Dewan Rakyat · 30 June 2010
15th Parliament, session 3, meeting 2 · 1,006 turns · 45,836 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato’ Abdul Manan Ismail [Paya Besar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha-usaha kerajaan untuk mengeratkan lagi orang ramai dengan pasukan Polis Diraja Malaysia dan bagaimanakah usaha dapat dilakukan supaya orang ramai mempunyai rasa hormat terhadap khidmat Polis Diraja Malaysia sehingga imej polis akhirnya dapat ditingkatkan lagi.
Tuan Yang di-Pertua, untuk mengeratkan lagi orang ramai dengan pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM telah mengujudkan Polis Komuniti. Ciri terpenting di bawah konsep polis komuniti ini ialah menggalakkan hubungan dan kerjasama rapat di antara pihak polis dengan orang awam dalam usaha mengurangkan jenayah. Untuk menjayakannya, polis dikehendaki mengambil inisiatif mendekati masyarakat setempat sebagai rakan memerangi jenayah. Sementara itu, masyarakat setempat perlu memberikan kerjasama kepada pihak polis dengan menyalurkan maklumat dan juga mengawal keselamatan kawasan kediaman serta kejiranan masing-masing. Di antara program dan kemudahan yang dikenal pasti termasuklah di dalam konsep Polis Komuniti ini ialah Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah Rukun Tetangga, Rakan Cop, Pondok Bit , Pondok Polis Komuniti dan balai polis bergerak. Di bawah NKRA, dua inisiatif telah diujudkan untuk mengeratkan perhubungan antara PDRM dengan masyarakat. Inisiatif pertama ialah pegawai atasan PDRM digalakkan meronda bersama dengan anggota-anggota bit dan patrol di bawah Initiative High Profile Policing bagi mendalami masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan anggota bit dan patrol tersebut. Inisiatif kedua ialah stop and talk bertujuan supaya anggota bit dan patrol berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Dalam usaha agar orang ramai mempunyai rasa hormat terhadap perkhidmatan PDRM, kerajaan telah meletakkan sasaran untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini. Dalam hal ini matlamat telah ditetapkan bahawa menjelang Disember 2010, sebanyak 20% jenayah jalanan akan dikurangkan dan sebanyak 5% kadar jenayah keseluruhan dikurangkan untuk tiga tahun berturut-turut. Dalam mencapai matlamat ini, pelbagai pengisian telah dilaksanakan dan antaranya adalah menambah bilangan CCTV di kawasan-kawasan yang dikenal pasti kerap berlakunya kejadian-kejadian jenayah. Sebanyak 496 buah CCTV
akan dipasang di empat buah negeri iaitu Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Kerajaan juga telah menambah bilangan balai-balai bergerak agar PDRM dapat bertindak pantas dalam menangani kejadian-kejadian jenayah. Sebanyak 90 buah balai polis bergerak, 30 buah bas dan 60 buah van telah diagihkan kepada negeri-negeri yang disebutkan tadi. Bagi menambah kehadiran anggota-anggota polis di kawasan yang kerap berlakunya kejadian jenayah, dua pendekatan telah diambil. (i) penempatan semula pegawai anggota polis yang mana seramai 7,402 orang anggota polis yang dahulunya membuat tugas-tugas pentadbiran ditempatkan semula ke kawasan-kawasan hot spot untuk membuat tugas-tugas pencegahan jenayah; dan (ii) menyerap anggota JPAM dan RELA sebagai sukarelawan simpanan polis. Sehingga kini, seramai 4,428 orang anggota JPAM dan RELA telah pun diserapkan sebagai sukarelawan simpanan polis. Sukacita untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga Mei 2010, kadar jenayah jalanan dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun 2009 telah menurun sebanyak 36.89% sementara bagi jenayah keseluruhan dalam tempoh yang sama didapati telah menurun sebanyak 13.9%. Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun di bawah NKRA, mengurangkan jenayah, tumpuan inisiatif diberikan kepada negeri-negeri dan kawasan hot spot, tetapi negeri-negeri dan kawasan-kawasan lain tidak diabaikan. Kerajaan sentiasa berusaha dan bersedia untuk mengambil dan mempertimbangkan langkah- langkah positif yang lain bagi menjayakan sasaran yang telah ditetapkan di bawah NKRA ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengambil kesempatan di sini sebelum itu untuk mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Pahang dan khususnya Ketua Polis Daerah Kuantan yang tidak jemu-jemu menganjurkan program bersama rakyat yang bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara polis dan masyarakat. Alhamdulillah, saya telah dimaklumkan bahawa JKK FELDA Bukit Kuantan telah berjaya membantu polis menangkap empat orang perompak yang telah merompak rumah salah seorang daripada peneroka di rancangan tersebut. Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini di dalam Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Menteri telah menyatakan bahawa kementerian tidak mempunyai halangan untuk memaparkan indeks jenayah di dalam laman web. Semasa menggulung perbahasan RMKe-10, Yang Berhormat Timbalan Menteri pula menyatakan bahawa kementerian tidak ada cadangan untuk memaparkan indeks jenayah tersebut di dalam laman web melainkan sekiranya terdapat permintaan daripada pihak-pihak tertentu. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan Ahli-ahli Parlimen khususnya daripada pembangkang hingga telah mencetuskan perdebatan yang begitu hangat.
Soalan Yang Berhormat.
Soalan saya, bolehkah pihak kementerian menyatakan bagaimanakah status pelaksanaan untuk memaparkan indeks jenayah tersebut di dalam laman web. Agar ianya dapat menjelaskan keadaan yang sebenar dengan jelas dan tidak mengelirukan mana-mana pihak. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Perkara pertama saya sedia maklum berhubung kait dengan inisiatif yang dilakukan oleh kontinjen PDRM Pahang khususnya Ketua Polis Negeri dan OCPD-OCPD yang berkaitan. Khususnya dalam konteks community policing di Pahang. Ini membuktikan bahawa inisiatif dan pendekatan kita tidak berkisar hanya kepada empat negeri dan 50 hot spot yang telah pun dikenal pasti. Mengenai pameran indeks jenayah apa yang saya telah maklumkan kepada Dewan yang mulia ini ialah melalui bilik-bilik operasi yang kita sediakan. Perlu diselaraskan daripada peringkat daerah iaitu IPD kita, peringkat negeri IPK sehinggalah ke Bukit Aman dan kepada KDN. Saya telah menyatakan bila bilik- bilik operasi ini yang akan mengumpulkan data berhubung kait dengan indeks- indeks jenayah ini. Dapat kita selaraskan dan koordinasikan tidak ada perkara yang kita bimbang untuk dipamerkan di dalam website dan khalayak orang ramai. Saya tengok tidak ada percanggahan daripada apa yang telah pun dibangkitkan oleh pihak Timbalan Menteri saya. Di mana beliau menyatakan bahawa PDRM buat masa ini tidak ada cadangan untuk mempamerkannya dan memaparkannya dalam website PDRM tetapi, di peringkat KDN seperti saya umumkan dahulu ianya akan dipaparkan, akan dipamerkan di dalam website kita. Apabila empat-empat lapisan IPK, IPD, Bukit Aman dan juga KDN telah pun dikoordinasikan supaya data dan indeks yang kita umumkan ianya tepat supaya orang ramai tahu sebenarnya tidak ada apa-apa yang kita hendak sembunyikan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk orang ramai mempunyai rasa hormat terhadap khidmat polis adalah penting kita nampak polis bertindak berkesan ataupun keberkesanan pihak polis dalam menangani jenayah. Saya sudah mendapat secara amnya dua perkara yang memang tidak ada atau kurang dengan polis baru-baru ini ialah intelligence service dan juga sikap sambil lewa. Iaitu setiap kali ada laporan polis dibuat kami dapati di banyak balai polis, polis tidak galakkan orang buat laporan polis kalau ia berlaku kita kata kecurian. Apabila laporan polis dibuat, polis ambil sikap sambil lewat don’t spring to action. Setiap kali ada dialog dengan polis, polis kata mereka kekurangan tenaga untuk menangani jenayah. Bagi saya untuk menangani jenayah intelligence police perlu untuk memastikan siapa penjenayah-penjenayah tersebut. Biasanya penjenayah hanya berapa kumpulan sahaja. Apakah tindakan pihak kerajaan untuk memastikan intelligence police ini seperti yang dahulu? Detektif-detektif sangat berkesan untuk mengenal pasti siapa penjenayah-penjenayah yang mengadakan curian secara sindiket. Kenapakah pihak polis mengambil berjam- jam untuk datang ke tempat kejadian selepas orang ramai membuat laporan polis?
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya pendekatan kita tidak berkisar kepada intelligence based policing sahaja. Apa yang telah pun kita bincangkan di bawah NKRA turut melibatkan pendekatan yang melibatkan teknologi based policing, community based policing seperti jawapan asal kita tadi. Juga how many present iaitu
kehadiran polis supaya orang ramai dapat melihat kehadiran mereka ini, supaya suasana dan rasa selamat akan wujud, jadi intelligence based policing berterusan dan memang merupakan sebahagian daripada usaha kita. Akan tetapi oleh kerana ianya intelligence based ia bukan satu perkara yang kita umumkan kepada orang ramai. Perkara kedua yang berhubung kait dengan respons dan perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Saya tidak setuju bahawa tuduhan polis dengan sambil lewanya tidak ambil tindakan dengan serius. Kita mempunyai warga 107,000. Sekiranya Yang Berhormat mempunyai kes-kes tertentu berhubung kait dengan pegawai-pegawai tertentu panjangkan maklumat kepada kita supaya kita boleh ambil tindakan. Supaya dua tiga orang yang mungkin tidak mengikut apa yang telah pun kita putuskan, yang diumumkan di dalam Dewan ini dapat kita ambil tindakan. Ini kerana inisiatif yang saya sebutkan tadi program polis komuniti, program meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepolisan. Semua ini mempunyai inisiatif masing-masing dan berhubung kait dengan mengambil laporan polis. Sebenarnya tidak harus timbul lagi mana-mana pihak yang tidak mahu menerima aduan daripada pihak orang ramai. Sekiranya ada kes-kes tertentu Yang Berhormat boleh panjangkan kepada saya secara langsung. Terima kasih.
Bagi saya jawapan itu tidak ...
Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua, pengalaman saya sendiri baru-baru ini saya lapor kepada...
Yang Berhormat saya ingat Menteri sudah bagi Yang Berhormat. Hantar surat dengan Menterilah.
Banyak kes yang berlaku dan orang ramai memang tidak setuju. Pengalaman saya sendiri pun bagi nama, alamat orang yang tipu saya pun tidak ambil tindakan dengan serta-merta.
2. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah langkah-langkah kerajaan untuk memantapkan sistem perbankan Islam di Malaysia yang masih lagi dibayangi oleh sistem konvensional di mana 80 peratus masih lagi wujud sebagai subsidiari kepada perbankan konvensional.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan dengan sokongan agensi dan institusi kewangan Islam telah mengambil langkah-langkah strategik dalam mengembangkan kewangan Islam di Malaysia dengan memperkenalkan Skim Perbankan Islam (SPI) pada tahun 1993. Di mana bank-bank kewangan, bank- bank konvensional dibenar menawarkan perkhidmatan perbankan Islam di kaunter-kaunter perbankan mereka melalui Islamic Windows, dengan izin. Pada tahun 2005 bank-bank konvensional yang terlibat dengan SPI digalakkan untuk menaik taraf operasi Jendela Islam kepada penubuhan Bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 sebagai subsidiari bank konvensional berkenaan.
Pemindahan operasi dan aktiviti Jendela Islam kepada entiti tunggal yang berasingan daripada bank konvensional merupakan langkah paling sesuai untuk membawa kewangan Islam ke tahap yang lebih tinggi dalam masa yang singkat. Hasilnya 11 buah bank konvensional telah menaik taraf operasi Jendela Islam kepada sebuah Bank Islam berskala penuh. Dasar ini sekali gus meningkatkan jumlah Bank Islam di Malaysia kepada 17. Penubuhan subsidiari Bank Islam dapat meluaskan skop perniagaan dengan menawarkan pelbagai produk kewangan Islam berlandaskan syariah dengan menggunakan sumber yang boleh dikongsi bersama. Inisiatif ini juga diperkukuhkan dengan usaha berterusan dalam memantapkan rangka kerja perundangan, pengawalseliaan dan syariah. Bagi memastikan sektor kewangan Islam dapat berkembang secara teratur dan pada masa yang sama kestabilan kewangan dikekalkan. Kini aset perbankan Islam merangkumi hampir 20% daripada jumlah aset perbankan negara seperti mana yang disasarkan dalam Pelan Induk Sektor Kewangan 2001-2010. Di samping itu kerajaan juga mengambil beberapa langkah strategik bagi memantapkan sistem kewangan Islam yang termasuk pertamanya pewartaan Akta Bank Negara Malaysia 2009.
Akta Bank Negara Malaysia 2009 mengiktiraf kewangan Islam secara jelas dan eksplisit sebagai sebahagian daripada sistem kewangan negara bagi meningkatkan lagi kedudukan Islam di Malaysia. Akta Bank Negara Malaysia 2009 juga meletakkan Majlis Penasihat Syariah sebagai badan authority tertinggi bagi membuat keputusan berkaitan syariah dalam kewangan Islam. Keduanya, memperkasakan Jawatankuasa Syariah di dalam institusi kewangan Islam. Bagi memastikan institusi kewangan Islam mematuhi syariah sepenuhnya, peranan dan fungsi Jawatankuasa Syariah telah dipertingkatkan dari hanya memberi nasihat kepada bertanggungjawab dan melaksanakan keputusan syariah dan meneliti keseluruhan operasi institusi kewangan Islam tersebut. Di samping itu, bagi menyokong tugas Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Syariah, pengurusan kanan sesebuah institusi kewangan Islam menggalakkan budaya pematuhan syariah yang kukuh di dalam organisasinya termasuk melaksanakan amalan terbaik dalam tadbir urus syariah yang merangkumi semua aspek operasi institusi tersebut. Ketiga, pelaksanaan tanda aras kewangan Islam. Semenjak tahun 2004, bank-bank Islam telah menilai prestasi dan tahap perkhidmatan dari segi kuantitatif dan kualitatif agar setanding dengan amalan terbaik antarabangsa dengan melaksanakan tanda aras bagi memperkukuhkan lagi daya saing dan daya tahan perbankan Islam di negara ini. Sehubungan dengan itu, sebuah badan antarabangsa, IFSB iaitu Islamic Financial Services Board yang membuat standard untuk kewangan Islam sama seperti BIS untuk bank konvensional juga telah ditubuhkan di negara kita. Keempat, pembangunan modal insan kewangan Islam. Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dan Kewangan Islam (ISRA) ditubuhkan di Malaysia bertujuan untuk membangunkan modal insan bagi menyokong pembangunan kewangan Islam dalam melahirkan kumpulan tenaga kerja mahir dan pakar syariah melalui pendidikan tinggi dan menjadikan Malaysia sebagai pusat rujukan syariah. Kini, INCIEF telah diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan pendidikan antarabangsa dalam kewangan Islam di mana lebih 1,500 pelajar dari 67 buah negara telah berjaya mengikuti program Chartered Islamic Finance Profesional
(CIFP) dan Sarjana dalam Kewangan Islam dan Doktor Falsafah dalam Kewangan Islam sehingga Mei 2010. Di samping itu, Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) pula berperanan melatih profesional dalam industri kewangan Islam melalui khidmat latihan dan runding cara. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri di atas jawapan yang bagi saya cukup meyakinkan dengan perkembangan yang begitu pesat yang berlaku dalam Institusi Kewangan Islam. Apa pendirian kerajaan dalam isu leveraging di antara institusi kewangan Islam dan juga kumpulan perbankan bagi bank tersebut yang kadang-kadang kita lihat dengan 80% cawangan Bank Islam yang menjadi subsidiary dengan yang ditingkatkan daripada Islamic Window yang dikenalkan oleh kerajaan dengan sistem SPI nya yang masih lagi kita lihat seolah-olah hanya menjadi sebagai marketing center, pusat pasaran? Dipakejkan dengan begitu menarik untuk menarik pelanggan dan kemudian dalam bentuk pemprosesan dan juga keputusan-keputusan akhir, kita lihat masih lagi berlaku kebergantungan yang begitu luas terhadap institusi perbankan konvensional. Bagi saya, ia menyebabkan berlaku...
Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat. Bukan bagi idea di sini Yang Berhormat.
Dia menyebabkan...
Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.
Terima kasih. Menyebabkan berlakunya terbantut institusi kewangan Islam tersebut. Apa pendirian kerajaan dalam isu leverage ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertama saya ingin menyatakan bahawa untuk menganggap bahawa subsidiary Bank Islam ini sebagai marketing center yang merupakan satu packaging, itu adalah satu tanggapan yang agak melulu. Saya rasa ini sesuatu yang kita tolak sepenuhnya. Keduanya dari segi – apabila sesebuah perbankan Islam merupakan subsidiary kepada bank-bank konvensional, ia sebenarnya ada mempunyai beberapa kebaikan. Tidak semestinya negatif. Pertamanya di Malaysia sendiri, kalau kita hendak menanti-nanti satu kumpulan bank Islam sahaja yang menubuhkan tanpa bergantung kepada bank konvensional, maka proses yang sedemikian saya yakin adalah satu proses yang lambat, yang slow. Jadi macam mana kita hendak jadi pengasas dan pendukung utama kepada pembangunan kewangan Islam di dunia ini. Ketiganya, apabila kita mempunyai subsidiary yang berhubung kait dengan satu-satu kumpulan yang besar, satu badan induk yang mempunyai kekuatan yang lebih kuat dari segi kewangannya, kepakarannya, modal insannya yang boleh dipinjamkan umpamanya, ini adalah usaha-usaha yang positif yang boleh menambahkan lagi perkembangan kewangan Islam di negara kita. Keempatnya yang saya perlu jelaskan di sini, apa pun hubungan subsidiary dengan syarikat induk, dari segi operasi terutama sekali dari segi kepatuhan syariah, ia adalah bebas sama sekali. Ini jelas kerana kita ada badan- badan yang berasingan, badan Penasihat Syariah umpamanya yang sekarang ini
bukan sahaja merupakan penasihat tetapi memastikan bahawa perjalanan operasi dalam institusi kewangan Islam tersebut mestilah mematuhi Syariah. Jadi ini tiga daripada sebab-sebab yang saya rasa boleh dilihat sebagai sumbangan positif hubungan kumpulan-kumpulan ini yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan kewangan Islam secara lebih pesat berbanding dengan kita mahu satu syarikat sahaja yang tidak mempunyai kumpulan lain. Mana hendak cari modal yang besar untuk dibangunkan dengan kadar yang segera? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan atas pembangunan industri perbankan Islam yang begitu baik dan menjadi penanda aras di peringkat antarabangsa. Soalan saya, apakah peratusan urus niaga dan urusan perbankan kerajaan, agensi-agensi kerajaan dan juga syarikat-syarikat kerajaan (GLC) yang dikendalikan melalui perbankan Islam? Apakah langkah-langkah untuk meningkatkan lagi pelaburan dan urus niaga kerajaan, agensi kerajaan terutamanya GLC melalui perbankan Islam tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Itu soalan yang begitu spesifik yang khusus yang mana saya tidak mempunyai statistiknya. Akan tetapi jelas dari segi peningkatan urusan dalam kewangan Islam ini, ia telah meningkat dengan begitu ketara sekali. Ini disumbangkan oleh semua pihak termasuklah syarikat-syarikat biasa dan juga syarikat-syarikat GLC. Bahkan banyak juga pelanggan kewangan Islam ini adalah syarikat-syarikat yang bukan didukungi oleh orang-orang Islam. Ini menunjukkan penerimaan produk-produk dan business model yang dilaksanakan oleh kewangan Islam ini secara menyeluruh. Inilah yang telah menyebabkan peningkatan dari segi kegiatan kewangan Islam – dari segi asetnya sekarang dengan 19.6% total Islamic banking asset. Sekadar untuk memberi sedikit gambaran, ia berjumlah RM3.03 bilion berbanding dengan jumlah banking asset keseluruhannya iaitu RM1.5 trilion. Begitu juga kalau kita lihat dari segi perkembangan yang lain. Dari segi sukuk, sukuk bond Islam ini daripada jumlah keseluruhan bond yang dikeluarkan, 57% adalah dalam bentuk sukuk. Sukuk yang berada dalam pasaran sekarang RM172 bilion berbanding dengan jumlah bond keseluruhan RM301.75 bilion.
Jadi jelas peningkatan ini adalah satu peningkatan yang cukup baik, penyertaannya datang dari segenap lapisan termasuklah GLC tetapi sebanyak mana secara precise berapa peratus dan sebagainya, ini tidak dapat saya berikan pada pagi ini. Terima kasih.
3. Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis] minta Perdana Menteri menyatakan status terkini dalam perancangan strategik memperluaskan sistem LRT di Lembah Klang.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Lipis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek sambungan LRT Laluan Ampang (LRT 1) dan Laluan Kelana Jaya (LRT 2) kini telah mendapat kelulusan skim muktamad daripada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan untuk pelaksanaan pembinaannya oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad.
Kerja-kerja pemindahan utiliti ataupun utilities relocation, dengan izin akan bermula sebaik sahaja pihak-pihak berkuasa tempatan meluluskan development order berdasarkan skim muktamad yang telah diluluskan. Manakala kerja-kerja reka bentuk terperinci ataupun details design, civil works and system works, dengan izin berada di peringkat akhir pelaksanaan, sedia untuk dibina dalam masa terdekat. Sekian, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi kalau kita lihat sebenarnya pengangkutan awam ini merupakan satu yang menarik minat semua orang dan menjadi harapan penduduk bukan sahaja di Lembah Klang malah di seluruh Malaysia supaya pengangkutan awam kita menjadi efisien. Saya sendiri sebenarnya mengalu-alukan pelaksanaan projek sambungan LRT daripada Ampang yang bermula dari Stesen Sri Petaling dan juga kawasan Kinrara, Puchong berakhir di Putra Heights dan sebagainya yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Hanya soalan tambahan saya ialah mengapa tidak kerajaan pada waktu yang sama turut melaksanakan projek-projek sambungan fasa dua yang meliputi kawasan Cheras Selatan sehingga ke Kajang dan kalau boleh sehingga ke Nilai serta kawasan Kota Damansara termasuk dapat mengenal pasti kawasan- kawasan baru yang dijangka mengalami kepadatan penduduk dalam tempoh terdekat. Sebagai contoh Nilai sekarang yang naik mendadak dan mempunyai penduduk yang padat dan akan lebih padat lagi termasuk melalui kawasan- kawasan di tengah-tengah universiti dan sebagainya. Apa perancangan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan untuk orang tua dan OKU dalam setiap stesen komuter yang ada dan juga di stesen bas seperti ramp atau lif yang setakat ini belum lagi kita lihat. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Lipis. Tuan Yang di-Pertua, itu adalah satu matlamat ataupun objektif bagi menubuhkan SPAD ialah untuk menaik taraf dan membaik pulih pengangkutan awam darat di Semenanjung Malaysia ini. Cadangan-cadangan yang telah pun dibuat oleh Yang Berhormat Lipis akan diambil kira untuk memanjangkan lagi perkhidmatan di tempat-tempat yang telah pun disebut oleh Yang Berhormat tadi. Mengikut Yang Berhormat yang mengatakan mengenai kemudahan yang diberi kepada Orang Kurang Upaya dan juga orang-orang tua. Ini memang telah pun dikenal pasti oleh yang berkuat kuasa iaitu SPAD untuk memberi kemudahan OKU kepada mereka. Contohnya tulisan seperti tulisan Braille telah pun diberikan terutamanya di dalam lif-lif yang berkenaan dan juga kerusi-kerusi khas untuk OKU dan juga orang-orang tua di dalam tren berkenaan dan juga penyediaan bas- bas yang akan membawa OKU untuk memasukkan mereka dengan kemudahan seperti membawa masuk wheel chair atau kerusi roda dan juga ramp khas untuk mereka dan juga orang-orang yang kurang upaya untuk mengadakan kerusi roda di stesen-stesen ataupun terminal-terminal yang berkenaan. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya mengenai jajaran LRT yang akan melalui Putra Height, ini adalah dalam kawasan saya. Sebenarnya penduduk di kawasan itu memberi bantahan yang amat kuat kerana ada satu lagi jajaran alternatif yang dicadangkan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam. Jajaran alternatif ini iaitu LRT Kelana Jaya line ini akan melalui
kawasan yang padat kependudukannya, tiga kali ganda daripada jajaran yang dipilih oleh prasarana iaitu jajaran Putra Heights. Timbalan Menteri, saya ingin bertanya sebelum projek ini diserahkan kepada MINT consult, apakah kajian-kajian daripada konsultan-konsultan lain untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci mengenai ridershipnya kerana apa yang kami dapat adalah berlainan daripada apa yang telah dipersembahkan oleh Prasarana. Kedua ialah apakah kriteria utama yang digunakan oleh pihak kementerian untuk menentukan jajaran kerana jajaran Putra Heights sekarang ini untuk makluman Yang Berhormat, pertama ia akan melalui tanah simpanan TNB dan akan melibatkan, terpaksa diubah pilon-pilon yang ada di jajaran itu. Ia juga akan melalui satu kawasan sempit, bekas kuari yang menimbulkan keresahan kepada penduduk. Ketiga, ia akan mengambil tanah yang telah dirancang untuk sekolah rendah SJK(T) dan SJK(C). Jadi saya minta Yang Berhormat memberi jawapan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Raja. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, semua pelaksanaan projek-projek mengenai isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi akan diteliti oleh pihak konsultan dan mengambil kira semua yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Akan tetapi memandangkan isu yang telah pun dinaikkan oleh Yang Berhormat mengenai isu di Putra Heights. Setakat ini saya tidak ada maklumat yang terperinci untuk memberi kepada Yang Berhormat Kota Raja. Saya berjanji akan memberi secara bertulis, soalan yang telah pun ditanya oleh Yang Berhormat Kota Raja mengenai isu yang dibangkitkan tadi.
4. Dato’ Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan sejauh manakah usaha kementerian untuk mengembalikan autonomi mahasiswa di kampus-kampus dengan mengadakan ‘Sudut-sudut Pidato’ tercapai.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil kira pandangan dan suara mahasiswa apabila memperkenalkan semula Sudut Pidato. Ianya juga membuktikan kementerian bersifat terbuka dalam soal membina sahsiah diri mahasiswa. Adalah menjadi harapan kementerian bahawa Sudut Pidato ini akan memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengeluarkan pandangan secara bebas, intelektual dan membahaskan sesuatu isu secara ilmiah selaras dengan semangat Akta Universiti dan Kolej Universiti yang baru dipinda. Semua IPTA sudah pun diberi autonomi untuk mewujudkan Sudut Pidato masing-masing dan sehingga kini sebanyak 17 buah IPTA telah pun melaksanakannya. Bagi pelajar-pelajar pula, mereka sudah sedia maklum berhubung kemudahan ini. Universiti-universiti menggalakkan tetapi tidak mewajibkan pelajar-pelajar menggunakan Sudut Pidato. Sekian.
Mengenai kebebasan autonomi di kampus. Soalan tambahan saya, sejauh mana kebenaran
dakwaan Ketua Polis Negara bahawa anasir-anasir daripada kalangan JI iaitu Jemaah Islamiah, Wahabi dan Salafi telah meresap sama ada di IPTA dan di IPTS. Jika benar, apakah tindakan-tindakan, sekatan-sekatan untuk kemasukan pelajar sama ada kebebasan beragama dan mazhab di IPTA dan IPTS. Sejauh manakah akan dikaji hubungan Malaysia dengan Arab Saudi yang bermazhab Wahabi khususnya dalam pendidikan di mana pelajar kita akan melanjutkan pelajaran di sana akan disekat atau tidak dan pelajar mereka yang akan melanjutkan pelajaran di sini akan disekat atau tidak. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana soalan asal ialah kita bincang tentang Sudut Pidato dan saya akan hanya jawab soalan yang berkaitan dengan Sudut Pidato dan sebenarnya dalam Sudut Pidato memang kita menggalakkan semua pelajar supaya mereka dapat menyuarakan pandangan.
Kebebasan autonomi.
Ya, memang kebebasan autonomi. Kita hanya menggalakkan pelajar supaya semua isu mereka dapat bincangkan ataupun mereka dapat meluahkan dan secara ilmiah. Itu yang kementerian ataupun universiti menggalakkan. Jadi kita tetapkan apa-apa isu pun kita menggalakkan mereka membahaskan. Itu yang menjadi objektif utamanya. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya memang menarik, tertarik dengan jawapan tadi mengenai penggalakan suara siswa dan siswi dan dengan suara ini, apakah tinjauan ataupun kajian KPT mengenai kebebasan yang diberi, isu-isu yang dibangkit oleh siswa dan siswi. Termasuklah kalau mereka diberi kebebasan, mengapa pemimpin-pemimpin termasuk pemimpin politik daripada PKR, daripada DAP, daripada PAS, UMNO dan sebagainya pada berapa tahun ini kita tidak dijemput untuk memberi pandangan politik isu-isu semasa, mengapa ini tidak? Yang Berhormat Batu Pahat, dia memang sejak jadi Timbalan Menteri itu dia sudah tertutup mindanya... [Ketawa] Orang kata sombong, saya tak tahulah. Mungkin itu perangai dia saja.
Soalan Yang Berhormat.
Dia tertutup, dan di sinilah boleh Yang Berhormat memberitahu bagaimana kita boleh menggalakkan suara-suara ini dikemukakan, ditonjolkan dengan secara bernaslah itu bukan sahaja untuk menyokong Barisan Nasional yang kurang rasional itu... [Dewan riuh] Kita bagi pihak semua pihaklah kerana di dalam minda siswa dan siswi ...
Cukup, cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Kepong, cukuplah.
Ha cukuplah, terima kasih.
Ha, sila Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sebenarnya Sudut Pidato ini adalah untuk menggalakkan pelajar untuk menyuarakan pandangan dan bukan untuk menjemput ahli-ahli politik untuk mengambil bahagian dalam Sudut Pidato. Akan tetapi untuk maklumat Yang Berhormat Kepong, memang pindaan terbaru terhadap AUKU telah melonggarkan banyak perkara serta memberi kuasa kepada naib canselor untuk menentukan yang terbaik untuk perjalanan universiti dan kebajikan pelajar. Memanglah pelajar-
pelajar ataupun persatuan pelajar, mereka boleh menjemput siapa-siapa pun masuk ke universiti tertakluk kepada ada kelulusan daripada bajet dan juga isu-isu itu mesti dibincangkan secara akademik. Ini yang kita mengalu-alukan. Sekian, terima kasih.
5. Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [Tuaran] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan sama ada kerajaan bersedia untuk membeli tenaga yang dijana melalui kaedah bio-mas memandangkan kos penjanaan dengan kaedah ini agak tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah mula menggalakkan penggunaan bio-mas terutamanya daripada sisa industri sawit dan sisa pepejal sejak tahun 2001 apabila program Small Renewal Energy Power ataupun SREP dengan izin, diperkenalkan. Di bawah program ini, pemaju yang berminat boleh menjana elektrik daripada sumber RE ataupun renewable energy dengan izin, seperti biomas, biogas, sisa pepejal dan mini hydro untuk disambungkan ke grid. Setakat Disember 2009, terdapat empat buah projek bio-mas daripada sisa industri sawit dengan kapasiti sebanyak 40 megawatt dan satu projek daripada sisa pepejal dengan kapasiti 5 megawatt sedang beroperasi. Terdapat 15 lagi projek SREP berasaskan bio-mas dengan kapasiti 149 megawatt yang telah diluluskan dan sedang dalam proses pembinaan. Tuan Yang di-Pertua, untuk menggalakkan lagi penggunaan sumber RE untuk penjanaan elektrik di negara ini, kementerian akan memperkenalkan mekanisme feed in tariff dengan izin, atau FIT di mana ia akan dapat mengatasi masalah kos pembangunan RE termasuk daripada sumber bio-mas yang tinggi. FIT adalah mekanisme yang membenarkan tenaga elektrik daripada sumber RE oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik pada kadar premium untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Adalah diharapkan bahawa pelaksanaan mekanisme ini akan dapat membantu meningkatkan viability dengan izin, bagi penggunaan tenaga bio-mas di negara ini dan seterusnya meningkatkan lagi penggunaannya di masa akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi soalan asal saya imply untuk meminta tarif yang dijawab oleh Timbalan Menteri tadi. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menerangkan apakah tarif yang kerajaan ataupun kementerian bersedia untuk membeli elektrik yang dijana melalui bio-mas ini oleh kerana ini penting dalam konteks Sabah. Sisa-sisa sawit ini begitu banyak sekali dan viable untuk menjana elektrik tetapi persoalan ialah kadar oleh kerana kos menjana melalui bio-mas ini tinggi. Bolehkah juga kementerian menerangkan sama ada program untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berminat khususnya penjanaan melalui sisa sawit macam di Sabah sebab saya dimaklumkan bahawa banyak yang berminat tetapi kadar pembelian. Bolehkah kementerian menerangkan dan apakah sistem yang digalakkan. Sama ada centralized ataupun pihak-pihak individu yang berminat menjana ini, menjana dan terus connect kepada grid. Ini adalah kerana kosnya berbeza antara centralized dan juga in-situ generation. Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Tuaran atas banyak soalan kecil di dalam satu soalan sebentar tadi. Untuk makluman, buat masa ini terdapat empat saya katakan tadi, sebanyak 40 megawatt yang telah dijana dan telah mula disambungkan dan dijual kepada syarikat utiliti. Sekarang ini sebelum kita ada Akta RE ataupun Akta Renewable Energy yang sedang dimuktamadkan dan dijangka akan ditable ataupun dibentangkan di Parlimen untuk First Reading pada akhir tahun ini. Kadar tarif yang digunakan oleh TNB pada hari ini termasuk SESB adalah sebanyak 21 sen per kilowatt/jam. Sebanyak 21 sen untuk bio-mas dan biogas dan untuk mini hydro adalah sebanyak 17 sen. Memang betul Yang Berhormat, kerana bio-mas ini banyak menjana tenaga elektrik di Sabah sebenarnya. Termasuklah di Seguntor, Kina Biopower, dua-duanya di Sabah. Saya kira tentang pihak-pihak yang berminat untuk membuat perbincangan bersama pihak kementerian ini saya kira masih belum lagi terlambat kerana sekarang sebelum kita finalized atau muktamadkan FIT dan juga kandungan peruntukan undang-undang di dalam akta yang sedang digubal ini, kita memang menjemput pihak-pihak yang berminat terutamanya pemain-pemain di dalam industri biomas ini untuk berbincang demi kebaikan semua pihak, pengeluar dan juga mungkin pengguna kepada tenaga elektrik daripada bio-mas ini.
Selain daripada itu juga, tentang sistem sama ada individual ataupun centralise, buat masa ini mereka mengeluarkan secara individu Yang Berhormat. Syarikat-syarikat yang berminat boleh mengeluarkan secara individu dan disambung ke grid dan pihak syarikat utiliti iaitu TNB atau SESB akan membeli. Apabila Akta RE dikuatkuasakan kelak di mana mekanisme FIT ini ataupun kadar tarif yang tertentu kepada setiap teknologi penjanaan tenaga daripada sumber RE ini adalah berbeza. Bio-mas saya kira kalau hari ini 21 sen per kilowatt jam. Yang dicadangkan di bawah FIT kelak adalah di dalam julat 24 sen sehingga 35 sen dan kepada biogas di antara 28 sen ke 35 sen. Saya kira itu sedikit sebanyak akan dapat menampung kos penjanaan tenaga daripada bio-mas yang agak tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memandangkan Malaysia berusaha untuk mengurangkan pembebasan karbon ataupun green house gas (GHG), saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian, setujukah kementerian jika cadangan untuk membina dua penjana elektrik menggunakan arang batu di Sabah atau di Malaysia Timur itu diganti dengan penjanaan daripada bio-mas sama ada mengguna sisa kelapa sawit ataupun sisa bandaran? Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Secara umumnya kita lihat penjanaan tenaga melalui arang batu yang akan dibina di Sabah sebanyak dua buah itu memang menghasilkan dan akan mencemarkan alam sekitar kita dan tidak banyak membantu untuk mengurangkan green house gas (GHG). Akan tetapi buat masa ini, itu adalah teknologi yang terbaik yang ingin kita bawa ke sana. Saya kira teknologi yang digunakan bukan teknologi yang akan mengeluarkan begitu banyak carbon emissions kerana kita menggunakan clean technology. Coal tetapi clean technology. Walau bagaimanapun bio-mas tetap diberi tekanan di Sabah dan banyak yang telah memulakan operasi penjanaan tenaga melalui bio-mas ini dan kita tidak hadkan setakat ini. Pihak SESB tetap membeli setiap kilowatt jam yang dihasilkan. Terima kasih.
6. Tuan Loke Siew Fook [Rasah] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan secara terperinci, apakah sektor-sektor atau industri yang dikecualikan daripada tertakluk kepada Akta Persaingan 2010 yang diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Tuan Yang di-Pertua, Akta Persaingan 2010 yang akan mengawal selia semua aktiviti komersial tanpa mengira status pemilikan atau entiti akan memperuntukkan pengecualian terhadap mana-mana syarikat yang dikawal atau ditadbir di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Suruhanjaya Tenaga 2001. Ini adalah kerana sektor-sektor tersebut yang berada di bawah kawal seliaan badan berkuasa Sektor Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Tenaga telah mempunyai peruntukan khusus mengenai undang- undang persaingan bagi mengawal selia aktiviti persaingan di bawah kawal seliaan sektor masing-masing. Badan-badan berkuasa sektor ini juga mempunyai kepakaran dalam mengawal selia aktiviti syarikat-syarikat di bawah kawal seliaannya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Objektif Akta Persaingan ini adalah untuk memecahkan unsur monopoli dalam sektor-sektor ekonomi di negara kita dan memberikan faedah serta pilihan kepada pengguna. Dalam sektor perkhidmatan udara secara khususnya masih terdapat isu masih wujud bahawa MAS masih memonopoli beberapa destinasi laluan penerbangan khususnya kepada beberapa destinasi yang dikatakan sebagai yang popular. Soalan saya ialah bagaimanakah pihak kementerian memastikan bahawa perkhidmatan udara khususnya akan mencapai objektif yang telah di’fasal’kan dalam Akta Persaingan ini dan apakah peranan yang boleh dimainkan oleh kementerian dalam perkara ini? Terima kasih.
Okey terima kasih Yang Berhormat Rasah. Untuk makluman Yang Berhormat, kewujudan monopoli tidak bererti bahawa ia membawa kesan buruk kepada sesuatu pasaran. Hanya apabila sesuatu monopoli itu menyalahgunakan kuasa pasarannya, maka ia akan membawa kesan negatif. Sehubungan dengan itu, kerajaan tidak akan mengambil tindakan kepada mana-mana syarikat monopoli kerana kerajaan percaya terdapat kebaikan kepada kewujudan monopoli yang mungkin bersesuaian bagi pasaran Malaysia. Untuk MAS saya ingat ia sebenarnya tidak akan menjejaskan sesuatu pasaran kerana kita tahu bahawa dari sektor perhubungan ini, bukan sahaja MAS merupakan syarikat yang terbabit dalam sektor ini, terdapat juga pesaing-pesaing lain yang bersaing dalam sektor ini. Sehubungan itu, adalah kita meletakkan iaitu kebebasan kepada pengguna untuk diberi pilihan bagi menentukan iaitu produk kegemaran mereka. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Lipis, ada soalan? Ini bukan MAS Yang Berhormat, monopoli.
Ya, terima kasih. Jadi kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, ada Akta Persaingan dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 yang baru kita luluskan baru-baru ini. Jadi, kalau kita lihat, ada syarikat-syarikat atau ada industri-industri tertentu yang kalau dibuat persaingan boleh merugikan. Sebagai contohnya, saya pernah terbaca sebuah syarikat elektrik di California atau di mana. Oleh sebab diberi persaingan terlalu banyak,
syarikat itu bankrap dan akhirnya rakyat yang menanggung masalah kerana terpaksa bergelap. Ini adalah kerana syarikat-syarikat ini tidak mampu lagi untuk menurunkan tarif dan sebagainya dan menyebabkan mereka menjadi bankrap. Jadi, soalan tambahan saya ialah sejauh manakah kerajaan betul-betul mengawal syarikat-syarikat yang terpaksa dimonopoli capital intensive, contohnya macam MAS tadi, industri kapal terbang, industri kereta api, industri tenaga dan sebagainya. Sejauh manakah kementerian betul-betul mengawal syarikat ini supaya mereka tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan daripada keperluan monopoli mereka itu? Terima kasih.
Baik, baik Yang Berhormat.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Lipis. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam amalan liberalisasi ini tidak akan adanya kita memastikan bahawa tidak adanya manipulasi di mana-mana pihak sama ada individu ataupun syarikat itu dan untuk memastikan kepentingan pengguna di negara ini sentiasa terjamin. Maka Akta Persaingan ini sebenarnya melarang: (i) perjanjian Anti Persaingan iaitu daripada segi penetapan harga atau price fixing; (ii) pembahagian dari segi pasaran atau bekalan; (iii) mengehadkan atau mengawal pengeluaran atau aktiviti iaitu memanipulasikan keputusan sesuatu bidaan tender; dan (iv) penyalahgunaan kuasa dominan dalam pasaran yang dimiliki oleh sesebuah syarikat seperti menetapkan harga jualan atau belian yang melampau dan selepas itu menghalang kemasukan pesaing-pesaing di pasaran, mengehadkan pengeluaran serta menetapkan terma- terma perniagaan yang tidak munasabah. Akta Persaingan 2010 ini yang telah saya nyatakan di sini akan mengawal selia semua aktiviti komersial tanpa mengira status pemilikan atau entiti serta tidak akan memperuntukkan sebarang pengecualian khususnya kecuali kepada mana- mana syarikat atau industri ini. Bagi memastikan peruntukan yang terkandung di dalam Akta Persaingan ini iaitu tidak dimanipulasikan atau disalahgunakan, Suruhanjaya Persaingan di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 ini akan ditubuhkan dalam masa terdekat untuk menerima semua aduan, melaksanakan penyiasatan dan mengesyorkan hukuman bagi pelanggaran di bawah undang- undang persaingan ini. Terima kasih.
7. Tuan Haji Mohd Nor Othman [Hulu Terengganu] minta Menteri Pengangkutan menyatakan jumlah kutipan saman yang gagal dikutip oleh kerajaan sehingga bulan April 2010.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Terengganu di atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap isu ini. Untuk makluman Yang Berhormat, saman diklasifikasikan tertunggak adalah saman-saman yang belum diselesaikan sebelum tahun 2008 dan oleh itu
daripada tempoh tahun 2000 hingga 2008, ianya adalah berjumlah 16,529,848 saman yang melibatkan tiga agensi utama iaitu Polis Diraja Malaysia berjumlah RM15,220,358, JPJ – RM470,983, manakala DBKL atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – 838,507 saman. Manakala saman-saman bagi tahun 2009 hingga terkini, ia masih merupakan saman-saman aktif yang masih dalam kitaran saman semasa. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Jumlah saman yang tertunggak sebanyak 16.5 juta lebih menggambarkan bahawa di negara kita ini pengguna- pengguna jalan raya kerap melakukan kesalahan-kesalahan sehingga kerajaan seolah-olah semacam tidak mampu untuk mengutip tunggakan tersebut. Soalan saya, apakah langkah-langkah kerajaan untuk menjamin bahawa saman-saman tersebut dapat dikutip untuk mendidik pengguna-pengguna jalan raya kita supaya mereka bersopan dan mereka terpanggil untuk menjelaskan saman-saman tersebut supaya jalan raya tidak lagi menjadi pembunuh yang paling utama di negara kita. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Hulu Terengganu. Sebenarnya memang pihak Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan telah mengambil pelbagai langkah, khususnya untuk mendapatkan bayaran saman-saman, bukan sahaja untuk mendapatkan saman- saman tersebut untuk mendapatkan hasil tetapi yang lebih penting lagi ialah untuk mendapatkan persepsi of being caught atau persepsi ditangkap di kalangan pengguna-pengguna jalan raya kerana inilah matlamat kita supaya pengguna- pengguna jalan raya ini lebih berhati-hati di jalan raya. Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan, khususnya JPJ ialah melalui inisiatif NKRA yang sedang dilaksanakan sekarang ialah kita sedang mengambil tindakan untuk mengutip saman-saman ini, misalnya melalui tindakan menyekat urus niaga seperti pembaharuan-pembaharuan road tax dan juga lesen memandu untuk membolehkan pemandu-pemandu ataupun pengguna atau pemilik-pemilik kenderaan membayar saman iaitu berasaskan kepada peruntukan Seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu yang tidak dapat dikesan. Kedua, salah satu kekangan yang timbul selama ini ialah sistem pengkomputeran JPJ yang masih lagi berkapasiti rendah. Oleh sebab itu baru- baru ini kerajaan telah memperuntukkan dalam bajet sebelum ini telah memberikan peruntukan sebanyak RM282 juta bagi meningkatkan kapasiti dan kecekapan sistem pungutan pengkomputeran JPJ dan ini akan membolehkan kita dapat meningkatkan kapasiti pemungutan saman, khususnya bagi saman-saman PDRM yang begitu banyak. Selama ini kita tidak dapat menampungnya kerana keadaan sistem komputer kita yang masih rendah kapasitinya. Kita juga mengambil langkah-langkah untuk mengadakan perkhidmatan online, khususnya bagi pembatalan sekatan dan juga penyenaraian hitam di antara JPJ dengan agensi lain, khususnya PDRM dan kita juga mewujudkan one- stop payment center di mana orang-orang yang kena saman ini boleh menyelesaikan saman di mana-mana selain melalui pembayaran online dan juga menggunakan credit card. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi memperkukuhkan lagi keseluruhan tindakan-tindakan ini, pihak Kementerian Pengangkutan juga bercadang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi menjadikan Akta Pengangkutan Jalan ini lebih berkesan dan efektif.
Saya percaya dengan usaha-usaha yang sedang dibuat sekarang, ianya akan dapat membuahkan hasil dan kita akan dapat meningkatkan perception of being caught. Terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya seronok juga mendengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan. Rupa-rupanya kita banyak kelemahan. Jadi oleh sebab kita mempunyai kelemahan, hapuskan sahajalah saman-saman itu... [Disampuk] Tidak payahlah lagi dikutip. Mengapa hendak pening kepala? Jadi sistem kita pun tidak ada. Takut nanti orang yang salah tidak di saman, orang yang tidak salah kena saman. Jadi, saya cadangkan, Datuk, lagipun kata bukanlah untuk mencari keuntungan. Saya cadangkan agaknya daripada awal Januari yang ke atas sahajalah yang dipungut, yang bawah ini kita halalkan sahajalah... [Disampuk] Kita hapuskan sahajalah saman-saman ini pasal salah kita, Datuk. Salah kita, kita tidak cekap. Jadi, salah kita, jangan kita...
Sudah faham, sudah faham.
Jadi, saya harap dihalalkan sahajalah. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya cadangan tersebut, saya percaya ini merupakan satu cadangan yang sukar untuk kita pertimbangkan kerana kalau kita melihat daripada jumlah saman tersebut, kalau kita lihat dari segi nilainya ialah lebih kurang RM2.7 bilion, itu satu. Kedua pula, sebenarnya apabila kita mengeluarkan saman ini ialah bertujuan untuk meningkatkan perception of being caught. Kalau kita melihat mengikut kajian yang telah dibuat oleh MIROS, perception of being caught di dalam negara ini hanyalah lebih kurang 35% kerana apabila kita memberikan saman kepada pemandu-pemandu, mereka sedar bahawa mereka tidak akan ada apa-apa tindakan yang boleh dibuat kerana kita masih ada kelemahan-kelemahan dan kita berusaha untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut dan meningkatkan usaha-usaha selanjutnya. Oleh sebab itu tujuan kita ialah untuk meningkatkan perception of being caught supaya dengan adanya peningkatan ini akan dapat meningkatkan lagi kesedaran terhadap keselamatan di jalan raya. Kalau kita lihat di dalam negara kita hari ini, kematian setiap hari, average lebih kurang 19 orang iaitu 6,745 orang pada tahun 2009 dan jumlah kemalangan-kemalangan yang lain yang menyebabkan pemandu-pemandu menjadi OKU juga ramai dan kita menganggarkan social costnya lebih kurang lebih daripada RM9 bilion setahun. Jadi saya percaya tujuan kerajaan untuk mengutip saman ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tersebut supaya kita lebih berhati-hati di jalan raya dan jalan raya kita menjadi jalan raya yang selamat dan kita akan dapat meningkatkan taraf kita di antara barisan negara-negara yang maju. Terima kasih.
8. Datuk Chua Soon Bui [Tawau] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan sama ada Jabatan Maritim sedar dengan pemilik kapal- kapal nelayan yang teramai sekali di Sabah yang menghadapi masalah pekerja- pekerja asing yang "lompat-melompat kerja" menyebabkan pemilik kapal-kapal tersebut sentiasa kekurangan pekerja-pekerja asing. Bolehkah jabatan ini menguatkuasakan skim pekerja-pekerja asing dikongsi antara pemilik-pemilik kapal nelayan dengan pemberian notis kepada jabatan ini supaya mengatasi masalah-masalah mereka, padahal ramai pemilik kapal nelayan telah didakwa di mahkamah semasa penguatkuasaan dijalankan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tawau atas soalan Nombor 8. Jabatan Perikanan Malaysia mempunyai kuasa untuk memberi kelulusan bagi mana-mana pekerja atau krew asing untuk bekerja di atas vessels menangkap ikan tempatan yang dilesenkan di bawah Akta Perikanan 1985.
Dasar sedia ada membenarkan krew asing bekerja di atas vessels perikanan di bawah pemilik yang sama. Krew asing berkenaan tidak dibenarkan bekerja di atas vessel perikanan pemilik lain. Dasar ini ditetapkan bagi memudahkan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas krew asing oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan agensi-agensi penguatkuasaan maritim. Jabatan Perikanan Malaysia sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan Jabatan Maritim untuk meneliti dasar-dasar semasa mengenai pengambilan krew asing yang bekerja di atas vessel menangkap ikan tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat Tawau, Jabatan Maritim merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sekian terima kasih.
Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan yang saya kemukakan kerana banyak pemilik kapal-kapal nelayan yang menghadapi masalah ini, dan ini adalah satu isu yang besar untuk Sabah dan saya fikir jawapan dari Timbalan Menteri tidak tepat untuk menyelesaikan masalah-masalah di Sabah. Jadi, saya ingin tahu daripada Timbalan Menteri, apakah alternatif untuk menyelesaikan masalah ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih atas ulasan yang diberi tetapi, soalan yang ditujukan itu sepatutnya ditujukan kepada Jabatan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, dari segi apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah, saya berharap mungkin yang mendapat masalah ini dapatlah memberi sedikit sebanyak maklumat dan memang dasar adalah untuk memastikan supaya pemantauan dapat dijalankan dengan lebih mudah. Maka krew asing berkenaan yang dibenarkan bekerja tidak dibenarkan bekerja di pemilik atau vessel perikanan pemilik lain. Ini adalah untuk memantau pekerja asing atau krew-krew asing. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini soal Sabah, masalah Sabah dan sebelum itu tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana menjadi Timbalan Menteri yang paling muda dan tidak lama lagi akan menjadi menteri penuh. Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Soal bot asing termasuk krew- krewnya dilesenkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Sabah. Apa syarat dasar pihak kementerian terhadap bot-bot asing termasuk krew-krewnya beroperasi di
persekitaran perairan negeri Sabah. Ada pula satu ketika dahulu, bot-bot asing ini yang berasal dari Vietnam menunda di persisiran hampir sekali kepada pantai, dan ini menyebabkan pertelingkahan antara nelayan-nelayan kecil yang berbot kecil terutama sekali di pantai barat. Kita tahulah di pantai timur mungkin Yang Berhormat Tawau tahu tetapi, di depan mata saya apabila saya merasmikan satu pengekalan bot asing menunda dekat kepada pantai tidak sampai satu batu. Jadi apabila saya menelefon kepada Jabatan Laut dan Jabatan Perikanan, ditangkap tetapi apabila ditangkap bot-bot ini dilesenkan kepada orang perseorangan di negeri Sabah. Jadi apa dasar kerajaan ataupun pihak kementerian melihat perkara ini. Adakah kita ini tidak mampu buat bot kita sendiri dan tidak mampu menangkap ikan kalau kita gunakan tenaga orang tempatan selain daripada menggunakan bot asing ini dan krew- krewnya daripada luar negeri. Ke arah mana pihak kementerian dan Timbalan Menteri yang baru.
Baik Yang Berhormat, sudah faham Yang Berhormat.
Terima kasih atas soalan yang diberi. Mengenai statistik yang saya beri ini adalah jumlah nelayan 2009 iaitu sebanyak 125,632. Dari jumlah itu, jumlah nelayan asing adalah 34,520. Pada masa ini untuk krew asing hanya vessel C2 dan C3. Boleh dikatakan yang menangkap ikan di zon ini, diberi 100% dasar dan boleh dikatakan employ krew asing tetapi, untuk zon ‘C’ sebanyak 80%. Masalah yang dihadapi adalah kebanyakan boleh dikatakan orang tempatan tidak berminat bekerja di bot-bot ini...
Bohong!
...Oleh itu, kerajaan terpaksa memberi kelonggaran ini. Dari segi Sabah dan Sarawak, banyak lagi sumber pelagic yang belum diterokai. Maka memang terdapat kekurangan untuk mendapat nelayan- nelayan untuk menangkap lebih banyak ikan di Sabah dan Sarawak malah di Semenanjung Malaysia kita sekarang sedang mengurangkan lesen-lesen kerana sumber pelagic telah diterokai sepenuhnya. Oleh itu untuk dasar masa hadapan mengenai perikanan, kita masih meluluskan lesen-lesen untuk nelayan terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana terdapat banyak sumber pelagic yang belum diterokai. Sekian, terima kasih.
9. Datuk Hajah Norah Abd. Rahman [Tanjong Manis] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada kementerian dapat mempertimbangkan pemberian alat-alat pencegah api bagi keseluruhan kawasan Parlimen Tanjong Manis.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemberian alat pemadam api bagi keseluruhan kawasan Parlimen Tanjong Manis adalah tidak praktikal, kerana ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi dan peralatan tersebut juga memerlukan penyelenggaraan secara berkala. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan masyarakat di kawasan ini menerima perkhidmatan kebombaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mencadangkan sebuah balai bomba baru dibina di Tanjong Manis dalam permohonan Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Buat masa ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggalakkan supaya Pasukan Bomba Sukarela ditubuhkan di kalangan penduduk setempat bagi membantu menangani kebakaran di peringkat awal. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membantu Pasukan Bomba Sukarela daripada segi kelengkapan peralatan asas menentang kebakaran seperti pam, hose berserta kenderaan. Terima kasih.
Terima kasih Timbalan Menteri. Baru-baru ini di Tanjong Manis terdapat kebakaran di beberapa buah kampung dan banyak rumah terbakar kerana kebanyakan keadaan di Tanjong Manis adalah kawasan miskin tegar dan terima kasih juga kepada kementerian kerana prihatin memberi bomba baru di Bandar Baru Tanjong Manis. Tanjong Manis agak besar, hampir sebesar Pahang. Jadi bagaimanakah kementerian dapat membantu untuk menyegerakan masalah-masalah seperti kebakaran terutamanya di kawasan-kawasan perumahan di pedalaman.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana jawapan saya tadi bahawa oleh kerana kawasan Tanjong Manis hanya balai bomba yang berdekatan ialah Balai Bomba Sarikei dan menggunakan jalan air atau motor bot serta mengambil masa 40 minit. Apa yang saya sarankan kepada Yang Berhormat ialah supaya kita menubuhkan bomba sukarela di kawasan ini di mana sebenarnya bomba sukarela sudah ada di Tanjong Manis tetapi tidak aktif. Jadi saya memohon kepada Yang Berhormat kita aktifkan bomba sukarela ini seberapa banyak dan kita akan berikan bantuan kepada mereka dari segi peralatan, baju kalis api dan juga latihan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pada tahun lalu pun kita telah membelanjakan sebanyak RM13.9 juta untuk membantu bomba sukarela di seluruh negara. Terima kasih.
Bolehkah Tuan Yang di-Pertua?
Jangan Yang Berhormat tetapi saya boleh beri penjelasanlah. Tanjong Manis ini ia banyak bermasalah. Satu, kampung banyak, rumah panjang banyak. Nombor dua, pengangkutan tidak ada jalan raya dan connection, kebanyakannya melalui sungai-sungai. Jadi kalau sukarela ini, bolehlah tetapi perkakas-perkakas sukarela kena beri juga lah. [Soalan No. 10 – Y.B. Tuan S. Manickavasagam (Kapar) tidak hadir]
11. Datuk Raime Unggi [Tenom] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah ada langkah-langkah bimbingan daripada kementerian sendiri terhadap petani kecil-kecilan berhubung Peraturan 3P iaitu Pengedaran, Pembungkusan dan Pelabelan produk pertanian yang lebih berkualiti dan berdaya saing.
Terima kasih atas soalan kesebelas. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai pelaksana Peraturan 3P telah melaksanakan pelbagai program sebagai langkah bimbingan dan latihan kepada kesemua kumpulan sasarannya bermula
dari peringkat pengeluaran petani sehingga ke pemasaran. Yang terlibat adalah pengeksport, pengimport, pemborong, dan peruncit. Bagi petani berskala kecil, FAMA berusaha untuk menggalakkan mereka mengamalkan Peraturan 3P menerusi pendedahan melalui kursus dan taklimat kepada petani mengenai kepentingan pelaksanaan Peraturan 3P yang melibatkan pengedaran, pembungkusan, dan pelabelan dalam memberi nilai tambah kepada hasil keluaran mereka agar dapat bersaing di pasaran. Terdapat 148 program telah dijalankan pada tahun 2008, 420 program pada tahun 2009 dan 118 program sehingga Mac 2010. Selain itu, latihan dan bimbingan kepada para petani tentang kaedah penggredan hasil mengikut gred standard Malaysia, gred premium 1 atau 2. Bermula tahun 2008 sehingga April 2010, FAMA telah melaksanakan sebanyak 700 program di seluruh negara dengan melibatkan seramai 28,943 orang peserta petani iaitu seramai 8,355 orang peserta dalam tahun 2008, 15,827 orang peserta pada tahun 2009 dan 4,761 peserta sehingga April 2010. Pemberian labor tax Peraturan 3P secara percuma kepada kumpulan petani yang terpilih sahaja untuk program simulasi juga dijalankan supaya mereka boleh menjadi model kepada kumpulan petani lain dalam melaksanakan pemakaian Peraturan 3P. Sehingga Mac 2010, program ini telah dilaksanakan di enam kawasan. Selain itu, latihan secara hands on turut diberikan kepada peserta pasar tani untuk mengamalkan penggredan, pembungkusan dan pelabelan yang baik kepada setiap hasil pertanian yang dipasarkan. Program juga berbentuk seminar dan kursus seperti kursus teori dan praktikal penggredan, serta seminar 3P hasil pertanian berkualiti juga diadakan. Setiap pelaksanaan 3P ini melibatkan 200 peserta, sementara untuk kursus teori dan praktikal adalah seramai 25 orang peserta. Sebanyak empat seminar 3P telah dilaksanakan di setiap negeri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi yang begitu panjang lebar. Tuan Yang di-Pertua, kita melihat bahawa sektor pertanian hari ini bagi negara kita telah melangkah ke fasa yang baru... [Disampuk] Sekejap, baru hendak masuk. Apatah lagi dalam soal untuk merealisasikan hasrat Program Transformasi Negara yang mana kita lihat ia sebagai satu insentif yang mana turut diberikan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat menceburi dalam soal pertanian. Kita juga melihat Tuan Yang di-Pertua, bahawa kerajaan kita telah menubuhkan beberapa agensi yang berkaitan untuk membantu usahawan dan juga mereka yang terbabit dalam sektor pertanian. Sebagai contoh, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyatakan tadi FAMA, yang mana FAMA banyak mengatur pelbagai strategi seperti memperbaiki kecekapan, keberkesanan pengurusan, rangkaian bekalan, kecemerlangan perisikan pasaran, pengiktirafan jenama domestik dan juga antarabangsa serta pembangunan keupayaan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah setakat manakah kukuhnya jenama produk kita di bawah Peraturan 3P ini, terutama pasaran domestik dan juga serantau? Kita tahu ada juga jenama Agromas – FAMA punya jenama di bawah pihak kementerian. Akan tetapi apakah hanya di bawah satu label ini benar-benar membantu para petani kita untuk mengembangkan produk-produk pertanian mereka? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, mohon jawapan.
Peraturan 3P adalah berasaskan Akta 141 yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2011 dan untuk Sabah dan Sarawak, mungkin pada tahun 2012. Pada masa ini, terdapat banyak masalah yang dihadapi untuk memastikan kebanyakan petani, pemborong atau peruncit dapat mematuhi Program 3P ini. Oleh itu, Program 3P ini adalah berasaskan untuk menambah nilai produk-produk yang dikeluarkan oleh petani. Dari segi Agromas yang dikeluarkan, saya mendapat tahu bahawa sambutan Agromas adalah bagus dan menggalakkan dan terdapat juga perubahan yang mungkin perlu diadakan. Mengenai cadangan agar satu jenama Agromas perlu dikekalkan atau dipelbagaikan, pada masa ini kementerian masih melihat mengenai keadaan ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat, saya ingin mengetahui, daripada 3P ini, yang paling penting sekali ialah pembungkusan selain daripada barang itu berkualiti. Saya banyak kali juga menyertai, mengikuti dan menghadiri usaha-usaha yang dibuat oleh FAMA tetapi saya tengok tahap pembungkusan belum lagi sampai pada tahap yang membanggakan. Jadi saya hendak tanya dan mengetahui, apakah FAMA ataupun kementerian mempunyai unit kreativiti dalam memperkenalkan bungkusan yang boleh menarik pelanggan-pelanggan supaya produk-produk yang dipasarkan itu mendapat perhatian, terutamanya di peringkat antarabangsa sebab saya masih berpendapat ianya masih lagi jauh daripada yang boleh kita banggakan. Apakah bantuan FAMA dan kementerian sebenarnya dalam membantu petani-petani kecil ini dalam soal pembungkusan? Sekian, terima kasih.
Terima kasih atas cadangan atau boleh dikatakan soalan yang perlu dilihat. Dari segi bungkusan, selain daripada bungkusan, yang penting juga label lah untuk kita eksport. Untuk pembungkusan, pada masa ini kita memang menghadapi masalah bukan sahaja dari segi kreativiti, malah kemudahan kotak-kotak pembungkusan sukar diperolehi oleh petani-petani. Maka FAMA akan bekerjasama dengan petani untuk melihat sama ada petani-petani ini akan bersatu menjadi satu kumpulan untuk negotiate satu pakej dengan syarikat-syarikat yang terlibat yang mungkin memberi bungkusan yang lebih menarik minat untuk dieksport. Selain itu, dari segi pemasaran, FAMA sentiasa melihat untuk meningkatkan mutu pemasaran petani-petani. Pada masa ini walaupun ia kurang memuaskan, terdapat perubahan yang boleh dibanggakan. Maka kita akan sentiasa berusaha di bawah kementerian untuk meningkatkan taraf pemasaran dan pembungkusan agar ia menarik lebih banyak pengguna dan pembeli serta dapatlah mematuhi peraturan untuk dieksport. Terima kasih.
12. Datuk Eric Enchin Majimbun [Sepanggar] minta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah nilai dan masa yang diperlukan untuk membina bangunan baru Hospital Queen Elizabeth yang diisytiharkan tidak selamat untuk diduduki dan akan dirobohkan pada tahun 2008. Berapa nilai harga pembelian Sabah Medical Centre (SMC) sebenarnya dan bagaimana dengan perkhidmatan SMC yang masih menggunakan bangunan tersebut.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Tuan Yang di-Pertua, projek pembinaan blok menara baru Hospital Queen Elizabeth akan dilaksanakan dengan harga kontrak berjumlah RM364.85 juta dan tempoh pembinaan adalah selama 30 bulan. Tarikh masuk tapak bagi memulakan kerja pembinaan adalah pada 7 Jun 2010 dan tarikh siap projek adalah pada 7 Disember 2012.
Untuk makluman kerja-kerja penubuhan dan menaikkan struktur asas bangunan sedang dilaksanakan pada ketika ini. Berkaitan bangunan Sabah Medical Centre (SMC) pula, kerajaan telah membelinya dengan harga pembelian sebanyak RM280 juta. Selaras dengan perjanjian pembelian, pihak SMC dibenarkan menyewa sementara sebahagian ruang di bangunan yang telah dibeli oleh Kerajaan Malaysia bagi tempoh 24 bulan bagi meneruskan operasi hospital swasta tersebut iaitu sehingga November 2011. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita tahu bahawa sebenarnya inilah yang dikesali oleh rakyat Sabah disebabkan kelewatan pembinaan itu tetapi syukurlah kita telah pun dipastikan pada 7 Jun 2010 akan bermula. Soalan tambahan ialah bagaimanakah doktor-doktor yang ada pada ketika ini terutama sekali pakar-pakar di mana kita dapati bahawa mereka tidak ada tempat untuk membuat konsultasi di Queen Elizabeth pada ketika ini. Terima kasih.
Sebenarnya Yang Berhormat, doktor-doktor pakar dan juga doktor-doktor yang berkhidmat di Hospital Queen Elizabeth I dan Hospital Queen Elizabeth II tidak mempunyai masalah untuk menjalankan konsultasi Yang Berhormat. Jadi walaupun dengan terjejasnya pada mulanya perkhidmatan di Hospital Queen Elizabeth I tetapi doktor-doktor ini mengikut kepakaran telah dipindahkan sama ada di SMC ataupun di Queen Elizabeth II untuk meneruskan tanggungjawab mereka dan ada di antaranya dihantar ke Hospital Likas mengikut kepakaran masing-masing Yang Berhormat. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahaja sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan pada pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Jabatan Perdana Menteri menggulung dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan diputuskan Usul Rancangan Malaysia Kesepuluh oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan sehingga selesai ucapan-ucapan penangguhan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 1 Julai 2010.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. [Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul — Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015)Motion
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar; merestui usaha kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020; meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;
Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia” [29 Jun 2010]
Minta Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab. Yang Berhormat Padang Rengas.
Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) yang menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri amat menghargai pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Telok Intan, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Johor Bharu, Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang Berhormat Bagan telah membangkitkan mengenai cadangan perpindahan Parlimen ke Putrajaya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa jawapan bertulis pada 8 Jun, 2010 kepada pertanyaan lisan Yang Berhormat Kota Melaka bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju membina bangunan baru Parlimen adalah tidak tepat. Jawapan tersebut diedarkan tanpa dirujuk kepada saya terlebih dahulu. Sebagai anggota Jemaah Menteri saya tahu sama ada Jemaah Menteri telah membincangkan ataupun tidak perkara berkenaan. Dalam isu ini Jemaah Menteri tidak ada membuat keputusan untuk memindah atau membina bangunan baru Parlimen. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya pihak Jabatan Kerja Raya telah pun menjalankan kajian serta siasatan ke atas bangunan Parlimen yang kini menjangkau usia 50 tahun. Hasilnya menunjukkan terdapat kemerosotan keselamatan dan ketahanan kepada kerangka struktur konkrit keluli serta struktur bumbung tajam dan terdapat kemerosotan ketahanan pada penyambungan panel faset bangunan. Sehubungan itu, Kementerian Kerja Raya akan mengemukakan tiga cadangan kepada Jemaah Menteri berhubung perkara ini: (i) membaik pulih bangunan Parlimen sedia ada dengan mengadakan persidangan Parlimen secara sementara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; (ii) membina bangunan baru dan membaik pulih bangunan sedia ada; dan (iii) menaikkan taraf PICC di Putrajaya menjadi bangunan Parlimen yang baru dan bangunan asal Parlimen di baik pulih menjadi galeri sejarah.
Semua cadangan ini sedang diperinci oleh Kementerian Kerja Raya dan akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk dipertimbangkan. Sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenainya. Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menyebut bahawa jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Kota Melaka itu tidak dirujuk kepada Yang Berhormat Menteri terlebih dahulu. Seolah-olah jawapan yang diberikan kepada Yang Berhormat Kota Melaka dan dibukukan dan diberikan kepada semua Ahli Parlimen ini tanpa dirujuk. Jadi bermakna bahawa adakah soalan-soalan yang lain pun tidak dirujuk kepada Yang Berhormat Menteri sehingga menyebabkan soalan yang kami dapat itu satu soalan yang belum ada kepastian atau ketepatannya! Ini persoalan yang sedang kami hadapi seolah-olah semua soalan yang kami dapat, yang tidak dibacakan di sini seolah-olah soalan itu soalan yang tidak dirujuk kepada Yang Berhormat Menteri. Jadi adakah Yang Berhormat hanya hendak menyalahkan pegawai? Sedangkan saya hendak bertanya bahawa itu tidak dirujuk kepada Yang Berhormat Menteri, kenyataan Yang Berhormat Menteri pula, adakah Yang Berhormat Menteri rujuk kepada siapa-siapa? Kenyataan Yang Berhormat Menteri sendiri di dalam akhbar sebelum ini pun menyebut antara lain bahawa memang kerajaan ada pertimbangan sama ada hendak pindah sementara ataupun hendak buat kekal. Ada! Sedangkan Yang Berhormat Menteri kata keputusan Kabinet tidak ada langsung! Kita tetap kekal di sini, tidak ada hendak ada pilihan sama ada hendak buat baru ataupun hendak pindah sementara ke PICC. Adakah Yang Berhormat Menteri kata, “Oh kenyataan Yang Berhormat itu Yang Berhormat tidak rujuk kepada Yang Berhormat Menteri?” Terima kasih...
Boleh sambung tidak?
Tuan Yang di-Pertua, bagus dia tanya sebab dia tidak tahu bagaimana kita buat kerja. Jadi sebab itu elok kalau tidak tahu tanya pada orang yang tahu. Amalan Yang Berhormat... [Ketawa] Amalan ialah setiap soalan okey, setiap soalan yang dijawab, jawapan itu terlebih dahulu hendaklah dirujuk kepada Yang Berhormat Menteri. Ini amalan kita. Apa yang berlaku pada hari itu, pada 8 Jun 2010 soalan Yang Berhormat Kota Melaka adalah Nombor 34. Jadi oleh kerana soalan itu tidak naik, dia tidak naik kerana soalan Nombor 34 macam mana hendak naik? Mesti soalan Nombor 4 atau Nombor 5. Apabila soalan tidak naik maka soalan itu dijadikan soalan bertulis dan amalan yang saya lakukan ialah semua jawapan hendaklah dirujuk kepada saya terlebih dahulu. Sebelumnya juga ia menjadi satu jawapan yang bertulis kerana tidak bangkit, tidak naik dalam lisan. Maka jawapan itu tidak dirujuk kepada saya. Kalau dia naik soalan satu, tiga, ataupun empat, lima sudah tentu saya baca. Saya tidak mahu menyalahkan pegawai saya. Saya bukan bersikap seperti Yang Berhormat kata. Saya ambil tanggungjawab penuh jadi apa masalah yang berlaku itu masalah dalaman, saya dengan pegawai. Akan tetapi di Dewan ini saya beri penjelasan kalau perkara ini tidak dirujuk kepada saya mungkin di atas sebab-sebab tertentu. Saya sendiri pun tidak tahu.
Akan tetapi saya hendak mengakui di sini memang itu jawapan tidak tepat. Saya tidak melihat jawapan itu. Maka, inilah berlaku kesilapan yang saya perbetulkan sekarang...
[Bangun]
Keduanya. Keduanya, saya tidak pernah kata iaitu bahawa, apabila perkara ini berlaku, saya tidak ada kesempatan untuk hendak menjawab serta-merta kerana saya merasakan kena jawab dalam Dewan terus. Saya boleh mengambil, membuat ministerial statement tetapi kalau ministerial statement, dia merupakan hanya penjelasan dan tidak ada perbahasan. Oleh kerana saya tahu bahawa perkara ini akan berbangkit dalam perbahasan RMKe-10, maka saya benarkan perkara itu berjalan kerana saya tahu ada kesempatan. Waktu menggulung pada hari ini, saya akan membuat pembetulan. Untuk tidak mendatangkan salah faham, saya cepat-cepat membuat PC. Menceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku. Perkara ini dibincangkan di dalam Jemaah Menteri. Dibincangkan dalam Jemaah Menteri. Bukan dalam bentuk memorandum ataupun nota tetapi dalam perkara berbangkit. Jadi cara kita bermesyuarat, ada hal-hal lain. Dalam hal-hal lain, maka perkara tentang Dewan ini telah dibangkitkan oleh seorang Jemaah Menteri. Maka, berlaku perbincangan. Jadi dalam perbincangan itulah keluar cadangan kita terpaksa membuat structure repair dengan izin, yang makan belanja. Sekian, sekian. Maka, perbincangan itu telah membawa kepada berbagai-bagai pandangan. Namun, satu perkara yang boleh saya sebutkan di sini iaitu bahawa kalau sekiranya kita membina Parlimen baru, ia akan memakan belanja RM800 juta. Tidak kira di mana. Sama ada kita buat di sinikah atau buat di Putrajayakah. Ia akan makan belanja RM800 juta. Itu langsung ditolak oleh Jemaah Menteri. Jadi, apa yang saya sebut di dalam akhbar, saya tidak mengatakan kita membuat keputusan. Saya kata iaitu bahawa ini merupakan perbincangan dan akhir kepada perbincangan itu, kita telah minta kepada JKR untuk memberikan kita laporan bagi ketiga-tiga ini semua. Pada ketika itu, kita akan bincang dan ambil keputusan. Jadi belum ada keputusan lagi. Jadi itu cara kita...
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Perkara ini berbangkit waktu...
Boleh?
Ya. Boleh, Yang Berhormat Menteri?
Nanti dulu. Perkasa, nanti dulu... [Ketawa]
Yang Berhormat Menteri.
BN lain, Perkasa lain, ya. Duduk dulu. Jadi keputusan belum dibuat, Yang Berhormat. Perkara ini dibincangkan dalam hal-hal lain. Ini kerana setiap keputusan yang hendak kita buat, mesti
dalam bentuk memorandum. Sebab itu saya berani kata dan saya mengesahkan apa yang sahabat saya daripada Kementerian Kerja Raya iaitu bahawa keputusan belum dibuat dalam perkara ini.
Ya. Yang Berhormat Menteri, bagi saya peluang.
Yang pertama, mengenai prinsip ministerial responsibility. Kita mahu tahu. Adakah sekarang kita boleh percaya semua jawapan yang diberi secara bertulis? Kalau itulah, boleh berlaku kesilapan yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Kenapa satu kesilapan yang begitu besar yang boleh berlaku di mana ada sebut adalah keputusan Jemaah Menteri apabila tiada. Kedua, sekarang kita mahu menggalakkan institutional independence. Adakah kerajaan akan menerima satu kedudukan bahawa keputusan sama ada mahu pindah, tidak mahu pindah atau apa keputusan mengenai masa depan bangunan Parlimen patutlah diputuskan oleh Parlimen sendiri. Sama ada satu jawatankuasa atau apa-apa bentuk dan bukan oleh eksekutif.
Pertama, perkara seperti ini boleh berlaku oleh kerana tafsiran yang dibuat oleh setiap pegawai tentang apa yang telah diminitkan dalam minit mesyuarat Jemaah Menteri. Jadi sebab itu saya rasa tafsiran yang dibuat oleh pihak Parlimen, dalam hal ini Ketua Pentadbir Parlimen telah mentafsirkan daripada minit itu bahawa kita telah membuat keputusan dan itu tidak benar. Kita manusia biasa, Yang Berhormat. Untuk hendak mengatakan bahawa 100% perkara seperti ini tidak boleh berlaku, saya rasa sukar untuk saya janji...
[Bangun]
[Bangun]
Ini kerana dalam kita punya keputusan dan jawapan, ia melibatkan bukan satu atau dua orang tetapi ramai. Memandangkan macam di Pejabat Perdana Menteri, saya bertanggungjawab kepada 17 agensi dan suruhanjaya. Maka, ini melibatkan sekurang-kurangnya 17 orang yang akan mempunyai cara tafsiran mereka dalam hal-hal tertentu. Jadi sebab itu perkara ini berlaku. Jadi saya hendak minta maaflah kerana perkara ini berlaku...
Ya.
Boleh?
Dan saya kira...
Yang Berhormat.
Boleh?
Apa yang berlaku sememangnya tidak patut berlaku. Sepatut boleh dielak tetapi ia sudah pun berlaku dan saya rasa saya bertanggungjawab untuk membuat pembetulan di dalam Dewan ini...
Yang Berhormat Menteri.
Okey, terima kasih.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya rasa pada akhirnya, apabila kita membuat keputusan, kita tidak ada masalah kalau sekiranya Parlimen membuat keputusan. Akan tetapi akhirnya apabila untuk menentukan sama ada peruntukan boleh dikeluar ataupun tidak, itu adalah keputusan eksekutif yang mana satu daripada ahli eksekutif itu merupakan Menteri Kewangan. Jadi sebenarnya tidak ada halangan untuk bagi Ahli-ahli Parlimen berbahas. Boleh dengan persetujuan daripada Tuan Yang di-Pertua untuk mengadakan satu sesi khas berbincang khusus untuk itu sahaja. Saya tidak ada kuasa di dalam hal ini. Jadi pada saya, dalam perkara ini, kalau hendak dikatakan bahawa eksekutif tidak ada hak, saya rasa itu saya tidak boleh terimalah kerana akhirnya sama ada diputuskan di sini atau sampai balik kepada eksekutif untuk mendapat peruntukan daripada Perbendaharaan kita.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Daripada tiga alternatif yang disebut tadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri apakah tidak terfikir Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka juga boleh dijadikan satu tempat pilihan untuk diubah suai sebagai tapak bangunan Parlimen baru ataupun di Istana Negara yang tidak lama lagi akan pindah. Jadi soal kesilapan jawapan itu, saya menghargailah sebab sudah minta maaf dan lain kali kena teliti. Sama juga bila tengok saya ini, panggil Yang Berhormat Pasir Mas, jangan Perkasa. Kena teliti sikit... [Ketawa] Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf jugalah kepada Yang Berhormat Perkasa. Eh, Perkasa pula... [Ketawa] Yang Berhormat Pasir Mas sebab Yang Berhormat Pasir Mas ini lebih popular dengan Perkasa daripada menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas.
Terima kasih. Terima kasih. Itu nampak pandangan jauhlah. Terima kasih... [Ketawa]
Pandangan lebih - dia lebih terkenal dengan Perkasa daripada sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas. Sebab itu saya tersasul. Saya minta maaflah. Yang Berhormat, Bangunan Sultan Abdul Samad ini, saya juga mempunyai pandangan begitu juga dengan Yang Berhormat. Cuma masalahnya sekarang ini, bangunan itu sudah pun menjadi pejabat kementerian bagi Menteri... [Disampuk] Apa dia? Daripada kawan saya daripada Jelebu. Saya pun sudah lupa kementerian, telekomunikasikah apa? Panjang sangat. Jadi dia sudah pun menjadi pejabat kementerian dan telah diberikan kepada kementerian itu. Jadi untuk kita hendak tarik balik agak sukarlah. Yang Berhormat Sri Gading.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bersyukur ke hadrat Allah. Alhamdulillah, kerajaan belum membuat keputusan muktamad tentang permasalahan bangunan Parlimen. Saya hendak mewakili kerana perbincangan secara tidak rasmi dengan rakan-rakan yang lain, Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional. Seboleh-bolehnya, antara tiga itu ialah kekalkan di bangunan ini juga setelah diperbaiki. Maknanya, tidak pindah ke mana-mana. Kalau hendak pindah
sementara selama satu hingga dua tahun itu, silakan. Hendak diapakan kerana kita hendak membuat kerja-kerja memperbaiki bangunan Parlimen. Akan tetapi akhirnya, kita merayu kepada Kabinet kekalkanlah bangunan Parlimen ini di sini selepas diubahsuai dan dibuat perbaikan yang diperlukan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bukan sahaja...
Mic, mic.
...Bukan sahaja keputusan muktamad, keputusan pun belum dibuat. Jangankan muktamad, keputusan pun belum dibuat. Jadi Yang Berhormat jangan bimbang. ■1150 Cuma Yang Berhormat, saya sebagai Menteri untuk hendak mengatakan bahawa saya setuju kita kekal di sini tetapi kadangkala maklumlah bangunan sudah tua. Kalau kita repair macam mana sekalipun kadangkala ada lagi perkara yang akan berlaku. Jadi untuk menjaminkan bahawa saya hendak mengatakan bahawa keselamatan itu okey, kita boleh mesyuarat, saya pun tidak berani hendak kata. Baru-baru ini tidak silap saya sama ada Yang Berhormat Selayang atau Yang Berhormat Gopeng hari itu, bila hari hujan sekali kerusi dia - tiris bocor dia terus jumpa saya. Dia kata, “Yang Berhormat, itu hujan sudah kena saya punya kerusi, sudah basah.” Saya ajak dia minum kopi. Saya cakap, jangan bising sangat. Saya kata, saya pun malu juga. Dia minum kopi. Saya kata, “Okey, okey, saya cuba selesai.” Jadi maklumlah Yang Berhormat, kalau bangunan sudah tua ini macam- macamlah. Macam Yang Berhormat juga Ahli Parlimen sudah tua. [Ketawa] Lama, lama, lama. Yang lama, yang lama.
Soal tua tidak masalah. Kadang-kadang lebih tua lebih baik. [Ketawa] Ini kerana banyak negara bangunan tua-tua, ratusan tahun. Whatever kos pun yang perlu kita belanjakan dikatakan bocor dan sebagainya, ini kita hendak memperbaiki. Masalahnya ialah kita mohon dikekalkan di sini sebagai tanda sejarah kemerdekaan negara kita, kedaulatan negara kita.
Huh! Yang Berhormat Sri Gading hebat.
Terima kasih Yang Berhormat tua. [Ketawa] Saya setuju. Sebenarnya kesempatan juga diberikan kepada Ahli Parlimen untuk menyuarakan. Maka saya boleh bagi jaminan di sini iaitu bahawa apabila perkara ini dibincang dalam Jemaah Menteri, saya boleh menyampaikan kepada Jemaah Menteri bahawa majoriti Ahli-ahli Parlimen mempunyai sentimen bahawa kita mesti kekal di sini. Memang bagus untuk saya pun sebab kalau buat di Putrajaya saya kena pindah pejabat saya ke Putrajaya pun susah untuk saya. Jadi bukan saya yang hendak, Ahli-ahli Parlimen yang hendak. Jadi insya-Allah saya akan sampaikan. Sentimennya kuat yang ada di kalangan, saya boleh kata majoritilah Ahli-ahli Parlimen yang mahu supaya dikekalkan Parlimen kita di sini. Insya-Allah, saya akan sampaikan dengan kuat kepada Jemaah Menteri.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya ucap terima kasih kerana mengakui satu kesilapan dalam jawapan lisan kepada saya. Jika jawapan ini masih kekal dalam Hansard ini saya ingat tidak baiklah. Adakah Yang Berhormat Menteri sedia untuk menarik balik secara rasmi jawapan ini dan bekalkan satu jawapan yang tepat. Itu satu permintaan. Kedua, apakah sebab nampaknya Yang Berhormat Menteri masih ragu- ragu tentang membaik pulih bangunan Parlimen. Adakah tidak yakin jika kita baik pulih masih akan menghadapi masalah. Ini soalan kedua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, itulah soalan yang pertama tadi. Itulah sebabnya saya fikirkan...
Yang Berhormat.
Ya.
Yang Berhormat, kalau boleh jawab sekali dengan Yang Berhormat Rembau dan Yang Berhormat Batu Gajah mengenai dengan soal Parlimen selepas itu, can we move on. Itu barangkali sudah.
Tuan Yang di-Pertua, saya bukan hendak ingkar arahan Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi kalau sekali empat, lima orang tanya saya, saya lupa. [Ketawa] Saya lebih suka satu tanya satu jawab, satu tanya satu jawab.
Ahli Parlimen tua, orang tua, sudah tua. Dia cepat lupa, macam itulah.
[Menyampuk]
Saya lama, saya lama, lama. Yang itu tua. [Sambil menunjuk ke arah Yang Berhormat Sri Gading] [Ketawa] Jadi minta maaf Yang Berhormat ya. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya boleh jawab dengan tepat kalau setiap ...
Tua tetapi semangat muda.
Kalau setiap satu orang tanya saya jawab, saya jawab ya. Kalau saya kumpul semua saya lupa, Tuan Yang di- Pertua.
Sila, sila.
Ciri-ciri orang tua, lupa. [Ketawa]
Oleh sebab itu jangan kahwin empat. Ya, Yang Berhormat Kota Melaka. Itu sebabnya saya merasa saya mesti buat pembetulan dalam Dewan kerana apa yang saya sebut ini juga akan masuk Hansard. Saya rasa kita tidak boleh tarik ataupun kita padamkan tetapi saya kira dia tidak termasuk dalam Hansard kerana dia tidak dijawab di dalam Dewan. Kalau tidak silap sayalah. Kalau tidak silap saya. Ini kerana Hansard itu dicatatkan apa yang diperkatakan dalam Dewan. Oleh kerana jawapan itu jawapan bertulis kalau tidak silap saya dalam Hansard tidak ada kot, mungkin tidak ada. Jadi tidak perlulah kita pinda Hansard tetapi memadai bagi saya untuk membuat pembetulan
di sini. Ini kerana seperti Yang Berhormat sebut adalah betul, penting apa yang ada dalam ada Hansard. Jelas dalam penggulungan saya mengatakan bahawa jawapan itu adalah tidak tepat. Itu pertama. Keduanya, keyakinan. Macam Yang Berhormat Sri Gading tua siapa hendak percaya dia kata tua lagi bagus, belum tahu lagi. Saya tengok berjalan pun sudah cengkok-cengkok sudah begitu tetapi tidak apa. Saya bukan tidak yakin. Dahulu kita telah membuat sedikit pertukaran Dewan dengan belanja RM90 juta ke RM100 juta. Jadi masih lagi ada sedikit-sedikit masalah berbangkit - selepas kita belanja itu. Jadi untuk saya hendak kata ini kita belanja RM150 juta ini, sure tidak ada masalah, saya bimbang sebab kerja itu bukan saya buat. Kerja itu dilakukan oleh orang yang ketiga. Jadi saya tidak tahu dan saya pun bukan engineer untuk menyatakan itu bahawa sudah tentu apabila dibuatkan pembaharuan ini maka tidak akan berlaku lagi apa-apa perkara seperti kebocoran. Jadi keyakinan saya itu berdasarkan kepada saya bertanggungjawab untuk menjawab dengan betul dalam Dewan, itu sahaja. Jadi saya tidak berani hendak kata belanja itu okey, no problem. Nanti Yang Berhormat punya kawasan bocor pula nanti saya kena bagi minum kopi lagi, susah. Yang Berhormat Rembau.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Menteri sebut bahawa telah diadakan pengubahsuaian Parlimen beberapa tahun dahulu RM100 juta. Kali ini kita diberitahu bahawa ada laporan daripada JKR untuk dibuat lagi pengubahsuaian structural kepada Parlimen. Memandangkan bahawa Parlimen ini dan kita sebagai Ahli-ahli Dewan Rakyat, kita ini Ahli-ahli Parlimen sebahagian daripada Parlimen ini. Memandangkan pula ada juga rakyat sendiri yang tanya soalan setelah dibelanjakan RM100 juta kenapa pula perlu dibelanjakan lagi untuk diubahsuai, bolehkah tidak kerajaan declassify laporan JKR tersebut untuk semua Ahli Parlimen supaya kita dapat melihat apakah sebenarnya masalah structural yang dialami oleh bangunan Parlimen ini. Ini supaya kita sama-sama dapat keputusan apakah tindakan opsyen yang paling baik untuk dipindah atau dibina Parlimen yang baru. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat tanya pada saya, saya tidak ada masalah. Akan tetapi ownership laporan itu ialah kepada JKR. Saya akan rujuk perkara ini kepada Menteri JKR terlebih dahulu untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Yang Berhormat Batu Gajah.
Yang Berhormat Menteri, saya juga menyambut baik tindakan Yang Berhormat Menteri memohon maaf tadi. Akan tetapi persoalan ialah Yang Berhormat Menteri sepatutnya mengambil first available opportunity untuk menjelaskan kesilapan dalam jawapan kepada Yang Berhormat Kota Melaka. Akan tetapi Yang Berhormat membuat kenyataan berulang kali di luar Dewan, mengelirukan Ahli-ahli dalam Dewan ini dan juga orang ramai. Yang Berhormat juga memberi angka cadangan kepada perpindahan bangunan Parlimen ini ke Putrajaya dengan pembinaan bangunan sebanyak RM800 juta. Saya menyambut baik tetapi saya harap tidak berulang insiden sedemikian lagi. Perkara satu. Perkara kedua, saya juga ingin bangkitkan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rembau mengenai laporan JKR. Saya juga menyokong cadangan Yang Berhormat Rembau supaya diberi salinan kepada pihak kami di
sini sebab kita mempunyai kepentingan dalam bangunan Parlimen ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya telah jelaskan jawapan saya. Memang tanggungjawab saya ialah kepada Dewan. Kalau Yang Berhormat bercakap tentang first available opportunity, hari inilah. Hari inilah. Jadi saya cepatlah. Saya telah jelaskan sebentar tadi iaitu bahawa saya boleh buat ministerial statement makna keesokan harinya. Akan tetapi ministerial statement Yang Berhormat dengar sahajalah, tidak adalah perbahasan dua hala seperti ini. Jadi saya ambil kira, saya ambil kira ini semua supaya apabila saya buat penjelasan bermakna penjelasan itu boleh diquery oleh Ahli Parlimen. Kalau tidak saya buat penjelasan kemudian esok orang bangkit lagi.
Jadi ia tidak habis. Lebih baik saya fikir the first available opportunity ialah untuk saya waktu menggulung menjawab semua. Ini kerana saya sudah jangka, iaitu perkara ini akan dibangkit dalam perbahasan, dalam RMKe-10 oleh Ahli-ahli Parlimen. Jadi sebab itu, kalau hendak bercakap tentang first available opportunity ialah sekarang. Akan tetapi kalau Yang Berhormat hendak argue, saya tidak ada masalah sebab dengan izin, at the end of the day it is my decision. Jadi kita boleh arguelah. Kata first available opportunity dahulu boleh - kita boleh arguelah. Akan tetapi saya sudah buat keputusan iaitu, first available opportunity bagi saya ialah sekarang dan saya buat dalam Dewan kerana saya menghormati pandangan supaya diberikan kesempatan seperti yang berlaku hari ini.
[Bangun]
Saya baru jawab muka surat satu sampai tiga...
Sedikit, sedikit.
...Tengok sudah berapa - tidak ada masa. Duduk...
Tidak. Mengenai Parlimen.
Duduk, duduk.
Kenyataan Yang Berhormat itu...
Duduk dahulu, duduk dahulu.
...Satu kenyataan yang mengelirukan.
Bagi peluang saya untuk jawab dahulu. Jadi, jadi....
Saya hendak minta penjelasan.
Sabarlah.
Payah menjawab dengan orang tua-tua ini. Panas baran orang tua ini. [Ketawa]
Belum hari Khamis lagi.
Menteri tua ini panas baran. [Ketawa]
Floor saya… Duduk dahulu, saya tidak lari Yang Berhormat. Memang ada di sini hendak jawab pun. Jadi first available opportunity bagi saya ialah sekarang. Sebab itu saya buat. Akan tetapi saya tahu Yang Berhormat mungkin tidak seronok sebab ia hendak bawa saya ke jawatankuasa, hendak kenakan saya. Jadi itu mungkin tidak puas hati bukan? Akan tetapi itu soal kedua, Yang Berhormat punya hal. Akan tetapi kepada saya the first available opportunity dengan izin, ialah pada hari ini.
Baik, terima kasih Menteri tua. [Ketawa] Baik. Tadi bagi saya jawapan Yang Berhormat yang saya faham ialah menafikan jawapan - ini sebenarnya kerajaan belum membuat keputusan, tidak ada keputusan. Hingga sekarang tidak ada keputusan. Hendak kekal? Hendak pindah sementara? Hendak buat baru? Belum ada keputusan. Jadi bermakna bahawa kemungkinan itu boleh berlaku, walaupun satu andaian sebab belum ada satu keputusan. Jadi bagaimana saya fikir bahawa apa perlu untuk pihak Kabinet membincangkan perkara ini sedangkan jawapan kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor pada Jun 2007, kerajaan sudah pun membuat keputusan pada waktu itu? Saya tidak tahulah sama ada kenyataan ini, jawapan ini tidak dirujuk kepada Yang Berhormat Menteri. Iaitu kerajaan tidak bercadang untuk berpindah ke Putrajaya dan akan kekal di sini sebagai simbol keluhuran demokrasi. Sepatutnya tidak perlu timbul perbincangan di peringkat Kabinet sama ada hendak pindah sementara, hendak kekal di sini atau hendak buat baru, sebab JKR sudah pun buat pameran di sini. Saya difahamkan JKR telah pun memberikan taklimat kepada Tuan Yang di-Pertua untuk ada tambahan dua blok bangunan di tempat parking, di sebelah kiri kita ini. Jadi sepatutnya itu sudah ada keputusan. Keputusan kekal, iaitu bangunkan di sini. Jadi tidak timbul lagi sama ada hendak buat baru ataupun tidak. Cuma hendak pindah sementara itu, saya boleh bersetuju berpindah sementara. Jadi ini yang saya keliru. Saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua dengar taklimat daripada JKR, Tuan Yang di-Pertua sudah pun bersetuju perlu membuat satu memorandum kepada Menteri untuk mengambil keputusan pembinaan tersebut. Yang kedua Yang Berhormat Menteri, ialah berkaitan dengan soal dikatakan ubah suai pembaikan dan sebagainya. Saya hendak mempersoalkan juga, adakah kontraktor-kontraktor itu mempunyai kepakaran? Kontraktor yang diberikan untuk membuat pembaikan ini mempunyai kepakaran yang tertentu. Sebab kita lihat bahawa kelemahan kita di Malaysia ini dari segi penjagaan kepada bangunan-bangunan warisan ini bangunan lama. Sedangkan di negara-negara Eropah dan sebagainya bangunan lebih tua daripada Yang Berhormat Menteri, lebih tua dari Yang Berhormat Sri Gading, lebih tua dari bangunan Parlimen. Masih kukuh dan menjadi satu daya tarikan untuk pelancong untuk datang. Jadi saya mohon penjelasan.
[Menyampuk]
Itu ia sebut saya dan Yang Berhormat Sri Gading itu, ia hendak tunjuk ia mudalah itu. Akan tetapi kalau tengok aras muka, tua ini. Tuan Yang di-Pertua, soalan kedua itu...
Akan tetapi ‘nyiok’ yang tua bagus. [Ketawa]
Tahu pun, tetapi saya manusia bukan ‘nyiok’. Yang soalan kedua dahulu. Soalan kedua, Yang Berhormat kena tanya kepada JKR. Saya selaku Menteri jaga Parlimen - cuma kita buat dasar keputusan sama ada pindah atau tidak pindah. Soal sama ada kontraktor itu kompeten atau tidak kena tanya rakan saya, kerana JKR yang keluarkan kontrak, bukan sini. Itu kedua. Yang pertama tadi Yang Berhormat. Memang tahun 2007, itu memang kita sudah buat keputusan. Saya juga yang menjawab itu. Saya menjawab... Ya?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tidak, saya yang menjawab soalan itu... Ya, memang betul. Keputusannya ialah pada ketika itu apabila ada Putrajaya, maka berbangkit soal sama ada kita hendak pindah pergi ke sana ataupun tidak. Jadi kita jawab memang tidak. Kita tidak akan pindah, kita hendak kekal di sini kerana Parlimen mesti ada di sini. Selepas itu... Kita ini Yang Berhormat, kita hanya boleh merancang - manusia. Yang boleh menentukan Allah SWT. Apabila datang hujan, kemudian ada laporan yang menceritakan itu bahawa concrete slab sudah jatuh, kemudian besi sudah rusted dan banyak masalah wiring. Kemungkinan akan berlaku - maknanya kalau hujan lebat ada thunder dengan izin, terbakar. Saya pun takut juga. Kita boleh kata tidak - kekal di sini. Akan tetapi bangunan itu bangunan tua, ia mempunyai banyak masalah. Saya kena fikir juga Ahli-ahli Parlimen yang hendak bersidang di sini, kalau apa-apa berlaku. Jadi perkara seperti ini bermakna ia boleh berbangkit semula apabila keadaan baru itu berlaku. Memang tahun 2007, kita mengambil kira tidak akan apa yang akan berlaku di bangunan ini. Jadi kita kata no, tidak mahu move - sini. Saya pun bersetuju duduk di sini. Akan tetapi apabila datang laporan bangunan mungkin tidak boleh tahan lama, selepas itu apabila tanya pula berapa...
Bangunan ini tidak tahan lama? [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Takut tidak tahan lagi lamalah. Takut tidak boleh tahan lagi, kita tidak tahu. Saya tahu Yang Berhormat cakap sahaja tahan lama - tidak boleh tahan lama ini... [Sambil merujuk kepada Yang Berhormat Pokok Sena] [Ketawa] Jadi apabila ada laporan mengatakan mungkin - kita yakinlah kalau bangunan itu okey, selama-lama kita duduk sini. Akan tetapi kalau sudah ada laporan daripada JKR yang ditunjukkan kepada kita iaitu concrete slab mungkin akan jatuh. Kita ada panel itu, yang macam kulit kerang - ia sudah 48 tahun hujan, panas, terik dan konkrit itu sudah terhakis dan besi sudah terkeluar, exposed dengan izin, dan rusted dengan izin.
Jadi banyak benda yang saya sendiri seperti orang biasa tidak tahu, tetapi dengan engineering report yang menceritakan, ia mendatangkan kebimbangan kepada saya. Saya cukup bimbang hari itu apabila Yang Berhormat Selayang jumpa saya - ia kata, “Yang Berhormat Menteri, ini apa ini? Hujan sudah turun saya punya tempat.” Jadi saya tengok masih lagi ada masalah. Jadi mungkin apa yang kita menghendaki - bangunan tidak boleh hendak tahan, jadi saya kena berhati-hatilah. Saya tidak boleh kata – nanti kalau saya kata, “Okey. Kita duduk, bangunan okey.” Kalau sesuatu berlaku, Yang Berhormat cari saya juga. Dahulu kata okey, sekarang tidak okey - bagaimana? Jadi saya kena jaga ini semua. Sebab itu keputusan tahun 2007 - Yang Berhormat pun sebagai Ahli Parlimen PAS bukan? Yang tidak boleh tukar ini Al-Quran sahaja, yang keputusan itu boleh tukar. Tidak ada masalah, berdasarkan...
Isunya - saya bersetuju. Soalnya ialah, ia boleh kekal di sini - major renovation, tambahkan bangunan baru, boleh dibuat. Soalnya ialah tidak ada keputusan yang berkemungkinan yang boleh dipindahkan bangunan ini ke Putrajaya - itu isunya. Saya tidak menolak bahawa kita boleh pindah sementara. Kalau kerajaan kata, “Okey, kita hendak buat keputusan. Hendak buat major renovation di bangunan Parlimen ini.” Jadi kita boleh pindah sementara - no problem, kita boleh bersetuju. Akan tetapi yang kita tidak boleh bersetuju ialah untuk pindah ke Putrajaya. Jadi sekarang isunya ialah kerajaan belum ada keputusan sama ada hendak kekal, hendak pindah sementara, hendak buat bangunan baru terus di Putrajaya atau hendak ambil alih PICC secara sepenuhnya? Ini isu yang saya bangkit. Saya tidak membangkitkan persoalan boleh ubah keputusan - boleh, kalau sudah tiris teruk kita buat major renovationlah.
Serupalah macam keputusan yang parti Yang Berhormat buat. Dahulu tidak boleh berkawan dengan bukan Islam, sekarang sudah berkawan baik. Jadi maknanya perkara ini... [Dewan riuh] Ini satu keputusan yang dibuat, boleh berubah.
Ini apa ini...
Tidak, saya sebut tentang keputusan yang boleh berubah. [Dewan riuh]
Keputusan yang boleh berubah, maksudnya manusia buat keputusan, kalau macam Jemaah Menteri buat keputusan, yang boleh mengetepikan keputusan Jemaah Menteri, Jemaah Menteri juga. Juga macam parti PAS, yang boleh buat keputusan dan boleh berkawan dengan bukan Islam...
Betul, isunya ialah ini bangunan warisan, bangunan yang harus dikekalkan, Parlimen harus bersidang di sini.
Sekarang dah member ketat, hinggakan rujuk soalan daripada DAP.
Tuan Yang di-Pertua sudah bersetuju untuk kekal di sini. Jadi saya rasa bahawa Yang Berhormat, Kabinet secara langsung tidak ada satu penghormatan kepada Tuan Yang di-Pertua sebagai kerusi yang duduk di situ... [Dewan riuh]
Serupalah juga, yang buat keputusan tidak boleh berkawan dengan bukan Islam, Mursyidul Am pun buat keputusan itu juga. Jadi kalau Yang Berhormat tukar keputusan, juga tidak menghormati Mursyidul Am itu.
Kita berkawan dengan orang bukan Islam ini sejak daripada tubuh PAS lagi.
Sekaranglah kata, sekaranglah kata, dulu lain Yang Berhormat... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita jangan pergi kepada isu politik, tetapi ini isu bangunan, isu bangunan Parlimen.
Tidak, ini isu keputusan yang boleh berubah.
Jadi nampak Yang Berhormat Menteri tua ini, dia tidak boleh hendak jawab sudah... [Dewan riuh]
Ini keputusan yang boleh berubah.
Dia boleh kata orang tidak rujuk kepada dia, jadi Menteri apa orang tidak rujuk? Malulah jadi Menteri orang tidak rujuk, pegawai tidak rujuk, ini ‘koman spanar’ punya Menteri... [Ketawa] Apa ini? ‘Koman spanar’ punya Menteri, pegawai pun tidak mahu rujuk. Dia kata kalau rujuk pun bukan boleh pakai... [Ketawa]
Yang Berhormat Pokok Sena.
Jangan baran, relax, nampaknya dia baran, bila kena muka sendiri baru tahu ya... [Ketawa] Okey, ada lagi soalan? Saya boleh terus ya.
Satu Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Kota Melaka, okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ada dalam perbahasan ada bangkit tentang Speaker chair, satu kerusi Speaker yang pada awal 60-an, hadir oleh House of Commons dan bersama dengan lain-lain yang hadir. Di manakah kerusi ini? Adakah satu tempat untuk mempamerkan supaya kita dapat menaja kepada rakyat kita bahawa Parlimen Malaysia ini berterusan dari House of Commons dengan sistem demokrasi berparlimen. Bolehkah Yang Berhormat jawab?
Tuan Yang di-Pertua, saya pun dengar juga tentang cerita kerusi ini yang dihadiahkan oleh House of Commons United Kingdom. Jadi sebenarnya saya pun tidak tahu Yang Berhormat, di mana ia berada sekarang sama ada dalam store atau mana. Insya-Allah, ini Yang Berhormat baru bangkit balik, saya ingat kita akan ambil maklum dan kita cuba dapat jawapan yang tepat.
Dekat rumah Yang Berhormat Sri Gading mungkin... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Melaka ingin mengetahui berapa keluasan kawasan Parlimen dan harga nilai sekaki persegi. Untuk makluman Yang Berhormat, juruukur Ekspres Sdn. Bhd. yang dilantik oleh pihak Jabatan Kerja Raya untuk kajian dengan izin, comprehensive assessment and rehabilitation for the Parliament House pada tahun 2007 telah menjalankan kerja mengukur kawasan Parlimen dan mendapati keluasan Parlimen ialah 37.51 ekar. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta pula telah menganggarkan nilai sekaki persegi adalah RM250. Oleh itu adalah dianggarkan nilai keseluruhan tanah Parlimen lebih kurang dalam RM400 juta.
Minta sedikit penjelasan Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Soalan saya atau yang saya bangkit ini, selain dari kawasan Parlimen dan di persekitaran, adakah masih ada tanah-tanah yang dipunyai oleh Kerajaan Persekutuan atau agensi Kerajaan Persekutuan yang adakah kerajaan mencadangkan untuk menggazetkan itu, menjadikan ini bukit Parlimen yang masih cukup tempat untuk dibangunkan. Terima kasih.
Jawapannya ya, masih ada kawasan yang di sekeliling, yang dipunyai oleh Parlimen ini, ada tanah-tanah yang dibina rumah-rumah kediaman, yang dimiliki oleh kerajaan. Saya rasa cadangan Yang Berhormat untuk Parlimen mengambil alih tanah-tanah ini adalah satu cadangan yang cukup baik. Saya kira kalau sekiranya Parlimen memutuskan ini sudah tentu saya akan sampaikan kepada pihak Jemaah Menteri, hasrat Ahli-ahli Parlimen supaya tanah-tanah ini digazet, bukan digazet hanya untuk dipastikan jangan ada pembangunan ataupun jangan dibina commercial building tetapi digazet untuk diberikan kepada Parlimen, itu satu cadangan yang baik. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Langat mencadangkan supaya gaji dan elaun Ahli-ahli Parlimen termasuk Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua dinaikkan setanding dengan negara-negara lain. Untuk makluman Yang Berhormat, menyedari akan tugas dan tanggungjawab Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Dewan pada masa ini yang semakin mencabar, maka kerajaan bersedia menimbang untuk mengkaji cadangan menaikkan gaji Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta elaun bulanan Ahli-ahli Dewan. Oleh itu apabila kedudukan kewangan kerajaan bertambah baik, maka sudah pasti ia akan dipertimbangkan oleh kerajaan. Saya hendak jaga... [Ketawa]
Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, jawapan ini daripada dulu, itulah jawapan... [Ketawa] Jadi saya minta beginilah, bagi satu jawapan yang agak-agak betul tetapi kalau menimbangkan, mengenangkan tugas dah berat, apabila ada kewangan, nampaknya tidak berkesudahan kita Tuan Yang di- Pertua... [Ketawa] Saya harap dapat satu keputusan muktamad, kerajaan beranilah memberi satu jawapan yang benar-benar memuaskan hati semua Ahli Parlimen.
Hidup Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Yang di-Pertua, kita kena menjaga, orang kata kebajikan Ahli Parlimen, Yang Berhormat kena ingat saya pun Ahli Parlimen ya. Apa yang saya ataupun Jemaah Menteri putuskan atas cadangan saya bawa ke sana, ia juga menguntungkan saya tetapi saya juga kena jaga dalam keadaan di mana ekonomi itu meleset seperti yang telah berlaku satu, dua tahun ini. Apabila baik kita timbang, apabila baik, dengar betul-betul, jangan letak earphone di telinga. Apabila baik, saya tahu apa saya jawab. Ia begini, dalam keadaan ekonomi meleset, yang disabitkan oleh sebab apa yang telah berlaku di Eropah, di Amerika, maka kesannya ada pada kita. Kemudian kita dengar pekerja-pekerja diberhentikan kerja kerana ekonomi meleset. Apakah Yang Berhormat hendak saya dalam keadaan itu menyatakan kita akan naikkan gaji Ahli Parlimen? Waktu orang kena buang kerja, waktu orang tidak dapat kerja. Jadi kita kena... Yang Berhormat wakil rakyat kan, saya dah sebut tadi iaitu bahawa kita kena ambil keputusan waktu di mana keputusan itu sustainable itu. Yang Berhormat pun tahulah, Ahli Parlimen ini dia punya profil tinggi. Saya masih ingat, kita pernah naik sedikit sahaja, orang dah kata kita mementingkan diri, buat keputusan untuk untung diri sendiri, yang kenanya kita semua. Jadi saya memang, saya tahu tidak cukup apa yang ada pada kita hari ini dan saya memang merasakan itu bahawa kita mesti naik tetapi kena tunggulah dalam keadaan yang lebih selesa untuk kita menaikkan. Saya percaya tidaklah sampai PRU-13 kot, Yang Berhormat masih ada lagi.
Laluan... [Ketawa]
Jadi saya hendak beritahu daripada segi Jemaah Menteri hendak menaikkan dan daripada segi kita Ahli Parlimen hendak menaikkan elaun kita, memang kita boleh laksanakan, tunggu masa sahaja.
Soalan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Jika tidak boleh menaikkan elaun atau gaji Ahli-ahli Parlimen, bolehkah saya cadangkan bolehkah Ahli-ahli Parlimen dari pihak pembangkang diberi peruntukan yang sama seperti Ahli-ahli Barisan Nasional... [Dewan riuh] Kalau tidak boleh juga, berhentikan peruntukan kepada mereka juga sebab kata ekonomi tidak bagus... [Tepuk]
Walhal Perdana Menteri kata ekonomi kita bagus, 6% consecutively going to go up. Jadi saya mintalah, saya dah minta Tuan Yang di-Pertua tapi Tuan Yang di-Pertua also does not seem to be moving, very quiet on this issue, [Ketawa] dengan izin. Saya minta bagi keadilan kepada semua wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Kalau peruntukan kepada Barisan Nasional, bagi kita yang sama. Kalau tak cukup wang, jangan bagi mereka. Boleh setujukah? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat kalau bercakap biar faham fakta. Jangan buat tak faham. Peruntukan perbelanjaan di kawasan itu ialah peruntukan Perdana Menteri, development fund. [Dewan riuh]
Kalau macam itu, bagilah!
Dia bukan diberi untuk kita.
Tak betul.
Dia diberi untuk pembangunan di kawasan yang merupakan hak Perdana Menteri.
Bagi pembangunan ke kawasan saya. Bagilah pembangunan untuk kawasan saya. Saya pun rakyat Malaysia.
Kita bercakap ...
Itu duit rakyat bukan duit Perdana Menteri! Duit rakyat, duit rakyat datuk, bukan duit BN!
Not fair, not fair.
Kawasan negeri Perak ialah kawasan Pakatan Rakyat! Kena hormat kawasan mereka, kehendak rakyat. Itu yang rakyat hendak. Dia pilih Pakatan Rakyat. [Dewan riuh]
.... Oleh satu peringkat lain.
Menteri!
Ini kerajaan menggunakan wang tersebut untuk lantik seorang pegawai, ketua UMNO bahagian untuk mengetuai satu task force untuk meluluskan projek-projek tersebut. Ini kerana nak bagi gaji, elaun kepada ketua-ketua bahagian. Kita minta hak kita, kita beri sama hak itu. Bukan kami minta duit poket masuk poket kami. Kita minta ialah hak untuk kami membuat cadangan, meluluskan.
Selangor dengan Kedah bagikah?
.... Projek-projek pembangunan di kawasan kami.
Selangor pun tak bagi, Pulau Pinang pun tak bagi.
Saya ingat amalan yang sama juga dilakukan ...
Pusat bagi, Selangor bagi.
Lompat partilah kalau nak.
... Dah dapat, nak bagi buat apa? Daripada ketua bahagian UMNO dulu. [Dewan riuh]
Penang pun tak bagi.
Kalau peruntukan pembangunan pun bagilah kita. Bangunkan kawasan kita juga.
Yang Berhormat tahu lantik berapa orang dalam kawasan Parlimen?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri tidak melaksanakan ...
Penyelaras Parlimen, ketua bahagian. Penyelaras DUN ada timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian bekas calon yang kalah jadi penyelaras DUN. Status sama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri, elaun sama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri, menggunakan peruntukan ini. Lepas itu kata tak ada duit.
Menggunakan peruntukan ini, itu yang tak betul.
Saya samakan ini dengan ...
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang
Tuan Yang di-Pertua.
Menteri, ini adalah satu rompakan yang dilakukan terhadap rakyat.
Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai, duduk Yang Berhormat Padang Serai!
Tuan Yang di-Pertua.
Saya minta menteri lama sudah.
Amalan saya kira amalan yang sama juga diamalkan di negeri-negeri yang mana peruntukan ...
Menteri.
Negeri mana? Baru dua tahun.
... Menteri Besar kerajaan negeri diberikan kepada ADUN parti mereka untuk dibelanjakan.
Ketua bahagian UMNO dah dapat.
Saya tak percaya ini.
Menteri, ini kita bukan minta untuk kita. Ini untuk rakyat.
Yang peruntukan kami ketua bahagian UMNO sudah dapat.
Ini merupakan perkara dan amalan biasa dilakukan siapa juga ... [Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat!
Bermula dengan pusat dahulu!
Amalan? Yang Berhormat kata tadi keputusan tak boleh berubah ialah ....
Yang Berhormat menteri, ini tak sudah ini.
Tanya negeri Kelantan, tanya negeri Selangor.
Kerajaan Pusat tak boleh mengubah. Kerajaan Pusat dikira apa?
... Apakah amalan yang utama.
Apa jadi tadika KEMAS di negeri-negeri Pakatan Pembangkang?
Ahli-ahli Yang Berhormat. [Dewan riuh] Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Shah Alam, duduk dulu.
.... Tidak mahu bagi kepada kita? Kenapa ....
Sudahlah. Bilik air, tadika pun kunci.
Double standard. Dia boleh, kita tak boleh.
.... Kita minta peruntukan untuk Ahli-ahli Parlimen, bukan untuk Kelantan punya. Apa ini menteri?
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Padang Serai! [Dewan riuh]
Menteri, menteri.
Yang Berhormat Shah Alam, duduk.
Menteri tolong kita, kita pun tolong sama-sama. Seperti Yang Berhormat Sibu, you help me, I help you.
Menteri, boleh saya dapat .. [Ketawa]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai!
Boleh saya dapat jaminan daripada menteri?
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Padang Serai, sila duduk.
Tuan Yang di-Pertua, penubuhan jawatankuasa adalah berdasarkan keperluan dan kehendak semasa untuk memberikan lebih ruang ..
Menteri, you help me I help you, Menteri.
... Kepada Ahli-ahli Dewan untuk membincangkan dengan lebih teliti isu-isu yang dirujuk kepada jawatankuasa berkaitan. Namun begitu, sebarang keputusan berkaitan penubuhan jawatankuasa
yang sedemikian memerlukan perancangan yang teliti supaya ia dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Yang Berhormat Kubang Kerian menyarankan agar usaha-usaha diambil untuk menjadikan Parlimen Malaysia setaraf House of Commons. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa berusaha untuk menjadikan Parlimen Malaysia setaraf dengan Parlimen lain di dunia dengan merujuk amalan dan konvensyen House of Commons serta negara-negara Komanwel yang lain. Antara usaha yang telah dijalankan ialah dengan menyediakan ruang dan persekitaran yang kondusif untuk Ahli-ahli Parlimen bersidang. Menyediakan kemudahan ICT seperti kemudahan wifi, aturan urusan mesyuarat dan penyata rasmi yang boleh diakses melalui internet. Kemudahan pusat-pusat sumber dengan buku-buku rujukan yang terkini dan juga menyediakan pegawai penyelidik untuk membantu Ahli-ahli Parlimen dalam perbahasan.
Laluan.
[Bangun]
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan jawapan menteri sebentar tadi yang pada dasarnya beliau bersetuju kita mesti bergerak ke arah Parlimen yang lebih baik. Saya dalam perbahasan saya mencadangkan supaya Parlimen ini jangan ada menteri jagalah. Menteri yang jambu ini, kita pun dah lama tengok dah. [Ketawa] Jadi Menteri Luarkah, nak jadi PMkah, itu kita alu-alukan. Kita mahukan supaya kerusi Speaker ini benar-benar menjadi kerusi yang benar-benar menepati prinsip Parlimen ini. Tak ada campur tangan daripada Menteri Eksekutif. Kita mahu satu kebebasan untuk masa depan demokrasi yang lebih baik. Adakah kerajaan bersedia untuk mengkaji cadangan seperti ini? Kalau hanya sekadar renovation, tambah buku, tambah kemudahan-kemudahan, ini bukan suatu yang bersifat pendekatan yang holistik. Ini masih lagi piecemeal solution. Kita hendak suatu anjakan berlaku dalam Parlimen ini. Speaker dengan kerusinya, dengan kedudukannya lebih bebas untuk menentukan, untuk review Standing Orders supaya kami di sini dan kita di sini lebih demokratik dalam membuat keputusan. Adakah kerajaan bersedia ataupun menubuhkan suatu jawatankuasa khas untuk kita bergerak ke arah itu? Terima kasih.
Tan Sri, sama. Terima kasih Tan Sri Yang Dipertua, boleh saya sambung?
Bagi menjawab Yang Berhormat Kubang Kerian ini, saya hendak sebut di sini iaitu menteri ataupun kementerian ataupun ada menteri diwujudkan untuk satu-satunya institusi itu ialah penghormatan yang diberikan kepada institusi itu. Oleh sebab itu kalau kita rasa pertahanan penting, kita ada Menteri Pertahanan. Kalau luar negara penting, kita ada Menteri Luar Negara. Oleh kerana kita menganggap Parlimen itu penting, kerana sebab itulah kita ada menteri yang jaga Parlimen. Kalau tidak, Yang Berhormat boleh tafsirkan seolah-olah kita tidak mengendahkan Parlimen, tidak peduli langsung. Kehadiran menteri ini bukan sebagai untuk hendak mempengaruhi atau lebih berkuasa daripada Speaker, jangan silap. Speaker itu berkuasa duduk di atas itu. Kalau sekejap lagi saya nak terus berucap, dia berhenti. Saya berhentilah.
Masalahnya Tuan Yang di-Pertua, Speaker ada kuasa tapi Ahli-ahli Yang Berhormat tak dengar.
Persist sekali Tuan Yang di- Pertua, itu yang saya maksudkan. Hendak kata saya pengaruh, dia orang pun tidak hormat kerusi Pengerusi itu. Itu masalah kita. Jadi, apabila menteri ada, menteri ialah perantaraan. Menteri hanya perantaraan sebagai penghormatan kita kepada institusi ini, apa keputusan yang diambil maka bagi tahu kepada menteri, menteri sampaikan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Apabila Mesyuarat Jemaah Menteri membuat keputusan rang undang-undang ini yang hendak dibawa, maka penghormatan diberikan kepada institusi itu bukan disuruh kepada budak office boy kah apakah suruh bagi tahu Dewan Rakyat tapi menteri yang pergi. Saya ini perantaraan sahaja Yang Berhormat, okey. Perantaraan sahaja. Jadi sebab itu dan di negara Yang Berhormat pergi ke mana-mana sekali pun, di negara-negara, setengah negara khusus ada satu kementerian Parliamentary Affairs. Mesti ada dalam Jemaah Menteri satu orang yang akan menjadi menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Mesti ada di mana negara sekali pun, mesti ada Parliamentary Affairs itu.
Maka oleh sebab itu, jawatan menteri ini tidaklah seperti Yang Berhormat fikirkan iaitu wujud kerana hendak mempengaruhi keputusan yang dibuat di dalam Parlimen. Saya beritahu tadi, apabila saya dengar sentimen yang kuat bahawa Ahli Parlimen tidak mahu berganjak daripada sini. Ini akan disampaikan, strongly iaitu bahawa Ahli-ahli Parlimen tidak bersetuju. Ini akan disampaikan dan saya percaya Jemaah Menteri akan dengar cakap Ahli-ahli Parlimen yang memutuskan bagi pihak Parlimen yang mereka wakili...
Ahli Parlimen juga tidak bersetuju peruntukan itu hanya diberikan kepada Ahli Parlimen BN.
Itu bukan, itu bukan..
Itu pun kena bawa juga kepada Kabinet.
Itu bukan wang Parlimen.
Itu hak.
Itu wang hak Perdana Menteri. Ini bezanya.
Mana boleh wang Perdana Menteri.
Ini wang rakyat. Dia kena bayar balik.
Itu wang rakyat... [Dewan riuh]
Bukan wang Perdana Menteri, taxpayers’ money.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana.
...Apabila datang bajet, kita akan tengok iaitu bahawa ada peruntukan bagi Parlimen pada tiap-tiap tahun. Wang itu sahaja...
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jadi sampaikanlah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
...Yang boleh diputuskan. Saya tidak boleh sampaikan satu perkara yang diputuskan oleh Ahli Parlimen yang tidak ada kaitan dengan mereka langsung kerana wang itu bukan wang Parlimen. Kalau wang itu peruntukan Parlimen, sudah tentu saya akan sampaikan bahawa kalau naik elaun, jangan naik elaun Ahli Parlimen Barisan Nasional sahaja. Naik juga elaun Ahli Parlimen yang lain. Itu ada kaitan dengan kita. Boleh saya sampaikan...
Macam mana Menteri kata tak berkaitan?
Akan tetapi kalau peruntukan itu bukan datang daripada kita..
Yang Berhormat...
Ia peruntukan daripada kementerian-kementerian lain.
Kita bincang bajet di sini, kita bincang RMKe-10 di sini, macam mana tak ada kaitan?
Maka itulah sebabnya mengapa..
Yang Berhormat ini Menteri apa?
Perkara tidak berkaitan dengan Parlimen, saya tidak boleh sampaikan.
Yang Berhormat ini Menteri apa?
Peraturan mesyuarat!
Bukankah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri?
Peraturan mesyuarat!
Ya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Saya katakan bahawa sampaikan. Bawa perkara ini kepada Perdana Menteri.
Saya tak boleh sampaikan...
Yang Berhormat Pokok Sena.
Kerana apa yang hendak disampaikan itu tidak ada kena-mengena dengan wang peruntukan Parlimen. Oleh sebab itu ia tidak dapat..
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku anggota Kabinet, selaku anggota...
Saya Menteri di Jabatan Perdana Menteri bukan hanya jaga Ahli Parlimen.
Selaku anggota Kabinet, apa salah Yang Berhormat bawa perkara ini ke dalam mesyuarat dalam Kabinet?
Peraturan mesyuarat.
Akan tetapi...
Yang Berhormat Pokok Sena, peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Menteri duduk dahulu.
Ya, ya.
Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat berdiri, peraturan mesyuarat terus saya dengar, apa Yang Berhormat. Kalau Tuan Yang di-Pertua yang berteriak peraturan mesyuarat, langsung tiada siapa yang dengar. Peraturan Mesyuarat 35, apabila hendak berhujah, berdiri, apabila dipanggil baru berhujah. Peraturan Mesyuarat 37, apabila seorang ahli sedang berhujah dan seorang ahli hendak mengganggu mesti mengikut Peraturan Mesyuarat 37(1)(b). Dalam hal ini penjelasan. Apabila Menteri beri laluan untuk beri penjelasan, baru boleh berhujah. Saya dengar tadi, saya cukup sabar mendengar. Tuan Yang di-Pertua mesti dihormati. Macam mana Tuan Yang di-Pertua dihormati dengan cara begini? Tidak mengapalah berbahas dengan penuh berhemah, jangan bertengkar dan sedemikiannya. Bergilir-gilir, boleh saya benarkan. Apabila Menteri menjawab, Menteri sudah mengatakan bahawa dia cuma boleh menjawab satu per satu, satu per satulah. Bergilir-gilirlah. Sila, sila Yang Berhormat Menteri.
Boleh beri laluan kepada Titiwangsa, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Telok Intan mendakwa...
Yang Berhormat Menteri, hendak bagi atau tidak Yang Berhormat Menteri?
Anak-anak pegawai tinggi kerajaan mudah mendapat...
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri ini hendak bagi atau tidak?
Tidak berilah itu. Tidak berilah itu. Saya hendak jawab, tidak beri.
Janganlah macam itu...
Sebab benda yang hendak dibangkitkan benda yang sama, saya sudah jawab.
Tidak, tidak ini perkara yang lain.
Mendakwa anak-anak pegawai tinggi kerajaan mudah mendapat biasiswa dan Yang Berhormat Sungai Siput mencadangkan agar pemberian biasiswa untuk kaum India seharusnya..
Mana tahu Yang Berhormat hendak bagi benda yang sama?
Diperuntukkan 31% daripada jumlah biasiswa...
Dia bela hantu rayakah apa?
Jabatan Perkhidmatan Awam kerana 31% daripada masyarakat India berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Proses pemberian yang lebih telus serta nama penerima biasiswa dipamerkan dalam akhbar bersama dengan maklumat sekolah dan taraf sosioekonomi keluarga. Yang Berhormat Bukit Mertajam pula minta syarat kepada pelajar daripada golongan kurang upaya tidak sama dengan pelajar normal. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, mulai tahun 2009, kerajaan telah memutuskan untuk membahagikan biasiswa Program Ijazah Luar Negara (PILN) kepada empat kategori seperti berikut: (i) biasiswa berasaskan kecemerlangan pelajar iaitu sebanyak 20% daripada jumlah biasiswa yang disediakan. Pemilihan adalah berdasarkan kecemerlangan akademik sebanyak 85%, kokurikulum sebanyak 10% dan temu duga sebanyak 5%. Sosioekonomi keluarga calon tidak diambil kira bagi kategori ini; (ii) biasiswa berasaskan komposisi kaum iaitu sebanyak 60% daripada jumlah biasiswa yang disediakan. Yang merit sebanyak 20%, komposisi kaum sebanyak 60%. Pemilihan adalah berdasarkan kecemerlangan akademik sebanyak 75%, kokurikulum sebanyak 10%, sosioekonomi keluarga sebanyak 10% dan temu duga sebanyak 5%. Pembahagian biasiswa adalah mengikut peratusan komposisi rakyat Malaysia; (iii) biasiswa untuk kaum bumiputera Sabah dan Sarawak iaitu sebanyak 10% daripada jumlah biasiswa yang disediakan. Penajaan adalah berdasarkan agihan sebanyak 5% untuk bumiputera Sabah dan 5% untuk bumiputera Sarawak. Pemilihan adalah berdasarkan kecemerlangan akademik sebanyak 65%, kokurikulum sebanyak 5%, latar belakang sosioekonomi dan keluarga sebanyak 25% dan temu duga sebanyak 5%; (iv) biasiswa untuk golongan dengan izin, socially disadvantage iaitu sebanyak 10% daripada jumlah biasiswa yang disediakan. Penajaan adalah untuk pelajar- pelajar dari sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan dan suasana pembelajaran yang terhad dan dari keluarga yang berpendapatan rendah. Pemilihan adalah berdasarkan kecemerlangan akademik sebanyak 65%, kokurikulum sebanyak 5%, latar belakang sosioekonomi keluarga sebanyak 25% dan temu duga sebanyak 5%. Menyedari akan pentingnya prosedur dan proses penawaran penajaan yang jelas akan dapat mengurangkan kekecewaan pelajar sekiranya permohonan tidak berjaya setelah meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapat tajaan JPA,
maka JPA sentiasa berusaha menambah baik proses penawaran dan penajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang layak menerima biasiswa. Antara usaha penambahbaikan yang telah diambil bagi memastikan keadilan dan ketelusan dalam penawaran PILN, adalah seperti berikut: (i) ahli-ahli panel temu duga dianggotai pegawai kerajaan terdiri daripada pelbagai kaum dan skim perkhidmatan; (ii) sesi temu duga dijalankan secara berkumpulan mengikut dua kelompok utama bidang pengajian iaitu kritikal dan bukan kritikal; (iii) pemilihan calon penerima PILN diputuskan oleh jawatankuasa induk pemilihan PILN yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; (iv) urusan temu duga diselaraskan oleh jawatankuasa temu duga PILN yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; dan (v) aduan-aduan dipantau melalui sistem dan garis panduan pengurusan aduan yang berkuat kuasa. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada tahun ini 2010, agihan penajaan biasiswa JPA mengikut empat kategori di atas adalah seperti berikut: (i) Kategori satu berdasarkan kecemerlangan. Sebanyak 300 biasiswa telah ditawarkan iaitu bumiputera sebanyak 59 iaitu 20% dan bukan bumiputera sebanyak 241 iaitu 80%. Daripada jumlah ini, pelajar Cina adalah seramai 209 iaitu 70%, India sebanyak 30 iaitu 10% dan lain-lain pula dua orang iaitu 0.7%;
(ii) Kategori dua iaitu berdasarkan komposisi kaum, 900 biasiswa telah ditawarkan iaitu bumiputera seramai 557 orang atau 61.8% iaitu kaum Melayu seramai 480 orang (53%), bumiputera Sabah dan Sarawak – 74 orang (8.2%), dan bumiputera lain – 3 orang (0.3%). Manakala bagi bukan bumiputera pula, diperuntukkan sebanyak 343 biasiswa (38.1%), di mana pelajar Cina seramai 247 orang (27.4%), India – 88 orang (9.7%)...
Yang Berhormat Menteri.
...Dan lain-lain sebanyak 8 orang (0.9%)...
Minta penjelasan sedikit.
(iii) Kategori ketiga iaitu untuk pelajar Sabah dan Sarawak, sebanyak 150 biasiswa telah diperuntukkan iaitu diagihkan sama banyak bagi kedua-dua negeri, masing- masing mendapat 75 biasiswa ataupun 50%; (iv) Kategori keempat iaitu bagi golongan socially disadvantage, sebanyak 150 biasiswa telah diperuntukkan iaitu bumiputera seramai 77 orang (51.3%), di mana kaum
Melayu seramai 73 orang (48.6%) dan Sabah dan Sarawak – 4 orang (2.6%), manakala sebanyak 73 biasiswa (48.6%) telah diperuntukkan kepada bukan bumiputera iaitu Cina seramai 53 orang (35.3%), India seramai 18 orang (12%) dan lain-lain seramai 2 orang (1.3%). Berhubung cadangan supaya kaum India diperuntukkan sebanyak 31% biasiswa kerana faktor sosioekonomi mereka, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan tidak bercadang untuk berbuat demikian kerana dalam setiap kaum terdapat keluarga miskin yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Walau bagaimanapun, bagi pelajar-pelajar dari golongan OKU, pertimbangan permohonan penajaan biasiswa sekiranya memenuhi syarat minimum akademik dan pengesahan status OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, kita beri keutamaan kepada OKU. Berhubung penyiaran maklumat penerima pula, adalah menjadi dasar kerajaan untuk tidak mendedahkan maklumat dan sebab-sebab serta kelayakan calon-calon yang berjaya ditawarkan biasiswa kepada umum sama ada melalui laman web atau akhbar untuk memelihara kerahsiaan dan maklumat peribadi calon-calon tersebut.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Oleh kerana senarai yang begitu panjang sekali, saya tertarik dengan pengumuman Yang Berhormat Menteri soal biasiswa-biasiswa, jenis biasiswa- biasiswa yang dikatakan diberi kepada bumiputera negeri Sabah dan Sarawak. Adakah statistik Yang Berhormat yang menyatakan bumiputera yang bukan Islam ada tersenarai dikategorikan dalam jawapan Yang Berhormat itu? Kalau tidak ada, kalau boleh kami mahu juga kalau ada maklumat secara bertulis. Itu penting bagi kita untuk menerangkan ke peringkat akar umbi. Jika ada, boleh minta jumlah- jumlah tersebut?
Saya tidak ada. Jadi saya akan beri secara bertulis ya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan yang jelas dalam scholarship issue ini. Akan tetapi saya rasa ada segolongan yang telah dimansuhkan di dalam semua kategori ini iaitu Orang Asli. Saya rasa Orang Asli seperti bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu juga diberi satu kategori. Ataupun kita tidak ada Orang Asli yang memohon untuk biasiswa ini? Jadi saya hendak minta pandangan Yang Berhormat.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju. Saya ingat kalau kita bercakap tentang bumiputera Sabah dan Sarawak yang bukan Melayu, saya rasa bagi Orang Asli ini juga kita kena beri perhatian. Saya akan bangkitkan perkara ini dalam Jemaah Menteri supaya JPA mengambil kira cadangan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua soalan sahaja. Saya rasa perkara isu kontroversi scholarship selalu timbul tiap-tiap tahun adalah kerana kekurangan scholarship. Scholarship hanya ada 1,500 hingga ke 2,000 tetapi top students sahaja ada 7,000 atau 8,000 orang. Masalahnya saya hendak tanya, kenapa kerajaan memberikan biasiswa ini pada peringkat SPM walaupun entri kepada
universiti adalah pada peringkat STPM, A-level dan matrikulasi? Bukankah ianya lebih baik jika biasiswa ini ditawarkan semasa selepas peringkat prauniversiti itu, selepas penuntut-penuntut mendapat tempat mereka di universiti-universiti yang tertentu yang terkenal yang bereputasi, barulah biasiswa ditawarkan supaya jumlah top students di peringkat prauniversiti itu tentu akan menjadi lebih kurang. Takkan semua orang, 7,000 atau 8,000 orang yang dapat straight A’s di peringkat SPM, masuk STPM semua dapat straight A’s. Mereka tidak akan mencapai keputusan tersebut. Di peringkat prauniversiti, jumlah yang mendapat pencapaian cemerlang akan as very naturally menjadi lebih kurang. So, bila kita tawarkan biasiswa pada peringkat itu, ia akan menyelesaikan banyak masalah kerajaan – tiap-tiap tahun kena appeal lah, kena buat tuntutanlah dan lain-lain. Itu perkara pertama. Perkara kedua, Yang Berhormat Menteri telah pun menjelaskan bahawa kriteria-kriteria secara asas mengenai cara biasiswa ditawarkan – 20% akademik 30% lain-lain kriteria, social background dan lain-lain. Akan tetapi pada detailsnya, secara terperinci, bila kita tengok secara akademik, kita pun hendak tanya apakah cara penilaian akademik? Kita selalu ada confusion. Misalnya, ada seorang penuntut katakan dapat 9A1, ada satu lagi penuntut dapat 9A1 tetapi ada 1A2 – dia ambil 10 perkara. Saya mendapat tahu bahawa dalam perbandingan kedua-dua penuntut ini, yang dapat 9A1 itu markahnya lebih tinggi daripada penuntut yang dapat 9A1 dan 1A2. So, kita hendak tahu secara terperinci apakah cara pengiraan markah bagi akademik dan lain-lain kriteria yang sampai hari ini kita masih belum dapat jawapan tersebut?
Menteri.
Boleh saya sambung, Yang Berhormat?
Boleh jawab sekali, Yang Berhormat?
Tuan Yang di-Pertua, pertama saya hendak jawab berkenaan dengan mengapa SPR di peringkat itu... [Disampuk] SPM, minta maaf, teringatkan pilihan raya sahaja... [Ketawa] Mengapa SPM? Jadi sebenarnya kita beri di peringkat itu kerana SPM ini diambil oleh semua pelajar. Maknanya di sekolah-sekolah, semua ambil SPM. Akan tetapi kalau kita beri pada tahap yang lebih atas – ada yang matrikulasi, ada yang HSC, jadi tidak sama. Jadi sukar untuk kita hendak beri di peringkat itu. Jadi SPM ini semua ambil. Itu satu.
[Bangun]
Sabarlah. Yang Berhormat ini lembut, saya akan bagi, tidak ada masalah, saya akan bagi... [Ketawa] Saya suka orang ada sopan santun, lembut. Tidak macam Yang Berhormat Pokok Sena – sudah keluar Yang Berhormat Pokok Sena. Jadi itu pertama kerana SPM ini kalau kita hendak beri sesuatu, kita kena pastikan semua itu ambil SPM, baru adillah. Keduanya, SPM juga – selepas itu matrikulasi dan HSC. Matrikulasi maknanya hendak bagi cepat, jadi dia dalam masa setahun atau apa, dia tidak perlu HSC yang dua tahun, kita sudah boleh beri. Jadi sebab itu to be fair, kita beri kepada yang ambil SPM. Akan tetapi kita faham, apa juga penjelasan yang kita beri, masih lagi ada yang merasakan bahawa tidak adil.
Mengambil kira termasuk pandangan Yang Berhormat sekali, kerajaan buat keputusan iaitu bahawa kita akan secara berperingkat akhirnya memberikan kepada post-grad sahaja scholarship. Mereka yang pergi ke sarjana dan bukan sarjana muda. Ini ialah kerana di antara lain untuk mengelak tadilah di mana dana kita terhad dan tidak mungkin kita boleh tanggung semua dan kita percaya serta kita lihat perbandingan yang kita buat dengan negara-negara lain pun sama. Tidak semua yang berkelulusan cemerlang yang kita putuskan itu dapat diberikan biasiswa. Negara lain pun macam itu juga...
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Sabarlah Perkasa. Jadi kalau sudah selalu ini, jadi perkosa bukan Perkasa. Jadi oleh kerana itu, kita jangka panjang, kita buat keputusan kita hendak keluarkan scholarship kepada post-grad selepas ini. Ia dapat mengurangkan jumlah dan ia juga dapat menghapuskan perasaan tidak puas hati yang setiap pelajar merasakan bahawa dia sudah dapat keputusan cemerlang, dia tidak dapat. Ketiga sudah tentulah untuk kita hendak menaikkan taraf universiti tempatan kita supaya kalau kita hendak menjadikan Malaysia satu hab pendidikan, maka kita kena pastikan iaitu bahawa mutu universiti tempatan mesti tinggi dan ia tidak akan memberikan bayangan kerajaan yakin dengan universiti tempatan kita kalau kita menghantar pelajar yang baik pergi luar negeri dan yang tinggal itu yang remainder yang sudah tentu bukan yang cemerlang on merit...
[Bangun]
[Bangun]
Jadi banyak alasan ini yang kita fikirkan memang pada jangka panjang atau long term kita akan hanya memberi scholarship kepada post-grad sahaja. Sebelum you tanya soalan tambahan, saya hendak bagi Yang Berhormat Bukit Mertajam. Yang Berhormat Bukit Mertajam, ada soalan, tiada? Okey minta maaf.
Soalan nombor 2.
Nanti, sebelum nombor dua saya tanya ‘perkosa’ dahulu. Yang Berhormat Pasir Mas, minta maaf. Tarik balik. Yang Berhormat Pasir Mas.
Yang Berhormat ini mulutnya boleh tahan juga.
[Ketawa]
Jadi jawapan bagus tetapi kadang-kadang ayat yang dikeluarkan itu menurunkan nilai BN itu. Cuba jaga sedikit. Ini nasihat orang tua-tua... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, ini serius saya hendak tanya Yang Berhormat tadi Yang Berhormat sudah bagi angka-angka. Apakah usaha kerajaan untuk membetulkan persepsi sebab ada banyak pihak mengungkit-ungkit apabila tempat biasiswanya tidak banyak tetapi yang cemerlang ramai. Jadi ada pihak yang mengungkit serta menjadikan isu apabila ada kaum bukan Melayu tidak mendapat
biasiswa. Mereka dikaitkan dengan kononnya ini kerana bumiputera diberi layanan yang istimewa. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, saya hendak betulkan persepsi ini dan hendak bantu. Saya hendak beri satu contoh, saya hendak baca dan tunjuk bahawa dengan saya ini ada beberapa kes antaranya pelajar yang bernama Mohd Asyraf Fahmi bin Abd. Razak ini daripada Kedah hantar dekat saya 13A, Tuan Yang di-Pertua. Bahasa Melayu A+, Bahasa Inggeris A+, Sejarah A+, Matematik A+, Additional Math, Fizik, Chemistry, Biology, Pendidikan Al-Quran, Pendidikan Syariah, Sains tidak dapat biasiswa. Jadi ada persepsi mengatakan kerajaan ini terlalu melayan kehendak bumiputera tetapi tidak bukan bumiputera. Ia sebenarnya tidak cukup. Jadi sebenarnya persepsi ini kena dibetulkan dan saya hendak minta Yang Berhormat dalam konteks biasiswa untuk bumiputera, pandangan Yang Berhormat dari segi Perlembagaan 153, Perkara Hak Istimewa Orang-orang Melayu dan kalau kita ambil perkara ini apakah biasiswa untuk pelajar-pelajar Melayu, ini merupakan satu perkara yang wajib dan hak di kalangan pelajar bukan bumiputera kalau ikut Perlembagaan. Jadi ini yang menjadi persoalannya manakala kita tengok sekarang ini sudah ada perubahan dari segi meritokrasi dan seumpamanya. Malah dari segi kriteria memberi biasiswa pun saya tengok diletakkan kecemerlangan utama kita tahu yang mendapat 10A, 11A yang belajar di sekolah yang bagus-bagus Yang Berhormat, anak orang kaya-kaya. Jadi akhir sekali anak orang kaya dapat biasiswa dan yang miskin dan kurang berupaya tidak dapat biasiswa. Jadi minta Yang Berhormat bagi jawapan. Ayat-ayat tadi jangan pakai lagi. Saya tengah baik ini, nanti saya naik atas meja, kacau nanti. Terima kasih.
Masalahnya Yang Berhormat kalau saya bercakap imej BN jatuh tidak mengapalah saya orang BN. Masalahnya dia bercakap, BN jatuh juga, itu masalahnya. Sebab itu saya kena keluarkan ayat- ayat yang menampakkan bahawa dia bukan BN. Itu masalah. Yang Berhormat bertanya tentang...
Akan tetapi saya percaya cara Yang Berhormat jawab itu tidak menguntungkan Barisan Nasional. Saya rugi tidak mengapa sebab saya tiada apa pun... [Ketawa]
Tidak mengapalah. Kalau saya bercakap, Barisan Nasional jatuh tidak mengapalah. Memang patut jatuh pun sebab Menteri BN bercakap macam itu tetapi yang tidak bolehnya kalau calon PAS bertanding menang pilihan raya di Pasir Mas, dia bercakap orang tuduh kita juga, padahal dia bertanding atas PAS. Ini banyak masalah tidak selesai.
Menteri, banyak soalan lagilah. Jangan buang masa... [Ketawa]
Baik, yang pertama Yang Berhormat, jangan ambil saya 13A. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, yang 13A, 14A, 15A ini yang datang jumpa saya, yang bukan bumiputera sebakul pun ada. Soalnya kita ambil kira yang 9A core, hendak ambil 20 siapa suruh? Tidak adil kerana you hendak dapat biasiswa saya ambil 20. Bagaimana dengan mereka yang berada di sekolah yang tidak dibenarkan ambil lebih daripada sembilan? Tidak adil. Jadi tidak boleh kira 13A mesti dapat, itu pertama. Kedua kita hendak tahu A apa ini? Sekarang sudah ada A+ dan A- dan 13A ini A apa
saya hendak tanya. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat 9A+ ada 1,200 orang. Itu tidak termasuk lagi 8A+ dengan 1A mungkin 2,000, banyak lagi...
[Bangun]
Jadi kita tidak boleh ambil surat daripada orang mengatakan saya 13A, mengapa saya tidak dapat.
Yang Berhormat saya bangkit tadi saya hendak beri contoh sebab ada persepsi yang menyatakan pelajar-pelajar bukan Melayu tidak diberi layanan manakala pelajar bumiputera diberi keutamaan. Saya bagi contoh, dengarlah soalan orang betul-betul, ini melolong - lailahaillallah.
Persepsi Yang Berhormat itu tidak betul. Ini yang saya perjuangkan dalam Dewan ini. Sebab itu saya kata dalam Dewan ini sekarang kalau persepsi ini memang betul, dapat surat 13A tidak dapat, beritahu kepada orang kampung, beritahu kepada orang ramai, memanglah persepsinya kerajaan tidak adil. Akan tetapi kita kena lihat dalam detail itu lagi dan saya faham persepsi ini bukan sahaja ada kepada orang-orang Melayu yang mengatakan kerajaan sekarang beri lebih kepada orang bukan Melayu, orang bukan Melayu pun bercakap macam itu. Dia pun bawa juga ada 14A, ada 15A, tidak dapat. Ini mesti bagi Melayu lebih. Sebab itu Tuhan kata walaupun boleh kahwin empat, tidak usah kahwinlah. Hendak jaga dua orang bukan senang tahu tidak. Bumiputera pun hendak jaga, bukan bumiputera hendak jaga. Yang Berhormat duduk di sini baru tahulah, duduk di situ senanglah bercakap.
Akan tetapi macam mana hak keistimewaan orang Melayu? Hendak marah pula apa pasal?... [Ketawa]
Tidak marah, mana saya pernah marah dalam Dewan. Yang Berhormat terasa pasal apa. Saya kata Yang Berhormat duduk sini baru tahu, duduk sana senang bercakap.
Mana-mana pun senang bercakap kalau kita ini faham. Saya faham dan Yang Berhormat pun faham. Jadi Yang Berhormat ini bercakap hendak mengena orang sahaja, cuba jawab baik-baik. Saya hendak tanya tadi yang masalah 153 iaitu hak istimewa orang Melayu macam mana?
Belum habis lagi. Yang bangun ini makan cili rasa pedas sebab itulah. Yang Berhormat fikir saya hendak marah Yang Berhormat apa pasal. Makan cili rasa pedas. Ada benda yang salah dibuat itu. Saya hendak jawab ini Yang Berhormat.
Yang Berhormat cili memang pedas kalau makan, siapa kata cili tidak pedas. Lailahaillallah, itu pun tidak faham...! [Ketawa]
Ialah, siapa yang makan cili dialah rasa pedas. Takkan orang makan gula rasa pedas, itu budak sini pun faham, yang duduk dekat atas itu pun tahu. Baik.
[Bangun]
Ini apa hal pula, duduklah dahulu. Saya tahulah Yang Berhormat jambu dan lembut, duduk dahulu. Saya akan jawab lagi. Saya jawab ini dahulu dan selepas itu kita continue.
Continue petang? Okey.
Nanti makan tengah hari dengan saya, okey.
[Bangun]
Ya, selepas ini saya akan bagi. You no problem, anytime. Yang Berhormat, 153 ia umum menyebut tentang hak istimewa, yalah hak istimewa. Ia tidak sebut hak istimewa itu maknanya apa kita hendak bagi 70% kena bagi kepada Melayu atau bumiputera, 60% pergi tengok dalam Perlembagaan, ada atau tidak? Tiada. Itu terpulang kepada kerajaan untuk menentukan dan melaksanakan hak keistimewaan orang Melayu ini maka apakah cara yang kita hendak menunaikan kehendak Perlembagaan tentang hak keistimewaan orang Melayu ini dalam pemberian. Jadi itu yang kita ikut penduduk kaum. Itu yang paling adil sekali penduduk kaum daripada segi nisbahnya, cukup adil itu. Kalau bumiputera merupakan 60%, 60% lah kita beri, adillah itu. Itulah orang kata mencerminkan adil dalam kita memberi ataupun mengagihkan apa yang dikatakan biasiswa sebab ada yang bukan Melayu pun yang patut dapat, cerdik, duduk di kampung, bapa miskin pun ada juga. Takkan tidak mahu bagi kepada dia orang, dia orang pun berhak juga. Jadi sebab itu dalam perlembagaan kata betul ada hak keistimewaan orang Melayu tetapi ia tidak sebut berapa peratus. Sebab itu Yang Berhormat hendak saman kerajaan, samanlah. Jom kita pergi.
Tuan Yang di-Pertua, point of order. Sudah pukul 1 sekarang ini.
[Ketawa]
Saya tahulah Yang Berhormat lapar. Sebab itu ikut samalah orang Islam boleh puasa, tahan sedikit sahaja.
[Ketawa]
Orang Islam ini puasa sampai dekat 14 jam tahu? Ini baru dua minit sudah tidak tahan, macam mana.
Sejak ada ulama ini, pandai berdakwah.
Boleh berhenti.
Yang Berhormat, masa sudah tidak ada tetapi...
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Itu peraturan.
Sekejap, saya hendak beritahu satu sahaja.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita boleh sambung selepas makan tengah hari. Ahli-ahli Yang Berhormat ....
Tidak semestinya saya setuju dengan jawapan Yang Berhormat tadi. Sekian terima kasih.
[Ketawa]
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Okey. Hilir mudik dari kuala; Sambil berkolek mengayuh sampan; Kini Dewan disambung semula; Dijemput Menteri menyambung jawapan.
Kuorum adakah Tuan Yang di- Pertua, kuorum ada?
Kenapa, takut saya hendak jawabkah? Tuan Yang di-Pertua, tadi sebelum kita habiskan pukul satu tadi, Yang Berhormat daripada Pasir Mas ada cakap. Walau apapun, saya jawab berkenaan dengan tafsiran perlembagaan, dia tidak setuju. Tidak apalah, saya pun tidak setuju dengan dia juga. Jadi, kita serah pada mahkamahlah untuk buat keputusan. Memang dia sudah cadang pun hendak bawa kerajaan ke mahkamah tentang perkara ini. Kita akan tunggu dari mahkamah seperti yang didakwalah. Saya minta Petaling Jaya Utara.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kami menerima baik ulasan daripada Yang Berhormat Menteri apabila Yang Berhormat Menteri ada kata bahawa isu biasiswa bukan lagi satu isu perkauman dan bagi pihak Pakatan Rakyat, kita pun tidak lagi melihat isu biasiswa sebagai satu isu perkauman. Kita haraplah pihak yang masih melihat isu scholarship sebagai isu perkauman, itu ikut masalah, sudah bertukar. Kita lihat dari segi merit dan juga keperluan. Okey, soalan saya mengenai apa jawapan yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Pertama sekali, Yang Berhormat Menteri kata di peringkat prauniversiti susah hendak menilai sama ada ‘A’ Level, dengan STPM, dengan matrikulasi dan jenis-jenis prauniversiti yang lain untuk memberikan biasiswa. Saya rasa ini tidak merupakan satu masalah sebab di negara-negara lain juga semuanya menggunakan peringkat prauniversiti. Di UK bila mereka berikan biasiswa, di Singapore bila mereka berikan biasiswa, semua dalam peringkat prauniversiti. Yang menyenangkan, make it easier di peringkat prauniversiti adalah biasiswa hanya ditawarkan selepas penuntut tersebut sudah mencapai ataupun mendapat satu tempat di universiti tertentu dengan kos yang tertentu. So, katakan saya hendak study medicine, kalau saya boleh dapat satu tempat medicine di Cambridge, ataupun di Nottingham ataupun di Boston, yang mana-manalah universiti-universiti yang telah pun diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, bolehlah diberikan biasiswa pada peringkat itu.
Tidak kira sama ada dia mengambil ’A’ Levelkah, STPMkah atau matrikulasi. So, cara itu boleh digunakan. Saya rasa tidak menjadi masalah dan bukan ramai sangat yang boleh dapat course dalam medicine dalam universiti- universiti yang terkemuka di dunia. Perkara kedua, saya berasa kecewa sedikit dan saya rasa tidak munasabah kalau kerajaan secara langsung tidak memberikan biasiswa ke luar negeri di peringkat sarjana muda. Saya rasa ini penting kerana bagi meningkatkan human capital di negara kita bagi orang-orang muda di Malaysia. Kita tahu bahawa pada peringkat ini, universiti-universiti yang ada di Malaysia tidak berada di tahap yang world class. Tidak boleh berbanding dengan top 50 universities in the world. Saya rasa jika penuntut kita dapat masuk ke top 50 universities, top 30 universities in the world, kita perlu berikan peluang bagi mereka untuk meneruskan pengajian mereka di universiti-universiti tersebut sebab saya rasa bila mereka pulang ke Malaysia, mereka akan dapat memberikan sumbangan yang lebih baik kepada negara kita.
Yang Berhormat Menteri boleh tambah sedikit. Benda yang sama.
Jadi, bagi hendak menjawab Yang Berhormat daripada Petaling Jaya Utara ini, yang pertama itu saya ingat kita dalam JPA, kita terbuka kepada cadangan. Jadi, kalau Yang Berhormat buatkan cadangan secara bertulis kepada JPA, kalau kita dapati cadangan itu boleh diterima, tidak ada masalah. Asalkan dia ...
Boleh buat comparison dengan negara lain, cara mereka.
Tidak ada masalah. Okey, sebab kita hendak bekerja ke arah untuk memastikan itu satu prosedur yang terbaik boleh dicapai walaupun mungkin tidak boleh memuaskan semua pihak. Kedua itu saya hendak sebut apabila kita kata kita akan phase out biasiswa yang diberikan untuk pelajar ke luar negara, kita akan retain yang merit itu. Yang merit itu kita tetapkan. Maknanya, peperiksaan SPM apabila keputusan baik, yang merit itu kita akan retainlah, long term. Bermakna, masih lagi berilah tetapi strictly on merit. Itu kita punya cadangan untuk masa depan.
Yang Berhormat, Rembau bangun Yang Berhormat.
Saya ingin memohon agar pihak Kabinet mengkaji semula buat sementara waktu ini berkenaan keputusan untuk mengurangkan tawaran biasiswa JPA ke luar negeri. Ini kerana Yang Berhormat Menteri ada beri beberapa sebab. Sebab dana, sebab hendak tambah lepasan ijazah, hendak kekalkan pelajar cemerlang dalam IPT tetapi, pihak kementerian mesti menyedari tindakan mengurangkan tawaran biasiswa ini kepada anak-anak cemerlang kita ini akan menjadi satu push factor terhadap mereka di mana negara jiran kita bersedia menerima mereka. Bukan sahaja memberi kursus yang mereka pohon tetapi memberi mereka biasiswa. Jadi, sebab dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, salah satu premis utama adalah untuk memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan yang unggul ini. Ini perkara satu, perkara kedua apakah pihak kerajaan bersedia, JPA bersedia untuk mempamerkan senarai nama pelajar yang berjaya memperolehi biasiswa JPA luar negeri ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ditanya oleh pelajar cemerlang. Mereka kata apakah pihak menteri mampu dapat keputusan yang begitu baik, sebaik mereka. Padahal tidak tawarkan biasiswa untuk mereka. Kata mereka tidak cukup baik. Apakah Yang Berhormat Menteri sendiri boleh dapat keputusan sebaik itu? Ini bukan sahaja mencerminkan ketelusan pemberian biasiswa tetapi untuk meyakinkan kepada mereka ada yang lebih baik daripada mereka. Kalau tidak sepanjang umur mereka akan merasa sangat benci kepada kerajaan, kepada negara juga. Ini kerana mereka pelajar cemerlang, tidak diberi biasiswa tetapi negara jiran menawarkan biasiswa. Akhirnya, saya hendak tanya berkenaan Petronas. Biasiswa yang ditawarkan oleh Petronas. Jadi apakah kriteria yang digunakan? Pihak Yang Berhormat Menteri boleh beri penerangan ini.
Pertamanya apa juga yang kita hendak buat dengan, Orang Putih kata dengan izin, noble intention. Kalau soal duit tidak ada, macam mana noble intention kita sekalipun, kita tidak boleh buat...
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Kita perlu belajar iaitu bahawa dalam ekonomi, kapital ini scarce resources. Jadi semua aspek mahukan kepada bantuan wang. Bukan sahaja untuk biasiswa, untuk pembangunan luar bandar, jalan, kebajikan jadi kita jangan bercakap seolah-olah iaitu hanya kerajaan perlu fikirkan belanja tidak kira berapa untuk biasiswa sahaja, tidak boleh sebab ia ada competition. Tidak usah geleng kepalalah. Kalau Yang Berhormat pun orang pergi jumpa, seorang anak pergi jumpa dengan bapanya, minta biasiswa. Tanya balik bapa dia, “Kenapa you minta?” Sebab dia tidak ada duit! Jadi kalau masalah dihadapi oleh ibu bapa tidak boleh hantar anak ke luar negara kerana tidak mampu, kerajaan pun kena ikut kemampuan kita juga sebab kita kena beri wang kepada banyak aspek. Pembangunan luar bandar, kebajikan dan jalan, bukan sahaja duit itu untuk hendak belajar di luar negara. Jadi sebab itu kita kata apa yang kita putuskan ialah mengikut kemampuan kita. Kalau kita mampu, kita boleh belanja beri banyak biasiswa. Kalau kita tidak mampu kita kuranglah ya. Itu pertama. Keduanya, saya harap Yang Berhormat Batu Gajah jangan jadi kebudak- budakan. Apabila saya kata keputusan tidak baik, kebudak-budakan hendak tanya saya apakah Yang Berhormat Menteri boleh membuat keputusan yang lebih baik. Ini soalan budak-budak. Saya menjawab membuat perbandingan iaitu hari ini kalau dia datang dengan 13A, kita hendak tengok kepada A itu sebab sekarang ini sudah ada A+, A, A-. Jadi kalau saya menjawab, saya kata, “Keputusan tidak baik”. Itu bukan saya buat perbandingan dengan diri saya. Saya buat perbandingan dengan budak yang lebih cerdik daripada budak yang datang itu. Ini sebab pada hari ini apabila kita buat kategori A+, A, A- kita lihat bahawa budak- budak bertambah cerdik, yang saya kata 9A+ itu, straight A’s ada 1,200 orang. Itu kita tidak ambil kira lagi yang straight A, 8A+ yang dengan 1A, mungkin beribu lagi. Jadi saya nasihat jangan kebudak-budakan ya kerana kalau seperti itu...
Penjelasan!
Standard soalan tanya kepada saya memang kebudak-budakan.
Penjelasan!
Segala apa yang saya bangkit ialah fakta, perbandingan di antara keputusan budak-budak sekarang sesama mereka. Tidak ada kena-mengena dengan keputusan saya. Saya memanglah tidak layak sebab itu saya tidak dapat scholarship kerajaan untuk pergi ke luar negara. Saya bayar duit sendiri, duit bapa saya sendiri. Jadi tidak usah jadi budak- budak, nampak sangat kebudak-budakan. Low class punya soalan... [Ketawa]
Penjelasan!
Minta penjelasan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Rembau.
Sila.
Terima kasih.
Peraturan!
PAS pun.
Peraturan!
Ya.
Peraturan Mesyuarat 36(6). Tuan Yang di-Pertua, saya rasa walaupun Yang Berhormat Menteri yang tua dan lama di sini tidak perlulah hendak mengecilkan orang lain.
Yang Berhormat, you stop Yang Berhormat.
Tidak eloklah untuk kita kata..
Peraturan Mesyuarat 36(6). Saya akan buat keputusan.
Saya hendak beritahu Yang Berhormat Bukit Mertajam ya, I know where you are coming from, alright? Saya tidak akan bersikap demikian kalau saya tidak tahu soalan diutarakan kepada saya memang hendak menganak-anakkan saya sebab jawapannya sama. Macam mana dia hendak memperlekehkan saya, jawapan saya juga akan memperlekehkan dia...
Ya.
You want me to treat you like the MP, then you ask proper question. Otherwise I give you an answer di mana yang you utarakan kepada saya.
Minta peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.
Soalan bodoh, dapat jawapan bodoh!
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Ya peraturan mesyuarat.
Peraturan Mesyuarat 36(4). Tuan Yang di-Pertua, saya hanya sampaikan pandangan, saya tidak ada niat jahat langsung. Inilah yang dibangkitkan oleh anak muda yang mereka kata mengapa..
Yang Berhormat, you don’t have to explain.
No, no. I am going to explain..
You are on Point of Order 36(4). I will decide.
Jadi Yang Berhormat Menteri tidak sewajarnya jawab sedemikian. Mereka tanya, “Saya boleh dapat ‘A’ begitu banyak, masih dikatakan tidak cukup baik.”
Soalan bodoh dapat jawapan bodohlah!.
Apakah mereka yang menentukan..
Tidak perlu berucap Yang Berhormat.
...Menjalankan temu duga terhadap mereka ini atau pihak pemimpin barisan eksekutif ini boleh mendapat melalui peperiksaan keputusan yang sebaik mereka itu. Jadi saya sampaikan kepada Yang Berhormat, saya tidak ada sebarang niat jahat langsung! Jadi Yang Berhormat tidak perlu sambut sedemikian.
Yang Berhormat.
Saya juga ingin tahu, negara mana yang mengehadkan pelajar...?
Cukuplah Yang Berhormat.
...Mengambil mata pelajaran kalau mereka mampu?
Yang Berhormat Rembau.
Itu persoalannya.
Tiada point of order, tiada.
Saya pohon keputusannya Tuan Yang di-Pertua.
Tidak ada pelanggaran.
Terima kasihlah. Soalan saya tanpa niat jahat kepada Yang Berhormat Menteri.
Dia bagi soalan bodoh, dapat jawapan bodohlah!
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas penjelasan. Saya hendak berbalik kepada isu
penganugerahan biasiswa JPA di peringkat sarjana muda. Tadi saya dengar dengan teliti penjelasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri yang berkisar kepada kemampuan. Akan tetapi di sini saya ingin bangkitkan isu soal aulawiyat ataupun soal keutamaan, priority. Priority kerajaan sebenarnya patut diletakkan kepada pembangunan modal insan. Biasiswa JPA ini adalah satu keutamaan yang tinggi dalam perbelanjaan kerajaan. Jadi apabila Yang Berhormat Menteri sebut tentang kemampuan seolah-olah perkara ini adalah tidak berapa tinggi dengan izin, list of priorities. Apabila ada kemampuan baru hendak anugerahkan biasiswa di peringkat ijazah sarjana muda. Saya setuju dengan sahabat saya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara bahawa kita tidak boleh dan tidak wajar untuk kerajaan mengurangkan penganugerahan biasiswa JPA di peringkat sarjana muda. Kalau hendak tingkatkan lagi, hendak tambahkan ijazah, sarjana, masters dan post graduate tidak apa tetapi jangan kita kurangkan di peringkat sarjana muda. Ini kerana saya percaya Yang Berhormat Menteri pun tahu. Ini bukan hanya soalan kita boleh gantikan pengalaman tersebut di universiti tempatan. Pengalaman ini berbeza. Yang Berhormat Menteri sendiri pun belajar di luar negara, pengalamannya berbeza. Ia bukan sahaja pergi ke universiti tetapi pengalaman hidup yang kita dapat di universiti, di peringkat antarabangsa. Itu yang pertama. Keduanya, di peringkat ijazah sarjana muda pun ada banyak kursus yang tidak boleh kita replicate dengan izin, di peringkat universiti tempatan. Contohnya kalau kita hendak sebut tentang Biochemistry, Molecular Biology, banyak bidang khusus yang ada keistimewaannya pada universiti-universiti antarabangsa malah bukan sahaja dalam bidang sains. Kursus yang diambil oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara sendiri, apa dia? Philosophy Politics and Economics di University of Oxford telah melahirkan 15 Perdana Menteri United Kingdom, tidak boleh di replicate dengan izin, di universiti tempatan.
Malaysia juga akan sampai.
Jadi saya merayu kepada kerajaan supaya janganlah kita kurangkan biasiswa JPA di peringkat sarjana muda sebab ini adalah satu-satunya perbelanjaan yang dapat pulangan, returns yang cukup besar kepada kerajaan pada masa yang akan datang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tidak low class, soalan bagus. Jadi saya ingat walaupun kita buat keputusan tetapi seperti saya sebut sebentar tadi dia berfasa – rephrasing out. Akan tetapi saya rasa segala input yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perkara ini sudah tentu ianya akan diberikan pertimbangan sebab pada hari ini kita fikirkan iaitu mungkin cara terbaik dengan alasan yang saya sebutkan sebentar tadi ialah untuk phrase out. Akan tetapi seperti saya sebut sebentar tadi, keputusan ini boleh berubah dari semasa ke semasa. Pertama, sudah tentulah mengambil kira kemampuan kerana seperti saya sebut wang ini merupakan satu scarce resources jadi semua kementerian, aspek, semua merebut kepada wang yang ada. Jadi bukan satu perkara itu sahaja. Kita kena timbangkan semua. Namun apa Yang Berhormat bangkitkan, saya akan sampaikan kepada pertamanya..
Minta penjelasan.
Sudah tentu Jemaah Menteri bahawa ada concern Ahli-ahli Parlimen iaitu jangan kita terus phrase out semua biasiswa untuk sarjana muda ini. Ya, Yang Berhormat..
Wangsa Maju.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat tertarik dengan Yang Berhormat sekarang ini amat fokus atas perkataan kemampuan dari segi kewangan kerajaan. Memang kerajaan mesti mengambil kira dan mengambil berat mengenai dengan kemampuan atas kewangan, apabila hendak memberi scholarship sebagainya. Akan tetapi saya amat hairan, semasa kerajaan boleh mendapatkan pendapatan cukai daripada sports betting dengan izin. Kegiatan yang kerajaan tidak boleh berhentikan, kegiatan Yang Berhormat Menteri tahu dan faham bahawa masih dijalankan sehingga sekarang pun. Di Singapura, mereka mendapat satu tahun Singapore Dollar 4 billion, daripada cukai pertaruhan bola sepak ini ataupun sports betting tetapi, kenapa sehingga hari ini, kerajaan tidak berani meluluskan lesen ini? Supaya kegiatan sports betting ini boleh dikawal - regulated, dan kita boleh kontrol pelbagai jenayah dalam negara. Kita boleh mendapatkan cukai, serta nilai cukai ini kita boleh menggunakannya untuk biasiswa dan pembangunan projek-projek pembangunan negara. Ambillah nasihat daripada Tok Guru di Kelantan, mereka menggunakan cukai arak – itu pun boleh digunakan. Kenapa takut, kenapa takut?
Ya.
Jangan takut. You jangan takut, jangan takut. Cukai itu boleh digunakan sebab kita tidak boleh menghalang sports betting ini. Sila beri penjelasan. Terima kasih.
Yang Berhormat Wangsa Maju cakap merapulah!
Yang Berhormat Menteri. Sedikit Yang Berhormat Menteri, sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Menteri, dari Balik Pulau sedikit Yang Berhormat Menteri.
Tidak. Walaupun ‘jambu’, saya tidak boleh beri ruang... [Ketawa]
Sedikit boleh?
...Sebab pendekatan saya, seorang bertanya saya jawab dahulu...
Kita hendak beza...
Jadi...
...Sumber keusahawanan...
Ini...
...Daripada sumber judi.
Tidak mengapa...
Boleh?
Ini saya tengok Yang Berhormat dari Wangsa Maju, semenjak masuk ‘zon Bebas’ ini idea cukup bagus... [Ketawa] Saya juga bersependapat, walaupun minoriti. Walaupun mungkin boleh...
Planted cautionly...
...Diinformed oleh masyarakat... Ini hendak mengenai apa ini?... Syarikat bankrap Singapura?
Ini mungkin idea Washington D.C.
Jadi...
Yang Berhormat...
Jadi apabila kita mengatakan boleh berjudi bukan bermakna saya suka judi. Akan tetapi bagi saya, mesti tanya juga kepada masyarakat bukan Islam kerana mereka juga berhak untuk memberi pandangan. Jangan apabila time bercakap tentang judi tanya orang Islam, tentu orang Islam kata tidak boleh. Akan tetapi kalau judi itu ada - kalau datang masyarakat social ills, ia akan melibatkan keluarga masyarakat bukan Islam. Sebab itu pandangan saya, tanya mereka juga. Akan tetapi saya bersetuju dengan Yang Berhormat atas alasan-alasan itu, tetapi suara saya minoriti. Hendak buat bagaimana? Itu mengikut survey katanya, majoriti tidak setuju. Jadi ikut cakap majoritilah - katanya survey begitu. Oleh sebab itu, keputusan dibuat tidak meneruskan, tidak diberikan. Jadi that is already history, we move on. Saya hendak pergi kepada mahkamah. Berhubung pertanyaan Yang Berhormat Puchong, mengenai kenyataan Ketua Hakim Negara telah menerima aduan terdapat rasuah dalam Badan Kehakiman dan sama ada Ketua Hakim Negara mempunyai senarai individu yang terlibat. Untuk makluman Yang Berhormat, kenyataan Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara mengenai gejala rasuah seperti mana yang dilaporkan dalam akhbar The New Straits Times. Adalah berdasarkan kepada ucapan beliau ketika berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 11 Jun 2010 iaitu seperti berikut: “Dalam memberi fokus tentang perkara yang baik melibatkan mahkamah, saya ingin mengingatkan anda semua bahawa saya masih menerima aduan daripada peguam-peguam berkaitan dengan rasuah. Saya tidak akan bersimpati kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti rasuah. Rasuah bukan sahaja dalam bentuk wang, tetapi juga dalam bentuk telefon bimbit, tiket penerbangan percuma, baucar penginapan di hotel secara percuma dan sebagainya. Sesetengah orang berpendapat, jika tidak ada pemberi rasuah tidak akan ada penerima rasuah. Saya berkata, jika tidak ada penerima rasuah maka tidak akan ada pemberi rasuah.” Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara ada menerima aduan berkenaan gejala rasuah di kalangan pegawai dalam Badan Kehakiman. Namun aduan yang dibuat adalah tidak spesifik memandangkan peguam yang membuat aduan tersebut tidak menyebut nama pegawai yang dikatakan terlibat dalam perkara tersebut - umumlah. Tujuan utama kenyataan tersebut adalah untuk memberi
peringatan kepada penerima-penerima anugerah pada hari tersebut. Bahawa pemberian anugerah bukan sahaja berdasarkan kecemerlangan dalam perkhidmatan, bahkan turut mengambil kira faktor-faktor lain seperti amanah dan ketelusan dalam menjalankan tanggungjawab. Justeru, sekiranya Yang Berhormat Puchong mempunyai sebarang maklumat berkenaan dengan gejala rasuah dalam Badan Kehakiman, Yang Berhormat adalah diminta untuk tampil ke hadapan memberikan maklumat tersebut. Badan Kehakiman begitu terbuka dan mengharapkan kerjasama dari segala pihak dalam usaha untuk membanteras gejala rasuah.
Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu yang dibangkitkan cukup jelas, Yang Berhormat Menteri. Apa yang dinyatakan oleh Ketua Hakim Negara, jelas. Beliau menerima aduan, dan setelah menerima aduan - apabila seorang Ketua Hakim Negara diberitahu berkenaan dengan gejala rasuah di kalangan pegawai-pegawai mahkamah oleh peguam. Adakah pertama, ia bermaksud ada rasuah yang berlangsung di dalam Badan Kehakiman? Di sini menurut dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri, Ketua Hakim Negara ada kata beliau menerima aduan. Apa yang saya hendak tahu ialah, apakah tindakan yang diambil berkenaan dengan aduan ini? Bukan setakat di mana kamu ini - ataupun Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa, “Okey, kalau Ahli Parlimen Puchong ada maklumat sila berikan.” Apa yang nyata adalah bahawa Ketua Hakim Negara sendiri mengatakan beliau tahu peguam- peguam yang membuat aduan. Maknanya ada aduan yang diterima. Apakah tindakan ke atas aduan tersebut? Kenapa Ketua Hakim Negara tidak mengambil tindakan? Kalau ada tindakan, apa tindakan yang telah diambil? Siapa hakim ini? Kedua, apa yang penting Yang Berhormat Menteri adalah ini, seperti mana yang telah saya bangkitkan dalam ucapan saya. Bukan sahaja perkara berkenaan dengan rasuah, apa yang berlaku kepada kes-kes, apakah kes-kes terlibat, di mana hakim-hakim itu menerima rasuah dan keputusan yang dibuat? Itu yang saya hendak tahu, kerana imej Badan Kehakiman terlibat. Terima kasih.
Saya amat bersetuju kerana institusi kehakiman adalah penting dan kita kena memastikan bahawa segala perkara yang dibangkitkan berkenaan dengan rasuah dalam kehakiman ini mesti dibanteras habis-habisan. Saya telah menjawab iaitu bahawa Ahli Parlimen yang disebut oleh Ketua Hakim Negara, iaitu beliau menerima aduan - complaint. Saya faham ini yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat, aduan bermaksud maknanya formal complaint dengan nama – siapa, hakim atau kakitangan? Itu fahaman Yang Berhormat berkenaan aduan tetapi, seperti mana yang saya sebut dalam jawapan saya, apa yang diucapkan oleh Ketua Hakim Negara ialah satu perkara umum yang mengingatkan kepada mereka yang menerima anugerah. Perkara umum itu bahawa memang betul beliau ada received complaint, tetapi semua kita tahu itu. Kadangkala complaint is orang kata - by the way, berjumpa, beritahu Ketua Hakim Negara ada hakim rasuah itu semua. Akan tetapi masalahnya ialah kita tidak mempunyai maklumat yang tepat, semuanya umum.
Akan tetapi percayalah Yang Berhormat, kalau betul ada nama hakim..., saya pun tahu juga, orang berjumpa dengan saya, selaku Menteri, jaga juga
kehakiman. Dia kata Yang Berhormat Menteri, a lots allegation. Jadi, saya pun beritahu mereka, mari kita lawan rasuah dalam ini. We do not tolerate this, give me all particulars. Akan tetapi masalahnya itulah, particularnya tidak timbul. Oleh kerana itu, saya bercakap kepada Yang Berhormat kerana Yang Berhormat bertanya soalan tetapi not to you alone. Kepada sesiapa juga yang membangkit masalah berkenaan dengan rasuah dalam kehakiman, dia peguamkah, dia Ahli Parlimenkah, dia klienkah dan dia orang biasakah, saya tetap mengatakan bahawa you give me the details, maklumat. Saya akan sampaikan kepada Ketua Hakim. Jadi, dalam perkara ini kalau mengikut jawapan yang kehakiman telah beri kepada saya itu, Ketua Hakim tidak mempunyai detail. Cuma secara umum dalam ucapan, dia memperingatkan kepada kakitangan sebagai ingatan iaitu dia ada terima complain. Jadi, jaga berhati-hatilah. Itu maksud dia.
Hanya penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat Menteri setuju dengan saya apabila seseorang Ketua Hakim Negara itu menerima aduan sedemikian? Bukankah ada tanggungjawab terhadap Ketua Hakim Negara supaya mendapat maklumat yang terperinci dan kalau diizinkan membuat laporan polis, laporan pedalaman ataupun kaji dan diteliti. Saya mahu tahu apabila perkara ini dibangkitkan dan saya bangkitkan dalam Dewan ini, adakah kementerian cuba mendapat maklumat daripada Ketua Hakim Negara berkenaan dengan perkara yang lebih jelas? Siapakah peguam yang membuat aduan? Apakah aduan itu dan apakah tindakan yang akan diambil? Takkan setakat kita mendengar aduan yang serius ini tetapi, kita kata okey, kita biarkan sahaja tidak ada masalah. We let it go but we warn all our offices next around and next times please do not do it. Ini bukan caranya Yang Berhormat, kalau kita mahu pastikan bahawa perkara ini langsung tidak berlaku dalam masa depan, kita perlu ambil tindakan. Apa yang saya mahu tahu Yang Berhormat Menteri, adalah selepas mendapat aduan daripada saya di sini dalam Dewan. Adakah kementerian meminta Ketua Hakim Negara supaya memberi nama peguam-peguam yang membuat aduan dan setelah itu mengambil tindakan terhadap hakim-hakim ataupun lain-lain pegawai yang dikatakan terlibat? Terima kasih.
Saya tidak ada masalah. Saya fikir selepas ini, saya mahu berjumpa dengan Ketua Hakim dan minta nama- nama peguam yang telah memberitahu kepada beliau tentang perkara ini. Saya rasa... We would not let this go sebab kita perlu perang rasuah dalam kehakiman ini. Saya percaya iaitu apabila seseorang itu bercakap kepada Ketua Hakim, dia sudah tentu akan minta kepada peguam itu memberikan detail dan maklumat. Saya percaya dia lakukan itu, tetapi ini saya katalah. Akan tetapi tidak mengapa, sepertimana Yang Berhormat sebut, saya akan minta pertemuan dengan dia untuk kita go to the root of this problem, ya. This is my promise, okay. Yang berhormat Teluk Intan...
Penjelasan. Ketua Hakim Negara Tun Zaki, ia ada dalam tahun 2007, khasnya dalam bulan November di Kuching. Dia ada dengan umum menyatakan beliau ada terlibat dalam rasuah apabila dia menjadi peguam. Apa yang dikatakan oleh dia ialah ini, “I have to bribe each and
everyone of them. We nice to them before I got back into their good book.” Ini adalah dituju kepada kakitangan dalam pendaftaran di Mahkamah Kuala Lumpur. Saya dapat satu laporan polis dan laporan polis ada dibuat tidak berapa lama apabila Ketua Hakim Negara ini menyuarakan apa yang saya nyatakan sebentar tadi. Dia ada menyatakan baru-baru ini, there are no givers, there will be no takers, but he was a giver. In November, in 1988 sehingga hari ini tidak ada apa-apa kenyataan, apa-apa statement dan ada merekodkan daripada saya oleh polis. Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan saya Ketua Hakim Negara ini, Tun Zaki Tun Azmi adalah seorang hipokrit? Dia cakap macam- macam, bagi amaran kepada kakitangan baru-baru ini. Adakah kerajaan bersedia untuk mengambil tindakan jenayah ke atas ketua Hakim Negara ini? Ini kerana we cannot have a hypocrite as the head of judiciary. Bolehkah saya dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri?
Saya telah menjawab perkara ini beberapa kali dalam sesi yang lepas dan saya kira perkara yang samalah. Apabila saya berjumpa dengan ketua Hakim nanti saya sekali lagi akan bangkit apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor kerana dia mesti ada closure kepada perkara ini. Saya tidak boleh menjawab bagi pihak beliau kerana saya tidak tahu apa jawapan yang diberi melainkan apa yang telah diberi sebelum ini, yang tidak memuaskan Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor. Jadi, saya sekali lagilah saya jumpa dia, saya akan cakap tentang perkara ini...
[Bangun]
Yang Berhormat Puchong.
Kita mahu tahu...
Yang berhormat Puchong.
...Pendapat Yang Berhormat Menteri tentang apa yang ditanya...
Yang Berhormat Puchong.
...Oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Dia...
Pendapat Yang Berhormat Menteri.
Dia ini, dalam Dewan ini, dia ada peraturan. Jikalau di Padang Serai minum todi boleh buat apa sahaja. [Ketawa] Dalam Dewan tidak boleh begitu.
Padang Serai...
Ya.
...Diajar orang-orang Padang Serai untuk minum todi...
Okey.
...Oleh Yang Berhormat Menterilah... [Ketawa]
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri ini yang ajar mereka. Sebelum saya, Yang Berhormat Menteri ini sudah pergi di Padang Serai ini.
Ya, Yang Berhormat Puchong.
Yang Berhormat Puchong.
Ini Yang Berhormat Menteri, pendapat Yang Berhormat Menteri...
Saya...
...Tentang soalan Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Dengar ini. Pendapat saya tidak penting, ya.
Akan tetapi soalan Yang berhormat Bukit Gelugor...
Yang Berhormat.
Pendapat Yang Berhormat Menteri...
Tidak penting. Saya telah beritahu dalam perjumpaan saya nanti yang saya janji dengan Yang Berhormat Puchong tadi, mahu berjumpa dengan dia, saya akan bangkit benda yang sama sekali lagi. Yang Berhormat Puchong..
Ya, Yang Berhormat Puchong.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya rasa isu yang bangkit di sini cukup serius. Di sini nampaknya bahawa Yang Berhormat Menteri baru memberi kita satu pengisytiharan bahawa tindakan akan diambil. Walhal kita lihat bahawa sebenarnya, dalam kes ini satu laporan dibuat terhadap Chief Justice himself, Ketua Hakim Negara. So, bagaimanakah Yang Berhormat Menteri mahu jumpa dengan suspek dan bincang dengan suspek itu, apakah tindakan yang mahu diambil? Bukankah itu menjadi satu keadaan yang cukup mengerikan. You go, seek and speak to the suspect and say “okay, now the reports are all there. What are we going to do?... [Ketawa] Bukan? So, saya di sini tanya Yang Berhormat Menteri, isu yang berbangkit itu isu yang cukup serius. Saya rasa kita lihat daripada pengalaman, kalau kita biarkan kepada Ketua Hakim Negara ambil tindakan mungkin kita tidak akan dapat sebarang jawapan. So, di sini saya mahu minta Yang Berhormat Menteri, apakah tindakan Yang Berhormat Menteri akan ambil firstly, terhadap Ketua Hakim Negara sendiri and secondly untuk mendapat maklumat-maklumat berkenaan dengan mereka yang dikatakan terlibat dalam gejala rasuah? Terima kasih.
Yang Berhormat jangan confuse antara perbicaraan dengan saya mahu berjumpa dengan Ketua Hakim, hendak mahu beritahu kepada dia bahawa jawapan yang dia beri untuk saya menjawab dalam Dewan, Ahli Parlimen tidak puas hati. Jadi, saya perlu jumpa
dialah. Saya bukan mahu bicara dia. Saya mahu beritahu pada dia, saya yang Berhormat Menteri. Ini defendan, jadi dia tidak boleh datang. Kita tidak ada prosedur yang mana dia boleh datang ke Dewan. Jadi, segala apa yang perlu dijawab, dijawab oleh saya. Jadi, oleh kerana itu saya perlu jumpa dia. Bukan suruh dia, mahu ambil tindakan terhadap diri dia. Saya mahu beritahu dia, jawapan Yang Amat Arif ini dalam Dewan yang saya jawab bagi pihak tidak memuaskan hati Ahli-ahli Parlimen.
Jadi, saya hendak tanya dialah apa lagi Yang Amat Arif boleh lakukan sama ada keluar penyataan barukah apakah sebab dia Bebas. Saya cuma menjawab saya bukan bicara dia memang tidak boleh tetapi perpetrator betullah macam mana kita hendak menghukum diri dia, tetapi saya hendak bagi tahu jawapan dia tidak memuaskan so what going to do now. Itu sebab tujuan saya berjumpa dengan dia jangan silap ya. Jangan silap.
Ini bukan satu soalan. Orang ini suspek dia bukan orang suspek dia sendiri menyatakan dalam tahun 2007 dia ada terlibat dalam pasport apabila dia menjadi lawyer dalam tahun 1988. Ini bukan suspek ini seorang yang sudah mengakui dengan umum yang terlibat dalam rasuah. Kenapa Yang Berhormat Menteri mahu berjumpa dengan dia, Yang Berhormat Menteri bukan seorang inspektor. Apa yang harus dibuat adalah Ketua Hakim Negara ini ditangkap dan diremankan untuk 14 hari untuk mendapat daripada dia keterangan bukan keterangan dia tidak mengaku tidak dapat apa-apa soalan keterangan daripada dia. Tangkap dia, masuk dia dalam mahkamah dan selepas itu penjara. Tidak dapat apa-apa jalan lain. Apakah tindakan yang diambil atas laporan polis yang saya buat. Ini bukan satu perkara di mana Yang Berhormat Menteri pergi jumpa Ketua Hakim Negara minum kopi dengan dia. Bolehkah saya dapat penjelasan tindakan yang diambil ke atas laporan polis saya, itu satu soalan. Boleh dapat penjelasan?
Pertama, saya tidak kata dia suspek. Anak awak yang cakap, saya tidak kata dia suspek. Jadi, itu pertama saya tidak kata dia suspek dan saya bukan juga inspektor kena faham, saya Menteri itu dia, kena faham tanggungjawab saya ialah untuk memberi jawapan dalam Dewan ini. Soal sama dia hendak kena dakwakah itu bukan tanggungjawab saya. Kalau hendak tanya apa sudah jadi dengan police report Yang Berhormat Bukit Gelugor jangan tanya saya. Kena tanya kepada pihak polis, tanya kepada KDN apa yang telah terjadi dan dakwa atau tidak didakwa jangan tanya saya itu kerja Leftenan Jeneral. Jadi, saya bertanggungjawab untuk berjumpa dengan dia minum kopikah, makan nasikah saya hendak bagi tahu Yang Amat Arif jawapan Yang Amat Arif itu Ahli-ahli Parlimen tidak boleh terima. Jadi, saya hendak bagi tahu sama ada apa tindakan dia, dia hendak keluar dan menyatakan sebenarnya saya silap cakap itu terpulang kepada dia. Akan tetapi, dalam Dewan saya kena jawab dalam Dewan itu sebab tidak memuaskan. Itu sahaja kerja saya. Kalau Yang Berhormat hendak tanya apa jadi dengan police report tanyalah Menteri yang bertanggungjawab kepada polis. Tidak boleh tanya kepada saya, ya. Jadi, sebab itu saya tahu saya bukan inspektor saya seorang Menteri lebih besar daripada inspektor lagi dan itu bukan kerja saya memang lebih besar semua orang tahu. Inspektor tidak panggil Yang Berhormat, Menteri panggil Yang Berhormat memang lebih besar. Itu bukan satu perkara tidak betul, jadi saya
bertanggungjawab kepada jawapan di dalam Dewan ini. Jadi, saya akan memang - benda serius, rasuah dalam kehakiman memang serius...
Setuju.
Seperti mana Yang Berhormat mahu melihat tindakan ini habis begitu juga kita dalam kerajaan.
Ya.
Kita tidak boleh tolerate lagi, benda apa lagi ini.
Boleh sedikit sahaja.
Boleh.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri berkata bahawa Yang Berhormat tidak bertanggungjawab untuk tindakan polis. Itu yang dikatakan tadi. Itu tidak benar, itu tidak benar dan saya rujuk kepada satu jawapan yang diberikan kepada saya satu soalan pada 24 Jun iaitu minggu lalu iaitu ini berkenaan dengan kenapa tindakan tidak diambil terhadap Datuk Nasir Safar yang telah menyatakan bahawa orang Cina yang datang ke negara ini sebagai pelacur dan orang India sebagai pengemis dan jika tiada mengapa tiada tindakan? Yang memberi jawapan kepada soalan itu iaitu berkenaan siasatan dan juga polis adalah Yang Berhormat Menteri sendiri so Yang Berhormat Menteri perlu membuat satu keputusan. Adakah Yang Berhormat Menteri, Menteri yang bertanggungjawab kepada kes-kes khususnya kes-kes seperti Datuk Nasir Safar dan juga dalam kes ini juga satu kes laporan polis telah dibuat kepada Ketua Hakim Negara dan tiada tindakan yang diambil. Jadi, please be frank with us. Bagi jawapan yang benar dalam Dewan ini. Yang Berhormat Menteri memang Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab tetapi hendak lari daripada tanggungjawab itu sekarang. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, laporan polis bukan tanggungjawab saya. Pendakwaan bermakna laporan polis itu telah sampai kepada AG maka ditanya kenapa Datuk Nasir Safar tidak didakwa. Itu bawah AG bawah saya, saya boleh jawablah. Akan tetapi, laporan polis apa sudah jadi kena tanya polis saya tidak tahu melainkan kalau laporan itu telah sampai kepada AG Chambers dan mengapa tidak didakwa saya boleh jawablah. Jawapan akan diberikan oleh AG. Itu perbezaan Yang Berhormat betul ini jawab betul. Ini kerana laporan itu sudah sampai kepada AG dan AG membuat keputusan tidak mendakwa bawah sayalah kita kena tahu line dia. Jadi, apabila tanya kata apa sudah jadi pada laporan saya tidak tahu tetapi kalau laporan polis itu sudah sampai kepada AG dan AG ambil keputusan baru dimaklumkan oleh saya untuk saya boleh menjawab dalam Dewan, ya. Tuan Yang di-Pertua, saya ada pergi ke Telok Intan menyarankan agar hakim-hakim perlu menyelesaikan kes-kes hendaklah mengikut lunas-lunas keadilan dan bukannya terlalu memberi penekanan kepada penyelesaian berdasarkan mematuhi KPI atau statistik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPI atau dengan izin, Key Performance Indicator adalah satu matlamat yang ditetapkan untuk melupuskan kes-kes yang tertunggak dalam masa yang singkat tanpa mengorbankan prinsip-prinsip keadilan. Mahkamah juga bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat bahawa hakim-hakim tidak terikat dengan arahan
Ketua Hakim Negara atau dengan sesiapa untuk menyelesaikan kes semata-mata hendak patuhi KPI hingga mengetepikan prinsip keadilan. Prinsip keadilan tidak boleh dikorbankan walaupun KPI apa sekalipun tidak boleh. Jadi sebab itu saya bersetuju iaitu semua kes mesti di selesaikan di atas prinsip keadilan. SPRM, Yang Berhormat Gopeng...
Penjelasan!
Penjelasan!
Ya, Yang Berhormat Telok Intan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai hakim-hakim yang amat serius dengan KPI ini saya baru terima aduan daripada peguam di mana hakim- hakim terus terang beritahu mereka dalam kamar. I have to finish this case today otherwise I have to answer the AG, dengan izin. Jadi, kita kena faham saya rasa Yang Berhormat Menteri kena tahulah sebagai seorang peguam bahawa sesebuah institusi kehakiman apabila mereka berada di dalam kamar atau mahkamah terbuka mereka tidak bertanggungjawab kepada sesiapa pun Hakim Mahkamah Tinggi not answerable to everybody they are answerable but their own their deacon. Jadi, dia mesti berpegang kepada prinsip keadilan sahaja bukan ikut arahan CJ pada satu bulan berapa kes kena habis, isi borang biru, KPI, tidak ini hakim kena terus bagi tahu. I have to finish this case by end of next week atau end of this month dengan izin. Jadi, apabila seorang litigan datang ke mahkamah apa perasan dia. Adakah kes saya ini menjurus kepada keadilan (merit) ataupun satu arahan dari CJ. Ada kes-kes kemalangan, IO tidak sempat datang ke mahkamah terus jalan juga sebab KPI.
Mana boleh kes kemalangan habiskan tanpa IO punya keterangan? Jadi, ini saya berharap Yang Berhormat Menteri adalah sangat serius sama seperti rasuah. Ada seorang hakim di Sabah Yang Arif Mohd. Kamil dia beritahu terus terang I cannot take instructions from somebody superior to me, didedahkan. Jadi, ini sangat serius. Kita ada Parlimen, legislative House, dan kita ada eksekutif di mana Yang Berhormat Menteri adalah sebahagian daripadanya. Kita ada Judiciary. Jangan ada campur tangan di antara satu sama lain. Seorang Hakim Mahkamah Tinggi dia berpandu kepada keadilan dan sumpah yang diambil di hadapan Duli Yang Maha Mulia. Itu sebab saya katakan dahulu rate saman di Mahkamah Tinggi adalah diarahkan atas arahan Duli Yang Maha Mulia terus kepada CJ Malaya. Ia tidak perlu jawab kepada sesiapapun sama ada KPIkah itu semua, orang yang menguruskan stor, pengurusan fail-fail mahkamah kerja mereka, KPI. Dalam kamar hakim tidak perlu jawab KPI. Dia tengok kepada merit kes-kes. Jadi, saya tidak tahu Yang Berhormat Menteri macam mana hendak ambil tindakan terhadap hakim sebab kalau ada apa-apa tindakan disiplin terhadap hakim pun kena ikut Etika Kehakiman ataupun di bawah Perlembagaan Persekutuan. Saya harap sesuatu akan boleh dibuat oleh pihak- pihak yang berkenaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. I have got no issue to you. Tidak ada masalah. Saya rasa itu ada satu lagi aduan, complaint daripada pihak peguam juga ialah – lagi satu prinsip, “Justice delayed is justice
denied”. Jadi, kita kalau sekiranya apa hakim buat mesti berdasarkan, jangan delay justice dan bukan kerana KPI. Sebab itu saya kata...
“Justice hurried is also justice buried”.
Ya saya faham, itu benda baru yang Bar Council cakap... [Ketawa] Itu benda baru. Saya tidak dengar. That one is coin recently. Mula-mula dia marah kita lambat lepas itu kita cakap okey. Kita juga dengar cakap peguam-peguam. You jangan main-main. Do not delay. So, make sure bukan kerana KPI kerana, “Justice delayed is justice denied”. Itu sahaja. Oleh sebab itu, saya kata, ia tidak terikat dengan arahan berkenaan dengan KPI. Kita tidak boleh terima dan dalam masa yang sama kita juga tidak boleh tutup mulut hakim ini kalau dia hendak kata, “Sorrylah, I have to do this because I got KPI”. Itu mulut dia cakap, kita tidak boleh, jangan cakap benda macam itu tidak boleh. Ia terpulang dan bebas hendak bercakap dan mungkin dia berasakan alasan yang terbuka kepada dia untuk hendak terus juga dengan kes ini. Itu sebenarnya prinsip yang perlu diikut ialah, “Justice delayed is justice denied”. Saya setuju saya tidak tolerate. Saya tidak setuju ini kerana KPI. Keadilan mesti diberikan berdasarkan kepada merit case. Jangan ada external atau sebab- sebab yang menyebabkan mereka mempercepatkan kes walaupun sepatutnya kes itu belum siap lagi tetapi dipercepatkan...
[Bangun]
Ini hendak cakap pasal apa ini?
Kehakimanlah.
Ini mana ini, Holiday Innkah, politic innkah?... [Ketawa] Okey.
Tidak ada. Ini yang mencelah ini dia kata, embarrassing. Saya kata saya tidak embarrassed, yang embarrassnya Yang Berhormat Menteri sahaja. Bukankah saya ini relaks, bahasa pun cantik dan ada classlah. Saya hendak tanya Yang Berhormat, bercakap soal hakim ini, baru-baru ini ada seorang hakim menjatuhkan hukum ke atas seorang Ahli Parlimen. Kemudian dia keluarkan denda sebab dia kata ini untuk tujuannya supaya tidak ada pilihan raya kecil. Jadi, apakah seorang hakim boleh keluarkan kenyataan berhubung dengan hukuman macam itu sebab the rule of law is rule of law? Ini Holiday Inn punya cakap ini... [Ketawa] Ini bukan temple inn, ini Holiday Inn... [Ketawa] Jadi, patutkah, sebab seorang hakim dia perlu bercakap soal rule of law. Tidak boleh tiba-tiba dia hendak jadi Pengerusi SPR pula. Ini yang menjadi kelam kabut kehakiman ini. Jadi, Yang Berhormat, perkara-perkara macam ini ada benda- benda yang kita boleh melawak dan ada benda-benda yang kita tidak boleh melawak. Saya hendak nasihatkan Yang Berhormat, itu sahaja. Terima kasih.
Tidak ada temple inn ini. Yang dok ada, Inner atau Middle Temple, Gray’s or Lincoln’s Inn sahaja... [Ketawa] Temple inn tidak ada!
Temple inn duduk dekat Pasir Mas.... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Mungkin di Pasir Mas saya tidak tahu. Okey. Saya hendak jawab juga benda ini tetapi, saya difahamkan melalui akhbar iaitu Yang Berhormat Batu sudah pun membuat rayuan. Jadi, apa juga
yang dikatakan dia sub judice lah. Jadi, saya minta maaf. Jikalau Yang Berhormat tidak faham sub judice ini maknanya kalau kes itu dalam perbicaraan dan pertimbangan mahkamah kita tidak boleh bagi apa-apa bentuk pandangan...
Holiday Inn mana faham... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat tidak boleh cakap saya tidak faham sebab saya ini daripada Holiday Inn yang pertama jadi Timbalan Menteri, jaga undang-undang. Yang Berhormat tidak tahukah?... [Ketawa] Jangan terkejut!
Patutlah teruk.
...And waktu saya jadi Timbalan Menteri dahulu tidak timbul masalah dengan Majlis Peguam ini sebab yang tahu hal undang-undang ini yang tidak faham undang-undang. Terima kasih... [Ketawa]
Ini boleh cerita di Pasir Mas lah.
Itu jadi Timbalan Menteri zaman siapa dulu itu?... [Ketawa]
Zaman mudah lupa... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tidak mengapa Yang Berhormat. Jadi, benda ini sub judice saya tidak boleh jawab. Tuan Yang di-Pertua, waktu sudah dekat pukul tiga setengah ini.
Saya hendak tanya panjang lagi Yang Berhormat?
Saya panjang lagi, baru muka 22. Saya ada 88. Jadi, saya ada tiga lagi yang akan menjawab. Jadi, saya akan jawab secara bertulis.
Baik Yang Berhormat. Saya jemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya.
Sudah cukup masa untuk pergi ke kedai todikah?
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal Islam semasa perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh di Dewan yang mulia ini. Saya telah meneliti semua isu yang dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri khususnya jabatan dan agensi berkaitan telah mengambil perhatian dan menghargai teguran, pandangan, cadangan serta saranan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menjelaskan mengenai isu berkaitan dengan pensijilan dan Akta Halal. Yang Berhormat Labuan
menyarankan supaya proses pensijilan halal yang berkesan serta dipermudahkan supaya tidak menghalang pembangunan hab halal. Sesungguhnya JAKIM tidak pernah sama sekali menjadi penghalang kepada pembangunan hab halal yang dibangunkan oleh negeri-negeri. Malah akan sentiasa menyokong pembangunan industri halal di negara ini. Bagi tujuan itu, JAKIM sentiasa melakukan penambahbaikan kepada proses kerja dan perkara lain dari semasa ke semasa bagi memastikan permohonan pensijilan halal menjadi lebih mudah dan berkesan tanpa menggadaikan integriti. Dimaklumkan bahawa tempoh proses permohonan pensijilan halal yang ditetapkan oleh JAKIM adalah selama 30 hari sahaja selepas bayaran dibuat oleh pemohon. Walau bagaimanapun, tempoh ini adalah tertakluk kepada pematuhan standard dan prosedur pensijilan halal yang telah ditetapkan. Sekiranya terdapat permohonan sijil halal yang mengambil masa lebih daripada setahun seperti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat, mungkin masalah tersebut adalah disebabkan oleh kelewatan tindakan pembetulan borang e-Halal oleh pemohon itu sendiri ataupun tempoh masa yang lebih diperlukan bagi kes-kes keperluan analisis ramuan di makmal Jabatan Kimia Malaysia. Dalam kesempatan ini saya menegaskan bahawa JAKIM tidak pernah dan tidak akan memperlahankan keluaran Sijil Halal bahkan akan berusaha untuk memastikan Sijil Halal dapat dikeluarkan dengan lebih cepat.
Minta penjelasan Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Labuan.
Ya, Yang Berhormat Labuan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri begitu indah sekali. Satu bulan atau 30 hari sudah siap untuk pensijilan halal JAKIM. Akan tetapi apa yang berlaku di Labuan, mahupun di negeri Sabah – ini pengalaman daripada teman-teman yang mempunyai projek untuk mendapatkan Sijil Halal. Paling cepat enam bulan Tuan Yang di-Pertua. Jadi, apa yang dinyatakan satu bulan ini tidak benar sedangkan proses untuk pensijilan halal itu mengambil waktu pemeriksaan itu dan ini, memang banyak prosesnya. Akan tetapi yang mengecewakan semua yang memproses perkara-perkara ini berpejabat di Putrajaya. (cid:1)(cid:1)(cid:1)(cid:1)
Apakah salahnya kalau JAKIM – contohnya di Labuan, kita mempunyai halal hab. Halal hab mungkin akan beroperasi dalam tahun hadapan. Apakah persiapan kita untuk mempersiapkan – siapakah player-player yang akan masuk ke dalam gelanggang halal hab tersebut kalau sistem pensijilan sendiri agak menyusahkan? Ini beberapa pengusaha industri kecil dan sederhana di Labuan mempunyai masalah. Masalah untuk mendapatkan persijilan halal. Lagipun kadang-kadang sijil JAKIM ada, sijil JHEAINS ada untuk di Sabah. Kenapa kita tidak seragamkan? Kalau urusan halal negara ini, tidak perlulah yang negeri- negeri yang lain – kalaulah sudah diiktiraf oleh negeri, kenapa JAKIM tidak endorse sahaja? Apakah halal negeri itu tidak halal untuk seluruh negara? [Disorak] [Tepuk] Jadi kita harus fikirkan. Kalaulah sudah Kerajaan Negeri Sabah, JHEAINS contohnya sudah mengiktiraf halal certificate, kenapa kita harus ada proses
daripada JAKIM lagi, daripada Federal, apa perbezaannya? Agama cuma satu, halal cuma satu, tidak ada halal dua atau tiga. Sedangkan jabatan-jabatan agama ini seharusnya kita iktiraf dan kita centralize. Kalau betul-betul sudah diiktiraf oleh – contohnya macam di negeri Sabah, negeri Selangor dan sebagainya, saya rasa tidak ada perbezaan antara halal negeri dengan halal federal. Jadi ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, cuba lihat sekali lagi. Turun dan datang ke Labuan atau ke negeri Sabah dan lihat persiapan halal hub yang ada. Jangan kita adakan – kita belanja beratus juta untuk halal hab tetapi player nya, siapa playernya? Kalau proses macam ini, saya rasa industri kecil dan sederhana akan ketinggalan dan tidak dapat untuk mendapatkan sijil tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Ada dua perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat sebenarnya di sini tentang player itu sendiri. Biar saya jelaskan satu persatu. Berkenaan dengan dakwaan Yang Berhormat bahawa ia lebih daripada 30 hari, sebenarnya Yang Berhormat, yang menjadi masalah lebih itu ialah apabila dokumen itu tidak sempurna. Kita terpaksa kembalikan kepada pemohon dan pemohon itu akan mengisi balik semula borang. Ini yang menjadi masalah. Saya tidak melihat masalah yang timbul memerlukan ada banyaknya pejabat sebab sekarang ini Yang Berhormat, kita menggunakan proses permohonan melalui e- Halal yang boleh digunakan secara online. Jadi Yang Berhormat tidak perlulah sebenarnya kita hendak mengujudkan pejabat di setiap tempat sebab permohonan itu boleh dibuat secara online sahaja, Yang Berhormat. Sebenarnya memang ini adalah satu kebenaran 30 hari. Cuma Yang Berhormat, saya katakan tadi, kita akan merujuk kalau ada kes sepertimana Yang Berhormat sebutkan tadi, saya hendak kena semak balik di mana sebenarnya kesilapan yang berlaku. Akan tetapi pada masalah yang selalunya berlaku, bila pemohon sendiri bila dia buat balik pembetulan terutamanya kepada laporan ketidakakuran dan juga kita mohon dia untuk membetulkan kepada beberapa perkara, Itu yang sebenarnya yang melambatkan proses, Yang Berhormat...
Minta penjelasan sedikit lagi, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa pengisian borang bukan satu masalah yang besar. Cuma apabila kita – proses untuk mendapatkan halal tersebut, kita kena buat inspection tentang ruangan. Contohnya kalau untuk perniagaan untuk daging halal. Apabila pemprosesan daging halal, free cut untuk daging halal kerana ruangan yang harus kita jadikan untuk proses free cut dan sebagainya harus dilihat dan diinspect oleh pegawai-pegawai daripada JAKIM dan juga agensi-agensi yang berkenaan. Masalahnya apabila kita mahu memanggil mereka untuk datang, it will take one month, kadang-kadang dua bulan baru datang. Orangnya tidak ada kerana mereka sendiri duduk di Putrajaya dan sebagainya. Kenapa kita tidak wakilkan sahaja JAWI dan sebagainya untuk membuat inspection dan sebagainya? Ini harus didatangkan dari Kuala Lumpur dan sebagainya untuk datang ke negeri Sabah mahupun ke Labuan.
[Bangun]
Akan tetapi masalahnya apabila kita panggil mereka datang, mengambil waktu yang cukup lama. Kadang-kadang sebulan hingga dua bulan. Macam mana kita mahu siap? Bagaimana kita bilang
yang certificate boleh siap dalam satu bulan, almost impossible. Tidak pernah berlaku di Labuan ataupun di negeri Sabah. Terima kasih.
Soalan yang sama, Tuan Yang di-Pertua.
Ya.
Saya melanjutkan persoalan yang ditimbulkan tentang halal ini. Kita semua sudah tahu betapa kerajaan begitu serius berusaha untuk industri halal ini yang dianggarkan pasarannya begitu besar. Saya kira apa yang ditimbulkan oleh rakan-rakan tentang lambat dan sebagainya, saya kira masalah besar dalam JAKIM ini ialah mereka mempunyai masalah work force yang tidak cukup. Saya bukan..., maksud saya, saya mencadangkan kalau perkara ini menjadi masalah sedangkan halal ini demand nya begitu tinggi. Jadi saya minta pihak JAKIM janganlah sahaja bercakap tentang halal hab dan halal certificate tetapi tidak mempunyai infrastruktur yang sesuai dengan permintaan yang ada. Itu saya kira Yang Berhormat Timbalan Menteri kena akur tentang masalah itu dan perlu membuat sesuatu. Kalau tidak, nanti sesi depan kita akan timbulkan perkara yang sama. Begitu juga dalam konteks penguatkuasaan. Bagaimana setelah Sijil Halal itu diberi, hendak kuat kuasa pula bagaimana? Saya difahamkan banyak tempat yang gagal dikuatkuasakan Sijil Halal ini. Itu menjadi tanggungjawab JAKIM untuk melihat permasalahan ini.
Terima kasih di atas pandangan daripada Yang Berhormat Parit Buntar dan juga Yang Berhormat Labuan. Saya mungkin hendak menyambung sedikit apa Yang Berhormat Labuan sebutkan tadi. Saya ambil maklum dan kita akan siasat balik apa yang dikatakan lambat tadi. Cuma Yang Berhormat, apabila Yang Berhormat timbulkan tentang halal hub dan sebagainya, saya berharap Yang Berhormat tidak keliru bahawa dalam soal HDC, ia tidak lagi di bawah JAKIM sekarang ini. Kami hanya mengelolakan pensijilan dan pembangunan industri halal itu sendiri ataupun halal hab adalah di bawah HDC yang sekarang ini berada di bawah MITI. Jadi ini ada dua perkara yang perlu kita bezakan supaya tidak dikelirukan siapa player yang sebenarnya yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Masalah pensijilan Yang Berhormat Labuan sebutkan tadi, sekarang ini tidak menjadi masalah lagi kerana kita perlu mengiktiraf apa yang dikeluarkan oleh JAIN dan MAIN. Untuk makluman Yang Berhormat, apabila kita bercakap tentang perkara yang berkaitan halal, ia adalah perkara yang berkaitan dengan agama dan perkara yang berkaitan dengan agama adalah di bawah bidang kuasa Sultan. Jadi kita tidak boleh menarik dengan mengatakan bahawa hanya JAKIM sahaja yang boleh mengeluarkan Sijil Halal dengan mengetepikan kuasa yang ada di bawah negeri-negeri juga untuk mengeluarkan Sijil Halal...
[Bangun]
Jadi apa – Yang Berhormat, saya minta saya habiskan dahulu sekejap, Yang Berhormat. Jadi apa yang kita buat sekarang ini ialah kita standardkan di mana JAIN dan juga MAIN atau Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri boleh mengeluarkan dengan memproses tetapi, sijil itu adalah sijil yang sama. JAIN dan MAIN boleh membuat
proses ke arah tersebut. Jadi Yang Berhormat, kita tidak boleh menolak bahawa itu adalah di antara bidang kuasa daripada negeri yang boleh mereka teruskan. Begitu juga Yang Berhormat Parit Buntar sebut tadi. Saya tidak menafikan bahawa kita masih ada lagi masalah pegawai yang tidak mencukupi dan kita sedang melihat dan meneliti bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini...
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Sedikit, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Araukah?
Labuan.
Ya, Yang Berhormat Labuan.
Terima kasih.
Tangga Batu.
Memang betul apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita mengiktiraf sijil yang dikeluarkan oleh JAIN ataupun di negeri-negeri yang lain tetapi masalahnya apabila kita membuat produk halal yang kita akan eksport ke luar negara – export ready dan benda-benda macam ini, adakah sijil-sijil yang dikeluarkan oleh negeri- negeri tersebut boleh diiktiraf untuk kita mengeksport barangan halal tersebut untuk ke luar negara? Kalau kita menceritakan tentang halal hab, tujuan kita adalah untuk berniaga untuk dieksport ke luar negara. Namun kalau yang JHEAINS ataupun yang lain-lain sijil yang dikeluarkan oleh JHEAINS dan yang lain-lain boleh diiktiraf langsung oleh JAKIM dan kita boleh eksport barang tersebut ke luar negara, saya rasa bukan satu masalah yang besar. Akan tetapi masalahnya dalam konsep perniagaan halal untuk eksport ke luar negara, biasanya kebanyakannya haruslah menerima certificate halal daripada JAKIM dan bukannya daripada JHEAINS dan yang lain-lain. Itu yang saya bilang tadi. Kalau yang diiktiraf oleh JHEAINS ataupun yang lain-lain di negeri yang lain, langsung diendorse oleh JAWI ataupun JAKIM, saya rasa bukan satu masalah yang besar. Akan tetapi masalahnya apabila JHEAINS sudah mengeluarkan tetapi, tidak diiktiraf oleh JAKIM itu sendiri. Terima kasih.
Mohon jawab sekali, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya, Yang Berhormat Arau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana halal kita ini pada dasarnya merupakan halal yang diiktiraf oleh kebanyakan negara-negara Islam terutamanya di Timur Tengah tetapi, apa yang saya ingin bangkitkan di sini, sejauh mana pihak JAKIM membuat pemantauan terhadap rumah-rumah sembelihan di mana kita menjadi pengimport daging-daging dan juga ayam di luar negara?
Ini kerana kalau setakat dibuat pemantauan hanya sekali, saya rasa itu kurang memadai untuk menandakan keyakinan kepada logo halal itu. Jadi di sini, sejauh mana kekerapan pemantauan yang dibuat oleh pihak JAKIM terhadap daging dan ayam yang telah kita import dari luar negara seperti India, Australia dan lain-lain?
Boleh Tuan Yang di- Pertua?
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Yang Berhormat Tangga Baru.
Ya Tuan Yang di- Pertua terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri suara Yang Berhormat Labuan itu adalah sebenarnya satu senario yang memang ada di bawah sana dan perlu didengar dengan lebih terbuka Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini kerana kita dapat melihat tidak ada satu ketetapan siapakah pemilik kepada proses ini. Kalau kita tahu proses ownership ini di tangan siapa mungkin kita dapat jelas, Yang Berhormat Timbalan Menteri kata sebulan, yang customer di bawah saya kata enam bulan. Kita faham customer tidak akan membawa cerita-cerita yang bukan-bukan. Di sini kita melihat seolah-olah ada satu sikap, kita tahu Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. JAKIM pula demikian juga dia pun sama. JAKIM lebih tinggi dan tiada lebih tinggi darinya. Apa dia kata semuanya betul dan kita tahu proses tentang keterpeliharaan ataupun kesucian produk dan perkhidmatan ini amat penting dan kritikal. Jadi perlu ada penjelasan daripada pihak kementerian sendiri siapakah sebenarnya yang akhirnya memegang pemilikan kepada proses Sijil Halal dan sebagainya ini. Suara Labuan itu juga terdapat di negeri Melaka, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Labuan dan juga Yang Berhormat Tangga Batu. Kita ambil satu persatu Yang Berhormat. Pertamanya yang dikatakan tadi apabila produk ini hendak pergi kepada luar negara sijil siapa yang lebih diperakui. Sebenarnya sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM ini telah lama diperakui dengan sahabat-sahabat kita yang berada di luar negara. Sebab kita juga ada sahabat-sahabat yang bersama- sama di dalam memastikan bahawa satu produk itu halal. Jadi sebab itulah Yang Berhormat apabila satu-satu produk itu mendapat daripada JAIN ataupun MAIN kita minta supaya dia dapat daripada JAKIM. Akan tetapi macam saya sebut tadi Yang Berhormat sekarang ini kita telah melaksanakan satu sijil sahaja. Kita dalam proses yang kita namakan sebagai mekanisme pensijilan halal bersama. Jadi yang ini menyebabkan - yang baru kita laksanakan pada tahun lepas menyebabkan hanya satu sahaja sijil yang akan dikeluarkan. Jadi saya rasa tidak timbul masalah itu lagi. Yang Berhormat Arau tadi membangkitkan bagaimana halal yang diiktiraf di luar negara seperti rumah sembelihan di luar negara. Sebenarnya di luar negara kita tidak mampu untuk pergi memantau jadi apa yang kita buat ialah kita melantik
badan pensijilan halal di luar negara. Bagi membuat pemantauan di rumah-rumah sembelihan yang berkenaan. Sebab kita tidak boleh keluar selalu sedangkan yang di dalam negara pun perlukan masa...
Minta mencelah sedikit.
Saya minta untuk saya habiskan sekejap dahulu Tuan Yang di-Pertua. Jadi misalnya di Australia, kerajaan melantik atase halal bagi membuat pemantauan secara berterusan. Sebab kita tidak akan mampu untuk terus-menerus mengadakan pemantauan di luar negara. Yang Berhormat Tangga Batu tadi membangkitkan tentang ownership ini sebenarnya siapa yang punya? Yang Berhormat saya hendak tegaskan bahawa mengeluarkan sijil ini adalah pada mulanya dikeluarkan oleh pihak JAKIM. Kemudian dengan keputusan Kabinet dipindahkan kepada HDC dan sekarang ini yang terkini dipulangkan kembali kepada JAKIM sebagai satu-satunya owner yang mengeluarkan sijil itu sendiri...
Penjelasan!
Sedangkan yang lain itu dari segi industri dan pembangunan...
Boleh saya membantu.
Boleh Yang Berhormat saya hendak habiskan sedikit sahaja. Pembangunan dibuat oleh pihak JAKIM. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Indera Mahkota dahulu Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, awal tidak awal soal nombor dua, yang penting siapa yang dia hendak dengar. Awal akhir tidak berapa mustahak.
Okey, okey kasi celah dahulu.
Yang lain itu duduk dahulu Yang Berhormat. Ya.
Apa yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen yang tadi telah pun didengarkan di Parlimen ini semuanya baik-baik, semuanya bagus-bagus. Apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pun semua baik-baik, semuanya bagus-bagus. Saya hendak membuat kekuatan kepada Yang Berhormat. JAKIM ialah sebuah jabatan yang sangat penting. Apa yang dikeluarkan buah-buah fikiran ini kumpulkan. JAKIM ada orang- orang yang mampu berfikir, boleh menganalisa dan boleh membuat tindakan- tindakan seterusnya. Cuma saya mengharapkan kakitangan JAKIM, pegawai JAKIM mesti ditambah. Jadi kita semua menyokonglah kalau JAKIM membuat permohonan untuk menambah pegawai dan kakitangan. Tugas besar ini, tugasnya besar, tugasnya berat. Kalau setakat pegawai-pegawai, kakitangan yang ada ini tidak mampu hendak menjalankan tugasnya. Jadi mohonlah, mohon. Ini di bawah Jabatan Perdana Menteri saya rasa bukanlah masalah semua Ahli Parlimen menyokong JAKIM sebuah badan yang terpenting dalam menentukan kehalalan makanan, pengeluaran, perhiasan, macam-macam bahanlah. Jadi kita minta JAKIM buat
kertas kerja tambah pegawai dan kakitangan supaya cukuplah kekuatan JAKIM untuk menyempurnakan kehendak rakyat dalam negara ini. Terima kasih.
[Bangun]
Sokong, sokong, sokong!
Ya Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya cuma hendak katakan perkara yang mudah. Saya bersama dengan semua Ahli Parlimen berkenaan isu certification halal ini. Saya rasa tidak ada masalah yang besar untuk mempertikaikan pengeluaran sijil halal, tidak ada. Walaupun ada yang melihat dari sudut komersial semata-mata. Cuma maksud seperti Yang Berhormat Labuan sebagaimana yang saya fahami semua orang bimbang tentang elemen mempertahankan kehalalan itu. Maksudnya kita patut rasa malu sebab ada satu agensi di luar negara yang bukan daripada sebuah negara Islam memberi perakuan bahawa mereka telah mempunyai satu prosedur pengauditan halal yang mereka boleh jamin produk itu halal. Baru ini kita ada satu produk yang boleh memastikan sehingga 0.01% peratus kandungan babi dalam satu produk boleh disemak. Itu di antara elemen audit yang boleh kita bawa dan kita boleh banggakan. Akan tetapi kita tidak boleh lagi mencapai satu status sebagaimana yang pihak British Airways. Mereka dengan bangga mengatakan apa-apa makanan yang mereka bawa dalam penerbangan British Airways telah diperakui melalui audit halalnya mereka boleh mengiktiraf perkara itu. Kita yang mengeluarkan konsep pensijilan halal di Malaysia melalui HDC tetapi kita tidak punya satu kaedah untuk pertahankan polisi ataupun produk kita ini setakat hendak keluarkan sijil sahaja. Kredibiliti kita hilang. Saya rasa malu. Saya rasa patut kita merasa malu dan patut mengakui kita ini malu kerana kita setakat mengeluarkan sijil tetapi tidak berani dan tidak berupaya mempertahankan sijil yang kita keluar itu dari segi pengurusannya. Mungkin dari segi dwitahunan ataupun setahun sekali untuk disemak. Halal bukannya one-off konsepnya diberi dan selama-lamanya, tidak begitu. Sebab itu saya tengok semua Ahli Parlimen elemen yang disuarakan lebih kurang sama. Iaitu melihat bagaimana kita boleh mencari kaedah untuk mempertahankan ataupun membawa elemen halal ini secara berterusan. Bukan sahaja one-off tetapi kita boleh jamin produk ini boleh kita banggakan dan barulah kita boleh kata ini produk origin ini daripada Malaysia. Kita ada satu pengeluaran dan cara kita mentadbir, mengurus dan menjamin halal itu berterusan dengan sistem kalau boleh disebut audit, auditlah kalau tidak pun semakan seperti yang semua Ahli Parlimen sebutkan tadi. Saya tidak dengar lagi perkara ini disebut oleh pihak kementerian yang menjaga urusan ini sehingga sekarang...
Ya.
Sedikit lagi. Akan tetapi saya pernah terbaca perkara ini pernah dibangkitkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga agama, Yang Berhormat Besut. Saya pernah baca ini bermakna sudah barangkali lima tahun dahulu menyebutkan tentang jaminan
untuk ada satu sistem memastikan seolah-olah bunyinya macam pengauditan halal tetapi sampai sekarang tidak ada. Terima kasih.
Sambung. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri. Saya juga ingin menyentuh berhubung dengan mempertahankan halalnya produk-produk yang dikeluarkan oleh negara kita ini. Saya dapati seandainya pada permulaannya kita melabelkan sebagai halal tetapi sekiranya berlaku sesuatu proses yang entah bagaimana menjadi ianya tidak halal, bagaimanakah rakyat dapat mengetahui bahawa produk ini kembali menjadi tidak halal. Ini yang saya sebut sebagai mempertahankan kehalalan tadi ini. Ada hubung kait dengan Yang Berhormat Indera Mahkota iaitu pengauditan terhadap produk halal yang dikeluarkan oleh negara kita. Jadi saya harap pihak Jabatan Perdana Menteri akan dapat memberi penjelasan, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah membangkitkan. Kami memang mengambil semua pandangan dan menganggap semua pandangan ini sebagai satu teguran untuk kita menambahbaikkan lagi servis ataupun perkhidmatan yang telah kita berikan. Saya mengalu-alukan apa yang Yang Berhormat Sri Gading sebutkan tadi dan setakat ini untuk makluman Yang Berhormat, JAKIM hanya mempunyai 152 orang kakitangan di Bahagian Halal kita. Kita telah pun mengemukakan permohonan untuk menambahkan lagi pegawai-pegawai kepada JPA dan insya-Allah difahamkan bahawa esok ada hari untuk kita membincangkannya dengan pihak JPA di MAMPU. Apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota dan juga Yang Berhormat Pendang, kita memang sedia maklum bahawa di sana memang ada satu sistem bagaimana hendak diauditkan sama ada dari segi syariah mahupun dari segi teknikal. Akan tetapi saya suka menekankan di sini Yang Berhormat, sebenarnya halal ini Yang Berhormat sendiri pun sebut ia bukannya one-off tetapi ia adalah satu proses. Walaupun satu Sijil Halal telah dikeluarkan tetapi masih lagi kalau pengeluar ataupun kita kata pengusaha makanan tersebut tidak menjaga proses tersebut ia boleh menjadi tidak halal selepas halal. Jadi apa yang pihak kami dapat buat daripada pihak JAKIM ialah setelah meneliti, sebab itu Yang Berhormat, apabila hendak keluarkan sijil dan sebagainya, kita sangat berhati-hati tetapi, kadang-kadang sikap berhati-hati kita itu dilabelkan sebagai terlalu lambat. Kalau kita hendak cepat sangat pun kita kena pastikan bahawa barang itu benar-benar halal. Setelah Sijil Halal keluar pun Yang Berhormat, kita sebut tadi ia adalah satu proses. Kalau tidak dijaga waktu kita datang memantau benda itu memang elok dan sebagainya. Kebersihan dijaga tetapi selepas pemantauan kalau ada lagi, memang sukarlah kita hendak menjaganya Yang Berhormat..
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Tawau.
Sedikit.
Kalabakan.
Eh, Yang Berhormat Kalabakan. Dia hampir, hampir tu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri. Kita memang iktiraf bahawa Timbalan Menteri ini orang yang bijaksana dari segi agama, ini sudah tentu. Jadi daripada 152 pegawai JAKIM yang menentukan Sijil Halal ini, mereka ini layakkah dari segi agama menentukan halal haram, itu pertama. Tuan Yang di-Pertua, halal haram ini, barang yang halal kadang-kadang dia jadi haram. Misalnya, barang yang halal, ayam kalau bukan disembelih oleh orang Islam, ia tidak halal. Jadi saya mahu tanya kepada Timbalan Menteri, kita nampak beribu-ribu tan ayam yang sudah disembelih dari luar negara. Adakah JAKIM mempunyai hubungan dengan negara yang mengeluarkan ayam ini menentukan bahawa ayam ini halal. Sebab apabila kita beli ayam itu ia tidak ada tanda halal di sana. Jadi bagaimana orang Islam beli ayam-ayam dari luar sedangkan kalau kita ada penternak dalam negara, mereka ini ditekan, disyaratkan untuk berbuat macam-macam masalah supaya barang yang dikeluarkan ini halal. Akan tetapi yang sebenarnya yang dikeluarkan dalam negara memang halal tetapi yang diimport beribu-ribu tan ayam-ayam ini, tidak halal tetapi apa macam JAKIM boleh tentukan yang ini adalah halal. Ketiga Tuan Yang di-Pertua, halal haram ini bukan dari segi makanan sahaja. Bahkan pada ketika ini kita nampak gadis-gadis muda, gadis molek-molek, mereka ini menggunakan kosmetik, losen dan macam-macam lagi. Sama ada JAKIM tahukah barang-barang ini semuanya halal termasuk beg-beg tangan yang istimewa yang diimport dari luar negara. Jadi memang kita minta, bukan kita persoalkan, kita minta supaya JAKIM kerana inilah satu agensi kerajaan yang boleh menjaga kepentingan Islam. Jadi kita minta kalau ada losenkah, kosmetikkah, apa juga, kita mahu tahu di dalam sana adakah benda-benda haram yang digunakan untuk memolekkan gadis-gadis kita. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat, hendak bagi jalan lagikah Yang Berhormat?
Saya hendak bagi pandangan sedikit. Saya tidak niat untuk mengkritik. Cuma saya rasa ada satu peluang yang kita tidak gunakan sini. Berkenaan dengan pengauditan halal tadi, sebagaimana yang Timbalan Menteri sebutkan tadi memang sudah sedia ada tetapi, saya dapat makluman daripada syarikat-syarikat yang mendapat pensijilan halal ini. Mereka tidak ada satu kemudahan, sebagai contoh setiap tahun untuk memanggil satu pengauditan halal, mereka perlu mengeluarkan satu fees atau satu bayaran yang patut dikeluarkan kepada syarikat yang mempunyai perkhidmatan itu tetapi, syarikat yang ada Sijil Halal itu tidak berupaya kerana tidak ada layanan yang kita tawarkan kepada mereka. Sebagai contoh, untuk pengauditan biasa, konvensional audit, dia boleh menuntut pengecualian cukai. Akan tetapi untuk pengauditan halal, kita tidak menawarkan perkhidmatan ini. Oleh kerana itu mereka berasa satu beban kepada syarikat yang memperoleh Sijil Halal ini untuk memanggil perkhidmatan untuk tujuan sustainability halal tadi kerana mereka rasa satu pembaziran, terpaksa mengeluarkan satu perbelanjaan baru...
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Sebab itu kita tidak ada satu galakan kepada mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Tadi Yang Berhormat telah bangkitkan perkara tentang audit ini dan saya pun sudah sebut. Cuma saya suka merujuk kepada apa Yang Berhormat Kalabakan sebut tadi, Yang Berhormat tanya 152 orang kita ini ada kelayakan tidak dari segi agama. Dia sebenarnya Yang Berhormat, kita sudah ada dalam proses kita hendak memberi Sijil Halal ini. Kita sudah ada standard kita sendiri dan alhamdulillah pegawai-pegawai yang dilantik ini telah diberi training kepada mereka bagaimana caranya untuk menyemak dan sebagainya. Saya rasa tidak timbul soal mereka ini layak ataupun tidak. Untuk makluman Yang Berhormat, halal yang kita semak ini bukan sahaja dari segi makanan tetapi juga dari segi kosmetik bahkan termasuk barang-barang penggunaan dan juga bahan-bahan perubatan dari segi kesihatan seperti kapsul dan sebagainya. Jadi apabila kita sebut halal ini Yang Berhormat, dia tidak hanya terhad kepada makanan seperti sembelihan dan sebagainya. Saya ingin menyambung Yang Berhormat...
Saya ingin mencelah sedikit. Yang Berhormat.
Yang Berhormat saya rasa cukuplah.
Cukuplah, saya ada banyak lagi Tuan Yang di-Pertua untuk saya sambung jawapan-jawapan yang lain.
Ini saya bagi contoh apa yang berlaku di Labuan supaya menjadi sesuatu yang baik untuk JAKIM sebenarnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa yang berlaku baru-baru ini di Labuan, apabila kita tengok control, macam mana kita control barang-barang halal masuk ke negeri kita. Terdapat enam kontena ayam yang diimport dari luar negara. Apabila pihak pegawai veterinary membuat pemeriksaan, tiba-tiba didapati enam kontena daripada ayam tersebut tidak mempunyai Sijil Halal. Mereka telah mengimport ayam ini sudah beberapa tahun yang lalu, mungkin dalam 11 tahun. Mungkin kita tidak sendiri menyedari dalam hal ini. Jadi apa yang kita lihat selama ini mungkin juga orang Labuan tidak tahu hal ini makan benda yang tidak halal. Apabila sudah ditangkap dan dimasukkan ke dalam satu gudang dan dikompaun dan sebagainya dan didakwa di mahkamah, cuma keputusan dia dikembalikan ke negara asal. Apa yang mengecewakan kita sebenarnya siapakah yang memantau untuk memulangkan ayam yang haram tadi itu untuk dipulangkan ke negara asal. Tidak ada sesiapapun yang memantau. JAKIM pun tidak ada di Labuan, JAWI pun saya pun kurang pasti adakah dia ikut memantau. Mungkin juga barang yang haram tadi dia circulate balik, keluar dan masuk balik ke Labuan, kita tidak tahu. Ini kerana inilah permainan oleh mereka yang berniaga benda-benda tersebut. Memang kita tahu di Labuan banyak barang yang haram masuk, contoh minuman dan sebagainya tetapi ini harus kita perhatikan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya ambil maklum apa Yang Berhormat sebutkan tadi. Cuma untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya pihak JAKIM dia bekerjasama dengan beberapa kementerian yang lain.
Kita bekerjasama dengan KPDNKK dari segi penguatkuasaan, kita bekerjasama dengan kesihatan dan juga kita bekerjasama dengan pihak kastam. Yang penting di sini Yang Berhormat, sama ada benda itu halal ataupun tidak, ia perlu ada kesedaran daripada pengguna itu sendiri. Seperti Yang Berhormat sebut tadi kalau daripada team sendiri sudah tidak ada label halal bermakna barangan tersebut tidak halal. Perlu ada satu kesedaran daripada pengguna sebelum menggunakan barangan tersebut memastikan bahawa ia adalah sesuatu yang suci yang telah pun diiktiraf. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pergi kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baling yang ingin tahu mengenai perkembangan Akta Halal. Setakat ini Akta Halal tidak digubal, mengambil kira pandangan dan nasihat Jabatan Peguam Negara, undang-undang halal lebih sesuai dibuat melalui pengukuhan perundangan sedia ada iaitu Akta Perihal Dagangan 1972. Sehubungan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan meminda APD 1972 bagi memberi kuasa kepada Menteri KPDNKK untuk menamakan JAKIM dan JAIN sebagai badan berautoriti persijilan halal di negara ini. Pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 akan dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Begitu juga Yang Berhormat Baling membangkitkan isu mengenai Darul Ifta’. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan penubuhan Darul Ifta’ telah dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja dan mereka menyarankan supaya kerajaan memperkukuh fungsi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi mengurus fungsi berkaitan fatwa. Seterusnya MKI menyarankan supaya dikaji dan diteliti fungsinya supaya tidak bertindih dengan agensi-agensi lain. Oleh itu JAKIM telah menaik taraf Urus Setia Jawatankuasa Fatwa MKI sebagai satu bahagian khusus yang menjalankan fungsi dan tugas berkaitan fatwa. Begitu juga Yang Berhormat membangkitkan soal isu sekolah agama rakyat dan sekolah agama bantuan kerajaan sebagai satu teras pembinaan akhlak. Sesungguhnya pihak kerajaan amat menghargai keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat tentang masalah ini. Bagi tujuan tersebut, kerajaan telah mengambil langkah proaktif menyediakan guru-guru agama terlatih dan memberi peluang lulusan sijil menengah agama atau STAM yang memiliki SPM untuk dipertimbangkan bagi mengikuti pengajian di institut pendidikan guru untuk menjadi guru Program Pendidikan Agama Islam dan juga J-QAF. Berhubung dengan hala tuju KAFA sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Jerai, dimaklumkan bahawa JAKIM telah menggariskan beberapa pendekatan bagi memastikan hala tuju pendidikan Islam dapat dilaksanakan dengan selaras serta menaik taraf sama dengan sistem pendidikan aliran kebangsaan pada masa ini. Antara perancangan yang sedang dan akan dilaksanakan adalah melibatkan semua murid Islam mengikuti program KAFA dan juga penambahan guru. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam. Yang Berhormat
mencadangkan supaya jawatan Pegawai Tadbir Agama Daerah dinaikkan sekurang-kurangnya Gred S52. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jawatan Pegawai Tadbir Agama Daerah adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan buat masa sekarang sudah ada beberapa JAIN dan juga setiausaha kerajaan negeri sedang mengkaji untuk menaiktarafkan perjawatan Pegawai Tadbir Agama Daerah ataupun zon atau jajahan daripada Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S44 kepada S48. Perkara ini sedang di dalam kajian...
Soalan Yang Berhormat.
Saya rasa banyak lagi yang saya kena jawab.
Sikit, saya hendak tanya pasal PTA tadi itu. Saya ada masalah sikit dalam aduan yang dibuat. Ini khususnya di Perak. Pihak JAKIM telah melantik pegawai penyelaras masjid yang merupakan pegawai kontrak JAKIM di mana proses temu duga itu adalah antara JAKIM dan juga JAIN di mana mereka bertindak sebagai penyeliaan kepada masjid-masjid di daerah. Soalan saya ataupun aduan saya ini ialah tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut tentang PTA, Pegawai Tadbir Agama. Malangnya dalam aduan yang diberikan khususnya di Perak, pelantikan pegawai penyelaras masjid ini telah membelakangkan fungsi dan peranan PTA bahkan telah dibuat beberapa keputusan khususnya tentang recruitment pegawai penyelaras masjid ini membelakangi peruntukan-peruntukan yang ada di dalam kuasa-kuasa pentadbiran agama di negeri masing-masing. Oleh itu saya ingin minta, kalau pun tidak mendapat penjelasan sekarang tetapi mungkin tolong respons saya. Bagaimana JAKIM boleh memastikan bahawa isu ini tidak menjadi masalah kepada PTA-PTA dan tidak menjadi masalah kepada pentadbiran dan pengurusan kariah masjid. Apabila pegawai penyelaras ini ada, mereka seolah-olah lebih besar lagi dan mereka ada mempunyai satu chain of command yang lain, yang tidak mengikut negeri punya sistem. Jadi saya agak malang dan saya tidak tahu sama ada negeri lain berlaku atau tidak tetapi ia berlaku di Perak dan saya ada bawa memorandum yang diajukan kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri mahu melihatnya, saya sudah sedia untuk memberikan dengan detail. Masalah yang dihadapi pelantikan pegawai penyelaras masjid yang JAKIM melantik terus dan menimbulkan kekeliruan di peringkat pentadbiran di bawah.
Terima kasih Yang Berhormat. PPMD atau Pegawai Penyelaras Masjid Daerah adalah di bawah JAKIM yang dihantar di setiap negeri untuk membantu sebenarnya dari segi penyelarasan masjid itu sendiri kerana imam-imam pun dibayar gajinya oleh pihak Persekutuan. Jadi saya tidak pasti kalau ada isu seperti Yang Berhormat sebutkan tadi tetapi insya-Allah kalau Yang Berhormat Parit Buntar boleh serahkan, saya akan semak semula. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, pelantikan ini sebenarnya tidak ada sebarang pertindihan daripada tugas sehingga ada yang menjadi ketua ataupun tidak seperti mana Yang Berhormat sebut tadi siapa yang lebih besar kerana tugas PPMD ini adalah lebih kepada menyelia dan juga untuk memastikan imam-imam ini tidak bermasalah. Kecuali Yang Berhormat sebut tadi kalau dia sendiri mendatangkan masalah, itu saya akan semak balik dan saya ambil perhatian apa Yang Berhormat Parit Buntar sebutkan tadi.
Terakhirnya Tuan Yang di-Pertua mengenai saranan Yang Berhormat Jerai supaya kerajaan memastikan semua masjid di seluruh negara mempunyai imam muda bagi menarik golongan muda mengimarahkan masjid. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, peranan dan tanggungjawab imam adalah merangkumi kepimpinan dalam solat dan ibadah khusus yang lain serta kemasyarakatan. Oleh itu, penjawat imam memerlukan mereka yang berkelayakan dan berkebolehan serta boleh diterima oleh jemaah kariah. Sehubungan itu pelantikan imam bagi masjid Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah berdasarkan kelayakan akademik yang dimiliki untuk menjawat jawatan tersebut dan bukan dikira dari segi umur muda ataupun sebaliknya. Perjawatan atau penjawat imam dari golongan muda boleh dilantik asalkan mereka mempunyai kemahiran dan personaliti seperti yang dikehendaki oleh syarak. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, itu adalah perkara-perkara yang dibangkitkan. Mana-mana yang tidak sempat saya jawab di sini, akan dijawab secara bertulis dan kita telah mencatat dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri serta agensi dan jabatan yang berkaitan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, saya pun dah nak tanya bila hendak habis. Terima kasih. Sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu serta memberi pandangan yang bernas yang berkaitan dengan portfolio saya. Izinkan saya jawab secara spesifik dan ringkas. Yang Berhormat Ahli Simpang Renggam mencadangkan agar kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam dipamerkan secara online dalam laman web kerajaan. Sebenarnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mempamerkan statistik kekosongan jawatan perkhidmatan awam secara online. Calon-calon yang berminat boleh melihat statistik kekosongan bagi jawatan-jawatan yang telah dan sedang dalam proses temu duga di portal rasmi SPA iaitu www.spa.gov.my Yang Berhormat Ahli Hulu Selangor membangkitkan persoalan mengenai usaha kerajaan untuk menggalakkan dan memastikan penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam serta apakah hasil usaha ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan melalui SPA telah mengambil beberapa langkah yang positif untuk menggalakkan dan menarik lebih ramai pemohon kaum Cina dan India untuk jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam seperti menyediakan soalan lazim atau frequently ask questions (FAQ) dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil dalam portal SPA Antaranya:
(a) menyiarkan crawlers mengenai urusan pengambilan jawatan di media elektronik, seperti di televisyen semasa berita Mandarin, berita Tamil serta radio Minnal FM di bawah RTM;
(b) mengadakan promosi kerjaya di tempat-tempat awam dan strategik; (c) memberi taklimat kerjaya untuk guru-guru kerjaya di sekolah-sekolah; dan (d) mengedarkan risalah melalui kerjasama ketua-ketua masyarakat Cina dan India. Hasil daripada usaha ini, bilangan pemohon India telah meningkat daripada 24,815 orang pada tahun 2008 ke 40,504 orang pada tahun 2009, iaitu sebanyak 15,689 orang ataupun 63.2%. Dalam tempoh kurang daripada enam bulan yang pertama tahun 2010 ini iaitu setakat 15 Jun 2010, bilangan pemohon kaum India ialah 32,708 orang. Sekiranya perkembangan atau trend ini diteruskan sehingga penghujung tahun ini, adalah dijangka bilangan pemohon India akan melebih 60,000 orang, iaitu peningkatan sebanyak 50% berbanding dengan tahun 2009. Bagi tahun 2008, seramai 8,952 orang pemohon India telah layak dan dipanggil untuk temu duga, di mana 6,106 orang hadir dan 2,367 orang ditawarkan pelantikan iaitu prestasi kejayaan sebanyak 38.8% daripada yang ditemu duga. Angka untuk tahun 2009 ialah 7,671 orang yang layak, 4,947 orang yang hadir ditemu duga dan 2,398 orang dilantik, iaitu 48.5% kejayaan yang lebih tinggi daripada tahun 2008. Ini bermakna bilangan yang dilantik adalah hampir sama, tetapi peratusan kejayaan telah meningkat. Oleh itu, adalah jelas bahawa usaha kerajaan melalui SPA telah berhasil. Walau bagaimanapun, usaha akan diteruskan untuk meningkatkan lagi penyertaan kaum India dan Cina dalam perkhidmatan awam. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Simpang Renggam juga mencadangkan supaya kerenah birokrasi dikurangkan dengan membatalkan peraturan-peraturan lama dan diganti dengan yang baru, iaitu berdasarkan kepada konsep ‘one in, one out’ - satu peraturan baru masuk, satu peraturan lama atau kuno dikeluarkan atau dimansuhkan. Sebenarnya beberapa Ahli Yang Berhormat dalam ucapan mereka masing-masing telah membangkitkan isu-isu yang ada berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan prestasi perkhidmatan awam. Saya ingin memaklumkan bahawa selaras dengan komitmen ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ di bawah Gagasan 1Malaysia, kerajaan sentiasa melipatgandakan usaha untuk mengurangkan kerenah birokrasi di dalam urusan kerajaan yang melibatkan orang awam. Pelbagai langkah penambahbaikan telah dikenal pasti dan untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Di antaranya ialah, pemansuhan peraturan lama dan prosedur kerja yang tidak relevan lagi untuk keadaan semasa melalui usaha untuk mengkaji semula atau merekayasa dengan izin, re-engineering process dan prosedur kerja, untuk memastikan pelanggan menerima perkhidmatan dengan lebih cekap dan pantas. Contohnya, penambahbaikan kepada prosedur kelulusan pendaftaran peniaga dapat dikurangkan daripada 11 hari kepada tiga hari sahaja. Penghapusan caj, fi, cukai bayaran yang dikenakan ke atas borang atau perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan tempatan yang tertentu juga telah dapat meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan. Sebagai pemudahcaraan untuk pelaksanaan program pemodenan, kerajaan turut mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT dalam memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan cepat kepada
rakyat. Kini kerajaan mengambil pendekatan menyediakan perkhidmatan secara online bagi memudahkan orang awam mendapat perkhidmatan kerajaan pada setiap masa. Di antara inisiatif ICT kerajaan yang disediakan ialah, portal perkhidmatan awam myGovernment, mySMS, myBayar, e-Perolehan, e-Filing, JobsMalaysia dan sebagainya. Selain daripada itu, dengan memperkenalkan inisiatif MyID baru-baru ini, orang awam diberikan kemudahan berurusan dengan kerajaan dengan menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggal. Usaha-usaha ini akan diteruskan melalui inisiatif-inisiatif di bawah MAMPU dan juga beberapa agensi yang lain. Yang Berhormat dari Pokok Sena juga telah membangkitkan isu mengenai kos pakar runding atau konsultan yang ditanggung oleh Performance Management & Delivery Unit (PEMANDU) di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sememangnya PEMANDU seperti yang sedia maklum ditubuhkan sebagai sebuah organisasi atau agensi hibrid yang melibatkan profesional daripada sektor awam dan sektor swasta. Ia ditubuhkan pada bulan September tahun lalu dengan pelantikan Yang Berhormat Dato’ Sri Idris Jala sebagai CEO. Pelantikan penjawat-penjawat yang lain sememangnya mengambil masa. Kebanyakan daripadanya melaporkan diri hanya selepas bulan Januari tahun ini. Walau bagaimanapun, oleh kerana kerajaan ingin melaksanakan program- program yang berkesan dan berhasil untuk rakyat, maka kita telah menjalankan makmal-makmal untuk enam National Key Result Areas (NKRA) yang telah dikenal pasti, bersama dengan makmal-makmal data dan makmal 1Malaysia secara intensif dalam bulan Oktober dan bulan November tahun yang lalu. Oleh itu...
Boleh laluan Yang Berhormat Menteri?
Oleh itu... Nanti saya ringkas sedikit, nanti saya beri peluang. Oleh itu, kita hendaklah melibatkan para konsultan dari beberapa syarikat antarabangsa yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang pengurusan prestasi. Saya telah melaporkan pada sesi bulan Mac Dewan Rakyat ini kepada soalan yang telah dikemukakan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat, khasnya daripada Yang Berhormat Lembah Pantai mengenai kos yang ditanggung untuk menjalankan lapan makmal ini dan juga kos untuk mengadakan pameran dan publisiti untuk menggalakkan penglibatan orang awam secara besar-besaran dalam penggubalan strategi untuk melaksanakan NKRA ini. Maka saya tidak bercadang untuk mengulang angka-angka itu.
Yang Berhormat Klang.
Saya mempersilakan tadi - sebelum ini...
Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Isu yang saya hendak bangkitkan ialah berkait dengan PEMANDU dan juga taklimat yang mereka adakan baru-baru ini mengenai isu subsidi. Satu isu yang telah dibangkitkan ataupun satu outcome daripada laboratory mereka ialah mereka mengatakan bahawa kalau kerajaan increase 15%, increasing gas prices. Maka menerusi competency measures mereka -
mereka mendapati bahawa harga untuk teh tarik, nasi lemak, nasi goreng dan roti canai hanya akan naik sebanyak satu hingga 4 sen.
So, dengan secara ringkas, kalau kita dapati bahawa kalau 15% increase, peningkatan dalam kos untuk cooking gas, maka kesan retail ialah satu sen hingga empat sen increased di retail, di kedai-kedai dan sebagainya. Yang Berhormat Menteri, kompetensi Malaysia ini must be wrong because di Malaysia tidak ada sejarah di mana kita dapati bahawa peningkatan harga sebanyak sepuluh sen ataupun lima sen tetapi retail price peningkatan harga itu adalah RM1 ke 50 sen tetapi, kita dapati harga 15% increase, kesannya di retail hanya satu peratus hingga empat peratus. Itu yang pertama. Keduanya, kita dapati bahawa menerusi apa yang dikatakan oleh Dato’ Sri Idris Jala dalam penerangan taklimat itu, dia mengatakan bahawa harga subsidi untuk gula, untuk tepung, untuk minyak dan gas akan dikurangkan sama, at the same time, simultaneously. Maka kita dapati bahawa simulation yang dibuat oleh pengguna ini tidak boleh diterima dan tidak menggambarkan hakikat sebenarnya di Malaysia. Minta penjelasan.
Ya, mungkin kalau seorang, dua lagi saya boleh jawab secara sekali gus.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma saya hendak bertanya berkaitan dengan soal perunding luar seperti jawapan Yang Berhormat bahawa lebih kurang RM6 juta peruntukan untuk menyediakan kepada perunding-perunding daripada luar termasuk iaitu McKenzie. Cuma isu yang saya hendak bertanya di sini ialah, kalau sekadar perunding-perunding luar ini bila mereka diletakkan tiga hingga enam orang di setiap makmal ini, kemudian keluar resultnya ialah tarik subsidi. Saya rasa tidak perlu perunding luar. Saya ingat JKKP pun boleh duduk di dalam makmal itu. Jadi takkan kita hendak belanja lebih kurang RM6.5 juta, kemudiannya resultnya keluar daripada makmal itu kata, tarik subsidi. Hapus subsidi ataupun kurang subsidi. Jadi saya rasa tidak boleh, sepatutnya keluar daripada makmal itu ialah bagaimana hendak menambahkan pendapatan negara. Bagaimana hendak menjana ekonomi dan menjana pendapatan negara? Itu baru betul. Ini, RM6.5 juta ambil kepakaran daripada McKenzie. Ini tak payah pi. Ini saya ingat suruh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah cari penyelia-penyelia KEMAS pun saya ingat boleh beritahu.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab apa yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Klang tadi, iaitu apa yang dilaporkan oleh PEMANDU sebenarnya bukan pendirian PEMANDU semata- mata. Akan tetapi ia adalah hasil rumusan daripada makmal yang disertai oleh para pegawai kerajaan dari kementerian dan agensi yang berkenaan dan juga wakil-wakil dari sektor swasta mahupun pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan ataupun NGO. Maka rumusannya ialah secara, kalau kita mengikut pengiraan yang tepat, maka peningkatan 15% dari segi harga gas untuk masakan, sebenarnya harga yang meningkat, kesan sebenarnya terhadap apa yang akan dirasai sebenarnya bukan apa yang dikenakan oleh penjual atau peniaga tetapi, kesanya ialah satu sen hingga empat sen kalau kita membuat pengiraan secara objektif. Memang kita tidak menafikan bahawa apa yang sering berlaku ialah peningkatan harga gula misalnya 20 sen satu kilo ataupun apakah ukuran itu, tetapi satu cawan kopi di tingkat harganya 15 sen atau 20 sen.
Itulah sesuatu yang harus kita fahami dari segi kesan kos bahan terhadap kos produk yang akhir dijual atau perkhidmatan yang diberi. Maka apa yang dikemukakan oleh makmal ini ialah dari segi kesan sepatutnya menjadi satu kayu ukur untuk orang awam memahami bahawa kesannya bukan seperti yang dikenakan oleh para peniaga pada akhirnya, supaya kita apabila mengambil tindakan dalam mengawal kos itu maka orang awam akan memahami asasnya kerajaan untuk mengambil tindakan. Begitu juga untuk gula dan sebagainya. Ahli Yang Berhormat dari Pokok Sena nampaknya cuma menumpukan perhatian kepada isu subsidi. Isu subsidi itu bukan satu isu yang senang dikendalikan kerana sebenarnya banyak subsidi telah diberi setakat ini. Kerajaan Barisan Nasional memang sangat prihatin untuk ingin menjaga kebajikan rakyat, kepentingan rakyat supaya tidak terdedah kepada harga-harga yang tinggi mengikut kuasa-kuasa pasaran. Walau bagaimanapun, kita harus memahami bahawa subsidi ini ada yang sepatutnya, memang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan. Ada yang mungkin boleh dianggap sebagai pelaburan. Misalnya, pendidikan dan kesihatan. Itu satu jenis pelaburan. Akan tetapi kita juga melalui proses secara teliti. Kita boleh mengenal pasti. Untuk pendidikan pun, mungkin kita dapat meningkatkan value for money. Kita dapat mengurangkan pembaziran supaya apa yang akan jadi kesan kepada rakyat. Hasil kepada rakyat itu akan meningkat tanpa meningkatkan kos yang ditanggung oleh kerajaan. Maka itu salah satu daripada tujuan untuk mengadakan makmal untuk rasionalisasikan subsidi, to rationalize subsidy. Bukanlah seolah- olah untuk mengurangkan semua subsidi. Kita kemukakan hasil daripada makmal itu dan yang penting sekali ialah ini hanya satu daripada makmal-makmal yang dijalankan selain daripada lapan makmal untuk NKRA. Akan tetapi kita mengadakan makmal untuk pendidikan. Misalnya makmal untuk kualiti guru, makmal untuk kurikulum sekolah, makmal untuk pengurusan orang asing di dalam negara, makmal untuk mengurangkan backlog kes-kes jenayah dan sebagainya. Banyak makmal kita adakan untuk menumpukan perhatian kepada isu-isu yang sedang dihadapi oleh kerajaan.
[Bangun]
Di samping itu, kita sekarang ini sedang mengadakan 12 makmal untuk 12 bidang NKEA atau National Key Economic Areas, mengikut Model Baru Ekonomi seperti yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Maka 12 makmal NKEA ini bertujuan untuk meningkatkan dan menjanakan pertumbuhan ekonomi secara lebih berkesan. Oleh itu, janganlah pandang kepada satu isu dan only satu isu di bawahnya dan menjadikan ini sebagai satu yang negatif. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya penggunaan pakar runding ataupun konsultan merupakan satu amalan yang biasa oleh mana-mana kerajaan pun. Kosnya yang ditanggung oleh Kerajaan Malaysia tidak begitu tinggi berbanding dengan kerajaan yang lain... [Disampuk] Biar saya habis, nanti saya bagi peluang ya.
Sebagai satu contoh, untuk United Kingdom pada tahun 05-06, kerana tahun belanjawan atau financial year mereka bukanlah mengikut calendar year, kos yang dibiayai oleh Kerajaan Pusat United Kingdom untuk pelbagai jenis khidmat pakar runding berjumlah 1.8 billion pound, apalah kalau dibandingkan dengan RM4.5 juta yang dibiayai untuk konsultan bagi lapan makmal. Saya ingat
kita mesti memandang dari sudut itu bahawa bukan kerana pegawai kerajaan tidak mempunyai kepakaran - memang ada tetapi kita memerlukan pakar runding untuk memberi pandangan dan kritikan secara lebih bebas terhadap sistem kita supaya kita boleh secara kritikal mengenal pasti kelemahan dan kekurangan sebab kita mengakui kita manusia, kita bukan sempurna. Yang keduanya, memberi benchmark terhadap international standard. Yang ketiga, mengemukakan dan mengenal pasti apa yang dikenali sebagai amalan-amalan yang terbaik, the best practices antarabangsa dan juga memberi kepakaran secara teknikal atau analytical supaya melalui proses ini, kita dapat menambah baik proses dan prosedur dalam kerajaan berdasarkan konsep transformasi kerajaan. Saya memberi peluang kepada...
Kuala Selangor.
Kuala Selangor, ya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Saya sebenarnya tekun mendengar dan saya menyanjung usaha-usaha Menteri dan kementerian beliau ataupun portfolio beliau dalam membawa satu perubahan besar, harap-harapnya, insya-Allah. Cumanya yang perlu Menteri mengakui dahulu adalah penggunaan shock therapy, Menteri yang telah pun menimbulkan satu suasana yang hari ini sudah pun menjadi sebutan bahawa tentang kebankrapan, kemungkinan bankrapnya negara itu. Hari ini mungkin menteri perlu bersedia untuk membuat pengakuan bahawa andaian dan perhitungan itu, perkiraan itu adalah fundamentally flawed, dengan izin. Itu perlu dibuat pengakuan dahulu kerana ternyata telah membawa perhitungan direct dan indirect subsidi itu dalam sekali perhitungan. Kita dengar hari ini ada perkara-perkara itu sebenarnya adalah tidak boleh disebut sebagai subsidi tetapi adalah pelaburan sebenarnya dalam hal-hal education dan human capital, Tuan Yang di-Pertua. Jadi itu perlu dibuat pengakuan dahulu kerana andaian dan unjuran kebankrapan dalam 2019 itu adalah kerana ia telah mengambil kira semuanya dianggap sebagai subsidi. Itu satu perkara. Keduanya, saya tidak ada masalah dan kita sendiri pun memahami kepentingan konsultan ataupun pihak perunding, kecuali APCOlah. Itu ada sebab- sebab yang telah pun kita tegaskan tetapi persoalannya di sini adalah sejauh mana penggunaan dan manfaat mereka itu perlu kita lihat, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin sebutkan sedikit lagi tentang persoalan subsidi ini, ia sebenar- benarnya tidak boleh hanya dilihat dari sudut seperti mana yang menteri telah pun membuat pengakuan dari sisi-sisi tertentu yang sebab subsidi merupakan satu instrumen fiskal sama juga dengan taxation ataupun percukaian. Jadi jangan sampai rakyat terkorban dan saya minta sungguh-sungguh bahawa perkara ini jangan mudah diambil dalam keadaan ataupun perhitungan yang terlalu tergesa- gesa.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh tentang konsultan sekali lagi bahawa penggunaan konsultan ini bukan secara berleluasa atau tidak ada hadnya. Kita sebenarnya dalam proses untuk menggunakan metodologi atau kaedah makmal. Kita telah dan sedang melatih pegawai-pegawai kita sendiri supaya mempunyai kepakaran di dalam instrumen ataupun kaedah pengurusan prestasi yang baru dan berkesan ini. Walau bagaimanapun, misalnya kita sekarang ini melaksanakan 12 makmal secara serentak untuk 12 NKEA.
Maka, tidak mungkinlah dapat dikendalikan oleh hanya 30 orang pegawai daripada PEMANDU sahaja. Maka, kita juga melantik pakar runding dalam bidang-bidang pengkhususan yang relevan supaya mereka ini dapat membantu memberi pandangan yang bernas dan kritikal untuk kita bersama-sama menggubal strategi yang lebih berkesan. Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa proses ini sebenarnya telah mendatangkan hasil yang amat menggalakkan. Pegawai-pegawai kita sekarang ini lebih berkemampuan, lebih berkeyakinan diri dan juga lebih komited sebab mereka nampak hasilnya. Oleh itu, saya...
Menteri, yang saya maksudkan tadi itu bukan kita menyanggah penggunaan kaedah-kaedah makmal ini tetapi pada waktu yang sama, dunia management dan juga dunia disiplin ini telah menyaksikan pelbagai metodologi yang digunakan. Satu masa dahulu dengan benchmarking, satu masa dahulu dengan balance score card dan pelbagai lagi instrumen-instrumen lain, total quality management dan sebagainya telah pun berlalu. This is the buzz word right now. Yang digunakan adalah bentuk makmal. Kami sedia menerima semua itu. Pokoknya, pada akhirnya, persoalan yang tidak dibincangkan dalam makmal itu adalah sebenarnya bagaimana sementara kita mahu membuat lonjakan-lonjakan ini dan mengurusnya dengan baik, persoalan ketirisan itu tidak dibincangkan. Langsung tidak disebut dalam makmal tersebut. Ini adalah perkara yang cukup tidak bertanggungjawab...
Dalam bahasa mudahnya, ia tidak melihat kepada keseluruhan perkara itu. It is not the total picture that you have taken, bukan menyeluruh dengan izin. Jadi oleh kerana itu, yang dipertikaikan di situ bukan tidak baiknya ataupun makmal approach, your lab ini. Itu tidak dipertikaikan tetapi yang dipertikaikan adalah kerana ia sengaja melepas pandang atau overlooked the issue of ketirisan dan kebocoran atau dengan kata lain, delivery bersabit dengan rasuah dan segala perkara yang telah pun Menteri sedia maklum.
Yang Berhormat Menteri, saya pun ingin susullah. Sama pandangan tetapi lain sedikit.
Okey, boleh, silakan tetapi dengan cepatlah,
Cepat, cepat sekali. Yang Berhormat Menteri, saya terima pandangan Yang Berhormat Menteri bahawa kita mesti ambil pandangan lain, khususnya technical advice daripada Boston Consulting, daripada Mackenzie dan sebagainya tetapi saya ingin kongsi dengan Yang Berhormat Menteri, tiga tahun dahulu, saya telah membuat satu laporan untuk satu agensi untuk mengkaji sebenarnya apakah peranan consulting agencies. Salah satu peranan consulting agencies ialah untuk menyebarkan konsep new liberalisme ataupun sistem liberalisasi dunia. Misalnya, Kerajaan Britain telah membayar PricewaterhouseCoopers sebanyak 1.2 million pound supaya mereka akan pergi ke luar negara, khususnya kepada negara-negara membangun dan mengatakan kepada negara-negara membangun bahawa kalau mereka menswastakan air, elektrik dan sebagainya, maka itu adalah bagus untuk pasaran mereka. So, saya dapati bahawa walaupun kita terima pandangan teknikal mereka tetapi mereka juga ada pegangan ideologi yang diutarakan oleh negara-negara first world economies or first world nations. Kita mesti berjaga-jagalah supaya
jangan kita terperangkap dalam pandangan first world tetapi, Yang Berhormat Menteri, isu sekarang di hadapan kita ialah public policy dan apa yang didapati daripada pandangan Yang Berhormat Menteri bahawa rumusan, simulation atau rumusan-rumusan makmal ini akan menjadi teras kepada New Economic Model yang dicakapkan oleh Perdana Menteri dan sebagainya dan pada pagi ini Perdana Menteri telah pergi ke Kelana Jaya untuk menengok 12 makmal ini dan Perdana Menteri telah mengatakan bahawa a good number of the rumusan akan digunakan untuk bajet yang akan dibawa ke Parlimen pada Oktober tahun ini. Akan tetapi soal di sini ialah semua conclusion makmal ini bergantung kepada beberapa faktor dan ini seharusnya dibahaskan dan juga mesti transparent. Kalau kita tidak ada transparency dalam makmal ini, apakah faktor- faktor yang digunakan untuk satu equation. Misalnya, untuk mendapatkan satu conclusion ataupun rumusan, maka we will never know what the conclusion is about. Therefore, we should not make public policy based on sound equation that nobodies understand. Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat Kuala Selangor, sememangnya ketirisan itu menjadi salah satu daripada tumpuan utama hampir dalam semua makmal. Misalnya dalam makmal NKEA untuk bidang-bidang keberhasilan ekonomi utama negara, apa yang diambil kira bukanlah bergantung kepada peruntukan daripada kerajaan seolah-olah tetapi, mereka digalakkan bagaimana menjana penyertaan dan juga sumbangan daripada sektor swasta seberapa banyak yang boleh. Untuk mengurangkan tanggungan kerajaan supaya ekonomi kita dapat dijanakan untuk tumbuh tanpa bergantung terlalu banyak kepada kerajaan dan tanggungjawab kerajaan ialah, untuk memastikan pertumbuhan itu adalah seimbang dan adil berdasarkan kepada konsep inclusiveness atau keterangkuman. Saya ingat di sini biarlah kita izinkan, saya merayu kepada semua Ahli Yang Berhormat dari pihak khasnya daripada pihak sebelah sana supaya mengambil satu sikap yang positif dan terbuka terhadap usaha yang gigih dan jujur yang didorong oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam program transformasi kerajaan, dan juga dalam program transformasi ekonomi, kerana kita memang berazam untuk membawa perubahan dan juga untuk menjana pertumbuhan ekonomi untuk semua rakyat. Mengenai isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Klang secara ringkas, memang kita semua, kami pihak kerajaan juga amat peka terhadap apakah ideologi yang mungkin di sebelah kaedah ataupun pendekatan dan cadangan yang dikemukakan oleh pakar runding. Takkanlah kami semua ini buta dan tidak tahu apa yang sebenarnya tetapi, kita ada kaedah-kaedah yang berkesan yang kita boleh gunakan dan dapat diubahsuai untuk keadaan di Malaysia supaya kita mengambil kira semua ini dan dalam penggubalan dasar awam ataupun strategi dan kita sebenarnya bukan secara tertutup. Selepas makmal, kita akan mengadakan hari terbuka pameran secara terbuka dan telus dengan pengiraan angka-angka ini didedahkan kepada rakyat, dan Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput untuk bersama-sama dalam pameran hasil makmal-makmal ini pada bulan Ogos atau September apabila siapnya secara terbuka dan boleh mengemukakan pandangan secara terbuka. Kita mengalu-alukan apa juga kritikan terhadap hasil daripada makmal- makmal ini. Sememangnya saya tidak memperkecilkan dan mempertikaikan
kaedah-kaedah dahulu yang masih juga tetap diamalkan konsep seperti benchmarking, QCC dan sebagainya, masih boleh digunakan dan bukan diketepikan tetapi makmal ini sebagai satu kaedah di mana semua pihak yang terlibat dijemput untuk berkongsi pandangan dan pengalaman supaya suatu yang lebih berkesan dapat dihasilkan. Maka oleh itu mungkin hasil daripada...
Minta penjelasan.
Tunggu Yang Berhormat.
Ya, silakan Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya hanya hendak menyentuh tentang makmal ini. Saya sendiri ada pengalaman dalam kerajaan sekarang institutional memory sudah tidak ada, sudah pupus sebab filing systemnya tidak digunakan lagi seperti yang dahulu. Maka saya sendiri tahu bahawa banyak benda yang diputuskan dahulu apabila bertukarnya pegawai, bertukarnya semua dari atas sampai ke bawah maka tidak ada memory. Maka dalam makmal saya percaya ada banyak juga orang-orang yang berpengalaman dalam sesuatu bidang tetapi tidak dipanggil. Jadi orang-orang ini ada pengalaman dan ada latar belakang yang diketahui. Sebagai contoh saya tanya Tan Sri di sebelah saya, Tan Sri Rafidah adakah dalam bidang perdagangan Tan Sri dipanggil? Tidak pernah pun! Walaupun dia kata tidak perlu dia tetapi, saya rasa pengalaman yang begitu banyak tetapi dia langsung tidak dipanggil. Itulah sahaja saya hendak tanya Yang Berhormat sama ada inclusiveness ini melibatkan pengalaman-pengalaman yang ada di kalangan kita dan orang luar. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat Padang Besar yang begitu berpengalaman memang sangatlah bernas. Sememangnya makmal untuk bidang- bidang ekonomi sekarang sebenarnya berada dalam tahap pertengahan, iaitu kita adakan lapan minggu sekarang kita baru sahaja empat minggu. Ini half time dan dalam second half…
[Bangun]
...Nanti. Sebenarnya kami bercadang untuk menjemput tokoh-tokoh yang berpengalaman supaya mereka boleh memberi dan berkongsi pandangan dan pengalaman mereka bersama dengan anggota-anggota makmal ini. Ini adalah kerana makmal ini, peserta untuk makmal ini memerlukan komitmen yang sepanjang lapan hingga sepuluh jam sehari, lima hari seminggu untuk lapan minggu. Oleh itu kita akan menjemput tokoh-tokoh yang berpengalaman untuk diberi taklimat dan selepas itu dijemput untuk mengemukakan pandangan tahap demi tahap sebelum kita mempamerkan melalui hari terbuka...
[Bangun]
Oleh itu saya memang mengalu-alukan sumbangan dan sekiranya ada juga yang kita belum jemput, saya juga mengalu- alukan supaya dicadangkan siapa lagi yang harus kita jemput untuk bersama dalam makmal ini tetapi bukan untuk sepuluh jam sehari, lima hari seminggu kerana kehadiran mereka itu dari segi pengalaman mereka itu memang mereka
akan dapat memberi pandangan yang bernas dalam mungkin dua tiga jam sahaja dalam sesi yang akan diatur.
Tambah sedikit sebab saya sendiri tahu ada orang yang tawar diri tetapi tidak dipanggil dan orang ini berpengalaman dan juga topik yang dibawa dalam makmal itu sudah pun habis dan selesai dan tidak akan lagi dibrainstormkan lagi. Itu sahaja untuk makluman Tan Sri.
Sekiranya ada kes seumpama ini saya minta supaya memberitahu kepada saya supaya saya boleh menegakkan keadilan dan juga boleh meminta bantuan mereka tetapi, untuk 12 NKEA ini memang berbagai- bagai bidang yang terlibat tetapi bukan semua bidang ekonomi kerana kita mengenal pasti 12 sektor kecil atau subsektor yang selama ini dikenal pasti sebagai memberi sumbangan yang terbesar terhadap national economy kebangsaan. Dengan ini ...
[Bangun]
Yang Berhormat Pasir Salak bangun Yang Berhormat.
Ya silakan.
Selepas Yang Berhormat Pasir Salak itu Menteri kata sudah habis. Sila Yang Berhormat.
[Bangun]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Kita terima baik usaha kerajaan untuk mencari idea baru dan pendekatan baru untuk membangunkan negara kita ini dalam bidang ekonomi dan sebagainya melalui kaedah lab yang disebutkan itu tadi, walaupun ianya bukanlah satu proses yang luar biasa, kerana ianya tidak lebih daripada sebenarnya brainstorming untuk mencari idea-idea baru, pendekatan-pendekatan baru untuk mengatasi masalah rakyat dan negara. Cuma mungkin istilahnya istilah baru dipanggil “lab”, akan datang hendak panggil lab apa pula, tidak tahulah.
Itu saya punya komenlah. Lagi satu, saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri, adakah kedapatan ataupun dapatan the findings lab apabila kenyataan dibuat oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan kita menanggung subsidi yang begitu besar sebanyak RM70 bilion yang mana ianya membebankan negara dan memungkinkan kita menjadi sebuah negara bankrap kalau tidak ada sesuatu langkah untuk menstrukturkan semula subsidi ini? Yang mana kenyataan ini amat mengelirukan apabila ianya bercanggah dengan kenyataan daripada Kementerian Kewangan. Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua ada menyebut – yang disokong oleh pegawai kerajaan daripada Kementerian Kewangan Dr. Erwan, yang mengatakan, subsidi sebenarnya bukanlah RM70 bilion tetapi ialah RM18 bilion. Ini lab kata RM70 bilion, di luar lab kata RM18 bilion. Jadi, ini apa sudah jadi kepada lab ini? Adakah kesilapan daripada kenyataan ataupun findings yang diperolehi daripada lab? Saya hendak mengingatkan Yang Berhormat Menteri dan
kerajaan, jangan sembarangan buat kenyataan untuk mengatakan negara kita akan menjadi bankrap. Ini menakutkan investor, pelabur-pelabur daripada luar. Kalau keadaan negara kita, ekonomi negara kita begitu tidak stabil dan prospeknya begitu malap sekali, siapa yang hendak melabur dalam negara kita? Tidak usah kah foreign investors, even local investors, domestic investors also will not been encourage to invest. So, this kind of statement dengan izin is the very – I would say, satu kenyataan yang damaging, is quiet a stupid statement. Thank you... [Ketawa]
Yang Berhormat, saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, selepas itu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pendek sahaja.
Ya, ringkas Yang Berhormat.
Ringkas sahaja. Saya sokong kerja-kerja yang dibuat oleh pihak PEMANDU untuk mendirikan labs untuk mencari penyelesaian bagi banyak masalah yang ada di negara kita ini. Dalam sesi lab bagi subsidi yang saya ada mengambil bahagian dalam forum pada hari itu, saya rasa tumpuan subsidi itu macam tumpu kepada subsidi yang sepatutnya tidak patut dikurangkan dan kerajaan macam telah pun tidak menghiraukan subsidi yang sepatutnya perlu diberikan tumpuan untuk dikurangkan. Pada hari open day bagi subsidi itu, tumpuan rupanya diberikan subsidi kepada makanan- makanan, kepada petrol, kepada elektrik dan lain-lain yang mempunyai effect yang cukup besar bagi rakyat jelata. Akan tetapi subsidi kepada pihak MPP, subsidi kepada syarikat-syarikat tol macam tidak ada kajian yang teliti untuk mencari cara untuk mengurangkan subsidi kepada syarikat-syarikat ini yang cukup besar keuntungan mereka. So saya rasa bolehkah PEMANDU menumpukan perhatian mereka kepada subsidi yang diberikan kepada syarikat besar yang sudah mendapat keuntungan yang berbilion-bilion supaya subsidi tidak perlu dikurangkan sebanyak apa yang dijangka oleh Pemandu bagi orang ramai? Terima kasih.
Okey Yang Berhormat Menteri, penghabisan.
Ya. Tuan Yang di-Pertua, saya pun secara ringkaslah kalau boleh. Yang Berhormat Pasir Salak memang betul mengatakan bahawa ianya merupakan satu jenis brainstorming, tetapi perbezaannya ialah proses ini mengambil masa yang lebih intensif. Selalunya brainstorming kita ialah sehari dua, selepas itu jarang ada follow up, ada usaha lanjutan. Akan tetapi yang ini ialah mengkhususkan kepada pelaksanaan langkah-langkah yang dapat dilaksanakan. Itu yang pertama. Kedua, ianya diadakan secara lebih tersusun di mana perbincangan setiap hari selepas lapan, sepuluh jam, dirumuskan pada malam itu dan dipaparkan secara teratur apakah rumusan itu supaya kita dapat maju ke hadapan khasnya dari segi penggubalan langkah-langkah pelaksanaan. Kedua, mengenai isu subsidi. Saya percaya sebahagiannya telah dijawab oleh rakan saya Menteri Kewangan Kedua tetapi apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah memang banyak rumusan daripada makmal subsidi dan hanya salah
satu daripadanya ialah kalau kita memandang ke masa depan dengan dua andaian yang utama, yang penting iaitu kalau subsidi kita meningkat mengikut kadar dahulu sebanyak lebih daripada 12% setahun dan pertumbuhan ekonomi kita secara pesimistik tidak melebihi 3% setahun, maka pada tahun 2019 jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan akan melebihi Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP). Maka satu cara untuk menyifatkannya ialah kita belanja lebih daripada nilai yang dijanakan dalam seluruh ekonomi kita. Itu mungkin satu cara untuk membayangkan betapa seriusnya kalau kita tidak buat apa-apa tetapi, Perdana Menteri telah...
Itu telah Menteri...
Nanti...
That is fundamentally flawed.
No, no!
Premis on RM74 bilion, Menteri. Menteri tidak...
Nanti, nanti. Saya hendak jawab itu, saya hendak jawab itu, okey. Oleh itu, apa yang Perdana Menteri telah menegaskan bahawa kita hendak memastikan bahawa ianya tidak berlaku. Sebab yang pertamanya dengan langkah-langkah NKEA, kita tidak akan meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi. Keduanya, kita akan mengurangkan ketirisan dan pembaziran dari segi subsidi tetapi tidak pernah kita katakan kita hendak kurangkan atau hapuskan semua subsidi. Itu tidak pernah kita cakap macam itu.
Yang Berhormat Menteri, why in the first place the lab assume 3% economic growths, why?
Nanti, nanti.
What is the basis...
Yang Berhormat.
The asas itu, kita mengambil senario yang pesimistik bahawa kalau masih ada krisis ekonomi sedunia berlaku lagi dan semua yang di luar jangkaan mungkin berlaku, maka kita mesti ambil apa yang dikatakan senario pesimistik supaya...
Itu worst case senario Menteri.
Ya, worst case. Supaya kita dapat bersedia untuk apa yang dijadikan worst case. Keduanya... Biarkan saya memberi penjelasan.
Akan tetapi sebenarnya adalah untuk menakutkan rakyat sahaja.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat.
Saya ingat itu... Sebenarnya pihak pembangkang pun, khasnya DAP dalam bajetnya sendiri pun mengambil pendekatan bahawa subsidi yang membazir harus dikurangkan.
Betul, kita setuju.
Okey, nanti, nanti. Sabarlah.
Jangan buat argument macam dialog, Yang Berhormat. Minta tolonglah.
Sabar, beri saya memberi penjelasan dahulu ya. Apa yang diambil oleh makmal ialah kita merangkumi semua jenis yang disifatkan sebagai subsidi mengikut definisi OECD. Ini termasuk juga misalnya pendidikan atau pengajian tinggi. Sekarang ini, kos untuk menanggung seorang pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), misalnya dalam pengajian perubatan adalah dalam lingkungan RM80,000 hingga RM100,000 tetapi bayaran yuran adalah di lingkungan RM4,000 hingga RM5,000 sahaja.
Maka dengan menjelaskan, mendedahkan kos sebenarnya yang ditanggung oleh kerajaan maka pelajar yang tidak ada biasiswa pun akan dapat tahu bahawa kerajaan sebenarnya menanggung sebahagian besar daripada kos untuk pengajiannya. Ini satu cara untuk memberitahu kepada rakyat bahawa kita memang prihatin. Kita menganggap pendidikan sebagai pelaburan tetapi ianya merupakan satu kos yang ditanggung oleh kerajaan. Maka mungkin...
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri.
Nanti, nanti sebab di sistem yang lain di negara yang maju mereka menggunakan satu sistem means test iaitu..
Yang Berhormat, tolong duduk Yang Berhormat.
Nanti, nanti ya.
Tolong duduk Yang Berhormat.
Satu sistem means test untuk mengukur apakah tahap pendapatan keluarga. Kalau pelajar dari keluarga jutawan mungkin harus menanggung kos yang lebih supaya kerajaan dapat menggunakannya untuk menanggung kos bagi mereka dari keluarga yang berpendapatan rendah. Itu satu jenis keadilan sosial (social justice). Itulah salah satu daripada konsepnya tetapi tidak bermakna bahawa kita akan melaksanakannya dengan begitu. Kita mendedahkan supaya mendapat reaksi dan pengiraan oleh makmal PEMANDU mengambil kira subsidi yang tidak ditanggung secara langsung oleh kerajaan, oleh Kementerian Kewangan misalnya subsidi petroleum yang ditanggung oleh Petronas sebanyak RM12 bilion sehinggalah RM16 bilion setahun. Itu memang tidak dimasukkan di dalam pengiraan Kementerian Kewangan dan itu memang tidak salah mengikut tafsiran dan juga definisi Kementerian Kewangan. Begitu juga perbelanjaan yang ditanggung oleh Kementerian Pengajian Tinggi misalnya untuk semua IPTA. Kita tidak mengambil kira oleh Kementerian Kewangan sebagai satu jenis subsidi. Okey? Sebab itu penjelasan ini
sebenarnya telah diberi tetapi untuk memberi penjelasan yang lebih lanjut Tuan Yang di-Pertua saya bercadang...
Seminit sahaja.
Supaya...
Saya ambil satu minit sahaja.
Bersama...
Sudah Yang Berhormat.
Bersama PEMANDU iaitu Jabatan Perdana Menteri bersama dengan Kementerian Kewangan, kita mungkin mengeluarkan satu kenyataan yang lebih lengkap di mana kita membuat perbandingan, pengiraan kedua-dua kementerian ini yang sememangnya berasas dari sudut pentadbiran mereka.
Yang Berhormat Menteri beri saya seminit sahaja Yang Berhormat Menteri?
[Bangun]
Yang Berhormat cukuplah.
Saya ingat kalau boleh..
Yang Berhormat Menteri Satu minit sahaja.
Yang Berhormat.
Satu minit sahaja Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat tidak boleh seminit Yang Berhormat. Saya tidak mahu. Tanya satu soalan.
Okey... [Ketawa] Persoalan yang dipertikaikan oleh kedua-dua pihak di sebelah sana dan di sebelah sini adalah persoalan senario yang telah dibuat, scenario planning yang telah diset itu terlalu keterlaluan. Ia mengambil dikatakan the worst case scenario. Dalam satu- satu makmal seperti itu ataupun dalam sesi-sesi seperti itu sama ada brainstorming atau strategic planning, kita mesti meletakkan paling tidaknya tiga senario; worst-case scenario, base-case scenario and best-case scenario. Akan tetapi ketika kita mengejutkan rakyat dengan the worst case scenario, dengan satu pendekatan shock therapy, kita mahu rakyat tunduk untuk mengakui bahawa seolah-olah yang diberikan kepada mereka itu adalah membebankan segala, itu dia! Itu dia persepsi rakyat dan kita dengar sebentar tadi. Oleh kerana itu dalam perhitungan pertanggungjawaban ialah sama ada Dato’ Sri Idris Jala atau menteri yang lain...
Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat. Ini..
Ataupun menteri... Itulah perkara yang kita pertikaikan.
Yang Berhormat, ini kita hendak membukakan majlis kepada satu perbalahan lagi Yang Berhormat.
Ini perkara penting Tuan Yang di-Pertua.
Ini pendirian sendiri.
Bukan pendirian sendiri. Dikongsi oleh kedua-dua pihak.
Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat. Saya tidak benarkan lagi Yang Berhormat. Saya tidak membenarkan lagi di bawah peraturan.
Minta Yang Berhormat Menteri membuat perhitungan tentang perkara ini.
Cukup Yang Berhormat.
Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, saya soalan kecil mengenai OECD.
Saya ingat cukuplah. Saya tidak beri lagi sebab...
Yang Berhormat Menteri, ini menggunakan OECD.
Ada lagi seorang menteri yang akan menggulung dan memang isu-isu yang berkenaan...
Yang Berhormat Menteri boleh bersetuju dengan pandangan saya tadi? Yang Berhormat Menteri boleh bersetujukah? Beri komentar sedikit.
Sudah cukuplah.
Sebab kita lakukan dengan segala. In all, myself tidak beri pilihan yang lain. Hanya beri ini sahaja Yang Berhormat Menteri... [Dewan riuh]
[Menyampuk]
Saya menyokong Yang Berhormat Menteri dari awal tadi.
Soalan perangkap.
Please!
Saya memang memberi banyak peluang, banyak masa tetapi oleh kerana kita juga ada seorang menteri lagi yang akan
menggulung, kita ada rang undang-undang lagi, tidak apa kita boleh nanti semasa open day, semasa kita adakan dialog saya bersedia untuk berbahas dengan Ahli- ahli Yang Berhormat okey. Berbagai-bagai isu dan saya percaya rakan-rakan saya dalam Kabinet juga bersedia untuk berbahas tetapi...
Bahas di Parlimenlah.
Kita ambillah masa yang lain. Kita boleh teruskan perbahasan ini ya nantilah, okey. Apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara yang menyokong kaedah ini, sememangnya kita mengambil kira juga semua jenis subsidi termasuk apa yang dikatakan kepada syarikat tol dan sebagainya. IPP itu adalah dalam bentuk subsidi petroleum dan gas. Ini semua diambil kira.
Akan tetapi akibatnya diberikan kepada rakyat pula.
Nantilah! Oleh sebab itu kita hendak mengkaji apakah kesan-kesannya kerana apa yang dilaksanakan dahulu itu mungkin ada kesan yang harus kita teliti. Kita mengambil langkah ini untuk teliti, apa salahnya? Oleh itu sebagai rumusan Tuan Yang di-Pertua, saya mengatakan bahawa oleh kerana usaha gigih dan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, maka kita sudah dapat hasil permulaan atau awalan yang baik iaitu pertumbuhan ekonomi sebanyak 10% untuk suku tahun yang pertama dan peningkatan ranking kita dalam daya saing antara negara dari tangga 18 kita sudah masuk ke dalam tangga ke-10. Khasnya dari segi keberkesanan atau government efficiency telah meningkat. Oleh itu kita haruslah bersama-sama berjuang untuk menuju ke arah, untuk membawa transformasi kepada ekonomi dan kepada kerajaan untuk faedah semua rakyat jelata. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
[Bangun]
Sedikit, sedikit sahaja. Yang Berhormat, kita dalam perbahasan ini sebenarnya saya selalu memperingatkan peraturan Yang Berhormat. Bukan saya larang Yang Berhormat bercakap. Kalau seorang bercakap, seorang duduk. Apabila yang bercakap actually the floor ialah Yang Berhormat Menteri. Kalau Yang Berhormat Menteri tidak beri laluan, yang lain tidak boleh bercakap. Jelas. Bukan saya hendak tunjuk peraturan ini tetapi itulah dia. Kita ada peraturan di mana-mana sahaja. Kalau kita amalkan keagamaan, agama Islam ada menggariskan. Dalam Dewan ini ada peraturannya sendiri, kita kena ikut. Kalau kita tidak ikut, apa guna benda ini? Itu sahaja yang saya mahu. Jadi minta tolonglah kalau seorang bercakap, kalau diberi laluan baru bercakap. Bercakap menyoal dan bukan buat komen panjang-panjang. Yang Berhormat Menteri, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua secara ikhlas ucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Rancangan Malaysia
Kesepuluh. Saya akan mengambil kesempatan untuk menjelaskan perkara- perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidang saya iaitu Unit Perancangan Ekonomi dan jabatan-jabatan yang berkaitan dengan Unit Perancangan Ekonomi. Kita mula dengan satu perkara pokok yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh iaitu dalam keadaan ekonomi moden, pasca moden, adakah perancangan yang berkala besar seperti Rancangan Malaysia Kesepuluh, rancangan lima tahun masih relevan? Bagi negara-negara maju memang perkara ini tidak wujud sebab tidak ada rancangan lima tahun di negara-negara maju. Juga di negara-negara maju Tuan Yang di-Pertua puak-puak yang neo-liberal, market fundamentalist yang percaya kepada free market democracy tidak yakin rancangan seperti ini berguna. Akan tetapi kita tahu sejak First Malaya Plans tahun 1956 hingga pada masa ini Rancangan Malaysia Kesepuluh telah banyak membantu kita untuk memfokus kepada strategi negara dan wawasan negara
Kebetulan negara China dan India juga menggunakan rancangan lima tahun dan kebetulan juga pada tahun ini mereka melaksanakan rancangan lima tahun yang kesebelas untuk mentransformasikan ekonomi, untuk mengangkat kebanyakan rakyat mereka dari kancah kemiskinan. Jadi saya berpendapat bahawa Rancangan Malaysia Kesepuluh dan rancangan lima tahun ini ialah satu rancangan, satu cycle, satu kaedah yang berguna. Yang Berhormat Permatang Pauh juga telah merujuk kepada reaksi Bursa Saham Malaysia terhadap Rancangan Malaysia Kesepuluh dan pada 10 Jun 2010, Yang Berhormat Permatang Pauh berpendapat bahawa indeks komposit hanya menokok sebanyak 1.23 mata pada 10 hari bulan dan oleh sebab itu dianggap sebagai reaksi tidak memberangsangkan. Tuan Yang di-Pertua, kita semua tahu bahawa prinsipal yang digunakan oleh market participant dan pasaran dalam pasaran adalah by on rumor, set on fact, Yang Berhormat Kuala Kangsar pun tahu perkara ini. Jadi berdasarkan kepada keyakinan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengemukakan langkah-langkah yang positif semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh pada 10 hari bulan Jun. Mereka telah mula membeli saham dari hujung bulan Mei dan hasil daripada pembelian ini, indeks komposit telah naik dari tahap 1249 point pada 26 Mei hingga 1291 mata pada 10 Jun iaitu peningkatan lebih daripada 2%, ini by on rumor. Jadi sepatutnya mengikut principal by on rumor, sale on fact pada 10 hari bulan sepatutnya mereka jual, tetapi tidak. Mata indeks komposit naik lagi sehingga 1315 point hari ini. Mengapa market naik kemudian? Selepas pembentangan market terus naik sebab mungkin ikut market prinsipal apa yang mereka anggap sebagai yang baik yang akan dibentangkan berbanding dengan apa yang dibentangkan itu lebih baik better than worse this counted dengan izin. Oleh itu ini menunjukkan bahawa reaksi adalah positif, jadi lebih penting Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyebut bahawa pada bulan April tahun 2009 apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengambil alih kepimpinan negara, komposit indeks adalah 872 mata dan nilai pasaran adalah RM662 bilion. Hari ini lebih setahun hari ini indeks telah meningkat lebih daripada 50% kepada 1311 mata dan nilai pasaran telah meningkat juga 50% lebih kurang dari
RM662 bilion kepada RM1 trilion. Ini menunjukkan bahawa bursa dan pasaran menerima baik Rancangan Malaysia Kesepuluh dan juga menerima baik kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Yang Berhormat Pasir Salak bangun Yang Berhormat.
Okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri terima kasih. Saya juga bersetuju bahawa kenaikan indeks yang begitu besar sebanyak 50% lebih sejak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mula mengambil alih kepimpinan negara sehingga ke hari ini sekarang mencapai 1300 lebih. Walau bagaimanapun saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, pertanda atau petunjuk naik turun indeks di bursa saham ini, adakah ia satu yang signifikan dalam aliran pelaburan. The flow of investment to the country, sama ada ia inflow daripada FDI dan juga domestic investment. Ini kerana saya bertanya ini kerana apa yang kita dapati bahawa peningkatan dari segi FDI tidak begitu memberangsangkan dan juga jumlah peningkatan pelaburan domestik juga tidak begitu memberangsangkan. Cuma yang sangat memberangsangkan ialah spekulasi di peringkat Bursa Saham. Saya menganggap bahawa kita jangan terlalu melihat kepada bursa saham ini. It a casino, casino!
[Menyampuk]
Ya, ini ada orang yang tidak ada kerja dia duduk dekat situ tengok mata turun naik harga kaunter ini,
[Menyampuk]
Dia tidak ada kerja lain. They are beating dumplings, the true investor are not there. The true investor you yang datang sekarang ini yang bawa daripada Middle East hendak dibawa daripada negara China sebagainya. Ini kita sedang menunggu lagi, menunggu lagi kemasukan mereka ini, bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan bahawa peningkatan daripada indeks bursa ini dengan peningkatan pelaburan asing masuk ke dalam negara ini there is passionate increase. Kalau tidak ada what is the meaning dengan izin, yang kita melihat-lihat sangat kepada indeks ini...
[Bangun]
Selain memberikan satu rasa keseronokan itu sahaja.
Menteri boleh saya sedikit sahaja.
Saya jawab dahulu, saya jawab dahulu selepas itu saya bagi...
Ini isu yang sama.
Tidak apa, saya...
... If I ask this question...
Tidak apa saya jawab dahulu, selepas itu...
[Ketawa]
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak, sebab indeks komposit bukan satu perkara yang begitu penting. Yang lebih penting, saya setuju 100% adalah pelaburan dalam sektor real dan bukan sahaja FDI yang masuk dari luar tetapi juga domestic investment, ini lebih penting. Bursa saham mungkin menjadi satu aspek tetapi bukan aspek yang penting secara mutlak. Saya sebut perkara indeks ini bukan sebab saya berpendapat indeks ini, bursa ini begitu penting. Saya sebutkan disebabkan Yang Berhormat Permatang Pauh sebut tentang indeks dan saya ingin beralih kepada satu perkara...
Sedikit Menteri...
Tidak apa, hendak habis sudah, nanti saya bagi peluang untuk...
Tidak, tidak, tidak on this issue Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat jangan tawar menawar Yang Berhormat.
Tidak ini, saya hendakkan sedikit Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat berbahas secara Parlimen Yang Berhormat.
Sedikit sahaja.
Yang Berhormat.
Okey tidak apa.
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Sebab isu itu penting.
Perkara lain, perkara lain.
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Perkara lain.
Menteri kalau boleh saya tanya...
Yang Berhormat Kuala Selangor [Dewan riuh] Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Terima kasih mungkin lebih mustahak untuk saya tanya dalam persoalan ini Yang Berhormat Menteri kerana Yang Berhormat Menteri telah pun mengangkat isu ini, berapa banyak daripada investment itu specially in socially investor datangnya daripada our own yang kita ‘jack-up’ up daripada all our dana-dana KWSP, LTAT, Tabung Haji sebagainya. This is done everyday before the closing of the activity, itu yang lebih mustahak untuk kita tanya, sejauh mana yang kita angkat blue-chip itu from our own
investment bukan dari pelaburan luar, ini persoalan yang lebih dipertanggungjawabkan, terima kasih Menteri.
Terima kasih, saya tidak fikir wujud market manipulation secara besar-besaran di pasaran kita. Saya ingin beralih kepada satu perkara lain dan saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Padang Besar tadi yang menyebut tentang institutional memory itu begitu penting dan Yang Berhormat Permatang Puah juga dalam hujah beliau telah menyebut tentang satu perkara yang saya anggap penting dan harus dibincangkan dengan mendalam tentang aspek defisit. Yang Berhormat Permatang Pauh telah menyebut bahawa beliau tidak yakin kita akan dapat menurunkan defisit dan bahawa semasa beliau menjadi Menteri Kewangan beliau telah menguruskan defisit dengan begitu baik tetapi selepas itu atau sebelum itu defisit tidak diuruskan dengan baik.
Saya ingin memberi sedikit gambaran tentang sejarah kita dalam menguruskan defisit sejak tahun 80-an untuk menunjukkan bahawa sejak tahun 80-an kerajaan kita mempunyai tekad dan disiplin untuk memastikan bahawa kita menurunkan defisit selepas sesuatu krisis. Saya mula dengan tahun 1980. Tahun 1980, defisit kita 6.5% tetapi, pada tahun 1981 dan 1982 telah berlaku second oil crisis. Oleh sebab berlaku second oil crisis, ekonomi kita juga terjejas dan kerajaan perlu secara proaktif membelanjakan lebih untuk meyakinkan ekonomi. Kerajaan membelanjakan lebih. Oleh yang demikian, pada tahun 1981 dan 1982 defisit meningkat. Tahun 1981, 14.4% dan tahun 1982 meningkat 15.3% Bagaimanapun sebaik sahaja ekonomi pulih, kerajaan telah mengurangkan defisit pada tahap 9.1% tahun 1983, 5.5% tahun 1984, dan 5.2% setakat demi setakat menurun defisit. Namun pada tahun 1986, tiba-tiba satu lagi krisis ekonomi dunia. Harga semua komoditi merudum dan sekali lagi kerajaan terpaksa belanja lebih dan pada tahun 1986 defisit naik 9.7%. Selepas itu turun pula kepada 7.2%, tahun 1988 3.4%, dan tahun 1998 1.7%. Selepas itu sekali lagi kita menghadapi cabaran krisis kewangan dunia pada tahun 1997, 1998, dan 1999. Kerajaan terpaksa membelanjakan lebih. Tahun 2000, defisit meningkat kepada 5.5%. Walau bagaimanapun ini penting, setiap tahun selepas tahun 2000 kerajaan menurunkan defisit sehingga 3.2% pada tahun 2007. Sekali lagi kita menghadapi krisis ekonomi dunia dan kita terpaksa belanja lebih untuk menyelamatkan ekonomi dan defisit telah meningkat kepada 7%. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pada tahun ini defisit akan turun kepada 5.3% dan akan terus turun sehingga 2.8% pada tahun 2015. Ini menunjukkan bahawa sejarah kita dalam pentadbiran negara kita sejak tahun 70- an dan 80-an, kita telah membuktikan dengan sejelas-jelasnya bahawa kita mempunyai disiplin dan komitmen untuk mengurangkan defisit.
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, ada kekeliruan dalam hak untuk bercakap dalam Dewan. Yang Berhormat Kuala Selangor tadi menunjuk saya Yang Berhormat Menteri telah beri peluang tadi katanya. Baca Peraturan 37(1)(b) Yang Berhormat. Baca betul-betul, apa kata Peraturan 37(1)(b). Kalau orang bercakap mengalah, Tuan Yang di- Pertua kata, “Yang Berhormat Kuala Selangor”, baru boleh mencelah. Kalau tidak, tidak boleh mencelah, ya Yang Berhormat? Jangan tidak baca. Jikalau tidak baca, jangan ganggu. Yang Berhormat, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Kami mengambil maklum sejarah defisit negara Malaysia selama ini. Akan tetapi apa yang tidak sama dengan masa ini dengan masa dahulu ialah kita menyerupai bukan sahaja masalah dari segi defisit tetapi masalah daripada penurunan pendapatan kerajaan. Pada masa dahulu, kita diselamatkan oleh sebab pendapatan kerajaan pada masa itu meningkat. Oleh sebab pendapatan Malaysia pada masa itu meningkat, defisit dapat dikurangkan. Akan tetapi pada masa ini oleh sebab pada tahun-tahun yang lalu terutamanya lima tahun yang lalu, walaupun pendapatan daripada sektor oil and gas Petroleum meningkat begitu banyak tetapi defisit terus meningkat dan juga pada kadar yang lebih tinggi. Sekarang harga petroleum telah pun jatuh lebih kurang 34% daripada tahap yang tertinggi. So, kini berbanding dengan dua tiga tahun yang lalu, kita mempunyai pendapatan yang akan menjadi satu cabaran bagi kerajaan dan ini merupakan satu cabaran yang cukup besar dan ini akan menjadikan kemungkinan kita untuk mencapai target defisit kerajaan yang dikatakan 23% pada tahun 2015. Kalau tidak salah menjadi satu cabaran yang cukup besar dan bukan senang dapat dicapai. So, tidak sama dengan sejarah sebelum ini...
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri mahu beri Yang Berhormat Beruas?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri bahawa dari rekod yang ada kita sudah berturut-turut 13 tahun mengalami defisit. Ini bukannya satu perkara yang dibanggakan kerana secara kumulatif kalau kita kata dijumlahkan ini mungkin merupakan satu perkara yang agak parah kepada ekonomi negara kita. Jadi, bolehkah beritahu, bagaimanakah kita mahu memastikan pendapatan mencukupi untuk perbelanjaan supaya jumlah defisit dan hutang negara tidak akan bertambah banyak supaya perbelanjaan dan kewangan negara dapat diurus dengan sihat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, dan Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara telah menyebut tentang satu daripada dua aspek defisit iaitu hasil. Tidak semestinya hasil kerajaan berkurangan. Sungguhpun ada cabaran dan mungkin harga minyak tidak ada pada tahap yang seperti dahulu tetapi kita terus akan menerima hasil dari segi dividen, royalti, dan cukai dari Petronas dan syarikat-syarikat minyak yang lain. Kerajaan juga akan dapat hasil daripada corporations yang lain. Itu satu aspek. Kedua, dalam buku ini juga mungkin Yang Berhormat Petaling Jaya Utara telah baca, kita juga lihat kepada aspek satu lagi iaitu perbelanjaan negara. Kalau pun hasil sama tidak akan meningkat, jikalau perbelanjaan negara menurun atau menyusut defisit akan berkurangan. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita telah menerangkan cara- cara, kaedah-kaedah, dan mekanisme-mekanisme yang akan diguna pakai oleh kita untuk mengurangkan perbelanjaan. Misalan, dahulu kita kalau sebut universiti atau hospital kita fikir tentang kerajaan mengeluarkan bajet RM1 bilion atau lebih untuk bina universiti atau kolej. Akan tetapi dalam rancangan kita, kita memberi peluang kepada sektor swasta. Jadi, sektor swasta akan membina universiti atau
kolej dengan peruntukan mereka dan kita bantu sedikit melalui facilitation fund. Kita gunakan sebahagian dari penjimatan kita sebab kita tidak perlu keluarkan peruntukan RM1 bilion. Kita menggunakan sebahagian daripada peruntukan itu untuk membiayai murid-murid kita untuk mendapat kelulusan. Jadi, dari kedua-dua aspek kerajaan lihat kepada aspek hasil dan juga dari aspek perbelanjaan. Seperti yang telah dibuktikan dahulu, kita komited.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Kerajaan tahu bahawa kerajaan mesti menguruskan ekonomi supaya defisit tidak menaik terlalu tinggi. Ini juga satu pendapat diutarakan oleh Yang Berhormat Beruas tentang defisit. Memanglah tempoh 11 tahun, 12 tahun defisit wujud. Akan tetapi ramai ahli ekonomi yang terkemuka berpendapat bahawa untuk sebuah negara yang sedang membangun, dan membangun dengan kadar tumbuhan yang tinggi, seperti kita - enam peratus, tujuh peratus. Defisit dua peratus hingga tiga peratus tidak menjadi masalah. Itu satu. Bagi kita - kita lihat kepada pinjaman kita sama ada kita sudah sampai kepada satu tahap kritikal, dan kita lihat tidak. Untuk makluman Yang Berhormat, tahun 1987 - jumlah hutang kita sebagai percentage to DBEP dan percentage kepada KDNK ialah 69.6%. Tahun 2009 - 53.3%. Akan tetapi yang penting dalam hal ini dan mungkin kebanyakan kita tidak sedar, yang selalu menjadi masalah kepada sebuah negara dari segi hutang bukanlah hutang domestik, tetapi hutang luar negara. Di sini kita lihat satu trend yang begitu membanggakan bagi saya. Tahun 80-an, lebih kurang 30% daripada jumlah pinjaman adalah pinjaman dari luar negeri - 30%. Tahun 90-an lebih kurang 15% hingga 20% - tahun 90-an adalah pinjaman dari luar negara. Hari ini Yang Berhormat, jumlah pinjaman dari luar negara hanya 3.5%. Tidak jadi masalah pun, banyak bank dari luar negara datang, minta kita pinjam. Akan tetapi kita kata kita tidak mahu pinjam dari luar negara, sebab kita ada add liquidity. Jadi yang menjadi masalah kepada kebanyakan negara, yang terpaksa rescheduled pembayaran balik ialah sebab, mereka tidak ada foreign exchange untuk membayar pinjaman dari luar negara. Akan tetapi kita, pinjaman dari luar negara - 3.5%. Satu lagi saya hendak sebut...
Yang Berhormat Pasir Salak bangun. Yang di belakang Yang Berhormat.
...Satu lagi saya hendak sebut, satu cerita pendek untuk – satu cerita yang patut kita banggakan.
Sebelum cerita minta penjelasan dahulu, boleh?
Cerita dahulu...
Cerita dahulu? Okey.
...Penjelasan kemudian. Semasa negara-negara lain yang ada pinjaman dari luar negara, ada membayar mengikut jadual – ada. Akan tetapi, ada juga negara yang tidak bayar mengikut jadual. Ia minta rescheduling - bayar kemudian. Akan tetapi saya berfikir, saya berpendapat
hanya Malaysia merupakan negara yang sejak dari tahun 1985, apabila kita ada duit lebih sedikit kita membuat prepayment. Kita membuat prepayment. Kebetulan ini cerita saya hendak sebut... Yang Berhormat Kepala Batas pun ada - saya hendak sebut cerita ini. Semasa saya dahulu kerja sebagai pegawai, saya diberi tugas oleh kerajaan dalam tahun 80-an untuk menguruskan pembayaran balik hutang. Jadi saya pergilah beberapa tempat. Saya masih ingat Tuan Yang di-Pertua, saya pergi ke sebuah bank di Jepun, dan pergi jumpa pegawai dan saya beritahu Kerajaan Malaysia hendak membayar balik lebih awal pinjaman yang kita pinjam dalam bentuk yen. Dia kata, “You cannot do it.” Saya tanya, “Why we can do it? We want to pay back the loan.” Dia kata, “We do not accept your loan back.” Saya tanya, “Sebab apa?” Dia kata, “In your perjanjian yang you buat dahulu, tiada prepayment clause.” Saya kata, “Betul, kita setuju. Kita pun tidak ingat kita mampu untuk membayar balik, tetapi sungguhpun tiada prepayment clause, kita hendak bayar balik apa salah?” Ia kata, “Tidak mahu.” Selepas itu, dia angkat buku di mana dia catat semua nama peminjam. Ia tunjuk Malaysia sebagai peminjam. Dia kata, dia begitu gembira dan seronok untuk menjadi peminjam kepada Malaysia, sebuah negara yang dianggap taraf begitu tinggi. [Tepuk] Saya balik dan cerita kepada bos saya - Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein. Beliau mengalirkan air mata kerana gembira dengan kesyukuran. Jadi satu dunia Tuan Yang di-Pertua - satu dunia menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang diiktiraf begitu tinggi, kecuali satu pihak sahaja iaitu pihak lawan. [Dewan riuh]
Yang Berhormat Menteri, saya setuju!
Yang Berhormat Pasir Salak.
Pasir Salak ya?
Ya.
Saya hormat Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya yakin dan percaya bahawa kerajaan begitu berhemat sekali dalam menguruskan kewangan, yang untuk mengawal defisit tidak sampai kepada sesuatu tahap yang di luar kawalan. Akan tetapi, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, apakah wang pinjaman dari luar ataupun dari domestik ini yang telah kita gunakan - banyak digunakan kepada projek-projek infrastruktur,
yang mana ia tidak memberikan pulangan dari segi pendapatan kepada negara. Itu satu. Kedua, sedar atau tidak Yang Berhormat Menteri, banyak bilion ringgit daripada perbelanjaan kerajaan dalam projek PIAS dan PIA umpamanya. Setiap kali kita melakukan pakej rangsangan, adalah merupakan perbelanjaan yang tidak memberikan keuntungan kepada pendapatan ekonomi negara. Banyak pembaziran berlaku. Jalan yang sudah elok, diperelok lagi. - ini berlaku. Bangunan-bangunan, dewan-dewan orang ramai yang tidak perlu dicat, tetapi dicat semula - ini berlaku. Setiap kali yang kita buat adalah kerana hendak memenuhi tuntutan-tuntutan kontraktor-kontraktor kelas ‘F’. Selain daripada itu, saya juga ingin...
[Bangun]
Yang Berhormat Kuala Selangor sabarlah dahulu. Saya juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, bukan soal kita hanya mengawal perbelanjaan sahaja. Akan tetapi soalnya, bagaimana kita hendak meningkatkan pendapatan hasil negara sebenarnya. Mengapa tidak kerajaan, walaupun saya menerima hakikat bahawa private sector dengan izin, should be the main player of the economy. Akan tetapi kalau kita lihat bahawa negara-negara lain yang maju, kerajaan juga memainkan peranan utama untuk mendapatkan hasil daripada perniagaan-perniagaan yang strategik, yang menguntungkan. Sama ada di dalam negara ataupun di luar negara, selagi ia tidak bersaing dan menghalang kepada private sector untuk melakukan perniagaan mereka. Kenapa kerajaan tidak menggunakan wang perbelanjaan itu untuk melakukan business ventures yang boleh membawa keuntungan yang besar? Kita lihat Singapore umpamanya, dengan Temasek - satu sovereign wealth. Begitu juga ‘Kuwait.....’ dengan juga negara-negara Arab, negara China - mempunyai cooperation mereka yang menjalankan perniagaan besar-besaran, dan membawa keuntungan kepada negara mereka sebagai hasil yang boleh menampung keperluan negara. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Menyambung sedikit. Tidak dipertikaikan tentang keupayaan on fiscal discipline, dalam pembayaran semula hutang awam seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Cumanya dalam permulaan RMKe-10, dan juga dalam Model Ekonomi Baru, saya mendapati kalau dulunya Tun Dr. Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri membawa pembinaan infrastruktur yang cukup besar dalam era itu.
Kemudian, Mantan Perdana Menteri Tun, Tun juga iaitu Yang Berhormat Kepala Batas membawa pendekatan koridor yang kita hingga hari ini tidak tahu berapa jumlah perbelanjaan yang dibuat. Akan tetapi dalam hari ini Yang Berhormat Menteri, dalam perangkaan dan perancangan yang dilihat di sini ialah 118 projek yang melibatkan projek 35 business opportunities yang akan membelanjakan RM500 bilion, ini yang sedang dipandang dan ditekuni oleh PEMUDAH sekarang ini. Jadi, apakah akan berulang kembali kesilapan-kesilapan lama. Itu yang dipertikaikan. Defisit tidak dipertikaikan dan kadangkala perlu tetapi apabila defisit dibelanjakan dahulu dalam perkara-perkara yang sudah kita sebutkan sebentar
tadi dalam banyak penggulungan. Apabila defisit dibelanjakan di dalam perkara- perkara yang tidak membawa pulangan, umpama dalam menetapkan prioriti. Umpamanya perbelanjaan besar dalam PKFZ, dalam Pahang - Selangor water itu dan banyak yang lain, yang tidak perlu saya sebutkan. Ini yang sedang diperhatikan jangan diulangi sekali lagi, ya. Apabila perbelanjaan besar infrastruktur ini mengakibatkan defisit yang berlanjutan. Soalannya sekarang ini, yang saya nampak kalau kita tidak mengambil pinjaman daripada luar betul, mungkin sebab kita punya national saving yang tinggi, tetapi jangan cannibalize our national saving. Jangan kita korbankan simpanan nasional kita kerana kita mempunyai simpanan yang tinggi, hampir 44% KDNK. Jadi, ini perkara yang kami khususnya di sebelah sini cukup khuatir akan berulang penyakit yang lama. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Jasin.
Yang Berhormat Indera Mahkota dahulu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ada sedikit perkara yang agak berlainan daripada yang sedang diperbincangkan. Namun, konsepnya agak sama apabila RMK-10 banyak menumpukan kepada peranan yang akan dimainkan oleh sektor swasta ataupun pelaburan swasta, itu sebagaimana yang disasarkan. Akan tetapi, itu yang kita tahu Yang Berhormat Menteri, dua tahun kebelakangan ini kita menghadapi masalah, pelaburan swasta kita jatuh begitu teruk dan kita hanya bergantung kepada pelaburan awam atau pelaburan kerajaan. Banyak angka menunjukkan pelaburan kerajaan meningkat dengan begitu besar dalam masa yang sama untuk mengimbangi keperluan yang ada untuk perbelanjaan pembangunan yang sepatutnya kita sasarkan pada pelaburan swasta. Dalam masa yang sama kita tengok perbelanjaan swasta mendatar dan kita terpaksa tampung lagi sekali dengan perbelanjaan awam yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan. Saya memanjangkan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor tadi, antara sektor yang kita jangka dapat memberi sumbangan yang besar termasuk sektor pertanian, yang beberapa tahun dahulu kita betul-betul bersungguh untuk membangunkan kerana kita tengok kejatuhannya begitu besar Tuan Yang di- Pertua. Tahun 1970 kita ada 29% KDNK daripada sektor ini dan sekarang cuma tinggal 7.1% pada tahun 2009. Ini kejatuhan yang sangat teruk tetapi itu kita pernah sasarkan satu polisi untuk mendatangkan hasil ataupun pendapatan dalam KDNK negara. Tidak menjadi. Sekarang ini, polisi itu sudah menjadi sejarah. Saya tidak nampak dalam RMK-10 diberi penekanan yang sama besar, seperti yang pernah kita matlamat dulu. Saya tidak tahulah sama ada kita hendak bergantung harap sangat kepada sektor perkhidmatan yang membengkak begitu besar. Jadi, antara dua perkara ini, agaknya prioriti ini Yang Berhormat Menteri bolehlah bagi kita feeling good factor, macam mana kita hendak imbangkan perkara ini yang nampak agak berkecamuk sedikit ini, terima kasih.
Yang Berhormat Jasin.
Hendak beri jalan lagi Yang Berhormat Menteri? Yang Berhormat Jasin.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Defisit negara sentiasa dipantau kerana urus tadbir kita yang prudent. Akan tetapi prudent tidak bermakna defisit kita mesti seimbang atau bajet kita mesti seimbang. Pada masa yang sama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyasarkan supaya defisit fiskal kita dapat diturunkan di bawah 3%. Hanya soalan saya di sini, walaupun banyak negara kita dapat lihat di sini China pada 3.1%, Indonesia 2.1%, dan Singapura 2.7%. Jadi, maknanya sasaran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah cukup tepat supaya kita dapat bersaing di peringkat global. Akan tetapi apakah langkah-langkah yang perlu kita buat selain untuk kita meningkatkan pendapatan, mengurangkan perbelanjaan dan kemungkinan kebimbangan kita mungkin kerajaan akan menstrukturkan semula subsidi. Kebimbangan kita, kalau boleh kerajaan mesti memikirkan bahawa subsidi ini masih perlu lagi, terutama kepada golongan 40% di bawah ini, yang masih memerlukan bimbingan serta bantuan daripada kerajaan. Jadi, kita berharap semoga pihak kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada kawasan tersebut. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya susul satu soalan mengenai peranan pihak swasta dalam menjayakan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh menyatakan bahawa ekonomi Malaysia harus mendapat RM115 bilion setahun untuk menjayakan projek iaitu 6% growth in economy dan terasnya ialah private sector investment. Private sector investment dibahagikan kepada dua. Pertama, foreign direct investment and local sector investment. Akan tetapi kita dapati bahawa in the case of local investment or domestic investment pada tahun 2005 hingga 2007, terdapat RM50 bilion yang telah ke luar negara from local investment. Kita juga dapati foreign direct investment tidak datang ke Malaysia. Sebenarnya, kita dapati bahawa UNTAG iaitu United Nation mengatakan bahawa dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. UNTAG estimate that Malaysia FDI influence in 2009 total RM2.7 billion compare to RM8.1 billion the country attracted in 2008. Ini menunjukkan bahawa FDI telah jatuh. Information from MIDA in 2009 juga menyatakan bahawa investment in manufacturing capital drop about 48% and the bulk of the drop actually ialah foreign investors yang tidak datang ke Malaysia. Dalam konteks perantau, kita dapati bahawa wang yang datang ke rantau ini kebanyakan 58% pergi ke Singapura dan juga selepas itu juga kepada Thailand yang ada masalah politik tetapi tidak datang begitu banyak ke Malaysia. So, kita dapati bahawa kita ada dua masalah. Satu masalah local investment ke luar negara. Foreign direct investment tidak datang ke Malaysia. Saya tidak faham bagaimana kerajaan boleh mengatakan bahawa kita boleh mencapai 6% economic growth dan mendapat RM115 bilion setahun untuk menjayakan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Satu lagi isu yang bersabit, sama kita dapat chance lagi ialah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan Kelapan kita dapati bahawa fokus ialah economic growth, private sector growth. Akan tetapi, hakikatnya it is state that growth and not private sector growth. So, saya fikir kita mesti tukar fokus kita memang kepada domestic green economic growth. Domestic green economy, local economic growth. Maybe this is the way for Malaysia. Satu lagi isu Yang Berhormat Menteri kalau kita ada peluang.
Yang Berhormat, yang ini sudah berucap Yang Berhormat.
Ini soal kecil dalam... No. Dalam Rancangan Malaysia mengatakan bahawa golongan kaum India akan mendapati 3% ekuiti di dalam negara ini, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Akan tetapi dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh langsung tidak ada apa-apa perbincangan dalam itu. So, adakah ini menunjukkan bahawa orang India sudah kaya sekarang ataupun kerajaan meminggirkan kaum India. Please jelaskan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Klang kerana memberi pandangan tentang beberapa isu yang penting. Dalam semua pandangan itu, satu isu yang kita nampak ialah kerajaan masih mempunyai peranan dalam menguruskan ekonomi. Sungguhpun kita telah menyebut bahawa sektor swasta merupakan engine of growth, dengan izin tetapi kerajaan masih mempunyai peranan dan patut juga memainkan peranan yang positif untuk menjana ekonomi.
Isu berhubung dengan infrastruktur. Dari segi ekonomi, Tuan Yang di- Pertua apabila sesebuah negara membangun untuk menjadi sebuah negara maju dalam perjalanan, ada satu tahap dia kena sampai yang diberi, yang dijudulkan sebagai take off stage. Sebelum sampai ke take off stage, negara itu perlu memberi tumpuan dan memberi banyak peruntukan untuk membina infrastruktur. Infrastruktur itu necessary but not sufficient condition untuk mengujudkan kekayaan dan menjana ekonomi. Oleh kerana itulah Kerajaan Malaysia pada tahun 80-an, 70-an, 90-an telah memberi peruntukan begitu banyak untuk mengujudkan infrastruktur jalan, jambatan, port facilities dan lain-lain. Pada masa ini, alhamdulillah kita boleh dianggap sebagai mempunyai infrastruktur yang pada hakikatnya mencukupi. Oleh kerana itulah kita dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh telah memberi fokus kepada kemahiran insaniah, kepada soft skill, kepada kemahiran. Ini juga menjawab mungkin soalan-soalan dari Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Indera Mahkota tentang foreign, investment dan domestic investment. Bila kita buat survey dan tanya apakah yang diperlukan oleh investor sama ada foreign atau domestik untuk mereka melabur di negara kita. Kebanyakan mereka memberitahu di dalam survey bahawa mereka lihat Malaysia mempunyai infrastruktur yang mencukupi, kerajaan yang stabil dan penduduk yang didapati hidup aman damai. Akan tetapi satu perkara yang mereka inginkan dari kita ialah pekerja yang mempunyai kemahiran. Itu yang penting. Kita dalam membuat Rancangan Malaysia Kesepuluh, seperti Yang Berhormat Klang sebut, kita sebut 6% dan yakinkah kita untuk mencapai 6%? Itu satu soalan yang baik. Akan tetapi sebelum membuat Rancangan Malaysia Kesepuluh, Tuan Yang di-Pertua, kita lakukan apa yang dianjurkan oleh agama Islam. Kita bermuhasabah. Kita lihat kepada diri kita sendiri sebelum kritik orang lain dan kita tengok dan kita lihat kepada kelebihan kita, kekurangan kita dan positif dan negatif aspek. Kita lihat bahawa satu aspek yang kita harus memberi tumpuan dalam tahun-tahun mendatang ialah kemahiran. Kita lihat bahawa 23% sahaja daripada penduduk kita yang mempunyai kelulusan pasca SPM. Lebih tinggi dari SPM.
Ini bermaksud 77% dari penduduk kita mempunyai kelulusan SPM atau ke bawah. Dengan kedudukan begini, susah untuk kita meyakinkan pelabur untuk melabur di sini. Oleh kerana itulah Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita merancang dan akan melaksanakan insya-Allah begitu banyak kaedah untuk memastikan bahawa kita melahirkan lebih banyak penduduk dengan kemahiran yang tinggi dan dengan memberi fokus kepada kemahiran insaniah. Satu aspek yang kita memberi fokus ialah vocational training. Kebanyakan ada juga anak-anak kita dan cucu-cucu kita yang tidak begitu berminat dari segi jurusan akademik. Sungguhpun kita pernah dan ada institusi pendidikan yang menawarkan vokasional yang pada masa dahulu tidak diarusperdanakan. Pada masa ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita telah mengujudkan satu sistem vokasional yang akan beri peluang kepada anak- anak kita dan cucu-cucu kita untuk menjadi pekerja yang mempunyai kemahiran yang tinggi tanpa mengikuti jurusan akademik. Itu satu. Kedua yang kita memberi tumpuan dan menjadi satu langkah dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ialah wujudnya Talent Corporation. Kita tahu bahawa 700,000 orang penduduk Malaysia kini berada di New York, di London, di Singapura dan di Hong Kong dan mereka bekerja dengan kerja-kerja yang memerlukan kemahiran, brain sergeant, professional architect, akauntan dan lain- lain. Kita akan menubuhkan Talent Corporation untuk menarik mereka datang balik ke tanah air untuk berkhidmat. Kita yakin bahawa dengan suasana yang ada dan dengan insentif yang kita akan beri, mereka atau sebahagian dari mereka akan datang. Sungguhpun sebahagian dari mereka tidak mungkin akan datang dalam masa sekarang, kita akan menggunakan mereka. Talent Corporation akan menggunakan mereka untuk networking. Untuk menjadi sahabat kita dalam pelbagai hal.
[Bangun]
Jadi yang penting saya ingin sebut di sini ialah pertama, kita telah mengurangkan fokus kepada infrastruktur sebab sudah wujud banyak infrastruktur di negara dan kita kini memberi fokus yang lebih. Fokus yang lebih kepada mengujudkan kemahiran insaniah, kemahiran dalam aspek-aspek vokasional.
[Bangun]
Kita juga akan mengujudkan Talent Corporation dan mengambil tindakan-tindakan yang lain untuk memastikan bahawa kita mempunyai penduduk yang mahir untuk meyakinkan pelabur-pelabur untuk melabur di negara kita.
Yang Berhormat Menteri.
Hendak bagi jalan, Yang Berhormat? Ya, Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya terima pandangan Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa the Malaysian like human capital. Itu saya tidak bercanggah. Saya terima pandangan itu. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri it is not explain mengapa industri-industri tempatan keluar daripada Malaysia. Sebanyak RM50 bilion dalam dua tahun. Walaupun saya terima satu faktor ialah pasaran Malaysia adalah kecil.
Akan tetapi kita tidak ada new growth industries in the economy. Itu satu yang sangat penting dan tolong jawab soalan isu ekuiti India yang 3% ini. Terima kasih
Ekuiti India saya akan jawab kemudian. Tentang aliran keluar pun saya akan jawab kemudian. Saya juga ingin merujuk kepada persoalan Yang Berhormat Permatang Pauh berhubung dengan kenaikan kadar upah berbanding dengan kadar inflasi. Kita lihat bagi tempoh tahun 1980 dan 2007, peningkatan purata kadar upah dalam sektor pembuatan adalah sebanyak 6.7% berbanding dengan kadar inflasi sebanyak 3.08%. Walau bagaimanapun, berikutan dengan kenaikan mendadak harga minyak pada tahun 2008 telah menyebabkan kadar inflasi melebihi peningkatan kadar upah untuk satu tahun sahaja iaitu tahun 2008. Namun begitu, pada tahun 2009, didapati peningkatan kadar upah telah kembali melebihi kadar inflasi. Tuan Yang di-Pertua, peningkatan kadar upah bukan sahaja perlu mengatasi kadar inflasi tetapi juga perlu selari dengan peningkatan produktiviti. Sebagai langkah untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekerja di Malaysia, kerajaan akan memperhebatkan pelaksanaan program peningkatan kemahiran, skill upgrading dan latihan semula pekerja di samping menggalakkan perubahan daripada industri berasaskan buruh yang berproduktiviti rendah kepada industri berasaskan teknologi dan pengetahuan sepertimana yang ditekankan dalam keutamaan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Baru Ekonomi. Dalam masa yang sama, kerajaan sentiasa memastikan kadar inflasi yang rendah. Yang Berhormat Jasin telah minta penjelasan apakah rasional kerajaan dalam polisi Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk mengurangkan peruntukan pembangunan fizikal dan saya telah jawab tadi.
Yang Berhormat Sungai Siput telah membangkitkan bahawa EPU menganggarkan KDNK sebanyak 6% dan sama ada agenda pembangunan ekonomi negara akan menjejaskan alam sekitar. Kerajaan bertanggungjawab untuk memulihara alam sekitar secara mampan dan kerajaan tidak akan mengabaikan perkara ini. Anugerah kekayaan semula jadi negara yang begitu unik dan pelbagai bukan sahaja harus dipelihara tetapi, dipergunakan sebaiknya untuk menyokong aktiviti ekonomi negara. Pelaksanaan pelbagai dasar yang telah digubal antaranya Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Teknologi Hijau Negara, Dasar Penubuhan Iklim akan menjurus kepada penggunaan sumber secara mampan dengan menitikberatkan aspek-aspek alam sekitar. Yang Berhormat Gombak mohon penjelasan mengapa negara beralih daripada sektor pembuatan kepada sektor perkhidmatan. Ini memang tidak berlaku. Kerajaan memberi penumpuan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang berpotensi untuk menyumbang kepada ekonomi. Ini termasuk semua sektor iaitu sektor pertanian, perlombongan, pembuatan E&E, minyak dan gas hiliran, minyak sawit hiliran dan perkhidmatan. Yang Berhormat Kuala Selangor tadi telah memohon penjelasan tentang aliran keluar pelaburan warga tempatan. Ini memang benar dan kita akan berusaha untuk memastikan bahawa mereka juga melabur dalam negara. Akan tetapi apabila sebuah syarikat Malaysia melabur di luar negara sungguhpun dari jangka masa singkat kita nampak sebagai rugi tetapi, dari jangka masa lama ada kebaikan juga sebab kita dapat dividen, kita dapat teknologi dan lain-lain. Tidak semestinya dipandang sebagai negatif.
Juga peningkatan kesejahteraan masyarakat India...
Menteri.
Tidak saya tidak beri, sebab masa sudah tidak sempat.
Menteri Kuala Selangor, soalan tadi.
Minta maaf saya kena jawab soalan asal dahulu.
Yang Berhormat.
Apa takut sangat.
Saya ingin dalam isu ..
Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan Yang Berhormat.
Dalam isu meningkatkan taraf sosioekonomi kaum India dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita telah menyediakan bekalan air yang dirawat kepada 182 ladang yang berkeluasan kurang 1,000 ekar yang terletak kurang lima kilometer daripada saluran paip utama dengan peruntukan sebanyak RM109 juta bagi tempoh dua tahun 2011- 2012. Program Pemilikan Ekuiti secara berterusan melalui Amanah Saham 1Malaysia bernilai RM312 juta, Amanah Saham Wawasan bernilai RM372 juta, Amanah Saham Bandar bernilai RM10 juta, Program Bantuan Perumahan terutama dalam kalangan isi rumah berpendapatan 40% terendah. Peluang menceburi bidang pekerjaan melalui latihan-latihan kemahiran dan juga peluang untuk menceburi aktiviti perniagaan dan keusahawanan kecil dan mikro melalui program yang akan disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga...
Tentang ekuiti Menteri.
Minta maaflah.
Ekuiti bumiputera ini.
Saya kena jawab soalan asal.
Yang Berhormat Menteri...
Ekuiti bumiputera penting ini.
Menteri.
Nanti saya jawab dahulu.
Menteri saya mengatakan bahawa kebanyakan orang India tidak lagi dekat plantation dia dekat kawasan urban sekarang.
Yang Berhormat.
Saya juga ingin merujuk kepada Yang Berhormat Ampang yang telah membangkitkan bahawa Rancangan Malaysia Kesepuluh tidak memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi kaum wanita. Suka saya mengambil kesempatan ini untuk memperjelaskan isu yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ampang adalah tidak tepat. Sebab semua dasar, semua pendekatan, semua langkah yang telah direncanakan merentasi batasan gender, batasan etnik, batasan geografi. Sebenarnya KP, EPU Dato' Noriyah binti Ahmad merupakan Pengarah yang bertanggungjawab ke atas RMKe-10. Beliau dibantu oleh kakitangan yang majoritinya adalah kaum wanita. Oleh itu adalah mustahil Rancangan Malaysia Kesepuluh hanya direncanakan untuk lelaki, mustahil. Sebenarnya disediakan oleh wanita dan lelaki tetapi majoriti wanita untuk wanita dan lelaki. Inilah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada Yang Berhormat Permatang Pauh dalam ucapan beliau. Sungguhpun tidak ada saya kena sebut. Beliau telah merujuk kepada satu kajian yang dibuat oleh Charles Violin seorang akademik tentang enam prasyarat untuk sebuah ekonomi berkembang. Saya ingin merujuk Tuan Yang di-Pertua, kalau diizinkan kepada satu laporan Growth Commission. Growth Commission ini adalah berkaitan dengan World Bank dan dia mengeluarkan Growth Report pada tahun 2008. Dalam Growth Report yang dikeluarkan oleh Growth Commission, Growth Commission ini dianggotai oleh 22 ahli yang terdiri daripada tokoh terkemuka dunia dalam sektor awam dan juga ahli yang memenangi Anugerah Nobel. Dalam laporan Growth Report Malaysia merupakan sebuah negara di antara hanya 13 buah negara yang telah mencapai pertumbuhan ekonomi melebihi 7% untuk tempoh sekurang-kurangnya 25 tahun sejak tahun 1950. Hanya 13 negara dan Malaysia merupakan satu antara 13 negara. Mengikut suruhanjaya tersebut telah merumuskan bahawa terdapat lima faktor persamaan untuk 13 negara. Lima faktor: (i) keterbukaan kepada ekonomi global. Memang Malaysia mempunyai nisbah perdagangan berbanding KDNK yang di antara tertinggi di dunia hampir 12%; (ii) kestabilan ekonomi mikro. Memang kadar inflasi di Malaysia terus terkawal dan kewangan awam diuruskan secara mampan; (iii) berorientasikan masa hadapan dengan pelaburan dan tabungan yang tinggi. Malaysia kekal mempunyai kadar tabungan saving rate melebihi 40% dan reserve antarabangsa yang tinggi; (iv) pengagihan dan penggemblengan sumber secara sihat khasnya berasaskan pasaran. Malaysia diiktiraf berjaya mengimbangkan pasaran ekonomi yang moden dengan dasar ekonomi yang pragmatik; (v) kepimpinan yang berkeupayaan dan komited untuk mencapai pertumbuhan dan pembangunan secara inclusive... [Disampuk] Ini bukan saya kata, Growth Commission Report…
Bagi laluan...
FELDA punya orang, FELDA.
Mereka kata kepimpinan yang berkeupayaan dan komited untuk mencapai pertumbuhan dan pembangunan secara inclusive.
Duduklah!...
Apa jadi FELDA, Sime Darby.
Kerajaan Barisan Nasional sedang berpegang kepada dasar ekonomi yang berasaskan pertumbuhan dengan pengagihan.
Soalan, soalan terakhir boleh?
Kelima-lima asas tersebut telah dipraktikkan di Malaysia.
Dengar jawapan dahulu Yang Berhormat.
Boleh?
Tuan Yang di-Pertua, kita ada mungkin...
Soalan, soalan ringkas sahaja boleh?
Satu sahaja.
Ahli-ahli Yang Berhormat, minta diam Yang Berhormat.
Mungkin ada soalan-soalan yang tidak saya tidak jawab tetapi percayalah telah dicatat oleh pegawai dan akan diberi tumpuan dan pertimbangan. Terima kasih.
Bankraplah.
Satu soalan.
Terima kasih Yang Berhormat.
Ada duit! Tadi baru sahaja kata tidak ada duit.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Rancangan Malaysia Kesepuluh oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu dipersetujui. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Usul — MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3) Timbalan Menteri Pelancongan [Dato' Dr. James Dawos Mamit]: TuanMotion
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ucapan-Ucapan Penangguhan — Pavilion Malaysia di Ekspo Shanghai Gagal Menonjolkan Imej MalaysiaAdjournment
[Dewan riuh] Sila duduk dahulu, dengar. Tuan Yang di-Pertua, Expo Dunia masih berlangsung di Shanghai. Selepas Pavilion Malaysia didirikan, Menteri Pelancongan kita telah banyak membuat kenyataan yang positif dan warga Malaysia diberitahu kononnya Pavilion Malaysia kita ini dipilih sebagai 15 Pavilion yang terbaik di Expo Dunia tersebut. Akan tetapi bagi ramai warga Malaysia yang pernah pergi ke Expo Dunia kali ini, mereka berkongsi pandangan yang sama dengan saya iaitu Pavilion Malaysia cantik dari segi reka bentuk luarannya tetapi agak kosong dari segi dalamannya. Maksudnya Pavilion Malaysia ini memang telah gagal menonjolkan imej dan nama baik Malaysia dalam Expo Dunia ini, malah kalah dengan Pavilion negara jiran kita di rantau Asia. Tuan Yang di-Pertua, saya diberitahu bahawa terdapatnya banyak kecacatan dalam bangunan Pavilion Malaysia. Ini termasuk; (i) selalu berlaku pemotongan aliran elektrik ataupun black out di dalam Pavilion tersebut; (ii) terdapatnya masalah kebocoran bumbung di mana bangunan itu selalu dimasuki air menyebabkan banjir kecil apabila berlakunya hujan lebat; (iii) Pavilion Malaysia hanya mempunyai satu tangga bagi pelawat naik dan turun ke tingkat satu sahaja. Design seperti ini menyebabkan tangga tersebut terlalu sesak dan menjejaskan aliran trafik pelawat Pavilion tersebut; dan (iv) makanan yang dijual di Pavilion Malaysia memang tidak membayangkan makanan Malaysia kerana tukang masak memang bukan dari Malaysia dan dia memang tidak tahu cara memasak makanan Malaysia. Di sini saya ingin tanya Kementerian Pelancongan, bilakah pegawai kementerian menandatangani surat penerimaan ataupun hand over daripada
kontraktor? Bilakah Pavilion Malaysia mendapat sijil kelayakan ataupun Certificate of Fitness daripada Majlis Bandaraya Shanghai? Siapakah kontraktor yang membina Pavilion Malaysia yang penuh dengan kecacatan pembinaan tersebut dan apakah latar belakang syarikat tersebut? Saya difahamkan bahawa syarikat kontraktor yang membina Pavilion tersebut merupakan sebuah syarikat yang menjual ubat dan bukannya syarikat kontraktor yang mahir dalam bidang pembinaan. Apakah ini benar? Apakah kementerian pernah meminta tender daripada syarikat kontraktor untuk membina Pavilion Malaysia? Apakah jumlah kos perbelanjaan pembinaan Pavilion Malaysia tersebut dan berapakah variation order setakat ini? Saya melawat lebih kurang 20 Pavilion di Expo Dunia di Shanghai tersebut. Banyak Pavilion di negara asing termasuk negara jiran kita berjaya menggunakan Pavilion mereka untuk menyampaikan sejarah, budaya, imej, dasar, produk pengeluaran dan tempat pelancongan di negara masing-masing kepada para pelawat. Akan tetapi kesannya selain daripada kecacatan dari segi pembinaan tersebut, pihak Kementerian Pelancongan telah menjadikan Pavilion Malaysia sebagai pameran MIDA atau MATRADE yang bertujuan untuk mempromosikan jualan produk Malaysia, tetapi gagal menggunakan Pavilion ini untuk menerangkan sejarah, dasar, imej dan keunikan Malaysia di dunia sebagaimana yang dilakukan oleh Pavilion jiran kita di Asean seperti Pavilion negara Thailand, Indonesia dan Singapura yang mana telah menunjukkan sejarah, budaya dan teknologi mereka melalui multimedia dan teknologi baru. Akhirnya, saya juga merasa kecewa di mana pihak pengurusan Pavilion Malaysia telah gagal membantu para VIP dan wakil rakyat yang melawat Expo Dunia Shanghai untuk mendapat kemudahan tanpa beratur untuk melawat Pavilion negara lain. Di banyak Pavilion negara asing yang saya pergi, pihak pengurusan Pavilion asing ini berkata, mereka hanya perlu satu surat ataupun e- mail daripada Pavilion Malaysia dan kami tidak perlu beratur. Akan tetapi apabila kami bertanya kepada pihak Pavilion Malaysia, kami tidak diberi kemudahan seperti ini. Saya berharap pihak pengurusan Pavilion Malaysia sedar bahawa mereka memainkan peranan kedutaan Malaysia dalam forum dunia ini dan mereka ada tanggungjawab untuk membantu wakil rakyat tanpa mengira perbezaan parti politik. Sekian, terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar bahawa Astaka Malaysia di Expo Dunia Shanghai gagal menonjolkan imej dan nama baik Malaysia. Ini adalah kerana Astaka Malaysia telah menonjolkan destinasi pelancongan yang menarik, sejarah, kepelbagaian kebudayaan rakyat Malaysia yang dikenali sifat peramah dan berbudi bahasa yang hidup dengan harmoni dalam konsep 1Malaysia. Konsep Astaka Malaysia juga menonjolkan tema kehidupan nyaman dalam bandar raya penuh dengan persekitaran alam semula jadi. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 184 buah Astaka yang telah dibina di Expo Dunia Shanghai. Reka bentuk dan isi kandungan setiap astaka adalah berlainan mengikut negara yang menyertainya. Terdapat astaka diselaraskan oleh sektor pelancongan negara masing-masing seperti Malaysia dan Filipina, manakala ada yang diselaraskan oleh sektor perdagangan dan lain-lain.
Ini menyebabkan tumpuan setiap astaka berlainan dari segi teknologi, tonjolan gaya hidup negara masing-masing, sejarah dan pelancongan. Oleh yang demikian, adalah tidak adil jika Yang Berhormat menilai dan membuat perbandingan berdasarkan lebih kurang 20 astaka yang telah Yang Berhormat lawati. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan maklumat yang diterima oleh Yang Berhormat Seputeh bahawa terdapat banyak kecacatan dalam bangunan Astaka Malaysia, ia adalah tidak benar. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat perbezaan antara pemotongan aliran elektrik dengan black out. Sukacita dimaklumkan bahawa Astaka Malaysia tidak pernah mengalami pemotongan bekalan elektrik. Berhubung dengan black out, astaka-astaka negara lain turut mengalami perkara yang sama. Ini berlaku semasa tempoh life commissioning di mana sistem dan peralatan dibekalkan diuji dan diubahsuai bagi memastikan kelancaran perjalanan astaka. Perkara ini telah dapat diatasi dan tidak berlaku lagi sehingga kini. Manakala tentang kebocoran bumbung, ingin dinyatakan bahawa tiada sebarang kebocoran pada bumbung yang berlaku di dalam bangunan Astaka Malaysia. Namun demikian, terdapat tempias air hujan di kawasan pentas persembahan (performance stage) dengan izin, yang terletak di luar bangunan di mana palung hujan ataupun gutter didapati tidak dapat menampung kapasiti air hujan semasa berlakunya hujan lebat luar biasa berserta tiupan angin. Perkara ini telah dibaiki oleh pihak kontraktor bagi memastikan persembahan tarian Malaysia tidak terjejas. Kontraktor juga telah dikehendaki untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku sebarang kecacatan dan kerosakan sepanjang tempoh berlangsungnya World Expo 2010 ini tanpa mengenakan sebarang kos tambahan. Berkenaan dengan reka bentuk Astaka Malaysia yang mempunyai satu tangga untuk pelawat naik dan turun, ia adalah kerana keluasan untuk membina astaka adalah terhad kepada 2,000 meter persegi.
Maka reka bentuk Astaka hanya membolehkan pembinaan satu tangga utama untuk menampung kegunaan 150 orang pengunjung Astaka pada satu-satu masa. Namun terdapat juga dua tangga keselamatan yang boleh digunakan secara serentak sekiranya berlaku kesesakan yang teruk. Selain daripada itu, terdapat juga dua buah lif untuk digunakan oleh mereka yang memerlukannya seperti golongan kurang upaya. Ingin dimaklumkan di sini bahawa reka bentuk berhubung kedudukan, lebar dan had beban tangga serta aliran trafik dan pelan keluar dari Astaka ini telah pun mendapat kelulusan daripada pihak keselamatan dan teknikal World Expo Bureau. Di samping itu, pegawai keselamatan World Expo Bureau yang membuat lawatan harian ke setiap Astaka juga tidak membangkitkan sebarang isu berhubung tangga yang disediakan di Astaka Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan makanan yang dijual di Astaka Malaysia, Kementerian Pelancongan telah membuat penilaian dan mengambil langkah bagi meningkatkan mutu makanan yang disediakan. Kementerian Pelancongan akan terus mengawasi situasi dari masa ke semasa dan tidak akan teragak-agak untuk menamatkan kontrak operator restoran jikalau makanan yang dihidangkan tidak mencapai jangkaan. Namun demikian, operator restoran turut memaklumkan bahawa cara penyediaan makanan telah diubahsuai supaya bersesuaian dengan cita rasa tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan melalui Tourism Malaysia Shanghai telah menerima Astaka Malaysia daripada kontraktor pada 30 April 2010 iaitu sebelum Astaka Malaysia dibuka pada 1 Mei 2010 dengan syarat segala kecacatan yang mungkin dikenal pasti nanti akan diambil tindakan oleh pihak kontraktor. Kementerian Pelancongan juga telah mengemukakan permohonan certificate of fitness dengan izin, kepada penganjur World Expo Bureau 2010. Surat kebenaran telah pun diterima daripada World Expo Bureau. Kementerian Pelancongan sendiri amat tegas dalam memastikan Astaka yang dibina adalah mematuhi syarat teknikal dan keselamatan yang telah ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang telah dimaklumkan di Dewan yang mulia sebelum ini, pelantikan kontraktor Venturepharm Asia Sdn. Bhd. adalah berpandukan prosedur pelantikan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kewangan. Iklan tawaran tender terbuka telah disiarkan di News Straits Times dan Utusan Malaysia pada 12 Mei 2009. Syarikat Venturepharm Asia Sdn. Bhd. telah pun dilantik pada 22 Jun 2009 dengan kelulusan Lembaga Tender kerana memenuhi semua syarat yang dikenakan oleh Arahan Perbendaharaan dan Kementerian Pelancongan termasuklah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dengan rekod bidang kerja 220204 iaitu Pengurusan Pameran dan Pentas. Lembaga Perolehan Agensi juga telah memutuskan bahawa tiada perubahan kerja ataupun variation order dibenarkan. Bagi pembinaan Astaka Malaysia, RM20 juta telah diperuntukkan di mana kos ini adalah termasuk kos reka bentuk, membina, menyelenggarakan dan merobohkan Astaka setelah selesai tempoh pameran.
Yang Berhormat, panjangkah Yang Berhormat?
Jika dibandingkan, satu muka setengah lagi.
Yang Berhormat, usul penangguhan hanya terhad kepada 30 minit sahaja dan ada dua usul penangguhan. Sebab itu kalau Yang Berhormat makan masa lebih daripada 15 minit, maknanya usul penangguhan kedua itu akan kurang daripada 15 minit. Saya cadangkan...
Tuan Yang di-Pertua, saya mesti menjawab pertanyaan.
Saya tahu tetapi saya beritahu tentang peraturan mesyuarat only allow 30 minutes for usul penangguhan, so there are two usul penangguhan now. You can cut short sedikit ataupun serahkan secara bertulis.
Okey, kalau sudah melebihi 15 minit, saya akur dengan arahan Tuan Yang di-Pertua. Sekian terima kasih, kalau hendak dapat, ini dia. Terima kasih Yang Berhormat Seputeh.
Kegiatan ‘Ah long’ Kian Berleluasa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kemerosotan ekonomi yang melanda Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini ditambah dengan faktor kenaikan harga pelbagai barang, minyak dan perkhidmatan menjadikan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah tertekan. Sementara prosedur pinjaman bank yang terlalu ketat memaksa ramai golongan pekerja yang tertekan terpaksa membuat pinjaman dengan ceti haram, Ah long yang dikatakan menindas dengan kekerasan termasuk membunuh peminjam yang enggan membayar pinjaman. Setiap hari di sana sini akhbar tempatan melaporkan pelbagai kisah tentang tindakan keras yang dilakukan Ah long ke atas peminjamnya yang enggan melunaskan hutang. Pada tahun 2008, sebanyak 280 kes telah dilaporkan dan disiasat di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kerana menjalankan aktiviti memberi pinjaman wang tanpa lesen. Manakala sepanjang tahun 2009, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah membuka sebanyak 484 kertas siasatan di bawah seksyen 5(2) akta tersebut. Kes-kes pinjaman dengan ceti haram telah melonjak 37% dalam tempoh masa setahun. Ini adalah amat merisaukan. Akan tetapi apa yang lebih mengecewakan adalah walaupun kes-kes pinjaman wang tanpa lesen telah meningkat dengan begitu dahsyat pada tahun 2008, hanya 31 orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan Ah long telah ditangkap dengan kata lain hanya 11% kertas siasatan yang dibuka telah diambil tindakan. Sama bagi tahun 2009, antara 484 kertas siasatan yang dibuka di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang, sembilan kes masih di dalam perbicaraan mahkamah. Manakala antara 578 kes yang melibatkan kegiatan Ah long di bawah Kanun Keseksaan yang dilaporkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah bagi tahun 2009 hanya 70 kes tangkapan telah dibuat iaitu 12% dan lapan kes di dalam perbicaraan mahkamah iaitu 1.4%. Sebagai kesimpulan, hanya kurang daripada 15 kes yang dilaporkan di balai polis akan mendatangkan tindakan positif dari pihak PDRM. Jadi soalan saya, buat apa rakyat kita membuat laporan di balai polis? Sebanyak 85% daripada mereka yang membuat laporan, tidak akan mendapat bantuan daripada pihak polis. Menteri Dalam Negeri sentiasa menyatakan bahawa mereka memandang serius kes-kes jenayah melibatkan Ah long dan mereka telah mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan Ah long. Akan tetapi mengikut statistik mulai 2007 sehingga 31 Oktober 2009, hanya 21 tangkapan yang telah dibuat dan dituduh di mahkamah di bawah seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang, tidak sampai satu orang yang dibawa ke mahkamah di bawah akta tersebut setiap bulan di seluruh Malaysia. Adakah ini usaha serius PDRM ataupun cakap kosong sahaja?
Jadi saya minta penjelasan daripada KDN apakah pendekatan kerajaan dalam menangani kemelut ini. Bagaimana KDN boleh memastikan bahawa mangsa-mangsa kekerasan Ah long boleh dikurangkan dan mereka akan mendapat perlindungan yang mencukupi daripada pihak polis.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Serdang berkenaan isu dan permasalahan yang berkaitan dengan kegiatan pemberi pinjam wang tanpa lesen, Ah long ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berusaha membanteras gejala pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau Ah long. PDRM telah mewujudkan pasukan petugas khas (task force) bagi menangani kes-kes Ah long. Penubuhan task force ini didapati lebih efektif kerana pihak PDRM khususnya dapat mengendalikan kes- kes Ah long secara spesifik, mempercepatkan siasatan dan menerima banyak aduan daripada orang ramai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peningkatan siasatan kes di bawah seksyen 5(2), Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951 adalah disebabkan peningkatan jumlah laporan polis yang dibuat oleh: (i) orang ramai yang telah menerima ancaman atau ugutan daripada Ah long Ahli keluarga atau kenalan yang menerima ancaman atau ugutan disebabkan peminjam telah melarikan diri kerana gagal membayar balik pinjaman; dan (ii) laporan polis yang dibuat oleh pegawai-pegawai polis yang membuat serbuan dan pemeriksaan di premis- premis yang disyaki menjalankan kegiatan Ah long. Namun begitu, terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh PDRM dalam mengendalikan siasatan di bawah seksyen 5(2), APPW 1951. Masalah yang timbul di pihak pengadu adalah seperti: (i) pengadu bukan daripada kalangan peminjam atau mangsa dan tidak memberikan maklumat berkaitan Ah long; (ii) pengadu atau mangsa menarik balik laporan polis setelah menjelaskan pinjaman; (iii) pengadu atau mangsa mahu membuat penyelesaian di luar mahkamah; (iv) pengadu atau mangsa tidak dapat dikesan atau menghilangkan diri setelah membuat laporan polis; (v) pengadu gagal mengecam suspek ketika kawad cam dijalankan; (vi) pengadu enggan bekerjasama semasa siasatan dijalankan berikutan pinjaman tersebut telah diselesaikan; dan (vii) tidak dapat mengaitkan hubungan di antara pekerja pejabat, pemungut hutang dan pengugut dengan pemberi pinjam wang (Ah long). Selain itu, masalah juga timbul dalam menjejaki suspek Ah long seperti: (i) pembayaran balik pinjaman melalui akaun bank yang dibuka atas nama individu lain;
(ii) pembayaran balik pinjaman secara tunai; (iii) suspek menggunakan identiti atau kad pengenalan orang lain semasa mendaftar talian telefon; (iv) tidak mempunyai daftar pemilik telefon bimbit bagi tahun 2005 hingga 2007 atau talian telefon telah ditamatkan perkhidmatan; (v) suspek kebanyakannya menggunakan nama samaran sahaja; dan (vi) suspek mastermind atau pemilik syarikat Ah long berjaya melarikan diri ke luar negara semasa siasatan dijalankan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat juga suspek yang telah dikenal pasti tetapi tidak dapat dituduh kerana kekurangan bukti. Bagi kes-kes seperti ini, senarai nama mereka akan dimajukan ke Bahagian Operasi Risikan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman untuk tindakan di bawah undang-undang pencegahan. Mengikut undang-undang pencegahan, suspek yang tidak dapat dituduh di mahkamah boleh dikenakan perintah sekatan atau tahanan di bawah Ordinan Darurat (OD) dan Akta Kediaman Terhad (AKT). Laporan statistik yang dilaporkan oleh PDRM bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 adalah seperti berikut |Ta h u n|Akta OD | |Akta AKT| | |----------:|--------|--------|--------|--------| | 2008|Jenis |Bilangan|Jenis |Bilangan| | |Kes Fail|1 |Kes Fail|22 | | |Tahanan |1 |Tahanan |0 | | |Sekatan |0 |Sekatan |10 |<END_TABLE_MARKER> |2009|Kes Fail|29 |Kes Fail|26 | |----|--------|--:|--------|--:| | |Tahanan | 16|Tahanan | 0| | |Sekatan | 2|Sekatan | 1|<END_TABLE_MARKER> |2010 (hingga Mei)|Kes Fail Tahanan Sekatan|35 |Kes Fail|19 | |------------------|--------------------------|--:|--------|--:| | | | 2|Tahanan | 0| | | | 10|Sekatan | 5|<END_TABLE_MARKER> PDRM melakukan pelbagai usaha di dalam membanteras aktiviti berkaitan Ah long seperti Ops Jerung Putih dan Ops Jerung Perdana. Selain itu, PDRM juga bekerjasama dan berganding bahu dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pihak berkuasa tempatan dalam elemen penguatkuasaan, pencegahan dan kempen-kempen memerangi kegiatan Ah long. Antara aktiviti bersepadu yang dijalankan adalah penganjuran seminar, ceramah dan wawancara dengan media massa. Kerjasama ini bertujuan
menimbulkan kesedaran orang ramai supaya tidak meminjam daripada Ah long dan supaya mangsa tampil membuat laporan polis. Berdasarkan fakta yang digariskan di atas, jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan tidak akan berkompromi dan sentiasa tegas terhadap Ah long di negara ini demi memastikan kegiatan-kegiatan haram ini berjaya dikekang dan dihapuskan sehingga ke akar umbi selain memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis 1 Julai 2010. Dewan ditangguhkan pada pukul 6.38 petang.