Dewan Rakyat · 31 March 2010
15th Parliament, session 3, meeting 1 · 1,347 turns · 80,148 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato' Ismail bin Kasim [Arau] minta Perdana Menteri menyatakan apakah Kerajaan bercadang ataupun mempunyai perancangan untuk meletakkan seluruh agensi-agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang maritim negara di bawah satu agensi sahaja iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Arau. Penguatkuasaan undang-undang negara dalam Zon Maritim Malaysia sebelum ini telah diuruskan secara berasingan oleh 11 jabatan dan agensi kerajaan iaitu Pasukan Gerakan Marin, Unit Udara Polis, tentera Laut, tentera udara, Jabatan Laut, Jabatan Perikanan, Jabatan Kastam, Jabatan Alam Sekitar, Sistem Pengawasan Laut (SWASLA), Pusat Penyelarasan Penguatkuasaan Maritim Lumut dan Direktorat Maritim Bahagian Keselamatan Negara. Ini melibatkan 5,300 anggota dan 486 buah kapal dan bot. Agensi-agensi yang berkaitan telah mengambil langkah bersendirian untuk mengembangkan organisasi masing-masing. Dalam masa penguatkuasaan, ianya telah menyebabkan pertindihan fungsi dan bidang kuasa, pertindihan kawasan operasi serta persaingan perolehan aset. Kerajaan telah memutuskan bahawa negara perlu mengubah pendekatan penguatkuasaan maritim secara berasingan itu kepada konsep tunggal bagi menguatkuasakan semua undang-undang persekutuan di laut dengan menubuhkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Penubuhan ini dibuat melalui konsep penggabungan aset-aset pasukan marin, tentera laut, jabatan kastam, jabatan laut dan jabatan perikanan. Keputusan yang diambil kerajaan ini juga merupakan trend di kebanyakan negara berpantai yang lebih cenderung ke arah sebuah agensi yang khusus atau lebih dikenali sebagai coast guard. APMM telah dan sedang merangka langkah-langkah yang sesuai untuk mencapai matlamat agensi tunggal penguat kuasa maritim menjelang bulan Ogos 2011. Walau bagaimanapun, fungsi dan kuasa yang berkaitan dengan penggubalan dasar, kuasa, kawal selia, pelesenan, penyelidikan, pembangunan, pemeliharaan sumber dan tugas-tugas lain yang tidak ada kaitan dengan penguatkuasaan serta mencari dan menyelamat dikekalkan kepada agensi-agensi maritim sedia ada.
Bagi tujuan tersebut, APMM akan memberi perkhidmatan sokongan di zon-zon maritim pada agensi lain yang memerlukan. Bagi mengelak pertindihan kawasan tanggungjawab, kerajaan telah memutuskan kawasan APMM meliputi zon-zon maritim negara bermula dari tikas air surut sehingga luar daripada zon ekonomi eksklusif di laut luas dan pelantar benua. Tugas-tugas penguatkuasaan dan mencari menyelamat oleh agensi- agensi lain adalah terhad dan dibataskan kepada kawasan-kawasan di belakang garis tikas air surut sahaja. Terima kasih.
Yang Berhormat Arau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun saya tengok ada kekangan dalam kita menyeragamkan dari segi tindakan undang-undang dalam usaha menjaga pantai yang begitu luas yang melibatkan bukan sahaja di Semenanjung bahkan di Sabah dan Sarawak. Contohnya baru-baru ini sebuah kapal asing yang membuang minyak di perairan selat Melaka tetapi tidak dapat diambil tindakan oleh APMM kerana di luar bidang kuasa agensi berkenaan yang telah diperuntukkan. Jadi, walau bagaimanapun, kita berharap sebagaimana usaha yang telah dibuat menerusi penubuhan UPP atau Unit Pencegah Penyeludupan dahulu di kawasan utara dan kita lihat kejayaan dicapai yang terdiri daripada pelbagai agensi terbaik. Walaupun di peringkat awalnya kita ada banyak halangan dalam menubuhkan unit berkenaan tetapi selepas ianya dilaksanakan kita lihat ianya telah berfungsi dengan begitu berkesan. Jadi, soalan tambahan saya apakah kejayaan yang telah dicapai oleh APMM dalam menjaga perairan negara dan apakah usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan dalam menghadapi tugas dan tanggungjawab yang cukup mencabar ini?
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Antara usaha-usaha untuk kita meningkatkan APMM ini ialah sekarang ini kita 3,760 staff yang akan kita tambah menjadi 4,500 yang sepatutnya. Sekarang ini kita ada 134 bot dan kapal serta lima pesawat. Yang ini kita akan tambah dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Antara kejayaan-kejayaan daripada statistik yang ada di tangan saya sekarang ini, dari segi penguatkuasaan contohnya kes yang kita dapat tangkap pendatang asing tanpa izin – 175. Lain-lain kes – 13. Pelbagai kes penyeludupan – 181. Pelbagai kesalahan nelayan asing – 344. Kesalahan-kesalahan lesen permit dokumen – 1,821 menjadikan 2,534 kes antara tahun 2006 hingga tahun 2009. Sementara pemeriksaan vessel di laut, secara keseluruhannya 25,851 pemeriksaan. Kemudian, tugas kedua APMM ini ialah mencari dan menyelamat dalam operasi daripada tahun 2006 hingga tahun 2009, kita telah berjaya menyelamatkan 1,580 nyawa sama ada hilang di laut, lemas, daripada lemas kemalangan, kebakaran kapal dan sebagainya. Taksiran nilai, kapal, bot, harta yang diselamatkan ialah lebih kurang RM164 juta. Itu adalah contoh-contoh kejayaan APMM setakat ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Saya memperingatkan Yang Berhormat, berdirilah kalau tidak saya tidak nampak. Kalau kali yang kedua, pertama berdiri walaupun bukan dianggap giliran. Saya nampak tadi hanya Yang Berhormat Kalabakan dengan Yang Berhormat Arau sahaja yang berdiri kali pertama.
Saya cukup prihatin daripada jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri. Timbalan Menteri mengatakan banyak kejayaan tetapi saya nampak di Pantai Timur Sabah, dari Tawau hingga Semporna, APMM ini dengan polis marin, tugas ia bertindih. Jadi kalau kita ada garisan yang disebut oleh Timbalan Menteri dari air surut ke lautan dalam, tentu sama sekali tidak ada kerana kita nampak bertindih. Jadi kita nampak banyak perkara yang harus kita banteras ialah penyeludupan, penyeludupan beras, gula yang bersubsidi ini bukan dimakan oleh rakyat kita di Pantai Timur bahkan dibawa beratus-ratus tan ke negara jiran kita, Indonesia. Jadi sampai mana yang kita boleh tentukan bahawa kejayaan ini ada seperti mana yang disebutkan oleh Timbalan Menteri, jadi saya mahu minta kepastian di Pantai Timur Sabah, berapa banyak tangkapan yang dibuat oleh pihak polis marin dan juga APMM ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan, kita sebenarnya akan sentiasa meningkatkan keberkesanan operasi di peringkat Pantai Timur Sabah itu dipanggil satu operasi bersepadu antara APMM, marin dan juga polis dan juga tentera laut, tiga agensi ini dan memang kita akan sentiasa memperbaiki datanya. Saya boleh berikan secara bertulis tangkapan yang di Pantai Timur Sabah, saya juga telah menyatakan sebelum ini bahawa dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, Sandakan, Tawau, Sepanggar akan ada Pejabat Daerah Maritim dan bangunan yang baru sementara di Lahad Datu kita akan adakan pangkalan. Ini semua akan dapat membantu untuk menambah keberkesanan tugas APMM bersama jabatan lain, memang sekarang ini masih ada pertindihan seperti mana yang saya sebutkan tadi bahawa kita akan menyelaraskannya pada penghujung 2011 supaya perkara ini dapat diselaraskan.
2. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [Ampang] minta Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan bilakah Dasar Keluarga Negara akan diumumkan dan apakah fokus serta sasaran yang telah digariskan dalam dasar tersebut.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh Tuan Yang di-Pertua, draf Dasar Keluarga Negara sedang giat diperhalusi oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk dibentangkan kepada kerajaan dalam masa terdekat. Tindakan kementerian untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan untuk mewujudkan Dasar Keluarga Negara ini merupakan satu lagi usaha kementerian untuk memastikan perspektif keluarga diarusperdanakan dalam segala usaha pembangunan negara bagi melahirkan generasi berkualiti. Gesaan untuk mewujudkan Dasar Keluarga Negara ini adalah berikutan syor daripada pelbagai pihak dan proses penggubalannya telah dijalankan menerusi beberapa sumbang saran dengan
pelbagai lapisan masyarakat termasuklah jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, ahli-ahli akademik, pakar-pakar kekeluargaan, NGO-NGO bagi mendapatkan pandangan yang lebih holistik. Matlamat dasar ini adalah untuk membangunkan keluarga yang sejahtera, berdaya upaya, melahirkan generasi berkualiti dan perilaku mulia yang sihat dan resilient ke arah memastikan kestabilan sosial. Ia akan dijadikan dokumen penting yang memberi garis panduan dan perancangan kerajaan ke arah mewujudkan institusi keluarga yang sejahtera. Penekanan diberikan ke atas kepentingan mengutamakan kesejahteraan keluarga dari pelbagai aspek khususnya dari segi biofizikal, ekonomi, sosio-psikologikal, kerohanian, persekitaran yang sihat dan selamat. Bagi merealisasikan Dasar Keluarga Negara, tiga teras strategi telah digariskan untuk persetujuan iaitu: (i) Meningkatkan komitmen dan penglibatan pelbagai pihak untuk mengutamakan dan mengarusperdanakan kesejahteraan keluarga; (ii) Memastikan undang-undang, dasar, prosedur, penguatkuasaan undang-undang dan peraturan mengutamakan kesejahteraan keluarga; dan (iii) Menyedia dan memastikan program-program, perkhidmatan, dan kemudahan mesra keluarga mudah diakses oleh semua. Dasar ini insya-Allah akan memberi hala tuju kepada polisi program dan perkhidmatan yang mesra keluarga akan family friendly dalam membangunkan keluarga yang sejahtera dan menghayati nilai-nilai murni sejajar dengan aspirasi Wawasan 2020.
Terima kasih Menteri, jawapan itu selalu nampak standard, tengah buatlah, draft lah dan akan dibentangkan pada masa terdekatlah dan sebagainya. Akan tetapi apa yang saya lihat di sini, setakat ini ada sebelas dasar yang dikeluarkan oleh kementerian tetapi apa yang saya kecewakan, setakat ini dasar-dasar yang telah dikeluarkan, memandangkan RM1 bilion bajet diperuntukkan kepada kementerian, tidak mampu kementerian untuk mengendalikan program-program itu right cross on the ground. Akan tetapi kita lihat bagaimana kegagalan ataupun kekurangan political wheels yang ditunjukkan di pihak kementerian-kementerian yang lain untuk mengarusperdanakan gender responsive budgeting ini pun tidak lagi berjaya. So, jikalau program-program ini hendak dilakukan dan tidak ada pemantauan yang serius, pemantauan garis panduan yang mana kita harus memastikan bahawa kementerian terlibat...
Ya, soalan Yang Berhormat.
Menjalankan dasar- dasar daripada kementerian, jadi ianya akan menghadapi satu lagi kegagalan. Jadi saya minta Menteri, pastikan menteri-menteri yang terlibat itu faham apa itu pengurusan gender dan apa itu gender responsive budgeting, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan Yang Berhormat dalam isu-isu ini. Percayalah Yang Berhormat, kita sebagai satu kerajaan yang bertanggungjawab
tentang isu-isu sosial, semua tindak tanduk yang kita buat adalah berasaskan kepada penyelidikan, perancangan dan bukan secara adhoc. Bila saya dengar hujah-hujah Yang Berhormat di dalam Parlimen ini, seolah-olah negara ini teruk sangat ke Yang Berhormat? Tidak ada tempat kah untuk semua golongan sasar Yang Berhormat kata dalam Malaysia, saya tengok bukan saya hendak kata - walau kita ada masalah, masyarakat Malaysia terdiri daripada mereka yang terbaik di dunia ini, tetapi kita mempunyai masalah. Akan tetapi Yang Berhormat janganlah terlalu negatif di atas semua tindak tanduk yang diambil. [Tepuk] Bila saya dengar Yang Berhormat bercakap, sama ada untuk rakyat Malaysia mahupun untuk tontonan di peringkat antarabangsa, menindak langsung tentang kaedah-kaedah yang positif yang ada pada rakyat Malaysia ini. Itu saya bersetuju dengan Yang Berhormat, tetapi untuk yang lain Yang Berhormat, mana pandangan yang diberi oleh mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun bukan kerajaan, kita sebagai kementerian yang bertanggungjawab dan saya pun selalu bersama-sama dengan pegawai-pegawai turun ke peringkat akar umbi, kita menjalankan tugas tanggung jawab. Apa Yang Berhormat kata saya hanya hendak buat itu, buat ini memang pun kita jalankan, mungkin Yang Berhormat tidak mahu mengakui bahawa di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat banyak isu termasuk gender. Gender budgeting Yang Berhormat, kementerian inilah yang kita tentukan menjadi asas daripada bajet yang ada di negara ini, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Batang Sadong.
Terima kasih ....
Tidak payah bagi lecture dengan Menteri Yang Berhormat ya?
Terima kasih Menteri, memang kita akui Menteri memang selalu datang untuk membantu kita wanita terutama sekali di Sarawak. Now, apa yang saya hendak ajukan di sini kepada Menteri kita ialah mengenai Dasar Wanita ini. Ini kerana masa Dasar Wanita itu dibuat dahulu, dalam kolum woksyop itu ada termasuk Ahli-ahli Parlimen, tetapi kita tidak tahu menahu mengenai woksyop tersebut. Jadi apakah tindakan kementerian untuk memastikan bahawa Ahli-ahli Parlimen juga mengetahui kerana isu-isu wanita ini bukan hanya untuk wanita sahaja, ianya merupakan isu sejagat. Jadi kita minta apakah perancangan pihak kementerian untuk memastikan kita di sini Ahli-ahli Parlimen, dimaklumkan mengenai dasar wanita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa pihak kementerian kita telah berusaha untuk mengadakan beberapa bengkel dan juga forum untuk memberi penjelasan tentang dasar-dasar terutamanya yang membabitkan gender. Jadi kalau tidak silap saya, tahun sudah kita telah pun mengadakan usaha tetapi ia diminta ditunda. Jadi saya akan menentukan pada tahun ini. Kalau tidak pun pada sesi ini, tetapi pada sesi akan datang semua dasar daripada kementerian terutamanya dasar wanita akan kita beri taklimat supaya Ahli-ahli Parlimen akan lebih memahaminya.
3. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] minta Menteri Pelajaran menyatakan kejayaan kerajaan mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan dalam memartabatkan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) adalah salah satu kegiatan utama Dewan Bahasa dan Pustaka yang dinaungi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan merupakan kesinambungan daripada pelbagai kempen bahasa dan sastera kebangsaan yang mula diadakan sejak dari tahun 1960-an. Selaras dengan usaha untuk melestarikan Gagasan 1Malaysia yang bermatlamat untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia, pada tahun 2009 – Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) telah melalui proses penjenamaan semula dan kini kempen tersebut dikenali dengan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK). Bagi menjadikan kegiatan BBK mendapat penyertaan yang lebih meluas dan berkesan, kerjasama antara Kementerian Pelajaran dengan kerajaan-kerajaan negeri dipertingkatkan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, antara objektif Bulan Bahasa Kebangsaan ini adalah:- (i) memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia; (ii) menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan; (iii) mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa Kebangsaan; dan (iv) menyemarakkan peranan bahasa Kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa. Secara keseluruhannya, sebanyak 119 projek atau kegiatan yang telah dilaksanakan bersempena dengan pelaksanaan BBK pada tahun lalu. Kesemua projek yang telah dirancang ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Kejayaan ini dapat dicapai atas faktor-faktor yang berikut:- (i) sokongan yang padu daripada pucuk pimpinan negara dan negeri; (ii) perancangan yang sistematik daripada semua jawatankuasa; (iii) hasil kerjasama yang erat serta tindakan yang proaktif oleh semua jawatankuasa yang terlibat; dan (iv) promosi dan publisiti yang berkesan dan menyeluruh. Tuan Yang di-Pertua, usaha dan sokongan daripada semua pihak dapat dilihat melalui kejayaan pelaksanaan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Kebangsaan yang telah berjaya mendapat sambutan penyertaan yang luar dugaan dengan kehadiran hampir 5,000 orang. Malahan penganjuran juga telah mendapat liputan yang meluas daripada semua media cetak dan elektronik di negara kita. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas hujah tadi.
Lebih fokus kepada memartabatkan bahasa Melayu dan sebagai alat kepada perpaduan Malaysia. Soalan saya, dalam usaha untuk meningkatkan lagi martabat bahasa Melayu, ia bergantung rapat kepada tradisi keilmuan. Apakah langkah kerajaan untuk menggalakkan ilmuwan tempatan menghasilkan karya ilmiah bermutu tinggi dalam bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan bagi membantu usaha kerajaan memartabatkan lagi sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan serta bahasa perpaduan? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Sebenarnya merupakan peranan penting Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menggalakkan karya ilmiah oleh para akademik ataupun mereka yang memang pakar dalam bahasa ini. Sebenarnya kita memang mempunyai satu tindakan secara holistik untuk menggalakkan dan termasuk rangsangan yang kita berikan kepada mereka yang menerima anugerah. Jadi, secara spesifiknya ingin saya mengatakan bahawa sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan ini, kita mempunyai pelbagai promosi dan juga penerangan tentang fungsi DBP itu dalam konteks memperkasakan dan memartabatkan bahasa Kebangsaan. Melalui risalah yang diedarkan inilah, kita telah memerihalkan peranan setiap satu agensi termasuklah apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Maka memang ada di bawah struktur di Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang, kita ada ganjaran yang kita berikan bagi mereka yang dapat menghasilkan karya ilmiah ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang pemantauan dan tindakan susulan yang telah dibuat oleh pihak DBP terhadap media masa dan penggunaan bahasa Melayu, kerana saya lihat terdapat beberapa buah stesen radio yang masih menggunakan bahasa rojak dan juga terdapat beberapa buah stesen TV swasta yang terjemahan sari katanya ke dalam bahasa Malaysia menggunakan bahasa yang saya pun tidak tahu apa standardnya. Penggunaan perkataan ‘kami’ dan ‘kita’ pun kadang-kadang bercelaru. Saya ingin mendapatkan penjelasan dari pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa komen Yang Berhormat Timbalan Menteri terhadap pengisytiharan Model Ekonomi Baru yang dibuat dalam bahasa Inggeris, sedangkan kita dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Sebenarnya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu merupakan satu perkara yang penting dan sering dibincangkan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Ada dua perkara yang perlu kita lihat. Yang pertamanya dari segi papan tanda. Itu adalah satu perkara yang mudah untuk orang awam mengenali bahasa Malaysia. Oleh sebab itulah semua pihak berkuasa tempatan kini perlu merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka tentang kesesuaian perkataan itu, kadangkala ia merupakan satu kewajipan untuk mendapatkan persetujuan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum pendaftaran boleh dibuat. Untuk memastikan kita menggunakan bahasa yang betul-betul menepati piawaian kita. Itu yang pertama. Keduanya berbalik kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang stesen TV yang sentiasa menyebarkan maklumat dan dari segi penggunaan perkataan itu. Sebenarnya Dewan Bahasa dan Pustaka juga ada
satu panel atau jawatankuasa yang melibatkan kesemua pihak ini termasuklah dari media dan juga daripada stesen TV baik swasta ataupun RTM. Jadi, saya rasa melalui forum inilah, sekiranya terdapat sesuatu pertikaian tentang perkataan yang digunakan, maka perkara itu boleh diperbetulkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Yang ketiganya, apa Yang Berhormat katakan semalam. Ini pengamatan saya apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam dalam satu majlis yang dinamakan Invest Malaysia 2010 yang dihadiri oleh bukan sahaja orang Malaysia, saya rasa juga kepada pelabur asing. Maka semalam saya rasa inti sarinya walaupun dalam bahasa Inggeris, tetapi apa yang penting saya rasa penyampaian maklumat itu secara lengkap juga dalam bahasa Malaysia. Model Ekonomi Baru yang digunakan model itu adalah satu perkataan yang lama dipakai dan diterima oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih.
4. Tuan S. Manikavasagam [Kapar] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah wang serta nilai harta-harta yang dibekukan oleh kerajaan akibat kematian tanpa wasiat, mengikut warganegara dan bukan warga negara serta bagaimanakah kerajaan mengurus selia kewangan ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar. Tuan Yang di-Pertua, apabila berlaku kematian tanpa wasiat, harta-harta peninggalan si mati tidak akan dibekukan oleh kerajaan, tetapi menunggu dituntut oleh waris-waris dengan cara mengemukakan surat kuasa mentadbir ataupun dikenali sebagai Letter of Administration, dengan izin yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang diberi kuasa untuk menyelesaikan masalah pusaka melalui Mahkamah Tinggi ataupun Pejabat Pusaka Kecil ataupun Amanah Raya Berhad. Harta-harta berkenaan masih menjadi hak milik si mati dan berada bersama-sama harta mereka yang masih hidup sehinggalah ia dituntut. Pada ketika ini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak mempunyai statistik nilai harta-harta tersebut. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Apakah usaha-usaha kerajaan atau Amanah Raya Berhad untuk menyerah harta-harta si mati sekiranya ia tidak ditentukan? Lebih kurang RM3 bilion belum dikembalikan atau unclaimed. Soalan tambahan, saya juga ingin mengetahui apakah akan terjadi kepada harta si mati tanpa wasiat yang memiliki lebihan liabiliti serta apakah kerajaan ataupun Amanah Raya Berhad menggunakan apa-apa lebihan dana ini untuk tujuan kebajikan, keagamaan atau mencari keuntungan sekiranya ada? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, sehingga 28 Februari 2010, jumlah harta pusaka menunggu dituntut, waiting to be claimed ini ialah RM72 juta. Ianya dilaburkan pada instrumen pelaburan yang dibenarkan mengikut Akta Pemegang Amanah 1949. Amanah Raya Berhad sentiasa mengoptimumkan pelbagai usaha dan inisiatif bagi mengesan waris sah termasuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan mengiklankan di akhbar dari semasa ke semasa. Yang Berhormat, seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa kebanyakan kematian terlibat dengan waris-waris, ada juga yang tidak
memaklumkan kematian tersebut kepada pihak berkenaan dan banyak juga terdapat di mana waris-waris tidak memberitahu kepada pihak berkenaan tentang keadaan sebenarnya. Misalnya, di manakah harta-harta si mati dan juga dimanakah wang-wang yang terdapat. Jadi sebenarnya soalan yang telah pun ditanya oleh Yang Berhormat sama ada kerajaan akan membekukan harta-harta tersebut – perkataan dibekukan itu amatlah misleading, Tuan Yang di-Pertua, kerana kerajaan tidak membekukan harta-harta si mati. Pihak waris-waris si mati patut membuat permohonan either di mahkamah ataupun melalui Pejabat Kuasa Kecil ataupun Amanah Raya Berhad. Ia ada tiga channel untuk waris si mati untuk membuat permohonan. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut RM70 juta kerugian dan dalam bentuk kalau dicairkan, untuk dibangunkan, untuk digadai dan sebagainya, hampir RM38 bilion. Ini kenyataan daripada Amanah Raya Berhad, harta pusaka orang Melayu yang tidak dituntut akibat daripada perselisihan faham waris-waris, tidak dapat dikesan waris atau sikap waris tersebut yang suka menyelesaikan masalah harta yang boleh alih dahulu iaitu bentuk saham dan duit di dalam bank-bank, tidak seperti harta yang tidak boleh alih ini iaitu tanah. Sekarang ini kita serahkan kepada pejabat daerah, penghulu dan ketua kampung untuk menyelesaikan, berjumpa dengan waris tempatan. Jadi soalan saya, adakah benar jika tanah ini tidak dituntut sekian lama dan berapa tempoh lamanya pejabat tanah akan merampas balik dalam bentuk untuk dilelong atau dipohon kepada mana-mana orang awam yang lain? Yang keduanya, tentang adakah kerajaan bersetuju untuk mewujudkan atau bercadang untuk mewujudkan jawatankuasa bersepadu? Bukan kita serahkan kepada pejabat daerah dan penghulu sahaja untuk menyelesaikan masalah ini. Kita wujudkan satu task force yang betul-betul boleh menyelesaikan masalah harta pusaka di dalam negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Sebenarnya perkataan seperti rugi itu tidak wujud. Harta pusaka itu hanya menunggu untuk dituntut. Yang tanpa wasiat itu hanya menunggu untuk dituntut dan disimpan di ARB sambil menunggu pihak waris-waris si mati untuk menuntut. Mengenai tanah-tanah yang ditinggalkan oleh si mati, biasanya tanah itu masih lagi dalam milik si mati sampailah pihak waris-waris si mati datang menuntut. Sekiranya si waris walaupun dimaklumkan – kadangkala akan menerima notis daripada pihak jabatan tanah untuk membayar cukai-cukai berkenaan. Sekiranya waris itu terus membayarkan cukai-cukai tersebut, pihak jabatan tanah tidak akan tahu sama ada pemilik tanah itu sudah mati ataupun tidak. Sekiranya cukai-cukai tersebut tidak dibayar oleh pihak pemilik yang telah pun meninggal dunia ataupun daripada si waris dan sekiranya tidak ada dimaklumkan kepada pihak jabatan tanah, jabatan tanah tidak akan tahu sama ada pemilik tanah itu sudah pun meninggal dunia ataupun tidak. Akan tetapi sekiranya tidak ada membayar cukai-cukai, jadi pihak pejabat tanah akan melalui pejabat pusaka kecil mengambil tindakan sekiranya tanah-tanah tersebut melibatkan value yang tidak lebih daripada RM2 juta.
Biasanya pejabat tanah tidak akan mengambil tindakan sekiranya waris- waris tersebut masih lagi membayar cukai-cukai tanah yang dimiliki oleh pemilik yang telah pun meninggal dunia. Terima kasih.
5. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan berapakah jumlah pelajar-pelajar asing di semua peringkat pengajian yang sedang menuntut di negara ini termasuk pelajar-pelajar di Sekolah Antarabangsa dan berapakah jumlah kes-kes pelanggaran undang- undang negara ini yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar terlibat sepanjang tempoh lima (5) tahun yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat 31 Disember 2009, negara kita sedang menjadi hos kepada hampir seramai 80,700 orang pelajar antarabangsa daripada lebih 150 buah negara. Seramai 22,400 orang pelajar sedang menuntut di IPTA, manakala 58,300 orang pelajar lagi di IPTS. Ini bermakna Kementerian Pengajian Tinggi telah berjaya mendahului sasaran 80,000 orang pelajar antarabangsa menjelang tahun 2010. Dalam pada itu, data yang diperolehi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan bilangan enrolmen pelajar antarabangsa di 51 buah sekolah antarabangsa di seluruh negara pula adalah hampir seramai 16,600 orang. Secara umumnya kes-kes jenayah yang melibatkan pelajar antarabangsa adalah kecil bilangannya. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia pada tahun 2009, jumlah kes jenayah kekerasan melibatkan pelajar antarabangsa adalah 17 kes iaitu 6 kes ugutan jenayah, 4 kes merusuh, 3 kes curi, 2 kes cabul, 1 kes rogol dan 1 kes mendatangkan kecederaan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan kepada saya. Saya kira hubungan Government to Government antara negara dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan ini memang baik dan kita telah mencapai lebih daripada 80,000 pelajar-pelajar luar negara yang belajar di negara kita. Walaupun dengan kes jenayah melibatkan pelanggaran undang-undang oleh pelajar-pelajar asing ini agak kecil tetapi ia menimbulkan satu keresahan di kalangan masyarakat. Saya kira kalaulah tindakan serius tidak dilakukan ataupun kita terlalu longgar dalam menghadapi insiden-insiden seperti ini, sudah tentu ia akan memberi kesan kepada keamanan dan kesejahteraan negara kita.
Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri, apakah langkah yang dibuat oleh kementerian dalam kita memastikan supaya seramai 80,000 orang pelajar di peringkat IPTA/IPTS ini dan juga 16,000 pelajar-pelajar di sekolah antarabangsa ini dapat kita pastikan masa depannya bahawa mereka ini akan menjadi pelajar-pelajar sahabat kita ataupun saudara kita daripada luar negara yang juga patuh kepada undang-undang kita dan apakah bentuk program yang dilakukan. Program asas dilakukan, diberikan kepada mereka seperti kita mengadakan program kesedaran bimbingan asas kepada pembantu-pembantu rumah yang bekerja di negara kita. Apakah bentuk-bentuk program yang dilakukan oleh kementerian? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini memang Kementerian Pengajian Tinggi mengambil berat tentang pelajar-pelajar antarabangsa dan pihak kementerian telah mengambil beberapa langkah. Sebagai contoh, pihak kementerian telah memperkemaskan
kriteria-kriteria pengambilan pelajar antarabangsa melalui Garis Panduan Permohonan Persekutuan Pelajar Antarabangsa ke IPTS dan Pekeliling Sektor IPTS Bil (I) 2009 bertarikh 28 September 2009. Selain daripada itu, sehingga 30 November 2009 sebanyak 29 IPTS telah ditarik lesen oleh KDN bagi pengambilan pelajar antarabangsa di atas pelbagai kesalahan seperti mengambil pelajar antarabangsa untuk kursus yang belum memperoleh akreditasi profesional, tidak lagi beroperasi di premis yang didaftarkan, tiada unit hal ehwal pelajar antarabangsa. Di samping itu, IPTS juga perlu memaklumkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan KPT mengenai pelajar yang tidak hadir ke kuliah bagi tiga hari berturut-turut atau kehadiran kurang daripada 80%, CGPA kurang daripada 2 atau gagal peperiksaan serta tamat pengajian dan pulang ke negara asal. KPT di dalam proses untuk mengguna pakai sistem non-objection certificate atau NOC terhadap pelajar antarabangsa iaitu sijil sokongan daripada kedutaan negara asal yang mengiktiraf kelayakan mereka. Di samping itu, kerajaan juga menggalakkan IPTS untuk mengambil pelajar-pelajar di bawah tajaan kerajaan atau sesebuah organisasi. Ini adalah kerana pelajar-pelajar tersebut dijamin daripada segi komitmen dan kualiti. KPT juga akan meletakkan syarat baru iaitu pelajar persendirian akan diwajibkan membayar deposit sebagai jaminan yakni pelajar berkenaan berkemampuan untuk belajar di negara ini. Saya ingin tegas di sini, Malaysia bukan merupakan dumping ground bagi pelajar antarabangsa yang tidak berkelayakan atau bermasalah. Kita memang tak akan compromise dengan kualiti pelajar yang kita terima. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, timbalan menteri. Tadi diberitahu kita ada 22,400 di IPTA dan 58,300 di IPTS pelajar-pelajar asing. Jadi saya ingin tahu apakah pelajar-pelajar ini yang datang menuntut di negara kita ini, kursus-kursus bagaimanakah yang mereka ikuti selain kita juga menghantar pelajar-pelajar kita ke luar negara untuk mengikuti kursus di negara luar. Kemudian, apakah mereka-mereka yang datang ke negara kita ini tertakluk kepada peraturan ataupun akta-akta pelajar yang dilaksanakan untuk pelajar-pelajar di dalam negara kita sendiri. Apakah ada peraturan-peraturan sebegitu yang mereka mesti ikuti, misalnya mesti memahami ataupun mempelajari budaya dan juga bahasa Melayu/bahasa Malaysia di negara kita. Timbalan Menteri, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang kita meneliti keadaan pelajar-pelajar antarabangsa dan kita telah mengambil banyak langkah seperti yang saya telah sebut. Sebagai pelajar antarabangsa kalau mereka tinggal di sini ataupun belajar di sini, mereka mesti menyesuaikan diri dengan budaya kita. Kita telah memastikan supaya semua IPTS yang mesti mengambil nisbah mereka, pelajar yang mereka terima nisbahnya ialah 20:80. Maksudnya 20% ialah pelajar tempatan dan 80% ialah pelajar antarabangsa. Ini adalah untuk menjamin supaya suasana di sesebuah IPTS memang merupakan suasana yang betul-betul Malaysian supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan tambahan boleh?
Tak boleh Yang Berhormat. Nanti semua minta lebih satu.
6. Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim [Bandar Tun Razak] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan industri perabot dan kayu di Sabah sedang menghadapi saingan hebat dari negara jiran seperti Vietnam. Antara masalah dihadapi adalah kos logistik yang tinggi. Bolehkah YB Menteri mengenakan levi kepada perabot import dan salurkan dana tersebut sebagai subsidi untuk kos logistik kepada peniaga tempatan.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Tuan Yang di-Pertua, antara kesan globalisasi ialah lebih banyak negara di dunia telah mengamalkan dasar ekonomi dan perdagangan yang lebih terbuka. Di samping itu, inisiatif liberalisasi perdagangan juga banyak dilaksanakan termasuk Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Asean atau AFTA. Akibatnya, sesebuah negara pengeluar perlu menghadapi persaingan yang lebih sengit bagi mengenalkan syer produk mereka di pasaran sedia ada dan untuk menerokai pasaran baru. Bagi Malaysia, tidak dinafikan bahawa ia menghadapi persaingan terutamanya daripada negara-negara pengeluar berkos rendah termasuk Vietnam. Keupayaan negara Vietnam bersaing di pasaran dunia adalah disebabkan terutamanya oleh faktor bekalan tenaga buruh yang lebih murah di negara tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan pada masa ini tidak mengenakan sebarang duti ke atas pengimportan perabot kayu dan rotan. Walau bagaimanapun, cukai jualan sebanyak 10% adalah dikenakan di bawah perjanjian AFTA yang mana dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari 2010. Komitmen Malaysia ialah untuk tidak mengenakan sebarang duti ke atas produk-produk perabot kayu dan rotan yang diimport dari negara Asean. Justeru itu, cadangan bagi mengenakan levi atau duti import ke atas produk perabot yang diimport termasuk dari Vietnam bagi membantu industri tempatan menampung kos logistik adalah tidak wajar dan tidak selaras dengan komitmen Malaysia di bawah AFTA. Walau bagaimanapun, para pengeluar perabot Malaysia boleh mengambil peluang daripada liberalisasi perdagangan di bawah AFTA untuk mengimport bahan mentah dan juga komponen pembuatan perabot dari negara lain termasuk Vietnam pada kos yang lebih kompetitif. Di bawah konsep rules of origin dengan izin, sekiranya kadar kandungan tempatan dan nilai tambah produk akhir yang dihasilkan melebihi 40%, maka produk tersebut boleh dianggap sebagai keluaran negara. Sekiranya kaedah outsourcing ini dilaksanakan dengan meluas, insya-Allah Malaysia dijangka mampu menjadi hab pengeluaran perabot. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini saya kemukakan memandangkan terdapat masalah yang didapati oleh pengusaha-pengusaha perabot di Sabah. Ini adalah kerana kos untuk mereka menghantar barangan mereka ke Pelabuhan Klang dan selepas itu baru dieksport ke luar negara dan menyebabkan harga pengangkutan tersebut adalah tinggi dan hasilnya tidak kompetitif. Saya faham saudara menyatakan tentang liberalisasi tetapi terdapat juga negara-negara,
adakah Yang Berhormat tahu negara-negara ada juga peruntukan non-tariff barrier, maknanya dia ada peruntukan-peruntukan untuk mengurangkan kos. Maknanya, perbezaan antara CIF dengan FOB. Apakah langkah-langkah kerajaan jika kerajaan tahu bahawa pengusaha perabot-perabot di Sabah mengalami masalah kos pengangkutan yang tinggi. Oleh sebab itu mereka tidak boleh bersaing bukan kerana daripada segi pembuatan tetapi daripada segi logistik.
Apakah langkah-langkah kerajaan untuk membolehkan mereka bersaing? Ataupun kerajaan berharap mereka menutup kilang-kilang mereka. Apakah langkah-langkah kerajaan yang difikirkan sekarang?
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Apa Yang Berhormat minta ataupun terangkan tadi adalah polisi kabotaj yang sekarang ini ada dalam negara kita. Masalah di Sabah - kerajaan tahu bahawa masalahnya oleh kerana dalam polisi kabotaj yang ada sekarang ini banyak daripada kapal-kapal yang berlabuh di Sabah itu kebanyakannya mengalami masalah dengan izin low container load. Jadi ini mengakibatkan apabila barang-barang hendak mereka keluarkan daripada Sabah dia memberi satu kadar atau rate yang agak tinggi daripada kapal-kapal yang keluar dari Pelabuhan Klang. Walau bagaimanapun oleh kerana polisi ini adalah di bawah Kementerian Pengangkutan, maka saya sebagai Timbalan Menteri KPKK dan bukan Pengangkutan merasakan bahawa sudah tentu ada kajian sedang dibuat tentang polisi kabotaj yang ada sekarang ini bagi membantu pengusaha-pengusaha di Sabah. Walau bagaimanapun pengusaha perabot di Sabah bukan hanya kita lihat dari segi masalah polisi pengangkutan ini sahaja. Akan tetapi kita juga lihat dari segi bantuan-bantuan yang akan kita berikan untuk memberi galakan yang lebih meluas kepada mereka yang boleh membangunkan industri perabot di Sabah. Seperti kita bangunkan Taman Industri Perabot di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) dan banyak lagi bantuan-bantuan yang kita berikan melalui geran dan juga pinjaman-pinjaman untuk pengusaha di sana. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya kira ini bukan soal industri perabot dan kayu di Sabah sahaja tetapi di seluruh negara iaitu dalam konteks yang lebih luas. Sesuai dengan pelaksanaan AFTA, apakah industri perabot kita bersedia menerima persaingan yang lebih terbuka ini? Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Seperti yang saya katakan dengan jelas lebih awal tadi kita Kerajaan Malaysia komited kepada perjanjian AFTA. Maka sudah tentulah industri perabot juga termasuk dalam perjanjian kita tersebut. Melalui perjanjian perabot ini apa yang kita hendakkan adalah untuk memberikan peluang kepada perabot-perabot Malaysia dalam nilai tambah, atau value add kepada produk-produk yang dikeluarkan dalam negara kita untuk kita eksport ke luar negara. Maka sebab itulah kita menggunakan negara-negara jiran seperti Vietnam, Cambodia dan sebagainya untuk membantu kita dari mengambil bahan-bahan yang murah daripada mereka dan kita assemble dalam negara kita dan keluarkan atau dieksportkan di seluruh dunia. Sebab itu apa yang saya katakan tadi bantuan-bantuan yang kita berikan adalah untuk melihat supaya produk-produk kita adalah produk-produk yang
benar-benar bernilai tinggi. Maka sebab itu bagi menghadapi persaingan di pasaran serantau dan global industri perabot di Malaysia ini, kita berikan penekanan kepada pengeluaran produk bernilai tambah yang tinggi melalui peningkatan kualiti produk research and development yang kita adakan. Pembangunan reka bentuk dari segi design perabot-perabot tersebut, pewujudan jenama atau own design yang kita berikan galakan dan juga penumpuan kepada pasaran-pasaran medium, the high end atau niche market yang kita selama ini keluarkan untuk negara-negara yang lebih maju di seluruh dunia. Terima kasih.
7. Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Perdana Menteri menyatakan pelan jangka pendek/panjang Jabatan Perpaduan Negara bagi mencapai perpaduan yang jitu.
Tuan Yang di-Pertua, sejak penubuhannya pada bulan Julai tahun 1969 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah memantau dan mengkaji isu-isu hubungan etnik mengambil langkah-langkah untuk memupuk persefahaman dan perpaduan serta meredakan dan menguruskan ketegangan atau sengketa antara kaum yang timbul. Antara program-program yang telah dirancang, dilancar dan dilaksanakan oleh JPNIN ialah Rukun Tetangga (RT), Skim Rondaan Sukarela (SRS), Latihan Kemahiran Mediasi, Tabika Perpaduan, Program Integrasi Rakyat antara Sabah, Sarawak, dan Semenanjung, Program Keluarga Angkat serta Program Kelab Rukun Negara di sekolah dan Sekretariat Rukun Negara di institut pengajian tinggi. Program-program ini didapati berkesan dan akan terus di perkasa dan diperluaskan pada masa hadapan. Mulai tahun 2006 JPNIN telah buat kali pertamanya menggubal satu Pelan Tindakan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional atau (PTPNIN) bagi lima tahun - iaitu tahun 2006 hingga tahun 2010. Ia menggariskan strategi-strategi utama yang meliputi antara lain bidang pendidikan, sukan, kebudayaan, agama, ekonomi dan integrasi wilayah. Strategi-strategi ini diterjemahkan dalam bentuk banyak program dan aktiviti yang melibatkan kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaan atau NGO. Usaha sedang berlangsung untuk menggubal pelan lima tahun yang akan datang iaitu bagi tempoh tahun 2011 hingga tahun 2015. Pada tahun 2006 telah dilancarkan juga Pelan Tindakan Lima Tahun Rukun Tetangga atau (PTLTRT). Ini untuk membudayakan perpaduan dalam masyarakat tempatan melalui institusi rukun tetangga di kawasan-kawasan perumahan dengan tumpuan terhadap aktiviti-aktiviti yang meliputi bidang-bidang kejiranan, sukan, kesihatan, alam sekitar, keselamatan dan ekonomi tempatan. Sasaran yang ditetapkan oleh PTLTRT telah tercapai dengan penubuhan 300 RT yang baru pada setiap tahun pada hitung panjangnya di antara tahun 2006 hingga tahun 2008. Satu rekod telah dicapai pada tahun 2009 dengan penubuhan 513 RT yang baru selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA). Untuk mengurangkan jenayah JPNIN sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri untuk memperkasa dan meningkatkan lagi Skim Rondaan Sukarela di bawah RT. Supaya menggalakkan penyertaan anggota-anggota SRS secara lebih aktif dan efektif lagi untuk membuat rondaan bersama dengan polis dan RELA. Ini untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan khasnya di kawasan- kawasan perumahan yang mempunyai rekod jenayah yang tinggi.
Untuk merangka Pelan Tindakan Lima Tahun yang baru untuk Perpaduan Negara mengambil kira perkembangan dan perubahan masyarakat semasa. Ia juga berpandukan kepada Gagasan 1Malaysia dan Government Transformation Programme (GTP). Ia mengesahkan betapa pentingnya untuk terus menggalakkan interaksi, integrasi dan persefahaman antara kaum di tempat kerja, tempat belajar, tempat kediaman dan dalam pelbagai aktiviti sosial. Selain daripada apa yang telah disebutkan tadi program-program konkrit yang sedia ada akan terus diperkasakan lagi. Seperti Rancangan Integrasi Murid-murid untuk perpaduan antara sekolah-sekolah pelbagai aliran, Program Latihan Khidmat Negara untuk remaja, pelbagai program interaksi untuk belia dan kaum wanita dan melalui aktiviti ekonomi, sukan, kebudayaan dan kesenian. Di samping itu beberapa inisiatif yang baru sedang dirancang khasnya untuk menarik minat generasi muda.
Memandang ke masa hadapan adalah jelas bahawa fungsi penyelidikan dan perancangan yang lebih teliti amatlah diperlukan untuk merumuskan strategi dan dasar perpaduan bagi kesemua kementerian dan agensi. Serta fungsi memantau dan menyelia kesan-kesan pelaksanaan program-program secara lebih rapi dan berkesan dengan kerjasama antara kementerian secara lebih rapat lagi. Oleh itu GTP mencadangkan bahawa JPNIN disusun semula menjadi dua jabatan yang bersangkut paut. Satu tertumpu terhadap mempromosi Rukun Tetangga, semua program perpaduan dan integrasi serta program latihan. Satu lagi yang menumpukan terhadap penyelidikan, perancangan dan penggubalan dasar dan strategi serta pemantauan dan penilaian hasil pelaksanaan program- program. Ianya juga akan menganjur berbagai projek penyelidikan, persidangan, bengkel dan dialog dengan kerjasama institusi pengajian dan penyelidikan. Jabatan kedua ini dijangka merangkumi fungsi Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) yang sedia ada dan akan berfungsi sebagai sebuah agensi pusat yang berkhidmat untuk semua kementerian dan agensi seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sebagai rumusan haruslah ditegaskan bahawa di bawah Gagasan 1Malaysia perpaduan negara dan integrasi nasional merupakan tanggungjawab bersama semua agensi kerajaan, semua pemimpin politik dan NGO serta semua rakyat. Kita mestilah peka atas betapa perlunya dan pentingnya untuk menerima dan menghormati kepelbagaian yang wujud dan sentiasa memupuk keharmonian dan persefahaman berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tahniah kepada kerajaan yang banyak membuat program dan aktiviti bagi memupuk perpaduan. Kebelakangan ini sikap mengadu domba, fitnah memfitnah dan kepelbagaian isu telah menjadi satu permainan yang boleh memecahbelahkan masyarakat dan perpaduan serta ada sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan menangguk di air yang keruh. Soalan tambahan saya apakah tindakan kerajaan, Jabatan Perpaduan terhadap anasir-anasir yang menyebabkan fenomena mengadu domba, fitnah memfitnah yang membawa isu-isu sensitif berbentuk perkauman? Adakah kita mampu mengekalkan perpaduan rakyat serta membina sebuah negara yang cukup kukuh di dalam perpaduan kaum dan masyarakat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Memang benar walaupun pada amnya rakyat berbilang kaum di Malaysia amatlah peka dan
komited terhadap keharmonian dan persefahaman. Akan tetapi tidak dapat dinafikan bahawa dalam masyarakat majmuk memang wujudnya perbezaan dari segi agama, kebudayaan mahupun pandang, yang kadang kala mungkin mencetuskan perselisihan atau sengketa. Oleh itu isu-isu seumpama ini yang dianggap sensitif sepatutnya tidak dipolitikkan dan dipermainkan sebagai modal politik. Maka sekiranya berlaku dan melanggar undang-undang dari segi hasutan ataupun dari segi yang menjejaskan ketenteraman maka pihak polis akan mengambil tindakan. Di samping itu Jabatan Perpaduan Negara Integrasi Nasional melalui Rukun Tetangga, melalui proses media sentiasa bersedia untuk memainkan peranan yang positif untuk redakan keadaan dan mengadakan dialog supaya segala keresahan itu dapat ditangani dan diuruskan dengan baik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanyakan Yang Berhormat Senator Menteri bahawa salah satu unsur untuk memupuk semangat perpaduan adalah di kalangan kakitangan ataupun anggota pentadbiran awam. Dalam aspek ini adakah pihak kementerian akan memastikan bahawa menghadiri Kursus BTN (Biro Tata Negara) tidak akan menjadi syarat naik pangkat seperti mana yang diamalkan sekarang kerana BTN adalah satu kursus yang tidak selaras dan seiras dengan Konsep 1Malaysia, oleh kerana berbentuk begitu racist dan memecahbelahkan rakyat. Keduanya, tentang tohmahan-tohmahan yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Senator Menteri berkaitan apa yang sebenarnya hakikat apa yang benar dan apa yang batil? Adakah dalam satu aspek tentang pengagihan saham ekonomi di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri menyebutkan bahawa daripada RM54 bilion saham yang telah diberikan oleh kerajaan hanya RM2 bilion sahaja yang tinggal di tangan bumiputera, sedangkan RM52 bilion telah hangus, hilang dan dikebas sama sekali. Adakah satu Suruhanjaya Siasatan Diraja akan ditubuhkan untuk mengenal pasti dan menentukan ke mana perginya RM52 bilion saham yang seharusnya masih di tangan bumiputera.
Ada di Uruguay. [Ketawa]
Dan bukannya seperti yang berlaku sekarang dikebas dan selepas itu pihak-pihak tertentu pula disalahkan sungguhpun mereka tidak terlibat langsung dalam pengagihan saham tersebut. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sememangnya seperti yang telah diumumkan, BTN telah diteliti sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan sekiranya terdapat apa-apa kekurangan ianya telah dan sedang terus diperbetulkan. Oleh itu tidak menjadi isu untuk para penjawat awam menghadiri BTN. Mengenai perkara yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan, ianya melibatkan isu ekonomi dalam satu pasaran ekonomi bebas. Sekiranya berlaku perubahan dari segi pegangan saham maka ianya merupakan satu proses yang berjalan walaupun ianya memang akan mempengaruhi dari segi peratusan pemilikan mengikut kaum tetapi perkara ini akan ditangani dengan lebih berkesannya di bawah Ekuinas yang telah ditubuhkan dan juga melalui Model Ekonomi Baru.
8. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan status projek tebatan banjir di
Rantau Panjang, berapa jumlah peruntukan diluluskan, bila dijangka siap dan bagaimana ia boleh mengatasi bencana banjir di Rantau Panjang.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai langkah jangka masa pendek untuk mengurangkan kesan masalah banjir di Lembangan Sungai Golok. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan sejumlah lima projek untuk menstabilkan tebing Sungai Golok di Rantau Panjang di mana ia melibatkan kos berjumlah RM28.2 juta. Tiga daripada projek tersebut telah siap. Manakala dua lagi masih dalam pembinaan dan dijangka akan siap pada bulan September 2010. Bagi menangani masalah banjir dalam jangka masa panjang pihak JPS sedang menjalankan penyediaan reka bentuk terperinci bagi “Proposed Sungai Golok (KESBAN) atau Keselamatan Bandar Protection Scheme”.
Sejumlah RM12.63 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja reka bentuk ini. Kemajuan terkini kerja-kerja ini adalah 90% dan dijangka siap sepenuhnya pada 30 April tahun ini. Dalam reka bentuk terperinci ini komponen-komponen kerja yang dicadangkan di Rantau Panjang ialah pembinaan flood dual, flood way dan menaik taraf sistem saliran dalaman di Pekan Rantau Panjang. Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa.
[Bangun]
Saya ingat tidak ada soalan tambahan lagi.
Ada, ada. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ini soalan Rantau Panjang. Kalau bukan soalan Rantau Panjang saya tidak bagi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan terhadap masalah rakyat. Setiap kali berlakunya banjir, pelajar termasuk jugalah klinik, balai polis berdepan dengan pelbagai masalah. Apa yang saya ingin penjelasan ialah apa jaminan penyelesaian terhadap apa yang telah dibuat oleh pihak kerajaan sebab kita tidak mahu berulang kes sebagaimana berlaku di Johor Bahru. Apabila dilaksanakan tebatan banjir tetapi tebatan banjir bukan menyelesaikan masalah rakyat, menambahkan masalah. Masalah banjir kilat, air bertakung itu juga masih belum selesai. Jadi sejauh mana pelaksanaan ini diambil kira oleh pihak kerajaan dan apakah kerjasama dibuat dengan pihak PBT supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Rantau Panjang. Sememangnya Kerajaan Barisan Nasional cukup prihatin terhadap berlakunya banjir. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini Kerajaan Barisan Nasional telah membelanjakan lebih kurang RM318 juta untuk menangani banjir yang kemungkinan berlaku. Banjir ini kita tidak tahu bila berlaku tetapi kerajaan dengan sedaya-upayanya we will try the best...
Di Rantau Panjang kah di mana ini?
Ya Rantau Panjang dan juga keseluruhan Kelantan. Rantau Panjang ini seperti mana saya cakapkan tadi iaitu kita sedang membina lima buah projek di mana...
Ini termasuk Kinabatangan sama Yang Berhormat Timbalan Menteri?
[Ketawa] Kinabatangan pun ada juga.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Rantau Panjang sahaja Yang Berhormat. Yang Kinabatangan lain kalilah.
Okey, okey. Tuan Yang di-Pertua, banyak yang mencelah saya pun sudah bingung. Tapi seperti mana yang saya cakapkan tadi di antara lima projek tiga yang sudah siap dan kita telah membuat satu kajian secara menyeluruh untuk Rantau Panjang sahaja di mana kerja-kerja reka bentuk itu akan siap bulan April tahun ini dan hasil daripada kajian itu kerajaan akan melaksanakan secara berperingkat-peringkat dalam tiga fasa. Dalam fasa pertama kita telah memohon lebih kurang RM50 juta untuk melaksanakan projek-projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Jadi Ahli Yang Berhormat jangan khuatir.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tidak puas hati sebab daripada...
Tak boleh macam ini Yang Berhormat.
Minta soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.
Saya tidak puas hati jawapan.
Soalan tambahan.
Kita tidak boleh macam itu. Soalan tambahan boleh Tuan Yang di-Pertua?
Tak boleh Yang Berhormat. Ini Rantau Panjang Yang Berhormat.
Tak, berkaitan Rantau Panjang.
Kalau soalan Rantau Panjang saya bagi.
Ya soalan dia tapi banjir di Kinabatangan pun lebih teruk dari Rantau Panjang.
Tuan Yang di- Pertua, ini berkaitan Rantau Panjang, Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun]
Tidak adil pula sebab di sana ada kajian, Kinabatangan tidak ada kajian.
Yang Berhormat...
Tuan Yang di- Pertua, soalan berkaitan Rantau Panjang.
Orang Kinabatangan pun rakyat Malaysia berada di Kinabatangan.
Ya, ya.
Kenapa tidak ada kajian menyeluruh?
Tuan Yang di- Pertua.
Di Rantau Panjang pembangkang bagi macam-macam pula.
Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab di luarlah soalan Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Pasir Mas semuanya dan Santubong juga menyoal.
Tak, ini Rantau Panjang Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, Rantau Panjang dalam Pasir Mas. [Ketawa]
Dia mesti menumpu kepada Rantau Panjang Yang Berhormat. Ini bukan main- main Yang Berhormat. Sila.
Ya, Rantau Panjang dalam Pasir Mas, dalam Pasir Mas satu daerah...
Saya tahu. Saya pernah pergi Rantau Panjang dan Pasir Mas itu.
Tuan Yang di- Pertua, ini betul-betul Rantau Panjang hendak tanya.
Sudahlah. Jangan tawar-menawar macam ini Yang Berhormat. Tak apalah. Lepas ini saya bagilah kalau ada soalan.
9. Dato' Sri Dr. Muhammad Leo M. Toyad [Mukah] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan bilakah kampus Universiti Teknologi Mara akan dibina di Mukah dan berapakah jumlah peruntukan yang dijangkakan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat projek ini adalah salah satu projek di bawah fasa dua pembangunan kampus-kampus cawangan UiTM secara Inisiatif Pembiayaan Swasta atau PFI dan dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu di antara tahun 2011 dan 2015 nanti. Tempoh pembinaan adalah selama tiga tahun dengan tempoh konsesi selama 20 tahun. Kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM300 juta. Sekian.
10. Dato' Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah projek memanjangkan landasan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa akan dimulakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa soalan yang sama telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan pada 24 Mac 2010 iaitu pada Rabu lalu di atas soalan yang sama dan jawapannya juga adalah sama iaitu proses runding harga sedang dibuat oleh Kementerian Pengangkutan dengan Kementerian Kewangan dan dijangka akan dimulakan pada Jun 2010 dan dijangka siap pada Oktober 2011. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan mungkin sama, soalan tambahan berbeza dan bertukar. Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana begitu peka tentang Lapangan Terbang Pengkalan Chepa sehingga mampu menjawabnya dua kali dalam masa dua minggu. Saya yakin bahawa ini adalah satu daripada usaha Kementerian Pengangkutan untuk meningkatkan pengangkutan di tanah Malaysia kita ini seperti juga yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dahulu Tuan Yang di-Pertua.
Ringkas, ringkas sahaja Yang Berhormat.
Ya, berkaitan dengan litaran baru landasan kereta api yang juga kita sambut dengan baik tinggal, tinggal lagi cadangan saya bukan sahaja litarannya daripada Kuala Lumpur-Bentong- Kuantan-Kota Bharu-Tumpat dan turun balik ke litaran asal di pertengahan Tanah Melayu ini tetapi kalau boleh disambung hingga ke Alor Setar dan sebagainya supaya kita mempunyai litaran-litaran yang begitu sesuai dengan kemajuan, sesuai dengan agenda baru yang mana kita tidak tahu apa sebenarnya yang ingin dirancangkan oleh kerajaan dalam bidang itu. Tuan Yang di-Pertua, lapangan terbang ini akan dipanjangkan dan saya yakin ianya adalah sebahagian daripada...
Yang Berhormat, jangan berucap Yang Berhormat.
Saya bertanya...
Sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri baru berbincang dengan saya tadi sama ada benar ataupun tidak soalan ini disoal semula.
Okey.
Jadi saya berharap Yang Berhormat bekerjasama dengan saya soal pendek.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adakah ini sebahagian daripada perancangan Kementerian Pengangkutan untuk mewujudkan apa yang dirancangkan dahulu satu terminal haji, satu hab haji untuk Lapangan Terbang Pengkalan Chepa sebagai satu lagi peningkatan tugas oleh Kementerian Pengangkutan melalui Lapangan Terbang Pengkalan Chepa ini untuk ditingkatkan tarafnya juga sebagai hab terminal haji untuk Pantai Timur misalnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan kepada skop kerja yang telah disediakan dan siling peruntukan yang telah diberikan sebanyak RM50 juta sebenarnya pemanjangan landasan ini hanya akan dipanjangkan kepada 2,400 meter atau 2.4 kilometer yang boleh menampung pesawat maksimum Airbus A320 dan juga bagi pesawat Boeing737/800/W. Untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya Lapangan Terbang Terengganu yang telah pun dipanjangkan kepada 3,800 meter atau 3.8 kilometer itu adalah merupakan lapangan terbang yang boleh menampung kehadiran pesawat 747 yang biasa digunakan untuk membawa penerbangan haji ke Arab Saudi.
Ini adalah merupakan menjadikan Kuala Terengganu sebagai tempat bagi pelepasan jemaah-jemaah haji dari Pantai Timur. Bagaimanapun bagi Kelantan, mungkin ia boleh dipertimbangkan pada masa-masa akan datang.
[Bangun]
Sudahlah Yang Berhormat yang ini, sebab sudah dua kali dalam satu minggu Yang Berhormat. Nanti jawapan kekeliruan, nanti Yang Berhormat Menteri yang terkena nanti. Duduk Yang Berhormat. Tidak mengapa.
Tuan Yang di- Pertua...
Tidak. Saya sudah beri arahan Yang Berhormat. Keputusan saya di bawah 43 Yang Berhormat.
11. Puan Tan Ah Eng [Gelang Patah] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan: (a) langkah-langkah untuk mengatasi kekurangan pekerja di bidang tertentu seperti bidang pembinaan dan bidang pemakanan; dan (b) langkah-langkah untuk mengaturkan semula penempatan bagi pekerja asing untuk mengelak daripada timbul masalah sosial.
Selamat pagi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Gelang patah. Kerajaan mengambil berbagai-bagai langkah untuk mengatasi kekurangan pekerja di negara ini di semua sektor. Di antaranya ialah mengadakan job clearance system melalui portal elektronik Jobs Malaysia untuk tujuan pendaftaran pekerjaan dan penawaran kerja-kerja kosong oleh majikan-majikan. Seterusnya, kerajaan juga membawa peluang pekerjaan kepada rakyat melalui Program Penempatan Pekerjaan iaitu Karnival Pekerjaan di mana majikan dibawa turun menemui pencari-pencari kerja untuk terus ditemu-duga dan pengambilan terus. Selain daripada itu, mini-mini karnival juga diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan seperti majikan, persatuan dan lain-lain. Menggalakkan majikan menggunakan teknologi terkini dan automasi adalah lagi satu usaha yang dibuat. Contohnya dalam sektor binaan, penggunaan industrial
building system, dengan izin iaitu satu sistem pasang siap komponen bangunan juga sedang diusahakan dan digunakan. Selain daripada itu, di dalam perkhidmatan penyediaan makanan seperti di restoran-restoran digalakkan konsep layan diri. Penggunaan mesin untuk memudahkan proses-proses kerja tertentu seperti menggunakan mesin untuk membasuh pinggan mangkuk contohnya, memotong sayur, daging dan lain- lainnya. Kerajaan sedang berusaha menggunakan secara optima sumber tenaga yang masih ada di dalam negara yang boleh digunakan yang dipanggil dengan izin, latent workforce yang dianggarkan masih ada seramai 6.5 juta terdiri daripada suri rumah, pelajar, pesara, OKU dan lain-lain. Seterusnya, kerajaan akan meminda Akta Kerja 1955 untuk dimasukkan kaedah bekerja separa masa dan memungkinkan ramai terutama dari golongan latent workforce tadi untuk memasuki pasaran bekerja. Untuk makluman Yang Berhormat mengenai dengan masalah sosial di soalan kedua, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri pada masa sekarang sedang mengkaji semula prosedur pengambilan pekerja asing termasuklah isu-isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang ditimbulkan oleh pekerja asing. Kerajaan mewujudkan makmal pengurusan warga asing mulai 23 Mac hingga 22 April ini yang mana akan dibincangkan secara terperinci pendekatan holistik kerajaan dalam mengurus guna tenaga asing di dalam negara ini yang melibatkan semua pihak berkepentingan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan diberikan. Kita semua dimaklumkan kerajaan telah mengeluarkan lesen outsourcing untuk meringankan masalah kekurangan pekerja. Akan tetapi, saya sering dapat aduan daripada pihak peniaga bahawa perbelanjaan untuk pengambilan pekerja asing daripada syarikat outsourcing adalah sangat tinggi jika berbanding dengan permohonan sendiri. Ini kerana majikan terpaksa membayar charge perkhidmatan setiap bulan kepada syarikat outsourcing. Soalan tambahan saya ialah adakah kementerian bekerjasama dengan KDN untuk memantau atau mewujudkan mekanisme bagi memantau kemasukan pekerja asing melalui syarikat outsourcing ini? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gelang Patah. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya majikan mempunyai pilihan untuk mengambil pekerja sendiri secara terus atau menggunakan syarikat-syarikat outsourcing dan perbelanjaan tinggi itu boleh dielak sekiranya majikan mengambil secara terus. Walau bagaimanapun seperti yang saya sebutkan tadi, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri dan juga melalui makmal sedang berjalan pada masa ini akan juga melihat kepada isu-isu seperti ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri. Saya rasa satu yang utama penting ialah mengenai gaji pekerja ini di mana kita tahu bahawa memang sedang mudah bagi kita untuk mendapatkan pekerja asing. Ini kerana mereka ini tidak mempunyai apa-apa di sini dan mereka terus boleh di employed, boleh diambil sebagai pekerja di sini. Akan tetapi, masalah kita di sini ialah bagaimanakah kerajaan untuk memastikan bahawa pekerja-pekerja tempatan ini tidak dianiayai oleh kerana gaji
ini ialah satu punca yang mesti kita harus selesaikan sebelum pekerja tempatan ini dapat ikut bekerja dalam industri ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Mengenai dengan isu gaji, kementerian ini sedang mengkaji perkara ini kerana mengambil kira pelbagai kaedah yang ada pada masa ini iaitu sama ada bayaran berasaskan kepada produktiviti, gaji minima ataupun mengikut tawaran pasaran. Selain daripada itu, ia juga dikaji perkara berkaitan dengan kemahiran tenaga kerja dan lain-lain lagi. Penganiayaan sebenarnya jika berlaku Yang Berhormat, saya minta perkara ini dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk siasatan dan tindakan. Lagi sekali saya katakan bahawa isu ini juga sedang dibincangkan dalam makmal yang sedang berjalan pada masa ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. [Soalan No. 12 – Y.B. Tuan Sim Tong Him (Kota Melaka) tidak hadir]
13. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah dasar pihak kementerian mengenai para pelajar sekolah yang mempunyai masalah pendaftaran lambat untuk menikmati skim-skim yang layak dipohon oleh warganegara seperti pinjaman buku teks, biasiswa, bantuan uniform ataupun bantuan makanan. Kes sebegini banyak berlaku di kawasan luar bandar seperti Parlimen Sibuti.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sememangnya sedar akan keperluan bantuan yang diberi dan disediakan kepada semua lapisan rakyat agar dapat menikmati pendidikan yang baik dan sempurna. Melalui Kementerian Pelajaran Malaysia, pelbagai bentuk bantuan telah diberikan kepada murid dalam mematikan semua lapisan masyarakat dapat menikmati pendidikan yang baik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kriteria utama kelayakan pemberian bantuan adalah murid warganegara Malaysia. Bagi murid warganegara yang lewat mendaftar, mereka masih boleh memohon bantuan melalui sekolah masing-masing. Walau bagaimanapun, pemberian bantuan pendidikan adalah berdasarkan kepada kelayakan seperti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kementerian mengikut jenis bantuan yang diberikan. Namun bagi Skim Bantuan Buku Teks (SPBT), semua murid warganegara Malaysia adalah layak menikmati bantuan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya menyoal soalan ini kerana terdapat di kawasan saya kahwin campuran. Kahwin campur...
Masa tidak cukup. Ringkaskan soalan Yang Berhormat.
Supaya tahu macam mana ia jadi lambat. Oleh kerana ibu anak ini berkahwin dengan lelaki Indonesia jadi anak- anak mereka diberi kad pengenalan sementara. Jadi mereka ini tidak diutamakan, sedangkan mereka ini perlu sekolah. Bagaimanakah pihak kerajaan ataupun kementerian perlu membantu yang seperti ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat pada tahun lalu, pada 10 Mac 2009 satu Surat Pekeliling Ikhtisas telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia secara khusus kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri dan PPD iaitu anak kepada salah seorang warganegara Malaysia mestilah diterima masuk baik di sekolah rendah atau sekolah menengah. Itu adalah satu dasar yang telah dibuat pada tahun 2007 dan tahun lalu sekali lagi surat pekeliling itu telah dikeluarkan. Maka apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang mengatakan perlu mendapatkan pengesahan taraf, itu sebenarnya kalau bapanya adalah warganegara Malaysia ia telah memenuhi syarat yang telah kita tetapkan. Kedua tentang syarat penerimaan bantuan, walaupun terlewat tetapi kita tidak melihat siapa cepat dia dapat. Kelayakan itu yang penting adalah berdasarkan pendapatan isi rumah itu. Jadi kita ada banyak bantuan seperti Rancangan Makanan Tambahan, kita ada KWAP dan pelbagai lagi bantuan adalah berdasarkan kepada kriteria faktor kemiskinan. Maka bagi mereka yang telah disenaraikan di bawah e-Kasih, kita akan bantu, tidak kira lambat atau bila mereka mendaftar dan kita sebenarnya membuat proses verifikasi di sekolah untuk membantu dan memberikan bantuan berdasarkan kepada kelayakan tersebut, terima kasih.
Sekian sahaja Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi untuk soal jawab lisan pada pagi ini telah habis. Dengan itu saya menjemput menteri untuk menyampaikan usul... [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Peraturan mesyuarat, Tuan Yang di- Pertua Batu Gajah...
Usul dahulu.
Yang Berhormat.
Saya, mengikut peraturan mesyuarat...
Usul dahulu..
Peraturan mesyuarat...
Ya, ya.
Usul dahulu lah.
Di bawah apa Yang Berhormat?
Peraturan Mesyuarat 14(1)(g) Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan oleh Menteri-menteri. Tuan Yang di- Pertua, kita sudah bermesyuarat sepuluh hari. Saya mendapati Aturan Usul Mesyuarat, pertanyaan bagi jawab lisan, soalan nombor satu semua adalah soalan daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional. Saya hendak tahu apakah garis panduan yang digunakan oleh pihak Parlimen untuk menentukan pertanyaan-
pertanyaan di dalam Dewan ini, apakah - saya percaya ini bukan kebetulan, sebab sepuluh hari bersidang, nombor pertama adalah Ahli Parlimen dari Barisan Nasional. Apakah keistimewaan tertentu untuk Ahli Barisan Nasional kerana adalah siaran media, jadi mungkin pihak...
Ya, baik saya sudah faham Yang Berhormat.
Boleh menjelaskannya.
Saya sudah faham Yang Berhormat. Soalan ataupun Peraturan Mesyuarat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah telah dibangkitkan beberapa kali dan keputusan Tuan Yang di-Pertua pada sesi yang lalu telah dibuat supaya mendahului tiap-tiap persoalan untuk Barisan Nasional. Ini tidak boleh diubahkan lagi Yang Berhormat, jadi dalam keadaan sedemikian saya tidak hendak mengubahkan apa-apa yang telah difatwakan oleh Speaker dalam Dewan ini, terima kasih Yang Berhormat.
Maaf Tuan Yang di-Pertua, sekurang- kurangnya kami boleh diberitahu alasan. Kalau tidak saya sukar untuk menerimanya.
Baik Yang Berhormat.
Kita semua Ahli dalam Dewan...
Saya...
Ya Tuan Yang di-Pertua.
Saya mendengar satu perkataan sahaja Yang Berhormat, minta alasan. Tuan Yang di-Pertua dalam Dewan apabila membuat keputusan tidak perlu memberi alasan. Itu sahaja. Sila Yang Berhormat Menteri.
Usul — WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYURAT Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew VuiMotion
Keong]: Terima kasih “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 11.30 malam ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis 1 April 2010.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang saya telah janjikan beberapa hari lepas, bahawa saya akan memberi keputusan kepada apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat Kubang Kerian beberapa hari yang lepas berhubung satu point of order yang dibangkitkan beliau berhubung dengan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam Dewan. Jadi saya minta kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat bekerjasama dengan saya masa saya membaca ini dengan teliti, jadi saya harap Yang Berhormat mendengar dengan teliti tetapi jangan ganggu dahulu. Adapun perkara yang hendak disoalkan, tolonglah selepas itu nanti, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kubang Kerian bangun, agaknya, di bawah Peraturan 37(1) untuk merujuk Perlanggaran Peraturan 36(12) Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat yang berbunyi. “Peraturan Mesyuarat 36(12). Saya berdiri untuk mengemukakan suatu peraturan mesyuarat yang menyatakan bahawa Dewan ini telah dikelirukan dan izinkan saya membaca fakta-fakta yang berada di hadapan saya. Tuan Yang di-Pertua, pada 4 November 2009 sewaktu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang ke Dewan ini untuk menjawab soalan yang berbunyi, “Meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan bilakah tuntutan royalti minyak rakyat Kelantan akan dibuat oleh Petronas?” Pada ketika itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menjawab dalam Dewan yang mulia ini bahawa, saya bacakan sebahagiannya Tuan Yang di-Pertua, dengan menyatakan bahawa, “Negeri Kelantan dan negeri-negeri yang termasuk Terengganu yang terletak di kawasan pengeluaran minyak ini di luar pantai atau offshore dengan izin, tidak layak untuk mendapat pembayaran royalti.” Dengan itu beliau menyatakan bahawa meski pun peruntukan perundangan itu jelas, Kerajaan Persekutuan sebelum ini telah memperuntukkan wang ihsan untuk negeri Terengganu dengan mengambil kira pengeluaran petroleum yang terletak di luar perairan Negeri tersebut. Dengan menggunakan penggunaan perkataan “wang ihsan” ini Tuan Yang di-Pertua, saya menyifatkan berlaku satu penyelewengan, mislead the House dengan izin, di mana saya telah membawa suatu fakta, suatu surat yang dikeluarkan oleh Petronas pada 16 September 1978 dengan mengalamatkan surat
ini kepada Yang Berhormat Datuk Setiawangsa, Pegawai Kewangan Negeri, Pejabat Perbadanan Negeri, Wisma Darul Aman, Kuala Terengganu. Tajuk surat itu adalah” “Yang Berhormat Datuk, Anggaran Pembayaran Royalti Minyak Petroleum 1979.” Maka dengan ini, adakah jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu dalam Dewan yang mulia ini dengan mengatakan itu adalah wang ihsan, sama sekali bertentangan dengan surat-surat termasuk yang saya pegang ini yang dialamatkan oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang jelas menunjukkan faktanya, wang itu dibayar adalah dengan nama wang royalti, bukannya wang ihsan.” [Tepuk] Jelas dari teks yang saya baca di atas Yang Berhormat Kubang Kerian hanya membangkit satu perkara dan satu perkara sahaja, iaitu; (i) Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menggunakan istilah wang ihsan dan tidak menggunakan istilah royalti dalam kenyataan beliau di dalam Dewan yang merujuk kepada pemberian kewangan Petronas kepada negeri Kelantan; (ii) Dengan menggunakan istilah wang ihsan dan tidak menggunakan istilah royalti maka Yang Berhormat Kubang Kerian mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyelewengkan Dewan dan hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana menyelewengkan Dewan dan, mislead the House di bawah Peraturan 36(12) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Dengan itu saya tumpukan jawapan saya kepada persoalan sama ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa menjawab soalan dan membuat kenyataan tersebut tadi telah membuat kenyataan yang mengelirukan Dewan di bawah Peraturan 36(12). Dengan itu saya tidak akan menjawab soalan substantif, iaitu, berhubung dengan sama ada negeri Kelantan layak atau tidak layak menerima pembayaran tunai dari Petronas
Saya juga tidak akan menjawab isu jikalau negeri Kelantan layak. Nisbah pembayaran tunai yang perlu diberi dan apakah mekanisme pemberian pembayaran tunai dari Petronas kepada negeri Kelantan. Sebelum saya memberi penjelasan ke atas persoalan pokok yang dibangkit oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, biarlah saya mengulas sedikit perkara prosedur dahulu iaitu penggunaan point of order untuk membangkit pertuduhan juga penggunaan Peraturan 37(1)(a). Point of order ataupun membangkit peraturan apa Yang Berhormat bangkit terus mengangkat buku atau mengatakan point of order ataupun peraturan membangkit. Ini bermakna Yang Berhormat berkenaan berpendapat saya ulangi, berpendapat telah mendapati satu, terpandang kepada perlanggaran peraturan sama ada membabitkan ahli-ahli ataupun orang luar berlaku di dalam Dewan.
Peraturan 26(1)(p) dibaca bersama dengan Peraturan 37(1)(a) menyebut kesalahan di bawah mana-mana peraturan. Umpamanya seorang Ahli yang memakai pakaian yang tidak selaras dengan Peraturan 41(1)(f) point of order atau membangkit peraturan ini menyebut di bawah Peraturan 26(1)(p) untuk membawa perhatian Tuan Yang di-Pertua sebagai penjaga dan pelaksanaan peraturan Dewan. Tuan Yang di-Pertua boleh membuat keputusan ke atas point of order atau membangkit peraturan sedemikian sama ada dengan membuat keputusan serta-merta atau membuat keputusan selepas itu. Point of order ataupun membangkit peraturan di bawah Peraturan 26(1)(p) kerap diguna selalu berlaku tetapi jarang sekali Yang Berhormat-Yang Berhormat menyebut bahawa telah berdiri di bawah Peraturan 26(1)(p) tersebut. Peraturan 26(1) dan Peraturan 26(2) adalah senarai usul yang boleh dibuat tanpa pemberitahu atau notis. Peraturan 26(1)(p) mestilah dibangkit untuk perhatian Tuan Yang di-Pertua semasa kejadian itu berlaku bukan selepas ia berlaku. Point of order ataupun membangkit peraturan di bawah Peraturan 26(1)(p) boleh diguna pada bila-bila masa berlaku perlanggaran dan kebebasan semasa sesi berjalan. Tidak kira siapa yang bercakap atau membuat pernyataan selain daripada Tuan Yang di-Pertua kerana Peraturan 46 melarang sesiapa berdiri dan bercakap semasa Tuan Yang di-Pertua bercakap. Cara menilai tafsiran satu lagi kehendak saya bahawa perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat, peraturan-peraturan Dewan mempunyai bab-bab tersendiri. Ia mesti mengambil kira topik dan berkandung dalam bab berkenaan sebelum peraturan boleh dirujuk kepada perkara-perkara situasi lain. Ini kerana peraturan yang kita guna pakai adalah diwarisi dari England di dalam bentuk satu digest kepada peraturan-peraturan yang telah terlaksana selama beratus tahun di House of Common, England. Dengan itu ia diharap boleh menjadi panduan dan perkara yang tidak terkandung di dalamnya, maka kita dikehendaki merujuk kepada buku- buku rujukan seperti Erskine May, McGee New Zealand dan lain-lain buku rujukan di Komanwel dibenarkan di bawah Seksyen 32, House of Parliament (Privileges and Rights) Act 1952 revised 1988. Di sinilah bangkitnya dan letaknya kuasa Tuan Yang di-Pertua di bawah Peraturan 99 dan Peraturan 100. Peraturan 37(1) adalah di bawah bab perbahasan perkataan yang diguna dalam Peraturan 37(1) itu jelas mengatakan berhubung dengan semasa Ahli Yang Berhormat bercakap. Saya baca teks, seorang tidak boleh mengganggu ahli yang sedang bercakap. Jika hendak mengeluarkan teguran berkenaan perkara tatatertib mesyuarat; jika ketika itu ahli yang sedang bercakap duduk dan sebagainya Yang Berhormat. Jelas penggunaan Peraturan 37(1)(a) adalah untuk menegur ahli bukan untuk menegur setiausaha, orang luar, dan Tuan Yang di-Pertua sedang bercakap. Perkataan yang jelas dalam peraturan tidak boleh diberi tafsiran berlainan kepada perkataan yang diguna dalam peruntukan peraturan begitu jelas tersebut. Maka, barang siapa hendak membangkit Peraturan 37(1)(a) selepas ahli berucap atau membuat kenyataan, maka Tuan Yang di-Pertua berhak tidak memberi laluan ataupun memberi laluan dengan budi bicara dengan tidak membuat apa-apa keputusan. Jikalau Tuan Yang di-Pertua atau ahli itu membuat atau membangkit teguran yang terlambat itu atas budi bicaranya di bawah Peraturan 100, maka Tuan Yang di-Pertua tidak boleh memberi hukuman disiplin atau merujuk ahli yang ditegur tersebut ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan melanggar Peraturan 26. Kita banyak melihat tahun 2008 sebanyak 28 kali, tahun 2009 sebanyak 9 kali, dan tahun 2010 sebanyak 6 kali Ahli-ahli Yang Berhormat diberi laluan oleh Tuan Yang di-Pertua menggunakan budi bicara dalam Dewan ini.
Tujuannya ialah oleh sebab memberi kebebasan sebanyak mungkin atas semangat demokrasi Parlimen sebagai lambang dan kedudukan demokrasi. Tuan Yang di-Pertua atas budi bicaranya telah membiarkan laluan diberi dan kadang- kadang ada juga membuat penjelasan mengenai keputusan kalau tidak melanggar dengan peraturan. Itulah semangatnya Ahli-ahli Yang Berhormat. Perkara yang berlaku pada 22 Mac 2010 apabila Yang Berhormat Kota Belud bangkit di bawah Peraturan 37(1) bersama Peraturan 36(12) untuk meminta supaya Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh mohon penjelasan berhubung dengan kenyataan beliau semasa membalas Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 17 Mac 2010. Kesilapan Yang Berhormat Kota Belud ialah mengguna Peraturan 36(12) terlalu awal. Kes John Perfumo tahun 1963 di England, Art Eggleton tahun 2002 di Kanada, dan Curl Scully tahun 2006 di New South Wales, Australia peraturan serupa. Peraturan 36(12) hanya di invoke ataupun diguna pakai penerangan peribadi dibuat. Landasan Yang Berhormat Kota Belud berdiri di bawah Peraturan 31 dibaca bersama dengan Peraturan 36(12) atas perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang 17 Mac 2010, yakni telah enam hari selepas kenyataan itu di buat dalam Dewan ini. Perkara tersebut telah dibantah oleh segelintir Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang khususnya Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Machang. Bantahan Yang Berhormat itu memang ada asas seperti yang saya sebut terdahulu dari ini. Mengikut amalan Dewan ini bahawa Peraturan 37(1)(a) teguran kepada perlanggaran peraturan oleh ahli boleh dibuat semasa Ahli itu sedang berucap. Walaupun ahli bangkit point of order mengangkat peraturan dan meminta ruling selepas ucapan tamat atau beberapa hari selepas ucapan kenyataan terdahulu ternyata Peraturan 37(1)(a) amalan di bawah mempunyai tujuan untuk mengelak Ahli-ahli menyemak setiap Hansard untuk mencari kesalahan ahli-ahli lain dan membangkit di dalam Dewan selepas itu. Ini akan mendatangkan kecelaruan dalam Dewan dan kepayahan kepada Tuan Yang di-Pertua dan mungkin juga mengganggu perjalanan urusan Parlimen. Maka kelaziman amalan Dewan ini Peraturan 37(1)(a) tidak terpakai selepas ahli habis berucap dan membuat kenyataan melainkan Tuan Yang di- Pertua menggunakan kuasa budi bicara. Akan tetapi bukan bermakna Ahli membuat kesilapan kenyataan bercanggah dengan mana-mana peraturan boleh go scott free, dengan izin atau bebas dari teguran. Ahli lain boleh membuat teguran dengan membuat usul di bawah Peraturan 26(1) dengan mengenakan syarat Peraturan 27 sementara perlanggaran peraturan semasa Dewan tidak bersidang Ahli-ahli Berhormat boleh membuat aduan kepada Tuan Yang di-Pertua di bawah Peraturan 80(2). Kuasa Tuan Yang di-Pertua di bawah Peraturan 100 dibaca bersama dengan Peraturan 99 apabila berlaku perkara yang kurang jelas seperti mengisi kekurangan atau to plug the lacuna dalam peraturan Dewan. Kuasa ini mungkin digunakan oleh Yang Berhormat Beluran untuk memberi laluan kepada Yang Berhormat Kota Belud pada 22 Mac 2010 untuk membangkit perkara yang tidak berbangkit, dibangkitkan oleh beliau itu. Perkara sedemikian memang banyak berlaku seperti yang saya telah sebutkan tadi. Ahli-ahli Yang Berhormat bangun membangkitkan point of order atau membangkit peraturan diberi peluang memberi penjelasan berhubung dengan seperti yang saya sebutkan dahulu dari ini. Apa yang penting Tuan Yang di-Pertua tidak membuat ruling, tetapi boleh memberi penjelasan atas budi bicaranya. Ternyata Tuan Yang di-Pertua pada 22 Mac 2010 tidak membuat apa-apa keputusan selaras dengan Peraturan 26(1).
Satu lagi perlu diketahui bahawa Peraturan 100 tidak memberi kuasa kepada ahli- ahli. Kuasanya diberi kepada Tuan Yang di-Pertua. Maka mana letaknya kredibiliti untuk ahli-ahli yang berhadapan dengan situasi dan terjumpa atau terpandang perlanggaran peraturan selepas kenyataan telah berlalu. Maka inilah Peraturan 26 diwujudkan untuk membolehkan mana-mana ahli membuat usul. Usul demikian hendaklah didahului dengan pemberitahu atau notis. Saya juga ingin merujuk kepada Peraturan 26(1) yang berbunyi seperti di bawah kecuali ada syarat lain dalam peraturan mesyuarat ini. Usul yang hendak dibawa kepada mesyuarat hendaklah didahului dengan pemberitahu kecuali usul- usul tersebut di bawah ini ada 26. Satu darinya ada menyenaraikan 20 situasi. Peraturan 26(2) ada menyenaraikan 5 situasi di mana boleh dibawa oleh mana- mana Ahli. Ia tidak perlukan pemberitahu atau notis.
Sementara semua perkara-perkara lain Ahli hendak membawa usul hendaklah mengeluarkan pemberitahu atau notis dahulu. Prosedur di bawah usul demikian hendaklah mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3) berkehendakkan pemberitahu atau notis diserah kepada Setiausaha Dewan tidak kurang 14 hari untuk Ahli-ahli biasa. Usul atas nama Menteri tidak kurang daripada tujuh hari dengan syarat, jikalau Tuan Yang di-Pertua berpuas hati bahawa usul tersebut adalah untuk kepentingan orang ramai. Mengikut Peraturan Mesyuarat 31(1), usul sedemikian jikalau dalam Majlis perlu disokong oleh ahli lain. Sementara Peraturan Mesyuarat 31(2) menetapkan jikalau usul itu dibawa di dalam Jawatankuasa, ia tidak perlu penyokongan dari Ahli yang lain. Akan tetapi di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1)(p) ada satu peruntukan yang berbunyi, “Usul berkenaan dengan hak dan kebebasan semasa kejadian itu berlaku”. Peraturan ini dipinda pada tahun 2001 atas alasan kerana ada keraguan yang menyatakan usul hak dan kebebasan boleh dibuat pada mana-mana masa pun (alasan pindaan). Peruntukan ini selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 37(1)(a). Ia saling complement satu dengan yang lain dalam situasi yang sama. Apabila Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua pada 22 Mac memberi laluan di mana Yang Berhormat Kota Belud meminta agar Yang Berhormat Ketua Pembangkang membuat penjelasan berhubung dengan penyataan beliau semasa membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong pada 17 Mac 2010, kekecohan berlaku. Dalam kekecohan itu Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Ahli Parlimen Padang Rengas yang mencadang agar Yang Berhormat Permatang Pauh yang ketika itu tidak ada dalam Dewan diberi masa satu minggu untuk membuat penjelasan. Saya baca penyata rasmi Parlimen, Hansard dan saya dapati Tuan Yang di-Pertua tidak ada membuat apa-apa keputusan. Tidak ada arahan keputusan dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua atau Dewan kepada Yang Berhormat Permatang Pauh untuk membuat penerangan peribadi. Saya baca teks kenyataan terakhir
“Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya mengambil maklum isu dibangkit oleh Yang Berhormat Kota Belud dan juga pandangan yang diberi oleh pihak kerajaan dan terserah kepada Yang Berhormat Permatang Pauh untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas isu ini kerana tindakan lanjut akan diambil jika tidak ada pembetulan yang dibuat dalam Dewan ini. Terima kasih”.
Itu kata Timbalan Yang di-Pertua. Saya maklum bahawa Yang Berhormat Ketua Pembangkang – Ahli Parlimen Permatang Pauh pada hari yang berikutnya berjumpa dengan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua untuk menentukan hari untuk beliau membuat penjelasan peribadi. Saya tidak ada rekod verbatim ke atas apa yang berlaku di dalam kamar Timbalan Yang di-Pertua. Yang saya tahu bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh tidak membantah ataupun tidak ada paksaan atau arahan oleh Tuan Yang di-Pertua atau Dewan secara terbuka dalam Majlis ini. Saya dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Ketua Pembangkang – Ahli Parlimen Permatang Pauh mahu untuk membuat penjelasan peribadi pada hari Selasa kerana alasannya pada hari-hari lain beliau ada kerja yang tertentu. Ekoran dari apa yang berlaku pada 22 Mac, Yang Berhormat Kubang Kerian pula menggunakan jalan yang sama berdiri di bawah Peraturan Mesyuarat 37(1) untuk membangkit Peraturan Mesyuarat 36(12) dengan hasrat untuk merujuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Sebagai yang saya telah sebutkan di atas Peraturan Mesyuarat 37(1)(a), precedent dan amalan tidak memerlukan saya membuat keputusan sebagaimana yang dipohon oleh Yang Berhormat Kubang Kerian. Ini kerana perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat Kubang Kerian bukan salah satu perkara yang disenaraikan dalam Peraturan Mesyuarat 26(1) dan Peraturan Mesyuarat 26(2) yang berbangkit tanpa pemberitahu atau notis. Yang Berhormat Kubang Kerian membangkit pelanggaran Peraturan Mesyuarat 36(12) yang tidak dibangkit semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat kenyataan pada 3 November 2009 mengikut Peraturan Mesyuarat 26(1)(p). Mengikut peruntukan Peraturan Malaysia 37(1)(a) di baca bersama dengan Peraturan Mesyuarat 26(1)(p), saya boleh tidak membuat keputusan atau penjelasan. Satu perkara lagi iaitu Yang Berhormat Kubang Kerian menggunakan istilah “penyelewengan”. Perkataan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) yang sebenar itu adalah mengelirukan. Saya mengingatkan supaya Yang Berhormat- Yang Berhormat rujuk dahulu kepada Peraturan Mesyuarat sebelum menggunakan mana-mana istilah dalam usul atau teguran kerana ia juga boleh dikatakan menyelewengkan. Saya tidak gunakan perkataan mengelirukan di sini kerana perkataan mengelirukan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) mempunyai makna tafsiran tersendiri dan teknikal. Namun demikian saya memilih untuk membuat penjelasan dalam Dewan atas perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat Kubang Kerian berlandaskan kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 99 dibaca bersama dengan Peraturan Mesyuarat 100 ke atas perkara yang samar-samar di dalam Peraturan yang tidak ada fatwa melarangkan dalam Dewan ini. Berhubung dengan perkara melibatkan pemimpin tertinggi negara dan juga Leader of the House yang perlu diberi penjelasan untuk mengelak dari timbulnya spekulasi dan persepsi yang pelbagai, saya tegaskan di sini bahawa isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Kubang Kerian adalah menjurus kepada satu perkara. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menggunakan istilah wang ihsan dan tidak mengguna istilah royalti. Mengikut Yang Berhormat Kubang Kerian, ia adalah menyeleweng atau mengelirukan Dewan, maka dengan itu patut dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keutamaan Parlimen sebagai menghina Majlis di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12). Saya membuat penjelasan ini setelah merujuk kepada dokumen berikut:
(i) Surat Petronas bertarikh 16 September 1978 yang dirujuk oleh Yang Berhormat Kubang Kerian dalam Dewan semasa membangkit perkara tersebut pada 24 Mac; (ii) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144); (iii) Perlembagaan Malaysia (iv) Malaysia Emergency Ordinance (Essential Powers) No.7 1969 yang mewujudkan batasan perairan (continental shelf) negeri-negeri di Semenanjung sejauh tiga batu nautika dari pantai-pantai negeri berkenaan; (v) Queen Elizabeth Declaration 1954 mewujudkan batasan perairan (continental shelf) Sarawak dan Sabah lebih luas ke kawasan melebihi daripada tiga batu nautika dari pantai negeri-negeri Sarawak dan Sabah; (vi) Jadual di bawah seksyen 2(2) Akta Pembangunan Petroleum 1974 memberi untuk selama-lamanya memindah meletak kuasa kepada Petronas penemuan mengenai petroleum dan hak-hak kuasa kebebasan, keistimewaan eksklusif, mengeksploitasi, mengeksploit, mendapat, memperoleh petroleum yang ada dalam dan di pantai atau di luar pantai Malaysia. Pemberian pemindahan peletakan tidak boleh dibatal dan hendaklah berjalan berkuat kuasa sebagai faedah Petronas dan pentingnya ditangani oleh Dato’ Haji Mohamed bin Nasir, Menteri Besar Kelantan bagi pihak Kelantan dan Tengku Razaleigh bin Tengku Mohamed Hamzah, Chairman and Chief Executive Petronas pada 9 Mei 1975; (vii) Perjanjian Kerajaan Persekutuan dengan 13 negeri Malaysia berhubung dengan pembayaran tunai bawah seksyen 4 Akta Pembangunan Petroleum 1974; dan (viii) Artikel ditulis oleh Yang Berbahagia Tun Datuk Dr. Haji Mohamad Salleh bin Abas bertarikh 14 Jun 2008, petikan ucapan Yang Berhormat Mulia Ahli Parlimen Gua Musang di forum Kota Bharu pada 28 Januari 2010; (ix) Petikan hujah Dato’ Husam Musa bertarikh 24 Februari 2010, artikel ditulis oleh Profesor Shad Saleem Faruqi; (x) Artikel “Financial Provisions of then Malaysian Constitution and Their Operation in Practices” oleh Tan Sri Dato Abdullah bin Ayub; (xi) Komen oleh Datuk Hafarizam Harun dalam artikel berjudul “Royalti Minyak - Kelantan Tidak Layak kerana Ordinan Darurat 1969; (xii) Surat Yang Berhormat Mulia Ahli Parlimen Gua Musang kepada Yang Berhormat Tuan Guru Dato’ Haji Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan bertarikh 30 Julai 2009; (xiii) Laporan Berita Harian bertarikh 11 Mac 2010. Pertama, saya tidak memberi apa-apa keputusan dalam soalan tentatif berhubung dengan pertikaian Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan
Persekutuan dan isu royalti atau pembayaran tunai Petronas. Saya juga tidak membuat keputusan sama ada negeri Kelantan layak atau tidak layak menerima royalti atau pembayaran tunai daripada Petronas. Dalam membuat penjelasan ini saya membaca dan menyemak undang-undang, dokumen dan pandangan banyak pihak termasuk yang saya senaraikan di atas. Akan tetapi yang akhirnya saya terpandu kepada Perlembagaan Malaysia, undang-undang dan pengisytiharan yang masih diguna pakai sekarang. Pandangan termasuk pandangan dari siapa yang dikatakan sebagai negarawan, cendekiawan, bijak pandai, pemimpin berpengalaman dan pakar-pakar akan dilihat sebagai panduan sahaja. Saya menilai peruntukan yang relevan seperti di bawah dengan teliti dan sebaik mungkin. (i) Perlembagaan Malaysia; (ii) Akta Pembangunan Petroleum 1974; (iii) Perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan; (iv) Malaysia Emergency Ordinance (Essential Powers) No.7 1969; dan (v) Jadual di bawah Seksyen 2(2) Malaysian Emergency Ordinance (Essential Powers) No.7 1969.
Saya dapati pertama, setelah meneliti perundangan tersebut saya dapati tidak ada di mana-mana artikel, seksyen atau peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia memberi hak royalti kepada negeri Kelantan. Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan jadualnya dokumen sebagai perjanjian di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan perkataan royalti ke atas pemberian wang tunai kepada negeri tersebut. Kedua, semenjak berkuat kuasa Malaysia Emergency Ordinance (Essential Powers)No.7 1969, seluruh Pelantar Benua (Continental Shelf), negeri- negeri Malaysia ialah tiga batu nautika daripada paras terendah semasa air surut waktu atau 12 kilometer dari base line kecuali negeri Sarawak yang masih berlandaskan pengisytiharan Ratu Elezabeth pada tahun 1954 yang tidak pernah dipinda. Maka, dengan ordinan tersebut paras telah ditakrifkan dan diterima oleh Kerajaan Persekutuan sebagai memberi batasan kawasan bidang kuasa negeri di Semenanjung dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas perairan di luar tiga batu dari paras terendah tersebut. Ketiga, Kerajaan Persekutuan berpendirian perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Kelantan pada 9 Mei 1975 dan jadual di bawah seksyen 2(2) Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang ditandatangani oleh Datuk Haji Mohamed bin Nasir dengan Yang Amat Mulia Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah, Chairman and Chief Executive Petronas pada 9 Mei 1975 yang dikatakan sebagai menyerah semua selama- lamanya, memindah, meletak kuasa kepada Petronas dan hak-hak kuasa itu berada di pantai. Pemberian pemindahan, peletakan tidak boleh dibatalkan dan hendaklah dikuatkuasakan faedah Petronas atau penggantinya. Tidak ada berkaitan hasil petroleum diperolehi di luar kawasan dengan kawasan di luar tiga batu nautika negeri tersebut. Perjanjian dan penyerahan tersebut dalam jadual hanya berkaitan dengan petroleum diperolehi oleh Petronas on-land atau di off-shore dalam lingkungan tiga
batu nautika dari pantai semasa air surut terendah di persisiran negeri tersebut. Maka, dengan pendirian undang-undang sedemikian Kerajaan Persekutuan berpendirian bahawa negeri Kelantan tidak berhak mendapat pembayaran tunai di bawah seksyen 4, Akta Pembangunan Petroleum 1974 kerana petroleum yang didapati sekarang adalah di dalam kawasan 150 batu nautika dari paras terendah semasa air surut di pantai negeri Kelantan. Dengan itu juga Kerajaan Persekutuan berpendapat bahawa apa sahaja pemberian yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan sekarang adalah gratis, yakni ihsan dari Kerajaan Persekutuan. Bukan satu obligasi di bawah undang-undang ataupun perjanjian ataupun balasan kepada penyerahan hak yang tersebut di bawah jadual Akta Pembangunan Petroleum 1974. Maka, Kerajaan Persekutuan atau wakil Kerajaan Persekutuan boleh menggunakan apa sahaja istilah dan perkataan termasuk istilah ‘wang ihsan’ untuk mendiskripsikan sumbangan wang sedemikian. Dengan pendirian Kerajaan Persekutuan yang sedemikian, maka Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa memberi jawapan kepada soalan royalti minyak di dalam Dewan pada 3 November 2009 ini menggunakan istilah ‘wang ihsan’ adalah selaras dengan pendirian Kerajaan Persekutuan. Sekarang saya membawa peruntukan peraturan 36(12) dan aplikasi dalam Dewan untuk dibentuk seorang Ahli boleh dikatakan membuat satu kenyataan yang mengelirukan Dewan. Saya juga telah membuat kajian ke atas amalan pengalaman precedent dari negeri-negeri lain. Bahan rujukan saya telah diteliti termasuk seperti Erskine May – 23rd edition, Joseph Maingot’s work - Parliamentary Privilege in Canada (2nd edition), dan David McGee - Parliamentary Practice in New Zealand. Ini didapati:- (i) The statement must in fact have been misleading; (ii) It must be established that the Member making the statement knew at the time the statement was made that it was incorrect; and (iii) That in making it the Member intended to mislead the House. Saya telah meneliti bagaimana Speaker - Legislative Assembly of Alberta, Canada, aplikasi prima facie case dalam kes menghina Dewan di bawah Peraturan 15 Alberta Canada yang bersama dengan 36(12) Malaysia. Saya juga membaca dengan teliti laporan (ke-50 Parlimen Kanada), aplikasi prinsip yang dipelopori David McGee -Parliamentary Practice in New Zealand ke atas kes Honourable Art Eggleton - Menteri National Defence, Canada bertarikh Februari 2002. Kes Curl Scully - New South Wales, Australia – Curl Scully, Police Minister New South Wales pada 16 Oktober 2006 seperti di bawah. Dalam keputusan ini saya juga mengikut prinsip dan landasan yang terpakai dalam Parlimen di Negara-negara Komanwel seperti England, New Zealand, Kanada, Australia, yang disebutkan tadi. Dengan mengetahui cara yang tidak ragu-ragu, prinsip yang dipelopori negara-negara tersebut yang diguna pakai di India, di bawah kes begini elemen-elemen di bawah mestilah dipatuhi. Dengan sengaja:- (i) willfully, deliberately and knowingly; (ii) deliberateness or niat (intention) mengelirukan Dewan;
(iii) test ini subjective iaitu yang membuat kenyataan mesti mengetahui beliau mengelirukan Dewan. Dalam Peraturan 36(12) mana-mana Ahli-ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli tersebut boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan tersebut. Keputusan di bawah ini adalah mengikut Peraturan 43 dan 99. Saya tegaskan di sini bahawa teguran ini berbangkit di bawah Peraturan 37(1)(a) dibaca bersama dengan 36(12) Peraturan Parlimen Malaysia. Penyelesainya juga seperti kes-kes lain. Penyelesainya Tuan Yang di-Pertua, adalah dari keputusan Peraturan 37(1)(a) atau 36(12) atau tafsirannya Peraturan 99 adalah muktamad. Dengan itu apa sahaja ketidakpuasan mana-mana pihak hendaklah mengikut Peraturan Dewan merayu menerusi usul peribadi di bawah Peraturan 43 mengikut prosedur Peraturan 27 hingga Peraturan 34, Peraturan Parlimen Malaysia. Seorang Ahli dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Peraturan 36(12) usul di bawah Peraturan 26(1) mestilah dibuat kecuali termasuk dalam Perkara 26(1)(p). Peraturan 36(12) berkehendakkan tiga syarat yang perlu diisikan:- (i) kenyataan dibuat kononnya adalah mengelirukan dan hendaklah sebenarnya mengelirukan; (ii) Ahli-ahli yang membuat kenyataan kononnya mengelirukan itu sedar bahawa kenyataan yang sedang ditujukan itu tidak benar; (iii) sewaktu membuat kenyataan yang kononnya mengelirukan itu Ahli-ahli yang berkenaan sebenarnya berniat untuk mengelirukan Majlis Dewan. Dengan itu saya berpendapat bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu memberi jawapan kenyataan penyelewengan itu adalah mengisytiharkan pendirian pandangan Kerajaan Persekutuan berhubung dengan isu penyerahan tuntutan minyak dari Petronas oleh Kerajaan Kelantan. Jelas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pekan tidak membuat kesilapan fakta atau kekeliruan mengelirukan Dewan kerana pendirian dan pandangan Kerajaan Persekutuan berhubung dengan isu pemberian tunai kepada negeri Kelantan adalah jelas. Bahawa Kerajaan Kelantan tidak layak menerima pembayaran tunai bawah seksyen 4 Akta Pembangunan Petroleum 1974. Perkataan royalti tidak wujud dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974, Perjanjian 13 Negeri, Jadual Akta Pembangunan Petroleum 1974. Anehnya perkataan tersebut tidak terdapat dalam Perlembagaan, Akta Kemajuan Petroleum 1974, mana-mana surat-surat rasmi kerajaan. Soalan Petronas menggunakan istilah royalti ada kemungkinan tersalah pandang dan menggunakan istilah yang lazim diguna yang sebetul apabila berhubung dengan negeri Sarawak dan Sabah. Ada juga kemungkinan Petronas terikut-ikut menggunakan istilah kelaziman itu tanpa merujuk kepada perkataan sebenar iaitu pembayaran tunai dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Kubang Kerian. Dua kesilapan berlaku semasa Yang Berhormat Kubang Kerian bangkit. Kesilapan penggunaan Peraturan 37(1)(a) semasa membangkit Peraturan 36(12). Padahal perkara berlaku selama berbulan sudah di mana Peraturan 37(1)(a) tidak boleh lagi diguna. Yang Berhormat Kubang Kerian sepatutnya menggunakan Peraturan
26(1) dan membawa usul dengan membuat pemberi tahu sebagai yang telah saya sebut di atas. Kedua, Peraturan 36(12) adalah tidak boleh disabit kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hanya mengisytiharkan pendirian Kerajaan Persekutuan berlandaskan Perlembagaan, Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Surat Perjanjian dengan 13 Negeri Malaysia. Akta Kemajuan Petroleum 1974 - tidak boleh dikatakan menyeleweng Dewan dan dirujuk kepada Jawatankuasa Parlimen di bawah 36(12).
Lagipun jikalau benar Kerajaan Negeri Kelantan hendak membawa Kerajaan Persekutuan ke mahkamah untuk menuntut pembayaran tunai, maka penggunaan perkataan istilah royalti ataupun pembayaran kepada Kerajaan Negeri Kelantan sekarang patut dielakkan oleh sebab mendatangkan kemudaratan ataupun prejudis kepada kes Kerajaan Persekutuan itu nanti. Dengan itu keputusan saya tidak menerima saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Yang di-Pertua, sangat jelas Tuan Yang di-Pertua buat banyak homework dalam memutuskan ruling ini. Akan tetapi, ada dua perkara yang timbul. Pertamanya mengenai Yang Berhormat Kota Belud menyalahgunakan peraturan mesyuarat untuk membangkitkan hal Yang Berhormat Ketua Pembangkang mengenai APCO. Kita tidak takut untuk kemukakan soalan ini, tetapi sangat jelas bahawa Yang Berhormat Kota Belud melanggar peraturan mesyuarat apabila menggunakan Peraturan Mesyuarat 37(1)(a) ataupun dengan Peraturan Mesyuarat 36(12) yang ada disebut oleh Tuan Yang di-Pertua tadi. Dalam perkara ini Peraturan Mesyuarat 26(1)(b) pun tidak kena mengena. Akan tetapi, apa yang kita mahu tanya ialah sama ada ruling ini diterima oleh Yang Berhormat Beluran. Kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua pun bersetuju oleh sebab kita tidak mahu satu ruling daripada seorang Timbalan Yang di-Pertua yang tidak ikat dengan Timbalan Yang di-Pertua yang lain dan kalau begitu sangat jelas bahawa bukan sahaja Yang Berhormat Kota Belud yang melanggar peraturan mesyuarat dan membangkitkan hal-hal yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Beluran pun melanggar peraturan mesyuarat membenarkan perkara ini dikemukakan sehingga perkara ini menyalahgunakan floor nya di Parlimen ini untuk bangkit perkara ini. Apa yang berlaku Yang Berhormat Menteri menggunakan peluang untuk memberi pandangannya satu minggu ultimatum pun tetap melanggar peraturan mesyuarat. Adakah ini diterima oleh Yang Berhormat Beluran? Kedua, mengenai wang royalti. Sungguhpun Tuan Yang di-Pertua ada buat banyak homework dan memberi pandangan, adakah ruang di mana di dalam Dewan ini boleh kaji semula di bawah Peraturan Mesyuarat 43 - kalau tidak silap supaya satu motion boleh dikemukakan untuk kaji semula apa findings, Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab mungkin tidak bersetuju dan bolehkah jaminan dibuat bahawa kalau satu usul substantive dikemukakan untuk kaji semula apa yang diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua mengenai wang royalti bahawa masa akan diberi dalam perkara ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
Boleh saya join sekali?
Tunggu Yang Berhormat, saya hendak jelaskan perkara ini dahulu. Pertamanya, soalan bangkit di bawah Peraturan Mesyuarat 37(1)(a). Sebenarnya, Peraturan Mesyuarat 37(1)(a) orang boleh bangkit Yang Berhormat apabila – seseorang ahli bercakap untuk menegur satu-satu kesilapan peraturan mesyuarat.
Dalam perkara ini, Yang Berhormat Kota Belud bangkit apabila Yang Berhormat Ketua Pembangkang tidak habis ucap. Selain itu langgar peraturan mesyuarat.
Baik Yang Berhormat. Dia bangkit dan terus diberi peluang untuk mengutarakan apa dalam perkara hendak dibangkit. Akan tetapi, apa yang pentingnya adalah Tuan Yang di-Pertua tidak membuat ruling dengan sendirinya dia bangkit sebagaimana yang saya sebut tadi pada tahun 2008 ada lebih 20 kali lebih perkara yang sama berlaku. Tahun 2009 kita ada lagi perkara yang sama berlaku. Pada 2010 hingga sekarang sudah mempunyai enam perkara sama yang berlaku tetapi laluan diberi untuk membangkit satu-satu perkara. Akan tetapi, tidak dibuat keputusan. Sebenarnya, hari itu pun tidak ada keputusan. Tuan Yang di-Pertua juga tidak ada membuat apa-apa keputusan. Apabila kekecohan yang berlaku yang saya sebut di dalamnya, saya baca Hansard sebab ada Hansard dalam fail saya ini. Yang Berhormat Menteri dari Padang Rengas bangkit mencadangkan supaya oleh sebab Yang Berhormat Permatang Pauh tidak ada di dalam Dewan diberi satu minggu untuk Yang Berhormat Permatang Pauh memberi penjelasan. Akan tetapi, itu bukan keputusan Yang Berhormat. Cadangan Menteri kerana Yang Berhormat Permatang Pauh tidak ada di dalam Dewan tetapi kalau Yang Berhormat Permatang Pauh ada di dalam Dewan ketika itu mungkin Yang Berhormat Permatang Pauh akan kata saya. Ataupun setelah balik Yang Berhormat Permatang Pauh ke Dewan dia kata saya tidak hendak buat penjelasan. Itu dibolehkan.
Tuan Yang di-Pertua, bukan saya mahu argue perkara ini tetapi ini keadaan yang berbeza. Betul ada 10, 20 kali di mana Peraturan Mesyuarat 37(1)(a) ada digunakan. Akan tetapi, apa yang berbeza di dalam perkara ini, saya sudah ada berdiri dan ambil perhatian Tuan Yang di-Pertua bahawa ini adalah melanggar peraturan mesyuarat. Apa yang patut dibuat masa itu ialah memberhentikan Yang Berhormat Kota Belud terus bincang dalam perkara ini. Oleh sebab melanggar peraturan mesyuarat Yang Berhormat Menteri tidak ada masa untuk berdiri cakap apa-apa itu. Sungguhpun tidak ada keputusan dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua, tetapi dibenarkan perbincangan diteruskan dan ada satu factual situation diwujudkan di mana adalah satu ultimatum diberi itu melanggar peraturan mesyuarat ini tidak patut dibenarkan. Itu adalah salah peraturan mesyuarat.
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat baca pada Hansard tidak ada ultimatum. Dicadangkan sahaja beri satu minggu untuk Yang Berhormat Permatang Pauh untuk membuat penjelasan. Itu sahaja yang dicadangkan dan selepas itu Tuan Yang di-Pertua yang duduk di sini pun tidak ada yang bersetuju dengan Menteri katanya, “Itulah sahaja habiskan, terima kasih Yang Berhormat.” Dia kata macam itu sahaja. Jadi, saya ingat tidak ada paksaan, arahan dan keputusan untuk meminta Yang Berhormat Permatang Pauh memberi penjelasan secara peribadi. Apa yang berlaku mungkin apabila Yang Berhormat Permatang Pauh balik
berjumpa dengan Timbalan Tuan Yang di-Pertua di kamar beliau, itu yang saya tidak tahu dan tidak mahu komen oleh sebab tidak berlaku di dalam Dewan.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas penjelasan tentang Peraturan Mesyuarat 37(1)(a) yang saya setuju. Cuma, dalam konteks ini tatkala Yang Berhormat Kota Belud bangkitkan ditegur peraturan tidak diikuti, masih dibiarkan dan kemudian diberi laluan kepada Yang Berhormat Menteri menyambung kenyataan itu - itu pun diberi laluan. Benar, saya baca juga Hansard, tidak ada diberi kata dua untuk ultimatum. Saya mesti beri penjelasan sebab itu kemudian saya menulis kepada Tuan Yang di-Pertua untuk memohon untuk bertemu dengan Timbalan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi ruang dan saya minta beri penjelasan. Memang mengikut Timbalan Yang di-Pertua tidak dipaksa atau ada keputusan, tetapi tentu berdasarkan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud yang tidak mengikuti peraturan mesyuarat, Menteri buat tidak ada motion apa-apa. Cuma, berikan seolah-olah satu ultimatum kerana sebaik saya tidak gunakan ruang itu, tindakan akan diambil walaupun tidak disebut begitu. Oleh sebab dalam perbincangan saya dengan Timbalan Yang di-Pertua, saya kata saya tidak ada masalah kerana saya ada fakta walaupun fakta itu tidak disiarkan termasuk dengan perjanjian dengan Kerajaan Israel dinafikan dan hari ini dibetulkan. Akan tetapi, itu bukan isu sebab apa kita bincang. Saya hendak sebut Tuan Yang di-Pertua sebenarnya apa yang kita bangkitkan ini kerana Yang Berhormat Kota Belud diberikan laluan dan cadangan Menteri itu berdasarkan satu peraturan mesyuarat yang salah. Jadi, seolah-olah kita melihat ada sesuatu... Betul saya tidak mahu menuduh ada perancangan tetapi maknanya kita beri kelonggaran yang cukup mudah. [Tepuk] Oleh sebab saya Ahli Parlimen Barisan Nasional... Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak bermaksud untuk menyinggung apa-apa. Cuma, saya hendak beri fakta dan ini menimbulkan persepsi begitu. Seorang boleh beri lepas begitu sahaja, bangkit tanpa mengikut peraturan mesyuarat. Biasanya Tuan Yang di-Pertua kata biar, pandangannya diketepikan. Dia boleh bercakap tetapi tidak terpakai. Dalam kes ini terpakai kerana sambungan permintaan Menteri itu dalam konteks seorang membicarakan tanpa mengikut peraturan mesyuarat. Jadi, dia beri legitimacy - itu yang saya object as a point of fact.
Baik.
Saya sebut kepada Timbalan Yang di-Pertua, saya kata Tuan Yang di-Pertua berkenaan walaupun saya hormat keputusan itu saya tidak mahu panjangkan kerana kalau saya enggan - saya gunakan purely standing order, Tuan Yang di-Pertua tahu akan dikatakan bahawa saya hendak elak daripada beri penjelasan.
Saya tidak mahu elak daripada penjelasan kerana saya ada fakta yang cukup tetapi saya hendak berikan pandangan bahawa perkara yang sedemikian tidak sewajarnya berlaku. Itu perkara yang pertama. Saya hendak sambung perkara yang kedua tentang royalti...
Panjang sangat Yang Berhormat.
Boleh saya bercakap sedikit, Tuan Yang di-Pertua?
...Yang Berhormat Gua Musang pun ada. Soal royalti bukan soal kecil. Saya hormati hak Timbalan Speaker memberikan pandangan tetapi kita tahu pandangan ini tidak sama dengan pandangan Menteri Kewangan pada ketika itu. Tidak sama dengan pandangan bekas Timbalan Perdana Menteri I, tidak termasuk saya II, tidak sama dengan penggubal undang-undang berkenaan Tun Salleh Abbas. Jadi bagi ruang kepada Parlimen untuk bahaskan. Sekurang-kurangnya Timbalan Speaker agak dilihat, persepsinya okey. Ini pendapat saya.
Yang Berhormat, tunggu dulu Yang Berhormat.
Pendapat saya yang kukuh tetapi saya akan benarkan kita bahaskan di Parlimen ini apa tafsiran mengenai royalti dan wang ihsan sebenarnya. Terima kasih.
Baik, Yang Berhormat. Baiklah. Saya sudah beritahu tadi, Peraturan 37(1)(a) memang memberi ruang ataupun memberi laluan kepada sesiapa Ahli hendak berdiri, mencelah untuk bercakap. Jadinya, persoalan Yang Berhormat Permatang Pauh ialah apabila didapati yang hendak diajukan ataupun diutarakan dalam Dewan adalah bercanggah dengan peraturan kita perlu berhentikan perkara tersebut. Itu Yang Berhormat sebutkan. Jadi, saya juga melihat sejarah Parlimen ini 20 tahun. Sejarah saya tidak panjang hanya 20 tahun. Saya melihat tiap-tiap perkara yang disebut kadang- kadang ia memang tidak betul tetapi dibenarkan juga berterusan. Kadang-kadang ada kekecohan berlaku. Apabila kekecohan berlaku banyak statement yang akan dibuat. Jadi pada ketika itu yang membuat statement ialah Menteri. Ia menjadi satu perkara yang sudah tinggi level nya oleh kerana Menteri yang juga terlibat. Saya pandang daripada konteks pelanggaran peraturan, ia tidak begitu serius Yang Berhormat, masih ada ruang. Kalau kita larang sama sekali bahawa Peraturan Mesyuarat 37 tidak boleh diguna pakai untuk orang berdiri untuk mencelah, maknanya Dewan kita sudah tidak boleh bercakap lagi, Yang Berhormat. Tidak ada cara dan ruang untuk kita berdiri kalau perkara itu dibenarkan. Itu belum habis lagi Yang Berhormat kerana ada satu lagi permintaan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur tadi iaitu bolehkah tidak membuat usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43 untuk membawa perkara ini ke Dewan ini untuk dibahaskan. Saya melihatnya ada satu halangan kerana peraturan itu jelas. Apabila keputusan - umpamanya Yang Berhormat Kota Belud pun boleh – rakan saya yang membuat keputusan di sini kalau sesiapa memikirkan perkara itu tidak selaras dengan peraturan, boleh dibuat dalam Peraturan Mesyuarat 43. Ini adalah peraturan kita. Kita tidak boleh nafikan hak itu kepada Ahli-ahli mana membuatnya. Begitu juga Yang Berhormat Ipoh Timur berhubung dengan perkara yang saya sebutkan ini untuk membahaskan soal royalti minyak ini ataupun bayaran tunai minyak ini di Dewan ini, bukan saya yang membuat keputusan. Saya mengatakan ini pendirian Kerajaan Persekutuan. Oleh kerana tidak ada perbezaan pendirian Kerajaan Persekutuan dengan apa yang disebut Perdana Menteri itu bukan view saya tetapi view of Federal Government. Itu yang saya sebut, Yang Berhormat, perbezaannya. Walaupun marginnya narrow tetapi itu pendirian kerajaan, itulah pendirian yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri. Itulah yang di announce di sini. Ia very consistent. Dengan itu tidak ada fakta-fakta di bawah 36(12) berlaku. Itu yang saya sebut. Sekiranya Yang Berhormat masih tidak puas hati, Yang Berhormat boleh menggunakan Peraturan Mesyuarat 43 sebagaimana yang saya sebut untuk membawa usul ke dalam Dewan, sama ada sampai ke Dewan itu bukan jaminan yang boleh saya beri...
Tadi saya tanya, adakah...
Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak tanya, adakah Yang Berhormat Beluran, Timbalan Yang di-Pertua bersetuju dengan ruling, khasnya Yang Berhormat Kota Belud adalah melanggar peraturan mesyuarat hari itu.
Yang Berhormat, ini pun sama Yang Berhormat. Soalan-soalan menggunakan Peraturan Mesyuarat 43, kalau Yang Berhormat Beluran tidak bersetuju dia juga boleh berbincang.
Tuan Yang di-Pertua... Diadakan tuduhan... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua.
Ini saya akan berbincang dengan Yang Berhormat. Ini pandangan saya daripada pengajian saya. Itu yang saya dapati, itulah yang saya buat.
Tuan Yang di-Pertua.
Jadi soalannya sama ada semua orang bersetuju dengan pandangan saya, saya akan bincang dengan Tuan Speaker dan colleague saya dalam soal ini. Bahkan di House of Common England, apabila sesuatu keputusan dibuat oleh mana-mana Pengerusi Majlis pada ketika itu akan dibawa perkara itu ke dalam satu jawatankuasa. Di mana semua yang terlibat di bawa berbincang bersama, sama ada bersetuju ataupun tidak dengan pandangan sedemikian. Jadi, Yang Berhormat jangan buat... Saya tidak hendak sebut perkataan “putar belit” itu. Jangan di speculate tentang apa yang kita bakal buat.
Saya ini mendapat tahu sama ada inconsistent ruling dan pandangan dalam perkara ini. Mungkin Tuan Yang di- Pertua nanti naik bolehlah...
Saya faham, Yang Berhormat.
Sudahlah. Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap panjang. Bagilah kita pula. Monopoli sahaja.
Saya faham. Saya faham. Saya akan bawa kepada Speaker dan juga colleague saya – Timbalan Speaker yang lain.
Yang Berhormat Ipoh Timur ini bercakap tidak habis-habis. Sudah tidak ada chance hendak bercakap. Bercakap sudahlah tidak betul pula tu. Cakap betul tidak apalah juga.
[Bangun]
Okey, okey. Yang Berhormat Kubang Kerian yang bawa usul, saya hendak dengar.
Cakap berbelit-belit, berbelit-belit, menghabiskan masa Dewan sahaja. kalau berani bagilah kita berhujah sama.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga merakamkan terima kasih di atas penjelasan dan homework yang dibuat. Saya rasa kalau seawal Yang Berhormat Kota Belud berucap dan memberikan pandangan...
Ini bukan soal Yang Berhormat Kota Belud lagi, Yang Berhormat. Soalannya, Yang Berhormat.
Saya tahu tetapi maknanya kalau seawalnya Yang Berhormat Kota Belud berucap dan menerima pandangan Yang Berhormat Ipoh Timur sudah tidak berbangkit masalah itu. Dalam Erskine May pun, Tuan Yang di-Pertua, dan di mana-mana practice di House of Common dan juga Commonwealth, kadang-kadang satu event yang berlaku, satu event yang lain itu mengajar. Saya rasa kita mendapat pengajaran pada hari ini supaya setiap orang perlu cermat menggunakan Peraturan Mesyuarat. Kedua, saya merujuk hanya kepada Hansard, jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada soalan saya tentang royalti dan tidak menyentuh langsung tentang hak Kelantan. Akan tetapi yang saya maksudkan tentang berlakunya suatu, dengan izin, mislead itu adalah tentang wang ihsan. Tadi Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa dalam semakan memang tidak ada khusus perkataan ‘royalti’ tetapi kita kena ingat konvensyennya juga tidak ada istilah wang ihsan sebagaimana Perlembagaan Negara tidak menyebut adanya satu keperluan orang Melayu mesti menjadi Perdana Menteri. Itu tidak ada. Akan tetapi konvensyen yang terpakai, wang ihsan ini tidak ada tanggungjawab. Ia tidak dimasukkan sebagaimana dalam Akta 144 mesti masuk ke dalam akaun kerajaan negeri. Wang royalti mesti dibayar mengikut peraturan yang ada tanggungjawab kepada akaun.
Baik, baik, Yang Berhormat.
Dengan sebab itulah saya mengatakan mislead nya di sini mengapa Menteri mengatakan Kerajaan Persekutuan sebelum ini telah memperuntukkan wang ihsan untuk negeri Terengganu. Dia sebutkan negeri Terengganu sedangkan dalam dokumen yang saya ada dan tahun-tahun, puluhan tahun selepas itu Petronas memberikan akaun itu – wang itu ke dalam akaun Kerajaan Negeri Terengganu. Itulah dia royalti. Jadi, saya merasakan kalau saya telah memberikan tempoh seminggu kepada Yang Amat Berhormat Menteri dengan penuh penghormatan, Yang Berhormat Kota Belud dan Menteri minta Yang Berhormat Permatang Pauh juga seminggu membuat penjelasan. Apa salahnya Perdana Menteri datang ke dalam Dewan yang mulia ini memperjelaskan apa maksud wang ihsan, apa maksud wang royalti supaya diberikan pengadilan floor yang sama... [Tepuk]
Sudah, sudah, Yang Berhormat.
Untuk memberikan penjelasan. Jangan berlaku satu penyelewengan lagi.
Yang Berhormat, duduk sebentar, Yang Berhormat.
Kita kena hormat intension of the fomer... ini yang masih hidup, Yang Berhormat Tengku Razaleigh, Yang Berhormat Gua Musang.
Kita hendak teruskan kerja kita Yang Berhormat.
Saya rasa kita perlu keadilan untuk Yang Berhormat, saya rayu datang ke Dewan membuat penjelasan apa dia yang dimaksudkan dengan wang royalti, apa dia wang ihsan. Terima kasih.
Setuju. Setuju.
Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Kerian tidak ada apa-apa, sebenarnya dia buat komen sahaja. Sebenarnya dalam apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tidak ada meminta Perdana Menteri datang untuk memberi penjelasan sebenarnya. Di dalam konteks itu hanya penyelewengan penggunaan perkataan. Jadi, saya komen soalan itu, Yang Berhormat. Soalan entitle atau tidak entitle sama ada menggunakan royalti atau bukan, bukan soalan yang saya boleh jawab, Yang Berhormat. Ini soalan lain.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Hansard saya, saya ada menyebut saya memberikan peluang kepada Yang Amat Berhormat Menteri selama tujuh hari untuk membuat penjelasan dalam Dewan yang mulia ini. Itu ada dalam Hansard saya.
Baik Yang Berhormat, sebagaimana yang saya sebut tadi, apa sahaja ketidakpuasaan di antara Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membawa perkara ini menggunakan Peraturan Mesyuarat 43 ke hadapan supaya perkara ini dipertimbangkan kalau dapat sampai ke Dewan ini Yang Berhormat. Sila.
Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku,
Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima dan membenarkan permohonan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang dijadualkan pada nombor 12 di belakangkan ke nombor 20 dan digantikan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan susunan giliran kementerian menjawab ke atas perbahasan Titah Diraja. Sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Pengajian Tinggi. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian semasa membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Krau, Simpang Renggam, Kinabatangan dan Parit Sulong telah membangkitkan dan menyambut baik langkah transformasi politeknik yang dilancarkan baru-baru ini termasuklah langkah menaik taraf tiga buah politeknik kepada politeknik premier. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan hasrat kerajaan untuk merencana Model Ekonomi Baru dan perlaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, pihak Kementerian Pengajian Tinggi menetapkan bahawa politeknik perlu melalui proses transformasi dengan diperkasa dan dimantapkan sistem pengajian teknikal dan vokasional supaya ia mampu memenuhi keperluan negara di samping bersaing menjadi institusi pilihan utama di kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Ia juga bermatlamat untuk menghapuskan persepsi awam yang selama ini mendakwa sistem pengajian politeknik hanyalah laluan kedua atau second chance dengan izin kepada pelajar. Serentak dengan pelancaran tersebut, tiga buah politeknik perintis telah dinaiktarafkan sebagai politeknik premier iaitu Politeknik Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam; Politeknik Ungku Omar, Ipoh dan Politeknik Johor Bahru. Bagi melaksanakan transformasi ini, kementerian akan memfokuskan usaha mempertingkatkan akses kepada politeknik melalui penyediaan lebih banyak tempat dan mempelbagaikan dan meningkatkan tahap pengajian politeknik. Kita akan melaksanakan proses leveling up, dengan izin, dari segi kompetensi pembangunan ilmu melalui usah menaik taraf secara berperingkat
bagi semua politeknik untuk menyediakan kursus bertaraf diploma dan ke atas. Mengurangkan secara berperingkat program-program sijil dan kemahiran bernilai tambah rendah. Langkah memartabatkan beberapa politeknik sebagai politeknik premier bertujuan untuk memfokuskan tenaga kepakaran dan pemusatan ilmu di dalam sektor pengajian politeknik kepada bidang-bidang kepakaran atau niche areas selaras dengan pembangunan industri negara. Langkah ini bakal mengangkat taraf pembangunan ilmu dalam institusi politeknik dan sektor kemahiran negara ke peringkat yang lebih tinggi. Saya yakin dengan transformasi kepada sistem pengajian teknikal dan vokasional yang telah di rencana dan dilaksanakan ini akan melonjakkan peranan politeknik di dalam sektor pengajian tinggi negara bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pembangunan modal insan berasaskan teknologi dan industri malah turut berperanan membantu usaha kerajaan secara keseluruhan ke arah pembangunan model ekonomi yang berlandaskan ilmu dan juga inovasi...
[Bangun]
Untuk menjawab Ahli Yang Berhormat Kuala Krau, fokus utama kementerian pada masa ini adalah untuk memperkasakan politeknik sedia ada terutama dalam melonjakkan peranan politeknik di dalam sektor pengajian tinggi negara...
Yang Berhormat.
...Dan menyiapkan tujuh buah politeknik yang sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan melangkaui Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Ya sila Yang Berhormat Kepong.
Ya Yang Berhormat Menteri, soalan dan penjelasan. Saya setuju kita hendak menaikkan itu tahap untuk politeknik. Dua perkara, yang pertama, saya berharap pihak kementerian dapat mengadakan kawalan ketat untuk itu memastikan, memantau standard bagi diploma dan sebagainya. Kita mesti meningkatkan standard bagi politeknik ini. Yang kedua saya berharap Yang Berhormat dapat mewujudkan peluang bagi pelajar-pelajar yang berpotensi mengambil ijazah di politeknik itu.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kepong, memang itu tujuannya apabila kita melancarkan program mentransformasikan politeknik terutamanya untuk tentukan agar keluaran politeknik benar-benar menepati kehendak keperluan negara dan juga khususnya industri, maka sudah pastinya kita mesti tentukan tahapnya yang dikeluarkan adalah mereka daripada kalangan yang berkualiti dan bermutu. Sebagaimana yang dikatakan bahawa ia akan menjadi laluan alternatif dan bersaing dengan sistem akademik, maka dalam jurusan politeknik akhirnya akan juga dipertingkatkan jenis-jenis kursus daripada diploma, diploma lanjutan, ijazah dan seterusnya. Jadi memang kita menjadi sebahagian daripada perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan pada perbahasan saya. Cuma pertamanya saya ingin tahu dalam tahun 2010 atau dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, berapa buah kah lagi politeknik akan dibina di seluruh negara dan Parlimen Kuala
Krau sekali lagi menawarkan tempat 100 ekar tanah untuk politeknik di bina di Parlimen Kuala Krau. Kedua, lepasan-lepasan politeknik ini, saya mohon Yang Berhormat Menteri membuat MoU atau perbincangan dengan Menteri Kerja Raya yang menjaga kontraktor kelas ‘F’ ini supaya dapat dibuka balik kelas-kelas ‘F’ ini sebab lepasan teknikal daripada politeknik ini tidak ada pekerjaan kalau kontraktor kelas ‘F’ ini yang dulu di bawah Yang Berhormat Menteri sendiri dapat dibuka semula supaya dapat lepasan-lepasan politeknik. Kalau dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tetapi dapat membuka syarikat sendiri bagi kelas F. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah saya katakan tadi bahawa di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita akan memberi tumpuan untuk menyiapkan tujuh projek politeknik yang sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. Fokus kita ialah untuk memperkasakan sistem pengajian politeknik di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, lebih kepada soal pembangunan intelektual dan bukan semata-matanya soal pembangunan fizikal. Akan tetapi dalam masa yang sama, saya ingin nyatakan bahawa walaupun kita mengambil pendekatan yang sedemikian, kerajaan bersetuju untuk kita membina ataupun menyediakan apa yang kita panggil sebagai politeknik metro iaitu politeknik yang akan kita wujudkan bagi menampung keperluan memenuhi kehendak industri perkhidmatan yang mana kita sebenarnya sekarang ini kurang pekerja-pekerja mahir dalam industri perkhidmatan. Buat permulaan, kita akan membina ataupun menyediakan empat politeknik metro dalam tahun ini dan enam di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Politeknik metro ini merupakan politeknik yang fleksibel, yang menyediakan program separuh masa dan sepenuh masa, dan ia ditempatkan di kawasan-kawasan bandar-bandar besar bagi tujuan untuk mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Ini kerana bagi membina sesebuah politeknik tradisional, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak antara RM300 juta ke RM350 juta. Manakala bagi membina politeknik metro yang menyediakan program yang memenuhi industri perkhidmatan, hanya dalam RM20 juta. Jadi, atas sebab itulah pendekatan diambil bagi memenuhi keperluan industri, pada masa yang sama mengurangkan kos kepada kerajaan supaya tidak terhalang usaha kita bagi memberi peluang kepada pelajar kita menguasai kemahiran dan pada masa yang sama dapat meneruskan agenda pembangunan dan kejayaan negara. Perkara yang kedua dalam soal hubung kait politeknik dan membuka balik kelas ‘F’, saya percaya bahawa kebanyakan pelajar yang memasuki politeknik, mungkin hanya segelintir sahaja yang akhirnya menjadi kontraktor. Akan tetapi yang lainnya adalah mereka yang berkemahiran dalam pelbagai bidang termasuklah teknologi. Bukannya semata-mata untuk menjadi kontraktor dan termasuk juga dalam bidang perkhidmatan. Jadi, keluaran politeknik bukanlah semata-mata untuk tujuan memenuhi industri pembinaan. Walau bagaimanapun, soal untuk membuka balik lesen kelas ‘F’, itu satu perkara yang tidak ada halangan untuk saya sampaikan kepada menteri yang bertanggungjawab. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Labis, Marang, Lipis, Simpang Rengam telah membangkitkan tentang kedudukan IPT yang
kurang memuaskan termasuk kualiti graduan, meluaskan akses dan soal-soal kebolehpasaran graduan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, memang menjadi matlamat utama Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara untuk memperkasakan institusi pengajian tinggi dan ini merupakan satu proses yang berterusan. Melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, usaha menjayakan matlamat tersebut adalah berdasarkan kepada sembilan projek agenda kritikal, daripada 22 projek agenda kritikal kesemuanya. Itu dalam soal tadbir urus, kepimpinan, akademia, pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan pembangunan, pengantarabangsaan, pembangunan holistik pelajar, MyBrain15, dan jaminan kualiti. Semua ini sedang berjalan dan merupakan asas-asas kepada KRA dan juga KPI kementerian. Walaupun begitu, ketika ini kita masih lagi di peringkat fasa yang pertama pelaksanaan pelan tersebut iaitu peletakan asas dan mulai tahun hadapan, kita akan memasuki fasa yang kedua iaitu peningkatan dan pemerkasaan sehingga tahun 2015. Dalam pada itu, saya juga ingin menyatakan bahawa dalam soal untuk kita mencapai matlamat mutu dan kualiti untuk IPT dalam negara kita, setiap IPT perlu melalui proses penilaian SETARA iaitu satu sistem penarafan institusi pengajian tinggi Malaysia yang dikelolakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). SETARA adalah mekanisme yang digunakan untuk mengukur kualiti, kebertanggungjawaban serta prestasi institusi pengajian tinggi. Ia merupakan langkah kementerian mengenal pasti kekuatan dan kelemahan IPT tempatan dalam usaha membudayakan penambahbaikan kualiti secara berterusan. Penarafan IPT melalui SETARA 2009 akan merangkumi universiti dan kolej universiti swasta dan tidak hanya tertumpu pada institusi pengajian tinggi awam sahaja. Pelaksanaan SETARA 2009 akan memberi fokus terhadap soal pelajaran dan pembelajaran dan keputusan penarafan dijangka akan dikeluarkan pada bulan Mei tahun 2010. Dalam soal penyediaan pinjaman agar akses...
Minta sedikit penjelasan.
Ya, Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberikan jawapan berhubung dengan kualiti graduan IPT ini. Saya merasa begitu..., tidak berapa senang, dan tidak berapa seronok lah melihat kebanyakan graduan daripada universiti kita ini, IPTA daripada keseluruhannya banyak bergantung pada mendapatkan pekerjaan. Mereka keluar daripada universiti dan menggunakan ijazah sebagai pasport untuk mendapatkan pekerjaan. Kalau tidak dapat pekerjaan, dia orang tidak boleh buat apa, atau pun tidak tahu hendak buat apa. Ilmu yang dipelajari di universiti-universiti itu atau pun pengetahuan yang diperolehi nampaknya tidak boleh membantu mereka untuk menjalani kehidupan. Tidak ada keusahawanan, tidak ada inisiatif, tidak ada kreativiti. Jadi, itu sebabnya kita tengok pada hari ini ramai yang menganggur apabila tidak dapat kerja. Padahal mereka boleh berbuat sesuatu, self employed.
Kalaulah kita bercakap soal Model Ekonomi Baru untuk meningkatkan pendapatan per kapita melonjak naik, kita perlu graduan-graduan yang boleh berdikari, berusaha sendiri. Sekarang ialah istilah usahawan. Usahawan ini berusaha, pandai berusaha, tetapi kalau belajar ekonomi di universiti, balik masih bergantung untuk dapatkan pekerjaan, hendak buka satu kedai runcit pun tidak reti, hendak buka jual goreng pisang pun tidak reti, hendak jual apa pun tidak reti, belajar ekonomi apa? Begitu juga belajar automotif, graduan automatif. Balik rumah bergantung pada employment... [Disampuk] Sedikit sahaja lagi. Akan tetapi kalau tidak ada dia tidak reti hendak buka workshop sedikit kah, hendak jadi mechanic kah, apa kah, hendak baiki kereta, kereta dia pun orang baiki. Kereta kawan-kawan dia pun, dia tidak reti hendak ambil peluang untuk baiki, buat business. Jadi, saya rasa perlu ada perubahan besar dalam usaha untuk meningkatkan kualitinya. Saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Pasir Salak. Memang saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat mengenai soal ini. Dalam memperkatakan soal kualiti graduan yang dihasilkan oleh IPT, kecenderungan mengukurnya sekarang ini adalah berdasarkan kepada soal kebolehpasaran graduan. Maka, atas sebab itulah soal ini menjadi perkara yang sentiasa diberi perhatian oleh semua pihak termasuklah daripada Yang Berhormat sendiri, yang mempunyai sebuah kolej. Mungkin tidak berhadapan graduan yang dihasilkannya dalam soal ini. Kementerian menyedari hakikat ini. Kalau dahulu fungsi universiti hanya dalam soal menentukan penguasaan dan pencapaian akademik pelajar, tetapi pada masa kini, fungsi dan tanggungjawab universiti telah berubah. Bagaimana menghasilkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi yang benar-benar berketerampilan dan mempunyai sifat dan perwatakan yang positif, menarik dan dinamik. Inilah yang akan menyumbang kepada kebolehpasaran mereka yang tinggi. Dalam soal untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan ini, ada beberapa tindakan yang diambil oleh pihak kementerian. Pertamanya ialah melalui aktiviti kokurikulum dan IPT. Kita telah melancarkan buku, Pembangunan Pelajar Memperkasakan Kokurikulum IPT, dan sekarang ini kita sedang menyelaras dan menyeragamkan usaha memberi kredit kegiatan kokurikulum. Kita juga telah melancarkan Malaysian Soft Skill Scale (My3S) iaitu satu instrumen yang dibangunkan untuk mengukur tahap penguasaan pelajar dalam tujuh elemen kemahiran insaniah. Pada masa yang sama, kerjasama dan hubungan antara industri juga dengan pusat-pusat pengajian tinggi merupakan antara pendekatan dan juga boleh membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Yang Berhormat Menteri, boleh sikit?
...Dan yang keempat ialah usahawan.
Sedikit tadi, keusahawanan.
Keempat baru usahawan. Jadi saya pergi satu-satu.
Okey, terima kasih.
Yang Berhormat Kepong,
Yang Kepong.
Hendak beri jalan ya?
Penjelasan, saya setuju kalau kita hendak mempertingkatkan standard pelajar IPTA dan IPTS untuk pasaran, tidak tersekat kepada Yang Berhormat Pasir Salak, kadang kala dia menyeleweng sedikit.
Eh, apa yang menyelewengnya? Yang Berhormat Kepong ini cari pasal pula ni... [Ketawa].
[Ketawa] Ya, yang pertamanya Yang Berhormat, masuk ke IPTA ataupun IPTS itu untuk belajar, untuk berfikir, itulah tugas yang pertamanya, untuk beri pelajar berfikir. Di sini saya hendak mengetahui dengan usaha Yang Berhormat, setakat manakah IPTA atau institusi seperti ini digolongkan dalam institusi yang teratas misalnya dengan Times classification yang teratas dan sebagainya. Sekarang kalau tidak silap saya masih tidak dalam lingkungan 200 di dunia universiti kita dan kita mestilah berusaha juga walaupun ini bukan satu-satunya ukuran tetapi kalau kita boleh berusaha untuk meningkatkan tahap universiti kita di dunia, itu memang satu usaha yang mesti kita teruskan. Keduanya mengenai kualiti atau mutu pengajar, profesor, associates professor dan pensyarah. Di sini memang saya memberi perhatian kerana saya nampak kualiti itu masih tidak mencapai tahap yang tinggi dan saya berharap Yang Berhormat dapat memberi perhatian supaya profesor, associates professor dan pensyarah kita mencapai tahap yang lebih tinggi daripada sekarang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya berkait dengan transforming university supaya menjadi kompetitif berbanding dengan universiti-universiti lain. Khususnya kita dapati bahawa pada masa kini, kategori pekerja berkemahiran tinggi agak berkurangan atau rendah berbanding dengan negara-negara seperti Singapura, Korea Selatan dan Taiwan. Singapura – 49%; Korea Selatan – 36%; Taiwan – 33%; dan manakala komposisi pekerjaan untuk kategori pekerja kemahiran tinggi hanya adalah 25%. Ini merupakan satu barrier untuk Malaysia menjadi satu negara yang boleh bertanding dan bersaing dengan negara-negara lain. Soalan saya ialah apakah cadangan kerajaan khususnya kementerian untuk meninggikan daya persaingan universiti-universiti untuk membentuk satu student population yang boleh compete bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara- negara lain, minta penjelasan.
Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah melahirkan pandangan dan juga membuat pertanyaan, soal usahawan saya akan pergi bila sampai pada masanya kerana saya menyentuh soal hubungan dengan industri. Soal ranking saya telah katakan bahawa kita memang tidak mengetepikan soal pencapaian mutu, kualiti sebab kita mempunyai asas-asas kita dan juga matlamat kita sebagai sebuah negara yang sedang membangun. Soal penglibatan penyertaan kita dalam Times Higher Education System, kita dapati bahawa pada tahun lepas Universiti Malaya mendapat kedudukan 180, within the 200 dan kita mesti tahu bahawa 15,000
universiti seluruh dunia yang mengambil bahagian dalam program ranking ini dan kita mempunyai lima universiti dalam negara kita yang di bawah 500, within the 500, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi kita tidak mengatakan bahawa kita boleh berpuas hati dengan kedudukan itu, dan saya telah nyatakan tadi bahawa kita akan melakukan proses continuous quality measurement - pengukuran kualiti secara berterusan melalui sistem setara. Sistem setara ini akan memberitahu kita mengenai kedudukan universiti kita, kesihatannya, kemampuannya dan apa sahaja perkara yang daripadanya akan kita lakukan untuk kita memperbaiki kedudukan mereka. Jadi pada masa yang sama, soal yang dihubungkaitkan mengenai pelantikan profesor dan sebagainya ada dalam jawapan saya bila sampai masanya kerana telah pun dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang lain, cara kriteria kita untuk pelantikan profesor. Soalan daripada Yang Berhormat Klang untuk kita meningkatkan dan mengatasi isu pekerja mahir yang sedikit di negara kita, memang benar Laporan Bank Dunia mengatakan bahawa jumlah pekerja berkemahiran dalam negara kita berada pada kadar 25% maka berasaskan kepada itulah kita melakukan transformasi termasuk dalam sistem politeknik. Kalau dahulu politeknik membuka peluang untuk pelajar mengambil sijil dan setakat diploma, hari ini kita akan tentukan semua politeknik menyediakan program diploma dan selepas itu menyediakan program diploma lanjutan dan seterusnya untuk kita meningkatkan sedikit demi sedikit jumlah pekerja kita ataupun graduan kita yang mempunyai kemahiran yang tinggi. Jadi ini selain daripada pendekatan-pendekatan yang lain yang kita ambil.
Ya, sila Yang Berhormat.
Saya sungguh tertarik dengan ucapan dan jawapan tentang kementerian mengadakan hubungan dengan industri-industri. Saya hendak minta penjelasan adakah kementerian membuat kajian dengan industri tentang demand dan supply, kehendak tiap-tiap industri. Contohnya berapa engineer yang dikehendaki di dalam lima tahun, berapa doktor, berapa computer programmer supaya mereka yang mendapat ijazah akan mempunyai kerja bila mereka graduate. Pada pandangan saya pada hari ini, tidak ada kajian oleh sebab itu mereka graduate tetapi tidak dapat kerja. Ada langkah dibuat untuk – to meet the requirement di dalam tiga tahun, lima tahun yang akan datang.
Terima kasih Yang Berhormat, kajian itu dibuat oleh agensi pusat seperti EPU dan kita menggunakan kajian itu untuk kita membuat perancangan kita. Akan tetapi, pada masa yang sama jika kita hanya menggunakan itu, kita akan menafikan peluang akses kepada rakyat kita yang ingin melanjutkan pelajaran hanya semata-mata kerana ada pandangan bahawa dalam masa beberapa tahun akan datang bahawa tidak ada permintaan dan sebagainya. Lagipun dalam keadaan dunia kita sekarang yang penuh cabaran dan sentiasa berubah, yang penting ialah bukan untuk mendapat pencapaian akademik hanya melalui institusi formal seperti dalam IPT tetapi kita perlu lakukan pembelajaran sepanjang hayat walaupun sudah keluar daripada universiti, dalam zaman sekarang kalau ingin berjaya kita tidak boleh hanya berhenti setakat apa yang kita dapat dalam institusi formal.
Kita mesti perlu terus mendapat pembelajaran sepanjang hayat bagi membolehkan kita menangani cabaran dan menyesuaikan diri kita dalam kehidupan yang baru. Jadi atas sebab itulah, walaupun ia penting, walaupun ia dilakukan oleh agensi pusat, walaupun kita gunakan itu sebagai asas kita dalam membuat perancangan tetapi kita tidak akan menjadikan ia sebagai penghalang bagi anak-anak kita untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkat yang tinggi. Jadi dalam soal hubungan industri, memang pihak kementerian telah pun mewujudkan satu kerangka dasar latihan industri kepada Jawatankuasa Kabinet mengenai pembangunan modal insan yang telah menetapkan garis panduan bagaimana perlu ianya dijayakan dan mengambil kira semua perkara-perkara dan masalah-masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Bachok dan juga Rembau. Tuan Yang di-Pertua, mengenai soal keusahawanan, dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan, kementerian juga melihat soal menyediakan graduan yang ingin bekerja sendiri.
Yang Berhormat boleh sambung petang ini Yang Berhormat.
Ya, terima kasih. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambung mengenai soal kaitannya antara keusahawanan dan soal meningkatkan kebolehpasaran graduan. Dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan, kementerian juga melihat soal menyediakan graduan yang ingin bekerja sendiri khususnya yang ingin menjadi usahawan. Kementerian telah mewujudkan Unit Usahawan yang akan bertanggungjawab menyusun dan menyelaras usaha-usaha untuk mendedahkan graduan kepada bidang keusahawanan yang mana keusahawanan dalam IPT adalah untuk mencapai beberapa matlamat: (i) untuk memudahkan graduan dan menggalakkan mereka bekerja sendiri; (ii) untuk mencapai matlamat agar graduan mempunyai nilai- nilai keusahawanan yang mana nilai-nilai itu menjadi antara perkara yang dilihat oleh majikan dan juga industri yang boleh membantu industri dan syarikat dalam berhadapan dengan cabaran dan juga dalam usaha untuk berjaya dalam persaingan. Nilai-nilai tersebut antara lain seperti inovatif, berdaya maju, berdaya saing dan memiliki ketahanan mental serta fizikal yang dalam pemikiran dan juga mampu bekerja sebagai sepasukan dan sebagainya.
Yang Berhormat Menteri, boleh minta penjelasan? Berkaitan dengan latihan-latihan usahawan kepada pelajar-pelajar kita di universiti. Rakyat nampak latihan usahawan yang kita bagi ini terlalu mudah. Kadangkala kita benarkan pelajar-pelajar kita berlatih melalui pasar tani,
ekspo, perdagangan dan sebagainya. Apakah tidak ada perancangan daripada kementerian untuk melatih benar-benar usahawan bagi mengambil bidang yang lebih mencabar dan mendapat keuntungan yang lebih besar?
Lagi panjang kah Yang Berhormat?
Pendek sahaja. Terima kasih Yang Berhormat. Dalam usaha kementerian untuk menggalakkan dan menyediakan pelajar kita supaya melihat kepada soal untuk berdikari, bekerja sendiri dan menjadi usahawan. Pendekatan yang kita ambil adalah dari segi pendedahan dan juga pembudayaan. Di dalam konteks pelajar yang memang ingin menjadi usahawan, kita menerima hakikat bahawa kita perlu lebih mengadakan program-program yang boleh menjayakan hasrat dan juga matlamat mereka. Itu bermakna ia tidak boleh terhenti di peringkat kementerian tetapi kementerian perlu mengadakan usaha sama dengan badan-badan serta agensi yang lain bagi memungkinkan pelajar- pelajar itu menepati, mencapai matlamat dan juga hasrat mereka. Atas sebab itu, kementerian telah pun mengadakan kerjasama dan usaha sama dengan beberapa badan seperti Permodalan Usahawan Nasional Berhad bukan sahaja dalam soal melihat kepada peluang yang akhirnya seseorang graduan itu boleh fikir untuk menceburkan diri tetapi dalam perkara-perkara lain yang sememangnya perlu bagi menjayakan jika mereka ingin menjadi usahawan seperti pinjaman dan sebagainya. Perkara-perkara itu memang kementerian tidak akan lakukan kerana ia di bawah tanggung jawab kementerian lain. Akan tetapi kementerian akan mewujudkan kerjasama supaya graduan-graduan ini apabila mereka mempunyai cita-cita untuk berdikari dan bekerja sendiri dengan adanya hubungan yang kementerian jayakan, maka ia akan menyumbang dan membantu graduan ini untuk mencapai cita-citanya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Silam mencadangkan agar diperluaskan bidang kajian di IPT terutamanya dalam bidang pelancongan. Menyentuh mengenai perkara ini, sememangnya penyelidikan di IPT dipelbagaikan dan merangkumi banyak bidang. Ini termasuklah dalam bidang pelancongan di mana dalam tempoh 2006-2010, sebanyak 27 projek penyelidikan berkaitan bidang pelancongan di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental telah diberi peruntukan oleh pihak kementerian. Yang Berhormat Parit Sulong mencadangkan agar penekanan diberikan kepada budaya pembelajaran sepanjang hayat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembelajaran sepanjang hayat sememangnya merupakan salah satu daripada matlamat pelan strategik pengajian tinggi negara. Seperti mana kita sedia maklum, untuk berdaya saing di peringkat global, Malaysia perlu mempunyai modal insan yang berupaya memperbaharui ilmu dan kemahiran untuk menangani tuntutan dan cabaran baru. Pembelajaran sepanjang hayat perlu untuk menyokong pembangunan modal insan selaras dengan keperluan ekonomi berasaskan inovasi dan pembangunan masyarakat berpengetahuan. IPT digalakkan menyediakan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat melalui Program Pengembangan Eksekutif Separuh Masa dan Jarak Jauh. Strategi pelaksanaan meliputi usaha meningkatkan promosi, mekanisme dan prasarana terutamanya melalui kemudahan penggunaan ICT. Untuk makluman, kolej komuniti turut memikul usaha untuk memajukan proses pembelajaran sepanjang hayat bagi golongan masyarakat awam. Sejak
tahun 2001 – 2009, seramai 401,000 peserta telah mengikuti kursus jangka pendek dalam pelbagai bidang. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, dalam soal bantuan kewangan sejak 1 Mac 2007 lagi, PTPTN telah menawarkan pembiayaan pendidikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian secara jarak jauh atau sepenuh masa di IPT Awam bagi peringkat diploma, ijazah pertama, sarjana, doktor falsafah dan kursus profesional. Jumlah pembiayaan hanyalah untuk yuran pengajian yang ditetapkan oleh IPTA. Yang Berhormat Lipis, Parit Sulong, Kapit, Sarikei dan Silam mencadangkan supaya bilangan kolej komuniti ditambah agar setiap kawasan Parlimen mempunyai sebuah kolej komuniti dan kursus yang ditawarkan juga perlu dipelbagaikan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembinaan kolej komuniti dibuat berdasarkan kepada keperluan semasa dan faktor-faktor tertentu, bukan sahaja dalam kawasan Parlimen berkaitan, tetapi dalam daerah di mana kawasan Parlimen itu wujud. Antara faktor-faktor itu ialah unjuran bilangan kepadatan penduduk dan bilangan sekolah peringkat menengah di kawasan Parlimen dan daerah serta daerah tersebut tidak mempunyai institusi pengajian atau pusat kemahiran lain seperti politeknik, IKM, ILP dan IKBN...
[Bangun]
Sehingga Januari 2010, terdapat 42 buah kolej komuniti induk dan 22 buah kolej komuniti cawangan yang sudah beroperasi, manakala sehingga Julai 2009, enrolmen pelajar di kolej komuniti pula telah meningkat kepada seramai 17,279 orang.
Mohon penjelasan, Yang Berhormat Menteri. Silam. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dari segi unjuran penduduk yang seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri dari segi keperluan sesebuah kolej komuniti, saya ingin penjelasan yang lebih lanjut daripada Yang Berhormat Menteri, berapakah jumlah bilangan sekolah-sekolah menengah di sesebuah kawasan ataupun daerah untuk diperlukan bagi membolehkan untuk kita memohon dan mencadangkan supaya mewujudkan kolej komuniti tambahan di sesuatu kawasan itu. Yang kedua, saya mohon penjelasan jika pihak kementerian ada mengambil inisiatif untuk membuat kajian secara menyeluruh dan berterusan berhubung dengan keperluan dan kepentingan kolej komuniti serta pendidikan sepanjang hayat negara kita ini. Terima kasih.
[Bangun]
Dato’ Menteri boleh jawab sekali tidak? [Ketawa] Okey.
Terima kasih. Berkaitan dengan kolej komuniti, Yang Berhormat tadi menyebutkan ada kriteria-kriteria tertentu tetapi dalam ingatan saya, dasar satu kawasan Parlimen satu kolej komuniti ini diumumkan secara rasmi dalam satu ucapan belanjawan kalau saya tidak silap oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan ketika itu. Jadi adakah ini satu perubahan kepada dasar itu dan kalau ianya begitu, saya haraplah pertimbangan-pertimbangan yang lebih rapi seperti khusus untuk negeri- negeri Kelantan dan saya yakin Sabah juga diberi pertimbangan supaya walaupun sudah ditukar dasar satu Parlimen satu kolej komuniti, ianya tidaklah seketat
nampak gaya Yang Berhormat Menteri cuba gambarkan untuk kita wujudkan sebuah kolej komuniti dalam sesuatu kawasan Parlimen. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, soalan khusus mengenai kolej komuniti di Balik Pulau. Saya yakin pendekatan kolej komuniti ini kalau betul-betul dilaksanakan mempunyai impak yang langsung terhadap masyarakat setempat terutama luar bandar, tetapi persoalan saya kenapa pada hari ini, contohnya di Balik Pulau itu kolej komuniti kalau tidak silap, masih menumpang sifatnya. Bukan satu kolej yang tersendiri maksud saya dan saya difahamkan jumlah peruntukan pun telah dipakai, tetapi tidak wujud seperti yang diaspirasikan oleh Menteri sendiri mengenai dasar ini. Mohon penjelasan.
Boleh? Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya ingat, Tuan Yang di-
Kota kami kota sejati, Bukan kota Qabil dan Habil, Setia kami setia sejati, Bukan di mata atau di bibir. Ini rakyat saya hendak sampaikan kepada Menteri betapa mereka pun menunggu sebetulnya kewujudan kolej komuniti di Kinabatangan, tetapi dalam menunggu mereka tetap setia juga bersama Barisan Nasional. Sedangkan kolej komuniti ini saya setuju dengan Tumpat, telah dimaklumkan oleh kerajaan melalui bajet yang telah diumumkan oleh Menteri ketika itu pula tetapi hari ini pun belum ada, sedangkan kolej komuniti itu merupakan satu keperluan kepada rakyat negara ini yang di luar bandar khususnya, untuk mendapat technology skill dalam kolej komuniti itu sebab hendak ke Semenanjung mungkin peruntukan tidak ada, tempat pun terhad. Jadi kalau ada kolej komuniti ini, sudah tentu boleh menampung keperluan masyarakat dan pelajar-pelajar setempat, khususnya di Kinabatangan. Mintalah Dato’ Menteri kalau boleh tahun inikah tahun depan mulalah di Kinabatangan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Menteri, ada sedikit, belakang sini. Limbang, Limbang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menyokong apa yang dikatakan Tumpat tadi dan juga Kinabatangan. Yang sebenarnya bagi kawasan saya, saya telah pun menerima surat daripada kementerian, bahawa community college telah pun diluluskan dan sebagaimana yang dikatakan Yang Berhormat Menteri tadi bahawa ia akan diutamakan tempat-tempat yang tidak ada institusi lain seperti IKBN dan sebagainya. Untuk pengetahuan Menteri, tempat saya di kawasan Limbang memang satu institusi kolej pun belum ada. Jadi ini saya ingin mohonlah kepada pihak Menteri bahawa Limbang itu memang memenuhi kriteria. Terima kasih.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat dari Silam, Balik Pulau, Tumpat, Kinabatangan dan juga Limbang. Saya boleh rumuskan bahawa memang benar kerajaan umumkan bahawa setiap kawasan Parlimen satu kolej komuniti tetapi kita masih dalam soal pelaksanaan. Yang saya cakap tadi ialah dari segi soal pelaksanaan, kita tidak boleh buat secara sekali gus, semua sekali, in one go, dengan izin. Maka dengan itulah dari
segi pendekatan pelaksanaan, kita mengambil pendekatan jika mana-mana kawasan itu tidak ada satu pun lagi institusi yang lain, maka kita bagi keutamaan. Mengikut perancangan kementerian buat ketika ini kita sudah ada 42 buah kolej komuniti induk dan 22 buah kolej komuniti cawangan. Dalam tahun ini kita sedang membina sebanyak 11 lagi dalam proses penubuhan dan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita telah kemukakan kepada EPU sebanyak 19 buah lagi.
Ini termasuk Kinabatangankah ini, Dato’ Menteri?
Insya-Allah, saya akan ambil kira sebab Yang Berhormat dari Kinabatangan tidak pernah gagal untuk mengemukakan permohonan setiap kali dalam golongan seperti ini. Jadi kita akan ambil kira semua itu. Saya tidak ada maklumat dari segi unjuran seperti yang diminta oleh Silam, berapa banyak sekolah dan sebagainya. Itu nanti saya akan maklumkan kerana ini hanya dari segi amalan pendekatan yang kita buat bagi tujuan untuk kita tentukan pelaksanaannya mana yang sepatutnya diberi keutamaan dan sebagainya. Pokoknya, kita sedang bina sekarang ini 11 ataupun sedang dalam proses penubuhan dan 19 lagi kita telah kemukakan. Sama-samalah kita tunggu jawapan daripada EPU untuk kita jayakan 19 kolej komuniti di seluruh negara yang baru seperti yang kita kehendaki. Bagi Balik Pulau, saya akan lihat dan siasat apa sebenarnya keadaan kolej komuniti di sana. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Labis dan Yang Berhormat Sungai Petani telah membangkitkan tentang pelantikan naib canselor dan juga profesor yang perlu berasaskan merit. Seperti yang telah dimaklumkan terdahulu daripada ini sememangnya kaedah dan kriteria pemilihan naib canselor telah pun ditetapkan melalui dua jawatankuasa yang telah ditubuhkan dan perkara ini telah pun dimaklumkan sebelum daripada ini. Manakala bagi pelantikan profesor, pihak kementerian telah melahirkan satu garis panduan pelantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan profesor di institusi pengajian tinggi awam, yang mana kita juga akan meminta IPT di peringkat swasta untuk sama-sama mengguna pakainya bagi tujuan untuk memelihara dan memartabatkan kredibiliti akademik dan kesarjanaan para profesor. Garis panduan ini menjelaskan tentang proses, prosedur dan kriteria pelantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan profesor sehinggalah ke penganugerahan profesor diraja. Dalam membuat pelantikan ke jawatan profesor, kriteria berikut telah diguna bagi membuat pelantikan iaitu:
(i) penyelidikan dan penerbitan; (ii) pengajaran dan penyeliaan; (iii) sanjungan akademik dan kepimpinan akademik; (iv) khidmat kepada universiti dan masyarakat; dan (v) perundingan jaringan industri dan juga klinikal. Dengan adanya garis panduan ini, bukan sahaja kita akan tentukan mereka yang layak, yang wajar mendapat gelaran profesor ataupun jawatan profesor tetapi kita juga akan tentukan mereka yang tidak sewajarnya menggunakan nama profesor tidak boleh menggunakannya.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, setakat itu sahajalah yang dapat saya jelaskan tentang perkara-perkara yang dibangkitkan berkaitan Kementerian Pengajian Tinggi. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan cadangan untuk kita menambah baik perkhidmatan sektor pengajian tinggi negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya ingin menjemput Menteri dari Kementerian Perdagangan, Antarabangsa dan Industri.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu-isu berkaitan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri semasa perbahasan Titah Diraja. Secara umumnya ada empat isu besar yang dibangkitkan: (i) berkaitan dengan daya saing ekonomi negara kita; (ii) pentadbiran lesen import ataupun AP dan juga berkaitan dengan lesen import AP bagi kenderaan dan gula; (iii) berkaitan FTA antara ASEAN dan negara China; dan (iv) berkaitan dengan FDI ataupun pelaburan luar (foreign direct investment). Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan daya saing dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau. Beliau mencadangkan supaya diadakan pendekatan holistik dalam meningkatkan daya saing negara. Saya hendak maklumkan bahawa ini merupakan agenda penting kerajaan untuk meningkatkan daya saing negara dan langkah-langkah telah pun dilaksanakan khususnya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang ini dalam memastikan bahawa kedudukan Malaysia dalam ranking yang dibuat oleh beberapa badan antarabangsa meningkat dari semasa ke semasa. Kita mengakui bahawa masih banyak lagi perlu dilakukan tetapi kita tahu bahawa langkah- langkah sedang dilaksanakan akhir-akhir ini akan memberi kesan dalam tempoh terdekat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, prestasi daya saing Malaysia terdapat dalam tiga laporan antarabangsa iaitu: (i) Doing Business Report oleh World Bank; (ii) World Competitiveness Yearbook oleh Institute of Management Development di Switzerland; dan (iii) Global Competitiveness Report oleh World Economic Forum yang juga dari Switzerland. Saya ingin sentuh salah satu daripada laporan ini iaitu yang diterbitkan oleh World Competitiveness Yearbook 2009 yang diumumkan pada bulan Mei tahun lalu, di mana kedudukan kita berada pada tempat ke-18 daripada 57 buah negara berbanding dengan ke-19 tahun sebelumnya. Tahun 2008 tempat ke-19, tahun 2009 kedudukan ke-18. Dari segi kecekapan perniagaan, Malaysia berada di tempat ke-13 iaitu satu peningkatan kedudukan berbanding tahun sebelumnya.
Laporan ini mengukur kecekapan perniagaan dari aspek produktiviti dan kecekapan, pasaran buruh, sektor kewangan, amalan pengurusan sikap dan nilai dalam menjalankan perniagaan. Kita berpuas hati kerana terdapat sedikit peningkatan. Umpamanya dalam aspek mendapat modal teroka, ia meningkat daripada kedudukan ke-13 pada tahun 2008 kepada kedudukan ke-4 pada tahun 2009. Dari sudut pasaran saham, menyediakan pembiayaan kewangan yang mencukupi meningkat kedudukan dari kedudukan ke-15, ke kedudukan ke-4 tahun lalu. Peraturan bank dipermudahkan, kedudukan ke-22, ke kedudukan ke-11 tahun 2009. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah termasuklah PEMUDAH untuk meningkatkan lagi kedudukan daya saing Malaysia termasuklah mengurangkan bilangan hari untuk memulakan perniagaan daripada 11 hari kepada tiga hari, mewujudkan new commercial court untuk mempercepatkan kes perdagangan mulai 1 September 2009, memperkenalkan nombor identiti tunggal korporat MyCoID untuk memudahkan urusan dengan agensi kerajaan, mengurangkan bilangan hari untuk mendaftarkan hartanah (landed properties) daripada 41 hari kepada dua hari bagi kes-kes biasa. Langkah-langkah ini baru diperkenalkan dan kita berharap ranking Malaysia akan meningkat. Selain itu, Pelan Transformasi Kerajaan yang diumumkan pada bulan Januari yang lalu kita yakin akan terus meningkatkan kedudukan Malaysia. Pelan ini diarah oleh PEMANDU dan ada enam NKRA seperti sedia maklum, bermula dengan untuk mengurangkan kadar jenayah, membanteras rasuah dan lain-lainnya. Maka dengan terlaksananya Government Transformation Program (Pelan Transformasi Kerajaan) ini, kita cukup yakin bahawa kedudukan Malaysia akan bertambah baik. Selain itu, apabila mengumumkan Modal Ekonomi Baru semalam, kerajaan menekankan juga kepada hal-hal berkaitan dengan pelaksanaan. Akan ditubuhkan satu unit khusus untuk memastikan bahawa segala perancangan yang kita tetapkan dalam Model Ekonomi Baru itu akan dilaksanakan. Itu hal yang pertama dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau iaitu daya saing. Yang kedua berkaitan dengan konsultasi usahawan. Yang Berhormat Kuala Krau telah mencadangkan supaya kesemua NGO, persatuan dan dewan perniagaan dirundingi untuk menggubal Model Ekonomi Baru. Saya ingin maklumkan seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, memanglah kerajaan telah mengadakan perundingan dengan pelbagai NGO dan persatuan dalam negara kita sebelum menggubal Model Ekonomi Baru. Setelah diumumkan, setelah dibentangkan laporan semalam, maka proses konsultasi ini ataupun perundingan akan berterusan. Maknanya rakyat daripada pelbagai golongan termasuk Ahli Parlimen dan juga persatuan-persatuan perniagaan ada peluang untuk memberi input kepada penggubalan Model Ekonomi Baru. Jadi saya ingin memberi keyakinan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa inilah amalan kita di Malaysia di mana sebelum setiap dasar diperkenalkan, satu proses konsultasi ataupun perundingan yang intensif diadakan untuk membolehkan kita mendapat input dan seterusnya untuk mendapat sokongan daripada rakyat supaya apabila dilaksanakan kita tidak akan menghadapi masalah yang serius. Yang kedua berkaitan dengan pentadbiran lesen import. Ini juga telah mendapat minat daripada Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Wangsa Maju dan juga Yang Berhormat Pasir Mas. Kenyataan bahawa AP ini diberikan kepada golongan tertentu dengan tidak ada kriteria adalah tidak benar. Selaras dengan Dasar Ekonomi Baru, objektif utama
dasar pemberian AP terbuka diperkenalkan tahun 1970 adalah untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor automotif yang sebelum ini memang amat kecil sekali. Pada tahun 1997, satu lagi bentuk AP iaitu francais telah diperkenalkan. Pada awal tahun 70-an, sebanyak 254 syarikat telah diluluskan peruntukan AP terbuka. Walau bagaimanapun, setelah dibuat semakan antara tahun 1987 hingga kini, lesen untuk 156 syarikat telah pun dibatalkan. Bermula dengan 254, hari ini tinggal 98. Ini adalah kerana didapati beberapa syarikat tidak menjalankan perniagaan sendiri, tidak ada ruang pameran, tidak berkeupayaan kewangan dan pengurusan.
[Bangun]
Jadi dengan itu, maka sekarang ini cuma terdapat 98 syarikat yang diberikan AP terbuka oleh kerajaan.
Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini AP pada satu ketika saya ingat memang hebohlah diperkatakan di Dewan ini dan juga di merata-rata forum. Walau bagaimanapun, dengan kebijaksanaan kerajaan rasa saya, isu AP ini telah berkurangan. Walau bagaimanapun, saya terpanggil dengan isu AP dalam bentuk gula, buah-buahan dan sebagainya. Bolehkah kementerian mengeluarkan satu risalah siapakah sebenarnya, berapa isu AP, berapa AP yang telah dikeluarkan, berapa pemiliknya? AP gula siapa yang dapat, AP buah-buahan siapa yang dapat, AP barang- barang mentah seperti daging ayam siapa yang dapat? Ini kerana, saya mendengar daripada luar kalau saya tidak silap bahawa majoriti AP-AP sebegini dipegang oleh orang perseorangan. Contohnya, Kuok. Dia menjadi jutawan tetapi tinggal di Hong Kong, rakyat Malaysia. Segala kekayaan dia, dia bawa pergi luar negara tetapi keistimewaan kita beri. Jadi kalau ini berlaku, rasa saya, saya ingin meminta kerajaan dan kementerian memberhentikan persoalan yang sebegini sebab ini merugikan dan menguntungkan seseorang.
Sebelum itu, tahniah kepada Presiden MCA, Menteri Kesihatan kita di atas kemenangan selaku Timbalan Presiden. Terima kasih Yang Berhormat.
Itu macam part of DAP juga Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya akan pergi kepada gula sekejap lagi. Secara umumnya, saya hendak maklumkan memanglah kita mengenakan AP untuk import beberapa barangan, beberapa ratus AP dikenakan untuk memasuki barang ini diperlukan permit import. Kerajaan sedang mengkaji semula semua AP ini dan kaedah-kaedahnya dan insya-Allah apabila selesai kajian tersebut kita akan maklumkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Gula, saya akan pergi sekejap lagi. Jadi, berkaitan dengan AP tadi saya tidak mahu pergi lebih panjanglah. Yang Berhormat, terima kasih banyak. Yang Berhormat Kinabatangan pun kata sudah reda. Dahulu panas, hangat dalam Dewan ini, berapi-api, berasap, tinggal tidak terbakar sahaja tetapi hari ini reda sedikit. Oleh kerana Yang Berhormat telah pun mempunyai kefahaman yang lebih sedikit tentang perkara ini. Walau apa pun, saya hendak maklumkan bahawa dasar ini penting satu masa dahulu dan masih lagi penting untuk membangunkan bumiputera. Saya ingin maklumkan juga bahawa kita telah mengadakan, melaksanakan audit untuk memastikan syarikat- syarikat ini benar-benar menjalankan perniagaan mereka. Audit ini dilakukan
enam bulan sekali dan seperti dimaklumkan bahawa 31 Disember 2015, maka tamatlah AP untuk kenderaan terpakai ataupun AP terbuka. Jadi ada lima tahun lagi untuk syarikat-syarikat ini mempelbagaikan perniagaan mereka. Saya dimaklumkan bahawa setakat ini daripada 1998, lima syarikat memang mempunyai perniagaan yang pelbagai, sudah berjaya menepati matlamat kerajaan. Kerajaan bermatlamat menyediakan kemudahan-kemudahan ini, membolehkan syarikat-syarikat ini membangunkan keupayaan menjadi besar dan berjaya. Daripada 1998, lima telah berjaya mempelbagaikan aktivitinya. Sebanyak 60% lagi selain daripada menjalankan perniagaan AP juga mempunyai perniagaan jualan kereta yang lain. Jadi secara umumnya, syarikat-syarikat ini telah berjaya untuk menjadi usahawan bumiputera. Jadi setakat inilah berkaitan dengan AP. Seterusnya, Yang Berhormat Pasir Mas ada membangkitkan tentang RM10,000 dalam Dewan yang mulia ini semasa membentangkan Belanjawan 2010. Yang Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengumumkan bahawa setiap AP akan dikenakan bayaran sebanyak RM10,000. Ini adalah dilaksanakan setelah kita menjalankan kajian dan wang yang dikutip ini juga adalah untuk faedah mereka. Kita akan tubuhkan satu dana automotif, untuk membangun, untuk mempelbagaikan perniagaan pemegang-pemegang AP ini. Saya hendak maklumkan bahawa setakat ini, pada 25 Mac 2010 - RM42.3 juta telah dikutip berbanding dengan anggaran belanjawan sebanyak RM300 juta. Saya ingin maklumkan bahawa ada permohonan daripada pemegang-pemegang AP ini supaya kita meringankan sedikit beban mereka dari segi cash flow. Maka, kerajaan sudah bersetuju secara prinsip untuk membolehkan mereka bayar RM10,000 ini dalam ansuran. Akan tetapi hendaklah diselesaikan dalam tahun ini juga. Jadi itu cadangan Yang Berhormat Pasir Mas dan cadangan ini sedang kita muktamadkan untuk pelaksanaan bagi meringankan, untuk mengurangkan masalah cash flow yang mungkin beberapa syarikat ini hadapi.
Yang Berhormat, sedikit mengenai AP. Saya mohon pertimbangan dan penjelasan Yang Berhormat kerana ada satu kajian mengatakan. Sekiranya AP untuk motosikal berkuasa tinggi, 250cc ke atas yang second hand dikeluarkan, untuk dibawa masuk motor- motor itu dan boleh dijual dengan harga yang murah. Ia sedikit sebanyak akan menyelesaikan permasalahan mat rempit kerana dikatakan mat rempit-mat rempit ini tidak mempunyai wang untuk beli motor berkuasa tinggi. Mereka juga mengidamkan lifestyle yang lebih selamat, yang lebih sesuai dengan masyarakat. Ada mencadangkan agar AP membawa masuk motor yang ber c.c. lebih tinggi yang mana sukar untuk hendak di wheelie, mengganggu di jalan raya dipertimbangkan. Ada satu kajian dibuat oleh satu badan. Saya rasa mungkin boleh diperhalusi kerana sehingga sekarang permasalahan mat rempit ini gagal ditangani dengan sebaiknya. Ini mungkin salah satu perkara yang dapat dikaji.
Yang Berhormat Balik Pulau, AP untuk motosikal berkuasa kuda tinggi memang dibenarkan cuma bilangannya dihadkan untuk makluman Yang Berhormat. Seterusnya saya kembali kepada Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Johor Bahru yang menyentuh mengenai pentadbiran lesen AP bahan makanan serta monopoli dalam pemberian AP gula. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan mengenai gandum, rakan saya akan menjawabnya.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan bersetuju dengan pandangan supaya lesen import gula tidak dimonopoli atau diberikan kepada individu tertentu sahaja. Pada masa ini AP hanya dikeluarkan untuk pengimportan gula mentah, raw sugar, dengan izin, kepada pengilang yang dilesenkan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 untuk diproses sebagai gula bertapis. Sehingga kini sebanyak enam lesen pengilang telah diluluskan bagi mengeluarkan gula bertapis dan empat daripadanya telah beroperasi. Sistem pemberian AP yang diamalkan adalah bertujuan untuk memastikan bekalan gula bertapis bagi pasaran domestik sentiasa mencukupi dan harganya terkawal. Jadi mengenai hal ini kementerian sedang mengkaji kemungkinan untuk tidak mengenakan AP ataupun lesen import bagi mengimport gula. Berkaitan dengan perkara ini saya ingin maklumkan bahawa tahun lepas berlaku perubahan dalam pemilikan saham syarikat-syarikat ataupun kilang penapis gula ini. Di mana umpamanya, Malayan Sugar Manufacturing (MSM) sekarang ini dimiliki oleh FELDA. Begitu jugalah kilang gula FELDA, memang sudah ada FELDAlah. Ini perubahan yang berlaku pada akhir tahun lalu. FELDA merupakan salah satu dengan izin, big player dalam industri gula di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Salak telah menyentuh tentang kos buruh di negara kita yang lebih tinggi berbanding dengan negara- negara di Kampuchea, Vietnam dan negara China. Memanglah kita bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pasir Salak. Mengikut pandangan Yang Berhormat Pasir Salak, ini menjadikan negara tersebut lebih menarik bagi pelabur- pelabur dalam bidang tertentu. Pelabur-pelabur yang memerlukan dengan izin, labor intensive industries, maka negara-negara seperti Kampuchea dan Vietnam lebih kompetitif. Akan tetapi Malaysia pada hari ini tidak lagi menggalakkan pelaburan dalam bidang industri tersebut kerana kalau kita galakkan pelaburan dalam bidang yang memerlukan penggunaan guna tenaga yang tinggi. Ia akan menggalakkan pengimportan buruh asing dalam negara kita, tenaga kerja asing dalam negara kita. Jadi kita bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Nibong Tebal mencadangkan agar kerajaan memberi fokus kepada pelaburan dalam sektor bahan bakar yang boleh diperbaharui mengenai pekerja...
Sedikit sahaja mengenai pekerja Yang Berhormat Menteri. Sedikit mengenai pekerja. Saya ingin menanya sejauh mana kementerian, MIDA dan sebagainya, memberi faham kepada pelabur-pelabur asing terutama berkaitan dengan hal ehwal pekerja. Walaupun secara eksklusifnya merujuk kepada Kementerian Sumber Manusia tetapi kerana melibatkan pelabur asing kerana saya melihat trend sekarang terutamanya di zon bebas di Bayan Lepas. Mereka lebih suka mengambil pekerja- pekerja asing daripada pekerja tempatan kerana antara alasannya ialah pekerja tempatan ini banyak dia punya kehendaknya. Hendak berkenduri kendara dan sebagainya. Pilihannya pekerja kontrak asing dan pekerja tempatan pula sekarang ini dengan dasar bekerja sampai 12 jam sehingga akibat langsung kepada budaya setempat. Dahulu kita orang kerja kilang boleh ada masa gotong-royong, tengok sakit demam. Sekarang perkara-perkara itu sudah jadi akibat langsung daripada dasar yang mungkin kurang difahami oleh pelabur asing. Jadi saya hendak tanya sejauh mana kerana ada aduan-aduan yang saya rasa perlu kerana kadang hendak sembahyang Jumaat sehingga sekarang jadi masalah. So, sejauh mana
kementerian memberi faham kepada pelabur-pelabur asing ini apabila berada di lokasi-lokasi setempat yang tidak semestinya sama dengan operasi mereka di tempat yang lain.
Yang Berhormat Balik Pulau, jika ada masalah perkara ini boleh dilaporkan kepada pihak berkenaan, tidak harus ada masalah. Kita dukacita kalau ada syarikat-syarikat yang tidak membenarkan pekerja mereka untuk menunaikan solat Jumaat. Ini tidak harus berbangkit dalam negara kita. Persoalan yang lebih besar berkaitan dengan kefahaman. Kita mengadakan pertemuan dengan mereka, minggu lepas kami di MITI ada pertemuan dengan syarikat-syarikat terlibat dalam bidang electrical dan electronic. Memang sering kali dibangkitkan berkaitan dengan kesukaran untuk mendapat pekerja tempatan. Pertamanya, mereka maklumkan bahawa apabila dibuat iklan, maka bilangan yang berminat untuk bekerja dalam syarikat-syarikat ini tidaklah seberapa.
Dengan itu mereka menghadapi masalah untuk memenuhi tempahan. Tempahan meningkat ekonomi kita meningkat, mereka mendapat perniagaan yang lebih baik tetapi sukar untuk menambah pengeluaran. Jadi ini aduan yang kita terima. Saya hendak maklumkan bahawa kita selalu memberi kefahaman kepada mereka, kita berjumpa dengan mereka dan mereka memaklumkan masalah-masalah yang mereka hadapi dalam mendapat pekerja tempatan ini. Kita katakan kepada mereka mungkin ada kaitan dengan gaji yang diberikan. Dalam hal ini beberapa perbincangan telah pun diadakan antara MITI dan syarikat, antara Kementerian Sumber Manusia dengan syarikat berkenaan dan kita harap dengan gaji yang lebih tinggi ini maka pekerja tempatan akan lebih berminat untuk bekerja dengan kilang-kilang tersebut. Akan tetapi gaji hendaklah dikaitkan dengan produktiviti. Tidak boleh naik gaji sahaja tetapi pengeluaran tidak naik. Kalau gaji naik pengeluaran tidak naik bankrap syarikat, dia cabut lari maka Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Bayan Lepas tiadalah syarikat- syarikat ya. Kita kena pastikan gaji boleh naik tetapi pekerja harus sanggup untuk menambah produktiviti. Jadi ini satu perkara yang agak rumit untuk diberi pertimbangan dan pada masa ini satu lab sedang dilaksanakan untuk menentukan dasar negara berkaitan dengan penggunaan pekerja asing dalam negara kita termasuklah kesukaran bagi mendapat pekerja-pekerja tempatan untuk memenuhi keperluan dalam sektor swasta. Berbalik saya kepada Yang Berhormat Nibong Tebal berkaitan dengan industri mesra alam. Saya ingin maklumkan bahawa ini merupakan salah satu daripada industri dan bidang baru yang digalakkan oleh kerajaan seperti biodiesel, tenaga boleh diperbaharui ataupun renewable energy. Jadi kerajaan memberikan banyak insentif untuk sektor ini. Saya tidak mahulah pergi satu persatu termasuklah galakan taraf perintis, taraf perintis 100% ke atas pendapatan berkanun selama sepuluh tahun. Ini antara galakan-galakan yang diberikan. Ini satu bidang baru yang digalakkan oleh kerajaan. Saya ingin memberi jaminan kepada Ahli Yang Berhormat khususnya kepada Yang Berhormat Nibong Tebal yang membangkitkan perkara ini bahawa ini satu bidang yang digalakkan oleh kerajaan seperti renewable energy, solar dan lain-lain. Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga yang dibangkitkan ialah berkaitan FTA antara ASEAN dengan negara China. Isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kelang. Kesan FTA ini kepada peniaga dalam negara. Beliau juga membangkitkan sama ada kerajaan telah membuat analisa kos faedah sebelum memuktamadkan
perjanjian tersebut dan adakah kerajaan akan diclassify perjanjian tersebut? Saya hendak maklumkan bahawa perjanjian ini ada dalam MITI website. Ia bukan satu rahsia. Perjanjian FTA antara ASEAN dan China satu dengan izin, public document dan tidak perlu di classify - Yang Berhormat Klang, benda itu ada dalam MITI website. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat ASEAN dan China telah mula laksanakan kawasan bebas dagangan ini bermula Julai 2005 di mana duti import dikurangkan dan dimansuhkan secara berperingkat. Pada 1 Januari tahun ini duti import ke atas produk dalam pakej terakhir telah dimansuhkan. Dengan ini 90% produk yang diperdagangkan di antara Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand dengan negara China tidak dikenakan sebarang duti import. Saya ingin maklumkan bahawa terdapat 10% lagi duti import akan dikurangkan dalam masa yang lebih panjang. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan ini saya ingin maklumkan bahawa FTA dengan China ini telah mendapat sambutan yang amat baik. Ini dapat dibuktikan dari angka-angka berkaitan dengan eksport ke negara China melalui FTA. Penggunaan Sijil Keutamaan Tempasal ataupun Borang ‘E’ menunjukkan peningkatan sebanyak 143%. Kalau kita hendak eksport barangan di bawah FTA ini kita kena pakai Borang ‘E’ dan ia menunjukkan peningkatan 143% tahun lalu berbanding dengan tahun 2006. Daripada tahun 2009 sebanyak 23,424 Borang ‘E’ telah dikeluarkan dengan jumlah eksport sebanyak RM8.4 bilion, satu angka yang besar. Ini bermakna syarikat-syarikat Malaysia telah mendapat faedah daripada peningkatan eksport dengan terlaksananya FTA antara ASEAN dengan China. Produk-produk utama yang dieksport melalui FTA dengan menggunakan borang E termasuklah getah, minyak sayuran, asid sitrik, minyak kelapa sawit mentah dan asid asetik. China merupakan rakan dagangan Malaysia yang terbesar pada tahun lalu selepas Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun. Jumlah perdagangan tahun lalu ialah RM100 bilion hingga RM130 bilion atau kira-kira 13% daripada jumlah perdagangan luar negara kita. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, China merupakan sebuah negara penting bagi negara kita Malaysia. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat industri tempatan yang merasai impak FTA antara ASEAN dengan China. Setakat ini Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak menerima maklum balas negatif daripada kebanyakan industri tempatan terhadap pelaksanaan FTA ini kecuali dari sektor besi dan keluli mengenai kerisauan akan persaingan yang sengit dan import produk-produk China. Setakat ini tidak ada negara ASEAN yang bercadang untuk merunding semula konsesi di bawah FTA ini. Adalah diingatkan bahawa penurunan tarif ini bukanlah secara mendadak tetapi sebaliknya dibuat secara berperingkat sejak tahun 2005 lagi. Kerajaan sentiasa memantau impak FTA dan akan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk memastikan industri tempatan dapat bersaing dengan industri negara China. Sekiranya industri tempatan terjejas disebabkan oleh FTA ini, kerajaan boleh mengambil langkah strategik lain untuk menanganinya seperti anti- dumping dan safeguard, dengan izin. MITI akan terus memantau import dari negara China. Malaysia akan terus membincangkan dengan negara-negara rakan ASEAN yang lain untuk memastikan tiada masalah besar dalam melaksanakan FTA ini. Tuan Yang di-Pertua, ada cadangan supaya Malaysia menghalang kemasukan barang-barang dari negara China dan lain-lain akibat daripada FTA
tersebut. Ada cadangan umpamanya supaya dikenakan sekatan 10% ke atas peningkatan import daripada negara China. Kita ingin maklumkan bahawa dalam perdagangan kita kena ada prinsip timbal balas. Kalau kita kenakan sekatan terhadap import daripada negara China apa pula kalau negara China kenakan sekatan yang sama? Negara China merupakan pasaran terbesar Malaysia jadi kalau kita sekat kemasukan barangan daripada China maka barangan kita untuk memasuki pasaran China akan terjejas. Maka ini adalah tidak dibenarkan oleh perdagangan antarabangsa. WTO tidak membenarkan sekatan begini dan kita sebagai sebuah negara perdagangan yang besar pun tidak mahu perkara ini berlaku. Maka kerajaan tidak berhasrat untuk mengenakan sekatan import barangan daripada negara China berikutan daripada pelaksanaan FTA antara ASEAN dengan negara China. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Wangsa Maju mencadangkan lebih banyak hubungan perdagangan dan ekonomi dengan Amerika Syarikat dapat dibina melalui lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Amerika Syarikat yang dijadualkan pada April akan datang. Seperti Yang Berhormat sedia maklum Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang mempunyai hubungan dagangan yang kuat dengan Malaysia yang merupakan kira-kira 11%, China 13%. Perdagangan dengan negara tersebut satu pasaran yang penting. Begitu juga pelaburan. Kalau kita lihat kepada projek-projek yang telah dilaksanakan maka pelaburan di Amerika Syarikat adalah terbesar daripada syarikat-syarikat Amerika terbesar. Maka itu negara Amerika Syarikat juga adalah sebuah negara yang penting bagi negara kita Malaysia. Oleh yang demikian memanglah lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Amerika Syarikat pada bulan April adalah bertujuan antara untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan ekonomi. Kita berharap lebih banyak lagi syarikat-syarikat Amerika akan berminat untuk melabur di negara kita. Selain itu saya ingin maklumkan Dewan ini bahawa Menteri-menteri Ekonomi ASEAN akan mengadakan dengan izin, satu road show ke Amerika Syarikat bermula 3 hingga 7 Mei akan datang di Seattle, Washington dan mungkin juga di New York. Dengan adanya road show ini dan lebih penting dengan lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan April kita cukup yakin bahawa profil Malaysia di negara Amerika Syarikat akan meningkat. Dengan itu hubungan dapat ditingkatkan lagi dan kita cukup yakin ini akan membolehkan lebih banyak syarikat Amerika Syarikat mengetahui tentang kekuatan dan kelebihan untuk melabur dalam negara kita Malaysia. Yang Berhormat Kinabatangan minta MITI dan EEC menyediakan kemudahan kepada pelabur asing dalam menarik minat mereka untuk melabur di Malaysia. Beliau mahu disediakan pegawai yang berkebolehan dan berpengetahuan luas dalam bidang pelaburan demi meningkatkan jumlah pelaburan dalam negara.
Saya ingin maklumkan bahawa ini merupakan salah satu daripada perkara penting untuk kita teliti bagi meningkatkan keberkesanan agensi tersebut. Saya ucapkan terima kasih kepada pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Kinabatangan dan MITI melalui MIDA akan terus memastikan bahawa tindakan- tindakan yang lebih agresif diambil untuk memastikan bahawa lebih banyak pelaburan akan memasuki negara kita.
Pada masa kini MIDA mempunyai 757 orang kakitangan termasuk 363 pegawai yang berkelulusan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan kejuruteraan. Saya ingin memaklumkan Dewan ini bahawa kira-kira 21% pegawai- pegawai daripada MIDA adalah berkelulusan dalam bidang kejuruteraan. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali berkaitan dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Labis dan Yang Berhormat Kuala Selangor. Ini ada kaitan dengan FDI. Saya ingin maklumkan yang pertamanya kita mengakui bahawa akhir-akhir ini memanglah terdapat penurunan dalam FDI bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia mengalami penurunan. Tahun lepas umpamanya jumlah FDI seluruh dunia turun daripada USD1.7 trilion tahun 2008 kepada cuma USD1 trilion iaitu penurunan sebanyak USD700 bilion. Ini fenomena di seluruh dunia dan kita telah menyatakan bahawa kita telah mengakui bahawa pelaburan FDI ke negara kita juga mengalami penurunan. Sehubungan ini saya ingin merujuk kepada kenyataan angka-angka pelaburan yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, yang disebut oleh saya ialah laporan UNCTAD bertarikh Disember 2009 yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh ialah nilai pelaburan asing bagi tahun 2008. Angka pelaburan asing yang saya rujuk dipetik daripada laporan UNCTAD iaitu Global Investment Trends Monitor bagi tahun 2009 yang diterbitkan pada Januari 2010. Oleh itu, angka-angka yang saya nyatakan adalah yang terkini dan lebih tepat. Selain itu, jumlah pelaburan asing untuk Malaysia bagi tahun 2009 adalah USD2.7 bilion dan bukannya RM2.1 bilion seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Jumlah pelaburan asing ke negara kita tahun lalu, 2009 ialah USD2.7 bilion dan bukannya RM2.1 bilion seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Jelas terbukti kenyataan saya adalah betul dan Yang Berhormat Permatang Pauh telah tidak memberikan angka yang benar berkaitan dengan pelaburan asing ke Malaysia pada tahun lalu. Tuan Yang di- Pertua, saya rasa itulah perkara-perkara yang ingin saya bangkitkan pada petang ini. Saya ucap terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan hal berkaitan dengan daya saing, pentadbiran AP, FTA antara ASEAN dan China dan juga FDI. Akhir sekali saya ingin maklumkan bahawa selari dengan Model Ekonomi Baru yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam maka seperti yang telah diputuskan MIDA akan dikorporatkan. Ini untuk membolehkan ianya lebih fleksibel dalam menjalankan tugas. Ia adalah untuk membolehkan ia lebih agresif, menarik pelaburan dalam dan luar negara, dan kita cukup yakin dengan fleksibiliti dengan pengkorporatan ini maka kita akan lebih berkemampuan untuk menarik lebih banyak pelaburan. Pelaburan swasta adalah penting untuk meningkatkan kemajuan ekonomi negara kita dan ia penting untuk memulihkan ekonomi negara kita. Saya selaku menteri bertanggungjawab cukup sedar betapa besarnya peranan MITI dan MIDA untuk menggerakkan seluruh jentera yang ada bagi memastikan bahawa kita menjalankan kod tugas dengan lebih agresif. Dengan tindakan-tindakan yang diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pengenalan Model Ekonomi baru yang telah mendapat sambutan yang baik, dengan Government Transmission Program yang diumumkan bulan Januari yang lalu dan langkah-langkah mentransformasikan ekonomi negara kita ke arah lebih telus, dasar-dasar yang berasaskan merit dan dasar-dasar yang lebih eksklusif. Maka ini semua akan meningkatkan profil Malaysia di radar antarabangsa dan dengan itu kita cukup yakin bahawa persepsi negara luar berkaitan negara kita
akan bertambah baik. Ini sudah pasti akan membantu usaha-usaha kerajaan untuk memastikan bahawa pelaburan asing akan dapat ditingkatkan lagi tahun ini dan juga tahun depan. Terima kasih Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Waalaikumsalam warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menjemput Menteri daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu mengenai dasar, program dan strategi yang telah dilaksanakan oleh kementerian. Antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara yang saya akan ulas nanti ialah Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Simpang Renggam dan Yang Berhormat Johor Bahru. Saya mengambil peluang ini untuk memberikan penjelasan berkaitan isu- isu yang dibangkitkan serta peranan kementerian dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang bukan sahaja memperoleh pendapatan yang lebih tinggi tetapi juga turut menikmati kehidupan yang lebih sempurna, khususnya melalui penggunaan dan eksploitasi sains teknologi dan inovasi. Bagi tujuan ini kementerian akan mengambil kira perkembangan terkini dalam konteks berikut iaitu perihal Gagasan 1Malaysia, Model Ekonomi Baru (MEB) yang baru sahaja diumumkan pada hari kelmarin, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Inovasi Negara dan sememangnya Rancangan Malaysia Kesepuluh. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah diberi tanggungjawab untuk menerajui agenda inovasi negara bagi melonjakkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2010 dalam Dewan yang mulia ini pada 23 Oktober yang lalu. Pendekatan yang digunakan oleh MOSTI ialah melaksanakan inovasi yang menyeluruh, dengan izin, total innovation. Inovasi menyeluruh merangkumi dan merentasi semua bidang iaitu merangkumi inovasi tadbir urus dalam sektor awam dan swasta, kemasyarakatan, bandar dan desa, korporat, industri, penyelidikan, penjagaan kesihatan, pengangkutan, jaringan keselamatan sosial dan penjenamaan. Dalam Model Ekonomi Baru seperti yang diumumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam, inovasi dan kreativiti merupakan tunjang kepada proses transformasi ekonomi negara dari high middle income, dengan izin, kepada high income. Daripada tujuh pendekatan baru dan lapan teras strategik yang diumumkan, peranan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan tertumpu kepada tiga pendekatan utama seperti berikut berdasarkan tiga prinsip yang diutarakan oleh NEAC iaitu berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman (inclusive).
Pembangunan melalui produktiviti yang menekankan inovasi dan teknologi tinggi bagi menambah nilai produk proses dan perkhidmatan, MOSTI akan memberi tumpuan kepada bidang-bidang berikut: (i) menjadikan kreativiti dan inovasi sebagai budaya masyarakat dan pekerja Malaysia sekali gus melahirkan dengan izin, innovative nation; (ii) Program Malaysia Inovatif 2010 sedang pesat dilaksanakan yang melibatkan semua kementerian, kerajaan negeri dan rakan inovatif. Sebagai tambahan khususnya kira-kira 200 program rasmi telah pun dirancang selain daripada program-program yang dikendalikan oleh pihak-pihak kementerian sebagai tambahan kepada program-program yang telah pun ditetapkan; (iii) juga sekali gus merangka Dasar Inovasi Negara, merangka Dasar Industri Kreatif bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bagi melonjak industri kreatif negara kepada persada antarabangsa; (iv) menetapkan Dasar Pengkomersialan Harta Intelek, penubuhan Pusat Inovasi Negara bertujuan mewujudkan ekosistem yang kondusif bagi memacu aktiviti pengkomersialan; (v) membangunkan piawaian, mengukuhkan penjenamaan dan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dengan menggunakan pengurusan atas talian secara meluas; (vi) seterusnya penekanan juga akan diberi kepada industri dan syarikat yang berasaskan teknologi melalui pemberian insentif bagi menyokong inovasi dan mitigasi risiko. MOSTI akan memberi penekanan kepada bidang- bidang berikut iaitu menstrukturkan semula, merealisasikan dan memperbaiki koordinasi dana-dana R&D&C iaitu Research Development and Commercialization, dengan izin, dan juga ‘E’ sebagai insentif bagi menyokong inovasi serta memitigasikan risiko dalam memacu industri berasaskan teknologi tinggi dan inovasi;
(vii) mengukuhkan infrastruktur inkubator bertujuan membimbing dan membangunkan tekno keusahawanan; (viii) memperhebatkan pemberian status BioNexus kepada syarikat-syarikat bioteknologi yang melayakkan syarikat mendapat pelbagai insentif termasuk Bill of Guarantee dan insentif-insentif cukai; (ix) memperkukuhkan kualiti produk-produk yang dihasilkan dalam industri tempatan dalam bidang keselamatan siber mengikut piawaian ISO;
(x) memudah cara dan memberi insentif penyelidikan dan pembangunan bernilai tinggi kepada SME dalam membangunkan produk teknologi tinggi kepada syarikat- syarikat besar, sekali gus juga membantu pihak industri dalam memperkasakan penyelidikan dan indigenous technology yang memenuhi kehendak pasaran. Sekali gus juga meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat akar umbi dan komuniti melalui bimbingan insentif pembiayaan dana inovasi serta aplikasi teknologi MOSTI; dan (xi) pemberian status MSC kepada syarikat-syarikat ICT yang layak berdasarkan MSC Malaysia, Bill of Guarantee dan melayakkan syarikat mendapat insentif cukai dan jaminan lain termasuk jaminan infrastruktur bertaraf antarabangsa. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat ini jumlah...
[Bangun]
Syarikat-syarikat MSC adalah 2,520 dan pula jumlah syarikat yang sudah menikmati BioNexus status adalah 125.
Penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya hanya ingin mendapat penjelasan sedikit dari segi sumbangan MOSTI dalam teknologi hijau. Dari segi R&D nya, dari segi teknologi-teknologi yang baru sekarang untuk memastikan environment kita selamat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Satu-satunya saintis di Dewan yang mulia ini. Mengenai dengan sumbangan MOSTI sekali gus dengan KTTHA iaitu yang bertanggungjawab dalam teknologi hijau. Sememangnya kerjasama ini berterusan. Pada setakat ini, tanggungjawab yang telah pun diamanahkan kepada pihak MOSTI adalah dari segi R&D, penyelidikan. Dalam perkara ini, memang dengan izin, there is a fine line kerana dari segi pihak KTTHA, mereka juga terlibat untuk mengkoordinasi penyelidikan yang peringkat saya boleh sebut mikro. Di peringkat MOSTI adalah di peringkat mikro mahupun penyelidikan- penyelidikan ini di peringkat universiti ataupun firma-firma yang menjalankan kajian penyelidikan. Saya hanya katakan bahawa di peringkat MOSTI dari segi alternative energy, dengan izin untuk fokus adalah kepada renewable energy iaitu memperkasakan penyelidikan dalam bidang penggunaan biomass. Dan juga sememangnya dari segi aplikasi penyelidikan dalam penggunaan solar, penggunaan tenaga wind dan sekali gus juga penggunaan mikro hidro. Jadi, kita menapis teknologi yang dimajukan kepada kementerian- kementerian tertentu khususnya KKLW dan KTTHA. Pada masa yang sama, kita juga membiayai penyelidikan di peringkat universiti-universiti ataupun firma-firma atau perunding yang menjalankan penyelidikan tersebut. Dari segi penggunaannya, commercialization nya, ini di bawah tanggungjawab KTTHA. Tuan Yang di-Pertua, menarik dan mengekal bakat-bakat tempatan mahupun asing bagi memacu ekonomi berasaskan inovasi dan nilai tambah. Dalam perihal ini, MOSTI akan mengintensifikasikan pembangunan modal insan yang berteraskan inovasi dan kreativiti seperti berikut:
(i) merealisasikan dan menstrukturkan semula Program Pembangunan Modal Insan ataupun HCD dalam bidang STI supaya memfokuskan kepada pengeluaran lebih ramai knowledge and innovative workers, dengan izin; dan (ii) mewujudkan pusat sehenti secara atas talian atau virtual bagi menarik lebih ramai knowledge workers dari luar negara sama ada rakyat Malaysia ataupun asing yang ingin menjalankan projek-projek penyelidikan bersama dengan institusi-institusi tempatan ataupun sekali gus membawa teknologi-teknologi luar yang ingin dikomersialkan di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, dari segi program Rancangan Malaysia Kesepuluh yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan meneruskan usaha- usaha untuk memperkukuhkan lagi bidang R&D&C iaitu research development and commercialization, dengan izin, dengan memberi penekanan kepada keusahawanan yang berorientasikan pasaran bagi menghasilkan output atau outcome yang mempunyai nilai komersial tinggi. Menyedari kadar pengkomersialan hasil-hasil R&D&C pada masa ini adalah rendah iaitu sekadar di peringkat 3% atau 5%. Kementerian akan terus menyediakan dana seperti dana penyelidikan, dana pra pengkomersialan serta meningkatkan kolaborasi antara institusi penyelidikan, institusi pengajian tinggi dan pihak industri dan seterusnya. Bidang-bidang keutamaan STI (Sains, Teknologi dan Inovasi) yang akan diberi tumpuan adalah seperti berikut. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat ingin memberi perhatian kepada fokus di mana dana mudah-mudahan yang akan dipertingkatkan di peringkat Rancangan Malaysia Kesepuluh. Bidang-bidang keutamaan yang kita telah sebut sebagai strategic areas yang di mana ada ruang untuk pertumbuhan ekonomi secara ketara ialah: (i) bioteknologi; (ii) teknologi maklumat dan telekomunikasi khususnya memfokuskan kepada isu-isu berkaitan dengan keselamatan siber dan teknologi-teknologi yang bermutu tinggi yang boleh melonjakkan lagi pertumbuhan sektor ICT; (iii) tenaga boleh diperbaharui seperti mana yang saya telah sentuhkan tadi; (iv) teknologi pembuatan termaju yang merangkumi industri makanan, automatif dan elektronik; dan (v) teknologi bahan termaju nanoteknologi, bioinformatics, perubahan iklim, climate change. Kita berpendapat bahawa perkara ini iaitu berkaitan dengan perubahan iklim hendaklah diberi perhatian sebagai satu fokus study multidisciplinary untuk mengenal pasti implikasi climate change atau perubahan iklim kepada negara Malaysia termasuklah penggunaan bioinformatics di dalam perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha MOSTI mempertingkatkan daya saing SME dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, pendekatan modul inovasi yang menekankan market driven R&D diguna pakai terutamanya dalam mewujudkan ekosistem yang membolehkan SME menggunakan teknologi tinggi dan bertaraf antarabangsa dari syarikat-syarikat multinasional. Program Perintis yang sedang dijalankan akan diperhebat dan harapan agar produk SME dapat dipasarkan dalam syarikat antarabangsa melalui ODM atau Original Design Manufacturer. Antara teknologi yang boleh membantu ke arah ini ialah design engineering, teknologi pembuatan bahan automatif dan peningkatan kualiti melalui standard untuk memenuhi kehendak pasaran antarabangsa...
[Bangun]
Inisiatif ini diharapkan akan dapat...
Yang Berhormat, Sri Gading bangun Yang Berhormat.
Menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama pelaburan asing dan seterusnya menghasilkan SME yang berdaya saing dalam pasaran antarabangsa... Yes, saudara...
Yang Berhormat Sri Gading.
Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Yang di-Pertua, saya kagum dengan Yang Berhormat Menteri ini, seorang Menteri yang gigih lah. Saya datang daripada sebuah Parlimen yang ada universiti, Universiti Tun Hussein Onn yang ada kaitan dengan teknologi ini. Boleh tidak Yang Berhormat menyenaraikan pencapaian kita dalam teknologi bertaraf tinggi ini yang direka di dalam negara kita dan sejauh mana ia dipasarkan di antarabangsa. Teknologi yang bertaraf tinggi ini, macam mana ia punya daya saing kalau ada bersaing dengan negara-negara yang lain? Kalau Yang Berhormat hendak menjawab boleh, hendak jawab tulisan pun saya tiada masalah. Saya ada kaitan dengan pelajar-pelajar yang kadangkala menjadi jiran kepada saya di rumah saya di kawasan Parlimen Sri Gading. Terima kasih Datuk.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading yang selalu memberi perhatian kepada kementerian ini dan memberi input dari masa ke semasa. Sememangnya Universiti Tun Hussien Onn satu-satunya universiti yang sentiasa kita meninjau dan mencari jalan untuk bekerjasama kerana di antara universiti yang kita pandang bukan sahaja ataupun universiti yang melahirkan pelajar-pelajar graduan dari bidang engineering khususnya beberapa jenis dalam bidang ini. Akan tetapi ia memfokuskan lebih praktikal komponen dengan bekerjasama dengan pihak industri. Dari segi teknologi yang tinggi yang dimaksudkan ini adalah termasuklah saya rasa teknologi-teknologi digunakan di peringkat automobil, di peringkat oil and gas ini Petronas sendiri menerajuinya tetapi satu bidang lagi yang sedang kita majukan ini dalam bidang khususnya bukan sahaja dalam life sciences tetapi di dalam bidang ICT dan misalnya dalam bidang ICT, satu-satunya teknologi yang belum lagi begitu ketara dibangunkan, belum menerima cadangan-cadangan proposal penyelidikan oleh pihak universiti ialah dalam bidang bioinformatics.
Nano teknologi satu-satunya bidang yang baru dan senarainya dari segi bidang-bidang yang khusus yang kita akan cari dalam perkara ini dan juga kajian- kajian yang sedang dijalankan, ini peringkat perancangan Rancangan Malaysia Kesembilan. Jadi penghujungnya kita sedang menunggu hasil-hasil yang dijalankan. Untuk makluman Yang Berhormat, dari segi science fund sahaja, dari segi sains senarai projek, dari segi science fund sahaja adalah jumlah projek adalah 2,819. Jadi senarainya begitu banyak sekali yang telah menggunakan RM522 juta dan kebanyakannya dikendalikan di peringkat universiti. Keseluruhannya pada setakat ini, kita telah menggunakan peruntukan RM2.9 bilion ataupun RM2867.71 juta untuk ini. Nanti saya boleh bekal Yang Berhormat khususnya kalau ada profesor-profesor yang ingin meninjau senarai- senarai penyelidikan yang sedang dijalankan...
Minta perhatian.
...Dan juga pihak kementerian...
Sedikit.
Sebelum itu ya.
Ya.
Pihak kementerian juga sedang mengeluarkan satu terbitan dan saya harap sebelum selesai tahun inovasi ini kita boleh keluarkan iaitu daripada senarai projek yang telah dibiayai oleh kerajaan yang saya katakan tadi keseluruhannya berjumlah - Science fund sahaja pun RM2,819 juta, kita akan keluarkan satu terbitan dalam dengan izin, studies in progress, studies yang telah complete. Studies yang telah dalam fail, file for patent dan studies yang mempunyai potensi untuk dikomersialkan. Jadi pihak penyelidik, pihak swasta boleh melihat mana-mana teknologi dalam proses pengeluaran itu yang mereka boleh awal mengetahui barangkali meneliti dan..
[Bangun]
...Kemungkinan membawa bersama untuk dikomersialkan, terima kasih.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan kepada Menteri. Saya telah - I mean penerangan yang diberi begitu pantas tentang pencapaian cukup menarik tetapi akhirnya Yang Berhormat Menteri telah menerangkan beberapa pencapaian dalam bidang-bidang tertentu tetapi akhirnya kita harus menilai pencapaian kami dari segi bagi sayalah, yang kita gunakan KPI yang utama yang penting adalah jumlah-jumlah pakar-pakar teknikal kita, dan saya boleh gunakan satu kategori, jurutera penyelidik teknikal, research engineers, dengan izin, dan satu lagi KPI yang boleh digunakan adalah peratusan KDNK yang kita sebagai satu negara kita labur. Peratusan KDNK yang digunakan untuk perbelanjaan penyelidikan (R&D). Dari segi itu, saya bagi angka ya, dan angka ini telah disebut dahulu dalam Dewan ini. Saya balik kepada angka untuk jurutera. Singapura ini jumlah jurutera teknikal bagi setiap sejuta penduduk pada tahun 2008: Singapura – 5713; Korea Selatan – 4000 lebih; Taiwan – 4000 lebih; Jepun – 5000 lebih; dan Malaysia – 367. Saya pergi sekarang kepada peratusan daripada KDNK yang dilaburkan dalam perbelanjaan penyelidikan: Singapura peratusan – 2.39; Korea Selatan – 3.23; Taiwan – 2.58; Jepun – 3.4; dan Malaysia – 0.64. Kita boleh melihat dengan ini mana kita ada, mana mereka ada.
Jadi bagi saya walaupun kita boleh meleraikan semacam tadi Yang Berhormat Menteri buat, pencapaian di sini, bidang itu, kita buat ini, kita buat itu akhirnya inilah isu yang pokok. Jadi saya hendak tanya, akhirnya apakah rancangan kementerian ini untuk membawa negara kita ke arah negara-negara yang sedemikian itu. Apakah rancangan untuk meningkatkan pelaburan kita dalam R&D supaya kita masuk ke tahap negara-negara macam itu. Macam mana kita boleh meningkatkan jumlah jurutera kita supaya kita naik daripada 367 untuk sejuta penduduk dan masuk ke dalam 2000, 3000 seperti Taiwan, Korea Selatan dan sebagainya. Itulah isu pokoknya. Adakah kementerian ini telah merancang untuk mencapai ini, apakah perancangan itu dan bilakah kita akan sampai ke sana? Itulah saya minta penjelasan. Sekian.
Lagi panjang Yang Berhormat..., Yang Berhormat?
Sekejap lagi, ada perkara-perkara pokok yang dibangkitkan nanti yang perlu saya ulas tetapi daripada Yang Berhormat Subang, terima kasih atas apa yang dibangkitkan. Sememangnya kementerian mempunyai 17 KPI dan antaranya ialah jumlah RSE yang perlu dipertingkatkan. Saya akan kembali kepada sana nanti memberi maklumat seterusnya. Saya sedia maklum ini – misalnya sasaran kita adalah 60 setiap 110,000 dan kita belum sampai setengah di situ dan ini sebahagian antara KPI. Sumbangan kepada GDP misalnya ialah ICT sector perlu memberi sumbangan kepada 1% GDP. Jadi ini semua telah pun digariskan bagi saya. So apa yang disebut oleh Yang Berhormat itu adalah sebenar baru tiga daripada 17 KPI bagi kementerian. So saya sedia maklum bahawa masih jauh perjalanannya. Dari segi proportion, sumbangan atau allocations untuk penyelidikan, saya telah jawab dalam dua hari lalu bahawa kita nombor 39 kalau dibandingkan dengan negara- negara yang telah dibangkitkan oleh IMD World Competitiveness Year Book, dan 064 kalau di Asia, di ASEAN kita boleh dikatakanlah, saya katakan pada waktu itu kita berada di tangga ke enam di belakang Jepun, China, Korea, Taiwan dan Singapura kalau di negara Asia. Akan tetapi saya perakui memang masih kecil dan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini terus memberi sokongan yang padu dan percaya bahawa R&D dan komersialisasi itu serta inovasi adalah asas untuk meloncatkan ekonomi dan juga faktor-faktor lain, memang kita berharap dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita memohon supaya sekurang-kurang melintasi 1% dari GDP, okey dan untuk itu KPI- KPI telah pun ditetapkan. Nanti ada maklumat tambahan nanti yang saya bekal seterusnya. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu sebagaimana yang telah pun saya sentuh tadi MOSTI akan terus memberi penekanan dalam pembangunan modal insan yang berteraskan inovasi, innovation led economy serta teknik keusahawanan dan antara insentif-insentif dilaksanakan adalah pelbagai tetapi barangkali kerana mengelakkan masa dan saya pun telah jawab sebahagian perkara ini di Dewan yang mulia ini sebelum ini, mereka yang berminat saya akan bekal secara bertulis. Ada sekadar dua perkara, penubuhan Pusat Inovasi Negara adalah itu asas sekali seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan belanjawan bagi tahun ini tahun yang lalu, dan kita percaya bahawa ekosistem yang kondusif kepada pencambahan idea, peningkatan nilai serta pasaran merupakan kunci kepada kejayaan sesebuah negara yang ingin maju berpaksikan inovasi iaitu dengan izin, innovation led economy.
Menyedari hakikat ini dan beberapa kelemahan yang mengekang negara untuk memacu ekonomi berlandaskan inovasi, kementerian telah mengambil tindakan menyediakan kertas kerja mengenai penubuhan Pusat Inovasi Negara. Pusat ini bertujuan menyediakan pakar jaringan kerja serta kemudahan- kemudahan bagi satu ekosistem yang kondusif untuk menjana ilmu pengetahuan melalui idea-idea yang bernas dan memudah cara kegiatan-kegiatan penyelidikan dan membantu agar hasil penyelidikan dapat dikomersialkan. Untuk makluman Dewan yang mulia, ini sudah di peringkat terakhir dari segi persediaan beberapa konsultasi telah diadakan dengan pihak IPT dan IPTS. Pada dua minggu yang lalu saya sendiri mempengerusikan satu konsultasi antara MOSTI dan juga dengan chamber-chamber, persatuan- persatuan perniagaan untuk mendapatkan input-input mereka. Kita berharap bahawa mulai bulan ini iaitu mulai esok dalam dua minggu ini kertas itu boleh diedarkan untuk komen-komen pihak central agencies dan sebelum pada bulan Mei saya berharap bahawa pihak Kabinet boleh meluluskan konsep tersebut apabila telah dibincang sepanjang lebar. Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, kementerian ini juga sedang menyediakan Dasar Inovasi Negara yang berkonsepkan inovasi menyeluruh seperti yang diamanatkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dasar ini akan memecut perlaksanaan program-program, dan aktiviti berpaksi inovasi oleh semua kementerian dan dengan izin, stakeholders termasuk pihak industri dan di peringkat akar umbi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sememangnya kita telah memiliki satu Model Inovasi Negara yang kita banyak bincang di sini dan sudah dua tahun dalam pelaksanaan. Ia sesuai dengan penekanan kerajaan dari segi peranan inovasi untuk melonjakkan ekonomi negara ke peringkat berpendapatan sederhana ataupun middle, tengah kepada yang tinggi, maka pihak kementerian sudah memutuskan supaya satu semakan dibuat untuk membentuk satu dasar inovasi yang lebih menyeluruh. Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat iaitu Ahli Yang Berhormat daripada Ipoh Timur...
Minta peluang sekali lagi.
Okey.
Sekejap sahaja. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya dengan izin saya minta patah balik kepada isu renewable energy tadi yang dibangkitkan dan saya telah mendengar Yang Berhormat Menteri menerangkan beberapa sumber yang dikaji dalam aspek ini. Akan tetapi saya tidak sempat dengar tentang biomass daripada kelapa sawit. Dalam negara kita, kita ada sekurang-kurangnya 400 lebih mills, crude oil palm mills yang di seluruh negara di Semenanjung dan juga di Sabah dan Sarawak. Saya difahamkan setiap ini ada kapasiti biomass daripada setiap oil palms mills ini, dengan izin, yang boleh digunakan untuk ditukarkan kepada tenaga elektrik. Ini lah satu sumber yang cukup besar tetapi hampir 95% kapasitinya tidak digunakan. Dari segi inovasi apakah dan adakah kementerian sekarang ada apa- apa rancangan untuk mencetuskan satu perubahan yang besar dalam bidang ini di mana kita boleh dapat satu sumber yang besar dari segi sumber elektrik dan satu sumber yang renewable dengan izin. Akan tetapi saya masih belum dengar
daripada Yang Berhormat Menteri apa-apa rancangan daripada segi ini. Adakah kementerian ada apa-apa rancangan?
Terima kasih Yang Berhormat daripada Subang. Ini satu sektor yang sebenarnya yang bagi kami di MOSTI adalah satu sektor yang kami sebut premier sector, di mana pihak kita berpendapat bahawa bukan sahaja inovasi boleh digunakan sepenuhnya untuk menterjemahkan waste ini kepada wealth tetapi sekali gus sebenarnya menjemput para usahawan tempatan untuk melibatkan diri. Untuk tujuan ini Yang Berhormat, saya tidak boleh bekal jumlah projek tetapi tidak kurang I think ada 20 senarai projek yang sedang dibiayai dan ada yang telah pun siap dibiayai oleh MOSTI dari segi Program Waste to Wealth ini. Misalnya, satu-satunya ialah dari segi penggunaan F&B sekali gus ditukar kepada pellets and ‘cell bracket’ dan saya telah melihat kilang itu sendiri adalah mempunyai potensi yang begitu besar sekali. Apa yang kita sedang terus sokong adalah bukan sahaja daripada bahan terbuang dari F&B ditukar kepada pellets dan digunakan sebagai charcoal atau pun boleh digunakan untuk pengeluaran etanol seterusnya tetapi berbagai-bagai jenis tetapi juga supaya seluruh batang kelapa sawit itu daripada pokoknya dan daunnya itu boleh digunakan sebagai sumber energy. Satu lagi saya melawati tiga minggu yang lalu di Serting di kawasan FELDA di situ. Satu, any of this can be a showcase dia mana mereka menggunakan F&B itu dan diterjemahkan kepada gas dan ia boleh mengeluarkan lima mega. Tiga mega dia gunakan untuk keperluan kilang di Serting, di FELDA. Dua itu, dia hendak jual kepada TNB. Masalahnya saat ini ialah dasar belum ditetapkan dari segi insentif-insentif yang diberi kepada syarikat-syarikat yang menterjemahkan waste ini kepada wealth. Akan tetapi yang berhormat Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) dalam proses I think membawa satu rang undang-undang ke Parlimen yang berkaitan dengan feed-in tariff. Setelah itu selesai, saya rasa tenaga yang boleh dikeluarkan daripada biomass ini adalah begitu banyak sekali dan dari segi peranan MOSTI teknologi yang telah sedia ada yang telah kami tapis dan kami terus biayai mencukupi untuk memberi sumbangan kepada seluruh tenaga di peringkat kebangsaan. Saya ada dua topik sahaja lagi Tuan Yang di-Pertua iaitu mengenai dengan brain gain yang dibangkitkan oleh empat Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan terdapat beberapa Program Brain Gain yang kini dilaksanakan oleh beberapa kementerian iaitu program menggalakkan warga negara Malaysia yang berkepakaran yang bekerja di luar negara pulang ke Malaysia dengan izin, Returning Experts Program di bawah Kementerian Sumber Manusia. Saya rasa Menteri jika diperlukan, Ahli Yang Berhormat Menteri Kementerian Sumber Manusia boleh ulas lebih luas lagi. Kedua, Program Brain Gain Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI). Ketiga, Program Brain Share di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE). Keempat, Program Penarikan Pakar- pakar dan Doktor di bawah Kementerian Kesihatan. Kelima, adalah program- program ekspatriat dalam sektor atau bidang tertentu yang dikendalikan oleh MIDA, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, MDEC, dan BiotechCorp. Ahli Yang Berhormat daripada Ipoh Timur telah menyentuh mengenai Brain Gain dalam Rancangan Malaysia Kelapan yang dilancarkan pada tahun 2001. Untuk makluman Yang Berhormat program yang dibangkitkan merupakan program menggalakkan warga negara Malaysia yang berkepakaran yang bekerja
di luar negara pulang ke Malaysia yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia. Program Brain Gain yang dikendalikan oleh Kementerian Sains, dan Inovasi iaitu Program Brain Gain Malaysia (BGM) dan program ini merupakan satu program di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan yang dilancarkan pada 4 Disember 2006. Seperti juga program-program yang lain. Program Brain Gain Malaysia mempunyai objektif, skop, dan strategi tertentu dari segi pelaksanaannya. Objektif program ini adalah untuk mendapatkan penyertaan seribu orang saintis, penyelidik, dan ini inovator di dalam dan luar negara melalui jaringan saintis, dengan izin, scientist network dan saintis penyelidik dan inovator yang terlibat boleh menyumbang kepada pembangunan negara melalui globalisasi penyelidikan dan pembangun R&D dan mengkomersialkan dengan Institusi Pengajian Tinggi IPTA/IPTS ataupun institut penyelidikan yang lain dengan industri tempatan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, strategi yang diguna pakai bagi Program BGM adalah dengan izin, brain circulation di mana saintis dan penyelidik hanya dikehendaki kembali atau datang ke Malaysia untuk tempoh masa yang singkat dan tertentu dengan izin short stint untuk beberapa kali dalam tempoh program yang ditetapkan. Mereka yang terlibat dengan program ini tidak perlu dengan izin relocate uproot keluarga mereka tetapi boleh terus di negara yang mereka menetapkan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ini adalah pengubah suaian program sebelumnya yang seolah-olah memaksa mereka relocate, dengan izin kerana ke negara kita untuk having access, dengan izin kepada program ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga 31 Mac 2010 perlaksanaan Program BGM ini adalah memberangsangkan berdasarkan objektif dan skop program yang ditetapkan.
Ini dapat dilihat dengan penyertaan seramai 1,081 saintis termasuk 291 saintis dari luar negara. Para saintis penyelidik dan inovator dalam program ini telah memberi sumbangan melalui 97 kolaborasi penyelidikan dan pembangunan iaitu R&D serta pengkomersialan. Antara saintis penyelidik dan inovator yang terlibat menetap di negara-negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Jerman, Korea, New Zealand, Kanada, India dan Australia. Melalui program ini juga sebanyak 44 penerbitan, 32 pemindahan pengetahuan dan teknologi, 13 penemuan saintifik, 13 harta intelek baru telah dihasilkan. Program ini juga telah memanfaatkan seramai 3,988 peserta tempatan melalui pemindahan pengetahuan teknologi tersebut. Program BGM akan memantapkan untuk menarik pakar-pakar Malaysia mahupun pakar-pakar asing di luar negara dalam bidang sains dan inovasi bagi menampung tabung yang diperlukan dalam mentransformasikan ekonomi negara berdasarkan Model Ekonomi Baru (MEB). Rasa saya yang mutakhir Yang Berhormat dari Simpang Renggam mengatakan, budaya inovasi serta kreativiti akan menjadi asas kepada industri kreatif yang ingin dibangunkan oleh kerajaan sebagai salah satu penjana baru pertumbuhan ekonomi negara. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Untuk makluman Yang Berhormat, budaya inovasi dan kreativiti telah dikenal pasti sebagai asas kepada industri kreatif seterusnya mampu menjana
pertumbuhan ekonomi negara. Ini digariskan dalam pengisytiharan Model Ekonomi Baru yang telah dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari kelmarin. Beberapa langkah telah pun diwujudkan oleh MOSTI untuk menyokong inisiatif agar inovasi dan kreativiti menjadi sebahagian daripada budaya rakyat di negara ini. Satu ialah Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia melalui saluran kreatif multimedia dalam membantu menjana budaya serta persekitaran inovasi dan kreativiti. Sehingga hari ini terdapat 200 syarikat berstatus MSC Malaysia, daripada jumlah keseluruhan 2,436 maklumat yang diberi tadi ialah 2,520. Nanti saya akan kemas kinilah, barangkali yang paling updated ini adalah 2,520. Akan tetapi nanti akan saya betulkan dalam Hansard nanti. Pada tahun 2008, syarikat berstatus MSC Malaysia di bawah cluster creative multimedia mencatatkan nilai jualan sebanyak RM3.3 bilion dengan nilai eksport sebanyak RM132,000,000. Manakala nilai perbelanjaan untuk penyelidikan dan pembangunan R&D yang dicatatkan pada tahun 2008 adalah sebanyak RM120,000,000 juta. Ini boleh melihat multiply effect, dengan izin, hasil daripada pelaburan ini. Di bawah program MSC Malaysia juga inisiatif Malaysia, Malaysian Animation and Creative Content Center (MAC3) telah dilaksanakan untuk menggalakkan pertumbuhan industri kandungan kreatif negara. MAC3 menyediakan kemudahan infrastruktur untuk kelompok content accelerator dan game development lab di Cyberjaya. Di bawah inisiatif MAC3 ini juga MSC Malaysia menawarkan dana produksi bersama atau co-production fund kepada syarikat MSC Malaysia bagi menggalakkan penghasilan dan pembangunan hasil kandungan kreatif khususnya untuk segmen kandungan animasi dan game di bawah cluster creative. Sehingga kini empat syarikat telah diberi kelulusan dengan jumlah kelulusan dana sebanyak RM19.105 juta. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat daripada Johor Bahru membangkitkan perkara berkaitan dengan pemeriksaan awal untuk mengesan kepekakkan dan bantuan kepada orang buta dan pekak. Untuk makluman Yang Berhormat Johor Bahru dan Ahli Yang Berhormat Kota Raja yang turut sama menyentuh isu ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan telah membiayai sebanyak tiga projek iaitu satu projek di bawah Science Fund dan dua projek di bawah dana Demonstrator Application Grant Scheme ataupun DAGS. MOSTI telah pun membiayai satu projek iaitu Projek Science Fund dengan peruntukan sebanyak RM500,000 berkaitan dengan pemeriksaan awal untuk mengesan kepekakkan. Projek tersebut bertujuan untuk membangunkan satu modul pengesanan ke pekakkan di peringkat bayi dan dilaksanakan oleh pakar dari Universiti Teknologi Malaysia. Untuk membantu orang buta dan pekak, kementerian saya melalui dana Demonstrator Application Grant Scheme (DAGS) telah meluluskan satu projek bagi membantu golongan cacat pendengaran iaitu projek My Science Community oleh Malaysian Federation of the Deaf. Projek ini diluluskan pada tahun 2007 dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM1,459,794 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2009 serta sekarang ini sudah bersedia untuk memberi latihan kepada komuniti. My Science Community merupakan inisiatif bagi meningkatkan kesedaran ICT di kalangan golongan cacat pendengaran seluruh negara. Objektif-objektif ini adalah untuk meningkatkan komunikasi golongan ini dengan masyarakat melalui penggunaan telekomunikasi dan teknologi moden terkini seperti 3G. Melalui projek ini juga jurang digital di kalangan golongan ini dapat dikurangkan. Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Yang Berhormat, dana DAGS juga sedang
membiayai satu projek iaitu electronic Braille Al-Quran bagi membantu golongan cacat penglihatan. Jumlah pembiayaan yang telah diluluskan pada tahun 2009 adalah sebanyak RM1.9 juta dan projek ini dibangunkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM), JAKIM dan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS). Projek ini mencadangkan satu alat berupa paperless ataupun refreshing panel Braille yang direka khas dan direka bentuk khas untuk pengajaran dan pembelajaran. Al-Quran bagi golongan yang mengalami masalah penglihatan. Panel Braille ini akan menggantikan kertas Braille yang digunakan dalam Al-Quran Braille sekarang. Projek ini juga bertujuan untuk menghasilkan kaedah dan bahan latihan yang sesuai untuk guru-guru yang akan mengajar Al-Quran Braille. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh mengenai dasar, strategi dan program yang telah dilaksanakan oleh kementerian ini. Seterusnya saya berharap dengan kerjasama dan keprihatinan berterusan Ahli-ahli Yang Berhormat dapat membantu kementerian dan mencapai matlamat kesejahteraan rakyat, sekali gus barangkali menyokong supaya apa yang kerajaan boleh bekal untuk tujuan R&D di negara kita ini dapat dipertingkatkan di tahun- tahun yang akan datang sesuai dengan Gagasan 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan teguran serta mengutarakan isu-isu yang berkaitan dengan kementerian. Pandangan- pandangan dan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, saya kira banyak membantu kementerian ini dalam usaha untuk memperkukuhkan serta memperbaiki sistem dan prosedur kerajaan yang sedia ada demi kebaikan rakyat bersama. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi maklum balas kepada perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kuala Krau mengenai peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di dalam membangunkan dan meningkatkan bilangan koperasi terutamanya di kalangan institusi keluarga dan persatuan penduduk selaras dengan Program 1Komuniti, 1Koperasi ataupun 1K1K. Untuk makluman Yang Berhormat, SKM berperanan membangunkan gerakan koperasi sedia ada di samping menubuhkan koperasi-koperasi yang baru. Pada masa ini terdapat sebanyak 7,219 buah koperasi dengan keanggotaan seramai 6.78 juta orang, modal share ataupun yuran sebanyak RM8.96 bilion, aset sebanyak RM64.92 bilion dan pusingan perniagaan sebanyak RM8.16 bilion. Sebagai usaha untuk meningkatkan bilangan koperasi terutamanya di kalangan institusi keluarga dan persatuan penduduk, kementerian telah melancarkan
Program 1K1K pada 8 Mac 2010 yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh Selangor. Usaha ke arah penubuhan koperasi komuniti ini sedang dilakukan melalui usaha-usaha promosi dan digalakkan di peringkat negeri dan wilayah. Di mana pegawai-pegawai SKM akan bertemu dengan ahli-ahli masyarakat di komuniti tersebut seperti di kawasan perumahan dan kondominium, kariah masjid, komuniti desa, kumpulan ataupun persatuan-persatuan wanita, persatuan keluarga, kumpulan belia, golongan peniaga usahawan dan sebagainya.
Untuk makluman, walaupun Program 1K1K ini baru dilancarkan tetapi buat masa ini terdapat sebanyak 307 buah koperasi yang berkaitan dengan komuniti yang mempunyai keanggotaan sebanyak 73,681 orang dengan modal, share sebanyak RM33.5 juta dengan aset bernilai RM307.5 juta dan pusingan perniagaan sebanyak RM17 juta. Ahli Yang Berhormat Kuala Krau juga telah membangkitkan mengenai...
Yang Berhormat Menteri, mohon izin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang ini ada dua buah bank koperasi yang berdaya saing, maju dan boleh membela ahli-ahli koperasi sendiri seperti Bank Kerjasama Rakyat dan juga Bank Persatuan. Saya ingin tahu sejauh mana permohonan Angkasa ini untuk menubuhkan sebuah lagi bank koperasi yang dipanggil Coop Bank menjelang tahun 2010? Kedua tentang koperasi iaitu Koperasi Bela Rakyat (KOBERA). Sejauh manakah koperasi ini telah beroperasi di seluruh negara dan adakah ia mendapat sambutan dari masyarakat atau komuniti setempat? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, serta Yang Berhormat, ingin saya maklumkan pada waktu ini terdapat satu bank koperasi iaitu Bank Rakyat, manakala Bank Persatuan akan dinaiktarafkan daripada koperasi kredit kepada bank dalam waktu yang terdekat ini. Pihak Angkasa memang bercadang untuk menubuhkan Bank Angkasa, walau bagaimana pun masih dalam peringkat persediaan dan permohonan secara rasmi belum lagi diterima oleh pihak SKM, manakala KOBERA pula masih lagi di dalam perancangan. Banyak lagi yang sedang di dalam penubuhan. Antara isu yang berkaitan dengan KOBERA yang masih lagi belum ditubuhkan adalah kerana masih belum mempunyai rangka ataupun mempunyai pelan perniagaan bagi KOBERA-KOBERA yang ditubuhkan. Pihak kerajaan memandang berat isu penubuhan koperasi-koperasi ini kerana pihak kerajaan melalui SKM akan memberikan geran bantuan kepada setiap penubuhan KOBERA. Jadi sebelum wang itu disalurkan kepada KOBERA, pihak SKM perlu mendapatkan pelan perniagaan yang lebih lengkap dan terperinci supaya jika geran tersebut diberi kepada KOBERA, ia dapat digunakan untuk kepentingan projek-projek yang dirancangkan. Jadi sebab itulah ia mengambil masa yang agak lama untuk penubuhan-penubuhan ini. Terima kasih
Ya, sila Yang Berhormat Indera Mahkota.
Yang Berhormat Menteri boleh sambung sedikit?
Yang Berhormat Indera Mahkota ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Lanjutan daripada isu koperasi yang berada dalam negara kita lebih daripada 7,600 buah kesemuanya, yang saya fikir antara yang paling aktif sekali sudah tentu Bank Rakyat yang ditubuhkan di bawah akta yang sama yang menjana pendapatan yang begitu besar. Mengikut laporan yang diedarkan atau diuar- uarkan oleh pihak kementerian bahawa keseluruhan koperasi yang didaftarkan di negara kita menjana pendapatan lebih kurang hanya 1% daripada GDP. Kalau sekiranya angka ini diambil kira dan berbanding dengan Bank Rakyat yang merupakan antara penjana transaksi terbesar di kalangan koperasi, apakah yang berlaku kepada 7,600 yang lain ataupun 7,000 lebih koperasi yang lain? Ini kerana kita hanya mengambil kira 1% sahaja penjanaan transaksi atau penjanaan ekonomi berbanding dalam struktur GDP kita. Adakah kedudukan koperasi yang selebihnya ditolak dengan Bank Rakyat ini, mereka ini dalam status tidak bermaya? Ataupun sekiranya mereka dalam kedudukan sedemikian mungkin ada rancangan lain daripada pihak Menteri atau kementerian untuk mengubah nasib mereka sementara ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Pengalaman saya dalam koperasi ini lama jugalah lebih daripada 20 tahun. Saya ingin menyentuh konsep koperasi itu sendiri kerana kita nampak hari ini koperasi ini melibatkan diri dalam perniagaan yang besar-besar yang melibatkan modal yang besar juga. Jadi konsep koperasi itu adalah konsep kerjasama yang hanya kebanyakan koperasi terutamanya di kawasan luar bandar, diuruskan oleh satu jawatankuasa yang saya rasa tidak berpengalaman. Kadang- kadang kejujuran jawatankuasa itu adalah dipersoalkan. Ini menyebabkan koperasi-koperasi yang ada, kebanyakannya kurang berdaya maju. Apakah kementerian ini menimbang untuk memperkenalkan satu konsep baru koperasi yang boleh menentukan bahawa bila koperasi itu mula bergerak, kita memikirkan untuk menasihatkan koperasi-koperasi ini menggunakan tenaga profesional untuk membolehkan koperasi tadi berkembang maju dan juga mencapai tahap atau matlamat pergerakan koperasi moden ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota dan juga Yang Berhormat Sik. Memang saya bersetuju dan akui apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota. Walaupun koperasi mempunyai jumlah keahlian yang besar, mempunyai jumlah koperasi yang banyak tetapi sumbangan kepada KDNK adalah terlalu rendah iaitu kita masih lagi di tahap 1%. Saya juga bersetuju bahawa penyumbang terbesar kepada pendapatan koperasi ini adalah daripada Bank Rakyat. Walau bagaimana pun, banyak lagi koperasi lain memberi sumbangan kepada GDP ini ataupun KDNK ini iaitu beberapa koperasi besar yang lain seperti Koperasi KPF, Koperasi Felda, Koperasi Angkatan Tentera, Koperasi Polis dan sebagainya. Cuma dari segi konsepnya tadi saya setuju dengan – saya balik pada pandangan daripada Yang Berhormat Sik tadi yang sudah begitu lama dengan koperasi. Memang benar konsep awal koperasi adalah untuk memberi fokus kepada kebajikan ahli dari segi lebih kepada sosial dan sebagainya. Jadi tumpuan mereka lebih kepada perkara-perkara yang melibatkan kebajikan ahli. Jadi ia tidak menjurus kepada menjadikan koperasi ini sebagai satu badan ataupun vehicle untuk terlibat dengan komersial, dengan perniagaan yang besar dan sebagainya. Jadi itu mindset ataupun mentaliti lama di dalam kegiatan koperasi. Sebab itulah sebahagian besarnya masih lagi tertumpu kepada program-program kecil- kecilan yang hanya untuk kebajikan ahli di kalangan ahli-ahli mereka sahaja. Jadi
sebab itulah pada hari ini bagi menjawab balik apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota. Kita pada hari ini kita hendak supaya sikap ini bertukar. Kita hendak supaya koperasi ini dibangunkan untuk menjana pendapatan yang lebih. Fokus koperasi lebih kepada mendatangkan hasil secara komersial dan sebagainya. Oleh sebab itulah kita pada waktu ini menggalakkan supaya koperasi-koperasi yang berdaya maju ini dapat digabungkan, dapat disatukan dari segi merger. Kita sekarang menggalakkan adanya merger, penyatuan di kalangan koperasi supaya ianya dapat dikumpulkan modal yang lebih besar, supaya koperasi-koperasi ini boleh berdaya saing, berdaya maju dan bersaing dengan syarikat-syarikat biasa.
Oleh sebab itu kita pada peringkat ini telah pun memanggil dan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas ini supaya dapat di kenal pasti koperasi-koperasi yang kita boleh gabungkan untuk menjadi koperasi yang lebih besar. Misalnya, koperasi kredit. Ada sebanyak 500 lebih koperasi kredit di dalam negara ini yang menjalankan, memberi pinjaman kepada ahli-ahli mereka...
Boleh mencelah sedikit Yang Berhormat Menteri?
Sekejap ya. Jadi, kita gabungkan koperasi-koperasi ini, mungkin dengan gabungan koperasi ini kita boleh mewujudkan satu bank yang baru hasil daripada gabungan-gabungan koperasi- koperasi kredit ini. Koperasi-koperasi runcit, berbagai-bagai-bagai kedai runcit koperasi yang akhirnya bersaing sesama sendiri. Kita boleh wujudkan satu pasar raya yang dimiliki oleh koperasi kerana koperasi mempunyai ahli yang ramai, sebanyak 6.5 juta orang dan kalau semua ahli koperasi menggunakan koperasi ini dan berbelanja dengan koperasi, tidak ada masalah dari segi koperasi untuk bersaing dengan pihak industri ataupun pihak syarikat-syarikat dan sebagainya. Cuma, mentaliti dan mindset mereka perlu ditukar daripada kebajikan sosial kepada institusi atau satu badan yang bertujuan atau bergerak seperti entiti perniagaan. Ini adalah yang sedang kita lakukan. Sasaran koperasi adalah menjelang tahun 2012, sumbangan kepada GDP atau KDNK negara adalah sebanyak lima peratus bukan lagi satu peratus seperti yang ada pada hari ini. Sedikit lagi, kepada Yang Berhormat Sik, saya bersetuju supaya kita perlu menggunakan tenaga profesional untuk menguruskan koperasi-koperasi, bukan daripada kalangan ahli lembaga pengarah yang tidak ada pengalaman dan sebagainya untuk menguruskan koperasi. Itu saya rasa lebih akan menjayakan koperasi kita.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada peraturan SKM, apakah ini benar bahawa bagi koperasi-koperasi yang baru ditubuhkan, ahli-ahli politik tidak dibenarkan menjadi ahli apatah lagi sebagai ahli lembaga pengarah. Jika ini benar, boleh atau tidak Yang Berhormat Menteri beri apa sebab-sebabnya peraturan ini diadakan.
Tidak benar. Ahli politik masih boleh menjadi ahli lembaga pengarah koperasi, yang tidak boleh ialah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat. Itu tidak boleh kerana bukan Akta Koperasi tetapi di bawah DAFIA yang ditetapkan oleh Bank Negara. Jadi, ini ditetapkan oleh
Bank Negara. Di dalam Bank Rakyat sahaja tidak boleh menjadi ahli lembaga pengarah.
Sedikit lagi, ada koperasi pengakap. Baru ditubuhkan, kita hendak menjadi ahli tidak dibenarkan kerana peraturan ini. Mungkin ada kekeliruan berlaku, kefahaman kepada pegawai-pegawai koperasi.
Saya akan check, sebab ini spesifik, saya akan check.
Yang Berhormat Kuala Krau bangun, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Bagi menggalakkan masyarakat komuniti yang disebutkan 1Komuniti 1Koperasi tadi, langkah-langkah kementerian untuk mewujudkan Majlis Pembangunan Koperasi bagi setiap kawasan Parlimen saya kira. Apakah syarat-syarat dan tujuan untuk mengembangkan koperasi atau pegawai pembangunan koperasi ini dapat turun padang bersama-sama pendekatan yang dibuat oleh kementerian ini. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya memang hendak masuk kepada perkara tersebut kerana ia ada di dalam ucapan Yang Berhormat. Jadi, saya teruskan. Ahli Yang Berhormat Kuala Krau juga telah membangkitkan mengenai pegawai SKM, termasuk pegawai pengembang koperasi kurang memberikan pendedahan dan bimbingan serta tidak turun padang. Itu dalam ucapan Yang Berhormat. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, selaras dengan misi SKM, pegawai SKM termasuk pengembang koperasi telah diminta turun padang untuk memberi khidmat bimbingan dari segi khidmat perakaunan, penyata kewangan, pembangunan perniagaan dan membantu perjalanan mesyuarat agung. Sepanjang tahun 2009, sebanyak 6,267 lawatan bimbingan telah dibuat oleh pegawai-pegawai SKM iaitu peningkatan daripada 5,815 lawatan bimbingan yang telah dibuat dalam tahun 2008. Sehingga 30 Mac 2010, lebih 1,600 khidmat bimbingan telah diberikan kepada koperasi-koperasi. Dari segi pembangunan perniagaan koperasi, SKM telah memberi bimbingan kepada 165 koperasi melalui program mentor, francais, business matching, dengan izin, termasuk program rantaian nilai ternakan, naik taraf stesen minyak, pemborongan, peruncitan dan sebagainya. Sebanyak 530 program, seminar atau bengkel dan 40 pameran atau ekspo telah dilaksanakan oleh SKM sepanjang tahun 2009 yang melibatkan 1,639 koperasi dan 65,340 peserta. Untuk merancakkan lagi perkembangan koperasi khususnya koperasi komuniti. Kementerian telah bersetuju untuk menubuhkan majlis perunding koperasi di setiap kawasan Parlimen yang akan dipengerusikan oleh pemimpin tempatan yang melibatkan golongan wanita, belia dan kumpulan masyarakat setempat bagi membantu pemimpin-pemimpin komuniti dan sebagainya di dalam menubuhkan koperasi-koperasi dan memberi khidmat nasihat serta merancang bersama dari segi perancangan perniagaan dan sebagainya. Jadi, perkara ini masih lagi belum kita lancarkan dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Ahli Yang Berhormat Arau pula menyentuh mengenai usaha untuk menarik golongan muda terlibat secara langsung dalam pengurusan koperasi serta usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam mengatasi kekurangan tenaga pengurusan koperasi. Dalam hubungan ini SKM sedang menggalakkan
perkembangan penubuhan koperasi di kalangan pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS dan juga di kalangan golongan belia.
Minta penjelasan sedikit boleh?
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat iaitu berkaitan dengan program Majlis Perunding Koperasi yang akan dilaksanakan. Saya ingin tahu, sejauh mana pelaksanaannya, apakah melibatkan semua Ahli-ahli Parlimen. Saya takut isu yang sama akan berulang sebagaimana wujudnya Majlis Pembangunan Pertanian yang sebelum ini diwujudkan yang tidak melibatkan langsung kami Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat. Minta penjelasan.
Soalan yang bagus. Seperti saya sebut tadi, ia akan dipengerusikan oleh pemimpin-pemimpin setempat. Tidak mengira siapa mungkin orang yang ada pengalaman dalam bidang koperasi dan lain-lain yang difikirkan sesuai. Perjalanan majlis perunding itu sama ada hendak bekerjasama dengan siapa, itu adalah terserah kepada majlis perundingan koperasi tersebut. Jadi, terserah kepada pengerusi dan jawatankuasa untuk menentukan siapa yang mereka hendak bekerja sama. Saya teruskan lagi, terdapat bilangan koperasi di kalangan golongan belia pula berjumlah 119 buah dengan keanggotaan seramai 36 ribu orang bagi memperkenalkan koperasi di kalangan pelajar sekolah sebanyak 2,090 buah koperasi sekolah telah diwujudkan dengan keanggotaan seramai 2.07 juta orang. Melalui pegawai negeri dan wilayah, SKM sentiasa menggalakkan koperasi mengadakan aktiviti untuk menarik golongan muda serta melibatkan mereka dalam pengurusan koperasi. Adalah menjadi satu salah misi SKM untuk membangunkan modal insan yang kompeten dan berbudaya keusahawanan dalam menggerakkan koperasi. Kerajaan melalui SKM telah menyalurkan peruntukkan kepada Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan ANGKASA untuk mengadakan kursus-kursus pendidikan dan memberi latihan kepada anggota dan kakitangan koperasi bagi menyediakan pembangunan modal insan yang muda dalam menggerakkan koperasi.
Peruntukan disediakan bagi tujuan ini adalah Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan juga Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi. Kementerian melalui MKM ada menyediakan kursus-kursus dan latihan yang bersesuaian bagi mengatasi kekurangan tenaga pengurusan dalam bidang koperasi. Kursus yang ditawarkan oleh MKM termasuk pengajian di peringkat diploma pengurusan koperasi. Sepanjang tahun 2009, MKM telah menjalankan sebanyak 393 kursus dengan jumlah peserta seramai 20,935 orang, sementara ANGKASA sendiri telah menjalankan sebanyak 3,626 kursus dengan peserta seramai 172,415 orang. Bagi mendedahkan pengurus muda yang dilatih oleh MKM, SKM telah melaksanakan program bantuan pengurusan. Dalam tahun 2009, sebanyak 56 koperasi telah ditawarkan bantuan di bawah program ini yang bertujuan untuk membiayai elaun pengurus koperasi yang dilantik di kalangan graduan MKM dan pemegang sijil diploma Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Sungai Siput mengenai projek tanaman kelapa sawit yang
melibatkan seramai 43 peserta dengan koperasi RISDA. Koperasi yang dimaksudkan adalah Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kuala Kangsar Berhad. Koperasi ini telah membuat perjanjian dengan 43 peserta yang bukan merupakan anggota koperasi untuk membangunkan kawasan kelapa sawit seluas 443 ekar tanah milik peserta dengan projek Tanam Semula Kelompok (TSK). Koperasi telah menggunakan surat hak milik peserta untuk menjadikan cagaran untuk menjamin pinjaman sebanyak RM615,000 daripada tabung pusingan SKM pada tahun 1999. Koperasi juga telah meminjam sebanyak RM260,000 daripada Bank Pertanian dulunya ataupun AgroBank, dan RM200,000 daripada Tabung Sosioekonomi RISDA. Pembangunan tanah telah menghadapi masalah akibat kelemahan dalam koperasi dan kemusnahan tanah akibat daripada serangan babi dan juga gajah liar. Hanya 175 ekar sahaja telah dapat dimajukan. Bagi mengatasi masalah projek yang gagal ini pihak SKM bersetuju untuk menjadualkan semula pinjaman koperasi berkenaan bagi mengurangkan masalah kewangan koperasi. SKM akan mengadakan rundingan lanjut dengan pihak koperasi, peserta yang terlibat dan pihak lain yang terlibat supaya projek ini dapat dipulihkan semula. Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kuala Kangsar Berhad juga telah mengenal pasti sebuah koperasi lain iaitu Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Negeri Perak Berhad untuk menguruskan projek berkenaan. Koperasi gabungan ini banyak pengalaman dalam menguruskan ladang kelapa sawit dan mereka sendiri mempunyai 404 hektar ladang kelapa sawit di seluruh negeri Perak. Izinkan saya menjelaskan kepada Yang Berhormat Labis mengenai isu subsidi gula serta peruntukan undang-undang untuk anti-profiteering atau pengambilan keuntungan berlebihan dan juga Ahli Yang Berhormat Kinabatangan mengenai pengurangan subsidi oleh kerajaan. Mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat Kinabatangan yang mencadangkan kerajaan mengurangkan subsidi, saya kira ia merupakan satu cadangan yang baik dan saya mengalu-alukan cadangan tersebut. Untuk makluman kerajaan telah menubuhkan Makmal Rasionalisasi Subsidi yang khusus untuk mengkaji mekanisme terbaik pemberian subsidi kepada barang-barang kawalan seperti petrol, diesel, gula, tepung, LPG dan juga subsidi-subsidi yang tidak secara langsung (indirect subsidy).
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat.
Hasil kajian makmal tersebut akan dibentangkan kelak dan kerajaan akan mengambil pendirian dan keputusan selepas pembentangan tersebut.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini kerajaan telah membuat keputusan untuk menaikkan harga gula sebanyak 20 sen daripada harga asal. Sebelum ini kerajaan telah menanggung subsidi sebanyak RM1.2 bilion untuk subsidi gula. Selepas kita naikkan harga maknanya kerajaan terpaksa menanggung sebanyak RM1 bilion subsidi. RM1 bilion subsidi ini bukan hanya dinikmati oleh sebenarnya rakyat yang sepatutnya menerima tetapi kebanyakan daripada subsidi ini dinikmati oleh pengusaha-pengusaha kilang dan sektor-sektor pembuatan.
Jadi, adakah kerajaan akan mengkaji semula tentang subsidi yang tidak dinikmati oleh orang yang sepatutnya menerima. Selain daripadanya adakah kerajaan mengkajinya semula supaya harga gula ini adakah sepatutnya pada tahap sekarang ataupun sebaliknya. Terima kasih.
Saya ingin memaklumkan bahawa sebelum kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen, subsidi yang ditanggung oleh kerajaan adalah sebanyak RM1.26 bilion dan tanggungan sebanyak RM1 untuk satu kilo gula. Selepas dinaikkan 20 sen kerajaan masih lagi menanggung sebanyak 80 sen untuk satu kilo gula dan tanggungan subsidi adalah sebanyak RM1.008 bilion. Kita sedar bahawa tanggungan ini adalah besar. Mengenai pertanyaan Yang Berhormat berkenaan adakah kita akan mewujudkan harga yang berbeza dengan industri kerana industri juga menikmati subsidi gula yang sepatutnya mereka tidak menikmati. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat ada beberapa isu jika kita membuat dua harga, iaitu harga rumah dan harga kilang. Pertama dari segi komersial tadi - definisi untuk komersial itu perlu kita perjelaskan. Industri, apakah maksud industri? Industri yang besar. Adakah IKS termasuk dalam industri yang akan kita masukkan sebagai penerima subsidi atau tidak menerima subsidi. Jika IKS kita ketepikan, kita masuk dalam kumpulan- kumpulan industri, maka mereka terpaksa membayar dengan harga yang mahal dan produk-produk IKS dari segi jualan dan sebagainya. Ini merupakan satu perkara yang melibatkan komersial. Adakah penjual-penjual kuih di pasar-pasar malam merupakan mereka yang melibatkan diri secara komersial kerana produk- produk mereka menggunakan gula dan sebagainya. Kalau mereka dianggap sebagai peniaga dan tidak berhak untuk mendapat subsidi kerana kegunaan mereka untuk jualan, kita juga menghadapi masalah dari segi membantu golongan-golongan peniaga kecil seperti ini. Itu masalah kedua. Masalah yang lebih besar ialah akan timbul masalah ketirisan kerana akan timbul kes-kes pembelian secara pasar gelap ataupun black market. Jika black market berlaku bermakna gula-gula yang sepatutnya diterima oleh rumah ataupun household tidak akan diperoleh lagi kerana gula-gula akan dihantar ke industri kerana industri membayar harga yang lebih mahal. Pemborong-pemborong yang nakal dan jahat ini untuk mencari keuntungan, mereka tidak jual lagi kepada kedai- kedai biasa kerana mereka akan jual kepada industri kerana industri akan membayar harga yang lebih tinggi. Jadi, kesannya ialah kepada pengguna. Oleh sebab itu pihak kementerian masih lagi cuba mencari mekanisme yang lebih sesuai. Saya harap kita tunggulah keputusan daripada Makmal Rasionalisasi Subsidi untuk membentangkan hasil kajian mereka dan kita akan putuskan selepas itu...
[Bangun]
Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?
Hendak tunggu rasionalisasi lab dahulu ya atau yang lain?
Lain.
Lain? Okey.
Ya, sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya meneliti penerangan tadi, nampaknya tumpuan kita masih lagi dalam aspek memberi kebaikan kepada aspek consumerism iaitu kepenggunaan kerana fokus kementerian ini sudah tentu kepada pengguna terbesar, pengguna at large yang teramai. Isu subsidi tadi sudah tentu kesan akhirnya menyebabkan kenaikan dalam harga gula atau apa-apa barang yang diberikan peruntukan subsidi. Setiap satu pindahan kepada pengguna menyebabkan beban itu ditanggung oleh masyarakat pengguna secara keseluruhannya. Saya yakin pihak kementerian memang mengambil langkah, sedang, akan dan seterusnya tanpa berhenti akan cuba untuk menumpukan kepada pengguna sebagai orang yang diberi tumpuan atau pihak yang dibela dalam negara kita tetapi dalam masa yang sama dalam kesibukan itu, kita lihat juga ada satu perkara yang tidak seimbang. Kita cari jalan untuk meringankan beban rakyat kita dengan memberi subsidi dan sebagainya tetapi dalam satu pihak yang lain, seolah-olah ada satu masyarakat di luar daripada komuniti biasa yang mengambil kesempatan. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebutkan tentang ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan menyorok, menyeludup dan sebagainya, menjual kepada pihak-pihak yang mengambil kesempatan tetapi ada satu kelompok lain yang pernah disebut dahulu oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, Ketua Pembangkang yang meletakkan diri mereka ini sebagai satu kelompok yang menjalankan aktiviti secara terancang yang melibatkan juga seperti Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, black economy ataupun ekonomi yang tidak dapat dikesan. Isu ini memang besar. Dikatakan saya rasa setiap kali ada pembentangan belanjawan, isu ini juga ditimbulkan. Buat masa ini rasanya kita tidak nampak ada satu structural element yang dibawa untuk mencegah perkara ini. Saya mohon untuk bawa sedikit lagi berkenaan dengan elemen ini, sehingga baru-baru ini pihak Menteri memberitahu kita black economy juga telah merebak ke dalam satu sistem Multi Level Marketing. Pihak Menteri memberitahu yang MLM juga telah menjana ekonomi kewangan yang tidak kurang besarnya. Disebut tahun 2009 RM5 bilion, tahun 2008 RM8 bilion. Dua tahun ini sahaja melebihi angka RM10 bilion yang dijana oleh MLM. Sebahagian daripada kaitan dengan MLM ini juga akhirnya kerana barangkali mereka mendapat layanan yang baik ataupun kita tidak menekan, memeriksa apakah kegiatan sebenar mereka, ada di antaranya melibatkan dalam aktiviti yang agak menyalahi undang- undang juga. Baru-baru ini kita tengok sebahagian daripada masyarakat kita atau NGO yang memainkan peranan untuk mencegah aktiviti pengambilan profiteering yang melampau ini telah dikasari. Ini melihat bahawa undang-undang sedia ada barangkali tidak mencukupi atau tidak boleh menjadi elemen memberi peringatan yang tegas kepada mereka. Ada antara mereka yang tertipu dengan aktiviti seperti gores dan menang yang diberitakan, disiarkan oleh akhbar dan juga media secara besar-besaran. Ada sebahagiannya yang mengambil langkah untuk mencegah atau membetul keadaan ini diserang dan terbaru ini salah seorang daripada aktivis yang mencuba untuk membaiki keadaan ini barangkali, telah diserang dan ada kes yang melibatkan serangan itu melibatkan senjata yang berbahaya.
Secara kebetulan beliau memberitahu saya beliau diserang dengan pedang samurai dan rakan yang bersama dengan beliau itu telah diserang dengan senjata melibatkan kecederaan yang agak serius. Melaporkan kepada polis, pada pihak kementerian dan sebagainya tetapi nampak gayanya transaksi yang berbentuk black economy ini berterusan. Saya yakin sekiranya tidak ada satu langkah yang begitu drastik dan keras diambil oleh pihak kementerian ataupun gabungan pihak kementerian dengan jabatan-jabatan lain yang boleh mengambil tindakan. Barangkali kita tidak patut tunggu sekiranya berlaku kehilangan jiwa ataupun kematian disebabkan oleh aktiviti yang berkait dengan black economy seperti yang saya contohkan tadi, terutamanya gores dan menang. Kalau pihak Yang Berhormat Menteri membenarkan pada saya. Sebagai contoh...
Yang Berhormat, saya minta ringkaskan, Yang Berhormat.
Ya. Daripada laporan dan aduan yang dikemukakan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, daripada angka 7,400, 1,288 – maknanya lebih daripada satu pertiga melibatkan aktiviti gores dan menang ini. Maknanya severe nya dengan izin, aktiviti gores dan menang ini hingga orang boleh tertipu begitu banyak. Saya mohon pihak menteri untuk menyatakan pendirian kita, akan datang barangkali macam mana. Terima kasih.
Menteri.
Terima kasih.
Yang Berhormat Limbang bangun, Yang Berhormat.
Ya?
Yang Berhormat Limbang di belakang.
Ya, Menteri, ada hendak tanya sedikit.
Gores dan menang?
Bukan, bukan. Lain sedikit.
Saya jawab ini dahulu selepas itu saya bagi Yang Berhormat Limbang ya.
Okey, okey.
Sebenarnya saya boleh tidak jawab...
Ya.
Sebab luar daripada topik perbincangan tetapi saya jawablah kerana saya sudah berdiri ini saya jawab, tidak apa. Dia pun kawan kita juga. Yang Berhormat Indera Mahkota ini orang Pahang. Pahang sama Pahang ini kena jawab... [Ketawa] Tentang gores dan menang ini, kita memang melihat isu ini secara yang serius. Kita tahu ramai yang tertipu, yang terdiri bukan daripada orang yang kaya- raya tetapi daripada golongan marhaen, golongan miskin, suri rumah yang tidak tahu tentang undang-undang dan sebagainya. Jadi oleh itu kita yang pertamanya, dari segi jangka panjangnya kita akan meminda Akta Jualan Langsung iaitu dengan menjelaskan definisi mengenai jualan langsung tersebut, mengenai MLM,
multi level marketing. Kita akan perjelaskan mengenai apakah definisi mengenai sistem piramid dan sebagainya dan juga perkara-perkara yang melibatkan gores dan menang. Pihak kementerian mewujudkan satu pasukan petugas khas yang dianggotai oleh penguat kuasa kementerian bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia, dengan Bank Negara Malaysia kerana apabila melibatkan deposit taking ataupun pengambilan deposit mesti ada Bank Negara Malaysia. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kadang-kadang menggunakan handphone, SMS dan sebagainya, Cyber Security Malaysia, Suruhanjaya Koperasi, SSM dan sebagainya. Jadi joint effort atau kerjasama jawatankuasa bersama ini ditubuhkan. Yang seterusnya kita mengedarkan poster-poster bagi memberi penjelasan kepada rakyat tentang bahaya gores dan menang dan MLM ini. Kita dipihak kementerian sendiri juga mewujudkan satu talian hotline khas, special hotline bagi suri-suri rumah misalnya. Apabila didatangi oleh pihak ejen ini yang hendak memperkenalkan gores dan menang dan sebagainya, mereka boleh check dengan pihak kementerian dari segi kesahihan syarikat tersebut dan sebagainya. Ini untuk mengurangkan penipuan yang berlaku.
[Bangun]
[Bangun]
Saya tahu soalan ini berkaitan dengan gores dan menang, MLM... [Disampuk] Kalau gores dan menang, MLM, saya rasa tadi saya tidak patut jawab.
Ini tidak, tidak.
Jadi saya hendak jawab saya terpaksa layan Yang Berhormat Indera Mahkota.
Subsidi.
Subsidi boleh.
Gores dan menang.
Gores dan menang, saya ingat saya sudah jawab tadi.
Ini bukan, ini bukan.
Ini bukan? Yang lain?
Boleh sedikit?
Boleh, saya bagi abang yang tualah.
Ya, ya... [Ketawa]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Menyampuk]
Walaupun rambut putih tetapi dia lagi tua.
Di petang-petang yang melenakan ini... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Ya, teruskan, Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Hebat Menteri ini. Saya hendak bertanya bagi pihak orang yang bertanya... [Ketawa] Apa, salah kah saya?
Saya hendak bertanya bagi pihak orang yang bertanya. Mereka mendakwa wallahualam, betul tidak betul, jualan-jualan murah ialah penipuan. Pusat-pusat membeli belah, entah bila-bilalah nanti kita dengar, jualan runtuh. Entah apa yang runtuh, tidak tahu. Jualan murah tetapi sebenarnya ialah penipuan. Apakah kementerian sedar bahawa kerja-kerja penipuan secara tidak langsung kepada rakyat. Tiba-tiba harga dipotong 50%. Saya dimaklumkan pengaduan yang datang kepada saya, pusat-pusat ini dia memberi overtime kepada pekerjanya sehingga pukul tiga, pukul empat pagi hendak mengubah tanda harga itu. Katalah harganya RM50, ubah jadi RM100. Lepas itu dia kata potong 50%. Balik RM50 balik. Bermakna ini penipuan. Penipuan yang dilakukan oleh mereka kepada rakyat kita. Akan tetapi yang peliknya kata pengadu ini, barang-barang berjenama tidak pula kena potong 50%. Levis umpamanya tidak pula dia hendak potong 50%. Barang-barang berjenama. Belly lah katakan, tidak pula. Saya takut benda-benda ini. Saya pergi ke Beijing, saya menemani isteri-isteri saya... [Ketawa]
Isteri-isteri Yang Berhormat, isteri-isteri...
Di ayatnya saya gunakan ayat, isteri... Yang Berhormat Pokok Sena ini 3T, “Teringin Tapi Takut”... [Ketawa] Dia 3T.
Ini sangkaan jahat dekat saya ini... [Ketawa]
Kalau itu masuk dalam seksyen 36(6), saya tarik balik lah. Jadi, saya duduk menunggu orang rumah saya, tiba-tiba nyonya datang. Nyonya di Beijing lah. Dia suruh saya beli stoking. Berjenama Boss sepuluh 30 Yuen. Maknanya RM15 kita. Sepuluh RM15 kita. Maknanya satu itu RM1.50. Saya pergilah di satu pusat, sepasang RM18, RM18, boleh tawar? Tidak boleh! Jadi, maknanya barang-barang di sesebuah negara yang murah ini lah yang ditipu oleh peniaga kita ini. Yang punya barang asal itu tidak menipu kita. Jadi, sebenarnya barang-barang yang kualitinya amat diragukan. Jadi, macam mana Yang Berhormat? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja sebelum respons. Isu yang sama. Unethical business practices. Saya sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri sebab isunya di sini saya tengok komitmen kementerian sekarang dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru suatu ketika ingin mencadangkan ‘Akta Amalan Adil’. Itu dilaungkan di dalam Dewan ini. Itu saya rasa satu permulaan yang baik...
Itu bukan keadilan lah?
Dalam lah itu, sama lah itu. Samalah itu. Akan tetapi komitmen itu saya lihat agak tidak konsisten dengan sekarang sebab permasalahan yang dibangkitkan tadi asasnya berkaitan dengan amalan-amalan perdagangan yang tidak beretika dan sebaliknya. Ini kerana di dalam satu kenyataan Yang Berhormat Menteri ketika itu, Yang
Berhormat Johor Bahru sehingga dikatakan akta tersebut telah dirangka mengikut model Bangsa-Bangsa Bersatu dan saya yakin mungkin sudah siap. Ini belum lagi kita berbicara anti trust law yang lebih besar lagi. So, saya rasa dengan keprihatinan-keprihatinan Yang Berhormat Sri Gading tadi berkaitan dengan MLM dan sebagainya, saya rasa kerajaan perlu mempunyai satu mekanisme perundangan sebelum dapat mengeluarkan dasar- dasar lain tanpa ada ruang untuk penguatkuasaan. Jadi, saya rasa ‘Akta Perdagangan Adil’ ini perlu diberi perhatian. Saya rasa dalam masa sekarang bagi membasmi permasalahan tadi. Mohon penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading dan Yang Berhormat Balik Pulau. Kalau hendak katakan ada penipuan. Saya harap pengguna yang tertipu boleh memaklumkan kepada kementerian. Walau bagaimanapun, sebelum satu-satu premis perniagaan jualan murah menjual atau pun mengiklankan jualan barang murah, mereka mesti memberi notis kepada pihak kementerian untuk membuat jualan murah tersebut. Jadi, sepatutnya tidak ada berlaku sebarang penipuan di dalam jualan-jualan murah yang diiklankan. Jadi, sepatutnya tidak berlaku kerana mereka perlu memaklumkan kepada pihak kementerian dengan memberi notis 14 hari sebelum sesuatu jualan murah diiklankan. Jadi, sepatutnya tidak berlaku. Mungkin ada sedikit kelemahan di dalam undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 di mana mereka hanya perlu memberi notis kepada pihak kementerian. Kita akan membuat pindaan. Kita sedang dalam proses pindaan akta ini supaya bukan setakat memberi notis untuk membuat jualan murah, tetapi memberikan item by item. Setiap barangan yang hendak dijual itu dengan mengemukakan harga asal dan harga yang dicadangkan untuk jualan murah dan sebagainya. Jadi, perkara ini sedang dalam proses dan kita akan pastikan perkara ini tidak berlaku. Walau bagaimanapun, dalam waktu ini jika ada terdapat jualan murah yang mengelirukan dan sebagainya, mereka boleh memaklumkan kepada kita dan pihak kementerian boleh mengambil tindakan di bawah pengiklanan yang mengelirukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna dan sebagainya masih boleh dilakukan. Mengenai dagangan adil dan sebagainya, saya ...
[Bangun]
Sepatutnya ada jawapan ini. Tidak apa, saya percepatkan. Akta Persaingan, Competition Act telah pun siap disemak oleh Jabatan Peguam Negara dan jika tidak ada aral melintang, kita akan bentangkan untuk bacaan pertama dan bacaan kedua di dalam sesi ini. Di dalam itu termasuklah mengenai ethic dan sebagainya.
Ini yang saya agak keliru sebab yang dicadangkan di Dewan dahulu ialah bukan Competition Act atau persaingan. Yang dicadangkan dahulu dan telah disiarkan di dalam laman web iaitu dengan izin, Fair Trade Practices Act.
In fact ...
Mungkin kalau cadangan ini, mungkin Competition Act mungkin juga bagus tetapi boleh kita jelaskan kerana ada perkara yang tertangguh yang belum selesai.
Ya, in fact untuk Unfair Trade Practices Act sekarang masih di dalam kajian dan kita juga akan
memperkenalkan. Akan tetapi untuk peringkat permulaan ini, kita akan bentangkan dahulu Akta Persaingan tadi.
[Bangun]
Okey, Limbang Yang Berhormat Menteri.
Okey, Yang Berhormat Limbang dahulu. Memang Yang Berhormat Pokok Sena depan saya, saya mesti beri juga... [Ketawa]
Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum Yang Berhormat Menteri pergi jauh daripada hal-hal subsidi ini. Jadi, dalam usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat itu. Jadi, ini di kawasan Limbang khususnya dan juga untuk Sabah dan Sarawak sebab apabila kita bercerita pasal subsidi ini, ada juga chargers lain yang di mana kita hendak turunkan harga tetapi disebabkan changers yang dikenakan oleh negara jiran, contohnya negara Brunei sebab ia membabitkan semua lori-lori kita yang membawa all the good cross the border. Cross border dari Sabah hingga ke Sarawak, ke Kuching. Jadi, semuanya dikenakan charge. Transit changers ini mengakibatkan di mana harga transit changers ini dipulangkan kepada pengguna di kawasan Limbang, Miri dan juga di kawasan Sabah dan Sarawak. Jadi saya ingin minta penjelasan daripada Menteri tentang perkara ini.
Terima kasih Yang Berhormat Limbang, saya sendiri pun melihat dengan sendiri bagaimana harga tinggi di Limbang dan Lawas termasuklah barang-barang kawalan akibat daripada charges yang dikenakan di kawasan sempadan apabila kenderaan membawa barangan daripada Miri ke Limbang atau Limbang ke Lawas tadi, memang betul. Saya sendiri pun menggunakan jalan darat daripada Miri-Limbang, Limbang-Lawas, Lawas-Sipitang untuk melihat sendiri keadaan yang sebenar berlaku di bawah tadi. Pihak kementerian sedar perkara ini dan rundingan pertama telah pun saya jalankan, saya pergi ke Brunei minggu lepas untuk berunding dengan Menteri Luar merangkap Menteri Perdagangan II Brunei dan kita telah pun berbincang dan bersetuju untuk mewujudkan satu jawatankuasa bersama di antara pihak Brunei dan juga pihak kementerian bagi membincangkan secara detail barang-barang yang berkaitan dan juga charges-charges yang dikenakan terhadap Miri dan Limbang. Setakat ini nampaknya amat positif malah Timbalan Sultan, mereka panggil Timbalan Sultan atau Tengku Mahkota Brunei, sewaktu saya menghadap Baginda, Baginda sendiri telah menitahkan kepada Kementerian Perdagangan dia, KSU Kementerian Perdagangan dia supaya selesaikan isu charges. Akan tetapi, walau bagaimanapun, kita tidak tahu sejauh mana kerana kita telah tubuhkan jawatankuasa bersama. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dan isu barangan yang mahal di Limbang dan Lawas, saya harap kita dapat selesaikan dengan segera.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri sahabat saya ini. Saya begini, tadi sebut mengenai subsidi untuk hendak dikaji semula dan sebagainya, saya melihat
kerajaan bila menghadapi masalah kewangan, jadi akhirnya ialah pengurangan subsidi yang selama ini telah pun diberikan kepada rakyat yang saya menganggap bahawa subsidi merupakan sebahagian daripada proses pengagihan kekayaan kepada masyarakat terbanyak dalam negara kita. Semalam pun dalam pembentangan Model Ekonomi Baru, Perdana Menteri juga menyebut soal hendak distrukturkan semula, hendak dikaji, maknanya ke arah pengurangan tanggungan subsidi yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Jadi saya tidak anggap bahawa ini sebagai Model Ekonomi Baru, kalau Model Ekonomi Baru, ia kena cari jalan bagaimana sesuatu yang baru tanpa menjejas sesuatu yang telah diperoleh oleh rakyat. Jadi ianya cara lama juga, maknanya ada masalah kewangan, tarik daripada rakyat jadi macam pakai hak lama juga, macam orang buat mihun sup, rebus kaki lembu sampai seminggu, macam itulah. Jadi akhirnya rakyat hanya dapat bau, habuan daripada perencah perasa sup sahaja, buka periuk bila mendidih, ia bau jadi isi tak ada juga, ia rebus hak itu sahaja. Jadi bagi saya bahawa sesuatu yang tidak menggambarkan kesungguhan kerajaan untuk membantu rakyat. Jadi sebab itu saya hendak katakan bahawa kenapa kerajaan tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah monopoli dalam isu gula umpamanya, isu monopoli umpamanya sehingga Robert Kuok sudah diisytihar sebagai orang yang terkaya di Malaysia, walaupun dia sudah pun melepaskan pegangan dia kepada syarikat FELDA dan sebagainya, itu satu persoalan yang lain. Akan tetapi masih lagi dalam konteks monopoli gula, jadi ini yang harus difikirkan oleh kerajaan bagaimana soal monopoli ini dapat diatasi. Keduanya ialah dalam konteks subsidi minyak umpamanya. Betul! Saya bersetuju bahawa kerajaan tidak seharusnya menanggung subsidi yang begitu besar tetapi bukan bermakna kita ambil secara direct begitu daripada rakyat. Sepatutnya kerajaan harus memikirkan bagaimana untuk menggalakkan masyarakat dan rakyat ini memakai kenderaan yang CCnya rendah, maknanya dia akan mendapat dengan harga yang murah, harga kereta. Masalah sekarang orang tidak boleh hendak pakai kereta baru kerana apa? Kerana harga kereta tinggi, kerana cukai yang begitu tinggi. Akan tetapi kalau kerajaan mengamalkan untuk mengurangkan cukai, menghapuskan cukai import kereta dan sebagainya, beri ruang ataupun siapa yang memakai kereta kecil maka akan dihapuskan cukai import dan sebagainya. Jadi menggalakkan untuk orang memakai kereta yang kecil, kereta yang kecil, ia punya tol akan lebih murah. Jadi bermakna bahawa tanggungan subsidi minyak itu akan berkurangan kerana kereta kecil tidak makan minyak. Macam Yang Berhormat Sri Gading, dia pakai kereta besar, jadi dia tanggunglah minyak, harga yang tinggi. Jadi ini yang sepatutnya ada satu pembaharuan yang harus dilakukan oleh pihak kerajaan, bukannya setiap kali ada masalah kewangan, ambil daripada rakyat. Jadi bagi saya bahawa kalau hendak dikaji semula subsidi dan sebagainya, hata terhadap barang-barang kawalan keperluan rakyat terbanyak ini, akhirnya bagi saya bahawa walaupun dijamin bahawa GST tidak dicukaikan ke atas barang-barang keperluan ini, tetapi akhirnya naik jugalah harga barang sebab subsidi ditarik balik.
Ya, ringkaskan Yang Berhormat.
Jadi bagi saya ini sesuatu yang tidak adil kepada rakyat terbanyak, minta pandangan.
Yang Berhormat Menteri, panjang lagi ke Yang Berhormat?
Lepas ini saya beralihlah. Okey kepada Yang Berhormat Pokok Sena, kalau kita dengar ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam, New Economic Model ini bukan berkaitan dengan hapuskan subsidi sahaja, ianya lebih daripada itu menjadikan negara kita berpendapatan tinggi, menghapuskan terus kemiskinan, menambahkan pendapatan dan sebagainya. Jadi soal monopoli saya dah sebutkan tadi, bahawa kita akan wujudkan akta persaingan yang akan menyekat monopoli dan kartel yang mengawal harga dan sebagainya, itu kita dah ada instrumen dia. Mengenai subsidi cadangan-cadangan tadi, cadangan pasal kereta dan sebagainya adalah cadangan yang baik. Walau bagaimanapun, saya tidak mahu komen lebih mengenai apa yang kita lakukan kerana seperti yang kita sebutkan tadi bahawa makmal rasionalisasi subsidi akan membentangkan kajian dan memberi pandangan mereka mengenai bagaimana penstrukturan ataupun kaitan-kaitan dengan subsidi ini. Esok akan dibentangkan kepada pihak Menteri-Menteri Kabinet dan selepas itu mungkin kita akan mendapatkan apa pandangan yang lebih jelas daripada mereka, selepas itu baru kita boleh bincang dengan lebih detail dan sebagainya, ada! Kita ada cara dia, jadi biarlah dahulu, saya tidak mahu mendahului makmal rasionalisasi subsidi ini. Mengenai Anti Profiteering Act – mengenai undang-undang menyekat keuntungan berlebihan, ianya sedang di dalam kajian, kita telah pun menyiapkan draf akta itu dan akta tersebut sedang dikaji oleh pihak Jabatan Peguam Negara, insya-Allah kalau siap, kita akan bentang untuk bacaan pertama di Parlimen pada sesi ini, kalau tidak sempat sesi pada bulan Jun nanti. Mengenai peningkatan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan kebocoran atau penyeludupan termasuk bagi bekalan gula, petrol dan diesel terutama di sempadan Malaysia melalui tindakan penguatkuasaan, ianya terus diadakan dan pihak kementerian mengadakan kerjasama yang rapat dengan agensi-agensi yang lain seperti kastam, polis dan juga Unit Pencegah Penyeludupan (UPP). Di sepanjang operasi membanteras penyeludupan bekalan gula, sepanjang tahun 2009 sejumlah 132 tindakan kes telah pun diambil di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, sebanyak 249,927.20 kilogram bekalan gula telah dirampas dengan nilai rampasan sebanyak RM387,790.29. Bagi tahun 2010 sehingga 22 Mac 2010, sejumlah 52 tindakan kes telah diambil yang melibatkan 14,256 kilogram bekalan gula telah dirampas dengan nilai rampasan sebanyak RM48,869.46.
Tindakan menarik lesen pemborong dan peruncit di sempadan juga telah diambil. Pada tahun 2009 sebanyak tujuh lesen borong pula telah dibatalkan akibat daripada perbuatan sorok dan penyeludupan yang telah mereka lakukan. Bagi operasi membanteras penyeludupan berkaitan minyak petrol dan diesel. Pada tahun 2009, sejumlah 99 kes bagi petrol dan 123 tindakan kes bagi diesel telah diambil di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, sebanyak 67,063.91 liter petrol telah dirampas dengan nilai rampasan sebanyak RM177,388.26 manakala 520,108.31 liter diesel telah dirampas dengan nilai rampasan sebanyak RM789,454.10. Bagi tahun 2010 pula, iaitu sehingga 22 Mac 2010, sejumlah 43 tindakan kes bagi petrol telah diambil yang melibatkan 80,867 liter bekalan petrol telah dirampas dengan nilai rampasan sebanyak RM48,869.46. Bagi bekalan diesel
pula sehingga 22 Mac 2010, sejumlah 58 tindakan kes bagi diesel telah diambil yang melibatkan 135,146.75 liter diesel telah dirampas dengan nilai rampasan sebanyak RM232,464.64. Operasi-operasi ini telah memberi kesan yang positif untuk menyampaikan mesej bahawa kerajaan akan bertindak tegas ke atas peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan untuk menyeludup bekalan seperti gula, petrol dan diesel ke sempadan. Merujuk kepada Ahli Yang Berhormat Tawau, yang mengatakan bahawa RON 97 tidak dijual di Tawau dan barang-barang kawalan tidak dikawal seperti yang sepatutnya. Untuk makluman Yang Berhormat, ketiadaan bekalan RON 97 di Tawau adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti permintaan yang sangat kurang, kapasiti tangki penyimpanan depoh di Tawau yang terhad, kos yang tinggi untuk pengangkutan serta penyimpanan dan penyelenggaraan RON 97 khususnya di Tawau. Faktor kos pengangkutan yang melebihi dari operation expenditure. Pada masa ini hanya Kota Kinabalu yang mempunyai 33 buah stesen minyak yang menjual produk RON 97. Pemantauan berterusan oleh pihak penguat kuasa di kawasan Tawau sentiasa dilakukan bagi memastikan barang-barang kawalan dijual pada harga yang ditetapkan dan bekalan adalah mencukupi. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan maklum balas kepada Yang Berhormat Pasir Mas mengenai mengurangkan amalan kartel dan monopoli oleh kaum Cina agar kaum lain boleh bersaing secara sihat dan adil. Kementerian kini seperti yang saya sebutkan dalam peringkat akhir untuk membentangkan Rang Undang-undang Persaingan ataupun Competition Act di dalam sesi Parlimen ini. Pengenalan Undang-undang Persaingan ini yang merangkumi peraturan- peraturan bagi memastikan persaingan yang sihat wujud di dalam pasaran akan merancakkan lagi suasana perdagangan di dalam negeri dengan memastikan amalan-amalan persaingan dapat diatasi dan menjamin hak pengguna secara keseluruhannya tanpa mengira kaum. Undang-undang ini mengandungi peraturan untuk mengambil tindakan terhadap perjanjian-perjanjian anti persaingan seperti penetapan harga, pembidaan ataupun beat raging, pembahagian pasaran, salah guna kuasa pasaran dan lain-lain. Satu Suruhanjaya Persaingan akan diwujudkan untuk melaksanakan undang-undang ini. Pengenalan undang-undang ini adalah sebagai langkah penyediaan kepada perusahaan-perusahaan tempatan dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi. Ia juga akan meningkatkan persaingan perusahaan-perusahaan Malaysia di arena nasional dan antarabangsa. Ia juga bersesuaian dengan hasrat murni kerajaan untuk mewujudkan jalinan model ekonomi baru yang menitikberatkan prinsip inovasi, kreativiti dan nilai tinggi sebagai tunjang utama dalam memacu graf pertumbuhan ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya izinkan saya menjelaskan kepada Ahli Yang Berhormat Simpang Renggam mengenai kutipan royalti hak cipta. Kadar tarif royalti telah ditetapkan sejak tahun 1988 oleh badan-badan pelesenan seperti Public Performance Malaysia Sdn. Bhd. (PPM), Music Authors’ Copyright Protection Bhd. (MACP) dan Performers and Artistes Rights (M) Sdn. Bhd. (PRISM). Kadar tarif royalti ini ditetapkan selepas perundingan di antara badan- badan pelesenan tersebut dengan kesatuan-kesatuan pengguna muzik. Kadar royalti ini telah ditetapkan sejak 20 tahun yang lalu tanpa kenaikan kadar tersebut sehingga kini. Kadar royalti yang dikenakan kepada pusat-pusat hiburan seperti karaoke tidak pernah berdasarkan kepada bilangan kerusi dan meja tetapi adalah berdasarkan kepada luas kawasan. Ini adalah untuk membezakan dan
memudahkan kadar pembayaran royalti pusat hiburan kecil dan besar kerana tidak ingin membebankan penyelia-penyelia karaoke yang kecil. Walau bagaimanapun, sekiranya pengguna-pengguna karya tersebut tidak berpuas hati, mereka bolehlah berunding dengan badan-badan pengutip royalti melalui persatuan-persatuan mereka. Kadar royalti ini pada asasnya ditentukan melalui perundingan di antara peniaga dan badan pengutip royalti. Ini adalah selaras dengan norma-norma antarabangsa. Namun begitu...
Yang Berhormat Menteri, sedikit Yang Berhormat Menteri mengenai isu royalti. Jikalau kita berbahas mengenai ekonomi baru berasaskan kreativiti dan inovasi, saya rasa isu ini perlu diberi perhatian yang lebih oleh kementerian. Pengalaman terlibat dalam menasihati persatuan-persatuan kelompok kreatif ini. Sekarang ini, tanggungjawab kutipan royalti dibuat oleh badan-badan swasta seperti yang dikatakan tadi, MACP, PRISM dan sebagainya agak berjaya. Akan tetapi bayangkan kalau satu dasar yang boleh dikeluarkan oleh kementerian di dalam mengurus aspek royalti ini dengan lebih baik ke arah memperkasakan kelompok kreatif ini, saya rasa kita tidak akan dengar permasalahan mereka yang kebanyakan di kalangan artis-artis yang selepas berkarya ketika lewat usia masih dibebani dengan permasalahan kewangan, masalah kutipan royalti yang tidak berapa terurus. Saya rasa satu dasar baru perlu dikeluarkan oleh kerajaan dalam memantapkan lagi dasar ini.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang saya sendiri melihat bahawa ketidakpuashatian di kalangan artis dan sebagainya memang agak tinggi pada waktu ini kerana mereka kurang selesa dengan kutipan yang dilakukan oleh badan-badan iaitu syarikat-syarikat sendirian berhad yang ada di antaranya mereka mengatakan mereka tidak terlibat dan tidak tahu tentang penubuhan syarikat tersebut. Mereka sendiri mengatakan mereka tidak pernah melantik syarikat-syarikat tersebut mewakili diri mereka dan sebagainya. Jadi pihak kementerian sedar bahawa ia merupakan satu perkara yang amat penting. Jikalau isu copyright ini ataupun isu royalti ini tidak diselesaikan, pihak kementerian akan bercadang untuk meminda Akta Hak Cipta ataupun Copyright Act ini. di antara cadangan-cadangan pihak kementerian dan perkara ini masih di dalam kajian serta masih di dalam perbincangan ialah untuk mewujudkan satu badan khas bagi mengutip royalti ini di bawah seliaan kementerian sendiri. Walau bagaimanapun, seperti yang sebutkan bahawa pihak kementerian akan berbincang dengan pihak industri terutamanya pihak persatuan- persatuan yang berkaitan dengan artis-artis ini untuk tindakan kita seterusnya.
Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja. Saya mohon kerana isu yang agak penting walaupun ditangani oleh kerajaan selepas dasar baru ini, saya cadangkan agar isu-isu ketelusan, isu-isu transparensi dan sebagainya itu perlu lebih ditekankan kerana antara aduan-aduannya itu semacam tadi dikatakan, tidak tahu di mana, berapa ketelusan. Jadi saya rasa perkara itu tidak akan menyumbang ke arah ekonomi inovasi kalau kelompok-kelompok kreatif ini hilang motivasi untuk berkarya. Pohon satu penekanan dalam dasar baru.
Ya, pihak kementerian mengambil maklum tentang cadangan daripada Yang Berhormat tersebut. Untuk makluman, sejak tahun 1999 kerajaan telah menubuhkan satu Tribunal Hak Cipta bagi membantu mana-mana pengguna muzik yang tidak berpuas hati dengan kadar
royalti atau tarif yang dikenakan oleh mana-mana badan pelesenan iaitu PPM, MACP dan PRISM untuk membawa kes mereka ke Tribunal Hak Cipta untuk mendapatkan penyelesaian. Walau bagaimanapun, pun tiada sebarang kes atau aduan dibuat kepada tribunal ini dan kementerian akan mengadakan lebih banyak program advocacy untuk memaklumkan akan kesediaan platform ini untuk mana-mana pihak supaya kes-kes berkaitan dengan hak cipta boleh dibawa ke tribunal ini. Tadi saya sudah sebutkan tentang Akta Hak Cipta akan dipinda untuk memperluaskan kuasa tribunal kepada pengguna dan pemilik karya hak cipta untuk membawa sebarang masalah mengenai isu royalti kepada tribunal hak cipta ini. Pindaan Akta Hak Cipta akan memberikan kuasa kepada Menteri untuk memantau dari semasa ke semasa dari aspek kutipan royalti, pengagihan dan menyelesaikan sebarang pertelingkahan mengenai penggunaan karya hak cipta. Kementerian telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak kutipan royalti, artis dan syarikat rakaman untuk mengkaji semula dan membincangkan isu penetapan tarif royalti. Untuk makluman Dewan, pada 11 Mac 2010, satu mesyuarat mengenai isu penetapan tarif atau kadar pembayaran royalti telah diadakan di kementerian dan dipengerusikan oleh saya sendiri. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua persatuan yang ada kaitan dengan muzik rakaman dan juga dengan pemungut-pemungut royalti. Mesyuarat lanjutan akan diteruskan oleh pihak kementerian dan perbincangan-perbincangan mengenai bagaimana cara kutipan dilakukan dan juga apa saja berkaitan dengan royalti akan diteruskan dari semasa ke semasa. Dari aspek ketulusan, walaupun masih dipertikaikan, hak cipta merupakan hak persendirian ataupun private rights. Kadar ketetapan royalti adalah berdasarkan kepada rundingan di antara pemilik-pemilik karya hak cipta, persatuan-persatuan perniagaan, dan badan-badan kutipan royalti. Ahli-ahli yang diwakili oleh badan tersebut bolehlah membuat pemeriksaan ke atas kutipan yang dilakukan oleh badan-badan tersebut. Kutipan dari stesen-stesen penyiaran radio dan televisyen pula adalah berdasarkan log dan queue sheet dan badan-badan pengutip royalti akan membuat bayaran berdasarkan bilangan penyiaran lagu tersebut. Bagi pusat-pusat karaoke pula di mana lagu-lagu biasanya disimpan di dalam server-server komputer, formula kutipan dan pengagihan adalah berdasarkan kepada persetujuan ahli-ahli atau pemilik karya hak cipta tersebut dan lembaga pengarah badan-badan pengutip royalti. Badan-badan pemungut royalti...
Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja.
Adalah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1995 di mana ia perlu menghantar penyata akaun yang telah diaudit setiap tahun kepada SSM. Sesiapa yang ingin mengetahui mengenai akaun tersebut boleh memohon salinan yang diakui sah oleh SSM.
Yang Berhormat Menteri, saya juga ingin Menteri memberi perhatian terutama sebelum dasar ini diperhalusi dan dikemas kini kerana antara aduannya ialah kadar royalti terutama untuk kerja-kerja seni, pada pandangan mereka kelompok seni ini masih lagi di peringkat yang tidak betul-betul menghargai nilai kreatif, pengkarya, artis, komposer, filem production dan sebagainya. Jadi mungkin disebabkan faktor- faktor yang mungkin saya rasa pada peringkat ini, penggubal dasar perlu melihat kerana mereka mengatakan mereka kadang-kadang tidak mempunyai pilihan.
Saya tidak mahu pergi jauh, kadang-kadang melalui air time dan sebagainya untuk masuk sebelum perkara itu diterjemahkan dalam bentuk royalti. Royalti ini bergantung pada penyiaran dan sebagainya, itu akan merujuk kepada politik- politik yang lain yang lebih jauh. Akan tetapi pada peringkat ini, saya memohon agar kerajaan mengkaji satu mekanisme agar satu tahap nilai royalti yang bersesuaian, setimpal dengan kerja-kerja kreatif kelompok masyarakat artis dan sebagainya.
Terima kasih Yang Berhormat, saya memang bersependapat dengan Yang Berhormat dari segi ini kerana seperti yang telah saya sebutkan daripada awal ucapan saya mengenai royalti ini, kadar royalti yang ditetapkan ini adalah terlalu lama iaitu 20 tahun dahulu dan tidak pernah dikaji untuk kenaikan dan sebagainya. Jadi mungkin waktu telah pun berubah, masa telah berubah, jadi saya kira wajarlah jika kadar royalti ini dikaji dan sebagainya. Oleh sebab saya sudah sebut Akta Hak Cipta juga sedang dikaji, jadi segala perkara-perkara yang melibatkan royalti termasuk kadar akan kita kaji semula bersama-sama dengan kajian Akta Hak Cipta ini. Jadi Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya kira itu sahaja yang dapat saya terangkan pada hari ini dan sekali lagi saya dari pihak kementerian ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada yang mengambil bahagian dalam perbahasan atau yang melakukan pencelahan sewaktu saya menggulung ini. Semoga pandangan-pandangan Yang Berhormat tadi dapat membantu kementerian di dalam memberikan sumbangan dan bakti kepada rakyat serta negara ini. Assalamualaikum.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat...
[Bangun]
Apa dia?
Sebelum Tuan Yang di-Pertua teruskan, ingin saya ambil perhatian tempat bocor di tempat duduk saya. Air turun di sini.
Baik Yang Berhormat. Saya akan memaklumkan kepada pihak yang berkenaan. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Pelancongan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan semasa Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kementerian amat menghargai serta mengambil perhatian serius terhadap semua pandangan, saranan, cadangan dan teguran Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan. Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Kota Bharu mencadangkan supaya diberi tumpuan bagi menarik pelancong-pelancong dari negara-negara di Asia Barat dan juga diperluaskan ke destinasi tumpuan ke kawasan Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman kepada pelancong-pelancong Asia Barat seperti mana kawasan Bukit Bintang. Tuan Yang di-Pertua, kementerian Pelancongan Malaysia menerusi Tourism Malaysia sememangnya memberi tumpuan dan
mempromosikan Malaysia di pasaran Asia Barat dengan menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pilihan utama bagi pelancong-pelancong Asia Barat. Pada tahun 2009, Malaysia telah menerima kunjungan seramai 23.6 juta pelancong asing berbanding 22.05 juta pada tahun 2008 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 7.2%. Daripada jumlah tersebut seramai 284, 890 orang adalah pelancong dari Asia Barat yang telah membelanjakan sebanyak RM2.04 bilion kepada ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, pelancong dari Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu merupakan pelancong yang tertinggi dalam jadual pendapatan per kapita dan purata tempoh tinggal para pelancong bagi tahun 2008, iaitu sebanyak RM7,991 dalam tempoh tinggal sepuluh hari setengah ataupun 10.5 hari bagi pelancong Arab Saudi dan RM6,315 dalam tempoh tinggal 9.2 malam bagi pelancong Emiriah Arab Bersatu. Selain daripada usaha promosi yang berterusan, Tourism Malaysia juga telah memperkenalkan program Feel at Home Campaign di Malaysia kepada pelancong-pelancong Arab dengan kemudahan-kemudahan seperti berikut. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
[Bangun]
Nombor satu, laluan khas untuk memudahkan proses imigresen. Nombor dua, papan tanda atau petunjuk arah di dalam bahasa Arab.
Boleh penjelasan Yang Berhormat? Kota Belud, kiri.
Yang Berhormat Kota Belud, okey.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Penggulungan pertama beliau sebagai Timbalan Menteri. Tadi saya berminat dengan statistik yang diberikan tentang pelancong dari Middle East ataupun Timur Tengah. Cumanya saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa dia perancangan khusus bagi Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan sebahagian daripada pelancong-pelancong ini yang datang ke Kuala Lumpur, ke Melaka, ke Langkawi. Apa dia spesifik program ataupun tindakan oleh kementerian untuk menjadikan Sabah dan Sarawak juga sebagai destinasi orang- orang Arab ini, sebab kita mesti tahu kadang-kadang kalau mereka datang ke negara kita ini, mereka datang dengan keluarga yang besar, 10 orang dengan beg yang besar dan kalau mereka sudah turun ke Kuala Lumpur, agak susah untuk mereka packing barang lagi dan terbang ke Kota Kinabalu ataupun Kuching. Jadi mungkin kena ada satu perancangan yang lebih khusus, mungkin direct flight, dengan izin dan sebagainya yang boleh memberikan advantage kepada Sabah dan Sarawak dalam mendapatkan jumlah pelancong ini. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, perkara yang sama. Kota Bharu, ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang saya cuba tarik perhatian daripada pihak Kementerian Pelancongan ialah mengenai dengan potensi yang cukup besar,
yang ada di Asia Barat dan dengan tidak menafikan apa yang telah pun dibuat oleh pihak kerajaan. Saya mencadangkan supaya Kementerian Pelancongan cuba untuk melipatgandakan usaha untuk menarik pelancong daripada sana oleh kerana dalam suasana peristiwa 11 September ini tidak begitu ramai pelancong dari Asia Barat yang hadir untuk melancong ke US dan Eropah. Jadi mereka seolah-olah macam dengan kawalan yang begitu ketat, dengan pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang yang luar biasa, jadi kalau sekiranya pihak kementerian boleh membawa rombongan lebih-lebih lagi kalau pemimpin daripada kementerian ini yang boleh bercakap bahasa Arab dan lebih-lebih lagi, kalau boleh bawa keluarga diraja daripada Malaysia ini sebab di sana memang ramai raja yang menjadi ketua negara di banyak negeri di Asia Barat. Jadi kalau pihak kementerian dapat memikirkan suatu cara mengenai dengan cara budaya yang begitu unik di kalangan masyarakat Asia Barat ini, insya-Allah Malaysia akan menjadi destinasi utama pelancong-pelancong dari Asia Barat. Terima kasih.
Terima kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat yang mencelah. Untuk Yang Berhormat Kota Belud, rancangan khusus untuk Sabah dan Sarawak sama juga dengan perancangan untuk seluruh negara. Kalau kita pergi ke Timur Tengah, kita juga memasarkan Sabah dan Sarawak tetapi cuma Yang Berhormat sebut tadi direct flight, dengan izin daripada Timur Tengah ataupun dari Middle East, itu sahaja yang kekurangan, tetapi Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan akan berusaha untuk membawa lebih banyak lagi flight frequency dari Timur Tengah kepada Malaysia dan seterusnya kepada Sabah dan Sarawak. Sebenarnya tadi saya sememangnya ingin menyebut senarai apa yang kementerian telah pun lakukan untuk menarik lebih ramai lagi pelancong- pelancong dari Timur Tengah. Untuk menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Kota Bharu, sememangnya kementerian jika membuat satu promosi kepada Timur Tengah membawa pegawai-pegawai yang sememangnya mahir di dalam bahasa Arab. Itu adalah langkah penting dan langkah utama dan kementerian telah pun melihat dan membuat kajian tentang budaya pelancong- pelancong dari Timur Tengah, dan oleh itu langkah-langkah yang telah pun diambil oleh kementerian bagi menggalakkan pelancong-pelancong dari Timur Tengah untuk datang ke sini adalah berasaskan daripada budaya mereka, daripada tabiat mereka dan daripada cara hidup mereka. Itulah sebabnya kita membuat langkah- langkah yang sesuai bagi mereka untuk datang ke sini.
Timbalan Menteri, Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Jerai.
Ya. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri. Saya sebahagian daripada pelajar Timur Tengahlah. Untuk makluman, kebanyakan rakyat di Timur Tengah khususnya Mesir dan sekitarnya, mereka lebih kenali Malaysia ini di Genting Highlands, Langkawi. Sebenarnya kalau kita merujuk kepada tempat-tempat pelancongan di dalam negara kita terlalu banyaklah. Ada permukaan bumi yang tidak sama dengan mereka, cuaca dan seumpamanya. Contohnya taman rimba ataupun hutan rekreasi, yang mana kita melihat ini destinasi yang paling terbaiklah kerana mereka sukar untuk mendapatkan suasana begitu.
Saya mohon pihak kementerian supaya lebih fokus kepada industri pelancongan hijau. Di kawasan-kawasan sungai dan juga taman rekreasi, gunung yang sukar atau tidak wujud di negara mereka, tetapi sebaliknya saya melihat rakan-rakan saya datang dari Mesir, dari Jordan ataupun dari negara Arab, tujuan pertama bergegas ke Genting Highlands seolah-olah mereka tidak mendapat maklumat destinasi pelancongan yang cukup menarik dalam negara kita. Pohon kementerian menjelaskanlah. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya peringatkan kita ada lagi banyak kementerian Yang Berhormat. Esok kalau nak pulang pukul 12.00 boleh Yang Berhormat, tetapi pagi esok hari Khamis.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas reminder itu. Untuk Yang Berhormat dari Jerai, sememangnya Kementerian Pelancongan mempromosikan taman-taman rimba, iaitu apa yang dimaksudkan ialah kembara eco ataupun ecotourism. Ini adalah penting kepada kita di negara Malaysia kerana negara-negara yang lain ada juga produk yang sama tetapi bagi kita, ecotourism site ataupun tapak-tapak kembara eco adalah lebih menarik lagi yang mengandungi kepelbagaian biologi yang tinggi.
Jadi itulah sebabnya mereka kalau datang, kalau mereka tahu, sememangnya mereka akan pergi ke tempat-tempat sebegitu. Akan tetapi yang amat penting adalah untuk kita sebagai satu promosi ialah menyediakan off-site information adalah maklumat-maklumat di luar, di mana mereka ini boleh lihat, boleh tahu dan mereka boleh buat perancangan untuk pergi ke tempat-tempat yang tertentu. Ini termasuk di dalam internet juga. Kita akan membuatnya sebegitu. Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri minta...
Timbalan Menteri belum bercakap, Yang Berhormat. Semua ulasan menjawab pencelahan sahaja ini.
Saya mohon penjelasan lanjut dan cadangan sebab kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri ini ia ada hubung kait dari segi...
Okey, baik Yang Berhormat.
Ini tentang apa, tentang Middle East tourist?
Tourist ya. Ada hubung kait...
Pelancong-pelancong dari Timur Tengah?
Timur Tengah juga termasuk sebab sebelum Dewan ini bersidang saya ada dapat kompelin daripada pelancong antarabangsa. So Yang Berhormat Timbalan Menteri izinkan saya?
Saya akan sampai ke Yang Berhormat Silam nanti.
Okey terima kasih.
Ada. Okey terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, kemudahan-kemudahan yang ketiga yang telah pun kementerian buat untuk pelancong-pelancong dari Timur Tengah iaitu pengumuman dalam bahasa Arab. Keempat, staf yang berkebolehan bertutur bahasa Arab di KLIA, di hotel- hotel, pusat membeli belah dan agensi pelancongan. Kelima, melanjutkan waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam di hotel-hotel. Terakhir, mencahayakan taman-taman rekreasi di waktu malam untuk berkelah. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Bharu mengenai cadangan Yang Berhormat supaya diperluaskan destinasi tumpuan ke kawasan Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman kepada para pelancong dari Asia Barat seperti mana kawasan Bukit Bintang. Kementerian sememangnya mengambil perhatian terhadap perkara ini. Walau bagaimanapun, kementerian perlu mengambil kira pelbagai faktor pada setiap produk pelancongan. Buat masa ini Kementerian Pelancongan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah pun melaksanakan beberapa program yang berterusan yang meliputi kawasan-kawasan tersebut seperti bazar Ramadhan, Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri sebagai destinasi bagi menarik tumpuan pelancong…
Minta penjelasan.
Penjelasan sedikit.
Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Pelancong?
Ya pelancong.
Yang berkaitan dengan Timur Tengah?
Pelancong keseluruhan.
Dengan Timur Tengah dahulu.
Then, you finish first.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, pelancongan berkaitan dengan Chow Kit, Lorong Haji Taib tadi.
Yang Berhormat Lenggong, Timur Tengah?
Ini berkaitan dengan kawasan Chow Kit tadi.
Okey, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita bercakap untuk membawa pelancong masuk ke dalam negara kita dan dalam waktu yang sama tentu juga kita mahu meningkatkan imej negara kita kepada mata luar. Saya dengar tadi bagaimana perancangan kementerian khusus untuk menjadikan kawasan Chow Kit ini juga satu lokasi yang boleh memberikan minat dan menambahkan kehadiran pelancong ke dalam negara kita. Akan tetapi kita kena juga akui bahawa kawasan berkenaan juga kita telah sedia maklum, dengan lorong-lorong yang agak begitu tidak baik kalau pelancong
juga ke kawasan itu. Jadi apakah kementerian mahu lakukan supaya imej yang tidak baik di Lorong Haji Taib, di kawasan-kawasan berkenaan dapat dibersihkan supaya dengan kehadiran ramai di kawasan situ ia juga mendatangkan imej baik kepada negara kita?
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Sememangnya setiap kali kita pergi membuat promosi kita menunjukkan imej yang baik untuk negara kita termasuk juga Chow Kit. Oleh yang demikian, jika kita bekerjasama dengan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur untuk membersihkan lorong-lorong seperti Lorong Haji Taib yang sememangnya tidak begitu baik, maka imej kita juga akan menjadi baik kalau lorong itu bersih daripada sampah sarap dan juga daripada kegiatan-kegiatan yang tidak baik. Maka penguatkuasaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan membuat lorong itu bertambah baik sekali gus akan memberi imej juga yang baik kepada negara kita. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Silam menyarankan supaya Kementerian Pelancongan bekerjasama dengan universiti-universiti tempatan untuk membuat kajian-kajian baru bagi meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan asas yang ada di kawasan-kawasan luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat Silam, Kementerian Pelancongan telah pun bekerjasama dengan beberapa universiti tempatan seperti Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi melaksanakan beberapa kajian pelancongan yang melibatkan aspek pengauditan kemudahan dan infrastruktur pelancongan termasuk di kawasan-kawasan luar bandar. Kajian-kajian yang dijalankan adalah bagi meningkatkan kemudahan- kemudahan asas pelancong di seluruh negara termasuk di kawasan-kawasan luar bandar. Antara kajian-kajian yang dijalankan adalah kajian penambahbaikan home stay yang berdaftar di Malaysia dan kajian penilaian dan peningkatan produk- produk dan pakej-pakej pelancongan. Hasil kajian berkenaan akan menjadi input dan rancangan penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur pelancongan bagi menjamin keselesaan, keselamatan dan kepuasan para pelancong agar mereka kembali ke kawasan-kawasan daya tarikan berkenaan terutama yang terletak di kawasan luar bandar.
[Bangun]
[Bangun]
Ya, silakan Yang Berhormat Silam.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih juga di atas inisiatif dan rancangan pihak kementerian khususnya untuk mengenal pasti destinasi pelancongan yang baru di negara kita terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar. Saya ingin penjelasan lebih lanjut berhubung dengan kajian-kajian yang telah dibuat oleh pihak kementerian bersama dengan pusat-pusat pengajian tempatan sebab saya dapati setakat ini kalau dari segi tempat destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan utama di negeri Sabah, ia hanya bertumpu di kawasan Kota Kinabalu terutamanya di Gunung Kinabalu. Akan tetapi dari segi kajian untuk tempat-tempat yang di luar daripada tradisi tarikan pelancongan terutamanya di kawasan Parlimen Silam, setakat ini saya nampak belum ada kajian secara detail dan secara khusus. Saya nampak baik Kementerian Pelancongan Malaysia mahupun Negeri Sabah belum lagi secara detail nya membuat makluman dan inisiatif apa yang mereka buat. Jadi saya mohon penjelasan daripada Menteri, setakat ini pencapaian yang telah diperolehi hasil dari kajian tersebut. Saya ingin bertanya
juga dari segi jarak masa untuk mereka memperoleh input ini berapa lama untuk diambil oleh pihak kementerian? Saya berharap, seperti cadangan daripada pelancong dari negara Amerika baru-baru ini ketika melawat di kawasan Parlimen Silam. Mereka menyatakan bahawa memang banyak tempat menarik di kawasan saya tetapi tidak ada terdapat satu kiosk ataupun pusat maklumat yang terdapat di kawasan saya.
Saya ingin mencadangkan supaya kementerian mengambil inisiatif untuk mewujudkan pusat-pusat pelancongan dan juga di setiap kawasan Parlimen. Kalau boleh wujudkan satu laman web yang khusus untuk tempat-tempat baru terutamanya ekopelancongan yang belum lagi didaftar atau belum dikenal pasti supaya pelancong bukan hanya daripada Timur Tengah ataupun dunia luar dapat mengambil tahu tentang tempat-tempat yang menarik daripada negara kita. Terima kasih.
Yang Berhormat Mambong.
Yang Berhormat Langkawi di belakang Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Mambong. Jadi produk pelancongan. Kita buat produk pelancongan terlampau banyak tetapi kita tidak terjaga. Misalnya, di kawasan Langkawi, tempat yang tidak terjaga, kotor dan juga tidak beroperasi misalnya, man made waterfall yang terdapat di Teluk Datai. Kita buat waterfall itu RM4 juta lebih tetapi beroperasi sekejap kemudian tidak beroperasi. Jadi kadang- kadang kita mendapat rungutan daripada pelancong, kalau tidak ada duit tidak usahlah dibuat. Di dalam internet, pelancong kompelin kata keadaan di kawasan- kawasan tertentu amat kotor sekali. Saya percayalah pihak kementerian akan tahu mengenai ini dan kawasan di Pantai Cenang yang terdapat ramai pelancong tetapi keadaan sekitar tidak begitu membanggakan. Apa pendapat Yang Berhormat Menteri?
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya - nanti saya hilang arah. Tunggu sekejap ya... [Bercakap dalam dialek Sarawak] Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua...
Kena translate, bahasa bukan Melayu Yang Berhormat... [Ketawa]
Sudah tentu Tuan Yang di-Pertua pun boleh translate kepada dia... [Ketawa] Yang Berhormat Silam, tentang kajian-kajian yang sekarang sedang dijalankan untuk produk-produk pelancongan di luar bandar adalah tidak banyak berkaitan dengan homestay. Memang kita dalam kementerian sudah tahu bahawa pelancong-pelancong daripada luar negara kita sendiri gemar dan suka untuk tinggal di homestay. Akan tetapi apabila kualiti bilik dan kualiti bilik air itu tidak begitu sesuai, maka inilah satu kompelin mereka. Oleh itu, jika kita membuat kajian ataupun mengarahkan universiti-universiti untuk membuat kajian, kita akan memberitahu kepada mereka atas satu terms of reference, dengan izin. Kajian tersebut ialah untuk mengetahui nikmat rasa pelancong-pelancong asing. Apakah yang mereka mahu di dalam homestay itu selain daripada kebersihan? Kajian lain
yang dibuat adalah penilaian untuk meningkatkan produk-produk pelancongan dan untuk meningkatkan pakej-pakej kerana kadangkala yang disebut oleh Yang Berhormat Langkawi tadi, produk tidak dijaga. Jadi bagaimanakah produk-produk itu boleh ditingkatkan supaya ianya dapat menarik pelancong-pelancong asing lebih ramai dan selalu datang ke tempat itu ataupun repeat visits, dengan izin. Tentang pusat maklumat dan pusat interpretasi – ini betul, kalau tempat itu tidak dipasarkan dan kita tidak ada maklumat, maka sudah tentu kita tidak ada pusat maklumat di situ. Inilah perkara yang saya telah lihat dan itulah sebabnya tadi saya menyebut off-site information centre – pusat maklumat off-site, yang luar daripada tapak pelancongan itu. Ini amat penting kerana kalau tidak, maka tidak adalah pelancong-pelancong yang datang ke situ. Walaupun demikian, saya sendiri ramai rakan-rakan mengatakan tempat saya sekarang adalah tidak begitu sesuai kerana mereka mengatakan bidang pengkhususan saya adalah dalam alam sekitar. Akan tetapi saya membawa ilmu dan pengalaman alam sekitar saya di dalam mempromosikan dan menaiktarafkan ekopelancongan. Inilah satu langkah yang saya buat iaitu untuk membuat satu pelan strategik supaya kita ada strategi yang amat berkesan untuk mempromosikan ekopelancongan di negara kita. Yang Berhormat Langkawi mengatakan bahawa produk-produk kita tidak terjaga seperti Langkawi sudah kotor dan sebagainya. Itu memang betul Yang Berhormat. Apabila saya pergi ke Langkawi, saya melihatkannya dan saya berjumpa dengan pihak LADA dan PBT di situ mengatakan bahawa langkah yang sesuai perlu diambil untuk membersihkan Langkawi. Sebagai contoh, kenapa PBT membenarkan air paip kumbahan kotor keluar ke laut? Apabila ombak membawa balik air laut ke pantai, maka pantai menjadi kotor. Saya juga melihat sistem rawatan kumbahan di hotel-hotel di Langkawi. Saya mengatakan kepada mereka, kononnya mereka kata mereka membuat rawatan tetapi apabila saya melihat sistem itu, saya mengatakan ianya belum mencukupi. Satu lagi fasa seharusnya dibina dan dibuat agar air kumbahan itu yang dikeluarkan ke dalam longkang mesti bersih. Jadi inilah perkara yang saya bawa kepada kementerian ini.
Laluan.
Di mana pengalaman saya sendiri sudah mendalam dan juga saya ada ilmu di dalam bidang tersebut. Ya, Yang Berhormat Kapit, silakan.
Yang Berhormat Menteri, saya peringatkan satu lagilah. Yang Berhormat - sepanjang duduk di sini mendengar hanya ulasan daripada soalan tambahan. Belum lagi menghabiskan soalan-soalan dibangkitkan daripada debat yang awal. Sepatutnya kita habiskan jawapan yang itu dahulu. Kalau ada orang hendak bangkitkan masalah berhubung dengan perkara yang telah dibangkitkan awal yang itu harus dijelas, baru boleh dijawab. Kalau perkara baru Yang Berhormat, kita tidak boleh habislah. Sila Yang Berhormat.
Boleh beri saya sedikit laluan?
Dia sudah menjemput Yang Berhormat Kapit.
Perkara yang sama tentang ini.
Takkan Yang Berhormat tahu apa Yang Berhormat Kapit hendak sebut?
Okey, terima kasih.
Yang Berhormat Kapit yang berkaitan dengan..
Ya.
Pelancong di luar bandar ya?
Di luar bandar ya, memang.
Disentuh oleh Yang Berhormat Silam?
Ya, masih dalam bab itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkenaan dengan pembangunan ecotourism ataupun peluang industri pelancongan di luar bandar, sebab kawasan saya pun di luar bandar. Tadi saya terdengar Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam ulasan tadi mengatakan ada strategi daripada Yang Berhormat bagaimana hendak mempertingkatkan industri ini di luar bandar. Jadi saya tertariklah. Saya ingin bertanya buat masa ini apakah sebenarnya peningkatan, kalau ada, kunjungan pelancong-pelancong datang ke kawasan-kawasan di luar bandar? Ini kerana kita selalu dengar tahun demi tahun dikatakan bertambah pelancong ini datang.
Akan tetapi saya tidak nampak begitu bertambah - jadi jelaskan. Di kawasan saya di Kapit secara khusus sekali kita ada produk-produk ecotourism ini tetapi sukar hendak nampak tourist ataupun pelancong datang. Jadi saya hendak tahu daripada Yang Berhormat dalam setahun dua ataupun tiga tahun ini Yang Berhormat, adakah program yang begitu khusus sekali untuk mempertingkatkan industri pelancongan di luar bandar di Sarawak seperti homestay atau sistem Tagang. Saya ingat Yang Berhormat tahu dengan sistem Tagang. Di kawasan saya, saya telah membuat program itu iaitu di sesebuah sungai itu kita jaga dan kita pelihara ikan dan sebagainya. Jadi ini sudah menarik minat di beberapa kawasan untuk sistem Tagang. Apakah sebenarnya strategi daripada Yang Berhormat memandangkan Yang Berhormat ini dari Sarawak juga. Sekian, terima kasih.
Laluan Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih. Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Yang sama juga?
Tentang yang tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri bangkitkan tadi, boleh?
Okey.
Itu sebenarnya Tuan Yang di-Pertua saya hendak bercakap tentang apa Yang Berhormat Timbalan Menteri bangkitkan. Bukan tentang Yang Berhormat Kapit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri itu tentang air kumbahan yang keluar ke laut yang mencemar. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri menyedari bahawa di Port Dickson ada satu
paip besar daripada pekan Port Dickson itu yang memang secara jelas turun ke laut. Tidak ada rawatan pertama atau rawatan kedua? Memang langsung turun ke laut dan ini telah bertahun-tahun. Saya hairan bagaimana Port Dickson ini duduknya tidak jauh daripada Kuala Lumpur dan juga merupakan pusat pelancongan yang kira besar boleh diabaikan begitu sahaja dari segi pencemaran di satu tempat pelancongan. Jadi saya minta penjelasan. Terima kasih.
Soalan-soalan yang sedemikian tidak perlu di panjang lebar kerana bukan di bawah kementerian Yang Berhormat.
Yang Berhormat daripada Kapit terima kasih atas komen itu tadi dan cadangan. Apa yang saya ingin utarakan ialah satu strategi ecotourism. Sememangnya pelancongan luar bandar sudah pun matang dan strategi kita sudah ada. Ia sudah berjalan tetapi di sebelah semenanjung. Untuk Sabah dan Sarawak kita kena kerjalah dengan STB dan Kementerian Pelancongan Negeri Sarawak untuk membusat satu strategi lagi supaya produk- produk pelancongan di luar bandar boleh dipasarkan dan boleh dipromosikan. Saya sudah pun melihat bahawa strategi cluster yang sememangnya saya akan menghalusi nanti adalah satu strategi yang baik untuk mempromosi produk-produk pelancongan di luar bandar juga termasuk sistem Tagang ataupun di Sabah diketahui dengan sistem Tagal. Untuk Yang Berhormat Titiwangsa mengenai air kumbahan tidak terawat di Port Dickson. Terima kasih atas memberi pandangan itu kerana saya tidak tahu pun ia ada. Terima kasihlah. Saya akan melawat di situ dan berbincang dengan PBT di sana bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah kerana dari segi kajian saya dahulu di dalam ecological sanitation ada satu teknik yang lebih murah daripada teknik IWK. Jadi kita boleh laksanakannya untuk tempat-tempat yang kecil, tempat-tempat individu seperti itu. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Yang Berhormat Lanang menyatakan kebimbangan terhadap kes-kes penipuan oleh agensi pelancongan yang berlaku di negara ini dan ingin tahu bilangan kes yang berkenaan bermula daripada 1 Januari tahun 2009 hingga kini. Untuk makluman Yang Berhormat Lanang dari 1 Januari tahun 2009 hingga kini Kementerian Pelancongan telah mengesan sebanyak 23 kes penipuan yang dilakukan oleh lima buah syarikat pelancongan di negara ini. Kebanyakan kes penipuan ini telah dirujuk kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk disiasat di bawah prosedur kanun jenayah kerana melibatkan jenayah penipuan dan dilakukan oleh syarikat-syarikat yang tidak berlesen dengan Kementerian Pelancongan. Manakala kes-kes yang melibatkan syarikat berlesen kementerian telah mengambil tindakan di bawah Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 iaitu lesen syarikat dibatalkan sekiranya deposit pengadu gagal dikembalikan. Kes juga turut dirujuk kepada pihak PDRM bagi siasatan lanjut di bawah kanun prosedur jenayah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lenggong...
Minta penjelasan Yang Berhormat. Tuaran, di belakang sini.
Yang Berhormat Tuaran.
Ya. Tadi Yang Berhormat telah menerangkan mengenai dengan kes penipuan. Saya ingin tahu Yang Berhormat, apakah jenis-jenis penipuan kerana ini sangat penting kerana bad publicity untuk negara kita akan disebar sedunia. So, boleh minta
penerangan apakah jenis penipuan sama ada ia misrepresentation effects ataupun penipuan wang dan sebagainya. Saya ingat ini penting Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Jenis-jenis penipuan ialah pembatalan pakej dan mereka memohon pemulangan wang deposit. Yang kedua tidak mengembalikan wang deposit pengadu ataupun telah dibatalkan oleh syarikat. Sememangnya kes-kes yang diadukan kepada kementerian yang dua jenis itu iaitu pembatalan pakej dan tidak mengembalikan wang deposit.
[Bangun]
Minta maaf Yang Berhormat. Ini penting. Sehubungan itu...
Yang Berhormat, saya bagi arahan Yang Berhormat duduk dahulu. Biar Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab dahulu. Saya hendak dengar Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab dahulu. Ini bukan pasarlah Yang Berhormat.
Ini berkaitan dengan soalan tadi itu. Minta izin, ini sangat penting Tuan Yang di-Pertua. Kalau diizinkan sedikit sahaja.
Saya sudah cakap beri kementerian peluang dahulu.
Itu sudah jawab bukan?
Belum.
Jenis-jenis penipuan ialah pembatalan pakej dan mereka memohon pemulangan wang deposit.
Yang Berhormat, microphone Yang Berhormat itu.
Yang Berhormat, satu jenis penipuan yang saya lihat ialah apabila syarikat-syarikat pelancongan inbound ini mereka mencetak risalah-risalah yang - representation destinasi-destinasi yang mereka cetak itu tidak mencerminkan sebenarnya mengenai dengan industri pelancongan. Jadi ini disebar sedunia. Apabila pelancong datang mereka rasa tertipu. Jadi apakah kementerian mengambil tindakan untuk checking dahulu risalah-risalah yang disebarkan ini. Terima kasih.
Kementerian memang menyemak risalah...
Yang Berhormat, tolong jangan bagi peluang lagilah Yang Berhormat.
Risalah tersebut.
10 intervention dalam masa setengah jam Yang Berhormat.
Dan jika kita dapati bahawa syarikat pelancongan itu menipu maka kita ambil tindakan yang sama untuk inbound tourist juga.
Okey seterusnya Yang Berhormat Lenggong menyarankan supaya usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan oleh kerajaan melalui kementerian untuk menarik lebih ramai pelancong luar datang ke negara kita kerana kelihatan promosi yang dilaksanakan sekarang ini agak perlahan dan tidak konsisten. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan melalui Tourism Malaysia sememangnya bersungguh-sungguh dalam usaha menarik pelancong asing datang ke negara ini. Kementerian telah menggariskan strategi-strategi dan promosi berikut untuk menambah bilangan pelancong ke Malaysia:
(i) meluaskan share pasaran serantau, pasaran berpotensi dan ASEAN dengan melaksanakan kempen pengiklanan taktikal yang lebih agresif dan fokus serta mempergiatkan kempen Cuti-cuti 1Malaysia yang dilebarkan meliputi pasaran Singapura dan Brunei; (ii) melibatkan secara aktif pihak swasta dalam melaksanakan sesuatu acara dan aktiviti. Ini termasuk kolaborasi dengan syarikat-syarikat kerajaan ataupun GLC, sektor korporat, multinasional seperti MasterCard, Maybank, Petronas, Shangri-La, Emirates Airline dalam mempromosikan Malaysia; (iii) memantapkan dan mengukuhkan sumber dari segi kos operasi, keberkesanan dan mengikut trend pasaran dengan penggunaan teknologi maklumat ataupun ICT. Ini termasuklah menerusi kempen pengiklanan secara online seperti Google, Yahoo dan MSN. Melaksanakan latihan secara online kepada warga kerja pelancongan asing melalui Malaysia Travel Specialist serta menggunakan aplikasi e-Brochure dan e-Newsletter; (iv) memberi tumpuan kepada produk-produk niche seperti ekopelancongan, Pelancongan Kesihatan, Malaysia My Second Home dan homestay bagi memenuhi pelbagai cita rasa pelancong mengikut pasaran masing-masing; (v) berusaha mengadakan promosi secara berterusan dengan menyertai pameran berasaskan pelancongan di peringkat antarabangsa seperti World Travel Market di London, International Tourism Bourse (ITB) di Berlin, Arab Travel Market, Moscow International Tourism and Travel Fair di Russia; (vi) Tourism Malaysia juga menganjurkan misi galakan pelancongan bersama-sama agensi pelancongan yang berpotensi untuk menjana lebih ramai pelancong datang ke Malaysia; dan (vii) Tourism Malaysia mempunyai sebanyak 42 pejabat di luar negeri yang sentiasa melaksanakan program-program promosi bagi menarik lebih ramai pelancong seperti seminar produk pelancongan, promosi makanan dan kebudayaan Malaysia, diving and golf workshop, seminar Malaysia My Second Home, promosi consumer, promosi
dengan agensi-agensi pelancongan di negara pasaran dan sebagainya.
Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit.
Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong.
Yang Berhormat Batu Gajah.
Yang Berhormat Batu Gajah?
Ya.
Tentang promosi tadi?
Pelancongan yang saya sudah tunggu lama.
Saya hendak yang tadi.
Pendek ya. Pendek.
Ya. Ringkas sahaja. Saya hendak tahu, baru-baru ini negara Singapura telah membuka Resorts World Sentosa, Singapore’s di mana ada pelbagai aktiviti sebagai tarikan pelancong. Ia ada Universal Studios Singapura menarik kanak-kanak dan keluarga. Ia ada kasino dan ia ada Marine Life Park. Jadi saya hendak tahu daripada kementerian, apa strategi untuk memastikan bahawa pelancong-pelancong masih memilih Malaysia sebagai destinasinya? Sejauh mana pembukaan Resorts World Sentosa ini yang memberi saingan kepada negara ini? Keduanya ialah daripada strategi dan usaha yang dikemukakan Yang Berhormat tadi saya ingin tambah, mungkin Yang Berhormat boleh ambil perhatian. Melalui filem, saya rasa itu adalah satu cara yang sangat efektif untuk mempromosikan Malaysia...
[Bangun]
Ada satu filem yang dilakonkan di Pulau Redang beberapa tahun yang lalu. Selepas lakonan filem itu yang amat berjaya, Pulau Redang menjadi tempat tarikan dan Singapura juga ada satu drama ‘Siau Liang...’ nyonya lah, ‘Siau Liang...’ something like that… [Ketawa] ‘Siau Liang Er’ di Hotel Puri, Melaka yang berjaya menarik berapa ramai pelancong dari Singapura untuk melawat Melaka. Jadi, saya harap kementerian juga mengambil perhatian dalam menarik pelancong, ambil usaha melalui filem- filem atau drama.
Yang Berhormat Menteri, lebih kurang sama tadi. Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong. Belakang. Berkaitan tadi. Ya, saya ucap tahniah kepada kerajaan dan kementerian kerana pelbagai promosi dan kaedah dilakukan untuk menarik pelancong asing datang ke negara kita. Akan tetapi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Batu Gajah tadi.
Terima kasih.
Itu antara cabaran- cabaran yang ada di hadapan kita yang mana negara-negara di sekitar kita melaksana dan melakukan perkara-perkara yang lebih lagi. Sebab itu saya ingin tanya kepada kementerian, adakah satu unit atau bahagian di kementerian yang mengkaji tentang perubahan-perubahan strategi negara-negara lain yang juga sebenarnya bersaing dengan kita untuk menarik pelancong ke negara mereka. Ada atau tidak negara-negara lain – unit khas yang mengkaji tentang perkara ini? Satu perkara lagi, kita mahu supaya pelancong yang datang ke negara kita ini bukan datang setelah dia pergi ke Singapura ataupun setelah dia pergi ke Thailand. Kita hendak kalau pelancong daripada Arab datang, dia terus datang ke Malaysia setelah itu dia pergi ke Singapura barulah dia ke Thailand. Kalau dia datang ke negara kita setelah dia pergi ke negara-negara lain, dia sudah habis duit Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Batu Gajah, terima kasih atas cadangan itu tadi. Kementerian sememangnya meneliti perkara ini seperti filem-filem. Filem Yang Berhormat sebut tadi dan juga Hotel Puri di Melaka. Jika ianya menarik pelancong, itu adalah daya usaha kita dalam kementerian. Kita memang mempromosi Melaka sebagai bandar heritage di bawah UNESCO. Jadi, apa sahaja yang ada di Melaka sememangnya dipromosikan. Untuk saingan, ia memberi cabaran kepada kita seperti Resorts World dan kasino di Singapura. Resorts World, ia ada karakter sendiri. Jadi mereka yang suka pergi ke Resorts World, mereka pergilah tetapi karakter-karakter produk- produk di negara kita adalah berlainan daripada umpamanya Resorts World di Singapura. Sebagai contoh di Genting. Genting adalah satu destinasi pelancongan yang agak completed, sempurna yang boleh bersaing dengan Resorts World, ianya juga ada kasino. Jika mereka pergi ke kasino di Singapura, mereka mesti bayar yuran SGD100. Dengan yuran SGD100, rakyat Singapura lebih gemar lagi datang ke Genting Highlands untuk bermesra di kasino di situ kerana itu adalah duit lebihan. Keduanya, lebih murah lagi untuk mereka bermesra di kasino di Genting. Ini kerana saya sudah bincang juga dengan pihak Genting dan mereka mengatakan setakat ini belum lagi. Mereka mengatakan bahawa pelanggan- pelanggan kasino mereka di Singapura itu memang kurang orang yang datang di situ. Di Genting masih lagi maintain jumlah orang yang datang di kasino. Yang Berhormat Lenggong, cabaran itu memang cabaran. Kita berusaha dan giat berusaha dan terus membuat kajian bagaimanakah kita bersaing dengan sebagai contoh Thailand dan juga Singapura. Jadi, kita mahu pelancong datang ke sini. Kita ada niche product.
Niche product ataupun produk-produk pelancongan yang spesial, kita memang ada dan mereka datang untuk niche product inilah yang mereka suka datang ke Malaysia seperti nature tourism. Kita jangan campur nature tourism dengan ekopelancongan, kerana ianya ada kelainan. Jadi inilah satu strategi yang saya lihat lagi untuk mempromosi produk-produk di Malaysia selain daripada produk-produk kebudayaan. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyatakan bahawa Kementerian Pelancongan telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan pendapatan wang asing, meningkatkan guna tenaga dalam industri pelancongan,
memupuk kerjasama dan meningkatkan pembangunan wilayah, mempelbagaikan asas ekonomi negara, menggalakkan pemahaman pelbagai budaya dan gaya hidup penduduk berbilang bangsa dan meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Justeru untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pelancongan yang berkualiti, kita hendaklah bersama-sama menjaga kebersihan, meningkatkan perkhidmatan pelancongan sedia ada, memupuk sifat...
Laluan sikit.
Kemesraan pelancong, ini merupakan sikap yang diperlukan dalam membentuk satu minda think tourism and act tourism, dengan izin...
Laluan, satu minit sahaja.
Okey, Yang Berhormat Rantau Panjang.
Ya sikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat, saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat berkaitan dengan untuk kita meningkatkan kualiti pelancongan dalam negara kita. Persoalannya ialah dari segi kualiti khidmat pengangkutan awam kita, yang menjadi kebanyakan komen daripada pelancong, saya bagi ialah pengangkutan teksi terutama di kawasan sempadan. Jauh keselesaannya berbanding dengan berada dalam negara jiran, pengangkutan mereka lebih selesa. Jadi ini menyebabkan ramai daripada pelancong yang datang ke negara kita lebih gemar menggunakan kereta daripada Thailand. Contoh daripada Thailand terus kepada negara kita, sebagaimana yang berlaku isu di sempadan Kelantan-Thailand, yang penggunaan kereta Roothu Thailand daripada Thailand yang menggunakan permit ICP. Jadi saya ingin tahu sejauh mana pemantauan dibuat oleh pihak pelancongan untuk memastikan keselesaan terutama dari sudut pengangkutan awam untuk sekurang-kurangnya setaraf dengan negara jiran, supaya tidak menjejaskan pihak pemandu-pemandu pengangkutan awam ataupun rakyat negara kita sendiri dan seterusnya sejauh mana pemantauan dibuat oleh pihak kementerian supaya tidak ada pihak menyalahgunakan permit ICP atau International Circulation Permit ini supaya ia tidak di salah gunakan sehingga merugikan rakyat kita sendiri, minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang, ini masalahnya, pemandu-pemandu teksi. Saya sejak menjadi wakil rakyat, sudah lebih sepuluh tahun saya lihat perkara ini dan saya memang tahu tetapi ini adalah di luar bidang Kementerian Pelancongan. Walaupun begitu kita sememangnya mohon bantuan daripada Kementerian Pengangkutan untuk membantu kita dari segi menaik taraf kualiti pemandu-pemandu teksi dan juga seperti Yang Berhormat sebut tadi. Kita membuat pemantauan, kita tahu apa yang berlaku di sempadan, di antara negara jiran dan negara kita dan oleh itu, kita berbincang jugalah dengan kementerian yang bertanggungjawab di atas pengangkutan supaya perkhidmatan-perkhidmatan dan juga orang-orang tempatan, rakyat kita boleh membawa pelancong dari sebelah sana ke negara kita. Ini di dalam pemerhatian kita dan kita ambil maklum, tentang perkara sebegini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, yang mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan segala saranan, pandangan serta cadangan akan diambil perhatian...
[Bangun]
...Oleh Kementerian Pelancongan, sekian terima kasih.
Menteri sedikit sahaja.
Sudah habis Yang Berhormat. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Titah Diraja yang menyentuh berbagai-bagai perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas. Seramai 13 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja 2010, yang terdiri daripada Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Bakri dan Yang Berhormat Setiu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Krai ada menyentuh tentang peranan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas iaitu TEKUN, FAMA dan MARDI, dan usaha mereka dalam membantu usahawan dalam menjalankan perniagaan. Peranan TEKUN, FAMA dan MARDI adalah ditumpukan kepada khidmat nasihat serta bantuan teknikal. Keberkesanan dalam meningkatkan taraf hidup usahawan tidak hanya bergantung kepada bantuan tetapi juga tahap pengetahuan, sikap serta budaya perniagaan yang ada dalam diri mereka. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, selain mengeluarkan pinjaman, TEKUN juga menyediakan khidmat bimbingan dan sokongan perniagaan sebagai contoh, ten business centres telah sedia beroperasi bertujuan menyediakan maklumat keusahawanan, peluang-peluang perniagaan dan jaringan perniagaan kepada usahawan dan bakal usahawan. Bagi memantapkan peranan usahawan yang berjaya, untuk membantu usahawan-usahawan lain dan mewujudkan peer pressure maka TEKUN juga telah mewujudkan Kelab Komuniti Usahawan TEKUN di seluruh negara. Pemantauan ke atas penggunaan pinjaman yang dikeluarkan kepada usahawan juga dipantau dan dinasihati perniagaan kepada usahawan turut diberikan semasa kutipan bayar balik pinjaman dibuat. Tuan Yang di-Pertua, usahawan-usahawan di bawah bimbingan FAMA pula yang terlibat dalam program seperti pemasaran industri asas tani, pasar tani, ladang kontrak, gerai buah-buahan segar dan Agro Bazar, kedai rakyat sentiasa diberi kursus keusahawanan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta memupuk sikap positif dan juga budaya niaga untuk membolehkan mereka berdaya tahan dan berdaya maju dalam menguruskan perniagaan mereka.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan sehingga akhir tahun 2009, seramai 35,000 usahawan telah berjaya dibangunkan oleh FAMA dan memasarkan produk bernilai sebanyak RM15.5 bilion. Hasil daripada bimbingan FAMA, usahawan-usahawan telah berjaya meningkatkan penguasaan pasaran domestik dari 1% ke 10%. Pasaran eksport masih lagi kecil dan sedang dipergiatkan. Peranan MARDI pula ialah untuk menjana, memindah dan mengkomersialkan teknologi serta perkhidmatan bagi membangunkan sektor pertanian dan industri asas tani yang moden, komersial, inovatif dan berdaya saing. Golongan sasar pekebun-pekebun kecil, pengeluar tradisional dan usahawan IKS juga sektor swasta dan agensi kerajaan. Dalam usaha membangunkan usahawan terutamanya usahawan bumiputera, MARDI menyediakan program khusus seperti forum business, klinik usahawan, kursus- kursus Hari Mesra Pelanggan, lawatan ke kilang, seminar, pameran, pusat pembangunan business, projek perintis dan juga projek pembangunan usahawan. Pada tahun 2009, seramai 3,314 usahawan yang terdiri daripada 47 usahawan anak angkat, 147 usahawan bimbingan, 2,730 khidmat sokongan usahawan dan 150 khidmat khas usahawan yang telah mendapat khidmat nasihat teknikal MARDI melibatkan berbagai-bagai bidang iaitu makanan, tanaman dan ternakan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Marang dan Yang Berhormat Bakri ada membangkitkan isu penggunaan pukat tunda yang merosakkan habitat ikan, bubu, unjam-unjam dan peralatan nelayan persisiran pantai.
Pihak kerajaan sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan kecil seluruh negara. Sistem zon telah diperkenalkan untuk melindungi sumber perikanan nelayan di seluruh negara. Peraturan tahun 2009, 1,278 bot nelayan tempatan dan 86 bot nelayan asing yang melakukan berbagai- bagai kesalahan telah ditahan oleh pihak pelbagai Agensi Penguat kuasa Maritim Negara kerana melanggar zon yang disebutkan tadi. Yang Berhormat Arau pula mengutarakan tentang isu-isu pertanian. Pertamanya berkenaan bantuan yang dilaksanakan di kawasan seluas 376 hektar sawah yang merupakan bantuan pembaikan infrastruktur kecil dan jalan ladang dalam kawasan Parlimen Arau. Sukacita saya maklumkan bahawa projek-projek tersebut sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada penghujung bulan April 2010. Isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau ialah berkenaan kos berbagai jenis baja. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah membekalkan baja tambahan dan baja organik di bawah insentif pengeluaran padi bermula pada bulan Mac 2007. Sebanyak tiga syarikat telah dilantik bagi membekalkan baja tersebut. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga telah pun memantau mengenai pemberian padi dan apabila kita mendapat aduan daripada petani bahawa baja yang dibekalkan itu tidak ada kualiti maka tindakan akan diambil. Salah satu tindakan yang telah kita ambil ialah kementerian telah pun menamatkan kontrak pembekalan salah satu syarikat yang telah dipilih membekalkan baja tersebut dan syarikat tersebut telah digantikan dengan syarikat yang baru. Isu seterusnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau dan berkaitan isu kemudahan asas Pertubuhan Peladang Kawasan yang masih jauh ketinggalan. Saya ingin maklumkan bahawa pada tahun 2007, Pertubuhan Peladang Kawasan telah diberi tanggungjawab tambahan bagi menguruskan
pengedaran bantuan kerajaan yang baru seperti baja organik, baja NPK tambahan serta racun makhluk perosak dan bantuan-bantuan yang berkaitan. Bagi menampung tambahan tugas ini pembesaran dan penambah baikkan gudang- gudang sedia ada perlu dibuat dan memandangkan peruntukan yang terhad penambah baikkan ini perlu dilaksanakan secara peringkat dan demi peringkat untuk kita melengkapkan kemudahan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, isu yang berikutnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau adalah berkenaan dengan pemulihan dusun dan tanah terbiar. Ingin saya nyatakan di sini bahawa Jabatan Pertanian menjalankan projek pemulihan dusun bagi tujuan meningkatkan kualiti dan produktiviti buah-buah tempatan melalui penanaman semula dusun-dusun tua yang tidak produktif dengan menggunakan klon buah-buahan yang berkualiti dan dikehendaki di pasaran seperti durian klon D24, D197, dan rambutan klon R191. Kadar perbezaan maksimum bagi pemulihan dusun adalah sebanyak RM5000 sehektar seperti kos klon buah-buahan, pemeriksaan kawasan, naik taraf, infrastruktur ladang, pusat pengumpulan, penggeledahan dan juga pengedaran hasil pertanian. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat menyebut tentang penternakan ikan talapia di dalam kolam Indah Water Consortium untuk tujuan komersial dan mempersoalkan sama ada kementerian sedar atau tidak mengenai perkara ini. Untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Barat, hasil siasatan awal Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Indah Water Consortium tidak menternak ikan untuk tujuan komersial di premisnya. Dimaklumkan premis-premis Indah Water Consortium sentiasa dikunci dan hanya boleh dimasuki oleh kakitangannya sahaja. Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi menentukan sama ada aktiviti akuakultur untuk tujuan komersial ada dilaksanakan di mana-mana premis Indah Water Consortium. Adalah amat membantu sekiranya Yang Berhormat Ipoh Barat dapat memaklumkan kepada pihak kementerian, premis Indah Water Consortium yang mana yang dimaksudkan supaya kita mudah untuk membuat penyiasatan terhadap premis konsortium tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Puteh ada memberitahu Dewan iaitu mengenai kes 1,000 ekar tanah di Pasir Puteh tidak boleh diusahakan untuk pertanian kerana tidak diberi subsidi baja. Yang Berhormat Pasir Puteh mendakwa untuk mendapatkan subsidi baja, borang-borang permohonan mestilah ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Saya ingin maklumkan Yang Berhormat Pasir Puteh, memetik kes ini daripada sekeping surat yang dihantarkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Tajuk surat berbunyi “Penyelia Paip Bangunan Tidak Mahu Tandatangan Kupon Baja Bersubsidi”. Penulis surat tersebut menyatakan bahawa pernah berjumpa dengan Yang Berhormat Datuk Timbalan Menteri Pertanian iaitu Ahli Parlimen daripada Kubang Pasu dan menyertakan salinan fotostat kad nama kepada Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan peraturan menuai pelaksanaan Skim Subsidi Baja Padi Kerajaan Persekutuan, setiap pesawah dikehendaki membuat permohonan menggunakan borang yang boleh didapati daripada Pertubuhan Peladang Kawasan yang berhampiran. Borang permohonan ini hendaklah mendapat pengesahan daripada Penyelia Pembangunan Mukim di kawasan masing-masing dan selepas itu diserahkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan yang berkenaan untuk dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Penapis untuk diluluskan. Mengenai kes baja yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Pasir Puteh siasatan telah pun dibuat oleh
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu atau ringkasnya KADA dan mendapati laporan yang mengatakan 1,000 ekar tanah tidak dapat diadakan kerana tidak diberi baja subsidi adalah tidak benar. Perkara ini dibangkitkan apabila seramai hanya 15 orang sahaja petani- petani daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Bukit Jawa tidak menerima baja padi Kerajaan Persekutuan yang melibatkan kawasan seluas 122 ekar sahaja. Perkara ini berlaku kerana 15 orang mereka ini enggan berjumpa dengan Penyelia Pembangunan Mukim untuk mendapatkan pengesahan borang tersebut. Jadi, Yang Berhormat Pasir Puteh perlu suruh 15 orang ini jumpa dengan Penyelia Pembangunan Mukim. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan cadangan Yang Berhormat Lenggong agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkasakan jentera pentadbiran di peringkat akar umbi, saya mengambil maklum perkara ini kerana itulah kita telah menubuhkan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen untuk membantu kementerian melaksanakan melalui sistem ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong di atas inisiatif Yang Berhormat mewujudkan Projek Agro Valley Lenggong yang merupakan cadangan projek baru yang dicetuskan melalui Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen Lenggong. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada cadangan pembangunan pertanian oleh kerajaan negeri yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran makanan negara. Dengan itu, Jabatan Pertanian bercadang untuk membangunkan kawasan berkenaan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, dengan memberi tumpuan kepada projek buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan, dan juga perikanan. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab isu bernas yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam, sukacita saya maklumkan bahawa BERNAS...
Menteri, mencelah sedikit. Saya bangkitkan berkaitan dengan keperluan pertambahan kakitangan dan pegawai bagi memastikan usaha-usaha untuk pembangunan pertanian di peringkat akar umbi dapat digerakkan dengan lebih baik dan tersusun. Barangkali kita atas kekangan-kekangan tertentu tidak mampu untuk melakukannya secara keseluruhan. Akan tetapi bolehkan kalau dicadangkan kementerian melihat di kawasan-kawasan tertentu yang kita lihat perlukan usaha gigih dilakukan untuk pembangunan sektor pertanian. Contohnya, di Sabak Bernam atau tempat-tempat lain misalnya yang kita lihat itu kawasan berpotensi untuk dibangunkan dalam sektor pertanian. Maka, diberi tumpuan dengan pertambahan pegawai dan perkara-perkara lain untuk membolehkan sektor ini dapat benar-benar diberi perhatian dimajukan. Mungkin kalau kita hendak secara keseluruhannya tambahan dibuat melibatkan pertambahan pegawai, kewangan, dan sebagainya. Apakah boleh dilihat di samping seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang Majlis Pembangunan Pertanian, itu amat baik sekali dan saya puji langkah kementerian. Akan tetapi usaha untuk menambahkan tenaga profesional ini dilakukan di kawasan dan tempat-tempat tertentu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Kementerian memang sedar dalam usaha kita untuk kita hendak menambahkan lagi hasil keluaran makanan negara dengan beberapa dasar-dasar yang baru polisi-polisi yang baru akan tetapi kita dapati penambahan pegawai-
pegawai daripada semua jabatan tidak seimbang dengan tugas-tugas baru yang telah diamanahkan kepada mereka. Ini yang menyebabkan pegawai-pegawai kita menghadapi kekurangan kakitangan. Sebagai contoh kalau kawasan sawah padi kakitangan 2L sudah makin tidak mampu untuk memantau projek-projek di KADA sebagai contoh. Sama juga kalau kita pergi Bukit Merah, yang ikan arowana. Dia punya ladang sudah semakin besar akan tetapi pegawai perikanan tidak bertambah. Jadi kita sedar perkara itu kerana itulah kementerian telah pun meminta semua jabatan untuk melihat semula kakitangan-kakitangan di peringkat bawahan ini dan pegawai-pegawai supaya dapat diberikan cadangan kepada kementerian. Untuk kita mengambil langka-langkah tertentu untuk mengatasi masalah kekurangan kakitangan ini sebagai contoh kemungkinan kita menggunakan peruntukan- peruntukan dalaman yang boleh dibayar gaji secara gaji harian kepada – jika kita perlukan pegawai-pegawai tambahan ini. Jadi sebenarnya apa Yang Berhormat bangkitkan tadi memang telah pun dapat perhatian dan dibincangkan di peringkat kementerian. Terima kasih di atas ingatan Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada soal BERNAS tadi, saya ingin nyatakan bahawa BERNAS sentiasa mengkaji peluang pemasaran global termasuk off shore farming. Walau bagaimanapun sebagai sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan ke atas industri padi dan beras negara, buat masa ini perhatian lebih ditumpukan kepada pemasaran dalam negeri terutamanya dalam memastikan bekalan beras sentiasa mencukupi, harga beras adalah munasabah dan stabil dan gred yang diperlukan boleh diperolehi di pasaran. Untuk makluman Yang Berhormat Sabak Bernam, BERNAS hanya menguruskan skim subsidi harga padi dan insentif peningkatan hasil yang merupakan subsidi ke atas padi sahaja.
[Bangun]
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Serai...
Yang Berhormat Menteri...
Berkenaan apa?
Yang Berhormat Indera Mahkota dan Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Isu apa? Isu BERNAS kah?
Beras subsidi, ya. Dari Sabah.
Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru saya terima satu e-mail dari Sabah minta saya kemukakan masalah beras subsidi di Dewan yang mulia ini. Dia berbunyi seperti: “Kerajaan telah mengarahkan pengilang di Sabah untuk menaikkan harga padi dari RM750 per metrik tan kepada RM950. Kenaikan sebanyak RM200 untuk petani dan menjanjikan BERNAS akan membeli beras dengan harga RM2,300 per metrik tan. Ini hanya diamalkan dalam enam bulan, 1 April hingga 31 September 2009. Pada 1 Oktober 2009 BERNAS berhenti membeli beras dari pengilang-
pengilang Sabah. Pengilang-pengilang bertahan sehingga kini tidak menurunkan harga padi balik kepada harga keluaran kerajaan itulah RM750 akan tetapi beras mereka hanya dibeli oleh anak syarikat BERNAS dengan harga RM2,100 per metrik tan. Pengilang membantu petani akan tetapi terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM200 per metrik tan. Subsidi sebanyak ini diamalkan di Semenanjung...”
Lagi panjang kah suratnya Yang Berhormat?
Sikit, sikit lagi. “Akan tetapi subsidi beras yang dimulakan pada 1 April tahun lepas masih lagi diberikan kepada pengilang-pengilang di Semenanjung. Ini amatlah tidak jelas...”
Penggiling, penggiling. Pengilanglah.
“Akan pembahagian subsidi di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi keterangan yang terperinci mengenai perbezaan pemberian subsidi beras di Sabah dan di Semenanjung? Adakah subsidi beras di Sabah turut dihentikan dengan tidak ada penerangan selanjutnya”. Terima kasih.
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Soalan saya sebenarnya tidak bersangkutan langsung tentang subsidi. Akan tetapi apabila Yang Berhormat Menteri memberitahu tentang usaha-usaha yang dimainkan oleh agensi-agensi badan berkanun yang disebutkan tadi termasuk KADA dan sebagainya. Saya hendak bertanya atau minta penjelasan. Ini kerana laporan yang diterima pengesahan Penyata Kewangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Audit Negara berkenaan badan- badan berkanun Persekutuan termasuk dinyatakan di sini di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang menyebut bahawa geran baki geran pembangunan yang dikeluarkan pada tahun 2009 berbaki RM1.23 bilion. Antara sebab berlakunya keadaan di mana tidak dapat dibelanjakan ini disebabkan oleh projek yang dirancang di bawah program pembangunan itu tidak dapat dilaksanakan disebabkan penjadualan dan juga tidak dapat diselesaikan mengikut tempoh. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana begitu banyak jumlah peruntukan yang tertangguh dan tidak dapat dibelanjakan, terima kasih.
Yang Berhormat...
Maaf Yang Berhormat Menteri boleh tanya sedikit. BERNAS, BERNAS, BERNAS. Sedikit sahaja. BERNAS. Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dua minggu lepas saya terima panggilan daripada seorang bekas ADUN di Negeri Perak. Meminta saya bangkitkan agar Yang Berhormat Menteri ambil perhatian berkenaan BERNAS. Nampaknya ada aduan daripada petani-petani bahawa mereka masih belum dibayar sejumlah wang oleh Pertubuhan Peladang dan pembeli berlesen kerana BERNAS telah berhutang terhadap mereka. Anggaran mencecah lebih RM100,000. Ia melibatkan kawasan di Mukim Changkat Jong, Chui Chak. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri boleh ambil perhatian berkenaan perkara ini, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri boleh isu yang sama? Yang Berhormat Tuaran.
Bukan tadi perikanan?
Saya cakap pasal BERNAS dahulu, sebab pasal BERNAS – tidak apa saya cakap pasal dahulu Yang Berhormat. Ini BERNAS ada dua isu satu yang dibangkit daripada Sabah. Sabah ini tadi saya hendak – suratnya panjang jadi Yang Berhormat boleh beri dengan sayalah. Yang Berhormat bagi dengan saya jadi saya akan jawab secara bertulis secara terperinci seperti mana Yang Berhormat katakan. Akan tetapi pada dasarnya saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat bahawa subsidi beras yang kita beri di Sabah dan Semenanjung ialah hanya beras ST15 peratus sahaja. Selain beras ST20 itu kita tidak ada beri subsidi akan tetapi kita ada buat kawalan harga. Jadi bila Yang Berhormat bangkitkan tadi bahawa BERNAS janji kemudian hendak beli kemudian tidak beli jadi ini bagi saya tidak terlalu spesifik. Ini kerana itu kemungkinan urusan BERNAS dengan pihak pesawah yang kita sedia maklum BERNAS ialah public listed company. Akan tetapi yang saya beri jaminan kepada Yang Berhormat ialah kuota 15% kita beri iaitu 15,000 per metrik tan sebulan, kita bagi dan kita agihkan kepada semua peruncit. Jadi mengenai isu Yang Berhormat kena spesifik dan nanti saya akan boleh jawablah. Yang Berhormat kena beri e-mail itu. Ya, begitu juga yang dibangkitkan oleh...
Yang Berhormat penjelasan.
Sebelum Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri hendak jawab sebelah sini dahulu.
Saya...
Belum habis Yang Berhormat.
Hendak jawab BERNAS dahulu.
Sedikit.
Yang Berhormat boleh dengarlah Yang Berhormat. Duduklah dahulu.
Saya – bagi saya jawab yang BERNAS Yang Berhormat.
Jawapan ini dahulu.
Saya ini ada tiga orang, bagi saya jawab tiga ini dahulu. Ada tiga orang tadi yang bangun. Kemudian Batu Gajah cakap pasal BERNAS. Perhatian Yang Berhormat saya akan siasat. Akan tetapi yang ini dimaksud Yang Berhormat ialah bukan PPK untung dan hutang ini ialah subsidi sebab apabila petani menjual padi maka petani-petani diberikan subsidi. Jadi subsidi inilah yang dibayar oleh BERNAS. Jadi saya faham apa maksud Yang Berhormat di Chui Chak. Ketiga Yang Berhormat daripada Indera Mahkota sahabat saya. Terima kasih Yang Berhormat bangkitkan isu yang dibangkit dalam audit tersebut. Saya percaya bahawa projek-
projek tersebut mungkin melibatkan projek-projek yang agak besar. Ini kerana sebagai contoh seperti mana saya melawat di Kota Belud baru-baru ini. Bajet kita Yang Berhormat. Katalah projek untuk satu tahun. Akan tetapi kalau kita hendak buat satu projek buat sawah padi, pertama dia akan melibatkan pengambilan tanah rakyat. Ini yang kadang-kadang menghadapi masalah.
Kalau pengambilan tanah kerajaan ini, dia melibatkan ramai orang. Kalau ambil dua, tiga orang pemilik - akan tetapi kadang-kadang sampai 200 orang. Hendak buat jalan sahaja melibatkan pemilik sampai 200 orang. Jadi kita terpaksa mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah. Kita kena buat lagi dia punya spec dan sebagainya, seperti yang saya pernah turun bawa satu tahun. Duit sudah ada, projek satu tahun masih tidak boleh hendak tukar kerana halangan- halangan dari segi pentadbiran yang tidak dapat diselesaikan. Jadi itulah kemungkinan Yang Berhormat seperti Yang Berhormat nyatakan, bahawa duit yang banyak tetapi kita sedia maklum bahawa projek-projek pertanian ini walaupun kita tengok duit dia banyak, tetapi sebenarnya projek ini mungkin tidaklah seberapa banyak. Ini adalah kerana satu-satu projek pertanian melibatkan peruntukan yang cukup besar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Menteri belum cukup prihatin terhadap masalah pencerobohan haram pukat tunda yang dihadapi oleh nelayan pesisir pantai di Parit Jawa. Hasil penangkapan dan pendapatan nelayan tempatan telah susut sebanyak 50% akibat pencerobohan tersebut. Apakah langkah-langkah yang akan dilakukan oleh kementerian untuk membantu mereka ini yang kurang bernasib baik, yang disebabkan oleh masalah pencerobohan pukat tunda?
[Bangun]
Hendak bagi Yang Berhormat Tuaran Yang Berhormat?
Ya, Yang Berhormat Tuaran..
Terima kasih. Ini masih subsidi, sudah pergi ikan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, mengenai dengan subsidi padi, setakat ini dasar kerajaan ialah untuk memberi subsidi padi kepada petani-petani kecil, bukan? Saya ingin bertanya Yang Berhormat, seperti Yang Berhormat sentuh tadi, Yang Berhormat telah melawat ke Kota Belud. Ini kalau kita lihat Kota Belud Yang Berhormat, ada tanah-tanah terbiar ini di mana petani-petani perseorangan tidak mampu untuk membuka. Jadi ada kumpulan-kumpulan syarikat bumiputera yang berkongsi dengan pemilik tanah membuka tanah. Saya ingin bertanya sama ada kerajaan extend subsidi padi ini kepada keluaran yang dikeluarkan oleh syarikat yang bekerjasama dengan pemilik tanah ini. Yang Berhormat juga telah menyentuh tentang kekurangan kakitangan untuk meninjau projek-projek. Baru-baru ini saya telah membaca kenyataan Yang Berhormat di Kota Kinabalu, di mana Yang Berhormat ingin menjelaskan program ataupun fungsi jabatan kerajaan negeri dengan Persekutuan. Adakah ini mencerminkan Yang Berhormat bahawa setakat ini ada ruang, di mana penyelarasan antara Jabatan Pertanian di Sabah umpamanya dengan persekutuan ini tidak begitu synchronize untuk melicinkan perjalanan peninjauan dan projek. Terima kasih.
[Bangun]
Bagi saya jawab yang ini dahulu. Saya di sini ada dua soalan. Jadi saya jawab yang daripada Yang Berhormat Tuaran. Yang pertamanya untuk subsidi padi ini. Kita bagi kepada subsidi, saya minta maaf saya sudah lupa. Dia ada bilangan kiraan tan yang tertentu. Jadi ertinya kalau tan ini sudah melebihi daripada yang dihadkan, maka mereka ini tidak dapat, tidak dapat bantuan. Saya tahu di Sarawak pun ada berlaku. Bila ada syarikat ini, syarikat besar buat sawah padi. Kemudiannya dia tidak dapat subsidi. Kita juga dapat aduan. Akan tetapi apabila kita siasat oleh sebab bilangan tan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut melebihi daripada had minimum syarat untuk seseorang petani itu layak untuk diberikan subsidi. Soalan yang kedua ialah mengenai penyelaras jawatankuasa jabatan persekutuan dan juga negeri. Ini apabila saya turun di Kota Belud, kita dapati bukan tidak ada penyelarasan. Akan tetapi kadang-kadang apabila sesuatu projek yang telah diputuskan, seperti Jabatan Pertanian Sabah dia telah pun menghantar satu projek di mana projek ini dia sepatutnya disubkan pada tahun 2009. Jadi ini projek pertanian seperti saya nyatakan tadi, iaitu apabila tender ini lambat dikeluarkan, maka sehingga bulan sepuluh kalau saya tidak silap barulah tender ini dikeluarkan. Apabila tender bulan sepuluh dikeluarkan, kontraktor telah dipilih. Akan tetapi peraturannya walaupun kontraktor telah dipilih, ia mesti mendapat endorsement pengesahan daripada kementerian. Jadi apabila surat kontrak ini sampai kepada kementerian, sudah terlewat. Terlewat sampai hujung bulan Disember baru dihantar. Jadi by the time kementerian dapat, duit pada tahun itu telah pun dianggap tidak dibelanjakan dan bajet projek tersebut kita tidak masukkan ke dalam bajet tahun 2010 sebab kita dimaklumkan oleh jabatan di Sabah bahawa peruntukan tahun 2009 itu boleh dibelanjakan pada tahun berkenaan. Jadi ini yang saya pernah cakap dan saya pun ada berbincang dengan Yang Berhormat Ketua Menteri, kalau boleh peruntukan-peruntukan, kontrak- kontrak yang hendak ditenderkan di Sabah terutamanya kena tender selewat- lewatnya pada bulan Jun, mesti keluar tender. Jadi adalah masa enam bulan untuk proses pilih tender dan bawa kepada kementerian. Kalau tidak, ia ada mempunyai sedikit masalah daripada segi bajet kerana bajet kita sediakan selalunya kita sediakan bajet dalam bulan sembilan. Apabila kita tanya dekat negeri, duit ini boleh belanja atau tidak? Dia kata, boleh belanja. Semasa itu bulan sembilan. So, kita hantar ke Treasury. Jadi bila kita dapat, lambat pula kita dapat. Jadi inilah yang saya maksudkan masalah di kementerian saya terutamanya yang melibatkan projek yang kadang-kadangnya besar. Saya telah minta supaya at least bulan Jun tender mesti dikeluarkan. Jadi skim padi ini, saya baru mendapat maklumat. Terima kasih. Ia ada syarat-syarat untuk bagi skim padi ini. Yang pertamanya ialah kadar bayaran subsidi diberi kepada pesawah sebanyak RM240.10 sen per metrik tan. Padi yang dijual kepada pengilang BERNAS atau swasta. Syarat-syaratnya, yang pertama ialah kawasan tanaman padi. Di dalam jelapang dihadkan kepada 25 ekar sahaja. Ertinya kalau sesiapa yang tanam lebih dari 25 ekar, dia tidak dapat. Kemudian kawasan tanaman padi di luar jelapang, hanya dihadkan kepada 6 ekar sahaja. Jadi kalau syarikat itu sudah buat lebih daripada had ini, memang kita tidak bagilah subsidi. Kemudiannya yang berbangkit daripada Yang Berhormat Bakri. Tadi saya sudah jawab Yang Berhormat Bakri, bahawa saya pun tahu masalah ini Yang Berhormat. Saya sudah cakap sewaktu saya menjadi Ahli Parlimen pada tahun
1995. Inilah juga masalah yang saya bangkitkan apabila pencerobohan pukat tunda dalam zon A yang menyebabkan berlakunya masalah di seluruh negara, bukan sahaja di Bakri. Oleh kerana itu, kita telah pun mengambil beberapa tindakan. Saya sudah katakan tadi iaitu tindakan pada tahun 2009, kita telah ambil tindakan kepada 1,278 bot nelayan tempatan dan 86 bot nelayan asing. Walau bagaimanapun, saya sedar bahawa hanya hendak menguatkuasakan agak sukar. Tambahan pula sekarang ini zaman IT. Sebelum penguat kuasa sampai, bot sudah hilang kerana dia akan dihubungi. Adalah dia punya orang tertentu bagi tahu penguat kuasa akan datang. Kita sedar akan perkara ini. Oleh sebab itu kementerian sedang berusaha dan telah pun memanggil beberapa syarikat untuk kita perkenalkan dipanggil vessel tracking system, di mana salah satu yang saya sendiri melihat presentation yang dibuat kepada saya ialah supaya semua bot ini diletakkan satu alat dan kita boleh monitor dan kalau cara ini berjaya, maka kita boleh mengambil tindakan serta-merta. Kalau kita duduk di ibu pejabat, kalau mana-mana kapal yang masuk zon kita boleh terus matikan enjin. Jadi kapal ini kita terus boleh ambil tindakan. Inilah usaha yang kita sedang buat. Bukan sahaja di tempat Yang Berhormat, di tempat saya pun sama iaitu di Tanjong Karang. Jadi saya ingat itulah. Ya...
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya berkaitan sedikit BERNAS untuk maklumat. Dahulu kerajaan sewaktu Menteri Pertanian iaitu Yang Berhormat daripada Jeli pernah mengatakan bahawa kerajaan sedang membuat kajian semula tentang peranan BERNAS ini kerana BERNAS akan tamat. Saya pun tidak ingat bila dia punya tamat tempoh untuk hak mengimport beras itu. Jadi pertama sekali saya hendak tahu, apakah hasil kajian tersebut dan adakah BERNAS telah pun tamat tempohnya dan adakah dia diberikan hak untuk sambung semula? Itu saya hendak tahu Yang Berhormat.
Yang pertamanya, BERNAS ini kalau tidak silap saya tamat tahun 2011, tamat konsesinya.
Akan tetapi untuk jawapan itu, ini bukan kuasa kementerian saya, ini keputusan SU yang akan menentukan sama ada konsesi BERNAS ini akan diteruskan ataupun tidak. Jadi, itu saya tunggulah sehingga 2011, lebih kurang setahun lebih lagi.
Bolehkah diberikan kepada kami hasil kajian yang dibuat tentang prestasi BERNAS dan sebagainya seperti mana yang pernah disebut oleh Yang Berhormat Jeli dahulu? [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Tidak mengapalah, hasil kajian itu nanti, itu kementerian buat sebagai panduan kita. So, nanti SU akan minta laporan balas daripada kementerian. Jadi saya ingat kajian itu nanti kita akan beri hujah- hujah pros and cons sama ada konsesi ini diteruskan atau tidak. Jadi kajian itu buat masa ini kita tidak boleh beri kepada public lagi sehingga kita akan hantar kepada SU untuk membuat penilaian sama ada konsesi BERNAS ini diteruskan ataupun tidak.
Mohon penjelasan.
Yang Berhormat Ranau bangun ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Sedikit daripada Ranau untuk mohon penjelasan. Masih lagi mengenai dengan subsidi. Ini bukan subsidi padi tetapi subsidi beras. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Menteri sedar ataupun tidak. Akan tetapi, subsidi beras iaitu terutama sekali harga beras nasional, jikalau harga pasaran di bandar ini di kedai-kedai harganya dahulu ialah RM18 dan harga itulah harga subsidi, tetapi apabila di luar bandar lebih mahal harganya. Apabila sampai ke kampung di luar bandar ini harganya bukan lagi RM18 tetapi RM20, RM23 dan ada juga sampai RM24. Ini bererti sasaran subsidi beras yang diberi oleh kerajaan bukan pula sasaran yang betul-betul menyeronokkan terutama sekali kepada penduduk di luar bandar tetapi penduduk di bandar sahaja yang mendapat harga subsidi itu. Mohon penjelasan. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya percaya kemungkinan perkara ini boleh berlaku walaupun kita kata harga subsidi beras ST15 ini kerana subsidi yang kita beri ini bukan kepada pemborong ataupun peruncit. Kita beri kepada pengilang. Apabila pengilang menjual mengikut harga yang telah ditetapkan, dan apabila sampai kepada pemborong, pemborong ini akan tukar baju, di mana beras ST15 di convert jadi ST10 dan ada lebih dahsyat lagi menjadi ST5. Kemudian yang kedua, apabila dia menjual di pasaran, sepatutnya ia tidak boleh jual lebih daripada RM18, tetapi kita tahu terutamanya kalau kita pergi ke kawasan-kawasan pendalaman yang pengawal padi beras ini mungkin tidak sampai ke sana, ada peruncit-peruncit yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu saya minta kerjasama daripada Yang Berhormat, jikalau Yang Berhormat boleh beritahu mana-mana peruncit yang menjual harga lebih daripada harga RM18, tindakan untuk membatalkan lesen peruncit itu ada di kuasa kementerian. Jadi, oleh sebab itu kita mencuba, kita sedang menyusun bagaimana cara yang terbaik untuk kita beri subsidi beras terutamanya supaya ia sampai ke golongan sasar. Tuan Yang di-Pertua, saya seorang sahaja lagi ini. Yang Berhormat Menteri Pertahanan sudah lama menunggu. Ahli Yang Berhormat Bagan Serai yang banyak membangkitkan isu pertanian yang merangkumi berbagai-bagai aspek. Pertama, tentang bantuan racun perosak. Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan menyediakan bantuan racun makhluk perosak dalam bentuk kupon dengan kadar maksimum RM200 per hektar, di mana pesawah boleh memilih daripada 32 jenis racun makhluk perosak yang disenaraikan. Pesawah diberi kebebasan untuk memilih sendiri racun makhluk perosak yang bersesuaian dengan keperluan tanaman mereka. Kesemua racun yang disenaraikan ini telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Racun Makhluk Perosak. Selain membekalkan racun-racun kepada pesawah, syarikat-syarikat yang terpilih juga telah turut menyediakan sesi taklimat, latihan dan tunjuk ajar kepada pesawah mengenai cara penggunaan yang betul. Keberkesanan sesuatu racun juga bergantung kepada cara penggunaan yang betul dan mengikut masa yang sesuai. Mengenai ternakan ikan arowana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai, memang ia merupakan satu industri yang...
Yang Berhormat Menteri, ingin saya mencelah sedikit mengenai dengan apa yang saya
cadangkan mengenai kualiti racun yang berkenaan itu di mana kita dapati bahawa racun yang berkenaan itu kurang berkesan. Jadi apakah langkah-langkah kementerian untuk memastikan bahawa racun tersebut berkesan sebagaimana yang kita beli di kedai? Memang saya akui bahawa senarai itu memang kita pilih tetapi kita dapati bahawa ia tidak berkesan. Itu sahaja yang saya hendak bangkitkan tentang perkara itu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Dalam perkara ini, saya ingin melihat keadaan ini. Subsidi racun dan baja ini berlainan sedikit. Jikalau baja selalunya petani tidak ada pilihan kerana mereka telah melantik anchor syarikat seperti NAFAS dan dua syarikat yang saya nyatakan tadi. Akan tetapi untuk racun ini Yang Berhormat, ia ada 32 syarikat. Petani boleh pilih apa jenis racun yang sesuai dan saya sendiri melihat di kawasan saya di Parlimen Tanjong Karang, syarikat-syarikat racun ini turun ke surau, balai raya mempromosikan racun-racun mereka. Mereka beri macam-macam promosi yang mereka buat. Namun yang demikian, ini akhirnya terpulang juga kepada petani-petani untuk memilih jenis racun yang sesuai. Jikalau sudah 32 jenis racun ini pun kalau kata tidak sesuai lagi Yang Berhormat, saya ingat saya memang hendak tambah lagi biar ada 50 syarikat pun tidak mengapa asalkan rakyat berpuas hati.
Bukan begini. Bukanlah ia tidak sesuai tetapi apa yang kita perhatikan bahawa racun itu tidak berkesan. Contohnya seperti nomini yang kita guna, ia tidak berkesan. Saya sendiri guna tidak berkesan, bagaimana? Kalau kita beli di luar, yang itu lebih berkesan lagi. Perkara itu yang saya hendak kemukakan, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat perlu tukar jenis racunnya Yang Berhormat. Ada 31 syarikat lain dan racun jenis lain yang Yang Berhormat boleh pilih. Ini kerana ada 32 jenis syarikat. Saya faham maksud Yang Berhormat sebab saya pun kadang-kadang ada petani-petani jumpa saya. Jadi saya kata cari syarikat yang lain pula. Kadang-kadang saya tengok ada syarikat itu bukan main promosinya. Mereka beri promosi, insentif untuk orang kampung. Jadi, kalau orang-orang kampung ini tengok bagus syarikat ini tetapi apabila mereka beli memang ia tidak berkesan. Akan tetapi hakikatnya ialah petani-petani bebas memilih 32 jenis senarai racun-racun yang telah diberikan. Terima kasih.
Penjelasan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuaran.
Yang Berhormat ini sangat penting dan tadi ada disentuh oleh Yang Berhormat tadi. Tadi Yang Berhormat telah menerangkan tentang racun ini ialah petani bebas untuk memilih tetapi dalam keadaan ini kompelin ini menyeluruh di Sabah. Hakikatnya Yang Berhormat ialah petani tidak ada pilihan. Apa yang saya lihat adalah pihak Persatuan Peladang yang bertanggungjawab untuk mengedar ini, itu yang diberikan kepada petani dan petani had no choice. Itu yang saya lihat sendiri. Saya pun petani Yang Berhormat. Saya setuju. Ini benar, racun itu tidak berkesan sebab petani ini biasa dengan jenis jenama yang mereka selalu gunakan. Apabila mereka menerima subsidi Yang Berhormat, langsung tidak berkesan. Jadi saya minta Yang Berhormat tolong siasat sebab ini kompelin daripada petani. Terima kasih.
Sebenarnya Yang Berhormat, perkara-perkara seperti ini memang saya mengalu-alukan. Jikalau benar Yang
Berhormat mendakwa ada PPK memaksa petani membeli racun yang hanya dijual oleh PPK itu, itu adalah satu tindakan yang tidak betul dan kalau boleh Yang Berhormat beritahu PPK yang mana. Kita pergi Tuaran, saya akan siasat. Saya minta pegawai menyiasat pegawai PPK Tuaran kerana arahan kita jelas. Bila dia beri kupon itu, dia mesti beri kita satu senarai, senarai 32 syarikat. Bermakna, kalau PPK itu hanya kata beli jenis-jenis tertentu, itu tindakan yang saya akan ambil sebab tidak boleh melainkan baja. Baja sekarang ini kita tengah fikir macam mana cara untuk beri pilihan kepada rakyat, tetapi kalau racun tidak boleh. Ia perlu diberi pilihan kepada rakyat untuk memilihnya. Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada ternakan ikan arowana. Ia merupakan satu industri yang lumayan kepada pengusaha-pengusaha akuakultur. Pada tahun 2008 negara telah menghasilkan 234,000 ekor ikan dengan nilai RM95.7 juta
Ikan Arowana Emas merupakan spesies yang utama dan berasal daripada daerah Kerian Perak. Menyedari kepentingan untuk mengembangkan industri ini dan pada masa yang sama melindungi habitat asal, jabatan telah pun memperkenalkan Pelan Pengurusan Ikan Arowana Bukit Merah. Di bawah pelan ini, sanctuary ikan Arowana Emas akan diwujudkan di Bukit Merah dan sebanyak 200 ekor benih ikan Arowana Emas telah pun saya sendiri lepaskan di Tasik Bukit Merah pada tahun lepas. Di bawah pelan ini juga kementerian telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak untuk merangka zon ternakan ikan Arowana di kawasan ini. Buat masa ini terdapat 64 pengusaha melibatkan kawasan seluas 110 hektar ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Serai juga membangkitkan isu penggunaan racun rumpai dan keadaan parit yang semakin cetek. Amalan penggunaan racun adalah tidak digalakkan kerana dalam jangka masa panjang ia akan menjejaskan kestabilan tebing selain akan menjejaskan kualiti air - pengairan. Walau bagaimanapun di kawasan-kawasan tertentu yang didapati kurang berkesan. Sekiranya kaedah mesin rumput atau tebas digunakan, maka penggunaan racun secara terkawal akan dilaksanakan. Kerja-kerja penyelenggaraan parit sentiasa dilaksanakan secara berjadual. Kekerapan kerja- kerja penyelenggaraan adalah bergantung pada keperluan dan peruntukan yang ada. Kerja-kerja pembersihan parit adalah terdiri daripada kerja memotong rumput di sepanjang tebing dan juga membuang sampah halangan yang terdapat dalam parit atau tali air. Yang Berhormat Bagan Serai membangkitkan masalah iaitu di Kampung Seri Makmur di Kerian, tiada saliran yang sempurna untuk kawasan sawah padi. Sebagai langkah jangka pendek pihak JKR Daerah Kerian telah menawarkan tender untuk kerja-kerja menaik taraf parit tepi jalan yang digunakan sebagai parit buang untuk kawasan ini. Tindakan ini telah diambil. Terima kasih.
Okey. Terima kasih.
Walaupun Yang Berhormat BEBAS tetapi sentiasa memperjuangkan masalah rakyat. Terima kasih. Yang Berhormat Bagan Serai juga telah meminta supaya kementerian membuat siasatan mengenai desas desus yang mengatakan terdapat kambing yang diklon dengan anjing. Untuk makluman, tidak ada kebenaran terhadap isu yang dibangkitkan ini kerana dari sudut saintifik kedua-dua spesies adalah
daripada dua kumpulan haiwan yang berbeza. Justeru tidak mungkin berlaku pengacukan di antara kedua-dua jenis haiwan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali ialah Yang Berhormat Setiu yang telah mengutarakan cadangan membaik pulih Pelabuhan Chendering, Jeti Kuala Merang dan juga Jeti Setiu di Terengganu yang sering menghadapi masalah kuala cetek disebabkan himpunan pasir laut yang berlaku setiap kali musim tengkujuh berlaku. Masalah ini boleh diatasi melalui kerja-kerja pendalaman di muara sungai. Walau bagaimanapun kerja-kerja tersebut adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pengairan dan Saliran. Saya telah dimaklumkan bahawa kajian mengenai muara-muara sungai di seluruh Malaysia untuk kegunaan bot nelayan termasuk di kuala Sungai Merang dan Setiu sedang dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2010. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh sebanyak RM4.5 juta telah dipohon untuk kerja-kerja pengorekan di kuala Sungai Setiu. Saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengemukakan pandangan serta saranan untuk perhatian dan tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Pertahanan.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu bagi pihak Kementerian Pertahanan saya ingin menyatakan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam membahaskan perkara yang ‘dibahukan’ ke atas Kementerian Pertahanan. Isu pertama yang ingin saya sentuh adalah berkaitan dengan dakwaan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh mengenai wujudkan bayaran komisen dalam perolehan kapal selam. Isu bayaran komisen perolehan kapal selam sebenarnya telah dijawab secara panjang lebar pada 14 Mei 2008 di Dewan yang mulia ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang pada ketika itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada masa itu Yang Berhormat Permatang Pauh sedang berada di ‘alam maya’ dan tidak berada di Dewan ini. Tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang bahawa kerajaan telah membayar komisen bagi pembelian kapal selam adalah tidak benar dan satu rekaan yang diatur secara berterusan demi kepentingan politik mereka untuk mengelirukan rakyat. Sekali lagi ditegaskan bahawa kerajaan tidak ada dan tidak pernah membayar sebarang bentuk komisen di dalam perolehan kapal selam berkenaan. Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat dari Perancis dan Sepanyol dan telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing. Kerajaan tidak membuat sebarang rundingan pembelian dengan Syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang didakwa terlibat dalam pembelian dan menerima komisen. Sebenarnya syarikat berkenaan diberi kontrak hanya menyediakan perkhidmatan sokongan dengan izin, service provider dan mengadakan koordinasi untuk tempoh enam tahun. Isu kedua, Tuan Yang di-Pertua ialah...
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Sri Gading.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Alhamdulillah, redalah perasaan resah gelisah pertanyaan oleh beberapa orang ahli UMNO di bahagian saya yang bertanya benarkah dakwaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Dengan ucapan ini jelaslah bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh membuat fitnah dan pembohongan yang besar. Maka, saya berharap – sekali lagi, saya berharap seluruh rakyat dalam negara ini - cerita- cerita dan pembohongan ini haraplah menjadi pengajaran kepada kita bahawa bukan semua cerita yang dibawa oleh pembangkang benar dan betul. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Saya jawab Yang Berhormat Sri Gading dahulu.
Sama saja.
Sebab beliau adalah sahabat saya begitu lama dan cukup prihatin.
Saya bukan sahabat?
Yang Berhormat Batu sahabat lama tetapi telah tidak menjadi sahabat. Tuan Yang di-Pertua, Perimekar adalah anak syarikat kepunyaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera dengan kerjasama Boustead dan sebuah syarikat persendirian. Mereka hanya menjadi service provider. Ertinya selepas kapal selam itu diserahkan kepada Kerajaan Malaysia mereka diberikan kontrak untuk penyelenggaraan, bukan pembelian. Pembelian dibuat secara terus dengan pihak pembuat kapal di Perancis dan juga di Sepanyol. Jadi, tuduhan Yang Berhormat Permatang Pauh itu adalah tidak benar. Mungkin ini akan dibela oleh Yang Berhormat Batu sebab itu bos dia.
Ya, silakan Yang Berhormat.
Sambung sedikit.
Saya hanya ingin minta penjelasan, betul atau tidak pihak Perancis yang membayar komisen dalam bentuk cash atau bentuk in kind not cash termasuk latihan untuk pelatih-pelatih submarine kita? Maksud saya bukan Kerajaan Malaysia yang bayar komisen tetapi komisen dibayar oleh DCNS kepada mana-mana pihak atas nama latihan dan juga service yang telah di...
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu tuduhan yang liar dan tidak benar. Maklumat yang kita dapat, Perimekar menyediakan kemudahan kediaman berserta kelengkapan untuk team project bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun. Kedua, menyediakan pejabat urusan dan kediaman berserta kelengkapan bagi krew kapal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pangkalan untuk tempoh empat tahun di Perancis; menyediakan insurans – saya ulang,
menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga team project dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol; membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak Euro50 sehari untuk setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan Euro60 sehari untuk tiga tahun kedua. Tidak, bukan pihak Perancis.
Siapa yang bayar kepada Perimekar untuk latihan-latihan ini?
Kerajaan Malaysia.
Kerajaan Malaysia yang bayar. Kenapa Kerajaan Malaysia perlu bayar kepada Perimekar untuk satu latihan yang sepatutnya dibekalkan oleh DCNS? DCNS yang jual kapal selam kepada kita. Kita yang beli sebagai pembekal, itulah kewajipan bagi pembekal untuk memberikan training. Apa kemahiran Perimekar untuk menyediakan semua ini? Ini boleh dilakukan oleh any travel agencies - kalau setakat sediakan hotel, sediakan 50 Euro sehari ini kenapa kita perlu? Saya ingin tahu berapa banyak peruntukan ini telah diberi kepada Perimekar untuk segala perkhidmatan yang dibekalkan daripada mereka?
Tuan Yang di-Pertua, di dalam perjanjian dengan DCNS tidak termasuk perbelanjaan-perbelanjaan tadi. Perbelanjaan yang dikeluarkan pada DCNS adalah untuk pembekalan dan juga training. Akan tetapi di luar dari bidang itu, kontrak itu ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan Perimekar yang saya sebut dianggotai ataupun ekuiti yang dipegang oleh tiga syarikat tadi. Saya fikir ia di luar daripada bidang yang skopnya di bawah DCNS. Oleh yang demikian, saya tidak nampak sebarang penyelewengan dilakukan begitu dan tuduhan Yang Berhormat Batu yang mengatakan ada bayaran yang dibuat oleh pihak Perancis adalah terkeluar sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading. [Disampuk]
Akan tetapi belum disebut berapa – what is the...
Tunggulah dahulu.
Yang Berhormat.
Okey.
Duduk dahulu, tunggu dahulu. Sabar. Yang Berhormat orang muda, duduk diam-diam sedikit ya. Dari segi kontrak yang saya sebut tadi selama enam tahun ada dua bahagian. Bahagian pertama ialah antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Amaris, Perancis dan Syarikat NAVANTIA, Sepanyol. Bahagian kedua adalah antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar yang merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada pasukan projek kapal selam TLDM di Perancis dan di Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brass, Perancis. Nilai bahagian ini adalah sebanyak 114.96 juta Euro - menjawab soalan itu ya. Jadi dalam perkara ini saya fikir, apa yang harus diketahui ialah bahawa kerajaan transparent - kerajaan telus dalam perkara ini. Hanya putar belit daripada Ahli-ahli Pembangkang yang menyebutkan seolah-olah ada berlaku percekcokan yang ketara di dalam deal ini. Dalam hal ini, eloklah saya bangkitkan pada isu kedua oleh Yang Berhormat Permatang Pauh juga yang mempersoalkan terdapat
jurang perbezaan yang tinggi dalam tawaran kontrak selenggaraan kapal selam berbanding dengan anggaran kos selenggaraan yang sebenar. Tuan Yang di-Pertua, suka saya sebutkan kontrak perkhidmatan selenggaraan dengan izin, in service support untuk kapal selam Scorpene yang dicadangkan dilakukan oleh Syarikat Boustead DCNS Naval Shipyard Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat usaha sama antara syarikat tempatan iaitu BHIC Defence Technologies Sdn. Bhd. iaitu kepunyaan Boustead dan syarikat daripada Perancis - DCNS S.A. Kementerian Pertahanan belum menyelesaikan isu ini kerana masih dalam proses meredakan skop kerja dan harga bagi kontrak terbabit. Nilai kontrak akan ditetapkan setelah rundingan skop kerja dan harga diselesaikan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur mengenai kurangnya penggunaan Kem Paradise, Kota Belud. Kem Paradise, Kota Belud adalah kawasan lapang sasar dan kawasan latihan maneuver ketenteraan. Lapangan sasar ini adalah tempat latihan menembak dari senjata kecil dan senjata bantuan yang berkaliber besar bagi pasukan-pasukan angkatan tentera Malaysia di Sabah dan Sarawak. Lapang sasar ini juga diguna pakai oleh pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi tujuan latihan menembak dari udara ke darat. Penempatan pasukan tentera darat di kem berkenaan ialah Unit Lapang Sasar Kota Belud – 38 anggota dan Batalion Pertama Rejimen 507 Askar Wataniah – 60 anggota. Memandangkan kem berkenaan merupakan kem latihan, oleh yang demikian kem berkenaan hanya diduduki secara bermusim apabila pasukan- pasukan menjalani latihan yang mana kekuatannya akan menjangkau sehingga 500 anggota. Selain daripada pasukan ATM, ia juga digunakan oleh agensi-agensi kerajaan lain bagi tujuan menjalankan latihan. Seterusnya saya menyentuh mengenai isu Yang Berhormat Kinabatangan yang mungkin sudah balik awal sebab ada tanggungjawab lain - yang mempersoalkan mengapa banyak projek pembinaan yang terbengkalai dan sakit serta mengenai keadaan berek bujang anggota tentera yang daif dan tidak sesuai didiami. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hanya terdapat satu sahaja projek terbengkalai di bawah konsep penswastaan iaitu pembinaan Kompleks Skudai, Johor.
Masuk maghrib sahaja menjadi. [Ketawa]
Kementerian Pertahanan sedang meneliti dari segi perundangan untuk mengambil tindakan ke atas tentera yang terlibat. Manakala terdapat empat projek sakit yang mana telah diambil tindakan susulan dengan melantik kontraktor penyelamat dan saya sendiri turun ke bawah untuk menyelesaikan masalah ini supaya anak-anak buah saya, pegawai-pegawai dan anggota tentera tidak dikesampingkan dari segi kebajikan perumahan mereka. Menyentuh mengenai keadaan berek bujang pula, Kementerian Pertahanan sentiasa memberi keutamaan untuk membangunkan berek-berek anggota bujang dan menaikkan berek bujang sedia ada, di mana perlu untuk menjaga kebajikan dan menjamin keselesaan anggota bujang Angkatan Tentera Malaysia. Walau bagaimanapun, pelaksanaan ini bergantung pada kemampuan dan keupayaan kewangan kementerian ini. Seterusnya Yang Berhormat Gombak bertanyakan motif Menteri Pertahanan berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel di Paris Air Show tahun
lepas. Sukacita saya mengumumkan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa saya telah berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel yang bernama Ehud Barak semasa 48th International Aeronautic and Space Exhibition di Paris pada 16 Jun 2009 jam 5.30 petang. Lokasi - di perkarangan Kementerian Pertahanan Perancis semasa resepsi koktel Paris Air Show yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pertahanan Perancis. Kehadiran melibatkan semua Menteri Pertahanan serta wakil negara- negara luar yang menyertai pameran. Bagi negara Malaysia yang datang dan berjumpa dengan Ehud Barak selain daripada saya turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima Tentera Udara - yang sekarang ini menjadi Panglima Angkatan Tentera dan Penasihat Pertahanan Malaysia di Paris. Urusan pertemuan, semasa resepsi di hadapan perkarangan Kementerian Pertahanan Perancis, pegawai pengiring Menteri Pertahanan Israel telah menemui penasihat pertahanan saya dan menyatakan bahawa Ehud Barak - Menteri pertahanan Israel berhajat untuk bertemu dan berbincang dengan saya. Pada masa tersebut, Ehud Barak berada di bangunan Kementerian Pertahanan dan tidak berada di kawasan koktel itu. Seterusnya Yang Berhormat Menteri Pertahanan Israel dengan syarat-syarat yang saya kenakan. Pertama saya kata, saya tidak naik atas - saya tidak mahu naik ke atas. Kalau dia mahu jumpa dengan saya, turun ke bawah. Kedua, saya tidak mahu body guard turun ikut dan mengiringi Ehud Barak turun ke bawah. Ketiga, saya tidak mahu ada kamera mana yang mengikut dia dan tidak mahu ada wartawan. Dalam pertemuan yang saya buat selama 20 minit...
Lamanya.
Saya bertemu... Dengar sedikit Yang Berhormat Pokok Sena. Sembahyang maghrib dulu ya. [Ketawa]
Dia bukan isu naik atas turun bawah - terus jumpa.
Berjumpa...
Yang Berhormat.
Saya mengaku saya berjumpa, tetapi apa isunya? Ada orang PAS yang berani jumpa pemimpin Israel? Tidak berani! Apa isu-isunya Tuan Yang di-Pertua, saya kata. Bila...
[Bangun]
...Yang Berhormat Padang Serai duduk dahulu. Ini isu lain, biar saya jelaskan.
Ya, duduk dahulu Yang Berhormat.
Apabila bertemu dengan saya, Ehud Barak adalah orang Yahudi berketurunan Morocco. Dia boleh bercakap Arab. Oleh sebab beliau tahu saya boleh berbahasa Arab, beliau kata, “Ya akhi (wahai saudara), kita adalah the son of Adam.” Saya terus beritahu dengan dia dengan izin, “Yes, we are the son of Adam tetapi you buat double standard - tangan kanan you menghulurkan untuk pendamaian, tangan kiri yang membunuh the brothers and sisters di Palestin.”
Ah! Ini saja bercerita.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Kalau saya berbohong... Yang Berhormat Padang Serai duduk dahulu. Kalau saya berbohong ada tiga saksi yang bersama saya.
Syabas Menteri Pertahanan!
Yang kedua saya berkata, kalau you mahu berjumpa dengan saya cuma untuk menghulurkan salam, saya sebagai Menteri Pertahanan Malaysia - orang Islam, saya mahu Ehud Barak dan saya beritahu bahawa negara-negara Islam tidak langsung mengiktiraf Israel. Itu saya beritahu.
[Bangun]
Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.
Ketiga, duduk dahulu Yang Berhormat Padang Serai. Saya jelaskan dahulu.
Duduk dahulu Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Ketiga, saya beritahu dengan beliau bagaimana tentera-tentera perisikan Mossad telah banyak melakukan penerobosan terhadap negara-negara Islam dan melakukan perisikan yang akhirnya merosakkan negara-negara Islam. Ini kita tidak boleh terima, negara Islam tidak boleh terima dan itu saya nyatakan dan saya beritahu kepada dia. [Tepuk]
Yang Berhormat Bagan, Menteri.
Duduk dahulu, ada banyak isu. Ini baru satu.
Nantilah, ini cerita orang Islamlah, cerita orang Islamlah. [Dewan riuh]
Duduk dahulu, duduk dahulu. [Dewan riuh]
Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri tidak beri lagi Yang Berhormat.
Soalan awalan.
Duduk, duduk dahulu.
Duduk dahululah. Ini cerita orang mahu pertahankan Islamlah. [Dewan riuh]
Yang Berhormat Bagan Datok.
Yang Berhormat Padang Serai beri saya jelaskan.
Yang Berhormat Padang Serai duduk dahulu. Menteri tidak beri jalan Yang Berhormat.
Beri saya jelaskan.
Nanti dia lari keluar.
Beri saya jelaskan, beri saya jelaskan. Isu yang keempat yang saya sebutkan dengan Ehud Barak. Saya beritahu dengan beliau bagaimana Ehud Barak ketika menjadi Perdana Menteri, peristiwa Shatila, peristiwa pembunuhan di tempat-tempat lain telah dilakukan oleh beliau dan kini beliau mahu datang berjumpa dengan saya kononnya mahu berdamai. Saya tidak terima. Secara peribadi, secara rasmi saya tidak terima. [Tepuk] Adakah ini dianggap orang yang mengiktiraf Israel atau mengiktiraf Ehud Barak. Saya harap rakan-rakan di sana kalau tidak berterima kasih pun, harus menghargai bahawa saya memberikan pendirian yang tegas bagi pihak kerajaan Malaysia...
Saya mahu tahu berapa tegas?
[Bangun]
Orang Malaysia dan juga kawan-kawan yang belah sana, yang tentu bersetuju dengan saya.
Ini Yang Berhormat Bagan Datok...
Yang Berhormat.
Saya beri peluang lah kepada Yang Berhormat Padang Serai dahulu yang memang tidak sabar-sabar menunggu giliran.
Ya, sila Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Datok. Yang Berhormat Bagan Datok, tadi cakap beberapa syarat-syarat semua diberikan...
Menterilah, Menterilah. Menteri!
Yang Berhormat Sri Gading duduk dahulu. Diam!
Saya memang duduk. Awak cakap salah macam mana. [Dewan riuh]
Yang Berhormat Bagan Datok, tadi...
Yang Berhormat, Menteri Yang Berhormat.
Menteri, Menteri. Ya, Menteri. Beberapa syarat diberikan sebelum berjumpa dan bersalamlah itu, ini semua. Saya mahu tanya apabila mendapat tahu bahawa seorang Israel, seorang Yahudi
mahu berjumpa dengan Menteri, adakah terlintas di hati Menteri mahu tanya kebenaran daripada Perdana Menteri atau pun Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama negara? Pernah kah? Adakah pada masa itu, sebelum itu? Adakah mendapat kebenaran daripada mereka? Adakah bertanya kepada mereka bahawa seorang Yahudi mahu berjumpa dengan saya. Tangan yang sudah bunuh berjuta-juta orang Islam itu. Jawab sahaja.
Saya mahu tanya dengan Yang Berhormat Padang Serai. Ketika Ketua Pembangkang menjadi Menteri Kewangan, berjumpa dengan... berjumpa dengan beberapa orang Yahudi, adakah beliau mendapat kebenaran daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?
Ini, haruslah...
Yang Berhormat.
Saya tidak habis lagi, tidak habis lagi.
Sekarang saya tanya Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat.
Tidak.
Nanti, esok Yang Berhormat Permatang Pauh ada, tanya sama Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tidak apa, duduk dahulu, saya akan tanya Yang Berhormat Permatang Pauh.
Saya tanya dengan Menteri.
Yang Berhormat, Duduk lah Yang Berhormat.
Duduk, duduk Yang Berhormat. Saya belum habis jelaskan. Duduklah! Pernah jumpa orang Israel? Tidak berani punya. Yang Berhormat Padang Serai tidak berani. Yang berani Yang Berhormat Machang sahaja. Duduklah. [Dewan riuh]
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri jawab, saya jawab. Ada minta kebenaran tidak? Kebenaran dari Ketua Negara?
Yang Berhormat, duduk dahulu Yang Berhormat.
Saya rasa Yang Berhormat Machang dengan Yang Berhormat Sungai Petani sahaja yang berani.
Yang Berhormat.
Saya rasa Yang Berhormat Padang Serai tidak berani punya. Duduklah.
Yang Berhormat Padang Serai duduk Yang Berhormat.
Ada minta kebenaran dari Ketua Negara atau tidak?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat tidak layanlah Yang Berhormat Padang Serai ini. Tidak relevan langsung.
Ya. Saya minta Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.
Tidak relevan.
Ini bukan tidak mahu layan. Sebab salah, sebab sudah potong jalan. [Dewan riuh]
Bukan salah, ini rombongan rasmi kerajaan. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri.
[Menyampuk]
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat.
Menteri sendiri mahu jumpa dengan dia.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Padang Serai.
Mahu jumpa.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah menyatakan...
Tunggu sahaja bila boleh jumpa dengan...
Yang Berhormat Padang Serai.
Inilah. Cakap yang benar.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Serai tidak tahu membezakan Yang Berhormat Bagan Datok kah atau pun lawatan rasmi. [Dewan riuh]
Yang Berhormat.
Itu pun tidak tahu. Duduklah. Saya ingat. [Dewan riuh]
Cakaplah. Menteri...
Yang Berhormat, tidak boleh macam ini Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai...
Yang Berhormat Padang Serai duduklah.
Tidak.
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua.
Boleh minta penjelasan?
Tuan Yang di-Pertua, secara rasminya saya ingin menyatakan bahawa saya telah menyatakan kepada Ehud Barak bahawa beliau melakukan double standard.
Apa buktinya?
Double standard ke atas rakyat Palestin. Keduanya, sebagai seorang Muslim, kita tidak boleh menerima dan melihat keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestin. Ketiga, walaupun kita adalah anak Adam, bani Adam pendirian Ehud Barak tidak boleh diterima oleh mana-mana individu, organisasi dan masyarakat dunia yang melihat kezaliman yang dilakukan oleh Israel terutama dalam keadaan sekarang, apabila Baitulmuqaddis mahu diranapkan dan mahu dirampas oleh pihak Israel. [Tepuk]
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Balik Pulau sedikit, boleh Menteri? Tambahan, pertama.
Sebentar, sebentar Yang Berhormat.
Beri saya habiskan, beri saya habiskan. Keempat, saya nyatakan pendirian Malaysia bahawa komitmen Kerajaan Malaysia berhubung dengan negara Palestin yang bebas dan berdaulat tanpa penindasan pihak Israel mesti dinyatakan dengan nyata dan ini telah saya nyatakan. Kelima, saya telah menyuarakan bahawa pihak tentera Israel perlu menghentikan segala bentuk penindasan yang dilakukan.
[Bangun]
Sila Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Menteri. Saya hendak mengambil kesempatan ini untuk merakamkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan yang begitu berani, tegas apabila berdepan dengan Ehud Barak. Saya kira bahawa ini satu yang sangat membanggakan saya.
Luar biasa.
Cuma, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri kenapa ketegasan itu tidak ada kepada
kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang boleh memilih Syarikat APCO.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang pernah mempunyai hubungan dengan kerajaan Israel di bawah kepimpinan Ehud Barak. Jadi, ini yang saya tidak faham. Yang Berhormat katakan tadi kepada Ehud Barak peristiwa Shabra, Shatila dan sebagainya. Sekarang, kita memilih syarikat yang ada kepentingan negara Israel dan beberapa muka-muka yang terdiri...
Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain duduk dahulu Yang Berhormat.
Yang pernah turut terlibat dengan kerajaan Israel menjadi penjenayah kepada umat Islam dan rakyat Palestin. Tiba-tiba hari ini, kita ambil dia, memilih mereka ini untuk menjadi penasihat kepada negara kita dalam perkara-perkara yang tertentu. Jadi, saya lihat bahawa suatu yang agak pelik. Akan tetapi, walau bagaimanapun sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat atas keberanian yang sepatutnya bagi saya Yang Berhormat harus menterjemahkan ini. Supaya negara kita, kerajaan ini juga harus ada sikap yang sedemikian seperti mana yang ada kepada Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Balik Pulau. Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Menteri, sedikit. Tadi, saya kagum juga apabila Yang Berhormat Menteri menyatakan bertemu dengan Ehud Barak, menyatakan pendirian Malaysia. Akan tetapi, kalau itu pendirian Malaysia. Ialah antara Menteri Pertahanan. Ketika mana Yang Berhormat Permatang Pauh bertemu Paul Wolfowitz terkeluar di dalam kenyataan. Kita boleh Google. Dia mengatakan Amerika a caliber, keputusan menyerang Iraq itu. Dasar-dasar itu memang ditolak. Jadi, ada bukti perkara-perkara begitu dan menggambarkan sesebuah organisasi atau pun negara. Menteri ke situ sebagai Menteri Pertahanan. Dikatakan mengatakan mempertahankan dasar negara tetapi tidak keluar langsung. Adakah itu satu pertemuan biasa? Akan tetapi, katanya tadi itu perkara-perkara yang luar biasa. Menggambarkan dasar negara tetapi implikasi selepas itu, sehingga hari ini, sehinggakan penempatan haram di Israel yang hari ini telah mengancam proses kedamaian negara. Kita tidak lihat satu kenyataan yang amat kuat selain apabila satu usul dimasukkan di dalam Dewan. Ini reaksi yang dilakukan 29 haribulan tetapi tidak dibahaskan langsung seperti mana yang berlaku di Dewan-dewan yang lain. So, saya rasa hari ini seolah-olah pendirian kerajaan mengenai dasar Israel itu agak tidak se komited. Saya tidaklah kata berbeza tetapi tidak seperti dahulu. Apa masalahnya itu? Mohon penjelasan.
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Gopeng.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Jelas sekali bahawa pertemuan di antara Yang Berhormat Menteri dengan
Ehud Barak itu adalah pertemuan antara Menteri Pertahanan Malaysia dan Menteri Pertahanan Israel. Memandangkan kita memang tidak mengiktiraf negara Israel. Bukankah ini bercanggah dengan dasar luar negara kita?
Bolehkah Menteri beri penjelasan, juga memandangkan selepas pertemuan tersebut memang dasar luar Israel pun tidak berubah, ini jelas menunjukkan bahawa engagement sedemikian tidak membawa sebarang kemajuan, terima kasih.
Menteri yang ini ialah tentang projek Kem Tentera Skudai yang terbengkalai 10 tahun. Tadi Menteri sebut penyelesaian masalah ini, bolehkah Menteri jelaskan apakah tindakan yang sudah diambil untuk kontraktor pembangunan kem tersebut dan saya juga minta Menteri jelaskan tempoh masa untuk menyelesaikan dan apakah langkah-langkah yang akan diambil, terima kasih.
[Bangun]
Rembau bangun Yang Berhormat.
Pencelahan yang terakhir...
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bakri ini potong stimlah. [Ketawa]
Terima kasih Menteri, saya cuba stimkan balik Dewan ini. Yang Berhormat Menteri saya pohon pandangan sebab saya nampak rakan-rakan dari sana cuba hendak mempolitikkan isu perjumpaan Yang Berhormat Menteri dengan Menteri Pertahanan Israel. Cuma saya ingin membawa perhatian kepada Menteri sama ada sedar ataupun tidak bahawa Ketua Pembangkang Yang Berhormat dari Permatang Pauh, dia bukan sahaja jumpa dengan pemimpin-pemimpin Yahudi tetapi dia sebenarnya ahli Lembaga Penasihat kepada International Crisis Group. Antara ahli International Crisis Group ini adalah seorang yang bernama Shlomo Ben-Ami. Shlomo Ben-Ami ini adalah Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan bekas Menteri Luar Israel di bawah Ehud Barak. Kalau Menteri jumpa – dia jumpa sahajalah dan dia beritahu pendirian kita tetapi Ketua Pembangkang bukan setakat jumpa tetapi serve, berkhidmat atas – di dalam Lembaga Penasihat yang sama dengan bekas Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, pohon pandangan daripada Menteri.
Menteri, sikit boleh? Sikit mengenai International Crisis Group, sikit sahaja boleh? Saya mungkin – Yang Berhormat Rembau saya rasa amat maklum mengenai perkara ini, tetapi di sini kita berbahas sebab yang mengatakan si polan-si polan ini agen Yahudi, agen Amerika ini siapa? Retoriknya begitu bermula daripada di sana UMNO Barisan Nasional. Sebenarnya isu Yahudi ini sebenarnya bukan isu yang patut Malaysia bangkitkan, kita berbincang mengenai dasar Zionis Rejim Israel tetapi yang dibangkitkan asosiasi dengan pimpinan Yahudi. Kalau itu dasar hari ini yang cuba hendak diketengahkan negara Malaysia tidak ke mana-mana, itu satu. Keduanya mengenai International Crisis Group untuk pengetahuan, boleh dibuktikan ataupun tidak International Crisis Group ini mewakili ataupun terlibat dalam agenda-agenda yang tidak bersifat demokratik, berbeza dengan ASERO
yang dibuktikan sehingga hari ini tidak dijawab secara rasmi sama ada mereka mewakili Sani Abacha diktator-diktator dunia. International Crisis Group diterajui oleh Gareth Evans, Menteri Luar daripada New Zealand kalau tidak silap saya, jadi gerak kerjanya bersifat gerak kerja demokratik dalam kerangka demokrasi, itu diskusinya di peringkat antarabangsa, bukan asosiasi dengan Yahudi menjadi isu. Persoalan dalam Ehud Barak ini bagi saya yang menjadi beban kepada Menteri ialah kenapa ketika dasar luar negara, kerana Menteri ialah mewakili negara, Yang Berhormat Permatang Pauh tidak mewakili negara, ini G2G, government to government menggambarkan dasar luar.
Yang Berhormat ringkaskan Yang Berhormat..
Jadi dia bebas berjumpa dengan Israellah sebab dia tidak mewakili negara, itu hujah pokok Balik Pulau?
Tidak, implikasinya berbeza.
He is free to meet with the zionis because dia tidak mewakili kerajaan. Itu yang cuba dibangkitkan oleh Balik Pulau.
...G2G. Private company you have option to decide, to choose, why you choose something which expose your country, mendedahkan negara kepada tohmahan. So, pada pandangan saya Menteri Pertahanan mempunyai beban membuktikan kepada kita pada hari ini.
Ya cukuplah Yang Berhormat.
[Bangun]
Kalau betullah apa yang dikatakan Menteri patut menjelaskan apa sebenarnya pendirian ketika bertemu dengan Ehud Barak.
Saya fikir - Yang Berhormat Batu duduk dahulu. Masalahnya apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rembau itu kalau kita berjumpa dengan tidak secara rasmi dikatakan kita bersekongkol tetapi kalau belah sana berjumpa secara rasmi tidak rasmi, macam- macam alasan yang diberikan, yang mereka buat boleh yang kita buat tidak boleh. Walaupun kita mengambil kesempatan untuk kita membelasah pendirian mereka. Yang Berhormat Pokok Sena lebih rasional sebab dia season politician dengan izin, dia tahu walaupun dia kaitkan sedikit dengan APCO. Akan tetapi Yang Berhormat Balik Pulau harus tahu bahawa kalau kita mahu mengasosiasikan diri kita dengan gerakan zionis, kita tidak asosiasikan diri kita. Saya fikir apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau, begitu jugalah maksudnya. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rembau itu sesuatu yang jelas bahawa International Crisis Group, apa pun penjelasannya di belakangnya ialah orang Yahudi.
Menteri...
Kita harus membezakan, saya tahu kita harus membezakan antara Israel sebagai sebuah negara yang Yahudi sebagai satu bangsa...
Sebentar Yang Berhormat, sebentar
Satu fahaman, kita harus membezakan...
Kita membincangkan pasal foreign polisi Menteri, dasar luar Menteri, dasar luar.
Tapi soal di sini ialah soal...
Menteri kita rujuk...
Duduk sebentar Yang Berhormat.
Saya harap Yang Berhormat Batu menghormati peraturan Dewan, kalau mahu bertanya dengan saya pun. So, dalam perkara ini saya fikir apa yang harus kita lakukan, ya! Benar bahawa pendirian Kerajaan Malaysia secara rasmi dan secara dasar memang kita tidak mempersetujui Israel, kita tidak memihak Israel dan kita tidak ada hubungan diplomatik. Akan tetapi saya fikir ketika itu apabila beliau mahu berjumpa dengan saya, saya berpendapat atas nasihat daripada defend attache atas pandangan daripada KSU dan juga PTU ketika itu bahawa inilah kesempatan yang terbaik untuk saya menyatakan pendirian kepada Menteri Pertahanan Israel dan juga bekas Perdana Menteri. [Tepuk] Sekurang-kurangnya saya mewakili rakyat Malaysia, orang Islam di Malaysia dan saya fikir agama lain di Malaysia juga tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Israel. [Tepuk] Saya fikir apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Gopeng, oleh Yang Berhormat Pokok Sena, oleh Yang Berhormat Balik Pulau tadi saya telah jelaskan tetapi apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri tadi, kem Skudai ini sebenarnya sedang diselamatkan, dan kontraktor penyelamat telah pun dikenal pasti untuk dilantik. Izinkan saya menghabiskan...
Boleh, boleh. APCO tidak...
[Bangun]
Menteri tidak beri jalan, cukup Yang Berhormat.
Izinkan saya untuk menghabiskan penggulungan ini tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat
Kroni APCO ke?
Yang Berhormat.
Oleh Yang Berhormat Machang.
Yang Berhormat Batu duduklah Yang Berhormat.
Yang inginkan penjelasan mengapa pemberi maklumat negara tidak dianggap sebagai pengkhianat. Manakala Yang Berhormat Pokok Sena meminta supaya didedahkan pemberi maklumat dan negara yang terlibat serta tindakan yang telah diambil. Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya menyebutkan bahawa warga Kementerian Pertahanan yang dikaitkan dalam isu pembocoran maklumat ini sebenarnya adalah merupakan sumber kepada Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) kita. Laporan yang diberikan kepada kami menyentuh mengenai usaha menggunakan pegawai berkenaan sebagai pembekal maklumat dan seterusnya bekerjasama dengan pihak BSPP untuk membongkar kegiatan penyuluhan atau espionaj oleh pihak asing. Sebagai sumber perisikan, identiti beliau kini kita rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan dan kepentingan perisikan, oleh itu beliau tidak seharusnya dianggap sebagai pengkhianat malah beliau telah memberikan maklumat-maklumat kepada BSPP.
Yang Berhormat Menteri, mencelah sikit.
Manakala negara yang dikaitkan dengan dalam usaha pengintipan tidak sesuai untuk didedahkan atas dasar kepentingan dua hala dari segi jangka panjang dan juga dikhuatiri menjejaskan kepentingan negara. Dalam konteks ini hanya tindakan diplomatik diperkirakan dan kegiatan espionaj yang dikaitkan dihentikan. Dalam konteks maklumat yang diberikan kepada pihak asing yang berkaitan, pihak BSPP sebenarnya telah menapis dan mengolah segala maklumat yang didedahkan, ianya tidak melibatkan perkara-perkara sensitif ataupun aspek kepentingan strategik dalam negara. Justeru tahap keselamatan negara tidak terjejas sama sekali.
Yang Berhormat Machang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sedikit perbezaan jawapan Menteri sekarang dengan jawapan yang diberi kepada saya oleh Menteri secara bertulis. Ada tiga komponen dalam jawapan Yang Berhormat Menteri terhadap soalan asal saya berkenaan aktiviti pengintipan. Pertama kerajaan mengakui adanya negara asing melalui kedutaan mereka di Malaysia yang melakukan aktiviti pengintipan. Itu fakta utama dalam jawapan rasmi kementerian terhadap soalan saya.
Kedua kementerian juga mengakui ada warga MINDEF yang terlibat. Saya ingin tahu civilian atau uniform. Seorang atau berkumpulan, yang kedua. Ketiga, jawapan kementerian kepada saya ialah dibuat satu proses dengan izin turn over oleh bahagian staff perisikan pertahanan ke atas warga MINDEF yang terbabit yang asalnya disebut sebagai mereka yang terlibat dengan aktiviti pengintipan yang membabitkan pejabat duta asing. Akan tetapi setelah di turnover barulah mereka itu dijadikan sumber maklumat penyiasatan. Isunya ialah pada detik itu, pada moment itu, ketika warga MINDEF ini terbabit satu pengkhianatan telah berlaku dan ianya tidak boleh berubah pada moment berlaku. Setelah turnover dibuat oleh staf Bahagian Perisikan Pertahanan barulah dijadikan sumber. Oleh sebab itu pendirian kementerian berubah kalau mengikut jawapan ini. Berubah kerana mereka kemudian menjadi sumber kepada penyiasatan dan mereka tidak lagi dianggap pengkhianat. Komponen seterusnya
dalam jawapan itu ialah memandangkan Kerajaan Malaysia mempunyai hubungan baik dengan negara asing yang terlibat maka memadailah isu ini diselesaikan secara diplomatik. Itu komponen-komponen jawapan yang saya hafal agak berbeza dengan jawapan yang diberikan Menteri sekarang. Sebab itulah Yang Berhormat Menteri saya fikir perlu diberikan sedikit lagi penerangan...
[Bangun]
Apakah sebenarnya pendirian dan polisi kerajaan terhadap aktiviti pengintipan. Ini bukan perkara baru. Ini sebenarnya sudah berlaku berkali-kali lama sebelum Yang Berhormat Menteri menjadi Menteri di situ pun sudah berlaku. Rekod menunjukkan begitu aktiviti pengintipan ini serius, severe dengan izin. Ia tidak boleh kita anggap bahawa sumber itu sekarang sudah berubah melalui turn over maka dia sudah menjadi sumber penting untuk kita memulakan proses pertahanan. Saya ingin Yang Berhormat Menteri tegaskan dan terangkan secara nyata pendirian kerajaan yang sebenarnya terhadap aktiviti yang mengancam kestabilan politik dan keselamatan negara sebenarnya. Saya tadi bangga dengar jawapan Yang Berhormat Menteri ada nampak kekaguman dapat berjumpa dengan Menteri Israel, Alhamdulillah saya harap kita bina pagar di sini dalam Kempen Pemilihan UMNO saya harap tidak dijadikan isu supaya Yang Berhormat Menteri boleh terus menang Naib Presiden dengan undi tertinggi. Saya risau itu, yang itu saya risau sangat. [Ketawa] Kita kalau kempen orang kata itu memanglah kerja pembangkang. Akan tetapi kalau kempen berlaku dalam UMNO berat Naib Presiden ini. Saya tahu. Itu yang pertama. Kedua Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Rembau tadi singgung soal International Crisis Group dengan kaitan dengan Yahudi dan sebagainya. Saya ingat cerdik-cerdik dia pun ada perkara yang dia tidak tahu juga. Penglibatan Ketua Pembangkang melalui inisiatif International Crisis Group ini yang diilhamkan oleh Gareth Evans, Menteri Luar Australia, dengan tugas khusus yang diberikan kepada Ketua Pembangkang ialah mengemukakan satu kertas cadangan mengenai pembelaan hak-hak nasib rakyat Palestin. Kertas itu pun ada kalau Yang Berhormat Menteri berminat dan Yang Berhormat Rembau minat kita boleh bagi tidak ada masalah. Akan tetapi innuendo nya itu dengan izin hendak kaitkan jumpa Yahudi. Isunya ialah Yang Berhormat Permatang Pauh sepanjang 17 tahun dalam kerajaan, dia tidak employ agensi Yahudi, bayar berpuluh juta. Itu fakta depan kita. Dia tidak boleh sebelah pihak agama, bangsa dan negara. Parti apa perjuangkan agama? Pertahankan bangsa dan bela tanah air. Akan tetapi quietly kita sain kontrak lantik syarikat yang ada kaitan Zionis. Itu isu pokoknya. Tidak mengapalah sebab Yang Berhormat Rembau pun tidak ada saya balik semula isu pengintipan tadi dengan empat komponen itu, yang saya minta Yang Berhormat Menteri berikan penerangan. Saya akan tekun mendengar kalau ada sedikit lagi ruang saya hendak minta jalan lagi. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri mencelah sedikit. Yang Berhormat Lenggong.
[Bangun]
Yang Berhormat Lenggong sudah lama bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri.
Siapa? Baik terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sedikit ada persamaan dengan Yang Berhormat Machang. Cuma, hebat Yang Berhormat Bagan Datok ini pandai melepaskan diri. Ini kehebatan Yang Berhormat Menteri pandai melepaskan diri dalam beberapa isu tadi itu. Cuma saya tidak tahulah mungkin Ehud Barak nasihat Yang Berhormat Menteri untuk bagi nasihat supaya ambil APCO. [Ketawa] Mungkin Ehud Barak nasihat dia tidak beritahu kepada kita. Kita pun tidak tahu. Mungkin Ehud Barak nasihat Yang Berhormat Menteri supaya balik nasihat balik Kerajaan Malaysia ambil APCO. Habis sampai situ. [Ketawa]
Yang Berhormat Menteri.
Baik. Berkaitan dengan isu pengintipan, pembocoran maklumat tadi ini. Saya pun hairan bagaimana Yang Berhormat Menteri tidak mahu beritahu di sini kerana ada masalah keselamatan, begitu, begini dan sebagainya. Sedangkan Yang Berhormat Menteri sendiri yang membuat pendedahan ini. Apa tujuan Yang Berhormat Menteri membuat pendedahan? Kalau sudah Yang Berhormat Menteri beritahu bahawa tidak boleh beritahu kerana ini masalah keselamatannya dan masalah hubungan diplomatik. Okey, selesailah secara diplomatik dan selesailah secara keselamatan daripada awal.
[Bangun]
Tidak perlu dedah kepada surat khabar. Adakah Yang Berhormat Menteri cuba hendak cari political mileage… [Ketawa] Untuk dalam pimpinan UMNO ataupun ada masalah dalaman UMNO? Bagi saya bahawa Yang Berhormat Menteri yang dedah dan kami pun tidak tahu. Terkejut! Bab enjin jet pun Yang Berhormat Menteri juga dedah kami pun tidak tahu. Jadi apa tujuan Yang Berhormat Menteri dedah apabila kita minta penyelesaian di sini, oh, tidak boleh! Ini masalah keselamatan beliau. Ini masalah hubungan diplomatik dan sebagai. Jadi saya minta penjelasan.
Ya, ringkaskan Yang Berhormat, terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri boleh minta jalan? [Ketawa] Yang Berhormat Menteri bolehkah bagi satu tempoh yang tepat...
Yang Berhormat, Menteri tidak beri jalan Yang Berhormat. [Ketawa]
Ini betullah dia potong ‘stim’ selalu. [Ketawa] Saya ingin menjawab apa yang disebut oleh Yang Berhormat Machang dengan Yang Berhormat Pokok Sena yang ada kaitan. Saya ingin menyinggung tentang tiga elemen yang disebutkan oleh beliau tadi tentang jawapan yang tidak – Jawapan soalan bukan lisan. Saya fikir tidak bercanggah dan ia ada kaitan secara langsung dengan jawapan yang saya berikan secara lisan dalam penggulungan ini. Pegawai yang terlibat itu bukan pegawai yang beruniform dan dia adalah civilian. Pendirian Kerajaan Malaysia terhadap pengintipan jelas bahawa ia bercanggah dengan prinsip-prinsip diplomasi yang tercatat di antara negara-negara.
Ketiganya aktiviti yang mengancam keselamatan negara kita tidak boleh bertoleransi. Dalam hal ini apabila tindakan dilakukan terhadap pegawai tersebut, ia berbentuk penggunaan pegawai dalaman oleh pihak luar yang kemudiannya menyedari hakikat bahawa beliau telah tersalah guna. Oleh sebab itu atas kesedaran itulah beliau melaporkan kepada kami dan kami meminta kerjasama untuk memberikan laporan tepat terhadap apakah maklumat-maklumat yang telah terlepas. Akan tetapi alhamdulillah didapati tidak ada maklumat rahsia yang terlepas dan kami telah dapat menggunakan beliau sebaliknya untuk mendapat maklumat-maklumat dari pihak yang cuba melakukan pengintipan. Saya fikir ada hikmah berlaku di sini bahawa walaupun saya menyatakan di dalam media ada sebuah negara yang membuat pengintipan tetapi saya bercakap ketika itu dengan satu percakapan yang berlapik tertakluk kepada maklumat dan keizinan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana beliau telah menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun. Saya pun Menteri Pertahanan tetapi belum sampai pun 14 bulan. Jauh lagi daripada 14 tahun. Dalam hal di atas pengalaman dan nasihat yang diberikan oleh beliau lebih baik kita mengambil langkah-langkah diplomatik, kita mengambil langkah-langkah supaya tidak lagi berlaku aktiviti penyuluhan espionage yang dilakukan oleh pihak luar. Jadi... [Disampuk]
[Bangun]
Tidak, sepatutnya bincang dahulu dengan Perdana Menteri selaku bekas Menteri Pertahanan, sebelum membuat pendedahan. Yang Berhormat buat pendedahan sehingga...
Yang Berhormat.
Menjadikan masyarakat dan rakyat Malaysia jadi gawat. Sebab Yang Berhormat Menteri jadi gempar, Yang Berhormat Menteri kata pembocoran rahsia penting negara. Hari ini Yang Berhormat Menteri kata belum terlepas atau tidak terlepas. Jadi sepatutnya kalau itu hujah Yang Berhormat Menteri kecuali dengan izin Perdana Menteri selaku bekas Menteri Pertahanan, okey bincang dahulu sebelum buat pendedahan sehingga kita pun jadi risau.
Saya tidak dedahkan. Tuan Yang di-Pertua, saya belum dedahkan. Saya belum dedahkan. Saya belum dedahkan. Itu sebab...
No. Yang Berhormat Menteri sudah dedahkan bahawa ada penjualan...
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
...rahsia penting negara yang membabitkan kedutaan negara asing di negara kita. Jadi kita semua perlu tahulah. Sepatutnya Yang Berhormat Menteri pergi berjumpa menghadap Perdana Menteri ini ada masalah ini zaman ini zaman Yang Berhormat jadi Menteri Pertahanan. Baru betul.
Tuan Yang di-Pertua.
Atau ada agenda politik.
Yang Berhormat Pokok Sena, tidak boleh macam itu, Yang Berhormat ya.
Tuan Yang di-Pertua, inilah yang Pokok Sena dan kawan-kawan paling suka. Dia akan spinkan perkara ini sebab dia cari sahaja isu. Jadi memang dalam kempen-kempen dia orang ini sebab dia sudah jadi Naib Presiden, selepas ini dia jadi Timbalan Presiden PAS lah. Itu masalahnya.
Menteri, menteri.
Oleh kerana menghormati waktu dan jawapan saya...
Sedikit sahaja.
Ya.
Yang Berhormat Menteri.
Sudah selesai.
Menteri tidak bagi jalan, Yang Berhormat.
Jawatan rasmi saya telah selesai dan waktu maghrib akan habis.
Duduk Yang Berhormat, duduk.
Saya ucapkan terima kasih...
Sekejap, sekejap.
Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, pasal enjin jet.
Enjin jet, enjin jet.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat. Sudah habis Yang Berhormat.
Macam mana ini?
[Menyampuk]
Yang Berhormat Menteri Kerja Raya.
Terus sebut JKR itu. Dia landing macam jet juga. [Ketawa]
Tidak baik tuduh-tuduh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dia tidak landing, dia landing macam itu.
Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sepuluh Ahli-ahli Yang Berhormat yang sudi berkongsi pandangan dan cadangan menyentuh bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Kerja Raya ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja di Dewan Rakyat iaitu daripada Putatan, Silam, Ranau, Sarikei, Rantau Panjang, Kota Melaka, Tebrau, Lenggong, Puchong dan Petaling Jaya Selatan. Pelbagai isu penting dan cadangan bernas telah diutarakan dalam sesi perbahasan yang telah berlangsung dari 16 hingga 29 Mac 2010 dan Kementerian Kerja Raya akan memberi perhatian serta tindakan susulan kepada isu-isu yang dibangkitkan. Secara keseluruhannya isu-isu yang telah menarik minat Ahli-ahli Yang Berhormat dapat saya rumuskan kepada isu-isu yang berkaitan dengan jalan raya Persekutuan dan jalan raya bertol. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menyentuh perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya menjelaskan beberapa perkara berhubung dengan pelaksanaan pembangunan jalan raya di negara kita. Perancangan pembangunan rangkaian jalan raya di Malaysia memberi tumpuan kepada usaha memperluas dan meningkatkan rangkaian perhubungan ke kawasan pedalaman dan ke kawasan yang berpotensi untuk pembangunan ekonomi. Pendekatan ini bagi menyokong pembangunan seimbang di samping meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup rakyat. Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya, Highway Network Development Plan (HNDP) Fasa 1 pada tahun 2007 mengenal pasti empat hala tuju bagi menentukan keutamaan pembangunan jalan raya iaitu: (i) mengukuhkan rangkaian jalan raya yang menghubungkan antara Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia; (ii) mempertingkatkan perhubungan dan pergerakan antara Pantai Timur dengan Pantai Barat di Semenanjung Malaysia; (iii) mempertingkatkan accessibility intra dan inter Wilayah Pembangunan Koridor Utara, Timur dan Selatan; dan (iv) memperbaiki dan meningkatkan rangkaian jalan raya tengah sebagai central spine. Kerajaan juga sememangnya amat prihatin dengan pembangunan jalan raya Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sehubungan itu Kementerian Kerja Raya turut menjalankan kajian semua rangkaian jalan raya HNDP Fasa 2 bagi negeri-negeri berkenaan. Kajian ini telah bermula pada Disember 2008 dan akan disiapkan pada Jun 2010. Walau bagaimanapun, setakat ini HNDP Fasa 2 telah mengenal pasti Pelan Indikatif Pembangunan Rangkaian Jalan Raya di negeri-negeri tersebut. Pelan indikatif tersebut telah menggariskan hala tuju dalam pengukuhan dan memperluaskan jaringan Trans Borneo serta menyediakan kebolehsampaian jalan raya antara pusat ekonomi, kawasan ekonomi pertanian seperti Koridor
Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE). Sehubungan dengan itu sebanyak 319 projek dan program yang bernilai RM27.78 bilion untuk seluruh negara telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi untuk ditimbang oleh Jabatan Perdana Menteri untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Jalan raya Persekutuan – pelaksanaan projek jalan Persekutuan di Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua...
Celahan, celahan, boleh? Sebelum ke Sabah Sarawak itu.
Okey.
Yang Berhormat Menteri tadi mengumumkan sejumlah peruntukan untuk dimasukkan di bawah projek jalan raya Rancangan Malaysia Kesepuluh. Yang Berhormat Menteri, saya dalam Dewan yang mulia ini berulang kali membangkitkan dan menulis juga kepada menteri yang dahulu sebelum Yang Berhormat Menteri ambil alih berkenaan dengan satu jalan utama yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri dahulu waktu melancarkan Koridor Timur. Jalan raya antara Wakaf Che Yeh, Kota Bharu dengan Kuala Krai. Paling akhir jawapan Menteri kepada saya secara bertulis ialah sekarang di peringkat untuk membayar pampasan kepada 2,000 pemilik tanah, itu satu. Kemudian sejumlah dana, saya lupa angkanya, dalam anggaran RM100 juta begitu telah pun dikeluarkan bagi memulakan proses itu. Manakala yang terbaru sekali ialah jawapan yang saya terima terhadap soalan terbarunya, kali ini Yang Berhormat, agak cair sama sekali. Jawapan itu berupa kerajaan terus mempunyai komitmen bagi meningkatkan prasarana rakyat dan projek ini dimasukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Noktah. Jadi sudah tidak timbul lagi hal kesungguhan hendak ambil alih, berunding dengan kerajaan negeri dan sebagainya, tidak timbul. Saya ingin tahu, pukul 8.05 malam hari ini, hendak tanya betul-betullah, projek ini jadi atau tidak jadi? Kalau jadi, berapa harganya? Proses ambil alih tanah itu sampai tahap mana? Berapa kali rundingan dengan kerajaan negeri dibuat? Dan berapa amaun bajet sebenarnya? Ada duit kah tidak? Itu hendak tanya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya belum sampai lagi ke peringkat jawapan untuk soalan itu. Ada sebahagian daripada jawapan ini ada menyebut dari segi jalan Kota Bharu-Kuala Krai ini. Kerajaan juga sememangnya amat prihatin dengan pembangunan. Sehubungan dengan itu sebanyak...
[Bangun]
Selayang bangun, Yang Berhormat.
Sehubungan dengan itu...
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak mengucapkan terima kasih kerana datang ke Rawang pada bulan Disember untuk melawat dan melihat keadaan tentang tol highway dan juga Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan akan menggunakan peruntukan yang sedia ada untuk memulakan
projek. Saya hendak tahu bila projek untuk meluaskan toll highway di Rawang akan mula.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya hendak maklumkan bahawa kebanyakan perkara yang dibangkitkan untuk jawapan ini adalah perkara-perkara spesifik. Jadi kalau isu di Rawang itu, kita tidak bagi komitmen, saya akan bagi jawapan bertulis kepada perkara-perkara yang tidak dibangkitkan dalam perbahasan Titah Diraja tempoh hari. Terima kasih. Yang Berhormat Putatan telah membangkitkan mengenai isu kesesakan jalan di pekan Putatan dan memohon untuk menaik taraf jalan tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Putatan, Kementerian Kerja Raya sedar bahawa jalan utama di bandar Putatan terlalu sibuk dan perlu di naik taraf. Oleh itu Kementerian Kerja Raya sedang melaksanakan projek menaik taraf Jalan Putatan- Kepayan daripada empat lorong ke enam lorong dan dua jejambat dengan kos RM218.7 juta. Projek ini bermula daripada Taman Jumbo sehingga ke persimpangan Jalan Tanjung Aru, Jalan Mat Salleh, Kota Kinabalu. Dengan siapnya projek ini, aliran trafik dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke pusat bandar Kota Kinabalu akan lebih lancar. Yang Berhormat Silam memohon kementerian pertimbangkan menambah peruntukan untuk perluaskan jalan bagi kawasan Parlimen Silam dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat satu projek jalan dalam pembinaan dan dua projek jalan sedang dipohon untuk dilaksanakan di kawasan Parlimen Silam dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu projek menaik taraf bandar Lahad Datu-Silam kepada dua hala dalam pelaksanaan. Projek naik taraf bandar Lahad Datu-Silam kepada dua hala dan skop menaik taraf satu lorong, single carriage way dua hala dengan jalan berkembar, dual carriage way dua hala sedang dilaksanakan. Projek dijangka siap pada 21 April 2011 dengan jumlah kos RM74.3 juta. Dua projek membina jalan Segama-Northern Bypass Lahad Datu. Selain daripada itu kerajaan juga akan melaksanakan projek membina jalan Segama-Northern Bypass Lahad Datu, Sabah atau Northern POIC, Palm Oil Industrial Cluster Link Road. Dengan siapnya jalan ini kelak, trafik dari Tawau menuju ke Sandakan atau sebaliknya akan mempunyai laluan terus tanpa melalui pekan Lahad Datu. Kementerian Kerja Raya telah memohon untuk melaksanakan pembinaan projek ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan keutamaan yang tinggi. Anggaran kos projek ini adalah sebanyak RM150 juta. Membina jalan Jerako- Lahad Datu. Kementerian Kerja Raya turut mengemukakan permohonan projek jalan Jerako-Lahad Datu Fasa 3 dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan keutamaan yang tinggi. Jalan Jerako-Lahad Datu sepanjang 48 kilometer melalui kawasan ladang kelapa sawit kini pada tahap gravel dan telah di naik taraf secara berfasa sejak Rancangan Malaysia Kelapan. Fasa 2A dan 2B berjumlah22 kilometer sedang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Fasa 3 baki 26 kilometer dicadang untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan anggaran kos sebanyak RM120 juta. Yang Berhormat Ranau membangkitkan isu jalan raya Ranau dan Tambunan yang kerap kali rosak selepas cuaca buruk.
Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, keadaan jalan dari Ranau ke Tambunan adalah melalui kawasan tanah tinggi, di mana terdapat banyak pemotongan bukit dibuat pada masa dahulu untuk pembinaan jalan raya.
Faktor taburan hujan yang tinggi sering melanda kawasan Ranau juga turut meletakkan jalan ini sering kali terdedah kepada risiko berlakunya tanah runtuh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian kini sedang menaik taraf Jalan Ranau ke Tambunan daripada gravel kepada berturap. Setakat ini hanya 22 kilometer jalan berturap, iaitu sepanjang 13 kilometer telah dinaiktarafkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan, dan 9 kilometer lagi akan disiapkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Memandangkan pelaksanaan projek naik taraf ini dibuat secara reka dan bina (design and build) dengan izin, maka kontraktor terikat dengan kerja-kerja penyelenggaraan jalan selama dua tahun iaitu tempoh tanggungan kecacatan (defect liability period). Kementerian akan memastikan sebarang kecacatan seperti jalan berlubang dan tanah runtuh dibaiki dengan segera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bagi projek-projek yang ditawarkan secara reka dan bina, kerja-kerja penyeliaan projek dilaksanakan oleh perunding yang dilantik sendiri oleh kontraktor. Pada masa yang sama, Jabatan Kerja Raya Sabah turut menempatkan seorang jurutera projek di tapak khusus untuk mengaudit kerja-kerja perunding. JKR daerah turut dijemput hadir ke setiap mesyuarat tapak yang diadakan pada setiap bulan. Bagi baki sepanjang 33 kilometer jalan yang masih pada tahap gravel, Kementerian Kerja Raya telah memohon untuk dinaik taraf kepada jalan berturap dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan anggaran kos RM180 juta. Untuk bahagian jalan ini, kementerian akan memastikan reka bentuk jalan lebih menggunakan struktur jambatan berbanding pemotongan bukit untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh. Yang Berhormat Ranau juga membangkitkan status projek-projek jalan di Parlimen beliau yang tertangguh pelaksanaannya di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan memohon supaya projek-projek ini disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Untuk makluman Yang Berhormat Ranau, tiada projek di bawah Kementerian Kerja Raya yang ditangguhkan di Parlimen Ranau dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Yang Berhormat Sarikei membangkitkan isu naik taraf Jalan Bukit Huang-Sekumang ke Tanjong Manis. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian sedar akan keperluan menambah baik Jalan Bukit Huang-Sekumang ke Tanjong Manis memandangkan Tanjong Manis akan menjadi salah satu di antara tiga pusat pembangunan utama di dalam SCORE dan juga telah dikenal pasti untuk menjadi halal hab yang pertama di Wilayah Sabah dan Sarawak. Yang Berhormat Sarikei juga meminta menyatakan, adakah kementerian menambah baik sepanjang lebuh raya dari sempadan Betong-Sarikei ke Simpang Jalan Bulat Sarikei. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian sedar bahawa jalan utama dari sempadan Betong-Sarikei ke Simpang Jalan Bulat berada di dalam keadaan kurang memuaskan. Jalan ini telah dibina lebih daripada 20 tahun yang lalu dan merupakan sebahagian daripada jalan raya utama Sarawak yang menghubungkan Kuching, Sarikei, Sibu, Bintulu, Seri Aman, Miri dan selanjutnya ke Brunei dan Sabah. Perancangan kementerian adalah untuk meluruskan jalan sepanjang 17.4 kilometer termasuk pembinaan tiga jambatan dari sempadan Bahagian Betong – Sarikei sehingga Persimpangan Jalan Repok – Jalan Bulat. Pelaksanaan Projek Jalan Persekutuan di Semenanjung. Yang Berhormat Rantau Panjang memohon kerajaan menyegerakan pembangunan Jalan Kota Bharu – Kuala Krai, Kelantan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek membina jalan baru dari Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan
sepanjang 73 kilometer telah pun dirancang sebagai jalan alternatif baru kepada Jalan Persekutuan FT008 iaitu Jalan Kota Bharu ke Kuala Krai, yang mana pada masa ini kerap mengalami kesesakan lalu lintas. Projek ini telah pun dirancang setakat reka bentuk dan pengambilan tanah dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, manakala pembinaannya dicadangkan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Yang Berhormat Kota Melaka membangkitkan isu kesesakan trafik di kawasan Bandar Melaka terutama di tapak warisan dan Melaka Raya serta mencadangkan agar dipertimbangkan pembinaan jalan pesisir pantai sebagai alternatif untuk keluar dari Bandar Melaka. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya sememangnya peka dan prihatin terhadap masalah kesesakan trafik di Bandar Melaka. Sehubungan itu, kementerian telah mencadangkan agar jalan sedia ada dari Kuala Linggi ke Alai, jalan pesisiran pantai sepanjang 56 kilometer dinaikkan taraf daripada dua lorong dua hala ke empat lorong dua hala dengan spesifikasi JKR R5 dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Selain itu, kementerian juga telah mencadangkan agar kajian kemungkinan Jalan Lingkaran Melaka dijalankan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk mengenal pasti jajaran jalan lingkaran luar dan tengah bagi menyediakan penyuraian trafik yang berkesan di Bandar Melaka. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tebrau membangkitkan isu kesesakan trafik di Lebuh Raya Pasir Gudang yang menyambung kawasan perindustrian Pasir Gudang dan Pelabuhan Pasir Gudang dengan Bandar Raya Johor Bahru serta memohon Lebuh Raya Pasir Gudang dinaik taraf daripada dua lorong menjadi tiga lorong sebelah atau lebuh raya enam lorong. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa prihatin terhadap permasalahan rakyat. Kerajaan sedia maklum akan kesesakan yang berlaku di Jalan Pasir Gudang terutama sekali pada waktu puncak. Memandangkan projek menaik taraf jalan tersebut masih belum dimulakan, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan masalah kesesakan tersebut di antaranya ialah melaksanakan projek-projek berikut: (i) menaik taraf Persimpangan Bertingkat Perling; (ii) menaik taraf Persimpangan Bertingkat Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi – Pasir Gudang; (iii) Lebuh Raya Senai – Pasir Gudang – Desaru; dan (iv) Jalan dan Jambatan Kedua Permas Jaya. Setakat ini, projek menaik taraf Persimpangan Bertingkat Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi – Pasir Gudang dan menaik taraf Persimpangan Bertingkat Perling serta sebahagian Lebuh Raya Senai – Desaru telah disiapkan. Bagi Lebuh Raya Senai – Desaru dan Projek Jalan dan Jambatan Kedua Permas Jaya kini dalam pembinaan. Adalah dijangkakan dengan siapnya projek ini kelak, maka kesesakan lalu lintas di Jalan Pasir Gudang akan dapat dikurangkan. Dalam masa yang sama, kementerian telah memasukkan Projek Menaik Taraf Jalan Pasir Gudang ke dalam senarai pelaksanaan projek Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk dipertimbangkan. Yang Berhormat dari Lenggong telah memohon agar kementerian memberi perhatian ke atas penggantian dan pengubahan suai bagi lima buah jambatan utama yang menjadi punca masalah banjir di kawasan Lenggong iaitu di Kampung Sumpitan, Kampung Chain, Kampung Bor, Taman Kota Tampan dan Kampung Taman Air. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak JKR sedar punca-punca berlakunya banjir di Lenggong. Untuk sementara waktu, kerja-kerja pembersihan
sampah sarap dan kayu-kayu yang tersangkut pada tiang-tiang jambatan sedang dijalankan. Untuk penyelesaian jangka panjang, kerja-kerja menaik taraf jalan dan mengganti jambatan-jambatan tersebut telah dipohon bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh. Yang Berhormat Lenggong juga meminta Kementerian Kerja Raya memberi perhatian dan tumpuan bagi melaksanakan projek-projek mengikut jadual. Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat yang meminta supaya projek dilaksanakan mengikut jadual. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian sememangnya sentiasa mengambil langkah untuk memastikan semua projek dapat disiapkan, bukan sahaja mengikut jadual tetapi menepati spesifikasi dan kos yang ditetapkan. Untuk memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual, kementerian telah mengambil beberapa langkah seperti koordinasi dengan agensi utiliti dipertingkatkan, mengadakan mesyuarat di tapak setiap bulan, menubuhkan Jawatankuasa Projek Sakit di peringkat kementerian dan agensi selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8/2009. Lebuh raya bertol. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puchong ada memohon penjelasan langkah-langkah kerajaan untuk menyelesaikan masalah lalu lintas dan kesesakan bagi lebuh raya yang berbayar tol khususnya di Parlimen Puchong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian Kerja Raya sedia maklum akan masalah kesesakan yang dihadapi oleh pengguna terutamanya di kawasan antara Bandar Sunway ke Puchong. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pembangunan pesat di sekitar koridor lebuh raya ini telah menyaksikan peningkatan trafik yang tinggi sekali gus menjejaskan kelancaran aliran trafik khususnya pada waktu puncak. Sebagai langkah penyelesaian sementara, satu sistem laluan kontra telah mula dilaksanakan di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan bagi laluan kenderaan menghala ke arah Puchong. Pelaksanaan sistem ini yang dilaksanakan dengan bantuan serta kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia diadakan setiap hari Isnin hingga Jumaat antara jam 4.30 petang hingga 8.30 malam bagi membantu mengurangkan kesesakan trafik di kawasan tersebut. Ia telah dimulakan semenjak 8 Mac 2010. Keberkesanan pelaksanaan sistem laluan kontra ini masih dalam peringkat pemantauan pihak Lembaga Lebuh Raya Malaysia serta syarikat konsesi sebelum diperluaskan ke bahagian ataupun seksyen lain lebuh raya tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pihak konsesi lebuh raya kini sedang giat melaksanakan kerja menaik taraf lebuh raya di antara Persimpangan Bertingkat Puchong Intan hingga ke Persimpangan Bertingkat Kampung Baharu Puchong. Kerja-kerja pembinaan ini dijangkakan dapat disiapkan menjelang akhir tahun 2011. Yang Berhormat Petaling Jaya telah membangkitkan ...
Minta penjelasan. Berkenaan kesesakan lalu lintas di Bandar Sunway Puchong. Saya melaluinya setiap pagi ke Parlimen ini dan selepas persidangan Parlimen saya melalui kontra kalau sempat sesi malam ini tamat sebelum 8.30. Persoalannya ialah ia bukan penyelesaian saya dapati.
Kalau awal pagi kita melalui jalan itu, tidak ada kontra ya. Kita susah menjangka pukul berapa kita harus keluar rumah sebab kesesakan itu hampir bertempur kerana tiada garisan lorongan menentukan barisan kenderaan queue. Jadi setiap kenderaan bersaing untuk memasuki tol. Jadi laluan kontra satu langkah yang baik tetapi itu bukan penyelesaiannya. Jadi perlu ada satu
penyelesaian jangka panjang juga. Awal pagi ada laluan kontra sangat teruk kesesakan jalan. Saya pohon penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, suka saya maklumkan bahawa pengusaha konsesi ini, LDP akan membelanjakan sebanyak RM300 juta dalam tempoh tiga tahun ini untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan lebuh raya sepanjang Lebuh Raya LDP ini. Kementerian juga telah meminta supaya Lembaga Lebuh Raya Malaysia membuat kajian untuk mencari jalan alternatif untuk memperbaiki kemudahan perkhidmatan jalan raya di kawasan Puchong. Terima kasih. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan telah membangkitkan beberapa isu. Isu kesesakan trafik di Plaza Tol Sprint dan di Plaza Tol Sunway, Lebuh Raya LDP terutama pada waktu puncak. Justeru, Ahli Yang Berhormat memohon agar kerajaan mengkaji semula kaedah untuk mengurangkan kesesakan trafik di kedua-dua plaza tol tersebut. Status penstrukturan semula kadar tol lebuh raya, adakah pihak kerajaan bercadang untuk mengambil alih pengurusan lebuh raya dari pihak konsesi? Plaza Tol Sprint, Plaza Tol Damansara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kesesakan di Plaza Tol Damansara berlaku pada waktu petang dan berpunca daripada penumpuan trafik yang tinggi pada waktu tersebut. Penumpuan trafik tinggi ini adalah ekoran pertumbuhan pesat di kawasan-kawasan pembangunan di sepanjang jajaran Lebuh Raya Sprint seperti di Bandar Raya Petaling Jaya, Pusat Bandar Damansara dan pembangunan baru di Lembah Klang. Pertumbuhan pesat ini telah menambahkan bilangan kenderaan yang memasuki dan menggunakan lebuh raya berkenaan. Bagi mengatasi masalah kesesakan di Plaza Tol Damansara, beberapa langkah dan inisiatif telah pun dilaksanakan oleh pihak konsesi. Bagi Lebuh Raya Sprint, antara langkahnya adalah penyaluran trafik selepas plaza tol, pelaksanaan kutipan tol secara berlapis di semua lorong tunai dan penyediaan kemudahan bayaran elektronik secara TouchNGo di semua lorong tunai. Pihak syarikat konsesi juga pada masa yang sama sedang bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk menggalakkan pembayaran tol secara elektronik di kalangan pengguna lebuh raya sebagai langkah mengurangkan masa menunggu di plaza tol. Plaza Tol Sunway, Plaza Tol Petaling Jaya. Kesesakan Plaza Tol Petaling Jaya berlaku pada waktu puncak pagi menuju ke arah utara atau Damansara. Antara punca-punca kesesakan di Plaza Tol Petaling Jaya adalah:- (i) kesesakan trafik di Lebuh Raya Persekutuan II yang menyebabkan kelancaran aliran trafik keluar dari Lebuh Raya LDP ke Lebuh Raya Persekutuan II tersekat dan mengakibatkan kesesakan, traffic blocking hingga ke Plaza Tol Petaling Jaya; dan (ii) permasalahan trafik berselang seli akibat penjanaan trafik yang tinggi di laluan keluar masuk lebuh raya sedia ada di antara Plaza Tol Petaling Jaya sehingga persimpangan bertingkat Lebuh Raya Persekutuan II. Bagi mengatasi masalah kesesakan di Plaza Tol Petaling Jaya, beberapa langkah dan inisiatif telah pun dilaksanakan oleh pihak konsesi bagi Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP). Antaranya adalah:- (i) pelebaran laluan LDP ke arah utara selepas plaza tol antara kilometer 18.2 ke kilometer 18.5;
(ii) penyaluran trafik sebelum dan selepas plaza tol yang disediakan sejak tahun 2000; dan (iii) penyaluran status trafik semasa di paparan mesej elektronik sebelum plaza tol untuk kemudahan perancangan perjalanan pengguna bagi laluan alternatif lain sekiranya laluan lebuh raya tersebut sesak.
[Bangun]
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kepong bangun ya.
Sila.
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya memang menarik dengan LDP dari Puchong dan sebagainya dan langkah-langkah yang diambil oleh Yang Berhormat. Setakat ini saya tidak nampak ada perubahan kerana rumah saya dekat dengan LDP dan saya terpaksa menggunakannya. Di sini saya boleh mengesahkan keadaan tidak berubah. Walaupun langkah-langkah yang telah disebutkan tadi diambil oleh pihak Yang Berhormat tetapi masalah tidak berubah. Saya pun tidak tahulah bagaimana LDP boleh dibuat sedangkan kita tidak ada langkah-langkah untuk mengelakkan daripada kesesakan yang begitu dahsyat. Memang saya nampak Yang Berhormat. LDP misalnya, dekat dengan Damansara Utama di persimpangan bertingkat di situ. Saya tidak nampak mengapa kita boleh membenarkan kondominium-kondominium dibina dekat dengan kawasan itu. Saya tidak tahulah, mungkin ini tidak ada kena mengena dengan Yang Berhormat. Akan tetapi macam mana pihak kerajaan boleh membenarkan kondominium dan flat dibina begitu dekat dengan LDP ini. Inilah salah satu sebab kesesakan.
Tambah sedikit Yang Berhormat Menteri. Memandangkan lebuh raya konsesi ini gagal memberi perkhidmatan yang sepatutnya, perjalanan yang lancar kepada pengguna, apakah Yang Berhormat ada mechanism untuk melindungi hak-hak pengguna ini? Sebagai contoh, Tol Bandar Sunway, RM1.60 mereka bayar setiap hari untuk melaluinya tetapi kerana juga salah satu punca adalah tol ada di situ memperlahankan kenderaan. Apakah boleh kerajaan meminta syarikat konsesi mengecualikan kutipan tol pada masa apabila jalan itu sesak dan gagal memberikan perkhidmatan yang sewajarnya yang dijanjikan perjalanan yang lancar dalam peak hour? Itu dikecualikan bayaran tol sebab mereka gagal memberikan perkhidmatan yang sepatutnya. Apakah boleh ini dilaksanakan? Demi Rakyat Didahulukan dan melindungi hak pengguna, consumer.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, Yang Berhormat Kepong tadi dia beri pandangan. Saya ucapkan terima kasih pada pandangan Yang Berhormat Kepong. Cuma pandangan Yang Berhormat Kepong itu berbeza sedikit dengan pandangan Yang Berhormat dari Puchong. Yang Berhormat dari Puchong ada maklumkan baru-baru ini kalau tidak silap saya, dia kata dia nampak ada sedikit perubahan bagi jalan LDP apabila syarikat konsesi mula buat contra flow bagi jalan itu. Sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa syarikat konsesi ia telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk dibelanjakan dalam masa tiga tahun. Saya percaya dengan peruntukan itu dan dengan ada usaha oleh
syarikat konsesi untuk memperbaiki lebuh raya ini, serba sedikit ia akan meningkatkan lagi kualiti ataupun perkhidmatan kepada pengguna-pengguna lebuh raya kerana ada komitmen daripada syarikat konsesi. Walau bagaimanapun, suka saya nyatakan bahawa dalam realitinya bukan sahaja di negara ini jalan-jalan bertol ini mempunyai masalah trafik yang banyak, malah kalau kita ke negara-negara lain, kalau kita pergi ke Bangkok sekalipun Thailand ataupun ke Indonesia ataupun ke Korea Selatan sekalipun – saya yakin Yang Berhormat dari Kepong pernah ke Korea Selatan. Antara Incheon iaitu lapangan terbangnya ke bandar Seoul. Kalau waktu-waktu biasa ia hanya mengambil masa 40 minit tetapi sekiranya ia merupakan waktu puncak ia mengambil masa sampai dua jam setengah. Realitinya begitulah tetapi yang pentingnya ada usaha dari pihak konsesi dan juga kerajaan untuk membantu meningkatkan perkhidmatan kepada orang ramai. Itu realitinya. Kelima adalah penyediaan tol secara berlapis di semua lorong tunai...
Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehkah berbincang dengan syarikat konsesi akan perkara yang saya bangkitkan?
Tuan Yang di-Pertua...
Ya.
Saya boleh benarkan dia tetapi biarlah ajar berdisiplin sedikit. Cuba Yang Berhormat tunggu saya habis. Yang Berhormat kata hendak bangun, saya boleh beri.
Tadi tidak dijawab. Maaf, Yang Berhormat. Maaf, maaf. Saya minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua, macam ini ke sikap seorang yang begitu...
Kena minta izin Yang Berhormat.
Minta izin.
Maaf. Saya minta laluan.
Duduk, duduk dahulu. Bila saya berhenti baru cakap minta izin. Duduk dahulu. Lepas saya cakap, minta izin. You cakap minta izin, insya-Allah saya beri. Penyediaan kutipan tol secara berlapis di semua lorong.
Saya minta izin.
Macam itulah Yang Berhormat. Belajar berdisiplin. Okey, tanya sekarang.
Sila Yang Berhormat Batu Gajah.
Jangan hendak mempermain- mainkan saya di sini ya. Jadi apa yang saya bangkitkan apakah boleh wajar dilakukan oleh pihak kementerian ini? Jangan selalu apabila perjanjian itu berat sebelah, orang ramai yang sepatutnya hak dilindungi oleh kerajaan yang rugi. Sementara kelas atau NPE ini melaporkan RM300 juta ini memperbaiki mutu mereka. Dalam jangka masa ini, bolehkah dikecualikan caj tol RM1.60 ini?
Saya rasa jawapan itu saya sudah beritahu Yang Berhormat. Realitinya saya kata bukan sahaja di negara ini lebuh raya bertol mengalami masalah, malah di negara-negara lain. Di negara maju saya sudah beri contoh sebentar tadi. Sebagai contoh, Korea Selatan saya berikan tadi. Sudah jelas jawapan saya. Maknanya ia ada komitmen, hutang dengan bank, dengan shareholders dan sebagainya, perlu dipenuhi.
Kemudian Yang Berhormat, saya menyambung bahawa untuk makluman Yang Berhormat, kajian mengenai penstrukturan semula kadar tol lebuh raya dalam peringkat akhir oleh Pasukan Kajian Unit Prestasi dan Pelaksana Pemandu Jabatan Perdana Menteri. Laporan hasil kajian ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri setelah siap kelak. Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, Ahli- ahli Yang Berhormat, setakat ini sahaja penjelasan yang dapat saya beri ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih ke atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap perkara-perkara yang menyentuh Kementerian Kerja Raya. Saya berjanji bahawa kementerian ini akan sentiasa mengambil perhatian terhadap sebarang teguran dan pandangan yang membina dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani semua masalah berkaitan dengan kepentingan orang ramai. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Kesihatan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja yang menyentuh tentang Kementerian Kesihatan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Serdang mengenai isu Hospital Tuaran yang tidak mempunyai katil. Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum akan perkara ini dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Hospital Tuaran yang sedia ada sekarang adalah pelaksanaan projek di bawah Fasa 1 pada tahun 1983 di mana perkhidmatan yang disediakan adalah untuk menyalurkan perkhidmatan kesihatan bagi rawatan pesakit luar sahaja. Oleh yang demikian pembinaan Hospital Tuaran Fasa 1 ini dibina dengan tidak disediakan kemudahan katil. Bagi perancangan pembinaan Hospital Tuaran Fasa 2, perkhidmatan yang akan disediakan melibatkan perkhidmatan rawatan pesakit dalam di mana ia melibatkan keperluan katil dan wad. Buat masa ini reka bentuk Fasa 2 yang dihasilkan menyediakan sebanyak 56 katil. Pihak JKR juga diminta untuk menyediakan kos bagi 76 katil supaya Kementerian Kesihatan mempunyai pilihan untuk pelaksanaan projek ini. Anggaran kos yang disediakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan adalah lebih kurang RM50 juta. Daerah Tuaran mempunyai keluasan 1,166 kilometer persegi dengan populasi seramai 99,900 orang berbanding dengan populasi penduduk Kota Kinabalu seramai 617,972. Namun demikian penduduk di Tuaran masih boleh mendapatkan rawatan daripada Queen Elizabeth di Kota Kinabalu. Ini kerana jarak antara Hospital Tuaran dengan Kota Kinabalu adalah dalam lingkungan 34
kilometer. Jarak Hospital Tuaran dengan Hospital Likas pula adalah dalam lingkungan 36 kilometer dan perkhidmatan klinik kesihatan yang terdekat ialah Klinik Kesihatan Tuaran dan Klinik Kesihatan Tenggilan. Yang Berhormat Serdang juga telah membangkitkan isu berkenaan perkhidmatan di Hospital Keningau yang dikatakan under utilized iaitu hanya 30% sahaja perkhidmatan yang digunakan dan isu berkenaan peralatan perubatan yang tidak mencukupi di hospital-hospital di Sabah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Hospital Keningau adalah merupakan sebuah hospital pakar yang menyediakan tujuh bidang kepakaran dengan pakar residen. Sebagai hospital yang menyediakan perkhidmatan kepakaran sudah tentu hospital ini perlu dilengkapi dengan bilangan katil yang mencukupi iaitu sebanyak 212. Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, kadar penggunaan katil POR hospital ini pada tahun 2007 adalah 67.25% dan 64.39% pada 2008. Kadar penggunaan katil ini adalah konsisten dan kadangkala adalah lebih tinggi daripada hospital-hospital yang setaraf dengannya. Ini menunjukkan bahawa jumlah katil yang disediakan di Hospital Keningau adalah sesuai dengan keperluan hospital tersebut. Selain dari itu kementerian telah menjalani kajian penilaian pada tahun 2009 ke atas Hospital Keningau dan salah satu parameter di dalam aspek penilaian tersebut adalah penggunaan peralatan dan kemudahan seperti katil, dewan bedah, resuscitation equipment, x-ray, ultra sound, electro cardiogram, endoscope, bio chemistry analyzer dan peralatan pergigian. Hasil penilaian mendapati kesemua peralatan tersebut digunakan sepenuhnya. Oleh itu kenyataan bahawa hospital ini tidak digunakan secara optimum adalah tidak tepat sama sekali. Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan perkhidmatan perubatan di sebanyak 24 buah hospital di negeri Sabah termasuk Hospital Queen Elizabeth, Hospital Queen Elizabeth II iaitu Sabah Medical Centre, Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Likas dan Hospital Mesra Bukit Padang di kawasan Kota Kinabalu. Di Kota Kinabalu khususnya pesakit dipindahkan di antara fasiliti bukan kerana ketiadaan peralatan tetapi setiap hospital-hospital menyediakan kepakaran yang berbeza. Keempat-empat buah hospital ini menyediakan pelbagai perkhidmatan kepakaran dan sub kepakaran yang berbeza dan dengan cara ini setiap satu hospital dapat menyokong dan saling melengkapi skop perkhidmatan kepakaran dan sub kepakaran yang terdapat dalam perkhidmatan perubatan ini. Ini adalah sebagai usaha untuk mengoptimumkan sumber-sumber sedia ada di samping memastikan accessibility perkhidmatan perubatan kepada penduduk setempat. Sebagai contoh, Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Queen Elizabeth II menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan perubatan seperti gastroenterologi, perubatan respiratory, urologi, kardiologi dan lain-lain lagi yang tidak terdapat di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas dan Hospital Mesra Bukit Padang, manakala Hospital Wad Kanak-kanak Likas menyediakan perkhidmatan khusus kepada pesakit pediatrik dan obstetrik dan ginekologi. Sementara Hospital Mesra Bukit Padang menyediakan perkhidmatan yang khusus bagi bidang psikiatri. Perancangan ini dilaksanakan sedemikian kerana sesetengah perkhidmatan memerlukan peralatan dan teknologi canggih yang mahal. Oleh yang demikian ia hanya boleh ditempatkan di hospital tertentu sahaja supaya ianya lebih kos efektif dan efisien. Ini bukan hanya dilaksanakan di negeri Sabah bahkan ia dipraktikkan di seluruh negara. Sebagai contoh, bagi perkhidmatan kardiotorasik di Semenanjung Malaysia hanya perkhidmatan ini diberikan di Hospital Pulau Pinang di bahagian utara, Hospital Sultanah Aminah di
bahagian selatan, Johor Baharu dan di Wilayah Tengah adalah di Hospital Serdang sahaja.
Yang Berhormat Kota Kinabalu bangun Yang Berhormat.
Ya, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di Kota Kinabalu, hospital fasiliti kita boleh nampak ada di sini, di sana all over the place. Kita guna beberapa buah hospital tetapi masalahnya belum selesai. Beli SMC pun tidak cukup. Car park di QE I dan QE II dan juga in Luyang Polyclinic, patient dan doktor hari-hari kena saman dari DBKK dan polis. Saya mahu Yang Berhormat Menteri ambil perhatian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri.
Ya, Yang Berhormat Pendang.
Masih dalam Queen Elizabeth. Saya mendapat tahu daripada sahabat-sahabat yang bekerja di Unit Kardiotorasik disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Mereka mengatakan kalau bukan setiap bulan pun, dua atau tiga bulan sekali pakar-pakar dari IJN turun ke Hospital Queen Elizabeth untuk melakukan training dan sekarang ini di Sabah Medical Centre. Melakukan training untuk operation kardiotorasik di sana. Jadi saya hendak tahu dari kementerian apakah training ini dijalankan di sana kemudian mereka itu akan mengendalikan pusat kardiotorasik di Sabah Medical Centre ataupun Queen Elizabeth mungkin di masa akan datang selepas mereka tidak lagi pergi training ke sana? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Bagi soalan Yang Berhormat Kota Kinabalu, memang kerana masalah Queen Elizabeth Menara Podium yang berbahaya dan akan diruntuhkan kemudian, kita buat di kantin. Buat sementara ini memang keadaan di Hospital Queen Elizabeth agak sesak dan kita telah pindah ke SMC. Pada masa terdekat ini kita telah membuat perancangan iaitu kita akan tambahkan katil Hospital Queen Elizabeth Twin Tower – tambah lagi 661 katil. Twin Tower telah pun ditenderkan dan kita ada car park di sana. Untuk tambah bilangan katil di Queen Elizabeth.
Di Sabah Medical Centre kita akan tambah lagi. Kita buat renovation dua setengah tingkat dan sekarang kosong - kita akan tambah katil kepada tambah 375 katil lagi. Jumlah katil di SMC Queen Elizabeth 2 ialah 455 katil dan Likas - projek ini akan siap tidak lama lagi. Additional 200 beds - 200 katil lagi dan jumlah keseluruhan tambahan katil ini adalah tambahan 1,236 katil. Ini satu peningkatan yang besar dalam masa enam bulan hingga dua setengah tahun di Kota Kinabalu. Berhubung dengan car park saya akan ambil tindakan secepat mungkin untuk melihat bagaimana untuk menambah car park di SMC Queen Elizabeth 2. Ini adalah satu masalah yang kita baru pindah. Hospital ini baru kita beli memang tidak ada car park dan kita akan bina car park. Dalam rancangan kita hendak ubahsuai dua setengah tingkat. Kita juga masukkan car park sekali keseluruhan pengubahsuaiannya lebih kurang RM90 juta termasuk car park sekali. Oleh itu, saya yakin masalah ini akan diselesaikan selepas pengubahsuaian dalam masa
enam bulan hingga lapan bulan yang akan datang ini. Harap sabar sedikit. Kita akan selesaikan masalah ini. Berhubung dengan SMC IJN heart specialist turun buat latihan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kita sudah dapat specialist residence (tetap) di SMC Queen Elizabeth 2. Kita akan buat pembedahan jantung - tidak perlu lagi hantar ke IJN, tidak perlu lagi buat lawatan ke sana. Kita akan buat pakar residence di Queen Elizabeth 2 mulai April – this month, should be this month. Kita akan mula bulan ini. Bulan ini kita akan mula perkhidmatan cardiothoracic di SMC Queen Elizabeth 2. Ini adalah berita kita percepatkan perkhidmatan jantung di SMC Queen Elizabeth 2 ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah jelaskan dari segi peralatan tadi...
Minta penjelasan.
Ya, Yang Berhormat Serdang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya sedikit. Tadi disebut bahawa Hospital Tuaran itu dibina pada tahun 1993. Itu fasa satu. Saya hendak tanya bila fasa dua akan bermula kerana tahun ini adalah 2010. Sudah begitu lama. Jadi saya hendak minta satu penjelasan bila fasa dua akan bermula. Yang kedua, Yang Berhormat Menteri sebut tadi bahawa pesakit-pesakit di Tuaran mereka boleh pergi ke Queen Elizabeth Hospital. Akan tetapi memanglah nampak keadaan sekarang di Queen Elizabeth Hospital di sana katil pun tidak cukup. Saya hendak tanya di sini sama ada Yang Berhormat Menteri sudah baca open letter (surat terbuka) yang ditulis oleh seorang doktor dari Queen Elizabeth Hospital. Di dalam surat beliau juga jelas. Saya rasa menyatakan dengan begitu jelas tentang keadaan yang begitu kelam-kabut yang dihadapi oleh mereka. Pada hari ini saya terima satu surat lagi ataupun satu laporan lagi. Ia cakap bahawa seorang mangsa kemalangan jalan raya di hantar ke Queen Elizabeth Hospital. I quote dengan izin, “Admitted to the Queen Elizabeth Hospital on March 10, 2010 following a car incident. She was later diagnosed with conditions called closed traumatic of brain injury subscale and inferior pubic ramus which caused her to be paralyzed from the waist down. She was discharged from the hospital 10 days later even though she still could not walk at all. Her condition should only recover and should need another five to six weeks to recover. Her next appointment with the doctor is on 14 April, 2010. She was evicted from Queen Elizabeth Hospital due to insufficient...
Yang Berhormat, panjang surat itu Yang Berhormat?
Satu paragraph lagi.
Bagi apa complaint dia Yang Berhormat.
Satu paragraph lagi dan juga satu lagi complaint daripada beliau adalah, “…not only that the Queen Elizabeth Hospital evicted her without any consideration for her condition, they also gave her some painkiller that only lasted for a week.” Jadi saya rasa dalam surat beliau ada dua complaint. Satu, dia belum recover lagi tetapi Queen Elizabeth Hospital evicted her kerana tidak cukup katil.
Kedua walaupun Yang Berhormat Menteri tadi sebut bahawa medicine supply atau perubatan adalah mencukupi tetapi nampaknya walaupun condition dia hanya akan recover dalam tempoh masa enam minggu tetapi painkiller yang diberi kepada beliau adalah satu minggu sahaja. Adakah ini memang jelas bahawa perubatan di hospital kita adalah tidak mencukupi?
Terima kasih Yang Berhormat Serdang. Berhubung dengan Hospital Tuaran itu fasa dua akan dimulakan tahun ini juga kerana tender award telah pun diberi dan sekarang di bawah Kementerian Kewangan. Kita harap dapat mulakan dengan secepat mungkin. Berhubung dengan kesesakan di Queen Elizabeth Hospital saya memang amat prihatin dengan keadaan di sana. Saya telah pun melawat hospital ini beberapa kali dan keadaan ini semuanya berikutan daripada masalah podium yang tidak selamat. Masalah menara hospital yang tidak selamat yang terpaksa kita pindahkan pesakit-pesakit kita ke hospital-hospital yang lain termasuk kita membeli SMC untuk menyelesaikan masalah ini. Walau bagaimanapun, kita memberi perkhidmatan sebaik mungkin untuk memastikan bahawa kesesakan di Hospital Queen Elizabeth dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin termasuk kita telah memberikan semua projek yang kita hendak buat di Hospital Queen Elizabeth termasuk pindah operating theatre, tambah operating theatre semua under emergency. Kita buat secara emergency. Kalau kita buat secara tender ia mengambil masa yang cukup lama. Proses tender mengambil masa yang lama dan kita buat secara emergency. Semuanya buat secara cepat. Itu pun mengambil masa enam bulan, lapan bulan dan satu tahun untuk pindah semua operating theater. Saya hendak jelaskan di sini bahawa saya telah menghantar - kita tahu bahawa pakar dan juga doktor di sana mengalami kekurangan. Kita sekarang akan menghantar pakar dan juga special team of doctors daripada semenanjung ke Hospital Queen Elizabeth untuk menyelesaikan elective surgery yang tertunggak di Sabah untuk pastikan bahawa pesakit-pesakit di Sabah diberi keutamaan, diberi perkhidmatan yang sebaik mungkin. Oleh itu, apa yang dikatakan tadi termasuk aduan daripada surat yang dibaca oleh Yang Berhormat Serdang tadi kita akan ambil perhatian bagaimana untuk memastikan bahawa pesakit itu diberi penjagaan yang baik. Walaupun di discharge tetapi ulangan yang diminta untuk merawat kembali itu kita akan buat susulan dengan cara yang terbaik memandangkan keadaan di Sabah itu memang kita telah memberi priority. Kerajaan, Kementerian Kesihatan amat mengambil berat dan prihatin tentang keadaan di sana.
[Bangun]
Saya hendak memberi jaminan di Dewan yang mulia ini bahawa Kementerian Kesihatan akan sedaya-upaya untuk memastikan bahawa perkhidmatan di Sabah ini diberi perkhidmatan yang terbaik. Ya, Yang Berhormat Kota Belud.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya faham permasalahan kesihatan di persekitaran Kota Kinabalu itu bukanlah sesuatu yang disengajakan. Ia berkenaan dengan masalah podium hospital seperti mana Yang Berhormat Menteri kata tadi dan dalam keadaan darurat sebegini walaupun mungkin kita mahu penjelasan ataupun penyelesaian yang munasabah dengan masa yang cepat. Saya faham kekangan-kekangan yang dihadapi oleh Yang Berhormat Menteri dan kementerian tetapi untuk menuduh kementerian tidak berlaku adil
ataupun tidak memikirkan tentang permasalahan individu seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Serdang pun tidak adil. Saya bagi satu contoh, baru-baru ini satu kes di Kota Kinabalu ini pesakit ini adalah pesakit jantung memerlukan pembedahan dan apabila saya dapati pesakit ini hanya diberi peluang untuk dibedah di IJN pada bulan Mei saya telah mengambil inisiatif ini dan memberitahu kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Menteri atas dasar isu-isu yang tertentu telah memberi ruang kepada pesakit itu untuk dibedah pada bulan Februari kerana dikhuatiri kalau pembedahan itu dibuat pada bulan Mei akan memudaratkan kesihatan dan nyawa pesakit ini dan hari ini saya berdiri untuk memberitahu kepada Yang Berhormat Menteri bahawa pesakit itu meminta saya memanjangkan rasa kesyukuran atas keprihatinan Kementerian Kesihatan dan Yang Berhormat Menteri dalam hal-hal sebegini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang prihatin dengan pesakit-pesakit di Sabah. Saya hendak beritahu Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa keadaan Queen Elizabeth yang ada sekarang bukan disengajakan, adalah kerana masalah podium yang tidak selamat. Kita akan usaha dengan secepat mungkin dan kita yakin keadaan akan pulih semula dalam masa enam hingga lapan bulan apabila SMC iaitu Queen Elizabeth 2 selesai pengubahsuaiannya dan perkhidmatannya akan berjalan dengan lancar. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Beruas membangkitkan isu berkenaan masalah kekurangan doktor pakar di mana Yang di-Pertuan Agong dan lain-lain Menteri terpaksa ke luar negara untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang sangat mahal. Kementerian amat prihatin terhadap keperluan rawatan yang diberikan kepada semua lapisan masyarakat di negara ini termasuk yang melibatkan orang-orang kenamaan. Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan kepakaran perubatan dalam negara dengan menggunakan kemudahan dan kemahiran tempatan. Secara umumnya, negara mempunyai kemampuan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu dan jika terdapat keperluan, maka pilihan untuk mendapatkan rawatan lanjut ke luar negara adalah tertakluk kepada kompleksiti masalah kesihatan yang dihadapi setelah ia dinilai dan disyorkan panel doktor pakar yang berkenaan di dalam negara. Sekiranya terdapat keperluan, maka pakar dari luar negara akan dijemput untuk menjalankan prosedur tertentu di hospital di dalam negara dan ini dapat memberi manfaat dari segi pendedahan kepada pakar-pakar di negara kita. Kementerian sentiasa berusaha untuk menambahkan bilangan pakar dalam negara kita. Pada masa ini, terdapat sejumlah 2,733 orang doktor pakar pelbagai disiplin yang berkhidmat dengan kerajaan dan pada masa yang sama, terdapat juga pakar-pakar yang berkhidmat di pelbagai kemudahan hospital swasta, lebih kurang 2,000 orang di sektor swasta. Kementerian Kesihatan juga telah menambah pengambilan bilangan pelatih Program Sarjana Perubatan dari 450 orang kepada 600 orang mulai tahun 2008, bagi meningkatkan bilangan pakar di dalam negara. Begitu juga pelatih- pelatih dalam bidang sub kepakaran ditetapkan pada kadar 90 hingga 100 tempat setiap tahun.
[Bangun]
Berkenaan isu untuk membenarkan pakar- pakar dari luar negara membina hospital kepakaran mereka di Malaysia. Dimaklumkan bahawa buat masa ini belum ada hospital seperti ini yang telah ditubuhkan. Walaupun pertimbangan boleh diberikan untuk pakar-pakar dari luar negara untuk membina hospital kepakaran mereka sendiri di negara ini tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.
Boleh beri laluan?
Ya. Yang Berhormat Gopeng.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan kekurangan pakar, saya mengalu-alukan cadangan yang dikemukakan oleh Menteri di mana membenarkan doktor daripada pihak swasta untuk berkhidmat di klinik-klinik kerajaan. Cuma, satu masalah yang saya diberitahu adalah dari segi birokrasi untuk mendapat kelulusan untuk berkhidmat di klinik berkenaan. Dua hari sebelum ini saya menerima satu panggilan daripada seorang doktor di Kampar yang ingin berkhidmat. Apabila beliau tanya di Pejabat Negeri, dia kata tanya di Pejabat Daerah. Apabila tanya di Pejabat Daerah pula, tidak tahu apa yang berlaku. Cuma dari segi birokrasi itu. Saya harap Menteri boleh uruskan.
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng menjelaskan ataupun menarik perhatian saya berhubung dengan birokrasi. Saya telah beberapa kali mengarahkan pegawai saya untuk memastikan birokrasi ini dapat dielakkan. Oleh itu, kita sekarang boleh melakukan pendaftaran melalui website. Kita sudah beri website address dan saya harap pegawai perubatan swasta boleh mengambil peluang ini untuk dapat membantu kerajaan, berkhidmat di hospital-hospital kerajaan dan juga klinik kerajaan. Ya. Silakan.
Terima kasih. Ini soalan yang berkaitan dengan kekurangan doktor pakar di hospital kerajaan. Memandangkan keadaan sekarang itu lebih kurang 50% yang diisikan dan keadaan yang agak rumit. Apabila kerajaan mengadakan sistem Private Wing ini, bukankah ini akan mengakibatkan kekurangan yang lebih ketara khususnya mereka yang tidak mampu bayar di hospital kerajaan. Jadi, saya harap kalau boleh tangguhkan projek tersebut supaya apabila pakar-pakar daripada swasta boleh mengisi tempat-tempat tersebut, mungkin boleh dipertimbangkan sekali lagi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya akan sampai ke sana, the Full Paying Patient. Kementerian Kesihatan tidak ada Private Wing. Private Wing hanya ada di Hospital Universiti Malaya, di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Kementerian Kesihatan hanya mengamalkan Full Paying Patient. Itu pun hanya di dua buah hospital Putrajaya dan juga Selayang. Kita dalam kajian mengkaji semula tentang Full Paying Patient ini. Kita tidak ada private wing. I will come to your question. Saya akan datang kepada soalan itu. Pada masa yang sama, pakar-pakar luar negara juga dibenarkan berkhidmat di hospital swasta yang berlesen dengan syarat memenuhi kriteria pengambilan pakar warga asing di sektor swasta. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sarikei membangkitkan isu kekurangan kakitangan perubatan di Hospital Sarikei terutama...
Meminta penjelasan sedikit.
Pakar Sakit Puan dan Pakar Sakit Pembedahan.
Biar Menteri habis yang itu Yang Berhormat.
Saya hendak tanya tentang doktor pakar...
Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat duduk dahulu. Biar Menteri habiskan yang Sarikei dahulu.
Saya habiskan Sarikei dahulu. Selepas itu I come back to you. Untuk makluman Yang Berhormat Sarikei, Kementerian Kesihatan memang sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan kepakaran di hospital kerajaan seluruh negara termasuk di Hospital Sarikei. Walaupun pada masa ini tiada pakar residen ditempatkan di Hospital Sarikei, perkhidmatan kepakaran perubatan ortopedik, pediatrik, entomologi, otorinolaringologi dan psikiatri di hospital disediakan melalui lawatan pakar secara berkala. Pegawai perubatan pakar daripada Hospital Sibu akan membuat lawatan secara bergilir untuk merawat pesakit di hospital tersebut. Manakala perkhidmatan pakar pembedahan diberikan secara berkala oleh pakar bedah swasta dari Sibu. Silakan.
Yang Berhormat Kapit bangun dahulu tadi Yang Berhormat. Beri Yang Berhormat Kapit dahulu.
Yang Berhormat Kapit, after Yang Berhormat Kapit then I come to you.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya walaupun tidak mengambil bahagian dalam perbahasan oleh kerana kesuntukan masa. Akan tetapi, perkara ini memang dekat di hati sayalah kerana di Kapit ini ia sama dengan Sarikei tetapi lagi susah dari Sarikei oleh kerana Sarikei ke Sibu ada jalan raya, ke Kapit ini begitu sukar sekali untuk pergi ke Kapit. Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan sudah sampai ke Kapit. Terpaksalah menggunakan bot itu, bukan senang. Yang Berhormat, perkara ini saya pernah bawa ke Dewan pada kementerian. Jadi, saya hendak kepastian daripada Yang Berhormat Menteri bila agaknya seperti mana kata Yang Berhormat Sri Gading. Agak-agaknya bila kita akan selesaikan masalah kita tidak ada doktor pakar di Kapit? Ini kerana kalaulah kita hanya bergantung pada yang datang berkala ini, itu pun nampaknya tidak berapa berkesanlah. Jadi kita pohonlah. Satu lagi perkara, semasa berbahas dalam perkara yang sama juga tahun lepas, saya bawa satu perkara yang saya beritahu kepada Menteri iaitu ada seorang doktor berwarganegara Mesir iaitu Doktor Hazim Foda yang di Kapit itu. Saya difahamkan dia memang doktor yang baik. Yang lebih bagus lagi, sebab dia hendak mohon permanent resident status. Jadi, dia pun ingin hendak berkhidmat berterusan di Kapit juga.
Jadi saya hendak tahulah, mungkin tidak dapat diberi kepada saya penjelasan sekarang, akan tetapi saya hendak tahu, sudahkah permohonan beliau untuk menjadi permanent resident status ini, sudah disyorkan untuk diluluskan kepada kementerian berkenaan iaitu Kementerian Dalam Negeri sebab kita
hendak mereka dari luar negeri masuk, jadi yang sudah ada ini, bagi saya yang sudah pastinya bagus, pandai biarlah kita luluskan itu, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kapit, saya hendak jelaskan yang doktor dari Mesir ini memang kalau dia memang doktor, kita memberi sokonganlah untuk mendapatkan permanent resident.
Dia sudah hantar permohonan tersebut, saya difahamkan.
Ya, saya akan buat susulan dengan Kementerian Dalam Negeri dan ya Yang Berhormat Serdang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya sedikit tentang doktor pakar ini. Saya juga mengalu-alukan berbagai-bagai usaha daripada kementerian untuk menambahkan doktor pakar di hospital kerajaan, tetapi saya telah mengemukakan satu soalan pada hari ini. Saya hendak tanya sejak Mac 2008 sehingga sekarang berapakah bilangan doktor pakar hospital yang kembali berkhidmat dari oversea ataupun dari hospital swasta kembali ke kerajaan dan nombor yang saya dapat adalah sebanyak seramai 32 orang. Tetapi pada masa yang sama, kita ada 150 orang doktor pakar yang telah meletakkan jawatan dan keluar daripada perkhidmatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi saya hendak tanya kalau nampak figure ini, angka ini yang masuk 32 orang tetapi yang keluar daripada hospital kerajaan adalah sebanyak 150, jadi bagaimanakah kita boleh memastikan bahawa dalam tempoh masa yang singkat ke atau tempoh masa yang panjang menteri memang kita mempunyai doktor pakar yang mencukupi di hospital kerajaan, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Serdang yang prihatin tentang latihan doktor pakar ini. Memang kita Kementerian Kesihatan telah pun mengambil berbagai-bagai langkah untuk menarik lebih ramai doktor pakar berkhidmat dalam kerajaan dengan meningkatkan intensif dengan berbagai-bagai cara, termasuk membenarkan mereka membuat lokum, mengadakan full paying patient dan sebagainya, banyak lagi saya boleh ulas satu persatu. Namun kita juga tumpu kepada latihan doktor pakar. Kalau pada tahun 2008, lebih kurang ada 450 biasiswa telah diberi untuk melatih doktor pakar, tahun ini kita tambah pada 600 orang dan tahun depan kita akan tambah kepada 800 orang lagi. Kita akan tingkatkan bilangan biasiswa untuk membolehkan doktor kita diberi latihan untuk menjadi doktor pakar. Ini memang dalam perancangan sumber manusia Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan bilangan doktor pakar dalam negara kita. Di samping itu, memang banyak cara kita telah usahakan untuk to retain doktor pakar yang sedia ada dan saya boleh jelaskan satu persatu. Ini juga ditanya oleh Yang Berhormat Gopeng, ada menanya berhubung dengan cadangan kerajaan mempertimbangkan ganjaran khas kepada pegawai perubatan dan juga pakar di hospital kerajaan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan sebenarnya telah memperkenalkan berbagai-bagai intensif bagi memastikan pegawai perubatan kekal berkhidmat dengan kerajaan, contohnya: (i) kenaikan elaun pakar telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun lalu 2009, semasa bajet yang lalu;
(ii) elaun kritikal dinaikkan daripada RM500 kepada RM750 sejak tahun 2008; (iii) mengadakan Saturday least iaitu mengadakan pembedahan bagi kes-kes elektif pada hujung minggu, kita beri gaji tambahan on hour basis, one hour RM120 to RM200 tambahan bagi minta mereka balik kerja pada hari Sabtu; (iv) full paying patient membenarkan mereka buat itu pun secara pilot di dua hospital sahaja; (v) bayaran klinik selepas waktu pejabat dengan kadar RM80, kalau mereka kerja di klinik mereka dapat RM80 satu jam; dan (vi) memberi kelonggaran untuk menjadi pensyarah berkhidmat di IPTA dan IPTS. So banyak lagi kalau saya hendak pergi satu persatu banyak langkah- langkah telah diambil termasuk mengadakan kerja lokum di sektor swasta, peluang kursus dan latihan lebih banyak bagi pada doktor pakar...
Mohon laluan.
...Kenaikan pangkat dan kita bagi pakar kalau dia kerja sembilan tahunnya terus masuk UD54 yang paling ataslah sebelum masuk ke JUSA C. Ini semua langkah yang telah diambil untuk menarik doktor pakar ini kerja di kerajaan. Ya sila Yang Berhormat Lipis.
Lagi panjang Yang Berhormat.
Sikit sahaja.
Saya singkatkan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri dan tahniah kerana telah menang jawatan Timbalan Presiden MCA. Jadi kita bercakap Yang Berhormat Menteri tentang doktor pakar, insentif bagi doktor, kita juga bercakap tentang kekurangan doktor dan sebagainya. Namun bagi saya ada satu kumpulan dari universiti yang tidak diiktiraf, rasa saya di Ukraine atau di sebelah Rusia ini. Jadi selepas mereka belajar enam tahun, mereka balik sini hendak menduduki peperiksaan, tapi malangnya dia kata peperiksaan itu jarang-jarang diadakan, bila jarang-jarang diadakan mungkin sekali setahun sepatutnya dua kali setahun dan sebagainya. Mereka tidak berpeluang setelah lulus ijazah perubatan daripada universiti, yang dulu kita iktiraf selepas itu kita tidak iktiraf, mereka tidak dapat menduduki peperiksaan dan terpaksa menganggur balik. Jadi apa pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini, bagaimana MMC, Malaysian Medical Council dan Kementerian Kesihatan dapat membantu mereka ini supaya mereka dapat mengambil peperiksaan dan sekiranya mereka lulus, mereka boleh berkhidmat sebagai pegawai perubatan atau doktor di Malaysia, kerana kita percaya Malaysia perlukan banyak lagi doktor.
Yang Berhormat Menteri, saya ingat beri peluang dengan Yang Berhormat Limbang, dia berdiri dari tadi.
Yang Berhormat Limbang ya Yang Berhormat Limbang, sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, dan juga terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sikit sahaja Yang Berhormat Menteri, sebab pada sesi yang lepas, Yang Berhormat telah menjanjikan untuk menghantar seorang pakar untuk berkhidmat di Limbang untuk for short term. Jadi saya hendak bertanya sampai sekarang ini belum ada lagi Yang Berhormat Menteri, saya ingat bila lagi, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lipis tadi yang telah menyentuh tentang pelajar-pelajar perubatan dari Ukraine. Memang kita hendak menyeru pelajar-pelajar kita kalau sebelum pergi masuk ke mana-mana universiti, pastikan universiti itu diiktiraf oleh Malaysia kalau tidak diiktiraf kalau pergi lepas pelajaran mereka balik kena duduk peperiksaan dan peperiksaan ini dianjurkan oleh universiti bukan oleh semua universiti dalam Malaysia oleh UM, USM, UPM bukan oleh Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun kita akan bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengadakan lebih kerap lagi peperiksaan ini membolehkan mereka mengambil peperiksaan. Akan tetapi yang saya hendak tegaskan ini, MMC, Kementerian Kesihatan kita pentingkan dari segi mutu kualiti, kita tidak boleh abai kalau kita hendak kuantiti bilangan tetapi kita abaikan dari segi mutunya, akibatnya doktor kita akan mempunyai mutu yang kurang, memberi masalah kepada pesakit-pesakit kita. Kita akan lihat bagaimana untuk mengatasi masalah peperiksaan yang diadakan selama ini. Berhubung dengan Yang Berhormat Limbang, saya akan mencepatkan, pegawai saya di sana tolong catatkan, saya sudah janji pada bulan Disember lalu. Saya hendak pergi Limbang tidak sampai Limbang, saya pergi Lawas, so saya sudah sampai Lawas belum sampai Limbang lagi dan akan pergi ke Limbanglah untuk kita selesaikan masalah doktor pakar di Limbang. Saya memahami masalah Limbang, kerana dia kerana lintas Brunei sampai ke Miri untuk mendapatkan rawatan.
Itu Limbang dipanggil forgotten division Yang Berhormat.
Forgotten division ya. Baik saya akan ambil tindakan.
Sikit sahaja, Yang Berhormat Menteri bila sampai ke Kapit? [Ketawa]
Kapit, saya tahu masalah di Kapit, memang doktor pakar berjadual yang belum dapat memuaskan perkhidmatan penduduk di kawasan Kapit, saya akan ambil perhatian ya. Terima kasih lah dua-dua Ahli Parlimen jemput saya pergi Kapit dan Limbang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat sekijang membangkitkan isu mengenai Hospital Daerah Segamat yang dibina berdasarkan nukleus konsep namun tidak dinaik taraf jadi hospital pakar. Saya hendak –
Saya hendak Yang Berhormat juga memaklumkan penduduk Segamat perlu ke Hospital Muar untuk mendapatkan perkhidmatan CT scan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Hospital Segamat dikategorikan sebagai hospital pakar yang menyediakan sekurang-kurangnya enam perkhidmatan
kepakaran asas iaitu perubatan am, pembedahan am, obstetrik dan ginekologi, patologi ortopedik, dan ‘anistologi’. Pada masa ini, terdapat tujuh orang doktor pakar yang sedang berkhidmat di Hospital Segamat termasuk seorang Pakar Psikiatri. So, dahulu kalau saya pergi lawat Hospital Segamat tidak ada doktor pakar walaupun ia hospital pakar. Sekarang kita sudah tambah tujuh specialist. Saya berjanji dengan Ahli Parlimen Sekijang saya akan tambah lagi bilangan doktor pakar di Hospital Segamat yang merupakan hospital pakar dan kita akan terus naik taraf hospital ini sebagai satu hospital pakar...
[Bangun]
Penuh pada masa yang akan datang.
Beri laluan. Sekejap.
Yang Berhormat Sekijang, ya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya juga hendak mengucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat menang Timbalan Presiden MCA. Sememangnya sebagai mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat, walaupun pertambahan yang dibuat tetapi nampaknya pertambahan penduduk dan pertambahan pesakit di Daerah Segamat ini begitu mendadak sekali kerana dengan adanya pertumbuhan di selatan Pahang dan di selatan Negeri Sembilan ini semuanya datang ke Segamat. Jadi, kalau dahulu penduduk Segamat di sekitar 200,000 orang agaknya. Sekarang ini kita tidak boleh hendak kira 200,000 orang lagi Yang Berhormat sebab mungkin telah jadi 300,000 orang. Jadi dengan kapasiti penduduk yang padat dan banyak ini, hospital ini tidak boleh menampung. Ini yang menghadapi masalah dan saya juga mendapat tahu cadangan juga dibuat oleh Pengarah Hospital Segamat dan Johor supaya hospital ini menjadi hospital pakar yang boleh diperbesarkan. Ini kerana di sebelahnya itu terdapat sebidang tanah yang dipunyai oleh RTM yang tidak digunakan lagi. Mungkin boleh dirunding untuk diperbesarkan. Ini kerana dengan pembesaran ini saya percaya penduduk Segamat dan sekitarnya akan mendapat manfaat yang lebih. Terima kasih.
Terima kasih...
Soalan berkaitan.
Yang Berhormat Sekijang.
Soalan berkaitan.
Ya, Yang Berhormat Gopeng.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Ringkas Yang Berhormat.
Dan Menteri. Segamat itu tempat asal saya. Ini kerana saya baru menerima satu aduan juga berkenaan dengan Hospital Segamat di mana seorang pesakit yang ada sawan terpaksa buat CT scan dan perlu dapat appointment bukan di Hospital Segamat tetapi di Hospital Muar. Saya rasa ini tidak munasabah memandangkan Hospital Segamat sebagai sebuah hospital pakar dan bahawa CT scanner itu sebenarnya tidak begitu mahal mungkin sekadar RM2 atau RM3 juta. Dari segi logistik dengan adanya telemax dan sebagainya dari segi interpretasi keputusan CT scanner itu boleh diselesaikan melalui telemax dan sebagainya. Jadi, saya rasa mungkin Menteri seharusnya beri
keutamaan bukan setakat Hospital Segamat malahan hospital sebesar, the new queue hospital di seluruh Malaysia. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya jawab soalan Yang Berhormat Sekijang tadi yang menyatakan perlu naik taraf Hospital Segamat ini dengan mengambil alih tanah di sebelah. Terima kasihlah atas cadangan ini dan kita akan kajilah kalau kita dapat memperbesarkan lagi hospital yang sedia ada untuk menampung bilangan penduduk yang terus meningkat di kawasan Segamat, selatan Pahang, dan selatan Negeri Sembilan. Berhubung dengan CT scan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sekijang dan juga Yang Berhormat Gopeng. Memang untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang kos efektif perkhidmatan CT scan disediakan hanya di hospital berpakar yang mempunyai beban kerja yang tinggi. Buat masa inilah kerana kita tidak memang tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk membeli CT scan yang mahal. Akan tetapi kita sekarang, mana-mana hospital pakar mempunyai beban kerja yang tinggi memang kita ada CT scan. Memang kalau Hospital Segamat kita tambah bilangan doktor pakar dan kita juga akan menambah alat CT scan dan sistem rujukan yang sedia ada ini akan dipertingkatkan dan memastikan bahawa CT scan ini dapat memberi perkhidmatan kepada penduduk di sekitar. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Gopeng telah membangkitkan isu mengenai pelaksanaan Skim Full Paying Patient di Hospital Kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat pelaksanaan Full-Paying Patient Scheme atau Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 13 Oktober 2004. Skim perkhidmatan ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk mempelbagaikan jenis perkhidmatan kesihatan mengikut kemampuan serta kehendak pelanggan. Skim ini tidak sama dengan perkhidmatan private link kerana pesakit-pesakit full paying patient adalah pesakit awam yang bersetuju membayar charge perkhidmatan penuh seperti yang ditetapkan menurut akta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kalau kita tidak ada Full-Paying Patient Scheme, pesakit-pesakit yang hendak bayar, pesakit-pesakit dari warga negara luar yang hendak bayar pun tidak boleh bayar. Kita tidak ada satu sistem yang membolehkan mereka bayar kepada doktor-doktor dan juga hospital kita. Ya, Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Memang kita tidak menafikan pesakit-pesakit yang boleh membayar menggunakan perkhidmatan pakar untuk mereka memberi khidmat. Akan tetapi masalahnya adalah mereka-mereka yang juga mendapat khidmat daripada pakar tersebut yang tidak membayar. Ini disebabkan oleh daripada peraturan yang telah dikenakan kepada pakar ini mereka hanya layak untuk memberi khidmat yang berbayar ini selepas waktu pejabat. Jadi maknanya, kalau Menteri pun tahu orang yang hendak sakit ini, dia bukan tunggu masa. Maknanya kalau sekiranya masa itu doktor pakar itu masih lagi sedang merawat pesakit yang tidak berbayar ini yang menjadi masalahnya. Jadi, mereka terpaksa melayani pesakit yang membayar. Itu yang isu yang saya perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian.
Ya, saya sedar tentang masalah ini kerana ada juga bukan penyelewenganlah yang orang kata tidak mengikut peraturan. Kita peraturannya dia hanya boleh buat kerja selepas waktu kerja atau pun di hujung minggu. Akan tetapi menang ada timbul aduan-aduan seperti ini. Oleh sebab itu, kita terpaksa mengkaji semula the Full-Paying Patient Scheme sama ada boleh dilaksanakan di seluruh negara. Kita tidak ada keputusan lagi untuk membuat di
seluruh negara kerana buat masa ini hanya dua hospital sahaja. Saya akan terus membuat kajian ini dengan secepat mungkin untuk mendapatkan keputusan yang muktamad berhubung dengan Full-paying Patient Scheme ini. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Gopeng juga mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan ganjaran khas kepada pegawai. Hah! Itu saya sudah jawab tadi, ya. Ganjaran khas telah saya katakan tadi. Yang berhormat Gopeng juga mencadangkan agar Suruhanjaya Perubatan Khas diwujudkan. Kementerian Kesihatan sememangnya prihatin dengan cadangan tersebut dan saya telah jawab sesi yang lepas bahawa kita sedang mengkaji dan ini satu cadangan yang baik tetapi saya harap Yang Berhormat faham ia perlu pergi ke kabinet dan juga perlu sampai ke Dewan ini untuk pinda Perlembagaan. Ia mengambil satu proses yang panjang dan kita perlu teliti terlebih dahulu sebelum kita boleh membuat apa-apa keputusan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Lenggong, dan Yang Berhormat Pendang telah membangkitkan isu berkenaan pelaksanaan Klinik 1Malaysia. Yang Berhormat Gopeng dan Yang Berhormat Pendang telah mengemukakan beberapa cadangan iaitu pengendalian Klinik 1Malaysia hendaklah dikendalikan oleh Pegawai Perubatan berdaftar dan pihak kementerian perlu memberi tumpuan kepada kawasan pedalaman dan luar bandar untuk memberi perkhidmatan lebih baik termasuk penggunaan klinik-klinik kesihatan dan klinik-klinik desa yang sedia ada.
[Bangun]
Yang Berhormat Pendang...
Saya...
Berilah Menteri bercakap dahulu...
Saya jawab dahulu , ya.
Yang Berhormat Pendang Saya jawab dahulu.
Kita ini sudah macam...
Ya.
Hanya bezanya kita ini Dewan ada ruang di tengah. Kalau tidak macam kedai kopi. Seorang bercakap, seorang membantah.
Ya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Klinik 1Malaysia ini dikendalikan oleh kumpulan paramedik yang berpengalaman iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan jururawat terlatih. Mereka mempunyai pengetahuan dalam bidang diagnosis dan rawatan pesakit ringan. Ini telah diajar di dalam kurikulum latihan asas Penolong Pegawai Perubatan. Di Klinik 1Malaysia, Penolong Pegawai Perubatan akan memberikan rawatan ringan dan melakukan rawatan susulan bagi kes yang boleh dikendalikan oleh kumpulan ini. Walau bagaimanapun, Penolong Pegawai Perubatan akan merujuk kes yang bermasalah kepada Pegawai Perubatan di klinik kesihatan berhampiran dan jaga di hospital berdekatan.
So, ini memang matlamat klinik 1Malaysia hanya mengubati pesakit ringan. Sememangnya tidak ada doktor kerana kita tidak mempunyai doktor yang cukup.
[Bangun]
Sebab itu kita gunakan MA dan Jururawat terlatih untuk merawat pesakit ringan. Di hospital dan klinik juga MA dan jururawat boleh membuat rawatan ini kepada pesakit-pesakit ringan. Ya, Yang Berhormat Gopeng.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Kita ini betul, betul interaktif Yang Berhormat. Sebenarnya bukan macam Dewan. Kalau orang Parlimen daripada New Zealand, Australia datang ke sini I think they will die laughing tengok kita.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
I think Yang Berhormat Menteri if you speak to me than you don’t interact with them.
Berkenaan dengan klinik 1Malaysia ini. Cuma saya ada satu persoalan bukan setakat untuk Yang Berhormat Menteri akan tetapi untuk semua Yang Berhormat dan juga kakitangan Kementerian Kesihatan sama ada yang hadir pada petang ini ada sesiapa yang sanggup apabila ada sakit sanggup untuk menerima rawatan oleh Pembantu Pegawai Perubatan? Kalau ada pilihan untuk dirawati oleh seorang doktor. Ini soalan yang pertama. Soalan kedua, sebagai seorang doktor kita tahu apabila kita menghadapi seorang pesakit, cabaran bukan setakat untuk mengetahui bahawa bagaimana hendak rawat pesakit tersebut. Cabaran yang utama adalah apakah diagnosis yang kita buat itu betul. Kita tidak boleh menganggap seseorang yang ada simptom-simptom tertentu itu penyakit yang ringan. Ini memerlukan satu latihan, satu training yang begitu rapi melalui kurikulum yang begitu rapi sekali di universiti- universiti dan sebagainya. Saya rasa sebagai Pembantu Pegawai Perubatan memang tidak layak untuk buat keputusan sedemikian. Saya rasa sebagai standard yang minimum untuk sebuah klinik seperti mana yang diperlukan oleh semua klinik swasta adalah sekurang-kurangnya mesti ada seorang doktor yang berdaftar untuk menguruskan klinik tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau kita lihat di bawah Akta 586 1998, Akta Perubatan iaitu Perkhidmatan Perubatan Swasta. Walaupun ini tidak dinamakan klinik swasta akan tetapi saya rasa kalau ia mempunyai satu klinik “preserve” ia mesti ada di bawah Pusat Kesihatan ataupun hospital. Ini kerana mereka mesti ada cover up terhadap Pembantu Pegawai Perubatan tersebut. Kita tidak tahu pesakit yang datang itu apakah pesakit mempunyai risiko ataupun tidak.
Saya hendak beri contoh macam masalah difteria misalnya. Walaupun kita tengok macam biasa, batuk biasa, sakit tekak biasa akan tetapi kalau sekiranya kita melihat kerongkong dia boleh collapse dan patient itu boleh mati di depan mata kita. Jadi masalah yang saya rasa Pembantu Perubatan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas masalah yang mereka hadapi. Jadi maknanya saya rasa klinik 1Malaysia ini perlu dipertingkatkan bukan hanya dikendalikan oleh seorang Pembantu Pegawai Perubatan. Ini kerana rawatan yang terpaksa diberikan mungkin rawatan yang emergency. Saya hendak tanya apakah prosedur-prosedur yang dibenarkan kepada Pembantu Pegawai Perubatan ini di masa mereka mengendalikan? Adakah mereka ini dibenarkan untuk set drip, ambil darah ataupun prosedur-prosedur yang kita nampak ringan akan tetapi sebenarnya berisiko tinggi terhadap tugas yang mereka lakukan. Terima kasih.
Terima kasih saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat belum lagi memahami dengan sebenarnya matlamat klinik 1Malaysia ini. Sebenarnya klinik 1Malaysia ini kita wujudkan di kawasan penduduk padat, di kawasan bandar-bandar untuk membantu penduduk-penduduk urban poor yang ingin mendapatkan rawatan penyakit ringan. Sememangnya MA dan juga jururawat yang terlatih ini memang mempunyai kuasa dan mempunyai pengalaman yang cukup untuk mengubati pesakit-pesakit ringan ini. Di banyak negara maju termasuk United Kingdom mereka juga sekarang sudah mula menggunakan MA dan jururawat untuk membuat rawatan pesakit- pesakit ringan. Kerana ini adalah untuk minimize a cost. A cost of medical treatment is going high from time to time. Salah satu caranya adalah kurangkan gunakan kakitangan yang sedia ada untuk mengurangkan kos rawatan kita. Bagi Kementerian Kesihatan kita hendak memberi perkhidmatan sebaik mungkin kepada penduduk di kawasan bandar. Dengan adanya klinik 1Malaysia ini kita sudah katakan under the law kita mengikut undang-undang. Memang MA dan jururawat boleh merawat pesakit-pesakit ringan. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pendang tadi kalau mereka ini berpengalaman bukan mereka bekerja satu tahun dua tahun, berpuluh tahun sebagai MA dan jururawat yang diletakkan di klinik 1Malaysia ini. Mereka boleh diagnosis, diagnosisnya adalah yang mereka ini kalau penyakit yang berat merujuk terus kepada doktor-doktor yang berdekatan, klinik-klinik swasta yang berdekatan. Kita juga ada doktor-doktor buat lawatan berkala ke klinik-klinik 1Malaysia. Saya rasa in term of safety untuk keselamatan pesakit kita memberi keutamaan untuk pastikan tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini.
Minta laluan.
Hendak – I kata sudah akhir tadi.
Saya ingat Yang Berhormat Gopeng banyak sangatlah.
Sebab...
Kalau di Australia – Saya tidak memberi keizinan Yang Berhormat. Sebab dua kali sahaja diberi suggestion.
Saya sudah jelaskan...
Nanti, nanti saya nampak kita berinteraktif macam Mesyuarat Jawatankuasa NGO di sana sini.
Yang Berhormat saya belum habis dengan Yang Berhormat Gopeng lagi.
Jadi duduk dahulu.
Yang Berhormat Gopeng...
Yang Berhormat Gopeng duduklah dahulu.
Laporan Doktor Jayabalan mengenai prestasi Penolong Pegawai Perubatan dalam mengendalikan pemberian preskripsi ubat. Dimaklumkan di sini bahawa kementerian telah mengambil maklum akan penyataan daripada laporan tersebut. Walau bagaimanapun, penyataan ini adalah terlalu am dan tidak spesifik kepada jenis fasiliti kesihatan yang dirujuk. Untuk makluman, Kementerian Kesihatan Malaysia amat menitikberatkan isu keselamatan pesakit yang saya tegaskan tadi. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan di Kementerian Kesihatan adalah address event report dan civilians. Kita ada civilian keselamatan bau badan, medication safety civilian dan pelaksanaan optik kejururawatan sebagai langkah ke arah meningkatkan keselamatan pesakit supaya intervensi dapat dilakukan untuk menghalang latest event yang berlaku di klinik-klinik 1Malaysia ini.
Ya, Yang Berhormat Kepong.
Yang Berhormat Kepong.
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya memang tertarik pada jawapan mengenai klinik 1Malaysia ini, 50 jumlahnya. Bagaimana kita dapat memastikan daripada 50 hospital assistant ini dikatakan begitu berpengalaman. Bagaimana kita memastikan dia boleh memainkan sebagai seorang doktor sebenarnya. Bagaimana kita dapat memastikan adakah Yang Berhormat sendiri ada melihat macam mana mereka bekerja. Melihat bagaimana pesakit-pesakit dilayan dan sebagainya. Saya akan pergi, saya akan pergi dan balik beritahu.
Yang Berhormat Kepong, saya sendiri ada buat lawatan beberapa kali ke Klinik 1Malaysia. Saya harap boleh kita alu-alukan boleh buat lawatan ke klinik 1Malaysia untuk mendapatkan pandangan yang terperincilah. Saya yakin dengan diagnosis dan juga perkhidmatan mereka hanya tertumpu kepada pesakit-pesakit ringan sahaja dan juga menjamin keselamatan pesakit dengan sebaiknya. Yang Berhormat Lenggong ada memohon Kementerian Kesihatan memperbanyakkan lagi Klinik 1Malaysia dan premis kesihatan seumpamanya terutama di kawasan luar bandar seperti yang terdapat di Gerik dan Lenggong.
Pohon penjelasan.
Terdapat...
Pendek sahaja.
Yang Berhormat Menteri baru habis cakap Lenggong Yang Berhormat.
Saya habiskan yang ini ya.
Tunggu habis Yang Berhormat.
Terdapat kriteria yang tertentu diambil kira bagi penubuhan klinik 1Malaysia. Kriteria penubuhan klinik 1Malaysia ini antaranya ialah haruslah berada di kawasan bandar ataupun perumahan yang mempunyai populasi kepadatan tinggi dari golongan yang berpendapatan rendah dan amat memerlukan perkhidmatan kesihatan. Walau bagaimanapun kita juga memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit-pesakit di luar bandar. Di kawasan luar bandar kita ada 803 buah klinik kesihatan dan 1,954 klinik desa.
Kita mempunyai banyak klinik desa di kawasan-kawasan luar bandar yang memberi perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar. Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu soalan pendek sahaja tentang Klinik 1Malaysia sebelum Yang Berhormat Menteri pergi ke tajuk lain. Saya melawat Klinik 1Malaysia dan pergi juga semasa dilancarkan di Kampung Kerinchi. Saya mahu tanya dalam ucapan pada hari tersebut, termasuk juga beberapa kenyataan dijanjikan secara beransur akan ditambah seorang medical officer dalam Klinik 1 Malaysia. Bilakah jangka masa mungkin dapat di tempatkan di setiap klinik 50 semuanya MO, eventually itu yang diberitahu kepada saya oleh pihak kementerian. Terima kasih.
[Bangun]
Buat masa ini saya sudah jelaskan beberapa kali bahawa kita masih lagi menghadapi kekurangan doktor dalam negara kita. Di seluruh Malaysia hospital dan klinik yang sedia ada kita hanya 60% capacity, 40% not fill up the post. Kita menghadapi kekurangan doktor. Oleh itu Klinik 1Malaysia tujuannya memang bukan untuk mengubati pesakit-pesakit yang berat dan kita akan tingkatkan perkhidmatannya dari semasa ke semasa. Kita belum dapat pastikan jadual dan tempoh buat ketika ini.
Klinik 1Malaysia.
Ada lagi.
Yang Berhormat Sibuti. Klinik 1Malaysia.
Ya, Yang Berhormat Sibuti.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Di kawasan saya ada satu Klinik 1 Malaysia telah dijalankan di Kampung Tengku Abdul Rahman. Selepas ia dibuka selama tiga bulan, ramai pesakit luar datang, pesakit-pesakit ringan dan mereka tahu mereka sendiri adalah pesakit ringan. Takkan penyakit-penyakit kronik mereka hendak pergi sana juga. Sudah diterangkan dan beri tahu klinik ini adalah untuk merawat sakit ringan. Dari satu hari ke satu hari ramai. Saya bertanya kepada medical officernya dengan melawat hospital di Miri, adakah pegawai-pegawai yang di tempatkan di situ berpengalaman dan cukup? Mereka berkata, “Memang”.
Maka saya melawat tanpa memberitahu mereka sebanyak dua kali. Dan dua kali juga saya berjumpa dengan medical officer di sana untuk melihat, adakah patient yang datang itu dapat dirawat dengan betul ataupun tidak? Medical officer mengatakan semuanya berjalan dengan baik. Hanya satu kekurangan sahaja. Mereka tidak dapat supply antibiotic yang mencukupi. Sekian, terima kasih.
Okey terima kasih Yang Berhormat Sibuti yang turun padang. Dapat melihat sendiri perjalanan Klinik 1Malaysia dan saya yakin cadangan Yang Berhormat Sibuti tambah ubat itu kita akan pastikanlah tidak ada kekurangan ubat di Klinik Malaysia ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sekijang ada menyatakan supaya klinik-klinik kesihatan yang kecil di luar bandar dinaiktarafkan dan diperluaskan fungsinya seperti pelaksanaan Klinik 1Malaysia. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, klinik desa yang hanya menyediakan perkhidmatan ibu dan anak disediakan dalam nisbah 1:4000 penduduk. Klinik kesihatan pula menyediakan perkhidmatan pesakit luar serta perkhidmatan ibu dan anak disediakan dalam nisbah 1:20,000 penduduk. Jika kawasan luar bandar itu memenuhi kriteria yang ditetapkan itu, untuk pembinaan klinik kesihatan ia akan dimasukkan dalam perancangan pembinaan klinik kesihatan dalam setiap Rancangan Malaysia. Klinik 1Malaysia hanya menyediakan perkhidmatan pesakit luar dan tiada perkhidmatan ibu dan anak. Untuk kawasan luar bandar pembinaan klinik yang menyediakan perkhidmatan yang lebih menyeluruh di klinik kesihatan adalah lebih wajar supaya masyarakat tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan rawatan. Pada masa ini 80% penduduk Malaysia tinggal dalam lingkungan lima kilometer daripada facility kesihatan. Jadi perkhidmatan kesihatan kita amat baik sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bachok dan Yang Berhormat Kota Raja membangkitkan isu berkenaan dengan ketagihan arak di Malaysia. Arak atau minuman beralkohol telah dibuktikan melalui kajian-kajian saintifik boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan kesihatan. Di samping itu peminum juga boleh mengalami kebergantungan atau ketagihan arak. Oleh kerana terdapat pelbagai kemudaratan yang disebabkan dengan meminum arak penentuan kos rawatan kos yang khusus untuk arak sukar dianggarkan. Sistem pembayaran di hospital dan klinik kerajaan hanya mengambil kira kos-kos berkaitan secara langsung dengan penyakit yang tidak menjurus kepada penyebab penyakit seperti arak. Oleh itu satu kajian spesifik dan menyeluruh perlu dilakukan untuk membandingkan kos rawatan penyakit yang berpunca daripada arak dengan cukai yang diperolehi daripada industri arak. KKM telah menjalankan tinjauan populasi iaitu tinjauan kebangsaan kesihatan yang mobiliti dua dan tiga, pada tahun 1996 dan 2006 yang turut mengkaji pengambilan arak di Malaysia. Kajian ini mendapati pada tahun 2006, di kalangan mereka yang mengambil arak prevalent mereka yang mengambil arak adalah 7.4% dan 2.3% adalah heavy drinker. Selain daripada itu Pusat Informasi Kesihatan, KKM juga ada mengumpulkan data-data kemasukan ke hospital kes-kes berkaitan pengambilan alkohol. Contohnya pada tahun 2008, kemasukan ke hospital akibat kecelaruan mental dan tingkah laku akibat pengambilan substance psychoactive iaitu mental dan behavior disorder due to psychoactive substance adalah 48%, ia berpunca dari pengambilan arak. KKM telah mengambil berbagai-bagai langkah termasuk mempromosikan sihat tanpa alkohol campaign bermula dalam tahun 2006 sebagai satu langkah tunggak kempen cara hidup yang sihat.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gopeng membangkitkan isu terdapat kekurangan segelintir ubat-ubatan di klinik kerajaan yang menyebabkan pesakit terpaksa membeli ubat di farmasi luar serta mengaitkan pelaksanaan Klinik 1Malaysia dan punca berlakunya masalah tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan Klinik 1Malaysia telah kita rancang di bawah peruntukan khas. Ia tidak termasuk dalam peruntukan Kementerian Kesihatan. Kita tidak ambil peruntukan Kementerian Kesihatan pergi ke Klinik 1Malaysia. Klinik 1Malaysia khas daripada Jabatan Perdana Menteri RM10 juta untuk 50 Klinik 1Malaysia diwujudkan. Oleh itu tuduhan menyatakan bahawa ubat-ubatan yang dibawa itu ke Klinik 1Malaysia menyebabkan ubat-ubat klinik kesihatan yang lain kurang adalah tidak tepat. Yang Berhormat Gopeng juga telah membangkitkan isu tentang lesen pengilang Syarikat Pharmaniaga yang telah ditarik balik oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi. Untuk makluman Yang Berhormat Syarikat Pharmaniaga Logistik Sdn. Bhd. dan Syarikat Pharmaniaga Manufacturing Sdn. Bhd. adalah subsidiari daripada Syarikat Pharmaniaga Berhad. Pihak KKM sentiasa membuat pemantauan terhadap semua pengilang produk ubat-ubatan di Malaysia bagi memastikan semua pengilang mematuhi keperluan yang ditetapkan. Dalam satu pemeriksaan rutin yang dijalankan terhadap satu Syarikat Subsidiari Pharmaniaga syarikat didapati telah melanggar keperluan amalan perkilangan baik G&B yang ditetapkan mengikut prosedur biasa. Pihak KKM telah menarik balik lesen tersebut namun telah dibuat audit dan beroperasi semula oleh biro kawalan farmaseutikal, syarikat telah diberi semula lesen selepas mereka baik pulih dalam tempoh satu bulan selepas itu. Ya hendak tanya lagi? Sudah jawablah.
[Bangun]
Yang Berhormat panjang lagikah?
Sudah habis dah. Last. Yang Berhormat Pendang dengan Yang Berhormat Tawau. Saya rasa tidak ada masalah Yang Berhormat.
Ringkas Yang Berhormat. Jangan bangkit perkara baru Yang Berhormat.
Tidak. Ini soal bekalan ubat untuk pesakit. Saya ada bangkit soalan, apakah kriteria berkenaan dengan ubat, apa yang perlu dibeli oleh pesakit dan bagaimana kita menentukan pesakit, mana yang perlu beli ubat tersebut. Oleh sebab sekarang saya dapat aduan yang lebih kalau berbanding dengan dahulu, di mana lebih ramai pesakit sekarang yang memerlukan membeli ubat mereka di luar bukan dapat daripada farmasi hospital kerajaan. Jadi apakah kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh kementerian? Sekian, terima kasih.
Dari segi ubat Tuan Yang di-Pertua, ubat ini kita formulary ubat yang disediakan dalam Kementerian Kesihatan. Semua ubat disediakan kecuali ubat-ubat tertentu seperti ubat kanser atau barah.
Selalunya, ada yang di luar dari formulari kita, itu terpaksa dibeli sendiri di luar dan bagi penjawat awam mereka boleh claim balik daripada kerajaan selepas membeli ubat tersebut. Ada lagi hendak tanya?
Dalam soal ini sebab memang ada sesetengah ubat yang boleh di prescribe oleh pakar-pakar yang biasanya apabila membuat susulan, mereka tidak dapat daripada farmasi tertentu dan terpaksa beli di luar. Mungkin Menteri harus meneliti perkara ini walaupun ubat itu memang dalam formulari kementerian.
Okey, kalau ada kes-kes sebegini saya akan ambil maklum dan saya akan buat pemeriksaan semula dan memperbaiki keadaan ini. Yang Berhormat Kubang Kerian membangkitkan isu berkenaan penswastaan makmal patologi. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan ada menerima cadangan penswastaan makmal patologi di hospital. Namun, ia masih di dalam penelitian dan sehingga kini tiada keputusan untuk menswastakannya. So, tidak lah, Yang Berhormat Pokok Sena, jangan risau. Ada cadangan tetapi kita tidak buat keputusan lagi.
Belum ada keputusan lagi?
Tidak ada lagi.
Bukan kah pihak kementerian sudah meminta satu pembentangan daripada satu syarikat Akar Mekar?
Saya hendak maklumkan Yang Berhormat Pokok Sena bahawa memang sukar untuk kita menswastakan makmal patologi. Kita boleh out source setengah perkhidmatannya sahaja. Kita tidak boleh menswastakan kesemuanya kerana kita punyai pelajar-pelajar patologi yang membuat medical training. So, kita tidak boleh menswastakan sepenuhnya dan ini memang di dalam kajian dan belum ada apa-apa keputusan lagi.
Saya ingat perkara ini dibincangkan di luar Yang Berhormat. Perkara ini macam bincang di luarlah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada dua lagi. Yang Berhormat Pendang membangkitkan isu berkenaan penghantaran ubat- ubatan melalui perkhidmatan pos laju dan menyatakan bahawa pihak kementerian perlu mengkaji semula rancangan tersebut kerana setiap penyakit perlu diperiksa sebelum diberikan ubat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi, apabila mereka telah menjadi stabil, ubat akan di prescribe oleh doktor untuk beberapa bulan sebelum mereka diperiksa semula. Maka, that is few months. Mereka akan periksa semula dalam jadual yang tertentu.
Tidak payah pandang kepada dia Yang Berhormat. Kalau pandang kepadanya maknanya Yang Berhormat bercakap dengannya. Dalam peraturan – saya akan sebut, Yang Berhormat. Peraturan Mesyuarat 35(1) – “Seseorang ahli yang hendak bercakap hendaklah bangun di tempatnya dan apabila dipanggil oleh Pengerusi maka hendaklah ia berdiri mengarahkan ucapannya kepada pengerusi”.
Okey, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pandang Tuan Yang di-Pertua.
Ini kerana di dalam Dewan ini, ia mesti jalan tiga seperti ini. Yang Berhormat cakap kepada saya, perkara ini “recourse” kepada dia. Dia cakap kepada saya, ia balik kepada Yang Berhormat.
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pihak farmasi akan membekalkan ubat dalam tempoh sebulan sekali dan pesakit diminta datang semula ke hospital atau klinik untuk mengambil baki ubat setiap bulan berdasarkan kepada tempoh sah laku preskripsi. So, perkhidmatan pengiriman ubat melalui pos disediakan, terutama sekali sebagai satu kemudahan bagi pesakit yang tinggal jauh dari hospital atau klinik dan adalah sukar untuk mereka datang setiap bulan untuk mendapatkan bekalan ubat. Bagi pesakit yang meminta supaya ubat dikirim ke rumah mereka, penilaian akan dibuat oleh pegawai farmasi untuk memastikan mereka memahami cara penggunaan ubat sebelum dipersetujui untuk pengiriman ubat pada masa akan datang. Kiriman ubat adalah hanya untuk bekalan ulangan ubat setelah pesakit berjumpa dengan doktor dan bekalan pertama diambil sendiri oleh pesakit dari farmasi. Ubat yang akan dikirim kepada pesakit juga adalah terhad kepada ubat dalam bentuk tablet dan kapsul sahaja yang biasa di prescribe untuk rawatan pesakit kronik. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tawau telah membangkitkan isu tentang pengurangan peruntukkan bagi pembelian ubat-ubatan negeri Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah keseluruhan peruntukan bagi pembelian ubat-ubatan bagi negeri Sabah pada tahun 2009 adalah sebanyak RM121,332,000. Berdasarkan data terkini sehingga Mac, negeri Sabah telah menerima peruntukkan bagi pembelian ubat sejumlah RM104,828,000. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan peruntukan yang diterima dalam tiga bulan yang pertama pada tahun 2010 iaitu sebanyak RM16 juta, 30.6% berbanding dengan peruntukan untuk tempoh setahun pada tahun 2009. KKM sentiasa memantau perbelanjaan ubat secara terperinci bagi setiap negeri supaya agihan peruntukan tambahan dapat dibuat mengikut keperluan semasa. Semua ubat perlu didaftarkan dengan pihak berkuasa kawalan dadah sebelum ia boleh dipasarkan. Yang Berhormat Tawau juga membangkitkan isu berkenaan polisi kenaikan pangkat bagi Doktor Gigi dan Pegawai Farmasi serta elaun kerja separuh masa bagi Pegawai Farmasi di hospital atau klinik kerajaan. Dimaklumkan di sini bahawa laluan kerjaya bagi tujuan mempercepatkan tempoh kenaikan pangkat bagi Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi sebagaimana yang telah diluluskan oleh kerajaan sepenuhnya mulai 9 Mac 2010 telah dilaksanakan secara berperingkat oleh KKM. Berdasarkan laluan kerjaya baru ini, kenaikan pangkat pegawai pergigian dan pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga gred U54 adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan dan tidak lagi berasaskan kepada kekosongan jawatan. Kementerian Kesihatan Malaysia menyedari bahawa pada masa ini terdapat Pegawai Farmasi yang bertugas di jabatan kecemasan hospital-hospital kerajaan dan klinik-klinik kesihatan selepas waktu pejabat. Pegawai Farmasi terlibat layak diberi cuti gantian sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pada masa ini bayaran insentif klinik selepas waktu pejabat adalah sekadar RM80 sejam dan hanya diperuntukkan kepada Pegawai Perubatan yang bertugas di jabatan kecemasan hospital-hospital kerajaan dan klinik-klinik kesihatan yang telah diluluskan untuk menjalankan perkhidmatan klinik rawatan pesakit selepas waktu pejabat sahaja. Cadangan untuk memanjangkan insentif kepada Pegawai Farmasi yang bertugas di jabatan kecemasan hospital-hospital kerajaan dan klinik-klinik kesihatan selepas waktu pejabat perlu diteliti terlebih dahulu oleh KKM sebelum sebarang keputusan dasar dapat dibuat. Ini bertujuan untuk memastikan cadangan tersebut kelak adalah memenuhi keperluan semasa dan juga selari dengan peraturan yang sedang berkuat kuasa sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Mertajam membangkitkan isu mengenai Program Harm Reduction dan mencadangkan supaya program tersebut dibuat secara sukarela. Untuk makluman Yang Berhormat, Program Pengurangan Mudarat, harm reduction telah dimulakan pada tahun 2006 dan menyasarkan bagi tahun 2010 seramai 40,000 orang daripada anggaran 170,000 penagih dadah suntikan mendapat manfaat daripada program tersebut. Sehingga akhir tahun 2009, seramai 29,000 orang telah menyertai program tersebut iaitu seramai 18,000 di bawah Program Pertukaran Jarum dan 10,700 orang di bawah Program Terapi Gantian Metadon. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu Program Vaksinasi H1N1 seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tawau. Adalah dimaklumkan bahawa sehingga 26 Mac 2010, seramai 70,526 orang telah menerima vaksinasi influenza A H1N1 yang terdiri daripada golongan petugas barisan hadapan dan orang awam. Jumlah ini termasuk 58,266 orang petugas barisan hadapan di Kementerian Kesihatan Malaysia dan 9,306 orang petugas barisan hadapan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, polis, pengangkutan JPJ, bomba dan pasukan SMART dan lain-lain. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Akhir kata saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam sesi perbahasan yang menyentuh tentang bidang kuasa Kementerian Kesihatan. Sesungguhnya segala cadangan, teguran dan pandangan tersebut akan diambil perhatian sewajarnya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia demi memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat negara ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan ingin memperingatkan bahawa saya mempunyai satu tugas untuk melaksanakan peraturan. Jadi, bukan sedap hendak beritahu kawan tetapi kalau kita hendak menyangkal ke hadapan apa yang selalu disebut pada sesi-sesi yang lepas, a first world parliament, kita kena mengikut peraturan sedikit demi sedikit. Walaupun sedikit, kita cubalah.
Jadi, Yang Berhormat, bercakap kepada Speaker hendak beri mesej kepada yang bertanya. Jadi kalau bertanya yang nombor dua soalan yang samar- samar sahaja bukan perkara baru tetapi kalau kita bangkit perkara baru ia sudah bercanggah dengan perkara 35(4). Saya menjemput Yang Berhormat daripada Kementerian Belia dan Sukan.
Tuan Yang di- Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah sudi mengambil bahagian dalam perbahasan ini yang telah menyentuh kementerian saya. Pada umumnya perbahasan yang menyentuh Kementerian Belia dan Sukan menyentuh tiga aspek yang penting. Pertamanya, ialah pandangan umum mengenai masa depan dan keadaan belia pada hari ini. Keduanya, berkaitan dengan soal pengupayaan persatuan- persatuan belia dan yang ketiga ialah berkaitan dengan sukan yang menyentuh dua perkara utama iaitu mengenai bola sepak dan persatuan tekwando.
Pertamanya, saya bersetuju dengan prihatin yang telah dikeluarkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Setiu dan juga Yang Berhormat Lenggong yang berkaitan dengan masa depan belia, tentang pelbagai masalah yang dikaitkan dengan beberapa gejala negatif dan sebagainya. Bagi kami, kami berkongsi pandangan tersebut kerana belia adalah merupakan usia yang begitu penting sebelum mereka menjangkau menjadi seorang dewasa dan dia berada dalam satu proses perjalanan yang panjang yang mana segala ketentuan dan warna hidupnya ditentukan oleh pengalaman-pengalaman mereka yang tersendiri termasuk waktu kecil, di sekolah, di waktu mereka bekerja dan proses mereka membina kehidupan mereka. Oleh sebab itulah kita berpendapat bahawa soal masalah belia ini tidaklah hanya bergantung pada apa yang boleh diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan sahaja dan kami telah mengatur langkah ke hadapan dengan menerima pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh pemimpin-pemimpin belia termasuk pemimpin Majlis Belia Malaysia sebelum ini yang dipimpin oleh Yang Berhormat Lenggong pada waktu itu, yang mencadangkan supaya ditubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Belia. Alhamdulillah, kami telah membawa cadangan tersebut dan Kabinet telah bersetuju supaya diwujudkan satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Belia yang merangkumi 12 kementerian lain khusus bagi membincangkan semua aspek berkaitan dengan Kementerian Belia. Kita harap kan daripada situlah banyak perkara yang perlu diselesaikan yang merangkumi kepelbagaian disiplin dan pelbagai kementerian dalam negara kita. Pandangan-pandangan lain yang berkaitan dengan pengupayaan belia ini termasuklah pandangan Yang Berhormat Maran yang menyentuh tentang kelesuan persatuan-persatuan belia pada hari ini. Ia berlegar di sekitar apa yang dimaksudkan dengan pelaksanaan Akta Pembangunan Belia 2007 di mana telah dikhususkan bahawa belia mestilah di kalangan mereka yang berusia antara 15 hingga 40 tahun. Persatuan-persatuan mesti berubah dan mesti memenuhi tuntutan tersebut di mana mereka yang sudah lewat usianya tidak lagi boleh menjadi anggota dan apatah lagi memimpin persatuan tersebut. Tahun ini adalah tahun yang memperlihatkan sepenuhnya pelaksanaan akta tersebut di mana kita dapati bahawa terdapat banyak pertubuhan belia yang didaftarkan kembali melalui satu proses menimba pengalaman bagaimana untuk mengendalikan persatuan. Oleh sebab itulah saya mohon kepada Ahli Yang Berhormat terutama sekali Ahli Yang Berhormat yang bertanya supaya lebih bersifat sabar. Ini proses mereka belajar. Mereka sudah lama dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman, yang mempunyai pangkat Menteri, Datuk dan sebagainya tetapi kali ini terdiri daripada mereka di kalangan yang benar-benar belia. Oleh sebab itulah apabila pandangan daripada Yang Berhormat Lenggong yang menyentuh tentang peranan Rakan Muda dan sebagainya amat kami prihatin tentang soal ini. Kita sendiri sudah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji balik peranan Rakan Muda. Rakan Muda ditubuhkan pada suatu ketika dahulu ialah untuk mengisi kekosongan di mana sebahagian daripada golongan belia tidak berminat dengan persatuan-persatuan belia pada waktu itu yang dilihat tidak mencerminkan kehendak perjalanan dan aspirasi golongan muda kerana ia dipimpin dan dikendalikan oleh mereka yang bukan terdiri daripada orang-orang muda.
Selama itu juga kita lihat bahawa Rakan Muda dikendalikan oleh kerajaan, dikendalikan oleh kementerian dengan pelbagai program dan program tersebut yang banyak diongkosi oleh kerajaan walaupun berjaya tidak dinafikan ia berjaya dalam menggerakkan pemuda dan sebagainya tetapi kali ini dilihat sebagai saingan. Bagaimana untuk kita memperkukuh atau memperkasakan persatuan- persatuan belia sekiranya ada persatuan lain atau gerakan lain di bawah nama Kelab Rakan Muda misalnya, yang digerakkan sendiri oleh kerajaan sedangkan dalam masa yang sama kita mengharapkan persatuan-persatuan belia yang berdiri dengan kaki mereka sendiri tidak mendapat bantuan sebagaimana yang dibantu kepada Rakan-rakan Muda. Oleh sebab itulah perkara ini kita akan lihat dan kaji kembali tentang sejauh manakah peranan Rakan Muda, bantuan kerajaan terhadap Rakan Muda akan diteruskan tetapi kita rasakan bahawa ia akan mengambil sedikit masa untuk melihat senario ataupun keadaan perjalanan kehendak orang-orang muda pada hari ini. Ini dikaitkan juga dengan beberapa persoalan yang berkaitan dengan soal bagaimana proses pengupayaan persatuan-persatuan belia umpamanya ditanya kenapa pada waktu dahulu ada bantuan sebanyak RM1,000 diberikan sebagai insentif kepada penubuhan persatuan-persatuan belia yang didaftarkan di bawah ROY ataupun Registrar of Youth, dan bantuan sebanyak RM3,000 pengupayaan tetapi kali ini tidak lagi. Jadi, perlu dimaklumkan bahawa RM1,000 pada waktu itu ialah insentif pada waktu itu. Sesiapa yang mendaftarkan pertubuhan mereka, tukar daripada pendaftaran lama kepada pendaftaran baru sebelum tahun 2009 mereka akan diberikan insentif sebanyak RM1,000 bagi satu pertubuhan. Jadi, habis tahun 2009, tahun 2010 tidak ada lagi bantuan kerana itu adalah merupakan galakan supaya diberi pada waktu itu. Sehubungan dengan itu juga pemberian itu diberi sempena dengan pakej rangsangan ekonomi yang diberikan bagi menggerakkan masyarakat dan ekonomi negara pada waktu itu dengan memberikan keupayaan sebanyak RM3,000 pada ketika itu. Sekarang ini pakej rangsangan itu sudah tidak lagi, maka saya tidak boleh memberikan janji-janji baru kepada persatuan-persatuan belia sebagaimana yang dibuat semasa pakej rangsangan. Insya-Allah sekiranya ekonomi kita – defisit kita telah dapat diatasi, saya rasa tidak ada kemustahilan untuk kita menimbangkan kembali cadangan sebagaimana yang telah dibuat sebelum ini.
[Bangun]
Namun begitu pada tahun ini pihak kementerian telah bersetuju untuk menambahkan peruntukan kepada Majlis Belia Malaysia daripada RM500,000 kepada RM1 juta, dan...
Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat.
Kepada majlis negeri daripada RM25,000 setahun kepada RM50,000.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Rakan Muda dan juga pertubuhan-pertubuhan belia sama ada kita boleh terima atau tidak di sesetengah tempat di mana pertubuhan belianya amat aktif. Rakan Muda ini merupakan satu pesaing kepada pertubuhan- pertubuhan belia yang kita ukur dan kita lihat ia menjadi satu persaingan yang
negatif. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, kepada kawasan-kawasan di mana pertubuhan belianya tidak aktif Rakan Muda ini menjadi pembantu – pemangkin kepada kegiatan-kegiatan belia. Jadi, saya harapkan Yang Berhormat Menteri apabila kajian dibuat tentang Rakan Muda dan juga pertubuhan-pertubuhan belia ini ia haruslah berasaskan kepada suasana sesuatu tempat di mana keaktifan pertubuhan belia ataupun tidak diambil kira.
Kedua tentang bantuan rangsangan. Tuan Yang di-Pertua pada saya hari ini pertubuhan-pertubuhan belia di bawah sana seolah-olah tenggelam punca. Ini kerana sama ada benar atau tidak, kesilapan ataupun tidak suatu ketika dahulu mereka telah di muakan dengan bantuan-bantuan rangsangan seperti ini. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri ada sedikit ruang. Bukan saya hendak mengatakan pertubuhan belia kita ini tidak boleh langsung di muakan atau mencari cara sendiri untuk mendapat pendapatan dan sebagainya tetapi mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memperkenalkan kaedah-kaedah bagaimana pertubuhan-pertubuhan belia ini boleh mencari pendapatan sendiri seperti yang dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan belia di negara-negara lain. Kementerian boleh menjadi seperti pemudah cara. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
[Bangun]
Boleh saya jawab dahulu. Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu di atas keprihatinan beliau tentang semua permasalahan belia termasuk soal rakan muda. Itu adalah merupakan satu kenyataan caution atau memperingati kita jangan cepat memberikan tanggapan yang negatif pada Rakan Muda kerana ada peranan yang dimainkan. Satu perkara yang menjadi tumpuan kepada kementerian oleh kerana kalau dilihat seluruh program kerajaan sebenarnya begitu banyak sekali untuk orang muda dan jangan dilihat bahawa tumpuan ataupun sokongan kerajaan kepada orang muda seberapa banyak kah peruntukan diberikan kepada Kementerian Belia, itu adalah salah. Ini kerana apa yang diberikan untuk Kementerian Pelajaran juga untuk orang muda, Kementerian Pengajian Tinggi pun untuk orang muda, PLKN di bawah Kementerian Pertahanan untuk orang muda, bagaimana untuk mengupayakan Kementerian Sumber Manusia sebahagian besarnya dimanfaatkan oleh orang muda. Akan tetapi satu perkara yang kita kirakan akan menjadi dimensi yang perlu kita perkuatkan melalui Kementerian Belia ialah yang paling penting sekarang ini adalah pembinaan kepimpinan belia, kepimpinan orang muda yang mungkin tidak diajar di sekolah, mungkin tidak diajar ke tempat-tempat lain. atas aspek kepimpinan inilah kita dapat bandingkan peranan yang dimainkan oleh persatuan-persatuan belia dan juga Rakan Muda. Rakan Muda aktif tetapi kita lihat berapa banyak pemimpin negara dilahirkan melalui Rakan Muda - tidak banyak. Susah kalau hendak kita bandingkan, Yang Berhormat Tangga Batu mempunyai pengalaman melalui penggerakan belia - hari ini dia menjadi Yang Berhormat Tangga Batu. Yang Berhormat Lenggong terkenal sebagai salah seorang daripada pemimpin belia di peringkat kebangsaan - hari ini dia naik bukan kerana dia dilantik mewakili belia dan sebagainya atas kapasiti dan kemampuan dia. Dia menjadi seorang Ahli Yang Berhormat yang baik melalui pengalaman beliau di dalam persatuan-persatuan belia.
Akan tetapi Rakan Muda belum lagi, tetapi mereka aktif. Tidak dapat dinafikan dia aktif kerana ia banyak diberikan bantuan, dihulur, digerakkan, diberi baju, diberi seluar dan sebagainya oleh kerajaan. Mereka tidak melalui proses bagaimana dicanai untuk menjadi seorang pemimpin yang kuat, menggerakkan, mencari kewangan dan sebagainya. Walaupun ada sedikit tetapi ia banyak digerakkan oleh kerajaan.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Sebab itulah di sini kita katakan aspek memanjakan persatuan-persatuan belia memberi secara automatik - siapa daftar dapat wang. Jadi perlu dikaji sejauh manakah konsep tersebut dianggap membina soal kepimpinan yang disebutkan tadi. Inilah antara perkara yang kita rasakan perlu dikaji kembali, sekiranya wang ada kita boleh bagi tetapi apakah ia adalah memenuhi tuntutan dan tujuan untuk membina kepimpinan dan sebagainya. Yang Berhormat Indera Mahkota.
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya bersetuju dengan tumpuan yang hendak diberi pihak kementerian berkenaan dengan aspek kepimpinan tadi kerana saya juga terlibat dalam proses semasa pembentukan content atau kandungan berkenaan akta belia yang telah diluluskan itu. Adakah pihak kementerian merasa dengan wujudnya akta belia ini yang mengehadkan peringkat umur pada satu tahap 40 ke bawah. Bagaimana takrifan United Nations juga berkenaan dengan belia telah menyebabkan wujudnya satu generation gap dengan izin, kerana had umur ini telah menjadikan sebahagian besar daripada pemimpin-pemimpin utama persatuan belia telah disqualified dengan izin, untuk memegang jawatan-jawatan utama. Situasi ini menjadikan satu jurang untuk membina kepimpinan baru yang selama ini tidak ditumpukan sangat untuk sebagai generasi untuk mewarisi kepimpinan utama sesuatu pertubuhan belia dan kita lihat juga pada hari ini, banyak persatuan-persatuan belia yang didaftar di bawah status belia ini yang tidak mampu untuk comply dengan izin, untuk mengemukakan penyata tahunan masing-masing. Kita tahu banyak persatuan belia yang menerima surat peringatan daripada pertubuhan yang mendaftar mereka ini dan mereka dihendaki untuk mematuhi beberapa peraturan tertentu yang utamanya untuk mengemukakan laporan tahunan masing-masing. Apakah langkah yang hendak diambil atau dirancang Kementerian Belia supaya isu pembatalan persatuan-persatuan belia ini tidak menjadi igauan utama kepada pelapis belia yang mungkin akan terpaksa mewarisi apabila golongan yang terdahulu ini terpaksa mengosongkan kedudukan masing-masing akibat had umur yang ditetapkan oleh akta belia. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota, tidak comply ini ada banyak persatuan, banyak pertubuhan, banyak organisasi. Persatuan politik pun ada yang tidak comply. Ini tidak bermakna kita kata seluruh organisasi politik tersebut tidak betul kerana ini ada kelemahan- kelemahan di peringkat yang tertentu. Sebab itulah sekarang ini kita katakan beri
ruang sebab tahun ini adalah tahun yang pertama bagi pertubuhan persatuan- persatuan belia yang memenuhi tuntutan Akta Pembangunan Belia 2007 dilaksanakan sepenuhnya. Ramai yang tidak tahu apa itu borang-borang yang berkaitan, apa itu syarat-syarat yang berkaitan. ada di kalangan kita pun mungkin standing order pun ramai yang tidak faham lagi. Ini adalah proses untuk kita belajar dan berikan peluang untuk mereka belajar. Kita hanya bantu dan membantu mereka untuk menjadi lebih matang di masa akan datang.
Yang Berhormat mencelah.
[Bangun]
Sila.
Saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri bahawa kita berikan mereka peluang dan kita beri mereka keyakinan bahawa mereka memang benar mampu walaupun mereka berusia muda. Akan tetapi adanya sokongan-sokongan daripada kita, saya yakin bahawa kemampuan di kalangan generasi muda untuk memimpin pertumbuhan belia walaupun sebelum ini dipimpin oleh mereka-mereka yang mempunyai kedudukan dan sebagainya akan dapat mereka laksanakan dengan baik. Kita perlu akui hakikat bahawa generasi muda hari ini beza minatnya, beza cita rasanya dan duduk di kelompok yang berbeza-beza. Ada anak muda di universiti maka tanggungjawabnya kepada Kementerian Pengajian Tinggi, ada anak muda di sektor awam makan Kementerian Sumber Manusia, ada anak muda di pelbagai kelompok yang lain. Kerana itulah saya amat merasa bangga apabila keupayaan kementerian untuk mengemukakan cadangan dan akhirnya kerajaan bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa Kabinet untuk pembangunan belia untuk memastikan semua 12 kementerian yang mempunyai kepentingan terhadap generasi muda ini dapat benar-benar memainkan peranan bagi kita meletakkan orang muda pada tahap yang benar-benar dapat menyumbang besar kepada kepentingan negara. Cuma saya bangkitkan soal persaingan tadi - saya dengar Yang Berhormat Tangga Batu, apakah kalau kementerian sudah menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji semula Rakan Muda ini, boleh atau tidak antara cadangan ia kita kembalikan kepada matlamat asalnya penubuhan rakan muda untuk menyediakan program kepada generasi muda? Kalau mana-mana kawasan tidak ada pertubuhan belia, gunakan pertubuhan belia untuk ditubuhkan persatuan belia, ini hanya beri tumpuan kepada program semarakkan kembali, tingkatkan kembali minat generasi muda dan laksanakan program dengan pelbagaikan aktiviti kerana minat generasi muda ini pelbagai dan berbeza-beza. Terima kasih.
Terima kasih dan saya kira itu salah satu daripada pandangan yang perlu diambil kira oleh jawatankuasa ini. Sebenarnya pandangan ini apabila kita kemukakan dalam jawatankuasa kabinet nanti, ia merangkumi banyak lagi aspek-aspek kegiatan belia termasuk digerakkan oleh kementerian-kementerian lain. Misalnya PLKN merupakan satu program pembangunan belia yang begitu massive sekali, yang begitu besar sekali mesti diambil kira dan juga aktiviti yang dilaksanakan di institusi pengajian tinggi, sekolah dan sebagainya.
Jadi, ini semua perkara yang perlu kita lihat kembali dan sudah tentulah dalam soal ini kerajaan mestilah komited dengan pelaksanaan Akta Pembangunan Belia, meminta Persatuan Belia benar-benar di remajakan. Maka, kita perlu berikan keupayaan kepada mereka dan ini juga adalah merupakan salah satu daripada perkara yang perlu kita teliti dan bangunkan selepas ini. Sebab itulah apabila soalan yang dikemukakan...
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.
Biar saya habiskan sedikit lagi. Yang berkaitan dengan soalan kenapa ROY ataupun pendaftar pertubuhan belia dikatakan lambat untuk meluluskan pendaftaran pertubuhan-pertubuhan. Saya ingin maklumkan sebenarnya ROY sudah ada piagam pelanggannya. Sebarang permohonan mesti diluluskan dalam tempoh tiga bulan tetapi bagi mereka yang ditolak atau pun dilambatkan hanyalah yang berkaitan dengan soal memenuhi keperluan-keperluan yang mesti dipenuhi pemohon. Seperti soal nama, perlembagaan, dokumen yang mencukupi dan soal kalau cawangan mesti mendapat keputusan sokongan daripada badan induk dan sebagainya. Pada keseluruhannya, kita dapati bahawa pelaksanaan ROY, pendaftarannya telah dibuat sebegitu berkesan sekali. Insya-Allah kita akan memikirkan bagaimana untuk meningkatkan keberkesanan ROY dalam mempercepatkan kelulusan permohonan-permohonan yang dibuat oleh persatuan-persatuan yang berkenaan. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya melihat apa yang dirancang oleh Kementerian Belia dan Sukan amat baik dan boleh membanggakanlah. Cumanya, soalan yang perlu ada dan bagaimana hala tuju sebab cadangan-cadangan yang baik itu kita akuilah baik. Namun begitu dalam masa yang sama kita berhadapan dengan isu remaja yang berhadapan dengan pelbagai kisah tersendirilah. Pedalamannya, di Ibu Kota dan sebagainya. Apakah pihak kementerian juga bersetuju mewujudkan kaunselor untuk golongan remaja ini? Sekarang ini dilaksanakan oleh pihak-pihak NGO contohnya, yang akhirnya menjadi tempat berteduh dengan remaja yang tidak dapat bersaing untuk kemajuan remaja tersebut. Jadi, bagaimana pandangan dan ketetapan pihak kementerian bagi mengatasi masalah sehingga baru-baru ini ada NGO yang sanggup mewujudkan tong-tong untuk menyimpan dari membuang bayi. Ini pandangan-pandangan mereka. Apakah itu dipersetujui oleh pihak kementerian dan bagaimana kementerian untuk bersama-sama supaya racun ini tidak merebak kepada agenda yang begitu baik, yang dirancang oleh pihak kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, kita ada kira-kira 12 juta orang di dalam bracket belia dalam negara kita iaitu lebih daripada 40%. Begitu besar sekali. Kemampuan satu kementerian untuk mengendalikan semua perkara sudah tentu terhad. Sebab itulah kita katakan apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Lenggong tadi dengan adanya jawatankuasa kabinet yang merangkumi 12 kementerian ialah pendekatan pelbagai kementerian. Malahan pada tahun ini, sambutan Hari Belia kita agak berbeza, di mana kita melibatkan semua kementerian. 31 Menteri-Menteri bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan terlibat dalam sambutan Hari Belia kerana kita melibatkan belia daripada pelbagai aspek, pelbagai ragam, pelbagai cara dan sebagainya yang akan diadakan pada tanggal 15 Mei yang akan datang.
Ini adalah merupakan pendekatan baru kita. Belia mestilah dilihat dan didekati bukan hanya daripada satu kementerian, Kementerian Belia dan Sukan. Akan tetapi adalah merupakan perkongsian bersama seluruh kerajaan dan juga pihak-pihak NGO dan sebagainya termasuk rakan-rakan daripada parti pembangkang dan sebagainya. Kita rasakan bahawa ini adalah tanggungjawab bersama. Jadi, sebab itulah kalau kita katakan tadi, kalau ada perkara yang negatif, kita mesti mengukur. Kalau pada hari itu, kita lihat daripada yang disebutkan lebih pada 10 juta orang belia, berapa ramai yang terlibat dengan gejala negatif? Apakah mereka itu majoriti atau pun hanyalah segelintir, minoriti. Cumanya, kita bimbang dan kita berkongsi kebimbangan sekiranya yang minoriti ini akan merebak menjadi majoriti pada satu ketika nanti. Ini juga kita berkongsi pandangan dengan rakan yang bertanya sebentar tadi. Lain-lain daripada itu, kita akan menyatakan bahawa ada berapa program yang lain. Walaupun kita tidak katakan bahawa kita menghentikan program- program di bawah kementerian seperti Program Tabung Ekonomi Belia dan sebagainya dan ini juga perkara yang perlu kita lihat. Apakah ianya sepatutnya menjadi core business kepada kementerian ini kerana kita juga ada program- program dari segi pembangunan usahawan, pembangunan ekonomi dan sebagainya oleh kementerian-kementerian lain. Seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dia ada Program Pembangunan Usahawan Tani mereka di bawah MITI. Dahulunya menanggung tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia dan sebagainya yang sepatutnya disalurkan kepada mereka, bukannya diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menguruskan dana yang kecil. Akhirnya tidak ramai yang dapat menikmatinya tetapi ramai yang marah kerana dana yang kecil, ramai yang memohon tetapi tidak dapat dan ada terasa pilih kasih di kalangan belia dan sebagainya. Ini juga perkara yang perlu kita lihat. Yang lainnya, saya ingin mengambil perhatian, pandangan daripada dua Ahli Yang Berhormat yang berkaitan dengan sukan. Pertama, bola sepak. Saya menerima juga keprihatinan daripada Yang Berhormat Kepong dan juga Yang Berhormat Bukit Gantang. Yang Berhormat Kepong membandingkan Malaysia dengan Korea. Korea dahulunya sama taraf dengan Malaysia dan Malaysia pernah lebih baik daripada Korea dan sekarang ini jauh meninggalkan kita. Kita bersetuju dan sebab itulah kita mesti melihat model pembangunan bola sepak negara tersebut. Kalau kita boleh ubah, ubah sekarang. Antara model yang besar dilaksanakan dalam negara tersebut ialah peranan bukan sahaja dimainkan oleh kerajaannya tetapi oleh syarikat-syarikat swasta. Kalau di Korea, pembangunan yang besar dimainkan oleh Daewoo, oleh Samsung, oleh Hyundai dan sebagainya. Akan tetapi, di negara kita ini peranan swasta adalah terlalu sedikit yang memberi bantuan seperti TM Net. RTM misalnya juga ada bantuan dari segi penyiaran dan sebagainya. Akan tetapi adalah terlalu sedikit daripada apa yang pernah diperolehi oleh FAM, oleh Persatuan Bola Sepak kita suatu ketika dahulu, di mana suatu ketika dahulu FAM mendapat dana yang kuat daripada syarikat-syarikat rokok. Akan tetapi, pada kali ini syarikat rokok telah tidak dibenarkan lagi. Maka, kita mesti mencari model baru. Sebab itulah apabila pasukan bola sepak bawah 23 tahun kita berjaya setelah 20 tahun dalam sejarah Sukan SEA, menggondol pingat emas di Laos baru-baru ini, ia telah memberi inspirasi baru kepada rakyat dan keyakinan baru.
Sebab itulah kami memohon daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan supaya difikirkan dana khusus bagi pembangunan bola sepak kita dan alhamdulillah peruntukan sebanyak RM10 juta diberikan untuk pembangunan bola sepak melalui Tabung Pembangunan Bola Sepak. Kita sudah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi melihat perkara ini. Kita telah berunding, mungkin dengan bantuan kelab-kelab pasukan bola sepak yang ternama untuk sama-sama mencari jalan bagaimana untuk menggerakkan satu program yang besar bagi pembangunan bola sepak kita. Akan tetapi, perlu diingatkan di sini bahawa RM10 juta adalah sedikit. Kalau kita bandingkan dengan negara-negara lain, keupayaan sebenarnya untuk menganjurkan liga di semua peringkat. Dahulu kita pernah ingat liga di peringkat kampung, peringkat daerah, peringkat negeri. Sekarang sudah tidak ada. Kesemuanya sebenarnya memerlukan lebih daripada RM50 juta tetapi suntikan daripada kerajaan sekurang- kurangnya membolehkan kita menggerakkan sesuatu selepas ini. Izinkan pihak kami mengambil sedikit masa untuk membuahkan beberapa keputusan kerana kalau keputusan yang baik sebagaimana yang di buahkan di Sukan SEA baru-baru ini, ia akan melonjakkan lagi semangat rakyat Malaysia untuk turut membantu bola sepak kita di masa akan datang. Terima kasih.
Yang Berhormat Kepong bangun Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Mudah- mudahan langkah yang diambil oleh Yang Berhormat dapat dijayakanlah. Akan tetapi saya hendak tahu sekarang ini peminat-peminat bola sepak di Malaysia ini, mereka bukan berminat dengan pasukan kita. Manchester United, Liverpool termasuk Park Ji Sung lah itu. Ini yang berlaku. [Ketawa] Mengapa? Memang macam itu. Yang Berhormat Padang Besar pun tahu. Saya dengar daripada situ tadi.
Yang Berhormat mengapa tradisi kita dahulu dengan bantuan daripada syarikat bukan sahaja syarikat tembakau itu, syarikat-syarikat lain – sampai ke kampung dan sebagainya, mengapa tradisi ini diputuskan? Adakah masalah organisasi bola sepak di negara ini timbul sebagai halangan yang besar? Bolehkah Yang Berhormat ceritakan apakah organisasi daripada kampung, daripada daerah, daripada negeri sampai ke pusat. Apakah organisasi itu dan di FAM sekarang, adakah ini sejajar dengan hasrat kita untuk memodenkan bola sepak di Malaysia.
Ya, kalau kita hendak ambil model di Korea ataupun di Britain, di England misalnya yang begitu maju sekali, model mereka, mereka melihat sukan itu sebagai industri dan bola sepak itu merupakan industri yang terbesar. EPL misalnya adalah sebuah syarikat besar di mana 20 kelab-kelab itu adalah pemegang sahamnya, kerajaan tidak membantu malahan kerajaan dapat cukai daripada keuntungan yang mereka peroleh. Bukannya kerajaan beri duit tetapi mereka berikan kepada kerajaan. Tapi apakah kita bersedia sekarang ni di mana kita tidak bantu apa-apa dan hanya menunggu cukai daripada kutipan? Belum tahu sebab fikiran dan budaya masyarakat kita masih mengharapkan bahawa segala-galanya percuma dan segala-galanya datang daripada kerajaan. Jadi ini juga model yang mesti kita fikirkan untuk pembangunan bola sepak dan sukan keseluruhannya, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berminat sungguh mengenai apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi dan juga saya hendak sambung soalan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Kepong tadi. Hari ini kita tengok di kebanyakan sekolah rendah mungkin tidak ada tanah, tidak ada kawasan, padang-padang bola di sekolah sudah tidak ada, oleh sebab kita memerlukan tambahan sekolah maka padang sekolah itu telah jadi tapak bangunan. Saya ada tanya soalan dalam Dewan ini secara bertulis, jawabnya standard, tidak ada tanah maka terpaksa. Jadi saya hendak tanya banyak bangunan sekolah ini direka bentuk oleh JKR, jadi kalau tidak ada tanah kenapakah tidak high-rise, banyak sekolah seperti sekolah cina dalam bandar pun high-rise, tambah sikit belanja. Kenapa standard design kalau begitu sahaja, yang lain tidak boleh. Jadi kalau dah sekolah itu hanya untuk buat di atas tanah sahaja, memang padang tidak cukuplah. Jadi adakah Yang Berhormat mahu melihat dan intervene invite intervention dengan JKR, dan juga Kementerian Pendidikan kerana pemain-pemain bola bukan sahaja bola tapi banyak lagi permainan lain yang hari ini persatuan-persatuan sukan ini tidak ada grass roots, pemain bola sepak, pemain ragbi, pemain tenis datang dari grass root. Jadi kalau grass rootsnya tidak ada dan juga di banyak negeri juga tidak ada lagi AAA, dipanggil sukan tahunan iaitu Amateur Athletic Association. Dahulu setiap negeri ada annual eventnya, hari ini sudah tidak ada. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat merasai perlu intervention daripada Kementerian Belia dan Sukan ini dan juga Kementerian Pendidikan bersama JKR supaya pemikiran itu dirombak semula untuk menjaga padang-padang permainan, terima kasih.
Berkaitan ya? Semua kaki bola ini. [Ketawa]
Berkaitan tapi bukan dari segi spesifik untuk bola sahaja. Cuma Yang Berhormat Menteri sebutkan tentang inisiatif-inisiatif termasuk untuk mengadakan dana yang dihadapi oleh persatuan- persatuan bola sepak dan juga sukan-sukan yang lain. Kita tahu memang inisiatif ini dibawa dari banyak sudut, bukan hanya tertumpu kepada bola sepak sahaja. Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri mengatakan golf juga adalah satu jenis sukan yang berpotensi untuk mendatangkan pingat pada negara. Saya rasa satu inisiatif yang terbaik setakat ini diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, Perdana Menteri secara mengejut sebagai inisiatif mengejut menyatakan inisiatif untuk mengecualikan cukai keseluruhannya kepada peralatan yang berkaitan dengan golf iaitu kereta buggy. So, pengecualian cukai mengejut ini memang membayangkan bahawa kita hendak serta-merta mempertingkatkan aktiviti sukan golf ini dan saya rasa pihak Menteri atau kementerian memang berbincang dan menyokong kepada inisiatif ini untuk membawa kepada pencapaian yang lebih baik dalam bidang golf. Walau bagaimanapun Yang Berhormat Menteri melahirkan rasa tidak kecukupan tadi dari segi dana dan sebagainya, dan elemen pengecualian cukai ini sepatutnya dilihat sebagai elemen untuk meraih dana baik untuk bola sepak, golf atau sukan-sukan lain, bukan hanya tertumpu untuk memberi inisiatif mengejut begitu sebagai penggalak kepada aktiviti sukan terutama yang disebut terbarunya ialah golf. Saya harap Kementerian Belia dan Sukan di bawah Yang Berhormat juga memikirkan bahawa inisiatif cukai ini boleh dipanjangkan kepada bidang bola sepak, kerana bola sepak ini bidang yang agak lama.
Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Menteri, oleh sebab golf ini satu benda baru, saya pun tidak pernah bermain golf, saya tidak berminat dengan golf tapi ada satu pengecualian ataupun layanan yang teramat istimewa diberi kepada golf iaitu satu badan berkanun yang diletakkan di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri iaitu selain daripada Majlis Sukan Negara, Perbadanan Stadium Merdeka, ada satu lagi Perbadanan Padang Golf Subang yang mana saya rasa layanan yang diberi sungguh istimewa. Perbadanan Padang Golf Subang ini dikecualikan daripada memberi atau membuat laporan audit daripada tahun 1968 sehingga tahun 1999, hampir 30 tahun dikecualikan, perbadanan yang menjaga padang golf Subang ini dikecualikan daripada mengemukakan laporan audit. Agak istimewa ataupun kelainan yang luar biasa diberi kepada bidang ini, sukan ini termasuk satu padang golf. Tidak cukup kita beri pengecualian mengejut kepada peralatan yang bersangkutan dengan permainan golf ini, kita beri pula satu pengecualian sampai 30 tahun daripada mengemukakan laporan audit. Agak ada sesuatu yang barangkali Yang Berhormat Menteri hendak jelaskan pada Dewan ini, kenapa layanan yang begitu istimewa kepada sukan yang sebenarnya tidak dapat dirakyatkan kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan belia yang sudah tentu tidak mampu menjadi – menganggotai kelab-kelab dan sebagainya terutama kelab-kelab golf, terima kasih.
Saya rasa mungkin Yang Berhormat ini agak ketinggalan zaman. Dahulu orang menganggap golf ini untuk orang putih sahaja, tiba-tiba Tiger Woods menang baru sedar orang kulit hitam pun boleh. Dahulu orang ingat tenis ini untuk orang-orang elit sahaja, salah itu. Sebenarnya golf adalah satu bidang yang kita rasakan bahawa ada kemampuan orang yang bersaiz seperti orang Asia ini untuk maju, ini ditunjukkan oleh Korea misalnya, sekarang ini antara nama-nama yang besar daripada Korea, dari Thailand bukannya orang Korea, orang Thailand yang terdiri daripada orang- orang kaya dan sebagainya. Siapakah Thongchai Jaidee, hanya bekas seorang tentera sahaja, sekarang ini dihormati dunia kerana golfnya. Seorang anak muda berusia 18 tahun dari Korea baru-baru ini menjuarai juara Malaysian Open dan beliau sudah menjadi jutawan kerana ini adalah satu bidang yang dilihat perkara yang boleh dirakyatkan sekarang ini. Misalnya golf itu diajar di negara-negara lain seperti di Amerika di peringkat sekolah, umur lapan tahun bukan sahaja dari segi skil golf itu tetapi dari segi nilainya. Misalnya dikatakan golf berbeza dengan permainan lain, permainan lain seseorang itu dianggap bersalah sekiranya referee ataupun pengadil kata salah.
Golf ialah tentang diri dia. Menghormati kawan, menghormati lawan dan sebagainya ialah nilai yang dibina sebahagian daripada pendidikan dan sebagainya. Saya tidak mahu memperincikan fasal isu PGNS. PGNS ialah isu yang agak complicated di sini, yang agak rumit di sini dan ia tidak ditimbulkan awal sewaktu perbahasan dahulu. Saya rasa tidak wajar saya untuk saya menjawab secara detail di sini. Ia akan membabitkan... [Disampuk]
Saya cuma hendak mendapatkan pengesahan sahaja.
[Bangun]
No, tidak ada.
Betul tidak kedudukan di sini?
Tidak ada satu persatuan yang dikecualikan. Itu tidak benar sama sekali dan itu saya kira adalah...
Yang Berhormat Menteri, saya mohon menunjukkan kepada Dewan ini Laporan Ketua Audit Negara – Badan- badan Berkanun Persekutuan Tahun 2008. Dengan terang menyatakan bahawa pengecualian telah diberikan kepada Perbadanan Padang Golf Subang seperti yang saya nyatakan...
Ya, dalam konteks yang berbeza. Dalam konteks yang berbeza. Pengecualiannya kerana ada isu yang rumit di sana kerana ia bukanlah sebuah kelab yang sama dengan kelab-kelab yang lain. Bukan dalam konteks yang dimaksudkan ini adalah sukan elit, yang dikecualikan daripada... Ini adalah merupakan satu isu yang berbeza sama sekali yang sepatutnya ditimbulkan dahulu dan saya tidak mahu...
Saya tidak membuat...
Membuka perkara ini pada waktu sekarang. Saya tidak mahu membuka pada waktu sekarang kerana ia membabitkan soal isu yang berbeza.
Yang Berhormat Menteri.
Bersifat adil kepada Yang Berhormat Menteri di dalam Dewan, saya bersetuju kerana perkara ini saya tidak timbulkan lebih awal. Cuma saya hendak mendapatkan pengesahan sahaja tentang isu 30 tahun pengecualian untuk mengemukakan Laporan Audit. Itu sahaja.
Minta izin.
Yang Berhormat Menteri.
Mungkin itu patut tanya pihak Auditlah... Ini bukan di bawah kuasa kementerian saya untuk berkata demikian.
Minta izin.
Ya,saya.
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab kelab ini ataupun perbadanan ini.
Bola... [Ketawa]
Sebenarnya Yang Berhormat, saya merupakan...
Bola, bola.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Kemungkinan Yang Berhormat dan juga pihak kementerian akan memeriksa tempoh hayatnya dan pelantikan lembaga pengarahnya. Tempoh hayatnya telah habis pada satu ketika dan tidak dilantik orang yang baru. Maka perbadanan itu dorman. Saya percaya pengecualian itu diputuskan oleh sebab keadaan berkenaan. Jadi kemungkinan pihak kementerian dapat memberi penjelasan yang lebih baiklah. Terima kasih.
No, saya boleh menjelaskan perkara ini kerana ia juga telah dibawa ke Kabinet dan sebagainya dan sejarah Kelab Golf
Negara di Subang itu berbeza dengan kelab-kelab lain. Ia ada sejarah tersendiri berbeza dengan tempat-tempat lain dan ini tidak ada kaitan dengan sama dengan kelab-kelab yang lain yang dibina secara swasta dan ini adalah merupakan sejarah waktu Tuanku Abdul Rahman baru untuk memperkenalkan satu cara hidup yang sihat di kalangan kakitangan kerajaan. Sebahagiannya supaya selain daripada bekerja, sewaktu bertugas mereka perlu bersosial dan sebagainya. Maka kelab itu ditubuhkan. Tanah itu adalah tanah kerajaan sehingga sekarang dan ada objektif-objektif yang tertentu dan terdapat ada masalah antara pihak kerajaan dan kemudiannya dengan jawatankuasa yang mengendalikan kelab tersebut dan ia agak rumit dan tidak boleh saya huraikan sekarang kerana ia adalah luar daripada skop asal. Saya tidak mahu engage dengan perbahasan yang bertujuan melihat perkara ini secara negatif seolah-olah ini dikaitkan dengan sukan yang elit. Saya rasa patut dalam soal yang disebutkan pengecualian bagi dan sebagainya adalah merupakan satu perkara yang positif yang kita lihat kerana pada waktu itu Menteri Kewangan dahulu pada waktu itu menganggap ini adalah sukan elit. Akan tetapi sekarang ini sudah tidak dilihat sebagai sukan elit lagi. Jadi Yang Berhormat...
Yang Berhormat Menteri, sebelum...
Tuan Yang di-Pertua, saya akan terus cuba menjawab apa yang telah dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat Padang Besar dahulu lagi.
Ya, kemudian, kemudian Yang Berhormat...
Sebelum saya terleka dengan perkara lain, lebih baik saya menyentuh apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Besar khususnya berkaitan dengan soal bola sepak sebentar tadi. Saya bersetuju dengan pandangan dan kita akan kemukakan dalam Jawatankuasa Bersama Pembangunan Sukan antara tiga kementerian iaitu KBS, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran tentang perlunya padang-padang bola dan sebagainya. Kita akui bahawa padang bola adalah merupakan satu infrastruktur yang sangat penting di sekolah dan sekarang ini banyak sekolah atas desakan tanah dan sebagainya tidak ada padang bola lagi. Ia adalah perkara yang juga diakui oleh kementerian yang berkenaan.
Yang Berhormat Menteri...
Namun begitu, kita perlu tengok bahawa dalam dunia yang lebih kompetitif sekarang ini, segala-galanya sudah menjadi saintifik. Kalau kita bandingkan dahulu dengan sekarang adalah berbeza. Satunya kenapa orang tengok EPL, Manchester United, Liverpool dan sebagainya – Dahulu tidak ada siaran yang tunjuk secara live. Dahulu, kalau kita bergantung hanya kepada dua saluran sahaja – TV1, TV2, RTM1, RTM2. Sekarang kita ada beratus-ratus channel. Di Astro sahaja sekarang ini, ada lapan saluran sukan. Sekarang ini konsepnya sudah menjadi purist katanya. Kalau orang hendak tengok sukan pula, dia tidak mahu sukan satu saluran yang umum. golf-golf, bola sepak – bola sepak, kriket – kriket dan sebagainya. Itu satu perkara yang berbeza. Cuma sekarang ini sudah melangkah kepada satu era yang...
Yang Berhormat Menteri, laluan sikit...
Ya..
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat..
Sikit sahaja, pasal bola, boleh?
Boleh saya habiskan, dikaitkan dengan...
Tidak, tidak disambung sekalilah. Fasal bola.
Okey.
Okey terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan bola sepak ini. Jadi terima kasihlah atas sokongan dan kejayaan pingat emas yang lalu. Persoalan yang saya dapat bersama dengan pemain khususnya pemain Kedah, untuk kuatkan, saya merujuk kepada Lembaga Disiplin dan Tatatertib FAM. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, tindakan disiplin, kita akuilah emosi pemain dan sebagainya. Cuma jurulatih bola sepak, goal keeper Kedah digantung sebanyak 12 games dengan denda RM8,000. Cuba Yang Berhormat Menteri boleh tengok bagaimana 12 games ini – 2 bulan, 3 bulan. Bukan sekadar tidak boleh masuk dalam bilik persalinan, dalam padang, 12 qames – RM8,000. Kemudiannya pemain yang sama juga dikenakan tindakan kad merah. Ini untuk perhatian Yang Berhormat Menteri. Selalunya kad merah, dua games lah. Kemudian semalam main aksi di FA di Terengganu, mungkin negeri Yang Berhormat Menteri. Dia didenda dan dimaklumkan didenda dengan RM4,000 kemudian tujuh games. Jadi saya rasa, kalau ini Lembaga Disiplin mesti melihatlah keberkesanan kepada team, pasukan, kepada gajinya. Jadi, kalaulah Lembaga Disiplin FAM begitu keras sekali, saya rasa ia akan menjejaskan harapan Yang Berhormat Menteri untuk melahirkan pemain bola sepak. Kita akuilah emosi dan sebagainya cuma denda yang agak keterlaluanlah. Gaji pun tidak sampai RM7,000, denda sampai RM7,000 – 12 games. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri boleh campur tanganlah hal-hal ini supaya tidak menjejaskan semangat yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Menteri itu sendiri. Terima kasih.
Saya rasa Dewan yang mulia ini bukanlah tempat rujukan soal disiplin pemain dan pihak pemain ada saluran-saluran yang tertentu. Dia ada tempat untuk rayuan, merayu, boleh merayu dalam sistem bola sepak itu sendiri, merayu kepada pihak majlis...
Yang Berhormat Menteri, tanpa rayuan. Tidak bagi rayuan, tanpa rayuan. 12 games – RM8,000, tanpa rayuan. Saya minta Yang Berhormat menteri campur tanganlah, bantu, bantu..
Saya rasa apa pun ada rayuan dalam soal ini. Jadi saya rasa ini terlalu spesifik di sini. Cuma satu perkara yang saya beritahu dan kaitan dengan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Besar dengan Yang Berhormat Kepong misalnya. Banyak negara, mereka sudah tidak bergantung pada sekolah sahaja lagi. Mereka, kalau bola sepak, mereka ada akademi bola sepak. Misalnya saya sebutkan ada beberapa akademi di Britain.
Mereka tidak bercakap bergantung kepada – Di England itu sendiri, dia bergantung pada sekolah yang melahirkannya. Akan tetapi di setiap komunitinya ada akademi yang dikendalikan oleh setiap team yang menyertai EPL. Dua puluh itu dia mesti ada peranan community service. Misalnya kita pergi mengunjungi Akademi Bola Sepak Everton misalnya yang dipanggil – Ia tidak dipanggil akademi, ia dipanggil Finch Farm. Ertinya untuk menternak pemain sebagai farming. Mereka tidak bercakap ada satu padang bola, atau dua padang bola, tiga padang bola, 28 padang bola, keluasan tanah 40 ekar misalnya. Jadi pendekatan ini sudah totally atau pun keseluruhannya berbeza dengan kita mengharapkan satu padang bola ataupun satu tempat ada dua, tiga padang bola melahirkan pemain yang baik. Ini saingan kita sampai begitu sekali.
Jadi saya bersetuju kalau satu pun sudah tidak ada, bagaimana untuk kita melahirkan yang lebih kerana orang sudah boleh bercakap bahawa 28 padang bola di satu tempat untuk melahirkan pemain dan sebagainya. Jadi ini semua memerlukan satu pendekatan yang sangat berbeza selepas ini. Tuan Yang di- Pertua, saya rasa akhir sekali saya hendak sentuh tentang...
[Bangun]
Kepong bangun itu.
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan lagi kerana Yang Berhormat belum lagi menerangkan mengenai organisasi kita. Bukan sahaja dari segi FAM ataupun perlu akademi seperti Akademi Badminton kita ada. Kemaman saya tengok dia memang sibuk dengan badminton kerana badminton kita mencapai tahap yang tinggi. Akan tetapi bola sepak ini yang paling popular. Di negara ini paling popular lagi. Di Kepong saya ingat ada dua padang sahaja, tidak cukup, memang tidak cukup. Maksud saya, daripada organisasi itu, FAM misalnya, apakah masalahnya? Saya nampak tidak begitu berkesanlah dan kepercayaan kepada FAM pun kurang. Apa masalahnya? Saya hendak jawapan, kalau bolehlah.
Apakah saya hendak gunakan ini forum untuk selesaikan satu-satu masalah. Akan tetapi kita lihat juga kejayaan. Perubahan telah berlaku. Kalau dahulu 20 tahun kita dapat tahu satu pasukan kita yang boleh menang dalam Sukan SEA. Bukan mudah dahulunya, sehinggakan Thailand, saya ingat lagi apabila kita menang, akhbar-akhbar di sana tidak boleh menerima kekalahan walaupun mereka mendapat pingat emas yang terbanyak dalam Sukan SEA tetapi merasakan seperti mereka kalah Sukan SEA kerana kalah bola sepak dan mereka menawarkan untuk mengundang kita sekali lagi untuk pergi for return match, perlawanan kedua yang sepatutnya diadakan pada 27 Mac, beberapa hari yang lepas tetapi dibatalkan kerana keadaan yang berlaku di sana. Ini kerana mereka tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia sudah lebih kuat daripada mereka dan mereka hendak tunjukkan bahawa dahulu bukannya satu kesilapan tetapi sebenarnya mereka lebih kuat dan sebagainya. Ini satu pengiktirafan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Sekurang-kurangnya kita katakan kalau ada lemah dan sebagainya, mereka sudah mengeluarkan keputusan yang berbeza. Kalau hendak kata kebetulan sahaja pada waktu tersebut, semasa Sukan SEA dan sebagainya, tetapi berapa perlawanan yang kita lihat termasuk kelayakan Piala Asia walaupun kita kalah di Dubai, tetapi telah menunjukkan satu kebolehan yang lain daripada
sebelum ini. Beberapa program yang dibuat, saya rasa adalah sesuatu yang positif yang boleh kita katakan FAM juga bersedia untuk menunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelum ini. Kalau saya hendak huraikan, FAM dia ada persatuan-persatuan negeri, persatuan negeri ada masalah, ada orang katakan orang politik tetapi di Kelantan kalau dipegang oleh parti yang sama dengan kerajaan, tidak ke mana tetapi dipegang oleh orang UMNO, Kelantan jadi kuat misalnya. Jadi tidak semestinya kita boleh simpulkan kerana ada orang politik tidak baik...
Menteri, sikit sahaja.
...Yang dipegang oleh orang politik tidak baik dan sebagainya. Jadi saya rasa tidak boleh kita buat conclusion...
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
...Ataupun kesimpulan. Jadi saya rasa lebih baik saya akhirlah.
Ya.
Saya pergi kepada taekwando yang disebutkan oleh beberapa Yang Berhormat. Saya juga mempunyai pandangan dan keprihatinan tentang masalah persatuan taekwando dalam negara kita iaitu taekwando di bawah organisasi MTA, Malaysia Taekwando Association. Kita tahu bahawa ianya melibatkan atlet, melibatkan pelajar-pelajar sekolah, melibatkan mereka di angkatan tentera, di universiti dan sebagainya. Oleh sebab itulah kita merasakan sepatutnya rakan-rakan yang menjadi pemimpin MTA, sepatutnya menerima konsep keputusan kolektif yang telah dibuat oleh mereka sendiri yang sebelum ini telah memberikan mandat kepada satu jawatankuasa ad hoc yang mereka bersetuju dan mereka menghantar wakil mereka ke situ dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku dan kemelutnya adalah berpanjangan. Sejak tahun 2005, ada masalah tahun 2006, 2007, ia dibatalkan, pergi ke mahkamah, ada ad hoc, patah balik dan sebagainya sehinggakan pada awal tahun lepas dipersetujui untuk ditubuhkan satu jawatankuasa ad hoc untuk mencadangkan, untuk memberikan satu Perlembagaan baru kepada mereka dan jawatankuasa ad hoc itu diwakili oleh wakil-wakil mereka juga. Akan tetapi baru-baru ini malangnya keputusan ataupun cadangan yang telah diberikan oleh jawatankuasa ad hoc ini mereka tolak dengan kesedaran bahawa penolakan cadangan tersebut, ia akan mengakibatkan bahawa MTA, Malaysia Taekwando Associaton akan dibatalkan keseluruhannya dan penggantungan ini bukanlah satu perkara baru tetapi pernah dibuat sebelum ini. Ini kerana ia dianggapkan bahawa Perlembagaan lama dan sebagainya, perbalahan yang lama dan sebagainya tidak boleh membantu dari segi pembangunan sukan taekwando dalam negara kita. Jadi saya kira mereka sepatutnya sedar pada waktu mereka berhadapan dalam satu Mesyuarat Agong Khas antara mereka untuk menerima atau menolak cadangan yang telah dikemukakan oleh jawatankuasa ad hoc. Penolakan bermakna mereka akan membatalkan. Mereka memilih untuk menolak dan akibatnya inilah yang akan berlaku sekarang. Akan tetapi saya difahamkan bahawa sekarang ini - bukan saya difahamkan tetapi saya sedar bahawa satu persatuan baru iaitu dinamakan Taekwando Malaysia yang dipimpin oleh Presiden MOM sebagai jawatankuasa penaja sudah pun ditubuhkan dan sudah pun disertai oleh banyak persatuan yang dahulunya di bawah MTA termasuk kelab-kelab dan
sebagainya, termasuk daripada negeri-negeri dan TM ataupun Taekwando Malaysia adalah satu organisasi baru yang mendapat pengiktirafan daripada WTF iaitu World Taekwando Federation yang membolehkan persatuan baru ini untuk menghantar atlet-atlet mereka untuk bertanding di peringkat Sukan SEA, Sukan Asia dan sukan-sukan yang lebih tinggi daripada itu. Saya mengharapkan bahawa kekusutan ini akan dapat diselesaikan. Kalau tidak, kalau saya membuat satu keputusan yang bertentangan dengan jawatankuasa ad hoc yang mereka sendiri setuju sebelum ini, pandangan- pandangan yang diberikan, saya rasa adalah tidak wajar untuk saya menolak apa yang telah diputuskan oleh jawatankuasa yang mereka bersetuju sendiri untuk ditubuhkan dan ianya tidak memberikan satu gambaran yang baik kalau saya tidak menerima pandangan yang telah dibuat oleh mereka sendiri. Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua.
Laluan sekejap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sangat menyokonglah menteri yang begitu prihatin dan cumanya Yang Berhormat Menteri saya mintalah sebabnya saya diberi maklum supaya bukanlah sepengetahuan saya bukanlah MTA ini tidak bersetuju, cuma ada tiga artikel sahaja yang dimohon oleh MTA. Itu sahaja tiga artikel tetapi dalam mesyuarat ad hoc itu saya difahamkan terlalu keras. Jadi atas kebijaksanaan menteri supaya MTA ini, saya rasanya dalam pergantungan, cumanya kita tidak payah mansuh sebagaimana yang disebutkan oleh pesuruhjaya sukan di mana mereka boleh menubuhkan dan melaksanakan tugas sebagai kumpulan individu. Dalam MTA yang bergabung dengan TM ini, MTA tidak masuk, ATM tidak masuk dan juga MASUM tidak masuk. Jadi ini pun kita kedengaran dan kita haraplah kebijaksanaan menteri dapat menyelesaikan kerana di dalam MTA kebanyakan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah banyak berada di dalam MTA ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat menghargai keprihatinan Yang Berhormat Setiu sebentar tadi. Sebenarnya sepatutnya proses untuk menentukan bahagian mana atau fasa-fasa mana yang perlu diperbaiki dan sebagainya patut diselesaikan di peringkat jawatankuasa ad hoc di mana wakil daripada semua pihak yang berbalah ada di sana, kalau bertelagah di sana.
Akan tetapi kalau telah dipersetujui di peringkat jawatankuasa ad-hoc dan dibawa ke sini, sepatutnya mereka menerima konsep collective decision yang dibuat di peringkat itu. Keputusan kolektif yang dibuat di peringkat itu. Itu pandangan saya pada waktu sekarang ini. Apabila mereka tahu bahawa kalau mereka menolak atas alasan-alasan apa sekalipun, kesannya adalah begini. Namun saya sendiri berjumpa dengan mereka dan mereka katakan tidak, kami tidak menolak. Saya tanya sewaktu mengundi bagaimana? Akhirnya mereka setuju waktu itu bahawa mereka menolak. Mereka menolak bermakna ia telah memberikan implikasi sebagaimana yang ada sekarang ini. Yang keduanya tentang soal angkatan tentera tidak mengundi dan juga MASUM ataupun Majlis Sukan Universiti tidak masuk, kerana kedua-dua pertubuhan ini tidak didaftarkan di bawah persatuan sukan. Saya bimbang sekiranya pada waktu itu mereka berpendapat sekiranya mereka duduk dalam pengundian, daripada persatuan yang bukannya persatuan sukan akan timbul isu lain dari soal sah atau tidak sah, kerana pada waktu itu kedua-dua persatuan itu
tidak mendapat pengecualian daripada kementerian ataupun daripada pihak Pesuruhjaya Sukan untuk membolehkan mereka mengundi. Namun sekarang ini, di bawah TM ataupun Tekwando Malaysia, mereka boleh untuk mengundi dan mendapat pengecualian sebagaimana yang mereka kehendaki. Sekarang ini, untuk pengetahuan Yang Berhormat, sudah banyak. Hampir semua negeri sudah pun menyertai Tekwando Malaysia kerana ini adalah merupakan satu badan baru yang sudah pun diiktiraf oleh WTF. Bayangkan sekiranya dibenarkan satu pertubuhan lain yang sudah dibatalkan dan hidup, WTF tidak iktiraf dia, bagaimana? Ia akan timbul masalah yang baru. Inilah saya rasakan bahawa kemelut ini adalah satu kemelut yang berpanjangan. Kalau saya hendak bacakan kronologinya, ada sembilan muka kronologinya. Yang kita tahu cuma di peringkat hujung. Penghujung daripada masalah tersebut. Saya percaya bahawa kebijaksanaan yang telah diambil oleh jawatankuasa ad-hoc yang telah dilantik oleh mereka bersama melalui proses Aku Janji dan sebagainya, sepatutnya dipatuhi dan dipersetujui pada peringkat itu. Jadi sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua.
Yang Berhormat Menteri, jelas sedikit. Sikit, sikit.
Yang Berhormat Menteri, boleh kasi....
Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.
Tentang masalah belia. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya. Dalam satu kenyataan yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2006 menyatakan dalam golongan belia yang tercicir selepas berhenti sekolah.
Yang Berhormat, ini perkara barulah, Yang Berhormat.
Tidak, bukan.
Perkara baru, perkara baru.
Akhir sekali. Ini ada kena-mengena dengan Kementerian Belia dan Sukan. Tidak ada. Tidak apa. Ini last sekali. Sebanyak 30% daripadanya tidak melanjutkan pelajaran mereka selepas PMR. Sejauh mana usaha kementerian memberikan pertolongan kepada golongan remaja ini. Adakah kajian telah dibuat tentang masalah ini?
Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan Tekwando ini.
Saya rasa silakan. Ini perkara barulah.
Saya juga bersama-sama rakan-rakan Tenggara dan beberapa lagi menyebut tentang perkara ini. Namun kita bukan memihak kepada mana-mana. Cuma kita mengambil apa yang disebut oleh Titah Tuanku tentang bagaimana sukan boleh mewujudkan bidang perniagaan baru dan juga memberikan peluang-peluang kerjaya yang lain. Tentunya dalam keadaan kita hendak mengangkat sukan ini sebagai satu perkara yang boleh menaikkan imej negara, dalam waktu yang sama
kita harap tidak ada berlaku isu-isu yang boleh menjejaskan masa depan dan imej yang tidak baik kepada negara. Sebab itu apa yang disebut sebelum ini dan yang saya sebut sendiri dan saya harapkan atas komitmen kekuatan dan juga iltizam Yang Berhormat Menteri untuk menyelesaikan beberapa perkara yang bersangkutan dengan pertubuhan- pertubuhan sukan yang mempunyai masalah. K kita erana kebimbangan kita jika perkara ini tidak selesai, maka badan-badan sukan mengambil tindakan membawa kes ke mahkamah dan sebagainya. Ia akan menjejaskan kerajaan dan juga menjejaskan Pesuruhjaya Sukan dan kementerian sendiri. Sebab itu harapan kita ialah supaya komitmen dan kekuatan yang ada pada kementerian dan juga Yang Berhormat Menteri untuk mengambil jalan bagaimana menyelesaikan semua isu sukan ini supaya imej sukan negara akan tetap terpelihara dan dijaga dengan baik.
Terima kasih. Saya percaya bahawa dengan penubuhan satu badan baru, Tekwando Malaysia yang telah pun diiktiraf oleh WTF yang sekarang ini telah disetujui, disertai oleh persatuan daripada Perlis, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang setuju secara prinsip, tunggu AGM mereka, Wilayah Persekutuan secara prinsip bersetuju tetapi perlu mendapatkan persetujuan AGM Kelantan. Yang Terengganu belum ada kenyataan lagi. Kemudiannya persatuan negeri daripada Kedah, Sarawak, Sabah, WP Putrajaya, Johor, Premier Clubs ada 20 dan persatuan-persatuan kecil yang lain ada 37 buah sudah pun bersetuju untuk menyertai TM baru ini. Cuma masalahnya dia kena tukar logo dan sebagainya. Sedikit di sini dan saya percaya kalau MASUM, angkatan tentera dan sebagainya menyertai, saya percaya dalam masa yang singkat ia dapat diselesaikan dan kita kena tahu bahawa Tekwando ini masalahnya bukan sekarang dan bukan negara kita. Dia ada kaitan dengan Korea Utara, Korea Selatan, dia ada juga masalah dalam persatuan tekwando. Sebab itu ada ITF, ada WTF. Itu di peringkat antarabangsa. ITF dia ada sistem sendiri. Tidak mahu pergi ke Olimpik. Dia tidak pedulikan tentang Olimpik. Dia ada kejohanan sendiri. Begitu juga GTF dan sebagainya. Jadi kalau di dalam negara kita ada masalah mereka sendiri, kadangkalanya kita kena memahami ada beberapa perkara yang dikaitkan dengan mungkin ada pengaruh-pengaruh yang tertentu dari segi apa yang berlaku di peringkat antarabangsa. Ia juga ada kesannya di sini walaupun MTA ada sistem yang tersendiri dalam soal ini. Yang lainnya, saya percaya bahawa satu perkara yang besar dan saya bersetuju dan berkongsi dengan pandangan Yang Berhormat Lenggong tadi, bahawa sukan adalah satu gaya hidup yang mengajar kita untuk menjadi gentlemen. Sebab itu dikatakan sporting. Orang yang sporting bukan sahaja dalam sukan, tetapi dalam Parlimen misalnya. Sedia menerima kekalahan, menghormati lawan, menghormati kawan dan sebagainya. Bersifat mempunyai integriti yang tinggi, tidak berbohong, tidak duduk dalam kedudukan untuk kepentingan. Dia ada business lain bila dia berada di situ. Itu adalah merupakan prinsip asas yang sepatutnya ditunjukkan oleh persatuan- persatuan sukan itu sendiri. Saya setuju. Sekiranya persatuan-persatuan sukan itu dilaksanakan oleh mereka yang mempunyai sporting spirit, dengan izin, ataupun semangat kesukanan sebenar sebagaimana yang diajar ketika mereka di padang dan di gelanggang. Sudah tentu soal menerima kekalahan, menerima keputusan pengadil. Akan diterjemahkan dalam kehidupan mereka berpersatuan. Maka mudah. Namun yang lain itu mereka suruh terima keputusan pengadil. Akan tetapi kalau pengadilan itu dalam konteks persatuan, tidak kena dengan kehendak dia,
maka dia tidak ada semangat sporting, semangat kesukanan di situ. Inilah yang menjadi punca kenapa banyak persatuan sukan kita bermasalah. Ini juga perlukan satu reformasi dari segi pendidikan. Pemikiran dan transformasi dari segi budaya kita dalam mengendalikan sukan. Bukan dari segi skill ataupun bakat-bakat yang dibina tetapi gaya hidup, budaya dan cara berfikir dengan nilai-nilai kesukanan itu yang paling penting diterapkan dalam seluruh kehidupan kita. Sekian, terima kasih. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan dan menyentuh tentang beberapa isu yang berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia. Yang Berhormat Kinabatangan telah membangkitkan isu yang dihadapi oleh pekerja-pekerja daripada Sabah yang datang dan kerja di dalam Semenanjung khasnya isu daripada gaji, pembayaran gaji dan isu-isu penipuan oleh agensi-agensi pekerjaan. Kementerian telah sedar tentang masalah ini. Bukan sahaja oleh mereka yang datang ke Semenanjung, tetapi mereka yang pergi ke negeri-negeri lain seperti Singapura supaya mereka lebih sedar tentang kegiatan-kegiatan agensi pekerjaan supaya bantuan diterima daripada agensi- agensi yang telah diiktiraf dan kesedaran ini telah diberi kepada mereka melalui pelbagai jenis kempen. Kempen-kempen yang dibuat kepada ketua-ketua kampung, pegawai- pegawai dan melalui media massa supaya menerima bantuan dan sokongan cuma daripada agensi-agensi yang telah didaftar dengan Kementerian Sumber Manusia dan supaya kalau ada apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh agensi- agensi ini, kementerian melalui akta boleh mengambil tindakan ke atas agensi- agensi itu. Isu gaji minimum telah dibangkit oleh Yang Berhormat Kuala Langat dan...
Yang Berhormat beri laluan.
Nanti, beri saya jawab dahulu.
Soal...
Saya rasa saya teruskan lagi satu perkara Yang Berhormat.
Yang Berhormat sebentar Yang Berhormat.
Saya akan beri peluang selepas ini.
Ya, kemudian Yang Berhormat.
Kemudian saya akan beri peluang. Tentang gaji minimum dan gaji rendah yang diberi oleh beberapa majikan di dalam negara kita, kerajaan telah mengambil pelbagai jenis langkah untuk memastikan gaji yang lebih munasabah diberi. Baru-baru ini kita sedang dalam usaha untuk mendapat pandangan daripada rakyat jelata dan stakeholders di dalam hal ini untuk memberi pandangan bagi membantu kerajaan dalam usaha untuk membuat keputusan tentang pelaksanaan gaji minimum. Ini kerana ada pandangan-pandangan yang berbeza dalam hal ini. Ada mereka yang menyokong meletakkan satu gaji minimum manakala ada pihak yang lain yang memberikan pandangan berbeza. Oleh itu kerajaan sebelum membuat satu keputusan yang tepat di dalam hal ini, mesti mengambil kira segala implikasi daripadanya dan implikasi daripada melaksanakan gaji minimum supaya ia mendatangkan kebaikan kepada rakyat kita. Salah satu daripada langkah yang telah diambil ialah melalui Majlis Penetapan Gaji untuk satu sektor tertentu iaitu sektor pengawal keselamatan, di mana satu kajian telah dibuat dan kita berharap membuat pengumuman di dalam hal ini dalam beberapa bulan ini. Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada U-turn sedikit, soal pekerja-pekerja yang terpedaya oleh agen-agen yang mengiklankan dalam surat-surat khabar tempatan. Jadi Yang Berhormat sentuh soal kempen kepada Ketua Kampung itu, itu saya sendiri tidak tahu sebagai wakil rakyat. Saya rasa ini harus diperbetulkan sebab ini saya rasa kementerian atau jabatan guru dalam kes ini tidak buat begitu. Itu saya fikir kenyataan yang belum betul. Saya harap kementerian dapat melihat dan memantau segala iklan-iklan agen-agen ini yang mengambil kononnya pekerja-pekerja yang sedia ada di Singapura dan di Semenanjung itu. Jadi ramai antara belia-belia kita mengemis di Kuala Lumpur. Jadi ini telah pun diluahkan oleh sahabat-sahabat saya dari negeri Sabah. Saya harap kementerian dapat membantu terutama sekali belia-belia ini supaya mereka ini tidak terjerumus dengan gejala-gejala yang tidak diingini seperti dadah, masalah sosial dan sebagainya. Apakah tindakan yang sudah dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam soal ini?
Terima kasih Yang Berhormat. Apa yang saya sebut tentang taklimat yang diberi itu adalah memang betul. Daripada butiran yang kita ada, 700 orang Ketua Kampung di negeri Sabah - mungkin tidak memberitahu kepada Ahli-ahli Parlimen. Saya akan minta Jabatan Tenaga Kerja di negeri Sabah untuk melibatkan peranan Ahli Parlimen di dalam hal ini. Juga untuk bantu mereka yang ada di Semenanjung di mana baru-baru ini kita telah membaca beberapa berita tentang isu-isu yang dihadapi oleh mereka yang datang dari Sabah untuk cari kerja di Semenanjung. Baru-baru ini apa yang kementerian saya sudah buat ialah kita telah mengadakan kempen di tempat-tempat khusus seperti di Puduraya dan tempat- tempat di mana mereka berkumpul supaya dapat membantu mereka untuk mendapat kerja. Dalam usaha ini, dalam beberapa minggu ini kita telah membantu lebih daripada 20 orang daripada kumpulan itu untuk mendapat kerja di dalam beberapa majikan yang ada dan proses ini sedang diusahakan tiap-tiap minggu di kawasan-kawasan tertentu. Yang Berhormat Kuala Langat juga telah bangkit tentang isu perbezaan di dalam perjanjian bersama yang dibuat di antara MAS dan Kesatuan Pekerja- pekerja MAS tentang jumlah hari bersalin, faedah bersalin yang diberi kepada female ground crew dan cabin crew yang berbeza. Ini ialah satu perjanjian bersama yang telah disetujui oleh dua pihak iaitu Kesatuan Sekerja dan majikan.
Selepas itu di bawa kepada Mahkamah Persekutuan dan telah diperakukan di situ. Oleh itu, kementerian tidak mengambil apa-apa tindakan. Akan tetapi kalau ada perbezaan pandangan atau Kesatuan Sekerja tidak bersetuju dengan persetujuan ini, mereka mesti memberi pandangan mereka pada masa mereka mengiktiraf dan menerima perjanjian bersama supaya ada apa-apa perbezaan ini boleh diperbetulkan. Isu brain drain dan brain gain telah dibangkit oleh Yang Berhormat Labis dan Yang Berhormat Klang. Isu penghijrahan pekerja-pekerja dari satu negara ke satu negara yang lain adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan dan ia berlaku di semua negara kerana beberapa sebab yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah gaji lumayan yang ditawarkan di luar negara dan juga negara- negara tertentu. Kadang-kadang mereka pergi ke negara lain untuk mendapat pengalaman bekerja di luar negara khasnya selepas menamatkan pengajian mereka. Kadang-kadang ada yang mengikut suami atau isteri pergi ke negara- negara yang lain. Walaupun demikian, kerajaan telah mengambil pelbagai jenis langkah dan memberi beberapa kemudahan kepada mereka yang ingin datang balik ke negara kita melalui satu program yang telah dipanggil Program Menggalakkan Warganegara Malaysia Berkepakaran Yang Bekerja di Luar Negara Pulang ke Malaysia. Di antara keistimewaan dan insentif yang diberi kepada mereka ialah keistimewaan membawa dua buah kereta yang dibawa balik dikecualikan daripada duti import, duti eksais dan duti jualan, isteri atau suami dan anak mereka diberi taraf pemastautin tetap dalam tempoh enam bulan selepas balik ke Malaysia dan anak-anak pemohon yang sedia ada diberi kelonggaran memasuki sekolah- sekolah antarabangsa apabila kembali ke negara kita. So ini adalah sedikit daripada imbuhan yang diberi kepada mereka yang mahu datang balik ke negara kita selepas bekerja di negara yang lain. Yang Berhormat Rantau Panjang telah membangkitkan isu tentang...
Yang Berhormat.
Nanti, saya jawab soalan ini. Yang Berhormat Rantau Panjang telah membangkitkan isu tentang isu PERKESO di mana majikan tidak mendaftarkan pekerja mereka di bawah PERKESO. Ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja dan majikan-majikan ini boleh diambil tindakan di bawah akta. Kita selalu membuat pemantauan ke atas kawasan-kawasan tertentu untuk memastikan semua majikan mendaftar pekerja- pekerja mereka di bawah PERKESO seperti yang telah ditetapkan dalam akta. Salah satu isu yang dibangkitkan berkenaan dengan PERKESO ialah berkenaan dengan pemohon-pemohon yang mungkin memohon pencen ilat tidak mendapat pencen ilat kerana laporan doktor panel PERKESO tidak meluluskan permohonan ini. Segala keputusan untuk memberi pencen ilat dibuat asas kepada keputusan yang dibuat oleh jemaah doktor. Akta telah memutuskan bahawa keputusan oleh jemaah doktor dan jemaah doktor terdiri daripada tiga orang doktor dan salah satu daripada mereka ialah mempunyai kepakaran di dalam bidang yang berkaitan dengan pekerja itu. Oleh itu kita memberi keutamaan kepada...
Minta laluan.
Mohon laluan.
Nanti, nanti saya akan beri peluang.
Terima kasih.
Kita memberi keutamaan kepada keputusan doktor. Kalau seseorang pemohon tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat, akta memberi peluang untuk mereka untuk buat rayuan. Jemaah doktor rayuan akan membuat keputusan dan kalau kedua-dua pihak pun tidak membuat keputusan yang mereka tidak layak, mereka boleh menunggu sampai enam bulan lagi dan selepas itu mohon balik kepada jemaah doktor untuk membuat keputusan. Yang Berhormat Tangga Batu.
Bukan Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Padang Besar.
Yang Berhormat Tangga Batu dahulu.
Oh! Yang Berhormat Tangga Batu dahulu, okey.
Yang Berhormat Menteri laju sangat, saya takut tertinggal. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya balik kepada tajuk bagaimana kerajaan hari ini memberikan insentif kepada pakar-pakar kita di luar negara untuk pulang. Yang Berhormat Menteri, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memberikan saya satu komitmen tentang satu kes di mana anak kita, anak Malaysia yang mempunyai kepakaran, apabila di panggil pulang dan bekerja di sebuah syarikat multinasional ICI. Di sana anak kita ini telah diberhentikan kerja.
Saya mengkaji kes tersebut dan mendapati syarikat ini telah melakukan constructive dismissal kepada anak Malaysia ini yang mempunyai kepakaran. ICI di Nilai. Jadi Yang Berhormat Menteri boleh beri komitmen kepada saya untuk kementerian siasat perkara ini sedalam-dalamnya untuk memastikan tindakan- tindakan syarikat multinasional ini sekali gus boleh menafikan kemurahan hati kerajaan kita untuk memanggil anak-anak ini pulang dan bekerja di negara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam dua bulan yang lalu saya membaca surat khabar. Ini laporan akhbar. Seorang balu bernama Noraini Mohd Nor berumur 62 tahun. Suaminya meninggal 24 tahun yang lalu dan suaminya bernama Mohd Nor Hassan, di dalam akhbar. Selepas 24 tahun baru dia tahu bahawa suaminya boleh membuat tuntutan SOCSO. Jadi saya sendiri sebagai Ahli Parlimen juga sering cuba membantu orang-orang yang dahulunya menyumbang kepada SOCSO tetapi apabila mereka sudah berhenti mereka tidak tahu bahawa mereka menyumbang dahulu selama 24 bulan semasa mereka masih muda lagi. Apabila umur mereka sudah lewat kena accident pun mereka diizinkan, ada peruntukan untuk mereka membuat tuntutan. Saya terpaksa membawa orang yang pakar dalam bidang ini dan mereka dapat tuntutan. Maknanya apa yang dilaksanakan atau dasar-dasar yang diputuskan oleh PERKESO atau SOCSO, rakyat di bawah tidak tahu. Jadi saya hendak minta di sini Yang Berhormat Menteri, bukan saya hendak tanya soalan lagi, harus wujud satu cara penyampaian maklumat kepada semua yang terlibat. Kadang-kadang kita rasa kemungkinan PERKESO hendak cuba tidak mahu bayar, itu anggapan tetapi maklumat tidak sampai dan ada cara-cara dan ada juga rungutan di bawah kononnya ada doktor-doktor yang diarah jangan certify itu jangan certify ini supaya PERKESO tidak perlu bayar banyak sangat. Ini saya ingat Yang Berhormat Menteri sudah dengar. Terima kasih.
Untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Tangga Batu tentang kes-kes di mana penamatan kerja telah dibuat secara tidak adil dirujuk kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan dan selepas itu dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan dan akan mendapat keadilan yang sewajarnya melalui sistem yang ada. Untuk menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Rengas, sekarang apa yang kita buat di dalam, Padang Besar, saya minta maaf. Apa yang kita buat ialah untuk tiap-tiap pekerja yang mendaftar dengan PERKESO, mereka diberi sebuah buku garis panduan di mana segala program yang telah dilaksanakan oleh PERKESO dan cara-cara untuk membuat tuntutan di dalam keadaan-keadaan tertentu digariskan secara jelas. Kita beri kepada setiap seorang pekerja, ini dimulai baru-baru ini. Selain daripada itu pegawai-pegawai PERKESO sebenarnya pergi ke tempat majikan untuk memberi taklimat supaya kesedaran rakyat tentang apa-apa program dan keistimewaan serta kemudahan yang telah disediakan oleh PERKESO mereka boleh mendapat faedah daripadanya. Inilah salah satu usaha yang telah dibuat oleh PERKESO dan memang kerajaan bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa walaupun mereka membayar cagaran kepada PERKESO tetapi mereka mesti ada kesedaran tentang apa kemudahan yang disediakan bagi mereka mendapatkan faedah daripada itu dan manfaat dari apa yang disediakan.
Sedikit sahaja Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Itu petanda yang baik. Akan tetapi kepada mereka yang telah lama menyumbang dan sudah berhenti pun jadi mereka ini tidak lagi bekerja. Jikalau bekerja pun di tempat lain dan tidak lagi menyumbang. Adakah cara untuk menyampaikan maklumat ini? Oleh sebab mereka pernah mencarumkan wang mereka maka mereka dilayakkan buat tuntutan tetapi mereka tidak tahu bagaimana caranya kerana semasa mereka muda dahulu tidak ada maklumat.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita mengambil pandangan daripada Yang Berhormat dan tengok di dalam kes-kes ini bagaimana kita boleh menyediakan satu ruang untuk memberi bantuan kepada mereka. Ya, Yang Berhormat Tangga Batu.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju bahawa penyelesaian mahkamah ini merupakan cara terakhir tetapi dengan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kita meletakkan pencapaian sebagai perkara utama, rakyat didahulukan. Jika anak kita mengalami tekanan seperti ini sehingga masuk ke hospital dan sebagainya kita masih lagi hendak meletakkan perkara ini di mahkamah sebagai the last resort. Jadi apakah peranan kementerian? Apakah peranan jabatan? Di manakah pegawainya untuk menyiasat perkara ini supaya dapat dirasai ada pembelaan dari kementerian kepada mangsa ini Yang Berhormat?
Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum satu-satu kes sampai ke peringkat mahkamah terdapat beberapa peringkat sebelum ini. Selepas aduan diterima di peringkat jabatan pada mulanya mereka panggil kedua-dua pihak untuk siasat dan kita mempunyai apa yang dipanggil system ‘consolation’ di mana yang dibuat di peringkat negeri kemudiannya di peringkat pusat. Kalau semua ini sudah tidak mendapat satu pencapaian yang baik dalam usaha ini maka kita akan membuat keputusan untuk merujuk kes ini kepada Mahkamah Perusahaan untuk mendapatnya. Memang peranan yang
dimainkan oleh kementerian ada banyak peringkat sebelum habis di dalam peringkat Mahkamah Perusahaan, sistem sudah disediakan. Yang Berhormat Lenggong telah membangkitkan tentang masalah sosial yang timbul oleh pekerja asing di dalam negara kita. Ini adalah satu perkara yang diterima oleh kerajaan dan kita telah mengambil berbagai langkah untuk mengurangkan bilangan pekerja asing itu. Itu salah satu daripada pendekatan kerajaan. Baru-baru ini untuk melihat semula keseluruhan iaitu pengurusan dan kegunaan pekerja-pekerja asing di dalam negara kita, Kementerian Dalam Negeri telah melalui Jawatankuasa Kabinet Pekerja-pekerja Asing membuat keputusan untuk melihat semula dan menyemak semula segala perkara berkenaan pekerja asing termasuk isu keselamatan di bawah ‘maklumat-maklumat’ tertentu. Kita berharap melalui langkah-langkah yang diambil kita boleh mewujudkan sistem- sistem baru di mana isu-isu yang dihadapi oleh rakyat khasnya oleh pekerja- pekerja asing dapat satu penyelesaian yang baik. Isu berkenaan kekurangan pekerja di sektor perladangan pun telah dibangkitkan.
Tuan Yang di-Pertua.
Nanti, nanti.
Tidak saya mahu bercakap dengan Tuan Yang di-Pertua. Kita ada enam kementerian lagi. Kalau bolehlah Menteri-menteri menjawab seringkas yang boleh. Bolehkah Mesyuarat ditangguhkan terus ke pukul 12 atau 11.59? Jadi kita boleh habiskan lagi beberapa kementerian dan esok tidak perlu kita habis sampai 12 malam. Ini pandangan sayalah.
Kita ada usul Yang Berhormat sehingga 11.30.
Terima kasih.
Iyalah 11.30 kita lagi 12 minit. Apa salahnya kalau terus pukul 12? [Ketawa] Saya ingat tadi Yang Berhormat Menteri pun usul tidak berapa lengkaplah kalau pukul 11.59 dan kita banyakkan kementerian esok kita selamat. Tidak tahulah agaknya boleh sampai hari Isnin kah tidak tahulah.
Kalau saya boleh teruskan lebih awal lebih selamat.
Saya hendak bertanya lagi.
Yang Berhormat Padang Besar Yang Berhormat.
Oleh kerana Yang Berhormat Menteri ini favorite saya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam usaha kerajaan untuk mempertingkatkan high value atau nilai dan gaji tambah, saya hendak bertanya di manakah priority kerajaan? Kita lihat di negara-negara maju sebagai contoh banyak multi-skilling. Multi-skilling - saya tengok dengan mata kepala sendiri. Kalau pernah kita ke sesetengah negara maju, pemandu pelancong dia juga menjadi drebar bas atau drebar bas menjadi pemandu pelancong. Dia jadi drebar dan dia juga menceritakan.
Maknanya dia dididik, diasuh dan diberi ilmu sebagai pemandu pelancong. Begitu juga satu padang golf di Australia saya lihat, jentera yang digunakan untuk memotong rumput padang golf - bukan sahaja dia memotong rumput tapi dia juga memperbaiki mesin. Jadi dia ada dua skill. Satu memotong dan satu lagi memperbaiki mesin sebagai mekanik. Jadi adakah dasar-dasar ini sedang dilihat secara serius? Terima kasih.
Salah satu daripada usaha yang dibuat oleh kementerian di dalam mempertingkatkan lagi tahap kemahiran ke atas pekerja- pekerja kita ialah dalam usaha untuk menjurus kepada multi-skilling. Sekarang kita sedang mengambil langkah-langkah di dalam membuat perubahan kepada notch iaitu kurikulum kita supaya untuk mewujudkan kurikulum yang diasaskan modular di mana kemahiran dibuat beberapa bidang akan dimasukkan di dalam satu notch untuk memastikan kita mendapat kemahiran di dalam multi-skilling. Yang Berhormat Tangga Batu juga telah membangkitkan tentang isu enam pekerja asing yang telah mati setelah menghidu karbon monoksida baru- baru ini di Sabah. Ini adalah satu perkara yang amat sedih dan di dalam kajian yang telah dibuat oleh kementerian sehingga sekarang, kita berpendapat bahawa ketiga-tiga subkontraktor yang membuat kerja ini tidak berdaftar dengan CIDB dan mereka tidak menghadiri kursus-kursus yang diwajibkan sebelum mereka boleh membuat kerja-kerja di bawah satu ruang terkurung. Oleh itu, ini adalah kesalahan dari segi akta dan siasatan lanjutan sedang dibuat dan selepas mendapat bukti-bukti yang cukup kementerian akan mengambil tindakan ke atas syarikat-syarikat ini. Di dalam mempertingkatkan kemahiran di dalam bidang-bidang kemahiran kementerian sedang memberi tumpuan kepada bidang-bidang baru seperti bidang green technology, biotechnology dan pertanian dan untuk mempertingkatkan lagi pencapaian kita supaya pencapaian di dalam bidang kemahiran adalah setaraf dengan peringkat antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, itu adalah antara perkara-perkara yang telah dibangkitkan untuk Kementerian Sumber Manusia. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bangkitkan isu-isu dan kepada sokongan yang diberi kepada kementerian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi cadangan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang menyentuh pentadbiran bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar semasa perbahasan Titah Ucapan Diraja di Dewan yang mulia ini. Ada beberapa perkara yang telah pun disentuh semasa perbincangan itu. Yang pertama Yang Berhormat dari Tenom telah pun menyebutkan isu penggunaan bateri plumbum yang berleluasa di negeri Sabah dan menyarankan supaya tindakan berkesan diambil terutama di dalam pelupusan di negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat bateri asid plumbum (lead acid battery) sangat meluas digunakan di dalam kenderaan
bermotor di seluruh dunia dan di Malaysia untuk menghidupkan enjin. Bateri ini juga digunakan untuk menjana kuasa seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tenom. Bateri ini tidak membahayakan dari segi penggunaannya. Ia hanya menjadi bahaya jika dilupuskan dengan cara tidak teratur sehingga mencemarkan tanah dan air. Pelupusan bateri asid plumbum terpakai terkawal melalui peraturan-peraturan kualiti alam sekeliling kewangan jadual 2005 di bawah peraturan ini bateri terpakai perlu dilupuskan di kemudahan yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar sahaja. Di Malaysia kini sudah terdapat enam buah syarikat menjalankan aktiviti perolehan kembali base bateri asid plumbum terpakai. Walau bagaimanapun, masih tidak ada kemudahan sebegini di negeri Sabah. Justeru kerajaan menyokong mana-mana syarikat yang ingin menjalankan aktiviti ini di Sabah dan Sarawak tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Setakat ini tiada kes aduan atau kajian pelupusan haram bateri asid plumbum yang direkodkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Ini kerana bateri asid plumbum terpakai adalah satu bahan buangan bernilai dan mempunyai harga di pasaran di mana logam plumbum boleh diperoleh kembali untuk mendapatkan jongkong plumbum yang baru. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di negeri Sabah terdapat sebuah syarikat yang dilesenkan untuk memungut bateri terpakai untuk tujuan diperoleh kembali. Pada tahun 2009 syarikat tersebut telah menghantar sebanyak lebih kurang empat tan bateri terpakai ke kemudahan perolehan kembali untuk di pulih guna. Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pelupusan bateri terpakai terutama di Sabah termasuklah di kawasan Tenom, Jabatan Alam Sekitar melalui program rakan alam sekitar akan menjalankan kempen kesedaran dari semasa ke semasa. Di samping itu pihak JAS juga akan menyedarkan kepada pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk mengendalikan sistem solar hibrid yang menggunakan bateri plumbum sebagai asas penyimpanan tenaga elektrik di Sabah supaya mematuhi pelupusan bateri terpakai seperti yang digariskan dalam Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling Buangan Terjadual 2005. Yang Berhormat dari Ledang telah melahirkan kebimbangan bahawa pengekstrakan air tanah secara berlebihan akan membawa kesan negatif seperti penenggelaman tanah dan pencampuran air laut ke dalam air tawar. Beliau mencadangkan supaya satu pelan penggunaan sumber air bawah tanah dibentuk. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menyediakan Pelan Strategik Pengurusan Sumber Air Tanah Negara bagi mencapai hasrat pengurusan air tanah yang mampan. Pelan ini merangkumi enam aspek utama iaitu: (i) pemantapan perundangan; (ii) penilaian dan penggunaan sumber; (iii) pemantauan air tanah; (iv) pembangunan modal insan; (v) promosi dan kesedaran; dan (vi) pendidikan dan pembangunan. Pelan strategik ini telah dibentangkan dan diambil maklum oleh Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara Keempat pada tahun 2008. Bagi pelaksanaan pelan strategik berkenaan, kementerian ini telah menyediakan pelan tindakan
pengurusan sumber air tanah negara yang akan di bentang dalam Majlis Mesyuarat Sumber Air Negara yang akan datang untuk dilaksanakan. Sementara itu mana-mana pihak yang ingin menjalankan aktiviti pengekstrakan air tanah hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan kerajaan negeri kerana aktiviti ini adalah di bawah bidang kuasa negeri. Dalam memberi kelulusan, pihak kerajaan negeri akan mendapatkan kelulusan teknikal termasuk aspek alam sekitar daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Alam Sekitar. Dalam hal ini pengusaha air tanah perlu menjalankan kajian geologi, ideologi dan permodalan air tanah bagi memastikan kadar pengekstrakan yang selamat dan tidak menjejaskan ekosistem dan alam sekitar. Selain itu, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga memperuntukkan supaya pengusaha perlu mendapat kelulusan Laporan EIA terlebih dahulu jika ingin menjalankan projek penggunaan air tanah yang melebihi satu juta gelen sehari. Maka pengekstrakan air tanah terkawal dan mengikut undang-undang mengikut dan peraturan adalah selamat dan tidak menjejaskan ekosistem serta alam sekitar. Yang Berhormat dari Bagan Serai membangkitkan isu ancaman monyet terhadap petani dan mencadangkan AP diberi kepada syarikat untuk mengeksportkan monyet. Pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sentiasa prihatin terhadap masalah gangguan masalah kera kepada petani dan penduduk di kawasan Parlimen Bagan Serai. Kera-kera yang terdapat di kawasan ini merupakan spesies residen atau spesies asal di sini dan tidak dibawa dari Pulau Pinang atau Zoo Taiping, Perak. Sehingga kini dianggarkan terdapat 670 hingga 750 ekor kera telah dikenal pasti mengganggu sebanyak 20 kampung di sekitar kawasan Parlimen Bagan Serai. Pihak kementerian pada masa ini tidak bercadang untuk membenarkan eksport kera keluar negara melalui memberikan AP kepada syarikat yang berminat. Pihak kementerian melalui Jabatan PERHILITAN akan terus mempertingkatkan usaha bagi menangani gangguan kera dan mengambil tindakan yang lebih menyeluruh dan bersepadu berdasarkan kepada pelan tindakan kera bermasalah di Semenanjung Malaysia. Kerjasama dengan agensi lain seperti RELA juga dipertingkatkan bagi membantu mempercepatkan tindakan. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan PERHILITAN akan meneruskan tindakan pengurangan populasi kera melalui ‘curling’. Pada tahun 2009 sebanyak 230 ekor kera telah ditembak mati dan 58 ekor bagi bulan Januari hingga bulan Februari 2010...
Yang Berhormat, boleh atau tidak habiskan dalam masa 15 minit...
Boleh.
...Otherwise sambung esok. Hendak habiskan?
Boleh habiskan sekarang?
Dalam masa 15 minit.
Boleh.
Baik
Ya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Putatan telah pun membangkitkan isu mengenai pemanasan global dan minta semua bekerjasama mengatasi masalah-masalah ini. Antara pelbagai masalah yang disebut dan disentuh dalam pencemaran marin, kenderaan usang, pencerobohan hutan simpanan dan tadahan air. Bagi pihak kerajaan kita telah pun mengambil tindakan mengenai perkara ini dan undang-undang memang sedia ada dan penguat kuasa akan dijalankan. Kedua, Yang Berhormat bertanya sama ada sasaran pengurangan GHG yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Copenhagen adalah realistik. Ingin saya memberitahu dan menjelaskan di sini bahawa dalam merumus indicator pengurangan ini, perbincangan secara mendalam telah diadakan dan melibatkan agensi-agensi berkaitan seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pusat Tenaga Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia selain daripada NRE termasuk mengadakan sesi perbincangan secara makmal. Bagi menentukan pencapaian pengurangan pelepasan gas rumah hijau, option atau program yang dipilih merupakan aktiviti yang mampu dilaksanakan memandangkan program-program tersebut telah mempunyai objektif, rancangan, dan pelaksanaan yang selaras dengan inisiatif mengurangkan pelepasan GHG. Sebagai strategi permulaan untuk mengurangkan 40% intensiti karbon, kerajaan telah menyediakan kerangka road map yang meliputi tiga program utama iaitu kecekapan pengguna tenaga, tenaga boleh dibaharui, dan pengurusan sisa pepejal. Untuk makluman Yang Berhormat, ketiga-tiga program di atas dijangka dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 juta tan. Walau bagaimanapun, bagi mencapai sasaran 40% intensiti karbon Malaysia hanya memerlukan pengurangan sebanyak 38 juta tan pada tahun 2020. Maka sasaran indicator telah diumumkan sehingga 40% intensiti karbon adalah realistik. Yang Berhormat Putatan juga membangkitkan masalah pencemaran alam sekitar di Kota Kinabalu. Untuk makluman Yang Berhormat apa yang dinyatakan dalam TV3 adalah mengenai sampah sarap dan perkara ini bukanlah di bawah kementerian ini. Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, status kualiti udara di Kota Kinabalu masih dalam tahap yang baik atau sederhana. Pada tahun 2009 sebanyak 333 hari didapati kualiti udara adalah baik dan 30 hari kualiti udara sederhana. Tidak ada hari yang tidak sihat yang dialami di Kota Kinabalu. Selain itu, berdasarkan Program Pemantauan Kualiti Air pada tahun 2009 yang melibatkan 11 sungai di kawasan Kota Kinabalu sebanyak lapan sungai adalah di kategori sebagai bersih, baki tiga sungai sebagai sedikit tercemar. Di samping itu pada tahun 2009, JAS juga telah menjalankan sebanyak 132 penyiasatan penguatkuasaan atas kilang-kilang di Kota Kinabalu. Hasil dari itu sebanyak 94 notis arahan dikeluarkan, 147 tindakan kompaun, dua tindakan mahkamah dikenakan ke atas kilang-kilang yang tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Menteri...
Tuan Yang di-Pertua...
Boleh saya tanya soalan?... [Dewan riuh]
Itulah antara perkara...
Mahu beri jalan Yang Berhormat?
[Menyampuk]
....Yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat...
Satu soalan yang pendek sahaja.
Yang Berhormat, Menteri tidak beri jalan Yang Berhormat.
Apa-apa perkara yang tidak dijawab akan diambil kira dalam kementerian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga pukul 10 pagi hari Khamis, 1 April 2010... [Dewan riuh] Dewan ditangguhkan pada pukul 11.34 malam.