Dewan Rakyat · 8 July 2010

15th Parliament, session 3, meeting 2 · 702 turns · 38,437 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mohon izin sebelum ini Tuan Yang di-Pertua bahawa Yang Berhormat Sibuti meminta saya menyampaikan salam kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan beliau mengucapkan terima kasih atas segala pertolongan dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak semalam. Jadi, saya ingin hendak berpantun Tuan Yang di-Pertua. Rakyat Sarawak, Brunei, Labuan dan Sabah adalah berkeluarga, Rapatkanlah perhubungan dengan berbuat sesuatu, Janganlah hanya sebatang sungai menjadi sanggamara, Mohon dijawab soalan saya nombor satu.

Hasbi bin HabibollahPBB · GPSLimbang · question

1. Tuan Haji Hasbi bin Habibollah [Limbang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan bilakah kerajaan akan berunding dengan Kerajaan Brunei Darussalam untuk membina Jambatan Sungai Pandaruan, Limbang memandangkan kepentingan hubungan dengan negara jiran, negara Brunei Darussalam.

Datuk Richard Riot anak JaemSUPP · GPSTimbalan Menteri Luar Negeri II · Serian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Limbang. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Izinkan saya untuk membalas pantun Yang Berhormat Limbang. 1Malaysia negara kita, Anugerah Tuhan aman sentosa, Yang Berhormat berpantun budaya kita, Soalan dari Yang Berhormat Limbang inilah jawapannya. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Limbang ke atas soalan yang telah dikemukakan. Malaysia sentiasa menganggap Brunei sebagai sahabat yang akrab dan jiran yang

Datuk Richard Riot anak JaemSUPP · GPSTimbalan Menteri Luar Negeri II · Serian

penting. Malaysia amat berpuas hati dengan tahap perhubungan baik yang sedia terjalin di antara kedua-dua negara dan akan meningkatkan lagi hubungan dua hala demi keberuntungan bersama. Untuk makluman Yang Berhormat, isu pembinaan Jambatan Sungai Pandaruan, ini adalah di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya. Walau bagaimanapun, saya ingin memaklumkan bahawa isu berkenaan pembinaan jambatan tersebut masih di dalam peringkat perbincangan antara Malaysia dan Brunei. Kementerian Luar Negeri akan terus memasukkan isu tersebut di dalam perkara-perkara yang akan dibangkitkan semasa acara rundingan tahunan antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Sri Paduka Baginda Sultan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang akan diadakan pada akhir tahun ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini ada sedikit sejarah Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 1890 Charles Brooke telah membeli pajakan lembah Sungai Pandaruan, sungai selepas Sungai Limbang, dari ‘Mr. Everret’ yang telah membeli kawasan itu pada tahun 1884. Bagaimanapun hanya pada tahun 1920, satu perjanjian di antara Brooke dan Kesultanan Brunei telah menyelesaikan semua masalah pemilikan kawasan Sungai Pandaruan. Jadi, memandangkan persempadanan di Sungai Pandaruan adalah jelas dan clear cut dengan izin, yakni sungai itu sendiri menjadi sempadan berbanding dengan Sungai Limbang. Apakah Kerajaan Malaysia bersama-sama dan melalui Kerajaan Negeri Sarawak boleh mencadangkan kepada Negara Brunei Darussalam agar untuk mengadakan atau pun membangunkan bersama sempadan tersebut termasuklah pembinaan jambatan itu sendiri. Dengan kata lain mewujudkan Pekan Sahabat atau sempadan untuk kebaikan, keuntungan kedua-dua negara dan untuk memastikan sempadan ini akan sentiasa dibuka dan digunakan oleh generasi- generasi yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Limbang. Fakta sejarah itu, terima kasih kerana telah membawa ke Dewan yang mulia ini iaitu tentang fakta sejarah tadi. Cadangan oleh Yang Berhormat Limbang untuk mewujudkan sempadan Pekan Sahabat termasuklah pembinaan jambatan di Sungai Pandaruan ini adalah satu cadangan yang amat baik dan kita di kementerian amat mengalu-alukan cadangan itu. Ini kerana kita percaya ia bukan sahaja dapat mewujudkan lagi perhubungan yang amat akrab di antara rakyat dengan negara Brunei Darussalam. Bahkan ia dapat mencipta lagi satu sejarah iaitu dengan memberi lebih ruang kepada rakyat Malaysia, khususnya di negeri Sabah, Sarawak dan rakyat di negara Brunei Darussalam kerana kita percaya dengan pembinaan bukan sahaja jambatan ini, bahkan seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Limbang tadi membina pekan iaitu salah satu usaha sama Malaysia dengan negara jiran, Brunei Darussalam. Satu sejarah akan tercipta dan pembinaan pekan ini bagi saya akan dapat menguntungkan rakyat di kedua-dua negara khususnya rakyat di Sabah, Sarawak dan negara Brunei. Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, merujuk kepada Limbang tetapi kita juga tahu – sementara kita bersyukur kepada Allah SWT kerana hubungan Malaysia-Brunei masih akrab, tetapi percanggahan tuntutan Brunei ke atas Limbang belum selesai. Kita dimaklumkan di Dewan Rakyat ini oleh Yang Berhormat Menteri Luar bahawa Brunei bersetuju untuk menyelesaikan dan menarik balik tuntutan itu setelah kita menyerahkan Blok L dan M. Saya telah kemukakan di Dewan ini surat dan kenyataan Menteri Luar Brunei yang mempertikai kenyataan Yang Berhormat Menteri Luar itu bahawa Brunei dalam isu Blok L dan M belum membuat sebarang kenyataan muktamad menarik balik tuntutan ke atas Limbang. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat dari Permatang Pauh. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, soalan supplementary yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Permatang Pauh adalah terkeluar dari soalan asal. Oleh yang demikian, khususnya – oleh sebab saya sebenarnya semasa ucapan penggulungan saya dalam membahaskan bagi menjawab soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan mengenai Rancangan Malaysia Kesepuluh telah dijawab dengan jelasnya. Begitu juga dengan jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri mengenai soalan yang sama juga yang telah diajukan oleh Yang Berhormat dari Permatang Pauh pada 7 Jun yang lepas. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berhasrat untuk menjawab soalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat dari Permatang Pauh. Sekian, terima kasih. [Soalan No. 2 – Y.B. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud (Kota Raja) tidak hadir]

Mohamed Nasir bin Ibrahim FikriUMNO · BNKuala Nerus · question

3. Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah rancangan kerajaan untuk meningkatkan output pertanian di negeri-negeri yang pertanian merupakan aktiviti utamanya.

Tuan Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II · Labis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan nombor tiga yang dibangkitkan ini, saya akan jawab. Tuan Yang di-Pertua, perancangan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi meningkatkan output pertanian termasuk di negeri- negeri yang pertanian merupakan aktiviti utamanya adalah melalui kaedah:- (i) pelaksanaan lima projek berimpak besar (high impact projects) iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Ladang Kontrak, Pusat Fidlot Nasional, Zon Industri Akuakultur dan pembangunan 15,000 usahawan industri asas tani; (ii) menyediakan peruntukan bagi penyelenggaraan parit, tali air, perataan tanah, memberi baja tambahan, racun perosak, kapur dan sebagainya bagi meningkatkan pengeluaran padi; (iii) meningkatkan produktiviti melalui hasilan penyelidikan dan pembangunan yang dipindah dan dikomersialkan kepada golongan sasar seperti prioriti baka bibit yang

Tuan Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II · Labis

berkualiti tinggi dan rintang penyakit serta penggunaan mekanisme dan automasi dalam operasi pertanian; (iv) pemberian insentif pengeluaran bagi membantu pengusaha mengurangkan beban kenaikan harga input pertanian supaya mereka terus terlibat dalam aktiviti pengeluaran makanan; (v) penyediaan perkhidmatan pengembangan latihan kemahiran dan keusahawanan bagi membantu golongan sasar meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran; (vi) pembangunan rangkaian pemasaran melalui pusat pengumpulan dan pengedaran serta pasar tani bagi memastikan petani, penternak dan nelayan memperoleh harga jualan yang berpatutan; dan (vii) penyediaan pinjaman mudah dengan kadar faedah yang kompetitif melalui Agrobank dan TEKUN untuk menggalakkan pelaburan dalam sektor makanan dalam negara. Sekian, terima kasih.

Datuk Mohd. Nasir Ibrahim FikriUMNO · BNKuala Nerus

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Kita dapati Malaysia tidak bermasalah untuk menghasilkan produk pertanian yang berkualiti tetapi kita berhadapan dengan masalah pemasaran produk pertanian kita sendiri. Apakah langkah kementerian dalam memastikan pemasaran produk pertanian kita agar ia lebih meluas dan lebih berkesan? Terima kasih.

Tuan Chua Tee YongMCA · BNLabis

Terima kasih atas soalan tambahan. Mengenai pemasaran, kita di bawah FAMA telah mengadakan program 3P iaitu untuk menggredkan, selepas itu pembungkusan dan pelabelan. Ini adalah satu usaha untuk meningkatkan pasaran kita supaya kualiti barangan dapat ditingkatkan. Walau bagaimanapun, pelbagai usaha dan taklimat sedang dijalankan untuk memastikan petani-petani atau penternak-penternak dapatlah bersedia untuk pelaksanaan 3P ini agar ia dapat mematuhi peraturan-peraturan atau undang-undang yang diperlukan untuk sesuatu dieksport. Sekian, terima kasih.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah sudah jadi kepada keputusan kerajaan yang mana diumumkan tidak berapa lama dahulu bahawa orang Melayu akan dibenarkan memajak tanah rizab Melayu yang terbiar kepada bukan Melayu sehingga 60 tahun? Apakah tindakan kerajaan menolong tanah- tanah yang – oleh kerana pengagihan harta pusaka didapati terlalu ramai orang yang memiliki tanah itu dan mengakibatkan tanah terbiar. Saya dapati memang Kanun Tanah Negara telah dipinda dahulu pada tahun 1980an untuk memastikan setiap orang mesti memiliki seekar tanah pertanian. Akan tetapi baru-baru ini difahamkan Pejabat Tanah membenarkan perintah pengagihan antara waris-waris yang bahagiannya kurang daripada satu ekar. Maksudnya, apakah rancangan tindakan kerajaan untuk memastikan berjuta- juta ekar tanah yang terbiar ini boleh dijadikan tanah pertanian yang produktif dan apakah tindakan yang hendak diambil untuk mengatasi masalah ini?

Tuan Chua Tee YongMCA · BNLabis

Terima kasih atas soalan tambahan. Memang di kementerian kita, kita sedang melihat dari segi pembangunan tanah terbiar. Untuk kes spesifik Yang Berhormat Beruas, saya berharap bolehlah tujukan melalui surat supaya kita dapat secara jelas apakah masalahnya dan melihat cara penyelesaian kerana tanah terbiar haruslah diusahakan untuk meningkatkan produk pertanian kita. Pada tahun 2010, kita diberi peruntukan sebanyak RM41 juta untuk mengusahakan keluasan 2,899 hektar. Maka dari segi tanah terbiar, memang kita sedang melihat untuk mengkaji dan mengusahakan bagi meningkatkan produk pertanian. Sekian, terima kasih.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sudah membuat satu keputusan untuk membenarkan tanah rizab Melayu itu dipajak. [Dewan riuh] Apakah keputusan sekarang? Saya hendak tanya, apakah keputusan sekarang? Adakah ia akan dilaksanakan? Yang Berhormat Menteri tidak tahu polisi ini. Saya hendak dapat satu penjelasan, apakah tindakan yang sedang diambil?

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin ingatkan kembali cara pengendalian perbahasan di House of Commons ini. Apabila seseorang Ahli Yang Berhormat sering kali menimbulkan kekecohan, kalau Ahli Yang Berhormat yang berkenaan berdiri, Tuan Yang di-Pertua pura-pura buat tak nampak pun. Dia raise point of order, pura-pura Tuan Yang di-Pertua tidak dengar. Itu sebagai satu mesej kepada Ahli Yang Berhormat yang berkenaan bahawa Tuan Yang di-Pertua kurang senang dengan apa yang dibuat. Jadi mulai daripada saat ini, apabila saya buat begitu sebagai cara seperti cara House of Commons, jangan Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan marah kepada saya. Jelas ya? [Soalan No. 4 – Y.B. Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali (Titiwangsa) tidak hadir]

Hamim bin SamuriUMNO · BNLedang · question

5. Ir. Haji Hamim bin Samuri (Ledang) minta Menteri Pelajaran menyatakan adakah kementerian boleh menambah mata pelajaran wajib iaitu Pendidikan Islam bagi murid-murid Islam dan Pendidikan Moral bagi yang lain-lain dalam peperiksaan UPSR yang bertujuan meningkatkan lagi jati diri dan sahsiah murid sebagai pewaris generasi akan datang.

Dr. Haji Mohd. Puad bin ZarkashiUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat mata pelajaran Pendidikan Islam wajib dipelajari oleh semua murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam. Walaupun mata pelajaran tersebut bukan mata pelajaran khas dalam peperiksaan UPSR, namun demikian mata pelajaran tersebut ditafsir melalui penilaian berasaskan sekolah dalam bentuk formatif semasa dan sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran (P&P). Bagi mata pelajaran Islam ia di tafsir sebagai Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA) dan dicatatkan dalam slip keputusan UPSR. Manakala mata pelajaran Pendidikan Moral, pentafsiran dilaksanakan oleh guru dan dicatatkan dalam buku rekod kemajuan murid. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada penjelasan di atas, pada masa ini KPM berpandangan bahawa kedua-dua mata pelajaran tersebut dirasakan tidak perlu dijadikan mata pelajaran teras dalam peperiksaan UPSR. Ini kerana mewajibkan murid lulus mata pelajaran tertentu dalam peperiksaan seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral tidak menjamin penghayatan dan

Dr. Haji Mohd. Puad bin ZarkashiUMNO · BNTimbalan Menteri Pelajaran II · Batu Pahat

pengamalan mereka dalam mata pelajaran tersebut. Peningkatan jati diri dan sahsiah murid untuk ‘kemenjadian’ seseorang murid adalah lebih berkesan melalui proses pendidikan iaitu tarbiah, ‘pengadaban’, taklif dan penghayatan nilai bukan dengan cara memasukkan mata pelajaran berkenaan dalam peperiksaan. Selain itu, KPM juga ingin mengelakkan murid daripada menghadapi tekanan peperiksaan dan objektif yang penting adalah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelektual seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun peperiksaan UPSR dan PMR mungkin dimansuhkan dan kita telah pun diberi jaminan bahawa satu bentuk assessment lain akan dibuat bagi mengukur prestasi murid-murid ataupun pelajar ini. Akan tetapi bagi saya orientasi sama ada peperiksaan dan assessment tersebut akan menjurus kepada fokus guru-guru dan murid-murid serta pelajar kepada subjek-subjek tertentu atas sebab-sebab ingin melanjutkan pelajaran di tempat yang baik dan sebagainya. Justeru, apabila mereka fokus kepada subjek tertentu sahaja maka subjek yang tidak wajib di dalam peperiksaan ini akan tertinggal. Mereka akan belajar sambil lewa walaupun ada juga assessment lain, fokus mereka tidak ke situ. Jadi, pada saya tidak menjamin tentang peningkatan jati diri dan sahsiah murid. Apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar perkara ini kerana kita bercakap tentang fokus pelajaran dan pengajaran. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Oleh sebab itu saya seperti mana yang diperjelaskan tadi bahawa kita memang melihat pandangan yang mengatakan bahawa mata pelajaran seperti agama dan moral diwajibkan lulus dalam peperiksaan seperti UPSR dan PMR. Akan tetapi seperti mana juga yang disebut oleh Yang Berhormat bahawa sebenarnya kalau kita mahu pelajar ini fokus terhadap subjek tertentu itu maka yang penting ialah cara ataupun pendekatan kita untuk mendoktrinkan subjek tersebut supaya dapat dihayati oleh pelajar berkenaan. Oleh sebab itulah saya berkata bahawa kalau sekiranya kita gagal untuk mentarbiahkan perkara-perkara ataupun subjek tertentu itu dengan lebih berkesan, maka walaupun dia dapat ilmu, tetapi kalau penghayatan tidak ada maka dia tidak akan mengamalkannya. Maka ini yang akan menjadi persoalan. Jadi sebab itu, pada saya yang paling penting ialah bagaimana kita meningkatkan keupayaan guru-guru khususnya dalam mendoktrinkan ataupun menanamkan penghayatan kepada pelajar terhadap perkara yang berbangkit tadi. Oleh sebab itulah saya berkata bahawa, isu-isu moral yang sedang dihadapi termasuklah wujudnya masalah sindiket pelacuran di kalangan pelajar. Ini semua pada saya kerana barangkali soal penghayatan terhadap mata pelajaran tersebut dan perkara-perkara ini saya ingin menyatakan bahawa peranan ibu bapa juga penting sebenarnya, tidak bergantung kepada subjek yang diajar di sekolah. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi telah disebut tentang isu penghayatan. Soalan saya ialah tentang content subjek-subjek yang diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam ini. Adakah pihak kementerian sudah berasa puas hati dengan content yang diajar sehingga boleh melahirkan target seperti mana yang disebutkan ataupun perlu dibuat satu penelitian semula terhadap content yang diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam ini. Ini kerana saya melihat ada beberapa aspek yang perlu juga diberikan fokus demi untuk menambah kefahaman dan juga penghayatan daripada pelajar.

Contohnya, saya ingin bertanya tentang apakah tindakan yang telah dibuat oleh pihak kementerian dalam hal memartabatkan tulisan Jawi contohnya yang kemudian akan memberi kesan kepada keupayaan pelajar itu nanti untuk paling tidak membaca al-Quran kerana tulisan Jawi itu sudah semacam ditinggalkan dan saya rasa ini perlu diberikan perhatian. Terima kasih.

Untuk makluman Yang Berhormat bahawa sebenarnya kita sentiasa menilai kandungan setiap mata pelajaran tersebut dari masa ke semasa. Akan tetapi kalau perkara ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang Jawi, sebab itulah kita memperkenalkan mata pelajaran J-QAF iaitu Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain. Sebenarnya memang kita merancang pada masa hadapan supaya kalau sekiranya kita dapat mengatasi kekurangan guru-guru J-QAF di sekolah rendah, maka kita boleh memperluaskannya ke sekolah menengah. Namun pada masa kini kita berhadapan dengan masalah kekurangan calon-calon yang boleh mengajar mata pelajaran J-QAF ini. Oleh sebab itulah ada cadangan iaitu mereka yang berkelulusan SPM boleh diterima masuk untuk dilatih sebagai guru untuk mengajar subjek J-QAF ini. Oleh sebab itu saya kata bahawa berbalik kepada isu yang sebenarnya ialah kemampuan guru-guru kita untuk bagaimana sebenarnya menanam sesuatu perkara itu dapat dihayati oleh murid- murid kita ini. Dalam isu pendidikan seks sebagai contohnya, memang disebut mengenai seks sebelum perkahwinan supaya mereka faham untuk menilai perhubungan itu lebih bermakna dan berharga ketika apabila mereka sudah berumah tangga bukan sebelum berumah tangga. Ini pada saya sudah ada. Cuma soalnya sekarang ialah apakah pelajar itu menghayati apakah pelajar itu menghayati apabila yang disampaikan oleh guru kepada mereka. Terima kasih.

Zahrain bin Mohamed HashimPKR · PRBayan Baru · question

6. Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [Bayan Baru] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan apakah kerajaan bercadang untuk memperkasakan koperasi-koperasi sebagai wahana pembangunan ekonomi khususnya di luar bandar dan setiap daerah diwujudkan koperasi rakyat dengan dana dibiayai oleh kerajaan.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul KarimPBB · BNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II · Batang Lupar

Tuan Yang di- Pertua, kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia sememangnya sedang merangka dasar untuk memperkasakan koperasi-koperasi sebagai wahana pembangunan ekonomi khususnya koperasi di luar bandar. Koperasi- koperasi akan dirangsang untuk menceburi sektor ekonomi bernilai tinggi yang dapat menjana kekayaan di samping berusaha untuk memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan koperasi. Sasaran kerajaan adalah untuk menjadikan sektor koperasi penyumbang berkesan kepada pembangunan negara menjelang 2020. Sekarang sektor koperasi hanya menyumbang 1% kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) iaitu berjumlah RM6.8 bilion. Koperasi-koperasi di luar bandar akan digalakkan menceburi aktiviti perdagangan, pengedaran, pelancongan dan yang mempunyai tanah akan digalakkan untuk menceburi bidang pengeluaran makanan dan ternakan secara besar-besaran, dan berteknologi moden sama ada melalui gabungan atau kerjasama dengan pihak ketiga. Dalam bulan Mac tahun 2010,

Datuk Hajah Rohani binti Abdul KarimPBB · BNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II · Batang Lupar

Program Satu Komuniti, Satu Koperasi (1K1K) telah dilancarkan bertujuan untuk melancarkan penubuhan koperasi bukan sahaja di setiap daerah malah di setiap masyarakat dan komuniti.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul KarimPBB · BNTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II · Batang Lupar

Setiap koperasi yang baru ditubuhkan layak memohon geran sebanyak RM30,000 untuk memulakan aktiviti. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebagaimana yang diketahui, konsep koperasi ini memang baik dan beberapa negara seperti Korea, dulu belakang daripada Malaysia sekarang telah melonjak ke hadapan kerana konsep koperasinya yang berjaya. Melibatkan pertumbuhan khususnya untuk menjana pendapatan tinggi. Jadi saya hendak tanya, dalam RMKe-10 ini, kerajaan menaruh harapan kepada sektor korporat dan swasta untuk menjayakan dalam RMKe-10 sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara. Apakah kerja-kerja yang dibuat oleh kerajaan untuk mencari jalan untuk – ada berusaha sama atau kerjasama di antara sektor korporat dan swasta dengan sektor koperasi ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, kita berhasrat supaya sektor koperasi ini akan menjadi penyumbang ketiga dalam ekonomi negara, insya-Allah. Seperti saya katakan tadi sebab koperasi-koperasi ini yang moleknya dan seperti Yang Berhormat tadi katakan negara Korea itu, daripada dahulunya dia rendah sedikit kedudukan tetapi melalui pengkoperasian yang begitu maju, ia telah dapat melonjak begitu maju. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri dan pegawai-pegawai tinggi kementerian juga telah mengadakan satu lawatan untuk kita belajar dengan negara-negara lain khasnya Korea dan juga Jepun dan insya- Allah Yang Berhormat, kita sekarang ini dalam penggubalan terakhir Dasar Koperasi Negara yang meliputi tahun 2011 sehingga tahun 2020 di mana segala teras-teras yang diutarakan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh juga dirangkumkan sekali di dalam dasar tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, kita begitu yakin memandangkan bilangan koperasi kita pada masa ini adalah 7,688 buah koperasi dengan ahlinya tujuh juta orang ahli. Kita sangat berharap bahawa koperasi ini akan memainkan peranan dan insya-Allah Dasar Koperasi Negara yang baru ini akan dilancarkan pada 16 Julai ini iaitu dalam minggu hadapan dan di situlah akan di outline kan segala strategi dan juga teras-teras yang akan kita gunakan untuk kita melonjakkan koperasi- koperasi bukan sahaja di bandar tetapi khasnya di luar bandar sebab didapati di situlah banyaknya koperasi-koperasi yang boleh memainkan peranan dan kita sudah juga menyusuli masuk ke sekolah-sekolah. Setiap sekolah ada koperasi dan di IPTA-IPTA supaya kita dapat memupuk dari segi semangat koperasi ini dapat dijanakan dari peringkat awal sehingga kita menjadi anggota masyarakat seperti yang kita sarankan melalui 1K1K itu, 1Komuniti 1Koperasi dan juga KOBERA yang telah dilancarkan pada tahun 2008 iaitu koperasi untuk membela rakyat termiskin insya-Allah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekali-sekali menjawab pasal koperasi okey juga. Sudah lama jawab pasal pertanian. Apa pun Tuan Yang di-Pertua, koperasi ataupun perniagaan berkonsepkan koperasi ini adalah satu kaedah ekonomi yang paling inovatif, yang paling berinovatif yang

pernah wujud sejak akhir abad ke-18. Antara semangatnya ialah penglibatan setiap komponen individu di dalam koperasi-koperasi ke arah menyumbang kepada daya pengeluaran negara. Yang Berhormat Timbalan Menteri, 1% dengan nilai RM6.8 bilion sumbangan kepada pengeluaran negara, produktiviti negara pada hari ini, di mana kedudukan itu? Di manakah kedudukan itu dan ke manakah kita akan berada seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tahu apakah sasaran kita. Yang kedua, di manakah ada satu standard koperasi itu, population ratio. Nisbah koperasi dan penduduk ataupun penduduk dan koperasi yang boleh kita jadikan contoh atau model untuk kita bergerak ke arah itu. Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut tentang penglibatan kementerian. Saya rasakan, saya yakin pada hari ini, angka itu berpihak di kementerian. Di sekolah-sekolah sejak 40 tahun dahulu, 30 tahun dahulu, sekolah-sekolah telah mempunyai koperasi. Apakah sumbangan kementerian dan ini rungutan yang kita terima daripada pengurus dan pentadbir koperasi sekolah. Kementerian amat kurang menyumbang kepada pembangunan koperasi di sekolah-sekolah sedangkan kesedaran daripada ahli-ahli di peringkat anak murid sekolah, pekerja-pekerja sekolah amat tinggi sekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, tadi saya katakan kita telah menyumbang 1% iaitu berjumlah RM6.8 bilion tetapi kita telah menyasarkan supaya koperasi ini juga pada tahun 2013 menyumbang 5% dan pada tahun 2020 menyumbang 10%. Tadi Yang Berhormat bertanyakan bahawa – saya ingin menyampaikan di sini Yang Berhormat bahawa purata kadar pertumbuhan tahunan sektor koperasi adalah begitu sihat sekali iaitu bilangan koperasi purata pertumbuhan adalah 7.15%. Bagi bilangan anggota pula dia berkembang pada 4.16% dan purata kadar pertumbuhan saham adalah 8.31% dan dari segi jumlah aset, 16.53% dan turnover, 17.39%. Begitu positif kadarnya dan kami mempunyai harapan tinggi bahawa insya-Allah kita boleh mencapai apa yang disasarkan. Tadi Yang Berhormat mengatakan apakah sumbangan kementerian? Yang Berhormat, sumbangan kementerian satunya kita membimbing. Kita membimbing termasuk koperasi sekolah dan sebagainya. Kita membimbing satu ahli lembaga pengarah dan selepas itu kita sentiasa memberi ceramah atau kita memberi seminar kepada anggota-anggota itu sendiri. Jadi sebenarnya yang menerajui mana-mana koperasi untuk mereka lebih maju atau mundur sebenarnya terletak kepada ahli lembaga pengarah yang telah dipilih sendiri oleh ahli-ahli tersebut. Jadi, sumbangan kementerian, satu, kita menyediakan sebab kita mengetahui bahawa nampaknya sebelum tahun 2008, nampaknya jumlah koperasi dan dari segi aktiviti yang dijalankan tidak begitu menggalakkan. Oleh yang demikian, kita adakan satu dana iaitu dana untuk kita memulakan koperasi iaitu RM30,000. Selepas itu, kita juga menyediakan dana dinamakan dana pengukuhan ekonomi iaitu boleh memohon sehingga RM300,000 untuk kita membantu sedikit sebanyak. Yang lainnya, kita sentiasa mencari jalan dan diadakan mesyuarat rundingan di antara koperasi-koperasi ini dan juga dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk mencari jalan yang terbaik untuk kita dapat menggalakkan dari segi penglibatan koperasi di dalam semua sektor. Jadi, kebetulan semalam adalah mesyuarat yang pertama bagi tahun ini di mana kita bincangkan dengan begitu panjang lebar apakah juga sektor-sektor lain

yang boleh kita libatkan koperasi-koperasi ini supaya menceburkan diri dalam bidang-bidang ekonomi, perladangan, pelancongan, even termasuk kesihatan dan juga insurans. Jadi, insya-Allah Yang Berhormat sebab semua kita di sini sebagai wakil rakyat juga digalakkan untuk kita menggalakkan penubuhan koperasi- koperasi di tempat kita masing-masing sebab kerajaan telah menyediakan segala yang mungkin untuk membantu pertumbuhan koperasi ini supaya boleh menjadi penyumbang ketiga kepada ekonomi negara insya-Allah.

Halimah binti Mohamed SadiqueUMNO · BNKota Tinggi · question

7. Datuk Halimah binti Mohd. Sadique [Tenggara] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan sejauh manakah pencapaian Technology Park Malaysia (TPM) dalam menggalakkan aktiviti saintifik di kalangan usahawan industri sains dan teknologi di negara ini. Apakah ada mekanisme bagi melahirkan lebih ramai pekerja berpengetahuan (knowledge workers) dalam bidang keusahawanan sains dan teknologi di negara ini.

Tuan Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Petra Jaya

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. ataupun singkatannya TPM, sebuah syarikat milik Menteri Kewangan diperbadankan ditubuhkan dengan tujuan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan kelas pertama untuk memangkin pembangunan syarikat- syarikat usahawan berasaskan sains, teknologi dan inovasi agar dapat bersaing di peringkat global. TPM telah mencapai kejayaan khususnya dalam menggalakkan aktiviti sains, teknologi dan inovasi di kalangan usahawan industri sains dan teknologi di negara ini. Bukti pencapaian TPM boleh dilihat dari segi pencapaian Indeks Pencapaian Utama ataupun KPI seperti berikut:- (i) 97% premis-premis di TPM telah dipenuhi oleh usahawan- usahawan sains dan teknologi. Kadar penempatan yang tinggi ini menunjukkan bahawa TPM menjadi salah satu lokasi pilihan utama kepada saintis dan usahawan tekno untuk menjalankan aktiviti saintifik dan pengkomersialan mereka; (ii) hampir 90% facility, kelengkapan, peralatan dan makmal- makmal saintifik TPM telah diguna pakai oleh saintis dan usahawan tekno; (iii) sehingga tahun 2009 sebanyak 3,303 syarikat telah menjalankan aktiviti saintifik, teknologi dan pengkomersialan melalui perkhidmatan dan infrastruktur kelas pertama di TPM dalam bidang ICT, kejuruteraan dan bioteknologi; (iv) perolehan ataupun revenue yang telah dijana oleh syarikat-syarikat usahawan sains, teknologi dan inovasi yang beroperasi dalam TPM amat memberangsangkan. Sebagai contoh usahawan yang beroperasi dalam Kampus TPM di Bukit Jalil sahaja telah menjana perolehan sebanyak RM6.377 bilion, iaitu sebanyak 1.2% daripada KDNK Malaysia bagi tahun 2009; dan

Tuan Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Petra Jaya

(v) TPM turut melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat ataupun CSR untuk mendekati masyarakat khususnya di mana TPM beroperasi melalui program yang menjurus kepada aplikasi sains, teknologi dan inovasi. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab bahagian kedua, selain daripada Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MOSTI juga terlibat dalam melahirkan pekerja berpengetahuan ataupun dengan izin, knowledge workers dalam bidang keusahawanan sains dan teknologi. MOSTI mengambil pendekatan iaitu menyediakan ekosistem yang kondusif serta bimbingan dan latihan yang berterusan, komprehensif dan bersepadu bagi usahawan tekno dari peringkat pembenihan idea sehingga pengkomersialan sama ada melalui program MOSTI dan agensi-agensi di bawah MOSTI. Dari segi ekosistem, pusat inkubator dan inovasi ataupun Incubation and Innovation Centre (IIC), diwujudkan sebagai pusat setempat untuk melahirkan k- workers dalam bidang keusahawanan sains dan teknologi. Kemudahan ini terdapat di agensi-agensi seperti TPM, MDeC, SIRIM dan juga MTDC. Program bimbingan dan latihan terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:- (i) latihan teknikal dan pembelajaran formal melalui Program Pembangunan Modal Insan dan pembiayaan pengajian di bawah Skim National Science Fellowship untuk pembangunan modal insan, teknologi dan inovasi; (ii) pendedahan awal aplikasi; dan (iii) penempatan dalam industri dengan syarikat-syarikat multinational seperti Agilent, Intel dan Motorola. Program bimbingan IIC yang sistematik dan holistik dengan perkhidmatan coaching, mentoring, training dan consultancy bukan sahaja dapat mewujudkan usahawan tekno yang lebih berdaya maju, tinggi daya saing dan kompetitif hingga ke peringkat global malah dapat melahirkan lebih ramai knowledge workers di sektor industri dan teknologi. Jaringan kerjasama dengan universiti tempatan terpilih dipertingkatkan untuk melahirkan lebih banyak spin-off companies. MOSTI dan agensi-agensinya terlibat dalam memberi khidmat nasihat dan galakan serta bimbingan kepada penyelidik dan siswazah untuk menjadi usahawan tekno melalui pengkomersialan hasil R&D mereka. Hasil kerjasama ini juga menyediakan k-workers untuk usahawan tekno yang ingin berkembang dan memerlukan tenaga kerja tambahan terlatih. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Daripada penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi jelas sejak tahun 2009 TPM telah pun memfokuskan usaha kepada kejuruteraan, ICT dan juga bioteknologi. Soalan saya ialah dalam penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ada usaha bersama dengan kepakaran pihak universiti. Jadi, apakah sebenarnya usaha-usaha kerjasama antara TPM dengan kepakaran di peringkat universiti tempatan? Itu yang pertama. Keduanya, apakah usaha TPM antara kerjasama dengan kerajaan- kerajaan negeri terutamanya Kerajaan Negeri Johor yang mahu menjadikan Johor sebagai hab bioteknologi yang jelas menyokong kepada usaha kerajaan terutama dalam bidang bioteknologi? Terima kasih banyak.

Tuan Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Pelbagai usaha yang telah saya nyatakan tadi sama ada dalam bidang melahirkan ataupun memberi dana dalam bentuk biasiswa kepada pelajar-pelajar universiti supaya mereka boleh menjadi pakar dalam bidang tertentu. Untuk Johor sahaja dalam Iskandar misalnya, bioteknologi telah menubuhkan satu tempat untuk menjadikan bioteknologi sebagai satu pusat untuk perkembangan di Iskandar, Malaysia contohnya. Ini tidak terhad kepada menyediakan tempat ataupun asas untuk kegiatan saintifik sama ada dalam bidang teknologi, ICT dan sebagainya. Itu juga membantu. Contoh yang paling nyata ialah bukan sahaja di peringkat universiti malahan di peringkat grass roots sekali pun. Contohnya enjin bot yang dihasilkan oleh seorang petani yang mempunyai kepakaran dalam bidang mekanikal. Contohnya di Langkawi di mana kita majukan dan akhirnya beliau dapat menghasilkan produk enjin bot yang menggantikan enjin bot ekor biawak, enjin bot yang panjang dipendekkan yang lebih economical, dengan izin mudah untuk maneuver sama ada reverse, berpusing atau sebagainya. Ini yang kita lakukan maknanya bukan sahaja di peringkat tertinggi di universiti, tekno usahawan malahan di peringkat grass roots sekali pun Techonology Park Malaysia membantu membangunkan usahawan dalam bidang tekno. Terima kasih.

Dr. Dzulkefly AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi memberikan kita harapan dalam unjuran untuk mendapatkan dan menjana serta merancakkan lagi high intensive industries and enterprises pada masa akan datang Tuan Yang di-Pertua. Cuma persoalan yang hendak saya bangkitkan mengetahui serba sedikit tentang Technology Park Malaysia ini dan mereka yang terlibat di situ terdapat Tuan Yang di-Pertua masih lagi kekangan-kekangan. Antara kekangan dan bottle necks ini yang boleh saya sebutkan dengan izin, adalah dikatakan sebagai masih lagi kewangan dan untuk mendapat pembiayaan. Apa yang diperhatikan beberapa contoh yang diberikan kepada saya diberitahu tentang application technology, creative technology yang menunggu sehingga setahun. Satu idea untuk akhirnya pergi kepada peringkat commercial product Tuan Yang di-Pertua memakan kalau bertahun tentunya akan menjadikan kekangan untuk kita memacu ya, knowledge intensive industries and enterprises. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang dakwaan kekangan seperti ini yang masih terdapat persoalan kewangan untuk mendapatkan mereka itu dibiayai dengan financingnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman, sebahagian daripada apa yang dikatakan tadi saya mengatakan bahawa hasil daripada kegiatan yang berada di Technology Park Malaysia sahaja, kita telah menghasilkan lebih kurang RM6.3 bilion pendapatan. Daripada syarikat sebanyak 162 incubators yang ada di Technology Park Malaysia sahaja 28 sudah pun dipublic listed. Maknanya perkembangan ini terus berkembang. Dari segi dananya memang kita menyedari bahawa apa sekali dana kita sediakan memang tidak mencukupi tetapi, apa yang harus kita fokuskan ialah dalam bidang tumpuan utama. Oleh sebab itu kita memfokuskan dalam bidang ICT, bioteknologi dan industrial development yang memerlukan ataupun yang diperlukan oleh negara kita. Pembangunan ini secara berterusan akan kita ambil segala kelemahan untuk kita bawa dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, di

Tuan Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

mana ada gap yang perlu kita perbaiki. Insya-Allah perkara ini memang kita sedari di mana kita perlu perkukuhkan dan di mana harus kita beri tumpuan. Ini akan dibuat hasil daripada maklumat semua stakeholders yang ada. Akan tetapi Technology Park Malaysia kita menyedari bahawa kita telah menyumbang banyak dan harus banyak lagi kita lakukan.

Tuan Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSPetra Jaya

Sebab itu kita telah tubuhkan inkubator baru supaya kita dapat menyediakan facility dan shared services dengan izin kepada usahawan- usahawan techno ini supaya mereka dapat menjalankan business. Dapat menjalankan research termasuklah shared services supaya kita dapat memberi services untuk membuat research kepada mereka. Untuk meningkatkan daripada research kepada produk, contract research dan juga pembangunan produk serta marketing. Supaya dapat membantu mereka dari segi kos dapat menjimatkan tetapi dapat memberi pulangan yang lebih besar kepada techno usahawan kita. Itu yang juga dibantu yang kita lihat harus dipertingkatkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yusmadi bin YusoffPKR · PRBalik Pulau · question

8. Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan langkah-langkah kerajaan dalam memastikan tiada lagi rungutan dan aduan dari negara jiran seperti Indonesia dalam permasalahan dan isu perusahaan kelapa sawit yang melibatkan syarikat perusahaan Malaysia yang menindas dan menjejaskan kehidupan masyarakat setempat seperti yang dilaporkan WALHI, sebuah badan bukan kerajaan di sana.

Tan Sri Bernard Giluk DompokUPKO · BNMenteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi · Penampang

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (WALHI). Sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Indonesia melalui suratnya bertarikh 13 Mei 2009, telah membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan pembangunan perladangan sawit oleh syarikat-syarikat Malaysia di Indonesia. Isu-isu yang dibangkitkan adalah:- (i) tidak mematuhi undang-undang Indonesia berkaitan dengan pembangunan kawasan hutan untuk tujuan perladangan sawit; (ii) tidak mengiktiraf hak rakyat tempatan; (iii) tidak memberikan bantuan kepada pekebun kecil di persekitaran kawasan perladangan; dan (iv) pembayaran upah yang tidak berpatutan kepada rakyat tempatan. Pada bulan Februari 2010, WALHI juga telah membangkitkan isu mengenai Syarikat IOI Corporation Berhad yang beroperasi di Kalimantan tidak menyediakan menara pemerhatian ataupun watch-tower yang mencukupi bagi memantau kebakaran di sekitar perladangan mereka. Susulan rungutan ini IOI Corporation Berhad telah pun memaklumkan bahawa pihaknya telah pun mendirikan tambahan tiga buah menara pengawasan. Di samping itu IOI Corporation Berhad juga telah membantu pekebun-pekebun kecil yang berdekatan dengan syarikat perladangannya dan memberi latihan pencegahan kebakaran. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) berpendapat isu-isu yang dibangkitkan oleh WALHI adalah

Tan Sri Bernard Giluk DompokUPKO · BNMenteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi · Penampang

terletak di bawah bidang kuasa undang-undang Indonesia. Oleh itu sebarang rungutan oleh WALHI perlu disalurkan kepada pihak berkuasa di Indonesia untuk tindakan susulan. Ingin saya jelaskan bahawa isu penindasan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau adalah berbentuk andaian. Di samping itu kerajaan sentiasa mengingatkan syarikat-syarikat Malaysia yang melabur dalam sektor perladangan sawit untuk menghormati dan mematuhi undang-undang tempatan. Syarikat-syarikat berkenaan juga digalakkan mencontohi prinsip kemapanan yang diamalkan di Malaysia seperti pembakaran sifar dalam pembukaan perladangan sawit. Ini adalah untuk memastikan agar syarikat-syarikat ini menunaikan tanggungjawab sosial mereka dan bukan semata-mata mencari keuntungan. Malaysia dan Indonesia bekerjasama dalam bidang-bidang sawit, koko dan lada di bawah rangka kerjasama dua hala Malaysia-Indonesia dalam bidang komoditi. Di bawah rangka kerjasama ini mesyuarat peringkat Menteri iaitu Joint Committee Meeting (JCM) yang melibatkan Menteri KPPK dan Menteri Pertanian Indonesia diadakan setiap sekali setahun. Mesyuarat kelima JCM telah diadakan pada 6 Mei tahun ini di Jogjakarta. Di antara aktiviti yang telah dipersetujui semasa mesyuarat ini ialah:- (i) menganjurkan misi bersama ke Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah bagi menangani halangan-halangan bagi pengeksportan minyak sawit terutamanya bahan api berasaskan sawit; dan (ii) menubuhkan pasukan petugas bagi meningkatkan imej minyak sawit. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman ahli Dewan juga di peringkat sektor swasta Malaysia dan Indonesia telah pun menubuhkan Indonesia-Malaysia Palm Oil Groups bagi meningkatkan kerjasama dua hala. Ini termasuk mengadakan aktiviti-aktiviti pengeluaran sawit mapan dan melakukan kajian bersama bagi menangkis persepsi negatif mengenai pembangunan minyak sawit dan kesannya kepada alam sekitar. Mesyuarat pertama grouping ini telah diadakan di Kuching, Sarawak pada 3 Mei dan mesyuarat kedua akan diadakan pada akhir bulan Julai di Indonesia. IMPOG diwakili oleh di antara lain Persatuan Minyak Sawit Malaysia, Sarawak Oil Palm Planting Association dan Gabungan Perusahaan Industri Sawit Indonesia.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Balik Pulau.

Ya. Terima kasih Menteri. Tahniah di atas mesyuarat-mesyuarat yang banyak dibuat. Yang Berhormat Menteri saya ingin mohon penjelasan Menteri selanjutnya kerana saya melihat isu permasalahan kalau di sana dipanggil ‘TEKAIE’ tenaga kerja dengan izin dan juga di sini di panggil PATI pelbagai. Ini istilah-istilah yang itu menggambarkan cara kita mengendalikan masalah pekerja asing di sini. Soalan saya ialah Menteri isu ini ialah isu ekonomi yang menguntungkan kedua belah pihak dan berlarutan sehingga sekarang isu pekerja. Saya katakan di sini mohon penjelasan dasar yang baru, alaf 21 masalah populasi, imigrasi ialah masalah mencabar. Bukan di rantau ini sahaja malah di Timur Tengah di Doha, di Dubai dan sebagainya. Soalan saya ialah baru-baru ini Menteri Luar Negeri dan saya ingat Yang Berhormat Pekan sendiri Perdana Menteri pun cuba menyelesaikan masalah ini. Akan tetapi ada usaha akan membawa isu ini ke ASEAN Intergovernmental

Commission on Human Rights, oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati cara kita mengendalikan isu pekerja. Contoh yang terdekat baru-baru ini isu pembinaan di Istana Negara. Saya menggesa kerajaan hari ini tolong selesaikan isu ini demi kestabilan serantau kerana ia menguntungkan ekonomi dan menguntungkan tetangga. Tolong jangan lagi datang ke sini menjelaskan hanya mesyuarat yang diadakan. Kita hendak satu penjelasan yang lebih constructive, yang lebih menjaga kita panggil ‘karamah insaniah maruah kemanusiaan pekerja apatah lagi tetangga kita sesama teman serantau.

Tan Sri Bernard Giluk DompokUPKO · BNPenampang

Tuan Yang di-Pertua, dalam perbincangan dengan Menteri Indonesia yang telah diadakan baru-baru ini. Perkara yang seperti mana yang ditimbulkan Yang Berhormat tidak pula ditimbulkan Menteri yang berkenaan. Saya rasa Malaysia bersedia untuk melihatkan masalah-masalah tentang buruh dari Indonesia ke Malaysia ini. sebab negara Malaysia ini ingin untuk mendapatkan satu imej yang baik untuk industri kelapa sawit begitu juga dengan Indonesia. Saya rasa tiada sebab kenapa kita tidak dapat menyelesaikan masalah tentang buruh dan pekerja-pekerja di kedua- dua negara ini. Saya ingin menarik perhatian bahawa Indonesia dan Malaysia ini perlu bekerjasama. Sebab dalam industri kelapa sawit Indonesia dan Malaysia menguasai 85% daripada keluaran pengeksportan kelapa sawit seluruh dunia. Saya rasa hasil daripada industri ini telah dapat memberi sedikit peningkatan pendapatan di kawasan-kawasan luar bandar di Indonesia dan di Malaysia. Mesyuarat-mesyuarat yang diadakan ini adalah untuk mengeratkan lagi kerjasama bukan tertumpunya kepada mesyuarat-mesyuarat seperti yang disenaraikan oleh Yang Berhormat tadi itu untuk menyelesaikan masalah pekerja-pekerja dalam sektor construction ataupun bidang yang lain, yang mungkin diandaikan dalam soalan mereka. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, kerap kali isu tentang perladangan sawit di Indonesia ini dikaitkan dengan syarikat-syarikat yang datangnya dari negara kita iaitu Malaysia. Contohnya seperti jerebu dan sebagainya yang berlaku di Indonesia. Jadi adakah kementerian bercadang untuk melakukan penapisan kepada syarikat-syarikat yang hendak melabur dalam bidang perladangan ini terutamanya di negara jiran kita, di Indonesia ini, supaya syarikat-syarikat ini dapat mematuhi ataupun kita dapat kawal syarikat-syarikat ini supaya apabila berlakunya sesuatu yang mendapat bantahan daripada masyarakat Indonesia ataupun masyarakat antarabangsa ini, kita dapat mengawal ataupun kita dapat membuat tindakan dengan segera? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tan Sri Bernard Giluk DompokUPKO · BNPenampang

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa bagi kita untuk menapis pelabur-pelabur dari Malaysia ke Indonesia adalah satu perkara yang bukan mudah sebab mereka ini mempunyai hak untuk melabur di mana-mana sahaja di dunia. Kalau mereka ingin untuk melabur di Indonesia, mereka membeli tanah di Indonesia, itu bukan dalam kawalan kita. Mereka mungkin dapat untuk membuat satu joint venture dengan mereka di Indonesia, jadi kita tidak dapat mengawal ini. Hanya apa yang saya lihat sekarang ini ialah daripada 30 buah syarikat dari Malaysia yang melabur di Indonesia ini dengan keluasan tanah yang diperolehi mereka sekarang dengan 962,000 hektar, semua mereka ini adalah

Tan Sri Bernard Giluk DompokUPKO · BNPenampang

syarikat-syarikat yang mematuhi undang-undang dan kita juga minta pertemuan dengan mereka ini untuk mendapat kerjasama dengan pihak-pihak berkuasa di Indonesia. Baru-baru ini saya juga dapat melawat beberapa ladang di Indonesia dan saya dapati mereka ini beroperasi dengan baik dan mematuhi undang-undang Indonesia. Kalau ada yang tidak, saya juga akan mengambil peluang untuk berjumpa dengan mereka dan minta mereka untuk mematuhi undang-undang Indonesia seperti juga yang kita minta mereka mematuhi undang-undang negara kita.

Norah binti Abdul RahmanPBB · BNTanjong Manis · question

9. Datuk Hajah Norah binti Abd. Rahman [Tanjong Manis] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan sama ada kementerian dapat mempertimbangkan pembinaan sebuah Perpustakaan Desa di Kampung Rejang daerah kecil Belawai, Tanjong Manis.

Dato' Joseph Salang anak GandumPRS · BNTimbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan · Julau

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Manis, bagi negeri Sarawak, sebanyak 207 unit Perpustakaan Desa telah disediakan daripada 1,089 unit Perpustakaan Desa di seluruh negara. Berdasarkan statistik Perpustakaan Negara Malaysia, di kawasan Parlimen Tanjong Manis, dua unit Perpustakaan Desa telah disediakan yang terletak di Kampung Semop, DUN Semop dan di Kampung Rajang, DUN Belawai. Berdasarkan perancangan pembangunan Perpustakaan Desa melalui Perpustakaan Negara Malaysia, setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan disediakan sekurang-kurangnya satu unit Perpustakaan Desa sama ada dibina bangunan baru di tapak dan lokasi yang sesuai atau menggunakan bangunan sedia ada. Walau bagaimanapun, kementerian akan mempertimbangkan cadangan Yang Berhormat untuk pembinaan bangunan baru Perpustakaan Desa di Kampung Rejang, daerah Kecil Belawai dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh sekiranya tapak yang sesuai dapat dikenal pasti. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri yang baik hati. Saya dah ada tanah Timbalan Menteri, terima kasih. Soalan saya selanjutnya, seperti setiap kawasan di seluruh negeri Sarawak, kawasan daerah Kecil agaklah luas seperti di daerah Kecil Belawai sahaja, kawasannya seluas 16,000 hektar dan dari satu kampung ke satu kampung agaklah sukar. Jadi, memang tidak mencukupi untuk setiap kawasan DUN mendapat cuma satu Perpustakaan Desa. Kita haraplah dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, pihak kementerian dapat mempertimbangkan untuk mengadakan lebih banyak lagi Perpustakaan Desa. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, tahniahlah kepada Yang Berhormat Tanjong Manis kerana telah dapat mengenal pasti satu tapak dan sebagaimana yang telah saya katakan tadi, ini akan dipertimbangkan dalam RMKe-10. Memang betul Yang Berhormat, oleh kerana semua kawasan Parlimen di Sarawak dan Sabah adalah besar dan jarak di antara satu kampung ke satu kampung jauh, memang ada sedikit masalah untuk pengunjung ke perpustakaan-perpustakaan yang sedia ada. Oleh yang demikian, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Perpustakaan Negara telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan 250 buah Perpustakaan Desa di seluruh negara. Bagi negeri

Sarawak sahaja, permohonan telah dikemukakan untuk menubuhkan 70 buah Perpustakaan Desa. Terima kasih.

Lee Boon ChyePKR · PHGopeng · question

10. Dr. Lee Boon Chye [Gopeng] minta Menteri Kewangan menyatakan nilai rokok yang diseludup tanpa bayar cukai setiap tahun antara 2005-2009.

Dato' Donald Lim Siang ChaiTimbalan Menteri Kewangan II

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, jumlah nilai rokok yang diseludup tanpa bayaran cukai bagi tahun 2005 hingga tahun 2009 adalah sebanyak RM218.97 juta seperti berikut: |Tahun|Nilai Rokok Seludup (RM)| |----:|------------------------| | 2005|25.5 juta | | 2006|34.75 juta | | 2007|29.65 juta | | 2008|58.17 juta | | 2009|70.9 juta |<END_TABLE_MARKER> Berdasarkan jumlah pada tahun 2009, rokok merupakan komoditi yang terbesar diseludup berbanding dengan komoditi lain seperti alat komunikasi, minuman keras dan barang elektrik. Sekian.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya mengalu-alukan usaha kerajaan untuk mengurangkan tabiat merokok ini melalui beberapa langkah termasuk cukai eksais dan sebagainya. Akan tetapi kalau kita lihat statistik yang kita ada, dalam pasaran, the market size untuk rokok di seluruh Malaysia adalah lebih kurang RM5 bilion dan adalah dianggarkan sebanyak 37% antara yang ada di pasaran adalah rokok yang diseludup.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Ini bermakna sejumlah lebih kurang RM2 bilion nilainya yang diseludup. Kalau kita lihat penguatkuasaan cuma dapat merampas sebanyak lebih kurang tidak sampai RM60 juta. Ini bermakna tidak sampai 3% yang diseludup itu dirampas oleh kerajaan. Ini menunjukkan satu kegagalan yang ketara. Jadi, apakah usaha-usaha kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Sekian.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Gopeng. Memang Yang Berhormat merupakan seorang doktor dan mempunyai badan yang sihat. Untuk makluman Yang Berhormat, memang Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kita ambil tindakan penguatkuasaan secara berterusan sepanjang tahun untuk membanteras sindiket penyeludupan rokok. Antara langkah yang kita ambil ialah menjalankan pemeriksaan ke atas stor dan premis, melakukan serbuan, mengadakan sekatan jalan raya, menjalankan rondaan darat, menjalankan rondaan laut, mengesan dagangan yang disyaki dengan menggunakan mesin pengimbas. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kita boleh membezakan rokok yang baik, ada duti ataupun tidak.

Yang import kita menggunakan dakwat keselamatan atau security ink dan untuk yang import juga kita ada cukai (tax). Yang Berhormat, ada angka yang saya pun tidak pasti tetapi kita akan kaji. Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, kutipan cukai ke atas rokok bagi tahun 2009, jumlahnya sebanyak RM3.023 bilion. Itu adalah jumlah yang kita kutip untuk tahun 2009. Sekian.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya sependapat dengan Yang Berhormat Gopeng iaitu kita melihat bahawa rokok-rokok seludup ini berlambak di seluruh negara. Jadi di manakah silapnya ini? Adakah penguatkuasaan kita terlepas pandang ataupun ada yang perlu kita siasat lebih dalam lagi? Saya tidak menuduh ada unsur-unsur rasuah dan sebagainya tetapi kalau rokok tanpa cukai yang diseludup ini berlambak di negara kita, ini merupakan satu kerugian kepada pendapatan negara. Jadi, apakah juga mungkin Yang Berhormat berpendapat bahawa sudah tiba masanya Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara sudah mengadakan enforcement mereka sendiri untuk memastikan bahawa penyeludup-penyeludup rokok ini dapat dibanteras secara menyeluruh dan tidak akan ada lagi rokok-rokok palsu yang mendatangkan mudarat kepada perokok di negara kita ini. Minta pandangan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang kita sedia maklum oleh sebab kawasan boundary kita yang besar, bukanlah senang untuk kita menjalankan tangkapan ke atas semua yang kita tahu yang telah menyeludup rokok itu. Sememangnya Kastam Diraja Malaysia, kita akan bekerjasama dengan pihak polis dan juga kerajaan tempatan. Kita memang hendak dapat lebih maklumat. Kalau Yang Berhormat ada, kita pun boleh kongsi supaya kita dapat membanteras sindiket yang sedia ada. Untuk makluman Yang Berhormat yang juga Ahli Parlimen dari Kinabatangan, rampasan rokok kalau kita mengikut negeri-negeri, untuk negeri Sabah, pada tahun 2005 kita telah merampas sebanyak nilai RM197,000. Untuk tahun 2009, angkanya telah meningkat kepada RM717,000. Ada peningkatan, kita tahu ada kes-kes yang besar di kawasan seperti Lahad Datu dan Sandakan. Kita akan meningkatkan jumlah pegawai kita. Terima kasih.

Mohd Sirat bin AbuUMNO · BNBukit Katil · question

11. Datuk Md. Sirat Abu [Bukit Katil] minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah kerajaan bercadang meminta syarikat-syarikat konsesi lebuh raya untuk mengadakan perkhidmatan ambulans percuma di sepanjang lebuh raya kerana banyak berlakunya kemalangan jalan raya dan ramai yang hilang nyawa akibat kelewatan ambulans dari hospital-hospital kerajaan dan swasta.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

Tuan Yang di- Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Katil. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada masa ini semua syarikat pengendali konsesi lebuh raya di negara ini telah sedia mempunyai Pelan Tindakan Kecemasan, dengan izin, Emergency Response Plan untuk menangani sebarang kes kecemasan termasuk kes kemalangan yang berlaku di lebuh raya negara ini. Pelan Tindakan Kecemasan ini melibatkan koordinasi oleh syarikat pengendali lebuh raya dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti polis, bomba, hospital dan Jabatan Pertahanan Awam. Setakat ini kerjasama daripada agensi- agensi berkenaan amat memuaskan dan syarikat-syarikat pengendali lebuh raya

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Stampin

tidak berhadapan dengan masalah untuk menangani sebarang kes kecemasan seperti kemalangan di lebuh raya. Walau bagaimanapun, Kementerian Kerja Raya amat mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan untuk menambahbaikkan (value added) untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan syarikat konsesi lebuh raya bertol di negara ini termasuk cadangan supaya kesemua syarikat pengendali konsesi lebuh raya di negara ini menyediakan perkhidmatan kecemasan termasuk ambulans di lebuh raya masing-masing secara percuma iaitu memenuhi sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka. Cadangan ini sememangnya telah pun diambil perhatian dan pada masa kini Lembaga Lebuhraya Malaysia sedang mengadakan perbincangan lanjut dan mendapatkan maklum balas syarikat-syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat bagi melaksanakan program CSR ini. Sekian, terima kasih.

Datuk Md. Sirat AbuUMNO · BNBukit Katil

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tadi. Daripada peninjauan saya, walaupun mempunyai cadangan yang baik, bagaimanapun ianya daripada hakikat sebenar tidak berlaku. Apa yang pastinya yang paling cepat sampai ialah syarikat tunda kereta apabila berlaku kemalangan. Syarikat kecemasan ini, ambulan dan sebagainya selalunya lambat, mungkin mengambil masa satu jam atau dua jam. Kadang-kadang apabila ambulan sampai pun, keadaan pesakit ataupun mereka yang kemalangan berada dalam keadaan yang sangat serius dan masa untuk membawa mereka ke hospital juga sangat lama dan mungkin juga berlaku kesesakan jalan raya. Mungkin juga boleh dipertingkatkan lagi dan saya juga mencadangkan supaya perkhidmatan ambulan helikopter mungkin juga boleh diadakan bagi mempercepatkan mangsa- mangsa untuk diselamatkan. Terima kasih.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Sebenarnya semua pihak syarikat konsesi telah pun menyediakan pelan kecemasan di semua lebuh raya. Saya hendak kongsi tindakan yang telah diambil iaitu kalau kita ada Pelan Tindakan Kecemasan, ianya dapat menghubungkan dengan pihak agensi-agensi berkaitan seperti hospital, polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam di mana kita berikan satu peta untuk mereka di mana telefon, contact semua ada dan juga di mana ada lokasi strategik yang boleh masuk dengan cepat, akses ke lebuh raya.

Dato’ Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Ini semua dapat dimonitor oleh pihak Traffic Monitor Center di semua lebuh raya dan saya ingat kalau kita kata sejam, dua jam mungkin ianya adalah isolated cases sebab saya tahu banyak cases telah pun dapat diambil tindakan secepat mungkin kerana kita akan sentiasa ada pelan seperti emergency respond, that’s one pelan ini dan kita pun sentiasa memberi mockup dari semasa ke semasa supaya dapat dihubungi semua agensi yang berkaitan dengan kecemasan. Cadangan untuk helikopter memang adalah cadangan yang baik sekali dan pada masa ini kita telah pun berbincang dengan pihak syarikat konsesi supaya memberikan ambulan percuma yang akan diletakkan di hospital supaya ianya dapat juga diguna secepat mungkin di lebuh raya di mana kecemasan memerlukan ambulan ini. Sekian terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri. Kita tahu punca kepada kemalangan ini ada faktor manusia, faktor kenderaan dan juga jalan raya itu sendiri. Saya setiap minggu berulang-alik melalui lebuh raya PLUS. Saya dapati dari Juru ke

Semanggol ini merupakan satu mungkin perangkap maut untuk kenderaan- kenderaan yang melalui di situ. Jalan yang bergelombang dan mengundang bahaya yang begitu besar sekali. Saya hendak minta kepastian daripada kementerian, apakah PLUS ini sebenarnya mengehadkan kelajuan kepada 110 dengan membiarkan jalan itu bergelombang atau pun sengaja mereka buat-buat tidak tahu supaya mungkin ada perkara-perkara yang di sebalik perkara tersebut. Tol minta naik setiap tahun tetapi jalan lebuh raya itu tidak dibaiki. Jadi, perkhidmatan tidak bagus, tol minta naik. Jadi, saya minta kepastian daripada kementerian supaya desak sedikit PLUS ini tengak antara Juru dan Semanggol itu memang teruk. Kalau timbalan menteri tidak percaya, petang nanti balik dengan saya sendiri ke Juru, saya boleh bawa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Yong Khoon SengSUPP · BNStampin

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau ada masa saya akan terima jemputan ini dan saya akan bersama-sama pergi lihat. Sebenarnya had laju di lebuh raya telah ditetapkan sampai 110 kilometer walaupun jalan seperti lebuh raya boleh menampung had laju 120 kilometer tetapi kita hadkan ia sehingga 110 kilometer dan ada tempatnya yang kurang daripada itu. Bukan sengaja kita hadkan kelajuan sebab kerana jalan itu beralun-alun, berombak-ombak, macam ombaklah. Kalau ada, kita akan panggil pihak LLM menyiasat di mana permukaan jalan ini tidak baik, kita akan memperbaikinya oleh pihak syarikat tetapi tidak sengaja kita buat seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Saya sedia pergi ke tempat Yang Berhormat kalau kita beri tempohlah. Sekarang masih sangat sibuk. Sekian terima kasih.

Rashid bin DinPKR · PRMerbok · question

12. Dato' Rashid Din [Merbok] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan peratusan peningkatan kitar semula berbanding dengan perbelanjaan menyediakan kemudahan-kemudahan kitar semula dan promosi di media dalam tiga tahun kebelakangan ini.

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat jumlah sisa pepejal yang dikeluarkan oleh penduduk negara ini akan meningkat dari tahun ke tahun berdasarkan kajian yang telah dibuat pada tahun 2005. Penduduk Malaysia menjana sisa pepejal 19,000 tan sehari. Menjelang tahun 2020, dijangkakan sisa pepejal yang dihasilkan oleh penduduk Malaysia sebanyak 30,000 tan sehari. Ini merupakan satu jumlah yang besar. Sehubungan dengan itu, kerajaan berpandangan bahawa program 3R iaitu mengurangkan, mengguna semula dan kita semula, reuse, reduce and recycle, dengan izin, merupakan strategi utama bagi menangani masalah sisa pepejal di negara ini. Program kitar semula dilancarkan secara rasminya pada Disember tahun 2000 dengan penglibatan 29 PBT untuk fasa pertama. Berikutan maklum balas yang diterima daripada masyarakat setempat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah meluaskan penglibatan pihak berkuasa tempatan atau PBT dengan tambahan 78 PBT dalam fasa 2 pada 1 November 2001 dalam program ini.

Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji UkinUMNO · BNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Beaufort

Ini menjadikan jumlah PBT yang terlibat secara langsung dalam program ini berjumlah 107 PBT setakat ini. Ada kajian khusus dibuat untuk mengukur dan mengesahkan kadar kitar semula kebangsaan yang terbaru namun dokumen Rancangan Malaysia Kesembilan menyatakan kadar kitar semula rakyat hanyalah sekitar 5% setahun manakala menurut Pelan Strategik Kebangsaan mengenai sisa pepejal tahun 2005, kadar kenaikan tahunan kitar semula penduduk Malaysia dianggarkan 1% setahun. Ini menjadikan jangka kadar kitar semula penduduk Malaysia pada tahun 2020 sebanyak 22%. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terus komited untuk meneruskan program ini dengan menyediakan peruntukan tahunan bagi perolehan tong-tong kitar semula. Kempen-kempen kesedaran, penganjuran tahunan hari kitar semula kebangsaan dan pembinaan pusat-pusat kitar semula di dalam kawasan PBT yang terlibat. Buat masa ini promosi kita semula dijalankan seiringan dengan kempen- kempen dan program yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jumlah perbelanjaan yang terlibat bagi penyediaan kemudahan dan promosi bagi program kitar semula untuk tiga tahun ke belakang adalah RM3.4 juta pada tahun 2006, RM3.2 juta pada tahun 2007, sementara RM1.5 juta pada tahun 2008. Terima kasih.

Dato' Rashid DinPKR · PRMerbok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih menteri, saya sedikit sahaja. Terima kasih atas jawapan yang dibentangkan tetapi saya hendak tanya di atas keberkesanan dan peningkatan kitar semula. Buat masa ini saya tengok sudah beberapa tahun yang sudah, pusat-pusat kitar semula diwujudkan dan saya hendak tanya apakah tindakan ataupun pemantauan yang dibuat oleh kementerian sehingga kini di atas pusat-pusat ini dan apakah keberkesanannya. Satu lagi di Merbok, penghimpunan dan pengutipan sampah diberikan kepada E-Idaman dan buat masa ini sudah setahun lebih mereka beroperasi nampaknya lebih teruk daripada yang dibuat oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani. Apakah tindakan kementerian di atas non performance daripada syarikat ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Soalan pertama mengenai dengan pemantauan tentang pusat-pusat kitar semula. Sebenarnya pihak Kerajaan Pusat menyediakan pusat-pusat kitar semula ini dan diserahkan kepada semua pihak berkuasa tempatan di mana pusat kitar semula di pasang atau dibuat akan diserahkan kepada PBT yang berkenaan untuk menjaga dan mengurus. Sementara bagi pemungutan sampah ataupun berlakunya kelewatan atau ketidakcekapan oleh syarikat E-Idaman. Buat masa ini untuk makluman Yang Berhormat masih lagi dalam progress interim oleh E-Idaman dan sepatutnya PBT di kawasan itu harus bertanggungjawab tentang performance yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat sama ada E-Idaman ini sokong atau tidak terpulang kepada PBT itu untuk menilai.

Kerajaan Pusat belum mempunyai kuasa sepenuhnya. Setelah Akta Sisa Pepejal dikuatkuasakan, maka akan menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk menentukan sama ada syarikat-syarikat konsesi ini boleh melaksanakan tanggungjawab mereka dan kita boleh mengambil tindakan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat dengan selesainya jawapan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada soalan No.12 yang dikemukakan oleh Dato’ Rashid Din, iaitu Yang Berhormat Merbok, maka sesi bagi pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, ada beberapa perkara yang ingin saya perjelaskan pada pagi ini seperti mana yang telah saya janji sebelum ini. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Pokok Sena, Batu Gajah, Bandar Kuching dan Seputeh hadir pada hari ini. Pokok Sena ada? Saya tidak nampak. Sila Pokok Sena, Pokok Sena yang ditunggu. Seputeh tidak ada? Okey, tidak apa, saya telah ingatkan kepada Yang Berhormat bahawa pada hari ini saya akan buat keputusan kepada peraturan-peraturan mesyuarat yang dibangkitkan oleh empat Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertama, pada 10 Jun, Yang Berhormat Batu Gajah telah berdiri membangkitkan Peraturan Mesyuarat 24(1), di mana Yang Berhormat Batu Gajah mendakwa bahawa kononnya jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada soalan No.2 yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam pada hari itu iaitu pada 10 Jun, iaitu soalan berkenaan dengan statistik jenayah yang tidak dipaparkan dalam laman web PDRM adalah bercanggah dengan jawapan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri kepada persoalan yang sama, yang telah ditanya oleh Yang Berhormat Batu Gajah pada 1 April sewaktu beliau membahaskan ucapan Titah Diraja. Ahli Yang Berhormat Batu Gajah, setelah meneliti dakwaan Yang Berhormat dan jawapan-jawapan Timbalan Menteri dan jawapan daripada Menteri Dalam Negeri, saya dapati atau saya berpendapat bahawa tidak ada percanggahan di dalam jawapan-jawapan yang diberikan oleh Menteri dan

Perkara pertama, semasa penggulungan perbahasan ke atas Titah Diraja bagi giliran Kementerian Dalam Negeri, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah berhujah saya petik; “Yang Berhormat Batu Gajah bertanya mengenai indeks yang boleh kita keluarkan. Memang kita boleh tetapi bilik-bilik operasi dari yang kita rangkaikan daripada pejabat menteri kepada Bukit Aman sehingga ke peringkat IPK dan IPD boleh dirangkaikan sepenuhnya. Dalam konteks itu saya rasa dalam masa beberapa bulan ini apabila ianya telah pun dirangkaikan, indeks itu kita boleh siarkan dan kita boleh paparkan dalam website kita tanpa segan silu, tidak ada apa yang perlu kita sembunyikan’. Itu jawapan Menteri Dalam Negeri. Manakala jawapan Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada soalan lisan No.2 daripada Yang Berhormat Bukit Mertajam pada 10 Jun 2010 adalah seperti berikut, saya petik; “sehubungan dengan statistik jenayah yang tidak dipaparkan di laman web PDRM, buat masa kini PDRM tidak bercadang untuk memaparkan statistik berkenaan di laman web. Namun begitu statistik tersebut boleh diperolehi dari semasa ke semasa bagi tujuan tertentu seperti kajian dan penyelidikan.” Pada 30 Jun semasa menjawab soalan lisan No.1 dan soalan tambahan dari Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah memberikan jawapan dan saya petik; “mengenai pameran indeks jenayah, apa yang telah saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini ialah melalui bilik-bilik operasi yang kita sediakan perlu diselaraskan daripada peringkat daerah iaitu IPD kita, peringkat negeri IPK sehingga ke Bukit Aman dan kepada KDN. Saya telah

menyatakan bila bilik-bilik operasi ini yang akan mengumpulkan data berhubung kait dengan indeks-indeks jenayah ini dapat kita selaraskan dan koordinasikan, tidak ada perkara yang kita bimbang untuk dipamerkan dalam website dan khalayak ramai.” Ahli Yang Berhormat Batu Gajah, daripada jawapan-jawapan ini, saya dapat rumuskan bahawa ada salah tanggapan daripada pihak Ahli Yang Berhormat Batu Gajah kepada jawapan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri semasa menggulung perbahasan ke atas Titah Diraja pada bulan April. Pada saya, apabila menyelidik jawapan daripada Hansard saya dapati bahawa sewaktu mengemukakan soalan ini di dalam perbahasan Titah Diraja, Yang Berhormat Batu Gajah ada menyebut paparan indeks dan jenayah di website PDRM. Akan tetapi jawapan Menteri pada ketika itu ialah apabila semua maklumat daripada rangkaian IPK, IPD ke Bukit Aman dan Kementerian Dalam Negeri selesai, maka Menteri menjawab dia tidak mempunyai masalah untuk dipaparkan dalam website. Rumusan saya daripada jawapan itu apabila mengambil kira semua jawapan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ialah website KDN bukan website PDRM iaitu Polis Diraja Malaysia. Maka itu, apabila soalan No.2 yang memerlukan jawapan lisan daripada Yang Berhormat Bukit Mertajam diajukan, Timbalan Menteri Dalam Negeri memberi jawapan iaitu menurut beliau katanya, “pada ketika ini tidak ada niat bahawa indeks jenayah itu akan dipaparkan dalam website PDRM.” Jadi cuma itu, bagi saya apabila saya menyelidik, tidak ada sama sekali percanggahan jawapan, cuma salah tanggapan iaitu di mana indeks jenayah itu harus dipaparkan. Di website PDRM ataupun di website KDN. Jadi saya rumuskan daripada jawapan itu ialah Menteri mempunyai niat paparan itu ada di dalam web KDN bukan PDRM. Jadi saya harap Yang Berhormat Batu Gajah menerima penjelasan saya ini dan saya benar-benar meneliti perkara ini dan mengambil masa yang panjang untuk membaca semua jawapan dan saya terpaksa membuat rumusan. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, janganlah terlampau bebankan Tuan Yang di-Pertua dengan soal-soal sebegini kerana pada akhirnya ada juga penjelasan yang baik daripada apa yang ditimbulkan. Perkara kedua, pada 10 Jun 2010, Yang Berhormat Pokok Sena telah membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(12), di mana beliau mendakwa kononnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perlu untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas sebab tindakan kerajaan yang bercanggah iaitu, pertama membawa usul yang mengutuk serangan Israel kepada kapal Fortilla tetapi, menurut beliau pada 9 Jun kenyataan akhbar Yang Berhormat Menteri Pengangkutan yang dikatakan mengesahkan Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel. Jadi menurut Yang Berhormat Pokok Sena, beliau rasa tertipu oleh sebab mengundi usul mengutuk serangan Israel kepada kapal Fortilla, tertipu. Saya ambil andaian daripada hujah Yang Berhormat itu, kalau Yang Berhormat tahu bahawa ada hubungan perdagangan di antara Malaysia dan Israel, Yang Berhormat tidak akan mengundi, itu andaian saya. Ahli-ahli Yang Berhormat, setelah saya meneliti juga jawapan dan kepada perkara yang berlaku, saya berpendapat bahawa perkara seperti ini tidak termasuk dalam ruang lingkup maksud Peraturan Mesyuarat 36(12), iaitu untuk merujuk seseorang ahli kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan daripada peraturan mesyuarat ini, ada tiga prasyarat yang harus dulu kita kenal pasti ataupun it must be a prima facie case in three conditions, must be established.

Pertama, kenyataan atau hujah yang dibuat dalam Majlis tidak benar. Bermakna hujah itu mesti dalam Majlis, sewaktu Parliamentary proceeding. Kedua, apabila menyedari bahawa hujah atau pernyataan seorang ahli yang hendak dirujuk itu, bahawa pernyataannya itu tidak benar, ahli yang berkenaan tidak berbuat apa-apa untuk membetulkan hujah atau kenyataannya itu. Ketiga, Ahli Yang Berhormat yang berkenaan memang berniat untuk mengelirukan Dewan. Jadi, dalam perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, saya dapati tiga prasyarat yang saya sebutkan tadi itu tidak wujud, iaitu usul yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak ada cacat celanya. Tidak ada kontradiksi yang selepas itu ada kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat di dalam Dewan ini juga, yang bercanggah dengan usul yang disebut. Usul yang dibentangkan itu adalah usul yang mempunyai niat yang baik dan tidak ada tujuan untuk menyeleweng. Jadi, saya berpendapat bahawa hujah atau pernyataan yang dibuat di luar Dewan dalam apa bentuk sekali pun adalah di luar ruang lingkup maksud Peraturan Mesyuarat 36(12). Atas sebab itu, walaupun sekiranya betul, kenyataan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan itu bahawa Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel, ini tidak termasuk dalam ruang lingkup pengertian Peraturan Mesyuarat 36(12). Jadi, saya harap Yang Berhormat Pokok Sena menerima baik penjelasan saya ini.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gopeng, boleh? Yang Berhormat Gopeng duduk dahulu. Ini kerana saya telah mengambil masa juga untuk meneliti perkara ini dan perkara-perkara apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Ya, silakan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih atas ruling yang dibuat pada perkara yang sudah agak lama, dari 10 Jun yang lalu. Akan tetapi walaupun Tuan Yang di- Pertua mengatakan bahawa ia tidak ada kena-mengena dengan perkara yang saya bawa, peruntukan peraturan mesyuarat ini. Akan tetapi hakikatnya, sememangnya kami rasa tertipu kerana terasa bahawa kami menyokong usul itu menunjukkan seolah-olah kerajaan memang mempunyai satu ketegasan yang sangat serius terhadap Israel seolah-olah tidak akan ada apa-apa hubungan dengan Israel. Akan tetapi, ternyata bahawa kita masih tetap mempunyai hubungan dagang dengan Israel. Jadi, apakah gunanya kita mengecam sedangkan kita membantu memperkukuhkan ekonomi Israel melalui hubungan perdagangan yang telah pun dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Saya sebut bahawa, saya kata itu keputusan kerajaan sendiri yang mengizinkan sendiri untuk dibuat secara yang rahsia. Jadi, isu ini...

Tuan Yang di-Pertua

Ya, terima kasih.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini persoalan. Saya terima penjelasan Tuan Yang di-Pertua tetapi hakikatnya memang kerajaan kita tidak ada dasar yang tegas terhadap Israel dan kerajaan kita sememangnya bermain mata dengan Israel.

Tuan Yang di-Pertua

Ini untuk makluman lanjut Ahli Yang Berhormat Pokok Sena, saya tidak sebut tadi. Memandangkan saya bukan hakim yang terpaksa baca semua judgements saya. Saya petik-petik sahaja di sana-sini kerana Ahli Yang Berhormat semua faham apa yang saya maksudkan. Ahli Yang Berhormat harus juga sedia maklum dengan maksud Peraturan Mesyuarat 23(1)(i), yang mana kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh ahli-ahli Yang Berhormat melalui akhbar, tidak kita ambil kesimpulan bahawa kenyataan- kenyataan itu adalah sahih atau betul. Maka Peraturan Mesyuarat 23(1)(i), melarang supaya Ahli-ahli Yang Berhormat jangan bertanya mengenai dengan kesahihan sama ada betul atau tidak sesuatu kenyataan yang dibuat dalam surat khabar. Dalam soal itu, saya mengambil kira Peraturan Mesyuarat 23(1)(i), yang mana kenyataan yang dibuat kalau ada oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan atau melalui surat khabar dan sewaktu membangkitkan soal itu Yang Berhormat juga memetik apa yang dibangkitkan oleh surat khabar.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Sebentar Yang Berhormat Pokok Sena. Soal hakikat, soal tujuan, soal itu, soal tanggapan, itu bukan soal saya. Soal saya ialah untuk mentafsir sejauh mana ruang lingkup maksud dalam Peraturan Mesyuarat 36(12) tadi itu.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi Tuan Yang di- Pertua, mengapakah kerajaan tidak membuat sebarang bentuk penafian bahawa negara kita tidak mempunyai apa-apa hubungan perdagangan dengan negara haram Israel.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oleh sebab dalam perbahasan saya sendiri pun, dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Saya mendedahkan bahawa ada keputusan Kabinet, kemudian ada di perpustakaan di MITI juga mempunyai majalah-majalah yang menunjukkan bahawa itu ruang untuk usahawan-usahawan dan juga pedagang-pedagang dari Malaysia untuk melihat apakah peluang-peluang untuk berhubungan dalam urusan perdagangan dengan negara Haram Israel. Jadi, ini jelas saya sebutkan. Sepatutnya kerajaan menafikan tetapi sehingga hari ini kerajaan tidak menafikan bahawa mereka...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak ada apa-apa hubungan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Daripada maklum balas secara official yang saya terima daripada kementerian yang berkenaan. Kerajaan menafikan bahawa tidak ada hubungan dagang antara Malaysia dengan Israel. Jadi, setakat itu penjelasan saya pada soal ini. Jadi, mungkin perkara ini akan juga diketahui dan diambil kira oleh kerajaan iaitu pada masa-masa akan datang dalam perbahasan yang lain. Mungkin ini akan dibangkitkan.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

[Bangun]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sepatutnya Tuan Yang di- Pertua, kerajaan harus memberikan jawapan secara bertulis kepada saya. Sebab itu terkandung...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Di dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh saya bahaskan. Jadi, sepatunya mereka memberikan satu jawapan yang bertulis. Mereka perlu clear cut bahawa tidak ada. Hujahan saya tidak betul. Di MITI tidak ada pun apa yang saya sebut.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Itu pendapat Yang Berhormat tetapi itu petua saya pada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Petua Tuan Yang di-Pertua ialah hanya mendapat maklum balas tetapi sepatutnya maklum balas itu harus diberikan secara bertulis. Itu menunjukkan bahawa satu...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena, itu soal lain.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Soal yang saya sebutkan itu ialah Yang Berhormat ingin merujuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12). Jadi, ekoran daripada semua maklumat yang saya ada, saya membuat keputusan berdasarkan pada itu. Saya perjelaskan bahawa usul yang dibentangkan itu tidak ada melanggar tiga prasyarat pun, yang saya sebutkan tadi. Jadi, bagaimanalah saya mengatakan bahawa apa yang dibangkitkan itu betul atau tidak. Itu yang saya katakan. Persepsi lain dan perbahasan lain, itu bukan saya yang perlu bahaskan Yang Berhormat. Saya tidak dibolehkan untuk berbahas dengan Yang Berhormat malahan Yang Berhormat kalau dikira dalam peraturan mesyuarat pun tidak boleh tidak, mesti menerima juga keputusan saya. Ini kerana keputusan saya adalah muktamad kecuali Yang Berhormat ingin membawa usul persendirian.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya bersetuju dengan Tuan Yang di-Pertua, cuma Tuan Yang di-Pertua sepatutnya memberikan arahan kepada mereka, supaya persoalan perbahasan yang saya bangkitkan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh berkaitan dengan perkara ini juga harus diberikan jawapan kepada saya. Apakah kedudukan dakwaan saya itu sama ada betul ataupun tidak? Itu yang saya minta sebab hari ini Oh! dituduh kata Ketua Pembangkang dengan Yahudi dan sebagainya. Padahal memang kerajaan yang berhubung dengan Yahudi dan Israel.

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Peraturan Mesyuarat 23 juga Yang Berhormat Pokok Sena, mengatakan bahawa Yang di-Pertua tidak ada hak untuk menilai mengenai dengan kualiti jawapan daripada Menteri ataupun sama ada Menteri menjawab atau tidak. Itu bukan tanggungjawab saya di bawah peraturan mesyuarat. Jadi, apa-apa pun yang disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena itu, itulah petua saya pada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Terima kasih.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Ini apakah ini? Peraturan Mesyuarat?

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Boleh saya habiskan dahulu?

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Tidak, sebelum Tuan Yang di- Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Boleh saya habiskan dahulu apa yang saya telah janji kepada Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Bandar Kuching. Selepas itu...

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Ada kaitan dengan Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Yang di-Pertua

Boleh saya habiskan dahulu, Yang Berhormat?

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Okey.

Tuan Yang di-Pertua

Apakah bezanya, Yang Berhormat saya dengar pada ketika ini ataupun setelah saya habiskan? Ahli-ahli Yang Berhormat, saya amat menghormati semua Ahli Yang Berhormat, hormatilah kepada kerusi ini, bukan saya.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau saya dibenarkan untuk berbahas dengan Yang Berhormat, saya rasa tidak jauh saya ketinggalan daripada berdebat dengan siapa-siapa sahaja termasuk Yang Berhormat Permatang Pauh sendiri. [Ketawa] Akan tetapi saya tidak dibenarkan untuk berbahas. Mungkin ada suatu peluang di satu ketika nanti kita akan berdepan dan berbahas. [Ketawa]

Dato' Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada apa-apa. Saya cuma mengatakan saya tidak ada halangan untuk berbahas dengan Yang Berhormat Permatang Pauh. [Ketawa] Bukan ada apa-apa pun. [Ketawa] It would be an honor for me to debate with you. Anytime, any place if I am permitted. [Ketawa] Dalam soal apa pun. Terima kasih. Mengenai dengan soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh, ini semua saya buat secara off the cuff. Saya tidak selesa untuk membaca apa yang saya tulis. Yang Berhormat Seputeh ingin merujuk Yang Berhormat Menteri Pengangkutan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) atas sebab kononnya jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan kepada satu soalan yang dibangkitkan dalam Dewan ini adalah bercanggah dengan satu jawapan yang telah diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan iaitu mengenai dengan soal Astaka sewaktu Kementerian Pelancongan mengambil bahagian dalam pameran di China. Jadi, dalam soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Seputeh. Jawapan Kementerian Pelancongan adalah seperti berikut, “Bagi pembinaan Astaka Malaysia, RM20 juta telah diperuntukkan di mana kos ini adalah termasuk kos reka bentuk, membina, menyelenggara dan merobohkan Astaka setelah selesai tempoh pameran”. Satu jawapan lisan dijawab daripada kementerian ini kepada soalan Yang Berhormat Batu Gajah iaitu pada 15 Jun. Jawapan daripada Kementerian Pelancongan kepada persoalan yang sama ialah, “Secara keseluruhannya, negara

Tuan Yang di-Pertua

membelanjakan RM35 juta bagi pembinaan dan operasi Astaka Malaysia di Ekspo Dunia Shanghai yang berlangsung selama 6 bulan”. Jadi, menurut Yang Berhormat Seputeh ada percanggahan jawapan di sini – yang mana benar? RM20 juta ataupun RM35 juta? Untuk makluman Yang Berhormat Seputeh, kedua-dua jawapan ini adalah benar. Cuma, juga ada perselisihan tanggapan dan fahaman. Jawapan ini telah diperjelaskan oleh Menteri berkenaan dalam satu soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pulai iaitu pada 14 Jun 2010. Ini jawapan daripada Kementerian Pelancongan yang menyelesaikan semua kesamaran ini. “Secara keseluruhannya, negara memperuntukkan RM35 juta untuk membiayai pembinaan dan pengendalian pameran Malaysia di Ekspo Dunia di Shanghai, China. Bagi pembinaan Astaka Malaysia, RM20 juta telah diperuntukkan di mana kos ini adalah termasuk kos reka bentuk, membina, menyelenggara dan merobohkan Astaka setelah selesai tempoh pameran. Manakala RM15 juta telah diperuntukkan bagi perbelanjaan operasi sepanjang 6 bulan ekspo berlangsung”. Jadi, RM20 juta campur RM15 juta, walaupun matematik saya tidak begitu baik, jawapannya RM35 juta. Itulah saya kata bahawa kedua-dua jawapan itu adalah betul. Cuma, sewaktu menjawab, kementerian berkenaan menjawab kepada soalan yang tidak ditimbulkan secara spesifik. Kos keseluruhan – RM35 juta. Kos membina dan meroboh – RM20 juta. Jadi atas sebab itu, maka Peraturan Mesyuarat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh untuk membawa Yang Berhormat Menteri Pengangkutan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tidak mempunyai apa-apa asas pun. Jadi, saya mohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila saya ataupun Timbalan-timbalan saya membuat fatwa atau keputusan yang tidak memuaskan hati Ahli-ahli Yang Berhormat pada ketika itu, janganlah pula saya dituduh dengan sewenang-wenang bahawa saya berat sebelah, bahawa saya tidak membenarkan usul itu kerana saya condong kepada kerajaan dan sedemikiannya. Saya dapat baca di laman-laman web yang mengatakan bahawa selepas sahaja Mesyuarat di sini, Yang Berhormat Seputeh keluar daripada Dewan dan buat press conference (PC) mengatakan bahawa saya berat sebelah. Jadi, kadang-kadang saya terkilan, kadang-kadang meronta hati saya dan perasaan saya untuk membalas kepada hujah-hujah yang menyakitkan hati ini. Akan tetapi saya tidak dibenarkan memandangkan saya jaga integriti Speaker. Tidak apa. Biar saya pendam dalam hati [Ketawa]

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Penghabisan sekali iaitu persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat Bandar Kuching ingin membawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan juga atas sebab bahawa kononnya semasa Pilihan Raya Kecil di Sibu baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menzahirkan hujah di mana beliau kata “Give me Robert Lau in Sibu. I will give you RM3 million”. Then, Yang Berhormat Bandar Kuching corrected it – not RM3 million, RM5 million. Jadi menurut Yang Berhormat Bandar Kuching, beliau mengemukakan satu soalan yang sama dalam Dewan ini iaitu bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sama ada, ada janji-janji projek, dasar ataupun apa-

Tuan Yang di-Pertua

apa sewaktu dalam pilihan raya. Jawapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah tidak ada janji dan perkara-perkara seperti begitu termasuklah di Sibu. Berbalik saya kepada pendapat saya apabila saya mengemukakan fatwa tadi kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena iaitu untuk merujuk seseorang ahli kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, perlu ada tiga prasyarat iaitu: (i) hujah yang dibuat oleh ahli yang berkenaan itu adalah tidak betul masalah; (ii) apabila menyedari hujah itu tidak betul dan salah, Ahli Yang Berhormat yang berkenaan tidak berusaha ataupun membuat apa-apa untuk membetulkan hujah itu sama ada meminta maafkah atau apa; dan (iii) sememangnya daripada mula membuat hujah itu dia berniat untuk mengelirukan Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat, apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat di Sibu pada pilihan raya kecil yang disebarluaskan dalam media massa. Begitu juga saya berbalik kepada apa yang dilarang dalam Peraturan Mesyuarat 23(1)(i) iaitu kesahihan apa yang disebut di luar itu tidak dibenarkan untuk ditanya. Atas sebab itu, perkara sebegini, saya berpendapat dengan ikhlas, tidak termasuk dalam ruang lingkup apa yang dimaksudkan oleh Peraturan Mesyuarat 36(12). Ini kerana jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada jawapan yang memerlukan jawapan lisan atau bertulis itu, beliau kata tidak ada apa-apa projek. Jadi manakala yang itu adalah kenyataan-kenyataan di luar yang ada ciri-ciri politik dan sedemikiannya. Yang itu bukan tanggungjawab saya dan bukan termasuk dalam ruang lingkup maksud P.M36(12). Atas sebab itu Yang Berhormat Bandar Kuching, saya mohon maaf terpaksa saya menolak bahawa Yang Amat Berhormat perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Ya.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Menurut apa yang dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua, bahawa apa yang berlaku di luar Dewan ini adalah di luar lingkungan bidang kuasa Tuan Yang di- Pertua. Oleh itu, apa yang berlaku di luar Dewan ini – kalaulah seseorang Menteri berkata yang lain, bahkan bohong dalam Dewan ini, itu pun Tuan Yang di-Pertua tidak akan melihat apa yang berlaku di luar Dewan ini. Saya berpendapat bahawa ini adalah tidak patut.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Oleh kerana hakikatnya, Tuan Yang di-Pertua, ada video recording bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata, “Let’s have a deal - have understanding. The understanding is simple, You give me Robert Lau, I give you RM3 million. You help me, I help you, and I will deliver my promise.” Perkataan yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah ‘promise.’ “I will deliver my promise.” Dengan hakikat sebegitu jelas semasa memberikan jawapan dalam Dewan ini katakan kerajaan tidak pernah menjanjikan projek atau program kepada rakyat semasa kempen pilihan raya di seluruh negara termasuk di Parlimen Sibu. Bukankah ini satu percanggahan daripada hakikat mengenai niat sama ada niat untuk berbohong dalam Dewan ini? Soalan saya bukan tanya sama ada

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

kerajaan ada buat perjanjian atau tidak buat perjanjian. Akan tetapi soalan saya tanya berapa peruntukan pengumuman polisi dan peruntukan dibuat oleh Perdana Menteri. Saya tidak ada tanya sama ada perjanjian ada dibuat. I presume it’s already made. But there is deliberate, intentional – intention to state that to denied ada perjanjian dibuat. Oleh itu niatnya adalah jelas untuk mengelirukan Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

We cannot shut our eyes to the fact that has happened outside this House.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Bandar Kuching. Are you a lawyer?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Well. Unfortunately, Yang Berhormat Bandar Kuching, saya bukan hakim untuk mendengar hujah seperti itu. Kalau pengertian, maksud ayat-ayat di bawah 36(12) itu, saya perluaskan dan perlebarkan ruang lingkupnya seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat, besar kuasa Speaker, Yang Berhormat. Saya akan teliti setiap hujah Ahli-ahli Yang Berhormat sewaktu berceramah di mana-mana pun. Selepas itu apabila kita bersidang satu demi satu Yang Berhormat saya mengatakan bahawa ini telah berlaku. Jadi, saya tidaklah mahu melebarkan lagi kuasa saya, Yang Berhormat. Akan tetapi daripada hujah Yang Berhormat itu seolah-olah ada perkara- perkara yang berlaku tidak betul. Itu makanya Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai Ahli-ahli Parlimen, Ahli Yang Berhormat mempunyai hak dan keistimewaan sewaktu berbahas dalam Dewan. Malahan apa yang dihujahkan di sini ada kekebalan dan ia tidak boleh diambil tindakan. Apabila di luar sana semua kekebalan itu sudah tidak ada. Jadi, kalaulah ada Ahli-ahli Yang Berhormat memikirkan bahawa ada individu, jangan bilang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang berhujah menyalahi mana-mana undang-undang dan sedemikiannya. Itu terpulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membuat langkah-langkah apa yang perlu kamu fikirkan wajib. Akan tetapi itu adalah bukan satu perkara yang saya rasa perlu diambil tindakan dalam Dewan ini melalui Peraturan Mesyuarat 36(12). Apa pun andaian, persepsi Yang Berhormat itu bukan saya yang menilainya. Saya cuma mentafsir maksud 36(12) yang pada akhir-akhir ini sering kali dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

[Bangun]

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, itu respons saya kepada peraturan-peraturan mesyuarat yang dibangkitkan oleh empat orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Pokok Sena, Seputih, Bandar Kuching dan Batu Gajah. Sila, peraturan mesyuarat.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin merujuk Peraturan Mesyuarat 23(1)(i) yang dibangkitkan oleh Tuan Yang di-Pertua sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua ada menyebut bahawa kenyataan yang dibuat di luar Dewan tidak boleh dipertikaikan sama ada sahih atau tidak dan tidak boleh diperbahaskan. Tuan Yang di-Pertua juga menyebut bukan tanggungjawab Dewan ini untuk menentukan kenyataan yang dibuat di luar Dewan itu sahih atau tidak. Kalau itulah asas yang digunakan oleh Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mendapat penjelasan, mengapa dalam konteks Yang

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Berhormat Permatang Pauh, Dewan yang sama menyatakan pada minggu lepas oleh kerana ada kenyataan akhbar daripada APCO Worldwide, yang menafikan kenyataan yang pertama, maka Yang Berhormat Permatang Pauh dihukum dan diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Oleh kerana Dewan ini mengatakan ada kes prima facie semata-mata ada satu kenyataan yang dibuat di luar Dewan tetapi digunakan oleh Dewan ini sebagai asas untuk menghukum dan menzalimi Yang Berhormat Permatang Pauh. Maka saya ingin bertanya apakah ini tidak double standard namanya? Mengapa keterangan akhbar yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan itu tidak boleh digunakan dengan menggunakan asas yang sama bahawa beliau telah berbohong? Perdana Menteri telah berbohong dalam Dewan ini, itu yang ingin saya nyatakan. Akan tetapi jangan Tuan Yang di-Pertua melihat saya ingin menuduh Tuan Yang di-Pertua berat sebelah ataupun double standard. Kalau saya tengok pagi ini pun, kalau bacaan saya itu tepat apabila Tuan Yang di-Pertua bersedia untuk berdebat dengan Yang Berhormat Permatang Pauh, itu pun sudah berat sebelah. Kalau Tuan Yang di-Pertua betul-betul bebas ayuh kita berdebat juga dengan Yang Berhormat Pekan. Saya yakin Tuan Yang di-Pertua boleh berdebat dengan lebih hebat dengan Yang Berhormat Pekan.

Tuan Yang di-Pertua

Dengan sesiapa sahaja, Yang Berhormat. [Ketawa] Dengan siapa sahaja.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua, tajuk yang sama sebab ini isu yang penting.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua sudah beri pandangan tadi tentang fahaman Tuan Yang di-Pertua atau tafsiran Tuan Yang di-Pertua tentang pendekatan penggunaan 36(12) itu. Fahaman saya selepas mendengar adalah Tuan Yang di-Pertua berkata bahawa kenyataan-kenyataan yang di luar bukan dalam bidang kuasa Tuan Yang di-Pertua. Itu tidak relevanlah ditafsirkan dan itu secara ringkas bukan dalam bidang kuasa di sini. Saya ambil Itu bermaksud bahawa Tuan Yang di-Pertua hanya kenyataan dalam Dewan yang akan dijadikan tajuk. Isu yang dibangkitkan ialah sama ada kenyataan di dalam Dewan oleh Menteri adalah benar atau tidak yang patut dirujuk. Akan tetapi untuk menentukan sama ada kenyataan itu yang dibuat di dalam Dewan adalah dengan niat jahat untuk mengelirukan memang boleh dibandingkan dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri yang sama di luar. Itulah relevannya yang dibuat di luar. Jadi kita tidak boleh kata statement A di dalam Dewan dan statement B di luar tidak relevan. Saya dengan hormat pendekatan itu tidak boleh dipakai. Contoh tadi yang diberikan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching amat jelas, kenyataan di luar dan kenyataan di dalam. Isunya bukan kenyataan di luar sama ada itu mengelirukan, itu bukan isu yang relevan kepada kita. Isunya ialah sama ada kenyataan di dalam Dewan itu adalah dibuat dengan niat jahat untuk mengelirukan. Itu dia. Kita tidak boleh tunggu masa membandingkan dua statement di dalam Dewan, itu mungkin tidak berlaku. Akan tetapi itu tidak...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, baru juga tadi saya mengatakan bahawa ada beberapa kenyataan yang dibuat oleh Menteri dan Timbalan Menteri. Mengapa pula Yang Berhormat mengatakan itu tidak mungkin berlaku dalam Dewan?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

No, maksud saya kenyataan yang dibuat di luar boleh diambil kira untuk menentukan soalan sama ada kenyataan yang dibuat di sini adalah dengan niat mengelirukan Dewan. Itu point saya, itu...

Tuan Yang di-Pertua

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya faham Yang Berhormat, saya faham.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua

Okey sila. Jangan terlampau panjang lebar Yang Berhormat kerana saya cuma melayan ini agar Ahli-ahli Yang Berhormat faham dengan isu 36(12) dan jangan dibangkitkan lagi sewenang-wenang. Kita tidak ada masa Yang Berhormat. Sila, the last one.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini masalah Peraturan Mesyuarat 36(12) yang berbangkit akibat kes yang terlibat dengan Yang Berhormat Permatang Pauh. Tuan Yang di-Pertua sudah sebut bahawa tiga asas yang kita boleh rujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan iaitu kenyataan dibuat di dalam Dewan, kenyataan yang salah dan tidak dibetulkan dan sengaja mengelirukan Dewan. Saya hendak rujuk kepada ketiga ini iaitu sengaja kelirukan Dewan.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Ini bermakna, seseorang Yang Berhormat itu mempunyai privileged untuk mengetahui apa yang tepat dan ini seharusnya tidak dirujukkan kepada orang yang bukan dalam kerajaan. Khususnya dalam kes ‘1Israel, 1’alaysia' dan APCO Worldwide ini. Orang yang ada privileged information sama ada itu ada kaitankah tidak adalah orang dari pihak kerajaan dan bukan pihak pembangkang. Jadi dalam kes ini kita rujuk Yang Berhormat Permatang Pauh kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya rasa ini tidak adil sebab boleh buat anggapan bahawa UMNO itu rasuah, BN itu rasuah itu satu anggapan dan privileged adalah untuk mereka jawab dalam hal ini. Jadi...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Gopeng.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan boleh saya sambung.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah sebut bahawa ini yang penghabisan. Tidak apalah Yang Berhormat Jempol. Yang Berhormat Bukit Mertajam dulu.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

[Menyampuk]

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Saya, saya hendak bagi penjelasan sebab dia sentuh UMNO itu. Saya nampak Tuan Yang di-Pertua, isu Yang Berhormat Permatang Pauh kita bawa dalam Dewan. Yang Berhormat Permatang Pauh buat tuduhan dalam Dewan, kemudian kita minta dia bagi penjelasan dalam Dewan. Kemudian kita bawa usul perbahasan dijalankan, kemudian keputusan Dewan bersetuju bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh dihadapkan kepada jawatankuasa.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Jempol.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Dia tidak ada kena-mengena dengan surat khabar dan bukti-bukti yang lain.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, terima kasih Yang Berhormat Jempol. Terima kasih.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Tidak ada kena-mengena dengan

UMNO. Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Jempol.

Dato’ Lilah bin YasinUMNO · BNJempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Oleh kerana ini melibatkan...

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya saya benarkan. Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya mohon maaf.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Biar, biar Yang Berhormat Permatang Pauh saya benarkan.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

23(1)(i) tadi kerana Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling tidak boleh menggunakan kenyataan yang dibuat di luar Dewan sebagai alasan. Tatkala memutuskan dalam kes saya, Tuan Yang di-Pertua secara spesifik merujuk surat penafian APCO yang belum disiasat, yang dibuat di luar Dewan sebagai sesuatu yang mutlak dan tidak dipertikaikan. Walhal APCO sendiri pun membuat kenyataan palsu sebelumnya. Pertama dia buat kenyataan menafikan bahawa APCO tidak ada hubungan dengan Israel, jam 11.00 pagi. Jam 5.00 petang bila saya dedahkan perjanjian APCO dan Israel. Jam 5.00 petang, kenyataan itu ditarik balik. Kemudian kenyataan dibuat membantu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menafikan. Tuan Yang di-Pertua menggunakan kenyataan itu dan merujuk, malah menghukum dan merujuk saya. Bagaimana Tuan Yang di-Pertua hendak boleh ubahsuai? Saya tidak minta ubahsuai. Saya minta Tuan Yang di-Pertua betulkan balik dan lepaskan saya daripada merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Itu barulah tindakan yang adil supaya tidak dilihat terlalu tunduk kepada kenyataan APCO. [Tepuk]

Setuju, setuju.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, semua hujah Yang Berhormat itu konkrit tetapi tidak semestinya betul. Ahli-ahli Yang Berhormat miss the point, kalau saya boleh gunakan bahasa Inggeris iaitu pengheretan Yang Berhormat Permatang Pauh kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan adalah dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) oleh seorang menteri. Ini sudah saya perjelaskan panjang lebar. Ini sebagai responds kepada Yang Berhormat Gombak tempoh hari pun. Saya mengatakan bahawa pada ketika itu kalau yang membuat usul itu bertaraf menteri maksudnya adalah itulah yang ingin dibuat oleh kerajaan, usul. Saya sendiri sebagai Tuan Yang di-Pertua pun apa-apa petua saya boleh dikesampingkan ataupun dibuang kalau ada usul. Jadi, sama ada kuasa prima facie itu wujud ketika itu atau tidak kerana dalam apa yang telah berlaku Yang Berhormat Permatang Pauh telah diberi seminggu untuk memberi penjelasan oleh Yang Berhormat Padang Rengas. Seminggu selepas itu apabila Yang Berhormat Permatang Pauh membuat penjelasan Menteri yang sama juga membawa usul.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, tidak timbul tafsiran sama ada tiga prasyarat itu timbul atau tidak. Ahli-ahli Yang Berhormat mesti faham ini kerana usul yang dipersetujui oleh Majlis adalah segala-galanya. Sama ada usul itu betul, tidak betul daripada interpretasi masing-masing. Itu lain cerita. Saya tekankan, saya kata bahawa the opposition will have it say, the government will say where. Ini bukan saya buat-buat, ini saya petik daripada hujah kata-kata hikmah oleh Philip Laundray yang menulis macam- macam authority mengenai dengan soal prosedur Parlimen. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, itu sahaja petua saya kepada empat perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya harap Peraturan Mesyuarat 36(12) ini tidak digunakan dengan sewenang-wenang dan begitu juga kepada menteri-menteri apabila nanti memberi jawapan-jawapan, hati-hati. Saya tidak mengatakan jawapan itu kadang-kadang cuai, tidak. Kadang-kadang ada jawapan yang terperinci, ada yang tidak seperti jawapan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan itu menimbulkan salah anggapan daripada Yang Berhormat Batu Gajah dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Tuan Yang di-Pertua, satu Tuan Yang di-Pertua.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Satu Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya...

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa cukup sudah Yang Berhormat. Cukup sudah.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

...Berdasarkan penjelasan Tuan Yang di-Pertua tadi. Bolehkah Tuan Yang di-Pertua bagi petua dalam keadaan mana kita boleh heret menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Apa yang disebutnya.

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Nampak gaya tidak ada ruang langsung, tidak ada ruang untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dirujuk.

Tuan Yang di-Pertua

Ada, ada ruang Yang Berhormat Gombak...

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Ada?

Tuan Yang di-Pertua

...Kalau umpamanya Yang Berhormat Padang Rengas pada ketika itu tidak minta maaf. Itu satu ruang. Tetapi dia minta maaf, dia gentleman. Jadi, saya telah nyatakan juga di dalam Dewan Yang Mulia ini apabila ada kesilapan dan kesilapan itu telah kita dapati be a man, bite the bullet. Jangan tegakkan benang basah.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

[Bangun]

Tuan Mohamed Azmin AliPKR · PHGombak

Tetapi Yang Berhormat Pekan tidak jadi, bukan tidak jadi manlah tetapi dia tidak minta maaf.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya. Cukup, cukup Yang Berhormat Gombak.

Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak mohon maaf itu adakah kita boleh pakai ini?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Menyampuk]

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tidak, tidak isu lain Tuan Yang di-Pertua. Pagi tadi Tuan Yang di-Pertua telah menolak usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dengan alasan tidak perlu disegerakan. Tuan Yang di- Pertua, ini saya rujuk kepada laporan terkini bahawa Petronas terpaksa bayar RM70.9 bilion bagi tahun berakhir 31 Disember kerana dividen dikekalkan pada RM30 bilion. Ini bermakna pulangan keuntungan Petronas 85.6% yang berakhir 31 Mac terpaksa dibayar kepada kerajaan. Ini berbeza dengan pendekatan yang dibuat oleh semua syarikat minyak lainnya. Shell umpamanya memperuntukkan di antara 70% sehingga 80% untuk pelaburan untuk mencari gali minyak. Saya bangkitkan ini kerana bimbang ada suatu anjakan dasar Petronas yang diamalkan selama ini yang melihat kepada kepentingan masa depan negara dan pelaburan dan dipindahkan semata-mata untuk menampung defisit yang kini sudah parah dan juga untuk cara jalan keluar membantu syarikat tempatan yang ada kaitan dengan kroni-kroni besar dan dengan itu memaksa Petronas melabur. Tuan Yang di-Pertua jangan nampak kurang itu tetapi ini sebab saya - terima kasih baru senyum tadi nampak macam... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Nanti saya responds Yang Berhormat Permatang Pauh kenapa raut muka saya sebegitu.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya. Okey, okey. Saya faham kuasanya tapi saya bimbang kalau kes yang melibatkan dana dan sumbangan terbesar Petronas kepada negara tidak perlu disegerakan. Saya berasa ruang untuk kita bahaskan sekarang laporan ini tidak ada sehingga sesi belanjawan akan datang.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat Permatang Pauh, raut wajah saya tadi itu secara automatik oleh kerana saya mohon maaf kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya tidak ada terfikir Yang Berhormat Permatang Pauh sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, Peraturan Mesyuarat 18(1) tidak mendalami. Ahli-ahli Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 18(1) ini juga yang perlu Ahli-ahli Yang Berhormat ambil tahu.

Tuan Yang di-Pertua

Ada tiga perkara prasyarat: (i) perkara itu tertentu, spesifik; (ii) ia kepentingan orang ramai; dan (iii) ia perlu disegerakan. Tiga perkara. Kalau Ahli Yang Berhormat mahu membawa usul di bawah perkara 18(1), biarlah perkara itu tidak ada banyak andaian, tidak ada banyak perbahasan, tidak ada banyak persepsi daripada orang lain. Apabila saya meneliti usul Yang Berhormat, usul ini cuma berkisar kepada penurunan perolehan Petronas kepada kemerosotan untung Petronas. Selepas itu Ahli Yang Berhormat membuat andaian-andaian bahawa penurunan ini adalah disebabkan oleh ini, oleh kerana kerajaan meminta dividen yang lebih tinggi dan menurut Ahli Yang Berhormat, impaknya kepada ekonomi negara adalah negatif. Yang Berhormat, ini persepsi dan tanggapan Yang Berhormat yang mengundang juga tafsiran yang berbeza daripada kerajaan. Saya baca satu statistik di mana dalam suku pertama dalam tahun 2010, KDNK negara meningkat

Tuan Yang di-Pertua

kepada lebih 10% dengan keadaan begini. Jadi, itu makanya dalam Parlimen- Parlimen...

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ini...

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dahulu Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

...Bacalah yang suku tahun kedua Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dahulu Yang Berhormat. Nanti dahulu Yang Berhormat.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sebab ulasan...

Tuan Yang di-Pertua

Nanti dahulu. Saya belum siap lagi Yang Berhormat untuk bercakap.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Okey, okey.

Tuan Yang di-Pertua

Sewaktu Yang Berhormat Permatang Pauh berhujah saya biarkan.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya persilakan dengan hormatnya.

Tuan Yang di-Pertua

Boleh Yang Berhormat Permatang Pauh juga menzahirkan raut muka yang tidak bersetuju. Itu boleh tetapi jangan mengganggu waktu saya bercakap. [Ketawa] Itu makanya di Parlimen-parlimen Komanwel seperti New Zealand, Australia, Kanada, apabila ada perkara dibawa ke Parlimen, usul tergempar seperti ini mengenai dengan soal pengangguran, ditolak. Ini kerana pengangguran itu adalah perkara yang bergolak. It is a continuous happening thing. Begitu juga dengan sama ada ekonomi itu menurun atau naik, ditolak. Oleh kerana kadang-kadang kerajaan tidak berkuasa untuk mengawal keadaan kerana akibat terjejasnya ekonomi itu mungkin diakibatkan oleh kuasa- kuasa di luar yang beyond the control of the government. Jadi, itu makanya apabila saya perhatikan usul Yang Berhormat, saya dengan ikhlas dan perasaan yang tidak ada memikirkan soal lain, iaitu tafsiran 18(1) itu tidak sewenang-wenang untuk diberi apabila perkara yang ditimbulkan itu mengundang perbahasan yang berbeza daripada ekonomis-ekonomis daripada semua pihak. Itu sebabnya saya tidak membenarkan dan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi, ini tidak perlu juga disegerakan memandangkan bajet tidak lama lagi dalam bulan Oktober. Dua tiga bulan daripada sekarang Yang Berhormat boleh huraikan panjang lebar sewaktu nanti membahaskan bajet untuk tahun 2011. Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf kerana saya berpendapat kenyataan Tuan Yang di-Pertua tentang segerakan itu tidak tepat kerana ini bukan soal pertikai fakta penurunan keuntungan dan juga dividen yang harus dibayar. Ini menyentuh dasar yang dibuat segera oleh kerajaan. Pertama, menetapkan dividen tambahan dan dengan ini menyangkut dasar Petronas sama ada hendak melabur di luar seperti mana dasar yang dikekalkan selama berpuluh-puluh tahun dengan perubahan yang mendadak. Ia harus disegerakan untuk membetulkan sikap dan pendirian kerajaan hari ini supaya Petronas dibenarkan melabur untuk menyelamatkan ekonomi negara dalam jangka panjang atau pertengahan. Itu yang pertama. Soal Tuan Yang di-Pertua menyebut ini tafsiran-tafsiran tidak betul, kerana ini angka. Hasil minyak, soal cukai, soal free cash flownya, capital expenditurenya,

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

reinvestment ratio. Ini bukan isu tafsiran, ini berdasarkan angka yang saya kutip dari laporan Petronas yang terakhir. Jadi, saya hanya merayu sebab Tuan Yang di-Pertua menyebut tentang mempertikai soal tidak perlu disegerakan. Boleh tunggu tiga bulan. Keputusan suku tahun kedua yang Tuan Yang di-Pertua tidak sebut, Tuan Yang di-Pertua kadang-kadang menyebut suku tahun pertama. Dalam unjuran pertumbuhan ekonomi Tuan Yang di-Pertua, ia mesti ada unjuran itu dua suku tahun.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Hendak kira pertumbuhan atau pun recession, dua suku tahun. Jadi, jangan kutip macam propaganda mereka tentang satu suku tahun.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sekarang ini suku tahun kedua sudah pun menurun dan ini diakui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Ahli Yang Berhormat, walau apa pun hujah daripada Yang Berhormat Permatang Pauh, begitulah fatwa saya terhadap maksud perkara 18(1) dan 18(2) dan lain kali insya-Allah di masa-masa yang mengizinkan saya, saya akan mengikut kuliah economic daripada Yang Berhormat Permatang Pauh. Ini kerana saya terlupa bahawa di suatu ketika dahulu Yang Berhormat Permatang Pauh ini adalah Menteri Kewangan. [Ketawa]

Peraturan Mesyuarat 21 Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

Peraturan Mesyuarat 21.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang sudah cukup Yang Berhormat Pendang...

Perkara 21, perkara 21.

Tuan Yang di-Pertua

...Terlampau lama sudah saya...

Perkara 21. Ini bukan perkara 36. Perkara 21.

Tuan Yang di-Pertua

Soal apa Yang Berhormat Pendang?

Perkara 21 Tuan Yang di-Pertua. Fatwa Tuan Yang di-Pertua tidak diikuti juga. Dalam mesyuarat yang lepas kita telah buat perkara 21 ini. Soalan-soalan yang kita kemukakan, 14 hari sebelum mesyuarat mesti dijawab tetapi, sampai sekarang Yang Berhormat Menteri tidak jawab lagi. Saya tidak pun menerima jawapan daripada Setiausaha melalui Peraturan Mesyuarat 23(3). Kalau soalan kita tidak diterima, Setiausaha mesti memberi jawapan tetapi ini pun tidak diterima.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pendang. Terima kasih Yang Berhormat Pendang.

Fatwa Tuan Yang di- Pertua masih tidak diikuti.

Tuan Yang di-Pertua

Begitulah nasib Tuan Yang di-Pertua penggal ini Yang Berhormat Pendang. Terima kasih. Sila Setiausaha teruskan.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, dari Bakri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bakri, lain kali Yang Berhormat Bakri.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Tidak. Saya pun dapat satu surat sebab saya ada buat satu usul dalam perkara 18 bahawa Americk Sindhu peguam kepada P. Balasubramaniam telah mengeluarkan satu kenyataan di dalam laman blog Malaysia Today pada 30 Jun...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Bakri, ini hal apa ini? Berdiri atas peraturan mesyuaratkah, apakah?

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Perkara 18(1). Sebab saya dapat...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bakri, saya ada terima notis daripada Yang Berhormat mengenai dengan soal yang Yang Berhormat ingin baca itu. Akan tetapi, saya telah mengutus satu surat kepada Yang Berhormat, saya mengatakan bahawa usul itu saya tolak di bawah peraturan 18(5) atas sebab pada hari sewaktu usul datang di meja saya dua usul yang datang, iaitu satu usul daripada Yang Berhormat Permatang Pauh, selepas itu usul dari Yang Berhormat. Jadi menurut Peraturan Mesyuarat 18(5), apabila dua usul datang sekali, yang terdahulu datang itu yang didahulukan. Jadi secara automatik usul Yang Berhormat saya tolak di bawah 18(5). Jadi, saya tidak boleh benarkan Yang Berhormat berdiri di situ sedemikiannya kerana peraturan mesyuarat tidak membenarkan itu. Akan tetapi kalau Yang Berhormat mahu juga usul itu untuk diambil kira pada masa-masa akan datang, buat balik, hantar balik. Begitu Yang Berhormat.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Okey. Saya hantar balik.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila Setiausaha teruskan.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KERJA (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kerja 1955; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Maznah binti Mazlan]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KANAK-KANAK DAN ORANG MUDA (PEKERJAAN) (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kanak- kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh

Dato’ Maznah binti MazlanTimbalan Menteri Sumber Manusia

; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN STADIUM MALAYSIA 2010 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk menubuhkan Perbadanan Stadium Malaysia untuk mengadakan peruntukan berkenaan dengan pembangunan, pengendalian dan pengurusan stadium, kompleks, dan kemudahan sukan dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh

Dato’ Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Belia dan Sukan · Kemaman

; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH RENDAH (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Rendah (Pindaan) 1948. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Segala teguran, saranan, pandangan akan tetap diambil berat oleh pihak Jabatan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, dalam menjawab isu-isu yang telah pun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan hanya

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

menyentuh isu-isu yang relevan mengenai rang undang-undang, pindaan ini sahaja. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat telah pun bertanya mengapakan tiada keseriusan dalam melaksanakan e-filing di mahkamah. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sistem e-filing dimulakan secara pilot project di Mahkamah Kuala Lumpur, Shah Alam, Pulau Pinang, Johor Bharu dan Istana Kehakiman di Putrajaya sejak hujung tahun lalu. Terdapat beberapa peringkat pelaksanaan bagi e-filing ini. Sistem e-filing membolehkan pendaftaran kes dan pemfailan dokumen dibuat secara online. Namun begitu, sementara e-filing ini dibangunkan, Mahkamah Kuala Lumpur telah memulakan pilot project untuk paperless filing terlebih dahulu. Kemajuan projek e- filing ini di Mahkamah Kuala Lumpur setakat ini adalah seperti berikut. Pertama, paperless filing. Di Mahkamah Kuala Lumpur, sistem exs dan cms yang diintegrasikan membolehkan paperless filling dilaksanakan iaitu peguam boleh memfailkan dokumen dalam bentuk softcopy. Sistem ini pula dilaksanakan di Mahkamah Tinggi Dagang bagi 1 September 2009 dan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuala Lumpur pada 8 hb Februari 2010. Namun begitu, setakat ini peguam masih memfailkan dokumen-dokumen dalam bentuk hardcopy walaupun pendaftaran kes adalah secara digital namun pemfailan dokumen masih dalam bentuk manual. Oleh itu, kakitangan mahkamah perlu membuat pengimbasan dokumen-dokumen tersebut untuk dimasukkan dalam cms.

Yang Berhormat Menteri, sedikit Yang Berhormat Menteri, mengenai softcopy tadi. Boleh?

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Ya, boleh.

Yang Berhormat Menteri, saya mohon pandangan, penjelasan Yang Berhormat Menteri sebab saya tengok perkembangan dari segi e-filing dan sebagainya itu agak tidak berapa rancak di peringkat yang Menteri katakan. Akan tetapi, ada satu dinamik lain. Ada di kalangan hakim yang minta softcopy kepada peguam-peguam dan kadang-kadang bila kita tengok judgment, penghakiman yang dibuat itu, hendak kata sama 100% pun keterlaluan tetapi kadang-kadang kita lihat di situ satu perkembangan yang tidak sihat terutama dari segi perkembangan judicial development. Kadang-kadang hujah-hujah itu diminta peguam beri dalam bentuk thumbdrivekah, CDkah supaya mungkin memudahkan tetapi saya rasa itu satu perkembangan yang tidak berapa sihat. Menteri cakapkan tadi itu ialah untuk pemfailan, berkaitan dengan pentadbiran yang saya faham. Akan tetapi, mohon perhatian Yang Berhormat Menteri agar perkara-perkara itu dapat dikurangkan malah dielakkan. Mohon penjelasan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Balik Pulau. Mengenai penghujahan yang telah pun dibuat melalui e-filing atau pun dalam pendrive, saya tidak berapa setujulah dengan pandangan Yang Berhormat Balik Pulau memandangkan saya sendiri telah pun ada pengalaman di sini di mana di Mahkamah Kota Kinabalu pada lewat tahun 1990-an, kami telah pun mula untuk memfailkan submission melalui PC dan juga internet dan ini telah pun memudahkan pihak mahkamah untuk menerima penghujahan kami tanpa melibatkan kertas. Mahkamah yang berkenaan telah pun meminta peguam tidak

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

memfailkan ‘bundle of authority’ seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa kadang-kadang ‘bundle authority’ akan melibatkan beribu-ribu keping dan authority tersebut perlu difotokopi dari buku-buku jurnal dan juga MLJ atau pun CLJ dan yang berkenaan. Ini akan menambahkan kos dan hakim di situ telah pun meminta pihak peguam untuk memfailkan submissions dan juga ‘bundle authority’. Hanya memberikan nama kes sahaja dan juga citation tanpa memfailkan kes-kes. Ini telah pun melibatkan cost saving dan juga time saving. Kadang-kadang memanglah mungkin ada sedikit sebanyak kerumitan dialami oleh pihak peguam tetapi saya rasa ini adalah salah satu ...

Yang Berhormat Menteri, mungkin saya disalah faham di situ. Apa Yang Berhormat Menteri cakapkan tadi itu semua saya setuju, itu saya setuju, itu tidak ada masalah. Yang saya tidak bersetuju adalah ada perkembangan yang agak kurang sihat di peringkat hakim yang mungkin boleh diandaikan dari segi kita kata the competency atau pun kepakaran mereka dalam membuat penghakiman, menulis penghakiman kerana ada insiden-insiden yang mana hakim meminta softcopy dan kadang-kadang bersifat cut and paste. Potong dan tampal di dalam penghakiman- penghakiman mereka. Perkara itu yang saya tengok telah menjadi satu trend baru yang sebelum ini tidak wujud yang mana hakim-hakim dahulu pun kita tengok semua dia menulis sendiri judgement, memang lain. Jadi, saya rasa ini mungkin memerlukan pemantauan Yang Berhormat Menteri. Mungkin kes-kes ini tidak dibawa ke perhatian tetapi saya rasa perlu dipantau kerana ke arah membangunkan kualiti penghakiman yang mantap dan dihormati. Terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Balik Pulau. Saya ambil perhatian tetapi sekiranya mana-mana sahaja pihak yang tidak berpuas hati dengan penghakiman, Yang Berhormat Balik Pulau tahu bahawa kita ada sistem di mana pihak yang tidak puas hati boleh merayu terhadap penghakiman tersebut walaupun penghakiman itu dibuat secara cut and paste kah atau pun yang tidak memuaskan hati orang litigant. Jadi, saya rasa ini tidaklah menjadi isu dalam pandangan saya. Jadi, Tuan Yang di-Pertua ...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Penjelasan Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat bangun Yang Berhormat.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Ya, silakan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih. Dua hal Tuan Yang di- Pertua. Nombor satu adalah mengenai e-filing. Saya hendak atau adakah kerajaan, kementerian berpuas hati dengan sistem yang sedia ada dan penetration rate dia di antara pihak yang membuat filing dan pihak yang menerima filing. Adakah ia satu stage di mana boleh dikatakan kita satisfied dengan sedia ada. Bilakah ia akan merangkumi semua mahkamah-mahkamah di negara ini termasuk bandar-bandar yang besar. Itu nombor satu. Nombor dua, ia mengenai hujahan-hujahan, submissions. Saya haraplah kementerian dapat memberi arahan yang tertentu. Kebelakangan ini, dalam lingkungan empat tahun saya nampak banyak mahkamah-mahkamah has become robotic dalam sistem mengendalikan kes-kes di mana semua ada waktu masa

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

untuk memfailkan dokumen termasuk submissions. Tidak ada lagi flair of advocacy langsung di mana kita pergi ke mahkamah sebagai peguam bela adalah untuk menggunakan kepintaran seorang - on the feet to argue perkara itu tetapi nampaknya ada Hakim-hakim Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret yang nombor satu tidak berapa sedia untuk menerima argument at this pearl of the moment tetapi perlukan perbahasan atau pun apa-apa penghujahan secara bertulis. Nampaknya, apa yang saya kata adalah hakim-hakim dan majistret menjadi satu robotic attitude. Tidak ada satu personal involvement dalam kes tersebut supaya kita ada sistem yang selalu diguna pakai di mana advocacy menjadi satu perkara yang sangat mustahak, yang perlu diberi keutamaan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat. Mengenai dengan isu yang pertama, seperti saya telah pun maklumkan bahawa sistem e-filing ini telah pun berjalan sejak Februari tahun ini di Mahkamah Sesyen dan juga Majistret Kuala Lumpur. Kesan-kesannya akan dapat kita tahu apabila kita mengumpulkan statistik-statistik berkenaan. Mengenai dengan kehilangan advocacy yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, sebagai peguam saya pun tidak dapat nafikan bahawa advocacy adalah satu karakter yang paling penting dalam sesuatu perbicaraan. Akan tetapi memandangkan sistem ini memerlukan pihak defendan ataupun plaintif lawyer untuk memfailkan submission melalui internet dan e-filing ini. Saya difahamkan bahawa pihak mahkamah akan meminta peguam berkenaan untuk datang ke mahkamah bagi menerangkan sesuatu di mana sekiranya pihak mahkamah tidak memahami. Ini telah pun memberi peluang kepada peguam- peguam tersebut untuk berhujah semula di hadapan hakim berkenaan. Ya...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Sebenarnya itu adalah kemungkinan diguna pakai seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa ada beberapa hakim memanggil peguam untuk memberi lebih dari apa yang tertulis atau tertera disubmission. Akan tetapi, banyak kes rayuan di mana dikendalikan dan saya difahamkan bahawa tidak ada sedemikian. Kita semua tahu bahawa banyak kes yang keputusannya dibuat oleh hakim sebenarnya bukanlah hakim yang membuat keputusan. Research itu semua dibuat oleh registrar dan yes, no, allowed, not allowed, order in terms itu yang sistematik dibuat. Akan tetapi saya rasa itu adalah satu perkara yang kita perlu ambil kira dan memberi arahan kepada hakim-hakim. Jangan kita untuk mencapai perkara yang saya bangkitkan sebelum ini mengenai statistik. Jangan kita percepatkan hurried in justice denied. Jangan tidak memberi lebih ruang kepada peguam- peguam untuk membuat penghujahan mereka secara lisan. Kita boleh kurangkan tetapi perlu ada faktor itu.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat. Seperti yang saya katakan tadi bahawa pihak mahkamah mesti tidak mengurangkan pihak peguam untuk berhujah secara lisan. Ini telah pun ditunjukkan apabila pihak hakim memerlukan pihak peguam datang untuk menjelaskan sesuatu. Ini adalah peluang bagi pihak peguam untuk menunjukkan kemahiran mereka dalam penghujahan mereka tersebut. Saya rasa ini tidaklah hilang seterusnya. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, saya telah pun katakan sekiranya pihak peguam tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah rendah, mereka boleh merayu kepada mahkamah tinggi dan

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

seterusnya. Setakat ini mengenai online e-filing yang telah pun disentuh oleh Yang Berhormat, sistem online e-filing ini masih dalam peringkat pembangunan. Perkembangannya adalah seperti berikut:- (i) Perbincangan sedang dibuat dengan pihak MAMPU mengenai keperluan public key infrastructure dan digital certificate bagi modul filing system e-kehakiman; (ii) pihak pengguna dan Formis Sdn. Bhd. sedang di peringkat akhir perbincangan untuk menghalusi business requirement; dan (iii) perbincangan sedang dibuat dengan pihak bank dan juga Jabatan Akauntan Negara mengenai integrasi EFF dan juga pembayaran secara online; dan akhir sekali (iv) perbincangan sedang dibuat dengan pihak Bar Council mengenai keperluan dan juga maklumat termasuk firma guaman yang boleh di integrasi dengan CMS. Merujuk kepada kemajuan projek EFS seperti yang dinyatakan di atas, pihak mahkamah menjangkakan pihak Formis akan dapat menyiapkan modul e- filing tersebut pada akhir September tahun ini. Percubaan iaitu testing boleh dibuat terhadap EFS online tersebut selepas itu. Namun begitu, pada peringkat ini maklumat pendedahan dan latihan perlu diberikan kepada pegawai dan juga kakitangan mahkamah mengenai EFS online tersebut. Begitu juga dengan peguam dan kakitangan di firma peguam serta agensi kerajaan yang berkaitan. Mengenai e-Payment Yang Berhormat, e-Payment telah pun dibangunkan bersama-sama dengan pihak CIMB dan telah dilancarkan pada Januari tahun ini. Walaupun hebahan telah pun dibuat dan risalah diedarkan setiap hari, setakat ini tidak ada penglibatan firma peguam di dalam e-Payment tersebut. Oleh yang demikian, untuk menjayakan sistem e-filing di mahkamah, ia memerlukan kerjasama dan juga komitmen semua pihak yang berurusan dengan pihak mahkamah dan pihak mahkamah sentiasa serius dalam memastikan sistem e-filing ini berjaya dilaksanakan. Yang Berhormat Ipoh Barat telah pun menyentuh...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat bangun Yang Berhormat.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Ya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya, apakah nama syarikat yang telah dapat award untuk membuat seluruh sistem baru e-filing di seluruh negara ini? Adakah ia dipilih dan berapakah award kontrak yang telah diberi kepada pihak berkenaan? Keduanya, Yang Berhormat telah mengatakan mengenai Majlis Peguam. Saya difahamkan walaupun ini rang undang-undang yang sangat terlibat dengan praktis peguam-peguam di negara ini, kenapa stakeholders dalam hal ini tidak ada apa-apa perbincangan dengan Bar Council dan apakah pandangan mereka di mana dengan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Sesyen ke satu juta, ia terlampau dan keduanya, bidang kuasa Mahkamah Majistret yang dinaikkan dari 25,000 kepada 100,000 itu adalah satu situasi di mana mereka tidak boleh mengendalikan perkara tersebut. They do not have the experienced expertise untuk mengendalikan kes dan syor Bar Council bahawa ia patut capping ke 50,000 di Mahkamah Majistret. Apakah pandangan kerajaan mengenai perkara tersebut?

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Mengenai syarikat yang telah pun dilantik, seperti yang saya telah pun maklumkan tadi syarikat yang mengendali e-filing sistem ini di Semenanjung Malaysia adalah Formis Sdn. Bhd. dan ini telah pun diawardkan kepada syarikat ini mengikut peraturan secara tender. Begitu juga bagi Sabah dan Sarawak, syarikat tersebut adalah SAINS Sdn. Bhd. Mengenai isu yang Bar Council ini..

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Berapa dia punya harga kontrak? Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri ada?

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Saya tidak ada.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Boleh diperoleh dan akan bagi nanti?

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Saya akan berikan kepada Yang Berhormat. Mengenai Bar Council yang kononnya tidak dimaklum mengenai payment system ini, saya rasa ini tidaklah masuk akal memandangkan seperti yang nyatakan tadi, bahawa kejayaan e-System ini perlukan kerjasama daripada pihak guaman dan ini memanglah terlibat dengan pihak Bar Council. Kami telah pun berjumpa beberapa kali dengan mereka dan mereka sentiasa memberikan maklum balas kepada pihak jabatan dalam menjalankan sistem e-Payment ini. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, setakat ini tidak ada penglibatan firma peguam in the system dan kami harap bahawa pihak firma guaman akan terus memastikan bahawa sistem ini diguna pakai dan memastikan sistem ini berjaya. Mengenai tuduhan Yang Berhormat yang mengatakan dalam pindaan Akta Mahkamah Rendah ini tidak ada secara konsultasi dengan pihak Bar Council, saya rasa ini adalah amat tidak betul. Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa saya sebenarnya hanya dialertkan melalui news alert di mobile phone saya bahawa Bar Council telah pun membantah ataupun memberikan pandangan menyeru kerajaan untuk melambatkan pindaan ini. Ini hanya diberikan pada hari Jumaat yang lalu iaitu 2nd of July. Seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa the first leading, Bill ini telah pun diadakan pada 7 Jun apabila sidang Parlimen ini bermula dan the first leading, serta pihak akhbar menyiarkan perkara ini tetapi daripada hari itu sehinggalah sampai 2 Julai, mereka tidak memberikan apa-apa pandangan until the 2nd of July.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Sebelum itu untuk makluman Yang Berhormat, saya pun selalu berjumpa dengan pihak Bar Council dan juga saya difahamkan pihak mahkamah telah berjumpa dengan pihak Bar Council dan memaklumkan mereka mengenai pindaan ini. Akan tetapi mereka tidak mengambil tindakan sehinggalah 2 Julai dan saya telah pun dimaklumkan bahawa hari ini sahaja, newspaper seperti The Sun telah mengemukakan in the newspaper, front page yang ditunjukkan daripada Yang Berhormat Batu Gajah, but itu hanya hari ini. But that news was an old news, it was released on 2nd of July. Jadi, bagi saya, why Bar Council take it so long to make any respons apabila mereka telah diberi begitu banyak masa untuk memberi pandangan mereka mengenai akta ini?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, sedikit.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bangun]

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya juga ingin bangkitkan mengenai rayuan oleh Majlis

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Peguam untuk menangguhkan kelulusan rang undang-undang ini. Akan tetapi Yang Berhormat, saya ingin tanya Yang Berhormat. Apakah konsultasi ada dijalankan dengan Majlis Peguam sebelum rang undang-undang ini dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini, bagi bacaan kali pertama? Itu persoalannya dan sekarang tidak lewat lagi kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kementerian mengambil berat berkenaan kerisauan Majlis Peguam berkenaan pindaan rang undang-undang, ini agar menangguhkan kelulusan rang undang- undang ini pada hari ini. Saya rasa Yang Berhormat kalau memang pentingkan pandangan Majlis Peguam boleh bertindak sedemikian, tangguhkan. Sebab Yang Berhormat tidak boleh menolak tanggungjawab itu dan menyalahkan Majlis Peguam menyatakan mereka memberikan maklum balas yang lewat kerana rang undang-undang ini dibentangkan, bacaan pertama pada 7 Jun dan baru kenyataan dikeluarkan pada 2 Julai. Itu tidak bertanggungjawab. Yang pentingnya apakah konsultasi dijalankan dengan mereka, apabila pihak kementerian menyediakan rang undang-undang ini dengan Majlis Peguam sebelum dibentangkan dalam dewan yang mulia ini, untuk bacaan kali pertama. Mohon penjelasan, saya rasa kalau kementerian bertanggungjawab adalah lebih baik, tangguhkan rang undang-undang ini untuk kelulusan. Ambil pandangan mereka, tidak selepas ini kena datang balik ke Dewan yang mulia ini untuk membuat pindaan. Apabila mendapati hakikatnya pelbagai masalah akan timbul ekoran daripada kelulusan rang undang-undang ini, yang mempunyai pelbagai kelemahan yang juga telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli dalam Dewan yang mulia ini, mohon penjelasan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Batu Gajah. Saya rasa actually Yang Berhormat circumventing, mencari satu alasan untuk mengatasi masalah yang pertama iaitu fundamental di mana tidak ada perbincangan, itu yang pertama. Kedua, semasa drafting rang undang-undang ini kenapa tidak ada pertemuan atau perbincangan dengan stakeholders, di antaranya Majlis Peguam di dalam hal ini? Jangan kita lupa Yang Berhormat, sebelum ini ada undang- undang yang ternyata lebih kurang 30 tahun, yang lalu di mana semua rang uncang-undang sebelum ia datang ke Parlimen sepatutnya dapat pandangan daripada Malis Peguam, itu dari segi undang-undang dahulu tetapi telah diubah. Akan tetapi jangan kita lupa peranan yang perlu dimainkan oleh Majlis Peguam dari segi Legal Profession Act.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan, soalan yang sama.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Okey, sila Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya amat hairan kenapa Majlis Peguam sekarang ini banyak aduan mengenai bill ini. Yang saya tahu, Majlis Peguam dengan kerajaan amat rapat. Perhubungan boleh dikatakan intim, sentiasa. Ini kerana pada tahun 2008, Majlis Peguam ada menganjurkan satu majlis makan di mana Perdana Menteri dijemput, Ketua Pembangkang dijemput dan ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sana juga dijemput, tidak ada masalah. Kerajaan, anjuran majlis makan oleh Majlis Peguam dibayar oleh kerajaan RM96,000. Saya amat hairan dan sekarang Malis Peguam sudah complain. Sama ada dua alam pula ini.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

So, minta penjelasan kenapa sekang ini complain, semasa 2008 kerajaan anjurkan majlis makan atas nama Majlis Peguam. Kita semua tidak complain dan kerajaan bayar pula dengan wang rakyat, wang kita semua. RM96,000 beri mereka enjoy, tidak ada masalah. Sekarang mereka complain. Ini saya hendak dapat juga satu penjelasan sama ada sekarang ini jadi dua alam pula. Masa itu OK, sekarang tidak ‘OK,’ ataupun masa itu ada agenda tertentu oleh pihak-pihak tertentu. Sila bagi penjelasan, ataupun perhubungan intim antara kerajaan, segelintir geng-gengnya terima kasih. Geng-geng Little Napoleon.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Mengenai soalan mengapa Bar Council lambat untuk memaklumkan kepada pihak kerajaan atas niat mereka hendak melambatkan akta ini. Saya rasa soalan itu perlu ditujukan kepada pihak Majlis Peguam. Saya tidak dapat jawab mengapa mereka lambat untuk memaklumkan kepada pihak kerajaan mengenai perkara ini. Seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa mereka telah pun acquiesce, keep quite all the time dalam perkara ini. Jadi, sekiranya mereka tidak memberitahu sampailah hari ini sahaja, apabila pihak Yang Berhormat telah pun berdiri untuk berhujah dalam perkara ini daripada hari Isnin. Semua Yang Berhormat telah pun memberikan pandangan-pandangan dan juga teguran dan seterusnya. Mereka masih lagi tidak memberitahu apa-apa kepada saya. Walau bagaimanapun, itu bukan menjadi satu isu yang besar. Sekiranya mereka tidak puas hati dengan isu ini dan mereka hendak pihak Parlimen untuk mendapatkan pandangan mereka. Jadi, mereka boleh berhubung dengan pihak-pihak Yang Berhormat dan memaklumkan kepada Yang Berhormat kenapa mereka tiak puas hati dengan akta ini dan Yang Berhormat adalah wakil rakyat dan mereka juga boleh memaklumkan kepada pihak Yang Berhormat. Jadi, saya rasa tidak payahlah kami untuk berjumpa dengan pihak Majlis Peguam berkenaan perkara ini kerana segala pandangan saya rasa yang Majlis Peguam beri dalam news paper hari ini, telah pun dihujah oleh Yang Berhormat juga. Saya akan memberi jawapan sekiranya Yang Berhormat membenarkan saya berbuat demikian. Yang Berhormat Ipoh Barat telah pun bertanya kenapa Ketua Hakim Negara melaksanakan tracking system yang menimbulkan kesulitan kepada peguam terutama sekali untuk mendapatkan penangguhan kes. Untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat faham tujuan tracking system ini adalah bertujuan untuk mengendali kes-kes perbicaraan iaitu yang pertama, perbicaraan melalui afidavit, that is trial by afidavit. Di mana kes-kes tersebut adalah kes-kes seperti order 14 application ataupun striking out, further and better particulars ataupun interpleader yang hanya perlukan afidavit sahaja. Ini akan dikendalikan oleh seorang hakim dan seorang hakim lagi akan mengendalikan kes by way of witnesses, iaitu perbicaraan di mana kes itu perlu memanggil saksi-saksi berkenaan. Jadi, ini terlibat dengan peguam di mana peguam kadangkala mengendalikan kes di mana trial by afidavit dan pada masa yang sama juga memaklumkan kepada pihak mahkamah, dia ada terlibat dalam kes di mana saksi- saksi akan dipanggil. Seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa sekiranya peguam memaklumkan kepada pihak mahkamah bahawa mereka terlibat dalam kes-kes yang lain. Jadi, pihak mahkamah akan memberi kelonggaran dan untuk membenarkan mereka meminta kes itu ditangguhkan. Mahkamah ini tidaklah seperti yang dikatakan, bahawa sekiranya tidak ada alasan yang munasabah, akan strike out semua kes. Ini tidak betul.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Mahkamah akan menerima alasan yang baik, iaitu sekiranya peguam memaklumkan kepada pihak mahkamah bahawa mereka perlukan satu tarikh yang baru untuk mengendalikan kes ini kerana ada kes perbicaraan yang terlibat pada hari ini. Mahkamah akan beri dan juga saya rasa peguam patut juga ada satu time management. Manage their time properly and manage the diary properly. Jangan datang ke mahkamah in the last minute dan meminta penangguhan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sambung petang.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli Yang Berhormat, mesyuarat hati ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar)

Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri sambung.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat dan juga Yang Berhormat Wangsa Maju telah pun bertanya mengapakah Hakim Mahkamah Sesyen yang berpengalaman seperti Puan Kumathi dan juga Encik Jarjit Singh tidak dinaikkan pangkat. Untuk makluman Yang Berhormat, Puan Kumathi telah pun ditawarkan Gred Utama B berkuat kuasa pada 1 September 2009 iaitu menjadi Pengarah Mahkamah Negeri Johor Bharu melalui surat arahan pertukaran bertarikh 27 Julai tahun lalu. Walau bagaimanapun, Puan Kumathi telah menolak tawaran tersebut atas alasan-alasan tertentu beliau. Bagi Encik Jarjit Singh pula, beliau telah pun dinaikkan pangkat ke Gred Khas JUSA C pada 2 Januari 2009. Maka, dakwaan Yang Berhormat bahawa pegawai-pegawai ini tidak dikenakan kenaikan pangkat adalah tidak benar sama sekali.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, penjelasan.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri tahu ada seorang Majistret yang selepas itu menjadi Hakim Mahkamah Sesyen di daerah itu 25 years in the same place, tidak mendapat JUSA C juga. Sekarang president holder mungkin lebih tinggi. Itu yang saya kata hari itu, it’s not what you know but who you know. Jadi, itulah sebab macam – kita semua tahu bila Puan Kumathi tidak lagi mendapat pengiktirafan yang sebenar-benar yang patut diberi kerana dia terlibat dengan kes-kes yang high level cases di mana mungkin orang-orang atasan tidak berapa suka kepada keputusan yang dia buat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Namun, itu satu di antara faktor. Akan tetapi yang lebih mustahak adalah kenapa – saya tahu itu hal budi bicara kementerian untuk menukar pegawai ke mana mereka suka sahaja tetapi ada double standard di sini di mana ada pegawai-pegawai yang diberi keutamaan as I said, there is one – I know it is a fact, for 25 years in the same area from Magistrate to the Section Court Judge and very high level Section Court Judge. That can be done untuk beliau, kenapa pula tawaran diberi perlu heret ke Johor walhal dia ada keluarga dan sebagainya di Kuala Lumpur. Perkara kedua, semalam pagi Yang Berhormat Menteri mengatakan mengenai Majlis Peguam. Saya rasa Yang Berhormat tidak menjawab atau akan melibatkan satu persepsi yang tidak baik dalam persahabatan di antara kerajaan dengan Majlis Peguam kerana Yang Berhormat tidak menafikan bahawa tidak ada perbincangan awalan dengan Bar Council mengenai rang undang-undang yang dibawa hari ini. Jadi ini adalah satu kekurangan. Saya harap ini tidak akan terjadi. Kita semua tahu dari public notice, mereka – bukan sahaja Bar Council tetapi sesiapa pun di negara ini bila ia di bawa ke first reading pada awal Jun, semua orang tahu tetapi perkara yang berkaitan adalah, they are stakeholders. Maka, patut ada perbincangan seperti sebelum ini yang kita ada. Kenapa sekarang kita balik ke situasi di mana tidak lagi ingin bekerjasama dengan Bar Council? Saya harap persepsi ini akan berubah dan satu perubahan yang baik akan jadi di mana ada two way traffic dalam hal ini. Terima kasih.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan yang sama. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya sama. Mengenai dengan Majlis Peguam ini, saya difahamkan bahawa yang saya sebutkan tadi bahawa Majlis Peguam dengan kerajaan ini ada mempunyai perhubungan yang amat rapat. Boleh kata perhubungan intimlah, sampai kerajaan pun membayar anjuran majlis makan dengan harga RM96,000. Juga baru-baru ini, saya difahamkan juga kerajaan pun bersetuju membayar semua expenses untuk law conference yang akan datang ini. Dari situ, sama ada itu perhubungan rapat ini telah ada masalah ataupun Majlis Peguam ini memainkan peranan politikkah ataupun ada unsur-unsur ataupun agenda yang lain? Itu yang pertama. Yang kedua tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan mengenai dengan Tuan Jarjit Singh dan Puan Kumathi di Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur bahawa mereka khasnya Tuan Jarjit Singh telah naik pangkat pada 2 Januari 2009 dan beliau telah diberi kenaikan pangkat kepada JUSA C Khas. Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar atau tidak bahawa beliau adalah seorang yang ada pengalaman yang amat mendalam dari segi intellectual property di mana beliau telah menulis satu buku mengenai dengan intellectual property? Beliau juga sebagai Hakim Mahkamah Sesyen telah berkhidmat sekurang-kurangnya 20 tahun. Sehingga hari ini, beliau masih di Mahkamah Sesyen sebagai Hakim Mahkamah Sesyen. Itu yang pertama. Yang kedua, kalau kita bandingkan kedudukan beliau dan pengalaman beliau dengan pelantikan JC yang baru ini seperti Encik Lee Swe Seng, Wegis dan lain-lain, memang mereka ini pun ada pengalaman tetapi mereka ini tidak pernah jadi hakim tetapi mereka telah jadi JC, lebih senior daripada Tuan Jarjit Singh ini. Ketiga, kenapakah Tuan Jarjit Singh ini baru dapat JUSA C Khas? Kenapa? Pegawai di Jabatan Peguam Negara (JPP), JUSA C full, JUSA C biasa dan dapat kemudahan dan juga peruntukan yang lain. Kenapa ada perbezaan yang sedemikian? Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu dan

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

menjelaskan di sini bahawa apa pengalaman yang ada pada Encik Lee Swe Seng dan juga Wegis dengan Jarjit Singh?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang saya tahu saya rasa Jagjit Singh ini lebih ada pengalaman yang mendalam dari segi kehakiman dan juga sebagai seorang hakim. Kenapa beliau tidak dipromote kepada seorang JC? Terima kasih

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Wangsa Maju. Mengenai kedudukan Tuan Jagjit Singh, memandangkan beliau telah pun menerima tawaran yang saya telah pun sebutkan tadi, jadi isu itu tidak timbul lagi oleh kerana beliau telah pun menerima tawaran tersebut. Mengenai persepsi yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat yang kononnya pihak Majlis Peguam dengan kerajaan tidak ada hubungan yang elok atau tidak rapat, itu hanya satu persepsi daripada golongan yang kecil sahaja. Untuk maklumat Yang Berhormat bahawa kerajaan memang sentiasa bersifat open dengan pihak Majlis Peguam dan sentiasa mengadakan ruang untuk memastikan bahawa perhubungan dengan pihak Majlis Peguam memang dalam satu taraf yang baik. Kita tidak dapat menafikan bahawa pihak Majlis Peguam adalah diperuntukkan dalam Perlembagaan dan institusi ini memang direcognize oleh pihak kerajaan. Mengenai dakwaan Yang Berhormat bahawa hakim-hakim Mahkamah Atasan dinaikkan pangkat berdasarkan diskriminasi kaum ataupun dipilih ataupun tuduhan “as who you know” adalah tidak benar. Proses pemilihan hakim Mahkamah Atasan adalah berdasarkan kepada kriteria pemilihan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 seperti berikut iaitu seorang calon yang layak bagi pemilihan jika dia menemui kehendak di bawah perkara 123 Perlembagaan Persekutuan iaitu Warganegara Malaysia. Dalam memilih calon, suruhanjaya hendaklah mengambil kira juga antara yang lain kriteria yang seperti berikut iaitu integriti, kompetensi dan pengalaman. Juga objektif tidak berat sebelah, adil dan berperibadi dengan peribadi moral yang baik, ketegasan, kebolehan membuat penghakiman tepat pada masanya dan juga kemahiran yang baik dalam pengurusan undang-undang. Juga kerajinan dan kebolehan untuk menguruskan kes dengan baik; dan kesihatan fizikal dan mental juga diambil kira, Tuan Yang di-Pertua. Seseorang yang merupakan Pesuruhjaya Kehakiman yang sedang berkhidmat tidak boleh dilantik jika ada mempunyai tiga penghakiman atau lebih yang belum selesai atau alasan penghakiman yang belum ditulis yang terlewat 60 hari dari tarikh penghakiman atau alasan penghakiman disifatkan cukup tempoh. Dalam pemilihan calon, suruhanjaya juga mengambil kira keperluan untuk menggalakkan kepelbagaian dalam lingkungan kepakaran dan juga pengetahuan undang-undang dalam badan kehakiman. Sebelum itu di bawah seksyen 22 juga telah menetapkan bahawa dalam mesyuarat pemilihan suruhanjaya hendaklah menggunakan proses pemilihan sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan- peraturan yang dibuat di bawah akta tersebut dan memilih tidak kurang daripada tiga orang bagi setiap kekosongan jawatan di Mahkamah Tinggi ataupun memilih tidak kurang daripada dua orang bagi setiap kekosongan jawatan jika kekosongan jawatan itu adalah bagi hakim Mahkamah Atasan selain daripada Mahkamah Tinggi.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Di samping itu kebolehan mengurus kes dan kualiti penulisan, alasan penghakiman serta pembawaan kehakiman atau juridical temperament dengan izin, juga diambil kira dalam proses pemilihan calon untuk jawatan Hakim Mahkamah Atasan. Oleh yang demikian, proses pemilihan hakim terutama hakim- hakim Mahkamah Atasan telah dilaksanakan dengan telus dan adil.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Balik Pulau.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Ya, silakan.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam konteks menilai kesesuaian calon atau pun hakim. Di dalam situasi yang mana contohnya saya bagi kes spesifik; kes Altantuya. Tarikh rayuan sehingga hari ini tidak ada, tidak keluar. Kita tidak masuk ke dalam merit kes cuma dari pengurusan kes. Perayu sudah dijatuhkan hukuman dan merayu ke Mahkamah Rayuan. Sehingga hari ini tarikh belum dapat dan saya tahu tidak ada but itu kes kepentingan awam, satu. Keduanya, ada satu insiden pula belum difailkan rayuan sudah dapat tarikh. Itu kes Yang Berhormat Permatang Pauh. Jadi dua situasi berbeza ini memberi satu gambaran yang amat ketara. Walau bagaimanapun saya tengok hakim itu masih lagi di situ, pendaftar masih di situ. Ini saya rasa menghantar mesej yang memberi impak kepada aspek yang amat penting iaitu kepercayaan terhadap sistem. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri agar insiden-insiden sebegini dapat ditangani dengan lebih baik lagi.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Seperti juga yang telah pun disebut oleh pihak Yang Berhormat Pasir Mas mengenai kes kepentingan awam kenapa tidak dapat dijadualkan dengan lebih awal. Untuk maklumat Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, kes kepentingan awam juga perlu menjalankan proses, through the due process of the law dan kadangkala dalam kes kepentingan awam ini, banyak juga permohonan yang telah pun dibuat oleh pihak-pihak tertentu terutamanya sekiranya kes seperti kepentingan awam ini pihak defendan ataupun pihak tertentu will employ lawyer. Dalam keadaan begitu peguam tersebut akan membuat banyak permohonan dan due process of the law akan memberikan mereka ruang untuk membuat permohonan seperti sekiranya apabila Yang Berhormat Pasir Puteh menyentuh mengenai kes defamation dan juga kes-kes yang tertentu kenapa tidak dapat diawalkan untuk dibicarakan. Kita kena faham apabila writ of summon telah pun dikeluarkan terhadap defendan, defendan akan menjawab dan memberikan penyertaan pembelaan ataupun ada counter claim. Selepas itu ada masa yang tertentu untuk semua pihak menjawab iaitu plaintif menjawab. Ini akan mengambil masa lebih kurang I think satu bulan hingga dua bulan.

[Bangun]

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Ini terpulang sekiranya pihak defendan ataupun peguam mereka tidak bersedia untuk menjawab, mereka akan minta masa dilanjutkan untuk menjawab. Selain daripada itu, pihak defendan atau pihak plaintif, peguam mereka akan memohon kepada mahkamah untuk mungkin extract of the case. Kalau dalam kes defamation mungkin akan meminta butiran selanjutnya dan sekiranya keputusan telah dibuat di situ...

Yang Berhormat Timbalan Menteri ,sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

No, I am just menjelaskan kepada pihak Yang Berhormat Pasir Mas di mana dia mengatakan kenapa ambil masa begitu lambat untuk sesuatu kes mendapat judgement? Kadangkala dalam interlocutory proceeding ini, pihak-pihak tertentu akan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan hakim misalnya strike out the case ataupun Order 14 application ataupun tidak membenarkan untuk mendapat further particulars, pihak yang tidak puas hati akan merayu ke Mahkamah Atasan dan ini akan mengambil masa. Ini bukan disebabkan oleh mahkamah yang ingin melambatkan kes. Ini disebabkan the process of the law. We have to follow that. It is not mahkamah sengaja melambatkan kes dan tidak mendengarkan kes.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Ya.

Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi penjelasan permohonan- permohonan yang dibenarkan di bawah prosedur atau di bawah aturan kaedah mahkamah. Semua itu saya bersetuju dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan tadi. Akan tetapi di sini kita berhadapan dengan dua situasi. Satu, dinamik pentadbiran kehakiman yang mahukan kes diselesaikan dengan cepat dengan pendekatan KPI. Satu ialah yang mana ada satu-satu kes yang mana tanpa hadirnya KPI, tanpa hadirnya integrity index yang saya bahaskan semalam.

Secara common sensenya pun agak sukar hendak dipertahankan macam kes tadi. Ada rayuan belum di fail dapat tarikh. Ada satu kes dirayu tarikh tidak dapat sehingga sekarang berlarutan. Itu bagi saya ini belum di masuk di ruang saya bersetuju dengan Menteri tadi ada kes-kes kerana di atas peguam membuat permohonan mengikut aturan perundangan. Jadi isu yang saya bangkitkan di sini ialah agar apa yang diusahakan oleh kerajaan saya alu-alukan. Saya melihat satu kesungguhan yang baru untuk menyelesaikan masalah bertimbunnya kes. Itu bagus mendatangkan KPI. Akan tetapi isu yang saya katakan tadi kalau diletak kayu ukur yang lain Tuan Yang di-Pertua ialah bagaimana kita hendak pertahankan kes-kes macam itu. Apa yang saya katakan tadi kalau tadi Menteri kata dia mohon sebab interlocutory application kita tahu sebab injunction interlocutory injunction itu kita faham. Akan tetapi isu-isu contohnya macam tadi fail rayuan tidak dapat tarikh. Belum fail sudah dapat tarikh. Macam mana kita hendak uruskan kes-kes? Macam mana kita hendak jelaskan kepada awam? Itu sahaja Menteri. Saya mohon sedikit ruang untuk memahami dengan lebih lanjut pendekatan kerajaan ini.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh tambah kepada soal yang dibangkitkan tadi.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Boleh Yang Berhormat Beruas.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita mesti memberi gambaran bahawa mahkamah kita ini melayan orang sama rata dan secara saksama. Harap Menteri bersetuju dengan pandangan saya seperti yang termaktub dalam perkara 8 Perlembagaan negara kita. Memang kes Yang Berhormat Balik Pulau bangkitkan tadi adalah satu daripada misalan di mana kita

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

anggap mahkamah pilih kasih dalam menguruskan kes-kes yang ada di mahkamah. Saya hendak tanya Menteri, seperti dalam kes di negeri Perak selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Menteri Besar sah negeri Perak ialah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Bagaimanakah boleh pihak yang merayu mendapat perintah mahkamah menggantungkan perintah itu dalam 24 jam pada keesokan hari? Sementara dalam keadaan biasa kita mesti failkan permohonan kemudian ada kita kata perbicaraan mengikut afidavit. Kenapakah dalam kes itu sungguhpun difahamkan ada tiga panel tiga orang hakim Mahkamah Rayun sedang bersidang pada minggu itu. Mereka tidak dipanelkan untuk mendengar pendengaran itu tetapi melalui seorang sahaja hakim bagi perintah penggantungan. Ini menunjukkan ada tangan yang kita kata menguruskan hakim- hakim itu. Saya sudah pernah mengatakan bahawa adalah penting Ketua Hakim Negara yang kita ada ini patutlah bersara ataupun lucut jawatannya kerana beliau adalah penasihat undang-undang UMNO dan juga pengerusi disiplin UMNO. Saya pernah membuat kes di mana beliau bertindak bagi pihak UMNO dan saya bertindak bagi pihak pembangkang dalam election partition. Jadi, gambaran ini setuju tidak Menteri, bahawa gambaran ini kita mesti kikiskan supaya orang mempunyai keyakinan kepada kehakiman kita. Setuju tidak?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Menteri, duduk Yang Berhormat. Saya mintalah kepada Yang Berhormat sifat - walaupun tidak sebut nama dan sebagainya orang tahu apa Yang Berhormat kehendak. Sifat hakim di bawah peraturan dilarang dibangkit di Dewan ini. Begitu juga Perlembagaan kita menghilangkan you punya kekebalan dalam berbahas di Dewan ini kalau menyentuh soalan apa yang ditetapkan dalam Perlembagaan dan juga dalam peraturan. Jadi Yang Berhormat tidak payah bantah dengan saya soalan ini. Saya mengetahui perkara soalan ini. Jadi kalau ada cara lain carilah cara lain tetapi jangan dalam Dewan ini Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Mengenai kes yang disebutkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau tadi. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa status kes tersebut akan dimaklumkan secara bertulis kerana semakan perlu dibuat dengan pihak Mahkamah Rayuan. Mengenai tuduhan yang dibuat oleh Yang Berhormat Beruas itu bagi saya itu adalah satu andaian dan spekulasi sahaja. Dalam pengalaman saya, saya pernah mendapat perintah mahkamah dalam tempoh kurang daripada 24 jam untuk mahkamah mengeluarkan perintah untuk mengadakan sesuatu injunksi terhadap suatu syarikat. Ini membuktikan bahawa kebijaksanaan seorang peguam untuk mendapat perintah. Sekiranya peguam tersebut dapat datang ke mahkamah untuk memohon dan memfailkan certificate of agency seperti Yang Berhormat sedia maklum. Seorang peguam tahu juga bagaimana hendak mengendali kes-kes di mahkamah. Sekiranya ada certificate of agency difailkan kes itu akan didengar dalam tempoh yang diberi oleh peraturan. Jadi, dakwaan bahawa kononnya...

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Penjelasan, penjelasan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Perintah akan diberi hanya terhadap kes-kes yang tertentu dalam tempoh masa 24 jam begitu saya rasa tidak betul. Ini kerana dalam pengalaman saya, saya pernah dapat kurang daripada 24 jam.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dalam kes di mana injunksi boleh didapat dalam 24 jam itu berkaitan ex parte application. Maksudnya permohonan satu pihak. Tidak pernah dalam 25 tahun saya sebagai peguam dia pernah dalam in third party. Dengan adanya pendengaran dua-dua pihak boleh kita dapat perintah dalam 24 jam. Kalau Menteri boleh tunjukkan kalau perintah yang dapat itu adalah in third party maksudnya dua-dua pihak didengar.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya rasa untuk mendapatkan perintah dalam inter parte itu semua terpulang kepada kebijaksanaan seseorang peguam. Saya kira the other side kita boleh mengadakan perundingan dengan mereka. Why not? Why not? Jadi di dalam kes ini saya rasa kita tidak payah hendak panjang lebar lagi. It is all up to the kebijaksanaan of lawyer. Yang Berhormat Ipoh Barat juga telah pun menyentuh mengenai jurubahasa mahkamah yang perlu ambil perhatian untuk meningkatkan gaji dan juga elaun jurubahasa. Kod jurubahasa hanya tiga tahun sekali dan kerani-kerani di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret perlu betul-betul teliti. Untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Barat jurubahasa seperti mana jawatan-jawatan sektor awam lain tertakluk kepada kenaikan gaji kakitangan awam yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun pada tahun 2009 kerajaan telah melaksanakan kenaikan pangkat pegawai kumpulan sokongan yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih dalam skim perkhidmatan dan juga perkhidmatan semasa. Di samping itu jurubahasa juga diberikan elaun-elaun seperti mana kakitangan awam yang lain dan elaun bahasa yang dikhususkan untuk jurubahasa di mahkamah. Seseorang jurubahasa Tuan Yang di-Pertua layak diberikan elaun bahasa berpencen sehingga tiga bahasa. Mahkamah mempunyai kerani yang dikhususkan untuk bertugas di mahkamah iaitu Pembantu Tadbir Undang-undang. Mereka diberikan latihan khusus untuk menjalankan tugas seharian mereka di mahkamah. Selain daripada itu Yang Berhormat Wangsa Maju juga telah pun menyentuh mengenai kenapakah masih terdapat Hakim Mahkamah Sesyen yang berpengalaman tetapi masih berada di Mahkamah Sesyen. Untuk makluman Yang Berhormat kenaikan pangkah perkhidmatan awam adalah berdasarkan skim perkhidmatan awam. Namun untuk membolehkan seseorang dilantik menjadi suruhanjaya kehakiman adalah tertakluk kriteria yang saya telah pun sebutkan awal tadi mengikut akta-akta yang saya sebut tadi. Yang Berhormat Pasir Mas juga telah pun bertanya...

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Ya Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya tertariklah dengan jawapan timbalan menteri mengenai dengan Tuan Jagjit Singh ini dan juga terhadap pengalaman seorang hakim menaikkan pangkat kepada JC. Yang saya tahu, Tuan Jagjit Singh ini seorang Hakim Mahkamah Sesyen yang amat lama, lebih daripada 20 tahun dan ada banyak pengalaman daripada segi kehakiman dan juga beliau adalah amat layak dari segi qualificationnya juga dan beliau seorang penulis buku intellectual property yang saya tengoknya tiada hakim yang

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

lain termasuk Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan yang boleh menulis ataupun telah menulis satu buku subjek dalam undang-undang. Itu bukankah Tuan Jagjit Singh telah ada kelayakan yang amat baik dan mematuhi semua kriteria di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dilantik sebagai JC. Kalau kita bandingkan daripada Tuan Jagjit Singh itu dia punya standing dan qualification nya dengan JC yang baru-baru ini dilantik sebagai Yang Arif Lee Swee Seng dan lain-lain. Saya tahu mereka ini pun layak. Kalau kita bandingkan dengan Tuan Jagjit Singh, saya rasa Tuan Jagjit Singh lagi layak daripada segi pengalaman beliau dalam badan kehakiman yang telah lama, lebih daripada 20 tahun dan juga tak ada masalah dengan writing of the ground judgment dan juga kelakuan beliau tak boleh dipertikaikan. Dari segi akademik, beliau juga satu orang yang ada pengalaman yang baik. Seorang penulis, author of a book. Kalau itu tidak mencukupi lagi, saya rasa semua pelantikan sekarang ini khasnya JC lagi tak layak jadi hakim JC di Mahkamah Tinggi. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri berikan satu penjelasan mengenai dengan kedudukan Tuan Jagjit Singh daripada segi pengalaman beliau dengan JC yang kita baru-baru ini dilantik. Terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa hakim-hakim Mahkamah Sesyen sentiasa juga diberi kursus untuk mengendalikan kes-kes seperti the intellectual property dan latihan dari semasa ke semasa oleh Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan untuk mempertingkatkan dan menambahkan pengetahuan mereka dalam isu seperti intellectual property. Selain daripada itu, hakim-hakim Mahkamah Sesyen yang mendengar kes-kes intellectual property ini juga sememangnya mempunyai pengalaman yang luas dalam harta intelek.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, boleh...

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Saya tidak nafikan bahawa hakim yang telah pun disebutkan tadi telah pun menulis buku intellectual property tetapi at the same time kita tidak dapat menafikan kenyataan bahawa hakim yang tidak menulis buku ataupun jurnal ataupun sebagainya tidak semestinya mereka tidak ada pengalaman juga. It doesn’t mean if you don’t write, you don’t have the experience and the knowledge. You don’t have to write…

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya, I fully agree. That’s why I said, Mr. Lee Swee Seng and ‘Mr. Varghese’, they are also maybe qualified tapi kalau kita bandingkan mereka berdua, memang saya rasa Tuan Jagjit Singh ini lebih layak oleh kerana beliau telah ada pengalaman yang lama dalam badan kehakiman, Session Court di Sarawak berapa tahun, di Kuantan, di tempat yang lain. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua pun tahu. Tuan Yang di-Pertua sendiri pun tahu kedudukan Tuan Jagjit Singh ini, yang pertama. Yang kedua, Yang Berhormat Timbalan Menteri mesti sedar, seorang lawyer juga kan? Bahawa Tuan Jagjit Singh ini sebagai Mahkamah Sesyen, kes harta intelek ini tak akan pergi ke Mahkamah Sesyen. Semua kes harta intelek ini ke Mahkamah Tinggi. Jadinya bagaimanakah beliau boleh mendengar kes harta intelek kalau beliau dibekukan di Mahkamah Sesyen. Jadinya, saya rasa sudah sampai masa kita kena tengok, mengkaji dengan teliti bahawa kedudukan ataupun qualification seorang hakim di Mahkamah Sesyen sama ada kita perlu menaikkan pangkat mereka kepada JC

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

dan kalau kita beku mereka di Mahkamah Sesyen, then you not making use of his expertise, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila menjelaskan bahawa sama ada kes-kes harta intelek ini ada di Mahkamah Sesyen atau tidak dan juga sama ada beliau, Tuan Jagjit Singh sudah sampai masa kena naik pangkat kepada JC di Mahkamah Tinggi. Tuan Yang di-Pertua sendiri pun saya rasa telah tahu oleh kerana Tuan Jagjit Singh ini telah lama dalam badan kehakiman. Tuan Yang di-Pertua pun seorang lawyer juga. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya patutnya tak terlibatlah. Namun dalam pengetahuan saya, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Wangsa Maju itu memang kalau boleh menteri tak payah jawablah benda ini tapi bawalah ke pihak atasan kehakiman supaya melihat juga kepakaran dan kelayakan Jagjit Singh ini. Memang dia daripada AG Chambers, draughtsman dalam AG Chambers. Mendalam ilmu dia Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas nasihat Yang di-Pertua. Saya seterusnya akan teruskan kepada soalan yang dibawa oleh Yang Berhormat Beruas dan juga Yang Berhormat Puchong mengenai skop injunksi yang boleh dipohon di Mahkamah Sesyen dan juga Yang Berhormat Puchong telah pun bertanya sama ada hakim Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah menghina mahkamah jika perintah injunksi itu tidak dipatuhi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, skop bidang kuasa injunksi dan declaration adalah berdasarkan kepada subject matter sesuatu kes itu selagi tidak melebihi had bidang kuasa Hakim Mahkamah Sesyen dan juga selaras dengan kenaikan bidang kuasa ini, Hakim Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah penghinaan mahkamah sekiranya perintah injunksi itu tidak dipatuhi. Walau bagaimanapun, saya setuju dengan pihak Yang Berhormat Puchong bahawa pada setakat ini, akta ini tidak mengatakan prosedur mengenai bagaimana contempt of court proceeding dapat dibuat terhadap orang yang tidak mematuhi injunksi itu. Akan tetapi kuasa untuk mengeluarkan perintah penghinaan mahkamah ini akan dicadangkan dimasukkan di dalam the combined court rules yang sedang digubal oleh Jawatankuasa Kaedah-kaedah. Jadi, yang penting Tuan Yang di-Pertua, ialah bahawa Akta Mahkamah Rendah ini dipinda dahulu dan selepas itu peraturan akan diubahsuai untuk mengatasi akta di dalam akta ibu ini. Yang Berhormat Beruas juga bertanya mengenai adakah Hakim Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk mengendali kes-kes tanah. Untuk makluman Yang Berhormat Beruas, Mahkamah Sesyen tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes-kes berkaitan dengan pembatalan kaveat dan kes-kes tanah dengan kenaikan bidang kuasa ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Seremban juga bertanya bahawa terdapat majistret yang telah memberi keputusan tanpa membaca nota keterangan. Untuk makluman Yang Berhormat Seremban bahawa sukacitalah sekiranya Yang Berhormat dapat memaklumkan aduan secara rasmi kepada pihak berkenaan supaya satu siasatan boleh dibuat terhadap perkara ini.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanya mengenai pengisytiharan ini, banyak pengisytiharan yang diminta itu tidak ada nilai kewangan.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Katakan kita hendak isytiharkan sama ada seseorang itu sudah tidak layak atau masih layak sebagai seorang Ahli Parlimen ataupun ADUN. Ini tidak ada nilai. Jadi, adakah sesuatu permohonan untuk deklarasi itu di Mahkamah Sesyen mesti ada kaitan dengan kewangan ataupun satu deklarasi yang biasa. Itu satu kerugian. Maksud saya, saya hendak semua keraguan ini dibereskan. Katakan dalam sesuatu kes – bukan yang saya hujahkan itu berkenaan dengan tanah. \Yang maksud saya, ialah dalam sesuatu tuntutan berkaitan dengan jual beli tanah. Kalau nilainya kurang daripada RM1 juta tetapi kita kata pertikaian itu ada melibatkan isu-isu tentang kaveat, kerana yang dimaksudkan adakah mereka perlu pergi ke Mahkamah Tinggi untuk isu kaveat itu diselesaikan ataupun Mahkamah Sesyen ada kuasa untuk mengendalikan isu pemanjangan kaveat ataupun satu deklarasi mengatakan kaveat itu tidak sah. Adakah isu ini boleh kita kata diadili oleh hakim yang sama? Jadi, adakah hakim mempunyai kuasa untuk specific performance? Biasanya, kita dalam satu- satu tuntutan, mungkin ada tuntutan untuk specific performance dan kalau tidak dapat specific performance, mereka minta ganti rugi tetapi kalau ganti rugi yang dianggarkan itu kurang daripada RM1 juta, adakah kes sedemikian mesti ke Mahkamah Tinggi? Banyak lagi isu tentang harta pusaka dan lain-lain. Apa yang saya hendak Menteri tangguhkan bill ini ialah supaya kes-kes yang ada di mahkamah sekarang ini, kita melalui pindaan ini boleh dengan jelas supaya peguam-peguam tidak ada keraguan, mana hendak failkan tuntutan mereka dan tidak ada keraguan yang berlaku. Itu sahaja permintaan saya. Yang saya bagikan ini semua hanyalah misalan-misalan melainkan Menteri boleh dapat menjawab dengan jelas. Maksudnya jika ada keraguan, kita jangan pinda akta ini seperti yang dibentangkan tetapi secara menyeluruh bentangkan satu pindaan yang memastikan tidak ada keraguan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Pertamanya, tiada keraguan dalam perkara declaration. Seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa pindaan yang telah pun dinyatakan dalam seksyen 65 mengenai making a declaration only matter with in the jurisdiction of the Session Court iaitu jurisdiction of the Session Court telah pun dinyatakan di bawah seksyen 69 dengan jelasnya. Ini tidak termasuk kes seperti mendeclarekan kerusi Yang Berhormat kosong. Kes ini bukan bidang kuasa Session Court. Ini bidang kuasa Mahkamah Election. Jadi Yang Berhormat ini jangan keliru dengan bidang kuasa di antara Session Court dan juga the Election Court. Hanya Election Court dapat mengisytiharkan sesuatu kerusi Parlimen ataupun ADUN kosong. Jadi Yang Berhormat janganlah takut.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Maksud saya, kalau saya ada keraguan – tadi saya bukan kata kekosongan. Maksudnya kelayakan seseorang itu ataupun satu deklarasi sama ada sesuatu kontrak itu sah atau tidak. Katakan kita ada satu kontrak yang kita tahu the breach of contract, jumlah, kuantumnya, akibatnya, consequence maybe larger but if the partial contract maybe less than RM1 million. Tuntutannya kurang daripada RM1 juta tetapi yang isunya kalau seseorang itu minta sesuatu kontrak itu diisytiharkan tidak sah kerana sudah langgar undang-undang, adakah Mahkamah Sesyen ada hak untuk menentukan. Katakan kita ada satu kontrak RM5 juta tetapi dalam menjalankan kontrak itu, ada kita kata perbalahan dan jumlah yang terlibat ke tahap itu ialah

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

RM500,000 sahaja. Jadi kalau pada masa itu mereka hendak declare the contract void, so where do we go? Sebagai seorang peguam, kalau saya pun ragu, saya rasa rakan-rakan saya ramai yang juga akan ragu tentang – where is a specific place to file our sue.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Yang pentingnya, first thing kita hendak mengesahkan bahawa kes-kes tertentu adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Sesyen ataupun di Mahkamah Tinggi. That is the first thing, we have to decide. Jadi untuk menentukan sama ada suit tersebut dalam bidang kuasa mahkamah, kita dipandu oleh seksyen 69, Akta Mahkamah Rendah. Ini telah pun menyatakan kes-kes ataupun actions tertentu di mana Mahkamah Sesyen tidak ada bidang kuasa. Sekiranya dalam kes-kes yang tertentu di mana at border line cases, saya rasa sekiranya Yang Berhormat seorang peguam yang bijaksana, akan dapat menentukan di mana the proper place to file the suits at border line cases. Jadi saya rasa sekiranya pihak Mahkamah Sesyen telah pun membuat keputusan di mana menyentuh border line cases seperti Yang Berhormat telah maklum tadi dan Yang Berhormat tidak puas hati, saya rasa caranya ialah untuk membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggilah.

Penjelasan, penjelasan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Ya, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terimalah bahawa seksyen 5 itu mengatakan bahawa dalam bidang kuasa Mahkamah Sesyen, mereka atau hakim boleh memberi pengisytiharan ataupun injunksi dan saya juga setuju bahawa tidak akan untuk menentukan kekosongan sesuatu kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, saya percaya ini adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bagi satu lagi contoh. Misalnya seseorang pergi membuat tuntutan pembuangan kerja di Mahkamah Sesyen untuk RM100,000 dan jika Mahkamah Sesyen kata bidang kuasa ataupun forum yang sesuai adalah Mahkamah Perusahaan mengikut seksyen 20 Akta Perusahaan Perindustrian, bolehkah penuntut itu atau litigan itu memohon kepada Mahkamah Sesyen untuk mengisytiharkan seksyen 20 ultra vires ataupun tidak sah atau tidak bercanggah dengan natural justice, iaitu semua rakyat ada hak pergi ke Mahkamah Sesyen iaitu civil jurisdiction. Jadi bagaimana dalam keadaan itu? Kalau saya pohon kepada Mahkamah Sesyen, isytiharkan seksyen 20, Industrial Relations Act 1967 sebagai null and void. Itu dalam bidang kuasa Mahkamah Sesyen untuk tuntutan RM100,000. Jadi bagaimana situasi ini boleh dikendalikan oleh Mahkamah Sesyen? Bolehkah mereka mengisytiharkan seksyen 20 itu null and void. Itu maksud saya apabila saya berbahas semalam. Kita ada satu inconsistence provision di sana di seksyen 5 yang baru itu. Jadi, sila beri penjelasan bagaimana boleh mengatasi keadaan ini? Sekian, terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih Yang Berhormat Telok Intan. Seperti yang saya nyatakan tadi, kita mesti hendak memastikan bahawa sekiranya pengisytiharan yang dipohon oleh pihak Telok Intan yang sekiranya dipohonkan dan kita hendak memastikan bahawa deklarasi itu termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Sesyen ataupun tidak. Apabila kuasa Mahkamah Sesyen telah pun dinyatakan dengan jelasnya dalam seksyen 69, di situ telah pun menyatakan di mana bidang kuasa Mahkamah Sesyen tidak ada dan sekiranya perkara itu tidak

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

termasuk dalam bidang kuasa ini, bermakna pihak Yang Berhormat Telok Intan boleh membuatkan permohonan di situ. Akan tetapi sekiranya tidak dibenarkan, if Session Court tidak ada jurisdiction to hear the declaration of section 6 di tempat yang sesuai, memanglah di Mahkamah Tinggi. Yang Berhormat Selayang juga telah pun bertanya di antara faktor-faktor yang menyebabkan masalah kes tertunggak, adakah prosedur ataupun kaedah yang sedia ada yang menyebabkan sesuatu perbicaraan itu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, satu jawatankuasa kaedah telah pun ditubuhkan yang dianggotai oleh antaranya oleh ahli-ahli badan kehakiman, Jabatan Peguam Negara dan juga Majlis Peguam untuk menggubal satu kaedah yang baru bagi menggantikan kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi dan kaedah Mahkamah Rendah yang saya telah maklumkan tadi yang dikenali sebagai the combined court rules bagi tujuan memudahkan prosedur kes sivil di mahkamah nanti.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa saya ada bangkit dalam ucapan saya bahawa justice telah dikompromi kerana mahkamah sekarang ini terlampau fokus kepada KPI. Hendak clear backlog sahaja dengan secepat-cepatnya untuk statistik dan kes-kes yang peguam minta penangguhan atas alasan yang baik pun tidak dilayan. Bukankah ini mengkompromikan interest of justice dan juga sampai kes yang peguam wanita hendak deliver babynya juga dipaksa menjalankan kes ini. Memang kita ada KPI baik tetapi kita kena tengok juga. Kita tidak boleh ada satu rule yang amat rigid, tidak ada penangguhan oleh kerana hendak capai kepada KPI sahaja. Ini tidak baik. So, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan di sini sama ada mahkamah sekarang ini fokus kepada KPI statistik sahaja dan tidak akan mengambil kira apa-apa alasan yang diberikan kepada mahkamah bahawa peguam tidak boleh menghadiri ataupun anak guamnya tidak boleh menghadiri pada hari perbicaraan. Terima kasih.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Isu yang sama. Apabila rang undang- undang ini diluluskan nanti, jika diluluskan, Mahkamah-mahkamah Sesyen akan dibanjiri oleh kes-kes di bawah bidang kuasa RM1 juta dan ke bawah. Jadi, adakah Mahkamah-mahkamah Sesyen ini akan diperlukan untuk menghabiskan kes-kes setiap hari, beberapa kes mesti dihabiskan seperti apa yang dilakukan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebab saya boleh bagi contoh, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini. Saya tidak akan sebut nama hakim tetapi jika perlu, di luar Dewan jika timbalan menteri perlu saya akan bagi nama, tarikh dan mahkamah mana, hakim telah sebut kepada peguam-peguam, ‘If this case is not settle today, I must report to the CJ’. Jadi Hakim Mahkamah Tinggi dia jawab kepada CJ atau dia jawab kepada sumpah yang dia ambil semasa menerima jawatan tersebut bahawa seseorang Hakim Mahkamah Tinggi hanya boleh bertanggungjawab kepada Duli Yang Maha Mulia. Sebab itu writ saman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi mengandungi nama Duli Yang Maha Mulia, bukan CJ. CJ hanya adalah ketua

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

untuk pentadbiran sahaja, CJ tidak boleh dan tidak ada kuasa untuk memberi arahan kepada seseorang hakim habiskan kes ini hari ini. Jika seperti Yang Berhormat Wangsa Maju kata seseorang peguam itu tidak sihat, pregnant, hendak pergi ke hospital untuk delivery. Sekarang kita ada hakim di Mahkamah Sesyen suruh paksa jalankan kes walaupun IO tidak hadir dalam kes-kes kemalangan. Untuk kes-kes kemalangan, plaintif harus membuktikan bahawa defendan adalah bersalah, kita perlu keterangan IO. IO hanya seseorang yang boleh memberi keterangan berdasar dan berlandaskan kepada sketch plan dan map tetapi IO ada kerja-kerja lain, biasanya sarjan atau sub-inspektor, mereka ini sibuk sangat di trafik tetapi tidak hadir, tidak salah litigant ataupun tidak salah peguam tetapi hakim kata tutup kes. Ada seorang Hakim Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur buat kes berjuta- juta, tidak perlu panggil saksi, RM48 million suit, hakim kata tidak perlu panggil saksi tetapi makan masa empat tahun untuk case management. Selepas itu beritahu litigant tidak perlu panggil saksi, litigant kata, ’Kalau begini cakaplah awal- awal dahulu, saya tidak perlu siapkan saksi’. Apa yang berlaku di badan kehakiman negara kita ini sampai investor confidence pun terjejas. Jadi kita harus tahu bahawa KPI ini untuk pentadbiran stor atau pun bilik fail di mahkamah boleh digunakan tetapi dalam bilik mahkamah, dalam Kamar Hakim, ini tidak boleh digunakan. Each case depends or revolves upon the facts of each case. Jadi bagi penjelasan dan bukan sahaja penjelasan menteri, kita mahu satu pengesyoran bahawa hakim-hakim Mahkamah Tinggi ini, saya tidak tahu satu jaminan atau apa, bahawa they are in the business of dispensing justice, not meeting KPI. Bolehkah bagi satu pengesyoran, satu jaminan, do their work and that is their core business, giving justice to the public. Not to pleased the CJ, untuk apa? Naik pangkat? Mereka hendak naik pangkat. I am just disappointed, I’m sorry timbalan menteri. Sila bagi penjelasan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Telok Intan. Saya juga rasa amat disappointed dengan persepsi yang telah pun diberi oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada sebelah itu. Pertamanya statistik...

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Bukan persepsi. Ini apa yang berlaku di mahkamah, I’m sorry. Ini bukan persepsi, justice must not only be done, but must be seen to be done.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Of course it is seen to be done. Let me explain.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Yes, then do it.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Let me explain.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Statistics has been done.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Statistik? Beritahu saya dalam mana satu organisasi yang tidak menggunakan statistik untuk menjadi panduan organisasi tersebut untuk memantau sama ada bagaimana organisasi itu progress and to chart their course for the future developments. Beritahu saya which organization?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada kuota.

[Bangun]

Tuan Zulkifli bin NordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

[Bangun]

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

So, statistik bukan hanya merupakan mekanisme untuk mengukur pencapaian seseorang hakim ataupun pegawai kehakiman itu akan tetapi ianya juga adalah penting untuk mendapatkan maklumat berkenaan jumlah-jumlah kes yang telah didaftarkan, diselesaikan dan tertunggak. Daripada statistik tersebut, badan kehakiman akan dapat mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah lambakan kes sama ada keperluan untuk menambahkan bilangan hakim, pegawai kehakiman dan juga kakitangan kehakiman dan juga menambah bilik bicara dan seumpamanya. Yang Berhormat Ipoh Barat ataupun Yang Berhormat Wangsa Maju yang saya ingat, telah pun menyentuh mengenai satu kes kononnya sama ada benarkan seorang Hakim Mahkamah Sesyen di Pulau Pinang telah ditumbuk kerana persaingan dalam mencapai statistik yang telah ditentukan.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

[Bangun]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya bangkitkan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat. Untuk makluman Yang Berhormat berkenaan dengan isu itu ...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bawa statistik.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Bukan. Hakim Mahkamah Sesyen di Pulau Pinang yang dikatakan telah dicederakan oleh yang sebenarnya suami seorang Hakim Mahkamah Sesyen dan suami tersebut telah pun dihadapkan di mahkamah untuk menjawab pertuduhan. Jadi saya tidak akan menjelaskan kes itu memandangkan telah pun dibawa ke mahkamah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Jadi ini tidak ada- nothing to do with KPI or whatsoever, apa yang berlaku di Pulau Pinang ini. So, something di antara, dengan izin, suami Hakim Mahkamah Rendah tersebut dan tindakan telah pun diambil terhadap beliau.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Timbalan menteri, sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menafikan tetapi kalau tanya mana-mana peguam, mereka semua tahu. Mungkin pegawai-pegawai di belakang sana apabila menulis kepada Yang Berhormat, semua memberi satu gambaran yang cantik, statistic cooperate, answerablity dan sebagainya, dalam praktikalnya itu bukanlah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dalam mahkamah kita tahu semua hakim, there is a secret arahan bahawa setiap hari perlu habiskan seberapa kes. So, that’s why semalam, saya membuat - Bila saya bahas saya kata kenapa sekarang, the value of justice tidak lagi diutamakan tetapi the value of statistics yang diutamakan. Yang Berhormat tidak nafi bila kejadian di Butterworth, this is the reaction. Situasi menunjukkan di mana, di antara hakim-hakim Mahkamah Sesyen, mereka perlu ada statistik yang terbaik, kenapa? Ini kerana apabila mencapai statistik yang terbaik, mereka akan mendapat jawatan yang lebih baik, lain-lain ganjaran dan sebagainya. Itu adalah asasnya, that you can not run away from reality. Itu adalah practical effect, kita tidak boleh nafi bahawa apa kejadian, walaupun kes itu telah pergi ke mahkamah, saya tidak ingin berbincang ataupun membawa isu merit kes tersebut, lawan tumbuk itu lain. Akan tetapi hasil kenapa ia terjadi? Prior to that adalah kerana statistik dan ini bukan khas kepada Butterworth, itu satu di antara

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

yang timbul di negara ini, satu di antara perkara yang timbul. Kepada hakim-hakim Mahkamah Sesyen yang lain, kepada Mahkamah Majistret bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menafikan? Saya difahamkan, semalam saya berjumpa dengan seorang yang terlibat dalam undang-undang juga, dia kata ini semua kerana Yang Arif Ketua Hakim Negara ingin melanjutkan masa sebagai hakim negara, he wants to show something in the country. Adakah itu betul atau tidak, saya tidak tahu. Mungkin tidak lama lagi rang undang-undang, pegawai akan syorkan membawa untuk melanjutkan masa, umur dari 66 ke 70 dan sebagainya, dia hendak tunjuk sesuatu. Akan tetapi itu perkara yang lain tetapi ini tidak boleh dinafikan Yang Berhormat Timbalan Menteri, jangan kita runaway from reality dan menjawab sesuka hati tetapi ini down reality. Jadi Yang Berhormat, soalan saya adalah senang sahaja, kenapa KPI, kenapa statistik ini menjadi satu keutamaan kepada semua Mahkamah Sesyen, Hakim Mahkamah Sesyen dan majistret di negara ini?

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Apakah matlamat seseorang peguam? Bukankah untuk menyelesaikan sesuatu kes dan menghabiskan sesuatu kes, isn’t it? Sekiranya kita telah pun mengendalikan sesuatu kes dan telah pun menyelesaikan kes itu. Jadi, kita boleh isu kan bil untuk menerima pembayaran daripada anak guaman kita, bukankah? So, apabila mahkamah mendorong kita untuk menyelesaikan kes, kenapa peguam tidak ingin menyelesaikan kes walaupun mahkamah sedia di situ membantu. Yang Berhormat Ipoh Barat faham sebagai seorang peguam bahawa apabila mahkamah meminta kes itu diselesaikan ataupun menutup kes itu. Sebagai peguam Yang Berhormat boleh memohon, boleh memberitahu pihak mahkamah bahawa kes saya belum lagi boleh tutup, belum selesai memandangkan saksi-saksi tertentu belum dipanggil ataupun keterangan tertentu belum dimasukkan. Oleh sebab begitu, saya tidak dapat berhujah. So, I mean, mahkamah sebagai hakim, mereka is reasonable human being sitting there and don’t tell me that they are not reasonable. Sekiranya ada permintaan untuk menangguhkan kes, mahkamah akan memberi dan sekiranya mahkamah ingin menyelesaikan kes, it is not up to the tempoh court , is up to the counsel, bukankah? Bagi saya yang penting sekali ialah kita mesti hendak menyelesaikan kes...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Akan tetapi menunjukkan tidak ada statistiklah Yang Berhormat? Yang Berhormat setuju kepada saya?

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

We have to finish the case...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak ada arahanlah bahawa setiap hakim Mahkamah Sesyen perlu menghabiskan kes mengikut statistik, adakah ini benar atau tidak? Is there a order or no order? Itu soalan saya. Ada atau tidak?

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

There is no such arahan. Itu hanya satu persepsi daripada Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Jadi hanya bersabit, tidak ada?

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Hakim mengendali kes mengikut kes yang telah pun dibawa dan dihadapkan kepada hakim dan mengikut keterangan yang diberi melalui saksi. Sekiranya hanya dua saksi yang terlibat, are you telling me that you are going to take two weeks to finish the case?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, masalahnya macam ini.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Kalau terlibat dengan 20 saksi, mungkin akan ambil masa yang lebih banyak.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak ada mana-mana peguam akan choral mengenai penghabisan kes, itu tidak menjadi masalah. Kalau diarahkan, you are going entirely on a different page...

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Untuk makluman Yang Berhormat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang saya kata statistik, di mana macam di Butterworth, kenapa mereka tumbuk satu sama lain? Mereka suka tidak lawankah? Hakim Mahkamah Sesyen suka lawan? If you are saying what you are saying, you stand by it, inilah hasilnya.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

No, no.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Jadi semua hakim Mahkamah Sesyen di negara ini patut pukul satu sama lainlah? Itu Yang Berhormat hendak?

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Saya telah pun mengatakan kepada Yang Berhormat, kes siasatan itu terlibat dengan suami Hakim Mahkamah Sesyen, so there are something personal between them...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada sesuatu yang tidak kena.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Akan tetapi Yang Berhormat ini sudah pusing fakta kes itu.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Statistik Yang Berhormat...

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

It has nothing to do with KPI.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Balik Pulau sedikit, sedikit sahaja.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ada dua orang bangun, yang mana satu?

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Yang Berhormat Balik Pulau.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya yakin Ketua Hakim sekarang cuba membawa pendekatan baru dalam menyelesaikan permasalahan yang kita kata agak berlarutan. KPI satu pendekatan yang beliau ambil, ini bukan satu benda baru, juga digunakan di Singapura. Akan tetapi soalannya di sini, sebelum KPI itu digunakan, saya ada contoh, di sini saya ada laporan daripada KPI reports di Singapura, bersama saya. Akan tetapi di situ ada pendekatan yang ditunjukkan di situ, saya beri contoh. Antara yang dikatakan di situ adalah desire outcome, KPI ini ada target area nya. Antaranya ialah perkara-perkara dengan izin, “public trust and confidence in the dispersion of justice base on values of accessibility, expedition and timeliness…” Kalau kita cerita fasal cepat kes. Ada perkara-perkara lain yang amat penting juga di situ, independence and accountability, equality, fairness and integrity, itu salah satu target area nya. Saya faham KPI ini adalah management tool, alat pengurusan yang boleh digunakan di dalam beberapa sektor tetapi untuk digunakan dalam sektor

keadilan, justice industry, sebut perkataan ‘industry’ which is a bit, saya tidak setuju, saya hendak guna juga. Ia di sini ditunjukkan antara di dalam Key Performance Indicators nya itu, apa yang dinilai tetapi kita tidak berlaku di Malaysia. Antaranya berapa peratuskah dengan izin written grounds that are publish online within one week of delivery, berlakukah benda itu di Malaysia? Saya ada kes KESAS Highway ke perhimpunan haram, dah rayu berapa bulan, ground of judgment tidak siap. Jadi, apa lagi yang dikatakan dalam Key Performance Indicators index itu? Berapa percent of cases heard within service timeline? Ada lagi dalam itu kata lagi, number of cases that are accost for lack of impartiality an independence, the administration of justice di dalam Key Performance Index yang digunakan. Masalah kita di Malaysia ini, kita pergi ambil pendekatan, KPI itu kita import secara langsung tanpa dibuat, menghalusi dari segi implementasi yang lain. Di dalam ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, dengan izin memberi benefit of doubt kepada pendekatan yang hendak dibuat tetapi yang saya tawarkan dan mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, adakah semua ini dibuat? Di Singapore itu yang dibuat, dilakukan survey, yang saya kata soalan- soalan tadi dan terbukti. Apa yang ditunjukkan KPI ditawarkan dari segi input, bajet, estimated budget dan semuanya itu akan membawa sistem itu berjalan secara baik tetapi ada tempang di sini. KPI diletakkan dari segi pelaksanaan di peringkat pengurusan, penghakiman, kewangan dan sebagainya tidak berlaku. Jadi, yang mangsanya ialah siapa? Yang mangsanya ialah rakyatlah yang bawa kes, dahlah kena tipu dan sebagainya. Jadi bagi saya, cadangan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apabila berlaku keadaan sebegini, implikasinya sekarang ini sistem itu perlu dipertimbangkan semula, dikaji semula agar tidak ada percanggahan, persepsi dan sebagainya kerana KPI itu, sistemnya objektif supaya di Dewan yang mulia akan datang kita bincang objektif, bukan lagi persepsi. Itu pada pandangan saya.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya amat tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi mengenai dengan peguam hendak habiskan kes cepat dan juga hakim mesti akan timbang permintaan ataupun atas alasan menangguhkan kes. Pandangan itu yang reasonableness itu, masa Timbalan Menteri menjadi peguam, berpuluh tahun sudah. Sekarang keadaan tidak serupa begini, itu menunjukkan bahawa Timbalan Menteri sudah ketinggalan zaman, lost touch. Kami masih praktis sekarang, kami tahu, masa kita minta penangguhan, sorry I cannot sebab ada KPI, statistik. I cannot grant you.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Bukannya apa Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan tadi “Oh! Kalau kita ada alasan yang munasabah, kita boleh dapat penangguhan”. Kalau seorang wanita hendak deliver anak, itu bukan alasan yang baik? Kalau seorang peguam sakit, bukan kata alasan yang baik? Kalau seorang hakim sakit atau demam pada hari itu, memang kes itu akan ditangguhkan. Peguam pun jadi manusia juga. Sama juga, kalau hakim tidak boleh jalankan kes itu, tidak boleh dengar kes itu, peguam pun tidak boleh. Anak guam kalau dia sakit pun, dia tidak boleh hadir ke mahkamah juga. Akan tetapi kadang-kadang hakim ini terlampau menurut pada KPI, statistik – perlu habiskan kes ini. Itu yang kita khuatir. Hurried justice, justice

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

buried, Itu yang penting. Kita tidak boleh kata satu rigid rule, tidak ada penangguhan dan hakim tidak ada discretion langsung ataupun hakim takut hendak menggunakan discretion memberikan penangguhan walaupun atas alasan yang baik. Itu yang penting. Justice must not be expand of speed, you know. Kita hendak menghabiskan kes cepat, Yang Berhormat kata. Memang semua peguam hendak menghabiskan kes cepat. Kita pun tidak mahu... Akan tetapi kadang-kadang kita ada masa juga. Kita bukan mengendalikan satu kes, kadang-kadang ada konflik dengan kes yang lain. So, saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh berikan satu penjelasan sama ada hakim-hakim diberikan arahan supaya mereka mesti tidak boleh memberikan penangguhan ke atas kes-kes atau apa-apa alasan sahaja? Terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya menegaskan di sini lagi sekali bahawa tiada arahan daripada Ketua Hakim untuk mana-mana pegawai kehakiman untuk menyelesaikan sejumlah kes di dalam satu hari seperti yang dituduh oleh Yang Berhormat di sebelah sana. Juga di sini saya ingin menjawab Yang Berhormat Telok Intan yang telah pun bertanya sekiranya Mahkamah Sesyen mendengar kes-kes yang melibatkan bidang kuasa yang dipinda ini nanti apabila berkuat kuasa, bahawa Mahkamah Sesyen akan dibanjiri dengan kes-kes yang sehingga ke tahap RM1 juta ataupun kes-kes akan dipindah ke Mahkamah Sesyen. Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa...

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Ya, Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Mengenai budi bicara untuk menangguhkan sesuatu kes. Di Kota Kinabalu, seorang hakim, bekas hakim Ian Chin, seorang peguam ada mengendalikan kes jenayah depan dia dan dia ada mendapat panggilan telefon bahawa bapanya sudah meninggal. So, peguam ini – saya ingat nama dia Dato’ Chow, dia buat satu permohonan untuk satu penangguhan dan hakim ini menyatakan carry-on with the case. Bolehkah itu dia pertahankan? Adakah apa-apa yang boleh mempertahankan tindakan tingkah laku itu oleh sebagai hakim which out there to dispense justice? Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar akan kes ini?

Kawal selia.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Atau tidak sedar? Oleh kerana saya sudah katakan di sini apakah yang terjadi, adakah apa-apa tindakan yang akan diambil? Akan tetapi tidak boleh diambil sekarang sebab dia sudah bersara, celaka ini sudah bersara. So, ini jadi satu contoh yang mana discretion, budi bicara langsung tidak digunakan oleh hakim. Bukan semua hakim tetapi there are black sheep in the judiciary.

Betul. A lot of black sheep.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Mengenai KPI, Menteri KPI ada di dalam Dewan ini sekarang. Dia puncanya, Senator dari Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Bukit Gelugor, jangan beginilah Yang Berhormat.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Apa yang – Tuan Yang di-Pertua, saya ada lagi dua, tiga tajuk. Ambil semua sekali lagi senang. Masalah pokok adalah, ini bukan KPI. Berapa banyak yang telah dinyatakan oleh rakan-rakan saya tadi. Apa yang penting adalah ini. Mutu hakim yang dilantik dan ada dikatakan, a fish rot from the head. Di sini, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi – dalam sejarah dunia ini tidak ada bapa dan anak yang menjadi Ketua Hakim Negara dalam mana-mana negara dalam dunia ini.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Malaysia Boleh!

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Apakah mutu dia? Apakah mutu Ketua Hakim Negara ini? Kerap kali saya sudah bangkitkan perkara ini dalam Dewan yang mulia ini, mulakan dengan Peraturan Mesyuarat 18, ditolak. Saya mengguna pakai Artikel 127 dua atau tiga kali, mendapat sokongan daripada satu suku – bukan tiga suku, dalam Dewan yang mulia ini untuk membentangkan usul itu. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua pun ada dalam satu masa apabila saya bertanya bagaimana boleh jadi satu situasi yang mana Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini berhak untuk mengemukakan usul tetapi apabila goverment business is over dengan izin, semua notis usul itu luput. Tuan Yang di-Pertua sendiri ada menyatakan itu jadi the practice in Britain dan Tuan Yang di-Pertua ada janji dengan saya untuk mengatasi masalah itu, berjumpa dengan Tuan Yang di-Pertua sendiri dan Tuan Yang di-Pertua Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia untuk menyelesaikan perkara ini tetapi sehingga ke hari ini Tuan Yang di-Pertua tidak menunaikan janji itu. Apakah ini semua? Apa yang perlu, apa yang penting adalah mutu, the type of judges we have, the type of the chief justice we have. Umum semua mengetahui tingkah laku Tun Zaki Tun Azmi, seorang yang jahat. [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Kerana Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Saya ada bukti.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Persoalan bukti Yang Berhormat itu, saya di dalam Dewan ini minta Yang Berhormat jangan gunakan ini. Jangan...

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah gunakan tiga kali Artikel 127. Tuan Yang di-Pertua sudah berjanji dengan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

You have promise with me.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat menuduh saya dengan melulu dengan tidak bertanya kepada saya!

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Saya menuduh dan tanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, saya hendak mendengar ucapan Yang Berhormat sehingga habis. Nanti saya jawab selepas itu. [Disampuk]

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, tidak jawab kepada saya sudah enam bulan sehingga ke hari ini tidak menjawab. Tidak menunaikan perjanjian, tidak baik untuk seorang Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Boleh saya dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri? Saya tidak mahu membuang masa, get on. [Disampuk]

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tunggu dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Gelugor menuduh saya tidak ada membawa perkara yang dipinta oleh Yang Berhormat supaya saya berjanji membawa perkara itu kepada Tan Sri Speaker. Yang Berhormat Tasek Gelugor tidak pernah bertanya kepada saya adakah tidak saya membawa perkara itu kepada Tan Sri Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Jawapan saya, dua tiga hari selepas saya bercakap di Dewan ini saya bawa kepada Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi persoalannya sama ada Tuan Yang di-Pertua hendak buat keputusan ataupun telah buat keputusan bukan saya yang menjawab lagi Yang Berhormat. Ini jadi – Yang Berhormat jangan menuduh melulu.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Penjelasan. Dua. Pertama saya bukan dari Tasik Gelugor, Bukit Gelugor ini. Ada perbezaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Kedua, Tuan Yang di-Pertua ada janji dengan saya untuk bincang dengan Tuan Yang di-Pertua Tan Sri Pandikar tiga hala termasuk saya. Ini ada dalam rekod. Ada dalam Hansard. Itu tidak ditunaikan. Itu apa yang saya berbangkit sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik. Itu pun saya jawab juga.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Boleh jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Boleh jawab.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tidak ada hal.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Saya boleh jawab. Saya berbincang dengan Tuan Yang di-Pertua. Saya minta

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan supaya saya dan – bukan Tasik Gelugor, Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Bukit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Bukit. Yang Berhormat Bukit Gelugor ini dan saya dan Tuan Yang di-Pertua berbincang bersama. Beliau yang patut buat keputusan bukan saya Yang Berhormat. Beliau Speaker saya. Jadi saya sudah menyerah kepada beliau. Beliaulah buat keputusan. Jadi Yang Berhormat jangan tuduh saya tidak ada buat.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, keputusan itu tidak dihantar kepada saya. Dipanjangkan kepada saya sehingga hari ini, tadi. Itu masalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Baik, sudahlah. Beri Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab, lagi baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ha.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Saya tidak mahu lawan sama Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya sebenarnya amat kagum dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor sebagai seorang peguam yang bijaksana. Akan tetapi saya amat kecewa juga pada masa yang sama kerana mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sopan terhadap hakim-hakim berkenaan. Terutama lagi hakim-hakim yang telah pun bersara. Mengenai isu yang disebut oleh Yang Berhormat di mana peguam tersebut di Kota Kinabalu tidak diberikan penangguhan kes oleh kerana kematian bapanya. Saya amat terkejutlah bahawa inilah kali pertama saya mendengar perkara ini memandangkan yang meninggal dunia itu adalah pakcik saya. Saya juga ingat ada pergi masa pengebumian dan tidak dimaklum sekalipun oleh saudara saya dalam perkara ini bahawa kes dia tidak dapat ditangguhkan atas kematian. Saya cuba akan mendapatkan pengesahan daripada pihak Datuk Chow. Mengenai isu-isu yang telah pun dibangkit oleh Yang Berhormat mengenai Chief Justice kita, saya rasa perkara ini telah pun dijawab begitu banyak kali di Dewan yang mulia ini. Jadi saya tidak payah lagi untuk mengulang apa yang telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Padang Rengas sebelum ini.

Tuan Mohd Yusmadi Mohd YusoffPKR · PRBalik Pulau

[Bangun]

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Penjelasan. Apa yang dijawab tidak sesuai. Saya dapat satu laporan terhadap Ketua Hakim. Jika saya tidak silap dalam bulan Disember 2007. Mengenai satu kenyataan umum yang ada disuarakan oleh Ketua Hakim di Kuching pada 7 Disember 2007 iaitu apabila pihak peguam, dia ada melakukan rasuah. Dengan umum beliau menyatakan itu dan itu ada dilaporkan dalam surat khabar. Saya ada buat satu laporan polis terhadap beliau. Sehingga hari ini, tarikh ini polis tidak berani untuk mendapat statement daripada saya. Apa ini semua? Ini macam apa yang terjadi dalam kes PI Balasundram di London. Dia ada cabar MACC untuk pergi ke London...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Mendapat statement daripada dia.

Apa dia...

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

MACC telah bersetuju untuk pergi ke sana.

Sebab tahu dia lari.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Akan tetapi MACC tidak berani menunaikan perjanjian itu. Tidak pergi. Apa yang ada dibuat adalah ini oleh MACC menghantar satu surat di mana ada soalan-soalan untuk dijawab kepada peguam Balasundram untuk dijawab oleh Balasundram. Apa semua ini? Tidak ada peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah yang boleh mempertahankan prosedur itu. Malangnya Amrit Singh Sidhu, dia menerima surat itu untuk mendapat jawapan daripada soalan itu. Itu satu kesilapan oleh Singh itu. [Ketawa] Lebih baik untuk MACC pergi ke London. Balasundram ada menyatakan dengan izin, he will expose the government the Prime Minister and the whole Cabinet will be shaken to its roots. Ini adalah cabaran oleh Balasundram.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kenapa mahu cabar.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Kenapa MACC dan kerajaan tidak rela untuk menerima cabaran itu. Bolehkah saya dapat penjelasan?

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Pertanyaan yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini tidak ada mengena dengan pindaan Akta Mahkamah Rendah ini.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

...Dan juga sekali lagi bahawa cerita itu telah pun dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini banyak kali. Saya telah pun duduk di sini dan telah pun mendengar banyak kali juga. Jadi saya tidak ingin lagi untuk mengulang balik apa yang telah pun diberikan oleh Menteri berkenaan mengenai isu yang telah pun dibangkit oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Jadi saya teruskan Tuan Yang di-Pertua mengenai Yang Berhormat Puchong yang telah pun bertanya apakah tugas-tugas dan juga tanggungjawab Timbalan Pendaftar dan juga Penolong Kanan Pendaftar dan juga Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah seperti yang telah pun disebut di dalam cadangan pindaan ini. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa tugas-tugas dan tanggungjawab Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan juga Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah tidak dinyatakan secara khusus dalam pindaan ini. Akan tetapi akan dibuat secara arahan, amalan dan pekeliling oleh Ketua Pendaftar atas arahan Ketua Hakim, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan juga Hakim Besar Sabah dan Sarawak. Yang Berhormat Puchong juga...

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

[Meminta laluan]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

[Bangun]

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Bertanya sama ada Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah menghina mahkamah jika

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

perintah injunksi ini di keluar tidak dipatuhi. Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun menjawab soalan ini terlebih awal tadi. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua bahawa itu sahaja soalan-soalan yang di mana saya sempat menjawab.

Tuan Mohd Yusmadi Mohd YusoffPKR · PRBalik Pulau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit penjelasan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Minta penjelasan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Okey, daripada Subang.

Tuan Mohd Yusmadi Mohd YusoffPKR · PRBalik Pulau

Sebelum berundur, penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Saya ingin balik kepada jawapan Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Balik pada jawapan tadi tentang arahan yang kononnya dibuat oleh Ketua Hakim tentang kes-kes yang perlu dihabiskan. Jawapan yang saya dengar daripada Timbalan Menteri adalah tidak ada arahan daripada Ketua Hakim kepada mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen atau mana-mana hakim untuk jumlah kes yang perlu dihabiskan setiap hari. Akan tetapi boleh saya ubah soalan saya sedikit yang dibangkit oleh mungkin Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Ipoh Barat dan mungkin rakan-rakan yang lain. Adakah arahan daripada Ketua Hakim tentang jumlah kes yang mesti dihabiskan setiap bulan. ya atau tidak? Dan ada juga adakah arahan bahawa kes-kes untuk yang difailkan pada satu tahun, katakan tahun 2007 mesti dihabiskan sebelum satu tempoh. Saya minta jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh diizinkan, boleh saya tambah satu soalan lagi dan minta penjelasan. Sebentar tadi saya tidak hadir apabila rakan Yang Berhormat Batu Gajah bangkit isu perbincangan dengan Majlis Peguam. Saya difahamkan jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri tidak ada perundingan sebab mereka tidak minta, tidak jumpa untuk perundingan ataupun consultation atau perbincangan. Dengan hormat bagi saya jawapan ini tidak munasabah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ini ada satu rang undang-undang yang cukup yang cukup penting bagi peguam. Sistem perundangan kita diubah dengan cara yang besar dan kita ada Menteri KPI ini yang dipertanggungjawabkan dengan program transformasi. Ada banyak terlalu ghairah dengan perundingan dengan rakyat dan sebagainya. Akan tetapi dalam hal ini kita ada jawapan mereka tidak minta untuk di bincang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Saya ingin tanya bukanlah tanggungjawab Timbalan Menteri dan Jabatan Perdana Menteri untuk menghantar rang undang-undang itu lebih awal kepada mereka untuk dibincang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Balik Pulau duduk dahulu Yang Berhormat Balik Pulau.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ya. Kenapa Rules of High Court, Rules of Subordinate Court yang sekarang diubah, digabung ada satu jawatankuasa tripartite dianggotai oleh Jabatan Peguam Negara, Badan Kehakiman dan Majlis Peguam yang sekarang bertemu dari semasa ke semasa untuk membincang hal

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

ini, untuk menyelaraskan The Rules of High Court dengan izin Tuan Yang di- Pertua kenapa proses itu tidak berlaku dengan satu pindaan yang cukup penting? Di mana the most importance stakeholders dengan izin Majlis Peguam, badan peguam sendiri tidak diberitahu tentang kandungannya, tidak dijemput untuk perbincangan dan rang undang-undang ini dibuat tergesa-gesa dalam Parlimen. Saya minta penjelasan.

Yang Berhormat Menteri sedikit Balik Pulau tadi. Menteri, Menteri KPI pun ada di sini. Menteri saya mohon penjelasan, saya yakin pendekatan salah satu kenapa KPI ini diperkenalkan ada tujuannya. Akan tetapi ia juga bertujuan untuk menunjukkan pentadbiran kerajaan yang telus. Itu Menteri boleh setuju dengan saya. Di dalam ketelusan itu antara apa yang dipanggil dalam KPI di dalam ruang kehakiman ini desired outcome iaitu ialah antara apa yang saya katakan tadi. Two a strong operative words yang dikatakan dengan izin, public trust and confidence in the dispensation of justice based on the values of accessibility, expedition and timeliness, equality, fairness, integrity dan yang akhir seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor ialah independence and accountability.” Soalan saya ialah kalau Yang Berhormat Menteri yakin bahawa KPI ini mampu membangkitkan public trust dan juga confidence di dalam melakukan dispensation of justice dengan izin, saya hendak bertanya dengan Menteri bila Menteri akan membentangkan laporan KPI ini secara telus kepada rakyat, kepada kita di Dewan ini untuk menilai key area yang saya katakan itu tercapai? Independence, accountability, equality and fairness ini. Ini kerana bagi saya kalau itu kayu ukur itu diletakkan kepada Ketua Hakim sekarang, yang dengan secara umum mengatakan beliau terpaksa melakukan rasuah untuk mendapat sesuatu, beliau sendiri akan terkeluar dan gagal KPI beliau.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat.

Itu saya mohon Menteri bila hendak bentangkan KPI untuk di Dewan ini laporannya secara telus supaya kita boleh lihat dan saya hendak tengok KPI Ketua Hakim.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri hendak bagi jalankah Yang Berhormat?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Bukan hendak bagi jalan Tuan Yang di- Pertua. Ada dua perkara saya bangkitkan tidak dijawab jadi kalau boleh saya ulangi dengan singkat. Memandangkan bidang kuasa SUHAKAM empat kali ganda akan dinaikkan, saya ada tanya sudahkah kerajaan menyediakan sekurang-kurangnya dua kali ganda Majistret dan Hakim Mahkamah Sesyen supaya tidak akan berlakunya masalah apabila kes-kes akan bertambah melonjak di Mahkamah Sesyen dan Majistret, adakah rancangan ini dibuat? Kedua adakah kerajaan merancang bagaimana membolehkan hakim- hakim dan majistret ini lebih independence iaitu bukan masih dalam judicial legal service seperti mereka boleh bertindak secara lebih bebas. Belum dijawab dua soalan ini.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri soalan sama.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Apa lagi? Ada lagi?

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Ya sedikit sahaja.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Okey.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Timbalan Menteri. Saya tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri juga hendak turut contoh bosnya Yang Berhormat Padang Rengas, hendak lari dirilah ini hendak gulung sudah, cepat hendak duduk. Seperti jawab masa RMK. Saya telah bangkitkan ada perkara yang penting kelmarin mengenai dengan bagaimanakah kalau kita ada first class court dengan izin dengan pindaan ini. Kemudian kita ada upper six badan-badan penguatkuasaan seperti MACC dan Securities Commission. Saya memberikan contoh bahawa dalam kes penyiasatan ataupun penahanan seorang setiausaha politik kepada bekas Menteri Kewangan II Tasek Gelugor, di mana rumahnya ada 48 safety boxes. Untuk apa 48 safety boxes? Memang itu untuk simpan wang rasuah bukan wang, toilet paper. Kalau dia ada 48 safety boxes bosnya mungkin ada more than hundred. Itu satu bagaimanakah sampai sekarang beliau tidak dituduh di mahkamah. Sudah tujuh bulan siasatan masih dijalankan. Jadi ini menunjukkan bahawa badan penguat kuasa itu ada kelemahan ataupun hendak tutup kes itu kerana terlibat dengan Menteri tertentu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Kedua itu yang Securities Commission saya telah bangkit juga, suami kepada Tan Sri Zarinah Securities Commission terlibat dengan macam-macam kes, itu Avenue Capital dengan ECM Libra satu outfit Tingkat 4 dan MyEG Services Berhad, Tat Sang Berhad, TENCO Berhad, Lityad Berhad dan projek Shah Alam Hospital Projek. Ini terlibat dengan Datuk Azizan suaminya. Apa tindakan kalau badan penguat kuasa ada kelemahan yang sedemikian ataupun bersekongkol dengan penjenayah korporat ataupun pemimpin corrupt, apa guna kita ada first class court? Bolehkah Yang Berhormat Menteri beri satu penjelasan bahawa bagaimanakah kalau kita ada satu badan kehakiman yang first class, mahkamah yang first class. Badan-badan penguatkuasaan seperti MACC, Securities Commission khasnya kes yang khas Hasbie Satar ini bekas Yang Berhormat Menteri Kewangan II ini, dan siasatan terhadap Yang Berhormat Tasek Gelugor sendiri dengan Tan Sri Zarinah, itu Pengerusi SC suaminya Datuk Azizan. Bagaimanakah kita boleh, badannya boleh secocok ataupun bagaimanakah badan kehakimannya boleh memberikan satu kehakiman atau imej yang baik kepada negara kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat cukup. Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin bawa perhatian Yang Berhormat di bawah perkara 36(1). Tidak semua perkara yang dibahas ini yang akan dijawab oleh Menteri. Menteri boleh memilih untuk tidak menjawab disebabkan oleh perkara 36(1). Perkara-perkara yang dipinda, hanya perkara pindaan itu sahaja yang sepatutnya dibahas dalam Dewan ketika berbahas.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, kita bangkitkan di RMKe-10 pun dia tidak jawab. Mereka Menteri duduk. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat saya bercakap tentang konteks sekarang ini meminda rang undang-undang. Oleh

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

sebab itu ada perkara yang tidak dijawab oleh Yang Berhormat Menteri disebabkan oleh perkara 36(1). Yang itu kita kena terima Yang Berhormat. Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Subang telah pun menyentuh sama ada, ada arahan ataupun tidak mengenai jumlah kes yang perlu dihabiskan. Adakah arahan Ketua Hakim Negara untuk habiskan kes setiap bulan? Untuk makluman Yang Berhormat sasaran hanya ditetapkan untuk kes-kes pra 2007 dan tidak melibatkan kes-kes yang baru didaftarkan. Pada isu yang mengatakan bahawa kes bicara mesti dihabiskan dalam tempoh sebulan, saya rasa ini adalah tidak betul. Memandangkan kes-kes perbicaraan tidak ada masa terhadnya, ini semua terpulang kepada keterangan- keterangan yang akan diberi oleh saksi-saksi berkenaan. Sekiranya seperti yang saya katakan tadi terlibat dengan saksi yang ramai, ini akan mengambil masa, dan sekiranya saksi tidak ramai mungkin kes itu dapat dihabiskan dalam tempoh masa yang lebih pendek.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Wangsa Maju yang mengatakan first class mahkamahlah, ini dan itu. Seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa mahkamah ini adalah satu tempat di mana tertuduh dibawa untuk menjawab sesuatu pertuduhan. Selepas itu perbicaraan akan didengarkan dan di mana saksi-saksi tertentu dihadapkan ataupun dipanggilkan ataupun disepina. It is where the trial will begin. Ini, mahkamah bukanlah satu tempat untuk menyiasatkan sesuatu kes. Memandangkan kes-kes yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi masih lagi dalam siasatan seperti Yang Berhormat telah pun mengatakan tadi. Jadi saya tidaklah dapat untuk menjelaskan lebih banyak tentang kes tersebut.

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

Minta penjelasan. Sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya faham, saya faham apa yang Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan sekarang. Akan tetapi soalan saya adalah, bagaimanakah kalau kita ada satu badan kehakiman yang baik, ya. Mahkamah yang first class tetapi penguatkuasaan kita, badan-badan penguatkuasaan seperti MACC, Securities Commission yang tidak baik, tidak baik melaksanakan kerjanya tidak baik. Hendak tutupkan kes seperti Hasbie dan Tan Sri Zarina ini. So kalau mereka tidak jalankan kes mereka yang baik bawa penjenayah ataupun tertuduh ke mahkamah, bagaimana mahkamah kita hendak jalankan kes terhadap pelanggan seperti satu business? Ada kantor, ada consumer. We have a shock but no customer at all. Akhirnya mahkamah pun bankrap syarikat itu bankrap juga. Bukankah ini menunjukkan satu tidak berapa sihat? Kita ada badan kehakiman yang baik tetapi MACC hendak tutupkan kes melibatkan bekas Menteri Kewangan II dan juga Tan Sri Zarina itu yang Pengerusi kepada SC yang suaminya bersekongkol dengan penjenayah korporat. Juga kes Kenmark itu termasuk Dato’ Ishak Ismail dan hendak ditutup sahaja. Yang itu yang penting, bukannya kita kata mahkamah kena siasat. Saya seorang peguam seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi Yang Berhormat tidak practice sudah lama sudah. So out of touch. Kita masih practice lagi. Kita masih practice, kita tahu mahkamah ini bukan badan untuk siasat, mahkamah untuk bicara. Namun kalau tidak ada badan-badan penguat kuasa ini tidak bawakan kes, tidak heret tertuduh corporate crook ini seperti Dato’ Ishak Ismail kepada

Tuan Wee Choo KeongPKR · PRWangsa Maju

mahkamah, suami Pengerusi SC ini ke mahkamah, bagaimana mahkamah hendak bicara? Jadi tidak ada kes la. Yang itu yang penting kita hendak tanya. Penguatkuasaan ini dengan mahkamah dan dia kena balance. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit tadi Yang Berhormat soalan saya dalam memberi penjelasan tadi...

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Saya rasa ada bil-bil yang lain lagi saya teruskan sahaja, ya.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

[Bangun]

Bukan, maksud saya bila Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak bentangkan KPI, Laporan KPI Kehakiman di Dewan Yang Mulia ini. Itu soalan saya, spesifik. Itu sahaja, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ya. Saya tahu, saya tahu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Membuktikan yang kerajaan pendekatan KPI ialah pentadbiran telus untuk rakyat menilai dan itu bukannya Official Secrets Act. Saya kata boleh dibentangkan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Yang Berhormat Balik Pulau tahu bahawa Yang Berhormat Menteri KPI ada di sini. Jadi dia akan menjawab apabila giliran dia sampai nanti. Mengenai isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Subang mengenai Majlis Peguam yang tidak diberikan peluang untuk berbincang isu-isu yang berkenaan. Oleh kerana tiada permintaan daripada pihak kami. Saya rasa ini adalah satu tohmahan dan juga andaian yang tidak betul. Seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa kami sering mengadakan mesyuarat bersama dengan pihak Majlis Peguam di mana ada Ahli-ahli Majlis Peguam duduk di Jawatankuasa Keadilan dan isu-isu mengenai Combined Rules of Court dan juga Akta Mahkamah Rendah ini, pindaan ini sering juga dibangkit dan dimaklumkan kepada pihak mereka. Seperti tadi saya telah maklumkan kepada Yang Berhormat Bukit Gajah dan yang lain. Saya telah pun... [ketawa] Minta maaf.

Batu Gajah.

Bukit Gelugor.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Nama kawasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Batu Gajah, Bukit Gelugor.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Ya, saya minta maaf. Batu Gajah. Saya telah pun menjelaskan. Yang Berhormat tidak ada di sini bahawa saya telah pun dimaklumkan oleh pihak Majlis Peguam hanya pada hari Jumaat sahaja di mana saya terima news alert melalui SMS di mana pihak mereka berhasrat untuk

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

meminta kerajaan untuk menundakan permintaan pindaan kes akta ini. Sebelum ini mereka sering berjumpa dengan saya juga tetapi tidak dimaklumkan. Jadi saya amat kesallah memandangkan prosiding telah pun bermula dan juga pihak Yang Berhormat telah pun berhujah daripada hari Isnin sampailah saya berdiri tadi di sini untuk menjawab soalan. Jadi isu-isu yang telah pun dibangkitkan oleh pada Majlis Peguam itu saya rasa boleh disuarakan melalui Yang Berhormat yang mewakili rakyat. Jadi apa masalahnya? Saya rasa Yang Berhormat Subang pun selalu dalam contact dengan mereka dan mereka boleh memaklumkan kepada Yang Berhormat dan untuk membincangkan perkara ini dalam Dewan Yang Mulia ini.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

[Bangun]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bukan wakil Majlis Peguam di sini dan rakan-rakan saya yang juga beramal sebagai peguam bukan wakil Majlis Peguam. Sekarang Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi gambaran bahawa ataupun ada kaji fakta you are saying ada consultation dengan Majlis Peguam dalam beberapa mesyuarat. Akan tetapi kenyataan daripada Naib Presiden Majlis Peguam bertarikh 2 Julai, berkata dengan jelas saya baca dengan izin: “We call on the government to differ the amendment bill until the Bar Council is consulted.” Dengan jelas ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Subang. Isu ini telah pun dibawa sebelum break tadi Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Ya, tetapi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Jawab. Tetapi jawapannya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

And you raising up again because just came in. It’s not fair.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

No, no I apologies. I sudah dengar. Jawapan itu tidak munasabah. Itu pandangan saya. Sekarang Yang Berhormat Timbalan Menteri berkata ada consultation dalam mesyuarat. So what is the truth? You are saying there were consulted dalam mesyuarat. Mereka kata tidak ada consultation. So if you are saying dan Yang Berhormat Timbalan Menteri kata ada consultation saya hendak tahu bila ada perbincangan dengan mereka atas rang undang-undang ini bukan rules of the High Court yang lain perkara. So, this why I want to know from Yang Berhormat Timbalan Menteri. Was there consultation on this bill? That means one of you is lying either Mr. Lim Chee Wee is lying or you are lying, dengan izin. So, who is the one? Can we have the facts please, dengan izin.

Tidak perlu jawablah.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Saya telah pun menjawab awal lagi tadi apabila saya jawab soalan-soalan daripada Yang Berhormat Batu Gajah. Jadi saya seperti Tuan Yang di-Pertua maklumkan tidak akan membuang masa untuk mengulangkan jawapan saya. Jadi...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Jawapan kita tahu. I think you must be fair with us. I have asked, isu sekarang tidak ada perundingan. Then sekarang tadi dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah kata ada perundingan dalam beberapa mesyuarat. So bermaksud ada perundingan. Adakah itu - bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri confirm that ada perundingan? Akan tetapi bermaksud the Bar Council memberi satu kenyataan salah.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Saya mengatakan tadi bahawa...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Saya difahamkan, sorry...

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

...Ada mesyuarat...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

...Tidak ada apa-apa perundingan tentang bill ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

...Kami telah berjumpa beberapa kali dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keadilan dan juga Mesyuarat Malaysia Law Reform Committee.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Betul. Saya pun ada sebut itu Mr. Lim [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Yang dimaksudkan itu pun telah pun ada berjumpa dengan saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Subang dengar dulu jawapan Yang Berhormat.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

So it depends what you understand by the term consultation.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Consultations on this bill, dengan izin.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ya!

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Kita berbincang sekarang, adakah Jabatan Perdana Menteri - Ini satu bill yang sangat penting. You are kita buat perubahan yang besar kepada Mahkamah Sesyen. Kita pentingkan juries ini RM1 juta. Kita beri kuasa untuk memberi injunction. Ini satu perubahan yang sangat besar dalam konteks Sistem Kehakiman kita. Stakeholder yang besar sekali adalah Majlis Peguam. Senang sahaja, adakah Jabatan Perdana Menteri jemput Majlis Peguam untuk berbincang perubahan ini sebelum rang undang-undang ini disediakan? Itu sahaja. Jawapan...

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Saya memaklumkan sekali lagi di sini bahawa...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Nanti sekejap, sebentar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Jawapan kepada soalan itu daripada Majlis Peguam tidak dibincang.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

...Ahli-ahli Majlis Peguam telah pun menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang diadakan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk Yang Berhormat Subang.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

...di antara kementerian dan juga Majlis Peguam. Okey?

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Mesyuarat itu Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah berkaitan dengan isu-isu lain.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Okey, boleh...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Rules of High Court dibincang.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Itu persiapan untuk conference. Itu tajuk yang lain. Kita bincang di sini, rang undang-undang ini yang membawa perubahan besar kepada Mahkamah Sesyen dan kepada Akta Mahkamah Rendah.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Ya. Saya tahu. Isu itu telah pun...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Kami difahamkan...

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

...Dibangkitkan oleh rakan Yang Berhormat tadi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk. Duduk dahulu Yang Berhormat. Duduk dahulu.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

...Dan saya tidak akan menjelaskan mengapakah kita hendak memindahkan bidang kuasa tersebut kepada RM1 juta dan juga memberi kuasa injunction.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Itu bukan isu yang saya bangkitkan. Senang sahaja, you are giving – dengan izin, you are giving the impression you have consulted. Majlis Peguam berkata Majlis Peguam tidak dibincang hal ini, perubahan yang dibawa dalam rang undang-undang ini. So, ini jelas. So, I think Yang Berhormat please think carefully about your answer. You are there not telling us the facts. This is what 36(12) is about.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Saya telah pun menyatakan beberapa kali saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Duduk dahulu Yang Berhormat. You cannot keep standing apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Wait. I want the correct – I want the truth.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Saya telah pun menjawab dan saya tidak ingin mengulangi jawapan saya. Nanti Yang Berhormat akan mengatakan ini dan itu sekiranya terdapat sedikit perbezaan. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Saya rasa itu sahajalah...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, hendak beri jalan lagi Yang Berhormat?

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Yang Berhormat Batu Gajah telah pun duduk lama di sini dari sejak pagi lagi dan telah pun bertanya tadi.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ya. Minta penjelasan. Minta penjelasan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Okey. Sekali lagi.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memang benar yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Ipoh Barat bangkitkan, drafting! Semasa drafting rang undang- undang ini, apakah ada konsultasi dengan Majlis Peguam yang saya bangkitkan sebelum makan tengah hari adalah sebelum bentangkan rang undang-undang ini untuk bacaan pertama, apakah rang undang-undang ini ada konsultasi dengan Majlis Peguam? Yang Berhormat Subang dengan sangat jelas bertanya, dengan spesifik berkenaan dengan rang undang-undang ini, apakah konsultasi telah dijalankan sebelum pembentangan dalam Dewan yang mulia ini? Ini persoalan. Perkara yang kedua, apakah sebab kerajaan begitu tergesa-gesa ingin meluluskan rang undang-undang ini memandangkan Majlis Peguam mempunyai pandangan mereka, mempunyai bantahan mereka, mempunyai kerisauan mereka. Mengapa tidak boleh kita tangguhkan rang undang-undang ini dengan pandangan mereka? Apa salahnya? Mengapa buat tergesa-gesa? Alasan Yang Berhormat kata, “Oh! Mereka terlewat beri pandangan, rang undang-undang telah dibentangkan”. Selagi ia belum diluluskan, kerajaan boleh mencadangkan usul untuk menangguhkan bila-bila masa untuk mengambil pandangan mereka. Apa salahnya? Mengapa buat tergesa-gesa mahu meluluskan rang undang-undang ini? Saya pohon penjelasan. Soalan kami adalah sangat jelas, spesifik! Rang undang-undang ini sebelum dibentangkan di Dewan yang mulia ini untuk bacaan pertama, apakah ada konsultasi dengan Majlis Peguam? Bahasa sangat senang untuk difahami, soalan sangat jelas. “Ya” atau “tidak”?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tidak!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak perlu begitu Yang Berhormat. Dalam mahkamah pun kalau buat begitu hakim akan marah. [Ketawa]

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Betul Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Zulkifli bin NordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Yang Berhormat...

Tuan Zulkifli bin NordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Ha!

Tuan Zulkifli bin NordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Saya hendak minta satu penjelasan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Kembali pula dia. Okey.

Tuan Zulkifli bin NordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

Oleh sebab saya tengok Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak jawab apa yang saya raise semalam. Banyak perkara termasuk kes spesifik Mahkamah Tinggi Shah Alam yang ditangguhkan itu. Akan tetapi itu soal kedua. Berbalik kepada soal konsultasi

Tuan Zulkifli bin NordinPKR · PRKulim-Bandar Baharu

ini, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada ada konsultasi dibuat dengan badan kehakiman sendiri iaitu pegawai- pegawai kehakiman yang terlibat? Saya semalam membuat panggilan rambang dengan rakan-rakan dalam Mahkamah Sesyen. Mereka menyatakan bahawa mereka pun tidak tahu. Tidak pernah diconsult seperti JALSOA (Judicial and Legal Service Officers’ Association). Mereka tidak pernah dipanggil untuk bincang. Mereka ada cadangan seperti yang saya sebut semalam bahawa mereka tidak ada masalah kalau bidang kuasa Mahkamah Sesyen dipertingkatkan tetapi, dengan syarat tingkatan jawatan itu dipertingkatkan kepada JUSA C ataupun lebih baik kepada JUSA B untuk mencerminkan tanggungjawab yang bertambah. Ini kerana keadaan sekarang ini pegawai pangkat L52, L54 ada yang jadi Hakim Mahkamah Sesyen. Mereka ini baru lima, enam tahun pengalaman. Bagaimana mereka hendak mengendalikan kes-kes besar melibatkan injunksi dan pengisytiharan? Jadi, cadangan yang dikemukakan boleh dibuat tetapi dengan syarat jawatan itu dipertingkatkan kepada JUSA C ataupun kalau boleh JUSA B kerana untuk sampai ke peringkat JUSA C atau JUSA B memerlukan pengalaman 12 tahun, 13 tahun. Jadi, boleh atau tidak perkara itu dikaji? Akan tetapi saya hendak tahu di peringkat ini, adakah konsultasi dibuat dengan pegawai kehakiman sendiri? Terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih Yang Berhormat. Badan yang paling penting untuk meluluskan drafting akta ini adalah Peguam Negara ataupun AGC. Pihak AGC telah pun berpuas hati meluluskan drafting ini dan pihak Kabinet telah pun membenarkan bahawa rang undang-undang ini dibentangkan di Parlimen. Jadi, itu yang paling penting. Tidak ada peruntukan yang melibatkan di bawah undang-undang bahawa konsultasi mesti diperoleh daripada badan-badan yang telah pun disebut oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi. Jadi, yang penting sekali bahawa isu yang dibangkitkan daripada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu bahawa...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Jadi tidak adalah Yang Berhormat Timbalan Menteri? Tidak ada konsultasilah dengan Majlis Peguam?

Mengikut peraturan mesyuarat, duduklah.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

...Pengalaman hakim amat penting untuk mengendalikan kes-kes injunksi ataupun yang disebutkan kes-kes yang tertentu. Kita tidak dapat menafikan bahawa untuk mendengar kes-kes tertentu, mahkamah akan menetapkan Hakim Mahkamah Sesyen yang berpengalaman dan juga yang telah pun mengendali kes di Session Court lebih daripada satu tahap iaitu I think more than 15 years to 20 years.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Yang Berhormat.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Jadi ini tidak mewujudkan sebarang kekhuatiran bahawa pihak Session Court Judges tidak berpengalaman ataupun tidak ada pengetahuan mengenai undang-undang...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Soalan lain.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Itu adalah satu tohmahan yang tidak betul.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Yang Berhormat.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Saya rasa itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

So, maknanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, maknanya memang tidak adalah?

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Sekiranya saya tidak dapat menjawab soalan- soalan yang diberikan, saya...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Jawapannya tidak ada konsultasi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Dan memang tidak dianggap perlulah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu jawapannyalah. Tidak ada dan tidak dianggap perlu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Itu adalah perkataan daripada Yang Berhormat. Saya telah pun menjawab pagi tadi, you tidak ada di sini. You lihat Hansard. Saya tidak akan menjawab lagi.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Walaupun saya tidak ada pagi, saya boleh rumuskan kesimpulannya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Tidak boleh begitu Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini kerana jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri cukup jelas. Dia hendak pusing kiri, pusing kanan. Jawapannya, pokoknya tidak ada konsultasi dan tidak dianggap perlu untuk diadakan.

Baru masuk sudah bisinglah.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu sahaja.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Baru masuk sudah bising.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Sekiranya ada soalan-soalan yang saya tidak sempat menjawab, saya memohon...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Yang Berhormat, saya ada soalan lain.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

...Daripada pihak Yang Berhormat – Kalau soalan baru tidak dapat dijawab lagi. You already missed the floor.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Ya. Sekian, terima kasih.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Jadi, saya ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini kerana telah pun mengambil peranan dalam perbahasan ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Baik. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Datuk Ronald KiandeeBERSATU · PNFasal-fasal 1 hingga 18 - Tuan Pengerusi · Beluran

Yang Berhormat Batu Gajah.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada fasal 7, fasal 11 dan fasal 13 berkenaan dengan peruntukan pindaan ini untuk meluaskan bidang kuasa Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret RM1 juta dan RM100,000.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Saya hendak tanya, semasa Yang Berhormat Menteri membentangkan rang undang-undang ini ada menyatakan bahawa keperluan ini untuk meluaskan bidang kuasa Mahkamah Sesyen dan Majistret kerana ada tunggakan kes. Saya ingin membacakan, sebanyak lebih kurang saya campurkan Mahkamah Tinggi di Malaya di Sabah dan Sarawak sebanyak 76,561 kes tunggakan dan 76% adalah melibatkan tuntutan antara RM250,000 hingga RM1 juta. Oleh itu, Yang Berhormat telah menyatakan itulah antara sebabnya ingin meluaskan bidang kuasa Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Saya hendak tanya pihak Yang Berhormat boleh menjelaskan berkenaan ketiga-tiga fasal ini. Apakah tunggakan kes bagi Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret yang sedia ada? Selepas meluluskan rang undang-undang ini, akan ada tambahan kes baru, pendaftaran baru akan pergi ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Jadi, setakat ini apakah tunggakan kes Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Perkara kedua, berkenaan ketiga-tiga fasal ini, apakah pihak kementerian ada menjalankan impact assessment study. Kajian penilaian impaknya. Ekoran daripada permintaan ini, meluaskan kuasa Mahkamah Sesyen dan Majistret apakah impaknya ke atas kedua-dua mahkamah rendah ini. Ini adalah salah satu kerisauan oleh Majlis Peguam. Saya membaca laporannya. Saya hendak tanya, apakah kajian sedemikian ada dilakukan oleh pihak kementerian sebelum mencadangkan pindaan sedemikian ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Ada siapa lagi hendak berucap? Baik, sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah. Mengenai kes-kes yang tertunggak dan dipohon oleh Yang Berhormat di

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Mahkamah Sesyen, buat setakat ini saya tidak ada statistik yang saya boleh maklumkan kepada Yang Berhormat dan saya akan memberikan secara bertulis. Bersama dengan laporan yang dipohon oleh Yang Berhormat mengenai impact assessment. Saya buat setakat ini tidak ada apa-apa...

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Ya, okey.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi. Itu kedua-dua soalan adalah soalan yang sangat penting. Jabatan Perdana Menteri mahu kami meluluskan rang undang-undang ini. Yang paling asas, apakah buat masa ini ada tunggakan atau tidak dalam Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret walaupun bidang kuasa mereka terhad buat masa ini. Dengan meluaskan bidang kuasa, apakah impak. Yang Berhormat boleh jawab atau tidak? Apakah ada satu impact assessment study dijalankan. Saya tidak minta laporan lagi. Saya tanya ada atau tidak. Saya rasa Yang Berhormat Menteri patutnya bersedia dengan statistik ini, berkenaan statistik tunggakan kes di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen sebab ini amat berkaitan. You are going to push all the cases from the High Court selepas penguatkuasaan rang undang-undang ini kepada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Apakah kedua-kedua mahkamah rendah ini boleh menampungnya. Itu yang paling asas tetapi Yang Berhormat kata tidak ada statistik pun buat masa ini. You have to be prepared for all these, dengan izin. Saya hendak tanya tadi, Yang Berhormat tidak jawab mengapa tergesa-gesa mahu meluluskan rang undang- undang ini. Bagi alasan, mengapa mahu begitu tergesa-gesa. Padahal Majlis Peguam mempunyai pandangan yang amat berasas. Mengapa enggan menangguhkannya. Saya hendak tanya alasan. Apakah ada impact assessment study dijalankan?

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Yang Berhormat sedar bahawa kita sekarang dalam Jawatankuasa dan isu-isu yang telah pun dibangkitkan, yang meminta laporan impact assessment dan juga yang lain-lain itu tidak dibangkitkan pada awal tadi. Mengenai statistik yang telah pun dipohon, memang kami ada statistik itu. Hanya pada setakat ini tidak ada bersama dengan saya. Itu sahaja.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Minta penjelasan Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak beri jalan lagi Yang Berhormat?

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Tidaklah. Itu sahaja yang dapat saya jawab.

Puan Fong Po KuanDAP · PRBatu Gajah

Ada atau tidak impact assessment dijalankan? Itu sahaja soalan. Ada atau tidak? Itu sahaja soalan. Ini berkaitan sebab kementerian hendak luaskan bidang kuasa Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Ada atau tidak?

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Saya telah pun menjawab dalam jawapan dasar saya. Bacalah.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Okey.

Datuk Liew Vui KeongWARISANSandakan

Bacalah. Itu sahaja saya boleh jawab Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Ronald Kiandee)

Baik. Fasal-fasal 1 hingga 18 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula. Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN (PINDAAN) 2010 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah ditubuhkan dengan berkuat kuasanya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) pada 2 Februari 2009. Antara lain fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah untuk memilih orang berkelayakan yang sesuai dan wajar dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan untuk menerima permohonan daripada orang berkelayakan bagi pemilihan hakim-hakim mahkamah atasan. Tafsiran ‘hakim mahkamah atasan’ dalam Akta 695 tidak merangkumi Pesuruhjaya Kehakiman. Bagi tujuan ketelusan, walaupun tidak diperuntukkan dalam Akta 695, badan kehakiman telah mengemukakan kepada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman nama-nama yang telah dikenal pasti atau pengamal undang-undang yang telah memohon jawatan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman kepada mereka untuk pandangan. Badan kehakiman berpandangan ini adalah perlu kerana calon-calonnya akan dipilih pelantikan ke jawatan Hakim Mahkamah Tinggi. Keutamaan adalah daripada kalangan pesuruhjaya kehakiman. Oleh itu, adalah wajar anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengenali dahulu Pesuruhjaya Kehakiman yang dilantik kerana suruhanjaya bertanggungjawab membuat pemilihan dan mengemukakan perakuan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi. Pindaan kepada tafsiran tersebut juga adalah disebabkan Pesuruhjaya Kehakiman mempunyai fungsi kuasa dan menikmati kekebalan yang sama seperti Hakim Mahkamah Tinggi seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 122AB(1)

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Perlembagaan Persekutuan seperti berikut supaya segera diselesaikan urusan Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan boleh melalui perintah, melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman bagi apa-apa tempoh atau apa-apa maksud yang dinyatakan di dalam perintah itu. Orang yang dilantik sedemikian hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan apa-apa fungsi Hakim Mahkamah Tinggi yang ternyata kepadanya, dikehendaki dilaksanakan. Apa-apa jua yang dilakukan olehnya apabila bertindak mengikut pelantikannya hendaklah mempunyai kesahan dan kesan yang sama seolah-olah dilakukan oleh seorang hakim mahkamah itu. Berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan itu, dia mempunyai kuasa yang sama dan menikmati kekebalan yang sama seolah-olah dia hakim mahkamah itu. Oleh yang demikian, bagi memastikan pelantikan hakim mahkamah atasan lebih telus di samping memperkukuh dan meningkatkan integriti badan kehakiman, maka dicadangkan pindaan kepada Seksyen 3 Akta 695 dalam takrif ‘hakim-hakim mahkamah atasan’ dengan memasukkan selepas perkataan ertinya, perkataan-perkataan ‘pesuruhjaya kehakiman’ Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010 mengandungi dua fasal seperti berikut:- Fasal 1 mengenai tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010; dan Fasal 2 rang undang-undang ini mengenai pindaan takrif ‘hakim-hakim mahkamah atasan’ dalam seksyen 3 Akta 695 untuk memasukkan perkataan ‘Pesuruhjaya Kehakiman’ dalam ruang lingkup Akta 695. Ini membolehkan fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman termasuk pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, ada sesiapa menyokong?

Tuan Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Petra Jaya

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 dibaca kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengingatkan bahawa perkara ini, rang undang-undang ini adalah rang undang-undang pindaan dan seperti yang tertera dalam Perkara 36(1) hanya perkara-perkara yang dipinda sahaja yang harus, yang boleh dibahaskan tanpa melibatkan perkara induk dalam akta itu. Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk memberi saya peluang untuk membahaskan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009, pindaan kepada akta itu. Tuan Yang di-Pertua, walaupun ada dua seksyen sahaja tetapi implikasi, ...consequences dengan izin, khasnya bagi seksyen 2 adalah luas. Dengan izin saya tuju kepada versi dalam bahasa Inggeris, ammendment to section 3. “The Judicial Appointment Commission Act 2009 is ammended in section 3 in the definition of “judges of the superior courts”, by inserting after the word “means” the words “judicial commissioners.” Ini bermakna judicial commissioners are judges of the superior courts. Tuan Yang di-Pertua, kenapa memerlukan satu status bagi seorang hakim yang dikatakan judicial commissioner sahaja tetapi dia bukan satu hakim? Ini adalah apa yang dikatakan, this can be compared to apa yang dikatakan oleh V.K. Lingam, “Looks like me, sounds like me but it’s not like me.” A judicial commissioner ada kuasa jurisdiction empower dengan izin seorang hakim tetapi dia bukan seorang hakim. Ini adalah satu contradiction in terms. Jadi apa yang penting Tuan Yang di-Pertua adalah ini, sebelum atau selepas kemerdekaan sehingga tahun, kalau saya tidak silap tahun 1970. Untuk menjadi seorang hakim, untuk mengadakan kelayakan untuk dilantik sebagai seorang Hakim Mahkamah Tinggi bukan senang. Integriti ialah perkataan yang digunakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi apabila membentangkan bill ini. Seorang judicial commissioner, jika kami Tuan Yang di-Pertua melihat status seorang judicial commissioner, tiada apa yang saya nyatakan tadi, power jurisdiction of the judge. Akan tetapi seorang Hakim Mahkamah Tinggi Tuan Yang di-Pertua, adalah apa yang dikatakan security of tenure Dia tidak boleh dipecat daripada jawatannya. Khasnya jika ada judicial misconduct, boleh dipecat mengikut peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan di mana satu tribunal akan diadakan. Tribunal ada kuasa untuk memecat seorang hakim itu. Bagi seorang judicial commissioner, peruntukan yang sama tetapi statusnya yang tidak sama. Pelantikan itu untuk dua tahun. Selepas tempoh dua tahun itu luput, dua tahun lagi. Selepas itu dua tahun lagi, tidak ada had. Kenapa Tuan Yang di-Pertua jika seorang yang dilantik sebagai judicial commissioner ada kelayakan? Kelayakan yang sama dengan seorang yang boleh dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Kenapa tidak status yang sama? Kenapa dua tahun ini? Apa yang ada di dalam satu jawapan kepada soalan saya baru-baru ini khasnya pada 6 Julai, satu soalan bertulis, satu jawapan bertulis kepada soalan lisan. Oleh sebab itu adalah Tuan Yang di-Pertua, “Tuan Karpal Singh [Bukit Gelugor] minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bersedia melantik hakim-hakim Mahkamah Tinggi yang mempunyai jaminan perkhidmatan security of tenure daripada melantik pesuruhjaya hakim- hakim yang tidak mendapat manfaat tersebut untuk menjamin kebebasan kehakiman. Sekiranya tidak dinyatakan sebab-sebabnya.” Ini adalah jawapan daripada Yang Berhormat Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, “Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak tepat untuk menyatakan bagi menjamin kebebasan kehakiman perlu melantik hakim-hakim Mahkamah Tinggi yang

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

mempunyai jaminan perkhidmatan security of tenure daripada melantik pesuruhjaya kehakiman yang tidak mendapat manfaat tersebut.”

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Susah untuk memahami apa logiknya. Tujuan kerajaan melantik Pesuruhjaya Kehakiman adalah untuk menyelesaikan kes-kes yang banyak tertunda di Mahkamah Tinggi. Malangnya, apabila dilantik, tempoh perkhidmatan seorang Pesuruhjaya Kehakiman adalah dua tahun. Ini penting Tuan Yang di- Pertua, dalam tempoh dua tahun bagi mereka yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Kenapa dalam tempoh dua tahun – bolehkah seorang yang dilantik menunjukkan prestasi yang cemerlang dan bukan sebelum dia dilantik? Kedua, berkebolehan intelek. Tidakkah ini satu faktor yang harus diambil kira sebelum seorang Pesuruhjaya Kehakiman dilantik? Cekap, mempunyai kualiti peribadi yang adil dan membuat keputusan berdasarkan kepada faktor-faktor kes serta undang-undang akan dipilih untuk menyandang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi. Ini semua Tuan Yang di-Pertua, harus diambil kira sebelum apa yang saya nyatakan tadi iaitu dia dilantik. Kerajaan bersedia melantik calon-calon yang mempunyai kriteria-kriteria yang telah ditetapkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dan ini adalah jawapan kepada soalan saya. Tuan Yang di-Pertua, jika seorang hakim akan tunggu dalam tempoh dua tahun, barangkali lebih daripada itu untuk di confirm kan sebagai hakim penuh, bukankah ini bertentangan dengan judicial independence, kebebasan kehakiman? Seorang Pesuruhjaya Kehakiman boleh dibandingkan dengan seorang yang dilantik sebagai probationary inspector sebelum diconfirmkan sebagai inspector untuk menentukan dia ada kelayakan untuk diconfirmkan. We cannot have probationary judges dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dalam kehakiman. Tuan Yang di-Pertua, dalam kes V.K. Lingam, video V.K. Lingam bukan satu video lucah tetapi boleh disamakan dengan video lucah kerana isi kandungannya yang tidak boleh diterima akal. Dengan terus terang Tuan Yang di- Pertua, dalam Pesuruhjaya Diraja yang dilantik, lebih daripada tiga tahun jika tidak silap saya, V.K. Lingam ada melakukan apa yang dilakukan apa yang tidak boleh dipertahankan iaitu brokering of the appointment of the judges dengan izin. Beberapa rekomendasi ada dibuat oleh Pesuruhjaya Diraja ini mengenai kelakuan beberapa hakim termasuk Ketua Hakim Negara, bukan satu, dua atau tiga. Jika pelantikan seorang hakim boleh jatuh dalam tangan seorang yang bernama V.K. Lingam, sampai hari ini kenapa tidak dia tidak dituduh di mahkamah, Tuan Yang di-Pertua? Satu kesalahan besar kerana badan kehakiman adalah satu badan yang harus di – dari satu badan yang suci. Akan tetapi sehingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan yang diambil ke atas dia. Adakah ini kerana dia jadi peguam kepada bekas Perdana Menteri dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim lawan Tun Dr. Mahathir Mohamed? Adakah V.K. Lingam mendapat perlindungan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed? Adakah Peguam Negara rela untuk menentukan V.K. Lingam di tuduh di mahkamah? Adakah Peguam Negara rela untuk mengambil tindakan ke atas hakim-hakim yang didapati bersalah mengikut findings dengan izin yang dibuat oleh Pesuruhjaya Diraja? Ini semua tidak boleh diketepikan. Ini adalah satu kewajipan yang harus ditunaikan oleh Peguam Negara. Kenapa Peguam Negara sehingga hari ini senyap dalam perkara ini? Bagi hakim-hakim yang dilantik termasuk Pesuruhjaya Kehakiman, baru-baru ini....

Yang Berhormat Bukit Gelugor, minta penjelasan sedikit boleh?

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Boleh, boleh.

Yang Berhormat Bukit Gelugor, seingat saya, di dalam suruhanjaya V.K Lingam, suruhanjaya- suruhanjaya yang dilantik itu antaranya ialah Yang Arif Datuk Mahadev Shankar dan Yang Arif Tan Sri Haidar Mohamed Noor. Saya masih ingat kerana saya terlibat secara langsung. Pertimbangan-pertimbangan yang dibuat semasa prosiding itu semuanya pertimbangan perundangan tetapi apabila laporan itu siap, pelbagai rekomendasi seperti Yang Berhormat Bukit Gelugor cakap, panjang lebar dibuat sehinggakan laporan itu berharga hampir RM500, bukan percuma untuk rakyat dan duit berjuta-juta juga digunakan – saya tidak tahu berjuta mungkin lebih, semasa prosiding yang panjang itu berlaku. Akan tetapi di Dewan yang mulia ini, Menteri bangun dan kata, ”Ah! Itu adalah satu kesalahan moral, tidak ada kesalahan undang-undang”. Soalan saya, Yang Berhormat Bukit Gelugor sebagai peguam pengalaman, adakah pertimbangan semasa suruhanjaya V.K. Lingam itu adalah pertimbangan moral dan bukan pertimbangan undang-undang? Setahu saya, akta, keterangan, macam-macam kita bincang dalam prosiding itu. Bagi saya tidak ada sebab kenapa Peguam Negara tidak boleh mendakwa melainkan beliau sendiri mempunyai kaitan dalam kes itu. Mohon penjelasan.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Apa yang terjadi, tindakan boleh diambil bukan terhadap V.K Lingam sahaja tetapi hakim-hakim yang terlibat. Lebih daripada suatu kesalahan moral. Ini adalah satu kesalahan di mana V.K. Lingam boleh disabitkan, di mana bekas Ketua Hakim Negara boleh disabitkan. Bagaimana Peguam Negara dalam Dewan yang mulia ini boleh menyatakan melalui rakan saya, Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Peguam Negara tidak berani untuk masuk dalam Dewan yang mulia ini sendiri, tidak ada kuasa. Akan tetapi dia ada satu mouthpiece, satu mouthpiece yang di known for misleading the House...

Jurucakap, jurucakap.

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Jurucakap. Apa yang dinyatakan oleh dia untuk menjustifikasikan atas sebab-sebab tidak ada tindakan yang diambil terhadap V.K. Lingam dan peguam dan hakim-hakim yang terlibat, tidak boleh diterima. (cid:1)(cid:1)(cid:1)(cid:1)

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Jika tindakan Peguam Negara seperti itu, dia abaikan kewajipan dia, mengetepikan apa yang serius, apa solution yang boleh di dapat? Tuan Yang di-Pertua, dalam Dewan yang mulia ini perlindungan diberi kepada hakim-hakim. Dalam Peraturan Mesyuarat ada perlindungan itu. Tidak boleh membahas, menyentuh tingkah laku seorang hakim. Saya sudah cuba untuk menyoal tindak-tanduk Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi. Ada peruntukan dalam Perlembagaan iaitu Perkara 127 di mana Dewan yang mulia ini boleh dengan satu per empat menyokong sokongan daripada one-fourth of the members present untuk discuss misconduct of the judge dengan izin. Saya sudah cuba dua, tiga kali tetapi tidak berjaya. Di mana Tuan Yang di-Pertua kami hendak pergi untuk mendapatkan keadilan? Jika tidak ada keadilan, tidak ada Tuan Yang di-Pertua, forum dalam mahkamah. Ada forum dalam - Tuan Yang di-Pertua, Dewan yang mulia ini. Akan tetapi apabila Tuan Yang di-Pertua saya ada mengusul bukan sekali tetapi dua kali

Tuan R. Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

mengikut peruntukan dalam Perkara 127 membentangkan usul itu untuk berdiscuss the conduct of the Chief Justice dengan izin. Apa reaksi Tuan Yang di-Pertua? Reaksinya adalah ini. The British practice. Apabila government business dihabiskan, habis. Prior business luput. Adakah semua ini, Tuan Yang di-Pertua dalam peraturan-peraturan mesyuarat? Jika kami mengikut British practice, penjajahan Tuan Yang di-Pertua, we are independent dengan izin. Kenapa ikut? Kenapa ikut the practice of the House of Commons? Saya cadangkan, Tuan Yang di-Pertua peraturan-peraturan mesyuarat harus dipinda untuk menentukan semua usul yang ada dalam order paper dibahaskan. Tidak masuk akal, Tuan Yang di-Pertua apabila surat ada dihantar kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini untuk membentangkan usul-usul. Ada berapa usul dalam order paper sekarang Tuan Yang di-Pertua, which will not see the light of day dengan izin. Adakah ketiga-tiga Tuan Yang di-Pertua rela untuk membuat sesuatu untuk meminda Peraturan-peraturan Mesyuarat? Ini adalah satu, Tuan Yang di-Pertua, perkara yang penting. Jika tidak boleh mendapat keadilan dalam mahkamah, boleh dapat keadilan dalam Dewan yang mulia ini. Dewan yang mulia ini ada, Tuan Yang di-Pertua bidang kuasa untuk barangkali bukan memecat seorang hakim jika ada misconduct tetapi rekomendasi boleh dibuat oleh Dewan yang mulia ini kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan sesuatu tribunal. Semua ini Tuan Yang di-Pertua ialah apa yang harus dibincangkan. Tuan Yang di-Pertua, adalah dikatakan judges about gods with clay feet, judges are not infallible. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua adalah penting untuk menentukan siapa yang dipilih, siapa yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman atau hakim atau apabila naik pangkat hakim-hakim daripada Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan dan selepas itu kepada Mahkamah Persekutuan. Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, dalam satu kes di mana, di mana Tuan Yang di-Pertua, soalan-soalan ada dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan iaitu adakah Undang-undang Negeri Sembilan sah. Adakah negeri itu bidang kuasa untuk meluluskan undang-undang seperti itu. Tiga hakim dan hakim ini, hakim-hakim ini, Hakim Kanan, Tuan Yang di-Pertua. Federal Court, Mahkamah Persekutuan. Ada kuorum, Tuan Yang di- Pertua, jangan bimbang. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, teruskan Yang Berhormat.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Ya. Peruntukan Artikel 4(4) Perlembagaan Persekutuan terus terang. Sesuatu permohonan untuk merujuk satu soalan mengenai adakah satu negeri berkuasa untuk membuat satu undang- undang yang tidak bertentangan dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan? Ada keperluan untuk satu hakim memutuskan tetapi tiga hakim, Tuan Yang di- Pertua ada lulus permohonan itu. Itu bermakna ketiga-tiga hakim ini Mahkamah Persekutuan ada bertindak unconstitutionally. Ini bermakna apa yang saya cakap tadi, Tuan Yang di-Pertua adalah satu keperluan besar untuk mengadakan hakim- hakim yang baik, yang fasih dalam undang-undang, yang tidak membuat kesilapan-kesilapan seperti itu, Tuan Yang di-Pertua. Ini tidak apa. Ini adalah rujukan satu soalan sahaja. Jika dia ada perkara di mana seseorang digantung sampai mati, apa jadi Tuan Yang di-Pertua? Akan tetapi dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua, dalam ingatan saya ketiga-tiga hakim ini tidak sengajakan apa yang terjadi. They are all human. They are not infallible dengan izin. Saya harap Peguam Negara dan hari

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

itu, Peguam Kanan daripada Chambers Peguam Negara ada dalam mahkamah. Dia bersetuju dengan permohonan yang dibuat dan ketiga-tiga hakim itu pun bersetuju to what is the remedy dengan izin. Nasib baik Tuan Yang di-Pertua ada peruntukan. Barangkali bukan peruntukan tetapi the inherent jurisdiction of the Federal Court. Mengikut Kaedah 137, Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 di mana the inherent jurisdiction exist. Saya harap Peguam Negara membuat satu permohonan untuk preview keputusan yang ada dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dua hari dahulu, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Karpal SinghDAP · PRBukit Gelugor

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, ribuan terima kasih untuk memberi saya peluang untuk membahaskan pindaan ini kepada Tuan Yang di-Pertua akta yang ada di hadapan kami hari ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Pindaan sedikit sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat akta ini tentang pindaan perkara 2 menyebut tentang hakim-hakim Mahkamah Atasan dengan memasukkan perkataan ertinya perkataan Pesuruhjaya Kehakiman. Jadi yang saya faham akta ini memasukkan bidang tugas Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman untuk juga melantik ataupun mengurus pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak Menteri selama ini pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman siapa yang buat? Siapa yang menguruskannya? Selama ini, sebelum ini sebab jika kita lihat banyak Pesuruhjaya Kehakiman dilantik di seluruh negara, selepas itu barulah mereka dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dan sebagainya, mungkin selepas cukup syarat dan sebagainya. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, ada perkara lain yang kepada saya lebih serius iaitu tentang akhir-akhir ini kredibiliti hakim-hakim malahan soal maruah mereka, soal kedudukan mereka dipertikaikan secara terbuka. Tuan Yang di-Pertua, hakim-hakim dituduh sebagai corrupt, tidak adil malahan secara terbuka Tuan Yang di-Pertua, di mana-mana sahaja, disuruh letak jawatan secara terbuka. Pada saya Tuan Yang di-Pertua, ini satu perkara yang serius. Ia telah mewujudkan satu keadaan di mana sistem kehakiman dalam negara kita salah. Negara lain memandang negara kita mungkin tidak mempunyai sistem kehakiman yang bercredible kerana dibincangkan secara terbuka, secara meluas. Pada saya Tuan Yang di-Pertua ini adalah sangat serius kerana secara terbuka, hakim-hakim termasuk Ketua Hakim Negara dipersoalkan jawatannya malahan disuruh berhenti seolah-olah jawatan itu mudah, boleh disorong tarik dan sebagainya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini mengundang kepada banyak persepsi yang akhirnya kepada saya boleh menjejaskan kestabilan dalam semua aspek dalam negara kita termasuklah tidak mustahil pelabur-pelabur yang ingin melabur di dalam negara kita kerana semuanya melibatkan undang-undang kerana mereka juga ingin selamat. Pelabur-pelabur luar daripada negara ingin selamat melabur

dalam negara kita tetapi jika persepsi ini ataupun andaian bahawa sistem kehakiman ini begitu rupa mereka rasa tidak selamat untuk melabur dalam negara kita. Jadi persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, ringkas sahaja, saya ingin bertanya kepada pihak menteri apakah tindakan? Apakah tidak ada perenggan- perenggan lain atau bidang-bidang tugas dalam Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ini untuk protect atau melindungi maruah kredibiliti hakim-hakim ini daripada Ketua Hakim Negara sehinggalah hakim di peringkat bawah? Pada saya mesti ada satu badan lain ataupun saluran lain mungkin Majlis Peguam dan lain-lain yang berkepentingan. Memberi pandangan tetapi lebih secara tertutup tidak terbuka supaya soal kredibiliti hakim-hakim ini sentiasa tertutup dan umumnya sistem kehakiman dalam negara kita dilindungi. Kalau mereka salah misalnya, ada saluran tertutup, ada badan tertutup. Ini yang ingin saya tanya kepada pihak kementerian.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Boleh saya...

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian.

Dr. M. Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Yang Berhormat Ledang boleh minta..

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, ini saya ingin tanya, minta dahulu tanya bukan? Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian adakah satu badan lain atau ada satu clause lain nanti supaya suruhanjaya ini juga mengambil kira dalam aspek-aspek ke atas perkara- perkara yang saya sebutkan tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Hendak beri jalan Yang Berhormat?

Supaya - Tidak perlulah! [Ketawa] Supaya Tuan Yang di-Pertua soal kredibiliti hakim-hakim ini menjadi satu perkara yang dilindungi seperti yang saya sebut tadi kalau mereka salah ada badan-badan yang tertentu, tidak dibincangkan secara terbuka sehinggalah kepada soal hendak menyuruh secara terbuka untuk letak jawatan. Pada saya ini sangat serius Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya mohon pada pihak menteri dapat menjawab persoalan ini supaya kita ini sebagai wakil rakyat yang selalu ditanya oleh rakyat jelata juga dapat menjelaskan keadaan yang sebenar seolah-olah minta maaf Tuan Yang di- Pertua, seolah-olah sekarang ini dengan izin, lost control. Kita faham ada agenda- agenda tertentu dan minta maaf kalau saya sebut ada agenda politik di sini daripada pihak-pihak yang tertentu. Jadi saya mohon pihak menteri dapat menjawab dengan serius. Sekian, saya ucapkan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tawau.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan hanya beberapa perkara yang relevan tentang pindaan rang undang-undang ini dengan ringkas. Pertamanya, apabila Pesuruhjaya Kehakiman dilantik dari Sabah atau Sarawak di bawah JAC Akta Pelantikan Judicial ini, adakah pelantikan-pelantikan itu masih dirujuk ke bawah Artikel 122A(b) Perlembagaan Persekutuan bahawa

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

TYT atau Ketua Menteri Negeri meluluskan pelantikan tersebut? Di bawah Artikel 122A(b) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong melantik Pesuruhjaya Kehakiman seluruh Malaysia atas nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan untuk Sabah dan Sarawak, Pesuruhjaya Kehakiman dilantik oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri selepas berunding dengan Ketua Hakim dari Sabah atau Sarawak (CASS). Akan tetapi di bawah Akta JAC, adakah TYT Sabah atau Sarawak mempunyai kuasa untuk melantik Suruhanjaya Kehakiman untuk Sabah dan Sarawak? Adakah CJSS dikonsultasikan di bawah Artikel 122A(b) Perlembagaan Persekutuan? Tuan Yang di-Pertua, adakah Artikel 122A(b) Perlembagaan Persekutuan menggantikan Akta JAC bahawa negeri-negeri Sabah atau Sarawak boleh terus melantik Pesuruhjaya Kehakiman jika mereka pilih untuk berbuat demikian. Jika tidak mengapa tidak? Adakah Sabah dan Sarawak kehilangan autonomi di bawah Artikel 122A(b)? Keduanya, adakah benar bahawa lapan orang Pesuruhjaya Kehakiman yang lain dilantik dalam dua bulan yang lalu dari Semenanjung Malaysia dan tidak ada seorang pun dari Sabah? Tidak ada satu Judicial Commissioner dilantik dari Sabah sejak tahun 2007 atau sejak Akta JAC dilaksanakan. Saya telah menyerahkan keprihatinan besar ini dari Sabah dan Sarawak tentang perkara ini walaupun rekomendasi berulang-ulang dari Persatuan Undang-undang dan lain- lain namun tiada seorang pun yang dilantik. Adakah ini bermakna bahawa tidak ada calon yang cukup baik untuk dilantik? Saya faham bahawa beberapa orang yang dilantik telah menolak tetapi masih ada calon lain dari Sabah yang memenuhi syarat-syarat yang boleh diberi kepercayaan dan yang bersedia untuk berkhidmat.

Datuk Chua Soon BuiSAPP · BNTawau

Bilakah JAC akan melantik Suruhanjaya Kehakiman dari Sabah selepas menunggu begitu lama. Saya mendesakkan kementerian supaya memberikan jawapan yang positif pada hari ini. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah habis sudah? Yang Berhormat Telok Intan.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. mengenai rang undang-undang ini saya amat rasa kagum kenapa pindaan dibuat baru akta ini dikemukakan dan di lulus di Dewan tahun lepas. Tidakkah pada masa itu pihak-pihak yang berkenaan ingat adalah wajar untuk memasukkan Judicial Commissioner, Pesuruhjaya Kehakiman ini dalam seksyen-seksyen yang terlibat. Walau bagaimanapun saya ingin sentuh sedikit tentang keadaan hakim-hakim pada peringkat ini di negara kita. Ada rakan saya dari Yang Berhormat Ledang bertanya kenapa orang secara terbuka menyoal kebebasan dan kewibawaan hakim-hakim? Ini adalah sebab memang sejak tahun 1988 di mana bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir telah mencerobohi masuk bidang hakim-hakim. Sejak itu kita dapat kemerosotan badan kehakiman dalam segi kebebasan dan kelayakan, kelakuan hakim-hakim seperti diutarakan tadi. Di mana seorang bukan hakim, peguam litigan boleh menentukan atau mempengaruhi pelantikan hakim-hakim. Ini adalah perkara yang diketahui umum. Saya hairan mengapa Yang Berhormat Ledang tanya sekarang sahaja? Everybody knows this.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Dia tanya menteri Yang Berhormat.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Jadi inilah apabila rang undang- undang seperti Akta Mahkamah Rendah tadi dibentangkan berapa hari kita di sini kita bahas pun pihak sana tidak ambil kira. Sebab tujuannya bukan ini, ini untuk berbahas ini untuk rekod sahaja, rekod Parlimen telah di bahas telah dibaca pertama kali, kedua kali, ketiga kali di lulus. Orang ramai di luar ingat wah! Ini Parlimen betul-betul sudah bahas ini undang-undang matang. Jadi apa yang berlaku di sini dia tidak kira it doesn’t matter who object BAR Council ke apa-apa dia punya input ke tidak perlu. Dia sudah bagi tadi Yang Berhormat telah bagi jawapan, it doesn’t matter. Saya hairan kenapa backbencher-backbencher Barisan Nasional terus sokong begitu sahaja. Saya bawa analogilah semasa Bandar Raya Rome at one time dengan izin, when Rome was burning, Nero was playing his lyre in one of the hills. Samalah backbencher Barisan Nasional. The country is going down and you are all supporting all the bills just like that.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Saya hendak mencelah sedikit boleh tidak? Yang Berhormat Batang Sadong.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Boleh.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya ada berbahas sebab itu saya hendak membantah di sini. Saya membahas dan saya mengemukakan, boleh check Hansard apa yang kita katakan mengenai sistem mahkamah dan semuanya. Jadi tidak betullah apa Yang Berhormat kata. Please don’t claim mileage for yourself only. Okey dengan izin terima kasih.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Saya ada di sini semasa Yang Berhormat bahas tetapi apakah kesannya walaupun Yang Berhormat bantah. It also no use. They didn’t take in the consideration the objection, tidak. Jadi pihak Barisan Nasional bantah pun tidak guna kita bantah pun tidak guna di sebelah sini. Dia tidak ambil kira sebab Jabatan Peguam Negara sudah buat keputusan inilah undang-undang yang kita mahu yang kita perlu Dewan Rakyat mesti pass. Jadi, kita tidak ada kebebasan. Demokrasi kita tidak amalkan. Di sini di Parlimen pun saya tidak tahu adakah di Parlimen satu jabatan undang-undang? Saya rasa di Parlimen speaker ataupun Setiausaha Parlimen pergi ke Jabatan Peguam Negara untuk nasihat Siapa itu Peguam Negara? Iaitu di bawah Eksekutif macam mana dia akan bagi nasihat? Dia akan bagi nasihat berfaedah kepada Eksekutif. Saya tidak berbahas di sini untuk political mileage. Saya kecewalah dengan Yang Berhormat Batang Sadong kata begitu. Kita serius dengan apakah undang-undang yang kita akan ada di negara kita. Sebab undang-undang ini selepas di pass akan diamalkan di mahkamah. Jadi bolehkah untuk mengetatkan keadaan ini. Bagaimana kalau hakim-hakim sebelum dilantik boleh diberi satu aku janji, undertaking bahawa mereka tidak akan selepas bersara menjawat jawatan di syarikat-syarikat multi nasional atau korporat. Saya boleh tunjuk satu contoh di mana seorang Hakim Mahkamah Persekutuan selepas sahaja letak jawatan sudah jadi pengarah di sebuah bank. Bagaimana ini boleh terjadi? Dia bukan hakim lagi sekarang saya boleh sebut nama dia. Tan Sri Haidar Mohamed Nor, Pengarah di CIMB. Selepas bersara Mahkamah Persekutuan dia

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

boleh jadi pengarah di bank. Bolehkah kita ada satu situasi ini di mana satu aku janji boleh diambil dari mereka? Lima tahun selepas bersara tidak boleh pegang jawatan pengarah di badan-badan syarikat korporat. Macam SUHAKAM bolehlah. Jadi, inilah cadangan-cadangan seperti ini yang kita bawa tetapi saya - I’m very disappointed. Kita bukan untuk political mileage.

Penjelasan boleh? Yang Berhormat Ledang. Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa ini ada point Tuan Yang di- Pertua. Maknanya saya daripada sebelah sini setuju kalau mana-mana hakim selepas bersara dalam tempoh tertentu sewajarnya tidak memegang apa-apa jawatan. Terutamanya jawatan yang ada kaitan dengan perniagaan itu saya setuju. Cuma tadi saya lebih menjurus kepada kita tidak - Saya menghormati pandangan Yang Berhormat Telok Intan dia tidak menuduh secara terus individu- individu hakim-hakim. Itu pandangan pada saya pendirian yang baiklah. Cuma maksud saya tadi yang saya bangkit tadi ialah jangan kita secara terbuka. Maksud saya badan kehakiman ini di deliver. Kalau dahulu sudah salah kita mesti menjurus kepada satu perlindungan yang hakiki supaya kita tidak terbuka menzahirkan satu keadaan yang tidak betul dalam negara kita. Pendirian Yang Berhormat Telok Intan saya setuju dan pandangan itu adalah pandangan yang baik. Sekian terima kasih.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Seperti saya selalu katakan saya bukan berbahas di sini untuk political mileage. Sebab saya memandang dan sanjung tinggi badan kehakiman kita. Dalam kerjaya saya apabila saya bincang dengan pelabur-pelabur dari luar negara saya membela badan kehakiman kita, our judges are good, our courts are good. Akan tetapi apabila kita mendapati hal-hal macam ini macam hakim-hakim yang kita tidak berpuas hati. Macam mana kita hendak bela badan kehakiman kita sendiri? Adakah Suruhanjaya Kehakiman ini betul-betul bebas? Kita mahu satu suruhanjaya yang betul-betul bebas maka mereka boleh lantik hakim-hakim yang tidak ada latar belakang yang boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Kita hendak pergi kepada era atau zaman sebelum 1988. Di mana hakim- hakim kita, mahkamah kita disanjung tinggi dihormati di rantau ini seperti Sufian Hashim, Yusufi Abdul Kadir dan sebagainya. Lepas itu kita sekarang saya rasa satu generasi lalu pun kita tidak dapat sebab banyak kemerosotan telah berlaku. Apakah hakim-hakim selepas Salleh Abas mempunyai satu standing yang begitu boleh disanjung tinggi oleh orang ramai atau rakyat? Tidak. Selepas Salleh Abas kita ada Hamid Omar. Hamid Omar telah duduk dalam tribunal yang telah singkir Salleh Abas. Mana boleh.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Saya tahu saya akan dipromosi. I know I will be promoted, I sit in the Tribunal to eliminate him.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat sambung hari Isnin nanti.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Jemput seorang Menteri untuk membacakan usul.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Bolehkah saya habiskan lagi dua minit Tuan Yang di-Pertua? Two minute only.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Okey, boleh.

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Okey, terima kasih.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan M. ManogaranDAP · PRTelok Intan

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Jadi pada keseluruhan Tuan Yang di-Pertua, jangan salah sangka apabila pihak sini cakap kita hendak main hentam sahaja hendak politik sahaja. Tidak! As a practicing lawyer kita amat prihatin dalam keadaan badan kehakiman, siapa hakim-hakim dilantik especially, terutamanya Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Persekutuan. Mengapa kita tidak ada judgment ataupun penghakiman yang ditulis sekarang ini tidak ada standing, setaraf dengan penghakiman yang ditulis oleh Yusufi Abdul Kadir pada masa dahulu. Kenapa kita tidak? Kadang-kadang akta- akta atau undang-undang pun tidak dinamakan atau disebut dalam penghakiman. Jadi ini tidak bagus untuk perkembangan masa depan kita, sistem perundangan kita. Sebab itu pihak-pihak korporat mereka lebih untuk menyelesaikan dispute. Mereka lebih sesuai atau pilih Singapura ataupun Vietnam. Mereka pilih Vietnam. Apa sebab kita kena tanya diri sendirilah. Bukan isu politikkah, bukan selalu kita hendak politik Tuan Yang di-Pertua. Jadi dengan ini saya pohonlah. Ini kita boleh sokong akan tetapi apa-apa penggubalan undang-undang, pindaan undang- undang jangan lulus. Tidak baik untuk sistem kehakiman kita. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput seorang Menteri untuk membacakan usul.

Usul — MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3) Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air [Puan NoriahMotion

Kasnon]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

Tuan Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Petra Jaya

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Ucapan-Ucapan Penangguhan — Pendaftaran Pengundi BaruAdjournment

Puan Teo Nie ChingDAP · PHSerdang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun terdapat lebih kurang 28% ataupun 4.39 juta rakyat Malaysia yang berumur lebih 21 tahun yang masih belum mendaftar sebagai pengundi sehingga akhir tahun lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil sikap sambil lewa dalam proses pendaftaran pengundi baru. Kebelakangan ini Suruhanjaya Pilihan Raya terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya Selangor seolah-olahnya sengaja melengah-lengahkan proses pendaftaran pengundi baru oleh golongan muda ataupun badan bukan kerajaan (NGO) yang cenderung menyokong Pakatan Rakyat. Antaranya masalah yang dihadapi adalah mulai Jun tahun 2010, setiap parti politik hanya diberi seribu borang pendaftaran sebulan di negeri Selangor. Alasan SPR Selangor adalah mereka hanya dibekalkan enam ribu borang oleh Ibu Pejabat SPR. Selangor mempunyai jumlah rakyat yang layak mengundi akan tetapi belum mendaftar sebagai pemilih yang tertinggi iaitu seramai 787,000 orang. Dengan enam ribu borang sebulan kita perlu mengambil masa selama 131 bulan ataupun 11 tahun untuk mendaftarkan kesemua 787,000 warga Selangor tersebut. Apakah sebab Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berkemampuan untuk membekal borang pendaftaran yang mencukupi kepada parti politik. Mana perginya slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Isu kedua yang sering muncul adalah walaupun SPR telah melantik Penolong Pendaftar dari kalangan parti politik untuk melipatgandakan usaha pendaftaran pemilih. Sampai hari ini hanya seorang Penolong Pendaftar bagi setiap parti dibenarkan dilantik bagi setiap kawasan Parlimen di negeri Selangor. Mereka semua bekerja secara sambilan. SPR telah berjanji menyelesaikan masalah ini menjelang Februari lalu dengan menambahkan bilangan Penolong Pendaftar kepada dua orang bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri. Akan tetapi sehingga kini ia belum dilaksanakan. Tambahan pula walaupun kami DAP sudah lama menghantar senarai Penolong Pendaftar bagi menggantikan Penolong Pendaftar yang tidak lagi aktif tetapi, sampai kini penggantian masih belum diiktirafkan oleh SPR lagi. Kedua-dua masalah ini sebenarnya adalah masalah teknikal yang remeh temeh. Bukan susah bagi SPR mengatasi masalah tersebut sekiranya SPR memang bertekad untuk menambah bilangan pengundi. Memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 bakal berlangsung seawal

- (i) apakah hasil program outreach dengan izin, yang telah dijalankan oleh SPR. Nyatakan jumlah wang yang telah digunakan untuk program ini dan bilangan pemilih baru yang telah didaftarkan melalui program ini;

(ii) apakah nisbah Melayu dan bukan Melayu dalam pendaftaran pengundi baru sejak 8 Mac 2008 sehingga sekarang; (iii) berapakah jumlah pengundi baru yang didaftarkan oleh SPR, UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PKR, PAS dan DAP sejak 8 Mac 2008 sehingga sekarang masing-masing; (iv) berapakah perbelanjaan SPR sejak 8 Mac 2008 sehingga sekarang untuk mendaftarkan pengundi baru; dan (v) sama ada SPR merancang untuk menambah bilangan Penolong Pendaftar dalam tempoh masa yang singkat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jumlah warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun berdasarkan statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan memenuhi syarat- syarat kelayakan sebagai pemilih berdasarkan kepada Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga 4 Mei 2010 adalah seramai 4,312,375 orang. Manakala jumlah pemilih baru yang dicatatkan semenjak 1 Januari 2010 sehingga 31 Mac 2010 adalah seramai 134,298 orang dengan nisbah pendaftaran pengundi baru Melayu dan bukan Melayu dalam tempoh yang sama adalah seperti berikut:- | Bangsa |Jumlah pengundi| |------------|--------------:| |Melayu | 89158| |Bukan Melayu| 45140| |Jumlah Besar| 134298|<END_TABLE_MARKER> Bagi pengundi baru yang didaftarkan oleh SPR dan parti-parti politik pula jumlah yang dicatatkan sepanjang tahun 2009 adalah seperti berikut:- | Parti |Jumlah pengundi| |-------|--------------:| |SPR | 156675| |UMNO | 24818| |MCA | 1467| |MIC | 355| |GERAKAN| 322| |PKR | 3331| |PAS | 17022| |DAP | 17790|<END_TABLE_MARKER>

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

Dakwaan Ahli Yang Berhormat Serdang bahawa SPR mengambil sikap sambil lewa dalam melaksanakan urusan pendaftaran pemilih adalah tidak benar. Ini kerana SPR telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk warganegara Malaysia mendaftar sebagai pemilih. Kemudahan pendaftaran yang disediakan adalah di premis-premis seperti berikut: (i) 14 kaunter statik iaitu di pejabat-pejabat pilihan raya negeri di seluruh negara; (ii) 696 kaunter statik pejabat pos berkomputer di seluruh negara; (iii) kaunter-kaunter bergerak SPR melalui program outreach di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seperti berikut:- (a) di pusat membeli belah; (b) di kawasan-kawasan penempatan penduduk seperti di taman-taman perumahan dan kampung- kampung; (c) di pejabat-pejabat jabatan kerajaan; (d) di institut pengajian tinggi awam dan swasta; dan (e) di pusat-pusat latihan di seluruh negara.

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

SPR juga akan bergerak dari satu kawasan ke kawasan mengikut jadual yang telah ditetapkan ataupun atas permintaan pihak-pihak tertentu. Bagi melaksanakan program-program untuk mendaftarkan pemilih baru pula, termasuk outreach dan sebagainya, purata jumlah yang diperuntukkan oleh SPR pada setiap tahun adalah sebanyak RM700 ribu. Jumlah ini termasuk juga kos bayaran tuntutan lebih masa pekerja kakitangan dan bayaran sagu hati sebanyak RM1.70 setiap permohonan baru kepada Pos Malaysia Berhad dan RM1 kepada penolong pendaftar iaitu wakil jabatan-jabatan dan penolong pendaftar iaitu wakil-wakil parti politik. Pembayaran ini diambil kira selepas SPR membuat keputusan untuk membenarkan anggota-anggota parti politik selain penjawat awam membantu SPR dalam usaha meningkatkan jumlah pemilih baru di kalangan ahli-ahli politik masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, SPR sentiasa memberi ruang, peluang dan kerjasama kepada parti-parti politik untuk membantu SPR dalam urusan pendaftaran pemilih menerusi kaedah pelantikan penolong-penolong pendaftar yang berprestasi tinggi dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Walau bagaimanapun, bagi penolong-penolong pendaftar yang didapati tidak aktif dan kurang berprestasi, pelantikan mereka terpaksa ditamatkan. Bagi menggantikan mereka pula, terpulanglah kepada parti-parti politik untuk menentukan calon atau wakil yang dirasakan bersesuaian. Suka dinyatakan bahawa melalui kaedah pendaftaran pemilih baru menggunakan khidmat bantuan penolong pendaftar iaitu wakil parti-parti politik ini, SPR hanya akan mengedarkan borang-borang pendaftaran kepada penolong pendaftar iaitu wakil parti-parti politik yang dilantik berdasarkan permohonan mengikut jumlah pemilih baru yang dikemukakan oleh parti-parti politik berkenaan. Oleh yang demikian, amat penting diingatkan kepada semua parti politik supaya menyatakan jumlah sebenar pemilih baru sebelum membuat permohonan borang kepada SPR agar SPR dapat mengedarkan mengikut jumlah yang sebenar dan

Datuk Liew Vui KeongWARISANTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sandakan

supaya dengan ini jumlah yang sama dapat dikembalikan untuk didaftar dan direkodkan dalam sistem pendaftaran pemilih SPR. Justeru, adalah menjadi harapan SPR supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dapat membantu menggalakkan mereka yang belum berdaftar ini supaya bukan sahaja mendaftar sebagai pemilih tetapi juga memberi kefahaman kepada mereka tentang kaedah dan proses pendaftaran ini dilaksanakan mengikut sistem yang telah ditetapkan. Dengan yang demikian, mereka diharap dapat menghormati serta akur kepada sistem demokrasi negara dan sama-sama berperanan, terutamanya dalam menentukan pemilihan Wakil Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Jelasnya, SPR sentiasa membuka ruang yang seluas-luasnya kepada orang ramai untuk mendaftar sebagai pemilih. Ini kerana proses pendaftaran pemilih sangatlah mudah dan pantas. Namun kejayaan untuk mendaftar golongan ini sebenarnya adalah bergantung kepada sikap mereka sendiri. Jika mereka enggan untuk mendaftar, SPR tidak boleh memaksa mereka berbuat demikian. Sekian, terima kasih. Perbezaan Harga Streamyx Bagi Pakej Kelajuan Yang Sama

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Terima kasih Tuan Speaker. Pada 25 Mac tahun ini, TM iaitu Telekom Malaysia mengumumkan kadar langganan pakej HSBB yang dinamakan Unify untuk pakej 5Mbps pada harga RM149 sebulan. Pada masa yang sama, harga pakej 4Mbps Streamyx Combo adalah RM160 sebulan. TM mengumumkan harga Streamyx 4Mbps dikurangkan kepada RM140 sebulan setelah didesak oleh pelanggan-pelanggan. Pengumuman ini dibuat melalui rangkaian sosial Twitter TM Corp. Jelas pengumuman ini adalah secara ad hoc dan tidak menyeluruh kerana pada masa itu pakej Streamyx 2Mbps adalah RM140 sebulan. Setelah dua setengah bulan selepas pengumuman TM mengenai harga baru untuk Streamyx 4Mbps dan 2 Mbps, TM masih mengenakan caj yang lama. Seorang pelanggan menelefon TM pada talian nombor 100 iaitu talian khidmat TM untuk mendapatkan penjelasan. Pelanggan tersebut diberitahu bahawa tiada perubahan harga. Setelah pelanggan tersebut berkeras mengatakan bahawa TM ada membuat pengumuman penurunan harga, pegawai yang menjawab telefon tersebut mengatakan bahawa untuk mendapatkan harga yang baru yang lebih rendah, pelanggan perlu menamatkan perkhidmatan Streamyx dan melanggan semula di bawah harga yang baru. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah tidak logik sama sekali. Isunya di sini ialah TM mengenakan tiga harga langganan yang berbeza untuk pakej yang sama. Saya senaraikan di sini, kelajuan 4Mbps:- (i) Standard Package adalah RM268 sebulan; (ii) Combo Package – RM160 sebulan; dan (iii) Blockbuster – RM140 sebulan; Tiga harga yang berbeza untuk pakej yang sama. Seperti yang sama pada 2 Mbps package:-

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

(i) Standard Package adalah RM188 sebulan; (ii) Combo Package – RM140 sebulan; dan (iii) Blockbuster – RM130 sebulan. Untuk 1 Mbps:- (i) Standard Package adalah RM88 sebulan; (ii) Combo Package RM110 sebulan; dan (iii) Blockbuster – RM110 sebulan. Jadi, mengapa TM mengenakan tiga harga yang berbeza untuk pakej 4 Mbps dan 2 Mbps pada masa yang sama? Ini adalah tidak adil sama sekali untuk pengguna-pengguna Streamyx. Tindakan ini hendaklah diberhentikan dengan serta-merta untuk melindungi kepentingan pengguna-pengguna. TM juga hendaklah membuat penjelasan harga kepada pelanggan-pelanggan yang telah bayar lebihan selama tiga bulan ini. Pembayaran lebih perlu direbat kembali kepada pelanggan-pelanggan tanpa pelanggan-pelanggan perlu menelefon talian 100 untuk meminta TM berbuat demikian. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Maglin Dennis D’CruzTimbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Segambut di atas ucapan tersebut. Teguran Yang Berhormat itu adalah diterima dengan hati terbuka. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, akan menyiasatnya. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Okey. Jawapan okeylah begitu. Jawapan okey ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 12 Julai 2010. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.49 petang.