan Persekutuan untuk menyelesaikan penderitaan rakyat di Sabah khususnya rakyat di Tawau. Saya ingin membangkitkan beberapa isu penting demi kepentingan rakyat dengan kementerian-kementerian berkaitan. Pertama Kementerian Dalam Negeri. Rakyat Tawau sangat prihatin bahawa di antara pendatang tanpa izin yang mendapat MyKad Malaysia melalui cara penipuan banyak disebut kad pengenalan palsu dan sekarang MyKad curian yang diubahsuaikan seperti yang didedah oleh Pemangku Komando Operasi Tentera Laut, SP Mohd. Ismail dilaporkan dalam The Daily Express, 20 Februari 2010.
Bahawa barang-barang biasa rumah tangga boleh digunakan untuk memalsukan dokumen-dokumen pengenalan. Seorang warga Indonesia dengan sembilan rekod jenayah dahulu ditangkap di Tawau dalam insiden itu. MyKad curian yang telah dibuka dan diubahsuaikan, foto dan maklumat asal dihapuskan dan diganti oleh butir-butir pendatang tanpa izin telah ditemui. Walaupun cip MyKad dengan reka keselamatan tidak boleh rosak tetapi MyKad tidak dilindungi daripada pengubahan sepenuhnya jika foto dan maklumat dalam kad dapat digantikan secara mudah sahaja, ramai orang yang meragukan ditemui menggunakan dokumen yang telah diubahsuai dengan maklumat yang tidak sepadan dengan yang didapati dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Saya ingin mendesak Menteri dan Kementerian Dalam Negeri untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan MyKad dengan menggunakan kad yang bermutu lebih tinggi dan benar-benar terlindung daripada pemalsuan atau pengubahan. Ketika MyKad boleh dibuka atau diubahsuaikan ia mengurangkan keberkesanan banyak pemeriksaan pengesahan MyKad oleh pihak JPN, polis, imigresen, kastam dan pihak-pihak berkuasa berkenaan. Usaha tambahan ini akan membantu melindungi kedaulatan negara kita. Berkaitan dengan insiden yang sama, rakyat ingin mengetahui mengapa seorang warga Indonesia dengan sembilan rekod jenayah dahulu masih dibenarkan berada di Malaysia, di Tawau. Apakah dasar kerajaan berhubung setakat atau senarai hitam orang asing yang telah melakukan jenayah daripada memasuki Malaysia? Baru-baru ini, JPN Sabah telah menjelaskan bahawa di bawah Peraturan 22, seorang pegawai pendaftaran mempunyai kuasa untuk menangkap atau memeriksa seorang yang disyaki melakukan sebarang kesalahan yang melanggar peraturan itu atas kecurigaan yang wajar tanpa sebarang surat waran. Rakyat Sabah dan Tawau ingin mengetahui bilangan penangkapan atau penyiasatan
telah selesai diproses oleh JPN di setiap negeri, termasuk Sabah dan khususnya di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan masing-masing. Berapakah bilangan kes telah dijatuhi hukuman setakat ini sejak pindaan akta tersebut. Adalah amat menyedihkan untuk membaca tentang seorang gadis Cheong Soo Theng berumur 16 tahun yang telah tiga kali cuba membunuh diri akibat trauma dia tidak boleh mendapat MyKad, kononnya sijil lahir di JPN dikatakan dipalsukan. Dia diajak oleh guru dan teman-teman dan di penjara di rumah sendiri untuk mengelakkan diperiksa oleh pihak berkuasa dan polis. Ini memang mungkin juga menjadi salah satu kes yang sebenar-benarnya memerlukan siasatan khusus. Saya berharap Kementerian Dalam Negeri selain daripada mencapai Indeks Prestasi Keutamaan atau KPI akan mempertimbangkan kes-kes individu, khususnya yang sebenar-benarnya di antara banyak kes yang lain termasuk banyak kes dari Tawau yang ditolak tanpa alasan selepas aplikasi berulang-ulang kali, mereka diminta mohon semula, mengapa? Tentang MyKad yang telah diperbaharui tetapi belum dikutip pemohon- pemohonnya, saya ingin mengetahui bilangan yang belum dikutip bagi setiap negeri termasuk Sabah dan Tawau masing-masing. Apakah rasional menghapuskan MyKad -MyKad itu, dan apakah hukuman jika mereka membuat permohonan sekali lagi. Usaha apakah yang dilakukan oleh JPN untuk memaklumkan ketibaan MyKad kepada pemohon-pemohonnya. Rakyat ingin mengetahui juga sama ada pengenalan fizikal dengan menyentuh bahu suspek adalah satu-satunya cara diperlukan dalam proses pengenalan suspek terlibat dalam jenayah. Ramai mangsa muda atau tua terutamanya gadis dan wanita mengalami trauma untuk melalui proses pengenalan suspek ini kerana takut bahawa mereka akan menjadi mangsa kemudiannya. Saya mencadangkan di sini, kawad cam dengan cermin sehala untuk digunakan dalam kes-kes seperti ini bagi melindungi mangsa, ini juga salah satu cara untuk mencegah jenayah kecil yang terlalu banyak. Saya juga mendesak kementerian untuk memasang bilik kawad cam dengan cermin sehala di semua stesen polis di Sabah khususnya di Tawau, di mana banyak jenayah yang dilakukan oleh orang-orang asing dan PTI. Tuan Yang di-Pertua, yang kedua Kementerian Pertahanan Dalam Negeri, Koperatif dan Pengguna. Rakyat Tawau ingin mengetahui mengapa bekalan petrol RON97 dan RON92 tidak di sedia ada sejak Ogos 2009. Tawau dan kawasan Pantai Timur Sabah mempunyai ratusan atau ribuan kenderaan pacuan empat roda, kenderaan pengangkutan awam, lori dan mereka tidak dapat bekalan RON97 lebih daripada enam, bulan. Rakyat ingin mengetahui berapa banyak bandar raya atau bandar di Sabah yang dibekalkan dengan RON97 dan mengapa Tawau telah dipilih khususnya tidak diberikan bekalan. Bilakah bekalan RON97 boleh dilanjutkan di Tawau. Kami bersyukur dengan lawatan Timbalan Menteri di Tawau baru-baru ini menyaksikan lokasi-lokasi penyeludupan barangan-barangan bersubsidi seperti gula, beras, gas, diesel dan lain-lain keluar dari Tawau. Penyeludupan seperti ini telah menyebabkan kerugian kerajaan sebanyak Ringgit Malaysia berjuta-juta dan rakyat Tawau telah kehilangan barang-barang yang murah. Apakah rancangan dan tindakan yang akan diambil oleh kementerian untuk membasmi atau mencegah penyeludupan berlanjutan di Sabah pada umumnya dan di Sabah pada khasnya. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan, pengumuman Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pada kenaikan pangkat untuk doktor-doktor, doktor gigi dan ahli farmasi dalam
Perkhidmatan Awam adalah sangat disambut baik demi menggalakkan lebih ramai doktor, doktor gigi dan ahli farmasi untuk menetapkan dalam perkhidmatan awam. Akan tetapi banyak doktor terlibat masih anggap wait and see attitude kerana polisi tidak ditunaikan kebelakangan ini. Saya berharap perkara itu ditunaikan secepat mungkin dan pelaksanaan manfaat-manfaat bagi doktor, ahli farmasi dan doktor gigi harus berseragam supaya tidak mengecilkan mana-mana satu antara tiga golongan profesional ini. Oleh sebab kementerian bersedia membayar RM80.00 sejam untuk menarik doktor-doktor swasta kembali untuk berkhidmat di hospital awam.
Mengapa kementerian tidak boleh melakukan sama ada untuk ahli farmasi yang tidak berhak menerima allowance lebih masa dalam perkhidmatan awam. Mengapakah mereka harus dianggap sebagai terbaik kedua dalam perkhidmatan awam. Oleh kerana banyak pada bajet kementerian-kementerian akan dikurangkan paling sedikit 20%, saya ingin tahu di sini berapa banyak pengurangan bajet untuk ubat-ubatan hospital-hospital Sabah dan Tawau terutamanya tidak ada yang dapat menggantikan atau menukar keperluan ubat- ubatan dalam sistem penjagaan kesihatan. Saya berharap kerajaan dapat berhati- hati dalam perbelanjaan lain, tetapi tidak ada kompromi terhadap kualiti penjagaan kesihatan kita. Di sini saya juga ingin tahu bilangan orang yang telah di vaksinasi terhadap A(H1N1) di Malaysia dan apakah kesan buruk? Adakah kementerian bercadang untuk menjalankan vaksinasi lebih lanjut terhadap A(H1N1) dan mengapa? Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - rakyat Tawau kecewa dan merasa cheated, insulted dan disgrace kerana dua unit penjana kuasa bergerak 10 Megawatt di pasang di Pasir Putih mulai operasi pada akhir Disember 2009 itu sebenarnya unit-unit terpakai, secondhand. Sekarang ini kita terus menghadapi gangguan lagi akibat masalah teknikal dua unit itu. Saya menyokong kemarahan yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Kalabakan bahawa kami rakyat di Tawau tidak boleh dilayani sebagai warga kelas kedua. We are not a second class citizen. Walaupun rakyat Tawau menderita selama 30 tahun akibat gangguan biasa bekalan elektrik. Rakyat Tawau ingin mengetahui siapakah yang bertanggungjawab terhadap kelulusan dan pembelian dua unit mobile generator ini dan juga kita berharap kementerian bawa balik dua- dua generator itu dan membekalkan generator yang baru di Tawau. Kita hendak tanya di sini adakah sebarang agenda tersembunyi bagi gangguan berterusan bekalan kuasa elektrik di Sabah. Kami rakyat Tawau menuntut satu jawapan yang sebenar-benarnya daripada kementerian, kami juga sangat hairan terhadap pengumuman Menteri, Yang Berhormat Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai satu Menteri jika SESB gagal mencapai piawaian keputusan utama key atau key result, gangguan kuasa elektrik SAIDI menurun daripada 2,870 minit ke 700 minit sahaja sebelum hujung tahun ini. Walaupun 700 minit ini masih sangat tinggi, berbanding dengan 87.3 minit per costumer per year di Semenanjung Malaysia. Kami memuji Yang Berhormat Menteri atas keberanian beliau. Kita minta jawapan dari Yang Berhormat Menteri, adakah ini bermaksud bahawa Yang Berhormat Menteri telah hilang mengawal
dasar tenaga dan pembangunan infrastruktur tenaga di Sabah. Walaupun kementerian beri jawapan bahawa tidak mungkin membekalkan elektrik dari Empangan Bakun ke Sabah pada Disember 2009 kerana ini tidak viable akan tetapi sebaliknya CEO Sarawak SEB, Sarawak Electricity Board, Tuan Torstein Dale Sjotveit semasa lawatan ke Sabah pada Februari tahun ini telah menghulurkan tangan untuk membantu Sabah mengatasi masalah bekalan elektrik dengan mencadangkan untuk menjual bekalan elektrik kepada Sabah. Ini adalah keadaan yang baik bagi Sabah dan saya berharap kementerian dengan SESB dapat mencepatkan alternatif-alternatif yang mungkin bagi menggantikan Loji Janakuasa Batu Arang di Tungku Lahad Datu. Di samping itu, terdapat alternatif lain jika gas dari Kimanis Sabah, dapat dihantar ke Bintulu yang sejauh 443km. Mengapakah tidak boleh gas dari Kimanis dihantar ke Sandakan...
Sila gulung Yang Berhormat.
...Yang hanya sejauh 240km antara Tawau yang hanya sejauh 268km. Kelima, Kementerian Pelajaran. Saya hanya ingin tahu di sini apakah tujuan kementerian untuk melaksanakan LINUS di sekolah jenis Cina? Apakah pencapaian LINUS pada awal tahun ini dan adakah rancangan kementerian untuk melaksanakan LINUS di kurikulum. Kedua, apakah kriteria dalam pertimbangan untuk pengiktirafan peperiksaan UEC atau United Education Council di sekolah menengah persendirian dan berapa lama kementerian akan memberi keputusan dan kelulusan itu. Akhir sekali, sebelum saya - ingin saya merujuk kepada Program Transformasi Kerajaan yang dikatakan program terkini untuk membawa perubahan strategi kepada operasi kerajaan pada pelbagai peringkat. Jika kerajaan benar-benar berkomited terhadap Program Transformasi Kerajaan tersebut, maka diharap kementerian-kementerian dapat mula melaksanakan masalah-masalah yang sering kali dibangkitkan oleh rakyat dan khususnya yang dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat. Saya mendesak kerajaan jangan biarkan masalah-masalah ditangguh berbukti-bukti.
Sudah Yang Berhormat.
Jangan biarkan rakyat menderita bersakit-sakit. Dan dengan itu sekian dan terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Tangga Batu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Shah Alam pun boleh balik tidurlah, hujan sudah berhenti. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ketinggalan berdiri untuk bersama-sama membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Titah Baginda. Tuan Yang di-Pertua, saya suka ambil peluang ini juga untuk mengucap setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana pada bulan Februari yang lalu telah sempat menjejak kaki ke Parlimen Tangga Batu dan seterusnya melancarkan Dataran 1Malaysia.
Kita berbangga kerana dapat mengumpul 51,000 orang pada malam tersebut di sebuah pantai yang dibina di atas lumpur-lumpur yang satu ketika dahulu pernah menjejaskan kegemilangan Melaka. Akhirnya kecekapan dan kebijaksanaan Kerajaan Negeri Melaka, kita telah dapat membina sebuah pantai yang hari ini saya boleh claim, saya boleh tuntut yang pantai ini yang tercantik di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan tahniah kepada pembawa usul apabila menyebutkan tentang Gagasan 1Malaysia yang slogannya berbunyi “1Malaysia Pencapaian Diutamakan, Rakyat Didahulukan” yang hari ini telah menampakkan bahawa penerimaan di kalangan lapisan rakyat di akar umbi sehingga anak-anak di tadika pun boleh menyebut slogan 1Malaysia ini. Disambung dengan kesatuan kesepaduan di dalam kepelbagaian yang saya yakin dan percaya sedikit sebanyak menggugat pihak-pihak yang tertentu sehingga mengaibkan 1Malaysia ini dengan 1Israel dan sebagainya.
Apa pun, yakin dan percayalah bahawa slogan serta Gagasan 1Malaysia yang berpaksikan Perlembagaan adalah merupakan satu heritage, satu warisan yang telah dibawa oleh pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu yang memahami perbezaan kaum, yang meletakkan perbezaan ini sebenarnya satu kekuatan untuk kita mempelajari dan menghargai di antara satu sama lain. Di atas asas inilah Malaysia hari ini berdiri teguh, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa negara lain di dunia ini. Tuan Yang di-Pertua, prestasi diutamakan. Bercakap tentang prestasi, kita menghargai enam Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita yakin dan percaya bahawa ia perlu bermula dengan bagaimana kita boleh merubah cara kita berfikir. Dengan lain-lain perkataan, merubah budaya kerja kita ataupun perkataan yang lebih mudah, the way we get work done around here dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Apa yang kita lihat untuk merubah budaya kerja ini, kita perlu menggagas sistem-sistem atau mekanisme yang kita yakin dan percaya mekanisme ini akan mengubah budaya kerja. Hendak merubah budaya, mesti ubah sistem. Sebagai contoh, untuk menggalakkan budaya ketetapan masa datang dan pulang dari kerja, kerajaan pada ketika kepimpinan Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir memperkenalkan sistem punch card. Begitu juga untuk menggalakkan budaya integriti, ketika itu juga Tun Mahathir memperkenalkan budaya pemakaian name tag supaya mereka yang berurusan dengan orang awam, dengan pengguna-pengguna dapat terus dikenal pasti namanya. Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita dapat melihat bahawa kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berusaha sedaya upaya untuk memperkenalkan sistem-sistem yang boleh membentuk budaya kerja baru yang akan menjurus kepada pendapatan yang lebih tinggi, yang sekali gus dapat mengangkat taraf hidup kualiti rakyat di masa hadapan. Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan high speed broadband oleh Telekom Malaysia. Sebagai rakyat, kita harus menerima ini dengan hati yang bangga kerana dalam dunia yang penuh mencabar, sistem komunikasi yang berkesan perlulah diwujudkan bagi rakyat memperoleh maklumat-maklumat yang tepat dan terkini. Tuan Yang di-Pertua, pendukung kepada kejayaan sistem jalur lebar berkelajuan tinggi ini adalah tidak lain dan tidak bukan syarikat telekomunikasi gergasi negara, di mana syarikat ini telah dikenali sebagai satu-satunya syarikat
yang menjadi tulang belakang kepada telekomunikasi negara. Yang mendukacitakan kita ialah apabila kita mendengar jawatan-jawatan penting di dalam syarikat telekomunikasi negara ini diisi oleh orang-orang luar. Sebagai contoh, jawatan ketua pengarah teknologi syarikat ini telah diisi oleh seorang yang berbangsa Itali sebagai chief technology officer nya. Kita maklum bahawa kita juga mempunyai kepakaran dan kebolehan yang tertentu. Anak-anak kita yang telah dididik dari bangku sekolah sehinggalah sekolah menengah, kemudian mengaji di peringkat yang lebih tinggi, yang telah memiliki kepakaran-kepakaran tertentu sehingga ke taraf doktor falsafah dan sebagainya. Hairannya, mengapa anak-anak ini tidak diiktiraf? Mengapa kita masih lagi mengambil seorang yang berbangsa Itali yang kita boleh mempertikaikan semangat patriotiknya? [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Yang Berhormat Pokok Sena ini macam dekat atas pokoklah. [Ketawa] Siapa atas pokok? Yang Berhormat Pokok Sena atas pokok? [Ketawa]
Tidak apalah Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat Pokok Sena atas pokok, Yang Berhormat atas tangga lah. [Ketawa]
Dia duduk di depan saya, Tuan Yang di-Pertua. Bila saya bercakap menghadap Tuan Yang di-Pertua, dia campur, dia mencelah, mengganggu konsentrasi saya.
Tidak, saya seronok sebab dia bersependapat dengan saya dalam perbahasan saya tadi. Maknanya inilah juga, saya rasa hati kecil dia juga tidak bersetuju dengan pengambilan APCO itu kerana menafikan rakyat didahulukan itu.
Saya faham Yang Berhormat, baik Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pokok Sena ini tidak ubah seperti presiden dia juga, dia boleh tahu apa yang ada dalam hati orang. Presiden dia hari itu berucap pun, kita tahu apa dalam hati orang. Hebat pemimpin-pemimpin PAS ini, dalam hati orang pun dia tahu. Saya tidak tahulah apa dalam hati dia, wallahualam. Tuan Yang di-Pertua, apa pun kita masih lagi meletakkan satu kedudukan yang meletakkan jaminan terhadap keselamatan negara ini satu kedudukan yang amat kritikal apabila ketua pengarah, ketua pegawai teknologi ini akan mengetahui setiap maklumat, setiap informasi yang mengalir dan keluar daripada satu proses yang dapat dicapai oleh seorang yang berbangsa Itali. Jadi kita tidak tahu sekuat mana atau sesetia manakah pegawai ini dalam hal untuk mengendali serta mentadbir urus pengaliran maklumat-maklumat di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, tidak cukup dengan itu, seorang yang bernama Michael Parker dari Ghana pula diletakkan sebagai timbalan pengarah high speed broadband ini. Tidak ada kah orang-orang Melayu, Cina, India, orang Malaysia yang benar-benar berkebolehan dalam bidang ini? Ghana ini, sejauh mana, sepanjang mana ia punya fiber optic infrastructure reticulation ini, kita pun tidak tahu, tiba-tiba kita ambil, letak semata-mata kita hendak katakan orang di luar negara ini hebat dan lebih baik daripada anak-anak tempatan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya kira kementerian perlulah melihat perkara ini dengan serius. Di manakah sebenarnya kita menghargai apa yang telah dilahirkan oleh proses pendidikan di negara kita? Dari sebelum, selepas merdeka sehingga hari ini kita telah berjaya melahirkan pakar-pakar yang tertentu sehingga
kita tidak sanggup mengetepikan mereka dan memilih pakar-pakar dari luar ini untuk menerajui sebuah institusi yang amat penting di dalam negara kita. Begitu juga saya difahamkan seorang rakyat Singapura akan dilantik dalam bahagian pengurusan sumber manusia di syarikat telekomunikasi ini. Jadi harapan saya supaya pihak kementerian yang bertanggungjawab dalam urusan ini dapat melihat secara terperinci dan memikirkan risiko-risiko yang bakal mendatang, memandangkan teknologi ini berkembang dengan pesat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga menyebut semalam bahawa hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah untuk melihat setiap lapisan rakyat di negara ini dapat menikmati kemudahan telekomunikasi ini supaya mereka sentiasa berada di dalam keadaan terkini dalam konteks maklumat dan informasi. Tuan Yang di-Pertua, lewat tahun lepas pada bulan Disember, kita telah mendengar satu berita kematian seorang pekerja apabila berlaku satu letupan gas di bandar raya Melaka. Tiga hari lepas, kita ada dengar berita tentang kematian enam orang warga pekerja asing akibat daripada terhidu gas karbon monoksida. Tuan Yang di-Pertua, kes-kes ini sebenarnya telah meletakkan negara kita ketinggalan di dalam konteks keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Walaupun ILO di United Nations, International Labor Organization telah meletakkan satu syarat yang amat ketat – saya sukalah Timbalan Menteri ada di sini dan bolehlah kita mendengar sama. Sejauh manakah kesedaran kerajaan, jabatannya, kementeriannya, agensi serta pihak-pihak yang bertanggungjawab ke arah menyediakan suasana serta persekitaran kesihatan pekerjaan bagi pekerja- pekerja kita? Untuk kita mencapai negara maju Tuan Yang di-Pertua, kita perlu meletakkan keselamatan pekerjaan ini di atas segala-galanya. Di mana-mana kalau kita pergi ke negara maju, kita dapat melihat “safety first” dengan izin, keselamatan diutamakan.
Hari ini kalau kita lihat di negara kita kesedaran tentang keselamatan ini amat jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara seperti Jepun, Korea, Amerika, Kanada, Australia dan lain-lain lagi. Kalau kita faham inti pati keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kita semua akan berasa hidup dalam satu suasana yang selamat kerana motonya adalah “Selamat, Lagi Menyelamatkan” sehingga falsafah keselamatan ini meletakkan yang pertama, premises and housekeeping, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Bagaimana kita hendak mengemas rumah, tempat kita, supaya kawasan kita itu akan menjadi satu kawasan yang kondusif yang dapat meletakkan satu budaya kerja yang cemerlang. Ini prestasi. Menteri KPI pun ada di sini. Prestasi untuk menggalakkan pekerja-pekerja supaya sentiasa bekerja dalam keadaan yang terkawal yang akhirnya akan membawa pada produktiviti yang tinggi dan pengurangan pembaziran. Premises and housekeeping, ia ada falsafahnya. “Everything has its place, every place has its thing”, dengan izin Tuan Yang di- Pertua. “Semua perkara ada tempatnya, semua tempat ada perkaranya.” Kita lihat orang Jepun memperkenalkan falsafah 5S (Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke) yang bermula dengan “Asingkan, Susunkan, Rapikan, Labelkan dan Disiplin”. Perkara ini tidak dapat kita lihat bukan sahaja pada peringkat...
Yang Berhormat Pasir Salak hendak berbincang soalan falsafah dengan Yang Berhormat.
[Bangun] [Ketawa]
Sudah petang-petang pun Yang Berhormat Pasir Salak masih berminat.
Terima kasih. Ini saya bersetuju sangat dengan Yang Berhormat Tangga Baru itu berkehendakkan dengan keselamatan, safety and why not. Kita setuju tetapi janganlah satu atau dua insiden berlaku Yang Berhormat memaparkan satu gambaran seolah-olah... [Sambil mengangkat bahu] Begitulah keadaan negara kita ini. Tidak eloknya, tidak berjayanya. Saya ingin bertanya apakah di negeri Jepun itu tidak pernah berlaku kereta apinya terbalik? Tidak pernah berlaku bangunannya runtuh? Negeri mana yang tidak pernah berlaku. Tolong beritahu. Akan tetapi, mereka tidak pula mengutuk negara Jepun itu tidak ada mengutamakan itu dan ini. Kita bangsa kita, rakyat kita, pemimpin kita suka memaparkan gambaran yang negatif kepada negara kita hanya satu atau dua insiden.
[Bangun]
Jangan terikut-ikut dengan pembangkang.
India.
Di India lagi teruk.
[Bangun]
Boleh mencelah?
[Bangun]
Nanti. Nanti. Yang Berhormat Batu hari itu melanggar orang, accident, mati. Tidak mengapa, Yang Berhormat duduk dahulu. Itu pun soal keselamatan juga. Nanti Yang Berhormat, duduk dahulu. Yang Berhormat Kota Belud pun duduk dahulu. Sekejap. Saya hendak menjawab Yang Berhormat Pasir Salak dahulu.
Jawab, jangan panjang sangat Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat itu.
Apa hendak buat Tuan Yang di-Pertua kerana kawan-kawan petang-petang ini pun hendak berbincang. Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks keselamatan dan kesihatan, pegangan kita ialah one is too many. Satu sahaja berlaku sudah dikira banyak. Yang saya bawakan tadi ialah bagaimana cara kita berfikir ke arah menyediakan ruang kerja yang selamat dan sihat. Bukan saya hendak mendedahkan keburukan dan sebagainya. Kalau kata kita compartmentalize, kita tutup fikiran kita semua, tidak mengapa, negara lain pun accident dan sebagainya, kita tidak akan bergerak ke mana-mana.
[Bangun]
Saya pun tidak perlukan sokongan pembangkang di sini. Pembangkang lagi teruk. [Ketawa] Lagi teruk. Kalau bercerita fasal selamat dan sihat, hati orang pun dia boleh tahu.
Yang Berhormat Pasir Salak itu beku kepala otak itu.
Pembangkang lagi teruk.
Yang Berhormat Tangga Batu.
Yang Berhormat Kota Belud.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dari Melaka juga boleh?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat, saya amat bersetuju soal tentang keselamatan industri dan sebagainya. Saya kurang bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak dalam hal ini. Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat tahu bahawa di dalam industri perkapalan contohnya, marin, offshore. HSE ini adalah satu perkara yang begitu diperlukan, diwajibkan oleh pengusaha- pengusaha minyak. Apakah Yang Berhormat – Saya beri contoh satu insiden. Apabila saya – Sebab selaku pengerusi yayasan shipping, kita membeli sebuah kapal dibuat di Pulau Jerejak oleh sebuah company yang saya boleh rasakan seperti GLC. Semasa hendak meluncurkan kapal ke air, melancarkan kapal ke air itu mereka menggunakan torch untuk memutuskan tali yang besar itu untuk meluncurkan kapal ke laut. Ini adalah salah. Ini datangnya daripada syarikat GLC yang bertaraf besar di negara kita ini. Jadi, saya bersetuju ini perlu diberi perhatian.
Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tangga Batu, boleh saya...
[Bangun]
Petang-petang seperti ini ramai pula yang hendak bercakap.
Ada tiga minit lagi Yang Berhormat.
Tiga minit.
Sedikit sahaja.
Yang Berhormat Shah Alam satu minit. Yang Berhormat Kota Melaka satu minit, saya menggulung satu minit. Sudah itu apa hendak buat. Akan tetapi tajuk ini amat penting Tuan Yang di- Pertua. Memang kita perlu bincangkan kerana saya lihat jika kita biarkan, bincang
pada peringkat pembuat dasar ini, perkara ini akan menjadi satu cara hidup di bawah sana. Saya lihat semalam sebuah lori Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang bawa tujuh orang pekerja di tengah hujan petus, tidak ada langsung ciri-ciri keselamatan yang boleh mengundang pelbagai risiko kemalangan di jalan raya dan sebagainya. Silakan Yang Berhormat Shah Alam.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sangat bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tangga Batu. Saya pun sendiri datang daripada industri minyak dan gas. Persoalan keselamatan ini memang sentiasa ditegaskan. Hanya yang saya hendak bertanya tidak kah sepatutnya dalam kes seperti ini apabila prinsip-prinsip keselamatan ini diabaikan, maka pihak atasan perlu juga dipertanggungjawabkan. Bukan sekadar kita selalu cakap, “Oh! Safety First”, keselamatan itu sentiasa diutamakan dan sebagainya. Mengapakah kita tidak mengambil pengajaran dan pendirian sama seperti mana di negara-negara yang lain walaupun negara yang seperti India yang mana kalau ada kemalangan kereta api Menteri Pengangkutan nya akan mengakui dia bertanggungjawab dan meletakkan jawatan sebagai satu prinsip. Akan tetapi di sini kita melihat di negara Malaysia kita cakap perkara ini penting tetapi ada hal yang tidak betul berlaku, selalu kita cari yang koperal- koperal atau prebet-prebet atau sarjan-sarjan, samalah seperti soal enjin jet apabila hilang yang menjadi mangsa, sarjan.
Yang Berhormat.
Akan tetapi, pihak atasan, Menteri...
Langsung...
Kita beri peluang, dia menggunakan peluang.
Saya tidak... Saya bertanya soalan. Pandangan Yang Berhormat Tangga Batu. [Ketawa]
Minta pandangan boleh. Saya bukan Menteri hendak jawab.
Masa Yang Berhormat sudah habis. Sudah habis.
I see.
Kota Melaka. [Ketawa]
Tidak perlulah Yang Berhormat Kota Melaka.
Jadi apa pun Tuan Yang di-Pertua...
Beri peluang untuk berucap.
Apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi, samalah. Saya kira dalam parti pembangkang lagi teruklah. Cakap tidak serupa bikin.
Apa pun, dalam mana-mana organisasi-organisasi Yang Berhormat Shah Alam, kita mempunyai falsafah keselamatan, safety policy yang mana ketua kepada organisasi tersebut, CEO (The Chief Executive Officer) itu dipertanggungjawabkan. Polisi keselamatan ini perlu digantung di dinding-dinding dan perlu difahami oleh setiap anggota dalam organisasi tersebut. Kalau mana- mana ciri-ciri keselamatan ini tidak dipatuhi oleh anggota pekerja, maka CEO itu akan dihukum dan hukuman yang amat berat. Timbalan Menteri boleh concurrent saya hukumannya sehingga RM250,000 dan sepuluh tahun penjara. Itu kalau tidak mematuhi. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua beri saya peluang di manakah pendidikannya? Di manakah penguatkuasaannya? Di manakah sistemnya yang boleh menggalakkan, membina budaya keselamatan di dalam pekerjaan di kalangan organisasi kita. Ini yang saya minta pihak Kementerian Sumber Manusia supaya benar- benar melakukan kerja, lihat organisasi-organisasi ini supaya mereka menghayati ciri-ciri keselamatan di dalam pekerjaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya gulunglah pada petang ini.
[Bangun]
Yang Berhormat Pendang.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya kesempatan untuk sama-sama berbahas menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pertama sekali saya ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Polis” kepada Polis Diraja Malaysia. Saya ingin memperingati Menteri Dalam Negeri supaya lihat-lihat sedikit balai polis yang dibuat di Pendang itu sudah beberapa kali ditangguh-tangguh sehingga sekarang pun belum diteruskan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tiga perkara dalam perbahasan ini.
Pertamanya, tentang pendidikan dan juga kesihatan. Seperti mana yang kita tahu, pendidikan dan kesihatan adalah merupakan dua perkhidmatan yang penting yang menjadi kewajipan kepada pemerintah untuk dinikmati oleh rakyat. Oleh itu, apa juga persediaan mestilah dalam usaha untuk menjadikan rakyat ini sihat dan juga rakyat ini cerdik. Usaha ke arah itu perlu dilakukan agar perubatan yang mampu diperoleh oleh rakyat dan pendidikan yang berkualiti dan murah tidak membebankan demi melahirkan generasi yang berilmu. Ini kerana generasi yang berilmu dan cerdik serta sihatlah yang akan membantu untuk membangunkan negara. Mutakhir ini rakyat agak hairan dan juga ibu bapa merasa terkilan apabila mendengar peruntukan ratusan juta untuk Permata Negara. Padahal dalam masa yang sama, peruntukan untuk anak-anak sekolah biasa iaitu sekolah rendah dan juga menengah khabarnya terpaksa dikurangkan sehingga 10% hingga 15% oleh kerana kekangan daripada bajet 2010. Keluhan terhadap makanan asrama yang telah dikurangkan daripada 250 hari kepada 200 hari pada setengah-setengah sekolah memaksa setengah ibu bapa membawa balik anak mereka setiap hujung
minggu ke rumah yang sudah pasti akan lebih membebankan kalau mereka tinggal agak jauh daripada asrama sekolah. Bukan setakat kos minyak dan kos tol, bahkan masa dan tenaga terbuang begitu sahaja. Begitu juga pakaian untuk pasukan beruniform yang diberikan semasa zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi telah ditarik balik khabarnya dan peruntukan tuisyen juga telah ditiadakan. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian berhubung dengan perkara ini. Jadi adakah berbaloi dengan kita memperhebatkan peruntukan untuk pra-sekolah melalui Permata tetapi mengesampingkan sekolah aliran perdana yang menjadi inti pati utama pendidikan anak-anak kita di sekolah. Ada kedengaran baru-baru ini disebut di dalam Parlimen ini ada pihak PIBG setengah sekolah di Pahang misalnya. Anak-anak terpaksa membawa cat sendiri ke sekolah untuk menceriakan sekolah dan mengecat semula sekolah. Jadi saya rasa perkara ini perlulah diberi perhatian oleh kementerian berhubung dengan peruntukan untuk bidang pendidikan ini. Begitu juga daripada sahabat- sahabat yang menjadi guru. Mereka mengatakan banyak sekolah sekarang ini telah membuka ruang yang begitu luas untuk ibu bapa membayar yuran. Sehingga ke akhir tahun supaya sekolah dapat mengutip yuran yang mana sebelum ini hanya dikhaskan kepada masa permulaan persekolahan sahaja. Apakah benar bahawa KWAM ataupun amanah untuk pelajar-pelajar miskin ini Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin sudah tiada ataupun menyusut jumlahnya berbanding dengan dahulu. Juga biasiswa sukan untuk pelajar-pelajar di sekolah sukan. Begitu juga Rancangan Makanan Tambahan untuk pelajar- pelajar sekolah dan juga yuran tuisyen. Jadi saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian agar ibu bapa lebih jelas dengan apa yang telah berlaku di dalam Kementerian Pendidikan pada hari ini. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Apakah khabar ini hanya merupakan khabar-khabar angin yang kita dengar di tepi-tepi jalan ataupun ia merupakan perkara yang sebenar berlaku. Ini kerana banyak keluhan yang saya terima daripada ibu bapa berhubung dengan pengurangan perbelanjaan seperti mana yang telah saya sebutkan tadi. Keduanya berhubung bidang kesihatan. Satu perkara yang juga menjadi masalah kepada rakyat pada hari ini adalah pelaksanaan full paying patient ataupun sebelum ini disebut sebagai private wing in major government hospital. Saya telah pun menyentuh perkara ini dalam perbahasan pada sesi yang lepas iaitu Parlimen yang ke sebelas kalau tidak silap saya dalam tahun 2005. Berhubung dengan private wing dalam hospital kerajaan ini kita memberi perhatian khusus supaya benda ini tidak dilaksanakan. Akan tetapi khabarnya daripada jawapan yang telah diberikan kepada wakil dari Sungai Siput ianya akan dilaksanakan pada tahun ini melibatkan semua hospital-hospital besar kerajaan yang mempunyai pakar. Ini memberikan masalah kepada rakyat kerana pesakit akan ataupun pesakit-pesakit tertentu yang mempunyai wang akan membayar kos perkhidmatan untuk mendapat rawatan pakar yang sama yang merawat pesakit-pesakit yang tidak membayar di hospital yang sama. Ini sudah pasti akan menimbulkan conflict of interest kerana mereka terpaksa melayan pesakit yang membayar. Maknanya swasta di hospital awam ini melebihi rawatan terhadap pesakit biasa yang tidak membayar seperti petani, penoreh getah dan juga lain-lain kategori yang tidak membayar di hospital berkenaan.
Sebenarnya fokus utama memberi rawatan tentulah oleh pakar ini kepada mereka yang membayar. Walaupun dikatakan hanya boleh dilakukan perkhidmatan ini selepas waktu pejabat. Ini kerana seperti mana yang kita tahu sakit ini dia tidak datang sebelum waktu pejabat ataupun selepas waktu pejabat. Masa dia datang maka ketika itu doktor sedang merawat pesakit yang dibayar ongkosnya untuk mendapat rawatan pakar tersebut. Maka sudah tentulah doktor pakar ini akan memberi tumpuan kepada mereka yang membayar daripada mereka yang tidak membayar. Inilah yang saya maksudkan sebagai mempunyai conflict of interest di dalam memberi rawatan. Kita hendaklah mengetahui bahawasanya 60% daripada rakyat kita ini daripada 28 juta masih lagi tidak mempunyai kemampuan untuk mendapat perkhidmatan rawatan pakar yang berbayar seperti mana di hospital swasta. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan skim full paying patient ini dilakukan adalah satu usaha untuk menghalang daripada doktor pakar berhijrah ke sektor swasta. Akan tetapi kerajaan kena membuat kajian yang lebih. Kalau hanya dua hospital iaitu Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya yang dibuat kajian saya rasa ini belum cukup mampu untuk memberikan keputusan bahawasanya ia wajar dilaksanakan di hospital dalam negara kita ini. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada doktor berhijrah daripada sektor awam ke sektor swasta. Ini kerana memang diketahui di sektor swasta mereka mempunyai memberi imbuhan yang lebih. Salah satu daripada puncanya adalah dengan kewujudan banyak hospital-hospital swasta di satu-satu tempat. Jadi saya harap pihak kerajaan ataupun kementerian perlu memberi perhatian supaya seboleh-bolehnya mengehadkan jumlah hospital-hospital swasta bergantung kepada jumlah penduduk di sesuatu kawasan tersebut. Ini kerana jika sekiranya terlalu banyak hospital swasta memanglah ia akan menjadi faktor penarik kepada doktor-doktor pakar tersebut mewujudkan skim perkhidmatan yang lebih baik kepada doktor-doktor pakar. Memang telah diwujudkan sekarang ini skim yang disebut sebagai locum. Sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada kurangnya penghijrahan doktor- doktor pakar ke sektor swasta. Akan tetapi ia tidak boleh menyekat terus mereka ini daripada pergi ke sektor swasta. Pada masa ini diketahui bahawasanya keseluruhan doktor yang ada dalam negara ini 30% daripada mereka berada di sektor awam terpaksa merawat 70% pesakit yang datang berbanding dengan 70% mereka yang berada di sektor swasta merawat 30% pesakit yang pergi ke sektor swasta. Oleh kerana perkhidmatan yang tidak seimbang inilah sudah tentu akan menjadikan sektor awam membebankan mereka-mereka yang masih tinggal di perkhidmatan awam tersebut. Kita amat bimbang pelaksanaan full paying patient ini bukan nanti menghalang doktor daripada berhijrah ke sektor swasta. Akan tetapi ia akan menambahkan lagi peritnya ataupun menambahkan jumlah doktor yang pergi ke sektor swasta. Ini kerana yang berada awam ini terpaksa merawat pesakit yang ramai jadi mereka pun merasa bebanan terpaksa merawat pesakit yang ramai tersebut lebih baiklah mereka berhijrah ke sektor swasta. Jadi saya rasa ini merupakan satu faktor yang perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian. Tuan Yang di-Pertua usaha ini memang daripada awal lagi sudah nampak bahawasanya usaha-usaha untuk menswastakan hospital awam yang telah diuar- uarkan. Sebelum ataupun pada zaman Perdana Menteri dahulu lagi pun kita sudah dengar. Ini kerana dalam masa sekarang ini sekurang-kurangnya enam perkhidmatan di dalam hospital sudah pun diswastakan iaitu pembekalan wad, dobi, pembersihan, pelupusan sisa perubatan semuanya ini sudah pun
diswastakan di hospital awam. Jadi kemungkinan salah satu daripada caranya untuk tidak menampakkan sangat penswastaan ini ataupun keputusan diswastakan adalah dengan mewujudkan full paying patient di dalam hospital awam.
Satu lagi perkara dalam bidang perubatan ini, saya berasa amat kesal apa yang disebutkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan pada 17 Mac pada tahun 2010 ini mengatakan kementerian akan melaksanakan penghantaran ubat ke rumah melalui pos laju. Ini satu perkara yang saya rasa perlu di fikir semula oleh pihak kementerian kerana saya juga ingin tahu apakah penyakit sebenarnya yang dapat diberi rawatan melalui pos laju ini. Ini kerana setiap rawatan yang kita hendak berikan kepada pesakit mestilah melalui pemeriksaan, melalui diagnosis, barulah kita memberi rawatan kerana kalau dia kata hanya untuk menyambung rawatan, penyakit apa pun, rawatan apa pun yang hendak kita berikan kepada pesakit, mestilah kita melihat pesakit itu terlebih dahulu. Walaupun kita katakan penyakit kronik misalnya darah tinggi, kencing manis, mereka ini perlu dilihat, diperiksa tekanannya, diperiksa kandungan gula di dalam darahnya, barulah kita boleh memberi rawatan. Apakah pula sekiranya kita memberi rawatan yang lama, misalnya dua bulan ataupun tiga bulan, padahal tidak melakukan pemeriksaan. Ini sesuatu perkara yang perlu diberi perhatian dan di fikir semula oleh Ketua Pengarah ataupun pihak Kementerian Kesihatan. Seterusnya tentang konsep Klinik 1Malaysia, juga saya rasakan satu perkara yang perlu di fikir semula oleh Perdana Menteri kerana daripada apa yang kita lihat, Akta 586 yang digazet pada tahun 1998 berhubung dengan pembukaan klinik swasta, perkhidmatan perubatan swasta, walaupun ianya bukan Klinik 1Malaysia – ini bukan klinik perubatan swasta tetapi mungkin ianya tidak terletak di bawah pusat kesihatan ataupun tidak terletak di bawah mana-mana hospital, hospital daerah ataupun hospital besar, ia mestilah dikendalikan atau mengikut akta ini mesti dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan. Ia tidak boleh dikendalikan oleh pembantu perubatan kerana tanggung jawab terhadap pesakit ini merupakan satu tanggung jawab antara hidup dengan mati. Apa yang berlaku kepada pesakit, dia mempunyai risiko kepada orang yang merawat tersebut. Seandainya sesuatu berlaku ke atas pesakit, apakah Pembantu Pegawai Perubatan ini mempunyai autoriti untuk menjawab ataupun memberi maklum balas terhadap kesan sampingan yang berlaku kerana sebuah klinik mesti dikendalikan oleh seorang doktor bertauliah yang mendapat tauliah daripada Malaysia Medical Counsil (MMC) dan juga sijil amalan, ianya mestilah diperbaharui setiap tahun. Jadi saya tidak tahulah Klinik 1Malaysia ini apakah selain daripada rawatan demam, batuk dan selesema yang diberikan oleh Pembantu Pegawai Perubatan tersebut kerana satu kajian yang telah dibuat oleh Doktor T. Jayabalan yang mewakili Majlis Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) juga merupakan penasihat kesihatan kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAPP), dia mengatakan Klinik 1Malaysia ada Pegawai Pembantu Perubatan yang memberikan ubat yang silap kepada pesakit. Kejadian berkenaan di Kampar, Perak. Mereka memberikan preskripsi untuk ubat yang salah dan ada juga yang membekalkan ubat yang mereka tidak ditauliahkan untuk berbuat demikian, sebab pembantu perubatan ini dia hanya boleh memberikan ubat pada kategori C, manakala kategori B dan A tidak boleh diberikan. Jadi maknanya mereka ini tertakluk kepada regulation Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan. Ada juga
yang didapati gagal mengenal pasti sakit yang dihadapi oleh pengunjung klinik ini. Seandainya tidak dapat membuat diagnosis, maka mereka tidak dapat melakukan rawatan yang sebenarnya. Jadi inilah merupakan kesilapan yang berlaku pada Klinik 1Malaysia. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan masalah pelajar cemerlang yang banyak disebut oleh sahabat-sahabat kita tadi, saya juga agak keliru dengan kategori pelajar cemerlang yang telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran pada keputusan 2009 yang lepas. Pelajar cemerlang tersebut adalah Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road, Kuching yang mendapat 10A+. Sememangnya kita mengucapkan tahniah kepada beliau tetapi ada lagi – saya hendak tahu bagaimanakah pengkategorian pelajar cemerlang ini? Ini kerana kalau kita lihat daripada pelajar Sekolah Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong, saudara Zamir Izzat Abdul Raihan, dia mendapat 14A – 13A+ dan 1A serta hafiz 30 juzuk dan juga Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhamadi Lelaki mendapat 15A – 12A+, 2A dan 1A- dan juga Habibah Hanan Mat Yusof Maahad Muhamadi Perempuan mendapat 15A – 10A+. Jadi kita hendak tahu kategori bagaimana yang dikatakan ianya cemerlang? Adakah bergantung kepada “A+” yang banyak ataupun sama ada sekolah, sama ada sekolah menengah biasa ia masuk dalam kategori cemerlang, kalau sekolah yang bukan sekolah menengah biasa tidak termasuk dalam kategori cemerlang ini? Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menegur sedikit kepada Kementerian Penerangan berhubung dengan apa yang berlaku di negeri Kedah. Kita semua tahu bahawa negeri Kedah satu-satunya orang kata RTM ini menyiarkan laporan-laporan setiap malam daripada pembangkang. Kalau negeri- negeri lain tidak ada laporan daripada pembangkang tetapi negeri Kedah ini memang, kalau rakyat tidak bayar kos rumah rendah pun masuk dalam TV, kalau rakyat mempunyai masalah air pun masuk dalam TV. Ini semua dipelopori oleh mereka dari golongan pembangkang. Jadi saya rasa inilah satu-satunya pembangkang yang mendapat tempat dalam RTM. Jadi saya harap selepas ini pihak RTM, tolong-tolonglah memberi juga liputan kepada Menteri Besar yang merasmikan program-program yang dibuat oleh pihak negeri yang memerintah di negeri Kedah masa kini. Ya, sila Yang Berhormat Kota Belud.
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat, dua malam yang lepas...
Ringkaskan soalan, kerana dia ada dua minit sahaja Yang Berhormat.
Dua malam yang lepas rakyat Kota Belud diinterview oleh RTM dan TV3 berkaitan dengan masalah di kawasan saya. Jadi tidak ada satu pilih kasih yang dibuat oleh RTM ataupun TV3 tentang masalah dan aduan rakyat, asalkan aduan dan masalah rakyat itu adalah legitimate atau sah, hendak beritahu kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Belud, saya harap perkara yang sama juga boleh berlaku di negeri Kedah apabila Menteri Besar turun untuk merasmikan program- program atau apa-apa untuk rakyat maka disiarkan juga di negeri Kedah, Kelantan.
[Menyampuk]
Maknanya Menteri besar kita boleh beri penjelasan kenapa, contohnya masalah air berlaku, masalah rakyat tidak membayar perumahan awam kos rendah, kenapa ini berlaku. Jadi saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian, rasa saya itulah apa yang saya hendak cakap pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Tenggara.
[Bangun]
[Bangun]
[Ketawa] Jangan ganggu, masa tidak cukup. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak-banyak, terima kasih kerana diberikan peluang untuk saya turut serta berucap menjunjung kasih atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Titah Ucapan Baginda Tuanku pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga kali ini adalah yang bersejarah kerana merupakan yang pertama semenjak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak memegang kepimpinan negara. Pujian yang ikhlas yang diberikan oleh Baginda Tuanku kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah wajar dan tidak sepatutnya dipersoalkan. Saya ingin menyentuh beberapa perkara, oleh kerana masa tidak cukup. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, tentang masalah isu pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak. Saban hari kita baca dalam akhbar, mendengar berita dalam televisyen dan kes penderaan fizikal yang dilaporkan oleh JKM dari tahun 1999 hingga tahun 2006 adalah lebih kurang 100 kes setahun. Apa yang menyedihkan ialah 42% daripada kes yang dilakukan ini adalah dilakukan oleh ibu bapa, 22% dilakukan oleh bapa dan 16% oleh ahli keluarga. Berdasarkan kepada statistik PDRM, kes pembuangan bayi pula antara tahun 2006 hingga tahun 2006, sebanyak 580 bayi dibuang, dan 532 atau 92% terdiri daripada bayi yang baru lahir dan 8% adalah janin.
Statistik JKM 53 kes tahun 2006 dan 33 kes tahun 2009. Antara faktornya Tuan Yang di-Pertua, yang dikenal pasti yang menyebabkan gejala perilaku buruk ini berlaku adalah kerana: (i) kurang didikan agama; (ii) pengaruh kawan-kawan; dan (iii) penyebaran filem-filem lucah serta program hiburan yang amat terlampau. Kita dengar pelbagai konvensyen, pelbagai perjanjian telah pun ditandatangani, pelbagai resolusi antarabangsa telah pun diadakan, pelbagai kajian telah pun dilaksanakan. Malah Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007 mendedahkan-menurut satu kajian, di Lembah Klang seorang bayi dibuang setiap hari. Statistik yang dinyatakan tadi hanya berdasarkan kepada kes-kes yg dilaporkan. Entah berapa banyak lagi kes-kes yang tidak dilaporkan tetapi berapa ramaikah pula yang telah pun ditangkap dan berapa ramai yang telah pun menerima pengadilan sewajarnya. Satu pendekatan yang lebih pragmatik dan holistik perlu segera dilakukan menjurus kepada penyelesaian masalah akar umbi
dengan menekankan kedua-dua aspek iaitu pertamanya pencegahan; dan keduanya rawatan. Ada beberapa perkara yang ingin saya nyatakan Tuan Yang di-Pertua, yang perlu komitmen daripada semua pihak. Pertamanya, setiap wanita yang hamil sama ada yang sudah sah berkahwin ataupun belum, mesti mendapat rawatan kesihatan atau jagaan antenatal di mana-mana pusat kesihatan berhampiran secara berkala untuk memastikan kesejahteraan dan janin dalam kandungan terpelihara. Pihak berkaitan dan kerajaan perlu menyediakan pusat- pusat rawatan dan juga tempat perlindungan yang sepatutnya membolehkan remaja terutama bagi mereka yang berumur bawah 18 tahun yang mengandung luar nikah ini ditempatkan di tempat-tempat yang selamat dan menerima rawatan yang secukupnya bagi membolehkan mereka melahirkan anak-anak mereka ini dengan selamat. Ini selaras dengan peruntukan seksyen 41(2)(d) yang membenarkan gadis-gadis yang berumur di bawah 18 tahun yang mengandung luar nikah ditempatkan di tempat yang selamat di atas permohonannya sendiri. Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, setakat ini berapa banyakkah tempat perlindungan bagi remaja-remaja ini disediakan? Sedangkan hak untuk mendapatkan rawatan kesihatan termasuk kepada remaja yang mengandung tanpa nikah ini mengikut piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak. Bagi Artikel 12 konvensyen berkaitan penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita telah pun menekankan bahawa tiada diskriminasi untuk setiap individu mendapatkan akses kepada penjagaan kesihatan termasuklah perancangan keluarga. Sebagai sebuah negara yang telahpun menandatangani dan meratifikasikan CEDAW, kerajaan sewajarnya mengambil langkah yang sepatutnya untuk mematuhi garis panduan dan peraturan-peraturan yang telah pun ditetapkan dalam menjaga hak-hak wanita, terutamanya hak penjagaan kesihatan berhubungan dengan kehamilan, kelahiran dan sebagainya. Perkara kedua Tuan Yang di-Pertua ialah kawalan media dan elektronik. Saya harap kerajaan dapat melihat kembali rancangan-rancangan hiburan yang terlalu mengasyikkan sehingga menjejaskan nilai murni di kalangan masyarakat. Misalnya program realiti yang banyak sekarang yang mempengaruhi kanak-kanak dan juga remaja dan seterusnya mengganggu perhatian mereka terhadap tanggung jawab dan fokus mereka kepada pelajaran dan sebagainya. Ketiga, persepsi masyarakat terhadap remaja yang mengandung luar nikah ini perlu diubah dengan cara kita menghadapi mereka yang tertekan akibat masalah mengandung luar nikah. Masyarakat kita, kita tahu berpegang kepada adat dan agama, namun sekiranya mana-mana individu yang melakukan kesalahan sepatutnya masyarakat tidak menghukum, malah membantu mereka yang terlibat. Selain daripada itu, semua pihak akan terus menuding jari terhadap satu sama lain dengan menuduh satu pihak yang lain bersalah dalam hal-hal yang berlaku. Sikap yang sebegini telah mengakibatkan gejala sosial semakin parah seperti masalah pembuangan bayi ini. Masyarakat sepatutnya membantu mereka ini untuk kembali ke pangkal jalan daripada terus tersesat dengan kesalahan yang telah pun dilakukan. Masyarakat sepatutnya berusaha untuk memulihkan dan membimbing mereka agar mereka ini insaf di atas perbuatan mereka dan kembali menjadi ahli masyarakat yang berguna. Keempat Tuan Yang di-Pertua, pasangan lelaki yang terbabit sehingga menyebabkan kehamilan luar nikah ini berlaku mesti juga dipertanggungjawabkan.
Perkembangan kajian saintifik yang membabitkan DNA dan genetik hari ini telah membolehkan untuk diadakan bukti terhadap asal usul keturunan manusia dibuat. Satu mekanisme perundangan perlu diusahakan agar pasangan lelaki yang terlibat tidak boleh secara sewenang-wenangnya lepas tangan daripada memikul tanggung jawab yang sepatutnya Berkaitan dengan isu pembuangan bayi ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan agar agensi kerajaan terutama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta jabatan dan NGO yang berkaitan perlu mengambil langkah segera untuk menyediakan tempat-tempat perlindungan yang mampu membimbing wanita hamil di luar nikah mendapat perlindungan. Bagaimanapun kita tidak mahu pusat ini berfungsi sebagai transit ataupun one stop centre yang menjadi tempat persinggahan sementara bagi mereka yang hamil di luar nikah, semata-mata untuk melahirkan bayi sahaja tetapi pusat ini akan menjadi pusat memberikan rawatan, memberikan pendidikan agama, kaunseling dan juga menyediakan bantuan susulan untuk membimbing mereka kembali. Berkaitan dengan isu seterusnya Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang kualiti perkhidmatan awam terutamanya di kawasan Lembah Klang. Kerajaan telah pun melancarkan Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam (TPPA) pada tahun 2007, antaranya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Dalam hubungan ini, MARA telah pun diberikan peruntukan sebanyak RM60 juta daripada SME Bank bagi membiayai pinjaman pembelian kenderaan teksi. Saya difahamkan dana ini telah pun habis digunakan, dan saya ingin memohon kepada kerajaan supaya dana TPPA ini dapat diteruskan dan MARA diberikan peruntukan tambahan bagi membiayai pinjaman pembelian kenderaan seperti teksi. Untuk makluman, dari tahun 2007 hingga Februari 2010, sebanyak 4,376 lesen telah pun diluluskan dan 2,518 lesen sudah berlesen dan ini bererti terdapat 1,858 lesen teksi yang belum lagi berlesen dan memerlukan pinjaman membeli kenderaan untuk dijadikan teksi. Berkaitan dengan insurans kenderaan perdagangan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu yang berhubung dengan peningkatan kadar premium insurans bagi kenderaan awam. Kadar premium insurans kenderaan awam telah pun meningkat antara 4% hingga 46% berikutan kajian semula kadar tarif motor, dan bayaran premium insurans sebuah bas kini ialah RM4,160 manakala teksi pula ialah RM2,876 setahun. Saya ingin mencadangkan agar Akta Insurans 1996 dikaji dan dipinda bagi mengehadkan jumlah tuntutan perlindungan insurans pihak ketiga dan menyediakan tabung insurans kenderaan awam berkelompok bagi menjamin jumlah premium yang praktikal kepada pengusaha. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu penjawat awam wanita. Berhubung dengan perkhidmatan awam ini, saya ingin menyentuh tentang kebimbangan Setiausaha Agung CUEPACS mengenai dominasi wanita dalam perkhidmatan awam yang dikatakan semakin meningkat bilangannya sehingga menggusarkan pemikirannya iaitu hampir tiga per empat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dipenuhi oleh wanita. Beliau sendiri mengakui bahawa beliau tidak ada masalah dengan wanita dalam perkhidmatan awam, cuma katanya untuk jangka masa panjang dominasi wanita tidak baik untuk negara. Alasannya adalah kerana wanita bekerja serta sifat semula jadi wanita termasuk perlukan cuti bersalin. Apa yang lebih menghairankan ialah apabila beliau turut mencadangkan dasar untuk mendapatkan lebih banyak lagi lelaki dalam perkhidmatan awam yang tidak sahaja berlandaskan kejayaan akademik kerana hakikatnya wanita lebih menyerlah. Malah dua pertiga pelajar di institusi pengajian tinggi adalah merupakan wanita.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah berjaya mengangkat martabat wanita bukan sahaja di dalam masyarakat, malah juga di tempat kerja. Wanita kini mempunyai peluang pekerjaan yang sama serta gaji dan kedudukan yang sama rata. Saya ingin menekankan bahawa pemilihan penjawat awam wanita adalah berdasarkan kepada kebolehan serta keupayaan mereka sendiri. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri telah menegaskan soal jantina tidak penting, yang penting sekali ialah hasil dan pencapaian perkhidmatan awam. Malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dasar kerajaan memperuntukkan 30% jawatan pembuat keputusan kepada wanita sebagai garis panduan dan pemilihan penjawat awam sewajarnya berdasarkan kepada merit dan keupayaan. Oleh itu, dalam menuju matlamat mencapai negara maju, jangan sekali-kali menjadikan gender sebagai penghalang, sebaliknya sama ada lelaki ataupun wanita perlu bergandingan demi mencapai kejayaan itu.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, seterusnya tentang sistem pool perkhidmatan awam. Satu lagi perkara penting yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa MAPA 11 ialah mengenai sistem pool. Saya menyokong saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya kajian komprehensif perlu dilakukan, supaya keadilan asasi dapat ditegaskan dan penilaian yang berkecuali adalah wajar. Saya kurang setuju dengan pandangan bahawa pegawai-pegawai ini ditempatkan di pool untuk direhatkan sementara waktu. Kalau sudah sampai 2, 3 tahun, ini bukan sementara tetapi mendera dan menghukum tanpa keadilan. Sistem pool ini telah pun diperkenalkan asalnya ialah untuk menempatkan sementara pegawai-pegawai atasan ditempatkan di jawatan yang sesuai, tetapi kini pegawai-pegawai ini telah pun dicampurkan dengan pegawai-pegawai yang memang ada masalah. Ibarat mencampurkan ikan yang buruk dengan ikan yang baik dalam satu bakul. Orang awam membuat gambaran dan persepsi bahawa semua pegawai pool ini adalah merupakan pegawai-pegawai yang bermasalah sedangkan hakikatnya bukan begitu. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ada di antara pegawai pool ini yang pernah mencapai khidmat cemerlang sehingga lapan kali, pernah memimpin kementerian dan mendapat Anugerah Perdana Menteri serta mendapat taraf lima bintang dan sebagainya. Pada pandangan saya, mereka ini lebih menjadi mangsa politik pentadbiran. Pegawai pool ini perlu ditempatkan di tempat yang lebih sesuai demi kepentingan rakyat seperti di TEKUN, MARA, RISDA, FELCRA dan lain-lain agensi dan jabatan kerajaan, termasuklah LPKP sekiranya sesuai. Sistem pool ini perlu kepada penyesuaian dan kajian yang lebih mendalam seperti mana yang telah disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana pegawai-pegawai ini adalah pegawai tertinggi kerajaan dan kebanyakannya Gred JUSA A serta mereka ini masih ada satu hingga tiga tahun lagi untuk berkhidmat dan pegawai-pegawai ini mempunyai pengalaman yang luas dalam perkhidmatan dan berkemampuan untuk memberikan perkhidmatan demi kepentingan awam rakyat. JPA memaklumkan ada 40 pegawai yang diletakkan di dalam pool ini, tetapi saya percaya bilangannya terus bertambah dan pegawai-pegawai ini banyak berjasa kepada rakyat dan juga kepada negara dan telah berkhidmat 25 tahun. Saya ingin mencadangkan agar Ketua Audit Negara menyemak kembali status pegawai ini yang dibayar gaji tetapi tidak mempunyai kerja-kerja tertentu.
Saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seterusnya dijadikan iktibar supaya pemilihan pegawai tertinggi kerajaan tidak wajar hanya dibebankan kepada Ketua Setiausaha Negara sahaja, dan kita tidak mahu sebab teknikal kerajaan mengalami kerugian dan kesimpulannya saya sekali lagi ingin menegaskan betapa pentingnya JPA melihat kedudukan pegawai-pegawai pool ini secara individu dan potensi yang ada untuk terus menyumbang kepada rakyat dan negara. Justeru, JPA tidak wajar memandang secara rambang, ibarat ikan satu bakul kerana hakikatnya ada yang buruk dan ada yang baik. Yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan kakitangan awam berjawatan kontrak. Perkara ini telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Kuala Krau dan Yang Berhormat dari kawasan Lipis sebelum ini. Ini kerana saya berpendapat nasib lebih 60,000 kakitangan awam ini perlukan pembelaan. Lebih- lebih lagi 55% daripada mereka ini masih lagi berusia di bawah 40 tahun dan mereka memerlukan kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan lain-lain dan mereka juga perlukan jaminan masa depan. Saya juga ingin menyokong saranan CUEPACS yang mahu kerajaan mengkaji semula kedudukan kakitangan kontrak diserapkan ke jawatan tetap dan saya memahami ada jawatan dalam perkhidmatan awam yang memerlukan jawatan kontrak, tetapi mana yang sesuai sewajarnya kakitangan awam yang telah berkhidmat tiga hingga lima tahun wajar dipertimbangkan ke jawatan tetap. Selain itu, mereka juga wajar dipertimbangkan anjakan gaji setiap tahun sebagaimana kakitangan berjawatan tetap. Oleh itu saya ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan berhubung kedudukan kakitangan kerajaan berjawatan kontrak ini dan sama ada kerajaan mempunyai cadangan untuk menyerapkan mereka ke jawatan tetap. Mengambil kata-kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sentiasa mengambil tahu dan peduli serta tidak mahu penjawat awam ini jadi jumud. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan keyakinan bahawa segala yang telah diusahakan oleh Kerajaan Barisan Nasional adalah yang dilakukan secara tulus dan ikhlas dalam usaha untuk terus membina negara dan memastikan keharmonian dan keamanan sentiasa terpelihara, setiap rakyat diberikan peluang untuk memajukan diri dan setiap rakyat terbela dan tidak dipinggirkan, sesuai dengan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Sesungguhnya kita adalah merupakan penentu generasi Malaysia, masa depan generasi 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Ucapan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, saya sangat kesal dan kecewa berkenaan penolakan pertanyaan soalan lisan saya yang dikemukakan di Dewan yang mulia ini sebab alasan bersikap sub judice. Soalan tersebut ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri seperti berikut: (a) Nyatakan apakah tindakan drastik berterusan yang kementerian laksanakan demi memupuk kestabilan kaum dan menghindarkan salah faham sebaik sahaja
kekecohan isu kalimah “Allah”, surau atau gereja dibakar dan masjid dicemari kepala babi; dan (b) Apakah hasil siasatan dan tindakan yang dilakukan oleh semua kes tersebut. Saya tidak nampak di manakah sikap sub judice sedangkan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan dan wakil rakyat di kawasan berlakunya kejadian ini, saya merasa risau dan bimbang apabila peristiwa-peristiwa itu telah berlaku di kawasan saya. Peristiwa gereja yang diserang dengan bom petrol di Petaling Jaya iaitu: (i) The Assumption Church di Jalan Templer, Petaling Jaya; (ii) The Life Chapel Church di Seksyen 17, Petaling Jaya; dan (iii) The Good Shepherd Lutheran Church di PJ Old Town. Kemudiannya berlaku dua kepala babi hutan diletak di Masjid Al-Khairiah, Taman Dato’ Harun juga di kawasan saya dan juga dua kepala babi hutan yang diletak di Masjid Al-Imam Tirmizi di Taman Seri Sentosa juga letaknya di kawasan bersebelahan Parlimen saya. Maka sudah sewajarnya saya kemukakan soalan lisan ini kerana penduduk di sini merasa bimbang dan mereka hendak tahu perkembangannya. Tujuan soalan ini dibuat adalah untuk melahirkan kerisauan saya dan bagaimana untuk mengatasinya. Itu tujuan asal saya. Bukan bertujuan sub judice. Sebab itulah soalan ini dikemukakan demi mengharapkan penjelasan dan tindakan oleh kerajaan untuk mencegah sebarang kemungkinan terhadap isu sensitif ini. Saya juga harap orang yang bertanggungjawab dihadapkan ke mahkamah. Inilah harapan saya. Oleh itu, adalah tidak adil soalan saya ditolak dengan alasan ianya bersikap sub judice. Sekiranya semua kejadian ini tidak berlaku di...
Minta laluan.
...kawasan saya, barulah boleh dituduh soalan itu bersikap sub judice.
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa pihak yang menolak soalan atas salah faham maksud dan maknanya sub judice. Yang Berhormat tidak menyoal kes yang bermerit kepada kalimah “Allah”. Apa yang Yang Berhormat menyoal adalah apakah tindakan yang diambil terhadap orang-orang yang terlibat. Bukan on the merit of the Allah issue. Saya rasa pihak yang menolak itu harus tahu dan mengambil tahu, mungkin mereka boleh dapat bantuan guaman untuk mengambil tahu apa itu sub judice. Sering kali saya tengok di Parlimen ini, Speaker pun terus mengatakan sub judice tanpa betul-betul mengetahui apa itu sub judice. Not every case can be commented on as if it is in the court. We can comment. There are British authorities, England authorities say that we can comment, dengan izin. Jadi saya rasa semua pihak termasuk pentadbiran Parlimen harus mengambil tahu apa sebenarnya sub judice sebelum menolak sesuatu soalan. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Saya memang setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Telok Intan dan saya hendak tahu apakah hasil siasatan yang telah dilakukan berkenaan kes-kes ini yang mana
berlaku di kawasan saya di mana sampai sekarang tidak ada sesiapa yang dituduh atau dibawa ke muka pengadilan. Perkara ini sudah berlaku dua bulan, tiada hasil siasatan langsung setakat ini. Saya minta Menteri berkenaan boleh bagi penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk akan kata-kata Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tempoh hari yang mengatakan individu atau pemilik rumah yang gagal membayar kos mengurus bangunan atau maintenance fees dengan izin. Maka, mereka ini boleh dihadapkan ke mahkamah dan jika didapati bersalah akan didenda sebanyak RM5,000. Ini mengikut akta yang sedia ada. Apakah semudah itu kenyataan ini dikeluarkan? Saya rasa denda RM5,000 ini tidak akan menyelesaikan masalah. Pemilik-pemilik rumah ini bukanlah mereka yang mana-mana berkemampuan. Majoritinya ialah mereka yang berpendapatan rendah dan di bawah garis kemiskinan kerana ramai yang dipindahkan daripada penempatan setinggan-setinggan dahulu. Di samping itu, pelaksanaan pengurusan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bersama atau Joint Management Board dengan izin, yang termaktub dalam akta juga gagal untuk mentadbir pengurusan bangunan kediaman mereka. Kebanyakannya bermasalah, tidak lancar, serba kekurangan terutamanya di flat- flat dan pangsapuri rakyat di kawasan bandar. Keadaan kediaman mereka sememangnya tidak terurus sepenuhnya, buktinya saban waktu kita mendengar perihal lif rosak berbulan-bulan lamanya, sampah-sarap bertaburan, bahan buangan tidak diangkat berminggu-minggu, pembetungan bocor di sana-sini, air najis mengalir, perparitan longkang amat daif, sistem pendawaian elektrik terdedah di sana-sini, bangunan retak dan ada yang mendap serta mengancam nyawa penghuninya. Dalam keadaan yang amat malang ini, hasil kecuaian pemaju terdahulu atau sebab lain dan serba kekurangan taraf hidup, maka pihak kementerian mencadangkan mereka disaman jika gagal menjelaskan bayaran pengurusan bangunan? Logik kah? Ini bukan membela nasib rakyat dan tidak mendahulukan kebajikan rakyat jelata. Bagaimana mereka hendak membayar denda yang sebanyak RM5,000 dengan situasi berkenaan? Sedangkan cukai pintu dan lain- lain bil pun belum tentu dilunaskan dengan sempurna. Lantaran itu, saya ingin tahu selama undang-undang ini dilaksanakan, berapa ramaikah yang telah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman denda RM5,000 kerana gagal membayar kos maintenance dengan izin? Hasil maklum balas daripada penduduk flat dan pangsapuri, undang- undang yang sedia ada terlalu memihak kepada pemaju sehingga pemaju boleh terlepas dari tanggungjawab JMB atau Joint Management Board. Penghuni juga tidak mampu menguruskan pengurusan JMB. Akhirnya penghunilah yang menjadi mangsa. Apakah penyelesaiannya agar segala keperitan dan kesulitan yang dialami oleh para penghuni ini sejak dahulu hingga kini tidak akan berlarutan selamanya? Saya berharap kerajaan akan mengkaji semula akta yang sedia ada supaya masalah-masalah di flat pangsapuri dapat diatasi dengan segera. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi permasalahan awam rakyat keseluruhan yang ingin saya kemukakan ialah berkenaan dengan kesesakan lalu lintas di lebuh raya bertol seperti yang berlaku di Plaza Tol Lebuh Raya SPRINT berdekatan dengan kawasan saya Seksyen 17 dan juga Lebuh raya Damansara-Puchong iaitu Plaza Tol Sunway. Kos tol memang sudah pasti. Akan tetapi setiap penggunanya terpaksa membazir wang demi petrol kerana pemanduan yang lama disebabkan kesesakan yang sangat teruk di tol ini. Ia berlaku setiap kali pergi kerja, sewaktu
pulang dan ketika waktu puncak. Sebelum masuk tol sesak, selepas masuk tol pun sesak, keluar tol pun sesak. Hakikatnya dan saya telah pun kemukakan soalan masalah ini kepada Dewan sejak dua tahun ini. Sampai sekarang kementerian berkenaan belum lagi dapat menyelesaikan semua masalah ini. Ini sangat-sangat tidak adil kepada pembayar tol, di mana semua sedia maklum bahawa badan itu dibuat di atas perkhidmatan untuk memudahkan dan menyenangkan pengguna pemandu dengan lancar. Lagipun jalan ini merupakan jalan yang sedia ada. Ianya hanya dinaiktarafkan, sepatutnya ia tidak boleh dikenakan bayaran tol. Akan tetapi kesesakan teruk ini dan kos yang dikeluarkan itu menyebabkan pengguna terbuang masa yang panjang. Gangguan emosi kerana kesesakan, kos minyak, kos penyelenggaraan, enjin yang panas dan mengganggu kelancaran urusan seharian. Justeru itu, saya menuntut dan mengharap kerajaan dapat mengkaji semula bagaimana untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas di dua tol berkenaan atau setidak-tidaknya kerajaan mengambil alih lebuh raya tol ini dan menghapuskan tol ini kalau boleh demi kebajikan rakyat dan mendahulukan aduan-aduan pengguna yang saya terima tidak terperi banyaknya sepertimana kerajaan sebutkan ”Rakyat Didahulukan”. Saya juga ingin tahu apakah status penstrukturan semula lebuh raya bertol di negara ini seperti yang kerajaan nyatakan pada tahun lalu di mana ianya akan diumumkan hasil kajian kepada rakyat pada tahun ini. Adalah kerajaan berhasrat untuk mengambil alih atau menstruktur semula konsesi tol di negara ini? Rakyat tidak boleh diterima lagi kenaikan tol yang akan dikenakan setiap tahun seperti mana yang termaktub dalam perjanjian sebelum itu dan ianya hanya menyebelahi syarikat konsesi tol yang memang untung setiap tahun. Saya berharap kerajaan dapat mengumumkan status kajian lebuh raya bertol yang dijanjikan akan diumumkan pada tahun ini. Bilakah ia akan diumumkan? Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin penjelasan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri berkenaan surat yang diterima dari Ketua Polis Negara baru-baru ini yang mana beliau telah menolak permohonan Majlis Bandar Raya Petaling Jaya atau MBPJ yang berhajat untuk menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri untuk kegunaan bandar raya tersebut. Penolakan ini merupakan satu keputusan yang sangat mengecewakan. Sebenarnya ini adalah inisiatif MBPJ sendiri kerana meningkatnya kadar jumlah jenayah iaitu dari 150,000 kes pada tahun 2005 kepada 210,000 kes dalam tempoh setahun perkhidmatannya. Peningkatan sebanyak 40% satu angka yang sangat tinggi. Pihak MBPJ juga telah menyediakan peruntukan sendiri sebanyak RM40.2 juta dalam Bajet 2010 untuk projek polis bantuan ini. Sikat proaktif dan prihatin ini sudah pasti dapat membantu polis dalam mencegah jenayah di Petaling Jaya. Oleh kerana tujuannya baik, ingin sama-sama membantu pihak polis membendung jenayah, permohonan bajet pihak MBPJ sendiri serta mendapat sokongan sepenuhnya daripada Ketua polis Daerah Petaling Jaya. Pihak polis tidak perlu mengeluarkan satu sen pun. Segala kos ditanggung oleh MBPJ. Maka, tidak ada alasan mengapa permohonan ini ditolak oleh Ketua Polis Negara. Maka, saya mohon penjelasan terhadap penolakan permohonan yang munasabah untuk perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bahawa oleh kerana masalah keselamatan di bandar raya Petaling Jaya, maka Persatuan Penduduk dipaksa mengambil tindakan sendiri untuk mengatasi masalah keselamatan ini.
Persatuan-persatuan penduduk telah mengupah syarikat pengawal serta membina halangan-halangan jalan raya di kawasan perumahan mereka untuk mengurangkan kadar jenayah dalam kawasan mereka sendiri. Halangan-halangan ini memang salah dari segi undang-undang tetapi Persatuan Penduduk tetap melanggar undang-undang ini dan rela berhadapan dengan tindakan undang- undang demi memastikan keselamatan keluarga mereka. Masalah garis panduan dan undang-undang untuk mengawal skim-skim perumahan berpagar dan dikawal atau dengan izin, gated and guarded, mesti ditangani secara serius oleh Kerajaan Persekutuan.
Garis panduan sekarang oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang memerlukan sokongan 100% dari semua pemilik rumah sebelum pelaksanaan skim yang berpagar tidak realistik dan tidak dapat dilaksanakan. Pindaan kepada seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan kepada Seksyen 40 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 adalah perlu supaya halangan- halangan yang telah didirikan di merata tempat di jalan raya umum telah diluluskan oleh PBT adalah sah dari segi undang-undang. Dengan itu saya berharap semua isu yang saya bangkitkan ini akan dapat perhatian yang serius oleh kementerian berkenaan. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Tenom.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi saya ruang pada petang ini untuk membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mac yang lalu. Saya ingin menekankan beberapa perkara yang mana boleh membawa kepada kesejahteraan rakyat dan juga keperluan rakyat pada masa ini dan juga pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, dalam titah Tuanku ada menyentuh soal teknologi hijau serta pembangunan sektor tenaga bagi memastikan bekalan tenaga yang terjamin, kos efektif dan mesra alam. Walaupun hampir kesemua kita mengakui dan berkata bahawa kita mengambil berat tentang alam sekitar, hakikat sebenarnya ialah kita tidak pernah mengetahui atau menyedari betapa besar gangguan, berapa banyak pencemaran yang telah kita buat dan ini termasuklah di pihak kerajaan kita sendiri. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, cuba kita lihat tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan isu pembekalan tenaga elektrik untuk penduduk-penduduk yang tinggal di luar di kawasan pedalaman dan terpencil yang menggunakan sistem hibrid solar di negeri Sabah dan juga ini termasuklah di kawasan saya di daerah Tenom. Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah membangunkan sistem solar hibrid yang menggunakan bateri plumbum atau dengan izin lead acid battery sebagai asas untuk penyimpanan tenaga elektrik. Bateri plumbum ini bukan sahaja memberi kesan yang berbahaya, toksik yang tidak boleh diubati tetapi ia juga mampu bertahan untuk digunakan dalam
jangka hayat yang pendek iaitu kira-kira setahun sahaja bergantung kepada cara penggunaan dan juga penyelenggaraannya. Oleh yang demikian, ia sentiasa perlu ditukar saban tahun apabila tempoh hayatnya tamat. Tuan Yang di-Pertua, kita di Sabah sudah sedia maklum bahawa tidak terdapat sebarang kilang atau kemudahan untuk mengitarkan semula bateri plumbum yang telah dibina di negeri Sabah. Oleh yang demikian, sukar bagi kami untuk mengetahui bagaimanakah bateri plumbum yang terpakai di Sabah ini di kendali? Ke manakah perginya bateri plumbum yang telah terpakai ini dan bagaimanakah ia dibuang? Di manakah ia dibuang? Adakah rakyat negeri Sabah selamat daripada bahaya toksik yang mungkin timbul oleh bateri plumbum terpakai yang tidak dilupuskan dengan cara yang betul? Ini adalah merupakan antara seribu satu soalan yang sentiasa bermain di fikiran saya, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Kesatuan Eropah telah mengambil langkah untuk mengawal dan mengharamkan dengan izin regulate and band penggunaan bateri plumbum untuk menghasilkan elektrik atau digunakan dalam peralatan elektrik menerusi perintah dengan izin Restriction on Hazardous Substances (RoHS) Directive malahan hampir keseluruhan negara di dunia telah mengambil langkah yang sama untuk mengawal atau mengharamkan penggunaan bateri plumbum. Saya amat hairan kenapa bateri plumbum telah dibawa masuk ke negeri Sabah dan kini negeri Sarawak dalam kuantiti yang begitu banyak yang begitu besar di bawah alasan untuk membangunkan pembekalan tenaga elektrik sistem hibrid solar, apatah lagi kerajaan kini sedang hebat membuat transformasi dalam sistem penyampaiannya kepada rakyat. Keputusan untuk memberikan kemudahan kepada rakyat jelata khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan sukar dihubungi tidak wajar dibuat tanpa mengambil kira keselamatan, kesihatan dan juga kesejahteraan mereka. Ini adalah lebih-lebih lagi apabila kerajaan telah melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara ataupun National Green Technology Policy dengan izin. Didefinisikan dengan izin Tuan Yang di-Pertua iaitu teknologi hijau merujuk pembangunan dan juga implikasi produk peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi dan meminimumkan ataupun mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi hijau juga merujuk kepada produk, peralatan dan juga sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:- (i) Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran; (ii) ia mempunyai Pembebasan Gas Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; (iii) ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik untuk semua hidupan; (iv) menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan (v) menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Tuan Yang di-Pertua, bateri plumbum merupakan satu bahan dengan izin heavy metal toxic yang mana ia akan mengakibatkan keracunan dan juga kerosakan yang tidak boleh diubah semula. Oleh yang demikian, adalah sukar untuk memahami mengapa ia masih dibiarkan digunakan secara meluas dalam
kuantiti yang besar secara terang-terangan bertentangan dengan dasar teknologi hijau negara kita. Saya mengesyorkan kepada pihak kerajaan Tuan Yang di-Pertua, agar mengambil langkah-langkah yang lebih serius untuk mengawal penggunaan bateri plumbum secara berleluasa dan mampu memudaratkan orang ramai dan menjejaskan kualiti juga alam sekitar kita. Menurut satu laporan dalam majalah Newsweek Magazine yang mana bertarikh pada 17.2.1992 di bawah tajuk Special Feature Article – Review Of Lead Toxicity Part 1 oleh Razak Hj. Lajis. Kajian yang mana telah dijalankan pada tahun 1992, yang mana ia melaporkan bahawa 6.9% kanak-kanak yang belum bersekolah di bawah umur enam tahun di negeri Sabah telah mengalami keracunan plumbum yang mana telah melebihi paras berbahaya di daerah-daerah seperti di Ranau, Kota Belud dan juga Tuaran. Kajian tersebut mengatakan bahawa kanak-kanak di daerah tersebut telah terdedah kepada keracunan plumbum berbanding dengan kanak-kanak di daerah lain di negeri Sabah. Ini adalah bukti bahawa pendedahan kepada keracunan plumbum secara berterusan akan membawa kesan yang amat negatif khususnya kepada anak-anak kita, Tuan Yang di-Pertua. Dari sudut kesihatan pula, bateri plumbum telah dibuktikan sebagai penyebab pelbagai penyakit kronik khususnya ke atas kanak-kanak yang terdedah kepada bateri plumbum yang dilupuskan. Jika ia dilupuskan di tempat terbuka, sesiapa sahaja boleh terdedah kepada racun plumbum yang boleh dilepaskan ke udara. Jika ia ditanam, asid sulfit yang menghakis dan racun plumbum boleh meresap ke dalam lapisan bumi dan menembusi lapisan bekalan air bawah tanah dan seterusnya akan meracuni bekalan air bawah tanah. Jika ia dibakar di dalam incinerator, racun plumbum akan meresap ke udara dan akan mencemarkan udara. Tuan Yang di-Pertua, seperti di Shanghai juga di negara China, seramai 121 orang kanak-kanak di bawah umur 14 tahun dilaporkan telah meninggal dunia akibat keracunan plumbum di mana didapati darah mereka mengandungi kandungan plumbum yang tinggi iaitu pada 26 September 2009. Pelbagai kejadian penyakit-penyakit kronik dan yang mengakibatkan maut telah dilaporkan di beberapa bahagian yang berbeza di negara China. Satu lagi ialah pelbagai laporan insiden dan juga ditemui penyakit kronik dan juga kematian yang diakibatkan oleh keracunan plumbum juga dilaporkan berlaku di El Salvador, negara Nigeria dan juga negara Jerman. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, Kesatuan Eropah telah mengeluarkan arahan yang dikenali sebagai RoHS Directive yang melarang penggunaan enam jenis bahan beracun di dalam perkakasan elektrik dan juga elektronik yang antaranya termasuklah plumbum. Sekiranya mana-mana perkakasan atau peralatan menggunakan mana-mana bahan yang beracun yang dinyatakan dalam arahan tersebut, ia tidak boleh dijual di mana-mana tempat di dalam Kesatuan Eropah.
Apa yang menghairankan ialah mengapa negara-negara Eropah ini pula mengeksport dalam kuantiti yang sangat besar bateri plumbum dan pelbagai barangan lain yang mempunyai bahan bertoksik seperti dalam perintah dengan izin, RoHS Directive kepada negara-negara dunia yang ketiga khususnya negara kita? Seolah-olah negara kita merupakan tempat untuk mereka melambakkan barangan yang bertoksik ini. Tuan Yang di-Pertua, bagi negeri Sabah, salah satu pendapatan pentingnya ialah industri pelancongan yang mana telah menjana hampir RM3 bilion setahun ke atas pendapatan negeri Sabah. Alam sekitar adalah komponen
kritikal industri pelancongan khususnya dalam bidang eko pelancongan ataupun ekologi pelancongan. Negeri Sabah kini dalam proses untuk mengembangkan lagi industri pelancongan ini untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri. Kami berharap usaha murni Kerajaan Negeri Sabah tidak akan terjejas menerusi kerosakan ke atas alam sekitar yang boleh diakibatkan oleh keracunan plumbum melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Kerajaan Pusat yang membawa masuk ke dalam negeri Sabah bateri plumbum dalam kuantiti yang begitu besar dan berpotensi memudaratkan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapat penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri yang berkenaan tentang langkah-langkah yang telah diambil untuk menangani pelupusan bateri plumbum di negeri Sabah, khususnya bateri plumbum yang digunakan menerusi projek-projek yang dibangunkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga Kementerian Pelajaran. Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua yang ingin saya sentuh ialah mengenai peranan stesen penyiaran negara kita iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM). Badan penyiaran memainkan peranan cukup penting untuk menerang dan memberi liputan secara meluas mengenai dasar serta rancangan kerajaan kepada rakyat. Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, RTM sebagai agensi penyiaran negara tidak boleh kekal dalam keadaan statik. Stesen TV yang dikendalikannya perlu menjadi saluran media negara berwibawa, cekap dan juga berkesan, khususnya dalam mengurus dan juga menyalurkan maklumat-maklumat serta memberi pendidikan dan juga hiburan kepada rakyat kita. Cuma yang ingin saya bangkitkan Tuan Yang di-Pertua, setakat manakah sekarang liputan TV1 dan juga TV2 serta siaran radionya di seluruh negara? Ini penting kerana RTM kini sedang menuju ke arah pendigitalan. Ciri-cirinya adalah lebih efisien, berkualiti dan juga lebih interaktif. Di Amerika Syarikat dan banyak negara Eropah sudah melaksanakan pendigitalan dalam siaran TV mereka. Beberapa negara ASEAN seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan juga Vietnam sudah melaksanakan sistem ini. Malah Myanmar negara yang dianggap miskin juga sudah mula melangkah ke arah ini. Saya telah difahamkan bahawa penstrukturan semula menekankan dua perubahan utama. Yang pertama, melaksanakan proses pendigitalan bagi menggantikan sistem analog yang dipakai selama ini. Keduanya, penstrukturan semula iaitu isi kandungan program yang lebih bermutu dan menarik. Tuan Yang di-Pertua, proses pendigitalan dilihat sebagai langkah dinamik ke arah mempersembahkan siaran TV yang lebih bermutu. Pada tahun 2012 nanti, saya menjangka RTM akan menekan sepenuhnya sistem digital dalam siaran TV kendaliannya. Tempoh dua tahun dari sekarang diperlukan kerana ia adalah satu proses yang memerlukan kepakaran, pengalaman dan juga latihan serta penyusunan semula kakitangan serta memerlukan peruntukan yang besar. Apa yang ingin saya ketengahkan Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi trend pada masa kini hampir setiap isi rumah di seluruh negara mempunyai piring parabola Astro. Kalau dahulu kita mempunyai lesen atau permit TV yang cuma dikenakan bayarannya sebanyak RM24 setahun tetapi telah dimansuhkan. Cuma apa yang saya hendak tahu, berapakah jumlah yang dibayar oleh RTM dalam menumpangkan saluran mereka di dalam saluran Astro iaitu saluran 101, 102 dan juga muzik saluran 180? Kalau kita lihat pada minggu lalu, Astro akan menjadi syarikat persendirian sebaik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengurangkan kepentingannya dalam syarikat penyiaran itu.
Jadi saya hendak tahu sejauh manakah perjanjian RTM dengan pihak Astro dalam menumpangkan saluran RTM tersebut? Kita takut nanti Tuan Yang di- Pertua, peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pihak RTM dalam memperluaskan liputan mengikut matlamat dan juga objektif yang asal – kita tidak mahu RTM nanti akan melepaskan tanggungjawab sosialnya kerana pada masa ini Tuan Yang di-Pertua, kita tidak lihat lagi antena-antena seperti mana yang berbentuk ikan di rumah tetapi kita lihat banyak berbentuk bulat. Kalau di kawasan kondominium atau rumah pangsa pun yang nampak ialah parabola Astro sahaja. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan saya mohon menyokong.
[Bangun]
Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun dan mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Tuanku. Saya ingin menyentuh beberapa perkara dan pandangan yang dikongsi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan harap mendapat penjelasan dan jawapan oleh kementerian-kementerian yang terlibat. Perkara pertama tentang sambutan rakyat terhadap Gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ yang dikatakan mempunyai satu falsafah induk yang merentas dasar dan pelaksanaan. Tuan Yang di-Pertua, sudah satu tahun Gagasan 1Malaysia dilancarkan. Sebenarnya berapakah peratusan rakyat jelata yang memahami dan menyokong falsafah Gagasan 1Malaysia ini? Berapa orang pemimpin Barisan Nasional yang betul-betul mengamalkan falsafah induk gagasan ini dalam perancangan dasar dan juga pelaksanaan projek-projek atau dasar ini? Jika kita sentiasa lari dari keadaan yang sebenar, saya berpendapat Gagasan 1Malaysia akan menjadi satu slogan sahaja. Tuan Yang di-Pertua, pemimpin negara turun padang untuk memahami dengan lebih dekat akan masalah rakyat memang digalakkan. Ia akan lebih baik jika turun padang ini secara mengejut, bukan dirancang awal-awal. Saya percaya sambutan dan sokongan yang sebenar baru boleh dikenal pasti. Kalau tidak, kemungkinan besar ini hanya satu keadaan yang palsu atau untuk satu publisiti sahaja. Tuan Yang di-Pertua, seperti selalu orang katakan, ”Syok sendiri sahaja”. Ia menampakkan sokongan begitu besar tetapi sokongan ini tidak semestinya untuk menyokong Gagasan 1Malaysia. Saya ingin beri satu contoh iaitu perancangan Program 1Malaysia Bersama Rakyat di negeri Melaka yang tadi diungkit oleh Yang Berhormat Tangga Batu. Pada 4 Februari tahun ini, Kerajaan Negeri Melaka merancang satu perhimpunan dikatakan melebihi 51,000 orang untuk menyambut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Berapa banyak wang yang telah dibelanjakan? Saya masih tidak tahu sungguhpun saya cuba tanyakan dalam Dewan yang mulia ini. Jawapan yang saya terima hanya dikatakan kos yang terlibat adalah sekadar kos pentadbiran dan bayaran untuk artis jemputan. Perbelanjaan jamuan rakyat dan usaha memajukan Dataran 1Malaysia adalah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Melaka. Mengikut jawapan Dewan Undangan Negeri Melaka, jamuan rakyat kosnya adalah RM600,000.
Pembinaan Tugu 1Malaysia ditambah perbelanjaan sebanyak RM352,000 dan kos perbelanjaan bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan dan lampu perhiasan juga satu kos yang amat besar iaitu sebanyak RM322,000. Bagaimana dengan kos-kos yang lain seperti persembahan pentas, sistem audio visual, kawalan media dan artis jemputan juga kos hal ehwal bagi mempromosikan program ini? Tidak cukup kah tarikan Gagasan 1Malaysia, tarikan Perdana Menteri yang baru? Bukankah ini satu peluang yang terbaik untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baru menguji sokongan beliau oleh rakyat di seluruh Melaka? Jika tanpa cabutan percuma, artis jemputan, rakyat yang datang betul- betul sokong Gagasan 1Malaysia. Sokong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baru. Bukankah ini lebih bermakna. Tuan Yang di-Pertua, kad jemputan yang saya terima daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersama dengan Kerajaan Negeri Melaka atur cara majlis seperti biasa. Bermula pada pukul 7.45 malam ketibaan para jemputan sehingga pukul 10.30 malam. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beredar meninggalkan majlis dan akhirnya persembahan pelancaran. Bersama kad jemputan ini ada lagi satu kad yang bernombor cabutan 1Malaysia. Hadiah utama ialah kereta Perodua Viva dan hadiah lain-lain seperti dua buah motosikal, lima buah TV LCD 32', tiga buah laptop, lima buah peti sejuk, dan satu lagi set bilik tidur, sofa, lima set mesin basuh, dan lain-lain. Apa yang pelik ialah dalam syarat-syarat cabutan ini dengan jelas dikatakan cabutan akan dibuat selepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meninggalkan majlis. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pasti adakah kementerian tahu tentang cabutan 1Malaysia ini dan adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dimaklumkan lebih awal tentang cabutan ini? Jikalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahu, beliau mesti tertanya-tanya bahawa yang datang ini sokong saya kah atau sokong Perodua Viva? Yang Berhormat Tangga Batu kah? Silakan.
Yang Berhormat tidak menang nombor bertuah itu kah? Oleh sebab itu Yang Berhormat bangkit di sini? Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat sedar atau tidak yang program ini adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri Melaka dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di mana tujuan asalnya adalah untuk memperkenalkan Dataran 1Malaysia kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sememangnya mempunyai lawatan sehari. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kepong tidur. Tuan Yang di-Pertua boleh kenakan peraturan ke atasnya. Dia tidur itu. Yang Berhormat Kepong! Dia tidur. Belum, saya cuma ingatkan dia faham saya tadi, rupanya dia tidur. Sebenarnya untuk...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kepong sudah berucap Yang Berhormat.
Oh, Yang Berhormat Kepong, baru dia jaga. Okey. Yang Berhormat, lawatan sehari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merasmikan lapangan terbang, masjid, jeti di pantai dan melawat masyarakat Cina di Jonker Walk, melancarkan sungai dan sebagainya. Malam itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat negeri Melaka, jentera-jentera yang telah bekerja keras sempena menerima lawatan kerja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke negeri Melaka. Dalam
ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun menyatakan yang beliau berpuas hati. Janganlah Yang Berhormat hendak politikkan lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini.
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya ingat Yang Berhormat tidak ambil isi perbahasan saya. Apa yang saya ingin memberitahu di dalam Dewan yang mulia ini iaitu satu perhimpunan untuk menyambut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jikalau kita gunakan cabutan 1Malaysia dan Perodua Viva sebagai tarikan untuk memastikan orang akan hadir, saya ingat ini tidak jujur. Mereka dengan sukarela datang. Mereka datang untuk menyokong gagasan 1Malaysia dan hendak jumpa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baru. Akan tetapi cabutan ini diadakan pada masa yang akhir kerana takut jika cabutan bertuah ini dulu mungkin orang ramai akan cabut awal kah. Tidak. Oleh sebab itu saya katakan ia tidak sesuai. Kalau hadir untuk ciptaan lambang, sajak atau lain-lain sebagai hadiah untuk malam itu saya ingat kita boleh terima. Saya harap ini adalah salah satu perkara yang saya ingin bangkitkan di dalam Dewan ini iaitu sokongan dari akar umbi ini kita mesti tahu sebenarnya. Jangan kita wujudkan satu keadaan yang palsu, yang not the real one. Itu yang saya hendak bangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Tuanku ada mengatakan kerajaan amat komited dalam memastikan projek-projek pembangunan disiapkan mengikut jadual, berkualiti dan memberikan pulangan setimpal dengan peruntukkan yang dibelanjakan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa contoh pembaziran, pembangunan yang tidak wajar dan tidak perlu dan dengan perancangan yang tidak baik juga kajian yang dijalankan tidak berkesan. Tuan Yang di-Pertua, pada hari yang sama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merasmikan pembukaan airport iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, saya di dalam Dewan ini juga, saya pernah sokong permohonan oleh pihak Kerajaan Negeri Melaka untuk tambahan peruntukkan untuk memanjangkan landasan atau airport runway kerana saya percaya pada masa itu dinyatakan oleh Yang Berhormat Ketua Menteri Melaka katakan perundingan telah dicapai iaitu Firefly Boeing 737 boleh gunakan lapangan terbang ini tetapi kerana AirAsia hendak jadikan ia sebagai satu terminal LCCT untuk AirAsia dan memerlukan Airbus A320 mendarat. Oleh sebab itu permohonan tambahan diminta untuk memanjangkan runway. Saya bersama dengan Yang Berhormat lain dari Melaka beri sokongan tetapi apa yang terjadi, saya ada ambil semua jumlah yang saya ambil dari ‘Melaka International Airport’ ini. Saya merasa amat kesal kerana setakat ini tiada sebarang perjanjian dapat kita capai. Tiada airline yang turun ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Apa yang ada itu sama dengan yang lama sahaja, Riau Airline. Satu minggu, enam kali. Tiap-tiap pagi, sekali. Datang itu fokker flying ship, 50 seaters sahaja. Lihat, ini adalah apa yang saya dapatkan. Sehingga kakitangan di airport takut jika ada pelancong datang hendak tengok lapangan terbang ini. Kita belanja RM240 juta untuk menaiktarafkan Airport Batu Berendam. Pada minggu ini beberapa hari Yang Berhormat membangkitkan hal menaik taraf airport nya untuk kawasan masing-masing. Ada yang mengatakan untuk membina airport dan saya amat bimbang jika terjadi sebegini. Saya pernah dengar Yang Berhormat Labuan menyebut tentang international airport di Labuan tidak di utilize dengan sepenuhnya. Saya nampak apa di Melaka apa yang sudah
terjadi, RM240 juta kita laburkan di sana dengan satu airport yang canggih dan moden sehingga terminal tidak mampu hendak padamkan kerana langsung tidak ada orang di sana. Apa yang sudah jadi? Saya minta pihak Kementerian Pengangkutan dapat beritahu di dalam Dewan ini adakah sebarang pertolongan atau bantuan daripada kementerian untuk mendapatkan airlines masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka? Satu lagi contoh yang saya akan bangkitkan iaitu jeti Marina. Saya ingat Yang Berhormat Tangga Batu pun tahu.
Kita belanja RM25 juta peruntukan dari Persekutuan untuk satu kompleks dan Jeti Marina yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Melaka. Apa yang terjadi? Selama enam bulan kita hanya kutip sewa untuk kapal layar di jeti ini RM7,300 lebih. Ini semua angka-angka saya dapat daripada jawapan di Dewan Undangan Negeri, RM7,335.52 dan hanya 50 kapal layar yang menggunakan jeti ini sepanjang enam bulan. Kita peruntukan RM25 juta untuk projek ini. Apa yang terjadi? Bukankah ini satu perancangan yang tidak baik? Bukankah ini tidak berhati-hati untuk kita membuat peruntukan dan juga kita melaksanakan projek? Contoh satu lagi saya ingin bawa ke Dewan ini – Eye On Malaysia. Saya pernah di Dewan yang mulia ini saya bantah kerana keputusan Kerajaan Negeri Melaka ingin membawakan Eye On Malaysia dari Titiwangsa ke negeri Melaka. Saya bantah kerana sudah terbukti kerugian yang besar akan dihadapi oleh Kerajaan Negeri Melaka. Sekarang, roda gergasi itu disita. Satu ketika dikatakan akan dijadikan ikon dan landmark di negeri Melaka, tetapi sekarang jadi eyesore di negeri Melaka. Apakah yang akan terjadi? RM17 juta? Adakah Kerajaan Negeri Melaka akan membelikan roda ini? Di mana MST Suria dan orang yang usaha sama atau joint venture dengan Melaka? Sekarang di mana orang itu? Mengapa Kerajaan Negeri Melaka perlu mengambil bebanan sebegini? Ini ialah keputusan yang tidak berhati-hati dan tidak menerima nasihat atau pandangan dari lain-lain pihak. Oleh sebab itu, saya bangkitkan beberapa contoh ini kerana saya amat takut. Jika kita tidak belajar dari semua contoh-contoh ini, kita akan terlibat lebih lagi bebanan untuk generasi yang akan datang. Saya juga hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Tangga Batu yang bersama-sama saya dari negeri Melaka.
[Menyampuk]
Ya, kita belanjakan RM15 juta untuk monorail. Jarak dia dekat sahaja dan saya ingat tidak sampai dua kilometer. RM15 juta untuk dikatakan mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar. Kita sedang merancang untuk membina satu aero-rail. Beratus juta akan terlibat. Kita mahu buat satu trem bagi satu komuter. Adakah semua ini membawa pelancong masuk ke Bandaraya Melaka? Ini kerana kita ada bas untuk pelancong. Tiap-tiap tahun kita rugi. Kalau saya tidak silap, RM400,000 lebih kita akan rugi untuk bas itu. Akan tetapi kerana itu satu perkhidmatan untuk pelancong, kita terimalah. Jika bas pun tidak ada pelancong hendak naik kita buatkan service rail - beratus juta kita tanam modal. Bolehkah kita akan dapat pulangan? Saya minta...
Terima kasih...
Ya.
...Tuan Yang di- Pertua. Perbahasan kita ini pelik sedikitlah kerana yang berbahas minta penjelasan daripada saya. Saya tidak ada sebarang jawatanlah. Akan tetapi apa pun kalau Yang Berhormat perhati, Melaka adalah sebuah negeri yang paling agresif daripada sudut menggamit pelancong-pelancong untuk hadir ke negeri itu. Pada tahun lepas sahaja kita mencecah 9.5 juta orang pelancong yang telah sekali gus dapat menyumbang kepada kegiatan ekonomi di peringkat akar umbi dan sekali gus juga meningkatkan taraf sosial ekonomi rakyat negeri Melaka. Yang Berhormat sedar atau tidak hari ini anak-anak Tionghoa dirakamkan paling kurang berhijrah keluar daripada Melaka kerana anak-anak kita ini telah mengenal pasti bahawa Melaka mempunyai peluang-peluang pekerjaan yang boleh menjanjikan pendapatan yang lumayan. Mereka mengharapkan ini akan terus berlakulah – kerajaan negeri membina prasarana dan menyediakan infrastruktur yang telah Yang Berhormat sebutkan sebentar tadi termasuk Marina. Pembinaan monorail dan aero-rail ini akan sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas daripada Ayer Keroh ke Bandar Melaka. Yang Berhormat sedar atau tidak...
Okey, terima kasih.
...Perjanjian sedang diusahakan...
Terima kasih.
...Di antara pihak kerajaan negeri, AirAsia, dan beberapa syarikat penerbangan untuk menggamit mereka supaya mula mendarat di Melaka? Jadi ini semua proses yang memerlukan penyelesaian yang amicable bagi semua pihak Yang Berhormat. Kita perlu sabar dalam urusan-urusan ini.
Tidak.
Kita tidak boleh tergopoh-gopoh.
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih...
Yang Berhormat boleh gulung.
Ya. Saya gulung. Terima kasih. Sungguhpun saya setuju bahawa mereka ini agresif, Ketua Menteri Melaka agresif, saya pun setuju kita dapat peruntukan daripada Persekutuan jika dibandingkan dengan lain-lain negeri dan ia sangat digalakkan, akan tetapi adakah Dewan yang mulia ini faham tentang keadaan di Melaka? Kesesakan lalu lintas di Melaka tidak akan diatasi jika masukkan lebih train atau monorail. Ia tidak akan mengatasi kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas di Melaka ialah tertumpu di kawasan Tapak Warisan dan juga di Taman Melaka Raya. Sepatutnya jalan keluar lebih digunakan iaitu terutama jalan keluar melalui jalan persisiran pantai yang menyambung Taman Melaka Raya ke Padang Temu. Itu yang amat penting dan bukan kita membawa lebih kenderaan atau orang ke Bandaraya. Mereka boleh sampai ke Bandaraya Melaka tetapi kenderaan yang
keluar itu dan parking itu yang amat penting. Oleh sebab itu saya tidak katakan untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Melaka di Dewan yang mulia ini. Saya hendak pihak kementerian berhati-hati tentang kelulusan projek untuk semua negeri bukan hanya di negeri Melaka iaitu projek ini perlu dikenal pastikan. Ini amat perlu praktikal dan ini akan membawa kebaikan kepada negeri. Jikalau tidak ini akan berlaku satu pembaziran yang besar dan juga tidak adil kepada negeri-negeri yang lain yang amat perlu dengan peruntukan ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Paya Besar.
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan di Dewan yang mulia ini. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih ke sisi ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas titah baginda sempena Pembukaan Sidang Dewan pada 15 Mac yang lalu. Sesungguhnya Titah Diraja ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda telah menawarkan buah fikiran serta pandangan baginda yang begitu prihatin terhadap Kerajaan Barisan Nasional. Rakyat dan negara dengan menyentuh beberapa perkara yang sangat relevan dengan aspirasi pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di samping menzahirkan hasrat baginda untuk melihat negara Malaysia sentiasa dinaungi kesejahteraan, kemakmuran, keamanan, dan keselamatan. Tuan Yang di-pertua, sidang Dewan yang mulia penggal ini berlangsung dalam suasana ekonomi global yang dijangka pulih walaupun dalam keadaan agak sederhana. Sekiranya benar ekonomi negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, dan negara-negara Eropah akan beransur pulih di samping ekonomi di negara China dan India terus membangun dengan kadar pertumbuhan yang tinggi, saya yakin suasana ekonomi dunia akan berada dalam keadaan yang bertambah stabil dan saya percaya ini akan membantu meningkatkan lagi ekonomi negara kita. Sebagai bukti, di negara kita Malaysia bangkit dari kemelesetan ekonomi dalam suku keempat tahun 2009 dengan KDNK meningkat kepada 4.5% berbanding tahun sebelumnya. Dengan pertumbuhan ekonomi yang kian stabil dan mantap saya percaya program pembangunan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih licin dan berkesan bagi manfaat rakyat jelata. Di samping itu pula, rakyat yang mengalami tekanan ekonomi sejak kebelakangan ini akan berasa lega terutama sekali jika inflasi dapat di kengkang hasil daripada pulihnya ekonomi dunia dan negara. Di samping mengharapkan ekonomi dunia bertambah pulih, negara kita akan menyaksikan pembentukan kerangka Model Ekonomi Baru yang akan diumumkan oleh kerajaan pada bulan Julai nanti.
Tempoh ini sudah tentu memberi cukup ruang dan masa untuk kita Ahli- ahli Dewan yang mulia ini, juga rakyat jelata, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, pakar-pakar ekonomi dan kewangan, para profesional menghulurkan
buah fikiran mereka kepada kerajaan bagi membolehkan kerajaan menimbang dan menyesuaikan dengan kehendak dan aspirasi MEB itu nanti. Menurut Yang Berhormat Menteri Kewangan II baru-baru ini, antara kandungan yang dijangka diberi tumpuan utama kepada Model Ekonomi Baru ialah peranan sektor swasta diperhebat dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Yang Berhormat Menteri Kewangan II juga, konsep perkongsian awam/swasta – pembangunan akan dijalankan oleh pihak swasta sementara kerajaan akan memberi segala sokongan dan konsep ini akan dijadikan agenda utama dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Gagasan ini tidak dapat dinafikan Tuan Yang di-Pertua, merupakan satu gagasan yang sangat cantik, menarik dan yang lebih penting tujuannya begitu praktikal untuk dilaksanakan oleh kerajaan dan pihak swasta sudah tentu menerima baik gagasan ini kerana yang untungnya ialah mereka. Namun begitu, saya ingin mengingatkan kerajaan agar gagasan yang cantik dan menarik ini jangan sesekali mengabaikan kepentingan rakyat terutamanya kaum bumiputera termasuklah usahawan kecil dan sederhana bumiputera. Saya menyokong penuh permintaan dan harapan masyarakat usahawan bumiputera agar peruntukan, pertolongan, bimbingan, program dan projek usahawan bumiputera di dalam MEB dan RMK-10 diteruskan oleh kerajaan. Jika kepentingan usahawan bumiputera diketepikan di bawah kedua-dua rancangan ekonomi negara ini (MEB dan RMK-10), saya khuatir negara akan mengalami kesukaran dan tekanan yang berat sebagaimana negara-negara besar ekonomi dunia yang memberi ruang yang sangat luas kepada pihak swasta di negara mereka sehinggakan seolah-olah tiada had dan batasan dan akhirnya meringkuk dengan kesusahan dan tekanan sehingga ada yang hampir bankrap. Dasar memberi ruang yang terlalu luas kepada pihak swasta berlaku di Amerika Syarikat sejak zaman Ronald Reagan menjadi Presiden sehingga memansuhkan banyak undang-undang bagi memberi keutamaan kepada pihak swasta dan kemudian diteruskan pula oleh presiden-presiden terkemudiannya di negara tersebut. Akhirnya menyaksikan keruntuhan ekonomi Amerika Syarikat sendiri sehingga memaksa pula kerajaan negara tersebut menyelamatkan keadaan kepada satu kos yang begitu tinggi sebanyak USD787 bilion. Keadaan ini juga berlaku di negara-negara Eropah yang terlalu bergantung kepada pihak swasta termasuk di Britain. Sementara itu, negara Greece dan Iceland dikatakan sudah bankrap manakala Sepanyol, Itali dan Portugal pula nyaris bankrap. Tuan Yang di-Pertua, gagasan 1Malaysia dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nampaknya mendapat sambutan yang agak menyeluruh di kalangan rakyat jelata, badan-badan bukan kerajaan, persatuan- persatuan dan pertubuhan sukarela malah di kalangan individu dari pelbagai lapisan dan golongan, ramai yang berharapan tinggi terhadap gagasan ini. Saya berharap gagasan 1Malaysia bukan satu retorik politik semasa atau sekadar slogan di bawah satu pemerintahan kerana isi dan semangat gagasan 1Malaysia bukan untuk seorang individu bernama Perdana Menteri sebaliknya adalah untuk seluruh warga rakyat Malaysia. Ia satu azimat keharmonian hidup rakyat jelata untuk sepanjang zaman selagi peta Malaysia tidak padam dari peta dunia. Lantaran itu, saya ingin menegaskan bahawa falsafah gagasan 1Malaysia amat perlu di hurai, di tafsir secara akademik dan tidak keterlaluan ianya dijadikan salah satu mata pelajaran di bangku persekolahan.
[Bangun]
Saya katakan ini kerana kita sedang menyaksikan keadaan masyarakat kita hari ini terutamanya lepasan sekolah yang begitu rapuh terhadap aspirasi-aspirasi nasional. Semangat...
Yang Berhormat Paya Besar, hendak mencelah sedikit.
Tunggu! Biar dahulu.
Tengah sedap ini.
Yang Berhormat, biar dahulu Yang Berhormat. [Ketawa] Semangat patriotisme yang boleh dipertikaikan di kalangan sebahagian rakyat generasi muda. Penglibatan rakyat di dalam pelbagai kegiatan yang tidak sihat seperti jenayah, penyalahgunaan dadah, kegiatan seks haram, lumba motosikal haram, vandalisme dan lain-lain lagi menunjukkan rendah dan rapuhnya nilai-nilai kemanusiaan dan cinta bangsa sebahagian rakyat negara ini.
[Bangun]
Saya minta maaf Yang Berhormat Maran, masa tidak ada.
Tuan Yang di-Pertua hendak beri masa lebih sedikit?
Tidak payah Tuan Yang di- Pertua.
Saya hendak 1Malaysia Yang Berhormat.
Tidak. Saya sudah pergi ke tajuk lain Yang Berhormat.
Sebab itu saya minta...
Okey. Yang Berhormat duduklah. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan sedikit pandangan mengenai FELDA hari ini dan masa depannya. Ini kali kedua saya menyentuh soal FELDA di Dewan yang mulia. Ini kerana saya salah seorang wakil rakyat di mana dalam kawasan Parlimen Paya Besar yang saya wakili terdapat beberapa buah kawasan FELDA dan saya sangat rapat, sangat memahami jaluran hidup suka duka para peserta rancangan tanah tersebut dan saya dapat menghidu aspirasi FELDA hari ini dan juga harapan FELDA untuk hari esok. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana pada pertengahan tahun lalu, beliau telah melancarkan Felda Global Ventures Holdings ringkasnya Felda Global yang berperanan mengembangkan sayap perniagaan FELDA ke luar negara melalui pelaburan dalam pelbagai bidang baru yang berpotensi untuk lima tahun akan datang. Adalah dianggarkan pelaburannya akan berjumlah RM6 bilion. Ucapan pertama saya mengenai FELDA di Dewan yang mulia ini ialah ketika membahaskan Belanjawan 2009. Saya telah tegaskan dalam ucapan saya, izinkan saya mengulanginya kembali Tuan Yang di-Pertua. Pada pengamatan saya, FELDA sangat berpotensi untuk terus maju dan berkembang dalam bidang pertanian, pembuatan, ternakan, industri dan perdagangan serta pelaburan. Keluasan tanah FELDA yang jauh lebih besar dari Singapura, Hong Kong, Taiwan
dan Korea Selatan yang sudah diberi jolokan dengan izin, four little dragon sejak hampir dua dekad lalu, maka hari ini saya berharap dengan izin, the fifth little dragon adalah FELDA Malaysia.
[Bangun]
[Bangun]
Ini juga bukan retorik kerana sudah jelas kemampuannya dan potensi pengeluaran produk dari FELDA meneroka jauh di persada antarabangsa.
Yang Berhormat Paya Besar, izinkanlah sedikit sahaja.
Nanti beri Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuala Krau...
Tuan Yang di-Pertua beri saya.
Tuan Yang di-Pertua, tidak payah.
Ha! Dia tidak bagi Yang Berhormat.
Biar saya teruskan Yang Berhormat.
FELDA Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua Kuala Krau. Dato’ Manan Kuala Krau.
Saya ingat dua-dua Tuan Yang di-Pertua tidak payah. [Ketawa]
Hendak beri Yang Berhormat?
Tidak payah! Suruh dia duduk sahaja.
Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Bolehlah. Satu sahaja Kuala Krau.
Duduk sahaja lah.
Ala Dato’.
Dia tidak beri jalan Yang Berhormat.
Sama negeri ini, FELDA banyak masalah ini.
Masa tiada. Ucapan hari itu sudah panjang, tiga jam. Cukuplah.
Satu soalan sahaja.
Apa yang FELDA perlukan ialah...
Yang Berhormat Kuala Krau.
...Suntikan dan sokongan yang jauh lebih pesat dan intensif dari kerajaan serta perancangan yang teratur rapi, think-tank yang benar-benar berkualiti dan objektif dan mengenali hala tuju yang sebenarnya. Untuk menjadikan FELDA ekonomi empayar yang digeruni, masanya sudah sampai. Pahlawan cangkul kini meredah lima benua di dunia sebagai pahlawan korporat yang tulen dan sejati.
Laluan, laluan.
Saya berharap...
Yang Berhormat Paya Besar, Kuala Krau satu soalan, boleh?
Duduk Yang Berhormat. [Ketawa] Orang lain pun hendak berucap juga Yang Berhormat.
Generasi kedua ini.
Tidak payah. Duduk sahaja lah. Jangan mengacau. [Ketawa]
Duduklah.
Yang Berhormat Paya Besar, saya...
Saya berharap...
Yang Berhormat, mohon izin. Betul! Saya tidak boleh duduk selagi tidak dapat diberi peluang.
Ya. Kalau tidak boleh duduk Yang Berhormat keluar. [Ketawa] Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Ya. Teruskan Yang Berhormat.
Setelah dilancar Pembangunan Ekonomi Wilayah Iskandar di Johor, Koridor Ekonomi Utara, Koridor Ekonomi Pantai Timur, Koridor Ekonomi Sabah dan Sarawak, maka sampailah masanya kerajaan menggerakkan dan melancarkan pula Koridor Ekonomi FELDA dengan sasaran setanding membangunkan koridor ekonomi wilayah-wilayah tersebut. Betapa pesatnya pembangunan di FELDA nanti, ribuan pekerjaan menunggu, ribuan peluang perniagaan dan perusahaan terdedah untuk disertai rakyat dari seluruh pelosok negara kita. Insya-Allah, FELDA akan berubah wajah sebagai peta kemajuan yang dapat membohongi retorik yang saya bentangkan ini untuk menjadi naga kecil kelima di dunia ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya yakin FELDA Global yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahun lalu akan menjadi perintis kepada masa depan FELDA di peringkat antarabangsa. Namun saya berharap kerajaan di
samping memantau pergerakan baru FELDA dalam sektor pembangunan ekonomi ini turut menitik beratkan pembangunan insan sama ada rohaniah atau jasmaniah serta pembangunan intelek di kalangan warga FELDA bagi menjadi satu kelompok masyarakat berwibawa tinggi di dalam gugusan FELDA akan dapat dilahirkan. Ia menjadikan wilayah FELDA di mana sahaja di negara ini sebuah wilayah yang cantik, indah, makmur dan mendapat pengampunan Allah Subhanahuwataala.
Yang Berhormat Paya Besar, mohon izin. Ini ikhlas daripada saya.
Lipis boleh?
Lipis jauh kira kanan.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Saya ingat tidak payah pilih sebab sudah ramai sangat Pahang.
Tuan Yang di-Pertua.
Semua Yang Berhormat Pahang bangun, Yang Berhormat.
Tidak payah.
Ahli-ahli Yang Berhormat duduk, Yang Berhormat.
Kalau tidak mengerti guna peraturan Dewan boleh sakit jawabnya. [Ketawa] Pembangunan insan di FELDA bukan sahaja dari segi akliah dan minda, bukan sahaja dari tegap sasa tubuhnya, bukan sahaja dari agamanya tetapi pembangunan jiwa dan kalbu, sikap jati diri, hemah dan segala-galanya terpaut kepada nilai kemanusiaan yang bersifat ilmiah. Saya menekankan perkara sebegini untuk dilaksanakan di dalam gugusan FELDA negara kita Tuan Yang di-Pertua kerana saya amat berharap pembangunan modal insan yang teratur dan menurut acuan serta disiplin dapat dilaksanakan dengan mudah di FELDA kerana faktor-faktor sosialisasi dan nilai budaya yang ketara mudah diterima pakai. Agar FELDA akan menjadi pusat kecemerlangan bagi tujuan pembangunan modal insan di kalangan rakyat negara kita suatu hari nanti.
Mohon laluan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Paya Besar, buah hati.
Yang Berhormat hendak bagi jalan atau tidak ,Yang Berhormat?
Buah hati di luar, di dalam tidak ada.
[Ketawa]
Buah hati dia kena bagi.
Dekat luar boleh, dalam tidak boleh.
Tidak bagi juga Yang Berhormat.
Sampai hati, ya.
Buah hati Yang Berhormat di depan itu. Pembangunan modal insan amat penting bagi negara kita. Apatah lagi jika ia dilihat sebagai salah satu aspek utama yang diterapkan untuk menjayakan gagasan 1Malaysia yang menegaskan terhadap nilai-nilai aspirasi. Saya petik nilai-nilai aspirasi yang digagaskan 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dan mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Radio dan Televisyen Malaysia kerana mengadakan program Khabar Malaysia. Saya banyak mempelajari dari program ini kerana dapat melihat di kawasan-kawasan lain.
Mohon izin - Khabar Malaysia. Boleh tidak?
Tidak payahlah Yang Berhormat. Yang Berhormat sudah berucap atau belum?
Sudah.
Kalau sudah duduk. [Ketawa] Kalau belum tidak mengapa. Sudah lupa mana hendak cakap Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Saya dapat mempelajari banyak dari kawasan-kawasan lain yang boleh saya bawa ke dalam kawasan saya untuk menambah baik di kawasan saya. Dengan itu saya menyarankan kepada RTM kalau boleh untuk membuat siaran ulangan bagi program-program yang telah pun disiarkan kerana masanya yang disiar pada hari Rabu jam 9.30 malam. Di waktu itu kita kalau di sidang Parlimen ini ada taklimat kementerian ini, kementerian itu dan sebagainya, jadi tidak ada masa hendak tengok. Saya amat meminati program Khabar Malaysia ini. Jadi saya berharap kalau dapat RTM tolong ulang siar program ini kalau boleh di waktu petang dalam program 6.30 petang atau 6.00 petang. Jadi saya berharap benar kerana ini permintaan rakyat dan bukan permintaan saya. Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaflah kalau saya agak kurang bahasa dalam mempersembahkan ucapan saya tadi, sekiranya ia tidak putik dalam Dewan yang mulia ini. Dengan itu saya mohon menyokong terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Bukit Gantang.
Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalaamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk berbahas dalam titah ucapan Yang di-Pertuan Agong. Saya mulakan daripada ayat Surah Ma’idah, ayat yang ke lapan. [Membaca sepotong ayat al- Qur’an] yang bermaksud, “Wahai sekalian yang beriman, kamu hendaklah menegakkan kebenaran sentiasa dan menjadi saksi yang adil, dan janganlah sikap kamu benci kepada kaum lain menjadikan kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah kamu, sesungguhnya keadilan itu cukup rapat dengan ketakwaan. Dan
bertakwalah kamu sesungguhnya Allah itu Maha dalam perkhabarannya berkenaan dengan apa yang kamu lakukan di dunia ini.” Tuan Yang di-Pertua, melalui titah ucapan Tuanku pada perasmian hari itu, kita mahu menjana suatu ekonomi yang berpendapatan tinggi. Jadi untuk itu saya cukup berkeyakinan salah satu sumber untuk sampai ke tahap itu perlulah ada usaha yang besar dan kita juga berterima kasih pada usaha yang dibuat oleh kerajaan hari ini untuk menarik pelabur asing bukan hanya di luar dan juga dalam negara. Akan tetapi akhir-akhir ini kita lihat bahawa ada seolah-olah satu sindrom daripada pelabur-pelabur asing yang mahu melabur di negara ini, tetapi mereka agak sangsi dengan sistem kehakiman. Mereka mahu supaya jika sekiranya ada dispute dengan izin, maka mereka mahu dispute itu diselesaikan bukan di mahkamah kita tetapi di mahkamah luar negara. Bahkan satu pelabur asing daripada benua Amerika telah pun menyatakan bahawa mereka mahu seandainya kalau ada apa-apa dispute semasa mereka melabur di negara kita, mereka mahu ia diselesaikan di Mahkamah Singapura. Ini telah memberikan kesan yang agak negatif kepada negara kita kerana ia akan berjangkit kepada pelabur-pelabur asing yang lain. Jadi mereka juga mahu tahu dan sebab kenapa pelabur-pelabur yang besar tidak mahu lagi dan percaya berkenaan sistem kehakiman kita. Saya Tuan Yang di-Pertua, baru pulang daripada United Kingdom dan juga Ireland dan sempat bertemu dengan beberapa pelabur di sana dan juga beberapa warga negara kita yang telah pun menjadi warga di sana. Mereka telah mengeluarkan kenyataan yang sama oleh sebab sistem kehakiman kurang dipercayai dan diyakini maka mereka mahu untuk apa sahaja dispute yang dihadapi diselesaikan bukan di negara kita. Jadi saya ingin mencadangkan bahawa sekurang-kurangnya ada usaha yang besar yang dibuat oleh kerajaan bagi meyakinkan bukan hanya rakyat di negara kita, pelabur-pelabur negara kita, pelabur dalaman dan juga pelabur luaran supaya mereka yakin dengan sistem kehakiman kita. Namun apa yang berlaku dengan sistem kehakiman hari ini dan terkena pada saya sendiri, apabila sistem kehakiman Mahkamah Persekutuan memutuskan pada 9 Februari bahawa keputusan siapa dia Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan yang menyebabkan kajian dibuat oleh Sinar Harian dua hari selepas keputusan itu memberikan gambaran tidak kurang 87% rakyat Malaysia tidak mahu menerima...
Kalau Yang Berhormat, menang Yang Berhormat kata baiklah.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Kalau pihak Yang Berhormat menang, they will kata baiklah. Kalau orang lain menang kata tidak baiklah, ya.
Ya, terima kasih. Jadi itu saya cukup berkeyakinan bahawa kalaulah keputusan yang dibuat oleh Sinar Harian membuat kajian 87% rakyat Malaysia tidak bersetuju ataupun sangsi dengan keputusan tersebut, ini juga memberikan kesan yang paling negatif. Jadi untuk itu walaupun saya sendiri menerima keputusan itu dan kadang-kadang saya pun merasa pelik.
Oleh sebab terdahulu daripada itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa yang dibuat oleh Hakim Lau Bee Lan, berkenaan dengan isu kalimah “Allah” yang memutuskan bahawa satu akhbar boleh menggunakan kalimah “Allah”, tetapi tidak lama selepas itu kita lihat seolah-olah ada satu usaha untuk tidak bersetuju dan membantah keputusan daripada Mahkamah Tinggi tersebut. Jadi ini seolah-olah memberikan gambaran bahawa kerajaan juga bersetuju untuk memberikan saranan kepada rakyat supaya tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, yang akhirnya kita lihat...
Kalau begitu Yang Berhormat bersetujulah...
Bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri...
...Kalimah “Allah” itu digunakan oleh orang lain?
Jadi untuk itu...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sila, sila duduk. Jadi untuk itu saya berkeyakinan bahawa ada usaha juga daripada kerajaan untuk menggalakkan rakyat dan mendidik rakyat supaya tidak menerima keputusan daripada Mahkamah Tinggi tersebut. Ini satu malang yang kita telah terima baru-baru ini. Daripada titah Tuanku juga, Tuanku menyarankan supaya tidak ada fitnah dan pembohongan di kalangan wakil-wakil rakyat dan ahli-ahli dan juga warganegara. Saya amat sedih sekali apabila suatu laporan akhbar, satu laporan polis semalam dibuat oleh salah seorang Ahli Yang Berhormat dari Subang berkenaan dengan kenyataan di mahkamah yang dibuat oleh Ketua Polis Negara hari ini, yang mengaku dalam satu sumpahnya bahawa dia mempunyai Ijazah Undang- undang, tetapi dalam satu perakuan yang lain dia hanya mengaku mempunyai Diploma Undang-undang. Inilah satu kenyataan yang cukup malang kepada kita kerana institusi polis kita, institusi keselamatan kita dipimpin oleh seorang Ketua Polis Negara yang sanggup berbohong dalam mahkamah berkenaan dengan kelayakan dia. Jadi untuk itu, di manakah kewibawaan kita selaku Ketua Polis yang boleh membuat perakuan dan sumpah yang membohongi rakyat dalam mahkamah? Oleh itu saya minta bersungguh-sungguh supaya Ketua Polis ini memberikan laluan supaya institusi polis kita tidak tercemar dengan suasana apa yang dibuat oleh Ketua Polis kita. Saya juga menyatakan di sini bahawa fitnah yang berleluasa telah dikenakan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat apabila kita dipilih oleh rakyat negeri Perak untuk memimpin dan juga menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak Darul Ridzuan pada tahun 2008. Sehingga hari ini kami di negeri Perak difitnah oleh UMNO, Barisan Nasional, difitnah oleh radio, difitnah oleh media berkenaan dengan apa yang kita buat. Saya difitnahkan dengan seolah-olah saya menjual, saya memberi tanah kerajaan kepada kaum Cina. Saya difitnahkan menjadi boneka DAP, sehingga hari ini saya mencabar UMNO, Barisan Nasional di Perak dan saya juga mahu supaya Yang Berhormat
Menteri ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan penjelasan. Sampai hari ini, di manakah tanah walaupun satu inci yang telah saya jualkan kepada kaum Cina di negeri Perak Darul Ridzuan dan saya mencabar juga, di manakah arahan daripada DAP yang saya laksanakan, yang saya akhirnya dituduh sebagai boneka DAP? Sampai hari ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry tidak memberikan mana-mana jawapan yang menunjukkan mana-mana tanah di negeri Perak yang telah kami jual kepada kaum Cina di sepanjang kami memerintah dan menerajui Kerajaan Negeri Perak. Jadi saya sampai hari ini mencabar UMNO, Barisan Nasional menunjukkan kepada kami di manakah tanah yang telah kami jualkan kepada kaum Cina di negeri Perak Darul Ridzuan. Apa telah kami berikan adalah sebidang tanah 45 ekar yang kita anugerahkan kepada Datuk Abdul Latif ataupun Pak Teh yang ada sekolah agama rakyat di Pangkalan Hulu, yang Pak Teh ini memohon daripada UMNO, Barisan Nasional pada tahun 2004, tetapi telah ditolak oleh UMNO, Barisan Nasional, yang mana semua jabatan kerajaan ketika itu telah pun memberikan sokongan untuk Pak Teh diluluskan keputusan permohonannya, tetapi malangnya UMNO, Barisan Nasional ketika itu telah menolak permohonan Pak Teh. Jadi ini satu fitnah yang besar juga kepada kami kerana kami boleh membuktikan bahawa tanah sebidang itu telah digazetkan untuk digunakan oleh Pak Teh bagi melaksanakan kerja-kerja untuk sekolah agama rakyat dia. Untuk itu Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menyarankan bahawa sekurang-kurangnya kita akan menyambut ketetapan yang dibuat di dalam titah Tuanku baru-baru ini supaya fitnah yang berbohong dan sebagainya tidak dilaksanakan lagi oleh UMNO, Barisan Nasional kepada kami di Pakatan Rakyat. Sehubungan dengan itu, sekembalinya saya dari United Kingdom, kita melihat bahawa bagaimana pelajar-pelajar kita di sana diugut oleh pegawai- pegawai daripada kedutaan misalannya di Dublin, semasa saya mahu mengadakan perhimpunan dengan pelajar-pelajar, khususnya kawan-kawan saya dari Perak, mereka telah menyatakan bahawa kami setiap rumah rakyat negeri Perak, setiap rumah pelajar negeri Perak telah diketuk oleh pegawai kedutaan di Ireland, untuk menyatakan jangan menghadiri program yang akan diadakan oleh saya sendiri. Jadi ini suatu malang yang telah menimpa kepada pelajar-pelajar kita yang mereka tahu apa yang berlaku di negeri kita, apa yang berlaku di negara kita tetapi UMNO, Barisan Nasional seolah-olah mahu menafikan hak rakyat kita di sana, hak pelajar-pelajar kita untuk mendapat maklumat yang terkini berkenaan apa yang terjadi di negara kita. Untuk itu, saya menyatakan dengan sekeras- kerasnya bahawa hak kebebasan pelajar-pelajar ini tidak diganggu gugat oleh UMNO Barisan Nasional. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, tadi saya mendengar daripada Yang Berhormat Serdang menyatakan mengenai program PPSMI. Saya menyatakan bahawa PPSMI ini merupakan satu natijah ataupun satu hasil yang malang bagi negara kita apabila pimpinan UMNO Barisan Nasional tidak mahu mendengar kritik daripada pembangkang ketika itu. Kita amat sedar bahawa pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris bukanlah caranya untuk meningkatkan penguasaan terhadap bahasa Inggeris di negara kita. Namun oleh sebab sikap angkuh daripada pimpinan UMNO, maka negara habis hampir RM3 bilion hingga RM4 bilion berbelanja enam tahun dan akhirnya PPSMI dibuang begitu sahaja. Saya mahu menyarankan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri supaya dipercepatkan kalau boleh jangan lagi ditangguhkan untuk memansuhkan PPSMI, kerana lebih lama kita tunggu iaitu selepas pilihan raya yang ke-13, maka beberapa perkara lagi akan berlaku. Jadi
untuk itu, bagi mendapat penghormatan bahawa kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib sekurang-kurangnya ada kewibawaan, ada kehendak politik untuk memberhentikan dasar yang cukup-cukup malang bagi negara kita. Saya sendiri Tuan Yang di-Pertua, mahu mendapat penjelasan yang saya sendiri hantar surat, hantar soalan untuk dijawab tetapi malangnya tidak mendapat jawapan yang setimpal. Apabila PPSMI dilaksanakan ketika itu, sedarkah pimpinan UMNO bahawa yang membela bahasa Melayu ketika itu adalah pimpinan PAS... [Dewan riuh] terdiri daripada empat orang pimpinan PAS dari negeri Perak yang telah membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan kes itu, kes itu masih lagi tertangguh di Mahkamah Tinggi.
Betulkah?
Jadi kita minta supaya institusi kehakiman khususnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mempercepatkan perbicaraan kes ini oleh sebab bahasa Melayu di Malaysia ini mahu dihilangkan dan dilenyapkan oleh UMNO Barisan Nasional, tetapi hanya diselamatkan oleh... [Dewan riuh] ...hanya diselamatkan oleh PAS. Jadi untuk itu, kita menyatakan sekeras-kerasnya...
Yang Berhormat.
Sila bertenang, bertenang.
Minta diam Yang Berhormat.
Hah sila bertenang.
Pembohongan.
Bukan pembohongan, kes ini dibawa dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan kita diberitahu bahawa kes ini akan dibicarakan pada 20 hari bulan...
Duduklah, sila balik...
Saya mahu merayu supaya pimpinan UMNO datang ke mahkamah melihat pimpinan PAS di negeri Perak membela bahasa Melayu supaya jangan dilenyapkan daripada kesusasteraan orang Melayu. Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya tidak lagi mendengar sekarang ini kalimah “Islam Hadhari”. Saya mahu bertanya dalam hati rendah saya ke manakah pendekatan yang paling murni yang pernah diucapkan oleh pimpinan- pimpinan UMNO? Saya mahu bertanya di manakah ungkapan “Islam Hadhari” hari ini...
Ada.
...setelah habis PPSMI, lesap RM3 bilion, habis Islam Hadhari lesap RM3 bilion, apa lagi yang hendak kita harapkan dengan 1Malaysia, akan lesap RM5 bilion, RM6 bilion duit rakyat dibuang oleh pimpinan UMNO? Saya mahu menyatakan dekat sini bahawa PPSMI, Islam Hadhari merupakan boneka UMNO Barisan Nasional yang menghancurkan wang rakyat dan mereka juga akan melihat bagaimana wang rakyat akan hilang dengan 1Malaysia ini, Tuan Yang di-Pertua.
Tapi tak sampai bawak Agong.
Setelah keputusan Mahkamah Persekutuan menyatakan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh mahkamah, saya mahu menyatakan bahawa rampasan kuasa di negeri Perak adalah satu tindakan yang cukup biadab, yang tidak bertamadun, yang dibuat oleh pimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu.
Keputusan mahkamah biadabkah?
Ketika itu saya ingin menyatakan bahawa...
Keputusan mahkamah biadabkah?
Yang Berhormat...
Keputusan mahkamah biadabkah?
Kami menerima keputusan itu – terima kasih banyak.
Keputusan mahkamah biadabkah?
Okey, okey. Terima kasih.
Ini keputusan mahkamah.
[Bangun].
Yang Berhormat hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Saya tidak bagi jalan... [Dewan riuh]
Tidak bagi jalan Yang Berhormat?
Oleh kerana hari sudah senja. Sila duduk.
Pohon laluan Yang Berhormat Bukit Gantang, pohon laluan.
[Bangun]
[Menyampuk]
Penakut! Penakut!
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua – tidak dapat menerima hakikat. Saya tidak beri laluan! Sila duduk.. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua! Tuan Yang di-Pertua...
Ahli Yang Berhormat, saya minta yang lain duduk Yang Berhormat.
Bagi jalan, bagi jalan. Kalau berani bagi jalan.
Yang Berhormat Kuala Krau duduklah.
Duduk! Duduk! Duduk!
Terima kasih Yang Berhormat Arau, terima kasih Yang Berhormat Arau. Setelah kami menerima keputusan Mahkamah Persekutuan, kita mahu bekerjasama untuk rakyat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Kami menyatakan dengan jelas bahawa Pakatan Rakyat, kita mahu bekerjasama dengan kerajaan Datuk Seri Zambry yang disahkan oleh mahkamah. Akan tetapi malangnya, kami nyatakan empat perkara untuk kami memberikan khidmat pada rakyat negeri Perak, kami memohon supaya kerajaan mahkamah negeri Perak membenarkan...
Kalau hendak kerjasama, tanpa syarat. Kalau bersyarat bukanlah bekerjasama.
..kita menggunakan stadium, membenarkan kita menggunakan padang.
Itu – itu pengkhianat Perak itu.
Sila duduk!
Ya?
Sila duduk.
Yang Berhormat...
Yang Berhormat Bukit Gantang duduk, sudah habis masa.
Yang ini adalah masa saya. Sila duduk.
Yang Berhormat Lipis Tuan Yang di- Pertua kah?
Terima kasih. Kami hanya mahu memberikan kerjasama kalau sekiranya UMNO Barisan
Nasional rasakan mereka “jantan”, beri kami kemudahan [Dewan riuh] menggunakan dewan... [Dewan riuh] Beri kami kemudahan menggunakan stadium...
[Bangun]
Kalau “jantan”, kalau “anak jantan”, bagi laluan
..menggunakan padang...
[Bangun]
Kalau “anak jantan”...
..dan jangan dihalang kami.
Kalau “anak jantan”, bagi laluan.
Sila duduk.
Yang Berhormat...
Sila duduk.
Apa kata orang pandai, sendiri tidak pandai.
Dan kita juga minta kerjasama...
“Anak jantan” bubar DUNlah.
...Supaya Pakatan Rakyat dimasukkan ke dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah. Inilah yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Kita benarkan rakyat negeri Perak menggunakan dewan-dewan, menggunakan padang, menggunakan stadium. [Dewan riuh] Akan tetapi setelah kerajaan di rampas oleh Barisan Nasional...
Kerajaan bawah pokok.
..telah menghalang rakyat, mereka menghalang kami...
Kerajaan bawah pokok.
..untuk menggunakan dewan-dewan...
Tuan Yang di-Pertua, kami hari itu memberi kebenaran kepada Ahli-ahli Yang
Berhormat daripada UMNO Barisan Nasional menjadi ahli kepada Jawatankuasa Tindakan Daerah. Kita merayu untuk bekerjasama dengan kerajaan Zambry, pimpinan Zambry, diberikan kami [Dewan riuh] ruang untuk masuk Jawatankuasa Tindakan Daerah tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Malang sekali, malang sekali kerajaan mahkamah Perak tidak membenarkan kami menyertai Jawatankuasa Tindakan Daerah. Kami mahu bekerjasama jika sekiranya sedikit peruntukan diberikan kepada Pakatan Rakyat sebagaimana kami [Dewan riuh] memperuntukkan kepada UMNO Barisan Nasional...
Yang Berhormat...
..semasa kami memerintah. Tuan Yang di-Pertua... Sila duduk sebentar. Saya dituduh...
Syok sendirilah.
Saya dituduh menjual tanah.
Yang Berhormat...
Saya hendak menyatakan di sini Tuan Yang di-Pertua, sejumlah 22,000 ekar tanah kerajaan telah digadai oleh UMNO Barisan Nasional kepada syarikat [Dewan riuh] KLK. Siapa dia syarikat KLK?
Tidak usah bohonglah.
Itu yang pertama. Yang keduanya, 1,000 ekar tanah telah diberi oleh UMNO Barisan Nasional kepada MCA di Bandar Baru, Kampar. Yang ketiganya, satu kilang simen...
Hati-hati buat kenyataan...
Satu kilang simen yang untung...
..dalam Dewan.
..yang di diri di atas tanah rizab Melayu telah...
Nanti tubuh Jawatankuasa.
..digadai oleh UMNO Barisan Nasional pada Yeoh Tiong Lay. Hari ini kilang Perak Hanjoong itu telah digadai oleh UMNO Barisan Nasional...
Macam mana kalau kita hadapkan dia kepada Jawatankuasa selepas ini?
..kepada Yeoh Tiong Lay dan tanah itu adalah...
Laluan, laluan...
..tanah Rizab Melayu.
Laluan, laluan...
Dan akhir sekali...
Ya, habiskan Yang Berhormat.
Kalau berani, buat kenyataan di luar.
..Tuan Yang di-Pertua, UMNO juga menggadai satu pulau di Pangkor yang dipanggil sebagai Pulau Pangkor Laut.
Buat kenyataan di luar, buat kenyataan di luar.
Mereka menggadaikan kepada tuan-tuan dan tauke-tauke Cina besar.
Buat kenyataan di luar kalau berani.
Akhir sekali...
Buat kenyataan di luar kalau berani.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas kesabaran. Saya juga memberikan penghargaan kepada ucapan Titah Tuanku Agong yang menyatakan peruntukan untuk....
Boneka DAP.
Derhaka.
Saya mahu menyatakan...
Boneka DAP.
..setelah kerajaan kami dirampas, mereka...
Boneka DAP.
..juga mahu merampas kedudukan saya sebagai Presiden PAFA [Dewan riuh] ataupun Persatuan Bola Sepak Perak. Saya merayu... [Dewan riuh]
Boneka DAP.
..kepada menteri - Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan...
Boneka DAP.
..untuk membuat peruntukan...
Yang Berhormat.
Perlembagaan Perak memutuskan siapa jadi MB, dia akan jadi Presiden PAFA.
..kepada semua persatuan bola di seluruh Malaysia untuk mereka...
Itupun Perlembagaan Persatuan Bolasepak Perak, jangan tipu Dewan!
...menguruskan pasukan bola sepak masing-masing. Saya kadang-kadang sedih tengok abang Yang Berhormat Arau, Tan Sri Shahidan Kassim merayu kepada Presiden FAM untuk mendapat sedikit kewangan bagi menguruskan Persatuan Bola Sepak Perlis. [Dewan riuh] Begitu jugalah...
Kalau begitu jumpa di padang bola.
Begitu juga...
Ha, jumpa dekat padang bola.
Begitu jugalah Yang Berhormat Bayan Baru, beliau juga menyatakan bahawa kami sedih kerana Kementerian Belia dan Sukan tidak memberikan peruntukan secukupnya kepada FAM bagi menguruskan persatuan bola di setiap negeri. Maka itu saya mencadang dan saya merayu supaya Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan memberikan peruntukan sewajarnya pada FAM supaya dapat disalurkan kepada Persatuan Pasukan Bola di setiap negeri dan insya-Allah kami sebagai Presiden boleh menguruskan persatuan bola tersebut demi memartabatkan bola bukan hanya negeri kita akan tetapi di seluruh negara. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya memohon maaf di atas kesilapan, saya juga mahu menganjurkan satu ayat daripada Allah S.W.T yang menyatakan...
Yang Berhormat. Ya. [Dewan riuh]
Dengarlah. Kita hendak baca ayat ini, Allah S.W.T menyatakan. [Sambil membacakan sepotong ayat Al-Quran]. Allah S.W.T berfirman. Dengarlah sedikit saya hendak baca.
[Menyampuk]
Saudara- saudara dengar saya baca. Bismillahir Rahmannir Rahim. Allah S.W.T memberitahu kepada kita, Dia hendak memberitahu di sini [Sambil membaca sepotong ayat Al-Quran]. “Wahai manusia, Ku ciptakan dikau daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan. Dan Kami ciptakan dikau berbagai-bagai kaum dan bangsa supaya kalian menghormati antara satu sama lain, mesra bermesra dan juga...”
Hurai yang itu Yang Berhormat, hurai yang itu.
“...Sesungguhnya mereka yang tinggi nilainya adalah mereka yang paling takwanya tinggi. Dan Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Dalam Perkhabarannya.” Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mudah-mudahan bagi kita menjadikan negara Malaysia ini sebagai negara yang kita sayangi, negara yang aman dan negara yang berpadu. Mudah-mudahan semangat ayat yang saya sebutkan daripada Surah Al-Hujurat tadi dapat kita jadikan sebagai naungan supaya kita diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T. Terima kasih. Wabillahil taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. [Tepuk]
35/100. Tidak lulus. [Ketawa]
Yang Berhormat Parit.
[Menyampuk] [Tepuk]
Bismillahir Rahmaanir Rahim.
Jawab balik jawab! Jawab Yang Berhormat Parit, Jawab! Nama sama Yang Berhormat Parit.
Terima kasih...
Nama sama.
...Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang sekali lagi kepada saya untuk berucap...
Ini Nizar dengan Dr. Nizar ini.
...pada malam yang berbahagia ini. Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi kita telah dihangatkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang. Kalau itulah keadaannya walaupun beliau menyatakan bahawa banyak unsur-unsur fitnah dan sebagainya akan tetapi beliau sebenar yang banyak membawa unsur-unsur fitnah khususnya di negeri Perak. [Tepuk] Itu sebab sepatutnya beliau perlu melihat keadaan beliau itu sendiri.
Ya!
Bagi kami rakyat Negeri Perak, kami menerima keadaan itu sebenar. Untuk menyatakan dipihak mahkamah, Yang Berhormat Bukit Gantang sendiri yang membawa ke peringkat mahkamah. Dan tidak wajar sama sekali menyatakan bahawa Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar mahkamah. Ini merupakan satu usaha memperlekehkan satu badan yang cukup tinggi bagi kita memimpin sesebuah negeri khususnya di negeri Perak Darul Ridzuan. Harapan saya kepada Yang Berhormat Bukit Gantang, kalau itulah ucapan yang terakhir untuk kita mengajak bersama-sama bagi kita melihat negara kita akan terus maju, untuk melihat negara kita akan terus membangun dengan
kepelbagaian bentuk cabaran dan sebagainya, sepatut Yang Berhormat Bukit Gantang perlu untuk memberikan pandangan-pandangan yang baik dan tidak semestinya untuk memberikan ceramah-ceramah di setiap tempat khususnya di dalam negeri Perak. Menceritakan bagaimana usaha mereka di dalam pentadbiran baru 11 bulan mentadbir Kerajaan Negeri Perak, telah sombong, telah angkuh, telah bongkak dan sebagainya. [Tepuk] Adalah satu perkara yang tidak wajar.
Saya mohon kepada Yang Berhormat Bukit Gantang agar tidak lagi mengungkit-ungkit perkara yang sedemikian rupa kerana Yang Berhormat Bukit Gantang sendiri adalah rakyat negeri Perak, sudah pasti kita ingin melihat negeri Perak juga maju, negeri kita akan terus maju dan berjaya. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin... [Disampuk]
Lambung lagi Yang Berhormat Parit, lambung lagi.
...Memberikan sedikit gambaran khususnya di negeri Perak. Pada hari ini Yang Amat Berhormat Dato’ Zambry bin Abdul Kadir telah pun berusaha sedaya upaya mungkin untuk kita melihat memajukan pembangunan khususnya di dalam negeri Perak kita. Walaupun cabaran-cabaran yang saya nyatakan ini berterusan daripada pihak pembangkang, sepatutnya pembangkang khususnya Pakatan Rakyat menerima keadaan yang sedemikian rupa, reda, terima hakikat yang sebenarnya, kenyataannya Barisan Nasional telah pun memerintah Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya terus untuk memberikan ucapan menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin membangkitkan soal – ada hendak tanya? Saya ingin membangkitkan soal pelan hala tuju program...
[Bangun]
[Bangun]
Ramai pula yang hendak bertanya, Yang Berhormat?
Silakan. Tanya boleh.
Silakan Yang Berhormat Tangga Batu.
Saya seronok mendengar Yang Berhormat Parit menjawab hujah-hujah yang dibawa oleh Yang Berhormat Bukit Gantang. Yang Berhormat Parit, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat sebagai salah seorang daripada rakyat negeri Perak ketika pentadbiran Pakatan Rakyat, adakah Menteri Besar itu mempunyai kuasa penuh untuk membela anak bangsa ataupun hanya seorang Menteri Besar bersifat boneka? Cuba Yang Berhormat Parit ulas sedikit apa yang saya cakap ini.
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Bila sarang tebuan dijolok, inilah keadaannya. Kita sudah memerintah Barisan Nasional telah lama, mereka baru 11 bulan sudah angkuh, sudah sombong, sudah bongkak, menyatakan bahawa merekalah yang terbaik, merekalah yang segala-galanya. Akan tetapi sebenarnya dalam tempoh 11 bulan yang Allah anugerahkan kepada mereka yang mendapat benda, perkara-perkara
yang telah pun sedia ada, sepatutnya mereka bersyukur kepada Allah SWT kerana mereka dapat mentadbir selepas dari pilihan raya 8 Mac 2008. Saya nyatakan bahawa walau bagaimanapun disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gantang tadi sebagai boneka dan sebagainya, ia memang menjadi realistik kepada Pakatan Rakyat ketika mana mereka memerintah, memimpin Kerajaan Negeri Perak. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit. Yang Berhormat Parit ini tebuan keluar sarang. Yang Berhormat Parit, saya hendak tanya sedikit. Saya tertarik kepada apa yang disebutkan tadi, terima hakikat. Inilah masalahnya bila manusia tidak menerima hakikat, ketentuan Allah, inilah jadinya, gila kuasa dan sebagainya. Kita minta pendapat Yang Berhormat Parit, kita Barisan Nasional, kerajaan yang memerintah yang disebutkan 50 tahun lebih sudah. Segala yang besar-besar sebelah sana, semuanya kerajaan kita yang buat. Yang berikan dan besarkan mereka ini semuanya kerajaan kita. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat, kita kalah dan kita kalah. Saya pergi ke Perak kalah, pergi ke Terengganu kalah, kita tidak pernah buat bantahan yang beria-ia, tidak pernah menyalahkan SPR tidak betul. Betul kerja dia, mereka menjalankan kerja dia. Kita menang pun kita bawa, okey kita terima. Mereka ini bila mereka menang, dia menang semua ini sebab SPR kita buat, dia tidak marah pula. Bila kalah, semua SPR tidak betul, kerajaan tidak betul, kerajaan ada kroni dengan SPR, SPR ada kroni dengan kerajaan dan sebagainya. Ini saya minta tolong Yang Berhormat, kita Ahli Parlimen malu kat rakyat, minta Yang Berhormat Parit, malu rakyat. Malu orang kampung, budak kecil pun boleh berfikir. Terima kasih Yang Berhormat, minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Maran, saya suka berpandukan kepada firman Allah SWT, disebut di dalam al- Quran [Membaca petikan al-Quran] “Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambah nikmat itu”, [Membaca petikan al-Quran] “Demi sesungguhnya kamu ingkar, sesungguhnya azab aku amatlah pedih”. Inilah sebenarnya ayat yang dipegang oleh orang Melayu, orang Islam, orang UMNO dan seluruh masyarakat Islam. Kita perlu bersyukur kepada Allah SWT, itu sebab apabila 8 Mac 2008 berlaku selepas daripada pilihan raya, walaupun sepatutnya kita menerima apabila sebuah parti mendapat majoriti, sepatutnya mereka, parti itu sepatutnya memerintah. Akan tetapi kita terima hakikat, Pakatan Rakyat telah pun berpakat untuk mentadbir urus Kerajaan Negeri Perak, kita terima hakikat sedemikian rupa. Kita perlu juga menerima hakikat reda kepada Allah SWT setelah selepas 11 bulan diberikan oleh Allah kuasa pemerintahan kepada Yang Berhormat Bukit Gantang sebagai Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada ketika itu. Apabila Allah tarik, cabut kuasa sedemikian rupa, beralih kuasa pemerintahan kepada kerajaan yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gantang, UMNO dan Barisan Nasional, kita perlu terima hakikat yang sedemikian rupa. Apa masalahnya? Apa yang paling penting kita hendak tadbir urus kerajaan negeri, negara sebaik-baik yang mungkin, apa masalahnya? Yang pergi ke setiap kampung, memberikan gambaran-gambaran yang tidak baik, asyik-asyik bercakap UMNO Barisan Nasional, UMNO sebagai perosak Melayu, UMNO sebagai perosak bangsa, UMNO sebagai perosak agama dan sebagainya, adalah sesuatu perkara yang tidak benar. [Tepuk] [Sorak]
So happen to the chief right?
Ini adalah sesuatu perkara yang tidak baik sebenarnya. Itu sebab saya minta kepada Yang Berhormat Bukit Gantang...
Itu satu kenyataan.
...Agar kita sama-sama selepas daripada ini untuk kita menerima hakikat. Kadang-kadang saya sebagai rakyat Perak, Yang Berhormat Bukit Gantang pun rakyat negeri Perak, kita pun rasa malu, kita pun rasa segan. Perkataan-perkataan...
Yang senama dengan saya.
...Penghinaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ungkapan-ungkapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak dan sebagainya. Kita sendiri yang memprovoke keadaan-keadaan yang sedemikian kepada rakyat kita khususnya di dalam negeri Perak. Saya ingin mengajak kepada Yang Berhormat Bukit Gantang, mari kita sama-sama untuk kita melihat kebangkitan kejayaan khususnya negeri Perak Darul Ridzuan untuk terus maju dan sebagainya. Cukup itu, saya sambung lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengaitkan soal pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang mana sebanyak 84% rakyat bersetuju dengan pelan hala tuju GTP dan 75% gembira dengan inisiatif melaksanakan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Daripada konteks keyakinan terhadap keupayaan penyampaian kerajaan pula, 71% menyokong, manakala 31% yakin kerajaan mampu melakukan penyampaian dengan besar-besaran dan keputusannya begitu pantas.
Yang Berhormat Parit, sedikit, sedikit sahaja. [Dewan riuh]
Sudahlah, tidak mahu ulang banyak. Saya baru hendak bercakap.
30 saat sahaja.
Udah berapa lama sudah. Ya, silalah.
Tidak bagi Yang Berhormat.
Terima kasih, dia beri tengok.
Oh, bagi pula ya.
Terima kasih Yang Berhormat Parit.
Yang Berhormat Parit bukan macam Yang Berhormat Bukit Gantang, takut. Yang Berhormat Parit ini tidak takut. [Ketawa]
Ini berani ya?
Berani, anak jantan. Yang Berhormat Bukit Gantang bukan anak jantan.
Kalau bolehlah - diamlah Yang Berhormat Kuala Krau, ada 30 saat sahaja ini.
Dah habis masa sudah.
Kalau beranilah Yang Berhormat Parit bangkit untuk menyatakan Dewan yang mulia ini, buat hari ini seluruh Kerajaan Negeri Perak itu berdiri dan berpaksi di atas tiga peribadi yang ketiga- tiganya adalah cukup dipertikaikan sama ada – melompat satu hal tapi jika inilah tiga peribadi, yang di atas inilah berdirinya sebuah Kerajaan Barisan Nasional di Perak, amat-amatlah memalukan.
Sikit.
Apakah Yang Berhormat Parit bersetuju jika dalam waktu terdekat dibubarkan seluruh Dewan Undangan Negeri Perak dan diadakan pilihan raya seluruh negeri Perak, Dewan Undangan Negeri Perak untuk membersihkan kerajaan yang berdiri di atas tiga peribadi sama ada skandal rasuahnya, sama ada skandal seksnya...
Yang Berhormat!
Sudahlah cukup, bagi saya jawab pula.
Sama ada apa jua yang mereka boleh terima sebagai habuan politik-politik wang.
Sudah Yang Berhormat Telok Intan, balik Yang Berhormat Telok Intan.
Saya minta Pakatan Rakyat yang bubar dahulu.
Yang Berhormat, boleh sambung minggu depan Yang Berhormat.
Sambung ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga pukul 10.00 pagi hari Isnin, 29 Mac 2010. Dewan ditangguhkan pada pukul 9.00 malam.