Dewan Rakyat · 19 October 2010

15th Parliament, session 3, meeting 3 · 563 turns · 49,402 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan · question

1. Datuk Bung Moktar Bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:- (a) statistik penyelesaian kes-kes bunuh di negara ini; dan (b) langkah kerajaan dalam memerangi kes-kes jenayah berat seperti bunuh dan rompakan.

Datuk Wira Abu Seman bin Haji YusopUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan yang mengemukakan pertanyaan ini. Bagi menjawab soalan (a), jumlah penyelesaian kes bunuh mengikut tahun adalah seperti berikut: | Tahun |Jumlah Kes Dilaporkan (kes)|Jumlah Kes Diselesaikan (kes)|Peratusan PenyelesaianKes (%)| |-------------------|--------------------------:|----------------------------:|----------------------------:| | 2008| 654| 446| 62.22| | 2009| 598| 392| 65.55| |Januari - Ogos 2010| 385| 320| 59.74|<END_TABLE_MARKER> Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, standard penyelesaian kes jenayah yang ditetapkan oleh INTERPOL ialah sebanyak 20% sahaja, manakala standard penyelesaian kes yang ditetapkan oleh PDRM adalah lebih tinggi iaitu 40%. Bagaimanapun, sebagai strategi jangka panjang, PDRM sedang membangunkan sistem, dengan izin, Central Intelligent Unit (CIU) bagi meningkatkan kemampuan pihak polis dalam menyelesaikan kes- kes jenayah berpandukan maklumat risikan yang tepat. Selain itu, jumlah pegawai dan anggota polis khususnya yang menjalankan tugas sebagai pegawai penyiasat akan ditambah dari semasa ke semasa. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan (b), saya mohon untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang

Datuk Wira Abu Seman bin Haji YusopUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Masjid Tanah

Berhormat Indera Mahkota pada 20 Oktober kerana pertanyaan tersebut adalah mengenai soalan yang sama. Tuan Yang di-Pertua, kes-kes jenayah seperti samun, bunuh, rogol dan mencederakan adalah dikategorikan sebagai jenayah kekerasan. Bagi menangani kes-kes kekerasan ini, pelbagai usaha dan program pencegahan jenayah telah dilaksanakan seperti meningkatkan rondaan di banyak tempat terutamanya di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sering berlaku jenayah. Sehubungan dengan ini, bagi mempertingkatkan lagi rondaan di tempat-tempat ini, PDRM selain daripada meningkatkan anggota yang sedia ada bagi menjalankan rondaan, Pasukan Gerak Am (PGA) dan juga anggota-anggota dari kalangan anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) juga turut digunakan untuk melaksanakan tugas ini. Sehingga 20 September 2010, seramai 4,725 orang anggota dari RELA dan JPAM telah dilantik khusus bagi menjalankan tanggungjawab tersebut. Tuan Yang di-Pertua, atas usaha-usaha yang dijalankan ini, secara keseluruhannya terdapat penurunan dalam jenayah kes indeks bagi kes-kes jenayah kekerasan. Mengikut data PDRM, jumlah penurunan kes-kes bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun 2010 berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2009 adalah seperti berikut: | Jenis-jenis Jenayah Kekerasan |Penurunan Kes (kes)|Peratusan Penurunan (%)| |-------------------------------|------------------:|----------------------:| |Samun Berkawan Bersenjata | 12| 15.38| |Samun Berkawan Tanpa Bersenjata| 4640| 28.74| |Samun Bersenjata | 11| 33.30| |Samun Tanpa Bersenjata | 564| -18.10| |Bunuh | 21| 15.17|<END_TABLE_MARKER> Sekian, terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tidak menafikan yang pihak penguat kuasa kita, polis khususnya telah melakukan usaha-usaha dan kerja yang baik. Walau bagaimanapun, mungkin peningkatan jenayah daripada kalangan remaja begitu berleluasa. Dua minggu yang lalu, saya terbaca surat khabar di mana ada dua insiden berlaku. Satu, remaja wanita sedang memandu di Jalan Ampang, lebih kurang jam 9.30 malam, traffic light jammed, orang masuk dari sebelah pintu dan dirogol, disamun dan sebagainya. Demikian juga seorang pelajar yang hendak menuju ke universiti dia, pun dilakukan perkara yang sama.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi ini, apakah usaha-usaha terperinci yang lebih komprehensif dilakukan oleh pihak polis memantau khususnya kawasan-kawasan traffic lights yang dikenal pasti sesak dan gelap sebab ini berkemungkinan berlaku kepada diri kita, kepada

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

anak kita dan kepada sesiapa sahaja. Justeru itu, soalan saya, mengapakah juga perbicaraan sesuatu kes bunuh memakan masa yang lama untuk diadili dan sehingga keluarga-keluarga mangsa begitu tertekan sebab hari-hari dipublished di surat khabar, macam-macam. Jadi apakah langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan setiap kes pembunuhan mendapat pembelaan yang cepat dan sewajarnya dan juga melihat, memantau iaitu ramai juga pesalah-pesalah terdiri daripada pesakit- pesakit mental. Bukti sudah ada, macam-macam sudah ada, DNA sudah ada tetapi bukti-bukti ini tidak dapat dicabar di mahkamah. Jadi apakah langkah- langkah untuk mungkin pihak-pihak tertentu mengawal pesakit-pesakit mental ini tanpa perlu mereka diberi kebebasan untuk berjalan seperti orang biasa sebab mereka ini adalah ancaman. Bila-bila masa dia boleh membunuh, bila-bila masa dia boleh merompak, bila-bila masa dia boleh merogol, selepas itu dilepaskan di mahkamah. Apakah langkah-langkah yang wajar boleh diambil oleh kementerian? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Sehubungan dengan isu yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi berkaitan dengan jenayah-jenayah yang dilakukan di kalangan remaja yang dikatakan terdapat kebelakangan ini terserlah sedikit. Masalah ini pihak polis sedar berkaitan dengan perkara ini. Tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak polis bukan sahaja seperti mana yang telah saya nyatakan berkaitan dengan rondaan-rondaan dan juga menambah anggota-anggota dalam membuat rondaan. Selain daripada itu kita ada juga mewujudkan task force yang mana menggerakkan operasi-operasi yang tertentu di tempat-tempat yang kita kenal pasti berlaku kes-kes seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi. Jadi, inilah merupakan tindakan yang kita buat supaya kita dapat membanteras berkaitan kejadian kes-kes yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi. Berkaitan dengan penyelesaian kes di mahkamah, memang benar ada di antaranya kes-kes yang kita lihat bahawa penyelesaiannya memakan masa yang begitu lama. Apa yang kita harapkan, bagi pihak yang bertanggungjawab berkaitan dengan penyelesaian kes di mahkamah ini dapat melihat dan dapat juga merespons terhadap saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi. Ini adalah kerana pihak polis hanya bertanggungjawab untuk menjalankan kes-kes siasatan bagi sesuatu kes yang berlaku itu sahaja. Terima kasih.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kejadian jenayah amat membimbangkan kita dan jumlahnya nampaknya semakin meningkat. Penjenayah-penjenayah ini dia akan berfikir dua, tiga kali kalau dia dapat lihat anggota-anggota keselamatan berada di mana-mana. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah proses pelantikan sukarelawan polis diperbanyakkan sekarang dan yang keduanya, apakah tidak boleh kita juga mobilise RELA ini? Kebanyakan RELA ini digunakan untuk jaga trafik, sewaktu keramaian dan juga beberapa ambush di kawasan-kawasan pendatang-pendatang tanpa izin. Akan tetapi, bolehkah juga kita mobilisekan RELA ini di kawasan-kawasan yang kita anggap sebagai hotspots jenayah? Jadi apabila penjenayah ini tengok pasukan beruniform ramai, dia kena berfikir dua, tiga kali hendak buat kerja-kerja yang tidak sepatutnya ini. Jadi soalan saya, bagaimanakah kita mobilise RELA dan bagaimana kita mobilise juga sukarelawan polis? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Tentang dakwaan bahawa kes-kes jenayah ini meningkat, saya rasa saya tidak begitu bersetujulah dengan pandangan Yang Berhormat kerana daripada data yang kita ada bahawa kes jenayah hari ini telah menurun begitu ketara sekali. Kalau kita lihat daripada kes indeks jenayah yang dikumpulkan di antara Januari hingga ke September 2010, berbanding dengan Januari hingga September 2009, penurunan kes jenayah ini telah berlaku sebanyak 15.98%. Sehubungan dengan penggunaan anggota RELA untuk melaksanakan tugas rondaan di tempat-tempat yang dikenal pasti berlakunya kes-kes jenayah ini, buat masa kini kita menggunakan anggota-anggota ini boleh katakan banyak juga. Sehingga hari ini 31 Oktober, sebanyak 4,725 anggota RELA dan JPAM telah digunakan dan ini digunakan di tempat-tempat di negeri-negeri yang kita kenal pasti berkaitan dengan NKRA kita. Jadi dengan apa yang dilaksanakan oleh RELA dan JPAM ini, kita merasakan bahawa tugas yang dilaksanakan oleh mereka ini begitu baik sekali dan mungkin kita akan membuat kajianlah sama ada untuk memperluaskan di tempat-tempat lain, di negeri-negeri lain supaya mereka ini dapat digunakan setidak-tidaknya sebagai omnipresent supaya menghalang daripada penjenayah-penjenayah ini untuk berfikir dua kali sebelum melaksanakan perbuatan yang keji itu. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jenayah di Sabah kebanyakannya di Pantai Timur kerana sempadan kita luas daripada Semporna sampailah ke Pulau Sebatik. Apabila kita bertanya di dalam Dewan empat tahun dahulu, kerajaan mengatakan tidak cukup anggota. Beberapa kali kita tanya. Jadi, sampai bila anggota polis ini ditambah sehingga saya mencadangkan kepada pihak polis di Tawau kalau boleh Parlimen Kalabakan sediakan pondok polis asalkan ada anggota. [Disampuk] Akan tetapi tidak ada anggota. Jadi kita boleh beri bantuan tetapi masalahnya anggota, kemudahan untuk polis. Kita simpati kepada polis kerana kita nampak mereka bertungkus-lumus tetapi tidak ada anggota. Jadi Tuan Yang di-Pertua, jenayah dilakukan apabila penjenayah tidak nampak pondok polis. Jenayah dilakukan apabila mereka tidak nampak polis. Waktu zaman dahulu, 20 tahun, 30 tahun dahulu, di bandar Tawau kita nampak banyak polis di tepi-tepi kedai. Jadi kita nampak kurang jenayah. Sekarang kita nampak, tidak nampak polis sekalipun di bandar-bandar yang besar. Jadi bolehkah kita dapat satu jawapan, mungkin tahun hadapan kita belanjalah kewangan lebih sedikit kerana ini mustahak untuk tambah anggota polis. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sehubungan dengan kejadian kes-kes jenayah kalau dilihat daripada negeri Sabah mungkin kita melihat tidaklah ketara sangat seperti di negeri-negeri yang lain terutamanya di negeri-negeri yang kita kenal sebagai hotspots. Apa pun, buat masa ini pondok-pondok polis itu adalah merupakan salah satu daripada yang diwujudkan sebagai omnipresent berkaitan dengan keberadaan polis itu. Walau bagaimanapun, hari ini pihak kerajaan terutamanya jabatan polis sedang membuat pengambilan anggota-anggota untuk memenuhi kuota-kuota yang masih belum dipenuhi. Jadi, insya-Allah kita akan melihat supaya sebagaimana yang disarankan oleh Yang Berhormat tadi akan kita mengambil tindakan yang sewajarnyalah. Terima kasih.

Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu · question

2. Tuan Hiew King Cheu [Kota Kinabalu] minta Perdana Menteri menyatakan di bawah 20 perkara di dalam Perjanjian Malaysia iaitu ‘Borneanisation’ kenapa Ketua Jabatan Persekutuan di Sabah masih dipegang oleh orang Semenanjung, hanya sedikit sahaja orang Sabah diberi peluang. Berapa jumlah orang Sabah yang mengetuai Jabatan Persekutuan di Sabah dan di jabatan mana.

Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Siapa bertanding di Bukit Sapi? SAP kah DAP? Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur iaitu pada 25 Oktober kerana ia berkaitan perkara yang sama. Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks ‘Borneanisation’ Perkhidmatan Awam Persekutuan di negeri Sabah, Kerajaan Persekutuan memberi keutamaan pengambilan dan pengisian di kalangan anak negeri Sabah. Langkah ini bagi memastikan pegawai yang dilantik dan mengisi jawatan tersebut benar-benar memahami dan dapat menyampaikan perkhidmatan dengan lebih berkesan mengikut keperluan tempatan. Ia juga secara tidak langsung boleh menyelesaikan isu keperluan bagi menempatkan pegawai Semenanjung untuk berkhidmat di Sabah. Kerajaan Persekutuan tidak pernah menyisihkan mana-mana anak negeri Sabah yang berkelayakan untuk berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Persekutuan Negeri Sabah. Sebenarnya Yang Berhormat, bukan di Sabah sahaja, jawatan Perkhidmatan Awam Persekutuan di Semenanjung pun, seluruh Malaysia pun kita beri. Tan Sri Ghani Patail dia AG’s, Attorney General, Bakri Zihin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah. Jadi, bukan setakat Sabah sahaja ya, kalau mereka layak di peringkat Persekutuan di Semenanjung pun, mereka boleh memegang jawatan itu. Walaupun keutamaan diberikan kepada anak-anak negeri Sabah, dalam keadaan tertentu pegawai dari negeri lain ditawarkan untuk mengisi jawatan- jawatan tertentu. Ini mengambil kira faktor kelayakan, pengalaman dan kepimpinan pegawai tersebut untuk melaksanakan tugas jawatan yang diisi dan masih belum ada pegawai Sabah yang layak dan sesuai mengisi jawatan berkenaan. Sehingga 13 Oktober 2010, seramai 35 orang pegawai yang berasal dari Sabah menyandang jawatan Ketua Jabatan Persekutuan di negeri Sabah di pelbagai gred. Bermakna cabaran daripada Yang Berhormat Ipoh Timur sama ada kerajaan boleh pastikan sekurang-kurangnya setengah daripada 59 jawatan ketua jabatan di Sabah itu diisi oleh orang Sabah sebelum 16 September 2011 telah pun dicapai semalam. Jadi tidak ada masalahlah itu. Kerajaan akan sentiasa memberi keutamaan kepada anak negeri Sabah yang berkelayakan untuk mengisi jawatan- jawatan Ketua Jabatan Persekutuan di Sabah.

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih. Proses ‘Borneanisation’ belum memuaskan setelah Sabah merdeka 47 tahun, ini sudah menjadi satu fakta. Jawatan tinggi gred pengarah dan timbalan pengarah di Jabatan Persekutuan masih lagi disandang oleh pegawai berasal dari Semenanjung. Adakah orang Sabah yang lulus dan berkelayakan dari universiti di Malaysia tidak setanding dengan orang-orang dari Semenanjung yang juga lulus dan berkelayakan dari universiti yang sama?

Pertama, saya hendak sebut tidak betul apa Yang Berhormat kata tidak memuaskan. Akan tetapi Yang

Berhormat kena ingat, kalau ada anak Sabah yang berkelayakan, dia bukan hanya diperlukan di negeri Sabah, dia juga diperlukan di Persekutuan. Bukan bermakna tidak ada orang tetapi kerana kepentingan di peringkat Persekutuan, kita terpaksa ambil dia datang ke Kuala Lumpur, jadi ini masalahnya. Orang-orang Sabah yang berkelayakan juga diperlukan di Kuala Lumpur. Oleh sebab itu di Kuala Lumpur ini kita tengok begitu ramai. Contohnya di atas ini. [Merujuk kepada Tuan Yang di-Pertua] Takkan kita hendak hantar dia menjadi Speaker di Dewan Undangan Negeri Sabah, dia lebih layak sebab itu dia ada di sini pada hari ini. [Tepuk] Jadi, ini satu contoh yang menunjukkan iaitu kalau tidak diisi jawatan ketua jabatan di negeri Sabah dalam kes-kes tertentu, tidak bermakna bahawa tidak ada orang Sabah yang layak tetapi dia terlalu layak, dia terpaksa memegang jawatan di Kuala Lumpur.

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Berapa percent?

Saya dah jawab tadi, daripada 59 jawatan, 35 yang ketua jabatan.

Tuan Hiew King CheuDAP · PRKota Kinabalu

Di Semenanjung?

Yang Berhormat tanya soal ‘Borneanisation’. Bagi yang di Semenanjung kena bagi soalan betul-betullah, boleh saya jawab.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut mengenai Peguam Negara daripada Sabah bukanlah satu reference yang terbaik sekali. Oleh sebab sekarang perasaan beliau patut letak jawatan atau dilucutkan jawatan oleh sebab peranan beliau, itu hal yang lain. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri ada sebut Tuan Yang di-Pertua sebagai contoh, Sabahan menjadi pegawai tinggi. Kita tahu itu tsunami politik, kalau bukan tsunami politik mana ada chance Tuan Yang di-Pertua semua pun layak menjadi Tuan Yang di-Pertua, itu takut hilang kuasa. [Dewan riuh] Bolehkah Yang Berhormat Menteri sebut sebenarnya untuk tidak ada meminggirkan Sabahan dalam perkhidmatan awam, angka-angka sebenarnya berapa orang daripada Sabah yang memegang jawatan yang tertinggi di peringkat kebangsaan dan kenapa tidak boleh, syabas ada 36 head of department di Sabah yang diketuai oleh Sabahan. Akan tetapi kenapa bila kita menyampaikan 100%?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur seolah-olah tidak berkeyakinan dengan Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ya.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Daripada jawapan Tuan Yang di- Pertua ...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia “Timuranise” Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Akan tetapi oleh sebab tsunami politik, Tuan Yang di-Pertua pun tidak akan jadi Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, kalau saya jadi orang Sabah, saya kecewa dengan Yang Berhormat Ipoh Timur.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Menghina!

Kita berusaha bersungguh- sungguh menaikkan orang Sabah untuk memegang jawatan yang penting tetapi dihina oleh Yang Berhormat Ipoh Timur kerana Attorney General adalah orang Sabah, Tan Sri Ghani Patail. Kita menghormati beliau, beliau berkelayakan tetapi dengan semudahnya dihina oleh Yang Berhormat Ipoh Timur, usaha kita untuk menaikkan orang Sabah di Kuala Lumpur termasuk Tuan Yang di-Pertua dikatakan tidak layak kerana berada di situ kerana tsunami.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Tidak, dia layak tetapi... [Dewan riuh]

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Takut pun! Takut!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIpoh Timor

Saya kata Tuan Yang di-Pertua layak tetapi tidak ada peluang kalau bukan kerana tsunami politik, takut hilang kuasa, takut UMNO jatuh.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Menteri putar belit!

Tengok, tengok, Yang Berhormat, saya harap Yang Berhormat Kota Kinabalu dan juga pengundi di Bukit Sapi ambil kira apa yang berlaku pada hari ini. Menghina orang Sabah yang kita fikir layak untuk memegang jawatan yang penting, ambil kira Bukit Sapi.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Bukan Bukit Sapi, Batu Sapi lah. [Ketawa]

Batu Sapi.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Menteri tidak tahu bukit dengan batu.

Okey, Batu Sapi ingat ya, apa penghinaan dilakukan oleh DAP yang bersekongkol dengan SAPP. Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua duduk di atas ini bukan kerana tsunami. Apa kena-mengena tsunami, ini bukan jawatan yang dipertandingkan. Kita tahu dia seorang yang berkelayakan, seorang peguam dan pernah jadi Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, ini kelayakan dia. Setakat kalau hendak lawan dengan Yang Berhormat, saya punya deputy pun boleh handle you lah, tidak ada masalah. [Ketawa]

Mohamad Shahrum bin OsmanUMNO · BNLipis · question

3. Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis] minta Menteri Pelajaran menyatakan input-input yang telah dikumpulkan dalam perbincangan peringkat meja bulat mengenai keputusan sama ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan atau dikekalkan.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cadangan pemansuhan UPSR dan PMR adalah atas kesedaran Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa sistem pendidikan sekarang sering dilabel sebagai terlalu berfokus pada peperiksaan dan tidak holistik. Sehubungan itu selain daripada pengumpulan data melalui media perdana dan media atas talian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan tiga sesi persidangan meja bulat iaitu pada 19 Julai dan 27 Julai 2010 serta pada 24 September 2010.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNTimbalan Menteri Pelajaran I · Ayer Hitam

Persidangan pertama telah dapat mengumpulkan maklum balas daripada warga pendidik, sementara dalam sesi kedua pada 27 Julai 2010 pula Kementerian Pelajaran Malaysia telah berjaya mengumpulkan input-input daripada orang awam yang diwakili oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis masyarakat, tokoh-tokoh pendidikan, tokoh-tokoh politik, ibu bapa dan pelajar. Dapatan daripada kedua-dua persidangan meja bulat serta analisa maklum balas daripada media cetak, media elektronik termasuk surat, sistem pesanan ringkas dan e-mel telah dirumuskan dan hasilnya dijadikan agenda pada persidangan meja bulat kali ketiga pada 24 September 2010... Rumusan keseluruhan daripada perbincangan meja bulat serta dapatan-dapatan yang lain telah digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memutuskan bahawa mulai tahun 2016, peperiksaan UPSR akan diteruskan dengan melakukan penambahbaikan terhadap sistem tersebut, manakala bagi PMR pula akan digantikan dengan pentaksiran berasaskan sekolah. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pada pandangan saya, apa pun yang kita namakan peperiksaan secara umumnya adalah baik, kerana ia dapat mengukur tahap pencapaian pembelajaran seseorang itu sama ada secara formatif ataupun secara sumatif. Akan tetapi hanya kadang-kadang pelaksanaan peperiksaan dan juga ujian ini tidak dilaksanakan dengan betul berasaskan pada apa yang dipelajari dan sebagainya. Juga kadang-kadang kita masyarakat, kita menyalahgunakan peperiksaan untuk menjadikannya sebagai menempatkan seseorang ke sesuatu tempat. Kita mengukur seseorang itu daripada segi berapakah jumlah ‘A’ nya - ‘A+’ nya dan sebagainya. Jadi, ia menyebabkan kadang-kadang masyarakat, rakyat terfokus ke arah itu bukan untuk melihat sejauh mana pencapaian pembelajaran seseorang itu dalam kelas. Jadi kalau kita lihat, ini satu perubahan dasar yang besar rasa saya pada peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga pengajaran dan pembelajaran di seluruh negara kita... Jadi, di sini ada yang saya hendak tahu ialah apakah nanti ada satu jawatankuasa penilai yang betul-betul yang melihat isi kandungan ujian, bentuk peperiksaan yang baru serta nama ujian tadi pun kita lihat sudah berubah. Ini kita hendak mengikut perubahan masa. Saya juga ingin tahu apakah nanti akan ada elemen-elemen penting seperti perkara berkaitan dengan akal budi, pembentukan sahsiah dan pemurnian akhlak dan budi pekerti pelajar yang wajar dimasukkan dalam kurikulum baru ataupun kandungan ujian dan peperiksaan itu nanti yang bagi saya pasti menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbudaya tinggi. Terima kasih.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat memang benar, yang mana rata-rata ibu bapa mempunyai pandangan bahawa mereka menumpukan pada peperiksaan semata- mata untuk melihat kejayaan seorang pelajar itu. Disebabkan itulah Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif untuk kita mengubah persepsi ini. Cara yang terbaik ialah daripada segi penilaian pelajar itu sendiri kerana berdasarkan pada sistem yang sedia ada, kita berpandukan pada satu peperiksaan utama. Selepas itu, kita menganggap pelajar itu baik ataupun tidak. Apa yang kita lakukan sekarang ialah kita melihat daripada satu perspektif yang lebih holistik dan ini akan mengandungi beberapa seksyen

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

termasuk kita ada - misalannya penambahbaikan yang akan ada dibuat dalam UPSR, kita masih ada peperiksaan ataupun ujian penilaian yang masih ada. Kemudian saya rasa penambahbaikan daripada segi pentaksiran berasaskan sekolah. Itu juga sangat penting yang mana penilaian itu berdasarkan standard apa yang telah ditetapkan. Lembaga Peperiksaan Malaysia akan bertindak sebagai ejen pusat untuk meninjau yang mana kita melakukan kolaborasi tentang soalan ataupun daripada segi mutu pentaksiran yang dilakukan secara berasaskan pada sekolah. Itu pasti akan dilakukan oleh kementerian. Jadi mengenai jawatankuasa itu sebenarnya, kita sudah ada satu Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk memantau perkara ini. Kedua, apa Yang Berhormat katakan itu memang benar. Kita bukan melihat daripada segi semata-mata akademik sahaja sebab itulah dalam perbincangan asal ini ada beberapa aspek yang sepatutnya dilihat. Satu - kita mempunyai ujian pusat, kemudian pentaksiran berasaskan sekolah yang mana setiap kali akan dinilai mengikut proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar. Ketiga, kita juga melakukan pentaksiran ataupun penilaian terhadap kokurikulum dan ada juga satu komponen pentaksiran berdasarkan pada psikometrik, melihat pada kecenderungan seseorang pelajar itu. Jadi saya rasa ini adalah satu sistem yang lebih holistik untuk melihat perkembangan seseorang pelajar. Jadi ini adalah untuk menambah baik sistem yang sedia ada supaya kita tidak bertumpu pada peperiksaan semata-mata. Terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Memang saya bersetuju kita tidak boleh menumpukan, memfokuskan pada peperiksaan semata-mata, tetapi peperiksaan diperlukan juga walau apa pun kita buat. Di sini saya hendak Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu pada Dewan yang mulia ini bagaimana kita dapat membantu pelajar-pelajar dan ibu bapanya. Pertama, kita sudah pun memberhentikan PPSMI. Setakat ini mereka pun tidak tahu apa yang hendak dibuat. Keduanya, mengenai kalau kita hendak menggunakan pentaksiran berasaskan sekolah untuk menggantikan PMR, bagaimana kita dapat melaksanakan dengan berkesan, berkualiti, lebih sempurna? Adakah Yang Berhormat sedar bahawa kualiti sesetengah guru itu tidak begitu baik dan kursus untuk memperbaiki kualiti ini pun tidak begitu baik? Bagaimanakah kita dapat menyelesaikan masalah kualiti guru, buku teks, PPSMI dan sebagainya? Ini pelbagai masalah yang bertumpu pada sekolah-sekolah kita ini.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Beberapa soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Pertama, PPSMI tidak termasuk dalam skop yang ingin saya jawab. Walau bagaimanapun, tidak kira sistem apa yang kita pakai - PPSMI atau MBMMBI, kaedah untuk penilaian itu tetap kita lakukan penambahbaikan. Jadi apa yang kita lakukan ialah, mulai hari ini selama tiga hari 180 orang jurulatih utama iaitu guru-guru daripada sekolah rendah telah dipanggil untuk satu taklimat dan kursus bagaimana kita hendak melakukan pentaksiran berasaskan sekolah. Daripada 180 orang jurulatih utama ini akan menganjurkan kursus kepada guru- guru supaya, kaedah bagaimana kita hendak melakukan penilaian berasaskan sekolah dapat disampaikan kepada guru. Itu memastikan cara itu betul dan di samping itu juga dipantau oleh lembaga peperiksaan. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang sistem PMR, apakah persediaan kita untuk melakukan perubahan itu, bagaimana kita hendak

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

memahamkan ibu bapa. Disebabkan itu saya menyatakan mulai sekarang pun kita mula pada peringkat sekolah rendah sudah ada komponen pentaksiran berasaskan sekolah. Apabila kita hendak melaksanakan pada tahun 2016 secara sepenuhnya, PMR dimansuhkan dan kita melakukan pentaksiran berasaskan sekolah, bermakna daripada sekolah rendah ke sekolah menengah ada kesinambungannya, caranya. Saya memberikan satu contoh, kalau kita melihat sistem semester yang dilakukan dan dilaksanakan di universiti, ia merangkumi kerja kursus - coursework, kuiz dan sebagainya. Itu juga sebahagian daripada kita menilai pencapaian seseorang pelajar itu berdasarkan pada semester setiap satu minggu atau dua minggu.

Datuk Dr. Wee Ka SiongMCA · BNAyer Hitam

Jadi, saya rasa kaedah ini untuk kita menjamin kesinambungan di peringkat sekolah rendah sekolah menengah sampailah ke universiti. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, ini soalan yang agak penting. Bolehkah saya tambah lagi satu soalan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Minta maaf Yang Berhormat.

Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Kak Lah)PAS · PNRantau Panjang · question

4. Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pelancongan menyatakan perancangan pembangunan di pintu masuk Malaysia – Thailand di Rantau Panjang agar setanding dengan pembangunan di pintu masuk negara lain serta perancangan penambahbaikan untuk menarik pelancong dan meningkatkan imej negara dalam RMKe-10.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Pintu masuk Malaysia – Thailand di Rantau Panjang bukan sahaja tertumpu kepada bangunan CIQ. Akan tetapi dengan inisiatif Kementerian Pelancongan Malaysia, ia telah menjadi sebuah kawasan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang serta merupakan salah satu daripada 10 ikon negeri Kelantan dan juga merupakan produk pelancongan utama di Kelantan. Semenjak tahun 2006, kemasukan pelancong asing melalui Rantau Panjang juga telah meningkat dengan purata seramai 370 ribu orang pelancong setahun. Usaha yang telah diambil oleh Kementerian Pelancongan untuk menambahbaikkan pintu masuk di Malaysia – Thailand adalah seperti berikut; (i) membaik pulih tandas awam; (ii) menaik taraf landskap kawasan persekitaran pintu masuk Rantau Panjang; (iii) mengecat semula bangunan penjaja yang sedia ada; (iv) membina siar kaki dan menaik taraf laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan persekitaran Zon Bebas Cukai Rantau Panjang; (v) membina sepuluh unit ruang niaga pasar malam; (vi) pemasangan dua unit lampu limpah; dan

Dato’ Sri Dr. Ng Yen YenMCA · BNMenteri Pelancongan · Raub

(vii) mengecat bangunan di sekitar kawasan berkenaan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM337,000. Selain itu, kita juga mengambil inisiatif untuk membina tiga tingkat kompleks bazar atau pasar Rantau Panjang dengan 344 unit gerai yang dijangka siap pada bulan Disember tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM11.92 juta. Dengan pembinaan kompleks tersebut, ia akan menggantikan pasar lama yang sangat uzur dan berkeadaan teruk dan dalam masa yang sama ia boleh menempatkan lebih ramai peniaga berbanding 297 unit gerai yang terletak di pasar lama dan dalam masa yang sama mewujudkan peluang perniagaan kepada lebih ramai penduduk di Rantau Panjang. Dengan adanya kompleks bazar baru ini juga, para peniaga dapat menjalankan operasi dengan lebih selesa serta menawarkan suasana yang lebih teratur dan bersih untuk menarik lagi ramai para pelancong terutama dari negara Thailand dan pelancong domestik yang suka membeli belah di Rantau Panjang. Tuan Yang di-Pertua, dengan itu sebanyak RM12.3 juta telah diperuntukkan untuk menambah baik Rantau Panjang dari segi pintu masuk dan juga bandar. dalam RMKe-10, Kementerian Pelancongan telah mengangkat permohonan projek untuk Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dengan peruntukan sebanyak RM1 juta lagi bagi tujuan pembinaan kawasan letak kereta dan bas pelancong, laluan pejalan kaki, landskap dan sistem pencahayaan iaitu lampu jalan dan lampu limpah dengan harapan supaya Zon Bebas Cukai Rantau Panjang boleh beroperasi pada waktu malam berbanding pada waktu sekarang sehingga jam enam petang sahaja. Tuan Yang di-Pertua, usaha Kementerian Pelancongan untuk menarik ramai pelancong ke Rantau Panjang akan menjadi sia-sia sahaja jikalau majlis daerah tempatan iaitu Majlis Daerah Pasir Mas selaku pihak berkuasa bertanggungjawab tidak menyelenggarakan dengan baik selepas projek ini akan dilaksanakan oleh kementerian kepada pihak berkuasa tempatan kerana mereka mempunyai hak dan kuasa tempatan. Jadi, saya amat berharap Yang Berhormat Rantau Panjang menolong saya memantau dan kementerian saya supaya memantau keberkesanan pihak berkuasa tempatan dalam menyelenggarakan dan membaik pulih produk-produk pelancongan di kawasan Rantau Panjang. Ini adalah penting bagi menjaga imej kawasan pelancongan di kawasan Yang Berhormat dan dalam masa yang sama menjadi kawasan Rantau Panjang bersih dan indah. Sekian.

Puan Siti Zailah Mohd. YusoffPAS · PNRantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberi. Soalan tambahan saya ialah masalah yang berlaku sekarang iaitu apabila kita melihat kenderaan daripada negara jiran Thailand masuk ke negara kita membawa pelancong-pelancong, pelancong ini lebih selesa menggunakan kenderaan daripada negara jiran. Oleh sebab dari sudut pengangkutan awam mereka lebih besar dan selesa. Begitu juga dari segi penginapan dan hotel. Kebanyakan mereka apabila masuk dan mereka menginap di negara Thailand dan mereka berulang sebab kemudahan hotel yang banyak di sebelah negara Thailand. Ini adalah satu perkara yang seharusnya diberi pertimbangan di masa akan datang iaitu dari sudut kemudahan dan tempat penginapan. Begitu juga persoalan yang berkaitan dengan masalah PBT yang saya mengharapkan supaya pihak kementerian mendapatkan kerjasama daripada kerajaan tempatan iaitu untuk menambahkan lagi peruntukan bagi Majlis Daerah Pasir Mas.

Puan Siti Zailah Mohd. YusoffPAS · PNRantau Panjang

Oleh sebab di bawah PBT di Pasir Mas ini ia ada dua Parlimen, Parlimen Pasir Mas dan Parlimen Rantau Panjang yang amat terhad. Jadi, ini adalah di antara permasalahannya kami tidak mendapat peruntukan yang cukup untuk memberi kemudahan yang sebaiknya terutama di kawasan pintu masuk. Ini mendapat keluhan daripada pelancong-pelancong bagaimana banyak ketidakselesaan yang berlaku di pintu masuk. Begitu juga kesan daripada banjir yang sampai sekarang benteng tidak didirikan. Setiap tahun berdepan dengan isu banjir. Jadi, saya minta apakah pandangan pihak kementerian bekerjasama dengan kementerian yang berkaitan dalam menyelesaikan pelbagai isu untuk menjadikan Rantau Panjang sebagai tempat pelancongan yang menarik. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Jika Yang Berhormat membandingkan peruntukan Kementerian Pelancongan yang memberikan satu-satu bandar, tidak banyak bandar yang mendapat RM13 juta untuk menambahbaikkan pintu masuk dan bandar Rantau Panjang. Jadi, saya harap Yang Berhormat faham itu. Kedua, mengenai PBT dan menambah lebih peruntukan. Ini berbalik kepada PBT. Pandai tidak ia menjaga, pandai tidak ia menggunakan tenaganya. Jikalau kita tengok tenaganya selepas itu kerja macam mana, PBT jagalah. Ini pemantauan. Jadi, sebab itu saya minta Yang Berhormat tolong kita memantau tempat itu. Ketiga, masalah pelancong yang suka menginap di Thailand. Ini adalah masalah semua negara. Kita panggil ‘border town’. Misalnya, Singapura dan Johor Bahru. Ramai pelancong pergi ke Singapura melancong tetapi mereka datang Johor Bahru untuk menginap, ini economics. Jadi, kita perlu tahu jika bayaran pelancong di hotel Golok misalnya lebih murah, balik lah ke bajet hotel di Rantau Panjang. Bagaimana mereka hendak menaik taraf mereka? Bagaimana mereka hendak create lagi? Ini tidak boleh pulang kepada kementerian untuk menentukan harga penginapan. Ini pulang balik kepada swasta, innovation dan creativity. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Maran.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya akui bahawa imej dan pendapatan negara boleh banyak diperoleh melalui pelancongan. Akan tetapi dalam masa yang sama, imej negara boleh hancur akibat dari segi pelancongan kerana jika kita lihat ramai daripada pelancong-pelancong luar seperti daripada China, Thailand, ‘orang-orang hitam’ dan yang lain-lain datang ke negara kita atas tiket pelancongan. Namun, akhirnya mereka menjalankan kegiatan yang tidak baik iaitu pelacuran dan sebagainya. Ini menjatuhkan imej negara. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, di samping kita menggalakkan pelancong masuk, apakah usaha yang kita buat di peringkat sempadan Thailand dan sebagainya? Saya hendak memberi pandangan juga kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Kerajaan Persekutuan sudah banyak membantu, tetapi apa peranan kerajaan negeri termasuk menghalang unsur-unsur negatif ini di samping membangunkan pelancongan di kawasan sana. Jadi, jangan minta Kerajaan Persekutuan dan apabila Kerajaan Persekutuan - ini peranan kita. Jadi, minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Kita tahu semua negeri ada ahli Exco Pelancongan.

Jadi isu-isu pelancongan ini perlu diambil oleh Ahli Exco Negeri, sama juga di negeri Kelantan. Jikalau sebuah negeri tidak boleh bersaing dengan negeri lain apa boleh kita kata, sebab di bawah negeri kerajaan. Dibandingkan dengan Melaka sebagai negeri yang maju dalam industri pelancongan. Mengapa Kelantan tidak buat macam itu? Kelantan kaya...

Mana ada... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Kaya dengan makanan. Akan tetapi saya haraplah jikalau pelancongan negeri Kelantan maju saya pun suka juga. Kedua, mengenai imej pelancongan, memang sangat betul. Di mana- mana negara hari ini semua negara sekarang cari duit pelancongan. Sekarang sudah jadi industri utama di banyak negara. Misalnya G-20, negara G-20 tidak pernah ingat pelancongan. Tidak pernah kaji ekonomi pelancongan. Kali ini sudah ada sesuatu mesyuarat yang terbesar di panggil T20. Menteri Pelancongan G-20 di Buyeo, Korea dan mereka bincang keadaan pelancongan untuk membangunkan negara dan dua buah negara sahaja selain G- 20 di jemput iaitu Thailand dan Malaysia. Ini disebabkan imej kita begitu tinggi di seluruh dunia. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kita pada tahun 2009 sudah jadi negara yang kesembilan, yang begitu ramai pelancong suka melancong. Jikalau rakyat kita tidak suka, biarkan tetapi orang lain yang suka, negara lain suka. [Dewan riuh] Kedua, apa berlaku? Kita terima 23.65 juta pelancong bukan day trippers, 24 jam. Jikalau dia tidak suka Malaysia, buat apa datang ke Malaysia dan membawa duit kepada negara RM52.3 bilion iaitu RM1 bilion satu minggu, Tuan Yang di-Pertua. Untuk – duit kepada Yang Berhormat Rantau Panjang, RM12 juta untuk pelancongan. Tuan Yang di-Pertua, pelancong yang datang ke Malaysia yang membuat masalah. Hari ini statistik tidak mencerminkan masalah ini. Pada tahun 2009, kita terima seramai 1.0 juta rakyat China melancong di Malaysia. Berapa orang yang membuat sesuatu masalah? Pada statistik saya sahaja, 153 tidak keluar dari Malaysia, overstay. Dari satu juta! Akan tetapi siapa yang menimbulkan masalah overstay? Saya percayalah pekerja asing, murid asing dan lain-lain bukan pelancong sahaja. Hari ini pelancong datang dengan cara-cara yang telus, yang bertanggungjawab. Pada masa sekarang untuk kita ambil kira lagi dalamnya, kita sudah berhenti visa on arrival kepada China dan India. Akan tetapi ini kita perlu kaji semula sebab banyak negara sudah tanpa visa, Thailand tanpa visa. Kita tidak bagi visa on arrival lagi. Tuan-tuan dan puan-puan, dengan ini saya haraplah rakyat Malaysia, jikalau Malaysia yang bagus, yang di seluruh dunia, buat baik dan janganlah buat sesuatu untuk kelemahan kita, sekian.

Mohd Radzi bin Sheikh AhmadUMNO · BNKangar · question

5. Dato’ Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad [Kangar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan memandangkan kes-kes jenayah yang dilakukan kebelakangan ini bertambah rumit hingga memerlukan kaedah-kaedah penyiasatan yang lebih canggih untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan, adakah PDRM mempunyai kepakaran serta anggota yang terlatih yang mencukupi dalam bidang forensik.

Datuk Wira Abu Seman bin Haji YusopUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kangar yang mengemukakan pertanyaan ini. Tuan Yang di- Pertua untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, kebelakangan ini terdapat siasatan ke atas beberapa kes jenayah memerlukan kepada kaedah-kaedah penyiasatan yang lebih canggih untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan. Menyedari hakikat ini, Polis Diraja Malaysia atau PDRM telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Makmal Forensik PDRM yang beroperasi sepenuhnya mulai tahun 2002 dan juga bahagian makmal forensik di bawah Jabatan Siasatan Jenayah, yang mana mempunyai pegawai dan anggota yang terlatih serta mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang berkenaan. Selaras dengan trend kes-kes jenayah yang semakin rumit untuk dibuktikan di mahkamah, pihak bahagian makmal forensik juga sentiasa meningkatkan tahap kompetensi pegawai-pegawai dan anggotanya melalui kursus dalaman dan luar negara dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat kes-kes tertentu yang di luar kemampuan Makmal Forensik PDRM, pihak makmal akan mendapatkan bantuan daripada pihak luar untuk membantu dalam penyiasatan. Dalam kaedah-kaedah tertentu pihak luar juga akan dirujuk untuk mendapatkan pandangan kedua berhubung sesuatu analisa dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan pewujudan makmal forensik, antara peranan dan fungsi utama adalah untuk memberi bantuan melalui siasatan secara saintifik. Menjalankan analisa dan menyediakan laporan berkaitan ekshibit- ekshibit yang dikemukakan untuk pemeriksaan. Di bawah bahagian makmal forensik terdapat enam unit iaitu unit kepolisan am yang bertanggungjawab dalam perjalanan sistem Laboratory Operating System ataupun LOMS dengan izin, pengurusan sumber manusia dan logistik. Kedua, bahagian fizikal, menjalankan analisa berkaitan dengan keterangan fizikal seperti cap jari, audio, video, jenayah komputer, dokumen serta siasatan di tempat kejadian jenayah. Bahagian Biologi menjalankan analisa berkaitan ekshibit serta sampel biologi dan juga DNA. Bahagian Kimia menjalankan analisa berkaitan dengan ekshibit seperti balistik dan pemeriksaan kenderaan. Bahagian Narkotik menjalankan analisa berkaitan dengan ekshibit narkotik dan Bahagian Kualiti dan Akreditasi bertanggungjawab dalam aspek kualiti serta memastikan makmal ini mencapai akreditasi daripada agensi berkaitan. Sehubungan dengan anggota pula, terdapat seramai 58 orang pegawai kanan dan 75 anggota. Mereka ini bertugas di makmal di Makmal Forensik PDRM di Cheras. Bagaimanapun terdapat juga satu unit ditubuhkan di bawah bahagian makmal forensik iaitu pasukan siasatan tempat kejadian jenayah ataupun CSI yang akan menjalankan tugas di tempat kejadian jenayah. Selain daripada anggota-anggota yang dilantik dan berpusat di makmal forensik di Cheras,

Datuk Wira Abu Seman bin Haji YusopUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Masjid Tanah

anggota-anggota pasukan CSI juga diwujudkan di kontinjen-kontinjen di seluruh negara. Terima kasih.

[Bangun]

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Puan Chong EngDAP · PRBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita dengar bahawa ada banyak langkah telah diambil. Semuanya adalah mengenai hardware, ditambah. Ini sangat-sangat dialu-alukan. Akan tetapi kalau mencanggihkan hardware dan tidak meningkatkan software sebagai human resource, tidak cukup kaki tangan ataupun mereka tidak dilantik dengan lebih maju lagi... Semua hardware tidak boleh pakai. Kita selalu dengar bahawa satu IO, memegang banyak kes sehingga dia tidak ada masa untuk membuat siasatan. Ada polis hutan yang hanya di hutan, tidak tahu apa mereka buatlah. Jadi saya hendak tahu bagaimana kita meningkatkan jumlah anggota yang membuat siasatan seperti ini, the CID force supaya mereka diberi satu tahap di mana mereka boleh menumpukan masa untuk membuat siasatan... Bukannya banyak kes di tangan tetapi tidak boleh menjalankan siasatan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu Dewan ini bilangan yang telah ditambah atau apakah latihan yang diberikan kepada IO ini? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Apa yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam ini adalah berkaitan dengan pegawai penyiasatan yang biasa bukan daripada pihak forensik- forensik.

Berkaitan dengan pegawai-pegawai penyiasatan, ia diletakkan kepada jabatan-jabatan siasatan jenayah mengikut keadaan dan jumlah kes yang berlaku. Jadi kalau banyak kes yang berlaku di sesebuah tempat maka mereka di kalangan anggota ini akan ditugaskan di Bahagian Siasatan Jenayah dan sehubungan dengan kepakaran mereka bahawa sebagai seorang pegawai penyiasat, mereka dari semasa ke semasa akan dihantar untuk menjalani kursus-kursus yang tertentu berhubung kait dengan siasatan kes yang mana ia adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam menyiasat sesuatu kes ini.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Penyiasatan forensik di dalam PDRM sedang diberikan perhatian oleh masyarakat kerana masyarakat di Malaysia pada hari ini sudah terdedah kepada beberapa siri televisyen yang agak menarik, CSI umpamanya, Numbers dan macam-macam lagi. Ya mungkin ini filem, mungkin ini hanya gambaran semata-mata. Akan tetapi rakyat sudah mempunyai sesuatu tanggapan yang berbeza mengenai satu aspek yang khusus iaitu forensik di dalam penyiasatan ini. Jadi seharusnya kita di Malaysia mestilah keep up kepada tuntutan-tuntutan yang terbaru supaya rakyat tidak berasa kita ketinggalan. Mengikut penjelasan Timbalan Menteri tadi, seolah-olah kita sudah mempunyai tahap yang mempunyai akreditasi pihak-pihak yang berwajib dan jumlah pegawai katanya ada 50 lebih dan stafnya ada 70 lebih. Saya tidak pasti sama ada jumlah ini adalah setaraf nisbah ataupun rationya dengan penduduk kita. Saya minta penjelasan daripada Menteri.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Namun apa yang saya hendak bangkitkan ialah kalau dalam siri-siri yang kita lihat dalam televisyen, bukan hanya pihak polis yang terlibat dalam siasatan forensik di dalam jabatan forensik tersebut ada diambil saintis-saintis termasuk juga pakar-pakar perubatan, in house forensic specialist dengan izin, tidak hanya mengharapkan pakar-pakar forensik di hospital. Adakah PDRM mahu melihat jauh untuk menyerap ataupun mengambil pakar-pakar daripada pelbagai bidang termasuk bidang perubatan forensik ini di dalam Jabatan Siasatan Jenayah PDRM sendiri, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sehubungan dengan isu yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi, di mana kita sedia maklum bahawa bahagian forensik kita adalah masih muda lagi. Di mana dari masa ke semasa pihak Bahagian Forensik Polis Diraja Malaysia ini sentiasa peka untuk meningkatkan kemahiran pegawai-pegawai mereka ini dalam bidang-bidang seperti mana yang saya nyatakan tadi. Untuk sementara ini di Bahagian Makmal Forensik PDRM ada empat unit yang telah saya nyatakan tadi dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. Jadi dari semasa ke semasa, kita bukan sahaja meningkatkan kemahiran mereka bahkan juga meningkatkan dari segi keanggotaan mereka juga, terima kasih.

Kamarul Baharin bin AbbasPKR · PRTelok Kemang · question

6. Dato’ Kamarul Baharin Abbas minta Perdana Menteri menyatakan: (a) tindakan kerajaan terhadap peguam yang gagal menghadirkan diri di mahkamah yang menyebabkan FELDA disabitkan kesalahan oleh mahkamah; dan (b) apakah FELDA bercadang untuk menaikkan kadar perahan gred (KPG) setelah mahkamah memutuskan memihak terhadap penerokaan FELDA Kemahang, Kelantan.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, FELDA mengambil iktibar yang serius terhadap ketidakhadiran peguam dalam FELDA Kemahang 3, Kelantan. Kes ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 13 Januari 2008 yang telah menyebabkan FELDA disabitkan kesalahan dan FELDA telah membayar lebih kurang RM11 juta. Mahkamah telah menetapkan perbicaraan kes tersebut berlangsung selama dua hari iaitu pada hari Ahad, 13 Januari 2008 dan 14 Januari 2008. Walau bagaimanapun perbicaraan kes diteruskan tanpa kehadiran peguam FELDA pada 13 Januari 2008 itu. Peguam kes meletakkan jawatan atas sebab peribadi pada 28 Disember 2007. Mahkamah telah mensabitkan kesalahan ke atas FELDA dengan tanpa mendengar pembelaan daripada pihak FELDA, kes ini dimuktamadkan di Mahkamah Persekutuan pada 26 Ogos 2010. Sebagai tindakan kepada peguam berkenaan, FELDA melalui sebuah jawatankuasa khas telah memanggil firma guaman itu dan mengeluarkan satu notis tunjuk sebab bertarikh 4 Oktober 2010 kepada firma guaman tersebut untuk mengemukakan penjelasan bertulis berhubung ketidakhadiran mereka pada perbicaraan berkaitan. FELDA akan mempertimbangkan jawapan pada notis tunjuk sebab itu untuk mengambil sebarang tindakan terhadap firma guaman

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Pontian

tersebut termasuklah kemungkinan mengambil tindakan undang-undang, menamatkan perkhidmatan mereka dan membuat aduan rasmi kepada Majlis Peguam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada soalan bahagian dua, penentuan kadar perahan gred sawit (KPG) bagi hasil buah tandan segar (BTS) yang dihantar oleh peneroka sama ada naik atau turun bergantung kepada kualiti BTS yang diterima oleh kilang. Pemberian gred adalah berpandukan kepada manual penggredan BTS yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). MPOB adalah pihak berkuasa yang berkaitan dengan industri sawit dan sebuah badan bebas yang mengeluarkan garis panduan penggredan BTS. Ini adalah contoh manual sebanyak 40 muka surat. Bagi memastikan penggredan berjalan lancar di peringkat kilang dan rancangan, pihak FELDA telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Persepakatan Bersama (JCC) yang dianggotai oleh pengurus rancangan, pengurus kilang dan wakil peneroka setiap rancangan di Malaysia. Di peringkat ibu pejabat pula, jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Bertindak Khas yang dianggotai oleh FELDA, Syarikat Felda Palm Industries Sdn. Bhd., ketua peneroka yang merupakan Ahli Lembaga FELDA dan seorang Ahli Lembaga pengarah FELDA yang lain. Jawatankuasa ini akan memantau setiap Jawatankuasa Persepakatan Bersama (JCC) dan mengadakan mesyuarat pada setiap bulan, kadar perahan sawit setiap kilang adalah di antara agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan dan pemantauan akan sentiasa dilakukan. Bukti-bukti dan rekod yang ada dalam kes FELDA Kemahang 3, kadar perahan adalah yang betul dan tidak wujud penipuan konspirasi sebagaimana di pihak FELDA yang dituduh oleh pelbagai pihak. FELDA tidak menipu peneroka tetapi sentiasa membina peneroka dan generasi barunya di seluruh negara. Mengenai kadar perahan juga, Pusat Bioteknologi FELDA di Nilai Negeri Sembilan merupakan pusat tissue culture yang terbesar di dunia, antara lain untuk mencari pelbagai benih termasuk sawit yang terbaik. Benih sawit terkini keluaran FELDA bernama Yangambi ML 161 adalah antara yang terbaik di negara ini dan berpotensi mengeluarkan kadar perahan yang sangat tinggi, terima kasih.

Dato’ Kamarul Baharin AbbasPKR · PRTelok Kemang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya perkara tidak seharusnya sampai ke mahkamah, sesudah 15 tahun kalau kita mengamalkan kerjasama di mana FELDA menganggapkan peneroka ini sebagai rakan kongsi dan bukan sebagai pekerja ataupun kuli. Jadi pendapat mahkamah yang berpuas hati bahawa kadar gred harga kelapa sawit yang diberikan oleh pihak berkenaan adalah tidak munasabah, ini keputusan mahkamah. Oleh itu, jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri itu tidak menjawab apakah FELDA sekarang ini akan meningkatkan kadar gred mengikut apa yang terdapat dalam keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang disokong oleh Makmal Sime Darby Research dan Felda Analytical Laboratory. Ini kerana dalam hal kelapa sawit perbezaannya lebih kurang dalam 5% dan ini juga akan mengakibatkan gred kadar getah kering yang sekarang ini perbezaannya lebih daripada 10%... Jadi soalan saya ialah, kenapa FELDA tidak mengikut apa yang - kerjasama dengan peneroka untuk menentukan gred yang sesuai dan boleh diterima oleh kedua-dua belah pihak, terima kasih.

Saya telah menjawab tadi Yang Berhormat. Kita ada satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Persepakatan Bersama. Siapa dia dalam jawatankuasa itu. Pertama, pengurus kilang di tempat ladang kelapa sawit itu. Kedua ketua peneroka, ketiga pengurus rancangan. Selepas itu kita ada juga Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR). Jawatankuasa-jawatankuasa ini bermuafakat dan bukan kita buat keputusan semberono. Kita ada manual penggredan buah kelapa sawit yang dikeluarkan oleh MPOB bukan kita buat keputusan sesuka hati tentang gred sawit ini. Dalam kes Kemahang 3, para pegawai memaklumkan kepada saya sebenarnya bukan tidak ada langsung penipuan. Padahal gred yang kita bagi itu adalah yang terbaik dan yang sepatutnya diberikan di Kemahang 3. Itu yang berlaku. Kemudian mengenai kaedah-kaedah yang disebut oleh Yang Berhormat itu, FELDA sedang memikirkan tentang hal yang terbaik dan sentiasa memikirkan perkara yang terbaik untuk peneroka. Itu sebab kita ada pelbagai usaha untuk mencari benih yang terbaik bukan hanya benih kelapa sawit, tetapi juga benih yang terbaik untuk getah dan juga tanaman-tanaman yang lain. Terima kasih.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kita melihat peranan FELDA itu dari segi pembangunan hartanah dan kawasan yang terdapat di kawasan saya merupakan antara yang terbesar di Malaysia dan di dunia. Saya risau akan berterusan kes-kes saman ini dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian berhubung dengan kenyataan saman baru yang diutarakan oleh pihak tertentu di akhbar Harakah baru-baru ini tentang kes saman peneroka FELDA di Sungai Koyan 2 dan 3. Saya berharap penjelasan daripada pihak kementerian, adakah ianya menjurus kepada pengurusan tanah yang akan dilibatkan peneroka itu dan ini boleh menjejaskan kredibiliti FELDA dalam pengurusan tanah di negara kita ini. Terima kasih mohon jawapan.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Silam. Di Silam ada satu kawasan FELDA, nama FELDA Sahabat. Keluasan FELDA Sahabat itu lebih kurang sama besar dengan sebuah Negeri Sembilan. Apa yang berlaku baru-baru ini tentang FELDA Sungai Koyan 2 dan 3 dan dilaporkan dalam muka depan sebuah akhbar pembangkang menyatakan bahawa, “FELDA Kalah Lagi.” Sebenarnya laporan itu tidak benar, tidak tepat, tidak betul.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang tadi lawyer tidak hadir. [Ketawa] Lawyer letak jawatan 2007, 2008 patut cari lawyer lainlah. Apa.

Yang ini peguam bela FELDA datang. Dalam kes Koyan ini, peguam bela FELDA datang. Kalau FELDA kalah Ahli-ahli Yang Berhormat, FELDA akan merayu kes ini. Akan tetapi FELDA tidak merayu kes ini sebab keputusan mahkamah sebenarnya menyebut bahawa Felda hendaklah membayar kepada mereka yang tanam semula sawit secara sendiri ini RM1,700 seekar jika mereka mengikuti garis panduan FELDA. Kita selama ini telah memberikan mereka yang tanam semula sawit secara sendiri ini wang RM17,000 untuk 10 ekar itu jika mengikut garis panduan FELDA. Bererti keputusan itu mengesahkan apa yang dibuat FELDA sebelum ini.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Lawyer hadir. Lawyer hadir, lawan jugalah. [Dewan riuh]

Dengarlah sudah cakap tadi.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Suara UMNO.

Tuan Yang di-Pertua

Perkara lain itu Yang Berhormat nanti bincang di luar.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, cara dia jawab FELDA Kemahang, lawyer letak jawatan 2007.

Saya belum habis lagi Tuan Yang di- Pertua.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kes 2008 Januari patut hantar ke lawyer lain. Yang ini dia kata, dia tidak bantah keputusan mahkamah, tidak rayu sebab keputusan itu sama dengan pendirian FELDA. Kalau tidak bantah, kalau sudah sama, patut tidak hantarlah lawyer lawan. [Ketawa]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Menteri kelam-kabut.

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan, teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ya. [Ketawa] Ini cerita pasal Sungai Koyan Yang Berhormat Pokok Sena. Sungai Koyan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Memalukan.

Kerenah Ahli Yang Berhormat itu memalukan yang sebenarnya. [Ketawa] Jadi apa yang berlaku di Sungai Koyan ini Tuan Yang di-Pertua, kes itu FELDA tidak kalah dan kita ingin menasihatkan kepada peneroka-peneroka yang dihasut oleh pihak-pihak yang macam Pokok Sena...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dua-dua kalah. Yang satu tipu, yang ini kecuaian. Dua-dua kalah. Apa.

Supaya jangan menyaman FELDA kerana kalau saman FELDA Tuan Yang di-Pertua. Kalau saman FELDA, kalau tidak saman pun kita bagi juga. [Dewan riuh]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua

Jangan bertengkar Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan bertengkar. Sila teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Pokok Sena sudah Yang Berhormat Pokok Sena.

[Ketawa]

Tidak samanlah.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini, apa? Pusing. Memang ini kuat putar alam. [Ketawa]

Bukti bahawa FELDA bukan kalah lagi sebab kami tidak akan merayu. FELDA tidak merayu kes ini...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Menteri kelam-kabut.

Itu sebab FELDA tidak kalah dalam kes Sungai Koyan ini.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak merayu tetapi lawan kes... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua...

Jangan hendak jadi herolah.

Kita boleh jumpa di luar selepas ini. Hari itu sudah jumpa di luar tidak selesai lagi nampaknya. Kalau tidak dapat jumpa di sini kita jumpa di Galas, insya-Allah.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Boleh, no problem.

Terima kasih, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya. Saranan saya terima. Kamu berjumpa di Galas. [Ketawa]

Yussof bin MahalUMNO · BNLabuan · question

7. Datuk Haji Yusoff Haji Mahal [Labuan] minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah pihak kementerian akan menaik taraf status Lapangan Terbang Labuan kepada berstatus lapangan terbang antarabangsa (international airport) bila mana kerja-kerja menaik taraf fizikal yang menelan belanja ratusan juta lapangan terbang sedia ada siap kelak.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan I · Kudat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Malaysia mempunyai enam buah lapangan terbang antarabangsa iaitu di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Langkawi. Buat masa ini Kementerian Pengangkutan masih belum merancang untuk menaik taraf status Lapangan Terbang Labuan kepada status lapangan terbang antarabangsa. Ini adalah kerana Lapangan Terbang Labuan belum mempunyai sebarang operasi penerbangan antarabangsa berjadual yang merupakan salah satu syarat untuk dinaiktarafkan ke status lapangan terbang antarabangsa. Untuk makluman Yang Berhormat, trafik penumpang antarabangsa di lapangan terbang ini adalah masih rendah, di mana dari tempoh Januari hingga Jun 2010 hanyalah 271 orang penumpang antarabangsa sahaja iaitu penumpang transit yang dicatatkan di Lapangan Terbang Labuan. Bagaimana pun ianya boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat permintaan yang ketara dan terdapat kesediaan daripada syarikat penerbangan. Untuk makluman Yang Berhormat Lapangan Terbang Labuan juga adalah Lapangan Terbang Pertahanan dan Strategik iaitu Pangkalan Tentera Udara Malaysia di Wilayah Malaysia di sebelah Timur. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita realize yang Labuan itu tidak strategik untuk dibuat sebagai lapangan terbang antarabangsa, tetapi kenapa kerajaan membelanjakan hampir setengah bilion

untuk membuat lapangan terbang tersebut? Apa yang kita lihat dengan keadaan Lapangan Terbang Labuan yang ada sekarang Boeing 777 boleh turun dan juga Airbus 330 juga boleh turun. Di mana lapangan terbang tersebut adalah layak untuk dijadikan lapangan terbang antarabangsa. Di mana pada saat ini cuma AirAsia dan juga MAS sahaja yang beroperasi iaitu antara Labuan ke Kota Kinabalu, Labuan-Kuala Lumpur-Labuan dan Labuan -Miri –Labuan. Akan tetapi dengan perbelanjaan yang sedemikian banyak, apakah perancangan kerajaan sebenarnya membangunkan lapangan terbang tersebut yang mana hingga saat ini keempat-empat aerobridge yang telah wujud di lapangan tersebut underutilize. Kadang-kadang satu aerobridge pun payah kita mahu lihat untuk kapal bersandar di situ. Sedangkan kalau kita lihat AirAsia sendiri tidak menggunakan aerobridge. Jadi apakah rasionalnya kerajaan membangunkan lapangan terbang tersebut kalau kita tidak ada perancangan untuk dijadikan lapangan terbang antarabangsa? Jadi soalan saya adalah apakah perancangan kerajaan? Ini macam chicken and egg. Siapa yang didahulukan? Perancangan kerajaan untuk menghidupkan lapangan terbang tersebut yang begitu indah, yang begitu canggih tetapi underutilize. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Seperti mana yang saya jelaskan bahawa memang benar kita telah menaik taraf lapangan terbang antarabangsa ini dan kenaikan taraf ini telah membolehkan Lapangan Terbang Labuan boleh menampung keperluan bagi pendaratan Boeing 737-800 iaitu generasi pesawat yang dikeluarkan dan digunakan oleh Malaysia Airlines dan juga Airbus A320 yang digunakan oleh pesawat AirAsia. Sepertimana yang kita tahu bahawa kedua-dua syarikat penerbangan AirAsia dan MAS telah pun menaik taraf generasi pesawat mereka dan ini memerlukan pemanjangan landasan terbang kepada 2.7 kilometer yang boleh menampung kedua-dua jenis pesawat tersebut dan kita juga boleh menampung Airbus A330 untuk keperluan masa hadapan. Untuk makluman yang Berhormat, seperti mana yang kita tahu bahawa lapangan terbang ini adalah merupakan satu kemudahan infrastruktur yang disediakan bukan sahaja untuk keperluan hari ini tetapi juga adalah untuk keperluan masa hadapan. Oleh sebab itu, apabila kerajaan bercadang menaik taraf lapangan terbang ini, ia adalah mengambil kira kepentingan itu. Seperti mana yang saya jelas tadi juga bahawa sekiranya terdapat peningkatan yang ketara – penduduk Labuan hari ini 100,000 orang, mungkin dalam 10 tahun akan datang menjadi setengah juta dan mungkin dalam 20 tahun akan datang menjadi 1 juta dan keperluan pada ketika itu memang memerlukan kemudahan seperti itu. Seperti mana yang saya jelaskan juga bahawa Lapangan Terbang Labuan ini adalah merupakan lapangan terbang pertahanan dan strategik yang digunakan untuk kepentingan pertahanan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, saya rasa ia agak tidak selari malah bercanggah dengan apa yang kita dengar jawapan berkaitan dengan pelancongan oleh Yang Berhormat Menteri Pelancongan sebentar tadi, yang mengatakan bahawa pelancongan penting, boleh membawa lebih daripada RM50 bilion kepada negara ini, dan oleh itu daripada hasil pelancongan ini peningkatan kemudahan-kemudahan pelabuhan, pengangkutan dan sebagainya boleh kita gunakan hasil daripada keuntungan pelancongan tersebut.

Jadi saya merasakan bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan seharusnya mengambil kira pandangan hebat daripada Yang Berhormat Menteri Pelancongan tadi tentang bagaimana pentingnya pelancongan sehinggakan dunia Eropah G-20 pun mengikut-ikut Malaysia ini dari segi pelancongan yang telah hebat dan keuntungannya. Berkaitan dengan itu, bukan sahaja Labuan saya sarankan supaya dijadikan lapangan terbang antarabangsa, Lapangan Terbang Pangkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan pun seharusnya dijadikan juga sebagai lapangan terbang antarabangsa. Saya masih menuntut janji daripada bekas Yang Berhormat Menteri Pengangkutan untuk memanjangkan landasan Lapangan Terbang Pangkalan Chepa yang sepatutnya bermula pada bulan Jun 2010 yang lalu. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang telah dijelaskan tadi bahawa sememangnya sektor pelancongan ini adalah merupakan satu sektor yang penting di dalam negara kita ini dan ia akan mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara. Di antara kemudahan- kemudahan penyediaan lapangan terbang ini adalah merupakan salah satu daripada inisiatif bagi menjana sektor tersebut. Oleh sebab itu, sepertimana yang saya jelaskan tadi juga bahawa infrastruktur ini adalah juga mengambil kira kepentingan tersebut iaitu sekiranya terdapat permintaan yang meningkat dan keperluan di masa hadapan untuk membawa pelancong ke tempat-tempat atau destinasi-destinasi tersebut, maka perkara-perkara begini atau kemudahan-kemudahan ini telah pun tersedia. Oleh sebab itu, Kementerian Pelancongan mungkin boleh mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk mewujudkan pakej-pakej membawa pelancong ke tempat-tempat begini dan permintaan untuk menjadikannya sebagai gateway, kita boleh mempertimbangkan. Berkaitan dengan Yang Berhormat nyatakan tentang Lapangan Terbang Antarabangsa Pangkalan Chepa, pembinaan dan pemanjangan itu memang sedang pun diuruskan untuk dilaksanakan. Ia akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini. Yang Berhormat boleh berjumpa saya selepas ini.

Azan bin IsmailPKR · PRIndera Mahkota · question

8. Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan cadangan untuk mengawal industri kosmetik tempatan yang telah melangkau sempadan antarabangsa serta melibatkan isu kepentingan awam baik dari sudut ekonomi mahupun keselamatannya.

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. MahathirBERSATU · PHTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I · Jerlun

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-pertua, industri kosmetik tempatan dikawal di bawah; (i) Akta Jualan Dadah 1992 iaitu Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (Semakan Tahun 2009); (ii) ASEAN Cosmetic Directive dengan izin, yang meletakkan keutamaan kepada keselamatan produk kosmetik. Di bawah ASEAN Cosmetic Directive ini, sesuatu produk perlu dilabel dan disertakan senarai kandungan bahan- bahan, tarikh pengeluaran atau tarikh tamat tempoh produk. Syarikat atau perseorangan yang ingin menjual

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. MahathirBERSATU · PHTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I · Jerlun

produk kosmetik perlu membuat notifikasi kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di mana produk berkenan dipasarkan; dan (iii) Guidelines for Control of Cosmetic Products in Malaysia dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, mulai 1 Januari 2008, ASEAN Cosmetic Directive menetapkan semua produk kosmetik yang akan dipasarkan di Malaysia perlu melalui prosedur notifikasi bagi mengganti prosedur pendaftaran yang diguna pakai sebelum ini. Melalui prosedur ini, syarikat yang bertanggungjawab memasarkan produk kosmetik perlu membuat notifikasi kepada Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi sebelum produk berkenaan boleh di kilang, diimport atau dijual. Syarikat yang memasarkan produk kosmetik adalah bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kualiti bagi menjamin kepentingan pengguna. Pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dengan kerjasama Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia bertanggungjawab memastikan produk kosmetik di pasaran adalah berkualiti dan selamat kepada pengguna melalui Program Penguasaan Mutu Produk Kosmetik Bernotifikasi di pasaran yang telah dijalankan secara sistematik dan aktif. Tuan Yang di-Pertua, melalui Sijil Penjualan Bebas (Certificate of Free Sale) dengan izin, yang dikeluarkan oleh pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, pihak industri kosmetik tempatan dapat mengeksport produk mereka ke pasaran luar negara. Certificate of Free Sale juga mengesahkan produk kosmetik boleh dinotifikasi dengan pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan dibenarkan untuk dijual secara bebas di pasaran Malaysia.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, beberapa hari yang lepas kerajaan telah mengumumkan 300 barang yang diimport dikecualikan daripada duti, yang termasuk beberapa items yang ada kaitannya dengan industri kosmetik. Kita tahu industri ini memang sangat menguntungkan. Kita ada beberapa orang tokoh yang telah diisytiharkan sebagai jutawan kerana terlibat dalam industri kosmetik tetapi malangnya ada sebahagiannya dibunuh pula itu. Kita berharap perkara itu akan diselesaikan segera. Namun, apa yang mustahak di sini Tuan Yang di-Pertua, barang-barang asas ataupun raw material dengan izin yang sepatutnya digunakan ini, nampak gaya tidak dikawal. Setakat ini Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu kawalan ini di bawah Akta Kawalan Dadah dan juga ASEAN Cosmetic Directive. Apakah langkah atau cadangan kita untuk mengawal dari segi kandungannya menepati standard halal yang sepatutnya kita lihat untuk kegunaan rakyat kita sekali gus kita nyatakan dalam 300 items ini termasuk barang-barang yang kita lindungi dan kita lihat dari segi kehalalannya? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan tersebut. Memang benar bahawa kita sentiasa melihat bagaimana untuk mengawal bahan mentah yang digunakan untuk pengilangan produk-produk kosmetik ini dan kita pastikan bahawa segala benda yang digunakan sebagai ramuan itu tidaklah melanggar sebarang peraturan yang kita laksanakan di sini termasuklah penggunaan bahan-bahan toksik seperti “lead” dan sebagainya.

Oleh kerana itu, mengikut peraturan kita akan memeriksa produk-produk ini apabila menerima sebarang aduan daripada pengguna dan sekiranya didapati bahawa terdapat bahan-bahan toksik ini, maka produk tersebut tidak akan lagi dibenarkan dijual di pasaran. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan-pertanyaan jawapan lisan berakhir. Menteri sila usul. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 20 Oktober 2010.”

Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji ApdalWARISANMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Semporna

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. [Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2011 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2011Bill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2011 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan- tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah- jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan

tujuh dan lapan senarai tersebut.” [18 Oktober 2010] Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong, 12 minit lagi Yang Berhormat Kepong. Sila.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, semalam saya ada sebutkan mengenai iaitu suasana pelaburan di negara ini. Kita mesti mengkaji suasana yang baik untuk pelaburan kerana kita nampak para pelabur sanggup melaburkan wangnya di Vietnam, di Laos, di Cambodia dan juga di Myanmar. Kita mesti mengkaji kenapa ini berlaku. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Pada saya faktor-faktor yang penting ialah termasuk kestabilan, efficiency, tiada birokrasi, integriti, dasar, komitmen dan sumber manusia. Saya nampak di dalam bajet pun ada itu usaha untuk memantapkan perkhidmatan awam termasuk mempermudah berurusan dengan agensi kerajaan dengan adanya inisiatif MyCoID Gateway. Ini memang saya harap langkah ini boleh membawa kesan yang baik. Walau bagaimanapun kita mesti mempertingkat usaha seumpama ini untuk menghapuskan birokrasi. Di sini juga saya nampak Yang Amat Berhormat

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

menyebutkan bahawa Permodalan Nasional Berhad akan mula membangunkan program projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka di sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Di sini saya hendak sebutkan bahawa hanya bangunan yang tinggi sebagai mercu tanda memang baik dari segi pada zahirnya. Akan tetapi, pada hakikatnya kita mesti mempertimbangkan semula adakah itu manfaat boleh sampai kepada orang ramai besar-besaran ataupun faedah itu akan diberi kepada golongan yang kecil sahaja. Ini memang satu perkara yang perlu kita fikir dengan masak-masak. Kita pun tahu Menara Berkembar Petronas 88 tingkat pun pada satu ketika menjadi satu menara yang tertinggi. Kemudian itu Burj Khalifa di Dubai sudah menjadi yang tertinggi dengan 492 meter tinggi. Ini mercu tanda sekarang itu akan menjadi yang tertinggi di Malaysia. Adakah ini akan menggantikan Menara Kembar Petronas. Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, dengan tradisi ini adakah ini akan menjadi satu tradisi bagi Perdana Menteri baru. Tun Mahathir membina menara 88 tingkat. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib 100 tingkat dan seterusnya tidak kembar nampaknya. Kembar tigalah mungkin. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib 100 tingkat seterusnya Perdana Menteri yang baru 120 tingkat, 140 tingkat. Ini tradisi menara tinggi dan kalau kita kirakan negara-negara seperti Singapura dia mampu membina bangunan 100 tingkat akan tetapi dia tidak. Singapore ialah salah satu pusat kewangan dunia, salah satu pusat kewangan perkhidmatan, service centre of the world. Apabila kita bangunkan menara ataupun itu Warisan Merdeka siapakah pakar-pakar akan datang. Mungkin ada setengah-setengah pakar itu datang daripada pusat perkhidmatan Singapura juga... Ini kita mesti perlu fikir dengan masak-masak. Mengapa Switzerland tidak membina bangunan tinggi 100 tingkat? Ya, itulah...

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Adakah Yang Berhormat Kepong bersetuju dengan saya bahawa Menara Merdeka setinggi 100 tingkat berbandingkan dengan Burj Khalifa ini, Dubai tower 162 tingkat tingginya 828 meter. Berbandingkan kos mereka belanja hanya US1.5 bilion sahaja. Tukar wang asing hanya RM4.65 bilion. Akan tetapi, Menara Merdeka ini kos dia RM5 bilion. Saya tidak masuk akal bahawa 162 tingkat kos hanya RM4.65 bilion.

Malaysia Boleh!

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

100 tingkat RM5 bilion.

Malaysia Boleh!

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Macam mana ini langsung tidak masuk akal. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa projek ini harus dibatalkan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat mesti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mesti mempertimbangkan semula projek seumpama ini. Mesti mempertimbangkan semula sama ada ini baik untuk negara ataupun tidak. Saya sebutkan mengenai Switzerland, dia tidak membina bangunan begitu tinggi sebaliknya di gali untuk terowong rel Gott Hart. 57 kilometer panjangnya di bawah Gunung Alpine dan mengambil 14 tahun tanpa berbelanja berpuluh bilion euro.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Di sini dibuat macam itu kerana setiap hari daripada Utara Eropah kepada Selatan Eropah itu lori-lori besar yang membawa barang-barang itu 3,000 setiap hari. Ulang-alik setiap hari 3,000 dan dengan adanya terowong yang sedemikian itu semua barang-barang daripada negara Utara dan Selatan Eropah boleh melalui terowong ini pada tahun 2017. Ini akan memberi manfaat kepada orang di Switzerland, kepada orang di Utara dan Selatan Eropah.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Akan tetapi di sini kepada siapa menara seratus tingkat ini akan memberi? Hanya segelintir orang. Mungkin saya pun akan naik juga bila dia dibina tetapi untuk saya bukan orang ramai. Itu masalah kita.

Boleh Yang Berhormat Kepong? Mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Kepong sebelum Yang Berhormat bagi masa mencelah Yang Berhormat ada empat minit lagi, ya.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya bagi Yang Berhormat Bukit Bintang itu satu.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Pendek aje, ya.

Kuala Krau satu, ya.

Yang Berhormat Kepong takut.

Boleh Yang Berhormat Kepong? Boleh, ya.

Takut Yang Berhormat Kepong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, sila Yang Berhormat Maran. Cepat sikit.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya... Yang Berhormat Kepong ini Tuan Yang di-Pertua, saya hormat dia sebab dia antara orang yang baik. Akan tetapi jangan terpengaruh Yang Berhormat Kepong dengan pendapat sebahagian besar daripada pembangkang. Ada sahaja projek kerajaan apabila dibuat oleh Barisan Nasional dan kerajaan ini semua tidak betul. Yang Berhormat Kepong, saya hendak tanya tinggi rendah bangunan ini tidak penting tetapi faedahnya esok. Faedahnya melalui mungkin peluang tempat perniagaan, ruang niaga yang boleh digunakan oleh peniaga-peniaga kita, yang penting untungnya esok kepada kita dan kembali kepada rakyat. Umpama contoh kereta nasional dahulu semua orang hina. Tun Mahathir bekas Perdana Menteri dihina. Hari ini Putrajaya, dulu membazir hari ini semua hendak rebut termasuk Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Minta pandangan. Terima kasih. [Ketawa]

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Yang Berhormat Maran menjadi mereng sekarang. [Ketawa]

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Mereng sudah.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tadi saya pun ada tanya... [Disampuk]

Yang Berhormat Kepong merapu kah?

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Apa faedah akan disampaikan kepada orang ramai? Di sini kita pun nampak usaha pihak kerajaan untuk mewujudkan Talent Corporation, National Talent Blueprint. Saya berharap akan membawa kesan untuk menarik bakat-bakat daripada seluruh negara terutamanya orang- orang Malaysia. Bukan menarik mereka balik dan terus menahankan mereka daripada berhijrah lagi. Ini memang saya berharap Talent Corporation boleh berbuat demikian. Dengan ini kalau kita ada RM5 bilion itu kita membina satu universiti yang baru yang tidak ada kerumitan dengan warisan feudal, mentality dan sikap yang tidak begitu sihat kerana apabila kita menarik bakat pakar daripada luar negeri sampai ke institusi kita, universiti kita dia nampak suasana dan sikap tidak begitu baik. Mungkin dia tidak boleh tahan dia berhijrah balik ke negara yang lain. Ini memang kita mesti, saya mahu mencadangkan supaya pihak kerajaan pusat menyusul kepada orang-orang yang kembali ke negara ini, kita tengok apakah implikasi dan kerumitan serta masalah yang dihadapi oleh mereka. Itu caranya. Bukan sahaja setakat mengadakan syarikat talent sahajalah. Kita memang menyusul kepada semua ini untuk mengetahui orang yang kembali ke negara ini. Apakah masalah yang dihadapinya dan bila kita membina satu universiti baru dengan Naib Canselornya itu kita ambil pemenang Nobel, hadiah Nobel ataupun bagi orang-orang yang memang pandai, pakar-pakar untuk menjadi Profesor, untuk menjadi pensyarah. Satu suasana yang baik yang sihat yang sesuai untuk pakar-pakar ini. Mungkin RM5 bilion itu akan membawa manfaat yang lebih besar dan di sini Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masa Yang Berhormat sudah habis.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Saya pun tahulah. [Ketawa] Saya pun tahu, saya akan menamatkan ucapan saya, the system must reward people for doing good work. Apa sistem pun. [Disampuk]

Dato’ Seri Anwar IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

[Beredar meninggalkan Dewan]

Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Permatang Pauh pun sudah lari tidak mahu dengar.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Kerana ada kacau lanjutkan lima minit lagilah. Kacau sangat. Di sinilah saya berharap cadangan-cadangan saya boleh diambil kira oleh pihak kerajaan pusat. Jangan difikirkan bengkok tebu itu, bengkok pula manisnya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Kalabakan.

Ganti- gantilah. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya bersama-sama rakan yang lain ingin mengambil bahagian dalam ucapan Belanjawan 2011. Tuan Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2011 berbilion-bilion ringgit dibagi kepada negeri Sabah dan

Sarawak. Bagi negeri Sabah dalam ucapan, kita nampak bahawa di Sabah dan Sarawak jalan luar bandar RM2.1 bilion bererti kalau separuh pun RM1 bilion lebih satu negeri. Kemudian ada RM1.5 bilion lagi untuk bekalan elektrik luar bandar. Jadi bererti RM2.5 bilion untuk tahun depan. Saya pelik sedikit kerana berbilion-bilion ini diumumkan, bolehkah dibelanjakan dengan sistem penyampaian kita yang begitu jelik sekali. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, dalam lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Sabah 16 September yang lalu sewaktu juara rakyat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan untuk Sabah ada RM6 bilion lagi. Berbilion-bilion bolehkah kita belanja? Jadi, saya mahu tahu kewangan seperti banyak begini disalurkan kepada kerajaan negeri Sabah atau Sarawak atau diumum begitu sahaja. Kewangan ini semuanya dipegang oleh Jabatan Perdana Menteri. Saya pelik. Rancangan Malaysia Kesembilan, hingga hari ini berakhir tahun 2010 ini lebih kurang RM4 bilion tidak dibelanjakan. Apa erti semua ini? Rakyat Sabah apabila dengar bilion-bilion dia semua gembira. Jadi, saya mungkin dianggap sebagai pembangkang tetapi bukan. Saya bukan pembangkang, saya hanya menyuarakan hasrat, isi hati rakyat Sabah. Berbilion-bilion tetapi tidak nampak di mana berbilion-bilion itu jatuh. Ini Tuan Yang di-Pertua penting kerana orang Sabah, mereka mahu tahu. Jadi, kita minta dalam penjelasan Yang Berhormat Menteri nanti diberitahu berbilion-bilion bererti Tuan Yang di-Pertua, diumum dalam bajet untuk elektrik luar bandar RM1.5 bilion. Ini elektrik luar bandar. Jalan luar bandar RM1 bilion, RM2.5 bilion diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Sandakan bulan September yang baru lalu RM6 bilion, RM8.5 bilion sudah. Kemudian RM4 bilion untuk Rancangan Malaysia Kesembilan ini tidak dibelanja RM4 bilion bererti RM12.5 bilion. Jadi, rakyat Sabah minta saya tanya dalam Dewan Rakyat ini, mereka mahu tahu sebab Sabah ini dianggap fixed deposit bagi Barisan Nasional. [Dewan riuh] Berbilion-bilion, jadi kita mahu tahu mana kewangan ini disalurkan kepada kerajaan negeri atau masih lagi dipegang oleh ICU Jabatan Perdana Menteri, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua saya ingin sentuh di sini berkenaan Tabung Haji. Tabung Haji yang kita ada ini, yang dijaga oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, tidak ada sistem sama sekali. Tidak ada sistem sama sekali! Saya boleh cabar kerana bila rakyat mahu pergi naik haji, mesti ada kuota baru boleh dapat naik haji. Jadi, orang Sabah kata – Orang Sabah kata, bukan saya kata, “Eh! Ini Barisan Nasional mahu masuk syurga pun mereka mahu beri kuota kah?” [Ketawa] Masuk syurga, mahu minta kuota. Dalam rukun Islam ini, kita tahu satu syaratnya ialah naik haji. Mereka tidak boleh naik haji kerana dikontrol oleh kerajaan. Siapa yang tanggung dosa mereka apabila mereka tidak naik haji? Ini saya mahu tahu juga. Yang Berhormat Menteri daripada Jabatan Perdana Menteri beritahu kepada saya, siapa mahu tanggung ini semua? Mereka tidak ada sistem. Dalam TV kita nampak ada ramai rakyat yang diberi peluang untuk bersuara dalam TV mengatakan, “Kita sudah lima kali naik haji. Kita sudah enam kali naik haji.” Kenapa mereka boleh empat, lima, enam, sepuluh kali naik haji? Mereka ini tidak pakai kuota kah? Ini kerana kita tidak ada sistem. Sepatutnya, Tabung Haji – saya mahu ajar sedikit di sini, ada sistem. Sekarang canggih, ada IT. Jadi kita mahu supaya pakai IT, kalau orang sudah naik haji dalam masa lima

tahun itu, dia tidak boleh naik lagi. Kuota itu diberi kepada orang yang belum. Ini saya cadangkan kerana ini orang cakap, orang kata. Jadi kita sebagai Ahli Parlimen, kita malu rakyat cakap kita, “Ahli Parlimen pun tidak boleh beri kuota.” Dia kata. Apabila kita kemukakan kuota, minta kuota, kuota tidak ada. Sebanyak 35,000 kuota diberi Arab Saudi kepada Malaysia. Saya mahu tahu ke mana 35,000 kuota ini diguna. Siapa yang kuasa kuota ini? Hartawan, pengarah-pengarah Tabung Haji atau pegawai-pegawai Tabung Haji, berfikiran mereka suka-suka beri kepada siapa kawan mereka. Kalau inilah, saya fikir, pengarah dan pegawai yang bertanggungjawab ini ‘chalo’ lah kerana ini orang marah kepada kita Tuan Speaker. Orang marah. Di Sabah tahun ini, kita baru dapat 1,000 kuota di seluruh Sabah. Walhal kita mendapat 35,000 kuota diberi Arab Saudi kepada Malaysia ini. Kenapa Sabah tidak diberi tiga kah, dua kah? Kalau diberi dua pun, 13 negeri baru 26,000 sahaja. Bukannya banyak. Berilah. Kalau lain...

[Bangun]

Saya hanya – setengah jam sahaja.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Kebelakangan ini kita nampak yang ikut kuota ialah orang yang hendak ikut dengan Tabung Haji di atas Muassasah. Akan tetapi melalui pakej, maka kuota itu tidak terikat. Apabila untuk pergi dengan pakej, bila pun kita boleh dapat. Apakah Yang Berhormat Kalabakan setuju bahawa pengurusan Tabung Haji kebelakangan ini kita nampak agak lari daripada asas untuk beri kemudahan kepada jemaah haji untuk pergi menunaikan ibadah kepada lebih nampak berorientasikan kepada perniagaan ataupun business. Apakah Yang Berhormat setuju?

Itu saya belum sampai ke sana tadi. Sebenarnya semua ada dalam saya punya otak. [Ketawa] Bukan catatan, saya punya otak Tuan Speaker. Itulah kita katakan, Tabung Haji ini berfikiran untuk niaga! Untuk niaga Tuan Yang di-Pertua. Pakej Zamrud, pakej ini, Pakej Am. Semuanya berniaga. Kalau sekiranya Pakej Zamrud RM37,000, 1,000 orang pun boleh pergi, dia beri ini hari. Berbagai-bagai pakej dia kerana mahu berniaga Tuan Yang di-Pertua. Jadi, apa macam? Orang miskin, RM10,000 pun dia kais pagi makan pagi, kumpul RM10,000 Tuan Yang di-Pertua, untuk pergi Muassasah. Yang murah mereka mahu. Kenapa, Tabung Haji untuk orang-orang kaya sahaja kah? Saya kira bukan. Jadi, kita mintak supaya sistem ini diubah sama sekali. Kita mahu ubah kerana Tabung Haji ini - rakyat menabung, mereka mahu naik haji bukannya mereka mahu pakej-pakej yang mahal untuk naik haji. Tuan Yang di-Pertua, ada lagi satu Pakej Am, VVIP yang pergi. [Disampuk] Al-Maas itu dibayar. Mahal, dekat RM100,000. Akan tetapi Pakej Am ini, VVIP yang pergi, kawan-kawan yang pergi, anak saudara yang pergi, bayar RM10,000, semua first class. Di mana kita boleh terima ini Tuan Yang di-Pertua? Ini makan hak rakyat orang Islam yang menabung dalam Tabung Haji. Jadi, kita

minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri campur tangan supaya ini diberhentikan. Ini kerana kita tidak mahu kita nanti kita dianggap sebagai Tabung Haji ini berniaga baru boleh dapat kuota. Saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri campur tangan untuk supaya tiap-tiap negeri diberi kuota. Ini kerana kalau kita beri sesuka hati Tabung Haji, pengarahnya dan macam- macam dia, setiap tahun pergi naik haji, mungkin free lagi. Mana boleh. Kita makan hak rakyat, kita tidak boleh terima ini semua. Tuan Yang di-Pertua, biasanya bila ada musibah – tajuk lain. Tabung Haji Cukup. Apabila ada musibah, rakyat menderita tetapi bantuan lambat sampai. Jadi Yang Berhormat ‘Menteri Kebajikan’ mungkin ubah sikap, ubah cara. Jangan kita nampak macam-macam idea tetapi tidak sampai ke bawah. Ahli-ahli Parlimen bukan sahaja pembangkang, Parlimen Barisan Nasional pun bermasalah tentang ini. Bermasalah kata orang Tuan Yang di-Pertua. Kebakaran, banjir, bantuan sardin, gula, tepung, beras, minyak. Mana! Ini cara lama. Cara lama. Kita mahu bukan diberi makanan. Wakil rakyat, Ahli Parlimen boleh beri makanan tiga hari. Mungkin tiga hari sahaja. Selepas itu, kita mahu supaya kerajaan beri kemudahan kebendaan seperti wang tunai yang diperlukan. Wang tunai! Saya simpati kepada Wakil-wakil Rakyat kerana mereka ini tertekan. Kita cakap yang besar-besar tetapi kita tidak boleh memberi apa juga kepada rakyat yang menderita ini. Bukan setakat kumpul di dewan, diberi makanan, diberi minuman, diberi pakaian rombeng. Bukan itu, yang penting saya cadangkan di masa-masa akan datang kita beri cash satu keluarga RM500 atau RM1,000 untuk mereka dapat memulakan kehidupan mereka sekali. Ini penting Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, di Tawau dahulu Jabatan Kebajikan Masyarakat ini di dalam bandar Tawau.

Orang datang dari kampung, dari pulau, dari mana-mana, turun di Tawau terus Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekarang Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah dipindah 6km daripada Tawau. Ini menyusahkan rakyat kerana sudah pindah. Dari pulau pakai bot datang, naik teksi, pergi 6 km. Lepas itu tidak selesai urusan, bot yang mahu balik pulau sudah tidak ada. Teksi pun tidak ada pergi kampung. Bas pun susah mahu dapat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh kah tidak? Boleh minta penjelasan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya. Terima kasih. Saya berkongsi masalah dengan Yang Berhormat. Mana logik akal, sudahlah pejabatnya jauh, bantuan yang diberi RM80, RM100. Macam mana hendak hidup dalam dunia pada hari ini. Semua harga barang meningkat, keperluan meningkat. Jadi, apakah Yang Berhormat ingin mencadangkan agar kementerian mengkaji bantuan-bantuan kepada ibu tunggal, OKU, orang tua ini dinaikkan? Jangan lagi berpuluh-puluh tahun, RM80 lagi. Minta penjelasan Yang Berhormat.

Saya katakan 6km dari bandar Tawau. Ini di Tawau yang saya cerita. Tidak cerita di tempat lain, di Tawau saya tahu 6km. Sampai daripada Wallace Bay pakai bot, tambang RM20. Daripada Tawau pergi Jabatan Kebajikan tidak ada bas, pakai teksi RM10. Jumlahnya RM30. Kemudian, tidak selesai masalah kerana banyak yang turun waktu tiap- tiap bulan tidak selesai masalah. Di mana mereka ini mahu tinggal? Kalau mahu

tinggal pun mungkin tinggal di hotel yang paling murah RM10. Sudah RM40. Mereka terima ada yang RM80. Jadi tinggal RM40. Jadi, macam mana Tuan Yang di-Pertua? Jadi, kita minta - pertanyaan saya, mengapa Jabatan Kebajikan Masyarakat di Tawau dipindah 6km daripada bandar Tawau yang menyusahkan rakyat. Kerana apa Tuan Yang di-Pertua? Orang yang punya kedai di batu enam itu orang kaya punya. Mungkin pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat ini terima sogokan untuk pindah. Jadi, saya cakap dalam Parlimen. Saya minta SPRM siasat betulkah ini? Kalau tidak, minta balik ke bandar Tawau. Jadi, saya mintalah Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, banyak rungutan-rungutan di mana kita mahu kerajaan ubah sistem. Ada banyak sistem yang kita mahu ubah. Satu daripadanya Tuan Yang di-Pertua, kerajaan apabila ada di antara kakitangan mereka tidak berupaya, maksudnya waktu dia bekerja sehingga umur 45, 47, dia sudah paralyze, sudah tidak boleh kerja. Akan tetapi masalah yang dia hadapi ialah dia hanya boleh terima dia punya pencen apabila sampai 55 tahun. Ini tidak munasabah Tuan Yang di-Pertua. Yang baiknya, kalau boleh bila dia paralyze, dia bekerja dengan kerajaan sudah begitu lama, pencen dia dikira waktu dia sudah tidak bekerja. Cases memang banyak. Jadi, tidak apalah, kita menolong kepada mereka. Jangan sampai mereka datang, minta macam-macam, kita aniayai mereka. Jumpa Ahli Parlimen, Ahli Parlimen tidak ada peruntukan. Jadi, macam apa? Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita minta supaya sistem ini kita ubah. Apa juga cara sistem, jangan kita cakap dasar. Dasar ini kita buat dan kita minta dasar ini kita ubah untuk kebajikan rakyat jelata. Tuan Yang di-Pertua, di Tawau seperti mana yang saya soal kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri tadi, kawasan luas, jenayah banyak. Apabila kita tanya, anggota polis tidak cukup. Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri kata jenayah turun di Sabah. Akan tetapi, jenayah turun, jenayah yang dilaporkan. Ada banyak jenayah yang tidak dilaporkan. Orang datang dari Sungai Nyamuk, dari Seberang - Indonesia buat jenayah di Tawau dan kemudian waktu itu juga dia balik. Jadi, itu tidak dilaporkan. Hendak laporkan di mana? Jadi, kita minta apa juga masalah yang dihadapi oleh kerajaan, peruntukan diberi untuk beri kemudahan kepada anggota polis. Jangan kita beri kereta Wira, Proton Saga untuk polis, ini memalukan. Berilah ‘4 wheel drive’ supaya mereka ini boleh kejar penyamun, perompak ini hingga ke dalam hutan. Ini kita beri Proton. Proton memang tidak ada upaya. Jadi, kalau saya polis pun saya katakan tidak upaya sebab kereta saya tidak boleh masuk hutan, apatah lagi kereta Kancil. Jadi, Tuan Yang di-Pertua tolong. Sudah berapa kali saya kemukakan di sini. Kita minta supaya perkara ini diselesaikan dengan segera. Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya akur kepada masa. Maka, saya ingin menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sepanggar.

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin berbahas pada pagi ini mengenai Bajet 2011. Dalam

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

usaha kerajaan mendapatkan per kapita penambahan 6.1%, kita tahu bahawa dalam 6.1% ini, ia berjumlah RM28,000. Dari segi penduduk pada ketika ini yang hampir 29 juta, apakah ini sebenarnya menunjukkan bahawa kemiskinan itu betul-betul sifar di mana kita tahu bahawa di Sabah ini yang digelar sebagai satu negeri yang termiskin iaitu 17% kemiskinannya. Ini bererti dalam 3.1 juta penduduk di Sabah dan 17% ini sudah bererti setengah juta adalah di kalangan termiskin di Sabah. Apa yang kita soalkan di sini ialah apakah kesudahannya dengan penduduk terutama sekali yang di luar bandar di Sabah ini yang masih dibelenggu dengan kemiskinan. Kita tidak nafikan dan kerajaan juga tidak nafikan tetapi bagaimanakah, apakah cara kita untuk mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan ini? Di Sabah, tadi kita dengar daripada Yang Berhormat Kalabakan berjuta- juta, berbilion-bilion ringgit diperuntukkan kepada Sabah. Malangnya, kita dapat lihat di hadapan mata kita di Sabah ini, semua itu tidak dijelaskan dan tidak ada pelaksanaan yang betul-betul kita dapat jelaskan nampaknya. Contohnya, infra asas jalan raya begitu teruk sekali. Infra pertanian juga begitu teruk sekali. Kita tidak dapat lihat apa sebenarnya. Adakah ini ada kemajuan yang diberi bagi penduduk Sabah. Kita mempunyai 3.1 juta penduduk dan kita tidak dapat lihat betul-betul apakah usaha kerajaan untuk beri kemudahan kepada rakyat di Sabah.

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Malahan setiap hari kita dapat lihat kemiskinan itu makin teruk, lebih-lebih lagi dengan orang-orang yang kita tidak tahu daripada mana asal usul mereka. Orang-orang asing yang datang di negeri Sabah. Baru-baru ini bila kita dapat jawapan daripada kementerian, kita dapati bahawa di Sabah kita ada hampir setengah juta penduduk lain-lain bumiputera. Kita tidak tahu daripada mana penduduk lain-lain ini sedangkan kita punya suku-suku memang sudah sedia ada di Sabah. Akan tetapi masih ada dicatat dalam populasi di Sabah ini lain-lain suku. Apakah sebenarnya kedudukan ini? Adakah lain-lain suku ini, adakah ini daripada orang asing ataupun penduduk asal dari Sabah? Ini yang kita minta penjelasan. Ini kerana sekiranya kita tidak dapat penjelasan yang betul-betul mantap. Maka apa akan jadi kepada generasi kita yang akan datang ini? Anak-anak generasi yang akan datang ini. Mereka tidak mempunyai suku kaum. Kita ada suku kaum bumiputera tetapi malangnya suku kaum bumiputera ini akan – kalau suku kaum lain-lain ini yang membiak begitu cepat sekali. Maka satu hari mungkin tidak lama, suku kaum bumiputera ini akan jadi pelarian di negeri sendiri, akan jadi setinggan di negeri sendiri di Sabah. Maka inilah sebenarnya kita mempunyai beberapa kementerian yang menjaga untuk memastikan bahawa kemiskinan ini dapat ditangani. Akan tetapi malangnya pelaksanaan ini tidak dapat dijalankan. Begitu juga kita dapat lihat dalam infrastruktur yang lain, contohnya pembinaan loji. Di mana dalam bajet ini pembinaan loji kuasa kitar padu gas 300 megawatt di Kimanis. Ini kita sangat-sangat ucap terima kasih tetapi apa sudah jadi dengan kesudahan penjana elektrik yang menggunakan arang batu di Sinakut? Oleh kerana tidak ada keputusan yang muktamad daripada kerajaan sama ada itu dimansuhkan atau masih dijalankan. Maka ini sebab rakyat di Sabah sangat keliru mengenai perjalanan kerajaan. Satu ketika mereka mengatakan bahawa mereka akan gunakan Laporan EIA. Pada satu ketika masih lagi mereka katakan bahawa projek itu akan dijalankan, akan diteruskan. Jadi dimanakah ketetapan kepada kerajaan untuk rakyat di negeri Sabah ini?

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Begitu juga dengan Empangan Tambatuon di Kota Belud. Pada ketika ini tidak ada ketetapan sama ada dijalankan atau tidak jalan. Apa yang kita tahu bahawa kementerian telah mengumumkan peruntukan itu dan mereka telah mendesak bahawa empangan itu diteruskan. Sedangkan yang kita dapat lihat pada ketika ini keperluan itu tidak begitu mendesak. Masih kita dapat penanaman padi di Kota Belud dan pada ketika ini kerajaan telah pun memperuntukkan untuk jelapang padi di Kota Belud. Belum pun ada kesan-kesan yang Empangan Tambatuon ini diteruskan tetapi sudah pun dikatakan bahawa mereka mendesak untuk diteruskan. Begitu juga dengan Empangan Kaiduan di Ulu Papar. Pada ketika ini kita mempunyai cukup air untuk rakyat tetapi masih juga empangan ini diteruskan. Seolah-olah projek mega ini hanya untuk mendapat keuntungan bagi segelintir rakyat dan tidak bagi kebaikan untuk rakyat keseluruhan di negeri Sabah. Pada ketika ini memang kita tidak nafikan bahawa kerajaan bagi peruntukan di negeri Sabah. Malangnya kita hampir-hampir tidak dapat penjelasan oleh kerana peruntukan itu hanya diberi kepada kroni-kroni. Hanya diberi kepada kontraktor- kontraktor gergasi daripada semenanjung dan orang-orang ataupun kontraktor- kontraktor di Sabah ini tertinggal, sehingga yang mempunyai Kelas F pada ketika ini semua tidak mempunyai kerja. Kita harap bahawa dengan peruntukan PIAS dan PIA ini juga sedikit dapat sebanyak membantu kontraktor-kontraktor Kelas F di Sabah ini. Malangnya kita tidak dapat penjelasan di dalam peruntukan ini, berapa jumlahnya yang diperuntukkan untuk negeri Sabah ini? Maka kerana itulah kita minta supaya sekiranya diberi peruntukan bagi negeri Sabah, bagilah peruntukan yang jelas supaya kita dapat melihat betul-betul projek itu dapat dilaksanakan di negeri Sabah. Pada pengumuman peruntukan bajet ini, di mana satu projek mega bagi kawasan Karambunai di Nexus yang membelanjakan berbilion ringgit, usaha swasta untuk mengusahakan ecotourism ini, kita sangat-sangat menggalakkan. Akan tetapi dengan kerajaan untuk memperuntukkan lagi RM100 juta khas untuk projek ini sahaja, saya rasa ini tidak berbaloi. Oleh kerana sudah ada peruntukan daripada usahawan-usahawan. Kenapa pula kerajaan hendak tambah lagi RM100 juta? Adakah tidak baik sekiranya RM100 juta dibagi kepada luar bandar yang masih memerlukan banyak infrastruktur. Kita tidak dapat membangun, kita tidak dapat mengeluarkan kemiskinan rakyat Sabah ini. Sekiranya infrastruktur ini tidak di baik, infrastruktur ini tidak dijalankan untuk perjalanan rakyat untuk memasarkan hasil pertanian mereka ini. Inilah sebab masalah ini tidak akan selesai sekiranya kerajaan tidak betul-betul mengambil satu inisiatif yang betul-betul menyeluruh dan buat tinjauan kepada setiap daerah di negeri Sabah ini.

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Kita sangat-sangat sedih kerana sekiranya peruntukan ini yang telah diperuntukkan tidak dilaksanakan tentu sekali ini akan mengecewakan rakyat dan rakyat tentu sekali akan mengambil tindakan. Maka inilah sebenarnya masalah kita di Sabah yang sangat-sangat memerlukan pelaksanaan yang menyeluruh dan yang penting bagi rakyat ialah supaya mereka dapat setiap apa jua yang mereka buat ada hasilnya. Tidak guna mereka bercucuk tanam di luar bandar sekiranya hasil itu tidak dapat dipasarkan. Inilah kejadian pada ketika ini. Pengangkutan untuk ke bandar lebih mahal lagi dari hasil daripada pertanian mereka ini. Maka inilah sebenarnya bagi rakyat di negeri Sabah supaya dalam bajet - jangan ini sebagai satu bajet tinggal bajet

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

sahaja tetapi pelaksanaan itu mestilah dilaksanakan dengan betul-betul tepat di tempat yang sesuai. Sekarang ini selalunya jalan-jalan raya sama ada di jalan persekutuan di Sabah ataupun jalan raya negeri tidak dapat dilaksanakan, tidak dapat diperbaiki disebabkan tidak ada kewangan yang diperuntukkan kepada negeri. Baru-baru ini ada kawasan-kawasan yang kebanjiran, kawasan di jalan Tuaran. Kita sering kali dilanda kebanjiran atau air bah disebabkan tidak mempunyai saluran air ataupun parit-parit yang begitu baik sekali. Ini disebabkan tiada peruntukan. Apabila kita bertanya kepada Jabatan Kerja Raya Negeri, mereka katakan tidak ada kewangan sedangkan di pusat mengatakan ada banyak kewangan, ada peruntukan. Siapa yang perlu kita persalahkan? Adakah kepada pegawai-pegawai JKR tersebut yang mengatakan mereka tidak mempunyai kewangan? Ini saya rasa tidak harus kita lihat oleh kerana sekiranya Kerajaan Pusat telah memperuntukkan wang tentu sekali mereka harus salurkan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan untuk menyelenggarakan kerja-kerja ini. Di JKR kita nampak dalam bulan Januari sehingga Julai mereka tidak mempunyai kerja oleh kerana tidak ada peruntukan. Akan tetapi apabila peruntukan datang pada bulan Oktober atau November, bagaimana mereka akan selesaikan penyelenggaraan ini? Inilah yang kita minta dan mohon kepada Kerajaan Pusat supaya mengambil tindakan yang munasabah dan cepat untuk membaik pulih semua masalah-masalah yang kita ada di Sabah ini. Semalam di Kampung Lembaga Padi dilanda kebakaran. Lebih daripada 300 buah rumah telah musnah, malangnya Jabatan Kebajikan tidak dapat memberi bantuan dengan segera disebabkan kewangan, sedangkan pada pagi tadi pukul 8.00 pagi mereka sedang mencari makanan. Bagaimana kita boleh memberi kepada lebih kurang 1,000 mangsa di kawasan Likas ini? Terpaksa kita cari penderma-penderma. Sekiranya Jabatan Kebajikan yang selalu prihatin kononnya kepada rakyat, ini tidak seharusnya berlaku. Mereka harus dengan serta-merta memberi peruntukan sekurang-kurangnya memberi makanan kepada rakyat. Ini kejadian semalam. Apa akan terjadi kepada kawasan yang telah musnah dengan api itu? Kita pun belum tahu apa sebenarnya. Jabatan Kebajikan yang akan membantu. Inilah sebenarnya kita mohon kepada jabatan daripada pusat supaya segerakanlah bantuan ini. Pada hari ini juga kita minta supaya segerakan bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Lembaga Padi, Likas ini. Saya sedang memperhatikan ini. Sekiranya ini juga tidak dapat diberi dengan serta- merta maka tidak ada gunanya kita mempunyai kebajikan.

Boleh mencelah Yang Berhormat?

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Ya.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dan simpati dengan isu yang dibawa oleh Yang Berhormat tetapi sebagai bekas pegawai awam dan Ahli Parlimen saya tidak menafikan usaha yang dibuat oleh kebajikan. Kita tidak boleh nafikan. Banyak di tempat-tempat yang berlaku kemalangan seperti ini dan mereka cepat turun bahkan tengah malam, pagi dan sebagainya. Saya setuju dengan Yang Berhormat. Cuma kita minta kalau boleh kebajikan ini memperkemaskan delivery system ini dengan izin, cara bekerja. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat lebih rasional, bukan tidak rasional

maknanya lebih cantik bahasanya - mungkin ada kelemahan di sana di segi cara bekerja yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kita. Kita mahu supaya pegawai- pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat ini kalau ada kelemahan-kelemahan kemaskan supaya kita tidak mahu melihat mangsa-mangsa yang kehilangan harta benda bahkan mereka hendak makan pun seperti Yang Berhormat katakan tadi tidak ada. Apatah lagi di Sabah dan Sarawak ini kita tahu perhubungannya cukup susah. Saya hendak kalau boleh Yang Berhormat kita cadangkan kepada kerajaan dan kementerian. Lihat mana kawasan-kawasan yang agak pedalaman ini pastikan supaya jentera itu lebih kemas supaya apa berlaku sahaja, seperti di tempat saya tiada masalah. Kalau malam ini berlaku, malam ini juga kita akan turun. Kita cari, kita ada 7eleven, banyak kedai yang 24 jam ada, boleh ambil terus barang dan hantar kepada mereka. Ini tidak bolehlah diserahkan kepada kerajaan sahaja begitu juga parti-parti lain. Ini tanggungjawab kita. Kita bukan hendak hentam kerajaan sahaja dalam Parlimen ini. Peranan kita. Ini kita sudah beri banyak...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat panjang betul Yang Berhormat punya kenyataan.

Jadi saya minta Yang Berhormat setuju atau tidak dengan pandangan saya supaya jentera ini dikemaskan agar tidak berlaku lagi masalah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Terima kasih. Tentu sekali inilah yang kita mahu supaya kita katakan bahawa jentera-jentera itu mesti dikemaskan. Untuk makluman Dewan ini dari parti saya sendiri, parti kami telah membantu seribu orang ini pada pagi ini untuk beri makanan.

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Mereka tidak dapat makan lagi makanan daripada luar, daripada jabatan- jabatan yang seharusnya bagi makanan dan terpaksalah oleh kerana rakyat ini sudah pun bermasalah, perut pun masalah juga dan begitu juga dengan anak- anak mereka itu. Itu mengenai kebakaran, tetapi apa pula kesudahan dengan masalah dengan banjir-banjir ini? Di mana bila sahaja hujan turun, separuh kawasan di kawasan tanah rata di Karambunai akan banjir disebabkan perparitan itu tidak begitu baik. Ini sudah tahun yang kesepuluh saya rasa yang mereka telah merancangkan untuk membaik pulih semua sungai, tetapi malangnya sehingga sekarang ini belum lagi dilaksanakan. Satu sungai, Sungai Daro itu pun mempunyai beberapa kontraktor untuk melaksanakan. Kenapa tidak kita hanya gunakan satu kontraktor supaya mereka dapat laksanakan terus dengan sepenuhnya perjalanan air itu supaya tidak ada kebanjiran lagi. Maka inilah sebenarnya, pelaksana inilah yang kita sedang hadapi, masalah yang besar sekali. Kita tidak nafi, mungkin kerajaan bagi peruntukan tapi peruntukan itu bagilah seawal-awalnya. Begitu juga sekiranya peruntukan itu sudah dibagi, beritahulah bahawa itu akan dilaksanakan. Contohnya di Jalan Tuaran ini pada sesi awal tahun ini kita telah menyoal, buat soalan dan kerajaan telah pun menjawab bahawa Jalan Tuaran dari Simpang Sepanggar ke Inanam ini akan dilaksanakan dengan kos sudah pun ditawarkan, tetapi sehingga sekarang ini belum lagi dilaksanakan. Rakyat yang memerlukan jalan itu, setiap hari menggunakan jalan itu, setiap kali juga terpaksa buat servis kereta. Tayar mereka begitu cepat rosak, haus oleh kerana jalan itu tidak baik sedangkan kita di Semenanjung ini jalan begitu mewah, baik sekali jalan tapi bila kita lihat di Sabah

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

ini agak teruk jalan-jalan raya ini. Maka infrastruktur sebenarnya ialah yang penting bagi menghubungkan rakyat di luar bandar dengan bandar. Walaupun di dalam bandar kita nampak banyak pembangunan, tetapi itu adalah diusahakan oleh pengusaha-pengusaha. Maka Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita harus ambil tindakan yang segera ialah jangan cakap, jangan buat cakap-cakap di media bahawa itu akan dilaksanakan, tetapi kotakanlah supaya kerja ini dapat dilaksanakan, supaya penyelenggaraan itu dapat dijalankan. Maka inilah sebenarnya kita punya keluhan daripada rakyat Sabah ini. Saya harap ini adalah satu harapan besar kita. Pada empat hari bulan kita mempunyai satu pilihan raya kecil (by-election) di Batu Sapi. Rakyat sedang memperhatikan, kita tidak nafikan bahawa jentera-jentera daripada Barisan Nasional datang untuk membantu calon-calon Barisan Nasional, tetapi ini hanya untuk membantu setakat itu sahaja datang. Selepas pilihan raya itu mungkin tidak akan kelihatan mereka datang. Inilah sebenarnya kita punya masalah. Bila datang pemimpin-pemimpin dari Pusat, kita mempunyai harapan yang besar supaya mereka umumkan peruntukan itu, tetapi bila ia dapat dilaksanakan. Malangnya peruntukan yang telah diumumkan waktu pilihan raya tahun 2008 sehingga sekarang belum ada pun dilaksanakan. Bagaimana? Saya percaya daripada pihak Barisan Nasional kerana mereka pun sedang mengeluh oleh kerana apa yang diperuntukkan, apa yang diumumkan tidak terlaksana.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, ada satu minit lagi Yang Berhormat.

Datuk Eric E. MajimbunSAPP · BNSepanggar

Inilah sebenarnya kita punya mental, kita punya pemikiran terhadap pemimpin-pemimpin daripada Pusat. Senang umum tetapi pelaksanaan itu belum tentu dapat dijalankan. Maka itu sebab sekali lagi saya memohon dan merayu kepada Dewan yang mulia ini supaya sekiranya pemimpin-pemimpin daripada Pusat yang mengumumkan peruntukan-peruntukan ini dan juga di dalam Bajet 2011 ini supaya laksanakanlah dengan segera. Terima kasih. [Tepuk]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Dua kali pembangkang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Saya mengetahui apa yang saya buat, Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, sila Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang saya ingin bangkitkan adalah mengenai hal ehwal Orang Asli iaitu Akta 1954, Akta Hal Ehwal Orang Asli patut dimansuhkan. Pada 4 Disember 2009,

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kerajaan Persekutuan Malaysia telah meluluskan satu dasar mengenai tanah Orang Asli yang digelar sebagai Dasar Pembangunan dan Pemberian Tanah Orang Asli. Tujuan dasar tersebut ialah untuk memberi hak milik tanah kepada Orang Asli secara individu. Sehubungan ini, terdengar ura-ura bahawa Akta 134 akan dipinda bagi memansuhkan peruntukan-peruntukan bersesuaian untuk mendapatkan kelulusan dasar tanah tersebut. Pada 9 Oktober 2010 yang lalu, Majlis Peguam Malaysia telah mengadakan satu bengkel bagi membincangkan sejauh manakah dasar dan kesan ini terhadap kehidupan dan survival masyarakat Orang Asli. Semasa bengkel tersebut, syor-syor telah dikemukakan supaya Akta 134 dimansuhkan. Syor ini memang tepat sekali, ini adalah kerana Akta 134 berkaitan dengan Orang Asli tidak berkemampuan untuk mendukung tujuannya, untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan kesejahteraan dan kemajuan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Hampir kesemua daripada seksyen-seksyen yang terdapat di dalam akta itu bukan sahaja tidak memihak kepada Orang Asli malah mempunyai kesan mengongkong Orang Asli. Umpamanya seksyen-seksyen 6 dan 7 memperuntukkan pengisytiharan kawasan dan reserve Orang Asli boleh dibuat oleh pihak berkuasa kerajaan negeri (PBN), namun tiada terdapat sebarang jaminan bahawa kawasan atau reserve yang diisytiharkan itu akan berkekalan memandangkan seksyen-seksyen berkenaan memperuntukkan bahawa pihak berkuasa negeri boleh membatalkan kawasan atau reserve tersebut pada bila-bila masa sahaja.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Di samping itu, berdasarkan seksyen 8, hak Orang Asli untuk menduduki kawasan atau reserve mereka hanyalah bersifat hak milik seorang tenant – ikut ihsan sahaja. Orang Asli tidak dibenarkan untuk berurusan dengan tanah mereka kecuali persetujuan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli diperolehi terlebih dahulu sebagaimana diperuntukkan di dalam seksyen 9. Pampasan bagi kehilangan tanah bukan merupakan sesuatu yang wajib dibayar sebab hak untuk menentukan hal ini dipegang oleh pihak kerajaan negeri seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 12. Jika pun pampasan itu dibayar, ia hanya terhadap pokok- pokok buah-buahan dan getah sahaja, tidak ke atas tanah sebagaimana yang disentuh oleh seksyen 11. Dari segi kesannya terhadap Orang Asli ini amatlah ketara jika dilihat antara lain pada seksyen 14, 15 dan 16. Seksyen 14 memberi kuasa kepada Menteri untuk melarang sesiapa termasuk Orang Asli sendiri daripada memasuki atau berada di kawasan atau reserve Orang Asli. Seksyen 15 pula memperuntukkan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan pegawai polis untuk memindahkan orang-orang yang tidak diingini dari kawasan reserve atau tempat yang diduduki oleh Orang Asli. Di bawah Seksyen 16, Menteri diberi kuasa untuk memecat seorang Ketua Orang Asli. Seksyen-seksyen ini langsung tidak memperuntukkan sebarang hak untuk Orang Asli bersuara dalam hal-hal berkenaan. Dalam keadaan ini, Orang Asli terbatas untuk membuat sebarang keputusan untuk menentukan apa yang baik bagi diri mereka sendiri. Sesungguhnya, ini bukan sahaja menghina Orang Asli tetapi adalah suatu yang bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia dan juga deklarasi pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asal yang mana kelulusannya telah disokong oleh Malaysia sendiri. Malah sekatan yang terdapat di bawah seksyen 14 ini adalah pada pandangan saya bertentangan dengan Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan. Seperkara lagi yang begitu menonjolkan kelemahan ketara akta ini ialah merujuk kepada takrif Orang Asli di bawah seksyen 3(2) yang mana pengamalan adat dan

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

hidup cara Orang Asli, di samping peruntukkan bahasa Orang Asli dalam menentukan sama ada seseorang itu adalah Orang Asli atau tidak. Takrif itu seolah-olah menyekat Orang Asli daripada perubahan dan mengejar kemajuan. Ini kerana untuk mengekalkan status seorang Orang Asli, seseorang Orang Asli itu haruslah terus mengamalkan cara hidup Orang Asli jika pun cara hidup itu amat terbelakang dari segi kesejahteraan mereka. Perkiraan bahawa cara hidup itu adalah isu konteks dan boleh berubah mengikut peredaran masa tidak diambil kira. Malah peruntukan tersebut yang memberi kuasa kepada Menteri untuk memberi kata putus status Orang Asli adalah bertentangan dengan akta itu sendiri dari segi tujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kesejahteraan dan kemajuan Orang Asli. Berasaskan kepada kelemahan-kelemahan tersebut pada akta ini yang jelas ketinggalan zaman. Kewujudannya hanya boleh dikekalkan sekiranya hampir kesemua seksyen-seksyen itu dimansuhkan. Namun, adalah tidak munasabah untuk sesuatu akta itu dikekalkan sekiranya hampir kesemua peruntukan dipinda. Justeru itu, adalah lebih-lebih kerana kelemahan-kelemahan, saya syorkan Akta 134 haruslah dimansuhkan dan masyarakat Orang Asli diberikan satu perlindungan baru selaras dengan peredaran masa. A new safety net diperlukan. Untuk memperkasakan Orang Asli, saya syorkan bahawa adalah lebih baik jika Artikel 8(5)(c) Perlembagaan Persekutuan digunakan dengan mengambil kira pelaksanaan yang bersungguh-sungguh dan komited memandangkan pelaksanaan pada masa ini seolah-olah lemah dan tidak bermakna. Fasal ini membenarkan peruntukan dibuat bagi perlindungan, kesentosaan atau kemajuan Orang Asli termasuk reservekan tanah atau reservekan bagi Orang Asli sesuatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, pada bajet ini RM100 million diagihkan untuk Jabatan Orang Asli. Sebenarnya kalau kita menyentuh secara terperinci, lebih kurang semua wang itu adalah untuk pengurusan dan tidak ada dalam development expenses. Kenaikan elaun untuk Tok Batin lebih dari RM450 untuk setiap Tok Batin sebenarnya adalah untuk memenangi undi dari Orang- orang Asli tetapi bukan untuk mengatasi masalah-masalah yang mereka hadapi. Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli perlu diubah. Saya berharap seorang Orang Asli akan dinamakan sebagai Director General dalam Jabatan Orang Asli dan lebih ramai Orang Asli diambil bekerja di Jabatan Orang Asli sendiri. Saya difahamkan sekarang ini ramai di antara mereka yang bekerja di Jabatan Orang Asli adalah bukan dari Orang Asli tetapi dari lain-lain keturunan. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bangkitkan perkara-perkara berkaitan dengan Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan yang diberi walaupun nampaknya adalah munasabah, tetapi yang lebih mustahak adalah fungsi-fungsi Parlimen. Satu di antaranya adalah sistem kita dalam 54 tahun ini, the whole committee sits in the process dalam untuk menentukan adakah rang undang-undang perlu dibahas atau diambil kira atau apa-apa tindakan atau rang undang-undang diluluskan di Dewan ini. Ini perlu diambil kira, di mana seperti di negara-negara lain – di India, di Pakistan dan di UK, di mana kita ada committee system, di mana banyak dari rang undang-undang boleh diusahakan dan dibincangkan dengan sedalam-dalamnya dalam sistem sub- committee di sana, dan selepas itu sahaja di bawa ke full committee of the House. Ini akan mengurangkan keperluan menghadiri persidangan Parlimen. Pada masa ini lebih kurang 80 hari ke 90 hari kita bersidang. Dengan sistem

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

committee yang ada di lain-lain negara, saya percaya separuh dari hari persidangan dapat dikurangkan. Ini bukan sahaja akan jimatkan wang tetapi juga akan memberi manfaat kepada semua Ahli Parlimen supaya berada di kawasan beliau dan juga berkhidmat untuk rakyat. Tidak perlu kita semua berada di Parlimen. Banyak masa dibuang kerana kebanyakan hari yang kita berada di Parlimen, kita tidak ada langsung berdebat atau terlibat dalam sistem yang sedia ada. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, berjuta-juta ringgit juga telah diagihkan untuk sistem komputer di hadapan semua Ahli Parlimen, tetapi macam di hadapan kita, banyak kali saya nampak komputer ini hang dan tidak boleh diguna pakai langsung. Sebenarnya saya sendiri membawa komputer saya atau menggunakan cara yang lain untuk mendapatkan akses. Nampaknya sistem yang kita ada adalah satu sistem yang tidak masuk akal kerana saya rasa ini sistem yang very backward dan tidak ada yang terkini. Kenapa kita ada komputer yang canggih dari out looknya, tetapi dalam softwarenya adalah sangat-sangat teruk. Apakah sebab-sebab ia berlaku? Ini bukan baru, dalam dua tahun ini kerap kali kita nampak ramai di antara Ahli Parlimen tidak dapat menggunakan sistem yang sedia ada di hadapan kita. Juga mengenai live coverage Parliament. Harap kerajaan dapat memikirkan hal ini. Kalau negara-negara lain seperti third world country – kita selalu kata kita adalah negara yang mesti mencapai first world Parliament, tetapi nampaknya kita adalah third world mentality dalam sistem Parlimen ini. Di antaranya ialah kenapa kerajaan tidak mengadakan sistem saluran terus (live coverage of Parliament) negara ini? Ini adalah satu usaha di mana kita perlu fikir bahawa perbahasan-perbahasan yang dibuat oleh Ahli Parlimen lebih baik didengar bukan sahaja di Parlimen, tetapi oleh orang ramai. Mereka dapat mentafsir adakah Ahli Parlimen ini betul-betul menyuarakan hal ehwal masyarakat, adakah dia sepatutnya diberikan undi pada pilihan raya yang akan datang dan adakah dia seorang yang boleh berkhidmat untuk rakyat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini adalah perkara yang perlu diambil kira. Jangan kita seperti katak di bawah tempurung yang hanya di sini kita pandai cakap dan pada sesi RTM pukul 11.30 apabila pembangkang cakap, apabila pembangkang menyuarakan apa-apa tidak langsung disalurkan di TV. Kenapa perkara ini berlaku? Kata first world Parliament tetapi sebenarnya kita adalah third world Parliament dalam sistem ini. Mengenai soal jawab Tuan Yang di-Pertua, di Kanada dan sebagainya semasa soalan dikemukakan, jawapan ada had masa. Saya tahu ini bukan kali pertama perkara kita ketahui. Kenapa kita tidak mengehadkan waktu kepada semua menteri-menteri? Di lain-lain negara apabila menteri-menteri menjawab, mereka ada had masa tiga minit, dua minit dan ada yang empat minit. Kenapa kita tidak mengehadkan supaya jangan mereka menjawab soalan - sesekali saya nampak ada menteri-menteri menjawab sehingga 20 minit. Apa ini? Ini bukan satu hujahan yang dibuat. Perlu concise, straight to the point. Saya harap ini diambil kira dan perubahan-perubahan dibuat di standing order. Selain dari itu Tuan Yang di-Pertua, pada bajet ini kerajaan telah mengatakan bahawa .....

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Kita sudah ada 11 orang berucap Yang Berhormat. Yang Berhormat seorang sahajalah yang baru membangkitkan persoalan ini. Ini menunjukkan macam mana sama ada kita peka ataupun tidak peka itu. Yang Berhormat 11 orang tidak ada sebut pun. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, pada bajet ini Perdana Menteri telah mengatakan bahawa 25 mahkamah akan disediakan. Saya hendak tanya di mana mahkamah-mahkamah itu dan saya difahamkan Mahkamah Tinggi akan disediakan, kemungkinan Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen. Kenapa perlu kita ada mahkamah-mahkamah ini walhal KPI yang dilancarkan ini nampaknya telah menyelesaikan banyak kes-kes yang tertunggak walaupun ada bantahan-bantahan dari peguam-peguam di Johor dan di Pulau Pinang. Akan tetapi oleh sebab sistem di mana KPI dijalankan nampaknya bukan dari sistem kita meningkatkan standard dalam penghujahan atau kes-kes macam mana ia dikendalikan di mana sekarang KPI adalah untuk menyelesaikan kes-kes dengan fokusnya adalah kepada kuantiti dan bukan kepada kualiti. Saya baru-baru ini ada dapat berjumpa dengan beberapa Hakim Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi dan juga Mahkamah Majistret. Mereka mengatakan bahawa terpaksa juga menyelesaikan kes walaupun mereka suka atau tidak, walaupun akan mengambil lebih masa kerana ada KPI. Saya harap kerajaan akan kaji balik. Saya rasa KPI adalah bagus tetapi jangan too stringent sehingga kita kompromi standard di mahkamah. Itu yang mustahak Tuan Yang di- Pertua. Jangan kita ingat kalau beribu-ribu kes yang tertunggak dapat diselesaikan semestinya justice has been dispensed, justice hurried is justice yang tidak boleh diterima. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan Ketua Hakim Negara - Tun Azmi telah mengatakan bahawa dengan adanya KPI ini ia akan menyelesaikan bukan sahaja kes-kes dan juga beberapa Mahkamah Tinggi dapat ditutup di negara ini. Apakah rasionalnya, why is he heading to close more High Courts when di seluruh dunia, lebih mahkamah dibuka. Saya difahamkan Tun Azmi telah kata bahawa jika sesuatu Mahkamah Tinggi ditutup ia bukan sahaja akan menjimatkan wang tetapi sebanyak RM1.5 juta akan dijimatkan dan apakah rasional beliau dan kenapa ini dibuat. Saya difahamkan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi telah berjumpa dengan beliau dan juga Majlis Peguam telah berjumpa dengan beliau tetapi tidak ada satu penyelesaian mengenai hal ini. Berkaitan dengan hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya harap kerajaan akan mengambil tindakan yang serius untuk mengatasi kekurangan juru bahasa di mahkamah-mahkamah di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, selain dari itu adalah mengenai hal gaji minimum di negara ini. Bajet ini kerajaan telah mengatakan selepas beberapa perkara dibangkitkan oleh trade union di negara ini dan orang ramai serta beberapa orang ratusan pekerja-pekerja, permintaan mereka nampaknya mungkin dapat dicapai. Namun saya khuatir apabila kita dengar Perdana Menteri semasa bajet dibentangkan bahawa ada beberapa kecacatan dalam cadangan Yang Berhormat Perdana Menteri. Di antaranya walaupun beliau menyatakan bahawa Wage Council akan ditubuhkan tetapi saya rasa dan ini adalah pandangan saya harap boleh diterima kenapa kita perlu ada minimum wage yang berbeza dari satu pekan ke satu pekan, dari satu tempat ke satu tempat kerana saya rasa itu tidak masuk akal, tidak ada rasional. Kalau demikian Tuan Yang di-Pertua, seorang pekerja kerajaan yang bekerja di Kuala Lumpur, adakah gaji pekerja atau jawatan tersebut akan mendapat gaji yang kurang di Ipoh atau di Kuala Terengganu? Bukan bukan? Kita perlu ada satu sistem yang sama sekali supaya jangan kita ada gaji minimum dari segi dasarnya tetapi kalau betul-betul apabila mengimplementasikannya

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

sebenarnya pekerja-pekerja pun akan ditipu. Akhir sekali pekerja-pekerjalah yang akan rugi dalam perkara ini. Saya percaya kita perlu satu across the board di seluruh negara, kita perlu ada satu gaji yang boleh diguna pakai untuk semua pekerja dan yang mustahak adalah berkaitan dengan jawatan gaji tersebut dan jika seseorang berpendapatan kurang, dia perlu lebih safety net untuk supaya ada kepastian, guarantee supaya dia dapat gaji yang sama rata. Berkaitan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, kita ada SOCSO sekarang. Kenapa setiap pekerja tidak kisah dia di kerajaan atau di swasta, bekerja atau tidak bekerja, ada satu kad insurans yang dapat digunakan seperti di England dengan negara lain supaya mana-mana sahaja dia pergi, dia dapat menggunakan kad tersebut dan ia akan menunjukkan bilakah dia mula bekerja, bila dia berhenti dan semua ini akan diliputi dengan insurans. Ini saya rasa adalah satu perkara yang perlu diambil kira dan kenapa bila Perdana Menteri mengatakan bahawa kita telah pun mencapai full employment, dia kata 3.5% adalah standard yang sekarang statistik menunjukkan hanya 3.5% sahaja pekerja di negara ini yang ingin bekerja tetapi tidak dapat bekerja. Bermakna kita telah mencapai full employment tetapi adakah ini benar Tuan Yang di-Pertua. Saya percaya ini adalah tidak benar kerana pertama, statistik yang diperoleh oleh kerajaan adalah dari Jabatan Buruh di mana ia tidak merangkumi semua pihak-pihak yang dapat melapor kepada Jabatan Buruh kerana ramai di antara pekerja-pekerja yang menganggur tidak melaporkan kepada Jabatan Buruh dan ini tidak ada statistik yang penuh untuk menunjukkan bahawa betulkah hanya 3.5% sahaja masyarakat di Malaysia yang menganggur. Kalau sedemikian, kalau katakan kita terima dasar kerajaan kita ada full employment di negara ini, kenapa kita tidak ada pension fund atau tidak ada retrenchment fund di negara ini. Itu tidak masuk akal kerana kalau kita ada full employment semestinya kita ada satu safety net untuk pekerja-pekerja yang telah dibuang kerja atau retrenched di mana mereka juga dapat mendapat hasil apabila menganggur dari sistem retrenchment fund ini. Perkara ini perlu diambil kira dan saya difahamkan dalam beberapa jawapan yang telah diberi dan Menteri Sumber Manusia telah mengatakan di Dewan ini bahawa ada perbincangan dengan ILO, ada perbincangan di Geneva di mana kemungkinan besar retrenchment fund akan ditubuhkan di negara ini tidak berapa lama lagi. Ini saya difahamkan pada bulan Mac tahun ini pun sudah ada jawapan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia telah mengatakan bahawa dalam final stage. Sekarang sudah lebih kurang enam bulan, tidak ada apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa penubuhan retrenchment fund itu akan diusahakan di negara ini. Saya berharap satu jawapan yang menyeluruh akan diberi mengenai perkara ini. Satu perkara lagi ialah mengenai sekolah-sekolah Tamil dan Cina Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Timbalan Menteri Pelajaran telah mengatakan bahawa pada 18 April 2010 telah mengatakan sebanyak RM134 juta untuk sekolah Cina dan RM64 juta untuk sekolah Tamil.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Lagi ada hendak sambung Yang Berhormat?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, ada lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Sambung tengah hari Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat sesi pagi ditangguhkan dahulu dan kita akan bersidang semula pada jam 2.30 petang nanti. Terima kasih. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Ipoh Barat untuk lapan minit.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker, mengenai sekolah-sekolah Tamil dan sekolah-sekolah Cina. Saya hendak tanya apakah dasar kerajaan di mana sekolah-sekolah Tamil dan sekolah- sekolah Cina yang hampir tidak cukup murid di kawasan luar bandar. Adakah ia akan dibenarkan untuk berpindah ke pekan-pekan atau di mana ada ramai di antara masyarakat yang duduk di tempat sana di mana mereka ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Tamil dan sekolah Cina. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa kebelakangan ini kita ada lebih daripada 100,000 murid telah masuk ke sekolah Tamil dan lebih daripada setengah juta ke sekolah Cina tetapi kekurangan sekolah menyebabkan satu di antara faktor kemarahan masyarakat ini. Apakah strategi yang ada pada kerajaan supaya lebih sekolah baru Cina dan Tamil dibina? Dalam hal ini, Tuan Yang di- Pertua, peruntukan perlu diagihkan untuk sekolah-sekolah ini dan seperti yang saya kata pagi ini bahawa RM134 juta dikatakan telah diagihkan untuk sekolah Cina, RM64 juta telah diagihkan untuk sekolah Tamil pada 18 April 2010 oleh seorang Timbalan Menteri. Selepas itu, Presiden MIC, Dato’ Seri Samy Vellu mengatakan pada 10 Jun, RM70 juta pula diberi kepada sekolah Tamil dan ada lagi satu Menteri mengatakan RM100 juta. Yang mana betul? Dan berapa sekolah baru Cina dan Tamil akan dibina di bandar-bandar di mana sukar untuk mendapat tempat untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran. Mengenai hal ini, adakah sekolah- sekolah di mana bantuan modal dan bantuan separuh modal sahaja, semua sekolah akan diambil alih oleh kerajaan supaya semua anak kita dapat belajar dengan sistem terkini atau the latest standard of art boleh diberi oleh Kementerian Pelajaran. Tuan Speaker, saya juga ingin membangkitkan perkara International Criminal Court. Saya telah beberapa kali berhujah mengenai perkara ini dan saya hairan kenapa sehingga kini belum menjadi seorang anggota masyarakat dunia, di mana lebih daripada 130 negara telah pun menjadi anggota International Criminal Court, Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Pada bulan Mac, kita telah meluluskan satu resolusi di Dewan ini di mana untuk mengutuk Israel yang menjadi masalah yang besar dengan Palestin dan di antara resolusinya adalah merujuk perkara di mana beberapa orang telah dibunuh kepada Mahkamah Antarabangsa dan di

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

mana Kerajaan Malaysia meminta pertolongan daripada negara Turki untuk rujuk perkara ini ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Bukankah lebih adil kalau kita boleh terima kalau Mahkamah Antarabangsa menjadi satu arbitrator nasional, kenapa kerajaan dan negara kita belum lagi menjadi sebagai salah satu anggota Rome Statute supaya boleh menjadi anggota ICC. Apakah kerumitannya? Pada bulan 7, saya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Padang Rengas, telah pergi ke Uganda untuk menghadiri satu sesi International Criminal Court di sana. Pada masa itu Yang Berhormat Menteri telah memberi satu pengisytiharan bahawa Kerajaan Malaysia akan menjadi anggota dalam International Criminal Court tidak lama lagi. Saya difahamkan, walaupun sekarang sudah lebih daripada enam bulan, perkara itu belum lagi mendapat kelulusan Kabinet. Apakah terma-terma yang menjadi halangan untuk kita menjadi anggota dan apakah yang dapat dibuat supaya kita boleh menjadi satu anggota International Criminal Court supaya dalam seluruh dunia, bukan sahaja Malaysia menjadi satu anggota yang boleh kita katakan ada undang-undang bertauliah yang baik kepada semua, tetapi di antara satu negara dengan lain negara, di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Saya harap jangan kita khuatir mengenai sistem di mana mereka akan mengambil alih kuasa mahkamah kita kerana sistem complimentary principal yang diguna pakai oleh terma the Rome Statute semestinya boleh memberi lebih kuasa kepada kerajaan kita dan kita tidak perlu khuatir. Kalau kita kata negara ini tertakluk kepada raja dan perlembagaan, kalau negara Jordan boleh menjadi anggota, apakah kekurangan kita? Ini adalah perkara yang mustahak dan saya harap satu keputusan dibuat dengan segera. Jangan kita lengah-lengah lagi. Kita sepatutnya menjadi anggota lebih daripada 10 tahun dahulu bila satu rombongan telah dihantar ke Rom oleh kerajaan untuk mengkaji adakah kita sesuai untuk menjadi anggota. Selepas itu, lebih daripada 100 negara di dunia ini telah menjadi anggota dan keengganan kita sebenarnya patut dikutuk oleh semua orang di negara ini. Saya harap kerajaan mengambil inisiatif. Kementerian Luar Negeri prepare the papers and present to Cabinet for approval. Akhir sekali, Tuan Speaker, ini adalah masalah gejala masyarakat India di mana sekarang kita semua tahu bahawa the highest crime rate dalam negara ini adalah masyarakat India. Apa sebabnya dan kenapa ini sangat teruk? Sekarang di mahkamah-mahkamah dan di Simpang Renggam, pihak tahanan adalah lebih daripada 40% adalah daripada masyarakat India. Ini menjadi satu perkara yang sangat rumit kepada masyarakat India dan gengsterisme terlampau banyak. Kalau kita tanya beberapa orang daripada masyarakat India, sekurang-kurangnya di antara 10 orang, lebih daripada 50% terkena atau some involvements atau telah taken advantage, telah menjadi satu victim dengan gengsterisme India. Ini terlampau dan saya harap ada tindakan yang serius oleh dasar baru supaya dapat mengatasi masalah ini. Kerajaan telah menubuhkan satu Cabinet committee level untuk mengatasi masalah-masalah orang India diketuai oleh Menteri Sumber Manusia dan salah satu antara perkara yang pertama mereka buat adalah untuk mengatasi masalah Maika Holdings Berhad. Ini yang disebabkan oleh satu orang sahaja di negara ini dan kita semua tahu siapa dia dan kita mahu satu penyiasatan menyeluruh mengenai Maika Holdings Berhad. Kenapa kita push it and sweep it under the carpet? Lebih daripada RM140 juta dikutip daripada masyarakat India

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

pada tahun 1982. Dengan apa? Dengan memberi janji bahawa sesiapa yang melabur akan mendapat pendapatan lumayan dengan dividen yang banyak.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Sekarang bukan sahaja tidak dapat balik wang kapital itu, hanya mendapat 80%. Ini pun selepas kerajaan mengambil tindakan yang tegas untuk G- Resources iaitu Tan Sri Gnanalingam terlibat dalam perkara ini. Selepas arahan dan paksaan oleh kerajaan, Maika Holdings Berhad yang dimulakan oleh MIC, sekarang dekat sudah muflis baru wang itu - wang the bare minimum yang dibayar. Akan tetapi jangan kita lupa, banyak transaksi Maika Holdings Berhad are not above board. Di antaranya tanah-tanah dijual di bawah market value, di mana syarikat-syarikat dibuka dan ditutup sesuka hati mereka. Ini adalah kerajaan tidak boleh menutup mata mereka. Beberapa report polis telah dibuat kenapa tindakan yang tegas tidak diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat? Adakah kerana mereka ini ada kena mengena dengan kerajaan? Adakah mereka adalah bekas Ahli Parlimen atau Ahli Parlimen sekarang, dan kenapa kerajaan kata ini adalah satu perkara masyarakat? Ini patut boleh diselesaikan dengan menjual harta benda itu kepada pihak yang lain dengan harga yang murah tetapi yang menjadi victim, yang telah diperdaya adalah masyarakat India. Pada tahun 1982, apakah janji yang mereka buat? Tidak diikuti dan di mana masyarakat India mendapat duit mereka untuk melabur? Menjual kambing, lembu, jual tanah, jual emas mereka, gadai, pinjam dan sebagainya. Ini semua telah ditipu helah. Tidak mungkin kerajaan tidak tahu? Tahu! Kenapa MACC tidak tahu? Tahu! Kenapa tindakan tidak diambil? Saya berharap satu penyiasatan mungkin satu royal commission atau sedemikian ditubuhkan untuk semua hal-hal berkaitan ini disiasat dengan penuh teliti, dengan telus supaya pihak-pihak yang betul-betul terlibat di mana kalau ada tipu helah terlibat, satu tindakan akan diambil terhadap mereka dan jangan lupa. Saya berharap yang akhir sekali Tuan Yang di-Pertua adalah saya sudah kata mengenai mahkamah sebelum ini. Saya ingin tahu adakah kerajaan sedar hari ini di report dalam surat khabar The Star bahawa the brightest student – brain gain. Apakah yang dibuat untuk mengatasi brain gain? Kalau anak-anak kita pergi ke Oxford - Malaysian is top law student at Cambridge University. Selepas ia mendapat ijazah tersebut, ia bukan akan bekerja atau berkhidmat di negara kita tetapi ia akan pergi berkhidmat di Singapura - buat the Bar Finals di sana. Apa sebab ini? Kerana ada kecacatan dalam sistem kita. Kalau the top brain and the top students in this world, kalau di Cambridge boleh mendapat first class dan sebagainya, bukankah kita patut menarik pelajar-pelajar ini bekerja dan tinggal di negara kita? Inilah negara ia, kenapa ia perlu berhijrah ke negara lain? Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tahu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah empat kali akhir, Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, selalu macam itu. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tahu sehingga setakat ini berapa orang rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara? Saya difahamkan mengikut rekod-rekod yang ada lebih dari satu juta telah berlepas ke Australia, New Zealand, ke negara Singapura dan sebagainya. Apakah sebab mereka lepas, terpaksa pergi dari negara ini? Apakah yang dibuat oleh kerajaan supaya kebanyakan orang yang lepas ini, yang berhijrah ke negara lain adalah disebabkan kerana polisi-polisi yang berdiskriminasi di negara kita, supaya sekarang kita rasa ini adalah satu

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

kesalahan. Kita boleh terima mereka balik supaya kita cakap ini adalah satu brain drain yang boleh dielakkan dan mengajak mereka balik. Dalam sistem ini Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan ada lebih dari satu ribu orang telah balik dan ramai di antaranya pun telah lari balik. Apakah sebab terjadi? Kerana sistem yang kita ada adalah tidak berubah, ada sistem diskriminasi dan ini adalah satu yang kita perlu kaji balik dan tengok macam mana kita boleh mengelak. Bukan sahaja anak-anak kita berhijrah ke negara lain, tetapi mengajak balik - invite those people yang telah pergi ke negara iaitu lebih dari satu juta, balik dan menyumbang kepada kemakmuran negara ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian membahaskan pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pembentangan Bajet 2011 – satu belanjawan yang pertama dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dalam usaha Malaysia bergerak ke arah mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Sebanyak RM212 bilion diperuntukkan iaitu 2.8% lebih tinggi berbanding dengan tahun 2010. Dari jumlah itu sebanyak RM162.8 bilion adalah diperuntukkan bagi mengurus, manakala RM49.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan... Dari segi kutipan pula, hasil Persekutuan daripada tahun 2011 dianggarkan meningkat sebanyak 2.3% kepada RM165.8 bilion, berbanding dengan RM162 bilion pada tahun 2010. Defisit negara terus berkurang kepada 5.4% daripada KDNK berbanding dengan 5.6% pada tahun 2010. Saya perlu menyebutkan angka ini kerana kita teruk dikritik oleh pihak pembangkang yang benar-benar tidak faham tentang bajet kita. Ini adalah kerana kalau kita lihat pada tahun 2009, Bajet 2010 yang lalu kita diberikan peruntukan sebanyak RM190 bilion untuk peruntukan perbelanjaan. Tahun ini kita diperuntukkan sebanyak RM212 bilion. Maknanya pertambahan sebanyak RM22 bilion. Maka, kita dapat jimatkan hanya 0.2%. Maknanya kalau ikutkan kepada RM190 bilion kita mesti berkeupayaan menjimatkan lebih banyak lagi defisit. Jadi di sinilah sepatutnya pihak pembangkang, kalau mana-mana kawasan yang baik patut kita berikan pujian. Seterusnya...

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat hendak bagi jalan, Yang Berhormat?

Nanti dahulu, saya belum habis lagi. [Ketawa] Negara kita telah pulih daripada kemelesetan ekonomi dunia hasil daripada langkah proaktif yang dijalankan oleh pemimpin-pemimpin kita, terutamanya selepas kita dapat melancarkan pelaksanaan pakej rangsangan sebanyak RM67 bilion. Walaupun banyak negara Eropah pada ketika ini masih terkial-kial dan bergelut bagi mengatasi masalah krisis ekonomi, kita seharusnya bersyukur berdasarkan kepada kejayaan kerana kita mempunyai pemimpin- pemimpin yang mempunyai kewibawaan. Seterusnya kejayaan langkah ini terbukti...

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Dengan KDNK kita berkembang sebanyak 95% bagi tempoh separuh pertama tahun 2010 berbanding dengan -5% bagi tahun yang sama. Selaras dengan itu, kerajaan telah menyemak semula kadar perbelanjaan ekonomi negara bagi tahun 2010 kepada 7% berbanding dengan 6% sebelum ini. Ia lebih tinggi berbanding dengan 1.7% pada tahun 2009. Saya bagi setengah minit sahaja kerana saya takut masa saya habis ini. [Ketawa]

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang setengah minit sudah cukup. Saya hendak tanya, bukankah kita sebagai rakyat yang cintakan Malaysia ini, kita patut khuatir. Kenapa kita ini berturut-turut 15 tahun disisih dan tahun lepas 5.6% yang boleh dikatakan amat besar. Tahun ini dianggarkan 5.6% dan tahun hadapan 5.4% defisit lagi. Bukankah kita mesti khuatir yang bajet kita tidak boleh berterusan defisit, kalau tidak seperti Yang Berhormat Menteri - Dato’ Sri Idris Jala berkata, tahun 2019 kita akan jadi bankrap. Bukankah itu satu perkara yang mesti kita hati-hati?

Terima kasih Yang Berhormat, saya faham apa Yang Berhormat sebutkan itu. Dalam keadaan setelah kita menghadapi krisis ekonomi yang cukup teruk di seluruh dunia, angka 5.6% ini adalah satu angka yang negligible - dianggap sebagai bajet berimbang di mana negara-negara Eropah mencatat bajet dua, tiga angka. Tidak ada hal. Bajet defisit ini maknanya hutang. Kalau kita hutang, maknanya hutang yang kita berkeupayaan – rizab kita berkeupayaan untuk bayar...

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Tidak perlu lagi Yang Berhormat, saya faham.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Eropah sudah bankrap, sebab itu tidak boleh iktiraf Eropah lagi.

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat... Terima kasih Yang Berhormat ya. Kita...

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Banyak yang sudah bankrap.

Kita mesti ada usaha keras untuk capai 6% pertumbuhan melalui beberapa projek yang telah kita kenal pasti.

Oleh kerana kita ada NKEA dan kita akan melaksanakan pelbagai projek seperti MRT yang akan menjana pertumbuhan macam lebuh raya. Justeru itu, kita perlulah meningkatkan DDI kita, domestic direct investment kerana FDI kita pada ketika ini adalah cukup terhad sekali. Seharusnya kita rancakkan domestic demand kerana kita menghadapi kelemahan daripada external demand. Seterusnya, pendapatan per kapita kita bertambah 6.1% kepada RM28,000. Pendapatan per kapita mengikut kuasa beli meningkat kepada USD16,000. Kadar inflasi kita yang sederhana sebanyak hanya 2% ke 3% sahaja dan kadar pembangunan kekal rendah pada 3.5%. Saya hendak sebutkan perkara ini kerana ianya jelas menunjukkan kejayaan yang telah dibuat oleh pemimpin kita, mencatat satu angka yang cukup cemerlang sekali. Inflasi kita hanya sebanyak

2.3% dan juga pengangguran kita hanya sebanyak 3.5% yang dianggap kalau mengikut ILO, kita tiada pengangguran. Seterusnya, bajet ini memberi tumpuan kepada usaha untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi, berpembangunan inclusive dengan pertumbuhan mampan diterajui oleh sektor swasta serta mendahulukan kesejahteraan rakyat. Di sini Yang Berhormat, kita sebenarnya mempunyai empat strategi. Satu daripadanya adalah memperdayakan kembali pelaburan swasta. Dalam konteks ini kita dapat lihat bahawa pembangunan Greater Kuala Lumpur diberikan satu penekanan. Hanya soalan saya pada ketika ini, saya dapat terimalah banyak pembangunan yang akan dibawa di kota raya kita di Kuala Lumpur. Akan tetapi apa yang kita hadapi pada ketika ini, harga parking yang cukup tinggi di mana-mana kita pergi, cukup tinggi harga parking nya. Sehinggakan hotel pun mengenakan harga parking yang cukup tinggi.

[Bangun]

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Kerana bos saya, saya kena bagilah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Jasin, saya mahu minta pandangan sedikit dari Yang Berhormat mengenai parking ini. Memang sekarang parking menjadi satu masalah di negara kita. Memang kereta hari-hari bertambah tetapi parking nampaknya tidak bertambah. Walaupun kita memang sudah bersedia, ada undang-undang kata ratio berapa dalam satu pembangunan ataupun satu perumahan, satu unit, berapa parking lot mesti disediakan. Walaupun ada satu unit satu parking lot ataupun dua parking lot, kita boleh nampak di keliling kondo dan sebagainya masih lagi parking lot tidak mencukupi. Contohnya di Bintulu, masalah parking lot di sekeliling restoran itu pun tidak cukup. Polis hendak jalankan tugas pun susah. Kalau polis saman, rakyat nanti tidak berpuas hati. Ini menjadi satu masalah. Yang Berhormat Jasin setuju atau tidak, sepatutnya Kementerian Perumahan ini mesti mengambil perhatian dan lihat bolehkah kementerian, Yang Berhormat Jasin boleh bersetujukah, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini, bolehkah kita cadang satu insentif ataupun encouragement dengan izin sesiapa yang berminat ataupun melabur dalam multi-layer parking system. Saya fikir kalau kementerian ini boleh ambil perhatian, mengkaji semula mengenai multi-layer parking system di negara kita boleh membantu banyak kawasan yang kurang parking lot ini. Yang Berhormat Jasin setuju atau tidak?

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Ini pasal parking juga, boleh?

Okey.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Jasin tapi ini bukan parking kereta, ini parking belanjawan kita, ada parking juga. Saya hendak tanya sebab saya tahu latar belakang Yang Berhormat Jasin ini, jarang sekali dia memberi idea yang tidak berfaedah. Dia memang selalu beri idea yang baik dan bernas sebab itu saya hendak tumpang pandangan beliau.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Jasin ada sebut tadi berkenaan dengan defisit yang makin berkurangan. Saya pun bersetuju, sebenarnya defisit budgeting kita memang berkurang 0.02%. Saya rasa Yang Berhormat Jasin pun sebut perkara itu. Saya sokong dan saya mengalu-alukan perkara itu. Saya cuma hendak pandangan Yang Berhormat Jasin, dalam masa kita boleh mencapai ataupun boleh merangka satu bajet yang boleh mengurangkan defisit walaupun sedikit. Akan tetapi dalam masa yang sama kalau kita perhatikan, hutang kita ini meningkat, meningkatnya bukan sedikit, 18%. Saya hendak tanya Yang Berhormat Jasin, adakah Yang Berhormat sudah kira ataupun terpandang bahawa hutang kita ini kalau dicampurkan semua empat akaun kita ada RM442 bilion. Yang ini menunjukkan kenaikan kita 18%, defisit kita kurang 0.2%, tidak sampai setengah peratus tetapi hutang kita meningkat 18%. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Jasin, saya yakin Yang Berhormat Jasin ada pandangan yang bernas. Agaknya patutkah tidak kita buat satu teguran kerana belanjawan ini adalah belanjawan yang berbentuk proposal ataupun cadangan. Bolehkah kita membuat cadangan supaya kita mengurangkan beban hutang ini daripada 18% sekurang-kurangnya 5% atau 6% pun cukuplah untuk kali ini. Macam mana Yang Berhormat Jasin? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Indera Mahkota, saya jemput ringkas sahaja. Sebenarnya saya dah sebut tadi, bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah satu bajet yang cukup inclusive sekali. Perbelanjaan adalah meliputi semua kehendak bagi memberikan kesejahteraan kepada seluruh rakyat, maknanya semua kaum daripada semua pelosok bukan sahaja di Greater Kuala Lumpur bahkan termasuk di luar bandar. Justeru sebagai sebuah kerajaan yang berprihatin, kita dikehendaki berbelanja untuk menjana pertumbuhan. Kalau tidak ada belanja, tidak ada pertumbuhan. Justeru kalau kita terpaksa ada defisit yang ada berkeupayaan kerana saya sebut tadi, defisit maknanya hutang. Kalau hutang kita sebanyak 18% tetapi kita mempunyai simpanan tetap ataupun kita punya rizab yang berkemampuan untuk membayar, tidak ada masalah dalam mana-mana perbelanjaan. Seterusnya, sahabat saya daripada Bintulu. Saya menyokong penuh dengan pandangan bos saya ini. Jadi memang seharusnyalah ucapan beliau itu dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya. Seterusnya tentang Greater Kuala Lumpur ini, seperti yang kita maklum SPNB telah membuat satu public display selama tiga bulan yang lalu untuk mendapatkan feedback daripada rakyat tentang projek sambungan LRT ataupun dengan izin LRT extension project bagi laluan PUTRA dan juga STAR. Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah maklum balas yang telah kita dapati orang ramai? Setakat manakah kita telah ambil tindakan? Bilakah kerja-kerja penyambungan sepatutnya bermula seperti kita ketahui kerana kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dan suburb di sekitar Kuala Lumpur sememangnya dalam keadaan yang cukup kritikal dan penyelesaian menyeluruh perlu kita ambil segera. Seterusnya, adakah syarikat tempatan akan diberi keutamaan? Jika ya, bagaimanakah syarikat tempatan ini diberikan peluang tersebut? Dalam keadaan kesesakan dan dalam masa yang sama kita hendak memperkenalkan teknologi hijau. Jadi kita yakin, usaha kita ini tidak akan berkesan melainkan kita dapat memperkenalkan satu penyelesaian yang benar-benar dapat memberikan

kesejahteraan kepada semua pihak. Seterusnya saya mencadangkan supaya satu sistem lalu lintas khas bagi bas dan teksi perlu kita buat untuk mengelakkan kesesakan pengangkutan di Lembah Klang.

Seterusnya kita hendak tanya, apakah sebenarnya peranan SPNB dan SPAD? Adakah ia bertindih? Misalnya, sistem MRT yang kita cadangkan untuk Greater Kuala Lumpur ini, cadangan asalnya adakah datangnya daripada SPNB ataupun daripada SPAD, setelah SPAD diumumkan penubuhannya? Seterusnya, saya pergi pada topik yang lain. Baru-baru ini kita rasa cukup sedih satu kemalangan yang ngeri yang mana 12 orang terkorban.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

13 orang.

13 orang. Baru-baru ini seorang lagi meninggal dunia. 13 orang meninggal dunia. Satu kemalangan yang sepatutnya dapat dielakkan di lebuh raya kita. Kita dapati bukan sahaja bas ini telah melanggar guard rail itu dan juga sekali gus bas ini terhumban ke laluan yang lain. Sepatutnya, PLUS yang telah banyak dapat membuat keuntungan memastikan supaya keselamatan sentiasa diberikan keutamaan. Guard rail yang kita ada pada ketika ini telah berusia begitu lama sekali. Banyak daripadanya yang telah kopak-kapik... Kalaulah guard rail ini dipasang dengan satu sistem lantunan, saya yakin bas ini tidak akan terhumban ke tempat lain ataupun ke laluan yang lain dan mengorbankan begitu banyak nyawa. Seterusnya, banyak daripada...

[Bangun]

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

[Bangun]

Kemalangan-kemalangan maut yang berlaku daripada... silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Beliau amat berminat tentang PLUS. PLUS akan banyak perubahan. Yang Berhormat Jasin, saya hendak bertanya, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Jasin. Kalau boleh kalau kita berkemampuan, satu masa nanti mungkin dengan teknologi yang paling canggih, semua guard rail di lebuh raya ini bukan sahaja PLUS boleh menahan apa juga bentuk hentakan daripada kereta sampai ke tahap lori, treler dan sebagainya. Kalau kita mampu pada masa akan datanglah. Walau bagaimanapun Yang Berhormat Jasin, saya ingin bertanya, mungkin Yang Berhormat Jasin ingin masuk bab ini sebentar lagi – ia lebih menjurus pada sikap manusia. Kalau kita lihat, kesan brek yang menyebabkan kemalangan tersebut nampaknya lebih pada faktor manusia. Adakah Yang Berhormat Jasin akan mencadangkan bahawa kita mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya kita membuat satu kajian menyeluruh tentang sikap manusia dalam semua aspek? Bukan sahaja soal membawa kenderaan, bukan sahaja soal queue di bank, malahan juga sampai ke tahap mengapakah ramai di kalangan pengguna lebuh raya sampai ke tahap mereka menolak langsung pendekatan baru...

[Bangun]

Seperti Touch n’ Go, SmartTAG dan sebagainya. Seolah-olah mereka menolak langsung tentang prepaid ini. Mungkin kajian-kajian ini penting pada masa akan datang. Apakah Yang Berhormat Jasin melihat ini...

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Jasin.

Kerana akhirnya akan membantu mengurangkan kemalangan jalan raya.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Boleh jawab sekali? [Bertanya kepada Yang Berhormat Jasin] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Jasin. Apabila Yang Berhormat Jasin membangkitkan soal kemalangan, saya melihat kemalangan yang berlaku di semua lokasi, boleh dikatakan di tempat yang hampir sama. Jadi, kalau apa juga kajian dibuat sama ada MKJR, PLUS dan juga badan-badan yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kemalangan- kemalangan ngeri yang boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku di lokasi yang hampir sama, di kawasan lebuh raya dan kawasan-kawasan yang lain. Selain daripada – saya hampir bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang, apabila kita harus melihat pada banyak perkara bukan setakat pada faktor manusia malah kita juga harus melihat soal-soal alat ganti yang kita lihat, sama ada alat ganti yang digunakan adalah alat ganti tulen ataupun alat ganti yang sebenarnya palsu, yang digunakan oleh syarikat-syarikat kenderaan awam ini untuk mendapatkan keuntungan berlebihan. Jadi, ia melibatkan banyak faktor. Apakah pandangan Yang Berhormat Jasin supaya dalam keadaan yang begitu serius, supaya tindakan-tindakan segera seperti membesarkan jalan ataupun mengubah haluan dan sebagainya perlu diambil tindakan segera oleh pihak kerajaan.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Arau. Saya amat bersetuju dengan kedua-dua pendapat ini. Apa pun selain daripada kita mahu, kalau boleh sikap manusia dapat sama-sama diubah, sebagai pelaksana kita mahu memastikan supaya PLUS mesti menyediakan sistem jalan raya yang benar-benar memberikan keyakinan kepada pengguna. Ini kerana apa yang kita lihat, bukan sahaja apa yang berlaku 12 orang yang meninggal dunia, baru-baru ini kereta jatuh daripada jambatan. Bahkan bukan sebuah tetapi banyak kerana guard rail yang terlalu usang, yang skrunya sudah tercabut dan guard rail sudah tidak ada lagi. Jadi, janganlah hendaknya kita hanya memungut keuntungan daripada pengguna bahkan kita tidak dapat menyediakan laluan ataupun lebuh raya yang boleh memberikan keselamatan kepada pengguna. Seterusnya, piawaian ini - kita mesti mencontohi apa yang telah dibuat oleh luar negara, yang contoh piawainya dipanggil sebagai NSHRP Test 350, yang sebenarnya menyamai satu piawaian antarabangsa. Perkara yang sama, kita dapat lihat dan saya juga ingin tahu mengapakah kerja-kerja pemasangan peralatan keselamatan jalan di sepanjang lebuh raya yang diberikan kepada syarikat sekutu daripada PLUS ini iaitu syarikat Propel Berhad. Selepas itu, syarikat ini disubkontrakkan secara keseluruhan kepada sebuah syarikat Korea seolah-olah tiada kemampuan syarikat tempatan yang sebenarnya telah menunjukkan satu kehebatan dalam semua pembinaan. Jadi, saya minta kalau boleh perkara ini tidak berlaku. Seterusnya, saya pergi pada topik yang lain. Ya, sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, ini cadangan yang baik sebenarnya. Tentang PLUS menggunakan peralatan untuk Lebuh Raya Utara-Selatan ini dari luar negara. Mereka tidak menggunakan bahan-bahan dalam negara sedangkan dalam negara banyak yang lebih murah dengan kualiti yang sama. Saya rasa ini satu perbandingan yang teguran yang baik. Sewajarnya

kalau Yang Berhormat Jasin boleh tekankan lagi tentang mungkin nama-nama senarai dan sebagainya supaya pada masa akan datang, kita mengutamakan produk tempatan daripada produk luar negara yang lebih mahal sebenarnya. Sekian, terima kasih.

Saya sangat bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Ledang tadilah, seorang engineer yang mempunyai pengalaman. Berikutnya, pada ketika ini kita dapat melihat harga getah antara yang paling tinggi dalam sejarah, sebanyak RM12 satu kilogram. Jadi, minat terhadap penanaman getah ini telah meningkat. Terdapat beberapa kawasan estet yang telah bertukar pada tanaman getah. Jadi, saya ingin mencadangkan termasuk pekebun-pekebun kecil, saya ingin mencadangkan di sini bahawa kerajaan menyediakan satu bantuan kewangan kepada pekebun-pekebun kecil yang ingin membangunkan kawasan-kawasan terbiar. Ini kerana seperti yang kita maklum, pada ketika ini RISDA menyediakan bantuan hanya kepada getah kepada getah. Akan tetapi kita hendak melihat kalau boleh kerajaan dapat memberikan bantuan kepada pekebun-pekebun kecil yang berminat untuk menanam getah daripada tanah terbiar. Seterusnya, saya juga ingin mencadangkan ketika ini pokok getah yang matang atau pokok getah yang telah ditoreh dimiliki oleh pekebun-pekebun kecil, tidak menerima apa-apa bantuan daripada kerajaan. Jadi, memandangkan getah ini telah menyumbang sebegitu besar sekali pada pembangunan ekonomi negara, saya ingin mencadangkan kalau boleh kerajaan menyediakan bantuan bekalan baja kepada pekebun kecil getah agar hasil daripada kebun mereka dapat kita tingkatkan. Saya datang dari kawasan luar bandar, banyak daripada pengundi saya adalah pekebun-pekebun kecil. Seterusnya, aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), telah dapat memberikan pulangan yang cukup baik pada ekonomi negara di samping memberikan manfaat kepada manusia sejagat menerusi penemuan beberapa idea dan juga inovasi yang baru dalam pelbagai bidang. Kita dapat lihat dalam bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah diberikan satu peruntukan yang besar sebanyak RM411 juta untuk aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan

Jadi, dalam negara kita terdapat banyak agensi kerajaan yang menjalankan R&D dalam bidang kepakaran masing-masing seperti MPOB, LGM, MARDI dan lain-lain. Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tindakan yang akan dilaksanakan oleh Unit Inovasi Khas ini ataupun UNIK bagi membantu agensi mempercepatkan pengkomersialan hasil R&D mereka. Oleh sebab saya hendak sebut di sini, Lembaga Getah Malaysia telah menghasilkan banyak penemuan tetapi tidak dapat diaplikasikan di peringkat negara kita sendiri. Ini kerana sejak 20 tahun yang lalu, Lembaga Getah Malaysia telah membuat satu penemuan iaitu satu sistem yang dipanggil seismic bearings. Satu sistem yang boleh menyerap apa juga jenis gegaran sama ada ia daripada gempa bumi atau apa juga gegaran yang boleh merosakkan struktur bangunan dan juga barang kelengkapan di dalamnya. Pada ketika ini, teknologi LGM telah diguna pakai oleh banyak negara di dunia. Pada tahun 1985, satu bangunan di California, Los Angeles yang dipanggil Foothill Communities Law and Justice Centre dan satu hospital telah dipasang

dengan seismic bearings. Dengan adanya seismic bearings ini, bangunan ini berkeupayaan untuk menahan gegaran daripada gempa bumi yang berskala sebanyak 8.3 Richter. Pada ketika waktu tersebut, doktor-doktor telah menjalankan pembedahan, mereka pun tidak tahu adanya gempa bumi. Setelah selesai pembedahan, barulah doktor ini tahu gempa bumi ini berlaku. Semua bangunan-bangunan lain ranap kecuali bangunan ini kerana bangunan ini telah dipasang dengan seismic bearings yang menggunakan getah asli. Di Iran dan baru-baru ini di Algeria telah menggunakan seismic bearings yang menggunakan getah asli dan terbukti dapat menyerap apa juga jenis gegaran dalam skala Richter yang tinggi. Akhirnya, di negara kita telah menggunakan sistem ini iaitu di Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dalam pelaksanaan dan kita berharap semoga Malaysia dapat sama-sama menilai tentang penemuan yang telah dibuat ataupun dicipta oleh anak Malaysia sendiri, barangan daripada keluaran Malaysia iaitu getah asli. Kita hendak kalau boleh kerajaan dapat mengkaji penggunaan seismic bearings ini terutama di hospital, di jambatan-jambatan dan di bangunan tinggi kerana harganya cukup berpatutan. Selebih-lebihnya 1% daripada jumlah besar bangunan tersebut.

[Bangun]

Seterusnya... Ya.

Sekejap. Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Tadi Yang Berhormat Jasin menyebut tentang harga getah sekarang satu kilo RM12. Kemudian, Yang Berhormat Jasin menyebut tentang R&D getah dan sebagainya. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Jasin, kalaulah R&D ini yang tadi Yang Berhormat Jasin sebut tidak diaplikasikan dengan pantas dan cepat, adakah mungkin harga sekarang RM12 akan melonjak lagi lebih daripada itu mungkin RM24? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya ingin berkongsi dengan Yang Berhormat Jasin mengenai peranan UNIK. Dalam belanjawan mengatakan di sini bahawa peranan UNIK (Unit Inovasi Khas) ini hanya untuk memasarkan hasil-hasil penemuan dan R&D daripada universiti dan institusi penyelidikan. Jikalau UNIK ini mengehadkan peranannya kepada institusi kerajaan, apa kata dengan penemuan-penemuan ataupun R&D yang dikendalikan oleh pihak swasta? Ini kerana di negara kita ini, ada pihak-pihak swasta yang telah mengendalikan research mereka sendiri atas dorongan kerajaan. Saya mahu mengambil contoh Yang Berhormat, saya mendapat tahu seorang profesor yang telah menjalankan R&Dnya sendiri dalam menghasilkan benih kelapa sawit yang tinggi mutunya di mana beliau telah menghasilkan satu jenis benih yang telah dibuktikan menghasilkan 56 metrik tan satu setahun berbanding dengan klon-klon yang ada sekarang ini hanya setakat purata 24 metrik tan setahun. Akan tetapi malangnya, beliau ini tidak mendapat sokongan daripada mana-mana institusi kerajaan. Saya minta pandangan Yang Berhormat, adakah perlu atau sepatutnya kerajaan membantu pihak-pihak seperti ini dan bukan hanya mengehadkan kepada institusi penyelidikan dan sebagainya.

[Bangun]

Minta maaf Yang Berhormat, ada satu lagi. Kedua, baru-baru ini dalam soal inovasi ini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengirim surat kepada wakil-wakil

rakyat minta pihak rakyat di kampung untuk menyertai di dalam soal inovasi. Di kawasan saya Yang Berhormat, satu kumpulan muda telah menyampaikan satu penemuan iaitu menjana elektrik tanpa apa-apa fuel dan sebagainya. Apabila mereka ini ditemu duga oleh pihak kementerian dan dibuktikan bahawa mereka boleh menjana elektrik iaitu self-generating, mereka pula diminta lesen. Ini adalah inovasi, mengapa diminta lesen? Ketiga, Yang Berhormat harga getah yang dimaksudkan tadi. Sekarang ini harga getah atau susu di Semenanjung RM12 Yang Berhormat?

Ya. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Akan tetapi, di Sabah masih lagi di tahap RM7. Jadi, rakyat – penoreh getah di Sabah ini mengeluh apakah sebabnya ada perbezaan. Sekarang ini kita menggalakkan semangat 1Malaysia tetapi harga getah ini tidak ada 1Malaysia. Apa pandang Yang Berhormat?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat terlalu bermurah hati berkongsi masa dan saya ingin maklumkan masa Yang Berhormat sudah habis. Saya minta Yang Berhormat gulung.

Satu minit Tuan Yang di- Pertua. Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya memang faham. Tinggal lagi beri peluang kepada kawan-kawan. Namun, saya masukkan lah gesaan mereka dalam ucapan saya. Akan tetapi, apa pun kita bersyukur kepada Allah kerana harga getah hari ini memberikan satu kelegaan kepada semua pekebun- pekebun kecil. Seterusnya, ada lagi penemuan yang telah dibuat oleh Lembaga Getah Malaysia iaitu rubberised road yang dipanggil rubberised bitumen. Seharusnya, perkara ini dapat di aplikasi kerana ia telah dibuktikan mempunyai satu kelebihan selain daripada mempunyai satu ketahanan, bahkan rubberised road ini bukan sahaja murah tetapi tidak ada maintenance yang tinggi. Akhir sekali tentang dock fender iaitu satu lagi sistem yang boleh menyerap apa juga gegaran mana-mana kapal yang akan berlabuh. Jadi, ini juga satu penemuan yang telah dibuat oleh pakar-pakar penyelidikan kita yang seharusnya dapat diguna pakai oleh negara kita. Apa yang disebut saya daripada Yang Berhormat Tuaran tadi memang cukup bertepatan sekali. Jikalau kita orang Malaysia seharusnya menghargai apa juga penemuan ataupun produk-produk keluaran daripada negara kita, janganlah kerana produk ini tidak diimport daripada luar negara, maka kita tidak mahu menggunakan. Bahkan, Jambatan Kedua Pulau Pinang telah pun membuat keputusan untuk mengaplikasikan seismic bearings ini dalam pembinaan jambatan kedua. Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua atas banyak masa saya guna. Saya dengan ini menyokong bajet ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kubang Kerian.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan membaca firman Allah SWT. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Yang demikianlah mereka yang bila kami berikan kekuasaan di atas muka bumi ini, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, mengajak manusia kepada yang makruf, mencegah kemungkaran dan kepada Allah lah kembalinya segala urusan”.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan terbaik ini untuk membahaskan belanjawan negara bagi tahun 2011 yang jumlah keseluruhannya bernilai RM212 bilion. Dalam kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang beberapa aspek yang saya anggap penting dan menyentuh tentang isu-isu rakyat yang masih lagi kedengaran sama ada di bandar-bandar besar, di desa-desa pedalaman dan seterusnya kepada kerajaan-kerajaan negeri yang bernaung di bawah konsep federalism yang menjadi teras kepada urus tadbir negara kita pada hari ini. Pertamanya, saya ingin menyentuh tentang Parlimen itu sendiri, di mana saya ingin memberikan pandangan kepada Parlimen dan juga kerajaan yang ada pada hari ini demi untuk kita menjadikan Parlimen ini dan mereka yang dipilih oleh rakyat dengan mandat ke Parlimen ini dan kemudiannya oleh kerana kita juga mengaplikasikan bukan sekadar separation of power, akan tetapi kita juga mengamalkan apa yang dikatakan percantuman kuasa yang di antara kita juga dilantik menganggotai Kabinet. Menteri-menteri dilantik, Timbalan Menteri dan juga berlaku di Dewan yang lebih atas daripada ini iaitu di Dewan Negara. Bila kita menyaksikan tentang sejarah Parlimen negara kita, kita mendapati bahawa telah menjadi suatu yang lumrah bila Parlimen telah melewati masa dua tahun, dua tahun setengah, tiga tahun maka kita mula berlumba-lumba bermain dengan izin, hide and seek untuk mencari tarikh pilihan raya ataupun kerajaan yang diamanahkan itu mula mencari- cari peluang untuk mengadakan pilihan raya. Bayangkan dalam masa dua tahun setengah, masuk tiga tahun. Kemudian selepas daripada itu setiap anggota Parlimen sama ada daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri semuanya sibuk untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang. Saya ingin mencadangkan supaya tempoh Parlimen ini digenapkan lima tahun, dicukupkan lima tahun, 60 bulan. Selepas daripada itu dalam masa 60 hari pilihan raya boleh diadakan. Ini sebagai suatu kebaikan kepada mereka yang diberikan amanah dan kepada mereka yang menjadi sasaran kepada amanah yang diberikan kepada kita. Oleh itu setiap Menteri yang dilantik, bermula daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri akan ada masa 60 bulan, 5 tahun cukup untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Mereka tidak perlu meninggalkan pejabat bila tempoh masa dua tahun setengah, tiga tahun mula berteka teki bilakah pilihan raya akan diadakan. Dalam masa yang sama sibuk untuk memastikan diri mereka dipilih kembali untuk menjadi calon. Bayangkan ini berlaku dua setengah tahun, tiga tahun menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri telah mula meninggalkan pejabat dan mula fokus pada kerja-kerja pilihan raya. Kalau kita berupaya untuk menjadikan sistem dalam negara kita ini, Parlimen ini mesti cukup lima tahun. Setelah hari pertama kita

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

mengangkat sumpah, setelah hari pertama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengangkat sumpah, maka dia telah menyatakan bahawa penggal Parlimen akan datang adalah bila genap 60 bulan. Lima tahun kemudian maka barulah Parlimen ini akan dibubarkan. Jadi saya rasa ini adalah untuk kebaikan kita semua. Rakyat yang menunggu tanggungjawab, rakyat yang menunggu perkhidmatan daripada Menteri-menteri yang dilantik akan merasa selesa mereka diberikan perhatian lima tahun cukup dan bukannya berteka teki setelah dua tahun setengah, tiga tahun mula kita meramalkan bilakah pilihan raya akan diadakan. Jadi, saya mengharapkan supaya ini dapat diambil perhatian dan kita memang mahu supaya Speaker, Timbalan-timbalan Speaker yang ada di atas sana, biar mereka duduk di atas sana lima tahun cukup. Lima tahun tempoh dan selepas itu kita bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Penjelasan. Yang Berhormat ini macam tidak berapa hendak setuju Kerajaan Barisan Nasional ini turun awalkah? Rakyat minta turun awal ini. Yang Berhormat berhujah suruh tunggu lima tahun sampai genap lima tahun.

Tidak adil.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi, saya hendak minta penjelasan sebab rakyat hendak minta supaya turun sebab nampak kerajaan sendiri pun merasa hendak turun sudah, sebab dia bentang bajet pun, bajet macam hendak lari. Minta penjelasan. [Ketawa]

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Turun awallah dan kita boleh ambil alih urus tadbir dan kita dapat melaksanakan apa yang saya sebut sebentar tadi. Saya rasa ini antara yang insya-Allah Pakatan Rakyat akan kemukakan sebagai satu reform, sebagai satu reform, satu kelainan, suatu anjakan bila kita dapat mengambil alih urus tadbir negara mungkin ini suatu perkara yang akan kita perkenalkan. Tempoh bagi satu-satu kerajaan itu lima tahun dan selepas itu pilihan raya dapat diadakan. Ini sekadar pandangan yang saya ingin lontarkan di sini, bahawa saya nampak banyak kebaikan pada negara-negara yang telah mengamalkan sistem lima tahun genap ini seperti mana Perdana Menteri ataupun Presiden di Amerika Syarikat dan juga Perdana Menteri di United Kingdom dan barisan kabinetnya, mereka ada lima tahun yang cukup dan bagi Perdana Menteri itu tidak boleh melebihi 10 tahun genap dalam mereka menunaikan tanggungjawab mereka. Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh tentang urus tadbir negara yang sememangnya diharapkan supaya menjadi lebih baik dan saya untuk ke sekian kalinya sebagai merakamkan ucapan saya ini kepada Yang Amat Berhormat Pekan. Beliau adalah merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang saya rasa secara objektifnya, secara sedar saya bercakap dalam Dewan yang mulia ini adalah seorang Perdana Menteri yang banyak meninggalkan jasa dan juga memberikan satu komitmen yang tinggi kepada negara kita sehinggalah apa yang kita dapat pada hari ini. Di antara yang saya hendak sebut di sini mungkin untuk sekian kalinya saya bercakap. Ialah antara kata-kata yang pernah beliau ucapkan di bangku itu sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri ialah, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

atau di luar perairan tersebut yang dijadual oleh Petronas atau agensi-agensinya atau kontraktor-kontraktornya. Ucapan ini dilafazkan pada 12 November 1975. Saya ingin menyatakan di sini bahawa perjuangan rakyat di negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan melalui saluran apa yang dikatakan semangat federalisma, semangat persekutuan yang menjadi teras kepada negara kita ini, dilanggari dan akhirnya kerajaan dan rakyat negeri Kelantan tidak ada pilihan lain melainkan membawa isu ini ke mahkamah. Saya tidak berniat untuk mengheret isu ini. Mungkin Tuan Yang di-Pertua akan mengingatkan saya tentang sub judice dengan izin, akan tetapi saya ingin memperkatakan bahawa nampaknya semakin jauh kita meninggalkan noktah ataupun garis kemerdekaan, setengah abad negara kita merdeka yang pada hari pertamanya kita mendukung bersetuju dengan apa jua semangat pada waktu itu lalu lahirnyalah apa yang dikatakan Persekutuan Malaysia. Akan tetapi nampaknya, hari ini semangat ini semakin luntur, pudar dan semakin tidak boleh dipertanggungjawabkan. Rakyat Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa menggunakan saluran mahkamah untuk mendapatkan hak mereka. Dua agensi penting Petronas dan FELDA yang juga saya bawa di sini ialah bagaimana Allahyarham Tun Abdul Razak juga dalam eranya yang telah menjadi FELDA ini.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya juga melihat di sini bahawa di zaman anaknya, di zaman Yang Berhormat Pekan menjadi Perdana Menteri Malaysia pada hari ini, dua agensi ini menyaksikan bahawa rakyat yang sebahagiannya menjadi peneroka FELDA, juga menggunakan mahkamah dan saluran perundangan untuk mendapatkan hak mereka. Jauh nampaknya hati budi, keluhuran dan pendekatan kedua beranak ini, yang ingin saya rakamkan di Dewan yang mulia ini. Rakyat terpaksa melalui FELDA membawa kes mereka ke mahkamah untuk mendapatkan hak mereka dari mereka muda sehingga mereka menjadi tua barulah hak mereka diputuskan oleh mahkamah. Demikian juga Petronas pada hari ini, hak kita dengan Petronas yang sepatutnya dibayar royalti 5% di atas semangat ini, akhirnya tidak dipedulikan dan kita hanya terpaksa menggunakan saluran mahkamah untuk mendapatkan hak bagi pihak rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan. Saya suka untuk mengingatkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa semangat federalism ini sekiranya semakin hari semakin luntur, sekiranya semakin hari semakin pudar dan sekiranya semakin hari semakin tidak dipedulikan, kalau ia boleh berlaku kepada Terengganu dan Kelantan, apakah jaminan ia terus tidak berlaku di Sabah dan Sarawak, yang kita lihat pada hari ini hasil-hasil bumi dipunggah tetapi akhirnya kita melihat keutamaan tetap tidak mengalir kepada negeri-negeri yang selama 51 tahun merdeka masih terletak dalam negeri-negeri termiskin dalam negara kita. Begitulah terma urus tadbir kita melihat tentang FELDA yang saya ingin bawa pada hari ini, tentang perjuangan mereka yang pada asalnya kita melihat di zaman Allahyarham Tun Razak ini. Idea asal menubuhkan FELDA dilahirkan pada zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman yang dianggap sebagai Bapa Pembangunan Malaysia dan pada waktu itu yang bersama dengan Yang Berhormat Datuk Asri Haji Muda, bekas Senator Agung PAS, dibangunkan di

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

bawah Group Settlement Act 1960 atau disebut sebagai GSA, yang bermatlamat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Semenjak ditubuhkan pada 1 Julai 1956, kini FELDA sudah maju baik dari segi saiz, kewangan mahupun pentadbiran. Sistem pengurusan ladangnya dikatakan yang terbaik di dunia. Kita sangat berterima kasih di atas keprihatinan Allahyarham Tun Razak yang begitu mengambil berat tentang nasib rakyat miskin tetapi itu berlaku pada era beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apa yang berlaku pada hari ini? Hari ini kita melihat banyak kes-kes FELDA yang ditulis, banyak kes-kes FELDA yang diperjuangkan, banyak kes-kes FELDA yang kita kemukakan kerana kita merasakan berlaku ketidakadilan kepada peneroka-peneroka FELDA ini. Kalau kita mengatakan ia suatu kes, suatu isu, maka pihak di sebelah sana akan terus mengamalkan denial syndrome. Mereka mengamalkan suatu sikap di mana kita penghasut kepada FELDA, cemburu kepada FELDA, iri hati kepada FELDA tetapi apa yang kita perjuangkan, apa yang peneroka suarakan sebagai hak mereka akhirnya menjadi suatu kenyataan. Dibuktikan dengan kes yang kita lihat diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di mana FELDA Kemahang yang akhirnya berjaya untuk mendapatkan kembali hak mereka ataupun membuktikan bahawa terdapat penipuan bagaimana buah itu digredkan, dengan perahan minyaknya. Berapa tahun mereka berjuang? Berapa lama mereka berjuang? Akhirnya Mahkamah Persekutuan bersetuju bahawa peneroka tidak seharusnya diperlakukan dengan hal sedemikian. Gred buah pun ditipu selama puluhan tahun. Mahkamah yang memutuskan, bukan ia suatu berita palsu ataupun poison letter ataupun suatu yang digembar-gemburkan sebagai fitnah tetapi hasil perjuangan peneroka itu akhirnya dibuktikan bahawa mereka ditipu dari segi penggredan buah.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ledang bangun Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Ya, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya menghormati pandangan Yang Berhormat – semangat, tetapi takkan lah sampai membuat satu rumusan bahawa apabila mahkamah membuat keputusan, mengesahkan bahawa FELDA menipu sedangkan umum mengetahui bahawa mahkamah membuat keputusan berdasarkan tanpa perbicaraan langsung. Tidak ada pun perbicaraan di dalam mahkamah kerana malangnya, peguam yang mewakili FELDA tidak hadir. Kita tidak mempersoalkan apa yang dibincangkan di dalam mahkamah tetapi itulah yang diputuskan – tidak ada perbicaraan. Apabila peguam merayu, tidak dibenarkan oleh mahkamah sampai kepada semakan pun tidak dibenarkan. Maknanya tidak adillah kalau hanya berdasarkan kepada keputusan mahkamah tanpa perbicaraan, maka mengatakan bahawa FELDA tipu dan sebagainya. Saya rasa tidak adil.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Baik Yang Berhormat. Saya berdiri...

Saya hendak tambah sedikit Yang Berhormat.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Bagi mewakili peneroka FELDA...

Minta sedikit.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya berani mengatakan bahawa peguam FELDA yang tidak hadir itu tahu kes itu akan kalah. Saya bertanggungjawab.

Boleh sekejap Yang Berhormat? Terima kasih Yang Berhormat bagi saya peluang... Sebenarnya, peratus perahan minyak ini adalah satu benda yang subjektif. Kalau kita tidak faham dalam kawasan ini ataupun kita tidak pakar dalam sistem peratusan perahan minyak ini, tidak usah membuat apa-apa andaian. Ini kerana ia bukan sahaja berdasarkan daripada buah muda, bahkan daripada kilang yang memerah perahan minyak ini... Ini kerana apa juga sistem yang digunakan untuk peratusan perahan minyak ini ataupun dipanggil OER, adalah berdasarkan daripada buah, daripada benih, cara dan juga sistem kita untuk good agriculture practice. Kalau kita lihat setinggi-tinggi sekalipun, FELDA dapat perahan minyak 18% ke 19% sahaja tetapi ladang-ladang luar yang komersial mendapat sehingga 23%. Apa sebabnya? Ini kerana ia ada sistemnya. Jika kita tidak pakar dalam perkara ini, saya fikir jangan bincang perkara ini. Terima kasih.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih sahabat saya dari Jasin.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Okey, Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, terima kasih. Nampak hari ini sebelah sana mempertikaikan keputusan mahkamah. Jelas mempertikaikan keputusan mahkamah, mengatakan mahkamah membuat keputusan tanpa memberi peluang kepada pihak FELDA, sedangkan mahkamah memberi peluang kepada pihak FELDA untuk membela diri. Akan tetapi disebutkan tadi oleh Timbalan Menteri yang jaga FELDA – Yang Berhormat tidak hadir pagi tadi – dia mengatakan peguam itu tidak datang kerana peguam letak jawatan, tarik diri pada Disember 2007, kes itu Januari 2008. Sepatutnya FELDA boleh mencari peguam lain untuk mengambil alih peguam tersebut, tetapi FELDA tidak cari. Ini menunjukkan bahawa Menteri dan Timbalan Menteri yang menjaga FELDA ini failed lah.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, ada benda...

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Oleh sebab...

Kalau betul, buat statement di luar – kenyataan itu! Kalau berani, buat statement di luar.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Heh!

Kalau berani, statement itu buat kenyataan di luar.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya sudah buat statement di luar tadi.

Sebab salah, memang salah benar.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya, Yang Berhormat Kuala Krai dan juga Yang Berhormat Shah Alam.

Kalau berani, buat statement di luar. Termasuk Yang Berhormat Kubang Kerian.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Okey, okey.

Kalau berani Yang Berhormat Kubang Kerian, sebut di luar bahawa ada pakatan dan bahawa peguam sengaja tidak hadir kerana dia tahu dia kalah. Kalau berani, buat statement di luar.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Jangan bimbang, selepas ini saya akan buat di luar. Kita apabila mengatakan satu fakta, kita bertanggungjawab dalam Parlimen dan di luar Parlimen. [Tepuk] Kita tidak takut.

Kita tunggu.

Yang Berhormat Kubang Kerian dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Maknanya daripada apa yang kita dengar beberapa hari dan beberapa minggu ini, hubungan FELDA dengan peneroka yang bawahan pun teruk, buruk dan dihina, hubungan dengan peguam yang kelas atasan pun teruk juga. [Ketawa] Maknanya FELDA ini memang tidak ada kebolehan, kemampuan langsung.

Dato’ Haji Mahfuz bin OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dengan hakim pun teruk.

Hakim pun dia sudah jadikan alasan dan tuduhan kepada mereka.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Pokok Sena. Jadi, saya rasa apa yang berlaku itu, kita bertanggungjawab. Tadi Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Shah Alam telah pun membuat kenyataan itu di luar Parlimen.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Jadi apa yang kita mahu adalah satu kebertanggungjawaban. Jangan kalah mahkamah dan kita juga mengatakan peneroka dengan kata-kata yang menyakitkan hati mereka. Puluhan tahun mereka berjuang Tuan Yang di-Pertua. Wang ringgit dikeluarkan untuk membayar kos guaman, itu hak mereka. Apa yang berlaku baru-baru ini di Mahkamah Tinggi Kuantan, isu FELDA Sungai Koyan 3 dan 4, isu tanam semula. Mahkamah memerintahkan supaya pihak FELDA membayar kepada peneroka FELDA yang telah mereka habis kontrak. Ini jelas bila kita membaca dengan teliti Akta GSA, Group Settlement Act, bila mereka habis hutang, hak setiap peneroka untuk mereka boleh menanam semula di atas tanah mereka sendiri yang mereka memilih untuk tidak lagi terikat dengan FELDA. Dipotong setiap sen, dipotong setiap ringgit daripada hasil peluh mereka. Akhirnya mereka juga menunggu puluhan tahun untuk memperjuangkan nasib mereka. Akhirnya mahkamah lagi sekali memutuskan supaya mereka dibayar dan ini membuktikan perjuangan mereka bukan sesuatu yang tidak betul. Perjuangan mereka ini bukan fitnah yang menuduh FELDA dengan sewenang-wenangnya. Akan tetapi inilah perjuangan yang akhirnya berpihak kepada mereka. Akan tetapi apa yang mereka terima? Hamburan kata-kata nista, kebun mereka penuh dengan biawak dan babi hutan. Adakah ini layanan yang diberikan kepada mereka sedangkan itu hak mereka.

Tuan Salahuddin AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Kita mahu supaya agensi FELDA ini yang falsafah, matlamat asal yang diperjuangkan dengan begitu murni oleh Allahyarham Tun Abdul Razak diambil dengan cermat dengan penuh tanggungjawab oleh anaknya pada hari ini. Kita mahu ianya menjadi lebih baik daripada apa yang ditinggalkan Allahyarham bapa beliau sendiri. Ini pandangan kami, bukan kami iri hati, bukan kami cemburu tetapi nasib peneroka FELDA ini jangan dipermain-mainkan. Itulah yang kita rasakan yang perlu kita bawa di sini. Bila saya bercakap di sini saya ada fakta. Ketika menjawab soalan tambahan di Parlimen sebagai mana didedahkan pada 17 dan 18 Jun 2010, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan. Yang Berhormat dari Pontian sekampung dengan saya mengakui bahawa kedudukan tunai FELDA yang merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009, kemerosotan RM2.7 bilion dalam tempoh lima tahun...

Boleh minta penjelasan lagi?

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Saya ada dua tiga isu lagi.

Kalau berani tentang Sungai Koyan tadi.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Maaf.

Tentang Sungai Koyan. Tidak berani.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Alasan yang diberikan adalah RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil. RM603 juta untuk pinjaman rumah, RM253 juta untuk tabung kemiskinan Sabah, RM662 juta untuk bangunan baru FELDA. Tuan Yang di-Pertua, bila kita sebut dalam Dewan yang mulia ini. Setiap peneroka yang terlibat dengan tanam semula telah mencarum setiap bulan RM40,000, maknanya RM40,000 dan dipotong oleh pengurusan FELDA. Berapakah jumlah sebenar kutipan daripada caruman tersebut? Adakah ianya disimpan ataupun dilaburkan? Berapakah jumlah caruman peneroka tanam semula persendirian yang belum dikembalikan kepada peneroka? Ini yang saya pinta jawapan dengan penuh tanggungjawab. Setiap peminjam perumahan yang dibuat oleh peneroka FELDA adalah hutang yang dibayar balik setiap bulan dengan jumlah yang tertentu. Mereka dikenakan kos pengurusan 2.5% atas pinjaman. Apakah relevannya FELDA membiayai dana khas kemiskinan Sabah sedangkan penempatan peneroka di negeri tersebut adalah kecil, FELDA Plantation, estet FELDA yang terbesar terletak di FELDA Gugusan Sahabat, kenapa tidak digunakan dari FELDA Plantation? Kenapa semuanya nanti akan dibebankan kembali kepada peneroka? Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh bekas Timbalan Menteri Tanah dan Galian, Pembangunan Koperasi Dr. Tan Kee Keong pada tahun beliau menjadi Timbalan Menteri 1999 hingga 2004, bahawa FELDA telah membayar pendahuluan 40% atau RM230 juta daripada harga sebenar RM662 juta kepada pemaju projek Naza TTDI ataupun TTDI Development Sdn. Bhd untuk membina bangunan baru FELDA di Platinum Park KLCC. Mengikut amalan biasa bayaran pendahuluan tidak lebih daripada 10% daripada harga keseluruhan projek. Apa istimewanya pemaju projek mendapat bayaran pendahuluan yang cukup tinggi?

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Sehingga kini berapa peratuskah kerja-kerja pembinaan telah dilakukan? Ini juga saya pinta jawapan yang benar-benar bertanggungjawab. Adakah benar pendedahan ini bahawa wujudnya satu perancangan pada tahun 2006 untuk menggantikan ibu pejabat FELDA yang sedia ada di atas tapak yang sama di Jalan Semarak dengan kos anggaran RM220 juta sahaja. Tender untuk meruntuhkan bangunan lama telah pun dibuka dan Perdana Menteri pada ketika itu Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi juga telah bersetuju merasmikan Majlis Pecah Tanah pembinaannya. Apakah kewajarannya perancangan asalnya dibatalkan dan kini dibina bangunan baru atas tapak dengan kos yang begitu mahal? Adakah benar dakwaan harga bangunan baru setinggi 50 tingkat itu yang mencecah RM662 juta terlalu tinggi dan telah dibayar penuh kepada pemaju projek? Apakah projek tersebut melalui tender terbuka atau runding terus dan bagaimana penilaian harganya dibuat? Ini ialah merupakan isu yang saya hendak bawa yang telah saya katakan dalam Dewan yang mulia ini yang saya ingin mendapat satu jawapan yang bertanggungjawab daripada kementerian yang berkaitan. Siasatan mesti dibuat berapakah jumlah terkumpul wang tanam semula peneroka sehingga kini dan ke mana pergi wang itu sekarang? Berapa jumlah sebenar yang dibelanjakan untuk kerja-kerja tanam semula dan pinjaman sara hidup yang didahulukan kepada peneroka? Kedua, siasatan mesti dibuat berapakah jumlah kutipan bayar kembali iaitu hutang pembangunan ladang, kawasan kampung dan pinjaman persendirian yang faedahnya 6.25% setahun yang FELDA terima daripada peneroka, ke mana perginya wang itu sekarang? Ketiga, siasatan mesti dibuat ke mana perginya perolehan dan keuntungan daripada 43 anak syarikat FELDA. Benarkah ada anak syarikat yang telah ditutup dan pelaburan di luar negara yang gagal melibatkan dana lebih RM500 juta gara-gara apa yang dikatakan salah urus. Saya diberitahu terdapat beberapa isu yang melibatkan seperti mana siasatan yang mesti dibuat berdasarkan kutipan yang diterima FELDA daripada bayaran balik pinjaman skim perumahan dan ke mana wang itu sekarang? Siasatan mesti dibuat terhadap kewujudan Jabatan Seranta FELDA yang melibatkan kos jutaan ringgit sedangkan peranannya sebagai alat propaganda politik dan ia tidak berfaedah terhadap produktiviti peneroka. Siasatan dibuat apakah rasionalnya sebuah agensi kerajaan menanggung kos kemiskinan di negeri Sabah. Kemanakah agihan RM250 juta disalurkan dan melalui siapa? Jadi saya dan semua di sini dengan fakta-fakta ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan satu jawapan yang dalam penggulungan nanti akan diberikan secara bertanggungjawab. Saya beralih kepada isu seterusnya yang sebagaimana yang saya telah sebut dalam penggal yang lalu dan bagaimana ianya juga melibatkan satu urus tadbir negara yang kita rasakan sangat besar implikasinya terhadap urus tadbir bila kita bercakap tentang ketelusan dan urus tadbir yang baik dalam negara kita. Saya telah menghantar dua surat atas nama saya sendiri dan atas sifat saya sebagai Ahli Jawatankuasa Khas SPRM yang ditubuhkan di bawah Akta SPRM. Saya telah menyatakan dengan tegas dalam ucapan saya di sini dan juga di luar Parlimen bahawa pelantikan saya sebagai Ahli Jawatankuasa Khas SPRM ini bukan bersifat ceremonial, bukan sekadar saya untuk mendapat nama tersebut tetapi saya percaya bahawa jawatan itu diamanahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong kepada kami yang membentuk Ahli Jawatankuasa Khas SPRM.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu laporan lengkap yang dihantar oleh sebuah syarikat guaman Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, isu kerugian MAS RM8 bilion yang telah saya hantar dua surat yang bertarikh 28 September 2010 yang pertama kepada Yang Berhormat Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas SPRM.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Dalam surat ini yang telah menyatakan bahawa kita mahu suatu mesyuarat diadakan di antara Jawatankuasa Khas SPRM, SPRM dan pihak MAS. Mesti dipanggil pihak Lee Hishammuddin Allen & Gledhill ini untuk memberikan keterangan-keterangan yang dihantar kepada SPRM. Isu ini bahawa laporan yang dikeluarkan oleh anak guaman MAS ini yang sepatutnya diserah kepada SPRM telah dihantar kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman yang kita anggap sebagai suatu yang sangat berbahaya yang mendedahkan identiti pengadu ini. Oleh itu, saya telah mengambil tanggungjawab pada 28 September juga menghantar surat yang sama kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang saya rasa Yang Berhormat Tumpat pun mendapat salinan daripada surat itu supaya kes ini mesti disiasat. Tuan Yang di-Pertua, ya RM8 bilion wang negara, ke manakah perginya? Berapa peratus daripada bajet kita yang ada pada hari ini? Satu GLC lain Sime Darby rugi hampir RM2 bilion, RM8 bilion. PKFZ mujurlah kita bangkitan hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Akhirnya terbongkar siapa sebenarnya yang bertanggungjawab. Akan tetapi MAS RM8 bilion, dalam era siapa? Persoalannya adakah Tan Sri Tajuddin Ramli berani buat seorang diri yang melibatkan kerugian RM8 bilion. Ini wang rakyat. Ini wang yang kita rasakan kita bertanggungjawab. MAS tidak habis-habis disuapkan sudu dan susu ke dalam mulut mereka. Selepas itu kita cemburu dengan AirAsia. Kita tidak perlu cemburu dalam erti kata yang kita rasakan kita sakit hati dengan mereka. Saya dengar hujah orang Sabah dan Sarawak lebih memilih AirAsia untuk pergi ke Semenanjung. Kenapa? Ya, memang ia lebih murah. Ada kos-kos yang saya rasa memang kita pun tidak setuju. Itu perundangan boleh mengambil alih. Akan tetapi mereka tidak ada pilihan. Mereka start from zero. Hari ini MAS zaman yang saya sebut ialah kita rugi RM8 bilion. Kenapa sebelah pihak mendiamkan diri? Adakah perlu mendiamkan diri? Tuan Yang di-pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya.

Tuan Salahuddin Haji AyubAMANAH · PHKubang Kerian

Kalau negara ini menuju kepada mafia, saya berharap tidak. Kalau negara ini seperti Amerika Latin, saya rasa kes-kes yang high deal, high profile and a big deal ini maka setiap whistleblower ini mungkin nyawanya dengan sebutir peluru yang akan hinggap. Akan tetapi apa pun kosnya saya harap pihak yang berwajib, saluran perundangan, seluruh yang ada yang telah saya gunakan ini bangunlah. Ini wang rakyat. Ini wang yang rakyat berikan kepada kita pada hari ini untuk dipertanggungjawabkan, RM8 bilion. Oleh itu, saya mengharapkan supaya ia dapat dipertanggungjawabkan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Arau.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta terlibat dalam perbahasan Bajet 2011. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ucapkan tahniah atas keprihatinan kerajaan iaitu berhubung dengan tumpuan atau pun fokus yang diberikan kepada golongan muda bagi pemilikan rumah pertama iaitu pinjaman penuh sebanyak RM220,000 dan juga 50% duti setem percuma kepada golongan muda yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Bermakna kata kebanyakannya yang terlibat dalam sektor kerajaan dan juga swasta. Di sini adalah amat penting kerana kita tidak mahu golongan muda yang mempunyai tanggungjawab yang amat berat seperti keinginan untuk memiliki kenderaan, rumah, dan juga tuntutan ke arah gerbang perkahwinan dan lain-lain yang menjuruskan mereka terlalu obsess untuk terlibat di dalam hutang-hutang seperti memiliki kad kredit dan sebagainya. Kita juga mencadangkan kepada pihak kerajaan apakah tidak perancangan-perancangan yang lain dalam kita membantu golongan belia ini bagi memenuhi keperluan asas yang lebih cukup dan menggalakkan bagi kita pastikan mereka menghadapi suasana atau pun status berkeluarga yang boleh mengelakkan kepada terjurusnya kepada masalah- masalah sosial dan juga masalah untuk meneruskan kehidupan. Jadi, kita berharap dalam bajet ini, pertimbangan-pertimbangan lain atau pun insentif lain juga kita dapat berikan terutamanya mereka juga yang ingin terlibat dalam dunia perniagaan dan sebagainya. Menyentuh tentang tender, dewasa ini banyak projek terbengkalai yang berlaku. Walaupun apa juga sistem yang kita guna pakai dalam sistem pemberian tender sama ada sistem rundingan terus atau pun sistem pemberian tender terhad atau pun sistem pemberian tender terbuka. Banyak projek sekarang kita lihat berada dalam keadaan yang cukup membimbangkan dan saya ingin bertanya pihak kementerian di sini berapa peratuskah projek terbengkalai yang berlaku di awal pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan juga di awal atau pun sepanjang tahun 2010? Ini kerana kia lihat dalam keadaan sekarang perlu kerajaan menetapkan satu dasar bahawa tidak perlu lagi diberi kepada syarikat yang telah ditamatkan perkhidmatan kontrak mereka mengikut sistem perjanjian. Ini kerana saya difahamkan baru-baru ini ada usaha-usaha yang dibuat oleh JKR dan juga ICU untuk memberi semula kepada kontraktor asal yang tidak dapat menyiapkan projek seperti mana yang telah ditetapkan dalam perjanjian tender. Ini sepatutnya tidak akan berlaku dan tidak wajar berlaku. Ada di antarnya projek yang telah dibuat tender terhad atau pun tender terbuka, projek-projek terbengkalai ini yang menyebabkan kontraktor-kontraktor mengeluh kerana mereka terpaksa membeli dokumen tender dalam harga yang cukup mahal. Akan tetapi akhirnya ada pihak yang telah membuat keputusan untuk memberi kepada syarikat asal untuk memberi peluang kedua kononnya yang boleh menyebabkan kekurangan bajet akan berlaku dan projek berkenaan kalau dapat disiapkan mengambil masa atau pun tempoh yang cukup lama. Selain daripada itu boleh menyebabkan kualiti penghasilan kerja daripada apa yang berlaku, kebocoran demi kebocoran ini menyebabkan kita tidak mendapat kualiti kerja yang baik dan berlakulah apa yang berlaku sekarang. Bangunan runtuh, ini jatuh, ini retak dan sebagainya yang menyebabkan tidak ada kawalan secara khusus daripada pihak kerajaan. Justeru kerana itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sekali lagi kepada JKR dan juga konsultan-konsultan yang diberi tanggungjawab untuk mengawasi

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

projek-projek ini supaya mereka yang benar-benar berpengalaman sahaja yang diberi tanggungjawab untuk mengawasi ini supaya mereka yang berpengalaman dan mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk mengawal selia supaya tidak berlaku perkara-perkara yang saya sebutkan di awal tadi. Kebetulan Yang Berhormat Timbalan Menteri Jabatan Kerja Raya(JKR) ada di sini, dia perlu mengambil perhatian perkara ini. Saya beri laluan kepada Yang Berhormat Bintulu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Arau. Saya mahu tanya sedikit pandangan daripada Yang Berhormat Arau. Saya di sini mahu mencadangkan dan meminta Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kewangan ambil perhatian atas ini. Projek-projek yang mahu dijalankan dalam satu tender. Saya terima banyak aduan daripada rakyat terutama sekali apabila masa tender. Ini kontraktor-kontraktor daripada Sabah dan Sarawak. Contoh seperti di Sarawak. Masalah apabila tiada masuk tender memang tiada kurang diberi peluang, kalau open tender. Akan tetapi, banyak tender peluang didapati daripada Semenanjung Malaysia.

Contohnya macam di Sarawak, kalau kerajaan ada tender-tender terbuka untuk kontraktor-kontraktor masuk tender, kalau kita tidak ambil kaji semula untuk orang tempatan, bila orang kontraktor Sarawak ada peluang. Selalu sekarang kontraktor-kontraktor di Sarawak cuma dapat subkontrak sahaja. Ini adalah contoh macam mana Yang Berhormat Arau tadi kata. Projek terbengkalai kadang-kadang bukan kata kontraktor tidak boleh bina, tetapi kontraktor dapat subkontrak akhir sekali sampai hujung ia tidak dapat kontrak ‘P’. Ini adalah satu jadi masalah projek terbengkalai. Yang Berhormat Arau setuju atau tidak? Kalau kontrak-kontrak bila ada jalan untuk kontrak, tender terbuka – setuju atau tidak kita sepatutnya bagi peluang orang tempatan barulah orang tempatan ada peluang dapat kontrak daripada kerajaan. Ia pun boleh dapat satu rekod yang baik kalau ia kontraktor yang baik. Kalau tidak sampai bila mereka merasa ada peluang kalau selalu kira hendak dapat subkontrak sahaja daripada mereka ini.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya sebenarnya amat bersetuju. Keutamaan harus diberikan kepada kontraktor tempatan. Kalau kita hendak menyatakan bahawa projek itu memerlukan skill, sebenarnya kontraktor berkenaan juga boleh mencari skill itu pada syarikat-syarikat besar yang lain. Janganlah kalau kita nampak projek yang mempunyai peruntukan besar. Kita hanya mengutamakan kepada syarikat- syarikat yang disenaraikan menyebabkan kontraktor-kontraktor lain yang berdaya - yang sepatutnya ditolong, di maju dan diberi peluang untuk mereka mendapat tempat. Saya amat bersetuju supaya keutamaan harus diberikan kepada kontraktor-kontraktor di negeri di mana projek itu di tawarkan. Saya mohon pandangan sahabat saya Yang Berhormat Bintulu ini dimasukkan di dalam sebahagian daripada ucapan saya. Saya minta sekali lagi apabila berlaku projek-projek terbengkalai supaya pihak JKR dan ICU - dan saya difahamkan ada unit pemantauan yang dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri. Ini supaya setiap kali kontraktor yang telah ditamatkan kontrak berkenaan supaya tindakan segera diambil, supaya kita tidak membiarkan dalam satu tahun, dua tahun seperti IKBN di Kuala Krai. Kalau tidak silap saya telah dibiarkan hampir satu tahun terbengkalai. Tender telah dikeluarkan tetapi keputusan tidak dibuat oleh pihak JKR. JKR kata kewangan akan buat, akan berlaku dolak-dalik.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Sepatutnya perkara ini dapat diselesaikan supaya bangunan itu tidak berada dalam – prasarana itu masih boleh diperbaik pulih dan berada dalam keadaan baik untuk diteruskan projek-projek berkenaan. Sekejap ya, Yang Berhormat Putatan dan kemudian sahabat saya Yang Berhormat Sungai Petani. Sila.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya dari Arau. Saya terpanggil atas hujah Yang Berhormat Arau, soal masalah projek- projek yang terbengkalai terutama sekali bangunan-bangunan yang retak, bangunan-bangunan yang perlu dirobohkan seperti Hospital Kuala Sepit, Kota Kinabalu. Baru-baru ini Yang Berhormat sedar atau tidak banyak mesyuarat yang kita hadir di mana taklimat-taklimat yang akan dibuat oleh pihak konsultan untuk melobi satu-satu projek, terutama sekali projek-projek yang besar-besar. Jadi, apabila kita melihat dahulu kita ada perujuk konsultan initiative project ataupun build and transfer. Kebanyakan idea-idea ini daripada konsultan- konsultan. Kita tidak membantah konsultan terlibat dengan pembangunan negara. Itu amatlah digalakkan, tetapi adakah kerajaan melihat konsultan-konsultan yang tidak bertanggungjawab yang mana pada ketika minta OC dan sebagainya - bangunan-bangunan yang tidak sepatutnya mendapat OC. Jadi, saya berfikir kalau ini ada kemungkinan bersubahat dengan pihak kontraktor ataupun pegawai-pegawai yang bertanggungjawab untuk memantau projek-projek kesemua ini. Kita mahu tanya daripada pihak kerajaan, berapa pihak konsultan yang tidak bertanggungjawab ini? Yang dianggap salah diheret ke mahkamah dan dibuat satu penilaian ataupun menyenaraikan hitamkan konsultan- konsultan seperti ini. Minta pendapat daripada Yang Berhormat.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin minta pandangan Yang Berhormat Arau. Kalau Yang Berhormat Arau lihat bangunan-bangunan yang didirikan semasa penjajah British dahulu di Malaysia, kebanyakan bangunan itu kekal bukan sahaja utuh tetapi nampak megah hingga ke hari ini. Berbanding dengan bangunan-bangunan yang kononnya di jana oleh anak-anak tempatan yang mempunyai banyak masalah. Setuju atau tidak Yang Berhormat Arau dengan saya kalau saya katakan bahawa kita mesti kembalikan dan memberikan JKR peranan yang lebih. Kalau zaman dahulu JKR yang menjadi tonggak, yang menjadi pemandu dan pemerhati supaya bangunan-bangunan yang dibina itu lengkap dan kemas. Akan tetapi, nampaknya peranan JKR sekarang ini makin mengecil. Setuju atau tidak Yang Berhormat Arau supaya JKR harus kembalikan kuasa dan juga peranan yang dimainkan seperti zaman dahulu. Terima kasih.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Yang Berhormat Putatan dan juga Yang Berhormat Sungai Petani. Saya sangat bersetuju. Akan tetapi kalau kita melihat ada konsultan yang mempunyai tanggungjawab ataupun komitmen yang tinggi kita boleh memberi peluang sebenarnya. Akan tetapi untuk projek-projek yang besar, JKR perlu menambah strength dari segi pekerja mahir supaya pengawasan-pengawasan terperinci tenaga-tenaga profesional seperti arkitek, QS, engineer dan lain-lain yang membolehkan bahawa setiap bangunan yang sebelum diberi sijil hak milik ataupun CFC yang menduduki dan sebagainya. Ini supaya mereka dapat satu pengawasan dan juga terutamanya dalam tempoh LAD itu boleh – harus dibuat pemerhatian yang lebih serius dan khusus supaya kita

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

mendapat kualiti kerja dan juga specifications yang perlu dipenuhi seperti mana yang ditetapkan dalam proses tender. Sekarang saya ambil satu contoh sekolah. Namanya Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Bohor, sekolah baru di Parlimen Kangar. Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh datang melawat kalau Yang Berhormat Menteri sibuk. Kalau Yang Berhormat lihat dari segi kualiti kerja, kita lihat daripada pandangan mata kasar pun kita merasakan orang boleh ketawa satu dunia. Apabila bangunan - beam yang sepatutnya sama dari bawah ke atas, tetapi beam bermula dari bawah sampai ke atas jadi kecil. Bermakna kata bolt yang dipasang ketika penuangan ready-mixed tidak dibuat begitu ketat ataupun kejap yang menyebabkan boleh menghasilkan satu saiz yang sama. Ini berlaku dan apabila saya melawat ke sekolah berkenaan, kebetulan saya Yang di-Pertua PIBG sekolah tersebut. Saya melihat bangunan yang ada dua sahaja dalam Malaysia. Satu di Putrajaya dan satu di Kangar Perlis, di kawasan Parlimen Dato’ Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad. Saya merasakan sesuatu yang tidak patut berlaku dan bila saya tanya ia kata konsultan daripada Kuala Lumpur sudah datang melawat dan akan ambil tindakan. Kita tidak mahu bayaran muktamad yang di buat oleh JKR... Tiba-tiba tanpa dibuat baik pulih terlebih dahulu. Yang membimbangkan sekarang ini pelajar-pelajar telah mula menduduki. Apa kata kalau terjadi baru mula cari konsultan, baru hendak menyalahkan pihak itu, barulah hendak menyalah ini. Akan tetapi sepatutnya kalau kita melihat hasil kerja dan kualiti kerja yang tidak cermat yang telah berlaku seperti ini, kita tidak harus membenarkan pendudukan pelajar berlaku di tempat berkenaan. Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Bohor Kangar, Perlis - 01000, Yang Berhormat Menteri perlu pergi melawat. Yang Berhormat tengok daripada jauh pun indah, tetapi apabila pergi dekat saya tidak tahu apa jenis bangunan yang patut kita beri pengiktirafan. Kelas pun saya tidak ingat boleh - markah pun tidak boleh beri gred bangunan berkenaan. Jadi, dalam hal ini janganlah kita tengok bajet besar. Kemudian berlaku sana sini kebocoran yang boleh menyebabkan fokus bajet yang patut di tumpu pada bangunan berkenaan, tetapi terpaksa ia jatuh ke tempat lain yang menyebabkan keadaan yang berlaku sekarang. Yang kedua, berhubung dengan PFI. Saya memohon pihak kerajaan dalam keadaan kita meningkat untuk memulihkan ekonomi, saya merasakan PFI patut diteruskan. Akan tetapi, kita menyedari bahawa kekurangan dana yang berlaku dalam negara kita, terutamanya yang melibatkan prasarana kritikal. ICU dan juga EPU harus melihat perkara ini dengan lebih jelas, terutamanya EPU.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Supaya projek-projek yang melibatkan RM50 juta ke atas yang akan dimulakan proses secara Inisiatif Pembiayaan Swasta atau PFI ini, supaya kita benar-benar dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat luar yang mempunyai modal yang tinggi seperti Temasek, mana-mana daripada Middle East, China Harbour yang boleh memberi kita pertolongan untuk kita menolong melaksanakan semua prasarana kritikal seperti kolej kediaman universiti, sekolah-sekolah, hospital dan sebagainya yang perlu dilaksanakan walaupun kita berada dalam keadaan kegawatan yang memerlukan bahawa perkara ini dalam perancangan kerajaan yang begitu teliti dan kita mahu dilaksanakan supaya tidak merugikan mana-mana pihak.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Tuan Yang di-Pertua berhubung dengan masalah pertanian. Saya ingin membangkitkan di kawasan saya iaitu kawasan MADA, kawasan Pokok Sena juga kawasan MADA, kawasan rakan-rakan lain banyak kawasan MADA contohnya di Kedah dan Perlis yang melibatkan pengeluaran padi lebih daripada 40% beras negara. Akan tetapi saya ingin membangkitkan apabila berlaku kemerosotan hasil pengeluaran terutama musim pertama baru-baru ini. Petani-petani di kawasan MADA banyak mengeluh Tuan Yang di-Pertua kerana benih padi sah yang dilaksanakan sekarang telah diberikan kepada agensi swasta yang ada satu syarikat mendapat lebih daripada 17,000 tan metrik. Saya tidak tahu daripada negeri mana kerana tidak mendapat fakta yang begitu jelas mungkin syarikat itu daripada Selangor. Sepatutnya kita harus melihat kesesuaian benih padi sah ini sesuai atau tidak ditanam untuk benih Selangor hendak bawa pergi kedah, benih Selangor hendak bawa pergi Perak, benih Selangor hendak bawa pergi Perlis. Jadi ini perlu kajian dibuat dan sepatutnya - benih padi ini merupakan di antara punca utama untuk kita melihat hasil pengeluaran padi yang lebih tinggi, maka kita perlu diberi kepada hak ataupun kepada agensi kerajaan kerana agensi kerajaan dia lebih bertanggungjawab. Dia tidak mementingkan keuntungan dan juga dia boleh menghasilkan sesuatu dengan lebih berkualiti.

[Bangun]

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Malah ada di antara loji milik Jabatan Pertanian negeri, malah ada loji benih padi milik agensi-agensi pertanian yang lain...

Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang sebenarnya boleh digunakan hanya memerlukan kuota diberikan oleh pihak kerajaan tetapi tidak digunakan malah disewa kepada syarikat-syarikat yang telah diberi hak untuk menjalankan benih padi sah itu. Silakan Yang Berhormat Langkawi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya bekas pegawai MADA. Semasa kita membuat perangkaan dahulu, kita akan bahawasanya loji di Alor Setar, Kedah, di Terengganu dan juga di Sekinchan dan juga di kawasan Kelantan hendaklah sebagai loji untuk membuatkan benih-benih. Apa telah jadi kepada loji- loji kita tersebut? Adakah Yang Berhormat Arau tahu? Terima kasih.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya tidak tahu perkembangan untuk makluman Yang Berhormat Langkawi tetapi saya melihat pada - KADA pun ada tafsir kalau tidak silap saya ada loji tetapi tidak ada peruntukan yang diberikan oleh pihak kementerian. MADA yang mengeluarkan 40% daripada beras negara hanya dapat lima tan sahaja yang sebenarnya tidak akan mencukupi untuk kita bagi untuk seluruh kawasan MADA. Jadi, sebab itu kementerian harus mengambil tindakan dengan kadar yang segera bagi mengatasi masalah ini kalau kita tidak mahu banyak perkara-perkara yang telah dibuat seperti kita mendirikan banyak jeti-jeti nelayan tetapi muara sungai cetek. Nelayan hanya boleh ke laut ketika air pasang dan balik ketika air pasang menyebabkan mereka berada di laut hanya sekitar empat jam. Selebihnya mereka tidak dapat buat apa-apa. Sudah tentu hasil tangkapan berkurang dan kita hendak salahkan mereka, itu adalah tidak patut.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Oleh sebab itu perkara-perkara ini perlu kajian dan LKIM pun banyak projek-projek gajah putih yang kita buat. Kolam ikan, kolam udang di Sanglang, Pantai Merdeka di Kedah hanya beroperasi dua hingga tiga tahun kemudian kita lihat menjadi gajah putih. Oleh sebab itu kajian perlu dibuat dalam kita hendak pastikan bahawa industri perikanan kita dapat berdaya saing, bertaraf dunia kita harus melihat perancangan yang teliti supaya benda-benda yang sepatutnya didahulukan ataupun kita buat ad hoc yang menyebabkan banyak pembaziran berlaku tidak seharusnya dilaksanakan sama sekali. Kadang-kadang untuk kita mengatasi masalah ini kita telah terpaksa mengeluarkan subsidi dan juga geran dalam kita membantu perkara-perkara ini supaya dapat dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan lagi soal gaji kakitangan kerajaan terutamanya mereka yang berkhidmat dalam close service. Saya ingin bangkitkan soal Jabatan Kastam kerana Jabatan Kastam ini turut memainkan peranan penting dalam kutipan besar kewangan negara. Boleh dikatakan kalau kita ambil contoh Selangor dekat sehari RM7 hingga RM8 juta yang dikutip oleh kastam menerusi kilang-kilang dan juga pelabuhan yang berada di sekitar negeri Selangor khasnya. Akan tetapi apa yang menyedihkan apabila kakitangan kastam yang berkhidmat secara terus, secara ikhlas untuk memungut hasil negara ini, mereka tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya yang perlu diberikan oleh pihak kerajaan walaupun mereka berada di bawah Kementerian Kewangan iaitu kementerian yang menjaga duit. Akan tetapi mereka seolah-olah diketepikan dan baru-baru ini, mungkin tidak ada orang kastam yang layak untuk menjadi ketua pengarah maka dibawa masuk orang daripada luar untuk menjadi ketua pengarah yang baru. Ini kerana orang-orang kastam mungkin dilihat tidak ada keupayaan walaupun mereka telah menimba pengalaman daripada mula bekerja sama ada daripada kumpulan profesional atau daripada kumpulan bukan profesional tetapi masih kurang layak untuk memegang DG kastam dan terpaksalah dibawa masuk orang luar – PTD lah supaya menjawat jawatan berkenaan. Saya tidak menyalahkan soal hak pegawai PTD tetapi di sini pohon sekurang-kurangnya mereka yang berkhidmat. Saya bercakap ini kumpulan profesional dulu kerana kumpulan sokongan saya melihat mereka dapat naik sehingga W41 sepanjang perkhidmatan ataupun karier mereka seperti mana mereka dalam perkhidmatan polis atau tentera. Walaupun mereka mula daripada lower rank, mereka sekurang-kurangnya dapat juga mencecah pangkat mejar atau DSP dalam perkhidmatan. Begitu juga dalam kastam, mereka daripada bawah mereka sampai W41 ataupun W44 sepanjang karier mereka. That is why di sini supaya ada satu sistem time-based sekurang- kurangnya, 10 tahun atau 7 tahun bagi mereka yang bermula daripada W41 supaya mereka tidaklah pencen W41. Biarlah mereka pencen dalam W44 ataupun W48 sepanjang perkhidmatan supaya mereka sekurang-kurangnya reward sepanjang perkhidmatan mereka. Begitu juga dengan service yang lain Lembaga Getah, Lembaga Kenaf dan Lembaga Tembakau Negara, MPOB serta mana-mana yang lain, biarlah pelantikan mereka yang menerajui bagi ketua pengarah agensi-agensi yang melibatkan perkhidmatan tertutup ini harus dibagi peluang kepada mereka, kumpulan mereka kerana mereka lebih memahami apa yang berlaku dalam agensi-agensi masing-masing. Tidak perlu untuk kita hendak lantik orang luar, boleh dilantik tetapi mungkin di bawah untuk sekurangnya ada percambahan dan pertukaran idea dari segi struktur, tidak apa. Akan tetapi terus kita pergi hantar di atas menyebabkan mereka akan merasakan demoralized dengan izin Tuan Yang di-Pertua, mereka

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

merasakan bahawa perkhidmatan mereka tidak dihargai dan sebagai manusia mereka memerlukan reward. Kadang-kadang mereka bermula dengan gred 41 berhenti dan di usia persaraan juga gred 41 yang menyebabkan mungkin kepada anak-anak yang membesar bertanya “Abah dulu berkhidmat gred 41 berhenti pun gred 41 ke, abah tidak naik pangkat ke?” Mereka merasakan di sini seolah-olah mereka tidak mendapat penghargaan. Kita tidak mahu berlaku begitu juga dengan sistem perguruan kita. Perguruan juga mengalami masalah yang sama. Kita mahu guru-guru juga kenaikan pangkat harus didasarkan kepada time-based. Saya mengucapkan terima kasih apabila PTK dihapuskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan bajet tetapi mungkin ada kaedah-kaedah lain. Akan tetapi time-based merupakan di antara satu skim yang kita anggap satu sistem yang terbaik untuk memastikan kenaikan pangkat secara automatik yang menyebabkan mereka boleh sekurang-kurangnya merasakan diri mereka mendapat tempat dan juga perhatian daripada pihak kerajaan. Ini kerana kita tidak mahu orang yang kadang-kadang tidak pernah datang mengajar enam bulan disebabkan masalah kesihatan tetapi pandai bodek bos dia naik pangkat tetapi yang bertungkus-lumus, guru-guru yang mengajar, memberi ilmu kepada anak-anak yang merupakan di antara perkara penting dalam kita membentuk modal insan yang penting dan berkualiti untuk negara, tiba-tiba mereka tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Guru Darjah Satu misalnya mereka perlu mendapat elaun tambahan kerana merekalah yang akan menentukan anak-anak ini berada di tahap mana, kebolehan mana, skil mana, di mana terarahnya mereka selepas itu yang sebenarnya perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Begitu juga untuk kedudukan tinggi, KSN sekali pun.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Kalau PTD boleh diserapkan di mana-mana agensi, apa salahnya golongan profesional yang lain, dalam perguruan, perubatan, kejuruteraan, arkitek dan pejabat AG sekalipun, mereka juga boleh dipertimbangkan kalau dari segi senioriti dan mereka mampu untuk berada di jawatan Ketua Setiausaha Negara (KSN). Barulah kita melihat satu sistem pentadbiran yang excellent kerana ada percampuran idea, percambahan idea, ada intellectual discourse dengan izin, yang membolehkan kita menghasilkan satu sistem pentadbiran yang baik. Sekarang ini memang telah berlaku kita mengambil kakitangan daripada pihak swasta, yang telah diberi gred yang tinggi untuk kita melihat satu keadaan yang lebih berubah dalam delivery system yang ada di negara kita. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin juga menyarankan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi pembinaan parking ataupun tempat meletak kereta yang baru, sama ada melibatkan premis perniagaan, kediaman dan lain-lain supaya syarat wajib untuk kita membuat pembinaan parking ini mestilah kita menyediakan parking yang lebih banyak. Ini adalah supaya kita dapat pastikan bahawa tidak berlaku masalah ketika premis-premis ini terbuka untuk perniagaan dan sebagainya. Boleh juga dicadangkan terutama di kawasan bandar supaya multilayer parking system yang seperti mana dijalankan dan dilaksanakan di negara Jepun dan sebagainya yang menggunakan sistem untuk menjimatkan ruang. Menggunakan sistem lif dan sebagainya boleh diguna pakai di negara kita, yang sekali gus akan dapat menolong meningkatkan kecekapan supaya tidak berlaku kesesakan dan sebagainya.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Tuan Yang di-Pertua, terakhir sekali adalah tentang Konsortium Baja Nasional. Saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini dua kali perkara ini. Konsortium Baja Nasional untuk kita menyelaraskan sistem yang cekap, pengeluaran baja yang berkualiti yang boleh kita sediakan dan dikawal oleh anak syarikat yang MKD ataupun milik penuh kerajaan. Menteri Kewangan diperbadankan, yang saya rasa telah pun ditubuhkan, telah dilantik pengerusi, telah dilantik lembaga pengarah, telah dilantik kakitangan pengurusan dan telah diberi modal untuk menjalankan kegiatan perniagaan dan aktiviti yang terlibat. Selepas itu ada dicadangkan untuk ditubuhkan satu lagi syarikat yang melibatkan bekalan baja di negara kita iaitu bernama Synergy Perdana. Tuan Yang di-Pertua, penubuhan dua syarikat yang menjalankan aktiviti yang sama, kedua-duanya milik kerajaan tidak sepatutnya berlaku. Ini yang kita buat, sepatutnya kita beri peluang kepada Konsortium Baja Nasional untuk meneruskan perniagaan dan juga koordinasi dengan anak-anak syarikat yang menjalankan kegiatan dan perniagaan yang sama untuk membolehkan Konsortium Baja Nasional dapat sekurang-kurangnya menjadi agensi tunggal. Bukan terlibat dalam perniagaan tetapi menyelaraskan di kalangan pembekal- pembekal dan pengeluar-pengeluar baja yang ada di negara kita, sama ada melibatkan baja organik, baja urea yang perlu diimport daripada luar negara tetapi diselaraskan harga dan diberi peluang kepada vendor dan juga syarikat-syarikat tempatan yang telah terlibat dalam perniagaan ini. Cuma, kita minta agensi-agensi yang terlibat seperti FELDA, FELCRA, Tabung Haji dan sebagainya yang menggunakan baja yang begitu besar menerusi Konsortium Baja Nasional ini, supaya dapat diselaraskan. Mereka hanya perlu terikat kepada Konsortium Baja Nasional dan Konsortium Baja Nasional terikat kepada vendor-vendor ataupun syarikat-syarikat yang didaftarkan dan yang menjalankan business dan aktiviti yang sama untuk kita pastikan bahawa kita mendapat baja yang sebenarnya bermutu, untuk kita pastikan kita mendapatkan baja yang sebenarnya menepati kehendak ataupun spesifikasi yang diperlukan oleh ladang, tanaman ataupun tanah yang pada masa dan ketika itu. Jadi, sudah barang tentu di sini kita sudah tubuhkan syarikat tetapi sampai sekarang ia masih tidak dapat dijalankan. Ini kerana saya difahamkan kurangnya kerjasama daripada agensi-agensi yang memiliki jumlah ladang yang besar ini untuk mereka mendapat pandangan dan juga kerjasama bagi membuat pembekalan kepada syarikat yang berkenaan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Saya memohon jawapan daripada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan yang terlibat dalam Konsortium Baja Nasional ini supaya dapat memastikan bahawa perjalanan yang lebih lancar kepada Konsortium Baja Nasional ini dan dapat disatukan bagi menjalankan aktiviti dan juga delivery system kepada ladang dengan kualiti baja yang sebenarnya baik, yang tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya Yang Berhormat Machang.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. [Membaca sepotong ayat al- Quran] yang bermaksud, “Dan jika sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa kepada Aku, nescaya akan Aku limpahkan keberkatan dari pintu langit dan bumi.” Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara yang saya mohon untuk sampaikan ketika mengambil bahagian di peringkat dasar Bajet 2011. Pertama ialah Lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu sepanjang 73 kilometer. Pentingnya lebuh raya ini kerana ia merupakan laluan utama menghubungkan Kelantan dari Pantai Barat melewati Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Machang dan seterusnya Kota Bharu. Pada Rancangan Malaysia Kesembilan, projek ini telah pun dimasukkan di dalam rancangan. Bahkan pada tahun 2006, sebuah Syarikat Padang Maju telah diberikan surat niat ataupun letter of intend untuk memajukan atau menjayakan projek ini ketika itu pada nilai RM600 juta. Padang Maju kemudiannya melakukan beberapa kerja-kerja awal, persiapan teknikal, perundingan untuk mendapatkan tanah yang membabitkan lebih 2,000 tuan punya milik tanah. Bahkan kerajaan juga telah pun membelanjakan sekitar RM50 juta bagi kerja-kerja awal ini. Sehinggalah kemudiannya berlaku peralihan pada April 2009 Tuan Yang di-Pertua, satu lagi surat letter of intend kepada AKN Construction, sebuah syarikat yang beralamat di Kuala Krai telah menerima surat niat untuk menjalankan projek ini. Ertinya, Padang Maju sudah tidak ada kena-mengena lagi. Sehinggalah surat niat itu kalau setahun – sekarang pun sudah Oktober 2010, kita masih lagi tidak melihat sebarang kerja-kerja berlaku di lapangan di bawah sana. Pada kesempatan ini saya ingin membangkitkan beberapa perkara. Pertama, apakah status surat niat kepada syarikat itu? Jika ia masih lagi sah selepas setahun, bilakah kerajaan bercadang untuk memasukkan perbelanjaan bagi membolehkan jalan utama ini dalam bajet kali ini ataupun Rancangan Malaysia Kesepuluh ini? Jika sekiranya di sana sudah pun ada peruntukan, saya mohon agar ia dapat disegerakan. Tuan Yang di-Pertua, saya kemudian beralih kepada tajuk yang kedua, ia dari hal pengambilalihan EPF dan Khazanah ke atas Projek Lebuh raya Utara- Selatan PLUS. Sememangnya pada asalnya lagi Khazanah melalui UEM dan juga EPF (KWSP) ini merupakan pemegang saham utama, di samping pemegang saham minoriti yang menguasai PLUS. Akan tetapi sekarang, ia sepenuhnya dalam tangan kerajaan melalui GLC ini dan juga melalui KWSP. Oleh yang demikian, saya ingin timbulkan beberapa persoalan. Dengan penguasaan sepenuhnya di bawah kerajaan, apakah kerajaan saya tanyakan bersedia untuk berunding kembali syarat-syarat konsesi lebuh raya ini?

Ini kerana, jika sekiranya semua pelabur PLUS itu telah pun memperoleh keuntungan, apakah kerajaan bersedia untuk sama ada pertama, menamatkan sama sekali bayaran tol ke atas pengguna lebuh raya ini atau pun menurunkan terus kadar tol, tidak sekadar tidak menaikkannya selama lima tahun seperti yang disebut oleh Perdana Menteri saat membentangkan belanjawan tempoh hari. Saya percaya pelaburan ini telah pun memberikan pulangan. Saya menyemak tahun kewangan PLUS berakhir 31 Disember 2009. Net profit nya atau keuntungan bersihnya Tuan Yang di-Pertua bernilai RM1.19 bilion. Manakala,

setahun sebelumnya yakni tahun 2008, PLUS telah pun memperoleh keuntungan sebanyak RM1.08 bilion. Manakala untuk tempoh 2003 hingga 2008, rakyat telah pun membayar compensation atau pampasan sebesar RM2.84 bilion kepada PLUS. Jika sekiranya sekarang ini ianya berada sepenuhnya di dalam kawalan kerajaan, apakah kerajaan bersedia merundingkan kembali konsesi ini? Jika tidak, apakah alasan kerajaan? Tuan Yang di-Pertua, saya juga memilih untuk menyentuh isu bajet yang memperuntukkan ratusan juta untuk tujuan penyelidikan, pembangunan dan pengkormersialan. Kali ini sebesar RM411 juta. Saya ingin kemukakan bagaimana pentingnya topik ini saya pilih untuk dijawab nanti oleh MOSTI ialah kerana saya perhatikan ada masalah dari segi continuity atau kesinambungan dasar kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, pada membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan di bawah Perdana Menteri yang lepas, mantan Perdana Menteri menyediakan satu bab khusus dalam RMKe-9 iaitu Bab 6 yang berhubung dengan peranan bioteknologi sebagai teknologi utama memacu Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan ilmu. Perdana Menteri yang lepas juga memperkenalkan Dasar Bioteknologi Nasional pada tahun 2005 yang menggariskan rangka kerja bersepadu untuk pembangunan industri bioteknologi termasuk sasaran, keutamaan dan strategi yang akan diguna pakai. Pada perenggan 6.03 buku Rancangan Malaysia Kesembilan itu, disebut juga bahawa strategi pelaksanaan dasar bioteknologi nasional ini merangkumi tempoh 15 tahun. Maknanya Rancangan Malaysia Kesembilan berakhir 2010. Rancangan Malaysia Kesepuluh berakhir 2015 dan Rancangan Malaysia Kesebelas berakhir 2020. Saya masih ingat dalam Dewan ini, bekas Menteri Sains Teknologi dan Inovasi dan menteri yang sekarang berulang kali menekankan bahawa dasar ini akan dijayakan membabitkan tiga fasa iaitu seperti berikut:- (i) membangunkan dan memantapkan keupayaan R&D dan institusi biotek di Malaysia; (ii) memberikan tumpuan kepada pengkomersialan hasil R&D biotek; dan (iii) fasa menembusi pasaran antarabangsa melalui syarikat Bioteknologi Malaysia. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh tempoh hari, bioteknologi hanya disebut sekali sahaja iaitu sebagai pelantar teknologi tinggi dalam perancangan dan penyelarasan 12 bidang ekonomi negara, bidang ekonomi utama, NKEA yang disenaraikan. Perlu digariskan di sini daripada 12 NKEA yang diumumkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, hanya tiga yang benar-benar boleh menerima manfaat dari bioteknologi iaitu minyak sawit dan produk berkaitan penjagaan kesihatan dan pertanian. NKEA yang lain seperti minyak dan gas, perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan dan pelancongan tidak perlu bergantung pada bioteknologi sebagai pelantar teknologi. Apa yang ketara di sini Tuan Yang di- Pertua ialah, Kerajaan Barisan Nasional yang membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh kelihatannya dengan sengaja atau tanpa sebab munasabah membatalkan komitmen pembangunan ekonomi yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional sendiri dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Kerajaan Barisan Nasional sendiri yang menekankan peranan bioteknologi sebagai bidang ekonomi baru berasaskan ilmu dan inovasi. Kerajaan ini juga yang menetapkan dasar pembangunan industri tersebut tempohnya 15 tahun. Akan tetapi, selepas fasa satu, kerajaan ini juga menurunkan tahap kepentingan industri bioteknologi bahkan tidak dianggap sebagai NKEA langsung tanpa memberi sebab-sebab kukuh. Saya berpendapat Tuan Yang di-Pertua kerajaan tidak boleh meremehkan bioteknologi secara senyap-senyap kerana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan lebih RM2 bilion telah diperuntukkan dan habis dibelanjakan. Kalau boleh saya sebutkan, dana itu dibelanjakan untuk Dana R&D Bioteknologi RM463 juta, Geran Pengkomersialan Bioteknologi RM100 juta, Dana Pemerolehan Teknologi RM100 juta, Dana Pengurusan Harta Intelek dan Teknologi RM100 juta, Dana Pembangunan Usahawan Teknologi RM50 juta, Projek Agro Bioteknologi RM79.8 juta, Dana Ekuiti dan Sokongan Institusi RM300 juta, Prasarana Bioteknologi RM928.5 juta. Jumlah RM2012.3 juta.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Penjelasan, penjelasan.

Yang Berhormat Indera Mahkota, sekejap. Sehingga sekarang, Kerajaan Barisan Nasional tidak langsung memberikan apa-apa laporan berkenaan pencapaian dan keberhasilan segala program yang dilaporkan tiba-tiba meremehkan industri bioteknologi. Dalam bajet yang dibentangkan Jumaat lepas, ianya langsung tidak lagi disebut. Sebagai contoh, Dasar Bioteknologi Negara dan Rancangan Malaysia Kesembilan memperuntukkan agar tiga institusi penyelidikan bioteknologi ditubuhkan untuk memacu R&D bioteknologi iaitu seperti berikut:- (i) Institut Agro Bioteknologi dibina di Serdang, Selangor; (ii) Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Kebangsaan dibina berhampiran USM Pulau Pinang; dan (iii) Institut Genome Malaysia dibangunkan berhampiran Universiti Kebangsaan Malaysia. RM300 juta diperuntukkan dan dibelanjakan untuk pembangunan prasarana dan kerja-kerja R&D tetapi kerajaan masih belum melaporkan secara terperinci hasil R&D ketiga-tiga institut untuk dimanfaatkan oleh industri bioteknologi. Apakah ini bermakna dengan beralihnya fokus NKEA dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, Institut Genome Malaysia akan membuat penyelidikan untuk menyokong sektor perkhidmatan perniagaan atau pemborongan dan peruncitan. Jelas ini menunjukkan kecelaruan dan kedangkalan strategi pembangunan ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, kita dimaklumkan bahawa peruntukan RM2 bilion sudah habis dibelanjakan tetapi hasilnya belum lagi kelihatan atau tidak kelihatan. Kita mohon kementerian terbabit memberikan penjelasan pada sesi jawapan nanti. Tuan Yang di-Pertua, perlu ditegaskan bahawa kita juga masih belum menerima laporan keberhasilan pelaburan kerajaan dalam banyak syarikat bioteknologi yang kononnya ditubuhkan untuk menjadi pemangkin industri. Saya berikan beberapa contoh. Pertama Ninebio. Sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan diperbadankan. Sebanyak RM100 juta sebagai working capital. Ditubuhkan tahun 2004. Tiga CEO sudah bertukar. Seingat saya Dr. Nor Shahida, Dr. Izham dari KUB dan sekarang Dr. Mohd Azmi Mohd Lila dari UPM dahulu.

‘Ninebio’ ini tujuannya hendak menghasilkan produk kesihatan berasaskan natural produk dan vaksin. Syarikat ini telah diberikan tanah seluas sepuluh hektar di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan untuk tapak operasi. Akan tetapi, sehingga sekarang belum ada apa-apa produk kesihatan atau vaksin yang telah dihasilkan. Kalau itu tidak cukup Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan New Economic Model Perdana Menteri baru-baru ini Ninebio ini dicadangkan untuk diswastakan. Saya difahamkan apabila audit masuk, tahun pertama penubuhannya didapati RM17 juta dibelanjakan untuk baik pulih pejabat dahulu. Hasil tidak ke mana, duit habis dan sekarang hendak diswastakan. InnoBio Ventures, satu lagi kumpulan syarikat yang diberi modal RM300 juta oleh Menteri Kewangan diperbadankan. Antara anak syarikatnya Inno Biologics Sdn. Bhd. Sebuah syarikat contract research yang telah membina sebuah loji di Bandar Baru Nilai untuk melakukan kerja penyelidikan kontrak berkaitan sel mamalia. Ini dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri tahun 2006. Sehingga sekarang kita masih belum mendengar apakah kontrak-kontrak penyelidikan besar yang telah dimenangi oleh Inno Biologic daripada syarikat-syarikat farmaseutikal gergasi dunia seperti GSK, Pfizer dan sebagainya. Apakah prestasi perniagaan InnoBio ini memandangkan ia dibangunkan menggunakan wang rakyat. Sekali lagi, apabila membaca ucapan Model Ekonomi Baru oleh Perdana Menteri, InnoBio ini juga dicadangkan untuk diswastakan.

Tuan Yang di-Pertua, Khazanah Nasional Berhad melalui Spring Hill Ventures membuat pelaburan puluhan juta dalam Alpha Biologics Sdn. Bhd. dan Progenix Research (M) Sdn. Bhd. sekitar tahun 2004/2005. Alpha Biologics sebuah syarikat membuat penyelidikan secara kontrak. Progenix menyediakan khidmat penyelidikan toksikologi.Ini bidang Yang Berhormat Kuala Selangor. Kedua-dua bidang perkhidmatan ini amat diperlukan dalam industri pembangunan farmaseutikal dan Spring Hill Ventures telah melabur dalam menyediakan loji untuk kedua-dua syarikat ini di Penang Science Park Pulau Pinang semasa pentadbiran Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dahulu.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Indera Mahkota hendak minta laluan ataupun sahaja hendak berdiri?

Saya hendak habiskan dahulu baru saya bagi. Bagaimanapun sejak kedua-dua loji ini disiapkan Tuan Yang di-Pertua, masih tidak dengar apa-apa berita mengenai prestasi dan pencapaian. Kalau ada pun satu cerita mengenai Progenix Research ia keluar surat khabar pada 13 Jun dan 14 Jun kerana ia menggunakan haiwan sebagai bahan uji kaji toksikologi. Itu belum lagi Tuan Yang di-Pertua, kita mengambil kira pelaburan kerajaan bernilai ratusan juta ringgit dalam syarikat-syarikat bioteknologi melalui dana modal teroka milik kerajaan seperti Malaysian Technology Development Corporation dan Malaysian Life Sciences Capital Fund. Kita juga belum mengambil kira geran dan dana pinjaman bernilai ratusan juta yang disalurkan melalui Malaysian Biotechnology Corporation dan Malaysian Debt Ventures Berhad. Sila.

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Machang. Saya bercadang tadi untuk meminta penjelasan ataupun pandangan Yang Berhormat Machang. Akan tetapi Yang Berhormat

Tuan Azan IsmailPKR · PRIndera Mahkota

Machang telah mengemukakan banyak isu yang sepatutnya juga kita bawa untuk melihat bagaimana kerajaan perlu mendedahkan atau menghebahkan kedapatan. Atau dapatan-dapatan dalam Dewan ini yang berkaitan dengan industri bioteknologi. Setiap malam kita diperingatkan, dihangatkan semula daripada mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri yang menjaga hal ehwal bioteknologi. Setiap malam selepas berita pukul 8.00 akan ada iklan yang memberi kita refreshing our mind, dengan izin. Untuk memperingatkan kita tentang manfaat dan potensi yang bakal diraih katanya sebagai penjana ekonomi kedua kepada negara Malaysia iaitu bidang bioteknologi. Saya merumuskan di sini daripada kajian yang telah dibuat terutama apabila kita meneliti cadangan Belanjawan 2011. Memang betul tidak ada satu perkara pun dinyatakan berkenaan dengan perkembangan ataupun apa-apa yang berkaitan dengan industri bioteknologi. Saya hendak bertanya dan minta sokongan daripada Yang Berhormat Machang. Berapakah jumlah yang kita agak menjadi pertikaian sekarang keseluruhan tiga tahun belanjawan yang kerajaan tumpukan kepada pembangunan bioteknologi. Di mana sehingga hari ini tidak ada satu pengumuman ataupun satu pengauditan ataupun satu clarification daripada pihak kerajaan. Ini satu isu yang pada saya cukup besar dan saya berdiri di sini untuk menyatakanlah hasrat saya bersama dengan rakan-rakan yang lain. Kita mahu Dewan ini mendesak supaya kerajaan mengumumkan satu status dan satu laporan berkenaan dengan tiga tahun kewangan yang telah kita peruntukan untuk membangunkan industri bioteknologi. Saya minta pandangan Yang Berhormat Machang. Terima kasih.

Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Indera Mahkota. Tidak syak lagi walaupun ianya tidak terkandung dalam pembentangan bajet kali ini tetapi itu tidak menghilangkan tanggungjawab kerajaan untuk mengemukakan laporan. Ini kerana dana yang telah dibelanjakan selama ini cukup besar. Setakat semakan saya tidak kurang daripada RM2 bilion. Isunya ialah tidak ada kesinambungan, itu hujah yang kita kemukakan berserta dengan bukti. Kalau itu tidak cukup Tuan Yang di-Pertua, beberapa tahun lepas universiti-universiti awam di negara kita bersaing untuk mendapatkan status APEX university. Katanya akan banyak kelebihan dan keutamaan kalau universiti mendapat status ini. Akhirnya Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang mendapat status ini. Antara proposal mereka yang membezakan mereka dengan universiti lain bahkan mengalahkan Universiti Malaya ialah cadangan penubuhan USM Science Park. Di mana ideanya ialah untuk meletakkan seluruh keupayaan penyelidik di bawah satu bumbung dalam usaha untuk mengkomersilkan hasil penyelidikan. Tanah sudah dibeli di depan Bukit Jambul dengan harga RM66 juta tahun 2008. Projek ini anggaran nilainya RM615 juta. Pecah tanah patut buat tahun ini, tetapi tanah tidak pecah-pecah lagi. USM telah lakukan tanggungjawab mereka sebagai project promoters. Mereka sudah sediakan tapak, content development dan sebagainya. Soalnya ialah sampai sekarang duit tidak turun-turun lagi. Ini menunjukkan bahawa tidak ada istimewanya status universiti APEX dari kaca mata Kementerian Pengajian Tinggi sebab layanannya tidak berubah. Isunya ialah isu autonomi universiti. Bajet universiti dibentangkan dalam Parlimen. Universiti adalah badan berkanun. Universiti bukan jabatan kerajaan. Hubungan sekarang ialah universiti sekalipun tertakluk kepada Pekeliling Kementerian Pengajian Tinggi. Bahkan kalau ada universiti hendak hantar profesornya atau pensyarahnya seminar di luar negara kelulusan dari kementerian, iaitu pejabat

daripada pentadbir kementerian diperlukan. Ini isu pokoknya. Sehingga sekarang tidak ada keistimewaannya. Projek tidak jalan, APEX status juga tidak ada kelebihan yang sekarang ditunjukkan. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu Institut Kanser Negara. Dalam Dewan ini saya meneliti beberapa jawapan yang pernah diberikan oleh kerajaan. Projek ini Tuan Yang di-Pertua, dimulakan mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan, 9 Januari 2007 pecah tanah oleh bekas Perdana Menteri yang lepas. Harganya RM340 juta siap 30 bulan dan ini adalah inisiatif kerajaan untuk mengatasi masalah penyakit rakyat iaitu kanser. Dalam Parlimen ini pada 10 Mac 2009 Timbalan Menteri waktu itu daripada Mersing sebelum bertukar ke Kementerian Pertahanan. Dalam Hansard menyebut, “Bahawa kerajaan pada tahap akhir membina National Cancer Institute ini pada harga RM700 juta.” Asal RM340 kemudian jadi RM700 juta. 24 bulan selepas projek diumumkan kos mencanak 100%. Kenapa? Satu daripada sebabnya kerana direct nego, rundingan terus. Dapat kepada Kiara Teratai Sdn. Bhd... Kita lakukan carian siapa individu di belakangnya. Ahmad Zahid bin Salleh Hamdi dan Hashim Hasan. Kita lakukan carian lagi dalam bursa rupanya ada kaitan dengan MMC dan Tradewinds yang terkait dengan tokoh usahawan. Antara bumiputera yang bergelar billionaire yang kebetulan dekat hubungan dengan Timbalan Perdana Menteri. Kita semak financial statementnya berakhir 30 Jun 2009 syarikat ini telah mendapat letter of intent pada 5 Januari tahun 2008 itu faktanya. Kemudian kita semak lagi melalui Laporan HwangDBS Vickers yang mengaitkan bahawa pada 5 Mei 2009. Telah ada petunjuk bahawa IGM akan diberikan kontrak membina hospital pada harga RM700 juta. Kita boleh melakukan andaian bahawa Kiara Teratai dapat, kemudian dia melantik IGM sebagai sub cons dan harga naik jadi RM700 juta. Ini isunya sebab itulah pada prinsipnya kita menolak dari sudut projek yang besar secara rundingan terus kerana berlaku markup harga yang keterlaluan dan projek tidak siap-siap. Walaupun dalam bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri tempoh hari diulangi lagi bahawa kerajaan komited dengan dasar tender terbuka. Akan tetapi dalam kes ini ternyata cerita yang berlaku adalah sebaliknya. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak lengkap kalau tidak saya singgung sedikit berkenaan dengan IPP, penjana tenaga bebas. Subsidi yang dinikmati oleh mereka kalau saya singkap Laporan Petronas setakat 31 Mac 2009 Tuan Yang di- Pertua. RM97 bilion adalah nilai subsidi yang sebenarnya satu yang wasteful, satu yang kaunter produktif yang kebanyakannya pergi kepada IPP. Menjadi satu rahsia umum IPP ini menghasilkan bekalan elektrik melebihi keperluan elektrik di negara kita.

Reserved margin Tuan Yang di-Pertua, di negara kita sekarang ialah 66%. Dengan pentauliahan loji yang terbaru iaitu Jimah Power Plant yang berasaskan arang batu, sebanyak 1,400 megawatt lagi. Kalau ini mengikut International Power Annual Report, kita berbangga dengan pingat emas kerana reserved margin paling tinggi di dunia. Oleh sebab itu pada kesempatan ini saya mencadangkan agar kerajaan review atau semak semula business model IPP ini untuk memastikan subsidi berbilion ringgit ini dapat diagihkan kepada sektor yang lebih memberikan pulangan ekonomi yang lebih signifikan. Kalau kerajaan sudah menemui formula untuk menyelesaikan permasalahan tol, kerajaan juga harus bersedia untuk mengkaji semula perjanjian dengan IPP.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir yang ingin saya singgung ialah berkaitan dengan perkara yang membabitkan beberapa institusi kerajaan seperti KWSP, Khazanah Nasional Berhad, Ekuinas dan PNB. Khazanah dan KWSP mengikut kemahuan kerajaan akan mengurangkan pegangan ekuiti dalam GLC tersenarai dalam Bursa Malaysia. Pada masa yang sama, kerajaan benarkan KWSP untuk terlibat langsung dalam perniagaan dan meningkatkan pegangan pelaburan di luar negara. Ekuinas – kerajaan telah tubuhkan dengan dana permulaan juga dari EPF. PNB – kerajaan minta RM5 bilion untuk dibelanjakan bagi menaikkan bangunan 100 tingkat. Di satu sisi, kerajaan mengumumkan untuk melepaskan pegangan bagi merangsangkan lagi daya tarikan Bursa Malaysia dari kaca mata pelabur asing. Pada masa yang sama, kerajaan juga menggalakkan institusi yang lain untuk meningkatkan penyertaan. Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa kita menolak langkah kerajaan untuk membenarkan KWSP ini membuat pegangan terus dalam operasi perniagaan, kerana ia sudah berlapik dengan fungsi Khazanah. Ia juga bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan penglibatan syarikat berkaitan kerajaan dalam bidang yang bersaing. Hujah saya ialah tindakan membenarkan KWSP mengambil pegangan terus dan mentadbir operasi perniagaan akan menghilangkan fokus KWSP sebagai sebuah tabung amanah. Kepakaran yang diperlukan untuk mentadbir sebuah tabung amanah melalui pelaburan ekuiti tidak sama dengan kepakaran untuk mentadbir urus operasi perniagaan. Malah, risiko berlaku campur tangan politik dan tekanan kepada KWSP adalah tinggi. Berasaskan rekod penglibatan kerajaan dalam perniagaan setakat ini, jelas lebih banyak syarikat yang mengalami kerugian daripada mendapat keuntungan. Sekiranya KWSP mengambil langkah ini, ia juga akan terdedah kepada risiko yang sama. Tuan Yang di-Pertua, MIDA juga kerajaan bercadang untuk diswastakan. Kuasa yang ada pada MIDA sebagai sebuah badan swasta nanti sudah tentu bermotifkan keuntungan kerana ia akan berkuasa meluluskan insentif. Insentif ini pula mempunyai kesan kepada pendapatan negara pada jangka masa yang panjang. Sekiranya tidak ada mekanisme timbang tara yang baik untuk memastikan ketelusan dan amanah dalam meluluskan insentif kepada pelabur asing, proses pemberian insentif ini akan terdedah kepada gejala rasuah dan risiko campur tangan. Kita boleh sahaja mengambil pendirian menolak penswastaan MIDA kerana kita tidak menerima alasan kecekapan pentadbiran hanya boleh dicapai melalui penswastaan dengan mengambil kira risiko rasuah dan gejala campur tangan apabila MIDA diswastakan nanti. Oleh sebab itu kita berpendapat bahawa satu badan pemantau yang mengaudit dan meluluskan insentif yang diberikan perlu diwujudkan dengan bertanggungjawab kepada Parlimen... Tujuh perkara saya kemukakan untuk melengkapkan pandangan saya dalam perbahasan ini. Tuan Yang di-Pertua, atas masa yang diberikan, saya ucapkan terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Batang Sadong.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya bersyukur kerana dapat bersama-sama mengambil peluang untuk membahaskan bajet pada kali ini kerana bajet ini adalah bajet untuk RMKe-11 yang menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan terhadap masyarakat sehingga pelbagai pihak menyangka bahawa bajet ini ialah bajet pilihan raya. Dengan keputusan yang kerajaan buat pada kali ini, kita menjangka bahawa mulai Januari pada tahun 2011, harga barangan yang merupakan kegunaan harian pengguna akan menjadi lebih murah. Kita turut senang hati melihat rakyat mampu mendapatkan sesuatu yang mereka ingini. Ini juga satu cara menggalakkan pengguna membeli barang di dalam negeri sendiri dan meningkatkan lagi ekonomi negara. Saya hanya ingin bertanya kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, bagaimana pula dengan komoditi untuk makanan harian seperti minyak, beras dan lain-lain lagi? Ini kerana ini adalah pertanyaan oleh orang ramai. Tuan Yang di-Pertua, tahniah juga saya ucapkan kepada kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional kerana telah menjawab segala yang menjadi rungutan rakyat dari pelbagai pihak – misalnya dari rakyat biasa, peniaga, kanak-kanak, warga emas, badan korporat, golongan wanita dan penjawat awam. Komitmen kerajaan dengan melibatkan semua pihak yang mewakili masyarakat melalui Program Transformasi Ekonomi, NKRA, NKEA, malah perbincangan agenda bajet juga telah melibatkan kumpulan-kumpulan fokus berkenaan. Semuanya ini semata-mata untuk memastikan setiap lapisan masyarakat tidak ketinggalan dalam program yang disusun atur oleh kerajaan. Ada yang menyuarakan bahawa ini adalah bajet pilihan raya, namun saya percaya kerajaan akan sentiasa meletakkan keperluan rakyat sebagai agenda utama. Persepsi pengkritik yang mengatakan bajet ini adalah bajet pilihan raya secara tidak langsung mengakui bahawa bajet ini tetap dan tepat menyahut keperluan rakyat iaitu bajet yang mesra rakyat. Tuan Yang di-Pertua, melalui peluang ini saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana akhirnya PIA dan PIAS dimasukkan semula di dalam bajet. Ini kerana masih banyak kampung yang memerlukan kemudahan awam seperti dewan serba guna, perparitan, jambatan dan lain-lain lagi kemudahan awam. Pada masa yang sama, legalah rasanya bagi kontraktor-kontraktor Kelas F kerana sudah tentu mereka boleh memanfaatkan dari projek PIA dan PIAS. Di kawasan Parlimen Batang Sadong sahaja terdapat tidak kurang dari 15 buah permohonan untuk membina dan menambah baik dewan serba guna yang masih belum dapat ditunaikan. Begitu juga dengan beberapa jalan raya utama yang amat diperlukan oleh masyarakat untuk memudahkan mereka keluar mencari rezeki. Cerahlah harapan keluarga kita di perkampungan untuk menikmati segala kemudahan awam ini. Cuma satu penjelasan yang saya minta dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), iaitu saya hendak tahu bagaimana pula dengan projek PJK yang tidak disebut semasa pembentangan bajet? Adakah ia dihapuskan terus atau apakah alternatif kepada PJK ini? Saya mengharapkan jawapan dari kementerian.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak semua kaum Hawa yang menjawat jawatan di perkhidmatan awam di Malaysia, saya turut merasa gembira kerana mereka boleh bercuti bersalin dengan bergaji penuh selama 90 hari. Ini menunjukkan bahawa kerajaan memainkan peranan secara langsung untuk menghangatkan dan memesrakan lagi perhubungan di antara ibu dan anak yang baru dilahirkan. Tinggi harapan saya juga untuk melihat majikan dari sektor swasta untuk bersama-sama dengan kerajaan merealisasikan dasar kerajaan ini dengan memberi peluang serta manfaat ini kepada pekerja wanita di sektor swasta. Tanggungjawab untuk merapatkan silaturahim di kalangan keluarga adalah tanggungjawab bersama kerajaan dan juga tanggungjawab dari pihak swasta. Untuk melahirkan masyarakat berkualiti ini, ia bermula dari rumah. Maka sama-samalah kita memainkan peranan murni ini kerana amalan murni ini boleh diibaratkan sebagai pelaburan kita di dunia dan amal jariah kita untuk akhirat nanti.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Wanita juga semakin hari semakin mendapat perhatian yang lebih daripada kerajaan. Apa tidaknya, kerajaan telah memperuntukkan RM1.2 bilion untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk program kebajikan, kanak-kanak, untuk OKU, ibu tunggal dan wanita khususnya. Saya ingin menyarankan kepada kementerian mengenai program keusahawanan untuk ibu tunggal sejumlah 30 million ini agar mereka bekerjasama dengan NGO keusahawanan, misalnya seperti Dewan Usahawan untuk membantu memberi latihan secara hands on kepada ibu tunggal yang betul-betul berminat untuk menjadi usahawan kerana ada juga yang tidak berminat untuk menjadi usahawan. Biarlah usahawan yang sudah berjaya nanti kalau ada, insya-Allah menjadi mentor kepada usahawan ibu tunggal yang betul-betul berminat melalui program ini. Biar kita pamerkan statistik yang menunjukkan prestasi usahawan ibu tunggal yang berjaya supaya kita sama-sama boleh menilai keberkesanan peruntukan untuk program keusahawanan tersebut. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, kita juga mendengar semasa pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan di mana beliau menyeru agar pihak swasta memainkan peranan penting untuk membuka peluang kepada wanita dalam peringkat pembuat keputusan. Memang kita merasa bangga kerana dalam sektor awam, wanita yang memegang jawatan utama telah mencapai tahap 30.5%. Walau bagaimanapun, saya merasa penglibatan wanita perlu dipertingkatkan lagi bukan sekadar dalam jawatan di jabatan kerajaan sahaja tetapi juga di peringkat politik melalui sistem kuota. Saya percaya dengan usaha Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, insya-Allah saya percaya beliau akan mengusahakan ini, hasrat ini akan menjadi kenyataan. Saya juga ingin menyarankan kepada kerajaan agar memberi insentif daripada segi pengecualian cukai sekiranya badan korporat memberi peluang kepada wanita dalam peringkat pembuat keputusan. Dilebihkan lagi di kalangan mereka untuk memegang jawatan dalam korporat. Satu lagi perkara berhubung dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu mengenai tenaga kerja di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak. Mutakhir ini kita mendapat laporan mengenai kanak-kanak yang meninggal dunia kerana kecuaian tenaga kerja pusat penjagaan kanak-kanak. Kementerian perlu tegas dalam usaha memantau dan menguatkuasakan operasi pusat penjagaan kanak-kanak. Saya ingin tahu daripada kementerian, sehingga hari ini berapa banyak pusat-pusat penjagaan kanak-kanak atau daycare centre dengan izin, diwujudkan di tempat-tempat kerja. Apakah pendekatan yang diambil oleh kementerian untuk memastikan bahawa setiap tenaga kerja di pusat

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

penjagaan kanak-kanak mendapat latihan kemahiran yang bertepatan dengan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Lagi berhubung dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Semenjak diwujudkan hatch house ini dengan izin, adakah ibu bapa bayi yang diserahkan ke hatch house ini, mereka yang telah menghantar anak mereka ke situ berhubung dengan pengurusan hatch house? Adakah mereka datang untuk menjenguk bayi mereka? Ini saya merujuk kepada mereka yang telah menghantar anak-anak mereka secara sukarela. Mungkin suatu hari nanti mereka kembali untuk mengambil anak mereka apabila mereka sedar terhadap perbuatan mereka dan mungkin mereka akan menjadi lebih matang dalam tindakan mereka. Selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyampaikan permintaan rakyat yang telah menerima kebajikan. Sering kali berlaku kelewatan menerima pembayaran wang kebajikan mereka di kawasan luar bandar. Saya merasakan satu alternatif yang terbaik untuk mereka yang tinggal di luar bandar ini dan mereka yang sakit terlantar adalah dengan membayar tunai kepada mereka. Mungkin sekiranya pihak kementerian menghantar wakil untuk melihat sendiri keadaan di luar bandar, keadaan ini akan lebih difahami dengan mudah oleh pegawai-pegawai. Maka dengan mudah akan membantu mencari jalan bagaimana cara yang terbaik untuk menyampaikan wang kebajikan ini. Suka saya ulangi saranan saya di sini iaitu cara yang terbaik untuk mengagihkan wang kebajikan dengan cara membayar wang tunai kerana agak sukar untuk mencari bank ataupun untuk mereka yang terlantar ini untuk membuka akaun di kawasan luar bandar. Saya juga ingin memohon pertimbangan kementerian agar menyerapkan pekerja khidmat singkat yang ada di Jabatan Kebajikan Simunjan pada masa ini diserap untuk menjadi pekerja sementara ataupun pekerja kontrak memandangkan pengendalian kes permohonan bantuan di Sarawak perlu dilakukan secara teliti untuk memastikan petugas dapat sampai ke setiap pelosok perkampungan. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih pula ke topik yang lain. Pada 15 Oktober yang lepas, saya secara kebetulan telah menonton siaran berita antarabangsa di televisyen dan disiarkan pekerja di Greece yang diikuti oleh pelancong yang melawat di sebuah tempat yang sering dikunjungi oleh pelancong. Mereka bersama-sama menunjuk perasaan terhadap kerajaan mereka kerana pekerja awam yang tidak dibayar gaji selama dua tahun. Bayangkan perbandingan dengan apa yang berlaku di negara kita pada hari ini. Kini kerajaan kita di Malaysia menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji untuk berbincang serta menentukan gaji minimum. Kerana itulah saya rasa amat bersyukur dan memuji sikap yang diambil oleh kerajaan kita kerana mengambil pendekatan yang realistik dalam pembentangan bajet kali ini. Saya yakin sekali sekiranya kerajaan mahu popular dalam politik, kerajaan boleh melakukan sesuatu untuk memberi bonus kepada penjawat awam tetapi sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai rasa tanggungjawab, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kita secara telus memberi sebab mengapa kerajaan tidak memberi bonus sebaliknya memberi bantuan khas sejumlah RM500 untuk meringankan bebanan keluarga yang mempunyai anak bersekolah serta lain-lain faedah kepada penjawat awam, misalnya cuti bersalin untuk penjawat awam wanita, kenaikan kemudahan pinjaman perumahan daripada RM360,000 kepada RM450,000 maksimum. Selain daripada itu, kepada pembeli rumah berharga kurang daripada RM220,000 sekiranya gaji mereka kurang daripada RM3,000, maka mereka boleh meneruskan pinjaman daripada ibu bapa mereka.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Selain daripada itu, di bawah Skim Rumah Pertamaku yang dikecualikan daripada membayar duti setem. Kerajaan sedar bahawa masih ada sebahagian daripada masyarakat di Sabah dan Sarawak masih memerlukan wang sebanyak RM3.1 bilion itu untuk kegunaan infrastruktur, perkhidmatan perbekalan air dan elektrik. Kerajaan juga telah menyeimbangkan permintaan penjawat awam dengan memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecekapan atau PTK dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai untuk penjawat awam. Banyak lagi kemudahan lain yang diberi oleh kerajaan yang mungkin signifikannya hanya dapat dirasai apabila tiba masa mereka mengguna pakai peruntukan yang diberi. Saya memberi contoh, kadar bantuan mengurus jenazah dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM3,000. Faedah ini hanya dapat dirasakan apabila berlakunya kematian dan masa itulah bantuan kewangan sangat-sangat diperlukan. Untuk perkhidmatan awam di negeri Sarawak pula Tuan Yang di-Pertua, kita amat memahami hasrat kerajaan untuk memberi peluang kepada rakyat Sarawak bertugas di negeri-negeri lain begitu juga sebaliknya sebagai salah satu cara untuk menggalakkan integrasi di kalangan rakyat Sarawak dan rakyat negeri lain. Apa yang masih menjadi isu di kalangan penjawat awam di Sarawak sekarang ialah masih wujud masalah di mana pegawai berasal dari Sarawak tidak diberi peluang utama untuk memegang jawatan tertinggi di jabatan Persekutuan walaupun mempunyai kelayakan untuk memegang jawatan yang dimaksudkan. Ini masih menimbulkan ketidaksenangan hati di kalangan penjawat awam Jabatan Persekutuan dalam Negeri Sarawak.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Makluman yang saya terima daripada beberapa buah jabatan ialah sekiranya terdapat kekosongan di jabatan berkenaan, mereka mohonlah beri keutamaan kepada orang tempatan yang mana mereka ini lebih memahami keadaan sekitar mereka. Janganlah pegawai dari negeri lain dihantar ke sana hanya untuk dinaikkan pangkat dan selepas setahun balik ke tempat lain. Maka dirasakan komitmen untuk penambahbaikan untuk jabatan mereka agak kurang daripada pegawai yang mungkin boleh meneruskan usaha untuk membawa kebaikan kepada jabatan mereka. Jadi, saya mengharapkan agar ini diambil perhatian tegas oleh pihak-pihak yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin beralih kepada tajuk mengenai pemuliharaan alam sekitar. Walaupun tidak disebut semasa pembentangan bajet peruntukan untuk tebatan banjir dan pemuliharaan alam sekitar di kawasan Parlimen Batang Sadong, saya berterima kasih kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang secara peribadi melihat sendiri rungutan penduduk kampung tentang hakisan dan masalah banjir di kawasan saya. Saya minta Unit Perancangan Ekonomi memberi peruntukan untuk membina sistem perparitan yang sistematik, malah juga perlu menimbang untuk memberi peruntukan untuk menanam pokok sambil mengindahkan landskap berhampiran tebing sungai bagi mengelak hakisan daripada berlaku. Saya menyeru ini kepada Unit Perancangan Ekonomi kerana saya tidak mendengar ataupun tidak melihat dalam senarai mengenai peruntukan berhubung dengan perkara ini. Jadi, pada masa yang sama saya rasa tebing sungai boleh juga dijadikan tempat rekreasi untuk orang kampung. Saya menyarankan penanaman pokok kayu bakau di tempat saya kerana kayu bakau didapati sesuai untuk tanah di tebing sungai di kawasan saya iaitu kawasan Parlimen Batang Sadong. Jika ini berjaya, maka selain daripada menyelamat tebing sungai serta rumah berhampiran daripada hakisan, malah kita juga boleh menambah kehijauan alam sekeliling kita.

Puan Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tuan Yang di-Pertua, saya minta pihak EPU turun ke padang untuk memahami dengan lebih dekat lagi betapa pentingnya sungai diselenggarakan untuk mengelak daripada hakisan dan parit daripada tersumbat. Sungai yang diselenggarakan dengan baik boleh membantu mengurangkan banjir dan membantu saliran air untuk mengalir dengan lancar. Untuk makluman, pada masa ini saya baru menerima MMS yang menunjukkan banjir berlaku di kawasan saya. Jadi dengan itu saya merayu kepada Kementerian Kewangan untuk memastikan peruntukan diberi untuk aktiviti tebatan banjir. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menyentuh juga mengenai semangat patriotisme kita terhadap negara kita. Di samping kita meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia di negara kita, saya rasa Kementerian Luar Negeri juga perlu mengambil perhatian kepada perkara ini. Saya ingin mencadangkan agar pejabat kementerian di luar negara sana diberi peruntukan untuk meraikan Hari Malaysia. Peranan pegawai kita di yang bekerja di luar negara amat penting sekali dalam menjalinkan perhubungan antarabangsa dalam banyak hal. Jalinan kemesraan ini bukan hanya dilakukan melalui pejabat dan mesyuarat sahaja, namun melalui majlis keraian hari kebesaran negara adalah salah satu cara negara lain mengenali budaya negara kita. Perhubungan sosial ini boleh membantu memudahkan segala urusan rasmi negara kita dengan negara yang lain. Saya berharap juga Kementerian Luar Negeri mengambil perhatian mengenai perkara ini. Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil peluang ini untuk mendoakan agar hasrat murni kerajaan melalui pembentangan bajet pada tahun 2011 diberkati yang Maha Esa. Berkat kita jujur dan ikhlas memperjuangkan hak rakyat, insya-Allah ekonomi negara akan berkembang dengan cepat. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Ya, Putatan.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut berbahas Bajet 2011 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang kita kasihi dan juga selaku Menteri Kewangan Malaysia pada hari Jumaat yang lalu, 15 Oktober 2010 di Dewan yang mulia ini. Sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia, khususnya di Putatan menyampaikan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri dan seterusnya terima kasih kerana menyediakan satu bajet atas kehendak rakyat dan juga satu bajet yang luar biasa yang akan mentransformasikan negara sebagai satu negara maju dan yang berpendapatan tinggi. Seterusnya yang boleh mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional, ia memastikan semua anggota masyarakat negara ini menikmati limpahan kemakmuran kehidupan dan seterusnya akan memastikan kita semua terus menikmati keamanan, kedamaian, keharmonian hidup dalam masyarakat berbilang kaum. Tuan Yang di-Pertua, saya yakin dan sangat optimis bahawa bajet ini dirancang melalui beberapa perbincangan yang sungguh-sungguh realistik, mengambil kira soal rintihan dan rentetan rakyat yang dibawa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, wakil rakyat Barisan Nasional sebagai suara rakyat, mengambil kira pandangan dan cadangan daripada semua pihak termasuk dari sektor korporat,

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

pakar ekonomi, para intelek, kumpulan pengguna dan NGO dan juga mengambil kira pandangan kita dari segi apa yang berlaku di peringkat global dan bukan retorik sahaja sebagaimana yang dikatakan oleh pihak pembangkang. Ia bertujuan untuk meneruskan tradisi keprihatinan untuk membawa kemakmuran ke seluruh pelosok negara dan keperluan rakyat. Apabila melihat bajet Kerajaan Barisan Nasional, pihak pembangkang mula rasa tergugat, terutama sekali Tumpat [Disampuk] Ya, sangat tergugat sebab selama ini pembangkang asyik sahaja mengkritik kerajaan. Kita sudah melihat ekonomi yang realistik selaras dengan kedudukan kewangan kerajaan sambil mewujudkan feel good factor. Kalau kita melihat Laporan Ekonomi 2010-2011, jumlah dagangan meningkat 18.7% kepada RM1.13 trilion berbandingkan dengan RM988.2 bilion pada tahun yang lepas yang disokong oleh pemulihan ekonomi global. Eksport barangan juga berkembang 16.5% kepada RM644.8 bilion atas permintaan barangan pembuatan yang kukuh dan harga komoditi yang tinggi kecuali tiada bonus untuk civil servant. Ertinya bajet ini ada disiplin. Ini kerana kalau bonus dibayar, kerajaan terpaksa berbelanja RM3.16 bilion untuk tujuan itu dan kerajaan tidak menjadikan pelaburan sebagai tugas utama sebaliknya sektor swasta sebagai penjana pelaburan. Kerajaan ini hanya menyediakan pelaburan sebagai tipping point. Itulah keistimewaan bajet ini. Antara lain, keistimewaan bajet ini ialah penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara bagi memastikan gaji lebih kompetitif. Pemberian bantuan khas kewangan RM500 meringankan beban menampung perbelanjaan, pertambahan cuti bersalin, pencen swasta, pemotongan, pemansuhan cukai-cukai, perhatian terhadap OKU seperti mana memberi kereta nasional dan sebagainya, elaun pemimpin masyarakat, sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil, mubaligh, agama, NGO, pelancongan, belia dan semua ini adalah apa yang terkandung dalam bajet ini. Walau bagaimanapun, ingin saya memberi satu, dua input dan harapan pihak kerajaan dapat mengambil kira pandangan dan cadangan saya ini. Dalam hal ini, elaun wilayah penjawat awam terutama sekali penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang ditugaskan di Semenanjung tidak sama dengan elaun yang diterima oleh pegawai penjawat dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Jadi saya harap kerajaan dapat melihat ini sebab ini sememangnya satu rungutan kepada pegawai-pegawai ataupun penjawat-penjawat awam dari negeri-negeri ini, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Saya ingin membawa perkara ini supaya diberi perhatian jika ini wajar untuk di review. Penjawat awam perlu diberi perhatian kalau tidak ada apa-apa juga - kalau saya tidak silap juga terdapat dalam bajet ini, tidak akan mencapai hasratnya iaitu menjayakan hasrat kerajaan untuk memajukan rakyat. Saya terus kepada pemulihan alam sekitar. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar patut diberi perhatian yang khusus. Ini terutama sekali apabila kita melihat perbandingan bajet pada 2010, kementerian ini menerima sejumlah RM3.5 bilion dibandingkan tahun 2011 iaitu RM2.33 bilion sahaja. Jadi ini kita kira sumber asli ini, kita selalu lupa sebab kita sekarang sudah maju kerana sumber asli negara kita. Daripada sumber asli inilah membawa negara kita ke tahap sekarang. Daripada miskin jadi kaya, yang belum pandai jadi pandai, terutama sekali Ahli-ahli Yang Berhormat dari sebelah sana sudah pandai. Peruntukkan kementerian ini jauh rendah jika dibandingkan tahun-tahun yang lalu. Masalah rakyat banyak akan selesai jika kementerian lebih diperkasakan lagi. Terutama sekali masalah pencemaran membawa penyakit dan sebagainya,

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

banjir kilat yang menyusahkan rakyat, penyukatan tanah-tanah milik, memberikan pemilikan tanah terutama sekali golongan orang-orang asal seperti Orang Asli, orang Penan dan orang-orang native dari Sabah - Yang Berhormat Kubang Kerian yang belum ada pemilikan tanah lagi dan masih lagi tergantung. Yang Berhormat Kubang Kerian, saya rasa ramai Orang Asli duduk dekat kawasan Yang Berhormat Kubang Kerian - pengairan sungai dan sebagainya. Information dispersal system yang akan diadakan, yang telah diumumkan oleh pihak kementerian, ini perlu kerana kita negara sedang membangun dan kita memerlukan informasi-informasi dan pengetahuan tentang pembangunan tanah. Soal apa yang dibawakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat - saya sokong. Soal undang-undang yang membabitkan Orang-orang Asli. Saya tidak perlu sebutkan undang-undang ini sebab Yang Berhormat Ipoh Barat telah pun membawa. Itu saya sokong walaupun ia daripada pihak pembangkang, tetapi ada juga perkara- perkara yang dibangkitkan itu memadai. Soal e-Tanah - pembelian hak milik tanah yang dipermudahkan. Rakyat suka macam e-Tanah ini. Di negeri Pulau Pinang yang telah diterajui oleh Barisan Nasional pada satu ketika telah pun melaksanakan program e-Tanah di negeri itu. Jadi kalau kita melihat di Sabah dan Sarawak ini belum dilaksanakan lagi dan saya harap dengan adanya information dispersal system ini dapat melaksanakan apa yang kita impi-impikan sampai sekarang. Satu lagi soal perhutanan masyarakat, perhutanan stesen hutan, perhutanan bersepadu, projek Heart of Borneo ini sungguh-sungguhlah baik kerana sumber-sumber yang boleh menjana ekonomi negara. Ini saya rasa peruntukan yang diberi terlalu rendah atas memperkasakan lagi perhutanan- perhutanan kita di negara ini. Apabila kita melihat baru-baru ini, soal yang telah pun ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain soal apa yang berlaku di Sungai Baleh dan Sungai Balui yang mana mengakibatkan empangan sementara yang menjadikan long jammed di Sungai Rejang. Jadi, pencemarannya begitu teruk sekali. Jadi kalau peruntukan seperti ini, seperti Yang Berhormat Padang Besar jadi menteri di kementerian ini telah pun melaksanakan beberapa program soal pencemaran jalan termasuklah kempen-kempen pembersihan sungai. Jadi, soal memperbaiki, mengindahkan sungai Tuan Yang di-Pertua, membersihkan, merawat air sungai dan menyediakan infrastruktur-infrastruktur yang membabitkan sungai-sungai kita. Saya melihat apa yang berlaku di municipality Sibu - apabila saya melawat di municipality Sibu itu, saya melihat apa yang berlaku di sungai itu sungguh-sungguh menggalakkan. Di mana sungai- sungai yang kecil walaupun Sibu ini, di kawasan lembah ataupun gambut, municipality itu telah menguruskan soal-soal perparitan itu begitu baik sekali. Saya nampak kurang menggunakan konkrit tetapi menggunakan satu sistem walling. Semasa saya belajar dahulu kita belajar crib walling yang mana ikan-ikan boleh membiak. Kalau kita buat konkrit sahaja, seperti yang saya bangkitkan waktu taklimat di Kota Kinabalu baru-baru ini di mana engineer atau jurutera daripada jabatan perparitan ini suka mencadangkan kepada kerajaan bahawa untuk membersihkan parit ini terpaksa membuat wall dengan konkrit. Jadi apabila kita melihat anak-anak sungai - aquatic life dengan izin, tidak dapat membiak kerana konkrit ini terlalu unnatural, bukan seperti apa yang berlaku di Sibu, Sarawak. Itu satu kepujian saya lihat. Saya nampak anak-anak ikan atau bini-bini ikan yang sedang berenang-renang di Sibu itu amat baik sekali. Jadi saya cadangkan kepada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Ledang bangun ke depanlah bagi apa nasihat untuk teknik, untuk perkara-perkara yang disebut itu.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Kalau kita melihat - apabila kita menggalakkan sistem bini... [Disampuk] Saya ingat bini juga. Sistem benih ikan yang boleh membiak di sungai-sungai ini amat menggalakkan. Dahulu apabila kita membersihkan sungai itu, kita buang semua kayu ataupun apa yang tumbuh dekat tebing sungai. Jadi ini satu sistem yang kita lihat semasa di New Zealand, kita menggalakkan menanam pokok poplar yang boleh menahan tebing-tebing sungai tadi. Jadi saya harap kerajaan dapat melihat ini supaya ikan-ikan yang selalunya berada di dalam sungai itu dapat membiak. Suka juga saya mencadangkan kepada kerajaan bahawa tagar system yang telah diwujudkan di Sabah - balik-balik saya sudah membawa perkara yang sama di Dewan yang mulai ini soal tagar system. Yang mana ikan-ikan kita boleh menjadi produk pelancongan yang mana kita boleh tuai daripada setiap tahun, satu tahun atau dua tahun sekali. Jadi, ini belum lagi dilaksanakan. Saya harap pihak kementerian dapat melihat ini secara serius dan juga apa yang berlaku di kawasan saya di Putatan, yang mana kuala-kuala itu sungguh cetek sekali. Jadi, ada beberapa SMS yang saya terima di mana pembinaan lapangan terbang di Kota Kinabalu telah menjejaskan ataupun mengakibatkan hakisan sungai dan pantai, yang mana kebanyakan rumah di bina di atas pantai-pantai itu terhakis dan membahayakan penduduk-penduduk di situ. Jadi saya harap juga peruntukan diberikan kalau tidak ada. Walaupun peruntukan yang diberikan ke seluruh negara ini tidak mencukupi, saya harap perkara ini dapat dilihat dengan serius oleh pihak kementerian. Apabila kita melihat juga soal pembinaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan tersebut, banyak tidal gates yang dahulu itu yang mengakibatkan aliran arus sungai itu tersumbat kerana tidak ada maintenance dan penyelenggaraan dan sebagainya. Saya juga telah membawa Menteri sendiri melawat ke tapak-tapak yang selalu berlaku banjir dan beliau telah berjanji kepada saya untuk menyelesaikan perkara itu.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Akan tetapi mungkin dengan kekangan peruntukan, mungkin kementerian tidak dapat melaksanakan projek-projek tersebut. Saya harap pada masa-masa yang terdekat perkara-perkara yang saya lahirkan tadi dapat dilaksanakan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Kementerian ini patut juga membantu pihak pelancongan untuk membuat ataupun melaksanakan program-program seperti ecotourism dan home stay. Di mana yang sepatutnya di Sabah terima kasihlah atas bajet ada peruntukan kurang lebih RM3 bilion akan dilaksanakan di Karambunai di Sabah yang mana eco nature di Karambunai yang begitu besar peruntukan yang telah disediakan dan Kerajaan Persekutuan telah pun menyediakan sebanyak RM100 juta untuk sumbangan kepada pembangunan eco nature di Karambunai dan rakyat negeri Sabah mengalu-alukan serta saya harap ini satu projek yang pertama sekali diwujudkan di dunia. Itu yang kami harap-harapkan. Dan juga termasuk kehidupan

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

liar, ini satu juga produk yang bagi kita boleh menjana ekonomi negara termasuk kebersihan alam sekitar. Saya beralih kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang mana kita sentuh soal ecotourism ini. Apabila kita sentuh ecotourism ini, ini juga membabitkan orang-orang tempatan, penduduk tempatan terutama sekali Orang Asli, orang Penan dan orang-orang asal yang mananya duduk di pinggir-pinggir ataupun di luar-luar bandar ataupun di inter land dengan izin dengan hutan simpan kita. Apabila kita melihat hutan simpan kita tergugat akibat daripada pembalakan dan juga pembinaan Bakun di Sarawak. Kita melihat apa yang berlaku di Bakun ini sudah menjadi white elephant dan ada juga kononnya kenyataan daripada Menteri sendiri bahawa kerajaan akan menjual projek Bakun Hidro ini kepada kerajaan negeri Sarawak. Kita tidak tahu apa kesudahannya soal penjualan ataupun pengambilalihan oleh pihak kerajaan negeri Sarawak. Ini saya rasa dia punya perbelanjaan ini tidak perlulah kita tanya berapa yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Pusat. Saya pun telah menyoal soalan seperti berikut pada akan datang. Biarlah Menteri yang menjawab. Jadi saya harap Bakun dapat di rasai kerana apa yang berlaku di negeri Sabah dan Sarawak ini masih kekurangan tenaga elektrik dan sebagainya. Cadangan coal fire plant di Sinakut Sandakan Sabah itu hanya boleh mengeluarkan 300 megawatt akan dibina dan telah pun mendapat beberapa bantahan daripada pihak masyarakat di situ. Saya mencadangkan mana ada alternatifnya seperti nas battery dan sebagainya yang telah pun dikemukakan terhadap pihak kementerian. Tetapi malangnya reaksi daripada pihak kementerian itu agak negatif sekali apabila Menteri sendiri tidak tahu mengetahuinya yang mungkin telah di influence ataupun pegawai-pegawai yang bertanggungjawab soal ini tidak meyakinkan pihak Menteri soal perwujudan nas battery sebagai alternatif kepada coal fire plant. Peruntukan yang saya nampak kepada SESB di negeri Sabah hanya RM30.2 juta yang mungkin menggantikan generator-generator yang lama dan ini saya fikir tidak mencukupi Tuan Yang di-Pertua. Saya mengalu-alukan cadangan kerajaan untuk mewujudkan pembangunan kuasa nuklear yang ada dalam bajet ini. Ini saya rasa masih dalam R&D dan saya rasa harap semua menyokong hasrat kerajaan untuk mewujudkan kuasa nuklear di negara kita ini. Saya juga ingin sentuh sedikit soal bekalan air terutama sekali di kawasan Beluran. Saya rasa itu juga yang dihadapi oleh iaitu ada kekurangan bekalan air yang bersih Tuan Yang di-Pertua. Saya harap dengan apa yang disediakan di sini hanya RM18 juta sahaja. Saya rasa ini memang tidak mencukupi Tuan Yang di- Pertua. Hanya RM18 juta untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri Sabah yang mana kita tahu banyak paip ataupun saluran-saluran yang sudah lama perlu diganti. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh soal luar bandar sedikit. Kami dari Sabah ini berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana memberikan peruntukan yang begitu banyak untuk membina dan menaik taraf jalan-jalan di luar bandar di Sabah dan di Sarawak iaitu RM2.1 bilion. Sehubungan dengan itu kerajaan juga harus menaik taraf jalan-jalan yang dibina oleh pihak pembalak dan pihak pengusaha ladang tetapi apa yang berlaku sehingga ini penggunaan jalan- jalan tersebut dihalang oleh syarikat-syarikat ataupun pembalak-pembalak terutama sekali penduduk-penduduk di luar bandar. Di Sarawak saya ada pernah melawat, orang Ulu dan orang Penan dihalang untuk menggunakan jalan-jalan tersebut ke ladang-ladang pertanian

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

mereka. Jadi saya harap apabila kenaikan taraf jalan-jalan tersebut, maka bolehlah ia menyenangkan penduduk-penduduk luar bandar untuk menggunakan jalan-jalan yang saya sebutkan sebentar tadi. Jadi, yang saya sebutkan tadi pemberian hak milik Orang Asli dan orang native terutama sekali orang Penan, orang Ulu di Sarawak ini harus juga dipandang begitu serius terutama sekali Kerajaan Pusat menghubungi kerajaan- kerajaan negeri supaya tanah-tanah apa yang harus diberi kepada golongan ini diberi hak milik tanah haruslah diwujudkan sebelum 2020 yang mana pembangunan tanah persekitaran di kawasan ini sedang membangun dan golongan-golongan Orang Asli dan orang Penan ini agak terhimpit. Saya menyokong hasrat kerajaan untuk membuat peruntukan dan menyediakan peruntukan yang secukupnya untuk tujuan yang saya sebutkan di atas. Dana khas diberi kepada masyarakat Orang Asli harus juga disediakan. Terutama sekali orang Penan, KDM, agar isu penyukatan, isu pemilikan ekuiti, biasiswa kerajaan dan lain-lain supaya kumpulan-kumpulan sasar ini dapat berasimilasi dengan masyarakat yang lain. Saya juga ingin berterima kasih kerana elaun-elaun pemimpin masyarakat yang diberi, saya rasa ini dapat memperkasakan khidmat mereka kepada masyarakat di peringkat-peringkat akar umbi.

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Kalau hendak bercakap berdirilah. Hendak ganggu sahaja apa hal? Saya tertarik satu perkara Tuan Yang di-Pertua, soal pemindahan penduduk-penduduk Pulau Gaya di kawasan saya ke Kinarut. Ini tanpa pengetahuan wakil rakyat dan saya harap Kerajaan Pusat dapat memandang apa yang dikeluhkan ataupun rintihan penduduk-penduduk di Pulau Gaya yang tidak ingin dipindahkan.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Apa salahnya penduduk-penduduk ini disediakan rumah dan tempat yang sama dan menyusun sebaik-baiknya rumah-rumah yang didirikan di atas paras laut itu dan to assimilate penduduk-penduduk ini sebagai ecotourism ataupun produk pelancongan di pulau ini.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

[Bangun]

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya agak sentimental apabila wakil Putatan menyebut Kinarut ini sebab kita muda-muda dahulu tinggal dekat Kinarut dan Limawan. Usaha untuk memindahkan penduduk daripada Pulau Gaya itu ke Kinarut mungkin dalam satu konteks merupakan suatu penempatan semula yang lebih baik kerana keadaan di Pulau Gaya adalah kawasan ataupun pulau yang berbukit dan mungkin tidak sesuai untuk didiami oleh penduduk, melainkan dibina bangunan mengunjur ke laut. Soalan saya, apakah perlu dipindahkan ataupun seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Putatan tadi, dibaiki semula supaya ia lebih menarik untuk dilihat ataupun dilawat oleh pelancong dan mereka juga boleh hidup dalam keadaan yang selesa jika Pulau Gaya itu dibangunkan dengan lebih baik? Ataupun adakah kerana ada pihak yang hendakkan Pulau Gaya ini untuk satu tujuan tertentu maka yang menanggung kesannya adalah penduduk-penduduk

Dr. Mohd. Hatta Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

lama di Pulau Gaya itu? Jadi, apakah maklumat yang ada kepada Yang Berhormat Putatan tentang hal ini, tolong dedahkan. Terima kasih.

Dedahkan.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krai. Apa yang saya sentuhkan tadi Yang Berhormat adalah soal keluhan dan pendapat penduduk di Pulau Gaya harus juga diambil kira. Itu tujuan saya. Kalau mereka juga ingin berpindah, itu tidak menjadi masalah. Mungkin itu lebih baik kerana kemudahan infrastruktur, kemudahan- kemudahan awam ada di Kinarut, sudah disediakan manakala di Pulau Gaya mungkin sukar, terutama sekali dari segi klinik dan sebagainya. Bantuan daripada kerajaan sukar dihubungi kerana terpaksa melalui transport ataupun menaiki bot dan sebagainya. Cadangan saya ialah apa yang penduduk hendak kerajaan buat itu harus kita ambil kira. Sekiranya mereka mahu juga duduk di situ, rumah-rumah mereka disusun semula dengan teratur dan menjadi produk pelancongan yang eco-nature dan sebagainya, apa salahnya. Jadi soal syarikat yang berkeinginan untuk memajukan Pulau Gaya itu, memang kita galakkan sebab ini satu program PFI yang untuk membangun bagi mempercantik, mengindahkan wajah Kota Kinabalu itu, tidak salah. Jadi apa yang saya sentuh di sini ialah, pendapat penduduk itu harus diambil kira. Soal Institut Kemahiran MARA, yang mana ramai keluaran daripada institut ini ialah UniKL, kolej MARA dan sebagainya yang mengeluh. Ini kerana mereka ini sudah mahir dan apabila mereka mahu dan ingin berkecimpung dengan perniagaan, mereka sukar sekali mendapat lesen terutama sekali dalam segi lesen Kelas F yang sekarang masih dibekukan. Jadi saya mendesak kepada pihak kerajaan supaya lesen-lesen Kelas F ini dibuka semula, supaya orang-orang muda kita senang dan boleh memohon Kelas F ini supaya mereka dapat berkecimpung dalam dunia perniagaan. Walaupun jawapan pihak kementerian dahulu, sebab-sebab mengapa ini tidak dapat dibuka, itu belum lagi mendapat sambutan yang positif daripada pemohon-pemohon. Jadi, soal perumahan dan kerajaan tempatan, di kawasan Putatan memang banyak pencemaran apabila kita melihat sungai-sungai, perparitan yang tersumbat dan berlakunya banjir kilat pada setiap kali hari hujan. Saya berharap pihak Kerajaan Pusat dapat membantu pihak PBT di Sabah ini supaya dapat memberi peruntukan yang secukupnya kepada kerajaan-kerajaan tempatan melalui kerajaan negeri. Apabila kita melihat baru-baru ini yang banyak dipaparkan oleh TV3, soal kekotoran ataupun sampah-sampah yang berlonggok-longgok di kawasan Putatan, bukan semuanyalah cuma tempat-tempat yang mana banyak rumah, disebabkan lori-lori pengangkut sampah itu sudah lama tidak dapat bergerak. Jadi apabila ini berlaku maka terlonggoklah semua sampah itu tidak dikutip. Saya berharap pihak kerajaan dapat melihat ini. Inilah masalahnya, inilah rintihan rakyat daripada membeli kita komputer dan memberi komputer-komputer kepada pemimpin-pemimpin dan masyarakat di kampung yang mana masih lagi belum mahir segi komputer. Begitu juga jalur lebar di Sabah ini belum lagi begitu baik dan saya takut pada suatu ketika nanti banyaklah komputer-komputer ini dijual di pasar-pasar malam oleh sebab mungkin pemimpin masyarakat itu mungkin hanya nelayan dan tidak tahu bagaimana menggunakan komputer tanpa training ataupun latihan terlebih dahulu.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Saya berharap pihak kerajaan dapat melihat ini dan kita tidak mahu ini jadi satu isu yang akan dibawa oleh pihak pembangkang kemudian untuk mengalahkan kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ya, habiskan Yang Berhormat.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Satu lagi perkara yang harus dilihat Tuan Yang di-Pertua ialah setinggan-setinggan haram di kawasan persekitaran Kota Kinabalu dan diharap kementerian dapat menyediakan satu dana yang secukupnya untuk menyediakan perumahan, terutama sekali perumahan negara yang belum lagi mencukupi pembinaan rumah-rumah di persekitaran itu. Saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini tentang pembelian komputer, perbelanjaan yang dibandingkan. Di Sabah, liputan jalur lebar ini belum ada, seperti yang saya katakan tadi. Apa yang berlaku di Sabah ini banyak kompleks-kompleks terutama sekali kompleks penerangan di Sabah ini belum siap lagi. Kenapa ia lambat? Bukan sahaja kompleks penerangan, juga kita lihat beberapa bangunan seperti ibu pejabat polis pun belum siap, kuarters-kuarters pegawai-pegawai kanan pun belum siap lagi. Ini sudah terlalu lambat walaupun persiapannya...

Dato’ Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, masa sudah habis Yang Berhormat.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Sekejap, sedikit sahaja, tak bolehkah? Tolong, kawan...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Kawan, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Putatan. Apabila Yang Berhormat bangkitkan soal ibu pejabat polis dan juga kemudahan kepada pegawai-pegawai polis di Sabah. Saya ingin bertanya Yang Berhormat soal kecekapan polis mengendalikan satu kes terutamanya melibatkan kes mendiang Yang Berhormat Datuk Ir. Edmund Chong. Saya rasa kalau dilihat daripada laporan akhbar di sebuah akhbar di Sabah, pengedaran di seluruh Sabah yang cuba membuat liputan, yang kepada saya adalah tidak begitu baik kepada keluarga mendiang walaupun mendiang telah meninggal dunia dan tidak dapat mempertahankan diri tentang akibat kemalangan. Ini kerana kemalangan itu kalau dilihat daripada mata kasar sekali pun bagaimana mayat mendiang boleh terbang sehingga 59 meter kalau tidak berlanggar dengan sesuatu yang menghalang jalan beliau. Jadi siasatan polis, biar kita pohon lebih terperinci dan lebih adil walaupun kepada orang yang meninggal dunia. Jangan terus membuat jump to the conclusion dengan izin, hanya kepada insan yang tidak dapat membela diri kepada sesuatu kes. Silakan.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Tambahan sekali Yang Berhormat Putatan.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Saya jawab dahulu.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Putatan sekali dengan - sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Putatan sahabat saya dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya suka mengambil perhatian dari segi isu yang dibangkitkan berhubung dengan

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

kemalangan jalan raya yang berlaku baru-baru ini, yang melibatkan sahabat kita mendiang Datuk Ir. Edmund Chong.

Tuan Haji Salleh KalbiUMNO · BNSilam

Saya rasa tidak baik terutamanya bagi media untuk membuat spekulasi yang begitu meluas yang boleh menjejaskan dan tidak menghormati keluarga mendiang itu sendiri sebelum siasatan sebenarnya dibuat oleh pihak keselamatan. Saya berharap supaya pihak polis mengambil perhatian dengan segera dan dari segi keutamaan sebab mendiang itu seorang penggubal dasar dan adalah kehilangan besar bagi kita. Apa pandangan Yang Berhormat Putatan tentang perkara ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Ya, terima kasih sahabat saya Arau, biar saya jawab dulu Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Silam, terima kasih kerana berkongsi. Apa yang dikatakan pada surat khabar tempatan di Kota Kinabalu pada hari ini iaitu itulah jawapannya, pihak kita sungguh menghormati keadaan apa yang berlaku kepada keluarga mendiang Datuk Edmund Chong yang mana berkehendakkan supaya penyiasatan itu lebih adil dan terperinci. Jadi itulah pihak BNBBC telah pun berjumpa dengan pihak polis dan telah pun menghargai peranan polis dalam siasatan yang begitu baik. Jadi, apa yang dikatakan oleh observer ataupun pemerhati ataupun penulis di surat khabar ini, memang saya rasa tidak bertanggungjawab yang menyatakan kita ini harass pihak polis. Jadi, apa yang saya jawab, biarlah pihak polis menjalankan penyiasatan itu dengan terperinci. Kita memang sungguh prihatin apa yang dihadapi oleh keluarga mendiang itu, kita juga mengambil satu peranan untuk berjumpa dengan polis supaya penyiasatan itu lebih adil dan terperinci dan tidak dipengaruhi oleh pihak-pihak yang lain.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, masa dah habis Yang Berhormat.

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat, sekejap. Sebelum Yang Berhormat duduk, itu terlibat pembuat dasar, Ahli Parlimen tidak kira pembangkang atau kerajaan. Apa jadi kalau orang biasa?

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Itu betul.

Amat setuju dengan Yang Berhormat Arau itu Tuan Yang di-Pertua. Kalau pembuat dasar Yang Berhormat Batu Sapi yang kita sama-sama bertafakur dan saya melalui Yang Berhormat Putatan menyampaikan takziah kepada keluarga beliau, itu kita rasa bimbang. Apa kata kalau media dan polis mempermainkan bekas Timbalan Perdana Menteri, mempermainkan pemimpin-pemimpin, digunakan oleh media Utusan Malaysia, Berita Harian, Star, Straits Times, menghina pemimpin-pemimpin kita. Saya menyeru kepada BNBBC kita sama-sama menegur polis, sama- sama menegur media. [Tepuk] Sama-sama menentukan bahawa asas-asas moral di kalangan polis, di kalangan media, agensi kerajaan, jabatan kerajaan, kita jamin supaya tidak mengancam kedudukan kita semua Ahli-ahli Parlimen dan bekas- bekas Ahli Parlimen. Terima kasih.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.

Yang Berhormat Putatan, boleh mencelah?

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Ada lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Putatan, dah cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Dia Setiausaha BNBBC Tuan Yang di-Pertua, kita beri dia peluang.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya agak terkilan dengan apa yang disebut oleh wakil kita daripada pembangkang. Jangan kita nafikan, tidak kira ketua, kalau kita salah, terimalah kesalahan. Ini bendanya, sebab itu janganlah kita berat sebelah. Saya setuju dengan apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Putatan, kita hendak bela...

Hal media, soal polis yang saya akan baca dalam ucapan saya, surat sepanjang 20 muka surat oleh bekas polis ACC Md. Zain Ibrahim...

Maksud saya biar kita rasional.

Tentang apa yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara, apa yang dilakukan oleh Peguam Negara dan banyak lagi. Biar dia bercakap, lepas itu kita bercakap, Yang Berhormat sudah bercakap.

Tidak apa, maksud saya biar kita rasional. Jangan bila kena kepada pemimpin kita, kita hendak pertahankan, biar undang-undang melakukannya. Terima kasih Yang Berhormat Putatan.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] FELDA tadi dituduh kata mahkamah tidak betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Sudah, cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Putatan dah habis masa.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat, terima kasih Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Arau terima kasih kerana menyokong apa yang harus kita ambil tindakan sebab mendiang Datuk Edmund seorang juga wira negara. Dia meninggal kerana masih bertugas sebagai Ahli Parlimen, itu yang penting sekali. Saya harap pihak media dapat mengambil iktibar daripada perbahasan saya hari ini termasuk daripada pihak Yang Berhormat Tumpat, sahabat saya yang mengirimkan takziah, terima kasihlah kepada pihak pembangkang. Sekian, saya mohon menyokong.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana memilih saya berserta dalam bicara soal Bajet 2011. Sebelum memulakan bicara, ini pantun saya Tuan Yang di-Pertua; Ikan keli berenang di muara Sungai Jeram, ikan seluang bermain di anak Sungai Tenggara,

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

bajet ini amatlah suram, rakyat, pekerja di ambang sengsara. Meneruskan pandangan bajet yang telah pun diulaskan oleh Menteri Kewangan pada Jumaat yang lalu, saya bermula dengan pendapatan per kapita 61% sasarannya RM28,000. Itu sasarannya. Pendapatan-pendapatan rakyat Malaysia khususnya mereka-mereka yang menjadi penjawat awam sekitar RM1,500 ke RM2,000. Maknanya sasaran itu tidak dapat dicapai tetapi Menteri Kewangan dengan berani menyatakan sasaran per kapita rakyat Malaysia adalah sekitar RM28,000. Maka yang demikian, saya mencadangkan supaya melengkapkan RM28,000 dengan setahun RM24,000, dua bulan bonus harus wajib diberikan kepada penjawat awam dan mereka yang terlibat. Ini bukan sebagai retorik tetapi bonus itu sebagai imbuhan, pendapatan itu berlalu bulan demi bulan, tahun di hujung tahun penyesuaian pendapatan keperluan perlu diwujudkan. Bagi mereka pendapatan yang RM1,500 ke RM2,000 memerlukan suntikan ini sekurang- kurangnya beban yang ditanggung oleh ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak terjawab. Saya merayu Menteri Kewangan, apalah salah kiranya berikan pekerja- pekerja perkhidmatan awam bonus dua bulan sesuai dengan sasaran RM28,000 per kapita setahun. Saya sokong RM28,000 tetapi sesuaikan dengan RM28,000. Kedua, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang dibicarakan dalam Perkara 22, kemampuan atas menyediakan satu projek pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh. KWSP diberikan amanah untuk berurus niaga mengusahakan kawasan tersebut dalam kosnya sebanyak RM10 bilion. Ini memberi satu persoalan iaitu tujuan sasaran sebenar. KWSP adalah badan terakhir yang menjadi ruang luas kepada Kementerian Kewangan untuk memunggah beberapa projek yang saya anggap tidak tertumpu pada sasaran pencarumnya. Saya kecewa kerana sebelum tahun 2002 Tuan Yang di-Pertua, pencarum KWSP bila mana mereka ditimpa kematian, waris dan juga keluarga mereka menerima pampasan hampir RM30,000 yang telah pun diwujudkan pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak. Tahun 2002, Menteri Kewangan ketika itu telah mewartakan RM2,500 kelayakan pencarum KWSP bila mana berlaku kematian. Di samping bila mana ditariknya hak pampasan rakyat pencarum KWSP, projek berbilion-bilion telah pun direncanakan. Saya mohon adillah kepada pencarum KWSP, gunakanlah ruang ini untuk memastikan rumah kos rendah mampu milik kepada pencarum KWSP diutamakan bukan sahaja mengaut untung berbilion-bilion ataupun memperjudikan wang KWSP sedangkan mereka yang melabur wang KWSP dibiarkan menjadi papa kedana. Tuan Yang di-Pertua, rungutan ketiga, pembaziran membina Warisan Merdeka, jumlahnya RM5 bilion yang telah pun dimaklumkan untuk dibina 100 tingkat, wow sungguh luar biasa hebatnya. Satu lagi projek mega yang hanya dilihat tetapi tidak boleh dimakan, tidak boleh dinikmati. Bicara banyak daripada Yang Berhormat yang lain, saya bagi pandangan saya, ini satu pembaziran. RM5 bilion itu beli tanah yang lain, bina satu perkampungan ataupun perumahan kos rendah, bagi rakyat yang tidak mampu memiliki rumah kos sederhana untuk mereka hidup selesa, itu nikmat yang lebih segera atau dekat kepada rakyat. Saya cadangkan RM5 bilion ini ataupun impian untuk mewujudkan Warisan Merdeka 100 tingkat ini, saya kira kalau pergi kepada undi satu seperti mana yang telah kita buat di dalam kelompok komponen kita, satu undi satu pandangan. Saya percaya majoriti hampir 100% tidak akan menyukai projek-

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

projek sebegini dalam ekonomi sekarang yang memerlukan pembelaan secara prihatin oleh kerajaan yang ada pada hari ini.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Keempat, Tuan Yang di-Pertua tambahan 13% pelaburan antarabangsa daripada 7 ke 20. Ini saya amat khuatir kerana apa saya amat khuatir laporan daripada sarawakreport.com mengatakan, “Bahawa satu peruntukan telah pun diluluskan kepada seorang bangsawan Sarawak daripada jumlah yang cukup luar biasa RM880 juta.” [Disampuk] Ini Simpanan hari tua, Tuan Yang di-Pertua. Mengapakah hendak dibantu ataupun hendak diberikan mereka yang bukan pencarum? Saya amat sedih dengan keadaan ini yang memberikan kesan buruk pulangan kepada pencarum-pencarum KWSP. Akhir pada pemberian KWSP, percentagenya sekitar 4.5% yang paling tinggi semenjak 8.5% ia diberikan sebelum tahun 1998. Saya tidak nampak untuk menyelamatkan tabungan ini ruang luas diberikan. Kuasa ada kepada Menteri Kewangan untuk mengarahkan wang tabung ini dikeluarkan sewenang-wenangnya. Ini memberikan kesan buruk dan nilai itu sebanyak RM7.5 bilion hendak diperdagangkan. Saya amat khuatir dengan pengurusan kumpulan Pengarah Pelaburan KWSP tidak akan menjamin keselesaan ataupun memberikan arah tuju yang betul untuk memastikan bahawa tabungan yang digelar Simpanan Hari Tua untuk pencarum-pencarum EPF itu sendiri akan menerima padahnya nanti. Seterusnya, yang kelima Tuan Yang di-Pertua dana pencen swasta boleh dibuat. Tahun 2008, saya sudah utarakan saya memohon Menteri Sumber Manusia untuk wujudkan Tabung Rentikerja Sentara. Kesan daripada beberapa perkara yang menjurus pada segera, wajib diadakan. Pada tahun 2008, Menteri Sumber Manusia mengatakan, “Kami akan bawa satu kumpulan ILO (International Labour Organization) untuk mendapatkan pandangan dan arah tuju ataupun bagaimana hendak menyelia tabung ini.” Tabung ini adalah tabung yang telah pun diwujudkan di Thailand, diwujudkan di Eropah, begitu berjayanya membela, mempertahankan hak rakyat pekerja. Apabila kita bercakap atas berlakunya rentikerja sentara ini, syarikat keparat lari pada waktu malam. Rakyat pekerja jumlahnya 4,000 atau 5,000. Nikko contohnya di Pulau Pinang, hasil tidak dapat satu sen pun, pekerjanya yang bekerja hampir belasan tahun. Ini apa ini. Sudah kata, susah sangatkah hendak buat Tabung Rentikerja Sentara! Bagi saya senang. Kalau kita boleh beri PERMATA RM111 juta, kalau kita boleh beri peruntukan ratusan juta malah projek yakni kita gelar projek mega berjumlah RM5 bilion, kita cuma minta pelaburan awal RM100 juta untuk kita petik daripada RM1 pekerja RM1 majikan, jumlah pekerja 11.3 juta, RM26 juta darab dengan 12 sudah menghampiri kalau sepuluh tahun RM4 bilion. Susah sangatkah sampai hendak hantar delegasi ke ILO. Sampai hari ini belum berita itu kita dengar bahawa rentikerja sentara itu dianggap sebagai agenda utama. Bajet ini tidak langsung menyentuh tentang kepentingan mereka yang akan teraniayai walaupun di bawah seksyen 60(J) memperlengkapkan tentang bayaran tetapi bagaimana pula dengan syarikat keparat yang lari pada waktu malam meninggal pekerja puluhan ribu terkapai-kapai mencari ruang bela. Ini soalan saya. Mohon disegerakan Tabung Rentikerja Sentara yang telah pun dijanjikan pada tahun 2008. Tuan Yang di-Pertua, dikatakan bahawa tabung ini akan segera diwujudkan. Saya tidak tahulah. Ini amat merunsingkan sebab kata bertindih lidah. Saya khuatir ia lebih pada cakap putar belit dan tidak pernah

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

mengatakan yang jelas kerana ini adalah satu perkara yang telah di commit kan atau dilunaskan, mesti dilunaskan dalam Dewan yang mulia ini sebab dibawa di dalam Dewan ini. Bicara soal cukai pendapatan 5% ke 6%, Tuan Yang di-Pertua. Ini pun satu beban. Sekarang ini sudah ada service tax yang dikenakan 5% dinaikkan 6%. Kumpulan kelompok mereka yang menikmati 5% ataupun yang menggunakan servis ini, kelompok sederhana dan atas. Ramai mereka terpaksa diheret kerana desakan anak-anak kecil yang hendakkan servis ataupun hendakkan pemakanan ataupun layanan yang sedikit istimewa. Tidak akan hari-hari pergi ke kedai mamak Tuan Yang di-Pertua. Letih minum teh tarik dan Tongkat Ali. Kita hendak juga merasa Coca-Cola ataupun KFC ataupun McDonalds. Ini kesan beban yang saya rasa tidak selengkap seperti mana barangan harga naik. Luar biasa naiknya. Minyak naik, keperluan, semua naik dan tidak akanlah service tax ini pun hendak cukai. Banyak mana sangat dan beban itu, kesannya jangka panjang. Saya memohon supaya dipertimbangkan kembali. 5% ini yang membebankan. Mereka yang berpendapatan sederhana dan mereka yang sedikit berkemampuan untuk menyelesakan anak untuk pergi ke dalam suatu suasana yang sedikit ruang selesa. Saya pohon dipertimbangkan 5% itu kalau boleh diturunkan, turun. Janganlah dinaikkan Tuan Yang di-Pertua. Letih kita hendak melayan ataupun hendak berdepan dengan kenaikan-kenaikan. Tidak ada satu barang yang turun, semua naik. Hujan sahaja yang turun. Tuan Yang di-Pertua, berbalik pada soal Majlis Konsultasi Gaji Negara. Saya sebenarnya, Alhamdulillah sekurang-kurangnya ada satu jawatankuasa yang telah dibariskan daripada kelompok majikan, kesatuan sekerja dan NGO. Tuan Yang di-Pertua, soalannya, bila hendak dibuat ini dan sasarannya bagaimana? [Disampuk] Bila dan konsultasi gaji negara ini jangan dilupakan. Ia bermaksud pekerja. Apabila pekerja Tuan Yang di-Pertua, harus juga direnung Tuan Yang di- Pertua sendiri. Tuan Yang di-Pertua seorang peguam, melepaskan jawatan, melampaui batas menumpukan pada jawatan politik Speaker, menidakkan pendidikan yang Tuan Yang di-Pertua terima, menjurus pada politik dan menjadi seorang ahli politik dan Speaker. Adakah Speaker juga tergolong sebagai mereka yang dalam Majlis Konsultasi Gaji Negara? Kalau ya, Alhamdulillah, Ahli Yang Berhormat. Pada hari ini, jangan sombong dan bongkak. Pencen esok menjadi orang miskin. [Ketawa] Adakah mereka juga dalam kelompok ini? Harus diingat. Tidak diberitakan apakah mereka terlibat dan mereka juga harus ditegakkan keadilan pendapatan mereka. Mereka juga harus dibela. Adakah dengan adanya pada hari ini gaji yang sama dan tidak boleh disekongkongkan dengan kumpulan perkhidmatan awam sebab mereka Ahli Dewan Rakyat yang diangkat. Tidak akan gaji sama dengan guru besar. Ini pun harus direnung. Saya mohon supaya dikaji semula pendapatan Ahli-ahli Yang Berhormat sekurang-kurangnya apabila pencen tidak jadi miskin. Apabila pencen sahaja tidak perlu fikir hendak jual karipap, pisang goreng dan jual ikan di pasar. Bukan hina tetapi itu kenyataannya. Saya pohon ini harus diberikan juga renungan. Kalau kita bandingkan dengan negara luar, pergi Morocco baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, banding gaji, amatlah – tidaklah malu tetapi betullah malulah. [Ketawa] Kalau kata rendah, saya rasa kepala rendahlah. Saya kira keadilan harus ditegakkan. Ahli-ahli Yang Berhormat harus dibela juga. Tidak akan dibiarkan mereka duduk dalam kelompok mendiamkan diri. Saya percaya wakil- wakil rakyat Barisan Nasional juga tidak menyepi soal isu ini. Kalau berani, celahlah.

Saya sokong Yang Berhormat. Saya sokong.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Terima kasih timbalan kokus pekerja. Ini wataknya harus kita saksamakan. Bermakna jangan disepikan hak semua termasuk Ahli-ahli Parlimen. Harus diingat bahawa mereka juga penyumbang pada kekuatan, penjanaan, keperkasaan negara. Mereka juga adalah memainkan peranan yang penting, watak-watak ini yang akan mempertahankan kedaulatan negara. [Disampuk] Ini yang perlu kita renungkan bersama. Jangan ambil ringan. Esok apabila sudah pencen baru teriak seperti bayi kehausan susu. Jangan! Sekarang masanya. Bangkitlah teman! Ayuh kita sama- sama memastikan bahawa kita juga akan dibela.

Penjelasan.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Ya. Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ledang, isu yang dibawa ini, dia mencadangkan agar gaji elaun Ahli Parlimen itu dinaikkan.

Ya, cuma satu saya hendak sebut. Pantun Yang Berhormat tadi saya tidak bersetuju. Akan tetapi yang ini saya setuju. [Ketawa] Maknanya, kita sama-sama membela tentang apa-apa kekurangan yang melibatkan semua pihak termasuklah Ahli-ahli Parlimen.

Sebenarnya kita juga bersetuju dengan banyak pandangan supaya pegawai kerajaan dan kakitangan kerajaan juga diberikan imbuhan kerana mereka sebenarnya telah banyak memberikan sumbangan kepada pembangunan negara. Sebenarnya pembangunan negara ini sudah berlaku dan sudah berada di jajaran yang betul. Jadi, sewajarnya kita berikan imbuhan kepada kakitangan kerajaan kerana jajaran sudah betul. Maknanya, kita berada pada landasan yang betul. Yang Berhormat, saya bersetuju. Sekian, terima kasih.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Di part hujung itu saya bersetuju, di part awal pantun itu saya kekalkan dengan interpretasi yang saya jelaskan tadi. [Ketawa] Apa pun Tuan Yang di-Pertua, saya secara adil – bila mana kita sama- sama merenungi bahawa pembelaan itu harus diseragamkan, tidak kira – tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat, kita tidak boleh lagi menyepi hak masing-masing. Saya kira ini cadangan yang baik dan harus dibawa kepada Menteri Kewangan supaya diberi sedikit kesaksamaan yang membolehkan kita bernafas. Saya mendengar rintihan teman-teman Yang Berhormat. Saya akui, apa Yang Berhormat rasai, saya rasai. Namun yang jelas ialah Majlis Konsultasi Gaji Negara ini, apa sasarannya? Bila hendak ditubuhkannya? Hala tujunya di mana? Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, saya tahu MEF tidak pernah setuju, hinggakan gaji minimum sekuriti pun dibantahi. Sampai hari ini pun mereka mengatakan gaji minimum untuk pegawai keselamatan dan juga untuk pekerja-pekerja klinik ini tidak boleh dipersetujui.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Maksudnya ialah kalau kita tidak ada dalaman keikhlasan Tuan Yang di- Pertua, benda ini tidak boleh berlaku. Saya mohon Menteri Sumber Manusia bangkit dan segerakan saranan Menteri Kewangan menegaskan Majlis Konsultasi Gaji Negara diwujudkan segera – ada sasaran waktu. Jangan dok ‘kongkalikung’ macam Retreatment fund sampai sekarang tidak siap-siap lagi. Saya mohon supaya diadakan satu insani ataupun dikatakan madani hatinya untuk menjadikan kebaikan itu sebagai agenda utama. Ini jangan dok cakap hendak buat tetapi sampai tahun depan pun tidak buat, sampai tahun 2012 pun tidak buat. Pilihan raya akan datang, kita ambil alih, kita buat.

Mohon penjelasan.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Akan tetapi apa pun, saya hendak pergi kepada miskin tegar. Maklumat yang kita dapat pun, dia juga...

Yang Berhormat Kuala Langat, mohon penjelasan.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Saya ada berapa waktu lagi Tuan Yang di-Pertua?

Tentang Majlis Konsultasi Gaji Negara, sedikit sahaja.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

12 minit.

Sebenarnya saya memang setuju sangat bila sahabat kita menyebut tentang penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara ini. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah sebut akan mula pada bulan Januari tahun depan. Cuma, adakah Yang Berhormat setuju supaya dalam majlis tersebut juga dimasukkan wakil daripada kalangan Ahli-ahli Parlimen? Saya ingin mencadangkan. Sekian, terima kasih.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Saya setuju sangat Tuan Yang di-Pertua. Jikalau boleh, Timbalan Pengerusi Kokus trafficking itu kita cadangkan duduk dalam panel ini kerana keprihatinan beliau dari segi rentak bicara wataknya itu meyakinkan saya. Termasuk juga kelompok kita jangan dilupakan untuk dijadikan gaji minimum meningkatkan pendapatan kita. Jadi, saya setuju dengan Yang Berhormat Ledang. Kita juga menyertai sebab dasar atau undang-undang ini akan dibuat. Bila undang-undang ini akan dibuat terutama sekali jika ia diwujudkan di bawah seksyen 19 Akta Pekerja, barang tentu majikan yang melanggar akan dihukum. Saya yakin peranan yang akan kita mainkan itu akan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk juga Ahli Dewan dan juga Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana yang boleh difikirkan adakah pendapatan itu sesuai atau tidak sesuai. Berbalik kepada soal ketujuh daripada isu saya ialah di antara laporan yang telah pun dibentangkan oleh Menteri Kewangan, masih lagi memberikan cadangan bawah paras RM700. Bawah paras RM700 ini Tuan Yang di-Pertua, masih dalam kelompok miskin. Saya kira kita patut bermula dengan melepasi sempadan miskin. Jadi maknanya, cadangan-cadangan yang dibuat di dalam belanjawan ini harus dimulakan dengan RM750, sebab kadar miskin ialah RM720 dan ini adalah permulaan yang baik supaya kadar miskin itu kita selamatkan dan sekurang-kurangnya pergi kepada pendapatan yang lebih selesa. Itu boleh kita sasarkan RM28,000 setahun.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Berbalik kepada soal perkara 76 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan. Alhamdulillah, suara kita didengari. Ibu adalah segala-galanya. Ibu telah diberikan cuti bersalin 90 harinya. Saya teringat di suatu pagi bila saya – saya ulangi Tuan Yang di-Pertua. Di suatu pagi ketika saya membaca Metro, saya menangis kerana melihat seorang bayi 30 hari dimasukkan ICU kerana gegaran jantungnya dilakukan oleh penjaganya. Kalaulah 90 hari ibu itu menjaga anak, sudah barang tentu Tuan Yang di-Pertua, anak itu tidak mungkin masuk ICU. Namun yang jelas, setelah perbincangan dibuat, Alhamdulillah, bajet tahun ini diberikan perkhidmatan awam 90 hari. Itu satu perjalanan ataupun kejayaan ataupun kegemilangan yang saya nampak sudah pun tidak bertapak ruang luas untuk diberikan penambahan. Alhamdulillah, ibu-ibu boleh terus melahirkan ramai anak kerana cuti 90 hari itu ada. Namun yang jelas Tuan Yang di-Pertua, perkhidmatan awam juga adalah ibu-ibu yang kita kena jaga dan kita kena tatang. Begitu juga dengan ibu-ibu yang bekerja dalam private sector. Private sector di bawah peruntukan 37(a) di bawah Akta Kerja 1955 memperuntukkan hanya 60 hari untuk ibu-ibu yang bersalin. Itu pula lima sahaja dan tidak boleh lebih. Kita sasarkan 70 juta pada tahun 2020 tetapi dalam masa yang sama ia tidak membenarkan ibu-ibu ini melahirkan anak yang lebih ramai. Hendak cakap lebih nanti takut orang terasa. Jadi saya berhati- hati cakap ibu ini, nanti balik seminggu saya tidak jumpa orang rumah saya ini. Jadi, kena berhati-hati ini. Seksyen 37(a) kata ia bagi 60 hari untuk lima orang anak. Saya mohon Menteri Sumber Manusia berlaku adil. Perkhidmatan awam pun kita beri 90 hari seperti yang telah pun dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Menteri Sumber Manusia kena berperanan meminda satu ruang lebih selesa – samakan di bawah seksyen 37(a) dan 37(c) dipinda berseragam dengan perkhidmatan awam dan juga badan berkanun. Dengan adanya demikian, bahawa bolehlah kita kategorikan bahawa ia berimbang. Saya mohon kerana ini adalah keperluan, Tuan Yang di-Pertua. Walaupun saya tidak bersalin tetapi kepahitan ibu bersalin itu dirasai. Siapalah kita tanpa ibu? Ditanya kepada Rasulullah, siapa yang harus aku dihormati? Ibumu. Ditanya lagi – ibumu, Ditanya lagi – ibumu. Tuan Yang di-Pertua, bapa ini kategori keempat. Ibu kategori yang mulia. Diberikan begitu kerana peranan ibu itu. Jadi saya dengan tegas dan saya tidak akan berganjak untuk memastikan pindaan di bawah seksyen 37(a) ini dipinda segera untuk memberi ruang luas kepada ibu bersalin pada bila-bila masa dan berapa ramai dia hendak bersalin. Itu haknya. Akan tetapi yang penting, ruang itu harus diberikan. Saya melihat ruang ini kerana saya percaya – Tuan Yang di-Pertua sudah tengok jam, saya tahu saya ada limit. Dua minit lagi, Tuan Yang di-Pertua. Jangan risau, saya on time. Saya bukan Yang Berhormat Putatan. Saya on time, don’t worry. Dua minit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tujuh minit lagi Yang Berhormat.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Oh! Tujuh minit, alhamdulillah. [Ketawa] Maknanya, ruang itu diberikan luas kepada saya kerana Tuan Yang di-Pertua pun prihatin terhadap ibu. Maka yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya memohon Menteri Sumber Manusia ini kena bertegas. Walaupun dia seorang lelaki, saya seorang lelaki, tetapi jangan lupa timbalannya wanita dan isteri saya pun wanita, isteri dia pun wanita dan rakyatnya pun ramai wanita yang menyokongnya.

Yang Berhormat Kuala Langat, boleh mencelah?

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Saya tidak bagi Tuan Yang di-Pertua sebab saya hendak habiskan ini.

Saya hendak sokong ini.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Tidak mengapa. Terima kasih. Jadi apa pun, saya memohon supaya Menteri Sumber Manusia sedar bahawa dia tidak boleh mengetepikan satu kumpulan yang besar jumlahnya Tuan Yang di-Pertua. Keselur-uhan pekerja 11.3 juta termasuk pekerja asing dan mereka yang layak mengundi 6.9 juta. Mereka ini ialah penanti kepada setiap keputusan. Jikalau gagal, sebelah sinilah akan memerintah. Jikalau berjaya, kita berentap di dalam lapangan pemilihan. Apa pun, saya merayu supaya Menteri tolonglah rujuk di bawah seksyen 37(a) dan 37(c) untuk mengemaskinikan dan setaraf dengan panggilan ibu-ibu yang akan menatang anak dengan penuh kasih sayang.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada isu yang selalu saya bawa. Isu ini ialah di bawah seksyen 20.3. Seksyen 20.3 di bawah Akta Perusahaan 1967. Kuasa Menteri membawa kes ini ke mahkamah industri. Baru-baru ini Menteri telah pun membawa bacaan kedua di bawah Akta Kerja untuk dipinda 1955. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Menteri supaya jangan dok ingat hendak pinda Akta Kerja ini Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana membebankan 42% yang melibatkan lima juta pekerja. Perkara yang hendak dipinda di bawah subcontractor labour kepada contractor labour. Tahun 1955 sudah elok dibuat sebelum merdeka lagi untuk memberikan ruang luas pembelaan kepada contractor workers. Sekarang ini hendak dipinda yang haram hendak dihalalkan. Ini satu perkara yang tidak boleh kita kompromi Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua kena menyokong saya memastikan bahawa bacaan kedua untuk Akta Pekerja 1955 tidak akan berlaku. Kalau berlaku Tuan Yang di- Pertua, lima juta orang akan terlibat. Ingat itu Tuan Yang di-Pertua. Itu jumlah yang cukup lumayan. Kalau duit dikatakan jutawan, kalau rakyat dikatakan menukar kerajaan. Kalau dikatakan rumput dijadikan lalang yang tidak boleh disepikan nyamuknya. Tuan Yang di-Pertua, berbalik pada soal seksyen 20.3 ini, saya merayu supaya Menteri berhematlah. Kalau kata seksyen 30 dia kata enam bulan selesai saya diberitahu oleh Menteri Sumber Manusia, timbalannya ialah sekitar 50.3 kes belum lagi dibawa ke mahkamah. Dalam platform ini saya mohon supaya Menteri Sumber Manusia kaji semula seksyen 30 ini, mengehadkan 24 bulan ini. Saya mohon biarlah hakim diberikan kuasa luas untuk membuat keputusan. Tidak payah kita hendak determine kan 24 bulanlah, 18 bulanlah. Kita ini siapa? Menteri itu bukan hakim. Menteri itu bukan lawyer. Saya minta Menteri kaji semula seksyen 30 ini. Kalau tidak saya jadikan isu utama saya untuk ke akar umbi mengatakan bahawa kementerian bersikap tidak peduli terhadap rakyatnya. Itu agenda untuk PRU13. Kalau dia hendak pastikan imuniti berada di tangannya Tuan Yang di- Pertua, pinda balik seksyen 30. Ini bukan ugutan, lebih kurang begitulah. Apa pun Tuan Yang di-Pertua, tanpa memberikan - minta maaf Yang Berhormat Maran ruang tadi saya ambil penuh kerana saya tidak mahu saya terlepas pandang. Apa pun Tuan Yang di-Pertua, itulah bacaan bajet saya, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Maran.

Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Langat saya tidak marah, sebab lepas Kuala Langat saya bercakap. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana...

Datuk Abd. Rahman BakriUMNO · BNSabak Bernam

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sabak Bernam duduklah dengar Yang Berhormat Maran berucap.

Memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan Belanjawan 2011 ini. Tuan Yang di-Pertua saya bersyukur kepada Allah dan tahniah kepada Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib kerana berjaya membentangkan satu bajet yang saya fikir telah menyenangkan semua pihak terutama sebahagian besar rakyat. Dengan melibatkan peruntukan sejumlah RM212 bilion iaitu RM162.8 bilion untuk pembangunan, maaf untuk pengurusan dan RM49.2 bilion untuk pembangunan. Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil dan terperangkap dalam kancah konflik ekonomi yang tidak menentu, negara ini di bawah pimpinan Barisan Nasional yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kepimpinan kita masih mampu merancang satu bajet. Ini bermakna yang bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”. Saya percaya akan terus melonjakkan daya usaha masyarakat bagi merealisasikan impian negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Melihat kepada inti pati bajet yang dibentangkan saya percaya rentak transformasi ekonomi ke arah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 yang dialunkan kepada Menteri akan menjadi landasan yang kukuh. Rakyat negara ini tidak perlu risau tentang dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan negara kita diambang keruntuhan ekonomi dengan mendakwa kurangnya minat pelabur luar untuk datang ke negara ini. Saya rasa amat kecewa dengan sikap sesetengah rakyat negara kita sendiri. Terutamanya di kalangan pemimpin pembangkang yang kerana inginkan kuasa tetapi Yang Berhormat Kuala Langat ini nampak bagus. Dia memperjuangkan rakyat kita. Sanggup menghina keburukan negara sendiri sedangkan kita ini membesar dan menjadi seorang dewasa hasil daripada perjuangan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang kita dahulu yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional... Saya berasa sangat yakin dengan empat tonggak agenda transformasi negara yang diluluskan oleh Perdana Menteri. Iaitu konsep 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh, semuanya ini akan mengaktifkan lima teras strategi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang lalu serta disusuli dengan Rancangan Malaysia Kesebelas, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, saya penuh sedar dan ikhlas merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Yang Berhormat Menteri Kewangan II, Timbalan Menteri Kewangan, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Timbalannya, pegawai-pegawai kerajaan, Kementerian Kewangan dan seluruh

kementerian yang telah bertungkus lumus menyediakan bajet yang baru kita bentangkan ini. Sebagai anak kelahiran negara ini, dibesarkan dan mendapat pendidikan dan menikmati segala faedah dengan banyak yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional setiap 53 tahun yang lalu. Saya tidak pernah mendapat faedah daripada Pembangkang kerana Pembangkang baru sahaja memerintah, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, bahkan Pembangkang mencerca bajet yang disediakan semata-mata kerana hasrat, iri hati, gila kuasa. Oleh kerana bajet ini dibentangkan oleh seorang Perdana Menteri daripada parti UMNO Barisan Nasional. Sedangkan realiti dan content, kandungan bajet ini cukup baik walaupun ada sedikit pembaikan yang perlu boleh kita berikan sokongan. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya benar apa yang dikata, lidah tidak bertulang, pandai berkata-kata, akan tetapi tidak tahu mengotakan apa yang dikata... Akan tetapi apa sahaja yang telah diluluskan dan dibentangkan tidak satu pun ditolak. Makna bajet ini Tuan Yang di-Pertua, bila-bila walaupun ditolak oleh ini akan tetapi bila kita lulus bentang semua kandungan bajet itu, peruntukan yang dikeluarkan akan semua kita ambil. Tidak ada seorang pun menolaknya. Contoh mudah, saya hendak ambil perhatian pandangan daripada sebahagiannya. Oleh sebab itu saya minta supaya Ahli-ahli Parlimen sama ada Barisan Nasional ataupun pembangkang sebagainya kita rasional bercakap. Supaya apa yang baik yang dilakukan oleh kerajaan kita berterima kasih. Apa yang tidak baik kita tegur, kita bina balik, kritik balik..

Yang Berhormat Maran, belakang.

Saya hendak tanya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bila kita dengar ucapan daripada rakan-rakan kita daripada Pakatan Rakyat menyebut tentang bajet 2011 yang dibawa oleh kerajaan merupakan bajet yang tidak memberi keuntungan kepada rakyat, kononnya tidak memberi keuntungan pada rakyat di peringkat bawahan, hanya memberi fokus pada projek-projek mega. Hari ini menyebut tentang betapa kerajaan akan melaksanakan projek yang begitu merugikan, Menara Warisan Merdeka misalnya. Pada saya, sebenarnya mereka sebenarnya rasa bimbang dengan bajet yang diumumkan oleh Perdana Menteri ini sebenarnya bajet yang memberi kelegaan kepada rakyat dan sebenarnya juga meningkatkan lagi sokongan rakyat kepada kerajaan. Banyak dalam bajet ini disebut oleh kerajaan yang juga sebenarnya merupakan janji dulu Pembangkang hendak naikkan elaun imam, hendak naikkan elaun ketua kampung yang mereka janjikan di merata ceruk kampung. Tidak ada dibuat sampai hari ini. Akan tetapi yang dilaksanakan oleh kerajaan ini sebenarnya memberi kelegaan kepada rakyat. Oleh sebab itu mereka cukup bimbang apa yang kita buat hari ini akan merugikan mereka. Saya hendak tanya pandangan Maran.

Tuan Yang di-Pertua, apa Yang Berhormat Lenggong itu memang sama dengan saya, sebab sama Barisan Nasional. Dua-dua sekali Barisan Nasional. Saya malas menghuraikan bajet seratus tingkat ini. Sebenarnya kadang-kadang kita melihat bangunan itu sahaja, akan tetapi kita melihat apa di dalamnya.

Sebenarnya tujuan bangunan ini dibuat cukup besar, saya akan jelaskan kemudian. Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya mengajak kita semua berterima kasihlah kepada kerajaan. Hari ini sudah 53 tahun. Yang Berhormat sebelah sana pun bukan tiba-tiba besar jadi Ahli Parlimen, itu tidak. Daripada kecil sekolah. Semua bantuan kerajaan - ini kampung saya... Duit bantuan kerajaan, biasiswa dan berbagai-bagai lagi. Apabila besar jadi Ahli Parlimen terus action. [Ketawa] Yang Berhormat Jasin, sahabat.

Boleh Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Maran. Sebenarnya baiklah kita berikan sedikit peneranganlah kepada kawan-kawan kita sebelah sana yang banyak mengkritik terutamanya apabila disebut tentang projek- projek mega.

Sebenarnya projek mega yang disebut ini definisinya ialah semua projek yang mempunyai impak yang tinggi. Projek-projek ini boleh memberikan pulangan yang terbaik dan yang paling utama kita mesti faham ia tidak ada kena mengena dengan belanjawan kerajaan, bahkan ia dibiayai oleh swasta. Apabila kita membuat projek-projek berimpak tinggi ini, ia mempunyai kesan yang cukup mendalam, pertama sebanyak 141 subsektor akan spin off, itu sebablah kerajaan bertanggungjawab telah menjanjikan bukan sahaja ia membentangkan satu projek yang inclusive bahkan dengan adanya projek-projek berimpak tinggi tadi, boleh memberikan peluang pekerjaan sebanyak 3 juta orang. Adakah kita pernah terfikir di manakah anak-anak kita yang keluar daripada sekolah, yang lepas periksa ini hendak bekerja? Kerajaan telah menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka, apa pandangan Yang Berhormat?

Terima kasih Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat telah menerangkan apa yang saya hendak terangkan, saya ambil itu sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Oleh sebab itu lain kali kalau kita hendak mengkritik kerajaan, kita lihat sebenarnya apa kita hendak buat. Saya tengok apabila faedah itu datang kepada kita, kita tidak kritik. Saya ambil satu, doa contoh Tuan Yang di-Pertua...

[Bangun]

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Satu contoh sahaja, bantuan buku kepada semua sekolah rendah. Siapa yang dapatkannya? Kalau hendak protes, proteslah. Saya beritahu Kementerian Pelajaran adakah anak-anak di sebelah sana tidak menerima buku bantuan pelajaran daripada Kementerian Pelajaran? Semua terima, sebab ini faedah kepada kita, apa salah yang lain pun bagi sokongan macam itu, kalau yang tidak betul saya tidak akan sokong. Kalau ada jalan raya di kampung yang tidak baik, kritik saya akan sokong. Akan tetapi yang baik ini, berilah sebab itu bila saya tanya, kalau saya hendak cabar Yang Berhormat sebelah sana kalau berani, berapa orang yang belajar sekolah tarik semua, beranikah?

Penjelasan.

Penjelasan, terima kasih banyak, silakan.

Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Maran. Walaupun Yang Berhormat sebelah ini kadang-kadang kena juga bercakap supaya ada rekod.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Maran tadi, saya sebenarnya tidak ambil kisah sangat kalau pihak pembangkang yang tidak berterima kasih, tidak bersetuju itu soal lain, memang itulah gaya dan pendekatannya. Akan tetapi yang saya kesal sekali Yang Berhormat Maran, apabila terang-terang sudah jelas, orang kata sudah terang lagi bersuluh, keputusan mahkamah tentang FELDA Sungai Koyan membuat satu keputusan iaitu FELDA bayar geran wang tanam semula tetapi peneroka yang menuntut tadi mesti akur, patuh, ikut kehendak serta syarat-syarat FELDA. Bermakna keputusan itu berpihak kepada FELDA, tetapi yang disebut tadi seolah- olah inilah kebenaran kemenangan peneroka, sedangkan itulah keputusan yang mengikut kehendak FELDA sebagaimana yang FELDA tuntut. Adakah Yang Berhormat Maran nampak ini adalah salah satu daripada putar belit sebenarnya yang ingin mengusutkan pemikiran peneroka.

Memang sah putar belit. Tuan Yang di-Pertua, beginilah Tuan Yang di-Pertua, seperti kes yang disebutkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Ledang tadi, sebab itu kerajaan kita, Kerajaan Barisan Nasional selama ini memerintah sebab itu dia kekal, ini PKR yang baru ini pun sudah kecoh apabila hendak memilih sesama sendiri, pergi hospital, baling kerusi, kita tidak ada lagi, tempat saya tidak pernah lagi, kita beri kuih makan sama-sama seronok. Ini belum lagi pilih sendiri, belum lagi pilihan rakyat, saya sudah sebutkan tadi...

Yang Berhormat Sungai Petani baling kerusi tidak.

Kita Kerajaan Barisan Nasional adil, kalau kita ambil tindakan kepada FELDA, peneroka FELDA banyak lagi, tapi bukan itu maknanya sebab kita hendak membantu rakyat. Walaupun mereka mengkritik kerajaan, kita membantu mereka. Kalau saya kira fahaman politik semata-mata, kita boleh buat sahaja, tidak usah beri kepada pembangkang ini. Akan tetapi apakah kita sebagai kerajaan yang bagus, tidak bagus.

Dato’ Johari AbdulPKR · PHSungai Petani

[Bangun]

Saya minta maaf saya tidak ada masa.

[Ketawa]

Saya terjemahkan ini di dalam dua pantun saya Tuan Yang di-Pertua, Memancing ikan memakai kail; Umpan dibuat kelapa dikukur; Jangan nafikan jasa yang lain; Itu tandanya kita tidak bersyukur. [Tepuk] Ikan terubuk di Sarawak si ikan tenggiri; Enak dimakan jika disalai; Apabila masuk ke periuk sendiri; Semua perkara menjadi halal. Ini benda dia, masuk orang tidak halal, masuk sendiri halal belaka, masuk sendiri halal belaka, fikir-fikirlah bersama, bukan Dunia Jam 10, saya hendak ajak bersama.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil sedikit lagi, oleh itu saya amat yakin saranan Perdana Menteri agar sektor swasta dilibatkan dengan lebih meluas, kita perhatikan memang. Oleh sebab itulah walaupun kita ada projek mega tetapi projek yang kita bina bukan semata-mata dibiayai oleh kerajaan, ia akan melibatkan sektor swasta dan ini menunjukkan bahawa kerjasama yang baik antara kerajaan dan swasta ini akan menjamin kejayaan pembangunan negara kita. Tuan Yang di-Pertua, FELDA pada kerja saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan, dalam kesempatan yang terbatas ini sebagai mewakili rakyat khususnya golongan pekerja, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak kerana memberi banyak faedah terhadap golongan pekerja terutamanya melalui penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara. Saya kalau Yang Berhormat Kuala Langat sokong, saya akan sokong sebab ini baik walaupun Yang Berhormat Kuala Langat ikut tidak usah sokong dia pembangkang baik kita sokong Barisan Nasional sahaja tetapi oleh sebab kita rasional. Kita kerajaan yang rasional kita sokong,terutama melalui penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara, Program Latihan 1Malaysia serta pemansuhan Sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Saya rasa pegawai kerajaan di sebelah sana memang bersetuju. Kesemua faedah ini secara tidak langsung saya yakin ia mampu melonjakkan ekonomi negara yang sedang melalui transformasi terutama melalui penekanan terhadap Pembangunan Modal Insan. Saya juga yakin penubuhan majlis ini pasti mampu memberi penyelesaian terhadap isu gaji minimum, mereka akan membuat ketetapan mengenai gaji yang sesuai dalam sesuatu sektor dan sama ada ia perlu diselaraskan di peringkat nasional atau berbeza mengikut wilayah tertentu. Maknanya kita beri ruang kepada pegawai awam, kepada kementerian-kementerian, wakil kerajaan berbincang bersama-sama di manakah kita hendak mencari penyelesaian, mencari jalan yang terbaik untuk kita perkhidmatan awam. Sebagai bekas pegawai awam Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh. Keterbukaan Perdana Menteri juga melalui slogan “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”, maka menyerlah apabila Perdana Menteri bersetuju untuk memansuhkan PTK ini. Walaupun kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, ia mempunyai faedah iaitu untuk memberikan kecemerlangan kerja-kerja yang dilakukan oleh pegawai kerajaan, saya lebih kurang 30 tahun sebagai pegawai kerajaan. Saya menerima ini semua sebab itulah begitu juga dengan penubuhan Program Latihan 1Malaysia yang diperuntukkan RM500 juta dan saya juga yakin latihan yang diberikan bakal mendapat kerjasama daripada beberapa kementerian serta agensi lain termasuk Kementerian Belia dan Sukan, GIATMARA serta kolej- kolej komuniti dan lain-lain pihak yang terlibat. Harapan saya agar peruntukkan RM500 juta ini akan digunakan untuk melatih siswazah bagi memastikan mereka mampu menepati kehendak industri, kerana sebelum ini kerajaan banyak menerima rungutan daripada industri mengatakan siswazah kita gagal memenuhi standard yang mereka perlukan. Persoalan saya banyak...

[Bangun]

Banyak usaha dan peruntukan.

Yang Berhormat Maran.

Nanti saya habiskan, diperuntukkan oleh kerajaan telah disalurkan kepada melatih anak-anak muda

kita. Akan tetapi saya ingin memberikan pesanan kepada anak-anak muda. Apakah tanggungjawab kita semua? Apakah sambutan dan sokongan anak-anak muda kita, pelajar-pelajar kita dalam usaha yang dilakukan oleh kerajaan? Saya minta supaya kita bina, jangan kita benarkan lebih ramai pendatang asing datang ke negara kita untuk menjalankan pekerjaan di sini dan akhirnya ia akan merugikan kita. Oleh Sebab itulah saya berharap supaya matlamat ini, matlamat RM500 juta ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh golongan muda, terima kasih, sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, ini mengenai Program latihan 1Malaysia. Peruntukkan yang amat besar sebanyak RM500 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk melatih pekerja-pekerja. Saya bersetuju apabila kerajaan melaksanakan program ini dan merancang untuk melaksanakan dalam waktu yang fleksibel, waktu malam, waktu petang dan sebagainya. Maknanya kita boleh memberi kemahiran tambahan kepada rakyat terutama kepada golongan muda, ini bukti keprihatinan kerajaan membela dan memberi perhatian khusus kepada golongan muda. Persoalan yang timbul di sini soal minat ini Yang Berhormat Maran, bagaimana kita hendak menarik minat generasi muda, pekerja supaya kita benar-benar manfaatkan perkara ini? Saya percaya jika dirancang dengan cara baik melibatkan semua agensi, isu-isu soal budaya lepak seperti mat rempit dapat kita selesaikan secara baik kerana dirancang dengan secara tersusun, soal ini macam mana pandangan Yang Berhormat Maran.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Oleh sebab itu saya sebutkan tadi supaya kita menyeru anak-anak muda kita mengambil peluang ini, sebab itu dalam bajet ini juga Perdana Menteri telah membentangkan bagaimana salah satu strategi yang kita hendak capai dalam pembangunan negara ialah menentukan modal insan yang kita bina. Ini dia, sebab itulah dalam membentuk modal insan, kita mesti memastikan supaya anak-anak muda yang kita lahirkan bukan sahaja sempurna dari segi fizikal, tubuh badan sempurna tetapi sempurna juga dari segi mental, akal dan emosinya juga mesti sempurna.

Saya rasa kalau ketiga-tiga ini sempurna saya yakin bahawa apa yang dirancang oleh kerajaan akan berjaya dan ini tertakluk kepada pendekatan - approach yang kita buat. Mungkin saya kira dalam fasal-fasal Yang Berhormat Lenggong, Tuan Yang di-Pertua. Kalaulah manusia ini boleh menguruskan masanya, time management yang baik. Kita tengok pelajar umpamanya, kalau dari pagi selepas Subuh, bangun pagi sembahyang Subuh kalau bagi orang Islam. Sehingga akhir ia memenuhi waktu-waktu yang telah ditetapkan ini, saya rasa tidak ada sebab anak-anak muda boleh terlibat dengan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan mereka, terlibat dengan masalah dadah, mat rempit dan sebagainya. Oleh sebab dari segi time management dengan izin, pengurusan masanya adalah tidak kemas. Sebab itulah peranan yang perlu dimainkan bukan sahaja oleh guru, pemimpin, masyarakat tetapi oleh ibu bapa perlu bagi menentukan anak muda ini dapat kita jayakan menjadi modal insan yang berguna pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan perhatian kepada keperluan rumah masyarakat luar bandar. Hari ini kita banyak melaksanakan projek-projek rumah masyarakat luar bandar ini.

Alhamdulillah, di kawasan saya sambutan cukup baik dan kita rasa baru-baru ini telah melancarkan sifar miskin tegar. Maknanya kita tidak ada lagi miskin tegar apabila memberikan top up, memberikan bantuan perumahan kepada mereka yang selama ini sebahagian daripada mereka hidup dalam keadaan yang cukup daif dan miskin. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas perhatian yang cukup prihatin kepada kepimpinan di kawasan bawahan, terutamanya jawatan JKKK, JKKP, Tok Batin, Pengerusi JKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru yang telah dinaikkan elaun mereka daripada RM450 kepada RM800. Elaun bulanan imam RM450 kepada RM750. Imbuhan bulanan guru KAFA RM500 kepada RM800 dan juga beberapa masyarakat yang lain. Jadi ini adalah satu pendekatan yang cukup baik yang perlu kita teruskan kalau boleh kita pertingkatkan lagi supaya taraf hidup kepimpinan luar bandar ini sebenarnya tanpa mereka apalah kita. Tanpa adanya bantuan dan maklumat daripada pihak JKK ini - kepimpinan daripada grassroots ini saya kira Ahli-ahli Parlimen bukan sahaja pembangkang bahkan kita semua, bahkan peringkat Menteri, Perdana Menteri sendiri pun tidak boleh mendapat feedback ataupun maklumat yang cukup baik dalam kita membangunkan negara kita. Yang penting bagaimana kita bersatu menentukan kemajuan negara kita. Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah saya juga berterima kasih sebagai bekas Pengarah Jabatan Orang Asli ini, saya kenal Orang Asli. Kalau mungkin Yang Berhormat Ipoh Barat ia bercakap dengan Akta 134. Akan tetapi saya bersama dengan masyarakat Orang Asli. Saya hendak mereka ini terus dibela. Sebab itulah saya mengatakan bahawa pembelaan kepada bumiputera bukan bermakna pembelaan kepada orang Melayu, tetapi kita membela masyarakat peribumi - orang Melayu, Orang Asli, orang-orang peribumi di Sabah dan Sarawak. Yang mana masih ketinggalan ini kita bela mereka supaya mereka dapat hidup setaraf sama ataupun lebih baik daripada yang ada sekarang dan seimbang, setanding dengan masyarakat yang lain. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi aspek yang perlu saya sebutkan ialah dari segi modal insan ini. Saya sudah sebutkan sebahagiannya. Sebab itulah saya minta sebenar - saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana memberikan perhatian kepada modal insan ini dan menjalankan beberapa pendekatan yang cukup baik. Untuk menentukan modal insan yang baik, yang berjasa, yang mempunyai mentaliti yang sempurna, emosi yang cukup sihat, fizikal yang sihat sudah tentulah kita perlu memberikan pendidikan yang baik kepada mereka. Pendidikan ilmu pengetahuan adalah harta yang paling mahal dalam hidup manusia. Tanpa ilmu - hari ini saya boleh meninggalkan mungkin RM100 kepada anak saya. Akan tetapi kalau anak saya seorang yang terpelajar, yang terdidik, yang berilmu, mungkin Rm100 dia boleh jana menjadi mungkin RM1000 dan sebagainya. Akan tetapi kalau kita meninggalkan anak yang tidak berilmu pengetahuan, kita tinggalkan mereka RM1 juta, mungkin RM1 juta yang ada dalam bank ayahnya atau ibu bapanya dalam satu hari ia boleh habiskan begitu sahaja, kerana tidak ada ilmu pengetahuan pada mereka. Sebab itulah kita hendak supaya anak-anak ini dididik, diberikan pengetahuan yang baik. Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua, saya cukup kecewa kadang- kadang. Saya minta maaf saya bukan hendak burukkan pembangkang, memang pembangkang ini sudah biasa memang banyak buruknya. [Ketawa] Tolong! Hari ini kita aman, kerana keamanan ini bukan kita yang buat. Kadang-kadang peristiwa berlaku, rempit berlaku, jenayah berlaku kerana ramai masyarakat telah

berani melakukan jenayah kerana ada orang yang telah memberikan sokongan pada mereka, termasuklah kita membuat demonstrasi dan sebagainya. Saya hendak kalau boleh jangan ini berlaku. Walaupun kita pembangkang jangan kita menghasut anak-anak muda ini, jangan kita menghasut anak-anak kecil ini supaya mereka membenci kerajaan, membenci pembangunan dan kerana kita hendak memerintah, maka kita hendak runtuhkan kerajaan. Hari ini kita boleh bercakap kerana kita aman, tetapi kalau porak-peranda berlaku, perpecahan berlaku sebenarnya kerugian bukan berlaku sebelah sini sahaja. Bukan berlaku kepada Barisan Nasional, bukan berlaku sahaja kepada UMNO, bahkan parti-parti dalam komponen. Akan tetapi yang pasti pada saya, apabila kehancuran berlaku negara kita semua masyarakat dalam negara ini akan hancur. Saya tidak tahulah kalau ini hanya keturasan, percayalah satu hari nanti ia akan berlaku seperti berlaku di negara-negara lain. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah saya berharap kalau boleh modal insan yang hendak kita lahirkan ini biarlah mereka pandai bercakap dan pandai melaksanakan kota. Tidak baik adalah mengecewakan kita kalau mereka ini mempunyai terdiri daripada orang-orang yang mempunyai sifat-sifat yang tidak baik. Hanya pandai bercakap dan tidak pandai mengotakan janjinya. Tidak pandai berterima kasih, gila kuasa, sentiasa bergelumang dengan sifat hasad dengki, suka memfitnah orang lain, tidak bersyukur, suka menghasut dan sebagainya. Jadi saya harap dengan usaha yang dibuat oleh kerajaan, dengan pendidikan yang diperluaskan termasuklah di kawasan luar bandar, insya-Allah kita akan dapat melahirkan modal insan yang berjaya, yang akan membangunkan negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua... Berapa minit lagi Tuan Yang di-Pertua? 10 minit lagi? Belum lagi ya? 20 minit lagi, boleh saya tambah sedikit lagi. Keselamatan negara Tuan Yang di-Pertua, saya harap inilah yang perlu kita...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat ada tujuh minit lagi.

Ya, boleh. Jadi, saya mintalah bukan kepada siapa sahaja bahkan masyarakat di negara kita bahawa hari ini kita aman, kita makmur, kita sejahtera, kita membangun, kita boleh berada di mana- mana, kita boleh makan di tengah malam, di waktu pagi kerana negara kita aman. Keamanan negara kita bukan kita ubat sendiri Tuan Yang di-Pertua. Semuanya diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin kita dahulu, datuk nenek kita dahulu, pejuang-pejuang kita yang mereka sendiri sebenarnya tidak merasa ini semua. Mereka tidak sempat dengan apa yang kita alami hari ini. Akan tetapi apakah kita rela mengorbankan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negara kita kerana ingin berkuasa yang singkat seperti itu. Oleh sebab itu saya berharap supaya bantu kerajaan, bantu pasukan keselamatan. Saya ucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan polis, tentera dan sebagainya. Bahkan mereka ini mengorbankan diri mereka, keluarga dan harta benda kadang-kadang kerana mempertahankan maruah, bangsa, maruah negara, keamanan dan kesejahteraan negara.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya hendak sebut ialah dari segi perpaduan. Sebab itulah saya berharap sebenarnya perpaduan adalah juga merupakan. faktor yang cukup penting dalam negara kita. Sebagai sebuah negara yang multiracial dengan izin, pelbagai kaum, maka perpaduan amat penting. Saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - kita ada timbalannya di sini. Oleh kerana banyak usaha yang dibuat - pelbagai usaha dibuat untuk memadukan rakyat di negara ini, termasuklah juga Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan juga kerajaan. Saya sendiri Tuan Yang di-Pertua sepanjang masa melaksanakan program-program untuk memadukan rakyat kita. Akan tetapi alangkah kecewanya kalau ada pihak yang lain yang cuba menghasut, melaga antara kaum-kaum supaya berlaku perpecahan. Perpecahan apabila berlaku di negara kita, kemusnahan dan kerugian bukan sahaja dialami oleh satu kaum bahkan seluruh kaum di negara kita ini. Oleh sebab itulah saya tekankan supaya perpaduan kita ini daripada kita berikan perhatian. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan koridor dan juga wilayah. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana tidak meninggalkan pembangunan ECER dan sebagainya koridor pantai timur, utara, dan juga di selatan ini. Cuma saya minta kalau boleh diberikan perhatian yang serius. Saya terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana ada memberikan perhatian kawasan Lembaga Kemajuan Jengka dan juga DARA. Saya mencadangkan supaya bukan sahaja kita baru peruntukan kepada kedua- dua lembaga ini - mengenai wilayah yang telah dibatalkan ini, tetapi kita hendak lembaga pembangunan wilayah ini dapat dihidupkan semula. Ini supaya lembaga ini dapat memberikan peranan yang cukup besar kepada kemajuan dan pembangunan kampung-kampung, terutamanya kampung-kampung tradisional di sekitar kawasan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana kerajaan tidak pernah meninggalkan kaum wanita. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah satu kementerian yang cukup penting dalam masyarakat kita. Di bawahnya terdapat orang-orang tua, warga emas, orang kurang upaya dan sebagainya yang perlu kita berikan bantuan. Saya Tuan Yang di-Pertua, setiap tahun saya tidak pernah tinggalkan mereka ini, walaupun mereka tidak upaya, tidak mempunyai anggota yang baik, tidak lengkap dan sebagainya, tetapi sebenarnya mereka ini adalah sebahagian daripada kita. Silap-silap mungkin walaupun mereka tidak ada mata - buta matanya tetapi mungkin hatinya lebih bersih, jernih daripada kita. Kadang-kadang kita matanya cukup empat mata - mata Tuhan sudah bagi dua, dua lagi tambah cermin mata, kadang-kadang tebal pula itu. Akan tetapi kadang-kadang tidak boleh melihat, apakah nikmat dan rahmat yang Allah beri kepada kita.

Lantas kita tidak berterima kasih pun kepada kerajaan dan Allah SWT. Oleh sebab itulah saya harap supaya masalah yang berlaku dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini akan dapat kita bela. Masih ada lagi Tuan Yang di-Pertua orang-orang yang kurang upaya kadang-kadang tertinggal dalam mendapat faedah. Saya minta sekali lagi supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini berikan perhatian dan saya di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua walaupun saya boleh bincangkan dalam jawatankuasa nanti tetapi saya mahu menjuruskan lagi supaya Program Dalam Komuniti (PDK) ini dapat diadakan di kawasan Parlimen Maran ini kerana ia perlu untuk saya memberikan sokongan, semangat, dan juga bantuan yang sebaik

mungkin kepada orang kurang upaya khususnya di kawasan saya, kawasan Parlimen Maran ini. Tuan Yang di-Pertua, kesihatan adalah faktor yang juga penting. Kalau pada saya, saya meletakkan kesihatan ini adalah nombor dua selepas pendidikan dan juga ilmu pengetahuan. Ini kerana pada saya tidak akan lahir anak-anak atau pun modal insan yang sempurna akalnya dan juga pemikirannya, emosinya kalau mereka ini tidak mempunyai tubuh badan yang sihat serta kesihatan yang sihat. Oleh sebab itulah keperluan kepada Kementerian Kesihatan perlu kita berikan penambahan. Saya minta benarlah walaupun saya boleh juga sentuh dalam jawatankuasa nanti. Saya minta sekali lagi supaya boleh memastikan oleh kementerian ini supaya Hospital Maran ini dapat kita laksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Dengan cara ini saya yakin bahawa hasrat kerajaan untuk memajukan negara kita ini dengan melahirkan modal insan yang sempurna bukan sahaja dari segi fizikalnya tetapi dari segi mental dan emosinya, saya percaya dengan cara ini nanti esok insya-Allah kita boleh berjaya membangunkan sebuah negara yang berjaya, cemerlang, aman, makmur, dan sebagainya. Akan tetapi dengan syarat saya mohon sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, mohonlah kepada semua pemimpin kita walaupun saudara, tuan-tuan, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang atau pun Barisan Nasional marilah sama-sama kita memberikan sokongan kepada Yang Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan kita sebelum terlambat. Andai kata kita semata-mata mahu meruntuhkan kerajaan kita, apabila kemusnahan telah berlaku di negara kita, masa itu sudah lambat untuk kita memikirkan semula. Biarlah semasa negara kita aman, makmur ini, dan rahmat Allah beri kepada kita marilah sama-sama kita memberikan sokongan. Kita berikan pembelaan dan semangat kepada rakyat kita juga kerjasama kepada kerajaan. Apa yang tidak betul kita betulkan. Saya insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, saya cukup rasional. Apa yang tidak betul dan sempurna di kampung kita bela. Biar kita sama-sama membela dan yang betul itu marilah sama-sama kita berterima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai Ahli Parlimen yang jelas dan sedar bahawa saya mendapat banyak faedah daripada apa yang dibangunkan oleh kerajaan selama ini, umur saya pun sudah bukanlah tua sangat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masa sudah habis Yang Berhormat.

Akan tetapi banyak saya dapat faedah termasuklah anak-anak saya juga mendapat faedah daripada kerajaan. Dengan itu saya memberikan sokongan penuh kepada kerajaan Barisan Nasional marilah bersama. Kalau boleh mana-mana yang agak sudah letih-letih itu pindah ke sini, masuk Barisan Nasional. Ada sudah dua, tiga atau empat orang letih-letih nampaknya. Mari sama-sama sokong. Saya percaya kita boleh membangunkan negara kita menjadi negara dengan baik termasuklah Yang Berhormat Bakri dan Yang Berhormat Hulu Langat. [Ketawa] Mari sama-sama. Saya percaya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Baik Yang Berhormat. Masa menyeru sudah habis.

Oleh kerana masa sudah tidak ada pada saya, sekali lagi saya mengharap marilah kita berikan sokongan supaya insya-Allah dengan cara ini kita akan dapat melahirkan sebuah

negara yang mana makmur dan sejahtera, insya-Allah. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih, wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Ya, Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Bajet 2011. Saya ingin memberi beberapa observation dan komen kepada Bajet 2011 yang baru dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hari Jumaat yang lalu. Pertamanya, walaupun kebelakangan ini kita kedengaran bahawa ucapan- ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata beliau hendak menjimatkan perbelanjaan. Dalam Economic Transformation Program nya dia pun katakan mahu jimatkan perbelanjaan kerajaan. Akan tetapi saya meneliti bahawa dalam Bajet 2011 tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan apa-apa niat kerajaan untuk menjimatkan perbelanjaan kecualinya bonus kakitangan kerajaan dibatalkan. Kita melihat angka-angka dan berbanding dengan angka perbelanjaan pembangunan dan berbanding dengan angka perbelanjaan mengurus dalam Bajet 2010. Dalam Bajet 2010, perbelanjaan mengurus adalah lebih kurang RM138 bilion. Pada tahun ini dalam Bajet 2011 angka perbelanjaan mengurus telah ditingkatkan kepada RM162 bilion lebih kurang peningkatan perbelanjaan mengurus sejumlah RM240 bilion. Ini kenapa, sedangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata dia akan menjimatkan perbelanjaan? Kenapa angka perbelanjaan mengurus dalam Bajet 2011 ini meningkat dengan begitu besar? Walaupun dengan peningkatan yang begitu besar nampaknya kebajikan kakitangan kerajaan telah terkorban mungkin untuk keuntungan kroni-kroni Barisan Nasional. Saya ingin merujuk kepada satu laporan mingguan di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjelaskan tentang pembatalan bonus untuk kakitangan kerajaan. Belian berkata “Saya tahu banyak yang melobi saya supaya mengisytiharkan bonus satu bulan tetapi saya hendak kongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan bahawa bonus satu bulan ini menelan belanja sebanyak RM3.1 bilion”. Oleh sebab dia mahu menjimatkan, beliau kata “Kerajaan tidak boleh memberi bonus sebulan gaji kepada RM1.2 juta kakitangan awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar sebanyak RM3.1 bilion”. Akan tetapi sedangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mahu menjimatkan angka RM3.1 bilion iaitu bonus untuk kakitangan kerajaan. Akan tetapi apabila kita mendengar ucapan bajetnya yang menyebutkan dia akan melancarkan projek-projek mega yang akan menelan perbelanjaan berbilion-bilion umpamanya Kuala Lumpur International Financial District Development dan nilai projeknya adalah lebih kurang RM26 bilion, Wisma Warisan Merdeka RM5 bilion, Malaysia Rubber Board Land Development by EPF sebanyak RM10 bilion. Saya ingin tahu dalam projek-projek mega itu apakah peranan kerajaan dalam mega projek ini? Berapakah peruntukan yang akan disalurkan oleh kerajaan untuk mega projek ini? Saya tahu ini adalah satu projek kerjasama di antara kerajaan dengan swasta. Akan tetapi memang kerajaan akan menyalurkan sebahagian peruntukan dari capital injection untuk projek itu.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Saya ingin tahu berapakah peruntukan yang akan disalurkan, diperuntukkan untuk projek-projek itu dan apakah rate of return nya kepada kerajaan sekiranya projek ini dilengkapi. Saya rasa dulu akibat daripada pembaziran, korupsi dan leakage oleh Barisan Nasional, kebajikan orang awam dikorbankan dalam bentuk kenaikan harga minyak, dalam bentuk pengurangan subsidi kepada gula, beras dan barang-barang harian semuanya naik harga. Sekarang bukan sahaja kebajikan orang awam dikorbankan tetapi kebajikan kakitangan kerajaan pun dikorbankan. Semua ini untuk keuntungan kroni-kroni Barisan Nasional. Ini memanglah tidak adil. Observation kedua yang saya akan buat adalah semenjak saya masuk ke Dewan yang mulia ini, tiap-tiap tahun sebelum atau semasa bajet ini dibentangkan dalam Dewan ini, juga di bentangkan Auditor General’s Report. Auditor General’s Report dalam tahun yang lalu itu telah memberi maklumat kepada kita bagaimana wang kerajaan telah disalah gunakan dan supaya kita boleh baca dan meneliti Auditor General’s Report itu sebelum kita berbahas mengenai bajet yang dibentangkan. Akan tetapi kenapa kali ini, tahun ini AuditorGeneral’s Report tidak dibentangkan sama-sama dengan Bajet 2011 atau sebelum Bajet 2011? Apa gunanya kita membentangkan Auditor General’s Report selepas perbahasan oleh Ahli-ahli Parlimen? Bagaimanakah kita dapat lagi membangkitkan isu-isu atau skandal- skandal yang disebutkan dalam Auditor’s General Report di Dewan ini. Oleh itu, saya berharaplah pembentangan Auditor General’s Report haruslah disegerakan dan bukanlah di lambatkan sehingga perbahasan atas bajet ini habis. Ketiganya, point ketiga yang saya ingin sebut adalah pada masa sekarang dengan bajet defisit yang sudah berlarutan 14 tahun. Kali ini bajet defisit lebih RM40 bilion dan hutang kerajaan mencecah RM408 bilion. Ini merupakan satu angka besar, yang merupakan lebih daripada 50% GDP negara kita. Ini menunjukkan satu keadaan kewangan yang amat membimbangkan dan saya tidak nampak langsung apa-apa petanda atau niat kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan supaya hutang kerajaan tidak akan sky-rocket high dan tidak akan bertambah lagi. Saya rasa kita hendaklah berhati- hati kerana ini adalah satu keadaan yang sangat membimbangkan. Point keempat yang ingin saya sebut adalah mengenai perbelanjaan untuk naik taraf dan ubahsuai peruntukan untuk SJK(C) dan SJK(T). Tahun lalu kita ada satu butiran dalam Bajet 2010, di mana butirannya disebut naik taraf sekolah Cina bantuan kerajaan, RM86 juta. Naik taraf sekolah Tamil bantuan kerajaan RM28 juta tetapi selepas saya meneliti Bajet 2011, saya tidak nampak langsung butiran itu naik taraf sekolah Cina bantuan kerajaan dan naik taraf sekolah Tamil bantuan kerajaan. Kenapa butiran ini dikeluarkan? Walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada sebut peruntukan RM25 million untuk sekolah-sekolah Cina tetapi tiada butiran langsung dalam Bajet 2011. Kenapa ini boleh berlaku? Adakah Yang Amat Berhormat menunduk terhadap desakan atau permintaan Perkasa supaya tidak lagi memberi peruntukan yang spesifik untuk sekolah Cina atau sekolah Tamil bantuan kerajaan. Ini merupakan satu backward dari segi Kerajaan Barisan Nasional. Kita tengok butiran kedua itu, naik taraf sahaja sekolah Cina bantuan kerajaan dan naik taraf sekolah Tamil bantuan kerajaan, jumlahnya telah lebih daripada RM100 million, ini dalam Bajet 2010.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Dalam tahun 2011 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah untuk sekolah SJK(C) dan SJK(T) sejumlah RM25,000 sahaja iaitu one of daripada apa yang diperuntukkan dalam Bajet 2010. Apakah pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada MCA, MIC dan SUPP mengenai keadaan ini? Kita dari di sini, pendirian kita adalah jelas. Peruntukan pembangunan, peruntukan pengurusan haruslah disalurkan kepada sekolah tidak kira sama ada ia adalah kerajaan atau jenis kebangsaan, ada bantuan kerajaan. Sekolah-sekolah mengikut bilangan murid-murid sekolah masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, dari apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara hari yang lalu – kelmarin, yang mengatakan menurut apa yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, peruntukan atau tumpuan peruntukan untuk Sabah dan Sarawak adalah sangat kurang. Ia menunjukkan bahawa selama ini Sabah dan Sarawak telah dianaktirikan oleh kerajaan Barisan Nasional. Apa yang disebut dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, projek yang bernilai lebih kurang RM109 bilion yang akan dilancarkan di Semenanjung Malaysia.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Manakala projek yang bernilai lebih kurang RM9 bilion yang akan dilancarkan di Sabah dan Sarawak. Walaupun kita kedengaran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata Kerajaan Barisan Nasional akan memberi tumpuan khas kepada Sabah dan Sarawak untuk meningkatkan tahap pembangunan Sabah dan Sarawak tetapi fakta ini adalah jelas bahawa tidak ada apa-apa niat, tidak ada keikhlasan untuk membangunkan atau meningkatkan tahap pembangunan di Sabah dan Sarawak. Ini kerana kita tengok walaupun Sabah dan Sarawak surface areanya adalah besar akan tetapi perlu menurut peruntukan, hanya menurut nilai-nilai projek yang akan dilancarkan. Hanya 10% sahaja untuk Sabah dan Sarawak. Jikalau dibahagi untuk dua negeri Sarawak 5% sahaja. Oleh itu saya ingin sebutkan di sini kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri benar-benarnya ikhlas untuk membangunkan, meningkatkan tahap pembangunan di Sarawak kasilah, berilah hak-hak atas Bakun Dam kepada Sarawak tanpa apa-apa harga, tanpa apa-apa purchase prices. Saya tahu kini ada tiga pihak yang ingin membeli kuasa, beli hak untuk mengurus, hak memiliki Bakun Dam. Satu pihaknya Sarawak Goverment, satu pihaknya adalah satu konsortium dengar kata yang diketuai oleh Qatar. Itu adalah satu syarikat luar negeri dan satu pihak lagi saya sudah lupa siapa ini. Saya kata tidak payahlah berunding atas harga penjualan hak milik Bakun Dam. Bagilah, berilah free kepada Kerajaan Sarawak kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri benar- benar adalah ikhlas hendak membangunkan hendak meningkatkan tahap pembangunan Sarawak. Itu kerana dalam proses pembinaan Bakun Dam itu hutan kita telah dimusnahkan, alam sekitar kita telah dimusnahkan dan penduduk Orang Asli di tempat itu pun terpaksa dipindahkan. Apa salahnya kita sudah hilang begitu banyak sumber asli untuk pembinaan Bakun Dam ini kita ambil alih hak milik Bakun Dam itu. Tambahan lagi sejak kemerdekaan dan pembentukan Malaysia dalam tahun 1963, berapa banyak sumbangan pendapatan daripada yang di generated dari keluaran minyak dan gas daripada Sarawak. Sumbangan itu, dana itu kita hanya terima 5%, 95% telah diberi kepada Kerajaan Persekutuan untuk masa 47 tahun sudah. Apa salahnya memberi balik satu dam, Bakun Dam sahaja kepada kita. Harganya, nilainya lebih kurang RM6 bilion hingga RM7 bilion.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Saya pun ingin menyeru sekiranya Kerajaan Pusat hendak menyerahkan hak milik Bakun Dam kepada Kerajaan Sarawak ia harus menubuhkan satu committee untuk mengurus perkara mengenai dam itu dan member of committee haruslah terdiri daripada wakil-wakil daripada Kerajaan Sarawak, Kerajaan Persekutuan, parti Barisan Nasional dan parti pembangkang juga. Kenapa saya menegaskan ia harus diuruskan satu committee terdiri dari pihak pembangkang juga kerana mengikut apa yang telah diumumkan oleh menteri-menteri negeri Sarawak, Bakun Dam itu selepas dibeli dimiliki oleh Kerajaan Sarawak, electricity yang di generated, dikeluarkan akan di bekal untuk satu syarikat sahaja...

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

[Bangun]

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Iaitu syarikat Konsortium Rio Tinto dan CMS.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ini adalah perkataan yang dikatakan oleh menteri-menteri negeri Sarawak. Oleh itu, orang Sarawak pada umumnya dia tidak akan menikmati electricity yang murah yang di generated, yang dikeluarkan oleh Bakun Dam. Oleh itu saya tegaskan lagi kalau sekiranya ia diserah kepada negeri Sarawak, pengurusannya haruslah diuruskan oleh satu committee yang terdiri daripada pihak pembangkang juga supaya kita boleh gerenti dan make sure that the electricity is for all and not for one company.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Bandar Kuching bagi peluang?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Silakan.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya sungguh tertarik dengan hujah Yang Berhormat soal Bakun Dam ini. Permintaan beliau supaya Empangan Bakun ini diberi secara percuma kepada kerajaan negeri. Saya mendengar hujah beliau ini seolah-olah telah menyokong kerajaan negeri. Syabas! Tahniah! Jikalah Kerajaan Pusat bersetuju untuk memberi percuma Empangan Bakun ini kepada Kerajaan Negeri Sarawak, bersediakah Yang Berhormat bekerjasama dengan ahli-ahli BN terutama sekali SUPP dan Yang Berhormat juga turut bekerjasama dengan Kerajaan Barisan Nasional. Jadi Yang Berhormat seolah-olah ini membelah kepada pihak SUPP, pejuang rakyat negeri Sarawak dan syabas, tahniahlah. Apakah pendirian Yang Berhormat jika Kerajaan Persekutuan ataupun Kerajaan Pusat menyahut dengan cara positif Yang Berhormat Bandar Kuching supaya dapat membubarkan pergerakan DAP di Sarawak.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Yang Berhormat Putatan, saya bukanlah kataklah. Oleh itu tidak payah jemput saya masuk Barisan Nasional.

Sabah ada banyak katak.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya, Sabah ada banyak katak. Saya tahu tetapi pembangkang dari Sarawak bukan katak. Oleh itu tidak payahlah jemput saya untuk masuk Barisan Nasional. Akan tetapi saya membangkitkan isu ini, saya menyeru kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi dam itu secara percuma kepada negeri Sarawak adalah untuk kebaikan rakyat Sarawak atas kebaikan, kebajikan rakyat Sarawak bukan kerana saya

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

sokong Barisan Nasional Sarawak. Kalau Yang Berhormat Putatan ada dengar baik-baik tadi saya ada sebut lagi selepas untuk menyerahkan hak milik Bakun Dam itu kepada negeri Sarawak dia haruslah diuruskan oleh satu committee yang terdiri daripada pihak pembangkang juga.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Inilah saya rasa telah menunjukkan bahawa selepas Barisan Nasional negeri Sarawak mengambil alih hak milik Bakun dam itu, mereka akan membekalkan electricity hanya untuk kebaikan satu syarikat, dua syarikat sahaja. Oleh itu, kita hendak mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Jadi saya ingin tegaskan bahawa ia haruslah diuruskan oleh satu komiti yang terdiri daripada pihak pembangkang. We do not trust the Barisan Nasional Sarawak.

Datuk Dr. Marcus MojigohUPKO · BNPutatan

Yang Berhormat, Yang Berhormat telah menyatakan bahawa adalah kerjasama antara Kerajaan Barisan Nasional dan pembangkang juga mahu menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengurus jana kuasa elektrik di negeri Sarawak. Ini bermaksud, sekiranya Kerajaan Pusat bersetuju apa yang dipohon oleh Yang Berhormat itu, adakah Yang Berhormat bersedia untuk menutup semua cawangan DAP di Sarawak supaya dapat bekerjasama dengan Kerajaan Barisan Nasional? Itu sahaja.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Isu itu berbeza. Saya nampak Yang Berhormat Putatan sengaja tidak mahu faham.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Tidak mengapalah Yang Berhormat. Saya peringatkan ada dua minit lagi Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Oh! Dua minit lagi. Okey. Isu seterusnya yang saya ingin bangkit adalah mengenai – ini dengar baik-baik. Report yang disebarkan dalam website sarawakreport.org yang mengenai hartanah, properties yang bernilai berbilion-bilion yang dimiliki oleh Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Saya ingin tanya, adakah MACC akan menyiasat atas report itu? Kini orang-orang yang beliau percayai membongkar, memberi, membekalkan maklumat untuk membongkarkan skandal ini telah dijumpai mati di bilik hotel di Amerika. Nampaknya ciri-ciri pembunuhannya adalah serupa atau ciri- ciri lebih kurang sama dengan pembunuhan Altantuya. Ini kerana ia melibatkan skandal-skandal yang mengenai skandal yang melibatkan orang besar di negara kita. Adakah kerajaan, MACC hendak siasat skandal itu? Saya ingin dapatkan satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Akhirnya, saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya mengkaji semula National Automobile Policy kita kerana dengan National Automobile Policy sekarang, rakyat kita dideritakan. Kita terpaksa membeli kereta yang lebih mahal. Saya ada sebut dalam minggu lalu, contohnya Vios di Malaysia dijual dengan harga RM72,000 hingga RM92,000 tetapi di China hanya RM44,000 hingga RM60,000. Di Thailand, RM50,000 hingga RM70,000. Semuanya denomination of Ringgit Malaysia. Honda City juga di sini dijual lebih kurang RM90,000 tetapi di China lebih kurang RM50,000 lebih sahaja. Ringgit Malaysia juga. Di Thailand di antara RM52,000 hingga RM70,000 dan di Philippine juga lebih murah. Di Philippine Honda City juga dijual di kalangan RM50,000. Oleh itu, janganlah menyusahkan rakyat kita hanya untuk keuntungan kroni-kroni Barisan Nasional dan sampailah masa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Masa sudah habis Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Untuk membukakan industri automobil kita...

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Supaya rakyat kita boleh menikmati...

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Yang Berhormat Bandar Kuching ada faktakah?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Kereta yang bermutu...

Datuk Ismail KasimUMNO · BNArau

Dasar Automotif Nasional pun tidak faham!

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Dengan lebih murah. Terima kasih. Sekian.

Cakap kosong sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat Sarikei.

Tuan Ding Kuong HiingSUPP · BNSarikei

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk membahaskan Belanjawan Negara 2011 di dalam Dewan yang mulia ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 15 Oktober 2010 yang lalu. Dalam kesempatan ini, saya akan membangkitkan beberapa isu dan permasalahan kawasan Parlimen saya untuk dimasukkan dalam belanjawan dan tindakan susulan oleh kementerian yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, isu pertama – penambahbaikan jalan raya Betong- Sarikei. Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas kepada Kementerian Kerja Raya kerana telah memasukkan penambahbaikan jalan raya Betong-Sarikei dalam RMKe-10 seperti mana yang dimaklumkan dalam Dewan yang mulia ini pada 10 November 2009 dan menaiktarafkan ke tahap JKR R5. Namun demikian, penambahbaikan jalan raya ini perlu dipercepatkan sebaik sahaja RMKe-10 bermula. Ini adalah kerana berdasarkan statistik kemalangan jalan raya bahawa sepanjang jalan raya tersebut telah meragut hampir 20 nyawa setahun hanya disebabkan reka bentuk sepanjang jalan raya ini adalah sempit dan bengkang- bengkok serta dilalui oleh kenderaan yang besar dan panjang khasnya lori kargo, lori balak dan treler kontena. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, keadaan sepanjang jalan raya ini adalah cukup bahaya kepada pengguna lebih-lebih lagi sebahagian daripada, juga dalam Lebuh raya Borneo di negeri Sarawak. Namun Lebuh raya Borneo ini adalah paling sempit dan bahaya di negeri kita jika dibandingkan dengan negeri lain. Saya difahamkan Jabatan Kerja Raya sedang dalam proses membetulkan selekoh tajam, tetapi ia tidak mencukupi bagi status sebuah lebuh raya. Saya berharap pihak kementerian dapat bertindak wajar dan mempertimbangkan semula serta mempercepatkan tindakan susulan agar pengguna jalan raya tidak menghadapi kesengsaraan. Selain daripada itu, penambahbaikan sepanjang jalan raya ini juga dijangka akan memberi impak dan value add yang berlipat ganda kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sarawak khasnya kawasan Zon Tengah dan kawasan Tanjong Manis sebagai hab halal serta pertumbuhan kawasan Koridor

Tuan Ding Kuong HiingSUPP · BNSarikei

Zon Tengah Diperbaharui Sarawak atau SCORE di mana ia adalah agenda nasional. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)

Yang Berhormat, jam 7.30 malam Yang Berhormat. Sambung esok Yang Berhormat ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Rabu, 20 Oktober 2010. Dewan ditangguhkan pada pukul 7.30 malam.